Feb272023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Bismillahi Rahmani Rahim, dipersilakan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, Yang Berhormat Pekan.

draft • 10:00 AM

1. Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah langkah penyelesaian yang proaktif dan progresif dalam mengatasi isu kesesakan serius bagi urusan pasport di Jabatan Imigresen Malaysia. Adakah kementerian mempunyai cadangan untuk mengembalikan semula proses permohonan pasport seperti sebelum ini iaitu secara walk-in ke pejabat imigresen berbanding permohonan menerusi talian dan menghapuskan sistem kuota harian bagi permohonan pasport.

draft • 10:00 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tuan Yang di- Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih rakan saya dari Pekan.

Sejurus selepas ancaman COVID semakin reda, rakyat Malaysia memohon pasport dengan kadar yang begitu tinggi. Peningkatan permohonan yang diterima oleh Jabatan Imigresen Malaysia itu meningkat dengan berkali-kali ganda.

Baik, akibatnya berlaku kesesakan di pejabat pengeluar pasport, terutama di Lembah Klang. Daripada 73 buah pejabat pengeluar pasport, kesesakan ketara sangat berlaku di Lembah Klang, seumpama di Jalan Duta, di Wangsa Maju, di Shah Alam dan di Kelana Jaya.

Ini contoh-contohnya.

Rakan saya dari Pekan bertanya, apakah langkah yang telah diambil? Pertama, Jabatan Imigresen kita tambah bilangan hari bekerja, tujuh hari seminggu. Sabtu dan Ahad pun bekerja juga, khususnya di pejabat pengeluar pasport yang mengalami kesesakan ketara. Ada sembilan di Wilayah Persekutuan dan Selangor, ada lima di Johor, ada tiga di Perak, masing-masing satu di Melaka, Pulau Pinang dan Kedah. Jumlahnya 20, 20 daripada 73 yang kesesakan luar biasa. Hari Sabtu, Ahad pun bekerja, termasuk UTC pun bekerja.

Untuk itu, kita keluarkan belanja untuk overtime ini sebesar RM10 juta.

Kedua, kita syorkan supaya permohonan itu dibuat secara atas talian. Tuan Yang di- Pertua, sepanjang tempoh pandemik COVID dan selepasnya, sehinggalah hari ini, kita telah keluarkan hampir 2.5 juta buah pasport. Daripada 2.5 juta buah pasport itu, 45 peratus ialah

draft • 10:00 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

permohonan secara atas talian, dia mengisi borang ikut syarat, gambar yang berkualiti, dia isi dalam tidak sampai lima minit.

Cuma pasport itu akan mengambil masa untuk beberapa hari berbanding dia walk in, hari itu juga siap. Itu sahaja beza dia. Jadi, langkah proaktif kita tambah masa bekerja, kita masih lagi benarkan dia walk in, kemudian kita juga komited untuk permohonan yang walk in ini siap dalam satu hari. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Pekan.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Mohon nyatakan bilangan permohonan pasport Malaysia-Antarabangsa yang dipohon melalui MyOnline Passport?

Adakah kerajaan bercadang untuk menambah pejabat pengeluar pasport di negeri Pahang Darul Makmur? Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Permohonan secara atas talian, saya cuma bagi angka yang diluluskan. Jumlah memohon tiada dalam rekod saya tetapi jumlah yang diluluskan itu ialah 45 peratus daripada 2.5 juta pasport yang telah dikeluarkan.

Baik, apakah ada rancangan untuk menambah pejabat pengeluar pasport di Pahang? Buat masa ini, belum. Itu kerana jumlah yang kita rekodkan di semua pejabat pengeluar pasport di Pahang setakat ini bagi sepanjang tahun 2022, sepanjang tahun, itu sekitar 77,000. Untuk Januari tahun ini sahaja, Pahang kita sudah keluarkan lebih kurang 21,000. Jadi, kita rasa kesesakan juga tidak terlalu ketara berbanding di Lembah Klang. Jadi, buat masa ini belum ada rancangan membuka pejabat pengeluar pasport tambahan di Pahang melainkan kalau ada perkembangan Yang Berhormat, saya akan maklumkan.

Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Tumpat.

draft • 10:00 AM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, adakah pihak kerajaan bercadang untuk mewujudkan kaunter khas bagi warga emas dan OKU bagi memberikan kemudahan kepada golongan ini? Oleh kerana sekalipun mereka boleh berurusan online tetapi untuk mengutip juga memakan masa kepada mereka.

Kedua, adakah kerajaan sedar tentang kesesakan yang berlaku di pintu-pintu masuk utama, terutamanya di imigresen yang kadang-kadang memakan masa tiga jam di kaunter tersebut untuk cap pasport? Jadi, kalau boleh minta jawapan. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Untuk makluman rakan saya di Tumpat, praktis sekarang memang ada jalur khas untuk warga emas dan kanak-kanak ya.

Mengenai kesesakan di pintu masuk, walaupun tajuk ini bukan berkenaan dengan pengeluaran pasport tetapi saya singgung juga sedikit, terutama peristiwa itu berlaku dua hari

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

lepas. Semalam berlaku ya. Kerajaan khususnya imigresen, kami sangat-sangat concerned, prihatin tentang masalah kelambatan di pintu masuk negara, khususnya di KLIA.

Saya tidak mahu ada denial syndrome. Saya pun tidak mahu bagi excuses dengan izin ya. Sekarang, waktu puncak ketibaannya adalah 3 petang hingga 11 malam. Itu waktu puncak di mana ketibaan pesawat wide body ini berlaku selang tiga minit, empat minit. Jadi, menjadikan proses immigration clearance itu mengambil masa.

Paling penting adalah apakah penyelesaian kita terhadap permasalahan itu?

Semalam Datuk KSU saya sendiri dengan Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya turun sendiri. Sekejap lagi petang, saya akan berada lagi sekali di KLIA dan dalam masa terdekat, kami sedia untuk merencanakan beberapa ikhtiar untuk melegakan sebab ia bermusim terutama sekarang musim cuti sekolah.

Akan tetapi, saya faham bahawa ini memberikan wajah paling awal sekali pintu masuk negara yang perlu kita uruskan dengan baik. Tanpa maksud untuk berbasa-basi, saya akui masalah itu benar-benar wujud dan ikhtiar itu sedang kami usahakan. Apabila kami sebut sedang usahakan, kami akan memaklumkan beberapa langkah.

Misalnya, petang ini saya akan maklumkan pembukaan autogate. Semua autogate di KLIA adalah untuk warganegara asing juga, terutama dari negara yang berisiko rendah seperti Singapura, Brunei, New Zealand atau negara G7. Sebelum ini autogate hanya untuk rakyat kita sahaja, keluar dan masuk balik tetapi tidak terbuka untuk warga asing.

Jadi, kita harap kita boleh dapat ease the congestion dengan izin pada moment ketibaan yang tinggi. Itu antara low-hanging fruit, quick win solution yang kami dapat usahakan sementara ada lagi beberapa ikhtiar yang sedang kami susun. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hulu Langat.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk dahulu.

Memandangkan Yang Berhormat Langkawi akan mempengerusikan jawatankuasa, saya dahulukan soalan nombor 8 Yang Berhormat Langkawi ya. Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah.

draft • 10:10 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 8 diangkat ke nombor 2. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Menteri.

Memandangkan Yang Berhormat Menteri tidak dimaklumkan dan Yang Berhormat sepatutnya pergi untuk mempengerusikan jawatankuasa, jadi kita tunggu Yang Berhormat Menteri ya. Yang Berhormat Menteri masuk nanti, saya akan dahulukan ya.

Silakan Yang Berhormat Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee,.

draft • 10:10 AM

2. Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah kerangka Dasar Luar Malaysia yang terkini mengambil kira perkembangan geopolitik semasa.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Beluran di atas soalan yang dikemukakan kepada pagi ini.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Tuan Yang di-Pertua, dalam mendepani geopolitik serantau dan antarabangsa yang semakin mencabar termasuk persaingan kuasa-kuasa besar dunia, harus ditekankan bahawa prinsip asas yang menunjangi dasar luar negara Malaysia akan kekal dipertahankan.

Ini termasuklah prinsip:

(i) menghormati kemerdekaan;

(ii) kedaulatan;

(iii) keutuhan wilayah asing;

(iv) sikap tidak mencampuri urusan negara lain; dan

(v) penyelesaian masalah secara aman.

Kerangka umum ataupun parameter yang menyelia pelaksanaan dasar luar negeri akan dijajarkan dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan untuk membangunkan Malaysia Madani demi mengangkat semula martabat kegemilangan Malaysia di peringkat global.

Kementerian Luar Negeri akan sentiasa berusaha untuk memastikan pelaksanaan dasar luar negeri mampu mencerminkan dan menterjemahkan aspirasi Malaysia Madani oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di peringkat persada antarabangsa.

Aspirasi tersebut juga akan dipikul secara bersama dengan kewujudan 106 pejabat perwakilan diplomatik Malaysia di luar negara. Dengan matlamat utama iaitu untuk memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dengan negara-negara lain ke arah merancakkan penjanaan ekonomi serta menarik pelaburan asing dalam bidang-bidang yang wajar diterokai seperti:

(i) pertanian pintar;

(ii) ekonomi hijau; dan

(iii) Industri 4.0.

Pada hemat saya, pelaksanaan dasar luar negeri yang berkesan mampu menjadi pemangkin kepada ekonomi Malaysia yang lebih berdaya maju dan mampan.

Sejajar dengan Malaysia Madani yang menekankan kesejahteraan insan dan keadilan sosial, kementerian ini juga akan memperjuang dan menangani pelbagai cabaran antarabangsa melalui wadah diplomasi dua hala, pelbagai hala mahupun serantau dalam mengetengahkan perjuangan hak-hak golongan tertindas termasuk rakyat Palestin dan Rohingya, Islamophobia, perubahan iklim, keterjaminan makanan dan perang perdagangan.

Contohnya, baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Luar Negeri kita telah mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi di mana beliau telah mengambil kesempatan untuk bertukar-tukar pandangan tentang sentimen anti-Islam di sesetengah tempat sejak kebelakangan ini. Dalam perihal ini, Kementerian Luar Negeri akan sentiasa mempergiat usaha untuk menangani isu Islamophobia secara bersama dengan pihak-pihak yang berkaitan menerusi pendekatan dialog, komunikasi serta penekanan falsafah hidup bersama dalam budaya damai atau yang dikatakan sebagai dengan izin, peaceful coexistence. Tuan Yang di-Pertua, maju ke hadapan, Kementerian Luar Negeri akan meneroka bidang keutamaan yang selari dengan aspirasi kerajaan semasa dengan mengadakan

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

perbincangan dan sesi libat urus bersama pelbagai pihak dan pemegang taruh tatkala mendepani arus perkembangan geopolitik semasa.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk merayu dan mengajak semua jentera kerajaan untuk menyokong pelaksanaan dasar luar negeri secara bersepadu. Hal ini adalah kerana dasar luar negeri merupakan unjuran dan cerminan kepada dasar domestik. Selaras dengan falsafah foreign policy begins at home, dengan izin. Justeru, pada hemat saya tanggungjawab ini wajar dipikul secara bersama oleh kita semua. Sekian dan terima kasih.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Semalam, 25 Februari, CNN melaporkan, “Chinese Fighter Jet Confronts US Navy Plane as Tensions Simmer in the South China Sea”.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku di Laut China Selatan di ke hadapan ini adalah satu poin yang boleh menyebabkan konflik di rantau Asia ini. Adakah dasar menghormati kedaulatan non-interference yang diungkap secara panjang lebar oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi akan memberi manfaat kepada Malaysia as far as South China Sea tension pada kita?

Jadi, as far as South China Sea, apa yang sedang berlaku di South China Sea, dasar kita ini akan memberi manfaat kepada negara ke hadapan ini? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Memang prinsip asas itu begitu bahawa tidak ada interference dan juga kita kena hormati kedaulatan dan juga penyelesaian masalah secara aman.

Dalam isu Laut China Selatan ini Tuan Yang di-Pertua, ingin saya catatkan bahawa persetujuan di bawah deklarasi tatalaku pihak-pihak berkepentingan di Laut China Selatan atau dengan izin, Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea (DOC) di mana negara-negara ASEAN telah pun bersetuju untuk meneliti satu code of conduct (COC) for the South Chinese Sea bersama dengan China.

Jadi, kita juga mahu pihak China menghormati COC kita ini tetapi untuk makluman Dewan yang mulia ini, COC ini sedang lagi dirunding tetapi kita ada Declaration of Conduct

(DOC). Ini adalah persetujuan umum yang telah pun dipersetujui oleh ASEAN dan juga pihak negara jiran.

Kita akan memberi jaminan bahawa rundingan akan terus berjalan dan kita akan terus kekal untuk mempertahankan hak dan kedaulatan negara kita juga, insya-Allah. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Tuan Yang di-Pertua, Julau, Julau. Soalan tambahan.

draft • 10:20 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Yang di- Pertua...

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan di sebelah kanan ya. Yang Berhormat Ipoh Timur.

draft • 10:20 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Apa yang disebutkan tadi oleh pihak Yang Berhormat Beluran dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri amat penting bahawasanya kita sekarang berada di dalam satu zaman yang agak penuh dengan konflik.

Akan tetapi, adakah pihak kementerian perlu dan akan pertimbangkan mungkin satu langkah ke hadapan daripada non-alignment dengan izin, kepada active neutrality. Oleh sebab kita berada di satu zaman di mana kalau kita asyik berkecuali sahaja, ia sebenarnya telah tidak memadai. Saya tidak menyatakan kita perlu memilih pilih kasih antara satu sama lain, tetapi, dengan engagement secara lebih mendalam di peringkat pelbagai hala dan juga dua hala sama ada dengan China dan US dalam konteks yang dibawa oleh Yang Berhormat Beluran.

Adakah kita perlu dan akan pertimbangkan mengambil pendekatan active neutrality iaitu engage bukan sahaja berkecuali. Apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?

draft • 10:20 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Ipoh Timur. Memang, dasar kita itu jelas, bahawa kita tidak akan memihak mana-mana kuasa besar dalam persaingan antara mereka. Ini sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai ahli dalam Non-Aligned Movement (NAM).

Walau bagaimanapun Yang Berhormat, ingin saya nyatakan bahawa kita mengambil satu sikap yang berhati-hati mengenai kuasa-kuasa besar ini. Ini kerana kita tahu China dan juga Amerika Syarikat merupakan rakan dagang yang cukup besar dan cukup penting kepada negara kita.

China, telah kita tingkatkan lagi. Bukan setakat sebagai rakan dagang biasa, tetapi, sebagai perkongsian strategik komprehensif pada tahun 2013 manakala, Amerika sebagai perkongsian komprehensif pada tahun 2014. China, sahaja Tuan Yang di-Pertua dan juga negara kita mencatatkan nilai dagang sebanyak RM487 bilion manakala Amerika Syarikat sebanyak RM267 bilion.

Ini merupakan suatu fakta yang cukup penting untuk kita perhatikan supaya kita dapat kepentingan ini secara berterusan. Saya faham, kadang-kadang kita perlu membuat satu take side, tetapi dalam perkara-perkara besar seumpama ini yang melibatkan kuasa besar dunia kita kena lihat yang mana untuk kepentingan negara demi menjamin kebaikan khususnya dari segi hubungan dagang kita. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Boleh soalan tambahan Yang Berhormat?

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Soalan tambahan Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, cukup.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Fasal Beting Patinggi Ali.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Langkawi ada di sini?

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen.

draft • 10:20 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Bumi Sarawak Bumi Kenyalang, Makan laksa hati lega, Awal pagi saya datang, Soalan saya nombor tiga.

draft • 10:20 AM

3. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching] minta Menteri Kesihatan menyatakan tentang perincian hasil rundingan kementerian dengan Syarikat MySJ Sdn. Bhd. untuk membeli MySejahtera dan pelan kementerian untuk mengoptimumkan penggunaan MySejahtera.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih rakan saya, Yang Berhormat Bandar Kuching. Pantun berkenaan laksa, pagi tadi, saya sarapan Mi Kolok Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, hasil rundingan Kementerian Kesihatan dengan Syarikat MySj Sdn. Bhd., kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan seperti berikut.

Kontrak bagi perolehan pengurusan aplikasi MySejahtera secara rundingan terus adalah untuk tempoh dua tahun iaitu mulai 1 April 2021 hingga 31 Mac 2023. Kesemua modul di bawah aplikasi MySejahtera adalah milik Kerajaan Malaysia. Hak milik aplikasi dan data MySejahtera yang meliputi hak harta intelek, kod sumber bagi modul-modul yang telah dibangunkan serta data, jenama dan logo MySejahtera adalah milik kerajaan.

Kerajaan mempunyai hak penuh ke atas penggunaan platform MySejahtera melalui lesen platform kekal (perpetual license) dengan izin, tanpa sebarang kos walaupun kontrak tidak dilanjutkan atau sekiranya kerajaan membuat keputusan melantik pihak lain untuk mengurus aplikasi MySejahtera dan kerajaan boleh menguruskan pembinaan modul-modul tambahan dengan menggunakan lesen ini bagi sebarang keperluan daripada segi pendigitalan kesihatan awam tanpa sebarang sekatan.

Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan syor PAC pada 4 Oktober 2022, Kementerian Kesihatan komited dalam menjadikan aplikasi MySejahtera sebagai alat pengurusan kesihatan awam negara selaras dengan Pelan Pendigitalan Perkhidmatan Kesihatan melalui fungsi-fungsi seperti berikut:

(i) Surveillance penyakit berjangkit seperti tibi, denggi, demam campak, penyakit anjing gila dan penyakit tangan, kaki dan mulut;

(ii) rekod vaksinasi di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia;

(iii) rekod saringan penyakit tidak berjangkit kepada individu berumur 40 tahun dan ke atas di bawah Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan;

(iv) Pendaftaran Ikrar Derma Organ, rekod pendermaan darah dan tempahan janji temu untuk saringan kesihatan serta klinik; dan

(v) Program berhenti merokok.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Bandar Kuching, soalan tambahan.

draft • 10:20 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang terperinci tersebut. Kita tahu bahawa aplikasi MySejahtera ini banyak kebaikan dan banyak aplikasi yang sebenarnya baik untuk negara.

Akan tetapi, dalam jawapan yang diberikan, dikatakan kontrak yang dipersetujui tersebut adalah untuk masa dua tahun, setahu saya tahun ini akan berakhir. Jadi, saya hendak tanya, apakah hala tuju kerajaan dalam rundingan dengan MySejahtera? Adakah kontrak ini akan dipanjangkan? Berapakah yang telah dibayar dan perlu dibayar jika ia dipanjangkan?

Soalan kedua, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan isu- isu yang timbul dalam rundingan tersebut seperti yang dinyatakan oleh laporan PAC tidak diulangi dalam mana-mana rundingan pada masa hadapan oleh pihak KKM. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching atas soalan tambahan tersebut.

Kementerian telah mengadakan rundingan bersama dengan MySj Sdn. Bhd. dan hasil rundingan tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat bersama dengan hala tuju aplikasi MySejahtera. Adakah kerajaan akan mengangkat MySejahtera ini sebagai satu super-apps untuk kesihatan ataupun hala tuju yang lain.

Berkenaan tentang pembayaran ataupun jumlah yang telah dipersetujui oleh kerajaan. Melalui perbincangan dan juga siling yang telah ditetapkan oleh MOF, MOF telah meletakkan siling sebanyak RM160 juta dan juga nilai tersebut telah dirunding dan juga terdapat pembayaran dan data tersebut akan saya berikan secara bertulis kepada Yang Berhormat Bandar Kuching.

Di sini saya ingin menambah Tuan Yang di-Pertua berkenaan tentang hala tuju MySejahtera. Kerajaan menyasarkan akan mengangkat aplikasi ini sebagai digital public health super-app. Di mana kita ingin menjadikan apps ini sebagai satu data raya di hujung jari dan semua maklumat berkenaan tentang kesihatan berjumlah 32 juta data tersebut akan kita gunakan untuk melihat bagaimanakah hala tuju kesihatan dari segi mendapatkan bajet dan juga menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan memudahkan rakyat.

Selain daripada itu, MySejahtera juga akan melibatkan kos dan kos ini akan kita tentukan selepas kontrak ini tamat pada 31 Mac 2023 nanti. Harap bersabar.

draft • 10:20 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Soalan tambahan?

draft • 10:20 AM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 10:20 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Kuala Langat.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kuala Langat.

draft • 10:20 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Baru-baru ini dalam bajet yang dibentangkan pada Jumaat lalu, kerajaan ada bercadang untuk memperkenalkan Skim Perubatan Madani khusus untuk golongan miskin untuk diberikan rawatan di klinik-klinik dan juga untuk Pengamal Perubatan Am Swasta (GP) yang mana seperti dilakukan di negeri Selangor dengan peruntukan yang diperuntukkan sebanyak RM120 juta. Saya kira, kalau setiap keluarga diberi sebanyak RM500 sudah tentu akan melibatkan 240,000 buah keluarga yang akan terlibat dalam skim ini.

Adakah kerajaan bercadang untuk menggunakan aplikasi yang sedia ada ini MySejahtera yang akan tamat pada Mac tahun ini? Apakah jaminan oleh kerajaan soal keselamatan data yang mana berlaku juga kebocoran dalam data-data aplikasi sebelum ini.

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat.

Satu soalan yang baik berkenaan tentang Skim Kesihatan Madani yang akan diperkenalkan oleh kerajaan. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah menyediakan bajet tersebut.

Berkenaan tentang mengaitkan Skim Perubatan Madani ini dengan penggunaan aplikasi, itu adalah hala tuju yang kita akan lihat melalui penggunaan aplikasi MySejahtera.

Kita telah mempunyai maklumat-maklumat dan juga dengan integrasi maklumat-maklumat kesihatan yang kita ada dengan pihak MOF, kita akan mudah untuk mengenal pasti golongan- golongan B40 yang layak untuk menerima Skim Perubatan Madani tersebut.

draft • 10:20 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Menyentuh berkenaan tentang keselamatan aplikasi MySejahtera, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara, sudah pasti serangan ‘1.120 juta’ adalah satu serangan yang besar. Akan tetapi, apa yang berlaku pihak MySejahtera mampu untuk mengawal serangan tersebut dan tidak ada berlaku ketirisan.

Cuma, apa yang dilaporkan sebanyak tiga juta data yang telah dimuat turun oleh super admin itu adalah langkah-langkah keselamatan yang dibuat apabila serangan berlaku, super admin terpaksa melakukan satu tata kelola untuk melihat dan juga memuat naik data- data tersebut. Kes ini tidak dapat saya jelaskan di dalam Dewan ini kerana muat naik tiga juta maklumat tersebut masih lagi di dalam siasatan pihak polis. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Langkawi ada? Okey, Yang Berhormat Langkawi Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah. Yang Berhormat Langkawi soalan nombor 8 diangkat.

draft • 10:30 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya Nombor 8 diangkat ke Nombor 4.

draft • 10:30 AM

8. Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [Langkawi] minta Menteri Pengangkutan menyatakan rancangan untuk menyelesaikan masalah pengangkutan di Pulau Langkawi khususnya perkhidmatan feri dan juga perkembangan terkini cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) secara terperinci.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Bismillahi Rahmani Rahim****.** Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh****.** Terima kasih Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Perkhidmatan feri di Pulau Langkawi bertumpu di Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi. Pada tahun 2019, sebelum COVID- 19, jumlah bilangan penumpang yang menggunakan Terminal Feri Kuah adalah seramai 2.043 juta orang. Pada masa ini, terminal tersebut tiada merekodkan sebarang masalah yang ketara kerana masih berfungsi di dalam kapasitinya.

Terminal ini juga bebas daripada fenomena sedimentasi kerana ia terletak di pulau menyebabkan tempat merapat feri ataupun berth dengan izin boleh didapati setiap masa tanpa dipengaruhi oleh pasang surut. Bagi laluan Kuala Kedah-Langkawi, jumlah kekerapan perkhidmatan adalah mencukupi iaitu lima trip, pergi dan balik. Pada masa ini, pengusaha feri telah mempunyai jumlah feri yang mencukupi iaitu sebanyak 12 buah feri yang boleh digunakan setiap hari mengikut permintaan.

Sebagai persediaan menghadapi LIMA 2023, pengusaha feri telah bersedia dengan jumlah feri bergantung kepada permintaan apabila tiba masanya. Walau bagaimanapun, Terminal Feri Kuala Kedah dan Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis mengalami masalah kadar sedimentasi yang tinggi seterusnya menyebabkan alur pelayaran dan besen selalu cetek. Pengerukan secara berkala diperlukan bagi menjamin keselamatan pelayaran dan kebolehsampaian feri penumpang Ro-Ro, bot tunda, barge dan juga bot nelayan yang menggunakannya.

Bagi laluan Kuala Perlis – Langkawi pada masa ini jumlah trip ditentukan oleh paras pasang surut kerana kerja-kerja pengerukan masih belum selesai sepenuhnya. Keseluruhan kerja-kerja pengerukan meliputi tujuh blok dan pada masa ini enam blok telah pun selesai pengerukan dan keseluruhan kerja-kerja pengerukan dijangka siap sepenuhnya pada 15 Mei 2023 iaitu sebelum LIMA 2023 bermula. Insya-Allah. Dari tahun 2003 hingga tahun 2022, sebanyak RM78 juta telah diperuntukkan bagi kerja-kerja pengerukan di muara Kuala Kedah manakala RM101.1 juta telah diperuntukkan bagi kerja-kerja pengerukan di muara Kuala Perlis pula. Pengusaha feri di Langkawi menghadapi cabaran dalam meningkatkan kos operasi feri berikutan kos-kos seperti insurans, penyelenggaraan, alat ganti dan gaji yang meningkat saban tahun. Pendapatan yang hanya dapat menampung kos operasi akan menyukarkan pengusaha feri untuk memberi tumpuan kepada penambahbaikan terhadap tahap perkhidmatan yang diberikan dengan kadar tambang yang sedia ada.

Dalam mengawal selia perkhidmatan feri di Langkawi ini, kerajaan senantiasa mengutamakan keselamatan pelayaran dan keselesaan penumpang. Berhubung dengan perkembangan terkini projek pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) pula, sehingga kini tiada kelulusan diberikan untuk menubuhkan aerodrom bagi projek KXP sepertimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Penerbangan Awam, Pengendalian Aerodrom 2016.

Cadangan pembinaan KXP adalah inisiatif anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah dengan syarikat swasta yang lain. Oleh itu, projek ini tidak melibatkan Malaysia Airports

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Holdings Berhad secara langsung dan setakat ini tidak disenaraikan sebagai projek pembangunan di bawah Kementerian Pengangkutan.

Dalam ucapan Belanjawan 2023 baru-baru ini pula, kerajaan telah memutuskan antara lain untuk memberi keutamaan kepada pembesaran dan penaiktarafan Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang yang akan diterajui oleh MAHB. Pembangunan ini dijangka memanfaatkan pertumbuhan ekonomi pada kos yang lebih rendah berbanding cadangan membina lapangan terbang baharu di Kulim. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Yang di- Pertua. Saya mendengar dengan teliti dan saya kurang yakin sedikit dengan jawapan Yang Berhormat Menteri kerana masalah feri ini dah lama, daripada jawapan Yang Berhormat Menteri seolah-olah sudah selesai. Jadi, saya minta kalau boleh saya nak menjemput Yang Berhormat Menteri untuk berdialog dengan kami di Langkawi.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat sila tanya jawapan jangan bersyarah.

draft • 10:30 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat Menteri, soalan saya apakah jeti alternatif dilihat sebagai salah satu untuk menyelesaikan masalah feri? Juga yang kedua soalan saya berhubung dengan airport KXP, sekiranya pihak negeri mendapat, mencari kewangan untuk menunaikan ataupun membangun airport tersebut, adakah kerajaan akan memberi kebenaran untuk mereka menjalankan airport ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Jadi, saya mulakan dengan pasal KXP ini dulu lah, ya. Kita tahu ia adalah inisiatif swasta dan kerajaan negeri. Akan tetapi sebagaimana yang kami melihat perkara ini iaitu tentang kapasiti penerbangan ya. Berdasarkan pelan induk Penang lah, terpaksa saya sebut Penang dulu yang disediakan oleh pihak MAHB sebelum ini disemak semula pada tahun 2020. Ia mempunyai beberapa fasa untuk pembangunannya iaitu:

(I) fasa pertama iaitu menaik taraf untuk menampung 12 juta orang penumpang setahun dan mampu bertahan hingga tahun 2032;

(II) fasa dua pula, menaik taraf untuk menampung 16 juta orang penumpang dan mampu bertahan sehingga tahun 2042; dan

(III) fasa tiganya pula ialah menaik taraf untuk menampung 20 juta orang penumpang dan mampu bertahan insya-Allah hingga tahun 2052.

Jadi, di sini kita melihat bahawasanya apabila airport, sekarang ini Airport Pulau Pinang mempunyai sebelum COVID-19 ia mencecah lapan juta penumpang, sebelum COVID-19. Tahun lepas empa juta lebih, baru nak pick-up balik lah, insya-Allah. Jadi, sebab itu ya di sini kita melihat, kalaulah sekiranya Airport Pulau Pinang ini sudah mencapai satu tahap tidak mampu lagi, mungkin KXP ini akan menjadi complementering airport. Saya juga difahamkan bahawa airport ini adalah lebih kepada kargo juga, di Pulau Pinang pun ada juga servis kargo juga ya.

draft • 10:30 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Sehubungan dengan itu, kerajaan belum lagi mempertimbangkan cadangan pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim sehinggalah keupayaannya, keupayaan Lapangan Terbang Pulau Pinang mencapai tahap maksimum setelah keupayaannya tidak lagi ditingkatkan ke tahap maksimum pada masa yang akan datang ya. Ini cerita berkaitan dengan Kulim itu lah ya. Jadi, saya rasa mungkin Yang Berhormat Langkawi fahamlah maksud jawapan saya.

Keduanya ialah tentang jeti ini mungkin ya saya tak berani nak mengatakan terus di sini, ia boleh saya bawa balik ke kementerian untuk dikaji balik untuk dilihat semula yang mana yang lebih kos efektif, bina baharu kah atau pengerukan yang akan berterusan. Kerja kita tahu, sendimentasi ini ia bukan berhenti, keruk entah berapa tahun mendap balik. Kita tengoklah perkara ini semua. Jadi, untuk membina jeti apa ini sebagai alternatif kita kena balik dulu dan kita perlu kaji dahulu barulah saya dapat memberikan jawapan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan di sebelah kanan saya Yang Berhormat Balik Pulau.

draft • 10:30 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Yang di- Pertua selalu ambil yang di sebelah kanan, sebelah belah kiri tidak tengok? Saya bangkit banyak kali dah.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat saya mengikut giliran.

draft • 10:30 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Giliran lah tu, saya pun bangkit awal.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Bila sini bertanya, soalan tambahan di sini. Selepas itu di kanan ya, duduk Yang Berhormat.

draft • 10:30 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tadi yang sana tanya pun yang sana tambahan.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat.

draft • 10:30 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kena bagi adil sikit lah.

[Ketawa]

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Balik Pulau.

draft • 10:30 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya berkenaan soalan mengenai perkhidmatan feri dan kita semua maklum terutama sekali complaints daripada pelancong-pelancong asing dan saya boleh baca antara dalam Tripadvisor ini, “crossing Kuala Perlis in an old crowded and bad smelling took one and half hours from Kuala Perlis”.

Jadi, ini adalah salah satu complaint, saya boleh baca banyak lagi. Perkhidmatan feri antara Kuala Perlis ke Langkawi ini rating ia sangat rendah. Apakah jurisdiction

draft • 10:40 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Kementerian Pengangkutan dalam menentukan perkhidmatan feri ini boleh dinaiktarafkan dan juga perkhidmatannya boleh diimprove dari segi perkhidmatan feri kepada orang awam?

Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat. Sudah pastinya insya-Allah kalaulah seperti apa yang saya katakan tadi dalam jawapan utama saya bahawa feri-feri ini selain daripada lima trips sehari ini, memang ada feri-feri yang akan digunakan mengikut permintaan. Dia orang ada sampai 12 buah feri. Jadi ini satu perkara kalau seperti apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi, insya-Allah dengan izin we will look into it, apakah keperluan untuk menambah lagi feri supaya tidak menjadi so crowded, satu.

Keduanya tentang penaiktarafan dalam feri ini. Jadi, rasanya itu juga saya katakan tadi dengan kadar tambang dengan ada semua ini kepayahan untuk menambah lebih baik lagi. Memanglah pelanggan ini menjadi keutamaan kita tapi insya-Allah Yang Berhormat, saya akan balik ke kementerian mungkin insya-Allah sebagaimana kata Yang Berhormat Langkawi tadi— saya pernah naik Langkawi feri ini sebenarnya, saya pernah naik tetapi beberapa tahun dahulu. Tidak tahulah perkembangan yang terkini. Insya-Allah saya akan pergi naik ke sana melihat sendiri travel, pulang balik. Insya-Allah we will look into it, dengan izin. Insya-Allah, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan berikutannya Datuk Ali anak Biju, Yang Berhormat Saratok.

draft • 10:40 AM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya adalah soalan nombor 4 yang asal tetapi sekarang sudah jadi nombor 5 sudah. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

4. Datuk Ali anak Biju [Saratok] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan:

(a) langkah-langkah yang akan diambil kementerian dalam proses penyerahan kuasa bekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah dan adakah ianya melibatkan implikasi kewangan terhadap Kerajaan Persekutuan; dan

(b) berapa lama tempoh masa yang diperlukan sebelum keseluruhan proses tersebut selesai.

draft • 10:40 AM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Saratok, Tuan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam sidang media pasca Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang telah diadakan pada 20 Januari di Kuching telah mengumumkan bahawa penyerahan kuasa kawal selia perbekalan elektrik negeri Sabah kepada Kerajaan Negeri Sabah ditetapkan pada 1 Januari 2024.

Ini adalah sebahagian daripada proses yang berlangsung dengan dua fasa yang disebut tadi ialah tentang penyerahan kuasa kawal selia dan fasa kedua adalah pengambilalihan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) yang dijangka pada tahun 2030.

Bagi memastikan proses penyerahan kuasa dilaksanakan secara teratur, pihak kementerian akan melaksanakan tindakan-tindakan berikut”

draft • 10:40 AM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

(i) pindaan ke atas Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 [Akta 725] dan Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 [Akta 726] bagi memasukkan klausa penggantungan. Pembentangan kedua-dua RUU ini adalah pada bulan Jun 2023 semasa Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen Ke-15;

(ii) rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah bagi memuktamadkan prinsip-prinsip dan pakej penyerahan kuasa melalui Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal; dan

(iii) setelah prinsip-prinsip dan pakej penyerahan kuasa dimuktamadkan oleh kedua-dua belah pihak, pihak kementerian akan melaksanakan pewartaan perintah di bawah Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa perundangan bekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah dan pewartaan perintah pergantungan kuat kuasa akta-akta berikut. Akta Bekalan Elektrik 1990, Akta Suruhanjaya Tenaga 2001, Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 dan Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011.

Proses penyerahan kuasa kawal selia pembekalan elektrik Sabah kepada Kerajaan Negeri Sabah mempunyai implikasi kewangan kepada Kerajaan Persekutuan. Sebagaimana amalan sedia ada, Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan subsidi kepada SESB bagi tempoh yang dipersetujui merangkumi subsidi sokongan tarif, subsidi bahan api dan subsidi solar berskala besar tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan. Namun butiran detail tentang jumlah tersebut masih lagi dalam proses rundingan untuk dimuktamadkan. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Saratok.

draft • 10:40 AM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri.

Saya mengambil maklum akan persoalan utama yang melibatkan implikasi kewangan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah dan akan diumumkan nanti.

Soalan saya adalah apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan pengguna elektrik di Sabah tidak akan dikenakan tarif yang lebih tinggi dan terbeban akibat daripada penyerahan kawal selia elektrik tersebut? Bolehkah kerajaan memberi jaminan atau guarantee terus menerus membantu pengguna di Sabah untuk mengelakkan kenaikan takrif walaupun kawal selia elektrik sudah diserahkan kepada Sabah?

Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana Yang Berhormat pun sedia maklum tentang untuk memberi jaminan untuk tarif bagi masa hadapan dan sebaginya sebagaimana itu mustahil, sama ada di peringkat Kerajaan Persekutuan mahupun di peringkat kerajaan negeri.

draft • 10:40 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Apa yang kita boleh maklumkan dalam keadaan hari ini, Kerajaan Persekutuan sememangnya telah memberikan subsidi kalau pada tahun 2021, jumlahnya ialah sebanyak RM368 juta untuk subsidi bahan api, RM310 juta untuk subsidi solar, large scale solar, subsidi sokongan pula sebanyak RM32.4 juta, jumlahnya RM711 juta. Ini membolehkan bagi SESB mengekalkan tarif asas di negeri Sabah pada RM34.52 satu tarif yang rendah berbanding dengan misalnya di peringkat Semenanjung.

Jadi atas dasar itu harga tarif di negeri Sabah bagi masa akan datang akan bergantung kepada soal harga bahan api dan juga pembangunan bekalan elektrik di negeri Sabah yang sebagaimana yang kita tahu berhadapan dengan cabaran khususnya di bahagian Pantai Timur kerana tidak mempunyai infrastruktur sumber tenaga bahan api sebagaimana yang ada di Pantai Barat negeri Sabah itu sendiri.

Akan tetapi Kerajaan Persekutuan sememangnya sebelum ini telah memberi bantuan kewangan yang besar bagi bekalan elektrik di negeri Sabah.

draft • 10:40 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Soalan tambahan kedua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Puncak Borneo.

draft • 10:40 AM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, saya dulu.

draft • 10:40 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya melihat inisiatif pemberian bidang kuasa elektrik ini kepada Sabah adalah sesuatu yang baik tetapi saya juga ingin bertanyakan sama ada kerajaan kita pada hari ini sudah bersedia untuk membeli lebihan ataupun rizab tenaga elektrik dari Sarawak.

Oleh sebab Sarawak sekarang ini mempunyai 10,000 megawatt access of electricity supply. Jadi ada baiknya kita menggunakan renewable energy ini untuk negeri Sabah dan juga Semenanjung kerana kita ada akses. Daripada yang sedia kala ini kebanyakan independent power generator ini dia menggunakan tenaga batu arang dan sebaginya yang tidak environment friendly.

Jadi soalan saya adakah kerajaan sudah bersedia untuk melihat keadaan ini dan secara tidak langsung ia juga boleh memberi satu pendapatan baharu kepada negeri Sarawak. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo.

Untuk makluman kalau selepas 1 Januari 2024, keputusan itu di tangan Kerajaan Negeri Sabah apabila kita turunkan kuasa kawal selia bekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah. Buat masa ini sememangnya ada bekalan elektrik tengah dibincangkan pengambilan tenaga elektrik untuk Sabah daripada negeri Sarawak untuk hubung tara antara kedua-dua negeri tersebut dari segi bekalan elektrik. Namun masalah asas dia masih ada iaitu yang itu yang ada masalah energy yang kritikal yang masih bergantung kepada diesel ialah di sebelah Pantai Timur.

draft • 10:40 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Pantai barat yang bersempadan dengan Sarawak ada akses kepada hidroelektrik ataupun mini hidroelektrik dan juga ada akses kepada gas. Kawasan yang ada masalah bekalan elektrik ialah di sebelah Pantai Timur. Jadi, itu yang kita cuba selesaikan sama ada

draft • 10:50 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

melalui bekalan gas kepada Pantai Timur ataupun menerusi hubungan grid yang kedua untuk Pantai Timur dari Pantai Barat negeri Sabah.

draft • 10:50 AM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan yang kelima.

draft • 10:50 AM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, I tidak...

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tuan Haji Azli bin Yusof, Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 10:50 AM

5. Tuan Azli bin Yusof [Shah Alam] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan inisiatif-inisiatif kerajaan membantu pekerja ekonomi gig. Apakah cabaran yang dihadapi untuk memberi atau mewajibkan jaminan perlindungan insurans bagi sektor ini?

draft • 10:50 AM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Terima kasih kepada Yang Berhormat Shah Alam kerana menanyakan satu soalan yang cukup relevan pada masa ini iaitu mengenai ekonomi gig.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, kerajaan melalui PERKESO menyediakan inisiatif Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri

(SKSPC) kepada orang bekerja sendiri (OBS) termasuk pekerja ekonomi gig di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri [Akta 789]. SKSPC menawarkan faedah kepada orang bekerja sendiri yang dilindungi seperti berikut:

(i) faedah perubatan;

(ii) faedah hilang upaya sementara;

(iii) faedah hilang upaya kekal;

(iv) elaun layanan sentiasa;

(v) faedah orang tanggungan;

(vi) faedah pengurusan mayat;

(vii) kemudahan pemulihan jasmani dan vokasional; dan

(viii) faedah pendidikan.

Bermula pada bulan Oktober 2021, semua pekerja gig dalam sektor pengangkutan dan penghantaran barangan serta makanan telah diwajibkan untuk mencarum dalam SKSPC. Berdasarkan statistik PERKESO, dari bulan Januari sehingga Disember 2022, seramai 374,906 orang bekerja sendiri telah mempunyai perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (SKSPC). Daripada jumlah tersebut, 3,107 orang adalah merupakan penghantar p-hailing aktif dan 59,799 orang terdiri daripada pekerja e-hailing. Pelbagai inisiatif dan program telah dilaksanakan sebagai galakan kepada pekerja sektor informal termasuk pekerja ekonomi gig berdaftar dan mencarum dengan PERKESO.

Antaranya:

(i) PERKESO telah melantik agen korporat untuk membantu menggalakkan pekerja sektor informal untuk mencarum dalam SKSPC;

(ii) PERKESO telah mengadakan sesi libat urus dengan kementerian dan agensi yang berkaitan seperti bekerjasama dengan

draft • 10:50 AM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Kementerian Pengangkutan di mana mencarum dengan SKSPC telah menjadi syarat untuk lesen memandu vokasional (GDL) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan;

(iii) PERKESO juga telah memeterai memorandum persefahaman

(MoU) dengan syarikat atau agensi yang berkaitan. Antaranya; PERKESO telah menjalin kerjasama dengan McDonald’s Malaysia dengan menandatangani memorandum persefahaman pada 17 Oktober 2022 bagi memastikan semua penghantar makanan McDonald’s melalui perkhidmatan McDelivery dicarum dan dilindungi dengan SKSPC; dan

(iv) PERKESO turut mengadakan program seranta, antaranya program Bersama Pemimpin Masyarakat, kempen kesedaran, aktiviti Skuad Prihatin dan Social Synergy PERKESO, hebahan melalui media cetak dan elektronik serta media sosial.

Tuan Yang di-Pertua, namun begitu dalam mewajibkan jaminan perlindungan insurans bagi semua sektor informal termasuk sektor ekonomi gig, PERKESO telah menghadapi pelbagai cabaran. Antaranya, masih tiada dasar atau satu perundangan khusus untuk menjaga kebajikan pekerja ekonomi. Selain itu, pekerja ekonomi gig tidak dilindungi di bawah Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah Bab 67 dan Ordinan Buruh Sarawak Bab 76.

Pekerja ekonomi gig juga tidak mendapat faedah gaji minimum dan pendapatan pekerja ekonomi gig yang tidak konsisten dan ia bersifat sementara. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Walaupun mengetahui bahawa banyak inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan termasuk caruman-caruman padanan untuk pekerja sendiri dan sektor gig economy ini tetapi mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, masih lagi 30 peratus dalam kalangan mereka ini tidak mempunyai caruman dalam PERKESO.

Keduanya, 80 peratus daripada mereka tiada caruman dalam KWSP yang merupakan skim simpanan saraan hari tua sedangkan 70 peratus daripada pekerja gig economy atau p-hailing ini, pekerjaan ini adalah merupakan pekerjaan utama mereka. Jadi, soalan saya ialah setakat mana komitmen daripada kerajaan untuk mengusahakan dan mewajibkan agar adanya satu dasar ataupun akta yang jelas untuk membela nasib pekerja gig economy ini. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan telah memutuskan untuk mewajibkan semua orang yang bekerja sendiri termasuk pekerja gig untuk mendaftar dan mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPC) PERKESO di bawah pengumuman Belanjawan 2023. Sebagai Menteri Sumber Manusia, saya akan memastikan dasar ini dapat dilaksanakan dalam waktu terdekat seboleh-bolehnya sebelum hujung tahun ini.

draft • 10:50 AM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Berkaitan penabungan untuk saraan hari tua. Pada ketika ini, Kementerian Sumber Manusia sedang mengkaji perlindungan pekerja gig dalam satu perundangan yang khusus untuk menjaga kebajikan pekerja ekonomi gig termasuk mereka yang bekerja sendiri. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, silakan.

draft • 10:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Yang di- Pertua, mengenai soalan nombor lima ini. Saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kita ada sebarang langkah ataupun menubuhkan badan yang khusus untuk memantau dan membantu mereka yang terlibat sebagai pekerja gig economy umpamanya memberikan mereka maklumat dan pendidikan tentang kebaikan dan keburukan dan untuk menentukan mereka berjaya dalam bidang yang diceburi. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini PERKESO menjalankan banyak aktiviti untuk melihat apakah kaedah terbaik untuk membantu pekerja-pekerja dalam ekonomi gig ini. Kita sedia maklum seperti yang telah diberitahu sebentar tadi, PERKESO pada masa ini mentadbir tiga buah akta yang berkaitan dengan perlindungan keselamatan sosial. Di bawah ketiga-tiga akta ini, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri [Akta 789] ini, kami sedang mencari apakah cara yang terbaik untuk kita membolehkan– kita wujudkan satu perundangan khusus untuk memastikan bahawa kebajikan pekerja-pekerja gig ini dapat dilihat dengan holistik.

Perkara-perkara yang dimasukkan dalam akta baharu gig ini adalah untuk memastikan terdapatnya jaminan pendapatan pekerjaan untuk gig (security of income). Kita juga mahukan satu mekanisme aduan untuk pekerja gig. Buat masa ini, kita tidak mempunyai satu mekanisme aduan yang baik. Jadi, sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, perkara ini juga diteliti dan juga untuk memastikan perlindungan sosial kepada pekerja gig ini juga diberikan perhatian yang serius oleh Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Seterusnya, soalan nombor enam. Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir, Yang Berhormat Setiu.

draft • 10:50 AM

Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tiga empat lima enam, Tujuh lapan sembilan sepuluh, Soalan saya nombor enam, Silakan jawab jangan berpeluh

draft • 10:50 AM

6. Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan perbezaan di antara syarikat kredit komuniti dan Ah Long berlesen di mana syarikat kredit komuniti ini dikawal selia oleh kementerian telah dianggap sebagai Ah Long berlesen yang mengenakan faedah yang tinggi sehingga 18 peratus kepada peminjam wang segera.

draft • 10:50 AM

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Setiu, saya jawab tiada peluh pun.

draft • 10:50 AM

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Berkenaan dengan soalan ini, persepsi Yang Berhormat Setiu sebenarnya adalah tidak benar. Kegiatan along (loan shark) dengan izin, atau perniagaan wang tanpa lesen adalah satu jenayah komersial manakala untuk makluman Ahli Yang Berhormat, aktiviti Pemberi Pinjam Wang dan Kredit Komuniti adalah dikawal di bawah subseksyen 17A(1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Akta tersebut jelas menyatakan bahawa faedah bagi pinjaman dengan cagaran hendaklah tidak melebihi had siling 12 peratus setahun dan faedah bagi pinjaman tanpa cagaran hendaklah tidak melebih had siling 18 peratus setahun.

Akta tersebut melalui subseksyen 17A(2) juga telah menerangkan bahawa faedah tidak boleh pada bila-bila masa dikutip oleh pemegang lesen akan suatu jumlah yang melebihi jumlah pokok yang kena dibayar. Oleh yang demikian, tempoh dan jumlah bayaran semula ansuran perlu mematuhi Akta 400 dan semua Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang

(Kawalan dan Pelesenan) 2003. Kadar faedah nominal dan kadar faedah efektif di bawah akta ini adalah sama dan ia tidak terkesan dengan kadar dasar semalaman (OPR) yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

Pemberian pinjaman di bawah Akta 400 juga adalah untuk tempoh yang singkat dan caj faedah diambil berdasarkan kepada tempoh pinjaman yang dibuat. Selaras dengan prinsip pembiayaan bertanggungjawab (responsible lending), syarikat kredit komuniti akan melaksanakan penilaian risiko berdasarkan pelaporan kredit yang diperoleh daripada agensi pelaporan kredit yang berdaftar di bawah Kementerian Kewangan untuk menilai kemampuan peminjam sebelum memperoleh sesuatu fasiliti pinjaman sekali gus mengelakkan kes-kes pinjaman tidak berbayar. Berdasarkan kepada penilaian tersebut, syarikat kredit komuniti boleh mengenakan kadar faedah yang bersesuaian asalkan ia tidak melebihi kadar faedah maksimum yang ditetapkan oleh akta.

Kegiatan pemberian pinjaman wang tanpa lesen merupakan satu jenayah komersial dan tindakan pemantauan serta siasatan lanjut dilaksanakan oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi memastikan perlindungan kepada pengguna, mana-mana syarikat kredit komuniti yang didapati melanggar kadar faedah yang dibenarkan boleh diambil tindakan oleh kementerian melalui subseksyen 17A(4) iaitu dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 18 bulan atau kedua-duanya.

Tambahan pula, Akta 400 telah menyatakan bahawa syarikat kredit komuniti adalah dilarang untuk mengenakan faedah kompaun ke atas peminjam atas mana-mana keingkaran pembayaran melalui seksyen 17 Akta 400. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Setiu.

draft • 11:00 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, berapakah pemegang lesen kredit komuniti seluruh negara

draft • 11:00 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

mengikut kaum dan sejauh manakah pinjaman melalui kredit komuniti ini patuh syariah?

Apakah langkah-langkah kerajaan untuk membanteras along yang telah mengugut para pelanggan sehinggan sampai ke peringkat mengancam nyawa mereka? Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada Yang Berhormat Setiu yang mempunyai tiga soalan tambahan yang mana soalan pertama, berapakah jumlah pemegang lesen syarikat kredit komuniti yang terkini? Sehingga 31 Januari 2023, terdapat 4,817 pemegang lesen syarikat Kredit Komuniti yang aktif. Lebih kurang 60 peratus adalah daripada golongan bumiputera.

Kedua, berapakah pembiayaan yang patuh syariah? Untuk makluman Yang Berhormat, KPKT sedang dalam penggubalan Akta Kredit Pengguna yang diterajui oleh Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Securities Commission Malaysia) dan ia akan mengambil kira peruntukan bagi pembiayaan patuh syariah dan pajak gadai Islam oleh industri bukan perbankan.

Tentang kegiatan along, Yang Berhormat boleh laporkan kepada Polis Diraja Malaysia. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Wangsa Maju.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Paya Besar.

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang agak komprehensif.

Persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, ada dua perkara. Perkara yang pertama, isunya adalah perlindungan kepada pengguna kerana pengguna khususnya anak muda adalah golongan yang paling fragile dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Cuma Yang Berhormat Menteri dan Yang Amat Berhormat Tambun ada sentuh isu Consumer Credit Oversight Board (CCOB) to enact satu akta yang dinamakan Consumer Credit Act. Saya tahu Yang Berhormat, isu kredit komuniti ini amat besar. Salinan perjanjian pun tidak diberi kepada peminjam, interest tinggi, syarikat berubah dan juga tidak ada tandatangan peminjam dalam pinjaman-pinjaman yang diberikan.

Cuma persoalan kepada Yang Berhormat Menteri, apabila kita buat CCOB dan CCA ini, bagaimana hubung kait antara akta yang sedia ada, Akta 400 ini? Adakah akta itu berada di bawah CCOB ataupun Akta 400 berada seiring? Keduanya, bagaimana strategi untuk kita menerangkan? Ini sebab pelaksanaan CCA ini tahun hadapan, Yang Berhormat Menteri dan sudah pasti rakyat kena tahu bagaimana penjelasan supaya tidak lagi rakyat tertipu dengan scams yang ada di negara kita. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat atas keprihatinan. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat, kerajaan amat prihatin untuk melindungi kepentingan pengguna. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya mengikut Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, ia dulu asalnya adalah ordinan kemudian dipinda pada tahun 2003.

Untuk makluman Yang Berhormat, seperti yang saya terangkan tadi, siapa-siapa yang langgar kepada peruntukan akta tersebut, dia boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 ataupun penjara 18 bulan. Oleh sebab itu, memang akta memberikan

draft • 11:00 AM

Tuan Nga Kor Ming

perlindungan. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, memandangkan ini adalah sejak zaman Ordinan Pemberi Pinjam Wang, sekiranya dibandingkan dengan negara-negara lain, sebenarnya kadar faedah peminjam wang kredit komuniti di Malaysia adalah antara yang paling rendah di rantau ini.

Saya beri contoh di Hong Kong, jumlah faedahnya adalah 24 peratus hingga 60 peratus. Di Filipina, no limit. Willing borrower, willing lender. Ketiga, Singapura sebanyak 20 peratus dan Malaysia pula sebanyak 12 peratus hingga 18 peratus. Jika dibandingkan dengan Australia, jumlah faedah di Australia adalah 48 peratus. Jika India, sebanyak 21 peratus.

Oleh sebab itu, sebenarnya di Malaysia, faedah kredit komuniti adalah antara yang paling rendah dan sebenarnya kerajaan tidak ada cadangan untuk menaikkan kadar faedah peminjam tersebut untuk melindungi hak pengguna dan menjaga kepentingan perniagaan yang berlesen ini. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

7. Tuan Ts. Zahir bin Hasan [Wangsa Maju] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:

(i) apakah rancangan kementerian untuk memperkasakan sukan hoki memandangkan pasukan hoki negara telah berjaya melayakkan diri ke tiga piala dunia berturut-turut iaitu tahun 2014, 2018 dan 2023; dan

(ii) berapakah peruntukan bagi sukan hoki daripada keseluruhan bajet berbanding sukan-sukan lain?

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Tuan Yang di- Pertua, kementerian menerusi Majlis Sukan Negara sentiasa memberikan tumpuan terhadap sukan hoki dan sukan ini telah diletakkan di bawah program podium serta disenaraikan sebagai sukan teras sejak tahun 2004. Sebagai persiapan untuk pasukan hoki negara ke Sukan Asia 2022 di Hangzhou, skuad hoki negara telah disenaraikan dalam projek khas iaitu Projek Asia Com yang bermula pada tahun 2001.

Sukan-sukan berpotensi memenangi pingat di temasya Sukan Komanwel dan Sukan Asia dipilih ke projek ini bagi menjalani program latihan sepenuh masa di bawah bimbingan jurulatih-jurulatih bertauliah. Antara perkhidmatan yang disediakan melalui projek ini ialah elaun latihan atlet, makanan, penginapan, latihan dan pertandingan di dalam atau di luar negara. Peralatan sukan, perkhidmatan sains dan perubatan sukan, pendidikan serta kebajikan.

KBS melalui Majlis Sukan Negara pada tahun 2022 telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM2.86 juta kepada pasukan hoki negara. Penetapan peruntukan ini adalah berdasarkan kepada perancangan tahunan yang dibincangkan secara bersama-sama dengan pihak Konfederasi Hoki Malaysia dan pelbagai pemegang taruh yang lain.

Selain itu, bagi menyemarakkan sokongan rakyat Malaysia terhadap pasukan hoki negara, kementerian juga telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan tayangan siaran

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

langsung melalui skrin besar (big screen) dengan izin, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan di perkarangan Perbadanan Putrajaya ketika saingan aksi Hoki Piala Dunia 2023 di India yang melibatkan skuad negara baru-baru ini.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Inisiatif tayangan siaran langsung melalui skrin besar melibatkan sukan hoki ini akan diperluaskan ke negeri-negeri lain pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Wangsa Maju.

draft • 11:10 AM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Terima kasih di atas jawapan yang lengkap. Cuma saya ingin tanya, apakah perancangan kementerian untuk terus melaksanakan strategi pembangunan sukan khususnya hoki termasuk jangkauan komiti dan mengenal pasti bakat-bakat baru? Adakah kementerian bercadang untuk mengenal pasti sekolah-sekolah yang ada untuk menjadi sekolah projek hoki di masa yang akan datang?

Bahagian keduanya, adalah pohon jawapan bertulis bahagian (b) soalan saya. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Saya jawab secara lisan dahulu. Kementerian melalui MSN dengan kerjasama Konfederasi Hoki Malaysia telah mewujudkan Program Pembangunan Hoki Kebangsaan (NHDP) bagi mencungkil bakat-bakat muda dari peringkat akar umbi. Program ini telah dilaksanakan bermula tahun 2021 dengan peruntukan sebanyak RM2 juta dan pada tahun 2022, peruntukan sebanyak RM2.5 juta telah diluluskan oleh pihak kerajaan.

Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk melahirkan lebih ramai bakat baru sukan hoki di peringkat umur yang muda serta melahirkan lebih ramai jurulatih sukan hoki yang berkemahiran serta berkepakaran dalam struktur yang kompetitif. Untuk makluman Yang Berhormat juga, pembangunan sukan ini telah dilaksanakan secara agresif dengan mewujudkan pusat-pusat latihan, pelantikan jurulatih dan juga meningkatkan jumlah atlet yang terlibat.

Untuk makluman bagi menjawab tentang sekolah, kita ada 76 pusat latihan bagi lelaki, 34 pusat latihan bagi wanita, melibatkan 154 orang jurulatih bagi pusat lelaki dan 68 orang jurulatih pusat wanita. Secara keseluruhan, kita ada 3,400 orang lelaki dan 1,005 orang wanita yang sedang dilatih bawah program ini dengan turut melibatkan penganjuran sembilan kejohanan peringkat zon, dua kejohanan peringkat kebangsaan dan satu kejohanan jemputan antarabangsa atau yang dipanggil sebagai Mirnawan Cup. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, silakan Yang Berhormat Permatang Pauh.

draft • 11:10 AM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun sukan hoki ini telah berjaya mengharumkan nama negara tetapi kalau kita lihat infrastrukturnya masih berada di tahap yang rendah khususnya di luar bandar. Apakah inisiatif kerajaan untuk menaik taraf pembangunan infrastruktur hoki khususnya berkaitan dengan padang, stadium hoki, termasuk juga aset dan peralatan berdasarkan Bajet 2023 yang disebutkan baru-baru ini? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan yang baik.

Untuk maklumat Yang Berhormat, kita masih lagi menunggu untuk Belanjawan 2023 ini diperincikan dan diluluskan oleh Dewan ini. Akan tetapi kita beri perhatian serta saya pun tidak ada maklumat yang cukup untuk jawab secara terperinci.

Jadi, saya akan jawab secara bertulis bagi maklumat berkait dengan berapa banyak fasiliti yang dirancang untuk diperbaiki dan dibangunkan. Akan tetapi kita memberi tumpuan terhadap projek-projek sambungan, terutama sekali. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

9. Tuan Lee Chuan How [Ipoh Timur] minta Menteri Kesihatan menyatakan peratusan bulanan kematian bagi kes serangan jantung yang di luar hospital di mana perkhidmatan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia tidak memberikan Resusitasi Kardiopulmonari

(CPR), daripada Januari 2013 sehingga Disember 2022.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Tuan Yang di-Pertua, KKM hanya memantau peratusan bulanan kematian bagi kes serangan jantung yang berada di fasiliti KKM sahaja. Namun demikian, berkaitan soalan Yang Berhormat Ipoh Timur iaitu mengenai pemantauan terhadap peratusan bulanan kematian bagi kes serangan jantung yang di luar hospital, antara inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh KKM adalah penglibatan di dalam Pan-Asian Resuscitation Outcomes Study (PAROS) clinical research network. Kolaborasi ini bertujuan untuk meningkatkan sistem perkhidmatan perubatan kecemasan dan kelangsungan hidup kes-kes dengan izin out-of-hospital cardiac arrest

(OHCA) di rantau Asia Pasifik. Ia dilaksanakan dengan mengumpul maklumat baseline berkenaan prevalence, perawatan dan outcome kes-kes OHCA.

Menerangkan variasi yang terdapat di dalam kesemua sistem perkhidmatan perubatan kecemasan yang terbabit dan seterusnya mencadangkan beberapa intervensi yang boleh dilaksanakan bagi menangani kes-kes OHCA di rantau ini bagi membolehkan KKM bertindak dengan lebih efisien dan objektif dalam menangani kes-kes sebegini dalam masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, hasil dapatan kajian tersebut telah diterbitkan dalam jurnal perubatan Resuscitation pada tahun 2015. Antara dapatan khusus yang diperolehi untuk Malaysia adalah seperti berikut:

(i) sebanyak 389 kes OHCA telah dicatatkan di tiga buah pusat pengumpulan data di Malaysia iaitu Lembah Klang, Kota Bharu dan Pulau Pinang dari Januari 2009 hingga Disember 2012 dengan 84.1 peratus dianggap berpunca daripada jantung;

(ii) sebanyak 47 peratus daripada jumlah kes yang dicatatkan dengan kejadian disaksikan oleh seseorang;

(iii) sebanyak 37.1 peratus kes mempunyai unknown unshockable rhythm yang dicatatkan sebagai first arrest rhythm;

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

(iv) sebanyak 22.6 peratus kes menerima bantuan CPR oleh pemerhati, bystander dengan izin, dengan 2.6 peratus menerima bantuan defibrillation dan 12.7 peratus menerima suntikan adrenalin oleh pasukan respons prahospital; dan

(v) sebanyak lapan peratus kes mendapat rawatan lanjut di hospital.

Untuk makluman Yang Berhormat Ipoh Timur, terdapat juga maklumat-maklumat berkenaan tentang serangan jantung di luar premis KKM dan juga maklumat tersebut mempunyai banyak data. Saya akan berikan data tersebut secara bertulis. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Ipoh Timur.

draft • 11:10 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberi jawapan yang sangat terperinci dan bernas. Akan tetapi saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tahulah soalan ini sebenarnya berkaitan dengan satu kes yang berlaku April tahun lepas berkenaan dengan kematian Cikgu Kumar yang berlaku dari SMK St Michael ke HRPB di Ipoh.

Sebenarnya saya hendak tanya soalan mendasar berkenaan adakah atau tidak suatu garis panduan atau peraturanlah atau protokol yang memberi kuasa atau ruang bagi paramedik atau ambulans untuk sampai sekiranya sampai lebih daripada 15 minit selepas panggilan kecemasan untuk tidak dilaksanakan CPR atau cardiopulmonary resuscitation. Adakah itu satu dasar? Seterusnya, apakah keadaan atau siasatan atau hasil siasatan terkini berkenaan dengan kes Cikgu Kumar?

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 11:10 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman dasar yang ada ketika ini adalah sekiranya berlaku sesuatu kes, ambulans akan bergerak melalui daripada bermulanya panggilan tersebut dalam tempoh 15 minit. Saya juga maklum berkenaan tentang kes yang berlaku di Ipoh pada tahun lepas dan juga buat ketika ini bagi memastikan orang awam mendapat chance of survival yang tinggi dalam kes OHCA, penglibatan semua pihak amat penting dan ia bermula di semua peringkat komuniti.

Susulan itu, Resuscitation Academy iaitu sebuah badan mewakili pakar-pakar yang terlibat dalam Cardiac Arrest Registry telah mencadangkan 10 langkah dan juga salah satu langkah adalah mewujudkan Cardiac Arrest Registry Comprehensive. Berkenaan tentang apa yang disoal oleh Yang Berhormat Ipoh Timur berkenaan tentang pemberian CPR, pihak KKM sedang memperhalus SOP yang terbaik untuk memastikan dan juga mengelak insiden-insiden seperti yang berlaku sebelum ini berulang.

Kita akan memastikan perkhidmatan ambulan untuk sampai ke sesuatu kes mengikuti SOP yang telah ditetapkan.

Walaupun demikian, kita tidak dapat mengelakkan sekiranya sesuatu yang berlaku di dalam perjalanan dan apa yang kita buat adalah untuk meletakkan ataupun menempatkan

draft • 11:10 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

ambulans di tempat yang strategik dengan kerjasama NGO seperti Bulan Sabit Merah dan St. John sebagai contoh.

Berkenaan dengan siasatan tersebut, kes tersebut masih lagi dalam siasatan dan kita juga sedang menunggu jawapan daripada siasatan tersebut. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 11:10 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, serangan jantung adalah sebahagian daripada penyakit yang terkait rapat dengan life-style, dengan izin.

draft • 11:10 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Di antaranya adalah tabiat merokok, sedentary lifestyle dan juga pemakanan.

Apakah inisiatif-inisiatif ataupun tindakan-tindakan KKM dalam meningkatkan cara hidup bagi menjamin rakyat Madani yang lebih sihat?

Terkait dengan soalan Yang Berhormat Ipoh Timur, saya ingin menambah sedikit.

Perkhidmatan Kesihatan dengan ambulan biasanya dilengkapkan dengan paramedik- paramedik yang terlatih di dalam CPR. Jadi, apakah justifikasi soalan ini yang mengatakan ambulan yang hadir bersama driver dan juga paramedik tidak melakukan CPR? Melainkan pesakit yang didatangi itu telah disahkan betul-betul meninggal, baru lah CPR tidak dilakukan.

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. KKM sememangnya memberikan fokus kepada strategi pencegahan kawalan NCD pada peringkat awal mengikut life cost approach berdasarkan Pelan Strategik Kebangsaan Penyakit Tidak Berjangkit 2016-2025. Polisi pelan dan perkhidmatan mengikut life cost approach ini untuk pencegahan dan kawalan NCD mengambil kira keperluan kesihatan dan sosial di semua peringkat kehidupan.

Sememangnya, KKM banyak melaksanakan program pencegahan dan juga program awareness. Saya juga ingin mengambil kesempatan di dalam Dewan ini Tuan Yang di-Pertua, memandangkan beban tugas sebagai seorang Ahli Parlimen sangat tinggi dan juga perbahasan-perbahasan yang menimbulkan satu emosi.

Saya juga menggalakkan agar Yang Berhormat di dalam Dewan ini mengambil langkah untuk membuat pemeriksaan berkala. Kita bimbang kejadian-kejadian yang berlaku seperti di penggal yang lepas, ada yang tumbang di dalam Dewan yang mulia ini. Kita juga ingin melakukan awareness supaya Yang Berhormat menggalakkan rakyat melakukan pemeriksaan secara berkala.

Bagi soalan yang kedua tadi, berkenaan kesinambungan soalan daripada Yang Berhormat Ipoh Timur. Jawapan tersebut saya akan berikan lengkap secara bertulis. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan yang ke-10, dijemput Yang Berhormat Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan,.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sempat juga. Soalan saya nombor 10.

draft • 11:20 AM

10. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah kerajaan akan mengembalikan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti yang didesak oleh pihak-pihak tertentu?

draft • 11:20 AM

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Saya mohon izin untuk menjawab soalan Yang Berhormat Kota Bharu secara bersekali dengan soalan nombor 47 daripada Yang Berhormat Jelebu bertarikh 2 Mac. Soalan nombor 60 daripada Yang Berhormat Sembrong bertarikh 8 Mac dan soalan nombor 4 daripada Yang Berhormat Alor Setar bertarikh 23 Mac kerana melibatkan isu dan persoalan yang sama.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, negara kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan Kerajaan Perpaduan pada hari ini sentiasa menghormati hak rakyat untuk mengundi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejarah pilihan raya kerajaan tempatan telah pun bermula pada tahun 1857 iaitu sejak 166 tahun dahulu. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya telah ditangguhkan pada tahun 1965, ekoran daripada konfrontasi di antara Malaysia dan Indonesia. Semenjak itu, ia tidak pernah diteruskan lagi.

Untuk makluman Dewan yang mulia, kerajaan mengambil maklum laporan Suruhanjaya Diraja dengan izin, report of the Royal Commission of Inquiry to Investigate into the Working of Local Authorities in West Malaysia yang diketuai oleh Senator Datuk Athi Nahappan pada tahun 1965.

Suruhanjaya Diraja telah mengesyorkan bahawa “that the present system of election on the basis of word should continue to provide a representation to local government as in the past and that voting in local government election in the country should continue on the voluntary basis as has been hitherto.” Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Perpaduan pada hari ini melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang memberi tumpuan kepada tujuh bidang fokus utama yang terbaharu iaitu:

(i) membangun dan memperkasakan peranan kerajaan tempatan;

(ii) membangun potensi pihak berkuasa tempatan bagi menjana sumber pendapatan tambahan negara;

(iii) perancangan perumahan yang lebih komprehensif dan berdaya saing.

(iv) pemerkasaan komuniti tanpa mengira kaum;

(v) pengurusan sisa pepejal bersepadu yang lebih efektif dan efisien bagi menghasilkan pelaksanaan ke arah ekonomi kitaran;

(vi) memperkukuhkan agenda bandar mampan dan pintar ke arah pembandaran baharu; dan

(vii) memperkukuh kesiapsiagaan kebombaan dan penyelamatan yang sejahtera.

Bagi tahun 2023, KPKT akan memastikan perkhidmatan asas PBT diutamakan seperti jalan raya yang rata, tandas awam bersih bertaraf bersih, menawan dan wangi (BMW),

draft • 11:20 AM

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

lampu yang terang, longkang yang bersih sebagai antara misi utama untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Justeru, Pilihan Raya Kerajaan Tempatan ketika waktu ini bukan satu perkara keutamaan pihak kementerian. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Kota Bharu.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Menteri dengan jawapan yang very comprehensive. Terima kasih. Insya-Allah kita boleh berbahas sekiranya perkara itu dibangkitkan di masa-masa akan datang.

Soalan tambahan saya, selaras dengan perkembangan pesat di kalangan pihak berkuasa tempatan di negara kita, termasuklah perluasan kawasan pentadbiran majlis daerah menjadi majlis perbandaran, menjadi majlis bandar raya, menjadi dewan bandar raya.

Soalan saya. Adakah kerajaan bercadang untuk meminda seksyen 10 Akta 171 untuk menetapkan jumlah minimum yang baharu? Ahli Majlis sekarang ini lapan. Juga, menetapkan jumlah maksimum yang sekarang ini 24 kepada suatu jumlah yang lebih sesuai dan munasabah dengan perkembangan yang berlaku. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Kota Bharu yang bertanyakan soalan yang baik. Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan tahun 1976 sebenarnya memperuntukkan bahawa Ahli Majlis PBT adalah dilantik oleh pihak berkuasa negeri. Bersesuaian dengan masa dan perubahan pembangunan negara, sebenarnya yang perlu diperkasakan adalah prestasi khidmat Ahli-ahli Majlis. Pada ketika ini, kementerian tiada rancangan untuk memperluaskan dan menambahkan bilangan Ahli-ahli Majlis. Sekian terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan sebelah kanan. Silakan Yang Berhormat Segamat.

draft • 11:20 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini adalah berkenaan dengan rumah terbengkalai kepada Menteri KPKT. Apakah langkah- langkah yang sedang diambil oleh KPKT bagi menyelesaikan isu rumah terbengkalai yang semakin hari semakin meningkat? Contohnya, adakah harga-harga rumah terbengkalai ini akan diturunkan supaya boleh dijual kepada pemilik yang benar-benar ingin mendapatkan rumah. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada Yang Berhormat Segamat. Sebenarnya, soalan tambahan langsung tiada kaitan dengan soalan asal. Oleh sebab itu, saya akan berikan jawapan bertulis. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih. Yang Berhormat, saya teruskan lah ya fasal – dasar saya cuba hendak bagi. Pengalaman saya sebagai wakil rakyat dulu-dulu sampai 6,7 sahaja. Saya hendak cuba bagi sampai berapa

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

banyak kerana amat penting di bawah sana pengundi-pengundi anda melihat anda beraksi di dalam Dewan. Itu lah matlamat saya.

Okey, berikutnya saya persilakan - akan tetapi saya difahamkan Yang Berhormat Sandakan tidak ada. Saya teruskan ke soalan yang nombor 12, Yang Berhormat Kemaman.

draft • 11:20 AM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan Kemaman nombor 12.

draft • 11:20 AM

[Soalan No. 11 – Y.B. Puan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) tidak hadir]

12. Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan:

(a) kadar kes pembalakan haram di setiap negeri sejak tahun 2022; dan

(b) sejauh mana keberkesanan penggunaan teknologi baharu seperti dron dapat mengurangkan aktiviti pembalakan haram.

draft • 11:20 AM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak 90 kes pembalakan haram telah direkodkan di seluruh negara pada tahun 2022.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak satu kes bagi negeri Johor, 10 kes di Kelantan, satu kes di Negeri Sembilan, satu kes di Pahang, 11 kes di Perak dan dua kes di Selangor.

Manakala, sebanyak empat kes pembalakan haram direkodkan bagi negeri Sabah dan 60 kes pembalakan haram telah direkodkan di Sarawak. Penjenayah yang melakukan kesalahan tersebut telah didakwa di bawah Akta Perhutanan Negara Akta 313 di Semenanjung Malaysia, Ordinan Hutan 2015 (Bab 71) di Sarawak dan Enakmen Hutan 1968

(Sabah No. 2 of 1968) di Sabah.

draft • 11:20 AM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Tentang penggunaan teknologi, NRECC menerusi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak turut mengambil pendekatan menggunakan teknologi seperti sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing (FMRS) dengan izin di Semenanjung, sistem Continuous Monitoring And Surveillance (COMOS) di Sarawak serta sistem aplikasi iForSabah di Sabah dalam aspek pemantauan dan penguatkuasaan hutan di negara ini.

Sistem ini menggunakan teknologi Geographic Information System (GIS) dengan izin, penderiaan jarak jauh (remote sensing) dan imej satelit berevolusi tinggi yang boleh mengesan sebarang perubahan dalam kawasan hutan simpan kekal. Sistem ini membantu pasukan rondaan dan operasi penguatkuasaan untuk membanteras aktiviti kesalahan hutan di lapangan dengan maklumat lokasi yang lebih spesifik.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 11:30 AM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Selain itu teknologi seperti dron juga digunakan sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat yang bertanya, bagi membantu membanteras jenayah hutan melalui pemantauan udara di lokasi-lokasi yang tertentu.

draft • 11:30 AM

Seorang Ahli

Okey, thank you Sir.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Che Alias...

[Tidak jelas]

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan soalan.

draft • 11:30 AM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Soalan tambahan saya berkaitan dengan isu penyalahgunaan lesen pembalakan di kawasan hutan simpan kekal iaitu melebihi had yang telah ditetapkan. Saya rasa isu ini sering kali terjadi sehingga menjejaskan biodiversiti hutan di negara kita ini. Soalan saya, apakah tindakan tegas yang dilakukan oleh pihak kerajaan khususnya Kerajaan Persekutuan bersama dengan kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu ini? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:30 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya. Terima kasih atas soalan yang telah dibangkitkan tentang langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan bersama-sama dengan kerajaan negeri. Sebagaimana yang telah disebut oleh Yang Berhormat, dalam soal perhutanan ini, pihak berkuasa negeri mempunyai bidang kuasa yang luas tetapi Kerajaan Persekutuan juga ada peranan untuk memastikan keadaan hutan simpan kekal khususnya berada dalam keadaan yang baik.

Jadi buat masa ini, kita bergantung kepada peruntukan yang telah diambil di bawah perundangan yang saya telah sebutkan tadi iaitu Akta Perhutanan Negara bagi Semenanjung, Ordinan Hutan bagi Sarawak dan juga Enakmen Hutan bagi negeri Sabah.

Pada masa yang sama, kerajaan juga telah memulakan sejak tahun 2019, Ecological Fiscal Transfers sebagai satu insentif sebab banyak aduan yang kita terima daripada peringkat kerajaan negeri ialah bahawa kerajaan negeri diminta untuk memulihara hutan, tetapi tidak diganti daripada segi hasil untuk pemuliharaan tersebut.

Sebagai rekod secara ringkas, antara negeri-negeri yang menerima pada tahun lepas kalau EFT, negeri Sabah menerima RM12.997 juta, negeri Kelantan RM5.938 juta, Terengganu RM6.9 juta, Kedah RM4.4 juta, Pahang RM8.49 juta, Sarawak RM13.3 juta, Perak RM6.3 juta dan Selangor RM3.7 juta.

Kalau pada tahun 2019, EFT ini jumlahnya RM60 juta setahun, tahun 2021 RM70 juta setahun, tahun 2022 juga RM70 juta setahun. Sebagai mana kita dengar dalam pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, untuk tahun 2023 ia ditingkatkan kepada RM150 juta setahun.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri dahulu.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 28 Februari 2023”.

draft • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

draft • 11:34 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Arthur Joseph Kurup

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:34 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Standing order?

draft • 11:34 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya Tuan Yang di-Pertua, saya bangun atas Perkara 18(1).

draft • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

draft • 11:34 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Iaitu perkara ini hendaklah disegerakan, perkara tertentu dan untuk kepentingan orang ramai. Tuan Yang di-Pertua telah pun menjawab perkara yang telah saya timbulkan, tetapi saya tidak berpuas hati sebab moratorium kantin ini akan tamat pada 31 Mac. Ia dengan itu saya rasa wajar permohonan itu dibuat daripada sekarang, jadi tempoh sebulan. Ini kerana lepas 31 Mac, mereka akan menghadapi masalah.

draft • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 11:34 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, apakah Tuan Yang di-Pertua hendak saya baca ini?

draft • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya terpaksa ya. Saya tolak kerana ia amat disegerakan, perlu disegerakan, tetapi waktu sekarang ini ialah waktu bajet. Jadi, mungkin Yang Berhormat masukkan dalam ucapan Yang Berhormat semasa discuss bajet esok, mendesak atau memohon supaya kementerian menjawab ya.

draft • 11:34 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey Tuan Yang di-Pertua. Masa itu 12 minit, soalan yang saya membuat persediaan untuk setengah jam.

draft • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa, adjust.

draft • 11:34 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi kalau 12 minit, kalau Tuan Yang di-Pertua boleh bagi saya lima minit...

draft • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat adjust. Kita adjust, kita adjust.

draft • 11:34 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Adjust boleh ya?

draft • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih ya.

draft • 11:34 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih. Perjanjian ini kita akan pegang sampai hari kiamat.

[Ketawa]

draft • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Yang Berhormat sekalian, saya telah pun mendapat permohonan daripada Yang Berhormat Bandar Kuching untuk meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Kapar dan saya telah pun juga menjemput Yang Berhormat Kapar ke bilik saya. Jadi, ada persetujuan di antara saya dengan Yang Berhormat Kapar. Untuk sedemikian, saya memohon Yang Berhormat Kapar bacakan statement yang telah dipersetujui. Silakan Yang Berhormat.

draft • 11:34 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

*Kalau ada jarum peniti, Jangan disimpan di dalam peti, Andai ada ucapan disalah erti, Saya menyusun sepuluh jari.

Niat di hati suara rakyat saya juarai, Semak imbang Kerajaan Madani, Biar integriti, Bukankah itu peranan hakiki selaku wakil rakyat.

Suara rakyat yang diwakili, Sudi kiranya rujuk Penyata Rasmi, Muka surat 134 hingga 137 pada 14 hari bulan Februari, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang bijak bestari.*

draft • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Itu gurindam yang menjawab soalan-soalan kita.

[Tepuk] Terima kasih Yang Berhormat Kapar. So, saya anggap kes ini telah selesai dan kita boleh bergerak seterusnya. Silakan.

draft • 11:34 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2023 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2023

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, menurut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari sembilan puluh sembilan bilion ringgit

(RM99,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2023, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2023, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 19 Tahun 2023, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut, dan bahawa Usul yang telah diluluskan oleh Dewan ini pada 20 Disember 2022 mengenai perbelanjaan yang dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2023 adalah dibatalkan dan hendaklah disahkan.” [24 Februari 2023]

draft • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan pada hari ini bermulanya perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2023.

Sebelum saya memanggil Yang Berhormat untuk berucap, saya ingin memaklumkan bahawa Yang Berhormat Ketua Pembangkang diperuntukkan selama 90 minit untuk perbahasan, diikuti ahli daripada penyokong kerajaan juga 60 minit diperuntukkan dan seterusnya 12 minit bagi pembahas-pembahas yang lain. Ketua-ketua parti pula akan diberikan masa 20 minit.

Ada permintaan oleh kerana ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak sempat berucap, jadi mungkin saya akan berikan extra satu minit, sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak sempat.

Oleh itu, saya dengan segala hormatnya menjemput Yang Berhormat Ketua Pembangkang.

[Tepuk] Ketua Pembangkang, 90 minit.

draft • 11:34 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tidak apa, saya habiskan pukul 1.00 tengah hari, insya-Allah.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, ya.

draft • 11:40 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam bahagia. Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan saya, seluruh Ahli Parlimen Perikatan Nasional ini yang tampil pada hari di mana Yang Amat Berhormat Tambun membentangkan usul ini dengan begitu segak, tampil sedondon berwarna putih semasa sesi pembentangan pada Jumaat yang lepas.

[Tepuk] Ia bukan hanya segak Tuan Yang di-Pertua, tetapi lebih pentingnya ia menunjukkan satu bukti yang jelas bahawa kami ini seia, sekata.

[Tepuk]

draft • 11:40 AM

Seorang Ahli

Sehati sejiwa.

draft • 11:40 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Seiring sederap. Sehati sejiwa, dia hendak juga. Sebagai sebuah pasukan laksana kata pepatah Melayu, ‘serumpun bak serai, sesusun bak sirih’ alhamdulillah. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat pergi dan selamat kembali kepada beberapa Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional yang diketuai oleh Yang Berhormat Kubang Kerian yang akan berlepas ke Turki bagi menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Perikatan Nasional bermula dari 2 Mac hingga 7 Mac 2023, Tuan Yang di- Pertua. Kita doakan bersama-sama [Tepuk] untuk mereka selamat pergi dan selamat pulang.

Tuan Yang di-Pertua, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana hari ini saya diberikan peluang untuk mengambil bahagian bagi membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 yang memperuntukkan RM388.1 bilion dengan sejumlah RM289.1 bilion untuk belanja mengurus dan RM99 bilion lagi bagi belanja pembangunan.

Apabila saya mendengar ucapan Yang Amat Berhormat Tambun, saya agak simpati juga kerana dalam keadaan ekonomi negara kita ini yang agak runsing pada hari ini. Begitu juga dengan ekonomi dunia. Jadi, saya merasakan mungkin ini yang menyebabkan ucapan Yang Amat Berhormat pada hari itu sesuatu yang saya anggapkan seperti bajet selimut yang senteng.

Maksudnya, kalau kita tutup muka, betis kita terselak. Kalau kita tutup kaki, muka kita terdedah. Ertinya, banyak perkara dalam belanjawan tersebut yang kurang daripada segi pendekatan untuk menentukan masa depan kita. Hal ini kerana sepatutnya belanjawan ini sesuatu yang boleh melonjakkan pertumbuhan ekonomi dalam negara. Ia memberikan sesuatu peluang pekerjaan untuk rakyat, terutamanya mereka anak-anak muda dan sepatutnya meringankan bebanan rakyat, terutamanya kos sara hidup. Jadi, segala apa yang kita dengar, belanjawan ini seharusnya sesuatu belanjawan yang harus diberikan atau diagihkan secara saksama kepada semua.

Bukankah matlamat utama sesebuah perancangan pembangunan itu adalah untuk memberi nilai tambah dan limpahan yang berganda bagi meningkatkan tahap sosioekonomi dan daya saing negara? Oleh sebab itu, saya ambil pendekatan ini untuk melihat dan memberitahu kepada rakan-rakan saya bahawa hari ini kita rasa simpati kepada Yang Amat Berhormat Tambun apabila membentangkan isu ini.

draft • 11:40 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Hal yang saya hairannya, yang bertambah hairannya ialah ketika beliau membentangkan ucapan tersebut, saya hendak maklumkan bahawa selepas beberapa minit kita sudah dapat dan kita boleh ikut teks ucapan yang telah pun disediakan. Ketika itu kita rasa amat hairan kerana, ‘eh, yang mana satu?’ Apakah yang dibaca oleh Yang Amat Berhormat Tambun sendiri ataupun teks yang diberikan kepada kita? Jadi sebab itu, saya ingin persoalkan di sini mengapa perkara ini boleh berlaku? Hal ini kerana bukankah belanjawan itu sepatutnya berdasarkan kepada realiti yang ada di hadapan kita? Kalau ia berdasar kepada realiti, teks yang sepatutnya yang diberikan kepada kita itu ialah sesuatu yang melambangkan kepentingan semua pihak. Akan tetapi apabila kita dengar ada perkara-perkara yang kurang sana, kurang sini, maka saya terpaksa membangkitkan isu ini.

Oleh kerana saya percayalah, di mana kita hendak merangka dokumen yang begitu besar, dengan izin, paramount important untuk negara kita ini. Sudah tentu ia perlu memakan masa dan penelitian 100 peratus. Jadi, kita tidak bolehlah, menyebabkan kita semua penganalisis, penganalisa yang di luar sana pun agak confused apabila mendengar ucapan dan teks yang telah pun dibekalkan.

Jadi, saya rasa simpati kerana apabila sahaja Yang Amat Berhormat mengatakan bahawa apa pun yang pentingnya adalah untuk kita mengurangkan defisit fiskal negara. Ia sesuatu yang kita rasa baik tetapi apakah strateginya? Bagaimanakah strateginya? Tidak langsung dijelaskan kepada kita.

Kalau kata setakat memberitahu kepada kita bahawa kerajaan akan tentukan supaya defisit ini dikurangkan dan kita bandingkan dengan apa yang telah pun dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan sebelum ini. Jadi, kita hendak tengok apakah ada realiti untuk benar-benar dapat mencapai tahap yang disasarkan tersebut.

Jadi, saya hendak bagi contohlah, bekas Menteri Kewangan iaitu Yang Berhormat Datuk Seri Utama Tengku Zafrul, menyasarkan penurunan defisit fiskal kepada 5.5 peratus pada tahun 2023 ini. Seterusnya, 4.4 peratus sehingga tahun 2025. Akan tetapi pada hari ini bila Yang Amat Berhormat mengatakan kadar defisit fiskal negara kepada lima peratus pada tahun ini, jadi saya agak kurang pasti apakah realiti ini boleh dicapai?

Kita kena fikir bila kita bentang ini, masa tempoh yang diberikan kepada kita setahun tetapi kita bentang ini, sudah akhir bulan Februari, hendak diluluskan pun bulan Mac. Jadi, kalau kita hendak tentukan bahawa revenue kita itu boleh mencapainya.

draft • 11:40 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Oleh sebab itu selalunya kita buat pembentangan bajet kita pada akhir ataupun pada bulan 10. Ada masa untuk kita tentukan boleh kita capai. Jadi, saya amat simpati. Walau bagaimanapun saya mohon supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri– saya tahulah Yang Berhormat Timbalan Menteri ini ada depan saya, fikir semula. Ada dua, ya. Tidak apalah yang mana satu pun tidak apa. Fikir semula. Jangan kita sebut hari ini, esok orang akan persoalkan. Bila mereka persoalkan ini bukan hanya rakyat yang mempersoalkan tetapi mereka yang di luar sana yang melihat Malaysia ini sebagai sebuah negara yang mereka

draft • 11:50 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

hendak datang dan melabur dalam negara. Itu yang saya agak mahu berhati-hati tentang isu yang akan dibangkitkan nanti.

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Mohon penjelasan, Yang Berhormat Larut. Sedikit saja.

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Lebih-lebih lagi pendapatan yang digariskan adalah berjumlah RM291.5 bilion sedangkan KDNK negara pada tahun ini hanya dijangka tumbuh pada kadar 4.5 peratus sahaja. Pengurangan daripada 8.7 peratus yang telah diumumkan baru-baru ini. Jadi, kalau itulah yang telah pun berlaku dalam konteks ekonomi Malaysia, sasaran pengurangan defisit fiskal kepada lima peratus ini saya rasa susah untuk kita capai kecuali tiap-tiap quarter yang akan kita umumkan itu consistently lebih kurang 4.5 peratus pada tahun ini.

draft • 11:50 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Larut.

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi, sebab itu saya ingin Yang Berhormat Timbalan Menteri atau Yang Berhormat Menteri Kewangan menjelaskan sama ada boleh ataupun tidak. Sasarannya baik tetapi sama ada kita boleh capai atau tidak ini adalah sesuatu yang boleh kita ambil kira dan kita maklumkan. Mungkin dalam keadaan ekonomi yang sebegini rupa. Defisit kita pada tahun ini masih lagi agak yang besar tapi sasaran untuk tiga tahun akan datang. Ia boleh kita capai untuk – okey saya boleh saya menerimanya.

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Larut.

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya nak maklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua, kami di sebelah sini adalah kumpulan yang telah awal-awal lagi saya jelaskan pada Tuan Yang di-Pertua, kami akan menjadi pembangkang yang berwibawa dan bersedia bukan hanya menyokong tetapi juga memberikan pandangan.

Sekiranya ada sesuatu yang kami rasa kurang jelas, tidak patut, jadi tidak payahlah.

Kita boleh duduk bincang untuk kepentingan rakyat. Apa yang kita nak mulakan pada hari ini adalah nak membuktikan bahawa kami di sini adalah wakil rakyat yang benar-benar menentukan masa depan negara dan kepentingan rakyat.

[Tepuk]

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Larut.

draft • 11:50 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Larut.

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi.

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Mohon penjelasan.

draft • 11:50 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Minta penjelasan sedikit.

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sedikit.

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi, sekali lagi saya ingin melontarkan.

draft • 11:50 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Orang Perak ini. Orang Perak nak bertanya orang Perak.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Larut tidak bagi ya.

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Nanti dululah. Saya baru mula.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak masuk gear lagi. Sila duduk. Sila duduk Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Bayan Baru.

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jika asas ekonomi negara masih sama bergantung kepada semata-mata terutamanya komoditi melalui PETRONAS sebagai contoh.

Ini adalah satu dasar yang saya rasa harus kita fikirkan bagaimana untuk kita mencari pertumbuhan ekonomi melalui revenue yang baharu dan melalui ekonomi yang baharu yang boleh kita tentukan supaya sasaran ini boleh kita capai di masa hadapan.

Maka itulah dasar yang kami di sini mahu bawa, mahu memberi contoh-contoh supaya kerajaan kalau boleh terima pandangan ini, kami merasakan bahawa benarlah apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa mereka adalah satu- satunya kerajaan yang memikirkan tentang perpaduan dan tidak mencari sesuatu yang boleh merosakkan pemikiran rakyat kerana kami di sini hanyalah untuk membetulkan.

Jadi, hari itu kata, ‘Wah, fasal apa’. Sebagai contohlah, ‘Banyak sangat kerajaan ini hanya menggunakan PETRONAS semata-mata’. Akan tetapi hari ini saya tengok RM40 bilion yang telah pun dimasukkan dalam belanjawan ini yang diambil daripada tabung PETRONAS itu sendiri. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya rasalah, biarlah belanjawan ini bermula pada kali ini ada game changernya.

Walaupun ia merupakan bajet yang pertama di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun selepas dulu yang akhir sekali dibentangkan adalah 24 tahun dahulu.

Jadi, ini kali yang pertama sepatutnya biarlah ia menjadi satu sejarah bahawa inilah satu- satunya bajet yang boleh memberikan keadilan kepada semua. Jangan ada perasaan- perasaan yang lain. Perasaan yang kami di sini merasakan seolah-olah...

draft • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Berdendam. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Apa dia?

draft • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Berdendam. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang Berhormat Arau kata dendam. Saya tidak kata. Ini Yang Berhormat Arau.

[Ketawa] Ada yang merasakan, ‘Ini betul kah ini?’. Fasal apa perkara ini boleh berlaku? Apakah kerana negeri-negeri yang diberikan peruntukan besar ini di bawah pimpinan Kerajaan PH, sebagai contoh? Itu adalah soalan-soalan yang timbul. Jadi, sudah nampak tidak ada kesamaannya. Kesaksamaan itu harus ada. Jadi, tidak mahu ada perasaan-perasaan itu yang menunjukkan bahawa tidak adil di sini.

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Penjelasan. Penjelasan, Yang Berhormat Larut.

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi, kalau tidak adil itu maka kita juga boleh persoalkan apakah belanjawan madani ini benar-benar madani seperti apa yang telah pun dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Tambun sendiri.

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Penjelasan.

draft • 11:50 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Larut, minta.

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi.

draft • 11:50 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Minta laluan, Yang Berhormat Larut.

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Dia mahu sangat bagilah dia. Saya pun susah dia ini kacau daripada mula. Apa hal kau ini?

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Bayan Baru.

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Larut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dengar ucapan Yang Berhormat Larut selama 17 minit dengan teliti kerana ini adalah ucapan kali pertama Yang Berhormat Larut sebagai Ketua Pembangkang dan biasanya Ketua Pembangkang ini adalah government in waiting dan Yang Berhormat Larut merupakan Prime Minister-in-waiting. Saya ada expectation yang sangat tinggi terhadap Yang Berhormat Larut tetapi saya telah dengar 17, 18 minit ucapan Yang Berhormat Larut tapi Yang Berhormat Larut tidak straight to the point. Ini, saya harap I have high expectation kerana tidak ada isi, dia sembang kencang dan Yang Berhormat Larut sedikit saja, sedikit saja.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ajukan soalan. Ajukan soalan.

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya expect. Kalau Yang Berhormat Larut boleh criticize, no problem.

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, kalau itu cara dia saya minta dia duduk.

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Akan tetapi saya memohon...

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya tidak benarkan.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Duduk. Duduk. Yang Berhormat Bayan Baru, duduk.

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya mohon sedikit saja, Yang Berhormat Larut.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Duduk. Duduk.

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya mohon kalau pembangkang boleh bangkitkan shadow bajet, belanjawan bayangan.

draft • 11:50 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Pendang. Pendang.

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Akan tetapi setakat ini pihak pembangkang tidak buat.

draft • 11:50 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Buang masa.

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tidak buat kerja. Kalau mahu jadi pembangkang yang konstruktif, bawalah belanjawan bayangan.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Duduklah, orang tidak bagi.

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sekarang tidak ada. Ada Yang Berhormat Putrajaya yang in charge, patutnya untuk membawa shadow bajet tetapi tidak buat.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, point taken.

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ada Yang Berhormat Tasek Gelugor yang cerdik pandai pun tidak bawa. Ini saya rasa kecewalah kerana pembangkang tidak konstruktif langsung, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sekejap.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat Bayan Baru. Yang Berhormat Larut teruskan.

draft • 11:50 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Larut.

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

All right. Ini yang saya kata.

draft • 11:50 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Larut, mohon sekejap Yang Berhormat Larut.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kuasa Yang Berhormat Larut.

draft • 11:50 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Itulah standard pembangkang. Standard.

draft • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Larut, Ipoh Timur tidak kacau pun tadi. Yang Berhormat Larut.

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Itu baru mukadimah. Mukadimah pun sudah naik angin.

[Tepuk] [Ketawa]

draft • 11:50 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Teman tidak naik angin. Teman hendak tanya sahaja.

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Apa hal ini? Ini Kerajaan Perpaduan macam mana?

draft • 11:50 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Larut.

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Belum lagi tentang...

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Koyak, koyak.

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Belum lagi, bila saya baru hendak masuk tentang pasaran ekonomi baru, kita baru nak cakap pasal pasaran ekonomi baru ini...

draft • 12:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Larut...

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tak sempat-sempat...

draft • 12:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

...Ipoh Timur...

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang dia takut sangat ini apa fasal..?

draft • 12:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Ipoh Timur hendak tanya fasal sopan santun ini.

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Dia belum tahu pun yang saya hendak sampaikan. Saya hendak sampaikan, saya hendak bagi tahu bahawa kami di sini merupakan suatu kumpulan yang hendak tengok - check and balance, apa yang hendak disampaikan oleh kerajaan. Jadi, kalau Yang Amat Berhormat Tambun boleh baca bermacam-macam ayat al-Quran dengan menggunakan segala philosophy nya. Eh, apa salahnya juga...

draft • 12:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Larut...

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Pembangkang melalui saya, bermula dengan pendahuluannya sebegini.

draft • 12:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Ipoh Timur tidak kacau. Hendak tanya sahaja.

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang kau sibuk kenapa?

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Itu kacau lah tu.

Duduk Yang Berhormat Ipoh Timur.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, tolong duduk dahulu.

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Duduk lah. Degil sangat kenapa?

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Larut tidak bagi lagi. Tolong duduk dulu.

Yang Berhormat Larut tidak bagi lagi. Sat lagi dia bagi. Duduk dahulu.

draft • 12:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Pendang, boleh tidak Pendang? Sikit sahaja.

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya hendak maklumkan tadi...

draft • 12:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Pendang boleh tidak?

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Bahawa dalam ucapan Yang Amat Berhormat Tambun yang pertama selepas 24 tahun, saya hendak melihat dalam sejarah hari ini, beliau menjadi seorang game changer untuk menentukan bahawa ada pasaran ekonomi baharu itu. Sebab itu kami hendak mencadangkannya di sini. Ramai rakan saya Ahli Yang Berhormat nanti akan membahaskan dan menentukan bahawa cadangan-cadangan yang akan kita bentang. Maka sebab itu, pendahuluan saya tadi hendak menunjukkan bahawa kita bersedia secara terbuka. Bukan seperti Yang Berhormat Bayan Baru, belum apa-apa sudah melompat-lompat. Lompat daripada tingkat ke-15 turun ke bawah, tidak apa Yang Berhormat...

draft • 12:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya mohon fakta.

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi yang penting kepada kita adalah...

draft • 12:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

...Yang Berhormat Larut, telah masuk bagi fakta, bagi hujah yang bernas tetapi sekarang...

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kita...

draft • 12:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

...Masih tidak ada. Pusing, sembang kosong...

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bayan Baru, tidak boleh kata macam itu.

draft • 12:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya mohon Yang Berhormat Larut bagi penjelasan...

draft • 12:00 PM

Seorang Ahli

Mukadimah...

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, kalau macam ini...

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bayan Baru please, please, please. Yang Berhormat Bayan Baru, please.

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, kalau ini lah cara, saya minta supaya keluar dulu lah Yang Berhormat Bayan Baru. Mungkin telinga dia tidak boleh hendak dengar sangat ini.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Okey.

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Biar dia keluar dahulu. Saya minta Yang Berhormat Pendang.

draft • 12:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Larut.

Saya setuju dengan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Larut berkenaan dengan anggaran, kadar defisit, lima peratus yang disebut tadi. Ha, ini baru kita hendak sebut fakta ini, bukan pergi serbu tidak tahu hala lagu tu sahaja. Adakah perancangan yang konkrit,

draft • 12:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

komprehensif daripada Yang Amat Berhormat Tambun berkenaan dengan untuk hendak capai lima peratus bagi mendapat sumber baharu negara?

Jadi, kalau ada perancangan yang ini, dengan sektor-sektor yang telah digembleng supaya dapat hasil baharu negara, saya bersetuju lah kalau lima persen. Akan tetapi, dalam masa tujuh bulan pada sekarang, Yang Berhormat Larut dengan tujuh bulan, unjuran defisit lima peratus untuk dicapai. I think satu yang miracle lah, dengan izin, kalau boleh dicapai.

Itu saya kata, biar kita jangan retorik. Itu saya hendak tahu, apa perancangan daripada Menteri Kewangan ini untuk mendapat hasil-hasil baharu, sedangkan sekarang ini bergantung tradisi pada penghasilan revenue negara yang tradisi, yang mana kita tahu kalau dibandingkan dengan tahun lepas, sumber yang kita dapat tradisi daripada PETRONAS, masa Yang Berhormat Tengku Zafrul, Senator. Kita kena sebut nama dia sebab dia Senator.

Saya rasa dia dapat hanya RM35 bilion. Akan tetapi, pada tahun ini penjimatan dibuat, dia minta RM40 bilion. Ini satu saya rasa pelik bagi menjana pendapatan baharu negara. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Larut.

draft • 12:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Larut, boleh tumpang tanya?

Soalan temanya sama. Yang Berhormat Larut.

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, jadi inilah yang saya hendak katakan

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Larut tidak bagi.

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Kita bukan hendak kondem, cumanya kita hendak tahu, bagaimana caranya.

draft • 12:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Ipoh Timur bangkit sebelum Yang Berhormat Pendang tadi.

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Sudah tentu ada aktiviti-aktiviti untuk menentukan pertumbuhan ekonomi utama dalam negara kita ini melalui ekonomi baharu yang telah pun dikatakan oleh Yang Berhormat Pendang tadi.

Saya hendak bagi contoh Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Apabila kita tanya, ada Menteri yang menjawab “Wawasan Kemakmuran Bersama” ini tidak mahu diguna pakai lagi. Mana kala sebenarnya, yang kita lakukan merupakan sesuatu untuk mencari pendapatan atau hasil daripada ekonomi baharu. Aktiviti-aktiviti pertumbuhan ekonomi utama kita ini, seharusnya kita berikan penekanan.

Seperti saya hendak bagi contoh lah dalam Wawasan Kemakmuran Bersama itu.

Contohnya, Hab Kewangan Islam 2.0, gelombang kedua melalui Fintech. Malaysia harus sekali lagi menerajui gelombang kedua perbankan Islam dengan mengadaptasi Fintech digital yang mula berkembang. Jadi, di sini saya hendak tanya adakah penekanan yang berikan di situ? Tidak apa lah tidak mahu ambil nama Kemakmuran Bersama itu, tidak apa tetapi yang pentingnya iaitu aktiviti-aktiviti yang ada dalam itu yang boleh membantu negara, harus diambil kira...

draft • 12:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Larut.

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kedua, seperti...

draft • 12:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Hendak minta pencerahan sahaja, penjelasan sahaja.

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Industri kandungan seperti animasi, pengaturcaraan, budaya dan digitalization.

draft • 12:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua, standing order.

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Dan digitalization sebagai contoh.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 12:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Standing order 37(1)(b).

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baca tengok.

draft • 12:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

“Jika hendak minta penjelasan mengenai beberapa, apa-apa perkara yang dikeluarkan oleh Ahli yang sedang bercakap itu dalam ucapannya dengan syarat Ahli yang sedang bercakap itu mahu beralah dan duduk dan Ahli yang hendak mengganggu itu dipanggil oleh Pengerusi...”. Faham tak? Faham kot no?

draft • 12:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Saya faham.

draft • 12:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kalau faham, duduk.

draft • 12:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini telah membuat ketetapan bahawasanya...

draft • 12:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Buat ketetapan.

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

draft • 12:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

...Sekiranya hendak dinampak dan minta peluang, kenalah berdiri dan juga tekan butang.

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Point of order yang kedua.

draft • 12:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Mungkin Yang Berhormat yang tidak faham ya? Saya mintak secara bersopan santun...

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Point of order Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey.

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 12:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

...Apa salahnya. Saya tidak kacau pun.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Ipoh Timur....

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Eh, point of order, point of order.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur...

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Duduk, point of order.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Betul.

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

37...

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi saya minta Yang Berhormat Ipoh Timur duduk dahulu.

Kalau Yang Berhormat Larut bagi, sebab masa ini orang yang berucap sahaja yang mempunyai kuasa untuk beri tidak laluan itu bukan Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, sekiranya orang yang berucap itu tidak mahu beri laluan minta maaf lah. Ini floor dia dan masa dia. Sebab itu, saya minta teruskan Yang Berhormat Larut. Please.

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua 37(2).

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi...

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

37(2).

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, Point of Order 37(2). Masa tidak cukup, dan niatnya untuk mengacau.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi

Okey, faham.

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sebab dia bangun...

draft • 12:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Macam mana Yang Berhormat Arau tahu niat saya?

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi

Okey, okey.

draft • 12:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Macam mana Yang Berhormat Arau tahu niat saya?

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Masa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berucap, kami tidak ganggu..

draft • 12:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Arau boleh baca apa dalam minda kepala otak saya kah?...

draft • 12:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat Ipoh Timur.

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kepala hotak, bodoh.

draft • 12:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Hebat Yang Berhormat Arau.

draft • 12:00 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Arau ini...

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat Ipoh Timur. Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Ipoh Timur...

draft • 12:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Arau, macam mana hendak tahu niat saya?

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur...

draft • 12:00 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, ini gangguan ini Tuan Yang di-Pertua, gangguan.

draft • 12:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Saya bersopan santun dan berdiri minta ruang.

draft • 12:00 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ini ganggu ini.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur! Yang Berhormat Ipoh Timur!

Listen to me. Sit down please.

draft • 12:00 PM

Seorang Ahli

Tidak dengar kata Yang Berhormat Ipoh Timur.

draft • 12:00 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi

Ops, ops, teruskan.

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sambung. Jadi banyak -aktiviti ekonomi, penumbuhan ekonomi baharu ini ada dalam Wawasan Kemakmuran Bersama. Jadi, potensi ekonomi, persisiran dan maritim juga boleh

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

kita manfaatkan. Jadi, dengan kawasan persisiran pantai dan maritim Malaysia yang luas dan strategik ia sangat sesuai untuk kita bangunkan pusat ekonomi baharu dalam negara kita.

Jadi, apa yang saya sebutkan ini merupakan contoh-contoh yang ada dalam wawasan tersebut. Jadi, kalau Yang Amat Berhormat Tambun boleh melihat kembali, tidak salah kita di sini- tidak apa lah kalau hendak tukar nama kepada Wawasan Kemakmuran Bersama Madani kah, itu tidak jadi masalah kepada kita. Apa yang pentingnya, untuk kepentingan bersama, untuk kepentingan negara. Semua yang ada itu boleh kita lihat dalam Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah dibentangkan juga dan telah pun diluluskan dalam Dewan yang mulia ini.

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, apabila Yang Amat Berhormat Tambun menjelaskan tentang untuk menoktahkan kemiskinan dalam tahun ini juga. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun, kita berikan tepukan lah kepada...

[Tepuk] Ini menunjukkan bahawa beliau benar-benar simpati kepada kemiskinan tegar dalam negara kita. Cuma kalau kita hendak lakukannya, biarlah kita boleh capai. Nanti kalau orang kampung saya tanya macam mana? Orang kampung saya, ini Larut ini banyak juga yang miskin tegar ini, sebab kita hanya tinggal lebih kurang dalam sembilan bulan

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi, saya rasa kita ubahlah ayat itu. Jangan dinoktahkan pada tahun ini. Kita kata kita hendak kurangkan kemiskinan sifar dalam negara kita, insya-Allah. Kecuali ada strateginya sebab dalam ucapan itu, kita tidak dengar strategi bagaimana. Apa yang kita dengar adalah untuk memberikan satu noktah pada tahun ini. Itu yang saya minta supaya kita pastikan bahawa apa yang dikatakan itu boleh...

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Larut...

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dua orang. Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Beluran. Nak bagi yang mana?

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya beri kepada Yang Berhormat Beluran.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya berikan kepada Yang Berhormat Beluran dahulu.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Okey. Tuan Yang di-Pertua...

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 12:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Beranilah Ketua Pembangkang...

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Saya bertentangan sedikit dengan Yang Berhormat Larut. Saya hendak kenyataan Yang Amat Berhormat Tambun itu untuk menoktahkan kemiskinan tahun ini, kita kekalkan kerana Beluran ini adalah antara kawasan Parlimen yang disenaraikan sejak Rancangan Malaysia Kesebalas, Tuan Yang di-Pertua.

Disenaraikan sebagai antara dua buah daerah di negeri Sabah yang mencatatkan insiden kemiskinan dua digit.

Jadi, kalau hendak noktahkan kemiskinan, biar kawasan Parlimen Beluran ini di Sabah ini diangkat sebagai noktahkan kemiskinan tahun ini juga. Itu yang saya hendak, Tuan Yang di-Pertua. Dengan strategi, pendekatan, peruntukan yang mencukupi untuk menoktahkan kemiskinan di kawasan Parlimen saya, Yang Berhormat...

draft • 12:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu hendak juga, Setiu hendak juga.

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya ucapan Yang Berhormat Beluran itu dimasukkan sebagai ucapan saya supaya Beluran pada tahun ini ...

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dinoktahkan. Okey.

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kita noktahkan kemiskinan sifar di...

[Tepuk] Saya melihat bahawa, apabila kita bercakap tentang kos sara hidup ini, ramai Menteri buat bermacam-macam pengumuman.

Semalam, saya dengar ada seorang Menteri sudah merasmikan satu program, apa nama programnya, Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). Alhamdulillah, saya bersyukur kerana akhirnya, seorang Menteri yang sarat dengan bermacam-macam formula akhirnya menerima formula yang telah diusahakan oleh bekas Menteri Ekonomi, Dato’ Sri Mustapa Mohamed dalam program membasmi kemiskinan...

[Tepuk]

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

...Mencuri formula.

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi - janganlah. Nanti, Tuan Yang di- Pertua, marah sikit.

draft • 12:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Larut, boleh bagi ruang sedikit tak?

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya ...

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pasal dia tidak picit, tidak menyala. Tak apalah, tetapi jangan picit, nah...

[Ketawa]

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi, saya kena berlaku adil. Walaupun Ketua Pembangkang ...

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya.

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kalau orang saya ini buat macam itu, saya tidak bersetuju.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Dengar itu? Dengar ya.

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya. Jadi, sebab itu, saya hendak supaya kalaupun kita merasakan kita tersepit dengan bermacam-macam perkara, kami ini bersedia.

Saya hendak beritahu, Yang Berhormat Putrajaya sebagai contoh. Dia bincang pasal bab kemiskinan ini semasa beliau menjadi Timbalan Menteri, akhirnya menjadi Menteri, boleh.

Saya sudah beberapa kali menjadi ahli jawatankuasa sebagai Menteri KPDNKK dahulu, sudah bincang pasal masalah kos sara hidup. Sebelah saya, bos saya, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin, Yang Berhormat Pagoh, bekas Perdana Menteri, bekas- macam-macam jawatan yang telah- ada dalam Kabinet. Kita duduk, kita bincanglah. Kita tahu, hebat mana formula yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pandan itu, akhirnya terima juga apa yang telah kita kemukakan. Sebab ini kepentingan negara. Jangan nak angkuh sangatlah...

[Tepuk]

draft • 12:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Larut, boleh beri ruang sedikit tak?

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya tengok hari ini, Yang Amat Berhormat Tambun sudah mula....

draft • 12:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Larut, bagi laluan sedikit?

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Lenggoknya menerima hakikat. Sebab itu saya bermula- tadi pun saya sudah bermula, dan saya kata, saya simpati kepada beliau.

Lain-lain itu pun, kalau ikut, tak salah. Kami ini bersedia. Sebab itu cadangan-cadangan yang dibangkitkan oleh kami. Saya dapat macam-macam mesej daripada rakyat di bawah sana.

Syabas dan tahniah kepada Wakil Rakyat Perikatan Nasional yang nampaknya begitu aktif, beri pandangan yang benar-benar credible. Itulah yang kita mahukan...

draft • 12:10 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Itu syok sendiri.

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Bukan berdiri semata-mata kerana tidak setuju.

draft • 12:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Larut.

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tak payah. Pada kami, yang tidak bersetuju, kita diam-diam hantar surat kata Yang Amat Berhormat ...

draft • 12:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Ipoh Timur ini hendak puji, tau. Ipoh Timur ini hendak puji tetapi tidak diberi ruang.

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ada perkara-perkara yang boleh kita hendak bincangkan di sini.

draft • 12:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Larut. Saya mohon penjelasan, Yang Berhormat Larut...

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Contohnya...

draft • 12:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Larut.

draft • 12:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Ini tidak beranilah.

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Contohnya, peruntukan sekolah daif. Ini saya hendak cerita, peruntukan sekolah daif. Hal ini kerana Yang Amat Berhormat Tambun...

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Larut akan bagi, insya-Allah. Duduk dahulu.

draft • 12:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Saya ada sedikit kekeliruan. Nak minta penjelasan saja.

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin ZainudLarutarut]

Yang Amat Larut, Tambun ada cerita...

draft • 12:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Minta penjelasan sedikit sahaja, Yang Berhormat Larut, sebab takut nanti saya keliru dengan fakta yang dibentangkan. Mohon sedikit penjelasan, sikit saja.

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tak apa, tak apa.

draft • 12:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Sikit sahaja.

draft • 12:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Sudah keliru 25 minit di sini.

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya hendak maklumkan. Contohnya...

draft • 12:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Tak berani.

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Peruntukan sekolah daif dan klinik daif.

Saya tengok bajet yang dibentangkan oleh Tengku Zafrul dahulu. Kita bentang dahulu

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

sesuatu yang agak lebih besar dari apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Jadi, saya hendak tanyalah. Betul, benda ini sama dengan apa yang telah pun kita bentangkan hari itu. Klinik daif berjumlah RM1.2 bilion ini, di mana jumlahnya itu adalah bercampur dengan klinik daif.

Manakala, yang dibentangkan sebelum ini, peruntukan yang dikurangkan daripada sekolah dan klinik daif, bajet asal yang dibentangkan oleh Tengku Zafrul memperuntukkan RM1.2 bilion untuk sekolah sahaja, sudah kurang RM300 juta dan RM420 juta untuk klinik, kurang RM140 juta. Jadi, saya hendak penjelasan di sini. Sebab saya rasa masalah ini merupakan sesuatu masalah yang besar untuk rakyat sana. Kalau kita nak bantu sekolah daif ini, tidak payah kurangkan, kekalkan. Begitu juga dengan klinik daif itu.

Ramai telah pun kita bincang di sini. Klinik daif ini, kalau kita- tak payah kurang. Kalau nak tambah, lagi baik kerana masyarakat kampung perlukan klinik-klinik ini di seluruh negara.

Jadi, kalau...

draft • 12:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Itu program khusus. 400 buah klinik, 380 buah sekolah. Tak bermaksud yang sebelum ini, tidak ada.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Janganlah biadab, kacau. Apakah Yang Berhormat Ipoh Timur ini?

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Ipoh Timur.

Duduk.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tuan Yang di-Pertua, ini satu perbuatan kurang ajar, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Ipoh Timur, duduk.

draft • 12:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Inilah permainan depa. Bila tak boleh menjawab...

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini perbuatan kurang ajar. Kamu jangan jadi kurang ajar dalam dewan. Mengacau.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, kalau hendak cakap kena minta dengan Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Ipoh Timur kurang ajar.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Larut.

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi, yang kita nak maksudkan di sini adalah ada perkara-perkara yang saya rasa sepatutnya dikekalkan, tak payah dikurangkan.

Ini kerana rakyat di sana akan mendengar bahawa, “Eh, betullah. Mengapakah nak kurangkan yang bajet sekolah daif? Mengapakah hendak kurangkan bajet untuk klinik daif?” sebagai contoh. Apa yang kita nak adalah, Airport Pulau Pinang. Kalau saya sebut Airport Pulau Pinang, nanti Yang Berhormat Ipoh Timur bangun lagi. “Hei, apakah ini Ketua Pembangkang?” Saya hendak cerita ini adalah kerana nak berikan keadilan kepada semua.

Kesaksamaan kepada semua. Kesaksamaan ini termasuklah juga macam, kalau negeri-

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Sabah, Sarawak, Perlis, enam ini. Ini negeri- negeri miskin. Tolonglah. Tolong.

draft • 12:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Larut, sedikit. Saya hendak membuat penjelasan sedikit tentang Airport Pulau Pinang.

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kalau dulu, boleh dibantu. Ini kerajaan PH dulu ini. Akan tetapi, ketika itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menterinya adalah daripada Langkawi, Tun Mahathir. Dia setuju dan dibantu. Menteri Kewangan ketika itu daripada Yang Berhormat Bagan.

draft • 12:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Larut, sedikit tentang Lapangan Terbang Pulau Pinang. Boleh saya jelaskan sedikit?

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya ucapkan tahniah Yang Berhormat Bagan mampu untuk membantu Terengganu, Kelantan, negeri-negeri yang saya katakan ini.

Jadi kali ini juga berilah saksama, berilah dasar yang benar-benar seperti apa yang diperjuangkan semasa kita kempen dalam pilihan raya.

draft • 12:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Itu yang sepatutnya kita mahukan.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bayan Baru

draft • 12:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sedikit sahaja tentang Lapangan Terbang Pulau Pinang. Spesifik, spesifik.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya tengok Yang Berhormat Ipoh Timur dahululah.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur diberikan. Silakan.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Oleh sebab kalau tidak dia balik mimpi.

draft • 12:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Terima kasihlah kepada Yang Berhormat Larut yang akhirnya selepas 27 minit memberi ruang. Ini siapa punya floor?

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan, teruskan.

draft • 12:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Tadi saya hendak pujilah Yang Berhormat Larut bahawasanya punya silat berbunga-bunga, sampai memang hebatlah. Akan tetapi poinnya sebenarnya saya hendak minta...

draft • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Sebenarnya siapa punya floor ini?

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Pujilah. Bukan kata hendak puji?

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terus, terus.

draft • 12:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Sudahlah puji. Sekarang hendak masuk poin.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, terus. Jangan bising.

draft • 12:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Tadi apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat Larut, saya belum pasti apa yang hendak disampaikan. Akan tetapi asas saya perlu pertikaikan, bahawasanya tadi Yang Berhormat Larut kata ruang fiskalnya untuk noktahkan kemiskinan tegar tidak cukup.

draft • 12:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Sebenarnya bermakna kalau kita tanya Yang Berhormat Tasek Gelugor, kalau kita tanya Yang Berhormat Putrajaya kah, apabila kita persoalkan ruang fiskal ada atau tidak kepada sesuatu yang dicadangkan, maksudnya ia dipersoalkan hasil atau anggaran hasil.

Anggaran hasil yang digunakan 45 peratus ini sebenarnya telah dicanangkan oleh Bank Negara Malaysia sejak hujung tahun lalu sehingga sekarang antara empat ke lima peratus. Bila persoalkan ruang fiskal yang berasaskan anggaran hasil, sebenarnya Yang Berhormat Larut ini mempersoalkan apa yang dicanangkan yang memang telah diumumkan oleh Bank Negara Malaysia.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Okey.

draft • 12:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Apakah pandangan Yang Berhormat Larut?

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua. Cukup, cukup.

Duduk, duduk, duduk. Ini yang susahnya. Dia tidak faham. Saya kata lain, dia kata lain. Dia tidak faham. Tidak apalah.

draft • 12:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Larut yang tidak faham kot.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tidak apalah.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun] .

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kita berikan sesuatu fokus prioriti itu kepada yang diperlukan.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh Yang Berhormat Larut?

draft • 12:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Tidak, Yang Berhormat Larut tidak faham. Saya cakap fiskal, bukan dasar.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Larut, sama-sama orang lama. Kinabatangan.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kuala Selangor.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya tengok...

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Selangor.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh?

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Boleh?

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan?

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya bagi sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan, silakan.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Okey, tidak apa. Saya tunggu.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Ketua Pembangkang Yang Berhormat Larut. Mungkin Yang Berhormat Ketua Pembangkang, dalam kerajaan ini, nawaitu atau niat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu baik, iaitu menoktahkan kemiskinan.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dalam kerajaan ini, yang penting kita memberi ada keyakinan dan memberi harapan kepada rakyat bahawa kerajaan ini benar-benar ingin menoktahkan kemiskinan. Selebihnya, strateginya kita bincang bersama. Setujukah Yang Berhormat Larut?

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya, seperti juga harapannya...

draft • 12:20 PM

Seorang Ahli

Minyak turun.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...supaya Yang Berhormat Kinabatangan boleh jadi Ketua Menteri sebagai contoh [Ketawa] .

draft • 12:20 PM

Seorang Ahli

Harga minyak turun untuk diesel.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Akan tetapi macam-macam berlaku, tidak boleh. Ini pun samalah. Kita hendak noktahkan tetapi macam-macam berlaku. Ini yang saya katakan tadi daripada asalnya saya simpati kerana saya rasakan macam tidak boleh.

Jadi saya hendak maklumkan jangan kita beri harapan sehinggakan perkara itu tidak berlaku sebab kami di sini ini hendak melihat apa sahaja yang dikatakan itu boleh mencapai matlamatnya. Itu yang kita hendak. Jadi kita boleh duduk bersama.

Saya tidak mahu hari ini apabila saya bangkit, hendak berikan cadangan-cadangan ini dianggap seolah-olah saya menentang. Bukan, bukan itu caranya. Caranya adalah untuk memastikan segala apa yang kita bincang itu adalah sesuatu demi kepentingan negara.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Selangor.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kuala Selangor sedikit sahaja.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Larut, sedikit sahaja. Hendak menyokong Yang Berhormat Larut.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

[Ketawa]

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Saya sebenarnya mendengar hujahnya Yang Berhormat Larut selaku Ketua Pembangkang bersabit dengan IPR tadi untuk membasmi kemiskinan tegar dan hampir saya bersetuju andainya kalau hendak dihapuskan dalam 10 ke 12 bulan ini.

Namun ketika saya menyemak, apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan selaku juga Perdana Menteri, saya mendapati bahawa peruntukan RM750 juta diberikan sebagai, saya yakin sebagai cash handout kepada 130,000 orang ketua isi rumah yang sekali gus akan dapat mengatasi apa yang dikatakan garis kemiskinan tegar untuk 130,000 orang ketua isi rumah. Langsung ia telah melenyapkan dan membasmi kemiskinan tegar. Apakah yang sukar untuk Yang Berhormat Larut faham? Yang Berhormat Beluran pun tidak faham. Saya yakin paling tidaknya...

[Disampuk]

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Dewan Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

[Bangun]

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

...Maka dengan itu saya yakin walaupun sukar...

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, baik.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Dewan Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Dewan.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Peraturan Dewan Tuan Yang di- Pertua.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan berapa itu? Baca, baca.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Peraturan Dewan 37(1)(b).

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baca, baca, baca.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

“Jika hendak meminta penjelasan mengenai dengan apa-apa perkara yang dikeluarkan oleh ahli yang sedang bercakap itu dalam ucapannya dengan syarat ahli yang sedang bercakap—,” sekarang sudah dibenarkan.

Masalahnya sekarang...

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia sudah duduk sudah.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya, nanti dahulu. Hendak bagi faham.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Saya ada permisi, ada izin.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Hendak bagi faham bahawa ini berbentuk penjelasan bukan syarahan ataupun perbahasan.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Saya minta penjelasan Yang Berhormat Larut.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Penjelasan berbeza dengan...

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Besut juga...

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Besut duduklah, duduk.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Minta penjelasan boleh...

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Saya minta Ketua Pembangkang menjelaskan.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...cara Yang Berhormat Ipoh Timur dan juga Yang Berhormat Kuala Selangor bukan penjelasan.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Besut duduklah. Yang Berhormat Besut pun tidak faham juga.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Besut, saya faham sudah.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Eh, bacalah betul-betul penjelasan dengan — penjelasan berbeza dengan...

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kita minta Yang Berhormat Larut menjelaskan.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Besut, saya Tuan Yang di-Pertua ini...

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Apa yang dibenarkan hanya...

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya yang Tuan Yang di-Pertua. Bukan Yang Berhormat Besut.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, kita minta Yang Berhormat Larut menjelaskan.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat duduk dahulu. Biar.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ini sebab kita takut itu pembohongan, mengelirukan Dewan. Jadi kita minta penjelasan daripada Yang Berhormat Larut, boleh Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua?

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Larut. Silakan. Yang Berhormat Larut masa berjalan. Kasihan dekat dia ini. Yang Berhormat Larut silakan.

draft • 12:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Putrajaya, Yang Berhormat Larut.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terus, terus.

draft • 12:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi berkaitan dengan peruntukan sebanyak RM750 juta diceritakan seolah-olah ia sesuatu benda yang baharu.

Ingin saya quote apa yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan sebelum ini pada bajet pada bulan Oktober. Untuk tahun 2023, “Bagi menyegerakan agenda membasmi kemiskinan tegar, RM1 bilion disediakan iaitu RM750 juta peruntukan kerajaan di samping Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh GLC bernilai RM250 juta”. Benda ini sudah disebut oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan sebelum ini jadi janganlah...

[Disampuk]

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Tidak apalah, sekarang ini kerajaan baharu. Saya setuju.

draft • 12:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

...ceritakan seolah-olah ia sesuatu yang baharu. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Saya setuju dengan Yang Berhormat Putrajaya.

draft • 12:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sebut tapi tidak lulus.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Saya minta Yang Berhormat Larut menjelaskan.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Saya ada soalan tambahan Yang Berhormat Larut.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Minta Yang Berhormat Larut menjelaskan.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya jelaskan. Yang Berhormat Kuala Selangor, saya hendak menoktahkan isu ini...

draft • 12:20 PM

[Dewan ketawa]

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kuala Selangor hendak dengar.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...dengan segera. Saya kata saya bersetuju tetapi ia bermula dengan bulan – sekarang ini hendak masuk bulan tiga sudah.

Jadi, tidak apalah. Apa pun yang kita hendak lakukan adalah sesuatu yang baik. Akan tetapi jangan memberi harapan esok orang kampung saya kata “Apa caranya? Bagaimana caranya? Ikut yang mana? Data yang mana?”, akhirnya menyusahkan kita.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi kalau sudah bersedia – sebab itu kita kata kalau sudah bersedia, kita baik. Saya sokong dan kami semua sini sokong. Siapa kata tidak mahu membasmi kemiskinan adalah salah satu perjuangan yang dibawa oleh Perikatan Nasional?

[Tepuk] Jadi...

draft • 12:20 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kuala Terengganu, Kuala Terengganu.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Larut setuju dengan peruntukan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan?

RM750 juta untuk membasmi 130,000 orang ketua isi rumah?

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang Berhormat Beluran.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

[Bangun]

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Mendapat RM480 sebulan.

Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya hendak beritahu Yang Berhormat Kuala Selangor, ini bermula dalam Kabinet yang lepas dan kita pun sudah bersetuju.

[Tepuk]

draft • 12:20 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Yang Berhormat Larut, sekejap sahaja.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Cuma kita tidak berani hendak sebutkan boleh menoktahkan, itu sahaja. Saya tidak —saya kata benda yang baik, baiklah.

draft • 12:20 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Yang Berhormat Larut.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Apa yang kita hendak argue benda itu fasal apa? Itu sahaja. Jadi, Yang Berhormat Beluran.

draft • 12:20 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

[Bangun]

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya, saya menjadi risau dengan istilah ‘noktah kemiskinan’. Jika diinterpretasikan Yang Berhormat Kuala Selangor, dia hendak noktahkan kemiskinan dengan peruntukan RM750 juta, dan memberi kepada keluarga miskin dan bila diberi RM750 juta, keluarlah mereka daripada senarai kemiskinan. Itu hendak keluarkan daripada senarai data.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ya, Pulau Pinang pernah buat.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Akan tetapi secara hakiki tidak di- address.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Negeri Pulau Pinang telah buat dan mereka berjaya...

[Tepuk]

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Kalau inilah teori menoktahkan kemiskinan yang dibuat oleh Yang Berhormat Tambun...

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

...menoktahkan kemiskinan tegar dengan cash handout.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

...satu precedent harapan yang palsu, yang mengelirukan. Saya harap Yang Amat Berhormat Tambun tidak menoktahkan kemiskinan seperti yang dibuat oleh Yang Berhormat Kuala Selangor.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Jangan membuat tuduhan begitu. Jangan cemburu, jangan cemburu. Kita doakan yang terbaik untuk Yang Amat Berhormat Tambun. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey.

draft • 12:30 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed - Kuala Terengganu

Minta peluang kepada Kuala Terengganu sikit.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sekejap. Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Beluran, lepas ini kita duduk minum kopi. Tidak payah hendak argue banyak sini. Kita— you bersetuju untuk kita mengurangkan, membasmi kemiskinan ini. Yang Berhormat Beluran pun bersetuju. Mekanismenya yang kita persoalkan supaya boleh capai ataupun tidak? Ini yang kita hendak.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Larut, this is cash handout. Tolong faham sikit, mudah. Pulau Pinang telah lakukan dan mereka telah menamat dan menoktahkan miskin tegar.

draft • 12:30 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed - Kuala Terengganu

Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Larut, pendek sahaja, pendek sahaja.

draft • 12:30 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Mohon izin, mohon mencelah sedikit.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Okeylah, tak payah hendak argue lagilah dan silakan Yang Berhormat Kuala Terengganu.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Kuala Terengganu.

draft • 12:30 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed - Kuala Terengganu

Yang Berhormat Larut, dari segi apa ini— saya rasa kita bersetuju, tak ada siapa yang mempertikaikan tentang kepentingan kita address soal kemiskinan ini. Malah di bawah dana PENJANA sebelum ini pun, di bawah kerajaan Perikatan Nasional, RM10 bilion bagi pada waktu itu. Kita tak sebut pun menoktahkan kemiskinan.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang Berhormat Kuala Terengganu membantu saya dan masukkanlah hujah dia itu dalam ucapan saya ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat bajet ini tentang berapa perkara yang agak kurang jelas terutamanya tentang agenda bumiputera yang banyak dipersoalkan dengan saya, mereka tanya tentang hala tujunya. Tidak jelas apabila Yang Amat Berhormat Tambun menyatakan Yayasan Pelaburan Bumiputera, Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, dan Yayasan Ekuiti Nasional— semua ini hendak digabungkan ini.

Jadi saya hendak tanya, apakah ada strategi yang lain supaya peruntukan- peruntukan yang ada selama ini di bawah agensi-agensi yang tertentu itu untuk membantu

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

program-program bumiputera ini ditarik balik? Itu yang saya hendak tanya. Kalau tak ada , alhamdulillah kita terima dengan baik tetapi kalau kita rasa ia boleh dipersoalkan nanti, maka kami di sini tidak mahu menyokong tentang isu ini. Selepas itu, kita hendak supaya ia lebih jelas, diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri nanti tentang kedudukan yang sebenarnya.

Jadi itu yang saya hendak supaya ada agenda kesamarataan dalam negara kita.

Satu lagi perkara yang saya ingin bangkitkan Tuan Yang di-Pertua adalah nilai kemasukan FDI negara. Hari ini kita tengok sudah ada naik sehingga daripada RM48.1 bilion pada tahun 2011 kepada RM73.3 bilion pada tahun 2022. Ini adalah sesuatu yang kita fikirkan, kita kena tengok balik— Yang Amat Berhormat pun sudah kata sudah, tengok balik.

Kita bersetuju, kita tengok semula tetapi kami di sini hendak mencadangkan supaya kalau boleh jangan lagi ada sesuatu yang dibawa masuk yang low quality investment. Kita hendak supaya sesuatu yang boleh membantu rakyat Malaysia, yang boleh diberikan pekerjaan-pekerjaan yang boleh membantu mereka yang telah pun belajar tinggi- tinggi dengan semua program yang telah pun kita sendiri cipta dalam negara kita tetapi kalau tidak ada investment-investment yang bagus seperti ini, akhirnya merugikan juga rakyat kita sendiri. Sebab itu, saya minta supaya kita hendak lihat kembali tawaran Malaysia kali ini adalah sesuatu yang berbeza daripada negara-negara lain kerana setiap negara juga akan menawarkan insentif-insentif dan juga yang lebih kompetitif daripada kita.

Jadi, kita hendak melihat supaya ada strategi kita yang baharu. Apakah strateginya?

Bagaimana hendak kita tentukan bahawa kali ini kita lebih baik daripada negara-negara yang jiran kita sebagai contoh. Jadi...

draft • 12:30 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Mohon sedikit penjelasan Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Tumpat.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang Berhormat Tumpat.

draft • 12:30 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Larut. Dalam hal quality investment ini, saya mohon pandangan daripada Yang Berhormat tentang strategi kerajaan untuk memastikan bukan hanya Sabah Sarawak tetapi Kelantan dan Terengganu juga diberikan peluang yang sama untuk memastikan bahawa tidak berlaku kesenjangan ekonomi yang sangat ketara dalam investment ini. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tumpat. Yalah kita— Seperti yang saya kata tadilah, kalau boleh Yang Amat Berhormat Tambun fikirkan semula kesamarataan ini. Jangan hanya fokus kepada Selangor, Pulau Pinang semata-mata dan tak lihat negeri-negeri yang lain yang kita rasa mampu untuk kita bantu mereka untuk mempertingkatkan penambahan daripada segi investment terutama FDI tadi.

Satu lagi perkara yang ingin saya persoalkan atau tanyakan adalah tentang cukai.

Apabila kita lihat Yang Amat Berhormat sebut tentang beberapa strategi terutamanya cukai individu, kepada mereka yang mendapat keistimewaan terutamanya M40 itu sehingga 2.4 juta kalau tidak silap saya mereka yang membayar cukai pendapatan sehingga RM100,000.

Itu amat baik tetapi kita hendak naikkan yang mereka yang kadar lebih daripada RM100,000

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

itu. Saya rasa cuba kita lihat semula untuk kita tentukan. Jangan kita kata yang kaya ini kita hendak ambil, hendak bantu kepada yang miskin tetapi apabila kita tengok daripada cukai individu itu hanya tahap ke satu juta sahaja. Yang lebih satu juta bagaimana?

Cuba kita tengok kembali, kalau boleh kita bincang tentang perkara ini termasuklah juga dengan cukai-cukai yang lain. Contohnya cukai windfall tax atau cukai makmur.

Mengapa tidak kita perkenalkan melalui windfall tax ini? Ini kerana kadang-kadangkala inilah satu-satunya cara untuk mereka yang mendapat keuntungan daripada segi durian runtuh ini, membantu negara dan juga rakyat-rakyat yang miskin di bawah sana.

Cukai barangan mewah. Cukai barangan mewah ini, kami juga sudah bincang. Kita kata kita bersetujulah tetapi bukankah Malaysia ini sebagai salah satu negara yang kita katakan shopping haven untuk tourist, pelawat-pelawat ataupun pelancong-pelancong dari luar. Jadi kalau pelancong-pelancong dari luar hendak datang sini, dia kata tengok harga barang ini mahal untuk— takut dia tak membeli tetapi dulu kita ada GST atau VAT. Dia ada mechanism-nya, ada mekanismenya, dia hendak beli dan dia balik, dia dapat balik. Akan tetapi yang ini bagaimana?

Untuk mereka yang dari luar negara sebab kalau tak nanti, mereka tengok dia compare-kan dengan negara-negara jiran kita. Akhirnya ruang untuk kita jadikan Malaysia sebagai shopping haven ini tidak boleh mencapai matlamatnya. Jadi, saya hendak kalau boleh kita tengok kembali. Untuk rakyat Malaysia tak apa— yang kaya-kaya itu, ada duit hendak beli, beli lah walaupun dia kita naikkan cukai barangan mewah ini.

Jadi satu lagi perkara yang saya ingin bawa di sini adalah tentang negara kita ini sebagai the ageing nation. Sebagai sebuah negara yang ageing nation , saya difahamkan sudah lebih tujuh peratus rakyat berumur 65 tahun ke atas. Jadi kita bagi bantuan, kita bagi bantuan— saya hendak kalau bolehlah, sebab kami di sini telah pun merancang sebelum pilihan raya lagi bahawa apa salahnya ada Jabatan Warga Emas.

draft • 12:30 PM

[Dewan tepuk]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sebab dulu atau pun sekarang ini sudah ada Jabatan Kanak-kanak dan kita tekankan juga Jabatan Warga Emas kerana di situ juga nanti, boleh kita bantu mereka daripada segi pendapatannya, bagaimanakah bantuannya. Supaya kita ada perincian baharu untuk kita tentukan the work force yang boleh lagi kita gunakan mereka ini.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ini sebab umur 65 tahun atau 60 tahun selepas pencen ini, macam Tuan Yang di- Pertua masih lagi segak dan masih lagi kuat. Jadi, kalau boleh kita gunakan mereka ini sebagai salah satu kumpulan atau workforce yang boleh digunakan. Jadi, kita cari bagaimana cara untuk membayarnya. Tidak payah ikut minimum wage tetapi ada model yang baharu sebagai contoh...

draft • 12:40 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

[Bangun] Ya.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rantau Panjang, hendak tanya.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Untuk kita guna. Ya?

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rantau Panjang.

draft • 12:40 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Minta, minta penjelasan sedikit. Boleh?

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hal anak muda ya.

draft • 12:40 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Larut. Saya tertarik dengan apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat berkaitan dengan warga emas ini. Saya sangat menyokong cadangan supaya kalau boleh kita adakan jabatan khas untuk warga emas. Apabila kita menuju tahun 2030, negara kita dijangka mempunyai 15 peratus daripada penduduk ini yang berumur 60 tahun ke atas. Seharusnya dari sudut pembangunan negara, mestilah ke arah mesra warga emas. Jadi, saya minta pandangan, adakah bajet yang disediakan dan dibentangkan semalam itu membawa kepada mesra warga emas? Minta pandangan Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sekarang kalau saya sebut perkataan- perkataan yang tidak sesuai, Yang Berhormat Ipoh Timur bangun pula. Jadi, beginilah kita mencadangkan supaya Yang Berhormat, jabatan warga emas ini ada, kita letakkan di situ, apa tugas-tugas yang harus mereka lakukan untuk membantu masa depan negara. Insya- Allah, I think di situ nanti, apabila ada jabatan ini, kita boleh cadangkan juga dengan Yang Amat Berhormat Tambun peruntukan-peruntukan yang sesuai untuk jabatan ini memikirkan tanggungjawab kita bersama. Yang itu...

draft • 12:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Larut, hendak sokong apa yang disebut oleh Yang Berhormat Larut tadi. Ini serius, serius.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi –Tidak payahlah.

draft • 12:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Sedikit, sedikit.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya...

draft • 12:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Hendak minta kerjasama ini.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua –tidak payahlah.

Yang Berhormat Ipoh Timur, saya tidak beri Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Okey.

draft • 12:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Sayanglah, hendak sokong ini.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi, model yang kita hendak berikan adalah sesuatu model yang baik dan yang boleh diguna, akhirnya bukan hanya dalam Malaysia mungkin di luar negara juga boleh melihat bahawa cara yang kita buat ini adalah benar-benar Kerajaan Madani yang telah pun diuar-uarkan oleh sebelah sana.

Tuan Yang di-Pertua, saya lihat isu yang paling utama yang telah pun diceritakan di luar sana adalah tentang kedudukan bajet ini seharusnya diberikan keadilan. Bila saya dengar betul-betul, Yang Amat Berhormat Tambun berkata, “Peruntukan akan kita bincang”. Yang Amat Berhormat tengok sebelah sana sahaja. Itu peruntukan apa itu? Peruntukan Ahli Parlimen.

Jadi, adil apa yang sebelah sini tengok sahaja. Saya fikir kalau boleh bincang, kita bincanglah. Bersih hantar kepada saya kata, “Yang Berhormat, kami NGO ini merasakan bahawa peruntukan yang harus diberikan ini adalah peruntukan yang mesti sama kepada semua pihak.” Jadi, hari ini saya secara terbuka mahu melihat perkara ini boleh diambil kira oleh Yang Amat Berhormat Tambun...

draft • 12:40 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Larut, minta laluan. Yang Berhormat Larut minta laluan.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Kerana memberikan keadilan kepada semua. Insya-Allah saya rasalah...

draft • 12:40 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Yang Berhormat Kuala Krai. Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kalau daripada apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Tambun itu perkara ini boleh di..

draft • 12:40 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Boleh, Kuala Krai boleh?

draft • 12:40 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Yang Berhormat Kuala Krai. Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang Berhormat Kuala Krai boleh. Boleh.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Ambil orang kita.

draft • 12:40 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

[Ketawa] Okey, terima kasih Yang Berhormat Larut, Ketua Pembangkang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:40 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Dalam isu peruntukan tadi, saya hendak dapat pandangan dan juga penjelasan daripada Yang Berhormat Larut ialah apabila dinafikan peruntukan ini kepada Ahli-ahli Parlimen sebelah kita, sebelah sini sedangkan laungan selama lebih 20 tahun, ‘reformasi’ dan juga yang terkini ialah dengan menetapkan satu slogan baharu iaitu ‘Malaysia Madani’. Adakah ini selaras dengan perjuangan reformasi selama berpuluh tahun yang kononnya untuk mengislahkan negara dan mengubah segala bentuk penindasan dan juga ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini?

Juga dengan slogan baharu Kerajaan Madani ini adakah sesuai dengan menafikan peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen sebelah Perikatan Nasional ini? Dalam masa yang sama ialah adakah Yang Berhormat sedar bahawasanya dalam Manifesto Pakatan Harapan termaktub bahawasanya peruntukan akan diagihkan sama rata? Terima kasih Yang Berhormat Larut.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Pertamanya Tuan Yang di-Pertua masukkanlah soalan ini dalam ucapan saya untuk dijawab oleh Yang Berhormat Menteri nanti. Sebab benarlah, kalau kita tanya seperti ini, baik isunya ini. Kalau boleh kita berikan kepada semua, Yang Amat Berhormat Tambun akan score a major point kerana kita juga akan memaklumkan kepada pengundi-pengundi dan penyokong kita bahawa benar Yang Amat Berhormat Tambun telah berikan peruntukan kepada kita sama seperti sebelah sana.

[Tepuk]

draft • 12:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Tambun...

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi, kita jangan buat macam Yang Berhormat Ipoh Timur.

draft • 12:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Larut. Yang Berhormat Larut.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya. Kita jangan buat macam itu lompat tidak fasal-fasal.

draft • 12:40 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Sudah keluar sudah.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi kita buat cara yang baik. Kita minta cara yang baik. Insya-Allah kalau sudah diberi, kita dapat kita umumkan pun secara yang baik. Itu yang kita harus lakukan sebab hari pertama kita jadi pembangkang, kita sudah kata kita hendak menjadi credible opposition dan kita tunjukkan bahawa kita benar-benar pembangkang yang benar-benar credible.

[Tepuk]

draft • 12:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Larut..

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada tiga, tiga.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang Berhormat Hulu Terengganu. Yang Berhormat Hulu Terengganu.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Hulu Terengganu.

draft • 12:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat Larut.

Baik. Bercakap tentang keadilan ini, keadilan ini adalah [Bercakap dalam bahasa Arab] , meletakkan sesuatu kepada tempatnya. Saya hendak penjelasan daripada Yang Berhormat Larut, ketika Yang Berhormat Tambun ataupun ketika itu Yang Berhormat Port Dickson menjadi Ketua Pembangkang, kita difahamkan bahawa beliau telah mendapat kemudahan- kemudahan bertaraf Yang Berhormat Menteri. Tentang rider dan sebagainya. Persoalannya apakah kemudahan-kemudahan yang didapati oleh beliau ketika itu dinikmati oleh Yang Berhormat Larut sekarang? Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sambung. Sambungan sahaja. Soalan yang sama. Ya. Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat bersetuju kerajaan sekarang meletakkan pendirian sebagai kerajaan yang memberikan keadilan sosial? Macam socialist sudah. Pertama sekali tie telah dibuka dan mereka telah jadi macam negara sosialisme. Very good. Macam Singapura dan sebagainya. Akan tetapi, mari tang peruntukan, ia bersifat bourgeois sedikit. Dia berkata, “Ini hanya untuk kumpulan kami, kumpulan sana tidak boleh.” Jadi, itu keadilan sosial tidak berlaku. Keadilan sosial berlaku sekarang ini sebab dahulu kita duk panggil brother, sekarang dia panggil saudara, saudara. Jadi, pemikiran keadilan sosial itu meletakkan sama rata. Nampaknya sama tidak rata. Jadi, apakah Yang Berhormat setuju bahawa kita minta Yang Amat Berhormat Tambun yang saya rasa hatinya baik dan lembut itu memberi peruntukan yang sama rata. Kami bukan minta duit poket, kami minta duit kerajaan, duit rakyat itu disamaratakan.

Keduanya, saya tengok dahulu, saya pernah duduk di satu tempat, di satu hospital.

Saya terjumpa Yang Amat Berhormat Tambun. Jadi, Yang Amat Berhormat Tambun datang

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

dengan riders. Jadi, saya terkejut. Ini siapa beri ini? Beliau Ketua Pembangkang. Jadi ,apakah satu –Yang Amat Berhormat Larut, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri beri juga riders kepada Yang Amat Berhormat Tambun. Akan tetapi kenapa sekarang Yang Berhormat Larut tidak dapat? Apakah masih lagi sesuatu yang tidak sama rata berlaku? Jadi, di atas dasar keadilan sosial yang bergerak macam sosialisme sedikit, supaya keadilan sosial diletakkan sama rata, sama rasa kepada semua*.

[Tepuk]*

draft • 12:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Larut, saya sambung sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Larut. Saya setuju kagum dengan Yang Amat Berhormat Tambun yang membawa konsep madani. Madani ini satu perkataan yang baik, Madinah. Dalam Al-Quran pun disebut. Jadi, maknanya pergerakan bila sebut konsep madani daripada bergerak keadilan meninggalkan kezaliman.

draft • 12:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kalau ini apa yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Tambun tidak melaksanakan, maknanya bercakap tidak serupa bikin. Saya minta komen daripada Yang Berhormat Larut, silakan.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ini susah betul. Pertamanya tentang status Ketua Pembangkang. Tidak apalah, itu biar Yang Amat Berhormat Tambun sendiri tengok kan, saya tidak mahu sebut.

Keduanya, tentang rider. Betul. Saya hendak maklumkan ketika itu, saya Menteri Dalam Negeri dan Yang Amat Berhormat Tambun minta dan kita beri.

draft • 12:50 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kita macam inilah, kita tidak payah kata siapa minta dan siapa beri, maknanya kita beri, kita beri, okey. Tidak jadi masalah kepada saya kerana saya hendak maklumkan Yang Amat Berhormat Tambun ini sebenarnya sahabat saya.

[Tepuk] Kalau tidak percaya tanya Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Bagan tahu. Dia sahabat saya tetapi kalau kita, dalam kita bersaudara ini kadang-kadang ada selisih faham. Jadi apabila sudah berbaik semula ada perkara yang kita boleh bagi, kita bagi. Tidak ada masalah apa pun.

Jadi sama ada adil, tidak adil semua ini, terpulang kepada orang yang memegang kuasa ini. Kalau dia memegang kuasa dan dia hendak menjadi seorang pemimpin yang adil, dia berlaku adil.

[Tepuk] Akan tetapi kalau dia memegang kuasa dan dia merasakan inilah masanya untuk kita mengajar mereka yang dahulunya menentang atau melawan, hah itu jadi masalahlah.

draft • 12:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dendamlah itu.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya tidak kata. Jadi isu yang...

draft • 12:50 PM

Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Yang Berhormat Larut, Tanjong Karang tambah sedikit Yang Berhormat Larut.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Dalam perundingan ketika dalam kerajaan dahulu di bawah Yang Berhormat Bera. Untuk menandatangani MoU dengan pembangkang yang sebelah sana, yang duduk di sebelah sini dahulu, Yang Berhormat Larut terlibat secara direct dalam

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

perundingan. Bagaimana mereka minta dapatkan peruntukan yang sama rata daripada kerajaan menjadi sebahagian daripada MoU dan Tuan Yang di-Pertua pun menyokong kerajaan kita masa kita duduk di sebelah sana.

Jadi Yang Berhormat Larut terlibat dan sekarang ini apabila kita lihat oh, kita dinafikan peruntukan, how do you feel? Orang yang terlibat di dalam MoU, Yang Amat Berhormat Tambun dan rakan-rakan berada dalam pembangkang tetapi kita beri kedudukan yang sama, peruntukan yang sama malah diangkat status Ketua Pembangkang bertaraf Menteri, walaupun dia tidak ambil tetapi diangkat bertaraf Menteri, sebahagian daripada perundingan.

How do you feel now apabila melihat perangai sebenar mereka sekarang ini yang menafikan orang yang berunding dengan mereka sebelum mereka dalam kerajaan.

draft • 12:50 PM

Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Tambah sedikit Yang Berhormat Larut.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Sekarang ini sudah...

draft • 12:50 PM

Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

...Tanjong Karang mahu mencelah.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

...Sekarang ini sudah berbeza dengan pendirian yang dibuat oleh*...

[Tidak jelas]*

draft • 12:50 PM

Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Sedikit sahaja. Terkait dengan keadilan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Saya ingin bertanya sedikit berkenaan dengan Agenzia Nova, adakah statusnya? Adakah Yang Amat Berhormat Tambun telah mengambil tindakan atau menghantar letter of demand sebab kita lihat di tempat kita ini, Yang Berhormat Pendang telah dihantar LOD, jadi kenapa dekat kita ambil tindakan tetapi yang lebih mencemarkan kita seharusnya tindakan itu harus dilakukan.

Sekian, terima kasih.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beluran ini, beginilah. Tadi saya sudah kata, saya yakin, saya benar-benar yakin Yang Amat Berhormat Tambun ini dia hendak tunggu Ketua Pembangkang, “Bila lagi engkau hendak jumpa aku?” Saya rasa kalau kita semua bersetuju bahawa dia membuka tangan untuk kita duduk berbicara tentang negara, insya-Allah kita akan lakukan. Apa yang dibangkitkan oleh...

draft • 12:50 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Yang Berhormat Tanjong Karang, ini tidak usah bangkitkanlah. Kita sudah bangkit sekali kemudian tidak payah bangkitkan lagi kerana ya lah, saya sudah maklumkan pada rakan-rakan. Ramai rakan, saya sudah kata tidak payah lagi, sudah cukup sebab ketika itu adalah kerana kita hendak pastikan bahawa orang luar jangan beranggapan yang salah terhadap negara kita.

Isu yang saya hendak bangkitkan adalah isu KWSP. Ramai di luar sana ini tanya pasal apa tidak ada langsung sesuatu yang hendak diberikan kepada mereka yang benar- benar memerlukan?

Saya ucapkan terima kasih, Yang Berhormat Menteri ada di sana itu dengar. KWSP ini kita carum ada dua cara. Satu mereka yang secara sukarela. Sukarela ini carum sebab

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

contohnya dia ada kedai. Ketika dia maju, dia carum, dia buat simpanan dan dia beli rumah.

Selepas tiga tahun masa pandemik ini, income dia sudah berbeza dengan zaman di mana dia ada income yang boleh dia mencarum dalam KWSP.

Ada kumpulan-kumpulan ini duitnya lebih daripada RM30,000 tetapi dia minta supaya bantulah saya sekarang, saya hendak keluarkan duit ini kerana sudah enam bulan saya tidak bayar hutang rumah saya dan bank sudah hendak lelong. Kalau kita tidak bantu orang yang seperti ini, apa akan jadi? Rumahnya akan dilelong. Kemudian dia hendak cari balik, hendak bermula semula, saya rasa amat susah sekali. Oleh sebab itu, saya hari ini hendak minta sangat kepada Menteri, fikirkan satu mekanisme. Saya pun tidak tahu apa formulanya.

Tanyalah Yang Berhormat Pandan, mungkin dia ada formula.

Jadi, cari satu cara. Mungkin minta mereka yang tulis surat, tunjukkan bahawa betul sudah enam bulan sudah tidak bayar. Kami sudah tidak boleh hendak bayar dan kami hendak keluarkan wang ini sebab aset yang dia ada sekarang ini kalau dilelong dan hendak beli semula pada tahun hadapan atau dua tahun akan datang, tidak mungkin dia boleh beli balik aset yang telah pun ada di tangan dia sekarang.

[Tepuk] Jadi, kita jangan pukul keliling. Oleh sebab itu, kita mencadangkan supaya KWSP ini bersasar. Mana boleh bagi, kita bagi. Semua yang bermasalah ini, bagi. Mengapa kita mesti hukum mereka sehingga memainkan ‘Oh tunggu nanti, engkau sudah pencen esok, kita bantu’. Masa itu dia pun sudah hendak mati. Sebab apa? Rumah tidak ada. Lebih sempit kehidupan dia. Rumah sudah kena lelong. Sudah dia masuk, daripada M40 masuk B40. Cuba kita fikirkanlah. Di sini, kami berjuang untuk memastikan supaya KWSP bersasar ini diberikan.

[Tepuk] Satu lagi isu adalah tentang veteran tentera ini, kita bincang. Tuan Yang di-Pertua, penyelarasan gaji untuk tentera ini diberikan pada tahun 2013 kalau tidak silap sayalah ya.

draft • 12:50 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tahun 2013 betul? Tahun 2013. Maka akhirnya, mereka yang sudah pencen bermula pada 2013 dan selepas itu akan diberi satu pencen yang agak bolehlah, mampu untuk mereka hidup dalam negara kita ini. Akan tetapi cuba kita fikirkan yang sebelum itu, yang tidak dapat sebelum itu?

Saya difahamkan mereka ini sudah jatuh bawah, bukan lagi B40 sudah, inilah dia 130,000 mana Yang Berhormat Kuala Selangor? Hendak selesaikan masalah ini. Mereka ini pencen RM500. Saya difahamkan di kalangan veteran ini yang pernah berjuang bermati- matian untuk menjaga maruah negara, untuk menjaga negara ini, [Tepuk] ada yang sudah kudung, kaki tidak ada, pasal apa? Menentang komunis, yang berjuang menentukan masa depan negara sehinggakan kita hari ini boleh hidup mewah seperti ini adalah kerana perjuangan mereka.

Apa salahnya?

[Tepuk] Apa salahnya kita bantu mereka ini. Inilah yang kita mahu, supaya insya-Allah saya rasa kalau ini boleh kita berikan, kami di sini akan sentiasa memberikan pandangan, memberikan sokongan atas perkara-perkara yang baik demi untuk kepentingan masa depan negara. Satu lagi yang saya hendak bangkitkan...

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ketua Pembangkang, hendak teruskan ataupun hendak bagi...

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya hendak teruskan sehingga habis ini, saya tamatkan.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey dan habiskan sekarang ya.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Okey, boleh. Ini sudah pukul satu ya?

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Oleh sebab itu saya tanya, hendak sambung kah atau hendak...

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Okey, saya habiskan di sini. Boleh bagi dua minit?

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sambungkan. Silakan.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya hendak...

draft • 12:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sedikit, Sik hendak mohon sedikit penjelasan.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya...

draft • 12:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Boleh Sik sedikit...

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan, teruskan.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Sambung petang ini kerana tinggal lebih kurang sembilan minit sahaja. Saya hendak minta kalau boleh daripada segi isu akauntabiliti...

draft • 12:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Larut sedikit, Sik mohon penjelasan boleh?

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Yang telah pun dilaung-laungkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun itu mesti ada report card nya supaya kita semua dapat – sebab ini adalah sesuatu yang dipertanggungjawabkan kepada semua. Saya menyokong apa yang telah pun dilaung-laungkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Saya percaya kalau ada report card nya, boleh juga kita pastikan ia boleh bantu membantu di antara satu sama lain. Tuan Yang di-Pertua, untuk saya mengakhiri ucapan saya ini...

draft • 12:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Larut, Sik mohon penjelasan sedikit. Belakang sedikit ya, boleh? Yang Berhormat Larut...

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sedikit sahaja.

draft • 12:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

...Ada masa lapan minit lagi itu.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada sudah. Sudah pukul satu.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sudah pukul satu.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Injury time sudah sekarang ini.

draft • 12:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Boleh kah?

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Cepatlah.

draft • 12:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya. Saya lihat daripada segi harapan rakyat dalam Bajet 2023 ini ialah bagaimana kerajaan merangka untuk mengurangkan kos sara hidup. Akar permasalahan kita ialah kebergantungan negara yang sangat tinggi

draft • 12:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

terhadap bekalan makanan negara ini. Cuma dilihat dalam bajet kita ini tidak ada secara jelas bagaimana kerajaan hendak memastikan bahawa pelaburan dalam pertanian, meningkatkan produktiviti petani dan sebagainya itu tidak disebut begitu kukuh untuk pastikan bahawa kita tidak bergantung lagi kepada bekalan import ini, Yang Berhormat Larut.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Sik. Tuan Yang di-Pertua, masukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengakhiri. Saya menyimpulkan Belanjawan 2023 ini sebagai satu bajet yang agak ada sedikit masalah tentang kedudukan keseluruhan perasaan rakyat di bawah sana dan juga kerajaan-kerajaan negeri yang merasakan mereka tidak diberikan keadilan. Jadi, saya mohon supaya kalau boleh diberikan keadilan.

Saya mengaku bahawa sebagai menghormati bulan Syaaban selaku bulan yang penuh keberkatan kerana pada bulan inilah pahala tahunan kita diangkat kepada Allah SWT, saya ingin mengajak seluruh rakan di Dewan yang mulia ini dan rakyat di luar sana mengambil ibrah daripada Surah Al-Baqarah, ayat ke 174, mafhumnya yang berbunyi, “Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, iaitu Kitab maksudnya Al-Quran dalam konteks hari ini dan menjualnya dengan harga murah, mereka hanya menelan api neraka ke dalam perutnya, dan Allah tidak akan menyapa mereka pada hari Kiamat”. Ini merupakan peringatan Allah bahawa azab yang pedih menanti mereka yang menjual kitab sedangkan mereka tahu, mereka faham dan mereka kelihatan hebat terutamanya membaca ayat Al-Quran tetapi menjualnya bagi mengaburi mata masyarakat semata-mata.

Jadi, saya sesungguhnya berdoa kepada Allah SWT supaya perkara seperti ini tidak berlaku dalam negara kita terutamanya pimpinan yang ada dalam negara. Apa yang kita sebut biarlah kita kotakan sebab setiap yang bermula pasti ada akhirnya kerana hari tidak selamanya panas bak kitaran alam ada pasang ada surutnya.

Oleh sebab itu setiap yang patah pasti tumbuh, hilangnya berganti. Saya akhiri ucapan sini dengan serangkap pantun.

*Tempurung basah tangkup-tangkupkan, Tempurung kering dibuat umpan, Pekung orang jangan dedahkan, Pekung sendiri penuh di badan.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]*

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Selepas ini, saya akan jemput Yang Berhormat Bagan yang mempunyai 60 minit. Saya hendak bacakan nama-nama mereka yang insya-Allah akan berucap hari ini ya. Selepas kita masuk balik jam 2.30...

(i) Yang Berhormat Bagan akan teruskan dengan 60 minit;

(ii) Yang Berhormat Pendang;

(iii) Yang Berhormat Titiwangsa;

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

(iv) Yang Berhormat Tasek Gelugor;

(v) Yang Berhormat Subang;

(vi) Yang Berhormat Bachok;

(vii) Yang Berhormat Lawas;

(viii) Yang Berhormat Padang Serai;

(ix) Yang Berhormat Damansara;

(x) Yang Berhormat Pasir Mas;

(xi) Yang Berhormat Kinabatangan;

(xii) Yang Berhormat Masjid Tanah;

(xiii) Yang Berhormat Ledang;

(xiv) Yang Berhormat Bagan Serai;

(xv) Yang Berhormat Taiping;

(xvi) Yang Berhormat Temerloh;

(xvii) Yang Berhormat Igan; dan

(xviii) Yang Berhormat Kuala Terengganu.

Kita berehat dan tangguh hingga masuk balik jam 2.30 petang. Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Bagan.

draft • 2:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani yang telah pun berjaya merakyatkan ekonomi negara (A Peoples’ Budget) [Tepuk] . Belanjawan ulung Kerajaan Perpaduan memang untuk semua rakyat tanpa kira kaum, agama, demografi atau geografi. Ini adalah belanjawan terbesar dalam sejarah Malaysia sebanyak RM388.1 bilion dan perbelanjaan pembangunan terbesar sebanyak RM99 bilion. Ia merupakan perancangan yang inklusif dan menjaga sektor-sektor utama bagi memastikan Malaysia di atas landasan yang baik dalam membina negara yang kita cintai ini.

Apa yang penting ialah keprihatinan kepada golongan yang paling memerlukannya termasuk golongan peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan juga penjaja.

draft • 2:32 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tambahan pula, negeri pembangkang juga diberikan pertimbangan dan peruntukan, termasuk negeri Perlis yang baru jatuh di bawah tangan pembangkang. Adalah diharapkan perhatian yang lebih boleh juga diberikan kepada negeri yang sentiasa setia dalam menyokong perjuangan Yang Amat Berhormat Tambun selama lebih dua dekad ini seperti negeri asal beliau iaitu negeri Pulau Pinang.

Pada pandangan saya, belanjawan tersebut berjaya mencapai keseimbangan di antara perbelanjaan dan pendapatan kerajaan serta memastikan kesejahteraan semua rakyat Malaysia dengan defisit fiskal dikurangkan kepada 5.0 peratus KDNK, berbanding dengan 5.6 peratus pada tahun lepas.

Belanjawan 2023 akan mendorong pertumbuhan ekonomi yang diunjurkan sebanyak 4.5 peratus, inflasi yang kekal sebanyak 3.3 peratus, kadar pengangguran sebanyak 3.3 peratus sambil memastikan pembahagian kekayaan negara untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukannya.

Akhirnya, Akta Tanggungjawab Fiskal yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan akan dibentangkan pada tahun ini selepas diabaikan oleh kerajaan lepas. Ia akan membantu menyekat ketirisan dan membendung amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa seperti yang berlaku dalam skandal Jana Wibawa yang membabitkan 56 projek rundingan terus termasuk ahli keluarga pemimpin utama parti politik tertentu sebanyak RM6.3 bilion.

Kita tunggu penjelasan daripada mantan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pagoh tentang skandal ini. Bilakah beliau akan mengambil tindakan saman terhadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seperti mana yang diuar-uarkan? Berani kah beliau mencontohi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang mengambil tindakan berani terhadap pihak yang memfitnah beliau sehingga pemimpin PAS yang kuat fitnah menjilat balik apa yang meludah ke langit, mukanya juga yang basah.

Sebagai wakil rakyat Bagan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan atas peruntukan yang diberikan bagi projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta pemberian RM50 juta untuk memelihara Tapak Warisan UNESCO, Georgetown.

Kedua-dua peruntukan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Perpaduan tidak meminggirkan Pulau Pinang seperti kerajaan dahulu. Pengumuman ini adalah amat menggembirakan rakyat Pulau Pinang dan memberikan harapan baharu kepada kami yang sebelum ini telah dianaktirikan oleh Kerajaan Pusat. Amat menyakitkan hati rakyat negeri Pulau Pinang yang selama ini menyumbangkan cukai dan sebagainya kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM7 bilion setiap tahun, tidak mendapat balik 20 peratus pun daripada sumbangan mereka.

Selain itu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan kerana menjadikan pencapaian Pulau Pinang sebagai rujukan dalam pembentangan Belanjawan 2023 iaitu Wakaf Seetee Aisyah dan Wakaf Simpang Enam dalam merancang membangunkan ekonomi dan sumber kewangan Islam negara dan juga Penang Skills Development Centre dalam memperkasakan pendidikan TVET negara.

draft • 2:32 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kami dari Pulau Pinang mengalu-alukan langkah Kerajaan Persekutuan ini yang mengambil inisiatif Pulau Pinang sebagai contoh rujukan untuk dilaksanakan ke seluruh Malaysia, berazam untuk berkongsi pengalaman kami dengan negeri-negeri lain seperti seluruh rakyat Malaysia dapat menikmati hasil daripada pentadbiran yang cekap, accountable dan telus.

Walau bagaimanapun, saya ingin menarik perhatian terhadap beberapa perkara di negeri Pulau Pinang yang perlu diberikan pertimbangan dalam Belanjawan 2023, khususnya mengatasi kesesakan lalu lintas dengan mengembalikan jaminan pinjaman bank sebanyak RM10 bilion untuk pembinaan LRT yang diberikan semasa pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan tetapi dibatalkan kemudian oleh Kerajaan Perikatan Nasional.

Pertama sekali ialah perlunya perkhidmatan feri Pulau Pinang yang ikonik melebihi 100 tahun dikembalikan. Seperti yang kita sedia maklum, perkhidmatan feri Pulau Pinang merupakan ikon budaya dan sejarah negeri Pulau Pinang yang telah menjadi satu tarikan pelancongan yang popular, bukan sahaja di negeri Pulau Pinang tetapi di seluruh negara.

Malah feri ikonik yang berwarisan juga dikekalkan di Hong Kong dan Kanada. Oleh itu, rakyat Pulau Pinang dan Malaysia yang mempunyai nostalgia menggunakan feri ikonik ini mahu ia dipulihkan demi mengekalkan warisan dan untuk generasi muda mengenali sejarah negeri Pulau Pinang.

draft • 2:32 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kedua, selain daripada Tapak Warisan Dunia George Town, kawasan Bukit Bendera juga merupakan tapak yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Rizab Biosfera yang merupakan hutan hujan selama 140 juta tahun. Tapak Rizab Biosfera Bukit Bendera mempunyai keluasan 12,481 hektar dengan membabitkan kawasan sekitar Bukit Bendera termasuk Taman Negara Pulau Pinang, Taman Botani Pulau Pinang, enam hutan simpanan kekal serta dua empangan air.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Penang Hill Corporation ataupun Perbadanan Bukit Bendera sedang dalam proses membina kereta kabel mesra alam sebagai pengangkutan awam alternatif kepada kereta api vernakular yang sedia ada dan seterusnya untuk meningkatkan lagi tarikan Bukit Bendera. Sudah pasti banyak lagi yang boleh dilakukan di Tapak Rizab Biosfera UNESCO Bukit Bendera sekiranya mendapat bantuan dan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Sebagai contoh, Kerajaan Persekutuan boleh membantu membiayai projek kereta kabel serta meningkatkan kemudahan-kemudahan sekitar kawasan tapak rizab supaya tempat tersebut mesra pengunjung, mewujudkan peluang komersial dan pekerjaan dalam sektor ekopelancongan, dan membantu penyelidik untuk menjalankan kajian kelestarian alam.

Ketiga, seperti yang dinyatakan dalam pembentangan Belanjawan 2023, Penang Skills Development Centre dengan kerjasama Kerajaan Pulau Pinang dan pemain industri electrical and electronics (E&E) telah berjaya menyediakan tenaga kerja yang relevan dalam sektor berkenaan. Oleh sebab itu, Kerajaan Persekutuan harus mengembangkan lagi gerak kerja PSDC dengan memperuntukkan bantuan kewangan dan sokongan daripada institusi

draft • 2:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

pendidikan tinggi bagi mewujudkan satu ekosistem research and development (R&D) yang terunggul di PSDC seperti Massachusetts Institute of Technology (MIT) di Amerika Syarikat.

Inisiatif ini bukan sahaja akan meningkatkan kemahiran tenaga kerja mengikut keperluan industri, tetapi juga akan membangunkan ekosistem penyelidikan industri yang bertaraf antarabangsa dan mewujudkan golongan pekerja yang berteraskan kepakaran industri yang terkemuka.

Keempat, Pulau Pinang amat memerlukan sistem pengangkutan rel LRT dan lebuh raya yang baharu bagi mengatasi kesesakan trafik. Kesesakan trafik hanya akan menjadi semakin teruk sekiranya tiada bantuan daripada Kerajaan Pusat dan ini akan menjejaskan kelangsungan kegiatan ekonomi dan kehidupan rakyat serta pelabur di Pulau Pinang.

Justeru, Kerajaan Persekutuan perlu menyokong dan memperuntukkan bantuan kewangan untuk pembinaan LRT dan lebuh raya baharu di bahagian pulau dan Seberang Perai terutamanya di kawasan Batu Kawan.

Infrastruktur-infrastruktur yang kritikal ini bukan hanya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya di Pulau Pinang, tetapi juga akan memanfaatkan rakyat di Kedah dan di Perak yang berulang-alik ke Pulau Pinang setiap hari. Dengan adanya infrastruktur ini, ekonomi dan kebolehdamaian di ketiga-tiga negeri ini yang penting dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara akan dapat ditingkatkan.

Kelima, Belanjawan 2023 menyatakan bahawa kerajaan akan membina struktur baharu hakisan pantai di Perlis dan Kedah selain menjalankan projek tebatan banjir. Saya ingin meminta Kerajaan Persekutuan mengambil berat juga tentang hakisan pantai di kawasan pelancongan utama di Batu Ferringhi yang semakin teruk dan projek tebatan banjir di kawasan pulau dan Seberang Perai.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin merakamkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dan pasukan beliau yang dibantu oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang baharu, Datuk Johan bin Mahmood Merican yang bertungkus- lumus menyediakan...

draft • 2:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Bagan, minta laluan.

draft • 2:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...Belanjawan 2023 ini.

draft • 2:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Bagan, Kulim- Bandar Baharu minta laluan.

draft • 2:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya habis ayat ini, saya bagi. Tahniah juga kepada Datuk Johan atas lantikan beliau sebagai KSP yang baharu. Sebagai seorang graduan daripada University of Cambridge, first class honours. Sekurang-kurangnya kita yang paling bijak dan cerdik balik untuk memberikan perkhidmatan kepada negara demi meningkatkan kewibawaan negara kita. Sila.

draft • 2:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Bagan kerana banyak membawa isu-isu pembangunan di Pulau Pinang. Cuma saya hendak minta sikit pencerahan iaitu tentang terowong bawah laut yang dicadangkan di Pulau Pinang itu, apakah status

draft • 2:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

terowong bawah laut itu? Adakah masih diteruskan ataupun dihentikan tentang perancangan terowong itu? Terima kasih Yang Berhormat Bagan.

draft • 2:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Yang Berhormat. Projek ini masih berjalan di bawah naungan kerajaan negeri dan perkara ini diuruskan oleh pihak kerajaan negeri. Dengan rendah diri, saya ingin menyeru sekali lagi...

draft • 2:40 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Yang Berhormat Bagan, Kluang. Yang Berhormat Bagan, boleh bagi tak?

draft • 2:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Oh, sila.

draft • 2:40 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya hendak tanya sama ada Yang Berhormat Bagan setuju atau tidak kerana kita lihat sekarang, infrastruktur pengangkutan awam negara kita seolah-olahnya memberi tumpuan kepada Lembah Klang sahaja iaitu banyak bandar di luar sana iaitu selain daripada Lembah Klang seperti Johor Bahru, Pulau Pinang yang sebenarnya ada populasi yang tinggi, tidak mempunyai pengangkutan awam yang secukupnya.

Ini sebab bahawa Pulau Pinang sebenarnya perlu satu sistem pengangkutan awam berasaskan rel dan juga pengangkutan awam lain supaya penduduk-penduduk setempat boleh enjoy, menikmati kemudahan asas yang secukupnya dengan kos sara hidup yang lebih rendah daripada membeli kereta persendirian.

Jadi, saya rasa ini adalah poin yang penting. Saya harap bukan sahaja pihak kerajaan, tetapi juga pihak pembangkang boleh bangkitkan isu pengangkutan awam ini supaya bukan sahaja bandar-bandar ataupun townships terletak di Lembah Klang, tetapi juga kawasan lain khasnya ibu kota negeri masing-masing dan juga bandar sekunder boleh ada pengangkutan awam yang cukup untuk penduduk-penduduk setempat dan bukan sahaja memberi fokus kepada Lembah Klang sahaja. Itu yang sangat penting.

Apa yang paling penting sekali, berbanding dengan kos yang kita belanja setiap tahun untuk membina infrastruktur yang mahal seperti jambatan bertingkat ataupun highway kerana kenderaan persendirian kita semakin banyak kerana semua orang beli kereta sendiri dan akhirnya kesesakan lalu lintas lagi.

Berbanding dengan kos yang kita belanja di sini dengan kos yang kita melabur untuk pengangkutan awam selain daripada LRT dan MRT, membeli lebih banyak bas. Memang tidak seimbang. Itu kalau negara kita boleh melabur lebih banyak lagi dekat dalam pengangkutan awam bukan sahaja di Lembah Klang, tetapi seluruh negara. Saya percaya bahawa kehidupan rakyat kita akan lebih selesa dan kos sara hidup mereka juga akan diturunkan. Setuju ataupun tidak Yang Berhormat Bagan?

draft • 2:40 PM

Tuan Jamaluddin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak.

draft • 2:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Saya memang bersetuju dengan cadangan beliau.

draft • 2:40 PM

Tuan Jamaluddin bin Yahya - Pasir Salak

Boleh saya mencelah?

draft • 2:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Nanti, nanti. Saya habis dahulu ini. Saya memang bersetuju dengan beliau bahawa kita perlu menambahbaikkan pengangkutan awam, tetapi yang paling penting adalah penggunaannya. Di sini saya memang hendak mengucapkan

draft • 2:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

syabas kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan kerana beliau sebagai Menteri rela menggunakan pengangkutan awam untuk menggalakkan lebih ramai orang awam menggunakannya. Itulah daripada segi– bukan sahaja daripada segi kerja di pihak kementerian, tetapi juga daripada segi aplikasinya. Mungkin itu sebab beliau mendapat rating yang paling baik di kalangan rakyat Malaysia sebagai Menteri yang mempunyai prestasi yang paling cemerlang sekali.

draft • 2:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kita harap bahawa Projek High Speed Rail di antara Kuala Lumpur dan Singapura yang dibatalkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional di bawah Yang Berhormat Pagoh boleh dipulihkan semula seperti mana yang bertandakan oleh pihak Kerajaan Perpaduan. Ini kerana kalau projek ini dapat dilangsungkan dan diteruskan juga ke utara iaitu baik di Pulau Pinang ataupun ke Alor Setar dan sambung juga ke Kluang. Jangan lupa sambung ke Kluang.

Saya percaya ia akan membantu bukan sahaja pembangunan tetapi mengurangkan kesesakan trafik di Semenanjung Malaysia.

So, saya ingin menyeru Yang Berhormat Menteri Kewangan memberikan perhatian kepada lima perkara, lima pembangunan utama yang saya gariskan tadi supaya Pulau Pinang akan terus dapat dibangunkan dan sekali gus memanfaatkan seluruh Wilayah Ekonomi Koridor Utara. Ini kerana apabila Pulau Pinang dapat membangun dengan pesat, bukan sahaja Pulau Pinang akan mendapat manfaat, limpahannya akan terus juga dapat dirasai oleh negeri Kedah, negeri Perlis dan bahagian utara negeri Perak.

Tuan Yang di-Pertua, minggu lepas PETRONAS telah menolak cadangan untuk menyenaraikan tawaran awam permulaan (IPO) dengan cadangan mengapungkan 20 peratus saham PETRONAS kepada pihak swasta. Kononnya untuk mengumpul dana sebanyak RM300 bilion bagi pihak Kerajaan Persekutuan. RM300 bilion ini kononnya boleh membantu mengurangkan hutang negara sebanyak RM1.5 trilion, di mana RM46 bilion setahun diperlukan semata-mata untuk bayaran faedah serta meningkatkan pendapatan PETRONAS sebanyak RM60 bilion setiap tahun, selain menambah baik ketelusan, akauntabiliti demi memastikan sumber kewangan atau kekayaan tidak diselewengkan.

Sebenarnya PETRONAS ialah khazanah negara yang harus dimiliki oleh rakyat Malaysia secara langsung. Sebarang pengapungan saham harus diberikan balik kepada rakyat, khususnya negeri-negeri pengeluar minyak supaya kuasa milikan tetap berada di tangan rakyat Malaysia. Menggunakan PETRONAS untuk melangsaikan hutang Kerajaan Persekutuan sebenarnya mengalihkan kebertanggungjawaban mereka yang membuat pinjaman. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan harus membereskan hutang yang dipinjamkan sendiri, bukannya bergantung pada PETRONAS untuk berbuat demikian. Sama ada IPO dengan pengapungan 20 peratus saham PETRONAS akan mengumpulkan dana sebanyak RM300 bilion atau membolehkan PETRONAS menambahkan pendapatan sebanyak RM60 bilion setahun dipertikaikan memandangkan IPO serupa untuk Aramco oleh Saudi Arabia atau Arab Saudi nampaknya kurang berjaya. Apa yang penting ialah PETRONAS mesti terus dimiliki oleh rakyat Malaysia.

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Yang Berhormat Bagan.

draft • 2:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sememangnya sebarang usaha...

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Adakah Yang Berhormat Bagan bersetuju bahawa sepanjang lima tahun yang lepas ini bahawa kerajaan kita sangat bergantung pada pendapatan PETRONAS? Sudah tentu apabila kita membuat pengapungan ini, ia akan menjejaskan pendapatan kerajaan untuk jangka masa panjang. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Bagan, pada lima tahun yang lepas kita telah mendapat faedah sebagai sebuah kerajaan daripada dividen PITA tax royalties sebanyak hampir RM60 bilion setiap tahun for the last five years, on average. Ada tahun yang kita dapat 80. Ada tahun yang kita dapat 50, on average 60.

Sudah tentu apabila kita buat pengapungan PETRONAS ini, kita sudah tidak lagi boleh menguasai PETRONAS kerana ia merupakan public di luar sana dan melibatkan pemegang-pemegang saham di luar negara kita. Apakah pendapat Yang Berhormat Bagan?

draft • 2:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ya, itulah sebabnya saya sebut tadi. Kita kena berhati-hati. Ini kerana PETRONAS harus dimiliki 100 peratus oleh rakyat Malaysia.

Sekiranya, kita kehilangan kuasa milikan, ia akan menjejaskan bukan sahaja satu reserved strategik negara tetapi yang lebih penting lagi ialah satu khazanah yang saya rasa tidak boleh diganti dengan sumber-sumber lain. So, saya memang bersetuju dengan Yang Berhormat daripada Titiwangsa tentang perkara ini bahawa kita harus berhati-hati.

Sememangnya sebarang usaha untuk menambah baik ketelusan dan akauntabiliti di alu-alukan. Akan tetapi prinsip utama ini serta kuasa milikan rakyat boleh dipertahankan dengan cadangan alternatif menerusi penubuhan satu sovereign wealth fund seperti yang dilakukan oleh negara Norway. PETRONAS sebagai sebuah syarikat minyak dan gas nasional ialah satu entiti utama dalam ekonomi Malaysia. Jumlah keuntungan bersih yang diperoleh oleh PETRONAS dari tahun 2017 hingga 2021 melebihi RM168 bilion. Keuntungan bersih pada tahun 2022 dijangka mencecah RM80 hingga RM100 bilion. PETRONAS pula dijangka menyumbangkan sampai RM59 bilion dalam bentuk dividen kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun lepas.

Oleh itu, penting bagi kerajaan untuk menguruskan kekayaan daripada hasil PETRONAS ini dengan bijak dan berkesan. Salah satu kaedah yang baik untuk melakukannya adalah dengan mencontohi model Dana Pencen Kerajaan Norway ataupun Government Pension Fund Global Norway. Pada asalnya, dana ini dikenali sebagai Petroleum Fund of Norway, tujuannya menyimpan pendapatan negara daripada sektor minyak dan gas Norway yang semakin meningkat pada ketika itu. Dana ini terus membesar dengan penambahan pendapatan melalui pelaburan dalam lebih 9,000 buah syarikat di 70 buah negara dengan pelbagai aset global seperti saham, bon, hartanah dan infrastruktur.

Dana amanah tersebut adalah dana pencen yang dimiliki oleh Kerajaan Norway dan diuruskan oleh Norges Bank Investment Management. Dana amanah ini merupakan dana pencen terbesar di dunia dengan nilai aset melebihi USD1 trilion. Malaysia ada hutang RM1.5 trilion tetapi pension fund Norway ada aset USD1 trilion. Tujuan utama dana ini adalah untuk membantu Kerajaan Norway memastikan semua rakyat Norway akan mendapat manfaat daripada dana pension tersebut. Pada pandangan saya, model ini sangat relevan untuk

draft • 2:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

PETRONAS kerana ia mempunyai banyak persamaan dengan syarikat ini. Seperti PETRONAS, dana tersebut juga merupakan entiti kerajaan dan mempunyai mandat jangka panjang dalam menguruskan kekayaannya daripada sektor minyak dan gas.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Dewan telah maklumkan bahawa jumlah median simpanan ahli-ahli KWSP telah berkurang sebanyak 50 peratus daripada RM16,600 sebelum pandemik COVID-19 pada tahun 2019 kepada RM8,100 pada tahun 2022 akibat daripada empat pengeluaran wang KWSP oleh ahli-ahlinya sebanyak RM145 bilion. Ini ialah suatu perkara yang serius kerana kehidupan persaraan rakyat akan terancam disebabkan kekurangan jaminan wang persaraan. Oleh sebab itu, kita memerlukan satu perancangan jangka panjang yang beroperasi selari dengan KWSP bagi memastikan wang persaraan semua rakyat mencukupi.

Sungguhpun kerajaan berniat baik dengan memberikan RM500 seorang kepada 2 juta orang pencarum B40 sebanyak RM1 bilion, ia masih jauh daripada simpanan RM240,000 yang disasarkan kepada setiap pencarum selepas mereka bersara. Justeru, saya menyarankan supaya kerajaan mempelajari bagaimana model dana pencen negara Norway beroperasi dan bagaimana ia menguruskan kekayaan hasil bumi negara dengan berkesan supaya kesejahteraan persaraan semua rakyat terjamin.

draft • 2:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sekiranya kebanyakan keuntungan PETRONAS dikunci sedemikian dalam Amanah Norway seperti yang diamalkan di Norway, rakyat Malaysia berkemungkinan akan memiliki aset bernilai sebanyak USD1 trilion, secara langsung menjamin masa depan berpencen mereka.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menekankan bahawa mencontohi model Norway dapat memberikan banyak manfaat dalam menguruskan kekayaan PETRONAS dengan bijak dan berkesan agar tidak melepaskan peluang ini. Seterusnya, dapat melindungi kepentingan rakyat dalam jangka masa panjang dan melestarikan kekayaan negara.

Tuan Yang di-Pertua, menjurus kepada sektor pendidikan. Sektor pendidikan diberikan peruntukan tertinggi sebanyak RM55.2 bilion. Saya menyambut baik ketetapan baharu Kerajaan Persekutuan agar had atau limit sebut harga perolehan kerja dan perolehan secara cabut undi telah dinaikkan sebanyak 100 peratus masing-masing kepada RM1 juta dan RM200,000 memandangkan kos bahan binaan sudah pun naik melambung tinggi. Ini untuk sekolah-sekolah dan juga klinik-klinik kesihatan.

Saya ingin mencadangkan bahawa kerajaan memberikan kelonggaran membenarkan geran secara langsung kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah- sekolah ataupun lembaga pengarah sekolah untuk menjalankan projek sendiri sama ada membeli bekalan ataupun menjalankan nilai kerja kecil sehingga RM100,000. Desentralisasi or decentralization sedemikian membolehkan mutu kerja yang baik dengan harga yang lebih munasabah dalam tempoh masa kerja yang pendek.

Saya hendak minta pihak perbendaharaan meneliti mengapa projek yang dijalankan oleh lembaga pengarah sekolah atau PIBG boleh murah sampai 50 peratus daripada kos kerja oleh kerajaan. Contohnya di Butterworth, ada sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

draft • 3:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Li Hwa di Butterworth diluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 yang dimohon untuk membina sebuah gelanggang bola keranjang berbumbung. Akan tetapi, pihak berkenaan daripada kerajaan enggan mengeluarkan tender kerana apabila mereka menilai kos tawaran tender, ya, mereka sebut sekurang-kurangnya mesti RM750,000 dan tidak mungkin kerja boleh dihabiskan dengan hanya RM300,000.

Oleh itu, wang tunai RM300,000 diberikan terus kepada Lembaga Pengarah Sekolah SJK(C) Li Hwa untuk menjalankan kerja sendiri. Akhirnya, Lembaga Pengarah Sekolah SJK(C) Li Hwa berjaya menyiapkan kerja dengan harga RM389,000 iaitu separuh daripada anggaran RM750,000 oleh pihak kerajaan. Sila Yang Berhormat Indera Mahkota.

draft • 3:00 PM

Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya ada pengalaman yang sama semasa saya menjadi Ahli Parlimen Temerloh.

Cuma kalau hendak sambung sedikit, ada waktunya Vot turun ke sekolah terlalu lambat.

Waktu cuti sekolah, biasanya sekolah hendak membuat penyelenggaraan dan sebagainya tetapi Vot sampai bulan Mac atau bulan April— dan sekolah selalunya masalah-masalah perabot yang timbul itu, dia cari wakil rakyatlah untuk membantu mereka. Mungkin juga Yang Berhormat boleh cadangkan supaya dipercepatkan sedikit Vot itu turun ke sekolah.

draft • 3:00 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Yang Berhormat Bagan, boleh saya sambung sedikit?

draft • 3:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya ambil maklum...

draft • 3:00 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Tanjong Karang, Yang Berhormat Bagan.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 3:00 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Tanjong Karang,kanan.

draft • 3:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya sambung kemudian. Saya memang bersetuju dengan cadangan daripada Yang Berhormat kerana ini saya rasa masalah sistem di seluruh negara. Mungkin Yang Berhormat Putrajaya lebih tahu tentang masalah sedemikian tetapi malangnya tidak dapat diatasi dan kita harap kerajaan baharu dapat menguruskan perkara ini.

Akan tetapi, masalah sekarang seperti yang saya sebut tadi. Mengapakah anggaran kerajaan begitu tinggi berbanding dengan kerja yang dijalankan oleh pihak swasta? Ini bukan sahaja sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah rendah kebangsaan pun serupa. Tiada lembaga pengarah sekolah, saya bagi terus kepada PIBG. Apabila PIBG menjalankan kerja, dia jalankan dengan cepat sekali. Mereka orang biasa. Dia ambil ibu bapa kepada murid- murid sekolah rendah tetapi mereka boleh cari kontraktor, boleh buat kerja dengan baik, pastikan dia buat dengan cepat dan value for money, dengan izin. Itulah saya rasa harus dipertimbangkan supaya apabila hendak jalankan projek kecil sampai RM100,000 bagi terus kepada PIBG atau bagi terus ke lembaga pengarah sekolah. Kerja lebih bermutu, lebih cepat dan saya rasa lebih memuaskan kepada pengguna-pengguna iaitu murid-murid sekolah.

Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 3:00 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan kerana memberi laluan kepada saya untuk mencelah.

Berhubung dengan suntikan RM1 bilion ke dalam akaun KWSP pencarum-pencarum, saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Madani. Akan tetapi, setujukah Yang Berhormat Bagan kalau saya katakan rakyat— bukan ini yang rakyat mahu. Rakyat tidak memohon RM500 dimasukkan ke dalam akaun mereka. Rakyat sekarang amat terdesak, rakyat susah.

Rakyat mahukan sedikit wang yang boleh dikeluarkan secara bersasar. Kalaulah RM500 ini masuk ke dalam akaun, mereka tidak boleh menggunakannya dan tidak akan berfaedah dalam keadaan yang amat susah sekarang. Ini hanya boleh digunakan 20 tahun atau 30 tahun nanti. Kalaupun RM500 ini diberikan sekarang, saya percaya, membantu rakyat.

Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terlepas ya, tadi yang sebut tentang kenaikan wang daripada KWSP, tetapi tidak mengapa. Sudah tentu saya faham apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang dan saya pun telah dapat maklum balas serupa. Perkara ini kita akan bincang. Saya rasa akan sampaikan maklum balas yang sedemikian kepada pihak kerajaan.

Balik kepada tajuk yang saya sebut tadi. Sekiranya penjimatan bukan separuh tetapi satu pertiga daripada harga kontrak dapat kita jimatkan, besarnya penjimatan secara keseluruhan. Penjimatan yang kita boleh janakan menerusi penilaian semula sistem perolehan yang sedia ada, tolong bayangkan betapa besarnya— tengok kita punya perbelanjaan pembangunan, RM99 bilion telah diperuntukkan. Kalau kita boleh jimatkan satu pertiga daripada jumlah ini, sepertimana yang dihematkan oleh Sekolah Kebangsaan Sungai Puyu, Sekolah Rendah Kebangsaan Bagan Jermal, Sekolah Rendah Kebangsaan...

draft • 3:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Bagan, boleh bagi laluan sedikit?

draft • 3:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Nanti, saya habis ini dahulu. Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Puyu— tolong bayangkan, kalau mereka boleh jimat satu pertiga daripada kos asal kontrak. Ini untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Li Hwa— separuh, hampir separuh tetapi kita hanya sebut satu pertiga sahaja. Besarnya penjimatan kepada negara di mana penjimatannya boleh disalurkan bagi projek pembangunan lain.

Semoga peruntukan RM55.2 bilion ini juga membolehkan sekolah-sekolah menjalankan pembaikan semula atau menggantikan kelengkapan yang rosak dengan lebih cepat. Contohnya, hendak minta wang untuk menggantikan sebuah penghawa dingin, setengah setahun pun tidak sampai. Mengapa perbelanjaan kecil-kecil ini tidak boleh diberikan dengan cepat kepada sekolah-sekolah dalam kawasan Parlimen Bagan apabila peruntukan begitu besar, puluhan bilion telah diberikan kepada Kementerian Pendidikan.

Yang Berhormat Kubang Pasu kan?

draft • 3:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Ya, Yang Berhormat Bagan. Subjek ini amat interesting sekali. Saya amat bersetuju apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bagan sebab pengalaman saya sebagai wakil rakyat tiga

draft • 3:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

penggal, masuk empat penggal. Empat penggal ini tidak dapat apa lagilah, yang lain itu sebagai ADUN.

Saya membuat perhatian yang serupa dan saya rasa apa yang disyorkan ini boleh kita panjangkan atau extend kepada projek-projek yang lain, bukan hanya di sekolah Yang Berhormat Bagan. Projek baiki jalan, projek baiki longkang, projek baik pulih rumah dan sebagainya.

draft • 3:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Sebenarnya kalau kita bercakap value for money, kalau kita ada RM10,000 kalau kita bahagi bukan cara kontraktor yang biasa ini, dia akan buat profit yang tinggi ya 30 percent sampai itu. Akan tetapi, kalau kita pilih katakan tukang rumah yang biasa dekat kampung umpamanya sebagai contoh ya, kita dapat value for money itu lebih tinggi daripada sistem yang ada sekarang.

Oleh sebab itu, saya setuju supaya peruntukan-peruntukan terutama untuk wakil rakyat ini kalau dibagi terus dan dapat dilaksanakan dengan telus dan bertanggungjawab.

Dia akan memberikan penjimatan yang besar kepada negara dan rakyat di bawah akan mendapat value for money apa yang mereka perlukan. Itu, Tuan Yang di-Pertua. Minta komen daripada Yang Berhormat Bagan.

draft • 3:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu atas sokongan terhadap cadangan saya. Yang Berhormat boleh sebut juga dalam ucapan Yang Berhormat kemudian.

Adalah penting bahawa janji-janji Manifesto Pakatan Harapan ditunaikan demi memenangi keyakinan rakyat. Rakyat faham masa diperlukan untuk melaksanakannya dan tidak boleh dilakukan dalam tempoh masa dua atau tiga tahun.

Oleh itu, saya harap Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi mewujudkan satu petugas khas untuk meneliti sejauh manakah kemajuan untuk melaksanakan janji-janji sedemikian dalam Manifesto Pakatan Harapan.

Adalah penting bahawa peruntukan pembangunan untuk pendidikan vernakular tidak kurang daripada apa yang diberikan oleh kerajaan lepas dan dipulihkan pada tahap yang diberikan semasa Kerajaan Pakatan Harapan. Diminta bukanlah jumlah besar dan amat kecil tidak sampai pun RM250 juta berbanding dengan peruntukan RM55.2 bilion yang diberikan kepada Kementerian Pendidikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merayu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengembalikan peruntukan asal yang diberikan oleh mantan Perdana Menteri dari Bera kepada semua Ahli Parlimen Kerajaan.

Pengurangan sebanyak 70 peratus menjejaskan penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada para pengundi. Tidak ada sebarang pertikaian bila semua perbelanjaan ini digunakan demi rakyat selari dengan dasar kerajaan...

draft • 3:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan Yang Berhormat Bagan.

draft • 3:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...Dan sekiranya ada penyelewengan...

draft • 3:10 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Bagan minta laluan.

draft • 3:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...Tindakan dan sekiranya ada penyelewengan tindakan tegas boleh diambil oleh pihak berkenaan. Saya harap kerana potongan 70 peratus menyusahkan kita sebagai Ahli Parlimen Kerajaan.

draft • 3:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Sikit Yang Berhormat Bagan ya.

draft • 3:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini bukan sahaja saya rasa daripada pihak kami tetapi juga di kalangan Yang Berhormat Menteri-menteri juga.

draft • 3:10 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Bagan, boleh?

Terima kasih Yang Berhormat Bagan.

Seperti mana point yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan berkaitan dengan janji Manifesto Pakatan Harapan pada ketika itu untuk memberi peruntukan sama rata bukan sahaja kepada pihak kerajaan dan janji ini boleh dilaksanakan tidak perlu tunggu tiga tahun.

Jadi, setujukan Yang Berhormat Bagan bahawa kami di pihak opposition juga patutnya menerima peruntukan seperti mana di sebelah kerajaan? Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya pegang kepada janji-janji Manifesto Pakatan Harapan tetapi kita kena ingat masa diperlukan. Selagi ia dilaksanakan saya rasa rakyat faham kalau memerlukan sedikit masa. Akan tetapi, seperti yang saya nyatakan tadi saya pegang kepada janji Pakatan Harapan.

Peruntukan bagi sektor kesihatan pula telah dinaikkan daripada RM32.4 bilion pada tahun lepas kepada RM36.3 bilion pada tahun ini.

draft • 3:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Bagan, Puncak Borneo minta laluan sedikit boleh? Puncak Borneo minta sedikit sahaja.

Yang Berhormat Bagan, saya amat setuju dengan pandangan Yang Berhormat Bagan tadi mengenai peruntukan Ahli Parlimen. Khasnya bagi kita di Sabah, Sarawak ini kita memerlukan banyak bantuan kewangan dan kadang-kadang banyak masalah rakyat yang kita kena hadapi hari-hari.

Saya teliti dalam belanjawan pada kali ini butiran dalam belanjawan itu telah memperuntukkan bajet dalam Butiran 93000 dengan 93600 sudah ada dalam butiran dan jumlah kewangan itu telah diperuntukkan. Apalah susahnya kalau wang itu telah diperuntukkan dalam belanjawan kita. Bagi sahajalah kepada wakil-wakil rakyat Ahli Parlimen termasuk daripada pembangkang.

[Tepuk] Oleh sebab, dahulu Yang Amat Berhormat Tambun semasa dia berkempen dia kata kita akan adil kepada semua Ahli-ahli Parlimen, dalam manifesto telah disebut...

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Jadi saya merasakan perkara ini perlu diperhalusi. Bantulah semua wakil rakyat, terima kasih.

draft • 3:10 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Bagan, sedikit Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Bagan, sedikit sahaja.

draft • 3:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Nanti, nanti, nanti. Saya faham maksud daripada Yang Berhormat Puncak Borneo. Kalau kita lihat daripada segi itu buku belanjawan memang telah diperuntukkan tetapi kita pun kena terima hakikat itu ialah yang disyorkan.

Akhirnya, perbelanjaan sebenar terpulang kepada kemampuan pihak Kerajaan Persekutuan. So, di sinilah saya minta sebelum kita pergi kepada pihak pembangkang di mana kita sebut ada dalam janji manifesto, kita uruskan dahulu peruntukan untuk Ahli-ahli Parlimen Kerajaan.

draft • 3:10 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Bagan.

draft • 3:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kalau Ahli-ahli Parlimen Kerajaan pun tidak cukup macam mana kita hendak cakap yang lain lagi?

draft • 3:10 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Bagan.

draft • 3:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Akan tetapi, di sini...

draft • 3:10 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Bagan.

draft • 3:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...Di sini, saya ingin tegaskan, saya pegang kepada apa yang kita janjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan. Sekiranya kita perlukan sedikit masa untuk tunaikannya, saya rasa rakyat akan faham asalkan ia ditunaikan pada akhir penggal Kerajaan Perpaduan.

draft • 3:10 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Bagan boleh sedikit?

draft • 3:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya minta maaf, saya masih ada teks ucapan yang lebih. Saya ingin...

draft • 3:10 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Bagan sedikit Yang Berhormat Bagan?

draft • 3:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...Dalam sektor kesihatan.

draft • 3:10 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Bagan kena setuju dengan point ini sebab selepas ini Yang Berhormat Bagan hendak jadi pembangkang nanti kena minta juga.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Pengkalan Chepa sila duduk.

draft • 3:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya ingin memohon pembinaan hospital baharu di Kampar seperti mana yang diluluskan oleh Kerajaan Pakatan Harapan tetapi dibatalkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional.

Juga, menaik taraf semua hospital dan klinik kesihatan di Pulau Pinang khususnya Klinik Kesihatan Bagan, Hospital Besar Pulau Pinang, Hospital Seberang Jaya, Hospital Balik Pulau dan juga Hospital Sungai Bakap dalam kawasan Yang Berhormat Menteri Pendidikan sendiri. Bilangan pesakit yang melonjak meminta rawatan dalam hospital kerajaan pasca COVID-19 ini memang di luar jangkaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga minta pencerahan tentang kemajuan pembelian vaksin COVID-19 yang tidak teratur tanpa mematuhi prosedur sehingga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengarahkan satu kertas putih disediakan. Adakah benar

draft • 3:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

bahawa 11 juta dos vaksin terpaksa dilupuskan dengan kerugian kepada kerajaan sebanyak RM1 bilion? Saya harap kertas putih boleh disediakan dengan masa yang paling singkat.

Pada masa yang sama, ada banyak berita tentang kesan sampingan bergejala oleh penerima suntikan vaksin Pfizer. Apakah tindak balas pihak kementerian terhadap pesakit tersebut untuk membolehkan syarikat berkenaan di saman demi menuntut ganti rugi kepada mereka pesakit yang bergejala?

Di samping itu, kos perolehan oleh kerajaan jauh lebih tinggi berbanding harga yang boleh diperoleh oleh pihak swasta. Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah ini dan mengurangkan kos kepada kerajaan?

Tuan Yang di-Pertua, negara kita menghadapi krisis pekerjaan kesihatan khususnya jururawat yang terlatih dan berpengalaman bukan sahaja di hospital kerajaan tetapi juga di hospital swasta amat berkurangan.

Sejauh manakah kelompangan yang harus diatasi demi mengurangkan aliran jururawat ke luar negara? Kalau ini tidak diatasi, saya rasa kita punya perkhidmatan akan tergugat dalam masa terdekat. Masyarakat...

draft • 3:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Yang Berhormat Bagan, saya hendak minta?

Kampar, belakang.

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Bagan, saya hendak minta tanya satu soalan yang mudah. Adakah Yang Berhormat Bagan bersetuju tentang Hospital Kampar jika pada tahun 2020, Kerajaan Pakatan Harapan tidak tumbang dan tidak ada kerajaan tebuk atap pada hari ini Hospital Kampar telah pun mula siap dibina. Adakah Yang Berhormat Bagan bersetuju?

draft • 3:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Memang, kerana ini pun telah diumumkan oleh saya semasa saya jadi Menteri Kewangan dalam Belanjawan 2020 bahawa Hospital Kampar telah pun diluluskan dan saya percaya hari ini pembinaan sudah pun berjalan.

draft • 3:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kita harap Kementerian Kesihatan boleh menimbang semula cadangan sedemikian yang malangnya dibatalkan oleh pihak kerajaan Perikatan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua masyarakat kian menjadi masyarakat warga emas berusia termasuk ramai daripada Yang Berhormat di sini. Oleh yang demikian, mereka perlukan penjagaan yang berlainan bukan sahaja sekadar rawatan perubatan tetapi dalam aset penyeliaan menjalankan keperluan berfungsi harian. Saya harap pihak kerajaan boleh mulakan satu dasar baharu bagi warga emas seperti mana yang digariskan dalam Manifesto Pakatan Harapan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merayu agar cukai jualan atas talian sebanyak 10 peratus untuk barangan bernilai rendah atau low value goods bawah RM500.00 baik daripada pembeli dalaman domestik atau luar negara dihentikan seketika sehingga dunia pulih daripada kelembapan ekonomi. Cukai jualan 10 peratus atas talian ini yang diperkenalkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional tidak harus menambah beban cukai ke atas mereka yang membeli low value goods kurang dari RM500.00 kerana kebanyakan terdiri

draft • 3:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

daripada golongan orang muda dan berpendapatan rendah. Kita pun juga harus galakkan perkembangan ekonomi digital.

Saya juga ingin merayu agar pengecualian cukai ke atas pendapatan daripada punca luar negara kepada pemastautin di Malaysia tidak ditarik balik tetapi tetap dilanjutkan sekurang-kurangnya sehingga pertumbuhan ekonomi pulih demi menggalakkan lebih banyak kemasukan aliran dana. Sekiranya dilaksanakan penarikan balik pengenaan cukai ini, ia akan sedikit sebanyak menjejaskan kemasukan aliran dana dari luar negeri khususnya daripada Singapura dan negara serantau yang diduduki oleh rakyat Malaysia yang ramai.

Insentif aliran masuk dana harus diberikan bukannya dihukum. Sebarang cukai baharu harus dilaksanakan secara berhati-hati dari segi kuantum dan pendekatan ataupun metodologi supaya ia tidak menjejaskan volum perniagaan dan tidak terlalu tinggi sehingga rakyat Malaysia akan membelinya di luar negara atau negara jiran.

Minima cukai progresif seperti mengenakan cukai yang lebih kepada golongan yang berada contohnya cukai mewah disokong tetapi janganlah terlalu tinggi atau terlalu berat sehingga mencetuskan aliran tukaran wang asing ke negara jiran. Ini kerana mereka boleh pergi ke negara jiran baik di Thailand, Singapura atau negara-negara yang lebih jauh untuk membeli barangan yang sedemikian dan akhirnya kita akan rugi.

Seperti yang kita sebut, apabila kita haramkan sesuatu, kita mesti ada keupayaan menguatkuasakannya. Apa gunanya kita haramkan sesuatu bila pasaran gelap terus bermaharajalela baik dalam aspek barangan rokok ataupun perjudian. So, apabila sesuatu diharamkan yang paling gembira ialah mereka yang terlibat dalam pasaran gelap. Sekiranya penguatkuasaan kurang, amat sukar sekali untuk kita menambahkan cukai ataupun membolehkan tujuan-tujuan tertentu dicapai.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin buat satu pertanyaan kerana selepas Belanjawan dibentangkan saya balik ke kawasan saya dan saya melawat surau- surau dan saya berbincang dengan tok siak, imam dan sebagainya dan saya ingin tanya sama ada sumbangan RM600.00 kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA, dan guru takmir diberikan juga kepada surau-surau atau hanya kepada masjid sahaja? Kalau ini hanya diberikan kepada masjid, bolehkah saya cadangkan jumlah RM600.00 diberikan kepada setiap surau, bukan setiap seorang supaya ia dapat dibahagikan kepada ahli-ahli ataupun sukarelawan kerana surau-surau ini dianggotai oleh sukarelawan.

Kita pun mendekati masyarakat Muslim dalam kawasan kita.

[Tepuk] Itu sebab saya menang kawasan saluran satu hingga lima, hanya enam dan tujuh sahaja kalah, di kawasan kampung kerana kehebatan TikTok membuat fitnah, memang hebat sama sekali.

Akhirnya, saya ingin menekankan kedaulatan negeri Pulau Pinang sebagai sebuah negeri berdaulat di mana rakyat mempunyai kuasa.

draft • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Bagan, boleh Sik minta sedikit pandangan? Ada masa lagi boleh Sik minta sedikit pandangan? Berkaitan Pulau Pinang, berkaitan Pulau Pinang. Berkaitan air Pulau Pinang. Boleh ya, boleh?

draft • 3:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Air?

draft • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya

draft • 3:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Nanti, saya habis ini dahulu baru boleh tanya.

draft • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Okey.

draft • 3:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya perlu habis ini dahulu, ini penting. Akhirnya, saya ingin menekankan kedaulatan negeri Pulau Pinang sebagai sebuah negeri di mana rakyat mempunyai kuasa menentukan kerajaan negeri dan hala tuju di bawah naungan kerajaan dan Perlembagaan Persekutuan.

Saya amat kesal dengan kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah yang menyakiti hati rakyat 1.7 juta orang rakyat negeri Pulau Pinang dengan meragui dan mempertikaikan kedaulatan negeri Pulau Pinang.

[Tepuk] Ucapan yang menghasut ini mengapi-apikan sentimen ekstremis kerana mempertikaikan keabsahan Perlembagaan Persekutuan yang memberi bentuk..

draft • 3:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan, minta laluan Yang Berhormat Bagan.

draft • 3:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Nanti saya bagi. Saya habis ayat ini dahulu – yang memberi bentuk, nyawa dan juga kuasa perundangan kepada negeri Pulau Pinang sebagai negeri yang berdaulat di bawah Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan. Kalau tidak percaya, tengok Federal Constitution, termaktub di sini. Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang berdaulat. Beritahu Yang Berhormat Sanusi jangan main-main dengan negeri Pulau Pinang*.

[Tepuk]*

draft • 3:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Tidak main, tidak main. Minta laluan Yang Berhormat Bagan.

draft • 3:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Atas pentas dan undang-undang apa Menteri Besar Kedah boleh meragui kedaulatan negeri Pulau Pinang. Beliau bukan pakar undang-undang dan seharusnya wajar dan waras mendapat nasihat daripada pakar perundangan sebelum membuka mulut menyerang kedaulatan negeri Pulau Pinang.

Beliau secara tidak langsung mempertikaikan kuasa Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Kita semua kena bertegas mempertahankan hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya Perlembagaan Persekutuan boleh diragui dan dicabar sedemikian rupa oleh seorang yang tidak lain dan tidak bukan seorang kuat ahli politik seperti Menteri Besar Kedah. Sampai hendak sapu bersih semua negeri-negeri, negeri Pulau Pinang pun nak tawan. Akan tetapi pada masa yang..

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Biaq pi kat dia la..

draft • 3:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Pada masa yang sama meragui kedaulatan negeri pula. Ini saya rasa sudah melampau, ini saya rasa tidak bertanggungjawab. Saya harap rakan-rakan di sini boleh meminta beliau menarik balik tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab. Jangan main-main..

draft • 3:20 PM

Tuan Jamaluddin bin Yahya - Pasir Salak

Baca balik sejarah Kedah.

draft • 3:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Jangan, jangan main-main.

draft • 3:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Bagan kita pun tidak main..

draft • 3:20 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Air pun tidak bayar, cakap lebih. Air pun tidak bayar. Bayar air dulu.

draft • 3:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya tidak bagi. Saya tidak bagi Tuan Yang di-Pertua.

Jangan main-main dengan Perlembagaan Persekutuan.

draft • 3:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Okey Yang Berhormat Bagan. Pasai ayaq dulu, ayaq. Bagilah, saya hendak jawab.

draft • 3:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini adalah keabsahan yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan, jangan dipertikaikan.

draft • 3:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Bagan bagi.

draft • 3:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya habiskan dahulu, sabar. Habis dulu. Sekiranya Perlembagaan Persekutuan boleh diragui dan dicabar sedemikian rupa, maka hak-hak lain akan dapat musibah atau kecelakaan serupa khususnya rakyat yang selalu dimomokkan sebagai lawan dalam ucapan kebencian. Sila, Yang Berhormat Pendang.

draft • 3:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih.

Kak Teh, takpa Kak Teh. Saya nak bersama dengan Yang Berhormat Bagan Kak Teh.

[Ketawa] Okey, okey. Saya nak tanya sampai sekarang ini adakah Pulau Pinang membayar pajakan kepada negeri Kedah daripada Perjanjian Tahun 1869 di antara – bila pajakan bermakna..

draft • 3:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baca Perlembagaan lah..

draft • 3:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ya. Pajakan adakah masih bayar sampai sekarang? Itu sahaja saya nak tanya. Kalau bayar maknanya kita boleh berbincanglah.

draft • 3:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih. Pulau Pinang tidak pernah bayar.

Bayaran dibuat oleh Kerajaan Persekutuan, semasa saya jadi Menteri Kewangan.

draft • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tidak betul itu Yang Berhormat Bagan, tidak betul, jangan kelirukan Dewan.

draft • 3:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya habiskan dahulu, saya habis dulu. Semasa saya menjadi Menteri Kewangan.

draft • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Pulau Pinang bayar pajakan.

draft • 3:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya naikkan ia daripada RM10,000 kepada RM10 juta..

draft • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ha itu RM10,000 itu pajakan tahu..

draft • 3:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Akan tetapi sekarang ialah kita bincang tentang keabsahan Perlembagaan Persekutuan. Mengapa mempertikaikan kedaulatan negeri?

Kedaulatan negeri adalah dalam kedaulatan Persekutuan. We got Federal Constitution.

draft • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Bukan pertikai kedaulatan negeri, kita pertikai pajakan.

draft • 3:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan.

draft • 3:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Kita minta pajakan dinaikkan.

draft • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Read your Federal Constitution. Kalau ini pun tak faham, macam mana boleh mentadbir negara dan negeri?

draft • 3:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Jangan mengelirukan Dewan! Siapa yang...

draft • 3:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kita turunkanlah suhu sikit.

draft • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Itulah saya sebut, confuse, keliru...

draft • 3:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Ini sebab you kata macam itu, kita kena jawab.

draft • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...Dan bayar ialah satu warisan daripada sejarah tapi...

draft • 3:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Bagi laluan, Yang Berhormat Bagan...

draft • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Akan tetapi bila kita sebut tentang undang-undang, kita sebut soal kedaulatan, ini tidak boleh diragui.

draft • 3:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Bagan mengelirukan Dewan.

draft • 3:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Bagan, bagi laluan. Saya nak perbetulkan fakta.

draft • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini tidak boleh dipertikaikan.

draft • 3:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Bagan mengelirukan Dewan...

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kerajaan Persekutuan bayar pajakan bagi pihak Pulau Pinang.

draft • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...Pulau Pinang merupakan negeri yang berdaulat.

Tidak boleh dipertikaikan...

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kerajaan Persekutuan bayar RM10,000 dulu, dan RM10 juta sekarang bagi pihak Kerajaan Pulau Pinang.

draft • 3:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ya, kita tak pertikai kedaulatan, kita pertikai pajakan dinaikkan, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Masih pajakan.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 37(1) “Seseorang Ahli tidak boleh mengganggu Ahli yang sedang bercakap”. Teruskan Yang Berhormat Bagan.

draft • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Itulah. Siapa yang makan cili, dia rasa pedaslah.

draft • 3:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Bagan, bagi laluan dekat Sik.

draft • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Itu biasa.

draft • 3:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Bagan, Sik nak minta penjelasan. Bagi lah.

draft • 3:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh dah lah tu. Dia tak bagi!

draft • 3:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Sik, sila duduk.

draft • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Marilah kita bersatu mengalahkan kuasa ekstremis dan rasis dengan mengangkat status ekonomi rakyat yang menjamin masa depan anak-anak kita.

draft • 3:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Point of order, Tuan Yang di-Pertua. Point of order.

draft • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini kerana kita- semua anak Malaysia.

draft • 3:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Point of order, point of order Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Point of order berapa?

draft • 3:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Point Of Order 36(6). Saya baca, “Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa- siapa Ahli lain”.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ahli mana? Mana ada Ahli mana! Apa fasal terasa lebih ini?

draft • 3:30 PM

Seorang Ahli

Siapa.., siapa Yang Berhormat Kubang Pasu? Aiya.

draft • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Good try Yang Berhormat Kubang Pasu. Good try.

draft • 3:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Banyak makan garam. Banyak makan garam itu.

draft • 3:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Pulau Pinang banyak lagi makan budi Kedah.

draft • 3:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Bagan, bagi dekat Sik sikit.

draft • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Hakikatnya ialah sekiranya...

draft • 3:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Bagan! Yang Berhormat Bagan takut!

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Bagan, sila gulung.

draft • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sekiranya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah mahu mainkan sentimen membelakangkan Perlembagaan Persekutuan...

draft • 3:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya nak jawab ini, bagi Sik jawab!

draft • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya rasa mereka boleh cuba! Mereka boleh cuba tawan Pulau Pinang tetapi rakyat Pulau Pinang tahu siapa yang membela kedaulatan negeri mereka!

draft • 3:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Pulau Pinang akan ditawan oleh PN!...

[Tepuk]

draft • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sekali lagi saya menyatakan sokongan ke atas Belanjawan 2023.

draft • 3:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Point of order lagi sekali. Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Aiya, buang masa ini.

draft • 3:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Point of Order 36(12), “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu”.

draft • 3:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Mana ada keliru. Yang Berhormat Kubang Pasu sahaja yang keliru.

draft • 3:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Orang yang dituduh itu tak ada di sini...

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Kita tak keliru, Yang Berhormat Bagan dah mengelirukan fakta. Yang Berhormat Bagan yang sebut, orang lain tak sebut pun! Yang Berhormat Menteri Besar tak sebut macam itu!

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat Kubang Pasu keliru.

draft • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini saya ada klip video di mana Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah menyatakan kedaulatan negeri Pulau Pinang diragui. Ini black and white, tak boleh lari punya. Ada klip video. Saya pun telah nyatakan secara terbuka di luar.

Kalau beliau berani cakap saya tidak bercakap benar, tolong saman sama saya. Berani tak?...

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

[Tepuk] Berani tak? Berani tak Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah?

Hailor ini!

draft • 3:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

You lah saman dia.

draft • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Cakap fitnah, lepas ini tak berani akui. Susah betul.

draft • 3:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Bagan berani, saman dia?

draft • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kita rujuk kepada Belanjawan 2023. Hanya bila kita memastikan ekonomi negara naik, kos sara hidup diturunkan, bahawa rakyat percaya bahawa masa depan adalah lebih cerah. Kita akan dapat mengalahkan mereka yang kuat buat fitnah, main sentimen, dan pastikan bahawa mereka tidak akan berjaya mempengaruhi rakyat dengan fikiran dan juga pandangan yang kolot dan juga primitif sekali. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

[Tepuk]

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Pendang.

draft • 3:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bismillahi Rahmani Rahim...

draft • 3:34 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Berhati-hati ya.

draft • 3:34 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Berselawat] [Membaca sepotong ayat al- Quran] “Dialah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian Dia tentukan ajal kematian kamu dan satu ajal lagi yang tertentu disisi-Nya iaitu masa yang telah ditetapkan untuk

draft • 3:34 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat dan dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu tentang Hari Pembalasan dan dialah Allah yang disembah dan diakui kekuasaannya di langit dan di bumi. Dia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan Dia juga mengetahui apa yang kamu usahakan”. Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat yang lalu. Saya membuat run through dengan izin, terhadap pembentangan Bajet 2023 ini dan mendapati tidak banyak perubahan jika dibandingkan dengan Bajet 2022 selain terdapat copy paste. Dalam pembentangan Bajet 2023, Yang Amat Berhormat Tambun mengumumkan bahawa subsidi dikurangkan kepada RM64 bilion daripada RM70 bilion. Oleh itu saya ingin mendapatkan penjelasan, sektor mana yang terjejas akibat pengurangan subsidi dan apakah langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah yang dihadapi oleh sektor berkenaan? Mungkin sektor isi rumah yang terkesan teruk hasil daripada penarikan balik subsidi yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam bajet yang lalu.

Saya juga ingin mendapat penjelasan berkaitan gaji minimum daripada pihak kerajaan. Apakah rasional daripada pihak kerajaan yang mana gaji minimum RM1,500 bagi perusahaan mikro kecil dan sederhana ditunda lagi sehingga Julai 2023 yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 Januari 2023? Saya nak tahu apa relevannya, apakah alasannya?

Ini sebab dengan keadaan kritikal sekarang menghadapi pasca COVID-19 ini, kita melihat semua sektor terutamanya mereka yang berpendapatan rendah terkesan benar tapi apabila kerajaan menangguhkan pelaksanaan gaji RM1,500 ini, ia akan memberi kesan kepada semua sektor economic cycle ini iaitu micro economy cycle. Bagaimana kita mahu memperkasakan ekonomi golongan B40 sekiranya pelaksanaannya ini ditangguh memandangkan kebanyakan projek pekerja sektor PMKS ini adalah yang berpendapatan sederhana B40.

Dalam pada itu, saya juga ingin mencadangkan penambahbaikan sistem penggajian sedia ada atau mempertimbangkan Progressive Wage Model yang menumpukan sektor vulnerable, dengan izin, iaitu perladangan, perkhidmatan, pembersihan, pertanian dan sebagainya sebagai satu struktur gaji baharu yang memberi manfaat kepada bukan sahaja kepada rakyat dan juga majikan malahan kerajaan turut mendapat faedah daripada segi segmentasi gaji-gaji yang telah kita tetapkan ini mungkin daripada sini boleh mendapat hasil baru negara ataupun revenue negara yang mana sektor-sektor penggajian ini bila disusun semula dan juga gaji minimum RM1,500 ini dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam pembentangan Bajet 2023 tempoh hari, tiada penekanan khusus disebut berkaitan dengan sistem pendidikan TVET meskipun ia merupakan perkara yang cukup penting. Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar dasar pendidikan TVET ini perlu diletakkan di bawah kementerian atau agensi khas memandangkan ia sangat penting dalam aspek pembangunan negara.

Sehubungan dengan itu, usaha yang perlu dipertingkatkan adalah dengan meningkatkan lebih banyak penghasilan pekerja mahir dan separa mahir serta penekanan pembangunan pendidikan latihan teknikal dan vokasional ini.

draft • 3:34 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Melalui pendekatan ini, kita dapat membentuk generasi baru sumber manusia yang lebih berkemahiran daripada apa yang kita miliki ketika ini sekali gus bakal melahirkan lebih banyak syarikat yang berteraskan teknologi tinggi. Ingin saya tekankan di sini, TVET bukan lagi pilihan kedua malahan ia perlu diangkat seiring dengan pengajian akademik arus perdana.

Tuan Yang di-Pertua, galakan yang perlu diberikan kepada pihak majikan menerusi insentif-insentif menarik bagi memperkasakan dan memacukan lagi agensi penyelidikan dan pembangunan R&D. Saya yakin apabila kesemua asas kepada talian ini sudah dibina oleh kerajaan, insya-Allah kita boleh melangkah ke hadapan untuk muncul sebagai negara pengeluar kepada produk yang berteknologi tinggi serta inovatif.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai hal berkenaan pembangunan projek KXP di negeri Kedah. Untuk makluman semua, projek ini dibangunkan oleh Private Finance Initiative (PFI), tidak menggunakan sekupang haram pun duit Kerajaan Pusat.

draft • 3:34 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Cuma kita meminta kelulusan daripada peringkat Pusat daripada segi federalization.

Persekutuan (Federal) dengan negeri ini perlu mendapat kelulusan dari Pusat untuk kita menaikkan. Apakah salahnya kalau diluluskan? Ini memberi kesan yang banyak ke Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis bila PFI ini dibangunkan tidak menggunakan duit Kerajaan Pusat ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon agar perhatian diberikan segera terhadap pembangunan Hospital Pendang. Kebetulan, Yang Berhormat Menteri Kesihatan ada di sini.

Saya mendapat maklum balas apabila hospital terbabit yang beroperasi sekarang berdepan dengan masalah kekurangan kakitangan, peralatan perubatan sepenuhnya. Saya difahamkan, jumlah keseluruhan perjawatannya ialah 933 tetapi hingga kini hanya 20 peratus perjawatan di isi.

Jawatan yang kritikal ialah pegawai perubatan, paramedik, pegawai perubatan dan juga jururawat, pembantu farmasi, juruteknologi makmal, juru x-ray dan pentadbiran. Oleh sebab itu, beberapa buah jabatan utama tidak dapat menjalankan operasi sepenuhnya.

Sebagai contoh, Jabatan Kecemasan yang hanya mampu beroperasi sebanyak 70 peratus sahaja kerana kekurangan staf dan limitasi makmal meskipun beroperasi 24 jam.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan dengan kebebasan bersuara

(freedom of speech) yang kononnya diperjuangkan sebelum ini oleh Yang Amat Berhormat Tambun tetapi apa terjadi hari ini sebaliknya, apakah erti kebebasan untuk bersuara dilaungkan jika diikuti dengan LOD ataupun surat saman? Saya kena cakap benar. Bila saya keluar dari Dewan, LOD menanti saya. Jadi ingat Yang Berhormat semua, LOD juga menanti kamu. Jadi oleh sebab itu, kita terus bercakap berkenaan dengan freedom of speech ini dengan izin.

Teguran dan kritikan sepenuhnya perlu diterima dengan hati terbuka dan berlapang dada kerana ia menunjukkan sebuah kerajaan yang berjiwa besar kerana di sebelah sana saya tahu ramai pengampu dan bodek. Jadi kamilah yang akan menegur. Kalau ini tidak

draft • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

boleh diterima oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang ini, maka Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hanya ada seorang sahaja terdedah kepada kritik dan teguran.

Jadi kalau tidak boleh diterima, kita nampak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sangat berjiwa kecil walaupun mereka...

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

[Bangun]

draft • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Duduk. Duduk. Saya tidak bagi. Saya ada sedikit masa.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tidak bagi? Orang baru ini, tidak bagi?

draft • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tidak apa, duduk dulu.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Bagilah sedikit.

draft • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Jadi kita melihat apakah ini yang akan disalurkan, tidak boleh menerima kritikan, sangat halus jiwanya cepat koyak. Jadi kita harap benda ini bila kita tegur, manusia biasa penuh kelemahan.

draft • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Pendang, sedikit boleh?

draft • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tidak apa duduk, saya tidak ada masa ini.

Saya ada tiga minit lagi.

draft • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Pendang.

draft • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tidak apa, duduk Yang Berhormat Hulu Langat.

draft • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Pendang.

draft • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ya, ya baik.

[Ketawa] Oleh itu, pernah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pernah mengkritik Presiden PAS dengan mengatakan “berjubah, berserban tetapi fitnah”. Akhirnya apa yang dikatakan itu benar belaka setelah cium mulut antara UMNO dengan PH ini. Saya risau sekiranya nanti rakyat kenang Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri, bapa saman negara kerana mengamalkan budaya fearmongering dengan izin, menakutkan orang yang menegur.

Kalau dia boleh ditegur, mengapa kita tidak boleh? Saya gusar nanti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri takut dengan bayang-bayang sendiri sekiranya terus berlarutan. Sekian, terima kasih.

Saya hendak sambung lagi satu.

draft • 3:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Pendang.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar.

draft • 3:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Sedikit tentang teguran dan kebebasan bersuara.

draft • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Berkenaan dengan kesiapsiagaan aset laut sangat penting.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Pendang.

draft • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Di mana LCS yang dijangka siap pada tahun...

draft • 3:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Pendang, Sungai Petani minta laluan sedikit.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kawan sendiri pun tidak bagikah Yang Berhormat Pendang?

draft • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sekejap lagi saya bagi.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar pun tidak bagi?

draft • 3:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Sungai Petani minta laluan sedikit.

draft • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Parit Buntar duduk.

Oh Yang Berhormat Parit Buntar dapat pula.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Pandai-pandailah hendak minta.

draft • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hulu Langat pun kawan juga.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Hulu Langat garang. Okey, saya hendak tanya apa pandangan Yang Berhormat Pendang, kalau Yang Amat Berhormat Tambun boleh menyaman seorang ahli politik kerana isu fitnah kononnya tetapi dalam masa yang sama tidak berani menyaman seorang lagi pengampu paling hebat di dunia sehingga memfitnah Yang Amat Berhormat Tambun LGBT dan sanggup bermubahalah. Begitulah, saya tidak mahu sebut nama. Jadi mengapa sampai sekarang kita tidak dengar pun Yang Amat Berhormat Tambun menyaman individu tersebut yang memburukkan peribadi Yang Amat Berhormat Tambun?

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Siapa? Razman kah?

draft • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih. Masuk satu lagi dalam sebahagian daripada ucapan saya. Saya cuma hendak bangkitkan berkenaan dengan LCS ini. SPRM telah memaklumkan, siasatan LCS sudah lengkap. Bilakah SPRM akan mendakwa mereka yang didapati punca skandal LCS ini terjadi? Tambahan lagi, komitmen berkala TLDM berkenaan dengan hak kedaulatan Malaysia terutama di zon maritim Malaysia.

Persoalan tambahan adalah dengan status terkini, kapal LCS yang dijangka siap pada tahun 2026 sebagaimana jawapan lisan Yang Berhormat Rembau, apakah aset sedia ada TLDM mencukupi untuk menjaga kawasan maritim Malaysia? Saya ingin tahu, adakah pihak kementerian mendapat bajet bagi memulakan perolehan kapal *littoral mission ship

(LMS) batch two, batch* yang kedua yang baharu bagi memenuhi keperluan TLDM pada tahun ini. Sila Yang Berhormat Hulu Langat, saya ada masa lagi.

draft • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sudah naik lupa apa yang hendak ditanyakan tadi. Akan tetapi saya sebut beginilah, saya rasa kalau hendak saman, biar dia samanlah. Ini kritik, kritik tiada masalah tetapi pada saya fitnah Yang Berhormat Pendang.

draft • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Soal fitnah ini kita rasa kita pun tidak setujulah. Fitnah ini kita tidak setuju tetapi kalau hendak kritik, hendak tibai, hendak bantai tiada masalah. Fitnah tidak boleh. Apa pandangan Yang Berhormat Pendang?

draft • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Okey, terima kasih. Memang kita pun tidak setuju dengan fitnah tetapi apa yang kita kata ini berdasarkan keluhan, gelisah. Saya sudah print berapa banyak ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini. [sambil menunjukkan senaskah dokumen] Saya ada banyak alasan saya sekarang yang saya akan bentangkan sekiranya dibawa kepada mahkamah. Jadi saya bukan fitnah. Ini adalah saya sebagai seorang Ahli Parlimen membangkitkan resah gelisah rakyat berkenaan dengan apa yang berlaku sekarang ini.

draft • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Pendang, kalau benda tidak betul saya bersama dengan Yang Berhormat Pendang di mahkamah.

draft • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Okey, insya-Allah.

draft • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kalau benda tidak betul, kita sama- sama berjuang dengan Yang Berhormat Pendang.

draft • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ya, terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bawa benda itu ke mahkamah, kita tengok. Biar mahkamah yang putuskan, biar line undang-undang main peranannya. Saya akan bersama dengan Yang Berhormat Pendang kalau benda itu tidak betul.

draft • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih sahabat saya dari Hulu Langat kerana saya sudah print, saya sudah sediakan semua yang menghujahkan saya bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini berdendam. Kalau dia tidak berdendam, dia akan terima kritikan kita dan saya ada sedia semua hujah. Insya-Allah, saya tunggu apa sahaja keputusan Yang Amat Berhormat Tambun untuk saya berdepan.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang, sila gulung.

draft • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kalau tidak betul, saya tidak akan bercakap.

Insya-Allah, terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat kerana kita memperjuangkan benda- benda yang benar. Sekian. Wabiliahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Titiwangsa. 20 minit.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah saya diberikan kesempatan dan kemudahan untuk berbahas menyentuh soal- soal realiti ekonomi semasa termasuk setakat mana sebenarnya pertumbuhan ekonomi negara yang telah memberi limpahan dan keperluan rakyat dan negara yang sudah tentu ramai yang menaruh harapan tinggi terhadap pembentangan Belanjawan 2023 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan pada hari Jumaat yang lalu.

draft • 3:47 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Sebelum saya mulakan perbahasan saya, saya ingin mengingatkan diri saya dan semua rakan terhadap pantun ini.

*Pergi ke Dewan Rakyat memasang pikat, Pulangnya lewat di hujung petang, Jikalau kerajaan sentiasa berjimat-cermat, Rezeki secupak terasa segantang.

Indah Parlimen pemandangan dunia, Yang Berhormat datang timur hingga ke selatan, Sikap berjimat amalan mulia, Orang boros sahabat syaitan.* Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan perbahasan saya ini dengan kedudukan fiskal kerajaan. Saya melihat pembentangan yang telah dilakukan pada hari Jumaat yang lepas, saya merasakan bahawa sudah tiba masanya Kerajaan Malaysia mesti melihat kegunaan sekatan yang digunakan oleh kerajaan apabila melihat current account kerajaan iaitu selalunya kita panggil OE dan DE ataupun belanja pengurusan dan belanja pembangunan.

Apa yang berlaku selama 65 tahun dalam Kerajaan Malaysia ini, kita always menggunakan benchmark di mana kalau kita mempunyai pendapatan sebanyak RM290 bilion contohnya, maka perbelanjaan mengurus tidak boleh lebih daripada RM290 bilion.

Apa yang berlaku ialah sebenarnya, realitinya benda itu tidak berlaku. Kita telah berada dalam keadaan di mana revenue kita RM290 bilion pada masa-masa yang lepas, perbelanjaan kita lebih daripada itu. Akan tetapi oleh sebab kita ini terikat dengan akta yang telah diwujudkan oleh kita semua iaitu perbelanjaan tidak boleh melebihi daripada perbelanjaan pengurusan, maka wujudlah sistem yang kita panggil off-balance sheet, yang ini dilakukan oleh semua orang.

draft • 3:47 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Maka, yang saya takut ialah begini, dalam mentadbir kerajaan ini, yang perlu kita tadbir ialah total fiscal balances sama ada kita defisit atau surplus. Apa yang penting ialah kerajaan sentiasa membelanjakan wang sama ada berbelanja secara pengurusan ataupun belanja secara pembangunan yang penting kita kawal defisit.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Akan tetapi apa yang berlaku, kita tidak buat begini kerana kita terikat dengan akta tersebut. Oleh sebab itu Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] menetapkan bahawa perbelanjaan mengurus (OE) hanya boleh dibiayai melalui hasil yang dikutip oleh kerajaan manakala kerajaan hanya boleh meminjam bagi tujuan membiayai perbelanjaan pembangunan (DE).

Isunya sekarang ini ialah apabila kita berhadapan dengan COVID-19, kita terpaksa meminjam begitu banyak hingga RM300 bilion dan perbelanjaan yang kita gunakan ini bukan berbentuk DE sebahagian daripadanya ialah untuk perbelanjaan belanja mengurus iaitu membeli vaksin dan sebaginya tetapi kita sorok di bawah DE.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Jadi, kita tidak ada ketelusan dalam report. Laporan kita tidak telus. Apabila tidak telus, bagaimana orang hendak melihat bahawa kita mentadbir ini secara ketelusan. Kenapa kita kena sorok perbelanjaan vaksin ini dalam DE? Sedangkan DE ini definition-nya very clear. Jadi, kalau kita tengok di negara-negara di luar sana seperti di Amerika, di UK, di Europe, mereka tidak ada ini benchmark revenue tolak belanja pengurusan, tidak boleh pinjam. Tidak betul. Sebenarnya dahulu mungkin ya. Oleh sebab kita hendak supaya jangan orang hendak berbelanja terlampau banyak sangat. Akan tetapi, isu sekarang ialah apabila kita berhadapan dengan soal-soal pandemik seperti COVID-19, kita telah menggunakan sistem itu akhirnya sudah tidak ada beza sama ada betul-betul kita pinjam untuk perbelanjaan mengurus ataupun DE. Jadi, saya berharap dengan perbelanjaan OE ini telah berkembang tujuh peratus setiap tahun.

Setiap tahun berkembang tujuh peratus. Kita akan sampai satu peringkat yang berlaku dalam kita punya DE hari ini. Kita ikat hutang kerajaan tidak boleh melebihi 55 peratus daripada kita punya GDP, tetapi akhirnya kita telah buka 55 peratus hingga sampai 65 peratus. Oleh sebab kita tidak ada self-regulated. Polisi yang kita buat secara total, kita split antara OE dan AE.

Saya minta bahawa kerajaan melihat benda ini kerana ia lebih telus dan terbuka.

Kalaulah kita kena berhadapan dengan defisit, kita berhadapan dengan defisit. Ini sebab kita kena manage defisit ini daripada kita menyorok kita punya perbelanjaan mengurus dalam sistem off-balance sheet ini.

Saya beri contoh kalau kita hendak berbelanja hendak membina MRT. LRT itu bagus untuk negara tetapi kita simpan benda ini secara off-balance sheet sebab kita takut kita punya defisit meningkat begitu tinggi. Akan tetapi hakikatnya, kita juga kena bayar interest apabila kita built MRT and LRT, interest yang kita bayar itu sebahagian daripada itu adalah perbelanjaan mengurus. Maka, kita tidak dapat melihat sama ada kita membelanjakan pembangunan ini mengikut kesesuaian masa ataupun kita bagi a grace period untuk kita mentadbir.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat Titiwangsa. Yang Berhormat Titiwangsa boleh saya hendak tanya...

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa perkara daripada soal rasionalisasi subsidi kerana ini penting apa yang saya sebut tadi iaitu kita mesti melihat the financial management of government ini kita buat begitu telus. OE, DE kita put together look at the fiscal deficit because belanja mengurus pun kerajaan berbelanja, belanja development expenditure juga kita belanja.

Asalkan kita belanja untuk stimulate economy, we are fine. Tidak payah kita hendak splits benda ini terutama sekali kita tidak transparent dari segi perbelanjaan interest kita untuk infrastructure yang kita buat untuk orang ramai sedangkan ia tidak mempunyai revenue untuk membayar interests tersebut. It can be transparent.

Kedua, rationalization of subsidy. Saya ingin mengambil perhatian Dewan yang mulia ini, kita membayar subsidi pada tahun 2018 berjumlah RM8.3 bilion iaitu petrol, diesel, LPG, minyak masak dan subsidi-subsidi kecil yang lain, RM8.3 bilion. Apabila tiba tahun 2022, kita

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

telah incurred ataupun berbelanja subsidi ini sebanyak RM51 bilion. Now, saya ingin mengambil kajian yang dibuat oleh Bank Negara. Bank Negara mengatakan bahawa kumpulan isi rumah yang berpendapatan bawah dalam kategori B40 ini ataupun RM1,300, ia mentioned dalam statistik itu RM1,300 hanya mendapat faedah subsidi ini hanya empat peratus. Sedangkan yang mempunyai pendapatan sebanyak RM12,500 ke atas mendapat faedah subsidi ini sebanyak 42 peratus.

Jadi, sudah tentu apa yang saya hendak tekankan ialah subsidi bersasar ini kita sudah tiak boleh tangguh. Kita kena buat. Kalau kita tidak buat OE kita ini akan berterusan kita laporkan tanpa melihat bagaimana kita mengalihkan pembahagian subsidi ini kepada masyarakat-masyarakat yang memerlukan dan dengan secara tidak langsung apabila kita hendak membasmi kemiskinan kita tidak payah pinjam duit banyak sangat sebab kita cuma alihkan pembahagian subsidi ini yang berjumlah hampir RM40 bilion untuk minyak sahaja.

Jadi, ini yang saya hendak tekankan kepada Dewan yang mulia ini supaya kerajaan untuk memastikan kita membuat targeted subsidy ini kita boleh buat gradually ataupun berperingkat-peringkat. Saya hendak bagi contoh, di negara Arab Saudi. Arab Saudi juga melakukan reformasi subsidi ini. Pada tahun 2016 yang menyaksikan jumlah perbelanjaan subsidi yang berjaya dikurangkan daripada 10 peratus KDNK ataupun GDP Arab Saudi kepada lima peratus.

Apa yang mereka buat? They cut the subsidy kepada mereka yang berpendapatan tinggi, kemudian subsidi ini sebahagian daripadanya diberikan secara cash kepada mereka yang berpendapatan rendah. Akhirnya, sebahagian daripada families yang berpendapatan rendah ini ataupun isi rumah yang berpendapatan rendah ini, mereka mendapat on average SAR1,000 additional, on top of difference subsidy yang diberi selama ini.

Maka dengan secara tidak langsung, kita boleh mengeluarkan mereka ini perlahan- perlahan daripada kemiskinan dalam keluarga mereka. Saya beri contoh, kita hanya mengeluarkan 573,000 sahaja barrel per day sedangkan Arab Saudi mengeluarkan 10.8 juta barrel per day. Ia pun kena buat rationalization subsidy. Kita tidak. Akhirnya apa yang berlaku? PETRONAS bayar kita dividen sebanyak RM50 bilion tahun 2022, habis untuk bayar subsidi sahaja.

Tidak dapat manfaatkan kepada negara untuk kita create kita punya reserve.

PETRONAS hari ini sejak tahun 1974 sehingga tahun 2022, telah memberi pulangan kepada kerajaan sebanyak RM1.3 trilion. Akan tetapi, hari ini dalam tabung KWAN kita, hanya ada RM16 bilion. Kerana apa? Kerana banyak daripada duit-duit yang kita dapat daripada natural resources ini, kita tidak buat simpanan, kita beri subsidi tanpa kita regulate subsidi ini, akhirnya orang yang tidak perlu dapat subsidi dapat merasai subsidi hingga 42 peratus daripada mereka ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa satu lagi perkara yang sangat...

draft • 3:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Titiwangsa, Puncak Borneo minta laluan sedikit.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Nanti kejap. I think I short time. I got two more important subjects. Saya ingin juga membawa satu lagi perkara ini iaitu soal

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

1MDB. Saya membawa soal 1MDB ini ialah saya merasakan bahawa apabila kerajaan melakukan penyelesaian dengan Goldman Sachs soal isu 1MDB ini.

Kita tahu semua, sebelum ini kita tidak tahu. Akan tetapi, apabila mahkamah di Amerika atau DOJ telah mengeluarkan fakta-fakta yang menunjukkan bahawa Goldman Sachs adalah merupakan financial advisor dan lead manager kepada issuance of tiga bon ini iaitu USD1.75 bilion pada bulan Mei tahun 2012, lagi satu sebanyak USD1.75 bilion pada bulan Oktober tahun 2012, tidak silap saya dan kemudian bulan Mac sebanyak USD3 bilion.

Altogether USD6.5 bilion.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Ini adalah financial advisor dan lead manager yang ditugaskan untuk keluarkan bon ini. Mereka mendapat manfaat fees ataupun yuran sebagai financial advisor and lead manager sebanyak USD606 bilion. Hampir 10 peratus daripada jumlah bon yang dikeluarkan.

Pelik bagi saya ialah kita sudah tahu mereka ini bersalah, turut bersalah tetapi kenapa kita menyelesaikan settlement ini dengan begitu rendah sekali? Kita menyelesaikan hanya USD2.5 bilion. Sedangkan kita ada exposure USD6.5 bilion. Kemudian, kita ada pula lagi satu term yang kita merasakan bahawa it’s okay for Goldman Sachs hendak guarantee kita USD1.4 kalau tidak boleh recover. Macam mana tidak boleh recover? USD1.4 bilion dengan USD2.5 bilion ini diasingkan dua figure yang berbeza. Hari ini Goldman Sachs memberitahu kita bahawa USD1.4 bilion pun dia tidak payah bayar. Sebab apa? Oleh sebab dia merasakan bahawa collection yang kita dapat daripada penalti yang kita kenakan kepada AmBank sebanyak RM2.8 bilion, penalti yang kita kenakan kepada Deloitte, penalti yang kita kenakan KPMG RM330 million, RM330 million dan AmBank RM2.8 bilion.

Dia ambil penalti yang kerajaan kepada entiti dalam Malaysia ini hendak ditolak dalam RM1.4 bilion. Ini yang saya hendak mempertikaikan bagaimana peguam yang mewakili 1MDB. Sepatutnya apabila dia mewakili 1MDB, dia mesti melihat kepentingan 1MDB, bukan kepentingan Goldman Sachs. Oleh sebab dia sudah clear-cut dia menipu kita.

Dia telah memanfaatkan USD606 bilion fee. Macam mana kita allow Goldman Sachs just to run away like that sedangkan senior management of Goldman Sachs terlibat dalam perkara in? Begitu clear dan terang. Kalau tidak, takkanlah mahkamah dan juga DOJ make it very clear to Malaysia Government that dia terlibat Goldman Sachs dalam soal ini.

draft • 4:00 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang Berhormat Titiwangsa sedikit.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Yes.

draft • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Minta penjelasan.

draft • 4:00 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Mana satu Yang Berhormat Titiwangsa? Mana satu ini?

draft • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan ini adalah satu isu yang sangat penting kepada kita semua. Kes 1MDB telah pun menjadi satu kes yang menjadi rujukan bukan sahaja kita di Malaysia tetapi di seluruh dunia berkaitan dengan dua perkara. Satu kesalahan yang berlaku

draft • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

dari sudut jenayah dan kita juga ada apa yang disebut sebagai sudut sivil yang mana kita ini harus lihat kepada bagaimana kita hendak dapat balik wang yang kononnya telah pun diambil atau dikeluarkan semasa berlaku masalah ini.

Apa yang saya dengar Tuan Yang di-Pertua adalah bahawa walaupun exposure kita ataupun yang kita lihat sebagai kehilangan kita RM6.5 bilion tetapi perjanjian yang diadakan, yang telah dimeterai kononnya hanya untuk kita mendapat balik RM2.5 bilion. Saya rasa ini satu perkara yang cukup penting kerana kita kena tahu secara terbuka, transparent apakah sebenarnya yang berlaku. Kenapa daripada jumlah yang sebesar itu dan jumlah RM6.5 bilion itu— saya minta Yang Berhormat Titiwangsa untuk memberi pengesahan dan pencerahan perkara itu. RM6.5 bilion itu masa itu, kalau kita lihat campur apa yang disebut sebagai faedah dan sebagainya, jumlahnya lebih besar. Mungkin dekat RM9 bilion atau RM10 bilion.

Jadi,daripada jumlah besar itu, bagaimana kita ini boleh selesaikan dengan merujuk kepada jumlah RM2.5 bilion? Ini satu perkara yang saya rasa perlu dijelaskan dengan baik kerana kita perlu tahu. Ini bukan soal RM1 juta, RM2 juta, ini soal berbilion. Ia juga berkaitan dengan satu perkara yang diketahui umum. Seluruh dunia berbincang perkara ini. Saya minta sekiranya Yang Berhormat Titiwangsa boleh menjelaskan perkara ini. Exposure-nya RM6.5 bilion tetapi at that time, apabila masa recovery kalau kita ikut undang-undang yang sedia ada, jumlahnya sepatut lebih tinggi. Adakah itu benar Yang Berhormat Titiwangsa?

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Titiwangsa.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, saya bersetuju. Apabila kita mempunyai RM6.5 bilion hutang dan mereka yang raise kan bon ini USD6.5 mendapat fee USD606 million. Saya betulkan tadi bukan bilion, million. USD606 million. Sudah tentu apabila kita ada lawyer yang mewakili 1MDB ini, dia mesti melihat ini secara total. Berapa banyak interest yang kita sudah bayar?

Soalnya sekarang ini, dahulu mungkin kita tidak tahu tetapi apabila kita sudah tahu bahawa Goldman Sachs terlibat secara langsung, menjadi financial advisor dan lead manager. Dia juga advise dan dia juga beli bon tersebut dan dia pusing semua. Akhirnya, dia dapat banyak itu. Then, they know that this bon [Tidak jelas] not necessary. Apa yang saya hendak tekankan ialah apabila berlaku penyiasatan ini, saya nampak bahawa penyiasatan ini hanya tertumpu kepada politik. Ia sepatutnya melibatkan semua pengurusan. Agak impossible sesuatu organisasi yang mengeluarkan USD6.5 bilion bon, hanya satu orang sahaja yang turun naik, turun naik mahkamah.

What happen to the senior management yang dapat gaji besar-besar, million ini? Jadi ini yang saya hendak, supaya Yang Amat Berhormat Tambun kena perhatikan benda ini.

Oleh sebab saya tak nak Perdana Menteri pada masa-masa akan datang apabila kita ada skandal, semua orang yang bekerja dalam entiti-entiti tersebut offer themself to be a crown witness. That is wrong. Kita kena investigate kenapa mereka ini dapat gaji besar-besar, lepas itu apabila ada masalah letak dekat tangan semua orang, semua oleh seorang sahaja. Saya rasa tidak adil.

Kalau ada salah, ambil tindakan tetapi pihak pengurusan yang bekerja berpuluh-puluh tahun dalam entiti ini kemudian dia tidak didapati bersalah. Eh, macam mana ini? Ini cerita kartun.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta kalau boleh kerajaan melihat bagaimana peranan peguam yang mewakili 1MDB dan sesiapa yang terlibat dalam negotiation ini.

Kenapa tidak fail saman Goldman Sachs di US? Kenapakah negotiate without putting the file? Selalunya kalau you saman, selepas itu baru negotiate, the pressure is better. Akan tetapi, you saman tidak ada Goldman Sachs dekat US, you saman dekat sini hendak buat apa? Saman sana. Apabila you saman dekat sana, barulah ada pressure. Then, the pressure is strong, barulah dia hendak cakap.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak kalau boleh kita tengok balik. Asset recovery 1MDB ini banyak tetapi kita tak nak Goldman Sachs ambil fine yang kita buat. Kita fine 1MDB, kita fine AmBank RM2.8 bilion, kita fine Deloitte, KPMG. Ia tidak boleh tolak daripada perjanjian yang dia sudah sign. USD1.4 bilion itu dia kena bayar. Dia tidak boleh tolak daripada apa yang kita hendak buat. Oleh sebab itu saya hendak minta kerajaan melihat ini semula. Kita rasa tidak adil.

Hanya dalam skandal yang begitu besar, kita menumpukan hanya politik untuk kita dapat balik duit kita. Kita satisfied dapat USD2.5 bilion kerana tercapai kita punya objektif untuk politik kita. Jadi, saya hendak kita tengok daripada segi soal negara. Siapa bersalah, ambil tindakan, tidak peduli. Akan tetapi apabila kita boleh recover, kita recover. Kenapa kita hendak korbankan duit yang kita boleh dapat daripada investment bank nombor satu dalam dunia?

[Tepuk] They make billions of profits. How can we allow that? Di Amerika kalau kita fail suit ini, ia tidak boleh underwrite any other business until they solve your problem. Akan tetapi apa hendak buat, we are the only country yang ada exposure dengan Goldman Sachs USD6.5 bilion tetapi tidak fail suit dekat US. Itu yang saya tidak faham. Sudah habis.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi seminit lagi Yang Berhormat Titiwangsa.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Seminit. Ada dua perkara lagi.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak cadangkanlah sama ada Kerajaan Perpaduan atau pun pada masa akan datang Kerajaan Perpaduan lagi atau kerajaan macam- macam nama, saya hendak minta kerajaan— mana-mana kerajaan. Kita hendak pastikan bahawa kita punya entiti-entiti yang buat pelaburan. Contoh kita lihat LTAT ada RM10 bilion, PNB ada RM300 bilion, KWAP RM140 bilion. Lagi apa? Tabung Haji RM75 bilion, selepas itu EPF RM900 bilion. Kita hendak entiti-entiti ini apabila dia buat pelaburan, dia kena belajar macam mana negara-negara maju yang mentadbir fund ataupun kumpulan dana-dana yang dikutip daripada publik dijaga. Macam mana dia invest? Dia invest satu company tidak lebih daripada lima percent.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Jadi, kalau pengurusan atau syarikat itu tidak bagus, just throw, just jual sahaja five percent ini. Akan tetapi kita melabur sampai menjadi anak syarikat, sampai kedudukan percentage yang kita owned syarikat-syarikat itu mencecah 40-50 peratus. Jadi, bila ada masalah pengurusan, maka kita terlibat sama untuk menjamin. Jadi, kita tidak boleh buat macam itu fasal kita pelaburan. Kita invest five percent. If they are good management, kita

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

increase. But, maximum cannot be more than ten percent. Jadi, bila kita tengok pengurusan sudah tidak bagus, kita jual investment ini. Tidak payah kita hendak bailout. Kita hendak sistem ini dilakukan oleh kerajaan pada masa akan datang. No more, macam kita buat DNB ini. DNB untuk 5G, sepatutnya tidak payah. Kita lantik sahaja TM.

Telekom Malaysia sudah ada. Dia ada almost controlled 80 percent of the fiber. Kenapa hendak setup satu lagi entiti macam DNB ini? Untuk buat apa?

[Tepuk] Telekom sudah ada.

You bagi sahaja dekat Telekom, they know what to do.

Oleh sebab masalah ini kita tidak percaya dengan Telekom, lepas itu kita create another entiti. Selepas itu, kita start all over again. Overhead satu tahun sahaja RM300- RM400 juta. Hari ini di Thailand buat 5G ini tidak ada langsung terlibat kerajaan, semua private buat. Akhirnya sekarang ini sudah 80-90 peratus coverage, kita terkial-kial. Tidak tahu, 50 percent pun tidak sampai lagi. Not only that Tuan Yang di-Pertua, RM16.5 bilion akan digerenti oleh kerajaan fasal kita hendak buat benda ini.

Oleh sebab itu saya hendak minta supaya kerajaan melihat balik semula. It’s not too late. TM is already there. Dia buat all this fiber. Hendak buat 5G ini kena ada good extensive fiber coverage. Bagi, they will solve the problem. Tidak payah kita hendak – Kalau kita hendak bantu pun TM fasal sudah tersilap sebelum ini, kita bantu dengan certain amount or allocation yang kita hendak bagi kepada TM supaya TM boleh mengendalikan 5G ini dan bekerjasama dengan semua telco di luar sana.

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, last point.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Last point. Saya tidak ada lagi last point fasal ada lagi dua, tiga ini sangat penting juga. Saya hendak reserve untuk lain.

Saya ucapkan terima kasih kerana memberi saya peluang. Saya mohon menyokong.

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Yang Berhormat Tasek Gelugor.

draft • 4:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya mulakan ucapan saya dengan mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana diizinkan berdiri dalam Dewan yang mulia ini pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan perbahasan saya dengan menyatakan persetujuan saya dengan penghujahan yang dibuat oleh Yang Berhormat Larut pada pagi tadi. Sebenarnya, semasa mendengar ucapan Yang Amat Berhormat Tambun, saya beberapa kali terkeliru. Kita dibekalkan dengan dokumen berkaitan ucapan belanjawan.

Slaid dan teks pun ada disebarkan kepada media dan juga kepada orang awam. Akan tetapi, ucapan yang dilafazkan bagi saya penyampaiannya cacamerba dan susun aturnya pula melangkau dari satu perkara ke perkara yang lain dengan tiba-tiba sehingga ada perkara yang sukar untuk dipastikan apakah maksudnya.

Izinkan saya memberikan satu contoh sahaja dalam masa singkat yang saya ada ini.

Dalam teks dan slaid yang diedarkan dan ditayangkan juga di skrin TV kita dalam Dewan ini, dinyatakan bahawa akan ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Nasional Tanah Wakaf, tetapi

draft • 4:13 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

perkara ini tidak dilafazkan dalam ucapan. Ini perkara besar yang ada kesan terhadap kuasa Raja-raja Melayu dan pentadbiran agama Islam di negeri-negeri kerana kita semua maklum bahawa urusan agama adalah di bawah kuasa negeri.

Ucapan Yang Amat Berhormat Tambun begitu bercelaru, cacamerba dan tidak tersusun sehingga urusannya boleh menyentuh kuasa Raja-raja Melayu pun tidak jelas sama ada akan dilaksanakan atau tidak. Itu belum lagi sebutan angka-angka yang salah sehingga ada tempat hendak sebut tujuh juta hektar tanah, tetapi yang disebut ialah tujuh hektar tanah ditanam kelapa sawit dan getah. Jauh beza antara tujuh juta hektar dengan tujuh hektar.

Perlu disebut di sini bahawa ucapan belanjawan adalah satu ucapan yang amat penting. Ia tidak sewajarnya dipandang remeh dan diperlakukan sambil lewa. Tersalah sebut satu perkara, kesannya ialah kepada kewangan negara. Buat pertama kali dalam sejarah negara kita, kita melihat seorang Menteri Kewangan yang amat cuai dan tidak mengambil serius penyampaian belanjawan ini. Malahan kalau dilihat sebentar tadi, seluruh Dewan mendengar dengan teliti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Titiwangsa. Ini baru kaliber Menteri Kewangan, bukan ucapan seperti yang diberikan pada hari Jumaat lalu.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, semasa perbahasan Titah Diraja, saya merupakan antara pembahas pertama yang menyebut mengenai rintihan rakyat yang merayu agar mereka dibenarkan mengeluarkan dana KWSP secara bersasar. Permohonan mereka adalah jelas.

Mereka bukan mahu mengeluarkan semuanya dan mereka juga sedia maklum bahawa jika jumlah simpanan adalah rendah, maka sudah pasti perlu ada disiplin dalam memberi kebenaran untuk pengeluaran dilakukan. Oleh sebab itulah rayuan rakyat adalah agar dibenarkan pengeluaran KWSP secara bersasar dan itulah juga yang dibawa oleh kami di sebelah Perikatan Nasional.

Malangnya, kerajaan campuran PH-BN ini terus menerus bersemayam di tingkat kayangan. Kerajaan ini adalah kerajaan yang terpisah atau detached dari kesusahan hidup rakyat kerana duduknya terlalu tinggi di atas sana. Mereka tidak merasai denyut nadi rakyat yang semakin hari semakin terhimpit bukan kerana mereka tiada wang, tetapi kerana wang yang mereka ada tersangkut dalam tabungan KWSP. Pencarum KWSP ini bukan datang dari kelompok kayangan yang mampu hidup mewah walaupun tidak mengambil gaji bulanan.

Mereka datang dari kelompok yang sekian lama mencarum dan menabung untuk masa depan, tetapi malangnya kesusahan datang lebih awal daripada tarikh persaraan. Mereka sedang susah pada hari ini. Maka jika diberi sebanyak mana sekali pun yang hanya boleh dikeluarkan pada tempoh akan datang, maka ia tidak membantu mereka. Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, saya memohon sekali lagi supaya kerajaan mempertimbangkan pengeluaran KWSP secara bersasar ini.

Tuan Yang di-Pertua, bercakap mengenai membantu rakyat. Saya ingin mengambil peluang menyampaikan permintaan khusus daripada warga Tasek Gelugor. Saya bertemu dengan persatuan-persatuan nelayan di Tasek Gelugor dan ada juga persatuan nelayan dari Kepala Batas. Saya buat pertemuan sekali dengan Yang Berhormat Kepala Batas. Betulkan saya jika saya salah, tetapi seingat saya Yang Amat Berhormat Tambun tidak memberi penekanan khusus kepada isu nelayan dalam ucapan beliau. Saya memohon supaya

draft • 4:13 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

dipertimbangkan kenaikan elaun bantuan bulanan bagi nelayan laut dan nelayan sungai daripada jumlah sedia ada kepada RM500 sebulan.

Begitu juga saya bertemu dengan kelompok-kelompok tani yang terdiri daripada pesawah di Tasek Gelugor. Sudah pasti saya bersyukur dengan beberapa peruntukan yang diumumkan untuk manfaat para pesawah padi termasuklah di tempat saya. Cuma, saya tercari-cari di mana penjelasan mengenai langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menangani lonjakan harga bahan-bahan input dalam penanaman padi. Kita memerlukan tindakan yang lebih tuntas untuk memastikan pesawah kita tidak terus menerus terbeban akibat kegagalan kerajaan menangani kenaikan kos yang mendadak.

Secara khusus untuk Tasek Gelugor, saya mohon agar diperuntukkan sejumlah wang yang mencukupi untuk membolehkan penyelesaian masalah pencemaran Sungai Kereh. Pada awal tahun 2021, beberapa NGO telah menguar-uarkan satu hasil kajian oleh sebuah makmal bebas dan ia mengesahkan bahawa pencemaran Sungai Kereh adalah berpunca daripada aktiviti penternakan babi di Kampung Selamat. Pencemaran ini bukan sahaja memberi kesan negatif kepada sawah padi di kawasan sekitar, tetapi ia juga menyebabkan nelayan sungai hilang sumber pendapatan. Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP yang dibanggakan oleh Yang Berhormat Bagan tadi, tidak serius dalam menangani masalah yang terhasil dari ladang babi ini. Maka, saya mohon Kerajaan Persekutuan memberikan perhatian yang lebih serius atas kegagalan Kerajaan Pulau Pinang ini.

Saya juga gembira apabila Yang Amat Berhormat Tambun menyebut bahawa ada peruntukan khusus disediakan untuk menyelenggarakan dan menaik taraf jalan raya. Saya mohon diberi perhatian kepada beberapa buah lokasi di Tasek Gelugor seperti di Sungai Dua, Permatang Berangan, Teluk Air Tawar dan sungai Lokan yang amat memerlukan perhatian segera.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana meneruskan projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang telah dimulakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional. Akan tetapi, saya melihat sebenarnya Yang Amat Berhormat Tambun menyalin bulat-bulat apa yang diumumkan oleh kerajaan terdahulu.

draft • 4:13 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Kita tidak perlu pergi jauhlah, cukup sekadar kita telusuri ucapan Yang Berhormat Kuala Selangor. Kuala Selangor pula dah. Yang Berhormat Kuala Selangor di sana, minta maaf. “Yang Berhormat Kuala Selangor" yang kalah jadi Menteri. Yang Berhormat Kuala Selangor yang menang duduk dekat situ. Kalau kita telusuri ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan sebelum ini, yang dibacakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Belanjawan 2023. Saya baca petikan ucapan tersebut. Ini petikannya, “Bagi tahun 2023, inisiatif JENDELA akan disediakan RM700 juta untuk melaksanakan ketersambungan digital di 47 buah kawasan perindustrian dan hampir 3,700 buah sekolah”.

Sekarang saya bacakan pula petikan teks Yang Amat Berhormat Tambun, Jumaat lepas. Ini petikannya, “Bagi tahun 2023, RM725 juta...” naik RM25 juta “...disediakan bagi melaksanakan ketersambungan digital di 47 buah kawasan perindustrian dan hampir 3,700

draft • 4:20 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

buah sekolah juga”. Tahniah Yang Amat Berhormat Tambun kerana berjaya copy/paste ucapan Yang Berhormat Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz.

[Tepuk] Dalam menyatakan komitmen untuk meneruskan program JENDELA yang dimulakan oleh Perikatan Nasional. Cuma sedikit nasihat saya kepada sesiapa yang menulis ucapan Yang Amat Berhormat Tambun ini. Kalau hendak ciplak sekalipun, usahalah sedikit untuk ubah beberapa perkataan, jangan bagi satu dunia tahu bos kamu tidak ada idea yang baharu.

Bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya kesal kerana ada percubaan yang Yang Amat Berhormat Tambun kelihatan seolah-olah hendak mengelirukan Dewan. Yang Amat Berhormat Tambun pada hari Jumaat lepas nyatakan, “MDEC memperluas penganjuran program Digital AgTech untuk melatih lebih ramai pekebun kecil beradaptasi dengan teknologi. Inisiatif ini dianggarkan dapat memanfaatkan 100 pertubuhan peladang kawasan seluruh negara dengan peruntukan RM10 juta.” Itu petikan daripada Jumaat lalu. Saya katakan bahawa ini mungkin percubaan mengelirukan Dewan kerana Yang Amat Berhormat Tambun memberi gambaran seolah-olah mahu memperluas penganjuran program Digital AgTech. Izinkan saya petik ucapan Belanjawan 2023 yang dibentangkan pada Oktober lalu.

Yang Berhormat Menteri Kewangan pada waktu itu mengatakan, saya petik, “Program Digital AgTech di bawah MDEC akan diperluas ke 264 pertubuhan peladang kawasan di seluruh negara dengan peruntukan RM20 juta bagi melatih lebih ramai pekebun kecil beradaptasi dengan teknologi digital." Dicopy juga ayatnya tetapi apa maksudnya? Maksudnya, Oktober lepas diumumkan RM20 juta tetapi Yang Amat Berhormat Tambun mengatakan diperluaskan tetapi peruntukan hanya RM10 juta untuk 100 pertubuhan peladang. Ayat diciplak tetapi angka dikurangkan. Kita tidak tahu berapa lagi ciplakan yang ada dalam Belanjawan 2023 ini.

Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh sedikit sahaja. Tadi mengenai angka-angka, kali ini saya hendak sentuh mengenai falsafah di sebalik belanjawan ini. Saya hendak sentuh sedikit mengenai intonasi retorik yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Beberapa kali dalam ucapan beliau digunakan ayat-ayat yang menggambarkan seolah-olah Yang Amat Berhormat Tambun mahu memulakan apa yang dipanggil sebagai class warfare atau pertembungan kelas dalam negara kita.

Taktik sebegini ialah taktik populis yang berasal daripada pemikiran tokoh aliran kiri, terutamanya Karl Marx dan Friedrich Engels. Dalam karya mereka, The Communist Manifesto. Tokoh pemikir kiri ini dan saya sebut The Communist Manifesto bukan judgement. Ini just ayat yang terpaksa disebut kerana dari segi political philosophy, inilah hakikatnya.

Dalam karya mereka, The Communist Manifesto, tokoh pemikir kiri ini mensyarahkan mengenai konsep class struggle atau class warfare yang mana dibicarakan mengenai pertembungan antara golongan kaya dengan golongan miskin. Saya mengesan bau-bau pemikiran aliran kiri tersebut dalam ucapan Yang Amat Berhormat Tambun. Saya mohon Yang Amat Berhormat Tambun betulkan saya jika saya salah.

Akan tetapi, saya tertanya-tanya, adakah Yang Amat Berhormat Tambun benar- benar mahu membawa negara kita menjadi sebuah negara yang berpegang dengan falsafah

draft • 4:20 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

aliran kiri yang dipelopori oleh tokoh-tokoh pemikir sosialis ini? Jika direnungi ucapan Yang Amat Berhormat Tambun pada hari Jumaat lepas, bagi saya baunya sudah mula ada.

Dari Jumaat ke hujung minggu, Rakyat resah haru biru, Harapan tinggi rakyat menunggu, Malangnya bajet ini penuh celaru. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Yang Berhormat Subang.

draft • 4:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2023. Yang Berhormat Menteri Kewangan telah menyampaikan satu ucapan belanjawan yang bukan sahaja memberi satu senarai goodies yang biasanya senarai goodies sahaja. Akan tetapi yang lebih penting, berani memberi gambaran jujur berdasarkan fakta bahawa kerajaan baharu telah mewarisi hutang negara yang besar dan prestasi tadbir urus yang sangat tidak memuaskan.

Angka-angka rasuah dan ketirisan daripada subsidi diesel, daripada Projek Tebatan Banjir, daripada Jana Wibawa yang didedahkan secara berterus terang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan adalah tersangat penting. Untuk Malaysia maju ke hadapan dan mula mengatasi masalah rasuah dan ketirisan, kita perlu mengakui kekurangan kita terlebih dahulu.

Selama lebih kurang dua bulan saya dan rakan-rakan backbenchers di Pakatan Harapan menanti-nantikan hala tuju dasar menentang rasuah daripada Kerajaan Perpaduan ini. Oleh demikian, dengan izin, I was pleasantly surprised that it came in the form of a budget speech. Terima kasih pada Yang Amat Berhormat Tambun. Yang Amat Berhormat Tambun, your budget speech has given all reformists in this Hall, renewed hope, that the reformasi agenda is still alive. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meminta ia direkodkan secara rasmi di dalam Hansard bahawa saya tidak mempunyai apa-apa peranan ataupun memberi apa-apa input dalam belanjawan ini ya. Ini penting kerana sejak hari Jumaat lalu ramai penganalisis bank dan pakar-pakar ekonomi meminta saya menjelaskan perkara-perkara berkaitan dengan belanjawan ini. Penat saya menjawab, “Saya tidak tahu”.

[Ketawa] Okey, seperti penganalisis yang lain, saya juga mempunyai beberapa soalan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan untuk dijawab dalam Dewan yang mulia.

Pertamanya, tentang isu makro iaitu disiplin fiskal. Saya faham bahawa proses merangka belanjawan selalunya bermula pada bulan Mac setiap tahun dan ia mengambil masa kira-kira enam hingga tujuh bulan. Perundingan supaya ia dapat disediakan dan dibentangkan pada bulan Oktober. Baru-baru ini Parlimen dibubarkan selepas sahaja Bajet 2023 dibentangkan oleh Yang Berhormat Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz pada Oktober 2022. Oleh itu, ada kemungkinannya pentadbiran Yang Berhormat Menteri Kewangan tidak

draft • 4:25 PM

Tuan Wong Chen - Subang

mempunyai masa yang mencukupi untuk merombak dan membuat satu belanjawan yang lebih sesuai untuk tahun ini.

Oleh itu, kebanyakan komponen bajet, bukan ciplak la ya, yang telah dibentangkan oleh kerajaan dahulu masih ada dalam belanjawan ini. Oleh demikian, daripada aspek disiplin fiskal, jumlah besar perbelanjaan RM388 bilion ini agak berisiko. Oleh itu, saya meminta Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan mengambil masa enam hingga tujuh bulan yang akan datang ini untuk merangka dengan lebih baik dan mengawal DEVEX untuk Belanjawan 2024 pada bulan Oktober yang akan datang.

DEVEX ini perlu dikawal kepada suatu angka yang lebih munasabah kerana DEVEX ini datangnya daripada terbitan bon yang akan menambah hutang negara. Jika kita berterusan menerbitkan bon RM90 bilion, RM100 bilion setahun. Hutang negara hanya akan menjadi lebih besar setiap tahun. Walaupun pada keseluruhannya kerajaan menjangka penurunan defisit hingga lima peratus KDNK tahun ini berbanding dengan 5.6 peratus KDNK kerajaan lama tahun 2022, dengan izin, in real money terms, RM99 billion of DEVEX is still a lot. Mengenai perkara ini, saya gembira mengambil perhatian bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan akan membentangkan satu Fiscal Responsibility Act. Saya harap ia akan diluluskan secepat mungkin dan boleh diguna pakai segera sebelum Belanjawan 2024. Hal ini penting supaya kita dalam Dewan ini dan juga di luar boleh mengambil bahagian dalam usaha menyelesaikan masalah hutang negara yang besar.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya beralih kepada isu kutipan cukai. Saya melihat bahawa kutipan cukai pendapatan korporat adalah jauh lebih tinggi pada tahun 2022 iaitu peningkatan 17.4 peratus daripada RM82 bilion ke RM96 bilion. Adakah ini disebabkan oleh keadaan ekonomi yang semakin baik berbanding dengan tahun 2022? Saya minta penjelasan cepat ya sebab banyak syarikat perlu tahu sama ada kadar cukai akan berubah ataupun tidak.

Jadi, penjelasan yang tepat dan cepat mengenai unjuran cukai pendapatan syarikat ini sangat diperlukan, for investors’ confidence. Bagi cukai pendapatan individu, saya bersetuju sepenuhnya dengan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan bahawa cukai pendapatan individu dinaikkan bagi golongan orang kaya dan penurunan cukai dua peratus bagi golongan middle-class.

draft • 4:25 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Bagi saya, walaupun impak kepada pendapatan kerajaan cuma naik dari RM33.8 bilion kepada unjuran RM35.3 bilion tahun ini akibat kadar-kadar baharu ini, penurunan dan kenaikan itu, secara prinsipnya, ia perlu dilakukan demi menghantar mesej bahawa kerajaan ini merupakan sebuah kerajaan yang mementingkan percukaian progresif dan adil bahawa golongan kaya harus membayar lebih dan golongan miskin yang susah serta golongan middle-class dikurangkan...

draft • 4:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Subang, Puncak Borneo minta laluan.

draft • 4:30 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Silakan.

draft • 4:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Saya meneliti dan mendengar ucapan Yang Berhormat Subang. Saya bersetuju bahawa golongan T20 itu harus diberi cukai yang tinggi sebab mereka ini memang mempunyai pendapatan yang tinggi dan perlu memberi sumbangan kepada negara.

Akan tetapi apa yang terjadi adalah antara golongan M40 itu. Di antara M40 dengan T20 itu, in between. These people neither become richer nor are in the middle, mereka di borderline. Akan tetapi dia menanggung bebanan cukai yang dua peratus tinggi itu. Apakah kesannya terhadap negara kita dan macam mana kita hendak memperhalus golongan ini?

Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Yang Berhormat Puncak Borneo kena lihat, dia punya carta. Kalau kita lihat tentang apa middle- class iaitu sebanyak 0.5 percent. Jadi ia tidak naik sangat. Bagi saya yang penting ialah bentuk fiskalnya tidak berubah sangat tetapi mesej utama ialah orang kaya kena bayar lebih, progressive taxation itu yang penting.

Walaupun Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan selalu bergurau dengan saya, katakan saya ini seorang kapitalis new liberal. Persepsi itu memang tidak benar. Saya menyokong konsep percukaian progresif dan secara khususnya isu tentang capital gains tax untuk saham sejak saya menjadi ahli Keadilan pada tahun 2009.

Walaupun memang ramai pemimpin yang lebih senior daripada Pakatan Harapan menentang the introduction of capital gains tax for shares, I am absolutely not one of them. I am not the capitalis or new liberal. I am a progressive-centrist. Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih dari lubuk hati saya kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah berani memutuskan pelaksanaan cukai keuntungan modal ini mulai tahun 2024.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya juga perlu minta penjelasan daripada Menteri Kewangan, kenapakah cukai ini dikenakan pada syarikat sendirian berhad dan bukannya kepada syarikat berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia? Keputusan ini kurang logik sebab kalau kita hendak menilai cukai modal bagi syarikat sendirian berhad, ia jauh lebih rumit dan pendapatan cukai yang kita boleh dapat itu jauh lebih kecil daripada cukai ke atas jual beli saham syarikat-syarikat berhad.

Saya minta penjelasan yang lebih daripada Menteri Kewangan. Kedua-dua reformasi cukai progresif ini penting untuk kita mewujudkan kesaksamaan yang lebih besar untuk semua rakyat Malaysia. Walaupun rakan-rakan saya yang banyaknya upper middle-class macam Yang Berhormat Puncak Borneo tadi dan golongan kaya, mungkin mereka tidak setuju dengan saya.

Akan tetapi saya percaya mereka akan menghargai dasar ini apabila jurang ketidaksamaan berkurang dan mereka mendapat manfaat kestabilan sosiopolitik yang lebih.

Dengan izin, greater social equality will translate to greater economic resilience for all.

Walaupun dengan percukaian progresif yang lebih baik ini, perkara yang lebih penting sekarang ialah kerajaan masih perlu membuktikan bahawa ia boleh dan akan menghapuskan rasuah.

draft • 4:30 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Kerajaan ini harus memastikan setiap satu- wang cukai yang dikutip akan dibelanjakan dengan bersih dan amanah. Dengan itu, saya beralih ke isu seterusnya mengenai usaha pencegahan rasuah.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit kalau boleh Yang Berhormat Subang?

draft • 4:30 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Boleh, boleh.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih, saya sebentar sahaja. Belanjawan 2023, salah seorang analist melakukan satu apa yang disebutkan sebagai did a graphic on the income tax changes. Minus two percent dan plus one percent itu sebenarnya sangat marginal, sangat tipis dari sudut keuntungan apabila melakukan polisi seperti ini. Apakah pandangan Yang Berhormat Subang?

draft • 4:30 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Memang, memang.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Tidak membawa apa- apa kesan sebenarnya.

draft • 4:30 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Memang betul Yang Berhormat Kuala Selangor.

Memang marginal, increase ia RM1 lebih bilion sahaja. Ya, jadi ia memang marginal tetapi isunya ialah tentang mesej yang kita hendak hantar, the equality isu. Isu tentang orang kaya ini di dunia- progressive taxation di dunia Barat ini, dunia developed democracy, semua kena bayar lebihlah yang kaya.

I don’t think this is a issue about Western. Kita di Malaysia ini, di Asia pun people understand. Kalau kaya bayar lebih, yang miskin bayar kurang sedikit. Baik, sampai masa saya dua minit lagi tetapi banyak muka surat lagi ini.

Tidak apa saya akan short cut my speech yang betul-betul. Mengikut saya ini saya minta ikutlah di dalam Facebook saya nanti, saya bagi speech yang penuh.

Tuan Yang di-Pertua, saya sebelum jadi Ahli Parlimen, saya merupakan seorang peguam korporat yang banyak berurusan dengan golongan kaya. Saya mempunyai pengalaman lebih kurang 20 tahun berunding dan merundingkan semula kontrak dengan golongan-golongan kaya ini.

Tidak pernah saya melihat seorang hartawan seperti Tan Sri Syed Mokhtar yang mengawal monopoli beras sanggup berunding dan menyerahkan balik 30 peratus daripada keuntungan monopoli beras import dalam masa yang sangat singkat. Apabila Yang Berhormat Menteri Kewangan mula-mula umumkan dua bulan lalu bahawa Tan Sri Syed Mokhtar akan membayar RM60 juta setahun kepada pesawah padi, pendapat awal saya pada ketika itu bayaran ini memang tidak mencukupi.

Kini, dengan pengumuman baharu bahawa pembayaran 30 peratus ke atas keuntungan bersih import beras ini- ini satu penambahbaikan yang betul-betul efektif bagi saya. Yang Berhormat Menteri Kewangan, you have a very bright future if you choose to become a corporate lawyer specializing in contract renegotiation. Joking aside- saya ingin minta penjelasan untuk mengetahui cara 30 peratus keuntungan ini akan dibayar dan kepada siapa?

draft • 4:30 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan supaya kita memantapkan pembayaran ini dengan cara pemberian 30 peratus saham kepada sebuah badan amanah untuk menjaga kebajikan pesawah padi. Pembayaran ini tidak boleh menjadi satu perkara one-off sahaja.

Saya juga mencadangkan penghapusan monopoli ini dengan membenarkan persaingan terbuka untuk sektor beras import ini supaya pada jangka masa panjang, keselamatan makanan negara lebih terjamin. Saya harap semua oligopoli dan semua taikun super kaya di Malaysia ini yang telah menggunakan monopoli dan menindas persaingan dalam ekonomi sekian lama akan ikut jejak Tan Sri Syed Mokhtar dan berunding semula dengan kerajaan baharu ini.

Masa saya sudah habis Tuan Yang di-Pertua. Saya gulung sahajalah.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 4:30 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Saya sebenarnya hendak tanya tentang perkara Klinik Kesihatan USJ1 untuk kawasan saya. Bajet lalu memang ada peruntukan ia, saya cuma sekarang ini baca semula dokumen ini sebanyak 800 muka surat, 900 muka surat tidak jumpa-jumpa tentang USJ1.

Saya minta Yang Berhormat Menteri Kewangan memberi jawapan yang penuh ataupun Menteri Kesihatan secara rasmi dan itu sahajalah ucapan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Saya mempersilakan Yang Berhormat Bachok sekarang.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas peluang untuk Bachok bersama-sama membahaskan Belanjawan Tahun 2023 pada hari ini.

Izinkan saya untuk menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap sepotong ayat Al-Quran daripada Surah Al-Isra, ayat 29...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “janganlah engkau jadikan tangan mu terbelenggu di leher mu yakni kedekut dan janganlah pula engkau menghulurkannya sehabis-habisnya yakni boros, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan”.

Ayat ini boleh menjadi pedoman kepada kita- semua, baik di peringkat individu, keluarga mahupun kerajaan supaya kita hendaklah berbelanja dengan betul dan seimbang.

Tidak kedekut sehingga menafikan hak diri sendiri dan hak orang lain. Malah tidak pula terlalu boros sehingga menghakis hak orang lain yang boleh ditumpangi daripada harta yang dimiliki.

Justeru, kita perlu cermat dan berhemah dalam perkara ini kerana masalah di hadapan kita ialah satu belanjawan untuk diluluskan bagi tahun ini dan dijangka selesai dibahaskan lumat dan diluluskan menjelang bulan Mac. Ini bermakna berbaki sembilan bulan untuk dipastikan segala perancangan dan sasaran yang digariskan dapat dicapai.

draft • 4:37 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Pastinya tugasan ini tidak mudah, maka janganlah kita bermudah-mudah berjanji segala yang indah. Jangankan 24 jam, setahun pun belum tentu bertemu noktah.

Apa guna melompat pagar, Bila kaki awak tersangkut; Apa guna bercakap besar, Bila janji tidak diikut. Terlebih penting kualiti penyampaian dan keberkesanan. Segala bantuan dan projek yang diumumkan diikuti proses pemantauan berterusan, dipandu oleh kecekapan dan integriti yang tinggi di pihak kerajaan. Tanpa sebarang unsur pilih kasih dan sabotaj ekonomi yang tidak melambangkan agenda perpaduan dan slogan madani.

Manakala akses dan kecaknaan rakyat terhadap segala bantuan kerajaan perlu dipertingkatkan bagi memastikan Belanjawan 2023 dapat diagih secara saksama dan dikongsi secara bersama.

draft • 4:37 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab tempoh perbahasan amat singkat, isu yang ingin dibawa pula sangat banyak, saya memilih pendekatan untuk menyentuh beberapa perkara pokok dan persoalan dasar yang sering ditanya apabila saya bertemu dengan penduduk dan masyarakat di Bachok kepada saya, yang saya sendiri pun tiada jawapannya untuk dikemukakan di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya jurang pembangunan antara wilayah. Saya ingin bertanya pendirian di pihak kerajaan, khususnya Kementerian Ekonomi. Adakah kerajaan masih berpegang kepada komitmen RMKe-12 supaya sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan peruntukan pembangunan asas akan diagihkan kepada enam negeri kurang membangun iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis membabitkan penyediaan infrastruktur asas, telekomunikasi, pendidikan, penjagaan kesihatan dan pembangunan ekonomi.

Kedua, pemberian Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri. Dalam Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2023, dinyatakan jumlah pemberian dan bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri di bawah anggaran perbelanjaan mengurus yang merangkumi 13 jenis pemberian dan bantuan mencecah RM8.36 bilion ringgit. Kelantan tersenarai untuk menerima RM351 juta iaitu 4.2 peratus daripada keseluruhan jumlah yang diperuntukkan ini.

Soalan saya kepada Kementerian Kewangan, adakah Kerajaan Persekutuan bercadang untuk menyemak semula kadar pemberian mengikut kepala per kapita? Di bawah Perkara 109 Perlembagaan Persekutuan yang kali terakhir disemak adalah pada 2006.

Hampir 17 tahun yang lalu bagi menyesuaikan dengan keadaan dan keperluan kewangan semasa yang dihadapi oleh negeri-negeri.

Spesifik juga untuk Kelantan, mohon penjelasan berkenaan ungkapan Yang Amat Berhormat Tambun tempoh hari bahawa Kementerian Kewangan akan memperuntukkan sebahagian daripada wang ihsan Kelantan dan Terengganu supaya disalurkan secara langsung, khususnya untuk membantu golongan miskin. Walau apa pun istilah yang diguna

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

pakai hendaklah ada ketelusan dan konsistensi polisi di pihak Kerajaan Persekutuan bagi memastikan hak yang wajib diserahkan kepada Kelantan dan Terengganu, juga Sabah dan Sarawak dilunaskan mengikut Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 dan perjanjian- perjanjian yang dimaterai supaya agenda meningkatkan tahap pembangunan dan kebajikan rakyat dapat dijayakan dengan sebaiknya.

Ketiga, daya tahan fiskal. Ruang fiskal yang terhad dibahas oleh ramai rakan Ahli Parlimen sebentar tadi terus mengekang pembiayaan sektor awam untuk melaksanakan program dan projek pembangunan. Kutipan hasil kerajaan masih tidak selari dengan pertumbuhan ekonomi. Struktur hasil negara yang masih bergantung kepada cukai langsung dan asas percukaian yang kecil juga telah mengehadkan kutipan hasil kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2023 anggaran perbelanjaan mengurus sudah menghampiri jumlah hasil kerajaan pada paras 99 peratus, berterusan untuk beberapa tahun.

Ini bermakna setiap hasil, setiap RM1 yang dipungut kerajaan, hanya cukup untuk menampung kos pengurusan kerajaan. Situasi ini adalah berisiko terhadap keupayaan fiskal sekiranya terdapat kenaikan kos di luar jangkaan ataupun kutipan hasil jauh lebih rendah daripada yang dianggarkan.

Soalan saya kepada Kementerian Kewangan, adakah kerajaan bercadang untuk mempertimbangkan suatu mekanisme bagi menetapkan paras ambang ataupun threshold untuk perbelanjaan mengurus berbanding hasil semasa. Contohnya pada paras 90 peratus atau 85 peratus supaya ruang fiskal kerajaan lebih anjal untuk melaksanakan program dan inisiatif membantu rakyat.

Keempat, program membasmi miskin tegar dibahas oleh Yang Berhormat Larut dan juga Yang Berhormat Beluran pagi tadi. Kami menyambut baik pengumuman kerajaan untuk membasmi miskin tegar melalui pendekatan yang ditambah baik dalam inisiatif pendapatan rakyat yang perlu diteliti mekanisme pelaksanaannya. Program bantuan yang bersasar dengan polisi graduasi. Kita perlu ada mindset untuk keluar daripada kepompong kemiskinan ataupun penerima-penerima zakat ini boleh menjadi pembayar zakat. Perlu dirangka untuk menggalakkan mobiliti sosial kumpulan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berkongsi pelaksanaan program ini di Bachok yang amat dekat dengan hati saya. Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak EPU dan penghargaan khusus kepada Dato’ Seri Mustapa Mohamed yang telah memilih Bachok untuk dijadikan satu lokasi dalam pelaksanaan program pembasmian kemiskinan tegar melibatkan 53 ketua isi rumah, 17 di Kampung Kubang Golok dan 36 di Kemasin, termasuklah Kampung Balai iaitu perkampungan masyarakat Siam di Bachok.

Program bantuan dan sokongan telah berjalan ini diselaraskan cara bersama dengan pihak pejabat daerah, ECER, UMK dan pastinya kerjasama erat kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan. Ada contoh yang saya boleh kemukakan di sini. Puan Su yang memang daif diberikan mesin untuk membuat kuih dan tapak gerai untuk menjual sedikit sebanyak membantu menampung kos sara hidup beliau sekeluarga. Keduanya, Abe Mae dan Kak Pah di Kemasin. Mereka sebelum ini menjual kuih secara manual, diuli sejak pukul 4.00 pagi atau 5.00 pagi tetapi dengan mesin yang diberikan dapat menghasilkan jumlah kuih

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

yang lebih banyak dalam tempoh yang singkat dan jualan yang lebih tinggi. Maka program ini amat baik untuk diteruskan.

Namun jika diperhatikan dalam ucapan belanjawan Yang Amat Berhormat Tambun tempoh hari, kira-kira 130,000 rakyat tersusah akan dibantu dan kemiskinan tegar ini akan dinoktahkan tahun ini. Saya tidak mahu terlibat dalam polemik noktah ini. Soalan saya, ada perbezaan jumlah rakyat tersusah daripada ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan laporan media.

Majlis pelancaran Menteri Ekonomi semalam, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebutkan jumlahnya 130,000 rakyat termiskin tetapi dalam laporan media, Menteri Ekonomi menyebutkan IPR melibatkan golongan miskin tegar, miskin dan B40 dengan sasaran 100,000 peserta. Ada beza 30,000 daripada angka yang disebut Yang Amat Berhormat Tambun tempoh hari. PM sebut dalam tempoh tahun ini, baki sembilan bulan Menteri Ekonomi sebut program ini melibatkan pemantauan selama 24 bulan yakni dua tahun.

Jadi, di sini pentingnya kesediaan sebuah sistem pangkalan data bersepadu melibatkan kesemua agensi yang terlibat yang telah dimulakan oleh pentadbiran terdahulu bagi menyelaraskan maklumat penerima serta bentuk bantuan yang diperlukan supaya tidak berlaku risiko, dengan izin inclusion and exclusion error, kesalahan memasukkan dan keciciran penerima.

Tuan Yang di-Pertua, masa sangat mencemburui, saya beralih kepada permasalahan di Bachok yang perlukan perhatian dan kerjasama Kerajaan Persekutuan.

Pertamanya saya berterima kasih kepada pihak Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Cawangan Bachok. Penubuhan universiti ini dengan fokus kepada bidang usahawan, ekonomi luar bandar dan veterinar merupakan pemangkin kepada peningkatan tahap sosioekonomi di Bachok, di samping aktiviti kajian dan sukarelawan yang banyak memberikan manfaat kepada masyarakat setempat. Khusus di Bachok, saya bangkitkan kembali status Kolej Komuniti Bachok yang telah pun dirasmikan majlis pecah tanah pada 2018. Ditangguhkan sehingga kini sedangkan wujud permintaan yang amat tinggi dalam kalangan anak-anak muda di Bachok untuk program pendidikan TVET.

Pada masa yang sama, mohon perhatian di pihak Kementerian Kerja Raya untuk menaik taraf kualiti jalan di sekitar UMK, Kandis, Tangok, Pantai Irama dan Jelawat, laluan yang sempit untuk menampung kapasiti trafik. Dengan siapnya Hospital Daerah Bachok yang baharu di Jelawat kelak dijangka kesesakan ini akan bertambah rumit. Mohon perhatian pihak KKR bagi menjalankan kajian seterusnya menambah baik kualiti jalan raya dan perhubungan di Bachok, sama ada melalui pelebaran jalan, jalan lencongan ataupun jejambat bagi penampung kapasiti trafik yang semakin tinggi.

Seterusnya pembangunan sektor pelancongan, pertanian dan perikanan. Tuan Yang di-Pertua, pagi tadi saya turut dijemput bersama-sama Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional dalam portfolio pelancongan. Diketuai Yang Berhormat Langkawi untuk bertemu dengan Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri serta pegawai kanan MOTAC untuk

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

mendengar cadangan dan pandangan kami. Ini suatu usaha yang amat baik melibatkan pertemuan di antara kedua-dua belah pihak.

Saya bangkitkan perlunya suatu pelan induk pembangunan pelancongan pesisir pantai di kawasan luar bandar yang berpotensi besar di Bachok ini khususnya Pantai Senok yang lebih famous ataupun lebih sohor dengan gelaran Pulau Nami kerana gambarannya sebegitu. Pantai Irama, Pantai Tapang dan Pantai Melawi melibatkan penyediaan infrastruktur jalan, landskap dan kemudahan rekreasi di samping perlunya perhatian kementerian untuk membangunkan bakat muda untuk mewarisi seni budaya, warisan dan kraf tangan supaya kekal terpelihara.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai akhirnya pemulihan ekonomi yang kita hadapi pada tahun ini perlulah datang dengan pembaharuan. Perlu diingatkan matlamat utama sesebuah perancangan pembangunan adalah untuk memberi nilai tambah dan limpahan berganda bagi meningkatkan tahap sosioekonomi dan daya saing negara, seterusnya memastikan kemakmuran ekonomi dinikmati secara lebih adil dan saksama.

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Adalah amat mendukacitakan sekiranya kita mampu memulihkan semula ekonomi negara namun hanya kembali ke tahap sosioekonomi sebelumnya tanpa membawa sebarang perubahan struktur dan budaya ekonomi baharu bagi mendepani cabaran mendatang yang pastinya lebih mencabar dengan izin, recovery without reforms is a waste. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bachok akhiri ucapan dengan dua rangkap pantun.

*Dari Jelawat ke Pantai Irama, Singgah Tawang membeli joran, Jana ekonomi perlu kerjasama, Kerana rakyat dahaga kemakmuran.

Apabila padi tidak ditampi, Manakan tahu bernas dan hampa, Apabila janji tidak ditepati, Banyaklah seteru, nahas pun tiba.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih.

[Tepuk] Saya jemput Yang Berhormat Lawas.

draft • 4:50 PM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberi kepada saya untuk membahaskan bajet pada tahun ini 2023. Saya tidak berkesempatan mengambil bahagian dalam perbahasan titah diraja di Dewan yang mulia ini kerana terpaksa berada di kawasan dua hari terakhir perbahasan titah diraja dijalankan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di- Pertua dan Timbalan-timbalan Yang di-Pertua atas pelantikan sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dewan yang mulia ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Lawas yang memberi

draft • 4:51 PM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

sokongan kepada saya dalam pilihan raya PRU 15 yang lalu sehingga memberi kemenangan kali yang keenam atau enam penggal berturut-turut.

Tuan Yang di-Pertua, pembentangan Bajet 2023 oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia melegakan hati rakyat. Melalui pembentangan bajet tersebut, segala isu dan permasalahan rakyat dapat ditangani. Apa yang penting Tuan Yang di-Pertua, segala yang terkandung dalam bajet itu dapat diterjemahkan dengan baik, telus dan saksama. Saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pembentangan bajet tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, disebabkan kekangan masa, saya teruskan perbahasan dengan menyentuh perkara-perkara penting bagi kawasan Parlimen Lawas. Tuan Yang di- Pertua, rakyat ingin mendapatkan maklumat terkini berhubung kait dengan pelaksanaan projek-projek kerajaan yang telah diluluskan di kawasan Parlimen Lawas yakni pertama MRSM Lawas, kedua lapangan terbang baharu Lawas, ketiga jalan di sempadan Indonesia- Sarawak di Ba’kelalan, Jalan Murut Suang ke Long Tengoa dan Jalan Ba’kelalan ke Bario.

Maklumat yang diperlukan termasuk kos bagi setiap projek dan peruntukan yang diluluskan dalam Bajet 2023 bagi projek-projek tersebut.

Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, terdapat beberapa buah projek kerajaan yang gagal dilaksanakan mengikut jadual dan tergolong di bawah projek sakit. Di antaranya adalah CIQ di sempadan Indonesia dengan Sarawak di Ba’kelalan dan Jalan Ba’kelalan ke Bario, klinik dan hospital di Daerah Lawas dan beberapa buah sekolah daif yang dalam pelbagai tahap pelaksanaan dan penaiktarafan sedang menunggu disiapkan sepenuhnya.

Dalam isu ini Tuan Yang di-Pertua, rakyat tidak mahu apa yang terjadi dengan projek Hospital Lawas dan CIQ di sempadan Indonesia dan Ba’kelalan berulang. Hingga kini, hampir 10 tahun sejak diluluskan projek tersebut masih lagi dalam pelaksanaan dan mengikut jawapan bertulis Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri kepada soalan saya sesi Parlimen kali ini, CIQ Ba’kelalan yang diluluskan awal tahun 2015 dijadualkan siap pada tahun hadapan tahun 2024. Begitu juga dengan Hospital Lawas yang masih dalam peringkat pelaksanaan.

Selain itu, sebanyak 30 buah sekolah daif di Parlimen Lawas yang memerlukan tekad untuk dipulihkan. Setakat ini, tiga buah sekolah daif sudah dipulihkan dan baki 27 buah masih berada di tahap pemulihan dengan kadar yang rendah iaitu di antara 30 peratus dan 50 peratus. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru kepada pihak kerajaan untuk memberi fokus terhadap penyiapan sepenuhnya projek tergendala ini agar dapat dimanfaatkan, khususnya penduduk di kawasan Parlimen Lawas.

Tuan Yang di-Pertua, projek Jalan Pan Borneo yang pelaksanaannya sedang dijalankan di lain-lain kawasan di Sarawak dan Sabah belum bermula di kawasan Parlimen Lawas. Saya ingin bertanya kepada kerajaan bilakah pelaksanaan Pan Borneo ini akan dimulakan di kawasan Lawas dan berapakah kos yang terlibat?

Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, jalan raya sedia ada di Coastal Link Road dengan izin, yang menghubungi Miri melalui negara Brunei dan ke Sabah sedang mengalami kerosakan teruk dan perlu diselenggarakan secepat yang boleh untuk mengelak perkara

draft • 4:51 PM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

yang tidak diingini berlaku di atas jalan selain memberi imej yang kurang baik dari pengguna jalan raya. Saya difahamkan bahawa tarikh luput bagi penyelenggaraan jalan tersebut sudah pun tamat.

Tuan Yang di-Pertua, masalah kesesakan kemasukan pelawat dan pelancong di Pintu Masuk B sempadan Lawas dengan Brunei, Merapok dengan Sabah dan Ba’kelalan dengan Indonesia perlu diselesaikan segera. Saya ingin mencadangkan supaya pengawalan oleh pihak yang bertanggungjawab ditingkatkan dengan menambah anggota yang bertugas pada setiap masa di pintu-pintu masuk tersebut agar memberi keselesaan kepada pengguna- pengguna jalan raya yang terpaksa menunggu terlalu lama. Juga dicadangkan agar tempoh beroperasi di pintu masuk tersebut dilanjutkan dari jam 10 malam ke 12 tengah malam.

Tuan Yang di-Pertua, dengan perpindahan ibu kota Indonesia, Jakarta ke Nusantara, pelbagai usaha dan perancangan perlu dijalankan termasuk dari segi keselamatan, infrastruktur, dan perniagaan. Sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada kerajaan apakah projek yang akan dijalankan di Sarawak di bawah pertubuhan BIMP-EAGA.

Tuan Yang di-Pertua, pendidikan awal kanak-kanak amat diperlukan. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak KEMAS Perpaduan dan prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan yang terlibat dalam bidang ini. Walau bagaimanapun, masalah wujud di kawasan luar bandar di mana bangunan sekolah yang tidak dapat dibangunkan di atas tanah yang belum mempunyai geran tanah. Disebabkan masalah tersebut, saya mencadangkan agar syarat bagi pembangunan sebuah bangunan sekolah KEMAS di luar bandar Sarawak dilonggarkan kepada surat perjanjian setuju terima pakai daripada pemilik tanah yang berkenaan.

Untuk makluman Dewan, usaha Kerajaan Negeri Sarawak untuk menyukat tanah NCR kepunyaan rakyat yang luas di luar bandar belum selesai atas sebab kekurangan tenaga pengukur dan peruntukan kewangan yang terhad. Sehubungan itu, saya mencadangkan agar kerajaan pusat dapat tampil untuk membantu penduduk-penduduk luar bandar Sarawak dengan menyumbangkan peruntukan khas untuk tujuan ini. Jika saya tidak silap, bantuan untuk tujuan tersebut pernah diberikan oleh kerajaan sebelum ini.

Tuan Yang di-Pertua, mewakili pihak yang terkesan akibat kenaikan harga tiket penerbangan, khususnya dari Sarawak dan juga Sabah.

draft • 4:51 PM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Sebagai contoh, saya sendiri minggu lepas sewaktu mahu balik ke Kuala Lumpur menggunakan penerbangan MAS dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, harga tiket adalah RM1,800 lebih. Dengan kenaikan harga tiket penerbangan yang tinggi, yakni golongan miskin atau pun rakyat biasa yang pergi ke Kuala Lumpur untuk tujuan bukan melancong, tetapi atas sebab emergency, melawat saudara sakit termasuk juga pelajar-pelajar yang menyambung pelajaran di Kuala Lumpur, merasa terbeban.

Saya secara peribadi amat mengetahui tentang sebab kenaikan harga tiket penerbangan kerana berada di Kementerian MOT sebelum ini, iaitu setiap kos perjalanan pesawat itu harus ditanggung oleh para penumpang yang mengikuti penerbangan tersebut.

draft • 5:00 PM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Tuan Yang di-Pertua, apa yang rakyat dalam golongan ini inginkan ialah bantuan daripada kerajaan seperti subsidi untuk meringankan beban mereka.

Tuan Yang di-Pertua, masalah liputan internet dan talian telefon sedia ada yang kurang baik masih wujud di kawasan Parlimen Lawas, sehingga anak-anak muda yang lebih cenderung menggunakan kemudahan ini terpaksa pergi ke kawasan lain di mana liputan internet itu ada. Tuan Yang di-Pertua, terdapat menara telekomunikasi yang dikatakan tidak berfungsi disebabkan service provider dengan izin, seperti Telekom dan Celcom enggan membekalkan peralatan yang diperlukan atas sebab-sebab tertentu. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, apa sebenarnya berlaku? Dan mohon kepada pihak kerajaan supaya dapat menyelesaikan perkara ini dengan kadar segera.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik dan menyokong saranan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Fadillah bin Yusof, Timbalan Perdana Menteri agar kerajaan memberi layanan yang sama kepada wilayah Sarawak dan Sabah dalam isu pembangunan.

Berbanding dengan amalan sekarang yang memberi keutamaan kepada kawasan dan wilayah yang mempunyai penduduk atau pun populasi yang padat atau banyak. Jika pertimbangan seperti ini diambil kira, maka wilayah Sarawak dan Sabah, termasuk juga kawasan luar bandarnya akan terus ketinggalan dari segi pembangunan.

Saya menyeru kepada Kerajaan Madani, pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim agar dapat membawa perubahan seperti mana yang dikehendaki rakyat, termasuk menepati Perjanjian MA63 bagi Sarawak dan Sabah agar keharmonian, kesejahteraan dan kemakmuran itu kekal wujud di kalangan rakyat Malaysia. Tuan Yang di- Pertua, sekian. Saya menyokong.

draft • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Lawas. Saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.

draft • 5:00 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua*. Alhamdulillah...

[Berucap dalam Bahasa Arab]* Pertamanya, Tuan Yang di-Pertua, saya, dalam perbahasan Titah Diraja, saya lupa untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada pengundi-pengundi di Parlimen Padang Serai yang mana telah memberikan kemenangan kepada Perikatan Nasional dan saya adalah Ahli Parlimen terakhir yang dipilih ketika PRU-15 yang lalu dengan majoriti 16,260.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengikuti— kita semua mengikuti sidang pembentangan Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Saya melihat kepada bajet yang dibentangkan itu dan apa yang boleh saya simpulkan, ia hampir 95 peratus ciplak daripada bajet yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan yang lalu.

Namun, Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan. Dalam perbahasan Titah Diraja yang lalu, ada Ahli-ahli Parlimen rakan-rakan saya dari Kedah yang menyebut tentang permohonan daripada kerajaan negeri untuk tambahan pendapatan iaitu pampasan kawasan jelapang padi yang kita tak boleh convertkan untuk menjadi kawasan industri atau pun pembangunan. Kita ada 100,000 lebih kawasan jelapang padi di negeri

draft • 5:04 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Kedah yang kalau di-convert-kan menjadi dana industri 10 peratus sahaja, kita boleh menghasilkan lebih kurang RM177 juta. Akan tetapi, demi food security untuk Malaysia, Kerajaan Negeri Kedah berkorban.

Keduanya, kita memohon supaya kawasan tadahan air Ulu Muda yang mana, kita telah berkorban untuk membekalkan air mentah ke negeri Pulau Pinang dan ke negeri Perlis dan Kedah. Mohon sekurang-kurangnya, kita mohon RM200 juta tetapi tidak disebut dalam bajet. Ekoran daripada apa yang telah disebut Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua, saya ingin merujuk kepada— isu panjang yang saya akan bawa pada hari ini tentang Kedah Aerotropolis, yang mana dalam sidang bajet pada Jumaat yang lalu, Perdana Menteri telah menyebutkan bahawa projek Kedah Aerotropolis ini tidak diluluskan dan tidak dibenarkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberikan ringkasan fakta tentang Kedah Aerotropolis ini. Pembangun Kedah, projek Kedah Aerotropolis memainkan peranan sebagai economic game-changer untuk Wilayah Utara bagi mengimbangi pembahagian ekonomi.

Untuk mengurangkan jurang kaya-miskin negeri-negeri di Wilayah Utara.

Kedah Aerotropolis telah mendapat kelulusan dasar dan nasihat awal di dalam Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada 27 Oktober 2020 dengan lapan nasihat yang perlu dipatuhi. Ini surat dia, Tuan Yang di-Pertua, [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Surat daripada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN)— telah mendapat sokongan daripada agensi-agensi berkaitan bagi tujuan mendapat kebenaran merancang bagi konsep pembangunan sebelum memasuki kebenaran merancang detailed design planning cloud. Kerajaan negeri komited membangunkan Kedah Aerotropolis ini bagi mengangkat martabat ekonomi B40 majoritinya, ke M40. M40 ke T20 dan seterusnya. Ini selaras dengan Pelan Pembangunan Kedah 2035, Rancangan Struktur Kedah 2035 dan Rancangan Malaysia Ke-12. Kedah Aerotropolis akan dibiayai sepenuhnya melalui inisiatif sumber kewangan swasta, tidak melibatkan kantung kewangan Kerajaan Persekutuan. Pemilihan dan pelantikan dua pelabur utama sebagai rakan strategik utama kerajaan ini telah dimuktamadkan dan akan diumumkan dalam masa yang terdekat ini.

Pembiayaan dana perbelanjaan projek yang diperlukan akan diselesaikan dalam masa yang terdekat. Bajet Kerajaan Persekutuan tidak diperlukan. Maka, tiada risiko kepada Kerajaan Persekutuan daripada segi beban kewangan. Berupaya memperkasakan industri aeroangkasa demi pembangunan ekonomi rakyat selaras dengan RMKe-12, Kedah Aerotropolis dibangunkan dengan visi untuk menjadikan Hab Industri Penerbangan Asia Pasifik (Asia Pacific Aviation Industry Hub) yang akan memberi fokus kepada kargo, logistik, MRO dan Pusat Kecemerlangan Aeroangkasa di wilayah utara.

Dengan berfokuskan kepada kargo, Kedah Aerotropolis akan berupaya dijadikan sebagai Memphis of Asian, juga seperti Luxembourg di Eropah dan Zhengzhou di China.

Jenis kargo— ini kena dengar betul-betul Pulau Pinang. Jenis kargo yang dicadangkan di Kedah Aerotropolis tidak terdapat di mana-mana lapangan terbang lain di Malaysia dan pelbagai jenis kemudahan kargo yang baharu seperti cold chain, aquatic, frozen, container

draft • 5:04 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

warehouse dan transshipment centre akan membantu mengembangkan pasaran dan peluang kepada pelabur.

Selain itu juga, Kedah Aerotropolis juga berfokuskan kepada MRO (maintenance, repair, and overhaul) dan hab kecemerlangan aeroangkasa serantau.

draft • 5:04 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Konsep ini merupakan aspirasi utama negeri Kedah. Unjuran permintaan kargo dan MRO, dibuktikan dengan perancangan berasaskan bukti (evidence-based) melalui penglibatan libat urus dengan pemain tempatan dan antarabangsa serta MoU yang telah ditandatangani.

Berdasarkan konsep terbaharu Kedah Aerotropolis ini, sehingga kini 14 memorandum persefahaman, 13 surat niat dan tiga pucuk surat sokongan telah diperoleh daripada pemain industri dan agensi baik dari dalam mahupun dari luar negara. Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) hanyalah salah satu sub-komponen sahaja dan berperanan sebagai enabler kepada keseluruhan pembangunan Kedah Aerotropolis– kepentingan penggunaan runway dan taxiway kepada pembangunan Kedah Aerotropolis.

Kedah Aerotropolis akan bermula dengan integrated logistic hub tanpa memerlukan lapangan terbang terminal penumpang di mana ia akan dibangunkan pada masa hadapan sekiranya terdapat permintaan kelak. Senario ini akan mengurangkan kos pembinaan fasa 1 kepada RM3.25 bilion selain daripada kos pengambilan tanah. Konsep utama pembangunan adalah membangunkan sebuah perbandaran moden berasakan penerbangan dengan menyasarkan sasaran untuk Asia Pasifik. Ia adalah pembangunan berteraskan jelapang hijau

(green field) iaitu pembangunan projek yang holistik dan bersepadu di atas bidang tanah yang luas.

Kerajaan negeri berupaya untuk membangunkan semua komponen berkaitan tanpa kekangan mengikut permintaan penggiat-penggiat industri bagi mengubah landskap ekonomi negeri dan ekonomi rakyat yang majoritinya B40 supaya tidak terlalu bergantung pada sumber daripada sektor pertanian. Kedah Aerotropolis merangkumi tiga komponen utama iaitu airport city, business park dan Sidam Logistics, Aerospace and Manufacturing (SLAM) di mana SLAM ini akan dimajukan oleh Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) dan cadangan pembangunan SLAM yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan untuk dilaksanakan.

Pelbagai cadangan lebuh raya dan landasan kereta api yang akan disambungkan ke Kedah Aerotropolis turut dibangunkan oleh NCIA bagi menepati sebagai hab pengangkutan multimodal yang lengkap di kawasan ini. Pembangunan Kedah Aerotropolis ini wajar dilaksanakan bagi membawa industri aeroangkasa di Malaysia ke tahap yang baharu dengan kerjasama pihak kerajaan dan sektor swasta. Ia juga dapat merancakkan industri kargo dan MRO di Malaysia serta melahirkan lebih ramai tenaga pekerja mahir tempatan yang akan menerajui pasaran di peringkat domestik dan antarabangsa.

Kedah Aerotropolis juga bertujuan mengurangkan kebergantungan negeri Kedah daripada sumber pertanian di samping meningkatkan status negeri Kedah sebagai negeri kedua yang paling miskin di Malaysia, melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi sama ada

draft • 5:10 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

tenaga mahir dan separuh mahir yang mampan dan cekap dalam industri penerbangan dengan hasrat mewujudkan kecemerlangan untuk pembelajaran dan pendidikan aeroangkasa.

Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya Kedah Aerotropolis ini...

[Disampuk]

draft • 5:10 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Jerantut. Boleh? Sedikit sahaja.

draft • 5:10 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Boleh, boleh.

draft • 5:10 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Baik, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Parlimen yang sedang berbahas tentang Kedah Aerotropolis. Saya mendengar dengan teliti dan bila dilihat tentang pros, kelebihan dan advantages yang ada pada pembinaan Kedah Aerotropolis ini dan ia dilihat tidak sekali pun menjadi kompetitif, competition kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Padang Serai kenapa kerajaan sukar untuk memberikan kelulusan pembinaan ini sedangkan ia merupakan satu perkara yang boleh meningkatkan nama Malaysia di persada dunia khususnya untuk kita membuat satu impian menjadi main face peringkat Asia ini.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

draft • 5:10 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Itu yang menjadi persoalannya sebab Menteri Besar Kedah, KXP telah pun meminta kepada Yang Amat Berhormat Tambun dua kali untuk memberikan taklimat tentang projek Kedah Aerotropolis. Saya tidak mahu berburuk sangka.

Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya Kedah Aerotropolis ini, jurang KDNK– ini penting, Kedah dan Pulau Pinang dapat dikurangkan daripada 55 peratus kepada 37 peratus pada tahun 2030. Ini membuktikan Kedah Aerotropolis sebagai gamechanger yang mampu mengurangkan kadar jurang kaya miskin bagi negeri-negeri di wilayah utara.

Tuan Yang di-Pertua, Kedah Aerotropolis disasarkan sebagai hab industri penerbangan Asia Pasifik bagi melengkapkan jaringan perniagaan yang sempurna kerana ia bertepatan dengan kedudukan negeri Kedah di sempadan utara pintu masuk antarabangsa utama ke Malaysia di dalam lingkungan Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT- GT) dan Northern Corridor Economic Region (NCER). Cadangan Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Subang bertujuan untuk menarik pelabur, peniaga dan pelancong adalah amat berbeza sekali dengan Kedah Aerotropolis yang mana fokusnya kepada kargo dan MRO selain berperanan untuk complementing Penang Airport dari segi penumpang.

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa sudah tidak mengizinkan, saya Ahli Parlimen dari Kedah yang juga sekarang ini sebagai Exco Pengangkutan, saya minta supaya kerajaan menimbangkan semula supaya kelulusan segera diberikan kepada projek Kedah Aerotropolis ini. Jadi saya minta Yang Amat Berhormat Tambun, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan supaya menerima –mungkin dahulu menteri yang lain, kerajaan yang lain, ini kerajaan yang baharu untuk mendengar taklimat secara spesifik, komprehensif tentang projek ini yang boleh meningkatkan.

draft • 5:10 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Tadi seperti yang disebut dalam ucapan awal saya tadi adalah permohonan- permohonan tentang pampasan bayaran dan sebagainya tidak disebutkan di dalam bajet.

Jadi, ini adalah satu projek yang diusahakan, telah disebut lama daripada KXP kita ubah kepada Kedah Aerotropolis bagi meningkatkan ekonomi di wilayah utara, khususnya di kawasan dahulu diwakili oleh Tuan Yang di-Pertua Sungai Petani, Kedah Aerotropolis ini berada di kawasan Parlimen Sungai Petani di selatan negeri Kedah dan ia akan memberikan impak ekonomi yang sangat besar. Bukan hanya kepada selatan Kedah tetapi juga di Seberang Prai, Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan sebagainya.

Jadi, saya mohon Tuan Yang di-Pertua supaya Kementerian Pengangkutan dan Yang Amat Berhormat Tambun untuk menimbangkan semula sebab projek ini tidak menggunakan kantung ataupun duit daripada Kerajaan Persekutuan malah kita telah pun bersedia dengan 20 pelabur yang telah disenarai pendek, dua telah pun bersedia untuk melabur dalam projek yang sangat-sangat berimpak tinggi ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon kerajaan dengan serius tidak bermain politik, tidak merujuk untuk terus berbalas dendam tetapi tumpu kepada untuk menaikkan ekonomi rakyat.

Sekian Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

[Tepuk]

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Damansara.

draft • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan saya peluang juga untuk turut menyertai perbahasan untuk bajet yang telah pun dibentangkan.

Tuan Yang di-Pertua, apabila Yang Amat Berhormat Tambun membentangkan bajet, beliau telah pun membuat rujukan-rujukan spesifik kepada perlunya kami meneruskan dengan usaha membanteras rasuah dan juga dia buat rujukan kepada apa yang disebut sebagai Indeks Persepsi Rasuah yang juga melibatkan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, Indeks Persepsi Rasuah kita turun ke nombor 61. Ini menunjukkan bahawa ada masalah yang perlu kita kemukakan untuk perbincangan iaitu kenapa walaupun kami sering kali sebut berkenaan dengan perlu untuk kita lawan rasuah, banteras rasuah dah sebagainya tetapi masih kita lihat bahawa khususnya di dalam penggal yang lalu di bawah Kerajaan Perikatan Nasional, ada penurunan ataupun turunnya kita di dalam indeks tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan di sini bahawa selain daripada kita melihat kepada tindakan diambil terhadap mereka yang melakukan rasuah –sama ada politik ataupun tidak, itu perkara yang penting. Memang ramai di luar sana mereka mengharapkan bahawa tindakan diambil. Akan tetapi satu perkara Tuan Yang di-Pertua yang sangat penting, yang juga harus dilihat dan diambil secara serius adalah agensi-agensi yang berkaitan dengan apa yang disebut sebagai enforcement ataupun pelaksanaan.

draft • 5:18 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Tuan Yang di-Pertua, ada banyak aduan yang saya terima berkenaan dengan keadaan-keadaan di mana orang yang ditahan, khususnya oleh SPRM. Mereka ditahan dan

draft • 5:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

semasa dalam tahanan mereka ini diberitahu bahawa perlu untuk mereka selesaikan kes-kes yang wujud khususnya kes sivil. Apakah maksudnya itu? Tuan Yang di-Pertua, ini apa yang berlaku. Apabila ada kes sivil, di mana ada mungkin satu masalah antara pengarah-pengarah syarikat, maka laporan dibuat kepada MACC atau SPRM.

Apabila laporan dibuat, kita lihat tangkapan dibuat. Pihak SPRM akan menangkap satu pihak dan kemudian dibawa reman dan dalam masa reman, mereka akan diminta untuk selesaikan kes-kes tertentu. Ini Tuan Yang di-Pertua adalah suatu salah guna kuasa kerana apa yang digunakan atau yang berlaku di situ adalah kita gunakan kuasa untuk kita bawa tekanan kepada individu-individu tertentu untuk ataupun bagi tujuan menyelesaikan kes-kes yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan tersebut aduan akan dibuat. Laporan akan dibuat berkenaan dengan apa yang saya sebut tadi. Akan tetapi, persoalannya adakah apa- apa tindakan diambil? Apabila kita sebut berkenaan dengan lawan rasuah, kita hendak bersihkan negara. Akan tetapi, soalnya bagaimanakah kita hendak bersihkan agensi-agensi yang berkaitan dan bertanggungjawab untuk membersihkan atau membanteras rasuah?

Ini bukan perkara yang baru. Ini perkara yang kerap berlaku dan saya pun telah membangkitkan perkara ini dahulu di dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, saya buat rujukan kepada dua petikan.

Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, ada satu kenyataan yang keluar dalam apa yang disebut sebagai Sabah Kini, di mana dinyatakan bahawa ada seorang pegawai SPRM yang disiasat kerana telah pun terima rasuah sebanyak RM20 juta yang dikatakan untuk pau pihak-pihak tertentu. Ini adalah apa dilaporkan dan butir-butir itu dikemukakan secara jelas di mana aduan dibuat. Akan tetapi, soal yang berbangkit Tuan Yang di-Pertua adalah apakah yang telah pun berlaku kepada aduan-aduan ini?

Apabila aduan dibuat terhadap mereka dalam SPRM kerana salah guna kuasa dan sebagainya dan kita kerap kali mendengar walaupun dari sudut mereka yang mengatakan ada tekanan politik ataupun orang-orang yang mengatakan bahawa tangkapan dibuat untuk tujuan-tujuan yang lain. Aduan dibuat tetapi apakah tindakan? Adakah kita ada suatu mekanisme untuk pastikan bahawa mereka yang kena ugutan-ugutan sedemikian rupa dan sebagainya? Adakah mereka ini diberikan ruang untuk membawa aduan itu ke depan?

Kalau tidak Tuan Yang di-Pertua, apa yang akan berlaku adalah kita ada keadaan di mana mereka yang ditangkap itu dalam masa siasatan di bawah tekanan dan tekanan itu boleh Tuan Yang di-Pertua, membawa kepada keadaan-keadaan yang mencemaskan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Dewan yang mulia ini, beberapa tahun yang lalu, kita ada dengar berkenaan dengan kes di mana apa yang disebut sebagai spy, ex-spy chief yang terikat dalam kes sebanyak RM50 juta CBT. Nama dia diberikan pada masa itu, Datuk Hasanah Abdul Hamid. Apa yang berlaku di situ, beliau dituduh berkenaan dengan satu kes yang melibatkan wang sebanyak USD12.1 juta.

Apabila beliau dilepaskan oleh mahkamah, beliau telah pun balik ke SPRM untuk menuntut wang yang telah pun diambil oleh pegawai-pegawai SPRM semasa siasatan dan wang itu adalah wang yang cukup besar. Apa yang disebut di situ, “On the same day, MACC

draft • 5:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

issued a statement that the commission had detained three of its officers over the missing cash.” Saya baca daripada apa yang disebut dalam Malaysiakini.

Di sini ada laporan yang dibuat oleh beliau bahawa beliau telah pun semasa siasatan memberikan kepada SPRM sebanyak RM25 juta, pegawai-pegawai yang ambil wang itu.

Kemudian apabila kes digugurkan, beliau kembali ke SPRM untuk mengambil wang tersebut tetapi apa yang berlaku? Diberitahu bahawa wang tersebut itu telah pun hilang.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah perkara yang dibangkitkan bertahun-tahun tetapi apakah mekanisme yang telah pun diwujudkan untuk kita pastikan perkara sedemikian tidak berlaku? Bagaimanakah dalam keadaan, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita dalam reman, semasa itu di bawah tekanan? What do we do? Just accept. Selepas itu kita balik buat aduan, tulis kepada Ketua Pengarah SPRM tetapi tidak ada tindakan. Bawa dalam Dewan yang mulia ini, tidak ada tindakan.

Jadi kalau kita sebut berkenaan dengan rasuah, hendak bersihkan. Kalau kita sebut berkenaan dengan Indeks Persepsi Rasuah, patut kita lihat kepada apa yang sebenarnya perlu kita laksanakan. Saya minta supaya kerajaan ambil perkara ini secara serius. Kena tanya kepada SPRM, saya hendak tahu daripada Yang Berhormat Menteri, berapa banyak aduan yang dibuat berkenaan dengan perkara-perkara begini? Berkenaan dengan apa yang disebut sebagai wang yang diambil semasa siasatan tetapi wang itu hilang kemudiannya.

Kedua, berkenaan dengan ugutan-ugutan yang dibawa terhadap mereka yang ditangkap. Kerap kali mereka bukan suspek, hanya saksi Tuan Yang di-Pertua tetapi mereka juga ada keadaan di mana mereka ini diugut. Ini adalah satu perkara Tuan Yang di-Pertua, yang saya rasa kita kena ambil serius. Dalam bulan Jun tahun yang lalu Tuan Yang di-Pertua, kita ada Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara, beliau juga telah pun mengeluarkan satu kenyataan. Dalam kenyataan tersebut, beliau katakan dan saya baca apa yang disebut di sini, “MACC urged to set up clear procedures for the handling of case items.” Dalam keadaan tersebut Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya apakah yang telah pun berlaku? Walaupun dibawa oleh apa kita sebut sebagai the Senate Special Select Committee on Governance, Integrity and Anti-Corruption. Walaupun dibawa oleh mereka, tetapi saya lihat tiada tindakan sehingga sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu perkara yang penting. Bukan sahaja kita lihat kes-kes yang kecil yang disiasat tetapi banyak kes lagi yang kita lihat walaupun disiasat tetapi apa yang dilaksanakan itu, tindakan tidak memadai. Tadi sebentar disebut oleh sahabat saya Yang Berhormat Titiwangsa berkenaan dengan 1MDB, di mana kita ada kes yang melibatkan USD6.5 bilion tetapi apa yang kita lihat status penyelesaian untuk hanya USD2.5 billion. Soalnya, kalau kes-kes sebesar ini, adakah ia satu kes di mana kita boleh dapat apa yang disebut sebagai transparency. Kita hendak tahu, apa yang sebenarnya berlaku? Kes- kes yang lain yang telah pun dibawa kita sebelum daripada ini Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ungkit beberapa kes. Kes misalnya berkenaan dengan LCS, kapal-kapal yang mereka katakan wang sebanyak RM9 bilion telah pun dikeluarkan untuk kapal-kapal tersebut tetapi apa yang berlaku? Walaupun kontraknya sebanyak RM9 bilion, tetapi sebanyak RM6 bilion telah pun dibayar. Kita tidak lihat sebarang pun kapal-kapal tersebut diserahkan.

draft • 5:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Bagaimanakah dengan apa yang telah pun berlaku kepada wang itu? Adakah ini satu kes juga di mana kita tidak akan lihat sebarang tindakan diambil? Saya minta MACC, apakah tindakan yang telah pun diambil? Kenapakah kita tidak ada jawapan kepada aduan yang dibawa itu?

[Tepuk] Kepada saya senang, kalau ada kesalahan yang dibuat, kita kena ambil tindakan. Ini adalah satu perkara yang perlu kita laksanakan across the board. Tidak perlu kita datang ke sini, kita bincang tetapi tidak ada tindakan Tuan Yang di-Pertua.

draft • 5:20 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul.

draft • 5:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Dalam keadaan tersebut, saya memang menekankan perkara ini. This has to be the stand that we as MPs must state. Kemudian Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada apa yang lebih menarik, satu kes yang melibatkan Menara Kuala Lumpur. Kita masih lagi ingat apabila berlaku perkara itu, semua atau satu Dewan yang mulia ini riuh berkenaan apa yang telah berlaku dan sebagainya.

Tadi ada sahabat saya Yang Berhormat Indera Mahkota, mungkin bukan masa beliau sebagai Yang Berhormat Menteri, tetapi saya hendak tahu kenapakah tidak ada tindakan sehingga sekarang? Kenapakah diam sahaja? Ini melibatkan satu perkara yang cukup penting. This is Menara KL we’re talking about. Takkan selepas kita buat aduan dan minta supaya tindakan diambil, tidak ada tindakan langsung Tuan Yang di-Pertua. Saya minta ada satu penjelasan diberikan berkenaan dengan perkara-perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam masa...

draft • 5:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang Berhormat Damansara...

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Damansara...

draft • 5:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Sebentar. Ada pertukaran Tuan Yang di- Pertua, kita beri laluan sedikit.

[Ketawa] Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Damansara.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 5:20 PM

Mesyuarat] Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Jarang berlaku tetapi berlaku hari ini. Boleh saya teruskan Tuan Yang di-Pertua?

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh. Teruskan.

draft • 5:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Terima kasih. Ya, sila.

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Damansara. Okey, terima kasih Yang Berhormat Damansara. Saya merasa amat teruja apabila mendengar Yang Berhormat Damansara berhujah bagaimana tentang seriusnya kita untuk memerangi rasuah ini dan saya juga ingin mengetahui bahawa inisiatif tata kelola dan juga good governance, dengan izin, sekiranya GICC dibubarkan. Hari ini GICC sudah tidak ada.

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

SPRM adalah sebenarnya agensi penguat kuasa manakala GICC adalah pembuat dasar serta memantau pelaksanaan dasar kerana SPRM tidak boleh membuat dan juga memantau dasar terutama sekali apabila melibatkan penguatkuasaan di bawah SPRM.

Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Damansara. Banyak pencapaian yang baik yang telah pun dibuat oleh pihak GICC terutama sekali dalam memantau, menyelia dan sebagainya dalam perkara-perkara yang melibatkan SPRM. Adakah perlu kita menghidupkan semula GICC ini, operasinya? Saya ingin bertanyakan pandangan Yang Berhormat Damansara. Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang Berhormat Damansara, saya tertarik kepada Yang Berhormat Damansara sebut berkenaan dengan tekanan dalam siasatan. Saya lebih kepada reman. Reman, kalau apa yang berlaku sekarang saya lihat, wajib selepas 24 jam tahanan reman disambung, empat hari. Dalam kes-kes SPRM. Ini adalah disebabkan kita tahu bahawa 24 jam itu mesti ada ID, dikemukakan kepada Tuan Majistret dan 24 jam kena beritahu apa yang berlaku semasa 24 jam.

Sekarang ini seolah-olah hendak menekan dari segi siasatan disambung reman sehingga empat hari dalam kes-kes SPRM. Satu lagi, kalau pengaduan tentang SPRM adakah perlu dibuat kepada Perdana Menteri ataupun kepada pihak berkuasa? Terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat-sahabat saya dari Besut dan juga dari Masjid Tanah. Minta maaf, betul ya? Ini adalah poin yang saya kemukakan tadi. Kita semua tahu berlakunya salah guna kuasa pada pihak- pihak agensi pelaksanaan. Memang ada. Aduan dibawa. Akan tetapi apabila kita melihat kepada aduan itu, orang yang adu itu dia ini dalam tahanan. Jadi, soalnya bagaimana dia ada peluang untuk membawa aduan dia ke depan semasa siasatan itu supaya dia tidak diberi tekanan dalam keadaan seperti mana kita lihat sekarang. Apa yang disebut tadi betul.

Seolah-olah selepas reman terus dia akan dapat reman yang berterusan dan sebagainya. Kadang-kadang tidak ada alasan pun. Akan tetapi soalnya apakah mekanisme untuk mereka yang menerima ataupun melalui keadaan tersebut membuat aduan? Itu yang dibawa oleh Yang Berhormat Masjid Tanah juga. Saya rasa perlu kita ada mekanisme tersebut. Saya rasa perlu untuk Yang Berhormat Menteri menjawab soalan itu. Saya akan bagi satu contoh yang lebih menarik ataupun lebih menekankan, Yang Berhormat Besut.

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Damansara, masa sudah tamat.

draft • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Terima kasih. Baik. Bagi saya 30 saat lagi.

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey.

draft • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Kita lihat Tuan Yang di-Pertua, kepada kes di mana ada ancaman. Ugutan di bawa Yang Berhormat Besut. Bukan kepada sesiapa, dia di bawa ke atas Ketua Hakim Negara. Tahun yang lalu kita masih ingat ada media sosial yang dipaparkan ancaman, ugutan Ketua Hakim Negara. Masa itu kita lihat ada kenyataan daripada Ketua Polis Negara. Dia kata ini serius. Tindakan perlu diambil. Ada tangkapan, ada

draft • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

tahanan, ada reman. Akan tetapi sehingga sekarang kita tidak tahu apakah sebenarnya tindakan yang diambil.

Saya minta supaya kita dalam Dewan ini dapat merakamkan apa yang sebenarnya yang berlaku. Adakah tindakan diambil ataupun tidak? Walhal Tuan Yang di-Pertua, dua hari yang lalu kita melihat apabila ada dua orang pelajar SPM yang ada video, terus ditangkap di reman dua hari. Saya hendak tanya adakah perlu tahanan reman untuk pelajar-pelajar sedemikian?

[Tepuk] Pada saya itu tidak patut. Tidak wajar. Ini adalah kerana kita tidak perlu reman mereka. Simpan dalam balai. Ada tindakan lain yang boleh diambil. Akan tetapi pihak polis memang ada kuasa. Mereka boleh ambil kuasa. Akan tetapi discretion is theirs. Saya minta kita lihat keadaan di mana aduan-aduan dibuat berkenaan dengan kes-kes yang besar. Tiada tindakan diambil. Saya minta supaya kita lihat perkara ini dengan serius. Ini adalah kerana kalau kita betul-betul hendak sebut berkenaan dengan kita lawan rasuah dan sebagainya Tuan Yang di-Pertua, maka kita kena tunjuk kita serius.

Apabila kita kena tunjuk, kita kena pastikan kes-kes yang kita bawa ke depan dalam Dewan ini semua ada penyelesaiannya. Kalau ada orang yang melaksanakan atau membuka kesalahan, ambil tindakan. Kalau tidak ada, beritahu kepada Dewan apakah sebenarnya yang berlaku dan kenapa tidak ada tindakan diambil.

Saya harap bahawa perkara-perkara ini tidak dapat dijawab oleh Yang Berhormat Menteri apabila mereka menggulung nanti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Damansara. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pasir Mas.

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mempersilakan saya untuk meneruskan perbahasan Belanjawan 2023 ini.

Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Tambun di atas pembentangan Belanjawan 2023 ini yang memulakan ucapannya dengan memetik kisah Nabi Yusuf bersama dengan Raja di zamannya yang disebut dalam teks Belanjawan sebagai Raja Al- Aziz. Saya suka untuk memberikan sedikit ulasan bahawa Al-Aziz itu merupakan gelarannya.

Bukan namanya. Sebagai mana kita menyebut Firaun ataupun Al-Malik, itu merupakan gelaran-gelaran Raja dan namanya itu bukan Al-Aziz tetapi gelarannya.

Apa pun terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Tambun di atas ucapannya yang saya kira cukup baik pada permulaannya memetik kisah Nabi Yusuf. Cuma saya ingin meneruskan ucapan ini dengan beberapa persoalan yang penting Tuan Yang di- Pertua iaitu pertama, berhubung dengan perbelanjaan mengurus. Dalam Belanjawan 2023 kita dapati ia meningkat RM55.6 bilion berbanding peruntukan asal yang dibentangkan oleh pentadbiran Yang Berhormat Bera pada Oktober pada tahun lepas.

draft • 5:34 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Bajet mengurus pada tahun lepas yang dibentangkan untuk tahun ini RM233.5 bilion.

Bajet 2023 dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun ialah RM289.14 bilion. Berlaku peningkatan untuk bajet mengurus ini sedangkan kalau kita lihat ia berlaku di sebalik tindakan menghapuskan portfolio Menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri. Maka sepatutnya ia berlaku penjimatan, yang agak menghairankan pentadbiran Yang Amat Berhormat Tambun dengan bangganya mengumumkan langkah-langkah penjimatan dengan mengurangkan perkhidmatan kepada rakyat.

Contohnya mengurangkan peruntukan Ahli Parlimen dari RM38 juta kepada RM1.3 juta. Tiada peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang. Jumlah anggota Kabinet lebih kecil dan tiadanya penasihat bertaraf Menteri. Tiada kenaikan gaji dan sebagainya.

Soalannya, kenapakah perbelanjaan mengurus ini semakin meningkat khususnya pada Jabatan Perdana Menteri? Tadi saya mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Titiwangsa. Cukup bagus iaitu perbelanjaan ini haruslah dibentangkan secara transparent, secara telus di mana perbelanjaan pembangunan tidak boleh diselitkan di bawah perbelanjaan mengurus dengan semata-mata bertujuan untuk kita menambahkan hutang.

Akan tetapi pada pemahaman saya, konsep menarik perbelanjaan pembangunan kepada perbelanjaan mengurus ini sudah berlaku agak lama sebenarnya. Beberapa tahun yang lalu, bahkan ketika Kerajaan Barisan Nasional sebelum tahun 2018. Soalannya kalau boleh dijawab oleh pihak kerajaan berapa banyakkah perbelanjaan daripada mengurus pembangunan diselitkan di bawah perbelanjaan mengurus semata-mata untuk mencantikkan akaun kita, dalam istilah yang lain kita sebut sebagai creative accounting dengan izin.

Beberapa soalan ringkas yang perlu untuk saya lontarkan iaitu berhubung dengan pengeluaran KWSP. Saya mengharapkan supaya kerajaan dapat mempertimbangkan semula pengeluaran KWSP secara bersasar seperti dituntut oleh ramai pihak. Pemberian RM500 itu bagus tetapi ia tidak memberikan apa-apa impak kerana penerima RM500 hanya boleh menggunakan wang itu beberapa puluh tahun kemudian.

Saya juga ingin bertanya berhubung dengan keistimewaan kepada golongan OKU yang tidak disebut di dalam bajet. Bajet 2023 dibentangkan oleh Yang Berhormat Senator Tengku Zafrul memperincikan banyak, contohnya insentif sebanyak 30 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama kepada golongan OKU yang bekerja, Program Jamin Kerja dan kebajikan OKU yang banyak disebut di dalam slaid dan juga bajet yang dibentangkan tahun lepas. Tahun ini ia tidak disebut berkenaan dengan insentif-insentif kepada golongan OKU. Kalau boleh di dalam jawapan nanti saya mahu supaya jawapan terperinci apakah keistimewaan kepada golongan OKU yang diperincikan di dalam bajet ini?

Berikutnya saya juga ingin menarik perhatian berhubung dengan perjawatan- perjawatan yang ada di peringkat kerajaan. Tadi ada Menteri Pendidikan, saya hendak lontarkan bagaimana berlaku isu perjawatan di peringkat guru-guru. Kalau guru-guru berada di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), bila mereka naik daripada Gred 48 naik ke Gred 52, ke Gred 54 sebagai contoh, mereka kena turun semula ke sekolah menjadi guru biasa.

Ini persoalan yang saya fikir agak penting untuk kita bincangkan kerana ia menjadi satu discredit kepada guru itu sendiri untuk berkhidmat kepada junior mereka di PPD atau

draft • 5:34 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

JPN. Ini satu perkara yang agak terbalik. Saya fikir konsep perjawatan khususnya di JPN ini perlu untuk dikaji semula supaya ia lebih melihat daripada aspek seniority dan juga keselesaan untuk bekerja. Begitu juga jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

Saya nampak Menteri Belia dan Sukan pun ada. Saya mohon dikaji perjawatan di Jabatan Belia dan Sukan di peringkat daerah. Saya ambil contoh, Parlimen saya Pasir Mas.

Kami berkongsi Jabatan Belia dan Sukan yang sama dengan Rantau Panjang sedangkan kami merupakan Parlimen yang berlainan. Sudah tentu program yang agak berlainan. Akan tetapi beberapa orang itulah, tiga, empat orang itulah sahaja yang menguruskan program sukan dan sebagainya. Kalau boleh ini dapat diberikan perhatian oleh Kementerian Belia dan Sukan sebagai contoh. Begitu juga dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain.

draft • 5:34 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Digital pun ada sama, minta tolong supaya dapat dilihat aspek liputan Internet di kawasan saya di Pasir Mas. Yang Berhormat Menteri, kalau boleh saya sebut ramai rakyat saya yang lebih suka membeli sim card daripada Thailand untuk beroperasi di Malaysia kerana sangat-sangat teruk perkhidmatan internet khususnya di kawasan-kawasan pedalaman yang sering dilanda banjir seperti kawasan saya di Pasir Mas.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan kepada beberapa persoalan yang berikutnya iaitu Yang Amat Berhormat Tambun menyebut berkenaan dengan isu-isu rasuah.

Satu, kali pertamalah saya mendengar satu pembentangan bajet yang menceritakan terlebih dahulu situasi negara kita. Itu bagus sebenarnya bukan tidak bagus. Ia mengajak rakyat untuk melihat apakah situasi yang berlaku.

Akan tetapi saya perasan apabila disebut soal ketirisan, rasuah dan sebagainya tidak disebut perkataan 1MDB sebagai salah satu daripada kes rasuah ataupun kes isu kewangan yang paling besar dalam negara ini sedangkan pada sesi yang lepas, kawan-kawan kita daripada kerajaan yang juga dahulu menjadi pembangkang tidak putus-putus menyebut tentang 1MDB. Saya tidak tahulah 1MDB ini telah pun disapu di celah karpet yang mana. Ia tidak perlu disebut juga sebenarnya tetapi apabila menyebut tentang isu kewangan dan sebagainya, kenapa sekarang cuba hendak menyembunyikan 1MDB. Adakah menjaga hati rakan di sebelah?

Apabila Yang Berhormat Damansara menyebut berkenaan dengan indeks rasuah, di antara perkara-perkara yang saya fikir tidak akan membantu kepada mencantikkan indeks rasuah, transparency index selepas daripada ini ialah pelantikan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang masih lagi terlibat dalam kes salah guna kuasa. Ia sangat besar impaknya kepada isu-isu transparency dalam negara kita pada hari in. Betul yang disebut oleh Yang Berhormat Damansara tadi, saya setuju sangat. Isu LCS dan sebagainya yang disiasat oleh PAC pada penggal yang lepas.

Akan tetapi dengan pelantikan seorang yang masih ada dakwaan di mahkamah, sebagai seorang anggota eksekutif yang tertinggi, saya rasa tidak membantu kepada transparency index. Sedangkan kalau hendak dikiralah, kerajaan ada 148 orang Ahli Parlimen, kalaulah– saya sebut kalau, kalau ditarik 30 pun tidak terjejas kerajaan, kalau

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

hendak kira pun. So, apa masalahnya hendak dilantik orang yang ada kes salah guna kuasa ini sebagai Timbalan Perdana Menteri melainkan ada satu perjanjian sulit yang berlaku yang Yang Berhormat Pasir Gudang pun tidak tahu, mungkin. Jadi..

draft • 5:40 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] .

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Maaf ya, gurau-gurau. Jadi, saya fikir ini isunya. Jadi, dalam kita menyebut tentang transparency index, ini persoalan yang paling penting. Timbul isu, kadang-kadang saya tengok orang sebut. Oh, dahulu masa PAS ada dalam Perikatan Nasional boleh sahaja berkawan. Ya, kita berkawan membentuk kerajaan dan bagi sokongan tetapi tidak melantik di dalam Kabinet orang yang ada isu-isu dan isu pendakwaan. Ini bukan sahaja dilantik tetapi terus diletakkan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ini ialah satu perkara yang saya fikir perlu untuk diperhatikan oleh kawan- kawan di sebelah sana.

Saya ingin meneruskan kepada beberapa persoalan yang lain terutamanya dalam perenggan 44 - Kemudahan Pinjaman untuk Usahawan Mikro dan Penjaja Kecil yang disediakan di bawah agensi seperti Bank Negara dan sebagainya. Saya sokong. Cuma Tuan Yang di-Pertua, tiada perincian untuk Program Keusahawanan sebab dalam bajet dahulu, saya dapat mengesan MARA sebagai contoh ada diperuntukkan nilai RM15 juta, BSN RM150 juta melalui Semarak-Belia dan Skim Penjaja Kecil SME Bank sebanyak RM 90 juta dan Agrobank RM30 juta. Kali ini tidak disebut, jadi saya minta perincian.

Begitu juga dengan pelepasan daripada status muflis bagi kes-kecil kecil yang hutangnya kurang RM50,000. Saya mohon perincian mekanisme daripada kerajaan kerana terdapat situasi berbeza, sama ada mereka diisytiharkan muflis hanya menjadi mangsa keadaan atau kerana kecuaian sendiri. Dalam perenggan 101, graduan TVET terima gaji rendah. Jadi kerajaan akan libatkan syarikat swasta dan GLC untuk ambil alih sebahagian atau sepenuhnya operasi institusi TVET ini.

Akan tetapi contoh syarikat yang dinyatakan berada di negeri yang industrinya sudah makmur. Jadi mohon kerajaan melibatkan juga institusi TVET dan syarikat swasta GLC di negeri-negeri berpendapatan rendah seperti Kedah dan Kelantan agar kesan limpahan juga turut dirasai.

Begitu juga apabila Perdana Menteri menyebut, GLC akan menawarkan 35,000 peluang kerjaya kepada belia, graduan TVET, kumpulan rentan dan veteran. Adakah ia ditawarkan menerusi program MySTEP yang mana ia ditawarkan secara kontrak? Jadi Yang Amat Berhormat Tambun tidak nyatakan MySTEP tetapi bilangan peluang kerjaya sama seperti dinyatakan oleh Yang Berhormat Senator Tengku Zafrul sebelum daripada ini. Soalan saya. Adakah kerajaan bercadang untuk meneruskan peningkatan gaji sebanyak RM100 daripada RM1,400 sehingga RM2,000 kepada RM1,500 sehingga RM2,100?

Begitu juga di dalam isu-isu tumpuan khas kepada anak-anak bumiputera. Saya fikir dalam bajet ini, mungkin ada. Akan tetapi perlu untuk dinyatakan secara terperinci, apakah keistimewaan kepada golongan bumiputera? Oleh sebab hari ini pun Tuan Yang di-Pertua, saya membaca laporan Astro Awani semalam yang menyebut bahawa menerusi dapatan kaji selidik mega tinjauan rakyat Malaysia 100 hari pentadbiran Kerajaan Perpaduan,

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

menyaksikan 51 peratus responden menyatakan mereka tidak berpuas hati dengan kerajaan yang ada pada hari ini.

Begitu juga sentimen yang rendah daripada kalangan masyarakat Melayu terhadap keyakinan kerajaan menjadi cabaran utama. Ini terbukti apabila kaum Melayu di Semenanjung mencatatkan tidak puas hati paling tinggi, 71 peratus orang Melayu di Semenanjung tidak puas hati dengan kerajaan yang ada pada hari ini. Kajian sempena 100 hari oleh Sinar Harian, Astro Awani, Sin Chew, The Star dan Malaysia... dengan bantuan kerjasama beberapa buah firma penyelidikan yang lain.

Jadi, soalan saya ialah hari ini saya fikir kerajaan perlu untuk mengutamakan negeri- negeri yang mempunyai bumiputera yang Malay-based area, sebagai contoh Kelantan, Terengganu dan sebagainya.

Menafikan peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen, kami yang berada di negeri-negeri ini akan lebih menaikkan menaikkan suhu kemarahan rakyat, temperature dengan izin. Bagi kami Perikatan Nasional, tidak ada masalah. Kami balik ke kawasan, rakyat minta peruntukan, kami kata kerajaan tidak bagi, tidak ada masalah. Akan tetapi itu hanya akan meninggikan suhu kemarahan rakyat.

draft • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Kita berikan...

draft • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Sila, Yang Berhormat Jelutong.

draft • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya hendak tanya berkenaan dengan peruntukan. Apakah benar Yang Berhormat Pasir Mas telah membuat– sorry, Yang Berhormat Pasir Puteh telah membuat pengakuan bahawa PAS sedia untuk memberi peruntukan kepada BERSATU untuk tujuan pilihan raya? Apatah lagi wang itu sepatutnya digunakan bagi manfaat rakyat. Bukankah betul Yang Berhormat? Setuju dengan saya?

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya...

draft • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau wang begitu banyak sepatutnya gunakan untuk manfaat rakyat. Adakah Yang Berhormat juga bersetuju dengan saya, tidak perlu adanya apa-apa langkah untuk menjatuhkan kerajaan seperti yang telah dibuat sebelum ini?

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya tidak ...

draft • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Boleh beri komitmen atau sign memorandum?

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Itu Yang Berhormat Jelutong, boleh tunggu giliran Yang Berhormat Pasir Puteh lah sebab yang mengeluarkan kenyataan itu Yang Berhormat Pasir Puteh, bukan saya. Jadi boleh tunggu giliran Yang Berhormat Pasir Puteh untuk menjawab.

Jadi, saya ucapkan terima kasih banyak kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah membuat penegasan bahawa LGBT, sekular, komunisme tidak diiktiraf dalam Kerajaan Perpaduan. Itu satu kemajuan yang cukup baik. Oleh sebab itu, barang kalilah saya tengok Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Damansara ada, mungkin

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

DAP sudah boleh menilai balik tujuan dan matlamat ditubuhkan kerana DAP menjunjung Perlembagaan Malaysia sebagai sebuah dokumen sekular.

Jadi, apabila Perdana Menteri kata sekular tidak ada tempat, jadi itu satu perkara yang saya rasa cukup baik untuk diterima oleh rakyat. Mungkin satu kajian boleh dibuat balik oleh kawan-kawan yang saya hormati, otai-otai yang lama ini apabila matlamat DAP itu sendiri ialah menjunjung Perlembagaan sebagai dokumen sekular. Bukan saya kata, bagi saya Perlembagaan ini bukan dokumen sekular kerana Perkara 3, meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kinabatangan.

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama kali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan yang telah membentangkan bajet yang merangkumi semua aspek, sama ada di bandar dan luar bandar yang jelas. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mempunyai komitmen, kesungguhan dan keberanian untuk menoktahkan kemiskinan di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, memerangi kemiskinan ini adalah wajib. Walaupun mungkin tahun ini dan tahun depan kita tidak berhasil tetapi sekurang-kurangnya kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memperlihatkan bahawa Kerajaan Perpaduan hari ini benar-benar ingin memerangi kemiskinan.

Saya juga terpanggil dengan rakan-rakan di sebelah sana, Yang Berhormat Pasir Mas dan juga Yang Berhormat Tasek Gelugor mengatakan terkeliru. Biasanya dalam kamus menyatakan orang yang selalu terkeliru ini orang yang hilang keyakinan. Kedua, Yang Berhormat Pasir Mas juga menyinggung kenapa Timbalan Perdana Menteri dilantik sedangkan dalam kes mahkamah. Tidakkah Yang Berhormat melihat dalam rumah sendiri pun ada juga kes mahkamah?

draft • 5:48 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dalam istilah hidup kita ini, sebelum bersalah, dia masih tidak didapati bersalah oleh mahkamah. Innocent until proven guilty. Apa masalahnya?

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat Kinabatangan nak saya jawabkah?

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tolonglah, Yang Berhormat ini seorang Ahli Parlimen yang saya hormati. Jadi, jangan menyinggung secara peribadi begitu, tidak baik. Saya ini mulutnya celopar juga, tetapi menyinggung peribadi, tidak.

Justeru itu, saya ingin menyatakan kepada kerajaan Yang Amat Berhormat untuk memerangi kemiskinan ini, bermakna Ahli-ahli Parlimen yang menyokong kerajaan harus diperkasa.

[Tepuk] Bagaimana memperkasakan? Maka, perbanyakkan peruntukan Ahli-ahli Parlimen. Jangan kurang, tambah lagi.

[Tepuk] Ini sebab peruntukan Ahli Parlimen ini, aksesnya direct kepada rakyat. Rakyat akan menerima limpahan itu dan kita boleh

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

mengangkat martabat rakyat, mengeluarkan mereka daripada kemiskinan. Ini penting untuk dipertimbangkan oleh kerajaan. Banyak peruntukan, banyak bajet boleh dipotong.

Peruntukan wakil rakyat penyokong kerajaan, jangan dipotong.

[Tepuk] Dulu saya berjanji Tuan Yang di-Pertua, bahawa saya akan membahaskan isu yang saya ungkit beberapa kali. Saya minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, pengiktirafan bertauliah Jabatan Teknikal Kerajaan Negeri Sabah melalui Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah. Walaupun saya bukan lagi Menteri di sana, tetapi saya masih ada hak untuk membawa isu ini supaya kerajaan memberikan pengiktirafan.

Demikian juga saya berterima kasih kepada kerajaan sebab meluluskan peruntukan pakej Pan Borneo Fasa 1. Saya berharap Kerajaan Persekutuan tunaikanlah janji-janji ini. Ini sebab Pan Borneo ini adalah janji Kerajaan Persekutuan. Maka laksanakan, selesaikan pakej fasa 1, kemudian fasa 2 dan fasa 3. Fasa 1 ini pun ada lagi lebih kurang 19 pakej belum dilaksanakan. Jadi dengan adanya pengumuman daripada Menteri Kewangan, saya yakin tahun ini boleh bermula 19 pakej yang belum dilaksanakan ini.

Saya juga ingin mengusulkan kenapa Sabah antara negeri yang termiskin di dalam negara kita ini dan tiga daerah termundur dan termiskin iaitu Daerah Pitas, Kota Marudu dan daerah Tongod, satu-satunya di kawasan Parlimen saya. Sabah miskin sebab ada beberapa faktor.

Faktor pertama, tidak ada akses kesihatan yang mencukupi. Ada klinik kesihatan tidak ada doktor pakar, tidak ada kelengkapan (equipment) dan sebagainya. Jadi, ini perlu dilihat oleh Kementerian Kesihatan secara saksama bagaimana mengangkat kesihatan di seluruh negara, bukannya melihat isu soal rokoklah, macam-macam dilihat. Ini tidak penting.

Apa yang penting, bagaimana mempertingkatkan kualiti kesihatan kita di semua peringkat.

Ini penting. Sebagai Menteri, harus melihat perkara ini sebagai keutamaan. Jangan terpesong dengan pendapat-pendapat Menteri yang dahulu.

Kedua, tidak ada akses pendidikan. Banyak sekolah terutama sekali sekolah daif yang diperkatakan akan diberi beratus-ratus juta, tetapi masih lagi kekurangan-kekurangan ini menyebabkan kemunduran itu berlaku.

Tidak ada utiliti-utiliti seperti air bersih, elektrik dan juga internet dan jalan raya jalan kampung. Saya minta Kementerian Luar Bandar supaya melihat perkara ini secara serius. Di kawasan Parlimen saya ada dua projek yang telah dilaksanakan, tetapi dibatalkan. Saya ingin Kementerian Luar Bandar melihat iaitu bekalan air bersih Kampung Pinangah dan bekalan air bersih di Kampung Paris.

Perkara ini penting sebab rakyat di Sabah, air ini masalah besar betul di Sabah iaitu setiap hari rakyat menderita tidak ada bekalan air bersih. Sabah ini satu-satunya negeri yang berniaga air, rugi. Rugi RM300 juta lebih tiap-tiap tahun, selama 13 tahun. Perkara ini perlu diberhentikan. Saya berterima kasih kepada komitmen Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri menjaga pembangunan desa memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan akan membantu membangunkan air di negeri Sabah.

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Boleh sedikit? Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat adalah mantan Menteri yang menjaga hal air di Sabah. Di

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Semenanjung, air ditadbir oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Ini negara. Di Sabah, oleh Jabatan Air Negeri Sabah. Sebenarnya apa masalahnya Yang Berhormat?

Apakah masalahnya sebenarnya? Yang Berhormat sudah duduk sana, apa sebenarnya masalah? Cuba cerita sedikit.

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Okey, boleh. Besar masalahnya Yang Berhormat.

Pertama, tidak ada kewangan Kerajaan Negeri Sabah. Untuk menaik taraf air di negeri Sabah, memerlukan RM23 bilion hingga RM27 bilion. Paipnya zaman British.

Sekarang ini 69 peratus air non-revenue water. Paipnya sudah bocor sana sini. Dari zaman British tidak diganti, jadi perlu digantikan. Ini masalahnya Yang Berhormat. Jadi, kerajaan negeri tiada kemampuan. Dia tidak mampu untuk mencari peruntukan untuk menaik taraf semua perkara yang tidak ada itu. Saya harap itu menjawab.

Kedua, internet...

draft • 5:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sebentar.

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kementerian perlu melihat...

draft • 5:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Yang Berhormat Kinabatangan, saya nak sambung soal tentang air. Isu besar ialah Kerajaan Negeri Sabah hingga setakat ini belum lagi melakukan migrasi dengan Kerajaan Persekutuan yang menyebabkan semua pendanaan bekalan air melalui pinjaman dan itu masalah besar yang tak boleh diselesaikan. Apakah Yang Berhormat setuju bahawa satu usaha dibuat supaya migrasi air dapat dilakukan oleh Kerajaan Negeri Sabah dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara? Terima kasih.

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau saya, saya amat bersetuju, tetapi bukan saya malangnya di sana.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, masalah Internet ini perlu dilihat oleh kerajaan. Di Dewan Rakyat pun satu line, satu bar. Di kawasan saya di perumahan dalam bandar, tengah bercakap, “*prap putus”.

[Ketawa]* Kita bercerita soal 5G– Aduh, ndak tahulah. Bila hala tuju kita di Malaysia ini? Di Thailand, begitu hebat, 5G everywhere. Kita, dalam kawasan dua radius kilometer dalam bandar pun, dari lapangan terbang ke Kuala Lumpur di bandar, sampai lima kali empat kali terputus line. Jadi, macam mana? Tuan Yang di-Pertua, tolonglah.

Menterinya pun ada, saya nampak. Tengoklah, lihatlah, bagaimana keadaan internet kita ini boleh diselaraskan.

Apa yang penting sekali juga iaitu perumahan mampu milik, terutama sekali di Sabah.

Rumah mampu milik ini penting sebab di situlah garis kemiskinan dapat dilihat. Sebuah rumah, empat keluarga tinggal. Beranak pinak di situ. Itulah gejala-gejala negatif timbul sebab semua berkumpul. Anak ada isteri, cucu ada isteri, semua sana sebab tidak mampu. Jadi, lihatlah rumah mampu milik ini harus diperbanyakkan oleh kerajaan untuk memastikan bahawa kesejahteraan kehidupan masyarakat itu terjamin seperti yang diberikan gambaran sebagai masyarakat madani.

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Madani ini bermakna orang kota, orang bandar. Maka, kita madanikan masyarakat kita. Kita madanikan minda kita, hala tuju kita, cara kita merubah, untung nasib rakyat kita.

Ini yang penting. Akan tetapi kalau kita cuma madanikan yang kita-kita dalam Dewan ini, ini tidak logik saya rasa. Oleh sebab itu, madani ini perlu kita lebarkan kepada masyarakat kita di kampung-kampung supaya mereka- bukan kita nak memperbandarkan orang kampung, tetapi kita perbandarkan minda mereka. Kita perbandarkan cara mereka berfikir, cara mereka mengelola keadaan. Kalau kita tidak isytihar perkara-perkara sebegini, sudah tentu kita tidak dapat langkah yang lebih jauh lagi untuk kepentingan rakyat keseluruhannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat bahawa negara kita ini mampu untuk dikembangkan dan dikongsi bersama. Hakikatnya, negara Malaysia ini adalah perkongsian bersama semua bangsa, suku dan kaum.

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak lagi kita boleh menidakkan mana-mana kaum. Kalau kita menidakkan, negara ini satu hari nanti saya bimbang kedudukan kita seperti telur di hujung tanduk. Kita tidak mahu negara kita ini menjadi padang jarak, padang tekukur. Maka, peliharalah bermula daripada Kerajaan Perpaduan ini, berpadulah kita. Dari semasa ke semasa tunjukkan komitmen kita bersama, elakkan unsur-unsur negatif perkauman, ini tidak baik. Negara-negara yang mengamalkan perkauman, negara itu akan hancur, yang rugi rakyat dan sebagainya. Masa depan anak cucu kita pun sudah tidak ada.

Justeru itu, saya minta semua sama ada di sini mahupun di sana boleh bercakap, boleh criticize tetapi jangan ekstrem, jangan melampau. Politik ini sementara, bukan boleh dibawa mati pun. Betulkah tidak?

draft • 6:00 PM

Beberapa Ahli

Betul.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan

Justeru, kalau hendak berpolitik, berpolitiklah secara hemah. Minta rakyat sokong kita. Siapa jadi kerajaan, sokonglah. Itu sahaja. Tuan Yang di-Pertua, masa pun sudah habis. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.

draft • 6:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Bismillahi Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, diberikan peluang pada Masjid Tanah untuk sama mengambil bahagian dalam perbahasan pada petang ini. Apabila mendengar pembentangan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan pada Jumaat yang lepas, banyak reaksi yang telah pun kami terima di akar umbi. Balik kampung Sabtu lepas, ramai sahaja orang kampung jumpa di kenduri mengatakan bahawa mereka agak kecewa dengan apa yang telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ada juga respons yang kita terima daripada rakan-rakan yang bijaksana dan juga profesional yang mana mereka menyatakan bahawa

draft • 6:01 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

mereka tidak jelas tentang apakah strategi Kerajaan Madani yang ingin dicapai dalam tempoh lima tahun.

Kedua, terlalu banyak bantuan tetapi sedikit-sedikit. Ia menyebabkan tiada impak yang betul-betul umph dirasakan oleh rakyat. Ketiganya, tiada hala tuju atau pun perancangan yang jelas bagi kerajaan untuk memberi fokus industri yang mana satu yang perlu diberikan keutamaan sama ada biotech, marine, perubatan dan sebagainya. Sekiranya ada fokus, maka pelbagai insentif yang boleh difikirkan untuk diberikan kepada pemain industri yang terlibat. Tiada perancangan jelas bagaimana kerajaan untuk membayar segala hutang piutang yang berjumlah RM1.2 trilion itu. Oleh sebab itulah, saya ingin menarik perhatian kerajaan kepada beberapa isu. Pertamanya, berkenaan pemerkasaan agenda bumiputera.

Tuan Yang di-Pertua, sudah menjadi lumrah apabila setiap kali belanjawan dibentangkan, pastinya kita akan menunggu, pastinya kita akan tercari-cari apakah agenda bumiputera yang menjadi keutamaan kerajaan ini. Adakah agenda bumiputera masih lagi menjadi asas fundamental bagi sesuatu belanjawan ini ataupun tidak.

Sepanjang pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, hampir dua jam setengah, hanya enam kali sahaja yang disebut perkataan bumiputera. Itu pun 90 peratus daripadanya disebut perkataan seperti Amanah Saham Bumiputera, agensi pegangan pelaburan bumiputera. Ini menimbulkan persoalan kepada saya, apakah yang sedang berlaku? Saya datang daripada Parlimen Masjid Tanah yang mana lebih 83 peratus populasinya ialah bumiputera. Oleh sebab itulah, saya ingin bertanya kepada kerajaan ini apakah perancangan, apakah komitmen dan juga ketegasan daripada kerajaan ini bagi menjaga daya tahan ekonomi bumiputera yang selama ini dijaga? Tidak perlu ada sikap segan silu ataupun sorok-sorok dalam perjuangan pemerkasaan agenda bumiputera ini.

Seterusnya, saya ingin menyentuh cadangan yang menyatukan tiga buah agensi iaitu Yayasan Pelaburan Bumiputera, Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera dan Yayasan Ekuiti Nasional. Alasan kononnya ingin menjimatkan kos dan juga bagi mengelakkan pertindihan. Namun, saya khuatir ia secara tidak langsung, sedikit demi sedikit akan menghapuskan agensi bumiputera secara senyap dan juga tanpa disedari. Oleh sebab itulah, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, adakah telah pun dibuat kajian berkenaan dengan pros dan juga cons berkenaan dengan cadangan tersebut.

Seterusnya, saya ingin pergi kepada perkara yang kedua iaitu pelancongan harus diperkasakan. Industri pelancongan merasakan adalah satu industri yang boleh membantu memantapkan ekonomi negara. It’s a low-hanging fruit solution, dengan izin Tuan Yang di- Pertua. Akan tetapi kita perlukan pemikiran serta pelaksanaan di luar kotak untuk industri pelancongan negara, terutama sekali menekankan betapa pentingnya industri pelancongan inbound. Kalau kita tengok trend global terkini, bukan sahaja negara kita yang hendak menarik pelancongan negara tetapi Arab Saudi yang berbelanja lebih daripada RM1 trilion untuk menarik 100 juta pelancong ke negara Saudi pada tahun 2030. Kita tahu, tengok sahaja negara jiran, Thailand dan juga Indonesia sangat agresif dalam pemasaran pelancongan

draft • 6:01 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

mereka. Akan tetapi bajet yang diumumkan baru-baru ini tidak mencerminkan keseriusan kerajaan untuk menarik pelancong bagi memberikan peluang pendapatan kepada negara kita ini.

Bajet promosi seharusnya dinaikkan, terutama membantu penggiat industri pelancongan mempromosi negara di persada antarabangsa. Peruntukan RM250 juta yang diberikan amatlah sedikit nak dibandingkan dengan potensi negara yang boleh memperoleh sebanyak RM100 bilion melalui tourist visit, dengan izin. Peruntukan ini kecil sekali apabila kos-kos pemasaran untuk menggiatkan industri menyertai di acara-acara penting dunia di ITB Berlin, World Travel Market di London dan sebagainya yang memerlukan kos yang cukup besar. Kedua, projek promosi juga haruslah menggalakkan penggiat industri pelancongan menggunakan platform sosial media dan juga digital. Percukaian enam peratus yang dikenakan untuk membayar kos iklan, Facebook dan sosial media harus dikecualikan supaya penggiat industri boleh memasarkan produk pelancongan secara agresif.

Seharusnya satu dana khas menggalakkan penggiat industri pelancongan menjadi perintis dalam metaverse AI dan Web 3.0 yang menggunakan teknologi terkini dan menarik pelancong melawat Malaysia. Disebabkan industri pelancongan dianggap berisiko tinggi oleh pihak perbankan, maka pihak industri pelancongan agak susah mendapat bantuan. Jadi, saya harap kerajaan perlu membantu mereka ini bagi memulihkan kembali industri yang pernah terkesan disebabkan pandemik.

Pelancong antarabangsa yang datang ke Malaysia ingin menikmati pengalaman yang unik, terutama sekali menikmati kebudayaan kesenian negara kita yang pelbagai. Akan tetapi malangnya tidak ada satu pertunjukan kebudayaan di pusat pelancongan seperti di negara jiran. Oleh itu, seharusnya pihak kerajaan memberikan insentif kepada usahawan- usahawan yang ingin mengusahakan pusat-pusat kebudayaan, terutamanya di bandar raya Kuala Lumpur. Kita ada ramai anak muda yang sangat berpotensi. Oleh sebab itulah, saya faham bahawa kerajaan mempunyai kekangan dalam menyediakan bajet yang besar akibat ekonomi global. Akan tetapi bajet yang diperuntukkan untuk industri pelancongan ialah bajet yang bukannya bajet hangus tetapi ia perlu dianggap sebagai pelaburan yang akan memberikan pulangan yang sangat besar kepada negara, Seterusnya, saya ingin menyentuh kepada perkara berkenaan dengan isu pembelaan terhadap wanita dan juga kanak-kanak iaitu pemerkasaan Bahagian D11. Inisiatif yang diteruskan oleh kerajaan sebelum ini dan saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk memperuntukkan peruntukan khas bagi memperkasakan Bahagian D11 PDRM yang mana bagi melibatkan siasatan seksual wanita dan juga kanak-kanak. Terlalu banyak perkara, kes dan juga insiden yang merobek hati kita sebagai rakyat Malaysia. Tahun lepas kita tengok seorang pakcik bagaimana dia mengadakan seksual— kecederaan kepada anak buah dia sendiri. Bayangkan dalam satu keluarga pun sudah tidak selamat. Jadi, sebab itulah kita harap dengan jumlah 1,348 kes jenayah seksual yang direkodkan dalam tempoh Januari hingga Jun 2022 ini, satu jumlah yang cukup tinggi sekali. Kes rogol yang paling tinggi itu sebanyak 641 kes iaitu 47.6 peratus. Ini sangat menakutkan.

draft • 6:01 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Oleh sebab itulah, saya suka mencadangkan supaya kerajaan terus memberi perhatian yang serius, memberikan latihan dan juga membaiki sistem laporan, memberikan kursus kepada mereka yang berada di frontliners untuk macam mana mereka deal dengan mangsa-mangsa yang dalam keadaan trauma, dalam keadaan ketakutan untuk membuat laporan kepada mereka. Oleh sebab itulah, saya mengharapkan juga apakah perancangan kerajaan dalam memastikan keselamatan mangsa gangguan seksual, mangsa hendap, mangsa keganasan rumah tangga dan mangsa rogol dibela sewaktu pelaporan dibuat.

Seterusnya, saya ingin menyatakan dan juga menyambut tentang saranan daripada Yang Berhormat Ketua Pembangkang pagi tadi, yang mana kita lihat bahawa dalam tahun 2050, rakyat Malaysia yang berumur 65 tahun akan lebih kurang populasinya 15 peratus.

Oleh sebab itu, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah pihak kerajaan bersetuju untuk menggantikan peranan yang dimainkan oleh Majlis Penasihat dan Perunding Warga Emas ini dengan adanya diwujudkan Jabatan Warga Emas. Saya suka hendak mengimbau dialog yang telah pun saya tengok wayang baru-baru ini. Dia cakap, “agak-agaklah, ayah sendiri pun boleh tertinggal.” Jadi tuan-tuan, kalau kita dah penat sangat berada di dalam Dewan berbahas, pergilah tonton Imaginur, baru lima hari berada di pawagam.

draft • 6:01 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Sangat baik. Seorang anak muda yang dalam tekanan dan terpaksa menjaga ayahnya seorang Alzheimer. Sampai satu tahap dia tertinggal ayah dia di pasar raya.

Oleh sebab itulah, pembikinan filem yang agak segar dengan Beto Kusyairy, comel Beto Kusyairy dan saya harap industri kreatif ini terus menampilkan filem-filem yang bermutu tinggi supaya industri kreatif ini ꟷ sama-sama juga, saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah usaha bersepadu bagi membangunkan ekosistem industri kreatif sebagaimana yang ada di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 sekali gus, membuka peluang Malaysia untuk menjadi pengeksport-pengeksport industri kreatif ini selain daripada dapat memelihara budaya seni warisan negara. Ini kerana industri ini dijangka akan berkembang pada tahap 3.66 peratus dalam RMKe-12 dan boleh menyumbang kepada RM31.9 bilion pada KDNK negara pada tahun 2025.

Oleh sebab itu, saya ingin meneruskan kepada aspek seterusnya iaitu kos harga barang. Menerusi satu kajian firma penyelidikan O2 Malaysia dengan lima media arus perdana, seramai 80 peratus daripada 35,077 responden menyatakan tentang kebimbangan mereka berkenaan kos sara hidup, harga barang dan juga inflasi. Peningkatan harga barang terutamanya bekalan makanan mentah semakin hari semakin meningkat. Yang Berhormat Pandan juga pernah menyuarakan bahawa dalam tempoh enam bulan ini keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya kita tidak bersedia dengan baik. Kenyataan ini dibuat pada dua bulan yang lalu. Maksudnya, kini hanya berbaki empat bulan sahaja lagi. Apakah solusi Yang Berhormat Menteri dan barisan kepimpinan kerajaan pada hari ini bersedia dengan solusi mereka? Kenaikan kos pada hari ini, kos sayur, kos telur, kos makanan mentah, berbagai- bagai macam kenaikan lagi sangat mendadak. Naik tanpa batasan.

Suka saya mengingatkan bahawa kita hampir dengan bulan Ramadhan dan juga Syawal. Saya yakin kenaikan ini akan menjadi berlipat kali ganda dan akan menghimpit rakyat

draft • 6:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

kita di luar sana. Adakah kita ingin menunggu Yang Berhormat Kota Raja kembali berdemo sewaktu berada di bangku pembangkang membantah kenaikan ini? Kita dengar bagaimana Yang Berhormat Pandan berkata, dia kasihan kerana Yang Berhormat Kota Raja dah tak lelap tidur memikirkan masalah bekalan yang ada di pasaran. Oleh sebab itulah, rakyat tidak boleh menunggu lagi.

Tuan Yang di-Pertua, saban hari mereka terkesan dengan kenaikan yang pelbagai ini dan sebagai kerajaan yang penuh rasa ihsan, saya merayu untuk kerajaan pantas bergerak menyelesaikan isu ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang kawasan saya di Melaka.

Saya ucapkan ribuan terima kasih di atas iltizam daripada pihak kerajaan membina blok wanita dan juga kanak-kanak dengan kapasiti 476 buah katil dengan kos RM700 juta untuk Hospital Melaka. Akan tetapi, saya mohon juga dapat diberikan perhatian untuk kawasan Parlimen saya di Masjid Tanah.

Tadi saya nampak ada Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Digital begitu – dengan rintihan sahabat-sahabat yang lain tentang liputan internet. Saya pun hendak menyatakan bahawa rumah saya di Paya Lebar pun tidak ada internet. Perlu jalan ke depan, tepi jalan raya baru ada dapat line telefon. Oleh sebab itulah, saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberikan fokus untuk sama-sama memperbaiki liputan internet ini supaya kita dapat melahirkan banyak perkara yang baik dan juga dengan adanya line internet ini, ia akan dapat menyelesaikan banyak perkara.

Saya harap juga Yang Berhormat Menteri walaupun kita nampak dia agak serabut sikit sebab dengar cerita ada blackout maruah tetapi saya harap Yang Berhormat Menteri tidak hilang fokus tetapi terus membantu untuk Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) ini mengambil tindakan di atas apa juga sebagaimana saranan yang akan dilakukan pada enam dan tujuh hari bulan bersama dengan pihak SKMM. Saya difahamkan pada minggu depan akan diadakan pertemuan dengan semua Ahli Parlimen yang berhadapan dengan liputan yang tidak ada di kawasan mereka. Saya harap juga pihak kerajaan dapat melihat potensi Masjid Tanah iaitu dari segi ekopelancongan di Paya Lebar dan juga di kawasan pantai di Tanjung Bidara dan juga Kuala Linggi.

Saya rasa itu sahaja. Saya ucapkan terima kasih.

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Ledang.

draft • 6:10 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih pada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Ledang untuk menjalankan tanggungjawab membahaskan Belanjawan 2023 di peringkat dasar ini.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan

draft • 6:14 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

kerana telah merangka sebuah belanjawan yang menghidang fakta dan angka sebenar serta bersungguh-sungguh untuk membela rakyat dengan tekad politik yang jitu.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil maklum dua sifat utama sebagai prasyarat yang ditetapkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam hal pengurusan belanjawan iaitu pertama, memastikan kejujuran, ketelusan, amanah dalam perbelanjaan.

Kedua, keupayaan untuk bertindak pantas dengan kefahaman dalam menetapkan kerangka belanjawan negara.

Dua sifat utama ini tidak boleh berdiri sendiri. Tidak guna jika ada kejujuran, amanah dan ketelusan tetapi tiada keupayaan untuk bertindak pantas, bijak dan berhemah. Tidak guna juga jika hanya ada keupayaan untuk bertindak pantas, bijak dan berhemah tetapi tidak jujur, tidak amanah dan tidak telus. Kita sering kali berhadapan dengan cabaran serupa tahun demi tahun iaitu meskipun dana bantuan ada namun ia tersasar, tiris, terseleweng atau membazir.

Seperti kata Yang Amat Berhormat Tambun, Laporan Ketua Audit Negara 2020 dan 2021 mendedahkan wujud ketirisan hampir RM3 bilion. RM3,000 juta. Semakan Audit mendapati berlaku dua kes pembaziran yang bernilai RM825.98 juta.

Pertama, melibatkan peralatan ventilator yang dibeli tidak dapat digunakan di bawah Pengurusan Wabak COVID-19. Kedua, penangguhan Projek Monorel dan depot bas yang tidak digunakan di Putrajaya. Justeru, saya amat bersetuju supaya kes sedemikian perlu dihentikan segera. Bukan sahaja tindakan pembetulan tetapi mesti ada kertas siasatan wajib dibuka oleh SPRM atau PDRM sekiranya terdapat kesalahan jenayah. Manakala, JPA boleh menjalankan siasatan dan di peringkat Parlimen, PAC mesti terus berperanan aktif.

Dalam hal ini, saya ingin mendapat penjelasan berkenaan Jawatankuasa Tindakan Laporan Ketua Audit Negara yang tujuannya untuk memantau dan meneliti tindakan terhadap isu-isu. Berapa banyakkah isu yang disabitkan kes? Berapa banyakkah kes pembetulan?

Bagaimanakah kerugian atau ketirisan dapat ditebus semula dan apakah langkah proaktif yang diambil untuk mengelakkan kes daripada berulang?

Dalam semangat dua sifat utama menguruskan belanjawan itu, saya akan menyentuh beberapa perkara untuk penjelasan iaitu pertama berkenaan dengan pengurusan Digital Nasional Berhad dalam konteks rangkaian 5G. Kedua, isu rasuah. Ketiga, isu pendidikan. Keempat, isu prasarana kesihatan. Kelima, Wakaf Madani. Keenam, isu pekebun kecil, petani, pesawah dan penternak.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan hala tuju Digital Nasional Berhad. Rakan- rakan saya dengar tadi, Yang Berhormat Titiwangsa pun ada sebutkan bahawa pelaksanaan rangkaian 5G ini sebenarnya DNB telah pun hampir dua tahun ditubuhkan. Akan tetapi, penganalisis dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi masih tertanya-tanya hala tuju yang jelas. Atas semangat Menteri Kewangan yang mahukan DNB diuruskan dengan lebih telus dan terangkum, maka saya ingin bertanya beberapa perkara.

Pertama, apakah hasil sesi libat urus Kementerian Komunikasi dan Digital dengan DNB dan semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi beberapa hari lalu? Saya ada baca

draft • 6:14 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

dalam media memang ada perbincangan yang telah dilakukan dan ada lanjutan perbincangan untuk menentukan apakah model yang akan digunakan.

Justeru, soalan kedua saya apakah hala tuju model pelaksanaan iaitu sama ada untuk kekal model rangkaian pemborong tunggal ataupun single wholesale network dan pegangan saham syarikat telco dalam DNB ataupun melaksanakan model dwi-rangkaian borong atau dual wholesale network seperti yang difahamkan dibida oleh empat buah syarikat telekomunikasi utama.

Ketiga, apakah mana-mana model ini memenuhi objektif untuk merapatkan jurang digital seperti yang didakwa oleh DNB sedangkan kita tahu terdapat kekurangan rangkaian fibre terutama di kawasan luar bandar dan desa.

Keempat, adakah kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula semua proses tender yang dijalankan oleh DNB yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan? Oleh sebab, proses yang berlaku telah pun dibuat dalam tempoh negara dalam darurat.

draft • 6:14 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Seterusnya, adakah terdapat jaminan kerajaan terhadap DNB sebagai syarikat bertujuan khas (special purpose vehicle)? Dalam jawapan Menteri Kewangan yang dahulu kepada Dewan yang mulia ini pada Mac 2022, kerajaan tidak akan terlibat memberi sebarang jaminan atau pembiayaan kepada DNB. Jadi saya hendak tahu, apakah ini benar? Bukankah kerajaan ada saham emas (golden share) dan juga ada pegangan 35 peratus dalam DNB, mestilah ada jaminan yang telah diberikan. Jadi, ini perkara pokok juga. Jika dibandingkan dengan Jalinan Digital Negara (JENDELA), kita tahu sebanyak RM725 juta di bawah belanjawan ini dibelanjakan untuk JENDELA. Akan tetapi, untuk DNB, kita tidak tahu, kita tidak tahu dan kita tidak dapat kenal pasti berapakah perbelanjaannya. Oleh itu, saya ingin bertanya apakah perancangan kerajaan untuk mengisytiharkan perbelanjaan oleh DNB. Ia perbelanjaan off-budget. Jadi apakah juga pelan kontingensi yang akan diambil untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diingini terutama sekiranya DNB rugi ataupun gagal.

Akhir sekali, dalam isu DNB ini. Apakah salah satu hala tuju reformasi 5G ialah penstrukturan semula DNB terutama sekali kepimpinannya? Sekarang ini saya percaya soal kepimpinan amat penting jika mahu projek nasional ini dijayakan.

Tuan Yang di-Pertua, soal kedua yang saya ingin bangkitkan ialah berkenaan dengan isu rasuah. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada kerajaan perpaduan ini dan pihak berkuasa atas tindakan pantas dalam membatalkan Projek Tebatan Banjir Jana Wibawa dan projek lain yang dibuat secara rundingan terus. Kita dijangka mampu jimat RM2 bilion daripada jumlah RM15 bilion peruntukan tebatan banjir yang disediakan sebelum ini. Akan tetapi, persoalannya ialah adakah kerajaan akan mengambil apa-apa tindakan terhadap amalan-amalan tender tertutup, tender terus dan sebagainya yang terkait dengan elemen penyelewengan?

Saya sedar memang ada dakwaan yang telah dibuat. Namun, saya mohon dimaklumkan berapa orang yang telah didakwa. Di bawah akta mana ataupun adakah mereka ini akan dilupakan sahaja. Ini penting di bawah pentadbiran ini kerana ia bukan dalam

draft • 6:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

erti kata membalas dendam, tetapi komited untuk mencegah rasuah dan rasuah dalam apa jua bentuk yang amat merugikan rakyat dan juga negara.

Tuan Yang di-Pertua, soal ketiga yang ingin saya bangkitkan ialah berkaitan dengan kemudahan pendidikan. Ramai rakan telah sebutkan. Saya alu-alukan peruntukan RM920 bilion kepada Kementerian Pendidikan yang dikhususkan untuk naik taraf bangunan serta infrastruktur sekolah sebanyak 380 buah. Di kawasan Parlimen Ledang terdapat sebuah bangunan sekolah yang terbiar selama mungkin hampir sepuluh tahun yang belum lagi dirobohkan iaitu di Sekolah Kebangsaan Serom 4. Terdapat juga sebuah dewan sekolah yang telah terbakar lebih daripada enam bulan lalu iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat, Tangkak. Saya mohon penjelasan status dan tindakan terhadap kedua-dua kes ini.

Di samping itu saya juga memohon penjelasan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan cadangan pembangunan sekolah berasrama penuh integrasi di daerah Tangkak yang sudah mempunyai tapak seluas 40 ekar tetapi telah tertunggak.

Seterusnya, saya ingin bahaskan berkenaan dengan isu infrastruktur kesihatan.

Saya menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan mengenai permulaan kerja awal menaik taraf 26 buah hospital yang berusia hampir seabad. Saya ingin tarik perhatian Dewan kepada Hospital Daerah Tangkak yang umurnya 111 tahun, ditubuhkan dan dibangunkan sejak 1912 – 111 tahun. Meskipun ada penyelenggaraan yang telah dilakukan dan saya sendiri telah pun mengeluarkan peruntukan yang besar tetapi saya percaya sudah tiba masanya hospital yang berusia 111 tahun itu dinaik taraf.

Untuk makluman, tapak bangunan baharu telah sedia ada, malahan saya difahamkan Pengarah Kesihatan Negeri juga telah turun melawat dan mencadangkan dilaksanakan pembangunan dalam satu fasa dengan konsep green building. Jadi, saya mohon dijelaskan statusnya dan saya berharap hospital ini akan dimasukkan dalam 26 buah hospital yang tersenarai untuk dinaiktarafkan. Saya juga ingin mengetahui apakah status pemindahan Klinik Kesihatan Bukit Gambir ke tapak yang baharu. Buat waktu ini klinik berkenaan sedang beroperasi di tapak sekangkang kera dan sesak serta tidak selesa buat pesakit.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan agenda menoktahkan miskin tegar, kewujudan institusi Wakaf Madani bersama dengan sektor swasta dengan aset sebanyak RM1 bilion pasti akan membantu golongan yang memerlukan dan memperkasakan umat Islam di Malaysia. Saya juga berpendapat bahawa penubuhan Jawatankuasa Nasional Tanah Wakaf yang akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk meneliti pembangunan tanah wakaf dan penyumbangan wakaf akan memastikan bahawa yayasan ini beroperasi secara telus dan berkualiti.

Soal seterusnya ialah soal kebajikan pesawah, petani, pekebun kecil dan penternak.

Saya ucapkan tahniah atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan dalam hal ini, dengan sumbangan tunai kepada pesawah padi sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan dengan peruntukan RM228 juta. Juga, kesudian BERNAS untuk membuat perkongsian keuntungan daripada import beras dengan menyumbang 30

draft • 6:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

peratus keuntungan bersih kepada pesawah padi. Saya sebagai seorang wakil rakyat, saya telah turun padang dan melihat dengan mata sendiri cabaran yang dihadapi oleh pesawah.

Pertama, apakah kaedah Smart Sawah Berskala Besar benar-benar membantu pesawah atau membantu syarikat peneraju? Saya syorkan...

draft • 6:20 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Yang Berhormat Ledang.

draft • 6:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Minta maaf. Saya syorkan lebih banyak libat urus dengan pesawah, khususnya di luar jelapang seperti di jelapang padi selatan di Johor kerana ramai yang beranggapan negatif; Kedua, mengapakah ada perbezaan perhatian dan peruntukan antara kawasan dalam jelapang dan luar jelapang? Mengapakah pengurusannya berbeza? Pada masa yang sama soal pekebun kecil, petani, penternak juga tidak boleh dipandang ringan .

Oleh saya sebab saya lihat apabila saya berjumpa dengan pejabat pertanian dan pejabat veterinar daerah, saya perhatikan insentif bantuan dan kursus yang ditawarkan ini memang tidak kurang banyaknya. Akan tetapi, sesi penerangan dan turun padang amat kurang. Jadi, akibatnya ada tanggapan buruk dan kurang sambutan oleh pekebun kecil. Jadi, saya harap lebih banyak turun padang dan bersama-sama dengan pekebun kecil, petani dan penternak.

Sebagai akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ringkaskan dengan beberapa soalan.

Pertama saya ingin bertanya; apakah status projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kesang yang sebelum ini menunggu keputusan tender? Yang kedua, apakah status projek penggalian muara Sungai Kesang yang bernilai RM20 juta? Sudah lama tertunda dan juga menjejaskan pendapatan nelayan. Ketiga, apakah langkah kerajaan untuk menangani isu penyelenggaraan parit dan sungai yang mengakibatkan banjir kilat dan banjir termenung terutama di kawasan pekebun kecil di Parlimen Ledang?

Seterusnya, apakah status cadangan pembinaan Pit Stop at Tangkak iaitu sebuah mini R&R berhampiran Tol Plaza Tangkak yang dikatakan menunggu kelulusan KPKT?

Apakah status pembinaan kawasan perindustrian baharu Bukit Gambir yang dikatakan bernilai RM120 juta di tanah seluas 100 ekar?

Akhir sekali, apakah kerajaan akan menilai semula jumlah kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana ada ketidakseimbangan dengan pekerjaan yang dilaksanakan? Pada masa yang sama juga, adakah peruntukan sagu hati diberikan kepada sukarelawan JKM dan soalan terakhir saya, apakah status penggubalan Akta Pekerja Sosial?

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan, saya mohon menyokong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya menjemput Yang Berhormat Bagan Serai.

draft • 6:20 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Surah Az-Zukhruf ayat ke-32. “Kami membahagi-bahagikan antara

draft • 6:29 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

mereka segala keperluan hidup dalam kehidupan dunia ini, sesetengahnya kami jadikan kaya-raya dan sesetengahnya miskin menderita dan juga kami telah menjadikan darjat sesetengah mereka tertinggi daripada darjat sesetengah yang lain.

draft • 6:29 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

“Semuanya itu supaya sebahagian daripada mereka senang mendapat kemudahan, menjalankan kehidupan daripada bantuan setengah yang lain”. Saya mulakan dengan ayat ini dalam membicarakan soal untuk menoktahi kemiskinan.

Tuan Yang di-Pertua, ayat ini sudah dijelaskan bagaimana Allah SWT, Dia membahagikan kedudukan kita ini ada yang kaya, ada yang pertengahan dan ada yang miskin. Adilnya Allah Taala kepada hamba-Nya atas dunia ini. Kalau semua atas dunia ini kaya semua, payah juga kita. Walaupun wang banyak tetapi hendak beli beras tidak ada.

Tidak ada siapa pun orang kaya yang tanam padi.

Kalau miskin semua payah juga, hendak jual barang tidak ada siapa pun yang hendak membelinya. Cuma Islam telah meletakkan asasnya bagaimana kehidupan sosial yang perlu ada dalam masyarakat ini, yang kaya mesti mengambil berat berkenaan dengan orang-orang yang kurang berada.

Oleh itu, Nabi SAW telah bersabda, [Membaca sepotong hadis] Nabi SAW bersabda, “Tidak beriman seorang itu kalau dia tidur dalam keadaan yang kenyang sedangkan jirannya berada dalam keadaan yang lapar yang dia tahu jirannya itu lapar”.

Hadis ini juga menjelaskan bagaimana tanggungjawab si kaya kepada orang-orang yang miskin. Jadi sebab itu Islam ia berada di pertengahan. Dia tidak menjadi orang yang terlalu kaya sampai melupakan yang miskin dan tidak juga menjadikan orang yang tinggal terus dunia sehinggakan merempat hidup untuk meminta belas ihsan daripada orang. Maka atas asas inilah, walaupun kita bersetuju untuk hendak mengurangkan kemiskinan, hendak menoktahi kemiskinan itu mungkin pandangan yang agak ekstrem. Mungkin hampir mustahil boleh berlakunya untuk membasmi kemiskinan secara total.

Tuan Yang di-Pertua, oleh demikian saya ingin kongsikan beberapa perkara yang boleh untuk mengurangkan tekanan krisis. Yang ingin saya mula dengan berkongsi formula yang telah dijelaskan dalam al-Quran dalam Surah Yusuf Ayat 43 hingga 49.

draft • 6:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat Bagan Serai, mohon penjelasan. Shah Alam. Saya kira yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah miskin tegar, bukan miskin. Miskin itu memang tidak mungkin dihapuskan kerana itu merupakan sunnah itulah di atas dunia ini. Akan tetapi miskin tegar itu boleh diusahakan. Apakah pendapat Yang Berhormat?

draft • 6:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Bagan Serai, sedikit juga.

draft • 6:30 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Terima kasih. Saya hendak habiskanlah.

Sorry, terima kasih. Maksud berkenaan dengan miskin tegar pun...

draft • 6:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Oh, tidak bagi ya.

draft • 6:30 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

...Hampir mustahillah untuk kita hendak hapuskan secara total terutamanya dalam masa yang terdekat. Terima kasih.

draft • 6:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Bagan Serai, hendak tanya satu soalan sahaja.

draft • 6:30 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Allah SWT berfirman dalam Surah Yusuf...

draft • 6:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Bagan Serai.

draft • 6:30 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Dalam Ayat 43.

draft • 6:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Satu soalan.

draft • 6:30 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Pada suatu hari Raja Mesir berkata, sesungguhnya aku mimpi melihat tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan aku melihat tujuh tangkai biji-bijian yang hijau dan tujuh tangkai yang kering. Wahai ketua-ketua kaum yang hadir, terangkanlah kepada-ku tentang mimpi-ku kalau kamu orang yang pandai mentafsirkan mimpi ini”. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, boleh melihat ayat yang seterusnya oleh sebab masanya tidak berapa banyak.

Tuan Yang di-Pertua, yang pertamanya dari sini kita boleh melihat kerajaan perlu memperkenalkan ataupun menubuhkan bank makanan di peringkat Pusat dan juga negeri untuk memastikan stok makanan sentiasa mencukupi sebagai persediaan memperkenalkan bank makanan berhadapan dengan krisis makanan yang lebih mencabar. Kita tahu tahun 2023 ini lebih ramai penduduk dunia akan berhadapan dengan krisis makanan termasuk peningkatan kadar kebuluran dan kekurangan bekalan makanan.

Stok makanan ini, maka ia bertujuan untuk menyimpan makanan yang boleh bertahan. Maksudnya ialah supaya dipastikan stockpile yang sekarang ini hanya ada untuk beras sahaja. Kita harapkan makanan-makanan yang lain juga perlu disediakan untuk menghadapi pelbagai kebarangkalian berlaku malapetaka di dunia ataupun di negara kita.

Cadangan yang kedua, kita tidak boleh bergantung selamanya kepada barangan import terutamanya barangan makanan. Selagi kita bergantung pada barangan import, selagi itulah masalah kenaikan harga barang tidak akan selesai. Maka saya ingin mencadangkan agar dilaksanakan penyewaan tanah milik kerajaan kepada mereka yang berminat khususnya anak muda bagi tujuan pertanian.

Antara langkah segera yang perlu dilaksanakan adalah dengan melaksanakan penanaman sayuran skala besar yang melibatkan pelbagai jenis sayur yang boleh dihasilkan pengeluaran segera dalam tempoh kurang daripada enam bulan. Oleh yang demikian, antara perkara yang perlu dilaksanakan adalah dengan menyewakan tanah milik kerajaan yang bersesuaian secara percuma selama dua tahun dan boleh diperbaharui tempoh penyewaan untuk mengusahakan tanaman berasaskan sayuran yang mampu untuk keperluan makanan rakyat di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu juga disyorkan agar geran subsidi pertanian diperluaskan terutama kepada tanaman berasaskan kepada sayuran.

Cadangan yang ketiga. Sebagaimana yang saya sebut tadi, krisis ekonomi ini boleh menyebabkan berlaku krisis perumahan yang mana harga rumah berpotensi untuk naik secara mendadak. Maka saya ingin mengesyorkan agar diperluaskan konsep pemilikan melalui kaedah sewa beli. Terdapat keperluan untuk memperbanyakkan rumah mampu milik

draft • 6:30 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

dan dilaksanakan dalam bentuk sewa beli. Kaedah ini dapat memudahkan pemilikan rumah.

Pada ketika ini, anak muda sukar untuk memperoleh pinjaman untuk membeli rumah.

Cadangan keempat. Memperkenalkan semula konsep kedai runcit setempat melalui kerjasama dengan koperasi. Kerjasama dengan koperasi di dalam negara ini secara kolektif menawarkan lebih banyak barangan keperluan harian dan memperkenalkan kedai serbaneka atau kedai runcit yang lebih meluas di pelbagai lokaliti dengan harga mampu milik. Sekiranya rangkaian kedai runcit Acheh berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan, tentu sekali kerajaan mampu untuk melaksanakan terutamanya kerjasama dengan koperasi dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh berkenaan dengan hal ehwal agama.

Tindakan memperuntukkan RM10 juta bagi tujuan mencetak sebanyak 200,000 naskhah al- Quran untuk melawan Islamophobia di Sweden patut dipuji dan disokong. Selain daripada itu, cuma persoalannya ialah kalau peruntukan RM10 juta ini, ini saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Pontian nantilah kalau Yang Berhormat Pontian jawab ya.

Peruntukan RM10 juta ini, kalau kos untuk mencetak 20,000 naskhah bererti Yang Berhormat Pontian, satu naskhah al-Quran ini sebanyak RM500. Jadi sudah tentu...

draft • 6:30 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Sejuta naskhah, bukan...

draft • 6:30 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Ya?

draft • 6:30 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Bukan 20,000, sejuta naskhah.

draft • 6:30 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Sejuta naskhah. Okey. Saya baca 10 juta, okey terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh juga berkenaan dengan wakaf pertanian kerana dalam bajet yang lalu kita telah pun memberikan peruntukan untuk wakaf pertanian yang dibuat oleh JAWHAR.

draft • 6:30 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Alhamdulillah kita telah melaksanakan di Presint 20 sebagai pilot project yang dikendalikan oleh beberapa asnaf. Jadi persoalan saya, kenapakah pada tahun ini tidak diletakkan apa-apa untuk meneruskan usaha yang murni ini?

Keduanya, saya nak bertanya juga dengan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Agama berkenaan dengan pembangunan asnaf kerana tahun lepas, saya telah melancarkan sebanyak 2,000 orang asnaf yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan. Saya pilih lebih kurang kerana 32,000 orang asnaf yang menerima bantuan secara bulanan. Pada saya, saya menyebut dia kata sepatutnya kita jangan bangga setiap tahun ada ramai penerima bantuan. Kalau ramai penerima bantuan, maknanya kita gagal dalam menguruskan asnaf ini.

Maka bermula tahun lepas, saya telah melancarkan 2,000 orang asnaf untuk diambil dan dilatih oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam melibatkan RM40 juta wang zakat dan diberikan seorang asnaf itu sebanyak RM20,000. Saya nak tahu sejauh mana perkembangan projek ini berjalan. Harapan saya ialah lima hingga enam tahun lagi, mereka hari ini penerima zakat tetapi satu hari nanti mereka juga akan mengeluarkan zakat.

Seterusnya, saya nak membangkitkan ...

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung, sila gulung ya.

draft • 6:40 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Sikit lagi ya, nak gulung. Berkenaan dengan peruntukan RM900 juta untuk selenggara sekolah-sekolah dan tidak disebut secara spesifik.

Persoalan saya, berapa juta kah untuk sekolah agama, pondok dan tahfiz? Kalau tahun lepas, disebut dengan jelas sebanyak RM140 juta diberikan untuk sekolah ini.

Sikit lagi untuk penggulungan kawasan saya iaitu berkenaan dengan JKR. Aduan Jalan Alor Pongsu. Jalannya sempit, tiada bahu jalan. Jalan berlubang dan hanya bertampal.

Jalan beralun sepanjang simpang Tol Alor Pongsu ke Pekan Bagan Serai sedangkan ia merupakan laluan utama Bagan Serai ke lebuh raya. Anggarannya 10 kilometer dan juga jalannya mendap. Begitu juga berkenaan dengan aduan jalan dari Kampung Dew hingga ke Simpang Lima, Parit Buntar.

Ketiganya ialah Hospital Bagan Serai walaupun hari ini disebut nama Hospital Parit Buntar, duduk dalam Parlimen Bagan Serai. Tak kisahlah, nama tak penting. Apa yang pentingnya hospital ada. Kita hendak harapkan supaya bilakah ia dapat disiapkan?

Keempatnya ialah berkenaan dengan khidmat ambulans. Para pesakit hari ini bila sakit, kita call ambulans, dia datang ambil. Akan tetapi waktu nak balik nanti, kena balik sendiri dan kadang-kadang mencecah wang kalau dari Bagan Serai itu dimaklumkan kepada saya, sampai mencecah hampir dekat dengan RM400 dari Taiping kerana di situ tidak adanya hospital pakar dan sebagainya.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.

draft • 6:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, minggu lepas saya telah membicarakan isu perumahan yang dihadapi oleh semua rakyat tetapi disebabkan kesuntukan masa, isu itu belum selesai. Maka saya akan sambung perbahasan saya. Sebelum saya masuk kepada perbahasan saya, saya ingin merakamkan terima kasih kepada KPKT kerana telah memberikan jawapan secara bertulis berkenaan dengan isu-isu yang telah saya bangkitkan dalam perbahasan minggu lepas, di mana di dalamnya ada menyebut tentang sasaran dan usaha yang akan dijalankan oleh kerajaan dalam tahun ini dan juga pada masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, rancangan kerajaan adalah untuk membina rumah mampu milik yang banyak. Masalah kita seperti yang saya sebut dalam minggu lepas, permintaan terhadap rumah mampu milik ini adalah terlalu tinggi. Kadangkala berpuluh kali ganda kalau berbanding dengan penawarannya. Maka mulai tahun 80an, kerajaan telah cuba melibatkan pemaju swasta dalam usaha membina rumah mampu milik ini dengan mengenakan syarat 30 peratus rumah mampu milik untuk sesuatu projek perumahan swasta.

draft • 6:43 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Kini, kita perlu sedar hakikat bahawa untuk pembinaan sesebuah rumah mampu milik yang ditawarkan pada harga RM42,000, kos pembinaannya adalah lebih kurang RM110,000 di mana ada berlakunya kerugian sebanyak RM68,000 ataupun ada subsidi harga tawaran ini terhadap pembeli rumah.

Untuk membina sesebuah rumah mampu milik yang ditawarkan pada harga RM80,000, subsidi seunit adalah sebanyak RM45,000 iaitu kos pembinaannya adalah RM125,000. Ertinya, pembeli-pembeli rumah mampu milik ini merupakan golongan terpilih yang begitu bertuah dan mereka membeli rumah dengan adanya subsidi daripada pembeli- pembeli rumah yang lain kerana rumah tersebut ditawarkan pada harga yang jauh lebih rendah di bawah kos pembinaannya.

Subsidi ini diberikan disebabkan mereka merupakan golongan yang berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan. Adakah subsidi ini turun dari langit ataupun pemaju membuat kebajikan? Tentunya tidak. Pemaju akan memindahkan kerugian mereka dalam pembinaan rumah mampu milik ini kepada pembeli-pembeli rumah yang lain. Maksudnya, pembeli rumah yang lain terpaksa membayar harga rumah dengan lebih mahal dan secara tidak langsung memberikan subsidi kepada golongan yang bertuah ini.

Bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, Dasar Perumahan Negara yang digubal dengan niat murni ini telah dimanipulasikan oleh segelintir orang yang tidak bertanggungjawab. Ramai pembeli rumah mampu milik ini, mereka menganggap bahawa rumah mampu milik ini adalah sesebuah pelaburan tetapi bukannya keperluan. Berdasarkan Pengurus Besar PropertyGuru, DataSense, sekurang-kurangnya 30 peratus pembeli dalam pasaran sub jualan bagi rumah kos rendah dan kos sederhana, dia sebenarnya adalah pelabur. Di Cameron Highlands sebagai contoh, banyak rumah PR1MA telah digunakan untuk dijadikan homestay untuk mencari keuntungan.

Tuan Yang di-Pertua, saya berasa sangat sedih apabila saya melawat keluarga berpendapatan rendah, mereka memaklumkan saya bahawa mereka tinggal di rumah kos rendah ataupun flat dengan sewa harga rumah mewah iaitu RM650 sebulan. Angka ini sebenarnya mereka boleh bayar pinjaman ansuran rumah tetapi kini, mereka hanya mampu untuk bayar sewa kepada tuan rumah.

Bayangkanlah Tuan Yang di-Pertua, pemilik rumah mampu milik ini, mereka sangat bertuah dan mereka menerima bantuan dan subsidi daripada pembeli rumah yang lain.

Disebabkan masa mereka membeli rumah mampu milik itu mereka merupakan golongan yang berpendapatan rendah ataupun golongan miskin dan menerima bantuan tetapi apabila mereka dah mampu, mereka dah hidup mewah dan selesa, mereka telah mengeksploitasi golongan miskin pada masa sekarang. Ini tidak sepatutnya berlaku.

Di manakah konsep keadilan sosial dalam perkara ini? Tuan Yang di-Pertua, rumah mampu milik tidak sepatutnya dijual secara bebas. Sudah tentu sekiranya seseorang itu mempunyai keupayaan untuk membeli rumah biasa tanpa subsidi, beliau tidak sepatutnya menyewakan rumah itu ataupun sub jualan rumah itu dengan harga yang berlipat ganda.

draft • 6:43 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Bayangkan Tuan Yang di-Pertua, sebuah rumah teres kos rendah di Skudai, Johor yang dibeli pada harga RM17,000, sekarang boleh dijual dengan harga RM250,000.

Kenaikan sebanyak 15 kali ganda. 20 tahun yang lepas, rumah teres kos rendah di Kulai, Johor ditawarkan pada harga RM25,000. Sekarang harga telah melonjak sehingga harga RM300,000. Kenaikan sebanyak 12 kali ganda. Ini yang saya maksudkan ketirisan dalam sistem perumahan mampu milik kita. Sekiranya keadaan ini berterusan, orang miskin yang benar-benar memerlukan rumah tidak akan mendapat manfaat dan harga rumah di pasaran juga tidak akan diturunkan.

Tuan Yang di-Pertua, rumah mampu milik tidak seharusnya dilihat sebagai sesuatu alat pelaburan. Sebaliknya ia merupakan suatu pendekatan kerajaan untuk menyelesaikan masalah sosial. Mungkin ramai orang akan berpendapat bahawa kita perlu menghormati prinsip pasaran bebas dalam isu perumahan dan kerajaan tidak sepatutnya campur tangan.

Saya ingin mengingatkan Dewan Yang mulia ini bahawa sejak hari pertama Dasar Perumahan Negara dilaksanakan, campur tangan kerajaan telah berlaku. Maka isu free market tidak timbul walaupun beberapa buah kerajaan negeri seperti negeri Selangor, Johor mengenakan syarat tentang sub-jualan, atau sub-sale, seperti dilarang menjual semula pada masa lima tahun atau 10 tahun tetapi masalah harga sub-jualan yang terlampau tinggi dan keadaan sub-sewa rumah tetap berlaku.

Jelas, langkah seperti ini masih tidak mencukupi. Di sini saya ingin mengesyorkan bahawa kerajaan mengenakan sekatan kepada rumah mampu milik supaya ia tidak boleh dijual secara bebas. Kerajaan perlu lebih keras dalam isu ini. Maka saya ingin mengemukakan lima cadangan.

Pertama, KPKT perlu mewujudkan garis panduan untuk mengawal aktiviti sub-jualan dan melarang sama sekali aktiviti sewa menyewakan rumah mampu milik dalam Dasar Perumahan Negara untuk menjadikan rujukan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Kedua, kita perlu menetapkan harga siling jualan rumah mampu milik mahupun dalam pasaran sub-jualan seperti yang dinyatakan dalam RMKe-12 dengan mengambil kira faktor inflasi sektor pembinaan dan pendapatan median di setiap negeri mahupun di setiap daerah khususnya di bandar.

Ketiga, kerajaan boleh mengenakan syarat rumah mampu milik kepada pembeli dalam kontrak supaya mewajibkan mereka hanya boleh menjual balik kepada pihak kerajaan dengan harga siling dan rumah tersebut akan dijual semula kepada orang lain yang layak mendudukinya.

Keempat, kerajaan juga boleh tambah syarat dalam kontrak jual beli sekiranya kerajaan mendapati individu yang menyalahgunakan rumah mampu milik sebagai satu- alat pelaburan atau spekulasi, kerajaan berhak untuk menebus balik rumah tersebut untuk tujuan penjualan semula kepada orang awam.

draft • 6:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Kelima, kerajaan perlu mengkaji semula Kanun Tanah Negara dan meminda supaya kerajaan boleh mengenakan sekatan dalam geran tanah bagi mengawal aktiviti sub-jualan ke atas rumah mampu milik.

Tuan Yang di-Pertua, dengan mengenakan sekatan dan kawalan terhadap aktiviti sub-jualan rumah mampu milik ini, kita dapat secara tidak langsung mengurangkan permintaan terhadap rumah mampu milik. Ini kerana ramai pembeli rumah yang ingin mencuba nasib ini dapat dikurangkan kerana aktiviti ini tidak lagi menguntungkan.

Pada masa yang sama, dengan mengitar semula rumah-rumah mampu milik yang lama kita dapat mengekalkan inventori rumah mampu milik malah bilangan rumah mampu milik yang ditawarkan dalam pasaran akan terus bertambah. Dengan kata lain, secara tidak langsung kita telah menambahkan lagi penawaran rumah mampu milik tanpa perlu kita membina perumahan yang baru.

Ini saya sifatkan sebagai satu- dasar serampang dua-mata, dan kerajaan diminta untuk mengkaji kebolehlaksanaan dasar ini dengan secepat yang mungkin supaya sasaran kerajaan dapat dicapai. Sekian, terima kasih.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Temerloh.

draft • 6:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan.

Di kesempatan ini, pertamanya saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh pelajar calon SPM pada tahun ini terutamanya yang berada di Temerloh.

Saya kira belum terlambat untuk saya ucapkan semoga mereka berjaya dengan cemerlang...

[Tepuk] Saya mendengar dan menilai belanjawan madani yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 24 Februari 2023. Disebutkan lima cabaran ekonomi yang akan dihadapi oleh Malaysia pada tahun 2023 yang telah digariskan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan.

Dalam masa yang sama juga, pada 26 Februari, saya membaca dan menilai kaji selidik tinjauan rakyat Malaysia 100 hari pentadbiran Kerajaan Perpaduan mengenai pandangan rakyat terhadap ekonomi negara dan bagi Disember 2022 hingga Februari 2023 menunjukkan daripada keseluruhan lebih 35,000 orang responden, 39 peratus melihat situasi ekonomi negara bertambah buruk, 38 peratus mengatakan bertambah baik dan 23 peratus responden lagi mengatakan tiada perubahan.

Kaji selidik menunjukkan kaum Melayu di Semenanjung paling ramai mengatakan ekonomi Malaysia bertambah buruk iaitu 53 peratus. Perkara ini perlu diambil perhatian dengan serius oleh pihak kerajaan mengenai keyakinan rakyat kepada kerajaan yang semakin pudar. Pada ketika ini, saya ingin menjelaskan juga tentang topik yang disebut menoktahkan kemiskinan.

draft • 6:56 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Walaupun beberapa perkara dipersoalkan tentang perkara menoktahkan kemiskinan tegar, saya hendak menyebutkan di dalam Islam kemiskinan tidak dapat dihapuskan kerana zakat merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang diagih untuk asnaf termasuk fakir dan miskin. Walaupun disebut miskin tegar, kita mengkategorikan bahawa miskin tegar itu termasuklah bukan sahaja termasuk sebagai fakir yang tidak dapat menampung perbelanjaan dengan pendapatan yang ada. Begitu juga dengan miskin- “miskin” iaitu golongan yang cukup-cukup sahaja pendapatannya, dan tidak ada langsung untuk simpanan dan bekalan kecemasan.

Oleh itu kita tetap menyatakan bahawa menoktahkan kemiskinan bukanlah kita kata satu usaha yang dapat dilaksanakan terutamanya dalam waktu yang sangat dekat.

draft • 6:56 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Saya juga ingin melihat berkaitan bagaimana masih ramai lagi golongan miskin yang belum lagi didaftarkan walaupun kita melihat bahawa situasi menjadikan miskin tegar. Kita sebut miskin tegar yang dikaitkan dengan isi rumah yang sangat miskin. Saya hendak masukkan dia sebagai fakir.

Sebelum ini, pada tahun 2021, sistem eKasih yang sudah pun dilakukan oleh Menteri sebelum ini Tok Pa. Jadi, kita mahu supaya eKasih diteruskan dan dalam masa yang sama juga dikemas kini untuk kita mengenal pasti siapakah golongan ini untuk menyalurkan sasaran yang sewajarnya. Dalam masa yang sama juga, masih ramai lagi di luar sana yang belum didaftarkan dalam eKasih.

Oleh itu, saya juga ingin merujuk apabila disebutkan tentang kemiskinan. Saya juga suka melihat bahawa bila diberikan satu situasi iaitu belanjawan hari ini memberi hanya kenaikan 20 sen daripada RM2.50 sekilo getah pada RM2.70. Untuk pekebun getah, cuba kita fikir. Saya terasa sangat sedih kerana kita melihat golongan ini berhadapan dengan pelbagai keadaan, situasi pohon getah yang sedang gugur daunnya, tidak dapat menoreh.

Kalau menoreh, dia punya susu sangat sedikit.

Dalam situasi cuaca tidak menentu dan mereka menunggu-nunggu apakah yang mereka dapat daripada Belanjawan 2023 ini yang melibatkan 200,000 orang penoreh getah ataupun pekebun getah. Oleh sebab itulah bila kita dapat membayangkan kalau 20 sen, sekilo yang naik. Untuk dapat RM1, lima kilo dan mereka terpaksa mengagihkan dengan tuan tanah. Berapakah sen agaknya mereka dapat? Yang dapat kita sebut boleh menaik taraf golongan miskin ini.

Kita juga kena melihat bahawa golongan nelayan tidak disentuh bagaimana kita hendak memperjuangkan golongan nelayan. Di sana ada peranan orang tengah. Walaupun harga ikan di pasaran begitu tinggi tetapi pendapatan mereka tetap rendah. Ujian-ujian untuk mereka dalam membekalkan protein untuk kita. Saya mengharapkan kerajaan perlu mengambil kira usaha-usaha mereka dan memberikan usaha-usaha untuk menaik taraf golongan ini.

Selain daripada itu, saya juga ingin menyebutkan bahawa bila kita menyebut tentang kemiskinan, ia bukan semata-mata bergantung kepada pendapatan yang diberikan. Disebut tadi ada RM450 dan sebagainya. Kita kena melihat bahawa kesusahan kemiskinan di bawah

draft • 7:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

sana sangat bergantung pada harga barang keperluan hari ini. Kita mengetahui bahawa kos hidup sangat tinggi. Bagaimana mungkin dengan kenaikan 20 sen ini dapat menepati golongan 130,000 miskin tegar ini. Persoalannya sejauh mana agaknya perkara ini dilihat dan rakyat di sana merintih dalam situasi hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh bahawa golongan ini juga berhadapan dengan masalah perumahan. Sebahagian mereka ini...

draft • 7:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Temerloh.

Minta laluan sedikit boleh? Sebelah sahaja.

draft • 7:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Saya banyak lagi. Minta maaf ya. Saya hendak sebutkan bahawa golongan miskin ini melibatkan juga dengan pemilikan rumah. Sebahagian mereka menyewa dan sebahagian mereka sangat menunggu-nunggu.

Mereka ada memohon rumah tetapi belum lagi dapat kelulusan. Mereka memohon untuk mendapatkan tapak rumah. Bertahun-tahun mereka menunggu, masih tidak dapat diluluskan.

Saya mengharapkan supaya perkara-perkara birokrasi ini perlu dipertimbangkan dan diteruskan dengan lebih baik lagi daripada segi sistem pembahagian tanah khususnya tapak rumah yang sewajarnya mereka layak untuk mendapatnya.

Begitu juga saya hendak sebutkan bagaimana bila saya turun ke bawah saya juga bertemu dengan Orang Asal ini. Mereka menyuarakan bahawa sebuah rumah mereka tinggal dua hingga tiga keluarga. Jadi, saya mengharapkan bila sebut tentang kemiskinan, ia hendaklah menyeluruh. Bukan melihat hanya satu golongan semata-mata.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga dalam situasi hari ini, saya juga ingin menyentuh berkaitan tentang alam sekitar di mana bila kita melihat tentang Belanjawan 2023 peruntukan lebih RM6.53 bilion yang meningkat sebanyak 8.4 peratus berbanding tahun lepas. Apa yang perlu saya hendak menyebutkan bahawa bila sebut alam sekitar, ia melibatkan juga pencemaran air. Saya ingin mendapat perhatian supaya Sungai Pahang sebagai sumber utama rezeki penternak ikan air tawar juga diberikan ruang untuk diberikan— saya hendak sebut sumbangan ataupun tindakan untuk pembersihan airnya.

Kemudian, saya juga ingin menyebut tentang penebangan hutan yang tidak terkawal.

Masih berlaku sehingga balak dicuri dari hutan. Pelik, macam mana boleh curi balak. Kalau curi kita kata barang-barang kecil tidak nampak tetapi balak yang besar itu. Pada 30 Jun 2022, kes curi balak di Hutan Simpan Lakum berlaku. Siapakah agaknya yang berperanan sampai kita lihat di luar seolah-olah hutan yang masih banyak tetapi di dalam sudah habis?

Apa pun alasan penebangan hutan juga, sama ada penceroboh hutan perlu diambil tindakan tegas walaupun atas alasan untuk ladang sawit berpuluh-puluh ribu ekar ataupun ladang durian Musang King dan berbagai-bagai lagi tanaman. Saya mengharapkan tindakan tegas kerana tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua saya juga ingin melontarkan beberapa persoalan. Pertama, apakah tindakan jangka panjang kerajaan untuk mengatasi masalah pencemaran sungai di daerah Temerloh serta menjaga ekosistem sungai dan habitat ikan sungai seperti ikan sangkar? Dalam masa yang sama juga, di tepi sungai ini disediakan rumah rakit yang menjadi

draft • 7:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

tumpuan bagi mereka yang gemar memancing. Jadi, saya ingin supaya perkara ini diambil perhatian kerana ia boleh menggugat pendapatan penduduk sekitar.

Kedua, saya juga suka bertanya berkaitan tentang projek tebatan banjir di Temerloh yang disebut kawasan Kampung Batu Kapur. Pada makluman kepada saya, projek ini sudah lulus sekian lama tetapi saya hendak melihat apakah statusnya. Itu yang kedua.

Ketiga, saya juga ingin bertanya tentang kuarters guru yang tidak didiami. Contohnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan. Saya mengharapkan supaya kuarters guru yang tidak dimanfaatkan ini perlulah dikaji semula dan mestilah dimanfaatkan untuk golongan yang memerlukan.

Seterusnya, saya juga ingin menyebutkan supaya Klinik Kesihatan Mentakab yang sekarang ini digunakan untuk pergigian hendaklah dinaiktarafkan untuk menampung keperluan penduduk kerana kita lihat klinik khususnya hospital juga kalau boleh dinaiktarafkan kerana Hospital Temerloh kita lihat begitu sesak.

Seterusnya, apa yang perlu saya utarakan adalah mengingatkan semula supaya peruntukan untuk semua Ahli Parlimen hendaklah diagihkan walaupun sebagai pembangkang tetapi kami dipilih oleh rakyat. Kami bekerja untuk rakyat dan kami berusaha untuk memenuhi keperluan rakyat.

Oleh itu, saya mengharapkan dalam tema Kerajaan Madani bukan sekadar di bibir tetapi perlu dibuktikan dengan tindakan yang adil. Jadi, untuk itu, untuk akhirnya saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan semua khususnya untuk Yang Berhormat Menteri Kewangan supaya melihat kembali tuntutan- tuntutan daripada pihak kami sendiri. Wallahualam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Waalaikumusalam.

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Igan.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu Igan ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada Igan untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan Belanjawan 2023 yang bertemakan Membangun Malaysia Madani. Serangkap pantun – Semanis kuini tepi banjaran, Hiris sedulang, sedulang lagi, Bajet Madani jadi sandaran, Moga Kenyalang terbang tinggi.

draft • 7:09 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim atas pembentangan belanjawan yang terbesar dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM388.1 bilion iaitu satu peningkatan sebanyak RM56 bilion lebih tinggi berbanding RM332.1 bilion dalam Bajet 2022.

draft • 7:10 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Bajet yang inklusif dan komprehensif ini diharap dengan tekad, kekayaan negara diagihkan secara saksama kepada semua lapisan rakyat. Sebanyak RM289.1 bilion akan digunakan untuk belanja mengurus manakala sebanyak RM97 bilion lagi akan digunakan untuk pembangunan. Ini juga adalah perbelanjaan pembangunan yang tertinggi dalam sejarah.

Tuan Yang di-Pertua, Igan juga ingin merakamkan setinggi terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana Sarawak dan Sabah terus mendapat manfaat yang besar daripada peruntukan pembangunan iaitu masing-masing mendapat RM5.6 bilion dan RM6.5 bilion. Peruntukan kali ini jauh meningkat berbanding peruntukan dalam Belanjawan 2022 iaitu sebanyak RM4.67 bilion dan RM5.16 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini Igan ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. Apakah justifikasi kerajaan memberikan sebanyak RM5.6 bilion kepada Sarawak berbanding Sabah yang mendapat RM6.5 bilion dalam belanjawan kali ini? Igan membangkitkan persoalan ini kerana rakyat Sarawak ingin tahu mengapa setiap kali belanjawan dibentangkan Sarawak mendapat kurang dari Sabah? Persoalan ini hanya mampu dijawab oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, Igan juga ingin mengucapkan terima kasih atas peruntukan sebanyak RM2.5 bilion kepada Sabah dan Sarawak bagi tujuan membabitkan projek jalan dan lampu jalan serta bekalan air dan elektrik. Walaupun pada hakikatnya jumlah berkenaan tidak mencukupi.

Tuan Yang di-Pertua, pembangunan projek fizikal di luar bandar haruslah sentiasa diutamakan bagi merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar. Justeru itu saya ingin bertanya status pelaksanaan projek menaik taraf Jalan Balak ke Penempatan Semula Tegulang (Fasa 5) dan jalan dari simpang Rumah Layang, Rumah Gare dan Rumah Nyamok, Sungai Kapit, Sarawak. Saya berharap pelaksanaan projek ini akan dipercepatkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Tuan Yang di-Pertua, Igan juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan kerana telah memberikan perhatian dan respons yang positif atas isu-isu pendidikan yang saya bangkitkan semasa perbahasan Titah Diraja.

Tidak pernah seorang Yang Berhormat Menteri sebelum ini memberi jawapan yang begitu terperinci dan komprehensif seperti itu. Isu pendidikan di Sarawak bukan sahaja tentang masalah kekurangan guru yang kritikal tetapi isu-isu seperti prestasi buruk pelajar Sarawak dalam peperiksaan peringkat nasional seperti SPM yang sentiasa berada pada kedudukan tiga terbawah.

Selain itu, isu sekolah kurang murid juga amat kritikal serta isu kurang kemasukan pelajar dalam jurusan Sains. Selain daripada itu, sekolah-sekolah daif dengan kemudahan yang serba kekurangan, masih lagi menjadi keluhan rakyat Sarawak. Sekolah yang tiada bekalan elektrik, sekolah yang tiada bekalan air bersih, sekolah yang tiada jaringan internet perlu diambil perhatian. Selain daripada itu, isu sekolah-sekolah yang sering dilanda banjir

draft • 7:10 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

juga harus diambil tindakan oleh Kementerian Pendidikan kerana ini melibatkan kerosakan kepada pelbagai peralatan di sekolah.

Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri Pendidikan, sehingga 31 Januari 2023, ada 141 buah sekolah di Sarawak yang tiada bekalan elektrik dan sebanyak 370 buah sekolah yang tiada bekalan air terawat dan rekod terkini juga menunjukkan terdapat 856 buah sekolah kurang murid di Sarawak di mana 20 buah sekolah kurang murid terdapat di kawasan Parlimen Igan.

Untuk rekod daripada segi kedudukan Gred Purata Nasional dalam peperiksaan SPM pada tahun 2021, Sarawak berada pada kedudukan ke-15 daripada 16 buah negeri dan pada tahun 2019, Sarawak berada pada kedudukan ke-14 daripada 16 buah negeri.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah prestasi buruk kepada pelajar Sarawak secara perbandingan dengan negeri-negeri lain ialah kerana isu-isu seperti yang saya bangkitkan di atas seperti masalah kekurangan guru, sekolah daif, kemudahan infrastruktur dan kemudahan pengangkutan ke sekolah dan lain-lain. Oleh itu Igan memohon agar Kementerian Pendidikan mengambil perhatian yang serius untuk mengatasi masalah-masalah berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi ingin membangkitkan isu kekurangan guru yang sangat kritikal dan mendesak di Sarawak. Isu ini harus ditangani dengan segera kerana implikasinya yang sangat negatif kepada prestasi akademik para pelajar. Oleh itu, saya ingin tahu bagaimanakah pihak kementerian mengatasi masalah ini dan bilakah ia akan dilaksanakan ataupun diatasi sepenuhnya? Apakah perancangan jangka pendek dan perancangan pada masa hadapan?

Tuan Yang di-Pertua, semasa perbahasan Titah Diraja minggu lepas, saya juga ada menyentuh tentang nasib 326 orang guru yang gagal di dalam temu duga pengambilan guru one-off atau contract of service, dengan izin. Sekali lagi saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan agar menggunakan budi bicara supaya mereka ini ditawarkan sebagai guru tetap kerana mereka mempunyai kelayakan, pengalaman mengajar dan telah menghadiri temu duga sebagai satu langkah segera mengatasi kekurangan guru di Sarawak.

Saya juga mencadangkan kepada pihak kementerian agar mengembalikan tawaran pengambilan guru melalui Kursus Dalam Cuti atau Program Diploma Pasca Siswazah Pendidikan atau Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah atau guru interim kepada guru MySTEP, guru ganti atau guru sementara yang sedang berkhidmat dan berminat untuk meneruskan kerjaya sebagai guru khususnya sebagai guru di daerah sendiri. Selain daripada itu, saya ingin bertanya adakah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka semula program guru contract of service (COS) bagi tahun 2023?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan beberapa isu berkaitan dengan Polis Diraja Malaysia di Sarawak khususnya mengenai kebajikan keadaan kuarters dan berek kediaman yang tidak kondusif serta pembinaan ibu pejabat polis daerah yang perlu dinaiktarafkan dan dibina baharu.

Perkara-perkara yang saya nyatakan ini sering menjadi igauan dan perhatian utama warga PDRM di Sarawak. Selain daripada masalah isu baik pulih dan naik taraf kuarters yang

draft • 7:10 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

uzur, isu kuarters dan berek kediaman yang sudah roboh dan tidak diganti atau dibina baharu juga menjadi isu yang harus diambil perhatian oleh Kementerian Dalam Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, isu pembinaan IPD baru di beberapa buah daerah tertentu di Sarawak seharusnya di beri perhatian dan keutamaan oleh kerajaan kerana masih banyak IPD-IPD di Sarawak yang uzur dan terlalu kecil serta sempit dengan pertambahan anggota-anggota baharu. Selain daripada itu, sistem pendawaian elektrik yang lama dan lif yang rosak serta sistem kumbahan yang selalu bermasalah merupakan isu-isu yang harus diberi perhatian dan tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu saya ingin tahu. Pertama, berapakah jumlah kuarters atau berek kediaman PDRM di Sarawak yang dalam perancangan untuk dinaiktarafkan atau dibina baharu pada RMKe-12 ini?

Saya juga ingin tahu berapakah IPD baharu yang akan dilaksanakan pembinaannya atau dinaiktarafkan di Sarawak dalam RMKe-12 ini? Perkara ini penting kerana daerah pentadbiran Kerajaan Sarawak ini sudah bertambah. Saya juga ingin memohon Yang Berhormat Menteri nyatakan kawasan-kawasan manakah yang terlibat dengan projek menaik taraf dan bina baharu kuarters IPD ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang IPD di kawasan saya iaitu IPD Matu Daro yang sangat memerlukan sebuah IPD baharu seiring dengan kepesatan pembangunan dan pertambahan jumlah penduduk di kawasan Parlimen Igan. Untuk rekod, bangunan dan pejabat di sekitar IPD Matu Daro dibina pada tahun 1980 dan kini berusia lebih kurang 43 tahun. Oleh sebab itu, terdapat berek kayu dan kuarters kayu yang terpaksa dijadikan pejabat kerana IPD ini tidak mempunyai ruang pejabat yang cukup serta tidak kondusif untuk dijadikan pejabat.

Selain daripada itu, kawasan IPD ini juga sering dinaiki banjir apabila berlaku fenomena air pasang dan musim tengkujuh. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, Igan memohon kepada kerajaan agar sebuah IPD baharu dibina di kawasan saya. Keadaan IPD Matu Daro yang uzur ini telah diperakui oleh Yang Berhormat Menteri Kerja Raya iaitu Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi semasa sesi lawatan kerja dan perjumpaan bersama Pesuruhjaya Polis Sarawak baru-baru ini.

draft • 7:10 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman menurut jawapan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri sebelum ini, perancangan pembinaan IPD Matu, Daro yang baharu telah disenaraikan dalam Rancangan Pelaksanaan Program Strategik PDRM bagi tahun 2021 hingga 2025 di bawah Pakej RMKe-12. Oleh sebab itu, saya memohon agar pembinaan baharu IPD ini akan dimasukkan dalam rolling plan, dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Selain daripada itu, saya juga ingin membangkitkan masalah kekurangan anggota polis di IPD Matu, Daro yang tidak mencukupi. Untuk makluman, kawasan pentadbiran dan tanggungjawab IPD Matu, Daro ini meliputi dua buah daerah penuh iaitu daerah Daro dan daerah Matu termasuk satu buah daerah kecil Igan.

Daripada segi kawasan politik pula, terdapat sebuah kawasan Parlimen dan tiga buah kawasan Dewan Undangan Negeri dengan keluasan 2,487 kilometer persegi dengan jumlah

draft • 7:20 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

penduduk lebih kurang 60,000 orang. Oleh sebab itu, saya memohon kepada Kerajaan Perpaduan ini agar sebuah IPD baharu dibina di kawasan saya demi keselesaan dan kemudahan anggota polis dan keluarga mereka yang sekarang ini terpaksa menyewa di kampung-kampung yang berdekatan.

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa tidak mengizinkan, ada banyak lagi isu-isu yang saya ingin bahaskan. Dengan demikian, Igan mengucapkan ribuan terima kasih dan Igan mohon menyokong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Walaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat Igan. Pembahas yang terakhir pada petang ini, dipersilakan Yang Berhormat Kuala Terengganu.

draft • 7:20 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2023, Belanjawan 2023.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ini wakil rakyat dari Terengganu. Soal royalti petroleum ini adalah perkara besar tidak kiralah, apa namanya sama ada royalti dana khas, wang tunai petroleum ataupun wang ihsan. Sebagai rakyat Malaysia yang juga rakyat Terengganu, saya berasa kesal melihat Terengganu dan juga Kelantan yang merupakan negeri-negeri dikatakan ‘Malay Belt’ yang utama, secara jelas diperkotak-katikkan dalam soal hasil petroleum ini.

Adalah di luar igauan saya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dari Tambun akan mengulangi perkara yang sama berlaku ketika bayaran tunai kepada negeri ini dinafikan pada tahun 2000 di bawah Barisan Nasional, kerana ketika berkempen dahulu sama ada Perikatan Nasional ataupun Pakatan Harapan sama sahaja nadanya daripada segi isu hasil petroleum ini.

Ketika Pakatan Harapan memerintah pun seketika pada ketika itu, topik yang dibahaskan pada waktu itu pun janji manifesto. Ketika itu Pakatan Harapan, yang pada ketika itu sehingga 20 peratus. Kami bersama-sama dengan wakil-wakil rakyat dari Sarawak, itulah topik perbahasannya ketika itu dan juga dari Sabah.

Saya ingin memetik jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri minggu yang lalu.

Antara lain menyebut, PETRONAS tidak pernah menyalurkan hasil petroleum secara langsung kepada Terengganu selama ini. Ini adalah jawapan yang ada dalam Hansard. Saya rasa ini tidak betul dan mengelirukan Dewan yang mulia. Hal ini kerana saya dimaklumkan, sejak tahun 1978 sehingga tahun 2000, lebih RM7 bilion wang hasil petroleum dibayar secara langsung. Direct daripada PETRONAS kepada negeri Terengganu, 22 tahun. Kalau dua kali bayaran dibuat setiap tahun maknanya lebih 40 kali dibayar secara direct. Cuma pada tahun 2000 barulah ia dibayar melalui Kementerian Kewangan. Dalam Belanjawan 2023, rata-rata melihat langkah pemberian petroleum secara terus kepada golongan sasar tanpa melalui kerajaan negeri menimbulkan persoalan dan sangkaan yang tidak baik iaitu adakah langkah

draft • 7:22 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

ini bermaksud Kerajaan Madani, perpaduan, ingin mengulangi apa yang berlaku ketika tahun 2004.

Ketika itu Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional, kerajaan negeri di bawah PAS. Pemberian wang ihsan tanpa melalui kerajaan negeri sangat bertentangan dengan konsep federalisme yang sepatutnya diperkasakan pada era Kerajaan Madani pada hari ini. Kita bercakap tentang perpaduan, yang penting diperkasakan hubungan antara Persekutuan dan negeri. Lebih-lebih lagi dalam soal kebajikan rakyat, soal pembangunan negeri.

Pembangunan negeri yang kita ketahui adalah antara negeri-negeri yang disifatkan termiskin. Dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, sebanyak enam buah negeri disenaraikan, Terengganu dan Kelantan dimasukkan sama. Malah diberikan keutamaan di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, supaya diberikan peruntukan sehingga lebih 50 peratus daripada dana pembangunan supaya disalurkan kepada enam buah negeri ini.

Saya bimbang sekiranya selepas ini ditafsirkan enam buah negeri ini kalau dibuat pecahan carta pai, daripada segi pembahagian dana pembangunan, betul sebanyak 50 peratus lebih dana pembangunan. Akan tetapi negeri seperti Kelantan dan Terengganu mendapat potongan kek yang sangat kecil sehingga ia dapat dilihat dengan jelas menganaktirikan negeri-negeri Melayu. Lebih-lebih lagi dengan jenama label Kerajaan Perpaduan, yang sepatutnya langkah-langkah yang diambil mendorong jambatan persahabatan, memupuk kerjasama. Bukan mewujudkan jurang antara negeri dan Persekutuan.

Kelantan dan Terengganu merupakan antara negeri yang saya sebutkan tadi, disenaraikan miskin, yang Rancangan Malaysia Kedua Belas memberikan tumpuan merapatkan jurang dengan negeri-negeri yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, terkait dengan isu wang ihsan ini saya mohon penjelasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya menyatakan apa bentuk mekanisme pengagihan yang beliau maksudkan. Sebelum mekanisme itu diwujudkan saya ingin menyeru, supaya sewajarnya kerajaan negeri dan jentera di peringkat negeri dilibatkan sama.

Jangan wujudkan pertindanan fungsi kerana ia merugikan masa, merugikan sumber, kita mahu berjimat belanja, yang telah pun membuktikan keberkesanan selama ini.

Terengganu ini negeri berdaulat dan menjadi sebahagian daripada Persekutuan, sama dengan negeri-negeri yang lain.

Pemberian secara terus hasil petroleum kepada golongan sasar yang dimaksudkan tanpa melalui kerajaan negeri adalah tidak munasabah. Sewajarnya pemberian hasil daripada wang petroleum ini diberikan kepada kerajaan negeri untuk diuruskan bersama agensi Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama, berbincanglah dan berunding.

Di Terengganu ada kerajaan negeri yang diketuai oleh Perikatan Nasional. Kita boleh lihat pencapaian yang telah dikecapi oleh Terengganu semasa pentadbiran Perikatan Nasional. Kuala Terengganu diiktiraf antara 10 buah bandar paling bahagia di negara ini.

Negeri Terengganu mengikut Kajian Indeks Kebahagiaan antara negeri yang mencatat skor

draft • 7:22 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

tertinggi selepas dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Negeri Terengganu skor kebahagiaan tertinggi, kepuashatian rakyat. Kajian yang dilaksanakan oleh PLANMalaysia. Selain itu, Terengganu berada di kedudukan ketiga daripada lima buah negeri yang merekodkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar yang lebih baik berbanding pencapaian nasional pada tahun 2021. Ini adalah hasil pentadbiran Perikatan Nasional.

Rakyat Terengganu yakin dengan jentera yang berfungsi di bawah kerajaan negeri, yang berusaha keras untuk rakyat dan tidak menganaktirikan sesiapa. Semua yang layak dibantu tanpa mengira bangsa, agama ataupun pendirian politik. Oleh sebab itulah, Perikatan Nasional menang 100 peratus, mendapat sokongan mutlak di dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, dengan majoriti yang besar.

[Tepuk] Saya memperoleh majoriti 41,000 [Tepuk] di negeri Terengganu. Kesemua lapan paling rendah pun majoriti adalah lebih daripada 15,000.

[Tepuk] Perikatan Nasional adalah pilihan rakyat Terengganu. Sebagai pejuang demokrasi, kesaksamaan, keadilan. Mohon hormatilah kemahuan rakyat Terengganu. Insya-Allah, pilihan raya negeri nanti rakyat Terengganu akan tegaskan sekali lagi, insya-Allah. Ini kalilah, semua 32 buah kerusi.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan peranan Pusat Ekonomi Digital. Panas kah?

draft • 7:22 PM

[Dewan riuh]

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Pusat Ekonomi Digital (PEDi).

draft • 7:22 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 7:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat yang tak bercakap itu tolong diamlah ya.

draft • 7:22 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 7:22 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Fasal padamkan?

draft • 7:22 PM

Seorang Ahli

Baru dia orang dengar.

draft • 7:22 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Okey, saya kena ulang balik ini. Tuan Yang di-Pertua, yang keduanya, saya ingin menyentuh – cukuplah yang hasil petroleum.

Kedua, saya ingin menyentuh berkenaan peranan Pusat Digital Ekonomi (PEDi) untuk membantu peniaga kecil dengan pengetahuan ICT dan e-dagang. Usaha pendigitalan dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana adalah penting kerana PMKS merupakan tulang belakang kepada ekonomi Malaysia.

draft • 7:22 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Dengan menyumbang 37.4 peratus atau RM 518 bilion Keluaran Dalam Negara Kasar dengan rekod 7.32 peluang pekerjaan. Proses pendigitalan dalam kalangan PMKS adalah sangat penting namun masih rendah di Malaysia. Pusat Ekonomi Digital ini diwujudkan bagi memberi penekanan transformasi digital kepada masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar agar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital. Di Terengganu, sebagai contoh para peniaga di Pasar Payang, ramai dalam kalangan peniaga di Pasar Payang yang

draft • 7:30 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

merupakan tumpuan termasuk pelancong antarabangsa, masih meragui untuk mendigitilasasi perniagaan mereka. Saya harap kerajaan turut memberi tumpuan kepada misalnya, Pasar Payang ini agar Pusat Ekonomi Digital ini dapat ditubuhkan agar dapat memberi keyakinan kepada para peniaga untuk memperkasakan perniagaan mereka melalui digital ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, yang ketiganya Belanjawan 2023 seharusnya merangkumi peruntukan untuk menggalakkan penyusunan peluang untuk memajukan pengalaman pendidikan dan pembelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Tuan Yang di- Pertua, saya terus masuk. Masa saya tidak banyak. Saya ingin menyebut sedikit tentang apa yang dimaksudkan dalam belanjawan cadangan menggalakkan syarikat milik kerajaan melabur sehingga RM1.5 bilion dalam syarikat startup. Saya rasa sepatutnya apa yang digalakkan adalah GLC supaya memberi ruang kontrak dan kerja kepada syarikat startup yang ada. Jangan bersaing dengan syarikat startup yang diwujudkan oleh usahawan- usahawan teknologi yang ada. Mereka boleh juga dalam bentuk menyumbang di dalam dana- dana yang diwujudkan misalnya Malaysia Science Endowment. Itu lebih membantu.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya terus kepada perkara berkait dengan Kuala Terengganu. Saya ingin menarik perhatian tentang aspek-aspek pembangunan sosial ekonomi, kebajikan dan prasarana di Kuala Terengganu. Kuala Terengganu merupakan sebuah daerah berpotensi besar untuk menjadi destinasi pelancongan utama kerana kaya dengan kepelbagaian produk.

Aspek ekonomi setempat bagi nelayan terutamanya di pelabuhan LKIM Chendering.

Masalah muara cetek telah terlalu lama yang membelenggu sejak sekian lama dan perlu diselesaikan segera. Saya berharap kementerian yang berkaitan membantu supaya muara di Pelabuhan Chendering ini dapat diperbetulkan situasinya supaya dapat membantu nelayan-nelayan di Kuala Terengganu. Selain daripada itu juga, termasuklah juga masalah kecetekan muara di Sungai Ibai yang saya difahamkan di dalam Belanjawan yang lalu sudah pun ada dan dalam proses pelaksanaan. Saya harap janganlah dimangsakan perkara yang penting ini kerana ia berkait dengan kepentingan nelayan dan nelayan ini seperti mana yang disebut tentang hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menoktahkan kemiskinan. Nelayan Terengganu sentiasa dikaitkan dengan kemiskinan dan mereka ini perlu diberi bantuan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa Dewan yang mulia tentang pusat pengedaran makanan di Terengganu. Satu-satunya pasar borong yang ada adalah Pasar Borong Gong Pauh. Saya harap supaya dilihat supaya dapat diwujudkan satu pusat pengedaran makanan yang lebih tersusun, kalau tidak boleh pun, diperbetulkan situasi di Pasar Borong Gong Pauh dengan peruntukan daripada Persekutuan yang memerlukan belanjawan yang agak besar dan perlu diberi perhatian. Ini kerana ia adalah tempat di mana rakyat di negeri Terengganu bukan sahaja daripada Daerah Kuala Terengganu termasuk daripada daerah-daerah sekitarnya mendapatkan bekalan makanan. Ini memerlukan perhatian daripada kementerian yang berkaitan.

draft • 7:30 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih atas peluang yang telah diberikan untuk membahaskan. Itu saja, Tuan Yang di-Pertua, sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga pukul 10 pagi hari Selasa 28 Februari 2023.

draft • 7:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.34 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026