Feb222023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun [Port Dickson] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah ada perancangan bagi menghubungkan jaringan lebuh raya antara Lembah Klang dengan Bandaraya Seremban dan bandar-bandar utama lain di Negeri Sembilan seperti Port Dickson, Tampin, Rembau, Jempol dan Gemas.

final • 10:00 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ya, terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ahli Parlimen Port Dickson yang bertanya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian ini telah menerbitkan Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya Tahun 2030 atau Highway Network Development Plan 2030 yang bertujuan untuk mengenal pasti keperluan pembangunan jaringan jalan raya di Semenanjung Malaysia bagi meningkatkan saling hubungan yang akan menyokong pembangunan ekonomi negara.

Yang Berhormat, bagi perancangan perhubungan jalan raya dan lebuh raya antara Lembah Klang dan bandar-bandar di Negeri Sembilan, HNDP 2030 telah mengenal pasti beberapa rancangan projek seperti berikut:

(i) Satu, Lebuhraya Pantai Barat atau West Coast Expressway

(WCE) Jajaran Selatan.

(ii) Kedua, Jalan Baharu Broga ke Simpang Pelangai.

(iii) Ketiga, Lebuhraya SKLIA, Senawang ke KLIA ke Salak Tinggi.

HNDP 2030 turut mengenal pasti rancangan projek yang menghubungkan bandar-bandar dalam Negeri Sembilan seperti berikut:

(i) Jalan Baharu Persimpangan Hulu Klang ke Kampung Sungai Daun FT86;

(ii) Jalan Pintas Kuala Pilah;

(iii) Jalan Lingkaran Luar Seremban atau Seremban Outer Ring Road.

Susulan itu, HNDP 2030 boleh dijadikan rujukan utama semua kementerian, agensi pusat dan kerajaan negeri untuk perancangan boleh ataupun perancangan projek pembangunan rangkaian jalan raya sehingga tahun 2030. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Port Dickson.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Soalan tambahan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri. Umum mengetahui, setiap hujung minggu dari hari Jumaat hingga Ahad, Lebuhraya PLUS sepanjang laluan utara dan Tol Sungai Besi Kuala Lumpur ke Selatan, kedua-dua arah akan menghadapi kesesakan tanpa mengambil kira hari perayaan.

Jadi, mohon Yang Amat Berhormat Menteri Kerja Raya nyatakan tindakan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas yang semakin serius di kawasan ini dan juga apakah status laluan alternatif yang menghubungkan Lebuhraya LEKAS-Paroi ke Persimpangan PLUS Senawang? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat untuk soalan. Ada dua soalan nampaknya. Kesesakan di Plaza Tol ini kebiasaannya berlaku di waktu puncak, bagi petang dan pagi. Disebabkan jumlah trafik yang banyak untuk menuju ke luar dari pusat bandar dan pertembungan trafik dari beberapa arah seperti ke arah Cheras, Shah Alam yang memasuki Lebuhraya PLUS untuk ke pusat bandar telah menyumbang kesesakan sehingga menghampiri Plaza Tol Sungai Besi.

Untuk makluman Yang Berhormat, saya telah mengumumkan penambahan 12 lorong RFID di Lebuhraya PLUS. Salah satunya adalah termasuk di Plaza Tol Sungai Besi. Ini sebagai permulaan, pilot project ya. Selain itu, kutipan tol secara berlapis juga akan dilaksanakan apabila diperlukan, bagi mengurangkan kesesakan di plaza tol dan di Plaza Tol Sungai Besi juga.

Selaras dengan perkembangan ekonomi dan pertambahan jumlah trafik dari semasa ke semasa, tindakan proaktif secara berterusan akan diambil oleh pihak syarikat konsesi bagi mengurangkan kesesakan di kawasan berkenaan. Jadi, untuk soalan yang kedua tadi, soalan tambahan kedua, sememangnya terdapat perancangan untuk menghubungkan Lebuhraya LEKAS antara Paroi ke Senawang di Lebuhraya PLUS.

Kelulusan prinsip bagi cadangan Projek Paroi-Senawang Link (PSL) telah diberikan kepada syarikat pencadang pada 6 September 2022, selama enam bulan bermula September 2022 sehingga 28 Mac 2023.

final • 10:00 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Jadi, jajaran PSL secara struktur jejambat ataupun elevated ini dirangka agar dapat memberikan laluan terus antara Lebuhraya LEKAS dengan Lebuhraya PLUS sebagai hubungan antara dua jajaran utama lebuh raya serta melengkapkan sistem jaringan lebuh raya.

Manakala bagi cadangan projek Senawang ke KLIA (SKLIA) pula, kelulusan prinsip telah diberikan pada 6 September 2022 selama 18 bulan bermula Julai 2022 sehingga 28 Januari 2024. Jadi, cadangan projek SKLIA ini akan menjadi laluan alternatif pada Lebuhraya PLUS sedia ada untuk trafik ke arah barat Lembah Klang, khususnya ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) tanpa perlu melalui Lebuhraya ELITE. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan tambahan kedua..

final • 10:10 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Soalan tambahan.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 10:10 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat kesesakan biasanya berlaku di kawasan tol. Sebagai contoh, di Pantai Timur. Kita terpaksa bayar tol di Gombak. Kena bayar tol pula di Karak.

Kemudian kena bayar sekali lagi tol di exit- keluar. Apakah pihak kerajaan tidak bercadang untuk memudahkan sistem supaya hanya sewaktu keluar dan waktu masuk sahaja pembayaran? Tidak ada tol-tol yang- beberapa tol di pertengahan jalan yang menambahkan kesesakan pada musim-musim perayaan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Yang Berhormat menyatakan, musim-musim perayaan atau sepanjang masa? Jadi, memang ini telah kami ambil perhatian di kementerian dan di agensi juga, LLM. Kita melihat- pernah juga pandangan yang sama diajukan kepada kami. Kami telah meneliti, bagaimana- sepertimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi.

Jadi, masa perayaan ini memang kita mempermudah lagi. Selalunya kita mudahkan. Kadang kala, kita buat tol percuma untuk masa perayaan. Itu pun kita akan buat- pernah kita buat selama ini, Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Soalan. Soalan tambahan.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 10:10 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor dua.

final • 10:10 AM

2. Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, status terkini program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang dilaksanakan sebelum ini.

final • 10:10 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kubang Kerian itu bertanya memang ada padi di kawasan Kubang Kerian terutama di Salor dan di Kaduk.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran padi dan beras negara, Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) telah diperkenalkan oleh kerajaan pada Februari 2021, dengan sasaran pelaksanaan program seluas 150,000 ekar. Akan tetapi sekarang yang dapat diusahakan hanya baharu 11,000 ekar, dengan purata pengeluaran hasil sebanyak tujuh tan.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat dan Parlimen kita, jikalau semua kawasan sawah padi dapat mengeluarkan enam tan perhektar, kita boleh mencapai SSL, iaitu kita sudah sampai ke peringkat boleh kecukupan tanpa perlu mengimport dari luar negara.

Tahap kita sekarang masih berada di tahap di sekitar belum sampai ke tahap self- sufficient. Sehingga kini, program SMART SBB telah melaksanakan- melibatkan kerjasama 27 buah syarikat peneraju yang terdiri daripada pelbagai Syarikat Berkaitan Kerajaan

(GLC), Koperasi Pesawah dan syarikat-syarikat swasta dengan keluasan lebih 11,000 ekar- hektar di seluruh negara melibatkan 5,000 ribu orang peserta program.

Dengan sambutan para pesawah yang semakin memberangsangkan dan peningkatan hasil diperoleh pesawah sehingga mencapai 180 peratus. Ini jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan program ini berada pada landasan yang betul, dan mampu mencapai kesemua sasaran yang telah digariskan. Oleh sebab itulah kalau kita pergi kepada smart farming ini, dalam segala bidang termasuk SMART SBB ini, dalam jangka panjang kita akan berusaha untuk mencapai kecukupan SSL beras bagi Malaysia ini.

Inilah usaha yang dibuat dan terutama sekali- standard pencapaian hasil. Kalau di sama ratakan seperti yang berlaku di Sekinchan, maka kita akan sampai kepada SSL.

Bukan mengambil masa tahun depan dan sebagainya, tetapi beberapa tahun yang akan datang. Perubahan bentuk baja dan sebagainya perlu diusahakan setiap waktu terutama baja yang berbentuk organik yang sekarang diperkenalkan, yang digunakan untuk menambahkan hasil nyata yang kita lihat berlaku sekarang ini.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan tambahan, Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 10:10 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih atas jawapan yang diberi. Saya ingin mendapat penjelasan.

final • 10:10 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Pada tahun 2022, sebanyak 19 buah syarikat peneraju telah pun menandatangani MoU dengan kerajaan negeri termasuk Lembaga Zakat Negeri Kedah yang mensasarkan pembangunan asnaf negeri Kedah. Soalan saya, adakah kerajaan negeri- pihak kerajaan juga berhasrat untuk mengadakan kerjasama dengan lembaga zakat negeri-negeri lain?

Saya perlukan data yang lengkap. Ini boleh jawapan bertulis tentang jumlah keluasan projek ini di setiap negeri dan bilangan peserta di setiap negeri? Pecahan mengikut negeri. Ini boleh diberi dalam bentuk data bertulis. Tidak apa.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Mana-mana agensi GLC yang hendak terlibat terutama menyediakan dana amat dialu-alukan. Sekarang ini yang saya sebut tadi hanya baharu peringkat ini- baharulah kita hendak kepada 150,000 hektar, yang baharu kita jalankan 11,000 hektar. Kalau agensi zakat mana-mana negeri untuk terlibat sebagai badan yang boleh membiayai, maka kita alu-alukan. Termasuk di Kelantan.

Di negeri Kelantan, program SMART SBB sedang dilaksanakan di kawasan 138 hektar di Pasir Puteh. Akan tetapi di sini hasilnya belum lagi tinggi seperti di tempat lain.

Hanya mencapai di sekitar 3.1 tan yang perlu kita tingkatkan lagi daripada semasa ke semasa. Barangkali pemulihan jenis tanah dan sebagainya perlu dilihat di Pasir Puteh ini yang telah memulakan soal SMART SBB ini.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan tambahan kedua. Silakan.

final • 10:10 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Sri Gading. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya berkaitan dengan, apakah jaminan program SMART SBB ini menjaga kepentingan hak pesawah-pesawah kecil? Bagaimanakah ia membantu untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti bagi menyumbang kepada keterjaminan makanan negara? Itu soalan saya. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Petani-petani yang sanggup terlibat dalam program ini akan terlibat sama dalam pengurusan dan sebagainya. Oleh sebab itu hak- hak mereka terjamin di sini. Para petani yang terlibat dalam program SBB SMART ini, mereka pada masa akan datang mungkin tidak boleh membuat kerja-kerja yang lain lagi.

Oleh sebab kita sedang meneroka sekarang ini. Misalnya, di Indonesia telah diperkenalkan padi yang hanya 65 hari.

Kalau 65 hari daripada tanam sampai tuai, seseorang petani dan syarikat itu tidak boleh buat kerja lain melainkan menumpu kepada padi itu. Ini kerana kita tahu kalau dia terlibat 65 hari, maka boleh diusahakan lima kali dalam masa dua tahun. Kalau tiga bulan hasil daripada tanam sampai tuai itu dua bulan setengah- 65 hari, maka kita akan lihat tumpuan seorang pesawah itu yang akan menjadi pekerja dan petugas kepada SMART SBB.

Ini yang kita sedang buat perubahan yang telah dimulakan oleh pemerintah sebelum ini pada tahun 2021. Kita akan sambung dan memperbaikinya terutama di sudut pemulihan tanah, benih dan sebagainya. Kita harap satu ketika- tidak lama sangat lah, Malaysia akan mencapai tahap SSL dalam beras negara ini. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Soalan tambahan Yang di-Pertua, boleh Batang Lupar?

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Lim Guan Eng, Bagan.

final • 10:20 AM

3. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Kewangan menyatakan sebab utama pengukuhan nilai mata wang Ringgit selepas Kerajaan Perpaduan ditubuhkan dengan mata wang asing seperti Dollar US, Singapura dan Rupiah Indonesia serta kesan ke atas ekonomi dan inflasi negara.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong

Minta izin menurun lukah, Masuk keli memancar warna, Minta izin membuka langkah, Jawab soalan nombor tiga. Saya rasa bangga juga sebab dapat— ini soalan pertama saya dan saya dapat jawab bekas Menteri Kewangan kita. Tuan Yang di-Pertua, terdapat beberapa sebab utama atau faktor utama yang menyumbang kepada pengukuhan nilai Ringgit sejak tertubuhnya Kerajaan Perpaduan pada 24 November 2022 sehingga kini, iaitu tarikh terakhir 17 Februari 2023. Antaranya pemulihan sentimen pasaran di peringkat global dan pemulihan keyakinan pelabur terhadap Malaysia selari dengan kestabilan politik, berikutan tertubuhnya Kerajaan Perpaduan.

Berhubung dengan Dolar Amerika Syarikat pula, Ringgit telah mencatat pengukuhan sebanyak lebih kurang 3.2 peratus sejak 24 November sehingga 17 Februari yang lalu. Secara amnya perkembangan ini juga dipengaruhi oleh faktor penyederhanaan dalam kekuatan Dolar Amerika Syarikat. Ini berikutan jangkaan pasaran bahawa bank pusat Amerika Syarikat akan menaikkan kadar faedah secara lebih perlahan bagi menangani risiko inflasi di Amerika Syarikat yang kini telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan berterusan. Perkembangan ini juga telah menyebabkan pengukuhan nilai mata wang utama dan serantau.

Prestasi Ringgit turut mendapat kesan positif Tuan Yang di-Pertua, daripada berita pembukaan sempadan negara China pada 8 Januari 2023 yang telah diumumkan sejak pertengahan bulan Disember yang lalu. Sudah tentu berita tersebut telah menyumbang kepada prospek pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.

Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini, dalam tempoh ini meskipun terdapat kejutan luaran yang besar, namun Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berkembang sebanyak tujuh peratus pada suku keempat 2022 dan seterusnya 8.7 peratus bagi keseluruhan tahun 2022.

Sementara itu, kadar inflasi pada bulan Disember 2022 telah menyederhana kepada 3.8 peratus berbanding empat peratus pada bulan November 2022. Kadar inflasi bagi suku keempat tahun lepas juga secara keseluruhannya menyederhana kepada 3.9 peratus berbanding 4.5 peratus pada suku sebelum itu. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan dan saya hendak mengucapkan tahniah kepada beliau dan juga Kerajaan Perpaduan atas kejayaan nilai mata wang Ringgit dapat menjadi lebih kukuh dalam satu tempoh yang singkat pada awal- awal pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Nilai mata wang Ringgit telah pun bertambah lebih baik sebanyak lebih 10 peratus. Sekarang adalah pada nilai RM4.43 dan tetapi apa yang lebih penting ialah bahawa keyakinan yang kita lihat, saya yakin dapat mengukuhkan nilai mata wang Ringgit bukan sahaja berbanding dengan USD tetapi juga dengan nilai mata wang Ringgit lain.

Akan tetapi pada masa yang sama, di sini saya hendak tanya, apakah usaha untuk kita mengurangkan kebergantungan kepada USD? Contohnya pada kita lihat dari segi rakan perdagangan yang paling utama bukanlah Amerika Syarikat sekarang tetapi adalah negara China. Bolehkah kita membenarkan dengan izin, full convertibility di antara Renminbi, Yuan dengan Ringgit Malaysia supaya kita boleh terus menjalankan itu transaksi secara langsung yang akan menjimatkan kos-kos transaksi?

Pada masa yang sama, apakah kedudukan dan status rizab Bank Negara?

Adalah ia akan digunakan pada masa depan untuk memastikan bahawa nilai mata wang ringgit dapat dipertahankan? Sejauh manakah rizab telah pun digunakan untuk usaha ini?

Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih Yang Berhormat Bagan, saya jawab soalan. Ada dua soalan sebenarnya, satu soalan tentang keterbukaan ekonomi kita dan keterdedahan, our exposure to the fluctuation of the USD. Dalam aspek itu saya ingin— saya suka hati menjawab bahawa negara kita memang berada dalam keadaan mengamalkan ekonomi terbuka dan kita sentiasa mempunyai hubungan dua hala yang baik sama ada dengan Amerika Syarikat atau pun dengan China serta negara-negara di dunia. Justeru itu, kira sudah tentu akan terus mengadakan kedua-dua hubungan dua hala yang baik tersebut bagi mengukuhkan kedudukan, bukan sahaja kedudukan perdagangan tetapi juga kedudukan mata wang Ringgit Malaysia.

Soalan kedua ialah tentang intervensi pertukaran wang asing secara dua hala.

Saya boleh menjawab di sini bahawa ini merupakan antara instrumen yang digunakan oleh Bank Negara untuk menstabilkan Ringgit Malaysia ketika berlaku tekanan di pasaran.

Kalau boleh saya minta pegawai skuad supaya memberikan maklumat lanjut tentang penggunaan intervensi pertukaran asing dua hala ini kepada Yang Berhormat Bagan untuk menjawab soalan beliau dengan lebih detailed lagi. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih, kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya menyokong cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan. Cuma saya hendak tahu, apakah status usaha kerajaan terdahulu pada tahun 2014 untuk mewujudkan Yuan clearing house dengan izin untuk membantu negara kita converted our Ringgit directly to Yuan dengan izin, tanpa melalui pertukaran mata wang asing Ringgit kepada Dolar dulu. Ini banyak membantu perdagangan bilateral antara China dengan Malaysia. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih Yang Berhormat Machang atas soalan tadi.

Malaysia memang sentiasa dalam perbincangan dan akan meneruskan perbincangan tersebut seperti yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Bagan iaitu untuk tujuan kita mengurangkan pendedahan kita kepada perubahan yang tidak menentu di pasaran pertukaran wang dunia terutamanya kepada Dolar Amerika Syarikat. Jadi, dalam itu saya boleh menyatakan bahawa kita akan terus berusaha supaya kita membuka lebih lagi ruang kepada mata wang kita untuk dijadikan satu mata wang yang boleh berfungsi dengan lebih baik dalam ekonomi dunia. Terima kasih.

final • 10:20 AM

4. Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan status terkini Program Skuad WAJA dan apakah perancangan pihak kementerian bagi memperkasakan lagi program tersebut pada masa akan datang.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Membaca selawat] Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa komited dalam memastikan Skuad WAJA terus kekal relevan dan berkesan dalam membantu komuniti dengan mengadakan beberapa siri perbincangan bengkel dan penambahbaikan dari semasa ke semasa menerusi pendekatan secara kerjasama strategik yang melibatkan sektor awam, sektor swasta dan badan-badan bukan kerajaan.

Skuad WAJA merupakan sukarelawan di peringkat komuniti bertujuan memperkasakan komuniti melalui program bimbingan psikososial dan aktiviti dalam komuniti khususnya wanita bagi meningkatkan kesedaran tentang isu-isu jenayah.

Sehingga 31 Disember 2022 terdapat seramai 328,585 orang ahli Skuad WAJA di seluruh negara melibatkan 253,973 orang wanita ataupun 77.3 peratus dan 74,585 orang lelaki, 22.7 peratus.

Antara aktiviti pembangunan kapasiti yang telah diberikan kepada Skuad WAJA ialah modul satu, yang melibatkan bimbingan kemahiran sokongan psikososial iaitu empathy, attention, response and support (E.A.R.S) dan penyaluran maklumat berkaitan isu-isu keganasan dan jenayah terhadap wanita sepertimana gangguan seksual, jenayah siber, keldai dadah, pemerdagangan manusia, rogol, cabul dan keganasan rumah tangga.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

Dalam usaha untuk memperkasakan Skuad WAJA, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Wanita telah membangunkan modul Skuad WAJA 2.0. Bermula tahun 2023, Skuad WAJA ini akan menggunakan modul ini bagi meningkatkan kompetensi Skuad WAJA dalam membantu mereka yang memerlukan.

Modul Skuad WAJA 2.0 ini merangkumi kemahiran bantuan awal psikologi ataupun psychological first aid (PFA) dan psikospiritual iaitu konsep terapi yang mengintegrasikan unsur psikologi dan kerohanian sepertimana contohnya terapi syukur, terapi sabar dan juga terapi harapan serta keredaan. Perancangan pemerkasaan Skuad WAJA bagi tahun 2023 juga melibatkan training of trainers yang merangkumi penyertaan daripada pelbagai agensi bagi memastikan keberkesanan modul Skuad WAJA 2.0 ini.

Selain itu, kursus penyegaran kepada modul Skuad WAJA 1.0 serta pengenalan kepada program baharu iaitu Matahari dan Iris telah juga terus dipertingkatkan. Program Matahari merujuk kepada program meningkatkan daya tahan dan psikologi wanita, manakala Program Iris merujuk kepada program literasi perundangan bagi meningkatkan kesedaran mengenai hak-hak wanita.

Tuan Yang di-Pertua, program Skuad WAJA Turun Padang pula akan terus dilaksanakan untuk menyantuni masyarakat dan komuniti. Sejak diperkenalkan, program ini telah memberi impak yang positif kepada sukarelawan dalam usaha membantu wanita dalam komuniti. Kajian keberkesanan yang telah diadakan dari bulan Mac sehingga Jun melibatkan 301 orang anggota Skuad WAJA yang bertujuan untuk menilai tahap perubahan Skuad WAJA daripada segi pengetahuan dan sifat kesukarelawanan selepas menjalani program latihan ini telah pun diadakan.

Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa keberkesanan latihan Skuad WAJA kepada komuniti adalah pada tahap tinggi dan menunjukkan perhubungan positif yang sangat signifikan antara kemahiran membantu dan kepuasan apabila mereka menjalani latihan Skuad WAJA. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Rantau Panjang. Silakan.

final • 10:30 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberi dan saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas pelantikan. Ini menunjukkan bagaimana kejayaan daripada kerajaan yang lalu dalam penubuhan yang telah merintis penubuhan Skuad WAJA ini di zaman kami berada dalam kerajaan.

Alhamdulillah, saya ucap terima kasih kerana Skuad WAJA ini diteruskan. Saya ingin tahu, sejauh mana penglibatan anak-anak muda dalam Skuad WAJA? Apakah insentif yang telah diberi kepada sukarelawan ini supaya mereka terus bersama dalam Skuad WAJA?

final • 10:30 AM

Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli sidang Dewan Rakyat ini juga, sebenarnya untuk Skuad WAJA ini, keanggotaannya adalah daripada semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas. Kalau kita lihat tadi, seramai 328,558 orang itu antaranya yang paling tinggi adalah di Kelantan.

Kita sedang mengadakan pelbagai lagi program-program untuk membolehkan lebih ramai terlibat. Antara petunjuk yang kita boleh nyatakan sebagai petunjuk prestasinya ialah yang disebutkan tadi, kita ada 1,012 program yang melibatkan program- program berkaitan psikososial dan juga melibatkan seramai 72,942 orang individu yang sudah pun berjaya disantuni oleh Skuad WAJA.

Tuan Yang di-Pertua, Skuad WAJA ini akan terus diperkembangkan untuk berperanan dalam komuniti bagi memastikan masyarakat dalam komuniti kita di seluruh negara memahami isu-isu yang terkait dengan jenayah ke atas wanita dan juga

final • 10:30 AM

Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

masyarakat seluruhnya. Jadi, penglibatan anak-anak muda ini memang diteruskan, insya- Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengambil maklum jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya kira ini soalan tambahan saya. Selain daripada menangani isu keganasan melalui program Skuad WAJA itu, kita pun tahu isu keganasan terhadap wanita ini memang satu masalah yang cukup besar. Jadinya soalan saya, apakah usaha kementerian bagi membendung kegiatan yang berkaitan dengan eksploitasi dan pemerdagangan manusia yang melibatkan wanita di pelbagai peringkat khususnya daripada kalangan remaja? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, isu-isu yang terkait dengan pemerdangangan manusia ini juga adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama dengan Kementerian Dalam Negeri. Banyak program intervensi yang sebenarnya telah diadakan dan maklumat lebih lanjut kita akan berikan secara jawapan bertulis sebab soalan yang merujuk ini adalah terkait dengan Skuad WAJA. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey. Saya jemput Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng, Tanjong Piai.

final • 10:30 AM

5. Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng [Tanjong Piai] minta Menteri Pendidikan menyatakan tahap kesediaan kementerian untuk memperkenalkan subjek pilihan raya atau memasukkan elemen Undi18 dalam mata pelajaran di peringkat sekolah menengah seperti yang dituntut oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia

(NUTP).

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kandungan yang berkaitan pilihan raya telah dimasukkan secara khusus dalam mata pelajaran Sejarah dan elemen berkaitan pilihan raya dilaksanakan dalam Pendidikan Sivik serta aktiviti kokurikulum.

Sebagai usaha membentuk karakter murid menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan cinta akan negara, bermula dari sekolah rendah murid diajar mengenai Perlembagaan Persekutuan dan tanggungjawab rakyat kepada negara ini. Ini termasuk latar belakang pengetahuan asas sejarah negara melalui tema, Sejarah Awal Negara, Kedaulatan Negara dan Kemakmuran Negara Kita. Selaras dengan kematangan usia dan tahap pengetahuan, murid sekolah menengah didedahkan dengan lebih mendalam tentang politik melalui tema, Sejarah Kita dan Dunia, Warisan Bangsa, Kedatangan Kuasa Asing, Pembinaan Negara serta Malaysia dan Masa Hadapan. Ini adalah bertujuan supaya murid memahami kepentingan peranan mereka sebagai warganegara yang bertanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara.

Bagi memupuk kesedaran politik melalui aktiviti kurikulum pula, KPM menjalin kerjasama dengan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) bagi melaksanakan pelbagai aktiviti patriotisme melalui Kelab Malaysiaku. KPM juga turut menyokong program yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional melalui Kelab Rukun Negara yang merangkumi pelbagai aktiviti berteraskan kepada pengukuhan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan Rukun Negara.

KPM berpandangan pelaksanaan kandungan kurikulum dan aktiviti kurikulum sedia ada membolehkan murid memperoleh pengetahuan, pemahaman serta penghayatan tentang pendidikan politik dan Perlembagaan Persekutuan. KPM yakin bahawa pengetahuan dan penghayatan tersebut boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian serta dapat mempersiapkan murid untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab mereka kepada negara. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tanjong Piai.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat, kita melihat dalam PRU-15 ini, rata-ratanya anak murid kita terikut dengan ibu bapa, anak-anak muda ataupun rakan- rakan dan pembacaan di internet. Jadi saya hendak tahu, sekiranya kerajaan telah melaksanakan program-program sedemikian, apakah langkah seterusnya bagi memastikan ia tidak menjadi sesuatu medan bagi sesuatu mempengaruhi minda pelajar dengan sentimen tertentu agar pelajarnya cenderung mengundi kepada hanya satu parti tertentu sahaja.

final • 10:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan ini amat relevan kerana kita memang takut kalau guru-guru tidak memainkan peranan masing-masing.

Akan tetapi kami, KPM telah menyediakan bahan sokongan dalam bentuk PowerPoint untuk membantu guru untuk mengajar topik pilihan raya dengan sebaiknya.

Selain itu, kita juga ada video daripada segi Didik TV, KPM juga telah menyiarkan tajuk berkaitan dengan pilihan raya. Daripada segi persoalan tentang guru sama ada akan mempengaruhi, jawapan kami memang tidak. Kami ada confidence, ada keyakinan dalam guru. Pada PdP Sejarah, tugas guru mengajar apa sahaja topik secara objektif termasuklah pilihan raya. Guru kita telah dididik dengan integriti dan bersikap objektif yang tidak mungkin mempengaruhi murid daripada segi fahaman politik. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Soalan tambahan Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

final • 10:30 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Sejauh manakah Kementerian Pendidikan mengadakan kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk memperkasakan golongan belia dalam aspek literasi dan juga celik politik di negara ini?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Kawan saya sebelah sini sahaja. Kami memang akan mengadakan discussion, engagement dan program-program bersama untuk memastikan yang Undi 18— terutamanya Undi 18, sebab itu adalah untuk murid selepas Tingkatan 5— kami akan mengadakan banyak program dengan KBS untuk memastikan anak-anak muda kita mempunyai pemahaman politik yang sewajarnya. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Kuning warnanya buah nam-nam, Buahnya pelik rasanya masam, Soalan saya nombor enam, Sila jawab jangan kecam.

final • 10:40 AM

6. Tuan Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan apakah terdapat perancangan daripada pihak kementerian untuk memulihkan kembali Kompleks Sejarah Pasir Salak menjadi salah satu tarikan pelancongan di negara ini.

final • 10:40 AM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato' Seri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) sebelum ini telah melaksanakan pembaikan Kompleks Sejarah Pasir Salak dengan kos berjumlah RM100,000 di bawah rolling plan pertama Rancangan Malaysia Ke-11 pada tahun 2016 dan JKR Perak sebagai agensi pelaksana.

final • 10:40 AM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato' Seri Tiong King Sing

Pada masa ini, keseluruhan Kompleks Sejarah Pasir Salak belum diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]. Namun begitu, hanya Tugu Birch Pasir Salak yang berada di bawah kompleks tersebut telah diwartakan di bawah Akta 645.

Sementara itu, Rumah Datuk Maharajalela kini telah disenaraikan dalam inventori Jabatan Warisan Negara kini melalui kajian terperinci untuk dinilai kriteria yang berkaitan bagi tujuan pewartaan.

Berdasarkan Akta Warisan Kebangsaan 2005, adalah menjadi tanggungjawab pemilik sesuatu tapak warisan untuk memastikan bahawa tapak warisan itu sentiasa dalam keadaan baik. Dalam hal ini, pihak kerajaan negeri ataupun pemegang amanah ataupun mana-mana individu berkaitan adalah bertanggungjawab memastikan ia terus terpelihara.

Kementerian ini sentiasa bersedia untuk mempertimbangkan sebarang permohonan baharu bagi membantu menaik taraf prasarana pelancong di Kompleks Sejarah Pasir Salak, khususnya dan di negeri Perak amnya sekiranya terdapat permohonan rasmi daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak mahupun Kerajaan Negeri Perak demi menyokong industri pelancongan tempatan sekali gus menjana ekonomi setempat dengan syarat aspek penyelenggaraan diberi perhatian yang sewajarnya selepas kerja-kerja baik pulih selesai.

Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Baik. Saya harap pewartaan keseluruhan Kompleks Sejarah Pasir Salak itu dapat dipercepatkan. Soalan tambahan saya. Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan sejarah dan budaya yang diwariskan oleh orang-orang terdahulu kepada kita. Sejarah turut membawa budaya seni dan falsafah. Sehingga kini, pelancongan berkonsepkan sejarah tidak begitu aktif di negeri Perak sedangkan masih banyak lagi tinggalan warisan asal yang masih belum dipromosikan.

Soalan saya. Apakah inisiatif kerajaan dalam mengangkat dan mempromosikan tempat-tempat bersejarah yang terpinggir ini melalui konsep pelancongan bersejarah?

Mohon Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.

Mengenai isu yang dibangkitkan, beliau ada mempersoalkan dua isu. Pertama, meminta wartakan secepat mungkin dan kedua, aktiviti pelancongan di Perak tidak begitu aktif.

Saya jawab sekali gus.

Soal pewartaan dan semua aktiviti ini, kedua-dua pihak hendaklah bekerjasama, Kerajaan Negeri Perak bersama-sama dengan MOTAC kalau bolehlah, kita berbincang dalam masa terdekat ini mengenai bagaimana ada rancangan dan cadangan bersama- sama mempromosikan pelancongan di negeri Perak. Kalau MOTAC satu pihak sahaja yang rancang dan cadangkan tetapi kerajaan negeri tidak bersetuju, pun tak jadi juga.

Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Soalan tambahan.

final • 10:40 AM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Wangsa Maju.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 10:40 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih. Okey, soalan tambahan saya. Rentetan soalan daripada Yang Berhormat Pasir Salak tersebut berkenaan dengan tempat-tempat sejarah yang menarik di Perak, saya cuma hendak memberi sedikit info kepada Yang Berhormat Menteri yang baru mengenai Tapak Warisan Dunia UNESCO Lenggong yang telah pun dipinggirkan dan dilupakan. The Perak Man iaitu the oldest completed human skeleton in the world is very lonely sekarang sebab tak ada pelawat kepada tapak arkeologi ini.

Jadi saya ingin mohon supaya Yang Berhormat Menteri dapat melawat tapak bersejarah tersebut dan berbuat sesuatu untuk menaikkan kembali tapak UNESCO.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan? Soalan?

final • 10:40 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Ya, soalan. Akan tetapi saya juga ingin bertanya, kenapa Jabatan Muzium Malaysia dipindahkan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya kepada kementerian lain? Sedangkan, ini merupakan satu komponen yang penting dalam pelancongan. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Kita kalau bolehlah, macam tadi saya kata, MOTAC daripada Kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan kerajaan negeri, especially exco yang menjaga pelancongan. Kita boleh berjumpa dalam masa terdekat dan berbincang bersama-sama macam mana kita hendak naik taraf termasuklah bagaimana untuk masuk UNESCO. Kita boleh berbincang bersama-sama.

Mengenai mengapa Jabatan Muzium Malaysia dipindahkan ke kementerian lain, itu bukan kuasa saya. Kita hendak berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana memang ada persoalan dari luar negeri bertanya mengapa kita berpecah.

Jadi, minta bagi masa sikit. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Tuan Yang di-Pertua...

Orang Jawa pandai memasak, Diajak makan jangan gelojoh, Dari Yong Peng ke JB memanglah sesak, Mohon Yang Berhormat Menteri jawab soalan tujuh. Terima kasih.

final • 10:40 AM

7. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam] minta Menteri Kerja Raya menyatakan sama ada projek pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan dari Yong Peng ke Johor Bahru akan dilaksanakan. Berapa kos dan adakah ia akan membebankan rakyat melalui kutipan tol tambahan.

final • 10:40 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya kalau berpantun Iban ini panjang, memerlukan setengah jam. Jadi...

[Ketawa] Okey.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan untuk menaik taraf laluan Lebuhraya Utara-Selatan daripada empat lorong ke enam lorong diambil maklum dan telah diteliti oleh Kementerian Kerja Raya memandangkan level of service (LOS) telah mencapai LOS ‘E’ hingga ‘F’ iaitu aliran trafik terlalu sesak pada waktu hujung minggu dan musim perayaan.

Kementerian Kerja Raya bercadang untuk melaksanakan projek pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) secara berfasa di mana cadangan projek pembinaan lorong tambahan PLUS dari Yong Peng Utara ke Senai Utara bagi fasa satu ya. Fasa satu iaitu Senai Utara ke Sedenak pada Rolling Plan 3 (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 dengan anggaran kos sebanyak RM525 juta.

final • 10:40 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Walau bagaimanapun, kelulusan bagi peruntukan dana tersebut adalah tertakluk kepada pembentangan bajet baharu daripada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan pada 24 Februari 2023 berdasarkan kepada keutamaan dan kedudukan kewangan kerajaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sekiranya pelaksanaan pelebaran tersebut dilaksanakan dengan menggunakan dana kerajaan, maka tiada kos kepada pihak syarikat konsesi. Ia bermaksud tiada tambahan tol kepada pengguna lebuh raya.

Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Ayer Hitam.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor pernah murka kerana di Johor ini lorongnya hanya dua untuk satu arah, tiada empat lorong untuk dua arah. Jadi, ini antara sebabnya berbanding dengan Melaka dan Negeri Sembilan, ia ada enam lorong. Jadi betul, kalau kerajaan hendak belanjakan RM525 juta, itu satu perkara yang sangat mendesak kerana pintu masuk utama 75 peratus pelawat ke Malaysia adalah melalui selatan.

Jadi soalan saya, dalam konteks ini, bilakah pelaksanaan boleh dibuat? Sekiranya dalam Bajet 2023 itu dapat dibuat untuk fasa pertama kerana dari Sedenak, kilometer 40 ke Senai, 20 kilometer. Maka, apakah tindakan kementerian untuk memastikan kelancaran trafik? Ini adalah kerana apabila buat jalan ini memang jammed dan orang tidak boleh masuk. Naik turun ke Johor Bahru sekarang, lima jam lebih. Boleh minta segerakan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ya Yang Berhormat, kementerian sedia maklum apa yang dikehendaki oleh Johor termasuk oleh Duli Tuanku. Jadi pelaksanaannya, sekiranya kewangan ini diluluskan akan kita buat secepat mungkin kerana sudah ada dana, ada kewangan. Sebab kita mengetahui keperluan untuk kita melebarkan jalan itu.

Jadi, memang apabila kerja-kerja ini dibuat nanti, JKR akan memastikan sebagaimana untuk kita memastikan keselesaan pengguna semasa pembinaan itu. Itu memang ialah tekanan besar ataupun cabaran besar kepada JKR sebab kita memang tahu jajaran itu memang sesak dan sempit.

Jadi, mungkin sedikit tambahan kepada Yang Berhormat. Kalau kita lihat di sepanjang jalan itu – fasa satu sahaja. Kalau kita ingat hendak sampai dari Johor Baharu ke Ayer Keroh, memang ada 195 kilometer dan 195 kilometer anggaran sekarang. Dulu murah sedikit. Sekarang dijangka menggunakan RM7.5 bilion kalau sepanjang 195 kilometer. Jadi kita buat berfasalah Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Kuantan, soalan tambahan.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kuantan.

final • 10:50 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin mendapatkan status pembinaan Jalan Sungai Lembing–Jerantut. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, di Pahang ini jaringannya jauh dari Pahang Barat dan Pahang Timur. Jadi dalam Rancangan Malaysia Ke-10, saya lihat ada kelulusan untuk pembinaan Jalan Jerantut–Sungai Lembing. Jadi pada tahun Rancangan Malaysia Ke-11, ia dihentikan pada masa itu. Kita lihat pada tahun 2017, ada dinyatakan bahawa ia akan dilaksanakan.

Soalannya, adakah kerajaan ingin meneruskan ataupun ada perancangan untuk meneruskan jalan tersebut? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Yang Berhormat, walaupun ini jauh daripada soalan asal, cuma tidak apa saya bagi pencerahan sedikit. Memang di seluruh negara Malaysia ini, kita ada yang dipanggil Highway Network Development Plan 2030 (HNDP 2030). Jadi, semua keperluan ini adalah diambil kira dan mungkin termasuk dalam ini.

Jadi untuk menjawab nanti, saya boleh majukan secara bertulis supaya lebih tepat kepada Yang Berhormat ya. Sekian, terima kasih. Yang berkenaan dengan jajaran yang khusus disebut oleh Yang Berhormat tadi. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Ini soalan dari Johor ni.

final • 10:50 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Mohon satu lagi, Kuala Krai.

final • 10:50 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

[Bangun]

final • 10:50 AM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Untuk orang Johor sepatutnya.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Orang-orang Johor yang berdiri.

final • 10:50 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Kuala Krai, Kelantan satu, Kelantan.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tasek Gelugor.

final • 10:50 AM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya minta maaf saya tidak sempat sediakan pantun sebab semalam saya banyak urusan di luar Dewan tetapi soalan saya nombor lapan. Saya tidak pasti sama ada Yang Berhormat Tuan Sim Chee Keong ataupun Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan.

final • 10:50 AM

8. Datuk Wan Saiful bin Wan Jan [Tasek Gelugor] minta Menteri Kewangan menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk menangani penyeludupan yang mencecah 57 peratus produk tembakau rokok dan 33 peratus produk beralkohol bir dan berapakah anggaran kerugian hasil duti eksais, cukai jualan dan duti import akibat penyeludupan ini.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong

Orang Pulau Pinang jawab soalan orang Pulau Pinang. Semoga segala urusan dipermudah buat Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Tasek Gelugor tadi memang merupakan satu perkara yang amat dipandang serius oleh kerajaan. Justeru, pelbagai kaedah kawalan dan penguatkuasaan telah dilaksanakan.

Namun, kita sedar bahawa usaha, pengawalan dan penguatkuasaan tersebut perlu dipertingkatkan dan ditambah baik lagi bagi menangani isu ini berserta dengan tindakan- tindakan penguatkuasaan, kawalan dan hukuman terhadap pesalah yang dijalankan secara berterusan.

Antara langkah-langkah pembaharuan yang telah diambil dalam tempoh beberapa tahun ini adalah seperti, contohnya:

(i) mengehadkan aktiviti transshipment rokok kepada pelabuhan- pelabuhan tertentu sahaja;

(ii) membenarkan penggunaan kontena yang berstandard ISO sahaja untuk melakukan transshipment rokok; dan

(iii) melarang penggunaan bot-bot kecil termasuk bot jenis kumpit.

Langkah-langkah tersebut telah terbukti dan dilihat menunjukkan kesan positif melalui peningkatan hasil kutipan cukai rokok dan produk tembakau. Contohnya, daripada RM3.27 bilion pada tahun 2020 kepada RM3.47 bilion pada tahun 2021.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pihak industri pula, peratusan illegal cigarette incidents di Malaysia telah menurun kepada 57.3 peratus pada tahun 2021 dan seterusnya menurun lagi kepada 56.6 peratus pada tahun 2022 berbanding dengan 63.8 peratus pada tahun 2020. Walau bagaimanapun, aktiviti kawalan dan tindakan penguatkuasaan seperti yang saya sebut tadi akan terus dijalankan dan terus dipergiatkan. Antara langkah berterusan yang dilaksanakan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah seperti:

(i) menjalankan aktiviti penguatkuasaan melalui beberapa jenis rondaan, pemeriksaan, sekatan jalan, operasi khas dan sebagainya;

(ii) mengambil tindakan pendakwaan ke atas pihak yang terlibat dalam penyeludupan rokok dan minuman dan mengenakan hukuman yang lebih tinggi sejak tahun 2020;

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong

(iii) menjalinkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan dan keselamatan serta pihak industri; dan

(iv) mengadakan kerjasama perkongsian maklumat perisikan dan operasi antarabangsa.

Kehilangan hasil, iaitu soalan Yang Berhormat Tasek Gelugor tadi kepada Kerajaan Malaysia berikutan penyeludupan rokok dan minuman keras. Sebahagian besarnya adalah melalui kehilangan kutipan hasil duti import, duti eksais dan cukai jualan berdasarkan statistik rampasan rokok dan minuman keras yang diperoleh daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Kehilangan hasil cukai, yang ini adalah pengiraan berdasarkan rampasan, ialah pada tahun 2021 sebanyak RM353 juta dan sebanyak RM364 juta pada tahun 2022.

Namun, mengikut perkiraan industri dan melalui laporan-laporan yang telah dikemukakan, kerugian hasil kepada kerajaan sudah tentu lebih besar lagi dan berkemungkinan mencecah sehingga RM5 bilion setahun. Sehubungan itu, kerajaan akan terus komited dalam mempertingkatkan lagi usaha dalam membanteras penyeludupan rokok dan minuman keras bagi mengekang ketirisan hasil dan menyelesaikan atau menumpaskan sindiket-sindiket jenayah tersebut. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tasek Gelugor.

final • 10:50 AM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih atas jawapan yang diberikan. Saya take note bahawa tadi disebut hasil rampasan adalah jauh lebih kecil berbanding dengan anggaran yang disediakan baik oleh pihak industri atau pihak kerajaan. Anggarannya adalah lebih kurang RM5 bilion tetapi hasil rampasan RM300 juta lebih.

Jadi soalan saya Tuan Yang di-Pertua ialah dari manakah sebenarnya asal barang-barang seludup ini terutamanya hasil produk tembakau? Dari manakah asalnya barang-barang tersebut? Apakah langkah yang kita ambil untuk memastikan sekatan berlaku di peringkat awal sebelum ia berlaku?

final • 10:50 AM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Kedua, soalan tambahan kalau boleh. Satu lagi sumber pendapatan yang mungkin boleh dijadikan source of diversified income for the government ialah daripada segi vape yang belum ada regulasinya. Apa perancangan kerajaan dalam hal ini?

final • 11:00 AM

Tuan Sim Chee Keong

Ada dua soalan. Sebenarnya mungkin sudah sampai dua soalan, tiga soalanlah. Dari negara asalnya, memang dari pelbagai negara rokok dan juga minuman keras yang diseludup ini. Keduanya soalan Yang Berhormat tentang langkah-langkah. Saya rasa saya sudah memberikan langkah-langkah contohnya dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Tadi saya sebut menjalankan aktiviti penguatkuasaan seperti contoh saya bagi rondaan darat, air dan pesisir air. Pemeriksaan kontena atau kenderaan di pelabuhan dan di pintu keluar masuk sempadan, pemeriksaan kontena dan kenderaan selain di pelabuhan dan di pintu masuk. Berulang pula jawapan yang diberikan sekatan jalan raya, operasi khas dan operasi serbuan di outlets secara berkala, itu kedua.

Ketiganya ialah tentang isu pencukaian vape. Pencukaian vape itu saya percaya Kementerian Kesihatan tengah meneliti perundangan sebab sekarang vape tidak dimasukkan dalam perundangan dan Kementerian Kesihatan telah pun dan sedang meneliti perundangan tersebut. Mungkin ada pengumuman-pengumuman dalam bajet dan jika perundangan tersebut diluluskan, maka saya juga menjemput ataupun memohon sokongan daripada saudara saudari di sebelah sana. Kalau diluluskan, maka vape boleh dicukaikan, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

[Bangun]

final • 11:00 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

[Bangun]

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Tenggara.

final • 11:00 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya adalah berapakah nilai rampasan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa kita termasuk kastam dan PDRM sepanjang tahun 2021, tahun 2022 ketika PKP.

Adakah apa-apa perancangan daripada pihak Kementerian Kewangan untuk memberikan sedikit imbuhan kepada frontliner kita yang menjaga sempadan dan sebagainya yang terlibat dengan rampasan ini. Satu atau lima peratus untuk memberi motivasi dan galakan kepada pasukan keselamatan kita untuk bekerja dengan lebih baik, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Berikutan soalan tersebut, nilai rampasan pada tahun 2021 dan 2022, saya akan bagi secara bertulis tetapi secara ringkasnya ialah untuk rokok, jumlah kes pada 2021 ialah 2,354 kes bersamaan dengan nilai RM30,913,654. Bagi tahun 2022 pula, jumlah kes ialah 3,793 bersamaan dengan nilai RM29,881,157. Manakala bagi minuman keras pula pada tahun 2021, ada 805 kes bersamaan dengan nilai RM21,472,757 dan pada tahun 2022 pula ada 428 kes bersamaan dengan RM22,191,239. Jadi saya akan memberikan maklumat ini dengan lebih terperinci dalam jawapan bertulis supaya Yang Berhormat boleh meneliti jawapan tersebut.

Insentif itu kita memang ada bagi insentif terutamanya kepada pemberi maklumat, ataupun whistleblower dengan izin. Saya akan mengambil soalan Yang Berhormat tadi sebagai antara cadangan untuk dipertimbangkan pada masa hadapan kelak. Terima kasih.

final • 11:00 AM

9. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan] minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh manakah pelaksanaan projek-projek baik pulih sekolah daif di Sarawak dan status pembinaan S.K. Kpg. Tebaang Daro, S.K. Kpg. Pergau Matu dan S.K.

Bawang Tian Matu di Parlimen Igan sehingga kini.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Igan. Kementerian Pendidikan Malaysia komited dalam menyediakan infrastruktur pendidikan yang selamat dan kondusif untuk kegunaan murid dan warga sekolah di seluruh negara termasuk negeri Sarawak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tempoh tahun 2016 sehingga 2022, sebanyak 361 projek menaiktarafkan dan membangunkan semula bangunan daif di sekolah seluruh Sarawak telah diluluskan dengan kos projek sebanyak RM2.157 bilion.

Sehingga 31 Januari 2023, sebanyak 216 projek telah siap sepenuhnya, 57 projek berada di peringkat pembinaan dan 88 projek di peringkat prabina. Merujuk kepada pertanyaan Ahli Yang Berhormat berhubung pembinaan tiga projek pembangunan semula, bangunan daif di sekolah di kawasan Igan yang melibatkan Sekolah Kebangsaan Kampung Tebaang Daro, Sekolah Kebangsaan Kampung Pergau, Mukah dan Sekolah Kebangsaan Bawang Tian, Mukah.

Ketiga-tiga projek telah dilaksanakan pelawaan tender. Namun begitu, berdasarkan kepada tawaran yang diterima, kesemua penender yang mengemukakan tawaran harga melebihi kos yang diluluskan. Sehubungan itu, Lembaga Perolehan Persekutuan Sarawak yang diberi kuasa telah memutuskan agar projek ini ditender semula. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Igan.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan.

Seterusnya mengenai tiga buah sekolah yang saya bangkitkan. Apa yang saya harapkan agar ketiga-tiga buah sekolah ini walaupun masalah tendernya pada masa akan datang akan dapat diteruskan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, di Sarawak banyak sekolah daif. Ini sering dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan yang mulia ini.

Diharap kementerian tidak jemu mendengar rintihan-rintihan ini dan kami Ahli-ahli

final • 11:00 AM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Parlimen dari Sarawak tidak akan jemu dan berhenti membangkitkan soal sekolah daif ini.

Ini kerana kalau ada pertandingan sekolah daif di negara kita ini, saya pasti Sarawak adalah juaranya.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan tambahan saya ialah nyatakan bilangan sekolah-sekolah yang masih mempunyai bangunan-bangunan daif di Sarawak termasuk kawasan Parlimen Igan, terima kasih.

final • 11:00 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Yang Berhormat Igan. Di Parlimen Igan dahulu, terdapat enam buah sekolah yang direkodkan mempunyai bangunan daif.

final • 11:00 AM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

[Bangun]

final • 11:00 AM

Puan Lim Hui Ying

Berdasarkan sistem maklumat infrastruktur pendidikan, sehingga 31 Januari 2023 terdapat dua buah sekolah yang mempunyai blok bangunan pada skala tujuh dan empat buah sekolah yang mempunyai blok bangunan pada skala enam. Dua buah sekolah skala tujuh ialah sekolah kebangsaan campuran. Sekarang permohonan telah dikemukakan di bawah RP3 tahun 2023.

Yang kedua, dalam skala tujuh juga adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Puan Patinggi Hjh Normah. Permohonan juga akan dikemukakan di bawah RP4 tahun 2024. Empat buah sekolah dalam skala enam adalah Sekolah Kebangsaan Sungai Lengan, Sekolah Kebangsaan Bukit Papit, Sekolah Menengah Kebangsaan Matu dan Sekolah Kebangsaan Singat. Bagi Sarawak, saya akan berikan jawapan bertulis dengan bilangan dia. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

[Bangun]

final • 11:00 AM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Kuala Krau.

final • 11:00 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, isu Sarawak, isu Sarawak.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya menjemput Yang Berhormat Temerloh, tetapi ini isu Sarawak.

final • 11:00 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya berkaitan...

final • 11:00 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Sarawak.

final • 11:00 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Dengan Sarawak, ya.

Berapakah jumlah kuarters guru yang disediakan untuk negeri Sarawak kepada guru-guru sekalian? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Boleh tambah soalan tambahan?

final • 11:00 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Yang Berhormat. Setakat ini sebab ini berlainan dengan sekolah daif. Saya akan sediakan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Ya, kita tanya soalan daif.

Tuan Yang di-Pertua. Batang Lupar.

final • 11:00 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua isu penting, boleh saya tanya isu Sarawak? Bandar Kuching.

final • 11:00 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Batang Lupar Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Ada masa lagi.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan seterusnya, Yang Berhormat Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin, Tangga Batu.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Dari Kajang ke Sungai Buluh, Soalan saya nombor sepuluh.

final • 11:00 AM

10. Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [Tangga Batu] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan jumlah peratusan hasil perikanan dalam masa 10 tahun dan langkah-langkah bagi meningkatkan sumber bekalan perikanan laut negara.

final • 11:00 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tuan Yang di-Pertua, hari ini Parlimen tenang, maka soalan 10, 11, 12 pun boleh sampai hari ini. Kalau tenang hari-hari beginikan bagus.

[Ketawa] [Tepuk]

final • 11:00 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Jangan bagi depa main.

final • 11:00 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Kami belajar dekat Yang Berhormat Kota Raja.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Oleh sebab kita orang lama dalam Parlimen ini.

final • 11:00 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Kota Raja minta tenang ini pelik.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Sepanjang tempoh 10 tahun iaitu dari bulan Januari 2011 hingga bulan Disember 2022, hasil perikanan utama negara daripada subsektor perikanan, tangkapan adalah sebanyak 78.62 peratus daripada jumlah pengeluaran perikanan negara iaitu 14,603,591 tan metrik. Nilai pengeluaran perikanan adalah berjumlah RM95 bilion.

Langkah-langkah yang dilaksanakan bagi meningkatkan sumber bekalan perikanan adalah seperti berikut:

(i) pengezonan semula kawasan penangkapan ikan yang melibatkan empat buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor;

(ii) meningkatkan kawasan-kawasan perlindungan sumber perikanan;

(iii) meningkatkan bilangan tukun tiruan di kawasan-kawasan zon larangan pukat tunda;

(iv) melaksanakan dasar pelan penghapusan pukat tunda Zon B;

(v) menggalakkan penerokaan di laut dalam;

(vi) pengurusan perikanan melalui pendekatan Ecosystem Approach to Fisheries Management;

(vii) pindaan Akta Perikanan 1985 dan Peraturan-peraturan Perikanan agar negara mempunyai punca kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi dan menjamin bekalan sumber perikanan;

(viii) Program Modenisasi Vesel dan Mekanisasi Tangkapan;

(ix) menggunakan tenaga kerja tempatan dengan menyediakan latihan dan kemahiran dalam sektor perikanan. Ini memang atas kertas, saya cakap begitu tetapi pergantungan kepada tenaga luar, masih tinggi sekarang ini. Ini kerana tenaga buruh tempatan menjadi nelayan terutamanya nak berada di kawasan perairan tiga empat hari itu, masih lagi kurang diminati oleh anak-anak tempatan kita. Anak tempatan kita lebih berminat yang pergi pagi, balik tengah hari atau balik petang. Untuk ke laut dalam

final • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

misalnya, nelayan yang perlu latihan pergi sampai tiga hari, seminggu dan sebagainya, masih kurang diminati oleh anak- anak tempatan kita; dan

(x) kerjasama antara Jabatan Perikanan Malaysia dengan institusi penyelidikan amatlah penting dan kerjasama dengan badan- badan penguat kuasa seperti penguasa APMM dan polis marin.

Walaupun kadang-kadang tindakan mereka ini tidaklah digemari oleh nelayan tetapi penguatkuasaan itu perlu untuk menjaga hasil laut kita sekarang dan pada masa yang akan datang.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Soalan tambahan Tangga Batu.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat daripada data yang dibacakan tadi bahawa purata tangkapan ikan dalam setiap tahun sekitar 1.4 juta tan setahun. Sedangkan kalau kita melihat objektif dari Jabatan Perikanan, mereka mensasarkan bahawa tangkapan ikan sebanyak 2.55 juta setahun dan kadar sara diri ialah 97.8 peratus. Akan tetapi kalau kita lihat sebenarnya, jumlah tangkapan ikan ini jauh di bawah.

Kedua, kalau kita melihat bahawa kita masih lagi memerlukan 1,048 kru asing terutamanya yang bekerja di dalam Zon C, yakni laut dalam, tidakkah sebenarnya ini akan memberi suatu ancaman kepada negara apabila kebanyakan mereka orang Vietnam. Setelah mereka selesai, habis pulang ke Vietnam dan mereka tahu kawasan- kawasan perikanan yang strategik yang berada dalam negara kita. Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah ini?

final • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Banyak soalan. Untuk memperbanyakkan ikan di lautan, kepatuhan mesti ada dalam hal terutama sekali kawasan-kawasan larangan yang diwartakan. Untuk memperbanyakkan hasil tangkapan pada masa akan datang, kebetulan yang bertanya Yang Berhormat Tangga Batu, usaha Kerajaan Persekutuan dan negeri telah pun dipersetujui untuk dijadikan Pulau Dodol, Pulau Nangka dan Pulau Undan di Melaka itu sebagai kawasan larangan dan penetasan pada masa yang akan datang. Kerajaan negeri telah pun bersetuju dan Kerajaan Pusat juga telah bersetuju*.

Insya-Allah*, kawasan ini pada masa akan datang akan dijadikan kawasan seperti Pulau Payar di Kedah, di mana kawasan ini akan dijadikan kawasan larangan dan di situ penetasan ataupun pembiakan ikan akan berlaku secara besar-besaran. Ini supaya kita harap pantai di Melaka itu orang kaut udang geragau, ia tidak pupus pada masa yang akan datang untuk buat belacan dan cencaluk itu di pantai di sebelah Yang Berhormat berada di situ.

Usaha-usaha untuk membiakkan ikan ini kita lihat secara serius iaitu tiga buah pulau ini dijadikan kawasan larangan, kawasan untuk penetasan ikan pada masa akan datang.

final • 11:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bangun]

final • 11:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar.

final • 11:10 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

[Bangun]

final • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:10 AM

Seorang Ahli

Mic, mic, mic.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Kuala Selangor bagi peluang Parit Buntar.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Selepas ini Parit Buntar ya. Kawan lama itu.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya beralih kepada persoalan bagaimana kita ketahui mutakhir ataupun sekian lama nelayan asing yang merompak hasil laut negara yang punya keterikatan ataupun networking yang sangat canggih, melibatkan local syndicate dengan bot-bot nelayan yang sah dan juga dengan alat komunikasi, keterlibatan spy dan tonto. Apakah langkah-langkah kerajaan yang lebih konkrit untuk menangani rompakan daripada nelayan asing ini, Yang Berhormat Menteri?

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Menjaga keselamatan, pencerobohan dan sebagainya di bawah kementerian lain iaitu Kementerian Dalam Negeri dan kementerian...

final • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Langkah-langkah.

Whole-of-government.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Akan tetapi kita– Ya, the whole-of- government, kita sentiasa bekerjasama dan kita tahu bahawa negara kita sendiri, kita mesti menggalakkan lagi ramai yang terlibat dalam penangkapan ikan di laut dalam.

Kebanyakan nelayan kita dalam bentuk masih lagi dalam tradisi, masih lagi tidak keluar daripada nak saya sebut tadi. Nelayan laut dalam pergi dua tiga hari, seminggu dan perkara ini dibuat oleh Vietnam dan Thailand. Ia bukan setakat ke kawasan zone of economy yang ada di Terengganu, Kelantan dan sampai hampir ke perairan Kuching mereka datang.

Oleh sebab itu kita haraplah semua bekerjasama termasuklah di pihak keselamatan, show of presence di laut itu mesti ada. Ini terutama sekali daripada pihak- pihak yang lain supaya soal keselamatan show of presence Tentera Laut kita, APMM dan sebagainya, akan bekerjasama dengan kementerian ini supaya laut kita tidak dicerobohi. Ini kerana kita tahu dalam topografi dunia ini, kawasan kita ini di antara kawasan ikan yang tinggi dalam dunia, di kawasan perairan di sebelah kita ini. Oleh sebab itu di sini memang menjadi tumpuan pengusaha laut dalam untuk datang ke kawasan economic zone kita.

final • 11:10 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Soalan tambahan lagi.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Bukit Bintang.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya merayu Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kota Raja rindu nak jawab soalan saya.

final • 11:10 AM

11. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat menyatakan tindakan tegas kementerian berhubung kes-kes penderaan kanak-kanak yang semakin serius di pusat jagaan kanak-kanak seluruh negara.

final • 11:10 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. *Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*.

final • 11:10 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia iaitu JKM yang diberi tanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Pusat Jagaan 1993 iaitu Akta 506 amat memandang serius terhadap isu-isu melibatkan kes berkaitan kecuaian, pengabaian dan penderaan kanak-kanak yang berlaku di pusat jagaan.

Di bawah Akta 506 ini, terdapat lima kategori pusat jagaan atau dengan izin, institutional care iaitu:

(i) pusat jagaan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun;

(ii) pusat jagaan warga emas 60 tahun ke atas;

(iii) pusat jagaan OKU;

(iv) pusat jagaan wanita iaitu kes wanita hamil luar nikah, domestic violence, dengan izin; dan

(v) pusat jagaan pelbagai iaitu campur.

Seterusnya, untuk pusat jagaan kanak-kanak, ia merupakan premis yang menyediakan penjagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dan didaftarkan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993. Kanak-kanak di pusat jagaan ini tinggal di pusat jagaan tersebut. Berbeza dengan taman asuhan kanak-kanak atau lebih dikenali sebagai TASKA atau dengan izin, nursery. Ia didaftarkan di bawah akta yang lain iaitu Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984.

final • 11:10 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Antara perbezaan ketara kedua-dua perkhidmatan ini adalah pertama daripada segi umur. Untuk TASKA ia memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak berumur di bawah empat tahun. Manakala untuk pusat jagaan ia adalah untuk kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun. Selain itu, kanak-kanak di pusat jagaan akan tinggal atau menginap di premis tersebut. Sementara itu untuk TASKA ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk jagaan harian ataupun day care semasa mereka keluar bekerja.

Untuk makluman berdasarkan rekod JKM, tahun 2020 hingga tahun 2022 sebanyak tiga kes penderaan di pusat jagaan kanak-kanak dilaporkan berbanding dengan 1,248 buah pusat jagaan kanak-kanak yang telah berdaftar di bawah Akta 506 dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, KPWKM tetap memandang serius sebarang kes penderaan di pusat jagaan kanak-kanak. Antara usaha dan tindakan yang dilaksanakan oleh JKM bagi memastikan pusat jagaan yang didaftar sentiasa mematuhi akta dan peraturan-peraturan yang ditetapkan termasuklah daripada segi pemantauan, pemeriksaan berkala dan mengejut.

Kedua, memperkasakan tindakan penguatkuasaan ke atas pusat jagaan yang melanggar akta.

Ketiga, sentiasa mengadakan program kesedaran masyarakat agar menjadi mata dan telinga jabatan bagi melaporkan kejadian-kejadian yang disyaki melanggar akta.

Sementara itu, tindakan penguatkuasaan berdasarkan Akta 506 juga boleh diambil terhadap pusat jagaan yang tidak berdaftar. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, penderaan kanak-kanak banyak berlaku dalam pusat-pusat jagaan persendirian atau swasta yang kurang pemeriksaan jabatan, terlepas pandang dan tidak berdaftar.

Saya ingin bertanya, berapakah kes yang diambil tindakan undang-undang dan yang dilepaskan begitu sahaja? Apakah jabatan mampu mengawasi supaya kes-kes penderaan kanak-kanak ini yang mengakibatkan kecederaan dan kematian kanak-kanak dapat disekat dan tidak berulang lagi? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat. Tadi saya sudah sebutkan mengenai kes yang ada setakat 31 Disember untuk tahun ini. Kita ada

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

tiga kes ya. Ini sebab saya hendak pastikan supaya Yang Berhormat faham bahawa yang berdaftar di bawah kita merupakan kes yang juga di bawah swasta, tetapi semuanya berdaftar. Maka kes yang telah kita ambil banyak- ada statistik. Saya akan bagi statistiknya, di mana ia banyak di sini. Nanti I will give you the statistics.

Namun begitu Yang Berhormat, untuk kita mengekang kes-kes penderaan terhadap kanak-kanak di pusat jagaan kanak-kanak, JKM turut melaksanakan tiga tindakan penguatkuasaan yang diambil iaitu di atas pusat jagaan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak iaitu lock, we seal the..., kita seal di pusat jagaan tersebut, dan ada juga kompaun dikeluarkan dan didakwa juga.

Di samping itu, satu garis panduan siasatan Taman Asuhan Kanak-kanak dan pusat jagaan telah dibangunkan dan mengedarkannya kepada semua Pegawai Kebajikan. Actually we have new process. Kita edarkan dasar garis panduan yang baharu untuk menguatkan lagi penguatkuasaan. Itu setakat 14 November, kita baharu mengadakan penerangan kepada dua kumpulan untuk pegawai kita bagi memastikan tindakan penguatkuasaan yang memerlukan pembukaan kertas siasatan dapat dilaksanakan dengan lebih proaktif. Biasanya kalau ada yang melaporkan kepada kita, kita akan bawa, kita laporkan kepada pihak polis. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Tahniah kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atas inisiatif yang telah diambil untuk memastikan pusat penjagaan kanak- kanak, kita dapat terjamin di sudut keselamatan.

Soalan saya ialah, apakah usaha untuk memastikan supaya tidak ada pusat jagaan yang tidak berdaftar dan apakah usaha yang dibuat untuk memastikan supaya orang yang layak dan sesuai yang diberi hak untuk menjaga anak-anak yang di pusat jagaan kita ini, kepada mereka yang betul-betul layak? Adakah kerajaan bercadang untuk meningkatkan lagi modul kerohanian di pusat-pusat jagaan kita? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya mungkin masa Yang Berhormat berada di situ juga Yang Berhormat tahu bahawa kita telah mengadakan, membuat pindaan kepada undang- undang pada tahun 2016 dengan tujuan untuk memperkenalkan cara baharu, peraturan baharu dan pada masa ini ia masih dalam projek rintis.

Ada dua perkara yang penting di situ di mana kita meminda Akta Kanak-kanak 2011 ini, untuk menambah baik konsep penjagaan terhadap kanak-kanak. Jadi, jika sebelum ini dalam peruntukan asal akta tersebut memperuntukkan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan ditempatkan atau dihantar ke institusi kebajikan kendalian JKM.

Dengan pindaan pada tahun 2016 tersebut, kanak-kanak ini sekarang akan ditempatkan di luar institusi, mengambil kira konsep pemeliharaan berasaskan kekeluargaan di mana mereka akan ditempatkan bersama dengan orang yang layak dan sesuai seperti yang disebutkan tadi, serta dijaga di rumah orang tersebut dalam suasana keluarga. Ini berbeza dengan penempatan di institusi yang mana kanak-kanak ini dikumpulkan, dijaga, diuruskan dan dibesarkan oleh kakitangan JKM di situ.

Kedua ialah diversion, dengan izin. Kita mahu supaya kanak-kanak yang diambil- tindakan kita tidak mahu mereka diambil, dibawa, dihadapkan ke mahkamah ataupun dihantar ke institusi. Kita mahu mereka menjalankan komuniti servis. Dua perkara ini masih dalam projek rintis kita. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

12. Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, usaha kementerian dalam mengatasi masalah jalan berlubang yang telah meragut nyawa ramai pihak. Adakah peruntukan bagi mengatasi masalah ini diberikan sama rata di antara negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan mahupun pembangkang.

final • 11:20 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar yang bertanya.

Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah program perusahaan dan penyelenggaraan Jalan Persekutuan, syarikat konsesi telah dilantik bagi melaksanakan skop penyelenggaraan jalan yang ditetapkan mengikut kontrak. Manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diberi tanggungjawab untuk menyelaras dan memantau kerja-kerja penyelenggaraan oleh syarikat konsesi berkenaan. Kerja-kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan terdiri daripada tiga skop iaitu rutin, berkala dan kecemasan.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Untuk kerja-kerja penampalan lubang jalan- potholes, ia dilaksanakan di bawah skop penyelenggaraan rutin. Antara inisiatif yang telah diambil bagi memastikan pembukaan jalan raya sentiasa selamat dan selesa untuk pengguna jalan raya iaitu mengadakan kempen zero pothole. Menerusi kempen ini semua pothole akan ditampal secara tampalan sementara dalam tempoh 24 jam dan pembaikan kekal akan dibuat dalam tempoh tiga hari.

Peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan rutin ini dibayar pada setiap bulan kepada syarikat konsesi berkenaan setelah ia disahkan oleh JKR daerah, yang terlibat.

Peruntukan bagi kerja-kerja rutin ini sememangnya telah diambil kira dan diasingkan sebagai peruntukan mandatori dalam bajet peruntukan kementerian setiap tahun.

Walau bagaimanapun, bagi skop penyelenggaraan secara berkala dan kecemasan, ia bergantung kepada peruntukan yang diluluskan oleh agensi pusat dalam bajet tahunan kementerian. Antara kerja-kerja penyelenggaraan berkala yang terlibat ialah seperti menurap semula jalan dan membaik pulih struktur asas jalan yang kritikal di simpang Jalan Persekutuan. Agihan peruntukan tersebut diagih mengikut panjang jalan yang diselenggarakan bagi setiap negeri.

Kementerian Kerja Raya melalui agensinya Jabatan Kerja Raya akan sentiasa memastikan kerja-kerja senggara dilaksanakan mengikut kaedah yang ditetapkan. Dalam hal ini, JKR akan meningkatkan kompetensi jurutera-jurutera yang terlibat dengan reka bentuk dan selenggaraan serta menggunakan teknologi yang terkini bagi memastikan Jalan Persekutuan sentiasa selamat dan selesa untuk pengguna jalan raya.

final • 11:20 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Peruntukan penyelenggaraan jalan persekutuan untuk setiap negeri ini diberikan secara tahunan berdasarkan kepada senarai keutamaan kerosakan jalan yang telah disediakan Jabatan Kerja Raya tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan Kementerian Kewangan. Oleh itu, kelulusan peruntukan tahunan ini adalah berbeza tanpa mengira negeri yang ditadbir oleh kerajaan mahupun bukan— atau pembangkang. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 11:30 AM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Soalan tambahan, adalah Yang Berhormat Menteri setuju bahawa jalan-jalan persekutuan khususnya di Kuala Kangsar perlu dinaik taraf. Sewajarnya agar tidak ketinggalan dalam pembangunan di kawasan lain.

Saya mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan secara bertulis jumlah peruntukan yang telah diberikan khususnya melibatkan kawasan saya dalam tempoh lima tahun ke belakang. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ya, baik. Terima kasih Yang Berhormat.

Memang kesemua negeri di mana daerah termasuk Kuala Kangsar memang dalam pemantauan Jabatan Kerja Raya. Jadi, tidak ada masalah di mana-mana tempat yang diendah ataupun tidak diambil kira ya. Yang Berhormat, saya beri jaminan kepada Yang Berhormat. Jadi saya juga selaku Menteri di Kerja Raya ini mohon kerjasama daripada

final • 11:30 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Yang Berhormat kalau ada mana-mana yang spesifik bolehlah majukan surat atau gambar kepada pihak kami supaya kami lebih mengetahui di mana yang sebenarnya ada masalah.

Seperti mana yang dimohon tadi kami akan majukan maklumat-maklumat secara bertulis kepada Yang Berhormat. Jadi sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 11:30 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Soalan tambahan.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai giliran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup seperti yang tertera di nombor 15 dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja yang telah diedarkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 23 Februari 2023.”

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

final • 11:32 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:32 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(12). Semalam saya telah mengutuskan surat kepada Tuan Yang di-Pertua dan pada hari ini Tuan Yang di-Pertua kata akan mengemukakan satu petua berkenaan cadangan saya untuk merujuk Ahli Parlimen Kapar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Saya cuba hendak tambah sedikit— banyak isu, banyak kekeliruan dalam isu ini.

Sebenarnya isu pokok adalah kenyataan beliau yang menyatakan bahawa mungkin Menu Rahmah atau mana-mana makanan boleh mengakibatkan autisme. Okey kenyataan tersebut adalah tidak benar, tidak saintifik dan tidak bertanggungjawab. Jadi, saya harap apakah progress tentang jasa baik dan juga petua dari Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Tindakan sedang diambil.

final • 11:32 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, masih lagi sebut Menu Rahmah sedangkan menu itu tidak ada dalam Hansard itu.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bandar Kuching dan Yang Berhormat Kapar. Dengar betul-betul. Yang Berhormat Bandar Kuching telah menulis kepada saya.

Saya telah pun mengambil tindakan menulis kepada Yang Berhormat Kapar, bagi masa.

Sebaik saya dapat jawapan saya akan buat keputusan, okey. Boleh kita settle dekat situ? Reduce down pressure itu.

final • 11:32 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Bandar Kuching lah kena sabar sedikit, Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 11:32 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, standing order.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 11:32 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya.

final • 11:32 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Standing order berapa itu Yang Berhormat?

final • 11:32 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Standing Order 1(e).

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

1(e).

final • 11:32 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ya. Usul memerintah Ketua Polis Negara memberi kemudahan lalu-lalang kepada Ahli-ahli Dewan.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya. Bacakan.

final • 11:32 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ya.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan.

final • 11:32 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita Ahli- ahli Parlimen mempunyai satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri untuk memberi lalu-lalang secara smooth untuk Ahli-ahli Dewan.

Walau bagaimanapun, untuk pegawai-pegawai di luar sana, pagi tadi— tiap-tiap harilah sebenarnya terutamanya hari ini, hari esok dan hari Jumaat. Di mana ramai pegawai kerajaan, mereka akan masuk Dewan untuk membantu Menteri untuk menjawab soalan. Saya nampak long queue sangat panjang, ya. Ada pegawai yang saya tahu memberi maklumat kepada saya sebab mereka terpaksa queue 40 minit. 30 minutes normal ya. Setengah jam itu normal hendak masuk Dewan. Akan tetapi saya nampak bahawa proses ini di mana pegawai terpaksa queue panjang-panjang. Ini man-hours lost, you know.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 11:32 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, setiap pegawai itu dan mereka berpangkat KP, pangkat TKSU, KSU tetapi terpaksa bazir masa dalam jam. Saya mohon Tuan Yang di-Pertua mengarahkan Ketua Pentadbir atau Pegawai Pengawal Parlimen untuk memudahkan proses. Pakailah digital, pakailah you know recognition atau isi borang secara online semalam sebelum masuk...

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okay, point taken.

final • 11:32 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

...Supaya proses ini smooth ya. Pakailah teknologi ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ya, terima kasih. Isu yang Yang Berhormat bangkit itu akan saya lihat. Namun pun begitu, nasihat saya Peraturan Mesyuarat 1(e) ini kita berikan kepada Ahli-ahli Parlimen.

Namun pun begitu, pegawai-pegawai kerajaan datanglah awal. Datang awal.

[Tepuk] Tahu yang dia bertugas— Yang Berhormat Bayan Baru mungkin datang pukul

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

9.25 pagi. Minta pegawai datang 8.15 pagi. Kalau 8.15 pagi tidak jam. Jadi kalau itu dapat diselesaikan, pegawai-pegawai khususnya datang awal.

Problem yang keduanya ialah kadang-kadang satu kereta itu ada empat orang.

Jadi sekuriti dia minta clearance seorang. Jadi, terpaksa check sebab ini juga keselamatan kita. Bayangkanlah kalau-kalau— dijauhi Tuhanlah. Ada orang yang nakal, satu Dewan ini hilang kita semua. Hilang kita semua. Jadi saya tidak mahu risiko itu terjadi dan saya akan pastikan keselamatan Ahli Yang Berhormat ialah utmost menjadi apa nama, prioritized kepada saya. Namun begitu, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu saya akan lihat supaya kita dapat percepatkan proses.

final • 11:32 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita cuma mahu menggunakan teknologi supaya memudahkan kerana kesianlah pegawai itu tunggu lama. Terima kasih.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, okey. Terima kasih.

final • 11:32 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Juga mungkin boleh guna bas yang [Tidak jelas]…disediakan.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik terima kasih. Hari ini bermulanya giliran bagi Yang Berhormat Menteri menjawab perbahasan Usul Menjunjung Kasih di atas Titah Diraja selama dua hari iaitu hingga hari esok 23 Februari 2023.

Saya ingin mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat agar tidak membangkitkan isu baharu semasa Yang Berhormat Menteri menjawab. Ini bagi memberi peluang kepada Yang Berhormat Menteri menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan semasa perbahasan.

Maknanya kalau isu itu tidak dibangkitkan semasa perbahasan, Yang Berhormat tidak dibenarkan untuk bangkit isu baharu dan saya minta Yang Berhormat Menteri juga jangan jawab sekiranya ia isu baharu.

Oleh sebab hanya dua hari sahaja untuk Yang Berhormat Menteri menjawab perbahasan ini, Yang Berhormat Menteri hanya perlu menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang sedang berada di dalam Dewan ini. Manakala isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang tiada di dalam Dewan akan diberikan jawapan secara bertulis.

Maknanya Yang Berhormat Menteri kena perhati betul-betul hendak bertanya adakah Yang Berhormat bertanya itu ada dalam Dewan. Kalau tidak ada, skip, move to next person sebab kita tidak— masa kita memang terlalu singkat. Selain itu, Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan komitmen untuk memberikan jawapan bertulis ke atas isu-isu yang dibangkitkan perlu memberikannya dalam tempoh lima hari bekerja.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Now, Menteri-menteri yang promised, “saya akan berikan jawapan bertulis”. You better honour your words, lima hari, kena berikan jawapan bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya.

Untuk itu, kita mulakan...

final • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Boleh saya dapat klarifikasi sedikit. Tadi Tuan Yang di-Pertua menyatakan Yang Berhormat Menteri akan memberi jawapan bertulis kalau Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan perkara-perkara tidak ada dalam Dewan.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Persoalannya, adakah itu perkataannya ‘boleh’ atau ‘mesti’. Kalau tidak ada, mesti bertulis. Oleh sebab Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada dalam Dewan ini, walaupun tidak membangkit isu itu perlu

final • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

mengetahui jawapan itu. Sedangkan kalau bertulis hanya Yang Berhormat berkenaan sahaja yang tahu.

Jadi, kalau perkara penting umpamanya dibangkitkan oleh seorang Ahli yang kebetulan tidak ada dalam Dewan, tetapi perkara penting perlu diketahui oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan. Saya rasa perkataan yang boleh digunakan “boleh memberi jawapan bertulis, tetapi tidak semestinya compulsory”. Tak ada sahaja, bertulis. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Saya buat keputusan bahawa sekiranya Ahli Yang Berhormat bertanya semasa jawapan diberikan, beliau tidak berada di dalam Dewan, makanya menteri boleh memberikan jawapan bertulis kepada beliau, terima kasih.

[Tepuk] Baik, kita mulakan dengan kementerian...

final • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua yang saya sangat-sangat hormati.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

final • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang sangat-sangat saya hormati. Atas isu Peraturan Mesyuarat 36(4).

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tolong baca.

final • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

“Menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan”. Saya telah membangkitkan isu tindakan melampau Yang Berhormat Kubang Kerian kelmarin. Di mana Yang Berhormat Kubang Kerian telah mempersoalkan kewibawaan dan kebijaksanaan tuanku apabila menyatakan dalam perbahasan bahawa tuanku membacakan teks yang disediakan oleh kerajaan.

Ini adalah tindakan yang sangat melampau, di mana beliau telah mempersoalkan kebijaksanaan tuanku dalam memberikan titah semasa upacara pembukaan Parlimen.

Saya minta Tuan Yang di-Pertua– Tuan Yang di-Pertua telah berjanji untuk buat ruling, saya dengan rendah diri memohon satu ruling dibuat atas perkara ini. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Saya telah pun meminta semua pihak yang terlibat termasuk juga Penasihat Undang-undang dan sebagainya memberikan nasihat kepada saya dan insya-Allah saya kira hari ini, saya akan dapat membuat keputusan tersebut dan insya-Allah jawapan akan saya berikan kepada Yang Berhormat, insya-Allah. Sabar.

final • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang saya sangat-sangat hormati.

final • 11:40 AM
MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak- banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan

final • 11:40 AM

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Kelima Belas.” [21 Februari 2023]

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Kita mulakan dengan Kementerian Kewangan, silakan.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam perpaduan.

final • 11:43 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Point of order.

final • 11:43 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, sekejap. Apa itu?

final • 11:43 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Peraturan Mesyuarat 36(12).

final • 11:43 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:43 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bacakan, bacakan.

final • 11:43 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, bacakan. “Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu”. Hat ni saya tidak mahu rujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, saya hendak minta supaya Yang Berhormat Menteri Kewangan ini tolong perbetulkan, Menteri Kewangan sebelum ini telah menjawab satu persoalan yang tidak tepat iaitu apabila Yang Berhormat Machang bertanya soalan tadi.

Pada tahun 2014, kerajaan telah menyediakan clearing house dengan Yuan di mana, duit Malaysia ditukar terus dengan Yuan, tidak menggunakan US. Yang Berhormat tidak menjawab yang itu, Yang Berhormat kata akan dibuat dengan mana sahaja mata wang yang boleh menguntungkan. Mata wang utama dunia adalah Yuan, US, Yen.

final • 11:43 AM

Tuan Yang di-Pertua

Isu yang menghina Majlis ini, apa dia?

final • 11:43 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan, bukan menghina. Ini perkara yang mengelirukan kenyataan.

final • 11:43 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oh, mengelirukan.

final • 11:43 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, saya minta Yang Berhormat tolong betulkan bahawa clearing house itu sekarang ini apakah telah berfungsi ataupun tidak.

final • 11:43 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 11:43 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Pada tahun 2014. Keduanya, apabila kita hendak buat pakatan dengan mana-mana currency, currency utama sahaja.

Sekarang ini saya hendak beritahu, boleh Yang Berhormat jawab pada Yang Berhormat Bagan yang tanya soalan perkara itu, jawapannya ialah duit kita akan stabil.

Saya telah lihat, satu minggu duit kita telah jatuh daripada RM4.23, kelmarin kepada RM4.44. Kejatuhan yang luar biasa berlaku Yang Berhormat. Yang Berhormat tanya soalan pun, Yang Berhormat tidak tengok yang ini.

[Menunjukkan sekeping kertas] Jadi, macam mana boleh stabil?

final • 11:43 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tuan Yang di-Pertua, itu soalan asal, soalan saya.

Saya puas hati, tetapi Yang Berhormat, saya pun tidak faham kenapa tidak puas hati.

Daripada RM4.75, sekarang sudah kukuh kepada RM4.24, sebelum sekarang RM4.43, sudah kukuh.

final • 11:43 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kalau masa zaman Yang Berhormat, RM4.75 lagi teruk, jangan buang masa.

Biarkan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan jawab.

final • 11:43 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sebab itu saya kata– baik, saya sudah dengar. Terima kasih Yang Berhormat Bagan.

final • 11:43 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Bagan, hari ini 22 Februari– Yang Berhormat, sedikit sahaja. Pada 2 Februari RM4.23.

final • 11:43 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:43 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau.

final • 11:43 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hari ini 22 Februari, RM4.44.

final • 11:43 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau.

final • 11:43 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia baca buku mana?

final • 11:43 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sebanyak RM4.75.

final • 11:43 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Satu bulan yang lalu.

final • 11:43 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Semasa kerajaan dahulu.

final • 11:43 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau.

final • 11:43 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini buku salah. Akauntan tidak bertauliah.

final • 11:43 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini– sekarang dia buat pula serangan peribadi.

final • 11:43 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua. Itu kenyataan zaman itu tidak betul. Saya hendak bagi.

final • 11:43 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Inilah standard Kerajaan Perikatan Nasional.

final • 11:43 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik, semua duduk.

final • 11:43 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tidak tahu ekonomi, pura-pura hendak tahu.

final • 11:43 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Yang Berhormat Bagan...

final • 11:43 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya rasa serah balik kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan.

final • 11:43 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

I’m an economist, I’m an economist.

final • 11:43 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.

final • 11:43 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

You are notlah. You are celup punya economistlah

final • 11:43 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau, duduk, duduk.

final • 11:43 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia kena tarik balik, dia kata celup.

final • 11:43 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau, duduk, duduk. Okey.

final • 11:43 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:43 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oleh sebab saya yang tidak...

final • 11:43 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, betul itu kenyataan daripada Yang Berhormat Bagan itu. Sebab pada 1 Januari 2021, kadarnya USD4.0203.

final • 11:43 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang, Pendang.

final • 11:43 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Pada 9 Julai 2021, RM4.20.

final • 11:43 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang, Pendang, kita boleh discuss ini sampai pukul 12.00 malam. Dia tidak membantu rakyat langsung. Saya hendak bincang masalah yang membantu rakyat. Ini 4.7, 4.2 ini cerita...

final • 11:43 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sebab dia banding zaman PN.

final • 11:43 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang, Pendang duduk. You are wasting our time.

final • 11:43 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawab. Carry on.

[Tepuk]

final • 11:43 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Sebelum saya menjawab pertanyaan...

final • 11:43 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tahniah Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:43 AM

Seorang Ahli

Hebat Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:43 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

...Yang telah dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan menjunjung kasih ke atas titah diraja semasa Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Parlimen ke-15 pada 13 Februari yang lalu.

Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, seramai 28 orang yang antara lain telah menyentuh portfolio Kementerian Kewangan. Semua pandangan, teguran, cadangan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung perkara yang telah dibangkitkan berkaitan Kementerian Kewangan amatlah dihargai.

Pertama, mengenai ekonomi negara secara keseluruhan telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Ayer Hitam dan Yang Berhormat Pagoh.

Walaupun berdepan dengan cabaran pertumbuhan ekonomi global yang menyederhana, ekonomi Malaysia terus berkembang sebanyak 8.7 peratus pada tahun 2022 dengan nilai KDNK benar melebihi paras prapandemik.

Antara indikator terkini yang menunjukkan prestasi ekonomi yang kukuh adalah, pertama, permintaan domestik terus dipacu oleh penggunaan swasta yang disokong oleh prospek pasaran buruh yang lebih baik dan keyakinan perniagaan yang kekal positif.

Pasaran buruh mengekalkan tahap guna tenaga penuh dengan kadar pengangguran berkurang kepada 3.6 peratus pada suku keempat 2022 berbanding 3.7 peratus pada suku ketiga 2022.

Indeks sentimen pengguna oleh Malaysian Institute of Economic Research

(MIER) telah meningkat kepada 105.3 mata pada suku keempat 2022, berbanding 98.4 mata pada suku ketiga 2022 selari dengan penggunaan swasta yang kukuh.

Kedua, pasaran saham FBM KLCI meningkat dengan ketara sebanyak 7.2 peratus dalam suku keempat 2022, disokong oleh kestabilan politik domestik pasca Pilihan raya Umum ke-15 dan pertumbuhan KDNK suku ketiga 2022 yang memberangsangkan. FBM KLCI juga mencatat sebanyak 1,501.88 mata atau peningkatan sebanyak empat peratus semasa pelantikan Perdana Menteri pada 24 November 2022. Pada pagi ini, Bursa Malaysia dibuka dengan indeks FBM KLCI sebanyak 1,468.62 mata.

Ketiga, perdagangan luar terus mencatat pertumbuhan dua digit di samping prestasi pelaburan langsung asing yang memberangsangkan. Jumlah dagangan berkembang sebanyak 14.7 peratus pada RM718.1 bilion dengan eksport dan import kasar masing-masing meningkat sebanyak 11.8 peratus dan 18.5 peratus.

final • 11:43 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Malaysia merekodkan FDI bersih sebanyak RM19.3 bilion pada suku keempat berbanding RM12.3 bilion pada suku ketiga tahun 2022. Keempat, inflasi bagi suku keempat tahun 2022 telah menyederhana kepada 3.8 peratus. Antaranya, berikutan pelaksanaan langkah kawalan harga, khususnya melalui pemberian subsidi kepenggunaan oleh kerajaan bagi mengimbangi kenaikan harga makanan. Tanpa langkah yang dinyatakan ini, inflasi negara mungkin mencatat kadar yang lebih tinggi.

Sebagai contoh, kajian oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada tahun 2022, mendapati kadar inflasi di Malaysia boleh melebihi 10 peratus sekiranya kerajaan menghapuskan semua subsidi yang dinikmati rakyat ketika ini.

Berdasarkan data terkini inflasi iaitu Disember 2022, kadar inflasi Malaysia mencatat 3.8 peratus iaitu lebih rendah berbanding beberapa buah negara maju dan

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

serantau seperti United Kingdom 10.5 peratus, Filipina 8.1 peratus, Amerika Syarikat 6.5 peratus, Singapura 6.5 peratus, Thailand 5.9 peratus, Indonesia 5.5 peratus, Vietnam 4.6 peratus dan Jepun 4.0 peratus.

Keseluruhannya, kadar inflasi negara pada tahun 2022 merekodkan 3.3 peratus dan dijangka akan terus terkawal pada tahun 2023. Pertumbuhan global diunjurkan semakin menyederhana sebanyak 2.9 peratus seperti yang diterbitkan dalam Laporan World Economic Outlook edisi Januari 2023 oleh IMF. Unjuran ini mengambil kira kesan daripada tekanan berterusan seperti inflasi, keadaan kewangan global yang semakin ketat dan pertumbuhan ekonomi negara-negara maju yang turut perlahan.

Sebagai sebuah ekonomi terbuka, negara kita turut terkesan di mana pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka turut menyederhana, selari dengan unjuran oleh IMF iaitu 4.4 peratus dan Bank Dunia iaitu 4 peratus. Pertumbuhan ini juga dipengaruhi oleh kesan asas yang tinggi pada tahun 2022. Berdasarkan statistik ini, dijangkakan bahawa Malaysia tidak akan mengalami kegawatan ekonomi pada tahun 2023.

Hal ini berdasarkan takrifan kegawatan kemelesetan ekonomi secara teknikal adalah apabila sesebuah negara mengalami penguncupan ekonomi suku tahunan sebanyak dua kali berturut-turut. Momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia masih kekal positif, terutamanya disokong oleh permintaan domestik yang stabil, khususnya perbelanjaan swasta berikutan jangkaan penambahbaikan pasaran buruh yang berterusan serta peningkatan aktiviti ekonomi dan sosial, terutamanya aktiviti berkaitan pelancongan.

Fitch Ratings turut mengekalkan penarafan kredit negara BBB+, dengan tinjauan stabil pada tahun 2023. Ini mencerminkan keyakinan terhadap pentadbiran kerajaan dan kekuatan pemulihan ekonomi Malaysia serta daya tahan negara di tengah-tengah landskap global yang tidak menentu dan sangat mencabar.

Kerajaan akan terus mengambil langkah proaktif bagi meningkatkan daya tahan ekonomi dengan mempelbagaikan sumber pertumbuhan serta memastikan persekitaran yang kondusif bagi menarik minat pelabur asing dan domestik, terutamanya dalam bidang bernilai tambah tinggi yang dapat mewujudkan peluang pekerjaan, juga berpendapatan tinggi.

Kementerian Kewangan sedang merangka Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini, pukul 4 petang. Tentunya akan memberi tumpuan kepada pembinaan Malaysia yang berdaya tahan, makmur, berpandukan konsep madani untuk mencapai visi mewujudkan masyarakat Malaysia yang adil melalui penerapan aspek keterangkuman dan kesaksamaan. Enam tonggak madani iaitu:

(i) kemapanan;

(ii) kesejahteraan;

(iii) daya cipta;

(iv) hormat;

(v) keyakinan; dan

(vi) ihsan.

Ini akan memacu negara ke arah kestabilan, pemulihan ekonomi, kesejahteraan rakyat melalui sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan. Di bawah kerangka dasar madani ini, kerajaan akan mengambil pendekatan yang menyeluruh untuk menggalakkan perpaduan, ketelusan, tadbir urus, tata kelola yang baik dalam semua aspek pembangunan negara.

Belanjawan 2023 akan menggariskan strategi kerajaan untuk terus menyokong pertumbuhan ekonomi bagi meneruskan momentum pertumbuhan yang dicapai pada tahun 2022 demi kesejahteraan rakyat. Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Kepala Batas dan Yang Berhormat Stampin bertanyakan mengenai isu OPR dan moratorium.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Program Moratorium Bantuan Bayaran Balik yang diperkenalkan sebelum ini telah pun tamat. Namun, kerajaan dan Bank Negara Malaysia memahami keresahan rakyat yang terbeban untuk melunaskan ansuran bulanan yang semakin meningkat berikutan kenaikan OPR baru-baru ini.

Usaha ini termasuk membantu peminjam yang terkesan dan menghadapi kesulitan untuk membuat bayaran balik pinjaman dengan menawarkan Program Penstrukturan Semula Bayaran Balik Pinjaman dan Bantuan Sosial. Selain itu, peminjam juga boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma dan mendaftarkan diri dalam mana-mana Program Bantuan Bayaran Balik Pinjaman yang disediakan oleh AKPK seperti Program Pengurusan Hutang dan Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil.

Antara bantuan yang ditawarkan adalah termasuk pengurangan ansuran bulanan, pelanjutan tempoh bayaran balik dan Program Sokongan Daya Tahan Kewangan.

Seterusnya, hutang Kerajaan Persekutuan.

final • 11:50 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Minta Penjelasan. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Yang Berhormat Stampin.

final • 11:50 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa sejak tahun lalu, kenaikan OPR itu telah mencapai satu percent. Kalau kita memandang bilangan household debt di negara kita iaitu hampir 1.5 trilion.

Oleh itu, tambahan satu percent interest itu, jumlah faedah yang perlu dibayar oleh penghutang-penghutang itu adalah satu tahun tambah RM15 bilion. Bukankah itu satu amaun yang begitu besar yang merupakan satu withdrawal untuk sistem ekonomi kita? Bukankah itu juga, RM15 bilion itu merupakan satu beban yang amat besar untuk penghutang-penghutang ini?

Oleh itu, dalam ucapan saya, saya juga ada menyeru kepada kerajaan supaya memberikan pertimbangan agar interest itu, OPR itu boleh diturunkan. Hal ini kerana kita sekarang pun tidak tertekan dengan masalah nilai mata wang kita yang pada zaman kerajaan sebelum itu yang semakin menurun. Apa yang kita tengok juga itu dengan kenaikan OPR, inflasi pun tidak terkawal. Apakah pandangan Yang Berhormat?

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih Yang Berhormat Stampin.

OPR ini dinaikkan untuk tujuan mengurangkan inflasi. Sebelum ini inflasi teras di Malaysia ialah 4.2 peratus tetapi setelah OPR dinaikkan, maka inflasi daripada 4.2 peratus telah turun pada 3.8 peratus. Mengenai hutang isi rumah (household debt) ini, ia memang tinggi.

Di Malaysia agak tinggi, ini disebabkan rakyat membeli rumah, itu yang menyebabkan hutang. Rakyat membeli kenderaan, itu juga menyebabkan hutang isi rumah. Walau bagaimanapun, hutang mereka itu ada di belakangnya aset rumah yang berkaitan. Walaupun tinggi tetapi ada aset di belakang hutang yang berkaitan itu.

Seperkara lagi yang ingin saya sebut di sini ialah mengenai interest ini. Jika ia terlibat dengan OPR, ia hanya melibatkan pinjaman yang menggunakan interest secara terapung atau kadar faedah secara terapung. Akan tetapi mereka yang meminjam menggunakan kadar kaedah tetap, ia tidak akan terlibat. Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa separuh daripada segala hutang itu menggunakan interest yang terapung dan separuh lagi menggunakan interest dengan kadar yang tetap. Saya ingin...

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya mencelah sedikit? Berkaitan dengan OPR tadi, Yang Berhormat menyebut bahawa antara pendekatan yang diambil dalam konteks untuk mengawal inflasi. Akan tetapi kita kena ingat bahawa inflasi yang berlaku pada hari ini adalah bukan sekadar inflasi disebabkan oleh permintaan yang meningkat daripada pengguna tetapi inflasi yang berlaku pada hari ini antara punca utamanya adalah kerana kenaikan kos input.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Setuju kah Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa kita perlu lebih berhati-hati dalam konteks kenaikan OPR ini? Takutnya, kita bagi ubat lain, sakitnya lain. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang perkara itu?

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Kedua, saya hendak celah sedikit berkaitan dengan ringgit kerana Yang Berhormat Stampin tadi sebut bahawa ringgit pada zaman kerajaan sebelum ini katanya rendah. Ini fakta ya, Tuan Yang di-Pertua. Jika kita lihat dalam data dalam tempoh dua tahun setengah ini, kadar tukaran ringgit berbanding Dolar Amerika yang dicatatkan pada 1 Januari 2021 adalah pada kadar 4.0203 bagi setiap dolar.

Ringgit terus berada di bawah 4.2 berbanding dengan dolar sehingga 9 Julai 2021.

So, dalam tempoh kerajaan campuran PH-BN ini, kadar tukaran ringgit berbanding dengan US Dolar yang tertinggi ialah 4.2443. Jadi, saya mohon supaya kita ketepikan konon-kononnya ringgit ini ialah puncanya...

[Disampuk]

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Putrajaya, ajukan pertanyaan itu terus kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bukan kepada Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi Bin Md. Jidin - Putrajaya

Ya, itu saya hendak mohon supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan bahawa kita sedarkan rakyat secara keseluruhannya bahawa punca kenaikan ringgit atau kejatuhan ringgit ini banyak. Bukan sebab hanya pertukaran kerajaan.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi Bin Md. Jidin - Putrajaya

Kenaikan OPR sebagai contoh, itu memberi kesan kepada penurunan ataupun kenaikan ringgit dalam konteks kenaikan OPR yang begitu tinggi di Amerika Syarikat sebagai contoh.

Jadi, saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan perkara ini semua supaya kita tidak bercakap lagi tentang perkara yang sama. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Dalam banyak tahun, OPR Malaysia ialah 3.0 bukan 2.75. Bukan sengaja-sengaja kita menaikkan OPR itu. Kita turunkan kadar OPR pada ketika COVID-19 sehingga 1.75. Antara tujuan kita turunkan OPR itu supaya rakyat mengeluarkan wang daripada bank dan mereka boleh berbelanja; itu sebab khusus. Daripada angka 1.75 itulah maka dinaikkan hingga sekarang 2.75 bagi mengekang inflasi dan membetulkan semula apa yang berlaku.

Saya ingin menyebut bahawa hanya peminjam yang mempunyai pinjaman berkadar terapung sebagai mana yang saya sebut tadi yang akan mengalami peningkatan ansuran bulanan. Setakat Disember 2022, 50.3 peratus daripada jumlah akaun pinjaman dalam sektor isi rumah ialah pinjaman tetap. Ini bererti apabila pinjaman tetap, separuh daripada pinjaman itu tidak akan terdedah kepada kenaikan OPR.

Bagi peminjam berpendapatan rendah, pendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan, 54.8 peratus daripada jumlah akaun pinjaman adalah pada kadar tetap. Ini satu lagi bahawa mereka yang berpendapatan rendah, maka 54.8 peratus daripada jumlah pinjaman itu tidak terjejas dengan kenaikan OPR. Mengenai inflasi...

final • 12:00 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed - Kuala Terengganu

Kuala Terengganu.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya ada banyak, tebal bukan main ini.

Berpuluh-puluh muka surat...

final • 12:00 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed - Kuala Terengganu

Pendek sahaja.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya.

final • 12:00 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed - Kuala Terengganu

Kuala Terengganu.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Baik.

final • 12:00 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed - Kuala Terengganu

Yang Berhormat, selain daripada pinjaman untuk tujuan pinjaman perumahan, ramai juga rakyat kita yang meminjam untuk tujuan membeli dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan sebagainya dan kerana kenaikan OPR, ramai yang mempertimbangkan untuk perlukah mereka menjual kembali saham itu? Setakat mana ia memberi kesan sebenarnya; kenaikan OPR terhadap saham amanah?

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab...

final • 12:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, baik.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh tidak move sat lagi isu OPR ini? Banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat lain. Saya minta.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, Yang Berhormat Kuala Terengganu itu kita jawab kemudian.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Last on OPR.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Okey, hutang Kerajaan Persekutuan telah dibangkitkan oleh tujuh Ahli Yang Berhormat; Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Gopeng. Saya ingin maklumkan bahawa sehingga akhir tahun 2022, hutang Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM1.0796 trilion.

final • 12:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Puncak Borneo pun ada sebut.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Sabar dahulu, Yang Berhormat – atau 60.4 peratus daripada KDNK yang meliputi hutang dalam negeri sebanyak RM1.0501 trilion dan pinjaman luar pesisir sebanyak RM29.5 bilion. Kita tidak boleh pinjam lebih daripada RM35 bilion di luar.

Kedudukan hutang ini telah meningkat ketara iaitu 52.4 peratus daripada KDNK pada tahun 2019 kepada 60.4 peratus sekarang ini. Ini adalah kerana kerajaan perlu membuat pinjaman tambahan bagi membiaya beberapa pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi dengan suntikan fiskal berjumlah RM110 bilion yang bertujuan menangani impak COVID-19.

Jika ingin saya bacakan dari segi tahun. Tahun 2017 hutang Kerajaan Persekutuan RM686.84 bilion. Kemudian tahun 2018 naik RM54 bilion – ini pertukaran kerajaan, RM741.05 bilion. Tahun 2019, naik lagi RM52 bilion menjadikan hutang Kerajaan Persekutuan RM792.998 bilion.

Tahun 2020 tambah lagi hutang RM87 bilion menjadikan RM879.559 bilion.

Tahun 2020-2021, tambah RM100 bilion hutang kepada RM979.814 bilion. Tahun 2021- 2022 tambah lagi RM100 bilion hutang menjadikan kepada RM1.079 trilion. Itu angka- angka hutang. Tahun 2017 50.7 peratus sahaja daripada KDNK, tahun 2018 naik kepada 51 peratus.

final • 12:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Habiskan ini dulu. Tahun 2019...

final • 12:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan...

final • 12:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Sekejap, sekejap

final • 12:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Okey.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tahun 2019, 52.4 peratus daripada KDNK. Tahun 2020, 62.0 peratus daripada KDNK. Tahun 2021, 63.4 peratus daripada KDNK. Tahun 2022, 60.4 peratus daripada KDNK. Ya, sila.

final • 12:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Pontian. Saya tidak nampak bagaimana pihak kerajaan boleh mengurangkan hutang sebab setiap tahun kita lihat dan saya percaya

final • 12:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

tahun ini juga kita akan ada belanjawan defisit dan lagi satu kita tahu bahawa perbelanjaan untuk pembangunan, peruntukkan datangnya daripada penjualan bon dan saya percaya tahun ini juga ia akan berlaku dan juga tahun-tahun seterusnya.

Jadi persoalannya, bagaimanakah kerajaan sekarang ini dapat memastikan pada masa hadapan hutang ini dapat dikurangkan bajet, bukan lagi bajet defisit? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya akan menyebut bagaimana kaedahnya. Ada lapan perkara, kaedahnya. Tunggu, sabar. Secara amnya setiap tahun kerajaan perlu membuat pinjaman bagi membiayai defisit fiskal dan membiaya semula hutang prinsipal. Kerajaan terpaksa membuat pinjaman baharu bagi menampung perbelanjaan pembangunan.

Sebagai mana yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Pasu tadi, pinjaman tahun ini akan meningkatkan paras hutang kerajaan selagi mana kedudukan kewangan kerajaan mengalami defisit. Jadi, dari aspek bayaran khidmat hutang iaitu bayaran faedah ke atas pinjaman terkumpul, sebanyak RM41.3 bilion dibelanjakan pada tahun 2022 meliputi 14 peratus daripada kutipan hasil. Bayaran khidmat hutang akan terus meningkat selagi mana hutang sedia ada tidak berkurang dan kerajaan perlu membuat pinjaman baharu untuk membiayai defisit tahunan.

Dalam memastikan paras hutang Kerajaan Persekutuan terkawal dan terurus, beberapa langkah berikut perlu dipatuhi. Yang Berhormat Kubang Pasu, ada lapan perkara:

(i) Meneruskan langkah konsolidasi fiskal secara beransur-ansur bagi memastikan pinjaman baharu untuk membiaya defisit adalah lebih rendah berbanding tahun sebelumnya tanpa menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi negara;

(ii) meningkatkan kecekapan perbelanjaan, mengawal dan memastikan peruntukkan dibelanjakan dengan berkesan serta mengurangkan ketirisan dan pembaziran. Kerajaan juga perlu melaksanakan kajian semula perbelanjaan awam (public expenditure review) termasuk langkah rasionalisasi dan keutamaan perbelanjaan;

(iii) memperluas asas hasil dan memastikan kutipan hasil yang mampan di mana perbelanjaan mengurus perlu dibiaya melalui hasil negara dan kerajaan sentiasa mempunyai lebihan baki semasa serta dapat menampung sebahagian perbelanjaan pembangunan;

(iv) memastikan bayaran khidmat hutang terkawal dan tidak melebihi 15 peratus daripada hasil; dan

(v) memastikan pinjaman kerajaan semata-mata untuk membiayai perbelanjaan pembangunan yang ditumpukan kepada projek berimpak tinggi, seterusnya memberi pulangan kepada negara dan rakyat dalam tempoh jangka masa panjang.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

(vi) mengutamakan pinjaman domestik dengan mengambil kira mudah tunai yang tinggi dan kos pinjaman yang lebih murah serta tidak terdedah dengan risiko tukaran wang asing;

(vii) mengehadkan pemberian jaminan dan projek-projek berskala besar yang pada akhirnya membebankan komitmen kewangan kerajaan; dan

(viii) mengukuhkan rangka kerja institusi dan perundangan berkaitan hutang dengan melaksanakan langkah pembaharuan fiskal

final • 12:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

termasuk memperkenalkan Akta Tanggungjawab Fiskal (Fiscal Responsibility Act) dengan izin.

Akta yang dijangka akan dibentangkan pada tahun ini, mampu memperkukuhkan lagi tadbir urus, tata kelola, ketulusan dan akauntabiliti dalam pengurusan fiskal.

final • 12:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Tuan Yang di-Pertua, Puncak Borneo minta penjelasan.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Sila.

final • 12:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Saya pada sesi perbahasan semalam, saya ada menyebut mengenai hutang kerajaan yang begitu tinggi, di mana hasil daripada Laporan Bank Negara, kita mempunyai rizab kewangan yang berjumlah USD100.8 bilion. Ini bermakna kita hanya mampu untuk finance negara kita dalam masa 5.2 bulan.

Jadi, saya mencadangkan dalam lapan cadangan yang dikemukakan tadi, saya mendengar dengan teliti tetapi tidak ada cara baru untuk negara kita mencari sumber pendapatan baharu untuk negara. Jadi, dengan itu, saya mencadangkan supaya GST diperkenalkan semula tetapi dengan kuantum yang lebih rendah iaitu mungkin dua ke empat peratus. Jadi, soalan saya, adakah Kementerian Kewangan ingin menilai ataupun melihat semula cadangan perbahasan saya ini? Terima kasih.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Membayar import tertangguh lima hingga tujuh bulan itu biasa ya, Yang Berhormat Puncak Borneo. Mengenai GST telah dijawab sebaris di sini oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan bahawa pada bajet kali ini kita tidak akan mengumumkan pelaksanaan GST.

Tentang GST ini, pada ketika kemuncaknya, kita dapat RM60 bilion hasil tetapi apabila kita tolak dengan pulangan balik bayaran GST ataupun GST refund, angka yang tertinggi yang pernah kita capai ialah RM44 bilion. SST sekitar RM20 bilion ke RM23 bilion.

Akan tetapi, untuk kali ini tidak akan dilaksanakan. Kita tidak tahu pada masa- masa akan datang, itu kemudianlah kita bincang. Satu lagi, bukan hanya menambahkan hasil tambahan kepada negara, GST juga antara yang paling penting ialah boleh mengurang apa yang dipanggil sebagai the black economy ataupun ekonomi gelap, ekonomi bayangan dan ekonomi bawah tanah yang menyebabkan orang lain daripada cukai dan macam-macam.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

[Bangun]

final • 12:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

[Bangun]

final • 12:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

GST boleh mengurangkan kadar itu.

Kadarnya sebanyak 30 peratus daripada KDNK, ia adalah amat tinggi dan GST boleh mengurangkan lingkungan 20 peratus daripada itu, tinggal 10 peratus sahaja ekonomi gelap jika ia dilaksanakan. Itu sebab 170 buah negara telah melaksanakan. Daripada 194 buah negara dalam dunia atau 85 peratus daripada negara dalam dunia telah melaksanakan. Sekali lagi saya ingin menyebut...

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Penjelasan.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

...Bahawa ia tidak akan dibawa dalam bajet kali ini sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Penjelasan.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak beri siapa? Ada tiga itu.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Yang Berhormat Titiwangsa lah ya.

Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Okey, steady. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya teliti tadi jawapan Yang Berhormat Timbalan

final • 12:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Menteri daripada segi soal hutang negara. Kalau kita tengok dalam masa empat setengah tahun, negara telah meningkatkan hutang sebanyak RM392 bilion iaitu daripada RM686 bilion meningkat kepada RM1.079 trilion.

Interest juga telah meningkat daripada RM27.9 bilion kepada RM43 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM15 bilion. Yang membimbangkan saya ialah Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi bahawa pinjaman yang boleh dilakukan oleh kerajaan ini hanyalah untuk pinjaman pembangunan. Sedangkan pada ketika ini kalau kita lihat, revenue kita ataupun pendapatan kerajaan agak stagnant dan perbelanjaan menguruskan meningkat.

Jadi, lebihan antara pendapatan dan perbelanjaan mengurus terlalu kecil. Jadi, apabila kecil dan kita terus meminjam dan hutang akan meningkat, akhirnya kita akan sampai satu peringkat bahawa even perbelanjaan mengurus ini juga tidak dapat ditampung oleh income kita memandangkan 25 peratus daripada income kita ini bergantung pada pendapatan daripada PETRONAS. Dividen, PITA tax dan royalti.

Jadi, sedangkan PETRONAS juga hari ini bukan lagi macam dulu. Dulu PETRONAS ini AA, A, A+, A- dan sekarang ini ia sudah jatuh BBB. Ia juga telah meningkatkan hutangnya juga. Kalau dulu kita tengok PETRONAS punya hutang ini kecil.

Sekarang ini, PETRONAS punya hutang sudah meningkat kepada RM100 bilion.

Saya melihat bagaimana kerajaan melihat isu ini? Adakah pada suatu ketika nanti, kita juga akan menggubal undang-undang kita bahawa hutang ini juga boleh kita buat untuk menampung belanja pengurusan? Saya ingat dulu waktu kita hendak increase kita punya threshold hutang, kita cakap 55 peratus sahaja. Selepas itu, akhirnya kita telah meningkatkan kita punya threshold kepada 65 peratus.

Jadi saya takut kalau kita tidak melakukan sesuatu, terutamanya bagaimana kita melebarkan pendapatan kita, maka akhirnya, belanja mengurus ini juga terpaksa kita hutang. Apakah pendapat Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Menyambung sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak jawab dulu kah, hendak...

final • 12:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya jawab dulu.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Boleh sambung? Tajuk sama. Tajuk sama Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya jawab dulu sebab beliau bekas Yang Berhormat Menteri Kewangan ini perlu dijawab dan diawalkan.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak jawab dulu.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Bekas Yang Berhormat Menteri Kesihatan sabar ya. Okey, memang daripada segi tanggungjawab fiskal, apa yang kita lakukan, kita tidak akan meminjam untuk membayar gaji apa yang kita panggil sebagai operating expenditure (OE). Kita hanya boleh meminjam untuk development expenditure

(DE).

Itu adalah di bawah guideline fiskal. Sama ada perkara ini akan berlaku pada masa akan datang bahawa kita akan juga berhutang untuk pembangunan, itu kita lihat dan kita cubalah untuk mengelakkannya. Itu sebab kita akan membentangkan Akta Tanggungjawab Fiskal pada tahun ini dan tentu antara perkara dalam akta itu akan disebutkan bahawa kita hanya boleh meminjam untuk pembangunan.

Satu lagi antara perkaranya ialah tidak boleh kadar yang dibayar lebih daripada 15 peratus daripada hasil untuk membayar khidmat hutang. Itu juga kemungkinan akan dimasukkan. Mengenai PETRONAS, Yang Berhormat Titiwangsa, dividen yang PETRONAS beri kepada kerajaan, ingin saya kongsikan di sini.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Pada tahun 2017 sebanyak RM16 bilion, pada tahun 2018 sebanyak RM26 bilion, pada tahun 2019, ini pada ketika agak kontroversi ketika itu, sebanyak RM54 bilion, pada tahun 2020 sebanyak RM34 bilion, pada tahun 2021 sebanyak RM25 bilion dan pada tahun 2022 sebanyak RM50 bilion dividen PETRONAS yang kita ambil untuk tujuan macam-macam oleh kerajaan. Mengenai pendapatan PETRONAS untung rugi:

TahunPendapatan (RM)Untung dan Rugi (RM)
2017223.6 bilionUntung 45.5 bilion
2018251 bilionUntung 55.3 bilion
2019240.3 bilionUntung 40.5 bilion
2020178.7 bilionRugi 21 bilion
2021248 bilionUntung 48.6 bilion

PETRONAS belum mengumumkan prestasi kewangannya bagi tahun 2022.

Mengenai kaedah kita untuk mendapatkan tambahan hasil, antaranyalah, antaranya ya, pada saat dan ketika ini, ada 3,835,178 orang rakyat yang membayar cukai melalui potongan gaji. Ini kita boleh tingkatkan daripada 3.8 juta orang ini kepada satu angka yang lain.

final • 12:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

[Bangun]

final • 12:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kemudian, mengenai syarikat yang kena cukai pada tahun 2020, angka yang ada ini, sebanyak 420,549 buah syarikat. Akan tetapi, yang mendaftar ialah 1.3 juta pendaftar. Yang membayar cukai, sebanyak 420,549 buah syarikat sahaja. Jadi, ini ada ruang untuk kita mendapatkan cukai-cukai daripada pihak yang belum membayar cukai.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Siapa tadi? Ya, dipersilakan.

final • 12:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Ipoh Timur juga.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kuala Selangor.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 12:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Ipoh Timur juga ya.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau boleh saya lanjutkan sikit walaupun saya dengar dengan tekun jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan tadi akan bagaimana kaedah untuk menjana atau mengurangkan hutang.

Akan tetapi, selama kita tahu Tuan Yang di-Pertua, selama perbelanjaan ataupun selama pertumbuhan hasil adalah jauh lebih kurang daripada peningkatan perbelanjaan kita akan mengalami situasi ini. Pastinya kita bercakap tentang peningkatan hasil ataupun mengurangkan perbelanjaan.

Namun, satu perkara yang tidak disentuh oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan tadi Tuan Yang di-Pertua adalah persoalan pelaburan atau investment. Ia mungkin tidak terkait langsung tetapi kita perhatikan bahawa hutang, khususnya hutang isi rumah. Ini kerana kita drive atau memacu pertumbuhan berdasarkan consumption ataupun perbelanjaan, khususnya domestik ataupun perbelanjaan isi rumah.

Kalau begitu caranya terus-terus lagi ya, betul kita ada aset. Ya, betul kita ada underlying assets yang dihutang oleh isi rumah tetapi persoalan besar yang saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan adalah apakah kaedahnya

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

yang selama kita hari ini, mutakhir ini mengalami apa yang diistilahkan sebagai corot dalam mendapatkan investment share of ASEAN. Terus-terusan kita turun daripada 24 peratus dari tahun hingga 1997 hinggalah kini lapan peratus, investment share of ASEAN yang pelaburannya masuk di ASEAN.

Saya memerhatikan tidak ada langkah-langkah konkrit selama kita tidak menggarap dan merungkaikan persoalan investment, menggamit investment. Ini kerana investment adalah segala-galanya. An investment is a single driver of growth dan sengaja kita tidak...

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya yakin Yang Berhormat Kuala Selangor...

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kita minta Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab perkara ini dengan lebih halus.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Okey.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, kita tahu bahawa KDNK itu adalah komponen consumption campur investment, campur government spending, campur export minus import. C+I+G+(X-M).

Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi mengenai komponen ‘C’ ataupun penggunaan sama ada domestik ataupun swasta. Apa yang disebut juga supaya kita meningkatkan komponen ‘I’ iaitu investment. Saya ingin menyatakan bahawa Januari hingga September 2022, dinyatakan oleh Menteri MITI yang kalah dengan Yang Berhormat tetapi beliau jadi Menteri.

[Ketawa]

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Itulah ironisnya politik Malaysia.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

That is politics.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya lah.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Saya boleh menerima. Tidak apa. Banyak kepelikan politik Malaysia ini.

final • 12:20 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Main sesama sendiri kah?

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Pelaburan diluluskan Januari hingga September 2022 ialah RM193.7 bilion, Januari hingga September 2022. Melibatkan 2,786 buah projek dan akan memberi peluang pekerjaan 98,414 peluang pekerjaan. Jadi kita terus berusahalah untuk menambahkan ‘I’ ini.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tuaran ada...

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Satu lagi mengenai hutang ini, yang penting sama ada kita berupaya membayar hutang. Saya ingin menyebut di sini bahawa bayaran khidmat hutang tahun 2019, 12.5 peratus daripada hasil. Tahun 2020, 15.3 peratus daripada hasil. Tahun 2021, 16.3 peratus daripada hasil. Ia melebihi daripada apa yang kita inginkan 15 peratus. Oleh itu, tahun 2022 turun balik kepada 14 peratus daripada hasil, bayaran khidmat hutang.

final • 12:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya ada banyak betullah. Saya tinggal 13 minit. Tentunya tentang KWSP ini semua orang hendak dengar.

final • 12:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Satu lagi soalan.

final • 12:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Ada sedikit sahaja.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya kira kita teruskan.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya cadang begitu juga, teruskan juga. Unless…

final • 12:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat, intervensi kecil.

final • 12:20 PM

Seorang Ahli

Sudahlah Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri hendak bagi kah atau hendak teruskan?

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Wanita tadi, ada dengar suara wanita?

final • 12:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, sila.

final • 12:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Saya tadi mendengar berkaitan tentang dasar fiskal negara iaitu tentang cukai. Cukai dimaklumkan bahawa kita gagal lagi mengutip banyak daripada cukai pendapatan syarikat korporat kita.

Jadi apakah jenis cukai yang dilaksanakan? Saya mencadangkan supaya cukai yang dilaksanakan itu cukai progresif untuk kepentingan dan juga menambahkan pendapatan negara. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Perlu, cukai ini adalah cukai korporat, cukai syarikat. Itulah cukainya. Satu lagi kalau syarikat itu melibatkan kilang, cukai SST iaitu kita mengambil 10 peratus daripada barangan yang dikeluarkan oleh kilang itu. GST enam peratus tetapi SST 10 peratus diambil dari kilang itu. Itu lagi satu cukai.

Saya kira antara sebab kenapa angka iaitu 420,549 ini mungkin kerana ada pelarian cukai kah agaknya? Maka kita akan semak tentang perkara itu. Kalau angkanya lebih kurang sama pada tahun 2021, 2022 mungkin kerana kerugian akibat COVID-19 maka mereka tidak dapat membayar cukai.

final • 12:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat sedikit.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Okey, mengenai bantuan kerajaan. Ini penting untuk saya kongsi...

final • 12:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

...Ditanya oleh Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Mersing, 11 minit lagi.

Kerajaan telah menyalurkan RM8 bilion bagi pelaksanaan bantuan tunai langsung kepada 8.7 juta orang penerima yang bertujuan untuk meringankan kos sara hidup dan beban kewangan golongan rentan pasca pandemik. Itu tahun 2022, RM8 bilion kepada 8.7 juta orang.

Bagi tahun 2023 pula, kerajaan telah memperkenalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib kumpulan kurang berkemampuan terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Melalui STR, 8.7 juta orang penerima golongan B40 dengan pendapatan bulanan di bawah RM5,000 telah menerima pemberian fasa pertama. Semuanya ada empat fasa. Fasa pertama telah selesai dengan implikasi kewangan bernilai RM1.67 bilion mulai 17 Januari 2023 yang lalu.

Mengenai bantuan awal persekolahan, sejumlah RM825 juta telah disediakan bagi bantuan awal persekolahan. Ini Yang Berhormat Nibong Tebal, Menterinya depan saya ini— kepada 5.5 juta orang murid tanpa mengira pendapatan keluarga. Semua kita bagi. Bererti jumlahnya RM825 juta, 5.5 juta orang murid. Kemudian mengenai bantuan bencana. RM100 juta pada tahun 2023. Ini kita berikan kepada NADMA.

Saya kira yang popular, banyak betul yang bertanya tentang KWSP ini. Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Bera, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat Pagoh.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Mempertimbangkan kerajaan untuk memberi kebenaran pengeluaran duit KWSP secara bersasar.

final • 12:20 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Minta penjelasan sedikit, boleh Yang Berhormat? Ya, saya ingin meminta penjelasan.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tentang KWSP kah?

final • 12:20 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Sedikit, berkaitan dengan NADMA tadi. Boleh?

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Rahmah?

final • 12:20 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Tidak, NADMA.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

NADMA

final • 12:20 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Okey. Terima kasih di atas ruang dan peluang yang diberi. Terima kasih di atas keprihatinan kerajaan. Cuma saya ingin tahu sebab pengumuman daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri RM50 juta untuk Kelantan, RM50 juta untuk Terengganu.

Jadi saya ingin tahu adakah peruntukan RM50 juta yang dimaksudkan adalah bantuan wang ihsan yang diberi kepada mangsa-mangsa banjir bukan peruntukan yang khusus kepada kerajaan negeri.

Jadi apa yang saya dapat maklum bahawa peruntukan ini tidak diberi direct kepada kerajaan negeri. Minta penjelasan.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ini sudah dijawab oleh Timbalan Perdana Menteri. Beliau ada di depan saya. Baru-baru ini minggu sudah, beliau telah menjawab tentang perkara ini bahawa segala-galanya akan disegerakan.

Kita harap perkara itu diberitahu dalam Dewan ini bahawa ia diberikan kepada NADMA negeri atau MKN kah apa. Jawapan yang tepat rujuk balik kepada jawapan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada minggu sudah Yang Berhormat Rantau Panjang.

Okey, kita telah memberikan kebenaran KWSP ini pengeluaran empat kali masa pandemik COVID-19, empat kali. Statistik telah dinyatakan bahawa tahap simpanan ahli KWSP telah menyusut dengan ketara akibat daripada empat pengeluaran tersebut.

Melihat daripada tahap kecukupan simpanan setakat 31 Disember 2022, peratusan ahli aktif berumur 55 tahun dan ke bawah yang mencapai simpanan asas mengikut umur hanya sebanyak 29 peratus. Ini menunjukkan bahawa 71 peratus ahli yang berumur 55 tahun dan ke bawah berada dalam situasi yang serius di mana jumlah dana mereka tidak cukup untuk bersara melebih paras kemiskinan.

Untuk ahli KWSP yang telah mencarum selama 20 tahun atau 25 tahun, tahap simpanan mereka turut menurun pada tahap yang amat membimbangkan. Seramai 1.7 juta orang pada 31 Disember 2022 atau 36 peratus pada ahli KWSP yang berada dalam lingkungan umur 40 tahun hingga 54 tahun hanya mempunyai baki simpanan kurang RM10,000 dalam akaun KWSP mereka. Dengan tahap simpanan sebegini kumpulan ini adalah lebih terdedah kepada risiko kemiskinan pada hari tua.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Seterusnya kajian oleh Social Wellbeing Research Centre (SWRC) dengan kerjasama KWSP menunjukkan perbelanjaan minimum sebulan untuk seseorang individu warga emas di kawasan Lembah Klang adalah sebanyak RM2,520. Ini bersamaan dengan jumlah simpanan minimum sebanyak RM600,000 bagi menampung keperluan persaraan untuk tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun daripada umur 55 tahun sehingga umur 75 tahun.

Umur kita secara purata sudah semakin baik. Puratanya 74 tahun umur.

Bayangkan kalau kita pencen umur 55 tahun atau 60 tahun, simpanan adalah terlalu amat

final • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

sedikit. Satu lagi yang saya ingin kongsikan di sini, angka-angka median simpanan ahli bawah 55 tahun berdasarkan kaum.

KaumSimpanan median April 2020Simpanan median Disember 2022Penurunan simpanan
BumiputeraRM15,541RM4,937RM10,604
MelayuRM16,938RM5,529RM11,409
Bumiputera lainRM10,591RM3,302RM7,298
CinaRM45,756RM45,162RM594

Dengan lain perkataan, kaum Cina tidak – hanya sedikit yang mengeluarkan KWSP ini ketika empat kali diberi kebenaran.

KaumSimpanan median April 2020Simpanan median Disember 2022Penurunan simpanan
IndiaRM25,724RM14,929RM10,785

Jadi inilah antara sebab kerajaan membuat keputusan tidak memberikan kebenaran. Saya ingin merujuk kepada dua buah negara...

[Disampuk]

final • 12:30 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Minta penjelasan.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Iaitu negara Australia dan Peru yang mengeluarkan - juga Chile, memberi kebenaran pengeluaran untuk COVID-19 pada tahun 2020 dan 2021, tiga-tiga negara itu sekarang telah memberhentikan kebenaran. Ya, Yang Berhormat Ayer Hitam?

final • 12:30 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa satu jawapan yang saya dengar dengan teliti. Saya amat khuatir juga dengan data yang telah didedahkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Beberapa hari yang lalu, Yang Berhormat pernah mendedahkan bahawa median untuk kaum Melayu adalah RM5500. Itu daripada RM16,500 sebelum COVID-19, menjunam kepada angka ini. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat. Saya teliti balik financial report 31 Disember 2021 di mana KWSP seperti mana Yang Berhormat Bera semalam cakap adalah jumlahnya adalah RM988 bilion.

Kita tahu adalah 9 bilion adalah ahli KWSP pencarum aktif, 14 juta adalah keseluruhannya. Saya macam mana bahagi pun, puratanya mesti ada lebih kurang RM70,000 untuk setiap orang. It is a simple calculation. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat, macam mana kita derive RM5,500 ini kerana kalau kita bahagi itu, itu satu krisis besar. Macam duit sudah hilang. You cannot get this number sebab median itu kalau RM5500, dia tidak akan anjak sampai puluhan ribu because median kalau 1,3,3,3,4,5,3,3, mediannya 3. Cannot be double digit. Jadi saya hendak tanya kalau boleh Yang Berhormat terangkan kepada kami sebab saya khuatir. Saya risau orang kata duit sudah hilang jadi saya hendak tanya kebenarannya, kejituan data ini. Kalau tidak, macam mana bahagi pun RM988 bilion bahagi dengan 14 juta, puratanya ialah ‘RM70 juta’.

Contoh RM2,000 gaji. Kita bagi pekerja 11 peratus caruman. 13 peratus adalah majikan. Jumlah RM480 kali 12, RM5,700.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Soalan, soalan.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Bermaksud RM5,500 baru setahun orang itu bekerja? Begitu lama sekali puratanya.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Tidak akanlah cuma setahun mediannya.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ayer Hitam.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Jadi saya hendak tahu macam mana kita derive angka ini, terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okay, thank you.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Okey, median bukan purata Yang Berhormat. Median ialah bell curve yang di atas itu RM5,500, di bawahnya kurang daripada RM5,500, di atasnya lebih daripada RM5,500. Bell curve, bukan purata.

Ada satu maklumat yang saya ingin kongsikan. Bilangan 5.2 juta orang ahli KWSP ini adalah B40. Sebelum April 2020, nilai jumlah simpanan mereka RM13 bilion tetapi selepas Disember 2022, RM13 bilion turun kepada 46 peratus dan tinggal RM7 bilion Yang Berhormat. Angka ini lebih mudah untuk difahami.

Kemudian ada lagi angka M40, 5.2 juta orang ahli KWSP. Daripada RM191 bilion sebelum April 2020, selepas April 2020, turun 28 peratus menjadikan RM138 bilion simpanan. Turun RM191 bilion kepada RM138 bilion. Yang B40, RM13 bilion turun RM7 bilion, 46 peratus. Ini angka yang menyebabkan RM3300 dan RM5500 yang saya sebutkan tadi.

Akan tetapi T20 Yang Berhormat, T20. Bererti KWSP ini dimonopoli oleh T20. Ada 2.6 juta orang ahli sebagai T20. Ini nilainya begitu hebat. Angka RM538 bilion simpanan di dalam KWSP itu dimiliki oleh T20 dalam negara kita. Bukan turun selepas COVID-19, naik 11 peratus menjadi RM597 bilion. Jadi, inilah angka-angka yang saya ingin kongsikan.

Yang Berhormat Bera, silakan.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang disebutkan tadi adalah yang tidak layak. Apabila kita sebut cadangan untuk pengeluaran bersasar, bermakna yang layak, yang kita hendak beri.

Yang tidak layak itu tidak payah berilah. Kita hendak beri yang layak dan syarat yang layak itu ditentukan oleh kerajaan. Apa syarat-syaratnya tetaplah. Itu kerajaan punya kuasa untuk meletakkan kepada– asalkan berilah kepada yang layak.

Kalau kategori yang masih bekerja, sebagai contoh, kalau dia masih bekerja, potongan KWSP akan terus dilakukan setiap bulan. Sebagai contoh, katakan gaji RM2000 sebulan, 23 peratus potongan iaitu majikan campur dengan pekerja. Kalau gaji RM2000, potongan RM460 sebulan kali 12, RM5520 setahun.

Sudah ada RM5520 setahun. Kalau 10 tahun RM55,200. Maknanya bukan kosong dia punya KWSP, kalau kita benarkan pengeluaran. Jadi saya harap kerajaan pertimbangkan. Saya sebut pertimbangkan kepada yang layak. Oleh sebab itu saya kata bersasar tadi. Cadangan bersasar.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Hidup Yang Berhormat Bera.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Sedikit lagi Yang Berhormat Pontian. Sedikit lagi, Bachok.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Saya juga sedikit.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya bagi pada yang belum lagi .

final • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih. Saya hendak– saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Bera. Kita fokus kepada bersasar dan yang mampu. Kesannya ialah suntikan kepada elemen ‘C’ yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pontian sebentar tadi iaitu elemen consumption dalam GDP. Jadi impaknya sangat besar untuk pemulihan ekonomi.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Jadi indirectly, secara tidak langsung dapat membantu pemulihan ekonomi dan yang pasti dapat membantu golongan rentan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, golongan vulnerable tadi yang tiba-tiba jatuh miskin. Asalnya mungkin M40, tetapi jatuh miskin secara tiba-tiba. Hilang pekerjaan, hilang upaya dan sebagainya. Jadi, tumpuan kita ialah bersasar dan yang mampu.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

30 saat, Kuala Selangor.

Timbalan Menteri, saya sementara saya...

final • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Beginilah ya.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit sahaja, sedikit, 30 saat Timbalan Menteri.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa, Menteri jawab.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Sementara saya memahami, kita tidak harus mengorbankan simpanan usia tua, akan tetapi, Kuala Selangor juga ingin menyambut yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Bera dan kawan- kawan yang lain adalah untuk memberikan dengan syarat yang jelas dan ketat bagi mereka yang layak dan bersasar tergantung khasnya pada mereka yang jatuh miskin ataupun jatuh kepada B70 daripada M40. Ini adalah waktu untuk mereka dibantu. Kalau tidak ada cara lain kerajaan boleh bantu, paling tidaknya perkara ini perlu dipertimbangkan dengan serius pada mereka yang layak. Saya ingin menyambut cadangan itu.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Cukup.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Bachok dan juga Yang Berhormat Bera.

Pengeluaran khas empat kali itu ketika pandemik COVID-19. Sekarang ini kita sudah sampai ke era endemik dan negara-negara yang seumpama kita memberikan kebenaran keluar pun tidak lagi membenarkan. Satu lagi, B40 dan M40 paling terjejas akibat daripada pengeluaran itu dan 6.7 juta atau 51.5 peratus, separuh daripada 13.1 juta ahli berumur bawah 55 tahun kini mempunyai simpanan RM10,000 dan kurang.

Jadi, ini angka-angka yang tepat dan benar dan saya kira dalam Bajet 2023 hari Jumaat ini sebagai mana yang dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa ada kaedah-kaedah lain untuk membantu pada kumpulan-kumpulan. Yang layak itu sebenarnya mereka tidak mahu keluarkan pun. Apabila kita lihat daripada angka-angka itu, yang layak itu mereka tidak mahu keluarkan. Yang masalahnya yang sedikit itu makin sedikit pengeluarannya. Walaupun mereka akan ada gaji, tetapi struktur gaji di Malaysia ini, strukturnya adalah gajinya rendah dan itu adalah masalah struktur negara kita. Maka, kita ingin pastikan bahawa rakyat berpendapatan tinggi, maka KWSP mereka merentas kaum juga akan tinggi dan ini adalah antara perkara utama yang ingin kita lakukan. Terima kasih. Walaupun ada banyak lagi, cukuplah sekadar itu. Saya tidak mahu mengambil masa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

. Waalaikumsalam. Terima kasih. Sekarang saya jemput Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

final • 12:40 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat sekalian, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Ucapan Baginda semasa sesi pembukaan Dewan yang mulia ini antaranya turut menyentuh mengenai kesejahteraan masyarakat di desa melalui penyediaan infrastruktur berkualiti dan mempertingkatkan perhubungan akses luar bandar.

Baginda juga menitahkan agar jurang pembangunan ekonomi semua kaum dan etnik termasuk Orang Asli perlu terus ditangani bagi melahirkan masyarakat desa yang berdaya tahan dan berdaya saing. Patik mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Tuanku.

Tuan Yang di-Pertua, terdapat 20 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang— saya mohon izin untuk saya sebutkan Tuan Yang di-Pertua, yang telah turut sama menghamparkan beberapa isu yang terkait dengan kementerian ini. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Ranau, Yang Berhormat Sipitang, dan Yang Berhormat Arau.

Mereka telah melontarkan pelbagai pertanyaan, isu, cadangan, pandangan dan pelbagai lagi termasuk komen-komen. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua, untuk menggarisbawahi beberapa isu yang telah dibangkitkan. Satu, adalah mengenai isu pendidikan luar bandar. Kedua, mengenai isu pekebun kecil getah. Ketiga, mengenai pembangunan infrastruktur luar bandar dan keempat, mengenai kedudukan JPKKP.

Saya ingin mengimbau pertanyaan Yang Berhormat Parit Sulong yang telah membangkitkan isu mengenai keterbatasan peluang pekerjaan dan kualiti hidup terutamanya pendidikan anak-anak di luar bandar yang telah membataskan niat generasi baharu ini untuk kembali ke kawasan pedesaan. Yang Berhormat Parit Sulong telah menyentuh mengenai dasar pembangunan luar bandar dan melihat bahawa seolah-olah tiada pelan khusus terhadap kualiti pendidikan rendah dan menengah. Saya ingin memaklumkan bahawa KKDW sentiasa memberi penekanan terhadap usaha pemerkasaan desa di mana kita akan melaksanakan pemugaran kemajuan desa.

Antaranya, termasuk Aspirasi Desa Makmur bagi memastikan pengupayaan desa secara radikal.

Justeru, saya ingin menyebutkan bahawa perbengkelan untuk dengan izin, way forward atau hala tuju strategik kementerian ini yang telah diadakan pada awal bulan ini telah merumuskan kita akan meneruskan usaha-usaha untuk melaksanakan 22 program quick wins dengan izin, dan 19 game changers selaras dengan matlamat kementerian ini untuk melakukan transformasi, pembugaran, rekayasa sosial serta beberapa kaedah bagi dinikmati oleh warga desa dan juga mereka yang sering menggunakan pedesaan sebagai wadah atau tempat untuk mencari rezeki.

Saya juga ingin berkongsi di Dewan yang mulia ini bahawa terdapat 13 strategi utama yang melibatkan 34 program dengan memberikan penekanan terhadap pemerkasaan modal insan di desa secara berkualiti. Insya-Allah, program-program yang berstrategi itu akan merangkumi elemen berdaya maju, mampan dan memenuhi keperluan futuristik oleh masyarakat desa melalui ekosistem pendidikan yang merangkumi antaranya, pendidikan awal kanak-kanak melalui KEMAS, pendidikan menengah yang dilaksanakan oleh MARA melalui Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Ketiganya, melalui pendidikan tertiary yang berfokus kepada program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah TVET@KKDW.

final • 12:43 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ingin memaklumkan bahawa terdapat beberapa kategori TVET. Saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa kita akan memperkenalkan dan menambahluaskan TVET Tahfiz kerana terdapat kira-kira 250,000 orang anak-anak di maahad tahfiz yang perlu dirungkaikan permasalahan masa hadapan mereka...

final • 12:43 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bangun]

final • 12:43 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan bangun.

final • 12:43 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

..Daripada segi peluang kerjaya, ya walaupun mereka hafal 30 juzuk. Kedua adalah TVET Junior di mana ia merupakan...

final • 12:43 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh?

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sebentar lagi. Saya akan habiskan ayat ini.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebentar ya.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

TVET Junior yang merupakan pendedahan kepada pendidikan awalan untuk murid-murid ataupun pelajar-pelajar sekolah di peringkat menengah rendah ketika cuti sekolah. Begitu juga kita lakukan juga TVET Techno Usahawan selain daripada beberapa TVET yang khususnya ditawarkan mengikut kebolehpasaran dan permintaan guna tenaga. Sila.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, Yang Amat Berhormat. Saya terpanggil berkaitan dengan pendidikan kanak-kanak luar bandar.

Khususnya di luar bandar di kawasan saya pada ketika ini pun Yang Amat Berhormat masih terdapat orang kampung berkongsi-kongsi membayar guru tadika sebab kerajaan tidak mewujudkan sekolah itu di kampung-kampung berkenaan.

Saya selalu membantu mereka dengan memberi bangunan sementara tetapi guru-guru itu perlu dibayar. Orang kampung kena bergotong royong membayar guru-guru.

Jadi mungkin ini satu pendekatan yang baik. Saya berharap mudah-mudahan pendekatan itu dapat dilaksanakan sebaik mungkin untuk mengelak perkara-perkara begini berlaku dan kita menidakkan pula anak-anak di luar bandar untuk meneruskan pendidikan yang semestinya mereka akan peroleh. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya tertarik dengan jawapan Yang Amat Berhormat terutamanya mengenai TVET. Saya maklum cabaran pelajar lepasan TVET ini adalah ingin mendapatkan pekerjaan walaupun peratusan, kalau kita tengok peratusan mereka yang mendapatkan pendidikan TVET ini lebih tinggi daripada segi employability dia.

Akan tetapi untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan bayaran dan sebagainya yang sesuai, soalan saya kepada kementerian adalah adakah kementerian ada melaksanakan engagement bersama dengan industri-industri untuk memastikan kejayaan program TVET yang sedang dan telah dirancang oleh kementerian.

Saya juga maklum sebelum ini telah ditubuhkan Majlis TVET Negara. Di bawah Majlis TVET Negara ada satu yang dipanggil Government-Industry TVET Coordination Body (GITC) yang berperanan untuk menjadi matchmaker antara mereka lepasan pelajar dan juga pekerjaan yang akan ditentukan. Minta komen Yang Amat Berhormat mengenai perkara ini. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, jarang sekali Ahli Parlimen yang sangat bersifat ihsan dan positif seperti Yang Berhormat Kinabatangan. Itu sebabnya beliau terus menang sebagai Ahli Parlimen di Kinabatangan kerana memberikan bukan sahaja bantuan premis tetapi juga menambahkan elaun kepada pemaju-pemaju masyarakat ataupun guru-guru tabika dan tadika KEMAS.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa tabika KEMAS terdapat 208,000 orang murid, manakala untuk tadika kira-kira 18,000 ya. Ini merupakan satu

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

kohort yang cukup baik untuk pendidikan awal ini diberikan keutamaan. Tentunya terdapat beberapa tadika yang terpaksa berkongsi di bawah surau ataupun terpaksa melakukan ubahsuai bangunan-bangunan yang lama. Namun, pada hakikatnya kekangan kewangan itu adalah faktor utama. Apa yang penting ialah suasana kondusif pendidikan mesti dibuat.

Namun, yang lebih penting ialah bagaimana pendidikan awal persekolahan atau pendidikan pra persekolahan ini dapat terus kita berikan.

Insya-Allah, kementerian amat komited untuk merubah kokurikulum di dalam tabika dan tadika ini dengan beberapa pendekatan baharu yang mempunyai nilai-nilai kerohanian terutamanya daripada segi pembentukan sahsiah yang baharu di samping mengekalkan aspek-aspek ketatanegaraan dan juga peringkat awal pengenalan awal huruf dan pengiraan dalam sistem 3M. Namun, dalam hal ini insya-Allah pihak kementerian melalui KEMAS ibu pejabatnya akan terus melakukan penambahbaikan terhadap program-program berkenaan.

Namun, saya meminta jika Ahli-ahli Parlimen mengambil langkah yang sama seperti yang dilakukan oleh Yang Berhormat Kinabatangan saya sangat mengalu-alukan tindakan-tindakan itu. Insya-Allah Yang Berhormat Kinabatangan boleh menulis surat dengan saya secara rasmi sebagai Ahli Parlimen untuk mungkin saya boleh mencari peruntukan tambahan untuk tabika-tabika dan tadika ini di kawasan Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey...

final • 12:50 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

[Bangun]

final • 12:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Nanti sekejap. Bagi – saya akan beri peluang.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Parit Sulong.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Bagi Yang Berhormat Parit Sulong Tuan Yang di-Pertua , kita lihat daripada outcome TVET memperlihatkan satu kemajuan yang amat luar biasa daripada segi kebolehpasarannya ataupun employability. UniKL umpamanya mempunyai graduan TVET yang telah mendapat pekerjaan di tahap 98.4 peratus, manakala secara purata TVET-TVET yang lain ianya berada di peringkat melebihi 97.5 peratus. Ertinya, kursus-kursus yang disediakan itu adalah bersesuaian dengan permintaan pasaran guna tenaga.

Tentunya GITC sebagai badan yang menjadi matchmaker dengan izin kepada kursus yang ditawarkan dan peluang pekerjaan yang ada di pasaran itu diintegrasikan bersama. Tentunya cadangan Yang Berhormat Parit Sulong supaya engagement dengan izin, dengan industri players ini adalah satu pendekatan yang baik. Ini telah kita lakukan, sedang dilakukan dan akan ditambahkan ya.

Esok umpamanya akan ada lebih daripada 10 memorandum of agreement yang akan ditandatangani dengan pihak industri players dengan izin ya. Ini adalah satu langkah proaktif yang dibuat oleh kementerian ini melalui TVET-TVET yang sedia ada. Insya-Allah apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong itu adalah merupakan satu pandangan futuristik oleh beliau dan memang layak terus untuk menawarkan diri untuk jawatan politik beliau. Mudah-mudahan beliau menang.

final • 12:50 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sila.

final • 12:50 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Saya tertarik berkenaan dengan tahfiz TVET. Ini salah satu daripada untuk kita hendak menjadikan satu nilai tambah pelajar-pelajar daripada tahfiz. Mereka bukan sahaja untuk dialirkan untuk menjadi imam ataupun ustaz biasa dan kita mesti ke arah untuk hendak menjadikan mereka ini hidup secara berdikari. Dalam pada masa yang sama mereka duduk di kampung untuk menghayati ataupun mengajar orang kampung

final • 12:50 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

atau menjadi imam dan mereka tidak bergantung kepada orang lain. Dalam erti kata yang lain mereka boleh bekerja sendiri.

Persoalannya ialah berkenaan dengan untuk mewujudkan tahfiz TVET terutamanya di pihak bukan daripada pihak kerajaan ini ia memerlukan kepada peralatan yang agak mahal.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Maka, sebab itu saya mengharapkan kalau boleh ada satu dasar yang membolehkan supaya adanya kolaborasi supaya mereka ini mengaji kita katakan setempat untuk mereka belajar tahfiz, mereka boleh belajar untuk TVET bahagian vokasional dan sebagainya di IKM ataupun Pusat GIATMARA dan sebagainya ataupun bengkel-bengkel yang kita telah ada MoU dengan mereka. Ini supaya mereka itu dalam masa yang sama mereka tidak perlulah menyediakan equipment dengan izin peralatan- peralatan yang berbentuk teknikal ini agak mahal dan tidak mampu untuk mereka hendak sediakan oleh pusat tahfiz ini tadi. Sekian terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sedikit. Parit Buntar.

final • 1:00 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak.

final • 1:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Lepas ini saya, ya. Kita tunggu.

final • 1:00 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tahukah Yang Amat Berhormat Menteri bahawa di Pasir Salak yang sebesar negeri Perlis ini tidak ada satu pun stesen bas? Jadi kita mohon untuk stesen bas diadakan untuk para tahfiz ini pergi ke pusat tahfiz mereka untuk belajar TVET dan sebagainya. Terima kasih.

final • 1:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Datuk. Berkaitan dengan TVET juga, saya pernah menjadi pengarah pada satu agensi kerajaan di Perak untuk menguruskan program TVET jangka pendek kepada anak-anak muda. Saya juga telah menyediakan satu paper, satu kertas kerja tapi tidak sempat dilaksanakan kerana masalah bajet.

Berkaitan dengan TVET masjid supaya kerajaan memberi peluang kepada pegawai-pegawai masjid sama ada imam, bilal, siak dan sebagainya juga mengikuti kursus TVET jangka pendek untuk sekurang-kurangnya mereka ada kemahiran asas berkaitan dengan pendawaian, wiring, ataupun piping dan sebagainya supaya dengan ada kemahiran tersebut, tidak perlulah kita panggil orang luar masuk masjid untuk membaiki kerosakan-kerosakan elektrikal dan sebagainya.

Jadi, sekurang-kurangnya imam-imam dan juga bilal dan siak serta pegawai masjid yang lain ada kemahiran untuk menambah pendapatan sebab elaun mereka sikit.

Bekerja setiap waktu. Jadi, dengan adanya kemahiran, mereka boleh menjana pendapatan. Terima kasih.

final • 1:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak merujuk kepada pendidikan awal kanak-kanak. Saya ingin mendapat pandangan bahawa pendidikan awal kanak-kanak banyak diusahakan oleh PASTI itu sendiri, Pusat Asuhan Islam. Jadi, kalau kita melihat sumbangannya untuk pembangunan kepada kanak-kanak lagi iaitu sebanyak 2,497 buah PASTI beroperasi di seluruh negara. Kemudian pelajar PASTI nya iaitu sebanyak 125,065 orang pelajar PASTI pada tahun 2022 dan mereka ini diberikan pendidikan rohani dan diberikan juga pendidikan akhlak untuk pendidikan awal kanak-kanak. Apa pandangan? Terima kasih.

final • 1:00 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua dan juga kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya ada merujuk dalam titah ucapan berkenaan dengan perlunya penyelarasan antara enam buah kementerian yang menjaga tentang pendidikan awal kanak-kanak. Jadi, saya ingin tanya pandangan daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, adakah kerajaan bercadang untuk menyelaraskan silibus bagi pendidikan awal kanak-kanak supaya keseluruhan kanak-kanak di Malaysia ini dididik di bawah satu sistem yang sama? Terima kasih.

final • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya kagum dengan keenam-enam pencelahan yang telah menghamparkan beberapa cadangan yang sangat menarik.

Yang Berhormat Bagan Serai, umpamanya, menyarankan agar TVET tahfiz ini ditambahluaskan dengan beberapa kolaborasi diadakan. Perkara ini sedang dilakukan.

Setakat ini, terdapat tiga TVET tahfiz dan pada tahun ini saya berhasrat untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 10. Kalau Yang Berhormat berhajat di kawasan Yang Berhormat untuk kolaborasi ini terjalin, sila bertemu untuk saya realisasikan.

final • 1:00 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Terima kasih.

final • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya akan laksanakan dan tentunya pendekatan yang saya lakukan, Yang Berhormat sendiri pun memahami apa yang ada pada fikrah saya tanpa saya berkongsi di dalam Dewan yang mulia ini untuk dilaksanakan.

Yang Berhormat Pasir Salak, stesen bas ini walaupun tidak relevan dengan apa yang saya nyatakan tetapi, insya-Allah, stesen bas itu saya akan bincang dengan lain-lain menteri yang ada kaitan. Akan tetapi, kalau untuk MARA LINER ataupun bas MARA, saya fikir kita boleh berbincang mengenai perkara ini walaupun orang Pasir Salak sebenarnya lebih mengutamakan penggunaan motosikal daripada naik bas. Tidak mengapa, kita ini jiran, kita boleh lakukan kolaborasi.

final • 1:00 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih.

final • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi]

Untuk Yang Berhormat Parit Buntar sendiri, Tuan Yang di-Pertua, kita eksport Yang Berhormat Parit Buntar ini dari Bagan Datuk kerana di sana tidak ada tempat yang mengizinkan beliau untuk bertanding. Maka yang sesuai ialah di Parit Buntar. Secara peribadi saya ingin mengucapkan tahniah dan saya difahamkan beliau adalah seorang Ahli Parlimen yang sangat proaktif untuk membantu rakyat di sana.

Pandangan untuk TVET masjid, ini satu cadangan yang baik. Saya akan mengadakan perbincangan dengan pihak GIAT MARA sendiri untuk mengadakan kursus- kursus jangka pendek. Ini satu cadangan dan kolaborasi yang pada hemat saya harus diterjemahkan dengan segera. Ini adalah merupakan rancangan proaktif asalkan Yang Berhormat tidak berhasrat untuk balik ke Bagan Datuk bertanding di sana.

final • 1:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Belum apa-apa sudah takut, ya?

final • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Untuk Yang Berhormat Temerloh, ya saya maklum bahawa terdapat 125,000 orang pelajar PASTI di seluruh negara yang berada di lebih 2,400 buah PASTI ini yang tentunya suntikan untuk subjek kerohanian dan akhlak ataupun sahsiah ini diberikan tumpuan dan, insya-Allah, dengan tidak berhasrat untuk bersaing dengan PASTI, Tadika dan Tabika KEMAS akan mengadakan silibus yang kalaupun tidak lebih baik tapi, insya-Allah, mempunyai nilai-nilai kerohanian dan sahsiah termasuk penghafazan surah-surah lazim dan beberapa surah yang tertentu— Al-Mulk, Ar-Rahman, Al-Waqiah dan lain-lain— yang boleh diberikan penghafazan dan tasmik di peringkat awal ini.

Untuk Yang Berhormat Tumpat, saya fikir bagi penyelarasan silibus ini adalah perlu tetapi kita perlu koordinasi bukan sahaja di peringkat Kementerian Pendidikan tetapi kita perlu menyantuni tadika-tadika yang mempunyai pendidikan Islam, umpamanya, dengan pihak kerajaan negeri dan ini kita boleh lakukan. Kita mulakan di negeri Kelantan

final • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

dulu. Insya-Allah, secara peribadi saya kenal Yang Berhormat Tumpat dan kita boleh lakukan dengan segera. Sila.

final • 1:00 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Soalan saya. Adakah ada perancangan daripada kementerian untuk mewujudkan dataran usahawan ataupun pusat sehenti untuk produk hiliran? Contohnya macam kawasan saya. Saya mengucapkan tahniah kepada peneroka FELDA Chuping bila keadaan dengan isu getah apabila harga getah naik, kemudian musim hujan dan mereka tidak dapat turun untuk menoreh, jadi mereka mengambil inisiatif untuk jadi usahawan.

Mereka ingin berniaga dan juga mereka juga ingin mewujudkan produk-produk hiliran.

Cuma masalahnya adalah tempat untuk memasarkan produk-produk tersebut. Itu sahaja.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, soalan itu akan saya santuni apabila sampai ke topik yang berkenaan iaitu RISDA.

final • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ingin menyambung Tuan Yang di-Pertua, mengenai MRSM. Terutamanya apabila Yang Berhormat Parit bertanya mengenai perkara ini. Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, setakat ini kita ada 55 buah MRSM di seluruh negara dan kita kategorikan kepada enam bentuk MRSM iaitu:

(i) MRSM Ulul Albab;

(ii) MRSM International General Certificate of Secondary Education

(IGCSE);

(iii) MRSM International Baccalaureate-Middle Year Programme (IB- MYP);

(iv) MRSM BITARA; dan

(v) MRSM Teknikal.

Saya ingin memaklumkan bahawa MRSM Parit adalah satu-satunya MRSM program IGCSE di negeri Perak dan hala tuju baharu insya-Allah pengambilan akan datang semua 55 MRSM ini saya akan tambahkan syllabus-nya, termasuk khusus-khusus awalan Ulul Albab tanpa mengganggu sistem yang sedia ada dalam enam kategori tadi.

Insya-Allah ini kita lakukan di seluruh negara dan dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di mana saya sendiri telah mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI dan juga Vice Chancellor UPSI bagi Training of Trainers (ToT) Tuan Yang di-Pertua, untuk dilakukan bagi pengambilan yang akan datang.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa apa yang kita akan lakukan sebagaimana yang saya sebutkan tadi untuk pengambilan yang akan datang, di mana syllabus untuk semua MRSM ini akan dilakukan Program Tamhidi Ulul Albab termasuk hafazan, tasmik dan murajaah akan dilakukan. Kita untuk merealisasikannya insya-Allah sebelum mereka habis tahun ketiga sekurang-kurangnya lima juzuk Al-Quran akan dihafal oleh pelajar- pelajar itu. Insya-Allah selepas daripada itu kita akan seboleh mungkin menjadikan mereka hufaz agar menghafal 30 juzuk di samping terus mengekalkan prestasi mereka dalam enam bidang berlainan yang telah saya sebutkan tadi.

Isu yang kedua Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai isu pekebun kecil getah. Ini terkait dengan peranan RISDA dan pendekatan kami di KKDW ialah kita tidak akan bertindak secara silo. Kita akan bekerjasama dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi. Kita akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan lain-lain kementerian supaya terdapat sinergi yang dilakukan antara kementerian ini demi kepentingan rakyat, khususnya kumpulan sasaran iaitu pekebun- pekebun kecil getah dan dalam bidang-bidang lain.

final • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dalam hal ini, saya ingin merujuk kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Temerloh dan Yang Berhormat Jerantut yang menyentuh soal peranan baharu RISDA. Di mana kita telah melakukan penambahbaikan terhadap tiga aspek garis bawah atau underlined, dengan izin, peranan-peranan RISDA terutamanya dari segi tanam semula getah, Skim Getah Matang, aktiviti ekonomi tambahan, dan pembangunan hasil baharu agromakanan.

Saya ingin memberitahu bahawa RISDA juga komited untuk menterjemahkan beberapa hala tuju baharu dari segi bimbingan dan latihan amalan pertanian yang baik ataupun GAP dalam perkara ini supaya kita melaksanakan keterangkuman pembangunan untuk pekebun-pekebun kecil getah ini di peringkat pengeluaran hasil, di mana kita akan melibatkan soal penanaman dan penyelenggaraan, soal pembajaan, penggunaan bahan rangsangan lateks, penorehan dan juga pemasaran hasil.

Dari segi pemasaran hasil, saya telah mengadakan perbincangan dengan kawan rapat saya ini, yang menjaga perladangan dan komoditi kerana kita lihat bahawa apa yang kita lakukan ini bukan hanya melibatkan seramai 146,354 orang pekebun kecil yang menerima manfaat yang saya nyatakan. Malah, kita akan menyasarkan satu jumlah yang baharu agar aktiviti yang dilakukan bukan hanya sekadar penorehan tetapi pengeluaran lateks. Ini adalah kerana harga lateks itu lebih mahal daripada getah beku. Maka, kita dapati sebagaimana Yang Amat Berhormat rakan saya menyebutkan bahawa pengeluaran lateks di negara kita ini hanya kira-kira 20 peratus.

Oleh yang demikian, kita di RISDA mewujudkan depot-depot untuk pengeluaran lateks dan kita berusaha untuk menambahkan depot lateks ini bagi memenuhi permintaan domestik. Ini adalah kerana terdapat pengimportan bahan-bahan lateks ini bernilai RM3 bilion yang pada hemat saya kita boleh menghasilkan lateks ini daripada pekebun kecil.

Kolaborasi antara KKDW dan Kementerian Perladangan dan Komoditi akan kita lakukan supaya depot-depot ini diwujudkan untuk kita memberikan pengeluaran lateks berdasarkan kepada permintaan domestik di negara kita.

Di samping itu, bantuan musim tengkujuh; saya faham bahawa sahabat saya Yang Berhormat Jeli membangkitkan tentang cadangan supaya senarai penerima Bantuan Musim Tengkujuh ini diputihkan. Usaha-usaha ini sedang dilakukan...

final • 1:10 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Soalan.

final • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...di mana RISDA sedang melaksanakan pemutihan data pekebun kecil pada tahun ini bagi menentukan agar hanya mereka yang layak sahaja akan diberikan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Kita tidak mahu mereka yang tidak layak mengikut kategori yang telah ditentukan oleh pihak kementerian atau RISDA menerima dan mereka ini tidak sepatutnya masuk dalam senarai. Sila.

final • 1:10 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Yang Berhormat Bagan Datuk, sebelum pergi ke tajuk lain. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dari Bagan Datuk.

Tentang penoreh getah ini, kita ingin tanya kepada pihak kementerian; apakah ada barangkali berita baik kepada rakan-rakan penoreh getah kita ini dalam pembentangan bajet pada hari Jumaat nanti tentang kadar harga lantai bagi getah? Kita mencadangkan seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bera kelmarin dahulu, dicadangkan RM3.50. Kalau boleh kerajaan consider harga lantai getah. Terima kasih.

final • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih, Yang Berhormat Jerantut. Saya tidak mahu mendahului rakan sebelah saya ini untuk menjawab selepas ini. Boleh tanya details dengan beliau. Walaupun saya tahu tetapi saya tidak pernah masuk mangkuk atau pinggan orang lain untuk memberikan jawapan ini.

[Ketawa] So, saya berikan peluang kepada Yang Berhormat bertanya nanti. Sila.

final • 1:10 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Jeli ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat.

Saya ada menyatakan dalam perbahasan pada hari itu iaitu kadar torehan pekebun kecil atau penoreh getah pada tahun lepas hanyalah pada kadar 14 hari ataupun 16 hari dalam

final • 1:10 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

setahun lepas kerana masalah cuaca. Ini bermakna dalam tahun tersebut penoreh getah hanya boleh menoreh selama enam bulan sahaja dalam tahun berkenaan.

Jadi, soalannya apakah dalam tempoh enam bulan yang tidak bekerja itu pihak kerajaan ada mempunyai satu perancangan untuk membantu mereka dalam soal pendapatan yang enam bulan tidak menoreh itu? Saya harap pihak kerajaan dapat melihat perkara ini secara serius untuk membantu mereka yang tidak dapat menoreh pada tempoh yang tersebut itu. Sekian.

final • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah pada sahabat saya Yang Berhormat Jeli yang DNA sama dengan saya dahulu. Berhijrahlah dengan cara yang baik dan insya-Allah berikan perkhidmatan yang terbaik.

final • 1:20 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Insya-Allah, Dato’.

final • 1:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya mengenali beliau secara peribadi.

Saya ingin menjawab bahawa pihak RISDA telah melaksanakan dan akan terus menambah baik beberapa program terutama di luar di luar musim yang membolehkan mereka untuk menoreh getah.

Beberapa program yang telah berada di dalam pipeline dengan izin, it’s already in the pipeline termasuk memberikan beberapa peluang keusahawanan kerana kita telah memberikan latihan kepada mereka. Kedua, kita turut memberikan bantuan mikro kredit kepada mereka. Ketiga, kita turut memberikan bantuan peralatan supaya mereka dapat mengeluarkan barangan daripada tempatan itu. Kita terus membantu mereka melalui pemantauan daripada usaha RISDA dan pihak kementerian sendiri kepada mereka yang terjejas sebagaimana yang disebut tadi oleh Yang Berhormat.

Dalam perkara ini, perbincangan-perbincangan secara mendalam telah kita lakukan dengan lain-lain kementerian termasuk kementerian Yang Amat Berhormat di sebelah saya, bagi memperlihatkan bahawa keprihatinan kita adalah sangat menyeluruh dan kita sangat komited untuk melihat bahawa program-program yang diketengahkan oleh Yang Berhormat Jeli itu dapat kita laksanakan. Apa yang saya sebut game changers dan juga quick wins itu termasuk dalam apa yang saya nyatakan.

Tuan Yang di-Pertua, tinggal 54 saat sahaja. Akan tetapi isu yang ketiga adalah mengenai isu pembangunan infrastruktur yang cukup banyak dibangkitkan Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Batang Lupar dan Yang Berhormat Ranau. Jawapan-jawapan ini saya akan berikan sangat detil kepada tiap- tiap Ahli Yang Berhormat yang saya sebutkan tadi.

Akan tetapi dalam sesi ini saya ingin menyebutkan bahawa dari segi asasnya bahawa semua program infrastruktur luar bandar ini kita telah masukkan dan akan turut masukkan dalam setiap rolling plan kita dan kita telah berkolaborasi dengan pihak JKR negeri dan agensi-agensi pelaksanaan negeri terutamanya untuk Sabah dan Sarawak di mana empowerment telah diberikan bagi projek-projek yang bernilai RM50 juta ke bawah.

Pelaksanaannya dibuat oleh kerajaan negeri Sarawak dan Sabah dan saya sedang merundingkan dengan pihak kerajaan negeri yang lain melalui MEXCLUB bagi mempercepatkan pelaksanaannya dengan kerjasama oleh agensi-agensi negeri dan pejabat daerah bagi kebolehlaksanaan itu dapat dipercepatkan walaupun kita tahu pada 24 hari bulan, hari Jumaat ini belanjawan akan dibentangkan.

Akan tetapi kita khuatir jika belanjawan ini dibentangkan, dibahaskan, kemudian dibawa ke Dewan Negara, selepas itu diluluskan baru akan dilaksanakan. Untuk turun ke bawah itu ambil masa dan bulan Disember akan tutup. Jadi, saya mengambil beberapa langkah proaktif supaya ketirisan tidak berlaku.

Kedua, tidak berlaku penyalahgunaan kuasa. Ketiga, tidak ada sebarang penyelewengan dalam pelaksanaan projek-projek sederhana dan kecil ini. Apa yang

final • 1:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

penting ialah kebolehsampaian projek-projek itu kepada kumpulan sasaran kita iaitu rakyat di desa. Dalam hal ini, pada hemat saya, saya mempunyai jawapan yang sangat panjang mengenai perkara ini. Jadi, untuk menghormati sahabat saya di sebelah ini yang akan mengambil alih sesi jawapannya. Saya mohon Tuan Yang di-Pertua, untuk memberikan keizinan kepada saya untuk saya menyampaikan jawapan-jawapan terperinci ini kepada tiap-tiap Ahli Yang Berhormat yang telah sampaikan.

Mengenai soalan Yang Berhormat Arau dari Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), satu garis panduan baharu telah tersedia dan saya perlu membawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan dan insya-Allah pengumuman akan dibuat dalam waktu terdekat selepas pengumuman bajet nanti.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih dan terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini terutamanya 20 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara yang terkait dengan KKDW.

Terima kasih.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Amat Berhormat Bagan Datuk. Dipersilakan kementerian yang berikutnya.

Kementerian Perladangan dan Komoditi.

final • 1:20 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 11 orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Temerloh dan Yang Berhormat Tangga Batu yang telah berbahas serta memberi soalan, cadangan serta pandangan masing-masing melibatkan perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Perladangan dan Komoditi dalam sesi perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Dewan yang mulia ini. Saya akan menggulung mengikut topik-topik yang menyentuh isu yang berkaitan getah, kelapa sawit dan agrikomoditi yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan prihatin dengan harga komoditi getah agar sentiasa stabil dan mampan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, harga getah asli bergantung pada permintaan dan penawaran pasaran di peringkat global.

Memandangkan share pengeluaran Malaysia bagi tahun 2022 hanya 3.3 peratus daripada pengeluaran getah asli dunia, maka kita tidak mempunyai kemampuan untuk mengawal harga getah asli.

Isu berkaitan ketidakstabilan harga getah dan pendapatan pekebun kecil telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Jeli dan Yang Berhormat Jerantut. Justeru, beberapa inisiatif bagi mengurangkan impak ketidakstabilan harga getah dan menstabilkan pendapatan pekebun kecil getah telah dilaksanakan oleh kerajaan seperti berikut.

Pertama, kerajaan telah memperkenalkan insentif pengeluaran getah sejak tahun 2015 yang bertujuan untuk mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah rendah di samping menggalakkan mereka terus menoreh. Melalui pelaksanaan IPG, pekebun kecil akan menerima harga getah peringkat ladang ataupun farm gate dengan izin 50 peratus kandungan getah kering (KGK) sekurang-kurangnya pada harga RM2.50 sekilogram. Sejak pelaksanaan IPG pada September 2015 sehingga 31 Disember 2022, IPG telah diagihkan pada 207,128 orang pekebun kecil di seluruh negara dengan nilai pembayaran sebanyak RM 446 juta.

Kedua, bagi membantu menstabilkan pendapatan pekebun kecil dan memenuhi keperluan industri hiliran berasaskan lateks. Kerajaan juga melaksanakan program insentif pengeluaran lateks ataupun IPL dan program IPL diwujudkan untuk memberi

final • 1:26 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

peluang kepada pekebun kecil getah bagi menambah pendapatan dengan memberi galakan untuk beralih kepada penghasilan susu getah ataupun lateks berbanding getah sekerap seperti mana yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Hal Ehwal –

final • 1:26 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

final • 1:26 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Nama baharu Tuan Yang di-Pertua.

Berbanding getah sekerap ataupun cuplump. Bagi setiap peserta pekebun kecil getah yang menyertai program ini, mereka akan menerima insentif tunai sebanyak RM1 sekilogram bagi 100 peratus KGK. Para peserta juga menerima bantuan dalam bentuk input pertanian seperti baja dan racun yang bernilai RM850 bagi setiap hektar secara one- off. Berhubung cadangan untuk meningkatkan harga lantai getah sekerap kepada RM4 sekilogram, kementerian ini bersama agensi terlibat seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Industri Makanan Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Lembaga Getah Malaysia dan Lembaga Industri Getah Sabah telah mengkaji mekanisme penambahbaikan kadar IPG.

final • 1:26 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Dapatan kajian menunjukkan bahawa sekiranya kadar IPG dinaikkan kepada RM4.00 sekilogram daripada RM2.50 pada masa ini, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM1.29 bilion berdasarkan jumlah pengeluaran getah sebanyak 450,000 tan dengan harga purata tahunan SMR 20, RM6.10 per kilogram. Untuk itu, hal ini memerlukan perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan ini sudah tentu bergantung juga dengan kemampuan kewangan negara.

Bagi menjawab isu berkaitan hala tuju yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Tampin pula, Kementerian Perladangan dan Komoditi telah melancarkan Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030 (DAKN 2030) bagi menentukan hala tuju sektor agrikomoditi untuk jangka masa panjang. Antara hala tuju kerajaan adalah dengan meningkatkan nilai tambah industri getah bagi memberi pulangan serta pendapatan yang lebih baik kepada pekebun kecil.

final • 1:30 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Tuan Yang di-Pertua, saya nak respons sedikitlah ya.

final • 1:30 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Sekejap, ya. Saya habiskan paragraph ini. Antara program utama yang telah digariskan dalam DAKN 2030 adalah Projek Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET) dan pelaksanaan TARGET adalah melalui koperasi pekebun dan pengusaha ladang getah tempatan dengan cara memendekkan rantaian bekalan ataupun supply chain. Silakan.

final • 1:30 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, Jempol juga mengemukakan masalah pekebun kecil ini daripada segi harga lantai bagi getah skrap ataupun cup lump ini sekarang dengan kadar RM2.50 sekilo. Jadi, apa yang penting sekarang ini memang kita sedia maklum, pelbagai inisiatif yang dibuat, insentif oleh pihak kerajaan tetapi di peringkat akar umbi, ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’ iaitu masalah yang dihadapi oleh pekebun- pekebun kecil getah kita ini.

Sebagaimana data yang saya dimaklumkan, mengikut rekod RISDA sahaja, seramai 38,818 orang pekebun kecil getah mempunyai pendapatan di bawah RM256 sebulan. Begitu juga dengan 51,976 orang bersamaan 3.2 peratus, berpendapatan RM256 ke RM510 sebulan, dan juga 42,149 orang iaitu 28.6 peratus mempunyai pendapatan RM510 ke RM1,200 sebulan.

Jadi, dalam hal suasana keadaan negara pada hari ini, sudah tentulah – memang kita sedia maklum ada insentif tetapi keadaan yang berlaku di bawah hari ini itulah keadaan kehidupan masyarakat kita. Jadi, sudah pasti pihak RISDA dan juga kementerian

final • 1:30 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

yang terlibat mungkin dalam jangka masa pendek, dalam keadaan suasana musim hujan yang ada hari ini, dapat kita fikirkan sesuatu bentuk subsidi dalam jangka pendek.

Walaupun kita lihat, tadi ada usaha untuk kita fokus kepada lateks dan sebagainya, tetapi dalam keadaan kehidupan masyarakat yang terhimpit hari ini, di bawah, di kawasan luar bandar, di kampung-kampung, yang ada menoreh getah, bahagi dua, hanya ada RM8.00 ke RM10.00 sahaja.

Jadi, ini yang nak kita tekankan di peringkat akar umbi. Memang kita sedia maklum daripada segi globalnya, daripada segi pasaran di peringkat antarabangsanya, tetapi yang penting, apa hasrat saya di sini ialah supaya dalam jangka masa pendek yang difikirkan sesuai oleh pihak kerajaan, cara dan bagaimana untuk kita memberi bantuan kepada kumpulan yang betul-betul terkesan, khususnya kepada pekebun kecil getah RISDA. Terima kasih.

final • 1:30 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Terima kasih. Sebenarnya, saya belum habis menyentuh soalan getah itu tadi. Banyak lagi insentif-insentif yang dilaksanakan. Saya amat memahami apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Jempol tadi. Sebab itu yang saya katakan tadi, saya nak bagi gambaran sepenuhnya sebelum saya respons pada apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Jempol.

Lembaga Getah Malaysia juga sebenarnya telah memperkenalkan aplikasi RRIMniaga dan MyROL. Ini menggunakan aplikasi di mana RRIMniaga adalah dalam kalangan pelesen membolehkan urus niaga getah dilaksanakan dengan lebih mudah dan telus kerana data transaksi direkodkan secara automatik. Manakala, aplikasi MyROL bertujuan untuk meningkatkan kecekapan rantaian nilai getah di peringkat ladang, agar pekebun kecil mendapat harga yang lebih baik. Ia boleh membuat perbandingan dengan aplikasi MyROL. Ia boleh terus pergi ke kaedah pemasaran melalui kaedah bidaan secara dalam talian. Itu salah satu usaha juga untuk kita pastikan harga yang lebih kompetitif.

Begitu juga yang dilaksanakan– Kalau kita nak respons pada Yang Berhormat Temerloh dan Yang Berhormat Jerantut, di mana Lembaga Getah Malaysia juga membuat tanaman integrasi berasaskan getah yang boleh dilaksanakan menggunakan tiga modul.

Oleh sebab itu di samping hanya bergantung dengan getah, mereka juga boleh menanam tanaman-tanaman lain dalam kebun termasuklah waktu hujan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol tadi.

Misal kata, modul pertama ialah sistem tanaman getah secara konvensional bagi peringkat pokok getah kurang dari tiga tahun. Jadi, apa yang mereka boleh buat ialah menanam nanas, pisang, tebu, cili, tembikai, jagung, tembakau dan kacang tanah. Modul kedua adalah mengenai sistem tanaman getah secara konvensional bagi peringkat pokok getah lebih tiga tahun.

Ini termasuklah tanaman herba seperti kacip fatimah, hempedu bumi, misai kucing dan juga tongkat ali. Modul ketiga yang kita sarankan ialah sistem tanam getah secara berpagar. Ini termasuklah kopi, durian, cempedak, koko dan belimbing supaya tidak bergantung hanya kepada hasilan getah tetapi ada pendapatan sampingan untuk menambah pendapatan mereka.

Oleh sebab itu, ini yang kita ada kolaborasi dengan Kementerian Pertanian dan Kementerian Kemajuan Desa dan sebagainya untuk kita memberi bantuan kepada mereka. Walau bagaimanapun, kejayaan apa sahaja modul yang kita perkenalkan ini, ia bergantung dengan sambutan pekebun kecil itu sendiri sama ada mereka hendak ataupun tidak untuk mengikuti program sedemikian rupa. Kalau mereka enggan, ataupun tidak mengikuti program ini, maka kita tidak memaksa. Akan tetapi, ini adalah pilihan-pilihan tertentu yang boleh mereka laksanakan.

Begitu juga dengan Yang Berhormat Puncak Borneo telah membangkitkan berkenaan isu bantuan bersasar pada golongan yang betul-betul menoreh getah. Dalam hal ini, kita sedang melaksanakan proses pemutihan pemilikan permit, Rubber Transaction Authority Permit (PAT-G) iaitu pekebun-pekebun kecil yang menerima IPG.

Proses pemutihan inilah dilaksanakan secara berkala berdasarkan tuntutan IPG pada setiap bulan.

final • 1:30 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Yang Berhormat Jempol, sebab itu kita sekarang ini– Saya melihat bahawa kalau kita sekadar hendak memberi subsidi pada harga lantai kalau harga turun dan sebagainya, ia tidak akan lestari ataupun mampan (sustainable). Ini disebabkan sampai bila pun, pekebun kecil ini akan berada di tahap orang yang paras kemiskinan disebabkan mereka ada tanah yang kecil. Jadi, bila tanah kecil, maka ia tidak economical ataupun tidak produktif untuk mereka menghasilkan pendapatan yang lebih besar. Sekarang ini, apa yang kita buat di peringkat kementerian ialah untuk berkolaborasi dengan pelbagai kementerian, termasuk juga dengan industri.

Adakah kita boleh melaksanakan program apa yang dikatakan secara berkelompok untuk himpunkan pekebun-pekebun kecil ini, dan kalau mereka bersetuju, maka keluasan tanah itu akan lebih besar. Dengan itu, kita akan mengambil syarikat untuk mengangkat mereka di mana tanaman semula dengan breed yang lebih baik dengan menggunakan kaedah yang moden, mekanisasi dan sebagainya. Mereka ini nanti akan dihimpunkan dan diangkat oleh syarikat-syarikat ini di mana mereka akan dapat sama ada pajakan dengan sewaan, mereka boleh bekerja dan juga mereka akan mendapat hasil perkongsian di mana apa sahaja hasilan di situ, akan dijamin untuk diambil oleh syarikat- syarikat besar ini.

Misal kata, Top Glove yang mengeluarkan sarung tangan getah. Mereka sudah bersetuju sebab mereka terpaksa import dari Thailand, lateks. Jadi kalau ini dapat dilaksanakan, lateks harganya lebih mahal. RM5.00 lebih berbanding dengan getah beku, kurang daripada RM2.50. Dengan bantuan kerajaan pun, masih tidak akan mampu mengangkat mereka. Jadi, kita kena cari kaedah yang lebih sustainable, dengan izin, supaya kita dapat mengeluarkan mereka daripada kelompok kemiskinan.

final • 1:30 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Tuan Yang di-Pertua...

final • 1:30 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Kebergantungan kepada hanya hasilan getah yang kadang-kadang tidak menentu, harga getah beku dan mereka dapat ditingkatkan dan juga jaringan program-program lain dalam kelompok yang kita kenal pasti tadi. Ini kita sedang berusaha dengan Persatuan Pekebun Kecil Getah untuk kita berinteraksi dan menunggu responsnya. Kalau ini dipersetujui, insya-Allah ini merupakan langkah yang ingin kita bawa untuk membawa mereka keluar daripada kepompong kemiskinan, dan pendapatan mereka lebih sustainable pada kadar yang lebih munasabah...

final • 1:40 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Tuan Yang di-Pertua.

final • 1:40 PM

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Yang Berhormat sini. Sini.

final • 1:40 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Tuan Yang di-Pertua, Kuala Krau.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Saya cuba hendak mendapatkan- difahamkan bahawa Lembaga Getah telah menghasilkan satu klon baharu iaitu RRIM 2025, dan RRIM 3100 yang menggunakan kaedah TCT, dengan izin, tissue culture technique yang bukan sahaja menghasilkan getah yang lebih banyak, ia juga memberikan nilai batang kayu yang mahal setelah penebangan. Bagaimanakah? Terima kasih.

final • 1:40 PM

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Hello. Hai sini. Sini Yang Berhormat. Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Tadi, ada juga ditekankan beberapa persoalan- yang saya hendak tanya adalah, di bidang getah ini, di Malaysia melibatkan hampir 500,000 orang pekebun kecil.

Kebanyakan pekebun kecil dan mereka ini kebanyakan sudah senior, itu isu kita. Sebab itulah kita ada beberapa masalah produktiviti dan sebagainya. Saya tahu kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan pendapatan, tetapi pada masa kini memang pekebun kecil sengsara.

Kita pernah bincang berkaitan dengan harga lantai, RM2.50 diminta naik kepada RM3 atau RM3.50. Saya tahu perbincangan diteruskan tetapi saya hendak tahu kedudukan. Adakah kaedah ini diteruskan- perbincangan untuk meningkatkan pendapatan untuk pekebun kecil. Ini penting sebab kalau tidak kita memang tidak tahu

final • 1:40 PM

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

pendapatan mereka memang kurang. Latex boleh meningkatkan pendapatan tetapi adakah program yang kita lakukan berjaya atau tidak terutama di Kelantan dan sebagainya.

Sebab kalau kita hendak menggalakkan pembelian latex, mesti ada kemudahan.

Kalau kita toreh pun tidak ada orang kumpulkan latex- itu pun satu isu. Jadi, minta penjelasan Yang Berhormat?

final • 1:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik, Tangga Batu minta mencelah sedikit ya? Baik.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Perladangan dan Komoditi. Sebenarnya saya amat bersetuju sekiranya kerajaan dapat memberikan- kita panggil fokus, dan betul-betul bekerja untuk menggalakkan pekebun kecil ini menghasilkan latex berbanding dengan cup lump. Ini kerana latex ini kualiti lebih baik dan harga pun lebih baik. Akan tetapi untuk menghasilkan glove- tangan ini seperti yang diusahakan Top Glove, sebab itu kita lihat bahawa penghasilan latex di negara kurang maka Top Glove seharusnya mengimport latex dari Thailand.

Sebenarnya saya setuju seperti yang dikatakan oleh sahabat saya tadi bahawa prosesnya bukannya mudah. Ini kerana kita memerlukan proses pre-coagulation chemicals namanya TZ Latex yang harus dicampurkan di [Tidak jelas] station, kemudian kita kena buat ammonia bubbling dan sebagainya. Kemudian, diperlukan dari kilang untuk melakukan separation, reaksi daripada 42 persen akan dibawa kepada sehingga 70 persen, barulah boleh dibawa ke Kilang Top Glove untuk diproses.

Saya rasa benda ini agak rumit tetapi saya berasa kalau kita mempunyai niat yang baik untuk menolong mempertingkatkan pendapatan pekebun kecil, saya rasa benda ini harus dibuat dengan begitu serius dan saya rasa bajet untuk Kementerian Perladangan dan Komoditi ini harus dipertingkatkan.

Kedua, menyambung kepada apa yang dibicarakan oleh sahabat saya tadi bahawa kita tahu bahawa melalui proses somatic embryogenesis kita melahirkan klon- klon baharu seperti RRIM 3001 tetapi saya melihat bahawa klon baharu ini walaupun dikatakan boleh memberikan pulangan yang tinggi hasil getah per kilogram, per hektar melebihi 2,000 kilogram tetapi memang tinggi. Akan tetapi dia mempunyai masalah daripada segi dahan yang mudah patah dan sebagainya.

Saya mencadangkan juga supaya untuk mempertingkatkan hasil, kadang-kadang bila harga rendah tetapi kalau produktiviti tinggi sebenarnya dia menampung pendapatan pekebun kecil. Kita mengharapkan supaya kerajaan kena memberi fokus pada Lembaga Getah Malaysia dengan menambahkan peruntukan untuk R&D supaya kita boleh melahirkan klon-klon baharu supaya kita lebih resistance pada penyakit dan sebagainya.

Sekian, terima kasih.

final • 1:40 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak.

final • 1:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, satu soalan.

final • 1:40 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak.

final • 1:40 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Kita bagi wanita dahulu. Lepas itu...

final • 1:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Kita melihat bahawa getah apabila sebut harga getah selalu tidak stabil. Kedua, kita tahu bahawa musim untuk menoreh terlampau terbatas. Kita tahu masalah-masalah mereka. Dalam masa yang sama juga sebahagian penoreh ini yang dia pergi menoreh itu bukan getah dia. Jadi, terpaksa lagi diagih dengan tuan ladang atau tuan kebun. Begitu kecilnya pendapatan mereka. Dalam pada masa yang sama juga, satu persoalan agaknya apakah langkah yang dilaksanakan oleh Menteri untuk menarik golongan muda terlibat menjadi penoreh getah. Oleh sebab sebahagian besar ladang tertinggal dan terabai kerana tidak ada tenaga yang cukup. Walaupun klonnya baik, walaupun getahnya baik

final • 1:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

tetapi tidak ada penoreh getah. Apakah usaha-usaha yang dilakukan? Okey. Terima kasih.

final • 1:40 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selain daripada getah, kelapa sawit juga adalah salah satu daripada di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi ini. Bagaimana langkah-langkah kerajaan...

final • 1:40 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Kelapa sawit nanti. Saya akan sentuh kelapa sawit nanti. Kita fokus pada getah itu dahulu.

final • 1:40 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Okey.

final • 1:40 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pengimport ataupun pengilang ini yang mengimport getah kita selalunya mempunyai masalah daripada segi pengeluaran getah dan juga kualiti getah yang dihasilkan di negara kita kerana mungkin sebabkan musim tengkujuh yang menyebabkan pengeluaran dan kualiti getah kita tidak seperti yang mereka meminta.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan teknologi baharu bagi penorehan getah. Jika kita lihat pada hari ini jika kita mengamalkan penorehan getah secara tradisi, apabila musim tengkujuh penoreh getah tidak dapat menoreh getah. Saya faham ada usaha-usaha daripada beberapa pihak, mereka telah memperkenalkan satu kaedah torehan getah yang terbaru iaitu the micro-cut tapping ini sistem di mana penoreh-penoreh getah tidak perlu pun turun ke kebun getah untuk menoreh.

Jadi, penoreh getah ini, boleh mengeluarkan hasil getah ketika musim tengkujuh ketika musim hujan. Namun, kita tidak masih lagi mengetahui apakah yang berlaku kesan pada pokok getah tersebut. Jadi, saya mohon pihak kementerian supaya mencari salah satu kaedah yang terbaik buat penoreh getah ini.

Kedua, untuk jangka masa panjang, jika PETRONAS itu boleh menghasilkan downstream produk mereka seperti minyak dan gas. Mengapa getah di Malaysia, kita tidak mempunyai satu jenama sendiri? Seperti kita mengeluarkan satu jenama tayar di Malaysia ini. Jika kita mempunyai satu- produk sendiri, saya pasti dan percaya harga getah sentiasa kompetitif dan sentiasa relevan sepanjang masa. Jadi, kita tidak lah terlalu bergantung kepada negara-negara pengimport dan memastikan harga getah kita sentiasa relevan. Sekian terima kasih.

final • 1:40 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Terima kasih beberapa orang Yang Berhormat tadi dari Kuala Krai tadi kan? Kuala Krau. Ya. Kuala Krau, dari Tanjung Piai, Tangga Batu, Temerloh dan juga Tenom. Saya amat bersetuju dengan pandangan tersebut.

Pertamanya untuk penggunaan benih baharu. Memang sebenarnya kita ada hasilan benih-benih baharu, cuma ia tidak menggunakan kaedah tissue culture acidic dikatakan tadi. Akan tetapi memang benih baharu dari RRIM 2025 dan juga 3001 di mana hasilan keluaran getah ini lebih banyak berbanding dengan apa yang ada sekarang.

Begitu juga dengan penggunaan teknologi untuk mempertingkatkan R&D, terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu supaya kementerian ini diberi lagi lebih banyak peruntukan untuk kita buat lebih banyak R&D sama ada di peringkat huluan mahupun hiliran.

final • 1:40 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Ini akan sudah pasti membantu supaya kita akan dapat terus meningkatkan pendapatan khususnya kepada pekebun-pekebun kecil. Untuk Yang Berhormat Temerloh, apa yang sudah kita laksanakan, saya sudah katakan tadi kita berbincang dengan Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia. Apa yang kita hendak ialah untuk pekebun-pekebun kecil ini berjumpa dengan semua pemilik kebun. Kita tahu apa masalah di lapangan. Tuan tanah dia sewakan tanah ataupun dia pajakkan tanah dan yang menoreh orang lain. Pendapatan itu sudah pasti makin kecil sebab ketidakupayaan untuk mereka sendiri menoreh getah, maka terpaksa dia cari orang, mengupah orang dan sebagainya.

Itu salah satu cabaran sebab itu kita melihat kepada keseluruhan ini, bagaimana kita hendak dapat buatkan secara yang dikatakan tadi iaitu secara berkelompok. Ini

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

supaya nanti ada syarikat-syarikat besar yang akan membantu dan akhirnya mereka menjadi rakan kongsi kepada— jadi semi ladang. Misal kata ladang-ladang kecil daripada pekebun kecil, mereka menjadi kongsi kepada satu ladang yang lebih besar. Ini adalah supaya produktiviti akan meningkat, hasil ladang akan meningkat dan pendapatan diharapkan akan juga meningkat.

Akan tetapi ini memerlukan kita membuat jaringan antara persatuan berjumpa dengan tuan-tuan tanah dan juga pemain-pemain industri supaya program ini dapat kita laksanakan secara menyeluruh yang akan dapat memberi kesan bukan sahaja kepada pekebun kecil tetapi meningkatkan hasilan khususnya latex sebab kita mengimport latex sebanyak RM3 bilion. Maknanya RM3 bilion ini ada peluang bagaimana kita hendak— satu, tidak menyebabkan pengeluaran hasilan, duit kita keluar tetapi kita dapat meningkatkan pendapatan dengan kita fokuskan pada hasilan dalam negeri kita. Ini yang kita hendak fokuskan.

Jadi untuk Yang Berhormat Tenom, memang teknologi kita akan terus membuat.

Kalau kita melihat produk hiliran utama negara kita ialah sarung tangan getah (glove) dan juga kondom, menjadikan kita negara pengeluar yang terbesar dalam dua bidang ini. Ini salah satu fokus kita untuk pastikan kita bukan sahaja– hendak menghasilkan barang- barang lain juga, banyak sebenarnya. Saya boleh jemput untuk Yang Berhormat Tenom pergi ke Lembaga Getah Malaysia melihat apakah end product yang telah dikeluarkan di negara kita menggunakan getah. Bukan sahaja getah sebenarnya, minyak kelapa sawit dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, kalau diizinkan saya hendak meneruskan sebab ada beberapa topik lagi khususnya untuk pekerja asing. Yang Berhormat Titiwangsa dan Yang Berhormat Tangga Batu ada menyentuh berhubung kait dengan kekurangan pekerja asing menyebabkan kerugian sehingga RM20 bilion hasilan kelapa sawit kita. Untuk itu sebenarnya Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit ataupun Mechanisation and Automation Research Consortium of Oil Palm (MARCOP) telah ditubuhkan. Ini adalah kerjasama di antara pihak industri dan kerajaan di mana dana secara bersama telah disumbangkan. Kerajaan menyumbang sejumlah saya kira lebih kurang berapa puluh juta dan gabungannya sekarang ialah...

final • 1:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

RM30 juta.

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

...RM30 juta dan industry players juga menyumbang RM30 juta. Untuk itu kita ada RM60 juta untuk memfokuskan kepada usaha membangunkan teknologi dalam bidang kelapa sawit sama ada daripada segi penuaian, pengangkutan dan juga the whole process, value chain dia. Kita hendak meningkatkan fokus ini, setakat ini ada 19 permohonan berhubung kait dengan semua usaha yang dilaksanakan oleh MARCOP. Termasuklah penggunaan menggunakan drone, penuaian menggunakan drone, exoskeleton...

final • 1:50 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Soalan...

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

...Pengesahan kematangan buah tandan sawit, sistem pengangkutan dan juga pemotong bermotor.

Kita juga sedang bekerjasama dengan pihak luar negara bagaimana kita dapat meningkatkan mechanisation ini supaya kebergantungan kepada pekerja asing ini dapat kita kurangkan.

final • 1:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, minta mencelah sedikit.

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Sekejap, sekejap. Biar saya selesaikan berhubung kait dengan apa ini. Kemudian ada kerjasama erat juga dengan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri di mana kita sudah melonggarkan pengambilan pekerja di peringkat negara kita. Diharapkan dengan usaha ini, ia dapat mempercepatkan mendapat pekerja-pekerja daripada negara sumber.

Sekarang ini cabarannya ialah setakat mana negara sumber dapat membantu, memudahkan cara mereka dan dapat membawa pekerja lebih ramai lagi. Setakat ini kita

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

sudah dapat peningkatan kemasukan pekerja-pekerja asing dalam semua sektor di negara kita.

final • 1:50 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak.

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Ya.

final • 1:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaludin - Tangga Batu

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Baik, kita betul MARCOP...

final • 1:50 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak dahulu.

final • 1:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Okey, minta maaf.

final • 1:50 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri. Soalan saya ada dua. Pertama, apakah langkah-langkah kerajaan untuk meningkatkan harga sawit kembali kepada seperti dahulu RM1,200 satu tan yang memberi manfaat kepada semua pekebun kecil sawit.

Kedua, ada satu projek hiliran daripada batang sawit yang dihancurkan dan dikeringkan untuk penghasilan cendawan voivarella yang digunakan untuk makanan.

Terima kasih.

final • 1:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tangga Batu.

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Tuan Yang di-Pertua, masa saya sudah habis.

Saya hendak minta panduan.

final • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, perlu berapa lama?

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Kalau selepas ini saya tidak banyak lagi ada satu topik utama yang saya hendak sentuh. Mungkin saya perlukan dalam 10 minit sahaja.

Terima kasih.

final • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan, 10 minit.

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Sila Yang Berhormat Tangga Batu. Ini soalan yang akhir, Tuan Yang di-Pertua.

final • 1:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Baik, saya mencadangkan dalam ucapan perbahasan titah saya supaya kita akui MARCOP ini ia mendapat biaya daripada matching grant daripada kerajaan RM30 juta dan industri RM30 juta tetapi masalahnya sebab bila diletakkan di bawah penyeliaan MPOB, saya melihat ia punya progress itu slow.

Kita tahu bahawa ada exoskeleton, drone dan sebagainya tetapi cadangan saya supaya diletakkan penyeliaannya di bawah industri sendiri Sime Darby Kuala Lumpur dan sebagainya kerana merekalah industry players, pemain industri supaya program mekanisasi ini dapat dipercepatkan bagi menyelesaikan masalah tenaga buruh. Itu cadangan saya. Terima kasih.

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya ambil pandangan dan cadangan Yang Berhormat Pasir Salak itu bagaimana kita hendak melihat supaya harga kelapa sawit pun akan kekal stabil. Bagaimana saya katakan, sama macam getah, kelapa sawit harganya bergantung dengan permintaan dan penawaran dan juga bergantung keadaan iklim global. Sudah pasti kita tidak dapat menentukan harga pada kadar tertentu.

Ia bergantung dengan permintaan dan penawaran tetapi yang lebih utama ialah bagaimana kita hendak menstabilkan harga dan fokuskan kepada hasilan dan juga the end product daripada kelapa sawit itu supaya ia bukan kita— lebih utama ialah produk- produk hiliran supaya ia dapat meningkatkan lebih banyak pendapatan kepada bukan sahaja pekebun kecil tetapi the whole value chain itu.

final • 1:50 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

[Bangun]

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Untuk Yang Berhormat Tangga Batu, saya mengambil maklum pandangan itu. Sebenarnya kita juga sedang melihat bagaimana kita dapat melihat MPOB, MPOC, semua agensi kita supaya ia lebih berpaksikan kepada keperluan industri dan juga melihat kepada keseluruhan stakeholders dalam industri tersebut. Malahan pengerusinya dan apa juga akan kita lihat supaya yang menerajui nanti adalah mereka yang ada kepakaran dan profesional dalam bidang yang diperlukan.

Apa yang lebih utama juga sekarang ini ialah untuk melihat cabaran dalam industri kelapa sawit ialah apa yang dikenalkan oleh European Union iaitu European Union Deforestation Regulation (EUDR). Ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tangga Batu.

Kalau kita melihat— Yang Berhormat Puncak Borneo dan juga Yang Berhormat Tangga Batu. Kita melihat bahawa kalau kita tidak berhati-hati apa pun kita laksanakan dalam negara kita kalau usaha EUDR ini, ia sebenarnya boleh memberi kesan yang negatif kepada keseluruhan industri kelapa sawit khususnya pekebun-pekebun kecil akan terjejas.

Oleh sebab itu, saya minta sokongan daripada semua Ahli Yang Berhormat untuk sama-sama kita bersuara kalau ada kawan-kawan di kalangan Ahli Parlimen EU itu untuk kita berhubung dengan mereka menyatakan bahawa apa yang mereka perkenalkan sebenarnya akan menjejaskan negara kita. Oleh sebab di peringkat negara kita, pematuhan kepada sama ada SDGs ataupun hendak menjaga environment semua kita menjaga. EU pun jaga, kita pun menjaga.

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Komitmen kita ialah kita komited kepada United Nations punya green initiative.

Oleh sebab itu, kita memberi komitmen. MSPO kita perkenalkan untuk pastikan dalam usaha kita melaksanakan program perladangan, kita juga menjaga alam sekitar kita. Akan tetapi pada masa yang sama United Nations juga mengatakan bahawa kita perlu menjaga penduduk kita untuk memastikan kemiskinan ini dapat dikurangkan dan usahanya ialah melalui ladang-ladang kelapa sawit. Dengan usaha-usaha ini, maka kita mengharapkan kita juga akan dapat membantu meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.

Mereka yang miskin akan dapat ada usaha dengan penanaman kelapa sawit dan sebagainya. Jadi, inilah komitmen yang bersama kita patut buat supaya European Union ini apabila diperkenalkan EUDR, ia tidak meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berisiko tinggi. Ini tidak adil untuk kita sebab usaha yang kita laksanakan begitu banyak sekali untuk mematuhi segala kehendak mereka dan sebagainya.

Oleh sebab itu, saya menyarankan supaya kita nanti akan bersama dengan Indonesia, di mana saya sudah melawat Indonesia dan Indonesia sudah bersetuju.

Secara bersama kita akan mengadakan mission kepada Europe untuk kita berbincang dan memastikan bahawa Malaysia tidak akan disenaraikan sebagai sebuah negara yang berisiko tinggi. Oleh sebab kita sudah memberi komitmen dan melaksanakan program dan program kita bukan sahaja untuk ekonomi negara kita tetapi juga dalam usaha kita membantu pekebun kecil dalam sudut kemiskinan, untuk mengeluarkan mereka daripada kemiskinan. Oleh sebab itu, kita menuntut supaya European Union ini akan memberi secara bertulis kepada kita bahawa Malaysia tidak akan dijadikan sebuah negara yang berisiko tinggi dalam konteks EUDR itu sendiri. Itu yang pertama. Kedua...

final • 2:00 PM

Datuk Willie anak Mongin

Tuan Yang di-Pertua, Puncak Borneo ingin penjelasan.

final • 2:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Puncak Borneo, saya tidak membenarkan. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri habiskan cepat. Silakan Yang Amat Berhormat Menteri.

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Minta maaf Yang Berhormat Puncak Borneo.

Saya tahu Yang Berhormat Puncak Borneo begitu dekat di hati beliau untuk memperjuangkan perkara ini. Akan tetapi memadai dengan waktu yang begitu singkat ini sebab saya sudah mengambil masa sahabat saya sebelah ini, Menteri Pengangkutan sudah menunggu bersedia untuk menggulung.

Kedua, kita mengharapkan juga pihak EU akan mengiktiraf usaha kita. Dalam kita membangunkan standard MSPO supaya kita pematuhan kepada kehendak alam

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

sekitar, kepada deforestation yang sekarang ini di mana kita tidak membuka lagi hutan- hutan baharu, malahan kita mematuhi daripada segi semua standard international sekali pun. Usaha kita supaya pekebun-pekebun kecil ini tidak akan dinafikan daripada segi konteks dalam United Nations Development Goal untuk mereka tidak terjejas dalam usaha kita mengangkat mereka daripada segi kemiskinan itu tadi. Oleh sebab itu, kita melihat bahawa EU sepatutnya mengiktiraf usaha kita bahawa smallholders ini terutamanya, adalah memainkan peranan yang amat penting. Oleh sebab hampir 400,000 mereka yang berada dalam negara kita.

Apa-apa perkara pun, kita minta EU akan membuat consultation, dengan izin, supaya apa-apa yang mereka hendak buat, ia kena consult kita juga sebagai negara pengeluar. Oleh sebab secara bersama, saya kira kita boleh mematuhi. Niat kita adalah bersama dengan mereka juga supaya keadaan alam sekitar, kesihatan dan keseluruhan, kelestarian dunia kita ini akan terpelihara.

Itulah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Akan tetapi apa yang saya hendak kongsi bersama, komitmen di peringkat kementerian ialah untuk kita bersama-sama memastikan usaha kita untuk mengangkat perladangan. Komoditi yang memainkan peranan yang begitu besar untuk negara kita sama ada daripada segi pengeluaran eksportnya, hasilan pendapatan kita dan bagaimana kita menjaga pekebun kecil ini akan dapat kita teruskan secara bersama. Untuk itulah kita juga melihat bahawa in the future, dengan izin, ialah bidang-bidang baharu yang kita hendak ceburi. Dalam bidang fiber sama ada yang berbentuk biojisim yang mungkin fiber sama ada kenaf dan sebagainya. Kta jangkakan ia boleh menarik pelaburan sehingga RM10 bilion menjelang 2025.

Begitu juga dengan getah, usaha kita untuk penanaman semula getah dan sebagainya. Oleh sebab getah daripada segi saintifiknya, di dapati bahawa getah boleh menyelamatkan ataupun mengambil karbon lebih baik lagi untuk karbon kredit. Getah ialah tumbuhan, bukan sahaja dikira dan diiktiraf sebagi forest product tetapi juga boleh memainkan peranan untuk menyerap karbon.

Bagi kita di peringkat kementerian sekarang ini, karbon bukan sahaja kita melihat daripada segi storage, karbon patut dilihat sebagai satu komoditi. Kalau ini dapat dilihat, maka insya-Allah pekebun-pekebun kecil bukan sahaja mengeluarkan getah tetapi apabila menanam pokok getah, ia juga akan dapat berurusan daripada segi credit trading, carbon trading. Itu yang kita hendak lihat dan ini akan menambah pendapatan mereka.

Inilah arah tuju yang ingin kita hendak bawa dan diharapkan kita dapat bersama.

Terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang memberi sokongan, pandangan, cadangan dan insya-Allah kita akan mengambil kira semua pandangan tersebut. Siapa yang berminat, boleh datang berjumpa dengan saya dan kementerian kita untuk sama-sama kita memikirkan cara seterusnya bagaimana kita hendak mengembangkan dan memastikan agro komoditi kita akan terus berkembang, akan menghasilkan pendapatan kepada negara kita. Pada masa yang sama, meningkatkan pendapatan pekebun-pekebun kecil negara kita. Sekian, terima kasih.

final • 2:00 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih.

final • 2:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Amat Berhormat Petra Jaya. Jawapan yang komprehensif. Selanjutnya, saya menjemput Yang Berhormat daripada Kementerian Pengangkutan untuk menjawab.

final • 2:00 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, salam sejahtera, salam perpaduan. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan 20 orang Ahli Yang Berhormat terhadap Kementerian Pengangkutan kerana telah membahaskan dan menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tugas Kementerian Pengangkutan.

final • 2:06 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Izinkan saya namakan satu persatu Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun menyentuh isu-isu berkenaan dengan pengangkutan iaitu Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Padang Besar dan Yang Berhormat Lubuk Antu.

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya hanya menjawab sekiranya ada Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu itu berada di dalam Dewan. Pertamanya, Yang Berhormat Ayer Hitam, saya difahamkan beliau berada di Kamar Khas, tidak berada dalam Dewan. Jadi, saya tidak menjawab Ayer Hitam. Seterusnya, Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Jelebu membangkitkan isu jajaran ECRL. Yang Berhormat Tumpat ada? Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Jelebu pun tidak ada.

Seterusnya, Yang Berhormat Kuala Krai. Yang Berhormat Kuala Krai pun tidak ada.

Walaupun Yang Berhormat Kuala Krai tidak ada, saya hendak menjawab isu ini kerana KTM Dabong.

Yang Berhormat Kuala Krai telah membangkitkan supaya Projek Naik Taraf Stesen KTM Dabong yang baharu dipercepatkan bagi keselesaan pengguna. Bagi makluman Yang Berhormat Kuala Krai, Kementerian Pengangkutan sentiasa memberikan tumpuan terhadap keselamatan dan keselesaan pengguna di stesen-stesen kereta api, khususnya di lokasi popular seperti Stesen Dabong, Kelantan. Kementerian menyedari terdapat keperluan untuk menyediakan kemudahan di stesen tersebut agar lebih selesa.

Kita juga tahu bahawa ia menjadi satu lokasi pilihan pelancong tempatan dan luar negara ekoran fenomena Train to Dabong.

Selain itu, stesen tersebut juga memberikan perkhidmatan kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong. Satu-satunya sekolah menengah terhampir sebagai perhentian selepas membuat perjalanan daripada hentian Kuala Keris, Stesen Bukit Labu dan hentian-hentian kereta api kecil yang lain di sepanjang laluan Gua Musang ke Wakaf Baru. Ridership Stesen Dabong yang meningkat mendorong kepada Perbadanan Aset Keretapi untuk menyumbang sebuah perpustakaan mini pada akhir tahun 2020.

Pada masa ini, Kementerian Pengangkutan sedang meneliti skop yang sesuai untuk menambah baik Stesen Dabong agar dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna rail yang semakin bertambah. Semua aspek, termasuk komersial, kewangan dan teknikal akan diambil kira dalam penelitian tersebut.

Satu perkara yang saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Kuala Krai dan juga Yang Berhormat Kelantan iaitu satu inisiatif yang baru telah pun dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pengangkutan iaitu menawarkan perkhidmatan train percuma kepada golongan OKU dan juga semua pelajar di stesen-stesen KTM Komuter sepanjang laluan komuter di Lembah Klang, di Komuter utara dan juga di antara laluan KTM di pantai timur.

final • 2:06 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Ini khususnya memberikan manfaat kepada masyarakat di negeri Kelantan, khususnya pelajar-pelajar sekolah yang mendapat perkhidmatan percuma menggunakan tren KTM dari rumah mereka ke sekolah-sekolah. Ini membuktikan bahawa kerajaan pada hari ini tidak menganaktirikan kebajikan rakyat di negeri Kelantan dan kita akan terus menambah baik perkhidmatan KTM ini di negeri Kelantan. Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat membantu mempromosikan perkhidmatan dan inisiatif ini kepada masyarakat di sekitar laluan kereta api di pantai timur.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Kluang— juga tidak ada di dalam Dewan. Saya akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Petaling Jaya— tidak ada dalam Dewan.

final • 2:10 PM

Dato' Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Tumpat sudah masuk ini.

final • 2:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya?

final • 2:10 PM

Dato' Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Tumpat, Tumpat.

final • 2:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Yang Berhormat Tumpat berkenaan dengan ECRL. Untuk makluman Yang Berhormat Tumpat, kerajaan telah mengadakan rundingan sebanyak dua kali bersama pihak kontraktor utama iaitu Syarikat CCCC bagi mendapatkan nilai yang lebih baik pada harga yang lebih kompetitif dan telah berjaya menjimatkan kos sebanyak RM11 bilion melalui usaha perundingan yang berkesan. Antara semakan semula yang dilakukan termasuk:

(i) menjajarkan semula Seksyen A (Kota Bharu ke Dungun) agar menjauhi pantai bagi meningkatkan keselamatan dan kecekapan operasi ECRL kelak; serta

(ii) penjajaran semula Seksyen C (Temerloh – Pelabuhan Klang) bagi meningkatkan kecekapan operasi kargo.

Pada masa ini, jajaran ECRL telah dimuktamadkan dari Tunjung, Kota Bharu, Kelantan dan berakhir di Pelabuhan Klang, Selangor sepanjang 665 kilometer dengan 20 buah stesen. Walau bagaimanapun, cadangan ini boleh dibangunkan sebagai fasa seterusnya pada masa hadapan bagi projek ECRL tertakluk kepada keputusan kerajaan.

final • 2:10 PM

Dato' Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya difahamkan bahawa kerajaan pada masa dulu di bawah Perdana Menteri kesembilan menyebut tentang akan ada pembinaan jambatan dari Pengkalan Kubor ke Tak Bai. Jadi, kalau jambatan Pengkalan Kubor – Tak Bai itu dibina dan tiada stesen ECRL di Pengkalan Kubor, maka ia akan mempunyai jarak di antara Kota Bharu dengan Pengkalan Kubor kerana jarak Kota Bharu – Pengkalan Kubor lebih dalam 40 kilometer.

Jadi saya harap pihak kerajaan akan mempertimbangkan untuk stesen bagi ECRL ini.

final • 2:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Memang kita faham jajaran tersebut, memang ada optional daripada segi pembinaan stesen tersebut. Apabila ada keperluannya, kita akan lihat kembali. Apa yang kita laksanakan pada ketika ini ialah apa yang telah pun diputuskan pada ketika ini. Apa-apa pembinaan stesen baharu ataupun tambahan landasan itu boleh dipertimbangkan apabila keperluannya meningkat.

Yang Berhormat Hulu Langat ada? Yang Berhormat Hulu Langat membangkitkan isu berkaitan harga yuran lesen memandu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Pengangkutan Jalan telah menetapkan harga siling atau harga maksimum yang boleh dikenakan kepada calon bagi mendapatkan suatu permohonan lesen memandu mengikut kelas-kelas kenderaan motor. Kadar harga siling yang telah ditetapkan ini mengandungi elemen-elemen kos tetap yang perlu ditanggung oleh pihak institut memandu dan fi perkhidmatan kerajaan.

Antara elemen kos tetap yang telah diambil kira di dalam kadar harga siling ini adalah:

(i) fi pendaftaran;

(ii) kadar sewaan ruang pejabat;

(iii) sewa kenderaan;

(iv) bayaran kelas teori dan praktikal;

(v) kos tenaga pengajar;

(vi) bayaran ujian berkomputer;

(vii) yuran perkhidmatan; dan

(viii) kos utiliti.

Penetapan kadar siling ataupun harga maksimum yang boleh dikenakan oleh institut memandu (IM) kepada calon adalah merupakan satu kaedah bagi mewujudkan satu persaingan yang sihat di kalangan IM untuk meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan mereka. Namun begitu, sekiranya IM mengenakan caj tambahan atau di luar daripada

final • 2:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

elemen kos yang telah ditetapkan di bawah harga siling, maka pihak IM perlu menyatakan secara terperinci setiap elemen kos tambahan yang dikenakan kepada calon. Pihak IM juga perlu mendapatkan persetujuan calon ke atas caj tambahan yang dikenakan oleh pihak IM bagi mengelakkan sebarang permasalahan antara kedua-dua belah pihak.

Secara umumnya, antara elemen ataupun pakej tambahan yang sering disediakan oleh IM termasuklah kemudahan pengangkutan dari rumah ke lokasi, penyediaan makan minum dan sebagainya. Elemen kos tambahan sebegini yang kebiasaannya menjadikan harga bayaran terkumpul yang perlu dibayar oleh calon adalah melebihi daripada harga had siling.

Jadi saya hendak nasihatkan Yang Berhormat supaya kalau ada apa-apa aduan daripada pelajar-pelajar ataupun daripada masyarakat, bolehlah nasihatkan kepada mereka bahawa ada elemen kos ini yang boleh dikecualikan supaya mereka tidak boleh dipaksa untuk mendapatkan perkhidmatan secara keseluruhannya sebab ada elemen- elemen seperti katakan perkhidmatan hantar balik dari rumah ke IM, itu boleh dikecualikan. Itu tidak menjadi masalah. Jadi, ini perlu difahami oleh pihak orang ramai.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya juga Yang Berhormat Hulu Langat mencadangkan kerajaan meletakkan harga lantai bagi bayaran perkhidmatan e-hailing.

Bayaran pemandu adalah melibatkan business arrangement dan sebarang penetapan had bagi mengawal selia kadar tambang ini memerlukan kajian yang terperinci kerana melibatkan kepada pindaan Akta 715 dan juga Peraturan Kadar Tambang untuk dibawa ke Parlimen bagi tujuan kelulusan.

E-hailing merupakan industri gig economy di mana hanya berdasarkan konsep market-driven bagi menjalani kelestarian industri. Kerajaan tidak berhasrat untuk mengubah keperluan pasaran. Tumpuan adalah diberikan kepada isu kebajikan dan keselamatan pemandu dan penumpang. Kerajaan juga mewajibkan insurans PERKESO bagi pemandu dan pemeriksaan berkala bagi kenderaan e-hailing. Saya faham apa yang diperjuangkan oleh Yang Berhormat Hulu Langat kerana memang— saya pun semalam ada berjumpa dengan pihak Persatuan Pemandu E- hailing. Antara perkara yang dinyatakan ialah bagaimana kita membantu daripada segi menetapkan harga siling ataupun harga lantai. Jadi, memang ini adalah satu isu yang perlu kita imbangkan baik dan buruknya.

Sudah tentu pada ketika ini mungkin harga yang kompetitif itu memberikan kelebihan kepada penumpang-penumpang. Jadi apabila kita meletakkan sesuatu dasar untuk menetapkan harga lantai, kemungkinan ia juga akan mengubah landskap kadar ataupun harga e-hailing yang selama ini ia merupakan dynamic pricing. Ia ikut kepada keadaan pasaran. Demand yang lebih tinggi, sudah tentu yurannya ataupun tambangnya lebih tinggi. Akan tetapi kalau kita dapat mengimbangkan daripada segi penawarannya, maka harga kepada penumpang juga akan lebih kompetitif. Jadi, cadangan untuk menetapkan harga lantai itu kita perlu lihat dengan lebih teliti sebelum sebarang pelaksanaan dibuat.

final • 2:10 PM

Dato' Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Sedikit, Yang Berhormat.

final • 2:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya.

final • 2:10 PM

Dato' Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, dalam proses pemulihan ekonomi sekarang ini dan dalam konteks kos sara hidup yang tinggi sekarang, ada atau tidak kemungkinan Kementerian Pengangkutan akan menurunkan kadar cukai jalan kenderaan di negara kita? Terima kasih.

final • 2:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Cukai jalan belum ada apa-apa keputusan untuk diturunkan. Akan tetapi, memang saya dalam bahagian Kementerian Pengangkutan memang mengharapkan satu kaji semula terhadap struktur bagaimana cukai jalan kita diletakkan ataupun dihargakan. Itu memang perlu satu kajian yang menyeluruh untuk melihat kepada struktur cukai jalan kita.

final • 2:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Setakat ini, Yang Berhormat kena juga memahami bahawa kutipan daripada cukai jalan itu juga merupakan satu hasil yang besar kepada kerajaan. Daripada cukai jalan sahaja hampir RM3 bilion untuk hasil kerajaan. Jadi memandangkan keadaan kekurangan hasil yang kita hadapi pada hari ini, memang sebarang keputusan untuk menurunkan cukai jalan itu akan juga memberikan impak negatif kepada hasil kerajaan.

Jadi setakat ini, memang belum ada keputusan untuk menurunkan cukai jalan. Namun begitu, saya kira dan saya akan mempertimbangkan supaya struktur cukai jalan itu dikaji semula.

final • 2:10 PM

Dato' Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 2:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Mohon mencelah.

final • 2:10 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Yang Berhormat Menteri, Kuantan.

final • 2:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Mohon mencelah boleh? Terima kasih.

Saya merujuk kembali kepada soalan cukai jalan. Saya ingin mendapat klarifikasi daripada pihak Yang Berhormat Menteri. Selepas tamatnya tax fee untuk kereta EV pada akhir tahun 2025, bolehkah Yang Berhormat Menteri jelaskan apakah cara untuk kira untuk road tax EV dan adakah ia akan lebih tinggi daripada kereta konvensional ICE atau lebih rendah? Terima kasih.

final • 2:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Untuk cara pengiraan cukai jalan EV, memang saya tahu bahawa mungkin Yang Berhormat merujuk kepada satu andaian ataupun kajian yang dibuat oleh sebuah portal baru-baru ini yang menunjukkan bahawa mungkin cukai jalan yang dikenakan kepada EV itu menjangkaui beribu-ribu ringgit, malah lebih tinggi daripada kereta-kereta biasa. Memang setakat ini kita ada tax holiday kepada kereta-kereta EV sampai tahun 2025 tidak perlu dibayar cukai jalan.

Akan tetapi, memang dalam tempoh ini, seperti yang saya nyatakan tadi, saya akan meminta pegawai-pegawai di Kementerian Pengangkutan khususnya Bahagian Darat untuk mengkaji semula bagaimana kita hendak tax EV ini. Ini memang kita kena buat satu kajian yang menyeluruh supaya struktur cukai jalan untuk kereta EV ini, ia kena selari dengan dasar kita mempromosikan kereta EV seperti yang dihasratkan oleh Yang Berhormat. Saya faham bahawa apabila kita hendak menggalakkan penggunaan EV, ia daripada segi pelbagai insentif itu perlu ada. Daripada segi cukai jalan yang kompetitif, daripada segi charging station, facilities-nya dan sebagainya. Keseluruhan ekosistem untuk menggalakkan EV itu perlu ada sebelum kita dapat menggalakkan penggunaan EV.

final • 2:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Jadi, saya menyambut baik apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat dan kita akan lihat bagaimana untuk mengira cara percukaian kepada kereta-kereta EV. Ya, Yang Berhormat Kuantan.

final • 2:20 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan demerit untuk pemandu kenderaan berat. Jadi ketika ini, apabila mereka telah dipotong – mereka telah tamat lesen akan digantung daripada memandu. Jadi, adakah pihak kerajaan ingin meneruskan tentang perkara tersebut ataupun mengurangkan kerana apabila lesen mereka digantung sepenuhnya dalam tempoh beberapa lama, mereka tidak boleh mencari rezeki dan juga tidak boleh memandu dengan menggunakan kenderaan- kenderaan biasa.

Keadaan ini menyebabkan mereka memandu dalam keadaan tidak ada lesen ibaratnya. Jadi, adakah perkara ini akan diteruskan ataupun diberi keringanan sedikit kepada mereka untuk kenderaan-kenderaan biasa agar mereka dapat pergi cari makan dan sebagainya? Terima kasih.

final • 2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila, Yang Berhormat Tumpat.

final • 2:20 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin bertanya tentang adakah kerajaan bercadang untuk membuat kerjasama antara Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Sumber Manusia bagi memastikan

final • 2:20 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

bahawa semua pemandu Grab dan juga e-hailing, sekiranya ditetapkan kadar siling bagi fi mereka ini dimasukkan terus pembayaran untuk SKSPS. Sekarang ini untuk Skim Keselamatan Pekerja Saraan Sendiri, mereka kena hadir ke PERKESO untuk bayar tetapi kebanyakan daripada mereka ini tidak bayar.

Jadi, kalau kita masukkan terus sebagai polisi kerajaan supaya terus mereka ini akan terlindung di bawah PERKESO agar keselamatan dan kebajikan pekerja-pekerja ini dapat dijaga oleh semua pihak. Terima kasih.

final • 2:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Yang pertamanya berkenaan dengan Yang Berhormat Kuantan walaupun tidak bersangkut paut dengan hujah asal. Isu demerit ini memang sedia ada.

final • 2:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Menteri, sedikit Yang Berhormat.

final • 2:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Sekejap. Demerit ini memang ada, cuma dari segi untuk melihat bagaimana penguatkuasaan itu. Saya faham apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat. Kadangkala apabila seseorang pemandu itu disaman ataupun dihadapkan ke mahkamah maka dia tidak boleh ada lesen dan tidak boleh memandu untuk mencari nafkah hidup dan sebagainya. Dari segi penguatkuasaan, mungkin kita perlu lihat kembali bagaimana cara penguatkuasaan yang lebih praktikal yang juga dapat memberikan sedikit ruang untuk mereka mencari nafkah hidup. Itu perlu dipertimbangkan tetapi apa pun, kita juga tidak boleh memberikan satu mesej bahawa kita terlalu longgar daripada segi penguatkuasaan.

Yang kedua, berkenaan dengan isu pembayaran PERKESO ini. Apa yang ada sekarang ini ialah – sebab hubungan antara pemandu e-hailing dengan syarikat EHO, ia bukannya antara majikan dengan pekerja. Ia sebagai apa yang dikatakan sebagai driver partners. Jadi, pemandu e-hailing ini bukannya pekerja kepada syarikat.

Jadi, untuk mewajibkan syarikat membayar, memotong daripada elaun mereka ataupun tambang mereka untuk dibayar kepada PERKESO, saya tidak boleh menjawab bagi pihak Kementerian Sumber Manusia tetapi saya faham apa yang dihasratkan iaitu supaya memastikan pemandu-pemandu ini dilindungi di bawah PERKESO. Itu hasrat yang juga saya boleh kongsikan dan saya juga boleh bersetuju tetapi dari segi mekanismenya perlu dilihat oleh Kementerian Sumber Manusia. Terima kasih.

final • 2:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Cuma hendak tanya dengan Yang Berhormat Menteri, soal berkaitan dengan pemandu mabuk ini. Saya hendak mencadangkan kalau boleh kerajaan mengenakan tindakan yang amat keras kepada pemandu-pemandu mabuk ini sebab ia melibatkan soal nyawa. Berlaku perlanggaran dan sebagainya, hilang nyawa, hilang anggota keluarga dan melibatkan kemusnahan harta benda. Jadi, saya minta sedikit pandangan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 2:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Langat. Isu pemandu mabuk ini bukannya dalam tajuk sebenar ini. Cuma pemandu mabuk ini memang kita telah pun meminda Perlembagaan dalam Dewan yang mulia ini untuk meletakkan satu hukuman yang cukup berat kepada mana-mana pemandu dalam keadaan mabuk yang menyebabkan kemalangan maut malah pemandu mabuk yang memandu itu memang dikenakan satu hukuman yang berat. Ini, kita terserah kepada pihak penguat kuasa untuk menjalankan penguatkuasaan. Undang-undang sudah sedia ada. Cuma kita juga kena memberikan mesej bahawa kemalangan di jalan raya ini bukan sahaja disebabkan oleh pemandu mabuk.

Ya, salah satu kategorinya pemandu mabuk tetapi juga banyak lagi kategori lain termasuk pemandu yang cuai, pemandu yang dalam keadaan membahayakan, pengambilan dadah dan sebagainya juga merupakan satu punca kepada kemalangan- kemalangan yang berlaku di jalan raya kita. Jadi, memang fokus kita ialah untuk memastikan jalan raya kita ini lebih selamat. Apa juga punca yang menyebabkan keselamatan jalan raya ini, kita akan ambil tindakan dan juga penguatkuasaan yang lebih tegas lagi.

final • 2:20 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Yang Berhormat Menteri, Kluang.

final • 2:20 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Sabak Bernam. Sabak Bernam mohon.

Boleh?

final • 2:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Yang Berhormat Sabak Bernam, belum lagi, belum sampai.

final • 2:20 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Bukan, bukan.

final • 2:20 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Kluang.

final • 2:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Yang Berhormat Kluang nanti sekejap, saya belum jawab.

final • 2:20 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Masih soalan yang berkaitan lesen memandu.

final • 2:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya, silakan.

final • 2:20 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Apakah alasan munasabah lesen memandu perlu dihidupkan setiap kali mati? Maksud saya, lesen yang mati perlu dihidupkan dan dikenakan bayaran sedangkan pemandu itu telah menjalani ujian lesen, sudah lulus, sudah boleh memandu. Tidak bolehkah bagi sekali bayar sahaja? Bolehkah saya beranggapan lesen memandu ini macam sijil nikah?

Sudah dapat, tiap-tiap tahun tidak perlu hendak hidupkan. Ha, macam itu. Pakai sahaja kenderaan itu sampai selagi boleh. Adakah ini apabila dimansuhkan, baik untuk pengguna-pengguna jalan raya yang ada lesen tetapi tidak baik dari segi pendapatan negara? Itu pertama.

Yang kedua, adakah perlu yang pemegang lesen kenderaan perniagaan sahaja dikenakan bayaran setiap kali mati? Yang untuk lesen kegunaan kenderaan sendiri, tidak perlu. Jadi ini memberikan kebaikan kepada rakyat. Terima kasih.

final • 2:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya, Yang Berhormat. Ia sebenarnya bukannya lesen “mati”. Cuma tarikhnya sudah melebihi ataupun sudah luput. Ia bukannya dihidupkan semula. Apabila dibayarkan semula, maksudnya tempoh sah itu akan dapat dilanjutkan.

Saya faham apa yang dimaksudkan. Memang saya pun dalam media sosial saya ada pelbagai cadangan supaya lesen memandu ini sekali gus. Bayar sekali, seumur hidup boleh digunakan lesen itu.

Memang itu satu cadangan yang perlu kita teliti dan ia juga memberikan kesan dari segi implikasi kewangan kepada kerajaan sebab apabila yuran lesen itu dikutip setiap tahun, ia juga menyumbang kepada hasil kerajaan. Satu daripada hasil kerajaan, melalui JPJ. Cuma memang saya hendak juga menyatakan bahawa, dalam Dewan yang mulia ini, saya juga telah meminta supaya pegawai Kementerian Pengangkutan untuk memberikan kelonggaran dan memang saya belum mendapat paper tersebut tetapi saya telah meminta pegawai membuat paper supaya membenarkan pemandu-pemandu ini boleh bayar sehingga 10 tahun.

Setakat ini lima tahun, lesen boleh diperbaharui lima tahun sahaja. Saya minta supaya bagi terus 10 tahun. Mungkin kalau bayar sekali gus 10 tahun, mungkin kita boleh memberikan sedikit potongan daripada segi yuran lesen memandu tersebut untuk menggalakkan supaya rakyat juga memperbaharu lesen itu untuk satu tempoh yang lebih panjang. Itu cadangan yang mungkin akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Ada lagi?

final • 2:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Yang Berhormat Menteri, saya ada pertanyaan mengenai lesen. Adakah pihak kementerian bercadang untuk meneruskan program bantuan lesen memandu ataupun lesen berkelompok kepada golongan B40 yang kurang berkemampuan serta pelajar-pelajar yang berusia 16 tahun ke atas?

final • 2:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Program itu memang ada. Masih ada. Untuk lesen kategori B2, untuk motosikal, memang ada. Tahun ini memang kita akan ada laksanakan program-program tetapi seperti biasa, kekangan bajet, kita tidak bolehlah melaksanakannya di kebanyakan tempat ataupun di semua tempat tetapi kita akan buat

final • 2:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

kalau boleh, di setiap negeri kita akan buat projek-projek supaya memberikan kemudahan ini kepada golongan B40 khususnya di kawasan-kawasan luar bandar.

final • 2:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri, minta laluan, Kulim.

final • 2:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya.

final • 2:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey. Saya hendak bertanya tentang road tax. Tadi ada diberitahu tentang pendapatan negara adalah juga daripada cukai jalan tetapi pertanyaan saya sekarang, kenapa masih wujud lagi road tax “terbang”? Iaitu yang mana saya tengok road tax “terbang” ini ia serupa macam yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. Maksudnya, dari mana mereka mendapat sumber-sumber untuk mencetak road tax ini, Yang Berhormat?

final • 2:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Mohd Nor) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Tuan Loke Siew Fook

Ya Yang Berhormat, dalam apa sistem pun ada juga unsur-unsur penipuan. Ini adalah perbuatan-perbuatan jenayah yang memang kita hendak memerangi secara besar-besaran. Apa sahaja yang ditawarkan melalui media sosial kata boleh dapat road tax, boleh dapat lesen memandu tanpa pergi ke JPJ dan sebagainya, semua itu adalah skim-skim penipuan dan adalah unsur-unsur jenayah yang kita hendak memerangi secara besar-besaran.

Jadi, itu semuanya pemalsuan dokumen yang cuba dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan diri mereka. Ini digunakan untuk menjual.

Ada pihak yang mengatakan bahawa dalam Facebook dan sebagainya tidak perlu pergi mengambil ujian, boleh dapat lesen memandu. Tidak perlu pergi mendaftarkan kenderaan, boleh dapat road tax dan sebagainya. Semua ini adalah pemalsuan dokumen- dokumen penting kerajaan. Saya harap, kalau Yang Berhormat ada maklumat seperti itu serahkan kepada pihak kita, serahkan kepada pihak polis supaya tindakan boleh diambil terhadap pihak-pihak tersebut.

final • 2:30 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau boleh jawab ada isu yang Kuala Krai bangkitkan berkaitan dengan Stesen Kereta Api Dabong.

final • 2:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Jawab Yang Berhormat. Sudah dalam Hansard nanti.

Boleh check balik Hansard.

final • 2:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

[Bangun]

final • 2:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Sabak Bernam lagi.

final • 2:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Yang Berhormat Kluang.

final • 2:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Sabak Bernam satu lagi.

final • 2:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Minta jawab soalan yang dibangkitkan oleh Kluang. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 2:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Yang Berhormat Kluang telah membangkitkan mengenai perancangan kementerian bagi mempertingkatkan perkhidmatan pengangkutan awam di bandar-bandar sekunder seperti di Kluang. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan dalam kerangka untuk melesenkan perkhidmatan bus on demand sebagai satu alternatif dan pilihan kepada pengguna terutama di bandar-bandar sekunder seperti yang dibangkitkan.

Pada masa ini, Kementerian Pengangkutan melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sedang melaksanakan proof of concept perkhidmatan bus on demand bagi tujuan pengumpulan data operasi serta permintaan pengguna sebelum diluluskan peraturan untuk pengawalseliaannya.

final • 2:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

POC ini dilaksanakan sehingga 31 Ogos 2024 dan terbuka kepada mana-mana pihak yang berminat tertakluk kepada syarat penyertaan yang ditetapkan. Jadi, apa-apa cadangan daripada mana-mana syarikat bus on demand ini kita alu-alukan. Mereka boleh laksanakan sebagai pilot project.

final • 2:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Juga minta kalau Yang Berhormat Menteri boleh bagi cadangan bagaimana wakil rakyat seperti saya sebagai wakil rakyat untuk Kluang boleh membantu supaya model bus on demand ini boleh dilaksanakan dengan kadar segera. Bukan sahaja tunggu second half of the year dengan izin tetapi dengan segera supaya rakyat marhaen di luar sana boleh menikmati servis yang baik sebegini dengan teknologi yang tinggi dan ringankan kos pengangkutan mereka setiap hari. Terima kasih.

final • 2:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Kita mengalu-alukan mana-mana pihak untuk memohon kepada pihak APAD. Kita akan facilitate. Saya telah meminta pihak APAD untuk facilitate apa-apa permohonan terhadap lesen-lesen pengendali ini secara proof of concept. Saya mengalu-alukan kalau ada pihak di Kluang yang ingin melaksanakan bus on demand ini atau di mana-mana bandar yang lain, kita tidak ada masalah dan pihak APAD akan memberikan bantuan.

final • 2:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 2:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Yang Berhormat Miri ada? Yang Berhormat Miri?

final • 2:30 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Kuala Kedah, Kuala Kedah.

final • 2:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Yang Berhormat Padang Serai tidak ada. Yang Berhormat Padang Serai ada? Yang Berhormat Sibu. Yang Berhormat Sibu ada? Okey.

Yang Berhormat Sibu telah mencadangkan supaya kementerian meminta AirAsia untuk menambah baik perkhidmatan mereka dan tidak tangguh atau batal penerbangan tanpa alasan yang meyakinkan.

Untuk makluman Yang Berhormat Sibu, Kementerian Pengangkutan melalui MAVCOM pada 5 Januari 2023 telah menyiarkan semua syarikat penerbangan untuk memperkukuhkan pengurusan pengendalian penundaan dan pembatalan penerbangan bertujuan untuk menambah baik komunikasi kepada penumpang serta menyediakan penjagaan dan keperluan seperti yang digariskan melalui Malaysian Aviation Consumer Protection Code 2016. Di samping itu, bagi memastikan syarikat penerbangan mematuhi jadual-jadual penerbangan yang telah ditetapkan, pihak MAVCOM sedang mempertimbangkan cadangan untuk mengenakan penalti kewangan kepada syarikat penerbangan atau tindakan-tindakan lain yang bersesuaian dengan syarat-syarat lesen yang ditetapkan.

Cadangan ini boleh dilaksanakan dengan perubahan atau tambahan kepada syarat lesen sedia ada. Tindakan tegas seperti ini boleh diambil bagi memastikan kejadian pembatalan penjadualan semula penerbangan tidak berulang tanpa alasan. Itu jawapan kepada Yang Berhormat Sibu. Yang Berhormat Langkawi. Yang Berhormat Langkawi ada?

final • 2:30 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Kuala Kedah pun ada, Kuala Kedah.

final • 2:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ada. Sebentar lagi. Yang Berhormat Langkawi dahulu.

Yang Berhormat Langkawi telah ...

final • 2:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Boleh Yang Berhormat, saya mencelah dahulu sebelum Yang Berhormat jawab?

final • 2:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Saya belum jawab Yang Berhormat.

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi Yang Berhormat Menteri jawab dahulu.

final • 2:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Sepintas lalulah, okey. Penyalahgunaan dadah. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Langkawi ialah penyalahgunaan dadah dalam kalangan juruterbang. Memang profesion juruterbang ini adalah satu profesion yang cukup ketat dan kita mengambil serius apa-apa penyalahgunaan dadah dalam perkara ini.

final • 2:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Sudah tentu pihak CAAM ada prosedur yang khusus untuk memastikan bahawa juruterbang-juruterbang kita bebas daripada dadah. Akan tetapi saya juga berharap tidak ada dakwaan-dakwaan yang sleeping statement ataupun terlalu general kepada profesion ini sebab juruterbang ini kita tahu bahawa ini satu profesion yang cukup penting. Hal ini adalah kerana mana-mana juruterbang yang dilesenkan itu, dia membawa satu pesawat, membawa ratusan penumpang.

Jadi, kita juga tidak boleh menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti mereka.

Saya mempertahankan profesion juruterbang ini. Kalau ada kes spesifik, rujuk kepada kita. Tindakan tegas sudah tentu akan diambil oleh pihak CAAM. Kalau mana-mana juruterbang yang ada menyalahgunakan dadah ataupun apa-apa elemen yang tidak baik ini, maka mereka akan digantung lesen mereka daripada menjadi juruterbang. Akan tetapi kita juga harap bahawa keyakinan orang ramai terhadap kredibiliti dan juga maruah profesion juruterbang ini dipertahankan supaya tidak ada apa-apa tuduhan yang tidak berasas terhadap mereka. Terima kasih. Kalau ada.

final • 2:30 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Minta laluan.

final • 2:30 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

[Bangun]

final • 2:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat Menteri, bukan sahaja juruterbang malah semua type of transportation especially services.

Cuma yang saya bangkit just now kerana di akhir ucapan saya itu, saya ada sebut juga feri Langkawi. Saya ingat Yang Berhormat hendak jawab bab feri sebab selepas saya sebut sahaja feri, Tuan Yang di-Pertua suruh saya berhenti. Jadi, soalan itu memang kena dengan Yang Berhormat Menteri yang hendak jawab. Jadi, boleh saya tanya tambahan berhubung dengan feri Yang Berhormat? Terima kasih Yang Berhormat.

LIMA akan datang di Langkawi bulan Mei dan sekarang ini kita mempunyai masalah dan masalah ini sebelum pilihan raya, selepas pilihan raya masih berpanjangan.

Soal feri ke Langkawi. Feri ini juga merupakan salah satu jalan masuk ke Langkawi selain daripada melalui udara dan kita menghadapi masalah Yang Berhormat. LIMA menganggarkan lebih kurang tiga juta orang manusia yang akan datang. Dari mana manusia-manusia itu akan masuk sekiranya feri hanya dua trip satu hari dan satu trip lebih kurang 500 orang.

Sekarang ini kerja-kerja gerudi pasir sedang berjalan. Gerudi pasir ini tidak kena tempat. Ia di tengah laut dan yang menjadi masalah di tepi-tepi jeti. Sekarang ini kapal besar tidak dapat. Saya telah berjumpa dengan operator-operator kapal ini dan mereka ini menggunakan kapal yang agak besar.

Saya juga berjumpa dengan rakan-rakan yang pernah berniaga berhubung dengan feri. Mereka kata feri-feri kecil boleh masuk. Jadi, saya memohon pertolongan Yang Berhormat Menteri dan saya tahu Yang Berhormat Menteri kita kena selesaikan masalah ini sebelum LIMA. Jadi, feri-feri kecil diminta supaya beroperasi di Langkawi dan juga Yang Berhormat Menteri saya memerlukan bantuan Yang Berhormat Menteri untuk kapal terbang-kapal terbang. Dahulu kita ada Emirates, kita ada Qatar. Sekarang hanya MAS, Air Asia dan Singapore Airlines. Jadi, saya minta kalau boleh khidmat Yang Berhormat Menteri untuk membawa pelancong-pelancong ini ke Pulau Langkawi. Terima kasih.

final • 2:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih. Yang Berhormat, ia pengerukan bukan gerudi pasir, pengerukan pasir. Keduanya ialah memang saya tahu masalah yang dihadapi oleh operasi feri di Langkawi di antara Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi. Bulan Disember yang lalu pun saya telah berjumpa dengan juga beberapa pihak daripada Langkawi yang mengemukakan isu yang sama.

Memang saya telah pun meminta Jabatan Laut untuk mengadakan perbincangan dengan operator-operator untuk pastikan supaya operasi itu dapat dipanjangkan, diperbanyakkan. Memang betul bahawa kebanyakan operator sekarang ini menggunakan kapal-kapal atau feri-feri besar. Sepatutnya lebih banyak feri kecil digunakan supaya kekerapannya itu boleh ditambah.

final • 2:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Jadi, kita terbuka kepada mana-mana pengusaha. Kalau ada mana-mana pengusaha yang menghadapi apa-apa masalah daripada segi pelesenan dan teknikal, boleh berhubung dengan kita dan kita akan memberikan facilitation. Kita juga akan mengambil langkah yang proaktif untuk berhubung dengan operator-operator ini supaya perkhidmatan feri ini dapat ditambah baik terutamanya semasa LIMA.

final • 2:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Memang rimas, bukan sahaja Yang Berhormat Langkawi yang prihatin terhadap penganjuran LIMA. LIMA ini dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan dan juga Kementerian Pengangkutan. Kementerian Pengangkutan merupakan penganjur bersama. Sudah tentu kita hendak melihat kejayaan LIMA itu. Kita pun tahu masalah yang dihadapi, dari segi penerbangan dan perkhidmatan feri. Semua itu akan kita cuba selesaikan sebelum kedatangan penganjuran LIMA pada bulan Mei nanti.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Yang Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Kita memang ada perhatian yang serius.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Yang Berhormat Menteri...

final • 2:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Oleh sebab masa saya sudah habis Tuan Yang di- Pertua...

final • 2:40 PM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Boleh satu soalan daripada Johor?

final • 2:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Hendak - pertanyaan dari Hulu Selangor sahaja.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Sri Gading.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri hendak...

final • 2:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Hulu Selangor hendak tanya soalan yang tadi.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, saya bagi dua lagi, silakan.

final • 2:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Okey, dua Yang Berhormat...

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dua, last.

final • 2:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Yang Berhormat Sri Gading dan Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan HSR Malaysia-Singapura. Adakah kerajaan berhasrat untuk meneruskan projek ini? Ini kerana kita merasakan bahawa bagi negeri Johor projek HSR yang menghubungkan Malaysia-Singapura memberikan impak kepada Johor khususnya.

Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, last.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Hulu Selangor ada bertanya dalam perbahasan saya hari itu berkaitan dengan AES.

final • 2:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

[Bangun]

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri hendak beri kepada siapa, last ini?

final • 2:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Dia sebut saya tadi.

final • 2:40 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Kuala Kedah ada juga sebelum itu.

final • 2:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Kulim, Kulim.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Berkaitan dengan AES.

final • 2:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 2:40 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Soalan Kuala Kedah, berkenaan dengan jeti, mohon penjelasan.

final • 2:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Hello, Kulim ya. Saya hendak bertanya...

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tadi Yang Berhormat Kuala Kedah kan?

final • 2:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu tidak ada dalam senarai.

final • 2:40 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Ya, ya. Kuala Kedah ada dalam senarai.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Kedah ada.

final • 2:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya, saya tahu Yang Berhormat Kuala Kedah ada. Ini berkenaan dengan jeti Kuala Kedah. Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat, khususnya Ahli-ahli Yang Berhormat yang mungkin baru dalam Dewan ini, semasa penggulungan ini, biasanya Menteri hanya menjawab isu-isu yang dibangkitkan semasa perbahasan. Seperti biasa memang dalam pencerahan kita memberikan sedikit kelonggaran untuk membangkitkan isu-isu baharu.

Cuma isu-isu yang- pokoknya isu-isu dasar seperti isu HSR. Sudah tentu boleh dibangkitkan dan kita akan mendapatkan jawapan rasmi daripada pihak kementerian untuk dijawab. Walaupun saya tahu statusnya, tetapi saya harap apa yang dibangkitkan itu saya mungkin ada ruang yang lain, ada platform yang lain untuk menjawab isu berkenaan dengan HSR tersebut.

Berkenaan dengan Yang Berhormat Kuala Kedah, projek merobohkan, membina, menaik taraf jeti dan terminal untuk penumpang, kargo dan roro Kuala Kedah dijangka akan ditender semula pada bulan Mac 2023 iaitu pada bulan hadapan. Tempoh pembinaan projek adalah selama 36 bulan.

Memang saya tahu projek ini telah tertangguh, kali pertama saya jadi Menteri pengangkutan memang tender sudah buat dan diaward pun, tetapi mungkin ditender semula dan sebagainya, ada masalah-masalah teknikal yang berada di Kuala Kedah dan saya juga amat mengharapkan bahawa jeti di Kuala Kedah ini dapat ditingkatkan.

final • 2:40 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Yang lain-lain itu– berkenaan dengan AES, saya akan memberikan jawapan secara bertulis dan juga saya pohon maaf kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang mungkin tidak sempat saya jawab, tetapi semua jawapan ini ada, kita akan memberikan jawapan secara...

final • 2:40 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Berkaitan dengan tudung pramugari, ada?

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Bertulis kepada semua. Sekian terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun menyentuh isu berkaitan dengan Kementerian Pengangkutan. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pengangkutan.

Sekarang saya jemput Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, silakan.

final • 2:40 PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan titah diraja, kesemuanya seramai 45 orang. Ini

final • 2:43 PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

menandakan bahawa semua Ahli Parlimen peka terhadap keterjaminan makanan kerana ia sekarang menjadi isu global di atas muka bumi ini.

Soal climate change (perubahan cuaca) adalah perkara real yang berlaku di dunia sekarang ini dan juga keadaan politik yang tidak menentu, berlaku, terjejas sedikit soal keterjaminan makanan. Kita- saya sebut di sini perkara-perkara global climate change.

Kita tahu Kanada negara yang paling sejuk -35 pada tahun lepas, negara yang paling panas, hutannya banyak terbakar.

Di Eropah pula, Perancis menjadi ibu kota yang paling panas sehingga ramai penduduk di situ buka baju dan mandi di air-air pancut di tengah bandar. Di Arab Saudi pula dilanda salji dan Pakistan dilanda banjir yang begitu besar dan sekarang gerak gempa di Turkiye dan Syria di antara sejarah yang paling besar yang mengorbankan puluhan ribu dan mayat di bawah timbunan sedang dicari sekarang ini. Kemungkinan angka kematian akan mengejutkan kita. Apa yang berlaku di Turkiye dan Syria itu. Semua kejadian ini menyebabkan dunia mengambil perhatian soal keterjaminan makanan yang menjadi world issue. Ini kerana kita tahu ada negara-negara seperti di Afrika, bukan soal makanan mahal atau tidak, tetapi tiada makanan di sesetengah negara menyebabkan mereka mati kebuluran.

Atas sikap itulah, Ahli-ahli Parlimen di Malaysia dalam hal keterjaminan makanan dia tidak mengira batas politik. Ada pihak pembangkang atau pihak kerajaan, semuanya bercakap tentang concern mereka apa yang sedang berlaku dan akan berlaku. Oleh sebab itulah yang mengambil bahagian hal keterjaminan makanan ini Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Selambau, Yang Berhormat Labuan.

Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Tanjung Karang, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Shah Alam.

Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Pasir Salak dan Yang Berhormat Jasin.

Oleh itu, jawapan saya pada hari ini, saya tidak akan jawab satu persatu, jawab secara umum, satu persatu itu akan dijawab secara bertulis. Ini kerana, kalau hendak jawab satu persatu, saya akan habiskan barangkali pukul 7.00 malam. Masa diberi hanya 40 minit, saya akan cuba jawab secara umum dan kalau tidak terjawab yang disoal dan ditanya oleh seramai 45 orang Ahli-ahli Parlimen itu, akan dituruti dengan jawapan bertulis.

Memang kita lihat masalah yang ditimbulkan selalu dan kita cuba cari jalan penyelesaian terbaik ialah masalah telur. Kita akui, pada dua tahun yang lalu terutamanya sekali bermulanya pandemik COVID-19 yang menyebabkan berlaku kekurangan pekerja dan sebagainya menyebabkan kerajaan terpaksa memberi subsidi yang begitu tinggi untuk menstabilkan harga. Kita faham kenapa kerajaan sebelum ini memberi subsidi itu.

Ini kerana, kalau tidak diberi, harga ayam dan telur akan naik melambung. Oleh sebab itu, subsidi diberi untuk ayam RM0.80 sekilogram dan untuk telur lebih kurang 10 sen. Jikalau tanpa subsidi itu, maka kita akan lihat keadaan akan berlaku lebih dahsyat, terutama sekali hal pengurangan telur di negara ini.

Kita lihat misalnya, pada bulan Oktober 2022, kekurangan telur sebanyak 118 juta biji, pada bulan November 2022, kekurangan telur sebanyak 180 juta biji. Pada bulan Disember yang lalu, sebanyak 1.2 juta biji. Pada bulan Januari 2023, sudah lebih 160 juta

final • 2:43 PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

biji. Kalau ada kekurangan di mana-mana tempat, itu soal distribution yang perlu dititik beratkan. Oleh sebab itu kita harap keadaan telur dan ayam ini akan beransur stabil dari semasa ke semasa.

final • 2:43 PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Soal kenaikan harga makanan termasuklah ayam, telur,daging dan sebagainya.

Di antaranya masalah kita mengimport bahan makanan itu begitu tinggi yang tidak boleh disediakan di Malaysia misalnya, grain corn dan juga soya.

Grain corn sedang diusahakan daripada kerajaan dahulu telah membuat percubaan di negeri Perlis, dan ia sekarang ini kita lihat boleh dikembangkan di mana- mana negeri. Kerjasama semua termasuk Kementerian Ekonomi, Kementerian Luar Bandar, kementerian yang lain akan berusaha supaya kita dapat menanam jagung secara besar-besaran kerana ia boleh menyelamatkan bilion import jagung grain corn ini yang kita import dari Brazil dan juga Argentina. Akan tetapi, soya masih lagi perlu kita import. Belum ada teknologi yang baik untuk menanam soya di Malaysia Barat ataupun Malaysia Timur. Oleh sebab itulah di Negeri Sembilan- sebab itulah kita lihat bahawa daripada segi itu, pemulihan sedikit demi sedikit ini akan memberi kestabilan pada masa yang akan datang mengikut kebergantungan kepada sumber jagung import sebanyak 30 peratus melalui inisiatif penanaman jagung bijian, dan negara yang berkeluasan sehingga 80,000 hektar dengan sasaran pengeluaran jagung bijian tempatan sebanyak 1.44 juta menjelang 2032. Ertinya bukanlah kita tanam pada hari ini, masalah jagung akan selesai pada tahun depan. Akan tetapi, percubaan dibuat di negeri Perlis dan ia memberi hasil yang baik dan akan diusahakan secara besar-besaran tahun ini dan tahun depan.

Menawarkan pinjaman mudah melalui Agrobank sebanyak RM300 juta kepada penternak ayam melalui Dana Pembiayaan Agromakanan untuk membantu penternak yang kecil-kecil ini untuk membanyakkan ayam di Malaysia ini...

final • 2:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri, boleh?

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Sama sendiri pun hendak bertanyakah?...

[Ketawa]

final • 2:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Yang Berhormat Menteri, saya mengikuti jawapan yang telah disampaikan. Ya memang benar, kerajaan terdahulu kita bagi subsidi daripada 5 sen untuk telur, 3 sen, kemudian 10 sen, dan harga ayam kita bagi 80 sen. Oleh sebab itu kita lihat harga ayam itu dapat kita turunkan. Kalau tidak, dia akan float dengan lebih tinggi, betul. Satu tindakan yang kita rasa terpaksa dibuat.

Akan tetapi saya pernah bangkit dalam perbahasan saya, telur Yang Berhormat Menteri sebut 120 juta tidak cukup, 180 juta tidak cukup telur.

Jadi dalam keadaan ini, adakah formula? Sebab Yang Berhormat Menteri semalam umumkan iaitu selepas 30 Jun, masalah ini akan selesai kerana kita akan float- kan. Soalan saya secara spesifik dalam perbahasan saya sebutkan, bagaimanakah dengan kedudukan Januari? Apabila Januari, mereka tidak tahu sama ada bagi atau tidak 10 sen, sebab orang tidak bela ayam. Kemudian bulan Februari sudah 22 hari bulan, tidak ada satu jawapan. Jadi apabila sampai 30 Jun nanti, maka masalah dia akan berlarutan.

Jadi, dalam beberapa bulan ini kita akan berdepan dengan Ramadhan dan Hari Raya. Itu kekhuatiran kita. Kita tidak hendak kerajaan diserbu apabila tidak cukup telur.

Dalam konteks Yang Berhormat Menteri, saya bawa telur ini dari India. Saya beli 50 sen. Ini telur Malaysia yang hendak cari 45 sen, 43 sen ini harga dikawal. Tengok saiz dia. Kita dapat lihat harga telur India ini 50 sen lebih kecil, ini lebih besar. Ini yang kekurangan. Kalau kata telur yang Omega ini, telur kampung 76 sen, orang hendak beli, orang kaya, berada, dia boleh beli... [Menunjukkan tiga biji telur dengan saiz yang berbeza-beza] Akan tetapi, inilah puncanya untuk bantu SME khususnya orang Melayu hendak buat kuih.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Jadi saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri, dalam tempoh enam bulan ini, adakah kita masih lagi 10 sen subsidi, ataupun dengan cara apa membantu keluarga yang kurang berada ataupun terus float sahaja, dan akan ditanggung oleh pengguna? Itu pertama.

Kedua, kita telah membayar RM1.7 bilion untuk penternak ayam dan telur selama ini. Jadi, adakah wang itu telah diperuntukkan kepada penternak yang mana kesinambungan penternakan itu boleh dijalankan sehingga untuk enam bulan kritikal untuk kerajaan? Ini kerana kita hendak menyampaikan mesej, kerajaan mampu menguruskan krisis telur.

Jadi dua perkara ini kalau kita dapat urus dengan baik, saya rasa rakyat akan rasa tahu dia ada pilihan. Kita mengapungkan harga, tetapi tidak ada komponen untuk kita hendak menampung kenaikan itu akan datangkan kesan kepada mereka yang kurang berada, ya. Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan juga.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri hendak jawab dahulu atau hendak bagi laluan?

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Satu ucapan baharu, jawab dahululah.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Berkaitan, boleh? Berkaitan.

Saya cuma hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri bercakap tentang telur tadi, telur import dari India. Kalau boleh diberikan, berapa buahkah syarikat yang dibenarkan untuk membawa masuk telur dari India ini, dan apa syarikat-syarikat tersebut untuk kita mendapatkan gambaran, berapakah sebenarnya yang membawa masuk telur-telur dari India ini? Terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, ya, ya.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kedua-duanya kita akan jawab sekali ya.

Memang sekarang ini kita meneruskan terutamanya dialog dengan mereka, penternak ayam dan pengeluar telur. Di peringkat sekarang ini negeri Selangor, saya juga akan ke negeri-negeri yang lain, dan mereka memberi jaminan bahawa dengan perubahan yang berlaku, suasana sekarang, mereka boleh berusaha mencukupkan keadaan itu.

Pengeluar-pengeluar telur yang besar, penternak ayam yang besar, kita telah temui.

Misalnya hari itu, Yang Berhormat Rantau Panjang mencelah dalam ucapan, saya tidak ingat siapa. Ada orang mengatakan bahawa tidak ada pekerja ini, ayam tidak bertelur. Itu dia kurang faham sedikitlah sebab kita pergi jumpa dengan satu orang penternak telur iaitu Selasih Sdn. Bhd, ini bumiputera. Dia mampu mengeluarkan 500,000 biji telur satu hari. Akan tetapi kerana kekurangan pekerja, dia terpaksa tutup satu- loji, menyebabkan dia keluar hanya 300,000 sahaja. Dengan langkah yang diambil oleh kerajaan mulai bulan Januari hingga bulan Mac, dipermudahkan untuk memasukkan pekerja.

Maka dari situ, kita lihat bahawa dengan pertambahan pekerja di sektor-sektor ini, termasuklah peladang ayam tadi, maka kita lihat bahawa perkara ini akan pulih bulan ke bulan, hari ke hari sampailah pada bulan Jun yang akan datang, kita dianggarkan berada dalam keadaan yang baik, suasana pada waktu itu...

final • 2:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Yang Berhormat Menteri, Dawson mengeluarkan data...

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Intan, Lumut...

final • 2:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Mengatakan kos keluarkan telur itu 45 sen, tetapi harga kawalan sekarang kurang daripada itu, bermaksud rugi. Enam bulan ini siapa akan tanggung? Ini sama ada pengguna ataupun masih ada elemen

final • 2:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

subsidi- mesti ada. Kalau tidak, masih menunggu, akhirnya tidak ada telur. Bekalan telur itu jadi satu isu. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Okey, subsidi ini akan berlangsung sampai bulan Jun yang akan datang, dan masa itulah baru dibuat kajian seterusnya.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Menteri. Hendak sokong, hendak sokong.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ini bekas Menteri hendak tanya ini. Bukan Menteri tidak tahu. Ini macam...

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hendak bagi Yang Berhormat Beluran?

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Sekarang ini sebelah sana Menteri ada, Perdana Menteri ada, semua ada. Yang bertanya ini lebih tahu daripada yang hendak jawab ini..*.

[Ketawa]*

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang hendak sokong ini. Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Jadi, tadi sudah jawab ini setakat ini. Telur ini diimport hanya sementara. So, syarikat itu yang sementara. Lepas kontrak ini habis, habislah iaitu kita hendak mencukupkan telur tempatan. Jadi, itu hanyalah sementara ketika runcing pada waktu itu. Ia tidak akan berterusan selama-lamanya.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Menteri, saya setuju yang pekerja buruh merupakan antara faktor yang menyebabkan bekalan kurang. Walau demikian, faktor serangan penyakit yang telah menyerang industri ternakan ayam begitu ketara sekali beberapa bulan yang lalu.

Salah satu faktor lagi iaitu faktor kawalan harga yang berlangsung terlalu lama.

Kita jangkakan kawalan harga pada kerajaan yang lalu akan berakhir sebelum penghujung tahun yang lalu. Akan tetapi selepas peralihan kerajaan daripada November hingga sekarang sudah berlanjutan hampir empat bulan, kalau ternakan ayam itu sudah satu musim setengah. It is almost dua pusingan ternakan ayam.

Kawalan harga begitu lama yang menyebabkan penternak tertekan dengan kenaikan kos dan subsidi yang tidak nampak ketara perbezaannya daripada segi kenaikan kos dan subsidi yang kita bagi.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Itu merupakan antara faktor dan saya prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh MAFS. Faktor buruh, faktor penyakit dan kawalan harga antara perkara yang perlu dilihat oleh kementerian di masa hadapan ini untuk memastikan bekalan ternakan ayam dan telur tidak berkurangan.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ternakan industri telur dan ayam ini merupakan satu industri yang matang yang kita tidak bergantung pada import selama ini. Cuma ada sedikit gangguan sebab itu kita adakan sedikit kawalan harga dan juga pengimportan masuk dari luar tetapi itu merupakan langkah-langkah sementara yang perlu dikaji oleh kementerian berdasarkan kepada keadaan-keadaan semasa dan perkara baharu yang di...

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Itu pandangan dan cadangan kepada Yang Berhormat Menteri?

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya. Saya yakin yang MAFS akan mengelola dasar baharu, pendekatan yang baharu untuk memastikan industri ini akan tetap stabil dan bekalan yang stabil di masa yang akan datang.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ambil ingatanlah Yang Berhormat Menteri itu. Baik. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Saya bersetuju semua dengan pandangan bekas Menteri ini. Oleh sebab itulah yang kita usahakan kita juga tidak boleh buat sesuatu

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

perkara yang tergesa-gesa. Kita berdialog, kita tahu kehendak pengguna, penternak supaya pengguna merasa tidak beban, penternak tidak rasa rugi. Kerajaan tugasnya itulah menjaga semua rakyat. Jadi itu apa pandangan diberi oleh Yang Berhormat Beluran tadi saya terima dengan dada terbuka.

Oleh sebab itu apabila kita soal penyakit dan sebagainya kenapa telur itu yang kita import kerana tempat yang kita import sementara itu kerana mereka juga mengeksport telur itu ke Qatar semasa World Cup. Ertinya semua melepasi daripada segi kesihatan dan sebagainya. Maka itu saya kata itu hanyalah langkah sementara. Telur ayam ini kita boleh independent. Ia jadi masalah ini bukan kepada Malaysia, sekarang yang menghadapi masalah besar masalah telur ialah Amerika Syarikat. Kenapa, kawasan ternakan ayam banyak dilanda banjir di negara mereka dan juga di New Zealand? Ertinya kita bukan sikap Pak Pandir, bukan anak aku sahaja mati anak orang lain pun mati juga.

Akan tetapi bagi kita, kita selesaikan mengikut acuan negara kita.

Begitu juga hal masalah hal masalah daging. Kita tahu kita mengimport daging lebih daripada 80 peratus. Oleh sebab itulah sekarang kita bersama dengan Agrobank berusaha dan sudah melahirkan penternak-penternak besar dan juga penternak- penternak kecil. Sebenarnya ternak secara feedlot ini amat penting untuk diperbanyakkan.

Semalam saya dapat melawat satu usahawan Bumiputera kita yang terlibat membela kerbau dan hasil susunya dibuat cheese dan mereka telah membuka ladang kerbau, ternak kerbau yang begitu agak besar di Raub, Pahang. Kerja-kerja ini amat penting dan saya minta pihak Agrobank dan sebagainya membantu lagi supaya mereka dapat memperbanyakkan ternakan mereka. Satu tenusu dan juga daging kerana kita importnya terlalu tinggi hal daging dan kambing ini daripada luar negara. Usaha dan galakan perlu diteruskan.

Soal harga sayur yang kadang-kadang naik dan kadang-kadang turun. Kita lihat di sini FAMA diarahkan memerhati tempat-tempat yang sayur naik dengan begitu mendadak misalnya pihak FAMA dapat membantu dan berusaha untuk mengurangkan tekanan daripada kenaikan harga itu.

final • 3:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Penjelasan dahulu Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Sila...

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 3:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Hulu Terengganu.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ya, Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 3:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Apa yang disebut tadi berkenaan dengan lembu pedaging dan lembu tenusu.

Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa masalah yang dihadapi oleh penternak- penternak sekarang ialah bukan masalah daging ataupun susu. Masalah makanan haiwan ini yang meningkat dari sehari ke sehari. Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Ini kerana apabila makanan meningkat menyebabkan kos untuk hendak menternak itu juga meningkat. Apakah perancangan kerajaan? Terima kasih.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ini sama juga dengan ayam tadi. Kenapa harga ayam begitu meningkat kerana soya dan jagung. Makanan lembu pun di antaranya juga termasuk soya dan jagung. Tumbuhan rumput jenis napier itu perlu diperbanyakkan dan teknologi-teknologi yang lain daripada kelapa sawit, batang kelapa sawit dan bahagian lagi yang sering buat kajian oleh MARDI dan sebagainya sedang dipertingkatkan supaya kita tidak bergantung selama-lamanya kepada soya dan jagung.

Kalau dapat direndahkan nilai makanan itu iaitu harganya maka kita dapat menggalakkan lagi orang ramai terlibat dalam ternakan lembu dan kambing ini.

Ya, Yang Berhormat Mumtaz kah mana ya?

final • 3:00 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Tumpat.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Yang Berhormat Tumpat.

final • 3:00 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Ya.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Okey.

final • 3:00 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua dan kepada Yang Berhormat Menteri. Saya tidaklah meminta kepada Yang Berhormat untuk terangkan semua tindakan. Akan tetapi saya perlu tahu apakah pelan induk keterjaminan makanan itu yang dibuat oleh pihak kementerian? Ini kerana kita kira kalau kita berdasarkan kepada jaminan daripada pihak swasta sahaja untuk keterjaminan makanan kita tidak ada apa-apa benda yang kita boleh pegang.

Jadi adakah pihak kerajaan akan memperkenalkan mana-mana undang-undang untuk mengawal ataupun memastikan pihak swasta ini memberikan jaminan keberadaan bekalan. Ini kerana kalau dahulu kalau kampung-kampung kita ada baluh padi untuk simpan padi. Sekarang ini semua orang tidak ada baluh padi. Jadi apabila tidak ada jaminan daripada pihak kerajaan secara spesifik kita bimbang kita akan berhadapan krisis ini. Kalau boleh kita hendak tahu juga apakah perancangan pihak kerajaan? Adakah kerajaan akan memperkenalkan polisi untuk tidak mengimport mana-mana bekalan termasuklah telur ke luar negara selagi bekalan dalam negeri belum mencukupi? Terima kasih.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Lawyer apabila ditanya undang-undanglah.

[Ketawa] Bagi kita, kita pertimbangkan semua segi. Kenapa dia eksport telur sebab dia tahu dalam negeri ini subsidi dan di luar mereka boleh untung di antaranya pelabur dari luar yang membuka pusat-pusat ternak terutama di sebelah selatan dan sebagainya.

Maka telur itu dibawa ke luar negeri. Akan tetapi kita sentiasa menilai dari semasa ke semasa. Penting anak tempatan perlu disusukan terlebih dahulu.

Jadi konsep ini memang kita pegang betul-betul. Membangunkan rantaian outlet pemasaran FAMA ini kita sedang peringkatkan supaya kalau boleh tempat-tempat yang sibuk yang walaupun bandar tetapi penduduknya kebanyakannya B40. Kita nampak sahaja dalam bandar, bukan semua orang senang. Kebanyakan penduduk di rumah flat dan sebagainya. Kita minta FAMA kerapkan membuka pasar di tempat-tempat itu terutama untuk menjual perkara-perkara penting, asas-asas makanan kepada rakyat.

Oleh sebab itu kekerapan itu perlu dan kita juga sekarang ini menggalakkan juga order secara online yang kita akan lebarkan larut ini.

Subsidi kepada penternak dan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut kemampuan kerajaan. Paling pentingnya apa yang dibuat oleh pemerintah sebelum ini subsidi itu akan diteruskan dan kalau ada kewangan yang lebih baik kita akan tambahkan dari semasa ke semasa.

Yang Berhormat Arau mencadangkan supaya pusat benih dibuat di Arau. Kita boleh berbincang dan boleh bersetuju jikalau ia boleh membawa manfaat terutama sekali kepada penanam-penanam padi di Arau. Kita tahu Arau ini semuanya, bukan semua kawasan yang itulah kawasan padi. Pengundinya saya yakin 70 peratus atau 80 peratus adalah penanam padi.

Kementerian tidak ada halangan sekiranya terdapat agensi ataupun syarikat khususnya di kawasan utara khususnya di Arau yang memenuhi syarat untuk menjadi pengeluar benih padi sah dan dijadikan pembekal atau pusat benih padi sah seperti yang dicadangkan. Perkara ini juga tertakluk kepada keperluan dan dasar semasa kementerian.

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, Sik boleh sedikit mencelah tanya?

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Yang Berhormat Sik ada bendang.

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Berkenaan padi. Ada saya tanya. Ada saya bangkit pasal padi juga.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Sik mana ada bendang.

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ada bendang. Bendang padi huma.

[Ketawa] Baik Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan industri padi ketika Yang Berhormat Beluran menjadi Menteri Pertanian kita mengerakkan usaha awal penanaman padi lima kali dua tahun yang kita lihat potensi besar untuk menambahkan SSL padi kita, daripada 70 peratus mungkin boleh naik sampai 80 peratus. Jadi isu yang berbangkitnya ialah dari segi bajet tambahan yang perlu kerajaan lihat khususnya dari segi penambahan subsidi benih, subsidi harga padi dan sebagainya.

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Jadi adakah kementerian melihat ini antara projek besar yang perlu diletakkan dalam bajet kita tahun 2023 ini. Termasuk jugalah daripada segi isu penanaman padi secara lima kali ini ialah dari segi varieti padi itu sendiri, pernah kita mula gerakkan dahulu untuk kita tubuhkan Rice International Center of Excellence dengan izin, pusat penyelidikan benih-benih padi ini termasuklah yang telah diusahakan.

Yang Berhormat Menteri pun dimaklumkan yang kita sedang usaha sebelum ini, benih padi yang dibuat oleh negara jiran termasuk Indonesia. Padi yang agak baik di sana yang boleh kita lihat. MARDI melihat sendiri sebagai rakan kongsi untuk kita kata benih- benih ini biar banyak untuk dibuat pilihan oleh petani kita.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak. Pasir Salak.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri hendak jawab dahulu atau hendak ambil soalan dahulu?

final • 3:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tidak apa, ambil kedua-dualah.

final • 3:10 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Untuk Pasir Salak tentang benih padi sah tadi. Di sana ada FELCRA, Seberang Perak yang mempunyai keupayaan juga untuk menghasilkan benih padi sah ini.

Kita mohonlah untuk ditingkatkan kuota untuk pengeluaran benih padi sah.

Keduanya, di Sungai Manik kawasan padinya sangat subur tetapi sistem pengairan yang tidak sesuai di mana aras air lebih rendah daripada bendang. Sekarang ini petani sudah mula mengalihkan padi kepada kelapa sawit.

Tanah itu sebenarnya hanya untuk padi sahaja, tidak boleh dipindahkan. Kita mohonlah peruntukan. Sebenarnya sudah ada projek itu tetapi tidak siap lagi. Jadi, ada kontraktor yang telah di terminated dan kita minta disiapkan segera kerana kalau tidak petani akan bertukar daripada padi kepada sawit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih. Tentang subsidi padi ini untuk pengetahuan Ahli Parlimen sekalian, Malaysia di antara yang tertinggi memberi subsidi iaitu sebanyak 60 percent baru dapat hasil sebanyak 40 percent. Indonesia hanya satu percent, hanya racun sahaja.

Akan tetapi mereka berjaya menghasilkan sehingga di Indonesia penduduknya lebih kurang 280 juta orang, mereka SSL cukup pengeluaran padi mereka. Saya sendiri akan ke Indonesia melihat sendiri bagaimana padi yang dibuat dalam masa 65 hari. Oleh sebab itu, para petani akan datang dia tidak boleh lagi berbahasa, “kamu kerja apa?”, “Aku tidak ada kerja, aku hanya buat bendang” Akan datang buat bendang itu adalah satu pekerjaan kerana dalam masa 65 hari, padi itu hendak daripada tanam sampai masak tidak boleh buat kerja lain. Sentiasa kena berada menguruskan soal padi dan bendang itu. Ini yang kita cuba ke arah SSL pada masa akan datang, membawa benih-benih padi dan percubaan-percubaan yang baharu di Malaysia.

Tentang Seberang Perak, saya sebenarnya daripada awal lagi bila saya jadi menteri ini, saya hendak melawat ialah Seberang Perak. Ini kerana saya memang mendengar percubaan-percubaan baharu yang dibuat di sana hal padi dan sebagainya.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Saya tertarik dan saya akan pergi sana, masa di sana nanti jangan lupa bila saya pergi kena datang. Kita bincang dengan lebih luas di situ.

final • 3:10 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Silakan.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kuala Terengganu.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Akan tetapi, oleh sebab sekarang ini musim Parlimen ini, kita lihatlah jadual yang sesuai, kita akan pergi ke Seberang Perak itu untuk melihat sendiri dan bagaimana memberi galakan percubaan-percubaan tanaman padi di sana, ke arah moden yang dibuat di sana itu memang perlu diberi sokongan oleh pihak kementerian.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Mohon mencelah.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kerian pun kena pergilah.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Yang Berhormat Kuala Terengganu?

final • 3:10 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ya, ya.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kuala Terengganu mana ada bendang.

Okey, sila.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam kita melihat pada varieti padi yang diimport, saya suka menyebut bahawa di dalam negara kita dahulu pun kita sentiasa ada R&D berhubung dengan termasuk varieti padi IS21 yang saya difahamkan telah diperkenalkan dan telah mendapat sambutan yang baik.

Cuma saya dimaklumkan bahawa kuota benih padi sah itu telah mencapai maksimum. Saya harap untuk varieti padi yang ciptaan kita, yang terbukti menghasilkan hasil yang lebih baik diberikan kuota yang lebih besarlah. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Satu cadangan yang baik.

final • 3:10 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Tanjong Karang.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kita ambil perhatian hal cadangan itu.

final • 3:10 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Tanjong Karang mohon mencelah sedikit Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ini bendang.

final • 3:10 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Tanjong Karang. Tanjong Karang juga ada bendang, ada sawah padi. Kalau dibandingkan antara Tanjong Karang dengan Sekinchan, Sekinchan memberikan penghasilan padi yang agak bagus dan besar.

Tanjong Karang menghadapi masalah, ada yang menghasilkan sampai tiga tan, dua tan terutama di sawah sempadan. Jadi ini adalah masalah besar kepada petani-petani di Tanjong Karang.

Jadi seperti yang disebutkan tadi, banyak juga petani kerana kerugian menanam padi mereka beralih kepada tanaman lain seperti menanam ubi dan banyak juga membina homestay di tapak tanah padi itu sendiri. So, ini adalah masalah yang berlaku. Jadi mungkin kesuburan tanah, masalah pengairan, daripada segi racun-racun perosak.

So, satu pendekatan yang lebih holistik perlu dilakukan untuk mengekalkan sawah padi di Tanjong Karang itu sendiri. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih. Inilah yang sedang diusahakan termasuklah kita perlahan-lahan sedang bergerak ke arah baja organik.

Sudah datang pelbagai saranan sekarang ini tentang penggunaan baja organik yang boleh menyelamatkan komposisi tanah itu.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tanah yang telah lama dan tua ini perlu dipulihkan dengan pelbagai cara kajian saintifik dibuat sentiasa. Oleh sebab itulah kita lihat bagaimana di Sekinchan, penghasilannya begitu tinggi bukan di Tanjong Karang sahaja. Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) masih jauh di sudut penghasilan tan per hektar dibandingkan dengan di Sekinchan. Kalau semua bertahap seperti Sekinchan kita SSL boleh, cukup dan semuanya.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

final • 3:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Kerajaan..

final • 3:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ini tiga ini.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Kementerian yang dahulu.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ya.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Kita perkenalkan SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) dan telah beberapa musim dibuat dengan penglibatan pihak industri, pihak swasta. Ini menampakkan penghasilan yang agak ketara lebih baik di Sekinchan, di kawasan Selangor, di Kedah dan di MADA nampak peningkatan.

Adakah konsep itu, pendekatan itu akan dilebarkan oleh kerajaan yang ada pada ketika ini?

final • 3:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Wajib diteruskan. Saya sudah jawab pagi tadi dalam soalan hari ini dan kita hendak memperbanyakkan. Sekarang baru 11,000 orang terlibat. Kita mahu sampai ke peringkat lebih ramai dan ini memang terbukti yang terlibat dalam program ini, penghasilannya meningkat sampai kepada enam tan kepada satu hektar ini satu kejayaan.

Sebarang usaha yang telah bermula dan ia baik kita akan teruskan. Jangan bimbang saya kata tadi, hal Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ia tidak kira orang UMNO, orang PAS, orang Amanah, DAP atau MCA bila lapar dia kena makan.

Tidak boleh bila lapar dia menyanyi, dia akan kenyang no.

Oleh sebab itulah konsep kita dalam hal pemakanan ini, keterjaminan makanan kita kena bergerak sama serentak. Yang Berhormat Arau.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tadi sudah saya sebut bendang.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, ya. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini di antara Yang Berhormat Menteri yang bagus, friendly lah, melayan masalah rakyat. Bagus walaupun banyak benda saya hendak cakap di peringkat awalnya, saya cakap hari lain.

Akan tetapi cara Yang Berhormat jawab ini sebenarnya memuaskan hati kami.

Teruskan cara begini.

[Tepuk] Saya ingat pihak-pihak lain juga jawab macam itu. Sekejap lagi Kementerian Ekonomi kalau jawab lain, tunggulah.

[Ketawa] Okey, Yang Berhormat, sekarang ini Yang Berhormat kalau orang wanita katalah dia umur 50 tahun, dia mungkin tidak dapat melahirkan anak lagi kan sebagai contoh.

Demikian juga kes-kes yang lain apabila ia terlampau lama, kita kena pulihkan. Cara pemulihan yang telah dicadangkan oleh pegawai MADA ialah dengan merehatkan tanah sebab tanah sekarang ini banyak di kawasan MADA, tanah ini padi elok. Akan tetapi mesin kecil pun tenggelam, mesin besar pun tenggelam.

Jadi mereka pun mencadangkan supaya tanah ini diberi kerehatan dua tahun.

Jadi umur maknanya terlampau lama, saya ingat sudah 50 tahun lebih. Tanah mula-mula dahulu buat satu kali setahun sebab itu sekarang ini dua kali. Sekarang ini lima kali dua

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

tahun. Yang Berhormat, ia terlampau teruk dan pelbagai baja yang telah digunakan menyebabkan tanah itu telah menjadi lemah.

Sekarang ini kita jadi macam rumah mampu milik, mampu tengok sahaja.

Demikian juga padi ini, padi cantik mampu tengok sebab tidak dapat ambil. Banyak tempat yang terjadi macam ini dan MADA telah mencadangkan supaya tanah ini direhatkan dua tahun dan petani tidak perlu dibayar cuma dibagi subsidi yang dibagi kepada mereka itu, dibagi kepada mereka balik. Mereka boleh melihat bagaimana tanah itu direhatkan selama dua tahun.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang tadi Yang Berhormat jawab pasal pusat benih di Arau, terima kasih Yang Berhormat. Akan tetapi, selepas ini Yang Berhormat kena buat lah noh. Jangan— saya akan membuat cadangan-cadangan yang lain.

final • 3:20 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar, Parit Buntar ada padi.

final • 3:20 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Padang Serai, Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Yang Berhormat Padang Serai duduklah.

[Ketawa]

final • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Ya, Parit Buntar dulu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Lama tidak jumpa.

Tadi Yang Berhormat Menteri hendak jawab secara umum bimbang isu pesawah padi di Kerian atau Parit Buntar, Bagan Serai tidak sempat dijawab. Jadi persoalannya, adakah kerajaan berusaha untuk membantu pesawah-pesawah padi yang mengalami kerugian akibat daripada penyakit, akibat daripada musim hujan, tanah jerlus dan sebagainya? Sedangkan mereka di antara sebahagian penyumbang sekuriti makanan negara. Jadi apabila berlaku permasalahan tersebut menyebabkan mereka mengalami kerugian.

Untuk makluman Yang Berhormat, mungkin Yang Berhormat Menteri ada makluman, hasil padi kali ini di Kerian menurun tinggal 3.8 tan metrik sahaja berbanding dengan purata pendapatan tahunan sebanyak 4.8 tan metrik. Jadi, apakah usaha kerajaan untuk membantu para petani yang mengalami kerugian? Itu sahaja soalan saya.

final • 3:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Menteri, Setiu.

final • 3:20 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Padang Serai, boleh Yang Berhormat Menteri? Tadi dalam jawapan pagi tadi apa yang disebutkan Yang Berhormat Beluran tentang SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB). Terima kasih kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang mahu meneruskan projek ini.

Untuk makluman, mungkin Yang Berhormat Menteri mungkin tahu ataupun sedar, ada pihak-pihak NGO yang membuat kempen supaya tidak menerima projek SMART SBB ini. Ini sebab saya EXCO Kedah, EXCO Pertanian, saya sangat faham dengan isu ini.

Kalau NGO itu kita faham tetapi ada pihak pemimpin di sebelah sana ketika kerajaan yang lalu menghasut ataupun memberikan maklumat yang salah tentang SMART Sawah Berskala Besar ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 3:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu, Yang Berhormat Menteri.

Setiu. Satu sahaja.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Siapa yang menghasut itu? Tolong bagi tahu saya.

[Ketawa]

final • 3:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Menteri.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tidak cukup masa ini.

final • 3:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih Menteri...

final • 3:20 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Yang Berhormat Pokok Sena hat lepas, Yang Berhormat Kota Raja.

final • 3:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Di kawasan Setiu ada kawasan penanaman padi agak luas di sekitar Kampung Darat, Kampung Wakaf Cagak di Batu Rakit tetapi kawasan ini telah lama ada yang sudah tidak ditanami dengan padi disebabkan masalah pengairan. Jadi, saya minta supaya Yang Berhormat Menteri mengambil perhatian sikit tentang apa yang berlaku ini.

Kedua, saya hendak tahu perkembangan KETARA 2 dan apakah bantuan yang diberikan kepada penanam padi yang rosak disebabkan oleh banjir? Sekian, terima kasih.

final • 3:20 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Yang Berhormat, satu lagi.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat Yang Berhormat Menteri jawab dulu.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tangga Batu, boleh?

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tak dan-lah hendak jawab ikan, sayur apa semua. Tak dan. Jadi semua pandangan yang diberi itu memang kita ambil perhatian. Ini sebab saya kata ini masalah bersama. Saya kata tadi dalam isu ini, kita tidaklah cakap soal politik dan sebagainya. Keterjaminan makanan.

Kita ambil Terengganu misalnya, di antara kawasan di Malaysia yang hasil padinya tinggi ialah di Besut kerana ada cara pengairannya yang cukup dan sebagainya.

Besut menghasilkan padi yang agak tinggi.

Soal kerugian ditenggelami banjir, secara umumnya kita sudah beri baru ini semua penanam padi, tidak kira kawasan MADA, KADA atau di luar kawasan, bantuan sebanyak RM250. Kalau ada kerosakan-kerosakan yang lain, particular itu, sila membuat aduan kepada kementerian dan kita akan melihat case by case. Ini yang kita melihat untuk memberi memulihkan keadaan para petani kita.

final • 3:20 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

[Bangun]

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ini daripada?

final • 3:20 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Kuala Kedah.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kuala Kedah.

final • 3:20 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Yang Berhormat Menteri pi sampai dua kali.

[Ketawa] Soalan, Tuan Yang di-Pertua. Apakah langkah- langkah yang diambil oleh pihak kementerian bagi mengawal kos kenaikan harga baja dan racun dan bagaimana pihak kementerian memastikan bahawa baja dan racun tidak terputus? Sekian, terima kasih.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kenaikan harga baja dan racun ini berpunca di antaranya juga unsur daripada luar terutama sekali bila berlaku perang Russia-Ukraine. Urea datang daripada sana, maka ia berlakulah kenaikan itu. Pihak kerajaan termasuk NAFAS untuk musim yang akan datang sedang berusaha keras bagaimana hendak meminimumkan harga baja itu.

Jadi, saya sudah kehabisan masa. Banyak yang lain lagi. Saya akan jawab...

final • 3:20 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tangga Batu.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat, sikit lagi. Perikanan langsung tidak disentuh. Nelayan.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ha?

final • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Perikanan di bawah Yang Berhormat Menteri jugakan?

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Yalah, yang kacau dekat 14 orang.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tidak apalah, ini yang last, last. Kita…

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kalau saya straight tadi boleh habiskan semua.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kacau tanda sayang.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Bukan. Yang lain itu kita akan jawab secara bertulis kepada 45 orang ini.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Takut Yang Berhormat lupa. Sikit sahaja sikit. Hendak tahu status penggunaan bubu naga yang digunakan oleh sebahagian nelayan. Bubu naga. Sejenis pukat namanya bubu naga.

Yang Berhormat tahukah?

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tahu.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Oh, tahu...

[Ketawa] Jadi, apakah statusnya? Sebab, bila kerajaan benarkan, tidak diharamkan, tidak diambil tindakan, ia mengancam ekosistem, pertama, dan juga menyebabkan nelayan- nelayan yang lain terancam sumber pendapatannya. Ini sebab bila digunakan bubu naga menyebabkan semua benih ikan, apa semua habis. Kesian dekat nelayan-nelayan pesisir pantai.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat Menteri, ini last.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Boleh Tangga Batu sikit?

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Bukan hanya bubu naga atau pukat tunda yang masuk bukan di kawasannya, semua itu kita ambil tindakan. Selalunya kita tahu pihak marin, pihak penguat kuasa ini selalu bermasalah dengan mereka yang terlibat dalam penangkapan ikan ini. Sebab itu kita sebagai kerajaan macam orang tengah mencari penyelesaian yang terbaik.

Begitu juga kita kata kurangnya udang geragau di Pantai Melaka sekarang ini.

Oleh sebab itu, kita mencari jalan bagaimana hendak mengekalkan udang geragau itu. Di antaranya, kita akan wartakan bersama kerajaan negeri tiga buah pulau untuk pembiakan ikan dan benih-benih ikan yang lain seperti yang kita buat di Pulau Payar.

Jadi, soal penguatkuasaan ini akan berlaku kadang-kadang adalah kelalaian di satu tempat dan sebagainya. Akan tetapi, umumnya kita kena menjaga betul-betul soal ekosistem di laut ini. Itu amat penting. Hilang ekosistem itu, maka kita akan kehilangan pada masa akan datang ratusan juta atau berbilion ringgit hasil tangkapan ikan.

Setakat ini dulu.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tangga Batu.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Semua yang lain dijawab secara bertulis, insya-Allah. Cukup setakat ini dulu kerana sudah lebih 40 minit.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Last.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Kementerian Ekonomi. Silakan.

final • 3:20 PM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Parlimen. Seramai 23 orang Ahli Parlimen telah berbahas dalam perkara-perkara yang di bawah bidang kuasa dan perancangan Kementerian Ekonomi dan menyentuh 40 perkara.

final • 3:27 PM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Ada yang berbahas kuat tetapi tidak ada dalam Dewan pada hari ini termasuklah Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Machang. Saya boleh rumuskan 40 perkara tadi dirangkumkan kepada beberapa perkara pokok ekonomi negara iaitu:

(i) pertumbuhan dan struktur ekonomi negara dalam mendepani cabaran mutakhir ekonomi global;

(ii) soal pendapatan dan kos sara hidup rakyat;

(iii) pembangunan ekonomi yang menyeluruh di semua negeri untuk memastikan tidak ada yang tertinggal; dan

(iv) hala tuju perancangan dan ekonomi negara dalam cabaran ekonomi global.

Saya menyeru supaya kita gunakan peluang pada hari ini di kedua-dua belah pihak untuk mencari titik pertemuan untuk memperbaiki keadaan ekonomi rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang pertama, saya ingin menyentuh mengenai kedudukan ekonomi negara dan kewangan Kerajaan Persekutuan. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Titiwangsa dan Yang Berhormat Kuala Selangor yang membantu menegaskan lagi kedudukan ekonomi negara dan juga kewangan kerajaan supaya kita tidak terbawa-bawa dengan kecenderungan menang sorak, kampung tergadai. Ini kerana saya lihat ada kecenderungan yang ingin merayakan pertumbuhan ekonomi tahun 2022 tanpa melihat perspektif keseluruhan.

Pertumbuhan ekonomi tahun 2022 diukur dari tahun ke tahun menunjukkan pertumbuhan baik pada kadar 8.7 peratus berbanding tahun sebelumnya dan juga berbanding pertumbuhan 3.1 peratus tahun sebelum itu. Kita semua wajar bersyukur kerana ada beberapa perkara yang kita boleh belajar dari pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2022 ini.

final • 3:27 PM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Pertama, kita ada ekonomi yang didukung oleh industri yang pelbagai. Oleh itu, ekonomi kita berupaya mempertahankan daya saing walaupun dalam suasana global dan domestik yang mencabar.

Kedua, tenaga kerja kita mempunyai potensi yang besar walaupun kita ada pelbagai pandangan mengenai mutu tenaga kerja kita. Akan tetapi, pertumbuhan tahun 2022 itu menunjukkan bahawa tenaga kerja kita mempunyai potensi yang besar untuk beralih dan melakukan adaptasi yang diperlukan mengikut keadaan ekonomi semasa.

Ketiga, perkhidmatan awam kita berupaya bertindak balas kepada perubahan ekonomi dalam merancang dan membina kerangka ekonomi negara walaupun suasananya berubah-ubah daripada satu tahun ke satu tahun.

Oleh sebab itu, saya menyeru Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, sama-sama kita mengucapkan tahniah sebenarnya kepada rakyat Malaysia yang menjadi enjin kepada pertumbuhan ekonomi negara selama ini, walaupun secara politiknya, negara kita melalui tempoh lima tahun yang penuh dengan drama politik.

Apa yang berdaya tahan ialah rakyat dan industri kita, walaupun ahli-ahli politik seperti kita semua banyak menghabiskan masa lebih mengenai politik dan kurang mengenai ekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang saya hormati, kekuatan ini, daya tahan ekonomi negara yang dibina atas kepelbagaian industri dan ketangkasan tenaga kerja, ini adalah sangat diperlukan untuk kita mengharungi cabaran-cabaran ekonomi tahun 2023 dan tahun-tahun yang akan datang. Sebabnya ialah walaupun pertumbuhan ekonomi tahunan itu meningkat 8.7 peratus tetapi pertumbuhan ekonomi negara apabila dilihat daripada satu suku ke satu suku, telah menyaksikan pertumbuhan yang semakin perlahan sejak lima suku berturut-turut.

final • 3:30 PM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Ia bermula daripada suku keempat tahun 2021, pertumbuhan suku 4.6 peratus.

Kemudian perlahan, suku pertama tahun 2022 kepada 3.8 peratus. Suku kedua tahun 2022, perlahan lagi sebanyak 3.5 peratus. Suku ketiga tahun 2022, turun pertumbuhan itu kepada 1.9 peratus. Sebenarnya dalam suku keempat tahun 2022 telah menguncup sebanyak 2.6 peratus.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Dewan yang mulia ini, perkara ini sebenarnya tidak pernah berlaku sejak tahun 2015 ataupun sebelum itu. Kalau kita semak data di Jabatan Perangkaan, data yang ada untuk awam itu setakat tahun 2015 ke atas sahaja. Apabila dilihat kepada data-data itu, perkara itu tidak pernah berlaku. Maksudnya, penurunan pertumbuhan ekonomi daripada satu suku ke satu suku itu secara berturut-turut selama lima suku tidak pernah berlaku. Oleh sebab itu, kita perlu mengambil kira prospek pertumbuhan ekonomi dunia yang diunjurkan semakin perlahan dalam tahun 2023...

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Boleh mencelah sedikit, Yang Berhormat Pandan?

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Ya, Yang Berhormat Putrajaya.

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Berkaitan dengan tadi kata “tidak pernah berlaku”. Bolehkah kita bersetuju bahawa itu merupakan satu tempoh yang amat sukar bagi negara dan seluruh dunia dalam konteks COVID-19 yang apabila berlaku COVID-19 ini, ia membawa satu keadaan yang amat sukar. Kita dapat lihat walaupun dalam keadaan sukar itu, ekonomi masih lagi dapat berkembang.

Apa yang paling penting adalah moving forward untuk kita sama-sama lonjakkannya ke tahap yang lebih baik kerana base kita itu sudah sampai tahap yang paling rendah. Now, kita perlu gerakkan ke depan. Jadi, way forward Yang Berhormat Pandan, apakah perancangan untuk kita pastikan supaya lonjakan yang lebih hebat dapat dilaksanakan? Memandangkan perkara itu atau base itu walaupun ekonomi itu perlahan, tetapi ia tidak jatuh dengan begitu menjunam sekali. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih, Yang Berhormat Putrajaya. Yang Berhormat Putrajaya beri alasan COVID-19. Akan tetapi, Yang Berhormat Putrajaya lupa, di kemuncak COVID-19, sebenarnya perkara itu pun tidak berlaku. Maksudnya dalam tahun 2021, apabila kita melalui kemuncak COVID-19, sebenarnya ekonomi kita tidak mereda pertumbuhannya selama lebih daripada tiga suku.

Suku pertama turun, suku kedua turun dan suku ketiga itu sudah naik. Jadi, oleh sebab itu saya kata, ia tidak pernah berlaku dan dalam keadaan kita menghadapi suasana yang lebih mencabar pada tahun 2023, perkara inilah yang perlu difahami oleh Ahli-ahli Dewan di kedua-dua belah pihak.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

[Bangun]

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya ada masa yang agak singkat.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Okey.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Selepas ini, Yang Berhormat Bachok. Biar saya habiskan sedikit. Kemudian, saya berikan peluang kepada Yang Berhormat Bachok.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Tajuk yang sama, tajuk yang sama tentang...

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Tidak apa, saya dengan 22 minit ini, banyak lagi yang perlu dijawab.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Seminit, seminit. Tajuk yang sama, tajuk yang sama.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Tidak apa. Selepas ini, Yang Berhormat Bachok, selepas ini.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Menteri tidak beri. Sebentar lagi.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Keadaan ekonomi makro ini diburukkan lagi oleh kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan yang semua telah ketahui kedudukannya.

Seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun, bagi tahun 2022, hutang negara mencecah RM1.2 trilion. Jika diambil kira liabiliti kerajaan melalui jaminan dan sebagainya, hutang negara telah pun melepasi RM1.5 trilion. RMKe-12 yang berakhir tahun 2025, meletakkan sasaran defisit bajet negara kepada 3.5 peratus daripada KDNK.

Bagi tahun 2022, defisit itu adalah 5.6 peratus.

Bagi mereka yang memahami pengurusan kewangan negara, untuk menurunkan defisit daripada 5.6 peratus tahun 2022 kepada 3.5 peratus pada akhir tahun 2025, itu bermakna ruang fiskal yang ada pada kerajaan sekarang ini adalah cukup sempit. Jika kita tidak tegas mengenai disiplin fiskal ini dan terus berhutang seperti pentadbiran sebelum ini, kita akan terperangkap dengan membayar faedah hutang negara sebanyak dua kali.

Pertama, untuk membiayai belanja pembangunan melalui defisit kerana belanja pembangunan kita sekarang ini adalah dibiayai melalui hutang. Selepas itu, kita kena bayar lagi faedah ke atas hutang yang kita ambil untuk membayar hutang yang pertama tadi.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, sementara saya menghargai kebimbangan Ahli-ahli Dewan di kedua-dua belah pihak mengenai kedudukan ekonomi dan kewangan negara, saya juga berharap terutamanya di sebelah sana [Merujuk kepada blok pembangkang] supaya kita muhasabah, supaya kita tidak lantang bersuara di dalam Dewan yang mulia ini untuk menjadi paparan di TikTok tetapi, kita buat-buat lupa, kita jugalah yang meninggalkan masalah ini kepada kerajaan sedia ada untuk ditangani dengan semua kekangan dan cabaran yang ada.

Yang Berhormat Bachok, hendak tanya soalan, Yang Berhormat Bachok?

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Tadi apabila Yang Berhormat Putrajaya membangkitkan tentang GDP tahun 2021 dan Yang Berhormat Menteri membandingkan dengan perbandingan suku ke suku.

Suka saya menarik perhatian bahawa tahun 2021 itu, perbandingan base year; tahun sebelumnya agak terjejas (distorted) akibat daripada COVID-19. Jadi, adakah Yang Berhormat Menteri setuju bahawa kita sepatutnya melihat kepada pertumbuhan sebelum pandemik? Jadi, kita perlu kembalikan ekonomi negara pascapandemik ini kepada tempoh ataupun perbandingan sebelum pandemik ini berlaku.

Keduanya, sedikit lagi...

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Satu, satu saja. Sebab 19 minit sudah.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Tidak, tentang...

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Satu saja, Yang Berhormat Bachok. Saya jawab yang itu...

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Okey.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

19 minit. Saya ada banyak yang hendak jawab untuk berlaku adil kepada Ahli-ahli Dewan yang lain.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Sedikit saja. Tentang hutang, tentang hutang.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya jawab yang itu dan kemudian kena beri peluang kepada yang lain, Yang Berhormat Bachok.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Tentang hutang. Satu ayat sahaja bahawa kita perlu meletakkan cap...

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Yang Berhormat Bachok membazirkan masa dalam keadaan saya ada 18 minit.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

No, no. Isu, isu hutang ini...

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Menteri tidak beri.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

...dengan dividen PETRONAS, sepatutnya kita meletakkan. Saya mencadangkan bahawa kita letak cap yang sama supaya jangan sampai kita meminjam lebih daripada dividen yang kita peroleh daripada PETRONAS. Ini sebab secara tidak langsungnya, segala dividen yang kita dapat daripada PETRONAS itu, boleh seumpamanya seperti dihabiskan untuk membayar interest payment hutang-hutang yang tidak berkualiti. Jadi, itu saya kira satu disiplin fiskal yang kita perlu ambil selepas ini. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya jawab yang fasal PETRONAS dahulu Yang Berhormat Bachok. Dividen yang diberikan oleh PETRONAS itu ditetapkan oleh kerajaan.

Oleh sebab itu, semasa Yang Berhormat Bachok dan rakan-rakan berada di sebelah kerajaan, dividen yang diminta oleh kerajaan itu begitu tinggi. Jumlah pinjaman itu adalah setelah mengambil kira dividen yang telah diminta oleh kerajaan. Jadi, kalau kerajaan ada perbelanjaan yang perlu dibuat, ia tengok berapa banyak ruang fiskal untuk berhutang.

Selalunya dalam dua atau tiga tahun yang lepas, wang itu diminta daripada PETRONAS.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Disiplin yang kita hendak ada sekarang ialah kita menetapkan supaya dividen daripada PETRONAS itu adalah pada kadar yang tidak memberi kesan jangka panjang kepada PETRONAS tetapi pada masa yang sama kita juga perlu mendapatkan nilai yang terbaik daripada perbelanjaan kerajaan supaya jumlah yang dibelanjakan itu kurang.

Apabila jumlah itu kurang, maka hutang yang perlu diambil itu juga kurang supaya ia menepati sasaran kita untuk mengurangkan defisit bajet sebanyak 3.5 peratus menjelang tahun 2025.

Saya ingat Yang Berhormat Bachok masih juga kurang faham seperti juga Yang Berhormat Putrajaya, seperti juga Yang Berhormat Larut daripada awal lagi mengenai perbezaan antara pertumbuhan dari suku ke suku dengan pertumbuhan tahun ke tahun.

Pertumbuhan suku ke suku ini memberi gambaran hala tuju, dengan izin, speed paced. Maksudnya walaupun pertumbuhan dari satu tahun ke tahun itu nampak bagus, tetapi kalau lima suku berturut-turut, dia makin perlahan dan dia sudah menguncup, ada tanda-tanda bahawa dalam keadaan ekonomi global yang lebih mencabar. Kalau pertumbuhan suku seterusnya itu kekal menguncup ataupun lebih bertahan, sudah tentulah pertumbuhan dalam tahun seterusnya itu akan ada kesan.

Baik yang saya hendak sambung Tuan Yang di-Pertua dalam masa berbaki 15 minit mengenai pendapatan rakyat dan kos sara hidup kerana ini isu yang saya ingat paling bermain dan dimainkan oleh pihak pembangkang. Fokus jangka pendek dan jangka sederhana kerajaan dengan latar belakang kedudukan ekonomi dan cabaran kewangan yang kerajaan ada ialah untuk menangani masalah pendapatan rakyat dan juga kos sara hidup.

Ada beberapa strategi yang telah dan akan dilancarkan dalam bentuk inisiatif- inisiatif ekonomi yang sasarannya adalah kepada golongan B40 dan miskin tegar. Untuk mengawal inflasi, kita perlu memperhalusinya di peringkat yang lebih makro dan lebih sectoral. Saya ambil contoh, inflasi dalam masa 12 bulan yang lepas jika diperhalusi mengikut sektor dipacu oleh kenaikan harga barangan makanan terutamanya yang dipengaruhi oleh bahan-bahan mentah yang kita import akibat daripada kemelut antarabangsa .

Oleh sebab ada gangguan bekalan jagung dan gandum contohnya. Ia menyebabkan rantaian kenaikan harga sehingga ke harga akhir ayam itu, dia naik dan sebab itu juga kita ada masalah dengan harga telur kerana kita bergantung kepada import

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

untuk makanan ayam. Kenaikan ini pula seterusnya sudah tentu akan menyebabkan harga makanan runcit dan makanan siap di restoran dan kedai makan juga akan naik.

Apabila harga siling untuk telur contohnya diperkenalkan oleh pentadbiran yang lepas. Walaupun niatnya itu hanyalah untuk seketika sahaja, ia sampai ke peringkat seperti mana yang kita telah dengar, kos pengeluaran seekor ayam atau sebiji telur lebih tingi daripada harga yang ditetapkan oleh kerajaan. Jadi ia mula membawa kesan kepada bekalan ayam dan telur dalam negara.

Pentadbiran Yang Berhormat Tambun, insya-Allah kita tidak mahu mengulangi perkara ini iaitu sebarang bentuk campur tangan kerajaan yang melibatkan kawalan harga tidak boleh sehingga memusnahkan rantaian bekalan dan mengakibatkan ketiadaan bahan mentah dalam pasaran.

Maka tumpuan kementerian-kementerian untuk memastikan kita menyediakan infrastruktur secepat yang mungkin untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dan penyampaian kepada pengguna supaya harga itu turun akibat imbangan bekalan, bukan atas subsidi kerajaan ke atas kawalan harga semata-mata.

Saya, Yang Amat Berhormat Tambun, Yang Berhormat Kota Raja terlibat setakat ini dalam usaha untuk kita mempercepatkan penyelesaian kepada pergantungan kepada import makanan ayam supaya masalah ini tidak berulang dan yang tidak diusahakan oleh sahabat-sahabat di seberang sana sepanjang 33 bulan mereka berada dalam kerajaan sehingga kita ada masalah ini sekarang.

Pada masa yang sama, kerajaan juga akan membuka peluang dengan sokongan modal, tanah dan latihan agar usahawan tani daripada golongan miskin tegar, dan B40 melibatkan diri dalam perusahaan tani untuk meningkatkan bekalan bahan mentah asas.

Program-program sebegini di bawah inisiatif pendapatan rakyat yang akan dilancarkan pada 26 Februari 2023, dua hari selepas pengumuman bajet, akan melibatkan tanah-tanah Kerajaan Persekutuan bermula dengan 800 ekar yang pertama untuk menjawab Yang Berhormat Arau hari itu. Yang Berhormat Arau saya sebut kerajaan akan buka tanah dia bangun awal-awal kerana masa dia jadi Yang Berhormat Menteri dia tidak buat.

Sekarang dalam tempoh yang pendek, kita akan bermula dengan 800 ekar tanah Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu untuk dibuka kepada golongan B40 dan miskin tegar untuk mengusahakan tanaman dan kita berharap supaya kerajaan-kerajaan negeri juga termasuklah daripada pembangkang turut sama menyertai usaha ini untuk menambah lagi plot-plot tanah yang boleh diusahakan segera supaya kita menambah bekalan makanan dan bukan semata-mata mengharapkan suntikan subsidi kerajaan untuk menurunkan harga dalam keadaan kekangan kewangan yang ditinggalkan oleh Yang Berhormat Pagoh dahulu.

final • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Penjelasan Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Tidak apa saya teruskan kemudian saya bagi peluang, kalau ada masa sikit saya panggil balik Yang Berhormat Hulu Terengganu.

Kaedah ini merupakan serampang dua mata, untuk menangani inflasi. Sementara kita menangani inflasi kita juga membuka peluang untuk menjana pendapatan kepada keluarga miskin tegar dan B40 di seluruh negara termasuk bakal-bakal pesara kerajaan yang pada tangga gaji mereka ada pesara-pesara kerajaan apabila mereka bersara, mereka juga akan masuk dalam golongan B40 ataupun miskin tegar Akan tetapi usaha untuk menangani inflasi ini tidak cukup dengan meningkatkan kapasiti bekalan makanan mentah semata-mata. Ia juga perlu disambut dengan harga makanan akhir yang dijual. Jika kenaikan harga bahan mentah itu telah mereda ataupun menurun, harga makanan siap di restoran dan kedai juga perlulah mereda dan menurun.

Hakikatnya kita- semua tahu, perkara ini sukar berlaku. Apabila harga bahan mentah naik, harga makanan siap juga akan naik pada kadar yang lebih tinggi pula itu dan kekal pada harga itu walaupun selepas kenaikan harga bahan mentah itu telah mereda ataupun menurun.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Sebab itu saya nyatakan dari awal lagi bahawa usaha menambah kapasiti bekalan mentah untuk menurunkan harga barang mestilah disambut dengan harga makanan siap yang mereda bersama-sama dengan turun dan meredanya kenaikan harga bahan mentah untuk kita meringankan beban rakyat.

Saya tahu pembangkang dan penyokong pembangkang bersorak kerana mereka mengatakan saya mengatakan kalau tiada ayam, jangan makan ayam. Itu hak pembangkang untuk memutar belit kerana mereka sebenarnya tidak sedar dalam mereka memainkan isu itu, inisiatif Menu Rahmah yang diusahakan oleh kerajaan yang meletakkan harga makanan siap pada harga RM5 telah membuktikan bahawa perkara itu boleh berlaku. Maksudnya tiada subsidi, tidak ada bantuan daripada kerajaan tetapi...

[Disampuk]

final • 3:40 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Penjelasan Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Apabila peniaga-peniaga menyahut seruan kerajaan untuk menurunkan harga makanan siap, perkara itu disambut oleh peniaga dan tanpa satu sen pun dana kerajaan, setiap minggu lebih ramai peniaga yang menawarkan menu RM5 di seluruh negara kerana mereka sedar walaupun margin keuntungan itu lebih kecil dengan pelanggan yang lebih ramai, mereka tetap akan mendapatkan keuntungan.

Ya Yang Berhormat Hulu Terengganu...

final • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ya terima kasih Yang Berhormat Pandan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan-jawapan dan teori yang dibuat oleh Yang Berhormat Pandan dan nampaknya apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pandan tadi bercanggah dengan apa yang diterangkan oleh Yang Berhormat Kota Raja berkaitan dengan subsidi. Yang Berhormat Pandan menyatakan bahawa Yang Berhormat Tambun telah tidak mahu memberikan subsidi telur dan ayam.

final • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Akan tetapi dijawab oleh Yang Berhormat Kota Raja ekoran daripada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam bahawa subsidi itu akan diteruskan.

Jadi, di sini nampak berlaku percanggahan. Itu yang pertama.

Kedua Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Boleh satu sahaja Tuan Yang di-Pertua? Sebab saya ada tujuh minit sahaja?

final • 3:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

...apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pandan sebenarnya kita sudah rasa benda itu. Akan tetapi semasa Yang Berhormat Pandan menjadi pembangkang, atau berada di luar kerajaan, dengan teori bermacam-macam, mengatakan bahawa masalah kos sara hidup ini dapat diselesaikan dalam masa dua minggu, tetapi sekarang ini sudah hampir 100 hari. Apa yang dimulakan sebelum ini nampaknya masih belum berhasil. Apakah ini sekadar retorik ataupun sekadar cakap-cakap yang tidak serupa bikin? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Seingat saya yang menyatakan bahawa dia boleh menyelesaikan masalah dalam seminggu ke dua minggu ini adalah Yang Berhormat Bagan Serai. Itu yang saya ingat masa dia mula menjadi Menteri.

final • 3:50 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Ikut mana pula Bagan Serai ini?

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Tidak apa, nanti saya boleh tunjuk...

final • 3:50 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Buat apa Yang Berhormat...[Pembesar suara dimatikan]

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Tidak apa Yang Berhormat Bagan Serai, saya jawab Yang Berhormat Hulu Terengganu, saya jawab Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 3:50 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Jangan buat cerita pelik-pelik ini.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Nanti saya boleh hantar kepada Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 3:50 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Hantarlah. Bila saya bercakap bab ekonomi? Saya tidak pernah bercakap bab ekonomi.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Sabar. Bukan soal ekonomi, soal dalam bidang hal semasa Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 3:50 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Jangan duduk bercakap bab tipu.

final • 3:50 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Menteri lepas diri. Lari daripada formula dia, lepas diri.

[Tidak jelas]

final • 3:50 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Jadi Menteri inilah benda dia. Sejak jadi pembangkang, kemudian jadi kerajaan, inilah watak dia. Merosakkan negara!

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 3:50 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Saya tidak pernah...

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila duduk. Saya tidak pernah.

final • 3:50 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Menteri mengaku sahajalah tidak mampu buat.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik, baik semua duduk.

final • 3:50 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Baik Yang Berhormat Menteri mengaku sahaja tidak boleh buat.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Yang Berhormat Menteri sebut dua minggu.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Insya-Allah di dalam media sosial selepas ini akan ada...

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kita ada YouTube. Balik pakat tengok YouTube.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Balik tengok...

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Balik pakat tengok YouTube.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...insya-Allah naiklah apa Yang Berhormat Bagan Serai cakap itu.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jangan deny. Jangan deny. Balik buka YouTube masing- masing.

final • 3:50 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Formula, formula.

final • 3:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Raja formula, raja formula sudah bangun.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Sebab itu pembangkang saya katakan...

final • 3:50 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Jangan salahkan orang. Buatlah yang terbaik.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Kemahiran memutar belit itu bagus tetapi dalam zaman sekarang, kalau tidak kena, ia akan datang balik.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Siapa yang putar belit ini?

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Sebab ia macam bola tanggung yang Yang Berhormat Hulu Terengganu sebut tadi.

final • 3:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Formula, formula.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Yang Berhormat Hulu Terengganu nampaknya tidak faham sebenarnya apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Raja, Yang

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Berhormat Tambun dan saya. Bezanya semasa Yang Berhormat Hulu Terengganu berada di dalam kerajaan, yang diusahakan hanyalah kepada kawalan harga semata- mata daripada sasaran awal beberapa bulan.

Oleh sebab tidak ada usaha untuk menambah sumber baharu supaya kita mengimbangi bekalan, sebab itu yang daripada dua bulan, tiga bulan sampai jadi setahun sehingga ia ada kesan kepada perbekalan ayam dan telur sekarang. Apa yang telah diusahakan ialah dalam sekitar enam bulan dari sekarang, unjuran kerajaan bahawa sumber permintaan dan perbekalan kepada ayam dan telur ini akan stabil dan itu membolehkan supaya kita tidak lagi memerlukan subsidi dalam tempoh yang akan datang. Itu yang dimaksudkan...

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...oleh Yang Berhormat Kota Raja.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Mencelah sedikit.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Itu yang dijawab kepada Yang Berhormat Ayer Hitam tetapi...

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Boleh Parit Buntar mencelah?

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli: ...Diputar belit oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Empat minit, Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak boleh benarkan.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya hendak beri nasihat. Beri nasihat sedikit. Beri nasihat sedikit.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Tidak apa, tidak apa Yang Berhormat Parit Buntar.

Boleh tulis kepada saya nasihat. Insya-Allah saya baca.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tadi Yang Berhormat Menteri sebelah itu jawab elok. Tidak adapun kacau-kacau. Bila Menteri yang jawab...

final • 3:50 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, jangan bahas di sini Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Cuba jawab elok- elok. Jangan duduk perli-perli.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tidak ada laluan. Tuan Yang di-Pertua, tiada laluan. Ini hendak berbahas ke hendak apa ini?

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:50 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Mintalah laluan.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Minta laluan dia tidak beri.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Tuan Yang di-Pertua, saya beri...

final • 3:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Tuan Yang di-Pertua, saya minta Tuan Yang di- Pertua untuk control the floor. Mana boleh macam itu.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey.

final • 3:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Ikut suka hati saja cakap.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya bagi angka-angka tetapi angka-angka ini pedih untuk didengar oleh pembangkang di sebelah sana sebab itu dia marah.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tidak pedih kalau beri angka elok-elok. Tidak pedih.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Yang Berhormat Hulu Terengganu marah, Yang Berhormat Parit Buntar marah. Baik.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Perli-perli itu janganlah. Tengok Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan tadi, elok sahaja dia jawab.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Baik, saya hendak sambung...

final • 3:50 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tidak pedih tapi bercakap berbelit-belit.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Dan saya hendak teruskan dengan perkara seterusnya mengenai Inisiatif Pendapatan Rakyat yang kita akan lancarkan pada hari Ahad ini.

final • 3:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Penjelasan sedikit Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Pandan, sekali lagi.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Kita tidak boleh sudah Yang Berhormat Hulu Terengganu. Sudah banyak sangat. Kita ada tiga minit.

final • 3:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sebab banyak sangat putar belit.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Kita perlu berlaku adil kepada Ahli-ahli Dewan yang lain.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Hulu Terengganu, please, please.

final • 3:50 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Selepas Ahad ini, dua minggu ya?

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri– please, please, duduk.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Sila duduk. Pada hari Ahad ini apabila kita melancarkan Inisiatif Pendapatan Rakyat, kita berharap harga makanan siap bagi menu- menu utama sarapan dan makanan tengah hari rakyat akan dapat diturunkan lagi kerana harga siling yang kita bekerjasama dengan peserta-peserta dalam program ini ditetapkan pada harga RM2 sahaja.

Jadi dengan lebih banyak tawaran pada harga yang lebih rendah, itulah yang kita maksudkan apabila pasaran itu bersama-sama dengan kerajaan menurunkan harga tanpa perlukan subsidi daripada kerajaan, itu akan membolehkan permintaan dan juga tawaran sama-sama menurunkan harga barang makanan siap kepada rakyat.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, dalam masa berbaki dua minit ini, saya ingin menyentuh mengenai miskin tegar sekejap. Rancangan Malaysia Kedua Belas telah menyasarkan kemiskinan mutlak menurun kepada 4.2 peratus dan kemiskinan tegar sifar pada tahun 2025. Kementerian Ekonomi melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat tadi merupakan satu permulaan untuk kita memberi fokus menambah pendapatan golongan terbawah dalam masyarakat kita. Insya-Allah ini adalah sambungan daripada program- program yang telah dimulakan sebelum ini tetapi mengambil pendekatan baharu supaya kita boleh menambah baik pelaksanaan.

Ada beberapa pendekatan baharu. Pertama, bantuan tidak diberikan sekali gus sebagai modal untuk membeli kelengkapan semata-mata seperti sebelum ini. Sebaliknya, bantuan diberikan secara beransur-ansur dalam tempoh 24 bulan sama ada melalui sewa beli atau tambahan pendapatan terus kepada penerima-penerima.

Kerajaan juga akan menghubungkan penerima dengan pembeli pukal ataupun offtaker supaya penerima dilindungi daripada risiko peniagaan di awal aktiviti perniagaan kerana ini selalunya risiko dalam program-program begini oleh sebab mereka cuba menjana pendapatan tetapi kurang pengalaman. Selalunya dalam tempoh beberapa bulan, mereka tercicir balik.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Penerima diwajibkan menyertai sebuah koperasi setempat yang mengumpulkan penerima-penerima yang turut disertai oleh kumpulan sokongan setempat supaya kita boleh membina satu ekosistem penjanaan pendapatan yang dengan izin sustainable, Tuan Yang di-Pertua. Kumpulan sokongan setempat terdiri daripada individu-individu, peniaga-peniaga dan pemegang taruh yang lain yang akan turut mendapat manfaat daripada ekosistem perniagaan yang diwujudkan oleh dan kepada penerima-penerima.

Kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM750 juta dalam tahun 2023 ini untuk memastikan jumlah peserta daripada golongan miskin tegar dan B40 mencecah 100,000 isi rumah penerima berbanding dengan 1,755 orang penerima setakat ini pada 31 Disember 2022.

Jadi masa telah tamat, kecuali Tuan Yang di-Pertua beri...

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Last.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Last ya jadi saya kena tutup. Jadi sebab itu, Ahli Dewan yang saya hormati sekalian, kita sekarang berada di keadaan yang unik kerana masalah struktur ekonomi ini sudah sampai ke peringkat yang keputusan-keputusan besar dan penting itu tidak boleh dilengah-lengahkan lagi.

Keputusan-keputusan ini untuk mengubah struktur dan membaiki kedudukan kewangan negara sudah tentu sesuatu yang sukar dan kurang popular ada kalanya tetapi adalah satu keperluan nasional. Pembangkang pernah berada di sini tetapi sepanjang pembangkang berada dalam kerajaan, keputusan-keputusan itu tidak dibuat dan dilengah-lengahkan. Oleh sebab itu, saya mohon supaya pembangkang, jadi pembangkang yang baik, pantau pelaksanaan-pelaksanaan dan kalau ada penyelewengan, jadilah pembangkang seperti kami dahulu yang meneliti setiap pelaksanaan dan penyelewengan yang berlaku.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Insya-Allah, kerajaan akan perbaiki supaya keadaan ini menjadi lebih baik untuk rakyat, struktur ekonomi dan juga perkukuhkan keadaan kewangan negara kerana saya tahu pembangkang masih bercita-cita untuk mengambil alih kerajaan, paling kurang tidak seperti pembangkang, insya-Allah kalau ada rezeki pembangkang mengambil alih kerajaan, keadaan yang diambil itu lebih baik daripada yang ditinggalkan kepada kami.

Atas dasar itu, terima kasih. Saya menjunjung titah tuanku, wabillahi taufik wal hidayah, assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Ekonomi. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.

final • 3:50 PM

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:59 PM

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Salam sejahtera, salam perpaduan. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, izinkan saya mulakan penggulungan dengan dua rangkap pantun.

Dewan bukan sebarang Dewan, Dewan mulia tempat berbahas; Datang bukan sebarang datang, Datang membawa penggulungan bernas.

final • 4:00 PM

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Dari segenap pelusuk negara, Berhimpun kita di rumah yang mulia; Membawa harapan nusa dan bangsa, Malaysia Madani kita julang bersama. Tuan Yang di-Pertua, dengan sikap yang penuh tawaduk dan rendah diri, Teluk Intan merafak sembah menjunjung kasih dan memohon penggulungan atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena pembukaan Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas. Saya menyediakan teks penggulungan hampir tiga jam tetapi saya hanya diberikan 30 minit. Oleh sebab itu, jika tidak sempat menjawab, saya mohon untuk berikan jawapan bertulis.

Titah Baginda antara lain telah memberikan penekanan ke atas aspek peningkatan akses terhadap perumahan yang berkualiti dan mampu dimiliki, khususnya dalam kalangan kumpulan B40. Pelaksanaan hala tuju baharu Program Perumahan Rakyat (PPR), Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM), pengurangan risiko bencana banjir dan penyelenggaraan infrastruktur untuk kesejahteraan rakyat.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 24 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan lima bidang khusus di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), iaitu:

(i) perumahan, terutamanya memfokuskan kepada penyediaan rumah mampu milik seperti PPR dan rumah mesra rakyat;

(ii) perkhidmatan kerajaan tempatan;

(iii) perkhidmatan bomba;

(iv) perancangan bandar; dan

(v) pengurusan sisa pepejal.

final • 4:00 PM

Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian adalah seperti berikut

Yang Berhormat Arau; Yang Berhormat Kepala Batas; Yang Berhormat Pasir Mas; Yang Berhormat Sri Gading; Yang Berhormat Kuala Krai; Yang Berhormat Kuala Pilah; Yang Berhormat Bakri; Yang Berhormat Hulu Langat; Yang Berhormat Kuala Kangsar; Yang Berhormat Kuala Nerus; Yang Berhormat Puncak Borneo; Yang Berhormat Permatang Pauh; Yang Berhormat Miri; Yang Berhormat Kalabakan; Yang Berhormat Bachok; Yang Berhormat Sandakan; Yang Berhormat Tebrau; Yang Berhormat Bayan Baru; Yang Berhormat Padang Rengas; Yang Berhormat Kepong; Yang Berhormat Wangsa Maju; Yang Berhormat Kuantan; Yang Berhormat Batang Sadong; dan Yang Berhormat Batu.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, di bawah kerajaan baharu, KPKT telah menggariskan tujuh bidang fokus baharu seperti berikut:

(i) membangun dan memperkasa peranan kerajaan tempatan;

(ii) membangun potensi pihak berkuasa tempatan bagi menjana sumber pendapatan tambahan negara;

(iii) perancangan perumahan yang lebih komprehensif dan berdaya saing;

(iv) pemerkasaan komuniti tanpa mengira kaum;

(v) pengurusan sisa pepejal bersepadu yang lebih efektif dan efisien bagi menghasilkan pelaksanaan ke arah ekonomi kitaran;

(vi) memperkukuh agenda bandar mampan dan pintar ke arah perbandaran baharu; dan

(vii) memperkukuh kesiapsiagaan kebombaan dan penyelamatan yang sejahtera.

final • 4:00 PM

Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian adalah seperti berikut

Tuan Yang di-Pertua, demi menjaga kesejahteraan rakyat, lima perkara asas telah difokuskan oleh KPKT pada tahun ini iaitu memastikan:

(i) jalan raya yang rata;

(ii) lampu jalan yang terang;

(iii) longkang yang bersih;

(iv) tandas awam bertaraf bersih, menawan dan wangi (BMW);

(v) dasar garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang tidak membebankan rakyat.

Pada masa yang sama, kementerian juga telah memperkenalkan tiga hashtag (#) baharu sebagai komitmen bekerja sebagai satu pasukan iaitu #strongertogether, #unityindiversity, #demipertiwi. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian ini sentiasa komited dalam memastikan pembangunan seimbang dapat dicapai di semua negeri di Malaysia dalam semua bidang fokus di bawah kementerian ini.

Sebelum saya mula menjawab ke atas semua isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, izinkan saya untuk berkongsi mengenai kejayaan yang telah dicapai oleh KPKT secara amnya seperti berikut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah berjaya menerima anugerah Emas Tertinggi dalam pertandingan Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA) yang dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM). Syabas dan tahniah saya ucapkan.

PLANMalaysia berjaya menerima anugerah antarabangsa, Merit Award Winner, the International Society of City and Regional Planners (ISOCARP) bagi Pelan Induk Bersepadu Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Brussels, Belgium pada 7 Oktober 2023.

Anugerah ini adalah berdasarkan kecemerlangan projek berkaitan perancangan bandar dan wilayah.

Dan PR1MA berjaya mendapat award sebagai Outstanding Best Value Developer, dengan izin, daripada BrandLaureate, Examplary Engagement Award daripada Institute of Internal Auditors Malaysia, Corporate Awards. Selain itu, PR1MA turut menerima pengiktirafan daripada PropertyGuru dengan menerima Best Value Waterfornt di Residensi Bintawa Waterfront, Kuching dan Best Market High-Rise Developments di Residensi Larkin Indah, Johor Bahru dan di Residensi Pauh Permai, Pulau Pinang pada akhir tahun lepas.

Kerajaan Tempatan- Yang Berhormat Arau telah bertanyakan berhubung penangguhan caj pembangunan selama dua tahun...

final • 4:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Yang Berhormat Menteri...

final • 4:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ya, sila.

final • 4:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Silakan.

final • 4:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Temerloh juga ingin berkongsi anugerah yang diberikan kepada Majlis Perbandaran Temerloh kerana menang dalam kategori Tandas Terbaik, kategori ASEAN Public Toilet Standards Award 2023- 2025 yang dianugerahkan di Indonesia pada baru-baru ini. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada MPT Temerloh. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Saya mengambil maklum dan memang antara inisiatif baharu yang akan diperkenalkan tahun ini oleh kementerian adalah berkaitan dengan tandas- Toilet of the Year Award yang bakal diperkenalkan kerana kebersihan tandas awam berkenaan berkait rapat dengan imej negara. Saya memerlukan bantuan daripada Yang Berhormat Temerloh turut menjayakan misi nasional ini.

final • 4:00 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

[Bangun]

final • 4:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Arau telah bertanyakan berhubung penangguhan caj pembangunan selama dua tahun ke atas pemaju yang dikenakan oleh PBT memandangkan caj ini memberikan kesan ke atas harga rumah.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sesuatu pengecualian ataupun penangguhan kadar caj pembangunan adalah tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa negeri. Kerajaan Persekutuan hanya menyediakan dasar dan kaedah pelaksanaan sahaja. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri melalui PBT boleh menggalakkan pemaju swasta untuk membangunkan rumah mesra rakyat melalui pemberian insentif pengecualian caj pembangunan berdasarkan kepada...

final • 4:00 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak.

final • 4:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Boleh tetapi singkat. Masa takut tidak cukup. Saya baru masuk gear satu sahaja.

final • 4:00 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya, adakah kerajaan hari ini bercadang untuk meneruskan cadangan pelaksanaan 500,000 buah rumah yang dirancang dalam kerajaan sebelum ini, Keluarga Malaysia bagi RMKe-12? Apakah rasional kerajaan hendak membawa masuk pakar perumahan dari Singapura? Sedangkan negara kita tidak kurang memiliki pakar yang berkeupayaan dalam bidang perumahan. Kenapakah diberikan kepada pakar dari luar?

final • 4:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya nampak Yang Berhormat Pasir Salak pun bertanya tengok handphone juga, ya? Akan tetapi saya akan jawab. Memang dalam sebahagian daripada teks penggulungan saya.

Yang Berhormat Bachok tadi berkenaan dengan pengurangan development charge. Kerajaan negeri melalui PBT boleh menggalakkan pemaju swasta untuk membangunkan rumah mampu milik (RMM) melalui pemberian insentif pengecualian caj pembangunan. Yang Berhormat Bachok telah memohon penambahbaikan prasarana pelancongan di Pantai Bachok di bawah tanggungjawab KPKT.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan telah meluluskan sejumlah RM720,000 bagi 15 buah projek infrastruktur, kemudahan awam, sosioekonomi di sekitar pantai-pantai dalam kawasan Parlimen Bachok antara tahun 2021 sehingga 2022. Projek ini melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan dan lampu, membina tandas awam, membina dan membaik pulih gerai serta kiosk serta membina prasarana keindahan di kawasan pantai terlibat. PBT boleh mengemukakan permohonan, termasuk Ahli Yang Berhormat kepada KPKT sekiranya terdapat keperluan untuk menambah baik prasarana pelancongan yang sedia ada.

Yang Berhormat Kuala Krai telah mencadangkan untuk menjadikan Majlis Daerah Dabong sebagai majlis daerah angkat bagi membantu menyediakan kemudahan, khususnya kepada pelancong kerana pendapatan Majlis Daerah Dabong terlalu kecil sedangkan Majlis Daerah Dabong amat berpotensi untuk dimajukan.

final • 4:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyalurkan bantuan kewangan serta peruntukan kepada PBT di seluruh Malaysia melalui projek-projek kecil yang memfokuskan pembangunan infrastruktur, kemudahan awam serta sosioekonomi di kawasan operasi PBT tersebut, termasuklah Dabong. KPKT telah meluluskan sebanyak 218 projek dengan kos keseluruhan berjumlah RM5.4 juta dari tahun 2020 hingga tahun lepas. Ini termasuk satu projek pelancongan iaitu menaiktarafkan kawasan viewpoint Gunung Stong, Dabong dengan kos berjumlah RM196,690 pada tahun 2021. PBT boleh mengemukakan permohonan sekiranya terdapat keperluan untuk menaiktarafkan atau membina kawasan pelancongan baharu.

Yang Berhormat Bayan Baru telah mencadangkan supaya satu undang-undang kecil dan garis panduan untuk mengawal selia aktiviti perkhemahan (camping) dan juga agrotourism diwujudkan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KPKT melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah menyediakan draf Garis

final • 4:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

Panduan Perancangan (GPP) Tapak Perkhemahan. Draf GPP ini dijangka dapat dimuktamadkan pada akhir bulan April tahun ini setelah mengambil kira pandangan, maklum balas daripada pelbagai agensi yang berkaitan, PBT serta stakeholder. GPP ini memberikan fokus kepada aktiviti perkhemahan jenis asas iaitu jenis perkhemahan yang menggunakan khemah yang didirikan di kawasan semula jadi dengan kemudahan asas yang minimum serta kelengkapan peralatan dan makanan yang perlu dibawa sendiri oleh peserta.

Antara aspek penting berkaitan perancangan dan kawalan kesesuaian tapak perkhemahan yang digariskan adalah seperti berikut:

(i) kesesuaian cadangan lokasi. Tapak perkhemahan yang dibenarkan di kawasan gunung dan bukit, tepian laut dan sungai, kawasan hutan, kawasan berisiko bencana semula jadi termasuk air terjun serta kawasan sensitif alam sekitar yang lain;

(ii) keselamatan tapak dengan menentukan jarak yang sesuai dari kawasan larangan dan sensitif alam sekitar. Keadaan topografi dan tahap kecerunan yang sesuai dan struktur kekuatan tanah;

(iii) keperluan dan kesesuaian akses laluan keluar masuk ke tapak perkhemahan; dan

(iv) keperluan kemudahan dan infrastruktur asas seperti sistem perparitan, bekalan air, elektrik, pembetungan, pengurusan sisa pepejal, kemudahan letak kenderaan, pejabat pengurusan, tempat berkumpul, tempat rawatan awal, tandas, tempat memasak, surau dan sebagainya serta pengurusan dan operasi tapak perkhemahan meliputi daftar masuk, taklimat keselamatan, keperluan kakitangan pengusaha dan pengurusan kecemasan.

Draf GPP juga menyentuh aspek berkaitan pematuhan perundangan di bawah bidang kuasa PBT dan agensi berkaitan seperti kelulusan permit sementara bangunan, lesen perniagaan, permit papan tanda dan iklan, permit menjalankan aktiviti luar atau ekstrem seperti flying fox dan lain-lain. Adalah diharapkan dengan adanya garis panduan yang disediakan, aspek-aspek berkaitan keselamatan, keselesaan dan pemeliharaan alam semula jadi dapat diberi perhatian dalam perancangan dan pembangunan tapak- tapak perkhemahan.

Yang Berhormat Puncak Borneo...

final • 4:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri. Bayan Baru.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bayan Baru.

final • 4:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

Sekejap. Oh, ya.

final • 4:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi penjelasan yang sangat baik dan sangat lengkap. Masa dalam perbahasan saya pun tanya tentang isu Batang Kali di mana laporan, bilakah laporan tragedi akan diumumkan kepada umum kerana saya ada keperluan supaya mangsa-mangsa dan keluarga mereka dapat satu a closure to the issue. Saya rasa simpati kepada 31 orang mangsa yang meninggal dan ramai lagi yang terkesan sampai sekarang. Itu soalan tambahan saya.

Soalan tambahan kedua saya adalah tentang isu agrotourism. Agrotourism selama ini pengusaha menghadapi masalah kerana garis panduan tidak ada dan agrotourism semakin rancak kerana orang hendak makan durian ya. Mereka hendak pergi ke durian farm. Akan tetapi memang regulation tidak boleh kerana itu adalah *farm land.

Farm land* hanya boleh bina satu bangunan sahaja. Kebanyakannya you tidak boleh ada bangunan yang cantik, hostel dan sebagainya. Mohon bantuan KPKT untuk garis panduan tersebut.

final • 4:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Soalan yang baik. Pertama berkaitan dengan laporan kejadian tanah runtuh Batang Kali. Kerajaan bercadang untuk mengumumkan laporan siasatan selepas siap sepenuhnya untuk dapat tahu dan bakal diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kerja Raya. Berkenaan dengan soalan kedua, kementerian mengambil maklum dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Yang Berhormat Puncak Borneo telah bertanyakan mengenai status projek pemasangan lampu jalan. Puncak Borneo ke Kampung Annah Rais yang telah diluluskan oleh KPKT dan telah ditender oleh MP Padawan pada tahun dahulu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT telah meluluskan projek menaik taraf lampu jajaran Puncak Borneo berjumlah RM800,000 kepada MP Padawan pada 27Julai tahun lepas. Walau bagaimanapun, pada 10 November tahun lepas, Jawatankuasa Sebut Harga di Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KKTP) Sarawak memutuskan agar projek berkenaan dibatalkan kerana tidak dapat disiapkan pada tahun semasa.

Yang Berhormat Kuala Pilah telah mencadangkan supaya KPKT menggesa PBT untuk memberikan diskaun sewajarnya kepada peniaga bagi bayaran sewaan tapak dan lain-lain bayaran. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengecualian bayaran sewa tapak dan lain-lain bayaran bagi peniaga bagi premis milik PBT adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa negeri masing-masing.

Yang Berhormat Kuala Kangsar telah pun meminta supaya perkara asas seperti tandas awam difokuskan di kawasan Kuala Kangsar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT menyediakan bantuan kewangan serta peruntukan projek-projek kecik kepada PBT seluruh negara bagi membiayai pembangunan infrastruktur, kemudahan awam, pembangunan sosioekonomi serta keselamatan di kawasan operasi PBT. Bagi tahun 2021 hingga tahun lepas, KPKT telah memperuntukkan sejumlah RM7.8 juta kepada Majlis Perbandaran Kuala Kangsar bagi membangunkan 81 projek termasuk dua projek pelancongan iaitu membaik pulih Menara Jam Besar Kuala Kangsar...

final • 4:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Menteri, Puncak Borneo minta penjelasan. Sikit sahaja.

final • 4:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

Saya rasa tidak cukup masa Puncak Borneo. Akan tetapi saya akan jawab, jika boleh. Selebihnya saya akan memberikan jawapan bertulis.

final • 4:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Ya, ya. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ada lagi 80 isu. Baru masuk gear dua sahaja. Bagi tahun lepas, kita bagi RM7.8 juta kepada MPKK dan selain daripada projek membaik pulih Menara Jam Besar Kuala Kangsar dan membaik pulih ikon pelancongan pokok getah pertama di Malaya berjumlah RM500,000.

Selaras dengan fokus KPKT untuk menaik taraf kemudahan asas di kawasan pelancongan dan tumpuan orang ramai seperti tandas awam, KPKT sedia mempertimbangkan permohonan MPKK bagi menaik taraf, membaik pulih atau membina tandas-tandas awam terpilih bagi mencapai taraf bersih, menawan dan wangi (BMW) pada tahun ini.

Perkhidmatan kebombaan. Sebelum saya menjawab isu-isu mengenai perkhidmatan kebombaan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung penghargaan kepada 36 orang pegawai bomba yang telah menyertai misi bantuan kemanusiaan Malaysia ke negara Turkiye bagi membantu mangsa gempa bumi.

Pasukan pertama misi bantuan ke Turkiye telah berlepas pada 6 Februari disertai dengan enam orang pegawai bomba iaitu dua orang pegawai khas SMART, empat orang pegawai Unit Pengesan K9 yang menjalankan misi di Kahramanmaras Blv. Pasukan kedua telah berlepas pada 9 Februari yang disertai oleh 30 orang pegawai bomba iaitu 16 orang pegawai STORM, lapan orang pegawai EMRS, dua orang pegawai Unit Dron dan dua pegawai Unit Pengesan K9 serta dua ekor anjing terlatih bernama Denti and Frankie.

final • 4:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

Kedua-dua pasukan bomba ini dijadualkan pulang ke tanah air kita melalui dua penerbangan iaitu hari esok melibatkan 30 orang pegawai. Pada 25 Februari 2023 melibatkan seramai enam orang pegawai. Bagi pihak kementerian dan kerajaan saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan berterima kasih atas jasa bakti yang telah pun dicurahkan.

Yang Berhormat Miri memohon lawatan dibuat ke balai-balai bomba di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dalam membuat sebarang keputusan berhubung projek.

Kementerian mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat berhubung aspek perkhidmatan kebombaan di Sabah dan Sarawak terutama di kawasan pedalaman. Kementerian melalui jabatan JBPM sentiasa komited bagi menambah baik dan meningkatkan mutu perkhidmatan kebombaan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebanyak 10 projek pembangunan kebombaan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2023 yang meliputi pembinaan dan menaik taraf balai bomba serta pembinaan semula kuarters di Sabah dan Sarawak.

final • 4:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

Sembilan projek di Sabah dan satu projek di Sarawak. Dengan siapnya fasiliti tersebut, secara tidak langsung ia akan membantu dalam meningkatkan lagi capaian, response time ke lokasi kejadian. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, majlis perasmian Balai Bomba Sri Petaling, Kuala Lumpur, balai bomba baru di Parlimen Tambun, Balai Bomba Trong, Taiping dan Balai Bomba Asajaya, Sarawak akan disempurnakan pada tahun ini.

Pada masa ini, terdapat sebanyak 38 buah balai bomba. Pelbagai kategori di Sarawak termasuk tiga buah balai bomba yang beroperasi di kawasan Parlimen Miri di mana Balai Bomba dan Penyelamat Lutong merupakan balai bomba terkini yang telah siap pembinaan pada tahun 2020.

Yang Berhormat Hulu Langat telah memohon sebuah balai bomba di DUN Dusun Dua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian melalui JPPM telah membuat kajian dan semakan berhubung dengan permintaan Yang Berhormat dan keperluan pembinaan balai bomba di kawasan Dusun Dua, Hulu Langat. Berdasarkan kepada markah risiko kebakaran yang dipenuhi terdapat keperluan bagi membina sebuah balai bomba kategori D di kawasan tersebut.

Pada masa ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang dalam proses mengenal pasti tapak tanah yang strategik dan merancang untuk memohon perolehan tanah bagi pembinaan balai bomba tersebut dalam Rancangan Malaysia Ke-12 mengikut keutamaan dan tertakluk kepada kelulusan agensi pusat serta keupayaan peruntukan kewangan semasa.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Kepala Batas mencadangkan menambahkan bilangan anggota bomba dan memperkasa akta sedia ada untuk melindungi anggota bomba yang menjalankan tugas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kebombaan sentiasa menepati ekspektasi rakyat kementerian sentiasa berusaha menambah baik kesiapsiagaan anggota bomba. Untuk makluman Yang Berhormat, tahun 2022 seramai 129 orang pegawai KB29 dan KB41 serta 953 orang anggota KB19 telah berjaya menamatkan kursus latihan asas di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM).

Kesemua 1,082 orang pegawai dan anggota tersebut telah pun ditempatkan bagi mengisi kekosongan jawatan di JBPM negeri dan juga ibu pejabat. Pihak kementerian sentiasa memandang serius berhubung aspek keselamatan anggota bomba sewaktu menjalankan tugas sama ada gangguan ataupun serangan secara fizikal oleh mana-mana pihak yang boleh mendatangkan kecederaan.

Pada tahun 2018, kementerian melalui JBPM telah meminda dan memperkemaskan seksyen 51.

final • 4:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Menteri saya.

final • 4:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Sedikit saja nak bertanya.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit boleh?

final • 4:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Sedikit boleh. Saya ada lagi banyak isu.

final • 4:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Sedikit saja. Nak tanya.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri, Kuala Selangor nak bahas dulu.

final • 4:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Sedikit. Cepat.

final • 4:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey. Saya nak bertanya tentang status Balai Bomba Lanchang. Tapaknya kata sudah disediakan tapi apakah statusnya. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Ini adalah soalan spesifik.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri, Kuala Selangor Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, Kuala Selangor.

final • 4:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Saya akan bagi jawapan bertulis, ya. Okey.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kuala Selangor, Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Hulu Selangor pun ada tanya benda yang sama di Felda Soeharto, Batang Kali dan juga Kalumpang.

final • 4:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Saya mengambil maklum di mana jawapan bertulis akan dibekalkan kerana...

final • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kuala Selangor.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Baik.

final • 4:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ia adalah perkara spesifik yang tidak dibangkitkan pada waktu perbahasan.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit Kuala Selangor kalau boleh.

final • 4:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ya, silakan.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri saya juga merakamkan kerana saya bangkitkan dalam soalan bertulis dan sehingga hari ini belum dapat jawapan pembinaan balai bomba di Puncak Alam yang pesat membangun punya penduduk lebih daripada 100,000 orang.

final • 4:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ya, boleh.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Saya minta untuk perkara ini di teliti oleh Yang Berhormat Menteri disusuli oleh Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih.

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Yang Berhormat Menteri, Jempol Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Jempol, ya.

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Jempol. Satni ada kes di Jempol lah. Itu mohon pihak kementerian khususnya berkaitan dengan perkhidmatan bomba supaya dapat ditambah perkhidmatan pili-pili bomba khususnya di Jempol berlakunya banyak kebakaran di tanah rancangan FELDA. Ia kerana pili-pili bomba amat terhad, terbatas di kawasan tanah rancangan FELDA. Bila berlaku kes kebakaran kebanyakannya tidak dapat diselamatkan. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada Yang Berhormat keempat-empat.

final • 4:20 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Yang Berhormat Menteri, satu lagi.

Tenggara. Tenggara.

final • 4:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Saya cuma tinggal lima minit tapi ada lagi 60 lebih isu. Saya rasa untuk berlaku adil kepada Ahli-ahli boleh jumpa saya di luar berikan saya surat.

Kementerian akan berlaku adil dan profesional mengikut skor masing-masing untuk menimbang pembinaan balai bomba baru ataupun penambahan peralatan. Jangan bimbang. Kita akan sedia untuk mempertimbangkan.

final • 4:20 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Pihak kementerian sentiasa memandang serius berhubung tentang keselamatan bomba tersebut. Pada tahun 2018, akta telah pun dipinda berkaitan dengan mengganggu pegawai bomba, pegawai bomba bantuan atau pun pegawai bomba sukarela dalam melaksanakan tugasnya yang mana denda telah dinaikkan daripada tidak melebihi RM5,000 kepada RM50,000.

Manakala hukuman penjara dinaikkan dari tempoh tidak melebihi tiga tahun kepada tidak melebihi lima tahun jika disabit kesalahan. Dalam masa yang sama, pihak kementerian melalui JBPM akan terus mengkaji dan menilai aspek keselamatan kepada anggota-anggota bomba sewaktu menjalankan tugas agar dapat menghindari sebarang insiden yang tidak diingini.

Perancangan bandar, Yang Berhormat Kepala Batas, telah bertanya berhubung projek pembangunan Penang Technology Park di Kepala Batas yang dimaklumkan mendapat tentangan penduduk tempatan dan telah memohon kajian Social Impact Assessment, Environmental Impact Assessment dan Traffic Impact Assessment dijalankan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek Penang Technology Park meliputi keseluruhan kawasan seluas 337.65 hektar yang terbahagi kepada tiga fasa. Fasa satu mengandungi pembangunan 48 buah unit kilang berkembar, lapan buah unit kilang sesebuah dan 46 buah unit blok industri yang telah diluluskan pada 20 Januari 2023 yang disokong dengan laporan EIA, SIA dan TIA. Semua langkah mitigasi serta cadangan kajian tersebut telah ditunjukkan dalam pelan serta di senaraikan dalam dokumen kelulusan perancangan mengikut lunas undang-undang.

Bagi pembangunan fasa dua yang mengandungi 42 buah unit blok industri ringan dan 58 buah blok industri sederhana serta pembangunan fasa tiga yang mengandungi 37 buah blok industri. Permohonan ini masih dalam pertimbangan Majlis Bandaraya Seberang Perai.

Yang Berhormat Kepala Batas juga mengutarakan isu berhubung perancangan penempatan warga asing ekoran pembangunan projek PTP. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, centralised labour quarters (CLQ) yang dicadangkan di dalam pembangunan ini telah pun di keluarkan dan dibatalkan selaras dengan bantahan penduduk tempatan di mana kerajaan sedia untuk mendengar rintihan dan suara rakyat.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan MBSP juga tidak menyokong pembinaan CLQ di dalam kawasan perindustrian ini bagi mengelakkan kebanjiran warga asing. Menyentuh tentang penglibatan pakar tempatan dalam projek PTP ini, semua perunding yang dilantik adalah dalam kalangan perunding tempatan yang berdaftar dengan Lembaga IKHTISAS selaras dengan Akta Lembaga Profesion masing-masing yang terdiri daripada perancang bandar arkitek, jurutera, juruukur dan pakar-pakar lain.

Pengurusan sisa pepejal. Terdapat tiga masalah dalam pengurusan sisa pepejal di tanah air kita iaitu masalah pertama, penjanaan sisa pepejal yang tidak terkawal dan amalan pengasingan sisa pepejal yang lemah di kalangan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia menjana hampir 38,142 tan metrik sisa pepejal sehari.

Bayangkan, dengan sekurang-kurangnya 1.17 kilogram dijana bagi setiap individu. Daripada jumlah sisa pepejal yang dijanakan, 44.5 peratus adalah sisa makanan.

Oleh sebab itu, tolonglah elakkan pembaziran makanan. Diikuti 13.2 peratus adalah

final • 4:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

plastik, 12.1 peratus adalah lampin pakai buang, 8.5 peratus kertas, 7.5 peratus lain-lain, 5.0 peratus sisa kebun dan sebagainya.

Selain itu, amalan pengasingan sisa pepejal masih kurang mendapat sambutan rakyat jelata. Masalah kedua, kebanyakan fasiliti pengurusan sisa pepejal sedia ada adalah tidak mampan dan lestari. Masalah yang paling ketara di negara kita adalah jumlah tapak pelupusan sanitari dengan fasiliti kawalan pencemaran adalah jauh lebih kecil daripada jumlah tapak pelupusan bukan sanitari.

Menurut fakta yang dikongsikan dalam taklimat Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara daripada jumlah 141 tapak pelupusan masih beroperasi, 116 daripadanya adalah tapak pelupusan bukan sanitari dan hanya 21 adalah tapak pelupusan sanitari, empat lagi adalah sisa lengai.

Masalah ketiga, kos penghantaran sisa pepejal yang tinggi. Tapak pelupusan sanitari baru kebanyakan dibina di kawasan luar bandar. Maka kos penghantaran sampah ke tapak pelupusan bandar akan meningkat. Ini merupakan salah satu faktor kepada tapak pelupusan sampah haram di Malaysia. Kementerian telah pun menetapkan KPS 100 hari untuk menghapuskan longgokkan tapak sampah haram sekurang-kurangnya 100. Kita sekarang, insya-Allah, bakal mencapai target yang telah pun ditetapkan.

final • 4:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Kementerian telah merancang pembinaan loji rawatan *from waste-to-energy.

From rubbish to gold* di negeri-negeri yang menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 iaitu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang, Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya. Kementerian telah menetapkan polisi penggunaan teknologi pengurusan sisa pepejal seperti berikut:

(i) teknologi yang dicadangkan perlulah terbukti keberkesanannya di lapangan dalam merawat sisa pepejal yang serupa seperti yang dijana di Malaysia. Teknololgi yang mempunyai rekod sekurang-kurangnya 10 tahun akan diberi keutamaan;

(ii) teknologi yang dicadangkan perlu mengurangkan sisa pepejal sekurang-kurangnya 85 peratus dan menggunakan teknologi yang biasa telah pun terbukti berjaya diguna di negara-negara lain;

(iii) mesra alam dan mampu mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar; dan

(iv) cadangan teknologi perlu mempunyai modal kewangan yang baik dan tidak membebankan kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan projek loji WTE oleh KPKT tidak terhad kepada teknologi incinerator sahaja tetapi boleh menggunakan teknologi-teknologi lain yang canggih yang bersesuaian seperti anaerobic digestor, mechanical and biological treatment, dengan izin dan sebagainya. Selaras dengan konsep ekonomik kitaran bagi pengurusan sisa pepejal yang lestari.

Bagi memastikan pembinaan fasiliti pengurusan sisa pepejal, berkonsepkan WTE tidak berisiko dan berbahaya kepada kesihatan penduduk, kementerian telah menetapkan supaya teknologi yang dicadangkan oleh petender hendaklah terbukti berkesan pelaksanaan di lapangan dan mematuhi kesemua syarat pelepasan gas dan sisa larut lesap terawat, efluen yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Buffer zone yang ditetapkan bagi pembinaan WTE hendaklah melebihi 500 meter daripada penempatan penduduk. Kajian impak alam sekeliling (EIA) akan dijalankan bagi mengenal pasti dan mengatasi isu-isu berkaitan pencemaran dan kacau ganggu kepada penduduk dan alam sekitar. Sebagai contoh, gas-gas yang dihasilkan oleh loji WTE akan dirawat oleh sistem Air Pollution Control (APC) dan kualiti pelepasannya dipantau secara atas talian oleh Jabatan Alam Sekitar menggunakan sistem Continuous Emission Monitoring System (CEMS).

final • 4:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ahli-ahli Yang Berhormat, penggunaan alat APC yang terkini membolehkan pelepasan gas dioxin dan furen dipantau supaya tidak melebihi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar iaitu 0.1 ng-TEQ/Nm3. Di samping itu, pemasangan panel paparan elektronik diwajibkan untuk semua WTE ke atas setiap loji WTE akan dibina bagi memaparkan kualiti pelepasan gas semasa secara telus kepada orang awam.

Tuan Yang di-Pertua, berapa lama masa yang masih saya diizinkan? Injury time.

Lima minit?

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tiga minit.

final • 4:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Tiga minit.

final • 4:30 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Boleh tanya soalan?

final • 4:30 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Boleh minta soalan?

final • 4:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Tidak ada soalan lagi.

final • 4:30 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Yang Berhormat Menteri ini saya sebab...

final • 4:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat boleh jumpa saya di luar.

final • 4:30 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Jiran, jiran. Pasir Salak dengan Teluk Intan sebelah.

final • 4:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Perumahan. Saya baru hendak masuk perumahan ini.

Semasa sesi perbahasan...

final • 4:30 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Yang Berhormat Menteri. Di sini, sebab semalam saya telah bangkitkan isu tentang bantuan yang patut diberikan di bawah KPKT.

Mangsa banjir. Perkara ini saya nampak tadi Yang Berhormat Menteri tidak menyatakan Klang antara yang perlu dijawab.

final • 4:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Okey, terima kasih Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Saya harap dapat dijawab secara bertulis.

final • 4:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ya, saya harap jika tidak sempat dijawab, saya akan berikan jawapan yang bertulis.

final • 4:30 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Saya ada satu perkara Yang Berhormat Menteri.

final • 4:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Sila.

final • 4:30 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Berkaitan dengan sisa pepejal tadi, saya mendengar dengan teliti tentang bagaimanakah satu industri ataupun bagaimana kita akan menangani di pihak kerajaan terutama dalam WTE dan sebagainya. Soalan saya, kenapa kita tidak memberi satu tumpuan tentang bagaimana pengurusan sisa pepejal ini boleh kita laksanakan at source sebenarnya. Jadi, isu recycle saya ingat kitaran semula ini wajar diberi tumpuan supaya kejayaan program ini dapat dibuat.

final • 4:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

[Bangun]

final • 4:30 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Selama ini tidak ada satu kejayaan yang kita rasa yang lebih efektif dalam konteks recycle. Saya mohon pihak Yang Berhormat Menteri beri pertimbangan.

final • 4:30 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak.

final • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Teluk Intan.

final • 4:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Isu Kepong.

final • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Teluk Intan. Saya hendak puji sikit Yang Berhormat Teluk Intan. Terima kasih atas

final • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

jawapan yang bernas walaupun di luar Dewan kenyataan banyak tidak setuju, tetapi dalam ini setuju. Saya minta Yang Berhormat Menteri daripada Pandan itu belajar dengan Yang Berhormat Teluk Intan. Lembut, bagus. Tidak ada siapa kacau.

[Ketawa]

final • 4:30 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:30 PM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Masalah di Sri Gading adalah berkaitan dengan pusat pelupusan sampah yang dalam pembinaan. Ia memberikan kesan kepada penduduk di sebelah bawah kampung yang berkenaan. Selalu banjir kilat dengan lumpur. Jadi, dalam perancangan yang saya baca, ia perlukan satu longkang yang besar.

Jadi, saya harap pembinaan longkang itu disegerakan untuk mengatasi masalah banjir berkenaan.

final • 4:30 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak last. Satu. Okey, terima kasih. Tadi Pasir Salak ada bagi soalan mohon dijawab. Kalau bertulis pun tidak apa.

Okey, daripada Teluk Intan ke Pasir Salak itu jalan daripada Teluk Intan ke Chenderong Balai ke Kampung Gajah itu adalah satu jalan persekutuan yang gelap, tidak ada lampu dan kita mohon lampu. Ini kerana banyak berlakunya kemalangan, jatuh ke dalam parit sebelah itu. Okey, terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada lima orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil kesempatan membangkitkan isu-isu yang dekat di hati rakyat. Saya diberikan tiga minit tetapi Yang Berhormat telah mengambil lima minit dari saya. Oleh sebab, masa saya telah pun habis sebenarnya tetapi jangan risau apakah isu-isu yang telah pun dibangkit insya-Allah saya akan bagikan jawapan bertulis.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya ada banyak lagi khususnya isu-isu tentang perumahan. Sekurang-kurang ada 20 muka surat lagi. Akan tetapi, saya akan - memandangkan jawapan dah siap. Saya akan hantar jawapan bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan dalam tempoh tujuh hari dari hari ini. Akhirnya, saya rasa saya ingin dan merakamkanlah ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Bagi izinkan saya menutup dengan— saya mulakan dengan dua rangkap pantun. Saya juga habiskan dengan dua rangkap pantun.

*Akhlak mulia menghias diri; Junjung matlamat negara ternama; Rasuah dan haloba moga hindari; Malaysia Mandani rujukan utama kita semua.

Tumbuh merata buah bidara; Dalam acuan berbagai-bagai warna; Elakkan sengketa demi negara; Eloklah perpaduan berjaya dibina.* Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat 30 minit sudah berlalu. Akhir bicara diharapkan terjawab segala persoalan yang membelenggu jiwa, yang menggundahkan hati yang lara. Demi rakyat jua, Kerajaan Perpaduan ini berkhidmat untuk semua. Sekian, terima kasih daun keladi. Jika ada soalan, saya jawab lagi. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Steady Yang Berhormat Pandan.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Pertahanan. 30 minit.

final • 4:30 PM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam sesi penggulungan Titah Diraja dalam Dewan yang mulia pada hari ini.

final • 4:37 PM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu bagi pihak seluruh warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia, saya menjunjung kasih di atas penghargaan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada semua penjawat awam termasuk anggota ATM yang telah berkorban dan mencurah khidmat bakti sehingga menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur.

Penghargaan daripada Baginda tersebut yang juga merupakan pemerintah tertinggi ATM merupakan satu penghormatan yang tertinggi dan ia semestinya akan menambah lagi semangat dan mengukuhkan tekad warga kementerian dan ATM untuk terus menyemai bakti demi tanah air yang tercinta ini.

Kementerian Pertahanan Tuan Yang di-Pertua dan ATM juga mengambil maklum dan menjunjung kasih sepenuhnya terhadap Titah Tuanku seperti berikut;

(i) Tuanku menitahkan supaya memperkasakan aset ATM supaya berada dalam kesiapsiagaan yang tinggi;

(ii) memperkasakan senggaraan aset ATM dan kaedah perolehan kelengkapan baharu ATM dengan mengatasi kelemahan kaedah-kaedah perolehan lama yang merugikan; dan

(iii) Titah tuanku memperkukuhkan lagi kerjasama diplomasi pertahanan dengan negara-negara serantau serta global bagi memelihara kepentingan dan keselamatan negara.

final • 4:37 PM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Insya-Allah Tuan Yang di-Pertua, saya bersama-sama kepimpinan tertinggi serta seluruh warga kepimpinan Kementerian Pertahanan dan ATM akan terus memikul amanah serta tanggungjawab dengan sebaik mungkin demi kedaulatan dan keselamatan negara.

Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak warga Kementerian Pertahanan dan ATM, saya juga merakamkan banyak-banyak terima kasih kepada 10 orang rakan-rakan Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Sembrong, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat Bukit Bendera kerana mengambil berat isu-isu yang berkait rapat dengan Kementerian Pertahanan sewaktu rakan-rakan Yang Berhormat membahaskan titah diraja dua, tiga hari yang lepas.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sembrong, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Ketereh dan Yang Berhormat Sik telah membangkitkan isu perolehan aset ATM yang melibatkan perolehan LCS. Seperti Dewan yang mulia ini sedia maklum, isu perolehan LCS telah saya jawab semasa sesi jawapan pertanyaan lisan di dalam Dewan ini pada 20 Februari yang lalu.

Ingin saya nyatakan Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi pendirian kementerian tidak akan berubah iaitu pembinaan LCS perlu diteruskan. LCS ini diperlukan untuk memperkasakan keupayaan operasi TLDM supaya kedaulatan perairan negara dapat dipelihara. Tindakan ini selari dengan objektif pertahanan negara yang terkandung dalam Kertas Putih Pertahanan.

Kementerian Pertahanan, Tuan Yang di-Pertua, kekal memberi tumpuan sepenuhnya dalam melangkah ke hadapan supaya projek LCS ini diteruskan semula.

Seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kementerian Pertahanan telah membentangkan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri mengenai hala tuju berkaitan perolehan LCS ini sebanyak empat kali.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini, kementerian sedang dalam fasa akhir untuk memuktamadkan cadangan penerusan projek melalui penyediaan Memorandum Jemaah Menteri yang dirancang akan dibentangkan dalam masa terdekat seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sembrong. Sekiranya Jemaah Menteri telah memuktamadkan hala tuju bagi perolehan LCS ini, pihak kementerian bersedia untuk memaklumkannya kepada sidang Parlimen.

final • 4:40 PM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Berhubung dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Sembrong tentang garis masa yang diambil untuk menyiapkan pembinaan kapal LCS yang pertama dalam tempoh setahun ke dua tahun seperti yang dirancang sebelum ini, suka saya jelaskan Tuan Yang di-Pertua, bahawa perkara ini akan dapat diselesaikan dan disiapkan pembinaannya pada tahun hadapan insya-Allah, sebelum kapal ini menjalani Harbour Acceptance Test dan Sea Acceptance Test dengan syarat kaveatnya ialah ia mendapat kelulusan untuk meneruskan pembinaannya daripada Mesyuarat Jemaah Menteri, Tuan Yang di-Pertua.

Merujuk kepada soalan rakan saya Yang Berhormat Tanah Merah, mengenai asas dalam keputusan mengurangkan perolehan LCS daripada enam kepada lima buah sahaja, butiran terperinci berkaitan dengan penerusan projek LCS ini akan kami bentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat dan terpulanglah kepada Mesyuarat Jemaah Menteri sama ada bilangannya itu akan kekal enam atau pun dikurangkan daripada enam seperti yang telah pun...

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah?

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Ya.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang mempunyai iltizam dan semangat untuk memikul tanggungjawab demi kedaulatan negara dan pertahanan negara.

Yang Berhormat Menteri, apabila Yang Berhormat Menteri maklumkan sebentar tadi mengatakan akan mengurangkan– isu hendak kurangkan enam kepada lima ini, butiran terperinci akan dibawa kepada Mesyuarat Jemaah Menteri.

Jadi, saya tertanya-tanya dan juga rakan-rakan kami bertanya, apakah keputusan hendak mengurangkan enam kepada lima ini belum pun diputuskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri? Itu yang pertama. Bererti kalau belum diputuskan kerana Yang Berhormat Menteri mengatakan akan dibawa kepada Mesyuarat Jemaah Menteri, bererti belum dibawa tetapi sudah diumumkan. Jadi, ini saya terfikir bagaimana? Apakah betul kita umum dahulu, padahal Jemaah Menteri belum buat keputusan. Sekejap Yang Berhormat Menteri.

Pertama Yang Berhormat Menteri, isu LCS ini ialah ia telah menjadi satu skandal yang besar. Kita tahu ia satu skandal yang amat besar kerana kalaulah betul nanti insya- Allah Jemaah Menteri setujulah enam jadi lima, bererti kos membina sebuah kapal kita jadi mahal. Kalau dulu RM9 bilion enam buah kapal, bererti sebuah kapal anggaran dalam RM1.5 bilion sebuah.

Akan tetapi, apabila kita kurangkan sembilan jadi lima, bererti sebuah kapal RM1.8 bilion. Yang menjadi kebimbangan saya, Menteri Ekonomi yang baru sahaja keluar dari Dewan yang mulia ini, dua hari lepas dia lagi berkata. Yang Berhormat Pandan kata, mengikutkan apa yang ada pada hari ini, dia skeptikal– maaf dengan izin, boleh jadi kepada lima. Dia kata mungkin jadi tiga atau empat buah sahaja. Ini lagi kebimbangan saya. Bererti kapal LCS kita ini akan menjadi sebuah kapal yang paling mahal dalam dunia sekali. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Merah. Sebenarnya keputusan untuk mengurangkan pembinaan LCS ini daripada enam kepada lima telah diputuskan semasa Mesyuarat Jemaah Menteri yang terakhir iaitu pada April 2022. Seperti yang saya sebut dalam menjawab soalan lisan pada 20 hari bulan baru-baru ini, memandangkan kerajaan ini ialah kerajaan yang baharu, maka Kementerian Pertahanan merasakan adalah amat perlu untuk kementerian membawa semula kes meneruskan ataupun projek meneruskan LCS ini kepada kerajaan yang baharu. Pada ketika itu, terpulanglah kepada Jemaah Menteri sama ada hendak membuat enam ataupun lima. Itu maksud saya, tetapi keputusan terdahulu itu supaya dihadkan kepada lima sahaja. Jadi, itu dia.

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, boleh saya bertanya sedikit berkaitan dengan LCS ini? Pertama sekali, jika kita lihat

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

laporan daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, kita lihat PAC report menunjukkan, banyak diceritakan ini dalam PAC report adalah berkaitan dengan Contraves. Syarikat Contraves, syarikat kerjasama antara BHIC dan juga Rheinmetall dari Germany. Jadi, diceritakan dalam laporan juga bahawa Contraves ini dimiliki 51 peratus oleh BHIC dan 49 peratus oleh Rheinmetall.

Namun begitu, laporan PAC juga menjelaskan bahawa peralatan dan juga barangan keperluan untuk pembinaan LCS ini boleh dibeli direct, tetapi sebelum ini melalui perjanjian 2013, dibeli melalui syarikat kerjasama Contraves ini. Jadi, ini antara perkara yang seingat saya ditekankan oleh kerajaan sebelum ini pun bahawa kena pastikan. Ini adalah kerana dengan pembelian melalui syarikat Contraves ini, kita sudah rugi di situ.

Harga dinaikkan sehingga lebih RM500 juta. Ini wang negara.

Jadi, apa yang paling penting adalah apakah kerajaan boleh memberi jaminan bahawa memandangkan BHIC merupakan pemegang saham utama, tidak ada lagi Contraves dalam framework pembelian peralatan untuk LCS dalam konteks pengurusan projek LCS ini? Terima kasih.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Ketereh – Yang Berhormat Putrajaya, sorry. Memang benar seperti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Putrajaya itu bahawa salah satu daripada isu besar yang melanda LCS ini adalah disebabkan adanya third party iaitu dipanggil sebagai Contraves (CAD). Ini adalah merupakan salah satu daripada kita punya syarat- syarat untuk meneruskan yang telah ditetapkan oleh kerajaan terdahulu supaya untuk meneruskan projek LCS ini, the third party ini mesti sudah ditiadakan.

BHIC akan terus berunding dan juga membuatkan pembelian-pembelian terus kepada original equipment manufacturer (OEM). Itu yang saya sebut dalam jawapan lisan tempoh hari bahawa international settlement agreement akan kita buat supaya Contraves ini tidak lagi memainkan peranan dan ia akan dengan tersendirinya nanti tidak lagi berperanan dalam apa-apa jua projek untuk meneruskan LCS ini, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Jadi, tinggal ada satu sahaja lagi iaitu international settlement agreement ini. Dari segi bayaran kepada mereka itu memang telah dipersetujui oleh kerajaan terdahulu dan kita pun telah buat audit. Memang betul, this is all payment due to them. Kita perlu bayar dan once we paid, ianya dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, Contraves tidak akan memainkan peranan. Akan tetapi, ada satu kaveat sebelum mereka bersetuju untuk menandatangani international settlement agreement untuk mereka ditiadakan. Mereka memerlukan satu surat indemniti bahawa mereka tidak dipersalahkan.

Jadi, itu merupakan satu isu yang kita tidak- amat keberatan untuk menandatangani dan kami akan merujuk kepada pihak Peguam Negara agar perkara ini biarlah pihak Jabatan Peguam Negara yang akan memutuskannya. Akan tetapi kami di peringkat kementerian, kami tidak bersetuju. Kami tidak bersetuju indemniti ini dibuat kerana bagi kami, siapa yang tersabit, tersabitlah. Bukan peranan Kementerian Pertahanan untuk melepaskan tanggungjawab tersebut.

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Terima kasih Yang Berhormat Rembau, kalau saya boleh tanya sedikit lagi. Berkaitan dengan apa yang kita lihat dalam Contraves ini, clear-cut case apa yang berlaku. Jadi, setakat ini apakah tindakan yang telah diambil kepada mereka yang terlibat? Ini kerana jumlah yang terlibat walaupun Yang Berhormat Menteri kata tadi, kena bayar berdasarkan kontrak dan sebagainya, tetapi company itu milik BHIC pun. Dia adalah majoriti, pemegang saham majoriti. Apakah telah ada tindakan yang diambil kepada mereka yang bertanggungjawab ke atas kerugian atau pun kehilangan wang rakyat sebelum ini? Terima kasih.

final • 4:50 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Yang Berhormat Menteri, Lumut nak tambah sedikit soalan daripada Yang Berhormat Putrajaya.

Sambungan daripada soalan Yang Berhormat Putrajaya, LCS kita tahu telah pun selesai.

SPRM telah selesai menyiasat. Projek ini di bawah Kementerian Pertahanan. So, saya

final • 4:50 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

syorkan Kementerian Pertahanan mendesak pihak Peguam Negara untuk mengambil tindakan segera sebab Kementerian Pertahanan membuat perolehan banyak aset-aset tentera ini. So, saya rasa kes LCS ini saya rasa yang besar.

Malulah jika saya sebagai bekas tentera, malulah. Kalau saya menjadi Menteri Pertahanan, lagilah. Saya tak malulah. Saya boleh ambil tindakan segera. Saya bukan hendak memalukan Yang Berhormat Menteri tetapi saya syorkan agar Yang Berhormat Menteri mendesak pihak Peguam Negara untuk mengambil tindakan segera atas bukan sahaja yang disebut oleh Yang Berhormat Putrajaya tadi. Saya rasa banyak pihak-pihak lain yang terlibat. Jika berjaya didakwa, alhamdulillah lah. Kementerian Pertahanan berjayalah menyelesaikan LCS ini. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak. Terima kasih. Pasir Salak minta Yang Berhormat Menteri Pertahanan, apakah ada stopgap measure, dengan izin atau langkah sementara menangani kelompangan kekurangan aset kapal TLDM yang semakin mendesak bagi memastikan keperluan operasi semasa TLDM dapat dilaksanakan pada kadar optimum sehingga kapal LCS disiapkan oleh pihak BHIC?

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat-sahabat Yang Berhormat Putrajaya, daripada Yang Berhormat Lumut dan daripada Yang Berhormat Pasir Salak. Apa yang disebut itu memang betul, bahawa siasatan akan terus dibuat dan tindakan akan diambil. Akan tetapi, itu di luar bidang kuasa Kementerian Pertahanan. Salah satu daripada enam saranan daripada PAC adalah supaya SPRM menyiasat secara telus dan Kementerian Pertahanan telah pun memberikan kerjasama dan akan terus memberikan kerjasama untuk pihak agensi-agensi untuk menyiasat atau pun mendakwa sesiapa sahaja yang didapati terlibat dengan penyalahgunaan kuasa atau apa jua.

Akan tetapi, untuk Kementerian Pertahanan menyatakan bahawa tindakan siasatan akan dilakukan, itu di luar bidang kami. Minta maaf saya bukannya autoriti yang akan mengatakan akan disiasat, telah disiasat, akan didakwa, itu terpulanglah kepada agensi yang berkenaan. Akan tetapi, kami telah pun memberikan kerjasama dan akan terus memberikan kerjasama jika diperlukan, insya-Allah. Berkenaan dengan Yang Berhormat Pasir Salak tadi, memang ada dalam jawapan saya ini sebab ada dalam pertanyaan daripada Yang Berhormat Tanah Merah berkenaan stopgap measure atau pun kelompongan aset tersebut.

final • 4:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Ketereh.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Ya, Yang Berhormat Ketereh.

Silakan.

final • 4:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Saya nak cadang kat sini, kita tidak payah hendak teruskan LCS itu buat sementara. Kita tumpu kepada siasatan dahulu selepas itu, barulah kita teruskan pembinaan kapal-kapal.

Kalau tidak, ia jadi berkecamuk. Saya tengok biasanya kalau ada kes, kita siasat dahulu, selepas itu, baru kita teruskan. Tangkap dahulu sesiapa dia, yang terlibat ini dulu. Jelkan dia. Sekian, terima kasih.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih. Ini jeneral-jeneral yang bercakap ini, memang macam itulah.

[Ketawa] Terima kasih kepada Yang Berhormat Ketereh. Siasatan saya katakan tadi memang dibuat tetapi kita buat secara bersamalah.

Kita– projek ini telah pun empat kali ia terbawa kepada Majlis Jemaah Menteri dan empat- empat kali tersebut telah pun dipersetujui oleh kerajaan bahawa LCS ini perlu untuk kita teruskan dan meneruskan projek ini bukan sahaja patut diberhentikan, patut dipercepatkan. Untuk sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi dan juga soalan daripada Yang Berhormat Tanah Merah, kelompangan aset pertahanan negara itu amat ketara. Jadi, the longer we wait, dengan izin, atau lebih lama kita ding dong-ding dong nanti, Tuan Yang di-Pertua, dia akan menyebabkan keadaan pertahanan negara terdedah disebabkan oleh kelompangan aset utama kita, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Menteri, sekejap ya.

final • 4:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Menteri, sebelum saya bagi kepada kawan saya, Yang Berhormat Sik ini. Yang Berhormat Menteri, saya– bila Yang Berhormat Menteri jawab tadi, enam menjadi lima. Saya maklum tadi, Menteri Ekonomi kita, dua hari lepas cakap, bagi dia, dia skeptikal. Mungkin nak jadi tiga. Boleh tidak Yang Berhormat Menteri bagi jaminan atau pun berusahalah kali ini kalau enam jadi lima, betul-betul lima.

Sebab apa? Dan bilakah kapal yang ini akan siap? Sebab pada asalnya, kapal kita yang pertama, Yang Berhormat Menteri, sepatutnya sudah deliver 2019. Now, bayangkan, tahun 2023. Jadi, saya nak tahu. Saya berharap sangatlah di bawah kepimpinan yang hebat, Yang Berhormat Menteri supaya pastikan betul-betul, bilakah boleh operasi? No more delay lagi. Terima kasih, Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat, daripada Yang Berhormat Tanah Merah. Memang itu pun hasrat Kementerian Pertahanan. Kalau boleh, kita nak enam biji. Akan tetapi, seperti yang saya sebutkan tadi, kami perlu membawa kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dahulu.

Terpulanglah semasa mesyuarat itu nanti, sama ada kita nak teruskan enam atau pun buat lima dahulu. Yang pentingnya, kita siapkan dahulu kapal pertama, kedua dan ketiga agar– kerana bajet siling itu yang ada RM3 bilion yang balance itu membolehkan kita untuk meneruskan projek tersebut.

Selepas itu, kita hendak tambah berapa kah, sebab projek LCS ini pun, dia enam dulu selepas itu, enam biji lagi kemudiannya. Itu termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-13 dan Ke-14, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, Jangan kita delaykan. Yang penting, kami di peringkat akhir. Cumanya, setback nya tadi ialah tentang international settlement agreement yang saya sebutkan tadi.

Ada kaveatnya daripada pihak yang ketiga tersebut. Dia akan menandatangani dan tidak lagi mencampuri hal ehwal pembinaan LCS itu dengan syarat, mereka ini dilepaskan segala tanggungjawab. Jika ada apa-apa, orang kata, mitigation factor di masa depan, which Kementerian Pertahanan tidak mempunyai kuasa dalam untuk kita menentukan untuk kita bersetuju dengan permintaan mereka.

Makanya, yang terbaik ialah kami telah dan akan merujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapat nasihat tentang kaveat yang telah pun diletakkan oleh mereka untuk mereka bersetuju menandatangani international settlement agreement tersebut. Insya-Allah.

final • 4:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, boleh Sik sikit sahaja ya.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Ya, silakan.

final • 4:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Kita nampak mungkin ada lagi masa untuk pemulihan skandal LCS ini dan kita tidak mahu menjadi seperti skandal 1MDB sebelum ini.

final • 4:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Disebut oleh Yang Berhormat Menteri bahawa syor PAC sebanyak tujuh cadangan itu telah dilaksanakan enamnya oleh kementerian dan empat telah pun diambil tindakan. Saya mohon untuk Yang Berhormat Menteri menyenaraikan empat yang telah diambil tindakan itu dan baki dua yang belum diambil tindakan. Itu yang pertama.

Yang kedua, daripada segi peratusan progress ataupun pembangunan untuk LCS1 itu sudah sampai ke tahap mana yang telah pun dilaksanakan. Saya sendiri dalam PAC sebelum ini yang telah bergerak hampir dua tahun membuat penyiasatan termasuk membuat lawatan ke Lumut dan dalam tempoh lawatan kami pada Disember 2021 sehingga sekarang beberapa peratusan yang telah pun ada progressnya di situ.

Yang ketiga, Yang Berhormat Menteri, dalam satu kenyataan media oleh Pengerusi PAC pada tahun lepas Oktober 2022, telah ditimbulkan bahawa ada dua

final • 5:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

perkara iaitu menyahklasifikasikan laporan pengauditan jawatankuasa siasatan tadbir urus. Yang kedua, daripada segi laporan forensik yang dibuat oleh BHIC. Akan tetapi disebut di situ bahawa BHIC telah pun menerima laporan forensik yang telah dipadamkan daripada MINDEF sebelum itu.

Namun, apabila dalam prosiding, dalam soal jawab balik dengan KSU MINDEF bahawa perkara itu tidak pun berlaku. Jadi, saya ingin bertanya adakah pihak Yang Berhormat Menteri telah pun mengambil maklum balas daripada MINDEF bahawa laporan forensik itu sebenarnya tidak pun dipadamkan oleh MINDEF sendiri. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sik berkenaan dengan pertanyaan laporan forensik tersebut.

Rasanya laporan forensik itu saya baca. Dia tidak ada yang dipadamkan. Saya baca tidak nampak pun ada – Tidak tahulah. Sebab saya tidak tahu yang mana asal, yang mana saya dapat baca. Akan tetapi rasanya tidak ada yang dipadamkan.

Nombor dua tadi berkenaan dengan syor PAC ada tujuh. Enam untuk Kementerian Pertahanan. Satu ialah khusus untuk SPRM menyiasat. Daripada enam yang telah disyorkan khusus untuk Kementerian Pertahanan, empat telah pun dilakukan sepertimana yang dikatakan tadi declassified ataupun untuk mendiklasifikasikan dokumen telah pun dibuat. Akan tetapi dokumen tersebut adalah hak kepunyaan Jabatan Perdana Menteri. Makanya ia dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri.

Yang nombor dua ialah berkenaan dengan model-model telah ditukar daripada Sigma kepada Gowind. Itu juga sebagai penyebab kepada masalah LCS ini, Tuan Yang di-Pertua, kerana terdapatnya perubahan design, perubahan model iaitu Sigma daripada Netherlands atau pun Dutch design bertukar kepada Gowind iaitu kepunyaan France.

Jadi, perkara-perkara ini menyebabkan banyak berlaku perubahan dan ini PAC kata jangan ulangi lagi lah. Sebenarnya, once user sudah setuju, kita akur kepada apa yang dikehendaki oleh user iaitu Navy sendiri kerana disebabkan oleh ini juga salah satu penyebab kepada masalah yang berlaku.

Nombor tiga ialah berkenaan dengan bentangkan kepada Parlimen supaya apa- apa sahaja pembelian ataupun aset-aset yang substantive in nature yang besar-besar ini diminta supaya dibentangkan kepada Parlimen. Saya rasa tidak perlu kepada Parlimen tetapi kepada Parliament Select Committee ataupun jawatankuasa khas untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa sahaja. Apa-apa sahaja pembelian-pembelian yang besar-besar pada masa akan datang.

Nombor tiga ialah meminimumkan VO pada masa akan datang. VO ini banyak terjadi Tuan Yang di-Pertua, disebabkan oleh pertukaran model, macam-macam lah ya.

Terdapat juga orang dahulu kata dia hendakkan peluru berpandu jenis ini. Akan tetapi yang sudah datang baharu kata hendak yang itu. Macam-macam.

Jadinya, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara telah pun mengarahkan supaya perkara seperti ini dikurangkan dan sekali kita telah pun tetapkan, dia tidak perlulah diubah-ubah kerana dia menyebabkan banyak variation order iaitu VO yang menyebabkan kos escalation dalam pembelian kita, Tuan Yang di-Pertua. Ini pun kita telah tubuhkan banyak jawatankuasa di peringkat semua perkhidmatan dalam Navy, dalam Tentera Darat dan juga Tentera Udara.

Jawatankuasa khas perolehan ini telah ditubuhkan dan mereka lah akan menjadi sebagai penilai terakhir daripada segi teknikal. Mereka akan menilai dan merekalah yang akan memperakukan kehendak user, kehendak mereka sendiri. Jadi, once atau sekali mereka telah pun bersetuju, mereka tidak perlu ubah-ubah lagi walaupun panglima- panglimanya ada yang pencen, ada yang baharu.

Jadi, kita tidak usah ikut orang lama hendak ini, orang baharu hendak itu. Susah, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kita akan stick to the model that’s been agreed. Itu lah yang akan kita lakukan dan ini akan mengurangkan potensi orang kata variation order yang banyak ataupun masalah-masalah pada masa akan datang. Itu yang kita buat. Yang dua lagi yang belum kita buat ialah projek ini mesti kita refer ataupun kita kemukakan laporan status mereka kepada PAC secara berkala dan juga Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Ini akan kita buat. Akan tetapi sekarang ini projek itu belum lagi bermula, Tuan Yang di-

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Pertua. maka tidak dapat lah kita melaporkan progress dia. Yang selebihnya ialah berkenaan dengan– apa lagi minta ya.

final • 5:00 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

[Bangun]

final • 5:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Yang di-Pertua, peratusan progress LCS1 yang sudah ada.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Peratusan LCS1 itu tidak ada perubahannya Yang Berhormat Sik sebab daripada apa yang Yang Berhormat buat tinjauan selaku pengerusi PAC pada tahun 2021, dia samalah kerana projek ini belum diteruskan lagi. Dia statusnya sekarang 60 lebih peratus. Dia membuat kapal ini Tuan Yang di-Pertua, ialah dia pakai blok-blok. Sebenarnya blok itu sudah hampir 90 peratus.

Cuma blok yang teras itu sahaja.

final • 5:00 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Yang Berhormat Rembau, boleh bagi masa?

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Sekejap. Terus itu sahaja memang ditinggalkan begitu kerana untuk kita memasang nanti peralatan-peralatan persenjataan dan juga peralatan-peralatan komunikasi dan macam-macam. Sebenarnya, kapal yang nombor satu itu saya ingat Yang Berhormat Sik pun sudah pergi melawat. Enjinnya semua sudah ada dalam itu. Dia punya gearbox sudah ada dalam itu, shaft nya, propeller dia sudah dipasang. Cumanya, persenjataan belum lagi dibuat dan juga dia punya alat-alat komunikasi dan juga electronic equipment yang belum dimasukkan. Itu sebabnya blok terakhir tersebut memang tidak dipasang kerana kalau sudah pasang, esok kena buka balik untuk memasukkan peralatan-peralatan yang saya sebutkan tadi. Silakan.

final • 5:00 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tambah lima minit lagi kerana setakat 30 minit ini kita cerita fasal LCS sahaja. Banyak lagi yang kita kemukakan itu tidak disentuh langsung. Jadi, saya minta lima minit sebab ini melibatkan hal-hal kebajikan anggota tentera. Mereka sekarang ini memerhatikan live ini.

Mereka hendak tengok, sama ada yang mereka minta itu disentuh ataupun tidak oleh Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Ketereh sila duduk dahulu. Menteri mahu tambah masa untuk jawab atau tidak? Saya bagi lima minit lagi.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tuan Yang di-Pertua, ini isu pertahanan negara. Pertahanan negara ini isu yang amat serius. Jadi, penting untuk pertahanan ini dilanjutkan.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jadi, saya sudah tambah lima minit.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Bagi saya bukan lima minit. Kalau boleh 10 minit.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Lima minit kerana ada banyak Menteri masih tunggu.

final • 5:00 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Okey, okey, saya start.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat hendak bertanya pada Yang Berhormat Ketereh tadi. Dia lebih tahu jawapan daripada saya.

final • 5:00 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Okey, sekarang ini macam ini. Sekarang ini, kita ini live.

Seluruh tentera memerhatikan kita. Jadi, isu-isu tentera ini memang banyak hari itu bermacam-macam orang yang keluarkan. Akan tetapi yang penting sekali adalah isu-isu bekas-bekas tentera. Bekas tentera sekarang ini yang pertama sekali isunya adalah pelarasan pencen. Yang mana mereka telah berjuang daripada 1 Januari 2013 sehingga sekarang. Kalau kita tengok, ada enam orang Menteri telah terlibat. Tidak ada satu pun yang boleh menyelesaikan masalah ini.

final • 5:00 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Sekarang ini terpulang kepada Tok Mat, Tok Mat lah harapan kita untuk menyelesaikan pelarasan pencen ini...

[Tepuk] Kesian, kesian- 65,434 orang sudah sekarang ini. Dahulu 68,000 orang, saya tidak tahu pergi mana, mungkin sudah mati, sudah apa dan sebagainya. Jadi pelarasan pencen ini tidak dibuat-buat. Jadi kalau kita dok ceritalah, itulah, duit itulah ini...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Ketereh, ini masa untuk Yang Amat Berhormat Menteri jawab, bukan untuk berbahas.

final • 5:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Tak apa, tak apa, tak apa Yang Berhormat Menteri bagi, Yang Berhormat Menteri bagi.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bukan. Sila duduk.

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 5:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Okey. Jadi saya minta sangat-sangatlah Tok Mat, sebagai sahabat saya yang baik, Yang Berhormat Menteri lain tak nak buat tidak mengapa, Tok Mat kena buat yang ini. Tolonglah!

Yang kedua, isu pencen hilang upaya, review lah balik dari tahun 2000 lagi itu...

final • 5:10 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

[Bangun]

final • 5:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Okey selepas itu, kerjaya selepas pencen, kerjaya kedua. Sebab apa, askar ini pencen 21 tahun servis, masa itu dia baru berumur 40, 43, 44 tahun sahaja. Anak kecil-kecil, jadi dia mahu kerja apa? Dia itu tergolong dalam B40, jadi sekarang ini dia berhenti dia ada skil. Dia ada intelligent, dia boleh buat rumah...

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Sudahlah tu, bagilah saya jawab pula.

final • 5:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Okey, okey, okey terima kasih...

[Ketawa]

final • 5:10 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak satu, boleh? Okey, laporan PAC sudah keluar, kemudian sudah ada keputusan dan PAC kata ada something, so boleh lah. Dulu masa kempen Yang Berhormat Bentong dengan Yang Berhormat Pandan nak memenjarakan Yang Berhormat Bagan Datuk, habis sudah boleh buat lah, semua sudah jadi kerajaan. Okey.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Saya akan jawab Yang Berhormat Pasir Salak dahulu. Saya sudah katakan tadi, bukan bidang tugas saya untuk mendakwa, menyiasat. Itu terpulanglah kepada pihak-pihak agensi yang telah pun diberi mandat untuk menyiasat ataupun mendakwa sesiapa yang didapati ada apa-apa ketidakbetulan dalam proses LCS ini.

Berkenaan dengan sahabat saya, Mejar Jeneral (B) Dato’ Haji Khlir. Veteran ini isunya memang banyak, tetapi tidak pula bermakna satu-satunya iaitu untuk apa orang kata menyelesaikan masalah pencen sahaja. Ini kerana selain daripada itu, bantuan- bantuan lain banyak dibuat. Bantuan-bantuan yang diadakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran dan pihak Kementerian Pertahanan, saya telah pun minta supaya kajian secara amat teliti dilakukan, cara mana terbaik untuk kita yang penting menjaga kebajikan veteran ini.

Veteran ini terbahagi kepada veteran yang sudah berumur, veteran yang kurang upaya dan veteran yang muda-muda. Di bawah PERHEBAT, saya telah pun minta supaya Tuan Yang di-Pertua, kita sekarang dalam zaman teknologi tetapi latihan kita banyak latihan TVET. Makanya, kita akan bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk melatih juga, mengadakan kurikulum IT supaya kebanyakan kerja-kerja sekarang ini bersangkut paut dengan IT.

Jadi mereka perlu didedahkan dalam kemahiran di dalam bidang IT. Cadangan kami disambut baik oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan ia tidak memerlukan apa-apa tambahan peruntukan untuk kita memperbaiki dan menaik taraf kurikulum dan juga

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

PERHEBAT punya skim untuk melatih bakal-bakal veteran yang akan berhenti ataupun bersara Tuan Yang di-Pertua.

Yang lagi satu, berkenaan baru-baru ini untuk kita terus memberikan dan menjaga kebajikan veteran ini Tuan Yang di-Pertua, bantuan bulanan yang RM300 itu, yang dahulunya ataupun sekarang ini dinikmati oleh 9,000 orang, kita telah pun menambah jumlah bilangan yang bakal menerima bantuan RM300 sebulan ini kepada 15,000 orang.

Kita sudah tambah. Itu kita berperingkat-peringkat Tuan Yang di-Pertua, kita ambil umur 80 tahun kerana jumlah veteran ini ramai Tuan Yang di-Pertua, beratus ribu, 200,000 lebih orang veteran. Ada yang berpencen dan ada juga yang tidak berpencen dalam pada itu.

Dari semasa ke semasa, Jabatan Hal Ehwal Veteran akan terus memperkasa dan mempertingkatkan prosedur dan juga cara untuk terus memberikan, menjaga hal ehwal dan mempertingkatkan kebajikan veteran ini. Tuan Yang di-Pertua, yakinlah bahawa saya dan rakan-rakan di Kementerian Pertahanan memandang ini sebagai satu amanah yang telah diberikan kepada kami kerana kami punya teras dalam Kertas Putih Pertahanan Negara ataupun Kertas Putih yang telah pun diluluskan di Dewan yang mulia ini, teras yang kelima iaitu menjaga kebajikan Angkatan Tentera, veteran dan yang lain-lain.

Termasuklah isu perumahan dan isu-isu yang lain dan juga kemudahan-kemudahan di tempat-tempat di kem-kem yang telah usang, termasuk ada kem yang tiada air sudah berbelas-belas tahun, macam-macam ya Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Menteri boleh jawab tentang LMS?

final • 5:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Pelarasan pencen itu biar dapat akhir tahun ini lah. Biar dapat juga tahun ini, tidak perlu tunggu tahun depan lagi.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Yang Berhormat, kita akan membentangkan kertas kepada Jemaah Menteri. Itu bukannya di bidang kuasa kami tetapi macam menambah peruntukan daripada 9,000 orang kepada 15,000 orang itu dalam kuasa kami, kami telah pun menambah dan ini yang sedang kami lakukan. Jika tidak boleh, kita ada banyak option.

final • 5:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Akan tetapi kebajikan itu saya tidak nafi, memang MINDEF bagus beri kebajikan tetapi pelarasan pencen ini penting sebab sudah lama, sudah 10 tahun, sudah enam Menteri sudah. Tidak jalan-jalan ini.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Ya, tunggu Yang Berhormat Mejar Jeneral Khlir jadi Menteri agaknya.

final • 5:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Okey, okey, okey. Doa, doa...

[Ketawa]

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Menteri, boleh tidak sebelum hendak tutup, duduk kalau boleh tentang perolehan LMS yang di mana cadangan saya tentang apa sebab LCS kita tidak ready, tidak siap, kita pun tidak tahu bila. Harap-harap segera tetapi sementara menunggu itu macam tadi soalan tadi, kelompangan itu. Jadi, perlu perolehan LMS, boleh beri jawapan tentang soalan LMS? Terima kasih.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih sahabat dari Tanah Merah. LMS ataupun LMS Batch 2 ya, LMS Batch 2 ini ia tidak sama dengan LMS yang sedia ada. LMS sedia ada ini ia punya combatant ability itu tidak ada.

Kita telah pun membuat permohonan kepada kerajaan baru-baru ini. Insya-Allah kalau ada rezeki, saya minta supaya Yang Berhormat semua menyokong permohonan kita kepada kerajaan untuk kita memperoleh tiga, empat biji ataupun tiga biji LMS, tetapi dengan daya upaya combatant yang lebih canggih iaitu mempunyai keupayaan surface- to-surface missile dan juga surface-to-air missile tetapi tidak ada torpedo atau yang lain.

Selain itu, kita sedang merunding G2G dengan negara yang mempunyai kepakaran yang membuat ia punya templat dan ia punya platform sendiri. Oleh sebab, mengambil kira keperluan kita yang begitu mendesak, kita tidak mampu untuk kita buat seperti konsep LCS ini. Jadi kita buat terus daripada negara yang boleh mengeluarkan model mereka sendiri, design mereka sendiri dan itu akan mempercepatkan proses

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

perolehan ini dan mengurangkan risiko jika terdapatnya kelewatan dalam pembinaannya jika kita buat di limbungan-limbungan kapal yang bukan mempunyai design mereka sendiri. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah?

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Sudah habis, sudah.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah habis.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Jawapan-jawapan banyak daripada rakan-rakan, saya akan siapkan dalam bentuk bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih...

[Tepuk] Saya jemput Yang Amat Berhormat Menteri Kerja Raya.

final • 5:10 PM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan saya cedera di kaki saya, bolehkah saya sambil duduk untuk menjawab?

final • 5:18 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh, diizinkan.

final • 5:18 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih. Terima kasih semua. Saya ucapkan salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima kasih sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, dengan penuh hormat dan takzimnya, patik merafakkan sembah menjunjung kasih di atas limpah berkenaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah berkenan menyampaikan Titah Ucapan Diraja di Istiadat Pembukaan Penggal Kedua, Majlis Parlimen Kelima Belas.

Ampun tuanku. Patik menzahirkan rasa syukur atas hikmah kebijaksanaan yang dizahirkan oleh baginda tuanku bagi memastikan terbelanya nasib bangsa dan negara.

Keprihatinan dan kebijaksanaan baginda tuanku membuat keputusan yang tepat, mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan demi keutamaan kestabilan ekonomi, politik dan kemakmuran masyarakat majmuk agar terus terpelihara di Malaysia.

final • 5:18 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Menjunjung kasih, Tuanku.

Tuan Yang di-Pertua, saya dan seluruh Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak serta Kerajaan Negeri Sarawak turut ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi penghargaan atas pelantikan Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri yang ke-10 dan tahniah juga kepada semua anggota Jemaah Kabinet yang telah dilantik. Saya turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Yang di- Pertua Dewan Rakyat serta Timbalan-timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat atas lantikan yang merupakan satu penghormatan yang amat tinggi dan amanah besar kepada negara.

Marilah kita bersama-sama menjadikan titah baginda tuanku sebagai dorongan dan semangat untuk terus memberikan tumpuan khusus, menggembleng usaha dan tenaga ke arah pembentukan Malaysia Madani yang bukan sahaja bertunjangkan ke arah ekonomi yang lebih mampan, bersepadu dan holistik, malah melibatkan keterangkuman kualiti kehidupan masyarakat pelbagai adat, budaya dan kaum ke arah hala tuju negara bangsa yang lebih baik, maju dan sejahtera.

Terima kasih tidak terhingga juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana terus mengorak inisiatif serta dasar-dasar yang menjurus kepada mengekalkan momentum dan hubungan kerjasama erat dan harmoni di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sarawak, terutama mencari kesepakatan dan persetujuan yang boleh dicapai berhubung isu melibatkan kepentingan hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

final • 5:20 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan di atas beberapa keputusan penting yang telah dicapai bersama. Saya penuh yakin keterbukaan Kerajaan Persekutuan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mencari penyelesaian lanjut berkenaan isu Perjanjian Malaysia 1963 akan membuahkan hasil yang sangat positif.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada 48 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja 2023 yang menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya sepanjang sesi perbahasan yang lalu. Terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan itu. Jadi, saya akan menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin bagi memberikan jawapan bagi setiap persoalan dan cadangan Ahli Yang Berhormat tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya memulakan dengan tajuk Lebuhraya Pan Borneo yang mendapatkan perhatian khusus Ahli Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Ranau, Yang Berhormat Putatan dan Yang Berhormat Sipitang.

Yang Berhormat Selangau telah membangkitkan isu kawasan rehat dan rawat di Lebuhraya Pan Borneo (LPB), Sarawak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di sepanjang jajaran projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, terdapat tiga kawasan rest and service area (RSA) dan juga lima lay-by akan dibina iaitu: bagi RSA di Jelukong, di Lubok Antu; Sungai Bassai, di Selangau; dan Lambir di Miri. Bagi lay-by, ia di Lundu, di Roban, di Saratok, Julau, Sungai Semanok di Bintulu dan Suai di Niah. Selain daripada menyediakan kemudahan asas untuk pengguna jalan raya untuk berehat dan solat, usahawan tempatan boleh menjana pendapatan dengan mengusahakan kemudahan kedai makan dan pasar tamu di RSA tersebut.

Seterusnya Ahli Yang Berhormat Tuaran, Ahli Yang Berhormat Kota Belud, Ahli Yang Berhormat Sandakan, Ahli Yang Berhormat Keningau, Ahli Yang Berhormat Puncak Borneo, Ahli Yang Berhormat Ranau, Ahli Yang Berhormat Putatan dan Ahli Yang Berhormat Sipitang pula membangkitkan tentang penyaluran dana agar projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah segera disiapkan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek fasa satu LPB Sabah dengan anggaran jarak keseluruhan 706 kilometer dibahagikan kepada 35 pakej kerja. Di mana sehingga kini, 15 pakej kerja telah dibuat pelantikan kontraktor bagi tujuan kerja- kerja pembinaan dengan status kemajuan sehingga Januari 2023 bagi pakej kerja yang telah dimulakan, adalah 74 peratus dan akan siap pada awal 2025.

Sehingga kini, pakej-pakej kerja berikut telah dibuka untuk pengguna jalan raya iaitu Pakej Kerja 5, Donggongon–Papar telah siap pada 29 Ogos 2022. Pakej Kerja 27, Kampung Lot M – Batu 32, Sandakan telah siap pada 18 November 2022. Manakala, status satu pakej kerja baharu iaitu Pakej Kerja 9 yang melibatkan laluan dari Serusop– Pituru pula dijangkakan akan dilaksanakan seawal suku tahun 2023, menjadikan keseluruhan 16 pakej kerja akan dilaksanakan buat masa kini dengan kos keseluruhan sebanyak RM10.84 bilion menggunakan peruntukan pembangunan ataupun development expenditure (DE) sepenuhnya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kerajaan komited bagi memastikan kelangsungan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo ini. Sehubungan itu, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM2 bilion setiap tahun di mana RM1 bilion diperuntukkan masing-masing kepada projek LPB Sabah dan LPB Sarawak. Manakala, bagi baki 19 pakej kerja fasa 1B yang masih belum mula pembinaan akan dibiayai secara hibrid menggunakan peruntukan pembangunan dan melalui terbitan sukuk (bond) oleh DanaInfra Nasional Berhad. Projek LPB Sabah fasa 1B ini akan dilaksanakan dengan tempoh pembinaan selama lima tahun dan dijangka akan dimulakan seawal suku ketiga tahun 2023, tertakluk kepada kelulusan agensi pusat.

final • 5:20 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ahli Yang Berhormat Kota Belud juga turut membangkitkan permasalahan banjir di beberapa kawasan yang dikatakan akibat projek LPB Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi pembinaan LPB Sabah, reka bentuk jalan telah mengambil kira sistem perparitan dan saliran serta kadar taburan hujan di right of way (ROW) jalan persekutuan. Manakala, sistem saliran di kawasan koridor jalan persekutuan adalah di bawah kuasa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta pihak berkuasa tempatan.

Antara punca insiden banjir di kawasan-kawasan seperti yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat termasuklah taburan hujan luar biasa daripada taburan hujan purata yang menyebabkan sungai berhampiran tidak mampu menampung kapasiti hujan yang luar biasa. Sistem perparitan yang kurang sempurna dan kawasan-kawasan yang terlibat adalah flood-prone area sebelum kerja-kerja naik taraf jalan dan pembinaan LPB Sabah bermula lagi.

Walau bagaimanapun, sebagai langkah mitigasi, kementerian kini melalui JKR Sabah selaku pegawai penguasa projek akan memastikan environmental management plan (EMP) sentiasa dipatuhi oleh pihak kontraktor selaras dengan environmental impact assessment (EIA) yang telah diluluskan sebelum mula pembinaan.

final • 5:20 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Pihak kontraktor juga telah diarahkan supaya mengambil tindakan segera sekiranya terdapat sebarang keperluan di tapak.

final • 5:30 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kota Belud sebelah kanan.

final • 5:30 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ya boleh.

final • 5:30 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Boleh saya tanya berkenaan dengan DanaInfra dan juga hibrid tadi kalau saya boleh dapatkan pengesahan adakah tahun ini telah dimulakan pembiayaan tersebut untuk pakej Pan Borneo Sabah?

final • 5:30 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri minta laluan. Saya ingin bertanya tentang lebuh raya jajaran baharu iaitu Serdang ke Sungai Petani. Adakah boleh dilaksanakan pada tahun ini untuk mengelakkan kesesakan yang berlaku terutamanya di tol Sungai Dua dan tol Juru? Mohon penjelasan.

final • 5:30 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Okey, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, ini perkara tidak berkaitan dengan di sini.

final • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dengar lah, dengar.

final • 5:30 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Saya akan majukan pencerahan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Untuk Yang Berhormat Kota Belud sama juga saya akan memberi penerangan ataupun pencerahan kepada perkara itu secara bertulis. Sebab saya hendak teruskan sebab ini banyak saya hendak respons kepada sebanyak baik, sebab ini ada beberapa puluh helai ini. Boleh ya?

Terima kasih okey. Selain daripada itu JKR Sabah dengan kerjasama pihak JPS dan PBT akan terus memantau dari semasa ke semasa serta bersedia untuk berbincang dan meneliti sebarang cadangan penambahbaikan di kawasan yang terkesan dengan banjir bagi memastikan projek ini mendapat manfaat sepenuhnya sekali gus menjadi pemangkin lonjakan baharu kepada demografi sosioekonomi rakyat Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Sri Aman pula menanyakan projek lain LPB di Sabah dan di Sarawak, selain LPB. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selain daripada Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak yang sedang giat dilaksanakan beberapa lagi projek kini sedang di peringkat perancangan Kementerian Kerja Raya untuk penambahbaikan jaringan jalan raya ke Negara Brunei, Kalimantan, Indonesia seperti berikut. Pertama, Trans Borneo yang akan menambah baik jalan persekutuan sedia ada di Miri, Limbang dan Lawas melalui Brunei dan Sarawak Sabah Link Road yang akan menghubungi Miri, Limbang dan Lawas dan seterusnya ke Ba’kelalan.

final • 5:30 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Manakala bagi cadangan jalan sempadan ataupun border road jalan ke sempadan di antara Sarawak dan Kalimantan, cadangan tersebut turut diambil kira dalam kajian semula Pembangunan Rangkaian Jalan Raya atau Highway Network Development Plan oleh Kementerian Kerja Raya bagi mengenal pasti jajaran terbaik untuk penelitian lanjut bersama agensi pusat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, lebuh raya Trans Borneo Lebuh raya Pan Borneo termasuk di dalam jajaran Asian Highway Network dengan nombor laluan AH-150 yang merupakan laluan utama menghubungkan negara-negara ASEAN di kepulauan Borneo iaitu Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah, Brunei dan Indonesia, Kalimantan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini telah mengangkat cadangan projek di sempadan Malaysia dan Indonesia iaitu kerja awalan dan reka bentuk bagi projek pembinaan jalan dari Kalabakan ke sempadan Malaysia Indonesia Semenggaris dan cadangan menaik taraf FR21 Jalan Serian-Tebedu Indonesian Border pada Rolling Plan ketiga. Rancangan Malaysia ke-12 untuk pertimbangan agensi pusat.

Kelulusan bagi cadangan projek-projek ini akan dimaklumkan selepas pembentangan bajet kelak. Berdasarkan keutamaan dan kedudukan kewangan dengan kerajaan.

Selain mewujudkan jaringan jalan raya yang selamat dan selesa, projek-projek ini apabila siap kelak berpotensi untuk membawa limpahan pembangunan bagi Sarawak dan Sabah melalui peningkatan aktiviti ekonomi dan perdagangan di sepanjang jajaran jalan termasuk pembukaan kawasan pembangunan dan penempatan baharu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kementerian ini sedang menjalankan kajian Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya tahun 2040 ataupun HNDP 2040 untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Kajian ini merupakan kesinambungan daripada perancangan terdahulu iaitu HNDP fasa dua yg menjadi rujukan tahun 2010 sehingga tahun 2025. Antara skop kajian HNDP tahun 2040 adalah untuk mengkaji keperluan cadangan jalan sempadan antarabangsa atau pun international border road dengan Indonesia dan Brunei. Kajian dijangka akan siap pada awal tahun 2025.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek yang dimaksudkan adalah proposed Sarawak Border Security Road Programme. Cadangan projek ini pernah dimohon ketika RP1 ketika Rancangan Malaysia Ke-12 namun tidak dapat dipertimbangkan berdasarkan kedudukan keutamaan projek dan agihan siling peruntukan pembangunan yang terhad untuk projek baharu.

Kementerian ini akan meneliti semula cadangan projek ini apabila dimohon ataupun dalam rolling plan yang akan datang dan akan dipertimbangkan untuk diangkat kepada agensi pusat untuk kelulusan, tertakluk kepada kedudukan keutamaan projek dan ketersediaan agihan peruntukan pembangunan.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih pula ke tajuk seterusnya iaitu Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU). Ahli Yang Berhormat Machang, Ahli Yang Berhormat Bachok, Ahli Yang Berhormat Gua Musang telah membangkitkan isu Projek Lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Krai (KBKK) dan LTU. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai peneraju pembangunan infrastruktur negara, Kementerian Kerja Raya komited untuk memastikan pembangunan adalah menyeluruh di semua negeri dalam Malaysia di bawah Perancangan Malaysia ke-12.

Lebuhraya Kota Bharu Ke Kuala Krai (KBKK) sepanjang 66.9 kilometer bernilai RM2.3 bilion merupakan projek berskala besar yang sedang dilaksanakan di Kelantan secara berfasa mula Rancangan Malaysia Ke-10 sehingga kini. Keseluruhan projek KBKK merangkumi tujuh kontrak di mana dua kontrak telah siap dan lima kontrak sedang dalam pembinaan. Selain KBKK, kajian juga sedang melaksanakan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU).

final • 5:30 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat, minta penjelasan sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin kepastian berkaitan dengan Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai ini iaitu pakej 2B dari Ketereh ke Kok Lanas sepanjang 6.2 kilometer yang dikenal pasti mengalami kelewatan daripada jadual asal.

final • 5:30 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tidak silap saya memang nampak kalau lihat dari luar memang projek itu macam terbengkalai, jadi saya hendak tahu status terkini projek ini yang diluluskan sejak sekian lama tetapi nampak macam terbengkalai. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Untuk respons kepada Yang Berhormat, yang ini kesemuanya projek ini memang bermasalah. Dia lambat tetapi belum terbengkalai lagi. Jadi, JKR mempertimbangkan semula rayuan untuk EOT dan sebagainya sebab ia akan siap, tidak banyak lagi kan untuk disiapkan? Kita tak nak ada gangguan jadi akhirnya melambatkan lagi proses. Okey.

final • 5:30 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak. Okey Yang Berhormat Menteri, mohon perhatian Yang Berhormat Menteri untuk melihat jalan daripada sungai Kinta ke Jambatan Lambor Kanan untuk diganti yang baharu daripada dua lorong kepada empat lorong, yang baharu lah.

final • 5:30 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ini cadangan Yang Berhormat kah? Kalau cadangan Yang Berhormat kami ambil maklum. Jadi kalau ada saya dapat maklum balas daripada Yang Berhormat, kami akan maklum balas semula. Sebab ini cadangan ya.

Okey.

final • 5:30 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri tadi saya ada dengar dibangkit berkenaan dengan apa yang dibahas oleh Gua Musang semalam.

final • 5:30 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Jadi, suka untuk saya highlightkan di sini berkenaan dengan, sebagaimana Yang Berhormat Kuala Krai sebut tadi, kelewatan. Jadi, kita sudah dapat jawapan dari Yang Berhormat Menteri. Persoalannya sekarang, kelewatan ini adakah akan dibiarkan berterusan macam ini ataupun ada sesuatu tindakan di pihak JKR? Kalau kita tahu, Jabatan Kerja Raya Malaysia ini satu kementerian yang cukup hebat, cukup teliti dalam pelbagai aspek terutamanya keselamatan kepada pengguna.

Kalau saya bangkit semalam di Gua Musang 3D, 3C dan 2C, pakej-pakej ini berdekatan. Pembinaannya berdekatan dengan jalan laluan utama yang ada pada hari ini.

Kalau kita tengok, contoh depan rumah saya Taman Wangi, Gua Musang sendiri, petang ini kontraktor ada letak kon tidak sempat malam, Maghrib itu sudah orang langgar. Kereta terbang, patah semua.

Jadi, kita ada buat satu perjumpaan dengan pihak penduduk, hendak tanya macam mana— sebab, Gua Musang ini dia tidak banyak jaringan jalan raya. Masalahnya bila kontraktor, lambat. Selepas itu, proses pembinaan jalan itu berdekatan dengan jalan yang sedia ada. Dia kena tutup jalan, letak kon sembarangan, tidak ada apa-apa tanda yang orang kata boleh menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Jadi, saya selaku wakil di Parlimen Gua Musang dan tiga pakej ini di Gua Musang, selain daripada masalah itu, banjir dan lain-lain masalah yang mengundang kesesakan trafik ini, apakah tindakan daripada pihak JKR untuk menangani permasalahan lewat ini?

Sebab, kalau kita tengok zaman-zaman dahululah, zaman-zaman pemerintahan dahulu kalau lambat, bayar duit lebih. Macam-macam alasan kan? Lambat, bayar duit lebih kepada kontraktor. Jadi, adakah amalan ini akan diteruskan pada zaman kerajaan madani hari ini?

Sekian, terima kasih.

final • 5:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ya, sesungguhnya apabila berdepan dengan masalah yang seperti mana yang diceritakan oleh Yang Berhormat tadi, memang kita ada SOP sedia ada, garis-garis panduan sedia ada. Jadi, JKR ini sejauh mana boleh mestilah mengikut SOP ataupun garis panduan yang sedia ada.

Jadi, dalam masa yang sama, kita melihat juga kepada sejauh mana projek itu hampir siapkah ataupun ia terlalu jauh sebelum siap. Kalau ia hampir siap, perlulah kita beri kelonggaran sedikit sebab kita hendak siapkan projek. Kita tidak hendak bila hampir siap, jadi kita buat satu proses lagi yang melewatkan lagi projek. Jadi, sukar lagilah bagi rakyat berhampiran itu.

final • 5:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak meneruskan...

final • 5:40 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

...Kerana tidak adil kepada ramai sangat yang bertanya dan jawapan-jawapan yang telah disediakan ini adalah sungguh baik. Itu pun saya tidak mungkin hendak habiskan, saya akan jawab secara bertulis nanti.

final • 5:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tangga Batu sedikit. Tangga Batu boleh?

final • 5:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

[Ketawa] Ini tidak ada kaitan dengan inikan?

final • 5:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Ada, ada kaitan jalan.

final • 5:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Bukan. Jalan di Gua Musang?

final • 5:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tidak.

final • 5:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Saya mohon maaflah, Yang Berhormat. Oleh sebab saya hendak— banyak lagi jawapan kepada kawan-kawan lagi. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Tanjong Karang sedikit, Yang Berhormat Menteri. Tanjong Karang?

final • 5:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ini di Selangor. Jauh dari Gua Musang.

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, semasa ucapan saya, saya ada menyentuh tentang kesesakan jalan raya di Tanjong Karang dan saya juga telah berjumpa dengan...

final • 5:40 PM

[Dewan riuh]

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Saya telah berjumpa dengan JKR dan dia memaklumkan berkenaan dengan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dan juga naik taraf jalan alternatif Ban Canal akan menyelesaikan 65 peratus kesesakan jalan tersebut. Saya menggesa ataupun minta makluman daripada Yang Berhormat Menteri tentang WCE di Tanjong Karang.

final • 5:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Yang Berhormat, kami ambil maklum kerana ini perkara baharu. Saya dalam bab Gua Musang.

[Ketawa] Okey?

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Dalam ucapan, saya ada menyentuh tentang perkara ini tetapi Tanjong Karang tidak disebut.

final • 5:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Belum, belum, sebab saya...

final • 5:40 PM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Belum sampai lagi. Belum sampai.

Tunggu dahulu.

final • 5:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ini seluruh Malaysia ini besar. Saya cuma sedaya upaya saya hendak menjawab semua ini.

final • 5:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Ramai perlu tunggu, Speaker. Jangan buang masa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan

final • 5:40 PM

Mesyuarat] Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Memang ada di jawapan yang jauh di dalam ini.

[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Walaupun saya tidak sempat secara lisan tetapi ini memang disampaikan kepada Yang Berhormat secara bertulis nanti. Biarkan saya teruskan boleh? Tuan Yang di-Pertua?

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan.

final • 5:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Okey. Tuan Yang di-Pertua, selain KBKK, kerajaan juga sedang melaksanakan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) melibatkan jajaran yang bermula dari Kuala Krai, Kelantan sehingga persimpangan Lebuhraya Pantai Timur, Bentong, Pahang. Bagi negeri Kelantan, terdapat 10 kontrak di mana dua di

final • 5:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

peringkat perolehan, tujuh di peringkat pembinaan dan satu telah siap. Kos keseluruhan projek KBKK dan LTU di negeri Kelantan adalah sebanyak RM5.4 bilion dan kedua-dua projek ini dijangka siap pada tahun 2026.

Tuan Yang di-Pertua, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) masih berkisarkan rangkaian jalan di kawasan Pantai Timur. Ahli Yang Berhormat Bachok dan Ahli Yang Berhormat Rantau Panjang telah menanyakan berkaitan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3

(LPT3).

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian kini melalui Jabatan Kerja Raya Malaysia telah menjalankan kerja awalan bagi projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 dan menaik taraf jalan-jalan persekitaran untuk tujuan penyuraian trafik. Hasil kerja awalan bagi projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 telah dibentangkan kepada agensi pusat pada 20 April 2022.

Mengambil kira agihan peruntukan kepada negeri-negeri yang lain, agensi pusat telah bersetuju supaya cadangan LPT3 dari Kampung Gemuruh, Terengganu ke Pangkalan Kubor, Kelantan ini dilaksanakan secara penswastaan melalui kaedah kerjasama awam-swasta (PPP). Jadi, Mesyuarat Jawatankuasa Penswastaan Kementerian Kerja Raya yang bersidang pada 22 Julai 2022 telah memutuskan supaya cadangan projek LPT3 dilaksanakan secara penswastaan melalui kaedah request for proposal (RFP) secara tender terbuka. Keputusan tersebut...

final • 5:40 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Minta laluan, Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Keputusan tersebut diangkat untuk perhatian Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS) untuk memulakan proses RFP.

Siapa?

final • 5:40 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Kuantan minta laluan sedikit.

Berkaitan dengan projek LPT 3. Jadi, sekarang ini LPT 2, sistem keselamatannya masih lemah. Terdapat binatang turun ke lebuh raya. Jadi, mohon tingkatkan keselamatan agar nyawa pengguna kita dapat dilindungilah. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih atas cadangan itu. Kita ambil maklum. Jadi, proses RFP LPT3 akan dimulakan dengan penubuhan pasukan projek bagi mengenal pasti penyata kehendak (needs statement) sebelum diangkat bagi pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri. Cadangan projek LPT3 ini dijangka dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya untuk anak-anak perantau balik ke kampung halaman di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

final • 5:40 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Menteri, mohon mencelah.

final • 5:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kementerian Kerja Raya telah menerbitkan Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya atau Highway Network Development Plan (HNDP) yang bertujuan untuk mengenal pasti keperluan menaik taraf jalan sedia ada atau membina jalan baharu bagi menampung unjuran pertambahan trafik dan pada masa yang sama dapat meningkatkan kesalinghubungan yang akan menyokong pembangunan ekonomi negara. Sedikit lagi.

Jadi, pelaksanaan cadangan projek yang dikenal pasti dalam HNDP ini dijangka akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mewujudkan rangkaian jalan raya yang lebih efisien. Ya.

final • 5:40 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya mohon untuk mendapatkan sedikit pengesahan, bilakah jangkaan tarikh penyiapan projek tersebut? Ini kerana di Kelantan ini merupakan satu negeri yang tidak ada lebuh raya sampai hari ini. Jadi kalau tadi sebut sampai ke Pangkalan Kubor dan menunggu dengan cara request for proposal tadi, agak-agak berapa tahun baru siap?

final • 5:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Untuk jawapan ikhlas kepada Yang Berhormat, buat masa kini, saya tidak tahu dan saya tidak hendak bagi jawapan yang

final • 5:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

mungkin mengelirukan Yang Berhormat. Saya akan semak dan nanti berikan secara bertulis. Boleh?

Sekian, terima kasih.

final • 5:40 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat, boleh saya tanya sedikit sebelum akhir itu? Sudah nampak masa hendak habis. Sedikit sahaja.

final • 5:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

[Ketawa] Yang Berhormat Rantau Panjang ya. Baik.

final • 5:40 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat tentang keperluan rakyat di Pantai Timur. Jadi, sebagaimana Yang Berhormat sebut tadi, keperluan untuk pelebaran jalan di jalan yang sesak. Yang saya sebut dalam perbahasan juga ialah isu di pintu masuk di Rantau Panjang–Thailand. Memang berlaku kesesakan yang amat terutama di musim perayaan.

Jadi, pembinaan jambatan itu, saya ingin confirm, adakah akan dilaksanakan sebagaimana yang telah diluluskan sebelum ini? Pembinaan jambatan baharu, jambatan muhibah kedua, Golok–Rantau Panjang.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, tiga minit gulung. Jika soalan tidak habis, jawab secara bertulis.

final • 5:50 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Tuan Yang di-Pertua, ada satu lagi tercicir iaitu Jempol. Jempol dan juga Yang Berhormat Kuala Pilah, dalam perbahasan kita mohon kepada pihak kementerian membina jajaran baharu jalan dari Seremban ke Jempol. Oleh sebab kesesakan dua hingga tiga jam pada hari Sabtu dan lima hingga enam jam dari Seremban ke Kuala Pilah menyebabkan kesesakan yang amat teruk.

Justeru, Jempol dan Yang Berhormat Kuala Pilah mencadangkan supaya dibina jajaran baharu dari Seremban, lebuh raya baharu ke Jempol terus menghubungkan ke negeri Pahang iaitu Bera, Rompin, Bentong dan juga Temerloh. Ini merupakan satu- satunya laluan alternatif dari Pantai Timur ke Pantai Barat, terutama sekali semasa banjir besar tahun 2014 dahulu, terputus hubungan apabila Lebuh Raya Karak– inilah satu- satunya jalan laluan.

Jadi, ia amat sesak dan sudah sampai masanya dibina satu laluan baharu untuk menghubungkan, bukan sahaja untuk menyelesaikan kesesakan lalu lintas dan juga untuk membina sebuah lebuh raya baharu dan juga menjadi pemangkin kemajuan kawasan di kawasan tengah ini. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih, Yang Berhormat Jempol. Oleh sebab itu, telah saya berulang-ulang menyatakan tadi ada yang kita panggil Highway Network Development Plan (HNDP) yang jangka panjang– jangka pendek terus ke jangka panjang untuk di mana-mana ada keperluan seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Jempol tadi, kita boleh masuk ke dalam perancangan dan kemudiannya akan dilaksanakan. Ia tertakluk kepada kewangan dan keutamaan yang ditentukan oleh agensi pusat nanti. Jadi, kesemua ini– akan tetapi Yang Berhormat, kalau ada cadangan bolehlah majukan kepada kami di kementerian supaya kita boleh utamakan ataupun kita masukkan. Kalau belum masuk, kita masukkan ke dalam senarai.

final • 5:50 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 5:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Masa sudah habis; kepada Yang Berhormat Rantau Panjang, saya boleh maklumkan ataupun bagi jawapan secara bertulis tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Jadi, memandangkan masa sudah habis, itu pun injury time. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini sekian sahajalah ucapan penggulungan saya yang menyentuh Kementerian Kerja Raya. Segala teguran dan cadangan akan diambil perhatian yang sewajarnya oleh pihak kementerian.

final • 5:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Saya pastikan dalam ucapan yang disediakan oleh pegawai yang sangat-sangat teliti dan sangat-sangat boleh memberi pencerahan yang memuaskan, ada pada saya dan saya tidak berkesempatan pada kali ini untuk secara lisan. Kami akan majukan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu-isu ini secara bertulis.

Jadi, mohon maaflah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Mungkin tidak ada kesempatan saya menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sekian, terima kasih.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kerja Raya. Sambil itu pun tolong tengokkan apa yang saya nyatakan berkaitan dengan Cameron Highlands.

final • 5:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Itu pun kami sudah ambil maklum, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:50 PM

[Dewan ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Seterusnya, mempersilakan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri untuk menjawab.

final • 5:50 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, [Membaca kata-kata aluan dalam bahasa Arab] Tuan Yang di-Pertua, saya bangun pertamanya dengan merafakkan junjung kasih atas titah diraja. Sekali gus, saya juga mengalu-alukan pandangan dan hujahan oleh 24 orang rakan Ahli Yang Berhormat ketika menyentuh Kementerian Dalam Negeri. Saya telah meneliti keseluruhan ucapan, berlegar dalam banyak perkara tetapi berpaksikan kepada empat tema.

Tema pertama ialah tentang keselamatan. Kedua, tentang warganegara dan pendaftaran. Ketiga, hal ehwal imigresen. Keempat, pembangunan infrastruktur dan kebajikan. Di sana pula ada 19 isu di bawah keempat-empat tema. Jadi, jawapan saya akan mengulas secara khusus tentang tajuk-tajuk yang telah diangkat dan saya akan izinkan celahan dengan keutamaan kepada Ahli Yang Berhormat yang berbahas.

Saya juga memohon Tuan Yang di-Pertua memaklumkan sepertimana peraturan Dewan, ketika penggulungan perkara-perkara baharu biasanya kita tidak akan memberikan perhatian tetapi boleh sahaja untuk mereka mengharapkan jawapan secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua, rakan saya dari Jelutong, dia bangkitkan soal Kuarters Balai Polis Jelutong yang sangat uzur dan tidak kondusif untuk didiami. Benar, secara jelasnya balai polis ini dan kuartersnya dibina sejak tahun 1972, bermakna 50 tahun dahulu. Oleh sebab itu, apa langkah KDN sebagai respons kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong. KDN berpendapat ada munasabah dan kewajarannya.

Oleh sebab itu, KDN telah mengangkat dalam Rolling Plan ke-4 Rancangan Malaysia ke-12 untuk dimasukkan perbelanjaan atau bajet untuk tujuan ini. Balai Polis Jelutong ini di sebelah pulau. Jadi, kalau kuarters anggota bawahan ini uzur dan tidak kondusif untuk didiami, pilihan untuk sewa rumah sendiri itu sangat mahal. Oleh sebab itu, mereka kadang-kadang tinggal di Sungai Petani, Kulim, Nibong Tebal, Batu Kawan.

Jadi, risiko untuk datang bertugas itu tinggi untuk mengalami kemalangan.

Memang betul angka-angka kemalangan, kehilangan nyawa anggota polis berlaku. Oleh sebab itu, KDN telah pun mengangkat permohonan dalam Rolling Plan ke-4 yang saya sebut tadi.

final • 5:54 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 5:54 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ya, terima kasih sahabat saya. Saya juga beralih ke Sri Gading, Merbok, Padang Besar dan Lubok Antu. Isunya adalah

final • 5:54 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

membangunkan balai polis baharu ataupun menaik taraf balai polis sedia ada. Bagi Balai Polis Sri Gading, IPD Kuala Muda, Balai Polis Beseri, Balai Polis Lubok Antu, dalam Pelan Tindakan Pembangunan Strategik PDRM 2021 hingga 2025, memang kita tidak senaraikan.

Akan tetapi, pendirian kementerian setelah meneliti hujahan yang dibawa oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya sebutkan tadi, saya telah mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai saya dalam mempersiapkan jawapan tadi, ada rasionalnya.

Walaupun tidak termasuk dalam pelan tindakan tetapi berdasarkan kepada keperluan semasa, kita fikir wajar untuk kita pertimbangan pembinaan kemudahan ini dan dalam tempoh untuk kita angkat permohonan. Yang Berhormat Padang Besar secara khusus membangkitkan soal...

final • 5:54 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah sedikit?

final • 5:54 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Dari?

final • 5:54 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Tanjong Piai.

final • 5:54 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tanjong Piai saya belum sentuh lagi.

final • 5:54 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Tidak apa, berkaitan dengan balai polis.

final • 5:54 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Balai polis mana itu?

final • 5:54 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Balai polis– sebenarnya lama juga saya...

final • 5:54 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya hendak sebut Balai Polis Sri Gading, Balai Polis Kuala Muda, Balai Polis Beseri...

final • 5:54 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Saya minta jasa baik ambil perhatian juga di Pekan Nanas, kawasan saya.

final • 5:54 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Okey, Pekan Nanas Tuan Yang di- Pertua, saya mohon sebab ini perkara baharu, spesifik. Balai Polis Pekan Nanas saya akan bagi jawapan bertulis, saya mohon izin. Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Tanjong Piai. Yang Berhormat Padang Besar, isu yang dibangkitkan ialah ICQS Wang Kelian; ini pintu sempadan. Yang Berhormat, hendak tanya, apakah status terkini projek naik taraf kompleks ini. Untuk makluman rakan saya Ahli Yang Berhormat Padang Besar...

final • 5:54 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Minta maaf, Yang Berhormat Menteri...

final • 5:54 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sekejap, saya habiskan ayat ini dahulu. Kementerian ini sedia maklum akan keperluan untuk menaiktarafkan Pos Imigresen Wang Kelian. Kementerian sedang meneliti cadangan pembangunan ini dan kita telah sebelum ini tiga kali mengangkat kepada EPU. Kali ini pun kita akan angkat lagi sekali, khusus tentang naik taraf ICQS Wang Kelian.

final • 5:54 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Temerloh.

final • 5:54 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ya.

final • 5:54 PM

Puan Hajjah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Di perkara baharu tetapi saya ingin perhatian. Pertama sekali, Temerloh mengucapkan terima kasih kerana IPD Temerloh yang baharu sudah pun beroperasi dan kondusif. Terima kasih banyak. Soalnya adalah berkaitan dengan tapak ataupun premis balai polis lama yang saya lihat terbiar di tengah bandar dan apakah statusnya? Adakah sudah dijual atau apa? Itu yang saya hendak tanya. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan Guru Zulkifli bin Ismail - Jasin

Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih, isu yang bagus.

final • 6:00 PM

Tuan Guru Zulkifli bin Ismail - Jasin

Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Beri perhatian kepada aspek logistik dan tahap siap siaga. Seperti saya sebut tadi, saya mohon banyak maaf kerana isu ini baru ditimbulkan ketika penggulungan. Saya mohon izin untuk pegawai-pegawai membuat catatan sekejap.

final • 6:00 PM

Tuan Guru Zulkifli bin Ismail - Jasin

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Bagi saya habis dulu. Bagi saya habis dulu, boleh? Saya minta izin ya.

Baik, Yang Berhormat Temerloh, pegawai-pegawai saya di belakang mengambil catatan. Insya-Allah saya berjanji, respons terhadap tapak lama itu – apakah status dan sebagainya saya akan beri jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Temerloh sebelum sesi Parlimen ini tamat. Baik, sila.

final • 6:00 PM

Tuan Guru Zulkifli bin Ismail - Jasin

Terima kasih Yang Berhormat. Saya Jasin ingin bertanya tentang status Balai Polis Sungai Rambai yang saya ada sentuh dalam ucapan perbahasan.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik, terima kasih. Saya ambil maklum juga. Ia begini ya, secara umumnya tentang balai polis, naik taraf, kuarters dan sebagainya. Di peringkat kementerian kita memang ada satu pelan strategik sebab dari pelan strategik itu baru kita boleh menjangkakan bajet yang hendak kita pohon. Dalam memohon bajet, kementerian kena bersaing dengan kementerian lain yang juga melihat ada keperluan terhadap bidang masing-masing. Jadi, secara khusus balai polis Yang Berhormat sebut tadi dalam susunan perancangan kita itu tentu ada urutannya. Jadi saya boleh sebut begitu dulu. Okey, baik.

final • 6:00 PM

Tuan Guru Zulkifli bin Ismail - Jasin

Yang Berhormat, balai polis itu telah pun diluluskan.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Faham, faham.

final • 6:00 PM

Tuan Guru Zulkifli bin Ismail - Jasin

Bajetnya sudah sampai tiga kali diturunkan.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Faham, saya ambil maklum yang itu okey. Yang Berhormat Kepala Batas, saya ucap terima kasih. Yang Berhormat Kepala Batas bertanya kementerian ada cadangan atau tidak hendak tambah anggota polis Parlimen Kepala Batas? Baik, saya memetik data Jabatan Perangkaan dulu. Bilangan penduduk Parlimen Kepala Batas ini, bilangan penduduk, data DOSM ialah 117,043 orang. Terdapat enam buah balai polis di bawah IPD Seberang Perai Utara. Kepala Batas ini di Daerah Seberang Perai Utara.

Sekarang ini, di Balai Polis Kepala Batas ini ada 128 orang penjawat. Ada seorang pegawai kanan pangkat inspektor dan kalau mengikut data semakan kita ini, di bawah Balai Polis Kepala Batas ini sebenarnya bertanggungjawab untuk 37,224 orang penduduk.

Ini daerah polis, kemudian bila balai dibuat ia akan ada sempadan. Sempadan polis tidak sama dengan sempadan pejabat daerah ya.

Ahli Yang Berhormat bertanya, apakah kami ada rancangan untuk menambah anggota? Pada ketika 128 jawatan dan 37,224 orang penduduk bermaksud nisbah anggota polis kepada masyarakat adalah satu kepada 318. Kalau mengikut piawaian antarabangsa, seorang anggota polis adalah untuk 350 hingga 400 individu. Ia bermaksud secara relatifnya, Kepala Batas ini berada dalam nisbah yang agak baik.

Baik, dalam menilai soal perjawatan anggota, kita pun tengok juga tentang indeks jenayah di satu-satu kawasan. Ratio ini berbeza ya. Jadi ukuran kita pula ialah jenayah indeks. Jenayah indeks bagi Balai Polis Kepala Batas bagi tahun 2022 ialah 152 kes berbanding sasaran nasional 244 kes bagi 100,000 orang penduduk. Baik, jadi secara umumnya kadar jenayah, bilangan anggota dengan ratio penduduk, kementerian dan

final • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

pasukan polis berpendapat angka yang ada itu memadai. Itu reaksi saya terhadap Yang Berhormat Kepala Batas.

Namun dari sudut perancangan, saya hendak sebut begini. Walaupun keadaan itu kita katakan bahawa relatifnya baik dengan kadar jenayah yang terkawal dan sebagainya tetapi yang namanya perancangan untuk memastikan sistem penyampaian

(delivery system) polis itu lebih baik, kita sentiasa mengalu-alukan sebarang syor, cadangan dan engagement dengan izin dengan pimpinan setempat untuk memberikan nilai tambah.

Rakan saya dari Kota Bharu, Yang Berhormat Kota Bharu tidak ada. Yang Berhormat Kota Bharu tanya tentang outrider. Jadi bila tidak ada, saya skip dulu, saya akan bagi jawapan bertulis kepada dia sebab itu perkara spesifik outrider sahaja.

Yang Berhormat Segamat, rakan saya bertanyakan tentang ada tidak TVET untuk banduan. Baik, KDN melalui 34 buah Pusat Vokasional Industri, Jabatan Penjara Malaysia menawarkan latihan kemahiran melibatkan enam sektor iaitu:

(i) sektor makanan/katering;

(ii) perkhidmatan;

(iii) pembuatan;

(iv) fabrik;

(v) pertanian dan perladangan; dan

(vi) penternakan.

Sejak bermula 2012 hingga 2022, seramai 15,790 orang banduan telah mengikuti latihan dan dapat Sijil Kemahiran Malaysia. Itu satu, maknanya ada dalam tempoh 2012 hingga 2022 seramai 15,790 dapat sijil kemahiran. Daripada mana? Dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Manakala, 15,126 orang lagi dapat Sijil Kecekapan Kemahiran daripada Kementerian Kerja Raya, Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dan daripada CIDB, seramai 664 orang.

Tidak terhenti di situ Tuan Yang di-Pertua, KDN juga mengukuhkan pelaksanaan program TVET ini di Jabatan Penjara dengan kerjasama industri dan agensi melalui program Corporate Smart Training yang dilaksanakan dalam tempoh jangka pendek dengan jaminan pekerjaan seperti berikut:

(i) kerjasama dengan Kagumas Culinary Academy dalam bidang katering melibatkan penyertaan 30 orang banduan dengan sijil profesional daripada City & Guilds; dan

(ii) kerjasama dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan (SWCorp) dengan sasaran peserta seramai 300 orang dengan sijil kemahiran tahap dua.

Bagi tahun 2023, kementerian melalui Jabatan Penjara terus mempergiat usaha dengan melaksanakan beberapa inisiatif baharu seperti Pusat Kecemerlangan Bidang Fabrik di tahap sijil dan diploma, program Teaching Factory atau Training Cum Production serta kursus-kursus intensif yang lain untuk banduan sebelum mereka dibebaskan. Itu TVET.

Yang Berhormat Muar bertanya tentang pencegahan penagihan dadah. Di bawah kementerian, kita ada agensi anti dadah. Sementara polis mengawal soal upstream, agensi anti dadah pula operasinya ialah operasi downstream iaitu menumpukan kepada program pemulihan. Yang penting saya hendak berkongsi di sini ialah rancangan ataupun keputusan yang telah dibuat iaitu kaedah rawatan menggantikan hukuman bagi pesalah dadah ini.

[Tepuk] Sekarang, rangka pembuatan undang-undang itu sudah pun siap kerangkanya.

Seperti biasa, proses itu akan melibatkan Pejabat Peguam Negara dan kalau semuanya berjalan mengikut jadual Tuan Yang di-Pertua, saya berharap akta baharu ini yang kita kenali sebagai Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Pencegahan, Rawatan dan

final • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Pemulihan) bagi menggantikan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Akta ini akan meningkatkan akses bagi mendapatkan rawatan dan pemulihan merangkumi aspek perundangan yang lebih komprehensif. Akan tetapi sifat yang paling penting, ciri yang paling penting adalah aspek pemulihan berbanding dengan hukuman.

final • 6:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Saya doakan supaya Yang Berhormat Menteri berjaya untuk membawa undang-undang baharu ini. Kalau berjaya, saya agak yakin sejarah akan tercipta dan ratusan ribu yang bakal terkesan itu dapat diselamatkan. Cuma jika saya boleh cadangkan sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri, kalau boleh lihat keputusan di Portugal pada awal tahun 2000 di mana perkara sama berjaya dilaksanakan and it works successfully. Saya berharap ia dapat dibawa ke Malaysia juga Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih rakan saya dari Muar, terima kasih. Yang Berhormat Muar, saya anggap satu compliment daripada Ahli Yang Berhormat. Saya akan bagi dua-dua, Yang Berhormat Langkawi dan juga Yang Berhormat Damansara. Yang Berhormat Langkawi, sila.

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya berbahas panjang hari itu berhubung dengan dadah ini. In fact, satu subjek sahaja yang saya sentuh dan saya bersetuju sangat-sangat dengan hukuman yang hendak dijalankan dan saya setuju sangat dengan Yang Berhormat Muar. Akan tetapi, Yang Berhormat, kadang-kadang hukuman itu satu perkara tetapi program- program yang kita hendak jalankan, itu pun satu hal, khususnya dengan Kementerian Pendidikan dan sebagainya.

Akan tetapi, saya melihat kebelakangan ini, kemungkinan kerana kerajaan kerap bertukar, maka NGO terbesar yang diwujudkan di dalam Parlimen ini iaitu PEMADAM telah ditinggal sepi, Yang Berhormat. Kakitangan PEMADAM, dua tahun tidak dapat gaji dan lantikan Yang Dipertua PEMADAM juga tidak dijalankan. Surat ditulis, berutus surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sebab di dalam Perlembagaan menyatakan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah penaung kepada PEMADAM dan sesiapa sahaja yang dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri adalah Yang Dipertua PEMADAM.

Kita berasa sedih kerana peruntukan kepada PEMADAM dan NGO-NGO yang berkaitan dengan dadah telah diserahkan kepada AADK dan wang itu tidak sampai kepada PEMADAM. Dua tahun mendapat RM200,000. Sedangkan kita mempunyai semua— mulai daripada ketua kampung, pejabat daerah, Exco negeri, Menteri Besar sampai kepada Persekutuan. Strukturnya sangat besar.

Jadi, Yang Berhormat Menteri, saya minta supaya penekanan diberikan kepada PEMADAM. Kemudian, peruntukan. Apakah salahnya— saya tak tahu daripada segi accounting. Tahun 2021, kutipan daripada kes-kes rampasan sebanyak RM262 juta.

Tahun 2022, sebanyak RM683,376 juta rampasan yang dibuat.

Apa kata kita ambil 10 peratus sahaja daripada rampasan itu, kita serah kepada NGO ataupun anak-anak yang mendidik pesakit-pesakit ini supaya mereka dapat menggunakan wang ini. Saya tahu wang ini dimasukkan dalam consolidated fund tetapi boleh dikeluarkan, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih sahabat saya daripada Langkawi. Yang Berhormat Damansara tadi, masih nak ambil ruang ini? Ataupun— ya, silakan.

final • 6:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, sekiranya diizinkan. Yang Berhormat Menteri, ini adalah langkah yang baik di mana kita sekarang sedar bahawa masalah berkenaan dengan dadah ini

final • 6:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

terdapat dua jenis. Satu, di mana kita perlu adakan hukuman dan satu di mana ianya satu masalah kesihatan yang perlu dirawat.

Saya juga sanjung baik apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi berkenaan dengan the shift in thinking of the ministry. Ini satu perkara yang baik tetapi hanya untuk— kalau boleh saya membuat cadangan. Apabila kita merangka undang- undang yang baru ini supaya kita juga dapat lihat kepada hukuman-hukuman yang sedang dijalankan kerana ada sebahagian daripada mereka yang terlibat ini yang sudah dihukum dan mereka menjalankan hukuman.

Akan tetapi, apabila undang-undang baru itu digubal, ia fokus kepada rawatan.

Jadi soal itu, the interim period, bagaimana kita hendak pastikan bahawa golongan itu yang telah pun dihukum juga akan diberikan rawatan dalam kaedah-kaedah yang sama.

I think this is a very good move, Yang Berhormat Menteri. Ini memang satu perkara yang boleh disebut sebagai step in the right direction dan saya harap bahawa cadangan saya itu dapat diambil kira kerana kita tidak mahu dua orang dalam kedudukan yang sama, satu dihukum dan satu lagi dirawat. Saya rasa itu perkara yang perlu kita teliti.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih sahabat saya dari Damansara. Bila daripada tak ada, kita hendak adakan satu undang-undang ketika masalah itu sudah pun berlaku, sudah tentu suasana macam Yang Berhormat Damansara sebut itu akan berlaku dan saya beri jaminan bahawa pegawai-pegawai saya yang sedang menguruskan perkara ini akan memberi fokus terhadap perkara yang dibangkitkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon beralih kepada isu berikutnya iaitu keselamatan. Tuan Yang di-Pertua, rakan saya dari Tasek Gelugor, dia tak ada dalam Dewan. Saya nak sebut begini, hujahnya adalah apakah benar kebebasan bersuara ini telah tersekat kerana ada semacam tindakan dibuat oleh pasukan polis ke atas ahli-ahli politik? Kepada Ahli Yang Berhormat, saya nak berkongsi begini ya.

Pertama, kita sebutlah jaminan Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan bersuara, Perkara 10, itu tak berubah. Bersilih ganti kerajaan bagaimanapun, undang- undang itu tetap wujud. Pada ketika yang sama, apa pun pangkat dan kedudukan, gelaran dan jawatan kita, kita tetap ada sekatan-sekatan daripada segi undang-undang. Ini fasal

(2), fasal (3) dan fasal (4), Perkara 10 itu ada, mesti dipatuhi. Dia tak boleh sewenang- wenangnya. Di luar, kita ada Akta Hasutan, kita ada Kanun Keseksaan, kita ada Akta Komunikasi. Keistimewaan Ahli Parlimen pun, itu dalam fasal (2), Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan.

Saya tak mahu ulang tetapi biar kita tengok angkanya. Kerajaan Perpaduan ini baru masuk bulan yang ketiga, tiga bulan. Dalam tiga bulan, berapa banyak jumlah laporan polis dibuat? Sebanyak 922,299 laporan dalam masa tiga bulan. Berapa ramai aduan yang melibatkan orang politik, Ahli Parlimen atau satu dua ADUN yang terlibat?

Jumlahnya 168 daripada 922,299 aduan.

Baik. Apakah boleh kita buat satu sweeping statement bahawa ada beberapa undang-undang yang diguna oleh pasukan penguat kuasa polis untuk menyiasat watak yang namanya Ahli Parlimen sebagai satu usaha yang untuk menyekat? Saya rasa angka ini menyebut cuma 168 daripada 922,299 aduan. Bermaksud, tugas polis itu jauh lebih banyak. Nak kawal penyeludupan manusia, nak kawal jenayah indeks, jenayah berat, nak jaga pintu masuk negara dan segala macam. Lebih rencam berbanding 168 aduan tentang orang politik. Dan daripada situ, 14 kertas siasatan telah dibuka dan ada sebahagiannya diserah kepada Peguam Negara.

Jadi, saya hendak terangkan bahawa soal tajuk kebebasan bersuara, kalau ada undang-undang sampai kepada kita dalam bentuk penguatkuasaan oleh pasukan polis, itu dalam konteks bahawa rakyat Malaysia apa pun pangkat dan kedudukan, selagi ada bukti perlanggaran terhadap satu undang-undang yang ada, kita tidak pernah kebal daripada segi undang-undang itu. Kami yang berada lebih 20 tahun itu pun selalu.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Dulu jenaka kami yang paling popular, Tuan Yang di-Pertua, ialah di negara kita ada kebebasan bersuara, dululah, tetapi tidak ada jaminan kebebasan selepas bersuara.

Turun pentas ceramah, seksyen 27 Akta Polis. Sila ke balai. Jawablah kita.

Okey. Rakan saya Yang Berhormat dari Bagan bertanya tentang ada satu aduan tentang seorang pelakon. Ini cerita sembelih kafir harbi dan segala macam ini ya. Saya cuma nak sebut bahawa laporan polis telah diterima di IPD Kemaman pada 14 November 2022 ekoran daripada satu video yang tular berbaur hasutan, menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama. Kertas siasatan dibuka dan telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara dengan cadangan pertuduhan di bawah seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Ini siasatan hujung tahun lepas.

Pada masa yang sama, sahabat saya dari Putrajaya menyebut bahawa ada juga aduan tentang Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap isu penjawat awam dan sebagainya. Itu pun pasukan polis menerima tiga laporan dan kertas siasatan juga telah dibuka di IPD Dang Wangi. Jadi, kena semua. Siasatan telah dibuka. Jadi, sampai ke mana? Sekarang, dipanggil sebagai kertas inkuiri dan telah dibuka di bawah IPD Dang Wangi.

final • 6:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ya?

final • 6:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jelutong.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sila.

final • 6:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menghargai jawapan yang diberikan. Sebelum saya bertanyakan soalan atas isu yang telah dibangkitkan, saya ingin pertamanya merakamkan jutaan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia di atas segala usaha mereka di dalam menjalankan tugas-tugas hakiki mereka.

final • 6:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Semasa Yang Berhormat Shah Alam berbahas, saya telah membangkitkan satu soalan dalam perbahasan itu mengenai dengan satu perhimpunan yang dipanggil HIMPIT di Terengganu.

Hari ini, laporan polis telah dibuat. Hari ini saya terkejut apabila membaca laporan dalam portal berita mengatakan bahawa Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Mohd Isa menyatakan bahawa perkara itu telah disiasat dan perarakan itu merupakan suatu yang diadakan sempena satu acara.

Bagi saya, perarakan tersebut merupakan perarakan yang telah mencetuskan macam-macam persepsi dan polemik. Saya mohon penjelasan atas perkara itu Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Jelutong. Benar terhadap himpunan HIMPIT. Beberapa aduan polis telah dibuat dan Kertas Siasatan ada dibuka. Saya boleh mengesahkan itu. Sama ada kenyataan di pihak parti Islam yang mengatakan- terima kasih bahawa pihak polis faham dan layanan baik. Saya sebut bahawa ketika siasatan berlangsung, kita tidak perlu jadi jurucakap polis dahulu. Letak situ dahulu. Biar proses itu berjalan. Kalau ada sabitan kes dan sebagainya, biar Kertas Siasatan itu sampai ke Peguam Negara. Kalau tidak, ia akan tamat di situ, baik. Itu daripada segi proses undang-undang.

Akan tetapi dari sudut politik, kita juga harus akui bahawa ada sensitiviti tertentu.

Ini bukan soal replika pedang, katanya pedang Rasulullah SAW. Menolaknya, seolah-olah menolak Rasulullah. Itu tidak betul. Itu jauh sangat terpesongnya. Kita fokus kepada perarakan yang ada motif tertentu. Jadi, tidak semua faham macam mana kita hendak faham. Penganjur faham, ia ada nilai sentimental, membangkitkan semangat, menghargai sejarah silam kecemerlangan Islam. Itu sudut pandang kita.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Akan tetapi di sisi lain, masyarakat berbilang kaum, ada sudut pandangnya yang berbeza. Oleh sebab itulah kita harus ada beberapa pertimbangan dalam menjalankan aktiviti seperti ini. Jadi Ahli Yang Berhormat yang berkenaan, saya akan sentiasa update tajuk ini- progresnya apabila dari semasa ke semasa saya akan menerima laporan tentang status ini.

Akan tetapi soal campur tangan, arahan terhadap itu, itu tidak akan berlaku sama sekali.

final • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Maksudnya perkara itu sedang disiasat oleh pihak polis?

final • 6:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sedang disiasat. Hendak sebut begitu ya.

final • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik, Yang Berhormat Klang dan Yang Berhormat Selayang...

final • 6:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh isu yang sama. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan soal siasatan. Tuan Yang di-Pertua, dalam bulan Ogos tahun yang lalu, ada laporan dibuat bahawa Ketua Hakim Negara telah pun menerima ancaman dan ancaman itu dari sudut ugutan bunuh.

Itu satu perkara yang cukup penting dan semasa itu Tan Sri Ketua Polis Negara telah pun keluarkan kenyataan mengatakan bahawa siasatan akan dibuat dan tindakan akan diambil. Akan tetapi selepas daripada itu, saya lihat tidak ada follow-up berkenaan- sebenarnya sebanyak mana ugutan-ugutan yang dibuat, tindakan apa yang diambil, berapa suspek dan sekiranya ada tindakan.

Saya rasa perkara ini sangat penting Yang Berhormat Menteri kerana kita ini bukan sebut berkenaan dengan kes yang biasa. Ini melibatkan Ketua Hakim Negara.

Dalam keadaan tersebut, kalau tidak ada tindakan ataupun follow-up, maka saya lihat keyakinan masyarakat awam dalam perkara sebesar ini mungkin terhakis.

Jadi saya hendak tanya sekiranya ada sebarang update berkenaan perkara ini.

Apakah yang sebenarnya telah pun berlaku? Adakah tindakan diambil dan sekiranya tidak, apakah tindakan susulan yang akan dibawa oleh kementerian berkaitan perkara ini?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:20 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

[Bangun]

final • 6:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

[Bangun]

final • 6:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Damansara.

final • 6:20 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Minta laluan.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Khusus tentang apa yang disebut oleh Ketua Hakim tentang ancaman bunuh dan sebagainya, saya pilih begini. Saya akan berikan jawapan bertulis yang panjang lebar tentang perkara itu. Itu lebih baik daripada saya menggunakan platform ini. Itu janji saya kepada Yang Berhormat. Saya hendak habiskan beberapa topik lagi dengan ada 10 minit.

final • 6:20 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Minta laluan Yang Berhormat Menteri.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya bagi sini dahulu, sebelum saya ini- baik, Yang Berhormat Klang dan Yang Berhormat Selayang bangkitkan isu SOSMA.

Pendirian kementerian iaitu satu undang-undang sifatnya dinamik, tidak statik. Oleh sebab itu proses libat urus akan terus berlangsung. Seawal Jumaat ini dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Undang-undang dan Reformasi Institusi, ada satu libat urus yang akan kita buat atas tajuk SOSMA. Pasukan Polis, bahagian keselamatan

final • 6:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

kementerian, beberapa NGO, SUARAM, Proham, Amnesty International, HAKAM, Persatuan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia, Malaysian Crime Prevention Foundation dan distinguished individuals akan ikut terlibat dan dijemput.

Di situ kita bahas seksyen demi seksyen, apa sahaja. Ini pendekatan terbuka, engagement kementerian dengan stakeholders yang melihat bahawa dari sudut pandang mereka barangkali ada beberapa aspek penambahbaikan yang dilihat bercanggah misalnya dengan prinsip hak asasi tersebut dan sebagainya.

Keterbukaan kementerian dalam engage the stakeholders ini satu pendekatan baharu yang sekarang kita buat. Dalam tempoh tiga bulan Tuan Yang di-Pertua, bengkel ini dapat kita laksanakan dan akan ada beberapa engagement yang lain. Baik, itu pendirian kita tentang...

final • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

final • 6:20 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Ini Klang ini.

final • 6:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Boleh saya tanya soalan? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri mengenai dengan perlu kita libat urus dan lihat kembali kepada perkara-perkara tertentu di dalam SOSMA. Cuba kita lihat bagaimana kita boleh memperbaiki apa-apa yang disebut sebagai wujudnya kelemahan pada masa yang lalu.

Hanya di sini saya hendak sebut, semasa kita di sebelah sini banyak daripada pihak kita telah pun membawa cadangan yang baik semasa kita terlibat berkenaan dengan SOSMA, khususnya berkaitan dengan akses seseorang tahanan itu kepada mahkamah. Sekiranya orang itu ditahan dan beliau perlu membuat aduan berkenaan dengan salah guna kuasa dan sebagainya, so, we need to look at mechanism dia.

So, sekiranya boleh saya minta supaya Yang Berhormat Menteri juga lihat kembali kepada apa yang dibawa oleh pihak kita tempoh hari dalam perkara kita meneliti apa sebenarnya yang harus kita laksanakan. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf tetapi perkara ini kalau boleh perlu disegerakan kerana ramai tahanan yang terlibat.

Saya faham itu merupakan perkara- kerana undang-undang sedia ada memerlukannya. Akan tetapi tahanan itu masih ada, menunggu perbicaraan dan sebagainya. Sekiranya boleh, saya minta supaya ia disegerakan supaya masalah yang kita adukan berlaku sekian tahun ini dapat kita selesaikan dalam masa yang terdekat Yang Berhormat Menteri. Terima kasih kerana mengambil tindakan untuk memperbaiki undang- undang. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Ada sedikit laluan Yang Berhormat Menteri. Beri laluan sedikit.

final • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

final • 6:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Yang Berhormat Damansara. Saya juga melihat Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Klang bangun untuk tajuk ini juga. Oleh sebab saya masih ada beberapa lagi jawapan, saya jemput kedua-dua mereka untuk hadir bengkel pada hari Jumaat dan guna seluas-luasnya platform itu untuk memberikan input dan pandangan. Saya rasa itu.

final • 6:20 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Yang Berhormat Menteri, sedikit, sedikit. Sedikit Yang Berhormat Menteri. Ada satu soalan Yang Berhormat Menteri.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk bergerak ke isu warganegara yang paling banyak ditanya oleh Ahli Parlimen.

Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Tanjong Piai. Ceritanya iaitu permohonan untuk mendapat status warga negara. Itu isu pokoknya.

Baik. Saya hendak kongsi dahulu statistik dari tahun 2013 sehingga tahun 21 Februari 2023, terdapat sebanyak 132,272 permohonan yang diterima untuk jadi warganegara Malaysia. Daripada segi Perlembagaan Persekutuan, ia akan jatuh di bawah

final • 6:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Perkara 15(1), 15(2), 15A, 16, 19 dan 30, sama ada kuasa menteri ataupun kuasa Menteri diperturunkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran.

Sejak saya masuk ke kementerian ini iaitu pada awal Disember 2022, saya telah pun membuat keputusan terhadap 4,294 permohonan warganegara. Daripada keputusan itu, saya hendak sebut bahawa hampir 67 peratus merupakan kelulusan. Bakinya ditolak.

Kalau nanti ditanya kenapa ditolak, sudah tentu ada asasnya. Penting untuk Ahli Parlimen mengetahui:

(i) pemohon dalam memohon warganegara untuk anak, tidak mendaftar perkahwinan. Jadi, itu pokok sekali. Kuncinya di situ;

(ii) ketika dia mohon, subjek yang memohon tidak ada bukti dia berada dalam negara kita. Dia berada somewhere else;

(iii) memang dia tidak ada locus standi pun untuk buat permohonan; dan

(iv) ada unsur-unsur keraguan daripada segi percanggahan fakta apabila kita semak.

Jadi, tajuk ini saya hendak sebut begini. Oleh sebab banyak yang menulis kepada saya, timbunan permohonan.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya telah meminta pegawai-pegawai saya sebelum sidang Parlimen berakhir untuk satu taklimat diberi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat tentang tatacara permohonan, apakah senario, apakah— macam FAQ begitu ya. Akan tetapi untuk makluman Ahli-ahli Dewan, KPI yang saya letakkan untuk tahun ini sahaja saya akan membuat keputusan pada kadar minimum 10,000 permohonan warganegara. Sekarang saya sudah luluskan lebih daripada 4,300 permohonan, lebihlah.

final • 6:30 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah sedikit? Sedikit sahaja.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Bakinya tinggal lagi 6,000 permohonan lebih, 5,000 lebih. Sudah tidak banyak sudah.

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, boleh celah sedikit sahaja? Sedikit sahaja.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya yakin sebelum hujung tahun, saya boleh capai sehingga 10,000 permohonan, KPI sahaja.

final • 6:30 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Yang Berhormat, sedikit sahaja. Sedikit sahaja.

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah?

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Warganegara?

final • 6:30 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Yang Berhormat Menteri, saya selaku juga sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor telah menulis— kita ada program dipanggil Mysel. Saya ada 6,000 fail di pejabat saya. Sudah banyak kali saya sudah tulis kepada Yang Berhormat, tiada sebarang jawapan daripada Yang Berhormat untuk berjumpa ataupun berdialog dengan pihak Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

6,000 permohonan sila serah kepada saya esok pagi. Pukul 9.00 pagi saya akan ada sini, noktah. Selesai. Itu benda kecil.

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Menteri. Rasah.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Itu perkara kecil sahaja. Saya hendak sebut juga, dibangkitkan juga Yang Berhormat Pucak Borneo tentang Sarawak.

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Yang Berhormat Menteri.

Mencelah sedikit Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sarawak ini, masyarakat di bumi ataupun yang tinggal di kawasan pendalaman atau sempadan. Baik. Bagaimana...

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sekejap. Bagi saya sekejap.

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Warganegara. Bagi saya peluang.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sekejap Yang Berhormat Rasah.

Saya sebut bahawa kementerian KDN, kita sudah buat jawatankuasa bersama dengan Kerajaan Negeri Sarawak khusus untuk mengatasi isu warganegara Sarawak ya. Kita telah tubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani isu penduduk Sarawak tanpa pengenalan diri yang tugas hakiki pasukan ini adalah melengkapkan dokumentasi dalam bentuk sijil lahir dan seumpamanya. Kalau itu semua proses selesai, kita akan urus di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dan sasaran saya adalah baki permohonan iaitu 946 akan dapat kami selesaikan tempoh kurang enam bulan daripada sekarang.

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Itu kita harap boleh menyelesaikan isu warganegara untuk kategori rakyat Sarawak.

final • 6:30 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Sedikit, Padang Terap.

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Silakan Yang Berhormat Rasah.

final • 6:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas peluang yang diberikan. Saya nampak— saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi. Nampak gaya ada sinar. Ini kali pertama saya dapat jawapan yang nampak ada sinar. Cuma saya hendak sebutkan satu perkara sahaja. Di bawah Artikel 15A berkenaan dengan anak-anak yang lahir— Ini spesifik Yang Berhormat Menteri. Yang dilahirkan sebelum ibu dan bapa mendaftarkan perkahwinan dengan ayahnya warganegara Malaysia, ibunya warganegara asing. Kes yang very specific.

Boleh tidak satu pendekatan yang lebih holistik digunakan termasuk guna pakai DNA sebab jawapan yang saya terima minggu lepas, kata ia sebagai rujukan sahaja, yang keputusan DNA itu. Boleh tidak DNA itu kita berikan pertimbangan yang lebih sebab dia sahih. Ia sebagai anak kepada warganegara Malaysia. Ini sebab banyak kes begini dan saya harap sekiranya Yang Berhormat Menteri boleh buat keputusan yang menyebelahi mengambil kira keputusan DNA tersebut, ia akan membantu untuk menyelesaikan kes ini.

Yang Berhormat Menteri, satu lagi. Saya mohon tadi Yang Berhormat Menteri kata 10,000 permohonan KPI untuk tahun ini. Akan tetapi, setakat ini sudah 4,000 lebih permohonan. Kalau boleh saya mohon naikkanlah 10,000 permohonan itu kepada 20,000 permohonan atau 30,000 permohonan. Saya mohon budi bicara daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Yang Berhormat Menteri, bagi saya celahan.

final • 6:30 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Sedikit Padang Terap.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Cadangan Yang Berhormat tadi satu, soal DNA sebagai weightage yang lebih untuk mengukuhkan permohonan. Itu satu.

Kedua, suruh tambah lagi 10,000 permohonan itu lebih sebulan?

final • 6:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Setahun?

final • 6:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tidak, tidak, tidak. Yang Berhormat Menteri kata tahun ini 10,000 permohonan untuk pertimbangan. Setakat...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri perlu masa berapa minit?

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Lima minit lagi boleh?

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey, silakan 10 minit.

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri, bagi peluang saya celahan.

final • 6:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Kalau boleh lebih 10,000 permohonan.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik. Terima kasih. Baik, tajuk lain...

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Yang Berhormat Menteri, kewarganegaraan. Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sekejap ya. Sekejap.

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Sedikit sahaja. Sedikit sahaja.

Yang Berhormat Menteri begini, saya bangkitkan ialah berkait Perkara 19 warga emas.

Mereka berada di sini 60 tahun, 70 tahun, anak semua kewarganegaraan. Akan tetapi malangnya semasa permohonan, dia tidak diluluskan.

Kedua, berkaitan dengan anak angkat itu. Kalau katakan Yang Berhormat Menteri, permohonan dikemukakan lima tahun tidak dapat jawapan. Selepas dapat jawapan, tambah lagi lima tahun. Bayangkan 10 tahun, 15 tahun anak kita sudah sampai 30 tahun.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Faham. Boleh.

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Mereka hadapi masalah daripada sekolah, akaun, pelbagai isu.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik.

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Jadi kalau boleh, kajilah terutama warga emas itu, 80 lebih tahun, 70 tahun. Apa mereka boleh buat? Mereka hanya hendak warganegara, tinggal di Malaysia.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Faham. Terima kasih.

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Keluarga semua warganegara, cuma beliau sahaja seorang ibu atau bapa bukan warganegara. Minta jasa baik.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih sahabat saya. Terima kasih. Oleh sebab itu Yang Berhormat, saya sebut tadi. Saya sebut angka 132,000 permohonan dan dalam masa tidak sampai 100 hari, saya sudah luluskan lebih 4,300 permohonan. Yang Berhormat sebut yang itu dululah. Sudah tentu saya akan buka semua fail lama dan kita akan bagi perhatian. Saya set KPI pada 10,000 permohonan untuk tahun ini supaya saya sendiri membuat keputusan terhadap status permohonan itu termasuk kategori Yang Berhormat sebut tadi. Faham ya? Baik.

final • 6:30 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Padang Terap sedikit Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tuan Yang di-Pertua, tiga minit setengah. Saya pilih, tidak semua. Sebahagiannya saya hendak sebut bahawa ini soal pekerja asing disebut oleh Yang Berhormat Titiwangsa. Pekerja asing ini begini ya.

Selepas pandemik COVID-19 ini semakin pulih, sekurang-kurangnya ada lima sektor ekonomi yang kita anggap kritikal kalau kita tidak dapat sediakan keperluan tenaga kerja.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia mensasarkan mesti ada 518,000 orang untuk pembinaan, perladangan, perkilangan, perkhidmatan, semua ini ya dan pertanian.

Jadi, kerajaan telah melakukan anjakan terhadap polisi lama. Kita namakan relaxation policy. Kita melonggarkan banyak proses iaitu kita berikan conditional approval bagi semua permohonan. Dia mohon 1,000 orang, kita bagi 1,000 orang. Okey. Kemudian dia bayar levi, dia dapatkan visa, dia bawa masuk. Itu yang kita susun.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, setelah kita buat ini, kita dapati bahawa ia betul-betul menepati sasaran kita untuk tiga bulan pertama sejak dilaksanakan. Misalnya apabila kita buat relaxation ini dan kita buat rekalibrasi. Rekalibrasi maknanya illegal immigrant itu ataupun orang yang overstay, memang ada dalam negara. Kita kata munculkan diri, daftar. Kamu hendak kerja sektor mana, kita bagi kelulusan segera.

Jadi, relaxation policy dan rekalibrasi ini sudah pun kita berikan kelulusan sehingga 380,000 orang dalam tempoh— 17 Januari kita mulakan sampai sekarang.

Seramai 380,000 orang dan berapa orang dalam tempoh itu sudah pun sampai ke Malaysia, 123,368 orang. Sasaran kita jauh lagi, 500 lebih. Jadi, kita anggap anjakan daripada segi polisinya mengena sebab keperluan industri yang kritikal tadi dapat kita penuhi walaupun belum sepenuhnya, tetapi kita menuju ke arah itu dan kita menjangkakan Mac, April, Mei nanti, kehadiran sebenar pekerja asing untuk bekerja ini akan meningkat.

Jadi...

final • 6:30 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Menteri, mohon mencelah.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ya, sila.

final • 6:30 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan janji yang telah dibuat oleh Yang Berhormat berkenaan dengan kemungkinan untuk meneruskan 10,000 kewarganegaraan dan juga memudahkan kemasukan pekerja asing yang illegal ke negara kita. Adakah bermakna ini mereka telah pun memenuhi kesemua syarat-syarat untuk menjadi warganegara termasuklah syarat untuk Perlembagaan dan juga mengenai bahasa sebab kita percaya apabila kemasukan warga asing ataupun warganegara ini, ini membabitkan banyak benda berkenaan dengan privilege yang didapati oleh warganegara.

Terima kasih.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ya, benar sahabat saya dari Tumpat.

Warganegara ini satu anugerah tertinggilah ya. Apabila dia datang dan kita bagi, itu anugerah tertinggi. Dia bukannya satu privilege, tetapi dia ada hak untuk memohon.

Yang Berhormat tepat apabila menyebut bahawa penguasaan bahasa sebab itu dalam tapisan kita, lapan adalah markah tertinggi penguatkuasaan bahasa. Jadi dalam memudahkannya, kadang dia skor tiga pun kita lulus. Ada ketikanya, dua pun kita lulus.

Asal dia faham sampai tahap itu kita hendak memudahkan untuk memberi taraf warganegara ini.

Jadi, apabila kita membuat kelulusan ini Tuan Yang di-Pertua, memang kita mengambil kira semua perkara ini. Soal ketaatan kepada negara, sebab itu pindaan yang kita akan buat pada Bahagian III Jadual Kedua. Yang Berhormat seorang peguam faham benda ini. Kita harap dapat sokongan sebab kita perlu 148 sokongan majoriti, dua per tiga.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Hal ini adalah kerana apabila kita bagi kelulusan ini kita akan mampu menyelesaikan isteri, ibu warga Malaysia tinggal di luar negara, berkahwin dengan warga asing. Anak itu akan mengikut bapanya. Oleh sebab itu, apabila maknya balik ke Malaysia, dia terpaksa buat kes ke mahkamah. Sekarang di Mahkamah Persekutuan. Kita harap apabila pindaan Jadual Kedua ini maknanya warganegara anak itu kita rujuk kepada mana-mana satu di antara ibu bapa. Undang-undang sekarang ini bapa, jadi mak terlepas.

Jadi itulah fokus kita pada pindaan nanti yang sekarang dalam pembikinan oleh Menteri Undang-undang.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ini antara langkah yang kita ambil bersifat manusiawi, hubungan antara ibu dengan anak. Dahulu undang-undang ini dibuat tahun 1950-an, belum terbayang waktu itu wanita kita akan berkahwin dan bertemu jodoh seluruh dunia, sekarang tahun 2023.

Jadi, tidak akan undang-undang itu statik dan beku di situ kerana itu kita angkat untuk kita lakukan pindaan Perlembagaan dan sasaran kita mesti 148 dan ini mengatasi rentas parti politik.

Kita tengok bahawa ini, we just want to do the right thing dengan izin. Kita hendak melakukan perkara yang betul. Perkara yang betul itu adalah meminda perkara yang berkait dengan warganegara anak daripada ibu rakyat Malaysia yang berkahwin dengan warga luar di luar negara. Tuan Yang di-Pertua saya fikir sekadar itu pembentangan saya.

final • 6:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih atas kemurahan hati Tuan Yang di-Pertua memberikan saya sambungan masa. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 6:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Boleh tambah satu tidak Tuan Yang di- Pertua?

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang soalan-soalannya tidak dijawab, dalam lima hari Menteri akan menjawab secara bertulis, okey. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berhormat Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

final • 6:40 PM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke atas Titah Diraja semasa pembukaan Dewan tempoh hari dan menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Kuala Terengganu dan Yang Berhormat Gopeng telah membangkitkan tentang hala tuju pembangunan EV termasuk pembangunan rangkaian pengecas dan status pelaburan ekosistem dan penggunaan EV mampu milik. Di bawah Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP) hala tuju industri tempatan ataupun Automotif tempatan telah ditetapkan untuk dibangunkan dan dikembangkan sebagai hab automotif serantau bagi kenderaan cekap tenaga ataupun tenaga efficient vehicle termasuk EV dengan ciri-ciri next generation vehicle, next GV yang berfungsi bukan sahaja dari segi pengurangan dan pelepasan karbon di dalam udara tetapi juga keupayaan dalam mengoptimumkan tenaga yang digunakan.

Seperti mana dimaklumkan kepada Jemaah Menteri pada 17 Februari 2023, Pasukan Petugas EV Kebangsaan ataupun National EV Task Force (NEVTF) bertanggungjawab untuk menilai dasar semasa, memantau pelaksanaan program dan inisiatif serta merangka dasar dan inisiatif baharu berkaitan pembangunan industri kenderaan elektrik dalam negara secara menyeluruh. National EV Task Force yang diketuai MITI telah ditubuhkan sejak November lepas, November 2020 untuk memainkan peranan penting dalam menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik serta penambahan infrastruktur pengecasan EV di seluruh Malaysia.

Beberapa keputusan dasar dan inisiatif telah ditetapkan atau dilaksanakan termasuk penawaran pakej insentif cukai seperti mana telah diumumkan di Belanjawan 2022. Inisiatif tambahan juga telah dicadangkan untuk Belanjawan 2023. Diharapkan Yang Berhormat Menteri Kewangan memberi pertimbangan.

Keduanya cadangan penggunaan EV termasuk hibrid sebagai kenderaan jabatan dan kenderaan rasmi jabatan sedang diperhalusi oleh Kementerian Kewangan dan

final • 6:42 PM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

penyediaan satu kerangka strategik bagi pembangunan dan infrastruktur pengecasan EV secara menyeluruh di Malaysia.

National EV Task Force (NEVTF) juga memainkan peranan penting dalam menyelaraskan inisiatif dan dasar semasa kerajaan supaya kesemua kementerian lain dan agensi kerajaan yang terlibat mempunyai pemahaman yang sama dan berupaya membentuk sinergi kerjasama yang padu dalam menjayakan inisiatif-inisiatif yang merentasi skop dan bidang kuasa masing-masing atau dengan izin whole-of-government. Berdasarkan portfolio dan kepakaran masing-masing tumpuan bagi kementerian- kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat adalah seperti berikut:

(i) MITI menyelaras pembangunan ekosistem industri EV dan dibantu oleh Institut Automotif Robotik dan IOT Malaysia

(MARii) terutamanya dari aspek pembangunan kapasiti;

(ii) Kementerian Kewangan melaksanakan perolehan EV sebagai kenderaan jabatan dan kenderaan rasmi jabatan;

(iii) Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation

(MGTC) memberi tumpuan kepada pembangunan pengecasan EV dan seumpamanya;

(iv) MARii dan Jabatan Standard Malaysia bertanggungjawab membangunkan standard berkaitan EV dan ekosistemnya;

(v) MIDA berperanan menarik pelaburan industri EV dan ekosistemnya; dan

(vi) Tenaga Nasional membantu menyediakan bekalan tenaga elektrik yang stabil untuk pembangunan pengecasan EV.

Suruhanjaya Tenaga (ST) mengawal selia pengendali pengecasan EV dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui NanoMalaysia bertindak sebagai peneraju pembangunan teknologi EV.

Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Lembaga Lebuhraya Malaysia, PLANMalaysia dan Perbadanan Produktiviti Malaysia

(MPC) juga sedang bekerjasama dalam menyelesaikan isu-isu berbangkit berkaitan prosedur dan tempoh kelulusan pembangunan pengecasan EV. Penambahbaikan prosedur semasa bagi kelulusan pemasangan sistem pengecasan EV ataupun electrical vehicle charging station/system dijangka dapat mengurangkan tempoh masa pemprosesan kelulusan pemasangan.

Kesan daripada inisiatif-inisiatif daripada National EV Task Force (NEVTF) dapat dilihat dengan peningkatan yang ketara dalam permintaan terhadap EV. Jumlah permintaan terhadap EV– ini kategori kenderaan battery electric sepenuhnya melonjak kepada lebih 3,400 unit pada tahun 2022 berbanding 300 unit secara purata pada tahun- tahun sebelumnya.

Usaha untuk menarik pelabur untuk memasang infrastruktur pengecas juga berkesan. Di mana jumlah station pengecasan meningkat pada kadar 69 peratus pada tahun 2022 berbanding pada tahun 2021 menjadikan jumlah stesen pengecasan mencecah 900 unit pada ketika ini dalam memenuhi sasaran sebanyak 10,000 unit di seluruh negara menjelang tahun 2025 seperti di dalam the Low Carbon Mobility Blueprint. Daripada segi pelaburan jumlah yang diluluskan dalam ekosistem EV dari tahun 2018 hingga September 2020 adalah bernilai RM14.7 bilion merangkumi pemasangan kenderaan, komponen EV dan komponen pengecasan. Antara syarikat yang telah diluluskan ialah Samsung SDI Energy Malaysia Sdn. Bhd. yang mencatatkan kejayaan baharu dalam pembukaan kemudahan pembuatan cell battery EV dengan nilai pelaburan sebanyak RM7 bilion. Syarikat tersebut telah memilih Malaysia sebagai lokasi pengeluaran pertamanya di Asia Tenggara.

Pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini dan yang baharu di masa hadapan dijangka dapat meningkatkan lagi penggunaan dan permintaan EV serta menarik pelaburan ekosistem

final • 6:42 PM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

EV bagi merealisasikan sasaran Malaysia untuk mencapai status negara neutral carbon menjelang tahun 2050 seperti yang digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

Di samping itu MITI juga sedang berbincang dengan syarikat pengeluar tempatan PROTON dan PERODUA untuk mempercepatkan pengeluaran kenderaan elektrik nasional dan menawarkan pilihan kenderaan EV yang mampu milik. Garis panduan semasa permit atau AP turut ditambah baik dengan memberi flexibility ke atas kuantiti maksimum pengimportan kenderaan secara CBU bagi kajian pemasaran prapemasangan supaya syarikat-syarikat pemasangan tempatan lebih berpeluang menilai keperluan pasaran baharu untuk segmen EV sebelum memulakan pengeluaran. Langkah penambahbaikan ini juga akan memberi pilihan EV untuk ditawarkan dalam pasaran kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Petaling Jaya membangkitkan tentang hala tuju MITI bagi mendepani tahun 2023 dalam aspek meningkatkan pelaburan strategik, penjanaan peluang pekerjaan dan juga pembangunan kluster perindustrian baharu.

final • 6:42 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Yang Berhormat Menteri hendak minta laluan sikit untuk EV. Yang Berhormat Kampar sini. Sedikit untuk EV.

final • 6:42 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Yang Berhormat Kapar, sila. Okey.

final • 6:42 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi yang Yang Berhormat Menteri cakap tentang EV saya rasa EV kita ada dua jenis. Satu jenis yang kita cakap ialah tentang battery pack electric. Akan tetapi yang satu lagi EV yang kita belum ada di Malaysia ataupun kita belum promosikan ialah hydrogen fuel cell. Jadi, apa masalah dengan battery pack hydrogen?

Pertama, charging time. Masa untuk cas dia panjang mungkin fast charge mungkin dua hingga tiga jam, kalau slow cas kena setengah hari. Kedua, range dia. Range dia tidak terlalu pendek. Mungkin sampai 200 km, 300 km tetapi ini boleh diatasi dengan hydrogen fuel cell.

final • 6:42 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Adakah MITI ada apa-apa pelan untuk mempromosikan hydrogen fuel cell? Ini kerana hydrogen fuel cell sama dengan petrol. Melainkan kita pump petrol, kita pump hydrogen. Ia juga boleh digunakan untuk bas, lori. Saya rasa ini adalah satu pendekatan kita perlu ambil selain daripada battery fuel cell, kita perlu ambil hydrogen fuel cell untuk EV. Dua-dua pun kira EV.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Kampar atas cadangan yang diberikan tersebut.

Benar, ada banyak cadangan mengenai hidrogen terutamanya kalau dilihat di negeri Sarawak yang telah mula membuat kajian mengenai penggunaan hidrogen untuk kenderaan. PETRONAS pun melalui GENTARI dan sebagainya telah memulakan. Akan tetapi, buat masa ini, ia masih lagi di peringkat awal dan MITI bersama-sama agensi- agensi yang lain yang berkaitan akan terus memantau kerana ya, betul apa yang Yang Berhormat Kampar katakan tadi, ini adalah satu peluang untuk kita mempercepatkan lagi the rollout of our EV. Satu lagi yang saya hendak menyokong tadi yang disebut AC/DC tadi. Betul, memang mengambil masa yang lama. Akan tetapi, DC itu pun sudah semakin cepat dan teknologi ini akan terus berkembang dan akan lihat bagaimana EV-EV akan juga lebih untuk mampu rakyat Malaysia menggunakannya. Sebagai contoh, NanoMalaysia juga tengah buat kajian bagi tujuan stability technology hydrogen fuel cell. Itu yang baru diperbincangkan baru-baru ini. Terima kasih Yang Berhormat Kampar.

Jadi, balik kepada Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Bayan Baru dan Yang Berhormat Petaling Jaya. Itu soalan yang bagus mengenai cabaran pada tahun ini, cabaran tahun 2023, di mana kita di MITI perlu memberi

final • 6:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

fokus kepada peningkatan pelaburan yang lebih strategik, penjanaan peluang pekerjaan dan juga pembangunan kluster perindustrian yang baharu.

MITI telah dipertanggungjawabkan untuk merancang. Kita hendak menggubal dan melaksanakan dasar-dasar pelaburan pembangunan, perindustrian serta perdagangan luar bandar sekali gus memastikan ekonomi negara terus berkembang dan kekal kompetitif di peringkat serantau dan juga global. Dalam hal ini, MITI juga memainkan peranan penting sebagai sebahagian daripada engine on growth di negara, dengan izin.

Dalam kita mendepani cabaran ketidaktentuan ekonomi yang dihadapi negara dan juga di seluruh dunia pada masa ini, MITI telah baru-baru ini memperkenalkan dasar pelaburan baharu berdasarkan Aspirasi Pelaburan Nasional, National Investment Aspiration (NIA), dengan izin. Ini telah dilancarkan baru-baru ini dan dasar ini akan mempercepatkan pertumbuhan jangka panjang Malaysia melalui pelaburan berkualiti yang mampan dan bidang pertumbuhan yang baharu.

Pembaharuan ini melibatkan lima teras utama iaitu meningkatkan economic complexity, mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi, memperluaskan rangkaian domestik, membangunkan kluster baharu dan sedia ada juga serta mempertingkatkan keterangkuman atau, dengan izin, inclusivity. NIA akan memberi fokus kepada sektor yang mempunyai potensi ekonomi yang signifikan dan lestari dalam jangka masa panjang dengan penekanan yang lebih terhadap elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus ataupun ESG.

Bagi tempoh Januari hingga September 2022, Malaysia telah menarik sejumlah RM193.7 bilion pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan, sektor perkhidmatan dan sektor utama. Ini melibatkan sebanyak 2,786 projek dan dijangka mewujudkan sebanyak 98,414 peluang pekerjaan di negara ini. Secara umumnya, projek-projek yang diluluskan akan mengambil masa antara 12 hingga 24 bulan untuk dilaksanakan. Selepas tempoh tersebut, lebih banyak peluang pekerjaan dijangka akan wujud bagi rakyat dan khususnya kepada golongan belia.

Kerajaan yakin bahawa peningkatan ekonomi bagi sesebuah negeri dapat direalisasikan melalui kemasukan pelabur-pelabur asing dan juga pelabur-pelabur tempatan dengan mewujudkan peluang pekerjaan, membangunkan tenaga kerja yang mahir dan memupuk pertumbuhan syarikat-syarikat tempatan kita. Oleh itu, kerajaan akan sentiasa mempergiatkan usaha untuk meningkatkan aliran pelaburan ke dalam negara sekali gus memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pilihan pelabur.

final • 6:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Bangun]

final • 6:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Kita di MITI mengambil langkah-langkah berikut untuk menarik dan mempergiatkan aktiviti penggalakan pelaburan bagi mengekalkan kedudukan Malaysia ini kekal kompetitif termasuk memudah cara urusan pelabur mengenai pengambilan ataupun pengenalan inisiatif dan fasilitasi pelaburan yang berkesan.

Contohnya, kita hendak merancakkan pembangunan ekonomi digital. Seperti semua sedia maklum, ada Blueprint Ekonomi Digital Malaysia bagi membina ekosistem yang lengkap di samping Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara, dengan izin, 4IR. Pejabat Pelaburan Digital juga telah ditubuhkan hasil kerjasama MIDA bersama MDEC...

final • 6:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Yang di- Pertua, minta laluan.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Silakan.

final • 6:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Boleh saya minta laluan sedikit?

final • 6:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya bangun dahulu, Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Boleh?

final • 6:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Yang Berhormat Kubang Pasu, selepas itu Yang Berhormat Bayan Baru. Boleh?

final • 6:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey, terima kasih.

final • 6:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Okey. Dia macam ini. Dalam ucapan awal daripada Yang Berhormat Titiwangsa, beliau menyebut bahawa figures daripada MIDA yang disebut setiap tahun jumlah sekian, sekian, tetapi sebenarnya peringkat pelaksanaan, jumlah itu tidak berlaku.

Saya hendak minta pandangan. Yang Berhormat Titiwangsa juga minta supaya dikaji semula mekanisme kiraan pelaburan yang masuk yang dapat kelulusan daripada MIDA. Saya minta penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri bahawa walaupun kita ingin memajukan sektor hi-tech, sama ada E&E, automation digital dan sebagainya, tetapi kita menghadapi satu masalah besar iaitu kekurangan pekerja mahir.

Saya difahamkan bahawa ramai engineer di kawasan Bayan Baru dan juga di seluruh negara in fact, ramai yang berhijrah ke Singapore kerana mereka mendapati gaji yang lebih baik di sana dan globally, everyone is competing to get the best talent. Jadi, dari segi Malaysia, saya rasa MITI kena berusaha dengan Kementerian Pendidikan, terutamanya Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memastikan bahawa kita fokus betul- betul on our talent pool yang sekarang there is disconnect. Walaupun ramai— ada 11 peratus orang muda menganggur kerana mismatch. Jadi, kita kena incentivize orang- orang muda masuk ke STEM.

Jadi, saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri dan juga Menteri Pendidikan Tinggi, kita tetapkan gaji minimum untuk lulusan STEM sama ada dari TVET ataupun daripada universiti jurusan engineering, STEM dan sebagainya. Tetapkan, incentivize mereka supaya mereka masuk ke engineering, kerana this is the future. Mohon komen daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Saya sambung sedikit, Yang Berhormat Menteri, menyambung daripada Yang Berhormat Bayan Baru. Saya yakin Yang Berhormat Menteri juga tidak perlu saya peringatkan, seolah-olah ini macam deja vu, macam berulang. Sejak tahun 2008 saya dengar Menteri MITI khususnya, bercakap seperti ini dan kita masih lagi terperangkap dalam ‘the middle-income trap’, industri kita yang low value added dan sebagainya.

Yang Berhormat Menteri, kali ini dalam suasana political stability sidang Parlimen Ke-15 ini, saya sangat mengharapkan benar-benar kita menukar gear, membuat model pertumbuhan yang lain daripada yang telah kita lalui. Sejak PM keenam lagi, Yang Berhormat Menteri, kita masih bercakap tentang perkara ini dan masih gagal dalam perangkap middle-income trap itu, justeru antara lain adalah kerana investment yang tidak dapat masuk sehinggakan kita boleh ‘spur’, kita boleh lonjakan dan rancakan industri high value added, job creation, high value paying job. Jadi, bagaimana untuk kita— Yang Berhormat Menteri, kalau boleh saya tanya— to move away from this getting only intermediate products kepada finished products with our own branding yang meletakkan kita dalam jajaran ataupun meletakkan kita dalam ‘global value change’ yang mana kita tidak hanya menjadi pemain-pemain kecil, tetapi with a model of having a finished product with our own branding, bersyarat, of course, pastinya dengan investment, FDI yang baik. Apakah langkah-langkah Yang Berhormat Menteri?

Terima kasih.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya jawab dahulu Yang Berhormat Kubang Pasu tadi mengenai soalan

final • 6:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

pelaburan yang direkodkan oleh MIDA. Jumlah pelaburan yang direkodkan oleh MIDA atau approved investment, selalunya kadar yang akan direalisasikan— betullah apa Yang Berhormat nyatakan, ia tidak mungkin 100 peratus. Berdasarkan rekod kita, di antara 75 hingga 80 peratus.

Secara umumnya, projek-projek yang diluluskan, seperti saya sebutkan tadi, akan mengambil masa selama 12 hingga 24 bulan untuk dilaksanakan.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Sebagai contoh, bagi tempoh Januari sehingga September 2022, kita telah menarik sejumlah RM163.7 bilion pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan.

Kita harus memantau berapa daripada jumlah ini yang akan direalisasikan dalam tempoh tersebut. Akan tetapi, berdasarkan data yang telah diberikan kepada saya, antara 75 hingga 80 peratus.

Untuk soalan Yang Berhormat Bayan Baru, di bawah NIA memang fokus utama adalah untuk menarik pelaburan yang boleh menjana pekerjaan juga, yang bernilai tinggi secara tahap economic complexity yang lebih tinggi. Akan tetapi yang disebut itu, sama ada kita ada talent tersebut dan kerana talents yang disebut itu selalunya mereka akan berhijrah ke Singapura kerana pendapatan ataupun income yang lebih tinggi di negara Singapura ataupun sebenarnya sekarang di negara-negara lain juga seperti di negara- negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Saya setuju dengan cadangan rakan saya, pun ada di sebelah sini, Yang Berhormat Menteri Penggajian Tinggi supaya terutamanya daripada segi TVET dan juga universiti-universiti mengadakan kolaborasi yang lebih erat bersama dengan industri- industri supaya talent pool yang diproduced is more, dengan izin, relevant kepada industri yang akan ataupun yang sudah ada terutamanya yang berkemahiran tinggi.

Hal ini kerana kita memerlukan economic complexity yang tinggi. Kita akan menyelaraskan bersama pihak-pihak industri dan juga akademia untuk memastikan bekalan tenaga mahir yang menepati keperluan industri yang akan dapat...

final • 7:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Yang di- Pertua. Boleh sedikit sahaja, Yang Berhormat Menteri? Berhubung dengan talent pool ini.

Apa yang kita perhatikan pihak IPT, politeknik, universiti, kolej komuniti dan sebagainya mereka ada tempat untuk pelajar-pelajar ini masuk kursus kejuruteraan peringkat ijazah ataupun diploma khususnya dalam bidang-bidang yang permintaan tinggi seperti E&E, mechatronics dan mechanical engineering. Masalahnya sekarang Yang Berhormat Menteri, sungguhpun kita meletakkan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 untuk menentukan bahawa 60 percent pelajar kita memilih aliran sains tulen dan 40 percent ambil sastera di tingkatan 4 dan tingkatan 5. Dahulunya 40-60, kita hendak jadikan 60-40.

Akan tetapi mengikut data daripada Akademi Sains Malaysia, kedudukan sekarang hanya 18 peratus pelajar memilih aliran sains tulen. Bukan sahaja matlamat 60 peratus sains tulen telah dicapai, tetapi peratusnya menurun.

Jadi, universiti menghadapi masalah serius untuk mendapatkan pelajar untuk memasuki ijazah kejuruteraan. Ini masalah yang besar Yang Berhormat Menteri dan to me this is a national crisis. Yang Berhormat Menteri talking about NIA, kita hendak bawa masuk macam-macam high-tech companies and all that. Jika isu ini tidak ditangani, ia akan menjadi satu masalah kepada kita. Kulim Hi-Tech Park hari ini mengalami masalah itu.

final • 7:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Setuju dengan Yang Berhormat Kubang Pasu, setuju.

final • 7:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Menteri, kita tidak cukup talent. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 7:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, saya hendak tambah sahaja. Soalan saya tadi, bolehkah kita tetapkan gaji minimum untuk TVET dan

final • 7:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

juga jurusan STEM, ijazah atau sarjana supaya kita betul-betul retain our talent pool dalam Malaysia. Hal ini kerana I think we have to incentivise them, so that they stay in Malaysia daripada berhijrah ke negara lain. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih, Yang Berhormat Bayan Baru. Soalan itu saya akan berbincang dengan rakan-rakan Kabinet saya terutamanya Kementerian Sumber Manusia kerana ia ada implikasi kepada industri- industri lain juga.

final • 7:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Betul.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Yang Berhormat Kuala Selangor ada hendak tambah?

final • 7:00 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Persoalannya Yang Berhormat Menteri adalah where is that, dengan izin, di mana pekerjaan high-paying jobs for our STEM graduates? Itu yang dipersoalkan. Mungkin ia adalah chicken and egg.

Situasi ayam dan telurnya; mana yang dulu?

Akan tetapi kalau kita berterusan begini, tidak akan ada yang berminat dengan STEM, engineering, sains dan sebagainya sebab the job is not there. Pekerjaan yang high-paying jobs tidak kita bina justeru kerana MITI gagal untuk mendapatkan investment untuk kita jana dan kita propel higher growth and higher paying job ataupun gaji yang agak lebih mewah, lebih lumayan dalam industri yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.

Di situ soalan yang perlu dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Where is the job?

final • 7:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Mungkin saya jawab sekejap sahaja Yang Berhormat Kubang Pasu tadi dengan Yang Berhormat Bayan Baru. Selepas itu saya dengan Yang Berhormat Machang sekali dengan Yang Berhormat Muar.

Sebenarnya yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Kuala Selangor itu, bercanggah sedikit dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Pasu dengan Yang Berhormat Bayan Baru. Kita ada dua masalah sebenarnya. Apabila saya melawat di Kedah, Kulim High-Tech Park dan juga Bayan Baru, Bayan Lepas baru-baru ini, masalahnya mereka ada pekerjaan itu tetapi tidak dapat talent, itu masalah utama. Apabila saya berjumpa dengan syarikat-syarikat yang telah melabur dan akan melabur masalah atau cabaran utama mereka, we have the money, we have the investment, dengan izin, tetapi mana talentnya? Boleh atau tidak kita continue dengan talent yang relevan kepada industri mereka.

So, sebenarnya Yang Berhormat Kuala Selangor, itu satu masalah. Akan tetapi, ada industri lain masalah yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Selangor pula. Hal ini kerana kita hendak menceburi industri baharu itu, yang NIA perlukan fokus kepada industri-industri tetapi industri itu belum lagi ada kerana komponen high value itu tidak setinggi berbanding dengan negara-negara lain.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ganas itu, negative cycle itu. Kitaran ganas ini boleh menyebabkan kita tidak dapat keluar daripada itu, Yang Berhormat Menteri. Itu paling menakutkan.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Itu betul. Kita punyai gross national income (GNI) patut melebihi RM13,000 tetapi masih lagi setelah last ten years, stuck dekat below that RM13,000 mark. Untuk Yang Berhormat Kuala Selangor, pendekatan ekosistem ini adalah salah satu– pecahan kluster yang dicadangkan sendiri oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, adalah salah satu cara untuk menarik pelaburan yang berkualiti ke dalam negara.

Sebagai contoh, Malaysia mempunyai ekosistem yang mantap untuk menolong pembangunan industri E&E contohnya dan mempunyai sokongan daripada syarikat- syarikat tempatan. Kita kena teruskan ini terutamanya industri semikonduktor. Selain itu, banyak juga galakan-galakan insentif lain yang diberikan.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Akan tetapi, saya setuju kita kena ada a long-term plan kerana seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, ini adalah sejak tahun 2008, semasa saya masih lagi dalam universiti. Akan tetapi, yang penting– Yang Berhormat Muarlah, mungkin.

[Ketawa]

final • 7:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Ketawa]

final • 7:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Akan tetapi yang penting Yang Berhormat, kita mesti sedar yang ini adalah masalah yang memang betul- betul ada dan kita perlu mencari jalan untuk masa terdekat dan juga untuk mengharungi cabaran ini. Saya menjemput Yang Berhormat Machang dengan Yang Berhormat Muar pula.

final • 7:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penerangan dan kami amat tertarik dengan dasar pelaburan baharu yang akan diperkenalkan oleh kerajaan ini. Cuma saya ingin mengambil perhatian Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan keperluan kita meneruskan agenda merapatkan kesenjangan antara wilayah RMKe-12, untuk menarik pelaburan masuk ke Pantai Timur khususnya Kelantan yang telah diabaikan hampir 30 tahun sebelum ini.

Kita pun kalau lihat dalam berita tahun lalu, di bawah pentadbiran lalu, Yang Berhormat Bera membuat pengumuman Tok Bali akan menjadi growth center, dengan izin, Kelantan ataupun Pantai Timur dengan boleh menarik RM2.3 bilion pelaburan baharu. Kita pun tahu ECRL bakal disiapkan, disempurnakan tidak lama lagi.

Jadi, saya ingin tahulah apakah strategi MITI dan kerajaan pada hari ini untuk menarik pelaburan-pelaburan baharu ke Pantai Timur? Hal ini kerana Kelantan adalah salah satu gateway ke Indochina dan juga memang sesuai dijadikan hab logistik untuk perdagangan sama ada regional mahupun bilateral dengan China.

Jadi, janganlah kita abaikan negeri-negeri pembangkang daripada pelaburan yang berkualiti. Kalau Kedah boleh menarik banyak pelaburan yang baik walaupun masih ditadbir oleh pembangkang, apa salahnya Kelantan yang telah diabaikan sekian lama.

Kita tahu orang Kelantan ramai berhijrah keluar ke Pantai Barat. Ramai orang Kelantan menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan pada hari ini; KSU, SUB dan sebagainya.

Jadi, mereka membuat dasar untuk negara. Jadi, apakah – saya mintalah Yang Berhormat Menteri untuk mengambil serius rayuan dan juga permohonan kami di Kelantan khususnya melengkapkan kesemua projek infrastruktur RMKe-12; jalan raya, pelabuhan dan sebagainya. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih. Penekanan Yang Berhormat Menteri kepada industri EV dan tenaga yang boleh diperbaharui adalah perkara yang sangat menggalakkan.

Cuma persoalan saya Yang Berhormat Menteri, mengapa Kerajaan Malaysia sampai hari ini mengekalkan dasar untuk menghalang eksport tenaga boleh diperbaharui kepada negara jiran seperti Singapura.

final • 7:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Setakat yang saya dimaklumkan, belum ada jawapan rasmi. Dia ada banyak sebab tak nak Singapura compete, data center ke sana tetapi kalau ikut sebagai contoh Yang Berhormat Menteri di France, pada peringkat awal, mereka ada dasar untuk tidak membenark1040an export of nuclear technology and expertise. Akan tetapi di bawah kerajaan baharu Macron, tahun 2025, dia menggalakkan kerana dengan eksport, harga lebih tinggi boleh Malaysia dapat, economies of scale, we can reinvest back in our country.

Dengan izin, Yang Berhormat Menteri, untuk mempertimbangkan dasar yang sedia ada, untuk membenarkan eksport tenaga boleh diperbaharui. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih. Saya jawab Yang Berhormat Machang dulu.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Yang Berhormat Machang, di bawah NIA yang telah diumumkan pada bulan Oktober tahun lepas, ada elemen keterangkuman ataupun inklusif yang disebut tadilah di mana wilayah-wilayah yang ketinggalan ataupun seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi kurang membangun berbanding dengan wilayah-wilayah ataupun negeri- negeri ataupun bandar-bandar yang lain, akan diberi fokus juga.

Saya gembira Yang Berhormat Machang sebut pasal ECRL. Sebenarnya ECRL ini akan banyak membantu juga pembangunan di kawasan-kawasan tersebut. This transit oriented development ini saya rasa salah satu game changer untuk di kawasan-kawasan tersebut. Saya pun baru-baru ini pergi ke Kemaman juga dan nampak banyak pelabur dia tengok mana jalan, mana logistics chain dan ini akan memberi peluang yang lebih besar kepada semua negeri yang terlibat. Akan tetapi melalui komitmen saya yang kita tidak akan ada double standard-lah di antara negeri-negeri pembangkang dan juga negeri- negeri kerajaan.

Untuk Yang Berhormat Muar, saya sebenarnya di MITI ini memang kita melihat bahawa apa yang dicadangkan itu ada pro nya terutamanya untuk industri. Jadi saya mungkin lebih bias kepada—Mungkin saya secara peribadi mungkin setujulah dengan Yang Berhormat Muar.

Akan tetapi kerana saya pernah berbincang juga dengan kementerian- kementerian lain terutamanya KETSA dan selepas ini saya pun sebenarnya sudah berbincang juga dengan Yang Berhormat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mengenai perkara ini. Perkara ini saya percaya sedang dipertimbangkan oleh kementerian-kementerian yang berkaitan supaya kita melihat semula. Akan tetapi sama ada apakah keputusan-keputusan terakhir mengenai isu ini, saya tak boleh komen lagi kerana ini masih lagi di peringkat perbincangan. Oleh itu, keputusan yang terakhir itu masih lagi still holds lah, dengan izin Yang Berhormat.

Selain itu...

final • 7:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Menteri.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Salah satu sebab kita perlukan renewable energy ini saya difahamkan mungkin Yang Berhormat pun telah dimaklumkan kerana keperluan tenaga boleh baharu ini adalah untuk pelaburan syarikat data center di Malaysia sendiri. Memang banyak yang akan datang.

Selain itu juga, kita pun—Saya difahamkan kita semua sedar bahawa kita ada sasaran tahun 2050 ini untuk mencapai kemapanan Malaysia dalam pelepasan carbon neutral by 2050. So kita kena lihat bagaimana kalau kita eksport sama ada ini akan menjejaskan sasaran itu. Akan tetapi saya setuju ada benefit-nya seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Muar tadi.

final • 7:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Menteri.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Boleh bagi satu lagi...?

final • 7:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Satu lagi soalan.

final • 7:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebagai menyambung apa yang disebut oleh Yang Berhormat Machang tadi, sebenarnya kalau kami di Kelantan terutamanya di pantai timur ini, kita mengetahui bahawa jawapan yang sebegini agak klise daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan bahawa mereka akan memberikan bantuan dan pertolongan kepada negeri-negeri yang belum membangun khususnya di Kelantan.

Jadi saya mahu tahu, apakah dasar dan peratusan pembangunan untuk menggalakkan pelaburan ini masuk ke negeri-negeri? Ini kerana kalau kita tengok di negeri-negeri sempadan contohnya macam Johor dan juga Kedah, kalau banding dengan nilai pelaburan yang sampai ke Kelantan, rasanya tak seimbang.

final • 7:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Jadi saya hendak minta Yang Berhormat Menteri memberikan peratusan dan anggaran supaya kita melihat keseimbangan ini dapat dirasai oleh rakyat. Ini kerana kita lihat baru-baru ini kerajaan PN, kita ada harapan untuk melihat perubahan pada Kelantan tetapi sekarang ini kita nampak, dalam keadaan kita akan kembali kepada cerita lama lah ini. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Mungkin Yang Berhormat tak kenal saya lagi. Boleh tanya teman-teman di sebelah sana, di Perikatan Nasional. Semasa saya Menteri Kewangan, tak pernah saya buat benda-benda yang disebut tadi.

Akan tetapi mungkin data pun tak sampai lagi kepada Yang Berhormat. Negeri Kedah sebenarnya negeri yang berjaya. Tanya Yang Berhormat Kubang Pasu. Dia tahun lepas sahaja, RM11.2 bilion [Tepuk] . Jadi janganlah — Berilah compliment juga kepada Yang Berhormat Kubang Pasu. Dia pun turun dua hari bersama-sama saya di Kedah baru- baru ini.

Akan tetapi di Kelantan belum turun lagi lah. Insya-Allah, saya akan turun juga [Ketawa] . Terima kasih. Yang Berhormat, kerana masa dah habis, ada lagi dua soalan.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jawapan bertulis.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Yang Berhormat Arau nak? Okey, bagi Yang Berhormat Arau.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, boleh bagi jawapan bertulis sahaja. Masa tak cukup lagi.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Okey lah, kalau you...

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Saya tiada pilihan ya?

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Okey, terima kasih.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi.

final • 7:10 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Kementerian Pendidikan Tinggi, saya mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kesemua 29 Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu dalam sektor pendidikan tinggi negara kita. Sudah pasti segala pandangan, saranan dan pengamatan yang dikongsikan, akan diberikan perhatian oleh KPT demi penambahbaikan.

Bagi menjawab dan mengulas segala perkara yang telah dibangkitkan sepanjang minggu lalu sehingga hari ini, saya akan mengelompokkan dan mencerakinkan isu-isu utama yang dibahaskan seperti berikut.

Pertama AUKU, literasi dan kebebasan berpolitik pelajar. Isu-isu ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Terap dan Yang Berhormat Tenggara. Untuk maklumat Yang Berhormat Padang Terap, pemansuhan seksyen 15(2)(c) dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan seksyen 10(2)(c) dalam Akta Institusi-institusi Pelajaran pada tahun 2019 telah membenarkan pelajar institusi pendidikan tinggi awam melibatkan diri dalam politik kepartian di dalam dan luar kampus termasuk bertanding sebagai calon pilihan raya.

Di pihak kementerian, dasar kita sememangnya tidak memberi halangan aktivisme politik dalam kalangan pelajar dan IPT-IPT sememangnya diminta memberi kerjasama dan menyokong kebebasan tersebut tanpa sekatan dan halangan.

final • 7:15 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Susulan daripada perkembangan ini dan bagi turut menjawab cadangan Yang Berhormat Tenggara berkenaan dengan literasi politik, pelbagai program pendidikan pengundi telah dilaksanakan kepada mahasiswa dengan kerjasama Akademi Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Matlamat pelaksanaan program-program ini adalah untuk meningkatkan literasi mahasiswa terhadap pelaksanaan Undi 18 serta melahirkan mahasiswa yang prihatin dalam sistem pemerintahan negara.

Untuk makluman, satu Memorandum Persefahaman dan Nota Kerjasama Program Memperkasa Pendidikan Pengundi pelajar telah dimeterai antara pihak pelaksana iaitu universiti awam serta politeknik dan kolej komuniti dengan pihak berkepakaran iaitu APR, melalui Suruhanjaya Pilihan Raya pada 16 Ogos 2022. Sehingga kini, seramai 252,188 orang mahasiswa IPTA telah mengikuti pelbagai bentuk program pendidikan pengundi melalui 200 program yang telah dijalankan.

Tuan Yang di-Pertua, kedua, isu berkenaan ekosistem dan kualiti TVET serta pembukaan IPT baharu. Isu TVET adalah yang paling banyak dibangkitkan dalam bahas yang melibatkan pendidikan tinggi. Antaranya Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Larut berkenaan keperluan memantapkan sistem pendidikan TVET kita agar lebih relevan dan menarik minat anak-anak muda.

Malah, atas kepercayaan betapa TVET ini penting, Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Tenom dan Yang Berhormat Batu turut memohon agar institusi TVET vokasional dibina di kawasan Parlimen masing-masing. Sekalipun saya sangat menghargai keprihatinan Yang Berhormat sekalian untuk membawa IPT ke Parlimen masing-masing, namun, kementerian tidak dapat memberi komitmen pembukaan sesebuah IPT di sesuatu kawasan tanpa penelitian mendalam.

Banyak pertimbangan yang harus diambil kira dan diberikan perhatian. Kita mesti meneliti pelbagai spektrum keperluan. Antaranya:

final • 7:15 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

(i) permintaan semasa yang harus merangkumi keperluan daripada perspektif pelajar dan masyarakat semasa yang mesti seimbang dengan saiz populasi;

(ii) kecukupan dan kesediaan bekalan tenaga pakar dalam sesuatu bidang;

(iii) keupayaan menyediakan dan menyelenggarakan prasarana dengan baik;

(iv) kemandirian kewangan;

(v) prospek dan jenis program yang hendak ditawarkan; dan

(vi) risiko pertindihan (overlapping) dan sebarang ketidakpadanan (mismatch) dengan IPT serta program sedia ada.

Misalnya, permintaan oleh Yang Berhormat Sri Aman yang mahukan IPT berteraskan pertanian dan saranan Yang Berhormat Tampin yang mahukan lebih banyak kursus pertanian dan perhutanan menjadi lebih menarik. Perkara ini sebenarnya sudah menjadi fokus utama Universiti Putra Malaysia selaku IPT utama di rantau ini dalam bidang tersebut. Malah perkara ini adalah fokus dan forte Fakulti Sains, Pertanian dan Perhutanan, UPM, Kampus Bintulu, Sarawak.

Maknanya banyak pertimbangan yang harus diteliti terlebih dahulu. Jadi, ini juga jawapan saya kepada Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Parit Buntar dan Yang Berhormat Gua Musang yang memohon pembukaan IPT di kawasan mereka serta Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Sandakan dan Yang Berhormat Miri yang masing-masing turut memohon pembukaan satu lagi universiti penuh di wilayah Sabah dan Sarawak. Cuma...

final • 7:20 PM

Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

[Bangun] Minta...

final • 7:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

...Secara rumusannya, saya boleh katakan yang barangkali ini adalah rekod permintaan paling banyak untuk menubuhkan IPT...

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

[Bangun]

final • 7:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

final • 7:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

...oleh Ahli-ahli Parlimen kita dengan 11 permintaan untuk menubuhkan politeknik, kolej komuniti, fakulti pengajian dan universiti penuh.

final • 7:20 PM

Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengikuti ucapan awal tahun Yang Berhormat Menteri. Banyak benda dalam itu yang saya fikir, saya bersetuju dan sangat penting. Tentang TVET, kalau pun tidak boleh dijawab di sini tetapi mungkin ketika bajet nanti. Yang Berhormat main peranan penting ketika rebranding kalau istilah pada zaman your first tour di kementerian dulu.

Perkembangan pada hari ini terutamanya penilaian terhadap prestasi universiti-universiti kemahiran yang ada empat ke lima buah yang ada sekarang. Mungkin kalau bukan masa ini pun mungkin masa bajet nanti boleh dicerakinkan. Terima kasih.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Satu lagi.

final • 7:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri...

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Menteri, sebelum menjawab, boleh tambah sikit. Parit Buntar dulu.

final • 7:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Sedikit saja Yang Berhormat Menteri...

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar kah, Yang Berhormat Muar?

final • 7:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Ini ex-boss saya ini. Sikit saja.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Beliau pun tengok saya juga.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Yang Berhormat Muar dulu.

Selepas itu.

final • 7:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih. Ini privilege.

[Ketawa] Yang Berhormat Menteri, setiap kali ada perbahasan, semua Ahli Parlimen akan memohon pembinaan institusi TVET baharu, GIATMARA dalam kawasan mereka. Akan tetapi, mengikut data sedia ada, kita sudah ada ratusan buah institusi TVET tetapi tidak ada anak muda yang mengisinya.

Secara purata, saya ingat di KBS hanya 50 peratus sahaja, akhirnya akan menyertai dan banyak tempat kekosongan. Masalahnya Yang Berhormat Menteri, datang daripada perangkap hutang pendidikan daripada kolej-kolej swasta. Kolej swasta akan dapat data pelajar-pelajar tercicir yang tidak dapat gred baik selepas SPM. Selepas itu, kolej swasta akan menghantar surat tawaran dengan janji pembiayaan 100 peratus dan pekerjaan selepas tamat.

Realitinya, hutang PTPTN lebih RM50 ribu dan tidak ada pekerjaan kerana kolej swasta ini credentials-nya itu sangat lemah. Walhal, jikalau anak muda ini dididik daripada awal, mereka tidak perlu ada hutang RM50 ribu, tidak perlu belajar di kolej swasta ini selama lima tahun, tidak kerja tetapi we can redirect them, dengan izin, ke institusi-institusi TVET yang sekarang ini banyak kosong.

Walhal subsidi kerajaan 100 peratus, plus allowance setiap bulan. Saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh pertimbangkan perkara ini untuk lawan institusi-institusi kolej swasta yang credentials-nya sangat lemah yang akhirnya menyebabkan anak-anak kita hilang lebih lima tahun. Akhirnya, institusi TVET kosong di Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sama jugalah macam Muar. Parit Buntar adalah satu Parlimen di kawasan dan di daerah Kerian yang penduduknya menjelang tahun 2030, anggarannya mencecah setengah juta, suku juta.

Dengan jumlah penduduk sekarang pun sudah mencecah 200 ribu lebih orang.

Jadi, tidak wajarlah Parit Buntar termasuklah Bagan Serai, satu daerah yang langsung tidak ada IPT ataupun paling kurang cawangan. UITM, itu paling kurang. Tadi disebut tentang beberapa sebab mengapa permintaan-permintaan daripada beberapa Parlimen tidak dapat dipenuhi.

Jadi, tolong beritahu dalam Parlimen hari ini, apa kriteria yang sebenarnya yang dikehendaki oleh IPT, oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk membolehkan IPT diwujudkan di daerah-daerah tersebut terutamanya Parit Buntar? Ini permintaan penduduk Parit Buntar.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih. Yang Berhormat...

final • 7:20 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak. Pasir Salak satu.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Pertama, terima kasih sahabat saya daripada Temerloh yang pernah menjadi Yang Berhormat Timbalan Menteri saya...

final • 7:20 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Bukan Yang Berhormat Temerloh.

final • 7:20 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Indera Mahkota.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Yang Berhormat Indera Mahkota yang pernah menjadi Yang Berhormat Timbalan Menteri saya. Nanti – saya percaya bahawa kita, apa yang dimaksudkan adalah universiti-universiti MTUN. Memang mereka telah menunjukkan prestasi yang baik. Mungkin selepas masa perbahasan bajet kita boleh memaklumkan mengenai kedudukan mereka.

Kepada Yang Berhormat Muar, itu memang menjadi perkara yang telah dibangkitkan dalam perbahasan. Saya ada jawapannya nanti. Akan tetapi, kes-kes yang mana pelajar yang telah ditolak, kemudian sepatutnya disalurkan ke program TVET tetapi diambil oleh kolej-kolej swasta. Itu kalau adapun mungkin kes-kes terpencil kerana PTPTN tidak menimbang – hanya menimbang permohonan pinjaman daripada pelajar dan bukannya daripada kolej. Jadi, harus kita faham mengenai perkara itu.

Yang Berhormat Parit Buntar, saya sudah jawab tadi. Asas-asas bagaimana kita untuk membuat keputusan membuka sesuatu IPT ataupun cawangan. Tadi saya sudah ucapkan di peringkat awal. Yang Berhormat, saya minta izin juga, saya sebenarnya jawapan saya panjang. Kalau banyak mencelah, mungkin memang tidak cukup dan...

final • 7:20 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Satu lagi, Pasir Salak.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Jadi, banyak sangat. Kalau tidak, tidak sempat saya hendak menjawab semua.

final • 7:20 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Sekejap saja. Sekejap saja.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Mengenai perkara sama kah?

final • 7:20 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Sama juga. Dekat Pasir Salak ini...

final • 7:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Sama, saya sudah itu...

final • 7:20 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

...Sebesar negeri Perlis, Parlimennya.

Akan tetapi, tidak ada IPT.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Sama, asasnya sama.

final • 7:20 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Okey.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Asasnya sama. Okey.

Seterusnya, saya ingin menyentuh perihal ketidakseimbangan jantina pelajar di IPT yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Saya mengakui bahawa enrolment ke universiti awam menyaksikan ketidakseimbangan antara penuntut wanita yang mewakili 61.4 peratus daripada jumlah pelajar manakala lelaki hanya 38.6 peratus.

Namun, kalau dilihat kepada enrolment TVET dan kemahiran di politeknik, trend- nya berbeza. Di politeknik seramai 56 peratus pelajar adalah lelaki manakala seramai 46 peratus pelajar adalah perempuan. Begitu juga di kolej komuniti iaitu seramai 59 peratus adalah pelajar lelaki dan seramai 41 peratus adalah pelajar perempuan. Jadi, kita boleh simpulkan yang dalam segmen akademik khususnya di universiti awam, lebih ramai pelajar perempuan manakala enrolment bagi segmen kemahiran dan TVET, ia dikuasai oleh pelajar lelaki.

Tuan Yang di-Pertua, secara asasnya, kementerian bersetuju bahawa seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tenggara. TVET harus menjadi aliran pendidikan tinggi yang mengutamakan teknologi terkemuka dunia dan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai iaitu mampu mempersiapkan pelajar dengan tuntutan industri. Perkara ini telah saya nyatakan secara mendalam baru-baru ini iaitu bahawa setiap komponen pendidikan tinggi, TVET khususnya, mesti menjadi pilihan yang seimbang dalam masyarakat. Ini juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Muar sebentar tadi.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Atas dasar itulah program-program TVET dalam sektor pendidikan tinggi sedang diselaraskan kembali agar lebih menekankan apa yang dipanggil sebagai high-tech, high art, dan high touch, dengan izin.

Ketiga-tiga aspek ini merupakan satu cakupan yang berasaskan kepada perkembangan semasa teknologi dengan menggabungkan kedinamikan pelbagai disiplin ilmu. Di pihak kementerian, perkara ini memang sedang kita usahakan...

final • 7:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Yang di- Pertua, boleh saya minta laluan Yang Berhormat Menteri? Saya ingat Yang Berhormat Menteri sebut fasal TVET ini.

Di Kedah, kita ada beberapa buah institusi TVET. One of them dipanggil ADTEC di Kulim Yang Berhormat Menteri. Saya ada hubungan rapat dengan mereka. Banyak perbincangan diadakan dengan mereka bagi menangani isu talent pool di Kulim Hi-Tech Park. In fact, for the next three years kita perlukan 34,000 orang- tenaga kerja daripada engineers sampai kepada technical assistants, technicians dan juga skilled workers. ADTEC Kulim ini Yang Berhormat Menteri, ia punya kapasiti untuk pelajar masuk maksimum ialah 600 orang. Ia buat electrical dan electronic, mechatronic, mechanical, dia buat computer science, dan sebagainya.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Minta maaf, ADTEC bawah Kementerian Sumber Manusia.

final • 7:30 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Sorry, saya boleh menyentuh mengenai politeknik. Hari ini Yang Berhormat Menteri, kita ada sedikit masalah disebabkan oleh gig economy. Gig economy ini ertinya dia kerja sendiri, dia buat apa dia hendak buat apa, dia tidak ada bos.

Saya perhatikan banyak politeknik kita terutamanya di Kedah, umpamanya tahun lalu dan tahun ini juga permohonan kemasukan ke politeknik menurun disebabkan lepas SPM, mereka memasuki pekerjaan gig dan dapat gaji yang tinggi. Ramai yang tidak berminat masuk politeknik dan juga institut pengajian tinggi.

Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh memperoleh data-data bagi seluruh negara. Ini satu masalah yang perlu kita tangani dengan sebaik mungkin. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Kita memang mengakui hakikat itu dan di peringkat kementerian kita sedang berusaha untuk mengatasi perkara tersebut. Memang penting untuk kita bangunkan minat anak-anak kita untuk memilih TVET dan antaranya melalui apa yang kita tawarkan dalam politeknik.

Sebenarnya ada banyak kelebihan jika mereka memilih untuk menyertai program TVET. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, data menunjukkan 93.7 peratus lepasan politeknik dalam tahun 2021 berjaya menyertai alam pekerjaan. Dalam konteks ini, saya ingin ambil kesempatan untuk menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru yang mencadangkan agar semua kursus berkaitan STEM dan TVET di IPT ditawarkan secara percuma.

Untuk makluman semua, caj atau yuran yang dikenakan bagi program politeknik selaku penyedia utama program TVET hanyalah sebanyak RM200 satu semester.

Sedangkan yuran sebenar setiap semester adalah kira-kira RM1,850 bagi sijil, dan RM2,100 bagi diploma dan ijazah sarjana.

Ini bermakna kerajaan sudah memberi subsidi sebanyak 90 peratus. Jadi kadar ini sudah sangat rendah. Jadi saya percaya- kita mahu supaya kita dapat terus memberikan pengajian yang berkualiti dan tentunya kita memerlukan supaya sedikit sebanyak pelajar-pelajar itu menunjukkan komitmen dengan membuat bayaran.

final • 7:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, pencelahan sedikit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menjelaskan konteks saya, cadangan saya memberi pendidikan percuma kepada TVET dan juga jurusan sains dalam universiti.

Ini kerana sains ini susah hendak menarik orang muda masuk ke jurusan sains dan pergi TVET dan juga jadi engineering STEM dan sebagainya, ini amat susah. Jadi kita kena ada inisiatif, bagi mereka.

Jadi saya cadangkan dua. Pertama, kita bagi direct offer. Contohnya, kalau Form 5, katakan dia punya pencapaian bagus, kita bagi dia terus direct masuk ke universiti jadi engineer, dan sebagainya.

Kalau mereka punya pencapaian tidak berapa baik then masuk terus TVET, direct offer. Ini kerana kita tahu bahawa talent pool kita semakin kurang dan kita perlukan ramai engineers especially STEM. Dulu saya Form 5, saya dapat offer direct terus masuk UTM dan masuk jurusan engineering. So, I benefited from there and a lot of my colleagues, sekarang mereka jurutera yang hebat-hebat.

So, kerana ada direct offer itu mereka lebih cenderung masuk jadi engineer dan sebagainya. Jadi saya mohon supaya Yang Berhormat Menteri consider dua inisiatif itu.

First, bagi direct offer kepada semua Form 5 yang jurusan sains.

Kedua, bagi percuma kerana after all selepas mereka jadi engineers mereka akan pay back the tax. Tax itu cukup untuk kerajaan dan hanya sedikit sahaja. Tinggal RM200 sahaja, bagilah percuma. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 7:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya ingin melanjutkan sedikit pertanyaan dan cadangan juga kepada kerajaan berhubung dengan TVET.

Kita sering melihat TVET sebagai satu program second class. Pada masa yang sama TVET dalam perbahasan di luar negara di Jerman contohnya merupakan sistem fachhochschule. Ia dilihat sebagai salah satu cabang applied sciences yang mana mereka juga sama taraf dengan universiti-universiti yang lain.

Cuma dalam soal yang tadi Yang Berhormat Kuala Selangor ada bangkitkan ‘chicken and egg’ issue. Kita hendak tarik investment yang berkualiti tetapi tidak dapat pekerja mahir. Saya nampak sebenarnya ini satu dilema di Malaysia kenapa kita masih berada di takuk yang lama daripada segi middle-income trap kerana antara salah satu faktornya ialah kepesatan dan jangka hayat kebolehpasaran dan relevancy courses yang

final • 7:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

ada di IPTA dan IPTS kita, jangka hayatnya kalau mengikut kajian World Economic Forum, empat tahun paling lama. Habis saja budak-budak itu graduated, sudah tidak boleh apply sangat apa yang dia belajar. Ini sebab industri bergerak dengan lebih pantas.

Jadi cadangan saya kepada Kementerian Pengajian Tinggi iaitu mungkin boleh dipertimbangkan perbincangan dengan kementerian-kementerian lain yang relevan contohnya Kementerian Komunikasi dan Multimedia- bagaimana kita boleh menggunakan, contohnya Coursera, Udemy, platform-platform ini untuk menawarkan modular courses yang tidak memerlukan anak muda masuk ke universiti pada jangka masa yang lama.

Benda ini boleh buat secara piecemeal basis. Contohnya mungkin the program, package kalau subscribe Maxis, Unifi dan instead dapat Netflix, mungkin dapat baucar untuk anak muda subscribe courses untuk upskilling and reskilling. Ini kerana banyak masalah kita hendak tarik pelaburan yang berkualiti tinggi bila mana high-skilled labour kita pun obsolete daripada segi skill yang mereka belajar empat, lima tahun di universiti.

Jadi saya cadangkan kepada KPT untuk pertimbangkan modular courses, micro degrees sebahagian daripada cara kita hendak membantu rakyat Malaysia atau anak muda upskilling and reskilling dalam masa terdekat. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih kepada pertamanya Yang Berhormat Bayan Baru. Soal isu menawarkan tempat secara percuma dan secara direct untuk pelajar STEM dan sebagainya. Kita menyambut baik dengan- saya perlu berbincang dengan Kementerian Pendidikan khususnya. Ini kerana antara cabaran kita kadang-kadang kita tidak ramai pelajar sains. That is actually our problem, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Akan tetapi, apa pun cadangan itu, kita akan berikan pertimbangan dan begitu juga apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang soal modular...

final • 7:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja pencelahan. Ini sebab ini ‘chicken and egg’. Kalau kita boleh direct offer, incentivize lebih ramai yang masuk jurusan sains pada Form 4 and Form 5 kalau kita ada program khusus.

Maksudnya, dia masuk sahaja dia tahu saya akan masuk universiti. Kalau tidak, setidak-tidaknya masuk TVET. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Ya, kita akan pertimbangkan. Kita kena lihat secara mendalam. Yang Berhormat Machang mengenai soal modular courses dan sebagainya memang kita telah perkenalkan program-program microcredit dan sebagainya, dan usaha kita untuk lebih rapat bekerja bersama-sama dengan industri semua itu, memang sedang dirancang oleh pihak kementerian.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Malah, kita telah minta institusi-institusi TVET kita untuk lebih kepada industry- focused dalam mereka melaksanakan peranan dan juga tanggungjawab mereka.

final • 7:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja.

final • 7:40 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Yang Berhormat Menteri...

final • 7:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Saya dahulu.

final • 7:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

[Menunjuk kepada Yang Berhormat Ampang] Wanita yang minta dahulu.

final • 7:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Menteri, saya rasa isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru amat menarik. Oleh kerana kalau kita lihat statistik yang dibacakan oleh Yang Berhormat Menteri juga, kita lihat bertambah tinggi ataupun tinggi pengajian yang diambil, bertambah kurang pelajar lelaki. Akan tetapi apabila cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bayan Baru, saya nampak itu satu perkara yang agak kreatif kerana perlu ada tawaran lebih awal. Ini kerana kita tahu

final • 7:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

STEM ini mahal kursusnya. Kalau itu, saya hendak cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri kalau boleh kita ada tajaan itu bukanlah secara percuma tetapi ada perkaitan antara industri untuk mengambil pelajar-pelajar ini untuk ditaja. Selepas tajaan itu selesai, mereka terus masuk ke bidang pekerjaan di dalam industri yang telah pun memberi mereka tajaan itu.

Itu juga dua perkara yang kita boleh selesaikan. Pertama tajaan, yang keduanya kita dapat job placement kepada semua pelajar TVET yang sekarang ini kadang-kadang mereka tidak dapat selesaikan isu pekerjaan ataupun tidak naik ke tahap yang lebih tinggi kerana tajaan itu kadang-kadangnya tidak ada. Jadi, untuk memperamaikan STEM ini, saya rasa perkara-perkara ini perlu diambil kira. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 7:40 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak balik kepada mengenai universiti. Kalau tempat lain Yang Berhormat minta universiti tetapi di Rompin, saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri, kita sudah ada satu universiti iaitu Universiti Tenaga Nasional

(UNITEN) Cawangan Muadzam Shah. Malangnya, saya dimaklumkan bahawa banyak kursus ini telah ditarik ke Bangi. Kursus-kursus degree dan yang hanya tinggal ialah dua kursus diploma, malahan kursus foundation juga dibawa ke Bangi.

Jadi, saya ingin— dan saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri, banyak facilities yang ada di Universiti Tenaga Nasional di Muadzam Shah ini.

Asramanya, semua kelengkapan, dewannya. Malahan satu dewan baharu, Dewan Tan Sri JJ pun bernilai hampir RM20 juta tanpa digunakan. Jadi maknanya, di Rompin ini memang sudah ada universiti, sudah ada semua kelengkapan. Cumanya saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah kementerian boleh memainkan peranan bagi memastikan universiti ini terus wujud di Rompin ini? Saya nampak seolah- olah macam hendak ditutup universiti ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 7:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat.

Menjawab Yang Berhormat Ampang, saya percaya isu ini berkisar kepada soal kurangnya pelajar STEM yang menjejaskan jumlah pelajar STEM untuk masuk ke universiti dalam negara kita. Mungkin dalam kita menjawab isu ini, semua cadangan yang telah diberikan boleh kita ambil kira.

Untuk menjawab Yang Berhormat Rompin, UNITEN ialah sebuah universiti swasta, bukannya universiti awam. Kementerian memang ada makluman bahawa mereka hendak memindahkan banyak program mereka ke Putrajaya, ke Kuala Lumpur, di mana universiti induk itu diwujudkan. Dalam konteks ini, kementerian tidak— belum memberi apa-apa kelulusan untuk mereka berbuat demikian. Jadi, kemungkinan...

final • 7:40 PM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 7:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Kemungkinannya kementerian tidak akan memberi kelulusan untuk mereka pindahkan program mereka.

final • 7:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey, Yang Berhormat Menteri.

Setiu, ada satu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Di Setiu pun memerlukan sebuah universiti, Yang Berhormat Menteri. Sudah lama saya bangkitkan dalam perbahasan sebelum ini.

Kedua, saya hendak bertanya berkait dengan bantuan yang disalurkan kepada IPTS yang menghadapi penurunan kemasukan pelajar baharu disebabkan pandemik COVID-19. Ada IPTS yang tidak mampu untuk membayar gaji kepada pensyarah dan kakitangan disebabkan mereka bergantung sebahagian besarnya kepada yuran pelajar.

Jadi, apakah bantuan yang disalurkan kepada mereka? Sekian, terima kasih.

final • 7:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Kita ada lebih kurang dekat 400 buah institusi pendidikan tinggi swasta dan kita tidak ada apa-apa program untuk membantu mereka kerana ini soal perniagaan bagi mereka.

final • 7:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 7:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

KPT sangat penting. Palinh penting.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Semua kementerian pun penting, Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Saya baru jawab sebenarnya 25 peratus. Walaupun begitu Yang Berhormat, saya akan hantar...

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jawapan bertulis.

final • 7:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

...Jawapan-jawapan itu secara bertulis. Minta maaf pada semua kerana banyak sangat celahan. Terima kasih.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

final • 7:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan.

final • 7:40 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada tujuh orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan, pandangan, serta cadangan. Secara keseluruhannya, sebanyak tujuh cadangan telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Tiga mengenai belia, dua berkaitan dengan TVET, satu berkaitan dengan sukan dan satu lagi berkaitan dengan kemudahan sukan. Isu belia, pembangunan belia memainkan peranan penting, malah menjadi cerminan kepada pembangunan negara pada peringkat nasional mahupun antarabangsa. Inisiatif memperkasakan belia bukan sahaja tanggungjawab KBS tetapi memerlukan kerjasama erat daripada semua kementerian dan agensi lain, badan bukan kerajaan serta rakyat secara keseluruhan.

Tuan Yang di-Pertua, saya terus menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Alor Setar. Yang Berhormat Alor Setar ada? Ada ya. Meraikan pandangan anak muda. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KBS sentiasa memberi ruang kepada belia yang merupakan tonggak pelapis negara untuk menyuarakan pandangan kepada kerajaan. Sebagai contoh, KBS mempunyai platform Majlis Perundingan Belia Negara

(MPBN), yang diwujudkan sejak tahun 1971 bagi mendengar permasalahan golongan belia peringkat akar umbi untuk dibincangkan dalam persidangan MPBN peringkat kebangsaan. Sehingga tahun lepas, MPBN telah melaksanakan 66 persidangan dengan purata dua kali setiap tahun. Terkini, saya telah mempengerusikan MPBN Sidang II Penggal ke-33 pada 26 Januari lepas dan menghabiskan satu hari, saya dan Timbalan Menteri saya duduk di sana dan mendengar semua pandangan semua anak muda ini.

KBS turut meraikan suara anak muda di negara ini melalui platform Parlimen Belia Malaysia (PBM) yang diperkenalkan semenjak tahun 2015. Sehingga tahun lepas, sebanyak 14 persidangan PBM telah dilaksanakan dan 61 usul dibahas melibatkan seramai 424 orang Ahli Parlimen Belia. KBS turut mengadakan perbincangan bersama wakil kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan peserta Felo Perdana serta Felo Korporat untuk mendapatkan pandangan dan kehendak golongan belia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, satu sesi perjumpaan Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri KBS bersama para peserta Felo Perdana telah diadakan pada 21 Disember. Bulan yang sama kita angkat sumpah, kita telah berjumpa dengan anak-anak muda ini. Sesi town hall Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri bersama Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia telah juga dianjurkan pada 17 Januari 2023.

Isu kedua yang dibangkitkan Yang Berhormat Tenggara. Ada? Tidak ada, Saya minta saya beri secara bertulis.

final • 7:46 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh

Isu ketiga yang telah dibangkitkan adalah Yang Berhormat Segamat. Ada ya.

Modal pembangunan belia dan sukan dan kolaborasi program bersama kerajaan negeri.

Untuk makluman Yang Berhormat Segamat, KBS serius dalam usaha membangunkan belia dan sukan di negara ini. Kementerian ini juga sentiasa bekerjasama erat dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi memastikan program belia dan sukan yang dilaksanakan memberi manfaat sehingga ke peringkat akar umbi.

Selain daripada itu, antara program pembangunan belia yang dilaksanakan bersama kerajaan negeri ialah Sambutan Hari Belia peringkat negeri dan daerah, ia dilaksanakan di semua negeri dan 122 buah daerah di seluruh negara. Sambutan Hari Belia Negara pada tahun lepas telah berjaya menarik penyertaan seramai 3.2 juta orang di seluruh negara. Kementerian juga turut bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri melalui penganjuran program-program belia seperti Anugerah Perdana Belia Negeri, Majlis Perundingan Belia Negeri dan Program Youth Career. Berhubung perkara ini juga, sebanyak 3,285 aktiviti sukan massa telah dilaksanakan sepanjang Sambutan Hari Sukan Negara tahun lepas.

final • 7:46 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh

Sambutan ini telah dianjurkan di peringkat daerah seluruh negara dengan kerjasama kerajaan negeri melibatkan penyertaan seramai lebih 2.6 juta orang. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang sambutan tersebut ialah fun run, fun rides, senamrobik dan aktiviti kecergasan. KBS telah menganjurkan program big screen dengan kerjasama kerajaan negeri sempena pertandingan separuh akhir AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 yang telah melibatkan penyertaan seramai 150,510 orang penonton.

Majlis Sukan Negara (MSN) turut bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri melalui pelaksanaan beberapa program pembangunan seperti berikut:

(i) Program Pelapis Negeri;

(ii) Program Bakat;

(iii) Program Pembangunan Bola Sepak Negara;

(iv) Program Pembangunan Hoki Negara;

(v) Program Pembangunan Ragbi Negara; dan

(vi) Program Pembangunan Bola Jaring Negara.

Kementerian juga menyediakan platform pertandingan yang competitive melalui penganjuran temasya SUKMA, Para SUKMA secara dwitahunan dengan kerjasama erat bersama kerajaan negeri yang merupakan platform pertandingan untuk atlet-atlet dipilih ke peringkat yang lebih tinggi bagi mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Untuk makluman Yang Berhormat...

final • 7:50 PM

Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Boleh bertanya?

final • 7:50 PM

Puan Hannah Yeoh

Sekejap ya. Saya jawab okey untuk Yang Berhormat Segamat. Untuk makluman Yang Berhormat Segamat juga dalam dua bulan ini saya telah pergi berjumpa dengan empat kerajaan negeri. Walaupun pembangkang saya pergi ke Kelantan dahulu, Johor, Sabah dan Sarawak untuk berbincang dengan Exco dan saya juga telah mengadakan mesyuarat berjumpa dengan semua Exco untuk membincangkan isu-isu melibatkan Exco negeri.

Okey, silakan Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 7:50 PM

Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih walaupun saya tidak berbahas bawah tajuk ini. Akan tetapi, Yang Berhormat menyebut tentang SUKMA dan kita faham SUKMA ini ada sukan wajib dan ada sukan pilihan. Selalunya KBS ada isu bila kerajaan negeri memilih.

final • 7:50 PM

Puan Hannah Yeoh

Betul.

final • 7:50 PM

Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Saya hendak tanya bila agaknya bola keranjang boleh jadi sukan wajib dalam SUKMA?

final • 7:50 PM

Puan Hannah Yeoh

Okey, Yang Berhormat Indera Mahkota walaupun isu ini tidak dibangkitkan lebih awal lagi tetapi saya boleh menjawab. Kita telah berbincang dengan Exco semua kerajaan negeri untuk melihat model baharu penganjuran SUKMA kerana ada banyak negeri yang membuat aduan bahawa setiap kali kerajaan negeri yang menganjurkan SUKMA aktiviti itu akan bertukar. Penganjur negeri akan memilih sukan yang akan mendatangkan pingat untuk mereka. Oleh sebab itu kita perlu selaraskan dan perbincangan ini kita akan adakan semula dengan semua Exco negeri untuk memastikan ia ada kesinambungan untuk atlet kita. Bukan bertanding dua tahun kemudian pertandingan itu digugurkan. Okey?

Isu ketiga, Yang Berhormat Kuala Kangsar...

final • 7:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Minta laluan sedikit Yang Berhormat Menteri.

final • 7:50 PM

Puan Hannah Yeoh

Silakan.

final • 7:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Sebelum – Terima kasih kerana memberikan laluan.

Sebelum ini semasa tahun 2003 kalau tidak silap saya kita ada sukan wajib dan sukan tidak wajib pada setiap tahun. Selang seli. That means, on odd year we have sukan wajib, another year we have sukan tidak wajib. Jadi, adakah kita akan mengambil balik kaedah ini? Ini kerana banyak sukan tidak wajib yang sebenarnya merupakan acara yang sangat penting seperti bola keranjang. Kedua, pingpong. Pingpong di Komanwel kita pernah menang pingat perak tetapi dalam SUKMA langsung tidak ada acara pingpong – sudah lebih daripada 10 tahun.

Jadi, saya rasa something needs to be done for important event untuk acara yang penting saya rasa kita perlu lebih tumpuan. Walaupun untuk tuan rumah mereka tidak ada peluang untuk menang pingat.

final • 7:50 PM

Puan Hannah Yeoh

Seperti yang telah saya jelaskan kita kena adakan perbincangan untuk model baharu bersama negeri. Isu ini bukan sahaja mengenai penganjuran pertandingan aktiviti tersebut, kita juga ada isu di mana bila dia tidak ada pertandingan itu dan digugurkan ataupun tidak ada pelapis untuk sukan itu, ia tidak ada atlet baharu untuk mengambil bahagian bila tidak cukup atlet untuk bertanding.

Saya bagi contoh. Kalau dua orang atlet sahaja yang akan bertanding, ia tidak akan ada makna. Okey? Itu sebab untuk kita teruskan sama ada aktiviti pertandingan itu kita hendak buat ataupun tidak, kita kena pastikan semua negeri ia komited, ia kena ada bajet yang sama untuk kita menghasilkan atlet yang mencukupi untuk bertanding dalam aktiviti tersebut.

final • 7:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Yang Berhormat Menteri saya rasa untuk bola keranjang dan juga pingpong tidak ada masalah yang tidak cukup atlet sebab ada pertandingan kebangsaan setiap tahun.

final • 7:50 PM

Puan Hannah Yeoh

Itu saya bagi contoh Yang Berhormat Kampar. Itu sebab saya kata akan adakan perbincangan dengan semua Exco negeri. Okey?

Yang Berhormat Kuala Kangsar? Ada, ya? Okey, Kod Sukan Selamat Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Kangsar, KBS sedang membangunkan Kod Sukan Selamat yang dijangka dilancarkan dalam masa terdekat ini.

Pembangunan kod ini telah mengambil kira pandangan semua pemegang taruh yang berkaitan serta rujukan kepada amalan di peringkat antarabangsa.

Kod ini memberi panduan berkaitan peranan dan tanggungjawab semua pemegang taruh termasuk atlet, jurulatih, ibu bapa dan badan sukan dalam memastikan hak dan kebajikan atlet sentiasa dilindungi. Dalam masa terdekat ini kita akan lancarkan Kod Sukan Selamat kerana ini merupakan satu priority dalam masa 100 hari pentadbiran baharu, Kod Sukan Selamat priority kita, Yang Berhormat Kuala Kangsar.

final • 7:50 PM

Puan Hannah Yeoh

Okey, saya teruskan kepada Yang Berhormat seterusnya iaitu Yang Berhormat Tenggara, tidak ada. Yang Berhormat Bachok? Tidak ada juga. Saya akan bagi secara bertulis, ya. Isu terakhir. Cepat.

final • 7:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Kangar, Kangar.

final • 7:50 PM

Puan Hannah Yeoh

Tunggu, ya.

final • 7:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Parit Buntar, tidak ada. Ada soalan. Parit Buntar tadi saya bangkitkan isu tidak ada kemudahan sukan. Kompleks sukan di Parit Buntar.

final • 7:50 PM

Puan Hannah Yeoh

Isu terakhir. Isu kemudahan sukan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Kuala Krau, dan Yang Berhormat Batu Pahat yang membangkitkan isu berkenaan permohonan untuk membina kompleks sukan serta baik pulih padang hoki sekolah di kawasan Parlimen masing-masing.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada masa ini KBS tidak ada perancangan untuk membina kompleks sukan baharu di kawasan Parlimen Ahli-ahli Yang Berhormat ini. KBS akan meneliti dan mempertimbangkan setiap permohonan tertakluk kepada peruntukan sedia ada, ketersediaan status tapak, kadar kepenggunaan dan kedudukan lokasi.

Dalam perbincangan saya bersama Exco negeri, ada banyak Exco negeri yang menyatakan bahawa mereka tidak mahu KBS asyik membina infrastruktur baharu kemudian diserahkan kepada kerajaan negeri untuk penyelenggaraan. Ini ada cabaran utama untuk kerajaan negeri kerana mereka tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menyelenggarakan infrastruktur sukan.

Jadi, Yang Berhormat dalam masa 100 hari ini juga saya telah meminta KBS untuk kita buat compilation inventory untuk semua infrastruktur sukan di setiap daerah untuk pastikan kita lihat sama ada di kawasan tersebut mencukupi ataupun tidak sebelum kita mempertimbangkan permohonan baharu. Kalau tidak kita akan ada ad hoc – perancangan ad hoc di mana dalam satu kawasan Parlimen ia sampai ada 20 buah gelanggang futsal. Ada satu lagi kawasan Parlimen satu futsal court pun tidak ada. Kita akan melihat inventory itu dan segala permohonan kita hendak data driven supaya perbelanjaan yang kita lakukan itu terancang dan adil untuk semua kawasan Parlimen.

Silakan, Yang Berhormat.

final • 7:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa saya sudah bangkitkan isu Muar sebelum ini secara peribadi tetapi perlu direkodkan dalam Dewan bukan permohonan baharu tetapi permohonan yang telah pun diluluskan pada tahun 2019 dan tahun 2020 iaitu pembinaan hab anak muda di Muar. Akan tetapi, komponen paling penting hab anak muda itu adalah kolam renang yang tiada dibelah utara Johor – Muar, Ledang, Bakri, dan Pagoh.

Selepas pertukaran kerajaan ia kekalkan hab anak muda tetapi komponen paling penting kolam renang itu mereka keluarkan. Saya mohon jasa baik Yang Berhormat Menteri untuk mencipta sejarah di Muar untuk meluluskan perkara ini, membantu dan jikalau ada masa jemput turun ke Muar supaya saya dapat bawa makan makanan kerana sebelum ini datang malam so tidak sempat. So, di dalam Dewan ini saya kata come at the right time. Lunch. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 7:50 PM

Puan Hannah Yeoh

Isu tidak berkaitan tetapi saya hendak menjawab mengenai inventory ini yang saya akan kongsi dengan semua Ahli-ahli Yang Berhormat, malah inventory yang kita akan hasilkan ini kita akan upload online supaya semua orang dia hendak cari infrastruktur senang. Dia hanya pergi website KBS, dia Google, dia check, dia akan dapat tahu senarai kawasan Parlimen masing-masing apakah kemudahan infrastruktur. Setakat ini kita memang tidak ada inventory itu.

Jadi, susah untuk kita buat perancangan. Selalu kalau kita ikut hasrat pimpinan sebelum pilihan raya mereka akan cari tempat yang mereka rasa, “ini kita boleh dapatkan undi, kita bina”. Bila kita bincang dengan Exco Negeri mengenai keperluan untuk

final • 7:50 PM

Puan Hannah Yeoh

mengadakan kolam renang seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Muar, orang yang menyelenggarakan akan kata, “kolam renang maintenance sangat mahal”. Jadi, dia tidak ambil kira aspek pembangunan sukan. Dia hanya kira aspek kos penyelenggaraan.

Jadi, tidak boleh macam itu. Kalau kita lihat kos sahaja sukan tidak akan maju terutamanya kolam renang.

Jadi, selepas kita dapat inventory ini saya akan kongsi dengan semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk kita bincang bersama model baharu bagaimana kita hendak bangunkan infrastruktur sukan dan mempunyai dana yang mencukupi untuk kita selenggarakan. Okey? Silakan, Yang Berhormat Parit Buntar.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 7:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Okey, Parit Buntar ya. Masa banyak lagi. Sama juga macam Muar, Parit Buntar dalam daerah Kerian bersama dengan Bagan Serai. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi waktu bertanya Kementerian Pendidikan Tinggi, penduduk di Bagan Serai hampir suku juta menjelang tahun 2030. Akan tetapi kemudahan sukan untuk anak-anak muda memang tidak ada.

Bukan Parit Buntar, ini daerah Kerian sendiri, ada dua Parlimen. Parlimen Parit Buntar dan Parlimen Bagan Serai. Anak-anak muda hendak bermain terpaksa pergi ke Pulau Pinang, Nibong Tebal ataupun tempat lain.

final • 8:00 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

[Bangun]

final • 8:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

[Bangun]

final • 8:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Jadi kita mohonlah, ini anak muda pun antara pengundi yang ramai, dia hendak bersukan, dia hendak beriadah dan sebagainya. Kalau tidak ada kemudahan untuk mereka bersukan mereka terpaksa pergi tempat lain ataupun bimbang terlibat dengan beberapa aktiviti yang lain kerana tidak adanya kemudahan yang seumpama itu. Jadi, saya mohonlah dipertimbangkan untuk disediakan sebuah kompleks sukan ataupun paling kurang mini kompleks pun tidak apa.

final • 8:00 PM

Puan Hannah Yeoh

Saya akan meneliti permintaan Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 8:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Terima kasih.

final • 8:00 PM

Puan Hannah Yeoh

Saya minta bukan sahaja Hansard, Yang Berhormat juga tulis kepada saya supaya saya ada rekod tersebut. Selepas saya lihat inventori itu saya akan bincang dengan Yang Berhormat Parit Buntar. Boleh ya?

final • 8:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey, Yang Berhormat Menteri, Setiu.

final • 8:00 PM

Puan Hannah Yeoh

Silakan.

final • 8:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Begitu juga di Setiu, isu kompleks sukan di Kompleks Sukan Sungai Tarom, Setiu. Baru-baru ini dah dimasukkan dalam RMKe-12 Rolling Plan Kedua kalau tidak silap. Akan tetapi tidak diluluskan. Saya berharap supaya kompleks sukan ini dapat disegerakan kerana isu padang yang tidak sempurna yang menjadi satu perkara bahaya kepada para pemain bola. Begitu juga infrastruktur sukan yang lain dalam kompleks tersebut.

final • 8:00 PM

Puan Hannah Yeoh

Okey.

final • 8:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Kedua yang saya hendak sebut berkait dengan gelanggang futsal terbuka yang telah dibina oleh KBS sekian lama. Dah ada di antaranya yang telah rosak dan perlu di baik pulih. Kalau sebelum ini keputusan diserahkan balik kepada kerajaan negeri kerana tanah untuk dibina kompleks tersebut adalah milik negeri dan kos penyelenggaraan juga ditanggung oleh kerajaan negeri. Jadi,

final • 8:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

saya mencadangkan supaya kos penyelenggaraan ini ditanggung oleh KBS sebab kompleks gelanggang futsal terbuka ini adalah dibina oleh KBS.

Begitu juga dengan gelanggang futsal terbuka. Kalau di kawasan Setiu ada beberapa gelanggang futsal tertutup, bukan terbuka, tertutup, yang telah mengalami kerosakan. Jadi rasa perlu di baik pulih kerana para belia sekarang lebih meminati bermain bola futsal berbanding dengan bola padang. Sekian, terima kasih.

final • 8:00 PM

Puan Hannah Yeoh

Terima kasih. untuk rekod Tuan Yang di-Pertua, semua permintaan ini tidak dimasukkan ke dalam perbahasan lebih awal tetapi kerana saya ada masa saya mendengar. Kalau Tuan Yang di-Pertua tidak ada halangan saya boleh benarkan mereka bersuara ataupun bertanya.

final • 8:00 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar, sebentar. Saya serahkan kepada budi bicara Yang Berhormat Timbalan Menteri, gulung.

final • 8:00 PM

Puan Hannah Yeoh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Minta hendak kompleks sukan di kawasan Parlimen masing-masing. Jadi tidak banyak beza, saya boleh dengar.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ini floor Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri.

final • 8:00 PM

Puan Hannah Yeoh

Okey. Silakan.

final • 8:00 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak dulu.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri memilih. Saya memberi ruang itu.

final • 8:00 PM

Puan Hannah Yeoh

Terima kasih. Saya bagi Tenom dulu, Tenom.

final • 8:00 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak.

final • 8:00 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya percaya dengan kecemerlangan Yang Berhormat Menteri sebelum ini dapat diterjemahkan di Kementerian Belia dan Sukan. Ada dua isu yang ingin saya utarakan Yang Berhormat Menteri, mengenai yang pertama ialah Kompleks Sukan Tenom.

Pada tahun 2020 perkara ini saya sudah bawa kepada Mantan Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Muar. Pada tahun yang sama saya membawa juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan iaitu Yang Berhormat Machang melawat Kompleks Sukan Tenom.

Jadi Yang Berhormat Menteri, saya difahamkan peruntukan yang diluluskan pada peringkat awal ialah berjumlah RM9 juta dan dinaikkan ke RM11 juta. Namun, baru-baru ini apabila kontrak itu diaward kepada satu syarikat yang saya difahamkan bahawa kontrak itu berjumlah RM6.8 juta lebih sahaja.

Jadi, yang saya lihat pembinaan kompleks sukan itu sekarang ini saya rasa terganggu kerana kos-kos barang semakin naik dan kedua ialah Kompleks Sukan Tenom itu tidak ada lampu limpah. Ini sebenarnya rakyat terutama belia di Tenom ternanti-nanti untuk pembinaan kompleks sukan ini, sebenarnya kompleks sukan Tenom ini sudah lama.

Ada tetapi oleh sebab dia rosak teruk jadi ia dibina semula. Kita sudah menunggu hampir lapan tahun. Apabila diluluskan pembinaannya, kita masih lagi tidak ada lampu limpah.

Isu yang kedua Yang Berhormat Menteri, di kawasan Parlimen Tenom ini ia mempunyai lagi satu DUN yang besar iaitu DUN Kemabong di mana dia punya populasi itu lebih ramai berbanding di sebelah kawasan di Tenom ini.

Oleh yang demikian, saya mohon daripada kementerian supaya sekurang- kurangnya kita bina sebuah mini kompleks sukan di kawasan Kemabong. Oleh sebab di kawasan Kemabong ini banyak melahirkan atlet-atlet kebangsaan. Sebagai contoh, adik saudara saya sendiri juga saudara Andre Anuar yang telah memecahkan rekod kebangsaan dan mendapat pingat di Sukan SEA baru-baru ini.

final • 8:00 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Baru-baru ini juga Akademi JDT telah mengikat kontrak pemain belia kami daripada DUN Kemabong juga untuk diserap ke Akademi JDT. Baru-baru ini Akademi JDT telah Skim Kuala Tomani untuk melakukan pemilihan pemain-pemain bagi bola sepak di kelab mereka.

Jadi, Yang Berhormat Menteri, saya mohon supaya satu mini kompleks sukan yang mempunyai fasiliti trek untuk lumba lari kerana sekolah-sekolah rendah dan sekolah- sekolah menengah, apabila mereka ingin berlatih ataupun ingin bertanding mereka terpaksa jauh ke Keningau. Daripada Ulu Tomani ke Keningau itu mengambil masa dalam dua jam lebih.

final • 8:00 PM

Puan Hannah Yeoh

Okey, okey. Saya dengar, saya dengar.

final • 8:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Saya pula.

final • 8:00 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Jadi, apa yang saya pohon ialah supaya...

final • 8:00 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Tenom, dalam isu begini can you, boleh terus to the point. Terus kepada fakta yang anda hendak tanya.

final • 8:00 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak, soalan terakhir.

final • 8:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Kangar mudah sahaja.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jangan meleret- leret.

final • 8:00 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Boleh?

final • 8:00 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Memang saya ada nyatakan beri soalan kepada kementerian tetapi belum lagi dijawab.

Jadi, saya mengambil peluang ini untuk terus nyatakan saya punya hasrat kepada Yang Berhormat Menteri. Itu sahajalah. Sekian, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:00 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak, dua minit.

final • 8:00 PM

Puan Hannah Yeoh

Okey. Pasir Salak satu minit.

final • 8:00 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Okey, terima kasih. Pasir Salak mempunyai satu trek Dato’ Sagor untuk motosikal dan kereta. Antara atlet yang terbaik adalah Khairul Idham Pawi yang lahir daripada trek Dato’ Sagor, di Parlimen Pasir Salak.

Akan tetapi trek dia perlu kepada naik taraf kerana baru-baru ini berlaku kemalangan dan kematian, sebagaimana yang masuk dalam berita.

Kedua, satu stadium mohon untuk dinaiktarafkan. Kita ada stadium tetapi tidak boleh guna. Ada ular dalam itu hidup. Rumputnya setinggi orang. Okey, itu dia.

Penyelenggaraannya tidak ada. So, kita hendakkan naik taraf supaya pelajar-pelajar boleh bersukan di situ. Selama saya 23 tahun duduk, balik daripada mengajar di Sarawak dan kemudian mengajar di Kampung Gajah tahun 2000, kami menumpang untuk bersukan di Selangor, Sabak Bernam ataupun terbaru di Teluk Intan ada trek dan di Manjong. Kami menumpang. Tidak ada satu stadium yang baik untuk dibuat sukan.

final • 8:00 PM

Puan Hannah Yeoh

Okey.

final • 8:00 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Satu lagi ialah futsal. Futsal di Pasir Salak sendiri, di Kampung Pasir Salak...

final • 8:00 PM

Puan Hannah Yeoh

Okey.

final • 8:00 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Baru-baru ini kita buat pertandingan ada yang luka kerana treknya tidak bagus. Terima kasih.

final • 8:00 PM

Puan Hannah Yeoh

Okey.

final • 8:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Okey, bagi chance pada kangar pula. Kangar, Kangar.

final • 8:00 PM

Puan Hannah Yeoh

Yang lain saya tidak benarkan kerana ada Yang Berhormat Menteri lain yang sedang menunggu.

final • 8:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Sedikit sahaja Kangar, Kangar.

final • 8:00 PM

Puan Hannah Yeoh

Isu sama sahaja Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Lain sedikit, lain sedikit. Minta, minta. Saya berdiri lama dah ini.

final • 8:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Menteri ada enam minit lagi, jangan bimbang. Ada enam minit lagi.

final • 8:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Saya nak sentuh tentang - Kangar minta laluan.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, ini floor Yang Berhormat Menteri. Kalau dia benarkan, saya benarkan.

final • 8:10 PM

Seorang Ahli

Satu soalan saja.

final • 8:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Yang Berhormat Menteri ada enam minit lagi.

final • 8:10 PM

Puan Hannah Yeoh

Ya. Saya tidak benarkan. Biar saya jelaskan dulu mengapa.

Ini kerana tidak adil untuk Ahli Parlimen lain yang sedang menunggu isu-isu mereka yang perlu dijawab oleh Menteri lain. Kita ada dua lagi kementerian. Akan tetapi saya dengar.

Seperti yang saya yang saya jelaskan kepada semua Yang Berhormat, semua kawasan Parlimen kita tidak mempunyai infra yang mencukupi ataupun seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak mengenai Datuk Sagor, litar itu bukan milik KBS. Itu sebab bila kita bina dan orang yang jaga itu tidak mampu untuk menyelenggarakan, dia akan menjadi isu seperti ini.

Itu sebab sekarang kita sedang tengok inventori dan saya akan kongsikan dan bincang bersama semua Ahli Parlimen bagaimana kita hendak menghadapi masalah seperti ini. Untuk semua yang hendak bertanya mengenai pembinaan, secara amnya, keutamaan akan diberikan untuk membina dan menaik taraf fasiliti premis di bawah tanggungjawab KBS. Ini adalah kerana pembinaan baru fasiliti premis sukan memerlukan penyelenggaraan yang tinggi serta pertambahan perjawatan bagi menguruskannya.

Sebagai tambahan kepada usul dan cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat berkenaan baik pulih padang hoki di Sekolah Datuk Bentara Luar, secara dasarnya memaklumkan kepada semua Ahli Yang Berhormat bagi maksud pembinaan baru dan naik taraf fasiliti ataupun premis sukan di dalam kawasan sekolah, ia adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia.

Secara amnya, KBS akan meneliti dan mempertimbangkan setiap permohonan tertakluk kepada peruntukan sedia ada, ketersediaan status tapak, kadar kepenggunaan dan kedudukan lokasi. Tanah itu kena milik Kerajaan Persekutuan sebelum kita gunakan dana untuk bina. Kalau tidak, kita ada banyak isu masalah tanah di mana tanah itu bukan milik kita. Selepas dibina hendak selenggara, tanah itu bukan milik Kerajaan Persekutuan.

Perkara ini telah berlaku sejak dari zaman dahulu, jadi kita akan teliti semua ini untuk memastikan infrastruktur itu dijaga dengan baik. Kita mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk pastikan adil untuk semua kawasan Parlimen mempunyai infrastruktur sukan yang mencukupi bagi pembangunan sukan dan belia di Malaysia. Itu saja. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Satu soalan, Kangar. Please. Please. Satu soalan, Kangar.

final • 8:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Bukan fasal infra.

final • 8:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat, Menteri.

final • 8:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Bukan. Bukan. Satu soalan berkaitan dengan NFD.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri sudah habis waktunya.

final • 8:10 PM

Puan Hannah Yeoh

Secara amnya.

final • 8:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Ada tiga minit lagi.

final • 8:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Berkenaan belia.

final • 8:10 PM

Puan Hannah Yeoh

Yang Berhormat, untuk

final • 8:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

NFDP. NFDP.

final • 8:10 PM

Puan Hannah Yeoh

Untuk peraturan perbahasan.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya.

final • 8:10 PM

Puan Hannah Yeoh

Kena bangkit dalam perbahasan baru Menteri boleh jawab.

Tidak boleh bawa isu baru.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Adalah jelas Yang Berhormat, peraturan sudah ada. Yang Berhormat Menteri sudah duduk. Benda-benda yang dibawa pun benda-benda baru. Saya bagi budi bicara kepada Yang Berhormat Menteri untuk jawab. Kalau dia tidak mahu jawab pun boleh. Akan tetapi saya membenarkan. Jadi, jangan go overboard. Terima kasih.

final • 8:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Isu kemiskinan belia.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

final • 8:10 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih semua Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh isu-isu di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) semasa mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dari minggu lalu sehingga semalam hari Selasa 21 Februari.

Saya menghargai segala pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan dan akan diambil kira dalam perancangan KPWKM di masa hadapan. Manakala pada hari ini, Insya-Allah saya akan memberi maklum balas kepada pertanyaan-pertanyaan yang telah diajukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kepada KPWKM.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tumpat ingin mengetahui peranan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dalam memastikan peluang pendidikan keibubapaan dan kekeluargaan kepada individu yang ingin berkahwin dengan kadar bayaran yang munasabah.

Dalam hal ini sukacita saya ingin maklumkan bahawa LPPKN ada menawarkan pelbagai program pendidikan keibubapaan dan kekeluargaan yang dilaksanakan bukan sahaja di ibu pejabat LPPKN di Kuala Lumpur tapi juga melalui LPPKN negeri di seluruh negara. Ini bagi memberi peluang penyertaan yang menyeluruh ke dalam program- program yang dianjurkan oleh LPPKN.

Antara program yang ditawarkan oleh LPPKN ini adalah Kursus Pra-Perkahwinan SMARTSTART – 29,143 orang peserta, Program Ilmu Keluarga – 42,072 ribu orang peserta. Ketiga, Program Pengurusan Kewangan Keluarga Smart Belanja – 31,220 orang peserta, Program Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA) – 18,835 orang

final • 8:13 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

peserta dan kursus mengimbangi keluarga dan kerjaya, Keluarga@Kerja – 44,059 orang peserta.

Program-program ini telah memberi manfaat kepada lebih 165,000 orang peserta.

Sejak ia mula diperkenalkan 10 tahun dahulu dari tahun 2013 sehingga 2022. Program- program ini juga sememangnya mampu untuk disertai oleh pelbagai latar belakang ekonomi kerana kadar bayaran yang dikenakan amat munasabah. Berdasarkan peraturan fi dan caj yang ditetapkan di bawah Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966

(Pindaan 2006). Fi yang dikenakan adalah antara RM20 hingga RM70 untuk peserta kerajaan. Manakala bagi peserta persendirian dan swasta, fi yang dikenakan adalah antara RM30 hingga RM90.

Selain itu, LPPKN turut melaksanakan program yang dinyatakan sebentar tadi dengan kerjasama NGO. Malah ada antara program yang dilaksanakan ini boleh disertai secara percuma kepada peserta yang layak. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, berhubung isu membabitkan orang kurang upaya (OKU).

final • 8:13 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:13 PM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Yang Berhormat Tumpat juga mencadangkan agar peratusan.

final • 8:13 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Menteri saya ingin meminta penjelasan berkenaan dengan LPPKN tadi.

final • 8:13 PM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Ya.

final • 8:13 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana telah berjaya menyelesaikan 165,000 orang berkenaan dengan kursus di LPPKN. Walau bagaimanapun, kalau kita melihat pada ratio penduduk Malaysia hampir 30 juta orang, dengan kadar ini saya kira ianya jumlah yang sangat kecil. Jadi, saya mencadangkan pihak kerajaan supaya memberikan bajet yang sesuai tanpa perlu mengambil sebarang yuran, khususnya selepas pandemik COVID-19.

Ini kerana isu kekeluargaan sekarang adalah sangat kronik. Sebagai contoh tentang pendedahan kepada kaedah pendidikan sibergogi kepada ibu bapa sangat perlu. Jadi, saya kira telah sampai masanya LPPKN diberikan bajet sepenuhnya untuk mereka mengendalikan kursus keibubapaan. Ini kerana tanpa kursus-kursus yang terancang secara menyeluruh, melihat kepada keadaan yang berlaku, kita bimbang tidak berjaya untuk mempunyai masyarakat yang sejahtera pada masa akan datang. Terima kasih.

final • 8:13 PM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, saya tidak dapat komen di sini kerana ini merupakan fi telah ditentukan oleh kerajaan.

Namun begitu, kita akan bawa kepada mesyuarat mengenai perkara ini dan pertimbangkan kalau boleh. Kita memang menggalakkan kalau boleh semua negeri sentiasa menganjurkan program ini supaya ianya boleh membantu mengimbangkan keadaan kekeluargaan dalam negara kita. Kita mengharapkan negeri-negeri akan membawa LPPKN untuk kerjasama, ya. Terima kasih.

Jadi, berbalik kepada isu membabitkan orang kurang upaya (OKU), Yang Berhormat Tumpat juga mencadangkan agar peratusan penglibatan OKU dalam perkhidmatan awam perlu dipertingkatkan dan masyarakat diberikan kesedaran menerusi bengkel-bengkel kepekaan OKU. Beliau turut menyarankan agar kerajaan untuk menyanjung hasrat Yang di-Pertuan Agong supaya meminda Akta Orang Kurang Upaya 2008 iaitu Akta 685. Sebagai makluman Dewan yang mulia ini, seksyen 29, Akta OKU 2008 iaitu Akta 685 telah menjelaskan hak OKU untuk mendapatkan akses pekerjaan yang setara dengan orang bukan OKU. Ia turut menjelaskan tanggungjawab majikan untuk melindungi hak OKU bagi mendapatkan suasana kerja yang adil dan baik termasuk peluang kemajuan, kerjaya serta saraan yang setara dengan orang bukan OKU.

final • 8:13 PM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memainkan peranan sebagai pengurus sumber manusia dalam perkhidmatan awam telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2010 iaitu pencapaian dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

perkhidmatan awam kepada Orang Kurang Upaya yang bertujuan menjelaskan dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU dan langkah-langkah dengan izin, affirmative yang perlu diambil oleh suruhanjaya, kementerian dan agensi bawah kementerian.

Dalam hal ini, suka saya maklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan agensi-agensi di bawahnya memiliki peratusan kakitangan OKU sebanyak 2.16 peratus iaitu melebihi daripada dasar satu peratus yang disasarkan oleh JPA.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha meningkatkan kefahaman dan penerimaan masyarakat terhadap OKU, KPWKM menerusi Jabatan Pembangunan OKU

(JPOKU) telah melaksanakan program Disability Equality Training (DET) secara berkala setiap tahun kepada kementerian dan agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan ataupun GLC bagi memberi pendedahan tentang isu ketidakupayaan. Bagi tempoh lima tahun dari tahun 2018 sehingga 2022, JKM telah menganjurkan sebanyak 70 program DET melibatkan hampir 3,000 orang peserta. To be exact dengan izin, 2,946 orang peserta. Dengan perincian seperti berikut:

(i) ada sebanyak 20 program DET melibatkan 1,195 orang peserta pada tahun 2018;

(ii) sebanyak 20 program DET melibatkan 777 orang peserta pada tahun 2019;

(iii) sebanyak 10 program DET melibatkan 323 orang peserta pada tahun 2020;

(iv) sebanyak enam program DET melibatkan 185 orang peserta pada tahun 2021; dan

(v) sebanyak 14 program DET melibatkan 466 orang peserta pada tahun 2022.

Menyentuh tentang pindaan kepada Akta OKU 2008 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Rantau Panjang, ingin dimaklumkan bahawa pada masa ini KPWKM sedang meneliti cadangan pindaan kepada akta yang diterima daripada pelbagai pihak berkepentingan menerusi empat sesi bengkel semakan akta tersebut yang telah dilaksanakan pada tahun 2022. Dalam hal ini, pasukan petugas khas semakan Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 telah dilantik untuk mengenal pasti peruntukan Akta Orang Kurang Upaya 2008 yang memerlukan pindaan atau penambahbaikan. Ia dianggotai pegawai kementerian serta jabatan berkaitan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli-ahli akademik bagi tempoh dua tahun bermula 13 Februari 2023 ini sehingga 12 Februari 2025.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tumpat juga ingin mengetahui hak-hak yang dinikmati oleh anak-anak yatim yang diberitakan, bukan daripada kita, melebihi 5,000 orang yang kematian ibu bapa akibat COVID-19. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 542 orang kanak-kanak yang kehilangan ibu...

[Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat-Yang Berhormat di hujung sana, Yang Berhormat Menteri sedang bercakap. Jika ada perlu yang mustahak, bincang di luar. Sila Yang Berhormat Menteri, teruskan.

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 542 orang kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa atau penjaga akibat COVID- 19 telah disantuni oleh JKM dari Januari sehingga Disember 2021. Kesemua kanak-kanak ini telah disantuni melalui bantuan berbentuk bantuan kewangan, bakul makanan, khidmat kaunseling dan konsultasi serta ditempatkan di institusi kebajikan.

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Dalam memastikan kanak-kanak ini terjaga, JKM telah mengambil langkah dengan menempatkan mereka untuk dijaga oleh orang yang layak dan sesuai (OYLS) yang kebanyakannya terdiri daripada waris kanak-kanak tersebut. Ini selaras dengan inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh KPWKM iaitu pemeliharaan berasaskan keluarga di mana mereka ditempatkan dengan orang yang layak dan sesuai serta dijaga dalam suasana keluarga. Manakala bagi kanak-kanak yang tiada waris, mereka telah ditempatkan di institusi JKM dan juga di pusat jagaan swasta. Daripada rekod kanak- kanak yang disantuni tersebut, seramai 32 kanak-kanak telah ditempatkan kepada orang yang layak dan sesuai, manakala enam orang kanak-kanak telah ditempatkan di pusat jagaan swasta dan seorang kanak-kanak ditempatkan di institusi JKM. Daripada jumlah 542 orang kanak-kanak yang disantuni, hanya 39 orang kanak-kanak yang memerlukan penempatan di OYLS dan pusat jagaan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit Sulong ingin mengetahui mengenai kolaborasi antara pelbagai kementerian dalam merencanakan agenda pemerkasaan wanita dalam menangani isu keganasan terhadap wanita dengan lebih berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, sememangnya sesebuah kementerian tidak mampu untuk bertindak sendirian dan bekerja dalam silo. KPWKM tidak terkecuali. Justeru, pelbagai inisiatif, program serta aktiviti telah dan akan terus dilaksanakan secara berterusan dengan kerjasama bukan sahaja bersama agensi-agensi kerajaan, malah kerjasama juga dijalin bersama NGO bagi membendung dan menangani isu keganasan terhadap wanita dengan lebih berkesan. Antaranya, kerjasama yang dijalankan merangkumi kolaborasi strategik. Program advokasi, pembangunan kapasiti dan perlindungan seperti berikut:

(i) memperkukuhkan kerjasama strategik menerusi Jawatankuasa Menangani Keganasan Rumah Tangga (JKRT) antara agensi kerajaan dan NGO bagi memastikan isu atau perkara berkaitan keganasan rumah tangga dapat ditangani secara holistik;

(ii) memperluas pelaksanaan program advokasi keganasan rumah tangga dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia dan AMANITA, Kementerian Kesihatan Malaysia

(KKM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) serta Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA);

(iii) menerapkan kesedaran terhadap elemen keganasan rumah tangga dalam modul program sedia ada mengenai kekeluargaan, keibubapaan, keagamaan dan kursus pra perkahwinan di bawah agensi seperti JAKIM;

(iv) melaksanakan program pembangunan kapasiti bagi agensi penguat kuasa dengan kerjasama KDN dan PDRM termasuk bagi sukarelawan dan penceramah untuk program keganasan rumah tangga dalam kalangan KKM, Kementerian Pengajian Tinggi, JAKIM, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Bantuan Guaman serta lain-lain;

(v) memperbanyakkan program-program kemahiran keusahawanan dan penjagaan seperti taska dan MamaCare dengan kerjasama Kementerian Pembangunan, Usahawan dan Koperasi

(KUSKOP), KKM dan KSM’ serta

(vi) menyediakan pusat transit sementara di masjid yang telah dikenal pasti dengan kerjasama JAKIM dan JAWI bagi mangsa keganasan rumah tangga.

Kerjasama antara agensi ini amat penting bagi memperkasakan wanita. Sebagai contoh, baru-baru ini saya sendiri telah berpeluang bertemu sendiri Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat PDRM

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

di Bukit Aman untuk berbincang dan bertukar pandangan mengenai cabaran serta apa- apa ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh kedua-dua pihak dalam isu ini.

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) juga telah melaksanakan Program Skuad WAJA yang merupakan pasukan sukarelawan di peringkat komuniti yang bertujuan untuk memperkasakan komuniti melalui program bimbingan psikososial dan aktiviti dalam komuniti khususnya wanita bagi meningkatkan kesedaran tentang isu-isu jenayah.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tebrau telah mengajukan beberapa pertanyaan mengenai Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840]. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tebrau, akta tersebut akan dikuatkuasakan secara berperingkat pada tahun ini. Hal ini akan dimulakan dengan elemen kesedaran, pendidikan serta pemahaman mengenai gangguan seksual kepada masyarakat. Berhubung tribunal, ingin dimaklumkan bahawa penubuhan tribunal bagi antigangguan seksual yang merupakan komponen penting bagi Akta 840 selepas pembangunan dan pewartaan peraturan di bawah akta ini.

KPWKM akan memastikan komposisi ahli tribunal kelak adalah pelbagai dan menyeluruh supaya dapat memberikan keadilan kepada semua pihak. Panel tribunal adalah dilantik di kalangan orang yang menepati kriteria keanggotaan tribunal di bawah seksyen 4(1) Akta 840 termasuk individu yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman praktikal dalam perkara yang berhubungan dalam gangguan seksual. Saya rasa itu sahaja. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, berakhirlah sesi penggulungan saya mewakili Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat...

final • 8:30 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Yang Berhormat Menteri, Mersing. Yang Berhormat, saya minta maaf saya mencelah sedikit. Adakah perancangan daripada pihak Yang Berhormat Menteri untuk memberikan elaun kepada sukarelawan JKM yang bertugas masa bencana seperti banjir? Sebab buat masa ini sukarelawan JKM hanya menerima elaun jika mereka bertugas dalam Home Help. Itu sahaja. Terima kasih.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Yang Berhormat, sebenarnya mereka adalah di kalangan ahli sukarelawan kita dan memang kita sentiasa membantu untuk memberi elaun kalau ada mereka menjalankan tugas ya Yang Berhormat.

final • 8:30 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Akan tetapi, buat masa ini banjir belum ada untuk bencana...

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Baik. Kalau belum sampai, insya-Allah nanti kita akan tengok lagi ya.

final • 8:30 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih. Dengan itu, Tuan Yang di- Pertua, berakhirlah sesi penggulungan saya mewakili Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada hari ini. Sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyuarakan pandangan, cadangan penambahbaikan serta teguran yang melibatkan kumpulan sasar di bawah KPWKM.

Saya menghargai segala yang telah dibangkitkan dan KPWKM akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan input yang diterima. Kerjasama dan sokongan yang ditunjukkan oleh semua Ahli Yang Berhormat atas beberapa inisiatif kementerian terutamanya dalam mengendalikan isu yang sangat dekat di hati kita ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Sekian, terima kasih.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Seterusnya, dijemput Yang Berhormat Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

final • 8:30 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, [Membaca sepotong doa] Pertama sekali, izinkan saya untuk menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Kebawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkenan baginda untuk menyampaikan Titah Diraja pada pembukaan sidang Parlimen kali.

Tuan Yang di-Pertua, terdapat beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun memberikan ucapan yang saya anggap membina, langsung memberikan beberapa kritikan dan beberapa pandangan yang saya anggap konstruktif. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Rasah yang membangkitkan isu minyak paket bersubsidi. Saya jawab esok Yang Berhormat kerana soalan yang nombor satu. Saya rasa esok adalah forum yang lebih luas untuk saya menjawab secara spesifik tentang isu bekalan minyak masak bersubsidi.

Yang Berhormat daripada Tenggara, Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Bachok. Tidak ada semua?

final • 8:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Teruskan Menteri kalau tidak ada.

final • 8:34 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Kalau tidak ada.

[Ketawa] Jadi, saya akan sentuh secara tuntas tentang persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan kerana ketiga- tiga Ahli Yang Berhormat dari Kelantan. Dua dari Kelantan dan seorang dari Johor itu telah secara fokus berbahas tentang inisiatif Payung Rahmah, yang kementerian telah perkenalkan dan ianya satu usaha yang kecil lagi kerdil. Ia bukannya lahir dari satu blueprint ataupun satu polisi yang sedia ada.

[Disampuk] Akan tetapi ianya merupakan sesuatu observation dgn izin, pemerhatian terhadap satu segmen dalam masyarakat yang terlalu terkesan daripada isu kos sara hidup.

Rakyat tidak faham Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita menyebut tentang kenaikan KDNK ataupun inflasi. Segmen ini sangat memerlukan tindakan segera lalu lahirlah idea yang kecil ini dengan inisiatif yang saya sendiri anggap memang pada peringkat awal itu entahkan mendapat sambutan atau tidak. Ini kerana maklumlah isu harga barang RM5 ini apakah yang dapat dibeli atau dapat ditawarkan. Maka, kementerian mengambil tanggungjawab untuk memanggil semua pemain industri yang mereka ada yang terus tegap kukuh walaupun pandemik COVID-19 melanda dalam negara kita.

Oleh kerana mereka ini dianggap so-called big players, mereka sustain. Ada yang “gulung tikar”, yang perlu sentuhan daripada pihak kerajaan untuk membantu mereka.

Lalu pemain industri yang selamat ini, saya juga yakin pada wajah dan body language mereka ingin membantu dan tampil ke hadapan. Mereka secara sukarela untuk memberikan sedikit sumbangan daripada keuntungan mereka.

Sebagai contoh, apabila kita memanggil pihak AEON, AEON BiG, Econsave, Lotus, 99 Speedmart, KK Mart dan banyak lagi, mereka telah menerima pandangan kementerian dan apabila kita meminta untuk mereka menawarkan jualan murah untuk rakyat yang kita jenamakan sebagai Jualan Rahmah dengan Pakej Rahmah sebagai contoh, mereka bersedia. Pelancaran demi pelancaran kita telah lakukan daripada jam 2.00 petang tadi, kementerian telah pergi ke sebuah lagi mini mart iaitu lah KK Mart dan semua pasar raya ini menawarkan pengurangan harga dari tiga peratus sehingga 30 peratus.

[Tepuk]

final • 8:34 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Sekiranya seorang suri rumah, sebagai contoh, daripada golongan B40 pergi ke Econsave yang telah menawarkan harga Rahmah ini, 12 barangan yang dibuat kajian.

Saya rasa DOSM, ICU, daripada PMO dan ada universiti-universiti tempatan yang membuat kajian. Daripada 12 barangan asas itu, kalau dibeli di tempat-tempat pasar raya yang telah menawarkan Jualan Rahmah ini, 12 barangan asas ini, Tuan Yang di-Pertua, mereka boleh berjimat sehingga RM24 sekali berbelanja.

final • 8:40 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

RM24 bagi B40 sangat membantu dan mereka dapat merasakan. Econsave dua minggu lepas telah keluarkan satu kenyataan rasmi daripada pihak penjualan mereka, sales mereka dan menyatakan bahawa dengan mereka melakukan Jualan Rahmah itu, sales mereka telah meningkat sehingga 30 peratus...

[Tepuk] Biasanya, businessman atau pihak peniaga ini, mereka menggunakan pendekatan loss leader. Ada barang yang mungkin mereka tolerate sedikit tetapi mereka menaikkan satu barang yang lain. Akan tetapi, akhirnya kita dapat satu pendekatan baharu bahawa dengan cara mereka melakukan Jualan Rahmah ini, mereka menggelarkannya pula dengan crowd-puller. Maknanya, boleh mengambil dan menggamit lebih ramai lagi yang datang di pusat-pusat perniagaan mereka.

Mydin, sebagai contoh, dalam banyak lot yang mereka adakan Jualan Rahmah itu- jadi, multiplier effect, dengan izin, telah berlaku. Orang datang taklah hanya makan menu RM5 itu, tetapi dalam masa yang sama, mereka juga akan membeli barang-barang yang lain di tempat yang sama yang menyebabkan win-win situation itu berlaku. Jadi, Alhamdulillah, Tuan Yang di-Pertua, dengan Menu Rahmah RM5 itu, sebenarnya, adalah suatu yang sangat besar maknanya kepada rakyat.

final • 8:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Menteri, sikit...

final • 8:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, sedikit...

final • 8:40 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Biar saya habiskan sikit. Saya akan bagi.

Menu Rahmah itu, Tuan Yang di-Pertua, merupakan satu hidangan premium. Saya sebagai Yang Berhormat Menteri dan kementerian, takkanlah dalam engagement atau pun dalam kita berbincang itu, kita rela untuk mana-mana peniaga membuat satu - menu kelas rendah...

[Tepuk] Yang mungkin kuahnya cayaq, kata orang Utara atau pun nasinya daripada beras...

final • 8:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Relakslah, Yang Berhormat Jelutong.

final • 8:40 PM

Seorang Ahli

Cemburu kah?

final • 8:40 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

...Daripada beras yang tidak berkualiti atau pun ikan atau ayamnya tidak berkualiti. Takkanlah saya rela untuk menerima menu itu dan tanggungjawab, ini maruah kementerian. Akan tetapi, bila kita pergi pada setiap pasar raya itu, kita dapati lauknya atau menunya premium. Nasi Kandar Yasin, Nasi Kandar Kayu, sebagai contoh, lauk itu lauk yang premium.

Ada 30 jenis lauk. Cuma, mereka menyahut seruan kerajaan dan mereka mengambil sedikit portion itu untuk dijadikan Menu Rahmah. Dan kita pun tidak namakan itu menu B40. Semua orang boleh menikmati hidangan itu kerana kita ingin menjaga juga air muka atau pun maruah golongan B40 itu. Ini bukan nasi orang miskin, tetapi ini ialah hidangan untuk semua. Kita pun pernah kerja, Tuan Yang di-Pertua, walaupun mungkin gaji RM5000, taklah jatuh pada B40. Mungkin M40, tetapi tengah-tengah bulan, kita terpaksa kira duit untuk kita makan tengah hari.

Jadi, menu ini membantu semua. Rahmah for all, Rahmah untuk semua. Jadi, inilah yang telah kita perkenalkan dan nampaknya usaha sedikit ini mendapat sambutan daripada rakyat, dan alhamdulillah, banyak lagi yang tampil ke hadapan sehingga pemain- pemain industri makanan segera pun telah menyatakan kesediaan, seperti Burger Kings, McDonald, KFC dan yang paling baru iaitu Oldtown White Coffee dan semua R&R kita sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan akan ada gerai yang menawarkan Menu Rahmah ini.

Sila...

final • 8:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana ini merupakan satu inisiatif yang capture the imagination di mana ini adalah lowest hanging fruit yang boleh dilaksanakan dengan begitu cepat, dan dia memang menunjukkan bahawa Menteri itu betul-betul berjiwa rakyat.

Saya turun ke kawasan, ya. Orang dia ingat Menu Rahmah, Menu Rahmah. Dia kata, thumbs up untuk Yang Berhormat Menteri. Ini bukan saya sendiri cakap tetapi saya

final • 8:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

punya kawasan, memang orang cakap macam itu. So, ini menunjukkan bahawa kalau betul-betul kita usaha memikirkan masalah rakyat, boleh. Sebab saya masih teringat dulu, saya jadi- walaupun engineer, starting pay RM1,800 – RM2000, by middle of the month, sudah tak cukup duit. Terpaksa ikat perut. Kalau kita ada Menu Rahmah pada masa itu, memang semua orang akan sokong.

Jadi, saya ucap tahniah, dan saya tidak faham kenapa ada golongan tertentu yang memperlekehkan Menu Rahmah. Itu tidak betul. Yang politik itu, jangan politik. Ini adalah untuk rakyat. Kalau betul, Yang Berhormat Menteri buat dengan betul, sokonglah, Ahli- ahli Yang Berhormat sebelah sana, saya mohon sama-sama kita sokong usaha Menteri yang berjiwa rakyat.

final • 8:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Menteri, sikit saja ini. Saya bangkit tadi.

final • 8:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri...

final • 8:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri sikit, adakah peniaga-peniaga ini, yang membuat Jualan Rahmah ini, mereka dipaksa dan juga terpaksa? Saya minta Yang Berhormat Menteri bagi komen sikit soal berkaitan dengan dipaksa atau pun terpaksa untuk adakan Jualan Rahmah ini? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri, sebelum itu, saya juga ingin merakamkan penghargaan kerana Menu Rahmah ini sudah menjadi sinonim dengan Kerajaan Perpaduan di mana kita menunjukkan kesedaran kita tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat, di mana kita memberikan peluang untuk menjamu selera dengan harga yang mampu dibayar oleh mereka. Berbanding dengan pihak-pihak tertentu hanya memberi wang tunai sebagai sedekah semasa pilihan raya.

Terima kasih.

final • 8:40 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru, sahabat saya. Saya hargai kepercayaan itu tetapi ini bukanlah satu penyelesaian untuk segala-galanya. Saya akui. Ini mungkin satu langkah jangka pendek bagi kami mendepani satu segmen yang benar-benar memerlukan.

Rakan-rakan saya daripada Kementerian Ekonomi dan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan sendiri, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kami ada, kerajaan ada National Action Council on Cost of Living (NACCOL) yang di dalamnya mengandungi 11 buah kementerian yang bertanggungjawab dalam isu cost of living ini.

Kami sedang berusaha keras tetapi ya lah, betul yang low-hanging fruit itu memang dapat kita capai sekarang. Akan tetapi, untuk meningkatkan pendapatan rakyat adalah solusi paling tuntas untuk kita mendepani kos sara hidup...

final • 8:40 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Minta laluan...

final • 8:40 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri...

final • 8:40 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Biar saya habiskan, nanti saya beri.

Jadi, untuk itu saya sangat insaf bahawa kementerian ini tidak boleh work in silos. Kita mesti ada certain effort yang mesti kita cepat bertindak dalam NACCOL. Kita akan laksanakan subsidi bersasar supaya subsidi kerajaan itu akan benar-benar kita dapat salurkan kepada segmen yang tepat dan betul. Biarlah maknanya orang-orang yang mampu mereka terus hidup dengan kemampuan mereka dan B40 miskin tegar ini dapat kita santuni secara bijak dan efisien.

final • 8:40 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita pergi ke Kuala Lumpur sebagai contoh. Setiap hari kalau kita makan tengah hari di mall ataupun di pusat-pusat makanan yang high-end, penuh setiap hari. Makan tengah hari ada yang membawa anak-anak mereka minum kopi di Starbucks, Coffee Bean. Ada yang meraikan hari jadi anak mereka di hotel-hotel lima bintang. Itu biarkan. Ekonomi must grow. Kita pun tidak hendak tengok KFC tutup,

final • 8:50 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Starbucks tutup, pusat-pusat peranginan kita tutup. Itu maknanya menunjukkan ekonomi tempatan kita berkembang.

Sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri saya gembira melihat ekonomi tempatan semakin berkembang. Akan tetapi jangan ada yang lupa disantuni. Maka, target masa pendek kementerian ini adalah untuk betul-betul melihat bagi saya miskin tegar itu mesti kita raikan dan saya berdiri atas prinsip bahawa insya-Allah dengan izin *no one can go hungry in Malaysia.

[Tepuk]* Jangan ada rakyat yang perut mereka tidak berisi dalam negara kita.

Yang Berhormat Hulu Langat menyatakan adakah ini satu paksaan. Tidak. Bila kita memanggil sesi libat urus, persatuan kedai-kedai India Muslim ataupun kedai-kedai mamak mereka ini kaya-kaya. Mydin kalau dia tidak hendak participate pun kita tidak boleh cakap apa. Mereka sudah kaya. Begitu juga dengan Econsave, AEON BiG tadi, mereka tidak kisah pun kalau mereka tidak hendak ikut sama. Akan tetapi mereka rela untuk bersama dan tidak ada paksaan dan setakat hari ini Tuan Yang di-Pertua, KPDN menyatakan kerajaan tidak berbelanja walau satu sen pun dalam menjayakan inisiatif Menu Rahmah ini.

[Tepuk]

final • 8:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Minta celah.

final • 8:50 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Ini merupakan satu libat urus yang kita adakan secara sukarela. Saya bagi...

final • 8:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Kangar, Kangar.

final • 8:50 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Ini dahulu tadi.

final • 8:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Saya dahulu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sedikit sahaja persoalan pertanyaan saya. Terima kasih atas penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi. Berdasarkan pandangan Yang Berhormat Menteri, berapa lamakah tempoh pelaksanaan Menu Rahmah disebut tadi adakah tempoh tertentu ataupun pelan pelaksanaannya akan terus untuk jangka masa panjang. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 8:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Okey, saya sambung. Boleh Yang Berhormat Menteri? Jadi, pertama sekali tahniahlah kepada Yang Berhormat Menteri kerana perkenalkan Menu Rahmah. Saya pun sekadar untuk memberi cadangan, berbincang sebab sekarang ini asyik Menu Rahmah sahaja. Mana-mana pun Menu Rahmah kan.

Jadi, pertama sekali untuk Menu Rahmah kalau untuk golongan macam kedai-kedai mamak itu saya rasa okeylah kan. Mereka pekedai atau syarikat yang banyak menguntungkan. Akan tetapi, kalau penjaja-penjaja ini saya ingat kalau di tempat saya di Perlis, di Kedah itu kami sebenarnya tidak ada Menu Rahmah dahulu. Adapun nasi bujang, nasi ekonomi. Akan tetapi apa pun yang diperjuangkan oleh Yang Berhormat Menteri tidak apa. Buatlah. Buat.

final • 8:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tidak ada paksaan.

final • 8:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Ya. Teruskan. Cuma saya hendak minta Yang Berhormat Menteri tolong tengok sama peniaga terutamanya peniaga-peniaga Melayu.

Peniaga-peniaga Melayu ini miskin. Memang miskin. Kadang-kadang jual nasi lemak pun sebungkus RM1. Bermakna kais pagi, makan pagi. Akan tetapi hendak jual murah juga.

Nasi RM1 memang murahlah ataupun nasi ekonomi, nasi bujang.

Jadi, hendak minta Yang Berhormat Menteri tolong tengok kalau boleh cuba untuk mengurangkan kos kepada peniaga-peniaga. Sebab peniaga-peniaga kecil ini mereka perlu volum. Kalau sale itu sedikit, maka memang mereka akan rugi. Jadi mereka mengharapkan sale yang tinggi. Itu bagi pihak peniaga-peniagalah.

Lagi satu, berkaitan dengan kesusahan hendak makan ini, susah hendak minum.

Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri tolong tengok golongan muda. Golongan muda ini dia belanja mewah. Dia tidak belanja macam golongan dewasa. Dia minum Starbucks kan. Sedangkan kalau kita...

final • 8:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bukan semua. Bukan semua.

final • 8:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Bukan semualah. Kalau kita orang tua-tua minum kopi RM1 lebih sahaja. Bermakna di situ anak-anak muda itu dia lebih mewah.

Sedangkan orang lain itu susah. Jadi, yang itu pun kalau boleh hendak tengok Yang Berhormat Menteri tolong educate kalau boleh. Cuba educate…

final • 8:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ada akta baharu ke?

final • 8:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat Menteri. Segamat.

Saya hendak tanya sedikit berkenaan dengan Menu Rahmah ini. Sebenarnya ada isu yang viral. Adakah Menu Rahmah ini selamat dimakan ataupun boleh get penyakit dan sebagainya sebab makanannya murah, harganya murah dan sebagainya. Dia telah mengelirukan masyarakat secara umum atas beberapa soalan dalam beberapa hari. Ada pihak tertentu put the question up there. Ada kata it’s not safe. Contohnya akan ada kanser dan autisme ini sebab dia boleh tarnish the image of this brand. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh bagi assurance that sama ada Menu Rahmah ini safe because it’s cost is low. Thank you.

final • 8:50 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Yang Berhormat Menteri. Satu soalan sahaja. Kami boleh nampak yang kebanyakan sekarang yang mengambil bahagian dalam Program Menu Rahmah adalah restoran-restoran halal. Adakah perancangan dari kementerian untuk mempromosikan Menu Rahmah ini di kalangan restoran-restoran non-halal dan apakah syarat hendak join Program Menu Rahmah ini. Sekian, terima kasih. Saya dari Raub.

final • 8:50 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Tuan Yang di-Pertua, saya jawab dahulu Yang Berhormat Putrajaya. Saya sudah sebut tadi bahawa ini adalah jangka pendek. Saya tidak cakap ini ialah the total solution. Dengan rendah diri I’m not an economist. Ini jangka pendek. Kalau betul ada Yang Berhormat yang berbahas adakah ia boleh sustain, saya pun tidak boleh beri jawapan. Akan tetapi sejauh mana dalam hati rakyat ini ada rahmah, dia boleh kekal. Cita-cita saya adalah kalau boleh rahmah ini jadi satu value. Mungkin sampai bila-bila setiap peniaga ataupun antara kita yang membuka perniagaan yang untung ataupun tidak untung tetapi ada portion daripada perniagaan kita itu kita sudah niat untuk membantu orang yang susah.

Kalau itu boleh berlaku insya-Allah negara Malaysia ini boleh menjadi negara yang penuh kasih sayang.

[Tepuk] Itu kalau boleh kita educate semua pihak, para-para alim ulama kita, cendekiawan kita di universiti kalau boleh menjadikan itu satu value dia baik untuk negara kita. All will benefit. Insya-Allah. Tentang Yang Berhormat Kangar tadi, saya sudah banyak kali menyatakan dia bukan satu paksaan dan memang saya akui sebelum adapun Menu Rahmah ini sudah ada nasi ekonomi. Zaman Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Mohd Najib, yalah yang baik saya akan katakan baik.

Ada nasi 1Malaysia atau apa-apa pun. Saya sudah sebut pun tidak kisahlah, rahmah ke tidak rahmah ke yang penting perut rakyat itu mesti diisi.

[Tepuk] Itu yang penting sekali. Saya tidak pernah hendak paksa pun. Yang baik kita ikut dan teruskan benda yang baik ini. Itu satu benda yang saya rasa kita kena kongsi bersama. Pada anak- anak muda yang yalah, saya pun ada anak, kita pun ada anak. Kadang-kadang mungkin dengan duit yang kita bagi itu dia lepak dekat Starbucks. Hendak marah pun boleh.

Akan tetapi cara untuk kita didik mereka adalah dengan cara kita rasa ada cara yang masing-masing pendekatan untuk kita memberikan mereka pengajaran. Itu sahaja.

Akan tetapi, kita tidak pernah melakukan pemaksaan.

final • 8:50 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Kalau hendak buat Menu Rahmah ini memberikan tekanan kepada yang lain, tidak. So far, mereka mengambil itu sebagai crowd puller dan macam ‘durian rahmah’.

[Tepuk] Mereka tiba-tiba nak kopek durian itu, isikan dalam peket yang cantik dan jual dengan ‘harga rahmah’. Saya pergi jumpa mereka dan mereka kata sell mereka bagus.

Jadi mungkin kerana dengan rahmah itu. Bukan kerana saya nak dakwa kami yang baik, tidak. Mungkin rahmah itu sifat Allah.

[Tepuk] Jadi itulah yang mungkin menawan hati semua pihak.

final • 9:00 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Yang Berhormat Segamat tadi menyebut tentang saya rasa ya lah kalau ada ramai pakar di sini seperti pakar perubatan, pakar makanan tetapi saya mendengar satu ruang bicara yang memanggil seorang pensyarah tersohor daripada UKM, tak silap saya, Profesor Dr. Norhasmah yang pakar dalam bidang nutrisi dan dia sebut bahawa Menu Rahmah itu adalah menu yang hampir sempurna. Mungkin tidak sempurna tetapi ada kandungan karbohidratnya, ada kandungan proteinnya, ada vitaminnya di situ.

Jadi satu recognition lah pada saya dan saya dah sebut tadi, takkanlah KPDN akan mendiamkan diri ataupun KPDN akan ambil secara sambil lewa sahaja kalau ada premis-premis yang menjual Menu Rahmah ini dengan hanya untuk menyahut seruan kerajaan tetapi tidak memantau daripada segi kualiti dan kuantitinya.

final • 9:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Bangun]

final • 9:00 PM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub

Jadi insya-Allah, doakan bersama lebih ramai antara kita ataupun peniaga-peniaga kita. Apa yang mengharukan saya adalah bukan hanya syarikat-syarikat multinasional...

final • 9:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bangun]

final • 9:00 PM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub

Sampai warung-warung yang saya rasa entah mereka ini untung ataupun rugi, menawarkan juga tentang menu ini. Itu yang saya rasa kalau perkara ini dapat kita terus berikan galakan, saya rasa itulah yang mampu untuk kita cuba buat pada hari ini.

Yang Berhormat Raub tadi menyebut tentang ini. Cuma saya fahamlah ada teguran. Takkanlah nanti yang halal – Halal itu okey Menu Rahmah. Tak halal nanti nak letak ‘rahmah’ jugakah? Saya rasa itu bukan satu medan untuk kita bahaskanlah. Okeylah.

Kalau tak mahu guna itu, saya sudah sebut tadi dalam satu libat urus, pegawai saya telah pergi ke – Ada persatuan peniaga-peniaga Cina, dia pun nak buat juga. Kita namakanlah ia ‘Menu Kasih Sayang’.

[Tepuk] Yang Berhormat Seputeh boleh translate dalam Mandarin atau tidak?

final • 9:00 PM

[Dewan ketawa]

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub

.

final • 9:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

*Ai sing.

[Bercakap dalam bahasa Cina]*

final • 9:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

*Ai sing chai dan.

[Bercakap dalam bahasa Cina]*

final • 9:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Menteri, saya hanya ada seperti apa Yang Berhormat Raub kata tadi, sebenarnya saya rasa kita warga Malaysia memang suka bagi orang makan. Kita lihat Yang Berhormat Arau, dahulu dia jadi Menteri, dia selalu pergi bayar dekat itu VIP Lounge bayar RM200, RM300, kita pergi makan free sahaja.

Okey. Sebenarnya masyarakat Cina, kita selalu lihat ada RM2.00 vegetarian food. Sebenarnya ia satu macam chain, dia banyak kedai. Apa yang saya tahu, mereka bukan berorientasi untuk cari untung. Kadang-kadang mereka rugi. Jadi boss pergi top-up kerana atas konsep mahu bagi orang yang tidak mampu untuk makan.

Saya hendak cadangkan kementerian, mungkin boleh panggil mereka yang run restoran yang bagi makanan percuma atau RM2.00 vegetarian food semua ini, mungkin boleh bincang dengan mereka. Nama ini sebenarnya tidak penting. Apa yang penting ialah bagi lebih orang tahu ada makanan percuma, ada yang bagi makanan dengan harga yang rendah dan semacam satu galakan daripada kerajaan.

Saya juga nak cadangkan mungkin Yang Berhormat Menteri boleh minta kementerian adakan satu laman web bagi Menu Rahmah kah ataupun ‘ Menu Kasih Sayang’ kah atau apa-apa. Mungkin sekarang Raub durian banyak, mungkin Musang King yang RM5.00 pun ada kan.

[Ketawa] Jadi semua ini kita mungkin boleh uar-uarkan supaya mereka yang perlu, mereka boleh cari dan mereka tahu di semua negeri, semua kota yang mana ada makanan dengan harga yang munasabah.

final • 9:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Menteri, Sungai Petani. Sedikit dan masih dalam konsep rahmah. Bagi Sungai Petani ini adalah satu konsep yang baik seperti yang dinyatakan dalam al-Quran, [Membaca sepotong ayat

final • 9:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Al-Quran] yang mana, “Tolong-menolonglah dalam melakukan kebaikan dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan kejahatan”. Jadi ini adalah salah satu usaha tolong-menolong antara peniaga dan juga kerajaan untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat. Ini adalah satu konsep yang baik yang perlu diteruskan.

Saya ingin bertanya, apakah kerajaan dan kementerian berhasrat untuk meneruskan dan meluaskan lagi konsep rahmah ini? Jadi bukan hanya terhadap makanan semata-mata, mungkin selepas ini kita ada baucar rahmah atau kita ada ekspo rahmah, jualan rahmah dan sebagainya. Jadi konsep ini diluaskan lagi, tidak semata-mata untuk makanan sahaja. Adakah kementerian berhasrat ke arah itu? Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 9:00 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

[Bangun]

final • 9:00 PM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub

Saya jawab dua dahulu, nanti saya bagi.

Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Seputeh. Yang Berhormat Seputeh boleh bantu saya kalau ada persatuan-persatuan vegetarian untuk berjumpa dengan saya. Yang Berhormat Kota Melaka telah bantu saya dalam mengadakan satu libat urus dengan persatuan kedai-kedai makan Cina. Kalau Yang Berhormat Seputeh boleh bantu saya, kita boleh mengadakan sesi libat urus bersama mereka. Terima kasih.

Yang Berhormat Sungai Petani bertanya adakah ia akan disebarluaskan. Saya telah berbincang dengan pihak kementerian dan Datuk KSU KPDN. Beberapa industri tekstil telah menjanjikan untuk menjelang hari raya ini, ada jualan baju raya rahmah.

[Tepuk]

final • 9:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Menteri, penjelasan.

final • 9:00 PM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub

Sekejap, biar saya habis dahulu.

Kemudian tentang baucar rahmah dan lain-lain itu, memang kita telah adakan beberapa sesi libat urus. Saya bercadang sebenarnya – Tadi ada mesyuarat kementerian dengan Datuk KSU dan pasukannya.

Insya-Allah kalau jadi nanti, sebelum berakhirnya sidang Parlimen ini, di bangunan belakang sana itu, biasa dahulu kita buat Tan Sri– belum Tan Sri. Dato’, insya- Allah. Pesta durian dahulu kita buat di belakang itu. Kita panggil semua Ahli Parlimen makan durian.

Jadi saya nak cadangkan suatu hari esok, semua pemain industri yang telah terlibat dengan Menu Rahmah ini, hari itu kita belanja semua Ahli Parlimen, kakitangan Parlimen yang bertugas untuk menikmati Menu Rahmah. Insya-Allah suatu hari kita akan adakan di Bangunan Parlimen ini. Kita akan tengok jenis-jenis Menu Rahmah itu.

final • 9:00 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

[Bangun]

final • 9:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

[Bangun]

final • 9:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menunya, menunya.

final • 9:00 PM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau hari ini seseorang itu dia rasa dia makan tengah hari dengan ‘Nasi Kandar Rahmah’, esok dia rasa takkanlah hari-hari. Esok dia ada pilihan pula, Burger King. Esok dia ada pilihan pula, ada ‘Mee Soto Rahmah’. Malam hari pula mereka ada pula persatuan tomyam yang akan membuat pula ‘Nasi Goreng Tomyam Rahmah’. Jadi sekarang sudah banyak varieties.

Varieties itu sudah banyak. Jadi itu semua memudahkan rakyat untuk mereka ada pilihan untuk mereka mengisi perut mereka.

Saya bagi...

final • 9:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Machang.

final • 9:00 PM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub

Saya bagi Yang Berhormat Machang dulu, selepas itu Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 9:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Kanan, kanan. Tengok kanan.

final • 9:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri atas penerangan yang baik berkenaan dengan Menu Rahmah.

Saya bersetuju dan saya rasa berterima kasihlah kerana Yang Berhormat Menteri juga memperakui ia jangka pendek. It is a band aid, dengan izin untuk membantu rakyat yang susah.

Saya juga tertarik dengan penggunaan istilah ‘Rahmah’ Yang Berhormat Menteri perkenalkan. Ia salah satu derivation daripada nama-nama Allah dan nama Tuhan kita dan sifat Allah itu sendiri. Akan tetapi dalam kita membawa semangat Asmaul Husna itu dalam dasar kita, kita juga memahami nama-nama Allah ini ada juga Al-Qahhar, Wal- Jabbar, yang menakluk, yang banyaklah perkara yang lebih menekan.

final • 9:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri ada Akta Anti Pencatutan dan Kawalan Harga. Saya yakin ini satu senjata ampuh yang boleh digunakan oleh Yang Berhormat Menteri bukan untuk jangka pendek, tetapi jangka panjang. Ada banyak persoalan harga yang kita tahu ‘rigged’ di dalam pasaran dengan izin. Jadi mungkin ada perancangan Yang Berhormat Menteri untuk menggunakan akta ini untuk menstabilkan harga barangan yang menggila pada hari ini. Terima kasih.

final • 9:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Menteri. Saya mengikuti dengan detail penjelasan, penerangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan Menu Rahmah. Sepanjang penggulungan malam ini saya nampak bercakap tentang Menu Rahmah sahaja. Tidak bercakap tentang jawapan apa-apa pun, persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh ahli Yang Berhormat.

Contohnya macam saya bangkit berapa kos yang terpaksa kerajaan tanggung kerana menukar nama kementerian daripada KPDNHEP kepada KPDN Kos Sara Hidup. Satu.

Oleh yang demikian, saya pujilah apa yang dibuat oleh kementerian Menu Rahmah ini.

Sebenarnya kita di Kuala Berang kita ada, kita tidak namakan nama Rahmah, tetapi kita namakan Nasi Bajet, Tuan Yang di-Pertua. Harganya RM3.50 satu bungkus. Jadi maknanya lebih kuranglah. Cuma malam ini kita nampak, masa sudah hendak habis, apa yang diterangkan dari mula sampai sekarang ini Menu Rahmah. Apakah kerajaan bercadang selepas ini tukar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Menu Rahmah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 9:10 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat Menteri, Segamat.

Satu sahaja cadangan, sedikit sahaja.

final • 9:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Ampang juga.

final • 9:10 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Sedikit sahaja, Segamat.

final • 9:10 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Bagi Yang Berhormat Ampang dahulu.

final • 9:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasakan bahawa cadangan daripada Yang Berhormat Menteri amat baik, selain daripada kita menyediakan makanan yang sedia dimakan dengan harga yang berpatutan, saya rasa meluaskan konsep untuk membantu sara hidup ini diberikan dengan keadaan yang lebih baik. Saya mencadangkan supaya pihak KPDN juga melihat tentang kemungkinan kita boleh menyediakan barangan-barangan asas yang amat penting kepada rakyat ini terutama golongan B40 dengan kita buat bungkusan secara rahmah. Contoh, kita lihat beras di pasaran sekarang ini. Beras dijual dalam bungkusan lima kilo ataupun sepuluh kilo. Kalau ya pun ada satu kilo hanya beras-beras yang mahal.

Jadi saya mencadangkan supaya KPDN juga melihat supaya bungkusan- bungkusan barangan asas ini dikecilkan supaya pihak yang mampu membeli dia membeli dalam kadar yang berpatutan selain daripada kita yang kadang-kadang tidak perlu pun lima kilo, kadang-kadang sampai berbubuk pun di rumah itu. Jadi apabila kita beli dalam kadar yang berpatutan dengan secukupnya yang kita ada, jadi itu membantu juga harga makanan ataupun pengeluaran itu, supply and demand itu dapat kita selaraskan.

final • 9:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Cadangan saya elok diperkembangkan, saya amat setuju, tahniah. Akan tetapi mungkin bungkusan-bungkusan rahmah juga perlu diwujudkan untuk masa hadapan, terima kasih.

final • 9:10 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Segamat, satu sahaja cadangan.

Berkenaan dengan Menu Rahmah ini. Seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri, bahawa ini adalah short-term plan. Saya juga mencadangkan supaya Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan Menu Rahmah ini dipanjangkan kepada IPTA dan IPTS khususnya IPTA kerana ramai mahasiswa dan anak-anak yang belajar, perkara ini boleh membantu meringankan kos sara hidup di peringkat IPTA dan IPTS. Bagi cadangan, terima kasih.

final • 9:10 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Sedikit, sambung Yang Berhormat Menteri. Adakah Yang Berhormat Menteri bercadang untuk Menu Rahmah ini kalau pengusaha-pengusaha yang menyertai program ini ataupun inisiatif ini, dia dapat pengurangan cukai. Jadi itu mungkin lebih memberi bantuan jangka masa panjang.

final • 9:10 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Terima kasih. Baik, saya jawab dahulu daripada Yang Berhormat Hulu Terengganu, bekas Menteri. Bukan dia tidak tahu pun.

final • 9:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Timbalan Menteri.

final • 9:10 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Timbalan Menteri. Peraturan Mesyuarat ini, saya minta maaf kalau nama Yang Berhormat tertinggal. Akan tetapi yang menyertai perbahasan secara langsung menyentuh KPDN ini adalah Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Pasir Mas. Nama lain tidak ada. Saya minta maaf kalau nama Yang Berhormat tertinggal. Oleh sebab itu dalam Peraturan Mesyuarat saya hanya menjawab apa yang dibangkitkan. Walau bagaimanapun, kita terbuka juga untuk menerima benda-benda yang lain. Oleh sebab itu saya tidak sebut tentang kos sara hidup, tentang...

final • 9:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Mungkin pegawai tidak tercatat barangkali. Saya tanya kos...

final • 9:10 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

...harta intelek. Tidak apa, tidak apa. Saya minta maaf. Kalau ada nanti saya jawab secara bertulis.

final • 9:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, terima kasih.

final • 9:10 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Ada segmen yang lain. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Machang, kita ada MyCC yang fokus tentang pencatutan

(profiteering). Ini kita tidak kompromi. Tindakan undang-undang yang tegas terhadap ketirisan subsidi minyak paket dan diesel ini kita tetap berkeras, tidak kompromi. Cuma minyak paket subsidi itu asalnya adalah untuk isi rumah akan tetapi, apabila warung- warung beli, makcik-makcik yang jual goreng pisang, keropok lekor, guna juga minyak itu.

Jadi inilah yang saya kata kita timbang tara. Mereka juga B40. Jadi penguatkuasaan, KPDN tidak akan pergi rampas ataupun denda mereka. Ini masa post-COVID-19 yang kita gunakan sedikit tanggungjawab.

final • 9:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Menteri, satu lagi sebelum duduk. Ringkas sahaja. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Machang ada...

final • 9:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Hulu Terengganu, boleh bagi Yang Berhormat Menteri jawab dahulu, clearkan dahulu. Masa hendak...

final • 9:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sedikit sahaja. Berkaitan dengan subsidi ini. Yang Berhormat Pandan kata kerajaan tidak akan meneruskan subsidi, tetapi dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian, Yang Berhormat Kota Raja kerajaan akan meluluskan subsidi untuk telur, ayam dan sebaginya. Jadi apakah pendirian kementerian berkaitan dengan subsidi. Kita tahu kerajaan sekarang ini suffer berkaitan dengan kewangan, terima kasih.

final • 9:10 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Saya jawab dahulu yang telah dibangkitkan tadi.

final • 9:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ampang.

final • 9:10 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Yang Berhormat Ampang dan Yang Berhormat Segamat. Yang Berhormat Ampang menyebut tentang adakah...

final • 9:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pakej.

final • 9:10 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

... pakej. Memang sudah ada, Bakul Rahmah sudah ada. Bakul Rahmah ini kita bagi kepada ini betul-betul miskin tegar. B40 itu banyak.

Miskin tegar yang mengikut laporan dari ICU, PMO jumlahnya sekarang hampir 130,000 isi rumah. Kementerian target 30 peratus daripada jumlah itu dan insya-Allah Tuan Yang di-Pertua kita akan bagi Bakul Rahmah itu satu bakul nilainya adalah RM100 setiap bulan tanpa gagal, *insya-Allah without fail.

[Tepuk]* Itu pun satu sen tidak menggunakan duit kerajaan, ia menggunakan duit tokoh- tokoh korporat dan players daripada industri. Sekiranya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri lusa nanti boleh mempertimbangkan kita sudah mohon, maka lebih ramai lagi. Isi rumah miskin tegar ini yang akan menikmati Bakul Rahmah ini.

final • 9:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri...

final • 9:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Menteri, saya rasa ada sedikit, mungkin penyampaian saya sedikit kekeliruan. Saya bukan bercakap tentang bakul ataupun bantuan dalam bentuk bakul. Saya mencadangkan tadi, bungkusan itu dikecilkan. Contohnya kita tengok beras di pasaran itu kita beli lima kilo minimum.

Sedangkan keperluan itu mungkin ada yang hanya perlu satu kilo atau dua kilo dan juga membantu golongan miskin ini untuk tidak dipaksa membeli dengan hanya lima kilo.

Kemungkinan katalah hendak hujung bulan, dia ada berbaki empat lima hari. Dia hanya perlu sekilo sahaja untuk menampung kehidupan dia untuk dia dapat membeli menampung makanan anak-anak dia. Jadi kita jual hanya dua kilo, sekilo. Packaging itu perlu diperbetulkan. Itu cadangan saya.

final • 9:10 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Saya faham. Insya-Allah saya bawa idea itu dalam sesi libat urus saya kami kementerian dengan pihak industri. Yang Berhormat Segamat tadi menyatakan tentang pelajar-pelajar IPTA. Selepas raya kita akan lancarkan Kafe Rahmah.

[Tepuk] Itu juga telah kita persetujui dengan players yang akan memberikan. Kita buat 20 dahulu di Lembah Kelang dan Yang Berhormat Hulu Terengganu tadi membangkitkan tentang, itu hendak lagakan saya dengan Yang Berhormat Pandan.

final • 9:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Bukan hendak laga, minta maaf.

Oleh sebab bercanggah jadi kita tahu kementerian.

final • 9:10 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Tidak bercanggah, dia sebenarnya timing untuk kita membuat targeted subsidi. Itu just matter of time. Jadi data-data dari DOSM, dari ICU, dari semua pihak LHDN sedang diperkemaskan. Jadi kita hanya menunggu masa sahaja untuk kita melaksanakan targeted subsidi ini. Tuan Yang di-Pertua...

final • 9:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, ada lagi hendak jawab?

final • 9:10 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Sudah tidak ada.

final • 9:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada.

final • 9:10 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Jadi saya ucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan. Terima kasih kepada rakan-rakan di sebelah sini dan sana yang memberikan kritikan, saya terima dengan baik. Saya berdoa kepada Allah S.W.T mudah- mudahan usaha ini dapat diteruskan.

[Membaca sepotong doa] , Kita mengadu kepada Allah, sedikitnya usaha kita dan lemahnya kita dan kita mengharapkan pertolongan daripada Allah S.W.T.. Terima kasih. *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]*

final • 9:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Alhamdulillah.

Kita telah pun selesai 15 kementerian dan tahniah kepada ahli Yang Berhormat yang tunggu hingga pukul 9.20 malam, tahniah kepada semua.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi hari Khamis, 23 Februari 2023. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam.

final • 9:10 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.20 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026