Feb282023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
PEMASYHURAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA
MESYUARAT DEWAN RAKYAT – TAMBAHAN DUA HARI

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat, dimaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Majlis telah menambah dua hari bagi Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas tahun 2023, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(2), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat iaitu pada hari Isnin, 3 April dan Selasa 4 April 2023.

Ini bagi membolehkan beberapa rang undang-undang dan urusan kerajaan dapat dibentangkan dan diputuskan di Dewan Rakyat. Notis bertulis akan diberikan kepada semua Ahli Yang Berhormat selepas ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Ahli Yang Berhormat untuk bertanya, ingin saya maklumkan bahawa hari ini semua MQT akan dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen Petrajaya.

Perkara 43(3), Perlembagaan Persekutuan, Jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama, kolektif kepada Parlimen.

Oleh itu, saya membenarkan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk menjawab ketiga-tiga soalan MQT. Untuk itu, saya jemput Puan Young Syefura binti Othman, Yang Berhormat Bentong. Silakan.

final • 10:00 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Ke warung Man Kedah membeli roti, Dikirim bersama masakan lontong, Assalamualaikum dan selamat pagi, Dari saya mewakili Bentong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

1. Puan Young Syefura binti Othman [Bentong] minta Perdana Menteri menyatakan data terkini UNESCO melalui International Centre for Technical and Vocational Education and Training menyebut bahawa hanya lima peratus belia Malaysia terlibat dalam bidang TVET. Sejauh manakah ketetapan dapatan UNESCO tersebut berbanding data enrolmen dan apakah strategi dan kebijakan baru kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan program-program TVET?

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:00 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya hendak merekodkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja di luar negara, urusan rasmi. Oleh sebab itu saya mewakili beliau pada hari ini.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Untuk makluman Dewan yang mulia, Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional ataupun ringkasnya TVET di negara ini dilaksana dan ditadbir urus merentasi 12 kementerian serta melibatkan penyertaan penyedia institusi latihan kemahiran awam ataupun singkatannya ILKA dan institusi latihan kemahiran swasta (ILKS).

Terdapat sejumlah 1,295 buah institusi TVET merangkumi ILKA dan ILKS yang sedang beroperasi dengan menawarkan program-program TVET yang bersesuaian dengan kumpulan sasar yang ditetapkan.

Merujuk kepada data terkini UNESCO yang menyatakan bahawa hanya lima peratus belia Malaysia terlibat dalam bidang TVET, kenyataan ini adalah berdasarkan penglibatan belia yang berumur antara 15 tahun hingga 24 tahun. Ini mengambil kira populasi belia negara dalam lingkungan umur yang sama, berjumlah seramai enam juta orang berdasarkan statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia ataupun DOSM.

Data yang dinyatakan oleh UNESCO ini adalah selari dengan statistik enrolmen bagi tahun 2021 menunjukkan bilangan belia dalam kategori umur yang sama menyertai program TVET adalah seramai 360,000 orang. Untuk makluman Dewan yang mulia, Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (MyTVET) telah ditubuhkan pada 18 Disember 2020 dan berperanan sebagai badan tertinggi yang membuat keputusan berkaitan hala tuju TVET negara di mana keanggotaannya adalah merentasi semua kementerian, penyedia TVET dan pelbagai pemegang taruh yang berkaitan.

Di bawah Kerajaan Perpaduan, MyTVET negara pada 7 Februari 2023 telah membincangkan langkah-langkah wajar yang boleh diambil oleh kerajaan bagi penambahbaikan terhadap ekosistem TVET negara menerusi kerjasama strategik dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan juga syarikat swasta.

Sebagai langkah quick win, pelaksanaan kerjasama program TVET secara spesifik mengikut bidang di ILKA bersama syarikat swasta atau GLC akan segera dilaksanakan menerusi pemeteraian memorandum perjanjian MOA. Antara bidang kemahiran dicadangkan adalah automatif, minyak dan gas, hospitaliti dan juga teknologi penyejukbekuan dan penyaman udara.

Disasarkan pada tahun ini, 50 MOA akan ditandatangani sebagaimana yang diumumkan dalam Belanjawan pada 24 Februari 2023. Pada jangka terdekat, 10 MOA dengan GLC dan syarikat swasta akan dimuktamadkan bagi pelaksanaan program TVET berimpak tinggi. MOA ini akan bertindak sebagai platform kerjasama induk antara GLC dan juga syarikat swasta dengan kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Bentong.

final • 10:10 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Soalan tambahan. Apakah inisiatif kerajaan untuk mempertingkatkan belia dalam bidang TVET ini terutamanya belia di luar bandar dan belia Orang Asli?

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Bentong yang juga prihatin kepada kawasan luar bandar dan juga Orang Asli kita. Sememangnya program TVET ini merangkumi semua termasuklah di bandar dan juga di luar bandar.

Sepertimana yang dikatakan tadi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pendidikan Tinggi, semuanya mengadakan program berhubung kait dengan TVET. Untuk Orang Asli

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Haji Fadillah bin Yusof

misalnya memang sudah ada program khusus, khususnya dilaksanakan secara anjuran bersama dengan Persatuan Orang Asli Perak di mana ILP di Ipoh telah pun mengadakan program ini.

Kita perlu memberikan kesedaran yang lebih kepada penduduk luar bandar dan juga Orang Asli untuk terlibat bersama dan perlu melibatkan ibu bapa supaya mereka akan dapat bertahan kekal dalam latihan TVET ini dan mereka akan diberi latihan. Itu juga kementerian sedang mempertimbangkan. Mungkin salah satu kekangannya ialah dari segi urusan bayaran yuran permulaannya sebanyak RM800. Mungkin ini kalau dapat kita pertimbangkan, membantu mereka, mungkin lebih ramailah belia, khususnya Orang Asli akan dapat terlibat sama dengan latihan TVET ini. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya ingin mencadangkan, adakah kerajaan berhasrat untuk menambahkan ataupun menganjurkan program-program TVET jangka pendek kepada belia-belia di negara ini dengan memberi peruntukan kepada agensi yang bertanggungjawab di setiap negeri kerana saya ada sedikit pengalaman sewaktu menguruskan sebuah agensi kerajaan menganjurkan program jangka pendek kepada anak muda dan mendapat sambutan yang baik.

Anak muda ini kalau kita buat program TVET, enam bulan, setahun, dua tahun, tiga tahun mereka tidak minat. Akan tetapi, anak muda yang lepasan SPM yang tidak ada peluang melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan persijilan tetapi dia berminat kalau kita anjurkan program jangka pendek, tiga bulan dan sebagainya. Jadi, adakah kerajaan berhasrat untuk menganjurkan program tersebut?

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, baik.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar.

Sememangnya program ini memang dilaksanakan dan sedang berjalan sama ada oleh GIATMARA, oleh CIDB melalui training centre mereka dan sebagainya. Ada kursus jangka pendek di mana mereka boleh mendapat sijil, malahan diberi elaun untuk mereka ikuti kursus-kursus jangka pendek ini. Oleh sebab itu, TVET ini adalah pembelajaran sepanjang hayat.

Memang sepatutnya kita laksanakan program jangka panjang yang ada juga, yang mungkin hendak mengambil diploma malahan degree sekalipun tetapi ada juga yang sekadar untuk mengambil certificate, ada juga yang hanya untuk mendapat technical training yang asas. Ini sedang berjalan dan kita akan meneruskan daripada pelbagai pusat latihan yang sedang berjalan di negara kita. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Dato’ Saifuddin bin Abdullah, Indera Mahkota.

final • 10:10 AM

2. Dato' Sri Saifuddin Abdullah [Indera Mahkota] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan berhasrat mencadangkan kepada Dewan ini butiran khusus berkaitan reformasi komprehensif terhadap sistem dan institusi negara, termasuk reformasi Parlimen dan meneruskan inisiatif reformasi yang pernah diusahakan sebelum ini serta adakah kerajaan akan mencadangkan proses perundingan yang inklusif bagi melaksanakan agenda reformasi tersebut.

final • 10:10 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Seri Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara keseluruhannya dan untuk memastikan pelaksanaan inisiatif reformasi institusi yang komprehensif, pasukan khas mengenai reformasi institusi yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) telah ditubuhkan pada

final • 10:10 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Seri Haji Fadillah bin Yusof

Januari 2023 bagi meneliti, mengkaji dan mencadangkan reformasi institusi termasuk mekanisme pelaksanaan reformasi tersebut bagi pertimbangan Jemaah Menteri.

Bengkel reformasi institusi telah diadakan pada 17 Januari 2023 melibatkan agensi kerajaan dan kumpulan organisasi masyarakat sivil (CSO) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberi fokus kepada reformasi perundangan dan institusi negara.

Siri libat urus bersama-sama kementerian, jabatan, agensi berkepentingan akan diteruskan bagi memuktamadkan cadangan reformasi institusi yang ingin dilaksanakan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

Pada tahun 2018, satu Jawatankuasa Reformasi Institusi ataupun Institutional Reform Committee (IRC) telah ditubuhkan bagi membantu Majlis Penasihat Kerajaan ataupun Council of Eminent Persons yang berperanan untuk menasihati kerajaan dalam bidang ekonomi, kewangan dan lain-lain dalam tempoh 100 hari pertama peralihan kerajaan. Satu laporan akhir telah disediakan dan dikemukakan kepada kerajaan. Walau bagaimanapun, laporan akhir ini tidak diterbitkan kepada umum kerana terikat dengan Akta Rahsia Rasmi 1972.

Selain itu kerajaan turut berhasrat mewujudkan sistem dan pengurusan pilihan raya yang berlandaskan prinsip-prinsip demokrasi yang diterima oleh semua pihak sebagai bebas, adil dan telus. Oleh yang demikian, Electoral Reform Committee (ERC) telah diwujudkan semenjak tahun 2018 untuk meneliti cadangan penambahbaikan sistem dan pengurusan pilihan raya di Malaysia bersama semua pemegang taruh. Selanjutnya satu Jawatankuasa Khas Kabinet telah diwujudkan pada tahun 2022 untuk meneliti syor- syor ERC untuk pertimbangan Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Kerajaan juga komited dalam pelaksanaan reformasi institusi Parlimen dengan mewujudkan semula perkhidmatan Parlimen bagi merealisasikan hasrat pengasingan kuasa antara badan legislatif dan badan eksekutif. Pada ketika ini, kerajaan sedang mengkaji keperluan untuk menggubal Akta Perkhidmatan Parlimen untuk menjadikan perkhidmatan Parlimen yang berasingan dengan perkhidmatan awam. Beberapa perkara dasar berhubung penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen akan dimuktamadkan sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

Dalam masa yang sama, bagi menyesuaikan dengan persekitaran dan keadaan semasa, kerajaan sedang juga meneliti untuk meminda Akta Majlis Parlimen

(Keistimewaan dan Kuasa) 1952 [Akta 347]. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah kadar denda yang diperuntukkan di dalam akta ini yang tidak pernah dipinda sejak ia digubal pada tahun 1952 dan juga istilah-istilah lapuk dan terma yang perlu dipinda supaya relevan dengan keadaan masa kini. Saya minta sedikit lagi masa.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Haji Fadillah bin Yusof

Seterusnya, penambahan dan pindaan kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] juga sedang dilaksanakan bagi memperkasakan akta tersebut dan merealisasikan visi Pelan Antirasuah Nasional

(NACP) 2019-2023 untuk mewujudkan negara bebas rasuah. Pelaksanaan penambahbaikan mengambil kira pandangan dan input daripada beberapa siri libat urus dengan pihak pemegang taruh termasuk United Nations Office on Drugs and Crime dan juga Government Accountability Project. Kerajaan Perpaduan memandang serius agenda reformasi institusi ini dan akan mengambil tindakan yang tuntas bagi merealisasikan agenda ini. Kerajaan akan memastikan sebarang reformasi yang dilaksanakan ini akan mengambil kira pandangan semua pihak yang berkepentingan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 10:10 AM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih atas jawapan yang komprehensif dan saya memberi jaminan bahawa kami di sebelah sini senada dan sehalaman dalam kita menjayakan reformasi. Saya hendak bertanya suatu yang low- hanging fruit iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti. Seksyen 15 yang memberi kebebasan politik kepada mahasiswa itu dipinda bukan semasa Yang Amat Berhormat Tambun menjadi Timbalan Perdana Menteri tetapi semasa Yang Amat Berhormat Pekan

final • 10:10 AM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

menjadi Perdana Menteri. Menteri yang bertanggungjawab dan saya bekerjasama pada masa itu.

Saya hendak rakamkan bahawa ada dua orang Ahli Parlimen sekarang yang dahulu belum menjadi Ahli Parlimen tetapi terlibat sama dalam proses itu, Yang Berhormat Setiawangsa dan Yang Berhormat Bangi. Juga, bekas Ahli Parlimen Puan Nurul Izzah Anwar dan Encik Tony Pua dan Presiden Bar Council pada masa itu, sekarang Dato’ Lim Chee Wee. Soalannya ialah dalam manifesto Pakatan Harapan, AUKU hendak dimansuhkan tetapi sahabat saya Yang Berhormat Menteri KPT menjawab sedikit berbeza. Ini low-hanging fruitlah yang senang, yang seharusnya dipinda dengan segera sebab kerja-kerja menggantikan AUKU yang sekarang ini pun Yang Berhormat Menteri faham perkara itu pun sudah dimulakan pada zaman beliau dahulu lagi.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Indera Mahkota, soalannya ialah...

final • 10:10 AM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Kalau boleh, adakah ia akan dimansuhkan dan cara bagaimana.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota.

Sahabat saya sewaktu sama dalam kerajaan pada satu ketika dahulu. Malahan, di peringkat kita sekali pun apabila kita berbincang berhubung kait dengan dasar dan juga perundangan yang sedia ada, memang kita kena mengambil kira banyak perkara dan sudah pasti apa yang dicadangkan itu akan kita bawa melalui proses yang biasa dan mendapat input daripada semua pihak yang berkepentingan, adakah ia perlu direview, direpeal ataupun ditambah baik. Itu bergantung dengan apa sahaja finding yang akan dilaksanakan melalui engagement daripada pelbagai pihak tersebut. Terima kasih

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya bergerak kepada...

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Soalan kedua. Soalan tambahan.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada lagi?

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Ada.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, silakan.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya. Saya menerima baik reformasi komprehensif yang dibuat oleh kerajaan. Akan tetapi, adakah kerajaan sedar semasa kita ramai di antara Ahli Parlimen dalam pembangkang, kita telah mencadangkan supaya mewujudkan seorang lagi Timbalan Speaker. Ini adalah untuk memberi ruang kepada pihak pembangkang untuk terlibat dalam administration. Kedua, ia meringankan kerja Speaker. Adakah ia akan diambil kira dan apakah had masa yang telah ditentukan oleh kerajaan supaya semua reformasi ini dapat disegerakan?

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri?

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Yang Berhormat Ipoh Barat, terima kasih.

Perkara ini juga telah dibincangkan oleh kerajaan yang lepas, tetapi ia tidak dapat dilaksanakan. Malahan, mesyuarat Ketua Whip kerajaan dan juga pembangkang— Tuan Yang di-Pertua sendiri sudah juga berbincang perihal perkara ini tetapi ia kena melalui proses. Maknanya perbincangan di peringkat the stakeholders akhirnya akan dibawa ke Kabinet untuk kita memperincikan dan dipertimbangkan. Jadi, arah tujunya akan diumumkan, apa sahaja persetujuan nanti akan kita umumkan. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Time period, time period?

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Saya tidak dapat hendak nyatakan time period kerana ia kena melalui proses. Apabila proses itu sudah dibawa, barulah kita dapat putuskan perlu ada ataupun tidak. Jadi, keputusan itu bergantung dengan engagement

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

yang bakal dibuat oleh semua stakeholders termasuk oleh Tuan Yang di-Pertua itu sendiri.

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Untuk makluman tambahan, kita memang telah pun membenarkan Ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang menjadi Speaker ke Kamar Khas baru-baru ini. Kita sudah mulakan.

[Tepuk]

final • 10:20 AM

3. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] minta Perdana Menteri menyatakan kesesakan hospital kerajaan pada ketika ini semakin membimbangkan di mana rakyat tidak mendapat perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang bersesuaian di samping perlu menunggu lama bagi mendapatkan khidmat kesihatan daripada hospital kerajaan.

Apakah langkah-langkah kerajaan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan negara?

final • 10:20 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Ini merupakan soalan yang sentiasa dekat di hati semua wakil rakyat. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sibu membawa isu ini.

Pada saya, untuk makluman Yang Berhormat dan keseluruhan Ahli Dewan Rakyat inilah, kalau kita melihat mengapa berlakunya kesesakan di hospital— walaupun kerajaan telah mengadakan banyak usaha, berapa banyak hospital baharu telah dibina, hospital lama dinaiktarafkan, klinik kesihatan, klinik desa semuanya sudah bertambah banyak tetapi masih berlaku kesesakan.

Jadi kesesakan ini, pada saya, adalah berpunca pertama sekali menunjukkan bahawa sistem kesihatan kita, oleh semua pegawai kesihatan daripada doktor, nurses dan semua kementerian yang terlibat dalam penjagaan kesihatan ini sudah bertambah baik. Apabila bertambah baik, keyakinan rakyat untuk pergi ke hospital, sebab perkhidmatan kesihatan yang baik sudah pasti akan merujuk kepada hospital kerajaan.

Kedua, disebabkan hospital kita menyediakan perkhidmatan yang boleh dikatakan hampir percuma. Begitu murah sekali kalau kita bandingkan dengan perkhidmatan hospital swasta. Oleh sebab itu juga, hospital kerajaan ini menjadi tumpuan.

Untuk itulah kalau kita melihat, kerajaan juga sudah menambah jumlah doktor, jururawat semua sudah bertambah tetapi masih berhadapan dengan kesesakan.

Jadi, untuk itulah maka kerajaan telah pun menubuhkan Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) yang dipengerusikan oleh Tan Sri KSN dan dianggotai oleh pelbagai agensi. Bukan sahaja Kementerian Kesihatan, tetapi pelbagai agensi kementerian dan sebagainya di mana mereka berbincang duduk melihat apakah penambahbaikan lagi yang boleh dijalankan.

Untuk itu, maka mereka melaksanakan program secara short-term, mid-term dan juga long-term di mana jalinan kerjasama dengan the private sectors, private hospital dan juga pengamal-pengamal perubatan, klinik-klinik swasta untuk berkongsi, di mana sebahagian pesakit yang mungkin bukan menghadapi penyakit yang kritikal akan boleh mendapat perubatan di klinik-klinik swasta.

Begitu juga yang datang khususnya waktu odd hours daripada 6 hingga 12 malam, kalau tidak berapa kritikal di mana mereka boleh dihantar ke klinik kesihatan berdekatan, klinik daerah di mana waktu operasi mereka akan dilanjutkan sehingga ke 12 malam. Ini merupakan langkah jangka pendek dan juga langkah sederhana dilaksanakan.

Seperti diumumkan juga dalam bajet baru-baru ini, Skim Perubatan Madani juga telah diperuntukkan khas, di mana akan diberi peruntukan untuk rakyat kita untuk pergi berjumpa dengan pengamal perubatan am swasta (GP) untuk membuat rawatan yang tidak kritikal ataupun sakit demam biasa dan sebagainya.

Jadi, pokok pangkalnya, Tuan Yang di-Pertua, mengapa hospital masih sesak?

Mungkin mutu perkhidmatan kita sudah bertambah baik tetapi pada masa yang sama memberi gambaran bahawa adakah kita di Malaysia ini tidak mengamalkan budaya hidup yang sihat dan oleh sebab itu, terlalu ramai yang terpaksa rujuk kepada doktor, demam

final • 10:20 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

sakit dan sebagainya. Jadi sebab itu, penekanan oleh Kementerian Kesihatan ialah juga untuk membawa ataupun mempromosikan budaya hidup sihat. Ini amat penting sebagai preventive measure yang patut kita fokuskan.

Di sinilah saya kira peranan semua Ahli Parlimen untuk kita menjalankan program bersama dengan Kementerian Kesihatan, doktor-doktor supaya memberi kesedaran mengamalkan budaya hidup sihat ini di kalangan rakyat kita, supaya kita tidak payah pergi ke hospital, hanya pesakit yang kritikal dan sebagainya, agar hospital kita tidak akan terbeban dengan kita mengendalikan terlalu banyak kes-kes kesihatan yang akhirnya merugikan negara daripada segi kedudukan kewangan dan merugikan rakyat kita sendiri juga. Jadi, itu sepatutnya menjadi tumpuan kita semua. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sibu.

final • 10:20 AM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Terima kasih atas jawapan yang baik.

Memang kita tidak menafikan bahawa hospital kerajaan memang membekalkan perkhidmatan yang bagus kepada rakyat kita.

Akan tetapi juga, kita ada beberapa perkara saya ingin memaklumkan kepada kementerian iaitu perkhidmatan doktor pakar tidak terdapat di semua hospital, terutamanya di hospital tempatan dan ia hanya terdapat di regional hospital. Ini juga merupakan salah satu sebab ramai pesakit pergi ke regional untuk mendapatkan perkhidmatan doktor pakar kerana kawasan mereka tidak terdapat perkhidmatan seperti ini.

Jadi, saya hendak bertanya kepada kerajaan. Adakah kerajaan berhasrat untuk menubuhkan satu unit jantung dan unit kanser di Hospital Sibu dan Hospital Miri? Ini juga merupakan satu di dalam manifesto Pakatan Harapan bahawa kita akan menaiktarafkan Hospital Sibu dan Hospital Miri sebagai regional hospital.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Seperti mana yang saya katakan tadi, kemampuan kerajaan untuk membuat hospital dan menyediakan pakar-pakar terhad daripada segi— kalau kita sudah bina hospital sekalipun, kemungkinan untuk mendapat pakar yang ingin berkhidmat menjadi satu cabaran juga.

Oleh sebab itu, apa yang patut kita fokuskan, apa yang telah dibincangkan dalam jawatankuasa STAR itu tadi ialah untuk kita buat jalinan dengan hospital-hospital swasta yang juga ada kepakaran di mana kita boleh berkongsi dari segi khidmat perkhidmatan dan juga dari segi— di mana sebenarnya sudah ada perbincangan, perundingan dengan pihak hospital swasta dan juga persatuan perubatan. Saya mengucapkan terima kasih. Di mana mereka pun sudah bersetuju untuk terlibat bersama dalam menjaga kesihatan rakyat kita secara holistik.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Makna kerajaan, swasta dan private practitioners serta kerajaan juga terlibat bersama dalam menjaga kesihatan rakyat kita di mana kalau mereka datang dan hospital kerajaan tidak dapat untuk memberi perkhidmatan disebabkan mungkin queue yang panjang, mereka akan diserahkan kepada hospital swasta di mana yuran tertentu sudah pun dirunding dan dipersetujui.

Kalau ini dapat dilaksanakan, kemungkinan ianya dapat membantu dalam waktu jangka pendek dan jangka sederhana sementara kita membina lebih banyak hospital berdasarkan daerah, berdasarkan bahagian ataupun berdasarkan negeri-negeri yang memerlukan kepakaran-kepakaran tertentu. Sementara itu, kita bekerjasama dengan pihak-pihak swasta. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 10:30 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Assalamualaikum.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin dapat penjelasan berhubung dengan status hospital pengajar

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Apakah status terkini dan apakah pihak kerajaan telah pun mengiktiraf USIM ini sebagai hospital pengajar? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat. Ini mungkin sedikit terkeluar dan soalan ini agak spesifik. Saya akan membuat jawapan secara bertulis untuk respons kepada soalan yang agak spesifik ini. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Sekian, terima kasih dan kita bergerak kepada soalan dan pertanyaan seterusnya.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, terdapat satu isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong pada dua ke tiga hari yang lalu dan saya telah pun berjumpa dengan Yang Berhormat Kubang Kerian. Untuk itu, saya minta Yang Berhormat Kubang Kerian bangun dan memberikan penjelasan. Silakan.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk maklumat Dewan yang mulia, saya telah pun mengadakan pertemuan dengan Tuan Yang di-Pertua dan saya telah memberi penjelasan berhubung dengan beberapa kekhilafan yang berlaku. Saya fikir perkara ini tak perlu kita panjangkan kerana kita banyak isu penting. Jadi, saya fikir kalau sekiranya timbul kekhilafan, saya mohon maaf dan kita terus kepada agenda yang lebih pentinglah untuk kepentingan rakyat. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Inilah semangat yang kita ada. Saya dah jumpa dengan Yang Berhormat Kubang Kerian dan pemahaman kita berbeza namun apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian itu telah pun dimaklumkan kepada saya.

final • 10:30 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan jenis barang makanan yang memerlukan permit AP untuk diimport ke dalam negara dan apakah rasional keperluan ini.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Cheras. Bagi pengimportan barang makanan yang dikawal selia di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, sekarang dikenali sebagai KPKM.

Terdapat dua jenis permit yang dikenakan iaitu yang pertama, approved permit (AP) dan kedua, permit import (IP) di bawah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Buat masa ini, hanya satu jenis komoditi iaitu beras masih memerlukan approved permit (AP) bagi tujuan pengimportan ke dalam negara manakala bagi empat komoditi pertanian yang dikenakan AP sebelum ini iaitu keratan ayam dan ayam bulat, susu cair, kubis bulat serta kelapa dua biji telah dimansuhkan AP berkuat kuasa mulai 18 Mei 2022.

AP masih dikenakan kepada beras untuk melindungi komoditi strategik makanan ruji rakyat Malaysia serta pesawah yang terlibat dalam industri beras tempatan. Bagi komoditi beras, pemegang AP tunggal adalah Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) yang diberi tanggungjawab untuk mengimport beras ke dalam negara menerusi konsesi yang dilanjutkan selama 10 tahun bermula tahun 2020.

Terdapat 10 obligasi sosial yang perlu dipatuhi BERNAS di dalam terma konsesi tersebut merangkumi tambahan jumlah simpanan stockpile beras negara bagi tujuan sekuriti makanan negara yang selaras dengan usaha kerajaan untuk memartabatkan industri padi dan beras negara di samping mengurangkan implikasi kewangan yang besar

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

kepada kerajaan dalam mengurus industri. Setakat ini, kerajaan melalui BERNAS telah memastikan bekalan beras dalam negara mencukupi pada setiap masa.

Tuan Yang di-Pertua, kawalan biosekuriti untuk melindungi negara daripada ancaman penyakit, makhluk perosak, keselamatan serta kebersihan makanan termasuk aspek halal sentiasa juga menjadi keutamaan KPKM dan bagi tujuan ini, pengimportan komoditi pertanian dan produk berasaskan pertanian tertentu adalah tertakluk kepada permit import (IP) MAQIS.

Jenis barangan yang memerlukan IP adalah seperti yang disenaraikan di dalam Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017. Komoditi pertanian dan barang makanan yang mempunyai risiko kepada bio sekuriti perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh jabatan berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Jabatan Pertanian (DOA) atau Jabatan Perikanan (DOF) bagi membolehkan pengimport mendapatkan kelulusan IP daripada MAQIS.

Sebagai contoh, pengimportan daging dan produk berasaskan haiwan ternakan perlu diambil daripada sumber rumah sembelihan dan loji pemprosesan luar negara yang diiktiraf oleh KPKM menerusi DVS. Untuk pengauditan rumah sembelihan dan loji pemprosesan luar negara perlu dilaksanakan bagi memastikan produk hasilan haiwan yang diimport adalah bebas daripada penyakit haiwan, selamat daripada pencemaran biologi, bahan kimia yang bahaya, bersih, suci serta mematuhi ketetapan halal untuk produk halal seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Dalam hal ini, kebenaran pematuhan IP bagi produk pertanian adalah amalan standard yang ditetapkan oleh setiap negara peringkat antarabangsa.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya soalan tambahan Yang Berhormat Cheras.

final • 10:30 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Persoalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah, adakah kerajaan merancang untuk melonggarkan syarat bagi import bahan makanan masuk ke Malaysia? Ini adalah kerana memandangkan bekalan tempatan terganggu seperti telur dan khinzir disebabkan African Swine Fever (ASF). Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Tuan Chan Foong Hin

Untuk makluman Yang Berhormat Cheras, kawalan biosekuriti keselamatan, kebersihan makanan sentiasa merupakan keutamaan kementerian ini KPKM. So, kerajaan sedar akan wabak penyakit seperti ASF atau seperti highly pathogenic avian influenza (HPAI) yang menjangkiti unggas atau khinzir ini sedang tersebar di beberapa negara di dunia. Hal ini boleh mengakibatkan sumber bekalan ayam, telur ayam dan khinzir akan terjejas. Dalam menjamin sekuriti makanan dalam negara, kementerian telah mengambil langkah intervensi dengan menambah sumber bekalan makanan import daripada loji pemprosesan luar negara yang telah mematuhi syarat- syarat kemasukan yang ditetapkan oleh Malaysia.

Walau bagaimanapun, pihak kementerian melalui pihak berkuasa kompeten seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sentiasa ambil langkah-langkah yang berhati-hati dalam menetapkan syarat import untuk haiwan dan doktor haiwan untuk memastikan penyakit tersebut tidak merebak ke dalam Malaysia. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Tumpat.

final • 10:30 AM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Memandangkan sekarang ini kita difahamkan bahawa kebergantungan kerajaan untuk beras khususnya kepada luar negara masih lagi dalam tahap 30 peratus, apakah perancangan kerajaan daripada segi jangka panjang untuk mengurangkan kebergantungan kepada luar negara dengan meletakkan peratusan berkadar sekurang- kurangnya meletakkan tempoh lima tahun untuk penempatan ataupun pengumpulan bekalan dalam negeri dapat diselesaikan oleh orang tempatan. Saya mohon pandangan.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Tuan Chan Foong Hin

Jawapan untuk soalan tambahan Yang Berhormat ini merujuk kepada apakah cara-cara kementerian akan ambil untuk mengatasi SSL terutama untuk beras. Untuk beras ini, kita melalui BERNAS kerana BERNAS pemegang AP yang tunggal. So melalui BERNAS, mereka akan membantu dalam cara ini untuk menguruskan pembayaran subsidi kepada petani di bawah Skim Subsidi Harga Padi. Ini merupakan salah satu cara kementerian melalui BERNAS untuk membantu petani tempatan bagi membangunkan industri beras tempatan.

Akan tetapi yang penting sekali, melalui ucapan Belanjawan 2023 Malaysia Madani yang baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Yang Berhormat Menteri Kewangan telah memaklumkan bahawa selain sumbangan daripada RM60 juta yang disediakan untuk para pesawah miskin, BERNAS telah bersetuju untuk membuat perkongsian keuntungan (profit sharing) daripada import beras dengan menyumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput, Yang Berhormat Sungai Besar.

final • 10:40 AM

2. Datuk Haji Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pendidikan menyatakan berapa banyak kursus ditawarkan di kolej-kolej vokasional dalam program Diploma Vokasional Malaysia dan berapa program atau kursus yang telah mendapat pengiktirafan dari agensi kelayakan MQA dan berapa kursus yang masih belum mendapat pengiktirafan MQA sehingga setakat ini.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat terdapat 606 penawaran program diploma di 86 buah kolej vokasional (KV), Kementerian Pendidikan Malaysia. Kesemua program diploma tersebut talah mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Sehingga kini sebanyak 572 bersamaan dengan 94.4 peratus program diploma telah mendapat pengiktirafan akreditasi penuh.

Sementara itu, baki sebanyak 34 bersamaan 5.6 peratus program dalam proses penilaian oleh MQA. Kelewatan penilaian ini disebabkan pandemik COVID-19 dan keputusan akreditasi penuh dijangka akan diperoleh pada Jun 2023, tahun ini. KPM komited untuk memastikan semua program di KV mendapat akreditasi penuh dan pemantauan berterusan dilaksanakan bagi menjamin kualiti program mematuhi standard akreditasi MQA, sekian terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang meyakinkan. Yang Berhormat Timbalan Menteri kita tahu pada pandangan mata kasar kita bahawa kewujudan Kolej Vokasional ini merupakan satu inisiatif kita ke arah pembelajaran berasaskan pendidikan berasaskan kerjaya (work- based learning) berbanding dengan exam-based learning yang berasaskan kepada ataupun mengutamakan meritokrasi sebagaimana yang diamalkan sekarang ini.

Cumanya soalan saya adakah program-program yang hari ini dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri lebih 500 program telah mendapat MQA? Soalan saya, adakah ini laluan utama daripada lulusan kolej vokasional untuk menyambung pelajaran ataupun menjadi teras penting pengambilan ke peringkat ijazah di IPTA dan sekarang ini beberapa IPTA yang telah menawarkan program di peringkat ijazah pada lepasan- lepasan DVM Kolej Vokasional ini? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar.

Tentang data itu, berapa ramai itu saya tidak ada data pada masa ini, saya akan berikan kepada Yang Berhormat secara bertulis. Akan tetapi, saya hendak tegaskan di sini semua pengajar yang berkelayakan ijazah sarjana muda kita ambil pelatih atau pengajar di Kolej Vokasional semua memang adalah memiliki ijazah sarjana masing- masing. Okey, jadi dari segi data itu saya tidak ada pada masa kini saya akan berikan kepada Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Bandar Kuching.

final • 10:40 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Sandakan, Sandakan.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila berikan data itu kepada – Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 10:40 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya rasa matlamat utama semua program ini adalah untuk menyediakan anak muda kita untuk pekerjaan masa hadapan. Jadi, soalan saya adakah program yang ditawarkan dalam Kolej Vokasional ini boleh menjamin kebolehpasaran graduan kolej tersebut? Sekian,terima kasih.

final • 10:40 AM

Puan Lim Hui Ying

Okey, terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program di KV, KPM telah berjaya melahirkan graduan yang kebolehpasaran yang tinggi. Kebolehpasaran graduan KPM pada tahun 2018 adalah sebanyak 97 peratus, tahun 2019 adalah sebanyak 98.8 peratus, tahun 2020 sebanyak juga lebih kurang 98 peratus dan tahun 2021 setinggi 99 peratus. Saya hendak tegaskan di sini kebolehpasaran graduan adalah disumbang daripada kualiti program yang ditawarkan di KV.

Di samping itu, program ini juga banyak melaksanakan kerjasama strategik dengan industri seterusnya dapat memenuhi keperluan pasaran kerja terutama dalam industri yang memerlukan kemahiran. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey kementerian ini penting. Saya bagi satu lagi, Yang Berhormat Muar. Silakan.

final • 10:40 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kolej vokasional ini sangat baik tetapi banyak lagi boleh ditambah baik. Ada dua cadangan ringkas daripada saya.

Pertama, saya cadangkan untuk pendekkan masa pembelajaran kerana vokasional ini adalah isu teknikal and it has continuous update, perubahan perlu ikut arus masa. Tempoh masa setahun ke dua tahun itu terlalu panjang khususnya apabila kita telah dapat persetujuan bahawa kolej vokasional ini coraknya technical learning, factory teaching tetapi masih ada subjek-subjek wajib seperti koku, subjek berunsurkan kenegaraan walhal tidak kena mengena dengan kursus yang seseorang itu ambil. Kalau boleh dipendekkan lebih baik.

Kedua, cadangan saya kalau boleh adalah untuk memudahkan credit transfer selepas seseorang itu tamat kolej vokasional jika masuk ke universiti-universiti. Lazimnya ramai mahasiswa complain subjek sama yang diambil semasa kolej vokasional tidak dibenarkan untuk credit transfer apabila mereka masuk universiti kena ulang balik masa pembelajaran lagi panjang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Puan Lim Hui Ying

Okey, terima kasih Yang Berhormat Muar. Ini kita akan ambil maklum dan kita akan telitikan dan kita akan tambah baik. Terima kasih.

final • 10:40 AM

[Soalan No. 3 – YB. Dato' Sri Richard Riot anak Jaem (Serian) tidak hadir]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, short and sharp. Yang Berhormat Gerik.

final • 10:40 AM

4. Tuan Fathul Huzir bin Ayob [Gerik] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah usaha kerajaan untuk menaik taraf atau membina semula Lebuhraya Timur Barat FT004 (LRTB) yang telah berusia lebih 40 tahun ini dan sering kali menyebabkan kemalangan maut sejak akhir ini sedangkan ia adalah jalan utama yang menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur kepada Pantai Barat seperti Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Gerik.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam persekutuan FT004, Lebuhraya Timur-Barat yang dimaksudkan adalah Jalan Baling-Gerik-Jeli iaitu sepanjang 222.94 kilometer. Kementerian ini telah melaksanakan kerja-kerja pembaikan kerosakan jalan di laluan Lebuhraya Timur-Barat iaitu melalui Program Penyelenggaraan Berkala Pavement dan Bukan Pavement.

Jumlah keseluruhan yang telah diluluskan bagi kerja-kerja penyelenggaraan berkala pada tahun 2021 dan 2022 adalah sebanyak RM18.116 juta dan RM22.3 juta.

Bagi rancangan pembaikan dan penyelenggaraan untuk tahun 2023, Jabatan Kerja Raya telah mengenal pasti kerosakan yang berlaku di jalan tersebut dan telah menyediakan anggaran penyelenggaraan jalan sebanyak RM113.355 juta untuk menjalankan kerja- kerja pembaikan jalan di Lebuh Raya Timur-Barat.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan kerja-kerja tersebut adalah tertakluk kepada nilai keputusan peruntukkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan senarai keutamaan kerja berdasarkan penilaian tahap kritikal kerosakan jalan bagi keseluruhan jaringan Jalan Persekutuan daripada pihak Jabatan Kerja Raya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini mengambil maklum cadangan Ahli Yang Berhormat berhubung keperluan menaik taraf Lebuhraya Timur-Barat FT004. Semakan kementerian ini mendapati tiada permohonan menaik taraf jalan berkenaan diterima daripada Kerajaan Negeri Kelantan, Perak dan Kedah pada rolling plan ketiga (RP3), Rancangan Malaysia Ke-12.

Kementerian ini akan meneliti rancangan projek tersebut apabila dimohon dalam rolling plan yang akan datang dan akan diangkat untuk pertimbangan agensi pusat sekiranya memenuhi aspek teknikal untuk dilaksanakan tertakluk kepada keutamaan kerajaan negeri serta kesediaan agihan peruntukkan pembangunan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sebelum saya memberikan soalan tambahan kepada Yang Berhormat Gerik, sila maklumkan on record soalan Yang Berhormat Gerik masih lagi nombor empat kerana Yang Berhormat Serian tidak hadir sebab itu saya panggil Yang Berhormat Gerik. Silakan, Yang Berhormat Gerik hendak tanya soalan tambahan? Slowly Yang Berhormat Gerik, take your time.

final • 10:40 AM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Tuan Yang di-Pertua. Okey, saya ingin bertanya pada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan jika kerajaan mampu, tahun 2023 mungkin kita hendak bajet tambahanlah untuk supaya jalan itu menjadi selesai cepat, ya? Ataupun jika kerajaan tidak mampu, adakah kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan untuk kita menswastakan jalan ini? Sekian terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Gerik, Tuan Yang di-Pertua. Kita sebenarnya, kita tahu, kita faham bahawa penglibatan di tujuh kawasan Parlimen ia amat penting dan laluannya begitu panjang melibatkan 222 kilometer dan usianya telah mencecah 40 tahun dan sudah pastilah kekerapan kerosakan itu biasa berlaku.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Oleh sebab itu, saya nyatakan bahawa dengan peruntukan RM113 juta, kita laksanakan di kawasan blackspot dan sebenarnya masih tidak mencukupi. Setakat hari ini Yang Berhormat, Lebuh Raya Timur-Barat ini tidak ada dalam perancangan untuk kita swastakan. Akan tetapi, walau bagaimanapun apabila dibangkitkan oleh Yang Berhormat, dalam hal-hal ini mungkin saya boleh bangkitkan semula apabila berlakunya dalam mesyuarat, sama ada post Cabinet ataupun akan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri, diangkat di Kementerian Kerja Raya, diangkat kepada mesyuarat dalam Kabinet.

Terima kasih Yang Berhormat Gerik.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

[Bangun]

final • 10:50 AM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Tuan Yang di-Pertua, Jeli. Soalan tambahan.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:50 AM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Okey. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab laluan ini sudah terlalu teruk Yang Berhormat Menteri, dan kerap kali digelarkan oleh pengguna-pengguna jalan raya tersebut ialah sebagai satu jajaran jalan maut.

Apakah tindakan dan usaha kerajaan dalam jangka masa pendek yang terdekat ini untuk memberi keselesaan kepada pengguna untuk mengurangkan kadar kemalangan biasa dan juga kemalangan maut yang sering kali berlaku di laluan tersebut. Mohon penjelasan.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Jeli.

Sebenarnya itu yang saya nyatakan daripada awalan, kita telah membuat pemantauan kerja-kerja berskala iaitu boleh dikatakan rondaan setiap hari. Daripada segi rondaan itu, itu yang kita dapat keputusan bahawa jalan-jalan yang mana perlu dibaiki yang kita namakan blackspot yang menjadikan berbahaya kepada pengguna itu yang kita berikan keutamaan dengan peruntukan yang kita ada. Sebenarnya peruntukannya amat memerlukan, agak besar.

Akan tetapi, yang kita terima agak sedikit kekurangan. Jadi, kami terpaksa memilih kawasan-kawasan blackspot dan bergantung kepada Jabatan Kerja Raya di peringkat daerah-daerah mengemukakan permohonan-permohonan. Oleh sebab itu saya katakan yang terlibat dalam tujuh buah kawasan Parlimen, sudah pastilah sekurang- kurangnya tujuh buah daerah, ya ataupun lebih. Jadi, kita bergantung pada permohonan itu dan kita lakukan di mana kawasan blackspot yang menjadi keutamaan sering dibangkitkan oleh orang ramai.

Oleh sebab itu, kita pun ada mempunyai website yang boleh diadukan terus selain daripada aduan yang dilakukan oleh Yang Berhormat semasa sidang Dewan ini. Kita sentiasa ada. Boleh dikatakan setiap hari kita menerima daripada website kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa, Yang Berhormat Tampin.

final • 10:50 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bencana banjir musibah tahunan, Sektor pertanian perlu pembelaan, Soalan lima sudah dikemukakan, Masyarakat Tampin menunggu jawapan.

final • 10:50 AM

5. Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan pelan intervensi terhadap industri pertanian, penternakan dan perikanan yang sering mengalami kerugian saban tahun akibat bencana banjir bagi memastikan kelangsungan serta keterjaminan makanan negara.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tampin. KPKM sentiasa peka berkenaan tentang kesan perubahan iklim yang akan menjejaskan sektor agromakanan negara. Peningkatan hujan yang mengakibatkan tanah runtuh dan banjir telah menjejaskan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dalam agromakanan sekali gus akan menjejaskan warga agromakanan seperti petani, pekebun dan penternak terutamanya yang berskala kecil.

Persiapan bagi menghadapi monsun timur laut setiap tahun sentiasa diberikan keutamaan. Bilik gerakan bencana KPKM Incorporated di peringkat negeri telah diaktifkan lebih awal bagi memantau perkembangan cuaca serta perkembangan terkini ekosistem

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

agromakanan sekiranya banjir berlaku di sesuatu kawasan. Bilik gerakan bencana KPKM di peringkat daerah dan negeri juga akan membuat hebahan awal kepada golongan sasar dan melaksanakan pelan mitigasi bagi mengurangkan kerugian kepada sektor agromakanan negara ketika bencana berlaku.

Kementerian ini melalui KPKM Incorporated telah mengadakan sesi libat urus bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bagi memastikan maklumat berhubung penyelarasan bencana banjir di peringkat daerah dan negeri sentiasa dikemas kini dan disampaikan kepada kumpulan sasar, terutamanya di kawasan-kawasan yang berisiko mengalami bencana.

Jawatankuasa ini juga akan menjalankan kerjasama strategik dengan jabatan dan agensi yang berkaitan di lapangan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pejabat daerah dan lain-lain bagi memastikan keselamatan dan kebajikan warga agro ini diberikan perhatian. Satu terma rujukan (TOR) khusus telah disediakan bagi memastikan fungsi dan peranan setiap jawatankuasa adalah jelas dan pelaksanaan tugas dapat dijalankan secara tuntas.

Selain itu, kerajaan sehingga kini juga telah menyalurkan peruntukan RM19.72 juta pada tahun 2021 iaitu sebanyak RM6.08 juta melalui Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA) dan RM13.64 juta melalui Tabung Bencana Tanaman Padi

(TBTP). Manakala pada tahun 2022, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM62.77 juta iaitu RM40.54 juta melalui PPSPA dan RM22.23 untuk TPTP bagi membantu petani, penternak dan nelayan.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat Tampin.

final • 10:50 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih dan tahniah Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Tahun lalu, pihak kementerian ada menyatakan hasrat untuk memperkenalkan Skim Insurans Takaful Agromakanan dengan menjadikan sektor padi dan beras sebagai projek rintis serta akan diperluaskan secara berperingkat ke sektor-sektor pertanian yang lain. Soalan saya, apakah perkembangan terkini berhubung cadangan tersebut dan bilakah Skim Insurans Takaful Agromakanan berkenaan boleh dimanfaatkan oleh golongan tani serta diperluaskan ke sektor-sektor pertanian yang lain bagi membantu mereka apabila berlaku musibah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Agrobank telah diberikan mandat untuk melaksanakan Skim Takaful Pertanian bermula dengan sektor padi. Sekarang baru hendak bermula dengan sektor padi. So, Skim Takaful Tanaman Padi ini dirangka untuk menangani isu berkaitan kehilangan modal dan pendapatan yang disebabkan oleh faktor luar kawalan seperti banjir kah, kemarau, ribut, penyakit tumbuhan dan serangan makhluk perosak.

Skim ini mempertingkatkan kaedah yang sedia ada iaitu Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) sedia ada melalui cara-cara yang berikut. Ia terbuka kepada kesemua pesawah yang berdaftar dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK). Jumlah pampasan yang lebih tinggi sehingga RM3,000 setiap hektar semusim berbanding sekarang yang sedia ada RM1,800 setiap hektar semusim. Jumlah tuntutan tidak terhad kepada tiga hektar dan proses kelulusan tuntutan yang lebih efisien. Akhir sekali, akan mengurangkan beban kewangan untuk kerajaan.

Untuk makluman Yang Berhormat, ini masih- dalam masa yang terdekat kita akan melancarkan ini. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 10:50 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih. Saya ingin mendapat penjelasan. Akibat daripada perubahan iklim juga, kesan yang langsung berlaku kepada penanam getah di mana sekarang ini satu jenis penyakit yang menyerang pokok-pokok getah seluruh negara yang menyebabkan berlakunya meluruh di luar musim

final • 10:50 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

dan dua, tiga kali setahun. Ini mendatangkan kesan kepada penoreh getah. Saya ingin mendapatkan penjelasan, sehingga setakat ini berapakah keluasan yang telah dijangkiti wabak ini? Apakah tindakan kerajaan bagi mengatasi kerana ia berkait rapat dengan isu perubahan iklim dan musim hujan yang berterusan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Chan Foong Hin

Ya, untuk makluman Yang Berhormat, getah bukan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Ia terletak di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tuan Hassan bin Saad, Yang Berhormat Baling.

final • 10:50 AM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor enam.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

6. Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan sama ada kementerian bercadang untuk meningkatkan harga lantai getah sekerap kepada RM3 sekilogram bagi menyerap impak kejatuhan pendapatan para penoreh ketika ini.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Siti Aminah binti Aching

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Baling. Kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan pekebun kecil getah yang mana pendapatan mereka akan terjejas apabila harga getah merosot. Seperti komoditi lain, getah asli juga berorientasikan eksport dan harganya ditentukan oleh permintaan dan juga penawaran antarabangsa.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Siti Aminah binti Aching

Selain itu, faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi harga getah asli adalah seperti prestasi pasaran hadapan, harga minyak mentah, kadar pertukaran mata wang asing dan pertumbuhan ekonomi negara-negara pengeluar dan pengeksport pertama getah dunia. Berdasarkan pengumuman yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari yang lepas, kerajaan telah pun bersetuju menaikkan paras harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram dengan peruntukan berjumlah RM350 juta.

Selain itu, kerajaan turut menaikkan sumbangan musim tengkujuh pekebun kecil daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh enam bulan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh 320 ribu golongan yang berkenaan. Kerajaan telah melaksanakan insentif pengeluaran getah ataupun IPG sejak tahun 2015 bertujuan untuk mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah di samping menggalakkan mereka untuk terus menoreh.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung cadangan untuk meningkatkan harga lantai getah sekerap kepada RM3 sekilogram, kementerian ini bersama dengan agensi-agensi yang terlibat seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Lembaga Getah Malaysia dan juga Lembaga Industri Getah Sabah telah mengkaji mekanisme penambahbaikan untuk kadar IPG ini.

Dalam hal ini, kementerian akan memperhalusi cadangan tersebut dan akan mengemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan, tertakluk kepada kemampuan kewangan semasa. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Baling.

final • 11:00 AM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau harga getah dinaikkan hanya 20 sen, kalau dibahagi dua dengan tauke getah, dapat RM1.35. Jadi satu bulan dapat RM162. Apa yang penoreh boleh buat? Minggu lepas saya bangkitkan tentang guru duka lara, kali ini penoreh duka lara. Apakah kerajaan bercadang untuk menimbang semula harga lantai RM3 atau RM3 lebih? Lebih-lebih lagi dengan harga barang yang mahal dan anak yang ramai seperti serai. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Datuk Siti Aminah binti Aching

Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan tadi. Okey, seperti yang kita tahu bahawa kita telah pun diumumkan dan dimaklumkan bahawa pada bajet baru lepas kita telah pun dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM2.70. Jadi untuk sementara ini kita tunggu dahulu dan kita laksanakan dahulu yang diumumkan ini dan selepas itu kementerian akan terus berusaha untuk mencari lagi ataupun memikirkan bagaimana cara untuk menaikkan lagi nilai ini dan itu pun bergantung kepada peruntukan kerajaan yang sedia ada. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 11:00 AM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

[Bangun]

final • 11:00 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih. Soalan tambahan saya, kalau di kawasan saya kita tengok penoreh getah, bagaimana kehidupan mereka susah terutama ketika datangnya musim tengkujuh dan sebagainya, ditambah pula harga yang tidak memadai. Apakah langkah kementerian dari jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang untuk memberikan mungkin insentif tambahan atau kenaikan insentif secara one-off terutamanya kepada penoreh-penoreh getah ini? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Datuk Siti Aminah binti Aching

Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat tadi. Soalannya semasa tengkujuh kah? Semasa bulan tengkujuh? Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman kepada Dewan yang mulia ini. Apabila kita punya pekebun-pekebun kecil ini menghadapi musim tengkujuh iaitu lebih kurang dalam empat bulan, jadi kerajaan telah pun menyediakan satu insentif ataupun bantuan kepada mereka yang mana sebelum ini kerajaan telah menetapkan RM600 untuk sebulan.

Akan tetapi alhamdulillah pada bajet yang lepas telah dinaikkan kepada angka RM800 sebulan dan akan diberikan kepada kita punya pekebun-pekebun kecil yang lebih kurang jumlahnya 320 ribu orang seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baiklah Yang Berhormat Sipitang, last. Saya bagi ini persoalan penting, kemukakan soalan.

final • 11:00 AM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah kenapa insentif pengeluaran getah

(IPG) ini hanya dinaikkan sekadar 20 sen sahaja seperti yang dibentangkan baru-baru ini dalam Bajet 2023 ini? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Siti Aminah binti Aching

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sipitang.

Okey, sebenarnya kenaikan 20 sen ini walaupun kita nampak ia kecil tetapi sebenarnya ia besar. Okey, kadar kenaikan paras harga pengaktifan (PHP) 20 sen iaitu lapan peratus daripada RM2.50 kepada RM2.70. Kenaikan ini adalah bertujuan untuk memberikan bantuan serta merta pekebun kecil.

Walau bagaimanapun, pada masa akan datang, kerajaan akan mempertimbangkan kadar yang lebih sesuai dengan mengambil kira keupayaan kewangan negara kerana kerajaan ini sentiasa prihatin kepada kita punya pekebun- pekebun kecil. Jadi sudah tentu kerajaan akan sentiasa melihat dan juga memikirkan masalah ini. Dengan kenaikan ini diharapkan pekebun kecil dapat terus menoreh dan juga meningkatkan pengeluaran kebun mereka. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

final • 11:00 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, nombor tujuh Yang Berhormat Mas Gading tidak berada di dalam dewan. Kita bergerak ke nombor lapan. Yang Berhormat Tuan Haji Khairil Nizam bin Khirudin, Jerantut.

final • 11:00 AM

[Soalan No. 7 – YB. Tuan Mordi anak Bimol (Mas Gading) tidak hadir]

8. Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status pembinaan jalan Jerantut-Benta yang sepatutnya selesai pada hujung tahun 2020.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Untuk makluman Yang Berhormat, kemajuan fizikal projek menaik taraf Laluan 64 Fasa 1, Segmen 7 ini telah mencapai 95 peratus dan masih mengikut jadual perancangan yang ditetapkan. Skop kerja utama telah pun disiapkan dan kini dalam fasa akhir. Penyiapan melibatkan kerja-kerja pemasangan perabot jalan, lampu jalan, lampu isyarat, longkang jalan dan penyambungan utiliti Telekom Malaysia.

Kerja-kerja penyelenggaraan jalan persekutuan adalah berpandukan kepada Perjanjian Penswastaan Penyelenggaraan Jalan Persekutuan (FRM) atau Federal Road Maintenance dan SOP senggara jalan. SOP senggara jalan akan dikemaskinikan mengikut keperluan dan pindaan dari semasa ke semasa.

Pihak kementerian melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam tindakan untuk membuat pengemaskinian dan pindaan kepada SOP senggara jalan bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dapat dijalankan dengan sebaiknya. Untuk makluman Yang Berhormat, program penyelenggaraan jalan persekutuan terbahagi kepada dua skop penyelenggaraan iaitu skop penyelenggaraan rutin dan serta skop penyelenggaraan berkala. Bagi penyelenggaraan rutin ianya merangkumi beberapa kerja penyelenggaraan seperti berikut:

(i) penyelenggaraan pavement, potholes, patching;

(ii) penyelenggaraan bahu jalan;

(iii) pemotongan rumput;

(iv) penyelenggaraan perabot jalan;

(v) penyelenggaraan jambatan, pembetung; dan

(vi) penyelenggaraan longkang.

Penyelenggaraan rutin ini dilaksanakan mengikut pusingan kerja yang telah ditetapkan sebagaimana termaktub dalam FRM. Manakala, bagi skop penyelenggaraan berkala pula ianya terbahagi kepada dua program iaitu program penyelenggaraan berkala pavement dan juga program penyelenggaraan bukan berkala pavement. Kerja-kerja bagi penyelenggaraan berkala ini akan dilaksanakan berdasarkan keputusan peruntukan yang diterima oleh pihak kementerian dari semasa ke semasa. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Jerantut.

final • 11:00 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya baca balik, quote daripada Yang Amat Berhormat Tambun dalam pembentangan bajet baru-baru ini. “Bagi isu jalan-jalan berlubang, khidmat jurutera daerah akan digunakan untuk menyegerakan penurapan kerosakan jalan persekutuan serta pembaikan segera lain berdasarkan aduan rakyat yang diterima. Kerajaan menyediakan 100 ribu ringgit untuk setiap daerah”. Ini daripada muka surat 32 ya, item nombor 87.

final • 11:00 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah kawasan di Jerantut ini biasanya, Jalan FT 64 ini adalah kawasan yang terlibat dengan banjir. Maka banyak jalan yang rosak dan terbaru ada tanah runtuh. Jadi isu yang kita bincang di sana adalah tentang bajet bila berlakunya perkara ad hoc sebegini. Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri bagaimana proses atau SOP yang boleh ditambah baik untuk membolehkan peruntukan sampai dengan lebih cepat untuk membolehkan jurutera daerah (JD) dan jurutera jalan (JJ) untuk melaksanakan tanggungjawab mereka di sana.

final • 11:10 AM

Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Jalan ini merupakan jalan yang sering saya lalui Yang Berhormat kerana ia mencantumkan antara Lipis, Jerantut dan Maran. Saya amat tahu dan berterima kasih kepada Yang Berhormat Jerantut yang membangkitkan perkara ini. Sekurang-kurangnya ia didengari oleh KKR. Saya pun rasa seronok bila Yang Berhormat Jerantut bangkitkan perkara ini.

Kerja-kerja pembinaan jalan ini merupakan daripada Benta dan Jerantut sehinggalah ke Maran yang sudah hampir 20 tahun dan melibatkan kos yang sudah agak tinggi sebenarnya. Jadi soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Jerantut - setiap JD akan menerima RM100,000 untuk memastikan kerja-kerja tersebut dapat diselenggara dengan segera di seluruh negara. Bukan hanya di Jerantut, Lipis atau Sungai Petani tetapi di seluruh negara. Kita hendak pastikan RM100,000 ini dibuat satu ketetapan bahawa kita boleh melaksanakan kerja-kerja yang berbahaya.

Kadang-kadang kita lihat dalam TV, potholes ini yang menyebabkan kemalangan.

Maka akan digunakan seberapa segera. Akan tetapi kalau digunakan untuk projek, kalau RM20,000 satu projek, lebih kurang lima projek sahaja. Pastilah jalan yang begitu panjang jaraknya tidak dapat dilaksanakan. Jadi, kita tumpukan kepada yang berbahaya dan yang memerlukan tindakan segera dengan peruntukan yang diterima sebanyak RM100,000 setiap JD.

Sebelum ini tiada. Alhamdulillah Yang Amat Berhormat Tambun telah mengemukakan perkara ini. Kita bersyukur kerana dapat membantu dengan kadar segera pelaksanaan tersebut. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang memberi kepada seluruh jurutera daerah (JD) sebanyak RM100,000 di seluruh negara.

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 11:10 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bolehkah saya tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah status *Central Spine Road

(CSR)* yang sepanjang 325 kilometer ini dan bilakah ia akan disiapkan sepenuhnya?

Adakah projek ini pernah ditangguhkan? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Walaupun keluar daripada tajuk tetapi saya cuba menjawab. Nama projek Central Spine Road ini telah ditukar kepada Lingkaran Tengah Utama, tidak lagi Central Spine Road.

Akan tetapi tidak apalah sebab sudah lama kita panggil Central Spine Road. Sepanjang jalan yang berada daripada KB sehinggalah Lipis dan ke LPT, sekarang ini dalam progress yang cukup baik.

Cuma ada satu sahaja yang agak sedikit terkebelakang tetapi sudah cuba catch up balik, cuba mengejar balik kerja tersebut. Hanya dua pakej sahaja lagi yang belum ditender, hanya dua pakej sahaja lagi, yang lain sudah ditender dan semua berjalan dengan lancar mengikut progress dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025. Kita doa supaya ia dapat dibuka segera. Kita tahu antara LPT sehinggalah ke Kelantan ini memang menghadapi kesukaran jam amat teruk apabila musim perayaan tetapi Alhamdulillah dapat dilaksanakan dengan baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik terima kasih. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Paya Besar, Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah.

final • 11:10 AM

9. Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:

(a) adakah kementerian mempunyai laporan terperinci dan terkini berkaitan tahap kebolehgunaan fasiliti Pusat Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bagi setiap Parlimen; dan

(b) apakah strategi kementerian bagi memastikan ibu bapa yang mempunyai anak OKU mendaftar kemasukan anak mereka ke PDK.

final • 11:10 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato' Seri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, sebagai perkongsian kepada masyarakat umum yang kurang mengenali mengenai Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ini atau Community Based Rehabilitation Programme adalah satu inisiatif dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi, penyamaan peluang dan integrasi sosial bagi orang kurang upaya (OKU). Program ini dilaksanakan melalui pendekatan multi-sectoral atau kolaborasi membabitkan pelbagai pemegang taruh dengan penglibatan aktif OKU, keluarga, pemimpin tempatan serta masyarakat setempat yang disokong oleh agensi kerajaan dan swasta melalui perkhidmatan kesihatan, pendidikan vokasional dan sosial.

Mulai tahun 2018, semua PDK telah disyaratkan untuk berdaftar sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Langkah ini antara lain boleh memastikan pengurusan kewangan dan aset atau fasiliti PDK diurus mengikut tatacara pengurusan seperti yang ditetapkan oleh pihak ROS.

Bagi memastikan keselesaan pelatih di pusat, JKM sentiasa memantau pengurusan pertubuhan PDK termasuklah pengurusan fasiliti. Antara contoh pemantauan yang dilaksanakan adalah seperti:

(i) lawatan secara fizikal ke PDK sekurang-kurangnya dua kali setahun;

(ii) membuat audit secara rambang;

(iii) lawatan naziran ke atas PDK terpilih; dan

(iv) JKM juga ada melakukan semakan silang dengan ROS bagi memastikan status NGO yang merujuk kepada pematuhan syarat ROS.

Sehingga 31 Januari 2023, terdapat sebanyak 565 buah PDK yang memberi manfaat kepada lebih 18,000 orang OKU di seluruh negara termasuk dua buah PDK di kawasan Parlimen Yang Berhormat iaitu Parlimen Paya Besar. Setiap PDK ini dikelolakan oleh seorang penyelia dan beberapa orang petugas. Untuk makluman, OKU yang hadir ke PDK ini dinamakan pelatih.

Sementara itu Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) amat mengambil berat tentang hak anak-anak OKU untuk mendapatkan perkhidmatan dan pemulihan yang sewajarnya. Justeru, KPWKM turut mempergiatkan usaha bagi meningkatkan peluang dan ruang kepada ibu bapa yang mempunyai anak OKU untuk mendaftar kemasukan anak mereka ke PDK. Antara langkah yang dilakukan adalah menjalankan program PDK bersama penduduk setempat untuk memberi pendedahan kepada umum mengenai program dan perkhidmatan PDK.

Di samping itu, KPWKM juga turut melaksanakan program turun padang bagi menghebahkan maklumat berkaitan PDK. Program ini dilaksanakan berdasarkan semakan sistem maklumat orang kurang upaya (SMOKU) yang akan memberi gambaran jelas tentang taburan OKU berdaftar dan boleh diberi perkhidmatan pemulihan melalui PDK.

final • 11:10 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato' Seri Hajah Nancy binti Shukri

Saya tambah sedikit kerana ia penting sekali. Selain itu, program promosi seperti Program Mini Karnival PDK di setiap negeri, Program Jom Daftar OKU dan hebahan tentang PDK semasa sambutan Hari OKU setiap tahun turut diadakan bagi terus mempromosikan perkhidmatan dan produk PDK kepada masyarakat umum. Ia melibatkan jawatankuasa PDK, penyelia, petugas, pelatih, masyarakat setempat serta pemimpin tempatan.

Maklumat boleh di akses melalui tatapan dan makluman umum melalui pautan laman sesawang JKM iaitu www.jkm.gov.my KPWKM juga bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menyebar luas maklumat. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Paya Besar.

final • 11:10 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang agak komprehensif. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada petugas PDK di seluruh negara khususnya di Parlimen Paya Besar kerana bertungkus-lumus untuk membangunkan anak-anak OKU.

Yang Berhormat Menteri, persoalan saya adalah berkaitan isu anak-anak yang dahulunya lahir mereka tidak OKU tetapi disebabkan tanpa kawalan yang begitu teliti oleh ibu bapa menyebabkan anak-anak yang berumur satu hingga enam tahun mempunyai risiko masalah mental dan pseudo-autism. Ia menyerupai autism kerana mereka menggunakan gajet. Umur satu hingga enam tahun selalunya Yang Berhormat Menteri, tempoh untuk pembinaan neuron 90 peratus. Akan tetapi bagaimana Yang Berhormat Menteri melihat perkara ini, adakah PDK mempunyai bentuk terapi pemulihan untuk kita selamatkan mereka untuk kembali normal?

Keduanya, sejauh mana program advokasi kepada ibu bapa bahawa tentang peri pentingnya mereka mengawal gajet kepada anak-anak di awal usia. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih kerana mengucapkan terima kasih kepada pegawai- pegawai kita. Ya, memang betul, ramai daripada mereka memang berkorban. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat kerana mengetahui secara detailed mengenai pseudo-autism ini.

Berdasarkan data JKM Yang Berhormat, ada dua bahagian soalan tadi. Sehingga 31 Januari, seramai hampir 42,000 orang OKU dengan autism telah berdaftar dengan JKM. Saya akan menyemak semula dengan JKM, sama ada mereka mempunyai data spesifik bagi pseudo-autism ini seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Ini adalah kerana pendaftaran subkategori OKU autism di JKM yang pernah dimaklumkan kepada saya sebelum ini adalah dibahagikan kepada tiga tahap iaitu ringan (mild) dengan izin, sederhana dan teruk (severe) dengan izin. Oleh itu, jika setelah semakan itu nanti, kalau dapat data spesifik merujuk kepada ini, saya akan kemukakan kepada Yang Berhormat secara bertulis.

Bahagian kedua tadi iaitu untuk makluman semua, aktiviti yang disediakan di PDK merangkumi aktiviti kehidupan harian cara biasa:

(i) pandai pergi ke toilet atau tidak;

(ii) kemahiran motor kasar (gross motor skills) dan kemahiran motor halus (fine motor skills);

(iii) perkembangan sosial dan bahasa;

(iv) pengurusan diri;

(v) 3M iaitu membaca, menulis dan mengira;

(vi) permainan, sukan, rekreasi dan kebudayaan; dan

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

(vii) latihan vokasional.

Selain daripada aktiviti-aktiviti tersebut, ada sebilangan PDK yang menyediakan sesi terapi seperti terapi muzik, terapi berkuda, pet therapy, hydrotherapy dan sebagainya.

Akan tetapi, tidak semua PDK dapat menyediakan semua perkhidmatan itu. Ia bergantung kepada faktor seperti kepakaran petugas dan kemudahan di sekitar PDK yang tidak mempunyai ketidakupayaan pelatih di PDK.

Banyak lagi yang saya hendak sebut di sini, namun begitu untuk advokasi tadi, kepada umum berhubung dengan advokasi terhadap kesedaran tentang kesan penggunaan gajet secara berlebihan dan tanpa kawalan, saya percaya semua pihak perlu berganding bahu melaksanakannya. Di pihak kerajaan, program advokasi ini bukan hanya dijalankan oleh KPWKM dan JKM sahaja, tetapi saya yakin turut dilaksanakan oleh agensi yang lain. Antaranya KKM, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Komunikasi dan Digital. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Kangar.

final • 11:20 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Kangar

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kangar.

final • 11:20 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pasti PDK ini merupakan sebuah institusi yang baik. Namun, apakah isu utama dan cabaran- cabaran yang dihadapi oleh PDK? Apakah perancangan kementerian untuk mengatasinya kerana ia melibatkan golongan OKU dan juga ibu bapa mereka? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kangar. Tuan Yang di-Pertua, memang pun ada cabarannya.

Antara cabaran yang dihadapi oleh PDK ialah masih ramai OKU yang ingin memasuki PDK terpaksa diletakkan dalam senarai menunggu. Walaupun kini mempunyai lebih 500 buah PDK beroperasi di seluruh negara, namun ada sesetengah tempat yang tidak dapat menampung jumlah permintaan yang tinggi.

Selain itu juga, perbezaan taburan atau bilangan OKU di sesebuah tempat menjadikan ia lebih sukar untuk menubuhkan PDK yang hampir dengan kesemua OKU.

Disebabkan ini juga, ada yang tinggal jauh dari PDK dan terpaksa berulang-alik sehingga melebihi sejam perjalanan untuk menghantar anak mereka ke PDK yang paling hampir atau yang masih available, dengan izin, untuk mereka.

Seterusnya, cabaran untuk anak-anak OKU selepas PDK. Ada antara anak-anak OKU atau bekas pelatih PDK yang dihantar ke sekolah arus perdana. Namun, cabaran yang dihadapi oleh mereka bukan sahaja terhad kepada penyesuaian diri sahaja, malah ia turut meliputi penerimaan oleh orang sekeliling seperti rakan-rakan dan juga guru. Hal ini menyebabkan prestasi mereka yang pada asalnya baik di PDK, menjadi merudum apabila memasuki sekolah arus perdana.

Di pihak kerajaan, kita telah menyediakan peruntukan untuk menggalakkan dan membantu lebih banyak penubuhan PDK agar memberi peluang akses yang lebih banyak kepada golongan OKU. Namun pada masa yang sama, bantuan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan sahaja tidak boleh menambah bilangan PDK tanpa kerjasama daripada komuniti sendiri. Maka dengan itu, untuk perancangan masa hadapan, KPWKM sedang meneroka potensi untuk berkolaborasi dengan institut pengajian tinggi tempatan untuk anak-anak ini berpeluang mendapatkan pembelajaran formal asas selain aktiviti pemulihan di PDK. Kita juga mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti JKKK dan Ketua Kampung untuk menggalakkan lebih ramai OKU untuk mendaftar dengan JKM.

Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim, Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh****.** Tuan Yang di-Pertua yang berseri sungguh, Soalan saya nombor sepuluh.

final • 11:20 AM

10. Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah kerajaan berhasrat untuk melaksanakan subsidi bahan api petrol RON 95, serta gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak secara bersasar kepada golongan kumpulan B40 di negara ini memandangkan perbelanjaan subsidi kepenggunaan yang berjumlah RM77.3 bilion bagi tahun 2022 adalah jumlah subsidi tertinggi di dalam sejarah yang pernah ditanggung oleh mana-mana kerajaan.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman, jumlah perbelanjaan subsidi kepenggunaan bagi tahun 2022 adalah sebanyak RM66.3 bilion merangkumi subsidi petrol, diesel, gas cecair memasak, skim subsidi minyak masak, subsidi bil elektrik serta subsidi harga ayam dan telur yang merupakan antara subsidi dengan perbelanjaan terbesar.

Langkah pemberian subsidi dan bantuan dilihat berjaya mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup rakyat. Walau bagaimanapun, pelaksanaan yang tidak bersasar menyebabkan ketirisan berlaku. Jurang harga yang tinggi antara harga pasaran dan harga bersubsidi telah meningkatkan risiko penyeludupan terutamanya diesel. Ini dapat dilihat daripada kecenderungan penggunaan diesel yang meningkat hampir sekali ganda.

Justeru, kerajaan komited dalam melaksanakan pemberian subsidi secara bersasar bagi mengurangkan ketirisan. Langkah pertama yang diambil adalah melalui pemberian subsidi bil elektrik secara bersasar pada separuh tahun 2023 apabila sebahagian kos dilepaskan kepada industri termasuk perbadanan multinasional.

Melalui langkah ini, kerajaan masih menanggung jumlah subsidi elektrik sebanyak RM10.8 bilion berbanding jumlah asal sebanyak RM14.9 bilion. Kerajaan juga sedang mengkaji pelaksanaan pemberian subsidi secara bersasar berasaskan kepada model yang bersesuaian dan kebolehlaksanaan. Pelaksanaan pemberian subsidi secara bersasar ini akan tetap memanfaatkan sebahagian besar rakyat Malaysia tanpa memberi implikasi yang besar kepada kenaikan kos sara hidup.

Jumlah secara detailed petrol, diesel dan LPG, perbelanjaan tahun 2022, subsidinya sebanyak RM50.8 bilion; minyak masak sebanyak RM2.4 bilion; elektrik sebanyak RM9.8 bilion; harga ayam dan telur sebanyak RM1.8 bilion; subsidi kepenggunaan lain seperti tepung, edaran barang, penyeragaman harga Sabah, subsidi Sabah Electricity Sdn. Bhd. sebanyak RM1.5 bilion. Jumlah semua sekali lima perkara yang saya sebut itu sebanyak RM66.3 bilion pada tahun 2022. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 11:20 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Adakah dengan langkah kerajaan yang akan menggunakan pangkalan data bersepadu dan komprehensif membabitkan data daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara, Jabatan Perangkaan, Khazanah Nasional, selain JPJ dalam mekanisme pemberian subsidi bersasar akan benar-benar berkesan dalam mengelak ketirisan dan keciciran?

Bagaimana dengan mereka yang sebelum ini dalam kumpulan M40, tetapi tercicir ke B40 yang banyak berlaku dalam bandar, akan menerima manfaat daripada subsidi bersasar ini?

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya. Saya ingin memaklumkan di sini bahawa daripada segi anggaran penggunaan petrol, diesel dan LPG pada tahun 2022.

Data itu memanglah satu perkara yang ditimbulkan. Kumpulan B40, penggunaan untuk tiga perkara ini pada tahun 2022 lebih kurang 24 peratus, M40 sebanyak 41 peratus, T20 lebih kurang 35 peratus.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Jadi, kalau daripada segi angka, RM5.8 bilion kalau kita darabkan dengan 35 peratus yang diguna oleh T20, nilainya RM17.8 bilion. Jika kita tidak mahu lagi T20 mendapat subsidi petrol, diesel LPG, kerajaan boleh menjimatkan RM15 bilion ke RM17 bilion. Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh bayangkan berapa banyak perkara lain yang kita boleh guna daripada RM15 bilion ke RM17 bilion itu untuk membantu rakyat dalam pelbagai perkara dan urusan di 26 kementerian.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, silakan.

final • 11:30 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Puncak Borneo.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Sri Gading.

final • 11:30 AM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, jawapan daripada Timbalan Menteri sangat munasabah untuk kita fikirkan tentang tindakan. Oleh kerana kita sedia maklum bahawa subsidi bersasar ataupun subsidi ini bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah. Akan tetapi apabila berlakunya penyeludupan yang mengakibatkan bukan sahaja golongan berpendapatan rendah ini tidak dapat tetapi ia telah mengkhianati negara.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi, apakah tindakan yang sewajarnya di ambil dan telah diambil kepada mereka yang telah melakukan pelanggaran penyeludupan ini?

final • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Penyeludupan. Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading atas pertanyaan yang diberikan. Sebagai contoh diesel, penggunaan diesel pada tahun 2018, tahun 2019. Jumlah subsidi yang diberi RM5.8 bilion hingga RM6.1 bilion. Akan tetapi pada tahun 2022, diesel ini meningkat kepada RM8.4 bilion subsidi kerana penggunaan yang bertambah. Adakah penggunaan itu penggunaan sebenar atau penggunaan yang bertambah itu adalah kerana penyeludupan?

Oleh sebab itu, memang lah kami menganggarkan sejumlah yang tertentu diesel diseludup dengan pelbagai kaedah, begitu juga petrol RON95 juga diseludup dengan pelbagai kaedah. Oleh sebab RON95 Malaysia RM2.50 ini jauh lebih murah daripada negara-negara jiran. Indonesia RM3.78 seliter, Singapura RM8.51 seliter, Indonesia tadi RM3.78 seliter, Thailand RM5.71 seliter. Ini angka tahun 2022.

Bayangkan kita RM2.05, maka banyaklah diseludup ke negara jiran, contohnya.

Jadi, penyeludupan ini kita akan terus memantau dengan pelbagai agensi secara bersepadu antaranya kastam di bawah Kementerian Kewangan, mungkin terlibat juga agensi-agensi lain pastinya Polis Diraja Malaysia, APMM untuk menjaga persisiran pantai antara lain. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Tuan Yang di-Pertua, Puncak Borneo soalan tambahan. Satu boleh?

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Puan Teresa Kok Suh Sim, Seputeh.

final • 11:30 AM

11. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan jumlah keluasan tanah yang telah ditanam kelapa sawit di Malaysia. Kenapa tanah penanaman sawit yang telah dipersijilkan MSPO boleh mencecah 113.99 peratus dalam app MSPO-TRACE setakat Januari 2023.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Siti Aminah binti Aching

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Seputeh yang bertanya. Merujuk kepada aplikasi MSPO-TRACE terdapat dua jenis keluasan yang dilaporkan iaitu:

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Siti Aminah binti Aching

(i) keluasan keseluruhan kawasan yang diliputi bagi tujuan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO); dan

(ii) keluasan bertanam sawit yang dipersijilkan MSPO.

Keluasan bertanam sawit yang dipersijilkan MSPO adalah berbeza dengan keluasan keseluruhan kawasan yang diliputi bagi tujuan pensijilan MSPO. Keluasan keseluruhan kawasan meliputi kawasan kelapa sawit yang matang dan belum matang, kawasan konservasi, kemudahan, bangunan, jalan raya dan lain-lain seperti mana yang dinyatakan dalam geran tanah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, prestasi keseluruhan pencapaian pensijilan MSPO dinilai melalui keluasan bertanam sawit yang berjaya dipersijilkan MSPO berbanding jumlah keluasan bertanam sawit yang dilesenkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Dalam hal ini, jumlah keluasan bertanam sawit yang telah dipersijilkan MSPO di seluruh negara sehingga 31 Januari 2023 adalah melebihi 5.5 juta hektar, manakala jumlah keluasan bertanam sawit yang dilesenkan oleh MPOB sehingga 31 Disember 2022 adalah melebihi keluasan 5.6 juta hektar. Sehubungan dengan itu, peratusan pencapaian keluasan bertanam sawit yang telah dipersijilkan MSPO berbanding keluasan bertanam sawit dilesenkan MPOB sehingga 31 Januari 2023 ialah 97.88 peratus dan bukannya 113.99 peratus. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Seputeh.

final • 11:30 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebenarnya saya agak keliru. Di sini saya tidak pasti sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri ada semak ini MSPO-TRACE, ada satu app ini. Ia jelas menunjukkan yang jumlah tanah setakat 28 Februari 2023 iaitu hari ini yang jumlah keluasannya ialah 6.5 juta yang ditulis di sini dan peratusannya ialah 113.56 peratus. Jadi, sebenarnya siapa yang tengok app yang data ini mereka akan rasa keliru, kenapakah yang tanah dipersijilkan itu nampaknya lebih luas, lebih 100 peratus.

Sebenarnya inilah soalan saya. Saya hendak menyeru kementerian atau MPOB semak semula apa yang kita paparkan dalam MSPO-TRACE. Oleh sebab yang tanya soalan ini bukan saya sahaja dan termasuk juga pemain industri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya juga hendak tanya. Apakah antara elemen terbaharu dalam piawaian MSPO sekarang?

Apakah yang kementerian masih mengekalkan dasar yang mana kita ingin mengehadkan keluasan penanaman sawit sehingga 6.5 juta hektar di seluruh negara? Ini adalah dasar yang diluluskan oleh Kabinet. Akan tetapi kalau saya lihat apa yang dipaparkan sini, nampaknya kita sudah melebihi 6.5 juta hektar ini. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Siti Aminah binti Aching

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh atas soalan tadi. Pertama, mengenai jawapan yang pertama. Kalau tidak menepati, kita akan hantar secara bertulis Yang Berhormat, sebab ini adalah merupakan kita kena melihat melalui- dilihat secara detailed, Yang Berhormat. Kedua pula, mengenai apakah elemen terbaru ya. Ini di antara elemen-elemen terbaru dalam MS2530-2022 adalah seperti berikut:

(i) penilaian nilai pemuliharaan tinggi (high conservation value) yang menekankan tentang langkah-langkah yang bersesuaian bagi tujuan pelindungan spesis ataupun habitat;

(ii) pengiraan gas rumah kaca melibatkan pengiraan, pengesahan dan pelaporan yang betul. Pelepasan gas rumah kaca, ladang atau kilang dengan mengambil kira data inventori mereka.

Contohnya, jumlah bahan bakar, bangunan elektrik, penggunaan elektrik, baja, racun rumpai yang telah digunakan dan lain-lain inventori yang berkenaan;

(iii) penilaian kesan sosial merupakan satu proses menganalisis, memantau dan mengurus kesan sosial yang dijangka atau tidak terjangka sama ada kesan positif atau negatif yang terhasil

final • 11:30 AM

Datuk Siti Aminah binti Aching

daripada sesuatu langkah intervensi dasar program, pelan juga dan projek, dan apa-apa proses perubahan sosial; dan

(iv) untuk memperkukuhkan lagi piawaian MS2530 2022, terdapat cukai penambahbaikan, penambahan elemen baru iaitu tatalaku beretika yang mana elemen ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada pihak majikan dan organisasi.

final • 11:30 AM

Datuk Siti Aminah binti Aching

Semua organisasi diwajibkan untuk mematuhi tatalaku beretika dan anti rasuah dalam hubungan perniagaan mereka dengan pekerja, komuniti dan pihak berkepentingan.

Elemen ini adalah sejajar dengan seksyen 17(2) dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018 [Akta A1567]. Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Yang di-Pertua, Sik bangun, soalan tambahan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Sik, silakan.

final • 11:40 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Persoalan saya berkaitan penanaman sawit ini khususnya penanaman semula sawit. Perbincangan di pihak peladang ataupun pekebun kita, khususnya pekebun-pekebun kecil dan peneroka FELDA, kos penanaman semula sawit sekarang ini sangat meningkat, meningkat dengan begitu tinggi sehingga 30 peratus.

Satu hektar kosnya melebihi hampir RM18,000. Jadi, soalan saya adakah pihak kementerian melihat ada insentif baharu ataupun subsidi daripada MPOB untuk membantu khususnya pekebun-pekebun kecil dan sawit ini untuk mengurangkan kos penanaman semula sawit. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:40 AM

Datuk Siti Aminah binti Aching

Terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanya. Mengenai dengan insentif untuk penanaman-penanaman sawit ini memang sentiasa ada. Kerajaan sentiasa memikirkan untuk memberikan sumbangan ataupun insentif -insentif untuk pekebun-pekebun kecil. Akan tetapi ia adalah mengikut kepada kemampuan kerajaan untuk memberikan sumbangan. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Padang Terap, Tuan Nurul Amin bin Hamid.

final • 11:40 AM

12. Tuan Nurul Amin bin Hamid [Padang Terap] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah usaha kerajaan dalam mengurangkan lambakan beban tugasan guru sehingga menyukarkan guru-guru untuk fokus kepada tugasan hakiki mengajar anak murid.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, KPM sentiasa mengambil langkah proaktif dalam usaha mencari penyelesaian terbaik dalam menjamin kesejahteraan guru. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah menyemak semula tugas dan tanggungjawab guru dengan melaksanakan penambahbaikan ke atas fungsi pengurusan di sekolah melalui pewujudan Modul Tadbir Urus Sektor Sekolah (MySG) yang diperkenalkan pada tahun 2021.

MySG iaitu Modul Tadbir Urus Sekolah menjelaskan dengan lebih terperinci empat komponen pengurusan sekolah iaitu pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum.

Terkini KPM telah bersetuju untuk melaksanakan tujuh langkah segera bagi memastikan isu beban tugas guru dapat ditangani seperti yang dimaklumkan dalam kenyataan media KPM, “Pelaksanaan Langkah Segera Ke Arah Kesejahteraan Guru” bertarikh 17 Februari tahun ini. Tujuh langkah tersebut adalah:

(i) memansuhkan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat yang tidak memberikan impak besar

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

terhadap pembelajaran murid dan hanya menambahkan beban tugas guru;

(ii) mengurangkan kekerapan semakan elemen pengurusan sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang melibatkan guru kepada setahun sekali sahaja;

(iii) menetapkan waktu mengunci masuk rekod kehadiran murid yang lebih fleksibel kepada guru iaitu 12.30 tengah hari untuk sesi pagi dan 5.00 petang untuk sesi petang bagi mengelakkan kesesakan dalam sistem;

(iv) pelantikan Pengawas Peperiksaan Awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dan Majlis Peperiksaan Malaysia

(MPM) terbuka kepada individu selain guru yang sedang berkhidmat seperti pesara kerajaan, pelajar institut pendidikan guru (IPG) dan institut pendidikan tinggi (IPT) tetapi perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan;

(v) mengehadkan penganjuran sambutan Hari Guru Tahunan kepada peringkat kebangsaan dan sekolah sahaja;

(vi) menetapkan ringkasan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) di peringkat KPM bagi memastikan guru kembali memenuhi keperluan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil.3/1999, yang merangkumi elemen objektif, pengajaran dan refleksi; dan

(vii) memperkukuh autonomi guru dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pentaksiran bilik darjah (PBD) dengan menjadikan dokumen standard kokurikulum dan pentaksiran di SKP sebagai rujukan.

KPM melalui jawatankuasa mengkaji beban guru akan terus meneliti inisiatif yang boleh membantu meringankan beban tugas guru melalui perbincangan berterusan dengan jabatan pendidikan negeri, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia, Majlis Pengetua Sekolah Malaysia dan Majlis Guru Besar Malaysia.

KPM komited untuk memastikan kesejahteraan guru terjamin dan fokus utama mereka kepada pengajaran dan pembelajaran dapat dioptimumkan. Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Rasah.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Padang Terap.

final • 11:40 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak rujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pada tahun lepas yang menyebut lebih daripada 10,000 orang guru-guru membuat pilihan untuk bersara awal daripada perkhidmatan.

Antara puncanya ialah kerana bebanan tugas guru sepertimana yang kita maklum. Soalan tambahan saya, kalau guru besar ada elaun tambahan, guru penolong kanan pun ada elaun tambahan, adakah kerajaan akan memperkenalkan insentif ataupun bayaran khusus kepada guru gred DG41 yang melaksanakan tugasan di luar kelas?

Contohnya hadir ke mesyuarat ataupun program-program yang di luar bilik darjah.

Adakah kerajaan akan memperkenalkan bayaran elaun khusus untuk guru-guru biasa atau pun guru-guru DG41? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Yang Berhormat. Pada setakat ini, kalau merujuk kepada senarai elaun di bawah KPM, tidak ada elaun khusus yang diberikan kepada guru-guru yang melaksanakan tugasan luar dari bilik darjah termasuk guru-guru yang hadir ke mesyuarat pengurusan sekolah pada hujung minggu.

Sekiranya guru diarahkan bertugas di luar sekolah, guru layak diberikan tuntutan perjalanan. Ini adalah setakat sekarang tetapi kita akan ambil maklum isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, kita akan teliti. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Soalan tambahan.

final • 11:40 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Soalan tambahan.

final • 11:40 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Gopeng.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Sandakan.

final • 11:40 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih juga jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya adalah, adakah guru boleh dipanggil bertugas ketika cuti sekolah? Ketika mereka cuti sekolah, adakah mereka boleh dipanggil untuk bertugas? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Yang Berhormat dari Sandakan. Memang, melalui— ada satu surat siaran KPM yang bilangan dalam tahun 2017, ada memang boleh dipanggil untuk bertugas. Peringatan pelaksanaan tugas guru dalam cuti penggal sekolah, guru-guru boleh diarahkan bertugas semasa cuti sekolah tidak melebihi separuh daripada bilangan cuti penggal sekolah dalam tahun persekolahan tersebut seperti aktiviti mengawas peperiksaan, berkursus, mesyuarat, persediaan awal tahun persekolahan dan lain-lain lagi.

Ini adalah antara tugasan guru. Walaupun ini adalah tugasan luar yang bukan bersifat rutin yang perlu dilakukan setiap hari tetapi ini adalah sebahagian daripada tugas guru juga.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan 13, saya jemput Yang Berhormat Sipitang, Datuk Matbali bin Musah,.

final • 11:40 AM

13. Datuk Matbali bin Musah [Sipitang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan mengenai jalan raya dari Pekan Sipitang ke beberapa buah Kampung Meligan, Iburu, Mendulong, Long Mio dan Long Pasia sepanjang 130km:

(a) status kontraktor yang menyelenggarakan jalan utama dari Sipitang Ke Long Pasia dan adakah cadangan untuk menaik taraf jalan raya tersebut dalam RMK-13; dan

(b) adakah pihak kementerian berhasrat akan menaik taraf jambatan Kampung Kelangsat, Sipitang.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sipitang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jalan Persekutuan yang ada dalam Parlimen Sipitang adalah Jalan Kota Kinabalu, Sindumin, R01 yang merupakan laluan utama yang menghubungkan Pekan Sipitang ke Pekan Beaufort dan disenaraikan oleh konsesi penyiaran Jalan Persekutuan Sabah iaitu Lintasan Resources Sdn. Bhd..

Kementerian ini telah melaksanakan penyelenggaraan rutin setiap tahun di Parlimen Sipitang untuk penyelenggaraan jalan utama, Jalan Persekutuan sepanjang 30.70 kilometer. Selain daripada penyelenggaraan rutin, penyelenggaraan berkala, pavement juga telah diluluskan oleh kementerian pada tahun ini berjumlah RM1.2 juta untuk membaiki permukaan jalan dan komponen di jalan raya tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan semakan, kementerian ini mendapati jalan dari Pekan Sipitang ke beberapa buah kampung seperti Meligan, Iburu, Mendulong, Long Mio dan Long Pasia adalah merupakan jalan negeri iaitu Jalan Meligan, Long Mio dan Long Pasia dengan kod laluan 25196.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Sehubungan itu, kementerian ini berpandangan cadangan untuk menaik taraf jalan tersebut lebih sesuai dilaksanakan melalui peruntukan Kerajaan Negeri Sabah atau di bawah kementerian KKDW kerana bidang kuasa kementerian ini adalah untuk jalan persekutuan sahaja.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jambatan Kampung Kelangsat adalah merupakan jambatan dasar ataupun lebih dikenali sebagai low-level crossing yang terletak di laluan jalan negeri. Aset tersebut adalah bukan merupakan aset Kerajaan Persekutuan. Program untuk menaik taraf jambatan tersebut adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Sabah dan terletak di luar bidang kuasa Kementerian Kerja Raya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Sipitang.

final • 11:50 AM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan tambahan saya ialah saya ingin bertanya bilakah bermulanya Projek Menaik Taraf Jalan Raya Mendulong–Meligan ini. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Yang Berhormat Sipitang, Projek Menaik Taraf Jalan Mendulong– Meligan adalah di bawah bidang kuasa KKDW bukan terletak di bawah Kementerian Kerja Raya. Jadi untuk soalan Yang Berhormat itu kita kena rujuk kepada KKDW bukan di bawah Kementerian Kerja Raya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan tambahan kedua. Tidak ada soalan? Jadi, saya panggil Tuan Roslan bin Hashim, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 11:50 AM

14. Tuan Roslan bin Hashim [Kulim-Bandar Baharu] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan peranan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan terhadap agensi-agensi di bawahnya seperti NAFAS, Lembaga Pertubuhan Peladang serta Pertubuhan Peladang Kawasan bagi memastikan agensi ini mampu mempunyai kepakaran dalam penghasilan produk makanan haiwan ternakan dengan harga yang lebih rendah daripada pasaran untuk kegunaan pengusaha penternak seperti ayam daging, ayam telur dan ternakan lembu.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua, untuk jawapan untuk Yang Berhormat. Untuk makluman, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ini merupakan satu pertubuhan yang sudah wujud 50 tahun. Semalam kita baru merayakan ulang tahun ke-50 untuk LPP dan ini satu agensi kerajaan yang ada satu juta ahli dan juga bergiat aktif dalam menggerakkan industri pertanian. LPP dan juga Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mereka ada kepakaran dalam penghasilan produk makanan haiwan ternakan seperti ayam pedaging, ayam telur dan ayam kampung.

Antara peranan dan aktiviti LPP dan NAFAS ialah :

(i) penanaman jagung bijian seluas 50 hektar oleh peladang di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di PPK Bakri, Johor dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) untuk proses pengeringan jagung. Manakala NAFAS mengenal pasti seluas 12,140 tanah di Kelantan dan Terengganu untuk penanaman jagung bijian; dan

(ii) penghasilan makanan ternakan ayam pedaging dan ayam kampung oleh NAFAS Feedmills Sdn. Bhd. di Muar, Johor.

Kerajaan juga menggalakkan penglibatan swasta dan agensi kerajaan yang lain dalam industri pembuatan makanan haiwan ternakan bagi menghasilkan makanan ternakan dengan harga yang lebih murah. Kerajaan melaksanakan insentif yang seperti berikut:

(i) tidak mengenakan duti import di bawah Perintah Duti Kastam 2022 bagi pengimportan bahan makanan haiwan iaitu jagung bijian dan hampas kacang soya;

(ii) memudah cara prosedur permit import (IP) bagi pengimportan soya, gandum, jagung dan makanan ternakan berasaskan

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

haiwan dan tumbuhan melalui penangguhan fi permit serta mewujudkan priority land bagi proses kemasukan pantas makanan asas; dan

(iii) melaksanakan kajian bagi menghasilkan bahan mentah gantian dari sumber tempatan berasaskan isirung sawit seperti PKC, PKE oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tambahan.

final • 11:50 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang meyakinkan saya. Okey, soalan tambahan daripada saya oleh sebab kos makanan komersial terutamanya dedak haiwan tinggi adalah tinggi, adakah Kementerian Pertanian mempunyai perancangan untuk membangunkan tanaman rumput napier? Permintaan daripada pengusaha penternak kambing, lembu dan ayam piru amat tinggi. Kosnya jauh lebih rendah daripada makanan komersial. Di negara Taiwan dan Indonesia telah menanam secara komersial. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Chan Foong Hin

Untuk makluman Yang Berhormat salah satu hala tuju untuk tahun ini untuk kementerian KPKM adalah tumpu untuk penggantian jagung bijian import. Mengurangkan 30 peratus kebergantungan yang kita menggalakkan penanaman jagung bijian. So, untuk penanaman bahan-bahan yang lain senantiasa di bawah kajian di bawah Jabatan Pertanian. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tambahan Tangga Batu.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Rasah.

final • 11:50 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi berkenaan dengan penanaman jagung. Saya menyambut baik usaha dan inisiatif daripada kementerian. Cuma saya hendak tanya setakat ini, pada ketika ini beberapa peratus jagung yang menjadi makanan ayam ternakan itu dihasilkan di Malaysia?

Oleh sebab kita jangan lupa tahun lepas antara punca ataupun faktor yang menyumbang kepada harga kos untuk penternakan ayam itu meningkat sebab kita import banyak jagung. Kalau soya itu kita fahamlah tidak mungkin kita boleh tanam. Cuma jagung itu. Apakah kementerian mempunyai satu perancangan jangka panjang supaya semua jagung dijadikan ternakan ayam itu ditanam di Malaysia sebab cuaca dan keadaan semasa kita adalah sesuai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Tuan Chan Foong Hin

So, yang setakat ini skala yang penanaman jagung bijian di tempatan memang dipakai di pasaran tempatan. Kita masih belum tercapai satu skala yang boleh eksport seperti negara jiran kita, Thailand. Antara cabaran untuk penanaman jagung bijian ini yang pertamanya cuaca. Cuaca yang lembap semasa peringkat menuai memerlukan penggunaan mesin pengeringan (dryer) menyebabkan kos yang tinggi. Yang kedua, kesesuaian kawasan tersedia untuk tanaman hanya di sebelah utara iaitu di sebelah negeri Perlis kerana cuaca yang lebih kering.

So, setakat ini satu percubaan kita sudah mulai cuba penanaman jagung bijian ini sebenarnya berpuluh tahun yang lalu. Sampai sekarang kita mengambil ajaran daripada kenaikan kos untuk import. Dua tahun ini kita berhasrat dan berazam untuk memajukan industri ini. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tangga Batu.

final • 11:50 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Boleh soalan tambahan lagikah?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 11:50 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan yang ke-15. Rekod untuk penggal ini.

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

Laju betullah.

final • 11:50 AM

15. Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan pelan dinamik kementerian merancakkan kembali industri pelancongan yang dilihat hanya fokus pada pemasaran berbanding menghasilkan produk baharu di samping Malaysia yang tidak tersenarai di dalam carta destinasi pilihan National Geography 2023.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Tuan Yang di-Pertua berikutan pembukaan sempadan negara pada 1 April 2022, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) giat menumpukan kepada usaha-usaha pemulihan industri pelancongan negara. Antaranya mempromosi Malaysia sebagai destinasi pilihan utama dan selamat secara agresif bagi menarik lebih ramai pelancong asing ke Malaysia sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara.

Menerusi Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020–2030, MOTAC memfokuskan kepada elemen-elemen daya tahanan (resilient) dan mampan (sustainable) yang turut melibatkan usaha-usaha untuk membangunkan produk-produk yang berupaya menarik pelancong berkualiti (high yield tourist). Misalnya produk pelancongan berasaskan komuniti CBT. Secara ringkasnya fokus hala tuju industri pelancongan negara adalah pada kualiti berbanding kuantiti.

Oleh yang demikian, MOTAC menerusi Tourism Malaysia giat membangunkan pakej-pakej pelancongan baharu. Berdasarkan permintaan pelancong serta menonjolkan destinasi yang jarang dikunjungi dan unik bagi menggalakkan pelancong untuk melawat lebih banyak tempat tinggal, tinggal lebih lama dan berbelanja lebih banyak. Antara produk pelancongan yang berpotensi adalah Homestay Miso Walai, Kampung Batu Puteh, Sabah yang telah menerima Anugerah Kampung Pelancongan Terbaik 2021 oleh World Tourism Organization (UNWTO) atas komitmen dan inisiatif pemuliharaan dan pemeliharaan budaya tradisional dan alam sekitar.

Selain itu, Tourism Malaysia juga telah membangunkan pakej pelancongan menarik bersama penggiat industri seperti pakej Orou Sapulut di Sabah, pakej Pine Tree Trail and Twin Peak di Pahang, pakej Selama Nature Exploration dan pakej Lenggong– Gerik “Coffee Trail” di Perak serta pakej Bung Jagui dan pakej Manau Camp di Sarawak.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, walaupun Malaysia tidak tersenarai dalam carta destinasi pilihan National Geographic pada tahun 2023, namun Lonely Planet telah menyenaraikan Pulau Tioman sebagai salah satu daripada 13 buah destinasi pulau bulan madu (honeymoon) yang menarik bagi tahun 2023.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Kuala Lumpur pula telah memenangi Best in Travel Award 2023 oleh Lonely Planet dalam kategori gastronomi. Selanjutnya Tourism Malaysia telah berjaya menjalinkan kerjasama dan mengadakan kempen pengiklanan bersama BBC Network selama 12 bulan bermula November 2022 sehingga November 2023 bagi mempromosikan Malaysia sebagai sebuah destinasi yang unik dan memiliki pelbagai budaya, seni dan warisan serta keindahan alam semula jadi yang menarik. Pengiklanan ini adalah meliputi termasuk masa tayang air time dengan tayangan video promosi di BBC TV dan juga branded content pada platform digital BBC bagi pasaran di seluruh dunia.

Selain itu Tourism Malaysia juga telah menerbitkan video promosi baharu bagi pasaran global, The Soul of Malaysia yang ketika ini dimainkan di BBC di seluruh dunia.

Video ini turut diterbitkan bagi versi tarikan khusus seperti nature and adventure, lifestyle and theme park, culture and heritage, islands and beaches, shopping and gastronomy serta marine and underwater. MOTAC mengharapkan kerjasama pengiklanan di BBC dan Discovery Network serta penyenaraian di Lonely Planet akan menyerlahkan daya tampak

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

visibility Malaysia di persada antarabangsa dan sentiasa meletakkan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama dan seterusnya disenaraikan di carta destinasi pilihan National Geographic. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.

final • 12:00 PM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Soalan tambahan, tidak sempat?

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Tidak ada soalan tambahan kah, Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak cukup.

final • 12:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Ikut buku, ikut buku.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 1 Mac 2023. Terima kasih.”

final • 12:02 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yien

Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 12:02 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2023 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2023

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, menurut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari sembilan puluh sembilan bilion ringgit (RM99,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2023, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2023, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 19 Tahun 2023, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut, dan bahawa Usul yang telah diluluskan oleh Dewan ini pada 20 Disember 2022 mengenai perbelanjaan yang dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2023 adalah dibatalkan dan hendaklah disahkan.” [****27 Februari 2023****]

final • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sebelum saya jemput

final • 12:02 PM

Yang Berhormat Kota Melaka, saya ingin baca senarai pembahas hari ini

(i) Yang Berhormat Kota Melaka;

(ii) Yang Berhormat Marang;

(iii) Yang Berhormat Paya Besar;

(iv) Yang Berhormat Indera Mahkota;

(v) Yang Berhormat Port Dickson;

(vi) Yang Berhormat Pokok Sena;

(vii) Yang Berhormat Puncak Borneo;

(viii) Yang Berhormat Bukit Gantang,

(ix) Yang Berhormat Ayer Hitam;

(x) Yang Berhormat Besut;

(xi) Yang Berhormat Puchong;

(xii) Yang Berhormat Sabak Bernam;

(xiii) Yang Berhormat Parit Sulung;

(xiv) Yang Berhormat Sungai Besar;

(xv) Yang Berhormat Balik Pulau;

(xvi) Yang Berhormat Labuan;

final • 12:02 PM

Yang Berhormat Kota Melaka, saya ingin baca senarai pembahas hari ini

(xvii) Yang Berhormat Muar;

(xviii) Yang Berhormat Pasir Putih;

(xix) Yang Berhormat Stampin;

(xx) Yang Berhormat Tumpat;

(xxi) Yang Berhormat Simpang Renggam;

(xxii) Yang Berhormat Tebrau;

(xxiii) Yang Berhormat Baram; Dan kalau sempat kita akan jemput Yang Berhormat Tenom dan Yang Berhormat Kepong.

Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka. 12 minit.

final • 12:02 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. Saya ada empat poin yang hendak saya bangkitkan. Pertama ialah berkaitan dengan pendanaan politik dan korupsi. Kita boleh lihat dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam ucapan bajetnya menekankan keperluan untuk kita banteras rasuah dan ketirisan.

Kita lihat dalam masa tiga bulan yang lepas skandal demi skandal dibongkarkan.

Antaranya kita boleh lihat projek Jana Wibawa, RM7 bilion, projek tebatan banjir RM7 bilion juga, Sistem Imigresen Bersepadu Nasional melibatkan RM1 bilion beri kepada anak menantu. Semua kes ini telah dibongkarkan. Kita semua tahu ini adalah untuk tujuan politik. Untuk tujuan politik.

final • 12:04 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, saya...

final • 12:04 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...dan apabila mereka mengumumkan bahawa ada...

final • 12:04 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang Berhormat, saya hendak...

final • 12:04 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Peraturan apa? Saya tidak izinkan sebarang pencelahan.

final • 12:04 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya hendak dengar semula tentang projek tadi yang saya dengar anak menantu. Saya hendak supaya Yang Berhormat ulang semula supaya kita boleh ambil tindakan terhadap Yang Berhormat. Ya, silakan.

final • 12:04 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua,...

final • 12:04 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Ulang balik. Sila ulang balik dalam dan luar Dewan.

final • 12:04 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ini perkara sudah diketahui seluruh Malaysia. Yang dimaksudkan ialah anak menantu...

final • 12:04 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Ulang balik.

final • 12:04 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Tidak berani. Tidak berani.

final • 12:04 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Ulang balik.

final • 12:04 PM

Seseorang Ahli

Jangan ganggu.

final • 12:04 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya. Boleh semak Hansard minggu lepas saya sudah sebut. Kalau hendak ambil tindakan terhadap saya, minggu lepas saya sudah sebut. Boleh semak Hansard ya Yang Berhormat Pagoh, boleh semak Hansard Yang Berhormat Pagoh. Boleh semak Hansard.

final • 12:04 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Ulang sekarang, kalau berani ulang sekarang.

final • 12:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 12:04 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, saya sudah cakap, Yang Berhormat Pagoh boleh semak Hansard.

final • 12:04 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu jangan buat kacau.

final • 12:04 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ada parti politik apabila dalam pilihan raya mereka kempen...

final • 12:04 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Standing Order.

final • 12:04 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...kata tentang...

final • 12:04 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Standing Order. Standing Order 36.

final • 12:04 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...bersih. Mereka adalah bersih. Mereka adalah stable. Ya. Mereka hendak...

final • 12:04 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Disebut 36(6), “Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa”, disebut Yang Berhormat Pagoh secara individu.

[Tepuk] Saya minta tarik balik ataupun minta maaf. Ini adalah sebab kalau berani, tuduh di luar. Kita berjumpa di mahkamah. Tarik balik.

final • 12:04 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya tidak akan tarik balik.

final • 12:04 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Bukan saman pun.

final • 12:04 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:04 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tidak boleh dia sebut Yang Berhormat Pagoh individu, “Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa ke atas ahli lain”, Peraturan Mesyuarat 36(6).

final • 12:04 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Itu bukan sangkaan jahat.

final • 12:04 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dia sudah sebut Yang Berhormat Pagoh.

final • 12:04 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Kota Melaka minta Yang Berhormat Pagoh cek Hansard. Yang Berhormat Pendang kenapa.

final • 12:04 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dia sebut Yang Berhormat Pagoh.

final • 12:04 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Dengar betul-betul. Dengar bahasa betul-betul.

final • 12:04 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dia sebut Yang Berhormat Pagoh. Saya minta 36(6) sangat jelas.

final • 12:04 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua, dia sebut secara jelas. Tuan Yang di-Pertua jangan hanya baca Aturan Urusan Mesyuarat.

Kena buat ruling.

final • 12:04 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kena buat ruling.

final • 12:04 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ini adalah sebab dia telah sebut jelas tadi.

final • 12:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Satu persatu boleh kah? Jadi Yang Berhormat Pendang dahulu bukan?

final • 12:04 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ya.

final • 12:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Peraturan Mesyuarat yang sama?

final • 12:04 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ya.

final • 12:04 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Sila buat ruling Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya minta Yang Berhormat Kota Melaka jelaskan.

final • 12:04 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apa dia?

final • 12:04 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Hendak jelas apa lagi?

final • 12:04 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:04 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dia kena minta maaf. Kena tarik balik.

final • 12:04 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:04 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Eh sabarlah, tunggulah. Duduklah.

final • 12:04 PM

[Dewan riuh]

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:04 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya beri penjelasan.

final • 12:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya silakan.

final • 12:04 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

final • 12:04 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kita semua satu Malaysia sudah tahu, telah disiarkan dalam surat khabar.

final • 12:04 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tidak tahu pun.

final • 12:04 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Semua tahu bahawa MACC sekarang tengah menyiasat anak menantu Yang Berhormat Pagoh.

final • 12:04 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ini satu Malaysia tahu. Satu dunia tahu. Saya berani kata di sini mengikut laporan surat khabar. Bahawa menurut berita sumber berita Yang Berhormat Pagoh, anak menantu Yang Berhormat Pagoh disiasat oleh MACC.

final • 12:04 PM

Seseorang Ahli

Betul.

final • 12:04 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat...

final • 12:04 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya teruskan perbahasan saya. Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:04 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

36(6) Yang Berhormat. Kita kena buat ruling. Ini adalah sebab menyebut sangkaan jahat. Yang Berhormat Bagan di caj di mahkamah. Kita tidak sebut sebab mahkamah...

[Tidak jelas]

final • 12:04 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Disiasat. Saya kata dia disiasat. Saya tidak kata anak menantu dia salah.

final • 12:04 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...dia sebut 36(6)...

final • 12:04 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Salah. Saya kata anak menantu Yang Berhormat Pagoh disiasat. Itu sahaja.

final • 12:04 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...cuma keadaan...[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Pendang minta penjelasan, berita yang mana, tarikh dan di mana.

final • 12:04 PM

[Dewan riuh]

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Jangan simply sebut. Sila. Mahkamah belum buat keputusan, belum sebut you dah tuduh.

final • 12:04 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua surat khabar tersebut nanti saya boleh letakkan.

final • 12:04 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

You lebih kepada Ketua Hakim kah?

final • 12:04 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sudah disiarkan di semua surat khabar.

final • 12:04 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Surat khabar apa? Sebutlah surat khabar apa. Itu general.

final • 12:04 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Peraturan...

final • 12:04 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sila tarik balik. Kita hendak surat khabar, tarikh, mahkamah mana sebut, siapa yang sebut, MACC sebut yang tahu siapa.

final • 12:04 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah bagi penjelasan. Penjelasan itu memang sudah jelas.

final • 12:04 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ini tuduhan jahat. Mana ada jelas.

final • 12:04 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya rasa Yang Berhormat Pendang dia cuma hendak mengganggu sahaja.

final • 12:04 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tidak ada mengganggu. Saya hendak bila, tarikh, surat khabar, MACC siapa pegawai yang sebut.

final • 12:04 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Buktikan. Buktikan.

final • 12:04 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Buktikan. Mana boleh tuduhan melulu.

Sangkaan jahat. Peraturan Mesyuarat 36(6), Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:04 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya tidak benarkan sebarang celahan lagi.

final • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Tuan Yang di-Pertua kena buat ruling.

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua,

final • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

...Apa yang dibangkitkan...

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Saya sambung...

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:10 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

...Melainkan dia ada konotasi yang jahat.

final • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, perkara itu telah disiarkan dalam New Straits Times.

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Februari. Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

9 Februari 2023.

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

9 Februari 2023, “didakwa beri kontrak RM1 bilion kepada syarikat yang ada kaitan. Tan Sri Muhyiddin bersuara menafikan.” Ini menafikan!

[Tepuk] [Sambil menunjukkan sebuah telefon pintar] Mana boleh tuduh. Belum lagi dibicara.

final • 12:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Nafilah. Kalau nafi, nafilah.

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ini sudah ada berniat jahat.

final • 12:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Itu fakta.

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sila tarik balik.

final • 12:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Pendang tidak faham bahasa kah?

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya ada! Saya ada! Ini maklumat saya sudah buat.

final • 12:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dinafikan oleh Yang Berhormat Pagoh. Sila tarik balik.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tidak boleh disebut, sangkaan jahat. Kena buat ruling. Kena buat ruling sebab ini dinafikan.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sekejap.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Sangkaan jahat ini, belum bicara lagi. Berita Harian [Tidak jelas] dinafikan oleh Yang Berhormat Pagoh pada 9 Februari. Belum dibicara dah dibuat tuduhan dijatuhkan hukuman oleh Kota Melaka yang jahat...

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

Tarik balik.

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kota Melaka memang jahat.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kota Melaka, sila ulang sekali lagi apa yang dibaca oleh Yang Berhormat Kota Melaka dan saya akan buat ruling mengikut Peraturan Mesyuarat 36(6).

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, tadi saya sebut...

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Peraturan Mesyuarat 36(6). Kena buat ruling. Tarik balik. Itu selesai. Tarik balik.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tarik balik.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya, ya, ya.

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, saya minta Yang Berhormat Pagoh.

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Saya agak...

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

...Duduk bersabar mendengar tuduhan yang telah pun dibuat Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 12:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tidak ada tuduhan.

final • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Itu tuduhan.

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Cakap betul.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Diam lah!

final • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Saya sudah jelaskan Tuan Yang di-Pertua, pada hari waktu saya berucap yang lepas, Yang Berhormat Jelutong bangkit dan beberapa orang lagi, Yang Berhormat Ipoh Timur kalau tidak silap saya, bangkit soal itu yang mengatakan bahawa menantu saya, nama dia Muhamad Adlan Berhan telah pun dapat kontrak NIISe iaitu sistem immigration yang disatukan di waktu mana Yang Berhormat Larut adalah Menteri Dalam Negeri. Akan tetapi, tuduhan itu adalah tuduhan fitnah. Saya sudah sebut hari itu, pembohongan, fitnah, tidak betul. Satu pertuduhan yang berat.

[Tepuk] Hendak menjatuhkan maruah saya dan juga maruah keluarga saya. Ini satu perkara yang berat. Hanya kerana Yang Berhormat baca surat khabar. Surat khabar sekarang ini pun macam-macam cara, Tuan Yang di-Pertua tahu. Sangkaan buruk, fake news. Akan tetapi, kalau hendak tanya saya, saya hendak beritahu di sini dengan jelas bahawa itu tidak benar bahawa keputusan yang telah pun dibuat oleh pihak jawatankuasa pemilihan untuk memilih penender secara tender terbuka, bukan ialah syarikat...

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

...Yang milik anak menantu saya.

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

...Iaitu anak syarikat

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Pagoh tidak perlu memberi penjelasan.

final • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

...Iris Corporation Berhad.

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Itu penjelasan, biar dia beri kepada pihak penguat kuasa.

final • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Minta maaf. Itu bukan.

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya.

final • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Saya hendak jelaskan...

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

...Di sini fasal ini peluang.

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya cuma kata...

final • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Saya nyatakan dengan jelas...

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Mengikut laporan surat khabar...

final • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

...Kalau Yang Berhormat di sini membangkitkan...

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Anak menantu Yang Berhormat Pagoh...

final • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

...Perkara itu di luar...

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Disiasat...

final • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

...Saya akan ambil tindakan undang-undang.

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya bukan kata...

final • 12:10 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Kalau berani, sebut di luar.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara ini adalah pertikaian fakta antara pihak-pihak. Maka, saya pohon Yang Berhormat kemukakan secara bertulis untuk saya dapat fakta yang jelas sebelum saya buat sebarang keputusan. Boleh?

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk dahulu.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk dahulu.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kota Melaka. Sila duduk dahulu. Sila duduk dahulu. Sila duduk dahulu. Okey, sila duduk dahulu.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Diam dahulu lah.

Okey. Belum lah, okey. Yang Berhormat Kota Melaka, memandangkan Peraturan Mesyuarat 36(6), “Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli yang lain.” [Tepuk] Jadi, saya minta Yang Berhormat Kota Melaka tarik balik Yang Berhormat Pagoh.

[Tepuk] Yang Berhormat Kota Melaka boleh sebut mana-mana pihak tetapi jangan sebut Yang Berhormat Pagoh. Itu sahaja.

[Tepuk]

final • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tidak apa. Tuan Yang di-Pertua, biar saya handle, Yang Berhormat Jelutong, it’s okay.

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ini ruling sudah dibuat.

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

It’s okay.

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ruling sudah dibuat. Tarik baliklah.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Yang Berhormat Jelutong, ikut Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ruling sudah dibuat, apa lagi?

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tarik baliklah. Habis cerita.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, untuk menyelesaikan isu ini ya, saya ulangi statement saya dengan saya reframe semula ya.

Bahawa kita semua tahu, ya kita semua tahu...

final • 12:10 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ruling sudah dibuat.

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tarik balik!

final • 12:10 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua dah buat ruling.

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sudah sebut jelas. Tarik balik!

final • 12:10 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat Pendang hendak jadi Tuan Yang di-Pertua kah ini? Yang Berhormat Pendang hendak jadi Tuan Yang di-Pertua kah apa ini?

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, suruh saya...

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk. Biar Yang Berhormat Kota Melaka jelaskan. Ya.

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Biar Yang Berhormat Kota Melaka jelaskan Yang Berhormat Pendang. Biar Yang Berhormat Kota Melaka jelaskan.

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Biar saya jelaskan bahawa saya ulang, saya reframe semula perkataan saya. Bahawa mengikut laporan surat khabar dalam Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional...

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, you dah buat ruling.

final • 12:10 PM

Seorang Ahli

Eh, Yang Berhormat Pendang dengarlah penjelasan dahulu Yang Berhormat Pendang.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Kota Melaka tarik balik dahulu, baru rephrase.

[Tepuk]

final • 12:10 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa...

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Baik, Tuan Yang di-Pertua. Saya tarik balik apa yang saya sebut tadi.

final • 12:10 PM

Seorang Ahli

Jangan celopar lagi. Jangan celopar lagi. Jangan buat lagi.

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya...

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, okey sila duduk.

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sekarang saya reframe perkataan saya.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Teruskan.

final • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Bahawa semua baca daripada surat khabar. Surat khabar itu tidak fitnah seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Pagoh tadi.

Bahawa dalam surat khabar ada menyatakan, ada seseorang anak menantu kepada seseorang mendapat Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kita semua tahu seseorang itu ialah siapa.

[Tepuk] Kalau tidak di sebelah sana tidak perlu semua berdiri...

final • 12:10 PM

Seorang Ahli

Sebelah sana berdiri.

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...nak ganggu kita.

final • 12:20 PM

Seorang Ahli

Betul.

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Ulang tuduhan di luar. Tuan Yang di-Pertua. Ulang tuduhan di luar...

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi saya dalam isu ini, berkaitan dengan isu ini.

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya hendak tahu siapa dia. Siapa dia Yang Berhormat Kota Melaka? Saya minta...

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Betul. Itulah sebab Yang Berhormat Jelutong apabila kita hendak sebut, mereka yang suruh kita sebut.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Okey.

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Bila kita sebut. Dia suruh kita tarik balik.

Apa yang boleh kita buat.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya minta Yang Berhormat Jelutong lawyer yang hebat...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk dahulu.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Melaka kerana tarik balik tetapi...

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya pada mulanya tidak hendak sebut siapa.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Mereka yang cabar saya supaya saya sebut.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Okey. Okey.

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Apabila saya sudah sebut mereka suruh kita tarik balik.

final • 12:20 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Kalau berani sebut di luar.

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Mereka semua ini pengecutlah.

final • 12:20 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Kalau berani sebut di luar.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Melaka sudah tarik balik. Kalau mahu cabar Yang Berhormat Kota Melaka, sebut di luar cabar tetapi teruskan ucapan boleh kah? [Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya bukan hendak mencabar dia atau tidak. Cuma saya hendak menjelaskan. Selepas sahaja ditarik balik...

final • 12:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Siapa? [Tidak jelas]

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan tidak ada penjelasan. Saya tidak perlu Yang Berhormat Larut untuk...

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya minta...

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...untuk buat penjelasan.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya...

[Tidak jelas]

final • 12:20 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Masa sudah habis lah.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Larut kena minta izin Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Larut kena minta izin dahulu untuk mencelah.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya minta Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya tidak benarkan siapa-siapa mencelah. Ia peraturan 37.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sebab itu masa sudah habis.

final • 12:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sila duduk Yang Berhormat Larut. Yang Berhormat Shah Alam ini tunjuk pandai tau. Tunggulah Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Masa awak itu sudah habis dah. Awak patut duduk sahaja.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Saya belajar dengan Yang Berhormat Pendang hari itu. Belajar dengan Yang Berhormat Pendang.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jelaskan di sini, kalau hendak tarik balik, okey. Isunya di sini...

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Perjelaskan apa?

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Bahawa anak menantu itu sendiri sudah buat police report mengatakan itu adalah satu fitnah terhadap bapanya sendiri.

[Tepuk]

final • 12:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kalau fitnah, saman lah. Saman lah.

Kenapa tidak saman?

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi, tidak payahlah hendak bawa isu yang seperti ini. Ini yang saya ingin jelaskan. Masa pun sudah habis. Kalau hendak cerita, cerita bab lain. Sudah tarik balik sudahlah dan kita sudah terima hakikatnya anak menantu sendiri pun sudah buat police report. Jadi, apa lagi yang hendak kita bangkitkan? Ini semata-mata kerana hendak mencari sesuatu kaedah seolah-olahnya pembangkang ini...

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...adalah satu kumpulan yang sama dengan rakan-rakan mereka yang ada di sana.

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, kenapa Yang Berhormat Larut bangun dan membuat penjelasan?

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey.

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Jelutong sila duduk. Saya memberi lapan minit untuk Yang Berhormat Kota Melaka teruskan perbahasan.

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jadi, yang lain sila diam. Teruskan Yang Berhormat Kota Melaka. Lapan minit.

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, 10 minit boleh tidak, 10 minit? Tadi..

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Lapan minit.

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tadi saya hanya pakai dua minit sahaja.

final • 12:20 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tidak boleh. Tidak boleh.

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi, untuk menyelesaikan masalah sedemikian, saya cadang kepada pihak kerajaan supaya kita perlu ada satu akta pendanaan politik supaya dapat mengelak mana-mana parti-parti politik menyalah guna kuasa dan menerima wang haram.

Topik kedua yang saya hendak bangkit adalah berkaitan dengan percukaian dan hasil kerajaan. Memang cabaran negara kita ini...

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, adakah ini termasuk isu terowong?

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Ialah tentang bagaimana kita hendak kita hendak meningkatkan pendapatan...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau, sila duduk.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak, saya hendak bertanya.

Hendak minta penjelasan boleh?

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dia tidak beri laluan.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, saya hendak tanya boleh tidak hendak penjelasan?

final • 12:20 PM

Seorang Ahli

Duduk lah.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau, Peraturan Mesyuarat 37(1).

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, okey. Saya hendak bercakap pasal terowong itu. Thank you.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi, cabaran negara sekarang ini bagaimana kita hendak meningkatkan pendapatan? Jadi, sudah pasti saya menyokong syor yang dikemukakan oleh Menteri Kewangan atas usaha untuk membuat pembaharuan dalam percukaian negara kita di mana kita boleh lihat dalam pengumumannya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita akan mengenakan cukai ke atas barangan mewah, kita akan mengenakan cukai ke atas pelupusan saham yang tidak tersenarai dan kita juga akan kenakan cukai kepada mereka yang berpendapatan tinggi yang lebih daripada RM20,000 sebulan. Pada masa yang sama, memberi pengurangan kadar cukai terhadap golongan M40 sehingga maksimum boleh jimat sehingga RM1,300.

Semua ini adalah keputusan yang baik untuk kita memastikan yang lebih kaya, mereka bayar lebih sedikit cukai. Sungguhpun semalam, pihak sana ada menyatakan bahawa ini semua ialah polisi-polisi yang hendak mengaut popular tetapi bagi saya, saya melihat ini sebagai amalkan sistem atas keadilan dan kesaksamaan sosial. Yang Berhormat Bukit Bintang, silakan.

final • 12:20 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih. Adakah Yang Berhormat Kota Melaka setuju bahawa cukai untuk barangan mewah jika pelancong-pelancong dari luar negeri beli barang-barang yang disebutkan. Adakah kerajaan mencadangkan return iaitu cukai untuk pelancong? Seperti mana yang dilakukan oleh United Kingdom. Ini boleh menarik lebih pelancong-pelancong asing dari luar negeri. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tentang cadangan Yang Berhormat Bukit Bintang ini, kita boleh serahkan kepada Kementerian Kewangan supaya mereka boleh buat pengajian yang lebih teliti terhadap cadangan Yang Berhormat Bukit Bintang.

Boleh masukkan dalam ucapan saya.

Jadi, saya hendak bangkitkan tentang GST. Ada sesetengah pihak mengatakan kita harus melaksanakan GST semula. Bagi saya, ini bukan masanya untuk kita laksanakan GST sebab GST akan mengenakan cukai ke atas mereka yang kaya dan miskin. Sepatutnya apa yang kita harus lakukan sekarang ialah kita harus cari ruang yang baharu. Pergi mencari cara-cara yang baharu untuk kenakan cukai. Bukannya kembalikan GST.

Oleh itu, saya hendak mengambil kesempatan ini untuk memberi cadangan kepada pihak kerajaan supaya kita boleh pertimbangkan sama ada kita hendak kenakan cukai yang dinamakan sebagai cukai kekayaan dalam bentuk cukai pusaka. Di mana kalau aset mereka lebih daripada puluhan berjuta-juta maka mereka akan dikenakan barangkali kita boleh mulakan dengan mengenakan cukai 0.5 peratus untuk kita dapat rencanakan lebih banyak pendapatan untuk negara.

Begitu juga kita boleh pertimbangkan sama ada kita boleh memperkenalkan cukai transaksi untuk aktiviti perdagangan, saham dan bon. Oleh sebab kalau kita lihat statistik, setahun transaksi saham dan bon di Malaysia lebih kurang RM1 trilion. Kalau kita boleh kenakan katakan 0.5 peratus maka kita boleh generate lebih kurang RM5 bilion setahun.

Isu yang ketiga yang saya hendak bangkitkan adalah alam sekitar. Dalam konsep pembangunan Malaysia Madani yang disarankan oleh Perdana Menteri, antara salah satu tunggak ialah kemapanan khususnya alam sekitar. Oleh itu, segala program pembangunan negara sama ada oleh kerajaan atau pihak swasta sepatutnya mengambil kira tentang kemapanan alam sekitar ini.

Maka, dengan ini saya hendak bangkitkan satu isu yang berkaitan di Melaka di mana kita lihat Kerajaan Negeri Melaka mereka menggemburkan satu projek yang dinamakan Melaka Waterfront Economic Zone (M-West) di mana mereka bercadang untuk membuat penambakan laut sebanyak 25,000 hektar di sepanjang persisiran pantai, di sepanjang 33 kilometer. Jadi, projek ini akan menyebabkan alam sekitar kita terjejas.

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya hendak menarik perhatian Dewan dan juga Menteri, salah satu contohnya, mereka hendak buat penambakan laut di sekeliling [Menunjukkan peta] Pulau Upeh.

Kalau mengikut peta ini selepas mereka buat dan selesai penambakan laut tersebut, Pulau Upeh akan tidak jadi satu pulau. Sedangkan Pulau Upeh ini adalah tempat pendaratan penyu untuk bertelur. Jadi, ia seharusnya dikawal bukannya dimusnahkan.

Jadi, saya harap pihak Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim boleh membuat kawal selia dan memastikan pembangunan tidak akan menjejaskan alam sekitar kita. Oleh sebab penambakan laut ini telah menyebabkan banjir, telah menjejaskan pendapatan golongan nelayan di sana.

Isu yang keempat yang saya hendak bangkitkan Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan guaranteed rental return.

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ia di mana kita lihat – Saya hendak perjelaskan, terangkan apa itu guaranteed rental return (GRR). Saya minta lagi dua minit untuk saya habiskan topik ini, Tuan Yang di-Pertua. Di mana ia ialah satu skim yang diperkenalkan oleh pihak pemaju swasta di Melaka ataupun di Malaysia, di mana mereka tandatangan perjanjian jual beli (S&P) antara pemaju dengan pembeli dengan memberikan jaminan bahawa mereka boleh dapat pulangan certain percentage, dengan izin, sesetengah peratusan. Contohnya, barangkali aset itu RM500,000. Dia kata dia akan jamin mereka dapat pulangan lapan peratus sehingga 10 peratus setiap tahun untuk sebagai satu tarikan untuk minta mereka beli ataupun labur dalam aset mereka.

Akan tetapi, apa yang berlaku adalah selepas sekian lama tahun, pemaju tidak menunaikan janji mereka, tidak memberikan pulang tersebut, tidak beri return tersebut kepada mereka. Malahan yang menjadikan keadaan lebih teruk ialah ada sesetengah pemaju perumahan, apa mereka buat ialah mereka sendiri tawarkan pinjaman kepada pembeli yang tidak layak atau tidak dapat pinjaman daripada pihak bank. Maka, mereka kemukakan satu skim yang dinamakan sebagai skim developer installment plan di mana pemaju sendiri yang memberikan financing, dengan izin, kepada pembeli.

Oleh sebab mereka hendak elak daripada mereka tidak ada license untuk memberikan pinjaman, tidak ada license untuk kutip interest, kenakan interest ke atas pinjaman yang mereka beri kepada pembeli, apa mereka buat ialah mereka kenakan kononnya “caj perkhidmatan”. Sebenarnya, ialah sejenis bentuk faedah. Mereka kenakan sehingga 100 peratus daripada harga aset tersebut dikenali sebagai “caj perkhidmatan”...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

final • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...dan mereka kenakan caj ini.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi – Ya.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi, hal ini amat penting untuk Bank Negara Malaysia dan juga Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk ambil berat tentang isu ini sebab sudah ramai pembeli menjadi mangsa. Di Melaka sahaja, salah satu pemaju tersebut ada banyak projek dan boleh dikatakan semua projek dia, dia menjanjikan guaranteed rental return ini akhirnya tidak ditunaikan dan banyak mangsa. Lebih daripada ribuan pembeli telah menjadi mangsa. Hari ini mereka terpaksa, masih lagi bayar kepada bank tetapi pulangan tidak dapat. Projek tersebut juga terbengkalai. Banyak yang berlaku di Melaka dan saya percaya di seluruh negara.

Jadi, hari itu Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan ada mengatakan mereka akan keluarkan usaha untuk menyelamatkan lebih kurang 500 lebih projek perumahan. Saya tidak pasti sama ada 500 lebih projek perumahan itu adalah yang dimajukan oleh kerajaan ataupun swasta. Kalau tidak termasuk swasta, saya harap supaya kementerian-kementerian yang berkaitan amil berat tentang isu ini supaya kita dapat mengatasi masalah pembeli yang menjadi mangsa.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dengan itu, sekian sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Marang. 20 minit.

[Tepuk]

final • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca selawat]* Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang terhad, saya terpaksa memendekkan ucapan yang menyentuh perkara-perkara dasar dan konsep. Perbahasan bajet tidak sekadar bersifat jumlah kewangan. Mengikut angka besar yang dibentangkan, janji-janji yang banyak. Besarnya jumlah peruntukan kewangan yang mencukupi penting juga dengan syarat tidak boros dan tidak bocor.

Terpenting selepasnya ialah pengurusan yang baik, efisien, adil dan saksama.

Mereka yang mentadbir dengan kuasa politiknya (legislatif) yang kuat, mesti beramanah, berintegriti, wajib perhubungan baik dengan pentadbiran (eksekutif). Jangan kacau pegawai yang berwibawa, berintegriti dengan alasan politik.

Allah Taala memuji pegawai petugas yang berwibawa. Firman Allah Taala [Membaca Surah al-Qasas: Ayat 26] , “Sesungguhnya, orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja kepada kita ialah orang yang kuat, lagi dapat dipercayai”. Perlunya pemisahan kuasa yang tidak diganggu oleh campur tangan politik yang salah. Kekalahan PH dalam undi penjawat awam, jangan jadikan dendam yang salah dan merosakkan.

Kalangan politik juga berwibawa pemikirannya dan integriti, mewajibkan pelaksanaan yang adil kepada semua pihak dalam kalangan rakyat, tanpa mengira agama, bangsa dan penyokong atau pembangkang atau atas pagar yang tidak berpendirian, bahkan juga terhadap musuh. Firman Allah Taala [Membaca sepotong ayat al-Quran], “Dan janganlah sekali-kali kebencian mu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah; itu lebih dekat dengan takwa”. Menubuhkan kerajaan, bukan sekadar meletakkan jenama Kerajaan Perpaduan.

Sepatutnya, mengikut yang ditakrifkan oleh semua kamus politik dalam semua bahasa ialah kerajaan tanpa pembangkang. Ada pembangkang yang terlalu kecil. Kalau partinya kecil bergabung dengan rapuh, laksana rumah berdinding kaca, jangan mudah-mudah melontar batu terhadap pihak lain bagi menutup kelemahannya yang ketara kerana dindingnya menampakkan segala yang berlaku di dalamnya dan mudah pecah berkecai.

[Tepuk] Laksana kata pantun, Kalau tanya kaji cuaca, Kilat petir datang membelah, Kalau rumah berdinding kaca, Jangan kacau orang sebelah.

[Tepuk] Saya hadiahkan pantun kepada Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat yang berani membuat ucapan.

*Kayu tengkawang dibuat rumah, Rumah dipasang pagar berduri, Kalau lawan dibawa ke mahkamah, Kalau mengampu jadi Menteri.

[Tepuk]* Berlaku adil terhadap semua tanpa mengira siapa ialah asas perpaduan. Allah menegaskan dalam ayat tersebut di atas supaya berlaku adil terhadap musuh juga.

final • 12:34 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Pembangkang dalam negara demokrasi selepas pilihan raya dianggap penasihat.

Melakukan muhasabah terhadap kerajaan supaya jangan asyik syok sendiri dengan tidak menyedari kelemahan-kelemahan yang berlaku dan membetulkan kesilapannya.

Khalifah Islam yang pertama Abu Bakar r.a. pernah menyampaikan ucapan.

[Berucap dalam bahasa Arab] , “Wahai tuan-tuan, saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukannya orang yang terbaik daripada kalangan kamu. Oleh itu, sekiranya saya berlaku baik, tolonglah saya. Sekiranya saya salah silap, perbetulkan saya. Benar adalah amanah. Bohong adalah khianat. Jangan mengampu saya. Orang yang lemah daripada kalangan kamu adalah kuat di sisi saya. Lalu, saya berikan kepadanya apa yang menjadi haknya dan orang yang kuat daripada kalangan kamu adalah lemah di sisi saya. Saya rampas hak orang lain yang dirampasnya”.

final • 12:34 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Tindakan melengahkan peruntukan di kawasan pembangkang dan kerajaan negeri yang dikuasai adalah tidak tepat dengan prinsip Islam dan demokrasi dan terlalu jauh daripada Islam yang menjadi agama negara yang termaktub dalam Perlembagaan.

Ini sangat mencalarkan imej Islam.

Allah SWT yang maha berkuasa menunjukkan dengan keadilannya yang mutlak menjawab kepada Nabi Ibrahim AS.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Surah Al- Baqarah, Ayat 126 yang bermaksud, “Dan ingatlah ketika Ibrahim berdoa, “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman, sentosa dan berikanlah rezeki dan buah-buahan kepada penduduknya iaitu di antara mereka yang beriman kepada Allah dan hari kemudian.” Allah SWT berfirman, *“Dan kepada orang yang derhaka pun Aku beri kesenangan sementara di dunia ini, kemudian Aku hukum dia menjalani seksa mereka.

Itulah seburuk-buruk tempat kembali.”* Allah SWT tetap memberikan rezeki kepada semua hamba-Nya termasuk kepada hamba-Nya yang derhaka melawannya. Adapun kesalahannya dikira dalam aspek yang lain dengan pembicaraan yang adil.

Selepas pilihan raya, semua menjadi rakyat kepada kerajaan sesiapa yang memerintah. Inilah konsep demokrasi yang betul. Dalam bab cukai ambil daripada semua, bab hasil bumi dikebas daripada semua negeri termasuk negeri pembangkang dan rakyat pembangkang. Akan tetapi, dalam mentadbir dan membahagikan peruntukan, dibeza-bezakan.

[Tepuk] Perlu disedari berlaku banyak ketinggalan terhadap Melayu dan Bumiputera yang banyak berada di kawasan pedalaman luar bandar di Pantai Timur, Utara Semenanjung, Malaysia Timur, Sarawak dan Sabah. Perkara ini berlaku sejak zaman penjajah lagi mengikut penyusunan masyarakat yang dibentuk oleh penjajah bagi mewujudkan ketegangan pada masa hadapan melalui kesempatan dan memeras semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama bagi mengadu domba dalam kalangan mereka dengan meletakkan kaum Cina di kawasan bandar dan lombong, kaum India di kawasan estet dan membiarkan Melayu dan Bumiputera di kawasan luar bandar dengan terwujud jurang ekonomi dan sosial.

Tidak boleh dinafikan ramai juga masyarakat Cina di kampung yang dibentuk oleh penjajah dahulu dan kaum India estet berada dalam keadaan yang sangat miskin, bukan Melayu sahaja. Apabila kita mencapai kemerdekaan, keadaan ini diteruskan. Kaum Melayu dan Bumiputera yang paling besar jumlahnya terus dalam ketinggalan walaupun wajar diberikan hak istimewa, tetapi keadaan tidak banyak berubah.

Banyak peruntukan diberikan tetapi berlaku ketirisan dan keluar daripada sasaran kerana salah urus tadbir. Berlakunya penyelewengan dan rasuah dari atas hingga ke bawah. Bank Bumiputera juga telah ‘meninggal dunia’ dan subsidi petani dan nelayan tidak mengubah keadaan. Bahkan ada yang tidak sampai kepada mereka yang berhak.

Aspek perniagaan dikuasai oleh kelompok yang tertentu sahaja menjadikan kekayaan negara berpusing di kalangan kelompok yang tertentu sahaja.

Allah SWT memberikan amaran...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yang bermaksud, “Apa-apa harta cukai yang dipungut daripada penduduk-penduduk hak umum

final • 12:40 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Allah dan Rasul. Yang berasal penduduk kota itu hak umum Allah dan Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta orang-orang yang dalam perjalanan supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu.” Ini kebanyakan penduduk luar bandar daripada Melayu dan Bumiputera memberi sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional dengan parti Sarawak dan Sabah. Adapun Pakatan Harapan mendapatkan sokongan penduduk bandar dan kawasan campuran yang didukung oleh bukan Melayu dan Bumiputera. Maka, tindakan Kerajaan PH yang membelakangi kawasan PN, Sabah dan Sarawak tidak mampu mengubah keadaan.

PN yang mengambil alih dalam masa yang singkat di masa bencana wabak dapat menunjukkan sedikit perubahan apabila pengundi muda dan luar bandar menunjukkan protes kepada BN ketika PRU14 kerana kesilapannya dan menolak PH kerana pembohongan janji dan manifestonya, kemudian telah memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional. Kejayaan menukar kerajaan bukan melalui tebuk atap tetapi atapnya bocor dan dinding kaca yang berkecai.

[Tepuk] PRU15, parti-parti komponen PH tidak mencukupi dan terpaksa menggabungkan semua parti kecil dan segala yang berpenyakit bagi mencukupkan jumlahnya dalam kerajaannya yang bergelora, disaksikan oleh rakyat. Kalau jatuh lagi, jangan salahkan kami. Bukan tebuk atap tetapi atapnya bocor, pintunya terbuka...

[Tepuk] Dan dindingnya pecah.

final • 12:40 PM

Seorang Ahli

Dengar itu.

final • 12:40 PM

Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan maqasid syariah. Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan juga sebut maqasid syariah. Apakah itu maqasid syariah? Jangan kita hafal perkataan macam burung kakak tua yang tidak tahu apa maknanya.

[Tepuk] Maqasid syariah ialah memenuhi kewajipan menjaga rukun-rukun hidup manusia, menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan keluarga dan menjaga harta. Ini makna maqasid syariah. Menjaga nyawa.

Sudah dinyatakan dalam Perlembagaan negara kita bersama Perkara 31 dalam Perlembagaan menyatakan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Hal ini bertujuan bagi menjamin kedudukan orang bukan Islam serta menjamin perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Apa yang penting ialah menjaga sempadan yang mencetuskan provokasi, pertembungan oleh provokasi yang tidak bertanggungjawab oleh berbagai-bagai pihak khususnya media upahan secara halus mengiakan provokasi. Ini perlu dijaga dan kerajaan perlu bertindak terhadap media-media sosial yang melakukan provokasi ini untuk jaga hubungan harmoni antara kaum dan agama.

Islam lebih menjamin dalam perkara ini. Al-Quran melarang penganutnya melakukan provokasi terhadap agama lain. Firman Allah SWT... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Al-An'am, ayat 108, yang bermaksud, “Dan janganlah kamu memaki sesembahan yang mereka sembah selain Allah SWT, kerana mereka nanti akan memaki Allah SWT dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan mereka dikembalikan dan dikira perhitungan amalan mereka.” Maka, amalan provokasi hendaklah dihalang dengan sekeras-kerasnya.

Kedua, menjaga nyawa atau jiwa. Betapa pentingnya nyawa dan jiwa ini, Allah SWT berfirman...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yang bermaksud, “Barang siapa yang membunuh seorang manusia (bukan kerana orang itu membunuh orang lain atau bukan karena membuat kerosakan di muka bumi), maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barang siapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” Itulah harga nyawa yang ditetapkan oleh Islam.

final • 12:40 PM

Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Oleh sebab itu, Islam mengharamkan bunuh diri. Membunuh ialah dosa yang besar dalam Islam. Maka Islam mengenakan hukuman yang keras terhadap pembunuh.

Maka, hukuman bunuh tidak boleh dihapuskan terhadap pembunuh yang sangat ganas yang tidak boleh dibiarkan. Kita jangan terpengaruh dengan teori barat yang menghapuskan hukuman bunuh ini menyebabkan berlaku keganasan dengan membunuh anak-anak sekolah.

final • 12:40 PM

Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Ini perlu diatasi, perlu dilihat hikmah hukum bunuh yang ada dalam Islam. Namun, Islam tidak boleh memudah-mudahkan hukuman bunuh. Dibenarkan pengampunan, pengampunan dalam Islam, dalam kes bunuh bukan pada Lembaga Pengampunan.

Lembaga Pengampun, Raja baik, sesiapa pun, tidak ada hak untuk mengampunkan.

Dalam Islam yang mengampunkan ialah keluarga mangsa, ini yang berhak. Sama ada ditukar kepada ganti rugi atau ditukar kepada hukuman melakukan kebajikan.

Kedua, hukuman mati mandatori hendaklah dikaji semula. Di sana terdapat kekeliruan dalam hukuman mati mandatori kerana tidak jelas, tidak nyata. Islam mengatakan...

[Bercakap dalam bahasa Arab] ialah tidak boleh jatuh hukum. Contohnya, pemilik senjata api tidak boleh hukum mati mandatori. Mungkin dia milik sahaja tidak bunuh orang lagi, tidak boleh hukum mati.

Contohnya, pengedar dadah. Berbagai-bagai sebab boleh berlaku. Bukan tidak boleh hukum mati tetapi jangan mandatori. Ini jelas dan nyata dalam Islam. Islam juga menjelaskan hukuman bunuh hendaklah dilakukan dengan baik. Nabi bersabda...

[Membaca sepotong hadis] “Bila kamu jatuh hukum bunuh, maka bunuh dengan cara yang tidak menyeksa”. Bukan dengan tali gantung, cekik leher. Ini cara yang sangat kuno, cara purba, mesti dikaji secara saintifik iaitulah bunuh yang tidak menyeksa. Ini satu hal. Bukan menafikan tetapi perlu dikaji semula dan perlu dilihat.

Kedua ialah menjaga akal. Dalam menjaga akal ini perlunya pendidikan.

Pendidikan adalah sangat penting dalam menjaga akal. Pendidikan bagi membentuk masyarakat madani. Banyak cakap tentang masyarakat madani, banyak. Apakah itu madani? Madani ialah tamadun ataupun addin, agama, integriti, mesti dicampurkan semua.

Yang mengulas madani yang positif dalam Islam, dua orang tokoh terkenal.

Pertama, Al-Farabi yang kedua Ibnu Khaldun. Al-Farabi menyatakan dalam tulisannya *Al- Madinah Al-Fadilah.

[Membaca petikan dalam bahasa Arab*] , “Baik kefahamannya mengetahui sesuatu hakikat. Bijaksana, cerdik, pandai membuat kenyataan yang tidak mengelirukan orang. Kasihkan ilmu, mendapat faedah daripada ilmu, tidak rakus bernafsu dalam semua perkara, berjiwa besar, memuliakan keluhuran budi dan akhlak. Tidak terpengaruh dengan kewangan dan dunia sehingga melekakan, sayangkan adil dan orang yang adil, bencikan zalim, orang yang zalim, berlaku adil, mudah dalam memimpin, melakukan sesuatu dengan keazaman yang kuat”. Ini ulasan Al-Farabi.

Ibnu Khaldun mengatakan [Bercakap dalam bahasa Arab] “Manusia itu adalah madani.” Daripada segi tabiinya, dengan makna hidup bermasyarakat dari segi tabiinya.

Secara masyarakat, tolong-menolong antara satu sama lain dengan bermoral dan berakhlak berpandukan firman Allah SWT.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Wahai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu seorang lelaki dan seorang perempuan berbangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenalan antara satu sama lain”. Yang paling mulia yang paling bertakwa, yang paling berpegang dengan agama dan berakhlak.

Integriti, akhlak sangat penting dalam menerima masyarakat madani.

Kalau cakap tentang madani tetapi tidak menjaga integriti, tidak menjaga akhlak, bercelaru, tidak tapis betul-betul, menubuhkan kerajaan, ini tidak mencapai madani yang produktif tetapi madani yang meruntuh dan merosakkan, yang pernah diberi amaran oleh Allah SWT terhadap kaum-kaum yang terdahulu iaitulah kaum Aad, kaum Tsamud, kaum yang dibinasakan oleh Allah.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yang bermaksud, “kamu tidak nampak apa Tuhan buat kepada kaum Aad yang mendirikan bangunan-bangunan yang tinggi. Kaum Tsamud, yang memahat bukit yang pejal, Firaun yang punya bala tentera dan pasak bumi tetapi mereka melampau. Mereka melakukan kejahatan dan

final • 12:50 PM

Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

kezaliman, mereka dibinasakan oleh Allah”. Ini madani yang negatif. Kita tidak tahu madani kita ini madani jenis apa, positif atau negatif? Tidak tahu, bercelaru, ini mesti faham.

Kedua, menjaga keturunan, menjaga keluarga. Islam menghormati jaga keluarga sehingga menganggap manusia semua adalah satu keluarga tanpa mengira bangsa dan kaum. Al-Quran mengatakan manusia daripada Adam dan Hawa, ibu bapa yang sama berpecah sebagai bangsa.

Hubungan silaturahim antara kaum yang berbagai-bagai ini hendaklah dijaga dengan baik. Ini sangat penting. Dalam masa yang sama, Islam menghormati keluarga walaupun berlainan agama, walaupun seorang anak masuk Islam, diwajibkan menghormati kedua-dua ibu bapa yang tidak Islam. Mesti jaga kebajikan dia, ini wajib dalam Islam bukan sunat, ini sangat penting.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Kedua, ialah menjaga harta. Dalam menjaga harta ini dunia hanyalah mengenali dua teori. Pertama teori kapitalis, kedua teori sosialis. Sama ada yang ekstrem, liberal, kapitalisme ataupun komunisme. Ini mungkin tak terkenal. Mereka tidak kenal di sana ada penyelesaian yang wasatiyyah, yang sederhana, yang mementingkan individu dan masyarakat, bukan individu sahaja termasuk masyarakat iaitulah Islam.

Islam mewajibkan zakat kepada orang kaya, mengenakan cukai kepada mereka yang berada dengan tidak mengehadkan kekayaan, tidak merampas harta orang kaya tetapi meletakkan tanggungjawab yang besar. Dalam masa yang sama, melaksanakan ekonomi rahmah, saya tertarik dengan ‘Menu Rahmah’ ini.

Nabi kata rahmah ini mestilah holistik, bukan rahmah jual barang makanan sahaja, penjual. Disebut dalam hadis.

[Membaca sepotong Hadis] “Allah SWT beri rahmat kepada orang yang bertimbang rasa yang menjual, yang membeli, yang berhutang piutang”. Semua sekali kena ada rahmah. Jangan yang jual sahaja kita minta rahmah.

Jual ayam potong kecil-kecil kerana harga ayam mahal kerana yang jual ayam tidak ada rahmah.

Dalam masa yang sama pula pinjam dengan along, along tidak ada Rahmah. Jadi, Rahmahnya itu holistik, Islam mengharamkan riba dengan sekeras-kerasnya, yang ribanya sampai peringkat antarabangsa, Bank Dunia. Pernah berlaku peringkat antarabangsa, berlaku masa dahulu. Islam mengharamkan riba dengan keras. Dengan sebab itulah saya masih ingat lagi tahun 1998 bila berlaku krisis ekonomi, orang jadi Menteri Kewangan dia jadi PM sekarang, hendak selesai masalah ekonomi masa itu, hendak buat pinjaman dengan IMF yang ribanya tidak tahulah, menekan negara asing.

Tun Mahathir masa itu bertindak menyelesaikan masalah ekonomi. Ini saya baca dalam artikel yang dibuat.

[Tepuk] Bukan beri sokongan hari ini.

Oleh sebab itu – dan kita lihat hari ini dunia bertembung antara timur dan barat.

Barat masalah ekonomi, bukan sahaja masalah sempadan, putus ekonomi, blok timur dan blok barat berlaku krisis yang dahsyat. Kita bimbang Perang Dunia Ketiga boleh berlaku macam Perang Dunia Pertama dan Kedua.

Kita tidak mahu PM kita ini rapat dengan Amerika. Jadikan kawasan ini medan perang macam Perang Dunia Kedua dahulu. Dalam sejarahnya, negeri jajahan menjadi mangsa peperangan, lebih dahsyat daripada negara besar. Dengan sebab itu mesti kita bersikap berkecuali dalam krisis timur dan barat jangan pro-Amerika sangat, ini saya hendak ingatkanlah.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Marang sudah pukul satu petang.

final • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Ya, saya hendak gulung. Saya hendak gulung sedikit sahaja. Walaupun bajet dibentang dengan jumlah kewangan yang besar dan janji yang banyak, ucapan didahulukan dengan ucapan Nabi Yusuf AS yang disebut dalam Al-Quran oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Berkata Yusuf jadikanlah aku bendaharawan negara Mesir. Sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga lagi berpengetahuan”. Nabi Yusuf dilantik oleh Allah SWT, Tuhan lantik dia. PM kita rakyat Tambun lantik dia. Nabi Yusuf dikawal oleh wahyu. Kalau dia buat silap, Malaikat Jibrail turun betulkan dia tetapi PM kita, dia ada juga penasihat tetapi yang dilantik sendiri.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Marang sudah pukul jam satu petang.

final • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Kita tidak tahulah penasihatnya macam mana, tak sama Jibrail dengan sebab itu saya ragu, jangan kita petik ayat Al-Quran sahaja, tidak kena dengan tempat dia. Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum.

[Tepuk]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul 1.01 minit tengah hari...

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hidup Yang Berhormat Tampin.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

final • 12:50 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Diamlah Yang Berhormat Arau.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kita mulakan sesi sebelah petang. Silakan Yang Berhormat Paya Besar.

final • 2:30 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun selaku Menteri Kewangan kerana telah berjaya membentangkan belanjawan sulung, Belanjawan 2023 yang sangat komprehensif dan menyeluruh pada Jumaat yang lalu. Tema masyarakat Membangun Malaysia Madani dengan peruntukan RM386.14 bilion dilihat menyentuh semua spektrum rakyat yang ada dalam Malaysia termasuk B40, M40, anak muda dan golongan-golongan yang terpinggir. Ini semua terkandung dalam membangun Malaysia Madani.

Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan kali ini ada beberapa perkara yang saya ingin sentuh yang melibatkan tentang bagaimana kita hendak membangunkan Malaysia Madani dari segi ekonominya.

Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, asas kita untuk memastikan Malaysia terus berdaya saing di peringkat global. Dalam masa yang amat singkat, kita mesti melakukan pengukuhan daripada segi ekonomi yang konsisten dan stabil. Bank Dunia baru-baru ini menggesa supaya kita mencari sumber hasil lain supaya negara kita dapat dilihat dari segi mempunyai kemapanan, penampan fiskal yang begitu stabil supaya negara kita dilihat sebagai negara yang betul-betul mempunyai arah tuju yang lebih baik. Akan tetapi apabila saya lihat tinjauan fiskal yang dibekalkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat penurunan lebih kurang 4.4 peratus hasil negara kepada RM272.6 bilion.

Ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua amat menggusarkan saya. Saya hendak tanya kepada pihak kerajaan, mengapakah ini berlaku? Adakah disebabkan kita tidak mempunyai langkah-langkah cukai yang baharu, akhirnya terpaksa mengurangkan hasil.

final • 2:33 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Apabila kita mengurangkan anggaran hasil, bermakna kita akan mempunyai keupayaan untuk meminjam dengan lebih kerana kita hendak menampung kelompangan atau ketidakcukupan hasil yang dikutip.

Saya juga hendak tanya kepada pihak kerajaan dari segi perbelanjaan mengurus.

Mengapakah ada penurunan daripada RM284.7 bilion kepada RM272.3 bilion? Adakah perbelanjaan ini akan menjejaskan penyampaian awam? Kalau terjejas, bagaimana kaedah yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, kalau saya mengimbau kemelesetan ekonomi pada tahun 1998 yang melanda seluruh dunia, bukan sahaja terkait dengan negara kita dan ketika itu pertumbuhan ekonomi sangat memberangsangkan. Dari tahun 1988 sehingga tahun 1996, KDNK negara berada pada tahap lapan hingga 10 peratus dalam tempoh lapan tahun berturut-turut. Ini bermakna, walaupun berlaku kemelesetan ekonomi pada tahun 1998, kita mampu mencapai prestasi ekonomi sekira formulanya tepat. Persoalan saya kepada pihak kerajaan, adakah kerajaan mengambil inisiatif untuk melihat semula formula-formula yang telah berjaya dibuat oleh kerajaan pimpinan terdahulu untuk diaplikasikan pada masa kini.

Saya ketahui kutipan kita kalau hendak dibandingkan dengan KDNK, amat rendah sekali Tuan Yang di-Pertua. Kita jauh ketinggalan daripada negara-negara serantau.

Kutipan kita pada tahun 2020, KDNK hanya lebih kurang 11.4 peratus, bandingkan dengan Singapura 12.8 peratus, Thailand 16.5 peratus, Filipina 17.8 peratus, Vietnam 22.7 peratus dan Korea 28.2 peratus.

Sudah pasti dengan pergerakan harga petroleum, pertimbangan semula cukai- cukai yang lampau atau perkenalkan cukai-cukai yang sepatutnya diperkenalkan tetapi tidak diperkenalkan, sudah pasti penyusutan hasil ini akan memberi kesan kepada ekonomi yang dijangka akan bertumbuh agak perlahan pada tahun 2023.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengaitkan beberapa isu yang saya fikir mungkin boleh dijadikan input kepada pihak kerajaan untuk menilai. Pertamanya, saya amat bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Tambun untuk menstrukturkan semula GLC dan GLIC. Akan tetapi, perkara asasnya bukan penstrukturan, perkara asasnya adalah business model.

Saya hendak tanya pihak kerajaan apalah langkah pihak kerajaan untuk membuat due diligence ke atas setiap business model yang dicadang untuk dilaksanakan? Saya juga hendak tahu sekiranya business model tersebut tidak dapat mencapai apa yang telah digariskan, apakah penalti yang dikenakan kepada pihak-pihak pengurusan yang memimpin GLC dan GLIC?

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita merangka – ha yang itu Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan. Apa yang paling pentingnya Tuan Yang di-Pertua, bila merancang sesuatu projek-projek mega, sudah pasti kita membuat pinjaman. Pinjaman tersebut mesti dilaksanakan bayarannya selepas tempoh matang. Akan tetapi apabila tempoh matang tersebut sampai, projek tersebut tidak siap, gagal disiapkan dalam tempoh tertentu, kita terpaksa menanggung kos tambahan untuk serve the interest dan ini semua akan menyebabkan kita akan mengalami kerugian.

Saya hendak tanya kepada pihak kerajaan, Tuan Yang di-Pertua, apa status RAPID Pengerang dan apa status projek ECRL? Saya perlukan makluman daripada pihak kerajaan supaya kita tahu, kita tidak mahu kerugian-kerugian yang sudah pastinya akan memberikan kesan kepada anak muda.

Tuan Yang di-Pertua, anak muda teras masa depan negara. Saya hendak tanya pihak kerajaan adakah kerajaan benar-benar memahami dan berjaya menangkap imaginasi dan cita rasa anak muda dari segi ekonomi dan dari segi sosial? Mereka mahu gaji yang setimpal dan bermaruah. Bagaimana kerajaan menterjemahkan kemampuan menyediakan teknologi digital? Perbankan, kehidupan yang up to date kerana mereka ini adalah generasi global village.

Mereka melihat perkembangan Tuan Yang di-Pertua bukan hanya di media-media tempatan, mereka berupaya menggunakan media sosial untuk melihat perbandingan

final • 2:33 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

dengan negara-negara maju. Sudah pasti Tuan Yang di-Pertua di benak fikiran mereka terfikir kenapa di negara orang lain boleh buat, negara jiran yang paling hampir dengan kita, boleh buat. Mengapa kah di negara kita tidak boleh buat dan bagaimana pihak kerajaan mengatasi perkara ini?

final • 2:33 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah mengumumkan dalam bajet tempoh hari berkaitan isu bankrap. Tuan Yang di-Pertua, jumlah keseluruhan kalau kita lihat tahun 2019, kebankrapan mempunyai lebih kurang 300 ribu orang. Daripada jumlah tersebut, 61 peratus adalah yang berumur 44 tahun ke bawah dan 26 peratus berumur 34 tahun ke bawah. Yang paling membimbangkan saya Tuan Yang di-Pertua, hampir satu peratus daripada jumlah bankrap tersebut di kalangan anak- anak muda yang berumur 25 tahun ke bawah.

Tuan Yang di-Pertua, itu data yang saya sebut tahun 2019. Kita sudah menghadapi pasca COVID-19. Bagaimanakah jumlah jangkaan mereka bankrap disebabkan kesan daripada COVID-19? Bagaimanakah kerajaan ingin lakukan sebelum mereka bankrap? Jangan tunggu mereka bankrap, barulah kerajaan hendak lakukan sesuatu. Selain daripada AKPK, apakah langkah kerajaan untuk membantu perkara ini?

Tuan Yang di-Pertua, kemantapan ekonomi selalunya negara-negara maju berasaskan kepada pasaran buruh. Pengukuhan dan kecekapan institusi merupakan asas kepada pembangunan ekonomi negara serantau. Sejak tahun 1990, 70 peratus daripada the drivers of economic growth bergantung sepenuhnya kepada buruh dan modal. Saya hendak tanya kepada pihak kerajaan Tuan Yang di-Pertua, bagaimanakah pasaran buruh dengan kita ini berupaya menjadi magnet kepada pelabur-pelabur asing yang datang ke negara kita?

Saya juga hendak tanya, kenapa negara kita mempunyai masalah mismatch antara pasaran buruh yang perlu kita tangani dengan segera? Lebih-lebih lagi anak-anak muda merupakan modal insan, generasi pelapis negara. Bagaimana kerajaan hendak menangani perkara ini? Sekian lama, sekian berlarutan yang akhirnya akan memberi kesan bukan sahaja kepada ekonomi negara, tetapi juga memberi kesan kepada keluarga yang muda sedang dibangunkan oleh anak muda.

Ya betul Tuan Yang di-Pertua, kadar pengangguran menurun, tetapi kenapa masih ramai yang tidak dapat pekerjaan? Akhirnya terpaksa menceburi dalam bidang ekonomi gig. Kita lahirkan graduan Tuan Yang di-Pertua, 224 ribu setahun, tetapi pekerjaan yang kita sediakan hanya 127 ribu setahun. Kita banyak peluang dalam bidang pekerjaan dalam sektor pekerjaan rendah. Akan tetapi anak-anak kita, anak-anak muda di luar sana tidak berminat dengan gaji-gaji yang murah. Mereka mempunyai pendidikan yang berkualiti, mereka juga memerlukan pekerjaan yang berkualiti.

Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, berapa ramai pekerja asing yang berkualiti tinggi dimasukkan sejak tahun 2018? Saya yakin kalau negara kita dapat menumpukan peningkatan dan pemerkasaan dalam bidang pasaran buruh, sudah pasti kita juga akan mampu untuk meningkatkan produktiviti negara yang akhirnya memberi sumbangan kepada ekonomi negara seperti apa yang dilakukan oleh Filipina, Thailand, Singapura yang mempunyai polisi yang menarik pekerja-pekerja asing datang ke negara itu yang akhirnya memberi limpahan ekonomi kepada negara mereka dalam tempoh yang singkat. Saya hendak tahu, bagaimana kerajaan mengatasi perkara ini? Saya yakin dan percaya perkara yang paling pentingnya adalah kita mesti meningkatkan produktiviti.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beralih kepada perkara yang lebih penting.

Dalam bajet tempoh hari, saya hendak bertanya kepada pihak kerajaan, bagaimana hak bumiputera dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan? Adakah terjamin hak kaum bumiputera di Malaysia dengan pembentangan bajet tempoh hari?

Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan usaha-usaha golongan dan individu yang dilihat untuk menggerakkan usaha menyamaratakan hak yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan? Apakah takrifan kerajaan berkaitan kebebasan bersuara yang dilakukan oleh rakyat Malaysia? Sejauh mana kerajaan memperuntukkan peruntukan kewangan untuk mengukur tahap kefahaman sejarah rakyat Malaysia?

final • 2:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Perkara-perkara asas yang terkandung dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perjanjian Kemerdekaan 1957, Perjanjian Malaysia 1963 mesti difahami dan Belanjawan Membangun Malaysia Madani mesti memperuntukkan peruntukan yang secukupnya supaya rakyat Malaysia, anak muda memahami tentang apa yang telah dipersetujui dalam dasar-dasar yang terdahulu.

Tuan Yang di-Pertua, isu saya yang terakhir adalah berkaitan food distribution di bawah food security. Meskipun negara kita ini kaya dengan pelbagai jenis tanaman, ternakan dan perikanan, yang menghairankan saya Tuan Yang di-Pertua, negara ini sering kali berhadapan dengan isu-isu kekurangan bekalan makanan. Apa yang membimbangkan saya Tuan Yang di-Pertua, jumlah import makanan Malaysia didapati semakin besar pada tiap-tiap tahun. Khazanah Research Institute melaporkan Malaysia mengimport makanan berjumlah RM35 bilion, 6.5 peratus pada tahun 2011. Meningkat 125 peratus, RM79 bilion ataupun 8 peratus pada tahun 2021.

Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, kombinasi infrastruktur dan teknologi canggih yang amat kritikal...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Paya Besar, gulung.

final • 2:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dua minit Tuan Yang di-Pertua. Membantu menormalkan turun naik harga pasaran makanan daripada kekurangan bekalan disebabkan sekatan politik, ketidakcekapan pasaran, alam sekitar dan krisis awam.

Tuan Yang di-Pertua, teknologi penyimpanan makanan akan meningkatkan tahap sekuriti. Isu logistik juga Tuan Yang di-Pertua, merupakan isu yang perlu ditangani dalam keselamatan atau keterjaminan makanan. Saya hendak tahu Tuan Yang di-Pertua, apakah langkah pihak kerajaan untuk memastikan peladang-peladang kita di kampung- kampung dari ladang sampailah ke pinggan supaya kita dapat menjimatkan kos logistik?

Seterusnya, kita akan dapat mengekal dan mengawal kenaikan harga makanan.

Saya yakin dan percaya, jangan kita persalahkan apa berlaku di Ukraine dan Rusia yang menyebabkan negara kita – Negara kita hanya ada dua musim Tuan Yang di-Pertua, musim kering dan musim basah. Akan tetapi di negara mereka, mereka ada salji. Mereka juga menghadapi perkara yang sama, salahkah kita belajar daripada negara-negara yang maju bagaimana mereka menyelesaikan teknologi penyimpanan mereka. Mereka gunakan waktu bencana, mereka gunakan waktu musim sejuk untuk memastikan harga makanan dapat dikawal.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya hendak bertanya pihak kerajaan, selalunya kita membentangkan belanjawan pada bulan November, tetapi pihak kerajaan sekarang membentangkan Februari. Ya, kita tahu ada pilihan raya. Akan tetapi bagi saya bila bulan Februari Tuan Yang di-Pertua, bila kita hendak laksanakan semua inisiatif ini? Ini kerana bulan Oktober dan November sudah pasti akaun semua kena tutup dan bagaimana RM386.14 bilion ini hendak dibelanjakan?

Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pandangan ini untuk memastikan kita dapat membangun Malaysia Madani. Saya menyokong Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Berikutan ini, Majlis mempersilakan Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 2:40 PM

Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ternyata bahawa Belanjawan 2023 disampaikan dalam satu ucapan yang sangat kucar- kacir. Saya rasa kalau Yang Berhormat Pontian menyampaikannya, 10 kali lebih baik daripada Yang Amat Berhormat Tambun pada hari itu. Kalau kita hendak bantu golongan

final • 2:48 PM

Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

yang marhaen, kita bantulah. Akan tetapi, tak perlulah kita menjadi anti kepada orang yang lain pula.

Apa dia idea baharu atau strategic game changer, dengan izin untuk pertumbuhan ekonomi, untuk reformasi struktural ekonomi dan sebagainya? Ekonomi digital adalah enjin pertumbuhan ekonomi sekarang. Perdana Menteri yang ke-8 telah melancarkan pelan pembangunannya iaitu MyDIGITAL. Bagi meraih pelaburan asing dalam ekonomi digital, dua buah agensi diamanahkan iaitu MIDA dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Perdana Menteri ke-9 meneruskannya. Saya hendak minta penjelasan Perdana Menteri ke-10 tentang kedudukan MyDIGITAL dan peranan MIDA- MDEC.

Dalam ucapan beliau, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan menyentuh laporan dengan izin, ‘A Nation at Risk: The Imperative for Educational Reform’ iaitu laporan tentang mutu pendidikan di Amerika Syarikat.

final • 2:48 PM

Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Laporan itu diterbitkan pada 1983. Ia telah membawa kepada pengenalan suatu undang-undang iaitu No Child Left Behind Act 2002 dan kemudiannya digantikan dengan Every Student Succeeds Act 2015. Terdapat banyak diskusi yang merujuk mutu pendidikan Amerika Syarikat. Contohnya, oleh bekas Presiden University Harvard, Derek Bok, Frank Furedi dan ramai lagi. Saya mencadangkan agar kerajaan menggerakkan Reformasi Pendidikan kita sendiri. Ia bagi menilai sejauh mana kita melaksanakan Falsafah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Menilai soal islamisasi ilmu, soal integrasi ilmu serta de-westernisation and decolonization of knowledge, dengan izin. Menilai soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Paya Besar, mismatch dan jurang antara bilik darjah dengan tempat kerja.

Reformasi pendidikan perlu bermula di tempat paling tinggi iaitu di universiti. Ada dua sebab mengapa ia harus bermula di sana. Pertama, matlamat membina insan baik dan bukannya sekadar pekerja baik harus digarap melalui konsep insan kamil. Insan sempurna yang berasaskan nilai-nilai tinggi.

Bagi umat Islam, ia dimodel kepada keperibadian Rasulullah SAW. Makanya, ia harus bermula di universiti. Sebab kedua ialah hampir seluruh spektrum kehidupan ditentukan dan diwarnakan oleh lulusan universiti. Ada pepatah mengatakan, “melentur buluh dari rebungnya”. Lalu ada yang berhujah, reformasi pendidikan perlu dimulakan dari bawah. Soalnya Tuan Yang di-Pertua, bukan soal rebung.

Soalnya ialah soal yang melenturnya itu. Ia lulusan universiti, lazimnya. Justeru, saya mencadangkan agar KPT menggariskan matlamat, objektif dan langkah-langkah reformasi pendidikan untuk kita sama-sama bangunkan. Ia perlu mempunyai matlamat tradisi ilmu, bukannya pengejaran kertas. Ada hierarki ilmu, sebagai panduan tentang keutamaan dalam kembara ilmu dan menjadi institusi ilmu iaitu terserlah interaksi yang intensif di kalangan komuniti ilmu. Institusi ilmu harus meliputi:

(i) Naib Canselor yang merupakan orang terkanan dalam disiplinnya;

(ii) Profesor Kanan dikekalkan tanpa mengira usia dan tanpa proses “memohon kerja” selagi masih mampu memajukan sesuatu disiplin. Bukannya sebagai pentadbir;

(iii) 30 peratus warga akademik dilantik di kalangan profesional yang ada pengalaman luas di lapangan kerja dan ada pengalaman membuat penyelidikan dan keutamaan buat mereka yang ada PhD;

(iv) penulisan, jangan dihadkan dalam jurnal impak tinggi sahaja tetapi mengambil kira juga buku, ensiklopedia dan kertas polisi;

(v) mahasiswa diberikan pengupayaan yang sewajarnya, termasuk mempunyai peranan-peranan dalam governance university; dan

final • 2:50 PM

Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

(vi) semua ini berlangsung dalam iklim kebebasan akademik yang segar.

Saya mencadangkan agar KPM menilai bagaimana mereka yang telah menerima manfaat besar dari dasar dan program pendidikan selama ini, digalakkan untuk menyumbang kembali, giving back, dengan izin, kepada negara. Contoh, sesetengah alumni sekolah seperti SBP– SBP kanan, yang dah lama, yang senior atau sekolah- sekolah premier, diberikan insentif cukai bagi membolehkan mereka membuat kutipan dana dengan lebih agresif, yang dapat membiayai sebahagian daripada keperluan alma mater mereka. Ini akan membolehkan kerajaan memberi lebih tumpuan kepada contohnya, sekolah-sekolah daif.

Kepada KPM dan KPT, saya ingin menimbulkan soal memperkasa kokurikulum dalam pendidikan. Bab ini meliputi pelbagai sudut tetapi dalam masa yang terhad, saya ambil satu sudut sahaja iaitu sudut kesepaduan dalam kerangka pendidikan bersepadu iaitu kesepaduan atau keseimbangan antara apa yang dipanggil akademik dan apa yang dipanggil kokurikulum.

Matlamatnya tentulah melahirkan insan baik, termasuklah kebolehpasaran dan sebagainya. Hari ini, untuk kemasukan ke IPTA sebagai contoh, pemberatan antara akademik dan kokurikulum ialah pada nisbah lebih kurang 90 nisbah 10, yakni akademi 90 peratus, kokurikulum 10 peratus. Saya mencadangkan agar nisbah ini diubah kepada angka yang lebih seimbang iaitu 70-30.

Angka ini bukan rigid, Tuan Yang di-Pertua. Ia sekadar melambangkan semangatnya, the spirit behind it, dengan izin iaitu memberikan pemberatan yang lebih kepada kokurikulum dalam rangka kesepaduan dan keseimbangan antara apa yang dipanggil akademik, apa yang dipanggil kokurikulum. Universiti-universiti terkemuka di dunia lazimnya memberi pemberatan yang lebih– ia mungkin tidak kiralah, 10 peratus, 15 peratus.

Ia tidak ada angka itu tetapi kita tahu bahawa mereka memberikan pemberatan yang lebih untuk kokurikulum. Selaras dengan nisbah yang baru ini, budaya kokurikulum yang baru dan kondusif perlu diwujudkan.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 2:50 PM

Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Ini meliputi kerangka governance yang melibatkan semua pihak, termasuk PIBG, alumni dan pelajar atau mahasiswa, pengukuhan matlamat dan objektif, pandangan sarwa, pemikiran progresif, sistem, motivasi, organisasi, penasihat, jurulatih, teknikal, pengupayaan pelajar atau mahasiswa, biasiswa dan peluang kerjaya. Silakan.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih Yang Berhormat daripada Indera Mahkota. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju apa yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Indera Mahkota soal berkaitan dengan peningkatan silibus atau pun program-program kokurikulum. Cuma saya tengok sekarang ini, di sekolah-sekolah kita ini, soal-soal berkaitan dengan kenegaraan, soal berkaitan dengan mata pelajaran Sejarah yang saya rasa macam tidak diambil berat atau pun mungkin kita tengok pelajar-pelajar kita sekarang ini tidak mengambil berat soal berkaitan dengan subjek Sejarah dan juga Kenegaraan.

Oleh sebab pada saya, soal berkaitan dengan sejarah dan juga kenegaraan ini merupakan satu perkara yang sangat penting, khusus untuk para pelajar kita dan kita sebagai rakyat dalam negara ini. Minta pandangan sedikit daripada Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 2:50 PM

Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Kalau macam ini hari-hari kan baik?

[Ketawa] Steady bro. Mata pelajaran Sejarah, sekarang ini hendak dapat sijil SPM, wajib lulus Sejarah. Akan tetapi malangnya ramai yang tidak lulus. Jadi, apa yang ditimbulkan itu mungkin ada kaitan dengan soal P&P lah. Cara kita mengajar atau bagaimana hendak jadikan Sejarah bukan suatu subjek yang dalam bahasa Inggeris disebut dry, dengan izin. Jadi, bagaimana ‘menggamit imaginasi’, saya pinjamlah frasa adinda saya dari Paya Besar. Hendak ‘menggamit imaginasi’ anak-anak pelajar kita

final • 2:50 PM

Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

supaya berminat dengan pelajaran Sejarah. Ini ada kaitan juga dengan– pernah ditimbul dalam Dewan ini, soal pendidikan politik.

Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, ini bukan soal sangat nak tambah mata pelajaran tetapi ini saya katakan aspek kokurikulum itu. Apabila mereka berlatih dalam sekolah dengan mengundi, dengan berkempen, dengan cara yang sesuai yang dipandu oleh guru- guru, mudah-mudahan daripada segi sejarahnya, daripada segi pendidikan politiknya, kefahaman perlembagaannya boleh ditambah.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya...

final • 2:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Cuma Yang Berhormat Indera Mahkota, janganlah pandang sinis sangat pada Hulu Langat ini. Boleh, eh?

final • 2:50 PM

Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Okeylah. Selepas ini kita minum teh.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya, saya minta kalau boleh sama ada KPT atau KPM atau mungkin kementerian lain. Sudah lama kita tidak tengok senarai bidang- bidang profesional macam accounting, arkitek dan sebagainya dan pencapaian pelajar Melayu bumiputera. Kita hendak tengok pencapaiannya bagaimana sekarang.

Selanjutnya ialah kalau dia lulus, contohnya sarjana pertama dalam bidang accouting, adakah– berapa percent pula yang sambung untuk mendapatkan kelayakan profesionalnya sehingga dia menjadi akauntan bertauliah, arkitek bertauliah dan sebagainya? Saya minta kalau perkara ini boleh dibentangkan kepada kita.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, di kawasan Parlimen saya iaitu Indera Mahkota

(IM). Hulu Langat apa? Saya IM, you apa?

final • 2:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya HL.

final • 2:50 PM

Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

[Ketawa] Ada sebuah sekolah dalam kontena, Tuan Yang di-Pertua. A school in container iaitu SJK(T) Ladang Jeram.

final • 2:50 PM

Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Isu ini bermula pada tahun 2012. Peruntukan pembinaan sekolah telah ada dan saya dikhabarkan tanah pun telah ada, kontraktor pun telah dilantik tetapi ada isu dengan kontraktor itu. Maka sejak tahun 2018, projek pembinaannya tergendala sampai hari ini.

Saya telah melawat sekolah ini beberapa kali dan turut memberi bantuan peruntukan. Saya dan Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah pernah bertemu dengan Timbalan Menteri KPM yang berkaitan pada pentadbiran PM kelapan. Pegawai KPM masa pentadbiran PM kesembilan juga ada melawat sekolah.

Hari ini di sekolah itu ada 38 orang murid, 15 orang perempuan, 23 orang lelaki dan 10 orang guru termasuk guru besar semuanya wanita. Pihak Lembaga Pengelola Sekolah dan PIBG telah bersetuju untuk menukar status sekolah jika itu menjadi masalah.

Jadi bayangkanlah belajar di dalam kontena.

Pada minggu lalu, dilaporkan yang Setiausaha Politik kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan telah melawat sekolah ini. Saya ucapkan terima kasih. Saya mohon Yang Berhormat Menteri memberi penerangan tentang perkembangan terbaru dan kita semua berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya dan dengan seberapa segera yang boleh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Port Dickson.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan perbahasan ini dengan memetik ayat dari Surah Al-Qasas, satu surah daripada juzuk 20 ayat 26. [Membaca sepotong ayat Al-

final • 3:01 PM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Quran], “Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: Wahai ayah, ambilah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik- baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi beramanah".

Ayat 26 surah al-Qasas ini menerangkan ciri-ciri pekerja atau pelaksana yang baik. Al-Qawiy, kuat dan al-Amin, amanah. Dalam istilah lain pada hari ini adalah kompetensi dan integriti. Sifat-sifat ini terpakai kepada semua pemimpin, penjawat awam dan para pekerja secara umum yang mendukung misi besar Malaysia Madani yang digagaskan oleh Kerajaan Perpaduan.

Justeru, dalam menjayakan Belanjawan 2023 dengan tema Membangun Malaysia Madani, kedua-dua ciri qawiy dan amin perlu seiring dengan sifat hafiz dan alim yang telah menjadi mukadimah belanjawan yang dibacakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan agar semua yang telah digariskan dapat dilaksanakan dan menjamin kesejahteraan kepada seluruh rakyat.

Menelusuri kerangka pembangunan Malaysia Madani, pembentangan Belanjawan 2023 telah menggariskan tiga tekad iaitu pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan, reformasi institusi dan tata kelola bagi memulihkan keyakinan dan keadilan sosial untuk menyederhanakan kesenjangan memerlukan komitmen semua pihak.

Tuan Yang di-Pertua, strategi ikhtiar empat iaitu meraih pelaburan berimpak tinggi merupakan ikhtiar yang amat baik. Dalam usaha Kerajaan Malaysia merancakkan pelaburan dan peluang pekerjaan bagi meningkatkan kegiatan ekonomi negara.

Dalam konteks Negeri Sembilan seiring dengan Dasar Pelaburan Berganda yang menyasarkan nilai pelaburan yang masuk tahun semasa meningkat dari tahun ke tahun.

Melalui dasar ini pelbagai inisiatif dan insentif telah ditawarkan untuk menarik pelaburan dan pembangunan melalui kaedah hand-holding dan memudah cara pelaburan.

Oleh itu, saya menyambut baik dan menyokong cadangan pemberian insentif yang akan diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memudah cara pelaksanaan pelaburan yang telah diluluskan bagi memastikan usaha pelaburan dapat dipercepatkan.

Bagi tujuan pelaksanaannya adalah disyorkan supaya insentif ini diperincikan agar matlamat untuk mempercepatkan proses kelulusan tersebut tercapai. Selain itu, adalah diharap agar pemberian insentif ini menjadi insentif yang berterusan dan tidak bersifat jangka pendek.

Seterusnya, saya turut menyambut baik atas usaha Kerajaan Malaysia dalam mewujudkan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2023 yang akan diumumkan pada suku ketiga tahun ini dalam melakar hala tuju pembangunan perindustrian yang menumpukan aktiviti berkualiti tinggi dan mengambil bakat tempatan. Adalah diharap Pelan Induk Perindustrian Baharu 2023 tersebut akan membentuk landskap perindustrian yang seimbang khususnya antara negeri. Sebagai contoh Negeri Sembilan secara umumnya telah menyediakan pelan pembangunan yang memfokuskan kepada pembangunan Lembah Wawasan Malaysia 2.0 (Malaysia Vision Valley 2.0). Biodiversiti dan agropolis berasas kepada kedudukannya yang strategik berhampiran Lembah Klang.

Oleh itu, ciri-ciri pembangunan ini perlu diambil kira dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2023. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui agensi Lembaga Pembangunan Industri Malaysia

(MIDA) yang telah meluluskan peruntukan projek pembangunan dalam menambah baik infrastruktur asas kawasan perindustrian setiap tahun.

Namun, dimaklumkan bahawa jumlah peruntukan tersebut adalah terhad. Adalah diharapkan agar peruntukan yang diberikan dapat dipertingkatkan pada tahun akan datang dalam menyokong usaha Kerajaan Malaysia mewujudkan dasar baharu tersebut.

Pembinaan jambatan yang diumumkan di Sungai Sepang iaitu mampu memendekkan perjalanan lebih kurang 20 kilometer laluan dari bandar Port Dickson ke bandar Sungai Pelek di Sepang, Selangor. Pembinaan jalan, jambatan ini menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan dan Sungai Pelek di

final • 3:01 PM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Sepang, Selangor dijangka dapat memberikan impak ekonomi yang baik terutamanya di kawasan sempadan kedua-dua negeri.

Selain itu, laluan Sepang ke Port Dickson adalah laluan utama untuk kenderaan dari Pantai Barat Selangor ke Port Dickson dengan tambahan kenderaan dari KLIA.

Cadangan pembinaan jambatan mampu menjadi jalan utama Port Dickson dari kawasan barat Selangor. Malahan kawasan Lembah Klang daripada aspek pelancongan, ia mampu menambah impak seperti berikut iaitu menjadikan Port Dickson sebagai pilihan utama pelancongan transit KLIA, membangunkan produk pelancongan di pesisir Sungai Lukut dan Sepang. Ini akan memberikan satu impak yang baik kepada masyarakat setempat.

Untuk jangka masa pendek adalah diharapkan agar premis-premis pelancongan dan fasiliti pelancongan turut perlu diberikan tumpuan penyelenggaraan dan baik pulih selain daripada usaha promosi yang dijalankan. Usaha ini boleh direalisasikan melalui peningkatan agihan cukai pelancongan ke negeri-negeri untuk digunakan bagi tujuan tersebut.

Untuk makluman antara produk utama di Negeri Sembilan adalah ekopelancongan. Kerajaan negeri juga telah berjaya menganjurkan program antarabangsa seperti Angsi Forest Challenge dan keunikan Pesta Bola Ngoca. Justeru besarlah harapan kami agar Negeri Sembilan mendapat manfaat daripada Belanjawan 2023 ini dengan menggiatkan promosi program antarabangsa.

Selain itu, adalah diharapkan agar pemberian Ecological Fiscal Transfer (EFT) turut mengambil kira inisiatif kerajaan negeri dalam mempertingkatkan kesedaran orang awam terhadap alam sekitar melalui aktiviti ekopelancongan serta membaik pulih pusat pelancongan yang terjejas akibat banjir.

Kerajaan negeri turut memohon supaya peruntukan EFT diberikan bagi kerja- kerja pengukuran sempadan hutan simpan dan penguatkuasaan memandangkan peruntukan negeri yang terhad.

Agenda pembasmian kemiskinan tidak pernah lekang dalam Pelan Pembangunan Negara dan kita sedia maklum pengurusan pembasmian kemiskinan ini dilaksanakan berdasarkan kepada data ketua isi rumah (KIR) dalam sistem e-Kasih.

Sistem ini merupakan satu pangkalan data kemiskinan nasional yang telah diwujudkan sejak tahun 2007 dengan mengklasifikasikan mereka yang berkenaan dalam kalangan miskin tegar dan miskin berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) sedia ada.

Pengurusan data e-Kasih ini perlu diberi nafas baharu melalui integrasi sistem dan perluasan akses oleh pihak ICU Jabatan Perdana Menteri kepada agensi pemberi bantuan di negeri-negeri dan pentadbiran di daerah-daerah supaya usaha dapat digembleng secara bersama bagi menyelesaikan isu kemiskinan secara total. Tindakan segera bagi semakan semula dan pemutihan perlu dibuat terhadap data-data KIR khususnya miskin tegar sedia ada kerana masih terdapat data yang tidak relevan masih kekal dalam sistem e-Kasih.

Bagi belanjawan kali ini, kerajaan telah mengumumkan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang memfokuskan kepada pembasmian kemiskinan, menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan.

final • 3:01 PM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak kerajaan kerana inisiatif ini dilihat akan mewujudkan ekosistem yang berkesan antara pemohon, pemegang taruh dan masyarakat setempat dalam usaha meningkatkan pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 dan pada masa yang sama menyelesaikan masalah ekonomi harian menerusi insentif-insentif IPR ini.

Sebagai tambahan, saya berpendapat bahawa pelaksanaan IPR ini perlu dipantau rapi supaya tercapai objektif untuk mengupayakan peserta dan meningkatkan pendapatan masing-masing ke arah sifar miskin tegar.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Kos sara hidup, daya tahan ekonomi bergantung kepada struktur dan kekuatan kesalingbergantungan antara sektor ekonomi. Tekanan harga yang dihadapi pada ketika ini telah memberi impak kepada kuasa beli dan kebajikan kumpulan isi rumah B40 dan sebahagian M40.

Peningkatan harga telah mengurangkan kuasa beli kumpulan isi rumah B40 dan sebahagian M40 serta mengubah corak perbelanjaan mereka bagi memastikan kelangsungan hidup majoriti isi rumah yang terkesan dan terpaksa mengurangkan saiz hidangan.

Peningkatan harga barangan telah membebankan golongan terkesan dengan menyaksikan perubahan gelagat perbelanjaan semasa. Tekanan ke atas kebajikan mereka lebih mendalam apabila peratusan perbelanjaan kepada barangan berkualiti rendah serta pembelian pada kualiti yang lebih kecil meningkat melepasi dua kali ganda berbanding sebelum kenaikan harga.

Menangani krisis kos sara hidup pada ketika ini memerlukan penambahbaikan kepada instrumen yang sedia ada agar lebih terangkum dan mampan. Walau bagaimanapun, kecekapan instrumen tersebut perlu dipertingkatkan lagi dengan memastikan blind spot dapat dikurangkan dan seterusnya memperkukuhkan kuasa beli golongan terkesan.

Belanjawan 2023 juga memperlihatkan keseriusan kerajaan untuk membantu rakyat dalam mendepani kos sara hidup yang semakin meningkat. Saya secara peribadi menyambut baik cadangan kerjasama strategik Kerajaan Persekutuan bersama dengan kerajaan negeri dalam usaha memastikan bekalan makanan dalam negara khususnya makanan asas adalah sentiasa tersedia bagi rakyat.

Pada pandangan saya, langkah bagi melaksanakan projek makanan bermodalkan dana RM30 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2023 merupakan satu mekanisme yang harus diberikan pendekatan yang meluas memandangkan dilema sekuriti makanan ini bukan lagi masalah kita semata-mata malah menjadi isu global yang wajar ditangani bersama.

Way forward bagi keterjaminan makanan di Malaysia adalah dengan mengukuhkan aktiviti pertanian bernilai tinggi ataupun high-value agriculture. Adaptasi kepada pengeluaran hasil makanan yang berintegrasikan teknologi tinggi adalah merupakan satu cara mengoptimumkan output dalam sektor pertanian yang merangkumi tanaman, ternakan, dan perikanan dalam negara.

Bagi memastikan sasaran ini tercapai, kerajaan harus mempercepatkan lagi peralihan kaedah pengeluaran berteknologi tinggi dalam proses pengeluaran hasil pertanian negara menerusi teknologi pertanian pintar. Saya turut berpandangan bahawa peralihan ini wajib dilaksanakan secara komprehensif. Dalam erti kata lain, inisiatif berteknologi tinggi ini tidak hanya tertumpu atau bersasar kepada beberapa buah negeri sahaja.

Oleh yang demikian, inisiatif yang telah dikenal pasti perlu dilaksanakan pada peringkat nasional. Contoh paling sesuai dalam konteks ini adalah Agriculture Flagship yang dilaksanakan pada peringkat kebangsaan yang akan membolehkan petani dan pemain industri sektor pertanian dapat saling berkongsi maklumat dengan berpandukan kepada sokongan data bersepadu.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan negeri juga mengalu-alukan kesungguhan Kerajaan Persekutuan meluluskan pelbagai bentuk inisiatif program jaminan bekalan makanan namun tumpuan juga perlu diberikan terhadap usaha mengekang kenaikan harga input-input pertanian seperti baja, racun dan lain-lain.

Kenaikan harga yang mendadak bermula tahun 2021, di mana kenaikan harga baja antara 17 peratus hingga 52 peratus, manakala bagi kenaikan harga racun antara 16 peratus hingga 331 peratus iaitu daripada RM35 pada tahun 2020...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Port Dickson, sila gulung.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Baik, Tuan Yang di-Pertua.

Untuk satu kilogram per pax kepada RM95 per kilogram. Kerajaan negeri menyambut baik terhadap peruntukkan sejumlah RM30 juta yang dibentangkan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya juga mengucapkan ribuan terima kasih atas cadangan Yang Amat Berhormat Tambun untuk mengurangkan masalah kesesakan jalan raya, kesesakan kemudahan kesihatan kerajaan. Dengan itu, kerajaan akan memulakan kerja awalan untuk menaik tarah 26 hospital termasuk Hospital Jelebu.

Akhirnya ini, saya juga berharap bahawa klinik kesihatan tambahan yang diumumkan tersebut dapat dilaksanakan lebih segera. Klinik Kesihatan Tampin – banyak projek kategori tersebut dalam perhatian ataupun projek sakit sebelum ini. Contohnya, Klinik Kesihatan Tampin, Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah dan Pusat Pergigian Seremban. Jadi, beberapa projek di Kementerian Kesihatan ini nampaknya dalam kategori sakit ataupun dalam perhatian.

Oleh itu, saya berharap bahawa dalam kita membina baharu ataupun menaik taraf bangunan baru, kita harus melihat bangunan-bangunan yang sedang dalam pembinaan.

Oleh itu saya amat menyokong Yang Amat Berhormat Tambun supaya projek cakna mesti dilaksanakan secara tender supaya menjamin nilai faedah terbaik dan memberikan penjimatan kerajaan untuk mengelak projek-projek sakit yang dihadapi oleh kerajaan.

Cuma saya mohon kerajaan untuk meneliti projek-projek sakit dan memberi keutamaan untuk projek-projek ini disiapkan segera untuk kemudahan dan keselesaan rakyat.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, dalam 30 saat, gulung.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey bagus.

Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Selanjutnya, dipersilakan Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 3:10 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Pokok Sena mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk berbahas dalam perbahasan Belanjawan 2023 peringkat dasar pada hari ini.

Kita sedia maklum, bahawa negara baru sahaja menginjak daripada satu situasi pandemik dan pascapandemik yang menekan dalam dua hingga tiga tahun ke belakang.

Kerajaan yang diterajui oleh Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Bera telah melaksanakan pelbagai dasar survival rakyat dan negara serta memasukkan Pakej Rangsangan Ekonomi menghadapi situasi yang genting ketika itu. Memasuki era endemik, pelbagai strategi, pelan pemulihan ekonomi diatur bagi memastikan negara dapat keluar daripada himpitan sektor kesihatan, ekonomi dan sosial yang dahsyat.

Alhamdulillah, berkat ketekunan serta keprihatinan yang tinggi oleh kepimpinan kerajaan ketika itu, pertumbuhan ekonomi negara bukan sahaja memulih bahkan akhirnya kembali melonjak kepada paras terbaik sejak lebih dua dekad yang lalu iaitu 8.7 peratus sebagaimana yang diumumkan kerajaan awal Februari yang lalu. Alhamdulillah, inilah yang dinyatakan Allah, [Membaca sepotong ayat al-Quran] di dalam Surah al-Insyirah, ayat yang keenam, “Berserta kesulitan itu ada kemudahan.” Tuan Yang di-Pertua, pertumbuhan KDNK bukan sahaja menunjukkan satu lantunan yang membanggakan berbanding 3.1 peratus pada tahun 2021. Bahkan juga mencatatkan prestasi terbaik jika dibandingkan dengan beberapa negara ASEAN yang lain seperti Singapura, 3.8 peratus, Indonesia 5.8 peratus serta Filipina 7.6 peratus.

Strategi memperkukuhkan permintaan domestik serta pasaran buruh menjadi antara tonggak utama dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.

final • 3:17 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Kalau kita perhatikan perincian Kumpulan Wang COVID-19, sebahagian besar dioptimumkan bagi memenuhi pakej bantuan tunai dan subsidi upah.

Tuan Yang di-Pertua, malangnya, ada sesetengah pihak sekadar menangguk di air keruh, mereka hadir dengan pelbagai formula lampu Aladdin yang kononnya boleh menyelesaikan masalah rakyat dengan sekelip mata, tetapi kesemua itu tidak ada asasnya. Hari ini kelompok yang sama bukan sahaja mempamerkan kenyataan sebenar di sebalik pelbagai formula yang diketengahkan, bahkan mereka juga mengambil kesempatan untuk melakukan tuduhan rambang terhadap segala strategi dan pelan pemulihan ekonomi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebelumnya. Sebagai contoh, mereka menuduh Yang Berhormat Pagoh mengambil duit rakyat dengan nilaian ratusan bilion, sedangkan dalam masa yang sama, keseluruhan nilai manfaat termasuk suntikan fiskal di bawah Kumpulan Wang COVID-19 dilaporkan secara jelas dalam dokumen Tinjauan Ekonomi dan Fiskal tahun 2023.

Yang Berhormat Tambun juga membentangkan mengenai hutang persekutuan akan menjangkau RM1.2 trilion serta termasuk liabiliti boleh mencecah RM1.5 trilion atau 81 peratus KDNK. Saya tidak menolak data ini. Cuma, kita juga perlu jujur dalam membentangkan data. Sewajarnya hutang persekutuan yang tinggi ini dibaca bersandarkan kepada KDNK.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun demikian, kita tidaklah harus berpuas hati dengan kedudukan hutang yang tinggi disebabkan keperluan mendesak kerajaan memikirkan survival rakyat dalam situasi yang turut mendesak. Kerajaan seharusnya menyediakan satu pelan strategik pengukuhan ekonomi yang jelas. Ironinya, saya tidak melihat pembentangan belanjawan kali ini menyatakan perancangan pelan strategik bagi memperhalus fasa pengukuhan ekonomi. Ada disebutkan tentang sasaran pencapaian defisit fiskal 3.2 peratus menjelang tahun 2025 berbanding 5.0 peratus bagi unjuran tahun 2023. Namun persoalan, apa strateginya?

Begitu juga usaha menyegerakan Akta Tanggungjawab Fiskal bagi memastikan pengurusan fiskal yang lebih transparent, mampan serta berakauntabiliti. Namun persoalannya, pertama, apakah kerajaan akan mengekalkan Jawatankuasa Pemantauan Bajet sebagaimana yang diperkenalkan oleh Yang Berhormat Bera dalam Belanjawan 2022?

Yang kedua, apa langkah kerajaan bagi mengatasi pengurangan hasil berkaitan petroleum yang mengunjurkan pengurangan hasil 20.9 peratus atau RM65.2 bilion pada tahun 2023 berikutan harga minyak mentah dunia yang berkurangan serta dividen PETRONAS yang rendah?

Yang ketiga, apakah kerajaan akan mengekalkan cukai makmur yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2022 bagi kumpulan syarikat berpendapatan bercukai lebih RM100 juta? Kutipan cukai makmur ini berjaya menyumbang sehingga RM7 bilion pada tahun lalu sekali gus membantu meningkatkan hasil kutipan cukai di bawah cukai pendapatan syarikat.

Oleh sebab itu, saya melihat tiada strategi fiskal yang jelas dalam fasa pengukuhan ekonomi. Maka saya mengharapkan ada maklum balas daripada pihak kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada tajuk federalisme fiskal. Satu perkara yang menggusarkan saya adalah soal federalisme fiskal yang semakin tempang disebabkan perbezaan parti politik pemerintah di antara Persekutuan dan negeri. Saya telah membangkitkan dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong sebelum daripada ini bahawa sepatutnya hubungan federalisme ditangani secara kerajaan kepada kerajaan, bukan parti kepada parti.

Isunya, mengapa kita harus mengundurkan negara ke belakang dengan amalan berpolitik yang sempit? Di mana agenda reformasi institusi yang dicanangkan ke seluruh negara, contohnya dalam soal pembinaan Kedah Aerotropolis yang sebahagian

final • 3:20 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

komponennya yang akan menjadi tonggak kepada ekonomi utama Kedah ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP)? Ia perlu dinilai secara objektif.

Saya ingin menegaskan bahawa Kedah tidak berhasrat untuk menyaingi keupayaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dengan beberapa asas penting. Pertama, fungsi Kedah Aerotropolis adalah dual hub perkhidmatan kargo dan penumpang. Perkara ini turut merangkumi perkhidmatan logistik aeroangkasa dan hab perbuatan Sidam, pusat maintenance, penyelenggaraan, repair dan overhaul, perbaikan pesawat dan menjadi antara penyedia perkhidmatan berkenaan di rantau Asia. Oleh itu, Kedah Aerotropolis melengkapi peranan lapangan terbang sedia ada dalam negara bukan untuk menyaingi, tetapi untuk melengkapkan.

Yang kedua, Kedah Aerotropolis akan menjadi game changer kepada pembangunan di wilayah koridor utara serta memastikan pengurangan kesenjangan pembangunan antara wilayah yang ditekankan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dapat direalisasikan. KDNK negeri diunjurkan meningkat kepada 7.5 peratus berbanding sekitar 3.4 peratus dalam keadaan semasa.

Yang ketiga, Kedah Aerotropolis termasuk KXP sendiri mengguna pakai model perniagaan berasaskan PFI berjumlah sekitar RM7 bilion hingga RM8 bilion. Ia tidak melibatkan keseluruhan peruntukan kewangan dan bajet daripada Kerajaan Persekutuan.

Cuma memerlukan kelulusan dan keteraturan prosedur permohonan. Oleh itu, tidak ada sebab mengapa faktor kos menjadi kebimbangan Kerajaan Persekutuan.

Yang keempat, Projek KXP Kedah Aerotropolis telah diberikan nafas oleh Kerajaan Negeri Kedah sehingga mendapat kelulusan secara prinsip di peringkat Majlis Perancang Fizikal Negara pada tahun 2020 selain memenuhi syarat yang dikemukakan oleh Kementerian Pengangkutan serta Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara.

Justeru, mengapa cadangan membesarkan Penang International Airport tidak pernah berbangkit sebelum daripada projek KXP mula diperkenalkan sejak tahun 2014 yang lalu?

Oleh sebab itu, saya berpandangan konsep federalisme fiskal begini wajar diwacanakan semula. Saya tidak bercakap soal KXP semata-mata, bahkan juga isu yang berkait dengan royalti di negeri Kelantan dan Terengganu, isu pelantikan JPP dan sebagainya yang masih menjadi pertikaian berbangkit sejak lama.

Tuan Yang di-Pertua, terakhir. Sedikit masa, saya mohon. Semalam Yang Berhormat Bagan membangkitkan tentang kedaulatan Pulau Pinang yang kononnya telah dicerobohi oleh Kedah. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah diserang habis- habisan. MB Kedah tidak ada di sini, jadi bolehlah. Kalau dia ada, sudah tentu suasananya berbeza. Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Kubang Pasu cuba minta laluan, tetapi tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan.

Saya tidak pasti adakah Yang Berhormat Bagan pernah membaca pelbagai penulisan daripada perspektif sejarah mahupun undang-undang mengenai kedudukan Pulau Pinang dengan Kedah, sama ada perjanjian pada tahun 1791 mahupun tahun 1899.

Soal kedaulatan Pulau Pinang yang sebenarnya adalah di bawah Kedah. Kalau Yang Berhormat Bagan mahu memperjuangkan kedaulatan Pulau Pinang, maka Kedahlah sebenarnya kedaulatan bagi Pulau Pinang.

[Tepuk] Walaupun demikian, saya tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara ini kerana ini tuntutan Kedah adalah jelas memberikan hak Kedah dan hak rakyatnya iaitu nilai pajakan yang setimpal dengan Kedah. Ini menjadi tanggungjawab Persekutuan, bukannya Pulau Pinang. Perkara 167 subseksyen 7 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Persekutuan hendaklah membuat pembayaran tahunan yang sama sebagaimana yang kena buat sebelum Hari Merdeka di bawah Perkara II, Triti yang dibuat pada 6 Mei 1869 antara Baginda Ratu pada satu pihak dengan Raja Siam pada pihak yang satu lagi berkenaan dengan negeri Kedah.

final • 3:20 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, ketika ini Kerajaan Kedah menerima RM10,000 pajakan setahun. Sebelum ini, Kerajaan Kedah menerima RM10,000 pajakan setahun.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung. Sila gulung.

final • 3:30 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Seminit lagi, Insya-Allah. Almarhum Tan Sri Azizan bin Abdul Razak ketika menjadi Yang Berhormat Menteri Besar telah memperjuangkan nilai pajakan yang lebih setimpal. Akhirnya ditingkatkan kepada RM10 juta dan dibayar ketika itu, ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Persoalannya ialah, adakah menjadi satu kesalahan jika ada pihak yang mahu melakukan penilaian semula terhadap nilai pajakan itu? Adakah nilai pajakan yang diterima itu setara?

Rakyat kedah juga mahu jawapannya. Oleh itu, Kedah memohon dua perkara daripada Persekutuan.

Pertama, menuntut nilai pajakan yang setimpal serta kos penjagaan sumber air mentah Sungai Ulu Muda dan kos melepas yang diambil dan diguna pakai oleh Pulau Pinang. Kedua, menetapkan suatu bentuk hitam putih terhadap pembayaran tersebut dan tidak dilakukan atas pentadbiran semata-mata.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah tidak mempertikai kedaulatan sesiapa. Jauh sekali menghina dan merendahkan Tuan Yang Terutama Pulau Pinang. MB Kedah hanya menuntut hak Kedah dan rakyatnya. Inilah juga yang kami sokong dan kami dukung.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Alor Setar, bawa ke mahkamahlah Yang Berhormat Alor Setar. Bawa ke mahkamah.

final • 3:30 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Ya.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bawa ke mahkamahlah saya rasa.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kalau susah sangat, saya setuju bawa ke mahkamah isu ini. Bawa sahaja ke mahkamah.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Suara di sini dahulu, bawa di sini dahulu.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Segarang-garang MB Kedah, Pulau Pinang dan rakyatnya sentiasa cukup bekalan air.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tolong gulung dalam 30 saat.

final • 3:30 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Tidak pernah pun disekat lagi. Tuan Yang di-Pertua, saya ucap berbanyak-banyak terima kasih atas ruang yang diberi kepada saya. Wallahu a’lam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Dipersilakan Yang Berhormat Puncak Borneo.

final • 3:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Salam sejahtera dan salam perpaduan saya ucapkan kepada semua Ahli Dewan yang mulia ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam duka kepada semua penduduk saya di Parlimen Puncak Borneo yang diuji dengan musibah banjir pada malam tadi dan semoga mereka ini terus tabah dan juga tekun mengharungi kehidupan seharian mereka.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita sedia maklum Belanjawan 2023 ini memperuntukkan sebanyak RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

final • 3:32 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya belanjawan ini, saya juga mengharapkan dan juga besarlah harapan saya agar masalah banjir dapat diselesaikan di kawasan Parlimen Puncak Borneo iaitu akibat daripada tiada perparitan sempurna, tiada tebatan banjir dan juga akibat sungai yang telah cetek disebabkan oleh ledakan yang perlu diselenggarakan dengan pantas dan tuntas di kawasan Kampung Simpok, Kampung Bratan, Kampung Siniawan Seberang, Kampung Keranji, Kampung Gerung, Kampung Sinjok, Kampung Jambu, Kampung Maang, Kampung Sungai Riset, Kampung Tanah Putih, Kampung Lintang Baru, Kampung Punau, Kampung Giam, Kampung Sekio, Kampung Sogo dan juga Kampung Sikog. Saya juga sarankan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran iaitu (DID) untuk turun padang dan selesaikan perkara ini dengan segera.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh dan menerima baik hasrat kerajaan untuk memastikan ketelusan dalam perolehan kerajaan dan juga pelaksanaan perolehan yang mesti telus dan terbuka berlandaskan kepada tata kelola yang baik untuk mengelakkan rasuah dan juga ketirisan.

Namun, saya menyarankan kaedah rundingan terus masih boleh digunakan untuk specialized project, dengan izin. Tender terbuka juga bakal melambatkan proses pelaksanaan projek-projek pembangunan. Satu lagi perkara penting, rombakan proses perolehan ataupun procurement process revamp dan tata pelaksanaan projek juga perlu berubah dan melakukan satu perubahan besar.

Acap kali kita lihat projek kerajaan lulus tahun ini tapi hanya boleh dilaksanakan selepas dua tiga tahun. Kerajaan dan rakyat bukan sahaja akan rugi daripada segi masa tetapi kos juga bakal meningkat. Saya amat teruja dengan usaha kerajaan di mana TEKUN telah diamanahkan dengan peruntukan RM330 juta termasuk RM10 juta untuk membantu belia daripada keluarga susah meraih pendapatan melalui perniagaan. Mereka diberi modal memulakan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal dan kerajaan juga bersetuju untuk menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan juga e-hailing. Saya berharap pelaksanaan usaha ini dapat dikembangkan juga di negeri Sabah dan juga Sarawak khasnya di Parlimen Puncak Borneo. Jangan laksanakan hanya bergalur di sekitar Wilayah Persekutuan sahaja seperti mana yang kita saksikan sebelum ini.

Tuan Yang di-Pertua, NADMA disediakan RM150 juta antara lainnya untuk keperluan aset, sistem amaran dan juga bantuan bencana kepada rakyat yang terkesan.

Namun daripada pengalaman lalu, bantuan bencana kepada rakyat oleh NADMA terlalu banyak kerenah birokrasi. Terlalu lambat disalurkan kepada mangsa musibah. Dengan ini, saya mencadangkan supaya NADMA melihat dan juga melibatkan pejabat Ahli Parlimen dalam usaha urusan bencana di kawasan Parlimen masing-masing supaya bantuan dapat disalurkan dengan segera dengan mekanisme yang lebih efisien sebab tidak ada insan yang lebih arif mengenai permasalahan rakyat di kawasan Parlimen tersebut melainkan Ahli Parlimen itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik hasrat kerajaan mengamanahkan Invest Malaysia Council dan juga Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) akan menerajui usaha mempercepatkan kelulusan projek-projek pelaburan berpotensi tinggi sementara PEMUDAH akan diperkasakan sebagai unit pemudah cara iklim pelaburan dan persekitaran perniagaan.

Kerajaan akan menambah baik prosedur menjalankan perniagaan bagi mengurangkan birokrasi termasuk memberikan insentif kepada pihak berkuasa tempatan yang memudahkan cara pelaksanaan pelaburan yang telah diluluskan bagi memastikan usaha pelaburan dapat dipercepat. Namun, saya ingin menyarankan kepada kerajaan untuk mencontohi cara Invest India yang diterajui oleh Encik Deepak Bagla di mana jawatankuasa nasional pelaburan India ini adalah antara satu badan penarik pelabur di yang terbaik dan berjaya di dunia pada hari ini.

Kerajaan juga harus memastikan iklim pelaburan dan persekitaran perniagaan di seluruh negeri diseragamkan sehingga ke peringkat PBT. Jika ada pelaburan yang boleh diketengahkan yang datang daripada negara luar yang berpotensi, jangan dibuat di

final • 3:32 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Semenanjung sahaja tetapi lihat juga di Wilayah Sabah dan Sarawak kerana kami ini sering ditinggalkan, sering dianaktirikan dan dipinggirkan. Sudah sampainya Kerajaan Madani ini berlaku adil kepada seluruh anak Malaysia.

[Tepuk] . Tuan Yang di-Pertua, pembangunan sektor komoditi. Untuk program pembangunan sektor perkayuan, saya mohon mencadangkan supaya KPK mewujudkan program bantuan kewangan berbentuk geran kepada golongan B40 dan juga M40 yang mempunyai tanah-tanah mereka yang terbiar untuk mengusahakan tanaman ladang hutan komoditi ataupun commodity forest farming untuk spesies pokok Abasia, Akasia, Paulownia, Eucalyptus dan mana-mana spesies pokok kayu kayan yang berpotensi tinggi.

final • 3:32 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Langkah ini boleh complement produksi tanaman ladang hutan kita yang sedia ada dan boleh membantu kekurangan bahan mentah perkayuan negara kita dan ia juga boleh menjadi sumber pendapatan baru buat golongan M40 dan juga B40. Hari ini, sektor perkayuan kita telah mengalami kekurangan bahan mentah yang agak kritikal. Kita kekurangan 20.7 juta kubik meter bahan mentah perkayuan. Kita tidak boleh benarkan sektor ini lumpuh kerana sumbangan sektor ini kepada KDNK negara kita begitu signifikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya teruja dengan hasrat kerajaan yang bakal mengembangkan penggunaan cup lump modified asphalt untuk membantu industri hiliran getah dan secara tidak langsung dapat meningkatkan harga getah buat peladang getah negara kita. Namun, kerajaan harus merangka satu polisi supaya semua jalan harus menggunakan bahan ini untuk membuat jalan sehingga ke peringkat PBT dan jalan-jalan kampung. Ini kerana kalau tidak ada polisi dan iltizam kerajaan yang kuat dan tinggi, usaha ini saya khuatir usaha ini bakal kecundang.

Tuan Yang di-Pertua, dalam sektor lada pula saya menyarankan supaya kerajaan memberi geran dan insentif kepada pihak swasta untuk membangunkan sektor ini secara komersial dan besar-besaran. Kita telah lama bergantung kepada pekebun-pekebun kecil yang telah terbukti tidak efisien, tidak konsisten dalam pengeluaran hasil. Kita perlu ada pelaburan pihak swasta yang dibantu oleh kerajaan dan kita perlu menyusun dan menstrukturkan semula para pekebun kecil lada supaya mereka tersusun dan berdaya saing.

Negara kita pernah menjadi pengeluar lada terbesar dunia. Namun, pada hari ini kita tercorot di tangga kelima dunia. Negara Vietnam yang pernah belajar daripada kita hari ini menjadi pengeluar lada terbesar dunia. Pengeluaran lada negara kita hanya mampu mengeluarkan hanya lebih kurang 30,000 tan metrik lada setahun dan ini amat mendukacitakan.

Rombakan baru dan juga strategi baru perlu diperkenalkan supaya kita boleh segera menggemilangkan semula sektor ini. Ini kerana lada Sarawak kita adalah keluaran lada yang terbaik di dunia.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mencadangkan supaya satu program pembangunan wanita khasnya kepada golongan ibu tunggal diwujudkan. Bagi ITB, ibu tunggal berusia tidak bermaya yang berusia 60 tahun ke atas bagi sahaja mereka bantuan bulanan demi kelangsungan hidup kerana kita bagi apa kursus pun, apa peluang perniagaan pun mereka sudah lanjut usia. Bagi ITMCB atau ibu tunggal masih cantik bertenaga berusia 35 tahun ke 55 tahun, bagilah mereka modal, latihan keusahawanan dan peluang untuk mereka berniaga. Buka ruang seluas-luasnya untuk mereka berjaya.

Untuk ITBB ibu tunggal berpendidikan dan bekerja, bagilah mereka peluang untuk melanjutkan pendidikan mereka untuk kelangsungan peningkatan kerjaya mereka.

Tuan Yang di-Pertua, sejumlah RM1.5 bilion juga disediakan bagi menaik taraf dan membina baru jalan perhubungan desa dan jalan-jalan luar bandar. Namun, saya sering didatangi oleh PBT-PBT seperti Majlis Perbandaran Padawan, Majlis Daerah Serian, Majlis Daerah Bau yang sering mengadu peruntukan MARRIS ini amat terhad.

Oleh itu, saya memohon supaya peruntukan MARRIS di PBT ini dinaikkan.

final • 3:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Saya setuju perkhidmatan kerajaan perlu cergas mengadaptasi teknologi dan digital kerana sebelum ini kerajaan pernah melancarkan Dasar Pendigitalan Negara namun hasilnya hambar dan kurang berjaya.

Saya menyeru seluruh organisasi kerajaan mengadaptasikan e-enabled dan juga self-service application dengan segera. Saya menyokong pelaksanaan MyJPJ oleh kementerian MOT kerana ia boleh menghindari kos runner, menjimatkan kos percetakan, kos bahan cetak lesen dan road tax, masa pengguna dan juga boleh mengurangkan kos kerajaan daripada segi tenaga kerja.

Tuan Yang di-Pertua, saya amat tertarik dengan hasrat kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini. I personally feel that this wish is too overwhelming and too ambitious. Saya berpendapat bahawa dengan mekanisme bantuan tunai dan inisiatif pendapatan rakyat tidak bisa mencapai hasrat ini. If you give a man a fish, you feed him for a day but if you give him a fishing rod, you feed him for a lifetime, dengan izin.

Saya juga musykil dengan pendekatan baru yang akan dilaksanakan untuk mengatasi kelemahan pelaksanaan lalu bagi meningkatkan keupayaan isi rumah miskin tegar meraih pendapatan. Antaranya bantuan dan kemudahan kepada peserta tidak lagi diberikan sekali gus...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 3:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

...Tetapi bulanan dipantau sama ada beri sewa beli atau pun subsidi pengajian untuk majikan yang mengambil peserta miskin tegar. Saya akan gulung. Bagi saya satu minit lagi Tuan Yang di-Pertua.

Let me tell you the Honorable Members of this August House, this method cannot put poverty into full stop. Kita kena belajar daripada negara China di mana pada tahun Disember 2020, negara China telah mengisytiharkan negara mereka telah berjaya membasmi kemiskinan secara total. Ingin saya memetik laporan Bank Dunia bertarikh 1 April 2022 seperti berikut; “Broad economic reform was complemented by strategies, policies and programs directly targeted at poverty alleviation. China poverty alleviation strategy can be categorized as development oriented implying a focus on creating economic opportunities as a means to escape poverty”. Oleh dengan itu Tuan Yang di-Pertua, strategi kita kena ada tertumpu kepada industry development, human capital, culture, ecological environment dan local governance kita harus selari dan senada.

Akhir sekali, oleh kerana terlalu banyak perkara yang saya hendak katakan, saya ingin menggulung perbahasan saya. Kita dengar projek itu ini, peruntukan itu ini. Hendak sejahterakan rakyat sana sini, hendak noktahkan kemiskinan kekal abadi, pelaksanaan projek sana sini juga ditunda berkali-kali, lulus tahun ini belum pasti laksana tahun depan jadi realiti. Bagaimana rakyat hendak sejahtera kalau lampu jalan projek Puncak Borneo juga dibatalkan oleh KPKT.

KPKT pertimbangkan semula projek ini supaya diteruskan. Peruntukan Ahli Parlimen juga cuma masuk celah gigi, walhal peruntukan ini untuk rakyat. Peruntukan Ahli Parlimen semua guna kaedah telus seperti sistem MyKHAS dan Laporan Perbelanjaan untuk semua semakan dan audit pegawai pejabat pembangunan Persekutuan setiap negeri.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

30 saat lagi Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Bagaimana wakil rakyat hendak membantu masyarakat miskin kalau wakil rakyat berbekalkan peruntukan rahmah madani.

[Tepuk] Bagaimana rakyat hendak sejahtera, tukar sahaja kerajaan, batal projek rakyat, batal bantuan rakyat, kurang bantuan rakyat, tukar dasar, tukar polisi. Kenapa tidak kalau....

[Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] [Tepuk]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 3:40 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang kepada Bukit Gantang bagi membahaskan Belanjawan 2023. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh pengundi daripada Parlimen Bukit Gantang yang telah memilih, memberikan sokongan kemenangan kali kedua kepada saya dengan kemenangan yang begitu bersejarah 4-0 kali kedua.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan perbahasan ini dengan mengambil ibrah, pengajaran kisah Nabi Yusuf a.s. yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam pembentangan Belanjawan 2023.

final • 3:49 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Kisah Nabi Yusuf A.S. sebagai pemerintah yang berjaya mengembalikan dan mengurus ekonomi negara dan menjaga kebajikan rakyat. Saya ingin menyambung sirah Nabi Yusuf A.S. sebagai pemerintah Mesir yang berjiwa besar dan sabar ketika berhadapan dengan orang yang pernah menzaliminya. Ketika negara Mesir dilanda kemarau panjang, apabila saudara-saudaranya yang pernah memfitnah dan mencampakkannya ke perigi buta datang meminta pertolongan, Baginda memberikan mereka bekalan makanan yang secukupnya.

Pengajaran daripada peristiwa ini ialah seorang pemimpin yang baik juga bersikap penyayang dan tidak ada sekelumit pun menyimpan rasa dendam. Firman Allah SWT Surah Yusuf, ayat 7 [Membaca sepotong ayat al-Quran] Yang bermaksud, “Demi sesungguhnya kisah Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya tentang hal mereka untuk mengambil iktibar”. Pengajaran daripada Surah Yusuf ini ialah sifat Nabi Yusuf AS yang adil dalam memerintah negara, memberikan hak rakyat tanpa mengira kedudukan kaum dan status.

Inilah yang patut dicontohi oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam menerajui Kerajaan Perpaduan yang bertemakan Malaysia Madani.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Landskap politik Malaysia telah berubah pada PRU15 apabila tiga buah parti besar yang pernah menjadi kerajaan bertanding iaitu BN, PH dan PN. Keputusannya tidak tiada mana-mana parti pun yang mendapat simple majority, dengan izin sehingga menyebabkan berlakunya Parlimen tergantung (hung Parliament). BN hanya berjaya mengekalkan 30 buah kerusi Parlimen berbanding 79 buah kerusi pada PRU14 iaitu tewas teruk 49 buah kerusi. PH pula hanya mendapat 82 buah kerusi berbanding 113 buah kerusi pada PRU14 tewas 30 buah kerusi. Kedua-dua parti ini sebenarnya sudah ditolak oleh rakyat.

[Tepuk] Sebaliknya PN pula telah mendapat sokongan rakyat dan berjaya memenangi 74 buah kerusi Parlimen.

final • 3:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Sahaja.

final • 3:50 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Ini menggambarkan gelombang baharu kebangkitan rakyat. Tahniah kepada rakan-rakan daripada PN.

[Tepuk]

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tanya sendiri meh...Aiyoo.

[Ketawa]

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Bukit Gantang. Saya hendak minta penjelasan. Betul kah kemenangan itu kemenangan yang ikhlas?

final • 3:50 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Saya belum bagi lagi sekejap.

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tanyalah ataupun disebabkan pemberian ganjaran?

final • 3:50 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Tuan Yang di-Pertua, ini sudah salah aturan. Belum dibagi lagi.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Jelutong, floor Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 3:50 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Tidak sabar, banyak lagi cerita ini. Semasa saya pulang ke kawasan, anak-anak muda telah datang berjumpa saya dan menyatakan rasa marah, tidak puas hati kerana Yang Berhormat Senator Menteri Dalam Negeri telah merendah-rendahkan tahap pendidikan dan tangga gaji mereka, Yang Berhormat Jelutong. Mereka mengatakan kepada saya agar disebut dalam Parlimen ini bahawa Menteri Dalam Negeri juga tidak layak menjadi Menteri kerana telah kalah dalam pilihan raya baru-baru ini, ini kata orang kampunglah.

[Tepuk] Yang dapat duit...

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya gunakan peraturan.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Peraturan mana, Yang Berhormat Jelutong?

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Bukit Gantang boleh duduk dahulu.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Jelutong, peraturan mana?

final • 3:50 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Bagi saya habis dahululah.

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Duduk dahululah. Saya ikut peraturan. Yang Berhormat Bukit Gantang kena tahu duduk dahulu.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

37(1) silakan, Yang Berhormat Jelutong.

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya. Yang Berhormat Bukit Gantang sudah duduk, bagus. Peraturan Mesyuarat 36(6), membuat kenyataan- kenyataan sangkaan jahat. Tadi, Yang Berhormat Bukit Gantang telah mengeluarkan kenyataan terhadap Menteri Dalam Negeri mengatakan bahawa Menteri Dalam Negeri merendahkan tahap pembelajaran pemuda-pemuda. Saya hendak tahu bilakah kenyataan itu dibuat? Bolehkah dibuktikan dalam Dewan? Sekiranya tidak, saya minta Yang Berhormat Bukit Gantang menarik balik meminta maaf.

[Tepuk]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat dalam Dewan, saya memutuskan tidak sedemikian. Silakan, teruskan Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

[Tepuk]

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf. Saya masih berpendirian kita telah dengar bahawa Yang Berhormat Bukit Gantang telah membuat tuduhan terhadap Menteri Dalam Negeri.

final • 3:50 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Lebih jelas dan terbukti, terbukti apabila pada PRK Padang Serai...

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya sebagai backbencher...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Siapakah Speaker ini?

final • 3:50 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Walaupun PH bergabung dengan BN sebagai Kerajaan Perpaduan.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 3:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Keputusan Speaker muktamad [Pembesar suara dimatikan] .

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Bukit Gantang, duduk. Duduk sebentar.

final • 3:50 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Bukit Gantang, duduk. Duduk, biar saya deal. Yang Berhormat Jelutong, saya telah buat ruling.

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf. Saya tahu Tuan Yang di-Pertua telah buat ruling. Adakah Tuan Yang di- Pertua hendak benarkan duduk di sini membenarkan pihak lawan buat hentaman terhadap kerajaan kita?

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Jelutong..

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Lain macam ini. [Dewan riuh]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Jelutong, saya telah membuat keputusan. Jika Yang Berhormat tidak berpuas hati sila buat usul. Sila duduk.

final • 3:50 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Duduk, Yang Berhormat Jelutong, duduk.

final • 3:50 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Tuan Yang di-Pertua, lebih jelas lagi dan terbukti apabila PRK Padang Serai. Walaupun PH bergabung dengan BN sebagai Kerajaan Perpaduan, ia tetap tewas kepada PN [Tepuk] dengan majoriti yang lebih besar iaitu 16,260 undi. PH kalah di kubu kuat sendiri. Terima kasih, anak muda.

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Bukit Gantang, saya minta penjelasan.

final • 3:50 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kajian selidik sempena 100 hari Kerajaan Perpaduan, ..

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Bukit Gantang, saya minta laluan, minta penjelasan.

final • 3:50 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

..Pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun yang dijalankan oleh lima buah media arus perdana, Sinar Harian, Awani, The Star, Sin Chew dan Malaysia Nanban.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Jelutong, duduk.

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Bukit Gantang, jangan baca teks. Saya minta penjelasan.

final • 3:50 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Dengan kerjasama penyelidikan O2 Malaysia menunjukkan..

[Pembesar suara dimatikan]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar.

final • 3:50 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar, sebentar, Yang Berhormat Bukit Gantang. Peraturan adalah jelas. Yang Berhormat ini semua, saya ambil kira Peraturan Mesyuarat 35(1) dan akhirnya Peraturan Mesyuarat 37(2). Keputusan saya suruh duduk itu adalah berdasarkan kepada Peraturan Mesyuarat 37(2). Jadi, yang sekarang Yang Berhormat Bukit Gantang teruskan. Jika ada gangguan lagi sekali, saya beri amaran yang pertama.

[Tepuk] Okey, siapa-siapa Ahli Parlimen yang mengganggu tanpa sebab saya bagi amaran yang pertama. Silakan, Yang Berhormat Bukit Gantang. Tekan.

final • 3:50 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Mengambil kira hasrat rakyat yang telah beralih sokongan supaya berlaku adil dalam mengagihkan peruntukan Belanjawan 2023 termasuk ke kawasan pembangkang.

Bersikap adillah kepada seluruh rakyat tanpa pilih parti, kaum dan negeri kerana berlaku adil itu adalah ciri-ciri Malaysia Madani.

Tuan Yang di-Pertua, kos sara hidup rakyat. Setelah meneliti isi kandungan Belanjawan 2023, saya mendapati langkah kerajaan bagi membantu rakyat berhadapan dengan kos sara hidup yang kian terhimpit ini dan terseksa hanyalah penyelesaian jangka pendek. Kerajaan Yang Amat Berhormat Tambun harus fokus kepada penyelesaian jangka panjang atau real solution, dengan izin kerana rakyat mahu supaya harga barang lebih stabil dan murah.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Kerajaan perlu lebih teliti dalam menyelesaikan masalah harga barang, yang membebankan rakyat bukan hanya dengan memberikan formula-formula yang tidak dapat dilaksanakan kerana wujud supply chain dalam pengedaran barang-barang yang dikawal oleh orang tengah atau kartel yang bermaharajalela sejak sekian lama.

final • 3:50 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Walaupun kerajaan pernah mengadakan jihad membasmi orang tengah, namun ianya gagal. Bagi ayam dan telur, kerajaan telah memberikan subsidi kebenaran import dan meletakkan harga siling dan yang terkini, kerajaan akan membelanjakan lagi RM1.28 bilion sehingga Jun.

Nampaknya macam tiada penyelesaian. Mungkin pelaksanaan itu tidak memahami bagaimana supply chain berlaku, di mana kartel mengawal pasaran. Akhirnya kerajaan belanja begitu banyak, masalah tidak selesai dan yang untungnya adalah kartel.

Pengalaman saya di LKIM, bagaimana menguruskan kestabilan harga ikan ketika musim tengkujuh adalah melalui kajian analisa dan ground survey bagi memahami supply chain dari sumber di laut sehinggalah di pasaran.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung, sila gulung.

final • 4:00 PM

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Saya minta- ada gangguan tadi, saya minta seminit sahaja.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Satu minit.

final • 4:00 PM

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Semua player yang besar itu adalah kartel. LKIM memintas supply chain dengan membeli ikan ketika pendaratan banyak dan disimpan dalam sejuk beku. Ikan QFISH ini akan dikeluarkan dan diedarkan pada musim tengkujuh dan hasilnya harga ikan menjadi stabil bagi memenuhi keperluan rakyat.

final • 4:00 PM

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Akhirnya, kami sebagai pembangkang yang berwibawa, barisan Ahli Parlimen PN mempunyai pelbagai latar belakang, kami bersedia membantu kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat dengan menganalisa dan memahami peranan kartel dan supaya supply chain bagi menstabilkan harga barang melalui struktur form bagi mengatasi kos hidup rakyat.

Ada banyak lagi ni, minta maaf ada lagi masa? Elaun sara hidup nelayan, para nelayan yang pendapatannya tidak tetap diharungi dengan pelbagai cabaran di laut, ombak, ribut, angin yang kuat, kelas keselamatan berisiko tinggi ketika berada di dalam sampan dan bot, mohon agar kerajaan mempertimbangkan, menaikkan elaun sara hidup nelayan daripada RM300 pada RM500 sebulan dengan penambahan RM200.

Cadangan ini akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM7 juta sebulan, RM84 juta setahun dan sumber ini boleh dapat daripada dalaman LKIM sahaja, di mana penjimatan jika berlaku penjimatan subsidi minyak diesel di dalam LKIM daripada ketirisan. Penggunaan minyak sebanyak 732 juta liter setahun yang melibatkan RM1.8 bilion. Subsidi minyak diesel, kalau ada penjimatan 5 peratus, maka duit ini dapat diberikan kepada nelayan-nelayan seramai 35,000 orang. Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 4:00 PM

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, sekarang saya jemput Yang Berhormat Ayer Hitam, 20 minit.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk berbahas dalam perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2023 pada hari ini. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas pembentangan Belanjawan 2023 yang dinamakan sebagai Belanjawan Madani pada Jumaat lepas.

Semua yang baik dan memberikan manfaat kepada rakyat serta negara seperti pengurangan cukai kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebanyak 2 peratus, cukai pendapatan M40 diturunkan 2 peratus, sumbangan tunai rahmah (STR) untuk golongan yang memerlukan dengan peruntukan sebanyak RM8 bilion dan menoktahkan kemiskinan tegar seharusnya kita sambut baik dan kita sokong 100 peratus.

Walau bagaimanapun, umpama setandan pisang tidak semuanya elok, tidak semuanya busuk, tidak yang sempurna. Justeru itu, perbahasan saya menjurus kepada beberapa syor dan tindakan yang saya mohon supaya kerajaan boleh bagi pertimbangan.

Pertama tentang kos inflasi, ini satu isu yang sangat relevan, dekat pada hati rakyat. Sejak pandemik COVID-19 melanda, Malaysia tidak terkecuali telah memberi satu kesan kepada kita dan ditambah dengan peperangan oleh Ukraine dan Rusia. Ini menyebabkan keadaan inflasi dan juga keadaan tidak menentu di peringkat global telah merancakkan lagi kadar inflasi menaik dengan begitu tinggi sekali dan ini memberi kesan kepada B40 dan M40. Saya menyarankan kalau kita hendak bantu rakyat, bantu pada semua pihak.

Saya lihat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), cukai pendapatan individu. Saya cadangkan tanggung diri personal rebat bagi cukai pendapatan individu dinaikkan dari RM9,000 setahun kepada sekurang-kurangnya RM12,000, kenapa? RM9,000 ini, angka sudah ada di situ lebih daripada sepuluh tahun. Ia tidak menggambarkan keadaan yang realistik, maksud saya RM750 sebulan untuk menanggung diri sendiri untuk akomodasi untuk makan dan juga pengangkutan, tidak cukup.

Maka saya rasa kita faham kerajaan mungkin tidak boleh tanggung terlalu tinggi tetapi sekurang-kurangnya sudah sampai masanya kita bagi RM1,000 sebulan untuk

final • 4:03 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

tanggung diri iaitu daripada RM9,000 setahun kepada RM12,000. Ini akan membantu semua pembayar cukai itu yang pertama. Saya rasa sudah sampai masanya dan bukan sahaja itu RM12,000 sebagai satu nilai ambang sekarang dan kita kena merancang dalam tempoh tiga tahun, kita secara gradual naik RM1,000 sampailah tiga tahun kita akan naik kepada RM15,000. Dengan cara ini, rakyat akan menghayati apa yang kita lakukan kerana kita faham kesan inflasi terhadap kehidupan harian rakyat jelata, itu pertama.

Kedua, rebat untuk setiap orang anak di bawah 18 tahun. Kita lihat sudah beberapa tahun ini kita hanya bagi RM2,000. RM2,000 sekarang, kos pengangkutan dengan ini dan itu untuk sekolah rendah dan sekolah menengah sudah kian meningkat.

Saya sarankan, dulu mungkin RM1,000 naik RM2,000 itu pun tidak cukup untuk seorang anak di bawah 18 tahun untuk setahun tidak banyak. Kita sarankan sekurang-kurangnya RM3,000. Kalau kita mampu, sampai ke RM4,000 untuk mereka bawah 18 tahun.

Untuk yang memasuki universiti, kita dah tingkat daripada RM4,000 ke RM8,000.

Saya cadangkan untuk mereka yang masuk ke universiti, sekarang kos pun tinggi kita bagilah RM10,000. Kalau mereka masuk ke universiti, mereka adalah bakat yang patut kita bagi perhatian. Jadi saya harap RM8,000 dapat tingkatkan pada RM10,000. Dengan cara ini golongan M40 dan B40 akan menghayati kerana ia akan dinikmati oleh semua rakyat jelata.

Kedua, saya tertarik dengan perbahasan beberapa hari ini, saya cuba tengok balik ICPT. Betul pihak kerajaan mengatakan ia tidak akan memberi kesan pada tarif. Kerajaan berkali-kali kata tidak akan menaikkan tarif saya sambut baik. Akan tetapi saya melihat tidak payah kita cerita panjang, tengok sahaja bil elektrik naik atau tidak? ICPT 3.7 sen satu kilowatt jam telah ditingkatkan pada 20 sen satu kilowatt jam. Bermaksud apa?

Peningkatan komponen ICPT itu sudah lima kali ganda, walaupun tarif tidak naik, ia telah diterjemahkan dalam kenaikan tarif yang sebenarnya 20 hingga 40 peratus. Saya bukan bercakap kosong di sini. Saya hendak beritahu bahawa saya telah menyelidik apa yang berlaku. Ada shopping centre terpaksa bayar tambahan RM2 juta. Macam mana RM2 juta ringgit itu akan diterjemahkan ia akan dipass down kepada consumer? Itu yang akhirnya rakyat akan terkesan, ini satu.

Kedua, ruang pejabat biasa di Jalan Ampang, kenaikan RM70,000 siapa yang akan serap? Setiap tingkat, 22 tingkat ia kena serap, dia kena bayar. Jadi, saya cuma hendak membuktikan ini telah berlaku dan beberapa pertubuhan minta supaya bagi moratorium kerana dalam keadaan ini, walaupun kita kata tarif tidak naik tetapi ia tetap diterjemahkan dalam bentuk kenaikan daripada 20 hingga 40 peratus.

Sebab itulah saya kata, kita bagi contoh tujuh persatuan perniagaan merangkumi hotel, pusat membeli belah mahu moratorium berlangsung hingga akhir tahun dan ini hotel juga, industri berkaitan dengan pusat membeli belah, peruncit di seluruh negara mereka terkesan kerana peningkatan ini adalah sesuatu yang mereka tidak ada cara lain tak boleh pinjam dari bank untuk membayar bil elektrik. Tak ada satu bank pun bagi pinjaman sebegini. Jadi dalam keadaan ini, saya minta kita tengok balik. Saya beri satu contoh, ini contoh kita tengok sekampit simen berapa RM25, kenapa? Cement kilang menggunakan elektrik yang cukup besar high voltage.

final • 4:03 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Dia tidak ada pilihan lain, sebab itu dia mahal. Tidak boleh RM18 atau RM20, dia kena RM25. Ini kos dia yang passed to all, kepada pengguna dan sewa ruang pejabat.

Saya bagi satu contoh, kenaikan RM70,000. Dia akan bahagi-bahagi, akhirnya yang menanggungnya adalah mereka yang menyewa ruang itu.

Saya beri satu contoh lagi, sewa server untuk pusat data. Dulu RM900, sekarang selepas Januari dia sudah naik sampai RM1,300. Kenapa? Ini kerana elektrik, bil elektrik naik sampai 30 peratus. Ini yang menyebabkan kesannya, akhirnya akan ditanggung oleh rakyat jelata. Jadi, saya minta kerajaan tengok balik sama ada, ada cara dan kaedah untuk menyerap, tekanan ini sangat besar. Kalau tidak, akhirnya yang sengsara adalah rakyat jelata.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Seterusnya, saya akan membawa satu isu yang hangat dibincangkan. Ini dalam teks ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, paragraf 211 mengenai KWSP.

Walaupun sebelum ini ramai kata kita minta keluarkan KWSP, masing-masing ada pandangan. Ada yang kata patut, ada yang kata kita kena simpan untuk hari tua. Bagi saya yang penting adalah kena berdasarkan kepada data yang tepat. Saya memahami hasrat murni kerajaan dalam membantu rakyat termasuk golongan yang memerlukan seperti pencarum KWSP yang mempunyai simpanan KWSP yang rendah.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan RM1 bilion, di mana RM500 ditambah kepada 2 juta orang pencarum berumur lingkungan 40 tahun hingga 54 tahun yang memiliki simpanan kurang daripada RM10,000 ke bawah dalam Akaun 1. Akan tetapi, saya tengok balik, ini adalah laporan kewangan berakhir 31 Disember 2021 [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] iaitu this is the latest available report by EPF.

Saya lihat sesuatu perkara, data yang diberi itu kelihatan amat menakjubkan.

Merujuk kepada Laporan Tahunan KWSP tahun 2021, menjelang 31 Disember 2021, KWSP mempunyai kira-kira 1,935,453 orang ahli berumur antara 41 tahun hingga 55 tahun. Kohort umur 41 tahun hingga 55 tahun ini, ini mengikut laporan ditulis. Purata simpanan sebanyak RM197,590 dan 53.4 peratus bersamaan dengan RM382.4 bilion daripada semua simpanan ahli aktif. Purata simpanan ahli aktif dan ahli tidak aktif pada umur 54 tahun ialah masing-masing RM246,000 dan RM50,000-RM54,000.

Apa yang saya hendak paparkan di sini ialah KWSP telah menyatakan bahawa menjelang suku keempat tahun 2022, KWSP mempunyai kira-kira 53.4 peratus ahli aktif dan 46.6 peratus ahli tidak aktif dengan jumlah ahli 15.7 juta orang. Maka, kohort pencarum umur 41 tahun hingga 55 tahun ini mempunyai simpanan KWSP yang paling tinggi dengan merangkumi 53.4 peratus daripada jumlah simpanan KWSP oleh kesemua ahli.

Purata simpanan KWSP bagi kumpulan 41 tahun hingga 55 tahun iaitu ahli aktif telah mencecah hampir RM200,000 ataupun 53.4 peratus daripada jumlah simpanan ahli aktif seluruh KWSP. Maka tidak mungkin ahli pencarum dalam kategori ini hanya mempunyai simpanan KWSP di bawah paras RM10,000 iaitu seramai 2 juta orang sebagaimana yang dibentangkan dalam Bajet 2023.

Maksudnya apa? Laporan yang dikeluarkan oleh EPF. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Puratanya untuk ahli aktif RM246,000 dan yang tidak aktif RM54,000. Mana hendak cari mereka yang simpanan tidak sampai RM10,000? Kalau adapun, saya tidak nafikan. Tidak mungkin keseluruhan kohort yang hanya 1.96 juta orang, semua ini kurang daripada RM10,000. Maksudnya apa? Dalam konteks ini, kita sediakan RM1 bilion, tidak ada orang akan dapat. Kalau adapun yang sedikit-sedikit. Saya hendak bertanya, kita hendak jaga ahli yang aktif atau ahli tidak aktif?

Saya beri contoh ya, seseorang yang bekerja, apa konsepnya, 40 tahun umur dia sampai 54 tahun. Ini bermakna seseorang itu telah bekerja purata 20 tahun. Kalau purata 20 tahun, untuk 20 tahun ini dia mengambil gaji bulanan RM1,000. Mengikut Akta KWSP, seseorang itu kena mencarum 24 peratus di mana 11 peratus daripada pekerja dan majikan 23 peratus iaitu RM240 darab 12, RM3,000 setahun. Kalau dah bekerja 20 tahun, sudah menjangkau RM60,000.

Ini bermaksud, kita kalau bahagikan kepada dua buah akaun, Account 1 and Account 2, RM42,000 and RM18,000. Takkan lah i-Sinar, i-Citra, i-Suri dengan pengeluaran khas ini boleh keluar RM42,000? Impossible. Kalau ya pun, takkan keseluruhan kohort 1.96 juta orang itu keluarkan semua.

Jadi maksud saya, apa yang sediakan RM1 bilion itu, ia tidak boleh diberikan kepada sesiapa. Kalau adapun, sedikit. Kedua, persoalannya kalau kita bagi ahli aktif, betullah. Dia kerja 20 tahun, dia masih lagi menerima gaji. Kita patut bantu kalau dia miskin. Apakah sebabnya kita hendak bantu ahli yang tidak aktif? Macam Yang Berhormat, mungkin dia bekerja dari usia 18 tahun sampai 23 tahun, dia punya KWSP tidak sampai RM9,000. Kalau bila sudah umur 40 tahun, dia jadi ahli tidak aktif. Dia tidak

final • 4:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

mencarum lagi. Takkanlah kumpulan ini kita hendak bantu? Inilah yang dikatakan golongan yang bersasar.

Jadi, persoalan saya kepada Yang Berhormat, saya tahu ini mungkin Yang Amat Berhormat ambil data daripada KWSP. Saya tidak pernah meragui data KWSP dengan Bank Negara Malaysia. Oleh sebab itu, saya terima bulat-bulat. Akan tetapi, saya tidak tahu. Saya sudah tiga hari pening kepala hendak tengok macam mana saya hendak yakinkan orang yang RM500 itu dapat diberi kepada 2 juta orang pencarum, sedangkan data ini kata 1.96 orang daripada keseluruhan kohort berumur 40 tahun hingga 54 tahun.

Ini pertanyaannya.

Jadi, saya rasa kena semak dengan EPF. Betulkah laporan mereka buat ini betul ataupun dibekalkan kepada Perdana Menteri berdasarkan apa yang mereka rasa betul.

Saya tengok, kes saya kata tadi RM1,000 cukup. RM1,000 kalau kerja 20 tahun, orang itu tiada RM10,000 bermaksud negara ini bukan middle-income trap. Ini low, super low- income trap dan tidak akan menoktahkan masalah kemiskinan tegar. Ini kerana mereka yang bekerja 20 tahun pun tidak ada RM10,000 dalamnya.

Selepas mereka bersara, mereka dapat berapa ringgit? Satu tahun baru dapat RM50 ke RM500. Satu hari berapa? Bermaksud mereka tidak ada simpanan kerana RM10,000 ini, kalau untuk simpanan tua 20 tahun, satu tahun baru RM500. Satu tahun 365 hari, satu hari cuma ada RM1.30. Ini jadi satu isu besar.

Oleh sebab itu saya kata, minta Yang Amat Berhormat arahkan KWSP terangkan kenapa data ini bercelaru. Saya tidak faham, macam mana saya hendak yakinkan orang, kata RM1 bilion itu boleh dibelanjakan. Jadi, ini sebagai satu contoh yang saya rasa kita perlukan penerangan daripada pihak yang berwajib.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi saya kata mereka yang tidak aktif. Macam saya, mungkin saya bekerja tiga tahun, empat tahun. Ramai lagi yang pada usia dia bujang dia bekerja. Akan tetapi selepas itu dia menjadi tauke, mempunyai peniagaan sendiri, ada enterprise. Orang ini tidak akan menjadi pencarum aktif. Jangan kita salah target, golongan ini tiada RM10,000 kerana itu silap targetnya.

Oleh sebab itu, saya kata ada yang bekerja dekat Singapura, ada yang berhijrah ke tempat, negara lain. Akan tetapi, akaunnya masih ada, dianggap sebagai ahli tidak aktif. Oleh sebab itu saya kata, bila bersasar itu mesti ada pendekatan, the devil is in the details. Oleh sebab itu saya kata, RM1 bilion, bagaimana dia dapat belanjakan daripada keseluruhan kohort ini? Itu sangat penting. Balik kepada satu lagi isu...

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Ayer Hitam, sedikit. Saya dengar dengan penuh teliti cerita yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam sebentar tadi khususnya saya rasa Yang Berhormat Ayer Hitam menjurus kepada jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri sebelum ini, tentang apakah kesan pengambilan sebelum ini kepada baki KWSP.

Oleh sebab itulah antara perkara yang disentuh oleh Yang Berhormat Ayer Hitam ini berkaitan dengan data-data dan maklumat yang diberikan. Bolehkah Yang Berhormat Ayer Hitam bersetuju sekiranya satu penjelasan diberikan tentang kiraan ini supaya tidak ada yang keliru sebab di luar sana betulkah baki tinggal RM5,000, betul kah baki tinggal RM10,000 dan sebagainya.

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Tunjukkan kiraannya untuk tujuan penjelasan. Jadi, semua orang faham apakah kesan daripada pengambilan sebelum ini kepada baki KWSP rakyat Malaysia yang terlibat khususnya. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya rasa begitulah, sangat elok sebab kita perlukan penjelasan kerana ini bukan wang kerajaan tetapi wang yang disimpan oleh ahli. Apabila kita sebut dalam konteks ini, ahli aktif puratanya hampir RM246,000 dan yang tidak aktif pun RM54,000.

Siapakah golongan yang simpanannya tidak melebihi daripada RM10,000 ini?

final • 4:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Siapakah akan menerima manfaat? Macam mana kita boleh belanjakan RM1 bilion? Itu soalan yang– kita luluskan di sini kata RM1 bilion, siapakah yang dapat?

Ataupun perlukah kita ubah strategi? Kalau usia 20-25 tahun, mungkin ada yang tidak sampai RM10,000. Akan tetapi kalau mereka yang bekerja aktif sampai usia 40 tahun, takkan jadi RM10,000 sahaja. Ini logiknya. Saya minta supaya KWSP bagi penerangan.

Tentang Ayer Hitam, saya cuma hendak sebut bahawa saya mengalu-alukan projek pelebaran empat lorong kepada enam lorong di kawasan saya. Akan tetapi cuma satu sahaja, hanya melibatkan daripada Sedenak sampai ke Sedenak Utara sepanjang 20 kilometer. Manakala 60 kilometer ini daripada Sedenak ke Yong Peng, masih belum habis. Saya minta satu perancangan kesinambungan daripada projek ini. Kalau tidak, ia akan menjadi satu bottleneck di kawasan saya.

Satu perkara lagi, saya nak maklumkan tentang pertanian dan juga keterjaminan makanan. Saya sudah banyak bercakap fasal telur dan ayam. Saya tidak mahu sebut sebab Yang Berhormat Menteri sudah kata dia akan bagi subsidi 1.28. Cuma saya hairan, saya berucap di sini, saya terima surat daripada lawyer yang mewakili pengimport dari India. Itu yang saya tidak faham dan saya ditegah untuk berucap, ini yang teruk. Oleh sebab itu saya ada jawab nanti, tengok di Facebook saya. Saya kena tunjukkan, ini medan saya. Sebagai wakil rakyat, saya rasa terpanggil untuk membawa isu ini. Apakah salah saya? Macam mana pengimport melalui lawyer tulis surat kepada saya? Ini floor saya.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Ayer Hitam, boleh saya tanya sedikit? Penjelasan, Yang Berhormat Ayer Hitam. Berkaitan dengan pengimport ini saya pernah bertanya kepada Yang Berhormat Menteri dalam sesi penggulungan. Berapa syarikat yang mengimport dan nama syarikat yang mengimport tersebut tetapi Yang Berhormat Menteri jawab ini sementara sahaja tanpa menjelaskan keadaan sebenar. Jadi, saya mohon supaya dinyatakan berapakah syarikat yang dapat, nama syarikat yang dapat dan apakah terdapat bantuan kerajaan dalam konteks mengimport telur pada waktu itu, dari India ini. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih, boleh masukkan sebagai sebahagian daripada ucapan kerana saya tidak berminat. Saya tidak sebut pun syarikat apa sebab saya tidak mahu tahu. Akan tetapi kalau Yang Berhormat mahu tahu, minta Yang Berhormat Menteri jawab, sebab siapa yang dapat, sama ada ada elemen subsidi, saya tidak mahu tahu sebab saya tidak cakap apa-apa. Tidak cakap pun sudah kena saman. Saya pun tidak tahu apa ini.

Saya minta satu perkara lagi, saya kata perlu ada satu dasar yang mengutamakan buah-buahan Malaysia seperti betik, guava dan juga rambutan. Thailand semua buah- buahan tempatan. Kita buat satu dasar, saya rasa Yang Berhormat Menteri akan menjadi Menteri yang paling popular di Malaysia.

Mengenai SJK(C), sedikit sahaja. Saya rasa mantan Menteri ada, Yang Berhormat Menteri baharu pun ada. Saya minta satu sahaja. Kalau dahulu, pembentangan bajet, kita akan nyatakan, Yang Berhormat Tengku Zafrul pernah nyatakan RM1.1 bilion kepada semua sekolah aliran; SJK(C), SJK(T), sekolah kebangsaan, sekolah mubaligh, SABK, semua ada. Akan tetapi, pembentangan kali ini berlainan sedikit. Saya minta supaya ia tidak dilenyapkan kerana Yang Berhormat Tengku Zafrul dahulu pernah mengucapkan RM1.1 bilion dan ia merupakan over and above daripada sekolah-sekolah daif.

Di mana kalau tahun 2011, kita ada 1,511 buah sekolah daif. Tahun 2021, jadi 1,311. Oleh sebab itu komitmen Menteri, mana-mana Menteri hendak selesaikan masalah sekolah daif, saya sokong dengan kaki dan tangan.

[Tepuk] Tiada isu.

[Tepuk] Kita sokong tetapi over and above. Penyelenggaraan – geran maintenance patut diberi kepada sekolah kerana itu baru adil dan ia merupakan lumrah dalam Dewan ini. Satu perkara lagi, ini yang penting, cukai.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Saya, saya sedikit sahaja.

Gulung sahaja, tiada isu. Ini capital gains tax. Selalu sudah kita bincang tentang capital gains tax. Kalau pasaran kita buat syarikat tersenarai, semua akan rasa tidak betul.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Pelabur asing tidak mahu masuk. Akan tetapi, tiba-tiba CGT ini dikenakan kepada syarikat sendirian berhad. Saya bagi satu contoh. Kita bersyukur kerana ia tidak menjejaskan pasaran kerana tidak kena pada syarikat tersenarai.

Akan tetapi, ini macam layanan dua darjat. Saya ada satu syarikat sendirian berhad, RM100,000 modal saya, saya bekerja bertungkus-lumus sampai hendak mati.

Lima tahun saya mengembangkan perniagaan dan saya dapat nilai syarikat ini RM5 juta.

Jumlah RM4.9 juta itu saya perlu bayar cukai sedangkan kalau saya pelabur dari England ataupun US, hari ini saya masuk share market, lusa saya untung RM5 juta, saya tak perlu bayar apa-apa. Itu yang saya kata kesannya kepada IKS, perlu kita tengok.

Sebagai penghabisan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata tidak mahu GST tetapi saya nampak dia kata cukai barangan mewah. Apakah definisinya? Tidakkah kita melihat GST ini kita kurangkan kadar, memperbaiki mekanisme refund itu, mungkin lebih baik. Kalau tidak, dalam kes ini yang paling saya takut ialah Menteri Pelancongan, dia akan terkesan. Oleh sebab orang dari luar datang ke Malaysia untuk beli apa? Jam tangan dengan beg mewah. Dulu ada GST, 44 percent of the refund datangnya daripada pelancong China. Dia pergi ke Pavilion beli lima jam tangan dan lima beg, ini yang kita hendak. Dia datang ke sini bukan untuk beli beg, kerana kesan limpahan daripada sektor pelancongan RM80 bilion itu yang kita hendak. Jangan kita sembelih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Ayer Hitam, masa sudah tamat.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Jangan kita sembelih ayam yang keluarkan telur, akhirnya kita akan rugi selama-lamanya.

[Tepuk] Itu yang saya minta.

Saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Besut.

final • 4:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya ingin bercakap sedikit berkenaan dengan– sebelum saya meneruskan dengan berbahas tentang perkara lain. Berkenaan dengan Pandora Papers.

Saya mengalu-alukan sebenarnya siasatan tentang Pandora Papers dan sudah tahu siapa yang kena. Ada yang di luar, mantan dan juga yang berada dalam kerajaan. Akan tetapi, biarlah siasatan itu telus dan tidak melindungi sesiapa yang terbabit.

Perkara ini sebenarnya telah dilaung-laungkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini semasa beliau menjadi pembangkang sehingga menggelarkan Yang di-Pertua pada masa itu sebagai peguam kepada kerajaan, pada masa itu. Jadi, sebenarnya siasatan juga tidak terhad kepada Pandora Papers sebenarnya sebab sebelum ini pada tahun 2015 kita ada lagi paper lain iaitu Panama Papers dan juga satu lagi Paradise Papers pada tahun 2016.

Kalau ikut Panama Papers ini lebih kurang didedahkan seramai 2,300 individu dan entiti Malaysia menyembunyikan wang di tempat perlindungan cukai, di luar pesisir

(offshore). Paradise Papers itu mendedahkan cara syarikat multinasional dan individu yang kaya-raya memindahkan wang dari 19 tempat perlindungan cukai bagi mengelakkan cukai. Jadi, kita perlu juga mendedahkan perkara ini dan lihat siapa lagi yang kena. Agak- agak ada sebelah sanakah, sebelah sinikah, kita tidak tahu. Saya rasa sebelah sini tidak adalah. Agaknya mungkin ada yang sebelah sanalah kut.

Satu lagi isu yang saya ingin bawa adalah mengenai ketidaktentuan ekonomi sebab kita lihat kadar inflasi terus menekan kita sebenarnya. Kita lihat tidak ada usaha yang secara umum untuk menangani inflasi yang dihadapi oleh rakyat. Kalau kita lihat, saya cukup bersetuju dengan bantuan subsidi kepada golongan B40. Kebanyakan disebut B40. Akan tetapi, golongan M40 dan juga T20 tidak disebut bantuannya. Jadi, saya lihat kumpulan-kumpulan M40 dan T20 ini tidak merasakan harga barangan akan turun dan tidak merasakan income mereka akan naik.

final • 4:26 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dengan keadaan tersebut, sudah tentulah meresahkan mereka. Untuk meningkatkan kesejahteraan isi rumah sebenarnya, pendapatan perlu meningkat dan juga harga barang perlu diturunkan. Sehingga sekarang, tidak ada apa-apa pun formula untuk menurunkan harga barang. Abang Mat, telur tidak turun-turun lagi, masih 55 sen.

final • 4:26 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Formula-formula juga ada dibuat. Kalau ayam mahal, jangan beli ayam. Telur mahal, jangan beli telur. Saya ingin membuat satu formula baharu, kalau kita sakit, jangan beli ubat yang mahal. Kalau hendak sakit, sakitlah sebab Panadol sekarang pun kalau sebut ActiFast, harganya sudah mencecah RM10 sepeket. Jadi maknanya, formula- formula yang dibuat sebenarnya sebelum ini adalah satu formula yang tidak masuk akal.

Jadi Yang Berhormat Menteri Pertanian, tolong cari jalan untuk menurunkan harga supaya tekanan inflasi kita tidak ada lagi selepas ini.

Seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan dengan KWSP. Pemberian RM500 untuk ahli KWSP sebenarnya tidak membantu untuk tabungan pencarum itu sendiri.

Sejumlah RM500 sekali bagi. Ia bagus sebab ia percuma. Bagus, tetapi tidak ada kesan.

Jumlah RM500 kalau 10 tahun, baru berapa yang ada tabungan. Jadi, tidak banyak. Jadi saya menggesa kepada pihak kerajaan— ini pendapat daripada pihak kita. Bagi pinjaman, bukan pinjaman daripada kerajaan.

Kerajaan boleh menyelamatkan RM1 bilion yang diperuntukkan untuk memberi RM500 kepada pencarum. Bagi pinjaman daripada KWSP sama ada RM50,000 ataupun RM100,000. Bila sampai umur mereka sudah pencen, sebenarnya mereka akan ada tabungan yang banyak. Itulah yang saya maksudkan. Ia kena ada kesan compounding, maknanya dalam tempoh 15 tahun atau 20 tahun, penyimpan-penyimpan mempunyai cukup tabungan. Jadi, boleh menggunakan.

Cuma yang saya hendak sentuh sedikit fasal sekarang. Sekarang ini saya tengok terlampau ramai yang hantar mesej kepada saya, beratus minta supaya diberi caruman mereka supaya mereka dapat dibantu. Saya merasakan boleh sebenarnya diberi kepada mereka yang betul-betul memerlukan. Bukan semua kita bagi, yang perlu sahaja untuk kelangsungan kehidupan mereka sekarang.

Saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan Menu Rahmah yang begitu dipertikaikan akhir-akhir ini. Saya sebenarnya bersetuju 100 peratus tentang Menu Rahmah ini. Akan tetapi masalahnya, Menu Rahmah ini adalah menu ciplak daripada apa yang telah dibuat sebelum ini. Jadi, saya rasakan bahawa menu ciplak yang tidak berjaya.

Bagus kita menyediakan Menu Rahmah kepada rakyat, rakyat boleh menikmati. Jadi sebab itulah yang dikatakan oleh Tuan Guru sebentar tadi, bukan setakat peniaga sahaja, bukan setakat Menu Rahmah kepada pembeli sahaja, kepada rakyat sahaja. Menu Rahmah perlu datang daripada pihak-pihak yang membekalkan barang-barang mentah.

Jadi sekarang ini yang saya risaukan, kalau kita lihat dulu tahun 2011, kita ada Menu Rakyat 1Malaysia, masa Dato’ Sri Mohd Najib. Sarapan pagi RM2, roti telur dan teh tarik. RM4, kari ayam ataupun ikan masak gulai cili api, gulai kawah daging, sayur dan air berperisa. Itu tahun 2011. Tetapi penyokong-penyokong abang Mat PH kata, bukan satu solusi pada masa itu. Jadi mereka mahu barang-barang dan kos sara hidup pada masa itu turun, tetapi tidak turun juga. Jadi harga bahan mentah semakin naik, begitu juga sekarang pun keadaan yang sama. Jadi, kempen pada masa itu hanya tinggal yang dikatakan, “hangat-hangat tahi ayam”.

Juga mantan Perdana Menteri kita, Dato' Sri Ismail Sabri, beliau juga memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia atas konsep yang sama serta melancarkan Bakul Mahasiswa Keluarga Malaysia dengan harga RM3.50. Tetapi masalahnya, ramai yang kompelin mengatakan kualiti makanannya cukup rendah. Jadi, juga tidak berjaya.

Jadi apa yang cuba disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang ini lebih kepada cuba menunjukkan keprihatinan kepada rakyat, tetapi tidak menurunkan harga barang. Itu masalah besar yang berlaku dalam negara kita sekarang.

Saya juga ingin menyebut tentang reformasi institusi awam. Sebenarnya kerajaan telah menekuni pengarahan baharu untuk mereformasikan institusi perkhidmatan awam iaitu disebut bahawa penjawat awam ini sebenarnya tidak boleh memegang dua jawatan,

final • 4:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

tetapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sendiri telah memegang dua jawatan yang selama ini ditentukan supaya tidak boleh sebenarnya pegang dua jawatan, tiga jawatan. Banyak sangat jawatan yang ada.

Jadi, perkara ini sebenarnya hendak reformasi. Nama kerajaan pun tidak reformasi. Sepatutnya kerajaan nama reformasi, tetapi kerajaan dinamakan perpaduan, bukan perpaduan sebenarnya pun. Reformasi lebih baik, betul tak abang Mat? Betul, reformasi lebih baik ya?

final • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Janganlah sebut nama.

final • 4:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Oh, saya bergurau dengan Yang Berhormat Menteri Pertanian. Sorry Yang Berhormat.

Kemudian, satu lagi berkenaan dengan pendakwaan terpilih yang disebut. Akan tetapi, saya hendak katakan bahawa akhir-akhir ini terdapat pendakwaan yang dikatakan pendakwaan kepada musuh-musuh politik. Akan tetapi saya hendak kata, ini bukannya pendakwaan. Ini adalah merupakan penganiayaan, dipanggil political ataupun selective political persecution, bukan political persecution. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut tentang isu kawasan saya iaitu berkenaan dengan kesesakan kemudahan kesihatan kerajaan. Hospital Besut...

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, isu political persecution.

final • 4:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini pendapat saya. You cannot ask me about...

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, Yang Berhormat gentleman, boleh bagi peluang?

final • 4:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

No, no, please. Saya sudah tidak ada masa.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sedikit, sedikit.

final • 4:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya hendak sebut tentang Hospital Besut...

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 4:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Yang telah dibina sejak tahun 1976 dan penduduk di sana seramai 172,000 orang. Terdapat peningkatan pesakit daripada 52,000 kepada 68,000 setiap tahun. Jadi, kita perlukan upgrade fasiliti, peralatan, tambahan tenaga manusia dan naik taraf status hospital kepada pakar minor.

Ini sangat perlu kerana kalau kita lihat rawatan di hospital sekarang ini cukup menyusahkan pesakit-pesakit. Perlu menunggu di tempat kecemasan, terpaksa menunggu sehingga enam jam di koridor-koridor kerana masalah fasiliti tidak ada. Jadi, saya pohon supaya dengan penambahan bilangan pesakit, dinaiktarafkan juga bangunan dan juga fasiliti Unit Kecemasan dan Trauma berserta penempatan pakar perubatan kecemasan.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, terima kasih.

final • 4:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Satu lagi, Tuan Yang di- Pertua.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 4:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sedikit sahaja, sedikit sahaja, last,last. Ini penting. Ini berkenaan dengan apa yang disebut...

final • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sekejap- sekejap. Apa yang disebut oleh Perdana Menteri berkenaan dengan...

final • 4:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sekian, terima kasih.

final • 4:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sedikit sahaja Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin menyentuh— dia kata perihal peruntukan Ahli Parlimen tatkala ada segelintir pihak yang cuba mempertikaikan mengapa perlu mengurangkan peruntukan Ahli Parlimen. Ia seolah-olah menafikan kebajikan rakyat. Apabila dia menyebut Ahli Parlimen, adakah ia termasuk Ahli Parlimen pembangkang?

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup.

final • 4:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tujuannya adalah untuk kebajikan rakyat.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey.

final • 4:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kalau diberi kepada kita pun, untuk kebajikan rakyat.

final • 4:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sudahlah Yang Berhormat Besut, Terima kasih Yang Berhormat Besut.

final • 4:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, bajet ini mengelirukan sebenarnya.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, terima kasih.

final • 4:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Puchong.

final • 4:40 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hari ini Puchong ingin membawa lapan cadangan kepada kerajaan. Harap saya boleh habiskan dalam masa yang diberikan. I’ll go straight to the point, dengan izin.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setiap tahun kira-kira 1,800 orang wanita didiagnosis dengan kanser serviks dan kira-kira 900 orang meninggal dunia akibat penyakit ini. Kanser serviks menduduki tempat keempat kanser paling kerap di kalangan wanita di Malaysia dan kedua kanser paling kerap di kalangan wanita berumur antara 15 tahun hingga 44 tahun. Saringan HPV boleh mengurangkan insiden kanser serviks dengan ketara. Oleh itu, cadangan pertama Puchong kepada kerajaan ialah memasukkan saringan HPV dalam Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40), memandangkan sekarang kerajaan sedia memasukkan saringan penyakit kencing manis.

Dalam isu yang sama, saya juga ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa Program Vaksinasi HPV telah tergendala sejak permulaan wabak COVID-19. Untuk makluman semua, Program Vaksinasi HPV telah pun diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 2010 untuk pelajar perempuan berumur 13 tahun. Ia telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada ibu bapa dan pelajar. Lebih daripada 90 peratus mengambil suntikan vaksin apabila diberi. Walau bagaimanapun, pandemik COVID-19 telah pun menyebabkan sekolah-sekolah ditutup serta pengalihan peruntukan kerajaan kepada Program Vaksinasi COVID-19.

Menurut statistik Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, lebih daripada 500,000 orang kanak-kanak perempuan telah pun terlepas suntikan vaksin HPV ataupun mendapat suntikan yang tidak lengkap. Kesan situasi ini akan menyebabkan peningkatan kes kanser serviks dan penyakit-penyakit berkaitan pada tahun-tahun akan datang.

Dengan itu, cadangan kedua Puchong adalah supaya kerajaan memulakan semula Program Imunisasi HPV dan menjalankan program catch-up yang tersusun untuk mereka yang terlepas suntikan HPV.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan ketiga saya adalah berkenaan dengan hepatitis B. Hepatitis B boleh membahayakan nyawa dengan membawa komplikasi serius seperti penyakit sirosis atau gagal hati atau kanser hati. Malaysia telah memperkenalkan vaksin hepatitis B sejak tahun 1989 dan kini liputan vaksinasi hepatitis B adalah lebih daripada 95 peratus. Walau bagaimanapun, insiden hepatitis B telah pun meningkat daripada 2.26

final • 4:40 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

peratus bagi setiap 100 orang penduduk pada tahun 2010 kepada 12.6 peratus pada tahun 2015. Antara cara utama penularan hepatitis B virus (HBV) adalah:

(i) daripada ibu kepada bayi;

(ii) adalah daripada kanak-kanak kepada kanak-kanak; dan

(iii) suntikan dan pemindahan darah yang tidak selamat dan sebagainya.

Jika kita boleh mencegah penularan daripada ibu kepada anak atau bayi, maka insiden penularan daripada kanak-kanak kepada kanak-kanak juga akan dikurangkan.

Untuk mencegah penularan hepatitis B daripada ibu kepada bayi, Puchong mencadangkan kepada kerajaan untuk menjadikan saringan HBV universal di kalangan wanita hamil seperti yang dijalankan di Singapura dan Hong Kong.

Sebenarnya, semua wanita hamil diperiksa secara rutin untuk HIV dan sifilis di klinik kerajaan pada lawatan pertama. Apa yang diperlukan sekarang ialah menghantar sampel darah yang sama untuk saringan HBV. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saringan HBV kosnya kurang daripada RM3 seorang. Cadangan ini hanya memerlukan peruntukan kira-kira RM1.5 juta sahaja dan tidak melibatkan sebarang perubahan proses. Oleh itu, saringan hepatitis B universal di kalangan wanita hamil adalah low-hanging fruit untuk menurunkan secara ketara insiden hepatitis B di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan keempat dan kelima saya adalah berkenaan dengan isu pelancongan. Kerajaan telah mengumumkan bahawa cukai barangan mewah akan diperkenalkan. Saya sangat bimbang bahawa cukai ini akan menjejaskan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan, terutamanya di kalangan rakyat China, di mana simpanan lebihan mereka sekarang telah pun mencecah RM3.5 trilion dari tahun 2020 hingga tahun 2022, hasil daripada zero COVID-19 polisi di China menurut JPMorgan Chase&Co.

Dengan itu, Puchong mencadangkan kerajaan untuk mengecualikan pelancong daripada cukai barangan mewah dengan menyediakan fasiliti bayaran balik cukai kepada golongan pelancong seperti VAT refund yang diamalkan di negara-negara lain seperti Singapura, Australia, Kanada, negara-negara EU, Korea Selatan dan Jepun.

Tuan Yang di-Pertua, Program Malaysia My Second Home (MM2H) telah pun mendapat sambutan yang baik sejak tahun 2002. Peserta-peserta MM2H ini bagai pelancongan jangka masa panjang. Berbanding dengan pelancong-pelancong biasa, mereka lebih berkemungkinan berbelanja di luar ekosistem pelancongan seperti makan di mamak, melanggani kedai-kedai tempatan dan sebagainya. MM2H telah berjaya menjana sejumlah RM26.7 bilion untuk Malaysia dari tahun 2002 hingga tahun 2019.

Dengan strategi yang betul, program ini mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi untuk negara kita. Walau bagaimanapun, MM2H telah pun diberhentikan pada tahun 2020. Apabila dihidupkan semula, semua terkejut bahawa ia telah pun diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri.

Apa yang paling penting, kerajaan masa itu telah pun mengubah syarat-syarat MM2H secara mendadak dengan meningkatkan pendapatan bulanan minimum daripada RM10,000 sebulan kepada RM40,000 sebulan dan simpanan deposit tetap (FD) ke RM1 juta. Perubahan dasar MM2H di samping kerenah birokrasi telah pun menjadikan Malaysia tidak lagi menarik dan kompetitif dalam pasaran ini, berbanding dengan negara-negara jiran kita.

Dengan itu, Puchong mencadangkan kerajaan untuk meletakkan balik MM2H di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang jauh lebih berpengalaman dalam memasarkan dan mengendalikan MM2H dan kaji semula perubahan dasar MM2H yang diperkenalkan pada tahun 2021 dengan kadar segera. If we don’t want to lose out, we have to act very fast, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya ingin beralih kepada isu pengangkutan awam. Kerajaan telah mengumumkan bahawa MRT3 akan diteruskan dengan jumlah

final • 4:40 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

perbelanjaan kurang daripada RM45 bilion. Walaupun ada penjimatan, jika kita mengambil kira MRT1 dan MRT2 yang membelanjakan sebanyak RM21 bilion dan RM33 bilion masing-masing, negara kita bakal belanja sejumlah RM100 bilion untuk membina MRT.

Walau bagaimanapun, tiada pun pengumuman peruntukan yang signifikan setakat untuk meningkatkan jumlah bas di Lembah Klang dan di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, perancangan Bandar Kuala Lumpur telah pun mewujudkan urban sprawl, di mana perkembangan bandar tersebar ke kawasan sekeliling dan mengakibatkan corak pertumbuhan yang tidak berpusat. Ini telah pun menyumbang kepada pembangunan bandar-bandar satelit di Lembah Klang, termasuk Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Serdang, Shah Alam dan lain-lain. Walaupun rel boleh menjadi asas pengangkutan awam, jaringan bas yang lebih luas adalah sangat penting untuk menghubungkan Lembah Klang yang berciri urban sprawl dan mengatasi masalah first and last mile. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jumlah bas di Lembah Klang adalah jauh lebih rendah jika kita bandingkan dengan negara-negara lain.

final • 4:40 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Hanya sekitar 1,500 buah bas Prasarana di Lembah Klang. Kalau kita banding dengan Singapura 5,800 buah bas, Hong Kong 6,000 buah bas, London 8,600 buah bas, Seoul 13,500 bas. Daripada segi pengagihan sumber kerajaan, sudah bertahun-tahun tumpuan kita hanya kepada rel dan bas tidak mendapat tumpuan yang baik. Tumpuan yang diberi antara rel dan juga bas adalah seperti langit dan bumi.

Puchong ingin tanya jika kita boleh belanja RM100 bilion untuk membina MRT, boleh tidak kita membelanjakan RM2 bilion untuk menambah jumlah bas dan bas mini secara besar-besaran di Klang Valley.

[Tepuk] Dengan RM2 bilion saya sudah kira, kira- kira 5,000 buah bas dan bas mini boleh ditambah. Ini boleh meningkatkan jumlah bas di Lembah Klang sebanyak empat kali ganda. We can do wonders with just RM2 bilion dan ini hanya adalah dua peratus daripada jumlah yang kita akan belanja untuk MRT. Ini adalah cadangan keenam Puchong.

Seterusnya, saya ingin bergerak ke isu pendapatan rakyat. Puchong sangat bimbang apabila saya mendengar statistik yang diberi oleh kerajaan berkenaan dengan simpanan KWSP di mana jika kita kira T20 memiliki 80 peratus tabung KWSP, manakala B40 memiliki hanya satu peratus tabung KWSP. Saya khuatir jurang perbezaan pendapatan antara yang kaya dan miskin akan menjadi semakin ketara. Sememangnya Gini coefficient Malaysia telah pun menurun dalam dua dekad ini daripada 46.2 pada tahun 2000 ke 40 pada tahun 2020. Trend ini mungkin tidak akan berterusan.

Oleh itu, Puchong sangat mengalu-alukan inisiatif yang dicadangkan dalam Belanjawan ini yang berpotensi meningkatkan pendapatan rakyat, terutamanya B40 dan M40 seperti pengurangan cukai, inisiatif pendapatan rakyat, latihan kemahiran, inisiatif- inisiatif untuk memperkasakan PMKS dalam jenis geran pinjaman dan jaminan pembiayaan. Walau bagaimanapun inisiatif-inisiatif ini bukan baharu dan pernah pun muncul dalam bentuk yang lebih kurang sama dalam belanjawan-belanjawan yang dahulu. Puchong ingin tahu, apakah perbezaan dasar ataupun pendekatan yang akan diambil oleh kerajaan.

Salah satu perbezaan pendekatan yang Puchong ingin cadangkan ialah supaya Kementerian Ekonomi mengukur hasil inisiatif-inisiatif ini iaitu measuring outcome. Kerajaan harus buat longitudinal study dengan mengumpul data pendapatan dan perkembangan pekerja, setiap penerima inisiatif ini dan membentangkan laporan kajian ini di Parlimen dari semasa ke semasa.

Dengan ini Parlimen boleh menilai secara objektif, sama ada inisiatif-inisiatif ini benar-benar membantu kumpulan sasaran dan seterusnya memperhalusi dan memperbaikinya. Our policy must be outcome-based and not theoretical or philosophical, dengan izin. Ini cadangan ketujuh.

Isu terakhir saya ingin sentuh adalah berkenaan dengan perubahan iklim. Negara kita telah pun mengalami beberapa banjir besar dalam masa dua, tiga tahun ini. Di

final • 4:50 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Parlimen Puchong, kami mengalami banjir terbesar dalam sejarah pada tahun 2021 di Kampung Sri Aman, Kampung Tengah dan Kampung Bersatu. Banjir seperti ini akan menjadi semakin kerap dan serius akibat perubahan iklim. Tambahan lagi keselamatan makanan akan menjadi semakin mencabar akibat perubahan iklim.

Rakyat akan rasa tertekan dengan kenaikan harga makanan akibat gangguan rantaian global makanan. Ada banyak lagi kesan negatif akibat perubahan iklim seperti daripada segi kesihatan, sumber air, biodiversiti dan sebagainya dan seperti krisis lain, mereka yang di paling bawah piramid akan paling terdedah dengan risikonya.

Persoalannya adakah kita bersedia untuk menghadapi krisis perubahan iklim secara sistematik.

Di samping itu kita juga perlu tanya bagaimana Malaysia boleh meraih peluang apabila dunia menghadapi krisis perubahan iklim dan bergerak ke arah ekonomi rendah karbon. Dengan membangunkan industri hijau di mana Malaysia mempunyai kelebihan daya saing, kita boleh menarik pelaburan dan mewujudkan pekerjaan baharu. Secara keseluruhannya tindakan perubahan iklim perlu diambil oleh negara kita adalah merentasi kementerian dan juga melibatkan ketiga-tiga kerajaan iaitu kerajaan tempatan, negeri dan Persekutuan. Tindakan-tindakan perubahan iklim juga perlu sistematik dan konsisten, tidak kira siapa jadi kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi saya satu minit lagi, saya habiskan. Oleh itu, Malaysia amat memerlukan kerangka undang-undang untuk menginstitusikan tindakan perubahan iklim dan memastikan bahawa badan penyelarasan dan pelaksana mempunyai punca kuasa dan sumber yang mencukupi. Dengan itu, Puchong berharap Parlimen ini akan meluluskan Akta Perubahan Iklim seperti di negara UK, Sweden, Norway dan New Zealand dalam masa terdekat.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada tahun 2019 masa saya masih Menteri perubahan iklim, saya telah pun mengumumkan di Parlimen bahawa kita akan membentangkan “RUU Perubahan Iklim” di Parlimen menjelang tahun 2021. Usaha ini diberhentikan kerana Langkah Sheraton. Selepas saya bertanya berkali-kali di Parlimen, kerajaan masa itu akhirnya jawab bahawa mereka akan membentangkan RUU pada tahun 2025. Minggu lepas saya dengan Yang Berhormat Menteri sekarang memberi jawapan yang lebih kurang sama bahawa “RUU Perubahan Iklim” hanya akan dibentangkan dalam masa dua hingga tiga tahun.

Saya ingin tanya, mengapa ia tidak boleh dilakukan dengan lebih awal? Sudah tiga tahun selepas Langkah Sheraton, sudah tentunya kementerian sudah ada sedikit kemajuan dalam penggubalan RUU ini. Jika kita benar-benar fikir bahawa perubahan iklim adalah isu yang serius— if climate change is really an urgent issue, maka kerajaan perlu ada tindakan yang setaraf. Dengan ini, cadangan kelapan Puchong ialah supaya kerajaan menggubal dan membentang “RUU Perubahan Iklim” pada tahun ini juga. Ini bukan sasaran yang mustahil. “Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih”. Itu sahaja lapan cadangan saya, Puchong sedia menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 4:50 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, bentara- bentara yang bertugas dan seluruh rakyat Malaysia.

Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan yang telah membentangkan Belanjawan Persekutuan 2023 pada 24 Februari iaitu Jumaat lepas. Terima kasih juga kepada pegawai-pegawai saya yang membantu saya mengulang kaji, meneliti dan memahami isi kandungan tiga naskhah buku pelaporan yang dibekalkan kepada saya.

Yang sekarang ada di hadapan saya [Sambil mengangkat buku pelaporan] kerana tanpa bantuan mereka, tidak mungkin saya dapat memahami isi kandungannya.

final • 4:57 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Tuan Yang di-Pertua, belanjawan ini adalah satu yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia kerana mereka mengikutinya melalui televisyen dan lain-lain. Oleh sebab mereka hendak tahu apa yang mereka dapat daripada belanjawan yang dibentangkan terutamanya golongan B40, penjawat awam dan rakyat keseluruhannya.

Oleh itu, sepanjang saya berbahas ini kalau saya rujuk kepada video yang pernah viral sebagainya, janganlah dianggap saya sebagai menyindir, memerli, menyinggung dan lain-lain. Ini kerana seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam tadi, “dua tandan pisang, tidak semuanya elok dan tidak semuanya busuk, ada baik dan ada tidak baiknya” ya.

Salah satu kemudahan ataupun kebaikan yang dinikmati oleh golongan B40 yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang ialah skim takaful pelindungan kesihatan iaitu Tabung Amanah mySalam. MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful pelindungan kesihatan percuma oleh kerajaan yang memberikan perlindungan percuma kepada individu yang layak melalui Tabung Amanah mySalam.

final • 4:57 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ini untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghadapi penyakit-penyakit kritikal khususnya B40, diurus melalui Great Eastern Holdings.

Soalan saya di sini ialah, adakah Kementerian Kewangan bersetuju diadakan semula rundingan dengan Great Eastern Holdings dan lain-lain syarikat insurans yang turut menyumbang kepada Tabung Amanah mySalam ini supaya elaun ataupun gaji petugas mySalam ini dinaikkan setelah skim ini diperkenalkan pada tahun 1991 iaitu empat tahun yang lepas.

Hal ini kerana pada ketika ini kadar bayaran yang diberikan kepada petugas ini terlalu rendah iaitu RM80 sehari. Bermakna dalam masa sebulan, mereka bertugas 20 hari cuma dapat RM1,600 sebulan dan RM1,600 ini adalah di bawah paras kemiskinan, B40 sedangkan mereka menguruskan golongan yang sama.

Izinkan saya untuk membacakan tangga gaji petugas mySalam. Kontrak tiga bulan percubaan mereka dibayar RM60 sehari. Kontrak tetap setahun dibayar RM70 sehari. Kontrak tetap tahunan kedua dan seterusnya dibayar RM80 sehari. Jadi Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri Kewangan, dapatlah sekiranya menaikkan elaun mereka ini.

Kerajaan tidak perlu keluarkan modal ataupun dana kerana tabung ini diisi oleh syarikat insurans yang saya sebut tadi. Saya rasa dengan formula-formula yang ada pada pakar-pakar di dalam kerajaan, mampu meningkatkan gaji mereka kerana RM1,500 ini sudah tentu tidak mencukupi kerana kos sara hidup sekarang ini sedang meningkat, terutamanya di bandar-bandar.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga minta pegawai-pegawai saya semak, adakah pelarasan gaji kakitangan awam juga ada dibuat pembaharuan yang ada manfaat kepada mereka dalam belanjawan yang dibentangkan tempoh hari. Jawapannya masih juga tidak.

Maknanya kakitangan awam yang turut menunggu jawapan positif mengenai pelarasan gaji ini hampa. Saya mohon supaya mereka juga diberikan pelarasan gaji yang lebih menarik supaya kelangsungan hidup mereka dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi ini dapatlah diatasi sedikit sebanyak.

Paling yang ditunggu-tunggu juga oleh rakyat semasa pembentangan belanjawan ialah pengumuman sama ada harga minyak maksudnya petrol dan diesel turun harga. Hal ini kerana mereka sangat yakin dengan ucapan-ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan sebelum ini. Menang hari ini, esok minyak turun harga. Jadi rakyat tunggu-tunggu, rupanya sampai akhir tidak ada juga. Hampa lagi rakyat.

Bolehkah kalau saya anggap jaminan-jaminan seperti ungkapan tadi itu, hari ini memerintah, hari ini menjadi Perdana Menteri esok minyak turun harga. Sama juga dengan ungkapan-ungkapan hendak menoktahkan kemiskinan. Lebih kurang sama, pepatah Melayu ada menyebut tetapi saya tidak berapa hendak ingat. Akan tetapi pepatah

final • 5:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

jawa ada menyebut...

[Ketawa] Ungkapan-ungkapan seumpama seperti itu umpama “Etok-etok ey, arep nolong, tapi sak tenane mentong...”, dengan izin.

Maksudnya, “Konon-konon hendak menolong tetapi sebenarnya hendak memukul...”.

[Ketawa] Bukan menyindir saya sudah cakap tadi dari awal-awalkan. Saya harap Yang Berhormat Jelutong jangan ganggu saya lah. Tidak ada ya? Oleh sebab Yang Berhormat Jelutong dia kawan baik saya sebenarnya.

final • 5:00 PM

Seorang Ahli

Sahabat-sahabat kita.

final • 5:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

[Ketawa] Kemudian Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada peruntukan kawasan.

Peruntukan kawasan untuk Ahli Parlimen ini sebenarnya untuk kawasan bukan untuk Ahli Parlimen.

Berapa banyak pun yang diberikan, kita akan salurkan kepada rakyat. Tidak timbul kalau kawasan Parlimen kerajaan pun tidak cukup, macam mana hendak bagi yang pembangkang sepertimana yang diucapkan oleh Yang Berhormat Bagan tempoh hari.

Tidak betullah, sebab kita bagi pada kawasan bukan kepada Ahli Parlimen.

Jadi, saya berharap kami ini pun diberilah peluang untuk menguruskannya, melalui kami supaya kami boleh salurkan kepada rakyat. Kalau tidak nanti, kawasan- kawasan kami ini akan dilantik satu jawatan iaitu jawatan penyelaras Parlimen untuk menguruskan peruntukan tersebut.

Jawatan itu bukannya jawatan yang tidak dibayar gaji sepertimana penasihat kewangan memanglah tidak ada gaji, tetapi penyelaras Parlimen ini nanti hendak dibayar gaji. Paling kurang satu kawasan itu sebanyak RM4,000. Kalau sudah 74 buah kawasan sudah berapa ratus ribu kali lima tahun, bukankah ini satu pembaziran? Akan tetapi kalau disalurkan melalui kami, kami sudah ada gaji. Tidak payah membazirkan wang itu lagi untuk membayar penyelaras.

Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak setuju dengan peruntukan itu disalurkan kepada kami dan juga semua secara sama rata, sila katakan tidak setuju. Tidak ada ya?

Tidak ada, semua setuju *alhamdulillah.

[Ketawa]* Jadi, suara tidak setuju...

final • 5:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Minta laluan. Gopeng.

final • 5:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ya?

final • 5:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Gopeng.

final • 5:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Sikit sahaja Yang Berhormat Gopeng, saya banyak lagi ini.

final • 5:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Boleh, sikit sahaja, sikit sahaja.

final • 5:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Sikit ya.

final • 5:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya setuju sebenarnya apa yang diungkapkan oleh Yang Berhormat bahawanya peruntukan Ahli Parlimen perlu diberikan sama rata kepada Ahli- ahli Yang Berhormat di kalangan kerajaan dan juga oposisi.

final • 5:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Saya mohon pandangan Yang Berhormat apakah modul yang berlaku di negeri Kedah yang mana Kedah sekarang di bawah Kerajaan Perikatan Nasional, duit oposisi diberikan peruntukan sebanyak RM50,000?

Akan tetapi waktu yang sama Kerajaan Perikatan Nasional telah pun melantik penyelaras-penyelaras DUN di kawasan dan diberikan peruntukan kalau tidak silap saya, correct me if I am wrong sebanyak RM150,000 peruntukan untuk penyelaras DUN masing- masing untuk menguruskan kawasan-kawasan tertentu.

final • 5:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih. Saya faham, saya faham.

final • 5:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

So, saya mohon pandangan, apakah yang berlaku di Kedah?

final • 5:00 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 5:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Saya mohon pandangan, adakah modul itu boleh diguna pakai? Saya mohon pandangan Yang Berhormat Sabak Bernam, minta maaf.

final • 5:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih, terima kasih Sabak Bernam hendak menjawab ya.

final • 5:00 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Yang Berhormat Sabak Bernam. Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 5:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Tidak apa, tidak apa. Saya jawab, saya jawab. Ini floor saya, minta maaf. Floor saya.

[Ketawa]

final • 5:00 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Tidak betul itu penyelarasan sampai RM150,000 itu tidak betul.

final • 5:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Begini, begini, begini. Kita dalam hal ini, kita jangan ikut Kedah, jangan ikut mana-mana. Ia bukan negeri Madani. Ini Madani.

final • 5:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

[Ketawa] Tidak, tidak. Saya cuma minta pendirian yang...

final • 5:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Sebenarnya saya tidak habis lagi. Saya tidak habis lagi. Saya tidak habis lagi. Kita jangan sikit-sikit...

final • 5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Sabak Bernam, setujulah Madani itu.

final • 5:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Jangan sikit-sikit kita tengok sana, tengok sana, tengok dulu.

final • 5:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Tidak. Cuma pendirian kena konsisten.

final • 5:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ya. Ya.

final • 5:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Saya bukan kata Madani, tidak Madani.

final • 5:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ya.

final • 5:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Itu universal.

final • 5:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ya.

final • 5:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Saya pun setuju dengan pendirian Yang Berhormat. Cuma pendirian itu kena konsisten sama ada...

final • 5:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Eh, saya konsisten.

final • 5:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

...Keadaan posisi di Kerajaan Persekutuan ataupun di kerajaan di peringkat kerajaan negeri. Saya minta pandangan.

final • 5:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Saya setuju. Saya setuju dan saya konsisten. Patutnya Kedah pun tidak boleh buat begitu.

final • 5:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Ya, tengok.

final • 5:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ya.

final • 5:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Kedah pun tidak boleh.

final • 5:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ya, saya konsisten.

final • 5:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Kedah pun kena ubah.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung, masa sudah tamat.

final • 5:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih pandangan Yang Berhormat Sabak Bernam. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Akan tetapi sekarang kita cerita fasal Parlimen. Jadi kita tumpukan pada Parlimen.

[Ketawa]

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

final • 5:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Jangan kacau negeri-negeri lain okey.

final • 5:00 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Kuantan boleh minta laluan?

final • 5:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Tidak boleh. Tidak boleh.

final • 5:00 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Sebelah pun tidak boleh ya?

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak ada masa lagi.

Sila gulung.

final • 5:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Tidak boleh. Jadi kita kalau hendak buat kebaikan, kita rasa yang sekarang ini baik kita jalan sahaja. Kita jangan tengok yang dulu-dulu, yang sana sini, “Oh, dahulu boleh sekarang tidak boleh. Dahulu mereka tidak bagi kenapa sekarang bagi...”.

final • 5:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Kalau ikut dahulu Ahli-ahli Yang Berhormat, minta maaf. Nenek saya pun dulu anak dara, tapi dahulu.

[Ketawa] Waktu itu nama dia jadi siulan anak-anak muda kampung tapi sekarang tidak ada siapa nak siul dengan dia.

[Ketawa] Itu kalau cerita dahulu. Ini kita cerita yang sekarang. Apabila Ahli Parlimen ini tidak dapat peruntukan macam saya sekarang ini yang harap allowance saja, saya sudah dapat banyak fitnah.

Contohnya, minta maaf sebab tadi ada yang bercakap bukan, jadi saya bagi betul.

Mohon izinkan bagi saya satu cerita. Cerita.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak perlu ceritalah.

final • 5:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Satu cerita sahaja.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bawa masalah.

final • 5:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Saya janji ceritanya menarik. Bulan lepas saya didatangi dua orang pendekar di pejabat saya. Satu pendekar lelaki dan satu pendekar wanita. Dia datang mahu minta sumbangan. Dia kata dia mahu tutup gelanggang silat dan dia mahu tutup sebab nak bulan puasa tidak bersilat. Lepas puasa, lepas hari raya dia nak buka balik gelanggang. Dia nak minta sumbangan saya majlis penutupan gelanggang itu. Khatam silat.

Saya kata, saya sekarang ini ada 24 buah sekolah minta sumbangan Hari Ucapan Anugerah Kecemerlangan. Jadi saya utamakan sekolah dahulu. Yang silat-silat ini boleh tidak kamu nanti lepas raya awak jumpa saya, awak buka gelanggang saya bagi peruntukan, boleh tidak? Boleh dia kata. Jadi, saya pun buatlah tangguhkan. Kemudian saya cakap dekat dia dekat dua orang pendekar ini, “Tidak apa awak sudah datang kat office saya, saya ucap terima kasih. Awak sudah minum atau belum?”. “Belum,”. Saya bagi seorang RM10.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Sabak Bernam, cukup.

final • 5:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Jadi, dapat RM20. Dia balik cerita dekat orang dia kata dia minta sumbangan khatam silat dapat RM10. Jadi, saya...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey.

final • 5:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Kalau wakil rakyat tidak ada peruntukan kawasan, fitnah akan berleluasa kepada kami. Harap Yang Berhormat Kuala Langat suka. Yang Berhormat Kuala Langat dia suka dengan saya sebab saya pun tidak suka fitnah.

final • 5:10 PM

Seorang Ahli Berucap

Yang Berhormat Hulu Langat.

[Ketawa]

final • 5:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hulu Langat. Hulu Langat.

final • 5:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 5:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hulu.

final • 5:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Hulu Langat?

final • 5:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hulu Langat. Yang Berhormat Kuala Langat di sebelah sana.

[Ketawa] . Geng sendiri pun tidak kenal. Masalah Yang Berhormat Sabak Bernam ini. Yang Berhormat Sabak Bernam, sekian terima kasih.

Cakap.

final • 5:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sekian, terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat kerana mengingatkan. Saya minta maaf sebentar tadi saya sedikit hilang ingatan.

[Ketawa]

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, terima kasih.

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 5:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tuan Yang di-Pertua, dia bahaya Tuan Yang di-Pertua sebab dia berucap tadi ingatan dia hilang.

[Ketawa] Dia berucap tadi dia tidak ingat itu. Kita takut tadi apa yang dia cakap itu dia tidak sedar.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey.

final • 5:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Apa dia cakap itu. Yang Berhormat Parit Sulong, sila.

[Ketawa]

final • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih.

final • 5:13 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Selingan petang.

final • 5:13 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk sama-sama berbahas dalam membincangkan mengenai bajet tempoh hari. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya apa juga ikhtiar dan usaha kerajaan untuk rakyat hanya akan tersusun cantik sekiranya ia diiringi dengan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Ini kerana kekuatan ekonomi sahaja yang mampu menjadi enjin kepada peningkatan taraf kehidupan sosial rakyat. Saban tahun memang di setiap pembentangan bajet akan ada satu seksyen khas khusus untuk pemerkasaan wanita. Ini memang setiap tahun termasuklah tahun ini juga. Inisiatif-inisiatif khusus untuk membangunkan keupayaan dan merapatkan jurang antara agenda. Ini memang wajar kita memberikan sepenuh tumpuan. Namun berdasarkan angka-angka yang ditunjukkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, perjalanan kita untuk mencungkil potensi sebenar wanita dalam masyarakat masih jauh lagi ketinggalan.

Contohnya, pada tahun 2021, golongan wanita menunjukkan penguasaan yang lebih tinggi dalam pengambilan universiti awam iaitu sebanyak 47.5 peratus berbanding lelaki pada 33.8 peratus. Jumlah ini menunjukkan bahawa wanita berada di barisan hadapan dalam pendidikan tinggi. Malah pada tahun 2021 juga terdapat 50,000 lebih wanita yang telah berjaya menamatkan pengajian berbanding lelaki. Bayangkan jurang perbezaan yang wujud sejak 10 tahun yang lalu dan peningkatan ketara oleh wanita dalam pendidikan tinggi walau bagaimanapun tidak diterjemahkan kepada hasil pasaran buruh yang lebih baik. Pada tahun 2021, kadar penyertaan tenaga buruh wanita berada pada tahap 55.9 peratus sahaja. Jauh berbeza jauh kalau kita bandingkan dengan kadar lelaki yang mencapai sebanyak 80.9 peratus.

final • 5:13 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Kadar penyertaan tenaga buruh wanita negara-negara jiran kita berada dalam keadaan yang sebenarnya jauh lebih baik daripada di Malaysia. Contohnya di Kemboja, 73.9 peratus, di Vietnam, 69.6 peratus dan Thailand, 58.9 peratus. Jadi, timbul juga satu persoalan yang sangat penting yang perlu kita fikirkan bersama mana perginya wanita- wanita ini dan apakah peranan mereka sekarang dalam masyarakat kita.

Saya ingin memetik satu kajian oleh World Bank mengenai penyertaan wanita Malaysia dalam tenaga kerja yang mendapati bahawa wanita Malaysia yang berumur lebih daripada 26 tahun lebih sensitif terhadap peralihan kitaran hayat berbanding negara lain di dunia.

Wanita yang sudah berkahwin mempunyai kadar penyertaan yang paling rendah.

Faktor ini terkait dengan sindrom beban berganda dalam mengurus rumah dan menjaga anak ataupun orang tua. Jadi, secara puratanya wanita yang meninggalkan tenaga kerja selepas umur 26 tahun tidak akan kembali akibat daripada kesan sindrom ini. Maka saya menyambut baik usaha dan inisiatif kerajaan melalui Belanjawan 2023 ini dengan memperkenalkan Geran Pengajian sebanyak 80 peratus gaji bagi menggalakkan wanita kembali bekerja. Walau bagaimanapun saya ingin mencadangkan bahawa inisiatif perlu ditambah baik dengan beberapa inisiatif tambahan.

Pertamanya, diskriminasi terhadap wanita hamil perlu segera dihentikan. Tinjauan Women’s Aid Organisation’s Workplace Discrimination Survey pada tahun 2016 mendapati 40 peratus wanita yang ditinjau telah mengalami diskriminasi pekerjaan kerana mereka ini pregnant ataupun hamil. Tinjauan itu menunjukkan bahawa lima cara terbaik yang digunakan oleh majikan untuk membuat diskriminasi terhadap wanita hamil adalah membuatkan jawatan mereka jadi redundant, menafikan kenaikan pangkat, meletakkan mereka dalam tempoh probation yang terlampau lama, menurunkan pangkat ataupun menamatkan pekerjaan.

Tinjauan yang sama pada 2020 juga mendedahkan bahawa kira-kira 27 peratus wanita dipersoalkan kemampuan melaksanakan kerja mereka selepas bersalin. Manakala 13 peratus lagi mengalami nasib diketepikan dalam projek-projek baharu ataupun peluang-peluang kerjaya selepas bersalin. Namun hanya kira-kira satu daripada lapan orang wanita yang telah mengalami diskriminasi tempat kerja kerana mengandung, yang membuat aduan rasmi. Majoriti wanita tidak mengetahui hak mereka atau takut akan tindakan balas kerana bersuara.

Kedua-dua Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 memberikan pelepasan yang sangat minimum jika ada. Jadi, untuk melindungi wanita hamil yang ingin kembali ke alam pekerjaan, saya ingin mencadangkan agar satu “akta diskriminasi kehamilan” dapat dilaksanakan. Benda ini bukan baharu. Ia kita harapkan dapat membantu menangani diskriminasi berkenaan perkara ini dan ini perlu diambil kira kerana polisi yang membabitkan wanita untuk kembali ke alam pekerjaan disesuaikan dengan penerimaan mereka semula ke alam pekerjaan sebagai functional dan bukan sekadar pelengkap kuorum atau sekadar memenuhi lensa gender semata-mata kerana tanpa memberi makna kepada masa hadapan mereka.

Kedua, walaupun pemberian geran ini akan memberi motivasi kepada majikan untuk menggaji lebih ramai wanita, inisiatif ini sewajarnya patut dilengkapkan dengan pemberian potongan cukai sebanyak lima tahun bagi wanita untuk kembali ke alam pekerjaan seperti kita pernah di dalam manifesto padu, kita ada mencadangkan perkara ini. Ia merupakan strategi serampang dua mata yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak majikan dan juga pekerja melalui peningkatan pendapatan isi rumah.

final • 5:13 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Saya juga berharap cadangan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat ekonomi jangka panjang. Saya hendak kongsikan ada beberapa kajian berkaitan dengan perkara yang saya bangkitkan sebelum ini. Pertama, kajian oleh OECD mengenai kesaksamaan gender mendapati bahawa peningkatan bahagian pendapatan isi rumah yang dikawal oleh wanita memberi lebih manfaat kepada pembangunan kanak-kanak dan keluarga secara keseluruhan melalui perbelanjaan isu rumah yang lebih bermakna kepada institusi keluarga.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Kedua, vacancy. Pada tahun 2014, menyimpulkan bahawa kesaksamaan ekonomi wanita adalah baik untuk perniagaan. Menurutnya, syarikat yang dipimpin oleh wanita mendapat faedah yang banyak keberkesanan daripada segi organisasi.

Hakikatnya jelas wanita mampu berprestasi lebih baik dalam arena profesional kerana mereka secara amnya mempunyai aspirasi dan kecerdasan emosi yang lebih tinggi.

Kalau kita tengok pula dan bandingkan dengan penyertaan buruh wanita Singapura, ia di tahap 64 peratus. Kita juga mengharapkan usaha mempergiatkan penggajian pekerja wanita ini dapat diteruskan dan disusuli dengan usaha peningkatan tahap ekonomi dan kehidupan pekerja itu sendiri.

Saya juga hendak menyambut baik peruntukan yang diperuntukkan untuk dana pembiayaan perniagaan wanita. Akan tetapi persepsi umum yang ini yang kita rasa– sebab kalau kita tengok bayaran balik pinjaman perniagaan, tidak kiralah dana MARA kah, TEKUN kah, PUNB kah ataupun apa juga dana yang diperuntukkan oleh wanita, wanita ini dia tidak culas membayar. Dia tetap bayar pada waktunya.

Namun, kebanyakan usaha pembangunan perniagaan ini bersifat transactional seperti bantuan modal ataupun infrastruktur. Jadi, untuk meningkatkan pembangunan golongan wanita dari aspek keusahawanan seiring dengan masa hadapan, saya juga hendak mencadangkan agar pembangunan keusahawanan wanita ini dibentuk mengikut acuan model pembangunan ekosistem setaraf. Ini bermakna akan ada entry point yang pelbagai dalam pembangunan keusahawanan wanita dan setiap satunya akan diberikan fokus pembangunan tertentu untuk menjadikan perniagaannya lebih kalis masa hadapan.

Saya kira pembangunan ekosistem setaraf ini boleh kita guna pakai merentasi setiap bentuk pembangunan perniagaan. Dengan cadangan ini, maka saya harap wajarlah agar inisiatif pelaburan dalam syarikat-syarikat setaraf tempatan oleh GLIC, antaranya Khazanah Negara, KWSP yang bernilai RM1.5 bilion seperti yang disebut di dalam belanjawan baru-baru ini mempertimbangkan satu kuota khas untuk pembangunan perniagaan wanita kalis masa hadapan mengikut acuan setaraf itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, sasaran semasa untuk mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam kedudukan pembuat dasar sektor kerajaan atau swasta ini adalah sangat bermanfaat. Malangnya, ia kita tengok seolah-olah menuju struktur hourglass dan penyertaan wanita dilihat berat dalam pengurusan tertinggi dan jawatan peringkat bawahan tetapi sedikit sahaja di peringkat pertengahan.

Lebih banyak langkah diperlukan untuk mengukuhkan pipeline pekerjaan walaupun inisiatif semasa untuk menonjolkan bakat wanita ini patut kita puji, tetapi pilihan dasar mesti kita terokai, kita nilai dan kita sesuaikan untuk membolehkan wanita Malaysia menyumbang sepenuhnya kepada transformasi negara menuju ekonomi berpendapatan tinggi, inklusif dan mampan.

Apa yang saya harapkan, penubuhan gender focal team seperti yang disebut di dalam belanjawan ini mengambil kira perkara ini. Malah saya rasa ada kewajaran pasukan ini tidak hanya melihat kepada penyediaan bajet semata-mata tetapi juga Dasar Pengangkutan Negara, penyampaian penjagaan kesihatan dan keadilan sosial kepada wanita.

Saya juga hendak mencadangkan agar setiap negeri mewujudkan dasar gendernya sendiri berpandukan kepada keperluan negara yang mendesak. Ini akan memastikan agenda ini diarusperdanakan dalam semua dasar dan program daripada Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri.

[Ketawa]

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung ya.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Okey, terima kasih. Saya hendak bangkitkan ada mengenai mahasiswa. Ini saya hendak gulung. Bajet ini memang dilihat bagus tetapi saya tengok mahasiswa ini tidak disenaraikan tetapi mereka juga terkesan. Antara yang perlu kita timbangkan adalah pemberian contohlah pemberian baucar buku yang pernah dilaksanakan terdahulu.

Kalau sekiranya kerajaan memberikan RM200 kepada golongan belia berusia 18 tahun hingga 20 tahun. Seperti dalam bajet ada umumkan tetapi saya minta, saya ingin

final • 5:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

mencadangkan supaya dipanjangkan kepada usia 25 tahun. Sekurang-kurangnya golongan mahasiswa yang sememangnya dekat di hati saya ini dapat merasa manfaat daripada bajet yang diumumkan oleh pihak kerajaan. Dengan itu saya tidak ada masa, saya menyokong bajet yang dicadangkan. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Besar.

final • 5:20 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Selamat petang, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk Sungai Besar bersama mengambil bahagian dalam bahas Belanjawan 2023 pada petang ini.

Pertamanya, Sungai Besar ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim yang telah berjaya membentangkan belanjawan sulung kerajaan ini bagi tahun 2023 atas sifat membangun Malaysia Madani oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.

Tahniah juga atas belanjawan terbesar dalam sejarah berjumlah RM388.14 bilion, jauh melebihi pendapatan dan dijangka defisit sebanyak RM96.6 bilion. Ini nampaknya agak bertentangan dengan hasrat mengurangkan defisit dan keberhutangan negara.

Inilah yang saya kira Belanjawan Madani, Tuan Yang di-Pertua. Maaf, bercakap sekadar perkongsian dan tiada maksud apa-apa dalam bahasa Jawa dengan izin, madani ini bermaksud ‘mengolok-olok’ ataupun ‘mempermain-mainkan’. Ada satu lagi bahasa Jawa dengan izin Tuan Yang di-Pertua iaitu medeni yang membawa maksud menakut- nakutkan. Kalau tidak percaya, buka dalam Google. Wallahualam. Pertama Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyokong pastinya Sabak Bernam.

Yang Berhormat Sabak Bernam ini jiran saya, satu Daerah Sungai Besar dan Sabak Bernam menyokong berkaitan dengan harapan besar rakyat. Apabila pembentangan bajet dilaksanakan, dilakukan, antara perkataan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat di bawah adalah harga minyak turun. Ini yang kita dengar selalu. Ungkapan-ungkapan ini selalu kita dengar. Terngiang-ngiang di telinga kita, rupanya ironinya hanyalah omongan kosong Yang Berhormat Sabak Bernam.

Saya hendak berkongsi dengan semua Ahli Mesyuarat, Yang Berhormat Sabak Bernam khususnya, semua rakan dalam Dewan ini bahawa Yang Berhormat Pagoh sewaktu menjadi Perdana Menteri tidak pernah sekalipun berjanji untuk menurunkan harga minyak tetapi sewaktu pentadbirannya telah direkodkan beberapa hari selepas Yang Berhormat Pagoh angkat sumpah pada 1 Mac 2020, harga minyak turun daripada RM2.19 ke RM1.89 dan turun lagi selepas 21 hari Yang Berhormat Pagoh angkat sumpah, turun ke RM1.44. Kemudian direkodkan lagi pada 23 Mei turun ke RM1.38 bagi RON95 dan pada April 11 hingga 17 April direkodkan turun lagi sehingga RM1.25. Walau apa pun situasi pada waktu itu, harga minyak pernah mencatat. Tidak kiralah apa situasinya.

final • 5:36 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

[Bangun] Boleh?

final • 5:36 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

...Waktu Pandemik COVID-19 ataupun waktu PKP kah, waktu MCO tetapi ini penceritaan berkaitan dengan harga minyak turun sehingga RM1.25 seliter yang direkodkan pada 11 hingga 17 April 2020.

final • 5:36 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Jadi, Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:30 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Minta laluan, boleh?

final • 5:30 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Tidak apa. Saya hendak teruskan saya punya.

final • 5:30 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat****] Kita tidak perlu bercakap, “hari ini angkat sumpah esok minyak turun”. Akan tetapi, itulah yang telah direkodkan dan hari ini Tuan Yang di-Pertua, minyak direkodkan adalah RM2.05. Alhamdulillah, masih lagi dalam situasi yang rakyat mampu untuk membayarnya.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil sedikit kesempatan menyertai rakan-rakan yang lain yang berbahas berkaitan dengan kehendak rakyat berkaitan dengan KWSP. Mereka sangat memerlukan kelulusan kerajaan untuk mereka mengeluarkan sedikit simpanan mereka untuk kelangsungan hidup pada saat ekonomi yang sangat suram dan kehidupan yang semakin terhimpit.

Tujuan utama mereka adalah menstabilkan, mengatur semula kehidupan mereka dan ramai yang menghantar emel kepada saya supaya saya sampaikan kepada kerajaan; mohon kepada kerajaan, rakyat dan pencarum merayu supaya kerajaan mengambil perhatian serius ke atas tuntutan ini.

Ketiga Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian KPM, Yang Berhormat Timbalan Menteri KPM pun ada di sini berkaitan gred Pegawai Pelajaran Daerah di 144 PPD seluruh negara. PPD bermaksud Pejabat Pendidikan Daerah seluruh negara, yang sesetengahnya lebih rendah daripada gred jawatan Pengetua sekolah menengah. Ada antaranya Gred DG52. Ada antaranya Gred DG54. Ada yang lebih rendah contohnya Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam.

Kalau gred PPDnya setara dengan Pengetua Tuan Yang di-Pertua, apa penghormatannya? Kita perlukan satu penghormatan kepada pegawai-pegawai yang menjadi pentadbir di peringat daerah. Selaku pentadbir tertinggi di daerah, saya mohon kalau boleh kita ubah atas sifat penghormatan, kita wartakan gred Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam, kita wartakan ke gred tertinggi DG56.

Saya pernah menyuarakan dahulu dan pemegang jawatan ini hanya memberi implikasi perjawatan dan kewangan di 144 PPD dan 144 Pegawai Pendidikan Daerah sahaja. Apa yang penting Tuan Yang di-Pertua, biarlah penghormatan berada di tempatnya. Mohon KPM mengambil perhatian serius tentang perkara ini.

Keempat Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan titah diraja, saya pernah menyentuh berkaitan perlunya menambah kelas Program Vokasional Menengah Atas

(PVMA) dan Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) untuk memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran awal bagi mereka yang tidak cemerlang ataupun tidak cenderung dalam bidang akademik dan memperoleh SKM Tahap 1 dan 2. Saya kira mereka inilah antara puluhan ribu pelajar yang gagal memperoleh SPM dan dengan adanya PVMA ataupun PIMA, maka mereka ada peluang memperoleh sijil kemahiran yang boleh dijadikan sandaran jika melanjutkan ke institusi-institusi kemahiran.

Persoalan saya, dalam bajet yang dibentangkan, berapakah unjuran KPM dalam memperbanyak PVMA dan PIMA di sekolah-sekolah menengah seluruh negara? Berapa bilangan tambahan untuk tahun 2023 yang tercatat dalam bajet Kementerian Pendidikan untuk tahun ini?

Tuan Yang di-Pertua, yang kelima dalam perbahasan titah diraja, saya juga pernah menyuarakan dan menuntut sebagaimana manifesto yang mahu menaikkan subsidi melalui skim subsidi harga padi daripada RM360 ke RM500 per tan. Ini sepatutnya Tuan Yang di-Pertua adalah berita gembira yang sangat ditunggu-tunggu oleh 240,000 orang pesawah di seluruh Malaysia, di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Saya hendak tanya kementerian, adakah melalui belanjawan ini janji ini dapat dilaksanakan untuk menggembirakan lebih 240,000 orang pesawah-pesawah seluruh negara?

Begitu juga, tuntutan seluruh pesawah yang hendak saya sampaikan kepada kerajaan atas suasana terkini. Ini waktunya tindakan daripada kerajaan. Pertama, mohon sangat kawallah harga input pertanian, baja dan racun. Tadi ada disebut oleh Yang Berhormat Port Dickson, racun makhluk perosak semakin naik. Kenaikannya antara 30 peratus hingga 50 peratus. Racun rumput naik 100 peratus hingga 150 peratus dan baja naik 100 peratus.

final • 5:30 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Apakah harapan rakyat pesawah? Mereka minta naikkanlah subsidi racun daripada RM200 ke RM300. Tidak banyak pun. Naikkanlah subsidi baja daripada RM120 ke RM150. Tidak banyak pun. Dan yang paling penting, mohon naikkan harga jualan padi daripada RM1,200 per tan kepada RM1,500 per tan. Kalau ini mampu dilakukan oleh Kerajaan Madani, saya kira Kerajaan Madani akan champion di mata pesawah-pesawah.

Sesuai dengan bajet yang besar Tuan Yang di-Pertua, bagilah sedikit kepada pejuang-pejuang yang bergelumang dengan lumpur dan selut atas sifat Dasar Jaminan Makanan Negara. Tuan Yang di-Pertua, ada sedikit lagi. Sungai Besar juga merupakan kawasan nelayan laut dalam dan pesisir pantai yang menyumbang kepada bekalan ikan, protein untuk rakyat Malaysia. Banyak isu nelayan yang perlu diselesaikan dengan segera. Antaranya dari segi penguatkuasaan, ancaman-ancaman di persempadanan laut oleh pihak berkuasa negara lain dan yang paling penting tuntutan mereka adalah keperluan kebenaran nelayan Zon B memiliki pekerja asing yang dibenarkan oleh pihak kerajaan bagi merancakkan lagi sektor perikanan di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Mohon Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberikan maklum balas berkaitan perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya gembira dengan jawapan Yang Berhormat Menteri KUSKOP sewaktu penggulungan titah diraja berkaitan polisi Kerajaan PN yang lalu akan diteruskan melalui TEKUN. Nampaknya peruntukan ditambah, alhamdulillah. Memang ini waktu yang sangat sesuai setelah kita melalui fokus utama menyelesaikan masalah kesihatan setelah beberapa tahun dilanda pandemik COVID-19 dan sektor ekonomi ditutup. Pada waktu itu, 37,000 orang usahawan “gulung tikar”.

Maka hari ini, seharusnya kerajaan memberikan keutamaan membangunkan ekonomi melalui pembangunan dan pemulihan usahawan. Walaupun dana TEKUN contohnya naik ke RM300 juta tetapi ada lebih sejuta usahawan informal perlu dibantu.

Ada lebih 900,000 orang usahawan mikro perlu dibantu. Ratusan ribu orang usahawan kecil dan sederhana juga dibantu termasuklah kata Yang Berhormat Parit Sulong tadi untuk wanita lebih 200,000 orang usahawan wanita perlu diberi perhatian.

Tuan Yang di-Pertua, kita mohon dana ini mesti dipermudah permohonannya dan dipermudah penyalurannya. Jangan ada CTOS dan ada CCRIS. Teruskan pembiayaan tanpa faedah dan pastikan peminjam dapat moratorium beberapa bulan bagi memastikan usahawan bernafas secukupnya.

Tuan Yang di-Pertua, di Sungai Besar wujud sekolah komprehensif K9. Kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri KPM, sewaktu saya masih di KPM dahulu, kewujudan sekolah menengah dalam sekolah rendah iaitu sekolah kebangsaan komprehensif K9, SK Binjai Jaya. Maksudnya, pelajar-pelajar daripada Darjah 1sampai Tingkatan 3 di sekolah yang sama disebabkan beberapa situasi, antaranya jauh dari sekolah menengah yang lain dan ada yang terpaksa mengharungi sungai deras, naik feri atau sampan ke sekolah menengah yang berdekatan.

Saya beriltizam berusaha membawa isu naik taraf ini ke KPM. Selaku Ahli Parlimen Sungai Besar, saya mohon kepada KPM untuk segera meluluskan naik taraf sekolah komprehensif K9 kepada sekolah komprehensif K11 iaitu bersekolah rendah hingga sekolah menengah di sekolah yang sama, Darjah 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah yang sama supaya orang Binjai Jaya, orang Rancangan Tanah Belia 1 dan 2, Kampung Tanjung Medan, Kampung Merbau Jaya dan sekitarnya tidak berulang ke sekolah menengah yang berpuluh kilometer jauhnya dari rumah mengharungi kegelapan subuh untuk ke sekolah, terpaksa mengharungi arus deras Sungai Bernam menggunakan sampan dan feri menyebabkan kesusahan dan kecederaan pelajar sangat melebar.

Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi. Kawasan Sungai Besar berada di jajaran pesisir pantai sepanjang 27.54 kilometer, menghadapi kerentanan pantai yang sangat kritikal dan hakisan pantai yang sangat teruk. Ada sesetengah kawasan air laut lebih tinggi daripada kampung. Beberapa kali waktu air pasang besar melangkaui benteng dan melimpahi kampung-kampung dan menyebabkan banyak kerosakan harta benda yang menyebabkan kerugian besar. Antaranya di Kampung Seri Sentosa di Sekinchan, Pantai Sungai Haji Dorani, Pantai Batu 23 dan Sungai Leman dan banyak kejadian yang memberi kesan mendalam dari segi emosi kepada penduduk.

final • 5:30 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Jadi, saya mohon kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, adakah tersenarai kawasan-kawasan jajaran pesisir pantai Parlimen Sungai Besar untuk diberi perhatian serius dalam bajet ini berkaitan peruntukan-peruntukan memperkukuhkan benteng pantai dan pemecah ombak?

Last sekali, sedikit Tuan Yang di-Pertua, permohonan rakyat Sungai Besar. Ini permintaan rakyat Sungai Besar berkaitan keperluan menaik taraf jalan lama Kuala Selangor, Jalan Ban Laut Pasir Panjang dan– yang ini di bawah Kementerian Kerja Raya dan JKR Daerah Sabak Bernam, membina semula jajaran baharu jalan dan jambatan di Jalan B44 Sungai Panjang menghubungkan Daerah Sabah Bernam dan Hulu Selangor.

Jadi, ini satu keperluan yang dituntut oleh rakyat Sungai Besar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 5:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani. Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan pantun– *Sawah bendang tanah liat, Penuh pulasan dibalut kain, Belanjawan di bentang prihatin rakyat, Bersifat ihsan membela marhaen.

Besi kursani diikat simpai, Diadun gangsa hiasan lama, Negara madani hasrat dicapai, Membangun nusa adil saksama.* Balik Pulau mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Yang Berhormat Tambun kerana telah berjaya membentangkan belanjawan yang komprehensif. Mengambil kira tiga asas utama:

(i) pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan;

(ii) reformasi institusi dan tata kelola bagi memulihkan keyakinan; dan

(iii) keadilan sosial untuk menyederhanakan kesenjangan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin terus ke topik seterusnya iaitu berkenaan dengan industri kreatif dan pengembangan budaya. Merujuk kepada laporan DOSM, ekonomi kreatif dalam tahun 2019 mencatat hanya RM29.4 bilion kepada KDNK, cuma 1.97 peratus sahaja. Manakala jiran kita Singapura adalah pengeksport barangan kreatif yang kesepuluh terbesar di dunia iaitu sebanyak USD743 bilion.

Sebenarnya, Malaysia ini tidak kurang daripada aset budaya dan mempunyai bakat dalam bidang kreatif seperti kraf, seni visual, kulinari, seni persembahan dan seni berasaskan teknologi digital. Daripada segi teknologi digital, Malaysia di tangga kelima, mobile social media penetration dengan izin dan tertinggi di rantau ini. Kita dikenali sebagai creative makers yang cukup tangkas sama ada dalam segi tradisional dan juga digital. Jadi, resepi untuk berjaya dalam industri kreatif ini sudah ada.

Malahan, kita mempunyai pelbagai agensi dalam industri kreatif ini termasuklah Kraftangan, JKKN, FINAS, MDEC, MTDC, NAG, MyCreative Venture dan lain-lain lagi.

Namun, saya bimbang dengan belanjawan yang diperuntukkan untuk membangun seni dan budaya negara, cuma RM25 juta sahaja untuk merancakkan program kebudayaan di peringkat komuniti dan RM250 juta bagi keseluruhan pelancongan seni dan kebudayaan.

final • 5:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Angka ini saya kira hanya cukup untuk mengekalkan apa yang ada dan bukan untuk membangunkan dan merancakkan lagi industri ini. Kalau buat perkara yang sama dengan bajet yang sama, jangan kita harap ada perkembangan yang positif dalam bidang kreatif ini. Mungkin kita perlu bercakap mengenai dasar yang memudahkan bukan mengecewakan. So, we need policies to facilitate not frustrate. Baru-baru ini saya melawat satu pameran seni visual di KLGCC Gallery. Seorang artis dari Sarawak, Anniketyni Madian yang telah menghasilkan instalasi seni yang cukup hebat yang bertaraf dunia. Nilainya, satu-satu hasilnya, seni itu nilainya beratusan ribuan ringgit. Ini menandakan kita ada potensi yang besar, cuma kita perlu sediakan platform untuk mereka berjaya ke peringkat dunia. Jangan biarkan negara lain mengiktiraf bakat kita tetapi negara kita tidak mengindahkan langsung bakat yang kita ada.

Sebagaimana Korea yang berjaya tembus pasaran antarabangsa dengan bakat- bakat rakyat mereka melalui fenomena K-pop, the export culture of Korea di mana kumpulan BTS sahaja menghasilkan KDNK, USD5 bilion untuk ekonomi mereka iaitu sebanyak lebih daripada lima kali empat, RM20 bilion untuk BTS sahaja. Jadi, kalau kita beri ruang betul-betul, insya-Allah bakat tempatan juga boleh menghasilkan apa yang dihasilkan oleh artis-artis K-pop Korea.

Saya juga ingin menyentuh soal pelancongan negara yang masih gagal menjadi pilihan utama pelancong. Biarpun kita cukup kaya dengan pusat percutian dan nilai budaya yang tidak mungkin didapati di negara lain. Pun begitu, kerana kita tidak cukup bersungguh mengadaptasi dunia teknologi kini, AI, Metaverse, ChatGPT seumpamanya, nama negara kurang mendapat perhatian di pautan yang akhirnya tidak menjadi sebutan.

Saya baru menggunakan ChatGPT untuk melihat senarai negara yang menakjubkan untuk dilawati di dunia. ChatGPT memberi saya 25 pilihan negara termasuk Angkor Watt, Hallom Bay dan Komodo National Park di Indonesia tetapi Malaysia tidak dalam senarai 25 top destinations. Saya percaya teknologi seumpama ini, carian yang popular, carian yang boleh didapati dengan hanya menerusi telefon pintar ini turut dimanfaatkan oleh para pelancong yang lain. Jadi, saranan saya pada Menteri agar peruntukan ini diguna sebaiknya untuk memperkemas strategi pemasaran digital yang seiring dengan teknologi kini.

Satu pelan yang mampan termasuk menambah visibility trafik nama negara Malaysia di capaian internet dan harap tiada lagilah peruntukan ini RM295 juta ini digunakan untuk perkara-perkara yang membawa ketirisan, membawa rombongan Cik Kiah lawatan sambil belajar tetapi main golf. Berbondong-bondong ikut Menteri, in the name of familiarization trip dengan izin.

Topik seterusnya ialah berkenaan dengan perumahan awam. Semenjak merdeka, Malaysia telah berjaya dalam menyediakan akses perumahan kepada masyarakat miskin bandar dan mengurangkan kawasan setinggan lebih daripada 90 peratus dalam dua dekad sahaja. Pada tahun 2018, populasi setinggan Malaysia di kawasan bandar sudah jatuh kurang daripada satu peratus daripada populasi bandar berbanding dengan Indonesia, 20 peratus dan Vietnam, 25 peratus.

Walau bagaimanapun, penyediaan akses perumahan tanpa mengambil kira sistem pengurusan yang berkesan akan memberi kesan negatif terhadap taraf hidup komuniti perumahan awam. Inilah fenomena kita dapati banyak perumahan awam hari ini.

Saya memuji usaha kementerian dalam penyediaan perumahan awam cuma saya bimbang berkaitan soal kegiatan sosial. Masalah seperti kerosakan infrastruktur awam, kemerosotan kebersihan, kegiatan sosial yang kurang sihat serta isu-isu keselamatan telah membentuk satu komuniti hidup yang dalam keadaan tertekan disebabkan sistem pengurusan yang lemah.

Isu-isu ini sering kali dibiarkan melarat dan membuahkan masalah-masalah yang lebih besar. Contohnya, satu kajian dari Universiti Malaya mendapati bahawa jangkitan cacing parasit di komuniti perumahan awam lebih tinggi daripada penduduk bukan di perumahan awam iaitu 22.5 peratus berbanding 17 peratus.

final • 5:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Isu ini juga bersamaan dengan isu nutrisi yang rendah telah mengakibatkan kesan negatif terhadap kesihatan anak-anak dalam perumahan awam. Kanak-kanak di sini mengalami masalah tumbesaran yang terbantut yang cukup membimbangkan. Malah, kajian daripada UNICEF juga menunjukkan kanak-kanak di perumahan awam lebih terbantut daripada kanak-kanak di sub-Saharan Afrika.

Perumahan awam juga sering menjadi tempat konsentrasi kes-kes demam denggi, isu kesihatan awam seperti yang di atas, yang berhubung kait dengan sistem pengurusan sampah yang tidak berfungsi di perumahan awam, di samping reka bentuk bangunan yang tidak sesuai. Jadi, untuk mengatasi ini kita harus memperbaiki sistem pengurusan awam. Saya harap dengan pemerkasaan komuniti dan kementerian ini mestilah melihat kepada lebih holistik dalam kita tackle masalah yang dihadapi oleh perumahan awam di negara kita.

Topik seterusnya, saya ingin bercakap berkenaan dengan Malaysia sebagai negara tua. Menurut Jabatan Perangkaan, Malaysia telah secara rasmi telah dianggap sebagai negara menua apabila rakyat Malaysia berumur 65 tahun ke atas dijangka mencecah 7.3 peratus penduduk negara, memandangkan kesuburan dan kematian rendah berbanding paras lebih tinggi sebelum ini. Mengambil kira situasi negara kini dan tambahan 6.62 juta orang iaitu 52 peratus pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 untuk bersara dan hanya 4 peratus pencarum KWSP yang mungkin bersedia untuk bersara.

final • 5:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Saya menyarankan agar kerajaan melanjutkan umur persaraan wajib secara beransur-ansur, meningkatkan had minimum usia persaraan ke 62 tahun untuk memberi lebih banyak peluang kepada pekerja yang lebih berusia untuk kekal dalam tenaga kerja sepertimana yang telah dicadangkan oleh Bank Dunia pada tahun 2020. Ia juga akan membantu mengurangkan tekanan kepada sistem pencen di mana kumpulan ini mampu terus menyumbang kepada ekonomi dan memberikan kemahiran dan pengalaman yang berharga.

Jika nak dibandingkan dengan negara lain, umur persaraan bagi Singapura 62 tahun dan tak lama lagi akan dilanjutkan kepada 65 tahun. UK, 65 tahun; Amerika Syarikat, 67 tahun; dan Jepun, 65 tahun. Jadi, 65 peratus rakyat berusia 55 tahun hingga 64 tahun di Korea Selatan, Jepun dan Thailand masih aktif dalam pasaran tenaga kerja manakala di Malaysia, golongan 55 tahun hingga 64 tahun yang masih aktif bekerja hanya 45 peratus. Lihat sahaja di dalam Dewan ini. Umur 60 tahun masih lagi ligat, masih lagi bertenaga, lagi bahas dengan hebat ya. Jadi saya rasa 60 tahun ke atas, masih lagi kuat untuk bekerja.

Saya sedar, dasar ini turut perlu mengambil kira keluaran IPT setiap tahun dan kadar pengangguran anak muda sedia ada. Namun, mahu tidak mahu kita harus berdepan dan adaptasi realiti dunia yang bergerak ke arah populasi menua dan bersedia dengan dasar yang holistik dan inklusif. Pun begitu berdasarkan Laporan Bank Dunia tahun 2020 A Silver Lining: Productive and Inclusive Aging for Malaysia, dengan izin mendapati tiada bukti bahawa generasi muda akan mempunyai prospek pekerjaan yang terhad berikutan dengan umur persaraan yang lebih tinggi.

Sehubungan dengan kenaikan usia persaraan, faktor kesihatan dan produktiviti turut perlu diambil kira. Maka satu polisi, reemployment policy perlu diketengahkan sebagaimana saranan daripada MEF yang mengutamakan fleksibiliti bagi kumpulan ini dan sudah tentu perubahan dasar ini perlu seiring dengan pemberian latihan, pembelajaran sepanjang hayat dan pengupayaan digital, mengambil kira golongan pekerja yang lebih berusia, di samping memperbanyakkan peluang pekerjaan.

Sekiranya kita tidak bersedia dengan dasar yang sewajarnya hari ini, rakyat Malaysia harus bergantung sepenuhnya kepada duit pencen. Di samping menghadapi masalah kesihatan dan menampung keluarga, saya bimbang sekiranya jaminan pendapatan warga emas berisiko apabila mereka harus berhenti kerja tambahan lagi sekiranya tidak mempunyai pencen dan membawa kepada masalah jurang pendapatan dan ketidaksamaan antara masyarakat kian melebar.

final • 5:50 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua, saya gulung. Saya sentuh berkenaan dengan satu isu di kawasan iaitu fasiliti hospital. Hospital Balik Pulau yang telah wujud sejak tahun 1883, melangkah masuk ke tahun 2023, keadaan Hospital Balik Pulau ini amat daif dan tak mungkin mampu menampung populasi penduduk yang semakin bertambah di daerah Barat Daya. Daif yang saya maksudkan ini turut termasuk daripada segi fasiliti dan ketersediaan pakar. Bayangkan jika rakyat Balik Pulau mengalami sebarang komplikasi, mereka perlu dihantar ke Hospital Besar Pulau Pinang yang mengambil masa 45 minit untuk ke hospital besar. Hospital ini hanya mempunyai 81 katil, lelaki dan perempuan berserta wad pediatrik dan wad bersalin.

Jadi, saya mohon dinaikkan taraf Hospital Balik Pulau yang merangkumi dewan bedah, unit rawatan rapi, wad pediatrik, pakar bedah am, pakar bedah ortopedik, pakar O&G. Saya mohon jasa baik Menteri agar dapat mempertimbangkan keadaan kami di Balik Pulau ini. Hospital ini bukan sahaja diperlukan oleh penduduk tempatan, malah pelancong yang hadir ke Balik Pulau apabila mereka memerlukan bantuan perubatan.

Jadi, kita tidak mahu hal ini akhirnya berakhir dengan insiden-insiden yang tidak diingini kerana lokasi yang jauh dan fasiliti yang amat daif.

Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Labuan.

final • 5:50 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana sekali lagi memberikan saya peluang untuk turut serta membahaskan Belanjawan 2023 yang dibentangkan pada 24 Februari 2023. Pembentangan Belanjawan 2023 ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.

Pertama, mantan Menteri Kewangan telah pun membentangkan belanjawan pada Oktober 2022 sebelum Dewan dibubarkan. Rakyat berharap dan menaruh harapan bahawa revised budget 2023 ini akan memberi ataupun ditambah baik oleh Menteri Kewangan yang tidak kurang hebatnya. Di mana saya harus mengakui bahawa terdapat dalam pembentangan Bajet 2023 ini ada beberapa penambahbaikan walaupun sebahagiannya hanya tukar terminologi sahaja. Sebelum ini pun memang sudah ada dalam bajet yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Tengku Zafrul.

Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan bajet ini bila mana Yang Berhormat Menteri Kewangan menyentuh tentang reformasi institusi tata kelola yang baik di mana di antaranya, beliau menyebutkan tentang meningkatkan had perolehan daripada kerja RM500 ke RM1 juta dan perolehan secara cabut undi, daripada RM100,000 ke RM200,000.

Saya mempunyai pengalaman Tuan Yang di-Pertua semasa menjadi pengerusi perbadanan di mana cabut undi ini sangat menolong warga kontraktor G1 dan yang satu juta ini memang banyak menolong di antara G3 dan G4. Terima kasihlah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan kerana prihatin. Ini kerana golongan G1 sehingga G4 ini adalah kontraktor bumiputera. Apa yang membimbangkan saya ialah penambahbaikan yang diperkenalkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan ini tidak akan berjalan dengan lancar jika sekiranya kerenah birokrasi agensi-agensi pelaksana tidak diberikan perhatian.

Saya beri contoh Tuan Yang di-Pertua, semasa membahaskan ucapan dasar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya menyentuh tentang bekalan air Jabatan Bekalan Air. Saya mendapat taklimat ringkas bahawa Bahagian Bekalan Air mendapat peruntukan daripada Perbadanan Labuan sebanyak RM100,000 untuk menambah tangki statik.

Ini cuma sebut harga dan pada waktu itu. Keadaan di perumahan LDA Sungai Bedaun sangat kritikal. Air langsung tidak ada. Saya minta, bolehkah perolehan untuk membeli tangki statik ini dibuat dalam masa empat ke lima hari. Jawapannya, tidak. Ini kerana nak buka sebut harga tujuh hari, nak buat analisa, begitu, begini, diandaikan makan masa satu bulan. Itu RM100,000.

final • 5:54 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Jadi, perancangan yang baik jika tidak didukung dengan peraturan yang cekap, akan berakhir dengan kekecewaan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya memastikan agensi-agensi pelaksana tolak tepi kerenah birokrasi. Little Napoleon yang ada di agensi-agensi ini, suruh SPRM serkup. Kalau tidak, projek kerajaan akan jadi lewat jadinya.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga terpanggil bila mana Yang Berhormat Menteri Kewangan menyebut dalam ucapan beliau penyediaan RM209 juta subsidi pengangkutan udara untuk rakyat Sabah dan Sarawak. Tak disebutkan Labuan Tuan Yang di-Pertua.

Labuan ini pulau, terputus dari jalan. Ke Sabah tak boleh, Tuan Yang di-Pertua. Ke Sarawak lagilah tak boleh. Tidak disebut.

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua yang saya ingin maklumkanlah, Labuan ini bukan lagi bertaraf daerah Tuan Yang di-Pertua. Kita sudah menjadi negeri Wilayah Persekutuan pada tahun 1984. Saya mohonlah daripada Kerajaan Persekutuan Tuan Yang di-Pertua, seperti ucapan yang saya ucapkan pada ucapan dasar. Kalaulah Kerajaan Persekutuan sudah tidak berminat dengan Labuan, sehinggakan dalam ucapan belanjawan pun tidak disebut, kembalikanlah ke negeri Sabah Tuan Yang di-Pertua. Senang cerita.

final • 5:54 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya juga berminat dengan ucapan Yang Berhormat Bukit Gantang dan Yang Berhormat Tasek Gelugor berkaitan dengan elaun sara hidup nelayan. Saya tidaklah arif Tuan Yang di-Pertua tetapi saya pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan sekarang ini oleh kerana saya sebelum ini belum menjadi wakil rakyat, saya adalah Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan.

Saya menyokong penuh saranan Yang Berhormat Tasek Gelugor dan sokongan yang diberikan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang supaya elaun sara hidup nelayan ini dinaikkan. Ini kerana memang betul mereka tidak berpeluang untuk ke laut sepanjang hari kerana ada musim tengkujuh dan segala macam. Jadi, saya mohon supaya Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan mempertimbangkan cadangan untuk menaikkan elaun sara hidup nelayan.

Saya juga ingin menyarankan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang menjaga perikanan supaya permudahkanlah keperluan-keperluan nelayan. Saya sudah cakap semasa ucapan dasar. Pendaftaran bot-bot kecil nelayan ini Tuan Yang di-Pertua, sangat disulitkan.

Tuan Yang di-Pertua, masa diberikan sangat pendek. Saya banyak benda hendak disentuh tentang Labuan ini. Tidak payah sentuh perkara nasional. Antaranya kos sara hidup. Labuan terputus dari negeri Sabah dan Semenanjung. Semua bekalan makanan harus datang ke negeri Sabah dulu. Percaya atau tidak Tuan Yang di-Pertua, Labuan adalah merupakan satu-satunya negeri yang kos sara hidupnya sangat tinggi. Sangat tinggi! Saya katakan hari itu, telur di Labuan mencecah sampai RM25 satu tray. Di Sabah baru RM18. Ini disebabkan logistik dan kos pengangkutan.

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, seperti juga Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya ingin menyampaikan rintihan para peniaga daripada masyarakat kaum Cina di Labuan.

Tadi pagi saya dihubungi oleh Pengerusi Labuan Chinese Chamber of Commerce.

Mereka kecewa kerana tidak disentuh dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan tentang rokok tanpa cukai dikembalikan ke Labuan. Labuan, Langkawi, Tioman adalah pulau bebas cukai. Tuan Yang di-Pertua tahu antara tiga benda ini, satu benda ditarik balik iaitu rokok.

Sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, rokok lebih murah di Menumbok, Sabah daripada Labuan, sedangkan Labuan adalah pulau bebas cukai. Jadi, saya mohon Tuan Yang di-Pertua, supaya Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, melihat bagaimana caranya status pulau bebas cukai ini betul-betul berfungsi di tiga buah pulau iaitu di Labuan, Langkawi dan juga Tioman.

Jangan salahkan rakyat Labuan, Langkawi dan Tioman hanya kerana kononnya ada isu penyeludupan. Yang menyeludup itu bukan orang Labuan, Langkawi ataupun

final • 6:00 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

orang Tioman. Jadi, mintalah pihak berwajib, kastam, pihak berkuat kuasa, APMM dan segala macam untuk mengambil tindakan. Ini kerana mungkin barang-barang yang dikatakan diseludup ini tidak sampai ke Labuan, Langkawi dan Tioman. Hanya documentation saja. Kalau ini yang berlaku, maka mintalah disiasat oleh pihak yang berwajib.

Sebelum saya menggulung ucapan saya Tuan Yang di-Pertua, saya juga tertarik dengan sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan, bila mana kelmarin beliau berbahas tentang peruntukan Ahli Parlimen. Beliau malah mendesak peruntukan-peruntukan yang diturunkan kepada RM1.3 juta dinaikkan. Cuma, kesilapan beliau, beliau sebut, “Ditambah lagi untuk Ahli Parlimen kerajaan demi rakyatnya.” Apakah kami yang mewakili kawasan pembangkang, yang mengundi itu bukan rakyat Malaysia, Tuan Yang di-Pertua?

[Tepuk] Sekiranya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ingin membuat reformasi kepada semua aspek, maka sikap “pilih kasih” harus dibuang. Tidak ada pembangkang dan penyokong kerajaan. Harus diambil kira Tuan Yang di-Pertua. Cuma ada seramai 222 orang sahaja Ahli Parlimen negara.

Kalau di Amerika Syarikat ataupun di UK, ini adalah harta negara yang paling mahal dan dijaga dari segi keselamatan dan segala macam. Akan tetapi, di Malaysia terbalik. Kami yang dipilih oleh rakyat, dianaktirikan. Kalau peruntukan tidak diberikan, apa akan jadi dengan rakyat yang mengundi? Jadi, saya mohon Tuan Yang di-Pertua, kalau bolehlah minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri timbang semula. Tolak tepi perasaan marah. Kalau kerajaan dulu buat silap, jangan kerajaan sekarang buat silap.

Selepas itu pula, kekalkan pula Kerajaan Perpaduan. Sedangkan kami masih ada sebagai pembangkang. Saya sudah banyak kamus. Sebenarnya Kerajaan Perpaduan ini tidak ada kalau ada pembangkang. Akan tetapi, dalam konteks sekarang, ada pembangkang. Jadi, kalau boleh Tuan Yang di-Pertua, kena iktiraf kerana jumlah kami sebanyak 78 orang ini bukan satu angka yang kecil. Ini satu angka yang besar yang boleh menggegarkan Dewan yang mulia ini.

Dengan ucapan demikian, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Belanjawan 2023.

[Tepuk]

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Muar. Yang Berhormat Muar ketua parti, saya beri sebanyak 20 minit.

final • 6:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Secara dasarnya, Muar menyokong Belanjawan 2023.

Muar ingin fokus kepada tiga perkara dalam perbahasan ini iaitu:

(i) rombakan, game changer bagi TVET di Malaysia;

(ii) membina Malaysia yang kalis masa hadapan dengan tenaga hijau; dan

(iii) soal reforms yang memperkasakan institusi, a Malaysia governed by institution and not by personalities supaya sesiapa yang membentuk kerajaan pada hari ini dan esok adalah kerajaan yang adil bagi semua.

Saya mulakan dengan perbahasan isu yang pertama iaitu TVET. Dalam memulakan perbahasan ini, kita perlu akui bahawa keadaan TVET negara adalah dalam keadaan yang nazak dan jauh ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan negara- negara maju. Kenapa saya katakan sistem TVET negara adalah dalam keadaan yang nazak? Saya ingin kongsikan tiga masalah dan selepas itu berkongsi akan tiga solusi untuk memperkasakan sistem pendidikan TVET negara.

Masalah pertama, kita lihat anak-anak TVET kita mengambil masa lima tahun untuk belajar. Akan tetapi, apabila mereka jadi graduan TVET, gaji mereka dalam lingkungan RM1,800 sahaja. Mengapakah saya katakan lima tahun? Ini kerana anak- anak TVET bermula belajar sejak Tingkatan 4 di sekolah teknikal ataupun di sekolah

final • 6:07 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

vokasional. Di sana mereka telah pun belanjakan selama dua tahun. Selepas itu, mereka akan lanjutkan ke institusi pengajian tinggi TVET. Kolej vokasional, ILKBS dan banyak lagi yang lain. Secara amnya, kita ada lebih 700 buah institusi TVET di Malaysia.

Tambah itu dalam lingkungan masa lima tahun. Akan tetapi, lihat gaji selepas mereka jadi graduan dan membelanjakan lima tahun masa mereka. Jikalau mereka ada SKM Tahap 1 ke Tahap 3 Sijil Kemahiran Malaysia, gaji permulaan hanya RM1,500.

Jikalau mereka ada Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4, gaji permulaan hanya RM1,800 dan jikalau mereka ada Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), ini lima tahun belajar, gaji permulaan hanya RM2,000 sahaja. Adakah ini mencukupi? Jelas tidak.

Kalau kita ingin tanya anak-anak TVET, mereka membelanjakan lima tahun masa mereka tetapi tangga gaji hanya RM1,800 sebulan, mereka lebih rela bekerja dalam sektor gig atau terus bekerja selepas SPM di Uniqlo dengan gaji lebih RM2,300.

final • 6:07 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Oleh sebab itu bagi institusi TVET, masalahnya bukan kebolehpasaran. Ini kerana the employment figures melebihi 95 peratus, lagi tinggi daripada institusi-institusi pengajian tinggi awam. Better than public universities tetapi gaji mereka sangat lemah dan mengecewakan.

final • 6:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Muar, minta celahan?

final • 6:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Saya ingin meneruskan.

Masalah kedua –minta maaf Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 6:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey.

final • 6:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Masalah kedua. Walaupun kos pengajian TVET ini lazimnya percuma (free education). Bukan sahaja percuma, dapat allowance lagi Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi kadar enrolmen institusi TVET di bawah 50 peratus. Bayangkan, kita hantar anak kepada institusi TVET, percuma tak payah bayar.

Setiap bulan dapat allowance RM150 tetapi kadar enrolmen di bawah 50 peratus.

Oleh sebab itu perbahasan dalam Dewan kadangkala salah, setiap kali kita bahas Ahli Parlimen akan bangun kata tolong bina institusi TVET baharu di kawasan saya. Bina yang baharu, tiga tahun selepas itu tutup kerana tak ada orang yang hendak join. Ini kerana kita ada lebih 700 institusi TVET merentasi lebih tujuh ke lapan kementerian, akan tetapi kadar enrolmennya di bawah 50 peratus. Ini masalah yang mendesak.

Ketiga, subjek-subjek yang diajar kadangkala tidak relevan dan tidak ikut keperluan pasaran seperti subjek koko, kenegaraan, bahasa-bahasa yang baharu. Tuan Yang di-Pertua, bila sudah masuk ke TVET pengajian tinggi, maksudnya you spend more than 10 years in primary and secondary education. Kalau kamu masih tidak memahami Perlembagaan Persekutuan negara kamu, tidak memahami identiti negara kamu, tidak boleh bertutur dalam bahasa kamu, bahasa negara, ia menunjukkan masalah yang lebih teruk di peringkat awal pendidikan. Namanya pun technical and vocational education, maksudnya it is specialization. Hendak fokus, bukan belajar tiga hingga lima tahun – pendek, sebab itu kita perlu kajian semula dan lihat kepada perkara yang lebih mendalam.

Bagi TVET, jikalau kamu perlu mengambil masa lima tahun sebelum jadi graduan, besar kemungkinan kamu masuk –saya beri contoh. Kamu masuk institusi TVET, kamu ambil contohnya bidang kraf tangan. Selepas lima tahun kamu keluar, sudah tak relevan lagi. Dahulu kraf tangan ada moden specificationnya. Kamu keluar selepas itu sudah digantikan dengan 3D printing. Dahulu kamu masuk mungkin guna Excel, selepas lima tahun keluar digantikan dengan ChatGPT. Dahulu kamu masuk cara penanaman lain, kamu keluar sudah digantikan dengan dron-dron sedia ada.

Oleh sebab itu, ini perkara yang sangat mendesak. Tiga perkara ini Tuan Yang di-Pertua. Ini perkara yang lebih mendesak kerana apabila kita membicarakan soal TVET, ia berkaitan dengan pemerkasaan bumiputera. Realitinya lebih 95 peratus anak-anak TVET datang daripada golongan bumiputera yang berpendapatan rendah, keluarga susah, B40. Jikalau kita ingin memperkasakan anak-anak keluarga susah ini, perkasalah TVET kerana apabila kita memperkasakan TVET, nasib mereka akan terbela. Apakah solusi yang saya ingin kemukakan? Tiga perkara Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Pertama; mula belajar awal, habis belajar awal, kerja jauh lebih awal. Apabila kamu bermula di sekolah vokasional atau teknikal –Form 4 umur 16 tahun, ikut piawaian antarabangsa. Form 4 dan Form 5, dua tahun kamu belajar, habis jangan hanya berikan sijil. Terus berikan anak-anak TVET ini Diploma Kemahiran. Ini sangat penting Tuan Yang di-Pertua kerana dua tahun itu is general studies. Buat apa kita hendak tunggu lima tahun baru boleh dapat diploma, walhal negara lain, the equipment, skillset given much earlier dengan izin.

Selepas kamu habis diploma ini, pada Form 4 dan Form 5 –selepas itu apabila kamu masuk institusi pengajian tinggi tetapi di dalam bab TVET is about specialization.

Tidak ada lagi tiga tahun, dua tahun kolej vokasional, no more. Sepatutnya it is about microcredentials, enam bulan dengan maksimum satu tahun. Kalau kamu ingin jadi pakar dalam bidang fotografi, di situlah kamu ambil mircocredential enam hingga 12 bulan. Di situlah kamu dididik dengan cepat, specialization tidak perlu tunggu lama kerana fotografi tiga tahun yang lepas dan fotografi pada tahun ini sangat berbeza sekali, Tuan Yang di- Pertua. Itu cadangan saya yang pertama.

Cadangan kedua; sistem enrolmen TVET perlu lebih kompetitif. We need a whole- of-nation approach. Saya ingin cadangkan sistem parallel kepada Sistem UPU sedia ada.

Pada hari ini kita lihat, habis Form 5 kalau terus, saya akan apply masuk UPU dan tunggu.

Tunggu bila hendak dapat masuk universiti –UIAM kah, UITM dan yang lain. TVET ada atau tidak? Tak ada. TVET kita sendiri kena mohon satu persatu. Ia bukan sistem yang kompetitif. Kita patut berikan imej bahawa UPU TVET ini sama dengan universiti awam. It is as prestigious. Tunjukkan kebolehpasaran –institusi TVET A, B dan C. Tangga gaji graduan mereka, kerjasama dengan syarikat-syarikat terbesar. Barulah it becomes a lot more competetive and dynamic. Kita adakan sistem alternatif sebegini untuk meletakkan kadar kemasukan TVET itu sama dengan universiti-universiti awam dan swasta di Malaysia. Saya rasa ini sangat penting kerana ia menangani masalah perangkap hutang pendidikan. Apakah perangkap hutang pendidikan ini? Di mana anak-anak yang tercicir tidak dapat masuk ke sistem UPU, kolej-kolej swasta akan dapat data mereka. Selepas dapat data mereka, hantar surat tawaran, kata mereka diberikan biasiswa tetapi adalah pinjaman PTPTN. Selepas itu masuk kolej swasta, keluar tak ada kerja. Kalau adapun gaji sangat rendah. Walhal, anak- anak ini jikalau ada alternatif UPU bagi TVET ini dapat masuk ke saluran TVET. Percuma, dapat lagi allowance. Keluar insya-Allah gaji jauh lebih baik. Ini cadangan kedua.

Cadangan ketiga adalah untuk mewujudkan teaching factory di semua institusi TVET. Saya setuju dengan saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di mana dia akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat besar seperti PETRONAS, Berjaya, YTL dan banyak lagi yang lain. But let’s take it a step further, bukan sahaja di beberapa tempat tetapi di semua institusi TVET kerana kita ada lebih 700, Tuan Yang di-Pertua, more than 700. What can we do? Ini kerana sistem teknikal, jobs which are based on technical know- how perlukan sistem teknologi. Sistem teknologi ini kos pelaburannya –capexnya sangat tinggi.

Apabila saya berkhidmat di KBS dahulu kita terus lakukan teaching factory.

Apakah teaching factory ini? Saya beri contoh, di ILKBS di Pekan, kita terus bekerjasama dengan syarikat-syarikat aeroangkasa. Kamu belajar dua tahun, tahun pertama kamu belajar ikut your technical know-how. Tahun kedua, syarikat itu sudah masuk ke dalam ILKBS ini, sudah buat pelaburan bersama sebab kita hendak beli peralatan yang berteknologi tinggi ini kosnya sangat tinggi, we do a shared system. So, kiranya mereka sudah seperti baru masuk factory ke dalam institusi TVET itu sendiri. Kos kita kongsi dan habis sahaja, 100 peratus pekerjaan berimpak tinggi dan gaji tinggi. Itu teaching factory yang saya ingin cadangkan.

Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, apabila saya bincangkan soal TVET –ini perkara yang sangat penting kerana ia melibatkan masa depan negara kita. Isu kedua yang saya ingin kongsi...

final • 6:10 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Muar, boleh mencelah sedikit –TVET?

final • 6:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Dengan izin, sila.

final • 6:10 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Berkaitan dengan TVET tadi, saya rasa satu cadangan lagi yang boleh kita pertimbangkan adalah untuk kita timbulkan kesedaran dalam kalangan anak-anak kita dan ibu bapa mereka bahawa terdapat banyak ruang dalam TVET ini. Kadangkala ramai merasakan TVET ini sebagai second class, kalau tak dapat masuk universiti hendak masuk TVET ini bukanlah satu tempat yang menjanjikan masa depan yang baik.

final • 6:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Betul.

final • 6:10 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Kesedaran kita perlu berikan supaya peluang-peluang seperti mana Yang Berhormat Muar sebut tadi –tempat ada tetapi tak diisi.

final • 6:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Betul.

final • 6:10 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Kerana apa, kerana faktornya adalah kesedaran dalam kalangan anak-anak kita. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Betul. Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya setuju 100 peratus. Sebab itu saya ingat lagi –saya ini sangat muda, kalau ikut zaman SPM masih boleh ingat lagi. Bila hendak apply masuk universiti ini berlumba-lumba sistem UPU. Saya rasa Yang Berhormat Putrajaya masih ingat – berlumba-lumba. Adakah kita berlumba-lumba ingin masuk, apply UPU tetapi versi TVET?

Tak boleh sebab tak ada. Bukan sistem yang dilihat kompetitif dan saya rasa kerajaan perlu wujudkan perkara ini supaya in the end we see TVET setara dengan universiti awam dan juga universiti swasta.

Saya ada tujuh minit, saya skip isu kedua kerana isu kedua ini panjang –dalam perbincangan lain saya boleh kongsi. Saya hendak cakap dari hati ke hati tentang isu ketiga; reforms.

final • 6:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Reforms ini Tuan Yang di-Pertua, ia berdasarkan kepada perubahan dasar dan institusi yang melangkaui personaliti dan parti politik. Ini kerana Malaysia yang diidamkan adalah Malaysia yang boleh bergerak ke hadapan tidak kira siapa pun jadi Perdana Menteri, tidak kira parti mana pun yang menang. Oleh sebab itu, rombakan institusi itu perlu ada.

Saya bicarakan soal peruntukan yang adil dan saksama bagi semua.

[Disampuk] Minta maaf. Kalau ada masa, saya akan berikan lepas ini. Sedikit saja. Peruntukan yang adil dan saksama bagi semua. Saya tahu mungkin ada yang kata, “Tak payahlah, dulu PN bawah Tan Sri Mahiaddin tidak berikan. Saddiq, you sudah lupakah dulu you kena botakkan kepala.” Dulu, dulu. Dulu, dulu. Sekarang, sekarang.

Kita janjikan komitmen perubahan jangka masa panjang. Ingat, peruntukan ini bukan untuk Dato’ Seri Shahidan Kassim. Bukan untuk Dato' Saifuddin Abdullah.

Peruntukan ini adalah untuk orang susah kawasan mereka. Sebab itu saya tidak suka panggil ia peruntukan Ahli Parlimen, saya panggil ia peruntukan orang susah ya. Hendak beri laptop, kena cari. Betul jalan raya, bina dewan sekolah apabila tiada.

Oleh sebab itu dalam bab ini, you perlu adil dan saksama.

[Tepuk] Ini kerana harapannya, lima hingga 10 tahun akan datang jikalau kerajaan berubah, kita pula akan kompelin. Saya ingat dulu bila kita dalam pembangkang ini tidak dapat, kita marah. Ini kerajaan tidak adil. Ini kerajaan yang kejam. Kita tukar, kita pula teruskan benda yang sama. *It’s not right.

[Tepuk]* Tidak betul dan tidak adil.

Oleh sebab itu, saya rasa perlu ada perubahan. Ini bukan sekadar soal peruntukan Tuan Yang di-Pertua. Ini soal perundangan juga, institutions. Saya sudah bincangkan soal berikan Parliament Services Act supaya Parlimen independent. Soal reforms SPRM dan juga PDRM dan yang lain supaya tidak lagi dikawal oleh kuasa-kuasa politik. Tidak lagi diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. It reports straight to Parliament. Ini perkara yang penting. Kalau tidak, hari ini kita menang, lawan kata ini

final • 6:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

pendakwaan politik. Esok mereka menang, kita kata ini pendakwaan politik. Ia tidak akan habis Tuan Yang di-Pertua. Akhirnya, politik di Malaysia sangat toksik dan divisive.

Saya boleh katakan ini kerana I went through it. Saya sendiri lalui Tuan Yang di- Pertua, orang kata kes-kes melibat kontrak. Saya punya kes melibatkan parti lama saya.

Kawan-kawan masih ada di sini. Akan tetapi, I don’t hold any personal feelings. Nothing against them. Ini kerana akhirnya saya percaya kepada institusi kehakiman.

Akan tetapi, bayangkan jikalau saya boleh diminta oleh pegawai penyiasat – I can say it openly kerana saya sudah kata di mahkamah, namanya ada, audio recording pun ada. Audio recording, “Syed Saddiq sokong Tan Sri Mahiaddin Yassin lah. Tan Sri Mahiaddin yang bawa kamu dalam politik.” Kita pun marah SPRM sudah jadi seperti alat politik, pegawai penyiasat. Akan tetapi, saya tidak marah dia. Saya tidak marah SPRM, saya tidak marah Bersatu. Akan tetapi, saya tidak hendak apa yang dilakukan kepada saya dilakukan kepada lawan saya pada masa yang akan datang.

[Tepuk] Ubah sistem supaya akhirnya, ia ada badan siasatan yang adil, sistem pendakwaan yang adil when you reform the whole system completely. Akan tetapi, perlu ada a package of reforms.

final • 6:20 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Ya.

final • 6:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Perubahan AUKU, SPRM, AGC, peruntukan yang adil kepada negeri-negeri pembangkang dan kerajaan, all of this in one package. Saya agak yakin kalau kita berjaya lakukan, ketegangan dalam Dewan ini dapat dikurangkan. The toxicity in Malaysian politics can be reduced. Dalam bab itu akhirnya menang bukan parti A, parti B, parti C, tetapi rakyat. Ini kerana ubah kerajaan, kalau tiba-tiba Dato’ Seri Shahidan kata, “Ha, kita hendak tarik balik”, habis semua maki dia. Itulah baiknya reforms. Ini kerana ia tidak ikut parti politik.

Saya katakan ini kerana saya ingat apabila saya perjuangkan isu Undi18. Ini saya hendak jawab di sini secara terbuka. Ini kerana ramai kata secara peribadi kepada saya, tertutup, kawan-kawan politik ini meja kerajaan kata, “Alah, kamu bawa Undi18, tengok Undi18 sokong pihak sebelah sana.” Ini masalahnya Tuan Yang di-Pertua, bila orang lihat reforms dari sudut satu parti politik. Reforms ini hanya untuk menangkan A, menangkan B, menangkan C. Tidak pernah terlintas dekat minda saya bila perjuangkan satu reforms itu hanya untuk menangkan parti A, parti B atau parti C. Ia adalah untuk seluruh rakyat Malaysia. Kalau reforms itu mengikut untuk menangkan suatu parti, “Oh hari ini kita gembira dia menangkan kita, esoknya dia kalahkan kita, kita tutup reforms itu.” Tidak boleh. Itu tidak betul.

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, dalam bab ini khususnya bagi anak-anak muda, jangan perlekehkan mereka. Jangan katakan bahawa mereka ini tidak berpendidikan, mereka ini hanya perlu ikut telunjuk, kena brainwash sahaja sebegitu.

[Tepuk] So pada tahun 2018, ada kita kata benda itu? “Oh, mereka kena brainwash, mereka...” - sebab mereka sokong kita. It’s not right. Oleh sebab itu dalam bab ini, kita hormati pandangan, betulkan mana yang silap, tambah baik, focus on governance on helping them making Malaysia better, saya agak yakin mereka akan kembali sokong kita semula. Itu adalah cadangan saya kerana reforms ini melangkaui parti politik, melangkaui kerajaan sedia ada supaya akhirnya, Malaysia yang maju adalah Malaysia yang dipimpin oleh institusi-institusi yang kuat.

Saya yakin Tuan Yang di-Pertua, kenali Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, berdekad berjuang untuk merubah sistem ini, saya berharap inilah keutamaan bagi kerajaan pada hari ini. Saya faham ini Kerajaan Perpaduan, tetapi isu-isu mustahak perlu diberikan keutamaan supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang lepas apabila kita hanya menyesal apabila kita berada di meja pembangkang.

final • 6:20 PM

Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih. Adakah Yang Berhormat Muar bersetuju bahawa sejarah politik kita ini terlalu personality oriented dan amat sedikit policy-oriented yang menyebabkan Yang Berhormat juga menyokong reformasi ini?

final • 6:20 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tidak payah jawab.

final • 6:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Kena jawab. Saya setuju sebab memang masalahnya sekarang dia bila terlalu personality-oriented, orang boleh berubah, sistem kekal melangkaui personaliti tersebut. Oleh sebab itu, saya berharap bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri fokus kepada institusi kerana kita mungkin tidak bernasib baik, orang-orang yang akan datang mungkin tidak ada niat yang sama dan akhirnya bila niat tidak sama, dasar yang lama dikekalkan, kita akan berada dalam keadaan yang sangat sukar.

Akan tetapi, sambil saya tekankan perkara ini, nasihat saya kepada kawan-kawan di meja pembangkang, kalian juga mengawal beberapa buah negeri. Jadikanlah negeri tersebut sebagai permulaan kepada reforms ini. Saya setuju tadi Yang Berhormat mana, Yang Berhormat Gopeng atau tadi siapa yang kongsikan, peruntukan yang adil, peruntukan yang adil di negeri masing-masing. Berikan kepada semua pembangkang.

Kalau boleh mulakan Akta Pendanaan Politik, tetapi di peringkat negeri mulakan. This must all be done supaya akhirnya kita boleh compete bukan ke bawah, tetapi ke atas dengan negeri ke Persekutuan, Persekutuan ke negeri.

final • 6:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Muar. Yang Berhormat Muar, boleh sikit?

final • 6:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Sebelum saya rumus, sedikit saja daripada Yang Berhormat Putrajaya.

final • 6:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Berkaitan dengan reformasi institusi tadi, satu perkara yang seperti mana Yang Berhormat Muar sebut, kita hendak negara ini bergerak ke depan dalam konteks sistem sebuah negara sebagai sebuah institusi besar. Dalam konteks ini juga, perkara ini dipersetujui oleh sahabat-sahabat di sebelah sana ketika berada dalam pembangkang dalam keadaan di mana Perdana Menteri tidak sepatutnya memegang jawatan Menteri Kewangan. Saya rasa ini critical component, komponen paling penting dalam negara ini yang kita semua perlu bersetuju untuk kita pastikan bahawa Perdana Menteri tidak seharusnya memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

final • 6:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Saya setuju. Perkara ini jikalau boleh dicadangkan, saya tidak boleh katakan saya faham apa yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri lalui kerana dalam situasi Kerajaan Perpaduan, ketidakstabilan, penubuhan kerajaan pada peringkat awal, saya cannot say that I know what he went through. Akan tetapi apa saya boleh katakan, jalan ke hadapan. Jikalau dalam Dewan ini kita boleh persetujui dan kemukakan akta yang menginstitusikan supaya Perdana Menteri-Perdana Menteri akan datang tidak akan mengambil portfolio Menteri Kewangan itu, saya rasa itu adalah jalan yang baik. Ini bukan perkara baharu, pernah dicadangkan beberapa tahun yang lepas.

[Tepuk] Saya agak yakin, ini saya rasa untuk apa yang boleh berlaku kepada Perdana Menteri juga. Saya agak yakin, saya rasa mungkin Yang Berhormat Pagoh sebelum ini, bekas Perdana Menteri mungkin gembira sekarang ini yang dia tidak pegang portfolio Kementerian Kewangan. Kalau dia pegang, saya rasa apa sudah jadi daripada bab pendakwaan politik orang katakan, itu masalah.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh gulung.

final • 6:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Oleh sebab itu, pemisahan itu ada kebaikannya juga untuk pastikan bahawa negara baik, sistem semak imbang itu baik. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, 30 saat untuk rumuskan. Malaysia yang ingin kita bina adalah Malaysia yang dibina dengan institusi-institusi yang melangkaui pemimpin politik dan yang melangkaui parti politik supaya apabila kita berada dalam kerajaan atau pembangkang, kita dapat lakukan tanggungjawab dengan adil, dan akhirnya rakyat juga yang mendapat nikmatnya. Ini kerana kita perlu lihat lawan kita itu juga sebagai sahabat untuk membina negara yang lebih maju. Ini kerana itulah negara Malaysia yang maju untuk kita semua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput...

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Ini adalah ucapan yang terbaik yang kami pihak PN menyokongnya. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Pasir Puteh, silakan.

final • 6:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. [Membaca kata-kata aluan dalam bahasa Arab]. Tuan Yang di-Pertua Dewan, pertamanya saya merakamkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang pada Pasir Puteh untuk sama-sama berbahas belanjawan yang telah dibentangkan pada hari Jumaat yang lepas baru-baru ini. Pasir Puteh berdiri pada hari ini bukan untuk menolak belanjawan tetapi untuk menyokong belanjawan yang baik, yang berguna kepada rakyat. Ada beberapa teguran yang akan ditegur oleh Pasir Puteh, yang saya kira semua pihak perlu menerima dengan hati yang terbuka.

Pertamanya, saya rakamkan jutaan terima kasih kepada sahabat saya dari Muar, sahabat saya dari Pasir Gudang pun ada, dari Titiwangsa dan dari Damansara yang saya lihat ucapan-ucapan mereka ini sangat membina. Kita membahaskan belanjawan negara ini untuk membina negara kita. Kami barisan pembangkang ini, kita membahas untuk membina negara, bukan untuk kita mengkritik secara membabi buta. Ini perlu difahami oleh kita. Ini adalah tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat kepada kita dan yang lebih besar daripada itu iaitu tanggungjawab ini diberi oleh Allah SWT kepada kita yang akan ditanya oleh Allah apabila kita mati suatu hari nanti.

Dalam ucapan ini Tuan Yang di-Pertua Dewan, suka saya menyentuh bahawa perbincangan bajet negara kita ini selepas daripada COVID-19, satu. Kedua, dalam situasi peperangan di antara Rusia dan Ukraine yang masih berlanjutan, tentunya memerlukan kepada pakar-pakar untuk melihat negara kita ini lebih maju ke hadapan dan mampu membina kekuatan ekonomi kita dalam situasi kita bersaing dengan negara- negara yang lain yang ada di antara negara, kadar inflasi mereka menurun dan tidak dinafikan ada negara yang kadar inflasinya meningkat lebih daripada negara kita. Apa yang ingin saya sebut iaitu ialah berkenaan dengan reform, berkenaan dengan ekonomi di dalam negara kita. Reformasi ini bila kita sebut, saya ingin menyambung sedikit daripada apa yang disebut oleh Muar, yang pertama sekali ialah reformasi institusi. Ini semua kita faham. Kedua iaitu kita mesti reformasi dasar dan yang ketiga, yang ingin saya tambah iaitu reformasi kepada personaliti.

Oleh sebab, kalau kita ubah dasar macam mana sekalipun, kalau kita ubah, reformasi institusi macam mana sekalipun, kalau individu-individu sama ada mereka ini pemimpin, mereka ini pegawai-pegawai kerajaan, mereka ini orang yang bertindak di institusi-institusi kerajaan, yang tidak ada sahsiah ataupun tidak ada moral, tidak ada personaliti, apa yang kita sebut reformasi ini tidak ke mana-mana. Apa yang ingin Pasir Puteh cadangkan pada hari ini supaya kerajaan mengambil pendekatan me-reform ketiga- tiga perkara ini secara serentak dengan memartabatkan Kementerian Agama supaya Kementerian Agama ini mampu memandu masyarakat. Terutama sekali masyarakat yang beragama Islam di dalam negara kita supaya mereka memahami dan beriman, kalau mereka dilantik sebagai pemimpin, mereka adalah amanah di sisi Allah. Mereka akan dipersoal selepas daripada mati, insya-Allah kalau dia Perdana Menteri, dia tidak akan berdendam. Dia tidak akan mencari keaiban orang tetapi dia akan bina negara.

Apa yang saya bimbang, dengan maaf, bila saya perhati dengan teliti bajet yang dibentangkan, mengapakah pembangkang diketepikan? Oleh sebab personaliti, kerana tanggungjawab dengan Allah SWT ini boleh dipertikaikan. Mereka tidak memahami konsep ini, mereka tidak memahami konsep kita akan hidup kekal abadi selepas daripada mati. Jadi, reformasi perkara ini perlu wujud di dalam Dewan yang mulia ini supaya bila kita hendak bangunkan negara di sudut ekonomi, kita mampu melonjak ekonomi kita dengan megah, dengan hebat, insya-Allah.

final • 6:30 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut yang pertama sekali pembangunan ekonomi industri kecil dan sederhana. Dalam negara kita, industri yang paling besar iaitu industri kecil dan sederhana yang dipegang oleh rakyat kita di merata ceruk, di kampung- kampung. Mereka ini harus dibela dan saya ingin ingatkan kepada kerajaan yang baharu ini supaya mereka menyambung usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum daripada ini. Imma Kerajaan Perikatan Nasional, imma Kerajaan UMNO-Barisan Nasional sebelum daripada ini, imma mana sahaja yang baik, ambil yang baik, yang tidak baik, kita jernihkan mana-mana yang tidak baik.

Oleh sebab, usahawan kecil dan sederhana ini, mereka berhadapan dengan berbagai-bagai kekangan untuk mereka maju. Sebagai contoh, hasil-hasil yang diusahakan oleh pengusaha-pengusaha kita, industri kecil dan sederhana, ke manakah mereka hendak salurkan? Ini ialah tugas dan tanggungjawab kerajaan. Sebelum daripada ini sudah ada pelan-pelan yang diatur susun dengan baik. Saya minta supaya ketepikan politik dan sebelah pembangkang pun kita jangan sebut bahawa ini idea daripada kita. Ini kerajaan tiru kita. Kita baiki semua dan kerajaan jangan rasa angkuh.

Semua yang dibuat dahulu seolah-olah tidak betul, tidak betul. Kita kena ingat, semua manusia ada salah, ada silap. Kalau kita tidak ada salah, tidak ada silap, nama kita bukan manusia, nama kita malaikat. Memang kita ada salah, kita ada silap, sebaik-baik manusia, orang yang menerima kesalahan dan kesilapan. Oleh sebab itulah, industri kecil dan sederhana ini perlu dipandu oleh kerajaan. Selain daripada kerajaan menambahkan peruntukan-peruntukan yang sewajarnya kepada mereka, kerajaan mesti memandu. Ada produk yang dikeluarkan oleh mereka barangkali kalau dihimpun, boleh dieksport ke luar negara.

Kita kena belajar. Singapura sebagai contoh, yang tidak ada pertanian, tidak ada rambutan, tidak ada apa. Kalau kita pergi ke negara-negara Arab, kita tengok yang ditinkan itu, ‘Made in Singapore’. Kita telah merancang sebelum daripada ini. Saya sebut, kita telah merancang, kita sudah ada pelan supaya bahan-bahan pertanian yang ada dalam negara kita ini dapat kita manfaatkan dengan sebaik mungkin dan ia tidak berlaku pembaziran. Kita boleh eksport, kita boleh buat macam-macam perkara. Tuan Yang di- Pertua, masa tidak mengizinkan, maka sedikit saya ingin menyentuh isu yang berlaku di dalam Parlimen saya, Pasir Puteh. Pertama sekali, saya minta kerajaan memandu projek tenusu yang diwujudkan di negeri Kelantan di Daerah Pasir Puteh yang terkenal iaitu projek tenusu, projek ternakan yang kita gabung jalin dengan pelancongan.

Nama ia Jeram Mengaji. Di sana ada projek tenusu, di sana ada binatang- binatang model yang kita perkenalkan untuk masyarakat-masyarakat kampung ini mereka libatkan diri. Ada lembu-lembu yang ia punya brand, berjenama yang hebat, yang boleh dijual harganya mencecah lebih RM40,000 untuk satu ekor. Ini juga perlu dipandu oleh kerajaan. Jangan sampai tahap bila kita lihat ini ialah negeri pembangkang, maka tidak boleh ditolong. Tadi sahabat saya sebut airport di negeri Kedah, di Kulim dibatalkan.

final • 6:30 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Ini semua sekali benda-benda, tindakan yang merugikan negara dan merugikan masyarakat. Adanya airports lebih banyak yang lebih menguntungkan, lebih baik, mampu menjana ekonomi dan buka peluang pekerjaan kepada rakyat. Jangan kita bertindak ini kerana perbezaan parti politik kita.

Ini satu perkara yang telah ditolak oleh generasi muda. Oleh sebab itulah dalam pilihan raya baru-baru ini kita tengok generasi muda, saya ucapkan ribuan terima kasih.

Minda politik mereka sangat hebat dan tinggi. Mereka kenal mana batu, mana permata.

Mereka tahu mana kerajaan yang boleh membangunkan negara, mana kerajaan yang hanya mengambil kesempatan untuk memerintah negara, mereka tahu. Saya ucap ribuan terima kasih kepada generasi muda.

Kedua, yang ingin saya sentuh adalah berkenaan dengan pembangunan di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Tok Bali telah diluluskan satu pelabuhan, bukan supply base tetapi satu pelabuhan di mana hab perikanan akan dibuka di Tok Bali yang boleh mengelak para usahawan pukat jerut membawa hasil tangkapan mereka ke negara jiran, Thailand. Hasil dari Malaysia dibawa. Ada yang dibawa melalui lautan, ada yang

final • 6:40 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

didaratkan di Tok Bali kemudian lori-lori ini berpusu-pusu pergi ke Thailand. Ini sebab apa? Kita tidak ada prasarana.

Alhamdulillah, kerajaan yang lepas telah meluluskan benda ini. Saya kira kerajaan hari ini pun profesional dan insya-Allah kita sama-sama bangunkan negara kita. Ini adalah kerana kalau kita teruskan program Tok Bali sebagai pelabuhan, ia akan memberi pulangan yang sangat lumayan bukan sahaja kepada kerajaan negeri tetapi lebih lumayan kepada Kerajaan Pusat itu sendiri.

Ketiga iaitu Taman Industri Tok Bali. Di sana kita hendak jadikan Tok Bali ini sebagai hab halal kepada semua rakyat kerana makanan halal ini bukan dimakan oleh masyarakat Islam tetapi menjadi kegemaran kepada semua manusia. Ini adalah kerana apabila kita sebut halal, ia adalah halalan toyyiban. Makanan yang pertamanya halal.

Keduanya, yang baik dan berkualiti. Jadi kita hendak jadikan Tok Bali ini sebagai hab halal makanan.

Seterusnya, prasarana ekonomi di kawasan Tok Bali seperti pasar-pasar yang telah – kalau sebelum ini diluluskan, saya harap tidak ada sekatan-sekatan.

Begitu juga yang terakhir yang ingin saya sentuh sedikit iaitu berkenaan dengan royalti. Walaupun ia bertelingkah tetapi royalti ini pada waktu perjanjian dahulu jelas ia adalah hak negeri Kelantan. Tiba-tiba selepas daripada itu, Kerajaan Persekutuan membuat pentafsiran sendiri sempadan lautan yang dimiliki oleh negeri dan juga oleh Persekutuan. Sedangkan di dalam Perlembagaan Kelantan jelas menyebut bahawa peraturan ini tidak boleh diubah kecuali dengan mendapat keizinan daripada Dewan Undangan Negeri dan daripada Majlis Tuanku Sultan negeri Kelantan Darul Naim.

Akan tetapi, ini yang disebut oleh Yang Berhormat Muar tadi, kalau kita buat reformasi biarlah ada dasar. Ini sudah kalau ada dasar kita langgar, kita itu, kita ini, menyebabkan tidak ke mana-mana kita. Kita hendak berkelahi, di manakah keuntungan kita? Negara kita akan menggelongsor ke bawah bukan maju ke hadapan, kalau kita sentiasa bertembung. Kita tidak payah bertembung.

Pembangkang, kerajaan; ada benda yang kita sekata. Ada benda yang kita berkhilaf. Akan tetapi, berkhilaf kita jangan sampai merugikan negara. Jangan sampai menjejaskan ekonomi yang sedang dibina oleh negara kita.

Jadi sebab itu, insya-Allah saya rumuskan. Saya doa kepada Allah SWT supaya negara kita lebih maju. Insya-Allah kami barisan pembangkang ini akan sentiasa membina negara kita dan kalau ia disambut dengan suasana yang muram oleh kerajaan yang ada pada hari ini, insya-Allah kita akan pastikan satu hari yang tidak lama lagi pihak kerajaan akan berada di kerusi pembangkang, *insya-Allah.

[Tepuk]* Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Mimpilah, mimpi, mimpi.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Yang Berhormat Stampin.

final • 6:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk menyertai perbahasan Belanjawan 2023. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Yang Berhormat Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2023.

Pada pendapat saya, ia merangkumi beberapa ciri yang penting seperti berikut.

Pertamanya, walaupun menghadapi kekangan kewangan tetapi bajet ini merupakan peruntukan perbelanjaan pembangunan yang paling besar dalam sejarah negara kita iaitu sejumlah RM99 bilion. Saya rasa perbelanjaan pembangunan yang begitu besar adalah perlu pada masa sekarang kerana ia diperlukan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara kita yang telah dilanda pandemik COVID-19 pada dua tahun yang lalu.

Seperti kata pepatah, the government has to spend its way out of recession.

final • 6:45 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Ciri keduanya ialah institutional reform di mana fokus akan diberi ke atas mereformasikan institusi-institusi kerajaan dengan tujuan untuk mengelakkan pertindihan dan pembaziran dan menggalakkan ketelusan, amanah dan akauntabiliti.

Ciri ketiganya ialah ia juga mengandungi ideologi sosialisme di mana kita tax the rich and help the poor. Untuk cukai individu yang hendak saya sebutkan, mereka yang menerima chargeable income yang kurang daripada RM100,000 setahun akan menikmati penurunan kadar cukai sebanyak dua peratus. Manakala, mereka yang menerima chargeable income yang lebih daripada RM100,000 setahun akan dikenakan penambahan kadar cukai pendapatan dengan satu peratus. Keseluruhannya dengan kadar cukai pendapatan yang baharu ini, hanya mereka yang menerima pendapatan bulanan yang melebihi RM20,000 akan diwajibkan membayar cukai yang lebih tinggi dalam tahun 2023 berbanding dengan tahun 2022.

Selain daripada itu, capital gains tax dan cukai barangan mewah juga merupakan cukai yang ditujukan kepada golongan yang lebih kaya. Berbanding dengan GST, saya rasa capital gains tax (CGT) dan cukai barangan mewah ini memang merupakan sistem tax yang lebih memihak dan lebih adil terhadap golongan yang berpendapatan rendah.

Ciri keempat iaitu pembasmian miskin tegar dengan direct cash handout memang merupakan satu inisiatif yang murni. Setakat 31 Julai 2022, kira-kira lebih kurang 136,000 isi rumah adalah miskin tegar pada pendapatan garis kemiskinan miskin tegar sebanyak RM1,169 sebulan. RM750 juta peruntukan yang diperuntukkan adalah mencukupi saya rasa dan saya harap pelaksanaannya akan lebih menyeluruh dan cepat kerana dengan kos sara hidup yang begitu tinggi sekarang, pendapatan garis kemiskinan miskin tegar sebanyak RM1,169 memang amatlah susah untuk sebuah keluarga hidup.

Ciri kelimanya adalah terdapat satu sasaran yang ditetapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membaik pulih 380 buah sekolah daif dan 400 buah klinik daif sebelum akhir tahun. Dana yang diperuntukkan demi projek itu adalah RM1.2 bilion. Ini adalah berbeza dengan bajet-bajet yang lalu yang tidak menetapkan satu masa penyiapan projek baik pulih sekolah.

Dengan adanya satu sasaran masa yang ditetapkan, saya yakin timeline itu akan dipatuhi oleh agensi-agensi pelaksanaan dan seterusnya masalah sekolah daif yang wujud berpuluh-puluh tahun dan berulang tahun ini akan diselesaikan.

final • 6:45 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Tumpuan juga diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Bajet 2023 terhadap memerangi rasuah. Yang Amat Berhormat telah menegaskan bahawa rasuah dan penyelewengan tidak boleh diteruskan lagi di negara ini. Maka ketelusan dan tata kelola yang baik dalam perolehan kerajaan adalah faktor yang utama untuk kita membanteras rasuah. Saya mengalu-alukan apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat dalam ucapan bajetnya iaitu beliau akan membentangkan Akta Perolehan Kerajaan dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat untuk mencapai tujuan tersebut.

Secara keseluruhannya, Bajet 2023 selain daripada memperuntukkan untuk kemajuan dan pembangunan negara dan menjaga golongan yang susah, apa yang lebih penting adalah ia mempunyai unsur-unsur reformasi yang akan meletakkan negara kita atas landasan yang betul iaitu satu pentadbiran yang cekap, berintegriti, dan amanah.

Ini adalah satu overview of the budget by Ernst & Young. Saya akan memetik apa yang dikatakan– “Overall, the measures proposed in this budget are cohesive, comprehensive and inclusive and lay the foundation for more sustainable future. There are various measures to maintain and enhance Malaysia’s competitiveness as an investment destination, address leakage, improve the regulatory framework and business landscape and spur economic growth”. Selepas puluhan tahun pentadbiran yang corrupt, yang merosakkan sistem pentadbiran negara kita, saya rasa Bajet 2023 ini merupakan satu titik permulaan negara

final • 6:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

kita beralih daripada pentadbiran lama itu dan ia memberikan harapan kepada rakyat kita bahawa negara kita masih dapat diselamatkan.

Namun, segala ini tidak akan berlaku kalau pada masa pilihan raya umum yang lalu Yang Amat Berhormat Tambun tidak mempunyai nombor yang cukup agar dilantik sebagai Perdana Menteri. Maka saya berasa sedih kerana sebagai seorang Sarawak, pemimpin GPS yang memerintah Sarawak pada masa itu tergesa-gesa datang ke Kuala Lumpur dan mengumumkan sokongan mereka kepada Yang Berhormat Pagoh.

Nasib baik GPS itu bukan kingmaker yang benar. GPS bersama-sama rakan mereka dari Perikatan Nasional pun tidak cukup nombor. Oleh itu, akhirnya selepas Yang Amat Berhormat Tambun mempunyai bilangan yang cukup untuk membentuk kerajaan, GPS pun mengalih sokongan mereka kepada Yang Amat Berhormat Tambun.

Semua itu sudah jadi sejarah. Oleh itu, kita pandang ke hadapan. Oleh itu, saya harap GPS akan kekalkan pendirian mereka sekarang untuk menyokong Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri negara kita. Janganlah bersubahat lagi dengan Perikatan Nasional semasa dulu hendak tubuhkan kerajaan pintu belakang. Ini kerana sebagai orang Sarawak, kita tidak mahu dan kita semua berasa risau dan khuatir sekiranya Perikatan Nasional khususnya PAS menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan.

Isu yang kedua yang saya ingin bangkitkan adalah berkenaan juga dengan bajet itu. Walaupun secara amnya bajet itu adalah memuaskan tetapi saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini ke atas satu perkara yang saya rasa nampaknya tidak berapa adil terhadap Sarawak iaitu peruntukan pembangunan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat bahawa peruntukan pembangunan sejumlah RM5.6 bilion akan diperuntukkan untuk Sarawak, khususnya.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan mesyuarat****] Walaupun RM5.6 bilion yang dikhususkan untuk Sarawak itu merupakan satu angka yang terbesar kalau kita bandingkan dengan bajet-bajet lalu tetapi daripada percentage, peratusannya, oleh kerana perbelanjaan pembangunan tahun ini adalah RM99 bilion, maka RM5.6 bilion ini merupakan 5.6 peratus sahaja daripada perbelanjaan pembangunan yang diperuntukkan oleh Sarawak.

Kalau kita bandingkan dengan apa-apa yang diperuntukkan khusus untuk negeri iaitu untuk Sarawak tahun lalu, pada tahun 2019, RM4.3 bilion diperuntukkan untuk Sarawak tetapi pada masa itu jumlah perbelanjaan pembangunan adalah RM54 bilion sahaja iaitu lebih kurang 7.9 peratus untuk Sarawak iaitu pada masa itu ia di bawah Pakatan Harapan. Itu bajet tahun 2019. Tahun 2020, antara perbelanjaan pembangunan yang RM56 bilion, RM4.4 bilion diperuntukkan kepada Sarawak iaitu merupakan 7.8 peratus. Maka pada tahun 2021-2022, lebih kurang 6.5 peratus daripada jumlah perbelanjaan pembangunan diperuntukkan untuk Sarawak.

Maka kalau kita bandingkan dari segi peratusan iaitu yang diperuntukkan kepada Sarawak dari perbelanjaan pembangunan di bawah Bajet 2023, hanya 5.6 peratus. Saya rasa ini amatlah tidak mencukupi dan saya pun ada sedikit hairan kenapa kerajaan negeri tidak bising sangat.

Dulu semasa kita di bawah Pakatan Harapan memperuntukkan 7.9 peratus daripada perbelanjaan pembangunan kepada Sarawak, mereka bising kata ini tidak adil.

Akan tetapi sekarang semasa mereka ada dalam Kerajaan Perpaduan, hanya 5.6 peratus yang diperuntukkan untuk Sarawak tetapi hanya senyap sunyi sahaja, tidak ada buat bising.

Oleh itu, saya rasalah untuk mengurangkan jurang pembangunan di antara Sarawak dan Semenanjung Malaysia ini, saya seru kepada Yang Amat Berhormat dan juga Kabinet supaya lebih peruntukan dituju kepada pembangunan di Sarawak supaya kita boleh mendekatkan tahap pembangunan di antara kedua-dua wilayah itu.

final • 6:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Satu lagi perkara yang ingin saya sebutkan adalah bank scam yang telah saya sebut dalam minggu lalu. Oleh sebab kesuntukan masa, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan tidak dapat jawab dan saya pun belum terima apa-apa jawapan bertulis daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Semasa saya menunggu jawapan itu, ada satu kes lagi di mana RM1 juta telah dipindah keluar daripada akaun seorang di Maybank. Itu berlaku pada malam Ahad melalui dua transaksi pindah ke— transferred out from his account kepada Celcom Berhad. Selepas itu, dia telefon saya, saya suruh dia buat aduan dan buat police report.

Isnin, pembantu saya bawa beliau pergi jumpa bank— “kenapakah itu sejumlah RM1 juta boleh dipindah keluar tanpa apa-apa notifikasi, OTP?” Pagi ini, nasib baiklah, syukurlah saya terima jawapan daripada Maybank bahawa duit itu akan dipulangkan dan duit itu sudah dikredit masuk balik kepada akaunnya.

Akan tetapi persoalannya adalah bahawa bagaimanakah ini boleh berlaku in the first place? Sejumlah RM1 juta melalui dua transfer of RM500,000 each, yang boleh berlaku. Pemegang akaun itu tidak buat apa-apa downloading, dia hanya terima satu panggilan telefon bahawa ada satu post package untuk beliau dan dia pun tidak nak melayani itu call, so dia hung up the phone.

final • 6:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Selepas itu dia diberitahu you come, money gone already. Dia tergesa-gesa pergi check akaun betul duit itu lesap.

final • 7:00 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Yang Berhormat Stampin, boleh saya mencelah?

final • 7:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Ya.

final • 7:00 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Ya, terima kasih Yang Berhormat Stampin. Berkenaan dengan transfer kewangan ke luar negara ini, adakah pihak Yang Berhormat Stampin boleh bersetuju kalau saya bahagikan kepada dua keadaan. Pertamanya Yang Berhormat Stampin kalau ia ada satu business import dan eksport semua sekali, dia boleh transaksi ke luar negara tanpa apa-apa ini. Akan tetapi kalau kewangan itu diragu-ragukan, barulah kita boleh mengkritik atau kita boleh dedahkan kepada pihak berkuasa.

Ini kerana benda ini ia boleh menjejaskan perdagangan antarabangsa. Oleh sebab saya pun businessman yang tidak besar tetapi bolehlah. Jadi, saya faham transaksi ini sangat saya faham. Jadi kalau kita secara general kita kata transaksi yang melebihi sekian-sekian angka ini, ia boleh menimbulkan banyak masalah kepada ekonomi negara.

Apa pandangan?

final • 7:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Pandangan saya...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 7:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Okey, saya akan gulung dengan menjawab soalan Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya rasa untuk mewujudkan satu sistem perbankan yang baik, sekurang-kurangnya kita mesti ada keyakinan rakyat terhadap keselamatan duit mereka dalam bank itu. Maka apa yang saya sebut kes-kes scam yang saya sebut tadi dan juga sebelum ini, saya rasa keyakinan rakyat terhadap sistem perbankan itu adalah amat membimbangkan.

Oleh itu saya rasa kerajaan sebagai regulatory body harus dengan segeranya menggubal satu polisi di mana untuk menimbang faktor yang disebutkan oleh Yang Berhormat iaitu perdagangan antarabangsa juga tetapi pada asalnya saya rasa bank-bank harus diwajibkan untuk bertanggungjawab atas kerugian yang diakibatkan daripada scams tersebut.

Oleh kerana hanya bank diwajibkan untuk bertanggungjawab atas kerugian itu, mereka hanya akan mencurahkan lebih modal untuk meningkatkan sistem keselamatan perbankan internet mereka. So, ini adalah satu policy call, a matter for a policy call dan kerajaan tidak sepatutnya duduk berlegar-legar tengok perkara ini sering berlaku dan

final • 7:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

biarkan pelanggan bank itu menanggung kerugian mereka. So, akhirnya satu isu lagi Tuan Yang di-Pertua iaitu isu kawasan banjir kilat.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat, 30 saat.

final • 7:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Okey, 20 saat. Banjir kilat itu sering berlaku di kawasan saya kerana kawasan saya adalah Stampin itu merupakan satu kawasan pembangunan housing estate dan commercial centre yang begitu pesat sekali. Oleh itu saya seru kepada kerajaan supaya lebih peruntukan diberikan untuk meningkatkan dan menaik taraf irrigation and drainage di kawasan Stampin. Sekian, terima kasih.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Stampin. Dipersilakan Yang Berhormat Tumpat.

final • 7:00 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk membahaskan Bajet 2023. Pertama-tama saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Profesor Emeritus Tan Sri Mohamad Kamal bin Hassan yang telah meninggal dunia pada 23 Februari 2023 yang telah banyak meninggalkan jasa kepada Islam dan juga kepada negara ini.

Kedua, kita sekarang berada di Parlimen. Apabila berada di Parlimen, kita memang akan sepatutnya menjaga kedaulatan negara tetapi akhir-akhir ini kita lihat berlaku beberapa perkara yang telah pun memberikan sedikit kerisauan kepada kita selaku Ahli Parlimen iaitu bilamana kita melihat sepatutnya pengasingan kuasa di antara legislatif, judiciary dan juga eksekutif akan menjaga keselamatan negara tanpa melakukan sesuatu yang sangat besar sehingga boleh menggugat keselamatan negara.

Tadi kita telah mendengar satu taklimat daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan isu yang berkaitan dengan Sulu. Sebelum ini kita mendengar taklimat berkenaan dengan Batu Putih. Kita tidak mahu sebagai negeri yang berada di sempadan, Kelantan, Sabah dan sebagainya mempunyai sedikit keresahan kerana apabila kerja- kerja yang berkaitan dengan keputusan dan tindakan yang membabitkan kedaulatan negara seharusnya ia bukan hanya berlegar di kalangan eksekutif.

Di sana terdapat satu garis halus yang perlu diputuskan oleh pihak kerajaan supaya menjamin kedaulatan negara kita daripada sebarang tingkah laku daripada eksekutif yang boleh memberikan satu mara bahaya kepada negara. Dalam hal ini, kita mempunyai banyak negara jiran yang mempunyai pertikaian berkenaan dengan hak-hak antara sempadan. Maka saya mohon, bukan kerja ini hanya diletakkan kepada Kementerian Luar sahaja ataupun kepada Kementerian Kehakiman tetapi harus ada beberapa perkara perlu dirujuk direct kepada Parlimen. Itu yang pertama.

Kedua berkenaan dengan kita memerlukan suatu lonjakan bagi reformasi untuk Parlimen. Saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan boleh mengkaji sekiranya perlu dibuat penempatan secara pinjaman kepada pensyarah-pensyarah undang-undang di universiti-universiti tempatan untuk berada di Parlimen dalam tempoh persidangan Parlimen supaya kita mahu anak-anak yang kita latih dalam bidang undang-undang khususnya dari segi perkembangan polisi dan undang-undang boleh melihat sendiri bagaimana proses berlakunya perkembangan pindaan dan perkembangan undang- undang membabitkan substantive law dan juga procedural law. Jadi hari ini kalau mereka tidak berada di Parlimen, mereka tidak faham bagaimanakah solusi yang sepatutnya berlaku di kalangan masyarakat apabila ada masalah di bawa Parlimen dan Ahli-ahli Parlimen sepatutnya diberi ruang untuk mengemukakan rang undang-undang personal masing-masing untuk membantu kerajaan di samping kerja-kerja penggubalan undang-undang ini dibuat oleh pihak kerajaan.

Sampai masa sudah 65 tahun usia Parlimen kita, perlu mempunyai suatu rang undang- undang yang dicadangkan, private bill oleh ahli-ahlinya.

final • 7:04 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Ketiga, kita mahu melihat agar perkara ini berlaku bermula pendidikan kenegaraan ini berada di Parlimen dan diberi peluang kepada Ahli Parlimen untuk mendapatkan bengkel-bengkel secara berkala bagi peningkatan dan pemerkasaan mutu dan kualiti apa yang akan kita bahaskan dalam negara kita.

Keempat, dalam hal saya setuju dengan pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Muar tadi berkenaan dengan isu TVET, berkenaan dengan isu bagaimana kita ingin melihat negara kita 10 tahun akan datang melihat kepada perkembangan pendidikan hari ini.

Kita melihat bagaimana dalam negara kita jarang kita dapati ibu bapa ataupun anak-anak sendiri yang mengambil personality test. Bayangkan mereka hanya ditanya tentang kerjaya ketika mereka berada di tingkatan empat atau selepas universiti. Ini sangat malang. Mereka gagal untuk mengenal potensi diri mereka. Saya kira adalah perlu bagi semua orang untuk memastikan di semua sekolah menengah rendah untuk memastikan anak-anak kita menjalani beberapa kali personality test supaya mereka dapat mengambil kursus yang sesuai dengan diri dan juga potensi serta bakat mereka.

Ibu bapa juga harus merangsang mereka supaya sesuai dengan minat dan bakat mereka bagi membantu perkembangan negara. Begitu juga kita melihat bagaimana perlunya pendidikan TVET diperkenalkan di sekolah-sekolah agama. Ini kerana di sana terdapat lebih 100,000 orang anak-anak kita berada di sekolah agama. Maka perlu ada Maahad TVET dan sekolah-sekolah vokasional yang perlu dibantu oleh pihak kerajaan.

Ini kerana kita kira sudah ringan beban kerajaan bilamana negeri-negeri membantu membuat sekolah-sekolah agama tetapi sepatutnya juga diberikan peluang supaya kita mendapatkan pakar-pakar dalam bidang agamawan yang insya-Allah akan mampu menjadi umara dan menceburi bidang teknikal.

Kelima, bagaimana kita ingin melihat perubahan kepada sebuah negara andai kata kita tidak memperkasakan penghulu atau ketua-ketua kampung. Saya ingin mengetahui, apakah perancangan pihak kerajaan untuk memperkasakan pendidikan bengkel, silibus, diploma dan juga pentadbiran kepada penghulu-penghulu atau ketua kampung ataupun imam yang menjaga qariah mereka atau menjaga anak mukim mereka.

Hari ini kita lihat ada bajet diberikan oleh pihak Kementerian Luar Bandar dan sebagainya tetapi kita tidak melihat bagaimana proses pendidikan dan pemerkasaan pentadbiran ini difahami oleh mereka sebagaimana yang difahami oleh pegawai kerajaan.

Sampai masanya kerajaan memperkenalkan satu skim khas untuk bayaran gaji yang munasabah kepada mereka. Ini kerana kita percaya mereka ini ramai di kalangan mahasiswa. Ada juga di kalangan veteran tentera dan juga orang-orang yang berkepakaran. Cuma mungkin sebahagian mereka ini bukan mahasiswa yang berada dalam masyarakat. Kebanyakan daripada penghulu-penghulu ataupun pemimpin komuniti ini, mereka tinggi psikososial mereka. EQ mereka tinggi berbanding dengan IQ yang mungkin kita lihat dibandingkan di kalangan mahasiswa di peringkat universiti.

final • 7:04 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Jadi, saya kira kebijaksanaan sosial yang mereka miliki ini perlu diperkemaskan dengan sistem pentadbiran dan bengkel-bengkel dan mungkin perlu masanya pihak kerajaan memperkenalkan satu akademi khas bagi latihan kepada imam untuk pentadbiran dan juga latihan kepada ketua-ketua komuniti untuk mendapat sijil dan pentauliahan di peringkat diploma sehingga peringkat ijazah, bagi membantu kerajaan ke depan.

Seterusnya lagi, berkenaan dengan pemantauan di antara wilayah-wilayah. Kita lihat hari ini apabila sebut tentang kesaksamaan keadilan kepada perkembangan ekonomi antara wilayah. Negeri Kelantan, 65 tahun sebagai sebuah negeri dalam Malaysia berbanding dengan Sabah, Sarawak yang mungkin lebih lewat dari Kelantan. Akan tetapi, kita melihat – saya ingin tahu berapakah bilangan? Berapakah mutu kekerapan yang telah diberikan kepada kemudahan-kemudahan asas yang akan merangsang ekonomi di negeri Kelantan?

Sebagai contohnya, kami adalah sebuah negeri yang belum ada lebuh raya sampai kini, baru nak buat – 65 tahun. Bagaimanakah sepatutnya lebuh raya ini boleh

final • 7:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

menjana ekonomi seterusnya juga boleh memberikan keselamatan kepada negeri untuk troop mobility? Kita lihat bagaimana USA dan juga Thailand menggunakan jalan raya mereka untuk membantu keselamatan dan juga tentera. Kelantan antara negeri yang pertama yang dimasuki oleh pihak Jepun ketika Perang Dunia Kedua dan kita lihat bagaimana hari ini maintenance jalan-jalan.

Sebagai contohnya, jalan dari Kuala Lumpur ke Kuala Krai. Kadang-kadang di tengah-tengah jalan tidak adapun garisan putih yang putus-putus. Alasannya, kerana tidak ada bajet. Ini membahayakan rakyat. Saya kira pemantauan Jalan-jalan Persekutuan ini perlu dibuat sebaiknya oleh pihak kerajaan.

Begitu juga dengan perancangan untuk melaksanakan Empangan Nenggiri dan juga Lebir di negeri Kelantan, saya harap pihak kerajaan memberikan perhatian. Kali ini membabitkan nyawa lebih daripada 300,000 orang rakyat Kelantan yang terdedah kepada banjir hampir setiap tahun.

Kita lihat juga bagaimana keadaan kita tidak mempunyai pelabuhan sebagaimana negeri-negeri lain. Jadi, kami tiada pelabuhan, kami tiada international airport, kami tiada lebuh raya, kami tiada empangan. Semua ini dinafikan hak kami semata-mata kerana kami menunaikan hak kami melalui demokrasi dengan memilih PAS sebagai sebuah kerajaan.

Dalam hal ini, saya juga ingin menyentuh beberapa perkara berkaitan dengan dapatan daripada bajet. Kita mahu melihat sebuah kerajaan yang stabil dengan rakyat sihat. Jadi, saya mohon kepada pihak kerajaan untuk memberikan definisi yang lebih lengkap kepada makna medical atau pun perubatan dalam pengecualian untuk LHDN. Ini kerana di sana terdapat bukan hanya alat, bukan hanya perubatan tetapi terapi-terapi, kursus-kursus yang mesti dijalani oleh anak-anak OKU atau pun orang-orang OKU yang memerlukan pelepasan bajet.

Bukan hanya pelepasan cukai pendapatan, bukan hanya terhadap anak mereka kerana ini memakan kos khususnya, sebagai contohnya kepada autisme. Mungkin memakan masa lima, enam tahun perlu kepada rawatan dan juga terapi yang akan memerlukan bantuan dan sumbangan daripada ibu bapa mereka. Saya juga mengharapkan pihak kerajaan untuk memberikan bantuan tambahan kepada bapa yang mempunyai anak-anak OKU yang menghantar anak mereka ke taska bukan sebagaimana anak-anak yang lain.

Juga, kita mengharapkan pihak kerajaan menambahkan item basikal, bukan hanya komputer kepada rakyat, supaya mereka boleh menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah pihak kerajaan bersedia untuk membuat satu prasarana tambahan di negeri Kelantan yang akan menghadapi SUKMA 2026 untuk menyediakan kolam renang patuh syariah dan mesra wanita? Ini kerana, kita kira dengan keadaan di Kelantan, 96.2 peratus adalah orang Melayu Islam, perlunya kepada sebuah kolam renang yang tidak boleh dinafikan keperluan kita untuk wanita boleh berenang tetapi dalam masa yang sama juga menutup aurat.

Khas untuk Tumpat, saya ingin bertanya tentang beberapa perkara. Pertama, berkenaan dengan status pembinaan Jambatan Palekbang dan Penambang. Kedua, bilakah pembinaan Klinik Kesihatan Wakaf Bharu dan Pasir Pekan akan dibuat? Ini kerana hari ini, pembinaan asal klinik kesihatan ini telah pun dimulakan pada tahun 1971. Hari ini sudah lebih daripada 50 tahun, maka, perlu kepada sebuah bangunan baru kerana hari ini harian pesakit yang datang berkunjung ke klinik kesihatan ini melebihi 400 orang.

Begitu juga, adakah kerajaan bersedia dan bercadang untuk membina fasiliti maritim di Tumpat sama ada di Pengkalan Kubor atau pun tempat lain yang lebih strategik kerana kita Kelantan merupakan negeri atau pun tempat terakhir sebelum masuk ke Thailand.

Seterusnya, berkenaan dengan keperluan sebuah dewan besar bagi kompleks pendidikan Wakaf Bharu yang mempunyai Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu, Sekolah Menengah Wakaf Bharu yang perlu kepada sebuah dewan. Saya kira sampai masa untuk kita menggerakkan suatu usaha seperti ini

final • 7:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

dan perlu keadilan kepada pihak pelajar supaya mereka boleh membuat kerja-kerja kokurikulum dan juga perhimpunan yang lebih aman bila mereka mempunyai sebuah Dewan yang sesuai.

Seterusnya, berkenaan dengan keperluan untuk pihak kerajaan melihat adakah cadangan daripada pihak kami sebagaimana di Kelantan, sekolah dimulakan pada jam 8 pagi. Ini kerana kita telah memakai GMT+8. Sebelum ini, kita ada GMT+7 tetapi bermula 1982, kita telah menggunakan GMT+8. Pada hari ini menyebabkan kadang-kadang waktu solat berada dalam waktu sekolah. Jam 7.30 sudah ke sekolah, sedangkan itu masih lagi waktu Subuh. Jadi, saya kira sampai masa pihak kerajaan untuk melihat kepada kesesuaian, bukan hanya pakaian, tetapi juga waktu dan masa yang sesuai dengan semua peralihan masa siang dan malam.

Seterusnya, berkaitan dengan wanita. Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah perkembangan program yang telah dibuat sebelum ini iaitu MyKasih Kapital dan Wanita Bangkit yang saya kira boleh menggerakkan ekonomi wanita yang telah dijalankan oleh kementerian sebelum ini. Adakah kerajaan mempunyai galakan pendidikan usahawan online kepada para suri rumah? Ini kerana pada hari ini, kita melihat keperluan kepada pendidikan usahawan online kementerian ini perlu dikhususkan kerana ini adalah peluang untuk mereka menjana pendapatan.

Bilakah pewartaan akta gangguan seksual akan dibuat? Berapakah kes yang telah dilaporkan oleh pihak rakyat tentang berlakunya kesalahan atau pun jenayah body shaming yang telah dibuat kepada wanita?

Terakhir, saya ingin bertanya apakah nama negeri yang menempatkan Pelantar Bunga Raya, Pelantar Cakerawala dan Pelantar Bintang yang menjadi antara pendapatan dan sumber kewangan kepada PETRONAS di Malaysia? Terima kasih.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tahniah, Yang Berhormat Tumpat. Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya juga turut mengucapkan rasa syukur dan terima kasih atas peluang untuk berbahas pada petang ini dan khususnya ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah pun mengumumkan tentang beberapa peruntukan kepada negeri Johor.

Pertamanya, perkara yang sudah lama ditunggu iaitu menambah baik jaringan lebuh raya ke Pengerang. Bersetuju juga dilaksanakan, menaik taraf Lebuh Raya Utara- Selatan daripada empat buah lorong kepada enam lorong, daripada Yong Peng ke Senai.

Tentunya, ini berita gembira bagi rakyat di Johor.

Bukan itu sahaja, Yang Amat Berhormat Tambun juga telah mengumumkan tentang mewujudkan zon bebas atau pun zon khas kewangan di Iskandar Malaysia.

Tentunya yang paling menggembirakan saya pada hari ini ialah apabila Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan mengumumkan tentang projek naik taraf hospital di Pontian, Johor. Jadi, terima kasih bagi pihak rakyat Johor dan khususnya pengundi di Pontian ini tentang pengumuman dalam Bajet 2023.

Tuan Yang di-Pertua, pada hemat saya, belanjawan ini it’s almost there but not yet. Saya setuju dengan naratif pendekatan fiskal yang diambil oleh kerajaan. Kurangkan defisit, kurangkan ketirisan. Optimumkan peruntukan dan perbelanjaan kerajaan. Yang Berhormat Ketua Pembangkang ada menyebut bahawa bajet ini seperti selimut yang pendek. Tutup kepala, kaki nampak jadi kaki itu sejuk. Tidak apalah, saya kira Yang Berhormat Ketua Pembangkang, kalau kaki-kaki ini sejuk pun bagus juga sesekali. Kalau tidak, yes boss, good boss, yes boss, okay boss pun payah juga. Jadi, kita harapkan kaki- kaki ini.

[Tepuk] Saranan saya dalam keterujaan Kerajaan Madani untuk menurunkan hutang negara, wang rakyat perlu dibelanjakan mengikut keutamaan-keutamaan tertentu. Yang

final • 7:16 PM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Amat Berhormat Menteri Kewangan selalu sahaja bercakap tentang post-normal times, tetapi belanjawan ini saya lihat seakan-akan kerajaan berurusan dalam normal times.

Mungkin anggota kerajaan perlu mengambil masa untuk memahami gagasan Masyarakat Madani dengan segala macam konsep baru yang timbul, tidak apalah. Mungkin lebih banyak masa diperlukan untuk memahami satu-satu perkara baharu, tetapi janganlah mengambil masa yang terlalu lama.

final • 7:16 PM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Kita ini diingatkan melalui titah Yang di-Pertuan Agong iaitu “Besar harapan Beta agar Keluarga Madani diterjemahkan dengan baik dalam kerangka untuk mencipta lonjakan buat negara”. Jadi saya berharap Belanjawan 2023 iaitu belanjawan sulung Yang Amat Berhormat Tambun dapat diterjemahkan seperti mana yang dititahkan oleh Yang di- Pertuan Agong.

Oleh sebab kekangan masa, hanya dua aspek sahajalah petang ini yang ingin saya sentuh iaitu tentang soal jaminan bekalan makanan ini dan juga ada hubung kaitnya tentang soal menangani perubahan iklim. Tanpa kita mengambil berat tentang soal perubahan iklim, mana mungkin soal jaminan bekalan makanan negara itu tidak kita jadikan sebagai ataupun apabila hendak kita jadikan sebagai perkara pokok, ia tentu menjadi satu cabaran utama.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum kita membicarakan tentang jaminan bekalan makanan yang saya katakan tadi, kita perlulah serius untuk menangani isu perubahan iklim ini. Macam kata Yang Berhormat Puchong tadi, mantan Yang Berhormat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ada menyebutkan bahawa tahun ini dah boleh dibentangkan akta tentang perubahan iklim tetapi Yang Berhormat Menteri kita kata bahawa Malaysia perlu dua atau tiga tahun lagi untuk bentangkan akta ini.

Jadi, kita harap perkara ini dapat disegerakan kerana kita tak sanggup lagi untuk kalau boleh saya bagi contoh, menanggung kerugian. Katanya sebanyak RM622.4 juta iaitu 0.03 peratus KDNK negara akibat bencana banjir pada tahun 2022 sehingga tahun ini. Tahun lepas ataupun tahun 2021, kerajaan menanggung kerugian sebanyak RM6.1 bilion. Ini adalah kedapatan terbaru oleh DOSM minggu lalu dan itu hanya musibah banjir sahaja. Belum lagi musibah-musibah lain yang berpunca daripada perubahan iklim dan ketidaktentuan pola cuaca di negara kita yang tentunya susah untuk kita ramalkan.

Kita semua faham bahawa usaha untuk menangani perubahan iklim ini memerlukan peruntukan besar dan memerlukan tempoh masa. Oleh sebab itu kerajaan perlu utamakan pengukuhan tadbir urus terlebih dahulu. Kita tak boleh hendak melawan satu-satu krisis tanpa struktur tadbir urus yang mantap. Maka Belanjawan 2023 seharusnya memberi penekanan terhadap perlunya kebersamaan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri malah kita di Parlimen ini untuk membentuk satu sinergi mendepani perubahan iklim di negara kita. Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 sendiri ada saranan untuk menangani perubahan iklim ini melalui pendekatan keseluruhan negara (whole-of- nation approach).

Maka di peringkat negeri sebagai contoh, boleh sahaja digiatkan melalui penubuhan pasukan petugas khas bagi tujuan untuk memantau, menilai, melaporkan pelaksanaan dan juga pencapaian inisiatif-inisiatif bagi menangani perubahan iklim di setiap negeri. Itu di peringkat negeri. Sementara di peringkat Persekutuan pula atau di peringkat Parlimen malah, satu Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang kita tahu ada diwujudkan oleh kerajaan sebelum ini kalau boleh digerakkan secepat mungkin.

Jawatankuasa pilihan khas ini juga boleh memberi syor dasar-dasar mitigasi perubahan iklim kepada kerajaan. Jadi tambahan lagi, Akta Perubahan Iklim ini yang saya katakan tadi perlu dibentangkan dengan segera, jadikanlah itu sebagai keutamaan kerana kita tak guna asyik ada road map, ada blueprint tetapi akhirnya kita tidak punya akta yang spesifik untuk memurnikan usaha kita menangani perubahan iklim ini.

Jadi, kita perlulah memberikan keutamaan di mana ia amat mendesak sekali keadaan tentang Akta Perubahan Iklim ini. Tuan Yang di-Pertua, kita juga sebenarnya memerlukan satu kerangka legislatif yang tunggal (a single legislative framework) dengan

final • 7:20 PM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

izin, untuk menangani perubahan iklim daripada segi sudut biodiversiti dan juga hal-hal kehutanan ini kepada perkara-perkara yang secara langsung juga terlibat seperti hakisan pantai, tenaga boleh diperbaharui, cukai karbon dan lain-lain. Ini semua adalah aspek- aspek yang boleh menjurus kepada memperkukuhkan ekonomi negara kita. Maka tidak keterlaluan saya katakan sehingga kerajaan membentangkan akta tersebut, usaha negara menangani perubahan iklim dan lebih-lebih lagi nak jadi negara neutral karbon menjelang tahun 2050, maka sekadar atas kertas sahajalah.

Maka kita kena belajar dari Singapura untuk sektor perumahan, itu kata Yang Berhormat Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Saya fikir kita pun boleh belajar dari Singapura tentang keseriusan mereka untuk menghadapi perubahan iklim ini. Nak jual tenaga boleh diperbaharui ke Singapura pun Malaysia tak nak. Itu jawapan yang saya dapat daripada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan bila saya bertanyakan soalan tentang dasar kementerian berhubung pembangunan tenaga boleh dibaharui.

Tuan Yang di-Pertua, itulah nak jual tenaga yang dibaharui ini pun tidak dipersetujui. Jadi, atas sebab kita ada strategic advantage katanya.

final • 7:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Saya tak sangkal kita ada peluang strategik tapi bangunkanlah peluang strategik yang disebutkan ini tetapi kita duduk tunggu-tunggu sampai ini macam tak ada peluang strategik ini. Sila Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih. Saya sangat setuju dengan Yang Berhormat Simpang Renggam. Saya rasa pun dengan ucapannya berkenaan kepentingan tenaga lestari itu sangat penting. Akan tetapi jikalau kita sentiasa melihat Singapura sebagai musuh atau competitor, kita ketinggalan kerana jikalau kita tidak eksport ke Singapura, Singapura akan import dari negara-negara lain dan akhirnya kita hilang peluang untuk jadikan Johor khususnya ataupun Malaysia sebagai hab bagi tenaga hijau. Apa pandangan Yang Berhormat dalam bab ini supaya kerajaan tukar dasar untuk membenarkan eksport supaya akhirnya industri tenaga hijau di Malaysia dapat bertapak di Malaysia dan khususnya Johor untuk kuasai pasaran Asian secara keseluruhan. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ambil maklum Dewan. Bila mencelah dan sebagainya, percakapan itu hadapkan kepada Pengerusi.

final • 7:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Minta maaf Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih. Minta maaf.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Bukan kepada Yang Berhormat yang berucap. Peraturan Mesyuarat 35(1). Silakan Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Muar. Beliau pun orang Johor dan amat memahami tentang strategik, tentang kelebihan yang ada dalam kita berurusan dengan negara jiran kita, Singapura sebagai contoh. Jadi, sebab itu saya katakan tadi kita tidak perlu lepaskan peluang, kita tidak perlu merasa bimbang untuk bersaing kerana kita punya tenaga-tenaga pakar, kebolehan yang ada untuk bersaing dengan sesiapa sahaja.

Itu yang saya kata tadi, mengapa tidak kita belajar dan buat kerjasama dengan negara jiran bukan hanya dalam hal tenaga boleh dibaharui sahaja tetapi hal-hal perubahan iklim secara keseluruhannya. Kalau perkara seperti ini pun dilabel menggugat kepentingan dan keselamatan negara, saya rasa susah untuk kita move forward as a nation. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga ada mengumumkan bahawa kerajaan akan menggalakkan pelaburan swasta berasaskan pertanian berskala besar tetapi tiada perincian kecuali kerajaan akan menggalakkan pelaburan swasta berasaskan pertanian berskala besar antara lain melalui penyediaan

final • 7:20 PM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

insentif tanah, pembiayaan dan geran berteknologi. Akan tetapi Belanjawan 2003 ini yang kita anggap ataupun yang The Edge anggap sebagai revised budget ini janganlah jadi belanjawan di mana belanjawan umum dahulu, bincang kemudian.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Ramai daripada kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini dan rakyat di luar sana amat mengharapkan satu reformasi atau rombakan secara serius agar sektor agromakanan negara ini, we need to reform our agro-food sector now. Saban tahun kita berdepan dengan isu ketidakcukupan itu dan ini. Sudah lebih 60 tahun kita ini merdeka.

Kenaikan harga barang, gangguan bekalan makanan masih lagi berlaku. Maka itu Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2023 perlu beri keutamaan untuk galakan pelaburan swasta dalam sektor agromakanan dan pertanian. Pelaburan swasta yang berkualiti agar dapat mengurangkan import barangan makanan dan meningkatkan self-sufficiency rate bagi barangan makanan. Kita ini di tempat yang ke-39.

Macam Yang Berhormat Pasir Puteh kata tadi, dia pergi ke negara Timur Tengah jumpa rambutan dalam tin itu, ia kata product of Singapore. Singapura itu orang kata sekangkang kera pun tidak ada kebun durian atau kebun rambutan di Singapura tetapi sebenarnya Yang Berhormat, yang dalam itu ia bukannya rambutan, ia panggil Singapore lychee tetapi sebenarnya rambutan. Oleh sebab ia tidak ada pokok rambutan, ia panggilnya Singapore lychee. Cuba Yang Berhormat pergi sekali lagi nanti, Yang Berhormat boleh perasan.

Tuan Yang di-Pertua, jadi berdasarkan kepada import dependency ratio tahun 2021, kita masih lagi mengimport sebilangan besar sumber makanan untuk rakyat. Dalam Global Food Security Index (GFSI) 2021 Malaysia berada di tangga ke-39 daripada 113 buah negara berbanding dengan Singapura di tempat yang ke-15. Tidak ada satu inci kebun pun ataupun dusun di Singapura tapi ia di tempat ke-15. Jadi, pada tahun 2021, aliran masuk foreign direct investment ke dalam negara berjumlah RM48.1 bilion.

Pelaburan dalam sektor pertanian pula hanya berjumlah RM700 juta sahaja.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, satu minit. Gulung.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Jadi, saya gulung Tuan Yang di-Pertua, ya. Ini iaitu 1.5 peratus sahaja daripada keseluruhan FDI masuk ke Malaysia untuk sektor makanan. Jadi, ini adalah satu perkara yang harus kita berikan penekanan. Maka itu Tuan Yang di-Pertua, pelaburan swasta juga perlu untuk menyokong usaha research and development untuk menghasilkan better seed and high- yield crops pada tahun 2050, insya-Allah. Jika pelaburan dan sokongan swasta dalam R&D dapat dilipatgandakan, ia bakal meningkatkan output pertanian negara kita kepada 10 peratus, dapat mengurangkan harga makanan sebanyak 16 peratus dan malah meningkatkan KDNK negara membangun sebanyak dua hingga enam peratus.

Jadi untuk itu Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan.

Selepas penerbitan kajian-kajian yang dibuat ini, saya percaya bahawa kita boleh menjadi negara yang menjadi pengeluar barangan makanan negara kita. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Simpang Renggam. Dipersilakan, Yang Berhormat Tebrau.

final • 7:30 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2023.

Saya ingin memulakan perbahasan saya dengan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Tambun yang telah membentangkan satu bajet yang cukup komprehensif, bernas dan prihatin rakyat. Saya juga cukup tertarik dengan kedekatan Yang Berhormat Tambun sebagai Menteri Kewangan kita untuk membasmi kemiskinan khususnya miskin tegar dan juga membantu golongan B40 dan M40 dengan

final • 7:33 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

penurunan kadar pendapatan individu dua peratus bagi mereka yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Bagi saya, ini adalah usaha yang cukup baik untuk membantu majoriti rakyat Malaysia dengan memberi mereka lebih banyak dengan izin, disposable income. Ini tentunya akan dapat membantu rakyat dalam keadaan ekonomi yang mencabar dan kalaulah kita baca surveys terbaru ini, memang kos isu sara hidup ini merupakan isu utama dalam perhatian rakyat marhaen.

Saya juga harap kerajaan boleh beri sedikit pencerahan berkenaan dengan struktur cukai barangan mewah. Apakah sebenarnya yang boleh dikatakan sebagai barang mewah dan berapa peratuskah cukai yang akan dikenakan? Kalau kita gunakan rujukan kepada negara lain yang ada luxury tax ini contohnya Amerika Syarikat, mereka mengenakan 10 peratus. Mungkin kerajaan boleh menggunakan ini sebagai rujukan.

Sebagai wakil rakyat dari Johor, saya seperti Yang Berhormat Simpang Renggam juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tambun atas beberapa pengumuman di Bajet yang menyentuh Johor termasuklah penambahan lorong daripada empat lanes kepada enam lanes dari Yong Peng ke Senai Utara di Lebuhraya Utara-Selatan, penambahan overtaking lane di Senai– Desaru Expressway dan juga perwujudan satu buah zon kewangan khas di Iskandar Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, bayangkanlah kalau sekarang kita menuju ke selatan dari Kuala Lumpur, sampai ke Seremban, kita ada empat buah lorong di kiri, empat buah lorong di kanan. Turun lagi sampai ke Ayer Keroh, daripada empat buah lorong jadi tiga buah lorong. Sampai ke bumi Johor, Tangkak, daripada tiga buah lorong jadi dua buah lanes. Kalau kita teruskan perjalanan kita sampai ke Johor Bahru, belok ke kawasan timur, daripada dua lanes jadi satu lane. Ada juga highway di Malaysia yang kita kena bayar yang hanya ada satu lorong sahaja. So, saya gembiralah dengan dua pengumuman itu di mana saya harap mudah-mudahan kerja penambahan lorong-lorong untuk PLUS Highway dan juga Senai–Desaru Expressway ini bolehlah dimulakan secepat mungkin dan kami doa kerja-kerja ini bolehlah disiapkan sebelum PRU16.

Tuan Yang di-Pertua, di Johor khususnya di selatan Johor, zon ekonomi Iskandar Malaysia memainkan satu peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial kawasan. Iskandar Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2006 meliputi satu buah kawasan seluas 2217 kilometer persegi, tiga kali saiz Singapore dan lebih dua juta orang rakyat Johor bermastautin dalam kawasan Iskandar Malaysia dan Iskandar Malaysia membabitkan tiga buah daerah dan lima PBT.

Walaupun Iskandar telah berjaya membangunkan ekonomi negeri Johor sejak penubuhannya dan sememangnya telah merekodkan jumlah pelaburan sebanyak RM368 bilion di mana RM219 bilion telah direalisasikan setakat Jun 2022, saya cukup setuju Iskandar Malaysia perlu satu pemangkin baharu untuk membawa nafas baharu kepada pembangunan ekonomi Johor.

Maka, pengumuman Yang Berhormat Menteri Kewangan dengan penubuhan satu buah zon kewangan khas di Iskandar Malaysia amat dialu-alukan. Harap kerajaan boleh memberi lebih banyak pencerahan apa struktur dan rancangan zon kewangan khas ini. Saya juga cadangkan Iskandar Malaysia untuk menubuhkan satu content creator zone

(CCZ) untuk menarik lebih banyak content creator ke Iskandar Malaysia. Ini adalah satu industri yang amat relevan dan mengembang pada zaman sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, salah satu isu unik di Johor Selatan ialah kedudukan atau proximity kita dengan Singapura. Ini bukan satu isu baharu. Saya cukup yakin isu ini telah banyak kali dibangkitkan di Dewan yang mulia ini. Tiap-tiap hari ada hampir 200,000 hingga 300,000 orang rakyat Malaysia melintas ke Singapura melalui dua pintu masuk utama di Tambak Johor dan di Second Link, Gelang Patah. Berdasarkan kepada kadar penukaran wang sekarang, 1SGD adalah bersamaan dengan RM3.32, lebih tiga kali ganda.

Bila nilai Singapore Dollar begitu tinggi, maka tentu ada pros and cons kepada ekonomi Johor. Kalaulah kita kata pro, tentulah kita tahu ramai orang Singapura yang

final • 7:33 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

akan masuk ke Johor Bahru setiap hari untuk belanja terutamanya pada hujung minggu.

Kedai-kedai dan shopping mall akan penuh dengan orang dan kereta Singapura.

final • 7:33 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Maka, mereka yang dalam industri retail memang akan untung dengan kekuatan nilai Singapore Dollar ini. Akan tetapi pada masa yang sama, ini juga telah mewujudkan satu situasi yang melambatkan pembangunan ekonomi negeri Johor. Dengan izin, ini adalah satu double-edged sword. Bayangkanlah Tuan Yang di-Pertua, kalau seorang cleaner Johor pergi ke Singapura bekerja, dia boleh dapat gaji SGD2,000. Kalau ditukarkan hampir RM6,600.

Pekerja McDonalds boleh mendapat gaji SGD2,300 yang lebih banyak di Malaysia yang mungkin tidak lebih daripada RM1,800. Kalau tiga kali ganda, lebih RM7,500 sebulan.

Siapa yang tidak hendak kerja di Singapura Tuan Yang di-Pertua. Bukan sahaja mereka yang bekerja dalam sektor 3D, malah golongan profesional di Johor juga tidak lari daripada tarikan ini. Akauntan baru di Singapura boleh mendapat gaji lebih hampir SGD4,000. Ini jauh lebih tinggi daripada graduan baharu di Malaysia yang mungkin hanya dapat gaji RM3,000 sahaja.

Ya, gaji memang lumayan tetapi untuk mendapat gaji ini, hidup juga susah. Setiap hari kena bangun awal. Ada yang terpaksa bangun pukul empat pagi untuk elak kesesakan jalan atau jam. Walaupun Tambak Johor jaraknya tidak sampai satu kilometer tetapi jam boleh jadi berjam-jam. Ada yang sampai awal di Singapura, tidur di kedai kopitiam atau di taman bawah HDB flat sementara menunggu waktu kerja bermula.

Selepas itu, balik lepas kerja mungkin sampai rumah pukul sembilan atau 10 malam. Ini bukan cara kehidupan yang sihat Tuan Yang di-Pertua tetapi apa pilihan mereka ada. Gaji yang begitu lumayan menjadi satu tarikan yang memang sukar ditolak. Kalaulah mereka pilih untuk duduk di Singapura, sewa juga tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Madani ini ada kewajipan untuk bantu golongan ini yang menyumbang kepada ekonomi negara. Saya harap kerajaan boleh meningkatkan usaha untuk menaik taraf CIQ Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, kena pastikan semua kaunter buka khasnya pada masa peak hour dan gunalah RELA untuk kawal trafik.

Selain daripada itu, ternampak juga Johor mengalami satu masalah besar iaitu brain drain disebabkan kadar penukaran wang dengan izin our brightest and smartest semua berhijrah kerja di Singapura. Ini amat merugikan negara kita dan menyusahkan pembangunan ekosistem ekonomi Johor kerana kita tidak dapat membekalkan pekerja mahir dan profesional yang mencukupi untuk menarik pelabur asing. Saya di sini ingin melontarkan satu cadangan. Ramai yang kerja di Singapura sebenarnya sedia untuk menerima gaji yang lebih rendah sekiranya tidak perlu setiap hari pergi ke Singapura.

Contohnya, katalah akauntan yang saya sebut dapat gaji SGD4,000. Saya cukup yakin mungkin dia sedia bekerja di Malaysia jika gajinya dibayar SGD2,500 atau dua pertiga. Maka, saya syorkan kerajaan benarkan syarikat atau kilang yang ditubuhkan atau didirikan di dalam zon kawasan khas Iskandar Malaysia ini untuk membayar gaji pekerjanya dalam Singapore Dollar. Ini adalah satu win-win situation. Syarikat di Singapura boleh pindah ke Johor, dirikan syarikat atau kilang dengan kos yang jauh lebih rendah dari Singapura dan bayar pekerjanya dengan gaji yang lebih rendah berbanding di Singapura. Orang kita Malaysia Johor juga tidak perlu bangun awal-awal dan jam dan ada masa untuk bersama keluarga.

Jadikan ini satu pilot project. Kalau berkesan, kita boleh luaskan ke industri lain dan kawasan lain. Kita kena buat sesuatu untuk hentikan masalah brain drain ini. Ini bukan satu rancangan panjang, hanya sehinggalah pendapatan individu atau pekerja di Johor mencapai satu tahap yang lebih seimbang dengan Singapura. Saya harap kerajaan boleh pertimbangkan cadangan ini. Bersama-sama ini, zon kawasan kewangan ini juga perlu lebih mesra pelabur. Tubuhkan satu one stop centre untuk memudahkan proses pelaburan terutamanya yang melibatkan urusan pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan, negeri dan PBT.

final • 7:40 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Satu isu kawasan tempatan. Di Tebrau, ada satu perkampungan Orang Asli, Kampung Pasir Salam, orang Seletar Tuan Yang di-Pertua. Ada 45 buah keluarga di Kampung Pasir Salam. Masalah utama ialah air. Berpuluh-puluh tahun mereka menunggu, sehingga hari ini mereka masih tiada akses kepada air paip bersih. Ada hampir 200 orang di kampung ini terpaksa mandi, basuh baju, pancing ikan di sebuah kolam yang penuh dengan sampah yang terapung di atas kolam. Mereka terpaksa beli air mineral untuk minum tetapi tidak cukup wang untuk beli mineral untuk mandi dan juga kegunaan tandas.

Setiap kali kita masuk, dia tidak minta sumbangan, dia hanya minta air bersih yang begitu asas bagi saya. Yang lebih sedih Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini pada bulan November lepas ada dua orang bayi yang mati disyaki kerana mandi di air kolam yang kotor. Minggu lepas, saya ada buat klinik kesihatan percuma dengan doktor sukarelawan.

Hampir 70 peratus orang di kampung tersebut ada masalah penyakit kulit akibat daripada air yang kotor. Masyarakat kita ini kena ada compassion dengan izin. Masyarakat Madani adalah inklusif dan perlu membela yang terpinggir itu.

Bukan sahaja tiada air Tuan Yang di-Pertua, mereka juga menghadapi masalah ke sekolah. Selama ini mereka terpaksa menggunakan bot atau perahu untuk ke sekolah di Pancur, Kota Tinggi. Padahal mereka tinggal di daerah Johor Bahru kena guna bot setiap hari untuk ke Pancur di Kota Tinggi. Bila cuaca tidak elok, maka budak-budak ini tidak dapat pergi ke sekolah.

Bayangkanlah ini di Johor Bahru, ini bukan di pedalaman Sabah atau Sarawak.

Saya difahamkan memang ada usaha untuk memindahkan 23 orang murid ini ke sebuah sekolah berdekatan di Taman Desa Jaya. Akan tetapi kawasan Desa Jaya itu masih terlalu jauh daripada perkampungan Pasir Salam yang memerlukan hampir satu jam. Lebih sesuai kalau Yang Berhormat Menteri Pendidikan boleh uruskan untuk mereka ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiram yang hanya 20 minit daripada perkampungan mereka. Saya harap Yang Berhormat Menteri Pendidikan boleh bantu mereka.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 7:40 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Ya. Akhir sekali, saya juga harap kerajaan boleh mempertimbangkan untuk membaiki atau menaik taraf Lebuh Raya Pasir Gudang, yang terlibat dengan Yang Berhormat Pasir Gudang sebab jalan itu terlalu teruk. Tiap-tiap kali ada hujan, tentu ada kemalangan. Saya juga harap kerajaan boleh carilah penyelesaian kepada kesesakan jalan Johor Bahru ke Pandan khasnya di kawasan Taman Mount Austin dan juga di sepanjang Jalan Tebrau sehingga Puteri Wangsa.

Akhirnya, saya juga harap kerajaan boleh pertimbangkan demi kita hendak promote industri EV, boleh memberikan rebate tax RM5,000 hingga RM10,000 kepada rakyat yang membeli kereta EV.

Akhirnya, Tebrau mohon menyokong. Terima kasih.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Tadi telah digunakan Peraturan 12(3) extension of 15 minutes dengan izin.

Dengan sedemikian, Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga 10 pagi, pada hari Rabu, 1 Mac 2023.

final • 7:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.49 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026