Feb232023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebelum saya memulakan soalan, ingin mengalu-alukan kehadiran Pentadbiran Bahagian Kota Samarahan dari Sarawak, rombongan.

[Tepuk] Soalan nombor 1.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sila baca Yang Berhormat untuk soalan MQT. Yang Berhormat kena baca.

final • 10:00 AM

1. Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy [Kalabakan] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan langkah terbaru Kesatuan Eropah (EU) memperkenalkan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan EU (European Union Deforestation Regulation – EUDR) dijangka memberi kesan terhadap komoditi utama negara seperti sawit, perkayuan dan koko. Ini sedikit sebanyak telah memberi kebimbangan terhadap pemain industri agrikomoditi negara. Apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh kementerian bagi menangani isu ini.

final • 10:00 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Seri Haji Fadillah bin Yusof

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan, orang baru Tuan Yang di-Pertua. Kita kena guide jugalah.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Betul Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih atas soalan tersebut. Pada 6 Disember 2022, Majlis dan Parlimen Eropah telah bersetuju secara prinsip dengan izin, provisional adoption untuk menerima pakai European Union Deforestation Regulation

(EUDR). Lanjutan daripada persetujuan tersebut, peraturan akan diratifikasi oleh negara- negara ahli Kesatuan Eropah (EU) supaya boleh dikuatkuasakan di negara masing- masing.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, kementerian berpandangan bahawa EUDR ini adalah suatu bentuk kawalan bukan tarif dengan izin, non-tariff measures terhadap produk agrikomoditi Malaysia. Skop pelaksanaan EUDR ini merangkumi komoditi utama Malaysia seperti minyak sawit dan produk berasas sawit, getah, koko dan juga produk berasaskan kayu.

Apabila EUDR dikuatkuasakan, produk komoditi yang diimport masuk ke EU perlu bebas daripada hasil aktiviti penyahhutanan yang berlaku selepas 31 Disember 2020.

Selain itu, pengendali atau operator pengeluaran produk komoditi di bawah skop EUDR

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Haji Fadillah bin Yusof

adalah diwajibkan untuk membuktikan produk komoditi yang dihasilkan tidak dikaitkan dengan aktiviti penebangan hutan atau degradasi hutan melalui proses due diligence yang melibatkan pengesanan ataupun traceability, dengan izin dan lokasi geografi, geolocation, dengan izin.

Jika pihak EU mendapati terdapat keraguan dalam penghasilan produk komoditi tersebut, pengendali perlu mengambil tindakan untuk mendedahkan maklumat tentang rantaian bekalan dan melaporkan langkah untuk mengelakkan penebangan hutan.

Dengan pelaksanaan EUDR, sudah tentu ia akan meningkatkan kos pengeluaran produk- produk komoditi negara.

Suruhanjaya EU kini sedang membangunkan garis panduan berkaitan bagi memperincikan pelaksanaan peruntukan tertentu dalam EUDR seperti mekanisme pelaksanaan laporan due diligence dan proses benchmarking yang dijangka akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada suku ketiga 2023. Proses benchmarking ini dijangka akan mengklasifikasikan negara-negara pengeluar kepada tahap risiko sama ada berisiko tinggi, rendah atau sederhana.

Ini akan memberikan impak kepada imej negara secara keseluruhannya dan secara tidak langsung akan meningkatkan kos pengeluaran hasil produk komoditi dan menjejaskan tahap daya saing produk komoditi negara. Kementerian menyedari impak EUDR terhadap sektor agrikomoditi Malaysia. Oleh yang demikian, dari awal lagi pihak kementerian dan agensi berkaitan termasuk beberapa kementerian lain telah mengambil tindakan awalan seperti berikut:

(i) mengemukakan surat bantahan rasmi yang terdiri daripada 13 negara pengeluar komoditi termasuk Brazil, Ghana dan Indonesia;

(ii) mengadakan beberapa pertemuan dengan pihak EU di peringkat pegawai untuk mendapatkan penjelasan berhubung pelaksanaan EUDR;

(iii) membawa isu EUDR di peringkat ASEAN; dan

(iv) mengadakan Mesyuarat dua hala dengan Indonesia pada 9 Februari 2023 bagi membincangkan pelaksanaan EUDR ini.

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kalabakan, soalan tambahan.

final • 10:00 AM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Tuan Yang di- Pertua, adakah pihak kementerian bercadang untuk bekerjasama dengan negara-negara pengeluar lain bagi membentuk satu blok pakatan kerjasama yang kuat untuk menghentikan eksport pasaran komoditi minyak sawit, perkayuan, getah dan koko ke Kesatuan Eropah sebagai tanda protes dan meneroka pasaran baru yang lebih flexible.

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato' Seri Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat. Apa yang kita laksanakan ialah perjumpaan. Baru-baru ini saya pergi ke Indonesia, di mana di bawah persatuan negara pengeluar, minyak sawit khususnya. Bersama dengan Indonesia, kita sudah berbincang dan bersetuju untuk membuat joint mission ke EU untuk kita membentangkan kes kita supaya mereka memahami apakah langkah yang telah kita ambil.

Sebenarnya Malaysia mengambil langkah untuk memastikan bahawa environment ini akan kita patuhi, traceability juga di mana kita sudah bangunkan standard di peringkat Malaysia. Kita hendak membawa perjuangan kita bersama dengan ASEAN.

Jadi sebab itu juga kita telah menjemput Thailand untuk menjadi ahli kepada negara pengeluar dan kemudian diharapkan ASEAN standard ini akan dapat dibangunkan.

final • 10:10 AM

Dato' Seri Haji Fadillah bin Yusof

Dengan suara yang lebih besar, saya kira kita akan dapat memperjuangkan secara bersama daripada segi untuk memahamkan European Union ini bahawa kita mengambil langkah bersama-sama untuk memelihara alam sekitar kita. Apa sahaja tindakan yang mereka mengambil, sudah pasti memberi kesan kepada pekebun-pekebun kecil khususnya sebab ia meningkatkan kos pengeluaran, kos melakukan business dan sebagainya. Jadi sebab itu kita kena melakukan interaksi ini.

Di samping itu, kita juga akan membuat kempen untuk menentang aturan EUDR ini. Ini akan dibuat secara tersusun dan kemudian kenyataan media akan dilaksanakan.

Malahan kalau perlu kita akan mengambil konsultan dari luar negara sekalipun untuk kita mempersembahkan dan memastikan tekanan kepada EUDR itu akan dibuat secara sistematik. Ini juga kita memerlukan pihak industri untuk mengambil tindakan bersama dengan kita untuk memastikan apa sahaja tindakan kita ini akan memastikan Malaysia tidak akan disenaraikan sebagai sebuah negara yang berisiko tinggi. Kalau tidak, ia akan memberi kesan kepada keseluruhan rantaian hasilan agrikomoditi kita.

Kalau perlu membuat pengiklanan secara berbayar dan juga mesej positif akan terus kita sebar luas secara online, secara elektronik dan sebagainya. Itulah langkah- langkah yang kita ambil juga untuk bersama dengan negara ASEAN yang lain. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan berikut, saya minta...

final • 10:10 AM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tekan Yang Berhormat, tekan. Yang Berhormat Pasir Salak ya?

final • 10:10 AM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Ya.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Okey, silakan Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 10:10 AM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, negara kita banyak membuat kajian berkaitan sustainability, dan kita juga memperkukuhkan industri sawit dengan Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO). Ini menunjukkan komitmen negara untuk pertanian mampan. Sebenarnya menurut kajian kita, sejauh mana pembersihan hutan dan tanaman kelapa sawit di negara kita ini sebenarnya memberi impak yang buruk kepada dunia? Apakah timbal balik dan negosiasi supaya negara kita dapat meneruskan perdagangan kita dengan EU?

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 AM

Dato' Seri Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana saya katakan tadi, pertama untuk kita bergerak bersama dengan negara-negara pengeluar, kalau dalam konteks kelapa sawit, negara pengeluar terbesar ialah Indonesia, kedua ialah Malaysia dan ketiga ialah Thailand. Perundingan kita dengan Indonesia yang akan menjadi pengerusi kepada ASEAN ialah untuk membawa agenda ini dalam konteks negara ASEAN. Kita sudah ada membangunkan MSPO dan Indonesia bangunkan ISPO.

Kemudian, apa yang kita hendak cadangkan, kalau kita dapat gabungkan ini menjadi standard di peringkat ASEAN. Kalau ini dapat diterima, maka tekanan kepada Europe itu sendiri untuk menerima pakai standard yang telah kita guna pakai ini, jadi maknanya produk kita akan lebih mudah masuk, bermakna dia tidak meletakkan standard yang lain. Kalau standard kita ini sudah ada, dia iktiraf standard kita ini. Itu strategi yang kita hendak buat.

Masalahnya sekarang, kita juga ada RSPO yang dibangunkan oleh industry players. Kebanyakannya ialah NGO dan sebagainya. RSPO diterima pakai di seluruh dunia. MSPO hampir sama dengan RSPO tetapi mengapa MSPO tidak boleh diterima pakai dan diiktiraf di peringkat dunia? Itu strategi yang perlu kita laksanakan sebab standard dan komitmen kita untuk mematuhi daripada segi sudut sustainability, daripada

final • 10:10 AM

Dato' Seri Haji Fadillah bin Yusof

segi sudut alam sekitar, traceability dan sebagainya memang sudah termaktub dalam MSPO tersebut.

Jadi ini kalau dapat kita laksanakan, insya-Allah dunia akan menerima, kita boleh pergi ke mana-mana di dunia dengan certificate yang telah kita bangunkan. Malahan, smallholders pun kita bantu supaya mereka di certified-kan. Bukan sahaja ladang-ladang ataupun pekebun kecil yang kita bantu, sekarang ini lebih kurang hampir 97 peratus ladang-ladang sudah pun mendapat certificate MSPO. Manakala kilang-kilang juga sudah mendapat certificate MSPO.

Jadi inilah tumpuan kita dan sekarang ini kita memberi tekanan melalui ASEAN dan diharapkan dengan suara yang lebih besar itu, European Union akan melihat usaha yang kita laksanakan dan akhirnya mengiktiraf sijil-sijil yang kita keluarkan dan segala usaha yang kita laksanakan untuk memastikan agrikomuniti kita mematuhi kehendak dunia daripada segi sustainability dan juga traceability-nya. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

MQT kedua, Yang Berhormat Setiu.

final • 10:10 AM

2. Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan, rasional membawa masuk pakar perumahan Singapura ke negara ini sedangkan negara mempunyai pakar-pakar perancangan bandar tempatan yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan tersebut.

final • 10:10 AM

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sentiasa mengambil sikap terbuka untuk menimba ilmu sepanjang hayat. Bak kata pepatah Melayu, ‘yang buruk dijadikan sempadan, yang baik dijadikan teladan’, ‘biar miskin harta, jangan miskin minda’.

KPKT sentiasa bersikap terbuka. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kita mengambil kira pelbagai cabaran yang sering berlaku dalam industri perumahan. KPKT sedang berusaha dan meneroka inisiatif baharu untuk menambah baik sektor perumahan di Malaysia. Ini termasuk mengadakan sesi perkongsian pengalaman, pengetahuan dengan pelbagai agensi di dalam ataupun di luar negara asalkan ia dapat membawa manfaat kepada rakyat dan negara. Kerajaan Perpaduan akan mengambil sikap tawaduk dan penuh rendah diri untuk belajar tidak kira dari mana dan tidak kira dari siapa.

Semasa tempoh pentadbiran kerajaan terdahulu pun, KPKT juga telah melaksanakan sesi-sesi perkongsian pengetahuan dengan Ministry of Land, Infrastructure and Transport dan Housing and Urban Guarantee Corporation, Korea Selatan serta agensi-agensi berkaitan perumahan di negara Australia dalam aspek mekanisme dan polisi pemajuan perumahan swasta, Akta Sewa Kediaman serta dengan Agensi Perumahan Singapura, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) juga.

Malahan sesi libat urus bersama HDB telah dimulakan sejak tahun 2018 lagi.

Melalui lawatan ke negara jiran itu oleh mantan Menteri KPKT dulu juga untuk belajar memahami perancangan dan penyediaan perumahan terutamanya dalam perumahan sosial.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, HDB telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan berkaitan dengan sektor perumahan bertaraf dunia, antaranya:

(i) Anugerah Pengiktirafan Khas oleh juri antarabangsa di Munich, Germany kerana berjaya membangunkan model pembangunan berstrata yang berjaya;

(ii) Anugerah Landskap dari International Federation of Landscape Architect, Africa, Asia Pacific and Middle East Award;

(iii) Universal Design Excellence Award;

(iv) International Design Award (Urban Design Category); dan

final • 10:10 AM

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

(v) menerima pelbagai anugerah transformasi sektor awam di Singapura bagi digitalisasi, inovasi dan mesra pelanggan.

Antara cadangan topik bagi sesi perkongsian yang akan diadakan bersama HDB merangkumi:

(i) evolusi perumahan sosial melibatkan polisi dan hala tuju pelaksanaan perumahan sosial;

(ii) pengurusan perumahan sosial melibatkan perancangan pembangunan, kaedah pelaksanaan, inisiatif bagi kumpulan sasaran khusus, pembiayaan, penyelenggaraan bangunan dan tadbir urus; serta

(iii) mekanisme pelaksanaan program perumahan sosial melibatkan bagaimana untuk memastikan peluang, keperluan dan penyediaan perumahan sosial adalah seimbang, mengurus persepsi awam serta faktor kritikal bagi memastikan kejayaan pelaksanaan perumahan sosial demi kesejahteraan rakyat Sesi sebegini memberi ruang dan peluang kepada kementerian untuk mengkaji dan meneliti perspektif baharu selain mempelajari amalan yang terbaik mengenai sektor perumahan khususnya perumahan sosial.

final • 10:10 AM

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Justeru berdasarkan kepada pengalaman terdahulu serta faedahnya kepada sektor perumahan, KPKT akan meneruskan kesinambungan sesi perkongsian pengalaman dan pengetahuan sebegini bagi memastikan dasar dan tindakan yang lebih komprehensif dan praktikal disediakan dalam konteks keperluan perumahan di Malaysia.

Sekian.

final • 10:20 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Soalan tambahan.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Setiu.

final • 10:20 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya, adakah sudah ada kerajaan negeri yang menggunakan pakar perumahan HDB ini? Jika ada, apakah kejayaan yang telah dicapai dan apakah kesan kepada pemilikan tanah kaum Bumiputera khususnya bangsa Melayu dan apakah kerajaan yakin golongan bumiputera khususnya bangsa Melayu mampu membeli rumah yang dibina kerana sebahagian besar daripada mereka adalah golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Apatah lagi seramai 6.1 juta rakyat Malaysia yang mempunyai baki caruman KWSP kurang daripada RM10,000 berbanding dengan penduduk Singapura yang berpendapatan tinggi dan mempunyai caruman yang tinggi dalam Lembaga Tabung Simpanan Pekerja Singapura. Adakah dengan menggunakan kepakaran daripada HDB ini boleh membantu kerajaan mencapai sasaran rumah mampu milik sebanyak 500,000 menjelang tahun 2025. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan. Yang penting, kita selalu perlu bersangka baik bukan bersangka buruk. Nawaitunya, niatnya adalah suci. Apabila saya katakan biar kita miskin harta, jangan miskin minda, kerajaan akan sentiasa belajar daripada pakar-pakar bukan sahaja dari HDB malahan daripada negara-negara lain. Saya bagi contoh Yang Berhormat, negara kita pernah dijajah oleh Jepun tetapi tahun ini merupakan ulang tahun yang ke-41 Dasar Pandang Ke Timur. Jika kita boleh belajar daripada sebuah negara yang pernah menakluki dan menjajah kita, apalah salahnya kita belajar daripada jiran ASEAN yang telah pun berjaya termasuklah Indonesia, Singapura dan Thailand.

Sebab, bagi kita yang penting adalah what is the best for the people. Dengan izin, saya ingin quote, “rukunnya kita mengambil sikap belajar sepanjang hayat kerana when a country stop learning, it will cease to progress.” Daripada soalan yang ditanya tadi,

final • 10:20 AM

Tuan Nga Kor Ming

nampaknya kerajaan ini adalah kerajaan untuk semua. Kita akan melakarkan yang terbaik untuk menjaga kepentingan semua pihak termasuk golongan bumiputera. Jadi kita lihat kejayaan HDB yang mana mereka telah berjaya membina lebih satu juta unit perumahan sosial mampu milik.

Oleh sebab itu, kita ada model dan lain sebenarnya kita bukan sahaja belajar dari Singapura. Kementerian KPKT sekarang pun sedang cuba menimba ilmu daripada negara Turkiye tentang pembangunan tanah-tanah wakaf sebagai salah satu usaha untuk memajukan negara, membawa pembangunan kepada semua pihak tanpa mengira kaum.

Oleh sebab itu, saya hendak nasihatkan kepada pembangkang, *Orang kata, tak tumbuh tak melata.

Tak sungguh, orang tak kata.* Yang penting, kita harus bersangka baik dan kedua-dua belah pihak terus bekerjasama. Itu sahaja.

[Tepuk] .

final • 10:20 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih. Soalan tambahan.

final • 10:20 AM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Wangsa Maju.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, saya beri di sebelah kanan.

final • 10:20 AM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Wangsa Maju.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya melihat Yang Berhormat Balik Pulau dahulu ya.

final • 10:20 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

[Bangun]

final • 10:20 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawapan yang mantap daripada Yang Berhormat Menteri KPKT, tahniah.

Apa yang menjadi masalah...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Setiu, duduk.

final • 10:20 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Saya tanya tadi, adakah ada...

final • 10:20 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Saya tengah tanya soalan ini, please respect.

final • 10:20 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Kerajaan negeri yang sudah menggunakan...

final • 10:20 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Eh, saya tengah tanya soalan ini.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Peraturan apa? Peraturan apa?

final • 10:20 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Ia belum dijawab oleh Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Eh, Yang Berhormat Setiu. Duduk, duduk.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Setiu, duduk.

final • 10:20 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Aduh, potong sahaja ini. Lupa dah nak tanya soalan.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 10:20 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Apa yang saya maksudkan, masalah utama dalam perumahan awam ini bukan kekurangan perumahan awam sebab kalau dikira daripada jumlah setinggan di bandar, populasi bandar cuma satu peratus jika dibandingkan dengan Indonesia, 20 peratus. Akan tetapi masalah utama ialah sistem pengurusan yang berkesan. Kegiatan sosial, kemerosotan kebersihan, kerosakan infrastruktur awam dan isu-isu keselamatan yang membentuk komuniti hidup yang tertekan dalam perumahan PPR ini.

Jadi soalan saya, adakah KPKT melihat kepada aspek ini dalam mempelajari daripada HDB, bukan setakat HDB, pakar-pakar kita di Malaysia termasuk Think City juga buat kajian mengenai masalah vertical slum yang dialami oleh PPR. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih. Soalan yang cukup bernas dan konstruktif daripada Yang Berhormat Balik Pulau. Adalah baik di mana kita - amat tepat sekali.

Perumahan awam di negara kita bukan kekurangan bilangan tetapi kualitinya. Kualiti serta kehijauan, kelestarian dan juga kesejahteraan komuniti pun wajib kita belajar. Sebenarnya dua minggu lepas, Kementerian KPKT telah membuat delegasi lawatan sambil belajar bukan ke luar negara. Kita telah melawat Projek Perumahan Perkhidmatan Awam (PPAM) di Desa ParkCity, Kuala Lumpur.

Satu contoh teladan yang baik. Five-star facilities tetapi budget price. Inilah model baharu yang kita akan cuba belajar supaya penjawat-penjawat awam kita dapat menikmati projek perumahan penjawat awam yang berkualiti lima bintang tetapi dengan harga yang berpatutan. Inilah model yang kita akan belajar termasuk ciri-ciri yang baik daripada Singapura yang ada ciri-ciri komersial supaya perumahan awam kita yang akan dibina yang penting adalah perkataannya berdaya huni, livability, connectivity dan juga sustainability. Ini adalah antara ciri-ciri yang wajar kita belajar bersama demi kesejahteraan rakyat dan negara. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tuan Yang di- Pertua, semalam saya puji Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming punya jawapan tetapi hari ini tak berapa nak puji sebab tak jawab dengan tepat soalan tambahan tadi.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Soalan tambahan.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, benda itu dah lepas daripada pemerhatian saya.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tak lepas, dia tak jawab soalan. Jawapan yang kedua tadi untuk soalan tambahan, dia tak jawab dengan tepat.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Saya tanya soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua?

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Maran, duduk. Duduk ya. Okey, terima kasih.

final • 10:20 AM

3. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan tentang tindakan ke atas pihak yang bertanggungjawab ke atas kejadian laman sesawang

(website) Kerajaan Negeri Pulau Pinang digodam yang melibatkan 600,000 baris data peribadi yang kemudian dilaporkan telah dimuat naik ke internet serta nyatakan impak dan kos kebocoran data ini.

final • 10:20 AM

Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik, terima kasih Yang Berhormat Bagan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bidang kuasa Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) adalah untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi yang melibatkan transaksi komersial. Berdasarkan subseksyen 3(1) akta tersebut, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri adalah tidak

final • 10:20 AM

Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

tertakluk kepada akta ini termasuklah isu kebocoran data yang melibatkan laman sesawang ataupun website Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Dalam hal ini, mana-mana sistem kritikal yang merangkumi aset maklumat elektronik, rangkaian, fungsi, proses, kemudahan dan perkhidmatan dalam persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi ataupun ICT yang penting kepada negara dan berpotensi untuk memberi kesan kepada pertahanan, keselamatan negara, kestabilan ekonomi negara, imej negara, keupayaan kerajaan untuk berfungsi, kesihatan dan keselamatan awam serta privasi individu adalah dikategorikan sebagai infrastruktur maklumat kritikal negara, Critical National Information Infrastructure (CNII), dengan izin.

CNII dikawal selia oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA). Sebuah agensi di bawah Majlis Keselamatan Negara. Isu kebocoran data melibatkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dikesan pada 18 Januari 2023 yang melibatkan 280 megabait kandungan data dalam format Structured Query Language (SQL) yang mengandungi 630,000 baris rekod pengguna.

final • 10:20 AM

Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Laporan mengenai perkara ini telah diterima oleh CyberSecurity Malaysia dan tindakan telah diambil pada 19 Januari 2023. Notifikasi mengenai perkara ini telah dibuat oleh CSM kepada pentadbir laman sesawang Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta NACSA pada 19 Januari 2023 dan perkongsian sampel data telah diadakan pada 31 Januari 2023. CSM juga telah menghantar notifikasi kepada pegawai di Bahagian Keselamatan ICT Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkenaan insiden ketirisan data dan memohon maklumat yang boleh diekstrak daripada sistem terbabit bagi tujuan analisis untuk mengenal pasti punca kejadian dan langkah yang boleh diambil bagi ratifikasi sistem terbabit.

Saya difahamkan oleh Yang Berhormat Zairil Khir Johari, exco berkenaan bahawa beliau telah mengarahkan agar log tersebut diserahkan kepada CSM untuk kajian tambahan pada hari ini. Pada masa yang sama, CSM turut berkongsi panduan untuk mengendalikan insiden ketirisan data bersama panduan langkah keselamatan dengan pegawai di Bahagian Keselamatan ICT Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Perkara tersebut turut disalinkan kepada NACSA.

Bagi mengetahui punca sebenar ketirisan data ini, perlu ada maklumat log yang saya sebutkan tadi serta maklumat teknikal yang boleh diesktrak daripada sistem terbabit bagi menganalisa daripada sistem terbabit, bagi menganalisa punca kejadian insiden tersebut. Format data yang tiris seperti yang disebarkan atau dijual oleh penjenayah siber di dark web juga perlu dianalisa sekiranya terdapat persamaan antara format data yang dimiliki oleh penjenayah dengan format asal data dalam sistem terbabit.

Saya difahamkan juga pihak kerajaan negeri telah mengarahkan Digital Penang untuk melakukan satu penilaian kerentanan ataupun vulnerability assessment terhadap semua infrastruktur internet ataupun laman-laman web, server-server yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa mana-mana organisasi boleh merujuk laman sesawang www.mycert.org.my untuk ancaman keselamatan siber semasa dan langkah terhadap ancaman tersebut. Laporan kerentanan produk ICT dan aplikasi, panduan kemas kini keselamatan dan panduan keselamatan sistem dan rangkaian secara menyeluruh. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Bagan.

final • 10:30 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanyakan Yang Berhormat Menteri sama ada kerajaan negeri lain menghadapi masalah ketirisan data serupa. Apakah kos yang ditanggung oleh pihak kerajaan untuk memastikan perlindungan data ini memang selamat dan juga kukuh? Ini kerana saya ingin merujuk kepada Fortinet yang mengatakan Malaysia menghadapi serangan sebanyak 88 juta serangan siber sehari. Apakah tindakan ke atas masalah sedemikian?

final • 10:30 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Baru-baru ini, Laporan Ketua Audit Negara telah menunjukkan bahawa ada satu akaun super admin yang telah pun memuat turun tiga juta information sets menerusi beberapa alamat IP daripada database MySejahtera. Ini bermakna tiga juta yang melibatkan semua yang menerima suntikan dos vaksin COVID-19 telah pun dibocorkan.

Apakah tindakan yang diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab supaya mereka dihadapkan kepada tindakan jenayah? Ini untuk memastikan bahawa data peribadi ini dapat diperkukuhkan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

final • 10:30 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat Bagan.

Memang seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi memang isu ketirisan data, penggodaman ini adalah satu isu yang sangat serius. Saya tidak ada maklumat tepat mengenai kesemua kerajaan negeri yang mungkin terkesan akibat daripada pencerobohan dan ketirisan data. Akan tetapi pesanan saya kepada semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier sekiranya ingin menggunakan salah satu perkhidmatan agensi di bawah kementerian ini iaitu CyberSecurity Malaysia, saya alu-alukan. They are the best in Asia Pacific dengan izin. Memang kalau kita lihat daripada segi pengesanan masalah kerentanan ataupun vulnerability aset-aset ICT, memang pihak CSM memang ada lakukan.

Cuma berhubung dengan beberapa perkara khusus yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan tadi sama ada jumlah serangan yang berlaku setiap hari seperti yang dilaporkan oleh Fortinet dan juga insiden ketirisan yang telah mengguna pakai super admin bagi aplikasi MySejahtera. Sekiranya ada aspek jenayah, maka siasatan semestinya dilakukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia.

Akan tetapi bagi kementerian ini, kami lihat ada beberapa perkara yang perlu ditambah baik. Pertama daripada segi keselamatan data peribadi. Itulah sebabnya kenapa Akta 709, Akta Perlindungan Data Peribadi seperti sedia ada sangat tidak mencukupi dan ini satu perkara yang sedang kita teliti untuk pastikan semua pemegang data tidak kira kerajaan negeri ataupun pihak swasta memahami bahawa prinsipnya, fundamentalnya asasnya data adalah khazanah negara yang perlu dipertahankan tetapi juga boleh diguna pakai dengan selamat.

Kedua, aspek keselamatan siber. Sekarang pihak kerajaan sedang meneliti dan menilai sama ada wujud keperluan untuk mewujudkan sebuah Suruhanjaya Keselamatan Siber yang merangkumi sebagai contoh pihak NACSA dan juga CSM serta mana-mana lain badan yang dirasakan perlu untuk memastikan bahawa dari segi isu kerentanan keselamatan ini, security vulnerability yang sering kali disalahgunakan oleh penggodam, hackers dan sebagainya dapat diselesaikan dengan segera.

Ini dua inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan kementerian ini. Insya-Allah dalam masa yang tidak terlalu lama kita akan bawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Pasir Puteh.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberi satu pendekatan yang baik. Cuma dalam isu pencerobohan data-data peribadi ataupun data-data kerajaan termasuk data- data yang dimiliki oleh pihak keselamatan negara yang pernah dicerobohi di dalam negara kita.

Cuma saya ingin tahu sedikit sahaja. Setakat ini, apakah tindakan-tindakan yang baharu yang berbeza dengan beberapa tahun yang lepas— tindakan yang baharu yang telah diambil dan akan diambil ataupun kita boleh belajar daripada beberapa negara yang penggodaman data ini agak sedikit? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih, soalan yang baik. Ada satu lagi aspek yang penting yang tidak saya sempat nyatakan tadi iaitu apa yang disebut sebagai Dasar Kriptografi Negara. Jadi ini satu

final • 10:30 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

perkara yang sangat penting bilamana kita lihat banyak negara lain pada waktu ini sedang membincangkan apa yang disebut sebagai pasca kuantum, post quantum.

Akan tetapi kita di negara ini, pada waktu ini perlu mempertimbangkan perkara seperti quantum cryptography yang melibatkan aspek keselamatan data itu sendiri sekiranya penceroboh masuk ke dalam rumah kita, cuba mengambil data tetapi mereka tidak dapat buka data sebab encryption level itu terlalu tinggi. Jadi, ini salah satu perkara yang sedang kita teliti.

Di peringkat ASEAN, jelas isu data sama ada isu data sovereignty ataupun isu data portability ini banyak diperkatakan dan dibincangkan. Ini bukan hanya Malaysia sekarang ini menjadi hab bagi banyak pusat pemprosesan data, data processing centres seperti di Johor dan sebagainya. Akan tetapi masa yang sama, salah satu perkara yang saya rasa penting insya-Allah kita harap akan dapat diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun esok adalah penekanan pihak kerajaan tentang aspek keselamatan siber di mana saya lihat ada keperluan bagi agensi-agensi kerajaan, malah juga kerajaan- kerajaan negeri mempertimbangkan dan memperuntukkan sejumlah daripada mungkin apa yang ada daripada segi belanjawan tahunan terutama aspek IT bagi tujuan keselamatan data.

Di sini saya lihat perlu ada satu penyelarasan daripada segi undang-undang yang seperti saya sebutkan tadi tentang perlunya wujud sebuah Suruhanjaya Keselamatan Siber, sama ada perlu ataupun tidak. Dalam masa yang sama, pihak kementerian khususnya agensi iaitu CyberSecurity Malaysia bersifat proaktif dan dari semasa ke semasa kita akan berhubung dengan kerajaan negeri ataupun agensi yang berkenaan apabila berlaku apa-apa insiden kebocoran. Jadi, kita sedang cuba untuk membolehkan satu audit keselamatan siber dilakukan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri. Akan tetapi kita harap ada pengumuman baik daripada Yang Amat Berhormat Tambun esok, insya-Allah. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

[Bangun]

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sudah tamat masa MQT. Setiausaha.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:30 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan apakah kerajaan bersedia untuk menambahkan kuota bekalan minyak masak paket bersubsidi di pasaran runcit tempatan agar bekalannya mencukupi.

Kuota 60,000 tan metrik setiap bulan ketika ini dilihat tidak mencukupi dan gagal memenuhi keperluan semasa pasaran runcit tempatan dan mengakibatkan kekurangan bekalan kepada orang awam.

final • 10:40 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih rakan saya daripada Rasah. Berdasarkan kepada soalan ini, saya sangat yakin Yang Berhormat Rasah seorang wakil rakyat yang peka dan selalu turun padang untuk melihat tentang isu di bawah yang melibatkan pengguna yang kekurangan bekalan minyak masak paket bersubsidi.

Tuan Yang di-Pertua, dalam mendepani isu ini, sebenarnya 60,000 tan metrik yang diperuntukkan kepada kementerian ini sebenarnya cukup. Logiknya cukup kerana kita ada lebih kurang 60 juta pek untuk dibekalkan. Isi rumah yang B40 sekarang ini merekod – DOSM (Department of Statistics Malaysia) lebih kurang 8.6 juta orang.

final • 10:40 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Isunya Yang Berhormat, kita tidak boleh terlalu keras ataupun menguatkuasakan isu ini kerana yang membeli minyak paket bersubsidi ini termasuklah peniaga-peniaga mikro. Golongan IKS yang berniaga di warung-warung kecil, di restoran yang baru nak bermula dan juga industri-industri IKS yang mahu pulih selepas berlakunya pandemik COVID-19.

Oleh itu, KPDN dalam keadaan yang cukup berhati-hati, keperluan isi rumah mesti dipenuhi tetapi permintaan dan desakan daripada golongan peniaga kecil mestilah juga disantuni. Maka dengan itu, kita terpaksa melakukan peranan timbang tara.

Cadangan Yang Berhormat untuk kuota itu ditambah adalah relevan, tetapi KPDN tidak boleh work in silos. Ia telah dibincangkan dalam National Action Council on Cost of Living (NACCOL). Di dalamnya ada sebelas kementerian dan apa pun pandangan KPDN dibincangkan, akhirnya akan diputuskan juga oleh Kabinet dan pihak kerajaan. Her Majesty’s Opposition pun ada di depan saya yang juga pernah menjadi Menteri. Maka, timbang tara itu sangat penting dan dari semasa ke semasa kita cuba menyelesaikan perkara ini melalui libat urus dengan pihak industri dengan two-tier pricing kalau boleh, tetapi nampaknya industri sangat keberatan kerana dia menjaga pekebun kecil.

Betul, harga CPO pagi ini dah hampir RM4,200 satu metrik tan, sudah barangkali ingin menggembirakan pekebun kecil tetapi jumlahnya Yang Berhormat hanya 700,000, tapi kita ada 32 juta rakyat yang mesti kita jaga. Oleh itu, saya rasa perkara ini harus diteliti dan sekiranya telah sampai pada satu keperluan yang mendesak.

Di samping itu, saya juga tidak boleh berkompromi tentang ketirisan, ada.

Sepanjang dua bulan yang lepas, kita telah melakukan pemeriksaan 2,898 kes dan 13 kes pendakwaan telah kita buat. Kita tidak berkompromi dengan ketirisan, cuma timbang tara terhadap peniaga kecil yang kalau kita naikkan, kita halang, ia juga akan menaikkan harga makanan di gerai-gerai dan warung-warung yang B40, miskin tegar juga akan terjejas. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Memang, saya meneliti jawapan yang diberikan tersebut yang mana kalau kita nak tambah itu memang daripada segi komitmen kerajaan untuk menambahkan subsidi mungkin boleh mendatangkan beban.

Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut tentang ketirisan dan sebagainya. Jadi, saya nak cadangkan, apakah ada tindakan spesifik untuk ambil tindakan terhadap peniaga-peniaga yang jual minyak paket bersubsidi kepada restoran besar dan hotel lima bintang. Ini kalau kita nak kata apa, warung, penjaja itu kita kena lepaskan, saya setuju sebab mereka pun dalam golongan B40. Akan tetapi macam mana dengan ketirisan yang dilakukan dengan sengaja oleh sindiket-sindiket tertentu yang menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran runcit ketika ini?

Terakhir, apakah status yang– sebab saya kata kekurangan bekalan minyak paket bersubsidi di pasaran. Apakah keadaan ia, status ia, kritikal ataupun boleh ataupun masih terkawal di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Terima kasih Yang Berhormat. Hari ini hari yang ke-81 kami berada dalam kerajaan dan dalam tempoh dua bulan itu, pertengahan bulan Disember, kementerian telah membuat satu Ops Terjah dan sebelum itu ada Ops Tenera dan ops-ops yang lain yang tujuannya untuk kita memastikan tidak berlakunya ketirisan. Yang Berhormat, kalau RON95 itu ia direct, majoritinya daripada pam itu direct masuk dalam kenderaan itu agak mudah. Kalau RON95 itu pun dipaketkan, maka itu juga satu problem, satu masalah kepada negara. Akan tetapi, diesel itu berlaku, masuk tong dijual di tengah laut pun ada.

Namun begitu, telah saya sebut tadi, hampir 2,898 kes telah pun disiasat dan pendakwaan 13 kes telah dibuat pendakwaan. Itu membuktikan bahawa kita tidak langsung lalai daripada segi kita menjalankan penguatkuasaan.

Soalan Yang Berhormat tentang adakah telah berlaku satu krisis. Setakat ini KPDN memberikan satu kenyataan ia tidak lagi sampai pada tahap krisis kerana sekiranya

final • 10:40 AM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

ada kes-kes yang berlaku di satu-satu tempat pada masa-masa tertentu, maka KPDN akan dengan cepat mengarahkan pegawai untuk memastikan kenapa ianya berlaku.

Ada dua findings Yang Berhormat, satunya adalah mini market ataupun kedai runcit. Mereka terpaksa membuat kawalan dalaman dan ini tidak boleh juga kita pandang terus nak saman ataupun terus nak tangkap. Sebab betul, pagi mereka buka satu kotak dahulu, tengah hari mereka buka satu kotak dan petang mereka buka satu kotak lagi kerana mereka berhujah kalau buka empat, lima kotak sekali gus, maka ianya akan cepat dibeli oleh peniaga-peniaga kecil.

Keduanya, kebanyakan peniaga-peniaga luar bandar mereka tidak ada sistem e- COST. Oleh itu, kementerian akan memudah cara dan pegawai-pegawai sekarang ini sedang mengadakan libat urus dengan peniaga-peniaga ini supaya janganlah kerana isu e-COST itu mereka lambat mendapatkan bekalan dan ini menyusahkan rakyat. Dari semasa ke semasa, KPDN akan memerhati perkara ini dan setakat ini tidak berlaku krisis tetapi mungkin berlaku di tempat-tempat tertentu yang boleh kita selesaikan dengan segera. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 10:40 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya, minyak masak ini dihasilkan daripada minyak sawit yang banyak ditanam di negara kita dan diproses pun di kilang-kilang negara kita. Akan tetapi kenapa sampai ada krisis kurang itu, di mana masalahnya? Sepatutnya tak berlaku sebab kita bukan ambil daripada bahan luar untuk jadikan minyak masak ini.

Terima kasih, soalan orang kampung.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Betul, soalan itu bagus. Senang nak faham.

Semasa kami Pakatan Harapan mengambil alih tahun 2018, isunya harga CPO jatuh.

Yang Berhormat Seputeh menjadi Menteri Komoditi, teruk kena belasah, left and right.

Orang putih kata it’s always two sides of the same coin. Macam jongkang jongket.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Hari ini memang pekebun kecil gembira. Harga CPO pada pagi tadi RM4,200.

Industri sangat suka tetapi KPDN pula yang teruk kerana rakyat akan terpaksa membayar harga yang mahal. Oleh sebab itu, saya sebut tadi kita cadangkan two-tier pricing. Sebenarnya Yang Berhormat, kita hanya perlu enam peratus sahaja untuk tempatan. Enam peratus sahaja. Akan tetapi, industri menjaga kepentingan orang kampung. Pakcik saya, kita punya sepupu, semua ada kebun-kebun kecil. Mereka gembira. Oleh itu, kita timbang taralah Yang Berhormat. Akan tetapi dalam NACCOL, kita telah mencadangkan two-tier pricing. Apa yang paling tepat sekali, insya-Allah kita pergi kepada targeted subsidy; subsidi bersasar supaya yang dapat itu benar-benar yang perlu dan yang lain itu hasil negara boleh diagihkan kepada projek-projek yang lain, termasuk fokus kepada B40 dan miskin tegar.

Sekian, terima kasih. Terima kasih soalan kampung itu sangat relevan. Yang Berhormat Sabak Bernam, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tangga Batu.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Berikutnya, soalan yang kedua. Tuan Rushdan bin Rusmi, Yang Berhormat Padang Besar.

final • 10:50 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi penghargaan kepada semua agensi dan NGO yang terlibat dalam bencana atau tragedi Batang Kali.

Keindahan Perlis sentiasa dikenang, Rakyatnya hemoi, ramah MB nya, Silalah Yang Berhormat Menteri jawab dengan tenang, Soalan nombor dua, saya ingin bertanya.

final • 10:50 AM

2. Tuan Rushdan bin Rusmi [Padang Besar] minta Perdana Menteri menyatakan tahap kesediaan agensi pengurusan bencana alam mendepani bencana alam seperti kes tanah runtuh Batang Kali.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar.

final • 10:50 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Ada pantun Iban tidak?

final • 10:50 AM

Datuk Ugak anak Kumbong

Pantun Iban panjang sedikit, Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

[Dewan ketawa]

Datuk Ugak anak Kumbong

Okey, seperti semua sedia maklum, kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Hulu Selangor pada 16 Disember yang lalu adalah kejadian kedua terbesar selepas keruntuhan kondominum Highland Tower pada tahun 1993 yang telah mengorbankan 48 nyawa, Tuan Yang di-Pertua. Dasar dan mekanisme pengurusan bencana Malaysia adalah tertakluk kepada Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN 20). Dokumen ini telah menggariskan dasar pengurusan serta perintah dan kawalan ketika pengendalian bencana.

Bagi menangani bencana secara berkesan Yang Berhormat, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengarahkan agensi di setiap peringkat sama ada di pusat, negeri dan daerah, untuk menjalankan tindakan yang perlu seperti usaha mitigasi pembangunan sistem amaran awal kawasan berisiko bencana, meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti dan kecekapan agensi.

Mitigasi mengelakkan bencana atau sekurang-kurangnya mengurangkan impak bencana melalui tindakan-tindakan seperti penilaian risiko dan [Tidak jelas] bahaya, pendalaman sungai, sistem tebatan banjir dan penyenggaraan cerun dan sebagainya, Yang Berhormat. Amaran awal, memastikan sistem amaran awal dan mod komunikasi bencana dalam keadaan siap sedia bagi memastikan maklumat dapat disampaikan dengan segera, tepat dan yakin.

Persediaan komuniti Yang Berhormat, meningkatkan keupayaan komuniti untuk bertindak sebagai initial response, dengan izin, sebelum agensi penyelamat tiba melalui program Community-based Disaster Risk Management. Keempat Yang Berhormat, pembangunan kompetensi agensi kita. Meningkatkan kecekapan mengurus bencana ketika mengendalikan Pusat Kawalan Operasi Bencana

(PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) melalui latihan interagency yang berterusan. Bagi tujuan pengoperasian, tindak balas dalam sesuatu kejadian bencana, garis panduan operasi yang telah dibangunkan dan disemak secara berkala bagi memastikan penambahbaikan dapat dibuat dari sudut tindak balas bencana. Terima kasih, Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Padang Besar.

final • 10:50 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Minta kementerian menyatakan sejauh mana program CDERT di bawah APM ini berjaya serta mampu membantu kerajaan? Adakah kerajaan bersedia dengan tangan yang terbuka bagi NGO yang telah dilatih bersama dalam misi-misi menyelamat bersama dengan agensi menyelamat yang sedia ada? Contohnya, Khidmat Malaysia, Mercy Malaysia, Jabatan Amal Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan lain-lain. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Ugak anak Kumbong

Terima kasih, Yang Berhormat. Walaupun soalan lain daripada soalan asalnya tetapi Yang Berhormat adalah prihatin. Jadi Yang Berhormat, program CDERT telah diperkenalkan pada tahun 2006 sebagai salah satu dalam pasukan bantuan (auxiliary) iaitu Angkatan Pertahanan Awam. Sehingga kini, jumlah keseluruhan pasukan CDERT ialah 303, Yang Berhormat. Dengan keanggotaan seramai 7,505 orang – ini adalah majoriti saya pilihan raya pada tahun PRU-15 ini, betul.

final • 10:50 AM

Datuk Ugak anak Kumbong

Jadi, pasukan CDERT terlibat secara aktif di lokaliti masing-masing ketika berlakunya kecemasan atau bencana serta telah memainkan peranan yang sangat berkesan seperti bertugas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ketika berlakunya bencana dan membantu melaksanakan kerja-kerja pembersihan rumah mangsa bencana, agihan bantuan makanan serta kelengkapan kepada mangsa-mangsa ketika pascabencana. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Soalan tambahan.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Iga

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Datuk Ugak anak Kumbong

Igan.

final • 10:50 AM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Wangsa Maju.

final • 10:50 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Soalan tambahan.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Igan.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sahabat saya. Soalan tambahan saya ialah bagaimanakah kerajaan membantu dalam penyelarasan bantuan dan sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) serta sukarelawan semasa bencana dan situasi kritikal negara? Ini adalah kerana dilaporkan terlalu banyak birokrasi dan syarat-syarat yang ketat dikenakan, yang saya rasa perkara ini tidak harus berlaku dan bantuan harus disegerakan.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih saudara saya, Yang Berhormat Igan. Merujuk kepada dakwaan sesetengah pihak bahawa terdapat banyak birokrasi dan syarat ketat yang dikenakan terhadap NGO serta sukarelawan yang hendak membantu sewaktu bencana ialah tidak benar semata-mata, Yang Berhormat .

Arahan Nombor 20 Majlis Keselamatan Negara, Yang Berhormat; dasar dan mekanisme pengurusan bencana negara menetapkan Pusat Kawalan Operasi Bencana

(PKOB) sebagai pusat penyelaras, pengurusan dan bantuan sewaktu bencana. Ia bukan bertujuan untuk mewujudkan birokrasi dan melambatkan bantuan mahupun menghalang mana-mana badan NGO atau badan bukan kerajaan atau sukarelawan untuk membantu.

Akan tetapi ia satu keperluan penyelarasan bagi mengelakkan isu-isu seperti pertindihan dan pembaziran bantuan yang disebabkan oleh kekurangan maklumat serta menjamin keselamatan NGO dan sukarelawan masuk ke zon bencana. Yang Berhormat, terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Soalan tambahan.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Seterusnya, soalan nombor tiga. Tuan Prabakaran a/l M. Parameswaran, Yang Berhormat Batu.

final • 10:50 AM

3. Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran [Batu] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan adakah kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula kebenaran penggunaan aplikasi Telegram, WeChat, Michat dan beberapa aplikasi chat lain yang dilihat banyak pengaruh negatif untuk generasi muda.

final • 10:50 AM

Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih, Yang Berhormat Batu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Satu,dua, tiga, empat, Saya jawab dengan cepat. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan tidak menjalankan sebarang tapisan atau pengklasifikasian kandungan bagi membenarkan atau tidak membenarkan sebarang bentuk aplikasi ataupun platform untuk digunakan oleh pengguna internet di Malaysia.

Kerajaan juga pada waktu ini tidak mengenakan apa-apa lesen kepada mana-mana

final • 10:50 AM

Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

penyedia platform media sosial. Ini merangkumi platform ataupun aplikasi pemesejan segera seperti WhatsApp, WeChat, Michat dan sebagainya.

final • 10:50 AM

Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Walau bagaimanapun, bagi aplikasi yang secara jelas melanggar peruntukkan undang-undang seperti membuat penipuan, penyamaran dan sebagainya, tindakan sewajarnya boleh diambil termasuk dengan menyekat aplikasi berkenaan daripada diguna oleh pengguna di Malaysia. Dalam aspek ini, pihak kerajaan berpandangan bahawa sesebuah platform itu sekiranya digunakan dengan positif insya-Allah hasilnya adalah positif. Namun jika diguna dengan niat jahat dengan izin, with malicious intent– contohnya untuk scam, untuk menipu, untuk menyebar fitnah dan sebagainya, kesannya amat negatif buat negara.

Tindakan-tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak kerajaan adalah berasaskan aduan daripada masyarakat awam serta pihak yang terkesan berlandaskan lunas perundangan sedia ada .Sekiranya terdapat mana-mana pihak ataupun individu melakukan sebarang bentuk tindak-tanduk atau memuat naik kandungan yang melanggar peruntukkan undang-undang sedia ada tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap pihak atau individu yang berkenaan, bukanlah kepada platform yang menjadi platform perkongsian kandungan ataupun maklumat. Sekian terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Batu, soalan tambahan.

final • 11:00 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri untuk memberi jawapan. Saya rasa kalau kita sentuh berkaitan sosial media ia sentiasa menjadi isu hangat. Saya rasa sosial media ini kita perlu menggunakan platform itu sebagai perkara positif sebagai mana Yang Berhormat Menteri memberi jawapan.

Kalau kita tengok pengaruh sosial media ini, saya rasa kumpulan yang besar adalah anak muda dan juga mereka menggunakan platform ini sebagai karya kreatif.

Banyak usahawan muda menggunakan platform ini untuk mempromosikan perniagaan seperti Boss James begitu juga dengan educational channels dengan izin, Spacedollah dan lain-lain. Adakah kementerian ada hasrat untuk memberi peluang kepada golongan- golongan anak muda...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Batu, duduk sekejap. Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Bagan ada mesyuarat ke dalam ini? Jika mustahak minta Yang Berhormat berbincang di luar, kita beri perhatian kepada Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Batu sila bercakap.

final • 11:00 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, adakah kerajaan ada hasrat untuk memberi platform kepada anak-anak luar bandar untuk menggunakan sosial media ini untuk karya kreatif? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Maaf, apa perkataan hujung itu? Kita tengah riuh fasal Yang Berhormat Pendang, sekali lagi. Apa dia tadi?

final • 11:00 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Karya kreatif

final • 11:00 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Karya?

final • 11:00 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Karya kreatif.

final • 11:00 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Karya kreatif? Baik. Terima kasih Yang Berhormat Batu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang pihak kerajaan melihat media sosial ini memainkan peranan yang sangat penting bukan hanya sebagai medium berekspresi tetapi juga dalam konteks ekonomi digital. Ramai dalam kalangan anak-anak muda sekarang melakukan jualan secara online. Contohnya salah seorang pengusaha usahawan muda seperti Khairul Aming yang telah merekodkan jumlah jualan sambal sahaja iaitu Sambal Nyet itu sebanyak

final • 11:00 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

RM21.5 juta untuk dua tahun kebelakangan ini. Memang media sosial dengan izin has an opportunity for us to do good tetapi media sosial juga ada kemungkinan boleh disalahgunakan. Jadi, ia seperti mana-mana aplikasi yang diwujudkan – baik buruknya bergantung kepada niat kita.

Pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(MCMC) sebagai contoh mewujudkan pusat-pusat ekonomi digital. Terdapat lebih 911 buah di seluruh negara yang insya-Allah akan ditambah lagi dan pusat-pusat ekonomi digital ini boleh menjadi pemangkin ekonomi digital dengan kerjasama contohnya pihak kerajaan berhasrat untuk bekerjasama dengan pihak TikTok untuk lebih berusaha ataupun berusaha untuk mendapatkan lebih ramai anak muda terlibat dalam ekonomi digital menggunakan platform tersebut –juga pelbagai platform yang lain seperti Shopee dan sebagainya. Jadi saya lihat peluang untuk kita memahami media sosial ini untuk kebaikan, untuk pembangunan ekonomi, terutama ekonomi digital itu ada dan saya harap Yang Berhormat Batu boleh bersama-sama menjayakan hasrat murni kerajaan ini. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Tumpat.

final • 11:00 AM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya kira terdapat lebih kurang empat kementerian yang terlibat dalam kes membabitkan siber dan juga anak muda. Pertama, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Wanita, Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Komunikasi. Jadi dalam hal ini adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan jawatankuasa untuk menjamin dan melihat kesejahteraan kesan siber dan digital ini kepada anak muda? Itu pertama.

Keduanya, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu Skuad Siber dalam kalangan generasi muda khususnya di universiti, di sekolah menengah dan sekolah rendah untuk memantau dan menjamin keselamatan digital ini kepada anak-anak. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat. Dalam aspek keselamatan siber memang bagi kementerian ini melalui pelbagai program dan aktiviti di bawah agensi-agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta CyberSecurity Malaysia ada diusahakan kempen-kempen kesedaran.

Sebagai contoh pada hari Sabtu yang lalu saya telah melancarkan Jelajah Anti- Scam Kebangsaan yang diusahakan bersama oleh CyberSecurity Malaysia dan Celcom, Digi sebagai contoh. Niatnya adalah untuk pergi menjelajah ke enam negeri, meningkatkan kesedaran di khalayak umum tentang kepentingan kita berwaspada sewaktu kita menggunakan media sosial supaya kita tidak terjerumus, tidak tertipu dengan scammer. Akan tetapi merujuk semula kepada soalan khusus Yang Berhormat tadi, pada waktu ini memang setiap kementerian kita lihat bukan hanya dalam isu media sosial dan anak muda tetapi ekonomi digital itu sendiri terdapat pelbagai jurisdiction dengan izin, pelbagai kementerian yang terlibat. Jadi saya percaya pihak kerajaan dari semasa ke semasa akan menilai peri pentingnya mewujudkan jawatankuasa seperti Yang Berhormat sebutkan tadi dan insya-Allah sekiranya ada keperluan nanti kita akan umum, terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan keempat Yang Berhormat Kapten Azahari bin Hasan, bersara ya? Yang Berhormat Padang Rengas.

final • 11:00 AM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bukan bersara, saya kapten kapal brig ship.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya tengok kalau dalam list kita ini– masih lagi mempunyai lesen berkenaan?

final • 11:00 AM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Ya.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan.

final • 11:00 AM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Okey, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi.

Pat pat siku lipat, Soalan saya soalan nombor empat.

final • 11:00 AM

4. Kapten Azahari bin Hasan [Padang Rengas] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah 17 langkah kerajaan untuk mengurangkan harga kenderaan.

final • 11:00 AM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Padang Rengas, harga kenderaan adalah tidak dikawal oleh pihak kerajaan tetapi dipengaruhi oleh daya pasaran ataupun market forces. Seperti mana barangan lain, harga kenderaan adalah dipengaruhi oleh kos-kos yang terlibat dalam mengeluarkan sesebuah kenderaan seperti kos komponen yang digunakan, kos pengangkutan dan logistik kos insurans, kadar kaedah pinjaman, kos teknologi baru dan juga kos-kos lain.

Sebahagian kos-kos ini juga adalah dipengaruhi oleh kadar tukaran wang asing, penentuan harga oleh syarikat-syarikat pengeluar kenderaan ataupun OEM turut mengambil kira keanjalan permintaan ataupun dengan izin demand elasticity terhadap sesebuah kenderaan tersebut. Kebiasaannya kategori mewah mempunyai keanjalan permintaan yang lebih rendah berbanding bukan mewah. Selain itu, elemen teknologi terkini yang diterapkan dalam sesebuah kenderaan bagi meningkatkan daya keselamatan untuk pemandu dan pengguna jalan raya juga mempengaruhi harga kenderaan dan harga kenderaan tersebut tidak boleh dibandingkan dengan model-model terdahulu.

Untuk makluman, setiap kenderaan secara umumnya tertakluk juga kepada duti import, duti excise, dan juga cukai jualan bergantung kepada spesifikasi kenderaan tersebut. Duti dan cukai yang dikenakan juga akan menjadi sebahagian dari kos kenderaan tersebut sebelum syarikat menentukan harga di pasaran.

Di bawah Dasar Automotif Nasional, industri automotif tempatan telah diberikan panduan dan hala tuju supaya menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran kenderaan terutamanya jenis cekap tenaga bagi menarik pelaburan di dalam aktiviti pengeluaran energy efficient vehicle (EEV). Kerajaan telah menawarkan insentif cukai dalam bentuk pengecualian atau pengurangan duti excise dan cukai jualan. Selain itu kerajaan juga memberi pengecualian dan pengurangan duti import ke atas komponen-komponen import untuk aktiviti pemasangan tempatan kenderaan.

Mekanisme insentif di bawah NEP ini akan dinilai di bawah Jawatankuasa Pembangunan Perniagaan Automotif yang dianggotai MITI, Kementerian Kewangan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan juga agensi berkenaan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia

(MARii). Kadar atau tahap insentif cukai yang diberikan adalah bergantung kepada merit dan merit pelan perniagaan OEM seperti jumlah pelaburan, pembangunan vendor terutamanya vendor tempatan, pemindahan teknologi dan juga pelan untuk eksport.

final • 11:00 AM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Selain mekanisme penilaian insentif bagi tujuan pengurangan duti dan cukai kenderaan, produk automotif seperti completely built-up (CBU) unit ini dan CKD dan komponen-komponen yang diimport berpeluang untuk menikmati duti import pada kadar yang lebih rendah atau sehingga kosong peratus di bawah ASEAN Trade in Goods Agreement dan dari negara-negara lain yang mempunyai Perjanjian Perdagangan Bebas ataupun FTA dengan Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Padang Rengas.

final • 11:10 AM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, pengurangan harga kenderaan dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh rakyat. Setujukah pihak kerajaan untuk menghapuskan duti eksais yang mana daripada 60 peratus sehingga 110 peratus duti eksais ini dan mungkin boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

[Bangun]

final • 11:10 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat. Yang disebut sebagai duti eksais itu kalau untuk harga mampu milik terutamanya harga kereta yang kurang daripada RM50,000. Daripada segi jualan 50 peratus daripada jualan kereta adalah harga untuk kereta yang harganya kurang dari RM50,000 di mana duti eksaisnya sebenarnya hanya dua peratus hingga lima peratus sahaja.

Duti eksais yang tinggi yang disebut tadi terutamanya di antara 70 peratus sehingga 105 peratus adalah untuk kereta-kereta yang lebih mewah dan kalau kita lihat harga kos sebenar adalah kos memang dengan izin, actual cost of building that car lah.

Jadi, kita harapkan dengan kemajuan teknologi, insya-Allah harga kereta pun akan turun dengan permintaan yang lebih kuat juga pada masa yang sama.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Ayer Hitam.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana jawapan yang agak komprehensif. Sepertimana kita sedia maklum bahawa struktur cukai semasa turut mempengaruhi harga kenderaan. Soalan saya, adakah kerajaan merancang untuk mengkaji semula atau merombak semula struktur cukai sedia ada dan mengurangkan harga kenderaan sepertimana yang diidam-idamkan oleh rakyat jelata? Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat mantan Menteri Pengangkutan. Saya sebagai mantan Menteri Kewangan memang melihat bahawa cukai ini terutamanya cukai eksais seperti saya sebut tadi memang sudah kurang untuk harga ini tetapi betul masih ada lagi cukai-cukai lain yang akan mengakibatkan harga kereta agak tinggi berbanding dengan apa yang diharapkan oleh rakyat, terutamanya untuk golongan yang harga kereta lebih daripada RM100,000.

Pada ketika ini kita terpaksa mengakui yang kita tidak mempunyai perancangan untuk mengkaji semula struktur cukai sedia ada untuk sektor automotif. Ini kerana sektor cukai sedia ada dan khususnya duti eksais ini memainkan peranan dalam menggalakkan aktiviti nilai tambah terutamanya melalui aktiviti pemasangan tempatan dan pembangunan vendor. Jadi, ini untuk dengan izin, encourage the local vendors untuk mengambil bahagian dalam industri pembangunan automotif di Malaysia.

Seperti dijelaskan tadi, insentif ditawarkan melalui pengurangan cukai berdasarkan tahap aktiviti nilai tambah yang dijalankan. Lebih tinggi aktiviti nilai tambah dilaksanakan, lebih tinggi pengurangan cukai diberikan dan seterusnya membantu syarikat pengeluar kenderaan untuk mengurangkan harga kenderaan, terutamanya mereka yang membuat CKD di Malaysia. Pendekatan ini kita harap membolehkan kerajaan Yang Berhormat Ayer Hitam, supaya membangunkan industri automatif tempatan yang berdaya saing melalui limpahan ekonomi hasil daripada aktiviti nilai tambah, di samping kita mengharapkan supaya harga kenderaan dikurangkan. Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan yang...

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Soalan tambahan ketiga boleh?

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan yang kelima.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Boleh soalan tambahan yang ketiga?

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat duduk.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya suruh duduk itu tidak adalah.

[Ketawa] Soalan yang kelima, Yang Berhormat Sibu, Tuan Oscar Ling Chai Yew.

final • 11:10 AM

5. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] minta Menteri Ekonomi menyatakan perkembangan terkini dan pencapaian SCORE di Tanjong Manis, Sarawak. Adakah SCORE mencapai sasarannya mengikut jadual pencapaian, kalau SCORE tidak membawa hasil yang dicadangkan, apakah perancangan alternatif untuk membantu membangunkan ekonomi di kawasan pertengahan Sarawak.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak atau Sarawak Corridor of Renewable Energy

(SCORE) merupakan salah satu daripada lima koridor pembangunan ekonomi yang diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia sebagai sebahagian daripada rancangan untuk merancang pertumbuhan di kawasan luar bandar. SCORE merangkumi kawasan seluas lebih 100,000 kilometer persegi, kira-kira 80 peratus dari Sarawak yang merangkumi wilayah tengah hingga wilayah utara Sarawak.

SCORE bertujuan untuk membangunkan dan mempromosikan sumber tenaga boleh diperbaharui, khususnya tenaga hidroelektrik untuk menjana pertumbuhan ekonomi negeri. Pembangunan sumber tenaga boleh diperbaharui di Sarawak dijangka menarik pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan dan merangsang pertubuhan ekonomi khususnya dalam industri berintensifkan tenaga.

SCORE juga merangkumi pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya, utiliti, telekomunikasi, pelabuhan dan lapangan terbang untuk meningkatkan kesaling hubungan dan memudahkan pergerakan barang dan rakyat di dalam negara dan di luar negeri. Ini akan merangsang lagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di rantau ini.

SCORE menyasarkan jumlah pelaburan yang dirancang sebanyak RM334 bilion menjelang tahun 2030 dengan pelaburan swasta sebanyak RM267 bilion dan pelaburan kerajaan sebanyak RM67 bilion. Dengan kepelbagaian ekonomi negeri melalui SCORE menyasarkan untuk memiliki sejumlah 2.5 juta peluang pekerjaan di Sarawak.

Tanjong Manis Economic Growth Area (T-Mega) merupakan salah sebuah hab pertumbuhan utama yang telah dikenal pasti di dalam wilayah SCORE yang bertujuan untuk memacu pembangunan ekonomi di Tanjong Manis dan meningkatkan taraf hidup pendudukan setempat. Selain industri perkayuan industri lain yang ditumpukan di kawasan tersebut adalah merangkumi industri pembinaan dan pembaikan kapal industri berasaskan kelapa sawit, perikanan, pertanian, penternakan haiwan, akuakultur serta aktiviti penghasilan dan pemprosesan makanan halal.

Memandangkan T-Mega merupakan greenfield area, fasa awal adalah bertumpu kepada pembangunan kemudahan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air, telekomunikasi, elektrik dan infrastruktur logistik bagi menyokong keperluan asas industri- industri yang dirancangkan serta memberi limpahan manfaat kepada penduduk setempat.

Setakat ini kesemua infrastruktur yang dirancang telah dilaksanakan mengikuti jadual kecuali pengerukan muara Kuala Rajang ke Pelabuhan Tanjong Manis, testing dan commissioning pembekalan air dari Sibu yang dijangka siap dalam suku pertama tahun 2023 dan projek pembinaan Jalan Pasi ke Tanjong Manis termasuk jambatan yang

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

menghubungkan Sarikei dan Tanjong Manis dijadualkan siap pada tahun 2024. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Sibu.

final • 11:10 AM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Terima kasih jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri merupakan apa yang dirancangkan dan sasaran yang hendak dicapai oleh SCORE ini. Akan tetapi pada masa sekarang apa yang kita tengok ialah pencapaian FDI yang masuk dan berapakah pelaburan sudah masuk untuk menubuhkan kilang-kilang, pencapaian itu untuk mencapaikan ekonomi itu sudah dicapaikan pada masa sekarang?

final • 11:10 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Sehingga tahun 2022, wilayah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) telah merekodkan pelaburan awam dan swasta sebanyak RM102.36 bilion. Daripada jumlah tersebut sejumlah RM93.09 bilion disumbang oleh pelaburan swasta melalui pelaksanaan 334 projek manakala sebanyak RM9.17 bilion direkodkan daripada pelaburan awam yang melibatkan pelaksanaan 326 projek.

Pelaburan ini telah mewujudkan peluang pekerjaan berjumlah 52,771. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Gopeng.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Pendang dahulu.

final • 11:20 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya dahulu...

[Ketawa]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kuala Terengganu. Dia dahulu.

final • 11:20 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya ingin mengucapkan tahniah atas komitmen kerajaan terus memberi tumpuan kepada lima buah wilayah koridor iaitu Iskandar Malaysia, NCER, ECER dan juga SCORE. Dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), kerajaan yang lalu menyatakan komitmen 50 peratus peruntukan untuk belanjawan pembangunan diperuntukkan ke enam buah negeri yang ketinggalan termasuklah Sarawak tadi. Jadi, apakah kerajaan campuran pada hari ini boleh berjanji untuk terus memberikan keutamaan merapatkan jurang pembangunan ini termasuk peruntukan pembangunan melibatkan wilayah yang tersebut itu? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Insya-Allah. Terima kasih...

[Ketawa]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Pendek betul jawapan Yang Berhormat Menteri...

[Ketawa]

final • 11:20 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Minta jawapan bertulis pun tidak apa kalau tidak boleh menjawab.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kalau Yang Berhormat Menteri hendak bagi jawapan bertulis pun boleh.

final • 11:20 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Boleh soalan tambahan satu lagi? Jawapan ringkas sangat.

final • 11:20 AM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Boleh tambah satu lagi? Tanjong Manis hendak tanya.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat duduk ya. Saya hanya bagi dua sahaja.

Soalan keenam, Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman, Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 11:20 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mulakan soalan saya dengan berpantun.

final • 11:20 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Solat subuh kemudian bersenam, Minum kopi untuk sarapan; Soalan KAFA nombor enam, Menteri Agama mohon jawapan.

final • 11:20 AM

6. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan, adakah kerajaan bercadang untuk mewajibkan kepada semua murid yang beragama Islam untuk mempelajari KAFA dan mengambil peperiksaan UPKK.

final • 11:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kerajaan amat prihatin dengan pendidikan Islam kepada kanak-kanak yang beragama Islam. Program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) merupakan program pengukuhan asas pendidikan Islam bagi kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun.

Program ini untuk memastikan mereka dapat menguasai bacaan al-Quran dengan baik, mempelajari dan mengamalkan perkara-perkara asas fardu ain dalam kehidupan di samping kurikulum Pendidikan Islam yang diikut oleh murid di sekolah kebangsaan.

Buat masa ini, penyertaan kanak-kanak Islam dalam program KAFA adalah bersifat sukarela. Walaupun kerajaan masih belum mewajibkan program KAFA dan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), kerajaan masih kekal komited dalam melaksanakan pemerkasaan program KAFA secara berterusan untuk memberi manfaat kepada seramai 1,324,440 orang murid Islam di seluruh Malaysia.

Ini terbukti dengan melihat evolusi program KAFA itu sendiri dalam beberapa aspek iaitu yang pertama, peningkatan jumlah penyertaan murid Islam ke dalam program KAFA setiap tahun yang seterusnya memberikan kesan peningkatan kepada jumlah guru, penyelia dan juga premis KAFA.

Kedua, penyelarasan kurikulum dan buku teks KAFA. Bermula tahun 2020, JAKIM telah berusaha untuk melaksanakan penyeragaman kurikulum dan buku teks KAFA untuk digunakan oleh semua agensi pelaksana KAFA. Tujuan penyelarasan ini dibuat sudah tentunya memberikan manfaat kepada murid-murid Islam yang menyertai program KAFA agar mendapat satu kurikulum yang standard. Ini termasuklah dengan memperkenalkan program KAFA Pratahfiz.

Ketiga, peluasan pelaksanaan KAFA kepada murid berkeperluan pendidikan khas ataupun MBPK ke 58 buah sekolah melibatkan 1,589 orang murid.

Keempat, pemerkasaan kaedah penilaian melalui peperiksaan dan pentaksiran Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) telah pun diterima sebagai syarat kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

(SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Maktab Rendah Sains MARA Program Ulul Albab dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN).

Kelima, peningkatan kompetensi pegawai, guru-guru, penyelia dan pentadbir melalui latihan yang lebih sistematik dan komprehensif dengan kerjasama KPM. Kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa berusaha untuk menambah baik pelaksanaan KAFA dan UPKK bagi memastikan kemenjadian murid Islam menyokong pembentukan generasi Malaysia Madani. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam pemerhatian saya, kita belajar KAFA hanya setakat Darjah 5 dan habis setakat itu. Ilmu agama yang asas ataupun fardu ain tidak cukup untuk menjadi seorang yang mampu untuk membawa dirinya sendiri dengan amalan agama Islam yang sebenar kecuali di peringkat sekolah menengah mereka masuk sekolah-sekolah yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi ataupun ibu bapa yang lebih prihatin dengan memberikan mereka pendidikan agama yang lain.

final • 11:20 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Jadi, soalan saya ialah adakah pihak kerajaan berpuas hati dengan silibus kelas KAFA pada hari ini boleh menjadikan seseorang murid yang mengikutinya dapat menjadi seorang Muslim yang mampu beramal dengan kehendak agama sebaiknya?

Kedua, adakah kerajaan bercadang untuk mengarusperdanakan kelas KAFA ini sehinggalah ke peringkat sekolah menengah? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sehingga kini, silibus program KAFA iaitu al-Quran, Jawi dan Asas- asas Fardu Ain telah mendapat pencapaian cemerlang. Yang ini kita boleh ukur dari sudut pencapaian murid-murid dalam ujian UPKK selama tiga tahun berturut-turut di mana pencapaian mereka ini lebih daripada 90 peratus. Tiga tahun berturut-turut dari tahun 2018 hinggalah tahun 2021.

Selain daripada itu Ahli-ahli Yang Berhormat, kejayaan program KAFA ini dapat dilihat dari sudut membina keyakinan diri melalui penyertaan dalam program tahunan Ihtifal KAFA Kebangsaan. Melalui program-program ihtifal yang dijalankan oleh pihak JAKIM ini, kita dapat lihat bahawa mereka ini dapat dibina keyakinan diri mereka. Walau bagaimanapun, dengan kejayaan-kejayaan yang kita nampak ini, kerajaan komited untuk terus memastikan supaya program KAFA ini akan dapat ditambah baik daripada semasa ke semasa untuk keperluan penambahbaikan tersebut. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat Menteri. Kita mengetahui bahawa permintaan kepada sekolah KAFA ini sangat tinggi dan kemampuan ataupun keupayaan negeri-negeri sangat terhad untuk menyediakan prasarana permintaan ini. Jadi, kekurangan ini banyak ditampung oleh sekolah agama swasta dan juga sekolah agama rakyat khususnya di bandar-bandar.

Jadi, setakat manakah kemampuan ataupun rancangan daripada pihak Yang Berhormat Menteri untuk membantu sekolah agama swasta dan juga sekolah agama rakyat ini bagi menyediakan keperluan sebagai compliment kepada sekolah-sekolah yang disediakan oleh pihak kerajaan? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Seperti mana yang telah saya sebutkan sebentar tadi, insya-Allah kerajaan amat komited untuk membantu negeri-negeri dalam melaksanakan program- program KAFA ini dan insya-Allah, termasuklah usaha-usaha yang dibuat untuk kita pastikan supaya negeri ini akan dapat diberikan bantuan termasuklah dalam bentuk kewangan dan sebagainya, insya-Allah. Perkara ini akan kita lakukan secara komited dan secara komitmen dan akan dibuat secara berterusan, insya-Allah. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan yang berikutnya, Puan Rodiyah binti Sapiee, Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 11:20 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Mari berjalan ke Sungai Buloh; Soalan saya nombor tujuh.

final • 11:20 AM

7. Puan Rodiyah binti Sapiee [Batang Sadong] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah perancangan kerajaan untuk pembinaan Kompleks Persekutuan yang baharu untuk menangani isu pejabat-pejabat Persekutuan di kawasan Batang Sadong khususnya di Simunjan yang kini lokasi premisnya berselerak dan kebanyakannya menumpang di pejabat daerah.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Minta maaf, tiada pantun Tuan Yang di-Pertua.

Saya mohon keizinan Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab secara sekali soalan nombor 46 daripada Yang Berhormat Lawas bertarikh 22 Mac 2023.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat sebanyak 20 buah wisma atau Bangunan Gunasama Persekutuan (BGP) di seluruh Sarawak untuk menempatkan jabatan dan agensi Persekutuan yang memberi perkhidmatan langsung mahupun secara tidak langsung kepada rakyat negeri Sarawak.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Lokasi bagi BGP ini adalah terletak di bandar-bandar utama seluruh negeri Sarawak di setiap bahagian kecuali Bahagian Serian. Penempatan BGP di bandar-bandar utama adalah bagi memudahkan urusan orang ramai setelah mengambil kira kemudahan- kemudahan asas dan infrastruktur semestinya lebih bersedia berbanding di luar-luar bandar yang agak jauh dari pusat bandar selain fakta pusat bandar yang menjadi tumpuan orang ramai.

Di Bahagian Kota Samarahan, BGP yang terdekat setakat ini ialah Wisma Persekutuan Kota Samarahan yang terletak di Jalan Datuk Mohamad Musa. Simunjan adalah terletak dalam bahagian Kota Samarahan Tuan Yang di-Pertua.

Setakat ini terdapat sebanyak 11 buah jabatan dan agensi persekutuan yang menduduki BGP. Ruang pejabat yang terhad - tidak banyak BGP berkenaan dan sememangnya tidak dapat menampung untuk penempatan kesemua jabatan dan agensi Persekutuan yang terdapat di Simunjan.

Pejabat ini mengambil maklum Tuan Yang di-Pertua bahawa memang masih terdapat jabatan atau agensi Persekutuan di Bahagian-bahagian di Sarawak termasuk Bahagian Kota Samarahan sendiri yang masih menyewa di premis swasta mahupun menumpang bangunan pejabat bawah Kerajaan Negeri Sarawak. Namun keutamaan rancangan kita bagi membangunkan BGP di seluruh negeri Sarawak adalah mengambil kira keperluan penempatan jabatan dan agensi dan juga yang lebih mendesak.

Saya berharap pada 24 hari bulan ini, pembentangan bajet supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi peruntukan untuk BGP di seluruh negeri Sarawak di tambah baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Oh, maaf ya. Seterusnya, ya silakan Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Soalan tambahan.

final • 11:30 AM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Soalan-soalan tambahan kepada Yang Berhormat Batang Sadong

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, silakan.

final • 11:30 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Soalan tambahan, adakah perancangan kerajaan untuk membina Kompleks Persekutuan yang baharu di Batang Sadong akan melibatkan pembinaan kuarters kediaman pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan?

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 11:30 AM

Datuk Ugak anak Kumbong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, tidak apa Tuan Yang di-Pertua. Ini orang baharu, Ahli Parlimen Batang Sadong.

Yang Berhormat, setakat ini tiada perancangan untuk membina Bangunan Gunasama Persekutuan di Batang Sadong dan Kota Samarahan. Justeru, tiada perancangan untuk membina kuarters kediaman pegawai dan Kerajaan Persekutuan Yang Berhormat.

Jadi, Bangunan Gunasama Persekutuan yang ada ialah di Bahagian Kota Samarahan. Setakat ini tiada sebarang perancangan juga Yang Berhormat pembinaan BGP di Batang Sadong yang dikemukakan oleh Kementerian Kewangan.

Dalam perancangan, Yang Berhormat Serian ada di sini melihat saya tadi, kita akan membangunkan Yang Berhormat Serian iaitu Projek Bangunan Gunasama Persekutuan (BGP) Serian dan juga Projek Kuarters Gunasama Persekutuan (KGP) di Belaga kerana di Belaga adalah jauh dari bandar dan tidak ada kuarters untuk perkhidmatan awam kita di Belaga. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Alor Setar.

final • 11:30 AM

Dato Anyi Ngau - Baram

Baram.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian

[Bangun]

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya Yang Berhormat Alor Setar.

final • 11:30 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya mengenai Pejabat Persekutuan di negeri ini diwujudkan Pejabat Persekutuan di negeri itu adalah untuk memudahkan dan menyelaraskan urusan Persekutuan dengan negeri dan rakyat.

Soalan saya, baru-baru ini di Kedah misalnya, ada agensi Persekutuan yang dijemput hadir ke mesyuarat peringkat negeri tetapi dimaklumkan dia tidak dibenarkan hadir mesyuarat kerajaan negeri tersebut. Jadi, apakah pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap agensi-agensi Persekutuan di negeri-negeri yang berlainan ideologi politik ini?

Adakah sama ataupun ada arahan terbaharu mengenai larangan? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:30 AM

Datuk Ugak anak Kumbong

Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya spesifik soalan untuk Sarawak tetapi mengambil kira dengan sahabat saya, Yang Berhormat Alor Setar, kita sebagai Kerajaan Perpaduan tidak memilih bulu, bangsa dan agama.

Bagi saya, sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Yang Berhormat Alor Setar, saya akan membawa perkara ini kepada ke pihak atasan supaya masalah ini tidak akan timbul lagi untuk seluruh rakyat Malaysia ini. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato Anyi Ngau - Baram

Soalan tambahan.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Yang Berhormat Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin, Tangga Batu.

final • 11:30 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tempat jatuh lagi dikenang, Inikan pula tempat bermain, Masuk hutan digigit lipan, Soalan Tangga Batu nombor lapan.

final • 11:30 AM

8. Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [Tangga Batu] minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah langkah yang diambil oleh kementerian bagi menyelesaikan masalah kuarters tentera yang tidak diselenggara dengan baik, khususnya seperti di Melaka.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Perpaduan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu di atas soalan yang dikemukakan berhubung tentang kuarters tentera dan penyelenggaraan.

Kementerian Pertahanan sentiasa melaksanakan penyelenggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di seluruh negara berdasarkan kepada peruntukan tahunan yang diterima.

Dua agensi pelaksana telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan penyelenggaraan tersebut iaitu:

(i) Jabatan Kerja Raya (JKR); dan

(ii) Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) Markas Angkatan Tentera Malaysia.

Pada tahun ini tahun 2023, usul peruntukan sementara dibentangkan semasa sidang Parlimen pada Disember tahun lalu telah meluluskan peruntukan sebanyak RM58.9 juta bagi peruntukan penyelenggaraan bagi tahun 2023. Ianya akan bergantung kepada kelulusan pembentangan belanjawan yang akan diadakan pada esok hari.

Penyelenggaraan kuarters tentera di negeri Melaka untuk makluman, pada tahun 2023 melibatkan 489 buah kuarters iaitu di bawah Pasukan Markas Garison Terendak Staff Pengkalan dan 96 Depot Pengkalan Peluru (96 DPP).

Untuk makluman sidang, kita tahu bahawa penyelenggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera ini adalah merupakan tanggungjawab Kementerian Pertahanan. Dalam kita melaksanakan penyelenggaraan ini ada dua kaedah yang kita gunakan sama ada dengan izin secara corrective maintenance mahupun preventive maintenance. Cuma, apa yang kita lihat dalam tahun-tahun sebelum daripada ini, kebanyakan penyelenggaraan dilakukan secara pemulihan ataupun baik pulih sedangkan penyelenggaraan secara preventif iaitu pencegahan amat kurang dilaksanakan.

Jadi, oleh sebab itu Kementerian Pertahanan menyusun semula model-model penyelenggaraan ini supaya boleh memastikan Rumah Keluarga Angkatan Tentera ini dapat diselenggara dengan baik.

Secara kesimpulannya, kerajaan sentiasa berusaha terutamanya di Kementerian Pertahanan untuk memastikan kebajikan anggota tentera sentiasa terjaga bagi memastikan mereka terus bersemangat untuk menyumbang khidmat bakti dengan sebaiknya. Itu sahaja jawapan.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan soalan tambahan Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 11:30 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Saya rasa saya tapaulah soalan satu dan soalan dualah.

Apakah ada perancangan dari kerajaan untuk menggantikan kuarters kelamin lama dan usang seperti flat empat tingkat dengan dua bilik termasuk berek-berek bujang yang berumur lebih 50 tahun di Kem Terendak dengan rumah-rumah dan berek baharu yang lebih kondusif dan menambah bilangan unit bagi memenuhi keperluan semasa Angkatan Tentera Malaysia serta memiliki kemudahan awam seperti dewan serba guna, tadika, kebersihan memiliki sistem perparitan dan penjagaan sampah dan kumbahan yang lebih sistematik?

Ini bagi mengurangkan anggota tentera menyewa di luar kerana ia akan memberikan kesan kepada response time bila berlaku kecemasan. Walaupun ada usaha renovasi mengubah dua unit rumah lama kepada satu, ternyata kerja-kerja dijalankan ini tidak memenuhi keperluan keluarga moden hari ini.

Kemudian yang ketiganya, tadi disentuh mengatakan bahawa ada dilakukan penyelenggaraan dan sebagainya. Akan tetapi masalahnya isu penyelenggaraan kerosakan termasuk pembuangan dan pelupusan sampah kuarters kelamin sangat buruk.

Bagaimanakah prestasi kontraktor dinilai memandangkan anggota tidak boleh membuat

final • 11:30 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

aduan ke media sosial sebagaimana orang awam? Apakah mekanisme aduan berkesan wujud dan diberi perhatian oleh kementerian? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang dimaklumkan memang kita di peringkat Kementerian Pertahanan, sebenarnya kita mengkategorikan rumah-rumah keluarga angkatan tentera ini.

Di mana kita dalam kategori rumah-rumah ini kita mengkategorikan sama ada rumah itu dalam kedudukan baik mahupun rumah itu rosak sederhana. Diduduki rosak secara kritikal sama ada dia kosong tetapi boleh digunakan ataupun kosong rosak dan perlu dibaiki dan termasuk rumah-rumah yang bagi kita tidak boleh selamat didiami, itu pun kita kategorikan.

Oleh sebab itu dalam persoalan itu untuk makluman Yang Berhormat Tangga Batu, sebenarnya Kementerian Pertahanan pada tahun 2012, sebenarnya pernah meluluskan satu Projek Pembangunan Rumah Keluarga Angkatan Tentera pada tahun 2012 melalui kaedah swap iaitu swap tanah di Rawang itu sendiri.

Akan tetapi projek itu tidak dapat dilaksanakan sehingga kini kerana beberapa persoalan yang melibatkan ketidakmampuan pelaksana itu sendiri. Oleh sebab itu kalau kita lihat memang di Kementerian Pertahanan kita sentiasa menilai rumah-rumah yang sedia ada dan dalam masa yang sama kita memang dari semasa ke semasa sentiasa membangunkan rumah keluarga angkatan tentera bagi kemudahan dan kebajikan anggota tentera.

Ada pun persoalan-persoalan tentang ketidakpuasan hati ataupun isu-isu yang terkait tentang perkara yang terkait tentang kebajikan angkatan tentera itu. Kita di Kementerian Pertahanan sudah barang pasti mempunyai proses untuk menyampaikan maklumat-maklumat di peringkat pentadbiran itu sendiri. Itu sahaja jawapan saya.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Semporna.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya sama ada pihak kerajaan mempunyai langkah- langkah yang konkrit, dasar yang begitu jelas untuk memastikan supaya kebajikan, keselesaan, keselamatan dan bukan hanya anggotanya, keluarganya.

Kediaman ini merupakan satu perkara yang cukup penting untuk melahirkan satu suasana environment angkatan tentera yang boleh mencurahkan nyawa mereka kepada negara.

Dalam keadaan dunia yang semakin mencabar keselamatan dia, tidak akan kerajaan tidak ada inisiatif untuk menyalurkan peruntukan yang begitu besar. Kita mampu beli submarin, kita boleh mampu membeli peralatan berbilion.

Akan tetapi masa saya Timbalan Menteri Pertahanan saya masih ingat di Wardieburn Camp. Saya lawat satu bilik sahaja. Di situlah hendak tidur, di situ lah mak tidur, di situ anak belajar, bayangkan. Adakah ini salah satu langkah pihak kerajaan untuk memastikan supaya tidak ada fokus konkrit dan sampai ketika dia untuk memastikan.

Sama ada saya bertanya sama ada pihak kerajaan mempunyai rancangan yang begitu solid, konkrit untuk memastikan peruntukan yang mencukupi.

Di Sabah, di Lok Kawi, saya buat lawatan. Di kawasan saya di Semporna kem- kem, masya-Allah apabila saya lihat ya. Terkadang itu saya kena bagi semasa saya jadi Ketua Menteri bagi peruntukan untuk membantu mereka. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Semporna di atas soalan dikemukakan. Sebenarnya Yang Berhormat Semporna pun sebenarnya lebih faham di Kementerian Pertahanan itu. Akan tetapi ingin saya jawab persoalan itu tentang dasar kita di Kementerian Pertahanan.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sebenarnya kalau kita lihat kepada Perkara 5 dalam Kertas Putih Pertahanan itu, jadi kita tahu bahawa kita di peringkat Kementerian Pertahanan kita memang mempunyai teras yang jelas dan telah dibentangkan pun di Parlimen ini tentang Dasar Pertahanan Negara melalui Kertas Putih Pertahanan. Ada lapan perkara di situ dan saya harap Ahli- ahli Yang Berhormat membaca setiap perkara itu kerana dari situ kita tahu arah tuju dan masa depan terutamanya tentang Kementerian Pertahanan, keselamatan dan kedaulatan negara kita.

Oleh sebab itu dalam Perkara 5 kalau kita lihat Kertas Putih Pertahanan itu ialah tentang warga Pertahanan. Saya yakin bahawa kita di Kementerian Pertahanan sepanjang saya duduk beberapa bulan ini di Kementerian Pertahanan, dalam Mesyuarat Post- Kabinet tidak pernah terlepas daripada membicarakan persoalan tentang warga Pertahanan itu sendiri.

Oleh sebab itu apa yang disebut oleh Yang Berhormat Semporna itu saya tahu dan memang persoalan ini bukanlah persoalan yang baharu. Dia di warisi dari itu sebab itu kalau kita lihat dalam aspek yang tadi disebut oleh Yang Berhormat Tangga Batu tentang rumah keluarga angkatan tentera itu. Kalau kita lakukan penyelenggaraan secara korektif ia tidak akan selesai kerana kita tahu bahawa apabila rosak, apabila sudah terlalu teruk baru kita selenggara.

Akan tetapi kalau kita boleh beralih daripada penyelenggaraan secara korektif kepada penyelenggaraan secara preventif ini, jadi ini akan memastikan bahawa rumah dan kebajikan warga angkatan tentera itu dapat diberikan keutamaan. Itu sahaja jawapan saya.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Boleh saya tanya soalan tambahan ketiga. Pertahanan ini penting.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, tetapi kita tidak ada masa, kekangan masa. Saya difahamkan soalan nombor sembilan. Yang Berhormat Pasir Gudang ada di dalam Dewan? Tidak ada.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Jadi bolehkah tambahan ketiga?

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya bergerak kepada nombor 10, Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim, Yang Berhormat Kuala Terengganu. Silakan.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh tambahan ketiga?

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf.

final • 11:40 AM

[Soalan No. 9 - YB Tuan Hassan bin Abdul Karim (Pasir Gudang) tidak hadir]

10. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Ekonomi menyatakan apakah inisiatif kerajaan dalam membantu pembangunan infrastruktur dan penyaluran dana pembangunan untuk negeri Pantai Timur khususnya Terengganu bagi mengurangkan jurang pembangunan antara negeri-negeri di Malaysia selaras dengan Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, seiring dengan konsep Madani yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerajaan sentiasa berusaha ke arah memastikan pembangunan seimbang merentasi wilayah dan negeri termasuk negeri-negeri di Pantai Timur. Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 usaha dipergiat bagi menangani jurang kekayaan dan pendapatan merapatkan jurang pembangunan luar bandar dan bandar serta mempercepatkan pembangunan yang lebih inklusif bagi wilayah dan negeri.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Di bawah Rolling Plan Kedua tahun 2022 negeri-negeri Pantai Timur meliputi Kelantan, Pahang dan Terengganu telah diluluskan peruntukan pembangunan asas sebanyak RM5.89 bilion. Sejumlah 1,068 projek pembangunan di bawah pelbagai kementerian diluluskan.

Bagi negeri Terengganu khususnya peruntukan sebanyak RM1.37 bilion melibatkan pelaksanaan sejumlah 327 projek di bawah pelbagai kementerian. Antaranya adalah:

(i) projek menaikkan taraf jambatan merentasi Sungai Marang di laluan FT003, Jalan Kuala Terengganu, Kuantan, Marang dan Terengganu. Kos projek RM398 juta;

(ii) projek pembinaan Stadium Bukit Merbau, Kompleks Sukan Bukit Merbau Pasir Putih Kelantan, kos projek RM180 juta; dan

(iii) Program Perumahan Rakyat (PPR) di Bera Pahang. Kos projek RM234 juta.

Kerajaan terus komited untuk memacu pertumbuhan ekonomi di Koridor Ekonomi Wilayah melalui pembangunan inklusif dan mampan. Justeru kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM162.8 juta perbelanjaan pembangunan pada tahun 2022 bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECR). Ia adalah membiayai projek program pembinaan infrastruktur melibatkan negeri-negeri di wilayah ECR seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah mencatatkan jumlah pelaburan komited sebanyak RM16.90 bilion dengan jumlah pelaburan direalisasikan sebanyak RM6.45 bilion.

Pada tahun 2021 dan tahun 2022 ECERDC berjaya mewujudkan sebanyak 18,864 peluang pekerjaan dan 2,336 peluang keusahawanan di ECERDC. Bagi pembangunan kawasan luar bandar di negeri-negeri Pantai Timur sebanyak 95 projek dengan peruntukan berjumlah RM3.8 juta diluluskan bagi melaksanakan projek seperti jalan luar bandar, bekalan air luar bandar, bekalan elektrik luar bandar dan jalan perhubungan desa. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan, Kuala Terengganu.

final • 11:40 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Terima kasih atas jawapan yang begitu baik sekali daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya ingatkan insya-Allah juga tadi.

[Ketawa] Soalan saya apakah kerajaan menyusun keutamaan mengikut negeri dari segi jenis-jenis projek pembangunan yang dibiayai. Sejauh manakah ia telah membantu merapatkan jurang pembangunan negeri-negeri yang berkenaan dengan negeri-negeri lain yang lebih maju. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Berdasarkan RMKe-12 kerajaan komited agar sekurang-kurangnya 50 peratus peruntukan untuk DE Asas diagihkan kepada enam negeri yang kurang membangun iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Sabah dan Sarawak.

final • 11:40 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Pada tahun 2022, agihan (DE) Asas kepada enam buah negeri tersebut adalah sebanyak 52.3 peratus yang berjumlah sebanyak RM15.2 bilion. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah atas usaha kerajaan memberi perhatian terhadap pembangunan ekonomi di Pantai Timur, khususnya.

Di Kelantan khususnya dalam Parlimen saya sendiri antara projek ECR adalah pembinaan tapak halal hub untuk projek halal, tetapi sehingga sekarang ini tidak dapat beroperasi, projek itu ibarat gajah putih sahajalah. Jadi, sejauh mana usaha pihak

final • 11:50 AM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

kerajaan untuk memastikan pelaburan yang telah dilaburkan dapat dimanfaatkan dan dapat menyediakan pekerjaan kepada penduduk tempatan, terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon maaf, saya tidak mempunyai maklumat di depan tentang halal hub, tetapi dari segi pekerjaan memang ada mempunyai pertambahan.

final • 11:50 AM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Mohon jawab bertulis Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh ya?

final • 11:50 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Saya akan laksanakan, terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Betong, silakan.

final • 11:50 AM

11. Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri [Betong] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan inisiatif fasilitasi perniagaan yang disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memudahkan persekitaran perniagaan di Malaysia. Apakah peranan suruhanjaya dalam menangani cabaran kenaikan harga barangan masa kini.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sentiasa berperanan bagi menyokong ekosistem perniagaan yang sihat, berdaya maju, berdaya saing dan beretika di Malaysia demi untuk meningkatkan KDNK dan mempercepatkan pemulihan ekonomi negara.

KPDN dan SSM, mengadaptasi falsafah ease of doing business dan menyokong pengurangan cause of doing business, dengan izin supaya syarikat-syarikat dapat beroperasi dengan mampan dan akhirnya mengurangkan harga produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. SSM memperkenalkan beberapa inisiatif untuk memberi fasilitasi perniagaan bagi tujuan tersebut melalui lima teras seperti berikut Tuan Yang di-Pertua.

Pertama ialah memudahkan proses pendaftaran melalui pendigitalan dan memperkenalkan perkhidmatan secara online dan meringankan kos pendaftaran untuk yang berpendapatan rendah. Contohnya, SSM memudah cara pendaftaran perniagaan melalui Sistem Pendaftaran Perniagaan Prihatin dengan pendaftaran perniagaan secara percuma iaitu pengecualian fi dan cetakan maklumat perniagaan terutamanya kepada golongan B40 dan pelajar institusi pengajian tinggi sepenuh masa.

SSM juga telah meneruskan pelaksanaan Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P) yang menawarkan pendaftaran dan pembaharuan perniagaan percuma kepada golongan kurang upaya iaitu OKU.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, ialah memudahkan maklumat diperolehi berkaitan dengan carian hal syarikat melalui beberapa portal atas talian boleh dibeli maklumat tersebut seperti portal e-Info, MyDATA, dan XCESS.

Ketiga Tuan Yang di-Pertua, mempertingkatkan tadbir urus melalui pelbagai pindaan undang-undang dan juga melatih pemegang taruh melalui akademi latihan SSM bagi mempertingkatkan kapasiti komuniti korporat agar mereka memahami perundangan, tanggungjawab tadbir urus dalam ekosistem perniagaan demi memastikan kemapanan dan kelestarian perniagaan yang diceburi serta penambahbaikan kerangka perundangan.

Keempat Tuan Yang di-Pertua, ialah memudahkan tatacara aduan dan menambah efisien penguatkuasaan melalui pengenalan e-Aduan dan Aduan SURI.

Sebab ia, terutamanya perniagaan atas talian sekarang ini banyak aduan, jadi kita memudahkan.

Kelima Tuan Yang di-Pertua, ialah memberi kelonggaran kompaun kepada syarikat yang bermasalah akibat pandemik COVID demi memastikan kelangsungan

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

perniagaan. Contohnya, inisiatif untuk mengurangkan kompaun sebanyak 90 peratus dari nilai asas kompaun ke atas syarikat-syarikat yang telah pun dibubarkan. Juga untuk memberi pengurangan kompaun sebanyak 90 peratus daripada nilai asas kompaun bagi semua kesalahan lazim di bawah Akta Syarikat.

Jadi, ini adalah antara teras-teras yang dilaksanakan oleh SSM untuk membentuk satu ekosistem perniagaan yang berdaya saing dan berdaya maju dan mampu untuk membantu perniagaan ke arah perniagaan yang lestari dan mampan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan soalan tambahan.

final • 11:50 AM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan itu tadi.

Bagi usaha kita untuk menggalakkan pelajar serta golongan belia terutamanya dari pusat pendidikan TVET dalam bidang perniagaan, sudah tentu pendedahan kepada mereka mengenai pengurusan perniagaan dan nilai-nilai keusahawanan ataupun entrepreneurship dengan izin amat bermakna dan dapat menambahkan kemahiran mereka ini.

Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, dapat kah Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan apakah usaha-usaha ataupun program-program yang telah pun dilaksanakan atau pun akan dilaksanakan oleh SSM di Sarawak. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:50 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Tadi saya telah memberikan bahawa SSM secara keseluruhannya membantu pendaftaran perniagaan untuk para pelajar di IPTA dan IPTS dan tentu sekali di akademi ataupun institusi TVET tentu sekali mereka termasuk di dalam golongan ini.

Kedua, untuk membantu mereka dari sudut perundangan, SSM mengadakan latihan di akademi latihan SSM supaya mereka membina kapasiti mereka sebagai peniaga untuk mengembangkan perniagaan mereka. Berkenaan dengan Sarawak khususnya saya perlu berikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Betong, terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, silakan.

final • 11:50 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Soalan tambahan. Okey, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya adalah berkaitan tentang SSM.

Berapa peratus kah perniagaan yang berdaftar dengan SSM terdiri daripada golongan belia wanita yang berniaga mengikut negeri. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih. Yang Berhormat Temerloh tadi ya.

final • 11:50 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Ya, terima kasih atas soalan itu dan amat khusus melibatkan data dan statistik, saya pohon jawapan secara bertulis, boleh ya Yang Berhormat Temerloh? Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 11:50 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pecah kaca pecah gelas, Soalan saya nombor 12.

final • 11:50 AM

12. Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan apakah inisiatif kementerian untuk melangsungkan operasi institut pengajian tinggi swasta yang tenat selepas pandemik COVID-19.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saudara yang bertanya Yang Berhormat Kuala Kedah.

Melalui Pelan Strategik *Way Forward For Private Higher Education Institution:

Education As An Industry (2020-2025)* dan Pasukan Petugas Kebangsaan Pemudahcara Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Sebagai Industri (PEMUDAH IPTS), pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi bagi membantu kelangsungan operasi Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) terutamanya selepas pandemik COVID-19. Antaranya;

(i) memberi kelonggaran kepada IPTS untuk membuat pengambilan pelajar secara bersyarat menggunakan keputusan ramalan SPM;

(ii) meningkatkan sokongan kewangan pelajar melalui kemudahan pinjaman pendidikan kepada kategori B40 dan M40(M1) yang hampir dengan kategori B40 serta pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) kepada pelajar kategori B40;

(iii) pelanjutan galakan cukai mulai tahun taksiran 2022 sehingga tahun 2025 bagi syarikat yang menaja biasiswa pelajar; dan

(iv) memperluaskan insentif komersialan Research and Development kepada syarikat termasuk IPTS yang berstatus R&D melalui Bajet 2021.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 12:00 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, apakah terdapat langkah- langkah yang diambil oleh pihak KPT bagi memastikan IPTS berkenaan dapat bertahan seterusnya dapat menawarkan program-program yang dapat memenuhi pasaran kerja?

Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:00 PM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih atas soalan tambahan yang diberikan. Antara cara kita ialah tentunya melalui program-program yang ditawarkan oleh IPTA dan IPTS untuk kita pastikan bahawa dalam kita memastikan kebolehpasaran graduan kita ini, kita menggunakan pendekatan seperti contoh, di mana waktu ketika kita berdepan dengan keadaan COVID-19 ini kita menggunakan pendekatan way forward. Di mana ia terdapat pelbagai inisiatif yang kita sediakan sebagai langkah untuk kita memastikan bahawa kita dapat memberikan pelajar ini untuk terus boleh meneruskan pengajian dan dengan diberikan pelbagai program yang seperti termaktub dalam program-program yang kita sediakan.

Saya harap jawapan itu hampir kepada soalan ini. Kalau tidak nanti kita akan cuba jawab secara bertulislah.

final • 12:00 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih. Boleh jawab secara bertulis.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 12:00 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kini masih ada kursus dan peperiksaan bagi program sepenuh masa yang masih dijalankan secara online. Apakah pendirian KPT terhadap keadaan tersebut dan apakah garis panduan bagi memastikan objektif pembelajaran (learning objective) boleh dicapai walaupun melalui platform online? Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:00 PM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Kita memang menggalakkan pembelajaran melalui online ini. Di mana seperti baru-baru ini, Yang Berhormat Menteri Pendidikan telah

final • 12:00 PM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

memberikan antara 11 rangka ke arah kita memastikan ada penambahbaikan daripada cara kita memberikan program-program yang boleh memudahkan lagi kita memberikan ilmu ini, antaranya itu online. Antara cadangan yang telah kita sarankan ialah kita akan cuba mempermudah lagi program-program ini dengan kita meletakkan pendigitalan ini kepada semua institut pengajian tinggi di negara kita ini untuk mempermudah kita meneruskan program online di negara kita ini. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Point of order, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau?

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Tebrau. Tebrau. Point of order.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebentar, sebentar.

final • 12:00 PM

Datuk Ugak anak Kumbong

Usul dahulu, Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya hendak bagi usul dahulu.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai giliran Jabatan Perdana Menteri sepertimana yang tertera di nombor 26 dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja yang telah diedarkan dan diputuskan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 4.00 petang, pada hari Jumaat, 24 Februari 2023.”

final • 12:03 PM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menyokong.

final • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 12:03 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Arau.

final • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, nombor satu, arahan fatwa Tuan Yang di-Pertua semalam bahawa ahli yang tidak hadir akan dijawab bertulis. Boleh tidak jawapan bertulis itu bagi pada hari ini juga sebab kadang-kadang tadi pukul 1.30 tengah hari nanti kita hendak keluar solat. Masa itu mereka tengah jawab.

final • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, saya minta jawab bertulis hari ini juga. Boleh tidak Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sebut semalam lima hari bekerja, insya-Allah.

final • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau boleh hari ini sebab apa,...

final • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Insya-Allah, saya cakap...

final • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...sebenarnya kita ada tetapi kita pergi solat bukan?

final • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kedua, saya bangun di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), Tuan Yang di-Pertua. Saya tahu Tuan Yang di-Pertua tidak dapat melihat lagi sebab saya hantar pukul 7.00 malam semalam. Akan tetapi, saya ingin memaklumkan bahawa kalau boleh saya hendak– adakah Tuan Yang di-Pertua telah pun memberi jawapan? Sudah pasti tidak. Tidak ada atas kertas, atas meja.

Akan tetapi kalau tidak boleh, saya akan sambung pada hari Isnin iaitu berhubung dengan lanjutan moratorium penyewaan kantin sekolah.

final • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya sudah dapat surat daripada Yang Berhormat.

Ini jawapan saya, sila duduk Yang Berhormat.

final • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey.

final • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 12:03 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, usul Peraturan Mesyuarat 18(1) Yang Berhormat telah minta...

final • 12:03 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Tuan Yang di-Pertua, standing order.

final • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti sekejap, saya baca ini dahulu. Sebentar ya.

final • 12:03 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Okey.

final • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya terima pada pukul 7.57 malam semalam.

Berdasarkan Peraturan Mesyuarat 18(2), pemberitahuan bersurat yang mengandungi usul tersebut perlu diterima sekurang-kurangnya 24 jam tidak termasuk hari pelepasan sebelum persidangan dimulakan. Jika usul Yang Berhormat diterima sebelum 10.00 pagi semalam, maka usul Yang Berhormat boleh diputuskan hari ini.

Akan tetapi usul Yang Berhormat Arau telah diterima semalam jam 7.57 malam, maka tidak cukup 24 jam sebelum bermulanya persidangan ini. Maka usul Yang Berhormat Arau tidak dapat diputuskan pada hari ini. Usul Yang Berhormat masih dalam pertimbangan saya dan insya-Allah, Isnin, 27 Februari 2023 ini saya akan pertimbangkan.

Insya-Allah. Baik silakan.

final • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Lagi satu, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Satu sahaja.

final • 12:03 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

[Ketawa]

final • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Peraturan Mesyuarat 18(1).

final • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya?

final • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Peraturan Mesyuarat 18(1) juga.

final • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Berhubung dengan ketakutan (fear factor). Oleh sebab ramai ahli politik yang disaman...

final • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hal yang itu, Yang Berhormat sudah masuk usul?

final • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya masuk usul tetapi saya tidak sempat tulis.

final • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Oh, tidak adalah. Kira tidak acilah. Tulis dahulu baru bagi kepada saya. Tulis dahulu, tulis dahulu.

final • 12:03 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, sebab Ahli-ahli Parlimen tadi menyatakan rasa ketakutan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri madani, berhubung dengan saman kepada ahli-ahli politik.

final • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa Yang Berhormat. Tidak apa, tulis dahulu. Tulis dahulu. Silakan. Okey Yang Berhormat.

final • 12:03 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta panduan daripada Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 24(2).

final • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan Mesyuarat 24(2), baca apakah ia?

final • 12:03 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

“Jika seseorang ahli yang hendak mengeluarkan pertanyaan meminta jawab lisan itu tidak bangun mengeluarkan pertanyaannya, maka siapa-siapa ahli lain bolehlah mengambil pertanyaan itu dijadikan pertanyaannya sendiri dan bolehlah ia berdiri di tempatnya apabila semua pertanyaan- pertanyaan yang lain untuk hari itu telah diselesaikan dan mengeluarkan pertanyaan itu mengikut seperti yang ditetapkan di atas tadi”.

So, saya ingin merujuk Tuan Yang di-Pertua, kepada soalan nombor sembilan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang, yang tidak ditanya tadi. Bolehkah saya mengambil tempatnya untuk tanyakan soalan ini? Boleh? Hal ini sebab soalan ini penting.

final • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, interpretasi-interpretasi Peraturan Mesyuarat 24(2) itu boleh, tetapi kita ada sebanyak 51 soalan. Selepas 51 soalan, baru Yang Berhormat boleh bangun.

final • 12:03 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, ini penting sebab ini soalan tentang Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

final • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Betul, betul.

final • 12:03 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Saya rasa, ramai yang di Dewan ini pun hendak tahu jawapan juga.

final • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, kita terikat dengan peraturan mesyuarat, Yang Berhormat.

final • 12:03 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

So, maknanya...

final • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Maknanya, Yang Berhormat kena tunggu sampai soalan 51 habis, barulah Yang Berhormat boleh bangun.

final • 12:03 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

[Ketawa] Itulah ruling...

final • 12:03 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Semua penting.

final • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, ...

[Tidak jelas] berhenti pada soalan nombor 12 sahaja, tidak boleh.

final • 12:03 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Tuan Yang di-Pertua, penting ini Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri pun ada dalam Dewan ini.

final • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya terikat dengan peraturan mesyuarat. Sila duduk.

final • 12:03 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Semua penting.

final • 12:03 PM
MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak- banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Kelima Belas.” [22 Februari 2023]

final • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila saya minta Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Sila, teruskan.

final • 12:03 PM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Pertama sekali, pihak saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat, yang telah turut serta membahaskan isu-isu di bawah NRECC sepanjang tempoh Usul Menjunjung Kasih dan perbahasan Titah Diraja kali ini.

Untuk makluman seramai 32 orang Ahli Yang Berhormat, telah membahaskan lebih 45 isu berkaitan NRECC, melibatkan:

(i) tenaga elektrik, lapan isu;

(ii) perubahan iklim, dua isu;

(iii) alam sekitar, dua isu;

(iv) biodiversiti dan perhutanan, lima isu;

(v) tanah, mineral dan geosains, lima isu;

(vi) pengurusan banjir, 20 isu; dan

(vii) bekalan air, tiga isu.

final • 12:09 PM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Saya akan cuba menjawab dan saya akan memberi keutamaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang hadir pada hari ini. Saya faham bahawa isu-isu yang dibangkitkan dalam portfolio ini sangat dekat dengan wakil-wakil rakyat terutamanya soal banjir, tanah runtuh, bekalan air, alam sekitar, tenaga dan sebagainya. Ia perlu ditangani dengan kadar yang segera.

Pihak kementerian telah pun menulis surat kepada Tuan Yang di-Pertua untuk mencadangkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas tentang portfolio ini supaya Ahli-ahli Yang Berhormat dapat turut serta dan berkongsi keprihatinan mereka tentang isu ini. Pendirian kita ialah sebarang peralihan tenaga mestilah adil dan saksama dan kita akan berusaha memastikan peralihan ini mampu milik untuk semua rakyat. Kita juga mahu menunjukkan Malaysia sebagai sebuah ahli komuniti global yang bertanggungjawab dan aktif. Kita di peringkat NRECC, kita mengusahakan langkah- langkah ke arah kemapanan, kelestarian dan peralihan yang ke hadapan.

Perancangannya, banyaknya sudah ada tetapi ia perlu dilaksanakan dengan keazaman politik yang tinggi. Negara kita juga seperti negara-negara membangun yang lain, kita perlu bersuara dengan lebih lantang dan tidak hanya meninggalkan isu ini kepada negara-negara barat.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tentang soal bekalan air. Yang Berhormat Kubang Kerian ada memaklumkan tentang soal penyediaan peruntukan khas kepada operator-operator air yang mengalami ketidakmampuan yang serius akibat kenaikan kos elektrik. Untuk makluman, dalam kita ada kerangka ICPT yang menentukan tarif elektrik setiap enam bulan dan kita akan mengambil kira tekanan yang dialami oleh syarikat- syarikat utiliti sama ada bekalan air, pembetungan dan sebagainya di dalam ICPT yang akan datang untuk di kadar kaji yang terbaru untuk membolehkan mereka beroperasi dengan lebih mampan.

Seterusnya Yang Berhormat Sungai Petani ada bercakap tentang soal penyelesaian bagi masalah bekalan air di negeri Kedah. Tuan Yang di-Pertua, kementerian sangat komited untuk menyelesaikan isu bekalan air yang dihadapi oleh negeri kedah. Antara beberapa langkah yang telah diambil ialah pertama sekali tentang memahami masalah yang dialami iaitu isu kedudukan kewangan operator yang lemah.

Kedua, pembinaan dan pembaharuan aset bekalan air yang tidak seiring dengan pertumbuhan pembangunan, penyelenggaraan aset-aset bekalan air yang lemah, ketiadaan rizab margin, zero percent untuk negeri Kedah dan kadar air tidak berhasil

(NRW) yang tinggi.

Secara tidak langsung, ini telah menyukarkan pihak operator air untuk membangunkan dan menyelenggarakan aset-aset bekalan air bagi meningkatkan tahap perkhidmatan air yang lebih baik kepada rakyat. Akan tetapi apa yang kita akan ambil di peringkat kementerian, pertama ialah perlaksanaan kerja-kerja naik taraf dan baik pulih lima loji rawatan air di Pendang, Pelubang, Bukit Selambau, Sungai Limau dan Lubuk Buntar Lama dengan peruntukan sebanyak RM931.3 juta. Projek-projek ini dijangka dapat siap secara berperingkat mulai tahun 2023 sehingga 2024.

Seterusnya, program pengurangan NRW di bawah RMKe-11 yang melibatkan peruntukan RM104.7 juta dengan RM44.7 juta untuk program NRW di Tanah Besar dan bakinya untuk program NRW di Langkawi. Kedua-dua projek ini dijangka siap pada tahun ini. Cadangan pembinaan loji rawatan air Sidam Kiri dan Kodiang di bawah Pengurusan Aset Air Berhad Pahang berjumlah RM80 juta di bawah tempoh operasi keempat OP4 2021, Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, mohon penjelasan sedikit.

final • 12:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan diberi. Saya timbulkan soal NRW ke Langkawi. Kita akui bahawa isu besar ialah berlakunya kebocoran paip di dasar laut. Perkara ini telah pun

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

berjalan dalam tempoh yang agak panjang. Apakah penyelesaian secara menyeluruh dapat dibuat supaya sistem bekalan air ke pulau ini di bina loji di pulau bukan di darat supaya kalau berlaku kebocoran, kadar NRW tidaklah termasuk dalam jumlah yang sangat besar dan kerugian yang sangat besar. Mohon penjelasan, terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian.

Untuk makluman, saya telah mengadakan perbincangan dengan pihak Kerajaan Negeri Kedah termasuk exco minggu lepas. Kita membincangkan isu-isu ini secara mendalam.

Pertama, betul. Soal paip yang bocor tersebut tetapi kedua ialah membangunkan loji air, pemprosesan air di atas pulau sendiri. Kita akan meneruskan rancangan pembinaan empangan bawah tanah yang telah dicadangkan dan beberapa projek lain untuk meningkatkan bekalan air bagi Pulau Langkawi.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Menteri boleh mencelah? Cuma sebelum saya hendak membangkitkan isu ini, saya hendak bertanya sama ada Yang Berhormat Menteri hendak menerangkan mengenai kenaikan surcaj ICPT. Kalau hendak terangkan, saya tunggu dahulu.

final • 12:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kah sudah?

final • 12:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya, ya saya akan terangkan. Selepas ini saya fokus bekalan air dahulu.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Belum lagi? Okey.

final • 12:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Saya akan sampai.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Mencabar sedikit Tuan Yang di-Pertua sebab dua-dua mantan Menteri ada...

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

final • 12:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Pada hari ini.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bersabarlah.

final • 12:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey, seterusnya...

final • 12:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, sedikit lagi dari Sik ya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan sumber air yang hendak diproses untuk satunya untuk domestik dan juga pertanian. Projek jenis yang transfer di daerah saya. Nampak sudah tertangguh sekian lama dan apakah status sebenarnya projek ini dan jika tidak dapat disiapkan untuk fasa dua, fasa tiga nampak ia akan menjadi projek terbengkalai dan menyebabkan kerugian besar pihak kerajaan sendiri. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat. Pertanyaan yang dibangkitkan itu, pihak kami akan memberi secara bertulis jawapan kepada Yang Berhormat tentang status projek tersebut.

Yang Berhormat Labuan adakah? Okey, terima kasih Yang Berhormat Labuan yang bertanya tentang isu menyelesaikan masalah bekalan air di Labuan. Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Ke-12 sebanyak dua projek naik taraf loji rawatan air telah diluluskan untuk bekalan air di Labuan iaitu kerja-kerja naik taraf Loji Rawatan Air Kampung Lawa Gadong, Beaufort serta kerja- kerja berkaitan yang kosnya RM14.1 juta dan kapasiti loji tersebut ialah 76 juta liter sehari dan telah pun siap pada tahun 2021. Kedua ialah meningkatkan kemudahan empangan dan loji Wilayah Persekutuan Labuan yang kosnya RM146.6 juta dan statusnya telah diluluskan oleh pihak kerajaan.

Terdapat 10 subprojek di mana sembilan subprojek telah siap sepenuhnya dan satu projek iaitu kerja-kerja naik taraf sistem takungan air mentah di muka sauk (LRA) Kinabenua, Wilayah Persekutuan Labuan berkapasiti tiga juta liter sehari sedang dalam

final • 12:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

proses tender selepas penamatan kontraktor yang ada sebelum ini. Dijangka tender semula akan dilaksanakan pada Mac 2023 dan SST pada Julai...

final • 12:10 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Yang Berhormat minta laluan. Terima kasih atas jawapan yang diberikan. Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya peruntukan RM146 juta yang disebutkan telah diluluskan. Bila kira-kiranya ia dilaksanakan kerana masalah air di Labuan ini seperti Yang Berhormat Menteri sedia maklum dalam ucapan saya sudah mencapai tahap kritikal. Jika berlaku sebarang masalah di Lawa Gadong, orang Labuan tidak mandi empat ke lima hari. Minum bolehlah kan beli air mineral, mandi itu.

Masalah di Labuan lagi, kita ada beberapa buah loji rawatan. Selama 39 tahun kita jadi wilayah, kenapa kerajaan tidak ada perancangan untuk menyediakan loji rawatan seperti yang dicadangkan sebentar tadi untuk Langkawi, buat di daratan. Kita ada tapi kemampuannya itu sangat sedikit. Saya difahamkan setelah saya berucap oleh bahagian bekalan air bahawa proses menaik taraf loji rawatan Jalan Kolam sedang dibuat tetapi saya tengok bila mendengar sedang dibuat tetapi saya tengok bila mendengar taklimat beliau ia dilakukan seperti piecemeal basis macam orang kata melepaskan ‘melepaskan batok di tangga’.

final • 12:10 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Bolehkah Yang Berhormat Menteri maklumkan kepada saya, berapa lama lagi kiranya orang Labuan ini boleh mendapat air dengan sempurna. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, silakan.

final • 12:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey, terima kasih Yang Berhormat Labuan.

Projek tadi yang disebut di Kinabenua ia telah ada masalah dengan kontraktor sebelum ini. Jadi, kerajaan telah pun tamatkan perkhidmatan kontraktor tersebut dan kita akan mulakan proses tender semula dan dijangka siap pada suku ketiga tahun 2024.

Jadi, tentang beberapa butiran lain itu kita maklum, kita tahu tentang kepentingan air dan juga kita akan teruskan sokongan daripada peringkat Kerajaan Persekutuan. Di bawah penyelesaian jangka masa panjang, kerajaan juga memperuntukkan RM206.4 juta di bawah RP2, RMKe-12 bagi melaksanakan bekalan air di Labuan. Ini termasuk empat buah projek naik taraf dan penggantian sistem bekalan air dan paip lama sepanjang 50 kilometer yang akan memanfaatkan 20 ribu buah akaun. Projek ini mula dilaksanakan pada Jun tahun lepas dan dijangka siap secara berfasa pada tahun 2025.

Sementara itu, untuk meminimumkan masalah gangguan bekalan air yang disebutkan oleh Yang Berhormat, bahagian Jabatan Bekalan Air Labuan dalam proses untuk melaksanakan kerja pembaikan paip bocor dengan segera, menghantar bantuan alternatif seperti lori tangki air dan memantau dan mengawal aras tangki imbangan dan tangki perkhidmatan, melaksanakan kerja-kerja pengesanan paip bocor secara aktif, active leakage control (ALC), mengawal tekanan air pada pressure reducing valve (PRV) atau switch valve, meletakkan tangki statik di kawasan yang berpotensi mengalami gangguan bekalan air dan gerak kerja bersama dengan agensi-agensi lain.

final • 12:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Saya mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri sebelum masa untuk bab lain. Isu bekalan air.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Tebrau.

final • 12:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Nampaknya Yang Berhormat Menteri isu bekalan air ini di Malaysia mana-mana negeri pun tidak cukup. Soalan saya atau penjelasan saya minta daripada pihak Yang Berhormat Menteri ialah selain kita cuba menambahkan bekalan air, mungkin lah kita juga kena cuba fikirkan macam mana kita hendak kurangkan atau mendidik orang untuk menurunkan penggunaan air? Oleh sebab, berdasarkan kepada angka yang dikeluarkan oleh SPAN, seorang Malaysia setiap hari dia guna 201 liter air, Ini adalah 20 lebih peratus lagi tinggi daripada recommendation daripada United Nations yang hanya mencadangkan seorang menggunakan 165 liter sehari.

final • 12:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Kalau kita banding dengan jiran-jiran negara kita di Thailand, penggunaan adalah 193 liter sehari. Di Singapore lagi rendah, 151 liter. Maka, apakah usaha yang boleh dilakukan oleh kementerian untuk memastikan kita boleh cuba mendidik orang kurangkan penggunaan air.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 12:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Akan tetapi, tanpa menjejaskan kesejahteraan rakyat?

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Yang Berhormat Menteri.

final • 12:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Ada beberapa isu tentang perkara ini dan saya cuba jawab secara ringkas.

Pertama, untuk mengurangkan air ia ada aspek NRW. Itu menerusi SPAN kita ada insentif yang disediakan dan negeri-negeri seperti Johor dan Selangor menunjukkan peningkatan yang sangat baik dalam mengurangkan NRW dan kerajaan memberikan matching grant kepada mereka. Ada juga geran secara terus diberikan kepada negeri- negeri yang mahu mengurangkan NRW.

Kedua, ya. Memang penggunaan air kita sangat-sangat tinggi. Jadi, itu satu perkara yang mungkin mengambil masa sebab itu soal habits. Soal kebiasaan kita. Mahu tidak mahu dan ini keputusan yang telah diambil dan dimaklumkan oleh kerajaan sebelum ini juga tentang soal tarif air. Jadi, bila soal tarif air itu terlalu rendah ia memberikan tekanan kepada syarikat air dan juga melahirkan sikap yang mungkin tidak menghargai air dalam kalangan rakyat kita. tahun lepas telah diluluskan di bawah kerajaan sebelum ini untuk dinaikkan dahulu. Bukan domestik tarif kemudian peringkat seterusnya mengkaji semula tarif domestik. Jadi, itu secara jujur antara perkara yang kita perlu ambil maklum untuk kita atasi masalah ini.

Okey, seterusnya.

final • 12:20 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tuan Yang di-Pertua Tuan Yang di-Pertua fasal air. Sebelum masuk...

final • 12:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Bangkit dalam perbahasan atau tidak?

final • 12:20 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Sikit sahaja.

final • 12:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Tidak, saya hendak bergerak banyak lagi isu lain.

final • 12:20 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tidak, sebab kita punya negara kita ini banyak air. Air laut, air hujan sehingga banjir. Boleh tidak kerajaan membuatkan perancangan...

final • 12:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey, tidak apa.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kapar.

final • 12:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, saya- kalau tidak dibangkitkan dalam perbahasan.

final • 12:20 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

...untuk gunakan sumber yang ada.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri tidak bagi.

final • 12:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Menteri tidak bagi, Yang Berhormat Menteri tidak bagi.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri tidak bagi.

final • 12:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Kalau tidak dibangkit dalam perbahasan, saya hendak jawab yang lain yang Yang Berhormat bangkitkan.

final • 12:20 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

[Bangun]

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, proceed, proceed. Yang Berhormat Menteri tidak bagi, sila duduk. Yang Berhormat sila duduk, Yang Berhormat sila duduk. [Merujuk kepada Ahli

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Parlimen Pasir Salak] Floor ini floor Yang Berhormat Menteri. Minta pada Yang Berhormat Menteri.

final • 12:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu tenaga elektrik yang dibangkitkan saya mulakan sekali lagi dengan sahabat saya daripada Yang Berhormat Labuan tentang pembangunan sistem janakuasa baharu sehingga 200 megawatt untuk Labuan.

Untuk makluman, berdasarkan kepada unjuran permintaan puncak yang dilaksanakan oleh kerajaan, permintaan tenaga elektrik di Labuan sehingga tahun 2026 dijangka dapat ditampung oleh loji Janakuasa Patau-Patau yang sedia ada. Kerajaan Persekutuan kini sedang meneliti opsyen yang terbaik bagi pembekalan elektrik di Labuan termasuklah pembinaan kabel dasar laut baharu atau pembangunan loji janakuasa baharu. Perancangan opsyen-opsyen tersebut akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan pelaksanaan pembekalan elektrik dan tarif (JPPPET) yang merancang dasar tenaga selama 20 tahun bagi tahun 2023 untuk peringkat negeri Sabah.

Seterusnya, Yang Berhormat Paya Besar membangkitkan soal pelan jangka masa panjang, peralihan tenaga kepada sumber tenaga yang mampan. Dalam kita berurusan dengan masalah tenaga, kita akan selalu berhadapan dengan trilema tenaga.

Satu, ialah affordability, kemampuan untuk akses kepada tenaga. Kedua, ialah soal sustainability, kelestarian dan ketiga ialah soal security untuk mendapat tenaga.

Untuk makluman, sekarang penjanaan tenaga boleh baharu di Malaysia secara keseluruhan Sabah dan Sarawak termasuk hidro telah mencapai 16 peratus daripada segi penggunaan atau penjanaan dengan jumlah kapasiti terpasang 24 peratus. Untuk Semenanjung, penjanaan TBB adalah kira-kira enam sehingga tujuh peratus berbanding dengan kapasiti 17 peratus.

Ini kerana sebahagian besar penjanaan TBB di Semenanjung adalah menerusi solar yang mempunyai tempoh penjanaan elektrik di antara lima sehingga enam jam sehari sahaja. Atas hakikat itu, kerajaan telah membuat Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia atau Malaysian Renewable Energy Roadmap yang telah menetapkan langkah-langkah strategik pembangunan TBB sehingga tahun 2035 bagi meningkatkan kapasiti TBB negara kepada 31 peratus pada 2025 dan 40 peratus pada tahun 2035.

Antara langkah-langkah yang telah diperkenalkan adalah termasuklah Green Electricity Tariff Programme untuk memberikan pilihan kepada pengguna elektrik untuk membeli bekalan elektrik hijau daripada sumber solar dan hidro daripada syarikat utiliti.

Green Corporate Power Programme bagi membolehkan pengguna komersil dan industri yang memerlukan bekalan hijau mendapatkan bekalan elektrik hijau secara langsung dengan pemaju loji jana kuasa solar. Jadi, mereka ada virtual PPA untuk membekalkan tenaga dan seterusnya pelaksanaan Projek Perintis Battery Energy Storage System. Ini, basically it’s a battery dan bila kita menggunakan teknologi ini, banyak masalah tenaga boleh baharu seperti solar dan sebagainya dapat kita atasi.

Ini akan membantu juga untuk kita mempelbagaikan sumber penjanaan elektrik negara yang banyak bergantung kepada gas dan juga arang batu buat masa ini. Kerajaan juga telah dalam Mesyuarat JPPPET 2022 pada 7 Februari 2023 telah memutuskan tiada pelanjutan loji jana kuasa arang batu setelah ia tamat. Kedua, tiada pembinaan loji jana kuasa arang baharu. Seterusnya, mengekalkan sasaran tenaga boleh baharu tahun 2025 dan tahun 2040 yang telah ditetapkan dan penggunaan solar hybrid and battery storage pada tahun 2030.

Seterusnya, Yang Berhormat Ayer Hitam memohon kerajaan menjelaskan dasar kerajaan terhadap penetapan kadar caj elektrik bagi stesen pengecas kenderaan elektrik.

Kementerian buat masa ini tidak ada halangan untuk pihak yang ingin menyediakan stesen pengecas EV bagi menyokong ekosistem pembangunan EV di Malaysia.

Kementerian melalui Suruhanjaya Tenaga Malaysia telah mengeluarkan Guide on Electric Vehicle Charging System sebagai panduan dan penyediaan infrastruktur untuk standard pemasangan, keselamatan dan penyelenggaraan.

final • 12:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Namun, daripada segi caj atau yang ditetapkan, buat masa ini tidak ada yang secara spesifik. Kadar tarif elektrik bagi pengecasan kenderaan EV berdasarkan tawaran oleh pengusaha masing-masing dan tidak dikawal selia oleh ST. Kementerian berpandangan bahawa untuk masa ini ada keperluan untuk menggalakkan persaingan yang kompetitif berdasarkan willing seller, willing buyer, memandangkan kita hendak majukan lagi electrification ini dalam ekonomi kita.

Kadar tarif bagi pelesen EVCS ini ditetapkan oleh TNB dan berdasarkan kategori tarif perdagangan tarif B – tarif komersil am voltan rendah bersamaan dengan 51 sen per kilowatt jam, tertakluk kepada paras voltan bekalan. Ini adalah lebih rendah berbanding dengan tarif yang dibekalkan di Singapura ataupun di Thailand.

final • 12:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Seterusnya, Yang Berhormat Kluang ada? Terima kasih kerana memohon kerajaan mengusahakan cadangan yang lebih mesra Ahli-ahli Parlimen dan pegawai kerajaan di kawasan Parlimen agar penggunaan tenaga elektrik dapat dikurangkan secara tidak langsung dan dapat menjaga alam sekitar.

Pihak kami menyambut baik atas cadangan tersebut dan aspek pengurusan tenaga telah pun diambil kira oleh JKR semasa kerja-kerja ubah suai dilaksanakan di Parlimen. Pihak JKR turut menjalankan penyelenggaraan berkala untuk memastikan aset- aset di bangunan ini sentiasa cekap dan jimat tenaga. Ini termasuklah langkah-langkah penjimatan tenaga seperti memastikan suhu berada pada tahap optimum 24 sehingga 26 darjah celsius sahaja. Penggunaan pencahayaan semula jadi dan lampu cekap tenaga.

Seterusnya Yang Berhormat Saratok. Okey, saya akan bagi secara bertulis.

final • 12:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya.

final • 12:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Ya, terima kasih atas jawapan tadi. Oleh sebab Tuan Yang di-Pertua pun ada, saya ingin mengulangi sekali lagi kerana apabila saya menyampaikan ucapan saya hari itu, Timbalan Yang di-Pertua yang ada dalam Chamber ini. Cadangan saya sebenarnya adalah bukan sahaja untuk laraskan suhu dalam semua bilik pejabat kerajaan dan juga Parlimen, tetapi yang penting adalah kod pakaian kita sebenarnya tidak sesuai dengan iklim tropika negara kita.

Di luar sana sangat panas. Akan tetapi di dalam bilik pejabat kerajaan semua terpaksa pakai kot, pakai blazer, pakai tali leher dan akhirnya semua orang keluar makan tengah hari, semua buka blazer, buka tali leher kerana panas di luar sana. Apabila masuk pula semua hendak pakai balik blazer dan juga tali leher. Semua orang akan minta turunkan suhu dalam bilik kerana panas...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Turunkan atau naikkan suhu?

final • 12:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Tidak. Turunkan sampaikan suhu yang sangat rendah supaya sejuk. Akan tetapi sebenarnya ini tidak mesra alam sekitar kita. Kita akan terpaksa guna lebih banyak tenaga elektrik untuk suhu direndahkan. Saya minta government leads dalam usaha mengatasi masalah perubahan iklim supaya pakaian, kod pakaian kerajaan diubahsuai untuk mengatasi masalah ini. Kalau government, kerajaan pun tidak ketuai...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi bukan Perdana Menteri. Itu isu lain ya. Itu bukan isu kementerian.

final • 12:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Parlimen. Itu isu disebutkan tentang Parlimen.

final • 12:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Parlimen juga. Saya minta bukan sahaja Yang Berhormat Menteri...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu Yang Berhormat boleh cakap dengan sayalah.

final • 12:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

[Ketawa]

final • 12:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Ya.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu bukan dengan Menteri. Tidak apalah, kita cakap di luar karang.

final • 12:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 12:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Yang Berhormat, peringkat kementerian kita tidak ada masalah. Saya fikir Yang Amat Berhormat Tambun telah memulakan contoh baik apabila melonggarkan sedikit kod pakaian dan kita sebelum ini juga telah memulakan pemakaian baju batik pada hari Khamis. Jadi, selebihnya saya serahkan kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya mendengar dengan jelas. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey, seterusnya Yang Berhormat Simpang Renggam, ada? Tidak ada. Saya sekadar ingin menjawab tentang isu tenaga elektrik perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Bharu.

Untuk makluman, kita ada kerangka ICPT. ICPT ini dibuat dengan cadangan untuk kita pass through kenaikan ataupun penurunan harga bahan api kepada pengguna.

Jadi, pihak kerajaan pada tahun lepas, kita telah mengambil keputusan waktu itu bahawa kita akan menaikkan tarif kepada- surcharge. Kita menaikkan surcharge bagi pihak bukan domestik yang menggunakan medium dan high voltage.

Jadi itu keputusan yang telah diambil oleh kerajaan kerana beban subsidi kerajaan pada waktu itu adalah sebanyak RM14 bilion sekiranya hendak dikekalkan tarif yang sedia ada. Namun, kerana kita masih lagi bagi subsidi kecil kepada malah medium dan high voltage non-domestic users dan tarif yang kita bekalkan kepada pengguna kategori pertanian, PMKS dan juga untuk domestik, maka kos kepada kerajaan tahun lepas daripada segi subsidi adalah sebanyak RM10 bilion untuk unjuran enam bulan pertama kali ini.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Kota Bharu.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Setiawangsa.

Saya teruja dengan satu kenyataan daripada Yang Amat Berhormat Tambun pada 14 Disember 2022 berkaitan dengan tarif elektrik ini. Yang Amat Berhormat Tambun mengatakan bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk membebankan rakyat dengan kenaikan tarif elektrik sebaliknya ia hanya mengesankan konglomerat yang terlibat dalam aktiviti eksport.

Namun demikian Yang Berhormat Menteri, pada masa yang sama Suruhanjaya Tenaga (ST) telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa kerajaan mengenakan kenaikan surcharge ICPT sebanyak 20 sen per kilowatt jam yang mana sebelumnya hanya 3.7 sen satu kilowatt jam. Kenaikan sebanyak 566 peratus.

Jadi, persoalan saya, bagaimana Kementerian NRECC- tanpa tenaga sekarang ini. Tenaga macam tidak penting. Energy tidak ada, air pun tidak ada. Bagaimana kementerian hendak mengimbangkan hasrat Yang Amat Berhormat Tambun dengan realiti kenaikan surcharge ICPT ini- yang kalau saya hendak bagi contoh Yang Berhormat, sedikit masa, kenaikan bil elektrik kepada industri yang ada kaitan dengan rakyat jelata.

Pertamanya, sebagai contoh sebuah shopping centre, retail shopping centre sekarang ini bilnya hanya RM74,000 dengan kenaikan ICPT ini menjadi RM88,000, iaitu 18 peratus. Banyak lagilah yang hampir 20 peratus. Persoalan saya, bagaimanakah hendak selaraskan hasrat kerajaan dengan realiti yang terpaksa dihadapi oleh rakyat jelata? Terima kasih.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Tuan Yang di-Pertua, sama.

Soalan yang hampir sama juga- imbalance cost pass-through (ICPT). Apa yang berlaku yang disampaikan oleh Yang Berhormat Kota Bharu itu memang betul. Oleh sebab kita lihat kalau domestik tidak kena, kebanyakan SME industri komersial kena.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Kita dah buat satu anggaran daripada lima buah persatuan yang minta kerajaan tengok balik ini- kenaikannya daripada 20 peratus hingga 40 peratus. Ini akan menyumbangkan kepada kadar inflasi. Jadi, apa pendirian kementerian ini untuk membantu- kerana dalam keadaan kita hendak memulihkan ekonomi, ICPT daripada 3.7 sen kepada 20 sen merupakan satu kenaikan yang agak mendadak iaitu hampir enam kali ganda? Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 12:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Pertama kita kena maklum bahawa kita berada di negara yang tidak ada subsidi sebagai contoh di Singapura. Harga pasaran elektrik mereka totally driven by market forces. Mereka ada bagi subsidi secara targeted, secara berasingan.

Jadi di negara kita, kita ada kerangka ICPT untuk menetapkan tarif harga, pertama. Kedua, kita masih lagi melindungi, kita kekalkan kadar yang sama bagi pengguna-pengguna domestik hatta T20. Itu pun bagi saya satu perkara yang kita perlu fikir semula pada masa hadapan kerana bila kita bercakap soal tarif untuk T20 juga mereka sepatutnya kalau mereka boleh dapat gaji yang besar mereka kena bayar tarif yang lebih kompetitif. Akan tetapi M40 dan B40- saya setuju bahawa kita perlu lindungi mereka.

Kedua, kalau kita bercakap tentang pengguna bukan domestik, pengguna bukan domestik terutamanya yang menggunakan high and medium voltage bermakna mereka merupakan operasi-operasi yang besar. Saya setuju ada beberapa buah syarikat yang terkesan misalnya syarikat utiliti. Itu bagi kesan kepada rakyat dan dalam kitaran ICPT akan datang, kita akan bagi kadar yang lebih baik kepada mereka.

Apa yang saya boleh sebut di sini ialah bahawa, kita tidak boleh meneruskan corporate subsidies. Ekonomi kita- korporat mendapat keuntungan yang lebih besar berbanding dengan kadar gaji dan sebagainya. Antara isunya ialah corporate subsidies yang kita benarkan dan kita berikan selama ini. Jadi kita kena beralih kepada subsidi secara bersasar, targeted subsidies yang memberi manfaat kepada rakyat secara langsung.

Oleh sebab ia ada beberapa perkara lagi. Pertama ialah soal energy efficiency yang kita akan juga gubal perundangan untuk perkara tersebut. Sekarang bila kadar tarif lebih tinggi, syarikat-syarikat kena kaji cara yang lebih efisien untuk menghasilkan sesuatu produk. Kedua.

final • 12:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Yang di- Pertua, boleh saya minta laluan.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Saya hendak teruskan sebab banyak lagi soalan.

final • 12:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Sedikit saja.

Sedikit saja.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Saya hendak teruskan jawapan saya.

final • 12:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Pasal ini bersangkutan dengan ICPT untuk industri.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Menteri tidak bagi.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Floor saya, saya hendak teruskan.

final • 12:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tidak bagi, ya.

Bukan berkira pun.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey. So, yang saya boleh sentuh di sini, kita mahu mereka menjadi lebih energy efficient dan kita hendak menarik pelabur di negara kita bukan lagi atas dasar kos yang rendah. Gaji rendah, kos rendah, tarif rendah. Tidak.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Kita hendak tarik orang melabur di negara kita kerana nilai tambah yang dapat kita berikan.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Temerloh, duduk. Yang Berhormat Menteri tidak bagi.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Seterusnya. Saya tidak bagi. Saya hendak teruskan.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Yang Berhormat Menteri.

Saya cuma mahu memaklumkan.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Menteri tidak bagi.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Tentang usul.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Oleh sebab banyak lagi. Ada isu banjir yang saya yakin Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian hendak dijawab.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Tidak. Saya mahu minta jawapan.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Menteri tidak...

final • 12:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Jawapan daripada Temerloh saya tidak terima berkaitan...

final • 12:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Duduk Yang Berhormat, duduk.

Yang Berhormat Menteri tidak bagi.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ada, sekejap lagi saya akan jawab sebab ada banyak lagi soalan di sini yang saya akan jawab, termasuk soal banjir. Soal perubahan iklim. Yang Berhormat Kubang Kerian tadi ada sebut, saya akan berikan secara bertulis.

Seterusnya, Yang Berhormat Bentong yang bertanya tentang hala tuju kerajaan bagi penggubalan Akta Perubahan Iklim yang menetapkan sasaran perlepasan karbon dan liputan hutan menjelang 2040.

Untuk makluman Yang Berhormat, kita telah ada komitmen pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) di bawah Perjanjian Paris untuk kita kurangkan intensiti perlepasan karbon sebanyak 45 peratus berdasarkan KDNK pada tahun 2030 berbanding 2005.

Pada masa yang sama, Malaysia juga menerusi Yang Amat Berhormat Bera ketika itu telah mengumumkan target untuk mencapai pelepasan GHG sifar bersih seawalnya pada tahun 2050. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perundangan berkaitan perubahan iklim merupakan salah satu kaedah untuk melaksanakan usaha pengurangan pelepasan GHG ini yang merentas pelbagai struktur ekonomi. Merujuk kepada akta-akta yang sama dibuat di negara lain, tujuan utama akta yang digubal adalah untuk memenuhi obligasi pengurangan pelepasan GHG untuk memangkinkan negara menjadi negara rendah karbon.

Sehubungan dengan itu, kerajaan menerusi Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sedang dalam peringkat awal membangunkan rang undang- undang perubahan iklim negara dan pembangunan rang undang-undang ini dijangka mengambil masa dua hingga tiga tahun. Kita akan mengambil pendekatan whole-of-nation approach. Okey, seterusnya tentang isu biodiversiti dan perhutanan, Yang Berhormat Jeli ada sini? Tidak ada.

final • 12:40 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Yang Berhormat Menteri, boleh sebutkan senarai?

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya? Senarai.

final • 12:40 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Sebutkan senarai semua.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya, saya akan.

final • 12:40 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Yang Berhormat yang terlibat. Jadi, kita boleh tunggu.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya. Jadi, sebab memang confirm ada yang akan tertinggal. Jadi, sebab itu saya sebut apa yang ikut tajuk kecil. Seterusnya, tentang soal yang ini banyak minat juga daripada Yang Berhormat Bentong dan Yang Berhormat Pendang dan juga Yang Berhormat Kubang Kerian tentang soal EFT iaitu penjelasan pihak kerajaan terhadap pemberian pampasan di atas hasil hutan yang tidak dapat dikeluarkan oleh negeri-negeri dan offset pengeluaran karbon dan pampasan yang munasabah. Jadi, di peringkat kerajaan sejak tahun 2019 telah diperkenalkan ecological fiscal transfer for biodiversity conservation sebagai satu insentif kepada kerajaan-kerajaan negeri yang melindungi dan memulihara kawasan perlindungan.

Kita tahu antara rungutan yang diberikan oleh kerajaan negeri ialah mereka dikecam bila membangunkan hutan tetapi mereka perlukan sumber untuk mengelakkan pembangunan tersebut. Ini ialah komitmen Kerajaan Persekutuan dan saya percaya perkara ini akan juga disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan belanjawan esok. Ini ialah untuk menggalakkan dalam usaha konservasi, biodiversiti dan juga menggalakkan kerajaan negeri untuk mewartakan kawasan perlindungan dan hutan simpan kekal.

Sejak diperkenalkan, Kementerian Kewangan pada tahun- Menteri Kewangan Negara kalau spesifik ke Kedah sebab soalan ini dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Pendang, kita telah salurkan sebanyak RM5.83 juta pada tahun 2019 dan tahun 2021 dan tahun 2022 RM4.4 juta setiap tahun.

Okey, seterusnya Yang Berhormat Ampang dan Yang Berhormat Temerloh ada?

Okey, seterusnya fasal soal punca kejadian tanah runtuh yang berlaku. Untuk makluman, pihak Jabatan Mineral Geosains (JMG) ialah pihak yang bertanggungjawab dalam menjalankan penyiasatan bencana geologi tanah runtuh berpandukan prosedur operasi standard siasatan bencana tanah runtuh.

Sepanjang tahun 2021 sehingga kini, pasukan ini telah menjalankan kajian siasatan tanah runtuh yang berlaku di Gunung Jerai, Yan 18 Ogos 2021, enam buah lokasi di Ampang antara tahun 2021 sehingga tahun 2022, Kampung Iboi, Baling 4 Julai 2022 dan Batang Kali, Ulu Selangor ini insiden yang terbaru, 16 Disember 2022.

Berdasarkan siasatan-siasatan ini, ada dua faktor utama. Pertama ialah faktor pencetus seperti curahan hujan lebat yang melampau yang menyebabkan kejadian tanah runtuh bertambah buruk dan kerap akibat kadar hakisan semakin giat dan kandungan air semakin tinggi. Satu lagi ialah faktor penyebabnya ialah faktor semula jadi dan faktor bukan semula jadi. Kalau faktor semula jadi ialah faktor geologi dan juga aliran air dan air bawah tanah. Kalau faktor bukan semula jadi ialah kurang penyelenggaraan. Soal longkang tersumbat, sistem saliran, ketidaksesuaian guna tanah dan juga kelemahan reka bentuk dan kejuruteraan.

Jadi, antara inisiatif yang dibuat ialah pembangunan sistem amaran awal bencana geologi dan tanah runtuh dan tolok hujan seperti di Gunung Jerai, Yan, Kampung Dumpiring Atas, Kundasang dan Lata Bukit Hijau, Baling, termasuk lapan taman ekorimba bagi meningkatkan kesiapsiagaan komuniti dan juga program pemerkasaan komuniti berkonsepkan pengurusan risiko bencana geologi berasaskan komuniti yang telah dilaksanakan di 14 buah lokasi hotspots. Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Sik, ada?

final • 12:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Menteri, mohon sedikit pertanyaan. Saya sebenarnya membangkitkan tentang isu cerun ini, isu pengurusan dan penyelenggaraan. Saya bertanya tentang apakah kita ada satu peruntukan yang khas? Oleh sebab saya lihat apa yang berlaku di Ampang, contohnya.

Selain daripada apa yang Yang Berhormat Menteri sebut, enam buah lokasi di Ampang.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Sebenarnya ia melibatkan jutaan ringgit bila sesuatu perkara atau tanah runtuh itu berlaku. Jadi, saya mencadangkan pada masa tersebut supaya kita ada satu peruntukan seperti bagaimana MARRIS untuk jalan-jalan, kita juga ada peruntukan untuk penyelenggaraan dan juga pemulihan cerun. Jadi, saya mencadangkan pada pihak kerajaan untuk memikirkan satu bajet yang khusus.

Kalau di Ampang saja kajian kita buat, kita perlu memperuntukkan RM24 juta hanya untuk pemeliharaan dan meletakkan tolok-tolok jangka untuk memastikan cerun itu selamat atau tidak. Jadi, apakah sebenarnya jawapan daripada perkara ini? Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Yang Berhormat Menteri, sedikit saja tentang- Alor Setar. Tentang Gunung Jerai yang air banyak semua, kejadian bencana itu. Sebelum ini ada dicadangkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan untuk buat Sabo Dam. Jadi, apa statusnya? Kalau Yang Berhormat Menteri tidak dapat, bagi bertulis pun tidak apa. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey, untuk yang soalan daripada Yang Berhormat Alor Setar, kita akan bagi secara bertulis jawapannya. Untuk Yang Berhormat Ampang, perkara tersebut ialah satu cadangan baik yang kita rasa kita akan kaji di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk pelaksanaannya. Okey seterusnya, soal banjir, minta sikit masa.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Memang soal banjir dan hakisan pantai ialah satu cabaran yang sangat besar. Antara apa yang dibuat oleh kerajaan ialah kita dalam proses membangunkan Pelan Adaptasi Kebangsaan. Ini sebenarnya lebih penting bagi negara seperti kita. National Adaptation Plan yang merangkumi pelan tindakan dan strategi jangka panjang seperti untuk sektor kesihatan awam, infrastruktur, keselamatan dan sumber air, pertanian, perhutanan dan biodiversiti, pemakaian indeks adaptasi perubahan iklim Malaysia dan juga mengintegrasikan faktor perubahan iklim dalam perancangan kita.

Secara umumnya, kejadian banjir dapat dikurangkan melalui pendekatan secara struktur dan bukan struktur. Tanggungjawab kita juga tengok pelbagai agensi yang bertanggungjawab sama ada di peringkat PBT, JKR, JPS yang berada di bawah NRCC, pejabat tanah dan daerah serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Antara yang sangat spesifik yang kita hendak sebut ialah beberapa projek terbaru tebatan banjir. Kita sudah berubah kepada daripada 100 ARI iaitu purata kebarangkalian berlakunya banjir daripada 100 ARI kepada 200 ARI, lebih baik.

Kalau kita tengok di London misalnya, di tepi Lembangan Thames, mereka telah sampai 500 ARI. Gold standard ialah Belanda. Negara yang banyak di bawah laut ialah sebanyak 1,000 ARI. Jadi, kita baru hendak naik daripada 100 ke 200 untuk kita siap siaga dengan perubahan iklim. Yang Berhormat Kapar ada menyebut tentang cadangan penyelesaian isu banjir di Parlimen Kapar. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah menyalurkan sebanyak RM20 juta di bawah RMKe-12 bagi projek pemuliharaan sungai untuk kurangkan risiko banjir ke negeri Selangor pada tahun 2022.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Daripada peruntukan tersebut, JPS Negeri Selangor telah memperuntukkan RM1.4 juta khasnya kepada Meru, Sementa dan juga Selat Klang dengan melaksanakan lima projek mitigasi jangka pendek. Selain itu, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM67.5 juta melibatkan empat projek tebatan banjir kepada JPS negeri untuk melaksanakan beberapa projek mitigasi jangka masa panjang. Kementerian melalui JPS juga telah merancang melaksanakan projek tebatan banjir di Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar tertakluk kepada kelulusan daripada agensi pusat.

final • 12:50 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Mohon mencelah.

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya.

final • 12:50 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Tanjong Karang. Saya tidak pasti Tanjong Karang ada disebut tadi. Akan tetapi, semasa ucapan perbahasan saya ada

final • 12:50 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

menyebut berkenaan dengan banjir air laut disebabkan benteng pecah. Sebenarnya, di Kampung Lembah Pantai Sungai Kajang, kita ada 223 orang penduduk yang sentiasa terancam apabila berlaku air pasang besar kerana benteng atau tembok yang ada adalah tembok sementara. Saya dimaklumkan tembok tersebut telah diluluskan sejak tahun 2019 sebanyak RM12 juta tetapi sehingga sekarang tembok kekal tidak dibina. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kerana...

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ada jawapannya, ada.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Sorry to interrupt. Yang Berhormat Tangga Batu, sedikit.

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Sekejap. Saya jawab dahulu. Masa saya sebenarnya sudah hendak habis. Untuk Yang Berhormat Tanjong Karang, tentang soal tembok pemecah ombak dan benteng, ini memang masalah besar. Sebelum ini, saya ada turun ke negeri Terengganu. Kita dapat tengok jalan yang sebelum ini boleh akses langsung, sekarang menjadi tepi pantai betul-betul. Jadi, apa yang saya hendak katakan ini adalah bukti perubahan iklim yang kita boleh nampak di depan mata kita.

Bagi soal Yang Berhormat Tanjong Karang, kerajaan menerusi JPS telah melaksanakan projek kawalan hakisan dan memperkukuhkan benteng pantai di Sungai Kajang, Tanjong Karang di Daerah Kuala Selangor. Projek ini melibatkan kerja-kerja pembinaan dan meninggikan ban pantai sepanjang dua kilometer bagi mengatasi masalah limpahan air laut. Sekarang, dalam proses hendak siap reka bentuk dan dijangka dilaksanakan pada Julai 2023 dengan tempoh selama 18 bulan untuk tempoh projek tersebut.

final • 12:50 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Yang Berhormat Menteri minta penjelasan sedikit?

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey. Bagi saya lima minit.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tangga Batu minta mencelah sedikit?

final • 12:50 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat Menteri, saya minta banjir di Rantau Panjang, minta jawapan?

final • 12:50 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Yang Berhormat Menteri.

Batang Lupar, sedikit sahaja.

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Sekejap.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat Menteri ada lima minit lagi ya.

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Dalam ucapan perbahasan Titah Diraja, saya ada menyentuh soal tebatan banjir di Kampung Krubong di Tangga Batu sebab ia melibatkan 250 orang buah keluarga. Sebab itu ini bukan berlaku kita panggil bermusim tetapi dia hujan lebat sahaja akan berlaku banjir. Jadi, perlulah saya minta supaya kementerian yang berkaitan memberikan perhatian.

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey.

final • 12:50 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Yang Berhormat Menteri.

Batang Lupar satu soalan?

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya bagi saya habis sebab memang banyak.

Saya tahu banjir ini memang banyak soalan dia. Jawapannya ada. Memang saya takkan sempat habis...

final • 12:50 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Yang Berhormat Menteri, Kuala Nerus memang tidak sempat jawab...

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya.

final • 12:50 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Yang Berhormat Menteri sudah datang ke Terengganu. Kuala Nerus harap ada jawapanlah.

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya. Yang ada kita akan terus cuba dahulukan ya.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi Yang Berhormat Menteri jawab dahulu.

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Saya mulakan dengan Rantau Panjang yang bercakap tentang soal RTB Sungai Golok dan yang memerlukan perundingan bersama Kerajaan Thailand dan melihat undang-undang dan kepentingan di kedua-dua buah negara. Saya sendiri ada turun dua kali untuk kita lihat perkara tersebut. Kementerian melalui JPS sedang melaksanakan pelbagai projek tempatan banjir di Lembangan Sungai Golok dalam usaha mengurangkan risiko banjir semasa musim monsun timur laut khususnya di jajahan Jeli, Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat.

Bagi mengurangkan risiko banjir di jajahan Tumpat, JPS sedang melaksanakan projek PLSB Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 dengan siling kos projek dengan RM656 juta dan projek ini dijangka siap pada Ogos 2024. Bagi jajahan Jeli, Rantau Panjang dan Pasir Mas, JPS akan melaksanakan PLSB Sungai Golok Fasa 2 dengan siling kos projek sebanyak RM879 juta.

Kementerian bersama dengan Kerajaan Thailand telah menubuhkan Joint Steering Committee (JSC) Muara Sungai Golok bagi tujuan perundingan berkaitan kerja- kerja pembangunan, menaik taraf projek fizikal di Muara Sungai Golok. Perundingan ini telah dilaksanakan secara berkala sejak pada tahun 1997.

final • 12:50 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat, minta penjelasan sedikit. Terima kasih Yang Berhormat datang kawasan tetapi tidak jemput saya. Tidak maklum. Saya tidak tahu Yang Berhormat datang ke kawasan saya. Lain kali masuk rumah bagi salam. Okey, yang pertama. Kedua ialah tentang bila projek fasa 2 ini akan dilaksanakan? Jadi, saya harapkan disegerakan sebab sudah hendak masuk musim tengkujuh pada bulan Oktober ini. Jadi, harap sangat projek fasa 2 disegerakan.

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, setiap kali –sebelum itu saya datang ke negeri saya maklumkan dan tidak ada masalah untuk wakil negeri hadir dan saya tidak ada isu dengan masalah tersebut. Akan tetapi, ada yang kadang-kadang isu yang segera, saya hadir turun. Itu bagi saya kita ambil pendekatan yang terbuka. Bersamalah. Macam ada Menteri Besar yang tidak turun apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turun ke negeri mereka.

[Tepuk]

final • 12:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Betul.

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Jadi, seterusnya tentang– saya akan habiskan.

Saya tahu banyak lagi ini.

final • 12:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Klang itu Yang Berhormat Menteri?

final • 12:50 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Batang Lupar Yang Berhormat Menteri.

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Saya akan menjawab Yang Berhormat Tumpat.

Yang Berhormat Tumpat last ya sebelum saya ini– yang lain kita akan jawab secara bertulis. Tidak apa, dengan Yang Berhormat Hulu Langat saya bagi jawapan bertulis ya.

final • 12:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Yang Berhormat Menteri. Sini. Sini.

Klang.

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Untuk Yang Berhormat Tumpat yang telah meminta cadangan penyelesaian isu banjir di negeri...

final • 12:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat Menteri, Segamat.

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya, sekejap. Okey. isu banjir di Negeri Kelantan dan pendirian supaya pusat kajian banjir dan pusat pemindahan kekal dapat dibuat di kedua-dua negeri. Soal pusat pemindahan kekal dan sebagainya, itu di bawah bidang kuasa NADMA. Akan tetapi, antara yang dibuat selain dari apa yang telah saya sebut

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

sebentar tadi ialah projek naik taraf saliran dan peruntukan berjumlah RM29.7 juta membabitkan kerajaan negeri dan juga pihak PBT. Kajian pelan induk bagi saliran mesra alam bagi tujuh buah bandar di Negeri Kelantan dengan peruntukkan berjumlah RM17.5 juta.

Untuk Yang Berhormat Segamat, saya –minta kerajaan nyatakan status pelaksanaan projek-projek tebatan banjir dan pembaikan semula sistem perparitan di zon- zon merah yang sering banjir di kawasan Segamat. JPS telah memperkenalkan Manual Saliran Mesra Alam sebagai salah satu kaedah kawalan di punca untuk menangani banjir kilat sejak tahun 2001. Pemakaian dan pelaksanaan ini membantu PBT memastikan sistem-sistem yang beroperasi diselenggarakan dengan baik bagi memastikan masalah banjir kilat.

Susulan daripada banjir besar yang berlaku pada tahun 2006, 2007 dan tahun 2011 di negeri Johor, kerajaan telah meluluskan Projek RTB Segamat yang telah siap sepenuhnya pada 2016 dengan kos sebanyak RM 206 juta. Ini sedikit sebanyak telah mengurangkan impak tetapi saya percaya dalam keadaan terkini, kita perlu mungkin melihat keperluan semasa tentang soal tebatan banjir di Segamat.

final • 12:50 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Batang Lupar Yang Berhormat Menteri.

final • 12:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Satu sahaja soalan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan banjir di Segamat ini khususnya di fasa 2 di mana dijangka akan siap pada Jun ini. Saya mohon Yang Berhormat Menteri maklum sejauh mana atau beberapa peratusan yang telah siap dan juga fasa 3 di dalam perancangan yang akan bermula pada tahun 2023 dan khususnya di Kampung Seberang, Batu Badak ini sebenarnya setiap kali banjir, mangsa-mangsa yang ditempatkan di PPS ini hampir sebulan kerana air termenung ya. Air tidak menurun.

Walaupun tidak berhujan, air itu menakung disebabkan bukan di Segamat, air itu dari Negeri Sembilan. Kerana punca pendapatan penduduk Kampung Batu Badak ini adalah di tepi sungai sebab kebanyakannya adalah nelayan. Mereka juga telah meminta untuk pindah sementara atau mendapatkan tanah supaya mereka boleh duduk. Hampir 18 orang buah keluarga di situ. So, saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk membantu khususnya di Kampung Batu Badak dan Kampung Berata yang kerap banjir ini dan mereka terpaksa menetap hampir sebulan di PPS. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Itu saya akan listkan secara bertulis.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Segamat, jangan bagi sudah. Masa...

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Last sahaja.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Last.

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Yang Berhormat Hulu Langat, iaitu tentang peruntukan bagi penyelesaian isu banjir ini di Hulu Langat. RTB Sungai Langat Fasa 1 telah diluluskan dengan kos projek RM41 juta dan akan ditender pada suku ini dan akan mengambil masa 35 bulan. Seterusnya, kerajaan juga telah memohon peruntukan khas off-budget bagi melaksanakan projek tebatan banjir di Sungai Langat Fasa 2 yang merupakan sebahagian daripada total solution bagi ketiadaan banjir di Sungai Langat dan JPS Negeri Selangor juga turut melaksanakan 13 projek RTB di Lembangan Sungai Langat yang menggunakan peruntukan kerajaan negeri bagi menangani masalah banjir.

[Disampuk]

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri...

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Jadi Setiawangsa...

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri kalau boleh...

final • 12:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Fasa 2 sebenarnya...

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kita ada masalah masa. Lain-lain itu saya minta Yang Berhormat Menteri jawab secara bertulis. Silakan.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

30 saat kalau boleh saya minta Yang Berhormat Menteri jawab secara bertulis.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Please.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Fasa 2 RTB Sungai Buloh, fasa 2 yang Menteri Besar ada memohon. Kalau boleh...

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey, pastinya yang saya tidak sempat jawab yang telah dibangkitkan dalam perbahasan, Setiawangsa mohon maaf. Saya akan jawab secara bertulis. Tentang hal-hal lain boleh datang bertemu saya untuk kita cari penyelesaian untuk masalah-masalah setempat secara bersama.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Sekarang, saya jemput Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 1:00 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Pertama sekali, izinkan saya menzahirkan rasa penghargaan pada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong atas perkenan baginda menyampaikan titah diraja pada pembukaan sidang Parlimen.

Patik sebagai anggota Jemaah Menteri kepada kerajaan tuanku akan terus berusaha melaksanakan apa yang telah dititahkan oleh tuanku dengan sedaya upaya, bersama-sama dengan jemaah Kerajaan Perpaduan pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada lapan orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan isu-isu berkaitan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sepanjang tempoh perbahasan Titah Diraja pada Mesyuarat kali ini iaitu Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Sungai Besar, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Kuala Pilah dan Yang Berhormat Merbok. Saya berharap semuanya masih berada dalam Dewan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tumpat tidak hadir. Seterusnya, Yang Berhormat Ayer Hitam dan Yang Berhormat Pagoh...

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak ada.

final • 1:00 PM

Datuk Ewon Benedick

Juga tidak ada di dalam Dewan. Yang Berhormat Tuaran pun tidak berada di dalam Dewan. Seterusnya, Yang Berhormat Sungai Besar, Yang Berhormat Ayer Hitam dan Yang Berhormat Kuala Pilah, masih ada?

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Sungai Besar ada.

final • 1:00 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Kuala Pilah ada.

final • 1:00 PM

Datuk Ewon Benedick

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Besar, Yang Berhormat Ayer Hitam dan Yang Berhormat Kuala Pilah telah membangkitkan isu bagi memudahkan proses pembiayaan pada usahawan serta mengurangkan kerenah birokrasi yang merumitkan melalui pengurangan dokumen berkaitan pengecualian CTOS

final • 1:00 PM

Datuk Ewon Benedick

dan CCRIS bagi pembiayaan di bawah dana kerajaan dan peluang kedua bagi memulakan perniagaan.

Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Besar, kementerian dan agensi-agensi pembiaya di bawah kementerian ini sentiasa berusaha untuk menambah baik proses pembiayaan kepada usahawan. Antara langkah-langkah yang telah diambil adalah seperti berikut, TEKUN Nasional bermula pada Mac 2021 telah mengurangkan keperluan dokumentasi. Daripada 17 dokumen kepada empat dokumen sahaja bagi skim pembiayaan TEKUN. Tempoh kelulusan pembiayaan juga telah dikurangkan kepada tujuh hari bekerja berbanding 21 hari bekerja sebelum itu, serta urusan penyaluran peruntukan ataupun pembiayaan kepada usahawan dilaksanakan dalam tempoh tiga hari bekerja.

Kedua, SME Bank pada tahun 2021 dan 2022 telah memproses permohonan secara purata dalam tempoh 21 hari bekerja berbanding 30 hari bekerja seperti yang ditetapkan dalam piagam pelanggan agensi.

Ketiga, Amanah Ikhtiar Malaysia pada tahun 2022 berjaya mengurus tempoh pengeluaran pembiayaan dalam tempoh 10 hari berbanding 16 hari seperti yang ditetapkan di peringkat agensi.

Keempat, PERNAS juga telah mengambil inisiatif untuk mendigitalkan proses permohonan perniagaan yang dijangka akan mula digunakan pada akhir tahun ini.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, agensi-agensi di bawah kementerian yang menawarkan bantuan kewangan iaitu Amanah Ikhtiar Malaysia dan SME Corp. tidak mengambil kira penilaian CTOS dan CCRIS dalam menawarkan pinjaman dan geran peruntukan kepada usahawan yang menggunakan dana kerajaan dan tertakluk kepada...

final • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat.

final • 1:00 PM

Datuk Ewon Benedick

...Jumlah pembiayaan. TEKUN Nasional juga tidak mengambil kira penilaian CTOS dan CCRIS.

Bagi usahawan yang berhadapan dengan risiko kebankrapan ataupun muflis, kementerian melalui Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) serta TEKUN Nasional dan SME Corp. telah mengadakan kerjasama strategik bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dalam pelaksanaan Program Intervensi– Peluang Kedua.

Program khas ini menyediakan khidmat nasihat kewangan...

final • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat Menteri...

final • 1:00 PM

Datuk Ewon Benedick

...Membantu menstrukturkan semula pinjaman serta mewujudkan program bimbingan serta coaching dengan izin, untuk mengurangkan risiko kebankrapan bagi usahawan PMKS.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Okey, terima kasih.

final • 1:00 PM

Datuk Ewon Benedick

Silakan, Yang Berhormat.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih di atas penerangan dan juga maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri mengenai bantuan- bantuan yang telah diusahakan oleh agensi-agensi di bawah kementerian dalam usaha untuk membantu usahawan-usahawan.

Cuma, saya nak bertanya pada pihak Yang Berhormat, sama ada adakah kementerian mempunyai apa-apa cadangan untuk melaksanakan something like, dengan izin, green lane untuk usahawan-usahawan wanita ini apabila dia membuat permohonan bantuan kewangan ini dipermudahkan urusan mereka, application mereka, dengan izin, dipermudahkan. Mungkin ada special counter atau special service yang diperuntukkan untuk usahawan-usahawan wanita di bawah agensi bawah kementerian Yang Berhormat.

Soalan yang seterusnya, mungkin Yang Berhormat boleh menjawab secara bertulis, berapa ramaikah usahawan-usahawan wanita yang telah mengemukakan permohonan bantuan kewangan dan yang telah diluluskan. Berapa peratus daripada permohonan mereka yang telah – maknanya, yang saya perlukan adalah berapa banyak permohonan dan berapa banyak pula yang telah diluluskan? Terima kasih.

final • 1:00 PM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih, Yang Berhormat Parit Sulong. Sebahagian daripada pertanyaan tadi sebenarnya saya sudah jawab dalam menjawab soalan lisan sebelum ini. Amanah Ikhtiar Malaysia, dengan jumlah pembiayaan, dengan jumlah penerima di bawah program Skim Pembiayaan Ekonomi dan Skim Pembiayaan Sosial.

Begitu juga dengan program TekunNita oleh TEKUN Nasional. Saya pernah jawab pada minggu yang lepas. Program UDA Bizznita juga saya menjawab pada minggu lepas, Program Pemerkasaan Usahawan Wanita (PUAN) oleh INSKEN. Begitu juga dengan program pembiayaan latihan Bank Rakyat. Semua data-data ini sudah ada dan saya sudah jawab pada minggu yang lepas. Akan tetapi, saya boleh berikan secara bertulis kepada Yang Berhormat.

Berkenaan dengan cadangan untuk mengadakan special counter kepada wanita- wanita, saya fikir ini satu– saya anggap ini satu cadangan daripada Yang Berhormat.

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua...

final • 1:00 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Yang Berhormat, boleh saya mencelah sedikit?

final • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Cadangan yang boleh diterima oleh Yang Berhormat ke tak?

[Ketawa]

final • 1:00 PM

Datuk Ewon Benedick

Saya mengalu-alukan cadangan ini, Yang Berhormat.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Ala, luluskan sahajalah. Itu tiada masalah.

final • 1:00 PM

Datuk Ewon Benedick

Bukan hanya kaunter perkhidmatan yang– cadangan itu yang baik. Malah, agensi Amanah Ikhtiar Malaysia turun ke kampung-kampung, Yang Berhormat, setiap minggu. Berjumpa dengan usahawan-usahawan. Jadi, pada saya itu lebih baik. Turun ke padang berjumpa dengan usahawan-usahawan wanita.

Malah, saya sendiri telah mengadakan libat urus dengan beberapa persatuan yang mewakili persatuan usahawan-usahawan wanita. Banyak yang datang ke kementerian dan juga di lapangan. Ini sememangnya antara lain yang mereka kemukakan dan kita alu-alukan cadangan seperti ini.

final • 1:00 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Yang Berhormat Menteri, boleh mohon mencelah? Terima kasih Yang Berhormat Menteri, tadi saya mendengari berkaitan dengan kerenah birokrasi, mengurangkan dokumentasi daripada 17 kepada empat. Itu saya kira dibuat pada waktu kerajaan yang lampau, tahun 2021 dan tahun 2022.

Termasuk, kita mengabaikan ataupun mengecualikan CTOS dan CCRIS, kita tidak kenakan kepada usahawan yang membuat pembiayaan.

Cuma, dalam bahas saya, adakah kerajaan masih mengekalkan syarat pengurangan dokumentasi dan tiada CTOS, tiada CCRIS ataupun termasuk kosong interest dalam pembiayaan ada moratorium kepada usahawan-usahawan yang masih hendak meneruskan kelangsungan dalam keusahawan mereka dan perniagaan mereka.

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 1:00 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum. Yang Berhormat Menteri, minta laluan. Okey. Adakah ada perancangan daripada kementerian untuk sebahagian daripada mahasiswa yang – satu insentif untuk mereka yang mencari duit dengan menjadi usahawan kerana ada sebahagian daripada usahawan di kalangan mahasiswa yang terpaksa mencari dana lain untuk menampung kos pendidikan mereka.

Sebagaimana saya dahulu, bila zaman belajar, kita bisnes sendiri tetapi waktu itu tiada insentif langsung. Nak buat pinjaman pun susah sebab dia kata, belajar lagi. Itu sahaja, terima kasih.

final • 1:00 PM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Pertamanya, apabila saya menjawab tadi, bererti kita teruskan program yang telah dimulakan. Apa yang baik pada saya, kita teruskan.

final • 1:10 PM

Datuk Ewon Benedick

Keduanya, tentang pembiayaan kepada usahawan yang masih berada di kampus-kampus pengajian kita sendiri. Di kementerian ini, ada Program Usahawan Siswazah dan kita alu-alukan siswazah untuk melayari portal kita. Aplikasi MyAssist MSME yang merangkumi kesemua program pembiayaan keusahawanan yang dilaksanakan oleh lebih 60 buah agensi di negara kita. Daripada 60 buah agensi itu, kementerian ini hanya memiliki 10 buah agensi sahaja. Ini bererti ada 50 lebih agensi lagi yang tidak diletakkan di bawah kementerian ini, tetapi turut sama mengadakan program pembangunan keusahawanan. Antara lainnya adalah Program Usahawan Siswazah dan yang juga dilaksanakan di bawah kementerian ini.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 1:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Menteri, mohon mencelah.

final • 1:10 PM

Datuk Ewon Benedick

Yang Berhormat Sungai Besar juga telah membangkitkan...

final • 1:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Menteri...

final • 1:10 PM

Datuk Ewon Benedick

...Isu pengecualian pendaftaran SSM terutamanya bagi pembiayaan kepada usahawan informal dan mikro. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2022, TEKUN Nasional telah melaksanakan Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) iaitu program pembiayaan tanpa kadar keuntungan (zero interest) dengan izin, dan yang telah memberikan manfaat kepada seramai 31,934 orang usahawan dengan nilai penyaluran pembiayaan berjumlah RM258 juta.

Melalui skim ini, usahawan informal yang tidak mempunyai permit dan pendaftaran perniagaan boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM5 ribu. Pada tahun 2023 ini, TEKUN Nasional telah melaksanakan program baharu khusus untuk para usahawan yang berniaga secara dalam talian melalui Skim Pembiayaan Online TEKUN

(SPOT). Usahawan yang berniaga secara online tetapi tidak mempunyai pendaftaran perniagaan boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM5 ribu.

Selain itu, permohonan pembiayaan di bawah AIM tidak menetapkan pemohon perlu mempunyai pendaftaran SSM. Pemohon hanya perlu mengisi borang permohonan dengan disertakan dokumen berkaitan seperti:

(i) salinan kad pengenalan;

(ii) salinan kad pengenalan suami atau waris; dan juga

(iii) salinan buku akaun.

Bank Rakyat juga telah memperuntukkan sejumlah RM50 juta bagi pelaksanaan Program Pembiayaan Mikro-i untuk Penjaja dan Peniaga Kecil 2.0 yang turut terbuka kepada usahawan informal dan mikro yang tidak mempunyai permit ataupun pendaftaran perniagaan. Sehingga 9 Februari 2023, sebanyak 2,066 pembiayaan telah diluluskan di bawah program ini dengan nilai keseluruhan sebanyak RM46.42 juta.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Besar...

final • 1:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Menteri, mohon untuk mencelah.

final • 1:10 PM

Datuk Ewon Benedick

Saya jawab dulu respons Yang Berhormat Sungai Besar fasal ini shadow Minister saya. Harap selepas ini ada kesempatan kopi-kopi di luar Dewan yang mulia ini Yang Berhormat. Yang Berhormat telah membangkitkan isu sejauh mana usaha kementerian terutama melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan ANGKASA bagi pembukaan ladang bijirin untuk menampung pengurangan eksport ke atas bijirin makanan ayam yang akhirnya dapat membantu mengawal harga ayam.

Kementerian melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia serta Gerakan Koperasi komited untuk memperkasakan penglibatan koperasi dalam aktiviti penternakan ayam sebagai usaha menangani kenaikan kos sara hidup di samping membantu menjamin bekalan makanan. Bagi menyokong penglibatan koperasi dalam sektor agromakanan seperti ternakan ayam dan ruminan, kementerian melalui skim menyediakan pembiayaan

final • 1:10 PM

Datuk Ewon Benedick

agromakanan sehingga RM3 juta serta bantuan geran pembangunan sehingga RM300 ribu kepada koperasi-koperasi bagi mengembangkan atau memperluaskan projek agromakanan serta aktiviti hilirannya.

Berhubung status tanaman jagung bijirin oleh ANGKASA, tanaman jagung bijirin ini akan menggunakan tanah milik koperasi atau ahli koperasi yang mana sejumlah 3,500 hektar tanah telah dikenal pasti di seluruh negara. Pengujian kesesuaian tanah juga sedang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian daripada segi aspek tanah, keluasan, keadaan topografi tanah bagi mekanisasi serta keadaan cuaca setempat.

Pada masa ini, sebanyak 40 hektar tanah milikan koperasi dan ahli-ahli koperasi di daerah Jelebu, Negeri Sembilan telah didapati bersesuaian untuk penanaman jagung bijirin dan pihak ANGKASA akan memberi panduan persediaan kepada koperasi yang terlibat untuk tindakan yang selanjutnya.

Untuk makluman Yang Berhormat, saya juga telah mengadakan sesi libat urus dengan 21 buah koperasi yang terlibat dalam aktiviti ternakan ayam. Pada Sabtu ini, saya juga akan ke Melaka untuk melawat salah sebuah koperasi yang terlibat dalam ternakan ayam. Kita alu-alukan lebih banyak koperasi terlibat dalam sektor ternakan ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Besar juga telah membangkitkan isu pembukaan kedai koperasi iaitu Coopmart yang menawarkan harga barangan yang lebih murah daripada harga pasaran oleh pihak koperasi. Sehingga 31 Disember 2022, sebanyak 2,581 buah Coopmart telah ditubuhkan di seluruh negara. Melalui rangkaian Coopmart ini, gerakan koperasi dapat menawarkan barangan keperluan kepada rakyat pada harga yang berpatutan di mana terdapat bekalan diperoleh secara terus daripada pengeluar seperti ayam dan sayuran.

Bagi tahun 2021 dan tahun 2022, rangkaian Coopmart juga telah terlibat dengan penganjuran Jualan Koperasi Prihatin Rakyat, Jualan Harga Patut Koperasi dan Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa dengan penjimatan harga antara 15 peratus hingga 20 peratus daripada harga pasaran dengan nilai penjimatan harga mencecah RM9.28 juta.

Bermula pada bulan Mac 2023 ini, Suruhanjaya Koperasi Malaysia melalui rangkaian Coopmart di daerah akan melaksanakan inisiatif Jualan Murah Koperasi yang menawarkan insentif harga barangan keperluan asas harian sehingga 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Yang Berhormat Petaling Jaya? Juga tidak ada di dalam Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Merbok? Juga tidak ada di dalam Dewan yang mulia ini Tuan Yang di- Pertua, ya.

final • 1:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Tumpat ada Yang Berhormat Menteri.

Tumpat ada. Tadi, yang pertama itu.

final • 1:10 PM

Datuk Ewon Benedick

Masuk balik. Mahu saya ulang Yang Berhormat Tumpat.

Yang Berhormat Tumpat telah membangkitkan isu halangan bagi urusan penghantaran produk serunding berasaskan daging oleh usahawan di Tumpat, Kelantan ke Sabah dan Sarawak.

Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Sabah dan Sarawak telah menetapkan syarat bagi penghantaran daging dari Semenanjung Malaysia ke pasaran Sabah dan Sarawak. Antaranya ialah syarikat tersebut perlu mempunyai Sijil Kesihatan Veterinar dan Sijil Halal JAKIM bagi memastikan produk yang dikeluarkan adalah dari ladang ternakan yang sihat, tidak mempunyai penyakit serta memenuhi aspek pembungkusan serta pelabelan produk yang ditetapkan.

Walaupun syarat dan kriteria yang ditetapkan ini di luar bidang kuasa kementerian, tetapi atas iltizam bagi membantu usahawan, kementerian akan membangkitkan isu ini bersama dengan pihak-pihak yang terlibat dalam memudah cara penghantaran produk berasaskan daging dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

Pada masa yang sama, kementerian melalui Institut Keusahawanan Negara

(INSKEN), sedang melaksanakan program pembangunan kapasiti satu daerah satu industri bermula pada tahun 2021 yang melibatkan empat orang usahawan serunding

final • 1:10 PM

Datuk Ewon Benedick

daging di Laman Warisan Serunding Kampung Laut, Tumpat, Kelantan. Mudah-mudahan suatu hari nanti saya berkesempatan untuk melawat usahawan-usahawan ini.

Bagi tujuan ini, usahawan sedang dibantu daripada segi peningkatan kapasiti pengeluaran serunding, latihan keusahawanan serta bantuan dalam mendapatkan pensijilan halal JAKIM dan pensijilan MeSTI di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Inisiatif ini diharap dapat membantu usahawan untuk meluaskan akses pasaran produk serunding termasuk ke Sabah dan Sarawak.

Bagi peningkatan produktiviti serta daya saing produk seperti penambahbaikan pelabelan dan pembungkusan produk serta peningkatan akses pasaran, SME Corp. pula telah menyediakan bantuan di bawah Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS

(BAP) dan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP). Bagi tahun 2022, sejumlah 12 orang usahawan dari negeri Kelantan telah mendapatkan manfaat daripada kedua-dua program ini dengan nilai kelulusan geran berjumlah RM900 ribu.

final • 1:10 PM

Datuk Ewon Benedick

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab yang lainnya sudah berada di luar Dewan, saya akan...

final • 1:20 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Berkenaan dengan soalan- berkenaan dengan koperasi.

final • 1:20 PM

Datuk Ewon Benedick

Saya akan berikan soalan bertulis kepada mereka.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh.

final • 1:20 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Yang Berhormat Menteri.

final • 1:20 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Soalan berkenan dengan koperasi wanita?

final • 1:20 PM

Datuk Ewon Benedick

Koperasi wanita?

final • 1:20 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Ya, yang saya bangkitkan pada peringkat awal lagi. Mungkin awal-awal.

final • 1:20 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Yang Berhormat Menteri, boleh ada soalan?

final • 1:20 PM

Datuk Ewon Benedick

Kejap. Koperasi wanita. Yang Berhormat Tumpat juga telah membangkitkan isu penglibatan wanita dalam koperasi serta penubuhan sebuah bank koperasi khas untuk membantu serta menggalakkan kaum wanita terlibat dalam perniagaan dan perbankan.

Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian ini sentiasa memberi perhatian kepada pembangunan koperasi merangkumi pelbagai latar belakang dan kumpulan khusus termasuk koperasi wanita. Sehingga 30 Jun 2022, terdapat 250 buah koperasi wanita telah didaftarkan melibatkan keanggotaan seramai 27,895 orang melalui pengumpulan modal share dan yuran sebanyak RM18.5 juta dengan penjanaan aset berjumlah RM77 juta dan perolehan mencecah RM10.07 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 22 buah koperasi wanita telah terlibat dalam aktiviti kredit dengan menawarkan pembiayaan kepada anggota koperasi yang melibatkan perolehan berjumlah RM819,438.

Pada tahun 2022, sebanyak sembilan buah koperasi wanita telah menerima bantuan pembangunan koperasi di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melibatkan peruntukan sebanyak RM602,400. Sebanyak 56 buah koperasi wanita merangkumi 6,192 orang ahli koperasi wanita telah menyertai program pembangunan kapasiti anggota koperasi anjuran Institut Koperasi Malaysia.

Kementerian melalui SKM juga mengambil maklum akan cadangan penubuhan bank koperasi khas bagi menggalakkan penglibatan wanita dalam bidang perbankan dan kewangan. Namun, cadangan memerlukan penelitian kerana ia bukan sahaja perlu melalui pelbagai proses tetapi ia juga dikaji daripada segi aspek daya maju dan daya saing bank koperasi tersebut. Dalam hal ini.

final • 1:20 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 1:20 PM

Datuk Ewon Benedick

Kementerian berpandangan bahawa usahawan- usahawan wanita boleh mendapatkan pembiayaan dari bank-bank sedia ada yang menyediakan pembiayaan kepada usahawan wanita seperti Bank Rakyat dan agensi- agensi lain seperti TEKUN Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia yang mempunyai skim usahawan untuk wanita.

final • 1:20 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey, saya respons sedikit untuk pencelahan.

final • 1:20 PM

Datuk Ewon Benedick

Ya.

final • 1:20 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Oleh sebab sekarang ini kita melihat banyak penggunaan digital di kalangan rakyat, dan ramai wanita yang terlibat.

Kebanyakan keseluruhannya juga mempunyai masa kerana mereka berada di rumah dan boleh terlibat dengan digital. Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk memberikan bantuan peralatan kepada bakal usahawan wanita khususnya di kalangan suri rumah untuk menggalakkan mereka terlibat dalam bidang keusahawanan?

final • 1:20 PM

Datuk Ewon Benedick

Ya, sudah tentu jika mereka berada di- ataupun menjadi ahli kepada mana-mana ahli koperasi, maka koperasi mereka layak untuk memohon pembiayaan melalui skim di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan bantuan yang disalurkan kelak itu boleh digunakan untuk maksud seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi.

final • 1:20 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Yang Berhormat Menteri.

final • 1:20 PM

Datuk Ewon Benedick

Ya.

final • 1:20 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Pencelahan. Yang Berhormat Menteri ada menyatakan berkenaan dengan bantuan daripada segi mendapatkan logo halal. Jadi dalam isu Sabah ini, kita ada ramai usahawan yang mendapat kekangan ataupun merintih berkenaan kesusahan mereka untuk mendapatkan Sijil Halal. Jadi, adakah inisiatif ataupun langkah daripada kerajaan untuk membantu usahawan-usahawan yang bermasalah ini? Terima kasih.

final • 1:20 PM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Memang betul dalam sesi libat urus yang diadakan oleh kementerian pada bulan Januari yang lepas bagi usahawan-usahawan di Sabah, memang isu persijilan halal merupakan salah satu isu yang telah dibangkitkan.

Untuk makluman Yang Berhormat Kalabakan, pada 1 Mac ini kementerian akan mengadakan satu perbincangan melibatkan antara lainnya JAKIM dan juga Kementerian Pembangunan Perindustrian Keusahawanan Sabah untuk memperincikan penyelesaian kepada proses persijilan yang memakan masa yang agak lama seperti mana yang diadukan oleh usahawan-usahawan di Sabah.

Dalam Mesyuarat Majlis Keusahawan Kebangsaan yang telah saya pengerusikan baru-baru ini dengan semua Exco-Exco Keusahawanan Negeri, persijilan halal masih merupakan isu yang dibangkitkan. itu sebabnya saya dan kementerian mengambil pandangan ataupun mengambil tindakan serius terhadap isu dan saya amat yakin selepas 1 Mac itu, selepas saya dimaklumkan, hasil perbincangannya nanti dan saya amat yakin kita boleh memudahkan carakan ataupun membantu usahawan-usahawan Sabah mendapat sijil halal yang diperlukan dan kementerian kita, kementerian ini bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang bersesuaian yang diperlukan oleh usahawan-usahawan di Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahajalah penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan kepada isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh Perbahasan Titah Diraja pada Mesyuarat ini. Atas semangat Malaysia Madani, saya mengajak semua Ahli Yang Berhormat untuk bekerjasama menjunjung titah tuanku bagi memacu pembangunan negara ke tahap yang lebih cemerlang.

final • 1:20 PM

Datuk Ewon Benedick

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menjunjung kasih titah tuanku. Terima kasih.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Luar Negeri

final • 1:20 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam sesi Penggulungan Titah Diraja 2023 dalam Dewan yang mulia hari ini.

Bagi pihak seluruh keluarga Kementerian Luar Negeri, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Mersing dan Yang Berhormat Ipoh Timur kerana mengambil berat isu-isu berkait rapat dengan Kementerian Luar Negeri sewaktu membahaskan titah diraja.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjelaskan isu-isu berkaitan dasar luar negara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Larut. Yang Berhormat Larut ada dalam Dewan?

final • 1:27 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak ada.

final • 1:27 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Tuan Yang di-Pertua, saya akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Ayer Hitam dan Yang Berhormat Ipoh Timur ada? Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Ipoh Timur pun tiada dalam Dewan.

final • 1:27 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jawapan bertulis.

final • 1:27 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih, cepat habis ini bagus. Isu Laut Cina Selatan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Larut juga, pun tidak ada. Yang Berhormat Lumut ada? Pun tidak ada.

final • 1:27 PM

Seorang Ahli

Ada...

final • 1:27 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Ada? Okey. Berkenaan isu Laut Cina Selatan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Larut dan Yang Berhormat Lumut, saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa Laut Cina Selatan merupakan satu isu yang kompleks dan sensitif. Berikutan tuntutan-tuntutan bertindih antara negara- negara penuntut. Dalam hal ini, Malaysia kekal komited untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan Laut Cina Selatan secara konstruktif dan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai.

Kementerian Luar Negeri akan terus menyuarakan pendirian tegas Malaysia berhubung isu Laut Cina Selatan di platform-platform berkaitan bagi memastikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara terus kekal dan terpelihara. Sebagai langkah untuk memastikan keamanan, kestabilan dan mengelakkan ketegangan di Laut Cina Selatan, negara-negara ASEAN dan China juga telah memanterai Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut Cina Selatan atau, dengan izin, Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea (DOC) pada 4 November 2002.

final • 1:27 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Selaras dengan persetujuan di bawah DOC tersebut, negara-negara ASEAN telah mengambil pendekatan dengan izin, self-restrain dan memastikan tindakan-tindakan yang diambil dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Laut China Selatan tidak meningkatkan ketegangan di perairan tersebut.

Buat masa ini, negara-negara ASEAN dan China sedang merundingkan Kod Tatalaku di Laut China Selatan atau dengan izin, Code of Conduct (COC) in the South China Sea. COC ini dilihat sebagai satu kod tatacara untuk mengelakkan konflik dan

final • 1:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

ketegangan di Laut China Selatan. Ia adalah tanpa prejudis terhadap tuntutan wilayah dan maritim negara masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu Pulau Batu Putih yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat...

final • 1:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, Bayan Baru tentang COC.

final • 1:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Ya, sila.

final • 1:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri jelaskan COC. COC pun telah lama dirunding dan sememangnya ada persefahaman tetapi pun ada banyak yang tidak setuju. Jadi, apakah point of contention dalam COC ini yang menyebabkan COC ini lambat dipersetujui oleh semua negara? Minta penjelasan. Terima kasih.

final • 1:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Dalam apa juga dibangkitkan dalam Laut China Selatan ini Tuan Yang di-Pertua di samping kita ada code of conduct (COC), kita juga akan meneruskan rundingan-rundingan dan dialog-dialog. Kita lebih memilih cara untuk merunding dialog secara aman dengan platform-platform yang sedia ada dan kita akan terus mengadakan apa juga perbincangan.

Walaupun kita akui ada sedikit kelewatan dan juga apa-apa isu tetapi percayalah jika kita ada semangat rundingan di antara negara ini, saya percaya dengan semangat ASEAN yang ada kita mampu untuk menyelesaikan isu yang tertunggak. Terima kasih.

final • 1:30 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Yang Berhormat Menteri, soalan satu dari Lumut.

final • 1:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Ya, Yang Berhormat Lumut.

final • 1:30 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Kesinambungan daripada soalan saya itu dan juga jawapan Yang Berhormat Menteri tentang COC semua itu kan, saya sebagai bekas tentera ini pun, walaupun kita ada perjanjian MoU semua memang cantik. Akan tetapi contohnya baru-baru ini China telah menghantar kapal maritim. China ini kita tahulah dia punya armada laut biru yang besar.

Dengan kekangan pihak TLDM di laut sana, pihak TLDM membuat penguatkuasaan dan kita tahu yang lepas-lepas kita sudah bincang pasal kekangan TLDM dengan kapal-kapal. So, tengok dia telah memasuki kapal maritim memasuki – ini tugas perisikan. Perisikan dijaga oleh pihak tentera, hanya TLDM. Kita tahu pasal tuntutan pulau-pulau ini memang kritikal sekarang ini, ada yang kita tuntut sampai ke mahkamah di Hague semua itu ICJ.

So, saya cadangkan pihak kerajaan especially Kementerian Luar Negeri walaupun membuat MOU ini pun, kita dari segi keselamatan kena dipertingkatkan agar nanti kalau pihak China ini kalau dia nampak satu pulau dia terus buat pendudukan di situ, dia letak tentera dia, then kita mungkin akan menghadapi masalah. Juga, contoh di Pulau Terumbu Layang-layang. Kita ada pihak TLDM di sana menjaga pulau tersebut. Kadang- kadang pihak China pun menghampiri dengan kapal selam semua. So, mengganggu gugat keselamatan dan kedaulatan laut kita. Terima kasih.

final • 1:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai isu ini, saya ingin menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia berpendirian bahawa semua pihak perlu mengambil pendekatan berhati-hati bagi mengelakkan sebarang tindakan yang menyebabkan insiden yang kita tidak ingini. Memang ada sedikit satu atau dua laporan sedemikian. Walau bagaimanapun, KLN berpandangan bahawa semua ataupun sebarang konflik hanya akan meningkatkan ketegangan, kita setuju tentang perkara itu dan sekali gus ia akan menggugat keamanan, keselamatan dan kestabilan Laut China Selatan.

Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan kita sebenarnya amat tegas dalam melaksanakan komitmen untuk menjaga keselamatan dan juga kedaulatan negara kita.

KLN bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan yang sedia ada seperti Majlis

final • 1:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Keselamatan Negara (MKN), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia sendiri akan terus komited memberikan perhatian.

Tindakan yang diambil termasuklah rondaan, pengawasan secara berterusan Yang Berhormat. Jadi, kita berdoa sama-sama semoga mereka dan juga semua agensi dapat menjalankan tugas dengan lebih baik. Dengan itu, kedaulatan dan hak kedaulatan kepentingan negara kita akan terus terpelihara, insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan isu Pulau Batu Putih yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Mersing. Ada Yang Berhormat Mersing? Kalau Yang Berhormat Mersing tidak ada saya akan panjangkan jawapan secara bertulis.

final • 1:30 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Ada, ada.

final • 1:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Okey, ada. Saya lupa Yang Berhormat Mersing sebelah situ.

final • 1:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Mersing sudah di sebelah sini.

[Ketawa]

final • 1:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Bukan sebelah sana.

[Ketawa] Minta maaf Yang Berhormat Mersing. Kementerian Luar Negeri akan menekankan bahawa terma rasmi yang digunakan oleh kerajaan dalam sebarang rujukan adalah ‘Batu Putih’ dan bukannya ‘Pulau Batu Putih’. Kerajaan berpendirian bahawa fitur tersebut adalah sebuah batuan dan bukan sebuah pulau memandangkan ia tidak memenuhi syarat sebagai sebuah pulau menurut Artikel 121 kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkenaan Undang-undang Laut 1982. Ini juga selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 13 Ogos 2008.

Seperti mana Dewan yang mulia ini sedia maklum, pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah membuat keputusan ke atas kes kedaulatan Batu Putih Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge) di antara Malaysia dan Singapura di mana ia telah memberi penghakiman bahawa kedaulatan ke atas Batu Putih berpihak kepada Singapura. Manakala kedaulatan ke atas Batuan Tengah berpihak kepada Malaysia.

Berikutan keputusan tersebut, Kerajaan Malaysia dan Singapura telah membentuk mekanisme khusus untuk melaksanakan penghakiman ICJ berhubung kes tersebut serta untuk menangani isu-isu lain yang berkaitan menerusi Malaysia-Singapore Joint Technical Committee on the Implementation of the International Court of Justice Judgement on Pedra Branca, Middle Rocks and South Ledge (NSJTC) ringkasnya jawatankuasa itu. Pada masa ini, kedua-dua negara sedang dalam proses rundingan pembatasan sempadan maritim. Ya, Yang Berhormat Machang.

final • 1:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. I know you are getting to it. Soalan saya pun berkait rapat dengan itu. Saya difahamkan jawatankuasa penetapan sempadan Malaysia- Singapura telah bersidang paling akhir sekali pada tahun lepas. Antara perkembangan daripada sidang itu ialah penetapan terma-terma rujukan dengan izin, terms of reference untuk proses seterusnya. Mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh maklum pada Dewan apakah perkembangan terbaharu dalam proses ini?

final • 1:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Benar yang telah pun dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi bahawa jawatankuasa tersebut telah pun bersidang dan ada beberapa perkara yang mungkin saya akan nyatakan dan mungkin saya tidak perlu nyatakan di sini kerana ini melibatkan soal hubungan yang masih terlalu sensitif bagi kita.

Susulan daripada keputusan ICJ pada 23 Mei 2008 memang jawatankuasa NSJTC telah pun ditubuhkan dan memang telah pun bersidang beberapa kali. KLN telah dipertanggungjawabkan untuk mengetuai pelaksanaan mekanisme ini oleh kerajaan kita dalam mengutamakan pembatasan sempadan maritim di kawasan perairan.

Secara umum, isu-isu berkaitan isu ini ataupun apa-apa perkara yang melibatkan soal perundangan dalam isu ini Yang Berhormat, ia akan diuruskan, akan dilihat secara dekat oleh Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi). Jadi, KLN

final • 1:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

hanya sebagai untuk mengetuai proses rundingan. Jadi, saya ingat isu itu mampu untuk menjelaskan serba sedikit.

Saya lanjutkan Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan pelan-pelan kerja-kerja pembangunan dan aktiviti penambakan sepihak oleh pihak Singapura di Batu Putih.

Kementerian Luar Negeri secara konsisten telah menzahirkan pendirian dan bantahan Malaysia secara lisan dan bertulis. Malaysia telah menegaskan pendirian bahawa Singapura tidak berhak dan tidak wajar meneruskan perancangan kerja-kerja pembangunan dan aktiviti penambakan sehingga kedua-dua negara memuktamadkan sempadan maritim di perairan tersebut.

final • 1:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Susulan bantahan Malaysia, Singapura telah bersetuju untuk menghentikan sementara perancangan kerja-kerja pembangunan dan aktiviti penambakan Batu Putih.

Selain daripada pembatasan sempadan maritim, perundingan bagi membincangkan pelan pembangunan sepihak Singapura di Batu Putih ini juga telah dimulakan oleh kedua-dua negara.

Kementerian Luar Negeri bersama-sama agensi-agensi teras kerajaan yang berkaitan sedang meneliti perkembangan semasa, dan mengkaji tindakan-tindakan yang boleh diambil dari pelbagai aspek termasuk berdasarkan undang-undang antarabangsa dan hubungan diplomatik dua hala.

Sehubungan itu, Malaysia sebagai negara yang bertanggungjawab dan berpendirian kekal dengan prinsip bahawa perkara ini perlu dikendalikan secara diplomatik dengan niat baik- good faith, di samping berharap supaya Singapura juga mengambil tindakan yang sama untuk menghormati dan tidak melaksanakan sebarang keputusan yang mencerminkan niat buruk- bad faith, yang bertentangan dengan semangat proses rundingan yang sedang berlangsung di antara kedua-dua negara ini.

Kementerian Luar Negeri akan terus mengetuai rundingan dengan Singapura dan berusaha agar momentum positif rundingan diteruskan bagi memastikan kedaulatan dan kepentingan negara sentiasa terpelihara.

Ada lagi Yang Berhormat....?

final • 1:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Boleh saya mencelah sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 1:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Silakan.

final • 1:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya hanya ingin berkongsilah dengan Dewan yang mulia ini dan juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk perhatian juga Kementerian Luar Negeri Wisma Putra.

Dalam laporan Mothership sebuah portal berita Singapura, Pedra Branca ataupun Batu Puteh ini pernah dilihat dan ditinjau oleh mantan Perdana Menteri Singapura mendiang Lee Kuan Yew dalam satu persidangan energy ataupun tenaga Singapura pada 2008 bahawa mereka pernah memikirkan untuk membina loji jana kuasa nuklear di situ.

Jadi, maknanya bagi Singapura, Pedra Branca ataupun Batu Puteh ini merupakan satu entiti geografi yang cukup signifikan bagi kedaulatan negara mereka. Jadi, saya ingin menyokong penuhlah sebarang usaha kerajaan pada hari ini untuk memastikan, kita juga tidak kehilangan walau seinci kedaulatan kita di situ. Terima kasih.

final • 1:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat, insya-Allah kita akan terus mempertahankan hak kedaulatan negara kita dalam isu Pulau Batu Putih ini.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung isu pencerobohan nelayan asing di perairan Malaysia yang disentuh oleh Yang Berhormat Lumut. Yang Berhormat Lumut ada ya?

final • 1:40 PM

Seorang Ahli

Ada.

final • 1:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Ada. Saya ingin memaklumkan bahawa dasar luar negara sentiasa mengamalkan prinsip yang mengutamakan kedaulatan dan kepentingan

final • 1:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

negara termasuklah memelihara sumber ekonomi daripada ancaman dan eksploitasi oleh pihak-pihak luar.

Dalam hal ini, Kementerian Luar Negeri sentiasa menggunakan platform dan mekanisme dua hala sedia ada dengan negara-negara berkenaan untuk membincangkan dan menangani isu pencerobohan nelayan asing di perairan negara secara konstruktif dan bersama.

Pada masa yang sama, kerajaan melalui agensi-agensi yang berkaitan juga sentiasa memantau dan mengawasi perairan negara untuk memastikan ia tidak diceroboh dan sumber laut negara adalah terpelihara.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Larut lagi. Saya akan jawab secara bertulis mengenai isu konflik Palestin-Israel. Beliau membangkitkan dalam perbahasan beliau.

Berkenaan isu dan cadangan berkaitan Kementerian Luar Negeri yang diketengahkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur- Yang Berhormat Ipoh Timur ada? Yang Berhormat Ipoh Timur tidak ada, saya akan panjangkan juga secara bertulis.

Demikian sahaja penjelasan dan maklum balas saya berhubung isu dan perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 1:40 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

[Bangun]

final • 1:40 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

[Bangun]

final • 1:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat sedikit, Bayan Baru.

Yang Berhormat Menteri saya bangkitkan isu tentang Sulu, dan bolehkah Menteri beri sedikit penjelasan tentang perkembangan terkini tentang isu Sulu. Terima kasih.

final • 1:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Untuk makluman Yang Berhormat Bayan Baru, isu Sulu ini sama juga ia sebenarnya di bawah seliaan ataupun akan diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Undang-undang.

Jadi, ini adalah juga keputusan daripada Jemaah Menteri supaya kita boleh menguruskan satu focal point dalam isu ini, dan di mana dalam isu ini, sebuah sekretariat telah ditubuhkan dan diketuai oleh Jabatan Hal Ehwal Undang-undang.

Jadi, saya fikir Yang Berhormat Menteri Undang-undang juga telah menyampaikan sesuatu perkembangan terkini dalam saya fikir semalam mengenai isu yang sedang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Bar- Yang Berhormat Lumut...

final • 1:40 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 1:40 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Pertama, soalan saya fasal pencerobohan nelayan asing itu. Kementerian Luar Negeri juga perlu menitikberatkan juga pendatang tanpa izin daripada negara jiran especially Indonesia.

Mereka menaiki bot melalui jalan tikus.

So, kemudian perlu bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri especially agensi APMM untuk memperkuatkan lagi penguatkuasaan ini, dan kita tahu pencerobohan itu tetap berlaku. Kita sedia maklum fasal aset-aset APMM ini pun saya rasa kekurangan walaupun bukan di bidang tugas Kementerian Luar Negeri.

Kementerian Luar Negeri perlu menegaskan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mempertingkatkan keselamatan negara. Terima kasih.

final • 1:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih, Yang Berhormat Lumut. Kita ambil maklum dan memang Kementerian Luar Negeri sentiasa bekerjasama dengan semua agensi kerajaan yang terlibat mengenai isu yang telah dibangkitkan.

Demikian sahaja penjelasan dan maklum balas...

final • 1:40 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, belakang.

final • 1:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Oh, Yang Berhormat Kalabakan.

final • 1:40 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ada menyentuh berkenaan isu kedaulatan dan keselamatan, dan kita beralih pada Lautan Celebes.

Dalam lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Indonesia baru-baru ini ada menyatakan berkenaan hubungan di antara dua buah negara kita berkaitan dengan Pulau Sebatik. Jadi, hubungan Malaysia dengan Indonesia sebagai negara jiran sudah pasti begitu rapat tetapi dengan sempadan.

Pulau Sebatik ini sebagai perkongsian adalah pulau yang dikongsi oleh dua buah negara dan ia punya keadaan itu sangat poros sempadan itu. Jadi, macam mana ia punya hubungan berkaitan dengan Pulau Sebatik, kalau boleh. Mohon respons daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 1:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan dan Sebatik ini saya tahu berada di kawasan Parlimen Kalabakan. Untuk makluman Yang Berhormat Kalabakan bahawa rundingan masih lagi berjalan dan dalam isu perbatasan ataupun menentukan perbatasan di Pulau Sebatik dan juga negara Indonesia ini ia telah pun dilibatkan beberapa buah agensi kerajaan Yang Berhormat.

Antaranya Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Bahkan kita libatkan bersama juga setiap kali mesyuarat teknikal kita akan jemput juga wakil daripada Kerajaan Negeri Sabah melalui Jabatan Tanah dan Ukur Sabah juga kita libatkan dan saya ingin maklumkan bahawa ia dalam proses rundingan yang terakhir. Mudah-mudahan ia dapat dimuktamadkan selewat-lewatnya pada tahun 2024, insya-Allah Yang Berhormat.

Ya, Yang Berhormat Machang.

final • 1:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

final • 1:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Bangun]

final • 1:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Yang Berhormat, sebenarnya saya dalam perbahasan Titah Diraja ada menyentuh beberapa soal Kementerian Luar Negeri.

Umum maklum, kita tahu Wisma Putra adalah first line of defence kita dalam mempertahankan kedaulatan negara sebelum kita menghantar tentera dan sebagainya.

Pada masa yang sama, saya juga beranggapan Wisma Putra juga adalah first line of offence kita dalam menyebarluaskan pengaruh dan juga strategi pelaburan keluar.

Dalam perbahasan Titah Diraja saya, saya menyentuh dasar luar kita pada tahun 1990-an ketika mana kita ada satu- dasar yang agak agresif untuk menumpukan kepada negara-negara Afrika untuk kita bawa syarikat-syarikat kita melabur di sana khususnya menggunakan GLC seperti PETRONAS.

Saya ingin melontarkan pada Wisma Putra dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri agar dasar ini diperkukuhkan semula di bawah kepimpinan yang sedia ada kerana maklumlah Yang Amat Berhormat Tambun juga merupakan antara arkitek kepada dasar ini bersama dengan Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir.

final • 1:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Kedua, persoalan yang saya ingin tanya- walaupun banyak masa lagi untuk dibahaskan sebenarnya, bazir masa, rugi...

[Ketawa]

final • 1:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Baik, Yang Berhormat Menteri.

final • 1:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Walaupun Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah daripada Barisan Nasional, dan juga bersama dengan kami dulu tidak bersetujulah dengan apa yang Pakatan Harapan tetapkan dalam Dasar Luar yang dicanangkan, apa komitmen Kementerian Luar Negeri ketika ini di bawah kerajaan campuran Pakatan Harapan dan Barisan Nasional berhubung dengan mana- mana konvensyen antarabangsa yang boleh menggugat kedaulatan Raja-Raja Melayu dan juga Perlembagaan Persekutuan kita?

final • 1:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Apa komitmen kita untuk memastikan tidak ada sebarang kontradiksi melibatkan contohnya ICERD yang mungkin bakal kita- saya tak pastilah apa pendirian kerajaan pada hari ini. Jadi boleh atau tak Yang Berhormat Timbalan Menteri beri komitmen untuk tidak sewenang-wenangnya meratifikasi perkara ini?

final • 1:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri.

final • 1:50 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Untuk makluman Yang Berhormat dan seluruh negara kita, sememangnya jelas soal mempertahankan kedaulatan kepentingan negara itu harus menjadi keutamaan kita. Saya setuju bahawa KLN, always on the forefront defence dan sebagainya, tetapi kita kena pastikan bahawa semua kementerian dalam negara ini harus bersama-sama dengan KLN untuk kita memastikan Dasar Luar Negara kita juga harus dilihat sebagai suatu gagasan kita bersama. Kita kena pertahankan pendekatan kita.

Jadi saya ingat, kerajaan pada hari ini juga mementingkan sebuah negara yang amat baik, berdasarkan gagasan Malaysia Madani harus kita angkat menjadi dasar yang boleh dilihat sebagai dasar yang baik, yang mesra kepada semua negara, yang boleh menarik lagi minat para pelabur asing kita, yang boleh meningkatkan hormat negara luar kepada negara kita.

Insya-Allah, jika ada kerjasama daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, semua kepentingan kita, saya percaya negara kita akan terus menjadi harum di persada antarabangsa. Mudah-mudahan isu yang dilibat- bukan hanya soal dasar negara-negara Afrika tetapi banyak dan menjadi keutamaan kita bersama supaya melihat Malaysia ini sebagai sebuah negara yang benar-benar hebat di persada antarabangsa. Mudah- mudahan.

Yang Berhormat sahabat saya...

final • 1:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 1:50 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Okey.

final • 1:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Bayan Baru juga ya.

final • 1:50 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Terima kasih...

final • 1:50 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Bagi Yang Berhormat...

final • 1:50 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Yang Berhormat Menteri. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan dasar pelaburan Malaysia dengan negara-negara luar.

Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dasar yang strategik, yang kita cari sumber pelaburan daripada negara luar, selain daripada negara-negara yang telah kita ceburi seperti negara-negara kuasa besar, UK, Amerika, Jepun, China, itu telah kita terokainya. Kita mengetahui bahawa negara-negara yang seumpama ini, mereka ada polisi mereka sendiri. Macam Amerika, mereka memburuk-burukkan minyak sawit, sebagai contoh dengan dilabelkan dengan macam- macam label.

Sejauh mana tindakan yang diambil oleh Kementerian Luar terhadap negara- negara yang perlu kita terokai? Sebagai contoh, negara yang mempunyai penduduk yang besar seperti Egypt dan negara-negara yang lainlah, yang kita masukkan sebagai negara rakan perdagangan dengan kita Malaysia supaya bahan mentah yang kita miliki pada hari ini dapat kita salurkan kepada negara berkenaan yang tentunya keuntungan itu lebih lumayan berbanding dengan negara-negara maju yang telah kita ceburi. Terima kasih.

final • 1:50 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, negara Malaysia ini merupakan sebuah negara dagang. Ini semua orang tahu. Malaysia sentiasa mengambil pendekatan yang pragmatik dan mengekalkan hubungan kerjasama dua hala yang baik dengan semua negara. Pendekatan ini adalah bagi memastikan negara mendapat manfaat yang penuh melalui setiap kerjasama yang terjalin di samping memastikan kepentingan negara terus dilindungi dan terpelihara. Saya

final • 1:50 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

setuju soal ada sebahagian negara kita memerlukan beberapa bentuk- produk komoditi kita. Ini menjadi tanggungjawab kita.

Di bawah MITI dan MIDA Yang Berhormat, mereka juga sentiasa bekerja kuat untuk membawa nama baik Malaysia memasarkan dan membuka ruang-ruang lagi pelaburan untuk masuk ke negara kita, ini juga sebahagian dari dasar negara kita. Kita kena mesra dengan semua negara, kita kena lebih memberikan keyakinan kepada semua negara luar untuk melihat Malaysia ini sebagai sebuah destinasi dagang yang baik.

Jadi sebahagian tanggungjawab kita bersama, apatah lagi KLN, kita akui bahawa ini sebahagian daripada tanggungjawab kita untuk menjaga nama baik dan juga membuka ruang, meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara akses yang baik, yang mesra kepada semua negara.

Mudah-mudahan dengan adanya kerjasama yang bersepadu ini, bukan hanya KLN tetapi semua kementerian MITI, MIDA dan sebagainya ini juga akan dapat memastikan negara kita dilihat sebagai sebuah negara destinasi dagang yang baik pada masa akan datang dan seterusnya. Terima kasih.

final • 1:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan terakhir saya adalah tentang isu Myanmar. Myanmar ini adalah di backyard kita, ASEAN. Baru-baru ini, Perdana Menteri cuba mencari penyelesaian iaitu cuba carve out Myanmar daripada ASEAN supaya memberi satu pressure pada Myanmar kerana selama beberapa tahunlah tidak ada progress untuk- mereka tidak respons kepada Five-Point Consensus yang disediakan oleh ASEAN, dan mereka tidak membantu.

Apa yang berlaku injustice is still happening in Myanmar, Rohingya, dan juga ada banyak lagi civil war, low-level civil war happening in Myanmar. Kalau kita tidak menyelesaikan masalah Myanmar, impaknya akan pada Malaysia. Kalau Myanmar- the state fail, dia akan ramai pelarian ke ASEAN. Jadi, perlu ada penyelesaian yang tuntas di Myanmar.

Soalan kedua adalah tentang Malaysia ini negara yang open kepada global trade dan juga tourism. Sekarang kita nampak bahawa dunia membuka semula dan ramai pelancong yang akan datang ke Malaysia. Apakah pendekatan oleh Wisma Putra untuk memudahkan lebih ramai pelancong melawat Malaysia supaya membawa ekonomi mata wang asing dan juga merancakkan semula tourism di Malaysia? Terima kasih.

final • 1:50 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Saya ingin nyatakan bahawa isu Myanmar ini memang menjadi keutamaan dan juga keprihatinan kerajaan kita pada hari ini. Saya percaya dalam gabungan negara-negara ASEAN ini juga kita punya pendirian tentang isu yang dibangkitkan ini. Insya-Allah, secara detailnya nanti saya akan panjangkan sedikit maklumat kepada Yang Berhormat secara bertulis. Masa pun tak mengizinkan.

Soal pelancongan juga, saya setuju bahawa Kementerian Pelancongan juga bersama-sama dengan agensi yang lain dan KLN menjadi forefront. Kita just to facilitate mana-mana kementerian- ini sahabat saya juga di sebelah ini Timbalan Menteri Pelancongan. Dia juga sering ke luar negara untuk mempromosikan produk-produk pelancongan kita. Kita akan bekerjasama bagaimana untuk menarik bukan hanya soal sektor pelancongan tetapi sektor dagang yang lain-lain juga menjadi keutamaan Malaysia Madani pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, demikian sahaja penjelasan dan maklum balas saya berhubung isu dan perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkait rapat dengan bidang kuasa Kementerian Luar Negeri semasa perbahasan Titah Diraja pada kali ini. Sebelum mengakhiri penggulungan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih dan akan mengambil perhatian terhadap segala cadangan dan saranan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini ke arah menggiat dan memantapkan lagi tugas dan amanah yang

final • 1:50 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Luar Negeri. Sekian jawapan saya. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

final • 1:50 PM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato’ Seri Tiong King Sing

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, dan salam Malaysia Madani.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) semasa sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan ini dari 14 hingga 21 Februari 2023 yang lalu.

final • 1:59 PM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato’ Seri Tiong King Sing

Pada hari ini MOTAC akan memberi maklum balas terhadap pertanyaan- pertanyaan yang telah dikemukakan oleh 19 orang Ahli Yang Berhormat yang berbahas menyentuh isu MOTAC iaitu Yang Berhormat-Yang Berhormat dari Titiwangsa, Taiping, Sibu, Alor Setar, Pandan, Jeli, Bachok, Jerai, Sri Aman, Dungun, Kuala Krai, Gerik, Temerloh, Merbok, Balik Pulau, Padang Rengas, Sabak Bernam, Kuala Kangsar dan Jasin. Pelan Pemulihan Pelancongan dan langkah kerajaan meningkatkan pendapatan negara pascapandemik COVID-19.

Tuan Yang di-Pertua, industri pelancongan sememangnya merupakan antara penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia di mana semasa pra pandemik COVID-19 industri ini secara purata telah menyumbang sebanyak 6.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setiap tahun.

Pada tahun 2019, jumlah ketibaan pelancong asing adalah seramai 26.1 juta orang dengan jumlah pendapatan pelancongan sebanyak RM86.1 bilion. Manakala pada tahun 2020, jumlah ketibaan pelancong asing sebanyak 4.3 juta dengan pendapatan pelancongan berjumlah RM12.7 bilion. Jumlah ini terus menurun pada tahun 2021 kepada ketibaan pelancongan seramai 135,000 orang dengan pendapatan pelancongan berjumlah RM238.7 juta.

Dalam usaha memberikan industri ini, MOTAC bersama-sama bergiat- industri telah menambahbaikkan pelan pemulihan sedia ada. Pertama, membangunkan Rangka Kerja Pemulihan Pelancongan 2.0 atau TRF 2.0 yang menggariskan pemulihan semula industri pelancongan agar lebih kukuh dan berdaya tahan serta peningkatan kualiti hidup secara mampan. Pelan ini merupakan strategi utama kementerian bagi tempoh jangka pendek dan sederhana serta menyokong Dasar Pelancongan Negara 2020-2030.

Pada tahun 2022, hasil daripada pelaksanaan pelan pemulihan ini, negara telah berjaya menarik kedatangan seramai 10.07 juta orang pelancong asing serta menjana RM28.2 bilion pendapatan pelancongan. Di samping itu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah hasil sektor perkhidmatan pada suku ke-empat tahun 2022, juga bertambah baik berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021 iaitu pertumbuhan sebanyak 14.9 peratus kepada RM528.8 bilion. Kenaikan ini disumbangkan oleh industri berkaitan pelancongan antara perdagangan borong dan runcit, makan minum dan penginapan yang meningkatkan sebanyak 15 peratus.

Bagi menjayakan pelan pemulihan pelancongan pada tahun 2023, kementerian ini telah membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan untuk melipatgandakan usaha promosi dan visibility dengan tumpuan kepada pasaran yang telah dikenal pasti seperti negara-negara ASEAN, Timur Tengah, China dan India serta pasaran Eropah.

Pada tahun 2023, kementerian turut mensasarkan ketibaan pelancong asing ke Malaysia seramai 16.1 juta orang dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM49.2

final • 2:00 PM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato’ Seri Tiong King Sing

bilion. Demi melonjakkan pendapatan pelancongan negara, MOTAC akan bekerjasama dengan kementerian-kementerian terutama Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pengangkutan untuk memperkasakan perkara-perkara berikut:

(i) meningkatkan...

final • 2:00 PM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Mohon celahan, boleh?

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing

Bagi saya habiskan dahulu.

final • 2:00 PM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Okey.

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing

...

(i) meningkatkan kemudahsampaian- connectivity melalui penambahan kekerapan dan penambahan jumlah tempat duduk- seating capacity;

(ii) memudahkan perjalanan keluar-masuk pelancong asing ke dalam negara seperti visa on arrival, multiple entry visa, eVisa dan transit visa;

(iii) memastikan produk-produk pelancongan sedia ada diselenggarakan dan ditambah baik supaya ia berkualiti, di samping mewujudkan produk-produk baharu; dan

(iv) menyediakan peruntukan yang bersesuaian dan mencukupi bermula tahun 2023 sebagai persiapan ke era Tahun Melawat Malaysia 2025 atau Visit Malaysia Year 2025.

Silakan Yang Berhormat.

final • 2:00 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut tentang ketibaan pelancong asing pada tahun 2022 iaitu sebanyak 10.1 juta di mana Titah Yang di-Pertuan Agong menyatakan cuma 9.2 juta. Saya hendak tanya, adakah discrepancy penjelasan- macam ada discrepancy, dengan izin, jumlah kedatangan pelancong. Pada tahun 2023, MOTAC mensasarkan 16.1 juta. Saya ingin bertanya, apakah asas daripada segi target pelancong asing pada 2023?

Yang Berhormat Menteri juga ada sebut tentang visa on arrival. Saya hendak tanya visa on arrival ini, adakah telah pun diberi persetujuan oleh Kementerian Dalam Negeri dan juga in particular imigresen? Ini kerana telah dicuba banyak kali, tetapi KDN selalu memberi alasan keselamatan negara. Jadi, apabila Yang Berhormat Menteri menyebut itu macam sudah diperkenankan oleh Kementerian Dalam Negeri. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau.

Mengenai isu ada differences, minta maaf bagi peluang kepada saya sedikit. Bagi saya peluang. Nanti saya balik, saya check in detail, I’ll come back to you.

Jadi, mengenai itu- macam mana kita hendak tahun 2023, macam mana kita hendak buat promosi. Macam tadilah yang saya kata, beberapa- produk kita akan menjalankan promosi- akan dijalankan.

Mengenai isu seperti visa on arrival, multiple entry visa, memang kita sedang usahakan. Tadi kita pun ada nampak dalam surat khabar begitu ramai orang memberi sokongan on the visa arrival. We’ll try our best, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, isu usaha kementerian dalam membantu membangunkan destinasi pelancongan dan ekopelancongan. Antara usaha-usaha MOTAC dalam membangunkan destinasi pelancongan dan ekopelancongan adalah:

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing

(i) mengadakan program pengalaman Homestay Malaysia yang memberi manfaat dalam meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar serta dapat memberi tumpuan kepada produk ekopelancongan melalui aktiviti yang dijadikan sebagai pakej homestay;

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing

(ii) mengadakan program-program membangunkan industri bagi membangun dan memperkasakan ekonomi usahawan kreatif luar bandar menerusi kraf tangan Malaysia;

(iii) melaksanakan program-program atau aktiviti-aktiviti promosi seperti pameran pelancongan antarabangsa, roadshow dan sesi lawatan suai-kenal di pasaran-pasaran antarabangsa yang dikenal pasti bagi mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan yang unik dan menarik; dan

(iv) sehingga tahun 2022 kementerian telah diperuntukkan sebanyak RM287 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi membangun dan menaik taraf kemudahan pelancongan termasuk ekopelancongan bagi meningkatkan lagi kualiti produk dan perkhidmatan pelancongan.

Usaha-usaha ini adalah selaras dengan Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020- 2030 dan Eko Pelancongan Kebangsaan 2.0.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, buat masa ini MOTAC tiada peruntukan khas untuk disalurkan kepada Ahli-ahli Parlimen namun begitu Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin memohon peruntukan bagi menganjur program-program pelancongan boleh membuat demikian dengan mengemukakan permohonan kepada kerajaan negeri masing-masing atau MOTAC bergantung kepada peruntukan semasa yang ada.

Isu perancangan kementerian dalam mempergiatkan promosi aktiviti dan tempat- tempat pelancongan termasuk penyenaraian dalam Kalendar Pelancongan Negara.

Tuan Yang di-Pertua, antara aktiviti promosi yang telah dijalankan dan memberi impak positif iaitu penyertaan Tourism Malaysia di dalam MATTA Fair Kuala Lumpur pada 2 hingga 4 September 2022, Tourism Malaysia telah mengkhususkan promosi jualan terus kepada konsumer agar pengusaha-pengusaha pelancongan domestik dapat menawarkan pakej-pakej percutian dalam negara yang menarik kepada orang ramai semasa pameran MATTA Fair tersebut.

Untuk menguatkan lagi kempen promosi domestik, lagu Cuti-cuti Malaysia Visi 2.0 bertajuk ‘Menemui Semula’ telah dilancarkan pada 17 Mei 2022. Kempen-kempen pelancongan domestik telah menggunakan saluran TV, radio atau media sosial dan paparan iklan digital di seluruh negara pada tahun lepas.

Tourism Malaysia telah memberi peluang kepada 42 orang peserta yang terdiri daripada agensi pelancongan, pengusaha produk-produk pelancongan dan lain-lain bagi penjualan pakej percutian domestik kepada pengunjung...

final • 2:10 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Yang Berhormat Menteri, Pasir Puteh.

final • 2:10 PM

Dato' Seri Tiong King Sing

Boleh, bagi saya habis dahulu.

Bagi merancakkan pelancongan domestik, Tourism Malaysia akan perkenalkan kempen pelancongan bersama lagu baru berjudul, “Inilah Masanya Cuti-cuti Malaysia” pada hujung minggu ini.

Seterusnya bagi promosi antarabangsa, Tourism Malaysia sedang giat menjalankan promosi pelancongan di pasaran-pasaran yang sedia dikenal pasti berpotensi menyumbang kepada industri pelancongan negara.

final • 2:10 PM

Dato' Seri Tiong King Sing

Promosi pelancongan melalui digital seperti promosi melalui media sosial sedang giat dijalankan di pasaran-pasaran ini bagi memastikan nama pelancongan Malaysia terus menjadi perhatian pelancong dan ejen pelancongan di pasaran-pasaran tersebut. Pakej atau produk pelancongan terbaru akan dikenalkan kepada pasaran secara digital kepada ejen pelancongan luar negara melalui sesi hubungan perniagaan secara virtual.

Berkenaan usul penyenaraian ataupun memasukkan acara seperti Pesta Penang ke dalam Kalendar Pelancongan Negara, kementerian ini sentiasa mengalu-alukan penyenaraian acara pelancongan tempatan yang merupakan sebahagian penawaran produk pelancongan negara. Sila.

final • 2:10 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Pertamanya, saya ingin rakamkan jutaan terima kasih atas usaha-usaha yang telah dibuat oleh pihak kementerian sebelum daripada ini...

final • 2:10 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

[Bangun]

final • 2:10 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Di sini saya ingin berkongsi apabila kita bercakap isu pelancongan, pelancongan adalah salah satu daripada aktiviti yang boleh menjana ekonomi negara kita yang saya kira saingan pelancongan ini tidak banyak berbanding dengan pelaburan-pelaburan di bidang yang lain. Justeru itu ingin saya dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan prasarana pelancongan yang ada di dalam negara kita.

Kalau kita lihat dalam negara kita ini kita ada hotel di bandar-bandar itu sahaja tetapi tempat-tempat yang fokus pelancongan. Kalau pelancongan di bandar ataupun di pantai-pantai sahaja, negara lain pun banyak pantai hampir banyak negara dalam dunia ini tetapi kita belum ada prasarana pelancongan yang membabitkan air terjun di bukit, di hutan yang dikawal selia oleh kerajaan dan dibangunkan oleh kerajaan secara yang sangat berkesan.

Begitu juga di tempat-tempat yang mempunyai kesan sejarah yang besar.

Umpamanya dalam negara kita, kita ada sejarah peperangan Jepun datang. Sebelum daripada ini banyak kubu Jepun yang dibina terutamanya di negeri Kelantan. Semakin lama semakin pupus, semakin lama semakin pupus kerana ia tidak dijaga dan dikawal selia dengan baik oleh pihak kerajaan.

Begitu juga kalau saya ambil secara spesifik, kalau di Kelantan dari Kubang Kerian-Kota Bharu itu kita ada sungai. Dia terus sungai ini sampai ke Sabak. Di sungai inilah berlakunya sejarah pembayaran ufti daripada Raja-Raja Melayu kepada Kerajaan Siam di waktu itu dan dahulunya ada bangunan-bangunan tetapi sekarang ini sudah tidak ada apa-apa lagi. Alangkah baiknya sekiranya jajaran sungai ini dibina semula dengan bangunan-bangunan walaupun baru tetapi bercirikan bangunan yang lama yang kita boleh sebut di sini berlaku sejarah sekian-sekian. Di sini berlaku sejarah sekian-sekian untuk kita menarik para pelancong daripada negara luar.

Kedua, saya kongsi di sini untuk perkongsian yang saya kira kita boleh bekerjasama. Pelancong yang biasa datang ke Malaysia daripada negara maju kita kira dia ini tetapi kalau dari negara Timur Tengah sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Timur Tengah ini mereka datang ke Malaysia ini dan mereka menganggap negara kita ini sebagai syurga di dunia ini. Mereka tidak ada pokok, mereka tidak ada banyak negara yang pantai, mereka pun tidak terjaga yang lebih daripada itu pokok, sungai ini adalah satu yang sangat menarik pelancong-pelancong daripada Middle East daripada negara luar.

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat..

final • 2:10 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Jadi sejauh mana kerajaan bersedia untuk...

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, jangan berbahas ya. Yang Berhormat Menteri mahu jawab, tidak cukup masa.

final • 2:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Okey. Untuk kerajaan membina prasarana di tempat-tempat pedalaman ini. Sekian, terima kasih.

final • 2:20 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak.

final • 2:20 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Yang Berhormat Menteri.

final • 2:20 PM

Dato' Seri Tiong King Sing

Bagi saya jawab dahulu ya. Terima kasih, sahabat lama kita. Terima kasih tadi dia ucapkan terima kasih kepada kita dengan apa yang kementerian sudah buat. Kita akan cuba buat mana yang boleh dibuat lagi sedaya-upaya.

Tadi mengenai isu ini, aktiviti-aktiviti for the nation, dengan izin...

final • 2:20 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:20 PM

Dato' Seri Tiong King Sing

...Kita memanglah- pelancongan ini boleh tolong membawa economic growth untuk negara kita. Memang saya lihat banyak tempat sepatutnya menjadi tempat pelancongan tetapi kita belum naik taraf dan belum baiki. Saya hendak jumpa Yang Berhormat apabila senang kita berbincang di lounge sana, mana- mana tempat kita serius, kita mahu lebih tempat-tempat pelancongan...

final • 2:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Okey, terima kasih banyak.

final • 2:20 PM

Dato' Seri Tiong King Sing

...Untuk pameran kepada negara di luar termasuklah macam heritage ini semua. Ada banyak tempat yang belum lagi, kita akan bekerjasama.

Untuk saya serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, saya tidak kira sebelah sini atau sana, kita- semua bekerjasama...

[Tepuk] Kita seikhlasnya untuk memacu dan membangunkan ekonomi untuk negara kita.

Mana-mana kita berbincang di luar. Kalau saya jawab semua, nanti masa sudah habis...

final • 2:20 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Saya ringkas sahaja.

final • 2:20 PM

Dato' Seri Tiong King Sing

Nanti Tuan Yang di-Pertua suruh saya berhenti.

Silakan.

final • 2:20 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Soalan saya ringkas sahaja Yang Berhormat Menteri, penjelasan.

Tadi Yang Berhormat Menteri memaklumkan ada RM287 juta dalam RMKe-12 yang telah pun diluluskan untuk naik taraf fasiliti atau tempat-tempat pelancongan. Adakah Alor Setar termasuk dalam amaun itu? Itu sahaja soalan saya. Terima kasih.

final • 2:20 PM

Dato' Seri Tiong King Sing

Memang kita, mengenai bajet ini kita tertakluk kepada bajet baharu pada 24 Februari, tengok macam mana. Kalau ada, kita duduk berbincang bersama-sama.

final • 2:20 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak.

final • 2:20 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:20 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak.

final • 2:20 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:20 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Boleh? Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya, apakah langkah-langkah kerajaan mempromosikan pelancongan bersejarah ke persada dunia pasca-COVID-19? Contohnya, semalam kita sebut tentang Kompleks Sejarah Pasir Salak, kita hendak mempromosikannya ke persada dunia melalui iklan-iklan. Terima kasih. Mohon jawapan daripada kitak tek.

final • 2:20 PM

Dato' Seri Tiong King Sing

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Salak. Macam saya kata, ini kita mesti mahu dua hala antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan bersama-sama berbincang macam mana pertolongan ini settle dan dinaiktarafkan terutamanya Exco kita, datanglah. Ataupun kita boleh tarik satu masa, kita turun pun boleh bersama-sama, berbincang macam mana hendak mempromosikan terutama di kawasan Pasir Salak. Okey.

final • 2:20 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan sebab tadi Yang Berhormat Menteri telah pun senaraikan usaha-usaha kerajaan untuk menarik pelancong asing yang secara general. Akan tetapi, Puchong ingin tahu, adakah usaha- usaha spesifik MOTAC untuk menarik pelancong dari Negara China? Ini adalah kerana baru-baru ini saya baca laporan daripada Bloomberg yang mengatakan bahawa, dalam tiga tahun Negara China mendepani COVID-19, lebihan simpanan rakyat China telah mencecah CNY5.6 trilion mengikut JPMorgan Chase & Co. iaitu lebih daripada RM3 trilion.

Ini lah peluang yang baik untuk kita menarik mereka ke Malaysia melancong dan berbelanja di Malaysia. Saya hendak tahu, apakah usaha untuk menarik? Adakah usaha untuk mempromosi negara Malaysia sebagai destinasi melancong di Douyin? Douyin itu versi TikTok di China yang merupakan satu bentuk media sosial yang paling popular di China. Adakah usaha telah pun dijalankan?

final • 2:20 PM

Dato' Seri Tiong King Sing

Terima kasih, Yang Berhormat Puchong. Mengenai tadi kita soalkan tiga tahun mereka lockdown, berapa trilion itu semua, memanglah kita usahakan itu tetapi kita memang harap dalam bulan April kita boleh dapat promosi di China. Sekarang kita ada program promosi antarabangsa bagi pasaran di Negara China, kita ada:

(i) China International Travel Mart di Kunming;

(ii) China-ASEANExpo di Nanning;

(iii) ITV China di Shanghai;

(iv) roadshow ke China;

(v) publisiti melalui media sosial rasmi Tourism Malaysia di China secara berterusan; dan

(vi) memuatkan maklumat dan video produk pelancongan terkini di Weibo, WeChat dan TikTok.

final • 2:20 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri, minta laluan.

final • 2:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Puncak Borneo.

final • 2:20 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi berkenaan dengan pelancong dari China, I think kawan saya Yang Berhormat Puchong membangkitkan tentang potensi untuk menarik pelancong dari China. Yang Berhormat Menteri juga ada membuat kenyataan bahawa tahun ini MOTAC menyasarkan lima juta orang pelancong daripada China, betul kan? Yang Berhormat Menteri ada buat kenyataan tersebut.

Cuma saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Menteri bahawa data daripada Amadeus menunjukkan bahawa seating capacity daripada China hanya 720,000 untuk tahun 2023. Jadi, saya ingat Yang Berhormat Menteri mungkin boleh buat sesuatu untuk berbincang dengan syarikat-syarikat penerbangan supaya menambahkan lagi kapasiti penerbangan dari China.

Saya juga ingin menyentuh tentang target 16.1 juta untuk tahun ini. Saya rasa itu merupakan satu target yang rendah kerana tahun ini seating capacity world to Malaysia, ada 25 juta. That means people are coming to Malaysia seramai 25 million. Okeylah, kebanyakannya mungkin orang Malaysia juga tetapi ada seating capacity sebanyak 25 juta.

Jadi mengapa tidak mengambil peluang ini mempromosikan supaya ramai lagi orang datang ke Malaysia, bukan hanya 16.1 juta kerana semua orang tahu macam Yang Berhormat Pasir Puteh sebut tadi, potensi untuk membawa tukaran wang asing ke Malaysia melalui pelancongan. Hal ini kerana pada tahun 2022, orang Malaysia spent di luar lebih daripada orang luar spent di Malaysia, daripada segi expenditure. Itu data daripada DOSM. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri review balik target untuk tahun ini. Terima kasih.

final • 2:20 PM

Dato' Seri Tiong King Sing

Terima kasih, Yang Berhormat Balik Pulau.

Mengenai isu- tadi soal mengenai untuk tahun 2023 dari Negara China cuma 720,000 seating. Kita di kementerian ada berbincang bersama aviation centers, kita minta tambah scheduled flights ataupun kita mengadakan chartered flights daripada second-liner city. Kita akan cuba sedaya-upaya mana yang kita boleh.

Mengenai kenapa kita cuma buat anggaran 16.1 juta, kita tidak mahu cerita anggaran yang besar. Kalau ada lebih daripada kita punya, memang that is a plus point kita dapat. Kita memang daripada Tourism Malaysia termasuk kementerian saya, memang kita akan kerja keras, pertolongan kita serta pelancongan dinaik taraf mana yang kita boleh...

final • 2:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Puncak Borneo minta penjelasan sedikit Yang Berhormat Menteri.

final • 2:20 PM

Dato' Seri Tiong King Sing

Kongkalikong punya...

[Ketawa]

final • 2:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, saya tertarik dengan target Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya tadi untuk mencapai jumlah pelancong yang hadir sebanyak 16.1 juta. Akan tetapi saya ingin penjelasan, kalau hendak compare dengan negara-negara luar seperti negara Thailand, Indonesia malah negara-negara ASEAN yang lain. Kita di Malaysia ini banyak produk pelancongan yang terlalu tidak menyerlah sebab pelancong ini macam kita- kita hendak pergi ke negara luar kita hendak ada satu experience, ada satu moment, dan we have to enjoy ourselves, dengan izin.

Akan tetapi apabila pelancong ini datang ke Malaysia, mereka ini kadang-kadang kita hendak mandi di swimming pool pakai bikini pun jadi isu, isu arak, "Timah” pun jadi isu. Jadi, semua yang kita hendak buat tarikan dan moment itu tidak boleh. Jadi, macam mana kita hendak bersaing dengan negara-negara luar kalau kita punya environment itu tidak kondusif, tidak ada moment, tidak ada experience yang kita ketengahkan- yang berbeza.

Satu lagi, kita punya tarikan pelancongan ini kebanyakannya dari tapak-tapak sejarah, daripada kebudayaan. Saya rasa the new generation, they don’t want to see these things anymore. They want to see something new.

final • 2:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Kita kena- harus berfikir, apa produk-produk pelancongan yang lebih menyerlah dan tidak ketinggalan zaman. Jadi, apakah penjelasan Kementerian Pelancongan to re- innovate dan memperbaharui produk-produk pelancongan negara kita? Terima kasih.

final • 2:30 PM

Dato' Seri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Tadi kita ada beritahu, memang tempat-tempat dan produk-produk yang telah saya sebut tadi.

Mengenai tempat-tempat untuk pelancong-pelancong itu ataupun pelancongan itu, memanglah banyak tempat lagi.

Oleh sebab itu, kita mahu mempromosikan tetapi tempat-tempat itu banyak rundown, dengan izin. Memang kita mahu menaiktarafkan dan sebab itulah kita memohon untuk ditambahkan peruntukan kepada kementerian ini. Harap kita boleh bantu negeri- negeri dan negeri-negeri pun sama-sama membantu menaik taraf tempat pelancong- pelancong. Dengan itu barulah kita boleh tarik lebih banyak pelancong domestik di negara kita dan pada masa yang sama kita boleh tarik lebih banyak lagi pelancong-pelancong dari luar negara.

Ada tadi isu mengenai tempat seperti Yang Berhormat Puncak Borneo kata, kalau pakai swimming suit ini tak boleh, itu tak boleh. Tak apa. Tidak lama lagi saya akan berjumpa dengan kawan-kawan dari sebelah sana, Yang Berhormat-Yang Berhormat beragama Islam. Kita duduk berbincang untuk macam mana kita boleh belajar seperti negara Arab, Middle East. Macam mana pemikiran mereka boleh terbuka supaya dapat membantu sektor ini dinaiktarafkan. Saya yakin memang Yang Berhormat-Yang

final • 2:30 PM

Dato' Seri Tiong King Sing

Berhormat dari sebelah sana, kita boleh duduk berbincang bagaimana untuk menyelesaikannya.

Memang di Saudi Arabia dahulu, negara mereka tidak berfikiran terbuka, tertutup.

Pukul lima memang semua tak boleh buat. Sekarang semua boleh buat kerana dia sudah berfikiran terbuka. That is very important. Jangan semua kita bergantung jadi satu soal, semua berkenaan agama. I think kita mesti mahu fikir bahawa negara sekarang multiracial. Kita berkahwin antara berlainan bangsa. Melayu kahwin dengan Cina, Cina kahwin dengan Iban dan sebagainya. Macam mana kita boleh work as a one family. Negara kita mesti mencapai perpaduan dan keharmonian.

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, berapa minit lagi perlukan?

final • 2:30 PM

Dato' Seri Tiong King Sing

Tiada sudah.

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah habis kah?

final • 2:30 PM

Dato' Seri Tiong King Sing

Sudah habis, memang itu sudah habis.

final • 2:30 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:30 PM

Dato' Seri Tiong King Sing

Ada berapa orang?... Boleh kah jawab bertulis?

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri boleh gulung, boleh gulung.

final • 2:30 PM

Dato' Seri Tiong King Sing

Boleh gulung ya? Tadi lain-lain soalan yang saya belum jawab, nanti saya akan jawab secara bertulis.

final • 2:30 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 2:30 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Sebentar. Saya cadangkan...

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri kata kalau tak boleh jawab, jawab bertulis kan?

final • 2:30 PM

Dato' Seri Tiong King Sing

Ya, jawab bertulis.

final • 2:30 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Bukan. Saya cadangkan...

final • 2:30 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Minta jawab soalan Kuala Krai, Kuala Krai.

final • 2:30 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Kementerian ini Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya tetapi selalu mula dengan pelancongan dahulu. Seni dan budaya selalu tidak dapat tempat dalam perbahasan. Selalu mulakan pelancongan, lepas itu dah habis masa. Saya cadangkan perbahasan belanjawan ini mulakan dengan seni budaya dahulu. Orang seni budaya masih menunggu jawapan.

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak apa, Yang Berhormat Menteri take note ya.

final • 2:30 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing

Okey, terima kasih. Yang Berhormat Kuala Krai, boleh nanti kita berbincang kah? Saya duduk sama-sama pegawai saya pun boleh, bersama-sama kita.

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 2:30 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri sesi penggulungan, saya ingin menegaskan bahawa MOTAC akan sentiasa bekerjasama dengan semua Ahli Yang Berhormat dan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk bersama-sama memajukan pelancongan, seni dan budaya Malaysia Madani.

Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan mengemukakan pandangan, saranan dan cadangan semasa sesi perbahasan. Sekian, terima kasih.

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Kementerian Komunikasi dan Digital.

final • 2:30 PM

Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, bagi pihak Kementerian Komunikasi dan Digital, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang prihatin dan telah mengambil bahagian dalam memberi pandangan serta saranan yang menyentuh bidang tugas kementerian yang saya pimpin ini sepanjang sesi perbahasan ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Seramai 27 orang Ahli Yang Berhormat telah bangkitkan 30 soalan mengenai perkara-perkara yang terletak di bawah tanggungjawab kementerian ini, terutamanya berkaitan:

(i) perkhidmatan internet atau komunikasi,

(ii) kebebasan bersuara,

(iii) penyalahgunaan media sosial ataupun buli siber, dan;

(iv) kebocoran data peribadi atau keselamatan siber.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat bagi Larut, Selangau, Kuala Krai, Julau, Hulu Langat, Sabak Bernam, Merbok, Kuala Kangsar, Padang Besar, Puncak Borneo, Kuantan, Padang Rengas dan Sipitang telah membahaskan isu perkhidmatan internet ataupun komunikasi. Kerajaan memahami keperluan kesalinghubungan internet untuk semua rakyat dan ini telah mendorong kerajaan untuk membuat penaiktarafan pelan jalur lebar di seluruh negara, termasuklah di kawasan luar bandar dan pedalaman yang sedang diperluaskan secara berperingkat melalui Pelan Jalinan Digital Negara

(JENDELA) Fasa 1 dan 2.

Pelan JENDELA Fasa 1 bagi tahun 2020-2022 telah menetapkan sasaran untuk memberi akses gentian optik kepada 7.5 juta- premis di seluruh negara. Meningkatkan kadar kelajuan purata jalur lebar mudah alih kepada 35 megabits per second (Mbps) dan meluaskan liputan jalur lebar 4G kepada 96.9 peratus kawasan berpenduduk di seluruh negara. Manakala Pelan JENDELA Fasa 2 bagi tahun 2023-2025 pula telah menetapkan sasaran untuk memberi akses gentian optik kepada 9 juta buah premis di seluruh negara, meningkatkan kadar kelajuan purata jalur lebar mudah alih kepada 100Mbps melalui pelaksanaan 5G dan meluaskan liputan jalur lebar kepada 100 peratus kawasan berpenduduk di seluruh negara.

Kerajaan juga telah menambah baik capaian internet di kawasan pedalaman melalui teknologi satelit di 839 buah lokasi di seluruh negara yang pada asalnya dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2023, namun telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada tahun 2022. Di bawah sasaran JENDELA fasa 2, kerajaan sedang merangka solusi yang bersesuaian menggunakan pelbagai teknologi bagi penyediaan perkhidmatan internet bagi baki tiga peratus kawasan berpenduduk.

Penyediaan infrastruktur komunikasi di lokasi-lokasi ini adalah mencabar daripada segi keadaan muka bumi yang berbukit bukau, taburan penduduk yang berselerak dengan kepadatan yang rendah selain daripada tiadanya infrastruktur asas lain seperti jalan berturap dan punca bekalan elektrik yang stabil. Kerajaan juga sentiasa cakna dan prihatin akan perkhidmatan internet jalur lebar di Sabah dan Sarawak yang sering dibangkitkan. Kerajaan sentiasa meletakkan perkhidmatan internet jalur lebar sebagai keutamaan dalam memastikan pelaksanaan dan pembinaan teknologi di Sabah dan Sarawak berjalan lancar.

Untuk makluman, setakat suku tiga tahun 2022, peratusan liputan 4G di kawasan berpenduduk di Sabah meningkat kepada 88.06 peratus berbanding 73.41 peratus sebelum pelaksanaan JENDELA. Manakala peratusan liputan 4G di kawasan berpenduduk di Sarawak telah meningkat kepada 84.68 peratus berbanding 73.67 peratus sebelum pelaksanaan JENDELA pada suku kedua 2020. Melalui inisiatif JENDELA,...

final • 2:34 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan sedikit.

final • 2:34 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik, silakan.

final • 2:34 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih. Saya mendengar dengan teliti tadi ucapan Yang Berhormat Menteri mengatakan di Sarawak ada coverage about 84 percent. Akan tetapi kalau coverage besar tetapi the quality of the service, the throughput and the bandwidth speed are not there, itulah masalah, sebab kalau banyak coverage tetapi kualitinya itu macam siput, tak guna juga. Sebagai pengamal IT, saya merasakan bahawa kita perlu meneliti perkara ini sebab kita dok laung-laung coverage dah sampai 84 peratus, kita akan menuju kepada 98 peratus tetapi kualitinya tidak baik.

Jadi, saya rasa kementerian perlu melakukan sesuatu.

Kedua, kita ini di dalam negara Malaysia, kita mengamalkan liputan yang pelbagai jenis. Kita masih maintain kita punya 2G, 3G, 4G, 5G. Di negara-negara lain, kalau ia nak maintain jenis liputan itu, they just go for one bandwidth. It is much more cost-efficient for you to maintain and also ia punya kos- you can actually spread across sebab you kena maintain satu teknologi sahaja, satu jenis liputan sahaja. Kita di sini semua macam rojak.

Jadi, saya sebagai pengamal IT ini, this is one of the problems that we have to tackle. Jadi, negara kita ini patut melaksanakan satu hala tuju yang begitu jelas supaya seluruh negara kita ini boleh menikmati rangkaian yang baik. Terima kasih.

final • 2:34 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Boleh?

final • 2:34 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Saya jawab dulu, saya jawab dulu.

final • 2:34 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Sambung, sambung sahaja.

Baik, okey. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 2:34 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Saya ingin sambung apa yang disebut oleh Yang Berhormat Puncak Borneo tadi.

Sebenarnya isu ini bukan sahaja di Sabah dan Sarawak. Di Kelantan, di Kuala Krai sendiri pun, ada dan tiada, sebenarnya sama banyak internet ini.

Jadi, sebab itulah perlu ada keprihatinan serius daripada Yang Berhormat Menteri untuk coverage internet di luar bandar bahkan di bandar sendiri. Kalau di Kelantan, di Kuala Krai sendiri pun kadang-kadang Internetnya teruk. Jadi, sebelum ini pernah diumumkan oleh menteri sebelum ini berkaitan dengan pembinaan menara-menara baru.

Jadi, boleh tak Yang Berhormat Menteri nyatakan kepada saya khususnya di Kelantan dan di Kuala Krai lebih khusus lagi, berapa- ataupun progress kepada projek menara baru yang telah dibina dan akan dibina dalam masa terdekat untuk diketahui oleh kita dan dapat diatasi dengan sebaik mungkin? Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan Internet ini, kawasan saya Parlimen Tanjong Piai kampung termasuk tempat-tempat pelancongan. Contoh di Kukup Laut dan Air Masin. Mereka juga menghadapi masalah sedemikian. Pelbagai perbincangan diadakan tetapi tidak selesai-selesai.

Jadi, harap boleh bantu sebab tempat pelancongan itu penting untuk pelancong masuk pun tidak ada Internet untuk buat panggilan semua itu.

final • 2:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih, saya tahu banyak daripada isu yang dibangkitkan oleh- baik, saya pergi kepada Yang Berhormat Puncak Borneo dahulu. Saya memang setuju malah di beberapa buah negara ASEAN yang lain, mereka tidak melihat kepada QOS- quality of service. Mereka ingin lihat kepada QOE atau quality of experience. Sebagai contoh di Brunei mereka sedang membangunkan satu- mungkin matrik yang berbeza. Kalau kita lihat quality of service ini antara lain, kita lihat kepada capaian, kepada rangkaian, kepada akses.

Akan tetapi realitinya kalau kita bercakap tentang akses, saya tadi turun untuk bertemu dengan rakan-rakan media di Pusat Media, Tuan Yang di-Pertua. Tidak payah cakap jauhlah, di bawah pun masalah Internet. Jadi, kita lihat daripada segi coverage

final • 2:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

memang ada coverage tetapi ada beberapa isu lain. Antaranya melibatkan bandwidth, melibatkan in-building coverage.

Jadi, daripada segi itu saya sangat prihatin malah saya telah menegaskan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bahawa menjelang bulan Jun tahun ini saya ingin lihat banyak daripada perkara yang melibatkan 97 peratus kawasan berpenduduk yang telah ada capaian internet ataupun akses ini, masalah seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Puncak Borneo itu yang merupakan infrastructural pothole, dengan izin.

Jalan sudah ada, rangkaian sudah wujud tetapi dropped call, congestion, cell tower ring menguncup sebab peralihan daripada 3G sunset contohnya. Jadi perkara- perkara ini sebenarnya boleh diselesaikan. Saya telah mengarahkan SKMM menjelang bulan Jun, saya mahu perkara ini diselesaikan secara menyeluruh. Akan tetapi nanti kita tunggu pengumuman sepenuhnya.

Untuk yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai, dan juga Yang Berhormat Tanjong Piai, ada beberapa perkara yang mungkin angka itu tidak ada pada saya. Insya-Allah saya akan jawab secara bertulis. Akan tetapi kepada semua Yang Berhormat yang hadir pada hari ini, yang ada ataupun tidak ada, saya ingin memaklumkan Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah pada 6 Mac dan 7 Mac, saya ulang, 6 Mac dan 7 Mac, hari Isnin dan Selasa dua minggu dari sekarang, insya-Allah saya telah meminta dengan Ketua Pentadbir Parlimen agar dibuka kaunter bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk semua Ahli Parlimen datang bawa masalah masing-masing, dan minta SKMM teliti segera.

Semalam saya bertemu dengan Yang Berhormat Lubuk Antu yang ada bawa sekumpulan pelajar datang melihat Parlimen. Cikgu daripada SK Melaban yang bersama dengan murid-murid itu berkata kepada saya, boleh tak tolong baiki? Kami hendak isi- Yang Berhormat Menteri Pendidikan ada tepi- hendak isi, kawasan yang tidak ada Internet, hendak isi idMe contohnya pun mereka hadapi masalah.

Semalam saya tahu, hari ini masalah itu SKMM sudah turun untuk tengok dan sedang diselesaikan. Jadi, harapan saya, apabila SKMM datang pada 6 dan 7 Mac, saya minta semua Ahli Parlimen datang dan kumpulkan semua masalah di kawasan masing- masing. Kenal pasti lokasi masalah itu, apa bentuk masalahnya, dan siapa PIC, nombor telefon. Serahkan kepada SKMM untuk insya-Allah mereka menyelesaikan dengan segera...

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini Yang Berhormat Menteri, macam Hari Pelanggan.

final • 2:40 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Kuantan sedikit.

final • 2:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Hari Pelanggan. Kita minta SKMM datang buat Hari Pelanggan dengan Ahli-ahli Parlimen. Silakan.

final • 2:40 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Okey terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kebetulan ada sebut tadi berkaitan dengan sekolah. Kita ada dapat aduan daripada guru-guru berkaitan dengan mereka memasukkan data ke dalam sistem itu ada masalah jika hari siang lah. Jadi, mereka terpaksa ambil masa lewat malam untuk isi data- data pelajar. Jadi, mungkin kita boleh masukkan sekali di situ. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik, insya-Allah. Terima kasih. Saya harapkan nanti Yang Berhormat pada 6 dan 7 Mac itu nyatakan sekolah mana, apa masalahnya, dan insya-Allah kita akan minta SKMM untuk teliti.

Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua. Melalui inisiatif JENDELA Fasa 1 di Sabah, sebanyak 171,554 buah premis telah siap disediakan dengan sambungan gentian optik bagi jalur lebar talian tetap. Manakala baki sebanyak 79,431 dalam peringkat pelaksanaan daripada 251,165 yang dirancang. Sebanyak 4,096 alat pemancar komunikasi telah siap dinaiktarafkan kepada teknologi 4G manakala baki sebanyak 27 lagi dalam peringkat pelaksanaan daripada 4,123 yang dirancang.

Kerajaan juga telah menyiapkan 159 buah menara baharu setakat suku keempat 2022. Dalam proses menyiapkan baki 455 buah menara, daripada 614 buah menara yang dirancang. Kesemua inisiatif yang sedang dalam peringkat pelaksanaan dijangka siap

final • 2:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

sepenuhnya menjelang suku keempat 2023. Kerajaan telah mempercepatkan penyediaan perkhidmatan jalur lebar melalui teknologi satelit ataupun disebut sebagai BWA– backhaul, wireless access di 138 buah lokasi di kawasan pedalaman Sabah yang pada asalnya dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2023 namun telah berjaya disiapkan sepenuhnya di dalam JENDELA Fasa 1 pada 2022.

Bagi membekalkan perkhidmatan komunikasi yang baik di Sarawak, sebanyak 90,840 buah premis telah siap disediakan dengan sambungan gentian optik bagi jalur lebar talian tetap. Manakala baki sebanyak 24,447 lagi dalam peringkat pelaksanaan dengan 115,287 yang dirancang setakat suku keempat 2022. Selain itu, sebanyak 3,546 alat pemancar komunikasi telah siap dinaiktarafkan kepada teknologi 4G manakala baki 43 lagi dalam peringkat pelaksanaan daripada 3,589 yang dirancang.

Kerajaan juga telah menyiapkan 158 buah menara baharu dan dalam proses menyiapkan baki 684 buah menara daripada 842 buah menara yang dirancang. Kesemua inisiatif yang sedang dalam peringkat pelaksanaan ini dijangka siap menjelang suku keempat 2023.

Kerajaan telah mempercepatkan penyediaan perkhidmatan jalur lebar melalui teknologi satelit di 523 buah lokasi di kawasan pedalaman Sarawak yang pada asalnya dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2023 namun telah berjaya disiapkan dalam JENDELA Fasa 1 pada 2022.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri melalui Sarawak Multimedia Authority

(SMA) dan Sarawak Digital Economy Corporation ataupun SDEC telah mewujudkan inisiatif Sarawak Linking Urban, Rural and Nation ataupun SALURAN dalam usaha memperluaskan perkhidmatan Internet di Sarawak.

Di bawah SALURAN, kerajaan negeri telah mewujudkan projek pembinaan sejumlah 600 buah menara komunikasi baharu yang dikenali sebagai Sarawak Multimedia Authority Rural Telecommunication ataupun SMART fasa 1 dan fasa 2. SMART fasa 1 dijangka beroperasi pada suku kedua 2023, manakala fasa 2 dijangka beroperasi menjelang penghujung 2023. Kerjasama dari agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan seperti Jabatan Tanah dan Survey, Civil Aviation Authority of Malaysia ataupun CAAM dan pihak berkuasa tempatan amat diperlukan bagi mempermudah proses yang melibatkan kelulusan tapak projek berkaitan perkhidmatan komunikasi termasuk pengenaan kos dan fi yang munasabah.

Kerjasama ini penting bagi mengelakkan kelewatan projek yang akan secara langsung memberi impak sosial dan ekonomi kepada rakyat yang bergantung kepada perkhidmatan Internet. Saya akan mengemukakan maklumat terperinci mengenai pelaksanaan inisiatif JENDELA mengikut kawasan seperti mana yang dibangkitkan oleh semua Ahli Yang Berhormat selepas ini.

Kerajaan juga turut melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah point of presence atau PoP, hab gentian optik yang merupakan salah satu alternatif dalam memastikan jaringan dan liputan infrastruktur jalur lebar dapat diperluaskan ke kawasan sekitar sekolah dan berpenduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman di seluruh negara dengan lebih baik.

Pelaksanaan ini akan menjadikan lokasi berhampiran sekolah luar bandar sebagai hab untuk menyediakan infrastruktur jalur lebar gentian optik untuk kegunaan sekolah, kawasan perindustrian, premis-premis kerajaan berhampiran dan masyarakat sekelilingnya dengan radius 2.5 kilometer sehingga 3 kilometer.

final • 2:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Secara keseluruhannya, fasa 1 bagi projek PoP ini akan melibatkan 630 buah lokasi berhampiran sekolah dan fasa 2 pula melibatkan 3,693 buah lokasi berhampiran sekolah di kawasan luar bandar di seluruh negara. Sekurang-kurangnya sebanyak 432,300 buah premis akan menerima perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi apabila projek ini siap kelak.

Sehingga 10 Februari 2023, sebanyak 292 buah kawasan PoP telah berjaya disiapkan dengan menyediakan sebanyak 32,198 buah premis sedia untuk dilanggan dan

final • 2:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

menikmati perkhidmatan internet berkelajuan tinggi. Pelaksanaan inisiatif ini akan membolehkan penduduk di kawasan tersebut memperoleh perkhidmatan Internet talian tetap di rumah masing-masing dan tidak lagi bergantung dengan Internet mudah alih sedia ada.

Ini akan memberi impak terhadap pembelajaran di sekolah-sekolah yang akan dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar. Ia akan menggalakkan proses pembelajaran dengan lebih efektif di samping capaian terhadap sumber data, maklumat dan rujukan yang luas, menjadikan ilmu pengetahuan lebih mudah dikongsi dan dipraktikkan.

Perincian PoP mengikut negeri akan dikemukakan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang bertanya secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua, punca gangguan kualiti perkhidmatan cellular awam di pusat bandar atau pinggir bandar yang menyebabkan panggilan terputus atau terhalang dan perkhidmatan jalur lebar mudah alih dengan kelajuan Internet yang perlahan disebabkan masalah tiada liputan, liputan yang lemah atau berlaku kesesakan rangkaian ataupun, dengan izin, congestion.

Antara inisiatif yang diambil oleh kementerian ini melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi mengatasi masalah ini adalah dengan membuat pemantauan berterusan bagi memastikan kedua-dua perkhidmatan ini sentiasa berkualiti dan seterusnya menangani masalah gangguan talian mudah alih dan Internet khususnya di kawasan-kawasan yang telah diadukan.

Pada tahun 2022, SKMM telah selesai mengaudit sejumlah 3,080 buah lokasi di seluruh Malaysia. Setakat ini sebanyak 229 arahan suruhanjaya berkaitan kualiti perkhidmatan telah dikeluarkan kepada pemberi perkhidmatan yang gagal mematuhi Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan ataupun Mandatory Standard Quality of Service

(MSQoS) yang melibatkan 214 buah lokasi yang berbeza.

Daripada 229 arahan suruhanjaya tersebut, pemberi perkhidmatan telah membuat penambahbaikan yang melibatkan 157 arahan suruhanjaya. Manakala, semakan semula akan dibuat ke atas lokasi yang melibatkan 32 arahan suruhanjaya.

Tindakan sivil akan diambil ke atas baki 40 arahan suruhanjaya yang gagal dipatuhi.

Bagi lokasi-lokasi lain yang telah diaudit, hasil dapatan masih dalam peringkat analisis dan semakan. Melalui Arahan Suruhanjaya ini, pemberi perkhidmatan wajib melakukan penambahbaikan kualiti perkhidmatan dengan mengoptimumkan atau menaik taraf menara yang sedia ada agar kualiti pengalaman pengguna pada tahap yang baik serta menyediakan menara baharu untuk menambah baik kualiti jaringan jalur lebar.

Kegagalan pemberi perkhidmatan mematuhi arahan suruhanjaya ini boleh dikenakan penalti sivil sehingga RM200,000 di bawah seksyen 109 [Akta 588].

SKMM akan terus menjalankan audit kualiti perkhidmatan bagi tahun 2023 dengan sasaran lebih tinggi sebanyak 4,000 buah lokasi di seluruh negara bagi memastikan MSQoS terus dipatuhi oleh pemberi perkhidmatan untuk menyelesaikan masalah kualiti perkhidmatan. Pada masa yang sama, usaha melalui Projek JENDELA Fasa 2 sehingga tahun 2025 juga akan dapat memperbaiki masalah kualiti perkhidmatan jaringan jalur lebar di seluruh negara.

Kerjasama dan komitmen kerajaan bersama kerajaan-kerajaan negeri serta semua pihak termasuk syarikat-syarikat telekomunikasi adalah penting bagi memastikan kesemua cadangan dasar yang telah diluluskan di peringkat pusat dapat diaplikasikan di peringkat negeri khususnya dan negara amnya, agar penyedia infrastruktur digital dapat di mudah cara serta mengikut piawaian tertentu yang telah ditetapkan.

Yang Berhormat Kuala Kangsar ada? Tidak ada, baik saya teruskan. Ini soalan khusus tentang kawasan tersebut. Saya ingin menyentuh mengenai hala tuju Digital Nasional Berhad (DNB). Kementerian Komunikasi dan Digital masih dalam proses meneliti dasar semasa pelaksanaan rangkaian 5G, negara.

Beberapa sesi libat urus telah diadakan bagi mendapatkan input dan pandangan daripada pelbagai pihak industri dan juga agensi kerajaan bagi memastikan aspek kewangan, teknikal dan perundangan dinilai secara komprehensif. Walau bagaimanapun,

final • 2:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

proses penelitian ini tidak akan mengganggu operasi dan perancangan semasa pihak DNB di mana kerja-kerja DNB di lapangan masih diteruskan seperti perancangan asal.

Yang Berhormat Bukit Bendera ada? Yang Berhormat Bukit Bendera tidak ada baik.

Yang Berhormat Parit Sulong?...

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bagan bangun.

final • 2:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya ingin bertanya ringkas tentang DNB sahaja.

dalam proses penelitian, sama ada kontrak atau struktur ataupun spektrum yang ditawarkan kepada DNB sebelum ini. Bolehkah pihak kementerian memastikan bahawa tidak kira apa kaedah baharu yang diperkenalkan yang penting ialah customer satisfaction iaitu ia mesti memenuhi tiga prinsip asas available, accessible dan affordable. Bolehkah dipastikan bahawa daripada segi servis kualiti ia tidak akan kurang daripada apa yang disediakan sekarang dan daripada segi kosnya tidak seperti yang digambarkan, adalah lebih tinggi hampir sekali ganda? Terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat Bagan.

final • 2:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Yang Berhormat Menteri berkaitan boleh tidak?

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Minta maaf saya tidak bangkitkan dalam perbahasan tetapi saya percaya ini satu perkara yang juga penting dan saya telah bangkitkan banyak tentang 5G dalam perbahasan-perbahasan sebelum ini. Jadi, saya punya soalan sebenarnya mudah sahaja.

Kita sebutkan sebelum ini tentang ketelusan, tentang kepentingan-kepentingan untuk tata kelola dan juga memastikan supaya perbelanjaan sebegini besar dalam projek 5G sehingga RM16 bilion hingga RM20 bilion. Maknanya, mestilah ada ketelusan dan satu penyelesaian yang terbaik.

Jadi, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri hala tuju ini, bila kita boleh dapatkan bila tarikhnya, tempoh masanya? Pada masa yang sama juga apakah tindakan-tindakan berkenaan dengan siasatan yang tertentu dilakukan kepada cara di mana DNB ini ditubuhkan dan kemudiannya berjalan dan beroperasi dengan jumlah perbelanjaan yang besar? Terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik, terima kasih. Berhubung yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan dan juga Yang Berhormat Ledang. Memang pihak kerajaan khususnya kementerian, memandang serius isu bukan hanya seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Puncak Borneo tadi bukan sekadar isu quality of service tetapi experience ya, ini sangat penting.

Yang menjadi maqasid ataupun higher objective dalam cara kita menangani isu pelaksanaan 5G, seperti yang pada waktu ini diuruskan oleh Digital Nasional Berhad

(DNB) yang penting iaitu manfaat maksimum kepada rakyat. Itu yang menjadi keutamaan dan risiko minimum kepada kerajaan.

Apa yang saya maksudkan mungkin dalam tidak lama lagi pihak kerajaan akan buat keputusan dan kita akan umumkan. Saya boleh nyatakan di sini bahawa apa pun pendirian saya secara peribadi sebelum ini, waktu saya mungkin seorang Ahli Parlimen biasa dan sekarang dalam kapasiti sebagai Menteri.

Yang dahulu itu dahulu, sekarang ini saya mesti memberi fokus supaya memastikan bahawa pihak kerajaan sentiasa- kita tidak dibebankan dengan implikasi kewangan yang keterlaluan dan rakyat mendapat manfaat. Kita tidak mahu pelaksanaan rangkaian 5G ini tergendala, itu salah satu daripada keutamaan yang kita berikan.

Akan tetapi, apa-apa yang melibatkan isu siasatan sebagai contoh, dia tidak akan diprejudiskan oleh apa-apa keputusan yang akan diambil oleh pihak-pihak kerajaan kerana bagi saya dia bergerak secara selari ataupun seiring. Dia bukan selepas kita membuat keputusan maka tidak ada.

final • 2:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Sekiranya berlaku apa-apa kepincangan, saya percaya pihak berkuasa akan meneliti atau sedang meneliti dan saya serahkan kepada agensi-agensi sekiranya ada apa-apa pengumuman maka mereka boleh buatkan.

Akan tetapi, memang di pihak kementerian sejak Digital Nasional Berhad diletakkan di bawah jagaan kementerian ini, kami dapat meneliti dan menilai dengan lebih mendalam Tuan Yang di-Pertua, pelbagai kontrak yang telah ditandatangani dan beberapa perkara yang sebelum ini mungkin Kementerian Kewangan sendiri juga sebelum ini mungkin tidak ketahui.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kalau diizinkan saya, mudahnya apakah ini bermaksud kesediaan kerajaan khususnya kementerian Yang Berhormat Menteri untuk menilai semula meskipun nampaknya macam pricing itu rendah dan agak cepat rollout untuk sementara ini? Akan tetapi, kesediaan Menteri dan kementerian untuk menilai semula atas isu yang dibangkitkan tadi- penilaian semula...

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ya memang...

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Memang sudah tekad untuk Menteri dan kementerian membuat...

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik, saya akan jawab.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Walaupun telah dibuat keputusan lebih awal. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Saya akan jawab.

final • 3:00 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih Menteri. Berkenaan dengan JENDELA Fasa 2 yang disebutkan tadi, masih lagi Parlimen Jerai menghadapi masalah daripada segi liputan internat. Saya hendak tarikh akhir bilakah Fasa 2 ini akan bermula dan dapat disempurnakan di kawasan saya?

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik. Seperti yang saya sebut tadi, insya-Allah untuk pada 6 dan 7 Mac, Yang Berhormat Jerai boleh datang memberikan senarai semua kawasan yang terkesan sama ada masalah Internat, masalah capaian dan itu kita akan buka kaunter SKMM di Parlimen dan Yang Berhormat boleh bawakan. Akan tetapi, khusus berkenaan persoalan yang dibangkitkan itu nanti saya akan jawab secara bertulis.

Akan tetapi merujuk kepada sahabat saya tadi, saya boleh nyatakan di sini dengan izin, I would not let the cat out of the bag. Akan tetapi, saya tidak mahu mendahului proses. Maka yang boleh saya sebut, sejak bulan Disember, Kementerian Komunikasi bersama-sama dengan Kementerian Kewangan telah mewujudkan satu buah jawatankuasa untuk meneliti, menilai dan memahami secara mendalam keseluruhan proses serta siri libat urus bersama dengan industri, semua syarikat telekomunikasi serta perbincangan dengan pihak DNB iaitu diteruskan. Insya-Allah, dalam masa terdekat kita akan buat pengumuman. That’s all I can say at this point...

final • 3:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kampar, Kampar.

final • 3:00 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Segamat.

final • 3:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kampar dahulu. Here.

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Yang Berhormat Miri.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kampar.

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Yang Berhormat Kampar, sila.

final • 3:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya hendak tanya, apakah rasional kerajaan memberikan kontrak 5G kepada satu buah syarikat yang baru ditubuhkan seperti DNB? Mengapa kita tidak bagi terus

final • 3:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

kontrak kepada syarikat telekomunikasi kerana harga yang dibagi terlalu tinggi.

Sepatutnya harga boleh lagi rendah kerana mereka menggunakan satu shared infrastructure. Kalau shared infrastructure, cost saving ini sepatutnya dipindahkan kepada pengguna dan bukannya bagi satu buah syarikat seperti DNB untuk mengaut keuntungan.

Ini kerana apa-apa keuntungan yang DNB buat ini, ia adalah di atas pengguna. Pengguna yang akan bayar kos ini.

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Okey, tinggal 50 saat. Boleh saya jawab dengan ringkas? Kerajaan tidak memberi apa-apa kontrak dalam hal ini. Ia kontrak di antara DNB dengan sebuah syarikat telekomunikasi penyedia peralatan komunikasi iaitu Ericsson, tetapi kerajaan tidak memberi. Pada waktu ini yang diberikan kepada DNB ialah apparatus assignment ataupun pemberian spektrum bagi satu tempoh yang singkat satu tahun, satu tahun. Ini pada waktu ini. Akan tetapi tidak apa...

final • 3:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Akan tetapi hak eksklusif untuk 5G itu diberikan kepada DNB. Kenapakah hak eksklusif 5G tidak diberi terus kepada syarikat telekomunikasi? Mereka boleh...

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Nanti bila kerajaan buat pengumuman, kita akan dapat bincang dengan lebih lanjut. Saya minta maaf, tinggal 10 saat sahaja lagi.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri perlukan masa?

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Sedikit sahaja sebab ada satu perkara yang agak penting.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sedikit itu, berapa minit kah?

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ini perkara penting melibatkan online child grooming.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi tiga minit boleh?

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya minta untuk pada waktu ini tidak- saya minta maaf.

final • 3:00 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Tuan Yang di-Pertua, minta lanjutkan masa sedikit bagi Yang Berhormat Menteri kerana keselamatan maklumat peribadi merupakan satu isu yang besar.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu sebab saya tanya Yang Berhormat Menteri tadi, berapa minit kah Yang Berhormat Menteri hendak. Okey Yang Berhormat Menteri, carry on.

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik. Mengenai online child grooming, ini satu perkara yang penting dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bendera.

Online child grooming ataupun antunan seksual kanak-kanak dan pornografi kanak-kanak secara atas talian.

Dalam usaha mewujudkan persekitaran digital selamat untuk kanak-kanak dalam talian, kementerian ini sentiasa menyokong Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara yang dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berdasarkan falsafah konvensyen mengenai hak kanak-kanak ataupun CRC dan Akta Kanak-kanak 2001 yang juga menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak demi kepentingan terbaik mereka.

Daripada aspek kawal selia bersama penyedia platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan Google juga tidak bertolak ansur dengan eksploitasi-eksploitasi seksual kanak-kanak di platform yang di-host oleh mereka yang berpangkalan di luar negara. Apabila kandungan sedemikian dikenal pasti, kandungan tersebut akan dikeluarkan dengan kadar segera dan terus dilaporkan ke dengan izin, the National Centre for Missing and Exploited Children (NCMEC) untuk koordinasi lanjut bersama agensi penguatkuasaan di negara-negara terlibat.

Dari sudut kepakaran, SKMM menjalinkan kerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia serta Interpol di peringkat antarabangsa dalam operasi penguatkuasaan secara bersama termasuklah daripada segi bantuan teknikal merangkumi perkara-perkara

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

berikut. Pertama, risikan, pengenalpastian dan pemerolehan maklumat suspek ataupun profiling.

Kedua, bantuan daripada aspek pembuktian kes seperti pemeliharaan data- data preservation, dan analisis forensik digital ataupun digital forensic terhadap ekshibit- ekshibit kes. Tiga, menyekat akses kepada laman-laman sesawang melalui punca kuasa di bawah seksyen 263 Akta 588 dalam mencegah perlakuan ataupun perlakuan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang yang berkenaan.

Saya akan sentuh apa yang dibangkitkan oleh sahabat saya tadi berkenaan perlindungan data peribadi. Memang ini seperti pagi tadi Yang Berhormat Bagan ada bangkitkan khusus berkait isu contohnya MySejahtera. Ini perkara yang sangat penting.

Saya sudah minta pihak Siber Sekuriti Malaysia untuk meneliti, untuk memahami siapa sebenarnya yang telah mengakses super admin bagi MySejahtera ini kerana dipercayai jumlah data yang sangat banyak mungkin telah dibawa keluar.

Jadi kita perlu, dengan izin, we have to get to the bottom of this. Akan tetapi, dia bukan hanya melibatkan kementerian ini. Kami pantau dan teliti daripada aspek keselamatan. Akan tetapi, itulah sebabnya kenapa kita perlu Tuan Yang di-Pertua, perlu pinda Akta Perlindungan Data Peribadi.

Insya-Allah pada ketika kementerian ini membawa pindaan tersebut, saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat pertimbangkan untuk bersama-sama mengukuhkan perlindungan data peribadi negara kita kerana saya ulang, data is our national treasure.

Data merupakan khazanah nasional kita...

final • 3:00 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Segamat Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

...Bukan hanya untuk kita jaga ataupun simpan, tetapi untuk kita guna dan manfaatkan bersama.

Akhir sekali...

final • 3:00 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Satu soalan yang penting iaitu beberapa kali pada tahun lepas, berita sudah melaporkan bahawa ada kebocoran data dari pangkalan data kerajaan khasnya data EKYC dari pangkalan data SPR. Walaupun kerajaan ada katanya tidak pernah ataupun tidak betul selepas siasat, tetapi saya minta Yang Berhormat Menteri sahkan sama ada laporan media itu betul ataupun betul-betul maklumat peribadi seluruh rakyat Malaysia selamat. Ini kerana itu eKYC, dan boleh disalahgunakan di laman web lain. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ya, saya akan jawab secara bertulis.

Akhir sekali Yang Berhormat Segamat. Yang Berhormat Bangi walaupun bersongkok, tetapi saya minta maaf...

final • 3:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tidak. Isu ini penting.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Segamat.

final • 3:00 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Ini berkenaan dengan Akta Perlindungan Data Peribadi. Kalau kita lihat, isu ini isu yang sangat penting di mana ada beberapa buah syarikat besar yang didenda di luar negara. Contohnya DiDi Global di China didenda USD1.19 bilion, Amazon di Luxembourg didenda USD877 million, Instagram di Ireland USD403 million didenda kerana breach of data.

Saya berasakan bahawa kita perlu menggubal akta ini di mana subseksyen itu kerana dendanya tidak melebihi RM300 ribu. Itu saya rasa punishment yang sangat kurang, dengan izin. Saya memohon kementerian untuk mempertimbangkan paling kurang RM1 juta dinaikkan kerana isu data peribadi ini adalah something very serious saya rasa. Itu cadangan saya. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Seorang Ahli

Baik Yang Berhormat Menteri...

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik, saya setuju. Malangnya masa sudah tidak ada, tetapi saya akan jawab secara bertulis. Minta maaf kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bertanya, saya akan jawab secara bertulis. Sekiranya Yang Berhormat Ayer Hitam kita hendak minum kopi selepas ini, kita jemput ya. Insya-Allah, saya percaya ada cekodok ataupun goreng pisang di lounge.

Tuan Yang di-Pertua, saya tamat dahulu. Sekian, assalamualaikum.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Kementerian Pendidikan.

final • 3:00 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:09 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung titah ini dan sebenarnya saya amat bangga dengan semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun bersama-sama dalam perbahasan ini seputar isu pendidikan khususnya yang melibatkan beberapa isu penting yang saya percaya anak-anak saya dan guru-guru saya pada petang ini sedang menyaksikan bagaimana jawapan-jawapan ini akan memberikan kesan kepada mereka.

Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya juga ingin memaklumkan bahawa dalam pencelahan-pencelahan nanti sekiranya ada jawapan saya akan memaklumkan.

Sekiranya tidak ada, maknanya jawapan itu akan dibuat secara bertulis. Akan tetapi keutamaan akan saya berikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun berbahas dan mengemukakan persoalan semasa perbahasan.

Tuan Yang di-Pertua, ada satu perumpamaan yang cukup penting apabila kita bercakap tentang pendidikan ini. Dengan izin, “it takes a village to raise a child” dan hari ini saya isytiharkan, “it takes a Parliament to raise a child”, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memulakan begini. KPM cukup komited dalam usaha menambah baik sistem pendidikan negara secara komprehensif dengan pendekatan transformasi bertahap dan berperingkat-peringkat. Asasnya KPM menyedari kementerian ini bukan semata-mata mengurus persekolahan tetapi teras sebenarnya adalah dimensi kependidikan.

Pendidikan adalah proses memanusiakan manusia. Dengan pendidikan, manusia menaktualisasikan diri, membebaskan diri daripada belenggu kejahilan, menerapkan nilai dan prinsip manusiawi, membangun interaksi dengan kasih sayang, menyubur kesedaran berbakti dan membangun bersama masyarakat madani.

Tuan Yang di-Pertua, *Anak kecil memungut jambu, Sudah kenyang lari ke hutan, Sejak kecil menuntut ilmu, Agar senang hari kemudian.

Pandang sisi kanan dan kiri, Melintas jalan berkira-kira, Kurang ringgit boleh dicari, Kurang akal habis bicara.* Tuan Yang di-Pertua, dalam 53 orang Ahli Yang Berhormat telah pun mengemukakan pelbagai isu pendidikan. Perkara-perkara ini saya akan ringkaskan kepada lima tujahan utama bagi pendidikan:

(i) guru;

final • 3:10 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

(ii) pembangunan dan infrastruktur;

(iii) kurikulum dan pembelajaran murid;

(iv) dasar-dasar pendidikan; dan

(v) pengoperasian institusi pendidikan.

Menerusi tujuh teras utama KPM, kebajikan guru diletakkan sebagi tunjang keberkesanan penyampaian pendidikan. KPM sentiasa mengambil langkah proaktif dalam usaha mencari penyelesaian yang terbaik dalam menjamin kesejahteraan guru. Perkara ini menjadi hasrat dalam tujuh teras KPM untuk menjadikan guru bahagia yang seterusnya dapat melahirkan murid ceria, sekolah bitara dan negara sejahtera.

Salah satu perkara yang telah diberikan perhatian adalah isu beban tugas guru.

Isu ini telah diketengahkan oleh Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Pengkalan Chepa dan Yang Berhormat Muar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti yang dimaklumkan dalam kenyataan media KPM, pelaksanaan langkah segera ke arah kesejahteraan guru bertarikh 17 Februari 2023, KPM telah bersetuju untuk melaksanakan tujuh langkah segera bagi memastikan isu beban tugas guru dapat ditangani. Tujuh langkah tersebut adalah:

(i) memansuhkan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat yang tidak memberikan impak besar terhadap pembelajaran murid dan hanya menambahkan beban tugas guru;

(ii) mengurangkan kekerapan semakan elemen pengurusan sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang melibatkan guru kepada setahun sekali sahaja;

(iii) menetapkan waktu mengunci masuk rekod kehadiran murid yang lebih fleksibel kepada guru iaitu 12.00 tengah hari untuk sesi pagi dan 5.00 petang untuk sesi petang bagi mengelakkan kesesakan dalam sistem;

(iv) pelantikan pengawas peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia terbuka kepada individu selain daripada guru yang sedang berkhidmat seperti pesara kerajaan, pelajar institut pendidikan guru dan institut pendidikan tinggi tetapi perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan; dan

(v) mengehadkan penganjuran sambutan hari guru tahunan.

final • 3:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang Berhormat Menteri celahan sedikit. Tasek Gelugor.

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Daripada siapa itu?

final • 3:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Saya. [Sambil mengangkat tangan]

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Okey, silakan Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang Berhormat Menteri ada sebut tadi mengenai kenyataan-kenyataan media dikeluarkan yang memberikan kelonggaran kepada sekolah-sekolah. Saya rasa Yang Berhormat Menteri maklum bahawa banyak pandangan yang mengatakan bahawa Yang Berhormat Menteri selalu mengeluarkan kenyataan media tetapi tidak diikuti garis panduan ataupun pekeliling yang menjelaskan semua perkara ini. Bagaimanakah daripada segi pelaksanaan kenyataan- kenyataan yang dikeluarkan? Contohnya, apa sebenarnya definisi aktiviti yang tidak membawa impak besar kepada para pelajar? Apakah definisinya? Bagaimana guru-guru hendak tahu apa itu impak besar, kecil dan sederhana?

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat. Saya cukup berterima kasih di atas concern dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana memang dari segi tindakan, KPM akan mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas untuk yang pertama itu berkaitan pemansuhan pertandingan ataupun sambutan serta majlis yang tidak memberi impak besar terhadap pembelajaran murid kepada sekolah sebelum sesi tahun 2023/2024 bermula.

Jadi jangan risau, saya bagi jaminan kepada Ahli Yang Berhormat semua untuk sampaikan kepada guru-guru JPN dan JPD masing-masing bahawa Surat Pekeliling Ikhtisas ini akan dikeluarkan dengan segera untuk menjelaskan secara terperinci.

final • 3:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Jadi, adakah itu maksudnya arahan itu tidak boleh dilaksanakan lagi dan kenyataan itu akan sebelum kita ada definisi yang sebenar?

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Boleh terus dilaksanakan. Boleh dilaksanakan. Boleh dilaksanakan. Yang ada dalam aspek itu nanti adalah perinciannya. Jadi, jangan risau.

Sebelum bermula sekolah, kita akan keluarkan. Terima kasih Yang Berhormat. Boleh saya teruskan. Terima kasih.

[Ketawa] Baik, kemudian menetapkan...

final • 3:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri minta laluan.

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ya daripada mana itu?

final • 3:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Kulim-Bandar Baharu.

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ya, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 3:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Ya.

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Boleh tidak Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu— Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu banyak sangat soalan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu yang perlu saya jawab.

final • 3:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Saya bagi laluan kepada yang tidak ada soalan dulu.

Boleh?

final • 3:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Tidak apa. Saya hendak Yang Berhormat Menteri..

final • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bagi Yang Berhormat Menteri jawab dahulu. Bagi Yang Berhormat Menteri jawab dahulu.

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Bagi saya jawab dahulu. Okey. Boleh banyak [Tidak jelas]

final • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bagi Yang Berhormat Menteri jawab dahulu.

final • 3:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Ada mengatakan...

final • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kita lain ini pun hendak dengar juga. Kami yang lain ini pun hendak dengar juga. Bagi Yang Berhormat Menteri jawab dahulu. Apa Yang Berhormat Putrajaya? Apa?

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Putrajaya, kenapa? Kenapa Yang Berhormat Putrajaya? Kenapa Yang Berhormat Putrajaya?

Kenapa? Yang Berhormat Putrajaya kenapa?

final • 3:10 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 3:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Tadi kata hendak meringankan beban guru untuk...

final • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bagi Yang Berhormat Menteri jawab dahulu.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 3:10 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Relakslah. Sudah makan kah belum?

final • 3:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri bagi. Yang Berhormat Menteri bagi.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu duduk dahulu.

final • 3:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Sedikit sahaja. Sedikit sahaja.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu duduk dahulu.

Tidak. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu duduk dahulu. Yang Berhormat Menteri kan hendak jawab.

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu ada soalan saya akan jawab nanti Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Jangan risau. Okey. Baik.

Sekejap saya habiskan ini dahulu. Siapa? Sekejap bagi saya habiskan dahulu.

Kemudian, mengehadkan penganjuran sambutan hari guru tahunan kepada peringkat kebangsaan dan sekolah sahaja.

final • 3:10 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

[Bangun]

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Baling duduk dahulu, Yang Berhormat Baling.

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Menetapkan ringkasan Rancangan Pelajaran Harian

(RPH) di peringkat KPM bagi memastikan kembali memenuhi keperluan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM, Bil. 3/1999 yang merangkumi elemen objektif, pengajaran dan refleksi dan memperkukuh autonomi guru dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran bilik darjah dengan menjadikan dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sebagai rujukan.

Ahli Yang Berhormat sekalian, KPM turut akan sentiasa menilai situasi dan memperkenalkan langkah-langkah yang dapat mengurangkan beban tugas guru dari semasa ke semasa agar dapat memastikan kesejahteraan guru terjamin dan fokus utama mereka adalah untuk pengajaran dan pembelajaran dapat dioptimumkan.

Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Jelebu ada? Tidak ada. Yang Berhormat Sik? Yang Berhormat Sik ada?

final • 3:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik ada.

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat Sik ada. Okey.

final • 3:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya.

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Baik. Ahli Yang Berhormat yang panggil ini nama sila angkat tangan ya supaya saya boleh catatkan kehadiran.

[Ketawa]

final • 3:10 PM

Seorang Ahli

Macam cikgulah.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Macam cikgu. Macam cikgu.

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Supaya senang saya nampak siapa yang hadir supaya saya boleh jawab soalan.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Macam cikgu lah.

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Baik. Ahli Yang Berhormat Sik turut menyatakan trend guru bersara awal semakin meningkat. KPM mengambil perhatian yang serius

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

terhadap perkara ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah melaksanakan kajian tinjauan faktor-faktor persaraan awal guru dan kaitannya dengan pembangunan profesionalisme keguruan pada tahun 2022. Dapatan kajian menunjukkan bahawa antara faktor menarik adalah kestabilan kewangan, keluarga, faedah persaraan dan kebajikan diri. Manakala faktor menolak adalah disebabkan pendigitalan pendidikan, kesihatan, jurang generasi dan perubahan pelaksanaan dasar.

Bagi menangani perkara ini, KPM telah melaksanakan beberapa pendekatan seperti berikut. Pertama, menubuhkan jawatankuasa pengambilan dan penempatan guru KPM di mana jawatankuasa ini berperanan mengenal pasti perubahan yang berlaku dalam dasar kurikulum, program dan enrolmen murid yang memberi implikasi kepada keperluan guru.

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Seterusnya memastikan keseimbangan dalam pengambilan serta penempatan guru di sekolah KPM. Kedua, melaksanakan urusan pengambilan guru secara berterusan dari semasa ke semasa tertakluk kepada kekosongan jawatan dan keperluan mata pelajaran, opsyen, opsyen mata pelajaran.

Ketiga melaksanakan pertukaran guru sebanyak empat kali setahun bagi memudahkan pergerakan guru untuk mengisi kekurangan guru di luar bandar dan menggunakan kluster mata pelajaran...

final • 3:20 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Minta laluan Yang Berhormat Menteri.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

...Bagi meningkatkan proses penempatan dan pertukaran guru. Di samping itu KPM juga menyediakan peluang pembangunan profesionalisme kepada guru bagi memastikan guru sentiasa bersedia dan bermotivasi dalam menjalankan tugas serta berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan masing- masing.

Di samping itu, kita juga di peringkat KPM menyediakan latihan dalam meningkatkan kesejahteraan psikologi untuk memberikan kemahiran pengurusan emosi, kawalan diri dan amalan harian yang positif berdasarkan tahap kesejahteraan psikologi yang dinilai melalui inventori kesejahteraan psikologi.

final • 3:20 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Minta laluan.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ya, silakan tuan daripada mana ya?

final • 3:20 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Okey, Yang Berhormat Baling, orang kampung saya.

Sila, silakan.

final • 3:20 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Mengenai kebajikan guru...

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ya.

final • 3:20 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

...Dan pertukaran guru. Saya difahamkan bahawa setiap guru baharu tidak boleh memohon pertukaran selama tiga tahun.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Okey.

final • 3:20 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Makna selepas tiga tahun itu baharu boleh minta tukar. Yang menjadi masalahnya kalau guru yang belum berkahwin dia tidak ada masalah tetapi guru yang sudah berkahwin. Suami...

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Mana Yang Berhormat tahu tidak ada masalah yang belum berkahwin.

final • 3:20 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Yang belum berkahwin itu guru baharu, dia tidak ada masalah sangat. Akan tetapi guru yang sudah berkahwin suami ada di Kedah, isteri ada di Johor, baru kahwin.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Jadi, isunya apa Yang Berhormat?

final • 3:20 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Jadi masalahnya dia berulang-alik, kadang- kadang setiap minggu, dua minggu. Yang lebih jadi masalah lagi apabila isterinya mengandung ataupun sakit.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ini Yang Berhormat hendak menyentuh isu duka lara kah?

final • 3:20 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Ya, ya. Jadi kalau boleh minta kementerian kurangkan daripada tiga tahun boleh bertukar itu kepada satu tahun.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Baik.

final • 3:20 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Sebab memang ini merupakan satu masalah besar kepada kedua-dua suami isteri ini. Minta pertimbangan Kementerian Pendidikan.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat, dengar suara Yang Berhormat pun saya duka lara. Yang Berhormat saya mengambil perhatian tentang isu tersebut dan isu tersebut bukanlah isu baru sebenarnya.

Akan tetapi saya ingin memberikan penekanan begini. Sekiranya, sekiranya terdapat isu-isu yang terkait rapat...

final • 3:20 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Apa masalah suara Yang Berhormat Baling ini.

[Ketawa]

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

[Ketawa] Saya tersentuh Yang Berhormat, saya tersentuh. Dia sangat menyentuh dan saya faham isu duka lara ini menyentuh banyak jiwa pihak-pihak.

Jadi saya ingin tekankan begini bahawa walaupun itu polisinya, dasarnya tetapi sentiasa ada ruang untuk pihak-pihak tersebut mengemukakan kepada KPM alasan- alasan mendesak. Sebagai contoh ada laporan-laporan perubatan yang boleh menyokong permohonan tersebut ataupun isu-isu keselamatan yang ada, yang boleh menyokong permohonan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya...

final • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri sedikit sahaja daripada Sik tadi yang...

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ya, Yang Berhormat Sik silakan.

final • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

...Soalan berkaitan dengan penempatan guru.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Pendapatan?

final • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Kekurangan guru di sekolah-sekolah termasuk di daerah Sik saya. Nampaknya tidak ada keseimbangan...

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sik, pendapatan, penempatan.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Itulah.

final • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Penempatan guru.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Penempatan. Okey.

final • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya, ya.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Okey.

final • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya, saya lihat ada ketidakseimbangan dari segi penempatan guru dan juga guru-guru lepasan institusi kita ini, ya. Ada mereka yang terpaksa menunggu penempatan itu sehingga dua, tiga tahun.

Akan tetapi ada sekolah yang menunggu kekurangan guru ini sehingga juga waktu yang sama. Saya ambil khusus satu Sekolah Menengah Agama Sik. Mereka kekurangan lapan orang guru sekarang, ya. Guru Pendidikan Islam tidak ada guru, Guru Bahasa Inggeris. Jadi mohon perhatian dari segi penempatan guru dan lihat setiap daerah itu ada keperluan masing-masing dari segi keperluan guru itu. Terima kasih Menteri.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat Sik sebab ini soalan baru dan juga khusus untuk Sik. Jadi saya akan jawab secara bertulis dan barangkali saya akan melawat ke Sik selepas ini untuk meninjau isu-isu terdapat di sana.

final • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Dijemput. Jemput saya sekali. Jangan tinggal saya.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Tidak tinggal, tidak tinggal.

[Ketawa] Baik, seterusnya.

final • 3:20 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Langat, Langat.

final • 3:20 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Di Kuala Kedah biasa tinggal itu. Pergi Kuala Kedah tidak habaq.

final • 3:20 PM

Seorang Ahli

Jangan tinggal daku.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ahli Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu telah mempersoalkan tentang ruang untuk guru menyambung perkhidmatan sekiranya mereka memilih untuk bersara lebih awal daripada umur wajib 60 tahun.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kerajaan telah memberikan pilihan atau opsyen persaraan wajib kepada pegawai awam termasuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2011 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.

Pegawai yang sedang berkhidmat pada masa tersebut telah ditawarkan untuk memilih opsyen umur bersara daripada umur 55 tahun, 56 tahun dan 58 tahun kepada umur 60 tahun. Pilihan umur persaraan wajib yang telah dibuat adalah muktamad dan pegawai hendaklah bersara apabila mencapai umur persaraan yang telah dipilih selaras dengan Akta Pencen 1980 [Akta 227].

Ahli Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu juga telah menyentuh tentang jumlah elaun rendah yang diterima oleh pentadbir sekolah. KPM sentiasa prihatin dengan komitmen dan kesungguhan pentadbir sekolah ini yang terdiri daripada pengetua atau guru besar dan guru penolong kanan dalam melaksanakan tanggungjawab yang penting untuk memastikan kecemerlangan sesebuah sekolah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Jabatan Perkhidmatan Awam sedang meneliti penambahbaikan perkara ini melalui Kajian Rasionalisasi Elaun Perkhidmatan Awam. Merujuk kepada isu gred guru besar seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Sri Gading. Sri Gading ada? Tidak ada. Ahli Yang Berhormat Igan...

final • 3:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri minta laluan sedikit. Boleh ya?

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 3:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih atas jawapan itu walaupun ada lagi yang saya tanya banyak.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Sama-sama.

final • 3:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Mungkin belum di sentuh.

Cuma tentang...

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Sebab banyak sangat, banyak sangat Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu tanya ini.

final • 3:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Ya. Saya hendak tanya tentang penempatan ataupun guru interim ini. Guru interim yang mana belum lagi diserap sebagai guru tetap.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Okey.

final • 3:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey. Yang kedua iaitu tentang bangunan-bangunan pusat kegiatan guru. Yang mana kebanyakan sekolah-

final • 3:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

sekolah telah pun tidak digunakan. Saya mohon supaya pusat kegiatan guru ini diberi kepada sekolah-sekolah yang ada pusat kegiatan guru untuk digunakan daripada terbiar begitu sahaja.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Baik.

final • 3:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Ketiga iaitu tentang bilik kebal untuk soalan-soalan peperiksaan. Yang mana bilik kebal ini terutama di Kulim- Bandar Baharu lah sudah usang. Masuk sebab bilik kebal ini diberi kepada dua bahagian.

Satu untuk soalan dan satu ruang kerja.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, ini isu baharu kah hari itu dibangkitkan?

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Isu baharu, isu baharu.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini isu baharu ini. Tidak boleh Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu, tidak boleh lagu ni. Isu baharu tidak boleh dibangkitkan.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Isu baharu.

final • 3:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Hendak perabih Tuan Yang di-Pertua. Hendak perabih sahaja. Cuba tengok balik bilik ini macam terlalu usang dan...

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Baik, baik.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Point taken.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

Point taken Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Seterusnya Ahli Yang Berhormat Igan. Saya hendak merakamkan ucapan khusus kepada Yang Berhormat Igan.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Igan angkat tangan kat sana, cikgu.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ya, saya nampak kehadiran Yang Berhormat.

[Ketawa]

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nampak okey.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Saya hendak merakamkan ucapan terima kasih yang khusus kepada Yang Berhormat Igan...

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Cikgu panggil angkat tangan ya.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

...Kerana Yang Berhormat Igan telah secara konsistennya membangkitkan isu pendidikan ini daripada awal. Saya ikuti semua soalan Yang Berhormat Igan, semua perbahasan Yang Berhormat Igan yang memang sangat menjurus kepada isu-isu...

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Igan murid baik, cikgu.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

...Yang terkait rapat dengan pendidikan. Ahli Yang Berhormat Igan telah membangkitkan tentang penambahan kuota guru sekolah luar bandar untuk mengikuti kursus NPQEL.

KPM menyediakan peluang yang sama rata kepada guru yang layak untuk menyandang jawatan guru besar dan pengetua di sekolah di bawah KPM berdasarkan unjuran keperluan di setiap JPN. KPM telah melaksanakan pelbagai pendekatan bagi memastikan pengisian PGB di sekolah luar bandar antaranya termasuklah mempromosikan NPQEL ini di peringkat JPN dan PPD. Pihak JPN juga telah mengambil inisiatif mengenal pasti guru-guru yang berkelayakan di sekolah luar bandar untuk dicalonkan untuk mengikuti kursus NPQEL ini.

Berhubung kekurangan guru dan pengambilan guru seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat— Sekali lagi Yang Berhormat Jelebu tidak ada tetapi Yang

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Berhormat Igan dan Yang Berhormat Sik ada di dalam Dewan ini. Jadi saya akan jawab.

KPM sentiasa memberi perhatian terhadap pengisian guru di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat KPM telah melaksanakan pengambilan seramai 22,327 orang guru pada tahun 2021 dan 2022 dan telah ditempatkan di sekolah KPM di seluruh negara.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ini merupakan inisiatif yang diambil oleh KPM bagi mengatasi kekosongan guru yang telah berlarutan sekian lama. Untuk pengambilan guru akan berterusan dari semasa ke semasa tertakluk kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Igan, khusus di negeri Sarawak. Saya pandang sanalah, pandang Yang Berhormat Igan. Peratus pengisian guru sehingga 31 Januari 2023 adalah sebanyak 92.3 peratus. KPM juga berusaha untuk memastikan guru kelahiran Sarawak diberikan keutamaan dan ditempatkan di negeri kelahiran mereka berdasarkan kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen.

Untuk makluman, pada tahun 2022 hingga Mac 2023, seramai 232 permohonan pertukaran guru keluar dari Sarawak telah diluluskan daripada 1,386 permohonan. KPM telah berjaya menempatkan guru baharu seramai 3,834 orang ke Sarawak pada tahun 2022 dan merupakan penempatan guru baharu yang tertinggi berbanding di negeri-negeri lain untuk makluman Yang Berhormat Igan. Selain itu, pada 3 Januari 2023, seramai 222 orang guru baharu telah ditempatkan ke Sarawak, khusus bagi sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Daro. Peratus pengisian guru sehingga 20 Januari 2023 adalah sebanyak 86.31 peratus.

final • 3:30 PM

Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan Dasar 90

10 di Sarawak telah pun dilaksanakan dalam pengambilan guru baharu di sekolah di bawah KPM dengan memberi keutamaan kepada graduan lepasan IPG dan universiti awam. Pada masa ini, sebanyak 89.81 peratus guru anak kelahiran Sarawak ditempatkan di negeri tersebut.

Penempatan guru dibuat berdasarkan mengikut opsyen mata pelajaran bagi mengisi kekosongan tersebut.

Bagi tujuan kekosongan guru besar yang melibatkan tujuh buah sekolah rendah di bawah PPD Daro, KPM akan mengeluarkan arahan penempatan yang berkuat kuasa Yang Berhormat pada 15 Mac 2023 ini. Yang Berhormat boleh maklumkan berita gembira ini kepada anak-anak dan guru-guru di Daro yang mana sekolah yang telah pun mendapat arahan penempatan ini adalah SK Kampung Penasu Daro, SK Orang Kaya Muda dan SK Kampung Kut. Kalau Kedah ini ‘kut’ ini takut tidak jadi. Kampung Kut.

Manakala SK Nanga Semah, SK Telok Gelam, SK Kampung Tebaang dan SK Mohamad Redeh Saai. KPM sedang meneliti dan memproses permohonan tersebut dan akan melaksanakan pelantikan guru besar dalam tempoh terdekat.

Yang Berhormat Igan, mengenai pengambilan calon guru dalam kalangan anak Sarawak ke IPG. Dasar pengambilan calon guru KPM adalah terbuka kepada semua calon yang memenuhi syarat dan melepasi saringan ujian kelayakan calon guru dan temu duga yang ditetapkan. KPM juga menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bidang pengkhususan Pengajian Bahasa Melayu menerusi laluan khas calon guru Pribumi Penan ke IPG. Jadi, kita ada satu program khas untuk guru Pribumi Penan ke IPG.

Pengambilan anak Sarawak ke IPG akan memastikan bilangan graduan IPG anak kelahiran Sarawak boleh terus berkhidmat di negeri tersebut.

Yang Berhormat Jelebu tidak ada. Ahli Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu bertanyakan tentang kekurangan Anggota Kumpulan Pelaksana. Ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa memberi perhatian serius terhadap keperluan sumber manusia di sekolah- sekolah termasuklah keperluan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seramai 2,671 orang AKP baharu yang terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan telah ditempatkan di seluruh negara pada tahun 2022. Manakala seramai 1,170 orang lagi akan menerima penempatan pada Mac 2023. KPM sentiasa bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan selaku pihak berkuasa melantik dalam memastikan pengisian AKP dapat dilaksanakan

final • 3:30 PM

Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan Dasar 90

mengikut keperluan. Antara langkah yang diambil bagi meningkatkan pengisian AKP di sekolah KPM adalah melalui kaedah pengambilan MySTEP.

Ahli Yang Berhormat Jerai ada?

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Angkat tangan.

final • 3:30 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Saya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Lihat, cikgu. Ada.

final • 3:30 PM

[Dewan Ketawa]

Puan Fadhlina binti Sidek

Okey, terima kasih. Ahli Yang Berhormat Jerai telah mengemukakan cadangan agar pedagogi Jawi dalam kalangan guru di sekolah dimantapkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa komited dan beriltizam untuk memastikan setiap guru mengekalkan kualiti sepanjang tempoh perkhidmatan melalui latihan pemantapan kompetensi yang berstruktur berdasarkan laluan kerjaya gred dan jawatan termasuklah guru subjek Pendidikan Islam yang mempraktikkan kemahiran pedagogi yang menggunakan tulisan Jawi. Di peringkat calon guru yang mengikuti pengajian di IPG, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Jawi merupakan salah satu komponen dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Dalam kursus pedagogi ibadah, adab dan jawi...

final • 3:30 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Cuma satu…

final • 3:30 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

...Secara— sekejap ya. Habiskan ayat ini.

Khususnya memfokuskan kepada analisis dan huraian isu kandungan bidang Jawi sekolah rendah dan dijadikan sebagai sebahagian kandungan kursus teras bagi Pendidikan Islam. Ya Yang Berhormat Jerai, apa masalahnya?

final • 3:30 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Cuma satu sahaja untuk saya dapatkan; apakah dasar kementerian untuk mengembalikan semula tulisan jawi dalam SPM di peringkat Pendidikan Islam?

final • 3:30 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Awat tak tanya dalam tu tadi, dalam perbahasan? Ini isu baharu.

final • 3:30 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Memang ada dalam perbahasan saya.

final • 3:30 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ada dalam perbahasan ya. Baik.

final • 3:30 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Mungkin pegawai tidak sempat tulis itu.

final • 3:30 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Pegawai tidak sempat tulis. Nanti saya check dengan pegawai saya. Yang Berhormat, dasar sedia ada tentang jawi masih lagi dikekalkan.

Walau bagaimanapun, saya fikir jika ada isu-isu yang mendesak khususnya yang terkait rapat dengan mengekalkan kualiti ini, bagi saya cukup penting dan isu tersebut wajar juga menjadi sebahagian daripada— barangkali juga boleh dijadikan sebagai salah satu advokasi penting di peringkat sekolah tentang kepentingan tulisan Jawi ini.

Ahli Yang Berhormat, seterusnya adalah berkaitan dengan pembangunan dan infrastruktur. Ini yang paling banyak sekali, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya hendak check kehadiran ini. Yang Berhormat Ledang.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Angkat tangan.

final • 3:30 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Muar, tidak ada. Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat, ‘Sebuyau’...

final • 3:30 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Batang Lupar, Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Ranau, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Kuala Pilah dan Yang Berhormat Betong.

Baik, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar tidak disebut pun.

final • 3:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Puncak Borneo pun ada.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar tidak disebut pun.

final • 3:30 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ada. Sabar, sabar.

final • 3:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Jangan Lupa Puncak Borneo, ada dalam perbahasan.

final • 3:30 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Kuala Krau tidak disebut pun.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada itu, ada. Perlahan-lahan.

final • 3:30 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ada yang khusus. Ini pertanyaan secara jemaah.

Saya pergi yang jemaah ini dahulu. Agenda berkaitan pembangunan sekolah daif menjadi salah satu daripada tujuh teras utama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk itu KPM memberikan keutamaan dalam usaha menangani sekolah yang mempunyai bangunan daif di seluruh negara. Ini juga menyahut seruan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk KPM memberikan tumpuan kepada usaha menaik taraf bangunan sekolah yang daif terutamanya di Sabah dan Sarawak. Komitmen menangani sekolah daif akan menjadi tumpuan yang paling utama.

Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia amat menghargai inisiatif dan cadangan yang telah dikemukakan oleh semua Ahli Yang Berhormat yang berkaitan dengan mengatasi isu bangunan daif di sekolah. KPM telah melaksanakan penetapan projek pembangunan semula atau menaik taraf bangunan sekolah yang daif berdasarkan analisis skor gred impak bagi menentukan tahap kehadiran komponen fizikal atau fasiliti bangunan di sekolah.

Bagi tempoh tahun 2016 sehingga tahun 2022, sebanyak 920 projek menaik taraf dan membangunkan semula bangunan daif di sekolah di seluruh negara telah diluluskan.

Sehingga 16 Februari 2023, sebanyak 664 projek telah siap sepenuhnya, sebanyak 86 projek berada pada peringkat pembinaan dan sebanyak 170 projek pada peringkat prabina.

Permohonan pelaksanaan projek ini akan diteruskan secara berfasa melalui peruntukan yang diluluskan oleh agensi pusat bagi setiap rolling plan, dengan izin, dalam Rancangan Malaysia lima tahun. Walau bagaimanapun kelulusan dan pelaksanaan projek adalah tertakluk kepada keutamaan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan.

Ahli Parlimen Betong ada?

final • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Boleh saya...

final • 3:30 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat Betong, ada.

final • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Yang Berhormat Menteri boleh saya bangkitkan?

final • 3:30 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ya, Yang Berhormat Ledang, silakan.

final • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih. Ini berkenaan dengan infrastruktur dan bangunan yang daif ataupun yang telah pun sebenarnya disifatkan sebagai condemned, dengan izin.

final • 3:30 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Sebagai?

final • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Condemned. Maksudnya telah disebutkan untuk diruntuhkan. Di kawasan saya ada bangunan yang begini. Maksudnya sudah tidak lagi boleh digunakan...

final • 3:30 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Betul.

final • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

...Dan berbahaya kepada pelajar dan kepada guru.

final • 3:30 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Betul.

final • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Iaitu salah sebuah sekolah di kawasan saya. Jadi, saya hairan kerana projek ini telah— bangunan ini telah ada di situ selama lebih 10 tahun.

final • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Akan tetapi tidak ada apa-apa tindakan sama ada kerajaan dahulu ke sebelum itu pun saya tidak kisah tetapi yang penting ialah— Tidak apa, yang ini nanti kes khusus saya akan bagikan. Akan tetapi yang lebih penting ialah bagaimana cara kita boleh mempercepatkan proses supaya perkara ini diambil segera oleh pihak PPD, JKR dan sebagainya. Tidak ia menjadi satu kerenah birokrasi yang akhirnya merugikan kepada sekolah dan juga kepada murid-murid. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Saya ambil perhatian.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Cikgu, saya sedikit boleh cikgu?

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Sekejaplah, saya jawab sedikit Yang Berhormat Ledang dahulu. Tidak boleh potong cakap cikgu selagi tidak habis jawab. Sekejap ya.

final • 3:40 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Lain macam manja Sany ini.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Murid nakal, murid ini.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kalah, kalah, kalah, kalah. Kalah Yang Berhormat Parit Buntar, kalah, kalah.

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Nakal.

final • 3:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Hulu Langat pun nakal, Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Yang Berhormat Hulu Langat manja semacam itu.

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Hulu Langat yang manja kah?

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Baik Yang Berhormat Ledang, saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan tersebut dan pastinya saya akan meneliti perkara tersebut khususnya dan juga melihat kembali isu yang berlaku di Ledang. Yang Berhormat Hulu Langat, silakan.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya di Hulu Langat ini sekolah daif ini tidak ada sangat. Cuma masalahnya sekolah tidak siap.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ia tidak boleh macam itu Yang Berhormat. Kalau tidak ada, tidak ada.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hah?

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Hal ini sebab skala kita enam dan tujuh, ia tidak boleh tidak ada sangat. Ada kah tidak ada?

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tidak ada. Saya hendak sebutkan masalah sekolah tidak siap.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kalau tidak ada, tidak boleh mencelah.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sekolah tidak siap satu di Taman Pelangi Semenyih. Kemudian yang kedua, di Bandar Tasik Kesuma ini sekolah penuh.

Satu buah bilik darjah seramai 48 orang. Saya rasa memang sudah tidak sesuai.

Kemudian, yang menakutkan kita kalau kita masuk ke sekolah sekarang ini, pengetua ataupun guru besar minta dewan terbuka sekarang ini.

Memang mana-mana sekolah sekarang ini Yang Berhormat cikgu, memang dia minta kepada kita dewan terbuka. Jadi, saya rasa persoalan berkaitan dengan dewan terbuka ini pun saya rasa Yang Berhormat cikgu kena tengok juga persoalan berkaitan dengan permohonan daripada pihak sekolah. Terima kasih Yang Berhormat cikgu.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

[Bangun]

final • 3:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

[Bangun]

final • 3:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Pernah Yang Berhormat Hulu Langat begitu lemah lembut?

final • 3:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, boleh bagi laluan.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

[Bangun]

final • 3:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Sebab sebenarnya, soalan Yang Berhormat Hulu Langat. Sabar, saya jawab Yang Berhormat Hulu Langat dulu.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi Yang Berhormat Menteri jawab dahulu.

final • 3:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Bagi saya jawab dahulu. Ikut peraturan, adab mesti jawab.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, mohon laluan. Ampang, Ampang, Ampang. Sebelum itu Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri jawab dahulu selepas itu Yang Berhormat Ampang.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Baik. Sebelum itu, Yang Berhormat Hulu Langat ini [Tidak jelas] . Hal ini sebab Yang Berhormat Hulu Langat ada sentuh tentang SK Taman Pelangi? Baik saya jawab dahulu. Ini berita gembiralah untuk Yang Berhormat Hulu Langat, saya sudah fikir. KPM telah diluluskan projek pembinaan sekolah baharu SK Taman Pelangi Semenyih dan SK Taman Sutera Kajang dalam RMKe-11. Status projek bagi SK Taman Pelangi adalah di peringkat pembinaan, manakala bagi SK Taman Sutera adalah di peringkat pra bina.

KPM juga telah merancang untuk memohon projek pembinaan bangunan tambahan enam buah bilik darjah di SK Kantan Permai, Hulu Langat dalam RMKe-12, Rolling Plan Keempat tahun 2024. Walau bagaimanapun kelulusan tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa kerajaan.

Dengan pembinaan projek-projek tersebut dijangka akan dapat mengurangkan kepadatan murid di sekolah-sekolah dalam Parlimen Hulu Langat. Ya?

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Yang Berhormat Ampang bangun dahulu kah?

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat Ampang? Oh ya, silakan Yang Berhormat Ampang.

final • 3:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Kulim dahulu. Kulim dahulu.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Menteri, saya rasa untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada Ahli Parlimen. Boleh tidak Yang Berhormat Menteri maklumkan apakah rujukan terma tentang istilah daif itu. Hal ini sebab sekolah daif ini macam kita tahu pelbagai persepsi yang berbeza-beza mengikut Ahli Parlimen. Jadi kalau ada terma yang khusus, mohon dikongsi bersama di sini. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat Ampang.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Hulu Selangor.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Memang penting untuk menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan sekolah daif ataupun bangunan daif ini. Ahli Yang Berhormat sekalian, apabila kita menyentuh soal bangunan daif, sekolah daif ini ia adalah berdasarkan kepada skala yang diberikan oleh JKR iaitu skala enam dan tujuh.

Yang mana sekiranya diisytiharkan oleh JKR bahawa sekolah ataupun bangunan itu adalah skala enam dan tujuh bermakna ia langsung tidak selamat untuk diduduki dan anak-anak kita mesti dikeluarkan dengan segera daripada bangunan yang tidak kondusif dan tidak selamat itu, dari situ barulah kita akan memulakan pembaikan, pemulihan ataupun penyelenggaraan serta pembinaan bangunan baharu bagi melihat kepada isu- isu yang berkait rapat dengan skala enam dan tujuh ini.

Saya pasti dalam kalangan Ahli Yang Berhormat, ramai yang mahu melihat sama ada isu bangunan daif ini ada ataupun tidak di dalam kawasan Parlimen masing-masing.

Untuk itu saya menyarankan selepas ini ada satu dashboard dengan izin Tuan Yang di- Pertua, yang terkait rapat dengan bangunan daif yang boleh dirujuk di laman sesawang kami untuk memastikan dan melihat sama ada wujud ataupun tidak sekolah daif di Parlimen masing-masing serta perkembangan-perkembangan baik pulih, selenggara ataupun pembinaan sekolah-sekolah daif ini dan bangunan-bangunan daif ini di Parlimen masing-masing.

Jadi untuk itu, KPM bersedia untuk menyediakan maklumat tersebut dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat boleh merujuk kepada dashboard tersebut. Silakan.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Yang Berhormat Menteri, Hulu Selangor.

final • 3:40 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak.

final • 3:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Bangun]

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Hulu Selangor lama tunggu ini.

final • 3:40 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pasir Salak. Okey adakah Kementerian Pendidikan akan menghapuskan idMe ini yang menjadi stres kepada guru-guru dan juga memberi peluang kepada guru-guru satu lagi step iaitu DG58. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Banyaknya soalan.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Bagi ruang Hulu Selangor.

final • 3:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Menteri, Sungai Petani, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Baik, bagi saya jawab Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Sungai Petani. Ada lagi? Okey.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat Hulu Selangor punya soalan?

Adakah...

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Itu bukan Hulu Selangor itu.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Hah, yang mana tadi?

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Itu Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Ini Hulu Selangor.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Oh [ketawa] Minta maaf, saya habiskan dahulu jawapan untuk Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Boleh, boleh. Saya sedia menanti.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Selepas ini saya bagi Yang Berhormat Hulu Selangor, jangan risau.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Saya sedia menanti berdiri, tidak apa.

final • 3:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Selepas itu Sungai Petani, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Baik, soalan.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Menteri, Parit Buntar ada dalam skrip jawapan tidak?

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat Parit Buntar ada banyak soalan dalam ini. Tidak apa. Tidak apa, kita berjiran.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Ada dalam skrip?

Saya tidak sabar ini. Tidak sabar hendak menunggu ini.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Kita berjiran Nibong Tebal...

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Masa tinggal tiga minit takut tidak masuk.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Tidak apa, tidak apa.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Yang Berhormat Parit Buntar duduk, Yang Berhormat Parit Buntar.

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Baik.

final • 3:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Ikut giliran Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Setakat ini Yang Berhormat, idMe ini kita tidak ambil keputusan untuk hapuskan tetapi apa yang kita lakukan adalah langkah akomodatif untuk memastikan bahawa guru-guru boleh mengisi maklumat secara offline ataupun online. Akan tetapi dengan isu-isu yang berlaku, dengan perkara-perkara yang kita telah pun tahu sebagaimana Yang Berhormat sebut, ada guru yang stres dan sebagainya. Kita ambil maklum dan akan terus memperbaiki sistem ini dari semasa ke semasa. Banyak lagi sistem yang akan mereka isi Yang Berhormat, tetapi saya akan pastikan sistem ini

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

sentiasa berada on track, untuk memastikan tidak ada lagi kesan seperti Yang Berhormat, sebutkan stres tersebut.

Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Yang Berhormat Menteri, saya ada dua isu. Saya minta maaf..

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Satu sahaja saya bagi. Tinggal dua minit sahaja.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Simple sahaja. Insya- Allah.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Satu sahaja.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Masa perbahasan tujuh minit dia bagi tidak sempat hendak sentuh. Pertama, berkaitan dengan kelas OKU.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Apakah ia?

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Kelas OKU.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Kelas OKU.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Untuk makluman, saya rasa mungkin tempat lain pun sama. Sudah melebihi dari kelas tidak mencukupi untuk OKU. Jadi mohon untuk kementerian lihat perkara ini.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Baik, terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Kedua, berkaitan dengan ada sekolah-sekolah yang memang sudah rosak. Maksudnya, hendak repair tunggu peruntukan tidak dapat. Macam mana kaedah untuk selesaikan masalah itu?

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Baik. Boleh saya minta nanti Yang Berhormat Hulu Selangor berikan senarai kepada saya, kalau khusus di Hulu Selangor tentang penyelenggaraan dan sekolah yang rosak itu yang seperti Yang Berhormat Hulu Selangor maklumkan.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Bagaimanakah saya hendak ini?

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Berjumpalah dengan cikgu.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Jumpa cikgu. Baik cikgu Yang Berhormat Menteri.

final • 3:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri.

final • 3:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

[Bangun]

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sungai Petani, selepas itu Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Tidak ada dalam Dewan.

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Yang Berhormat Sungai Petani dahulu.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat saya....

final • 3:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Menteri, sedikit celahan tentang infrastruktur.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Sekejap, sekejap.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap, sekejap.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Saya hendak tengok ada lagi tidak soalan yang penting khusus berkaitan daif ini.

final • 3:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Kulim. Kulim.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat, “Sebuyau” ada? Yang Berhormat Sebuyau? Yang Berhormat Sebuyau tidak ada. Yang Berhormat Sebuyau tidak ada, baik.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

[Bangun]

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat Ranau? Yang Berhormat Ranau ada? Yang Berhormat Ranau? Diam sahaja bah mahu jawab sikit ada.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Ranau, projek membangunkan semula bangunan daif di SK Ranau telah diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, Rolling Plan Satu Tahun 2021. Sehingga 20 Februari 2023, status terkini pelaksanaan projek adalah di peringkat reka bentuk oleh pihak JKR Malaysia dan dijangka akan diiklankan tender pada pertengahan bulan Julai 2023. Surat setuju terima SST pula dijangka akan dikeluarkan pada bulan Oktober 2023.

Yang Berhormat Putatan ada? Yang Berhormat Putatan tidak ada. Yang Berhormat Sri Gading tidak ada.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Sebelah.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat Padang Besar? Yang Berhormat Padang Besar ada? Yang Berhormat Padang Besar pun tidak ada. Yang Berhormat Selangau? Yang Berhormat Selangau ada, baik.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permohonan pembinaan baharu dua buah bilik darjah pra sekolah, KPM di SK Kelawit, Tatau telah diluluskan melalui projek pembangunan dalam RMKe-12, Rolling Plan Dua Tahun 2022. KPM juga telah mengemukakan permohonan projek baharu, pembinaan tiga buah bilik darjah pra sekolah dan satu bilik darjah ubah suai naik taraf dalam RMKe-12, Rolling Plan Tiga Tahun 2023.

Walau bagaimanapun, kelulusan permohonan ini sekali lagi tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan agensi pusat serta kedudukan kewangan semasa kerajaan.

final • 3:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Tuan Yang di-Pertua, saya fikir masa saya telah pun tamat.

final • 3:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Satu, satu, satu.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Sedikit tentang...

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri perlukan masa lagi?

final • 3:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tentang overload capacity.

final • 3:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Saya boleh bagi jawapan bertulis semua. Tidak ada masalah. Semua sudah siap.

final • 3:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Sedikit, dua minit Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, hendak response kah hendak...

final • 3:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Menteri, tentang...

final • 3:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Tidak ada masalah. Kalau ada...

final • 3:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Masa saya boleh ambil...

final • 3:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tentang di Bandar Puteri Jaya di Sungai Petani...

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi lima minit lagi Yang Berhormat Menteri, silakan.

final • 3:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Okey, sila Yang Berhormat...

final • 3:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Kulim, Kulim.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sungai Petani, silakan. Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 3:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Oh! Ini Yang Berhormat Sungai Petani dari tadi.

final • 3:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Okey, pertama sekali saya ingin sampaikan ucapan tahniah daripada guru-guru di kawasan saya atas inisiatif yang baik...

[Tepuk]

final • 3:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih.

final • 3:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri. Ini membuktikan bahawa berkaliber Yang Berhormat Menteri. Baik, soalan saya tentang infrastruktur tadi. Di kawasan saya di kawasan Sungai Petani, Bandar Puteri Jaya mengalami overload capacity. Bagaimana orang-orang di Penang yang bekerja di Penang pindah ke Sungai Petani dan ini adalah semuanya adalah productive family. Maksudnya masih bekerja dan juga anak-anaknya masih bersekolah.

Banyak overload capacity berlaku dan bagaimanakah kementerian ingin menangani perkara tersebut dan berapakah nisbah antara seorang guru dan murid dan berapakah nisbah sesebuah kelas itu dan bagaimanakah kerajaan ingin menangani overload capacity yang berlaku di sekolah?

final • 3:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat Sungai Petani, saya ambil perhatian isu overload itu. Ia tidak hanya berlaku di Sungai Petani tetapi juga di banyak...

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

Semua sekolah.

final • 3:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Di kawasan-kawasan yang lain juga. Yang Berhormat, antara perkara yang telah pun kita lakukan termasuklah menyuraikan kelas- kelas ini. Dalam masa yang sama, kita juga melihat bagaimana kelas ini boleh digunakan secara efektif dan optimum oleh guru. Kita ada beberapa cara yang telah pun sebenarnya di peringkat KPM telah laksanakan bagi menangani isu-isu kepadatan kelas ini.

Walau bagaimanapun, dari semasa ke semasa kita akan pastikan kelas ini terus efektif untuk anak-anak murid kita. Oleh sebab itulah kita mulakan dengan pengurangan beban guru sebelum pergi kepada kelas yang lebih efektif.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 3:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, lama sudah.

final • 3:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kesian dekat dia. Sila Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 3:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat Parit Buntar ada banyak soalan, hendak saya jawab yang inikah? Kah ada soalan lain?

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tolong off kan mic. Kesian dekat Yang Berhormat Parit Buntar tidak menyala mic dia.

[Ketawa]

final • 3:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Tidak dengaq.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

SMK Sebuyau tadi Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, tolong offkan.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Yang Berhormat Menteri, SMK Sebuyau, Batang Lupar. Batang Lupar, SMK Sebuyau tadi. Saya ada tetapi mic tidak dapat on tadi.

final • 3:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Okey tidak apa, Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Parit Buntar. Off-kan, yang lain-lain off- kan. Kesian dekat Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kesianlah.

Almarhum bapanya orang kampung saya itu, jangan main-main.

final • 3:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

[Ketawa]

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang ayu jelita, Petah berhujah manis berbicara. Yang Berhormat Hulu Langat, janganlah menyampuk tak tentu hala ya, oh tidak ada pun. Pertama, saya dalam ucapan hari itu sentuh tentang Daerah Kerian, Parit Buntar dan Bagan Serai tidak ada sekolah berasrama penuh.

final • 3:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Oh, ya.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Cuma ada sebuah sahaja Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian tetapi sekolah sains tidak ada, sekolah menengah vokasional tidak ada, semua pun tidak ada. Kesianlah orang Parit Buntar. Hantar anak sekolah menengah asrama penuh nun jauh di Batang Padang, di Tapah, di Gerik, di Lenggong sedangkan di Parit Buntar tidak ada. Bagan Datuk sampai dua, tiga sekolah ada bukan main.

Okey, adakah kerana sebab Parit Buntar ini tidak pernah ada seorang Menteri pun, Timbalan Perdana Menteri sehingga tidak ada.

final • 3:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Tidak baik cakap macam itu Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tidak, tanya je.

Tanya je janganlah marah.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, soalannya, soalan.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sedikit lagi.

Kedua, bolehkah tidak ataupun adakah Kementerian Pendidikan mempunyai suatu garis panduan kepada sekolah-sekolah dalam melaksanakan beberapa aktiviti supaya tidak bercanggah dengan matlamat falsafah pendidikan Islam itu sendiri yang ingin membentuk anak yang soleh dan solehah.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Ini kerana bila kita hendak ustaz-ustaz, ustazah hendakkan murid-murid menjadi soleh dan solehah macam Yang Berhormat Menteri Pendidikan, solehah sungguh.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Jadi, adakah tidak ada garis panduan supaya sekurang-kurangnya aktiviti lain sukan dan sebagainya, menutup aurat yang sempurna, sembahyang tidak tinggal dan sebagainya kena ada satu garis panduan yang jelas. Supaya guru-guru yang lain juga bekerjasama dengan ustaz, ustazah, cikgu-cikgu yang mahu anak muridnya menjadi insan yang solehah sebagaimana Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 3:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Yang Berhormat Menteri, Kampar hendak minta laluan sedikit. Isu penting.

final • 3:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Saya hendak jawab sedikit tentang keprihatinan dan kebimbangan Ahli Yang Berhormat berkaitan ketiadaan sekolah berasrama penuh di Parit Buntar, Nibong Tebal pun tidak ada jangan risau. Jadi kita sama-sama tidak ada. Akan tetapi, apa yang penting di dalam negeri Perak sendiri telah terdapat tujuh buah SBP di negeri Perak dan SBP tersebut sedia menampung kemasukan murid yang berpotensi dan layak di kalangan anak watan Perak.

Walau bagaimanapun, KPM akan terus meneliti dari semasa ke semasa berkaitan dengan pembinaan SBP ini berdasarkan kepada perancangan serta keperluan semasa.

Jadi, jangan risau untuk Perak memang sudah ada tujuh dan banyak itu Yang Berhormat Parit Buntar, jangan risau.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah tunggu lima minit. Yang Berhormat Menteri telah pun tamat. Jadi selepas ini jumpalah dekat luar. Bawa surat permohonan masing- masing ya.

final • 3:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Yang Berhormat Menteri saya hendak...

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Jawapan yang nanti itu.

final • 3:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Tuan Yang di-Pertua, jawapan itu minta kita boleh dapat jawapan sebab saya bangkitkan soal SJK(C). Tidak disebutkan.

Jadi lumrah biasa dalam Parlimen kita bincang macam mana.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita sudah buat keputusan mana-mana yang...

final • 3:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Jangan risau, ada jawapan itu Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih. Dua perkara, SJK(C) dengan sekolah baru itu.

final • 3:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ya, betul.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Mana-mana yang tidak sempat dijawab secara lisan akan dijawab secara bertulis dalam masa lima hari bertugas.

final • 3:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

final • 3:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Tuan Yang di-Pertua. Sekejap, sekejap.

Saya tidak hendak tanya soalan. Cuma saya hendak merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana pada 14 Februari yang lepas, Yang Berhormat Menteri sudah pergi melawat Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan. Jadi sebagaimana yang kita tahu Leftenan Adnan ini 81 tahun dahulu dia mati ketika mempertahankan negara kita daripada serangan Jepun di Bukit Candu. Jadi, saya mewakili bekas-bekas tentera mengucapkan tahniah kerana semangat patriotik yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Menteri...

[Tepuk]

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tahniah.

final • 3:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Saya ingat ini yang saya kagum kepada Yang Berhormat Menteri ini. Okey, itu sahaja. Selamat!

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Terima kasih cikgu.

[Ketawa]

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Baik, seterusnya saya jemput Kementerian Perpaduan Negara.

final • 3:50 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam perpaduan masyarakat madani. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasihlah kepada empat orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan titah diraja yang menyentuh perkara-perkara di bawah Kementerian Perpaduan iaitu Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Selayang.

Berhubung isu Rukun Negara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol dan Yang Berhormat Hulu Langat, saya amat bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh kedua-dua Ahli Yang Berhormat yang mencadangkan supaya Rukun Negara dihayati dan dijadikan amalan semua.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Rukun Negara bukanlah sekadar prinsip yang hanya dilafazkan dengan ikrar semata-mata tetapi ia menuntut kesungguhan setiap warganegara untuk menghayati dan mengamalkannya.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Daripada segi sejarah, Rukun Negara digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa hitam tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memperkukuhkan perpaduan antara kaum. Tun Abdul Razak Hussein yang mengetuai Majlis Gerakan Negara

(MAGERAN) ketika itu telah menubuhkan tiga buah badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara dan hasil daripada perbincangan siri perbincangan diadakan oleh Majlis Perundingan Negara, maka lahirlah Rukun Negara.

Ingin saya menarik perhatian kepada semua yang berada dalam Dewan yang mulia ini bahawa Rukun Negara yang diisytiharkan pada 13 Ogos 1970 mengandungi dua bahagian. Pertama adalah mukadimah atau preamble yang mengandungi lima perkara yang dicita-citakan untuk dicapai. Kedua adalah lima prinsip Rukun Negara sebagai alat untuk mencapai cita-cita tersebut. Cita-cita dan prinsip Rukun Negara jelas menjadi kunci kepada keharmonian dan perpaduan. Justeru, ianya bertujuan untuk menyemai nilai murni di kalangan masyarakat, nilai keagamaan, kesetiaan kepada raja dan negara, kepatuhan kepada perlembagaan dan undang-undang serta masyarakat yang sopan dan bertatasusila.

final • 3:57 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Kementerian Perpaduan Negara sejak penubuhannya pada 10 Mac 2020 sememangnya meletakkan Rukun Negara sebagai asas kepada penggubalan Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 bagi mengeratkan agenda perpaduan nasional.

Antara strategi yang digariskan melalui Dasar Perpaduan Negara iaitu meningkatkan literasi fahaman dan penglibatan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai semangat cinta akan negara untuk mengekalkan keharmonian, keamanan dan kesejahteraan rakyat.

Dalam masa ini, Kementerian Perpaduan Negara telah mengambil inisiatif menerapkan nilai-nilai perpaduan dan penghayatan Rukun Negara bermula dari awal usia

final • 4:00 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

kanak-kanak. Contohnya, di peringkat Tabika Perpaduan kementerian telah memperkenalkan modul pendidikan Rukun Negara untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang nilai-nilai murni bagi memupuk semangat perpaduan dan cinta akan negara.

Manakala di peringkat sekolah Kelab Rukun Negara dan di peringkat institusi pengajian tinggi, Sekretariat Rukun Negara telah pun ditubuhkan. Sehingga kini terdapat 6,843 Kelab Rukun Negara di sekolah dan 180 Sekretariat Rukun Negara di seluruh negara. Melalui program kedua-dua ini, pelajar-pelajar boleh mengerti Rukun Negara, melibatkan diri secara aktif dalam program kenegaraan dan meningkatkan jaringan kerjasama dengan masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai iaitu tentang usaha kerajaan mencari punca isu perkauman. Ingin saya tekankan bahawa kepelbagaian dalam masyarakat di negara ini menjadi satu keunikan dalam masa yang sama kepelbagaian ini juga menjadi cabaran untuk diuruskan. Selagi ada perbezaan sama ada daripada segi agama, bahasa, adat, dan budaya selagi itulah cabaran yang perlu ditangani dengan penuh hemah.

Kerajaan sentiasa memantau isu-isu dan cabaran berkaitan perpaduan yang boleh mencetuskan ketegangan dan menggugat keharmonian masyarakat. Rusuhan ini sebenarnya telah bermula sejak sekian lama di mana penubuhan Jabatan Perpaduan Negara pada Julai 1969 membuktikan bahawa kerajaan benar-benar meletakkan elemen perpaduan sebagai agenda utama diuruskan.

Pada tahun 2013, kerajaan telah menubuhkan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) atau pun National Unity Consultative Council sebagai satu buah badan bebas untuk menasihati kerajaan mengenai hal ehwal perpaduan dan integrasi nasional.

Agensi ini telah melaksanakan kajian persepsi tentang isu-isu yang mempengaruhi perpaduan. Hasil daripada analisis ini terdapat beberapa cabaran utama telah dikenal pasti iaitu daripada aspek agama, iaitu sensitiviti dan kefahaman, daripada segi pendidikan disebabkan vernacular schools daripada segi politik yang politik perkauman, daripada segi sosial media yang tidak bertanggungjawab menyampaikan berita-berita yang dapat menggugatkan kestabilan dan perpaduan.

Bagi mengukur keberkesanan usaha-usaha yang telah dilaksanakan untuk menangani isu-isu perpaduan kerajaan juga telah membangunkan Indeks Perpaduan Nasional (IPNas). Sehingga kini, kajian IPNas telah dilaksanakan dua kali iaitu pada tahun 2018 dan juga tahun 2022. Dalam kajian ini, lima indikator yang mempengaruhi tahap kesepaduan sosial telah dikajikan iaitu daripada segi keunikan, daripada segi hubungan sosial rentas etnik, daripada segi etos bangsa, daripada segi tadbir urus dan pembangunan dan juga daripada segi masalah sosial ataupun isu dan cabaran.

Daripada kajian itu, nilai indeks IPNas ini pada tahun 2018 ialah 0.567 peratus...

final • 4:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Tuan Yang di-Pertua, ada soalan.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

...Menarik- manakala pada tahun 2022, IPNas mencatatkan peningkatan skor kepada 0.629 peratus yang menunjukkan tahap perpaduan kita berada di tahap sederhana dan terkawal.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Boleh bertanya?

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Boleh.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, bercerita panjang lebar tentang bagaimana mencapai perpaduan, peranan Rukun Negara dan sebagainya.

Akan tetapi, dari segi pelaksanaannya adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa tanggungjawab untuk mencapai perpaduan ini tidak terletak hanya di kementerian Yang Berhormat Menteri sahaja? Akan tetapi, harus dipikul dan dilaksanakan oleh semua kementerian dan untuk mencapai tujuan itu adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju agar di semua kementerian diwujudkan Unit Perpaduan? Dengan lain perkataan, setiap

final • 4:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

dasar dan program yang dilaksanakan oleh kementerian-kementerian yang lain itu harus mengambil kira hal-hal atau isu-isu perpaduan termasuklah pelaksanaan Rukun Negara itu sendiri.

Oleh sebab itu, sekiranya Yang Berhormat Menteri punya kementerian sahaja yang melaksanakan ini tentu sekali sampai bila-bila pun objektif perpaduan ini tidak akan tercapai. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Memang saya bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Tuaran itu sebab itu kalau kita melihat daripada segi pengurusan negara kita, perpaduan ini merangkumi kesemua kementerian.

Dari Kementerian Ekonomi Malaysia, kementerian perundangan, institusi pendidikan dan sebagainya. Oleh sebab itu, apabila konsep Malaysia Madani ini disebut-sebutkan oleh Yang Berhormat Menteri Perdana Menteri baru-baru ini, Kementerian Perpaduan Malaysia telah menyahut dengan membuat satu buah kerangka di mana Kementerian perpaduan Malaysia telah mengadakan pelbagai kerangka untuk membangunkan Malaysia Madani daripada segi perpaduan. Saya bersetuju dengan apa yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Tuaran. Memang dalam mungkin dalam...

final • 4:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih, terima kasih.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Dalam para akhir jawapan saya mungkin ada cadangan-cadangan yang akan saya bangkitkan untuk direnungkan oleh semua, ya.

Jadi, daripada yang tadi saya telah sentuh daripada indeks- daripada Indeks Perpaduan Nasional sebab inilah daripada segi pengukuran tahap perpaduan negara kita di peringkat sederhana. Kalau kita melihat indeks-indeks pelbagai isu kita dapat bangunkan Happiness Index daripada segi kesejahteraan. Kalau lebih tinggi lagi adalah Global Peace Index dan semua ini adalah untuk mengukur tahap perpaduan, tahap kesatuan rakyat di sesebuah negara.

Jadi, di negara kita ini telah pun diadakan beberapa kajian daripada segi Indeks Kesejahteraan, Malaysian Well-being Index, Malaysia Happiness Index pun ada dan semuanya ada kaitan dengan sosial dan juga ekonomi. All right.

final • 4:00 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Mohon mencelah Yang Berhormat Menteri. Tanjong Karang.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Boleh, sila.

final • 4:00 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Menyedari negara kita merupakan negara yang berbilang bangsa, terdapat pelbagai etnik. Jadi, setuju tidak kalau saya katakan- kalau kita ingin memupuk perpaduan itu seharusnya daripada anak-anak kecil, seperti kalau kita mahu meluntur buluh harus dari rebungnya.

Jadi, untuk itu contoh yang boleh kita lihat negara Indonesia, bagaimana perpaduan di antara etnik ataupun kaum-kaum di sana dapat dipupuk dengan begitu rapat sekali, ya. Jadi, setuju tidak kalau saya katakan kita perlukan sekolah kebangsaan untuk memupuk semangat perpaduan ini daripada anak-anak kecil? Terima kasih.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang.

Yang Berhormat Tanjong Karang, itulah yang sepatutnya kita adakan dari awal lagi. Akan tetapi, apa yang telah jadi pada negara kita daripada peringkat Kerajaan British sampai kepada sekarang ini banyak perubahan kalau daripada segi pendidikan.

Oleh sebab itu, dalam sejarah kita melihat oleh kerana pemimpin kita pada masa itu yang amat memikirkan keharmonian, kestabilan, dan sebagainya. Oleh sebab itu, permintaan dari pelbagai ethnic groups diberi pertimbangan, dan sebab itu dari dahulu kita ada vernacular schools untuk semua, India, Cina dan juga Melayu.

Kita juga sedar, selepas itu kita mengadakan Sekolah Wawasan tetapi ia tidak kesampaian oleh- I think, oleh five schools...

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

...Telah ditubuhkan, dan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang tadi dari awal lagi sebab itu sekarang ini dalam rukun dan perpaduan kita telah dari awal lagi, di peringkat taska…

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Yang Berhormat Menteri, saya hendak respons sikit ya. Jempol, Jempol.

final • 4:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Sekejap, sekejap. Daripada peringkat taska, kita telah membuat satu kokurikulum Rukun Negara untuk dimasukkan ke dalam syllabus di peringkat taska. Yang Berhormat Jempol ada soalan?

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jadi, sebagaimana kita sedia maklum bahawa panduan hidup bagi rakyat negara kita ialah Rukun Negara. Akan tetapi sebelum itu, sebagaimana kita sedia maklum iaitu pada tahun 1955 sebelum kita mencapai kemerdekaan, kita ada sistem kontrak sosial. Jadi teras persefahaman semua kaum yang ada dalam negara kita adalah dengan menjaga kepentingan semua kaum.

Jadi kontrak sosial ini asasnya kalau 32 juta rakyat negara kita ini faham latar belakang macam mana pembentukan permuafakatan rasionalnya semua kaum yang ada pada ketika itu iaitu semasa kita hendak mencapai kemerdekaan ialah kontrak sosial. Jadi, dalam mata pelajaran Sejarah hari ini, saya tengok kontrak sosial ini hanya dibincangkan sepintas lalu sahaja. Jadi, ramai warganegara rakyat di negara kita ini tidak faham latar belakang kontrak sosial iaitu persefahaman, persetujuan semua kaum yang ada pada tahun 1955 sebelum kita mencapai kemerdekaan.

Saya yakin dan percaya jika semua rakyat kita faham latar belakang sejarah persefahaman semua kaum dan latar belakang pembentukan semua kaum yang ada di dalam negara kita ini, kita akan berada dalam landasan yang cukup mantap. Insya-Allah kita terus mengamalkan prinsip Rukun Negara di negara kita ini. Saya yakin negara kita ini terus aman, makmur, maju, cemerlang dan gemilang sampai bila-bila. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Ya, terima kasih Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Respons sikit Yang Berhormat Menteri. Respons sikit bolehkah? Bolehkah saya tanya sikit?

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Raub.

final • 4:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Boleh.

final • 4:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Bolehkah saya tanya Yang Berhormat Menteri bahawa sekolah vernakular yang sejak kemerdekaan Malaysia yang wujud di tanah Malaysia ini adalah satu aset atau liabiliti kepada negara kita kerana ini adalah juga respons kepada MP dari Tanjong Karang. Oleh sebab saya ingat beliau bermaksud dalam Malaysia seharusnya hanya ada satu aliran sekolah sahaja. Akan tetapi sekolah vernakular adalah sebenarnya aset kepada Malaysia kerana kepelbagaian adalah aset kepada Malaysia. Sekian, terima kasih.

final • 4:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Bagi soalan berkenaan dengan kontrak sosial ini memang semua faham di bawah kontrak sosial dan juga berkenaan dengan vernacular schools ini. Ya, memang kalau kita lihat daripada segi kepelbagaian, unity and diversity because kita ini, we are in a country where we have different languages, we have different races, cultures dan sebagainya. Kalau kita melihat— saya sebutkan mungkin semua yang telah tahu ini adalah diversiti. Diversity ini in respect this is the greatest boleh dikatakan the greatest secret that God awards human beings. Oleh sebab itu, di semua negara kita perlu mentadbir negara kita dalam kepelbagaian.

Oleh sebab itu dalam dasar Kementerian Perpaduan Negara, dasar kita adalah unity and diversity, perpaduan dalam kepelbagaian. Sekarang ini apa yang kita rangka di negara kita berasas kepada sejarah, pemimpin-pemimpin yang dulu yang bertolak-ansur, memahami keadaan kita di negara ini dan sampai ke tahap kita di sekarang ini. Kita telah

final • 4:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

pun mengukur tahap perpaduan, tahap happiness dan didapati di negara kita ini adalah tidak seteruk yang mungkin disiarkan di negara luar.

Oleh sebab itu apabila saya mula masuk pada kementerian ini, the first thing I looked was what happened to our perpaduan ini this country. Macam mana indeks perpaduan kita kalau daripada segi Global Peace Index kita di peringkat 18, agak bagus.

We have a very good standing in terms of peace in the world. Daripada segi indeks perpaduan pun macam itu juga. Apa yang menjadi masalah ini ialah kita manusia ini sebab kita ini mempunyai kehendak sendiri, kita ini mempunyai keinginan sendiri, jadi sebab itu in this government, we have to manage aspects of manusia.

final • 4:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Kapar hendak tanya.

final • 4:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Boleh.

final • 4:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Kalau tadi ada disebutkan tentang kontrak sosial, yang itu biasanya orang yang generasi lamalah. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri bagaimana dengan keadaan sekarang di mana orang muda dia era lain, dia tidak ingatlah tentang kontrak sosial dan sebagainya. Jadi, bagaimana kementerian hendak ambil situasi yang ada dengan keadaan orang muda dan remaja yang ada sekarang ini, kita hidup di dalam diversiti, macam mana kita hendak ada perpaduan bagi orang muda?

final • 4:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih. Ini yang menjadi masalah. Oleh sebab kita manusia ini yang muda, yang tua pun masalah kita ini kebanyakan kita ini sometimes we believe something we don’t know. Kebanyakan apabila isu-isu yang dikeluarkan di sosial media...

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Yang Berhormat Menteri, saya ada pandangan sikit. Oleh sebab itu saya sebut tadi walaupun perubahan itu – kontrak sosial ini zaman atuk-atuk kita dulu tahun 1955. Jadi, mungkin Yang Berhormat Menteri bersetuju rundingkan persefahaman dengan Kementerian Pendidikan supaya satu tajuk sejarah dalam mata pelajaran Sejarah itu kita buat tajuk besar iaitu kontrak sosial supaya anak-anak kita, generasi muda hari ini faham latar belakang pembentukan, persefahaman semua kaum yang ada pada tahun 1955.

Hari ini dalam mata pelajaran Sejarah itu hanya sedikit sahaja. Semua rakyat mesti mematuhi kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua kaum. Jadi, ia tidak jelas.

Jadi saya harap elok dimasukkan dalam sukatan mata pelajaran sejarah dan diperjelaskan supaya anak-anak kita yang sudah pun mempunyai gap terlalu jauh ini supaya mereka sedar dari mana bermulanya persefahaman semua kaum yang ada dalam negara kita ini. Masukkan dalam sukatan mata pelajaran Sejarah sebagai tajuk utama kontrak sosial supaya jelas dan supaya generasi kita faham latar belakang pembentukan negara Malaysia ini. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Yes, thank you Yang Berhormat. I think kita sedar dan kita ambil maklum apa yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat. Menteri Pendidikan pun ada di sini. Kita mungkin akan menjurus kepada kehendak Yang Berhormat.

Saya ingin menyentuh berkenaan dengan parliamentary orang muda ini. Orang muda ini kadang-kadang sekarang ini kalau moden sekarang, masa moden ini kita gunakan handphone dan sosial media ini, ini adalah menjadi satu masalah kita. Di sini pun kita telah menekankan bahawa media sosial menjadi isu pertama yang menggugat kesepaduan ataupun perpaduan di negara kita ini.

Oleh sebab apa yang telah dikeluarkan di media sosial ini kadang-kadang orang- orang yang baca itu dia bukan tahu sangat sama ada itu adalah isu yang betul, isu yang benar. Akan tetapi apabila ia become sensitif dan banyak yang masuk untuk cerita dan support dan sebagainya. Itulah yang menjadi satu isu. Oleh sebab itu dalam bajet kita...

final • 4:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Menteri, Puncak Borneo minta sikit penjelasan.

final • 4:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Duduk dahulu. Jadi, dalam hal ini kita mintalah di sosial media ini kalau ada isu-isu yang sensitif ini kita cuba untuk jangan dipanjangkan, jangan diapi-apikan. Ya, kalau diapi-apikan ramai lagi orang yang akan masuk dan isu jadi lebih hangat. Yes.

final • 4:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Menteri Perpaduan Negara. Seorang Menteri yang sangat kuat kerana ini Kerajaan Perpaduan, dia tidak ada Timbalan Menteri. Jadi ini kerajaan Menteri Perpaduan Negara, terima kasih.

Jadi saya ada dua isu utama yang saya hendak minta penjelasan mengenai penggunaan sosial media ini. Saya juga ingin mencadangkan kepada Kementerian Perpaduan Negara supaya kalau boleh prepare content dalam TikTok, dalam sosial media yang lain ataupun content infographic mengenai berapa jenis kaum yang kita ada di negara kita dan di mana Sabah dan Sarawak. Oleh sebab hari ini saya melihat satu online news, BFM News, they don’t even know where is Sabah dan where is Sarawak. Dia sebut— Menteri itu dekat Sarawak tetapi dia kata dekat Sabah.

Pengalaman saya sendiri apabila saya turun terbang dari Kuching, saya sampai Kuala Lumpur, satu taxi driver ambil saya.

final • 4:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Dia kata, “Sir, welcome to Malaysia,”. Saya kata— sebab dia punya slang itu agak mat salleh sikit, so saya jawablah. “Thank you, but actually I’m from Sarawak, also in Malaysia”. So, dia tengok saya.

final • 4:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih.

final • 4:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Jadi, kalau boleh saya hendak minta content infografik itu dihebahkan supaya semua rakyat kita tahu berapa bangsa yang kita ada, di mana Sabah, Sarawak, Perlis dan sebagainya. This is common knowledge. Maybe Kementerian Perpaduan boleh juga melihat kepada aspek ini. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Ya, terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat Menteri, Segamat.

final • 4:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Kita akan ambil maklum dengan proposal Yang Berhormat Puncak Borneo.

final • 4:20 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Segamat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanyakan sejauh manakah dan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian Perpaduan untuk menerap kefahaman dan juga penghayatan Malaysia Madani ini di kalangan rakyat? Saya boleh bagi satu contoh, Kerajaan Perpaduan ini ialah satu contoh di mana sebelum ini kita menjadi musuh bahawa ia boleh menyatukan.

Ada juga cadangan boleh dipertimbangkan bahawa perpaduan itu boleh juga diunjurkan daripada borang-borang yang kita keluarkan daripada kerajaan itu. Letaklah hanya bukan Cina, Melayu, India. Letaklah rakyat Malaysia dan rakyat bukan Malaysia.

Itu ialah satu contoh permulaan yang kita boleh juga pertimbangkan. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Yang Berhormat Menteri, Tenggara.

Yang Berhormat Menteri, Tenggara. Sedikit.

final • 4:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Lepas ini saya jawab, ya.

final • 4:20 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya berkenaan dengan Rukun Negara ini ingin minta penjelasan. Ada tidak satu undang-undang ataupun peraturan ataupun garis panduan bagaimana yang dikatakan seseorang individu rakyat Malaysia ini, terutamanya orang-orang muda. Kadang-kadang menulis di Facebook dan media maya ini seolah-olahnya menghina prinsip-prinsip Rukun Negara, Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Perlakuan-perlakuan yang biasanya dibuat kadang-kadang macam membakar bendera, menyanyi lagu Negaraku terbalik dan sebagainya. Jadi, saya ingat kementerian boleh menyediakan garis panduan ataupun undang-undang supaya orang-orang muda dan rakyat Malaysia umumnya, boleh dididik dengan sedikit peruntukan undang-undang.

Terima kasih.

final • 4:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih. Ini menjurus kepada saya untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Selayang yang menyentuh pada isu yang sama. Daripada segi kesalahan-kesalahan sosial media dan sebagainya, kita ada undang-undang di bawah Penal Code, ada tujuh seksyen di bawah Penal Code. Di bawah Akta Hasutan, kita ada one section, juga di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga. Semua ini menjurus kepada mengatasi masalah-masalah atau pun sensitive issues yang telah dikeluarkan oleh rakyat-rakyat kita sama ada di TikTok ataupun sosial media.

Sekarang ini langkah-langkah untuk penguat kuasa adalah kepada Kementerian Perpaduan Negara yang mempunyai akta-akta tersebut. Daripada segi kementerian kita, kita mengadakan program-program kesepaduan.

Saya ingin menjawab dalam isu madani tadi. Kita di Kementerian Perpaduan mengambil inisiatif proaktif apabila konsep madani ini diuar-uarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita mengambil inisiatif untuk membuat kerangka, di mana Kementerian Perpaduan dapat memberi sumbangan yang sepenuhnya. Kita telah mengadakan satu kerangka, belum diapprove by the Cabinet tetapi sudah di hantar.

Mungkin dalam mesyuarat esok kerangka ini akan diterapkan, di mana Kementerian Perpaduan, kita akan menjurus kepada isu kebudayaan, kemasyarakatan dan pendidikan.

Kementerian-kementerian lain memang semuanya adalah menuju kepada kesejahteraan rakyat. Malaysia Madani ini ialah masyarakat madani ataupun civilized society atau pun semua kehendak rakyat-rakyat adalah tergolong— adalah untuk kesejahteraan ini memang merangkumi ke semua kementerian. Terima kasih kepada Yang Berhormat...

final • 4:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Tuaran. Tuaran

final • 4:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Bukan. Bukan.

[Ketawa] Yang Berhormat Puncak Borneo...

final • 4:20 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

...Yang telah mengatakan saya ini Menteri Unity, because of Unity Government. Betul sebab itu tidak diberi timbalanlah.

final • 4:20 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Yang Berhormat Menteri, mencelah sedikit.

final • 4:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Saya selalu bergurau dengan Menteri-menteri lain.

[Ketawa]

final • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Mereka ini jadi timbalan saya sebab saya Menteri Unity. Yes.

final • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Sungai Petani.

final • 4:20 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Yang Berhormat Menteri, Miri.

final • 4:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Okey.

final • 4:20 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Umumnya tahu bahawa kita selalu mencari punca masalah yang menggugat perpaduan di kalangan rakyat. Sudah 50, 60 tahun kita selalu salahkan sebab aliran sekolah ataupun silibus dalam pendidikan ataupun even social media pada masa sekarang. Setuju bahawa Yang Berhormat Menteri, perpaduan hanya betul-betul dapat dicapai apabila ahli politik, termasuk semua Ahli yang terdapat di Dewan ini mempunyai satu persefahaman bahawa tidak menjadikan sentimen perkauman sebagai modal untuk popularity.

final • 4:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Thank you.

final • 4:20 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Seperti yang ada di Sarawak, Yang Berhormat Menteri. Sarawak mempunyai semangat kaum yang lebih baik sebab ahli politik Sarawak biar pun kita bersaing tapi tidak pernah kita mainkan isu-isu perkauman. So, harap penjelasan. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Yang Berhormat, saya tidak ingin menjawab dengan untuk menyentuh isu-isu yang fakta-fakta. Akan tetapi in general, kalau kita melihat kita sendirilah, in yourself apabila kita membuat sempadan ke atas kehidupan kita daripada segi agama, budaya, pengumuman kita. Sebarang— you’re putting yourself into sempadan. Jadi, sempadan ini apabila another guy also have their own sempadan.

Sempadan ini kalau bertemu ia akan bercanggah. Very simple. This is a simple ideology.

Inilah di mana dalam hal ini kita mesti membuat atau pun meyarankan supaya kita bertoleransi. We have to tolerate each other. Kita hidup dalam kepelbagaian ini. All right. Jadi, apabila— another word to put it is, apabila your greed tidak boleh di- compromise dengan orang lain, jadilah masalah perpaduan tidak dapat dicapai. Inilah isunya yang sebenarnya. Kalau kita membuat kajian pelbagai, tadi saya telah sebutkan faktor-faktor utama dalam perpaduan ini ialah isu agama, race, pendidikan, social media.

Ini semua kita tahu.

Jadi, sometimes it is not easy to talk about it. Oleh sebab itu, dalam usaha kita untuk menyelesaikan perkara ini, kita cadangkan perkara macam ini jangan diapi-apikan.

Jangan dibahaskan di luar. Dalam kemahiran perpaduan ini kita ada jawatankuasa HARMONI yang dipengerusikan oleh saya dan Menteri Agama, mungkin perkara yang amat sukar tetapi kita cuba.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Oleh sebab itu, semangat toleransi adalah sangat penting.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Ya.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 4:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Masa sudah habis?

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya. Terima kasih.

[Ketawa]

final • 4:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Saya boleh gulung sikit? All right. Actually saya ada satu lagi isu tetapi tidak apalah.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yien

Bagi jawapan bertulis sahaja.

final • 4:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Okey. Itu berkenaan dengan Malaysia Madani yang telah dibentangkan sebentar tadi. Jadi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dengan ini, saya ingin menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Agong. Dengan itu, terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yien

Terima kasih.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

final • 4:20 PM

Menteri Sains dan Teknologi - Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam perpaduan, salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas keprihatinan Baginda dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pengaplikasian inovasi negara.

final • 4:28 PM

Menteri Sains dan Teknologi - Tuan Chang Lih Kang

Saya juga ingin merakam ucapan terima kasih atas perhatian Baginda menekankan kepentingan sains dan teknologi serta bidang penyelidikan, pembangunan inovasi dan pengkomersialan sebagai faktor pemangkin perkembangan ekonomi baharu serta peluang pekerjaan baharu untuk rakyat. Saya mengambil peluang ini juga untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada lapan Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Bayan Baru dan Yang Berhormat Petaling Jaya yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat bagi Penggal Kedua, Parlimen Ke-15 yang telah menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

final • 4:28 PM

Menteri Sains dan Teknologi - Tuan Chang Lih Kang

Selaras dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, MOSTI telah mempunyai perancangan dengan pelan pelaksanaan yang rapi bagi menyokong dan meningkatkan aspek sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE) negara. MOSTI telah membangunkan dasar STI, inisiatif berkaitan serta pelan hala tuju bagi memperkasakan bidang keutamaan STIE negara. Antaranya:

(i) Dasar Sains Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 yang menyasarkan status negara berteknologi tinggi menjelang pada tahun 2030;

(ii) rangka kerja 10-10 MySTIE;

(iii) Dasar Bioteknologi Negara 2.0;

(iv) Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia;

(v) Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan 2021-2025;

(vi) Pelan Hala Tuju Robotik Negara; dan

(vii) Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia 2021-2030

(SUPER).

Tuan Yang di-Pertua, saya akan bahagikan ucapan penggulungan saya kepada empat bahagian:

(i) pembangunan teknologi, bakat dan pekerjaan masa depan;

(ii) pembangunan bidang penyelidikan dan pembangunan serta industri startup negara;

(iii) peranan MOSTI dalam teknologi pertanian; dan

(iv) peranan MOSTI dalam pengoperasian Lynas.

Saya masuk pada isu pertama iaitu pembangunan teknologi, bakat dan pekerjaan masa depan. Suka saya menarik perhatian Ahli-ahli Dewan mengenai isu kepentingan pembangunan STI negara selaras dengan usaha untuk modenisasi industri, pembudayaan inovasi dan peluang pekerjaan baharu negara sebagaimana yang telah dibangkitkan oleh empat orang Yang Berhormat iaitu Kuala Terengganu, Bayan Baru, Tenggara dan Petaling Jaya.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak dinafikan perkembangan teknologi baharu muncul serta pesat membangun di dunia di mana bidang kecerdasan buatan, Internet kebendaan (internet of things), robotik dan automasi mula diasimilasi dalam kerja seharian kita. Ketika ini kemunculan ChatGPT, reka bentuk dan simulasi alam maya, pencetakan 5D, kereta elektrik dan banyak lagi menjadikan rakyat terpegun dan risau, seolah-olah kita masih belum bersedia untuk menerima teknologi sebegini. Seperti yang diutarakan Yang Berhormat Tenggara dalam perbahasan beliau, saya bersetuju supaya Malaysia harus mengorak langkah supaya tidak ketinggalan atau terpinggir dari sembilan teknologi mega yang mampu mengubah dunia.

final • 4:30 PM

Menteri Sains dan Teknologi - Tuan Chang Lih Kang

Dalam hal ini, MOSTI telah menggerakkan Rangka Kerja 10-10 MySTIE di bawahnya yang turut telah mengenal pasti 10 pemacu pasti sains dan teknologi untuk Malaysia yang berdasarkan kepada sembilan teknologi mega (Forbes) bagi memacu negara ke arah negara berteknologi tinggi high-tech nation dengan izin menjelang pada tahun 2030 iaitu:

(i) Teknologi 5G atau 6G;

(ii) Teknologi sensor ;

(iii) Percetakan 4D atau 5D;

(iv) Bahan termaju (advanced material);

(v) Sistem kecerdasan termaju;

(vi) Keselamatan siber dan enkripsi;

(vii) Augmentasi analitik dan penerokaan data;

(viii) Blockchain;

(ix) Neuroteknologi; dan

(x) Teknologi biosains.

Bagi pengaplikasian 10 teknologi ini, beberapa inisiatif rintis sedang dijalankan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 oleh pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan beberapa pemegang taruh yang lain. Perlu saya tekankan bahawa inisiatif teknologi tinggi ini merentasi sektor ekonomi, bidang kementerian, agensi dan swasta yang pelbagai dan perlu keterlibatan semua pihak secara menyeluruh bagi memperlihatkan keberkesanannya. Justeru itu, MOSTI telah membangunkan beberapa pelan hala tuju seperti yang telah saya nyatakan sebelum in serta memperkukuhkan komunikasi, sains, pendidikan dan kesedaran awam.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan Negara yang dibangunkan pada tahun 2022 telah menggariskan enam strategi yang harus dilaksanakan dalam tempoh lima tahun untuk mewujudkan ekonomi inovasi AI (artificial intelligence) bagi menggalakkan teknologi AI serta hab inovasi dan infrastruktur digital yang mantap bagi mempercepatkan pelaksanaan aplikasi teknologi.

Ini kerana negara-negara yang mempunyai teknologi AI yang maju akan dapat lebih banyak manfaat daripada kemunculan teknologi ini selain dipandu prinsip AI yang bertanggungjawab. Prinsip AI yang bertanggungjawab akan banyak menyumbang dalam teknologi pada masa kini. Prinsip AI yang bertanggungjawab ini juga sangat penting agar isu-isu seperti yang dibawa dengan kemunculan ChatGPT tidak berulang.

Beberapa prinsip AI yang bertanggungjawab telah dimasukkan dalam Pelan Hala Tuju Kecerdasan Pembuatan Negara seperti:

(i) keadilan;

(ii) Kebolehpercayaan, keselamatan dan kawalan;

(iii) privasi dan keselamatan dan;

(iv) accountability. Salah satu pelan tindakan dalam tiga hala tuju AI adalah pembangunan bakat melalui tiga pendekatan iaitu:

(i) inisiatif pembelajaran dan pendidikan berkaitan AI;

(ii) meningkatkan kemampuan dan kemahiran tenaga kerja; dan

(iii) menarik dan mengekalkan bakat tempatan yang sedia ada.

Usaha ini penting bagi melahirkan generasi muda yang peka dan keupayaan AI yang tinggi. MOSTI juga telah membangunkan Pelan Hala Tuju Robotik Negara (National Robotic Roadmap) 2021-2030 sebagai panduan dan strategi pembangunan teknologi

final • 4:30 PM

Menteri Sains dan Teknologi - Tuan Chang Lih Kang

robotik nasional bagi menjadikan Malaysia hab robotik serantau menjelang pada tahun 2030.

Salah sebuah teras strategik di bawah pelan ini bertujuan untuk memupuk dan membangunkan bakat yang memenuhi keperluan industri robotik berasaskan prinsip cradle-to-grave dengan izin yang menyokong pembelajaran sepanjang hayat dalam semua bidang pengajian. Akademi pembangunan bakat robotik iaitu Robotics Talent Development Agency (RoTDA) akan ditubuhkan kerjasama antara KPT, KSM, MITI,KPM, KBS, KUSKOP dan FMM iaitu Federation of Malaysian Manufacturers. Bagi menyelaras pembangunan bakat robotik merangkumi:

(i) pengenalpastian jurang dan keperluan latihan yang memenuhi keperluan industri;

(ii) pembangunan silibus bermula di peringkat sekolah rendah sehingga pekerja industri automasi; dan

(iii) memperhebatkan...

final • 4:30 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Soalan.

final • 4:30 PM

Tuan Chang Lih Kang

Sila.

final • 4:30 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

Apabila Yang Berhormat Menteri sentuh tentang adalah penting untuk menjadikan penggunaan sains dan teknologi sebagai satu budaya yang baharu terutamanya dalam soal pembelajaran dan pengajaran. Akan tetapi kalau kita lihat apabila Ahli-ahli Yang Berhormat berbahas tentang keadaan di sekolah-sekolah yang ada, sudah lah dalam keadaan daif tetapi kalau kita hendak ke arah untuk membangunkan dalam sains dan teknologi, ini sudah tentu memerlukan infrastruktur yang lebih baik dari segi pendigitalan dalam sekolah. Infra-infra yang perlunya seperti SMART Board dan sebagainya dan itu sudah tentu akan menelan atau memperuntukkan lebih banyak bajet yang diperlukan di sekolah-sekolah yang ada. So, saya mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri, apakah perancangan atau dasar hala tuju ke hadapan dalam menaik taraf sekolah-sekolah dalam penyediaan ke satu alam yang baharu. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng...

final • 4:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Menteri, hendak sekali ke hendak asing-asing? Asing ya?

final • 4:30 PM

Tuan Chang Lih Kang

Asing.

final • 4:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Okey.

final • 4:30 PM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Memang ini adalah satu masalah yang sedang kita hadapi sekarang. In fact, banyak negara lain juga menghadapi keadaan sama sebab kita ada had dari segi dana dan sumber.

final • 4:30 PM

Tuan Chang Lih Kang

Akan tetapi, selain daripada– memang nanti MOSTI akan bekerjasama KPT ataupun KPM untuk memperbaiki keadaan macam ini. Akan tetapi pada masa yang sama, selain daripada keperluan dana, kita juga perlu melihat balik apa pendekatan, bagaimana kita mendidik anak-anak kita dalam subjek Sains dan Teknologi. Saya rasa itu penting juga dan saya ambil maklum...

final • 4:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

[Bangun]

final • 4:40 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Cuma, cadangan sedikitlah, Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya, saya tidaklah meletakkan sepenuhnya tanggungjawab ataupun keperluan dana-dana itu di bawah bahu kerajaan tetapi kalau di industri-industri yang sedia ada, sudah tentu boleh memikul sebahagian peranan dan juga boleh mengangkat sesebuah sekolah itu untuk mendidik talents di sekolah, menjadikan sekolah itu sebagai

final • 4:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

sekolah angkat dalam membangunkan talents yang ada di kawasan tertentu. Itu cadanganlah, Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Chang Lih Kang

Ya, terima kasih, Yang Berhormat. Sekiranya ada pihak swasta yang sudi menjadikan sekolah itu sebagai sekolah angkat, saya sangat mengalu- alukanlah. By all means, by all means. Yang Berhormat Ipoh Timur dahulu, Yang Berhormat Kuala Terengganu dan Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 4:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dari Yang Berhormat Gopeng, bertanya kepada Yang Berhormat Tanjong Malim, sekarang Ipoh Timur hendak tanya pula. Berkenaan dengan satu isu yang sangat dekat dengan orang Perak kerana salah sebuah syarikat yang saya hendak petik nanti, sebenarnya pengasasnya kedua-duanya orang Perak dan orang Ipoh juga.

CEO la ni pun orang Ipoh juga. Ia berkenaan dengan salah satu pemain AI di Malaysia, pada saat ini, yang terbesar di Malaysia. Kita kata tadi, Yang Berhormat Menteri pun ada sebut berkenaan dengan AI, dengan bangkitnya ChatGPT, arus perdananya ChatGPT, ia perlu bertanggungjawab. Penggunaan AI perlu bertanggungjawab. Itu dasar kerajaan dan tanggungjawabnya adalah bagaimana ia boleh digunakan sebagai salah satu alat untuk mempertingkatkan produktiviti semua tenaga kerja kita, khususnya jentera kerajaan. Jadi, saya pernah adakan sedikit perbincangan dengan syarikat ini. Designs.ai, platform mereka Designs.ai...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Straight to the point, Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Landing, landing. Dengan Inmagine, dengan Designs.ai ini, mereka sanggup dan telah menawarkan diri untuk membuat workshop penggunaan AI untuk melancarkan dan menaikkan produktiviti jentera kerajaan, khususnya bermula daripada MOSTI. Apakah pandangan dan juga dasar yang telah dirungkaikan di peringkat MOSTI untuk menggunakan AI di peringkat operasi kerajaan?

final • 4:40 PM

Tuan Chang Lih Kang

Kami, pihak MOSTI amat mengalu-alukan tetapi yalah, dari segi dana, mungkin kita perlu perbincangan selanjutnya lah.

final • 4:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Depa volunteer.

final • 4:40 PM

Tuan Chang Lih Kang

Volunteer lagi baik, by all means.

final • 4:40 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kuala Terengganu...

final • 4:40 PM

Tuan Chang Lih Kang

Kena bagi Yang Berhormat Kuala Terengganu sebab dia mantan Timbalan Menteri.

final • 4:40 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya mengucapkan tahniah atas perancangan yang begitu baik, yang telah dibuat oleh MOSTI, berhubung dengan bagaimana untuk menggalakkan pengaplikasian teknologi dalam pelbagai sektor. Tadi, ada disebut tentang robotics dan pelbagai lagi.

Bagaimana Yang Berhormat melihat dari segi minat, khususnya dalam kalangan anak muda kita pada peringkat sekolah. Macam mana kita nak matchkan dengan keperluan negara pada masa akan datang dan juga bagaimana pula daripada segi bakat- bakat yang ada dalam kalangan inovator tempatan yang mencipta pelbagai inovasi berkait dengan robotics dan sebagainya, yang saya dapati ada masalah dari segi bagaimana mahu mereka mengkomersialkan, memasukkan supaya produk mereka ini diguna, sekurang-kurangnya untuk dalam industri pada peringkat tempatan.

Saya dapati kadang-kadang ada produk yang bagus yang dihasilkan di dalam negara tetapi masih daripada segi macam kita tidak ada polisi secukupnya untuk memberi galakan kepada industri menggunakan ciptaan-ciptaan tempatan. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Yang Berhormat. Memang ini adalah antara isu yang kita perlu utarakanlah dan memang saya setuju dengan Yang Berhormat bahawa ada beberapa perkara seperti bagaimana hendak menarik minat anak-anak kita untuk

final • 4:40 PM

Tuan Chang Lih Kang

belajar sains dan teknologi. Seperti yang saya sebut tadi, pendekatan daripada sekolah itu memang sangat-sangat penting dan saya harap selepas ini MOSTI akan bekerjasama dengan KPT dan KPM untuk kita memperbaiki keadaan ini.

Dari segi inovasi sosial, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) memang ada menjalankan banyak projek yang melibatkan inovator daripada peringkat akar umbi dan YIM juga akan membantu dari segi mengcommercialisekan produk-produk yang dihasilkan oleh inovator tempatan.

Kementerian MOSTI juga mengharapkan bahawa industry players akan mengambil inisiatif untuk menggunakan aplikasi, adopt technology atau aplikasi tempatan, especially homegrown, dengan izin, supaya inovator-inovator kita ada motivasi untuk terus membangunkan idea-idea mereka, untuk terus menghasilkan produk-produk yang berkualiti. Terima kasih. Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 4:40 PM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Baik. Terima kasih.

Saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana I think walaupun tiga bulan dalam kerja tetapi grasp of knowledge itu sangat bagus. Tahniah, terima kasih. Saya cuma hendak – biasalah, saya orang seni, saya hendak tanya berkenaan dengan seni.

I think the introduction of the metaverse, the technology sekarang, dengan izin, bagaimana kita lihat bahawa seni ataupun seni kreatif ini masih pada peringkat yang cukup rendah. I think 1.97 per cent sahaja daripada KDNK. Walaupun begitu, kita dengan introduction of metaverse, dengan AI yang disebutkan tadi, bagaimana kementerian Yang Berhormat Menteri boleh cuba untuk menambahkan lagi ataupun membuat banyak lagi usaha mengangkat semula industri kreatif terutama sekali dari segi seni visualnya.

Sekarang ini, kita ada NFTs, with the metaverse arts yang kalau boleh digabungkan juga dengan kementerian-kementerian lain, termasuklah MOTAC dan juga Kementerian Pendidikan. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Memang ini adalah satu bidang yang saya tidak faham sangat.

[Ketawa] Seni. Akan tetapi, kami di peringkat MOSTI, kami akan cuba untuk mempergiatkan kerjasama antara sains, teknologi dengan bidang seni kerana di sana memang ada sedikit hubungan. MOSTI akan meneroka kemungkinan inilah. Terima kasih, Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat Menteri...

final • 4:40 PM

Tuan Chang Lih Kang

Saya tidak cukup masa.

final • 4:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Satu soalan boleh?

final • 4:40 PM

Tuan Chang Lih Kang

Okey.

final • 4:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Saya hendak sambung sedikit daripada Yang Berhormat Kuala Terengganu tadi. Saya rasa kita telah berbelanja begitu banyak tentang R&D ini. Geran, matching grant dan bermacam-macam lagi dan ramai yang terlibat dalam penyelidikan ini. Akan tetapi, yang kurangnya ialah pengkomersialan hasil- hasil R&D, disebut tadi inovasi.

Jadi, mungkin boleh pihak kementerian adakan sedikit jawapan bertulis, setakat mana yang kita sudah berbelanja R&D dan turnover kepada hasil itu dikomersialkan oleh anak-anak tempatan ini. Saya rasa ini pun kalau kita dapat uar-uarkan, kita boleh menaikkan semangat mereka untuk melakukan R&D yang seperti ini. Banyak bidang, saya rasa. Pertanian, perladangan dan sebagainya, mereka kemukakan.

Walaupun mungkin kita kata daripada segi viability itu tidak, tetapi kita adakan insentif tertentu. Apabila ia dapat dikomersialkan, ia akan lebih merancakkan lagi usaha- usaha untuk R&D ini dikomersialkan.

final • 4:40 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya tambah sedikit boleh? Sedikit sahaja.

final • 4:40 PM

Tuan Chang Lih Kang

10 saat, saya sudah tiada masa...

final • 4:40 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Sedikit sahaja. Tidak apa. Saya dalam perbahasan baru-baru ini pun saya ada sebut tentang masalah sekarang ini. Kebanyakan daripada penyelidikan kita ini, penyelidik, kita duduk dalam institusi pengajian tinggi. Bukan dalam sektor industri.

Bagaimana kita– sebab kalau penyelidikan itu, ia berkait terus dengan industri, sudah tentulah dari awal permulaan itu memang fokusnya untuk tujuan pengkomersialan.

Jadi, kalau boleh diperkasakan seperti RISE, program yang pernah dibuat sebelum ini. Itu sahaja. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Yang Berhormat. Nanti kami akan sediakan jawapan bertulis untuk Yang Berhormat Shah Alam. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Terengganu. Program-program seperti RISE masih diteruskan. Terima kasih atas usaha kerajaan yang lalu.

final • 4:40 PM

Tuan Chang Lih Kang

Oleh sebab saya tidak ada masa yang cukup, saya terus ke isu kedua iaitu pembangunan bidang penyelidikan R&D. Seperti yang dikatakan tadi, R&D memang untuk applied research, memang tidak banyak. Kebanyakannya adalah tentang fundamental research dan kita mungkin perlu mengkaji balik bagaimana untuk memperbaiki keadaan seperti ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berhubung tentang peranan R&D serta pembangunan startup negara seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Paya Besar dan Yang Berhormat Kuala Terengganu juga. Suka saya mengulas mengenai saranan Yang Berhormat Larut berkaitan perwujudan polisi yang inklusif dan berdaya saing serta galakan dan insentif dalam memacu agenda R&D negara.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, MOSTI telah membangunkan Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) pada tahun 2021 dan menggariskan 16 intervensi merentasi lima penjana ekosistem utama iaitu pembiayaan, bakat, inovasi, dasar dan peraturan serta ekosistem pasaran.

Pembangunan SUPER ini adalah selari dengan dasar dan inisiatif semasa kerajaan yang bertujuan untuk menjana inovasi berteknologi tinggi, pembangunan saksama buat masyarakat dan membina negara berkeusahawanan menjelang tahun 2030. Ia melibatkan semua pemegang taruh utama dalam ekosistem start-up iaitu syarikat start-up, pelabur, kementerian ataupun jabatan ataupun agensi kerajaan, pemain industri dan pihak berkepentingan yang lain untuk menyokong pembangunan ekosistem secara holistik dan meningkatkan kebolehpasaran start-up di dalam dan di luar negara.

Melalui agensi pelaksana SUPER iaitu Cradle Fund, sebanyak 5,750 buah syarikat start-up dan individu telah menerima manfaat daripada program-program yang dilaksanakan mulai bulan November 2021. Tambahan lagi, golongan start-up juga boleh memanfaatkan inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia, Malaysian Commercialization Year (MCY) yang merupakan sebuah program untuk melonjakkan hasil penyelidikan, pembangunan dan inovasi sebagai penjana kekayaan melalui aktiviti pengkomersialan.

Kini MCY telah memasuki fasa 3.0, bertujuan untuk memperluaskan pasaran produk, teknologi, perkhidmatan R&D tempatan ke peringkat antarabangsa.

Daripada segi galakan dan insentif pula, MOSTI melalui agensi pembiaya telah menawarkan pelbagai bentuk program pembiayaan ataupun pelaburan khusus untuk syarikat start-up dan SME yang merangkumi pelbagai peringkat termasuk pre-seed, seed, pembangunan idea, prapengkomersialan sehingga kepada pengkomersialan.

Banyak economy corporation di bawah MOSTI pula menawarkan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat bioteknologi yang layak melalui program BioNexus Status di mana syarikat perlu membangunkan produk yang mempunyai nilai tambah (value added) dengan izin, dengan menggunakan teknologi berasaskan bio seperti penggunaan mikrob, enzim dan standardized extract.

Kerajaan juga telah meluluskan Malaysia Science Endowment (MSE) di bawah kawal selia kementerian MOSTI untuk pembangunan dana alternatif daripada pelbagai sumber dan kaedah termasuklah geran dari industri, wakaf dan pelabur mangkin (angel

final • 4:50 PM

Tuan Chang Lih Kang

investors) di dalam dan luar negara. Usaha ini disasarkan untuk meningkatkan R&D negara terutamanya di sektor industri dan mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan. MOSTI kini sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa rakan strategik antarabangsa dan industri tempatan untuk kerjasama melalui MSE.

Berkenaan pertanyaan Yang Berhormat Paya Besar mengenai usaha memastikan keupayaan industri start-up– Yang Berhormat Paya Besar tidak ada.

final • 4:50 PM

Seorang Ahli

Di belakang.

final • 4:50 PM

Tuan Chang Lih Kang

Oh, ada. Okey. Mengenai usaha start-up. Melalui agenda SUPER, sehingga kini MOSTI juga sedang giat melahirkan pengekod ataupun coders dengan syarikat start-up yang memerlukan kepakaran berkemahiran tinggi selari dengan hasrat mewujudkan sebanyak 10,000 orang pengekod menjelang tahun 2030.

Selain itu, satu portal sehenti iaitu pangkalan data bagi menghubungkan pemain ekosistem start-up Malaysia dan antarabangsa telah beroperasi melalui laman sesawang mystartup.gov.my. Portal ini menyokong interaksi dan komunikasi daripada aspek pembiayaan, pembangunan kapasiti serta hubungan antarabangsa bagi mendapatkan pembiayaan lanjut bagi pengkomersialan produk start-up tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya terus masuk ke isu ketiga, peranan MOSTI dalam teknologi pertanian untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Rasah. Untuk makluman Yang Berhormat, MOSTI telah menubuhkan satu pusat kolaborasi teknologi

(PKT) dalam membantu penyelesaian isu semasa negara. Sebagai contoh, isu bekalan makanan dengan mengetengahkan penyelesaian berlandaskan teknologi.

Pelbagai usaha telah dan sedang giat dilaksanakan merangkumi perbincangan bersama pihak berkepentingan, aktiviti lawatan kerja dan lain-lain sebagai usaha MOSTI untuk mencari solusi dalam menangani isu sekuriti makanan ini. MOSTI, melalui inisiatif National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) telah mengkaji pelbagai kaedah penggunaan teknologi dalam pertanian seperti dron dan robotik untuk proses penyemburan baja, pembenihan pokok, dapat meningkatkan kecekapan sekali gus mempercepatkan masa dan mengurangkan tenaga kerja.

Selain itu, R&D tempatan melalui MOSTI turut dilaksanakan dalam mempertingkatkan hasil pertanian negara melalui:

(i) penghasilan variasi baharu tanaman melalui teknik biak baka mutasi teknologi nuklear, penyelidikan biak baka mutasi tanaman sorgum dan pembangunan formulasi beberapa jenis bio baja seperti bio liquid fert Go Grow, Bio-NPK, Migrofas M99 di bawah Agensi Nuklear Malaysia;

(ii) inisiatif penghasilan baja tempatan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan PETRONAS Chemicals Group bagi mengurangkan kebergantungan baja import; dan

(iii) penyelesaian melalui pendekatan pertanian kepersisan (precision agriculture) iaitu penambahbaikan infrastruktur pertanian negara dengan menggunakan teknologi Internet kebendaan, solar dan analitik data raya oleh NanoMalaysia bersama dengan MAFS.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin sentuh tentang peranan MOSTI dalam pengoperasian Lynas.

final • 4:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, mohon celahan sekejap. Rasah, Rasah.

final • 4:50 PM

Tuan Chang Lih Kang

Sila, sila Yang Berhormat Rasah.

final • 4:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang bagi saya sangat progresif tadi yang mana menunjukkan peranan MOSTI. Cuma saya hendak tanya, tadi Yang Berhormat Menteri kata pelbagai perkara ataupun perancangan daripada MOSTI untuk membantu

final • 4:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

keterjaminan makanan. Apakah ada satu agensi khas ataupun satu jabatan khas di bawah MOSTI sendiri khas untuk fokus kepada keterjaminan makanan dan membantu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam hal ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Tuan Chang Lih Kang

MOSTI ada beberapa agensi yang terlibat dalam teknologi yang membantu pertanian termasuk jabatan nuklear, termasuk National Institute of Biotechnology Malaysia (NIBM) dan termasuk Bioeconomy Corporation. Ya, Yang Berhormat mantan Menteri.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih, terima kasih.

Pendek sahaja Yang Berhormat. Yang Berhormat tadi telah bercerita tentang pelan bioteknologi negara. Saya ingin bertanya, apakah masa depan Bioeconomy Corporation yang dahulunya di bawah MOSTI, Biotechnology Corporation yang sekarang ini telah diletakkan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan? Adakah sesuai agar Bioeconomy Corporation ini diletak balik di MOSTI ataupun diletakkan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan?

final • 4:50 PM

Tuan Chang Lih Kang

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya sebelum ini memang Bioeconomy Corporation di bawah MOSTI, lepas itu ke Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan sekarang balik ke pangkuan MOSTI sudah.

[Ketawa]

final • 4:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Tahniah.

final • 4:50 PM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu Lynas ini.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya bagi dua minit untuk Lynas.

final • 4:50 PM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey.

final • 4:50 PM

Tuan Chang Lih Kang

Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Kerian dan Yang Berhormat Kuala Terengganu yang telah menyentuh tentang isu ini. Saya ingin tegaskan just beberapa perkara. Pertama, kerajaan tidak menutup Lynas. Kerajaan cuma tidak membenarkan permohonan Lynas untuk menggugurkan syarat-syarat yang telah ditetapkan pada tahun 2020 iaitu termasuk menjelang Julai ini, Lynas perlu menutup cracking and leaching plant di Gebeng, Pahang.

final • 4:50 PM

Tuan Chang Lih Kang

Kedua, mungkin ada orang bertanya, adakah keputusan ini akan menjejaskan keyakinan pelabur. Tuan Yang di-Pertua, jawapannya tidak. Kerana apa, kerana untuk pelabur luar negara, pertama mereka perlukan certainty, kepastian. Apa yang kita lakukan pada hari ini adalah kita ‘reaffirm’ apa yang kita sudah tetapkan tahun 2020. Tidak ada langsung syarat baru yang telah dikenakan kepada Lynas dan yang kedua...

final • 5:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Yang Berhormat Menteri, celah sedikit. Ini sangat penting, sangat penting.

final • 5:00 PM

Tuan Chang Lih Kang

Ya.

final • 5:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Adakah kerajaan akan renew license sekiranya Lynas sehingga Julai, mereka tidak membina PDF dan juga move out cracking dan leaching? Adakah kerajaan akan renew license Lynas pada bulan Julai? Sekian.

final • 5:00 PM

Tuan Chang Lih Kang

Okey. Yang Berhormat, saya akan jawab sekejap lagi.

Saya akan habiskan yang ini. Satu kepastian (certainty) dan yang kedua consistency.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan dalam membuat sesuatu keputusan perlu ada konsistensi, perlu make sure ada certainty. Kalau tahun 2020, kita buat suatu keputusan, tahun 2023 kita buat satu lagi keputusan yang tidak sama dengan tahun 2020, maka ia akan dilihat sebagai flip-flop. So flip-flop tidak baik untuk komuniti bisnes.

final • 5:00 PM

Tuan Chang Lih Kang

Jadi itu sebabnya saya rasa tidak ada keputusan. AELB ini tidak akan menjejaskan keyakinan pelabur. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, selepas pengumuman keputusan itu, ramai lagi, ada ramai lagi pelabur luar negara masih hendak melabur di dalam negara ini. Saya rasa itu adalah satu bukti yang kukuh bahawa keyakinan pelabur tidak ada apa-apa kesan tentang— Kerana keputusan ini. Seperti yang saya maklumkan tadi, tidak ada apa-apa elemen of surprise, tidak ada kejutan.

final • 5:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Yang Berhormat Menteri, hendak bela kerajaan ini. Mencelah sedikit. Nanti jawab sekali dengan Yang Berhormat Raub.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dipersilakan gulung.

final • 5:00 PM

Tuan Chang Lih Kang

Okey, silakan silakan.

final • 5:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Sekejap sahaja. Yang Berhormat Menteri, sejak keputusan kerajaan ini dikeluarkan, syarikat Lynas telah membuat beberapa statement. Kenyataan yang mengatakan sekiranya empat syarat yang diletakkan oleh kerajaan ini tidak ditarik balik, ia akan memudaratkan ekonomi negara, keyakinan pelabur - hilang banyak kerja.

So, saya hendak tanya boleh kah hari ini Yang Berhormat Menteri jelaskan kepada rakyat Malaysia, sejak Lynas mula beroperasi pada tahun 2012, sampai ke hari ini, berapa cukai korporat yang dibayar kepada Malaysia? Kalaulah CNL itu dia tidak boleh beroperasi lagi, berapakah pekerjaan yang akan hilang? Setahu saya Lynas hanya bagi kita 1.2 juta sisa buangan radioaktif di Malaysia sahaja.

final • 5:00 PM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Gulung, sila gulung.

final • 5:00 PM

Tuan Chang Lih Kang

Saya sedang gulung.

[Ketawa] Saya rumuskan. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tebrau, sejak pengoperasian Lynas pada tahun 2012, tidak ada satu sen pun cukai korporat telah dibayar kerana kerajaan telah memberikan pengecualian cukai (exemption) kepada Lynas selama 12 tahun. Cracking and leaching hanya merupakan mungkin satu per tiga daripada keseluruhan operasi Lynas.

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya jawab Yang Berhormat Raub dulu. Sebenarnya AELB telah pun meluluskan operating license Lynas untuk melanjutkan selama tiga tahun iaitu dari 3 Mac tahun ini kepada 2 Mac 2026.

Tuan Yang di-Pertua, dengan syarat mereka perlu mengikuti, mematuhi empat syarat yang telah dikenakan pada tahun 2020. Sekiranya syarat tidak dipatuhi, ada beberapa kemungkinan dan kemungkinan untuk lesen direvoke, memang boleh berlaku.

Bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, menurut Akta 304 iaitu Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984, Lynas masih boleh membuat rayuan dalam tempoh 30 hari selepas keputusan ini disampaikan kepada mereka.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian MOSTI telah pun menerima surat rayuan Lynas dan sekarang dalam proses untuk mempertimbangkan rayuan mereka. Itu sahaja yang hendak saya sampaikan. Terima kasih sekali lagi kepada Ahli- ahli Yang Berhormat dalam perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat bagi Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas dan saya sekali lagi ucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh bidang kuasa MOSTI. Sekian, terima kasih.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia.

final • 5:00 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat Petang dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 5:45 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Pertamanya saya mengucapkan Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang memberi peluang kepada saya untuk menjawab bagi pihak Kementerian Sumber Manusia. Saya juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang begitu prihatin dengan hal berkaitan dengan warga pekerja dan perkembangan modal insan yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara.

Izinkan saya mulakan dengan serangkap pantun.

*Kain yang koyak dijahit renda, Kain yang buruk dibuang jangan, Walau banyak rintangan melanda, Malaysia Madani kita jayakan.

[Tepuk]* Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13 Februari yang lalu, telah bertitah menyentuh fungsi dan peranan Kementerian Sumber Manusia. Antaranya pertama, Yang di-Pertuan Agong bertitah menyokong usaha agar pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) terus diperkasakan.

Kedua, tuanku juga bertitah agar penambahbaikan kepada aspek perlindungan keselamatan sosial golongan pekerja. Ketiga, tuanku menyeru agar kerajaan menyediakan Kuarters Pekerja Berpusat ataupun centralized labour quarter (CLQ) turut wajar diberi perhatian.

Keempat, Yang di-Pertuan Agong mendukung langkah dalam meningkatkan tahap kemahiran pekerja merentasi program peningkatan kemahiran semula bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dan separa mahir yang berupaya untuk mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing.

Seramai 24 Ahli Yang Berhormat telah memberikan pandangan, saranan dan teguran yang cukup membina. Sebanyak enam kluster isu yang menyentuh perkara- perkara berkaitan fungsi, peranan dan tanggungjawab kementerian telah dibangkitkan sepanjang perbahasan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, 15 orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Ipoh Barat dan Yang Berhormat Pekan telah membangkitkan isu-isu berkaitan dengan Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional

(TVET) daripada pelbagai aspek.

Untuk makluman Dewan yang mulia, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Disember 2022, telah membuat keputusan agar Kementerian Sumber Manusia menggalas tugas sebagai Sekretariat Majlis TVET Negara. Majlis TVET Negara berperanan sebagai badan tertinggi dalam membuat keputusan berkaitan hala tuju TVET di mana keanggotaannya adalah merentasi semua kementerian penyelia TVET dan pelbagai pemegang taruh yang berkaitan.

Agenda memperkasakan pelaksanaan TVET di Malaysia adalah berpaksikan kepada tiga teras strategi yang digariskan oleh Majlis TVET Negara iaitu melalui:

(i) tadbir urus bersepadu dan terselaras;

(ii) TVET dipacu industri;

final • 5:45 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Tiga bentuk teras strategi ini dijadikan rujukan utama dalam merangka agenda memperkasakan pelaksanaan TVET melalui aspek tadbir urus, kualiti industri, pembiayaan dan penjenamaan.

final • 5:10 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini, langkah penambah baik penyelarasan ekosistem TVET negara dilaksanakan menerusi platform Majlis TVET Negara. Selaras dengan itu, Kementerian Sumber Manusia telah merancang gerak kerja komprehensif dengan sokongan dan kerjasama kukuh semua pemegang taruh TVET di pihak kerajaan dan juga swasta secara berterusan. Kementerian Sumber Manusia selaku Sekretariat Majlis TVET Negara, bersama-sama semua pemegang taruh TVET akan memanfaatkan pelbagai hasil kajian terdahulu yang telah mengenal pasti isu dan cadangan-cadangan penambahbaikan berkaitan TVET sebelum ini.

Transformasi program TVET mendapat perhatian serius kerajaan, di mana Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Februari 2023 telah membangkitkan keperluan penglibatan dan kerjasama pihak industri serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam melaksanakan program-program TVET. Ini bagi mengatasi isu-isu seperti penyediaan infrastruktur dan kemudahan latihan, kesepadanan kemahiran, dan isu pengangguran dalam kalangan graduan TVET.

Tuan Yang di-Pertua, susulan itu, Mesyuarat Majlis TVET Negara, Bil. 1/2023, pada 7 Februari 2023 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah membincangkan langkah-langkah wajar yang boleh diambil oleh kerajaan bagi penambahbaikan terhadap ekosistem TVET negara.

Berkaitan memorandum perjanjian (MOA) bersama pihak industri dan syarikat- syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kerajaan telah menyasarkan sebanyak 30 MOA bagi tahun ini. Walau bagaimanapun, sebagai permulaan, Kementerian Sumber Manusia sedang berusaha untuk memuktamadkan 10 MOA bagi pelaksanaan program TVET berimpak tinggi. Menerusi inisiatif ini, pihak industri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang telah dikenal pasti akan terlibat dalam pelaksanaan program TVET merangkumi:

(i) pembangunan kurikulum dan bahan latihan;

(ii) sumbangan dan perkongsian peralatan serta kemudahan;

(iii) sumbangan khidmat kepakaran; dan

(iv) sumbangan pembiayaan program latihan.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan pelaksanaan program TVET di sekolah-sekolah agama dan pusat tahfiz yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Kuala Kedah, Kementerian Sumber Manusia melalui Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK), telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Tahfiz-TVET. Jawatankuasa ini berperanan mengenal pasti keperluan semasa program TVET di institut tahfiz, melihat keperluan pembangunan program baharu yang bersesuaian serta mengenal pasti inisiatif yang dapat memperluaskan akses pelajar tahfiz bagi mengikuti program TVET.

Penerapan modul berkaitan TVET di sekolah-sekolah agama dilihat sebagai satu tambah nilai yang amat signifikan dalam membantu lepasan sekolah agama untuk merencana dan meluaskan skop kerjaya mereka. Kementerian Sumber Manusia sentiasa terbuka dan bersedia untuk memperkenalkan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia

(SPKM) di sekolah-sekolah agama sekiranya ia menjadi dasar yang diluluskan oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Betong, kerajaan mengambil perhatian yang serius...

final • 5:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Tuan Yang di-Pertua, minta laluan. Kuala Kedah.

final • 5:10 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Ya.

final • 5:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah pun memberikan penerangan berkenaan dengan program TVET di sekolah-sekolah menengah agama. Cuma, saya ingin penjelasan.

Apakah pihak kementerian telah pun mengadakan ataupun mengatur dan menyusun modul-modul untuk diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah agama? Begitu juga di

final • 5:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

pusat-pusat tahfiz supaya mereka ini ada satu- lorong untuk memilih mana-mana kategori kemahiran yang mereka minati. Sekian, terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Memang Kementerian Sumber Manusia bersama dengan kementerian- kementerian lain mempunyai modul-modul tertentu yang sedang dilaksanakan dan banyak juga modul-modul yang dirancang untuk masa hadapan.

Sebagai contoh, institut tahfiz Madrasah Al Aminiah Cawangan Bertam mengadakan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas yang mana seramai 25 orang pelajar mengikut Kursus Teknologi Elektrik bagi tempoh dua tahun. Begitu juga di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN, Perak yang menjalani kursus di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil, seramai 11 orang pelajar mengikuti Kursus Juruteknik Perantisan Aeroangkasa berkonsep Sistem Latihan Dual Nasional dan juga Madrasah Diniah Tok Sara di ILP Jitra, seramai 10 orang pelajar mengikuti Kursus Teknologi Elektrik selama enam bulan. Ini adalah antara modul-modul yang sedia ada dan banyak lagi program yang dalam pelaksanaan. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 5:10 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Betong. Kerajaan mengambil perhatian serius bagi memperluaskan prospek kerjaya bagi pelajar yang mengikuti program TVET termasuk peluang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia melalui Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dan institusi TVET di bawah kementerian lain, telah mula mengambil langkah menerapkan modul keusahawanan kepada pelajar-pelajar TVET ini.

Kementerian Sumber Manusia akan memulakan kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menerapkan elemen keusahawanan dalam kursus-kursus TVET yang akan diselaraskan oleh Sekretariat Majlis TVET Negara.

Pendekatan ini dapat mendorong mereka untuk menjadi pencipta pekerjaan- job creator, berbekalkan kemahiran keusahawanan yang diperoleh.

Selain kemahiran keusahawanan konvensional, mereka turut diberikan pendedahan kepada kemahiran keusahawanan dan perniagaan digital untuk mereka kekal relevan dan kompetitif.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya banyak lagi pertanyaan yang melibatkan isu TVET yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Pertanyaan-pertanyaan tersebut akan saya jawab secara bertulis. Sekarang saya akan berganjak kepada isu yang kedua iaitu Skim Perlindungan dan Keselamatan Sosial. Soalan ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Paya Besar. Yang Berhormat Paya Besar mencadangkan agar penelitian sebaik mungkin dibuat kepada perlindungan sosial di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Kementerian Sumber Manusia menyambut baik cadangan tersebut. Di sini, saya ingin menyeru kepada semua individu yang bekerja sendiri terutamanya yang terlibat dalam p-hailing dan e-hailing, anda adalah digalakkan berdaftar dan mencarum di bawah perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri [Akta 789].

Berdasarkan Statistik PERKESO daripada Januari sehingga Disember 2022, seramai 315,107 orang penghantar p-hailing aktif dan seramai 59,799 orang pekerja e- hailing mempunyai perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

final • 5:10 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Manakala, seramai 462 orang bekerja sendiri (OBS) dan orang tanggungan telah menerima faedah sebanyak RM394,750 bagi 243 kes kemalangan yang melibatkan pekerja penghantar p-hailing dan e-hailing. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan program bagi menggalakkan pekerja sektor informal,

final • 5:20 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

terutamanya pekerja p-hailing dan e-hailing untuk berdaftar dan mencarum di bawah SKSPS.

Antara usaha yang dilaksanakan adalah seperti;

(i) mengadakan sesi libat urus dan menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan seperti Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM);

(ii) mengadakan program pencegahan kemalangan bersama e- hailing dan p-hailing bersama polis, JPJ, MIROS, NIOSH dan syarikat penyedia perkhidmatan menerusi latihan pemanduan berhemah;

(iii) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat atau agensi yang mempunyai potensi besar untuk melindungi orang yang bekerja sendiri;

(iv) mengadakan Program Seranta pemimpin bersama masyarakat, kempen kesedaran, aktiviti skuad prihatin dan Social Synergy PERKESO, hebahan melalui media cetak dan elektronik serta media sosial; dan

(v) melantik ejen korporat PERKESO bagi membantu merangsang dan menggalakkan pekerja sektor informal untuk mencarum dengan SKSPS.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Titiwangsa dan Yang Berhormat Ipoh Timur menyentuh berkaitan isu pengurusan pekerja asing dengan cadangan agar tidak menggunakan ejen bagi penggajian pekerja asing agar kos pengambilan pekerja asing yang tinggi dapat dikurangkan. Kerajaan mengambil maklum akan cadangan ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, berhubung dengan...

final • 5:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat, boleh?

final • 5:20 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Ya, Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 5:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, kita ambil salah satu contoh negara sumber yang dipetik oleh Ipoh Timur sendiri dan mungkin juga dirujuk oleh Yang Berhormat Titiwangsa.

Bangladesh adalah antara negara yang ada MoU dengan Malaysia yang dimeterai pada Jun 2021 kalau tidak silap yang termaktubnya satu perjanjian sekurang- kurangnya MoU lah, di mana dua buah negara punya satu joint working group dengan izin.

Dalam joint working group itu memang ternyata salah satu syarat adalah untuk tidak digunakan ataupun dibenarkan tidak digunakan ejen di kedua-dua belah, di sini atau di sebelah sana. Namun kita faham bahawasanya ejen memang diperlukan oleh peniaga- peniaga di sini untuk kenal pasti dan pastikan mereka yang hendak kerja di sini dari sana datang ke sini.

Namun Bangladesh sebagai satu contoh punya 1,523 kalau tidak silap atau 1,526 ejen atau Bangladeshi Recruitment Agencies yang kalau tidak silap pada ketika ini hanya 100 sahaja yang boleh diupah dan digunakan oleh peniaga-peniaga Malaysia. Adakah pihak kerajaan merancang punya rencana untuk membuka supaya kesemua 1,500 lebih boleh digunakan dan bukan sahaja yang terpilih- tidak usah kita sebut pasal kenapa dia dipilih. Adakah 100, 500 lebih itu semua boleh digunakan oleh majikan-majikan Malaysia.

final • 5:20 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Memang perkara ini dalam perhatian Kementerian Sumber Manusia. Kita juga tahu bahawa bukan sahaja Bangladesh, malah ada juga negara-negara yang lain di mana yuran pengambilan pekerja asing adalah terlalu tinggi. Kerajaan telah mengambil banyak langkah untuk cuba mengurangkan kos pengambilan pekerja asing.

final • 5:20 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur tadi, memang untuk Bangladesh kita faham pada masa ini kita mempunyai 100 buah agensi pekerja yang terlibat dan kerajaan sedang meneliti tentang perkara ini dan tindakan-tindakan seterusnya akan diambil pada masa hadapan setelah satu penelitian dibuat berkaitan dengan isu bagaimana kita hendak cuba mengurangkan kos yang terlibat. Ini adalah satu perkara yang penting.

Begitu juga dengan Indonesia, baru dua hari yang lepas saya telah melawat ke Indonesia telah mengadakan dialog dengan Menteri Ketenagakerjaan di Indonesia...

final • 5:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Menteri, Puncak Borneo minta sedikit penjelasan.

final • 5:20 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Satu daripada fokus yang diberikan dalam perbualan itu ialah bagaimana kita hendak mengurangkan kos untuk membawa masuk pekerja domestik.

Pada ketika ini kita dapati bahawa kos siling yang ditetapkan adalah sebanyak RM15,000 di mana jumlah ini adalah terlalu tinggi dan kami sedang berusaha untuk mengurangkan capping tersebut. Semalam dan hari ini, jawatankuasa working group pegawai-pegawai tertinggi di antara Malaysia dengan Indonesia sedang berbincang untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan kos tersebut. Saya juga masih menunggu untuk mendapatkan jawapan daripada mereka. Jadi memang perkara ini dalam perhatian Kementerian Sumber Manusia.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia berhubung dengan isu yang disentuh ejen berlesen dalam kategori ‘C’ di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 Akta 246 boleh merekrut pencari kerja tempatan dan pekerja bukan warganegara termasuk pekhidmat domestik asing untuk bekerja di Malaysia. Agensi ini boleh menjalankan fungsi sebagai pengantara antara majikan dan pencari kerja. Akta 246 ini merupakan undang-undang yang mengawal agensi pekerjaan swasta di Malaysia dan dikuatkuasakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Bagi menambah baik proses ini, Kementerian Sumber Manusia sedang dalam proses rundingan dengan negara-negara sumber untuk melihat peranan agensi pekerjaan swasta (APS) serta langkah yang perlu diambil untuk mengawal kos pengambilan pekerja asing. Peranan APS iaitu agensi pekerjaan swasta juga telah dinyatakan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang dimuktamadkan dengan negara-negara sumber. APS yang melakukan kesalahan berdasarkan aduan boleh dikenakan tindakan gantung atau batal lesen mereka.

Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa mengenai permohonan penggajian pekerja asing dalam tempoh tiga hari untuk kluster sektor 3D. Menyedari keperluan tenaga kerja asing dalam keadaan yang amat terdesak, kerajaan amat prihatin untuk menyelesaikan masalah ini dengan serta-merta.

Oleh hal yang demikian, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelan kelonggaran penggajian pekerja asing bagi mempercepatkan proses kelulusan permohonan kuota pekerja asing bermula pada 17 Januari 2023 sehingga 31 Mac 2023 bagi sektor-sektor kritikal seperti pembuatan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan terutamanya bagi sektor subsektor restoran sahaja.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Namun begitu, aspek-aspek seperti pematuhan terdapat standard perburuhan dan kewajipan untuk mendapatkan kelulusan penggajian pekerja asing daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia selaras dengan seksyen 60K Akta Kerja 1955 tidak boleh diabaikan.

final • 5:20 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing yang diperkenalkan adalah bagi memenuhi keperluan industri untuk mengisi kekosongan dalam pekerjaan-pekerjaan

final • 5:30 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

asas, berkemahiran rendah yang bersifat 3D terdapat dalam lima sektor kritikal yang terlibat. Kategori pekerjaan ini kurang menarik minat pencari pekerja tempatan dan banyak diisi oleh pekerja-pekerja asing. Inisiatif-inisiatif yang telah diambil oleh Kementerian Sumber Manusia bagi menangani isu keperluan guna tenaga asing di sektor kritikal ini adalah selaras dengan Mesyuarat Khas Pengurusan Pekerja Asing yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri pada 10 Januari 2023.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Barat dan Yang Berhormat Alor Setar menyentuh berkaitan isu pelaksanaan gaji minimum. Untuk makluman Dewan yang mulia, Perintah Gaji Minimum 2022 (PGM 2022) telah berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022 dengan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan untuk semua sektor tanpa mengira wilayah.

Majikan yang terlibat adalah majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih tanpa mengira bilangan pekerja bagi majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia

(Malaysia Standard Classification of Occupations 2020).

Atas dasar keprihatinan kepada majikan yang kurang berkemampuan dan tidak dapat meneruskan operasi kerana perlu menanggung kos bahan dan operasi yang mahal, kerajaan telah melanjutkan tempoh iaitu mulai dari 1 Mei 2022 sehingga ke 30 Jun 2023 di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, Dasar Gaji Minimum Kebangsaan digubal untuk menetapkan gaji lantai (floor wages) bagi pekerja kategori terendah dalam pasaran buruh.

Intervensi terhadap pasaran buruh dengan pelaksanaan Dasar Gaji Minimum adalah bertujuan untuk meningkatkan pendapatan dan kuasa beli rakyat supaya dapat memenuhi keperluan asas diri dan keluarga mereka.

final • 5:30 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Yang Berhormat Menteri, sedikit. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut majikan yang tidak dapat menggaji pekerja diberi tempoh 1 Mei 2022 sehingga 30 Jun 2023. Tempoh itu tempoh apa Yang Berhormat Menteri? Saya kurang jelas. Boleh Yang Berhormat Menteri ulang dan perjelaskan balik? Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Buat masa ini, memang kita ada gaji minimum yang telah ditetapkan iaitu sebanyak RM1,500 tetapi ada juga kategori majikan yang tidak diwajibkan untuk memberi gaji minimum RM1,500 iaitu sehingga 30 Jun 2023 di mana jika mereka mempunyai bilangan pekerja kurang daripada lima orang pekerja dan juga bergantung kepada wilayah di kawasan-kawasan luar bandar dan sebagainya.

Mereka tidak diwajibkan untuk diberi gaji RM1,500. Mereka masih boleh membayar gaji minimum RM1,200.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Menteri, Puncak Borneo minta sedikit sahaja tadi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya tadi nak mengimbau kembali mengenai isu pekerja asing tadi sebab saya merasakan ada perlunya kerajaan reorganise cara kemasukan pekerja asing ini. Ini disebabkan kalau pekerja asing ini nak masuk ke Malaysia, mereka kena melalui dua ataupun empat kementerian. Sebagai contoh, melalui pengalaman saya di Kementerian Perladangan dan Komoditi, untuk membawa 32,000 orang pekerja asing untuk sektor perladangan, kita perlu berunding dengan Kementerian Sumber Manusia, KDN, Kementerian Kesihatan. Kalau kita dah dapat kuota daripada Kementerian Sumber Manusia, kita perlu minta permit daripada KDN. Selepas itu, MOH kena beri clearance sama ada sudah beri vaksinasi ataupun belum, baru boleh sampai.

Jadi kalau boleh, since kita dah ada jawatankuasa, mungkin kerajaan juga boleh memperhalus perkara ini kerana kadang-kadang ia memakan masa terlalu lama.

Bayangkan dalam sektor komoditi, kita dok berbincang, kerajaan dah bertukar tiga kali, belum juga selesai. Jadi saya harap, melalui pengalaman saya, perkara ini boleh diperhalusi. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Yang Berhormat Puncak Borneo, memang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah satu perkara yang telah mendapat pertimbangan kerajaan. Hari ini, kelulusan diberikan dalam tempoh tiga hari memandangkan sebelum ini ia memakan masa yang panjang kerana proses yang perlu dilalui adalah yang agak rumit.

Maka, untuk mempercepatkan kita memperoleh pekerja asing, memang kerajaan tahu dan prihatin tentang masalah yang dihadapi oleh semua sektor kritikal ini, maka kita telah melonggarkan syarat-syarat di mana kita tidak ada pengiklanan lagi, kita juga tidak ada proses yang melibatkan temu duga bersama dengan agensi kawal selia dan kelulusan diberikan dalam tempoh tiga hari. Pengeluaran kuota juga akan dilakukan dalam tempoh tersebut.

Akan tetapi masalah sekarang yang saya lihat ialah bukan daripada segi mendapatkan kelulusan, tetapi berapa cepat kita boleh dapat pekerja asing dari negara- negara sumber untuk mereka dapat dibawa masuk ke negara kita. Jadi...

final • 5:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tangga Batu sikit. Tangga Batu.

final • 5:30 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Boleh?

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri perlu masa?

final • 5:30 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Saya nak rumuskan sekarang.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Nak rumuskan?

Baiklah.

final • 5:30 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Saya nak rumuskan tetapi kalau nak beri peluang...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik Yang Berhormat Menteri. Saya beri lima minit, sila gulung dan di mana jawapan yang perlu, secara bertulis ya.

final • 5:30 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Ya, terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik, saya setuju kerajaan mempermudah tiga hari dan sebagainya. Akan tetapi saya lihat sebenarnya masalahnya bukan di Malaysia. Masalah adalah negara yang memberikan tenaga pekerja. Contoh macam Indonesia, mereka punya sistem sendiri sebenarnya, sistem yang berpusat dan mereka tidak mengakui sistem kita dan mereka minta menggunakan sistem mereka. Ini saya rasa akan menyulitkan.

Kemudian yang kedua, kalau kita lihat di sektor perladangan sawit, kebanyakan syarikat besar dan sebagainya, mereka lebih suka untuk memperkerjakan pekerja dari Indonesia sebab mereka ini lebih produktif. Cuma masalahnya kalau kita lihat di Indonesia ini, kenaikan gajinya setiap tahun ya. Dia ada UMP, UMS dan sebagainya, upah minimum provinsi dan sebagainya. Saya ingat kalau kita lihat di sektor perladangan kita di Malaysia, kita diikat kadang-kadang gaji itu dengan NUPW and MAPA agreement yang mana kenaikan gaji itu, dibuat secara kalau tak salah saya setiap dua tahun atau tiga tahun macam itu.

Jadi, sebab itu saya bercakap soal pentingnya kita MARCOP ini tadi kita research untuk mechanisation needs ini dipertingkatkan supaya saya akan rasa bahawa sampai satu tahap nanti, bahawa upah minimum di Indonesia akan lebih daripada upah minimum di Malaysia, menyebabkan tenaga-tenaga yang menjadi kegemaran sektor perladangan ini dari Indonesia sukar untuk datang ke Malaysia. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Terima kasih Yang Berhormat.

Kementerian Sumber Manusia akan mengambil maklum tentang cadangan ataupun saranan yang dibuat oleh Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menutup sesi penggulungan ini juga dengan serangkap pantun:

final • 5:30 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Melawan musuh hati berkobar, Pertahankan negara ke akhir hayat, Jalur Gemilang megah berkibar, Malaysia Madani menyatukan rakyat. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu berkenaan Kementerian Sumber Manusia semasa perbahasan titah diraja. Kementerian ini amat menghargai segala cadangan dan teguran yang telah dikemukakan dan kementerian akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

final • 5:30 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Bagi soalan-soalan yang tidak dapat dijawab secara lisan, kementerian akan mengemukakan secara bertulis. Sekian, terima kasih.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia. Berikutan itu, majlis mempersilakan Menteri Kementerian Kesihatan, 50 minit.

final • 5:40 PM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada 42 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan telah menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdapat sebanyak 59 soalan dan cadangan yang telah dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan selama lima hari.

Saya akan memberi keutamaan dan memfokuskan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan isu-isu dasar dan melibatkan kepentingan umum dalam penggulungan ini. Manakala isu-isu yang bersifat spesifik dan menjurus kepada lokaliti yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan saya berikan maklum balas secara bertulis dalam tempoh masa yang ditetapkan. Berdasarkan kepada tempoh masa yang telah diberikan bagi sesi penggulungan ini, saya akan memberi tumpuan kepada perkara- perkara utama yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkaitan.

(i) menangani kesesakan Jabatan Kecemasan dan Trauma;

(ii) membela kebajikan doktor-doktor kontrak;

(iii) meningkatkan peruntukan kewangan bagi sektor kesihatan;

(iv) pembangunan menaik taraf fasiliti kesihatan; dan

(v) isu-isu yang berkaitan dengan kesihatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya menghargai keprihatinan Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Dungun dan juga Yang Berhormat Batu berhubung dengan masalah kesesakan di hospital dan klinik-klinik kesihatan. Seperti yang telah saya maklumkan semasa sesi soal jawab lisan pada 15 Februari yang lalu, masalah kesesakan ini adalah merupakan satu perkara yang tetap, bukan yang baharu tetapi isu yang diwarisi sejak sekian lama.

KKM mengambil perhatian yang serius berhubung isu kesesakan di hospital dan klinik kesihatan dan KKM memahami kesusahan yang dialami oleh pesakit dan petugas kesihatan yang bekerja keras untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dalam keadaan tersebut. Menurut data yang diperoleh dari Pusat Informatik Kesihatan (PIK) Bahagian Perancangan KKM, KKM melihat satu trend peningkatan kehadiran pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma dan ini berpunca daripada pelbagai faktor.

final • 5:40 PM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

Salah satu faktor adalah kesan daripada pandemik COVID-19 di mana kes-kes seperti penyakit tidak berjangkit (NCD) dan komplikasinya semakin hari semakin meningkat. Sehubungan dengan itu, semenjak mengambil tugas, saya pelbagai inisiatif telah dan sedang diambil oleh kementerian dalam usaha mengurangkan kesesakan di hospital dan masa menunggu di kalangan pesakit dan mendapat rawatan di Jabatan Kecemasan.

Bagi menangani masalah ini saya sendiri telah turun ke lapangan di beberapa hospital, termasuklah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, di Hospital Segamat, Hospital Putrajaya, Hospital Selayang, Hospital Sultan Ismail, Johor baru-baru ini ya untuk melihat sendiri dan mendengar dan mencari jalan penyelesaian bersama bagaimana KKM dapat menyokong inisiatif yang dilaksanakan di hospital-hospital.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat tujuh inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan iaitu kita telah mengadakan pengauditan dalaman dan meneliti semula keberkesanan inisiatif yang sedia ada dalam KKM bagi mencari penyelesaian yang terbaik melalui lawatan-lawatan yang sedang dilakukan, itu adalah juga salah satu cara. Melaksanakan inisiatif Lean Healthcare di mana inisiatif ini dapat mengurangkan aktiviti yang tiada nilai tambah serta meningkatkan kecekapan dan mengurangkan waktu menunggu untuk berjumpa doktor bermulalah daripada kaunter pendaftaran sehingga pesakit mengambil ubat di farmasi.

Kita juga ada melaksanakan short stay unit (SSU) yang mana inisiatif ini dilaksanakan dengan memfokuskan kepada pesakit yang stabil dan memerlukan rawatan kurang daripada 72 jam. Inisiatif ini dapat mengurangkan waktu menunggu bagi mendapatkan katil bagi pesakit kes-kes ringan yang memerlukan pemantauan jangka pendek di hospital. Seterusnya melaksanakan bed management unit (BMU) secara digital yang mana unit ini mengawal pengurusan katil dan aliran pesakit secara berpusat sama ada pesakit kecemasan ataupun pesakit elektif daripada proses kemasukan, discharge, transfer, intra dan interfacility.

Pengurusan katil yang cekap dan efektif ini dapat mengurangkan juga masa menunggu pesakit di Jabatan Kecemasan untuk mendapatkan katil. Seterusnya melaksanakan penyumberluaran prosedur-prosedur perubatan dan bukan perubatan ke hospital-hospital swasta. Kita juga merawat kes-kes bukan kecemasan di klinik kesihatan termasuk pelaksanaan extended hour bagi pengoperasian klinik-klinik kesihatan di KKM.

Memperkasakan komuniti dan meningkatkan kesedaran awam adalah berkenaan fungsi Jabatan Kecemasan dan Trauma di seluruh negara juga dilakukan memandangkan 70 peratus daripada kehadiran pesakit kalau kita lihat pada audit tahun 2019 adalah kepada zon-zon hijau iaitu zon yang bukan kecemasan. Untuk makluman Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Kuala Langat dan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu salah satu daripada inisiatif yang telah saya katakan tadi pesakit bukan dalam kategori kritikal dan boleh mendapatkan perkhidmatan di klinik kesihatan yang berdekatan sekali gus dapat mengurangkan kesesakan juga di hospital. Pada masa yang sama, KKM juga melanjutkan...

final • 5:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Mohon mencelah Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Ya.

final • 5:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Cuma saya hendak minta pencerahan sedikit tentang masa menunggu untuk warga tua adakah diberi sedikit kelonggaran? Terima kasih.

final • 5:40 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Boleh Yang Berhormat Menteri, berkaitan juga. Terima kasih. Saya melihat tujuh inisiatif itu adalah satu inisiatif yang sangat baik. Cuma saya melihat antara perkara yang perlu diambil perhatian secara serius adalah kesesakan di unit kecemasan yang mana kita sedia maklum seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi sebahagian besarnya adalah berkaitan dengan pesakit yang memerlukan rawatan yang bukan kecemasan.

final • 5:40 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Saya melihat bahawa meningkatkan kesedaran awam itu adalah satu perkara yang - sangat penting supaya ini akan menjadi response bagaimana mungkin kita dapat mengurangkan kes-kes yang tidak bersifat kecemasan itu dapat diturunkan. Soalan saya adalah sejauh mana ini dapat dilakukan setakat ini dan ia memberikan kesan yang sangat baik kepada kesesakan yang berlaku di unit kecemasan, terima kasih.

final • 5:40 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Wangsa Maju, berkaitan. Saya ingin bertanya sama ada inisiatif-inisiatif itu dilaksanakan di semua hospital kerana tiga setengah minggu yang lepas seorang yang telah pergi ke Hospital Serdang, sampai di hospital sebelum pukul 8, tetapi dapat jumpa doktor pukul 7 malam. Jadi perkara ini sering kita dengar tetapi yang ini saya tahu for a fact it’s happened. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

final • 5:40 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Sebenarnya pada persoalan-persoalan tersebut saya akan menjawab dalam penggulungan ini. Jadi saya teruskan dahulu. Pada masa yang sama KKM juga melanjutkan waktu operasi selepas waktu pejabat di 51 buah klinik kesihatan antara 5 petang hingga 9.30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan dari jam 8 pagi hingga jam 12 tengah hari pada hari Sabtu.

Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Paya Besar mengenai keberkesanan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan, satu kajian awal telah dilaksanakan antara bulan Julai hingga Oktober 2022 oleh Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan kajian ini sebenarnya bertujuan bagi melihat perbandingan beban kerja antara perkhidmatan extended hours di Klinik Kesihatan Presint 9 dengan Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya sebab ia berkaitan iaitu antara jam 5 petang hingga 10 malam pada hari bekerja biasa, hari minggu dan cuti umum.

Berdasarkan kepada pemerhatian dalam tempoh tersebut, terdapat penurunan kedatangan di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya sebanyak 13 peratus iaitu daripada 1,038 kepada 900 kes dan pada bulan Julai apabila perkhidmatan extended hours mula dilaksanakan di Klinik Kesihatan Presint 9. Manakala bagi klinik kesihatan tersebut kedatangan adalah 2,765 pada bulan Julai dan seterusnya menurun kepada 1,700 sebulan antara Ogos hingga Oktober. So, ini adalah satu penurunan yang agak besar.

Bagi mendapatkan penerangan yang menyeluruh kementerian akan melaksanakan kajian terperinci dan menyeluruh bagi menilai keseluruhan keberkesanan atau outcome yang diharapkan. Selain daripada menghadiri janji temu secara fizikal, KKM juga menawarkan perkhidmatan konsultasi secara maya iaitu visual klinik di 376 buah klinik kesihatan di seluruh negara, perkhidmatan konsultasi secara maya ini adalah sebagai pelengkap kepada perkhidmatan klinik yang sedia ada bagi memudahkan pelanggan menerima perkhidmatan kesihatan.

final • 5:40 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Perkhidmatan ini boleh menjimatkan masa dan kos pengangkutan serta mengurangkan sesi lawatan ke klinik dan pelanggan tidak perlu menunggu lama di klinik kesihatan. Skop perkhidmatan ditawarkan meliputi rawatan susulan pesakit luar, perkhidmatan ibu dan anak, perkhidmatan dietetik, perkhidmatan farmasi, perkhidmatan terapi, cara kerja dan juga fisioterapi.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sepertimana yang titah Yang di-Pertuan Agong tempoh hari, negara kita sedang menuju ke arah masyarakat menua dengan risiko penyakit tidak berjangkit.

final • 5:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Dalam hal ini..

final • 5:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Yang Berhormat Menteri, Ledang.

final • 5:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Sebentar. Sebentar ya, sekejap lagi. Dalam hal ini faktor risiko perlu ditangani dan inisiatif bersifat membendung perlu dititikberatkan. Seperti juga disarankan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching dan Yang Berhormat Dungun, saya menggesa supaya rakyat memainkan peranan dengan mengamalkan cara hidup yang lebih sihat, memupuk tingkah laku, mementingkan kesihatan dan keselamatan diri

final • 5:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

serta meningkatkan kesihatan agar dapat mengurangkan risiko penyakit berjangkit mahupun tidak berjangkit. Ya.

final • 5:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Ledang. Boleh, ya terima kasih.

final • 5:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Selepas Yang Berhormat Ledang, Paya Besar sedikit, Yang Berhormat Menteri.

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Saya selepas Yang Berhormat Paya Besarlah.

final • 5:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Saya terlebih dahulu hendak mengucapkan tahniah sebenarnya kepada Yang Berhormat Menteri kerana usaha yang bersungguh-sungguh untuk menangani isu kesesakan di hospital. Saya ambil contoh yang berlaku di Hospital Muar baru-baru ini kerana ada pesakit yang dari kawasan saya berdekatan bersebelahan yang telah menyebutkan bahawa walaupun perkara itu baru dibangkitkan tetapi kesannya sudah dirasai di Hospital Muar yang dahulunya memang sesak dan ada masalah penggiliran.

Akan tetapi sudah ada nombor giliran dan mereka lebih berpuas hati walaupun mungkin tempoh masa itu boleh dipendekkan lagi tempoh menunggu tetapi mereka telah berpuas hati. Jadi saya ucapkan tahniah. Saya hendak tanya lanjutan ini ialah berkenaan dengan kaedah cara lagi yang di mana kita boleh mengurangkan kesesakan di hospital.

Kita ada bincang tentang perkara ini khususnya berkenaan dengan kluster.

Apabila kita klusterkan hospital-hospital ini maknanya kita boleh fokus dan mengurangkan kesesakan di hospital yang memang mempunyai banyak dipanggil bidang- bidang yang terpaksa diuruskan surgeri, ortopedik dan sebagainya tetapi sekiranya boleh, hospital yang tertentu bukan hospital pakar mungkin hospital daerah boleh juga memberikan pengkhususan kepada yang tertentu. Maka kes-kes di hospital pakar tersebut boleh dipindahkan kepada hospital daerah.

Contohnya, kalau Hospital Muar maka dia ada pengurusannya dia boleh pindahkan kes-kes rehabilitasi, fisioterapi kepada Hospital Tangkak ataupun kes-kes ortopedik kepada Hospital Tangkak. Jadi, apakah ini ada dalam pertimbangan pihak kementerian juga untuk diambil kira untuk kita juga mengurangkan kesesakan. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh sedikit Yang Berhormat Menteri, perkara yang sama. Boleh?

final • 5:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Ya.

final • 5:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat Menteri tadi berkaitan extended hours yang saya bangkitkan dalam ucapan saya Menjunjung Kasih tempoh hari. Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah kajian keberkesanan Yang Berhormat Menteri akan lakukan ini juga melibatkan bagaimana kebajikan petugas.

Oleh sebab difahamkan ada petugas yang kompelin mereka bertugas mengikut apa yang diarahkan tetapi mereka tidak boleh membuat tuntutan. Perkara ini jika berlaku saya sudah pasti ia tidak memberi keadaan menang-menang antara petugas dan pesakit.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 5:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Ya, saya menjawab sekali harunglah ya soalan-soalan yang telah diberikan. Bagi soalan yang pertama tadi tentang masa menunggu yang sebenarnya di antara fasiliti kita antara empat hingga enam jam masa menunggu. Dengan inisiatif-inisiatif yang kita laksanakan ini kita harap kita akan dapat mengurangkan lagi masa menunggu.

Saya bagi Yang Berhormat yang bertanya tentang bagaimana cara untuk kita meningkatkan kesedaran rakyat terhadap perkara ini. Kementerian sebenarnya melalui Unit Komunikasi Korporat, kita memang menjalankan kempen-kempen berkenaan dengan kesedaran supaya rakyat tidak pergi ke Jabatan Kecemasan tetapi mengambil sikap untuk merawat penyakit-penyakit mereka di peripheral clinic. Kita juga akan bekerjasama

final • 5:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

dengan beberapa media yang lain juga supaya mereka juga memainkan peranan yang sama untuk memastikan rakyat memahami tentang hal ini.

Tentang kluster sebenarnya memang inisiatif itu kita ada lakukan. Kluster ini dia ada pelbagai cara iaitu di mana hospital-hospital yang memberikan perkhidmatan kepakaran-kepakaran tertentu kita gabungkan juga dengan hospital-hospital berdekatan yang boleh memberikan kepakaran yang tersendiri. Jadi, kita bahagi-bahagikan maknanya klinik-klinik yang berdekatan boleh menghantar pesakit ataupun pesakit sendiri boleh hadir ke klinik-klinik yang berkenaan yang diwartakan sebagai contohnya untuk merawat pesakit-pesakit yang memerlukan surgeri ataupun perkhidmatan pembedahan contohnya, di mana mereka boleh pergi.

So, itu kita sudah laksanakan. Akan tetapi mungkin juga satu lagi kluster yang kita akan fikirkan ialah kluster bersamaan juga dengan klinik-klinik pakar swasta. Oleh sebab klinik-klinik pakar swasta juga mereka mempunyai contohnya peralatan-peralatan yang mungkin jauh lebih baik daripada apa yang kita ada di fasiliti kesihatan awam. Jadi kita juga boleh mengklusterkan hospital-hospital ini yang berdekatanlah dengan hospital- hospital yang lain. Ini adalah inisiatif yang kita akan explore atau kita akan tengok untuk memperbaiki usaha-usaha kita untuk mengurangkan masa menunggu di hospital.

final • 5:50 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Minta penjelasan.

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Menteri, Ipoh Timur boleh?

final • 5:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Berkenaan kesesakan kah?

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Ya. Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan kesesakan walaupun ia locational tetapi ia memang merupakan salah satu contoh yang boleh kita cuba hendak tarik strategi barulah. Ambil contoh di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh GH di mana kesesakan di Emergency Department (ED) memang diketahui umum dan amat menyerlah.

Maka ada cadangan untuk digunakan perkhidmatan sama ada dalam public- private partnership atau outright acquisition mana-mana hospital yang berdekatan dan memang ada satu yang sangat berdekatan iaitu Hospital Ar-Ridzuan yang baru tukar tangan ataupun menggunakan bangunan persekutuan yang memang bersebelahan dengan HRPB sekarang yang memang tidak diguna, diretrofit ke macam mana. Adakah strategi itu boleh pakai satu dan kedua boleh dipertimbangkan dan ketiga akan dipertimbangkan bagi melegakan sedikit kesesakan di ED di HRPB.

final • 5:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Itu adalah satu cadangan yang baik tetapi kita perlu melaksanakan juga tinjauan terhadap cadangan itu dan kalau ada kesesuaian, saya rasa tidak ada masalah untuk kita klusterkan hospital- hospital yang telah disebutkan tadi. Terima kasih, Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:50 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Yang Berhormat Menteri, tambah sedikit mencelah.

final • 5:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Banyak ini.

[Ketawa]

final • 5:50 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Berkenaan dengan Jabatan Kecemasan. Tadi saya sangat tertarik dengan angka yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan di mana masa menunggu di Jabatan Kecemasan secara purata adalah empat ke enam jam.

Untuk saya bagaimana Yang Berhormat Menteri dapat angka ini dan adakah Yang Berhormat Menteri ada angka-angka untuk individu hospital, hospital yang masing-masing supaya kita tahu di mana hospital di mana yang kita ada problem dengan Jabatan Kecemasan..

final • 5:50 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Saya sambung sedikit Yang Berhormat Menteri..

final • 5:50 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Oleh sebab ia tidak reflect the reality on the ground.

final • 5:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Itu Yang Berhormat. Yang itu memang kita lakukan audit dalaman dan betul di antara hospital-hospital adalah berbeza-beza dan saya akan minta pegawai-pegawai untuk melakukan tinjauan dengan lebih terperinci dan kita akan bagi jawapan secara bertulis.

final • 5:50 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Yang Berhormat Menteri, Tanjong Karang boleh? Tanjong Karang sedikit.

final • 5:50 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Adakah kementerian..

final • 5:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Maaf saya banyak lagi saya sambung sedikit lagi.

final • 5:50 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Itu kecemasan. So, I want to say this kalau kita cakap panjang tentang langkah-langkah tetapi kita tidak tunjukkan keputusan ataupun deliver. So, boleh saya cadangkan kalau KKM boleh paparkan masa purata menunggu di setiap hospital kerajaan setiap minggu supaya kita tahu dan kita boleh dapat tahu siapa, hospital apa performance-based.

final • 5:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Yang Berhormat, masa menunggu itu sebenarnya berbeza-beza mengikut keadaan.

final • 5:50 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Ya. So, saya cadangkan supaya semua kita paparkan dalam website supaya semua rakyat boleh tengok apakah- we must be performance-based supaya kita tahu yang mana improved.

final • 5:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Kita boleh bincang yang tersebut, Yang Berhormat.

Untuk makluman, saya sambung sedikit lagi. Okey. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bandar Kuching dan Yang Berhormat Dungun, KKM melaksanakan pelbagai program pencegahan promosi daya hidup sihat secara berterusan melalui aktiviti jangkauan, outreach pada komuniti sasaran seperti yang pertama, program pengurusan berat badan.

Kita juga ada intervensi perkhidmatan berhenti merokok, perkhidmatan kesejahteraan kesihatan melalui 29 Wellness Hub dan perkhidmatan jangkauan kepada komuniti melalui Wellness on Wheel seluruh negara dan program pendidikan dan pencegahan di institusi pendidikan, tempat kerja dan sebagainya.

final • 5:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

KKM juga menggunakan pelbagai strategi dan pendekatan ke arah mentransformasikan rakyat supaya menjadi pengamal hidup sihat dan memperkasa perniagaan kesihatan. Antaranya adalah:

(i) melaksanakan sesi libat urus dengan pemegang taruh melibatkan kementerian, agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ketua-ketua komuniti serta ejen kesihatan komuniti;

(ii) kempen media ANMS menerusi platform elektronik dan cetak, digital serta media luar digunakan bagi meningkatkan literasi kesihatan rakyat berkaitan dengan pembudayaan hidup sihat dan aktif; dan

(iii) pemerkasaan komuniti kepada ejen, kesihatan komuniti

(MyChampion) yang terdiri daripada sukarelawan COMBI, KOSPEN, ikon gigi, duta kenali ubat, wakil kesihatan kampung

(WKK) dan juga panel penasihat.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada isu doktor kontrak yang hangat diperbincangkan sejak akhir-akhir ini...

final • 6:00 PM

Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:00 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

...Sepertimana dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Paya Besar dan juga Yang Berhormat Batu.

final • 6:00 PM

Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:00 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Antara isu yang dibangkitkan ialah berkenaan doktor- doktor kerajaan yang meletakkan jawatan disebabkan kemurungan, tekanan kerja, masa kerja panjang dan pasangan yang tinggal berjauhan. Berkenaan?

final • 6:00 PM

Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Berkaitan dengan peningkatan populasi warga benua, warga tua.

final • 6:00 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Warga tua, saya akan sentuh nanti.

final • 6:00 PM

Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Tadi Yang Berhormat Menteri sudah sentuh tadi.

final • 6:00 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

No, warga tua kemudian. Saya akan sentuh kemudian.

Ini kita sentuh dulu berkenaan dengan doktor kontrak.

Sebelum saya pergi jauh, saya ingin menjawab persoalan Yang Berhormat Paya Besar mengenai bilangan peletakan jawatan doktor kontrak dalam tempoh lima tahun sejak 2017 hingga 2021. Seramai 3,386 daripada 29,548 orang pegawai perubatan lantikan kontrak telah meletakkan jawatan iaitu purata 1.91 peratus setahun. Perincian peletakan jawatan pegawai perubatan lantikan kontrak adalah seperti berikut:

(i) seramai 110 orang iaitu 1.8 peratus daripada 6,120 orang pada tahun 2017;

(ii) seramai 168 orang iaitu 1.52 peratus daripada 11,044 orang pada tahun 2018;

(iii) seramai 475 orang daripada 17,183 orang pada tahun 2019;

(iv) seramai 511 orang pada tahun 2020 daripada 22,296 orang;

(v) seramai 768 orang iaitu 2.92 peratus daripada 26,303 orang pada tahun 2021; dan

(vi) seramai 1,354 orang iaitu 4.58 peratus daripada 29,548 orang pada tahun lepas, 2022.

Antara sebab yang diberikan oleh pegawai perubatan yang secara lantikan kontrak tersebut ialah:

(i) mereka memilih berkhidmat dengan sektor swasta dan badan berkanun yang mungkin menawarkan gaji yang lebih menarik;

(ii) mereka membuka klinik sendiri;

(iii) ada juga yang mahu melanjutkan pelajaran;

(iv) ada yang berhijrah ke luar negara;

(v) ada yang juga meletakkan sebab-sebab peribadi; dan

(vi) ada juga yang meletakkan sebagai masalah kesihatan termasuklah masalah tekanan mental.

Bagi isu tekanan mental seperti saya katakan tadi yang turut dibangkitkan oleh Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Bandar Kuching dan Yang Berhormat Bentong. Dimaklumkan bahawa seramai 76,381 pelbagai petugas kesihatan daripada pelbagai skim perkhidmatan telah menjalani saringan kesihatan mental pada tahun lepas di bawah program KOSPEN WOW. Berdasarkan saringan, kita dapati lebih kurang 3.35 peratus mengalami gejala-gejala. Ada gejala stres, gejala keresahan dan juga ada gejala kemurungan. Maksudnya, mereka datang dengan gejala-gejala tersebut.

KKM mengambil maklum bahawa mana-mana pekerja yang bekerja dalam tempoh masa yang panjang boleh mempengaruhi masalah kesihatan mental mereka.

Masalah kesihatan mental boleh berpunca daripada pelbagai faktor psikologi termasuklah kegagalan dalam mencapai keseimbangan kehidupan dan pekerjaan. Sehubungan itu, KKM telah menubuhkan pasukan petugas khas bagi menambah baik budaya kerja perkhidmatan kesihatan pada bulan Mei 2022. Skop dan terma ini merangkum penelitian terhadap aspek budaya kerja serta pengurusan sumber manusia kesihatan bagi

final • 6:00 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti dan profesional serta meneliti waktu bekerja seseorang petugas kesihatan.

Pelan perancangan turut dirangka di peringkat pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri dan hospital bagi mengatasi masalah beban kerja di luar jangkaan dan mengelakkan bekerja dalam tempoh yang panjang. Sebagai contoh, semasa terjadinya disease outbreak dengan izin, kaedah ini dinamakan mobilisasi di mana petugas kesihatan ditukarkan daripada fasiliti lain bagi membantu fasiliti yang mengalami kekurangan petugas.

KKM sememangnya prihatin, mengambil berat dan empati terhadap pelbagai isu yang melibatkan petugas kesihatan di KKM sebab mereka adalah the frontliner. Dalam masa yang sama, pihak KKM menitikberatkan usaha mewujudkan ekosistem yang kondusif di fasiliti kesihatan KKM.

Bagi menangani isu duka lara doktor ini ataupun doktor kontrak yang bertugas jauh daripada pasangan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puncak Borneo, KKM berusaha meneliti permohonan pertukaran pegawai yang berkenaan. Oleh yang demikian, urusan penempatan dan pertukaran petugas kesihatan dilaksanakan dengan kerap iaitu empat kali, kadang-kadang lebih daripada empat kali setahun.

Dengan kekerapan permohonan yang diberikan, peluang pegawai memperoleh tempat bertugas yang diingini adalah lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pelaksanaan urusan ini perlu mengambil kira keperluan perkhidmatan khususnya di kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Selain menangani isu duka lara pegawai dan pasangan yang berkhidmat, KKM juga memberi perhatian untuk menyelesaikan isu duka lara yang melibatkan pegawai KKM dan pasangannya yang berkhidmat di kementerian lain dengan cara pegawai ditukarkan mengikut pasangannya atau pasangan yang mengikut pegawai itu ditukarkan di daerah yang berdekatan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Paya Besar turut membangkitkan mengenai isu cuti gantian. Berdasarkan Peraturan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang bertugas melebihi waktu bekerja sememangnya boleh diberi cuti gantian.

Penggunaan cuti gantian boleh dirancang awal dan boleh digunakan dalam tempoh enam bulan serta boleh dipertimbangkan mengikut giliran oleh ketua jabatan. Walau bagaimanapun, kelulusan cuti gantian ini perlu mengambil kira keperluan perkhidmatan secara menyeluruh kerana kita tidak mahu berlaku insiden di mana pesakit datang dengan harapan mendapat rawatan, namun pegawai perubatan tidak ada dan tidak mencukupi kerana bercuti.

Selain daripada gaji dan imbuhan tetap, pegawai perubatan turut menerima pelbagai elaun seperti ada bayaran on call, bayaran insentif perkhidmatan kritikal, bayaran insentif pakar, elaun bertugas, elaun petugas perubatan selepas waktu pejabat di klinik kesihatan dan jabatan kecemasan juga serta elaun pembedahan elektif. Penerimaan elaun on call bergantung pada jumlah masa on call yang dilaksanakan oleh pegawai perubatan mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan oleh fasiliti kesihatan masing- masing.

Pegawai yang bertugas di klinik rawatan pesakit selepas waktu pejabat di Jabatan Kecemasan hospital dan klinik kesihatan yang menawarkan perkhidmatan extended hours dibayar dengan kadar RM80 sejam. Bayaran ini adalah kompetitif sepertimana yang ditawarkan oleh sektor swasta.

Tuan Yang di-Pertua, walau apa pun yang telah dilaksanakan oleh KKM, KKM memahami akan perlunya komunikasi berterusan bersama pihak berkepentingan termasuklah Hartal Doktor Kontrak seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Larut dan juga Yang Berhormat Paya Besar.

Semalam saya telah mengadakan pertemuan bersama kira-kira 350 orang pegawai perubatan semasa sesi town hall yang kita anjurkan bersama dengan NGO dan MMA yang bertujuan untuk mendapatkan pandangan, maklum balas dan cadangan daripada anggota perubatan berhubung pelbagai perkara termasuklah isu-isu doktor

final • 6:00 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

kontrak, isu penambahbaikan fasiliti kesihatan awam, kekurangan doktor di Jabatan Kecemasan, penambahbaikan laluan kerjaya pegawai perubatan dan pelbagai isu teknikal yang lain.

Jadi, komunikasi seperti ini insya-Allah kita akan teruskan dari semasa ke semasa demi memperkukuhkan sumber manusia supaya kita sihat dan pelbagai isu juga yang kita bangkitkan.

final • 6:00 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Tahniah Yang Berhormat Menteri, tahniah.

final • 6:00 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Ya, siapa?

final • 6:00 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Saya ucap tahniah, tahniah.

final • 6:00 PM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Tuan Yang di-Pertua, hendak tanya sedikit tentang isu sosial pegawai-pegawai perubatan. Kita ada tanya soalan beberapa hari lepas, cuma ingin minta pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri. Berapa ramai doktor duka lara sebab ramai doktor yang husbandnya bekerja di tempat lain, isteri bekerja di tempat lain dan ini menimbulkan masalah kepada mereka.

Apatah lagi apabila mereka mempunyai anak-anak kecil.

final • 6:00 PM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Jadi, apa langkah drastik yang agak serius, yang diambil oleh pihak hospital ataupun pihak Kementerian Kesihatan? Ini antara faktor yang menyebabkan- pernah kita sebut bahawa doktor pindah ke tempat lain bukan sahaja kerana masalah sosial ini tetapi masalah gaji yang tinggi di tempat lain, termasuklah di Arab Saudi, di luar negara dan sebagainya.

Satu lagi ialah tekanan yang diterima oleh doktor-doktor baru ini oleh senior doctor. Bahkan, ada kes di Penang dahulu, pernah mati dan sebagainya. Jadi, benda ini bukan sahaja memberi kesan kepada doktor itu sendiri, pegawai perubatan itu sendiri tetapi memberikan kesan kepada perkhidmatan yang berkualiti kepada pesakit-pesakit yang akan mendapatkan rawatan daripada mereka. Oleh sebab doktor ini manusia, Yang Berhormat Menteri. Jadi, apa langkah yang lebih teratur, tersusun yang dilakukan oleh pihak kerajaan? Terima kasih banyak.

final • 6:10 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat. Menjawab tentang berapa ramai mereka yang mempunyai masalah duka lara ini, tadi saya telah sebut.

Sebenarnya statistik yang tersebut, nanti saya akan rujuk dan akan memberi jawapan bertulis. Tentang isu sosial itu memang kita akui berlaku di kalangan petugas-petugas kesihatan. Kita sebenarnya membantu kalau mereka memberikan permohonan kepada kita untuk contohnya, bertukar penempatan. Kita akan bagi keutamaan tetapi apa pun, ia tetap seperti yang saya sebut tadi, kita tengok tentang kekosongan perjawatan di setiap tempat.

Yang Berhormat, saya dah dapat jawapan. Pada tahun 2022, kita ada sebanyak 1,014 permohonan duka lara. 1,014 orang tahun lepas, yang telah kita luluskan ialah 673 orang pemohon. Nanti saya akan jawab dalam topik mental illness untuk soalan yang ketiga tadi. Saya teruskan. Untuk makluman Yang Berhormat Paya Besar juga, KKM turut menyediakan pelbagai saluran bagi membolehkan anggota KKM untuk mengemukakan sebarang permasalahan yang dihadapi melalui Program Mentor Mentee.

Sesi kaunseling dan pelaksanaan open door policy oleh pengarah hospital. Sejak 1 Oktober tahun lepas, KKM juga telah menyediakan portal MyHEALTH bagi membolehkan pegawai perubatan membuat aduan mengenai kejadian buli secara terus ke dalam sistem MyHEALTH dan perkara ini akan disiasat oleh jawatankuasa yang ditubuhkan.

Selain itu, KKM juga mengadakan sesi libat urus bersama para penggiat industri, pihak berkepentingan dan persatuan sebagai platform untuk mengemukakan rayuan dan syor penambahbaikan terhadap pelbagai isu yang dibangkitkan. Selain itu, KKM juga akan melaksanakan kolaboratif strategik bersama persatuan perubatan seperti MMA bagi memperincikan dan memperkasakan seluruh aduan yang telah diwujudkan oleh

final • 6:10 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

MyHEALTH yakni KKM dan HelpDoc yang dari MMA lah supaya pengurusan aduan lebih terus dan telus. Ini juga maklum balas yang telah diberikan dalam pertemuan saya bersama doktor semalam di town hall dan kita terus mengambil inisiatif ini untuk menggabungkan ataupun mengadakan hubungan strategik antara KKM dan juga MMA.

final • 6:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Sedikit, Sungai Petani. Sedikit sahaja.

final • 6:10 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

All right.

final • 6:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Okey. Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan Kementerian Pendidikan atas usaha mengadakan sesi town hall yang semalam dilakukan. Baik, isu buli doktor-doktor muda. Saya mendapat juga keluhan daripada kawan-kawan yang mana banyak dah membuat aduan terhadap kejadian yang berlaku. Aduan dibuat pada platform yang betul tetapi aduan itu dibocorkan. Maknanya, semua data itu diberikan kepada doktor-doktor senior.

Jadi, apakah langkah kerajaan bagi memastikan bahawa aduan ini tidak memberikan kesan yang buruk kepada pengadu sehingga menyebabkan pengadu akhirnya tidak mahu untuk membuat aduan tersebut. Pada akhirnya akan menyebabkan terjadinya stres dan sebagainya dan akhirnya akan merugikan sektor kesihatan kita.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Yang Berhormat Sungai Petani, saya maklum tentang kejadian-kejadian seperti itu. Saya telah meminta supaya kita melakukan penelitian yang lebih dan kita juga memintalah, saya sendiri di sini meminta supaya kejadian seperti ini tidak berlaku. Kita merasakan seperti doktor-doktor senior ini perlu merasakan bahawa doktor-doktor junior ini ialah mereka yang perlu dibimbing dan juga as a colleague. Kalau tidak, perkara ini berterusan berlaku. Saya yakin yang benda ini sebenarnya berlaku bukan baru sekarang tetapi mungkin lebih dirasai oleh petugas-petugas kita yang baru ini.

final • 6:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Yang Berhormat Menteri, boleh dapat sikit penjelasan? Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Isu yang saya ingin bawa iaitu boleh tak dapatkan bilangan ataupun fakta yang berkaitan dengan doktor-doktor yang duka lara tadi dan akhirnya dia terpaksa berhenti. Berhenti kerana masalah pasangan yang tak dapat berpindah di tempat yang sama. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat. Apa yang tadi saya sebut ialah mereka yang diluluskan permohonan yang duka lara pada tahun lepaslah yang saya bagi tadi. Akan tetapi yang berhenti, saya mohon untuk menjawab dalam bertulis.

Terima kasih. Berhubung rungutan kriteria pemilihan yang tidak jelas. Ini juga telah dibangkitkan. Isu ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching. Yang Berhormat Bandar Kuching ini memang aktif, banyak soalan dia.

Pertimbangan untuk melantik tetap pegawai perubatan kontrak adalah berdasarkan kekosongan jawatan tetap dan pegawai memenuhi syarat pelantikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) selaku pihak berkuasa yang melantik. Proses penilaian bagi tujuan pelantikan tetap dilaksanakan secara objektif, adil dan telus.

Penilaian dibuat berdasarkan prestasi tahunan dan penilaian semasa temu duga menerusi Tatacara Pengambilan SPA.

Pegawai juga akan dinilai daripada aspek nilai integriti dan keupayaan untuk bekerja secara berpasukan dan profesional untuk dilantik sebagai penjawat awam.

Sekiranya pegawai tidak dilantik tetap, pegawai tersebut masih berpeluang untuk memohon ke jawatan tetap apabila terdapat kekosongan jawatan baharu.

Kita berikan 1,500 jawatan baharu yang akan diperoleh selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 19 Januari 2022 berikutan fasiliti baru yang siap dibina atau dinaik taraf. Untuk makluman juga, semalam ada juga perkara ini dibangkitkan dalam pertemuan town hall kami. Jadi, saya juga akan insya-Allah berbincang dengan SPA untuk melihat cadangan-cadangan kriteria yang dikemukakan oleh beberapa orang doktor kelmarin, khususnya daripada MMA. Tuan Yang di-Pertua, bagi mengoptimumkan sumber, Yang Berhormat Bandar Kuching lagi sekali mencadangkan agar KKM membaiki

final • 6:10 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

fasiliti sedia ada dan meningkatkan jumlah perjawatan daripada membina atau mewujudkan hospital atau klinik yang baru.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KKM sememangnya memberi keutamaan untuk menaikkan taraf fasiliti sedia ada bagi menambah baik perkhidmatan dan menampung peningkatan beban kerja. Cadangan pembinaan fasiliti baru dipertimbang, terutamanya untuk kawasan yang sememangnya tiada infrastruktur kesihatan atau ruang di fasiliti adalah terhad bagi menaiktaraf perkhidmatan di fasiliti tersebut.

Yang Berhormat Kuala Langat telah menyentuh isu peruntukan supaya KKM mendapat peruntukan yang lebih besar bagi menaik taraf fasiliti kesihatan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kuala Langat, KKM merupakan antara kementerian yang menerima peruntukan yang terbesar berbanding kementerian-kementerian lain.

Pada tahun lepas, KKM telah menerima peruntukan sebanyak RM32.41 bilion dengan pecahan peruntukan mengurus sebanyak RM28.03 bilion dan peruntukan pembangunan sebanyak RM4.38 bilion. Walau bagaimanapun, jika diukur peruntukan perbelanjaan sektor kesihatan berbanding KDNK negara, peruntukan yang diterima untuk sektor ini masih lagi rendah berbanding dengan negara-negara ASEAN yang lain.

Sebagai contoh, peruntukan bagi sektor kesihatan di Singapura, negara jiran kita ialah 3.17 peratus dan Thailand, 3.06 peratus berbanding Malaysia yang hanya menerima 2.93 peratus.

final • 6:10 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Minta laluan.

final • 6:10 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Justeru, menjadi hasrat KKM agar peruntukan bagi sektor kesihatan negara ditingkatkan. Ini adalah bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat pada tahap yang optimum. Selain permohonan peruntukan tahunan dan sebagai langkah memperkasa serta mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan di Malaysia, KKM telah mencadangkan beberapa inisiatif. Ya, sila Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 6:10 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Pertamanya tahniah dan alhamdulillah atas usaha-usaha yang dilakukan oleh kementerian untuk meningkatkan perkhidmatan. Cuma saya menyentuh tentang kesesakan tadi banyak disentuh tentang kesesakan di hospital. Ini saya hendak sentuh kesesakan di klinik-klinik. Kalau di kawasan saya itu Klinik Kesihatan Kerdau, tempat menunggu pesakit pun pakai khemah sahaja.

Jadi kalau hujan atau sebagainya, ibu mengandung dan sebagainya itu berdepan dengan masalah. Terima kasih banyak.

final • 6:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja Hulu Selangor. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tidak pasti sama ada sudah sentuh Hulu Selangor atau tidak sebab saya sembahyang tadi.

Cuma saya mohon sangat untuk yang klinik kesihatan itu sebab ia bukan baru diminta.

Sudah lama minta benda itu. Jadi, mohon sangat perhatian sebab terlalu sesak di Klinik Serendah. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih. Saya akan sentuh kedua-duanya dalam jawapan nanti tentang fasiliti kesihatan.

final • 6:20 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Terima kasih.

final • 6:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Saya ulang kembali. Selain permohonan peruntukan tahunan dan sebagai langkah memperkasakan serta mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan di Malaysia, KKM telah mencadangkan beberapa inisiatif iaitu enam inisiatif baharu kepada MOF untuk dipertimbangkan dalam belanjawan akan datang ini yang akan kita dengar esok.

Inisiatif tersebut termasuklah pertama, living with COVID-19. Kerajaan sedar bahawa ancaman pandemik COVID-19 masih lagi wujud. Justeru, di bawah inisiatif ini

final • 6:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

KKM telah memohon kepada MOF untuk mempertimbangkan peruntukan perolehan bagi reagent dan consumables dengan izin, yang akan digunakan di makmal dan di fasiliti kesihatan. Ubat-ubat khas COVID-19, gas perubatan, ubat antiviral, pembekal personal protective equipment (PPE).

Selain itu, inisiatif ini juga dicadangkan akan merangkumi penyumberluaran perkhidmatan rawatan pesakit ke fasiliti atau hospital swasta. Selain mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan, penyumberluaran ini akan secara tidak langsung dapat mengurangkan menunggu rawatan di fasiliti kesihatan. KKM sedar bahawa penambahbaikan...

final • 6:20 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Minta penjelasan. Penjelasan sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar dengan teliti tentang rancangan living dengan COVID-19. Satu isu yang sangat penting yang kita tidak sempat bangkitkan dalam perbahasan adalah tentang isu long COVID-19 dan kesan-kesannya terhadap negara kita dan juga kalau kita lihat sekarang, kita semakin membuka sempadan kita untuk pekerja asing seperti yang diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia tadi untuk masuk ke Malaysia.

Jadi saya hendak tanya, apakah rancangan kerajaan dan juga pandangan kementerian. Adakah lebih baik untuk mungkin kita galakkan semua pekerja asing yang masuk ke Malaysia untuk bekerja untuk mendapatkan sama ada vaksin ataupun booster tersebut? Ini kerana kita lihat daripada data, memang jelas menunjukkan ia mengurangkan bukan sahaja kejangkitan tetapi kesan long COVID-19 ini. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Menteri tentang isu ini.

final • 6:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Yang Berhormat, saya bersetuju dengan cadangan tersebut. Kita boleh memikirkan (explore) tentang hal ini. Apatah lagi setelah Kementerian Sumber Manusia menyebut bahawa kita akan meningkatkan kemasukan dan mempercepatkan kemasukan pekerja asing untuk membantu dalam beberapa sektor.

Perkara ini juga saya telah sebut dalam kenyataan media saya beberapa bulan lepas iaitu kita sebenarnya menggalakkan rakyat untuk mendapatkan booster sebab memang peratusan yang mengambil booster pertama dan booster kedua masih lagi rendah walaupun dalam keadaan kita telah melakukan pelbagai aktiviti untuk menggalakkan mereka datang untuk mendapat booster. Jadi, bagi saya itu adalah cadangan yang baik apabila kita juga membuka peluang kepada majikan untuk memastikan pekerja-pekerja yang mereka akan ambil nanti mendapatkan booster. Ini memastikan bahawa rakyat kita lebih selamat apabila pekerja- pekerja yang datang itu telah pun dibooster atau akan dibooster.

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Soalan tambahan.

final • 6:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Tuan Yang di-Pertua, minta. Kita banyak membicarakan tentang keberkesanan perkhidmatan di hospital, bilangan kakitangan, pegawai perubatan dan sebagainya tetapi ada lagi daerah yang tidak ada hospital. Saya tidak tahu sama ada dalam tempoh lima minit ini Yang Berhormat Menteri akan membicarakan hal ini. Saya hendak timbulkan masalah Hospital Maran ini.

Hospital Maran telah pun diluluskan sejak Rancangan Malaysia Ke-11 lagi.

final • 6:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Ya saya akan sentuh tentang Hospital Maran.

final • 6:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Terima kasih.

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Yang Berhormat Menteri, sedikit pasal COVID-19. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Saya kira adakah pihak kerajaan mempertimbangkan untuk mewajibkan untuk jab booster shot ataupun inoculation untuk booster boost, booster shot untuk para pekerja asing yang datang. Ini memandangkan pengalaman negara kita yang pernah bebas daripada tuberculosis ataupun batuk kering tetapi kerana kemasukan pekerja-pekerja asing yang tidak bebas daripada penyakit ini, telah mengakibatkan penyakit ini berada di lapangan sekarang.

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Justeru, saya berpandangan adakah hal ini boleh dipertimbangkan supaya kemasukan pekerja asing juga diwajibkan kos mereka untuk mendapatkan jab ataupun mendapatkan suntikan vaksin COVID-19?

final • 6:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

[Bangun]

final • 6:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat Gombak.

final • 6:20 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Minta Tangga Batu laluan sedikit. Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja.

final • 6:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Sekejap. Saya jawab dahulu boleh– tentang COVID- 19. Polisi bagi Kementerian Kesihatan ialah kita menggalakkan pengambilan booster tetapi jika ada cadangan seperti itu untuk mereka yang diambil dari luar, pekerja-pekerja luar kita kena berbincang juga mungkin dengan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri jika ini kita boleh laksanakan.

Saya rasa itu boleh juga kita fikirkan opsyen untuk memastikan bahawa rakyat kita terpelihara dan juga kita memastikan kelangsungan kehidupan tentang supaya COVID-19 ini tidak terus kembali walaupun kita tahu sekarang ini kita menuju ke arah endemik daripada pandemik. Saya ambil maklum tentang itu dan saya akan buat perbincangan yang seterusnya dengan kementerian yang berkaitan.

final • 6:20 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik, Tangga Batu minta sedikit. Tangga Batu.

final • 6:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

[Bangun]

final • 6:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Saya banyak lagi.

final • 6:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Kulim-Bandar Baharu, sedikit.

final • 6:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Sedikit ya sedikit. Okey.

final • 6:20 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Oleh sebab Yang Berhormat Menteri berbicara soal meningkatkan mutu dan efficiency Kementerian Kesihatan. Saya hendak tanya, adakah Kementerian Kesihatan mempunyai program untuk dipanggil community-based service dengan izin iaitu perkhidmatan rumah ke rumah supaya rakyat mendapatkan rawatan terutamanya fisioterapi. Oleh sebab kalau kita lihat rata-rata yang menghadapi masalah strok dan sebagainya adalah golongan B40 sebab mereka tidak mempunyai kesedaran kesihatan yang tinggi dan mereka tidak mempunyai fasiliti, sekadar hendak pergi ke hospital susah. Apakah Kementerian Kesihatan punyai program dalam untuk mempertingkatkan perkhidmatan kepada masyarakat?

final • 6:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Kulim-Bandar Baharu. Yang Berhormat Menteri saya hendak bertanya. Tadi kita banyak berbincang tentang masa menunggu untuk dapat rawatan di klinik kesihatan ataupun di hospital. Saya hendak tanya sekarang iaitu tentang masa menunggu ambulan apabila berlakunya kemalangan.

Contohnya di Kulim-Bandar Baharu, hampir 50,000 penduduk, ambulansnya di situ hanyalah sebuah.

Jadi, saya hendak minta sedikitlah kalau boleh lihat semula dan saya juga menjemput Yang Berhormat Menteri datang ke Kulim-Bandar Baharu untuk melihat sendiri situasi di sana. Juga permohonan saya untuk Hospital Kulim-Bandar Baharu, daerah yang masih belum ada hospital.

final • 6:20 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

[Bangun]

final • 6:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Baik insya-Allah. Tentang fasiliti saya akan jawab kemudian. Tentang saranan untuk kita adakan service community, itu adalah satu saranan yang baik. Saya akan berikan juga. Sebenarnya memang ada, saya akan berikan jawapan bertulis tentang apakah perkhidmatan-perkhidmatan yang kita lakukan untuk komuniti maknanya secara outreach ya.

Kemudian tentang ambulan itu, tentang masa menunggu ambulan nanti pun saya akan jawab secara bertulis. Saya teruskan sebab banyak lagi yang saya hendak sentuh.

final • 6:20 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan peruntukan boleh Yang Berhormat Menteri?

final • 6:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Sudah lepas. Kita pergi sekarang ini bab lain.

final • 6:20 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Oleh sebab saya tengok peruntukan seperti mana yang disasarkan pada hari ini kalau tengok RM28 bilion untuk pengurusan dan RM4 bilion untuk pembangunan, saya ingat kena ada tumpuan juga walaupun sekarang ini hanya sekadar 2 peratus lebih daripada KDNK sepertimana yang dihasratkan untuk 5 peratus daripada manifesto itu. Saya ingat itu saranan yang baik.

Kalau pun tidak kepada 5 peratus, mungkin 4 peratus tetapi saya ingat kita juga kena beri tumpuan supaya fasiliti dan juga infra di hospital-hospital ini dapat dipertingkatkan. Apa maknanya kalau kita boleh tambahkan doktor-doktor dan juga jawatan-jawatan yang tetap tetapi dalam keadaan kesesakan itu akhirnya menyebabkan stres, berlaku juga buli dan sebagainya.

final • 6:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Baik Yang Berhormat. Saya faham, saya faham tentang soalan itu dan keprihatinan yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Insya-Allah sebenarnya kita juga sedang melihat tentang definisi-definisi yang boleh dimasukkan, yang berubah antara DE dan OE itu dan kita akan juga memperincikan priority yang kita akan berikan di mana ia diperlukan. Itu kita akan laksanakan insya-Allah apabila kita diberikan bajet yang akan disebutkan esok.

final • 6:30 PM

Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Sedikit Yang Berhormat?

final • 6:30 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Minta maaf, saya sambung sedikit lagi. KKM sedar bahawa penambahbaikan dan naik taraf kemudahan dan fasiliti kesihatan KKM di seluruh negara perlu dilakukan dengan kadar segera. Justeru, KKM telah mengemukakan permohonan kepada MOF menerusi Bajet 2023 untuk mempertimbangkan peruntukan khusus bagi menaik taraf perkara-perkara seperti dewan bedah di seluruh negara serta memperkukuh perkhidmatan pembedahan kecemasan di hospital kerajaan. Ini turut melibatkan penambahan bilangan hybrid ICU, CT scan dan perolehan baharu serta penggantian aset-aset perubatan yang usang.

Untuk makluman Yang Berhormat, daripada 3,119 buah klinik KKM di seluruh negara, 1,200 ataupun 38.5 peratus telah melebihi usia 50 tahun dan berada dalam keadaan yang seperti disebut tadi daif dan usang ya. Yang mana sebahagian besarnya mempunyai struktur yang dibina daripada kayu. Justeru, KKM telah memohon kepada MOF untuk mempertimbangkan peruntukan bagi pelaksanaan kerja pembaikan bangunan, sistem kejuruteraan mekanikal dan electrical serta infrastruktur.

Pelaksanaan pembaikan klinik ini akan menyediakan infrastruktur bangunan yang lebih selamat dan selesa. Manakala, peruntukan juga dimohon bagi perolehan dan penggantian aset-aset di klinik kesihatan KKM di seluruh negara. Penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat yang pantas dan cekap menjadi dukungan KKM...

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Yang Berhormat, Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, sedikit. Menteri, ya ini saya. Tadi...

final • 6:30 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Yang Berhormat, boleh saya teruskan? Yang Berhormat sudah dua kali kan?

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Saya minta Tuan Yang di-Pertua beri ruang kepada Menteri sedikit because kuasa pada Tuan Yang di-Pertua, kerana perkhidmatan pendidikan dan kesihatan ini penting.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Maran, floor adalah di tangan Menteri.

final • 6:30 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Saya banyak lagi Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya membenarkan lima minit, tolong gulung dan jika ada jawapan yang perlu diberi jawapan bertulis, laksanakan. Lima minit daripada sekarang.

final • 6:30 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Baik, lima minit sahaja Tuan Yang di-Pertua?

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat perlu lagi lama?

final • 6:30 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Saya jawab dulu yang ini, saya jawab dulu mana yang...

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jika hendak saya boleh bagi 10 minit lagi.

final • 6:30 PM

Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Boleh saya mencelah sedikit dahulu?

final • 6:30 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Baik, saya jawab dulu. Saya jawab dulu.

final • 6:30 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

10 minit dulu?

final • 6:30 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Ha, sekejap 10 minit, okey.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey, 10 minit ya.

final • 6:30 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat yang pantas dan cekap menjadi dukungan KKM. Bagi mencapai penyampaian perkhidmatan yang optimum, saya sedar bahawa saya masukkan isu pendigitalan pula ya. Bagi mencapai perkhidmatan yang optimum, saya sedar bahawa ia harus disokong oleh infrastruktur ICT yang kukuh dan terkini.

Oleh itu, KKM berhasrat untuk menambah baik dan mempertingkatkan keupayaan ICT di semua fasiliti KKM di seluruh negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat klinik-klinik kesihatan yang tidak dilengkapi dengan clinical management software yang mana urusan harian melibatkan pelanggan masih dijalankan secara manual. Terdapat juga hospital yang telah dilengkapi dengan Hospital Information System atau HIS.

Selain itu, 45 peratus komputer yang digunakan oleh warga kerja KKM adalah berusia lebih daripada enam tahun, ini masalahnya. Justeru itu, KKM akan terus berusaha untuk menambah baik serta meningkatkan keupayaan ICT di semua fasiliti kesihatan kerajaan di seluruh negara.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KKM merupakan antara pasukan responder utama apabila berlakunya sebarang bencana. Ini selaras dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara Nombor 20 (MKN 20) bagi meningkatkan kesiapsiagaan dalam mengurus bencana. KKM memerlukan peruntukan khusus bagi perolehan aset khususnya yang akan mempertingkat keupayaan pasukan responder KKM.

Untuk itu, KKM telah mengenal pasti aset-aset yang amat diperlukan yang mana ia akan meningkatkan keupayaan hospital KKM untuk bertindak dengan pantas dan efektif. Seterusnya, ia dapat mengurangkan kadar mortaliti dan mobiliti di kalangan mangsa bencana. Pasukan responder KKM juga berupaya mendirikan basic medical base dalam masa 30 minit daripada masa pengaktifan pasukan tindak balas perubatan bencana di tempat insiden. Khususnya untuk bencana berskala sederhana dan besar.

Saya masuk ke perkhidmatan kesihatan mental. Perkhidmatan kesihatan awam diterajui oleh KKM tidak meminggirkan aspek sokongan psikososial dan kesihatan mental penduduk di Malaysia. Sebagai peneraju, KKM mempunyai peranan yang sangat besar, melibatkan koordinasi kebangsaan bagi kesihatan mental dan aspek pencegahan dan advokasi, pembangunan modal insan, perkongsian sumber serta penyelidikan, pemantauan dan surveillance. Justeru, dalam memastikan bahawa aspek kesihatan mental tidak disisihkan, KKM telah mengemukakan permohonan peruntukan khusus yang membolehkan pelaksanaan program advokasi, latihan, saringan dan intervensi kesihatan mental,

final • 6:30 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Pengoperasian Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), pemerkasaan kolaborasi bersama NGO dan penyelidikan kesihatan mental.

KKM bercadang untuk bekerjasama dengan klinik-klinik swasta bagi merawat pesakit green case terutamanya di kawasan yang mana fasiliti KKM dikenal pasti sering mengalami kesesakan. KKM berharap cadangan ini akan diberikan pertimbangan sebaiknya oleh MOF dan insya-Allah diharap ia dapat dimasukkan ke dalam belanjawan yang akan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari esok.

Adalah juga menjadi harapan saya dan seluruh warga KKM untuk melihat peruntukan bagi pelaksanaan inisiatif serta program melibatkan sektor kesihatan di Malaysia mencapai tahap sekurang-kurangnya lima peratus, seperti yang kita idam- idamkan berbanding KDK negara sebagaimana negara maju yang lain.

final • 6:30 PM

Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

[Bangun]

final • 6:30 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Baik.

final • 6:30 PM

Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Yang Berhormat Menteri, Tanjong Karang mengucapkan terima kasih di atas pelbagai inisiatif yang cuba diambil atau dicadangkan oleh KKM. Akan tetapi Tanjong Karang merasakan masih tidak mampu menyelesaikan masalah pokok di hospital-hospital kerajaan, terutama sekali di unit-unit kecemasan yang masa menunggu begitu lama, dua hingga ke enam jam.

Masalah pokok adalah doktor dengan kakitangan paramedik. Kalau kita melihat di unit itu terlalu ramai pesakit, adakah KKM mempunyai keupayaan untuk menambah doktor? Kalau hanya satu doktor diperuntukkan di klinik ataupun di unit kecemasan tersebut, harus seramai dua atau tiga dan begitu juga kakitangan paramedik. Terima kasih.

final • 6:30 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat, saya jawab yang ini secara amnya ya. Sebenarnya dengan masalah-masalah yang kita hadapi ini, sehubungan dengan itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuching dan Tanjong Karang, untuk kita melihat tentang kelangsungan pendanaan bagi menampung perbelanjaan perkhidmatan kesihatan kita di fasiliti kesihatan ya.

Kita sebenarnya ada cadangan iaitu yang pertamanya kita mengkaji kaedah pembiayaan iaitu kewangan selain daripada social health insurance, mengkaji peningkatan sumbangan daripada majikan ataupun sumber pendanaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat semua, KKM akan membentangkan Kertas Putih Kesihatan. Ini sebenarnya akan menjawab kebanyakan persoalan yang kita hadapi ya, Yang Berhormat semua nyatakan tadi.

Tentang Kertas Putih Kesihatan ini yang mana antara teras strategiknya adalah membangunkan pembiayaan penjagaan kesihatan mampan dan mengukuhkan perlindungan risiko kewangan. Sepertimana yang dimaklumkan KKM akan komited untuk mendapatkan peningkatan bajet lima peratus ini. Kertas Putih Kesihatan akan menerangkan asas mengapa peningkatan pembiayaan diperlukan ya, ia juga menggariskan strategik penyampaian perkhidmatan kesihatan yang akan ditambah baik dengan adanya pembiayaan yang mencukupi.

Kita juga ada satu lagi inisiatif dalam kertas putih ini iaitu tentang Suruhanjaya Reformasi Kesihatan ya, ini adalah untuk menjawab juga dari Yang Berhormat Kuching dan Yang Berhormat Betong supaya mewujudkan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan dan inilah ada satu cadangan baik yang kita akan masukkan dalam pelan Kertas Putih Kesihatan ya.

Saya ingin menjawab, sebab saya masa dah singkat, tentang pembangunan dan menaik taraf fasiliti kesihatan yang banyak ditanyakan oleh Yang Berhormat tadi. Jadi Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya beralih kepada isu pembangunan dan menaik taraf fasiliti kesihatan memandangkan terdapat banyak soalan tadi. Sebenarnya KKM mahu menyegerakan pembinaan baru dan naik taraf serta penyelenggaraan bangunan klinik kesihatan yang daif di luar bandar khususnya di Sarawak.

final • 6:30 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Mengenai permohonan baru Klinik Kesihatan Betong, Klinik Kesihatan Spaoh yang daif, naik taraf Hospital Betong daripada segi prasarana, aset, doktor pakar dan juga untuk keperluan sumber manusia.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat semua, permohonan cadangan Klinik Kesihatan Betong dan Pejabat Kesihatan Bahagian Betong telah disenaraikan dalam permohonan rolling plan yang akan datang di bawah RMKe-12. KKM juga dalam proses perolehan tapak baharu untuk menggantikan Klinik Kesihatan Spaoh dengan jarak kira- kira 500 meter dari Klinik yang sedia ada. Berhubung cadangan menaik taraf Hospital Betong pada masa ini Hospital Betong yang berkapasiti 48 katil ini hanya mempunyai kadar penggunaan katil sebanyak 49 peratus sahaja.

Walau bagaimanapun, KKM sentiasa memantau fasiliti hospital ini supaya sentiasa dalam keadaan yang baik. Antara kerja naik taraf yang telah dilaksanakan dalam tahun 2019 hingga 2021 ialah penggantian sistem perpaipan juga sistem pendawaian elektrik, menaik taraf unit kecemasan dan unit hemodialisis.

final • 6:30 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Bagi perancangan jangka masa panjang pula, KKM sememangnya mempunyai perancangan untuk meningkatkan prasarana hospital selaras dengan keperluan dan peluasan perkhidmatan kepakaran, terutamanya di bawah rangkaian kluster...

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila gulung.

final • 6:40 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Baik Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya rasa untuk soalan-soalan lain tentang fasiliti kesihatan, saya akan jawab secara bertulis. Jadi, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat...

final • 6:40 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, Pokok Sena sikit.

final • 6:40 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

...Yang telah memberi— yang menyentuh banyak tentang kesihatan. Saya tahu bahawa ini menunjukkan bahawa Kementerian Kesihatan adalah kementerian yang mendapat perhatian sebab kita mempunyai pelbagai masalah dan juga pelbagai perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan. Sekian, terima kasih.

final • 6:40 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Yang Berhormat Menteri, Pokok Sena. Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dalam perbahasan ada membangkitkan berkaitan dengan projek rintis pemberian PrEP secara permintaan, tetapi tidak diberi apa-apa jawapan. Jadi, saya mengharapkan ada jawapan bertulislah daripada pihak Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Maka dengan itu, tamatlah...

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

...Waktu jawapan Menteri.

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Tuan Yang di-Pertua, saya pun di Jempol, saya pun ada mustahak juga ini. Saya cuma hendak minta jawapan nantilah iaitu naik taraf Hospital Jempol kepada hospital pakar minor ya. Jadi, hari itu memang ada saya sentuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Jempol, waktu telah tamat. Yang Berhormat Menteri akan menjawab dalam tempoh— secara bertulis dalam lima hari. Okey, kita— baik. Kita akan beredar ke kementerian yang selanjutnya iaitu Jabatan Perdana Menteri yang mempunyai tiga Menteri yang akan menjawab. Kita mulakan dengan Yang Berhormat Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.

final • 6:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Pokok Sena.

Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Simpang Renggam.

Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Klang dan juga Yang Berhormat Batu.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, disebabkan saya hanya diberi 30 minit, saya akan menjawab mengikut kepada tajuk-tajuk dan semua yang saya tidak dapat jawab, saya akan jawab secara bertulis. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat kerana memberikan pandangan, kritikan dan menyertai perbahasan dalam Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Sebagai Menteri yang pertama yang menggulung dari Jabatan Perdana Menteri, saya memohon untuk menjawab di bawah tanggungjawab saya iaitu menyentuh hal ehwal perundangan yang melibatkan agensi seperti Bahagian Hal Ehwal Undang-undang

(BHEUU), Jabatan Insolvensi Malaysia dan Jabatan Bantuan Guaman. Saya juga akan menjawab bagi pihak jabatan-jabatan dan agensi berikut yang saya tidak jaga tetapi saya akan menjawab bagi pihak iaitu Jabatan Peguam Negara, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah, Jabatan Wilayah Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Bahagian Kawal Selia FELDA dan PETRONAS.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin menyentuh berkenaan dengan agenda reformasi Parlimen. Saya ingin mengambil perhatian kepada isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Gopeng dan Yang Berhormat Gombak yang telah mencadangkan agar ditubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas yang mempunyai tema spesifik. Yang Berhormat Kota Melaka dan Yang Berhormat Pokok Sena turut mencadangkan agar satu Jawatankuasa Pilihan Khas Anti Rasuah ditubuhkan bagi menyemak imbang peranan SPRM.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mempunyai sentimen yang sama berkenaan dengan imperatif untuk mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas. Sepertimana semua Ahli Dewan ini sedia maklum, Parlimen adalah satu institusi semak imbang, check and balance dengan izin, yang penting dalam Sistem Demokrasi Berparlimen yang diamalkan oleh negara kita.

Penubuhan jawatankuasa JPK ini yang dianggotai oleh Ahli Dewan ini, yang mempunyai latar belakang ataupun kepakaran dalam perkara tertentu boleh memperkasakan lagi fungsi semak dan imbang Parlimen. Pewujudan JPK yang berfungsi dengan izin, functional select committees, merangkumi semua fungsi kementerian dan agensi dengan keanggotaan yang seimbang adalah sangat-sangat penting.

Oleh itu, bilangan JPK yang akan ditubuhkan dengan kawal selianya perlu merangkumi sebanyak mungkin kementerian dan agensi yang sedia ada. Sebagaimana Ahli Dewan sedia maklum, JPK adalah ditubuhkan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 81 melalui perintah Majlis. JPK bagi Parlimen Ke-15 ini akan dicadangkan dalam masa terdekat. Insya-Allah, pada minggu hadapan.

final • 6:42 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Rasah ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat untuk menggubal Akta Perkhidmatan Parlimen ataupun Akta Suruhanjaya Parlimen. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan memberi perhatian yang...

final • 6:42 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:42 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Memberi perhatian kepada agenda reformasi institusi Parlimen. Sebagaimana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan sebelum ini, kerajaan komited dalam memastikan Parlimen bebas daripada kuasa eksekutif. Usaha transformasi Parlimen juga penting bagi mengekalkan demokrasi dan kebebasan bersuara. Buat masa ini, Bahagian undang-undang sedang memuktamadkan dasar dan rang undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen untuk dijadikan perkhidmatan Parlimen berasingan daripada perkhidmatan awam yang dikenali sebagai perkhidmatan Parlimen.

Pemberian kuasa autonomi kepada Parlimen melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen ini adalah amat penting dan merupakan satu langkah yang begitu progresif dan amat baik dalam memartabatkan doktrin pengasingan kuasa dalam negara kita.

final • 6:42 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Hendak minta penjelasan Yang Berhormat .

final • 6:42 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Itu sebabnya— izinkan saya habis.

Memorandum Jemaah Menteri mengenai perkara ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

final • 6:42 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Sedikit berkenaan dengan JPK yang telah pun dinyatakan tadi. Dalam perbahasan saya ada disebut berkenaan dengan keperluan prosiding PAC dan juga JPK diadakan secara live dan sama ada— dan isu ini sememangnya telah pun dibangkitkan bukan sahaja hari ini, tetapi sejak tahun 2014, tahun 2015 dan telah pun dibentangkan kepada beberapa Tuan Yang di-Pertua yang sebelum ini. Apakah pendirian kerajaan, sama ada kesemua prosiding ini dapat disiarkan secara live? Ini adalah amat penting untuk menjamin hak rakyat untuk mengetahui— to get the firsthand information, dengan izin.

final • 6:42 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Taiping, sebenarnya saya secara peribadi saya setuju. Akan tetapi disebabkan oleh peraturan mesyuarat kita, Jawatankuasa Pemilih boleh membawa isu ini. Sebenarnya kalau kita tengoklah, dalam banyak bidang— pelbagai bidang kuasa negara yang berhadapan dengan Parlimen, sebagai contoh United Kingdom di mana House of Commons memang banyak select committeenya dilaksanakan secara real-time, dengan izin. Mungkin kerana mereka melihat ini salah satu daripada cara supaya banyak wakil rakyat itu dilihat oleh rakyat itu bekerja. Saya sebenarnya secara peribadi, setuju. Akan tetapi, saya bukan Ketua Majlis dan bukan juga Tuan Yang di-Pertua. Kita akan bawa dalam mesyuarat jawatankuasa pemilih.

Jadi, saya hendak sebut juga tentang Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Taiping dan juga Yang Berhormat Beluran yang menimbulkan isu tentang reformasi Parlimen untuk dilaksanakan segera, hal urusan Parlimen seperti pertanyaan lisan ditambah baik, menggesa memperkasakan PAC, mencadangkan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dipinda berkenaan mekanisme kehilangan kerusi Parlimen dan prosedur undi usul percaya ataupun tidak percaya.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi sidang Parlimen kali ini, banyak penambahbaikan berkaitan urusan Parlimen telah kita buat. Sebagai contohnya, Waktu Pertanyaan Perdana Menteri diwujudkan untuk mengganti Waktu Pertanyaan Menteri untuk hari Selasa, memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan mahupun pembangkang untuk mempengerusikan secara sementara Mesyuarat Kamar Khas di bawah Peraturan 16(5).

Kemudian usul berkenaan perkara tadbir kerajaan di bawah Peraturan Mesyuarat 17 di Kamar Khas boleh diucap lebih daripada dua usul untuk maksimum usul daripada dua orang Ahli Yang Berhormat. Sekiranya terdapat banyak usul yang perlu dihantar, ia

final • 6:42 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

dapat memastikan semua usul Peraturan Mesyuarat 17 daripada Ahli Yang Berhormat dapat dibentangkan dan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri dalam Kamar Khas. Akhir sekali, membenarkan sesi penerangan daripada Menteri-menteri juga dibuat di Kamar Khas. Bererti Kamar Khas ini Tuan Yang di-Pertua, dilihat sebagai satu kamar yang betul- betul aktif, bukan hanya kepada soalan, one-way street daripada Ahli-ahli Parlimen dan jawapan daripada Menteri.

Pelbagai cadangan penambahbaikan sering dilontarkan oleh pelbagai pihak. Ini termasuk Ahli-ahli Parlimen sendiri yang begitu berpengalaman termasuk CSO (civil society organization) dengan izin, dalam mereformasi institusi Parlimen kita. Antaranya adalah memperbanyakkan rang undang-undang persendirian oleh Ahli-ahli Parlimen iaitu private member’s bill.

final • 6:42 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Pewujudan bahagian gubalan khas iaitu adanya satu Drafting Division dalam Parlimen kita sendiri yang bebas daripada kawalan Jabatan Peguam Negara. Sebagai contoh, penambahbaikan Bahagian Penyelidikan sedia ada supaya Research Division dengan izin bertaraf pada tahap antarabangsa dari segi kapasiti dan juga kepakaran.

Penambahan hari persidangan mesyuarat Parlimen daripada tujuh puluh lebih kepada seratus lebih, hari khusus bagi opposition day sebagai contoh dan juga memastikan kehadiran Menteri dan penjawat awam apabila dipanggil oleh Jawatankuasa Pilihan Khas.

Ini semua telah dilontarkan oleh pelbagai NGO, CSO termasuk juga Ahli-ahli Parlimen yang begitu berpengalaman dan insya-Allah jawatankuasa pemilihan (select committee) dengan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tuan Yang di-Pertua melihat kepada pembentukan perubahan yang begitu progresif kepada Parlimen. Jadi saya melihat bahawa kali ini akan banyak perubahan insya-Allah supaya Parlimen dilihat kepada satu tahap yang begitu tinggi.

Walau bagaimanapun, banyak usaha- kita dengar desas desus Tuan Yang di- Pertua bahawa daripada segi Parliament Services Act, pegawai-pegawai di Parlimen ramai yang agak khuatir dan takut bahawa mereka tiada masa depan kalau Parlimen itu dianggap sebagai closed service. Saya rasa ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam. Akan tetapi kalau kita lihatlah bila seseorang itu bertugas di Parlimen seperti juga bertugas di badan kehakiman sebagai anggota-anggota pentadbiran, kebebasan itulah mereka bawa. Bukan sahaja dari segi pekerjaan tetapi juga pemikiran mereka sebagai salah satu daripada individu yang dapat membawa kepada tahap yang disebut sebagai separation of powers dengan izin dalam negara kita yang betul-betul bebas.

Saya merasakan bahawa kalaulah Parliament Services Act itu dapat kita gerakkan secara langsung, kita dapat melihat satu pemikiran perubahan paradigma sebagai rakyat Malaysia tentang peranan Parlimen sebagai sebuah badan legislatif yang begitu bebas.

Ahli Jawatankuasa Pemilih - seperti yang semua tahu hari ini adanya notis menyatakan Majlis Dewan Rakyat pada 14 Februari, Jawatankuasa Pemilih telah memilih ahli-ahli jawatankuasa pilihan tetap iaitu Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat, Jawatankuasa Dewan dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Yang Berhormat Pokok Sena pula mencadangkan agar kerajaan meningkatkan bilangan anggota Dewan Negara bagi menguatkan lagi suara negeri ke Persekutuan.

Kerajaan mengambil maklum cadangan ini dan sedang dalam penelitian. Pada masa yang sama, mengambil kira faktor-faktor keanggotaan Ahli Dewan Negara yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan pilihan daripada Dewan Undangan Negeri sebagai mana yang termaktub dalam Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan.

Izinkan saya alih kepada poin yang kedua iaitu agenda reformasi institusi dan perundangan. Yang Berhormat Kalabakan telah membangkitkan isu kebankrapan yang membabitkan golongan muda dan mencadangkan program literasi kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa memberikan perhatian serius berhubungan dengan isu kebankrapan yang berlaku dalam negara kita, terutama sekali di kalangan belia. Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini dalam Majlis pada 14

final • 6:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Februari, seramai 1,060 orang individu dalam kategori umur 25 hingga 34 tahun telah menerima perintah kebankrapan. Kerajaan terus menggiatkan usaha untuk menangani isu belia bankrap melalui program kesedaran dan penambahbaikan peruntukan undang- undang kebankrapan.

Pengurusan kewangan atau literasi kewangan adalah sangat penting Tuan Yang di-Pertua, kerana ia dapat melindungi belia daripada kesilapan membuat keputusan kewangan yang membawa mereka kepada kebankrapan. Dalam perkara ini subjek Pengurusan Kewangan Peribadi (PMF) telah diperkenalkan di institusi pengajian tinggi.

Kerajaan juga melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyediakan perkhidmatan pendidikan dan khidmat nasihat kewangan secara percuma.

Selain daripada itu, program literasi kewangan dan kesedaran masyarakat tentang isu muflis turut menjadi agenda Jabatan Insolvensi Malaysia dalam program bersama masyarakat. Saya berharap dan berdoa bahawa kami mendapat berita baik bahawa pada esok hari dalam pembentangan belanjawan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mungkin akan memberikan beberapa pengumuman yang begitu positif dalam isu kebankrapan di kalangan rakyat Malaysia khasnya generasi-generasi belia.

Yang Berhormat Semporna, Kinabatangan dan Beluran telah membangkitkan mengenai isu penguatkuasaan dan penambahbaikan undang-undang berkaitan anti lompat parti. Tuan Yang di-Pertua, saya telah menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas yang telah menimbang RUU Pindaan Perlembagaan mengenai peruntukan larangan lompat parti. Antara dua implikasi utama undang-undang ini ialah pertama, Ahli Dewan ini bukan lagi free agent. Kedua, parti politik kini mempunyai satu identiti dalam Perlembagaan yang sekali gus mengubah corak landskap demokrasi berparlimen dalam negara kita.

Ini sedikit sebanyak telah membantu dalam usaha penubuhan Kerajaan Perpaduan pada hari ni. Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) Tahun 2022 [Akta A1663] yang melarang Ahli-ahli Dewan Rakyat bertukar parti telah diwartakan pada 6 September 2022 dan berkuat kuasa mulai 5 Oktober 2022.

Peruntukan seksyen 6 akta ini memberikan ruang kepada kerajaan negeri dan dewan undangan negeri untuk melaksanakan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti melalui pindaan Perlembagaan negeri tertakluk kepada persetujuan raja atau Yang di-Pertua Negeri. Sehingga kini negeri Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak telah menguatkuasakan enakmen negeri masing-masing berkaitan larangan bertukar parti ke peringkat dewan undangan negeri.

Kerajaan akan meneliti semula penambahbaikan yang boleh dibuat terhadap undang- undang ini berkaitan dalam isu memastikan undang-undang tersebut dapat terus melindungi mandat rakyat dalam memilih wakil rakyat mereka.

Yang Berhormat Besut dan Yang Berhormat Jerlun telah membangkitkan isu penubuhan Pasukan Petugas Khas (PPK) yang membabitkan Tan Sri Tommy Thomas iaitu bekas Peguam Negara dan mengapakah Majlis Peguam Malaysia mempertikaikan kuorum PPK serta meminta untuk memaklumkan syor PPK. Laporan PPK itu secara jelas dihasilkan secara terbuka dan tidak berpihak pada mana-mana pihak. Hasil dapatan dan syor yang telah dikemukakan adalah hasil daripada sesi konsultasi dan temu bual dengan pelbagai pihak dan kepentingan.

Justeru, sekali lagi wajar ditegaskan bahawa apa jua pertikaian oleh mana-mana pihak ke atas laporan PKK ini adalah tidak wajar dan tidak berasas. PPK ini telah mengemukakan dapatan dan syor-syor dalam laporannya yang boleh diakses melalui laman web BHEUU di Jabatan Perdana Menteri.

Kerajaan juga dalam masa terdekat akan menubuhkan suatu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk meneliti secara menyeluruh isu-isu berkaitan integriti serta kebebasan institusi kehakiman dan perundangan dalam negara kita termasuk dakwaan- dakwaan yang terkandung dalam buku tersebut. Memorandum Jemaah Menteri berkenaan perkara ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang akan diadakan insya-Allah pada 3 Mac 2023.

Ketiga, saya ingin menimbul tentang isu agenda...

final • 6:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Mohon pencerahan.

final • 6:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Silakan.

final • 6:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan banyak pembaharuan dan perubahan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri khususnya berkaitan dengan Parlimen, judiciary dan juga eksekutif. Dalam hal ini adakah pihak Menteri akan mencadangkan peningkatan pemerkasaan pendidikan kepada Ahli-ahli Parlimen dan juga ADUN-ADUN di seluruh negara agar negara kita boleh move ke depan tentang bagaimana usaha memahami bahawa sistem perundangan negara ini sebenarnya bermula daripada Parlimen.

Jadi kalau ini dapat kita perteguhkan dan perkemaskan, insya-Allah peranan daripada agensi-agensi khususnya berkaitan dengan pembangunan dan infrastruktur dapat di perbaiki. Ini kerana pada hari ini kadang-kadang orang ramai tersilap faham tentang fungsi Ahli-ahli Parlimen dan juga ADUN-ADUN dari segi perundangan, menggubal undang-undang dan melakukan kerja-kerja berkaitan dengan kepentingan rakyat. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Itu satu soalan yang begitu baik dan juga cadangan. Oleh sebab sebenarnya peranan Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri ialah untuk membuat undang-undang.

Membuat undang-undang itu bererti bukan sahaja undang-undang yang baharu tetapi juga memantau undang-undang yang sedia ada. Itu sebabnya kalau kita tengok dalam peraturan mesyuarat, ada yang disebut sebagai private member’s bill, maknanya Ahli Parlimen boleh membawa mana-mana rang undang-undang yang difikir perlu ataupun patut ataupun wajib.

Akan tetapi masalahnya Yang Berhormat ialah, selalunya apabila private member’s bill dibawa oleh Ahli-ahli Dewan, ia menjadi yang paling bawah sebab yang diutamakan adalah apa yang disebut sebagai government business, dengan izin. Memang itu dilihat sebagai satu keutamaan dalam banyak negara yang bertemakan sistem seperti kita Westminster System.

Namun dengan– sebagai contohnya kalau kita dapat sentiasa bekerjasama antara pihak kerajaan dengan pihak pembangkang untuk membincangkan tentang perlunya peruntukan undang-undang dipinda, sebagai contoh select committee, kewujudan jawatankuasa itu juga dilihat sebagai satu pendekatan kepada peranan yang dimainkan oleh Ahli-ahli Parlimen untuk sentiasa berhujah, berbincang dan memberikan pandangan kepada undang-undang yang telah wujud ataupun sedang untuk diwujudkan Namun kita tidak boleh dengan izin, ya Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Hanya kata orang membantah for the sake of opposing. Oleh sebab kita tidak suka kepada kerajaan, kita membantah. Tidak boleh. Sepatutnya sebagai Ahli Parlimen, dengan jawatankuasa-jawatankuasa yang diwujudkan bersama supaya kita dapat bercakap, berbincang dan bermusyawarah untuk membawa kebaikan kepada rakyat.

Itu sebabnya saya ucap terima kasih pada sesi yang lepas. Kita berjaya mewujudkan sebagai contoh, akta antilompat parti. Sahabat-sahabat sebelah sana pada masa itu sebelah sini, dan kami sebelah sini saya sebelah sana. Kita berbincang sentiasa dan kadang-kadang orang kata kita ini sesama kita selalu bergaduh, garang-garang.

Sebenarnya, tidak. Di belakang itu kita semua sahabat. Apa yang penting kita mahu membawa demokrasi untuk rakyat. Silakan Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberi ulasan yang panjang. Soalan saya ringkas sahaja.

Tentang negeri-negeri yang belum buat pindaan kepada akta antilompat parti ini. Apakah usaha pihak Yang Berhormat untuk menyelaraskan supaya semua negeri meminda walaupun itu kita tahu bidang kuasa negeri dan juga sultan-sultan negeri. Juga, kalau ada usaha, bilakah time frame supaya menjadikan semua negeri dalam Malaysia ini buat pindaan kepada akta antilompat parti ini. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih, Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Memang itu satu soalan yang begitu bagus. Akan tetapi, apabila kita berbincang tentang penubuhan akta antilompat parti, Ahli-ahli Parlimen dalam jawatankuasa khas ini berbincang bahawa biarkan kerajaan negeri yang membuatkan penentuan mereka.

Dalam perkara ini adalah tanggungjawab kerajaan negeri tersebut untuk mendapat pindaan perlembagaan negeri dan mendapat kelulusan daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku ataupun Yang di-Pertua untuk memberikan sokongan pada pindaan kewujudan akta antilompat parti bagi peringkat negeri. Ini tertakluk kepada negeri.

Kerajaan Pusat tidak boleh sebab isu lompat parti ini tidak berada dalam concurrent list antara Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri.

Izinkan saya pergi kepada bab yang ketiga iaitu berkenaan dengan reformasi institusi dan perundangan. Seperti mana – maaf. Saya hendak sebut tentang isu berkenaan dengan agenda isu berkaitan dengan rasuah dan tadbir urus. Yang Berhormat Tenggara dan Yang Berhormat Tasik Gelugor ingin mengetahui apa sudah jadi dengan isu kebocoran penyiasatan SPRM berkaitan dengan kes Hakim Nazlan dan hasil siasatan daripada SPRM.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, siasatan berkenaan isu ini telah selesai dijalankan. Saya telah dimaklumkan oleh pihak SPRM melalui surat bertarikh 21 Februari bahawa satu laporan SPRM terhadap Yang Arif Dato’ Mohd Nazlan bin Mohd Ghazali telah dikemukakan pada tarikh yang sama kepada Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara berhubung pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Tiada makluman lanjut mengenai perkara ini dimaklumkan kepada saya melalui surat tersebut.

Perkara ini juga tertakluk kepada keputusan Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara selaras dengan fasal-fasal (3) dan (3A), Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah fasal (3) Perkara 145, Peguam Negara ataupun Pendakwa Raya juga mempunyai kuasa untuk membolehkan dijalankan menurut budi bicaranya untuk memulakan apa-apa prosiding bagi apa-apa kesalahan.

Kuasa budi bicara yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah fasal (3) Perkara 145 amat luas dan boleh menuduh mana-mana orang termasuk seseorang hakim sekiranya keterangan bagi sesuatu kesalahan memenuhi segala elemen pertuduhan tersebut. Namun yang demikian, kerajaan tidak akan campur tangan dalam kuasa Peguam Negara ataupun Pendakwa Raya.

Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Lumut dan Yang Berhormat Ketereh telah memohon jaminan daripada pihak kerajaan bahawa semua pesalah yang terbabit dalam skandal LCS tidak akan dilindungi atas apa- apa kepentingan politik.

Dalam hal ini, SPRM telah membuka beberapa kertas siasatan berkaitan isu pembinaan kapal tempur pesisir. Siasatan kes ini masih lagi berjalan dan keterangan daripada pelbagai pihak perlu diperoleh termasuk keterangan dari luar negara. Walau bagaimanapun, terdapat kertas siasatan yang telah lengkap di mana seorang bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah dituduh dengan tiga pertuduhan di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan pada 18 Ogos 2022.

Yang Berhormat Jelutong ingin tahu mengapa Yang Berhormat Larut dan Yang Berhormat Marang tidak dipanggil untuk disoal siasat berkaitan pemberian wang kepada pengundi semasa Pilihan Raya Umum Ke-15. Untuk makluman Yang Berhormat, siasatan terhadap kes ini masih lagi dijalankan oleh SPRM. Sesiapa yang akan dipanggil untuk membantu siasatan bergantung kepada keterangan yang diperoleh dalam siasatan dan dokumen-dokumen yang berkaitan.

Yang Berhormat Pokok Sena ingin tahu apakah kerajaan mempunyai satu perancangan strategik bagi memastikan akauntabiliti SPRM di bawah Parlimen. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan amat terbuka akan kepada pandangan dan saranan yang disuarakan daripada pelbagai pihak bagi meningkatkan keberkesanan SPRM. SPRM tetap utuh pada dua asas utama iaitu prinsip pengasingan kuasa

(separation of powers) dengan izin, dan keluhuran undang-undang (rule of law), dengan izin.

final • 7:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Selaras dengan prinsip di atas, SPRM bebas menjalankan tugas-tugas tanpa sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak. Setiap kes yang disiasat tidak perlu dirujuk kepada mana-mana pihak sebelum siasatan dijalankan. Sejak penubuhan SPRM pada tahun 2009, lima badan pemantau bebas telah diwujudkan sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap perjalanan SPRM dalam penunaian fungsi dan peranannya.

Penubuhan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Aduan (JKA) dibuat selaras dengan seksyen 13, 14 dan 15 Akta SPRM 2009.

Manakala, penubuhan Panel Penilaian Operasi (PPO) dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPR) dibuat secara pentadbiran. Walau bagaimanapun, usaha memperkasakan SPRM turut dan sedang dilaksanakan khususnya dalam pelantikan Ketua Pesuruhjaya, peruntukan kewangan, jawatankuasa pemantau, penubuhan suruhanjaya perkhidmatan dan tenaga Kerja.

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Minta laluan.

final • 7:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Silakan, Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, saya dengar apa yang disebut berkenaan dengan SPRM dan apa mekanisme yang wujud untuk pastikan bahawa setiap pegawai SPRM melakukan tugas dengan baik untuk tujuan kita mencegah rasuah. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, dalam masa yang sama kita juga lihat dalam Akta SPRM wujudnya beberapa mekanisme untuk kita buat aduan berkenaan dengan apa yang disebut sebagai complaints terhadap pegawai-pegawai SPRM dalam penyiasatan mereka terhadap orang- orang yang tertentu.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri sama ada ataupun tidak kita boleh pertimbangkan untuk mewujudkan satu mekanisme di mana orang yang ada aduan terhadap apa yang dilaksanakan oleh pegawai SPRM semasa siasatan. Mereka ada ruang bebas untuk membawa aduan tersebut dan aduan tersebut dapat dinilai sama ada untuk menentukan sama ada pendakwaan terhadap mereka adalah betul ataupun sekiranya tidak ada pendakwaan bagaimana kita hendak memperbetul keputusan itu.

Ini adalah kerana sekarang kita dapat banyak aduan berkenaan dengan siasatan- siasatan di mana cukup jelas dalam kes-kes tertentu kita dapat lihat bukan sahaja terdapat keadaan-keadaan di mana keterangan yang ada digelapkan ataupun it is suppressed. Juga terdapat keterangan-keterangan yang menunjukkan bahawa siasatan tidak adil dan sebagainya. Ini kita lihat banyak aduan dibuat. Akan tetapi masalahnya aduan-aduan ini dengan izin, *they are left hanging.

So*, bagaimana kita hendak pastikan bahawa semua aduan sedemikian rupa dapat kita kaji supaya memang soal berkenaan dengan keyakinan SPRM itu dapat kita pastikan dalam SPRM melaksanakan tugas mereka untuk cegah rasuah. Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

final • 7:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih, Yang Berhormat Damansara.

final • 7:00 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

[Bangun]

final • 7:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Memang kalau kita lihat dalam bukan sahaja SPRM tetapi semua dengan izin, enforcement agency bukan sahaja SPRM, semua enforcement agency selalunya wujud pertikaian berkenaan dengan sejauh mana laporan yang dibuat, tindakan dilakukan. Dengan izin, follow-up. Kalau juga kita tengok secara perbincangan yang lebih luas ialah apa yang disebut sebagai Whistleblower Act. Mereka yang memberikan laporan; adakah mereka mendapat perlindungan?

Itu sebab dalam perkara ini, saya melihat antara badan yang terbaik untuk kita bincang kalau wujudnya sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas, a Select Committee. Di mana, kita sebagai Ahli-ahli Parlimen boleh membawa isu ini ke tengah untuk dibincang dan kemudian dibawa kepada Tuan Yang di-Pertua untuk menilai sejauh mana – bukan sahaja SPRM tetapi mana-mana enforcement agency dalam negara kita dapat

final • 7:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

melaksanakan tugas mereka secara amanah dan kepada the public demand bahawa adanya transparency dan juga pada saya yang lebih penting adalah akauntabiliti.

final • 7:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

[Bangun]

final • 7:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Saya tidak target pada SPRM sahaja tetapi kepada semua agensi. Silakan.

final • 7:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Terima kasih untuk jawapan itu Yang Berhormat Menteri. Saya juga terima bahawa mungkin Jawatankuasa Pilihan Khas dapat menyelesaikan masalah ini. Akan tetapi masalahnya Yang Berhormat Menteri, kita tidak mahu supaya aduan-aduan ini terhad kepada pertimbangan Ahli-ahli Parlimen sahaja. Ini adalah kerana di luar sana ada ramai daripada rakyat jelata yang juga menghadapi masalah yang sama.

final • 7:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Soal bagaimana mereka juga boleh disalurkan kepada satu mekanisme di mana aduan yang mereka bawak itu dapat ditelitikan dan dalam kes-kes tertentu kita dapat mengesahkan bahawa wujudnya asas dalam aduan yang mereka buat dan tindakan perlu diambil. So, while you want to keep it here, discussion dalam Parlimen itu saya terima saya rasa satu langkah yang baik. Akan tetapi, kita kena juga terima bahawa masalah ini lebih besar. Ramai di luar sana ada masalah dan mereka perlukan satu proses bagaimana perkara ini dapat diutarakan dan diambil tindakan Yang Berhormat Menteri. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri?

final • 7:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat. Pada saya jikalau adanya apa-apa yang boleh dilihat sebagai comparative study enforcement agency dalam negara kita dengan negara-negara luar di mana adanya satu fasa yang mana kalau mereka membuat laporan mereka tidak berpuas hati, adanya follow-up bagi laporan tersebut, mereka boleh kembali pada satu jawatankuasa yang bebas. Mungkin dalam agensi tersebut.

Oleh sebab ini yang dilihat sebagai apa yang disebut sebagai Public Complaints Bureau ataupun kadang-kadang orang sebut sebagai kewujudan ombudsman supayanya ada satu agensi yang betul-betul bebas boleh menerima semua laporan apabila seseorang individu rakyat Malaysia kah bukan rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan agensi-agensi kerajaan. Akan tetapi, saya juga ingin tambah daripada mana Yang Berhormat Damansara menimbulkan.

Pada saya antara masalah yang paling besar bagi agensi penguat kuasa ialah bukan agensi tetapi lebih pada rakyat jelata ialah kefahaman mereka daripada segi undang-undang sama ada mereka boleh pergi balik ke mahkamah untuk menuntut tort of misfeasance sebagai contoh. Ini berlaku dalam beberapa kes yang mana mereka telah dituduh dan didapati tidak bersalah. Mereka saman agensi-agensi penguat kuasa di bawah sifat pegawai-pegawai pendakwa yang mereka melihat sebagai sifat yang tidak bertanggungjawab (misfeasance).

Jadi, mereka mendapat satu compensation dengan izin. Maknanya ini memang wujud tetapi tidak semua orang mempunyai kemampuan untuk menuntut compensation dalam ataupun mendapat seorang peguam bela ke seorang peguam untuk membawa kes mereka. Bukan sesuatu yang mudah. Akan tetapi, bagi saya yang lebih penting ialah pada hari ini agensi-agensi penguat kuasa bukan sahaja SPRM, kita kena balance antara hak rakyat itu supaya rakyat mempunyai awareness programme. Apa yang boleh berlaku apa tidak boleh berlaku. Kalau ditahan pihak berkuasa. Siapa yang mereka boleh panggil. Ini semua yang perlu kita didik sebagai satu apa yang disebut sebagai fair play.

Akan tetapi ini pandangan peribadi saya. Saya bukan Menteri yang bertanggungjawab bagi SPRM tetapi menyeluruh daripada segi pada hari ini saya percaya kalau Ahli-ahli Parlimen memainkan peranan, sentiasa mengkritik, memberikan pandangan dan membawa dalam isu-isu jawatankuasa, saya yakin agensi-agensi dan hari ini saya ingin memaklumkan Tuan Yang di-Pertua sendiri begitu prihatin tentang tanggungjawab jawatankuasa select committee untuk memanggil pegawai-pegawai kerajaan dalam mesyuarat-mesyuarat select committee.

final • 7:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Ini perlu kita lihat dan Tuan Yang di-Pertua sendiri melihat bahawa ini satu perkara yang lebih positif untuk negara kita. Kita berhadapan dengan situasi di mana dalam standing order, peraturan mesyuarat tidak diletak tanggungjawab pada pegawai kerajaan diwajib untuk hadir. Kita sendiri dalam Parlimen yang lebih pada 20 tahun. Tahun ini is ongoing masalah bagi kita sebagai Ahli Parlimen dalam jawatankuasa select committee.

Akan tetapi bagi saya Tuan Yang di-Pertua, memang menyedari dan dia pun memberikan satu positif respons kepada isu ini apabila dibawa. Silakan Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Minta maaf Yang Berhormat Menteri.

Saya tidak mahu mengambil masa yang keterlaluan tetapi saya dengar apa yang disebut and it’s I think the step into the right direction. Adakah kerajaan bersedia untuk menggubal undang-undang supaya semua masyarakat dapat satu jawatankuasa ataupun satu mekanisme sekiranya ada aduan mereka boleh bawa dan aduan itu dapat diperiksa sekiranya ada sebarang asas dalam aduan tersebut tindakan diambil tanpa diperolehi mereka ini untuk melalui proses saman. Tanpa mereka ini perlu untuk proses melantik peguam dan sebagainya.

Ini kerana seperti mana Yang Berhormat Menteri sebut tadi, ramai di luar sana mereka menghadapi masalah ini tetapi mereka tidak ada dana ataupun daya untuk melantik peguam dan melalui proses sivil dan sebagainya dan kepada saya kalau sesuatu yang tidak betul berlaku baik kita hentikannya daripada kita minta orang biarkan ia berlaku kemudian kita ambil tindakan. So, in that context adakah kerajaan bersedia untuk menggubal undang-undang yang memberikan ruang kepada mereka yang menghadapi masalah ini untuk ambil tindakan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat dan sebagai kerajaan hari ini kerajaan Malaysia Madani sudah tentu kita mahu meletakkan satu elemen ihsan kepada rakyat. Ini sesuatu perkara yang penting kerana apabila mereka terlibat dalam agensi penguat kuasa banyak kali terutama sekali bagi saya yang pernah kita Tuan Yang di-Pertua dengan saya dalam jawatankuasa select committee dalam isu wanita dan kanak-kanak.

Kadang-kadang wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa. Itu sebabnya saya ingin respons secara positif bahawa memang sudah tiba masanya untuk kita melihat satu cara yang lebih proaktif untuk memberikan bantuan ini. Insya-Allah saya akan bawa kepada mesyuarat Kabinet dalam isu yang ditimbul. Oleh itu saya rasa masa telah tidak mengizinkan. Jadi...

final • 7:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri. Isu Sulu boleh minta komen.

final • 7:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sulu? Sulu?

final • 7:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ya.

final • 7:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sulu saya akan bagi taklimat khas hari Selasa kepada semua Ahli Parlimen dan saya akan ke Sabah hari Rabu untuk bertemu dengan Ahli-ahli Dewan Negeri dan Menteri-menteri. Ini kerana pada hari Rabu ialah 10 tahun yang berlaku di Lahad Datu.

final • 7:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, saya rasa perlu ada public explanation-lah tentang isu-isu yang kerana isu baru-baru ini aset PETRONAS disita semula. Jadi, dia menjadi satu concern kepada rakyat di mana aset negara terancam. Jadi, saya mohon supaya ada satu update kepada public bukan sekadar Ahli Parlimen tetapi kepada orang-orang awam di luar sana yang ingin tahu dengan perkembangan yang terkini tentang isu Sulu ini. Minta penjelasan.

final • 7:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri Kota Belud. Saya mahu tahu tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut next week Yang Berhormat Menteri ke Sabah untuk mungkin bagi briefing kepada ADUN Sabah. Cuma, bagaimana dengan Ahli Parlimen Sabah pula?

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Taklimat on Tuesday.

final • 7:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Ahli-ahli Parlimen semua Ahli Parlimen Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia semuanya hari Selasa. Ya bah.

[Ketawa]

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri gulung.

final • 7:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Ya, jadi saya pada Sulu itu saya sudah jawab satu sahaja. Memang kita menyedari bahawa yang penting wujudnya satu publisiti kempen. Oleh sebab, kita hendak rakyat Malaysia mengetahui bahawa hak kita diancam oleh lapan orang mereka yang mengaku mereka adalah keturunan dan adik-beradik kepada Sultan Sulu yang mangkat.

Apa yang menjadi paling menarik ialah Singapura baru-baru ini mengeluarkan minggu lepas Channel News Asia membuatkan satu dokumentari tentang apa yang berlaku di Lahad Datu dan kemudian mengikatkannya kepada pewujudan arbitrasi komersial yang dibuat oleh lapan claimants ini sebagai gerakan mereka yang saya sendiri memanggil sebagai commercial piracy, dengan izin. Akan tetapi ingat bagi kita dalam dokumentari oleh Singapura CNA Asia dia sendiri mengaku bahawa mereka adalah rakyat Filipina.

Ini isu kedaulatan. Kalau betul isu kedaulatan kita berlawan dalam mahkamah tentang kedaulatan. Bukan dalam mahkamah commercial arbitration. Jadi, menggugat harta-harta aset negara yang kerana mereka hendak menakutkan rakyat Malaysia dan juga aset. Akan tetapi, ingat ya yang paling penting di sini ialah mereka melihat kalau Malaysia tidak bersatu, kita ini bergolakkan politik, tidak adanya kerajaan yang stabil mereka akan menyerang kita. Itu sebabnya kita kena terima kepada titah tuanku. Kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita akan mentadbir dan membawa kebaikan kepada negara.

[Tepuk] Jadi, kalau kita tidak stabil sebagai kerajaan, mereka akan mengancam aset-aset kita dan ingat bukan sahaja PETRONAS banyak lagi aset kita mereka tengah melihat.

Dengan itu, saya mengucap terima kasih. Saya ada lagi dua orang rakan dari Jabatan Perdana Menteri, dua orang lagi Menteri yang akan menggulung. Jadi, saya akan memberikan semua jawapan bertulis kepada semua Ahli Yang Berhormat yang saya tidak sempat jawab pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong titah tuanku. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama.

final • 7:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam sejahtera Malaysia Madani.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya memulakan ucapan penggulungan ini dengan mengajak seluruh Ahli Yang Berhormat bersama-sama merenung firman Allah SWT dalam surah Al-Imran ayat yang ke-103 [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . Yang bermaksud “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka lalu Allah selamatkan kamu daripada neraka itu Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangannya supaya kamu mendapat petunjuk hidayahnya”.

final • 7:18 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Sebelum saya menjawab pertanyaan-pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, izinkan saya merafakkan sembah menjunjung kasih atas Titah Diraja oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 tahun 2023 pada 13 Februari 2023 yang lalu.

Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, sepanjang tempoh Usul Menjunjung Kasih dan perbahasan Titah Diraja dalam sesi sidang Parlimen di Dewan Rakyat pada kali ini.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 10 Ahli Yang Berhormat telah membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan Hal Ehwal Agama.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit membangkitkan tentang institusi tahfiz negara dan mencadangkan agar kerajaan menyelaras pengurusan tahfiz dalam aspek tadbir urus yang mantap dan berkesan serta menyediakan mekanisme pengiktirafan dan pensijilan bagi para penghafaz Al-Quran.

Sebagai makluman Dewan yang mulia ini, Dasar Pendidikan Tahfiz Negara

(DPTN) meliputi teras dan strategi yang merupakan sebuah dasar yang bersifat menyeluruh dan menjadi rujukan dalam usaha memperkasa pendidikan tahfiz. Lima teras utama ialah:

(i) memantapkan undang-undang dan penguatkuasaan;

(ii) mewujudkan model institusi tahfiz;

(iii) mewujudkan kokurikulum pendidikan tahfiz yang sesuai dengan arus perdana;

(iv) memperkasakan tadbir urus institusi tahfiz dan;

(v) mewujudkan sistem pengiktirafan dan pensijilan bagi institusi tahfiz.

Bagi tujuan penyelarasan pengurusan tahfiz melalui Pelan Tindakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0. JAKIM telah membangunkan garis panduan pengurusan institusi tahfiz pada tahun 2022 hasil perbincangan bersama dengan pihak berkuasa agama negeri, persatuan tahfiz swasta dan agensi kerajaan berkaitan. Ini adalah bertujuan untuk penyelarasan di peringkat negeri. Garis panduan ini dibangunkan dengan sasaran mencapai tujuan membantu pengurus tahfiz meningkatkan kemahiran tadbir urus dengan lebih teratur dan sistematik.

Juga memastikan pengurusan kurikulum dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran akan membentuk hala tuju pendidikan tahfiz yang jelas serta memastikan murid tahfiz diberi pendedahan dan aktif dalam pendidikan kokurikulum di pelbagai peringkat.

Garis panduan ini juga meliputi komponen-komponen berikut iaitu pengurusan dan pentadbiran institusi tahfiz, pengurusan kurikulum, pengurusan hal ehwal murid dan juga pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

Antara aspek-aspek yang diambil kira di dalam garis panduan ini termasuklah pengurusan kewangan, sumber manusia, prasarana, kebajikan murid, kesihatan dan keselamatan.

Dari aspek pengiktirafan pelaksanaan Sijil Tahfiz Malaysia oleh Darul Quran, JAKIM merupakan satu usaha pengiktirafan sijil hafazan para huffaz 30 juzuk. STM adalah terbuka untuk para huffaz yang telah khatam 30 juzuk Al-Quran dengan syarat syahadahnya di perakui oleh madrasah tahfiz masing-masing.

JAKIM telah siap membangun standard pengiktirafan tahfiz Malaysia bagi mengiktiraf institusi dan juga huffaz. Melalui standard ini juga dibuat penambahbaikan berkaitan pelaksanaan Sijil Tahfiz Malaysia.

final • 7:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Pengiktirafan institusi tahfiz akan dinilai berdasarkan tujuh bidang kriteria iaitu yang meliputi aspek:

(i) Kepimpinan Institusi;

(ii) Pengurusan Kokurikulum dan Kokurikulum;

(iii) Hal Ehwal Murid iaitu kemenjadian murid;

(iv) Penilaian murid;

(v) Pengurusan Tenaga Guru (PDP);

(vi) Pengurusan Organisasi;

(vii) Pengurusan Sumber Pendidikan dan penambahbaikan kualiti berterusan.

Standard ini berserta instrumen penilaian juga telah siap dibangunkan pada tahun 2022 dengan kerjasama pihak berkuasa agama negeri. Persatuan tahfiz swasta, institusi pendidikan tinggi awam dan institusi pendidikan tinggi swasta serta agensi kerajaan yang berkaitan.

Program rintis bagi pengiktirafan institusi tahfiz insya-Allah akan dilaksanakan pada tahun ini. Dalam masa yang sama di peringkat negeri juga turut dilaksanakan Program Ithbat Hafazan Al-Quran bertujuan untuk mengiktiraf huffaz yang komited dengan pengekalan hafazan dengan pemberian bayaran insentif sebagai galakan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pengkalan Chepa mencadangkan supaya pendidikan KAFA dibawa masuk ke dalam sistem pendidikan arus perdana serta menggabungkan kurikulum pendidikan Islam dan kurikulum KAFA serta waktu belajar kedua-dua kurikulum tersebut. Kerajaan mengucapkan terima kasih atas cadangan berkenaan.

Walau bagaimanapun perkara ini perlu kepada kajian dan perbincangan lanjut di antara JAKIM, Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak berkuasa agama negeri dan pihak-pihak yang berkepentingan bagi menilai kebolehlaksanaan cadangan ini.

Yang Berhormat Kuala Kedah mencadangkan agar kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa sekolah agama rakyat terpilih sebagai projek rintis bagi pelaksanaan program TVET dan seterusnya menawarkan Sijil Kemahiran Tahap 1 dan Tahap 2.

Kerajaan menyambut baik cadangan untuk mewujudkan program TVET di sekolah agama sah yang pilih sebagai projek rintis. Program TVET telah pun menjadi antara intervensi dasar pendidikan tahfiz negara untuk institusi pendidikan tahfiz swasta di seluruh negara.

Pada masa ini terdapat 30 buah institusi tahfiz yang telah melaksanakan program TVET dan ia boleh diperluas pada Sekolah Agama Rakyat yang lain dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kolej Komuniti, GIATMARA atau beberapa agensi yang berkaitan.

Agensi agama menyahut baik saranan Yang Berhormat Jerai agar tulisan Jawi di martabatkan semula oleh kerajaan. Pihak JAKIM telah melaksanakan polisi 30 peratus penggunaan tulisan Jawi dalam bahan-bahan promosi dan penerbitan JAKIM.

JAKIM juga telah menekankan pemakaian name tag Jawi oleh pegawai-pegawai dan kakitangan JAKIM pada setiap hari Jumaat. JAKIM juga mempunyai pegawai yang telah dilantik sebagai Musyi Jawi oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka.

Munsyi Jawi ini telah membantu jabatan dalam penggunaan tulisan Jawi yang tepat bagi urusan rasmi jabatan.

final • 7:20 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Menteri mohon pencerahan.

final • 7:20 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:20 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bersetuju dengan pemerkasaan tulisan Jawi. Walau bagaimanapun sekarang ini terdapat dua jenis tulisan Jawi, satu Jawi Za’ba, satu lagi Jawi yang dibuat oleh DBP.

Walau bagaimanapun apabila kita lihat kepada makna asal Jawi tersebut apabila penggunaan yang dimaksudkan perkataan tambahan, huruf-huruf tambahan menyebabkan lari daripada makna yang asal.

Jadi sebagai contohnya di Negeri Kelantan sehingga hari ini penggunaan minit mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) masih lagi menggunakan Jawi. Jadi kadang-kadang terdapat kekeliruan untuk penggunaan kita di antara DBP dengan Za’ba.

Jadi adakah pihak kerajaan akan melihat balik kepada penggunaan Jawi yang dibuat oleh DBP agar ia bersesuaian maksud asal? Contohnya perkataan asal bahasa Arab, perkataan “nikmat” contohnya. Apabila digunakan dengan perkataan khaf bukan ain, lari maknanya daripada perkataan asal. Jadi saya mohon pandangan Yang Berhormat Menteri.

final • 7:20 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Insya-Allah saya ingat JAKIM akan melihat, akan menyemak semula dan kita mengharapkan dengan semakan yang dibuat tadi itu kita akan memperbaiki dan melihat kepada Jawi yang boleh ditiru supaya makna sebenar asal tadi itu tidak akan lari.

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Menteri laluan. Isu yang sama berkaitan dengan ejaan yang sepatutnya disebut dalam bahasa Arab, tetapi apabila ditulis dalam tulisan rumi, budak-budak pun dia tidak panggil ‘ridhuan’, dipanggil ‘ridzuan’, patutnya ‘ridhuan’, tetapi disebabkan dieja ‘r-i-d-z-u-a-n’, jadi kanak-kanak sampai kita orang tua pun panggil ‘ridzuan’, ia lari pada makna yang sebenar. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri?

final • 7:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat atas pandangan tersebut, dan saya rasa perkara ini perlu dilihat dan sepertimana yang saya respons kepada Yang Berhormat Tumpat tadi itu, JAKIM akan mengambil inisiatif ini untuk melihat dan- supaya makna sebenar apabila diletak kepada tulisan rumi itu tadi ia tidak mengubah ejaan jawi yang sebenar tadi. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Masalahnya bukan sekadar mengubah makna, menyebut pun ikut ejaan. Itu masalah dia, walaupun dieja ‘r-i-d-z-u-a-n’, tetapi kalau disebut, ‘ridhuan’ okey lagi. Jadi, akibatnya sampai bila- bila pun kita yang sudah dewasa pun terikut-ikut- ‘Perak Darul Ridzuan’, tidak ‘ridhuan’.

final • 7:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Shah Alam pula menyarankan agar Kementerian Komunikasi dan Digital, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk mengambil peranan secara bersepadu dalam mendidik anak bangsa menjayakan rukun hormat negara madani, memupuk kesatuan perpaduan dan kesejahteraan negara.

Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa komited untuk mendidik anak bangsa dalam menjayakan Rukun Hormat yang merupakan salah satu daripada enam rukun Malaysia Madani. Memupuk perpaduan dan kesejahteraan negara melalui pelbagai inisiatif yang digariskan dalam teras strategik Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI) seperti berikut.

Teras yang pertama iaitu pengukuhan institusi keluarga, nilai hormat- menghormati bagi memupuk semangat kesatuan, kejiranan, perpaduan untuk kesejahteraan negara ini sentiasa diterapkan dalam modul yang berkaitan seperti modul keibubapaan, modul pembangunan keluarga Islam dan program pembangunan sosial, modul kesukarelawan dan lain-lain lagi.

final • 7:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Manakala teras yang kedua, pemerkasaan pendidikan agama. Dalam pemerkasaan pendidikan agama, JAKIM sentiasa komited melaksanakan inisiatif bagi menerapkan nilai hormat-menghormati rakyat Madani, memupuk kesatuan, perpaduan dan kesejahteraan negara melalui program pengukuhan Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) dan juga program pembelajaran dan pelajaran di institusi akademi JAKIM seperti Darul Quran, Institut Pengajian dan Dakwah Sabah (IPDAS) dan Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS). Selain itu kurikulum dan silibus kelas Takmir yang dilaksanakan di seluruh negara juga akan menerapkan nilai-nilai positif ini dalam sesi bimbingan dan pengajaran.

Inisiatif dan program bagi memupuk nilai-nilai murni ini juga telah dinyatakan dalam garis panduan pelaksanaan program penghayatan nilai-nilai Islam dalam perkhidmatan awam. Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan pelan dan garis panduan tersebut dibuat melalui program rentas kementerian dan agensi di Peringkat Persekutuan dan negeri.

Mekanisme pelaksanaan program juga bersesuaian dengan situasi dan keperluan semasa sama ada secara bersemuka dalam talian atau dengan mengedarkan infografik dan risalah melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok, WhatsApp, Telegram dan lain-lain lagi...

final • 7:30 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Yang Berhormat Menteri minta laluan Yang Berhormat Menteri.

final • 7:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Ya.

final • 7:30 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Kuala Krau.

final • 7:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Ya Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tadi disebut tentang program rentas kementerian. Apa yang saya dapat tahu, JAKIM membekalkan seorang Pegawai Agama di IPD Polis, cuma saya hendak tahu, adakah penghantaran itu dihantar bersama modul untuk mencapai matlamat penghayatan nilai- nilai murni untuk diserapkan di dalam PDRM. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Yang Berhormat Kuala Krau, memang benarlah ada Pegawai Kader JAKIM yang dihantar di BAKA PDRM dan saya akan dapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan modul yang dibawa. Akan tetapi, pegawai kader tersebut memainkan peranan untuk memberikan tunjuk ajar dan panduan tentang penghayatan Islam semasa berada di BAKA tersebut.

final • 7:30 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih.

final • 7:30 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Minta laluan sedikit, minta penjelasan sedikit Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tentang Pegawai Kader JAKIM yang mana banyak juga ditempatkan di institusi-institusi termasuk di bawah JKM, di bawah Kementerian Pembangunan Wanita yang mana institusi ini kadang-kadang- contoh institusi rumah untuk orang tua hanya ada seorang pegawai JAKIM.

Sedangkan beratus orang penghuni yang memerlukan bimbingan. Jadi, adakah hasrat pihak kerajaan untuk menambah lagi kader-kader pegawai JAKIM ini untuk ditempatkan di institusi-institusi penting terutama di institusi pusat-pusat jagaan di bawah kerajaan untuk membimbing mereka terutama dalam bimbingan agama.

final • 7:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 7:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Satu lagi Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Ya.

final • 7:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Last ya. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat. Dalam kes-kes tertentu, terutama di Sabah dan Sarawak, pengambilan guru-guru takmir yang boleh dimanfaatkan untuk mengajar di

final • 7:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

pedalaman-pedalaman Sabah dan Sarawak kalau boleh direndahkan silibus ataupun sewaktu menghadiri ujian bertulis ataupun temu duga. Sesetengah itu dia boleh mengajar fardu ain, sebab dia pernah mengaji agama.

Akan tetapi, kalau disuruh baca kitab dan sebagainya sewaktu temu duga, banyak tidak lepas. Jadi, untuk membolehkan supaya mereka boleh berkhidmat di pedalaman, saya cadangkan supaya silibus ataupun tatacara temu duga dan ujian bertulis sebagai Guru Takmir itu direndahkan. Sesuai dengan masyarakat di Sabah dan Sarawak. Mereka boleh mengajar fardu ain tetapi kadang-kadang tidak menguasai Jawi. Apatah lagi membaca kitab-kitab Arab. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Saya jawab dahulu Yang Berhormat Rantau Panjang. Untuk makluman, pegawai kader yang ditempatkan di kementerian tersebut adalah perjawatan yang diwujudkan oleh kementerian tersebut.

Jadi, kalau Kementerian Pembangunan Wanita, maknanya perjawatan itu diwujudkan, warannya adalah di bawah kementerian tersebut.

Jadi, dipihak JAKIM kita menyokong cadangan kepada Yang Berhormat tadi itu supaya meramaikan lagi pegawai-pegawai kader ini untuk di tempat-tempat yang lebih strategik untuk menyampaikan. Jadi, dipihak JAKIM kita akan sentiasa menyokong permohonan tersebut.

Manakala berkaitan dengan Yang Berhormat soalan yang berkaitan dengan Guru Takmir tadi di pedalaman Sabah. Saya teringat dengan kata-kata... [Membaca sepotong Hadis] Apabila kita berbicara, kita mengikut kadar kemampuan orang yang kita hendak sampaikan mad’u’ tersebut.

Jadi, saya bersetuju dengan pandangan tersebut. Saya ingat silibus guru-guru Takmir di Sabah dan Sarawak tadi itu boleh kita teliti silibusnya, dan kita akan buat semakan. JAKIM akan buat semakan dan termasuk dari sudut penyampaian khususnya di pedalaman Sabah dan juga Sarawak. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Okey, terima kasih.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, sini. Masa sudah tamat.

final • 7:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Sudah tamat?

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 7:30 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Menteri.

final • 7:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Okey. Saya akan- soalan- soalan yang saya tidak sempat jawab tadi itu akan saya kemukakan jawapan secara bertulis. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Jangan lupa soalan saya, pasal Tabung Haji.

final • 7:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Ya. Terima kasih semua.

final • 7:30 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Tuan Yang di-Pertua, dari Jempol.

final • 7:30 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang penting, jangan jual tanah itu.

final • 7:30 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Jempol Tuan Yang di- Pertua, ada satulah- soalan saya ini penting.

final • 7:30 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri iaitu saya hari itu, minta elaun imam- imam kita ini dinaikkan kepada satu kadar yang munasabahlah. Sekarang ini dibayar RM850 sahaja elaun.

Walhal kalau kita tengok gaji minimum hari ini ialah RM1,500 dan mungkin juga kalau ada cadangan daripada pihak JAKIM jawatan itu kita kontrak dan juga dibagi satu tahap gaji yang minimumlah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:40 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak setuju.

final • 7:40 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Yang Berhormat. Kita akan hantar jawapan bertulis.

final • 7:40 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Kuala Krau menyokong.

final • 7:40 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas).

final • 7:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

*Bismillahi Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam perpaduan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memulakan dengan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, yang telah mengambil bahagian dan telah membahaskan isu-isu yang berkait dengan Jabatan Perdana Menteri, khususnya berkait dengan agensi-agensi di bawah kawal selia saya.

Tuan Yang di-Pertua, mendengar perbahasan Usul Titah Diraja daripada awal ada juga, ramai Ahli-ahli Parlimen kita yang mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih. Jadi saya mohon izin selaku Ahli Parlimen orang baharu, juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada para pengundi di Parlimen Papar yang telah memberikan amanah kepada saya.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Juga kepada Yang Amat Berhormat Tambun, kerana telah memilih dan memberi ruang kepada saya untuk menjadi salah seorang Ahli Jemaah Menteri beliau sebagai menteri yang paling junior nombor 28 tetapi bukanlah paling muda. Yang Berhormat Lembah Pantai dan Yang Berhormat Nibong Tebal jauh lebih muda daripada saya.

Begitu juga saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, yang ramai orang nampaknya ada juga peminat di Dewan ini yang terigau-igau menyebut nama beliau. Yang Berhormat Kakanda Semporna tiada di sini tetapi insya- Allah, saya cuba juga. Kalau dia di luar mungkin sempat masuk ke dalam, tetapi kalau di luar Parlimen bolehlah nanti mendengar beberapa ulasan daripada saya.

Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya isu-isu dan perkara yang dibangkitkan, saya telah letakkan dalam beberapa kluster yang melibatkan tanggungjawab agensi di bawah kawal selia saya. Pertama, berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan yang kedua berkaitan dengan pengurusan bencana. Begitu juga isu-isu lain yang melibatkan hubungan Persekutuan dengan negeri dan perkara- perkara lain yang ramai Ahli Parlimen minat berkaitan dengan akses kepada dana dan peruntukan Ahli Parlimen, berkaitan penjawat awam.

final • 7:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Akhir sekali, isu-isu spesifik berkaitan infra, pengurusan kuarters, penggunaan Bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam dan juga berkaitan inisiatif digital di peringkat perkhidmatan awam. Dalam masa yang terhad ini, saya ingin menjawab mengikut kluster dan bagi soalan-soalan yang tidak sempat dijawab secara spesifik, akan kita jawab secara bertulis.

Pertama, berkaitan dengan isu MA63 yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Ranau dan juga Yang Berhormat Sipitang.

Sebenarnya isu berkaitan dengan MA63 ini di bawah agensi seliaan saya iaitu Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak lebih kepada aspek mengurus (coordination) tentang usaha-usaha untuk kita menyusul perkara ini dan isu-isu spesifik akan diuruskan dan disusul oleh agensi-agensi ataupun kementerian-kementerian yang berkaitan.

Secara ringkasnya Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya mungkin ramai yang tidak sedar pada tahun 2023 ini merupakan 60 tahun penubuhan Persekutuan Malaysia sebenarnya dan Alhamdulillah dalam titah tuanku sendiri secara jelas ada menyebut bahawa, Tuanku bertitah agar isu-isu berkaitan MA63 ini dapat diselesaikan dan ditangani dengan segera.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sebutkan di sini bahawa saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen, semua pemimpin terdahulu khususnya kepada predecessor saya iaitu mendiang Datuk VK Liew dan juga Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili, yang sebenarnya telah membuat kerja-kerja awal yang cukup baik dalam menggariskan asas dalam kita melangkah ke hadapan menangani isu-isu berkaitan dengan MA63.

Sebaik sahaja Kerajaan Perpaduan ditubuhkan, untuk makluman semua pada 5 Januari 2023, dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri, Yang Amat Berhormat Tambun telah memberikan amanah kepada saya dan juga Yang Berhormat Petrajaya, Timbalan Perdana Menteri II, untuk membentangkan dapatan dan juga perkembangan berkaitan dengan isu-isu berkaitan MA63 dalam tempoh 30 hari.

Alhamdulillah pada 4 Februari 2023, kita telah membentangkan Memorandum Jemaah Menteri berhubung perkembangan isu-isu berbangkit berkaitan Perjanjian Malaysia 1963, yang antaranya telah memutuskan untuk menubuhkan Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63, yang mesyuarat pertama telah pun diadakan di Kuching, Sarawak pada 20 Februari 2023 yang lepas.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Tambun dan Jemaah Menteri memutuskan supaya dikukuhkan platform perundingan daripada yang lepas sama ada dalam Jawatankuasa Kabinet, Majlis Khas kepada satu platform yang dinamakan Majlis Tindakan Pelaksanaan. Hal ini kerana kita telah mengadakan siri rundingan secara rasmi sejak tahun 2016.

Sudah tiba masanya agar siri rundingan tersebut diterjemahkan kepada kaedah pelaksanaan melalui Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang disokong oleh dua buah jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Teknikal, dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri II, sementara saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan.

Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada platform-platform rundingan yang lepas, yang dimulakan pada tahun 2016, Jawatankuasa Devolution of Authority dan diteruskan dengan Jawatankuasa Kabinet MA63 dan kemudiannya Majlis Khas MA63. Kita telah mendapati sebanyak 28 isu yang telah dibangkitkan berkaitan MA63. Daripada 28 isu tersebut, 24 isu adalah perkara-perkara, isu-isu yang berkait secara langsung dengan MA63.

Syukur alhamdulillah, setakat ini termasuklah pengumuman-pengumuman yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun, kita telah dapat menyelesaikan lapan isu berbangkit berhubung MA63 dan 16 isu lain adalah masih disusul di peringkat jawatankuasa dan juga respective ministry.

final • 7:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya ingin sebutkan berkaitan dengan MA63 juga bahawa kita telah diberikan mandat supaya menyusul Perkara-perkara 16. Tumpuan adalah kepada isu-isu yang secara langsung terkandung dalam dokumen-dokumen rasmi yang menjadi rujukan kepada MA63 iaitu Perjanjian Malaysia itu sendiri dan juga Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC). Inilah yang akan menjadi fokus untuk kita melangkah ke hadapan menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan MA63.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Keningau dan Yang Berhormat Lubok Antu ada menyebut tentang keperluan diadakan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan perkataan ‘negeri’ kepada ‘wilayah’ bagi negeri Sabah dan Sarawak. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini, perkara pertama yang perlu kita lakukan sebenarnya adalah untuk mendapatkan pendirian rasmi daripada Kerajaan Sabah dan Sarawak. Sama ada kedua-dua kerajaan berpendapat bahawa perlunya diadakan perubahan daripada istilah ‘negeri’ kepada ‘wilayah’ tersebut.

final • 7:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Ia juga perlulah bersandarkan kepada dokumen-dokumen rasmi khususnya IGC dan juga Perjanjian Malaysia 1963. Atas sebab itu kita telah – Yang Amat Berhormat Tambun telah mengarahkan agar Yang Berhormat Petrajaya dan juga saya sendiri untuk mengadakan consultation dengan Kerajaan Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan pendirian rasmi daripada kedua-dua kerajaan dan juga merujuk kepada peguam besar negeri masing-masing tentang pendirian, keperluan untuk kita membuat perubahan. Ini sama ada daripada segi perkataan atau status negeri ataupun wilayah kerana terdapat juga...

Yang Berhormat Menteri, Puncak Borneo minta penjelasan sikit.

final • 7:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Sila.

final • 7:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Saya amat tertarik dengan perkongsian Yang Berhormat Menteri tadi mengenai 24 isu yang telah diketengahkan dan setakat ini cuma lapan yang telah diselesaikan. Sebenarnya kalau kita melihat daripada segi sejarahnya untuk Sabah, kita mempunyai 20 poin dan untuk Sarawak kita mempunyai 18 poin. Kenapa perlunya kita membuat jawatankuasa pelaksana dan juga jawatankuasa teknikal untuk membincangkan perkara ini? It just undo the things that have already been done. So, kita just revert back to the original things that we discussed and agreed in the agreement. Jadi, saya rasa kita terlalu memakan masa yang begitu lama untuk menyelesaikan perkara ini. Kalau perkara ini tidak diikut mengikut original 18 poin dan juga original 20 poin itu bermakna it has adopted MA63. Ini bermakna ia diubahsuai.

Saya ingin penjelasan adakah ini juga akan melambatkan proses-proses ini kerana kita telah berbincang begitu lama dari tahun 2016 sampai ke hari ini dia tidak selesai-selesai. Apabila kerajaan baharu dia juga kata hendak selesai. Kita dah tukar banyak Perdana Menteri tidak selesai juga. So, no need to waste time. Kita cuma laksana sahaja.

[Tepuk] Kita laksana sahaja sebab benda itu dah ada. Everything is there. Terima kasih.

final • 7:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya sebagaimana yang saya maklumkan tadi, sebarang keputusan ataupun rundingan berkaitan dengan MA63, kita perlulah merujuk kepada dokumen-dokumen rasmi bukannya kepada memorandum-memorandum tuntutan yang bukan bersifat rasmi sebagai sebahagian dariꟷ .

Bila berbincang tentang MA63, untuk makluman Yang Berhormat, perkara- perkara dan dokumen-dokumen yang seharusnya menjadi rujukan kita adalah pertama Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kedua, adalah repot jawatankuasa antara kerajaan, IGC, Akta Malaysia 1963 [Akta 26] , Proklamasi Malaysia 1963 dan sumber- sumber lain yang sahih.

Kalau kita merujuk kepada Artikel 8 kepada MA63 tersebut, rujukan dalam Artikel 8 MA63 menyebut tentang Intergovernmental Committee (IGC) dan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi tentang memorandum 20 perkara dan 18 tuntutan dan

final • 7:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

sebagainya bukanlah dokumen yang menjadi sumber rasmi dalam rujukan IGC tersebut.

Itu sebabnya atas semangat...

final • 7:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Menteri, saya minta penjelasan sikit. Saya dah baca content IGC dan saya bandingkan dengan 20 poin yang untuk negeri Sabah dan Sarawak, almost everything is similar. Everything that is mentioned in that point also exists in the IGC. So, sekarang ini kita dah ada IGC. So, kalau kita hendak pinda Perlembagaan, we already have 146 members. We are ready to support. So, kalau kita hendak fast-track untuk mengubah Perlembagaan silakan. Apa yang kita tunggu hendak bincang lagi. In the IGC, it’s already very detailed also. So, saya hendak minta penjelasan apa yang menghalang kita semua ini?

final • 7:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Yang Berhormat, kita bergantung kepada perkara- perkara yang dikemukakan oleh Kerajaan Sabah dan Sarawak. Sebagaimana yang saya maklumkan kepada Yang Berhormat tadi, sebanyak 28 perkara yang telah dimaklumkan, diusulkan dan dituntut oleh kedua-dua kerajaan. Setelah kajian dan rundingan, 24 perkara yang sebenarnya mempunyai kaitan langsung dengan MA63.

Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat dan untuk makluman Yang Berhormat juga, dalam kita melaksanakan tanggungjawab kita untuk menunaikan MA63 ini ada perkara yang boleh dilaksanakan secara pentadbiran dan ada juga yang memerlukan kepada pindaan undang-undang. Saya yakin Yang Berhormat di bawah kepimpinan kerajaan yang pada hari ini sebagaimana hanya dalam tempoh yang singkat, 49 hari daripada 24 perkara yang mempunyai kaitan langsung dengan MA63, dua perkara telah pun diselesaikan.

Kita yakin bahawa dengan platform, dengan kaedah pelaksanaan tersebut dan sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi dengan majoriti sokongan – saya yakin semua Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada di pihak kerajaan ataupun pembangkang mendukung aspirasi dan semangat bahawa sebenarnya MA63 ini bukanlah dokumen yang hanya relevan kepada Sabah dan Sarawak. Namun, MA63 merupakan dokumen yang relevan kepada seluruh warga Malaysia kerana tanpa MA63 Persekutuan Malaysia itu sendiri tidak akan dapat ditubuhkan.

Jadi saya yakin Yang Berhormat walaupun Yang Berhormat sebut tadi kita mula – sebenarnya saya juga share the sentiment. Tahun 2016 hanyalah perundingan rasmi, platform rasmi. Akan tetapi kita bersyukur walaupun pemimpin-pemimpin lama kita telah membangkitkan perkara ini berpuluh-puluh tahun, syukur pada tahun 2016 telah diadakan platform rasmi melalui Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Devolution of Authority diteruskan oleh Jawatankuasa Kabinet, Majlis Khas dan sekarang Majlis Tindakan dengan mod pelaksanaan.

Jadi kita berharap bukan setakat kita di Sarawak, tidak perlu federal bashing tetapi yang penting bagi saya adalah untuk kita memahami dan memahamkan juga rakan-rakan kita di Semenanjung Malaysia bahawa sebenarnya kalau disebut – sebelum ini disebut tentang kontrak sosial, Melayu, Cina dan India, tentang penubuhan Malaysia. Sebenarnya kita melihat kontrak sosial antara Melayu, Cina dan India tersebut bukanlah kontrak sosial penubuhan Malaysia sebenarnya. Itu adalah kontrak sosial Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Apa yang sebenarnya menjadi kontrak sosial bagi Penubuhan Persekutuan Malaysia adalah kontrak sosial di antara wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Saya menyebut kontrak sosial tidak bermakna kita merendahkan status MA63.

MA63 adalah dokumen perjanjian yang sah dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Namun, selain daripada dokumen perundangan, MA63 juga mengikat seluruh rakyat Malaysia secara sosialnya sebagai satu kontrak sosial.

Terima kasih Yang Berhormat. Sama-samalah kita berusaha agar kerajaan dan seluruh Ahli Parlimen bila mana nanti kita membawa apa jua peruntukan undang-undang ke Dewan ini untuk diluluskan atas semangat mendukung federalisme dan juga cinta kita pada tanah air kelak akan mendapat sokongan semua Ahli Yang Berhormat.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan tentang perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Keningau dan juga Yang Berhormat Ranau. Yang Berhormat Keningau tiada

final • 7:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

di Dewan tetapi Yang Berhormat Ranau ada. Ini berkaitan dengan Perkara 112C dan 112D. Ini paling sensitif berkaitan dengan pemberian khas.

Untuk makluman Yang Berhormat sememangnya semenjak Persekutuan Malaysia ditubuhkan, bagi negeri Sarawak hanya sekali semakan telah dibuat walaupun tanggungjawab daripada segi perundangan itu perlu diadakan lima tahun sekali. Untuk Sabah, semakan telah dua kali dibuat pada tahun 2022 tetapi persetujuannya adalah pada peringkat interim.

Sebenarnya tentang perkara ini, pihak yang mempunyai autoriti untuk menjawab adalah Kementerian Kewangan kerana ia melibatkan kewangan Persekutuan. Namun, apa yang ingin saya maklumkan insya-Allah, saya yakin pada tahun ini semakan seterusnya akan dapat dilakukan untuk kedua-dua Sabah dan juga Sarawak. Kita akan dapat memastikan bahawa Sabah dan Sarawak akan dapat pemberian Persekutuan di bawah Perkara 112 dalam jumlah yang jauh lebih tinggi daripada jumlah sedia ada yang telah diterima iaitu RM16 juta bagi Sarawak dan juga tahun lepas semakan yang telah dibuat untuk Sabah sebanyak RM126 juta.

final • 7:50 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Silakan, Yang Berhormat Kota Belud.

final • 8:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Kota Belud ada sebut Perkara 112C dan 112D.

final • 8:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Ya, ada.

final • 8:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Sebelum itu, jadi saya juga ada bangkit dalam perbahasan saya dan saya juga ingin merujuk kepada jawapan lisan yang diberikan kepada saya bertarikh 22 Februari 2023. Pada 22 Februari ini menerangkan bagaimana pembayaran dibuat. Jadi, pemahaman saya, pembayaran dibuat mengikut P.U. (A) 119 2022 yang diumumkan pada 20 Januari 2023.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada dasarnya bersetuju untuk membayar RM260 juta kepada Sabah, RM300 juta pada Sarawak walaupun formulanya belum dimuktamadkan.

So, soalan saya adakah RM260 juta itu telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak? Maksudnya, Kerajaan Persekutuan dan juga Sabah state? Bila ia dijangka untuk diwartakan? Itu soalan nombor satu. Soalan nombor dua, berkenaan formula yang masih belum dimuktamadkan ini, especially untuk Sabah. Apakah asas formulanya? Adakah formula berasaskan Perkara 112C iaitu dua perlima ataupun bersamaan dengan 40 peratus hasil kutipan Sabah daripada Persekutuan akan digunakan?

final • 8:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat adinda saya, Kota Belud. Sebagai mana yang kita melihat daripada laporan akhbar, satu figure baharu disebut RM260 juta untuk Sabah dan RM300 juta untuk Sarawak. Sebenarnya, sebagaimana yang saya maklumkan tadi perkara tersebut seafdal-afdalnya dijawab oleh Kementerian Kewangan Malaysia iaitu agensi yang bertanggungjawab.

Namun, apa yang ingin saya maklumkan Yang Berhormat Kota Belud, jumlah yang ditetapkan, yang disebut sebagaimana juga perintah yang telah dikeluarkan untuk Sabah pada tahun lalu sebanyak RM126 juta tersebut ialah penyelesaian rundingan muafakat dalam bentuk interim. Sekiranya sekarang telah dirundingkan, semangat itu ada dan figure tersebut secara interim. Namun, formula yang disandarkan kepada jumlah tersebut masih dalam peringkat perbincangan akhir di antara ketiga-tiga pihak iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah dan juga Kerajaan Sarawak.

Jadi, saya fikir insya-Allah Yang Berhormat Kota Belud dalam perbahasan bajet nanti bolehlah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan Malaysia untuk menjawab dengan lebih teliti.

Cuma, saya ingin sebutkan di sini ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju dengan penyelesaian interim antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan

final • 8:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Sabah tahun lalu yang telah meningkatkan pemberian khas daripada RM25–RM26 juta yang meningkat 4.7 kali ganda kepada RM125 juta. Ada pihak yang berpendapat bahawa tidak ada istilah interim dalam penyelesaian pemberian khas. Itu satu version, satu pandangan.

Akan tetapi bagi saya yang pertama, sekiranya dapat diselesaikan satu figure baharu pada tahun ini yang insya-Allah saya cukup yakin akan ada peningkatan itu, sendiri akan membuktikan bahawa perintah yang dikeluarkan pada tahun lepas tersebut adalah berbentuk interim. Ini kerana hanya dalam tempoh kurang setahun, satu jumlah baharu telah dipersetujui.

Ini bermakna bahawa kaedah interim yang dikemukakan oleh– melalui perundingan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tersebut tidak akan mengikat rundingan dilakukan dari semasa ke semasa untuk membolehkan satu formula yang diyakini dan dipersetujui oleh ketiga-tiga pihak dapat kita laksanakan pada masa akan datang.

Yang Berhormat Kota Belud, saya ingin sebutkan di sini jugalah kalau kemungkinan Yang Berhormat Kota Belud terlupa sebab ada daripada parti Yang Berhormat menyebut bahawa kenapa kerajaan negeri boleh bersetuju dengan jumlah penyelesaian interim tahun lepas, RM125 juta tersebut yang dianggap membelakangkan kepentingan Sabah.

Saya fikir saya perlu berkongsi. Sebelum penyelesaian pada tahun lepas secara interim tersebut, Kerajaan Negeri Sabah yang dipimpin oleh Kerajaan WARISAN pada tahun 2019 sebenarnya telah bersetuju dengan satu penyelesaian interim pada kadar yang jauh lebih rendah iaitu pada kadar RM50 juta. Saya fikir Yang Berhormat Kota Belud maklum. Jadi, janganlah kita apabila ada persetujuan yang jumlahnya lebih tinggi, jangan kita terlupa bahawa tahun 2019 ada bukti surat-suratnya. Kerajaan WARISAN sebenarnya telah bersetuju dengan peruntukan yang jauh lebih rendah iaitu RM54 juta sebagai penyelesaian interim kepada pemberian khas.

Jadi, saya berharap biarlah kita berlapang dada, biarlah kita berlaku jujur untuk mengetahui bahawa apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Sabah tersebut dan juga formula yang ditawarkan secara interim oleh Kerajaan Persekutuan tersebut adalah untuk kepentingan negeri.

Ini kerana, selagi kita tidak bersetuju dengan pendekatan interim dari tahun 1974 hinggalah tahun 2021, jumlah yang diterima kekal pada kadar hanya RM25 juta.

Bayangkan berapa tahun kita tidak dapat kerana kita tidak bersetuju dengan formula interim, kita tidak dapat pertambahan. Alhamdulillah, apa yang dilakukan oleh Kerajaan Sabah, contohnya dengan peningkatan 4.7 kali ganda tersebut, keseluruhan peruntukan tersebut telah digunakan oleh program kerajaan negeri iaitu pembinaan Rumah Mesra SMJ, 1,500 buah rumah PPRT model negeri Sabah. Pertama kali dalam sejarah Sabah telah dapat dilaksanakan hasil daripada kerjasama Kerajaan Persekutuan yang telah meningkatkan pemberian khas kepada negeri Sabah. Ada lagi?

final • 8:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Sila.

final • 8:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Okey, ini atas semangat bila kita berbahas, pada sayalah. Saya sebagai warga Sabah, orang Kota Belud. Saya tidak melihat politik, even saya bercakap pun saya tidak bercakap fasal parti politik. Saya cakap fasal Sabah sahaja, itu satu.

Sebagai way forward Yang Berhormat Menteri, saya ingin dapatkan pengesahan Yang Berhormat Menteri. Sekiranya warta tahun lepas ini yang di mana RM125.6 juta itu boleh dipinda? Maksud saya, jumlah tersebut itu boleh dipinda. So, since Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun juga ada buat pengumuman sebegitu pada 20 Januari 2023, ya. Kalau kita banding jumlah itu dua kali ganda lebih kuranglah, ya. Adakah ia boleh dipinda? Saya berharap semangat itu juga sebagai Yang Berhormat Menteri sebagai orang Sabah.

final • 8:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Saya sebenarnya sangat bersetuju dengan kenyataan Yang Berhormat Puncak Borneo sebentar tadi. Saya rasa enough with kita punya dung dang dung dang begitu tetapi kita it’s time to execute sebenarnya MA63. Ini saya rasa harapan orang Sabah.

Bukan lagi masa untuk kita bincang formula dan sebagainya. It’s actually time to execute. Saya rasa orang Sabah ternanti-nantikan, sama juga dengan orang Sarawak. Terima kasih.

final • 8:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya yakin kita dapat menambah pemberian khas untuk Sabah dan Sarawak pada tahun ini.

Kementerian Kewangan Malaysia akan umumkan. Saya yakin juga selagi mana tidak ada formula yang dipersetujui secara mutlak di antara ketiga-tiga kerajaan ini, ia adalah dalam bentuk formula interim, persetujuan interim. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, jumlah yang diumumkan tahun lalu RM125 juta dan tahun ini kalau ditambah oleh Sabah, ini bermakna ia merupakan bukti bahawa ia satu penyelesaian interim. Satu formula interim untuk meningkatkan dan way forward sekiranya terdapat formula yang dapat menyelesaikan masalah, kita akan dapat tambahan sebagaimana yang diharapkan. Yang Berhormat, tinggal dua minit lagi. Banyak perkara yang ingin disebut.

Kedua, berkaitan dengan bencana. Berkaitan dengan bencana. Sebenarnya saya membantu Yang Amat Berhormat Bagan Datuk yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bencana di peringkat Pusat. Saya ingin maklumkan, ada aduan daripada Ahli-ahli Parlimen yang menyebut tentang penglibatan Ahli-ahli Parlimen dan juga ADUN merentasi parti dalam usaha kita menyelesaikan, menguruskan bencana di peringkat daerah. Sukacita saya ingin maklumkan bahawa NADMA telah pun diberikan arahan agar melaksanakan segera makluman kepada Pengerusi Jawatankuasa Bencana peringkat negeri dan daerah supaya kesemua Ahli-ahli Parlimen dan juga ADUN dilibatkan dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah dan negeri untuk memastikan...

final • 8:00 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 8:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Untuk memastikan bahawa dalam hal yang berkaitan kepentingan rakyat dan pengurusan bencana, kita tidak mengenal warna politik dan sebagainya tetapi semua dan kita yakin bahawa keterlibatan Ahli Parlimen dan DUN, ADUN-ADUN kita pastinya akan dapat membantu sama-sama dalam kita meringankan beban masyarakat kita yang dilanda masalah.

final • 8:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Mohon penjelasan.

final • 8:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Yang Berhormat, saya teruskan Yang Berhormat.

Satu perkara lagi saya ingin terangkan berkaitan dengan pengurusan bencana di bawah dasar dan mekanisme pengurusan bencana negara bersandarkan kepada Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara.

Kita bergerak melalui three-tier committee, tiga buah jawatankuasa iaitu jawatankuasa pengurusan bencana di peringkat pusat yang diurus setiakan oleh NADMA; jawatankuasa pengurusan bencana peringkat negeri dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri diurus setiakan oleh Angkatan Pertahanan Awam, begitu juga di peringkat daerah; jawatankuasa pengurusan bencana daerah dipengerusikan oleh pegawai daerah dan diurus setiakan oleh APM.

Jadi ada aduan-aduan contohnya daripada – saya kenal Yang Berhormat Rara sahaja ini, Yang Berhormat Bentong is it? Yang Berhormat Bentong, daripada Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Jelebu dan sebagainya tentang bantuan kepada mangsa-mangsa kita. Saya ingin maklumkan kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat bahawa prosedur kita sebenarnya satu, kuasa untuk menentukan sesuatu insiden atau kejadian itu sebagai bencana adalah kepada pengerusi jawatankuasa bencana di peringkat daerah, pegawai daerah dan ahli jawatankuasa yang Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian akan menjadi ahlinya kelak.

Sekiranya berlaku sesuatu kejadian, apabila diisytiharkan sebagai bencana barulah kita di NADMA akan boleh terlibat, barulah Kumpulan Wang Amanah Bencana

final • 8:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Negara tersebut boleh digunakan. Sekiranya tidak diisytiharkan sebagai suatu bencana, bantuan-bantuan masih menggunakan respective agency yang sedia ada contohnya Jabatan Kebajikan Masyarakat. Yang Berhormat Timbalan Menteri ada di sini dan juga agensi-agensi yang lain. Jadi, jika terdapat sebarang aduan, bolehlah merujuk – sekarang sudah duduk pun sebagai ahli jawatankuasa kepada pengerusi jawatankuasa bencana di peringkat daerah. Sekiranya tidak selesai dan memerlukan bantuan, insya-Allah saya bersama Yang Berhormat Bagan Datuk boleh kemukakan aduan, kita boleh membantu untuk merujuk kepada jawatankuasa bencana di peringkat negeri dan juga daerah.

Yang Berhormat, saya fikir satu perkara lagi sebelum...

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 8:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Mohon izin -paling diminati ramai adalah berkaitan dengan peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen. Saya sudah menjawab di Dewan yang mulia ini mewakili Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga JPM bahawa kerajaan sentiasa terbuka untuk mempertimbangkan permohonan

final • 8:10 PM

[Dewan riuh]

Datuk Armizan bin Mohd Ali

sama ada yang memohon...

final • 8:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Pertimbang terus lulus.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Timbang sampai bila?

final • 8:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Esok, esok bajet...

final • 8:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Berapa kali timbanglah?

final • 8:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Sama ada yang memohon untuk ditingkatkan ataupun yang belum dapat lagi. Cuma ada laporan media dan juga wakil-wakil rakyat kita yang mungkin sedikit keliru dengan jawapan saya. Saya tidak menyebut bahawa setiap permohonan itu melalui ketua-ketua whip. Apa yang saya maksudkan bagi yang belum dapat bolehlah guna ketua whip untuk berbincang dengan kepimpinan kerajaan sebab maklum kita belum ada lagi Akta Perkhidmatan Parlimen.

Saya mendengar perbahasan daripada Yang Amat Berhormat Gombak, keperluan untuk menubuhkan Akta Perkhidmatan Parlimen yang saya amat setuju. Kalau ada akta itu selesai segala masalah kita, tidak perlu minta-minta.

Akan tetapi setakat ini, masih lagi budi bicara orang yang punya peruntukan.

Nama pun Peruntukan Khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Perdana Menteri ini juga manusia. Jadi apabila kita minta budi bicara dia, kenalah berunding. Itu yang saya sebutkan ketua-ketua whip rundinglah baik-baik dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, insya-Allah beberapa bulan ini kita dapat menyelesaikan fiskal kewangan negara maka insya-Allah peruntukan juga akan boleh disalurkan kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira mana-mana parti politik.

Apa yang paling penting, setakat ini Yang Berhormat sekiranya ada keperluan walaupun belum ada peruntukan itu, bolehlah menggunakan program-program dan peruntukan sedia ada merentasi semua kementerian. Ada JPD, Program Ameniti Sosial

(PAMS) di Kementerian Kemajuan Desa, ada BP 01 di Kementerian Kerajaan Tempatan boleh juga memohon peruntukan-peruntukan tersebut.

Namun, sebagai salah seorang Ahli Parlimen, Yang Berhormat Julau ada sebut keperluan di Sabah Sarawak jauh lebih besar. Saya juga sebenarnya berkongsi sentimen itu. Insya-Allah sama-sama kita doa agar peruntukan Ahli-ahli Parlimen ini bukan hanya diberikan tetapi dapat ditingkatkan. Pra syaratnya kita kena pastikan kerajaan stabil, apabila kerajaan stabil kita dapat menguruskan kewangan negara dengan lebih baik [Tepuk] dan insya-Allah peruntukan itu akan dapat disalurkan.

Akhir sekali Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ada juga disebut tentang hubungan Persekutuan dan juga negeri. Contohnya Yang Berhormat Pokok Sena yang saya fikir insya-Allah Kerajaan Persekutuan sentiasa komited menjunjung sistem federalisme kita dan segala hubungan itu akan bersandarkan kepada peruntukan undang- undang khususnya kepada Perlembagaan Persekutuan. Disentuh tentang apa perlunya penubuhan pejabat-pejabat perhubungan negeri walaupun ada pejabat perhubungan negeri tetapi akhirnya insya-Allah sebagaimana yang kita maklum bahawa dalam Majlis

final • 8:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Tindakan Pembangunan Negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri juga merupakan pengerusi bersama dalam Majlis Tindakan Pembangunan Negeri.

Jadi, kalau ada persepsi bahawa kerajaan negeri tertentu tidak dilibatkan tidak betul, insya-Allah kerajaan kita pun baru mula peringkat Persekutuan. Arahan pun telah dikemukakan, telah diturunkan melalui Majlis Tindakan Pembangunan Negara bahawa semua ADUN, semua Ahli Parlimen akan dilibatkan dalam mesyuarat majlis tindakan di peringkat daerah. Ini keterbukaan Kerajaan Perpaduan kita yang telah memberikan arahan bahawa semua wakil-wakil rakyat kita tanpa mengira parti akan duduk sebagai ahli dalam Majlis Tindakan Pembangunan Daerah.

Disebut juga ada yang menyebut – saya fikir perlu juga saya sentuh...

final • 8:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Yang Berhormat Menteri, sedikit boleh?

final • 8:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Habis masa. Nanti sahaja.

final • 8:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Sedikit sahaja, sedikit sahaja.

final • 8:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Kita PM tepi boleh ya Yang Berhormat selepas ini.

Belum solat Maghrib lagi Yang Berhormat.

final • 8:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Sebut solat Maghrib okeylah.

final • 8:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Minta maaf Yang Berhormat. Ada disentuh juga contohnya oleh kakanda saya Yang Berhormat Semporna yang menyentuh di Dewan ini tentang kesahihan pelantikan Ketua Menteri Sabah di bawah perlembagaan negeri, Artikel 6(7) disebut. Jadi bagi saya perkara tersebut adalah hak mutlak bersandarkan kepada peruntukan negeri bukan tanggungjawab Dewan Rakyat, ini untuk membuat interpretasi kepada perlembagaan negeri. Kalau ada perkara berbangkit, silalah kemukakan – mungkin ajukan kepada sistem kehakiman negara dan bukannya kepada Dewan Rakyat untuk diberikan kuasa untuk membuat interpretasi tentang apa juga peruntukan undang- undang khususnya yang melibatkan perlembagaan mana-mana negeri sekalipun.

Disentuh juga adinda saya Yang Berhormat Kota Belud tentang Kerajaan Perpaduan, memang kita perlu berpadu tetapi kena lihat latar belakang bagaimana Kerajaan Perpaduan di peringkat nasional Persekutuan ini dibentuk. Tiada kerajaan dibentuk melalui perpaduan tetapi di Sabah Yang Berhormat, kerajaannya sudah sedia ada jadi ia ada model perpaduan sendiri. Bagi saya, kalau kita cuba membawa Putrajaya, biarlah diselesaikan atas platform politik parti-parti politik, jangan kita bawa Putrajaya kerana tidak manis nanti rakyat nampak dan boleh disifatkan Kerajaan Persekutuan cuba campur tangan dengan hal ehwal hak mutlak ADUN-ADUN di peringkat Dewan dan negeri.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, masa pun tamat, Maghrib pun belum. Kepada yang belum dijawab insya-Allah dengan serta merta kita akan menjawab melalui secara lisan.

final • 8:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Akhir sekali, saya menggulung yang terakhir bagi pihak kerajaan, bagi pihak Jabatan Perdana Menteri. Sebagaimana yang kita sedia makluman yang dititahkan oleh Tuanku bahawa sesi ini- Tuanku ada menyebut dalam Titah Tuanku bahawa ini merupakan kali terakhir Tuanku berangkat dan mencemar duli. Bagi mewakili sahabat- sahabat sekalian dan saya secara peribadi ingin membacakan dua rangkap pantun khusus ditujukan pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

*Masak tempoyak si ikan patin, Kegemaran Tuanku sebagai juadah; Bersifat pengasih, berjiwa prihatin, Raja dan rakyat tiada berpisah.

[Tepuk]*

final • 8:20 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

*Dari Pekan membawa duku, Singgah berehat tepian sumur; Menjunjung kasih daulat Tuanku, Negara berdaulat bertambah makmur.

[Tepuk]* Saya penuh yakin dan percaya bahawa seluruh dan seisi Dewan yang mulia ini akan terus mendoakan kesejahteraan Kebawah Duli Tuanku, Tuanku Permaisuri, seluruh kerabat dan keluarga yang tercinta.

Akhir kata, Tuanku juga ada menyebut bahawa Tuanku berhasrat untuk mencemar duli melalui Program Kembara Agong merentasi Lebuhraya Pan Borneo ke Sabah dan Sarawak. Rakyat kita di Sabah dan Sarawak pastinya ternanti-nanti keberangkatan Tuanku melalui program tersebut dan saya di Dewan yang mulia ini berharap agar Papar akan menjadi salah satu- destinasi dalam Kembara Agong yang akan dilaksanakan pada bulan September yang akan datang. Dengan itu, saya mohon menyokong Usul Titah Menjunjung Kasih. Terima kasih.

final • 8:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Alhamdulillah selesai sudah jawapan daripada Yang Berhormat Menteri-menteri.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Yang Berhormat dari Titiwangsa itu hendaklah disetujukan.

*[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Diputuskan, “Bahawa suatu ucapan yang tidak seperti dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertuan dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Kelima Belas.”]*

final • 8:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 4 petang, hari Jumaat, 24 Februari 2023. Esok hari bajet.

Jadi, saya mohon semua, kod pakaian sama ada boleh pakai baju Melayu, samping dan bersongkok ataupun suit sama ada tali leher atau tanpa tali leher. Jangan pakai batik, ya.

Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan kita jumpa esok.

final • 8:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.23 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026