Feb212023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita mulakan waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dengan saya menjemput Yang Berhormat Parit Sulong, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad. Silakan.

final • 10:00 AM

1. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong] minta Perdana Menteri menyatakan pendirian kerajaan mengenai isu Pandora Papers yang telah timbul semula pada minggu lepas serta sejauh manakah siasatan dan tindakan susulan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaksanakan.

final • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, permasalahan Pandora Papers ini agak rumit dan kompleks. Saya mohon waktu sedikit untuk memberi penjelasan dan memberi ruang kepada rakan-rakan Yang Berhormat untuk mengemukakan soalan.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kita telah bangkitkan isu ini lama sejak Global Financial Integrity Report tahunan tetapi dibangkitkan di Parlimen sejak tahun 2010.

Kemudian, Panama Papers 2016 dan Pandora Papers 2017. Saya bangkitkan pada tahun 2017, saya mohon Perdana Menteri ketika itu untuk mengambil tindakan kerana dengan laporan peratusan bilion dolar yang dikeluarkan daripada negara. Bahkan kalau ikut GFI itu sudah mencecah trilion dolar Amerika tetapi tidak ada siasatan yang berkesan.

Pada masa itu Perdana Menteri memberi pengakuan untuk menubuhkan jawatankuasa yang melibatkan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan. Akan tetapi tindakan itu memerlukan tekad politik yang jelas.

Tidak banyak suara termasuklah Yang Berhormat yang memohon supaya hal ini diambil tindakan secara serius. Dalam kerajaan terdahulu pun tidak ada tekanan daripada pemimpin-pemimpin politik dan seolah-olah ada keengganan untuk bertindak kerana ini melibatkan tokoh-tokoh besar negara.

Pandora yang digunakan istilah kalau disebut dalam mythology Yunani Olympian kepada Zeus. Zeus mengarahkan Pandora dan gadis ini. Kemudian diturunkan dengan syarat kotak Pandora itu jangan dibuka sama sekali. Secara kebetulan, terbuka kotak Pandora dan terkeluar semua kejahatan yang teruk yang akan menimpa manusia. Itu sejarah Yunani Pandora.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Akan tetapi dalam laporan Pandora ini, saya katakan ia memerlukan tindakan politik. Apa yang berlaku? Perkara yang berlaku adalah satu complex web yang canggih sekali menggunakan trust pada mana-mana Shell companies, dari Singapura ke Bahamas, ke Cayman. Tujuan kebanyakannya adalah untuk mengelak daripada bayaran cukai. Ada kegiatan-kegiatan sahih. Oleh sebab itu saya kata siasatan penuh perlu. Ada orang berniaga dari luar negara, ada operasi di London, maka dia keluarkan dan simpan di Cayman Island.

Oleh sebab itu saya minta supaya badan-badan penyiasatan ingat dan kaji sumber. Apa yang jadi masalahnya? Masalahnya umpama kalau seorang itu menyimpan akaun di Cayman Island setengah bilion dolar Amerika. Soalan pertama, mengapakah tidak mampu kita kesan dari Bank Negara?

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Apakah mereka ini sudah bayar cukai di Lembaga Hasil Dalam Negeri? Apakah mereka ini telah melakukan apa-apa kegiatan jenayah? Penyeludupan ataupun kes dadah? Itu juga melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia. Tentunya kalau ada wang-wang yang dipunggah daripada rasuah yang besar. Sudah lihat di negara kita, hari ini berlaku dan jumlah itu sudah besar. Oleh sebab itu, arahan saya kepada badan-badan ini ialah untuk teruskan siasatan dengan cukup rapi. Saya mohon Yang Berhormat dan rakan-rakan, Ahli-ahli Parlimen yang 222 orang ini mengambil satu bersikap yang tegas. Jangan melindungi. Sebaik sahaja ada siasatan, terus dipertikai niat.

Kalau ada bukti, ada fakta, maka tindakan diambil. Kalau tindakan diambil tanpa fakta, maka itu boleh dicabar sebagai penyalahgunaan kuasa ataupun dikatakan motif politik. Akan tetapi kalau wang beratus billion atau ratusan juta ringgit dikeluarkan dan dibiar, dilindungi kerana dia menyokong kita, itu membawa porak-peranda dan malapetaka kepada negara. Oleh sebab itu, tindakan-tindakan diambil kepada badan- badan ini, termasuk dengan mengambil kira beberapa langkah yang lebih canggih yang dilakukan.

Umpamanya, melalui Bitcoin untuk mengelakkan daripada transaksi wang tunai dan juga beberapa langkah yang lain. Digital currency, yang memerlukan kecanggihan di pihak PDRM, Bank Negara umpamanya. Di antara lain, mempertingkatkan usaha dan program cyber security.

Nama-nama yang disebut dalam Pandora Papers itu mencecah 3,000 orang. Ada yang sahih, ada yang peniaga tetapi kita tumpu kepada tokoh-tokoh politik besar seperti mana saya sebut, mantan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, menteri-menteri yang sebenarnya dipercayai menyalahgunakan kuasa mereka, memunggah kekayaan semasa mereka mempunyai kuasa. Maka itulah, cerita tentang Pandora Papers.

Apa gejala ia di peringkat international? Kita lihat diberikan pendedahan tetapi tidak banyak negara yang mempunyai tekad politik, mengarah tindakan dan siasatan yang rapi. Alhamdulillah, Malaysia di antara negara yang telah memberikan pengarahan yang cukup jelas supaya mengambil tindakan dan memberhentikan amalan budaya memunggah, merompak wang negara.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas jawapan yang diberikan. Cuma soalan tambahan saya, apakah langkah yang sedang diambil Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga selaku Menteri Kewangan untuk memastikan ketelusan dan accountability dalam industri kewangan terus dijaga, terutamanya yang terkait akaun luar pesisir dan tempat perlindungan cukai.

Mungkin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga boleh berkongsi di dalam Dewan ini, apakah yang sedang dilakukan oleh kerajaan dalam menangani kebimbangan dan memulihkan defisit keyakinan rakyat dan juga pelabur terhadap integriti, ketelusan institusi kewangan Malaysia? Natijah daripada pendedahan Pandora Papers ini. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 10:10 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong.

Pertama, saya ucap terima kasih dan tahniah kepada badan-badan yang diberi tugas, termasuk NFCC, PDRM, SPRM, BNM, LHDN dan Labuan FSA telah mengambil tindakan.

Mereka beri laporan tentang kemajuan tindakan dan kesungguhan mereka yang telah mengenal pasti.

Malah, ada yang sudah dipanggil ke agensi-agensi berkenaan, LHDN dan SPRM.

Menanyakan dan memberi penjelasan tentang bank-bank yang ditubuhkan di luar negara, wang yang disimpan di sana, ratusan juta ringgit. Dari mana sumbernya itu, sedang dalam siasatan dan saya puas hati dengan langkah-langkah yang telah diambil dan tanpa mengira daripada puak mana, harus ada tindakan yang tegas.

Akan tetapi untuk mengekang dan menghalang tindakan itu berterusan, itulah sebabnya mengapa di Kementerian Kewangan, kita telah tetapkan proses tender itu lebih telus. Amalan menggunakan peluang kononnya membantu bumiputera, maka disonglapnya wang, ini tidak boleh diizinkan. Saya nak jelaskan bahawa ada dasar untuk membantu bumiputera. Boleh adakan tender terhad di kalangan syarikat bumiputera. Itu tidak menghalang.

Akan tetapi tidak boleh digunakan alasan membantu bumiputera untuk meminta syarikat-syarikat itu memberi wang kepada peribadi atau parti sepertimana amalan yang telah berlaku sebelum ini. Saya beri jaminan kepada Yang Berhormat Parit Sulong, amalan ini dihentikan, bahawa oleh saya Menteri Kewangan tetapi juga kementerian- kementerian lain yang telah diputuskan oleh Jemaah Menteri.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan sebelah kiri, silakan.

final • 10:10 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bagi komitmen kita, bahawa kita memang bersetuju dalam langkah yang diambil untuk memastikan bahawa sebarang penyelewengan akan dapat kita atasi. Inilah komitmen kita sebagai pembangkang yang konstruktif yang telah pun diucap oleh Ketua Pembangkang.

Soalan saya ialah apakah kerajaan berhasrat untuk meneliti semua akaun offshore bagi mencari ketelusan dana yang diterima dan penyaluran dana tersebut?

Termasuk juga dana politik dari luar negara yang disumbangkan kepada parti-parti politik di Malaysia? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih dan saya hargai jaminan Yang Berhormat Kubang Kerian kerana isu ini sebenarnya ialah isu yang menyentuh kepentingan negara secara keseluruhannya.

Untuk penjelasan Yang Berhormat, jumlah daripada Laporan GFI dulu sehinggalah Pandora Papers, dari Malaysia itu agak tinggi jumlah penduduk dan kedudukan ekonomi, ya. Ada yang disebut yang besar seperti negara China atau Arab Saudi dan di beberapa buah negara lain tetapi Malaysia itu di tingkat atas.

Maknanya, wang yang dibawa keluar dari Malaysia itu, daripada sumber-sumber yang dianggap illicit atau haram, kebanyakannya— saya tidak boleh mengatakan semua, ia terserah kepada badan penyiasatan. Itu agak terlalu tinggi bagi negara ini.

Jadi, sebab itu semua nama yang disebut itu, daripada 3,000 orang, ia tengok keutamaan mengikut penyelarasan badan penguatkuasaan yang saya sebutkan tadi, itu akan dibuat. Ia tidak akan terkecuali sama ada dana itu dari luar negara, dari dalam negara. Semua yang di tax haven itu, yang lari daripada cukai, yang melanggar peraturan dan undang-undang itu sedang disiasat dan beberapa tindakan sudah pun diambil.

Sebelum pendakwaan dibuat, saya tidak boleh beri penjelasan selebih daripada itu. Akan tetapi saya bagi jaminan kepada Yang Berhormat, bahawa dari sudut badan- badan yang telah melaporkan kepada saya, bahawa arahan daripada saya itu jelas.

Jangan ambil sambil lewa tindakan ini, biarlah ini sebagai satu pengajaran dan negara tidak mampu lagi mengizinkan hal ini diteruskan.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Kita bergerak kepada soalan nombor dua.

Saya jemput Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari, Pasir Mas.

final • 10:10 AM

2. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Perdana Menteri menyatakan apakah model yang digunakan dalam pembentukan konsep Membangun Malaysia Madani dan setakat manakah ia diaplikasikan secara rasmi dalam sistem pentadbiran kerajaan dan dalam pelaksanaan dasar-dasar semasa kerajaan.

final • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Pasir Mas kerana membangkitkan soalan ini.

Saya rasa forum ini lebih baik untuk memberikan penjelasan dan tidak menghukum dan buat penaksiran yang luar daripada konteks pemahaman kita tentang mujtama’ madani ini.

Latar belakang ia ialah penggunaan istilah. Kalau kita guna civil society itu, ia terbatas. Ia tidak ada soal akidah, soal nilai, soal akhlak sepertimana istilah madani.

Dikaitkan juga dengan Perjanjian Madinah tetapi dalam memilih istilah ini sebenarnya saya rujuk juga kepada pendapat Sheikh Taha Jabir Al-Awani pada ketika itu, marhum.

final • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Dia mengingatkan saya istilah mujtama’ madani ini pernah digunakan oleh Sheikh Mahmud Shaltut dengan penjelasan bahawa ada dasar ‘deen’ di situ. Kemudian, yang merentas semua sama ada kita bicara soal kemapanan pembangunan ekonomi, digitalization atau keadilan sosial. Itu semua mesti diteraskan kepada soal nilai dan akhlak.

Akan tetapi dalam konteks negara tentunya soal pertumbuhan ekonomi yang mampan. Mampan di sini tidak hanya dari sudut pengawalan inflasi, pelaburan asing dan pertumbuhan negara. Mampan di sini termasuklah keseimbangan yang dalam keseimbangan ‘ummatan wasata’ itu supaya soal kebajikan rakyat tidak ada fasad yang menyebabkan kerosakan bumi.

Kemudian, dibangkit soal ihsan dan amanah. Saya rasa ciri-ciri dan nilai-nilai yang kuat berteraskan dalam fahaman Islam dan yang boleh juga merangkul seluruh kekuatan semua kaum di negara kita. Jadi yang lain itu memang saya sudah cerakinkan dalam buku Madani. Saya harap dapat dibaca secara terbuka dan kalau ada teguran untuk diperbaiki, saya sedia untuk membuat apa-apa pembetulan asalkan ia boleh membantu membangunkan negara tercinta.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tambun, di atas jawapan tadi. Cuma apa yang saya hendak soalkan di sini ialah bukan dari sudut istilahnya tetapi dari sudut pelaksanaannya.

Yang Amat Berhormat Tambun, 25 tahun lepas iaitu hujung tahun 1998 dan 1999, saya di antara anak-anak muda yang berada di mahkamah menunggu Yang Amat Berhormat Tambun dibawa ke mahkamah setiap hari untuk dibicarakan. Sudah tentu harapan pada masa itu ialah untuk melihat agenda reformasi dan islah diangkat suatu hari nanti.

Cuma persoalan di sini– saya mohon maaf kepada Yang Berhormat Bagan Datuk.

Tidak ada personal, cuma persoalan saya, apakah melantik anggota pentadbiran di peringkat tertinggi daripada kalangan yang didakwa kes pecah amanah tidak menjejaskan agenda madani yang diuar-uarkan.

Jika dikatakan bahawa untuk mengukuhkan kerajaan, tidakkah kita diberitahu bahawa kerajaan yang dibentuk ini ialah titah tuanku dan tidak mungkin akan berlaku penarikan dari kerajaan kerana ia titah tuanku, tidak perlu diikat dengan sebarang jawatan.

Jika dikatakan tidak ada campur tangan politik nanti, namun tidakkah secara logik pelantikan ini akan mempengaruhi keputusan atau perbicaraan di mahkamah? Terima kasih. Saya benar-benar untuk minta pencerahan Yang Amat Berhormat Tambun.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Pertama, tindakan tidak boleh diambil berdasarkan pendakwaan sebelum penghakiman. Ini pernah disebut oleh Yang Berhormat Marang dalam kenyataan cakap tegas pada ketika itu. Keduanya, hari ini umpamanya ada Ahli Yang Berhormat yang didakwa. Apakah perlu dia letak jawatan semua kedudukan dalam parti? Tentunya jawapannya belum, tidak. Jadi, begitu juga dengan pendirian saya dalam kes ini.

Apa yang saya lakukan ialah memaklumkan kepada Peguam Negara, kepada Ketua Hakim Negara bahawa negara ini mesti tegak atas prinsip negara hukum. Saya tidak mahu menghukum sebelum mahkamah, proses mahkamah yang telus dan bebas.

Akan tetapi, saya hendak sebut di sini sejak TPM Bagan Datuk menjadi Timbalan Perdana Menteri, semua kerja dan amalan itu patuh kepada prinsip dan dasar kerajaan.

Ada satu kes yang dibawa kepada beliau di bawah syarikat-syarikat GLC yang di bawah beliau yang mengusulkan beberapa tindakan segera tanpa tender. Beliau telah menulis, patuh kepada arahan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, semua mesti mengikut proses tender.

[Tepuk] Ini pertama kali saya sebut, saya tidak maklum kepada beliau.

Jadi saya beri jaminan kepada Yang Berhormat, saya tidak ada hasrat ganggu proses ini. Cuma, persepsi mungkin tepat yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Mas.

Saya hanya boleh bagi jaminan, ia tidak menjejaskan prinsip dan dasar termasuk madani yang saya terapkan. Kalau saya nampak keras dalam soal rasuah, penyelewengan, pemunggahan kekayaan yang berlaku yang ada bukti, ini saya tidak mahu meminta maaf.

Tidak ada hubungan personal walaupun saya tahu saya dikutuk oleh sebahagian kononnya mencari salah.

Arahan saya kepada mereka termasuk pagi tadi mesyuarat dengan semua badan ini, saya kata ambil tindakan. Saya tidak peduli dari parti, termasuk dari Parti Keadilan sendiri. Saya tidak akan boleh menjamin parti saya ini 100 peratus bersih sepertimana orang belah sana kadang bicara kami semua bersih, terbukti tidak benar.

Jadi, marilah kita betulkan kerana bagi saya madani ini bukan sahaja slogan kosong. Saya hendak bawa dan ajak rakyat faham bahawa negara tidak boleh selamat tanpa nilai, tanpa tatasusila, tanpa akhlak. Kita boleh maju daripada segi ekonomi tetapi rosak daripada segi tata kelola, tata urus yang juga melibatkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang sudah menjadi amalan.

Saya sebut masalah systemic, ada orang kata ini mengecam Malaysia di luar negara. Ini kenyataan sama ada kita sebut di Jakarta atau Bangkok, saya akan sebut.

Mengapa saya hendak beritahu di Jakarta yang Malaysia ini negara yang 100 peratus bersih, nampak sangat saya penipu. Saya beritahu apa yang sebenarnya. Kita sedang bergelut melakukan islah kerana ada masalah. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Ayer Hitam.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya rasa konsep Malaysia Madani ini merupakan satu konsep terbaru di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat. Kita perhatikan beberapa orang Perdana Menteri termasuk dulu kita ada ‘1Malaysia’’, ‘Prihatin’, kemudian kita ada ‘Keluarga Malaysia’ dan kini ‘Madani’.

Persoalan saya Yang Amat Berhormat, kita tahu kesemua ini menjurus kepada nilai-nilai sejagat, universal value ke arah membentuk satu masyarakat yang lebih bertamadun, progresif dan dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia. Bagaimana konsep ini dapat diterap supaya dihayati sepenuhnya oleh mereka yang berada di bangku sekolah, di sekolah menengah dan juga universiti kerana ini merupakan satu kekhuatiran dan bagaimana konsep ini dapat kita menyemarakkan lagi semangat kita ke arah merealisasikan apa yang diidam-idamkan? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam.

Memang betul saya sebagai seorang Muslim, tentu akan meluncurkan idea berdasarkan kefahaman saya tentang Islam dan keperluan kita mengangkat dan menghayatinya. Akan tetapi saya juga faham dalam konteks negara Malaysia, konsep-konsep itu mesti dapat merangkul semua kekuatan.

Jadi, kalau saya sebut umpamanya adil, saya tidak sebut adil kepada orang Islam, adil kepada semua kerana itu faham saya tanggungjawab kenegaraan yang diberi contoh oleh pembesar-pembesar, para sahabat dan juga pejuang-pejuang dan pemimpin- pemimpin seperti Umar Abdul Aziz. Itu menunjukkan contoh yang sangat baik.

Baru-baru ini saya sengaja kupas Munyatul Musolli, satu kitab lama mengenai solat tetapi bab akhirnya bab keadilan atau Tatmim Al-Faedah oleh Sheikh Daud Abdullah Fathani. Itu dibagi contoh di Fathani untuk kumpulan Melayu. Contoh keadilan itu pada zaman Khalifah Al-Makmum termasuk kepada orang Yahudi yang telah dizalimi. Jadi itu contoh kita, apa lagi di Malaysia di mana jumlah bukan Islam itu ramai. Lalu saya kata rahmat, kebaikan ihsan. Rahmat mesti rahmatan lil’alamin, bukan umpamanya bantu.

Jadi sebab itu saya sebut umpamanya sekolah-sekolah daif. Sekolah daif semuanya, majoriti bantulah sekolah kebangsaan tetapi sekolah-sekolah Tamil itu dalam jumlah yang saya semak semalam, itu cecah ratusan. Jadi, maknanya tindakan kita itu bila kita kata sekolah daif, daif semua. Ini bagi saya baru universal values yang benar.

Begitu juga kalau saya katakan kemiskinan tegar. Kita hendak ambil tindakan tegas dalam— bukan jadi slogan sahaja. Saya tidak kata kemiskinan tegar sama ada dia Dayak, dia Iban, Melayu, Cina, dia di Kelantan atau di Tambun. Kalau kemiskinan tegar, kita jalankan itu baru prinsip ihsan, rahmah, adil dan amanah yang saya faham yang saya cuba lontarkan daripada konsep falsafah madani ini.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Saya bagi jaminan kepada Yang Berhormat dan rakan-rakan kita yang bukan Islam, jangan rasa gementar oleh kerana istilah itu nampak kearaban. Memang istilah Madinah dan madani itu istilah asal Arab, tetapi takkan saya hendak pakai— kalau saya pakai jadi bahasa Inggeris, democratic accountability, ia jadi betul, kalau sebut madani, ia jadi tidak betul. Tidak boleh juga. Jadi, kita jangan prasangka kerana asalnya itu daripada segi konsep Islam. Akan tetapi, saya ingin beri jaminan, di Malaysia dan konsep Madani ia tetap untuk rakyat Malaysia keseluruhannya dan tetap keadilan bagi semua rakyat di negara kita.

[Tepuk]

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kita bergerak kepada soalan yang akhir sekali. Saya jemput...

final • 10:30 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tuan Yang di- Pertua, Point of Order 24(3).

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bacakan.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

P.M. 24(3), “Tuan Yang di-Pertua boleh membenarkan ahli-ahli mengeluarkan tidak lebih daripada tiga pertanyaan tambahan bagi setiap pertanyaan”. Sekarang baru dua, jadi gunalah pertimbangan untuk Tuan Yang di-Pertua bagi lebih soalan tambahan sebab inilah peluang Menteri-menteri ada dalam Dewan.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sebelum ini banyak kosong tidak datang. Jadi peluang Menteri ada itu, bagi soalan tambahan. Tiga cukuplah.

[Tepuk]

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak. Saya ada kekangan masa. Insya-Allah, lain kalilah ya.

[Ketawa]

final • 10:30 AM

3. Tuan Azli bin Yusof [Shah Alam] minta Perdana Menteri menyatakan adakah pihak kerajaan bercadang meneruskan pembangunan secara menyeluruh Kampung Baru Kuala Lumpur seperti diusahakan oleh Mantan Menteri Wilayah Persekutuan Kerajaan Pakatan Harapan pada 2018-2020 dahulu agar selari dengan sasaran Kuala Lumpur Smart City 2030.

final • 10:30 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat. Pembangunan Kuala Lumpur ini mesti ikut pelan struktur.

Akan tetapi, khusus dalam permasalahannya apa? Ada cadangan untuk mengadakan proses jual beli dengan tanggungan kerajaan mencecah RM6 ke RM7 bilion yang tidak mampu dikendali oleh kerajaan sekarang. Ada cadangan untuk membawa syarikat- syarikat swasta membangunkan tetapi menjejaskan kepentingan kedudukan orang Melayu yang di bawah Malay Agricultural Settlement (MAS). Ada cadangan untuk mengadakan proses leasing, maknanya penduduk di Kampung Baru lease.

Saya tidak fikir ini semua wajar. Apa pun kita lakukan, kita harus kembali dan saya percaya saya akan bincang semula dengan mantan Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini dan memastikan pembangunan berjalan tetapi kepentingan masyarakat Melayu di Kampung Baru tetap dipertahankan. Ini kerana kalau ada leasing itu, berapa?

60 tahun? 99 tahun? Jadi, nanti timbul keresahan dalam kalangan masyarakat Melayu di Kampung Baru kerana terlepas tangan.

Jadi, cadangan kerajaan terbaru ini tentang kemungkinan leasing, saya tidak boleh terima. Ini kerana walaupun dibangunkan, hak milik itu masih Melayu tetapi leasing 66 tahun. Jadi oleh yang demikian, beri ruang kepada saya untuk kaji semula tetapi saya akan juga merujuk kepada pandangan masyarakat tempatan sendiri.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ketika sesi libat urus dengan pemegang taruh pada ketika itu, sekitar tidak kurang daripada 65 peratus sudah memberikan persetujuan secara dasar dengan cadangan itu, walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebutkan tadi tidak munasabah dengan cadangan kaedah pembangunan itu.

Akan tetapi, kalau kita melihat kepada kedudukan Kampung Baru itu di tengah bandar dan inilah peluang kita untuk membawa balik orang-orang Melayu menyeimbangkan populasi dan demografi rakyat di kawasan bandar khususnya kerana inilah sahaja tempat yang boleh mengekalkan kedudukan orang-orang Melayu di tengah- tengah Bandar raya Kuala Lumpur. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Yang Berhormat Shah Alam ini memang mewarisi pandangan Yang Berhormat Shah Alam yang lalu.

[Ketawa] Saya setuju, sebab itu saya katakan saya tidak boleh terima, selepas cadangan itu, kemudian cadangan yang terbaru oleh Menteri Wilayah Persekutuan untuk mengizinkan proses leasing dan sebagainya yang saya tidak setuju. Sebab, walaupun hak milik itu kekal Melayu tetapi kalau leasing 60 tahun, 90 tahun, ia tidak pertahankan kepentingan penduduk Melayu. Itu memang daripada awal Malay Agricultural Settlement (MAS).

Oleh yang demikian, pandangan-pandangan mantan Menteri dahulu, saya akan ambil kira, tetapi prinsipnya apa? Mesti cari jalan dan kaedah walaupun mengambil masa yang lebih untuk mempertahankan kepentingan wilayah Melayu di Kuala Lumpur iaitu di Kampung Baru. Jadi, prinsip itu saya tidak persoalkan. Maka kalaupun kita bangunkan sekarang ini projek gerai yang agak moden dan smart city yang juga akan merentas Kampung Baru, prinsip bahawa ia akan dikekalkan sebagai milik Melayu di Kuala Lumpur.

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

[Bangun]

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan ya, Yang Berhormat Maran.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Saya berjumpa dengan beberapa orang penduduk Kampung Baru termasuk seorang usahawan Melayu yang telah berjaya membina satu buah hotel yang cukup membanggakan kita. Mereka mengatakan bahawa bekas Menteri Wilayah dahulu, bekas Ahli Parlimen Shah Alam tidak memberikan jaminan hala tuju mana hendak dibawa Kampung Baru ini, walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menjanjikan.

Ini kerana mereka bimbang apa yang berlaku di Pulau Pinang, banyak tanah Melayu telah pun terlepas kepada orang lain. Jadi, perkara ini perlu dipertahankan.

Saya hendak tahu— di dalam Parlimen kita boleh bercakap, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tetapi di luar, masyarakat belum yakin bahawa janji yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat dilaksanakan demi kepentingan orang Melayu di Kampung Baru. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya telah bagi jaminan malah telah menangguhkan beberapa program yang saya tidak yakin akan pertahankan kepentingan Melayu di situ. Jadi, bukan masalah memberikan jaminan tanpa tindakan. Tindakan sudah pun diambil.

[Tepuk] Oleh sebab itu, daripada segi perumahan, daripada segi gerai yang majoritinya Melayu, ada juga beberapa orang pengusaha Cina dan India dan juga smart city, semua itu dilakukan tanpa menjejaskan. Saya tidak fikir Yang Berhormat Maran harus curiga dalam hal ini. Saya telah beri ketetapan dan pegawai-pegawai sudah sedia maklum dan semua keputusan dahulu yang selari dengan pendirian ini akan diteruskan tetapi semua dasar yang dikira menjejaskan kerangka besar dasar kita itu, itu tidak akan diterima. Jadi, itu sahaja jaminan yang dibuat dan tunggu, insya-Allah, saya akan buktikan.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya bagi last. Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya mengucapkan terima kasihlah jaminan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beri kepada pemilik-pemilik tanah Kampung Baru. Cuma, saya juga ingin mohon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memastikan bahawa kerajaan tidak sewenang-wenangnya membuat tawaran tanpa terlebih dahulu memastikan tawaran yang dibuat oleh kerajaan itu boleh membiayai pembelian tanah-tanah di Kampung Baru.

Apa yang berlaku pada kerajaan yang sebelum ini apabila tawaran dibuat kepada pemilik-pemilik tanah Kampung Baru, seolah-olah macam esok dia orang sudah ada duit.

Jadi, semua pewaris ini got excited, dia beria-ia sangat hendak terima tawaran tersebut.

Akan tetapi, tawaran yang dibuat itu sebenarnya tidak pernah diluluskan oleh Kabinet dan tidak pernah juga wang disediakan untuk membeli dan macam mana seorang Menteri membuat tawaran?

Jadi, saya ingin memastikan bahawa perkara sebegini tidak lagi berlaku kerana ia boleh mengelirukan orang-orang Kampung Baru dengan tawaran-tawaran yang sedemikian rupa. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Saya terima baik kerana Yang Berhormat Titiwangsa di antara jurucakap yang paling kuat dan keras pertahankan kepentingan Melayu Kampung Baru.

[Tepuk] Oleh sebab itu, saya ingat sebagai Menteri Kewangan melihat kedudukan di situ, saya terus terang, minta RM7 bilion memang wang tidak ada. Akan tetapi, kadang- kadang— sebelum itu diberi jaminan begitu sahaja. Oleh sebab itu proses itu harus diadakan.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Dalam keadaan kita ada kekangan kewangan, kita tidak bersedia melepaskan hak milik orang Melayu di situ, sebab itu kita kena runding cara, kaedah termasuk kalau swasta. Swasta sekalipun jangan sehinggakan ada program jaminan leasing yang menyebabkan bukan Melayu boleh duduk sampai 60 hingga 90 tahun.

Oleh sebab jaminan daripada awal yang termaktub dalam peraturan Perlembagaan negara tentang Malay Agricultural Settlement di Wilayah-wilayah Persekutuan itu kita harus pertahankan dan tentunya Yang Berhormat akan dimohon untuk memberikan kerjasama bersama dengan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan.

Kampung Baru tentunya, Yang Berhormat Titiwangsa itu secara langsung mewakili penduduk Kampung Baru bersama dengan persatuan penduduk. Saya akan runding supaya mencari kaedah yang lebih baik.

Syaratnya dan prinsipnya tidak boleh lari daripada apa yang saya sebut di peringkat awal. Soal jaminan Menteri-menteri dulu itu soal merekalah, saya tidak fikir ini memberi pengaruh kepada dasar yang dilakukan dan apa-apa yang melibatkan peruntukan kewangan yang besar mesti dibawa kepada Kementerian Kewangan dan Jemaah Menteri meluluskan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Perdana Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:40 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Kita teruskan dengan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan, saya jemput Dato’ Ramanan Ramakrishnan, Sungai Buloh.

final • 10:40 AM

1. Dato’ Ramanan Ramakrishnan [Sungai Buloh] minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah bas pengantara akan digandakan di stesen-stesen termasuk penambahan laluan bas ‘feeder’ kerana masih ada penumpang yang masih menggunakan khidmat ‘Grab’ dari stesen ke rumah dan ini hanya merugikan sebaliknya daripada segi kos akhir walaupun pas bulanan yang sedia ada adalah menguntungkan rakyat.

final • 10:40 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, salam sejahtera dan salam perpaduan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Buloh yang bertanyakan soalan berkenaan dengan bas pengantara.

Terlebih dahulu saya hendak memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini dan atas sokongan dan kebenaran daripada Tuan Yang di-Pertua sendiri bahawa Kementerian Pengangkutan telah mengambil inisiatif untuk menyediakan perkhidmatan bas pengantara di antara stesen KL Sentral ke Parlimen setiap hari semasa sidang Parlimen berlangsung. Saya mengajak dan saya mempersilakan Ahli-ahli Yang Berhormat, termasuklah Yang Berhormat Sungai Buloh supaya menggunakan pengangkutan awam untuk datang ke Parlimen.

Kalau daripada Sungai Buloh boleh mengambil perkhidmatan MRT sampai ke stesen Muzium Negara, berjalan kaki ke KL Sentral, ambil bas pengantara daripada KL Sentral sampai ke Bangunan Parlimen ini tanpa perlu menggunakan kereta. Jadi, saya berharap Yang Berhormat Sungai Buloh juga boleh menyambut dan menyokong usaha ini dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain supaya menyokong usaha menggunakan pengangkutan awam.

final • 10:40 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua perkhidmatan e-hailing, taxi dan perkhidmatan bas feeder atau bas pengantara merupakan mod pengangkutan yang penting dan merupakan alternatif pengangkutan utama buat penumpang atau pengguna perkhidmatan pengangkutan awam. Penumpang mempunyai pilihan untuk menggunakannya berdasarkan keperluan masing-masing.

Dalam situasi semasa bagi penumpang yang boleh mengikuti jadual perjalanan yang disediakan secara berjadual dan sistematik maka mod perkhidmatan bas pengantara akan menjadi pilihan mereka. Manakala sekiranya penumpang tidak mahu mengikuti jadual perjalanan yang ditetapkan dan memerlukan perkhidmatan lebih khusus dan lebih peribadi tertakluk kepada keperluan, penumpang boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing ataupun taxi. Oleh itu, pengguna mempunyai kuasa untuk memilih mana-mana mod pengangkutan yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Untuk menjawab pertanyaan dari Yang Berhormat Sungai Buloh, pada ketika ini kita mempunyai sebanyak 461 bas feeder di beberapa buah laluan termasuk di laluan Ampang dan Seri Petaling line, yang mana ada 16 laluan dan 37 bas.

Di laluan Kelana Jaya ada sebanyak 32 laluan bas pengantara, 77 bas di MRT Kajang line ada 51 laluan dengan 117 bas pengantara. Putrajaya line 1, ada 40 buah bas dan yang akan dibuka tidak lama lagi Putrajaya line 2 kita akan bekalkan 68 buah bas pengantara dan di sekitar stesen-stesen KTM Komuter ada 29 laluan dengan 122 buah bas yang juga berkhidmat sebagai bas feeder di kawasan-kawasan ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan soalan tambahan, Yang Berhormat Sungai Buloh.

final • 10:40 AM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Maklum balas saya terima dari lapangan di kawasan Parlimen Sungai Buloh sering kali adalah berkaitan ketiadaan hubungan first mile dan last mile yang optimum, berkesan dan cekap untuk para pengguna pengangkutan awam seperti LRT, KTM, komuter dan MRT.

Penduduk di Sungai Buloh tiada pilihan melainkan terpaksa menggunakan perkhidmatan e-hailing seperti Grab yang menghubungkan dan meneruskan perjalanan mereka yang mana kos kebiasaan mencecah RM25 hingga RM30. Hal ini secara tidak langsung mengakibatkan peningkatan bilangan kereta di jalan raya lebih-lebih lagi di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Lantas hanya menyebabkan kesesakan trafik.

Justeru hal ini menyebabkan kita tidak dapat menjayakan pengangkutan awam yang menerima pelaburan begitu besar bagi mengurangkan kesesakan trafik dalam bandar atau kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Soalan saya, bagaimana kita dapat menggalakkan penggunaan pengangkutan awam melalui penambahbaikan jaringan sistem lebih optimum dan menyeluruh? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih, kita memang sedia maklum bahawa kekangan first mile dan last mile ini merupakan salah satu masalah di mana penggunaan pengangkutan awam itu tidak dapat dioptimumkan. Pihak Prasarana sedang mengadakan projek perintis ataupun pilot project untuk menggunakan perkhidmatan van hailing ataupun menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh satu syarikat yang bernama Kumpool, di mana kita juga boleh menggunakan van sebagai pengantara di antara rumah- rumah kediaman dengan stesen-stesen pengangkutan awam, di mana apabila ada keperluan pengguna atau penumpang boleh menggunakan van hailing ini dengan harga yang agak berpatutan iaitu RM1 untuk setiap kali perkhidmatan itu.

Kita memang bersedia untuk menambahkan perkhidmatan ini di stesen-stesen lain, di semua network yang sedia ada. Begitu juga kementerian pengangkutan sedang berbincang dengan pihak syarikat-syarikat e-hailing dan saya telah pun meminta pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat untuk membenarkan konsep ride sharing iaitu kereta- kereta e-hailing ini bukannya hanya boleh mengambil satu penumpang, mungkin mereka boleh share dan itu secara langsungnya akan menurunkan kadar tambang untuk pengguna-pengguna e-hailing. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Tuan Yang di-Pertua saya, Jerantut.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, soalan.

final • 10:40 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, penambahan bas ini merupakan satu keperluan. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, pertama, apakah Yang Berhormat Menteri barangkali boleh consider untuk kita perkenalkan bas untuk wanita, khususnya selepas waktu lewat malam untuk menambahkan nilai keselamatan kepada beliawanis dan para wanita yang pulang selepas waktu kerja ataupun lewat malam.

Kedua, adalah berkenaan Grab tadi, apakah boleh kerajaan bercadang untuk menetapkan kadar harga bersubsidi bagi pengguna Grab dari golongan B40 yang terpaksa menggunakan perkhidmatan ini ke stesen-stesen, di waktu Yang Berhormat Menteri sedang menguruskan penambahan bas ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Loke Siew Fook

Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, kita sedang merangka dan juga melihat apakah mod-mod yang lain selain daripada bas sebab pembelian bas ini memang memerlukan pelaburan yang besar untuk mendapatkan tambahan bas-bas yang lain. Seperti yang saya katakan tadi melihat kepada perkhidmatan van dan sebagainya yang boleh mengkhususkan untuk wanita sahaja khususnya.

Berkenaan dengan subsidi untuk penumpang-penumpang e-hailing, ini memang salah satu perkara yang kita harap boleh laksanakan ialah memberikan insentif untuk penggunaan e-hailing. Ini sedang kita lihat bagaimana untuk dilaksanakan. Untuk menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, kita memberikan bantuan kepada pengguna-pengguna untuk menggunakan e-hailing untuk berulang-alik dari rumah ke stesen-stesen pengangkutan awam. Ini sedang kita perhatikan, yang paling penting kita kena lihat implikasi kewangannya berapa supaya dapat direalisasikan dalam masa terdekat. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, saya jemput Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun, Hulu Selangor.

final • 10:40 AM

2. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan bantuan dan sokongan yang dapat diberikan kepada akademi sukan dan permainan yang dikendalikan oleh bekas pemain negara.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Tuan Yang di-Pertua, saya menjawab soalan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Hulu Selangor.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa menyokong mana-mana persatuan sukan yang melaksanakan pelbagai Program Pembangunan Bakat melalui akademi kendalian bekas-bekas atlet negara. Bentuk sokongan yang diberi oleh KBS antara lain adalah melalui kursus-kursus kejurulatihan sukan dan bantuan kewangan bagi membiayai kos pelaksanaan program-program ini.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KBS melalui Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK), Institut Sukan Negara (ISN) pada masa ini menawarkan Program Pendidikan Sains Kejurulatihan secara berstruktur dan menggalakkan bekas atlet kebangsaan untuk menghadiri kursus-kursus berkenaan bagi membolehkan mereka ditauliahkan sebagai jurulatih berlesen melalui Skim Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) dan Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK). Dalam konteks ini, ISN mengambil inisiatif untuk bekerjasama rapat dengan pihak Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bagi tujuan menganjurkan kursus sains sukan kepada bekas-bekas atlet kebangsaan.

Sejak kursus ini dimulakan pada tahun 2017, seramai 135 bekas atlet kebangsaan telah menduduki kursus sains sukan tahap satu anjuran AKK. Pada tahun 2022, pihak AKK telah melaksanakan kursus sains sukan tahap satu melibatkan penyertaan seramai

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

27 orang peserta iaitu 20 orang lelaki dan tujuh orang wanita daripada YAKEB. Bagi menggalakkan bekas atlet di bawah YAKEB menyertai kursus yang dianjurkan, diskaun yuran penyertaan sebanyak RM50 diberikan oleh pihak AKK ISN. Pada tahun 2023, kementerian akan menganjurkan kursus sains sukan tahap dua sebagai kesinambungan bagi peserta-peserta dalam kalangan bekas atlet yang telah lulus tahap satu pada 2022.

KBS juga telah menyediakan peruntukan di bawah Kumpulan Wang Amanah Sukan (KWASN) bagi membantu persatuan sukan termasuk kelab dan akademi bagi melaksanakan program sukan di peringkat akar umbi. Akademi sukan dan permainan yang berminat boleh membuat permohonan kepada kementerian ini melalui Jabatan Belia dan Sukan negeri masing-masing. Pada tahun 2022, sebanyak RM15.5 juta telah disalurkan kepada 233 persatuan sukan termasuk kelab dan akademi yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1977 [Akta 576]. Kementerian juga bersedia untuk memberi pertimbangan sekiranya menerima permohonan daripada bekas-bekas atlet negara. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Soalan tambahan.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya, sejauh mana bantuan diberikan kepada bekas atlet, mampu untuk meneruskan kelangsungan hidup, terus berbakti kepada negara setelah bersara dan siapakah badan-badan yang boleh membantu pengendali-pengendali akademik sukan yang beroperasi di bawah syarikat sendiri?

Saya ingin bagi contoh, Ketua Jurulatih Catur Negara, saudara Mohd Ezmi bin Mahmmod yang mempunyai akademi catur sendiri di mana pelbagai pencapaian telah dimiliki. Antara pencapaian beliau dalam mengendalikan akademi catur ialah empat pingat emas, dua pingat perak dalam ASEAN Youth Games 2022 di Thailand dan satu pingat perak, dua pingat gangsa dari ASEAN University Chest Championship Online 2021.

Mohon penjelasan daripada kementerian. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Baik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, untuk kebajikan atau perancangan masa panjang atau masa hadapan kepada bekas-bekas atlet negara ini, kita ada program yang dimaklumkan ataupun dinamakan sebagai Program Malaysian Athlete Career and Education (MACE) yang telah pun diwujudkan sejak dari 2016 dan kini menjadi platform utama untuk menjaga daripada segi pendidikan, kerjaya dan juga kebajikan atlet.

Akan tetapi dalam aspek pendidikan, KBS melalui MSN dengan kerjasama KPM telah pun melaksanakan program pra universiti. Ini bagi menjamin bahawa atlet-atlet kita ada masa hadapan selepas daripada penglibatan dalam sukan-sukan yang diceburi mereka dan selepas dia melintasi peak age dalam karier masing-masing. Bagi akademi yang dikendalikan secara persendirian, itu bergantung pada pendaftaran yang dibuat oleh akademi tersebut. Jika dikendalikan oleh persatuan sukan sendiri yang tertubuh di bawah kendalian Pesuruhjaya Sukan (PJS), kita tidak ada masalah untuk mempertimbangkan sebarang bentuk permohonan bantuan.

Namun jika dikendalikan oleh pihak persendirian melalui syarikat, itu perlu dirujuk terlebih dahulu dengan lebih teliti. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 10:50 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita sedia maklum bahawasanya atlet-atlet yang bersara bukan sahaja atlet-atlet peringkat kebangsaan yang dijaga oleh YAKEB. Juga terdapat ramainya atlet-atlet di peringkat negeri yang pernah mengharumkan nama negeri di peringkat SUKMA dan lain-lain. Kita juga sedia maklum ada banyak fasiliti dan aset-aset sukan di merata Malaysia. Ada yang dikendalikan oleh PBT, ada yang dipegang oleh pihak kementerian.

Bagaimana dan setakat mana dasar dibina untuk sepadankan bakat-bakat atau kepakaran bekas-bekas atlet ini dalam pengurusan sukan, events sukan dan aset-aset sukan dengan bekas-bekas atlet ini untuk sama-sama membangunkan ekonomi pelancongan sukan ke atau ekonomi sukan secara keseluruhannya. Apa pandangan, dasar dan inisiatif pihak kerajaan pada ketika ini?

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Untuk laluan kerjayalah ya, lebih kurang. Untuk laluan kerjaya terutama sekali bagi bekas-bekas atlet ini, kita ada Athlete Track Program

(ATP). Program ini dilaksanakan dengan kerjasama oleh syarikat yang berkaitan kerajaan.

Namun bagi menjawab dengan lebih lanjut tentang dasar-dasar ke hadapan yang dilaksanakan oleh KBS, saya kira lebih sesuai jika kita merujuk kembali kepada yang sebelum ini telah pun diadakan.

Antara lain adalah imbuhan-imbuhan khairat kematian atlet MSN dan sebagainya.

Itu program-program kebajikan. Akan tetapi bagi program ataupun skim-skim yang berkait dengan untuk match mereka dengan apa yang pernah dijalankan, kita akan bagi jawapan bertulislah nanti ya? Baik, itu perlu penelitian fakta yang lebih jelas.

final • 10:50 AM

3. Tuan Haji Onn bin Abu Bakar [Batu Pahat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan bilakah penyelarasan latihan TVET (Technical Vocational Education Training) antara KPM dengan kementerian-kementerian yang lain seperti Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Didapati banyak pertindihan kursus yang berlaku yang membawa kepada pembaziran sumber manusia dan kewangan. Kerajaan PH yang lalu pernah merancang melaksanakannya yang diketuai oleh Yang Berhormat Permatang Pauh (ketika itu) tetapi terhenti kerana sebab yang telah menjadi sejarah.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon keizinan Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab secara bersekali soalan nombor tiga daripada Yang Berhormat Tuan Haji Onn bin Abu Bakar, Batu Pahat dan soalan nombor 20 daripada Yang Berhormat Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid, Kuala Kangsar bertarikh 8 Mac 2023.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Kerajaan telah menubuhkan Majlis TVET Negara (MTVET) pada 18 Disember 2020 sebagai satu usaha untuk menambah baik penyelarasan ekosistem TVET. MTVET berperanan sebagai badan tertinggi dalam membuat keputusan berkaitan hala tuju TVET negara di mana keanggotaannya adalah merentasi semua kementerian, penyedia TVET dan pelbagai pemegang taruh atau stakeholders dengan izin, yang berkaitan.

Penambahbaikan pelaksanaan program TVET mendapat perhatian serius kerajaan di mana Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Februari 2023 telah membangkitkan keperluan penglibatan dan kerjasama pihak industri serta syarikat berkaitan kerajaan

(GLC) dalam pelaksanaan program TVET.

Ini bagi mengatasi isu-isu seperti penyediaan infrastruktur dan kemudahan latihan, ketidakpadanan kemahiran (mismatch) dengan izin dan isu pengangguran di kalangan graduan TVET. Penglibatan dan kerjasama ini melibatkan institusi TVET di pelbagai kementerian penyedia TVET dan diselaraskan menerusi Majlis TVET Negara.

Susulan itu, pada 7 Februari 2023, Mesyuarat Majlis TVET Negara Bil.1 telah dibuat dan telah dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi yang telah membincangkan langkah-langkah wajar yang telah diambil oleh kerajaan bagi penambahbaikan terhadap ekosistem TVET termasuk mengelakkan pertindihan dan pembaziran dalam pelaksanaan program TVET.

Keputusan yang dicapai telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Ini termasuk usaha untuk memuktamadkan 10 memorandum perjanjian bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta yang akan meliputi bidang-bidang latihan TVET tertentu melibatkan kementerian-kementerian berkaitan.

Menerusi inisiatif ini, GLC dan syarikat swasta yang dikenal pasti akan terlibat dalam pelaksanaan program TVET merangkumi skop pembangunan kurikulum dan bahan

final • 10:50 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

latihan. Sumbangan dan perkongsian peralatan serta kemudahan khidmat kepakaran dan pembiayaan program latihan. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, soalan tambahan.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, bagaimana kementerian boleh menyerapkan inti pati gagasan Malaysia Madani dalam pendidikan TVET negara agar bukan sahaja dapat melahirkan tenaga mahir tetapi teknokrat madani.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri. On the microphone ya.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Secara purata, kadar kebolehpasaran graduan TVET rentas kementerian di Malaysia mencecah kadar 90 peratus setiap tahun. Prestasi cemerlang ini secara tidak langsung menjadi indicator bahawa graduan program TVET menjadi rebutan pemain industri.

Sebagai contoh, pada tahun 2014, lebih 90 peratus graduan ILP di bawah Kementerian Sumber Manusia seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI) mendapat tawaran pekerjaan dengan gaji bermaruah selepas tamat pengajian. Syllabus dan model pembelajaran di institut TVET yang sentiasa dikemas kini menjadi usaha kerajaan untuk melahirkan 35 peratus tenaga kerja mahir melalui program TVET menjelang tahun 2030.

Walau bagaimanapun, kejayaan yang bersifat materialistik semata-mata tidak memadai untuk menjadikan gagasan Malaysia Madani menjadi suatu realiti. Memetik inti pati tulisan Harry R. Lewis dalam Excellence Without a Soul, tanggungjawab sesebuah institusi tidak terhenti sekadar mencapai kecemerlangan KPI sahaja. Akan tetapi, misi paling utama adalah melahirkan insan yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masyarakat sivil.

Oleh yang demikian, fokus program TVET juga melalui sinergi rentas kementerian dalam Majlis TVET Negara dengan penerapan nilai dan akhlak terpuji sebagai antara tumpuan yang sama penting selain kompetensi kemahiran teknikal graduan. Sejajar dengan seruan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengangkat qaramah insaniah iaitu kemuliaan insan bagi memastikan keharmonian pelbagai kaum dan agama di negara ini terus dipertahankan.

Selain itu enam Rukun Malaysia Madani iaitu kemapanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keizinan dan ihsan dijadikan guiding principles, dengan izin dalam pentadbiran institusi TVET. Contohnya, memastikan kemapanan program TVET, industri perlu berperanan secara aktif dalam menyediakan keperluan mesin dan kepakaran kepada pelatih TVET. Usaha berterusan ini dilihat dapat melahirkan bukan sahaja teknokrat, malah teknokrat madani yang dapat mengangkat martabat negara selain meningkatkan lagi pendapatan negara.

Sekian, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat.

final • 11:00 AM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Pokok Sena.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila soalannya.

final • 11:00 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Soalan tambahan.

final • 11:00 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

[Bangun]

final • 11:00 AM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin dapat sedikit penjelasan dengan kaitan kedudukan Program TVET Tahfiz selepas diperkenalkan. Jadi, apa perkembangan terkini? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Pihak Yang Berhormat Pokok Sena, ya. Tahfiz-TVET ini mantan Yang Berhormat Timbalan Menteri pernah

final • 11:00 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

berjumpa dengan saya dan insya-Allah yang ini akan diteruskan. Tahfiz-TVET ini akan diteruskan dan ini juga akan menjadi antara kerangka Malaysia Madani itu sendirilah.

Okey. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya saya menjemput...

final • 11:00 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Soalan yang ketiga...

final • 11:00 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan...

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

...Yang Berhormat Tuan Wan Razali bin Wan Nor.

final • 11:00 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan berkaitan dengan...

final • 11:00 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

No. Saya sudah panggil nombor empat. Silakan.

final • 11:00 AM

4. Tuan Wan Razali bin Wan Nor [Kuantan] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah projek perumahan baru serta bilangan unit rumah mengikut pengkelasan kategori rumah di seluruh negara bagi tempoh lima tahun terakhir.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perancangan projek perumahan bagi tempoh lima tahun merangkumi projek-projek perumahan swasta dan juga projek perumahan kerajaan. Perancangan perumahan yang dibangunkan oleh pemaju swasta dipantau melalui sistem Housing Integrated Management System (HIMS).

Berdasarkan maklumat bagi tahun 2018 hingga 2022, sebanyak 4,829 permit iklan dan jualan pemajuan perumahan atau advertising and sales permit (AP) telah diluluskan atau diperbaharui di seluruh Semenanjung Malaysia melibatkan sebanyak 426,780 unit rumah. Pembangunan projek kerajaan khususnya untuk golongan B40 pula dipantau oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Bagi tempoh dari tahun 2018 hingga 2022, sebanyak 26,981 unit rumah Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) telah dibangunkan oleh kementerian dan agensi di bawah KPKT.

Secara keseluruhannya sebanyak 453,761 unit rumah dibina merangkumi pemajuan oleh pihak swasta dan yang dilaksanakan di bawah KPKT dengan perincian seperti berikut:

Harga Rumah (RM)Bilangan Unit Rumah
Kurang dari RM300,000162284
Dalam lingkungan RM300,001 hingga RM500,00051771
Dalam lingkungan RM500,001 hingga RM1 juta70779
Melebihi RM1 juta168927

Bagi makluman Ahli Yang Berhormat Kuantan, berdasarkan data tersebut rumah yang berharga kurang daripada RM300,000 adalah mewakili 35.8 peratus daripada jumlah unit rumah yang dibangunkan dalam tempoh lima tahun tersebut. Bagi rumah yang bernilai RM300,000 hingga RM500,000 pula telah menunjukkan trend peningkatan dalam tempoh tersebut. Bagi rumah bernilai RM500,000 hingga RM1 juta, terdapat penurunan mendadak

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

pada tahun 2021 yang mungkin disebabkan oleh penularan wabak COVID-19. Namun, telah kembali meningkat kepada tahun 2022. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Yang Berhormat Kuantan.

final • 11:00 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Tuan Yang di-Pertua, terdapat projek perumahan, apabila projek baharu dimulakan pemaju akan menambak tanah agar ia tinggi supaya ia tidak banjir. Jadi kesannya, kawasan perumahan lama ataupun kampung- kampung yang berdekatan dengan projek perumahan baharu, ia akan menjadi rendah.

Contohnya, di tempat saya sendiri iaitu ke Kempadang Makmur, Kempadang Sejahtera, Permatang Gaharu, Kampung Anak Air dan Kampung Kempadang, ia menjadi rendah. Apakah tindakan pihak kerajaan untuk mengawal situasi ini serta menyelesaikan masalah yang sedia ada agar projek perumahan lama ini tidak banjir? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Di peringkat KPKT sendiri, kawalan itu kita bermula daripada segi lesen APDL tadi ataupun dipanggil AP di bawah sistem HIMS. Namun, daripada segi kelulusan projek itu adalah kelulusan merancang di peringkat PBT. Jadi, yang ini bagi saya maklum balas daripada Yang Berhormat itu wajar dijadikan pertimbangan. Cuma daripada segi kelulusan itu, saya pasti projek-projek yang diusahakan itu telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh peringkat masing-masing. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

[Bangun]

final • 11:00 AM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

[Bangun]

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya menjemput Yang Berhormat Jelebu.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Minta Jelebu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebahagian daripada masalah sekarang ini ialah kita ada banyak rumah high rise untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, kondo, apartment dan sebagainya. Masalah kepada masyarakat ataupun orang ramai ialah yuran penyelenggaraan yang tidak menentu.

Ada sesetengah kawasan yurannya boleh diterima, ada sesetengah mengikut JMB ataupun joint management body dan mengenakan caj yang terlalu tinggi tidak sesuai dengan infrastruktur ataupun kemudahan yang disediakan oleh kondo ataupun apartmen yang berkenaan. Jadi, adakah perancangan pihak kerajaan untuk mengenakan caj harga siling ataupun harga-harga tertentu bagi yuran penyelenggaraan bagi kondominium dan apartment, terutamanya bagi kawasan bandar?

Keduanya, Tuan Yang di-Pertua ialah daripada segi security guard ini.

Kebanyakan kondo dan apartmen security guard 100 percent malah 90 percent adalah warga asing. Yakni Bangla, Nepal dan sebagainya yang kadangkalanya tidak fit— they are not fit to be a security guard dengan izin, dekat kondo dan apartmen. Apakah tindakan kerajaan berkaitan dengan hal ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Perkara yang dibangkitkan itu ada kaitan dengan Akta Pengurusan Strata. Kalau daripada segi prosesnya, apabila sesuatu kemajuan itu telah sempurna atau pun telah diserahkan kepada pembeli, maka pihak penduduk perlu menubuhkan yang dipanggil sebagai jawatankuasa penduduk (JMB) sebentar tadi and then kemudiannya kepada MC.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Jadi memang daripada segi akta tersebut, JMB yang mempunyai ruang untuk menentukan daripada segi polisi yang diguna pakai di apartment ataupun kondominium masing-masing. Cuma pandangan Yang Berhormat itu juga sebenarnya wajar diperhalusi daripada segi keseragaman ataupun kesesuaian daripada segi caj yang dikena pakai.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Cuma masalah yang dihadapi oleh pihak KPKT juga apabila sekiranya pengurusan itu tidak dilaksanakan dengan baik terutamanya daripada segi maintenance dan sebagainya, pihak kementerian ada juga daripada segi tabung penyelenggaraan dan sebagainya lah. Cuma pandangan daripada Yang Berhormat Jelebu itu, saya akan minta agar pihak kementerian telitilah sama ada cadangan untuk meletakkan harga siling itu wajar dipertimbangkan. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sekarang saya jemput Yang Berhormat Sri Gading, Tuan Haji Aminolhuda Hassan.

final • 11:10 AM

5. Tuan Haji Aminolhuda Hassan [Sri Gading] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang telah menjadi mangsa scam di luar negara terutama di Myanmar.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Gading atas pertanyaan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Luar Negeri sentiasa prihatin dan memandang serius berhubung isu sindiket penipuan tawaran pekerjaan atau job scams melibatkan warganegara Malaysia di luar negara. Untuk makluman Dewan yang mulia ini selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 September 2022 satu jawatankuasa khas task force yang diketuai oleh Kementerian Luar Negeri dan melibatkan lebih dari 10 agensi yang berkaitan telah ditubuhkan bagi menangani isu job scams ini secara bersepadu dan menyeluruh. Ini adalah kesinambungan pada usaha-usaha yang berterusan antara KLN melalui perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negara serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah bermula sejak awal tahun 2022.

Tuan Yang di-Pertua, setakat 20 Februari 2023 KLN melalui kedutaan-kedutaan besar Malaysia di Bangkok, Thailand; Phnom Penh, Kemboja; Vientiane, Laos; dan Yangon, Myanmar telah menerima sejumlah 572 laporan warganegara Malaysia menjadi mangsa sindiket jenayah job scams di luar negara. Daripada jumlah ini seramai 403 orang telah berjaya diselamatkan dengan 382 orang telah dihantar pulang termasuk lima orang yang berjaya dihantar pulang pada Ahad lepas. Baki seramai 21 orang yang sedang ditahan di depot tahanan sementara menunggu proses yang sama. Manakala 169 orang lagi masih sedang dikesan.

Tuan Yang di-Pertua, tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pejabat kedutaan besar di Thailand, Kemboja, Laos dan Myanmar termasuk mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa negara-negara yang terlibat untuk mengesan serta menyelamatkan mangsa warganegara Malaysia serta memberikan bantuan konsular sewajarnya setelah mereka diselamatkan bagi membolehkan mereka pulang ke tanah air.

KLN telah terlibat dalam lawatan bersama PDRM ke Kemboja pada Januari lepas dan ke Thailand baru-baru ini untuk mengadakan perjumpaan dengan pihak berkuasa tempatan dalam usaha menyelamatkan warganegara Malaysia yang terjejas serta menangani sindiket job scams melalui kerjasama yang lebih rapat dan lebih tuntas.

Di samping itu KLN juga telah mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua perwakilan negara-negara terlibat di Kuala Lumpur termasuk Myanmar pada 30 September 2022 yang lalu untuk mengetengahkan pendirian Kerajaan Malaysia yang memandang serius akan sindiket jenayah ini. Dalam pertemuan tersebut, ketua-ketua perwakilan asing yang berkenaan telah menyatakan komitmen kerajaan masing-masing untuk memberi kerjasama yang erat dalam membanteras isu ini serta menggiatkan lagi usaha mengesan dan menyelamat warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket.

Tuan Yang di-Pertua, selaku peneraju task force, KLN akan terus memantau dan menyelaras usaha menangani isu job scams ini serta menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya dari semasa ke semasa kepada semua mangsa warganegara Malaysia yang terlibat termasuk mengadakan lawatan ke depot dan pusat tahanan untuk memastikan kebajikan rakyat Malaysia yang berada di sana, membantu dalam penyaluran

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

kiriman wang dari keluarga atau waris kepada mangsa dan menyediakan dokumentasi untuk proses penghantaran pulang.

Dalam masa yang sama, Kementerian Luar Negeri ingin mengingatkan semua warganegara Malaysia supaya sentiasa peka dan mengelakkan daripada menerima sebarang tawaran pekerjaan yang meragukan. Sekian dan terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Sri Gading.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Terima kasih pada jawapan yang telah diberikan. Ini pengalaman Sri Gading sendiri. Apabila pada 21 Disember, dua orang adik-adik dari keluarga yang susah, boleh dikategorikan sebagai B40. Ayahnya peniaga warung, seorang lagi keluarganya kerja kilang telah dapat berjaya dibawa pulang pada 21 Disember dan seorang lagi baru sahaja yang diumumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi iaitu pada hari Ahad seorang lagi mangsa yang juga daripada keluarga B40 di mana niat anak-anak, adik-adik kita ini sebenarnya untuk membantu keluarga mencari pendapatan tetapi apabila dia berada di sana suasananya sudah berbeza. Bukan sekadar apa yang kita sedia maklum tetapi apabila dia hendak balik, dia kena bayar pula.

Soalan saya, berapakah kos yang telah ditanggung oleh Kementerian Luar Negeri untuk membawa pulang mangsa-mangsa sindiket? Kedua, adakah Kementerian Luar Negeri terlibat dalam urusan pembayaran wang tebusan bagi menyelamatkan mangsa- mangsa ini? Ini kerana kalau harapkan keluarga memang mereka tidak mampu.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Itu persoalan saya.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading atas soalan tambahan sebentar tadi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin menyatakan bahawa sebarang kos penghantaran pulang itu sebenarnya tidak ada diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Luar Negeri. Tidak ada sebarang kos ditanggung. Ini adalah tanggungan sepenuhnya pihak keluarga dan juga pihak waris.

Keduanya, soal pembayaran balik wang itu juga sebenarnya tidak terlibat di bawah kementerian ataupun di bawah kerajaan kita. Ini juga adalah tanggungjawab pihak keluarga dan juga waris-waris mangsa yang terlibat. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Soalan tambahan.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 11:10 AM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, sejauh manakah pihak kerajaan menggunakan platform ASEAN sebagai antara penyelesaian diplomatik terhadap isu-isu yang melibatkan warganegara kita yang sering menjadi mangsa sindiket penipuan ini khususnya di luar negara iaitulah di Myanmar sendiri? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat soalan tambahan.

Sebagaimana yang dinyatakan tadi bahawa kita juga telah mengambil pelbagai usaha- usaha termasuk membuat perjumpaan pertemuan dengan wakil-wakil negara asing yang berada di Kuala Lumpur. Ini usaha-usaha kita berterusan dan kita pun mengadakan perbincangan dengan beberapa buah negara yang terlibat dan komitmen mereka cukup baik. Mereka juga akan membantu kita bagi menangani isu dan membanteras jenayah job scams ini sehingga ke tahap untuk mengesan dan juga menghantar pulang, semua negara ini juga membantu kita bagi melicinkan lagi proses yang kita perlukan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Tuan Yang di-Pertua, boleh tidak satu lagi soalan tambahan?

final • 11:10 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, soalan lagi soalan tambahan? Kota Belud.

final • 11:10 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Julau.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Soalan nombor enam Yang Berhormat Maran, Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib. Silakan.

final • 11:10 AM

6. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah langkah segera yang diambil untuk menghalang penghijrahan kelulusan perubatan (Doktor) mendapatkan pekerjaan keluar negara seperti berlaku baru- baru ini dan berapa ramai lagi doktor-doktor kontrak yang belum diberikan taraf tetap.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Maran. Tuan Yang di-Pertua, sehingga 31 Disember 2022, seramai 4,333 orang pegawai perubatan kontrak telah dilantik tetap dan seramai 20,330 orang pegawai masih berkhidmat secara kontrak. Bagi tahun 2023, sebanyak 4,263 kekosongan jawatan tetap ditawar untuk diisi oleh pegawai perubatan kontrak yang berjaya dalam proses temu duga oleh SPA. Pelantikan tetap pegawai perubatan kontrak ini dijangka selesai pada Julai 2023.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Kementerian Kesihatan tidak boleh menghalang mana-mana petugas kesihatan termasuk pegawai perubatan ataupun pakar perubatan meletak jawatan dan berhijrah untuk mendapatkan pekerjaan di luar negara.

Faktor utama penghijrahan pegawai perubatan dan pakar perubatan kementerian yang telah meletak jawatan ini keluar negara adalah disebabkan insentif dan gaji yang lebih baik ditawarkan dalam sektor kesihatan luar negara khususnya di negara maju.

Bagi pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan, emolumen ataupun gaji permulaan yang diterima oleh Pegawai Perubatan Gred UD41 adalah berjumlah RM5,197 dengan kadar kenaikan gaji (KGT) sebanyak RM225 setahun. Gaji permulaan yang diterima ini pada dasarnya adalah jauh lebih tinggi daripada skim-skim perkhidmatan lain di peringkat kumpulan pengurusan dan profesional (Gred 41 dan ke atas) dalam perkhidmatan awam.

Berbanding dengan petugas kesihatan dalam kumpulan pengurusan dan profesional lain yang tidak menerima bayaran bagi tugas selepas waktu bekerja biasa, pegawai perubatan dan pegawai pergigian diperuntukkan elaun tugas atas panggilan

(ETAP) ataupun “on call”, dengan izin, bagi tugas luar waktu bekerja biasa dengan kadar semalaman antara RM200 hingga RM250 bagi panggilan aktif dan RM85 hingga RM160 bagi panggilan pasif. Pegawai perubatan dan pegawai pergigian masih layak membuat tuntutan bayaran panggilan pasif sepanjang tempoh bersedia di rumah walaupun tidak dipanggil bertugas.

Selain daripada bayaran on call, pegawai perubatan yang bertugas di klinik rawatan pesakit luar selepas waktu pejabat di jabatan kecemasan hospital ataupun di klinik kesihatan kerajaan yang menawarkan perkhidmatan extended hours, dengan izin, adalah layak untuk menerima bayaran atas kadar RM80 sejam.

Bagi memastikan peningkatan laluan kerjaya yang lebih baik, pegawai perubatan dan pakar perubatan diberikan kenaikan pangkat lebih cepat melalui time-based promotion, dengan izin. Pewujudan jawatan flexi daripada Gred UD44 hingga Gred UD56 juga membantu dalam memastikan urusan penempatan kenaikan pangkat dilaksanakan dengan lebih mudah dan cepat. Dengan ini, pegawai berpeluang untuk meningkat dalam kerjaya melalui kaedah kenaikan pangkat tanpa terikat kepada keperluan kekosongan jawatan.

Kementerian Kesihatan turut menawarkan pengajian kepakaran Sarjana Perubatan, Sarjana Pergigian dalam kemudahan cuti belajar bergaji penuh (CBBP)

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

dengan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) kepada pegawai perubatan tetap. Bagi pegawai kontrak, pengajian kepakaran ditawarkan melalui Latihan Kepakaran Parallel Pathway, dengan izin.

Kementerian Kesihatan melalui agensi pusat akan terus berusaha untuk menambah baik insentif dan kemudahan sedia ada dari semasa ke semasa.

Penambahbaikan yang dilaksanakan kementerian, walau bagaimanapun, tidak akan menghalang pegawai daripada berhijrah dan bekerja di tempat lain.

Isu penghijrahan pegawai perubatan dan pakar perubatan ialah isu universal.

Perkara ini perlu dilihat secara meluas dan turut berlaku dalam semua bidang pekerjaan yang lain dan bukan sahaja dalam bidang perubatan. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Maran.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberikan maklumat yang cukup baik.

Di samping isu kontrak dan juga bayaran gaji yang baik di luar, “doktor duka lara” iaitu doktor yang mempunyai jarak jauh kedudukan mereka, antara suami dan isteri, adalah antara faktor yang menyebabkan ramai doktor mencari peluang kerja di luar negeri dan membuka klinik sendiri.

Saya ingin tahu berapa, ramaikah bilangan pasangan “doktor duka lara” di negara kita? Dan apakah langkah kerajaan dalam menangani isu itu supaya dapat menghampirkan kedudukan suami dan isteri antara doktor-doktor ini? Saya bimbang.

Kalau sekarang kita banyak masalah dan ramai pesakit di negara kita, saya bimbang pesakit bertambah, doktor yang sakit pun akan bertambah. So, apakah langkah kerajaan?

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:20 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih, Yang Berhormat Maran. Di atas meja saya tidak mempunyai data yang lengkap berkenaan statistik “doktor duka lara” ini. Kita akan sediakan jawapan secara bertulis.

Walaupun demikian, Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian telah menekankan bahawa kami akan menitik berat kesihatan mental dalam kalangan warga kerja Kementerian Kesihatan. Kami juga turut menerima banyak permintaan khusus berkenaan perpindahan.

Walaupun demikian, kami akan merujuk kepada keperluan pasangan “doktor duka lara” ini sama ada kepentingan mereka untuk ditempatkan bersama ataupun kita akan mengutamakan tugas mereka sebagai doktor untuk merawat rakyat kita. Ini dalam satu perbincangan yang lebih baik.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri akan menganjurkan satu town hall ataupun libat urus khusus melibatkan doktor bersama dengan Yang Berhormat Menteri pada esok hari dan juga isu-isu yang berbangkit akan kita bincangkan dalam town hall tersebut. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Pokok Sena.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong.

final • 11:20 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Berkenaan dengan kejadian kes-kes “doktor duka lara”, terdapat satu kejadian di Pulau Pinang di mana seorang doktor telah pun membunuh diri. Saya juga difahamkan bahawa kejadian-kejadian dalam istilah bahasa Inggeris “ragging” oleh doktor-doktor senior ke atas doktor-doktor junior; ini juga sering kali berlaku.

Soalan saya; apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan bahawa kejadian-kejadian seperti ini tidak berulang? Ini kerana rata-rata terdapat aduan oleh doktor-doktor yang baru masuk selepas kelulusan mereka, bahawa

final • 11:20 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

mereka dipaksa untuk bekerja lebih masa. Ada perkataan-perkataan yang dikeluarkan terhadap mereka dan macam-macam masalah lagi.

Adakah kementerian bercadang untuk memberi moral support dari semasa ke semasa untuk berjumpa dengan doktor-doktor baharu ini untuk memberikan mereka suntikan semangat kerana mereka ini baru menceburkan diri dalam kerjaya mereka?

Apabila berlaku perkara-perkara seperti ini, ia boleh mematahkan semangat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:20 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong.

Kita sedia maklum berkenaan masalah-masalah seperti “doktor duka lara” yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Maran dan juga masalah buli dan juga di laman-laman seperti Twitter ataupun Facebook, banyak aduan daripada kalangan doktor yang telah mengadu berkenaan masalah yang dihadapi dan juga antara punca peletakan jawatan dalam kalangan MO ataupun HO di hospital-hospital dan premis kerajaan adalah berpunca daripada permasalahan buli.

Kita mengakui wujudnya masalah ini dan juga kita telah mewujudkan satu sistem yang dikenali sebagai sistem MyHelp bagi menangani isu buli yang dihadapi oleh petugas kesihatan, khususnya pegawai perubatan. Kita menggalakkan pegawai-pegawai perubatan ini untuk mengadu dan juga untuk berbincang dengan pihak atasan sekiranya mereka berdepan dengan masalah.

Kami mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Jelutong. Bukan sekadar masalah buli ataupun tidak bersedia untuk berdepan dengan masalah-masalah rumit di hospital; satu senario di mana doktor-doktor yang telah dipindahkan ke Sabah dan Sarawak juga berdepan dengan masalah persiapan mental yang tidak cukup.

Saya telah mencadangkan kepada pihak kementerian agar kami Yang Berhormat Menteri dan juga anggota-anggota pentadbiran akan berjumpa, sebelum mereka berpindah, membincangkan masalah-masalah secara berkumpulan dan juga mengenal pasti apakah langkah-langkah yang boleh kita buat. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong atas keprihatinan anda. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:20 AM

7. Tuan Tan Kar Hing [Gopeng] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan pendirian kerajaan tentang cadangan untuk mewajibkan pemakaian kamera badan kepada ahli penguat kuasa PDRM bagi memelihara integriti, ketelusan dan profesional ketika berdepan dengan masyarakat.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gopeng bertanya tentang pendirian kerajaan berkaitan pemakaian kemera badan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Kerajaan telah pun meluluskan sebanyak RM30 juta dalam RP1 2021 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi kegunaan penugasan harian anggota PDRM. Kamera badan ini digunakan anggota PDRM yang bertugas di lapangan iaitu bagi Unit Kenderaan Peronda (MPV), juga untuk Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan rondaan jalanan polis.

Kegunaan kamera badan ini melibatkan 157 buah ibu pejabat polis daerah di seluruh negara dan melibatkan seramai 7,648 orang anggota PDRM.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Buat masa ini, PDRM dan KDN telah pun menyiapkan SOP dan akan mengadakan latihan penggunaan kamera badan setelah proses ini selesai. Semua ini kita

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

lakukan dalam usaha untuk memelihara integriti anggota PDRM, memastikan ketelusan anggota ketika bertugas dan juga meningkatkan etika dan profesional anggota PDRM.

Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Gopeng.

final • 11:30 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

Soalan tambahan saya adalah kita faham tentang kepentingan penggunaan body cam bagi melindungi pihak penguat kuasa dan juga rakyat di luar sana khususnya apabila perselisihan berlaku dan ia adalah sama penting sepertimana kenderaan-kenderaan memasang dash cam untuk mengelakkan segala ketidakinginan berlaku.

So, soalan saya adalah adakah kerajaan bersedia untuk meluaskan penggunaan body cam selain daripada PDRM? Juga, adakah segala rakaman yang didapatkan melalui body cam ini dapat ataupun boleh dijadikan sebagai bukti di mahkamah apabila kes berlaku?

final • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng atas soalan yang begitu baik. Oleh sebab kamera badan ini penting dalam usaha kita untuk meningkatkan tahap profesional anggota polis di seluruh negara memandangkan anggota polis penting kepada kita dan juga kita mahu meningkatkan tahap integriti. Melindungi polis dan juga masyarakat dan memelihara ketelusan. Semua elemen ini sangat penting bagi memastikan kredibiliti jabatan polis benar-benar terpelihara.

Maka melihat kepada kepentingan ini, KDN dan juga PDRM dan kementerian sendiri memang berhasrat untuk memperluaskan penggunaan kamera badan ini bukan hanya terhadap PDRM, tetapi agensi-agensi penguatkuasaan yang lain di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Antaranya adalah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan juga Agensi Antidadah Kebangsaan

(AADK). Ini kerana semua agensi ini juga berurusan dengan masyarakat dan tentulah data-data yang kita peroleh daripada kamera badan ini boleh diguna pakai dalam apa juga keadaan termasuklah bukti-bukti di mahkamah dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Soalan tambahan.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan tambahan kedua.

final • 11:30 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Soalan tambahan.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Mana?

final • 11:30 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Segamat.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey.

final • 11:30 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Berkenaan dengan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan sempadan negara kini diletakkan sepenuhnya di atas bahu PDRM rentetan daripada pemansuhan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia oleh Yang Berhormat Larut sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai Menteri KDN.

Soalan saya, apakah bentuk pemantauan digital (digital surveillance) yang akan dilaksanakan oleh PDRM bagi memantau secara disiplin serta tatalaku para anggota polis yang ditugaskan untuk mengawal sempadan negara terutamanya di sempadan maritim yang selama ini sering terdedah dengan kegiatan-kegiatan haram seperti pemerdagangan manusia. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha kita untuk menjaga sempadan negara, kita menggabungkan semua agensi di bawah kementerian selain daripada agensi utama yang melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Tentulah kita sentiasa meningkatkan tahap teknologi kita dengan mengambil kira pihak

final • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

penjenayah atau pihak-pihak yang melakukan kesalahan ini juga sentiasa meningkatkan teknologinya.

Oleh sebab itu dalam soal ini, dari semasa ke semasa kementerian dan agensi di bawah kementerian sentiasa untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan kita dalam semua keadaan bagi memastikan semua perkara yang berkaitan terutama sekali keselamatan sempadan kita terpelihara. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Kangar.

final • 11:30 AM

8. Tuan Zakri bin Hassan [Kangar] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah tindakan-tindakan yang telah dijalankan oleh KBS bagi mendekati golongan belia di kawasan luar bandar.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kangar, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, golongan belia luar bandar merupakan antara kumpulan sasaran utama yang diberikan perhatian di bawah Dasar Belia Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan. Kita memberikan fokus penting terhadap terutama sekali golongan belia di kawasan luar bandar khususnya yang dikategorikan sebagai not in employment education or training

(NEET).

Pada tahun 2023 ini, KBS melalui 22 buah Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di seluruh negara sedang melaksanakan program skills for life (kemahiran hidup) bertujuan untuk menyediakan peluang latihan kemahiran asas menggunakan peralatan dan kemudahan sedia ada serta kepakaran tenaga pengajar ILKBS seperti kursus-kursus memasak, solekan, gunting rambut dan akan dikembangkan lagi kepada kemahiran-kemahiran kehidupan yang lain.

Kementerian turut menawarkan sebanyak 200 kursus atau latihan jangka pendek kepada belia melalui program STAR@U, Bootcamp, Skills For Life, TVETPreneur Makerspace dan Inkubator. Selain itu, kementerian turut melaksanakan program Social Entrepreneurship for Rural Youth (SERY) untuk dimanfaatkan oleh belia luar bandar.

Di mana pada tahun 2022, program ini telah menerima sebanyak 42 permohonan penyertaan iaitu secara berkumpulan melibatkan seramai 164 orang belia luar bandar.

Program ini berjaya melahirkan sebanyak enam kumpulan dari Sabah, satu kumpulan dari Sarawak dan empat dari Semenanjung yang aktif memberikan kesedaran kepada masyarakat luar bandar melalui program pembangunan komuniti, alam sekitar dan pendidikan.

Kita juga memberi nafas baharu kepada program Rakan Muda dengan menjenamakan semula sembilan gaya hidup agar selari dengan minat dan trend belia masa kini termasuklah minat belia luar bandar. Selain itu, bagi mendekati golongan belia di peringkat akar umbi, KBS pada tahun 2022 telah menganjurkan Sambutan Hari Belia Negara yang melibatkan sebanyak 122 buah daerah di seluruh negara. Ini juga akan diteruskan pada tahun 2023 di peringkat setiap negeri. Secara faktanya, Hari Belia Negara 2022 menarik minat lebih 3.2 juta orang, maka kita berharap dapat kekalkan minat yang sama.

Dalam segmen sukan, kalau dibenarkan sedikit lagi. Kementerian juga sentiasa memastikan golongan belia di luar bandar dilibatkan secara aktif dalam program-program yang dianjurkan. Ini dapat dilihat semasa pelaksanaan Hari Sukan Negara 2022, di mana sebanyak 3,285 aktiviti Sukan Massa telah diadakan dengan penyertaan seramai 2.8 juta orang. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kangar.

final • 11:30 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Soalan tambahan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri, setiap petang anak muda terlibat dalam aktiviti sukan motocross di litar Sungai Batu Pahat, Kangar. Adakah pihak KBS boleh membantu Kangar

final • 11:30 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

dalam membangunkan litar ini memandangkan litar ini suatu ketika dahulu merupakan litar bertaraf antarabangsa?

Soalan kedua, Kangar juga ingin membangunkan padang bola sepak sintetik di kawasan Sungai Batu Pahat agar anak muda mempunyai aktiviti harian dan akhirnya kawasan Sungai Batu Pahat akan menjadi pusat sukan di Kangar. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Yang Berhormat Kangar, jika ada persatuan yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Sukan, kita tidak ada keberatan seperti yang diterangkan sebentar tadi. Akan tetapi juga untuk pengetahuan, di bawah program-program sukan pemotoran, tentu sekali kita sedia bekerjasama.

Contohnya, kita ada MyFit@Motorsports yang menganjurkan mungkin berbeza kategori, tetapi pendekatannya lebih kurang sama iaitu Klass Cub Prix KBS. Ini turut melibatkan penyertaan lebih 600 orang belia di 15 buah negeri serta dikendalikan oleh bekas-bekas pelumba motosikal negara termasuk Wazi Abdul Hamid dan Shahrol Yuzy Ahmad Zaini. Jadi, boleh berhubung dengan KBS untuk kita bersama-sama, untuk padang sintetik, mahal, tetapi kita cubalah mohon dahulu. Kalau ada peluang, insya-Allah.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan tambahan kedua, Yang Berhormat Bangi.

final • 11:30 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya adalah berkenaan dengan Sekolah Rukun Negara yang mana sebelum ini Kementerian Belia dan Sukan ada mengadakan program Sekolah Rukun Negara yang mana pengisiannya adalah berkenaan dengan sistem pilihan raya, Perlembagaan dan juga Rukun Negara sendiri.

final • 11:30 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Jadi, saya hendak tanya sama ada terdapat perancangan oleh kementerian untuk menghidupkan semula Sekolah Rukun Negara ini bukan hanya belia-belia di luar bandar tetapi juga belia-belia di kawasan bandar seperti Bangi. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Untuk pengetahuan, Program Sekolah Rukun Negara ini mengikut maklumat yang kita ada ia tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Cuma di peringkat pilot project dan kemudian digantikan dengan beberapa program lain Rukun Negara@Belia dan sebagainya yang mana approach berlainan tetapi tujuannya sama.

Bagi tahun ini, tentu sekali kita memang ada perancangan untuk menghidupkan kembali pendidikan literasi politik dan demokrasi sesuai dengan titah tuanku juga dan ini menjadi hasrat besar oleh KBS. Kita akan umumkan dalam masa terdekat dan ia akan melibatkan keseluruhan sektor dalam negara bukan hanya belia luar bandar tetapi juga belia di bandar-bandar besar termasuk Bangi dan juga Hang Tuah Jaya. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Bangi sedia membantu.

final • 11:40 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Minta satu lagi soalan tambahan Tuan Yang di-Yang di-Pertua?

final • 11:40 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Minta satu lagi Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan seterusnya, saya menjemput Tuan Yusuf bin Abd Wahab, Yang Berhormat Tanjong Manis.

final • 11:40 AM

9. Tuan Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan memaklumkan apakah kerajaan masih lagi meneruskan projek bantuan rumah PPRT kepada penduduk B40 yang memerlukan rumah. Berapakah jumlah rumah PPRT yang telah dirancangkan untuk Parlimen Tanjong Manis pada tahun ini.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Rubiah binti Haji Wang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis.

Untuk makluman, bantuan bina baru dan baik pulih kepada golongan miskin dan miskin

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Rubiah binti Haji Wang

tegar luar bandar masih diteruskan pada tahun 2023 di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Sepanjang tahun 2021 dan tahun 2022, Parlimen Tanjong Manis telah diperuntukkan sejumlah RM10.448 juta bagi pelaksanaan PPRT sebanyak 440 unit iaitu 67 unit bina baru dan 373 unit baik pulih. Pada tahun 2021, 40 unit bina baru, 2.74 juta dan 259 baik pulih telah dilaksanakan. Manakala untuk tahun 2022, 27 unit bina baru dan 114 unit baik pulih telah dilaksanakan.

Dalam Bajet Mini 2023, kerajaan telah meluluskan sebanyak RM52.5 juta bagi bantuan rumah untuk wilayah Sarawak. Disasarkan dengan jumlah ini sebanyak 320 unit bantuan bina baru rumah dan 1,100 bantuan unit baik rumah disediakan untuk keseluruhan wilayah Sarawak.

Namun begitu, jumlah pengagihan di Sarawak belum dimuktamadkan termasuk untuk Parlimen Tanjong Manis yang mana masih tertakluk kepada perbincangan bersama pihak Kerajaan Negeri Sarawak. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tanjong Manis.

final • 11:40 AM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri jumlah untuk seluruh negeri Sarawak itu memang nampak bunyinya banyak tetapi disebabkan Sarawak terlampau besar. Negeri Sarawak besar jadi kalau dibahagikan kepada kawasan Parlimen tidak banyaklah.

Senarai yang menunggu pula untuk mendapat bantuan rumah PPRT ini terlalu panjang dan rakyat terpaksa menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rumah dan apabila dilaksanakan, kami wakil rakyat selalunya tidak tahu, tidak dimaklumkan dengan projek-projek begini. Jadi sebab itulah rakyat sering tertanya-tanya.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan tambahan saya, apakah peruntukan ataupun kuota rumah PPRT ini dapat ditambah lagi supaya lebih ramai lagi penerima yang mendapatkan rumah? Begitu juga dengan peruntukan untuk baik pulih rumah. Rumah panjang atau rumah kampung supaya rakyat-rakyat di kawasan luar bandar juga dapat hidup dengan lebih sejahtera apabila mendapat baik pulih rumah ataupun baik pulih rumah panjang. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:40 AM

Datuk Rubiah binti Haji Wang

Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan bagi Program Rakyat Termiskin ini sentiasa bertambah dari tahun ke tahun. Berdasarkan rekod kementerian kita, pada tahun 2019 jumlah peruntukan yang telah diluluskan mengikut tahun 2019 untuk Persekutuan kita dapat RM200 juta, untuk agihan ke Sarawak RM52.8 juta.

Bagi tahun 2020, peruntukan Persekutuan RM208.91 juta. Kita agihkan di Sarawak RM48.13 juta. Pada tahun 2021, peruntukan Persekutuan RM275 juta, diagihkan di Sarawak RM78.8 juta. Pada tahun 2022, peruntukan Persekutuan RM361.1 juta, diagihkan di Sarawak RM87.9 juta.

Jadi jumlah ini telah memberi manfaat kepada lebih 50,000 ahli isi rumah di Sarawak. Tambahan pula peruntukan program bantuan rumah ini tertakluk kepada keupayaan dan kedudukan kewangan Persekutuan. Keutamaan bantuan rumah PPRT dan pembaikan serta pembinaan rumah individu di kampung yang daif di kalangan miskin dan miskin tegar sahaja.

Walau bagaimanapun, selain daripada itu kumpulan miskin dan miskin tegar, penerima harus juga memenuhi syarat pemilikan tapak rumah berkenaan sebab syarat pemilikan tanah ini amat penting dipenuhi bagi mengurangkan risiko perebutan hak milik setelah bantuan disalurkan. Bagi kategori rumah panjang di Sarawak, kementerian hanya menumpukan kepada bantuan baik pulih sahaja dan dilaksanakan bersama dengan pejabat daerah di Sarawak. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Kuala Krau.

final • 11:40 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Tuan Yang di-Pertua, Puncak Borneo.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya menjemput Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 11:40 AM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri saya hendak ajukan. Pertama, apakah sampai ke maklumat kementerian tentang golongan yang tidak layak memiliki PPRT melalui kabel-kabel tertentu? Jika ada, apakah langkah-langkah yang akan dan sedang diambil oleh kementerian? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Datuk Rubiah binti Haji Wang

Untuk makluman Yang Berhormat, kelulusan untuk program ataupun bantuan baik pulih dan juga bina baru Program Rakyat Rumah Termiskin ini mesti mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Antaranya perlu berdaftar dalam daftar eKasih dan dari sudut pemilikan tanah.

Jika adalah pemilihan ataupun kelulusan projek di luar garis panduan ini, pihak kementerian perlu dimaklumi. Dalam kes, jika berlaku di kawasan Yang Berhormat, maksudnya aduan itu perlu dikemukakanlah, baru kita mengetahui dan kita boleh orang kata menilai semula ataupun mencari alternatif yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua, - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Awang bin Hashim, Yang Berhormat Pendang.

final • 11:40 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Melangkah kaki di tengah pekan, Singgah sebentar di kedai buluh, Terima kasih saya ucapkan, Mohon jawapan soalan saya nombor sepuluh.

final • 11:40 AM

10. Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan statistik terkini pelaksanaan program di bawah Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2025 (OSHMP 2025) dan tahap keberkesanan dalam meningkatkan kesedaran berkenaan KKP dalam kalangan pemain industri di Malaysia.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya tiada jawapan pantun. Nanti saya karang-karang dahulu lah.

Tuan Yang di-Pertua, Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021- 2025 telah dilancarkan secara rasminya pada 13 Oktober 2021 oleh mantan Perdana Menteri. Pelan yang bertemakan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Inklusif, Kebersamaan dan Komitmen ini terdiri daripada tujuh teras strategik, 28 program dan 65 aktiviti yang matlamat utamanya untuk terus memperkasakan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan negara.

Setakat 31 Disember 2022, OSHMP25 telah mencatatkan pencapaian kumulatif sebanyak 36 peratus. Ini disumbangkan oleh pencapaian setiap teras strategik OSHMP25. Berdasarkan analisis data pelaksanaan yang dilakukan oleh Sekretariat Nasional Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), kesemua indikator prestasi utama (KPI), bagi tahun 2022 telah berjaya dicapai iaitu pencapaian kadar kecederaan pekerjaan pada tahun 2022 ialah 1.44 bagi setiap 1,000 pekerja berbanding sasaran tidak melebihi 2.42 bagi setiap 1,000 pekerja.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Pencapaian kadar kecederaan maut pekerjaan pada tahun 2022 ialah 2.58 bagi setiap 100,000 orang pekerja berbanding sasaran tidak melebihi 3.38 bagi setiap 100,000 orang pekerja. Pencapaian 105 peratus pelaporan kes penyakit dan keracunan pekerjaan

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

yang telah direkodkan pada tahun 2022 iaitu sebanyak 10,707 kes berbanding sasaran 1,201 kes.

Sasaran 81 peratus dari tempat kerja yang diaudit oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) memperoleh tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang memuaskan Gred C dan pada tahun 2022 berjaya dicapai.

Jadi, saya ucapkan tahniah kepada MP Pendang, mantan timbalan menteri yang juga turut berkongsi kejayaan ini. Pelaksanaan pelan induk ini mendapat kerjasama yang menggalakkan daripada pemegang taruh utama termasuk agensi kerajaan, persatuan majikan, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan dan pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Wakil kesemua pihak berkepentingan ini dilibatkan dalam proses pelaksanaan program dan aktiviti OSHMP2025 ini. Okey, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih.

Segak benar Yang Berhormat Timbalan Menteri, Masih muda segak bergaya; Jawab Lisan sudah diberi, Ini dia soalan tambahannya. OSHMP2025 merupakan kerangka yang mengandungi pelbagai inisiatif peningkatan dalam kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara keseluruhannya di bawah seliaan Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Dalam strategi ketiga OSHMP2025 ini iaitu mempromosikan kajian dan inovasi berkaitan KKP yang mana di TVET juga salah satu elemen penting yang boleh dilupakan serta boleh digabungkan agar mencapai maklumat yang lebih besar. Malahan, Kementerian Sumber Manusia juga berperanan dalam memperkasakan TVET melalui Jabatan Tenaga Manusia dan juga Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, memandangkan kini KSM telah menjadi kementerian yang bertanggungjawab dalam dua agenda terbabit iaitu TVET dan juga OSH ataupun DOSH, adakah pihak kementerian ada mempertimbangkan pengintegrasian OSHMP2025 dengan elemen TVET dalam sistem silibus sebagai salah satu pelan pemerkasaan kedua-dua agenda nasional untuk semua peringkat pengajian bermula di sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian TVET ataupun technical and vocational education training ini. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Terima kasih MP Pendang.

Ini macam balas pantun sudah Yang Berhormat Pendang ini. Sebagai pelan induk Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia, sebagai Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang holistik, Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan juga memberi penekanan kepada aspek pendidikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan termasuk kepada bakal pekerja.

Sehubungan dengan itu, OSHMP2025 terdapat satu teras strategik yang dikhususkan untuk menggalakkan pendidikan dan penyelidikan dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai teras strategik ini termasuklah mengintegrasikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di dalam semua Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang terkini.

Selain itu, pada masa ini Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Jabatan Pembangunan Kemahiran sedang giat membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) khusus untuk membolehkan rakyat menjadi seorang yang kompeten dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Menerusi kedua inisiatif yang dinyatakan selain daripada mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pendidikan TVET yang disebut tadi itu juga membuka peluang kepada pelajar aliran ini untuk menjadi orang yang kompeten dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Bagi laluan akademik pula, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah meluluskan standard program khusus dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan pada tahun ini. Standard program ini meliputi program pengajian bermula daripada peringkat diploma sehingga ijazah lanjutan termasuk peringkat doktor falsafah.

Di peringkat sekolah pula rendah dan menengah, program occupation ataupun kelab keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH club) bagi aktiviti kurikulum pelajar sedang diusahakan. Ini bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang kepentingan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kehidupan. Kesemua ini menunjukkan perkembangan pengiktirafan dan penerimaan yang amat positif dalam usaha berterusan untuk memperkasa bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara ini. Diharap jawapan memuaskan. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih kerana meneruskan Tahfiz- TVET dan penarafan tunggal kepada MQA.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Sebagaimana yang kita tahu, sektor pekerjaan gig ekonomi terutamanya p-hailing melibatkan seramai lebih kurang 600,000 orang pekerja ataupun lebih. Jadi, adakah pihak kementerian bercadang untuk– ataupun telah melaksanakan ataupun bercadang untuk melebar luaskan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini kepada mereka yang terlibat dalam industri gig ini kerana mereka adalah yang sangat terdedah sepanjang waktu dengan kemungkinan bahaya dan kemalangan di atas jalan raya. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini, memang Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO, kita ada menyediakan geran-geran tertentu untuk kita berikan kepada NGO-NGO yang mempromosikan aspek keselamatan dan kesihatan ini.

Jadi, untuk pekerja-pekerja gig ini kalau ada NGO-NGO yang ingin– kita membuka peluang inilah kepada NGO-NGO yang ingin menguruskan pekerja-pekerja gig ini untuk kita sedarkan mereka dengan kerjasama PERKESO dan juga Kementerian Sumber Manusia. Jadi, kita bukalah kepada semua yang berminat. Kita juga dalam master plan ini, ia melibatkan teras strategik tujuh oleh JKKP. Okey, sekian. Terima kasih.

final • 11:50 AM

11. Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan apakah perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang kementerian untuk merealisasikan agenda peralihan sistem tenaga kepada tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) dapat dijayakan tanpa membebankan rakyat dan alam sekitar dan nyatakan garis masa yang telah ditetapkan.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Paya Besar.

Dalam merealisasikan agenda peralihan tenaga, kerajaan telah menetapkan sasaran jangka masa sederhana dan panjang untuk meningkatkan campuran kapasiti tenaga boleh baharu atau renewable energy dalam perbekalan elektrik negara daripada 24 peratus kepada 31 peratus pada tahun 2025 dan 40 peratus pada tahun 2035.

Bagi mencapai kedua-dua sasaran ini, langkah-langkah strategik yang perlu dilaksanakan telah ditetapkan di bawah Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia ataupun Malaysia Renewable Energy Roadmap (MyRER), penetapan langkah strategik peralihan tenaga di MyRER ini. Dalam mengambil kira faktor kemampuan rakyat bagi memastikan supaya proses peralihan ini tidak membebankan rakyat. Selain itu, faktor daya harap sistem bekalan elektrik serta kemapanan alam sekitar juga turut diberikan keutamaan dalam penetapan usaha peralihan negara yang ditetapkan ini.

Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah strategik MyRER yang diperkenalkan dan sedang dilaksanakan bagi mencapai sasaran pembangunan TBB negara termasuk pertama, pembangunan program dan inisiatif khas bagi meningkatkan penyertaan industri tempatan dalam penjanaan dan pembelian bekalan elektrik hijau melalui program seperti

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

feed-in tariff (FiT) yang menyediakan kadar tarif premium sebagai galakan untuk pembangunan loji jana kuasa TBB untuk sumber bukan solar.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Net energy metering yang membolehkan pengguna menjana bekalan elektrik sendiri melalui pemasangan sistem solar di bumbung bangunan masing-masing. Green Electricity Tariff menyediakan pilihan kepada pengguna elektrik untuk membeli bekalan elektrik hijau yang dijana daripada sumber solar dan hidro daripada syarikat utiliti serta Green Corporate Power Program (GCPP) bagi membolehkan pengguna komersial dan industri untuk mendapatkan bekalan elektrik hijau secara langsung daripada solar plane developer. Kedua, mengurangkan kapasiti penjanaan elektrik daripada sumber arang batu secara berperingkat dan menggantikan kapasiti tersebut dengan sumber penjanaan TPP dan sumber rendah karbon.

Ketiga, memperkukuhkan sistem talian elektrik melalui teknologi terkini bagi membolehkan kemasukan kapasiti solar yang lebih tinggi.

Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Paya Besar, ada soalan tambahan?

final • 12:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh satu? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan sebentar tadi. Ada kemusykilan Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkaitan data yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi. Suruhanjaya Tenaga menyatakan hanya kurang daripada enam peratus penjanaan elektrik berasaskan hidro dan solar. Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut hendak beralih daripada 24 kepada 30, kemudian hendak beralih kepada 40 peratus, saya hendak minta kepastian daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Kedua, saya hendak tahu adakah kerajaan menjual renewable energy kepada negara Singapura? Kalau dijual kepada negara jiran Yang Berhormat Timbalan Menteri, sudah pasti mereka akan mempunyai keupayaan untuk mendapatkan green status.

Ini memberikan satu risiko pelaburan kepada negara kita dan saya berharap supaya kementerian tegas dengan keputusan kerajaan terdahulu supaya renewable energy tidak dapat disalurkan ke negara luar, digunakan untuk negara kita. Oleh sebab apa, kita jana elektrik Yang Berhormat Timbalan Menteri, gas asli dengan arang batu 94 peratus. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sama juga terima kasih kepada Yang Berhormat Paya Besar. Tadi itu soalan nombor satu dekat sini saya berkaitan sama ini dengan soalan saya tadi, saya tidak dapat teliti nanti saya beri jawapan bertulis. Keduanya, sekarang yang saya tahu buat masa ini tiada lagi sebarang urusan penjualan tenaga secara komersial, termasuk tenaga boleh baharu yang dilakukan dari Malaysia ke negara jiran, termasuk Singapore, terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Wangsa Maju.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tangga Batu. Banyak kali ini, tak dapat peluang Tangga Batu.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.00 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, pada hari Rabu, 22 Februari 2023.”

final • 12:03 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 12:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 12:03 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2023 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu dan apa-apa jumlah wang lain yang telah dibenarkan sebagai perbelanjaan untuk perkhidmatan bagi sebahagian daripada tahun itu; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada hari Jumaat, 24 Februari 2023, jam 4.00 petang.

final • 12:03 PM
PENERANGAN DARIPADA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI) DI BAWAH P.M 14(1)(i)
ISU TUNTUTAN WARIS KESULTANAN SULU – PENEGASAN KERAJAAN MALAYSIA

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Pada 22 Januari 1878, terdapat dua perjanjian yang dimeterai antara Sultan Sulu pada masa itu, Sultan Muhammad Jamal Al- Alam dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent. Perjanjian 1878 yang antara lain menetapkan bahawa Sultan Sulu menyerahkan buat selama-lamanya wilayahnya di Borneo Utara dan Sultan Sulu dan waris Sultan Sulu (heirs or successors in interest), dengan izin, berhak menerima bayaran wang serahan 5,000 dolar setahun.

final • 12:05 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Seterusnya, Perjanjian 1903 dimeterai antara kedua-dua pihak bagi pengesahan beberapa buah pulau di luar lingkungan sembilan batu nautika dari pantai Pulau Borneo sebagai pulau-pulau yang turut diserahkan dalam Perjanjian 1878 dengan wang serahan tambahan sebanyak 300 dolar setahun. Namun, pembayaran wang serahan tersebut dihentikan pada tahun 1936 kerana Sultan Sulu mangkat dan tiada lagi Sultan Sulu yang diiktiraf oleh Kerajaan Filipina pada masa itu.

Warga Filipina yang mendakwa sebagai waris kepada Sultan Sulu yang telah mangkat telah memohon supaya Mahkamah Tinggi Borneo pada tahun 1939 memutuskan bahawa waris keturunan Sultan Sulu yang telah dikenal pasti, berhak menerima wang serahan tahunan di bawah Perjanjian 1878, Macaskie Judgement 1939. Hakim Mahkamah Borneo Utara, Chief Justice Macaskie memutuskan waris yang berhak menerima wang serahan adalah seramai sembilan orang yang terdiri daripada ahli keluarga Sultan Jamalul Kiram II.

Dalam hal itu, Kerajaan Malaysia telah meneruskan pembayaran wang serahan tersebut apabila Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Pembayaran wang serahan tersebut dihentikan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2013, namun diperhatikan bahawa bayaran tersebut diberhentikan selepas daripada insiden serangan di Lahad Datu, Sabah yang melibatkan salah seorang waris kepada Sultan Sulu.

Pihak mendakwa waris Kesultanan Sulu (penuntut) pada 31 Januari 2018 telah memfailkan permohonan kepada Superior Court of Justice di Madrid, Sepanyol untuk melantik penimbang tara dan Mahkamah Madrid telah melantik Dr. Gonzalo Stampa, penimbang tara antarabangsa yang berpusat di Madrid, Sepanyol sebagai penimbang tara secara rasmi pada 22 Mei 2019.

Walaupun keputusan mahkamah di Sepanyol telah memihak pada Malaysia, penuntut masih meneruskan prosiding timbang tara di Perancis bagi mendapatkan final award. Oleh yang demikian, Malaysia juga telah mengambil beberapa tindakan perundangan melalui proses mahkamah di Perancis bagi terus mempertahankan kedudukan dan pendirian Malaysia dalam mencabar tuntutan penuntut yang telah difailkan di Perancis.

final • 12:05 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Yang Berhormat Menteri, penjelasan.

final • 12:05 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Lanjutan kepada final award tersebut, bermula pelbagai permohonan tindakan penguatkuasaan oleh penuntut di Mahkamah Luxembourg dan Belanda. Perkara ini dijangka tidak akan berhenti sehingga satu tindakan dan satu strategi mutlak diambil oleh kerajaan. Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh penuntut ini telah mengganggu gugat kepentingan aset-aset di luar negara.

Dalam hal ini, kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang tuntutan yang dibuat oleh penuntut dan sentiasa komited. Setakat ini, Kerajaan Malaysia telah melantik peguam-peguam antarabangsa iaitu Tetuan Uría Menéndez di Sepanyol, Tetuan Brendin Prat di Perancis, Tetuan Arendt dan Medernach di Luxembourg dan Tetuan De Brauw Blackstone Westbroek di Belanda untuk mewakili Malaysia dalam prosiding mahkamah di negara-negara berkenaan.

Manakala Tetuan Slaughter dan May di United Kingdom, Tetuan Shaffez Linson LLP di Amerika Syarikat dan Tetuan Allen and Gledhill di Singapura bertindak sebagai firma guaman yang akan menasihati dan mengendalikan kes untuk mencabar pengiktirafan dan penguatkuasaan final award oleh penuntut bagi Kerajaan Malaysia sebagai persediaan awal untuk sebarang tuntutan daripada penuntut di negara-negara berkenaan.

final • 12:05 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Pada 17 Februari 2023, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya satu sekretariat khas diwujudkan sebagai satu pusat focal point bagi menangani isu tuntutan Sulu. Ini juga untuk memastikan perbincangan dan penyelarasan tugasan yang lebih teratur, sistematik dan melibatkan semua pihak yang berkaitan terhadap isu ini. Sekretariat khas ini dipengerusikan oleh saya dan timbalan pengerusi adalah Peguam Cara Negara II atau penggantinya. Keahlian lain terdiri daripada Kementerian Luar Negeri, Kementerian

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Komunikasi dan Digital, Majlis Keselamatan Negara dan Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Peguam Besar Negeri Sabah dan pakar-pakar perundangan tempatan.

Selain itu, satu war room dibangunkan bagi memastikan semua tindakan yang diambil sentiasa dipantau dan mendapat sokongan yang tuntas. Tujuan utama war room ini adalah bagi memberi khidmat sokongan kepada sekretariat khas serta memantau kes perundangan, kenyataan-kenyataan media antarabangsa serta strategi global bagi isu menangani tuntutan waris Sulu ini.

Kerajaan Malaysia ingin menegaskan bahawa mana-mana tuntutan Sultan Sulu untuk menguatkuasakan award termasuk preliminary award dan final award di pelbagai bidang kuasa adalah tidak mempunyai asas perundangan yang kukuh dan bermerit.

Dalam hal ini, Kerajaan Malaysia turut menegaskan bahawa:

(i) keputusan Mahkamah Madrid pada tahun 2021 telah membatalkan pelantikan penimbang tara dan kesemua tindakan bersifat procedural yang dibuat oleh penimbang tara tersebut, justeru final award yang diberikan oleh Dr. Stampa adalah tidak diiktiraf;

(ii) kes ini merupakan kes luar biasa (unusual case) melibatkan aspek kedaulatan negara dan prosiding timbang tara tidak berbangkit

(non-arbitrable); dan

(iii) award yang dikeluarkan telah melanggar prinsip polisi awam antarabangsa (international public policy) khususnya melibatkan Malaysia's diplomatic immunity and jurisdictional immunity, partial award dan sovereignty purported final award. Kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi terhadap aspek kedaulatan dan keselamatan termasuk memfokuskan kepada keutamaan melindungi aset negara daripada ancaman mana-mana pihak luar.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia juga tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan Malaysia pada setiap masa dan akan terus mengambil segala tindakan yang perlu bagi menghentikan tuntutan Sultan Sulu dengan menggunakan segala kuasa, hak dan sumber yang ada.

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan memberikan satu taklimat bersama semua Ahli Parlimen kedua-dua belah, pihak kerajaan dan pembangkang, pada minggu depan untuk memberikan mereka taklimat yang lebih terperinci dan segala soalan yang nak ditimbulkan, diharap dapat ditimbulkan dalam taklimat tersebut.

Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih.

final • 12:10 PM
USUL
MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-

final • 12:10 PM

banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Kelima Belas.” [20 Februari 2023]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sebelum saya jemput Yang Berhormat Bera, saya akan baca senarai pembahas untuk hari ini.

Yang Berhormat Bera, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Kuala Pilah, Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Saratok, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Padang Rengas.

Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Rompin.

Kalau sempat, kita boleh masukkan Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Padang Besar dan Yang Berhormat Puncak Borneo.

Jadi, saya ingin jemput...

final • 12:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Tuan Yang di-Pertua, kenapa list yang keluar hari itu nombor tujuh, sekarang yang terakhir? Ini mana adil ini.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ini list daripada Backbenchers. Kalau ada apa-apa persoalan, tanyalah Backbenchers’ Chairman ya.

Saya minta Yang Berhormat Bera berucap. 15 minit.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Keluarga Malaysia.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah di atas Titah Baginda di Istiadat Pembukaan Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas.

Baginda telah menzahirkan keprihatinan terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat, khususnya mengenai kos sara hidup akibat tekanan ekonomi pasca pandemik COVID-19 dan kesan krisis geopolitik dunia. Ia perlu diberikan perhatian yang serius oleh semua pihak.

Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan menjunjung kasih di atas pengiktirafan oleh Yang di-Pertuan Agong terhadap kerajaan yang saya terajui pada penggal yang lalu. Pengiktirafan ini memberi 1,000 makna kepada diri saya dan juga seluruh Jemaah Menteri sebelum ini...

[Tepuk] yang bertungkus-lumus memulihkan negara, memulihkan ekonomi negara daripada pandemik COVID-19 serta memacu kembali pertumbuhan ekonomi dan momentumnya berterusan sehingga ke hari ini.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri kesepuluh. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat serta kedua-dua Timbalan

final • 12:15 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Yang di-Pertua di atas pemilihan sebagai Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua baru-baru ini.

Sebelum saya membahaskan lebih lanjut, saya juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh anggota pentadbiran, kakitangan awam, Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara serta seluruh Keluarga Malaysia atas kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada saya sepanjang menerajui pentadbiran negara sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

[Tepuk]

final • 12:15 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Bera, sikit sahaja.

final • 12:15 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Baru masuk ini. Silakan.

final • 12:15 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya nak ambil kesempatan ini untuk juga merakamkan ucapan penghargaan kepada Yang Berhormat kerana sebagai seorang ahli parti DAP ketika kita menjadi pembangkang, kita menghargai jasa Yang Berhormat yang telah memberi peruntukan kepada kami untuk dilaksanakan di kawasan kami juga. Nombor satu. Ini adalah sesuatu yang perlu dirakamkan di Dewan yang mulia ini.

Kedua, ketika pentadbiran Yang Berhormat juga, tidak berlaku apa-apa perkara seperti membalas dendam dan sebagainya.

Ini adalah dua perkara yang perlu saya nyatakan, bukan seperti Yang Berhormat Pagoh, yang telah membuat pendakwaan-pendakwaan berbalas dendam terhadap Yang Berhormat Muar dan Yang Berhormat Bagan. Ketika pentadbiran Yang Berhormat, perkara ini tidak berlaku. Saya ucapkan terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:15 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:15 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Mic, mic.

final • 12:15 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong di atas penghargaan yang diberikan kepada saya. Terima kasih.

Tidak lupa saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga saya kepada pengundi saya di Bera yang memberikan kemenangan yang agak bergaya kepada saya.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Bank Negara telah mengumumkan ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan paling tinggi dalam tempoh 22 tahun apabila berkembang pantas 8.7 peratus pada tahun lalu iaitu pencapaian yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

Semua sektor telah mencatatkan pertumbuhan kecuali sektor pertanian yang hanya mencatatkan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus.

final • 12:15 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Kerajaan perlu memberikan perhatian kepada sektor ini kerana ia memberikan implikasi yang besar kepada kos sara hidup. Prestasi perdagangan Malaysia pada tahun 2022 melebihi RM2 trilion dan ia adalah pertumbuhan terpantas sejak 1994. Semua ini kerana dasar-dasar yang dilaksanakan telah berjaya memacu kembali sektor perniagaan dan meyakinkan pelabur untuk terus melabur ke negara kita.

Bagaimanapun soal kos sara hidup masih menjadi isu utama yang perlu diberikan perhatian yang serius oleh Dewan yang mulia ini dan pihak kerajaan. Harga barang terus meningkat malah jika dulu harga sahaja yang naik tetapi kini ada barang yang terus tidak ada di pasaran. Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Pusat Penyelidikan Undian UCSI hampir 9 daripada 10 orang rakyat Malaysia bimbang tentang kos sara hidup. Justeru rakyat mahu tahu dengan jelas, apakah dasar jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang yang akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan peningkatan kos sara hidup dapat dibendung.

Tuan Yang di-Pertua, Lembaga Tabung Haji (LTH) telah menganggarkan peningkatan kos haji daripada RM25,540 pada tahun 2022 kepada RM31,870 pada tahun ini. Antara faktor utama kenaikan kos haji adalah inflasi berikutan impak ekonomi global

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

seperti perang Russia-Ukraine, kenaikan harga minyak, isu logistik pasca COVID-19, percukaian dan banyak lagi. Dengan mengandaikan pengekalan aturan bayaran haji 2022 untuk tahun ini iaitu RM10,980 bagi kumpulan B40 dan RM12,980 bagi kumpulan M40.

Tanggungan Tabung Haji bakal meningkat masing-masing kepada RM20,890 dan RM18,720. Tabung Haji terpaksa menanggung subsidi yang tinggi. Dengan pembinaan pusat-pusat penginapan yang baharu di Mekah dan Madinah, kos haji dijangka akan terus meningkat di masa-masa akan datang. Yang membimbangkan kita adalah mungkin suatu hari nanti golongan B40 termasuk juga M40 mungkin sudah tidak mampu untuk menunaikan haji.

Justeru itu, saya ingin mencadangkan di sini supaya Tabung Haji mengkaji semula tempoh masa berada di Tanah Suci kerana jangka masa yang panjang tentu sahaja akan menyebabkan kos yang tinggi. Hari ini jangka masa sehingga 40 hari bagi yang mengikuti jemaah haji melalui Tabung Haji. Oleh itu saya mencadangkan empat pilihan kepada jemaah haji untuk menunaikan haji iaitu empat pakej yang berbeza iaitu 14 hari, 21 hari, 30 hari dan seperti sekarang 40 hari.

Jadi, jemaah haji boleh membuat pilihan mereka after all dengan izin lebih-lebih lagi rukun haji boleh dibuat dalam masa empat hari sahaja. Kalau 14 hari ada masa lagi untuk ziarah ke Madinah, mengerjakan umrah dan sebagainya. Jika ia dapat disingkatkan, saya percaya ramai yang mampu untuk mengerjakan haji kerana kos mengerjakan haji akan bertambah kurang daripada sekarang. Kalau 14 hari mungkin 1/3 sahaja daripada kos yang ada pada hari ini. Jadi, B40 lebih mudah untuk pergi.

Walau bagaimanapun, seperti saya katakan pilihan adalah kepada jemaah sendiri untuk menentukan 14 ataupun 40 hari. Jadi saya percaya kalau ini dapat dilakukan lebih ramai yang akan menunaikan haji kerana ramai yang terikat dengan kerja, yang bekerja dengan sebagai kakitangan kerajaan, yang bekerja di sektor swasta terpaksa mengambil cuti lebih daripada 40 hari ataupun yang menjalankan perniagaan peniaga-peniaga mikro dan sebagainya terpaksa meninggalkan perniagaan selama lebih 40 hari. Ia menyusahkan mereka, menjejaskan pendapatan mereka dan kalau ada empat pilihan ini mereka boleh membuat pemilihan sesuai dengan pekerjaan mereka.

Dana bantuan kewangan haji datang sepenuhnya daripada keuntungan pelaburan haji yang dijana oleh LTH. Keseimbangan tabung dan haji penting kerana ia memberi kesan langsung kepada bantuan kewangan haji terhadap kadar agihan keuntungan setiap bulan. Saya juga memohon mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan Akta Tabung Haji 1995 supaya dikaji dan dipinda semula untuk menambahbaikkan kerana sudah terlalu lama dan tidak relevan.

Sebagai contoh, tiada peruntukan untuk patuh syariah dan tadbir urus diwartakan dalam Akta Tabung Haji yang sedia ada, walaupun Tabung Haji sebagai asasnya perlu patuh syariah. Penambahbaikan perlu daripada segi tadbir urus, pemantauan dan kawal selia bagi memastikan dana sebanyak RM88 bilion dapat diuruskan dengan sempurna.

Tuan Yang di-Pertua, golongan penoreh getah di kampung-kampung pada masa kini terjejas teruk akibat kejatuhan harga komoditi. Difahamkan harga di sekitar RM2.50 tetapi di kampung-kampung RM2.40, RM2.30 dan sebagainya. Sudah sampai masanya pihak kerajaan mempertimbangkan supaya harga lantai getah dinaikkan daripada RM2.50 kini kepada MR3.50 sekilo, [Tepuk] seperti yang dipohon oleh Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia.

Langkah ini saya yakin mampu mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh kira-kira 320,000 orang pekebun kecil getah di seluruh negara disebabkan kenaikan kos sara hidup. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan terdahulu telah memperkenalkan penggunaan getah beku yang dicampuri bitumen...

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat minta penjelasan.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Atau dikenali sebagai bitumen terubah suai getah bekuan bagi kegunaan menurap jalan kampung di seluruh negara yang telah pun dilaksanakan pada tahun 2017.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, boleh?

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Malah... saya hendak, saya ada dua minit sekejap.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Setengah minit.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Saya sudah habis saya beri sepenuh masa kepada Arau.

[Ketawa] Malah sebanyak RM100 juta, [Tepuk] telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2019...

final • 12:20 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hei, 1MDB shut up! 1MDB shut up!

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

...Untuk pembangunan teknologi CMB dan 59 buah lokasi telah mendapat manfaat dengan pembinaan turapan jalan-jalan, cup lump modified asphalt (CMA) melibatkan jalan sepanjang 222.68 kilometer. Saya difahamkan hanya 0.08 peratus daripada jumlah semasa pengeluaran getah negara digunakan dalam penurapan jalan menggunakan teknologi CMB pada tahun 2019.

Jadi, soalan saya apakah status pelaksanaan program ini dan kesan kepada pendapatan pekebun kecil? Saya ada satu minit lagi.

final • 12:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tambah, tambah, tambah.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Saya terus kepada...

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hendak bagi penjelasan.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Yang terakhir.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak bagi?

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Kalau tambah masa saya bagi.

Mungkin sampai lunchtime saya bagi.

[Ketawa]

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tolonglah.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Baru-baru ini, sebuah pertubuhan iaitu Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia (PWRN) telah bertemu saya. Mereka memaklumkan pada hari ini ramai pekerja yang masih terdesak untuk meneruskan penghidupan. Ada yang baru mendapat pekerjaan, masih bertatih untuk meneruskan hidup, ada yang masih menganggur tetapi mempunyai KWSP. Ada di antaranya yang telah muflis kerana tidak mampu untuk membayar hutang.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Walaupun KWSP adalah untuk simpanan hari tua, apakah maknanya memasuki hari tua dalam keadaan yang muflis sebagai contoh. Keperluannya yang mendesak adalah hari ini, bukan apabila sampai kepada tempoh hari tua.

Oleh itu, saya bersama-sama dengan Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia bersama dengan rakan-rakan yang lain termasuk Yang Berhormat Arau yang tadi saya dengar ucapannya membangkitkan isu ini, supaya kerajaan mempertimbangkan. Kita tidak mendesak, kita tidak paksa, supaya mempertimbangkan permohonan golongan yang memerlukan pengeluaran KWSP.

[Tepuk]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Pengeluaran bersasar jika dibenarkan syaratnya ditentukan oleh kerajaan. Sebelum ini kita telah pun membenarkan empat pengeluaran KWSP, ini penutup ya, iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra, pengeluaran khas KWSP berjumlah RM145 bilion yang melibatkan 1.8 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

[Tepuk] Yang terkesan, besar kemungkinan KWSP itu sendiri kerana KWSP menggunakan pelaburan ataupun simpanan daripada pencarum untuk menjalankan perniagaan mereka. Dengan pengeluaran ini mungkin mengurangkan ruang untuk mereka berniaga.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Akan tetapi saya percaya pengeluaran ini hanya melibatkan jumlah kecil daripada keseluruhan aset dan di bawah pengurusan KWSP yang kini sudah mencecah hampir RM1 trilion. Jadi, kesannya tidak besar kepada KWSP kalau ada pengeluaran seterusnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya tahu Tuan Yang di-Pertua dah pandang saya.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Speaker, bagilah... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau, duduk Yang Berhormat Arau.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, bekas Perdana Menteri.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak cukup masa.

Masih lagi tunggu.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, bekas Perdana Menteri. Yang Berhormat, saya hendak beritahu masa ucapan tentang harga lantai...

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Saya tidak...

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Dan juga KWSP, semua kami Perikatan Nasional sokong.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau, sila duduk.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

UMNO dengan DAP tidak sokong.

[Tepuk] [Pembesar suara dimatikan]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bera untuk gulung.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi jangan tarik ini. Tuan Yang di-Pertua suruh berhenti, saya berhenti. Akan tetapi main butang ini tidak bagus...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau sila duduk.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dengan DAP tidak apa. Dengan saya tidak boleh buat macam itu. Not fair.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk Yang Berhormat Arau.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Yang Berhormat Arau terkeliru itu.

[Tepuk] [Ketawa] Oleh sebab waktu Dato’ Haji Salim Sharif daripada Jempol menjadi Pengerusi RISDA, ini adalah antara yang dibangkitkan iaitu harga lantai RM3.50. Walau bagaimanapun, kita kata kita masih mempertimbangkan.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...

[Tidak jelas]

final • 12:30 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Di mana UMNO lagi? Sudah kena pecat.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Mana ada UMNO tepuk meja, tidak ada. Kami yang tepuk meja. DAP pun tidak sokong.

[Tepuk] Yang Berhormat hanya dapat sokongan kami sahaja.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Hari ini Ahli Parlimen yang masih lagi Naib Presiden UMNO cakap.

final • 12:30 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Dengar itu Yang Berhormat Arau, dengar itu Yang Berhormat Arau.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

UMDAP, UMDAP, UMDAP.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Tuan Yang di-Pertua, saya faham.

Saya akur dengan Tuan Yang di-Pertua. Insya-Allah banyak lagi yang saya hendak bangkitkan, saya bawa di dalam waktu ucapan perbahasan bajet nanti. Terima kasih.

Saya harap apa yang dicadangkan dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh kerajaan. Terima kasih, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Steady Yang Berhormat Bera.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

1MDB.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bera. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kubang Kerian, 10 minit.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mohon untuk ketua parti 15 minit.

final • 12:34 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:34 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya mohon 15 minit untuk ketua parti.

final • 12:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ketua parti ya.

final • 12:34 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Ambil daripada Marang.

final • 12:34 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sokong, sokong.

final • 12:34 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

15 minit ya, jam.

Betulkan jam 15 minit.

final • 12:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh, 15 minit, 15 minit sahaja.

final • 12:34 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Okey, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah wassalatu wassalamu ala rasulillah. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi keizinan kepada saya untuk turut serta berbahas dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersempena dengan Pembukaan Penggal Pertama bagi sidang Parlimen Kelima Belas pada hari ini.

Sesungguhnya titah dan peringatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam menitik beratkan soal maslahat rakyat seperti saranan untuk meneruskan projek- projek infrastruktur pengangkutan awam berimpak tinggi dan keperluan untuk memastikan kesiapsagaan dalam menangani kesan daripada musibah bencana alam pastinya akan menjadi pedoman buat semua Ahli Dewan yang mulia.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada pengundi Kubang Kerian yang terus memberikan kepercayaan kepada saya untuk terus berkhidmat dengan majoriti yang lebih besar, lebih daripada 40,000 dalam urusan PRU baru-baru ini.

[Tepuk] Ini menggambarkan keyakinan rakyat kepada Perikatan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, pada sesi lepas negara berdepan dengan pertukaran empat kali Perdana Menteri dan anggota Kabinet. Namun, apa yang membanggakan kita ia berjalan dengan lancar, tiada pertumpahan darah, tiada demonstrasi dan tiada pergaduhan. Ini membanggakan dan menggambarkan kematangan politik rakyat Malaysia. Lebih membanggakan kita ialah kehebatan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong mengendalikan situasi genting. Kita yakin kalaupun sekali lagi bertukar, insya-Allah baginda mampu untuk melaksanakan dengan sebaik mungkin.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:34 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Kubang Kerian, Parit Buntar minta laluan sekejap.

final • 12:34 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Okey.

final • 12:34 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar, Parit Buntar.

final • 12:34 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Berdasarkan pengalaman yang lampau.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik penjelasan daripada pihak kerajaan bahawa aspek keadilan merupakan ciri penting dalam gagasan Malaysia Madani. Sayangnya, Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ini disediakan oleh pihak kerajaan dan dibawa dalam Kabinet dan diluluskan dalam Kabinet.

Kalau kita lihat pada para enam yang mana inisiatif negara madani merangkumi aspek kemapanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, ihsan dan rahmah tidak ditulis pun nilai keadilan sebagai teras sedangkan nilai keadilan perlu dibawa dalam ucapan tuanku dalam Parlimen, bukan hanya tersedia dalam dokumen-dokumen di luar Parlimen. Sepatutnya nilai itu mesti digagaskan dalam ucapan tuanku kerana ucapan ini ucapan yang telah pun dirumus dan diterima oleh pihak...

final • 12:34 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Dewan, peraturan Dewan, peraturan Dewan Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Mesyuarat 36(6).

final • 12:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila baca, sila baca.

final • 12:34 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat dalam ucapan membuat sangkaan jahat bahawa Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu disediakan oleh kerajaan. Sangkaan itu juga adalah sangkaan jahat terhadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya mohon kenyataan itu ditarik balik.

final • 12:34 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, saya pernah jadi Kabinet, anggota Kabinet. Kami semua pernah duduk dalam kerajaan.

Kita semua pun tahu prosedur, walaupun kita serah pada tuanku, terpulang pada tuanku hendak pakai atau tidak. Akan tetapi basicnya ialah disediakan dan dibentangkan dalam Kabinet.

final • 12:34 PM

Seorang Ahli

Jelutong tidak faham itu, Jelutong.

final • 12:34 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 12:34 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, macam mana Yang Berhormat tahu bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu telah menerima kenyataan ataupun titah yang telah disediakan oleh Kabinet? Kemungkinan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah pinda...

final • 12:34 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Yang Berhormat Jelutong, kalau tidak terima, takkan ada dalam ini.

final • 12:34 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau begitu jangan buat kenyataan menuduh.

final • 12:34 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Kalau tidak terima, tidak akan ada dalam...

final • 12:34 PM

Seorang Ahli

Duduk...

final • 12:34 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya minta kenyataan itu ditarik balik.

final • 12:34 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya mencelah.

final • 12:34 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya fikir tidak ada keperluan pun tarik balik sebab semua orang faham.

final • 12:34 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Kubang Kerian tidak payah layan, tidak payah layan.

final • 12:34 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah perkara serius, saya mohon ruling dibuat.

final • 12:34 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Perkara serius.

final • 12:34 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tidak payah layan, tidak payah layan.

final • 12:34 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Sebaik sahaja sejurus disebut Yang di-Pertuan Agong...

final • 12:34 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya sebut tadi bahawa Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memang disediakan dan dibentangkan dalam Kabinet.

final • 12:34 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jangan pertikaikan Titah Tuanku. Saya minta kenyataan itu ditarik balik.

final • 12:34 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ini bukan pertikai, ini merujuk. Apalah!

final • 12:34 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ya, betul. Yang Berhormat Kubang Kerian, kalau boleh saya sebutkan...

final • 12:34 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Buat akademi beruk Malaysia.

final • 12:34 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Kubang Kerian, sebaik sahaja sejurus Yang di-Pertuan Agong menerima ucapan ataupun titah yang telah disediakan oleh Kabinet bermaksud...

final • 12:34 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bagi laluan, saya tidak bagi laluan.

final • 12:34 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Kubang Kerian, bermaksud ia adalah Titah Yang di-Pertuan Agong...

final • 12:34 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Menghabiskan masa sahaja.

final • 12:34 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

...Dan bukan titah Kabinet.

final • 12:34 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Apa ini? Menteri Kabinet, tidak faham kah?

final • 12:34 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

...Harap faham itu. Itu prosedurnya, itu decorumnya.

final • 12:34 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Memanglah, semua orang tahu, semua orang tahu.

final • 12:34 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Jangan tak tahu. Jangan dituduh macam itu.

final • 12:34 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Setelah dibawa kemudian Yang di-Pertuan Agong...

final • 12:34 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Sebaik sahaja ia telah diterima, ia merupakan Titah Yang di-Pertuan Agong.

final • 12:34 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Ya lah, saya tahu.

final • 12:34 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Bukan lagi titah ataupun ucapan Kabinet mana-mana kerajaan. Harap faham itu!

final • 12:34 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Okey, saya menyambut baik penjelasan ini, cuma persoalannya adalah di mana...

final • 12:34 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya minta ruling, saya minta beliau tarik balik kenyataan itu.

final • 12:34 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Di mana gagasan...

final • 12:34 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Tidak payahlah Yang Berhormat Jelutong.

final • 12:34 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, di mana gagasan keadilan...

final • 12:34 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya minta ruling.

final • 12:34 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong cuba baca...

final • 12:34 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya minta Yang Berhormat Kubang Kerian tarik balik kenyataan itu. Itu adalah titah tuanku. Tarik balik, mohon maaf.

final • 12:34 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Memang Titah Tuanku, tidak ada sesiapa yang bantah ini. Memang Titah Tuanku. Semua orang tahu ini memang Titah Tuanku.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Akan tetapi menyatakan bahawa kenyataan iaitu disediakan oleh kerajaan adalah tidak betul. Tarik balik dan minta maaf. Itu adalah Titah Tuanku di Parlimen.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apa ni cakap?

[Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Semua duduk.

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kita minta Yang Berhormat Kubang Kerian teruskan.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Okey terima kasih. Jadi soalan kita ialah bagaimana nilai keadilan, teras itu sepatutnya dibicarakan.

Tuan Yang di-Pertua saya ingin ingatkan kita semua tentang peringatan Nabi SAW [Membaca sepotong hadis] ; “Tiga golongan yang Allah SWT tidak akan bicara dengan mereka di hari akhirat, yang pertama adalah orang tua yang berzina yakni orang yang sudah ada isteri berzina. Kedua orang miskin yang sombong dan pemimpin yang berbohong”. Bayangkan kalau pemimpin diharapkan oleh rakyat menaungi mereka, menjaga maruah dan diri mereka bertindak berbohong dengan rakyat secara terang-terangan, bahkan yang sanggup bersumpah dan melanggari sumpahnya, apakah nilai yang sedang kita tanam pada generasi bangsa masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, kebimbangan kita ia akan menjadi budaya bagi masyarakat dan inilah yang telah ditegaskan oleh Dr. Ahmad Sayuki dalam syairnya, [Membaca sepotong syair dalam bahasa Arab]; “Sesungguhnya sesuatu umat itu akan kekal berpengaruh selagi mana akhlak umat itu kekal mulia. Seandainya akhlah umat itu musnah maka umat itu juga akan turut musnah”. Maka dalam nilai yang perlu dilaksanakan ialah bagaimana penyerapan dan pengukuhan kesepaduan di antara nilai- nilai kemanusiaan dengan nilai-nilai kebendaan. Tragedi pembuangan Al-Quran dalam sungai sepatut mendapat respons dari Menteri Agama dan kita juga mesti mendidik masyarakat ke arah memperkasakan agenda pembinaan jati diri.

Tuan Yang di-Pertua isu perubahan iklim menjadi fenomena yang dibahas dan diucapkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Bahkan ia juga turut dibicarakan hampir di semua negara dunia. Persidangan COP26/27 baru-baru ini telah merumuskan beberapa tindakan yang perlu dibuat dan komitmen negara bersama dengan negara dunia bagi memerangi krisis perubahan iklim.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Hakikatnya negara maju yang membebaskan kadar gas rumah kaca paling tinggi di dunia, maka formula bagi mengatasi krisis ini perlu bersandarkan kepada hakikat ketidaksamarataan dan peluang negara membangun untuk meneruskan pembangunan negara.

Berdasarkan situasi semasa, Malaysia bersama-sama dengan negara sedang membangun perlu lebih tegas mendesak negara maju melaksanakan komitmen mereka untuk menyumbang sejumlah USD100 bilion kepada tabung. Saya ingin mendapat penjelasan daripada kerajaan di mana dana antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB atau UNFCCC, Dana Iklim Hijau (GCF), Dana Adaptasi Fasiliti Alam Sekitar Sedunia (GEF) dan Dana Perubahan Iklim Khas

(CCF). Berapakah jumlah yang diperolehi oleh negara, daripada dana-dana tersebut bagi melaksanakan Agenda Perubahan Iklim Negara.

Tuan Yang di-Pertua perubahan iklim juga mendatangkan kesan yang besar yang mengakibatkan berlakunya banjir di beberapa kawasan yang sebelum ini tidak pernah terjadi. Negara kerugian antara RM6 hingga RM7 bilion setiap tahun bila mana berlakunya banjir monsun timur laut. Kita perlu sejumlah dana yang agak besar bagi memastikan adaptasi dan mitigasi perubahan iklim dapat dilaksanakan. Lantaran itu saya menggesa pelan yang telah disusun sebelum ini dapat diteruskan kerana kelewatan pelaksanaannya akan hanya membebankan dan menambahkan kerugian kepada nyawa dan harta awam.

Saya ingin mendapat penjelasan pihak kerajaan terhadap beberapa projek utama, tebatan-tebatan banjir di Kelantan, di Terengganu, di Selangor demikian juga di Pahang.

Projek-projek hakisan pantai yang telah pun diluluskan sebelum ini. Saya harapkan bahawa ia dapat diluluskan bagi mengurangkan impak kerugian pada rakyat dan harta negara.

Tuan Yang di-Pertua Tindakan kerajaan negeri yang menyumbang kepada litupan hutan negara sejumlah 55 peratus perlu dihargai. Sebagai contoh, negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang telah mengekalkan keluasan 4, 343 kilometer persegi…

final • 12:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Kubang Kerian, Sik mohon sedikit pertanyaan berkaitan dengan perubahan iklim. Adakah Yang Berhormat Kubang Kerian bersetuju bahawa Kementerian Pertanian juga perlu lihat secara serius kesan-kesan perubahan iklim kepada sektor pertanian termasuklah yang terbaru, baru berlaku. Lebih 2,300 hektar tanah sawah kita jadi jerlus di Kedah, di Perlis yang menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada petani-petani kita. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya setuju dan Tuan Yang di-Pertua saya cadang untuk dimasukkan dalam ucapan saya. Justeru, saya hendak respons apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik tadi ialah akibat perubahan iklim ini, tururt terkesan kepada petani terutama penanaman getah. Ini jarang dibicarakan.

Serangan kulat pestalotiopsis yang mula dikesan di Kampung Pancha Jaya, Segamat pada November 2017 dan kini telah pun menjalar ke seluruh negara. Wabak ini sebenarnya menyebabkan pokok getah meluruh di luar musim. Ada di antara penoreh getah bertemu dengan saya, kebunnya sudah tiga kali meluruh setahun. Setiap kali berlaku musim luruh, hasilnya sangat rendah.

Saya cadangkan supaya pihak kerajaan meneliti apakah langkah-langkah bagi mengatasi wabak penyakit yang berpunca daripada perubahan iklim yang serius dialami oleh negara. Apakah kerajaan bersedia untuk menyediakan satu peruntukan khas bagi meringankan beban penoreh-penoreh getah kita selain daripada dana RM3.50 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bera dan saya menyokong penuh cadangan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, balik kepada isu hutan yang telah disumbang oleh negeri- negeri. Kita sebenarnya mendapat manfaat banyak daripada negeri-negeri yang telah menyumbangkan tanah mereka untuk digazet sebagai Taman Negara. Sebelum ini, Perdana Menteri yang kesembilan telah pun bersetuju supaya negeri-negeri yang telah mewartakan sebagai Taman Negara dibayar pampasan di atas hasil yang mereka tidak boleh keluarkan. Ia turut menyumbang untuk offset dengan izin pengeluaran karbon negara. Saya menyokong supaya perkara itu dapat dipertimbangkan semula untuk diberikan perhatian yang agak serius.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, untuk akhirnya ialah isu berhubung dengan kos yang terpaksa ditanggung oleh operator air di negeri-negeri. Kita mengetahui bagaimana operator air ini sebenarnya berdepan dengan keadaan kewangan yang sangat serius.

Bahkan ada di antara operator-operator ini tidak mampu hendak bayar bil elektrik bulanan pun yang menyebabkan hutang elektrik tertunggak sampai beratus juta ringgit. Namun di waktu yang lain kerajaan menyediakan pampasan kepada TNB, bila kerajaan bersetuju untuk tidak menaikkan tarif. Saya fikir sampai masanya kerajaan pusat mempertimbangkan peruntukan khas kepada operator-operator air yang berdepan dengan keadaan yang sangat kritikal. Kita menyekat dan mempertimbangkan tentang kos yang meningkat setiap tahun.

Oleh sebab itu saya juga ingin mendapatkan penjelasan berhubung dengan projek-projek yang telah pun dibuat kajian di peringkat awal iaitu di antaranya ialah TAPS Machang dan pembinaan loji baharu di Semerak Pasir Putih bagi mengatasi masalah sumber air di negeri Kelantan.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua saya ingin membangkitkan isu tentang Lynas.

Banyak pihak yang mempertikaikan dan kita dapati isu Lynas ini satu isu yang sangat serius. Setelah 11 tahun, Lynas beroperasi dengan tidak ada satu kes pun sebagaimana yang digambarkan. Ia merupakan pelaburan besar dan impak besar kepada masa depan negara kita. Saya melihat perkara ini perlu ditangani dengan lebih serius. Kita harus menerima pandangan pakar-pakar dan mereka yang terlibat. Bukan sahaja kita perlu menghantar signal yang betul kepada pelabur-pelabur asing, tetapi pada waktu yang sama kita harus mengakui ribuan pekerja yang akan bekerja di kilang Lynas terpaksa— kalau ditutup mereka akan hilang pekerjaan. Apa yang telah diputuskan oleh pihak kementerian sebelum ini saya fikir merupakan satu tindakan yang baik.

final • 12:40 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kuala Terengganu.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sila.

final • 12:40 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Apa pandangan Yang Berhormat tentang potensi nadir bumi yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM747.2 bilion yang perlukan pelaburan besar di dalam industri nadir bumi yang antara lain telah disumbangkan seperti syarikat-syarikat seperti Lynas ini yang sekiranya mereka tidak yakin tentang risiko pelaburan mereka, susah untuk kita mengajak mereka datang.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah habis.

Sila gulung.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Ya saya hendak tutup dengan menyokong apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu dan saya harapkan dimasukkan dalam sebahagian di antara…

final • 12:40 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Minta celah Petaling Jaya. Minta celah.

Isu Lynas. Boleh?

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sedikit sahaja.

final • 12:40 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua disebut tadi pelaburan banyak dan juga membawa limpahan. Kita kata perniagaan ataupun peluang-peluang kepada industri tempatan. Cuma persoalan saya adalah selepas lebih 10 tahun Lynas beroperasi, adakah apa-apa manfaat kepada industri tempatan selain sisa-sisa radioaktif yang bertimbun-timbun sebanyak 1.2 juta tan yang akan tinggal di Malaysia. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya fikir persoalan itu tentang kepakaran yang ia ada. Sebahagian besar pekerja di kilangnya adalah daripada anak tempatan bukan warga asing. Mereka juga mendapat manfaat daripada kepakaran yang dikongsi bersama di kilang tersebut. Saya fikir ia telah menyebabkan berlakunya

final • 12:50 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

limpahan ekonomi kepada penduduk setempat dan negara. Sebagai contoh ya, penemuan research…

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung. Sila gulung. Tidak cukup masa.

final • 12:50 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebanyak RM747.2 bilion tadi, kalau sekiranya teknologi ini kita tutup, kita terpaksa eksport keluar hasil kita. Ini sebenarnya merugikan negara. Saya mohon pertimbangan yang serius daripada pihak kerajaan terhadap sesuatu isu supaya kita lebih bertindak dengan mengambil kira pandangan pakar yang terlibat dalam perkara ini. Bukan pandangan parti-parti politik yang bersifat emosional sebagainya.

Saya dulu termasuk mereka yang bersama-sama demonstrasi depan kilang Lynas. Akan tetapi, bila saya nilai balik, teliti balik, kaji balik, bertemu dengan pihak pengurusan dan bertemu dengan pekerja. Setiap pekerja dipasang alat untuk check sama ada efek atau tidak kepada kesihatan mereka. Hasilnya kita dapati ia tidak ada, walaupun satu kes pun hingga setakat ini. Saya fikir mohon kerajaan pertimbangkan Tuan Yang di- Pertua. Saya mohon menyokong Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Minta, sudah habis.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, isu peraturan. Saya nak minta panduan 36(4). Tadi ketika Yang Berhormat Bera membuat ucapan, Yang Berhormat Arau telah bangun dan mengeluarkan beberapa kenyataan dan perkara itu telah didengar oleh beberapa Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Bagan, saya difahamkan. Saya mohon pengesahan kalau perkataan itu dikeluarkan saya percaya Yang Berhormat Rasah juga telah mendengar perkara itu dikeluarkan. Mohon pengesahan.

final • 12:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya betul, saya ada dengar.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya perlu check Hansard dulu. Jadi, kita akan buat ruling selepas ini. Boleh?

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey. Yang Berhormat Pasir Gudang. Silakan, 10 minit.

final • 12:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada Pasir Gudang untuk membahaskan ucapan Titah Diraja. Pada perenggan 13, muka surat enam Titah Diraja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menyebut perkara yang penting berkaitan integriti, tadbir urus dan juga membanteras rasuah.

Saya memulakan perbahasan saya ini menyokong usaha kerajaan sekarang pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun. Saya bersangka baik dan menyokong membanteras rasuah dan tadbir urus yang baik. Akan tetapi, kita pun perlu berhati-hati.

Saya berdiri ini sebagai Ahli Parlimen di Blok Kerajaan. Pada hari ini, sahabat saya Yang Berhormat Bukit Tasek Gelugor dibawa dan diheret ke mahkamah di bawah pertuduhan rasuah.

Beberapa hari yang lalu sahabat saya dari Pagoh disiasat oleh SPRM. Beberapa hari yang lalu, mantan Yang Berhormat Menteri Kewangan, kerajaan Perdana Menteri Keempat juga disiasat berkaitan Pandora Papers. Saya dimaklumkan oleh media bahawa mantan Yang Berhormat Menteri Kewangan pada zaman Perdana Menteri Kelapan dan

final • 12:52 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Kesembilan telah dipanggil oleh SPRM untuk disiasat dan beliau Yang Berhormat Senator Menteri MITI.

Saya tidak ada masalah kalau daripada segi perundangan maknanya ia proses biasa. Agensi penyiasat seperti SPRM memanggil kalau ada perkara-perkara yang berkaitan tapi saya perlu nyatakan di sini kita perlu berhati-hati. Kita perlu berhati-hati iaitu seperti disebut oleh Titah Kebawah Duli tentang tadbir urus. Saya di blok backbencher ini menyedari kita boleh panggil tokoh-tokoh besar ini Yang Berhormat Menteri, mantan- mantan Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebab kita ada kuasa. Kita eksekutif, kita ada kuasa. SPRM di bawah kita. PDRM di bawah kerajaan. Jadi, saya bimbang, saya bimbang sekiranya kalau tidak diberi peringatan boleh berlaku pendakwaan yang terpilih.

[Tepuk] Parti lawan kita jadi mangsa.

Kalau ada asasnya tidak mengapa. Akan tetapi, saya takut Tuan Yang di-Pertua, bijak pandai dalam tradisi kalau hendak disebut lah tradisi demokrasi yang lain menyebut kuasa itu boleh membawa kepada korupsi. Sekiranya kuasa itu mutlak, korupsinya juga akan menjadi mutlak. Dalam hal ini, saya berterus-terang menyatakan saya amat bimbang. Kalau dilihat di sini dalam Titah Diraja, kerajaan untuk membanteras rasuah secara agresif. Ada perkataan ‘agresif’ di situ.

Jadi, yang saya khuatir begini, saya bersangka baik pada sahabat saya, Presiden parti saya Yang Amat Berhormat Tambun. Beliau mempunyai integriti, kesungguhan dan iltizam untuk membanteras rasuah. Akan tetapi, perlu diberi peringatan sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bukan sahaja beliau menjawat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi beliau juga menjawat jawatan Yang Berhormat Menteri Kewangan.

Dua jawatan yang sangat penting.

Saya tidak ada prejudis apa-apa tetapi perlu diingatkan ada mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita di sini boleh mengesahkan sama ada cakap saya ini betul atau sebaliknya. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia mempunyai kuasa yang luas dan besar. Maaf cakap. Kalau ikut undang-undang Perlembagaan Persekutuan, di bawah perkara 40(1), tindakan Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong hanya boleh dilakukan atas nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kecuali beberapa perkara baginda Agong mempunyai kuasa budi bicaranya. Ertinya, kuasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu besar. Sekarang ada pada Yang Amat Berhormat Tambun. Saya tidak ada niat tidak baik (mala fide). Hanya untuk mengingatkan bahawa power tends to corrupt.

Absolute power corrupts absolutely, dengan izin.

[Tepuk] Jadi, kuasa itu mesti digunakan dengan cermat. Kuasa itu perlu digunakan, jangan terburu-buru. Jadi, saya percaya tidak sia-sia Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong menyebut tentang perlunya integriti. Jadi, saya melihat pada zaman Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri yang Pertama. Beliau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Kewangan orang lain. Pada zaman Allahyarham Tun Abdul Razak, beliau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Kewangan orang lain. Begitu juga zaman Allahyarham Tun Hussein Onn. Hanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang Keempat buat kelainan. Ada ketikanya beliau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam masa yang sama menjadi Yang Berhormat Menteri Kewangan satu waktu yang tertentu.

final • 12:52 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar boleh bagi laluan?

final • 12:52 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ya. Sila. Sila.

final • 12:52 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Terima kasih.

Saya setuju 100 peratus apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Gudang. Setuju kah dengan saya pula bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan yang double standard? Waktu pilihan raya mengecam golongan BN kononnya penyangak, penyamun dan sebagainya. Waktu pilihan raya berkempen untuk tidak melantik Yang Berhormat Menteri Kewangan daripada kalangan Yang Amat Berhormat Perdana Menterinya. Dalam pilihan raya berkempen macam-macam tapi akhirnya bila jadi kerajaan apa yang mereka sebut sewaktu kempen-kempen pilihan raya tidak diamalkan. Adakah Yang Berhormat Pasir Gudang setuju?

final • 12:52 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih pada Yang Berhormat...

final • 12:52 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Parit Buntar.

final • 12:52 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Yang Berhormat Parit Buntar atas pandangan. Saya merayakan kebebasan bersuara dan menghormati pandangan Yang Berhormat. Hanya saya nak menambah dalam perkara ini yang terakhir saya tidak mahu berlaku...

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 12:52 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sekejap.

final • 12:52 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ini hendak landing Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:52 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah jam satu.

final • 12:52 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ya, iaitu peristiwa 1MDB berlaku lagi sewaktu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seorang individu, beliau juga menjadi Yang Berhormat Menteri Kewangan dan kita lihat apa kesannya kepada sekarang ini. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, eloklah kita elak daripada pengalaman negara gagal, Sri Lanka. Selamatkanlah Malaysia. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]

final • 12:52 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tahniah Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul 1.03 tengah hari, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

final • 12:52 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Yang Berhormat sekalian. Semasa rehat tadi, ramai Ahli Yang Berhormat yang belum dapat berucap telah berjumpa dengan saya dan minta pertimbangkan untuk mereka ataupun kita semua boleh berucap. Saya tahu ramai orang kampung sedang tunggu hendak tengok ahli wakil.

Baik, saya minta Yang Berhormat Menteri. Silakan.

final • 2:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, atas isu Peraturan, Tuan Yang di-Pertua. Saya minta petua.

final • 2:30 PM

Tuan Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

[Bangun]

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi Yang Berhormat Menteri bawa usul dulu.

Lepas itu saya— Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 2:30 PM
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), tanpa menghiraukan Usul terdahulu, saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran semua Ahli yang membahaskan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja seperti senarai pembahas yang akan diumumkan oleh Tuan Yang di-Pertua dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 22 Februari 2023.” [Tepuk] Terima kasih.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada siapa yang menyokong?

final • 2:33 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 2:33 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Hidup Tuan Yang di- Pertua!

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 2:33 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih semua.

final • 2:33 PM

Tuan Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bawa Peraturan Mesyuarat...

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong. Ada?

final • 2:33 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Minta Peraturan Mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua. Saya gunakan Peraturan Mesyuarat 36(4) – bahasa yang kurang sopan.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bacakan Peraturan Mesyuarat 36(4) apa dia?

final • 2:33 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

“Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan.” Menjadi satu kesalahan.

Ketika Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat...

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Siapa itu?

final • 2:33 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Alice.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Lanang.

final • 2:33 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya telah mohon petua.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Lanang ya.

final • 2:33 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Lanang.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bukan Yang Berhormat Alice. Yang Berhormat Lanang.

final • 2:33 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Lanang.

Maafkan saya.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 2:33 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Kubang Kerian telah berbahas dan dalam perbahasan beliau, beliau telah menghina Majlis.

Bayangkan, bagi fikiran saya, menghina Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bila menyatakan bahawa Titah Tuanku itu adalah sesuatu yang disediakan oleh kerajaan. Bagi saya, ketika kita membahaskan, itu adalah Titah Tuanku dan kita sepatutnya menjunjung kasih.

Bayangkan kalaulah kenyataan itu dibuat oleh Ahli-ahli Parlimen PKR, DAP, mesti melenting Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana. Akan tetapi, bila mereka mengeluarkan kenyataan, itu adalah menghina Majlis dan menghina Tuanku.

Saya minta supaya perkara itu tidak diulangi. Sekurang-kurangnya Yang Berhormat Kubang Kerian meminta maaf kerana itu adalah Titah Tuanku dan bukannya teks yang disediakan oleh kerajaan sekarang.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

final • 2:33 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon petua.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya akan tengok Hansard esok, insya-Allah. Esok saya akan keluarkan ruling. Silakan, Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 2:33 PM

Tuan Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan juga Peraturan Mesyuarat 36(12) di mana saya juga telah mengutus...

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bacakan Peraturan Mesyuarat 36(12).

final • 2:33 PM

Tuan Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Okey, Peraturan Mesyuarat 36(12), “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan...” Jadi, saya telah mengutuskan satu soalan ke Pejabat Tuan Yang di-Pertua di mana saya mencadangkan bahawa Dewan ini merujuk Ahli Parlimen Kapar...

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tapah?

final • 2:33 PM

Tuan Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Kapar.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kapar, ya.

final • 2:33 PM

Tuan Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

...Ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mengikut Perkara 36(12) kerana menyatakan kenyataan yang mengelirukan Dewan dan boleh disifatkan sebagai menghina Majlis.

Kita tahu pada 12 Februari lalu, beliau telah mengeluarkan kenyataan semasa perbahasan bahawa Menu Rahmah boleh mengakibatkan beberapa penyakit terutamanya kanser, autoimmune dan autisme. Kenyataan tersebut tidak benar, tidak bertanggungjawab kerana bukan sahaja tidak berdasarkan fakta dan sains tetapi lebih lagi yang mungkin mengakibatkan salah faham ataupun stigma kepada komuniti autisme dan juga masyarakat OKU.

Sebenarnya banyak peluang untuk Ahli Parlimen Kapar untuk menarik balik dan juga meminta maaf tetapi semalam dalam perbahasan juga, beliau sekali lagi mengelirukan Dewan dan berkata tidak ada kenyataan tersebut dikeluarkan dan menyuruh kita merujuk kepada Hansard.

Jadi, dalam surat tersebut, saya telah menyertakan bukti Hansard seperti yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat dari Kapar untuk jasa baik Tuan Yang di-Pertua untuk mengeluarkan petua. Mungkin jika Ahli Yang Berhormat sanggup menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf bukan sahaja pada kita tetapi kepada semua komuniti yang terkesan dan juga rakyat yang semua yang dikatakan dikelirukan atau ditipu oleh kenyataan tersebut.

final • 2:33 PM

Tuan Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Jadi, saya mohon jasa baik petua daripada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Insya- Allah, saya...

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tuan Yang di- Pertua...

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Point of order juga.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi kejap. Kejap. Saya akan lihat Hansard dan saya akan study tengok. Kemudian, esok saya akan juga buatkan ruling itu sama ada untuk memanggil Yang Berhormat Kapar atau tidak. Silakan.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya point of order juga. P.M. 36(6).

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, bacakan.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

“Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain.”

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Ini juga bermaksud Yang Berhormat daripada Bandar Kuching tadi juga membuat kenyataan sangkaan jahat ke atas Yang Berhormat Kapar. Sebab, Yang Berhormat Kapar tidak pun bermaksud demikian. Boleh saya baca petikan Hansard dia?

final • 2:33 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tidak apalah.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Boleh saya baca?

final • 2:33 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Macam mana boleh tahu itu?

final • 2:33 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tuan Yang di-Pertua akan buat petua.

Tunggu sahajalah. Tunggu sahajalah.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tuan Yang di- Pertua, bagi peluang kepada saya ya. Yang lain diam.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini standing order dia.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Standing order.

Boleh saya baca petikan Hansard?

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh. Bacakan.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Okey. Saya baca.

“Saya tidak ada masalah dengan istilah “rahmah” atau apa tetapi janganlah sampai rakyat marhaen B40 diberikan bekalan makanan yang low quality dan mungkin menyebabkan mereka terdedah kepada kanser.”

final • 2:33 PM

[Dewan riuh]

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ha, betullah itu. Ya, betullah itu dia cakap.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Nanti dahulu.

Bagi saya cakap. Nanti. Yang Berhormat Bandar Kuching, nanti.

final • 2:33 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Parit Buntar, betullah itu.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Nanti dahulu.

Nanti dahulu.

final • 2:33 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Betullah itu. Dah betul dah itu, Yang Berhormat Kapar.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Maknanya, oleh sebab Menu Rahmah ini harganya murah, mungkin Yang Berhormat Kapar hanya memberi peringatan...

final • 2:33 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Maknanya betullah itu. Yang Berhormat Parit Buntar, dah betul dah itu. Ayat itu dah betul. Sahih. Sahih Bukhari Muslim.

final • 2:33 PM

Tuan Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

[Bangun]

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

...Memberi nasihat kepada peniaga, jangan sampai memberi Menu Rahmah yang tidak berkualiti yang boleh menyebabkan kanser. Faham kah tidak faham, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Hulu Langat?

final • 2:33 PM

Tuan Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Sila baca dengan selebihnya.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tidak ada apa pun.

final • 2:33 PM

Tuan Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

“Mengakibatkan kanser, autoimmune disease dan autisme.”

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tidak ada!

final • 2:33 PM

Tuan Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Sebagai pengamal perubatan, tidak ada makanan yang menyebabkan autisme.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tidak ada. Dia tidak kata pun.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Kapar tidak kata pun Menu Rahmah boleh menyebabkan kanser. Yang Berhormat Kapar tidak sebut...

final • 2:33 PM

Tuan Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Jangan pesongkan fakta sains.

Jangan pesongkan fakta sains.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Kapar tidak sebut...

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Kuching, duduk dahulu.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

...Menu Rahmah boleh menyebabkan kanser. Tidak sebut. Dia mengingatkan supaya jangan sampai...

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Parit Buntar...

final • 2:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Para peniaga, jangan sampai...

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Ya.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk semua. Kita boleh bagi ini sampai pukul 12 tengah malam. Tidak ada masalah.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tidak apa. Kami tunggu.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi, duduk dahulu.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Parit Buntar boleh tunggu.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dahulu.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tidak ada masalah.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Parit Buntar, duduk.

final • 2:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dengarkanlah Tuan Yang di- Pertua itu. Dengarkan Tuan Yang di-Pertua. Hendak lawan apa?

final • 2:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Okey, saya boleh duduk. Yang sana janganlah biadap. Jangan masuk campur ketika orang bercakap. Saya walaupun orang baharu reti juga ikut peraturan ya. Jangan main-main.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Kapar, duduk. Duduk.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Orang baharu, ingat tidak tahukah akan peraturan?

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Parit Buntar, duduk!

final • 2:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Duduk, duduk.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, semua. Duduk.

final • 2:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut...

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya kata duduk.

final • 2:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tidak ada pun tulis, tidak ada pun sebut “Menu”.

Tak kata “Menu” pun.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya kata duduk. Thank you very much. Saya akan perhatikan Hansard, okey. Yang Berhormat Parit Buntar, esok – berikan Hansard itu kepada saya sat lagi. Saya hendak tengok.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Okey, terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang lain-lain saya tengok – saya akan semak Hansard. Jadi, kalau tidak ada Hansard depan saya ini, saya akan buat keputusan yang silap. Jadi, insya-Allah, saya akan perhatikan Hansard dan insya-Allah saya akan buat keputusan esok. Baik. Kita sambung dengan Yang Berhormat Kubang Pasu. Yang Berhormat Kubang Pasu, tujuh minit. Silakan.

final • 2:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Eh!

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Minta maaf ya. Sekarang ni oleh sebab semua orang hendak berucap..

final • 2:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Fasal saya sediakan ucapan ini untuk tempoh 15 minit.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Atas persetujuan kedua-dua belah pihak tadi; pihak pembangkang pun ada, pihak kerajaan pun ada. Kita strategize supaya semua orang boleh berucap. Akan tetapi, kita kurangkan kepada tujuh minit kecuali pada ketua-ketua yang saya berikan – sama ada ketua whip atau ketua parti. Silakan, Yang Berhormat Kubang Pasu. Tujuh minit.

final • 2:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat yang dihormati sekalian. Pertama sekali, saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana kesempatan yang diberikan untuk menyampaikan ucapan sulung saya dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini. Keduanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penduduk Kubang Pasu yang mengundi saya bagi memungkinkan saya berada di dalam Dewan yang mulia ini sebagai Ahli Dewan Rakyat. Begitu ramai sekali yang mengundi saya sehingga saya menang bergaya dengan memperoleh 31,584 undi. Insya- Allah, amanah ini akan saya galas dengan sebaiknya. Dalam ruang dan peluang yang saya ada, saya berhasrat untuk mengatakan beberapa perkara yang penting mencakupi isu-isu negara, negeri Kedah dan Kubang Pasu.

Pertamanya, pelaburan. Untuk pelaburan ini, ramai yang bertanya apa yang kita dapat daripada pelaburan. Kenapakah kita mahukan pelaburan? Semua negeri bersaing untuk mendapatkan pelaburan di Malaysia ini. Semua negara termasuk negara maju juga mahukan pelaburan. Sebabnya senang; untuk negeri, kita boleh mewujudkan banyak pekerjaan.

Keduanya, hasil tanah meningkat. Kerajaan negeri banyak bergantung kepada hasil tanah. Ditukarkan tanah jenis pertanian kepada industri. Kita dapat premium yang tinggi. Cukai tanah industri lebih tinggi berbanding cukai tanah pertanian, lebih daripada 10 kali ganda.

Tuan Yang di-Pertua, ia bermakna bahawa pendapatan kerajaan negeri akan meningkat. Contohnya, negeri Kedah pada tahun 2008 sehingga 2012. Hasil keseluruhan negeri ada ialah RM400 juta hingga RM500 juta sahaja. Tuan Yang di-Pertua pun faham, sekarang ini negeri kedah mencapai hasil lebih kurang RM700 juta. Majlis tempatan juga mendapat hasil daripada ini. Contoh yang terbaik bagi negeri Kedah ialah projek Kedah Rubber City di Padang Terap. Keseluruhan majlis perbandaran ataupun Majlis Daerah Padang Terap menerima dari segi hasil ialah RM25.2 juta dan RM11 juta sudah pun diterima. Dahulunya, Majlis Daerah Padang Terap tidak ada duit. Sekarang, Majlis Daerah Padang Terap menjadi sebuah majlis kerajaan tempatan yang berjaya dan kaya.

Seterusnya, limpahan ekonomi setempat. Kulim di Kedah, disebabkan pelaburan dalam industri pembuatan di Taman Teknologi Tinggi Kulim dan juga kawasan industri Kulim, aktiviti perniagaan meningkat dengan tinggi sekali, termasuk peruncitan, perumahan dan sebagainya. Sebab itu apabila kita buat kilang, penduduk akan datang.

Permintaan dalam pelbagai benda akan meningkat. Dengan secara langsung, ekonomi setempat tumbuh dan maju. Bagi Kerajaan Persekutuan pula, faedah-faedahnya ialah cukai pendapatan, cukai korporat, cukai yang dikutip oleh kastam dan sebagainya. Saya hendak sebut di sini, bagi negeri Kedah, 30 peratus GDP atau KDNK datang daripada industri pembuatan. Kulim Hi-Tech Park secara khususnya, menyumbang sejumlah 15 peratus kepada GDP Kerajaan Negeri Kedah.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut sedikit mengenai pelaburan.

kemasukan pelaburan khususnya industri pembuatan ke negeri Kedah pada akhir-akhir ini cukup membanggakan. Pada tahun 2019, kita mendapat RM11.4 bilion; top four. Pada tahun 2020, dalam keadaan pandemik kita mendapat RM 4 bilion; top five. Pada tahun 2021, RM62.2 bilion; top two. dan pada tahun 2022, RM11.2 bilion, 18 peratus daripada jumlah seluruh Malaysia, ini adalah tertinggi di Malaysia.

Berhubung dengan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MIDA dan Kerajaan Persekutuan yang telah melaksanakan MIDA One Stop Centre (OSC) for Business Travellers bermula pada 2 Oktober 2020 sewaktu pandemik. Tujuannya adalah untuk mempermudah pergerakan business travellers. OSC memudahkan pergerakan business travellers dengan mempercepat kelulusan kemasukan pelaburan ke Malaysia. Pusat ini dibuat oleh Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin, yang melibatkan pelbagai kementerian dan agensi seperti

final • 2:42 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

MIDA, MITI, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pengangkutan, Malaysia Airports, Malaysia Airlines, Jabatan Imigresen dan sebagainya.

Jumlah pelaburan disebabkan OSC ini ialah RM171.8 bilion kepada negara kita Malaysia. Di samping itu, kerajaan melalui MITI telah melaksanakan apa yang kita sebut sebagai Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS). PIKAS dilancarkan pada 16 Jun 2021. Satu langkah responsif terhadap keperluan industri pembuatan untuk mempercepat vaksinasi kepada pekerja kilang bagi mencapai imuniti kelompok dalam masyarakat. Hasil dan impak daripada usaha dan perancangan yang strategik kerajaan pada ketika ini ialah jumlah pelaburan yang diterima pada tahun 2021 ialah RM306 bilion. Manufacturing, RM 195 bilion. Ini berbanding tahun 2020, hanya RM167 bilion dan pada tahun 2011, RM211 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, untuk merancakkan lagi momentum pelaburan di negeri Kedah bagi mempercepat pertumbuhan ekonomi di negeri Kedah, agar Kedah menjadi negeri maju sebelum tahun 2035, setanding negeri-negeri maju yang lain seperti Pulau Pinang, Selangor dan lain-lain, negeri Kedah memohon kepada Kerajaan Persekutuan, untuk membantu dalam pelbagai aspek umpamanya infrastruktur kawasan industri, pengambilan tanah ladang kelapa sawit terutamanya oleh Kulim Hi-Tech Park yang dimiliki oleh GLC – yang ini ada masalah sedikit baru-baru ini. Pinjaman geran bagi pengambilan tanah dan infrastruktur untuk pembangunan industri. Takkan habis sudah?

final • 2:42 PM

Tuan Yang di-Pertua

Habis sudah. Gulung, gulung.

final • 2:42 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kalau sudah habis, saya kena lompat sedikit. Sat lagi orang Kubang Pasu marahkan saya dan orang Kedah marahkan saya.

final • 2:42 PM

Tuan Yang di-Pertua

Perderas sedikit. Perderas sedikit.

final • 2:42 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Yang di- Pertua pun akan kena marah juga, fasal orang Kedah.

Tuan Yang di-Pertua, negeri Kedah banyak berkorban demi kesejahteraan negara. Pertamanya, tanah hutan seluas 107,495 hektar terpaksa disimpan tanpa memperoleh apa-apa juga hasil kerana keterjaminan air untuk tiga negeri; bukan sahaja untuk Kedah tetapi juga Pulau Pinang dan Perlis. Bayangkan jika tanah yang luas ini ditanam dengan kelapa sawit selepas ditebang balaknya, tentunya hasil kewangan yang besar untuk negeri Kedah.

Keduanya, tanah sawah padi seluas 107,472 hektar, demi keterjaminan makanan negara.

final • 2:42 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kedah menyumbang 40 peratus kepada pengeluaran beras negara. Jadi tuan- tuan, Yang Berhormat-Yang Berhormat semua kena berterima kasih kat Kedah. Kalau tidak, tak makan nasi. Dengan itu, Kedah memohon agar Kerajaan Persekutuan yang prihatin dapat mempertimbangkan sebagai menghargai pengorbanan Kedah, pampasan yang munasabah. Kita tidak minta banyak-banyak Tuan Yang di-Pertua, kita hanya minta RM200 juta. Patutnya kita minta RM1,000 juta, RM200 juta sahaja kita minta. Sepatutnya lebih daripada itu.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya nak balik ke Kubang Pasu sat.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Eh, kata last dah tadi.

final • 2:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya tidak kata last, sikit lagi. Kubang Pasu ini Tuan Yang di-Pertua, orang Jitra, duduk di kawasan Jitra ini. Depa minta Tol Jitra itu dihapuskan, sedangkan Tol Shah Alam yang begitu ramai orang lalu pun hapus. Kita mintalah Kerajaan Persekutuan untuk menghapuskan Tol Jitra bagi memudahkan pergerakan penduduk setempat dan mengurangkan kos pengangkutan.

Seterusnya, saya ini last sekali Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya nak gulung nah. Seterusnya...

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Cara orang Kedah bercakap nah.

final • 2:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Yang di- Pertua, takkanlah nak biaq kot. Dia pun mai ikut itu.

[Ketawa] Parlimen pun sama dahulu, duduk dalam DUN pun sama.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey. End it.

final • 2:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Seterusnya...

final • 2:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Kena adil dengan kawan-kawan lain.

final • 2:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Isu capaian internet yang lemah di kampus Universiti Utara Malaysia. Kemudahan internet amat penting kepada pelajar-pelajar UUM. Di era digital, kemudahan internet amat diperlukan oleh pelajar-pelajar IPT. Bukan sahaja pelajar-pelajar UUM yang kampusnya terletak di luar bandar mengalami masalah internet, tetapi pelajar-pelajar Universiti Malaya di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur, Petaling Jaya juga berhadapan dengan masalah yang sama. Saya dengan ini meminta kerajaan menyediakan peruntukan sewajarnya bagi menaik taraf rangkaian- Ini bajet nak mai ni, masuklah sikit. Bagi menaik taraf rangkaian WiFi di semua IPT, khususnya UUM kerana ia adalah asas kepada semua aspek pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai rumusan Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan harus membantu negeri-negeri yang kurang maju berdasarkan kepada GDP perkapita seperti negeri Kedah dan negeri Kelantan, dalam bidang-bidang industri pembuatan dan juga pelancongan kerana ini akan dapat meningkatkan GDP dan juga GDP perkapita negeri-negeri ini. Jika tidak, negeri-negeri ini akan kekal sebagai negeri mundur dalam sebuah negara maju apabila Malaysia mencapai status negara maju nanti. Marilah sama-sama kita bergerak sederap sama ada di sebelah sana mahupun di sebelah sini, melangkah ke hadapan demi bagi menjayakan Malaysia yang tercinta ini.

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua...

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Eh, dua kali akhir ini.

final • 2:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya Ahli Dewan Rakyat Kubang Pasu dengan ini menyokong Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Tuan Yang di-Pertua, boleh tak saya minta cadangan supaya kembalikan masa itu 10 minit? Tujuh minit terlalu ringkas sangat Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak boleh. Saya telah membuat keputusan tadi, tujuh minit. Minta maaf. Baik. Yang Berhormat Kuala Pilah.

final • 2:50 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Titah Kebawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Yang di-Pertuan Agong bersama dengan rakan-rakan Ahli Dewan Rakyat yang lain. Kuala Pilah dengan ini menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Tuanku dan Kuala Pilah juga mengucapkan syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada rakyat Kuala Pilah atas kepercayaan yang diberikan dalam PRU-15 tempoh hari bagi saya mewakili rakyat Kuala Pilah di Parlimen yang mulia ini.

Titah Kebawah Duli Tuanku membuktikan keprihatinan tuanku terhadap kesejahteraan rakyat dan ini dapat dilihat daripada sentuhan titah terhadap segala aspek yang melibatkan kesejahteraan rakyat, terutamanya sokongan Tuanku dalam usaha

final • 2:53 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

kerajaan memperkasakan fungsi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara. Perbelanjaan penggunaan akhir swasta menyumbang 58.2 peratus kepada KDNK. Meningkat 7.4 peratus disumbangkan oleh penggunaan yang lebih tinggi dalam pengangkutan; 11.7 peratus perumahan; air, elektrik, gas dan bahan api lain 10 peratus dan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan 42.7 peratus pada suku tahun keempat 2022.

Ini jelas menunjukkan meskipun harga barang dan kos sara hidup semakin meningkat, rakyat tetap perlu membelanjakan wang yang banyak untuk perbelanjaan barangan keperluan. Sekali gus, menjadikan rakyat sebagai golongan yang paling terjejas dan terkesan dengan sosioekonomi negara kini. Kerajaan harus memikirkan formula yang praktikal bagi membantu rakyat yang terbeban dengan peningkatan kos sara hidup yang tidak berpenghujung ini. Seterusnya, jika kerajaan tidak boleh meningkatkan upah atau pun gaji, sesuatu harus difikirkan bagi membolehkan kuasa membeli dengan izin, purchasing power rakyat dapat ditingkatkan dengan meningkatkan nilai pegangan tunai rakyat.

Dalam konteks ini, penyelesaian kepada permasalahan ini tidak boleh dibuat oleh satu kementerian sahaja, in silo dan ia haruslah melibatkan semua kementerian bagi memberikan bantuan secara lebih holistik dan berkesan. Bantuan yang harus diberikan oleh agensi-agensi di bawah semua kementerian mestilah dimudah cara dan bersifat friendly kepada rakyat, terutama dalam tempoh proses pemulihan ekonomi ini jika kita benar-benar serius ingin membela rakyat yang terjejas akibat daripada kenaikan kos sara hidup ini.

Sebagai contoh, KUSKOP yang selama ini banyak memberikan dan memudah cara bantuan kepada mereka yang terkesan. Kemudahan bantuan ada di bawah KUSKOP ini seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, SME Corp, MDEC, Bank Rakyat dan lain-lain agensi haruslah diperkasakan lagi dengan penambahan peruntukan dan memudah cara mereka yang ingin memulakan semula perniagaan yang telah terkesan akibat COVID-19.

Saringan CCRIS dan CTOS haruslah dikecualikan. Kuala Pilah berpandangan setiap daripada rakyat wajar diberikan hak dan peluang kedua bagi memulakan perniagaan mereka semula.

Dalam konteks untuk menambah purchasing power rakyat telah memiliki rumah, Kuala Pilah mencadangkan juga agar Lembaga Hasil Dalam Negeri memberikan pengecualian stamp duty kepada surat cara transaksi pembelian rumah hingga pembelian rumah kediaman yang berharga RM1 juta ringgit ke bawah. Ini bukan sahaja dapat membantu rakyat memiliki rumah, tetapi ia juga dapat membantu pemaju perumahan.

Jikalau kelayakan ini hanya terpakai kepada pembelian rumah pertama, Kuala Pilah juga ingin mencadangkan agar ia– pembelian atau pemilikan rumah kedua diberikan pengecualian yang sama, stamp duty yang sama dalam bajet yang akan datang ini. KPKT sebagai contohnya, dianjurkan bersama atau mengarahkan PBT untuk memberikan diskaun yang sewajarnya kepada peniaga-peniaga dalam konteks bayaran sewaan tapak dan lain-lain bayaran yang dikenakan kepada peniaga ini.

Kesimpulannya, kesemua kementerian sewajarnya mempunyai unit dan agensi yang fokus bagi membolehkan mereka mempunyai kesatuan matlamat, wahdatul hadaf iaitu bagi memastikan kementerian-kementerian ini dapat membela dan dapat memberikan nilai ringgit yang lebih baik, lebih tinggi dalam konteks dalam kita mengetahui bahawa kita tidak boleh mungkin untuk menaikkan gaji dan upah. KPT dan KPM boleh menurunkan apa jua jenis bayaran yang dikenakan kepada pelajar.

Begitu juga dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang selama ini begitu cakna dalam membela masyarakat luar bandar dengan dicadangkan penambahan peruntukan untuk pembinaan rumah baharu dan pembaikan rumah untuk mereka yang tersenarai dalam senarai e-Kasih kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, Kuala Pilah ingin juga menyentuh kesejahteraan mereka yang menggunakan lalu lintas Seremban – Kuala Pilah. Kuala Pilah bersama-sama Jempol senada memohon pihak kerajaan meneliti semula isu pembinaan jalan alternatif yang baharu dari Seremban ke Kuala Pilah, Jempol dan terus ke negeri-negeri Pantai Timur. Kesesakan lalu lintas Kuala Pilah – Seremban adalah dengan izin, unbearable.

final • 2:53 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Pembesaran jalan yang dibuat berperingkat-peringkat dahulu tidak lagi praktikal dan melibatkan kos yang lebih tinggi. Laluan alternatif cadangan ini sudah menjadi pilihan utama - laluan sekarang ini, sudah menjadi pilihan utama mereka yang ingin ke Pantai Timur. Malahan, kenderaan-kenderaan berat mengelak menggunakan Lebuhraya Karak dan memilih untuk menggunakan laluan ini memandangkan tahap kecerunan lebih rendah melalui jalan Bukit Putus.

Kajian Kementerian Kerja Raya dengan jelas menunjukkan penggunaan laluan kenderaan melebihi 28,000 sehari dan ia sudah tentu akan meningkat di hari-hari puncak, terutama di musim perayaan. Kesesakan trafik berjam-jam sudah tentu meningkatkan fuel consumption dengan izin, dan secara tidak langsung akan memberi kesan kepada aliran tunai rakyat kita. Oleh yang demikian, saya merayu kepada pihak kerajaan, terutamanya Kementerian Kerja Raya agar dapat menjadikan impian rakyat Kuala Pilah dan impian rakyat yang akan dapat faedah dari laluan alternatif yang baru ini menjadi kenyataan.

Kuala Pilah menyokong penuh pelan kerajaan untuk membantu sekolah-sekolah daif di seluruh negara. Namun begitu, Kuala Pilah memohon agar pihak Kementerian Pendidikan melihat kepada aspek keselamatan anak-anak murid yang menghuni bangunan tidak selamat untuk diduduki. Di Kuala Pilah sebagai contohnya, ada sebuah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Senaling di mana terdapat aliran air di bawah tanah di salah satu bangunan sekolah tersebut. Difahamkan kajian forensik telah dilakukan oleh JKR dan oleh itu, diharap pihak kementerian dapat bertindak dengan segera mengatasi masalah tersebut bagi mengelakkan kemalangan jiwa dan bencana akibat kelewatan ia diperbaiki.

final • 2:53 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Tuan Yang di-Pertua, Kuala Pilah juga ingin memohon agar pihak Kementerian Pendidikan melihat kepada keperluan Sekolah Sukan Negeri Sembilan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Za'ba yang merupakan satu-satunya sekolah sukan di Negeri Sembilan yang masih ketinggalan dalam aspek kemudahan seperti gelanggang berbumbung terbuka dan pelbagai guna yang boleh digunakan oleh atlet-atlet yang terpilih dalam sukan untuk belajar di sekolah tersebut.

Gelanggang yang sedia ada begitu daif dan membahayakan pelajar. Begitu juga dengan keperluan pengangkutan bas ataupun coaster yang selama ini pihak Sekolah Za’ba ini menyewa bas dan van sekolah-sekolah lain apabila adanya kejohanan- kejohanan yang melibatkan sekolah sukan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Kuala Pilah juga menyokong saranan Yang Berhormat Bera sebentar tadi berkaitan dengan ibadah haji iaitu diberikan pilihan kepada umat Islam untuk mereka ini menunaikan haji dengan beberapa opsyen yang telah dilontarkan oleh Yang Berhormat Bera sebentar tadi.

Tuan Yang di-Pertua, Kuala Pilah dengan ini menyokong Titah Kebawah Duli Tuanku. Terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Saya jemput Yang Berhormat Kota Bharu. Yang Berhormat Kota Bharu diberikan 10 minit kerana beliau ialah Ketua Whip, silakan.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dengan izin dan dengan hormatnya Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Negeri Pahang aman sentosa, Kaya dengan tumbuh-tumbuhan, Menjunjung Titah Seri Paduka, Rakyat didahulu, negara dipertahan.

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

*Dari Tambun ke Putrajaya, Kota Lukut tidak dilupa, Impian menahun menjadi nyata, Jangan tingkah menyalah kata.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, kepimpinan kerajaan Ahli-ahli Dewan Rakyat yang saya muliakan, tidak lupa kepada rakyat saya di Parlimen Kota Bharu yang saya kasihi sekalian. Alhamdulillah, saya mendapat peluang untuk membahaskan ucapan Titah Diraja pada kali ini.

Saya ingin memulakan perbahasan saya dengan menyentuh isu berkaitan dengan integriti yang mana perkara ini turut disentuh oleh Yang di-Pertuan Agong di dalam titah ucapan Baginda yang saya mohon untuk rujuk kepada para 13 yang berbunyi; “Bagi membudayakan integriti dan memperkukuh tadbir urus, Beta menghargai komitmen serta tekad kerajaan Beta untuk membanteras rasuah secara agresif dengan menumpukan kepada aspek perolehan, penguatkuasaan dan rasuah berskala besar...”. Tuan Yang di-Pertua, aspek integriti merupakan satu aspek yang cukup penting terutamanya dalam rangka pembentukan sesebuah kerajaan. Ia bagi memastikan agar mereka yang diberikan amanah untuk mengemudikan pentadbiran negara adalah mereka yang bersih dan tidak ada rekod integriti yang buruk terutamanya jenayah rasuah.

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat...

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya teruja...

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Kota Bharu...

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...Apabila— sekejap. Belum start lagi Yang Berhormat Jelutong. Saya amat teruja...

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sebelum masuk topik lain.

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...Kenyataan-kenyataan awal yang telah dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun setelah beliau dilantik menjadi Perdana Menteri yang ke-10 iaitu sebagaimana dilaporkan dalam Berita Harian pada 24 November 2022 yang memetik, “Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim menegaskan pendirian Pakatan Harapan dalam isu itu adalah jelas iaitu tidak melantik mana-mana Ahli Parlimen yang didakwa di mahkamah” dan disebut quotation-nya ada beberapa isu teras yang kita tidak boleh kompromi iaitu tadbir urus baik usaha anti rasuah dan juga kebebasan kehakiman.

Saya juga ingin merujuk kepada beberapa...

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat...

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...Pandangan yang diberikan dan dikeluarkan oleh rakan-rakan saya...

final • 3:01 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Yang Berhormat Jelutong jangan kacaulah.

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...Daripada pihak kerajaan.

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya minta laluan.

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Salah satunya...

final • 3:01 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, terima kasih sahabat saya. Kita sama-sama penyokong Liverpool, ‘You'll never walk alone’. Saya hendak tanya berkenaan dengan isu integriti. Apakah pendapat Yang Berhormat

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

pendapat yang sama berkenaan pemberian sedekah kepada pengundi-pengundi semasa pilihan raya?

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Itu isu tidak berkaitan di sini.

Saya ingin memetik Tuan Yang di-Pertua, satu kenyataan daripada rakan kita daripada pihak kerajaan, Yang Berhormat Ahli Parlimen Pasir Gudang. Pada satu kenyataannya, saya ada di sini kenyataannya dilaporkan di dalam Malaysiakini yang mengatakan bahawa beliau menyeru Perdana Menteri— Ahli Parlimen Pasir Gudang menyeru Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim tidak melantik Ahli Parlimen yang menghadapi pertuduhan rasuah dalam Kabinet. Ahli Parlimen PKR itu berkata, dia berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 berdasarkan dasar utama Pakatan Harapan untuk memerangi rasuah. Ini petikannya.

“Saya mohon Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim supaya tidak melantik Ahli-ahli Parlimen yang ada kes mahkamah dalam pertuduhan rasuah dan pecah amanah menjadi Menteri di dalam Kerajaan Perpaduan”. Kriteria ini kata Ahli Parlimen Pasir Gudang hendaklah diguna pakai secara adil sama ada tidak kira daripada PH ataupun dari BN atau parti-parti gabungan politik lain yang berada di dalam Kerajaan Perpaduan. Kata-katanya yang saya minat, ‘Hapuskan rasuah, ini janji kita’, ujar Yang Berhormat Pasir Gudang.

Saya juga ingin memetik seorang lagi anggota pentadbiran yang juga saya hormati seorang peguam, Ahli Parlimen Setiawangsa yang dilaporkan dalam laporan yang sama mengatakan bahawa Ahli Parlimen Setiawangsa berkongsi pandangan yang sama dengan Ahli Parlimen Pasir Gudang. Beliau berkata *quotation quote.

“Yang terbaik dan paling ideal saya fikir tidak letakkan mereka yang ada kes mahkamah dalam Kabinet supaya tidak timbul isu kelak selain rakyat sangat tekankan selepas PRU-14 lalu hingga kini adalah soal rasuah”*.

Ini dia sebut. Kita boleh katakan kes masih berjalan di mahkamah dan sebagainya tetapi bagi saya kata Yang Berhormat Setiawangsa, seelok-eloknya kena whiter than white. Itu kata dia bila memegang amanah ini, kata Naib Presiden PKR itu.

Namun demikian Tuan Yang di-Pertua, malang seribu kali malang keterujaan kepada pengesahan atau pun kata-kata Yang Amat Berhormat Tambun nampaknya meleset sama sekali apabila beliau telah membuat pelantikan dalam anggota pentadbirannya. Melantik mereka yang bertaraf tertuduh di mahkamah. The accused in the court of law untuk...

final • 3:01 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Kota baharu minta laluan.

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...Untuk memasuki ataupun berada dalam barisan Kabinetnya.

final • 3:01 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ini merupakan satu perkara yang cukup-cukup berat. Saya hendak sebut perkara ini— sekejap Yang Berhormat Hulu Terengganu. Yang Berhormat Jelutong, ini perkara yang berlaku pada 16 Januari 2023 di mana Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Bagan Datuk kesnya disebut di mahkamah.

Pendakwa raya yang mengendalikan kes ini semasa introduced ataupun memperkenalkan kes yang mengatakan bahawa— Ini di-quoted dalam Malaysiakini.

“Semasa sebutan kes pagi ini, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran memaklumkan bahawa tertuduh atau lebih tepatnya TPM berada di kandang tertuduh...”.

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat...

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kenyataan daripada...

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, memandangkan Jelutong...

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...Seorang Timbalan Perdana Menteri...

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Disebut. Boleh beri peluang untuk saya bahas?

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...Dan dalam artikel bahasa Inggeris...

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker...

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...Kata ia...

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini melanggar peraturan, peraturan Dewan.

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...Tidak akan diketahui di peringkat antarabangsa.

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, 36(2).

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...Dalam FMT, ya dalam FMT.

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

36(2).

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

The accused who is also a Deputy Prime Minister is present in the dock.

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Standing order, standing order.

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya menggunakan Standing Order 37.

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No, saya bangkitkan Standing Order 36(2). Saya bacakan.

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya 37, tidak ada gangguan.

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tidak boleh disebutkan apa-apa perkara...

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, aspek...

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

..Yang sedang dalam...

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...Integriti...

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

..Timbangan mahkamah.

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...Cukup penting.

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan duduk Yang Berhormat Jelutong.

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...Terutamanya ia kadang- kadang akan meletakkan kedudukan...

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Standing order.

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...Yang...

final • 3:01 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Duduklah Yang Berhormat Jelutong.

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey. Sekejap saya...

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Bharu merupakan seorang peguam.

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baca.

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Baik, saya merujuk kepada 36(2).

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

36(2) kata apa?

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah.

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya tidak sebut merit.

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Berbahas tetapi jangan rujuk kepada perkara itu.

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

You are also a lawyer. Saya tidak menyebut merit kes.

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Bagan Datuk belum didapati bersalah.

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ini dilaporkan di dalam Malaysiakini.

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Bagan Datuk belum didapati bersalah.

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dulu cakap lain, sekarang cakap lain ya Yang Berhormat Jelutong.

final • 3:01 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

You are a lawyer. You are a lawyer.

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

I know you very well.

final • 3:01 PM

Seorang Ahli

Win statement, win statement.

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

You are a lawyer.

final • 3:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua saya ada dua minit lagi.

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong, okey. Sambung.

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

A man is innocent until proven guilty.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat Jelutong. Point taken.

final • 3:10 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Duduk Yang Berhormat Jelutong, duduk.

final • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Come on. Must have some standards.

final • 3:10 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Duduklah Yang Berhormat Jelutong, duduk.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey teruskan.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, atas dasar ini saya mengatakan ...

final • 3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Kota Bharu, laluan sekejap.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

.... teruskan.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

... Bahawa keadaan yang berlaku ini iaitu mereka yang menjadi anggota penting pentadbiran dibenarkan memegang jawatan sedangkan mereka mempunyai kes mahkamah. Meletakkan pegawai-pegawai perundangan dan kehakiman dalam keadaan yang amat sukar. Pendakwa raya, prosecute the standing Deputy Prime Minister, The judge is dealing with a case involving standing Deputy Prime Minister.

final • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya rujuk kembali kepada Peraturan Dewan. Memang jelas perkara ini melanggar Peraturan Dewan.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Jadi atas dasar itu, saya bagi pihak pembangkang, I am opposition, saya pembangkang menyeru supaya kerajaan membuat satu ketetapan, adakah boleh dibenarkan seorang anggota pentadbiran yang berada di ranking nombor dua dibenarkan bertugas sedangkan beliau mempunyai kes di mahkamah?

[Tepuk]

final • 3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

[Bangun]

final • 3:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya ingin merujuk satu keadaan. Sekejap Yang Berhormat Hulu Terengganu. Saya ingin merujuk satu petikan semasa Yang Berhormat Bagan Datuk mula-mula dituduh di mahkamah dalam tahun 2018. Pemuda UMNO telah membuat satu kenyataan Pemuda UMNO gesa Zahid cuti seketika. Ini gesaan pemuda di parti beliau sendiri. Ini menunjukkan bahawa apa yang dikatakan oleh Pemuda UMNO...

final • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya menggunakan Peraturan Mesyuarat sekali lagi.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...Pergerakan Pemuda UMNO hari ini...

final • 3:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Membuat ruling Tuan Yang di-Pertua, bukan Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Jelutong bukan Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tolong buat ruling Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Bharu, saya bagi satu minit tambahan. Saya hendak dengar. Silakan Yang Berhormat Jelutong. Sekejap, sekejap Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Pemuda UMNO mengatakan dalam kenyataannya. Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menggesa Dato’ Seri Dr.

Ahmad Zahid Hamidi mempertimbangkan untuk bercuti seketika daripada menjalankan tugas sebagai presiden parti sehingga kesnya selesai.

Bagi Pemuda UMNO, rehat menjalankan tugas bukan bererti berliau bersalah tetapi beliau seharusnya diberi peluang untuk memfokuskan usaha membersihkan namanya di mahkamah dengan 45 tuduhan yang dihadapinya.

Jadi dalam hal ini, pembangkang menggesa...

final • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

final • 3:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Kota Bharu. Tuan Yang di-Pertua, boleh sedikit penjelasan?

final • 3:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...Supaya kerajaan membuat ketetapan supaya anggota pentadbiran yang mempunyai kes di dalam mahkamah mengambil cuti. Ini juga yang dikatakan kepada Yang Berhormat Bagan dahulu oleh MCA Pulau Pinang supaya bercuti dahulu sementara kesnya selesai.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ini kerana walaupun kita tahu dan satu lagi perkara yang kita hendak panduan daripada kerajaan, adakah anggota pentadbiran yang berhak mendapat outrider ataupun kawalan polis boleh menggunakan kawalan polis semasa pergi menghadiri mahkamah apabila beliau berhadapan dengan kes?

Jadi, dalam kes ini kita mengakui a person is innocent until proven guilty tetapi keadilan perlu diberikan kepada prosecuting ataupun prosecution dan juga mahkamah supaya mahkamah dapat melaksanakan keadilan without fear or favour, tanpa mereka takut dan gentar mereka boleh melaksanakan tanggungjawab. A standing Prime Minister, Deputy Prime Minister facing a court case adalah keadaan yang tersalah arah kepada pegawai-pegawai kehakiman.

[Tepuk]

final • 3:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Oleh sebab itu saya menyeru supaya kerajaan mengambil ketetapan yang sebenarnya.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 3:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya ada banyak point lagi Yang Berhormat. Akan tetapi oleh kerana saya menghormati Tuan Yang di-Pertua, saya harap apa yang saya bangkitkan ini mendapat satu perhatian daripada pihak kerajaan.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ini adalah serius Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja di peringkat negara kita, juga di peringkat seluruh dunia itu sendiri.

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Keningau.

final • 3:10 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua Peraturan Mesyuarat. Peraturan Mesyuarat 37(2).

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bacakan.

final • 3:10 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

“Pengerusi boleh tidak membenarkan mana-mana ahli meminta penjelasan sekiranya di dapati Majlis Mesyuarat tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk menyelesaikan urusannya dan jika Pengerusi mempercayai bahawa niat ahli yang meminta penjelasan adalah semata-mata untuk mengacau ahli yang sedang bercakap.” [Tepuk] Dalam keadaan masa Tuan Yang di-Pertua tujuh minit, sepanjang Yang Berhormat Kota Bharu bercakap, Yang Berhormat Jelutong selalu kacau. Kita sudah tahu daripada dua penggal Yang Berhormat Jelutong, inilah perangainya.

[Tepuk] Jadi saya ingat Tuan Yang di-Pertua dalam masa yang terhad ini buat ruling tidak akan ada gangguan.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pengkalan Chepa, duduk dahulu. Adakah saya membenarkan Yang Berhormat Jelutong terus bercakap atau saya suruh duduk tadi? Saya suruh dia duduk. Dia duduk dah pun. Isunya sudah settle.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Jelutong tidak duduk pun. Degil.

final • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(6). Mengatakan bahawa saya bangun untuk membuat kacau. Saya bangun kerana Yang Berhormat Kota Bharu telah melanggar peraturan. Saya tidak masuk serbu begitu sahaja. Saya minta kenyataan itu ditarik balik.

Saya merupakan seorang peguam, Yang Berhormat Kota Bharu seorang peguam. Kita tahu tentang Standing Order.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Oleh sebab itu saya kata oleh kerana masa, saya tidak membenarkan Yang Berhormat Jelutong bercakap tadi sebab isunya ialah masa 10 minit.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, isu-isu yang lain itu saya ingat tidak penting waktu ini. Ini kerana yang disebut itu adalah fakta, bukan kes.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hidup Tuan Yang di-Pertua:

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi ...

final • 3:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tuan Yang di-Pertua ...

final • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Seorang Ahli

...... duduk, Yang Berhormat Jelutong duduk.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Please, please.

final • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, can I just...

final • 3:10 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya keputusan saya, seperti yang disebut tadi tidak melanggar undang-undang. Sila duduk.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Teruskan Tuan Yang di-Pertua. Teruskan Tuan Yang di-Pertua, teruskan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tuan Yang di-Pertua, I think kita perlu perjelaskan Peraturan Mesyuarat 36(2). Tidak boleh disebut apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah. Dia tidak menyentuh kepada semua aspek mahkamah tetapi the merit. Oleh sebab itu apabila Yang Berhormat Kota Bharu bercakap...

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beluran, itu exactly saya sebut Yang Berhormat Beluran.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Exactly tetapi Yang Berhormat Jelutong dia bangun dan ulang bangun. Bangun berkali-kali dalam konteks yang sama Peraturan Mesyuarat 36(2), telah pun diperjelaskan. Itu yang Ahli Parlimen Pengkalan Chepa perbetulkan Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Betul. Oleh sebab itu saya tidak membenarkan Yang Berhormat Jelutong terus, proceed. Saya faham itu. Saya minta Yang Berhormat Jelutong tidak proceed dan Yang Berhormat Jelutong telah duduk. Case closed. Yang Berhormat Keningau silakan.

Yang Berhormat Keningau, oleh sebab Yang Berhormat Keningau ketua parti, saya membenarkan Yang Berhormat Keningau bercakap 10 minit.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong atas Titah Diraja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta keprihatinan Tuanku mengenai hal dan hak Sabah dan Sarawak. Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pembangunan untuk Sabah dan Sarawak khasnya memperkasakan ekonomi dan pembinaan Pan Borneo Highway di Sabah.

Walaupun layanan Kerajaan Persekutuan terhadap Sabah dan Sarawak semakin baik namun masih banyak lagi yang perlu diperbetulkan. Antaranya status Sabah dan Sarawak dalam Malaysia, adakah kita negeri, negara atau wilayah? Semasa Proklamasi Malaysia pada 16 September 1963 yang dibaca dan disebarkan di seluruh dunia, Persekutuan Malaya telah bergabung dan bersekutu dengan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

final • 3:16 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Dalam proklamasi tersebut, Sabah dan Sarawak dirujuk sebagai negara sama dengan rujukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipinda dan berkuat kuasa pada 16 September 1963. Ketua negara Sabah dan Sarawak digelar Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua negara Sabah dan Yang di-Pertua negara Sarawak masing-masing. Kini, Malaysia terdiri daripada tiga entiti. Maka itu, perlulah penjelasan tentang kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia ini.

Tuan Yang di-Pertua, kedua, syarat-syarat perjanjian dan janji-janji semasa penubuhan Malaysia masih perlu dijelaskan. Bapa-bapa kemerdekaan Malaysia telah bersetuju menubuhkan Persekutuan Malaysia atas dasar-dasar dan syarat-syarat yang telah dikupas dan dibincangkan sebelum dipersetujui. Ada juga yang termaktub di dalam perlembagaan selain daripada 20 perkara dan laporan IGC.

Saya amat bersetuju dengan pendapat dan pandangan Tuanku dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa sudah tiba masanya untuk kita melaksanakan apa jua yang telah dipersetujui oleh bapa-bapa kemerdekaan. Sabah dan Sarawak dijanjikan akan menikmati keselamatan dan pembangunan malah dipujuk bergabung menubuhkan Malaysia tetapi selepas 60 tahun dalam Malaysia, lapan daripada 10 buah daerah yang termiskin di Malaysia adalah terletak di Sabah.

Sabah pula menjadi negeri yang lebih tidak selamat apabila dicerobohi oleh tentera Sultan Sulu daripada negara Filipina Selatan dan sering kali dicerobohi oleh pengganas-pengganas Abu Sayyaf dan juga penculik-penculik dari kawasan yang sama.

final • 3:16 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Tuan Yang di-Pertua, ketidakselamatan Sabah bertambah lebih buruk apabila pimpinan Kerajaan Persekutuan membuka ruang kepada pelarian dan pendatang tanpa izin menjadi pengundi melalui projek IC semasa pemerintahan Barisan Nasional pada waktu itu yang juga menjadikan Sabah lebih miskin kerana penduduk Sabah telah bertambah mendadak sehingga 400 peratus seperti ternyata di dalam Laporan RCI 2014.

Sebelum Pembentukan Malaysia, Sabah sebenarnya kaya dan berkuasa walaupun masih mundur. Ini disebabkan Sabah mempunyai hutan balak dan berkuasa ke atas sumber mineral, termasuk minyak dan gas. Tercatat di dalam Hansard Dewan Undangan Negeri Sabah pada tahun 1969, bahawa Ketua Menteri Sabah telah menandatangani enam perjanjian minyak dengan syarikat gergasi antarabangsa minyak untuk mengeksplorasi dan melombong minyak dan gas di Sabah dengan pulangan antara lain 12.5 peratus royalti. Akan tetapi, bilamana pada tahun 1976 PETRONAS telah mengambil alih hak milik dan sumber minyak melalui Petroleum Development Act, pulangan pada Sabah hanyalah lima peratus iaitu Sabah kerugian 7.5 peratus.

Sabah dan rakyat Sabah bertambah miskin lagi apabila kehilangan kuasa kemerdekaannya melalui Pembentukan Malaysia, di mana hasil bersih 40 peratus kewangannya tidak dipulangkan oleh Kerajaan Persekutuan mengikut janji dan Perlembagaan dalam Artikel 112C, 112D dan Item 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh dalam Perlembagaan sejak tahun 1974. Persoalannya, di manakah 40 peratus ini selama 48 tahun? Bilakah formal financial review akan diadakan? Ini adalah review yang mandatori setiap lima tahun tetapi tidak dibuat sejak tahun 1974.

Keadaan sosioekonomi Sabah bertambah buruk bilamana pemimpin-pemimpin Pusat membawa parti-parti politik mereka ke Sabah dan merekrut dan mengimport orang- orang asing dari Filipina dan Indonesia sebagai pengundi dan memberikan mereka kad pengenalan (IC) Malaysia dan kewarganegaraan mengikut “pintu belakang” seperti mana yang dikatakan di dalam RCI 2014. Dengan slogan ‘Demi Bangsa dan Agama’, mereka cuba melaksanakan social engineering di Sabah. Malah, Perdana Menteri pada waktu itu sanggup membelakangkan Perlembagaan Sabah untuk mengatur penggiliran Ketua Menteri setiap dua tahun demi kuasa politik mereka. Akan tetapi, bila sampai giliran parti mereka, tidak ada pula penggiliran.

Tuan Yang di-Pertua, this is probably the darkest political history of Sabah and I hope, dengan izin, *this will never happen again.

[Tepuk]* Oleh sebab semua ini, tidak hairanlah Sabah menjadi negeri termiskin di Malaysia. Bukan sahaja termiskin, we are not only the poorest, but also the sickest according to index dan mempunyai illiteracy yang

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

tertinggi. Kemunduran Sabah banyak kita telah dengar dan telah dikupas oleh rakan-rakan seperti rakan dari Kota Belud dan sebagainya. Akan tetapi apa yang saya ingin katakan di sini, bahawa pembangunan Sabah boleh dikatakan 30 atau 40 tahun ke belakang oleh pembangunan di Semenanjung.

Maka, dengan keadaan dan kemunduran Sabah berbanding dengan Semenanjung, kami di Sabah perlu bantuan dan dorongan fokus dalam pembangunan.

Sabah dan Sarawak perlu kejar pembangunan di Malaya dan perlu dana membangun yang mencukupi, perlu keadilan dan perlu dihormati perkongsian kita bersama sebagai rakan kongsi membentuk Malaysia.

Maka itu, dicadangkan dana pembangunan setiap tahun sepatutnya mengikut nisbah yang baharu iaitu formula yang baharu yang lebih adil iaitu 50 peratus untuk Semenanjung, 25 peratus di Sarawak dan 25 peratus di Sabah. Barulah kita boleh kejar pembangunan yang ada di Semenanjung.

Kita juga perlu memastikan hak kewangan 40 peratus ini dapat ditunaikan dengan cepat dan bukan hanya RM260 juta atau RM300 juta. Perlu juga status Sabah dan Sarawak dikembalikan. Apa yang penting sekali, saya meminta supaya peruntukan untuk Pan Borneo ini dipercepatkan kerana yang Tuanku telah lafazkan hasrat untuk melihat, to drive on the Pan Borneo highway. Saya harap peruntukan akan diturunkan dengan cepat pada tahun ini agar hasrat Tuanku menjadi kenyataan dan konvoi kembara Tuanku dapat menggunakan lebuh raya tersebut dan disambut meriah oleh rakyat Sabah, penuh dengan protokol sebagai Yang di-Pertuan Agong sebelum Tuanku berangkat pulang ke negeri Pahang pada tahun yang akan datang.

Perlu juga, saya rasa, sokongan daripada Kerajaan Pusat untuk membangunkan ekonomi Sabah dan Sarawak memandangkan pemindahan pusat ibu pejabat ataupun ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Nusantara, Kalimantan.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat Keningau, boleh gulung.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Tuan Yang di-Pertua, sebagai rumusan, saya yakin Malaysia akan lebih maju dan pemerintahannya akan lebih stabil sekiranya ada perpaduan dan kerjasama semua pihak dan semua tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia, IGC Report, 20 Perkara dan Perlembagaan dilaksanakan.

Dengan itu, Keningau menyokong. Sekian.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Saya jemput Yang Berhormat Saratok, tujuh minit.

final • 3:20 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Salam sejahtera dan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua atas ruang dan peluang yang diberikan pada Saratok untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menjunjung kasih ke atas Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Atas peluang ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi- pengundi di kawasan saya iaitu P.205 Saratok atas mandat yang telah diberikan kepada saya untuk mewakili mereka untuk penggal yang kedua. Dengan kesempatan ini, saya ingin mengutarakan beberapa isu yang pada pandangan saya perlu mendapat perhatian yang serius daripada pihak kerajaan.

Saya mulakan dengan isu setempat. Projek Jalan Kupang – Bajau. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang isu pembangunan infrastruktur di kawasan saya iaitu P.205 Saratok. Salah satu daripadanya ialah isu Projek Jalan Kupang – Bajau yang pembinaan projek ini sepatutnya bermula pada tahun 2016 kerana telah diumumkan oleh Kerajaan Barisan Nasional pada masa itu di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

final • 3:29 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Namun begitu, sampai hari ini projek ini belum juga dimulakan walaupun kerajaan pusat telah bertukar lima kali iaitu daripada Barisan Nasional (2016), Pakatan Harapan

(2018), Perikatan Nasional (2020), Keluarga Malaysia (2020) dan kini kerajaan kita yang ada sekarang. Tuan Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat di kawasan ini sejak 2018, isu ini sememangnya menjadi keutamaan dan perhatian saya. Telah diadakan banyak perbincangan sejak 2018 bersama pihak terlibat termasuk JKR Sarawak dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebagai usaha untuk memastikan projek ini direalisasikan dengan secepat mungkin.

Namun begitu, sampai sekarang ia belum bermula. Alasan demi alasan diberikan, jadual demi jadual diberikan pihak kementerian namun belum nampak hasilnya. Setakat hujung tahun 2022, saya difahamkan status pembangunan tersebut telah selesai di peringkat survey dan reka bentuk. Saya juga difahamkan pertengahan tahun lepas bahawa proses tendering sepatutnya telah dimulakan sekarang. Tidak ada alasan lagi untuk menangguhkannya. Dengan ini, saya merayu dan memohon agar kerajaan menyegerakan pembinaan Jalan Kupang – Bajau ini.

Projek pembangunan Jambatan Sungai Krian. Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dengan Projek Jambatan Sungai Krian yang menghubungkan Pagan dan Kampung Kupang. Projek ini juga di bawah KPLB dan sudah diluluskan sejak Kerajaan Barisan Nasional lagi. Namun begitu, projek ini juga mengalami nasib yang sama dan belum bermula lagi.

Dengan ini, saya ingin mendapat kepastian daripada pihak kerajaan, apakah status sebenar projek Jambatan Sungai Krian ini dan bilakah ia akan dimulakan? Adakah isu-isu teknikal dan komersial telah diselesaikan? Banyak isu rakyat di Saratok yang perlu diambil perhatian dan diselesaikan bersama dengan pihak kerajaan dan masalah- masalah ini saya akan ketengahkan lagi semasa perbahasan Bajet dan Jawatankuasa yang akan bersidang di Dewan ini pada masa yang akan datang.

Isu subsidi tarif elektrik. Tuan Yang di-Pertua, pada 16 Disember 2022 yang lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan sebanyak RM10.76 bilion diperuntukkan untuk menampung subsidi tarif elektrik pada tahun 2023. Pada pendapat saya, ini adalah langkah yang berpatutan kerana dapat mengurangkan beban ataupun kos sara hidup rakyat. Walau bagaimanapun, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, daripada jumlah tersebut, adakah dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) digunakan ataupun menggunakan dana kerajaan sepenuhnya bagi tujuan bayaran subsidi tarif elektrik tersebut? Ini kerana sekiranya dana Kerajaan Persekutuan digunakan, maka pengguna domestik di Sarawak juga berhak menikmati subsidi elektrik yang sama jumlahnya dengan pengguna di Semenanjung.

Di sini, saya meminta kerajaan untuk menyatakan berapakah daripada RM10.76 bilion tersebut akan disalurkan untuk pengguna di Sarawak? Apakah mekanisme yang akan diguna pakai untuk memastikan subsidi ini sampai kepada pengguna elektrik di Sarawak? Kita juga maklum bahawa bekalan elektrik di Sarawak adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Sarawak, namun begitu pengguna di Sarawak juga berhak mendapat subsidi Kerajaan Persekutuan tersebut tanpa mengira tarif elektrik yang sedia ada di Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang amat membimbangkan adalah kenaikan surcaj secara mendadak untuk industri-industri daripada 3.7 sen per kilowatt jam ke 20 sen per kilowatt jam. Ini bersamaan dengan kenaikan lebih lima kali ganda daripada sebelumnya ataupun 540 peratus untuk industri voltan tinggi bagi tempoh Januari-Jun 2023.

Kenaikan secara mendadak ini sudah pasti akan memberikan kesan kepada industri-industri di Malaysia. Kesannya terhadap rangkaian ekonomi pengeluaran di Malaysia boleh mengurangkan daya saing, menaikkan harga barang keluaran dan membebankan pengguna sekali gus menambahkan kadar inflasi di Malaysia. Oleh yang demikian, saya menyeru kerajaan supaya mengkaji semula kenaikan mendadak surcaj untuk industri ini.

final • 3:30 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Isu penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik ke Sabah. Tuan Yang di- Pertua, seterusnya saya ingin mengambil perhatian bahawa berkenaan dengan cadangan untuk memuktamadkan pada 1 Januari 2024 iaitu kurang setahun daripada sekarang seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sabah bertarikh 20 Januari 2023.

Kita faham sememangnya menjadi hasrat rakyat Sabah untuk mengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik ini seperti rakan mereka di Sarawak selaras dengan MA63.

Namun demikian, keputusan ini yang ingin memuktamadkannya pada 1 Januari 2024 adalah satu keputusan yang amat drastik. Ingin saya tekankan di sini bahawa di dalam keghairahan untuk menyerahkan kuasa selia bekalan elektrik kepada Sabah, kita perlu juga mengambil kira beberapa operator penting yang perlu diperhalusi. Maka saya ingin mendapatkan perincian akan langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan dalam proses penyerahan kuasa kawal selia tersebut dengan tempoh masa yang berbaki kurang daripada setahun ini. Isu-isu kritikal adalah kesediaan Kerajaan Persekutuan dan Sabah daripada segi kewangan untuk proses penyerahan tersebut.

Oleh itu, saya ingin bertanya kepada kerajaan, berapakah jumlah secara total yang perlu ditanggung oleh Kerajaan Sabah untuk mengambil alih kuasa bekalan elektrik tersebut? Satu minit lagi minta. Tanggungan-tanggungan yang perlu diselesaikan antaranya ialah pengambilan saham TNB, pembiayaan pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan, pembiayaan subsidi bahan api, subsidi solar dan subsidi sokongan tarif yang akan ditanggung kelak sekiranya kuasa kawal selia tersebut telah diserahkan sepenuhnya. Adakah pengambilan ini melibatkan implikasi kewangan Kerajaan Persekutuan? Sekiranya kerajaan benar-benar komited dalam memuktamadkannya pada 1 Januari 2024, saya memohon agar semua impak kewangan ataupun liabiliti perlu ditanggung dan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan dan kos ini perlu dimasukkan ke dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan nanti.

Dengan itu, saya ingin menjunjung kasih dan menyokong Titah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Saratok. Seterusnya, Yang Berhormat Bakri.

final • 3:30 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan masa telah dipendekkan, saya akan cuba pendekkan perbahasan saya hari ini dan saya harap Tuan Yang di-Pertua juga boleh panjangkan sedikit masa yang diberikan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pengundi di P145 – Bakri yang telah mengundi saya bagi mewakili mereka dalam Dewan yang mulia ini. Saya juga sedar dan faham hakikat bahawa ada juga sebahagian pengundi yang belum bersedia untuk mengundi pihak saya dan saya akan cuba menangani segala kelemahan yang ada supaya dalam pilihan raya akan datang, saya dapat menawan hati mereka dan mereka akan menyokong kami dan terus duduk di sini menerajui kerajaan yang seterusnya.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu perumahan dalam Dewan yang mulia ini. Isu ini merupakan satu isu yang begitu dekat dengan hati rakyat Malaysia.

Memandangkan faktor masa, saya akan membicarakan berkenaan latar belakang dan fenomena-fenomena yang saya perhatikan selama ini sebagai mukadimah pada hari ini dan harap sekiranya ada rezeki, saya dapat membicarakan cadangan daripada saya dalam perbahasan Bajet nanti.

Tuan Yang di-Pertua, Dasar Perumahan Negara kita telah bermula sejak zaman kemerdekaan dan menjadi satu usaha yang berterusan walaupun dengan penjenamaan yang berlainan. Ada dikenali sebagai rumah kos rendah ataupun rumah kos sederhana, Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA), rumah mesra rakyat, rumah mampu milik dan sebagainya. Walau bagaimana nama bertukar, prinsip dan semangatnya hanya satu iaitu

final • 3:37 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

rumah-rumah tersebut dibina untuk ditawarkan pada satu harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran dan dijual kepada mereka yang berpendapatan rendah sebagai satu bentuk bantuan dan mengurangkan masalah sosial yang mungkin berlaku hanya disebabkan oleh isu perumahan ini.

Justeru, saya mengalu-alukan usaha KPKT untuk menerima kunjungan kontraktor Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura bagi berkongsi pengalaman mereka mengenai pembinaan rumah mampu milik.

final • 3:37 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Jangan kita berlaku seperti katak di bawah tempurung dengan dakwaan pembohongan dan bersifat perkauman. Kita perlu sedar bahawa terdapat 80 peratus rakyat Singapura tanpa mengira kaum yang tinggal di flat HDB sehingga flat HDB ini dianggap sebagai sebuah model yang berjaya di dunia.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mencadangkan supaya kerajaan mempelajari model-model perumahan mampu milik yang berjaya di negara lain seperti di Holland, Austria, Denmark, Sweden dan Australia sebagai rujukan supaya penambahbaikan dasar perumahan mampu milik ini dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat...

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, perumahan merupakan keperluan asas bagi semua orang untuk hidup secara bermaruah dan juga merupakan hak asasi manusia yang termaktub dalam Perkara 25(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Harga median pada tahun 2020 untuk sebuah rumah iaitu RM295,000 tetapi hanya 35.6 peratus daripada pelancaran projek perumahan sejak tahun 2015 dijual ataupun ditawarkan pada harga bawah RM300,000.

Ini bermaksud bahawa kekurangan bekalan rumah mampu milik dan berlakunya ketidaksepadanan- mismatch, antara penawaran dan permintaan- demand and supply.

Sekiranya kita hendak menampung harga rumah pada RM300,000 maka pendapatan bulanan sesebuah keluarga perlulah sekurang-kuranya RM8,194 iaitu pendapatan tahunan pada tahap RM98,333. Adakah anak muda kita pada hari ini mendapat gaji RM8,000 sebulan?

Hakikatnya Tuan Yang di-Pertua, 76 peratus isi rumah di Malaysia adalah berpendapatan kurang daripada RM8,333 sebulan yang mana mereka hanya memiliki sesebuah rumah di bawah RM300,000. Justeru bukan sahaja golongan B40 yang menghadapi masalah untuk membeli sebuah rumah malahan golongan M40 juga menghadapi masalah yang sama.

Dalam tempoh RMKe-11 sebanyak 282,259 buah rumah mampu milik ataupun 43.2 peratus daripada sasarannya telah siap dibina oleh Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri mahupun pemaju swasta. Ini bermaksud kita tidak mencapai sasaran rumah mampu milik dalam tempoh RMKe-11 yang menyasarkan sebanyak 635,053 buah rumah.

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Bakri ada masa sedikit bagi Sik hendak tanya. Boleh, ya?

final • 3:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Masa tidak cukup, sila duduk.

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Masalah HDB Singapore.

final • 3:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Kalau betul hendak bincang kita pm tepi nanti bincang di luar.

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya hendak tanya sekarang.

final • 3:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Sila, sila. Tidak perlu tanya, tanya dekat luar.

final • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Duduklah, duduk.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sik..

final • 3:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Duduk, duduk.

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Takutkah hendak tanya?

final • 3:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Bukan takut, nantilah. Tanya dekat luar, tanya dekat luar. Saya tunggu di lounge nanti, boleh?

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Bakri poin terakhir.

final • 3:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Sekarang matlamat RMKe-12 telah menetapkan bahawa 500,000 buah rumah mampu milik akan dibina. Soalannya Tuan Yang di-Pertua, sampai bilakah pembinaan rumah mampu milik di negara kita dapat menampung permintaan yang terlalu tinggi ini?

Ia seolah-olah tidak akan tercapai.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil satu contoh pembinaan rumah mampu milik jenis B, Taman Maharani Ayu yang ditawarkan pada harga RM80,000 hanya 46 unit dibuka untuk permohonan. Hakikatnya, terdapat 718 permohonan iaitu lebih kurang 20 kali- ganda permintaan kalau banding dengan tawaran. Sehingga separuh tahun 2020 terdapat 140,000 unit permohonan rumah mampu milik tetapi hanya 21,000 buah rumah mampu milik siap dibina di negeri Johor.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, permintaannya adalah sentiasa 10 kali- ganda, 20 kali- ganda berbanding dengan tawaran yang diberikan. Saya rasa lebih kurang saya gulung sekarang.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, masa. Gulung sekarang.

final • 3:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Saya harap perkara ini kita perhalusi dan saya harap ada rezeki untuk mengambil bahagian perbahasan dalam bajet.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada, ada. Insya-Allah ada.

final • 3:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Bakri mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 3:40 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk membahas dan menjunjung kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Istiadat Pembukaan Parlimen, sesi Dewan Rakyat, Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua bagi tahun 2023.

Tuan Yang di-Pertua, belia harapan bangsa dan negara. Saya bercakap tentang belia walaupun saya telah pun mencecah umur 60 tahun...

final • 3:46 PM

[Dewan riuh]

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Ini kerana pada saya, belia ini masa depan untuk membentuk negara kita yang tercinta ini. Sebagaimana orang yang pernah menjadi muda sudah tentu ada pengalaman yang tersendiri.

Isu yang paling hangat dibicarakan dalam kalangan belia ini ialah berkenaan dengan pekerjaan dan pengangguran terutama waktu pasca pandemik. Pelbagai usaha yang telah dirancang, dilaksanakan oleh kerajaan yang dahulu antaranya seperti Program Subsidi Upah 1.0 (PSU 1.0) sehingga PSU 5.0, PENJANA dan MySTEP. Alhamdulillah hasilnya walaupun bilangan siswazah meningkat sebanyak 4.7 peratus pada tahun 2021 berbanding dengan 2020 kadar pengangguran bagi siswazah menurun sebanyak 2.5 peratus pada tempoh yang sama. Justeru itu, persoalan saya di sini ialah sejauh manakah perancangan bagi pihak Kementerian Sumber Manusia untuk meneruskan inisiatif yang seumpama ini bagi mengurangkan kadar pengangguran di negara kita?

Jika dilihat kepada statistik siswazah terkini lebih 75 peratus orang siswazah yang berada dalam sektor perkhidmatan diikuti sektor pembuatan 13.7 peratus, sektor pembinaan 6 peratus, sektor pertanian 2.1 peratus dan sektor perlombongan 0.8 peratus.

Ketidakseimbangan ini memerlukan perhatian daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dalam memastikan para siswazah diberikan persiapan yang secukupnya dan sesuai dengan keperluan serta permintaan industri.

final • 3:46 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, sebagai contohnya kita dikejutkan dengan isu 20,732 orang calon yang layak dan melepasi syarat am gagal mendapat tawaran ke universiti disebabkan tempat yang terhad dan persaingan yang sengit untuk memasuki Universiti Awam. Justeru langkah jangka masa pendek dan sederhana perlu dilaksanakan dengan kadar segera selain turut merangka solusi jangka panjang. Antara yang pernah dicadangkan oleh pakar-pakar dalam negara ini perwujudan sistem data raya dan aplikasi yang mengandungi maklumat berkenaan program yang sesuai dan universiti yang menawarkannya.

Di peringkat awal ia mungkin hanya melibatkan Universiti Awam namun seiring dengan perkembangan semasa pelbagai institusi turut boleh dimasukkan sebagai panduan kepada lepasan SPM untuk memilih bidang dan kursus yang sesuai dan minat kelebihan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, lain pula cerita dengan calon yang tidak memperolehi sijil SPM pada tahun lepas. Oleh sebab pandemik dan pertukaran sistem bagi pelajar SPM ini, statistik yang terkini menimbulkan kegusaran kita semua.

final • 3:46 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Seramai 24,941 orang pelajar yang berdaftar tidak menduduki SPM, manakala daripada jumlah yang mengambil peperiksaan, seramai 1,665 orang pelajar gagal dan 45,514 pelajar pula tidak layak mendapat sijil SPM. Secara keseluruhannya, sejumlah 72,120 orang pelajar ini tidak akan dapat menyambung pelajaran mereka kerana umum mengetahui bahawa sijil SPM sangat penting bagi anak-anak kita untuk meneruskan dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Saya mengharapkan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi, dapat menyediakan beberapa options dan plans dengan izin, kepada mereka agar dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Tuan Yang di-Pertua, suka juga saya membangkitkan isu terkini berkaitan dengan anak muda. Pertamanya ialah berkenaan dengan kebebasan bersuara bagi anak muda belia untuk menyatakan pandangan mereka. Tular baru-baru ini berlakunya suatu yang kita namakan seperti cyberbullying dengan izin, terhadap sekumpulan anak muda yang menyatakan pandangan mereka melalui aplikasi TikTok dan Facebook. Pembulian secara maya ini boleh saya kategorikan berlaku secara melampau apabila ia melibatkan penghinaan, ejekan tubuh dan gangguan seksual. Hal ini berlaku kerana hujah tidak mampu dijawab dengan hujah kecuali dengan serangan dan kekasaran.

Tuan Yang di-Pertua, pembangkang yang seimbang. Kami ingin menjadi semak imbang dalam Parlimen dan luar Parlimen. Sebagaimana yang kita ketahui sepatutnya Yang Berhormat ini, kita sebagai pembuat dasar dan sebagai anggota legislatif. Akan tetapi realiti yang berlaku, kita semua multipurpose, wakil rakyat serba guna. Kitalah pegawai kebajikan, kitalah pegawai bomba, kitalah pegawai JKR, kitalah pegawai JPS, kadang-kadang kita juga tok bidan. Perlu hormat keputusan rakyat yang memilih kami sebagai wakil rakyat. Sebelum menang, okeylah, apabila sudah menang semuanya mereka di bawah jagaan kami yang kami kena bantu.

Justeru itu, biarlah peruntukan yang dapat ke MP kerajaan diberi sama kepada MP pembangkang.

[Tepuk] Tidak perlulah divide and rule dalam kawasan Parlimen yang diwakili oleh pembangkang dengan melantik penyelaras Parlimen dan peruntukan yang diberikan kepada penyelaras. Rakyat tidak kenal pun penyelaras. Rakyat akan jumpa juga dengan kami.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi yang saya hendak bangkitkan berkenaan dengan masalah petani. Saya mendapat satu nota Excel— bukan ditulis dengan tulisan sahaja.

Menggambarkan tentang keperitan yang dialami oleh pesawah pada hari ini. Nota Excel ini ditulis oleh saudara Jamaluddin Chik yang bendangnya musim kedua tahun 2022 iaitu di kawasan saya di Bagan Serai. Luas bendang 1.9 ekar. Belanja yang dibelanjakan untuk membuat bendang ini RM5,366.70 termasuklah untuk upah dron, racun siput, racun rumput, sewa pam, upah menanam dan sebagainya.

Pendapatan hanyalah RM3,503.19 dan masuk subsidi pula dapat RM1,008.81.

Jadi masih lagi kurang, rugi, buat bendang rugi sebanyak RM854.70 masih kurang. Saya sendiri turun untuk melihat keadaan suasana sebelum daripada Parlimen bersidang, untuk

final • 3:50 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

melihat sendiri apa yang berlaku di sana. Saya bimbang ialah takut petani-petani ini give up. Mereka meninggalkan untuk membuat atau pun bersawah. Berbahaya daripada segi sudut soal kita bincang berkenaan dengan keselamatan makanan.

Sudah adapun ramai di kalangan mereka yang tidak lagi mahu buat bendang sebaliknya mereka tanam kelapa sawit. Bagi jangka panjang amat merugikan. Jadi saya juga melihat sini, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Pertanian perlu berkolaborasi. Kadang-kadang apabila jumpa dengan JPS, JPS kata Pertanian. Apabila jumpa Pertanian, JPS, terutamanya dalam soal saliran.

Baru-baru ini apabila timbul untuk hendak ambil padi. Apabila hendak ambil padi, air masih lagi menakung di dalam kawasan petak bendang. Mesin tidak boleh masuk.

Kalau masuk mesin akan tenggelam, padi rosak dan juga akan menyebabkan berlakunya di sana padi yang basah. Maka, sudah tentu antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah supaya pihak JPS dan Jabatan Pertanian mesti berkolaborasi untuk menyelesaikan masalah berkenaan dengan food security ataupun berkenaan dengan keselamatan makanan kita.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya mohon supaya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) perlu diadakan. Saya sedih, saya tengok kerana saya pernah ada pengalaman sebagai Menteri, hendak menguasai, hendak control 14 agensi tidak menang sebagai seorang Menteri sahaja. Oleh sebab itu, saya harapkan supaya lantiklah Timbalan Menteri untuk menguruskan hal ehwal agama.

Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya menjemput Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 3:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Bayan Baru menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong atas titah menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan rakyat dan pembangunan negara. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para pengundi Bayan Baru kerana memberi saya kepercayaan untuk mewakili Parlimen Bayan Baru untuk kali ketiga. Ucapan saya pada petang ini dibahagikan kepada empat bahagian.

Nombor satu, apakah the next engine of growth untuk Malaysia? Kedua, cadangan gaji minima untuk graduan lepasan jurusan sains dan teknologi. Ketiga, isu Sulu. Keempat, tanah runtuh Batang Kali dan kelima adalah Kerajaan Madani.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat sekarang rasa tertekan kerana kos sara hidup.

Kenapa? Ini kerana pekerjaan dan juga gaji yang tidak mencukupi dan pekerjaan yang tidak berkualiti. Jadi, bagaimana kita menyelesaikan masalah ini? Dahulu kita ada engine of growth seperti ada FELDA, ada sector of manufacturing, ada Islamic banking, ada Multimedia Super Corridor. Akan tetapi, 20 tahun yang lepas kita Malaysia tidak mempunyai sektor atau new engine of growth. Maka, tidak ada pekerjaan yang lebih berkualiti untuk anak muda kita.

Jadi, adalah penting untuk kita memastikan dan menjana new engine of growth.

Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk fokus kepada sektor perkilangan berteknologi tinggi iaitu high tech industry sebagai the next engine of growth. High tech industri ini termasuk electrical dan electronics, automation, robotic, artificial intelligence dan big data. Ini adalah the trend of future growth untuk dunia dan saya rasa ia adalah untuk Malaysia juga. Mengapa?

Kita tahu bawah Amerika Syarikat sekarang mereka pun sedar bahawa the next engine of growth adalah high tech. Maka baharu-baharu ini dalam kongres mereka telah meluluskan satu akta CHIPS and Science Act yang baharu, yang mana mereka akan melabur RM1.2 trillion dalam sektor high tech. Amerika Syarikat sudah sedar mereka tertinggal di belakang, maka mereka melabur RM1.2 trilion. Negara lain seperti Jepun,

final • 3:56 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Taiwan, Korea, Singapore, mereka juga maju kerana ada sektor high tech mereka. Jadi, Malaysia jangan ketinggalan.

Saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan MITI untuk duduk bersama dalam satu jawatankuasa, untuk melakarkan strategi baharu melabur dalam bidang high tech. Kalau mereka boleh mereka buat pelaburan yang baharu seperti yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dalam CHIPS and Science Act.

Kedua, cadangan gaji minimum untuk graduan lepasan jurusan sains dan teknologi. Untuk memajukan sektor high tech sebagai new engine of growth, Malaysia memerlukan bilangan graduan sains, teknologi, engineering dan matematik (STEM) yang agak ramai. Bukan senang untuk menarik pelajar memilih bidang STEM kerana STEM merupakan subjek yang susah. Selama puluhan tahun Kementerian Pendidikan menyasarkan 40 peratus pelajar STEM di peringkat Form 4 dan Form 5— Yang Berhormat Nibong Tebal ya, tetapi tidak pernah berjaya.

final • 3:56 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Maka kalau kita, I mean insanity is doing the same thing over and over again, expecting different results dengan izin. Jadi ini tidak akan berlaku, tidak akan berjaya.

Maka kita perlu memikirkan insentif yang amat menarik kepada pelajar dan tenaga pekerja menceburi bidang sains. Saya ingin memberi tiga cadangan insentif dan inisiatif yang radikal kepada kerajaan untuk menghasilkan pelajar STEM dan seterusnya tenaga pekerja STEM yang berterusan.

Pertama sekali untuk menarik lebih ramai pelajar memasuki bidang STEM di peringkat universiti dan TVET, Kementerian Pendidikan Tinggi harus memberi tawaran kemasukan terus (direct offer) ke universiti dan institusi TVET mengikut kursus STEM kepada semua pelajar lepasan SPM daripada aliran sains yang berkelayakan. Perkara ini pernah dilakukan. Saya merupakan pelajar dahulu SPM. Saya masuk terus ke UTM untuk bidang Sarjana Muda Kejuruteraan. Jika dahulu boleh, sekarang pun boleh.

Kedua, semua kursus universiti dan TVET-STEM haruslah percuma. Jangan risau, kerajaan akan mendapat cukai yang lebih tinggi daripada graduan-graduan STEM pada masa-masa yang akan datang apabila mereka bekerja dan membayar cukai.

Cadangan ketiga adalah meletakkan gaji minimum graduan STEM. Gaji minimum untuk fresh grad STEM seharuslah ditetapkan pada lingkungan RM5,000 sebulan.

Manakala graduan STEM-TVET haruslah dalam lingkungan RM3,000 sebulan. Gaji minimum yang menarik ini dijangka akan menarik ramai pelajar memilih TVET dan universiti dalam bidang STEM. Jika rider Foodpanda boleh mendapat pendapatan RM3,000 sebulan, graduan STEM seharusnya lebih tinggi untuk menarik pelajar muda masuk bidang STEM.

Malaysia memerlukan seramai mungkin graduan dalam STEM untuk membina sektor high-tech negara. Maka pendekatan yang radikal harus juga dipakai untuk memastikan anak muda kita memperolehi pekerjaan yang berkualiti dan masa depan yang lebih cerah.

Isu Sulu. Saya ingin memohon pencerahan terkini daripada Menteri Undang- undang berkenaan dengan isu Sulu. Aset Petronas yang berjumlah RM10 bilion dilepaskan kemudian disita semula di Luxembourg. Apakah perkembangan terkini di mahkamah Madrid dan Perancis? Terdapat kenyataan yang bercanggah sejak akhir-akhir ini. Penjelasan amat penting untuk memastikan kedaulatan negara terjamin.

Tragedi Batang Kali. Tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali membabitkan 92 orang mangsa, 31 orang terkorban. Saya ingin tanya Kementerian KeTSA, bilakah laporan tragedi akan diumumkan? Saya juga ingin mencadangkan kepada KPKT untuk menetapkan undang-undang kecil dan garis panduan untuk mengawal selia aktiviti perkhemahan dan juga agrotourism di bawah PBT. Ini kerana sehingga sekarang tiada undang-undang atau garis panduan yang sedia ada untuk dipatuhi oleh pihak pengusaha. Semasa saya dalam Kementerian Pertanian, satu usaha untuk menetapkan garis panduan agrotourism dimulakan. Saya mohon Menteri KPKT

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

menerapkan cadangan-cadangan itu dan set up satu garis panduan untuk agrotourism juga. Mohon KPKT memberi maklum balas tentang perkembangan terkini agrotourism juga.

Akhir sekali saya amat kesal dengan MP-MP pembangkang yang memperlekehkan usaha Perdana Menteri mewujudkan sebuah masyarakat madani dalam Malaysia. Konsep madani ini bermaksud maju daripada segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan, usaha untuk membentuk masyarakat dengan menyemai nilai-nilai murni kekeluargaan.

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Habis?

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Pembangkang harus baca buku ini ya...

[Sambil menunjukkan sebuah buku] ...dengan lebih teliti dan bukan memperlekehkan usaha kerajaan.

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ya. Yang Berhormat Bayan Baru. Minta laluan.

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sekejap. Minta maaf. Masa tidak cukup.

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya hendak tanya, you faham kah konsep madani dengan jelas?

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Masa tidak cukup ya. Saya ingin mengakhiri dengan dua rangkap pantun.

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

You sebut itu konsep madani, yang sebenar you faham kah tidak?

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Cukuplah. Terima kasih ya. Saya ingin mengakhiri dengan dua rangkap pantun.

*PMX adakan majlis ilmu Seri Perdana, Mudah-mudahan keharmonian sejagat dibajai; Perarakan HIMPIT pula diadakan di sebelah sana, Apakah faedahnya kepada muda-mudi.

[Tepuk] PMX perjuangkan Malaysia Madani, Membajai semangat perpaduan yang sejati; Kestabilan politik dan ekonomi kecapi, Mengapakah pihak di sebelah sana tidak menyenangi*.

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Apa masalah dengan HIMPIT? Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 4:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Pendang diamlah.

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sekian terima kasih. Saya memohon menyokong.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru.

Sebelum saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya ingin membaca senarai Ahli Yang Berhormat yang akan berucap, tambahan daripada apa yang telah pun disebut tadi.

Yang akan berucap seterusnya selepas Yang Berhormat Puncak Borneo ialah Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Klang.

Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Ranau, Yang Berhormat Serian, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Permatang Pauh dan last sekali ialah Yang Berhormat Batu.

Jadi kita jangkakan insya-Allah, kita boleh habis sebelum pukul 10 malam ini kot.

Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah. Silakan tujuh minit.

final • 4:00 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Kuala Kedah untuk berbahas dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena dengan Pembukaan Penggal Kedua bagi sidang Parlimen Ke-15 hari ini.

Menjunjung Kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong di atas titah yang telah disampaikan.

Tuan Yang di-Pertua, bersempena kali pertama saya berbahas di Dewan ini, sukalah saya mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengundi Parlimen Kuala Kedah yang telah memberi peluang kepada saya mewakili Perikatan Nasional untuk membawa suara mereka ke Parlimen. Syabas pengundi Kuala Kedah.

Tuan Yang di-Pertua, negeri Kedah sangat dikenali sebagai negeri Jelapang Padi.

Padi adalah makanan ruji, makanan asas kepada rakyat Malaysia. Demi menjaga kestabilan makanan asas dalam negara, negeri Kedah telah berkorban dengan mengurangkan pembangunan di kawasan penanaman padi terutamanya dalam kawasan strategik dan Parlimen Kuala Kedah adalah sebahagian dari kawasan strategik tersebut.

Pihak berkuasa negeri sedar bahawa sekiranya kawasan-kawasan ini dibangunkan dalam sektor industri dengan mengetepikan industri padi, maka sudah pasti hasil cukai tanah syarat industri dan komersial adalah lebih tinggi berbanding cukai padi.

Sumbangan pengeluaran padi bagi negeri Kedah sahaja adalah sebanyak 907,076 metrik tan bersamaan 42.84 peratus daripada pengeluaran keseluruhan padi Semenanjung Malaysia. Justeru, sebagaimana Yang Berhormat Kubang Pasu, saya memohon agar pihak kerajaan, khususnya Menteri Kewangan memperuntukkan insentif fiskal kepada Kerajaan Negeri Kedah. Maksudnya bukan wang yang ditolak daripada projek atau bayaran subsidi. Hal ini akan mewujudkan situasi menang-menang dalam pembangunan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat.

Tuan Yang di-Pertua, kebelakangan ini ramai pihak yang menyatakan kepentingan menggalakkan lebih ramai golongan muda menyertai pendidikan teknikal dan latihan vokasional atau dikenali sebagai TVET. Hal ini kerana negara memerlukan tenaga kerja yang mahir, bertepatan dengan kehendak industri selaras dengan pembangunan negara. Saya berpandangan program TVET ini juga perlu diperkenalkan dan dijadikan sebahagian daripada kurikulum sekolah menengah agama rakyat terpilih.

Menurut statistik pendidikan Malaysia tahun 2022, terdapat sebanyak 116 buah sekolah menengah agama rakyat seluruh negara dengan kapasiti seramai 20,838 orang pelajar. Sekolah-sekolah ini berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri yang bernaung di bawah Bahagian Pendidikan JAKIM. Sekiranya program TVET dapat dilaksanakan di sekolah aliran berkenaan, maka pelajar-pelajar ini dapat bersaing dalam industri teknologi dan pembuatan di samping dapat menambah jumlah pekerja mahir dalam sektor industri komersial dan seterusnya dapat melahirkan golongan insan yang bekerja penuh integriti.

final • 4:06 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Sehubungan dengan itu juga, saya memohon agar pihak kerajaan di bawah Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) agar dapat mempertimbangkan beberapa sekolah menengah agama rakyat terpilih sebagai projek rintis bagi pelaksanaan program TVET ini seterusnya menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 dan Tahap 2.

Tuan Yang di-Pertua, sebahagian penduduk di persisiran Pantai Kuala Kedah merupakan nelayan. Golongan nelayan ini sangat dekat di hati saya. Sehubungan dengan itu, saya memohon agar pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk meningkatkan lagi skim bantuan kepada golongan nelayan terutamanya melibatkan

final • 4:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

kelengkapan dan peralatan perikanan nelayan memandangkan kos peralatan semakin meningkat.

Begitu juga penyaluran Elaun Sara Hidup Nelayan yang perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa dan tidak dilupakan juga kepada insentif projek akuakultur meliputi projek kerang-kerangan, rumpai laut, udang air tawar, ikan marin, udang marin dan ikan air tawar yang dibantu oleh program Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan

(SPeKS) Akuakultur.

Tuan Yang di-Pertua, di Parlimen Kuala Kedah terdapat tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Anak Bukit, Pengkalan Kundor dan Kubang Rotan yang rata-rata bentuk geografi adalah tanah pertanian. Saya menyelami hati mereka yang mengerjakan sawah padi. Saya ingin memohon agar pihak kerajaan dapat mengkaji semula harga padi.

Ini kerana kos yang ditanggung oleh petani meningkat, contohnya kos racun, pembajak, baja dan lain-lain. Harga padi terkini adalah antara RM1,250 pertan dan mohon untuk dinaikkan kepada RM1,450 pertan. Saya juga memohon agar pihak kerajaan mengkaji semula subsidi untuk insentif pembajakan satu hektar, tambahan daripada RM28 kepada RM35 perhektar.

Tuan Yang di-Pertua, Kuala Kedah adalah pusat pelancongan perhubungan utama untuk pelancong melancong ke Pulau Langkawi. Apatah lagi selepas pandemik COVID-19, sektor pelancongan ke Langkawi mendapat tempat daripada pelancong domestik dan antarabangsa.

Sejak April 2022 hingga Disember 2022, jumlah ketibaan pelancong adalah sekitar 200,000 orang sebulan menurut unjuran Lembaga Pembangunan Langkawi

(LADA). Dengan peningkatan pelancong ini, Jeti Kuala Kedah ke Langkawi menjadi sesak dan tempat letak kereta menjadi padat.

Oleh itu, saya ingin memohon kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan...

final • 4:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 4:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

...Bagi menyegerakan...

final • 4:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Minta laluan boleh?

final • 4:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Masa tidak banyak sudah.

final • 4:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Ya.

final • 4:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Oleh itu, saya ingin memohon Yang Berhormat Menteri Pengangkutan bagi menyegerakan kerja-kerja menaik taraf Jeti Kuala Kedah ke Langkawi. Kerja naik taraf tersebut adalah merangkumi kemudahan ruang menunggu dan ruang ketibaan dalam jeti. Begitu juga dengan kemudahan tandas dan parkir kenderaan yang sesuai dengan entiti perkhidmatan pelancongan.

Tuan Yang di-Pertua, daripada sektor kesihatan awam, saya suka mencadangkan agar...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

final • 4:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Amboi. Sedikit lagi, Tuan Yang di-Pertua.

Daripada sektor kesihatan awam, saya suka mencadangkan agar pihak kementerian dapat menaik taraf prasarana klinik kesihatan dalam Parlimen Kuala Kedah memandangkan jumlah penduduk yang semakin bertambah. Begitu juga penambahan jumlah pegawai perubatan dan kakitangan agar perkhidmatan kepada rakyat Kuala Kedah lebih efisien dan berkesan. Pada saya, rakyat sihat, negara maju.

Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata itu, maka sekianlah perbahasan saya.

Kuala Kedah menyokong Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Dipersilakan Yang Berhormat Julau.

final • 4:10 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang untuk berbahas dalam menjunjung kasih ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk berbahas pada hari ini, saya turut ingin mengambil peluang untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan jutaan terima kasih tidak terhingga saya kepada pengundi-pengundi di Parlimen Julau kerana telah memilih saya selaku wakil rakyat mereka. Saya dengan ini berikrar akan menumpahkan taat dan bakti setia saya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik membawa segenap aspirasi, pandangan, cadangan serta luahan suara rakyat dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, konteks inti pati hujah perbahasan saya adalah saling berkait rapat dengan Titah Diraja di mana saya menyokong penuh mengenai hasrat dan iltizam yang telah dizahirkan oleh baginda tuanku agar Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini untuk mengambil langkah segera untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit berhubung tuntutan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Semangat perjanjian MA63 ini, sepertimana yang kita dapat lihat pada hari ini, telah mendapat rentak yang positif. Usaha dan komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam memenuhi janji-janji beliau wajar diberikan pujian dan sandaran.

Sepertimana kita semua maklum, setelah berpuluh tahun lamanya, Sabah dan Sarawak bergabung untuk bersetuju untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963. Pasca PRU15 baru boleh kita melihat seorang Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dilantik dari Wilayah Malaysia Timur. Syabas dan tahniah buat Yang Berhormat Petrajaya.

Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama yang ingin saya bahaskan di Dewan yang mulia ini adalah mengenai kebimbangan yang sedang dihadapi oleh kebanyakan Ahli Parlimen iaitu isu pemotongan peruntukan Ahli-ahli Parlimen. Selepas berita pemotongan peruntukan ini diumumkan kepada kami Ahli-ahli Parlimen, ini adalah suatu tamparan yang sangat hebat kerana Ahli-ahli Parlimen kini semestinya akan berhadapan kesukaran untuk membuat rakyat yang sentiasa menagih dana bantuan dan sumbangan daripada wakil rakyat mereka.

Paling terkesan teruk sudah semestinya akan dirasai oleh wakil rakyat kawasan pedalaman serta jumlah populasi yang masih terperangkap dalam status sosioekonomi miskin atau miskin tegar. Saya di Julau juga terpaksa berhadapan tugas yang mencabar kerana kawasan Julau adalah yang termiskin di Malaysia.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, untuk rekod, ingin saya nyatakan di sini bahawa sebelum ini kami Ahli-ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak akan menerima peruntukan berjumlah hampir RM4.3 juta dengan bertujuan untuk membantu menyalurkan sumbangan kepada pelbagai penerima yang sangat memerlukan dana. Antaranya adalah seperti keluarga-keluarga miskin, NGO, sekolah-sekolah dan kelompok komuniti yang menetap di rumah panjang. Kebanyakan mereka yang menerima bantuan ini adalah daripada golongan bumiputera itu sendiri.

Kini peruntukan tersebut telah dipotong dan dikurangkan hampir 70 peratus dan kami di Sabah dan Sarawak menerima RM1.3 juta sahaja. Belum sempat habis sebulan peruntukan untuk disalurkan kepada rakyat hampir habis digunakan. Ini sekali gus menimbulkan kegusaran untuk menyampaikan khidmat yang terbaik untuk membantu rakyat.

Pada hari semalam juga, Yang Berhormat Menteri juga memberikan jawapan yang tidak begitu meyakinkan di mana beliau menyatakan bahawa kerajaan sentiasa terbuka untuk permohonan tambahan tetapi haruslah menerusi Ketua Whip parti masing-

final • 4:14 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

masing. Bagi saya, ini adalah langkah yang kurang sesuai kerana Ahli Parlimen pula terpaksa berhadapan dengan red tape, dengan izin.

Pada pandangan peribadi saya, Tuan Yang di-Pertua, keputusan pemotongan dana kepada Ahli Parlimen ini wajar dipertimbangkan semula dan kerajaan hari ini harus benar-benar mempraktikkan nilai-nilai rahmah dan ihsan sepertimana yang diterapkan di dalam gagasan Malaysia Madani. Bukan hanya cantik pada cogan kata tetapi lemah dalam tata kelola.

Saya ingin mengambil contoh seperti di kawasan saya sendiri iaitu di Parlimen Julau. Di kawasan Parlimen saya sendiri, saiz keluasannya adalah begitu besar iaitu seluas 2,858 kilometer persegi. Jauh lebih besar jika dibandingkan dengan jumlah keluasan dua negeri seperti Melaka dan Perlis digabungkan.

Saya ingin memberikan contoh-contoh kesulitan dan kepayahan yang masih membelenggu penduduk-penduduk di kawasan saya. Di kawasan Julau, terdapat hampir 651 buah rumah panjang dan penduduk di sana adalah majoriti 94.7 peratus bumiputera.

final • 4:14 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Keadaan kehidupan mereka adalah jauh ketinggalan di belakang jika hendak dibandingkan dengan rakyat di Semenanjung. Ratusan rumah panjang sehingga hari ini masih tidak dapat akses kepada sumber air yang bersih dan terawat. Majoriti daripada penduduk rumah panjang hanya bergantung harap kepada sumber air sungai sahaja untuk kegunaan urusan seharian mereka.

Selaku Ahli Parlimen yang sentiasa menitikberatkan kebajikan institusi sekolah ataupun rumah panjang, sudah semestinya kami akan cuba sehabis baik untuk menyalurkan bantuan untuk bantu apa yang perlu. Namun, jika dipotong dan dikurangkan peruntukan ini pastinya usaha kami juga turut terhalang. Agenda pembangunan akan terencat dan perkembangan perlahan.

Bukan itu sahaja Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Julau, minta laluan sikit sahaja.

final • 4:20 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

...Kebiasaannya di kawasan pedalaman luar bandar, masyarakat di sini juga tidak berupaya untuk akses kepada informasi-informasi dan perkembangan yang berlaku di dunia luar. Mereka tidak tahu apa usaha-usaha dan bantuan yang disampaikan kerajaan. Hal ini adalah kerana hak mereka untuk mendapat akses liputan dan jaringan rangkaian juga tersangatlah mencabar. Di ibu kota di Semenanjung sudah ada akses rangkaian sehingga 4G atau 5G. Akan tetapi buat kami di kawasan luar bandar jangan kata 4G, ada di beberapa buah tempat tertentu 1G pun tidak ada.

Saya masih ingat jawapan yang pernah diberikan kepada saya oleh mantan Menteri KKOM pada dua tahun yang lalu di dalam Dewan yang mulia ini. Beliau menyebut bahawa tahap 4G nasional adalah pada kadar 94 peratus manakala di Julau sahaja hanya berada pada tahap 27.34 peratus sahaja.

Tidak terhenti di situ, baru-baru ini saya telah menerima aduan ketidakpuasan hati orang ramai di kawasan Parlimen Julau mengenai kegagalan fungsi menara komunikasi yang ada di kawasan-kawasan seperti di Strass, Sepitoh, Serau dan kawasan-kawasan sekitar. Menurut rungutan mereka Tuan Yang di-Pertua, di kawasan-kawasan yang saya sebutkan ini terdapat menara komunikasi yang telah terbina. Namun demikian, menara komunikasi tersebut kadang-kadang tidak berfungsi. Isu-isu seperti inilah yang sering kami Ahli Parlimen kawasan pedalaman terpaksa berhadapan kesukaran.

Bukan setakat itu sahaja, isu lain seperti isu kerosakan jalan atau kos pembaikan jalan juga kadangkala dirujuk terus kepada kami Ahli Parlimen. Hal ini adalah kerana ada infrastruktur jalan di beberapa buah kawasan bukan sepenuhnya adalah di bawah pemantauan dan bidang kuasa JKR. Jadi, wakil penduduk ada yang mencari kami untuk mendapatkan dana dan bantuan secara gotong-royong kerana dalam fikiran mereka Ahli Parlimen mempunyai peruntukan kewangan yang banyak berikutan ada akses secara

final • 4:20 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

terus dengan pihak kerajaan. Akan tetapi apabila terpaksa berhadapan dengan peruntukan yang terhad, usaha untuk membantu juga terpaksa diteliti sebetul-betulnya dan bersifat selektif.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan harus ingat bahawa setiap rakyat akan menilai prestasi sebuah kerajaan berdasarkan pencapaian dan prestasi. Kerajaan manakah yang mampu menyediakan bantuan segera dan boleh dibanggakan di mata rakyat? Bukan itu sahaja, demi mencerminkan kerajaan yang adil dan saksama, saya dengan ini mencadangkan agar kerajaan pada hari ini turut dapat memberikan peruntukan yang adil turut diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen pembangkang agar nasib rakyat tidak kira berideologikan politik apa sekalipun turut terbela. Segerakan untuk menggubal suatu rang undang-undang kata peruntukan pembangunan kepada Ahli-ahli Parlimen sebagai punca kuasa yang mutlak untuk memastikan equal funding ini dapat dikuasakan...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Julau, sila gulung.

final • 4:20 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Walaupun pemimpin kerajaan pada hari ini merupakan pentadbiran yang baharu dan segera, namun seperti mana yang telah digariskan dan diputuskan dalam RMKe-12 yang lalu dengan meletakkan tekad untuk memberikan tumpuan untuk mengurangkan jurang pembangunan ekonomi antara negeri, antara wilayah serta antara bandar dan luar bandar...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 4:20 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

...Seharusnya dipertingkatkan dan kekal komited usaha-usaha murni untuk melonjakkan pertumbuhan negeri kurang membangun terutama Sabah dan Sarawak harus dikekalkan dengan momentum yang baik dan seimbang.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup kepada hujah saya dalam Menjunjung Kasih Titah Baginda Tuanku, dapat saya simpulkan di sini bahawa saya sebenarnya melontarkan kebimbangan saya mengenai keprihatinan kerajaan untuk terus membela nasib penduduk-penduduk di kawasan pedalaman. Kami di sini tidak meminta menara pencakar langit yang tinggi atau meminta untuk disediakan lebuh raya yang bertingkat.

Hanya satu sahaja permintaan kami penduduk-penduduk kurang berkemampuan adalah supaya kerajaan pada hari ini sentiasa membela nasib rakyat yang terpinggir...

final • 4:20 PM

Seorang Ahli

Terpinggir.

final • 4:20 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Sorry ya, terlalu cepatlah saya sebut tadi.

Perbaikilah mutu serta kualiti kemudahan-kemudahan awam, infrastruktur, sumber alam seperti sumber air yang bersih, jalan baik dan sumber bekalan tenaga yang selamat. Semoga perkhabaran gembira dapat diumumkan pada Jumaat ini oleh kerajaan sewaktu pembentangan Belanjawan 2023 kelak. Sekian Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Baginda Tuanku. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Julau. Dipersilakan Yang Berhormat Merbok.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi Perbahasan Titah Diraja di Dewan yang mulia pada sesi kali ini.

Terlebih dahulu, saya ingin menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas keprihatinan dan hikmah tuanku yang menekankan kepentingan aspek pembudayaan sains, teknologi dan inovasi serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang lestari bagi memastikan negara kita

final • 4:26 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

kompetitif dan berupaya menghadapi cabaran semasa dan masa depan yang makin mencabar.

Di kesempatan ini juga, saya ingin memberikan penghargaan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada keseluruhan jentera pilihan raya Perikatan Nasional Merbok, penduduk serta pemuda-pemudi di Parlimen Merbok yang telah memberikan undi kemenangan kepada saya pada PRU Ke-15 baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara utama yang menyentuh kehidupan rakyat di negara Malaysia, negeri Kedah dan khasnya di Parlimen Merbok yang ingin saya bahaskan. Pertama, umum mengetahui pada zaman digital ini perkara yang amat penting ialah berkenaan dengan isu jaringan internet dan telefon. Ia adalah selari dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menitahkan berkenaan aspek kesalinghubungan digital yang merupakan asas terpenting pembangunan sesebuah masyarakat dengan ekosistem digital melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Akan tetapi saban hari, saya mendapat aduan berkenaan jaringan telefon yang sangat lemah atau tiada langsung daripada masyarakat, guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah di dalam Parlimen saya terutamanya di sekitar DUN Bukit Selambau. Saya menyokong pelaksanaan projek melalui kaedah point of presence (POP) di mana ia merupakan salah satu alternatif kerajaan sebelum ini agar ia diteruskan dalam memastikan jaringan dan liputan jalur lebar dapat diluaskan ke kawasan sekitar sekolah dan berpenduduk dengan lebih baik. Saya mencadangkan supaya projek POP ini dipercepatkan pelaksanaannya ke seluruh negara.

Saya juga ingin menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua, dalam kawasan saya iaitu di Pekan Bukit Selambau di mana penduduk tempatan keluar untuk membeli barangan keperluan dan menjalankan urusan seharian tidak ada kemudahan perbankan untuk penduduk melakukan transaksi kewangan.

Pada waktu sekarang ini, kebanyakan penduduk terpaksa ke Pekan Kuala Ketil, Baling untuk melakukan urusan perbankan yang jaraknya lebih kurang 12 kilometer.

Sekurang-kurangnya adalah juga sebuah mesin ATM dan CDM yang membolehkan penduduk melakukan aktiviti perbankan. Besarlah harapan saya agar bank-bank yang dikuasai oleh kerajaan boleh membuka sebuah bank di sana seperti Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat ataupun Agrobank.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya sampaikan iaitu rungutan dan masalah daripada penduduk kawasan saya adalah Jambatan Semeling yang sempit dan berbahaya yang menghubungkan Jalan Persekutuan FT257 Lencongan Barat di Sungai Layar dan Jalan Pintas FT253 perlu dinaiktarafkan seberapa segera untuk mengatasi masalah kesesakan yang saban hari semakin serius yang terpaksa dihadapi oleh penduduk.

Tuan Yang di-Pertua, jambatan ini juga menjadi pilihan utama kepada pelajar- pelajar, pensyarah-pensyarah dan ibu bapa untuk pergi dan balik ke beberapa buah pusat pengajian iaitu Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah, AIMST University, Maktab Rendah Sains MARA, dan juga Sekolah Pendidikan Khas Merbok.

final • 4:26 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Perkara yang ketiga adalah berkenaan pembangunan tapak arkeologi Sungai Batu. Tapak ini telah pun diwartakan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan pada tahun 2012. Tapak ini sangatlah bernilai daripada segi sejarah ketamadunan manusia yang tidak kurang hebatnya daripada Candi Borobudur di Pulau Jawa, Indonesia dan juga Angkor Wat di Siem Reap, Cambodia.

Namun, dari tahun 2012 tersebut sehinggalah sekarang bukan hendak adakan galeri tetapi tandas pun tidak ada untuk digunakan oleh pengunjung. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan, khususnya Kementerian Pelancongan untuk memberikan perhatian yang serius untuk memelihara dan mempromosikan kewujudan tapak warisan ini supaya ia setanding dengan lain-lain tapak warisan sejarah dunia yang ada pada masa sekarang ini.

final • 4:30 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Perkara yang keempat ialah berkenaan keuzuran Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda yang juga terletak di kawasan saya dan dikongsi bersama dengan Sungai Petani.

Dalam usaha kerajaan memperkasakan kebajikan anggota polis, terutamanya dalam perkara menambah baik struktur dan keselamatan bangunan pentadbiran dan perumahan dalam kalangan anggota, saya ingin menyeru kepada kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri untuk datang melihat sendiri keuzuran yang sedang dihadapi oleh para anggota dan keluarga mereka di IPD Kuala Muda ini. Kantin sekarang pun berada di bawah garage parking kenderaan sahaja.

Maka seiring dengan kerajaan yang disebut madani ini, perkara-perkara yang perlu diberikan pembelaan yang sewajarnya ialah perkara-perkara seperti ini. Saya juga percaya perkara-perkara ini bukan sahaja berlaku di kawasan saya malah ia juga ada di kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.

Untuk merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi, maka projek-projek berskala besar tidak wajar dihentikan atau dikurangkan. Maka di sini saya ingin mencadangkan pembinaan sebuah jambatan baharu melintasi Sungai Merbok dari Pekan Tanjong Dawai ke sebelah Pantai Merdeka di Parlimen Sungai Petani yang sekarang hanya dihubungkan melalui jalan air oleh bot-bot tambang yang kecil dan berbahaya.

Kedua-dua tempat ini juga merupakan kawasan tarikan pelancongan. Dengan adanya jambatan ini, waktu perjalanan di antara kedua-dua tempat tersebut terdapat dijimatkan dengan begitu ketara sekali, di samping dapat melimpahkan ekonomi setempat dengan dahsyatnya Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Kedah telah melancarkan dan sedang melaksanakan Pelan Pembangunan Kedah 2035. Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Noor berkata, “Bagi tempoh setahun pelaksanaannya prestasi pembangunan negeri Kedah amat membanggakan dan berada pada landasan yang betul pada saat ini.” Sebagai Ahli Parlimen Merbok yang berada di negeri Kedah, saya amat yakin pelan ini bakal menjadikan Kedah sebagai sebuah negeri yang mampu menyejahterakan rakyat dengan menawarkan keperluan asas, bidang ekonomi terbuka, bidang pendidikan dan kelestarian alam semula jadi kepada lebih dua juta orang penduduknya.

Oleh sebab beliau Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah agak lantang mempertahankan kedaulatan negeri Kedah dan kesejahteraan rakyatnya, maka tidak hairanlah beliau sering disaman dan dilemparkan tohmahan dalam media sosial oleh pihak sebelah sana. Sekalung tahniah buat Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Noor kerana menjadi diri anda yang sebenarnya.

Tuan Yang di-Pertua, perhubungan jalan raya ialah elemen terpenting dalam kehidupan rakyat. Sekarang ini setiap kali kita melakukan perjalanan lebuh raya dari utara ke selatan atau ke timur, kita akan menghadapi kesesakan di sepanjang lebuh raya dan berhampiran dengan plaza tol. Bagi rakan Yang Berhormat sekalian yang sering menggunakan lebuh-lebuh raya pasti sudah sedia maklum tentang masalah ini.

Pelaksanaan sistem tol secara RFID perlu ditambah baik dari segi kecekapannya supaya lorong yang dikatakan melancarkan perjalanan bukan pula menjadi kesesakan kerana kenderaan terpaksa gostan atau undur ke belakang.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu, bagi melancarkan dan mengelakkan kesesakan di lebuh raya terutamanya di kawasan Seberang Prai dan Tol Juru, saya ingin mencadangkan lebuh raya Koridor Utara Fasa 1(a) jajaran Serdang ke Sungai Petani dan mencadangkan melalui Kulim-Bandar Baharu, Padang Serai, Sungai Petani dan Merbok. Di bawah pelaksanaan Northern Corridor Implementation Authority, dengan izin dilaksanakan untuk mengatasi masalah kesesakan tersebut.

Menyentuh berkenaan isu kelewatan dan juga pengurangan masa dan tarikh penerbangan, suka saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan untuk menambah baik Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 di bawah perkara Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 supaya hak-hak penumpang

final • 4:30 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

pesawat udara yang mengalami kerugian akibat kelewatan dan pembatalan penerbangan agar lebih terbela dan diberikan perhatian dengan sewajarnya.

Terakhir sebelum saya menamatkan perbahasan ini, ingin saya menyeru kerajaan agar membela nasib para peniaga, kontraktor, petani, penternak, peladang, pekebun getah dan kelapa sawit, pesawah dan nelayan supaya golongan ini diberikan perhatian yang sewajarnya dengan meringankan beban kenaikan kos dan input modal mereka supaya mereka dapat meningkatkan produktiviti dan sekali gus dapat membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih selesa.

Sekian, saya Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Merbok. Dipersilakan seterusnya Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 4:30 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas laluan yang diberikan kepada Balik Pulau. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Madani. Izinkan saya merafak sembah bagi turut sama menyokong Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bercakap mengenai pelancongan. Pada tahun 2019, negara mencatat RM82.7 bilion daripada pendapatan pelancong asing, iaitu bersamaan dengan 15.2 peratus KDNK negara. Ini satu jumlah yang besar.

Amadeus, iaitu satu syarikat teknologi pengembaraan, a technology or digital company, dengan izin, telah pun mengeluarkan beberapa informasi dan data yang menarik untuk industri pelancongan. Pada tahun 2022, Amadeus melaporkan ada 11.7 juta tempat duduk ataupun seating capacity dari seluruh dunia, from the world to Malaysia dan 47 percent– itu menandakan 47 percent daripada jumlah kedatangan pelancong asing pada tahun 2019.

Unjuran Tourism Malaysia pada tahun 2022 ialah sebanyak 9 juta ataupun 10 juta orang pelancong dan tidak jauh dari Thailand yang merupakan satu negara yang mencatat jumlah pelancong asing tertinggi di rantau kita. Namun begitu, saya difahamkan 50 peratus daripada jumlah tersebut adalah pelancong Singapura. Saya tidak pasti adakah mereka datang bubuh minyak kemudian balik ke Singapura ataupun cuma excursion. Saya harap jumlah pelancong ini dapat diverifikasikan oleh DOSM.

Pada tahun ini juga, Amadeus melaporkan 25 juta airline seats. Itu bermakna tahun 2023 ini, kita boleh mencapai tahap prepandemic iaitu pada tahun tahun 2019 dan top five pelancong yang akan datang ialah dari Indonesia, Singapura, Thailand, Australia dan India. China tiada dalam senarai pun dalam top five ini. China cuma ada 720,000 seats ataupun tempat duduk dari China.

Jadi, Yang Berhormat Menteri yang menyasarkan lima juta untuk pelancong dari China untuk tahun ini, kena mencari lagi 4.3 juta tempat duduk. Jadi, saya kongsikan data- data ini supaya kita ada penggunaan data dalam mengatur strategi atau perancangan.

Satu daripada data yang ingin saya kongsikan juga adalah bagaimana carian– jumlah carian ataupun jumlah minat atau searches from the world on Malaysia pada tahun 2022 ialah 1.01 bilion carian, iaitu hanya 19 peratus daripada jumlah tahun 2019.

Ini bermakna bahawa Malaysia tidak agresif dalam memasarkan destinasi pelancongan dan apa yang saya pasti ialah kurangnya aktiviti promosi. Bajet yang diberikan kepada Tourism Malaysia tidak digunakan sebaiknya untuk memasarkan Malaysia. Jadi, jumlah search kurang daripada sepatutnya.

Saya juga mencadangkan Tourism Malaysia ini disarankan menjadi badan berkanun yang mempunyai autonomi, tidak lagi terikat dengan MOTAC. Biarlah ia jadi sebuah badan yang bebas, badan berautonomi sebab itu lebih mudah untuk mereka

final • 4:34 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

bergerak, lebih mudah untuk membuat keputusan dalam mempromosikan Malaysia.

Mungkin ambil CEO yang berlatarbelakangkan teknokrat ataupun branding dan marketing. Kita boleh lihat contoh seperti Tourism Authority of Thailand (TAD) ataupun Singapore Tourism Board. Mereka bergerak dengan sendiri dan mengambil teknologi ini sebagai salah satu cara untuk memasarkan Malaysia. Jangan hanya gunakan Instagram, Facebook dan Shopee sahaja, sebaliknya menggunakan teknologi-teknologi terbaharu termasuklah metaverse dan AI. AI ini bukan Anwar Ibrahim, tetapi artificial intelligence.

Malaysia kena lebih fleksibel dan cepat bertindak dengan kehendak zaman teknologi. Contohnya seperti Vueling iaitu sebuah airline yang menggunakan metaverse untuk booking. Emirates menggunakan metaverse untuk melatih cabin crew. Jadi, sekarang ini ramai juga Generasi Z dan millenials yang gemar menggunakan khidmat home-based agent dan Malaysia juga kena bergerak ke arah itu. Saya difahamkan syarat lesen untuk menjadi ejen pelancongan memerlukan pejabat dan staf. Jadi, saya harap kita ubah syarat itu kerana kita perlu suatu home-based agency. Semalam rakan saya Yang Berhormat Petaling Jaya sebut mengenai TomTom traffic index, 199 jam disia-siakan dalam traffic jam.

final • 4:34 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Cuba bayangkan bawa kereta berjam-berjam untuk ke pejabat hendak melihat komputer, kemudian habis lihat komputer itu, dua jam hingga tiga jam untuk balik ke rumah. Jadi, masa disia-siakan. Jadi, saya harap MOTAC dapat lebih fleksibel membenarkan ejen-ejen ini bergerak dari rumah.

Saya tidak punya banyak masa walaupun saya ada beberapa lagi isu yang saya tidak ketengahkan. Namun, saya harap saya akan ambil bahagian dalam perbahasan bajet yang akan datang.

Saya terus ke isu kawasan mengenai tebatan banjir. Pegawai saya ada menghadiri taklimat JPS baru-baru ini. Hasil daripada taklimat tersebut masih lagi tidak menyelesaikan masalah sebenar. Lokasi yang sebetulnya yang dijalankan tebatan banjir iaitu di Taman Nelayan di Sungai Pinang dan Sungai Rusa, namun apa yang telah diputuskan dalam mesyuarat tempoh hari, bercanggah dengan masalah sebenar yang dihadapi penduduk.

Tempat yang diputuskan tidak mengalami banjir langsung. Adakah ini alasan untuk menghabiskan peruntukan cepat-cepat, berbanding menyelesaikan masalah sebenar penduduk? Berapa kerugian lagi yang harus ditanggung oleh penduduk agar JPS dapat menjalankan tebatan banjir di kawasan tersebut?

Kedua, kesesakan Jalan Teluk Kumbar. Isu kesesakan Jalan Teluk Kumbar ke Lapangan Terbang Bayan Lepas ini sudah lama saya bangkitkan dan masih lagi tiada tindakan. Untuk makluman, Jalan Teluk Kumbar ini mengalami kesesakan bukan sahaja waktu cuti sekolah, tetapi setiap hari waktu kemuncak dan juga hari-hari biasa.

Sebagaimana bilangan penduduk yang semakin padat, saya mohon kementerian pantau isu ini yang telah beberapa kali saya bangkitkan ini.

Terakhir ialah mengenai taman negara. Untuk makluman Ahli Dewan, Taman Negara Pulau Pinang yang terletak di Teluk Bahang merupakan khazanah yang dimiliki oleh negara kita Malaysia. Mempunyai sebanyak 417 spesies flora, 143 spesies fauna dan mempunyai sebuah tasik yang unik yang mempunyai lapisan air tawar dan air masin

(meromictic lake). Namun begitu, jeti untuk ke taman negara ini, jeti untuk bot-bot pelancong ini telah diluluskan MOTAC pada tahun 2018, 2019 lagi...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Balik Pulau, gulung.

final • 4:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Hendak habiskan, habis sudah dan tidak siap pun kerja-kerja awal. Namun begitu, saya harap— tiada progress daripada jeti yang amat daif ini dan bahaya terutamanya sewaktu ribut dan hujan.

Maka atas dasar keselamatan, saya mohon kementerian menyelesaikan isu ini dengan segera. Malulah kalau pelancong tengok jeti yang amat usang.

final • 4:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Jadi, saya akhiri ucapan saya dengan dua rangkap pantun dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

*Bersiku sani emas tempawan, Ditempah seni ukir bergaya, Malaysia Madani simbol perpaduan, Sepakat harmoni luhur budaya.

Batu diikat 10 mutu, Dibalut sutera sembah kurnia, Rakyat muafakat saling membantu, Martabat negara persada dunia.* Terima kasih, saya mohon menyokong.

[Tepuk]

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Berikutnya Majlis mempersilakan Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

final • 4:40 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya memulakan ucapan dalam tempoh masa yang terbatas ini dengan mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di- Pertua, sahabat saya dari dahulu lagi yang dipilih untuk menjadi Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua dan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang terpilih di kawasan masing-masing.

Khusus saya rakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengundi di kawasan saya P.020 Pengkalan Chepa kerana telah memilih Parti Islam Se-Malaysia dalam gabungan Perikatan Nasional. Alhamdulillah, berkat kepercayaan yang tidak berbelah bahagi semenjak dahulu, kini dan insya-Allah selama-lamanya, PAS telah mencatatkan undi majoriti sebanyak 38,270 undi di Parlimen Pengkalan Chepa walaupun Yang Berhormat Kota Raja turun mendendangkan lagu “*hoi hoi ya hoi”.

[Tepuk]* Tuan Yang di-Pertua, satu isu yang saya hendak sebutkan dan kalau sempat yang kedua berkaitan dengan pendidikan yang kondusif dan inklusif. Yang Berhormat Menteri sudah tidak ada dah. Pendidikan merupakan teras utama dalam pembentukan masyarakat yang bertamadun. Pendidikan yang terbaik bukan sekadar dinilai daripada gred semata-mata, ia juga perlu merangkumi persekitaran sekolah yang kondusif dan akses fasiliti yang lengkap, malah sekolah yang juga mampu meningkat kadar literasi 3M iaitu menulis, membaca dan mengira.

Sekolah merupakan sebuah institusi yang melahirkan murid yang bersahsiah tinggi dan berkemahiran insaniah. Sekolah bukanlah tempat perlawanan taraf intelektual seseorang murid, namun ia perlu dinilai dengan kemenjadian seseorang murid berbakti kepada nusa dan juga bangsa.

Namun begitu bagaimanapun, murid-murid yang jauh dari ceruk bandar ingin menikmati taraf prasarana sekolah yang sama. Jika sekolah mereka terlalu usang dan bertahun-tahun tidak diselenggarakan atau mempunyai prasarana yang terhad, kementerian harus melihat semula prasarana yang disediakan di sekolah-sekolah luar bandar supaya murid dapat akses kepada pendidikan yang sama seperti sekolah yang berada di bandar. Akses yang interaktif serta akses internet dan juga bahan bacaan yang menarik dan peralatan bantu belajar yang lengkap.

Selain itu, kerajaan juga harus menilai dan memperhalus semua silibus yang diajar di sekolah. Lihatlah buku teks Bahasa Melayu Tahun 1 yang terbahagi kepada dua tahap. Kedua-dua tahap itu dilihat sangat tidak sesuai dengan tahap pemikiran anak-anak kita. Seusia tujuh tahun mereka dibebankan dengan silibus yang memerlukan kemahiran

final • 4:43 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

membaca, bukan kemahiran memahami suku kata atau memahami penggunaan perkataan. Namun, mereka perlu cepat dan celik 3M pada usia tujuh tahun.

Selain itu, kemahiran berfikir aras tinggi juga telah diterapkan dalam silibus sekolah yang dilihat akan membebankan murid untuk berfikir. Kemahiran berfikir yang tinggi akan menjatuhkan motivasi murid untuk belajar dan perlu dikaji semula oleh pihak kementerian. Kadar kemenjadian murid untuk mencapai tahap-tahap silibus tertentu juga secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada guru dan ibu bapa.

Guru-guru perlu bekerja keras untuk memastikan murid-murid dapat memahami standard silibus yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan. Guru-guru sudah pun terikat dengan hal ehwal murid dan kelas, kini tugas mereka semakin dibebani dengan kerja perkeranian. Bayangkan jika seorang guru dipertanggungjawabkan dengan tiga hingga empat buah kelas untuk mengajar satu silibus, ditambah dengan tanggungjawab sebagai seorang guru kelas dan guru persatuan kelab, ini sangat memenatkan. Kerjaya dan profesion guru sepatutnya menjadi lebih menyeronokkan jika guru memberi fokus yang jitu terhadap subjek yang diajar.

final • 4:43 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Pengkalan Chepa, minta laluan Kulim, 30 saat sahaja. Boleh ya?

final • 4:43 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Sila.

final • 4:43 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa kerana beri laluan. Saya juga ingin meminta pandangan daripada Yang Berhormat Pengkalan Chepa di mana Yang Berhormat Pengkalan Chepa mencadangkan tadi untuk kemenjadian pelajar di sekolah-sekolah.

Saya juga mencadangkan supaya kemenjadian para pelajar di dalam kelas, saya mencadangkan supaya bilangan pelajar di dalam kelas juga dikurangkan di mana sekarang ini kita nampak pelajar-pelajar hingga 45 orang. Ini agak sukar untuk kita memberi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Secantiknya ialah seramai 20 orang hingga 30 orang sahaja. Adakah Yang Berhormat Pengkalan Chepa bersetuju untuk kemenjadian pelajar?

final • 4:43 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Setuju dan masukkan dalam ucapan saya.

Kementerian harus sedar bahawa guru-guru bukan sahaja bertanggungjawab terhadap akademik murid, namun mereka mempunyai tanggungjawab sebagai ibu bapa di sekolah. Jadi, saya rangkumkan tiga perkara. Penting yang perlu disemak dan dikaji semula bagi meningkatkan mutu pendidikan negara:

(i) memberikan peruntukan untuk menaik taraf prasarana sekolah luar bandar;

(ii) mengkaji silibus subjek yang diajar kepada murid-murid sekolah selaras dengan taraf kognitif mengikut umur; dan

(iii) mengkaji dan menilai semula beban tugas guru.

Kementerian Pendidikan perlu membuat kaji selidik terhadap tugas dan bebanan guru sehingga menyebabkan stress yang melampau atau menyebabkan guru mengambil keputusan untuk berpencen lebih awal. Ketidakcekapan sistem sedia ada sering dikaitkan dengan kecelaruan pembahagian tugas yang tidak selaras dengan Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri perlu diambil serius. Ini dikuatkan dengan dapatan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa seramai lebih 10,000 orang guru membuat pilihan bersara awal gara-gara tugas yang berlebihan.

Untuk pendidikan Islam di peringkat rendah, saya mencadangkan pembelajaran berasaskan tema (thematic teaching).

final • 4:43 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ia bermaksud gabung jalin beberapa disiplin ilmu dalam Pengajian Islam di bawah satu tajuk atau tema pembelajaran yang membolehkan murid mendapat ilmu yang

final • 4:50 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

merentas bidang, memupuk sikap dan penghayatan dan mempraktikkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kesinambungan daripada cadangan di atas, saya mencadangkan supaya pendidikan KAFA dibawa masuk dalam sistem pendidikan arus perdana selepas 34 tahun dilaksanakan sebagai sebuah program tambahan Pendidikan Islam. Maka sudah sampai masanya kerajaan menggabungjalinkan kurikulum Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan dan kurikulum KAFA serta masa belajar bagi kedua-dua kurikulum ini agar para pelajar dapat menikmati pendidikan yang lebih berkesan daripada guru yang terlatih dan bermotivasi tinggi.

Terakhir yang saya hendak gulung Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu Tabung Haji. Pertama adalah agihan keuntungan. Institusi Tabung Haji telah merekodkan kadar pertumbuhan, pulangan yang baik pada 2019 di mana agihan dividen daripada keuntungan kepada pendeposit menunjukkan kenaikan 3.05 peratus kepada 3.1 peratus sehingga tahun 2021. Saya menjangkakan dan mengharapkan kerajaan pada masa sekarang akan mengisytiharkan dividen yang lebih kompetitif, yang mungkin lebih daripada apa yang telah pun dinikmati sebelum daripada ini.

Kedua ialah isu milikan hartanah di negeri Sarawak. Terdapat agensi kerajaan, agensi atau syarikat milik kerajaan negeri telah menyatakan hasrat untuk membeli semula beberapa aset hartanah milik TH Plantations yang terletak di kawasan tanah hak adat peribumi di negeri Sarawak. Bagaimana pihak Tabung Haji menyediakan jalan penyelesaian yang terbaik terhadap isu tersebut bagi menjamin kepentingan kedua-dua pihak dilindungi iaitu pemegang saham THP iaitu TH dan juga rakyat negeri Sarawak.

Terbitan sukuk RM1.08 bilion, ini poin terakhir Tuan Yang di-Pertua. TH telah melanggan sukuk terbitan TH Plantations berjumlah RM1.08 bilion pada tahun 2022.

Adakah pihak Tabung Haji sedia membuat penilaian prestasi berkala terhadap prestasi THP yang merupakan anak syarikat Tabung Haji bagi menjamin langganan sukuk tersebut adalah berdasarkan kepada perancangan kewangan dan operasi yang telah dibentangkan sebelum daripada ini.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 4:50 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Kita percaya sukuk yang diterbitkan tersebut adalah bagi membantu THP merealisasikan rancangan pemulihan beberapa projek perladangan sepanjang tahun 2019 sehingga sekarang terutamanya bagi memulihkan beberapa ladang yang terbiar dan tidak diselenggarakan sebelum tahun 2019.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya dan assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Waalaikumusalam. Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Tenom.

final • 4:50 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum, ka’ansayan, salam Malaysia Madani dan salam sejahtera diucapkan kepada sidang Dewan yang mulia ini. Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT di atas dengan izinnya saya berada di dalam Dewan yang mulia ini untuk menjunjung kasih membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan ini.

Penghargaan terima kasih juga saya ucapkan kepada jentera saya, Gerakan Muda Tenom dan para pengundi di Parlimen Tenom atas kesudian mereka memberikan kemenangan kepada saya yang bertanding atas tiket bebas berlambangkan gajah untuk mewakili hak dan suara mereka di Dewan yang mulia ini.

final • 4:53 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Natijahnya mesej jelas dan berani yang telah disampaikan oleh pengundi di Parlimen Tenom yang inginkan kepimpinan yang lebih segar, bersih dan bertenaga di dalam memberikan khidmat bakti. Sesungguhnya amanah yang diberikan ini akan saya pikul sebaik mungkin dengan sepenuh kudrat serta khidmat yang terbaik buat semua warga Tenom tanpa mengira latar belakang, agama, kaum dan ideologi politik.

Tuan Yang di-Pertua, landskap politik Malaysia telah berubah ke arah yang lebih dinamik, progresif dan matang apabila terbentuknya permuafakatan politik antara Ahli Parlimen daripada pelbagai parti, gabungan dan termasuklah daripada bebas yang kini berada di bawah satu payung iaitu Kerajaan Perpaduan dengan satu matlamat yang sama bagi menghentikan sandiwara politik dan meneruskan agenda kemakmuran rakyat serta pembangunan negara seiring dengan titah Yang di-Pertuan Agong.

Justeru itu besarlah harapan saya agar kerajaan ini kekal bagi memberikan ruang dan peluang kepada kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun selaku Perdana Menteri untuk memimpin Malaysia ke arah lebih baik, sejahtera, makmur dan gemilang.

Saya meletakkan sepenuh keyakinan dan kepercayaan kepada Yang Amat Berhormat Tambun bagi memimpin usaha memulihkan semula usaha ekonomi negara serta menumpukan kepada usaha untuk membangunkan semula ekonomi negara khususnya ekonomi pedalaman dan luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini saya akan menyentuh mengenai isu keterjaminan makanan, peluang ekonomi baharu Malaysia–Indonesia, isu perumahan rakyat termiskin dan isu-isu belia tidak memiliki rumah.

Tuan Yang di-Pertua, isu keterjaminan makanan merupakan antara isu yang telah diberikan perhatian oleh Yang di-Pertuan Agong sekali gus menunjukkan betapa pentingnya isu ini. Berdasarkan Laporan Global Report on Food Crises 2022, The Integrated Food Security Phase Classification (IPC) 2021 menyatakan bahawa jumlah penduduk dunia yang berdepan dengan kelaparan telah meningkat sebanyak 193 juta akibat konflik perubahan iklim dan krisis ekonomi di 53 buah negara di dunia, iaitu peningkatan sebanyak 24 peratus ataupun 40 juta berbanding tahun 2020.

Malaysia juga turut terkesan dengan berlakunya krisis ini telah mengakibatkan berlakunya kekurangan beberapa jenis bekalan makanan sehingga mengakibatkan harga di pasaran melambung tinggi kerana permintaan itu melebihi daripada penawaran.

Tambahan pula Malaysia bergantung kepada import bekalan makanan. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa pada tahun 2020 Malaysia telah mengimport 55.5 bilion produk makanan berbanding eksport 33.8 bilion dengan nilai import makanan terkumpul berjumlah RM482.8 bilion. Dalam tempoh 10 tahun berbanding eksport hanya RM296 bilion, manakala pada tahun 2021 nilai import makanan naik kepada 63 bilion.

Melihat kepada situasi ini sudah pastinya penyelesaian tuntas perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan aspek keterjaminan makanan ini diberikan perhatian serius dengan menyediakan rangka kerja strategik yang kalis krisis dan cabaran di samping mengambil kira beberapa faktor seperti mengurangkan kebergantungan import makanan yang tinggi ini. Oleh itu, Sabah dan Tenom khususnya yang dianugerahkan tanah yang paling subur untuk pertanian terutamanya buah-buahan ingin menyahut cabaran untuk memberikan sumbangan di dalam menjayakan usaha bagi menjamin kecukupan bekalan makanan negara.

Tambahan pula berdasarkan statistik tanaman buah-buahan di Malaysia tahun 2021 menunjukkan Sabah berada di kedudukan kelima pengeluar buah terbanyak di Malaysia dengan nilai 123,132 tan dengan produk utamanya adalah hasil daripada tanaman betik sebanyak 60,980 tan dan jambu batu 36,900 tan. Antara produk pertanian yang lain yang cukup dikenali di Tenom ialah buah pomelo ataupun lebih dikenali sebagai buah gajah dengan nilai hasil berjumlah 5,837 tan.

Selain itu Tenom juga terkenal dengan kopinya. Maka berdasarkan hujah ini saya pasti Tenom berupaya untuk menyumbang ke arah aspek keterjaminan makanan yang menjadi fokus utama kerajaan pada ketika ini. Namun demikian bagi menjamin usaha ke arah ini, cabaran dan tumpuan harus diberikan oleh kerajaan antaranya ialah pertamanya

final • 4:53 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

menggalakkan peralihan industri pertanian kepada penggunaan teknologi pertanian pintar.

Kedua, menaik taraf kualiti kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik bagi memudahkan aktiviti pertanian ini dapat diangkut dan dipasarkan di luar.

Sebagai contoh di Tenom ini ada satu Jambatan Ponontomon, jambatan kayu, di mana petani-petani tidak dapat mengangkut hasil-hasil keluar mereka kerana jambatan ini tidak dapat menampung muatan melebihi 10 tan. Ini sebenarnya merugikan para petani yang tidak dapat memasarkan hasil pertanian mereka dengan satu kali masa. Oleh yang demikian, saya berharap pihak kerajaan dapat menyegerakan usaha menukarkan jambatan-jambatan kayu kepada jambatan-jambatan konkrit ini.

final • 4:53 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Ketiga, peranan dan sokongan Kerajaan Persekutuan haruslah berterusan dengan memperuntukkan peruntukan yang lebih besar kepada Pusat Penyelidikan Pertanian Lagud Sebrang agar hasil penyelidikan pertanian mereka dengan ciptaan benih-benih baharu dapat diagihkan segera kepada petani tempatan secara besar- besaran dengan varieti produk pertanian yang bermutu tinggi dapat dihasilkan serta pengeluaran yang berlipat kali ganda dapat dimanfaatkan oleh pihak petani tempatan.

Keempat, memperkasakan pendidikan TVET berasaskan pertanian bagi melahirkan petani moden dalam kalangan belia. Justeru itu, saya mengambil kesempatan ini agar kerajaan mempertimbangkan permohonan agar sebuah kolej komuniti dibina di Tenom bagi memperkasakan agenda keterjaminan makanan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat usaha ini adalah bukan sahaja untuk...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, satu minit dan gulung. Yang Berhormat, ini kali pertama Yang Berhormat berucap?

final • 5:00 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Ya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dengan izin, try to put the mic nearer. You seem to tenggelam okey. Sila, satu minit.

final • 5:00 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Tuan Yang di-Pertua, on mic.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey.

final • 5:00 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Dengar?

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Please.

final • 5:00 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat pemindahan ibu kota baharu Indonesia iaitu Nusantara yang telah berpindah daripada Jakarta ini sebenarnya memberikan satu peluang kepada Malaysia terutamanya bagi ekonomi pedalaman di Sabah. Ini kerana pemindahan Jakarta ke Nusantara ini jika kita lihat, Kerajaan Indonesia itu sedang mengerakkan ekonomi mereka dan pembangunan negara mereka daripada Barat lebih kepada Timur.

Oleh itu, saya berharap supaya Kerajaan Malaysia merebut peluang ini untuk memberikan satu peluang kepada kami di pedalaman agar ekonomi di pedalaman ini bertambah rancak daripada segi pertumbuhan ekonominya. Oleh yang demikian, saya berharap supaya Kerajaan Malaysia menetapkan ataupun menjadikan ekonomi pedalaman Malaysia-Indonesia ini dijadikan sebagai salah satu teras ekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa yang tidak mengizinkan, saya merangkumkan satu perkara yang utama iaitu isu perumahan rakyat di mana pada ketika kali ini, di Sabah contohnya, permohonan untuk PPRT adalah sebanyak 4,500 setahun.

Akan tetapi yang diperuntukkan daripada Kerajaan Persekutuan hanyalah 400 unit sahaja.

Ini menyebabkan ramai orang-orang miskin tegar tidak mempunyai rumah untuk didiami.

Ada satu rumah itu ada tujuh buah keluarga yang tinggal. Di kawasan saya pun mempunyai isu yang sama.

Terakhir, Tuan Yang di-Pertua, belia di negara ini khususnya di kawasan- kawasan luar bandar masih lagi tidak mampu memiliki rumah.

final • 5:00 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Ini saya minta sedikit masa, Tuan Yang di-Pertua. Boleh?

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila, 30 saat dan gulungkan.

final • 5:00 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Okey Tuan Yang di-Pertua, kos perumahan meningkat sebanyak antara 10 hingga 20 peratus setiap tahun dan perkara ini menyebabkan belia-belia tidak dapat memiliki rumah pada kali ini. Di Malaysia sahaja, 25 peratus daripada pendapatan individu kos rumah meningkat sepanjang tahun. Justeru itu, menyebabkan harga-harga rumah meningkat sepanjang tahun.

Statistik dari Pusat Maklumat Harta Negara menunjukkan bahawa...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat, you’ve passed the time, dengan izin.

final • 5:00 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Okey. Tuan Yang di-Pertua, mengakhiri ucapan saya, saya dengan rasa rendah diri menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Diharapkan apa yang telah dibahaskan oleh saya sebentar tadi mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan. Tiada niat lain di hati ini melainkan hanya untuk melihat kepimpinan kerajaan baharu ini lebih cakna akan nasib rakyat di samping membina semula sosioekonomi negara.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar seluruh negara khususnya di Tenom yang menduduki peperiksaan SPM 2022. Saya doakan agar adik-adik ini berjaya dunia dan akhirat serta dapat membalas jasa dan mengharumkan nama ibu bapa mereka. Jadilah insan yang memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara. Pesan saya, jauhilah najis dadah.

Maka dengan ini, Tenom menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Alhamdulillah. Berikutnya, Majlis mempersilakan Yang Berhormat Padang Rengas.

final • 5:00 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan keizinannya dapat kita bersama- sama berada di dalam Dewan yang mulia ini. Saya bersyukur dan turut menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen ke- 15 pada 13 Februari yang lalu.

Pada masa yang sama, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para pengundi di kawasan saya kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mewakili Padang Rengas. Parlimen Padang Rengas adalah kawasan tradisi Barisan Nasional yang sebelum ini dipegang oleh Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz selama enam penggal.

Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada isu di kawasan. Isu pertama ialah isu banjir kilat di Padang Rengas. Masalah isu banjir di Padang Rengas bukanlah suatu perkara yang baru. Banjir kilat di Parlimen Padang Rengas kerap berlaku. Terbaru adalah ketika berkempen dan dua minggu selepas PRU-15 yang lalu yang melibatkan 13 kampung terjejas, rumah dinaiki air, kerosakan kepada harta benda, jalan, jambatan dan kemudahan awam yang lain. Infrastruktur seperti jambatan dan jalan yang belum dibaik pulih sehingga kini perlu dibuat dengan kadar segera. Siren amaran banjir di kawasan yang sering dinaiki air perlu dipasang supaya dapat memberi amaran kepada penduduk setempat.

final • 5:05 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Saya dapati tiada penyelenggaraan secara berskala untuk parit, saliran dan sungai. Alasan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiada peruntukan yang diperuntukkan. Mohon kementerian berkenaan untuk mengambil tindakan segera yang sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua, isu pengeluaran wang KWSP bersasar. Saya amat bersetuju dan menyokong pengeluaran wang KWSP secara bersasar. Saya menggesa Perdana Menteri dapat meluluskan pengeluaran KWSP dengan kadar segera dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat. Rakyat terutamanya penduduk Padang Rengas mengharapkan pengeluaran KWSP dibenarkan.

Tuan Yang di-Pertua, perumahan untuk golongan B40, pembangunan dan peluang pekerjaan di Padang Rengas. Masalah kekurangan rumah kos rendah di kawasan Padang Rengas untuk golongan B40 perlu diberi perhatian sejajar dengan konsep Malaysia berdaya huni. Oleh itu, pembinaan rumah mampu milik khususnya rumah kos rendah perlu terus dibina untuk memenuhi keperluan penduduk di Padang Rengas.

Isu kekurangan peluang pekerjaan di Padang Rengas juga merupakan topik hangat yang disuarakan oleh golongan belia. Dengan adanya pembangunan di Padang Rengas dapat menawarkan pelbagai potensi untuk anak muda menceburi bidang pekerjaan, maka secara tidak langsung anak-anak muda tidak keluar mencari pekerjaan di tempat lain.

Saya ingin mencadangkan kemasukan pelabur pelbagai industri terutamanya industri kecil dan sederhana untuk pembangunan di kawasan Padang Rengas. Saya juga ingin mencadangkan industri pelancongan di Padang Rengas dapat dibangunkan kerana terdapat tempat-tempat yang berpotensi seperti Air Terjun Ulu Kongsor, Air Terjun Gunung Bubu, Batu Hampar, Lata Perahu dan juga Bukit Liman Kati untuk aktiviti hiking.

final • 5:05 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya masalah telekomunikasi- talian telefon dan internet. Saya menerima banyak aduan mengenai masalah perkhidmatan selular serta perkhidmatan internet yang dilaporkan oleh pengguna di Padang Rengas. Kebanyakan aduan yang diterima disebabkan masalah liputan perkhidmatan. Kekurangan pencawang menjadi salah satu punca utama. Saya berharap pihak kerajaan dapat mengambil tindakan untuk membaik pulih perkhidmatan ini. Saya mencadangkan juga supaya pencawang dibina di perkarangan masjid dan surau seperti di kawasan-kawasan yang lain. Dengan itu dapat memberi juga pendapatan kepada tabung masjid dan surau.

Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya ialah isu pengusaha stesen minyak. Untuk makluman, saya salah seorang pengusaha stesen minyak. Isu yang ingin dibangkitkan adalah permasalahan yang kami hadapi- pengusaha stesen minyak seluruh negara. Kami adalah frontliners semasa PKP, terus beroperasi walaupun dalam kerugian. Jualan jatuh lebih daripada 80 peratus berbanding jualan biasa dan kos lebih empat kali ganda setahun. Kami beroperasi dalam kerugian demi memastikan kelangsungan bekalan minyak kepada frontliners penting seperti warga KKM, polis, angkatan tentera dan bomba.

Pengusaha stesen minyak pula kemudian berdepan isu kenaikan kos, gaji minimum dinaikkan, tarif TNB juga dinaikkan, merchant discount rate (MDR), dengan izin, caj bank bernilai satu peratus dikenakan bank untuk setiap pembelian secara elektronik pula naik kerana ramai pelanggan membiasakan diri membayar menggunakan kad kredit, debit dan e-wallet selaras dengan norma baharu pasca COVID-19. Semua caj tersebut kami tanggung kerana Bank Negara Malaysia tidak membenarkan peniaga mengenakan caj ini kepada pelanggan.

Caj sewa syarikat minyak pula naik mendadak sehingga memakan lebih 25 peratus komisen yang diberikan oleh kerajaan kepada kami pengusaha stesen minyak.

Kami pihak pengusaha stesen perlu menyerap kesemua kenaikan kos ini kerana pihak kerajaan yang menentukan kos pembelian dan harga penjualan kepada umum...

final • 5:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

[Bangun]

final • 5:10 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Ini amat berbeza berbanding...

final • 5:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Padang Rengas, 10 saat.

final • 5:10 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

...Perniagaan yang boleh menaikkan harga jualan bagi menyerap kenaikan kos tersebut. Oleh itu, pihak kerajaan diseru menaikkan komisen kepada pengusaha secepat mungkin kerana ramai pengusaha sudah mula gulung tikar. Pengusaha stesen minyak yang ada terdiri daripada mereka dalam lingkungan industri kecil, sederhana dan juga yang layak digelar B40 iaitu pengusaha-pengusaha stesen di kawasan pedalaman dan kampung-kampung.

Selain kenaikan komisen segera yang diperlukan, pihak kerajaan juga perlu mewujudkan satu mekanisme bersama wakil pengusaha bagi membolehkan mekanisme penetapan harga jualan runcit minyak lebih dinamik dan berubah mengikut harga pasaran, kenaikan kos dan juga perkembangan ekonomi semasa.

Fokus kerajaan pula sekarang kepada kereta EV serta pembangunan kemudahan caj kereta EV. Masa depan kami pengusaha stesen minyak jadi tidak menentu.

Disarankan agar pihak kerajaan menghentikan kelulusan pembukaan stesen minyak yang semakin berleluasa sekarang.

Untuk makluman, kebanyakan stesen baharu ialah stesen kepunyaan pengusaha sendiri, pelaburan besar dan memakan masa lebih 10 tahun untuk pulang modal. Ini adalah amat berisiko kepada pengusaha stesen baharu kerana revolusi EV sedang berlaku...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 5:10 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Bayangkan mengapa syarikat minyak yang untung berbilion-bilion ringgit sudah menghentikan- sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Menghentikan pembangunan stesen menggunakan modal sendiri dan hanya menggalakkan pengusaha stesen baharu mengeluarkan modal sendiri dan berhutang dengan bank. Kenapakah pihak kerajaan terus membenarkan pengusaha baharu membangunkan stesen-stesen? Stesen-stesen baharu ini pula membunuh perniagaan pengusaha-pengusaha stesen-stesen sedia ada, terutamanya di kalangan stesen-stesen kampung dan pedalaman yang penjualan minyaknya rendah.

Okey Tuan Yang di-Pertua, saya terpaksa gulung. Oleh itu saya harap, pihak kementerian dan agensi yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani isu-isu yang telah dibangkitkan. Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Dipersilakan Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkisar dengan beberapa perkara iaitu antara lainnya, perpaduan dan kestabilan.

Kerajaan Persekutuan ditubuhkan atas nasihat Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Kerajaan ini didukung oleh satu asas iaitu sebelum pilihan raya, Dewan Rakyat telah meluluskan anti-hopping law di Kerajaan Persekutuan. Oleh sebab itu, tidak ada lagi yang boleh lompat sana, lompat sini. Akan tetapi anti-hopping law ini, anti lompat parti ini tidak diterjemahkan di sebuah negeri, termasuk di Sabah. Oleh sebab itu sehingga pada hari ini, masih ada pembelian ADUN-ADUN daripada parti-parti lain oleh Kerajaan GRS. Ini perbuatan orang yang tidak rasional. Oleh sebab apa, kenapakah mahu beli?

Saya pun dulu tertanya-tanya. Bilakah kerajaan negeri melaksanakan antilompat parti? Rupa-rupanya, ‘ada udang di sebalik mi’. Ia membeli orang untuk memperlihatkan bahawa GRS ada satu kekuatan. Ini Tuan Yang di-Pertua, berlaku semasa musim

final • 5:15 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

BERJAYA, di mana BERJAYA membeli semua ADUN-ADUN untuk masuk Parti BERJAYA. Akan tetapi akhirnya, mereka kalah dalam pilihan raya.

Ada ADUN di Sabah ini Tuan Yang di-Pertua, memang suka lompat macam monyet. Lompat sana, lompat sini sehingga dia terlupa bahawa “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”. Asal jadi pengkhianat, dapat jawatan. Jadi pengkhianat, lompat, jadi Menteri, walaupun tidak layak, tidak ada pendidikan langsung pun jadi Menteri. Ini disebabkan kerajaan negeri tidak memikirkan hala tuju masa depan rakyat negeri Sabah.

Mereka memikirkan bagaimana mahu mempertahankan kuasa, memperlihatkan kepada orang ramai bahawa GRS, PGRS kuat. Mengugut orang sana sini, membeli dengan wang ringgit dengan tawaran jawatan dan sebagainya. Ini harus diberhentikan.

Saya minta pihak penguat kuasa SPRM, polis, siasat mereka yang melompat ini sebab memalukan.

Di Sabah ini terkenal dengan wakil rakyat suka lompat parti. Dia lompat, dia bertanding, memasang hasrat bertanding. Menang sahaja, dia akan cari mana ada peluang untuk dia lompat, untuk dia jadi Menteri, untuk dia jadi pembantu Menteri, dapat RM1 juta, RM2 juta, RM5 juta. Ini kerja ADUN-ADUN Sabah. Yang terkenal di Sabah yang suka melompat ini ialah satu ADUN dari Sugut, James Ratib. Dia masuk semua parti dalam Malaysia ini. Tidak ada satu pun parti dia tidak masuk. Sebab dia masuk, dia mengejar jawatan, mengejar pangkat sehingga terlupa bahawa rakyat di bawah akan menghitung perbuatan yang dia buat.

Seorang lagi, sahabat kita juga, bekas Timbalan Speaker dulu, Datuk Dr. Yusof.

Ini pun semua parti dia sudah singgahlah. Singgah sana, singgah sini, singgah sana, singgah sini. Saya beri jaminan, sekiranya PGRS sudah hilang kuasa, ini dua orang akan melompat meninggalkan Datuk Hajiji...

final • 5:15 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tak masuk PAS pun. PAS tidak masuk kan?

final • 5:15 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

PAS, tidak...

[Ketawa] Oleh sebab itu dari dulu saya kata, PAS ini parti yang ada integriti. Begitulah...

[Tepuk] Kalau jadi pembangkang, jadi pembangkang yang berhemah, yang boleh menegur kerajaan.

final • 5:15 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

[Bangun]

final • 5:15 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya walaupun dalam kerajaan, saya masih boleh mempertahankan apa juga isu-isu. Ya, sila. Sekejap sahaja, 30 saat.

final • 5:15 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Kalau macam itu Yang Berhormat, di Sabah Yang Berhormat masuk PAS lah, boleh?...

[Ketawa]

final • 5:15 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Ketawa] Tidak apa. Tidak perlu masuk sebab saya pun seperti sahabat saya di sana juga, saya pun berintegriti tinggi. Saya tidak peduli. Kalah, kalah lah sebab politik memang begini, seperti roda. Hari ini kita di bawah, satu hari kita di atas. Begitulah. Tuhan telah berfirman dalam al-Quran. Dua kali ulang, “Setiap kesusahan akan ada kesenangan”. Setiap kekalahan akan ada kemenangan, ya itu.

final • 5:15 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Adakah kita mahu susah? Kita berserah kepada Allah kita berikhtiar, kita berusaha bekerja. Jangan kita lompat sana, lompat sini seperti orang kemaruk kuasa.

Kerajaan negeri pula tidaklah memikirkan bagaimana menentukan hala tuju rakyat Sabah, mengurus ekonomi Sabah. Air di Sabah non-revenue water dia 69 peratus tidak dilihat.

Memperkuatkan parti, kuat macam mana? Kuat lagi kuasa Allah SWT. Insya-Allah di Sabah, insya-Allah kita akan pastikan.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar, laluan. Apa pandangan Yang Berhormat Kinabatangan, hari ini lima orang UMNO sudah lompat Sabah?

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan

Ini yang saya sentuh ini...

[Ketawa] Mereka melompat macam monyet, monyet. Jatuh sana, jatuh sini.

Asal melompat dapat jawatan. Asal lompat kiri dapat duit. Allahuakbar. Bilalah berhenti Sabah ini? Malu saya. Oleh sebab majoriti ADUN-ADUN Sabah bertanding niat nawaitu dia, saya lompat, saya mahu dapat jawatan. Kalau tidak mengkhianati parti, susah dapat jawatan. Jadi, mereka inilah ada yang jadi pengerusi eksekutif, ada yang jadi pengerusi GLC besar. Mengkhianati parti.

Akan tetapi saya yakin, saya percaya Tuan Yang di-Pertua, mereka yang suka mengkhianati ini insya-Allah akan kita lenyapkan dari bumi Sabah itu. Mereka yang tidak ada kesetiaan, tidak berintegriti di Sabah kita akan pupuskan mereka daripada spesies yang suka melompat. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tuan Yang di- Pertua, sebelum Parit Buntar berucap, point of order dahulu. Boleh?

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Boleh.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

37(b)

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Parit Buntar, sila bacakan.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

37(b), “dikehendak meminta penjelasan mengenai apa-apa perkara yang dikeluarkan oleh Ahli- ahli yang sedang berucap itu dalam ucapannya dengan syarat Ahli yang sedang berucap itu mahu beralah dan duduk dan Ahli yang hendak mengganggu itu dipanggil oleh Pengerusi”. Lepas ini Parit Buntar hendak berucap tolong jangan ganggu. Saya tidak akan beralah.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya ingat apa dia...

[Ketawa] Saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Dari Bagan Datuk ke Parit Buntar, Lawan BN dan PH tidak kenal lelah dan penat; PRU Ke-15, BN dan PH Parit Buntar dah pun jatuh terlantar, Kini tiba masa MP baharu berbakti dan berkhidmat. Terima kasih rakyat Malaysia yang memilih Perikatan Nasional sebagai pilihan terbaik, khususnya pengundi Parit Buntar yang memilih saya sebagai Ahli Parlimen. Insya- Allah saya akan cuba berkhidmat sebaik-baiknya tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa.

Tuan Yang di-Pertua, banyak perkara saya ingin sentuh tetapi oleh sebab kekangan masa, antaranya berkaitan dengan Kerajaan Perpaduan, Kerajaan Madani, isu rasuah dan sebagainya. Oleh sebab kawan-kawan sudah ramai menyentuh, saya anggap semua apa yang disampaikan oleh kawan-kawan daripada Perikatan Nasional adalah sebahagian daripada ucapan saya, termasuk ucapan daripada Yang Berhormat Pasir Gudang, saya sokong 100 peratus juga sebagai sebahagian daripada ucapan saya.

final • 5:22 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya hendak bercakap, pertama isu bahasa. Memartabatkan bahasa bukan hanya melalui seminar-seminar dan konvensyen semata-mata. Tokoh-tokoh bahasa sudah jenuh menganjurkan pelbagai program untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu, bahasa Malaysia di semua jabatan kerajaan, agensi kerajaan, GLC, institut kewangan dan lain-lain. Malahan disarankan pemimpin negara menggunakan bahasa Malaysia dalam menyampaikan ucapan-ucapan di persidangan antarabangsa, sama ada yang dianjurkan dalam negara ataupun luar negara.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada mantan Perdana Menteri Kesembilan dan juga mantan Menteri Air dan Alam Sekitar yang menggunakan bahasa Malaysia dalam ucapan di persidangan antarabangsa dan disambut baik oleh pejuang dan tokoh- tokoh bahasa.

Hari ini saya cuma nak tanya mengapa perlu dalam menyebarkan apa sahaja dokumen-dokumen di Parlimen ada dwibahasa? Pertama, ada bahasa Malaysia, bahasa Melayu dan kedua ada bahasa Inggeris. Saya fikir tidak perlu ada dua bahasa. Cukup dengan bahasa Malaysia kerana kita semua Ahli Parlimen, rakyat Malaysia dan boleh berbahasa Malaysia. Rugi kertas sahaja. Ini duit rakyat. Kita cetak sampai dua kali. Satu bahasa Malaysia, satu bahasa Inggeris. Apakah perlunya bahasa Inggeris? Kita semua faham. Bukan tidak ada yang tidak faham. Semua orang Melayu dan rakyat Malaysia, semua faham. Yang Berhormat Hulu Langat pun faham. Cuma kadang-kadang dia tidak faham...

final • 5:22 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kedua, berkaitan dengan pendidikan negara. Ingat tadi Yang Berhormat Hulu Langat tidak ada, rupanya ada. Dalam memahami Falsafah Pendidikan Negara...

final • 5:22 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Selalu ada Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 5:22 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

...Dan juga Falsafah Pendidikan Islam. Saya simpulkan bahawa antara matlamat utama dalam pendidikan terutamanya pendidikan Islam adalah untuk melahirkan Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia, berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta berjaya di dunia dan di akhirat. Itu antara matlamat pendidikan Islam. Sama juga dengan Falsafah Pendidikan Negara, ingin menjadi insan yang soleh, yang seimbang antara rohani, jasmani dan sebagainya.

Falsafahnya sangat murni, matlamatnya sangat baik tetapi pelaksanaannya diganggu oleh beberapa elemen yang merosakkan oleh pihak-pihak yang lain terutamanya kementerian-kementerian yang lain seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Komunikasi dan Digital, dan sebagainya. Ustaz-ustaz dan cikgu-cikgu di sekolah jenuh mengajar untuk supaya anak-anak ini menjadi insan yang soleh, yang taat kepada perintah agama, yang taat kepada ajaran al-Quran dan al-Sunnah tetapi apabila dianjurkan program-program yang baik sebenarnya tetapi adanya sesuatu perkara yang boleh menyebabkan mereka terjerumus ke lembah maksiat kadang-kadang dianjurkan.

Justeru, kerajaan hendaklah turut menghapuskan, mencegah dan memberi larangan yang keras terhadap elemen-elemen yang boleh merosakkan anak-anak kita semua. Contoh, hiburan-hiburan dalam bentuk konsert, kita boleh benarkan dengan memberi garis panduan supaya tidak melanggar tatasusila akhlak yang baik, pergaulan bebas yang mengundang aktiviti tidak bermoral, pakaian yang menutup aurat yang sempurna bagi orang Islam dan pakaian yang sopan bagi bukan Islam, dihadkan waktu jangan sampai tengah malam dan sebagainya. Itu tujuan untuk mengawal pergaulan bebas yang boleh menyebabkan anak-anak ini terjerumus ke lembah maksiat yang boleh merosakkan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ada data dan fakta. Akan tetapi oleh sebab masa tidak mengizinkan, berkaitan dengan gejala penagih dadah, anak tidak sah taraf, jenayah juvana, amalan rasuah yang melibatkan semua pihak, termasuk pemimpin, kelakuan akhlak tidak bermoral, hubungan kekeluargaan yang melibatkan penceraian dan

final • 5:22 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

sebagainya. Oleh sebab tidak ada masa, saya tidak perlu menyebutkan data-data tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan beberapa isu tempat di kawasan saya Parit Buntar. Parit Buntar merupakan Kawasan Parlimen di Daerah Kerian. Pintu keluar masuknya dua buah negeri, Pulau Pinang juga Kedah. Namun, pembangunan dalam aspek pendidikan agak tidak seimbang berbanding Kawasan Parlimen lain di Perak, Kedah dan juga Pulau Pinang.

Penduduk di Kerian termasuk Parit Buntar menjelang tahun 2035 mencecah hampir suku juta dan sekarang sudah mencecah 200,000 orang penduduk lebih kurang.

Sebahagiannya merupakan penduduk di Parlimen Parit Buntar yang mencecah 100,000 orang penduduk lebih. Jumlah sekolah menengah di Daerah Kerian 21 buah sekolah dan sekolah rendah sebanyak 69 buah sekolah. Parit Buntar sahaja ada 10 buah sekolah dan 24 buah sekolah rendah.

Namun, di Parit Buntar tidak ada sekolah berasrama penuh. Di Parit Buntar tidak ada IPT, di Parit Buntar tidak ada kolej vokasional dan kolej komuniti. Kalau adapun Pusat GIATMARA. Di Parit Buntar tidak ada kompleks sukan ataupun mini kompleks untuk anak- anak muda. Kalau mereka mahu bersukan, main futsal dan sebagainya, terpaksa pergi Nibong Tebal ataupun Bagan Serai, jauh. Jadi, apalah salah kiranya kerajaan hari ini memberi peluang kepada Parit Buntar untuk membangun dalam aspek pendidikan supaya seimbang dengan tempat lain.

Bagan Datuk, daerah baharu kawasan saya- bukan kawasan saya tetapi asal kampung saya walaupun penduduk tidak sampai 100,000 orang penduduk ada dua buah Sekolah Menengah Sains- Bagan Datuk. Terima kasihlah kepada Yang Berhormat Parlimen Bagan Datuk yang tidak hadir petang ini. Ada politeknik, ada kompleks sukan, ada jambatan yang sedang dibina menghubungkan Bagan Datuk dengan Lekir dan ada masjid terapung. Baru-baru ini ada rumah terapung akibat banjir termenung selama dua ke-tiga minggu.

final • 5:22 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Kalau Bagan Datuk, daerah baharu yang kecil pun mempunyai kemudahan yang sebegitu, mengapa Parit Buntar dianaktirikan?

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Hospital baharu Parit Buntar sehingga sekarang tidak siap lagi. Saya harap segera disiapkan. Hospital sedia ada tidak mencukupi berbanding jumlah pesakit yang ramai. Mohon disiapkan segera. Cuma bila sudah siap, kalau Menteri Kesihatan masih orang yang sama, kalau tidak berlaku pertukaran kerajaan, jangan lupa jemput saya sebagai Ahli Parlimen, sebagai tetamu. Jangan macam yang berlaku di Kedah.

Tuan-tuan sekalian, nasib pesawah padi. Sedikit lagi. Saya hendak gulung.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup masa. Sila duduk. Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya belum gulung lagi ini.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah cukup masa.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tidak apa, bagilah peluang gulung. Orang lain semua gulung.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masih banyak lagi yang belum berucap, Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tahu. Malam ini pukul 12 pun tidak apa.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya hendak cakap tentang nasib pesawah padi.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya menjemput Yang Berhormat Kudat.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Amboi, takkanlah baru masuk terus suruh kita berhenti.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

final • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat Parit Buntar, sudahlah itu. Duduklah, Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Duduklah, Yang Berhormat parit Buntar.

Duduklah itu. Cukuplah.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Belum ending lagi. Bagilah peluang gulung paling kurang. Boleh?

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah sembilan minit.

Sila duduk.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Sembilan minit sudah, sembilan minit cukup.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tidak apalah.

Sedikit. Hendak gulung.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak apa. Boleh berucap lagi nanti.

final • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Duduklah duduk. Tidak apa. Lain kali.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Bilakah? Kejap lagi itu bila?

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Hendak gulung sedikit pun untuk pesawah padinya. Kesian.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk. Sila duduk.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sedikit sahaja.

Saya minta...

final • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Hormatlah Tuan Yang di-Pertua itu.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya minta kerajaan bela nasib pesawah padi di Kerian yang mengalami kerugian akibat hujan, tanah jerlus dan sebagainya sehingga mereka menanggung kerugian. Harap Yang Berhormat Menteri berkaitan tolong bantu pesawah-pesawah di daerah Kerian terutamanya Parit Buntar. Sekian terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Yang Berhormat Kudat. Silakan. Tujuh minit.

final • 5:30 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan saya peluang untuk berucap untuk kali pertama.

Saya ingin memulakan ucapan sulung saya di Dewan yang mulia ini dengan menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh masyarakat Parlimen Kudat yang telah memilih saya sebagai wakil rakyat Parlimen Kudat dalam PRU15 yang lalu.

[Berucap dalam dialek Sabah] Ternyata kemenangan saya ini adalah satu manifestasi suara rakyat yang sebenar dari peringkat akar umbi yang telah memilih kepimpinan berteraskan kebebasan serta kredibiliti pemimpin disulam dengan benang-benang keikhlasan, prihatin dan integriti. Saya juga ingin memanjangkan penghargaan dan terima kasih saya kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana walaupun saya hanyalah sebagai wakil rakyat BEBAS tetapi masih diberikan peluang dan kesempatan untuk bersama-sama membentuk Kerajaan Perpaduan mengikut Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Justeru, langkah Yang Amat Berhormat Tambun untuk menerima saya sebagai sebahagian daripada kerajaan telah melunaskan janji saya dalam siri jelajah kempen saya, pada PRU15 yang lepas bahawa saya tetap akan bersama-sama membentuk kerajaan demi mencapai hala tuju Kudat hebat semula seperti mana yang pernah menjadi ibu kota Borneo Utara yang pertama lebih 100 tahun yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, dalam titah Baginda semasa pembukaan Penggal Kedua, Parlimen Ke-15, baginda telah bertitah secara ringkasnya ingin untuk melihat Perjanjian Malaysia 1963 dan juga untuk memakmurkan hak rakyat harus dilaksanakan. Saya melihat titah ini selari dengan konsep Malaysia Madani yang telah diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Sebagai rekod dalam Dewan yang mulia ini juga, kawasan saya adalah kawasan yang termiskin di Malaysia. Saya mewakili kawasan yang paling mundur di Malaysia dan impian saya untuk melihat kawasan Parlimen ini mendapat anjakan paradigma dalam pembangunan seiring dengan kawasan-kawasan yang lain dalam masa lima tahun yang akan datang akan dapat dizahirkan dengan keikhlasan dan kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, pada 14 Februari 2023 saya telah mengemukakan soalan berkenaan kemiskinan dan langkah-langkah mengatasi kemiskinan di Parlimen Kudat.

Dalam jawapan bertulis pada hari yang sama daripada Menteri Ekonomi, beliau telah menyatakan kadar kemiskinan di Parlimen Kudat adalah 47 peratus iaitu merupakan kadar yang tertinggi di Malaysia. Itu pun sebagai Ahli Parlimen yang lebih mengetahui keadaan sebenar di akar umbi sebenarnya kadar kemiskinan melebihi 50 peratus.

Dalam jawapan bertulis juga telah dinyatakan bahawa kerajaan telah memperuntukkan lebih daripada RM1 bilion dalam RMKe-12 sepanjang tempoh tahun 2021-2022 bagi tujuan pembasmian kemiskinan khusus untuk Kudat. Peruntukan yang dibuat boleh diselesaikan ataupun boleh menyelesaikan banyak masalah kemiskinan sekiranya pelaksanaan segala program yang telah dirangka oleh kerajaan menepati sasaran dan tidak berlaku ketirisan dalam pelaksanaan.

Saya mencadangkan agar Kementerian Ekonomi memberikan Ahli Parlimen Kudat tanggungjawab libat urus pelaksanaan dana pembasmian kemiskinan ini. Ini adalah sebab Ahli Parlimen lebih mengetahui keadaan sebenar di akar umbi sedangkan kurang daripada tujuh peratus daripada peruntukan tersebut telah dibelanjakan walhal RMKe-12 hanya tinggal tiga tahun. Ini bermakna, tidak mungkin kita capai sasaran untuk membasmi kemiskinan di Parlimen Kudat dalam tempoh RMKe-12 tanpa perancangan dan pelaksanaan yang lebih proaktif.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin perhatian kerajaan supaya lebih inovatif dalam merancang dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi di kawasan Utara Sabah. Salah satu usaha yang ingin saya rekodkan di Dewan yang mulia ini adalah penubuhan satu

final • 5:32 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

buah badan berkuasa yang saya hendak namakan sebagai Kudat Banggi Development Authority (KUBDA). Penubuhan badan berkuasa ini adalah langkah pertama untuk membawa lebih banyak pelaburan ke kawasan utara Sabah dan salah satu fokus utama adalah untuk menjadikan Pulau Banggi sebagai kawasan bebas cukai yang pertama di Sabah memandangkan Pulau Banggi ini mempunyai kedudukan yang paling strategik iaitu lokasinya terletak di titik tengah laluan kapal antara Laut Sulu dan Laut China Selatan.

Pulau Banggi adalah merupakan pulau yang terbesar di Malaysia dan sangat berpotensi untuk dijadikan sebagai pusat perkapalan dan pelabuhan bebas cukai dengan menjadi transshipment hub sekali gus akan melengkapi jaringan perkapalan terutamanya ke Kota Nusantara Indonesia dan kawasan-kawasan hemisfera selatan menghubungkan negara-negara di hemisfera utara. Rancangan dan kertas cadangan ini telah saya kemukakan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah pada 2 Februari 2023.

Beliau mengalu-alukan penubuhan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Bagan Datuk yang telah melawat kawasan saya pada 30 Januari 2023. Saya terlalu banyak perkara yang ingin saya sentuh sebenarnya di dalam Dewan yang mulia ini tetapi disebabkan oleh masa yang tidak mengizinkan, maka perkara-perkara yang lebih details akan saya bawakan dalam perbahasan dalam bajet akan datang. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menggulung.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup saya sebagai seorang yang memperjuangkan hak Orang Asal Sabah amat menghargai iltizam Yang Amat Berhormat Tambun untuk mengembalikan hak-hak Sabah melalui tindakan-tindakan beliau yang pada pengamatan saya pada masa yang begitu singkat usaha-usaha Yang Amat Berhormat Tambun untuk mengembalikan hak-hak Sabah sudah kelihatan. Contohnya, pengembalian hak kawal selia minyak dan gas, kawal selia bekalan elektrik dan banyak lagi perkara yang telah dilakukan kurang daripada 100 hari. Tindakan ini melebihi usaha mana-mana Perdana Menteri yang ada sebelum ini. Mudah-mudahan perkara-perkara lain yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dapat direalisasikan keseluruhannya.

final • 5:32 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Akhir kata, Kudat mohon kepada semua Ahli-ahli Parlimen sama ada yang sebelah sini ataupun sebelah sana supaya memberikan ruang kepada Yang Amat Berhormat Tambun untuk menerajui kepimpinan negara dalam masa lima tahun. Kita lihat hasilnya dan biarlah rakyat yang menentukan dalam PRU ke-16 nanti.

Saya juga ingin menzahirkan sokongan— last. Saya juga ingin menzahirkan sokongan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah walaupun saya bukanlah seorang ADUN di Sabah tetapi menyedari kestabilan politik sama ada di peringkat Persekutuan mahupun peringkat Kerajaan Wilayah Sabah adalah perkara asas untuk membentuk sustainable economy akhirnya menjurus kepada kemakmuran rakyat keseluruhannya.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 5:40 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Kudat mohon menyokong.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 5:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ikan pari tangkapan laksamana, Asam pedas dicampur kicap, Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana, Tangga Batu mohon berucap.

final • 5:41 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan ucapan menjunjung titah diraja dengan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi kesempatan untuk saya berucap buat julung kalinya di Dewan yang mulia ini. Terima kasih yang tidak terhingga buat para pengundi di P.136 Tangga Batu yang telah memberikan mandat kepada saya bagi mewakili suara di Tangga Batu terutamanya kepada anak-anak muda dan pengundi-pengundi pertama kali yang telah mencipta gelombang dan memberikan undi dan sokongan kepada Perikatan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, kita semua maklum bahawa negara hari ini mengalami masalah kenaikan harga barangan keperluan harian yang tinggi. Harga ayam dan telur misalnya belum dapat diselesaikan dengan baik. Untuk makluman, lebih daripada 65 peratus hingga 75 peratus kos ternakan ayam daging dan ayam telur datangnya daripada kos bahan makanannya.

Setiap tahun negara mengimport sekitar empat juta tan makanan ini dengan nilai hampir RM6.5 bilion dan ia terus meningkat. Akan tetapi dalam masa yang sama Malaysia mengeksport sekitar 2.3 juta tan setahun iaitu PKM. Bukan Parti Komunis Malaya tetapi adalah palm kernel meal atau dedak isirung sawit ke New Zealand, Korea Selatan dan China bagi kegunaan makanan haiwan ternakan.

Kajian telah dilakukan di MPOB menunjukkan peratusan serat kasar yakni crude fibre dengan izin yang terkandung di dalam PKM dapat dikurangkan kepada 12 peratus dengan menggunakan proses purafex dan sesuai digunakan sebagai campuran bahan utama makanan ternakan ayam. Sekiranya ini diambil, dengan kaedah ini negara dapat mengurangkan bebanan import makanan haiwan yang semakin mahal dan membebankan pengusaha ternakan ayam dalam menstabilkan harga ayam dan telur.

Saya mencadangkan agar kementerian yang berkaitan mengkaji semula strategi penghasilan makanan asas yang bergantung tinggi kepada bahan import, sebaliknya memberi penumpuan kepada memaksimumkan penggunaan sumber yang ada dalam negara.

Tuan Yang di-Pertua, tidak dinafikan bahawa industri sawit merupakan industri yang berjaya mengurangkan jurang kemiskinan di luar bandar. Krisis geopolitik terutama peperangan Ukraine dan Rusia telah memberi impak yang besar kepada sektor komoditi dan pertanian, harga baja dan racun melambung tinggi sehingga menjejaskan pendapatan pengusaha sawit terutamanya pekebun kecil. Walaupun harga minyak sawit hari ini berada pada paras sekitar RM3,000 hingga RM4,000, saya jangkakan sekiranya harga minyak turun di bawah RM3,500 satu tan, ia akan memberikan kesan yang sangat buruk khususnya kepada pekebun kecil.

Oleh itu, usaha EU menyekat pengimportan minyak sawit Malaysia mestilah perhatian serius dan usaha diambil untuk mencapai win-win solution dengan izin, secepat mungkin. Sekiranya hal ini tidak diselesaikan, sudah pasti akan menjejaskan pendapatan pengusaha sawit terutamanya para pekebun kecil seperti yang dilaporkan dalam media The Malaysian Reserve melalui rencananya Proposed Palm Oil Exports Ban will Imperil Smallholders’ Income. Kita mengalu-alukan langkah baik yang dilakukan oleh kerajaan dalam mempermudah pengambilan pekerja-pekerja asing. Akan tetapi industri sawit tidak boleh bergantung pada pekerja asing terus menerus. Kita mempunyai MARCOP iaitu Mechanisation and Automation Research Consortium of Oil Palm dengan izin, yang ditubuhkan pada beberapa tahun yang lalu dengan biaya dari geran padanan kerajaan dan pemain industri. Namun, keberkesanannya belum begitu menyerlah.

Ingin saya mencadangkan agar MARCOP diletakkan di bawah selia pemain utama industri agar kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan mekanisasi dan inovasi industri sawit dapat dipercepatkan. Ini akan menarik minat anak tempatan untuk bersama membangun dan mempertahankan industri kita. Negara juga mempunyai PLASMA iaitu Pusat Latihan Sawit Malaysia di bawah seliaan MPOB bertujuan melahirkan tenaga mahir tempatan berkaitan industri sawit. Malangnya ia belum mencapai tujuan tersebut secara konsisten dan diharapkan kementerian terbabit dapat mengkaji dan menambahbaikkan peranan institusi ini.

final • 5:41 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, peranan dan sumbangan angkatan tentera dalam menjaga keamanan, keselamatan dan kedaulatan negara sangat besar. Terdapat dua kem tentera di Tangga Batu iaitu Kem Terendak dan Kem Sungai Udang. Kem Terendak ini sangat nostalgia. Ia dibangunkan oleh Tentera British bagi menempatkan Markas 28th Commonwealth Infantry Brigade pada zaman darurat menentang pengganas komunis dan telah diserahkan kepada Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 70-an.

Kem Terendak mengalami masalah bekalan air yang kritikal, yang sudah berlarutan sekian lama. Masa terus berlalu dan pemimpin silih berganti namun masalah air ini belum dapat diselesaikan secara tuntas. Saya berharap hal ini dapat diselesaikan secepat mungkin demi menjaga kebajikan angkatan tentera dan keluarga mereka.

Hakisan pantai juga berlaku di sepanjang pantai Kem Terendak. Mungkin kesan penambakan pantai yang dijalankan di Melaka. Dicadangkan pembinaan benteng pemecah ombak disegerakan bagi mengelakkan hakisan berterusan dan akhirnya mengancam Hospital Angkatan Tentera yang dibangunkan bersebelah pantai.

Tuan Yang di-Pertua, Tangga Batu hari ini ialah kawasan suburban yang membangun dengan pesat. Munculnya taman-taman perumahan baharu dan pusat perniagaan selari dengan kepesatan pembangunan industri. Klinik Kesihatan Sungai Udang yang dibina pada tahun 1975 sudah tidak dapat menampung keperluan, khususnya di kawasan Sungai Udang dan Paya Rumput. Oleh itu, kita menyeru agar kementerian berkaitan dapat memberikan perhatian yang penuh kepada masalah ini. Di samping itu, projek tebatan banjir kawasan Krubong perlu dilaksanakan kerana ia melibatkan empat buah kampung, seramai 250 keluarga.

Tuan Yang di-Pertua, masalah komuniti nelayan di wilayah Melaka Selatan yang seramai 560 orang juga perlu kepada penyelesaian jangka panjang. Para nelayan di Melaka adalah nelayan tradisional yang menangkap ikan di Zon A iaitu nelayan pinggir.

Projek penambakan laut di pesisir Pantai Melaka telah menjejaskan ekosistem, sistem biologi, tempat menangkap ikan dan perubahan aliran arus laut yang menyebabkan berlakunya hakisan pantai yang semakin membimbangkan.

final • 5:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung. Sila gulung.

final • 5:41 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Dalam masa lima tahun jumlah tangkapan ikan berkurang sebanyak 43 peratus iaitu daripada 410,000 kilogram kepada 212,000 kilogram sahaja pada tahun 2022. Maka, bukan setakat ikan tetapi udang geragau yang merupakan bahan mentah untuk penghasilan cencaluk dan belacan Melaka yang terkenal lagi ikonik itu telah terjejas dengan teruk. Jadi, bagaimana kita nak menikmati kangkung belacan nanti? Oleh itu Tangga Batu mohon jasa baik kementerian yang berkaitan agar dapat membuat kajian terperinci dan solusi bagi menyelesaikan masalah nelayan, pengusaha, peniaga hasil laut dan komuniti setempat yang juga bergantung pada laut dan sumber protein makanan.

Tuan Yang di-Pertua, anak muda hari ini dahagakan budaya politik baharu dan segar...

final • 5:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung. Masa sudah tamat.

final • 5:41 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Satu minit sahaja. Yang bersifat politik penyelesaian. Hari ini mereka terperangkap dalam dilema untuk mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap. Ingin berumah tangga, perlukan keselamatan dan tempat tinggal dan makanan. Justeru itu, saya mencadangkan agar TVET dikaji semula dan ditingkatkan keberkesanannya dalam melahirkan tenaga mahir, sesuai dengan keperluan tempatan.

Program TVET mestilah direka untuk melahirkan dan memenuhi keperluan tenaga mahir di suatu daerah. Sebagai contoh di Tangga Batu terdapat kompleks penapisan PETRONAS, pelabuhan dan kawasan industri. Maka, TVET haruslah dibangunkan bersesuaian dengan industri berkaitan. Cara ini bukan sahaja dapat menyediakan tangga kerja tempatan tetapi juga dapat mengelakkan berlakunya penghijrahan anak muda ke bandar.

final • 5:41 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, dengan perubahan zaman dana teknologi yang begitu pantas, maklumat di hujung jari...

final • 5:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 5:41 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

...Yang menjadikan rakyat semakin bermaklumat.

final • 5:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jangan ambil masa Ahli Yang Berhormat yang lain.

final • 5:41 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Landing, landing, landing. Semakin pintar, matang dan berfikiran terbuka. Kematangan mereka telah diterjemahkan di dalam PRU ke-14 dan ke-15 yang lalu. Memberikan cabaran untuk kita untuk terus mengutamakan kepentingan rakyat di dalam memacu kepimpinan dan pembangunan negara. Ibarat negeri berubah rasam, ibarat tahun berubah musim.

final • 5:41 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Dengan ini, saya menyokong dan menjunjung Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih. *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]*

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim.

[Membaca sepotong doa] Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pertama dan selamanya kita panjatkan rasa syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat berhimpun dan berkumpul pada petang ini dan Hulu Langat ingin merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas titah ucapan tuanku ketika merasmikan persidangan Parlimen pada 13 Februari yang lalu.

Hulu Langat akan membawa beberapa perkara. Pertamanya, soal berkaitan dengan isu pengangkutan. Pertama, soal berkaitan dengan pemandu Grab yang datang berjumpa dengan saya yang meminta supaya pihak kerajaan campur tangan dalam isu apabila Grab menurunkan kadar bayaran kepada pemandu-pemandu Grab. Mereka minta supaya Kementerian Pengangkutan meletakkan kadar lantai kepada pemandu-pemandu Grab yang kita dapat dalam negara kita. Itu yang pertama.

Kemudian yang kedua, soal berkaitan dengan pembayaran tol. Kita dalam negara kita ini memang kena bayar tol. Hendak pergi mana-mana pun kita kena bayar tol. Akan tetapi, yang menjadi masalahnya sekarang ini, bila kita bayar tol, kita hendak bayar tol, kita kena beratur. Sedangkan kita ada Touch ‘n Go, kita ada SmartTAG, kita ada RFID.

Akan tetapi, RFID pun pihak kerajaan minta supaya rakyat gunakan RFID. Akan tetapi, RFID ini pun masalah. Kadang-kadang dekat satu-satu tempat itu untuk bayar tol ini ada satu, ada dua. Kadang-kadang pun, kadang-kadang tidak berfungsi. Kadang-kadang pun bila kita lalu, kita kena pergi ke depan, pergi ke belakang balik. Pergi ke depan, pergi ke belakang balik. Ini kita hendak minta supaya pihak kementerian tengok bagi memudahkan urusan perjalanan rakyat.

Ketiga, soal berkaitan dengan saya didatangi oleh anak-anak muda kita yang menyatakan bahawa mereka hendak ambil lesen motor, hendak ambil lesen kereta sekarang ini mahal. Sekarang ini rakyat hidup susah. Oleh sebab itu, kita hendak minta pihak kerajaan tolong bantu, khususnya Kementerian Pengangkutan. Tolong bantu anak- anak muda kita ini hendak ambil lesen. Sebab, kita tidak mahu anak-anak muda kita ini bawa kereta, bawa motor, mereka tidak ada latihan, mereka tidak ada lesen. Itu perkara yang ketiga.

Keempat berkaitan dengan komunikasi. Komunikasi, saya rasa Ahli-ahli Yang Berhormat dalam ini pun berasa juga sebagaimana yang saya rasa. Kita kalau lambat

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

bayar bil telefon pun, cepat dia potong kita. Cepat dia potongnya, Yang Berhormat Permatang Pauh. Cepat dia potong kita kalau kita lambat bayar. Akan tetapi, dia punya perkhidmatan dia, servis dia, sekarang ini kadang-kadang kita tengah bercakap, kadang- kadang tiba-tiba hilang sahaja.

Kita bukan main lagi, “helo, helo, helo, helo”, rupanya dah tiada. Rupa-rupanya dah tiada. Kita hendak minta supaya Kementerian Komunikasi ini cuba tengok soal berkaitan dengan telcos ini. Line sekarang ini teruk sangat! Tengah kita bercakap kadang- kadang tidak sampai seminit, tiba-tiba putus. Oleh sebab itu, kita hendak minta sangat soal berkaitan dengan Kementerian Komunikasi ini. Tolong tengok.

Kemudian yang kedua, ketiga, keempat dan yang kelima. Dalam soal Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menggagaskan soal berkaitan dengan masyarakat madani ini, Malaysia Madani ini, saya rasa satu elemen untuk membentuk keperibadian manusia ini adalah soal berkaitan dengan elemen-elemen filem dan juga drama ini. Saya minta maaf. Saya sebutlah. Kadang-kadang Yang Berhormat Parit Buntar tengok juga drama, kadang-kadang. Kadang-kadang.

final • 5:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

[Bangun]

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Janganlah. Masa pun tidak ada ini.

final • 5:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Jadi, janganlah sebut.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya hendak bawa banyak ini.

final • 5:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Janganlah sebut Parit Buntar, kalau tidak berani.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bukan, bukan. Drama kita ini kadang-kadang...

final • 5:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tidak ada masa saya hendak tengok drama itu.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tidak. Drama...

final • 5:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Lebih baik tengok gelagat Yang Berhormat Hulu Langat, lagi baik daripada tengok drama.

[Ketawa]

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Drama kita ini kadang-kadang, minta maaf saya cakaplah, saya hendak minta supaya kementerian, pihak kerajaan tengok baliklah. Supaya drama-drama kita ini drama-drama yang membinalah. Drama- drama ini memberi ilmulah. Bukan soal berkaitan dengan anak balik dari luar negara hendak kahwin dengan perempuan ini, mak tidak suka. TV1 kah, TV2 kah, TV3 kah, TV berapakah, jalan ceritanya semua sama sahaja. Tidak membina. Oleh sebab itu, saya minta tengok balik.

Kemudian, saya bercakap soal berkaitan dengan Rukun Negara. Saya hendak minta, saya ulangi, supaya papan tanda soal berkaitan dengan Rukun Negara ini dapat diletakkan di kawasan-kawasan strategik. Sebab, soal berkaitan dengan Rukun Negara ini ialah hendak membina jati diri kita ini. Jangan jati diri kita ini tidak ada! Rukun Negara ini merupakan pasak kepada kemakmuran, kesejahteraan, kesepaduan kehidupan masyarakat dan rakyat dalam negara kita ini.

final • 5:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

[Bangun]

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh! dua minit tinggal, Ustaz, Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 5:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sebentar.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pendidikan. Soal berkaitan dengan pendidikan. Sekolah tidak cukup. Bilik darjah tidak cukup. Saya mintalah supaya pihak kerajaan bagi peruntukan yang banyak kepada sektor pendidikan kita ini.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Soal berkaitan dengan kesihatan juga, begitu juga. Parkings di hospital ini, di klinik-klinik ini saya tengok— kemudian di hospital-hospital kita pun, klinik-klinik kita pun sekarang ini saya tengok terlalu padat. Jadi, pihak kerajaan kena tengok sebab soal kesihatan ini kita tidak boleh berkompromi.

Soal berkaitan dengan alam sekitar. Saya setuju sangat ada pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang minta supaya pihak kerajaan mengenakan hukuman yang maha berat! Maha berat kepada penjenayah-penjenayah alam sekitar terutama mereka yang membuang sisa-sia bahan larangan di sungai-sungai yang menyebabkan bekalan air kita terganggu.

Seterusnya, soal berkaitan dengan alam sekitar ini juga soal berkaitan dengan air ini juga. Di Hulu Langat, kerap berlaku kejadian banjir. Kita hendak minta supaya pihak kerajaan bagi peruntukan yang banyak untuk menyelesaikan soal berkaitan dengan masalah banjir yang kerap berlaku di Hulu Langat.

Begitu juga soal berkaitan dengan kita di Hulu Langat ini perlukan balai bomba khususnya di DUN Dusun Tua.

Kewangan. Soal berkaitan dengan pengeluaran KWSP bersasar. Kita hendak minta supaya pihak kerajaan— mengah juga, Yang Berhormat Parit Buntar.

[Ketawa] Ini kerana masa tidak ada, hendak bagi laju.

final • 5:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Rehat dahulu.

Bagi saya mencelah.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tidak boleh, tidak boleh.

final • 5:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Rehat dahulu.

Rehat dahulu. Bagi saya mencelah sedikit.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jahat Yang Berhormat Parit Buntar ini. Masa tinggal sedikit sahaja lagi.

final • 5:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kata lelah tadi.

Rehat dahulu.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Soalan berkaitan dengan kewangan. Janganlah kacau, Yang Berhormat Parit Buntar. KWSP bersasar ini kalau tidak boleh bersasar, kita hendak minta pihak kerajaan bantulah masyarakat dan juga rakyat kita yang sedang susah ini.

Soal berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri. Sekarang ini kita tengok kebanjiran warga asing dalam...

final • 5:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Hulu Langat.

Puncak Borneo minta sedikit sahaja hendak sokong KWSP itu. Sikit sahaja.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bagilah, bagilah.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak cukup masa lagi.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Boleh, Tuan Yang di-Pertua?

Boleh?

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya tidak akan tambah masa ya.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tidak boleh, tidak boleh dah sebab Tuan Yang di-Pertua tidak bagi laluan. KDN, kebanjiran warga asing tadi itu.

Kemudian, Hulu Langat ini juga terkenal sebagai kawasan pelancongan. Selain daripada itu juga, saya juga didatangi oleh persatuan pengawal keselamatan swasta yang minta juga supaya pihak kerajaan ini supaya memberi satu kadar harga lantai kepada perkhidmatan yang telah mereka berikan.

Begitu juga— dah mana pula dia punya ini.

final • 5:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Masa cukup.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, itulah. Banyak lagi sebenarnya saya hendak cakap ini. Soal berkaitan dengan apa yang saya hendak sebutkan.

Akan tetapi, sebab kita patuh kepada arahan Tuan Yang di-Pertua ini, saya hendak sebutkan yang terakhir soal berkaitan dengan Menu Rahmah ini. Saya hendak minta supaya Yang Berhormat Kapar tarik baliklah apa yang Yang Berhormat Kapar sebutkan itu soal berkaitan dengan Menu Rahmah ini. Ini kerana Menu Rahmah ini bila kita kata ada yang kena...

final • 5:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Sudahlah itu.

final • 5:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Saya ada sebut kah Menu Rahmah?

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Ada yang kena kanser ini.

final • 5:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

M-E-N-U. Ada tidak? Cuba baca dalam Hansard.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Saya rasa dia menghina kepada keluarga yang ada anak-anak autisme ataupun yang terkena dengan kanser.

final • 5:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tengok M-E-N-U. Ada kah tidak? Boleh baca kah tidak? Boleh eja tidak?

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya minta supaya pihak...

final • 5:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sudah hendak habis, tamatkan sahajalah.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Yang Berhormat Kapar supaya dapat menarik balik. Saya menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 5:50 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ahli-ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu saya menjunjung kasih dengan ucapan terima kasih kepada ucapan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada para pengundi Parlimen Sabak Bernam sama ada yang mengundi saya ataupun tidak semasa PRU-15 yang lepas. Manusia merancang, Allah merancang, bagaimanapun perancangan Allah jugalah yang terbaik untuk kita terima.

[Tepuk] Saya adalah Ahli Parlimen Sabak Bernam yang pertama yang bukan daripada Parti UMNO-Barisan Nasional.

[Tepuk] Tagline saya masa itu, “Tidak handsome tidak apa, Janji bersih, tiada kes mahkamah”.

[Tepuk] Sabak Bernam adalah daerah paling utara di negeri Selangor bersempadan dengan Daerah Bagan Datuk yang dipisahkan oleh Sungai Bernam, iaitu antara sungai yang paling dalam di Malaysia dan sesuai untuk kapal kecil atau feri penumpang berlabuh.

Pada awal pembukaannya, daerah ini adalah tertumpu pada Pekan Sabak Bernam yang fungsinya pada ketika itu sebagai pekan maritim. Ramai pedagang, pahlawan bangsa, peneroka tanah dan alim ulama datang lalu membuka penempatan di sepanjang Sungai Bernam.

Tuan Yang di-Pertua, pada ketika itu, Pekan Sabak Bernam maju dan sibuk kerana kedatangan mereka dari sekitar Nusantara melalui Selat Melaka dan akhirnya

final • 5:58 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

membuat urus niaga dan tinggal di Pekan Sabak yang menjadikan sebuah pelabuhan bertaraf antarabangsa pada ketika itu yang ditadbir oleh seorang pemerintah bertaraf sultan bernama Raja Onus.

final • 5:58 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih Almarhum Raja Unos serta sekalian kerabatnya yang masih ada sehingga ke hari ini. Namun, sekarang Pekan Sabak tiada lagi fungsinya sebagai pekan ataupun bandar pelabuhan malah semakin menyepi daripada arus kesibukan pembangunan daerah hari ini.

Tuan Yang di-Pertua. saya mohon fungsi Pekan Sabak sebagai pekan maritim dikembalikan semula dengan mengadakan pangkalan ataupun pelabuhan kecil ataupun sederhana yang menyediakan perkhidmatan feri penumpang dari Pekan Sabak terus ke Tanjung Balai-Asahan, Sumatera, Indonesia.

Dengan adanya perkhidmatan ini saya yakin Pekan Sabak ini akan kembali bernafas dan mampu untuk menjadi destinasi tarikan pelancong dan menjadi salah satu pintu masuk pelancong ke Malaysia khususnya dari Sumatera, Indonesia secara sah.

Data tidak rasmi menunjukkan seramai lebih kurang 1,500 lebih orang pelajar-pelajar kita dari Perak, Selangor dan negeri-negeri berhampiran ketika ini sedang belajar dalam pelbagai jurusan di universiti di sekitar Sumatera.

Dengan adanya perkhidmatan feri ini nanti, sudah tentu memudahkan mereka pergi dan balik sepanjang pengajian. Pekerja warga Indonesia pun ramai dan boleh menggunakan kemudahan ini untuk masuk dan keluar secara sah. Saya yakin jika ini dapat dilaksanakan, Pekan Sabak akan menjadi satu lagi destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa dan dapat membuka banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, masih lagi berkisar isu pelancongan. Kita lihat trend pelancongan berasaskan motorhome, caravan, campervan dan yang seumpamanya mula mendapat tempat di negara ini. Kemudahan untuk pelancongan jenis ini hendaklah disediakan di setiap daerah terutama di tempat-tempat yang menarik seperti tepi pantai, tepi sungai, air terjun, sawah padi, kampung tradisional dan lain-lain.

Kehadiran mereka dijangka dapat membantu pemasaran dan meningkatkan penjualan IKS di setiap kampung. Oleh itu, saya mencadangkan orang ramai yang berkelayakan diberikan kemudahan pinjaman sewa beli motorhome, caravan, campervan dan seumpamanya di bank-bank tempatan bagi merancakkan industri pelancongan khususnya pelancong domestik ataupun tempatan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, boleh lah kalau hendak minta laluan kalau hendak sebab masa saya masih banyak. Nanti kalau sudah tinggal sedikit, saya minta maaf. Saya tidak beri dah kalau sudah ada sedikit nanti. Tuan Yang di-Pertua, ini isu, ini adalah satu berita yang amat menyedihkan. Dari Kuala Selangor ke Tanjong Karang, Sabak Bernam sampai Bagan Datuk, setakat ini tiada kemudahan bakar mayat atau kremasi atau pengabuan atau pelupusan mayat untuk kaum India dan lain-lain kaum atau agama yang memerlukan jika ada sesuatu kematian. Apa yang ada hanya cara manual iaitu bakar pakai kayu. Saya difahamkan pekerja cari kayu pun sudah berusia dan uzur. Saya mohon kerajaan segera mengadakan alat ataupun mesin kremasi moden untuk tujuan ini.

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ya, silakan Yang Berhormat Jelutong.

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Cuma hendak, cuma hendak. Ya –Saya Cuma hendak menyokong permintaan Yang Berhormat dan saya menghargai keprihatinan Yang Berhormat untuk mendapatkan kemudahan itu kerana kemudahan itu merupakan sesuatu yang amat penting dalam zaman sekarang.

final • 6:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya tahu aset ini amat mahal tetapi saya berjanji demi untuk rakyat, saya berjanji tidak akan mengambil kepentingan ke atas aset ini dan menggunakannya untuk

final • 6:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

diri saya*.

[Ketawa]* Maksud saya kalau ada tender membekalkannya, saya tidak akan masuk campur urusannya ya. Itu maksud saya ya.

[Ketawa] Bukalah tender seluas-luasnya kepada syarikat yang berkelayakan. Itu maksud saya. Satu lagi berita sedih, capaian internet jalur lebar di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam sangat lemah. Malah, penduduk di sana sekarang ini mendapat capaian dari menara yang dibina Hutan Melintang dan Sungai Sumun, Perak.

Ramai IKS mengadu hasil jualannya terjejas kerana kebanyakan pengusaha- pengusaha IKS ini memasarkan melalui internet. Tuan Yang di-Pertua, saya, pilihan raya yang lepas hampir-hampir tewas apabila masuk ke kawasan ini kerana terputus hubungan semasa berkempen.

Akan tetapi, mujurlah pihak lawan pun menghadapi masalah yang sama dan akhirnya Allah SWT merancang, perancangan Allah SWT juga yang terbaik dan saya menang. Daripada 15 PDM, 13 PDM saya menang.

final • 6:00 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Keluar awal.

final • 6:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Tuan Yang di-Pertua, pembinaan Jambatan Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor ke Hutan Melintang, Perak dijangka siap pada 24 Februari 2026. Jambatan ini akan menghubungkan persimpangan Jalan Persekutuan, FT05 Simpang Air Manis ke Pekan Sungai Air Tawar sejauh 20 kilometer.

Apabila jambatan ini siap, penggunanya pun ramai, kenderaannya pun besar-besar.

Jadi, saya minta jalan yang menghubungkan Simpang Air Manis ke Pekan Sungai Air Tawar dilebarkan. Juga mohon supaya Tuan Yang di-Pertua, dibina satu jejambat di persimpangan dari Kampung Sepintas, Pekan Sabak. Jambatan ini menjadi laluan utama kepada penduduk kampung berhampiran iaitu Kampung Sepintas, Batu 4, Sepintas, Kampung Kemboja, Bagan Terap, Lubuk Pusing, Tok Khalifah, Nyior Sebatang, Gandasuli, Parit 11, Parit 12, Parit 13 dan sebagainya.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 6:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ya. Saya gulung. Selama ini, penduduk di tempat ini menggunakan pusingan U yang telah meragut banyak kemalangan. Tuan Yang di-Pertua, saya sangat yakin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita ya, seorang yang prihatin membawa gagasan Malaysia Madani yang memberikan keadilan kepada semua termasuklah kepada kami Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional yang memenangi pilihan raya lepas.

Saya yakin beliau akan memberikan peruntukan kawasan yang sama dan bajet daripada RM1.3 juta dapat lah dinaikkan. Itu adalah seadil-adilnya sebuah kerajaan madani tetapi kalau tidak dibuat, namanya bukan kerajaan madani tetapi kerajaan ‘medeni.’ Kerajaan ‘medeni’ ini maknanya dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dalam bahasa Jawa maksudnya kerajaan yang menakutkan.

[Ketawa] [Tepuk]

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 6:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Tuan Yang di-Pertua, Sabak Bernam menyokong Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kepong.

final • 6:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua. Perkara pertama yang saya hendak bangkit adalah pelanjutan masa yang diberikan oleh pengawal housing controller, dengan izin, bagi pihak Yang Berhormat Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan. Di bawah Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989, setiap kontrak untuk jualan dan belian sesuatu rumah, tempat tinggal hendaklah dalam bentuk Borang Perjanjian Jualan yang ditetapkan.

final • 6:07 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Borang tersebut menyatakan projek perumahan hendaklah disiapkan dalam tempoh 36 bulan daripada tarikh perjanjian. Jika gagal, pemaju hendaklah membayar ganti rugi tertentu kepada pembeli-pembeli kerana lewat menjalankan hartanah. Di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966, Yang Berhormat Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan mempunyai kuasa untuk mengawal dengan melanjutkan masa perjanjian jualan dan belian yang telah ditetapkan. Yang Berhormat Menteri juga boleh memberikan kuasa untuk mengawal kepada pengawal housing controller, dengan izin melalui Peraturan 11(3), Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan

(Kawalan dan Pelesenan) 1989.

Akan tetapi, Mahkamah Persekutuan pada tahun 2019 dalam kes Ang Ming Lee lawan Yang Berhormat Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan memutuskan bahawa pengawal tidak mempunyai kuasa mengecualikan atau mengubah suai apa-apa peruntukan di dalam Borang Perjanjian Jualan yang telah ditetapkan kerana seksyen 24, akta perumahan tidak akan memberikan kuasa ke atas Yang Berhormat Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membuat peraturan-peraturan bagi tujuan memberi kuasa untuk mengecualikan atau mengubah Borang Perjanjian Jualan yang telah ditetapkan kepada pengawal.

Oleh itu, peraturan 11(3), peraturan perumahan iaitu memberikan kuasa ke atas pengawal untuk mengecualikan atau mengubah Borang Perjanjian Jualan tersebut yang ditetapkan telah ultra vires Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966.

Keputusan Mahkamah Persekutuan ini telah membuka pintu (floodgate), dengan izin bagi pembeli rumah mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju kerana lewat menyerahkan rumah-rumah.

Hakikatnya ialah pemaju bergantung dan berharap (rely), dengan izin ke atas surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan iaitu Surat Pelanjutan Masa yang diberikan oleh pengawal bagi pihak Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Pembeli-pembeli rumah juga mempersetujui serta menandatangani surat mengenai perlanjutan masa tersebut semasa mereka menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah dan adalah tanggungjawab pihak kerajaan dalam kes ini Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan untuk mentaksir undang-undang dengan betul dan bukannya pemaju-pemaju.

final • 6:07 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Pemaju-pemaju tidak patut dipersalahkan dan dihukum dengan tuntutan-tuntutan ganti rugi yang besar kerana kelewatan menyediakan hartanah padahal pelanjutan masa telah diberi oleh kerajaan dan kedua-dua pihak pemaju dan pembeli juga telah bersetuju sebelum menandatangani kontrak jual beli rumah. Mahkamah Persekutuan bercadang dalam kes Ang Ming Lee itu bahawa, jika Menteri Perumahan boleh menyediakan satu afidavit yang menunjukkan bahawa beliau benar-benar telah memutuskan pelanjutan masa yang diberikan. Oleh itu, saya memohon Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan membuat tindakan yang perlu dengan segera untuk menghentikan tindakan undang-undang litigasi akibat daripada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Ang Ming Lee ini.

Isu yang kedua, saya ingin membawa perhatian kerajaan, adalah tentang Skim Ponzi melalui cash trust dan preference share aktif sejak tahun 2008. Penipu-penipu atau scammers menjalankan aktiviti pengambilan deposit dan pelaburan haram dengan menggunakan syarikat-syarikat amanah (trustees) dengan izin, syarikat-syarikat saham keutamaan, (preference share) dengan izin, syarikat-syarikat modal teroka (venture capital) dengan izin.

Scam ini bukan sahaja menipu rakyat, malah ia juga mengelak dari dikenakan cukai. Scam ini berbohong kepada para penyimpan bahawa ia memberi pulangan lebih baik daripada simpanan tetap bank malah dijamin tiada risiko bebas cukai dan diluluskan oleh Menteri Kewangan, Bank Negara Malaysia dan sebagainya. Skim Ponzi ini dipromosi oleh orang terkenal, peguam, selebriti, ejen-ejen insurans dan ejen-ejen bank.

Para penyimpan diperdaya oleh ejen dan pengarah syarikat supaya menandatangani pelbagai kontrak. Apabila syarikat tidak mampu membayar balik,

final • 6:10 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

penyimpan baru sedar bahawa mereka terperangkap dalam terma-terma kontrak dan tidak dapat mengambil balik wang hasil titik peluh mereka. Nama syarikat-syarikat yang terlibat dalam scam Ponzi, cash trust dan preference share ini adalah seperti berikut; UBB Amanah Berhad, pengerusinya Tan Sri Suleiman Mohamed, bekas Timbalan Menteri Kesihatan.

Syarikat yang seterusnya, ZICO Trust Malaysia Berhad, Infinity Trustee Berhad, sekarang bertukar nama kepada Perintis Amanah Berhad. Global Asset Trustee Berhad dan Citadel Trustee Berhad. Penasihat syarikat Citadel ialah Tan Sri Mohd Bakri bin Mohd Zinnin, bekas Timbalan Ketua Polis Negara. Seterusnya, Asia International Trust Berhad, Amanah Warisan Berhad, ACE Holding Berhad, Pacific Trustees Group International Berhad.

Saya telah mengemukakan soalan saya di dewan ini pada bulan Julai tahun lalu.

Saya juga telah berjumpa dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan pihak polis supaya mereka boleh ambil tindakan awal melindungi wang para penyimpan sebelum mereka menjadi mangsa penipuan.

Saya telah menggunakan semua saluran kerajaan untuk memberi amaran yang awal. Saya harap usaha saya tidak disia-siakan. Saya hendak kerajaan bertindak dengan segera untuk mencegah lebih ramai rakyat daripada ditipu oleh skim-skim Ponzi, cash trust dan preference share yang tidak dikawal selia ini. Saya juga berharap kerajaan memberi hukuman berat kepada penipu-penipu yang terlibat dalam skim-skim Ponzi.

Dengan itu, sekian. Saya minta menyokong Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya menjemput Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 6:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Hulu Selangor menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Buat julung kalinya, saya berbahas di Dewan yang mulia ini. Sejarah telah tercipta di Hulu Selangor. Parti Islam Se- Malaysia (PAS) menerusi Perikatan Nasional telah memenangi Parlimen Hulu Selangor.

Izinkan saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pengundi-pengundi Parlimen Hulu Selangor yang telah memberi kepercayaan kepada saya dan insya-Allah, saya akan menunaikan tanggungjawab saya sebaik mungkin tanpa mengira latar belakang politik sama ada memberi sokongan kepada saya mahupun tidak. Saya kini menjadi milik rakyat Hulu Selangor. Saya sedia berkhidmat. Terima kasih juga buat MP yang lama, Puan June Leow yang telah menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan sebaik mungkin dalam perbahasan saya dan saya mohon memfokuskan perbahasan saya khususnya, di Parlimen Hulu Selangor dan ada antara perbahasan ini bersifat umum. Saya mohon untuk tiada celahan semasa saya sedang berbahas.

Daerah Hulu Selangor adalah daerah yang terbesar di negeri Selangor.

Keluasannya bersamaan 1,758 kilometer per segi. Besar sedikit dari Melaka, dan dua kali Perlis. Tuan Yang di-Pertua, dalam titah baginda Yang di-Pertuan Agong, ada menyentuh mengenai infrastruktur. Jelas di sini, infrastruktur adalah satu perkara yang penting yang perlu diambil perhatian.

Perkara pertama yang saya ingin sentuh, Hulu Selangor ingin menyentuh berkaitan dengan infrastruktur khususnya jalan raya dan lampu jalan. Isu ini juga telah dibangkitkan oleh beberapa orang pembahas sebelum ini. Hulu Selangor mohon supaya pihak kerajaan menerusi Jabatan Kerja Raya dapat melihat semula dari sudut meluluskan sesuatu peruntukan kepada kawasan-kawasan yang luas ini. Ini disebabkan banyak jalan- jalan yang bermasalah tidak dapat diperbaiki atas faktor kekurangan dana.

Kesan daripada permasalahan ini, ia mengancam keselamatan pengguna jalan raya terutama yang melibatkan motosikal yang sering berlaku kemalangan. Sungguhpun Hulu Selangor berada di utara negeri Selangor, kini Hulu Selangor telah pun

final • 6:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

dinaiktarafkan kepada perbandaran dan sewajarnya Hulu Selangor mendapat perhatian oleh pihak kerajaan bagi menaik taraf jalan-jalan persekutuan.

Oleh sebab itu, Hulu Selangor memohon diambil perhatian oleh pihak kerajaan untuk meluluskan dengan kadar segera permohonan untuk membaiki jalan-jalan dan lampu jalan di jalan-jalan persekutuan. Juga, mohon kerajaan pusat meluluskan peruntukan bagi menaik taraf dan menurap semua Jalan Persekutuan FT01 dari Sungai Choh ke Bukit Beruntung yang rosak dan juga mohon pelebaran jalan dibuat di Jalan Sungai Buaya FT1028 ke Jalan Tanjung Malim FT3208. Ia merupakan jalan alternatif bagi mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan sepertimana laluan Tanjung Malim ke Tapah.

Tuan Yang di-Pertua, Hulu Selangor mohon mempercepatkan pembinaan klinik kesihatan di Bukit Sentosa yang telah lama dipohon. Jawapan yang telah diberikan oleh Menteri Kesihatan pada sesi yang lepas, Klinik Kesihatan Bukit Sentosa dilaksanakan secara land swap dan sedang dibuat perancangan untuk pembinaan. Sehingga sekarang, saya tidak tahu apakah perkembangan berkaitan dengan klinik kesihatan yang telah lama pun dibincangkan.

Oleh sebab itu, Hulu Selangor memohon pihak kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan segera mewujudkan klinik kesihatan di Bukit Sentosa atas sebab kepadatan penduduk. Ia bagi menampung keperluan penduduk di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa dan Sungai Buaya yang berjumlah lebih kurang 100,000 orang penduduk, mengurangkan kesesakan di Klinik Kesihatan Serendah.

Tuan Yang di-Pertua, Hulu Selangor lagi sekali ingin menyentuh Kementerian Kesihatan yakni untuk menaik taraf Hospital Kuala Kubu Bharu. Kepadatan penduduk daerah Hulu Selangor merupakan daerah terbesar, daripada sembilan buah negeri di daerah yang terletak di utara negeri Selangor. Jumlah penduduk lebih 240,500 orang.

Jumlah kedatangan purata harian kedatangan pesakit di Unit Kecemasan dan Trauma, sebanyak 36,022 orang pesakit pada tahun 2021.

Mengikut purata harian, 99 orang pesakit. Unit Pesakit Luar sebanyak 27,217 orang jumlah pesakit pada tahun 2021, dan bersamaan dengan 110 orang pesakit mengikut purata harian. Unit Patologi pesakit dalam memberi kesan kepada pekerja makmal iaitu 67,783 orang dan untuk pesakit luar beban kerja makmal sebanyak 262,211 orang bagi tahun 2021.

Tuan Yang di-Pertua, kesannya adalah masa menunggu untuk rawatan susulan lama. Begitu juga masa yang lama bagi pesakit luar mendapatkan rawatan. Kelam kabut jadinya, Tuan Yang di-Pertua, tujuh minit inilah jadinya. Tuan Yang di-Pertua, Hulu Selangor mohon pihak kerajaan menambah kekerapan lawatan doktor pakar. Mengikut maklumat, perkhidmatan pakar kebanyakannya dari Hospital Selayang yang akan datang ke Hospital KKB bagi menampung keperluan meningkat pesakit di sini.

Kedua, menambah pelbagai perkhidmatan pakar kesihatan yang dapat memberi khidmat nasihat di Hospital KKB. Contohnya, Unit Endokrin. Pembinaan bangunan baru bahagian kecemasan di Hospital KKB juga telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen yang sebelum ini. Manakala, cadangan bagi pihak menaik taraf Jabatan Kecemasan di Hospital Kuala Kubu Bharu sedang disemak oleh kementerian untuk dipertimbangkan sebelum diangkat dan Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia ke-12 tahun hadapan. Bermakna, telah pun dibentangkan sebelum ini dan saya mohon kementerian untuk memberikan penjelasan.

Perkara yang keempat, Hulu Selangor ingin menyentuh mengenai keperluan penting bagi mewujudkan balai bomba di gugusan FELDA Batang Kali dan Kalumpang.

Justifikasi keperluan balai dan fasiliti kebombaan hanya menjaga nyawa dan harta benda.

final • 6:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Secara ringkasnya bahawa – memandangkan masa yang tidak mencukupi ini – bahawa ketiga-tiga tempat yang saya maklumkan tadi jaraknya adalah melebihi 10 minit, yang mana ia telah pun melebihi piawaian yang telah ditetapkan. 29 saat lagi.

final • 6:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Saya mohon supaya perkara ini tolong diambil perhatian, terutamanya yang melibatkan FELDA iaitu Felda Soeharto yang mana jarak Felda Soeharto ini terlalu jauh dari balai bomba yang berdekatan iaitu di Tanjong Malim, Bukit Beruntung dan juga Kuala Kubu Bharu. Mohon diambil perhatian. Saya tidak sempat hendak membaca semua tetapi mohon untuk diambil perhatian berkaitan dengan balai bomba ini.

Kawasan sama juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Felda Wilayah Trolak yang mana keempat-empat FELDA ini di bawah Felda Wilayah Trolak kerana kesudian untuk membincangkan banyak isu yang melibatkan isu peneroka.

Semoga pertemuan baru-baru ini dapat menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Kuala Krau.

Begitu juga saya ucapkan terima kasih buat FELDA HQ dan PKNS atas kesudian berjumpa dengan saya bagi menyegerakan dan menyelesaikan isu rumah generasi kedua di Felda Sungai Tengi Selatan. Saya mengharapkan agensi-agensi lain seperti Air Selangor, KUSEL dan lain-lain agensi dapat membantu FELDA dan PKNS menyegerakan dan menyiapkan rumah generasi kedua.

Terakhirnya Tuan Yang di-Pertua, mohon Yang Berhormat Menteri Pengangkutan semak jadual penghantaran saman AES kepada pesalah. Sebagai contoh, kejadian telah berlaku pada bulan Jun 2022 tetapi baru diterima pada Februari 2023. Mohon untuk disemak.

Akhir sekali, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi ruang untuk saya berbahas, Hulu Selangor mohon menyokong. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.

final • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mengucapkan jutaan terima kasih atas peluang yang telah diberikan kepada saya untuk turut bersama Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam sesi Parlimen kali ini.

Saya ingin mulakan perbahasan saya dengan mengatakan bahawa dalam bahasa Tamil [Berucap dalam bahasa Tamil] yang bermaksud, “Kepujian yang tertinggi kepada Tuhan yang Maha Esa”. All praises to the Almighty God. Pada masa yang sama, saya ingin juga mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua yang merupakan seorang wanita pertama daripada parti DAP yang telah dilantik untuk menjadi Timbalan Yang di-Pertua. Satu penghormatan kepada wanita.

final • 6:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

final • 6:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya juga ingin mengatakan bahawa— menggunakan ungkapan “*Ampun Tuanku beribu-ribu ampun.

Sembah patik harap diampun*”. Saya menggunakan ungkapan itu kerana saya percaya Tuanku Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan seorang yang kita perlu menjunjung kasih kerana selepas pilihan raya kali ini, seminggu masa telah berlalu di mana rakyat Malaysia— saya gunakan istilah ‘serabut’, tidak tahu siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri.

Walaupun ada pihak yang telah pun diminta bersama-sama kita untuk menjadi kerajaan, menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Ada antara kita yang begitu angkuh, sejurus keluar dari istana mengadakan sidang akhbar dengan menyatakan dengan bongkak dan angkuhnya menolak titah tuanku dan nasihat yang diberikan oleh tuanku.

Dahulu, UMNO dan DAP kita berlawan. Sekarang, kita jadi kawan. Dahulu Yang Berhormat Pekan kita lawan. Sekarang Yang Berhormat Pekan sudah jadi kawan. Demi Raja dan negara, UMNO dan DAP akan tetap berkawan. Demi Raja dan negara, Perikatan Nasional harus kita lawan. Saya kata begitu kerana perpaduan dalam negara kita adalah

final • 6:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

sesuatu yang begitu berharga sekali. Banyak sangat kejadian yang telah berlaku dalam sejarah yang boleh menimbulkan rasa gusar, takut dalam negara yang kita yang tercinta ini yang terdiri daripada rakyat berbilang bangsa, berbilang kaum dan berbilang agama.

Saya rasa sungguh risau dengan tindakan-tindakan yang dibuat oleh satu, dua pihak di sebelah sana yang sering kali memulakan, menyatakan kenyataan-kenyataan yang boleh menyinggung hati, yang boleh menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat terutamanya kaum-kaum tertentu. Saya menghormati Yang Berhormat Marang sebagai seorang tok guru. Malahan saya merupakan seorang yang mengikuti perkembangan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz. Beliau merupakan seorang tokoh yang tersohor, yang saya hormati walaupun saya daripada parti DAP.

Akan tetapi, alangkah terkejutnya saya apabila pengganti beliau boleh dikatakan Mursyidul Am Parti PAS mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengatakan bahawa orang-orang India dan Cina lebih cenderung untuk melakukan rasuah. Saya telah membawa perkara ini kepada pihak berkuasa. Perkara itu sedang disiasat. Kenyataan- kenyataan beginilah yang boleh menyebabkan perpecahan di negara kita, yang boleh menyebabkan perpaduan tergugat di negara kita.

Pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini. Pada tahun 2018 ketika itu Yang Berhormat Dato' Sivarraajh Chandran yang bertanding di bawah MIC telah pun dilucutkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands apabila mahkamah mendapati bahawa beliau ataupun penyokong-penyokong beliau telah memberi wang sogokan kepada pengundi-pengundi semasa pilihan raya. Yang Berhormat Dato' Sivarraajh Chandran ketika itu telah pun diminta keluar dari Dewan.

Terdapat bukti bahawa wang telah diberikan. Bukan oleh beliau tetapi penyokong- penyokong beliau kepada pengundi-pengundi di kawasan Cameron Highlands.

Dewasa ini terdapat pengakuan oleh sebelah sana mengatakan bahawa memberi wang kepada pengundi semasa pilihan raya, niatnya yang penting.

final • 6:22 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Fitnah itu.

final • 6:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini kenyataan yang dibuat oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Larut. Saya ingin tanya kepada pihak SPRM. Kenapakah Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Marang yang telah membuat pengakuan terang-terang, yang telah dilaporkan oleh media massa tidak dipanggil sehingga hari ini untuk disoal siasat?

Dalam satu video yang tular, bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Musa mendedahkan bahawa semasa pilihan raya di Sabah, Yang Berhormat Pagoh telah memberikan beliau wang untuk dibelanjakan semasa pilihan raya. Rakyat ingin tanya, wang yang sepatutnya digunakan untuk menangani isu-isu COVID-19, RM92.5 bilion yang sedang disiasat oleh pihak SPRM sekarang, adakah wang itu digelapkan oleh pihak-pihak tertentu dan digunakan semasa pilihan raya?

Saya menggunakan kesempatan ini untuk menyeru pihak SPRM siasat. Saya ingin tanya kenapa tidak Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Marang dan Yang Berhormat Pasir Mas yang minggu lalu mengaku wang diberikan tidak dipanggil untuk disiasat. Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:22 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Sudah tidak salah, hendak siasat apa?

final • 6:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya mematuhi arahan Tuan Yang di-Pertua, saya akan meneruskan ucapan ini semasa pembentangan belanjawan. Saya, Jelutong, mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 6:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 6:22 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

final • 6:29 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana turut memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi di P.023 Rantau Panjang yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk terus mewakili rakyat di Rantau Panjang masuk penggal keempat di Dewan Rakyat ini.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah memberi kepercayaan dan undi kepada Perikatan Nasional. Mulakan dengan satu maksud hadis Nabi SAW, ada empat tanda apabila seseorang itu mempunyai sifat ini, dia adalah seorang munafik tulen iaitu pertama, apabila diberi amanah dia khianat, apabila berbicara dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir dan apabila berselisih dia melampaui batas dan berdendam.

Tuan Yang di-Pertua, tuanku dalam titah ucapan telah menyentuh isu tentang pemerkasaan wanita yang mana wanita menjadi tonggak institusi keluarga. Jadi, potensi wanita perlu dikembangkan. Saya ingin penjelasan, apakah program untuk mengatasi jurang ekonomi wanita yang masih tinggi terutama wanita bandar dan luar bandar termasuk di pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak?

Apakah program-program pemerkasaan ibu tunggal pasca pandemik COVID-19?

Apakah pencapaian setakat ini untuk memastikan penglibatan wanita dalam bidang industri berbentuk teknologi tinggi termasuk teknologi yang tertinggi untuk mendepani masa depan? Apakah peluang penyertaan wanita terutama dalam bidang-bidang kemahiran baharu dalam pembangunan kepakaran untuk mengupayakan wanita supaya terlibat dan mereka dapat melibatkan diri sama ada sektor awam ataupun swasta?

Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan tahniah atas usaha kerajaan untuk cadangan pindaan Perlembagaan isu kerakyatan anak yang mana usaha ini telah dimulakan sejak zaman pentadbiran sebelum ini. Saya ingin tahu, apakah kaedah yang akan digunakan oleh pihak kerajaan agar tiada pihak yang mengambil kesempatan atau manipulasi daripada pemilikan kewarganegaraan ini?

Saya mencadangkan juga supaya kerajaan mewujudkan satu insentif khas kepada anak-anak muda iaitu untuk mendirikan rumah tangga sebagaimana yang telah dibuat oleh Kerajaan Kelantan iaitu program Az-Ziwaj iaitu bantuan khas kepada pasangan muda yang baru hendak berkahwin dengan bantuan kewangan untuk memudahkan perkahwinan di kalangan golongan yang kurang mampu ataupun B40.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh tentang kesejahteraan OKU yang mana disentuh oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk memelihara kesejahteraan OKU dan mengkaji semula Akta OKU 2008. Saya mengharapkan pindaan ini mengambil kira pembangunan OKU dalam konteks yang rentas sektor yang mana menunjukkan keprihatinan daripada pelbagai kementerian dan agensi.

Juga, saya ingin memohon supaya kerajaan mempertimbangkan supaya peralatan sokongan untuk OKU disubsidikan ataupun dijual dengan harga yang lebih murah. Ini termasuk juga supaya alat-alat sokongan OKU percuma kepada pelajar-pelajar di IPT, bagi mereka yang kurang mampu ataupun berpendapatan rendah.

Kita mengharapkan juga supaya kerajaan memperkasakan iaitu kemudahan yang mesra OKU terutama di semua bangunan awam dan swasta. Kita harapkan juga diperbanyakkan lagi penglibatan OKU dalam agenda pembangunan negara dan menggilap potensi OKU. Saya juga mencadangkan supaya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi perhatian kepada pembangunan kerohanian kepada semua kumpulan sasar sebab ia menjadi teras dalam pembinaan insan.

final • 6:30 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Saya ingin menyentuh juga tentang keseimbangan ekonomi antara wilayah. Saya mengambil kesempatan ini menggesa supaya Perdana Menteri ke-10 supaya menghentikan budaya politik balas dendam. Fokus kepada politik untuk pulihkan negara dan bantu ekonomi rakyat yang dalam keadaan kesusahan. Kita dapati hasil daripada pandemik COVID-19, lebih daripada 37,415— bagaimana kita melihat kesan ada syarikat- syarikat perniagaan yang gulung tikar...

final • 6:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Rantau Panjang, minta sedikit bolehkah Yang Berhormat Rantau Panjang? Yang Berhormat Rantau Panjang, sedikit sahaja.

final • 6:30 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Minta maaf, saya tidak ada masa.

final • 6:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Maaf diterima.

final • 6:30 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Tujuh minit sahaja masa.

Jangan kacaulah.

final • 6:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Maaf diterima.

final • 6:30 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Apakah usaha kerajaan untuk memulihkan semula keyakinan kerajaan untuk tingkatkan ekonomi negara? Apakah usaha kerajaan untuk kurangkan jurang ekonomi antara Pantai Barat dan Pantai Timur yang kita dengar rata-rata keluhan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini?

Apakah usaha yang telah dibuat oleh kerajaan dan kenapa kerajaan tidak meletakkan supaya bantuan ataupun peruntukan kepada Ahli Parlimen sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto diberi kepada semua Ahli Parlimen? Begitu juga usaha untuk tangani jurang ekonomi antara masyarakat di bandar dan di luar bandar.

Saya ingin juga menyentuh tentang pembangunan di Kelantan terutama negeri Pantai Timur. Apakah inisiatif yang telah dibuat oleh pihak kerajaan terutama dalam membangunkan bandar-bandar di sempadan? Saya ingin tahu tentang projek tebatan banjir yang telah dijanjikan oleh kerajaan. Oleh sebab kita lihat pembangunan bandar- bandar sempadan sangat penting terutama dalam menaikkan ekonomi. Sejauh manakah kajian dibuat untuk naik taraf Sungai Golok yang saya kira di antara punca utama berlakunya banjir? Seharusnya ada perundingan antara Menteri Luar Negeri kita dengan Menteri Luar Thailand untuk melihat kepentingan bersama. Ini termasuk juga undang- undang yang berkaitan antara kedua-dua negara.

Saya ingin penjelasan tentang pembinaan Jambatan Sungai Golok di Rantau Panjang yang telah dijanjikan. Sejauh mana projek ini akan dilaksanakan? Begitu juga pembinaan Jambatan Tak Bai, Pengkalan Kubor di Tumpat. Begitu juga projek fasa 2 untuk tebatan banjir di Rantau Panjang. Begitu juga projek Lebuhraya Pantai Timur fasa 3. Saya mohon supaya dilihat juga untuk naik taraf landasan kereta api Pantai Timur Gua Musang-Tumpat yang sudah tentu sekiranya perkara ini dapat diselesaikan, memberi kesan ekonomi kepada rakyat.

Saya ingin juga memohon penjelasan supaya kerajaan pada hari ini untuk mempertimbangkan royalti yang menjadi hak rakyat Kelantan supaya terus diberi wang tunai sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Akta Petroleum 1974. Oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya menyokong. Terima kasih.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 6:30 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Saya Ahli Parlimen Batu Kawan yang baharu walaupun saya bukan baru dalam Dewan ini. Saya mewakili pengundi Batu Kawan dan rakyat seluruh Pulau Pinang mengucapkan terima kasih atas peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Penggal Kedua, Parlimen Ke-15 pada 13 Februari yang lalu.

final • 6:37 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Dalam Dewan yang mulia ini juga, Batu Kawan mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Mewakili seluruh rakyat Pulau Pinang, kami menyokong penuh pelantikan ini dan bersedia memberi kerjasama utuh untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara secara keseluruhannya.

Kita bersyukur Pakatan Harapan dapat peluang yang kedua, second chance untuk menerajui tampuk pemerintahan selepas Sheraton Move. Sebenarnya, Malaysia memerlukan second chance untuk bangkit semula sebagai sebuah negara yang kita dapat sanjung pada suatu hari nanti. Inti pati pemerintahan negara berlandaskan inisiatif negara madani merangkumi aspek-aspek kemapanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan insan dan rahmah adalah diharapkan dapat diterjemahkan dengan sebaik- baiknya khususnya dalam ikatan kerjasama negeri Pulau Pinang dengan Kerajaan Persekutuan.

Berlandaskan prestasi sama ada pada aspek pelaburan domestik mahupun asing, pengeksportan, jumlah kutipan cukai, rekod pembayaran hutang negeri, laporan audit negara dan lain-lain berkaitan, negeri Pulau Pinang merasa syukur dengan pencapaian yang baik setakat ini. Kami berjaya mengekalkan kedudukan tersebut walaupun dalam tempoh pandemik dan juga di kala dunia menghadapi kemelesetan ekonomi. Justeru, adalah wajar sekiranya negeri Pulau Pinang memohon supaya Kerajaan Persekutuan terus memberi perhatian kepada negeri kami.

final • 6:37 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Lazimnya, negeri Pulau Pinang tidak pernah menafikan bahawa usaha pemulihan pembangunan ekonomi dalam pasca pandemik adalah memerlukan suntikan serta sokongan berterusan daripada Kerajaan Persekutuan. Justeru, perhatian dan juga kerjasama dalam meningkatkan keperluan serta jaringan infrastruktur serta projek-projek yang tergendala sebelum ini adalah amat diperlukan demi pembangunan masa depan negeri dan secara tidak langsung kepada negara Malaysia.

Isu seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang wabak demam babi Afrika atau African swine fever (ASF) yang menjadi cabaran baru di kawasan Batu Kawan dan negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya yang mana saya sendiri telah mengutus dua pucuk surat dan disusuli dengan satu pertemuan dengan Yang Berhormat Menteri berhubung isu ini. Apa yang saya ingin tekankan bahawa sekiranya isu ini tidak diambil tindakan segera, ia akan melumpuhkan seluruh ekosistem ekonomi industri berkaitan. Dengan sifat wabak ASF yang mudah merebak, lebih daripada 30 buah ladang di negeri Pulau Pinang telah dijangkiti dan tidak beroperasi kini termasuk aktiviti penjualan.

Sebagaimana maklum, Pulau Pinang merupakan antara negeri pembekal daging babi utama negara dan ekoran daripada wabak ASF yang kini boleh dikatakan dalam keadaan punto, ia memperlihatkan masa depan yang suram terhadap industri ini termasuk dalam melindungi serta membela hak-hak penternak.

Batu Kawan dengan ini memohon supaya Kerajaan Persekutuan melihat wabak ASF ini dengan lebih serius yang mana beberapa perkara yang ingin diutarakan di dalam Dewan yang mulia ini termasuk:

(i) penelitian dan kelulusan penggunaan vaksin ASF pada tempoh masa yang lebih cepat;

(ii) prosedur operasi standard (SOP) berhubung pelaksanaan proses pensampelan (sampling) kedua bagi ladang-ladang yang dijangkiti;

(iii) mengkaji dengan lebih serius berhubung akta atau peraturan menarik balik Perintah Larangan Pengoperasian Ladang- ladang Ternakan apabila keadaan mengizinkan;

(iv) kajian semula kriteria serta meningkatkan jumlah pakej bayaran ex gratia sedia ada dan pada masa sama

final • 6:40 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

mempercepatkan proses pemprosesan serta penyaluran kepada penternak-penternak yang terjejas; dan

(v) pendekatan pihak kementerian dalam memastikan bekalan daging babi dalam pasaran adalah mencukupi dan selamat dimakan oleh pengguna-pengguna.

Sebenarnya saya ada satu isu lagi tetapi nampaknya tidak sempat. Kalau saya mula pun, tidak dapat habis. Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua atas peluang yang diberikan untuk berucap. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kangsar.

final • 6:40 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan pada kali ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk bersama-sama merafak sembah menjunjung kasih ke atas Titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong semasa Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas. Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pengundi saya di Kuala Kangsar.

Terang indah cahaya nirmala, Menerangi seluruh alam tua, Kata bicara langkah bermula, Isu dibawa untuk semua. Suka saya memulakan perbahasan saya pada petang ini untuk menarik perhatian seluruh Ahli Dewan ini bahawa kawasan saya Kuala Kangsar yang telah melahirkan ramai tokoh yang mendapat pendidikan awal di sana. Justeru itu, tidak wajar kawasan saya ditinggalkan daripada perhatian kerajaan dalam isu pembangunan.

Isu pertama yang hendak dibawa ialah komunikasi. Malaysia sebelum ini mempunyai purata kelajuan muat turun data mudah alih yang lebih tinggi berbanding negara-negara lain di rantau Asia Tenggara. Namun, kedudukan kita merosot tatkala penghujung tahun 2020 dengan pengenalan 5G di negara-negara seperti Thailand, Indonesia dan Philippines yang telah mengatasi kelajuan muat turun Malaysia. Dengan berpandukan ini, Kerajaan Perikatan Nasional telah memperkenalkan Digital Nasional Berhad, jentera khas di bawah Kementerian Kewangan untuk memandu agenda nasional 5G di seluruh negara.

Pada awal bulan Januari tahun ini, Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Digital mengumumkan bahawa akan ada kata putus kepada hala tuju Digital Nasional Berhad sebelum suku pertama tahun ini. Seperti yang kita semua maklum, Malaysia kini telah pun lewat dalam teknologi ini berbanding negara-negara di rantau ini.

Maka, berapa lama lagi kelewatan ini akan berlarutan dan apakah rakyat boleh menjangkakan perubahan yang besar kepada pengaturan sistem 5G rentetan daripada penilaian tersebut? Apakah usaha kerajaan dalam memastikan masyarakat di kawasan saya ini turut mendapat manfaat daripada usaha kerajaan sebelum ini seperti naik taraf kepada liputan 5G?

Untuk makluman semua Ahli Dewan, Kuala Kangsar sampai sekarang pun banyak kawasan masih tidak ada mempunyai coverage, dengan izin, yang sempurna.

Mohon kerajaan campuran ini memberi perhatian yang khusus kepada Bandar Diraja ini.

Seterusnya, isu yang ingin saya bawakan ialah berkenaan pelancongan dan kos sara hidup.

final • 6:44 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kerajaan Perpaduan.

final • 6:44 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Satu cara yang pantas untuk meningkatkan kebolehan menjana pendapatan di kawasan saya ialah industri berkaitan pelancongan. Kuala Kangsar mempunyai potensi untuk dibangunkan dan menjadi tarikan pelancong yang melawat Perak. Kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya diminta untuk memberi penekanan dan perhatian kepada kawasan ini.

Sebagai contoh, kawasan Sayong di Kuala Kangsar boleh dijadikan industri ecotourism. Perkara asas seperti tandas awam yang diperjuangkan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan sangat signifikan untuk difokuskan di kawasan ini. Selain itu, insentif oleh kerajaan dalam pelancongan turut akan memberi domino effect, dengan izin, kepada perusahaan kecil dan sederhana. Sebagai contoh, industri labu sayong, kraf tangan dan produk-produk kampung dipasarkan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Isu seterusnya berkenaan dengan penggunaan tanah yang optimum. Di kawasan saya banyak tanah tersepit atau dikenali sebagai tanah saku yang boleh dilihat dan tersedia luas. Tanah-tanah ini wajar digunakan secara optimum. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar tanah tersepit ini diberikan peluang dan ruang kepada masyarakat sama ada melalui persatuan penduduk anak-anak muda atau persatuan belia diberikan kebenaran untuk menggunakan tanah-tanah tersepit.

Selain itu, persekutuan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

(FAMA) turut boleh memainkan peranan dalam isu penggunaan tanah optimum ini. Kita perlu memberi pengelasan kepada jenis-jenis tanah ini untuk memastikan proses menghasilkan tanaman yang mudah menjana tunai ini dapat dijalankan dengan segera.

Pada ketika ini, majlis tempatan, birokrasinya membuatkan ia mustahil untuk tanah-tanah ini diusahakan, lalu menidakkan usaha kita untuk mengatasi isu ini.

Seterusnya, berkenaan dengan isu pembangunan belia. Saya mulakan dengan program literasi kewangan belia. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar program ini dapat dilaksanakan melalui pendekatan yang kreatif. Pendekatan melalui kelas dan ceramah wajar dikurangkan kerana belia-belia ini kurang berminat dengan cara ini. Seterusnya, jika diperhatikan di kawasan Kuala Kangsar ini, ramai pengusaha kecil dan sederhana di kalangan belia. Namun demikian, mereka ini kurang pengetahuan berkenaan strategi pemasaran dan perniagaan.

final • 6:44 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Justeru itu, saya ingin mencadangkan agar kerajaan memberi fokus kepada pelaksanaan program-program seperti ini. Tidak perlulah belia-belia ini membayar puluhan ribu ringgit untuk menghadiri kursus berasaskan perniagaan yang popular di luar sana. Kementerian mungkin boleh melihat Program Cilik Bestari yang diperkenalkan zaman Allahyarham Tan Sri Ali Hashim, bekas CEO JCorp.

Seterusnya berkenaan dengan kebajikan dan keselamatan atlet daripada segenap lapisan umur. Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini telah memulakan pelbagai inisiatif keselamatan dalam bidang sukan di mana polisi utamanya adalah untuk melindungi semua atlet daripada sebarang penderaan fizikal dan seksual sepanjang tempoh latihan dan persiapan mereka. Usaha-usaha membuat dasar kod keselamatan ini merupakan permulaan kepada Akta Keselamatan Sukan.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 6:50 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Namun sehingga kini masih belum kelihatan tanda-tanda Kementerian Belia dan Sukan mahu meneruskan usaha kerajaan sebelum ini. Saya mahu menegaskan agar Kementerian Belia dan Sukan memberi perhatian serius kepada perkara ini.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 6:50 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Baik. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas

final • 6:50 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

peluang yang diberikan dan merafak sembah, menjunjung kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 6:50 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi laluan untuk saya turut serta dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Tuanku di Dewan yang mulia ini. Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas titah yang menzahirkan keprihatinan Baginda terhadap kestabilan, kemajuan dan kelestarian negara yang makmur dan sejahtera. Izinkan saya untuk mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para pengundi di Parlimen Wangsa Maju kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk mewakili suara mereka dengan majoriti 20,696 undi.

Tuan Yang di-Pertua, dalam titah tuanku, Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Tambun sebagai kerajaan baginda. Ia adalah satu isyarat positif terhadap konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke-10.

Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai Ahli Parlimen Wangsa Maju menyambut baik titah diraja untuk menjadikan Wangsa Maju sebagai bandar perintis rendah karbon.

Wangsa Maju adalah satu kawasan Parlimen yang mempunyai kepadatan penduduk yang paling tinggi di Malaysia iaitu 13,475 penduduk bagi setiap kilometer persegi yang datang bersama-sama dengannya segala bentuk cabaran dan ujian.

Walaupun begitu, bagi merealisasikan hasrat ini, saya yakini bahawa seluruh warga masyarakat Wangsa Maju akan bersama-sama berusaha menjadikannya satu kenyataan. Hasrat ini tidak akan dapat dicapai tanpa kerjasama daripada semua pihak.

Saya yakin Wangsa Maju dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur amnya bersedia untuk menyahut matlamat cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 selaras dengan komitmen negara untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030.

Perkara 28 dalam Titah Tuanku menekankan agar fokus diberikan juga kepada pendigitalan serta kemapanan sektor pembinaan dan mengangkat penyelenggaraan infrastruktur. Hakikatnya, kini sungguhpun ribuan juta ringgit telah dibelanjakan untuk projek-projek infrastruktur, rakyat terus didepani dengan cabaran-cabaran daripada projek-projek tersebut.

Sebagai contoh, pembinaan lebuh raya. Objektif membina lebuh raya adalah melancar dan memendekkan masa perjalanan. Namun, sekarang apabila kita menuju ke plaza-plaza tol, pengguna tersekat-sekat, beratur panjang dan memerlukan kemahiran tambahan untuk memilih dan bertukar lorong dengan cepat kerana sistem bayaran tol yang kini wujud tiga sistem, Touch ‘n Go, SmartTAG dan RFID di setiap plaza tol.

Kadangkala, maksud RFID (Radio Frequency Identification) ini bertukar kepada reverse, forward, insya-Allah detect. Keadaan terus menguji kesabaran pengguna apabila sistem breakdown yang selalu sangat berlaku. Masalah kesesakan lalu lintas yang tidak berpenghujung boleh dikurangkan antaranya melalui komponen pengangkutan pintar.

Tuan Yang di-Pertua, keprihatinan Tuanku Agong terhadap isu pemilikan rumah dalam paragraph 31 adalah isu yang dekat dengan rakyat. Kita dimaklumkan bahawa kini ada 7.3 juta isi rumah. Dalam masa yang sama, bekalan rumah yang ada adalah 6.02 juta. Ini bererti, sejumlah lebih kurang 1.2 juta isi rumah yang tidak ataupun belum memiliki rumah.

Mengikut Presiden CUEPACS pada tahun lepas, 50 peratus penjawat awam masih belum memiliki rumah kerana tidak mampu untuk membeli rumah. Dalam masa yang sama, mengikut National Property Information Center (NAPIC), sehingga enam

final • 6:51 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

bulan pertama tahun lepas, sejumlah rumah yang siap dan tidak terjual adalah 34,092 unit. Daripada jumlah 34,092 unit ini terdapat 9,655 bersamaan dengan 28.3 peratus adalah rumah yang berharga RM300,000 ke bawah masih belum terjual. Mengikut NAPIC juga, ada 62,404 unit rumah dalam pembinaan yang masih belum terjual.

Bagaimana keadaan ini berlaku? Kita ada 1.29 juta isi rumah yang belum dan tidak memiliki rumah dan dalam masa yang sama kita ada lebih 96,000 rumah yang telah siap dan juga dalam pembinaan yang masih belum terjual.

Satu daripada sebab banyak rumah yang belum terjual adalah kerana mismatch atau tidak sepadan di antara permintaan jenis unit rumah dan jenis rumah yang dibina.

Dalam masa yang sama, baru-baru ini pada 28 Januari tahun ini, KPKT telah mengumumkan bahawa ada 550 projek perumahan sakit terbengkalai di seluruh negara.

Keadaan ini sudah pastinya mempunyai mangsa dan mangsanya adalah pembeli. Bagi menjelaskan keadaan ini, izinkan saya mengambil satu contoh, satu projek rumah mampu milik di kawasan Wangsa Maju. Ramai pembeli adalah daripada kalangan keluarga muda, young families, first-time house buyers, dengan izin.

Tarikh siap projek dilanjutkan seolah-olah tanpa penamatnya dan tiada kemajuan kerja di tapak. Sudahlah tidak siap, dalam masa yang sama pihak yang memberi pinjaman sudah mula tuntut pembayaran pinjaman penuh. Keadaan ini menuntut keluarga pembeli terpaksa membayar bukan sahaja pinjaman penuh tetapi terpaksa terus membayar sewa rumah. Ini pasti membebankan. Kita tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan.

Untuk menangani keadaan ini, kita tidak perlukan roket sains. Apa yang perlu dan boleh dibuat memang sudah ada. Kerajaan perlu ambil tindakan sewajarnya dan memerlukan political will.

Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, kita selalu menuntut agar semua pihak menyuburkan sistem demokrasi yang kita ada. Semak dan imbang menjadi sebahagian daripada sistem tersebut. Kini, marilah kita sama-sama semak dan imbang diri kita berlandaskan ayat kedua Surah Al-Anfal, [Membaca sepotong ayat al-Quran] maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibaca kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”.

Sering kali kita dengar nama Allah, kita tanya diri kita, gementar ataupun tidak hati kita? Apabila ayat-ayat al-Quran disebut, kita tanya diri kita, bertambah atau tidak iman kita? Moga Allah SWT memberkati serta memelihara segala usaha kita dan jauhilah kita semua daripada mereka yang menunggang agama demi kepentingan diri dan politik mereka. Wangsa Maju dengan ini mohon menyokong Titah Duli Yang Maha Mulia. Terima kasih.

final • 6:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus.

final • 6:51 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera...

[Membaca kata-kata aluan dalam bahasa Arab] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersempena dengan pembukaan Penggal Kedua bagi sidang Parlimen ke-15 pada hari ini. Di kesempatan ini juga ingin saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pengundi yang telah

final • 7:00 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

menterjemahkan sokongan terhadap Perikatan Nasional melalui kertas undi pada PRU ke-15 yang lalu, khususnya kepada pengundi saya di P.035 Kuala Nerus yang telah mencapai undian hampir dua pertiga, 65 peratus...

[Tepuk] Saya memberi keyakinan bahawa Perikatan Nasional mampu menjadi ejen semak dan imbang yang berkesan kepada kerajaan hari ini bagi memastikan kita dapat membina Malaysia yang lebih berintegriti, stabil dan inklusif, insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua, suka saya merujuk kepada Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada para 31. Saya petik, dengan izin, “Sejajar konsep Malaysia berdaya huni melalui penetapan dan hala tuju baharu melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPR). Keprihatinan kerajaan mendepani keluh kesah rakyat, khususnya golongan B40 dan aspek pemilikan rumah perlu diterjemahkan dalam bentuk perancangan jangka pendek dan jangka panjang yang lebih holistik dan terancang.” Pakatan Harapan dalam Manifesto Pilihanraya Umum Ke-14 yang lalu telah mengetengahkan pembinaan satu juta pembinaan rumah mampu milik dalam tempoh dua penggal pemerintahan. Meskipun perancangan ini direncatkan oleh penularan pandemik COVID-19 dan peralihan kuasa pada tahun 2020, namun saya kira perancangan ke arah merealisasikan manifesto ini perlu diteruskan memandangkan kerajaan yang menerajui pemerintahan negara pada hari ini adalah daripada Pakatan Harapan. Namun begitu perlu kita ingat, terdapat faktor-faktor yang perlu diperhalusi sejajar situasi semasa dalam menjayakan pembinaan satu juta perumahan mampu milik yang dirancang itu.

Evolusi pasaran hartanah di Negara China, lebih-lebih lagi pasca pelonggaran Dasar Sifar COVID-19 dan isu geopolitik seperti tekanan perdagangan berterusan akibat perang Ukraine-Rusia dan ketegangan perdagangan Amerika-China memberi impak terhadap harga barang pembinaan yang mencatatkan kenaikan saban bulan. Bukan tahun sudah, tiap-tiap bulan. Kadang-kadang dua minggu naik harga barang. Pihak yang paling terkesan dengan situasi ini pastinya ialah kontraktor yang akhirnya akan menolak harga ini kepada pembeli-pembeli.

Dalam rekod yang lepas, ramai kontraktor yang terpaksa menyerahkan semula Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Terengganu yang dipanggil PPTS, yang diperoleh daripada kerajaan akibat tidak mampu menanggung beban kenaikan harga semasa barang pembinaan. Lebih teruk lagi, banyak syarikat pembinaan “gulung tikar” akibat situasi ini.

Tuan Yang di-Pertua, lanjutan daripada kenaikan harga pembinaan rumah ini, rantaiannya pasti akan berakhir kepada kita pada para pembeli, khususnya B40. Oleh itu dalam situasi ini, apakah langkah-langkah yang saya hendak tahu dari pihak kerajaan, mencadangkan perancangan strategik kerajaan untuk membantu kontraktor atau pemaju mendepani kenaikan harga barang pembinaan? Pada masa yang sama, masih konsisten menawarkan harga rumah mampu milik berkualiti, khususnya pada golongan B40.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengetengahkan isu pembinaan rumah di Terengganu. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Terengganu ada dasar tentang pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat. Selain daripada RMM yang dibina dengan 100 peratus peruntukan negeri, kita juga ada projek penswastaan iaitu kita mempelawa pemaju swasta membina rumah di atas tanah kerajaan, yang mana diwajibkan 20 peratus mesti rumah jenis ‘A’ yang berkeluasan 800 kaki persegi dan harga ditetapkan dengan harga RM80,000 sahaja dan 30 peratus lagi jenis ‘B’ yang berkeluasan 900 kaki persegi dijual dengan harga siling RM185,000. Manakala yang jenis ‘C’ bergantung kepada permintaan setempat.

Sekarang, pemaju swasta kurang berminat kerana tanah-tanah kerajaan di negeri Terengganu khususnya, kebanyakannya kawasan tanah yang tidak rata, lembah atau berbukit-bukau. Ini menyebabkan pemaju terpaksa membelanjakan 40 peratus daripada keseluruhan kos pembinaan untuk meratakan tanah sahaja.

Oleh itu, saya mencadangkan kepada KPKT khususnya, supaya membantu untuk kerja-kerja tanah ini daripada peruntukan Pusat untuk meringankan beban kerajaan negeri dan juga pihak pemaju semoga harga RM80,000 untuk ‘A’ dapat dikekalkan dan harga

final • 7:00 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

RM185,000 untuk jenis ‘B’ dapat dikekalkan juga. Oleh sebab masa singkat, saya pergi kepada tajuk yang terakhir.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya hendak mengucapkan penghargaan Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar, Sumber Asli dan Perubahan Iklim yang telah sudi datang ke Terengganu dalam lawatan kerja beliau 30 Januari yang lepas. Saya ada dua pantun untuk Yang Berhormat Menteri. Tidak apa, dia boleh dengar selepas ini.

*Kompang bergema pusaka bangsa, Dipalu oleh si anak muda; Hadir tuan memeriahkan suasana, Kami menyambut penuh sukacita.

Tenang berehat tepi kolam, Makan nasi dengan ulam; Datang tuan dengan bersalam, Kami sambut dengan Ahlan-wasahlan.* Akan tetapi yang malangnya, ada yang datang ke negeri Terengganu tanpa salam. Sudahlah tidak bersalam, dituduh kita tidak menyambut. Kalau tidak bagi salam, macam mana kita hendak jawab salam? Alhamdulillah, saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang berjiwa besar ini, yang tidak mengikut jejak langkah mereka yang datang tidak dengan kaedah yang sebenarnya.

Dalam lawatan tersebut, kita telah mengemukakan satu kepentingan rakyat di kawasan Kuala Nerus iaitu tentang Projek Tebatan Banjir Tepuh Baruh Air Leleh yang selama ini sejak tahun 2013 projek ini dicadangkan, yang mana ia melibatkan beberapa buah kawasan perumahan yang setiap kali bila musim banjir, musim hujan, akan ditenggelami air. Banyak harta benda rakyat yang rosak, kehilangan barang-barang, perabot dan sebagainya.

Maka itulah, saya mengharapkan projek ini dapat disegerakan. Oleh sebab ia sebenarnya telah pun diluluskan dalam pada tarikh 4 Mac 2020. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri daripada PN telah mengumumkan off-budget tahun 2022 sebanyak RM15 bilion, termasuklah Projek Tebatan Banjir Tepoh Baruh Air Leleh ini. Sekarang, projek ini semuanya kerajaan negeri telah siap daripada segi...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kuala Nerus, gulung.

final • 7:00 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Alhamdulillah, projek ini pun telah disiapkan alignmentnya oleh pihak kerajaan negeri, cuma tunggu Kerajaan Pusat sahaja untuk melaksanakan projek ini. Insya-Allah, semoga dengan siapnya projek ini akan hilanglah ketakutan, kegerunan penduduk-penduduk di sekitar Tepuh dan Bukit Tunggal yang saban tahun terpaksa menerima kedatangan air. Mereka terpaksa mengharung air dan merosak harta benda mereka. Saya kira itu sahajalah yang dapat mengikut masa yang telah diberikan untuk saya bahaskan di Dewan yang mulia ini.

Saya mohon menyokong Usul Menjunjung Kasih atas Titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13 Februari yang lalu. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Dipersilakan Yang Berhormat Tanjong Manis.

final • 7:00 PM

Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk turut berucap bagi

final • 7:09 PM

Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

membahaskan Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong semasa perasmian persidangan Parlimen pada kali ini.

Sekalung tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dari Parlimen Tambun yang telah mendapat perkenan baginda tuanku untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 serta tahniah juga kepada seluruh barisan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan yang telah dilantik.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan GPS Sarawak kerana telah memberi keyakinan dan kepercayaan kepada saya untuk terus mewakili Parlimen Tanjong Manis.

final • 7:09 PM

Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada semua pengundi Parlimen Tanjong Manis yang telah menunaikan tanggungjawab mereka dengan memberi mandat kepada saya pada PRU ke-15 yang baharu lepas.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan tindakan segera daripada pihak Kerajaan Perpaduan dalam menyelesaikan beberapa isu berhubung tuntutan Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah mengenai pelaksanaan tuntutan dalam Perjanjian Malaysia MA63. Di antaranya ialah keputusan mengiktiraf Jabatan Kerja Raya Sarawak dan Sabah sebagai jabatan teknikal untuk melaksanakan projek-projek Persekutuan yang bernilai RM50 juta ke bawah dan juga menambah pemberian khas tahunan daripada RM16 juta kepada RM300 juta kepada negeri Sarawak. Saya juga berharap tuntutan-tuntutan lain seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia MA63 khususnya Perkara 112C dan 112D akan dapat dirundingkan dan diselesaikan dengan seberapa segera.

Dalam Titah Baginda Tuanku, Baginda juga menyentuh agar usaha untuk membangun dan memperkasakan ekonomi di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak akan terus digiatkan. Saya berharap titah baginda tuanku akan diambil maklum oleh Kementerian Kewangan dalam penyediaan Belanjawan 2023 supaya menambah jumlah peruntukan pembangunan kepada wilayah Sarawak dan Sabah pada tahun ini.

Jumlah peruntukan pembangunan yang lebih banyak akan membolehkan kami untuk mengejar taraf kemajuan pembangunan seperti yang sudah dinikmati oleh negeri-negeri lain. Bak kata pepatah “biarlah kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”. Tuan Yang di-Pertua, Yang di-Pertuan Agong juga menyentuh berkenaan dengan meningkatkan kesejahteraan rakyat luar bandar. Orang asal Sarawak dan Sabah serta masyarakat Orang Asli dengan mengambil pendekatan yang menyeluruh meliputi pembangunan ekonomi, modal insan dan infrastruktur. Infrastruktur yang berkualiti dan perhubungan akses luar bandar perlu ditingkatkan menerusi pembinaan jalan luar bandar, jambatan, utiliti, bekalan air bersih, bekalan elektrik dan kediaman yang lebih baik. Jurang pembangunan ekonomi semua kaum dan etnik akan dapat ditangani bagi melahirkan masyarakat desa yang berdaya tahan dan berdaya saing. Untuk negeri Sarawak, apa yang saya ingin nyatakan adalah harapan daripada semua rakyat termasuklah mereka yang tinggal di kawasan luar bandar seperti di Parlimen Tanjong Manis.

Projek-projek infrastruktur dan kemudahan asas amatlah diperlukan oleh rakyat di sini supaya ia dapat dipertingkatkan, diperbanyakkan dan diperluaskan demi meningkatkan kesejahteraan hidup mereka dan dapat mengurangkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dengan luar bandar. Walau pun kementerian dan agensi kerajaan negeri di Sarawak terus berusaha untuk menyediakan kemudahan- kemudahan asas ini, tetapi sebagai menyahut seruan dalam titah baginda tuanku, saya juga memohon supaya kementerian-kementerian yang berkaitan dari Kerajaan Pusat dapat bekerjasama berganding bahu dengan memperuntukkan dana tambahan untuk membina segala kemudahan asas yang masih berkurangan di kawasan Parlimen Tanjong Manis.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Kerajaan Pusat yang telah melaksanakan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sejak tahun 2015. Projek ini adalah merupakan game changer dan pemangkin kepada pembangunan di kawasan luar bandar Sarawak. Sungguh prihatin dan sayangnya baginda tuanku dengan rakyat jelata sehingga baginda tuanku menzahirkan impian untuk memandu di Lebuhraya Pan Borneo

final • 7:10 PM

Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

untuk mengenali lebih dekat rakyat di Sarawak di Bumi Kenyalang. “Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan”. Gua Mulu kami sediakan di Sarawak untuk menyambut kedatangan baginda tuanku. Masa tidak banyak.

Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan mereka yang hidup di kawasan luar bandar yang terlibat dalam sektor pertanian dan perikanan, mereka menjadikan sektor ini sebagai periuk nasi seharian mereka dan jika berlaku sebarang musibah dan masalah cuaca mereka tidak ada punca pendapatan yang lain untuk menyara kehidupan. Masalah ban pertanian dan pintu air yang rosak mengakibatkan aktiviti penanaman terganggu disebabkan kawasan tanaman dimasuki air masin yang merosakkan hasil tanaman dan hasil tuaian. Dengan ini, saya mohon kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk mengkaji dan mencari jalan penyelesaian yang lebih menyeluruh untuk mengatasi masalah ban pertanian dan pintu air yang rosak ini.

Manakala untuk sektor perikanan di kawasan saya, ramai di antara nelayan kampung yang tidak mempunyai lesen nelayan yang sah serta tidak menerima bantuan nelayan seperti elaun sara hidup, alat-alat menangkap ikan, perahu dan enjin. Keperluan- keperluan ini sangat mendesak dan saya mohon kepada kementerian supaya mengambil maklum mengenai perkara ini dengan segera dan segera menyalurkan bantuan-bantuan yang diperlukan.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak sedang membuat pelan induk jangka panjang untuk menyelaras fungsi dan peranan semua pelabuhan yang sedia ada di Sarawak. Kerajaan negeri ada menyuarakan hasrat untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu daripada Kerajaan Pusat dan saya difahamkan bahawa kedua-dua pihak sudah duduk berbincang mengenai perkara ini.

Sekiranya rundingan pengambilan Pelabuhan Bintulu ini berjaya, ia akan membolehkan kerajaan negeri membuat perancangan yang lebih berkesan dan efektif serta menambah pendapatan kerajaan negeri melalui caj-caj pelabuhan dan cukai yang boleh dikutip oleh kerajaan negeri. Saya akhiri perbahasan saya dengan serangkap pantun.

Sambil berjalan sambil berlari, Berhenti di kolam memasang kail, Tanjong Manis mengundur diri, Semoga perbahasan membuahkan hasil. Dengan ini saya mohon menyokong Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Seterusnya Yang Berhormat Kuantan.

final • 7:10 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

*Bismillahi Rahmani Rahim.

[Membaca sepotong doa]* Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam ucapan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong. Sempena ucapan sulung saya dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh pengundi di Parlimen Kuantan yang telah memberikan kepercayaan kepada saya pada PRU ke-15 yang lalu, khususnya anak-anak muda yang bangkit bersama mahukan perubahan dengan memilih Perikatan Nasional. Teruskan anak-anak muda.

final • 7:16 PM

[Dewan tepuk]

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Tuan Yang di-Pertua, Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyentuh berkenaan perlu diberikan tumpuan terhadap penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam. Antaranya baginda menyatakan

final • 7:16 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

keresahan berkaitan kesusahan rakyat khususnya kumpulan B40 dalam aspek pemilikan rumah.

Kajian Universiti Sains Malaysia di kawasan perumahan kos rendah dan sederhana rendah kira-kira 25 peratus daripada 400 orang responden masih menyewa rumah, sedangkan 30 peratus daripada pendapatan mereka digunakan untuk membayar sewa rumah. Kenapa ini berlaku? Faktornya ialah harga rumah dan hartanah yang terlalu tinggi. Saya memohon kerajaan mengambil langkah proaktif dengan mengawal harga barang-barang pembinaan yang setiap tahun mengalami kenaikan seperti simen, besi, pasir, atap dan lain-lain. Jika bahan pembinaan ini dikawal, adalah lebih mudah untuk pihak kerajaan mengawal kenaikan harga rumah.

Saya juga mencadangkan agar pihak kerajaan menyediakan pelan pinjaman pembelian rumah khusus kepada golongan B40 ini kerana ada di antara mereka yang tiada slip gaji dan menyukarkan mereka mendapat pinjaman bank.

Saya ingin mengambil perhatian Kementerian Kerja Raya berkenaan dengan infrastruktur mengenai jalan rosak dan berlubang. Masalah ini berlaku di mana-mana seluruh negara termasuk di Parlimen saya, Kuantan. Ramai yang salurkan rasa tidak puas hati kerana ada berlaku kemalangan yang melibatkan nyawa, juga melibatkan kerugian harta benda. Ramai juga yang mengadu berkaitan lampu jalan tiada, saluran longkang tersumbat. Kita terkilan juga apabila ada beberapa isu yang lambat diambil tindakan kerana masalah peruntukan. Oleh itu tindakan kerajaan dan Kementerian Kewangan yang ingin mengurangkan peruntukan perlu diteliti semula khususnya yang melibatkan kepentingan orang awam.

Tuan Yang di-Pertua, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong ada menyentuh berkenaan pengurusan risiko bencana seperti banjir yang berlaku setiap tahun.

final • 7:16 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Alhamdulillah, Kuantan telah dibina projek tebatan banjir bagi kawasan penempatan Sungai Isap. Dengan terlaksananya projek ini, risiko banjir besar dapat dikurangkan. Maksudnya, projek tebatan banjir dan sistem pam adalah berkesan bagi mengurangkan risiko banjir. Kini ia telah dilanjutkan ke kawasan yang berisiko banjir seperti di Inderapura, Taman Guru dan kawasan sekitar. Saya ingin menekankan kepada pihak yang berautoriti untuk sentiasa melakukan kawalan dan pemantauan rumah-rumah pam di sekitar sistem saliran untuk memastikan ia berfungsi dengan baik termasuk penyediaan peralatan lengkap dengan segera. Contohnya, di kawasan saya terdapat rumah pam masih menggunakan sistem genset untuk mengepam air keluar apabila banjir iaitu di Bunut Rendang, Teluk Mahang dan Kampung Kurnia.

Tuan Yang di-Pertua, di tempat saya juga di Kampung Cherok Paloh dan Ubai situasinya unik, tidak hujan, sedar-sedar banjir. Ini kerana apabila hujan di sebelah Pahang Barat dengan lebat maka tiba-tiba air melimpah ke hilir sungai. Mereka merupakan petani tradisional. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian agar melihat kembali bentuk bantuan yang perlu disalurkan kepada mereka. Tidak cukup hanya bantuan benih dan baja. Cadangan saya, agar kerugian itu dikira berdasarkan kos kerugian semasa.

Saya juga hendak mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada anggota keselamatan iaitu polis dan tentera termasuk bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Amal Malaysia dan yang terkini guru-guru yang sentiasa berkorban membantu rakyat ketika bencana seperti banjir walaupun pada ketika itu kediaman mereka sendiri dilanda banjir.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan beberapa situasi di mana berlaku banjir disebabkan pembangunan projek perumahan. Mengambil contoh yang berlaku di Kuantan, ada beberapa buah kawasan perumahan tidak pernah banjir sebelum dari tahun 2018. Dalam tempoh pembangunan 10 tahun terakhir banyak kawasan perumahan yang dibangunkan dan kawasan baharu ini ditambun dengan tanah yang lebih tinggi. Apabila hujan lebat, kawasan yang lama seperti Kempadang Makmur, Kampung Kempadang, jalan utama Taman Andenland di Pak Mahat, air bertakung kerana sistem

final • 7:20 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

saliran yang tidak teratur. Saya ingin mencadangkan di kawasan ini juga disediakan sistem pam untuk membawa air keluar dari tempat air bertakung. Saya juga memohon pihak kerajaan mengambil perhatian yang serius bagi menyelesaikannya.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah ibu negeri di negeri Pahang masih terdapat lokasi kemudahan internetnya yang masih lemah seperti di Pantai Sepat, Kuala Penor dan Cherok Paloh. Saya memohon agar Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia membuat sesuatu agar mereka juga dapat menikmati limpahan pembangunan yang berlaku di Kuantan.

Tuan Yang di-Pertua, saya nampak istilah madani ini adalah retorik politik semata.

Saya sendiri menghantar surat untuk mengadakan pertemuan dengan beberapa buah agensi kerajaan di Kuantan bagi membincangkan isu-isu berkaitan. Ada jabatan dan agensi menerima. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka. Namun, ada juga yang sangat mendukacitakan apabila kami dimaklumkan ada arahan daripada pihak atasan agar tidak membenarkan mereka berjumpa dengan Yang Berhormat pembangkang. Di manakah ihsan dan hormat yang dicanangkan?

Tuan Yang di-Pertua, pada 6 Februari 2023 baru-baru ini hujan lebat di Kuantan.

Ada tempat yang airnya naik. Kami Yang Berhormat menerima panggilan telefon bertanya “Bilakah hendak pindah? Di manakah kami hendak pindah?”. Saya terpaksa mencari maklumat dengan kenalan-kenalan. Saya hendak beritahu dalam Dewan ini Tuan Yang di-Pertua, bahawa kami tujuh orang Ahli Parlimen dan 17 orang ADUN pembangkang di Pahang tiada wakil dalam jawatankuasa bencana daerah.

Saya tanya pegawai yang terlibat dengan pengurusan bencana ini kenapa tidak libatkan kami dalam jawatankuasa bencana agar setiap yang dibincangkan untuk persiapan menghadapi bencana kita dapat ketahui lebih awal. Namun, beliau memaklumkan tidak mendapat arahan untuk libatkan MP atau ADUN pembangkang.

Inikah contoh Kerajaan Madani yang dicanangkan? Saya harap agar titah Yang di-Pertuan Agong berkaitan semua pihak perlu mengelakkan politik sempit ini yang merugikan rakyat perlu di hadam oleh semua pihak.

Tuan Yang di-Pertua, kami dimaklumkan berkaitan kegusaran di beberapa buah lokasi berkaitan dengan judi online yang berselindung di sebalik premis-premis lain. Saya mohon pihak kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia bertindak dengan tuntas bagi mengekang aktiviti perjudian. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah yang mengambil tindakan proaktif bagi mengekang aktiviti perjudian.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kuantan. Sila gulung.

final • 7:20 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan ini, saya ingin mengajak semua Ahli Parlimen agar mencari jalan untuk mewujudkan suasana harmoni di antara kaum dalam negara kita ini agar kembali kepada pembentukan perlembagaan negara. Tidak perlu hendak desak jika ia bukan hak.

Hormat-hormatilah di antara kita. Juga kepada Yang Berhormat Menteri yang baharu, saya mencadangkan apabila pergi ke mana-mana Parlimen untuk urusan kerja...

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

30 saat lagi.

final • 7:20 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

...Maklumlah sepatah agar ia lebih beradab.

Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri dengan serangkap pantun.

Sungai Pahang Gunung tahan, Bumi bertuah pahlawan keramat; Kepercayaan rakyat kami pertahan, Dengan tekad kami berkhidmat.

final • 7:20 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Kuantan mohon menyokong Titah Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Dipersilakan Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 7:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Patik ingin merafak setinggi-tinggi kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas limpah berkenan menitahkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini.

Ada seorang anak tunggal yang masih belajar. Hidupnya tidak senang mana tetapi tidak juga susah mana, ada kerja part time. Maknya ibu tunggal. Kerja sebagai pengurus restoran. Rumah pula setakat boleh sewa sahaja. Hendak beli memang tidak pernah mampu. Tiba-tiba maknya kena strok. Lumpuh separuh badan doktor kata. Apabila mak yang selama ini bayar sewalah, apilah, airlah sudah tibanya terlantar. Siapakah hendak ambil alih mencari rezeki? Anak tunggal ini hendak kerja pun tidak boleh sebab kenalah jadi penjaga sepenuh masa (full-time carer) 24 jam sehari. Bukan itu sahaja, hendak sambung belajar pun rasa macam serba salah. Dilema tersepit antara hendak kerja, hendak belajar kah, hendak tunaikan tanggungjawab sebagai penjaga orang tua.

Cita-citanya tumpo. Siapakah yang akan jaga penjaga anak tunggal ini? Di luar sana ramai lagi nasib yang sama. Bagaimanakah soalan induknya? Bagaimanakah kita hendak jaga para penjaga di negara kita ini?

Dalam tawaran Harapan yang selari dengan konsep madani adanya Pelan Kesiagaan Ekonomi Penjagaan dan Masyarakat Menua Nasional atau nama singkatnya kita panggil SiagaJaga. Objektif utamanya adalah bagi menjagakan negara kita daripada tenaga pakarnya, kewangan dan fizikalnya, prasarana dan fasilitinya serta kesiagaan rakyatnya sendiri untuk menzahirkan dan membentuk ekonomi penjagaan sebagai langkah persediaan sebuah Malaysia di mana tangan kanannya ada warga tersayang yang dijaga dan tangan kirinya perlindungan terhadap penjaga yang menjaga. Kita perlu professionalize-kan dengan izin sektor penjagaan. Adakah penjaga diberi hak latihan kebajikan upah yang layak? Apakah caregivers support ratio (CSR). Di Eropah lima orang yang perlu penjagaan kepada satu. Di Jepun tiga orang kepada satu. Di Malaysia mana?

Apakah Malaysia caregivers support ratio? Kita tidak ada statistik itu setakat ini. Kita perlu mulakannya.

SiagaJaga turut mencanang bantuan dan elaun penjaga untuk melindungi ahli keluarga yang menjaga warga yang terlantar. Bukan sekadar RM500 maksima yang sedia ada la ni. Akan tetapi, yang lebih layak termasuk perlindungan sosial kepada penjaga, bantuan kewangan yang setimpal dengan keadaan masing-masing. Keutamaan kembali sebagai tenaga kerja dan lain-lain. Masa depan mereka harus ditatang.

SiagaJaga turut merencana untuk meringankan beban penjagaan prima atau primary care yakni klinik kesihatanlah dengan pewujudan mobile care unit supaya penjagaan luka (wound care) dengan izin boleh disampaikan di situ juga atau namanya in situ. Di rumah pesakit juga supaya tidak perlu lagi penat lelah orang yang sudah ada luka berbalut, tidak perlu bertempang lagi ke klinik kesihatan semata-mata hendak tukar bandage.

SiagaJaga mengutamakan pendekatan yang menjadikan one stop care centre sebagai syarat perancangan pembangunan dan banyak lagi yang kita boleh lakukan. Kita boleh fikir pemaju (developer) kena ada zon hijau, zon riadah dan zon ruang ibadah.

Alangkah baiknya kalau KM perlukan syarat ruang penjagaan sehenti juga.

Penuaan ini adalah sebuah global megatrends dengan izin. Fakta yang tidak boleh dinafikan adalah bahawasanya semakin menuanya sebuah masyarakat, semakin naik mendadak keperluan perkhidmatan penjagaan dalam masyarakat tersebut.

final • 7:26 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Ancaman yang sebenar-benarnya akan jadi ialah apabila kita tidak SiagaJaga.

Ace keme tidak cukup penjaga, ace keme hospital melebihi kapasiti, ace keme nanti semua penjaga tidak mendapat kebajikan yang layak, tumpo kita.

Penjagaan warga emas harus distrukturkan semula dan bukan dilihat sebagai ancaman dan beban kepada masyarakat. Saya menyeru Dewan yang mulia ini dan juga memohon kepada kerajaan untuk mengutamakan pembangunan dasar dan menggalakkan pertumbuhan industri penjagaan. Pelan ekonomi penjagaan perlu bermula hari ini, just in time. Ia perlu dijadikan agenda rentas kementerian. Ia perlu diangkat sama tinggi. Ya betul, sama tinggi dengan Rancangan Malaysia (RMK) kita.

Tidak musykil, alangkah baiknya dengan adanya pelan yang madani ini, tidak akan ada seorang rakyat Malaysia lagi yang terpaksa tersepit memilih di antara hendak kerja atau hendak jaga orang tua, alangkah baiknya.

Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak ramai Ahli Yang Berhormat yang sentuh dasar luar. Baginda Tuanku ada sentuh berkenaan dengan dasar luar negara, perkara 44 dalam Titah Baginda. Maka izin saya bawa Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan merantau seketika.

Masa suntuk, jadi saya bawakan key point dahulu, nanti saya buka.

Pertama, reformasi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pindaan Akta MKN untuk merangkumi Kementerian Luar Negara (KLN) sebagai anggota tetapnya.

Kedua, mewujudkan serta mengaktifkan program inbound citizen diplomacy dengan tumpuan dan pengkhususan beberapa negara yang strategik.

Ketiga, memancarkan projek Malaysia negara tanah air kita ini sebagai kuasa pertengahan global atau global middle power dan pemimpin serantau Asia Pasifik sebagai pemain utama serta kuasa menggembleng dalam pergerakan aktif neutrality. Kita berada di ambang sebuah era yang baharu di mana kita saksikan perjalanan ke arah dunia yang tidak lagi unipolar. Kita saksikan munculnya kuasa baharu, China yang kebelakangan ini yang cuba mengisi ruang-ruang kosong— dan berjaya— peninggalan Amerika Syarikat, yang dipercepatkan sejurus selepas pandemik pula melanda kebelakangan ini. Kita telah memasuki order antarabangsa baru yang multipolar. Berkenaan insiden yang berlaku dekat Turkiye baru-baru ini, negara kita adalah antara yang paling awal, paling pantas dan paling efektif dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan dan wang tunai. Biar pun Malaysia bukannya kuasa besar tetapi kita telah mainkan peranan yang sangat besar.

Malah, pilihan melawat Indonesia dan Thailand ialah suatu tindakan yang strategik, bijaksana dan tepat oleh Perdana Menteri kita, bukan yang macam depa kata belah sana.

[Tepuk] Kalau deme belah sana tidak faham, tidak apa, biarkan deme. Syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Luar dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Dasar keselamatan luar negara yang terbaik ialah penglibatan diplomasi yang kukuh. Diplomasi layaknya perlu diberi kedudukan terbaik dalam pembangunan polisi negara. Namun, manakan mampu ia berjaya memandangkan Dasar Keselamatan Negara kita pun melalui MKN sendiri. Meskipun Menteri Luar boleh dijemput tetapi tidak melibatkan Kementerian Luar Negara secara hakikinya. Afrika, Amerika, Asia Pasifik termasuk Australia dan New Zealand, Eropah, semua Menteri Luar deme duduk dalam Majlis Keselamatan Negara deme. Ini adalah kerana hal ehwal luar negara secara intrinsiknya dikaitkan dengan keselamatan negara. Dasar dan hubungan luar negara kita dengan negara lain mempunyai kesan langsung terhadap keselamatan negara kita. Landing sudah, landing sudah.

Daripada segi kuasa lembut, diplomasi rakyat perlu ambil peranan melalui Kementerian Luar Negeri. Ada potensi untuk replicate atau guna program model IVLP

final • 7:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

oleh Amerika Syarikat. Program mempromosikan Malaysia sebagai destinasi kerjaya tempat duduk, tempat bersara, tempat bekerja...

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

final • 7:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

...Kepada negara-negara strategik dapat menjadikan Malaysia lebih dikenali budayanya, sejarahnya, keindahannya, baik buruknya.

Elok kita dikenali. Masa berganti masa, mereka kembali ke tanah air mereka. Merekalah yang akan paling kuat mempromosikan Malaysia.

Apabila berselisih buat tidak cakna, Sungguh pun sudah bertentang mata, Benarlah sungguh pujangga Cina, Jika tidak kenal maka tidak cinta.

Orang Malaysia promosikan negara, orang kata “hard sell”. Orang luar negara promosikan negara kita, kita panggil testimoni berjaya, reveal social proof. Jadi citizen diplomasi ini perlu digerakkan...

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 7:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

...Sebagai inisiatif untuk menaikkan saham Malaysia.

Kesimpulannya, saya menggesa, meminta, merayu Dewan yang mulia ini serta kerajaan untuk lebih bergiat aktif dalam perihal dasar luar negara. Antaranya mengambil pendekatan proaktif pindaan Akta MKN. Masukkan Menteri Luar dalam MKN dan kita mulakan lembaran baharu dalam dasar luar Malaysia dan dengan mengamalkan diplomasi yang kukuh.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Kita boleh menjadi pemimpin...

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sudah melanggar dua minit lebih ini.

final • 7:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

...Serantau dan rakan kongsi strategik untuk semua mereka yang mencari kemajuan global.

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ipoh Timur menyokong penuh, penuhnya.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Dipersilakan Yang Berhormat Rompin.

final • 7:30 PM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Rompin menjunjung kasih atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih juga kepada seluruh pengundi Rompin yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mewakili mereka di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, melalui Dasar Pembangunan Belia Negara yang dikaji semula pada tahun 1997 telah menyatakan bahawa generasi belia merupakan aset terbesar yang berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Di samping itu, golongan ini juga akan menentukan kekuatan pertumbuhan sosial, ekonomi, inovasi, teknologi dan politik. Belia merupakan sumber tenaga penting bagi masyarakat negara ini kerana mereka mempunyai semangat juang dan daya cipta yang tinggi. Dengan sahsiah yang mantap, mereka ini mampu menjamin pembangunan negara yang lebih kukuh.

final • 7:35 PM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Tuan Yang di-Pertua, boleh dikatakan masalah terbesar dalam kalangan belia adalah kekurangan peluang pekerjaan. Malah, bukan sekadar pengangguran yang perlu diberi perhatian tetapi juga over-education. Over-education bermakna pekerja mempunyai lebih pendidikan daripada yang diperlukan oleh pekerjaan mereka.

Sebagai contoh, graduan kejuruteraan tetapi bekerja di dalam bidang yang tidak memerlukan kelayakan yang dimiliki oleh graduan tersebut. Pelaburan masa, tenaga dan kewangan graduan tersebut selama tiga hingga empat tahun di universiti untuk mendapatkan kemahiran itu tidak dapat dimanfaatkan.

Ia adalah mismatch, tidak sepadan yang semakin berleluasa dalam kalangan belia ketika ini. Di manakah lompong dalam pasaran kerja yang menyebabkan banyak berlaku over-education iaitu graduan mengambil peluang pekerjaan yang disediakan untuk non-graduates? Peluang non-graduate untuk mendapatkan pekerjaan semakin menjadi tipis. Keadaan ini mencapai ke paras membimbangkan apabila golongan remaja sekolah tidak lagi ingin menyambung pelajaran ke universiti untuk mengelakkan hutang pendidikan dan tiada jaminan pekerjaan yang sesuai.

Perkara ini sepatutnya menjadi agenda utama kerajaan untuk mengenal pasti punca mismatch dan usaha berkesan bagi memastikan graduan berkemahiran tinggi ini dapat memainkan peranan mereka untuk pembangunan negara.

Isu gaji minimum masih perlu diberi perhatian. Adakah belia kita malas?

Sedangkan, ramai belia tempatan yang sanggup bekerja di sektor 3D di luar negara seperti mengutip sampah di Singapura, memetik buah di Australia, mahu pun mencuci tandas di United Kingdom. Sebenarnya sektor ini merupakan sektor yang tidak kurang pentingnya kepada pembangunan negara.

Kalau kita cuba fahami mengapa mereka sanggup berhijrah ke luar negara untuk bekerja dalam sektor ini, jawapannya iaitu isu gaji. Untuk mengatasi isu ini, usaha penjenamaan semula sektor 3D ini perlu dipergiatkan. Penjenamaan ini perlu dibuat secara berterusan dengan penawaran gaji setimpal bagi menarik minat golongan belia untuk bekerja di sektor yang sebelum ini dipelopori oleh tenaga buruh asing.

Penawaran gaji setimpal adalah penting kerana tinjauan oleh sekumpulan penyelidik di UPM mendapati belia inginkan upah yang berpatutan dengan kelayakan bagi membolehkan mereka berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup.

final • 7:35 PM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Gaji setimpal itu adalah perlu bagi membolehkan mereka memiliki kediaman sendiri terutama dalam kalangan keluarga muda yang baru mendirikan rumah tangga.

Jika kita mampu untuk memberikan gaji yang berpatutan kepada belia tempatan, pasti ramai yang sanggup bekerja di sektor pertanian dan pembinaan. Dalam memutuskan gaji minimum yang wajar, kita juga faham kekangan majikan terutama industri kecil dan sederhana iaitu kos upah merupakan antara kos tertinggi bagi sesebuah perniagaan. Justeru, Rompin mencadangkan insentif khusus kepada perniagaan kecil dan sederhana dan berfokuskan kepada pengambilan pekerja tempatan haruslah diberi penekanan.

Kita tidak mahu lambakan pekerja asing atas alasan sukar untuk mencari warga tempatan bagi mengisi kekosongan pekerjaan. Ini merupakan alasan sesetengah majikan yang memanipulasi pekerja asing dengan memberikan gaji yang terlalu rendah. Warga asing mempunyai daya tahan yang tinggi kerana mereka ditindas lebih teruk jika bekerja di negara sendiri. Namun begitu, perkara ini tidak boleh diteruskan sehingga anak tempatan hilang pekerjaan disebabkan sikap tamak sebahagian majikan.

Pekerja asing yang patut dibawa masuk iaitu mereka yang berkemahiran tinggi supaya kemahiran itu mengalir ke negara dan membantu meningkatkan pembangunan.

Pekerja tempatan juga boleh belajar kemahiran yang dibawa dari negara luar.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa isu di kawasan saya di Rompin.

Masalah utama di Rompin ialah masalah jalan raya seperti mana berlaku di tempat yang

final • 7:40 PM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

lain. Ia bukan sahaja melibatkan kerosakan harta benda, tetapi juga kehilangan nyawa yang banyak Tuan Yang di-Pertua.

Baru-baru ini saya mendapat satu posting daripada pengguna jalan raya Rompin, mereka post gambar tayar pecah, rim bengkok dan mereka marah pada Jabatan Kerja Raya. Yang menyentuh hati saya Tuan Yang di-Pertua, apabila wanita ini meminta supaya semoga Allah wujudkan satu neraka khas, neraka khas kepada staf JKR, Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Berhormat Rompin. Saya tidak tahulah Yang Berhormat mana, tetapi inilah kemarahan masyarakat di Rompin kepada keadaan jalan raya yang nampak tidak ada kesudahan Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, saya memohon kepada kerajaan supaya mengambil satu inisiatif bagi memastikan jalan-jalan yang rosak ini dibaiki segera dan saya mengharapkan agar Menteri yang hadir di sini...

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 7:40 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Dapat memberi perhatian khusus ke Daerah Rompin Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya akhir sekali mohon menyokong Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Rompin, dipersilakan Yang Berhormat Selayang.

final • 7:40 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Matlamat konsep madani ialah untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara dengan memupuk sikap kesepaduan sosial dan inklusif.

Dengan adanya kesepaduan sosial dan inklusif sebagai asas, Malaysia akan menjadi stabil, selamat di mana semua rakyat tanpa kira keturunan, agama, budaya dan bangsa dipeluk sebagai warganegara dengan penuh perasaan kekitaan untuk tanah air, dengan izin, all Malaysians irrespective of ethnicity, religion or culture are filled with the sense of belonging in the country dengan saling menghormati sambil diberikan peluang yang saksama kepada semua, bertoleransi dan menghormati kepelbagaian.

Dengan mengejar matlamat Malaysia Madani, saya mencadangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mewujudkan tiga jawatankuasa. Sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh seorang Menteri untuk memastikan semua kementerian dan agensi kerajaan melaksanakan dasar dan program mengikut prinsip-prinsip Malaysia Madani secara holistik dan berkesan.

Kedua, satu badan bebas untuk menjadi perhubungan antara kerajaan dengan NGO dan pihak swasta untuk mempromosi dan melaksanakan konsep Madani oleh pihak swasta dan NGO.

Ketiga, mengadakan majlis perundingan- consultative council, untuk memberikan wakil kumpulan etnik, agama dan budaya untuk menyampaikan cadangan, aduan dan rungutan.

Iltizam politik juga penting dan saya merayu kepada semua Menteri untuk menunjukkan keberanian dan keyakinan bagi melakukan tindakan di dalam beberapa isu seperti berikut; Pertama, isu perkauman. Suasana hubungan kaum dan agama di negara kini semakin parah. Jika isu-isu perkauman dan agama tidak ditangani dengan berkesan, ia boleh menghancurkan Malaysia. Saya minta Menteri Perpaduan Negara dan Menteri Komunikasi dan Digital menunjukkan iltizam politik untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang membuat kenyataan atau menggunakan sosial media untuk mengapi-apikan isu perkauman dan agama.

Kedua, akomodasi bukan asimilasi. Saya meminta Menteri Perpaduan Negara memberikan penerangan kesepaduan masyarakat akan dicapai melalui proses

final • 7:43 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

akomodasi bukan asimilasi. Oleh yang demikian, saya minta Menteri mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memberikan penerangan dan hentikan desakan dan kekangan kepada cara dan jenis pakaian, minuman dan makanan dan cara perayaan yang diamalkan oleh etnik minoriti dan agama yang lain.

Isu yang ketiga ialah kesepaduan dan ekonomi. Saya meminta Menteri Kewangan, Menteri Ekonomi dan juga Menteri Komunikasi dan Digital memberikan penerangan bahawa manfaat ekonomi yang dicapai oleh negara dan mengadakan kesepaduan sosial yang tinggi adalah lebih baik berbanding dengan negara yang mengalami perpecahan sosial. Masyarakat yang mengadakan kesepaduan sosial dan semangat inklusif yang tinggi akan menjana hasil ekonomi yang lebih dengan pendekatan seperti yang dikatakan oleh Yang di-Pertuan Agong, keseluruhan negara atau whole-of- nation approach, hasil kegiatan ekonomi oleh semua rakyat Malaysia tanpa kira etnik, budaya atau agama memang akan berlebih berbanding dengan hanya segelintir rakyat yang diberikan peluang untuk menyertai ekonomi.

Isu keempat ialah tentang keselamatan dan kedaulatan undang-undang iaitu SOSMA. Saya tidak menafikan bahawa undang-undang perlu diadakan untuk menjaga keselamatan negara daripada pengganas dan jenayah terancang dan mereka yang terlibat dengan human trafficking. Akan tetapi, kita juga tidak boleh menafikan bahawa peruntukan SOSMA ada kelemahan dan boleh disalah gunakan.

Saya mencadangkan, satu, kembalikan kuasa mahkamah untuk melakukan judicial review untuk kes SOSMA supaya ada semak dan imbang bagi memastikan SOSMA tidak disalah gunakan.

Kedua, pembentukan badan bebas untuk memantau keadaan dan kesihatan orang tahanan dan keluarga mereka. Keluarga orang tahanan menghidapi masalah pencari nafkah ditahan.

final • 7:43 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Ketiga, untuk menggunakan tempoh rayuan dari mahkamah tinggi sehingga Mahkamah Persekutuan untuk menahan seorang walaupun mahkamah memutus bahawa orang tahanan tidak bersalah dan dilepaskan adalah oppressive dan tidak adil. This is not the rule of law. This is a form of detention and an abuse of the court process. Kelima, kesihatan. Iltizam politik juga perlu memastikan hospital ada cukup kewangan untuk menjalankan perkhidmatan. Sebagai contoh, saya ingin membangkitkan isu sistem IT yang terdapat di Hospital Selayang. Hospital Selayang sebelum ini pernah dibanggakan sebagai hospital pertama di dunia yang menggunakan Total Hospital Information System.

Akan tetapi, sistem ini tidak ada penyelenggaraan atau dinaiktarafkan, telah menjadi uzur, sekarang IT sistem tidak boleh digunakan lagi. Hospital Selayang kembali menggunakan secara manual. Hospital ada pakar untuk organ transplant tetapi perlu menggunakan cara manual untuk membuat donor matching. Masalah ini harus ditangani dengan segera.

Akhirnya, saya meminta diberikan 30 saat tentang kewarganegaraan dan saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk mengkaji semula tentang anak yang tidak sah taraf dan anak angkat. Jangan hukum anak yang tidak berdosa, hukum ibu bapa yang tidak bertanggungjawab. Saya minta proses kewarganegaraan ini dicepatkan demi perikemanusiaan. Tambahan lagi, pegawai penjawat sebab yang saya tahu telah bekerja bertungkus-lumus tidak cukup untuk menyelesaikan masalah ini.

Apa yang penting juga adalah memberikan alasan mengapa permohonan itu ditolak supaya pemohon dapat memberikan bukti dan dokumen diperlukan supaya tidak berulang kesilapan yang ada. Akhirnya, kaji semula Perkara 14(1)(b) Jadual Kedua bersama dengan seksyen 9 law of The Adoption Act bahawa adoptive parent mempunyai taraf yang sama dengan sama dengan biological parent. Oleh yang demikian, anak angkat layak untuk diberikan kewarganegaraan. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Besar.

final • 7:50 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada Tuan Yang di-Pertua yang memberi peluang untuk saya terlibat Usul Menjunjung Kasih dan membahaskan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terlebih dahulu terima kasih kepada pengundi Padang Besar yang telah memberi kepercayaan buat Perikatan Nasional memimpin Padang Besar bahkan Perlis keseluruhannya. Terima kasih kepada pengundi awal, pengundi pos dan anak-anak muda khususnya. Hangpa buat boleh, insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya berkongsi perihal Perlis, negeri kecil tetapi berjiwa besar, sekarang menjadi destinasi pelancongan yang begitu pesat. Fokus saya pada kali ini adalah kepada kemakmuran sempadan bersama yang mana K-ekonomi dapat dikongsi bersama terutama orang tempatan tanpa mengira kaum dan agama.

Perlis mempunyai kedudukan yang strategik sebagai hab perdagangan antarabangsa. Perlis boleh diibaratkan sebagai kepala secara geografi Malaysia.

Kebolehupayaan Perlis di bawah Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand

(IMT-GT) dan lokasi baharu dalam Segi Tiga Emas pertumbuhan ASEAN yang perlu digerakkan secara tuntas. Perlu ada hubungan kerjasama antara negeri-negeri di sempadan yang mempunyai masalah yang sama iaitu Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan.

Tuan Yang di-Pertua, kita kebetulan paling hampir dengan projek yang diusahakan oleh kerajaan Thailand yang dinamakan dengan Koridor Ekonomi Timur

(EEC) bagi pembangunan ekonomi Thailand. Pemindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan juga akan memberi limpahan ekonomi kepada Malaysia.

Kedudukan Malaysia di tengah-tengah usaha merancakkan ekonomi oleh kedua-dua negara jiran ini perlu dimanfaatkan dan boleh diupayakan sebagai pintu masuk ASEAN.

Peluang ini perlu diambil oleh Kerajaan Malaysia melalui negeri Perlis dan negeri-negeri yang bersempadan.

Tuan Yang di-Pertua, Perlis boleh pergi jauh dalam usaha sebagai pintu masuk ASEAN dengan sokongan Kerajaan Pusat atas semangat federalisme, kemakmuran sempadan perlu dikongsi bersama. Membesarkan pintu-pintu sempadan dengan lebih terancang dan teratur akan memberi impak besar kepada hubungan perdagangan antara negara dan mengurangkan penyeludupan atau jenayah sempadan, bukan setakat Perlis, bahkan negeri-negeri sempadan yang lain juga.

Saya juga memohon Kerajaan Pusat agar memudahkan projek-projek sedia ada terutama di negeri Perlis iaitu seperti Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA), Pelabuhan Darat Perlis (PIP) dan juga di Kuala Perlis iaitu Jeti Bersepadu Sanglang atau Sanglang Integrated Jetty (SIJ).

Mohon juga melihat projek-projek terbengkalai di negeri Perlis agar selari dengan usaha kita tersebut iaitu Projek Sekolah Sukan Bukit Chabang yang telah dimulakan pada tahun 2013 tetapi belum siap dan terima kasih kepada Yang Berhormat Putrajaya yang telah meneruskan projek tersebut ketika menjadi Yang Berhormat menjadi Menteri sebelum ini. Kemudian projek Hospital Padang Besar yang di-inisiatif-kan pada tahun 2015 sehingga kini tidak ada apa-apa pembangunan. Kemudian, projek Kangar City Center pada tahun 2017. Kami perlu tahu status projek pembinaan tersebut serta projek naik taraf segera iaitu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian bagi mengaktifkan semula aktiviti ekonomi sempadan Balai Polis Beseri dan lain-lain. Hal ini adalah kerana orang kampung kami hendak tahu.

Apa yang paling terdesak ialah pembinaan Sekolah Kebangsaan Chuping yang kini berkongsi dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Mata Ayer sejak tahun 2019.

Bayangkan sekolah rendah dan sekolah menengah duduk sekali, dikumpulkan sekali di

final • 7:52 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

kantin dan di padang. Jadi, akan memberi kesan kepada penduduk dan pelajar-pelajar di situ.

Tuan Yang di-Pertua, keduanya fokus Padang Besar dalam Dewan yang mulia ini berkenaan dengan kesejahteraan digital di negeri Perlis. Sebagai sebuah negeri yang dapat diupayakan sebagai hab perdagangan antarabangsa, keupayaan jalur lebar perlu dapat menampung teknologi yang akan digunakan.

Kerajaan agak agresif ke arah penggunaan pembayaran digital seperti eWallet untuk transaksi perniagaan tetapi dibatasi oleh masalah liputan telekomunikasi yang lemah. Ini amat menyukarkan transaksi jual beli di sempadan terutama di arked-arked niaga di sempadan. Ini juga amat merbahaya daripada segi keselamatan negara. Siapa- siapa tanpa berdaftar dengan talian telefon Malaysia boleh melakukan jenayah siber di sempadan. Perlu ada jammer untuk menyekat jenayah rentas sempadan ini.

Pencemaran daripada isyarat penyedia rangkaian telekomunikasi Thailand mengganggu sambungan isyarat talian mudah alih yang lebih lemah dari Malaysia.

Merujuk kepada Laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi suku tahun ketiga tahun 2021, kadar penembusan jalur lebar mudah alih kebangsaan pada 127.4 peratus dan Perlis 120.8 peratus. Namun, hakikatnya serakkan penembusan tidak sekata. Lebih menyedihkan banyak kawasan di Padang Besar tidak menerima isyarat jalur lebar.

Saya ingin menasihati Kementerian Komunikasi dan Digital bila menjawab soalan Parlimen yang mana saya pernah menghantar soalan lisan pada sebelum ini, isu itu merupakan isu yang besar bagi kami rakyat di Padang Besar. Paling kurang jawab, “Pihak kami akan menyiasat dan cuba menyelesaikan.” Itu lebih melegakan berbanding mengatakan perlu buat laporan di SKMM. Tambahan, hampir semua projek mega melibatkan CVIA nanti akan berada di Padang Besar.

Tuan Yang di-Pertua, keduanya fokus Padang Besar di Dewan yang mulia ini berkenaan dengan rekayasa pendidikan negara dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi. Hanya pendidikan berkualiti mampu menjadi mekanisme ampuh mendidik rakyat untuk mandiri.

TVET sering diperkatakan sebagai cabang ilmu yang mampu memperkukuhkan ekonomi kendiri. Hakikatnya tidak lebih daripada indah khabar daripada rupa dengan penyedia latihan yang berbeza, kursus yang bertindih dan akreditasi tanpa kawalan menyebabkan bertambah longlai. Ada yang memiliki sijil di peringkat ijazah, diploma dan sijil biasa tetapi cacamerba. Telah sampai waktu masa untuk memperkenalkan satu kementerian khusus untuk TVET.

final • 7:52 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang menjemput Yang Berhormat Menteri Besar Perlis sebagai tetamu yang terawal mewakili negeri Perlis untuk berjumpa beliau pada ketika awal beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Insya-Allah janji beliau untuk membantu negeri Perlis amat kami hargai. Akhir kalam [Membaca sepotong ayat dalam bahasa Arab] , “Kewajipan kita lebih banyak daripada waktu yang ada”. Semoga kita semua dapat gunakan waktu hidup kita ini dan anugerah posisi kita sebagai Ahli Parlimen dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Padang Besar mohon menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya menjemput Yang Berhormat Puncak Borneo.

final • 8:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Salam Sejahtera kepada semua Ahli Sidang Mesyuarat. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan kesyukuran kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak dan semua

final • 8:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

kepimpinan GPS kerana telah memberi peluang untuk saya dicalonkan dalam PRU-15 yang lalu. Jutaan terima kasih juga kepada seluruh penduduk dan pengundi P.198 Puncak Borneo kerana telah memberi kemenangan besar kepada GPS Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengutarakan rintihan dan suara hati para penduduk Parlimen Puncak Borneo ke Dewan yang mulia ini dengan bertanyakan status-status projek yang telah diluluskan di Parlimen Puncak Borneo.

Pertama, apakah status projek bekalan air luar bandar Puncak Borneo Fasa 2 dan bilakah ia dilaksanakan?

Kedua, apakah status terkini pembinaan sekolah menengah SMK Puncak Borneo yang telah dipersetujui secara prinsipnya untuk dibina di Lot 122, kawasan Bayur dan apakah status-status sekolah daif dan usang di kawasan Parlimen Puncak Borneo?

Ketiga, apakah status cadangan bina baru jambatan Kampung Tanah Puteh? Dan keempat, apakah status bina baru jambatan Kampung Sebembang ke Gedong?

Kelima, apakah status pemasangan lampu jalan Puncak Borneo ke Kampung Annah Rais yang telah diluluskan oleh Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan yang telah di tender oleh Majlis Pembandaran Padawan pada tahun lalu?

Keenam, apakah status cadangan pemindahan Rajah Charles Brooke Memorial Hospital ke kawasan Puncak Borneo yang dinamakan sebagai Hospital Puncak Borneo?

Saya juga mohon mencadangkan perkara-perkara berikut. Pertama, binaan baharu SMK Serumbu untuk menampung jumlah pelajar yang amat sesak ketika ini.

Kedua, Sekolah Kebangsaan Puruh Karu yang dibina semula di tapak baru untuk menggantikan bangunan yang lama dan usang.

Ketiga, pembinaan baharu jejantas di jajaran Jalan Kuching-Serian terletak di SMK Siburan Kampung Lintang Baru, SMK Tarak dan di jajaran Pan Borneo Highway berdekatan dengan persimpangan Kampung Ampungan.

Saya telah ajukan perkara ini banyak kali tetapi jawapan Kementerian Kerja Raya sebelum ini mereka perlu membuat kajian, menunggu ulasan JKR Sarawak dan masalah kekangan dana. Permohonan ini harus dipandang serius kerana anak-anak sekolah setiap hari menyeberangi jalan dan amat berbahaya.

Keempat, menggesa Kementerian Kesihatan mewujudkan pusat hemodialisis secara percuma kepada golongan M40 dan juga B40 di Parlimen Puncak Borneo.

Kelima, binaan perumahan rakyat ataupun rumah PR1MA dan Skim Pembesaran Kampung (SPK) mampu milik di kawasan Siburan, Tapah, Beratok, Baki, Senyawan, Paku, Teng Bukap, Bayur dan juga Krokong untuk memberikan kesejahteraan kepada anak-anak muda untuk memiliki rumah yang mampu milik.

Keenam, pemberian hak warganegara kepada anak warganegara yang berkahwin dengan warga asing tetapi lambat daftar perkahwinan mereka menyebabkan anak-anak mereka menjadi mangsa tiada dokumen kewarganegaraan.

Ketujuh, menambahbaikkan infrastruktur bangunan dan amenity IPD Penawan, IPD Serian, Balai Polis Tapah dan juga membaik pulih bangunan usang, paip bocor dan juga yang sudah lama tidak diselenggara secara berkala sekian lama.

Kelapan, bekalan air luar bandar, bekalan elektrik luar bandar dan PPRT di kawasan Parlimen Puncak Borneo perlu disegerakan. Saya mencadangkan supaya setiap Ahli Parlimen diberi peruntukkan khas bagi tujuan ini untuk Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya bantuan dapat disalurkan secara langsung, pantas dan juga efisien.

Kesembilan, penambahan Kompleks Kastam Imigresen Kuarantin Dan Keselamatan ataupun dikenali sebagai ICQS. Saya amat berterima kasih kerana kerajaan telah meluluskan ICQS di Kampung Sapit yang bakal dibina dalam masa terdekat. Namun saya memohon mencadangkan supaya ICQS dibina di Kampung Padang Pan dan juga Kampung Tringgus.

final • 8:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Kesepuluh, penambahbaikan liputan dan juga kualiti rangkaian telekomunikasi.

Saya amat berterima kasih kepada kerajaan sebelum ini kerana telah meluluskan permohonan 20 buah menara telco yang telah dibina dan juga 47 buah menara tambahan di bawah projek JENDELA yang telah siap dan ada yang sedang dibina. Begitu juga dengan rangkaian Jalur Lebar Unifi telah rancak dijalankan.

Saya juga memohon supaya satu lagi menara telco dibina di kawasan Paku Bau.

Saya juga kesal dengan progress kerja-kerja binaan dan pemasangan menara telco ini agak lambat dan kualiti perkhidmatan yang sedia ada begitu lemah. Tuan Yang di-Pertua, there is no point to have more telco in internet coverage but the quality of the bandwidth and throughput is not there, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh isu penting berkaitan dengan industri sawit yang sedang dihadapi ketika ini adalah mengenai cadangan pihak Kesatuan Eropah yang akan melaksanakan European Union Deforestation-Free Regulation (EUDR) di mana pelaksanaan ini secara amnya EUDR bertindak sebagai satu instrumen pelindung bagi Kesatuan Eropah melalui mekanisme perundangan. EUDR akan meningkatkan kos eksport minyak sawit dan secara langsung mengurangkan daya saing minyak sawit berbanding minyak sayuran yang lain.

Oleh itu, beberapa strategi perlu dilaksanakan secara agresif. Pendekatan yang ofensif antaranya adalah untuk Malaysia dan Indonesia perlu mengadakan misi secara bersama untuk membidas keputusan EUDR. Council Of Palm Oil Producing Countries

(CPOPC) perlu didesak agar memainkan peranan yang lebih aktif dan penyertaan negara baru keanggotaan CPOPC hendaklah dijadikan keutamaan bagi meningkatkan peranan dan suara CPOPC di peringkat antarabangsa. Kerjasama Asean juga hendaklah digunakan sebaik mungkin bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh sektor sawit.

Strategi untuk mendapatkan pengiktirafan MSPO juga perlu diutamakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai negara perlu mencari sumber pendapatan baru dan bebanan hutang negara sudah mencecah hampir RM1.2 trilion dan jika termasuk liabiliti ia sudah mencecah RM1.5 bilion. Oleh itu, saya juga mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan GST. Mungkin kerajaan boleh melaksanakan pelaksanaan GST dengan pengenalan peratusan yang rendah dan kuantum dua ke empat peratus berbanding dengan kuantum yang begitu tinggi sekali suatu ketika dahulu.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menggesa kepada kerajaan supaya menambah baik mekanisme pemberian subsidi dan juga saya ingin mengutarakan pegangan jawatan awam antara kaum adalah tidak seimbang dan saya harap kerajaan Madani ini dapat melihat perkara ini dengan serius.

Saya ingin bertanyakan penjanaan tenaga elektrik. Adakah ia mencukupi untuk kita melaksanakan banyak stesen pengecas EV di negara kita? Adakah kemampuan janaan tenaga elektrik kita ini mampu untuk selari dengan industri EV negara kita?

Sekiranya tidak, kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk membawa industri ini lebih maju dan mampan supaya kita tiada masalah penjanaan tenaga elektrik yang berkurang kerana tenaga elektrik bakal bersaing dengan sektor-sektor yang lain.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 8:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Saya dengan ini juga dan akhir sekali ingin membuat penggulungan dan saya juga ingin mengutarakan pandangan saya terhadap pengumuman Yang Amat Berhormat Tambun tentang pengurangan bilangan cabutan khas judi dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali setahun.

Usaha ini amat baik tetapi saya khuatir perkara ini akan membuka ruang kepada pertumbuhan berleluasa cabutan tiket loteri haram secara online atau pun offline. Implikasinya adalah kerajaan akan kehilangan pendapatan kerana tidak perkara ini diperhalusi untuk menambah pendapatan negara dan sin tax ini boleh digunakan untuk membantu golongan bukan Islam dalam negara kita ini.

Dengan ini saya sudahi perbahasan saya dengan ucapan ribuan terima kasih dan Tuhan berkati anda semua. Tuan Yang di-Pertua, Puncak Borneo mohon menyokong.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pekan, silakan. Yang Berhormat Pekan.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera, salam perpaduan.

final • 8:09 PM

Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi ruang dan peluang untuk saya sama-sama mengambil bahagian bagi membahaskan Titah Diraja. Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pengundi P085 Pekan yang telah memberi kepercayaan dan mandat kepada saya bagi mewakili mereka di Parlimen Pekan.

Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas pelantikan Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri yang ke-10 dan menjadi sejarah apabila dua orang wakil rakyat iaitu Yang Amat Berhormat Bagan Datuk dan Yang Amat Berhormat Petra Jaya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tahniah juga kepada semua anggota jemaah Kabinet yang dilantik untuk melaksanakan gagasan Malaysia MADANI.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Perpaduan merupakan sebuah kerajaan yang menggabungkan wakil daripada pelbagai parti politik. Ia menuntut parti dan semua pemimpin untuk mengetepikan kepentingan politik dan ideologi parti masing-masing demi mewujudkan politik yang stabil. Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini tertubuh dengan latar belakang yang amat berbeza serta berlainan dari segi iltizam dan hala tuju politik masing-masing. Akan tetapi apa yang lebih penting, kita semua mahukan kerajaan yang ada pada hari ini benar-benar memfokuskan kepada usaha bekerja bersungguh- sungguh untuk membantu rakyat serta meningkatkan tahap pencapaian ekonomi negara.

Inilah norma baharu politik Malaysia dalam penghakisan lazim politik ke arah penerimaan norma-norma kesatuan dan kesepakatan bersama demi kepentingan negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan sudah sampai masanya kita semua berlapang dada dan berhati besar untuk memikirkan hala tuju dan model politik seperti yang ada ketika ini, diadaptasikan untuk guna pakai melalui penambahbaikan bagi membentuk dan menjamin kestabilan politik dan menjana pertumbuhan ekonomi yang akan menjamin kesejahteraan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, kita lihat pada hari ini FDI merupakan satu perkara yang penting di mana aliran masuk bersih yang lebih tinggi sebanyak RM19.3 bilion dalam pelaburan langsung asing pada suku keempat 2022 berbanding dengan RM12.3 bilion pada suku tahun sebelumnya. Apa yang penting di sini ialah FDI ini kita perlukan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia diberikan peluang untuk menjawat jawatan top position dengan izin, key management dalam syarikat-syarikat yang datang melabur di negara kita.

Ini secara tidak langsung akan menyebabkan transfer of expertise atau teknologi itu dapat dilakukan.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak menghalang penglibatan warga asing untuk datang bekerja atau mengambil bahagian dalam sektor yang kritikal dalam suatu industri.

Akan tetapi, biarlah secara minimum dan dengan prioriti diberikan kepada warga tempatan terlebih dahulu. Saya berharap Kementerian Sumber Manusia juga dapat memperhebat program-program ke arah mempromosi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Menyentuh tentang TVET yang merupakan satu agenda penting negara untuk melahirkan mereka yang berkemahiran, syllabus TVET ini perlu dikaji dan disesuaikan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan teknologi terkini supaya prospek dan peluang pekerjaan dapat dipenuhi bagi keperluan industri semasa dan menepati keperluan teknologi terkini. Ini adalah kerana kemajuan teknologi amat pantas berubah dan cepat obsolete, dengan izin.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan kesuntukan masa, sebelum mengakhiri ucapan saya, sejujurnya saya bukan hendak mempertikaikan bidang kuasa atau jurisdiction pihak mahkamah dan kemuliaan institusi mahkamah. Akan tetapi, cuma ingin menyatakan kekesalan di mana saksi-saksi utama tidak dipanggil sama sekali oleh pihak mahkamah untuk memberi kenyataan atau keterangan mereka dan bukti-bukti baharu tidak diberikan pertimbangan sewajarnya dalam perbicaraan kes mantan Perdana Menteri keenam. Episod sedih ini akan mencalarkan sedikit sebanyak imej institusi kehakiman dan persepsi kesisihan di kaca mata rakyat dan negara luar tentang sistem kehakiman di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang untuk saya mengambil bahagian pada malam ini untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya mewakili Parlimen Pekan menyokong penuh usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja.

Pekan mohon menyokong. Terima kasih.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 8:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca ayat al-Quran]* Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan ucapan saya pada malam ini dengan satu ayat al- Quran.

[Membaca sepotong ayat al-Quran dan berselawat] . Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Hulu Terengganu untuk membahaskan Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, buat sekalian kalinya dalam kesempatan ini Hulu Terengganu merakamkan penghargaan dan terima kasih setinggi-tingginya kepada seluruh warga Hulu Terengganu yang masih memberi kepercayaan dan mandat kepada saya untuk menjadi wakil mereka dengan satu jumlah majoriti yang cukup besar. Ini penggal kedua saya di Hulu Terengganu. Alhamdulillah, dan saya akui bahawa ini adalah satu tanggungjawab, bukannya sesuatu yang hendak dibanggakan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah dan juga rasa sedih kepada sahabat-sahabat kita di Turki dan Syria akibat gempa bumi yang melanda, yang meragut beribu-ribu nyawa. Takziah diucapkan.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa isu yang ingin saya bangkitkan demi kepentingan rakyat khususnya di Hulu Terengganu. Hulu Terengganu ialah sebuah daerah pedalaman, rakyatnya bergantung kepada pertanian dan agak miskin. Selain itu, saya juga akan membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan kos sara hidup.

Tuan Yang di-Pertua, sejak kerajaan baharu ditubuhkan sehingga hari ini belum nampak sebarang usaha yang jitu untuk menangani kos sara hidup rakyat. Selaras dengan perubahan nama – bertukar daripada KPDNHEP kepada KPDN Kos Sara Hidup, saya melihat kerajaan sehingga hari ini masih gagal untuk menangani atau menggaris langkah-langkah yang penting, yang perlu diambil untuk membantu mendepani masalah ekonomi dan juga kos sara hidup rakyat di negara kita. Sebaliknya, dengan perubahan KPDNHEP dan beberapa kementerian diubah, saya nampak berlaku pembaziran dan juga impak kos kepada kerajaan kerana kerajaan terpaksa menukar kepala surat, kerajaan terpaksa menggunakan cap-cap baharu, kerajaan terpaksa menggunakan label-label baharu, sama ada di bangunan, di kenderaan dan sebagainya.

Saya menyokong apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Parit Buntar sebentar tadi bahawa cetakan soalan pun saya rasa tidak perlu digunakan dalam dwibahasa.

Cukup dengan satu bahasa sahaja. Semua ini hanya bertukar pada nama tetapi realitinya sehingga kini KPDN Kos Sara Hidup tidak mampu mengurus kos sara hidup rakyat yang meliputi atau mencakupi satu ruang yang besar. Sebenarnya, kos sara hidup ini meliputi bukan sahaja keperluan asas ataupun makanan, ia juga mencakupi pengangkutan, perumahan, pendidikan dan sebagainya.

final • 8:16 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Jika harga makanan meningkat dan membebankan rakyat, bagaimana pula kos sara hidup yang lain. Kerajaan perlu untuk mencari suatu tindakan yang efektif untuk memastikan rakyat tidak tertekan dan sebelum ini kita dapati bahawa Yang Berhormat Pandan hebat dengan formula-formulanya dan sehingga kini tidak nampak apa-apa hasil pun daripada apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Pandan untuk mengatasi kos sara hidup ini; cuma sekadar retorik sahaja.

final • 8:16 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kedua, Tuan Yang di-Pertua, isu kekurangan telur. Ramai Ahli Yang Berhormat telah bercakap berkenaan dengan kekurangan telur di negara kita. Saya difahamkan bahawa negara kita pada suatu ketika dahulu telah mengeluarkan atau menghasilkan sebanyak 960 juta biji telur sebulan. Persoalannya, sejak Kerajaan Madani memerintah, ke mana pergi telur-telur ini? Apakah ayam-ayam semua telah merajuk untuk bertelur?

Atau ada kes-kes lain yang menyebabkan berlaku kekurangan sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa mengimport telur yang begitu banyak dari India yang akhirnya telurnya tidak bermutu, lebih kecil, harga lebih mahal, perjalanannya mengambil masa sehingga satu bulan dan sampai di sini dikatakan bahawa telur tersebut sudah mula cair. Ini akan lebih membebankan lagi apabila tiba musim raya dan tiba musim puasa yang menjelang tiba nanti. Diharap pihak kementerian memandang serius isu ini kerana ia adalah keperluan ataupun telur adalah suatu protein yang paling murah, yang mampu dibeli oleh rakyat kita.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan itu juga, saya suka mencadangkan oleh kerana tekanan kehidupan yang semakin perit, kemiskinan berada di mana-mana termasuk di Hulu Terengganu, saya suka mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa agar memudahkan rakyat kita untuk berniaga. Jangan mudah untuk mengeluarkan saman kerana ada sesetengah pihak berkuasa mengeluarkan saman kepada penjaja-penjaja di simpang-simpang empat yang mereka mencari sesuap nasi, yang mencari seringgit dua untuk menampung kehidupan mereka.

Jadi, kita berharap pihak berkuasa mengambil pertimbangan kemanusiaan agar mereka yang susah ini tidak ditekan lagi susah mereka demi mencari sesuap nasi selepas COVID- 19 berlaku itu.

Tuan Yang di-Pertua, isu ketiga yang ingin saya sentuh di sini ialah isu integriti.

Saya menyokong penuh apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Bharu tengah hari tadi yang mengatakan bahawa menjadikan pegawai pendakwa akan berada dalam keadaan serba salah untuk menyoal dan mendakwa Timbalan Perdana Menteri apabila Timbalan Perdana Menteri berada di kandang orang salah.

Hal tersebut, Tuan Yang di-Pertua, saya selalu menganalogikan kepada pegawai- pegawai atau penjawat-penjawat awam. Mana-mana penjawat awam yang dituduh di mahkamah, mereka terpaksa berhenti rehat atau bercuti atau mereka digantung untuk seketika sehingga kes mereka selesai. Saya rasa ini sama juga kepada siapa-siapa sahaja termasuk kita ahli politik, yang sebetulnya apabila pegang jawatan, sehingga kita dibersihkan nama, kita perlu keluar daripada jawatan yang kita pegang untuk memudahkan pegawai-pegawai menjalankan kerja. Ini kerana jika datang dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri ataupun jawatan Menteri, maka menyusahkan pegawai-pegawai perundangan untuk menjalankan tugas dengan baik dan jujur. Untuk itu, saya berharap agar perkara itu difikirkan seterusnya.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, kita juga ada isu kapal LCS. Walaupun banyak dijawab oleh Menteri Pertahanan, tetapi apa yang saya dimaklumkan bahawa ada suara-suara yang diarahkan untuk menutup kes ini sedangkan yang diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun bahawa mereka ataupun Yang Amat Berhormat Tambun bercadang ataupun Yang Amat Berhormat Tambun berjanji untuk menangkap jerung- jerung yang besar. Saya yakin isu LCS ini terdapat jerung-jerung yang besar yang mengambil kesempatan atas projek ini.

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa tidak mengizinkan, maka dengan itu Hulu Terengganu mohon menyokong Titah Tuanku. Sekian, wabilahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Klang.

final • 8:20 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kerana diberi peluang kepada Klang untuk berbahas bagi menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, masalah banjir sering menghantui rakyat Malaysia di seluruh negara. Masalah banjir kilat mahupun banjir berskala besar sentiasa melanda hampir di semua negeri termasuk di negeri Selangor. Banjir pada tahun 2021 merupakan insiden banjir yang paling teruk di negeri Selangor terutamanya kawasan Shah Alam, Kota Kemuning dan keseluruhan Daerah Klang di mana puluhan nyawa terkorban dan berbilion ringgit harta benda musnah akibat musibah ini.

Saya juga selaku sebagai ADUN Kota Kemuning sejak tahun 2018 lagi telah memberi fokus terperinci tentang hal banjir di Shah Alam terutamanya di kawasan Taman Sri Muda supaya agensi berkaitan seperti JPS, JKR dan MBSA mengambil serius tentang banjir yang sentiasa melanda kawasan ini. Saya sentiasa bersuara dan membawa perhatian kepada agensi berkaitan berkenaan masalah ini seawal tahun 2018 lagi.

Namun, permintaan saya tidak menjadi agenda penting agensi yang terlibat dalam perancangan mereka.

Namun begitu, berikutan banjir kilat berterusan dan amaran metrologi, telah saya bangkitkan kerisauan berkenaan banjir skala besar seawal tahun 2021 lagi. Atas pelbagai alasan, tiada sebarang penyelesaian yang diberikan oleh mana-mana agensi sehingga berlakunya malapetaka banjir pada 17 Disember 2021.

Kini, MBSA dan JPS melalui peruntukan Kerajaan Negeri Selangor sedang melakukan beberapa projek berskala kecil untuk mengatasi masalah banjir. Akan tetapi, beberapa projek berskala besar yang telah dikatakan menelan berbilion-bilion ringgit yang diumumkan oleh mantan Perdana Menteri dan juga mantan Menteri Sumber Asli pada tahun 2022 tidak menampakkan sebarang kemajuan.

Akibat bencana tersebut, kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat telah mengumumkan beberapa jenis bantuan kepada mangsa di sini. Bantuan dinyatakan sebagai baik pulih rumah. Ramai mengadu bahawa mereka tidak menerima atau tidak diterima setimpal seperti yang dijanjikan. Ada pula menyatakan rekod-rekod mereka sengaja dihilangkan. Saya merayu agar kerajaan hari ini menyiasat dan audit segala bantuan disalurkan kepada mangsa banjir disebabkan pada tahun 2021.

Saya berharap Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mengambil perhatian yang serius terhadap masalah banjir ini dan mencari satu penyelesaian berkekalan bagi menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia, khasnya di kawasan Klang. Juga perlu diingatkan, ada laporan yang menyatakan Daerah Klang mungkin akan tenggelam dalam masa 30 tahun. Maka, perhatian serius daripada kerajaan hari ini sangatlah diharapkan oleh warga Klang.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana pilihan raya merupakan komponen utama dalam sistem pemerintahan ini. Namun, saya berpendapat agihan taburan pengundi melalui sempadan Parlimen dan DUN perlu dikaji semula untuk mencerminkan taburan pengundi yang seimbang.

Pada ketika ini, terdapat kawasan Parlimen yang mempunyai bilangan pengundi yang ramai iaitu hampir mencecah 300,000. Nampak sahaja Parlimen Bangi di sebelah saya. Parlimen Klang pula 215,000, tetapi ada juga kawasan Parlimen yang pengundinya kurang daripada 50,000. Tadi saya dengar ada yang menyatakan 40,000 dapat majoriti sudah sangat syok diri sendiri. Saya dapat 91,000, ketiga terbesar dalam Malaysia, tak pun saya cakap.

Taburan ini adalah tidak seimbang dan bertentangan dengan prinsip, dengan izin, one man, one vote, one value. Demokrasi adalah keadilan bagi setiap individu. Setiap

final • 8:24 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

rakyat akan memastikan suara mereka didengari di Dewan yang mulia ini. Walau bagaimanapun, dengan sekarang terdapat wakil rakyat yang mewakili ratusan ribu undi seperti Yang Berhormat di sebelah saya dan ada pula wakil rakyat yang mewakili dengan hanya puluhan ribu undi, ini nampak seolah-olah prinsip demokrasi dipermainkan dan diketawakan.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada kerajaan supaya mengkaji semula persempadanan semula agar taburan pengundi di sesuatu kawasan diagihkan secara adil. Sehingga persempadanan semula secara adil berlaku. Kerajaan Perpaduan patut memberi pertimbangan yang wajar dalam memberi peruntukan bagi kawasan Parlimen mengikut jumlah pengundi agar keadilan setiap pengundi dapat dibela.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengingatkan kata-kata yang pernah diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dengan menyatakan bahawa kebanyakan orang Melayu masih berada pada paras kemiskinan, tetapi masyarakat yang paling miskin adalah berada dalam kalangan orang India. Kebanyakan orang India telah hilang haluan dan akhirnya terpaksa terjebak ke kancah sosial selepas tahun 80-an iaitu selepas mereka dipaksa keluar dari estet-estet. Kerajaan pada ketika itu tidak merancang dan gagal membimbing mereka ke jalan yang betul melalui penempatan yang terancang.

final • 8:24 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Akibatnya, kaum India terpaksa menanggung kesannya sehingga ke hari ini.

Pemimpin-pemimpin kaum India sedar akan punca masalah ini dan secara sepakat bersetuju untuk menyediakan pelan pembangunan komprehensif bagi kaum India. Ia dikenali sebagai Malaysian Indian Blueprint yang meliputi semua aspek sosial bagi meningkatkan kebajikan serta ekonomi kaum India. Tujuan blueprint ini adalah supaya kaum India tidak dipinggirkan dalam arus pembangunan negara. Malah, tiada satu orang rakyat pun harus dipinggirkan daripada arus pembangunan negara ini. Blueprint ini telah diterima oleh mantan Perdana Menteri Keenam. Namun, pelaksanaannya terbantut sehingga sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, saya sangat berharap supaya Kerajaan Perpaduan yang ada sekarang, di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Tambun mengambil kira aspek pembangunan kaum India dan melaksanakan Malaysian Indian Blueprint yang telah disediakan oleh semua pemimpin India bagi kesejahteraan dan kemakmuran kaum India, selari dengan konsep Kerajaan Madani. Pembangunan ekonomi kaum India perlu dijalankan secara inklusif di mana dasar-dasar yang berkaitan perlu disemak semula bagi menerapkan konsep Madani untuk memanfaatkan semua rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, seperti semua ketahui, saya juga adalah bekas tahanan ISA pada tahun 2007. Ditahan selama 495 hari. Saya lebih mengetahui perasaan dan kerisauan ahli-ahli keluarga yang telah ditahan di bawah SOSMA. Saya percaya Yang Amat Berhormat Tambun pun mempunyai pemikiran yang sama dengan saya. SOSMA asalnya diwujudkan untuk mengekang pengganas yang berbahaya di negara ini. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini, penggunaan SOSMA terhadap gengster dan penjenayah seperti rompak, pergaduhan, salah guna dadah...

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung, sila gulung.

final • 8:30 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

...Pengedaran dadah, simpanan senjata tanpa lesen dan sebagainya. Di mana jelasnya, perkara-perkara ini dapat dibawa ke mahkamah atau menggunakan akta atau kanun tersedia seperti CPC, Akta Dadah Berbahaya, Akta Senjata dan seumpamanya.

Saya khuatir pihak berkuasa mengambil jalan mudah atau mungkin salah guna kuasa mereka dalam penahanan individu-individu tanpa diberi peluang untuk membela diri mereka di mahkamah terbuka. Saya sangat berharap kerajaan akan mempertimbangkan keperluan SOSMA. Sekiranya masih diperlukan, maka hadkan pengaplikasiannya kepada pengganas sahaja. Penjenayah lain perlu dihadapkan ke mahkamah dengan segera dan dibicarakan mengikut lunas undang-undang yang sedia ada.

final • 8:30 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Tuan Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri saya ingin menyatakan, saya sangat ingin menyatakan terima kasih kepada mana-mana Menteri yang turun padang ke kawasan Parlimen Klang, khasnya kepada hospital, jalan raya, isu-isu yang berbangkit.

Namun begitu, adalah baiknya apabila Menteri-menteri yang turun kawasan masing- masing, mana-mana constituency pun, tolong beritahu, tolong panggil sama Ahli Parlimen sekali, bersama-sama dengan Menteri supaya kami dapat menunjukkan perpaduan kami dengan Menteri-menteri tersebut.

Sekian sahaja, saya mohon untuk menyokong. Terima kasih...

[Tepuk]

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.

final • 8:30 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, yang dilantik sebagai Perdana Menteri Kesepuluh dan juga melancarkan Gagasan Malaysia Madani.

Terlebih dahulu ingin saya merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga Batu Pahat yang telah mengundi saya pada PRU-15, dengan undi yang besar dan majoriti yang besar. Ibarat masyarakat Batu Pahat ini masyarakat Madani.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan perbahasan ini dengan beberapa buah petikan peribahasa.

*Serumpun bak serai, sesusun bak sirih.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.

Hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah.

Telur sesangkar pecah sebiji, pecah semua.* Inilah peribahasa yang telah diwarisi sebagai panduan sejak turun temurun untuk menzahirkan peri pentingnya perpaduan terutamanya di kalangan masyarakat pelbagai kaum, ke arah membawa negara ini sebagai sebuah negara yang dihormati oleh dunia.

Tuan Yang di-Pertua, Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menasihati bersungguh-sungguh untuk memastikan kerajaan memberikan keutamaan membina jambatan perpaduan di kalangan pelbagai kaum demi mencapai kestabilan dalam pentadbiran negara ini dan membina kesejahteraan rakyat. Membina masyarakat Madani merupakan satu langkah yang bijak ke arah matlamat tersebut. Penghayatan dan menjiwai saranan Seri Paduka Baginda perlu dipanjangkan dan disampaikan kepada seluruh rakyat dan penduduk negara yang tercinta ini. Biarlah kita kelihatan ‘serumpun bak serai, sesusun bak sirih’ seperti yang terungkap dalam salah satu peribahasa di atas.

Janganlah ada di kalangan kita bersifat ‘telunjuk lurus, kelingking berkait’.

Tuan Yang di-Pertua, kita sedar dalam masyarakat berbilang kaum, ungkapan hidup bersama dan sejahtera telah mampu kita bentuk selama ini dan kita harus pertahankan malah diperkukuhkan lagi untuk kebaikan semua generasi yang akan datang. Kita telah ada Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang diilhamkan pada tahun 1971

final • 8:33 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

yang menepati hak setiap kaum sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan negara kita.

Jika orang-orang Melayu terkenal dengan Tarian Zapin, orang Cina dengan Tarian Naga, orang India dengan Tarian Bharatanatyam, orang Kadazan dengan Tarian Sumazau, orang Iban dengan Tarian Ngajat, malah ada banyak lagi tarian-tarian yang melambangkan kaum masing-masing. Ini jelas menunjukkan bahawa semangat perpaduan telah wujud kerana setiap kaum dapat berkongsi dengan keindahan tarian- tarian kaum lain, malah menerima tarian-tarian itu sebagai keindahan masyarakat di Malaysia. Jaringan dan anyaman kebudayaan kaum perlu diperkemas lagi bagi membina masyarakat Madani di Malaysia.

Tarian Tuan Yang di-Pertua, hanyalah satu contoh yang boleh kita ambil dari sudut budaya kaum yang telah diterima baik oleh masyarakat Malaysia. Daripada segi makanannya pula, masakan asam pedas, masak lemak cili api, nasi lemak, tosai, yong tau fu, semua makanan ini telah menjadi makanan yang kita- semua terima. Makanan di atas merupakan identiti kaum di negara ini tetapi terus diterima baik sebagai makanan rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, marilah kita mengukur kejayaan sukan di negara ini yang telah pun memupuk semangat kesukanan dan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum. Antara sukan popular dan digemari oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia iaitu bola sepak. Bila kita sebut bola sepak di Malaysia, masih ramai yang pernah sezaman dengan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, Datuk Wira Soh Chin Ann, mendiang Datuk M. Chandran, Allahyarham Namat Abdullah serta ramai lagi tokoh bola sepak terkemuka di Malaysia yang telah mengharumkan nama Malaysia di dunia.

Gandingan kaum-kaum di Malaysia dalam sukan bola sepak telah menjadi pencetus kepada semangat setia kawan dan membina kejayaan untuk Malaysia secara bersama. Kehebatan pasukan bola sepak Malaysia ketika itu telah mendorong semua kaum untuk sama-sama ke stadium bagi menyokong pasukan kesayangan mereka iaitu Malaysia. Ketika Mokhtar Dahari menjaringkan gol, seluruh penyokong sama ada di dalam stadium atau di depan kaca TV, malah juga di corong radio, mereka inilah tak kira Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Murut bertempik gembira atas jaringan yang dilakukan oleh ‘Super Mokh’.

Tuan Yang di-Pertua, untuk membuktikan bahawa sukan merupakan alat yang baik untuk membentuk perpaduan kaum, kita bawakan juga satu lagi sukan yang turut mengharumkan nama Malaysia di mata dunia satu ketika dulu. Dalam tahun-tahun 70-an, siapa yang tak kenal dengan Datuk Poon Fook Loke, Dato’ N Sri Shanmuganathan dan Khairuddin Zainal. Tiga nama ini telah mengharumkan nama Malaysia dalam sukan hoki di dunia. Mereka juga telah membuktikan bahawa walaupun mereka berbeza warna kulit, tetapi demi semangat cintakan Malaysia, telah menjadikan mereka seia dan sekata dalam setiap perlawanan yang dihadapi.

Menyentuh sukan hoki ini, di Batu Pahat ada sebuah sekolah iaitu SMK Dato’ Bentara Luar yang telah melahirkan ramai pemain hoki di peringkat negeri dan nasional.

final • 8:33 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Sekolah ini telah dilengkapkan dengan padang hoki yang baik pada tahun 2012.

Malangnya banyak peralatan tidak dapat digunakan lagi setelah usang dan padang juga perlu dibaik pulih. Jika dapat dibaik pulih semula padang ini dan peralatan yang dapat diganti baru insya-Allah ia mungkin dapat memberi nilai tambah dan memupuk kebersamaan di kalangan pelajar di Batu Pahat khususnya melalui sukan hoki.

Oleh itu Batu Pahat memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan ataupun Kementerian Pendidikan Malaysia sama-sama membantu bagaimana untuk memulihkan padang hoki Sekolah Dato’ Bentara Luar.

Boleh dikatakan- Tuan Yang di-Pertua, marilah kita- semua di dalam Dewan yang mulia ini sama-sama kita bina muafakat yang sebenar demi ke arah perpaduan. Erti kata lain tidak perlulah kita cuba merosakkan perpaduan dan kestabilan yang kita nikmati selama ini.

final • 8:40 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Sekian, Batu Pahat menyokong penuh Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. saya jemput Yang Berhormat Gua Musang.

final • 8:40 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang pada Gua Musang untuk berucap sekali gus membahaskan Usul Menjunjung Kasih kepada Titah Duli Yang maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terutama sekali dalam perkara penzahiran ucapan terima kasih Baginda kepada kerajaan terdahulu.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan banyak terima kasih kepada semua pengundi di Parlimen Gua Musang terutamanya pengundi muda yang cukup matang serta berani membuat pembaharuan dalam memilih kepimpinan politik di bumi bertuah Gua Musang.

Buat masyarakat saya di Gua Musang, percayalah demi Allah, saya tidak akan mempersiakan kepercayaan anda semua. Marilah kita sama-sama berganding bahu demi kemakmuran dan kesejahteraan kita di bumi Gua Musang.

Tuan Yang di-Pertua, Gua Musang dengan rendah diri memohon kepimpinan negara yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Tambun, buatlah sesuatu untuk kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Hentikanlah mengeluarkan apa-apa statement yang mengundang amarah dan ketidakharmonian di kalangan masyarakat kita Malaysia. Tolonglah prihatin dengan rintihan rakyat terutamanya isu kos sara hidup dan isu pengeluaran caruman KWSP bersasar.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, sekarang ini pelbagai masalah membelenggu negara kita sejak pasca COVID-19. Dengan ketidaktentuan ekonomi negara, kejatuhan nilai Ringgit yang luar biasa, kenaikan harga barang yang sangat ketara dan pelbagai musibah sedang melanda negara kita. Marilah kita bersama-sama sama ada di saf kerajaan ataupun pembangkang untuk kita mencari satu titik persamaan dalam menjamin kesejahteraan rakyat di luar sana.

Tuan Yang di-Pertua, membawa mandat daripada rakyat Gua Musang dengan tulus ikhlas memohon perhatian dan ihsan daripada Yang Amat Berhormat Tambun dan Yang Amat Berhormat Bagan supaya memberi lebih perhatian dalam semua perkara terutamanya yang melibatkan kesejahteraan rakyat di Gua Musang.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, daripada segi geografi Parlimen Gua Musang merupakan Parlimen yang paling luas di negeri Kelantan Darul Naim. Kita boleh lakukan sembahyang jamak kalau dari sempadan Kuala Krai ke sempadan Cameron Highlands, kita boleh lakukan sembahyang jamak.

Untuk rekod, keluasan Kelantan 15,040 kilometer persegi manakala keluasan Parlimen Gua Musang sahaja 8,174 kilometer persegi atau bersamaan dengan 54.35 peratus daripada keluasan negeri Kelantan. Parlimen Gua Musang juga merupakan pintu masuk ke negeri Kelantan bagi perjalanan dari negeri Terengganu, Pahang dan juga negeri Perak. Dengan keluasan muka bumi Gua Musang ini sudah semestinyalah Gua Musang telah menyumbang kepada pendapatan negara terutamanya daripada segi hasil bumi. Oleh yang demikian adalah sangat wajar Gua Musang diberi lebih peruntukan untuk pelbagai sektor.

Tuan Yang di-Pertua, dengan keluasan Parlimen Gua Musang sudah tentunya terdapat banyak jaringan jalan yang menjadi penghubung antara negeri, daerah dan kampung-kampung. Dengan keadaan fizikal jalan yang sangat tidak sempurna, berlubang dan rosak di sana sini sudah tentunya mengundang banyak kemalangan jalan raya. Untuk

final • 8:41 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

rekod kemalangan maut di jalan-jalan di Parlimen Gua Musang sering meningkat sepanjang tahun.

Untuk makluman juga, dengan kekerapan berlakunya kemalangan jalan raya Hospital Gua Musang pernah diberi gelaran sebagai pusat transit mangsa jenazah kemalangan jalan raya. Oleh yang demikian, Gua Musang memohon kepada Yang Amat Berhormat Tambun serta Menteri Kerja Raya yang berada di depan sini untuk segera membaiki serta menaik taraf jalan-jalan di Parlimen Gua Musang.

Suka juga untuk saya maklumkan di sini Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, di Parlimen Gua Musang sekarang ini terdapat tiga pakej Lebuhraya Central Spine Road

(CSR). Mengikut maklumat yang diterima, kesemua ketiga-tiga pakej ini telah mengalami kelewatan pembinaan. Oleh yang demikian, Gua Musang memohon Yang Berhormat Menteri untuk menyemak dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas kelewatan pembinaan tersebut.

Di antara pakejnya iaitu pakej 3D daripada Mentara ke Bulatan Bandar Baru Gua Musang. Pakej 3C daripada Bulatan Bandar Baru ke Bandar Lama Gua Musang. Pakej 2C dari Bandar Utama ke Gua Sejuk Felda Chiku 1, Gua Musang. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana kita ketahui mana-mana pembinaan jalan terutamanya yang saya sebutkan tadi, kelewatan ini akan memberi kesan buruk kepada pergerakan trafik di jalan-jalan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, bercakap mengenai hospital pula, Gua Musang memang amat memerlukan sebuah hospital yang mempunyai kemudahan doktor pakar, kakitangan yang mencukupi dan fasiliti yang lengkap. Hospital sedia ada sekarang ini terlalu kecil dan tidak boleh menampung kes-kes kecemasan dan kritikal.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pesakit yang dalam kategori zon merah atau pesakit yang memerlukan rawatan lanjut akan dibawa ke Hospital Kuala Krai yang jaraknya sejauh 115 kilometer ataupun Hospital Kota Bharu yang jaraknya sejauh 185 kilometer. Fenomena ini menyebabkan ramai pesakit meninggal dunia sewaktu dalam ambulan iaitu dalam perjalanan ke hospital-hospital tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, demi memastikan peningkatan taraf sosioekonomi serta menjana pembangunan minda penduduk, prasarana pendidikan merupakan elemen terpenting. Justeru yang demikian, Gua Musang memohon diwujudkan sebuah institusi pendidikan tinggi awam atau sekurang-kurangnya satu buah cawangan universiti awam.

Insya-Allah dengan pembukaan institusi pengajian tinggi tersebut sudah semestinya secara langsung akan mengubah landskap pembangunan ekonomi di Gua Musang.

Tuan Yang di-Pertua, di Parlimen Gua Musang terdapat dua buah agensi Persekutuan yang utama iaitu FELDA dan KESEDAR. Masalah utama di tanah rancangan FELDA ialah penempatan dan kemudahan infrastruktur untuk generasi kedua FELDA.

Terlalu ramai anak-anak peneroka FELDA mengeluh kerana dinafikan hak mereka untuk mendapat kemudahan tempat tinggal dan ada di antara mereka yang mampu membina rumah kediaman daripada sumber kewangan sendiri tetapi sebaliknya dihalang untuk mendapatkan kemudahan utiliti seperti bekalan tenaga elektrik dan juga air bersih.

Oleh yang demikian, dimaklumkan juga pihak menteri pada zaman Perdana Menteri keenam telah mengumumkan tapak rumah generasi kedua FELDA di FELDA Chiku 06 tetapi sehingga ke hari ini belum terdapat tanda-tanda pembinaan rumah tersebut dijalankan.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada agensi KESEDAR pula banyak permasalahan yang dihadapi oleh peneroka tanah rancangan KESEDAR. Isu pendapatan bulanan di bawah paras gaji minimum, isu peneroka ditangkap polis kerana konflik serta salah faham berkenaan dengan hak peneroka dan isu pemilikan tanah bagi peneroka yang berhak. Isu-isu tersebut telah sekian lama membelenggu peneroka KESEDAR dan seakan-akan tiada jalan penyelesaian.

Tuan Yang di-Pertua, seperkara yang paling menyedihkan ialah isu yang berlaku di kalangan peserta di Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau East Coast Economic Region

(ECER) Agropolitan, Rantau Manis di Gua Musang. Sebahagian besar peneroka sudah

final • 8:41 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

tergolong dalam miskin tegar kerana tiada jaminan pendapatan daripada agensi KESEDAR yang berperanan bagi aktiviti peserta di tanah rancangan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 8:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 8:41 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Percayalah Tuan Yang di- Pertua, Gua Musang dan semua Ahli-ahli Dewan daripada Perikatan Nasional berjanji tidak akan merampas kuasa dengan cara yang hina. Kami tidak akan berarak, melompat dan meniarap di jalan raya untuk merampas kuasa. Kami reda dengan ketentuan Allah.

Kami berada di Dewan yang mulia ini kerana pilihan rakyat dan kami sentiasa berusaha untuk menyelesaikan segala permasalahan rakyat. Untuk apa kita di puncak singgahsana jika ramai rakyat merana. Untuk apa kita Yang Berhormat, jika penuh dendam kesumat.

Sebagai pengakhiran perbahasaan...

final • 8:41 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih. Terima kasih banyak.

final • 8:41 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Gua Musang merakamkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Larut dan Yang Berhormat Kota Bharu serta semua Ahli Dewan rakyat daripada Perikatan Nasional kerana terus istiqamah dalam perjuangan walaupun kita berada di Blok Pembangkang.

final • 8:41 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya dari Kawasan Parlimen Gua Musang, mohon menyokong Usul Menjunjung Kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 8:50 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia madani.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas kesempatan yang diberikan pada Batang Sadong untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini walaupun pada saat- saat akhir. Setinggi-tinggi kesyukuran akan Titah Tuanku yang sarat dengan nasihat dan peringatan mahukan supaya semua kita sebagai Ahli Dewan Rakyat memberi tumpuan ke arah mempertahankan kestabilan politik dan menjamin kesejahteraan negara di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai anggota baharu Dewan Rakyat saya ingin merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran atas pemilihan saya sebagai wakil rakyat di Parlimen P.200 Batang Sadong pada PRU-15 yang lalu. Terima kasih kepada kepimpinan Gabungan Parti Sarawak, terutama Yang Amat Berhormat Premier Sarawak dan juga kepada pengundi Batang Sadong atas kepercayaan yang diberi.

Tuan Yang di-Pertua, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ialah perjuangan penting bagi Sarawak dan begitu juga Sabah. Tumpuan harus diberikan kepada usaha merapatkan jurang kemudahan dan pembangunan di Sarawak dan Sabah berbanding Semenanjung.

Dengan peruntukan khas kepada Kerajaan Sarawak berdasarkan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kini dinaikkan kepada RM300 juta setahun berbanding RM16 juta yang diterima sebelum ini pastinya akan dimanfaatkan ke arah mencapai sasaran berkenaan.

Lebih banyak projek infrastruktur dan berimpak tinggi perlu dilaksanakan di Sarawak bagi meningkatkan ketersambungan dan kemudahsampaian, di samping mampu memacu pertumbuhan ekonomi. Ini perlu kerana banyak kawasan luar bandar di Sarawak masih tidak mempunyai prasarana asas yang baik dan akses kepada jalan raya,

final • 8:50 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

sistem perparitan, bekalan air dan elektrik, sekolah, klinik, hospital serta menara telekomunikasi perlu dipertingkatkan.

Tuan Yang di-Pertua, apabila bercakap soal pendidikan, isu sekolah usang atau daif yang amat memerlukan perhatian segera masih terdapat banyak di Sarawak.

Keadaan fizikal sekolah daif ini bukan sahaja mewujudkan ketidakselesaan, proses pengajaran dan pembelajaran, malah membahayakan nyawa guru dan murid di sekolah yang terlibat.

Di Sarawak terdapat lebih daripada 1,020 buah sekolah yang usang. Daripada jumlah itu, sejumlah 415 buah sekolah dianggap terlalu usang. 371 buah sekolah tidak mempunyai bekalan elektrik dan bergantung sepenuhnya kepada set penjana. Sebanyak 428 buah sekolah tidak mempunyai bekalan air yang dirawat.

Sebanyak 721 buah sekolah tidak mempunyai akses jalan yang baik, termasuk 200 buah sekolah yang hanya diakses melalui laluan sungai. Sebagai contoh, di kawasan saya di Batang Sadong terdapat 15 buah sekolah daif atau uzur, di mana bangunannya memerlukan baik pulih dengan kadar yang segera. Isu dan permasalahan ini perlu diberi perhatian oleh kerajaan kerana kita tidak mahu pelajar terlibat terus berasa tersisih daripada menikmati segala kemudahan yang berhak mereka dapat.

Tuan Yang di-Pertua, mesyuarat khas mengenai Perjanjian Malaysia baru-baru ini antara lain telah memutuskan bahawa institusi kesihatan awam di Sarawak akan terus dipertingkatkan melalui projek menaik taraf 227 buah klinik kesihatan.

Tumpuan antara lain ke arah menaik taraf kemudahan kesihatan serta pembinaan klinik kesihatan, khususnya di luar bandar, meliputi perkhidmatan radiologi, rehabilitasi, pergigian dan pakar perubatan keluarga bagi memudahkan capaian perkhidmatan kesihatan ini sampai di kalangan penduduk luar bandar. Di kawasan Batang Sadong, menaik taraf Hospital Simunjan, Klinik Kesihatan Semera yang telah ditutup pada tahun lalu dan Sadong Jaya patut dipertimbangkan serta wajar mendapat peruntukan dalam Belanjawan 2023 dan segera dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, seperti juga negara lain di seluruh dunia, Malaysia tidak terlepas terkena tempias cabaran ekonomi yang meruncing. Tekanan inflasi yang meningkat kos sara hidup perlu ditangani dengan segera dan proaktif. Punca dikenal pasti terhadap isu ini ialah kenaikan harga rumah dan harga barang yang telah mewujudkan jurang ketidakseimbangan ekonomi yang tinggi antara golongan berpendapatan tinggi dan rendah di Malaysia.

Berdasarkan Indeks Harga Rumah Malaysia yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara. Harga rumah di Malaysia telah meningkat sebanyak 9.4 peratus sepanjang tempoh suku pertama tahun 2019 hingga suku kedua tahun 2022.

Agenda pemilikan rumah perlu dirangka dengan memberikan tumpuan kepada akses terhadap perumahan yang berkualiti dan mampu milik, khususnya bagi masyarakat di Sarawak yang kebanyakan daripada mereka belum memiliki rumah atau pun memiliki rumah kediaman yang masih daif.

Tuan Yang di-Pertua, seperti kita sedia maklum, mengikut data senarai eKasih terkini, negeri Sarawak adalah antara wilayah termiskin di dalam negara. Namun, saya ingin mempersoalkan kesahihan data ini kerana saya tahu ramai rakyat negara kita yang telah terkeluar dari kelompok kemiskinan, termasuk dari Sarawak yang masih tersenarai dalam data ini.

Senarai eKasih ini perlu diputihkan dengan kadar segera. Kaedah penilaian kemiskinan ini juga harus dilihat daripada aspek nilai bersih (net worth), dan bukan berasaskan kepada bracket pendapatan gaji bulanan seseorang semata-mata. Saya juga mencadangkan satu buah organisasi- survey bebas atau (independent survey organisation) untuk menilai semula kesahihan senarai data eKasih ini supaya bantuan yang diberi sampai kepada golongan sasaran dan ketirisan dapat dikurangkan.

Tuan Yang di-Pertua, marilah kita bersama-sama dan bersatu hati mempertahankan permuafakatan dalam Kerajaan Perpaduan. Demi mewujudkan kestabilan politik, menjana pertumbuhan ekonomi dan menjamin kesejahteraan rakyat.

final • 8:50 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Dengan ini, Batang Sadong mohon untuk menyokong dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih dan selamat malam.

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Batang Lupar.

final • 8:50 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.

Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan ucapan sulung saya di Dewan yang mulia ini dan turut serta membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Titiwangsa pada 14 Februari 2023 yang lalu.

Melalui Titah Seri Paduka Baginda, jelas bahawa Baginda Tuanku amat prihatin akan keperluan dan kehendak sekalian rakyat jelata. Terima kasih yang tidak terhingga atas hikmah dan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda dalam mencari penyelesaian terbaik kepada kemelut politik yang membelenggu negara pasca Pilihanraya Umum Kelima Belas

(PRU-15). Seterusnya, membentuk Kerajaan Perpaduan pada hari ini. Pastinya rakyat Malaysia juga mengharapkan sebuah kerajaan yang stabil dan utuh serta fokus dalam memulihkan semula ekonomi negara dalam era pasca COVID-19 ini.

Sebelum saya melanjutkan perbahasan saya, saya ingin merakamkan di Dewan yang mulia ini ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada adik, kakak, abang-abang, makcik-makcik, pakcik-pakcik dan semua pengundi yang telah mengundi GPS di Batang Lupar pada PRU-15 yang lepas. Terima kasih kepada kalian semua.

Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada Yang Berhormat Tambun atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesepuluh (PMX). Salam persahabatan saya hulurkan dan salam perkenalan juga ingin saya sampaikan buat semua sahabat Ahli Parlimen. Semoga Dewan yang mulia ini bakal menjadi medan untuk kita bersama-sama membawa suara rakyat agar ia dapat diterjemahkan semula melalui dasar-dasar dan hala tuju kerajaan pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, semangat asal Perjanjian Malaysia 1963 telah menunjukkan bahawa Sabah dan Sarawak ialah rakan sekutu dalam pembentukan Malaysia dengan hak-hak dan keistimewaan tertentu yang harus kita hormati.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Sebagai anak jati Sarawak, sememangnya perjuangan untuk mengembalikan hak-hak Sarawak seperti yang telah dipersetujui semasa pembentukan Malaysia amatlah dekat di hati saya. Baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pemberian khas pada Sarawak di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan akan dinaikkan kepada RM300 juta. Selain itu, kuasa juga akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk membuat keputusan bagi pelaksanaan projek-projek bernilai bawah RM50 juta.

final • 8:57 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas sokongan yang diberikan dalam mengembalikan hak- hak dan keistimewaan Sabah dan Sarawak. Di sini saya ingin memohon penjelasan terperinci mengenai apakah isu-isu berkenaan hak-hak Sabah dan Sarawak yang masih belum selesai dirunding dalam Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan

final • 9:00 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

oleh mantan Perdana Menteri terdahulu iaitu Yang Berhormat Bera. Adakah kesemuanya akan turut dibawa ke Majlis Tindakan Perlaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang baru ditubuhkan ini di mana ia dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?

Buat masa ini masih banyak isu-isu penting dalam perihal menghormati semangat asal Perjanjian Malaysia 1963 yang perlu diselesaikan seperti pengagihan 35 peratus daripada dua buah Kerusi Parlimen pada Sabah dan Sarawak. Buat masa ini dua pertiga atau 75 peratus daripada kerusi Parlimen adalah di Semenanjung Malaysia, manakala Sabah dan Sarawak hanya ada 25 peratus atau 56 Kerusi. Ini bermakna apa-apa perkara yang memerlukan dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat seperti dalam meminda Perlembagaan Persekutuan sebenarnya boleh sahaja diluluskan tanpa perlu mengambil kira suara Sabah dan Sarawak. Maka wujud isu imbalance of power, dengan izin, di Dewan Rakyat pada ketika ini.

Jelas ia bertentangan dengan semangat asal sebagai rakan sekutu dalam Perjanjian Malaysia 1963. Maka kami amat berharap agar pihak Suruhanjaya Pilihan Raya dapat melihat kepada perkara ini dengan serius.

Saya ada tiga minit tapi ucapan ada enam muka surat lagi Tuan Yang di-Pertua, saya mohon maaf. Dalam Titah Seri Paduka Baginda telah berpesan supaya kerajaan hari ini meneruskan usaha memerangi kemiskinan tegar ke arah mencapai sasaran sifar kemiskinan tegar menjelang tahun 2025. Setakat Mac 2022, kadar kemiskinan di luar bandar dicatatkan sebanyak 12.4 peratus berbanding 3.8 peratus untuk kemiskinan di bandar.

Saya terpanggil untuk menyentuh mengenai isu kemiskinan kerana daerah Pusa yang terletak di bawah Parlimen Batang Lupar tersenarai antara 10 buah daerah termiskin pada 2019 dalam laporan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). Perkara ini juga pernah dibangkit sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membahaskan RMKe-12 di Dewan Rakyat pada 28 September 2021. Jika dilihat pada data terkini dari Pejabat Daerah Pusa, sekitar 2,925 isi rumah di daerah ini merekodkan pendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Antara faktor yang menyumbang kepada kadar kemiskinan yang tinggi di Daerah Pusa merupakan faktor umur, jenis pekerjaan yang terhad dan bilangan tanggungan yang ramai. Apa yang ingin saya bangkitkan ialah sekiranya di teliti secara menyeluruh, faktor- faktor ini bukan hanya unik kepada daerah Pusa kerana daerah lain yang terletak di kawasan luar bandar juga turut mengalami permasalahan yang sama. Saya percaya isu ini boleh diselesaikan sekiranya kerajaan madani pada hari ini dapat merangka satu- pelan peringkat nasional yang komprehensif dan bersasar bagi membantu penduduk di kawasan luar bandar serta memastikan pelaksanaannya disampaikan secara efektif di peringkat daerah.

Pada masa yang sama faktor lain yang turut menyumbang kepada kadar kemiskinan yang tinggi di Pusa juga merupakan jumlah penerima bantuan di bawah sistem eKasih yang banyak. Apa yang agak menghairankan adalah ada di antara penerima yang berdaftar di bawah sistem eKasih ini merupakan mereka yang sebenarnya berkemampuan daripada segi kewangan.

Maka dalam kita membicarakan mengenai membendung isu ketirisan dan menyampaikan bantuan secara bersasar, saya ingin menyarankan agar satu inisiatif pemutihan dan pengemaskinian menyeluruh dapat dilaksanakan ke atas sistem data eKasih yang sedia ada. Ini penting bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada isi rumah yang benar-benar memerlukan bantuan.

Saya menyeru agar langkah serius segera diambil oleh kerajaan dan kementerian yang bertanggungjawab ke arah menyelesaikan kenaikan kos sara hidup dan masalah kemiskinan terutamanya di kawasan luar bandar ini untuk jangka masa yang panjang.

Tuan Yang di-Pertua, salah satu- jalan keluar dari kancah kemiskinan melalui pendidikan. Justeru itu amat penting bagi memastikan pelajar di luar bandar dapat menikmati fasiliti pendidikan yang selesa dan lengkap agar mereka dapat bersaing dengan pelajar dari kawasan bandar. Realitinya di kawasan luar bandar masih banyak

final • 9:00 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

sekolah-sekolah daif, tidak selamat dan tidak kondusif untuk digunakan oleh guru dan pelajar.

Dalam hal ini bersempena dengan pembentangan belanjawan tidak lama lagi, besar harapan saya agar pihak Kementerian Pendidikan dapat meneruskan pembinaan baharu SMK Sebuyau. SMK Sebuyau ini telah dibina pada tahun 1978. Bayangkan bagaimana uzurnya sekolah ini. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan daripada Kementerian Pendidikan apakah status pembinaan sekolah ini yang telah diluluskan pembinaannya pada RMKe-11 yang lalu. Mohon disegerakan seandainya perkara ini telah diluluskan. Kami rakyat di Batang Lupar sudah terlalu lama menunggu pembinaan sekolah ini menjadi kenyataan.

Sikit lagi Tuan Yang di-Pertua, mohon izin....

final • 9:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Last point. Last point.

final • 9:00 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Okey. Seterusnya saya ingin memohon agar klinik-klinik kesihatan utama yang menjadi tumpuan di kawasan ini supaya dapat dinaiktaraf kepada hospital. Ia adalah untuk memudahkan rakyat di kawasan ini untuk mendapatkan rawatan. Terdapat tiga buah klinik utama di kawasan ini iaitu Klinik Kesihatan Sebuyau, Klinik Kesihatan Lingga dan Klinik Kesihatan Pusa. Ketiga- tiga klinik ini mempunyai jarak yang jauh dari hospital yang berhampiran.

Oleh itu saya memohon sekali lagi kepada pihak kementerian untuk melihat usaha bagi menaik taraf ketiga-tiga klinik ini. Saya singkatkan dan saya ada satu- poin yang sedikit lagi berkenaan dengan jalan.

Saya ingin memohon kepada Kementerian KKDW sebagai contoh, saya banyak menerima aduan penduduk berkenaan Jalan Serandung, Parpat ke Paloh dan Batang Maro. Jajaran ini telah rosak teruk dan pada 15 Februari yang lepas, KKDW telah memberikan jawapan, telah sedia untuk di tender dan tentang ditentukan hala tuju baharunya. Saya ingin menggesa agar isu mengenai perolehan projek ini dapat diputuskan dengan segera agar kerja-kerja pembinaan tidak lagi tertangguh demi kemaslahatan rakyat di kawasan ini.

final • 9:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 9:00 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Akhirnya Tuan Yang di- Pertua, saya sebagai anak Sarawak...

final • 9:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Akhir, ya? Akhir yang betul-betul.

final • 9:00 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Betul akhir...

[Ketawa] Saya sebagai anak Sarawak amat mendambakan supaya hak-hak Sarawak yang terhakis selama ini dapat di kembalikan seperti mana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Nyior gading puncak mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur badan tulang berkecai, Belum dapat belum ku berhenti. Inilah pantun...

[Tepuk] Sering saya, sebagai rakyat Sarawak dengar daripada mulut Allahyarham Sri Tan Sri Haji Adenan bin Haji Satem ataupun Tok Nan, Ketua Menteri Sarawak sebelum ini. Perjuangan saya akan teruskan bersama Ahli-ahli Parlimen lain dan barisan kepimpinan di seluruh Sarawak sehingga kita mendapatkan semula hak- hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Dengan ini saya menyokong sepenuhnya Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mudah-mudahan hasrat dan Titah Baginda akan dapat diterjemahkan melalui dasar dan program kerajaan yang dirangka khusus untuk menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 9:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 9:00 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Settle dah.

final • 9:00 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Assalamualaikum dan Salam Malaysia MADANI. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang dan ruang yang diberikan pada Bukit Bendera untuk membahaskan Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong. Tempoh asal 14 minit tetapi dengan tujuh minit saya akan ringkaskan perbahasan saya kepada tiga perkara.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia MADANI menyedari betapa pentingnya menjaga keselamatan masyarakat dan keluarga. Dalam bidang teknologi digital, ancaman boleh muncul melalui teks pada skrin dan di sebalik nama panggilan dan juga avatar. Maka keselamatan siber dan perlindungan pengguna adalah penting. Saya ingin menyentuh isu mengenai, dengan izin, online child grooming atau antunan seksual kanak-kanak atas talian kerana perkara ini jijik dan perlu ditangani. Sejauh manakah kita sebagai Ahli Parlimen sedar akan perkara ini?

Penggunaan teknologi jika diolah kepada kebaikan pasti memudahkan kehidupan seharian dan mampu memberi impak ekonomi yang baik. Akan tetapi jika penggunaan teknologi menjurus kepada unsur-unsur pornografi itu merupakan penyakit yang merosakkan suatu tamadun manusia. Adakah kita hari ini sedar akan natijah yang bakal berlaku jika perkara ini tidak dibendung. Dalam konteks ini pornografi kanak-kanak, antunan seksual kanak-kanak, kanak-kanak hilang dan pemerdagangan manusia semuanya berada pada tingkah laku yang sama iaitu ia meng-profit-kan kesengsaraan manusia.

Malaysia mempunyai kadar penembusan internet yang tinggi iaitu 90 peratus.

Rakyat Malaysia menghabiskan purata tiga jam sehari di laman-laman sosial. Jadi, aplikasi seperti Telegram dan Signal digunakan secara berleluasa untuk berkongsi foto kanak-kanak untuk tujuan-tujuan songsang. Berita kerap kali mendedahkan budaya yang cukup keji dengan tanggapan skrin yang mendedahkan komen-komen yang jijik yang dibuat oleh lelaki dan juga sesetengah wanita terhadap kanak-kanak. Ini tidak termasuk pula aktiviti dalam jaringan gelap ataupun, dengan izin, the dark web. Persoalannya, bagaimanakah dan juga bilakah perkara ini dapat dibendung bagi menjamin masa depan kanak-kanak akan mewarisi negara ini?

final • 9:07 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menekankan kepentingan menyokong veteran kita. Di dalam Dewan ini ada juga beberapa orang anggota veteran dan saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih ke atas perkhidmatan anda semua. Saya rasa dalam pengertian ini, kita dapat mengetepikan segala perbezaan dan bersetuju. Saya juga mempunyai ahli keluarga yang merupakan veteran. Moyang saya berkhidmat dalam tentera dan datuk saya seorang anggota polis yang pernah memerangi komunis. Saya juga mempunyai seorang bapa saudara yang berkhidmat sebagai seorang pegawai polis sehinggalah ke penghujung hayatnya.

Jadi, veteran-veteran kita telah mempertaruhkan nyawa mereka untuk mempertahankan negara kita dan di sini rakyat juga terhutang budi ke atas jasa dan pengorbanan mereka. Para veteran telah menghadapi banyak cabaran dan kesukaran semasa berkhidmat. Jadi, pentingnya bagi kita memberi sokongan dan juga bantuan.

Berkenaan dengan kebajikan veteran, saya ingin mencadangkan peluang diberikan kepada mereka yang bersara untuk melanjutkan pelajaran secara percuma di mana-mana IPTA dan juga swasta, kolej kemahiran dan sebagainya. Selain daripada itu, veteran juga perlu dimasukkan dalam agenda transformasi TVET. Saya merasakan perkara ini mampu memberi manfaat kepada veteran yang khususnya lingkungan umur 45 tahun ke bawah. Jadi, kalau dibandingkan dengan kerajaan negara barat, appreciation, dengan izin, terhadap veteran amatlah berbeza.

final • 9:10 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Jadi, tanggungjawab kita untuk memastikan kebajikan mereka terbela dan juga memberikan bantuan daripada segi ilmu, kemahiran dan juga bimbingan juga sokongan dan bantuan mental dan fizikal.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi Bukit Bendera kerana memberikan kepercayaan kepada saya selaku Wakil Rakyat Bukit Bendera untuk membentuk masa depan yang lebih bermakna iaitu membentuk negara yang inklusif, bebas daripada masalah perkauman dan juga ketaksuban. Bukit Bendera merupakan kawasan pilihan raya yang mempunyai 71.2 peratus orang penduduk Cina, 16 peratus orang penduduk Melayu, 11.8 peratus orang penduduk India dan satu peratus etnik seperti masyarakat Sami.

Jadi, pada masa yang sama, saya berkhidmat sebagai ADUN Seri Delima, sebuah kerusi DUN di Pulau Pinang yang pernah dijawat oleh Yang Berhormat Jelutong sebelum pemilihan saya. Dengan kepelbagaian yang merangkumi 65.5 peratus orang masyarakat Cina, 22.3 peratus orang masyarakat Melayu, 11.2 peratus orang India, kedua-dua kepelbagaian ini merupakan bukti bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk menghapuskan politik perkauman dan identiti...

[Tepuk]

final • 9:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Hidup Bukit Bendera!

final • 9:10 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Jadi, idea untuk mengundi hanya untuk kaum sendiri seperti mana pihak Pembangkang selalu dok lontar, saya rasa tidak sepatutlah.

final • 9:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Tidak payah.

final • 9:10 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Jadi, kesemua 222 orang Ahli Dewan Rakyat ditempatkan di sini kerana sokongan dan kepercayaan yang diamanahkan oleh rakyat di kawasan masing-masing tanpa mengira gabungan apa, dan parti apa. Tanggungjawab kita tetap jelas dan itu adalah untuk berkhidmat kepada rakyat...

[Tepuk]

final • 9:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Jempol tidak faham, tidak faham.

final • 9:10 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hampir 35 juta orang. Oleh itu, adalah penting bagi kerajaan ini untuk mewujudkan dasar yang sama rata untuk semua untuk kita maju bersama dan sembuh daripada luka-luka lama. Jadi, naratif baru amatlah diperlukan.

Cabaran kita adalah untuk mengenyahkan fikiran yang tidak rasional dan naratif taksub daripada anak-anak kita, jauh daripada komuniti dan juga jauh dari negara.

final • 9:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Hang cakap apa ini?

final • 9:10 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Kerajaan Perpaduan telah menggariskan satu set garis paduan yang menarik. Jadi, konsep Malaysia Madani menjanjikan Malaysia makmur, menyediakan pelan tindakan negara yang berfungsi sebagai satu set visi falsafah yang memudahkan negara ke arah yang lebih beradab. Ini satu cara untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Perpaduan komited untuk membaiki negara kita. Dengan izin, our nation needs to heal, and Malaysians deserve better than what have been presented before them...

final • 9:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, boleh landing-lah kot ya.

final • 9:10 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Hendak landing dah.

final • 9:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Hendak tidur sudah.

final • 9:10 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Jadi, elemen-elemen yang merosakkan perpaduan negara semakin berleluasa di pentas media sosial, sama ada Facebook, Twitter dan kini lebih dari sebelumnya, TikTok. Terlalu banyak video telah muncul, diedarkan dan dikongsi untuk niat-niat untuk menyemai perasaan prasangka dan benci. Jadi, dengan izin, fearmongering and hate-mongering are all tactics to divide nation and what we need is to embrace empathy, compassion and understanding...

final • 9:10 PM

Tuan Jamaluddin bin Yahya - Pasir Salak

Kaki tengok video, ya?

final • 9:10 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Akhir kata, setiap yang hadir di sini mewakili kepelbagaian pelbagai etnik, agama dan juga budaya. Justeru, dalam memastikan keharmonian Dewan ini dipelihara, demokrasi di negara diamalkan dan Perlembagaan negara dijunjung, suka untuk saya memetik mafhum al-Quran.

Allah SWT telah berfirman dalam Surah al- Hujurat, ayat 13 yang bermaksud, “Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenali mereka serta di kalangan sesama kaum mereka sendiri”. Jadi, dengan ini, saya Bukit Bendera menyokong dan menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih...

[Tepuk]

final • 9:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih. Dia makin malam ini, dia okeylah itu ya. Dijemput Yang Berhormat Jasin.

final • 9:10 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

[Membaca doa dalam bahasa Arab]* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas laluan yang diberikan ke Jasin. Saya ingin membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakyat Jasin yang telah memberi mandat kepada saya untuk mewakili kawasan Jasin di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, Jasin merupakan daerah yang penuh keberkatan dan kesejahteraan. Rakyatnya dengan berlatar belakang kehidupan yang sederhana adalah sangat kuat beragama. Aktiviti ibadah yang menuntut ilmu agama merupakan amalan yang disanjung tinggi oleh rakyat Jasin. Sebagai contoh, Daerah Serkam, terkenal sejak turun temurun sebagai ‘Serambi Mekah’.

Terdapat tidak kurang dari 14 buah pondok-pondok pengajian agama yang dipimpin oleh para ulama Melaka yang berwibawa. Antara tuan guru Daerah Jasin yang terkenal dan mempunyai ribuan murid di seluruh negara iaitu Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jaafar, ulama besar Melaka pada hari ini.

Di samping itu, Jasin mempunyai lokasi-lokasi yang sangat menarik seperti kolam air panas di Daerah Bemban dan juga Melaka Halal Hub yang berada di Serkam Darat.

Begitu juga sebagai daerah yang mempunyai persisiran pantai yang indah. Terdapat Pantai Siring yang menjadi tumpuan rakyat. Begitu juga beberapa pangkalan nelayan yang menarik.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan dengan ciri-ciri khusus Parlimen Jasin ini agar kerajaan menjadikannya sebagai pusat pelancongan Islam- Islamic tourism center dan tumpuan pelancong Islam dari seluruh dunia. Namun, untuk mencapai matlamat membangunkan Jasin sebagai pusat pelancongan Islam, kita memohon kepada kementerian-kementerian yang berkaitan agar serius dalam menaik taraf beberapa buah infrastruktur asas di Daerah Jasin sesuai dengan kapasiti rakyat pada hari ini.

Pertama, keutamaan perlulah diberikan kepada pembinaan Balai Polis Sungai Rambai yang telah tertangguh sedangkan ia telah diluluskan semenjak tahun 2008 dengan bajet sebanyak RM12 juta.

final • 9:17 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Kemudian pada tahun 2015, peruntukan baharu telah diberikan dengan bajet RM20 juta tetapi masih lagi tertangguh. Seterusnya yang terakhir, pada tahun 2017, mendapat semula peruntukan sebanyak RM24 juta namun status pembinaan kekal tertangguh sehingga hari ini.

final • 9:20 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Kedua, Klinik Kesihatan Sungai Rambai yang terlalu sesak dan tidak dapat lagi menampung kapasiti penduduk daerah Sungai Rambai yang jauh telah bertambah bilangannya. Walaupun telah diluluskan pembinaannya semenjak tahun 2004 namun pembinaannya sampai ke hari ini terus tertangguh sehingga kawasan tapak pembinaan yang bersebelahan Sekolah Menengah Sungai Rambai bertukar menjadi belukar yang membahayakan.

Ketiga, pelan pembangunan Pekan Sungai Rambai dengan anggaran peruntukan RM200 juta yang telah diluluskan dan penukaran status Sungai Rambai pada Daerah Kecil Sungai Rambai yang juga telah diluluskan di dalam Kabinet pada tahun 2018 sehingga hari ini masih tertangguh, dengan izin, in the thin air.

Keempat, Jeti Kuala Sebatu dan infrastruktur-infrastruktur asas yang memudahkan para nelayan hendaklah dibangunkan semula. Kebajikan nelayan yang berhadapan harga jaring yang mahal dalam keadaan hasil tangkapan yang sedikit, menjadi kewajipan kerajaan berusaha meringankan beban ekonomi para nelayan dengan memastikan tiada golongan tengah mengambil kesempatan menjual keperluan tangkapan ikan dengan harga yang tinggi seperti yang berlaku pada hari ini. Saya mencadangkan agar persatuan nelayan diberikan kemudahan AP untuk mereka mendapat jaring dari negara jiran secara langsung untuk dijual kepada para nelayan dengan harga berpatutan.

Dengan kerajaan mengambil tindakan pantas menangani semua projek tertangguh ini, saya sangat berharap daerah Jasin akan dapat menjadi aset pelancongan Islam di Melaka secara khusus dan di Malaysia amnya. Sekali gus, memajukan ekonomi rakyat Jasin.

Islam membawa penyelesaian kepada permasalahan yang manusia hadapi.

Dalam perjuangan manusia membebaskan dirinya daripada sistem yang menindas pada zaman Jahiliah. Islam sahajalah yang berjaya melepaskan mereka di seluruh pelosok dunia. Aspek penting ajaran Islam ini mula dilaksanakan secara eksplisit selepas terbentuknya Kerajaan Islam di Madinah. Dengan izin, Madinah is the embodiment of justice. It is meant for justice to prevail and all kinds of oppression to end. Seterusnya, firman Allah SWT yang berbunyi... [Membaca sepotong ayat Al- Quran] Bermaksud, “Dan berikanlah kepada anak-anak yatim itu harta mereka dan janganlah kamu tukar gantikan yang baik dengan yang buruk dan janganlah kamu makan harta mereka dengan menghimpunkannya dengan harta kamu kerana sesungguhnya itu merupakan dosa yang besar.” Al-Quran mengajarkan agar manusia seluruhnya meninggalkan perbuatan menindas. Inilah antara teras politik dan tujuan kuasa dibenarkan di dalam Islam. Tanpa Islam keadilan hanyalah menjadi mainan mulut. Tanpa Islam golongan yang mencintai kezaliman bermaharajalela. Islam bukan seperti agama yang lain, seperti yang sengaja disalahfahamkan.

Islam tidak boleh dipisahkan daripada perjuangan politik untuk membawa keadilan kepada manusia dan umat Islam tidak boleh melepaskan diri daripada tanggungjawab politik memerangi penindasan tersebut. Dengan izin, any diversion in the understanding of Islam means nothing but the extension of discrimination and misery which true Muslims shall not tolerate. Ajaran Islam yang penting ini sengaja difitnah sebagai ajaran pelampau dan pelbagai usaha untuk menggambarkan Islam, Nabi Muhammad SAW, para ulama dan umat Islam sebagai penindas atau penunggang agama agar manusia menjauhi Islam dan kezaliman sebenar yang berpunca daripada fahaman ideologi barat dan amalan politik yang menipu rakyat serta rompakan harta negara dan salah guna kuasa, tiada lagi yang menegur bahkan maharajalela.

Mengiktiraf kewujudan perbezaan dan kepelbagaian hendaklah bertolak daripada nilai-nilai akhlak yang tinggi. Kepelbagaian bukanlah tiket untuk mengiktiraf ajaran dan pemikiran yang meruntuhkan agama dan nilai-nilai moral. Sebagai contoh, sekularisme, liberalisme, komunisme dan transgenderism menurut Islam tidak diiktiraf kewujudannya.

Lantaran ia menghancurkan nilai-nilai keimanan dan pengagungan terhadap Allah serta

final • 9:20 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

membelakangkan nilai-nilai moral yang selama ini mengikat manusia dalam suatu kehidupan yang harmonis dan beradab.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud, malu itu sebahagian daripada iman. Justeru itu, sebarang fahaman yang menghakis rasa malu anak bangsa di negara ini akan turut membinasakan keimanan mereka termasuk cara berpakaian yang menjolok mata. Hakikat penting yang menjadi asas perpaduan teguh dalam negara inilah yang menjadi prinsip kepada Rukun Negara...

final • 9:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jasin, boleh gulung.

final • 9:20 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Kepercayaan kepada Tuhan dan kesopanan dan kesusilaan. Mereka yang menyeru kepada liberalisme atau sosialisme atau komunisme atau transgenderism atau mana-mana ideologi sekular di dalam negara ini itulah sebenarnya golongan pelampau yang dengan sengaja ingin menghancurkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini...

[Tepuk] Jangan ada pula yang cuba mengelirukan di antara ideologi liberalisme yang menentang ajaran agama dengan sikap liberal yang bermaksud keterbukaan untuk menerima perbezaan. Keterbukaan dalam kerangka syariat sudah tentulah tidak bercanggah dengan Islam bahkan ia menjadi sebahagian daripada sifat khusus Islam itu sendiri iaitu al-murunah dan al-waqi'iyyah atau anjal dan realistik. Adapun sebarang langkah untuk mendorong negara ini mengiktiraf fahaman dan ideologi liberalisme sama sekali tidak boleh dibiarkan.

final • 9:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jasin boleh gulung.

final • 9:20 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Satu.

final • 9:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Minta.

final • 9:20 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Tuan Yang di-Pertua.

final • 9:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Minta pada saya sedikit. Minta masa sedikit, sebut.

final • 9:20 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Mohon minta masa sedikit.

final • 9:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Sebut begitu Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 9:20 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Tuan Yang di-Pertua, selaku Ahli Parlimen Jasin, saya ingin mengucapkan takziah kepada anggota tentera darat mendiang Lans Koperal Edrin Baintim yang meninggal dunia semasa latihan ketenteraan di perairan Merlimau, Jasin.

Sebagai penutup, saya berharap agar kerajaan memberikan penghormatan yang layak kepada seluruh anggota tentera sebagai rakyat kelas pertama di dalam negara ini.

Segala kemudahan terbaik hendaklah diberikan kepada mereka daripada aspek persenjataan semasa bertugas dan segala kemudahan terbaik kepada keluarga mereka.

Seterusnya, dengan kedudukan mereka sebagai perwira-perwira negara, kebajikan mereka dan keluarga mereka hendaklah dipastikan dengan memberi keutamaan serta peluang kerja yang sesuai untuk mereka terus berbakti kepada negara selepas bersara.

Dengan penghormatan besar kepada tentera, sudah pasti akan mewujudkan pasukan tentera Malaysia yang kuat dan digeruni sehingga kedaulatan negara dan keselamatan rakyat sentiasa terjamin dan berkekalan...

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya Ahli Parlimen Jasin mohon menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih...

[Tepuk]

final • 9:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Ranau.

final • 9:20 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat petang kepada semua Ahli Dewan yang saya hormati.

final • 9:28 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Terima kasih kerana diberi peluang untuk mengikut terlibat sama di dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada kali ini dan saya amat tertarik dengan Titah Baginda yang menyebut antara lain menyatakan bahawa infrastruktur berkualiti dan perhubungan akses luar bandar akan ditingkatkan menerusi pembinaan jalan luar bandar, jambatan, utiliti, bekalan air bersih, bekalan elektrik dan kediaman yang lebih baik. Jurang pembangunan ekonomi semua kaum dan etnik termasuk Orang Asli akan terus ditangani bagi melahirkan masyarakat desa yang berdaya tahan dan berdaya saing.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh dahulu perkara penting di kawasan Ranau yang mana saya meminta supaya kerajaan mengambil tindakan dengan segera.

Pertama ialah tentang masalah bekalan air di daerah Ranau. Mohon supaya KPLB mengambil tindakan segera untuk melaksanakan pembinaan loji baharu di Nalumad sudah di peringkat kementerian. Begitu juga, dengan permohonan yang sudah dikemukakan kepada KPLB untuk loji baharu Himbaan dan juga untuk penyambungan paip daripada loji Kundasang ke Bundu Tuhan. Ini semuanya sudah di peringkat kementerian dan minta supaya tindakan segera dapat dibuat kerana kami memang mengalami masalah air, kadang-kadang masa hujan pun masalah air. Tiada hujan, musim kemarau pun ada masalah air.

final • 9:28 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana mereka juga mengambil tanggungjawab untuk membaiki sistem bekalan air di Ranau dengan membina loji di Nakamura, iaitu dalam kos lebih kurang RM64 juta dan terima kasih Datuk Seri panglima Haji Hajiji, Ketua Menteri Sabah yang mengambil langkah untuk memperbaiki sistem bekalan air di Ranau. Juga, jalan raya, saya juga meminta supaya cadangan Pan Borneo yang dijangkakan akan dibuat dalam 2023 hingga 2024, yang akan merentasi Daerah Ranau supaya dalam tiga buah pakej yang telah dicadangkan itu, didahulukan kawasan, khususnya dari Simpang Bundu Tuhan sehingga ke Simpang Sagindai. Ini kerana masalah kesesakan berlaku. Di sinilah kesesakan yang besar berlaku, ketika memasuki kawasan Kundasang dan juga Pekan Ranau.

Dengan adanya pembinaan ini, sudah tentunya akan menyelesaikan masalah besar yang sering dihadapi di kawasan daerah Ranau. Seterusnya, kita juga minta supaya penyelenggaraan segera dibuat di Jalan Tamparuli, Ranau. Baru-baru ini sahaja- jalan Tamparuli, Ranau sehingga Telupid kerana jalan ini berlubang-lubang teruk. Sangat teruk sehingga pelancong asing memberi komen yang sangat negatif dalam laporan berita. Ada juga yang telah mengalami kemalangan baru-baru ini termasuk di dalam lubang yang telah membuatkan motosikal jatuh dalam keadaan yang teruk. Minta supaya jalan ini dapat diselenggarakan dengan baik.

Juga, kita minta supaya sekolah-sekolah di Ranau dapat dinaik taraf seterusnya di Sekolah Kebangsaan Pekan Ranau dan juga kalau dapat kerajaan memberi bantuan untuk membina baru SRJK Sam Benedict atau pun menaik taraf sekolah ini. Dan yang sudah kita bangkitkan pada tahun 2018 tentang pembinaan SMK Ulu Sugut. Sekolah ini memang sudah tidak sesuai lagi untuk dijadikan sebagai sebuah sekolah kerana disahkan oleh JKR sebagai tidak selamat dan minta supaya kementerian berkenaan mengambil tindakan yang cepat supaya sekolah ini dapat dibina.

Seterusnya, pembinaan jambatan besi. Kita juga minta kepada Kementerian Luar Bandar supaya mengambil tindakan yang cepat untuk memberikan kelulusan bagi pembinaan jambatan di Kampung Ulu Kidau yang mana telah rosak teruk selepas banjir berlaku pada tahun lalu di Ranau. Ada banyak perkara lagi yang ingin saya sentuh tetapi kerana masa yang begitu singkat, saya akan sentuh beberapa hal yang saya rasa mendesak di Ranau.

Pembinaan klinik Nawanon di Kampung Nawanon dan juga di Kampung Kawiyan.

Kawasannya jauh dan mereka sukar mendapatkan khidmat kesihatan. Oleh sebab itu, ini sangat diperlukan oleh penduduk di kawasan ini. Begitu juga dengan beberapa perkara yang perlu lagi diambil perhatian oleh pihak kerajaan ialah tentang elektrik. Ini kerana pada 2019, saya telah berucap di Dewan yang mulia ini dan telah dijanjikan bahawa grid tinggi

final • 9:30 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

dari Kota Belud, 132 kilovolt akan disambungkan pada tahun 2020. Akan tetapi, sehingga sekarang sudah tahun 2023, belum nampak hasilnya. Saya minta kerajaan mengambil tindakan yang segera untuk mempercepatkan kelulusan yang telah diberikan beberapa tahun yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada banyak perkara penting tetapi saya harus menyentuh aspek yang lain. Ada beberapa perkara lagi yang saya rasa perlu saya sebutkan dalam sidang pada kali ini. Poin pertama, pada pendapat saya, Tuan Yang di- Pertua, sebagaimana Tuan Yang di-Pertua juga sering membantu Sabah dalam sidang- sidang Dewan sebelum ini dan kami sangat menghargainya.

Pertama yang saya rasa perlu dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu menunaikan semua terma dan syarat di dalam Perjanjian Malaysia 1963. Ini yang harus dilakukan kerana kita harus ikut kepada apa yang telah dipersetujui ketika Bapa-bapa Leluhur kami dari Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Contohnya, yang masih lagi belum diselesaikan sehingga sekarang. Isu 40 peratus, ini jelas dalam Perlembagaan Negara.

Sudah 60 tahun perkara ini di dalam Perlembagaan Negara. Kita sepatutnya sama-sama mempertahankan apa yang belum dilaksanakan, mesti dilaksanakan tetapi 60 tahun. Mahukah Bapa-bapa Leluhur kami tandatangan perjanjian jika dikatakan kepada mereka, “60 tahun, baru kami akan laksanakan?” Sudah tentu mereka tidak akan tandatangan Perjanjian Malaysia 1963. Tidak mungkin, sebab ini sudah tertangguh selama 60 tahun. Bukan sahaja itu, kita juga menghadapi masalah tentang persempadanan.

Sikit lagi, Tuan Yang di-Pertua. Saya minta satu minit sahaja lagi. Tentang persempadanan kita, di dalam negara ini, sudah ada sempadan Semenanjung. Sudah ada sempadan Sarawak, sudah ada sempadan Sabah. Bahkan, sempadan Sabah ini telah pun ditentukan semasa pihak penjajah- memberi, mentadbir negeri Sabah dan telah dipersetujui oleh Queen di London, sebelum Malaysia ini dibentuk.

Dari pesisir pantai sehingga kepada 200 lebih di zon ekonomi, di territorial waters, perairan wilayah. Jadi, sudah tentukan. Kenapa lagi, ada lagi Akta Wilayah Laut yang dibuat, yang manakah seolah-olah Kerajaan Persekutuan berkuasa terhadap kawasan persempadanan Sabah ini? Punca kuasa itu sepatutnya datang daripada kerajaan negeri.

Bukan daripada Federal. Akta Laut dikatakan memberi lesen kepada kerajaan negeri.

Untuk mengeluarkan lesen penangkapan ikan di laut dalam dan sebagainya, sebenarnya keterbalikan. Sepatutnya punca kuasa daripada kerajaan negeri untuk diberikan kepada Persekutuan sekiranya kuasa itu mahu diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan sebab tanah ini, lautan dan juga di bawah lautan itu milik Sabah, setakat mana persempadanan yang telah dipersetujui.

Sebab itu, Tuan Yang di-Pertua, mohon supaya Akta Laut itu dibatalkan. Kita ikut kepada perjanjian. Jangan kita saling, minta maaf, tercuri atau pun sengaja. Kalau sekiranya sengaja, itu sudah tentu perkara yang merumitkan. Kalau sekiranya tercuri dan dikembalikan, kita sama-sama senang hati dan itu boleh diperbetulkan.

final • 9:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat Ranau. Boleh tolong gulung.

final • 9:30 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Jadi, itu sahaja yang ingin saya sentuh, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sekali lagi atas kesempatan untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan saya mohon menyokong Titah Diraja. Terima kasih.

final • 9:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Serian, silakan.

final • 9:30 PM

Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Selamat malam. Jam di tangan saya menunjukkan 9.38 malam. Salam Perpaduan, Salam Malaysia MADANI. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, kerana telah memberi peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan Titah Diraja.

final • 9:38 PM

Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian

Tuan Yang di-Pertua, saya merafakkan sembah, menjunjung kasih pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas perkenan baginda berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas pada 13 Februari yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, saya bermula dengan mengucapkan terima kasih juga seperti kawan-kawan yang lain, kepada pengundi-pengundi di kawasan Serian kerana telah memilih saya sekali lagi buat kali kelapan sebagai wakil mereka di Dewan yang mulia ini.

Mandat yang diberikan itu banyak. Sebanyak 16,697 akan tidak saya sia-sia kan.

Tuan Yang di-Pertua, negara kita telah dilanda kemelut politik sejak 24 Februari 2020 iaitu sejak Perdana Menteri Ketujuh meletak jawatan.

final • 9:38 PM

Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian

Kemelut politik telah menyaksikan tiga orang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sehingga Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022. Setelah selesai PRU ke- 15 pada 19 November 2022, negara pula berhadapan dengan situasi Parlimen tergantung (hung Parliament) kerana tiada parti politik atau gabungan parti politik yang dominan yang telah memperoleh majoriti mudah. Atas kebijaksanaan, atas naungan, di atas decree Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mahu kerajaan yang stabil demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat, maka tertubuhlah Kerajaan Perpaduan iaitu kerajaan inklusif. Yang Amat Berhormat Tambun telah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10. Selepas itu, Kabinet Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Perpaduan dibentuk dengan seorang anak jati Sarawak iaitu Yang Amat Berhormat Petrajaya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kedua.

Tuan Yang di-Pertua, pelantikan ini bagi kami di Sarawak amat bermakna.

Pelantikan ini bagi kami di Sarawak adalah satu penghormatan yang besar. Maka dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ke- 10 kerana telah melantik anak Sarawak iaitu julung-julung kalinya dibuat sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kepada seluruh anggota yang telah dipilih, saya mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Perpaduan adalah sepatutnya kerajaan inklusif.

Inklusif dalam mana hampir semua bangsa ada duduk dalam Kabinet. Sememangnya Melayu lebih ramai. Dalam Kabinet, ada Cina, ada India, ada Iban dan ada Kadazan Dusun. Dalam perkara ini tahniah kepada Iban kerana ada dua Yang Berhormat Menteri penuh dan seorang Timbalan Menteri.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, alangkah baik, alangkah baik suku kaum yang keempat terbesar di Sarawak juga tidak ditinggalkan. Suku kaum ini suku kaum Bidayuh.

Kami, I use the word ‘kami’ because I am part of it. Kita mempunyai ‘kami’ di Dewan yang mulia ini, ada tiga Ahli Parlimen iaitu Yang Berhormat Serian, Yang Berhormat Puncak Borneo dan juga Yang Berhormat Mas Gading. Jadi, dalam kerajaan yang inklusif ini, alangkah elok kalau suku kaum Bidayuh juga dapat menjadi anggota Kabinet. Tuan Yang di-Pertua, I hope I do not sound racist. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, kita semua tahu negara kita ini adalah negara majmuk, berbilang kaum, agama dan bangsa. Sebagai seorang yang mungkin di antara yang paling lama di Dewan yang mulia ini, lapan penggal berturut-turut di satu kawasan tidak berpindah. Saya rasa saya terpanggil untuk membawa ke Dewan yang mulia ini tentang satu insiden atau peristiwa yang di-viral-kan baru-baru ini.

Dalam mana sebuah parti politik di sebuah negeri di Semenanjung ini menggunakan replika-replika dan sebagainya ala tentera zaman tamadun.

final • 9:40 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul, betul.

final • 9:40 PM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian

Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, sebagai orang lama di Dewan yang mulia ini, as a peace-loving citizen of our beloved country, Malaysia...

final • 9:40 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Yes, yes.

final • 9:40 PM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian

Perkara ini bagi saya personally, saya takut. To be very frank, saya takut kerana ini kalau tidak dibendung boleh mencetuskan ketegangan kaum.

[Tepuk] Jadi...

final • 9:40 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Perkara itu sudah dilihat oleh PDRM dan bukan satu kesalahan.

final • 9:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Respect-lah orang lama, respect-lah.

final • 9:40 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Jadi, tidak perlu ditimbulkan...

final • 9:40 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 9:40 PM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian

Tuan Yang di-Pertua, itu pendapat dan pandangan saya. Jadi, saya harap tidak ada orang yang mencelah. Saya telah duduk di Parlimen sejak tahun 1990. Saya jarang berucap tetapi bila saya berucap, makna dan maksudnya besar.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua...

final • 9:40 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Jangan membuat fitnah.

final • 9:40 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 9:40 PM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian

Ini bukan— Jadi, ini Tuan Yang di- Pertua...

final • 9:40 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Jangan membuat fitnah.

final • 9:40 PM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian

Nanti dahulu.

final • 9:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Apa fitnah dia?

final • 9:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Siapa fitnah?

final • 9:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jasin. Yang Berhormat Jasin tidak boleh debate benda ini.

final • 9:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Jasin, apa fitnah dia?

final • 9:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli yang berucap itu sudah lapan penggal...

final • 9:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Apa yang fitnah dia? Hormatlah sikit.

Hormat orang lama.

final • 9:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jasin. Yang Berhormat Jasin....

final • 9:40 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

[Tidak jelas]

final • 9:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Apa bukti fitnah Yang Berhormat?

final • 9:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Serian tolong duduk. Yang Berhormat Serian tolong duduk. Duduk. Yang Berhormat Serian ya?

final • 9:40 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Serian jawab.

final • 9:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dengar, dengar sini, dengar Yang Berhormat Jasin.

Dengar, dengar. Apabila seorang Ahli Parlimen yang lapan penggal meluahkan perasaan dia, kita dengarlah. Kita setuju atau tidak setuju itu cerita lain tetapi sekurang-kurangnya menghormati dia lapan penggal. Saya bagi dia masa, jadi sudah. Teruskan Yang Berhormat Serian.

final • 9:40 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Duduk, duduk.

final • 9:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Orang lapan penggal, hang duduk sajalah dengar.

final • 9:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Mencelah secara berhemah Yang Berhormat Jasin, mencelah secara berhemah.

final • 9:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Sekarang closing. Tolong closing dan berikan poin terakhir. Saya amat hormati Yang Berhormat Serian, silakan.

final • 9:40 PM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menyebut nama parti tersebut. Jadi, bagi saya siapa makan cili siapalah dapat berasa pedas.

[Tepuk]

final • 9:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Sila gulung, sila gulung Yang Berhormat Serian.

Terima kasih.

final • 9:40 PM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa tidak mengizinkan, I have so many issues which I want to bring in this August House. Saya akan membawa perkara-perkara yang seterusnya dalam Belanjawan 2023. Maka dengan ini Tuan Yang di-Pertua, dengan doa agar Seri Paduka Baginda dan juga Raja Permaisuri Agong dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Dengan harapan agar apa yang disentuh oleh Seri Paduka Baginda dalam ucapannya dapat menjadi kenyataan.

Saya Serian dengan ini menyokong Titah Diraja. Sekian, terima kasih. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 9:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Serian. Baik saya jemput Yang Berhormat Putatan.

final • 9:40 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam Malaysia Madani.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan ucapan perbahasan saya dengan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas kesudian Kebawah Duli Tuanku berangkat untuk bertitah di Istiadat Pembukaan Penggal Kedua, Mesyuarat Pertama, Parlimen Ke-15 pada 13 Februari lepas.

Saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengundi Parlimen Putatan yang telah memberi kepercayaan kepada saya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lepas.

Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan masa yang terhad pada perbahasan kali ini, izinkan saya menyentuh kepada tiga isu yang dekat di hati rakyat Sabah. Saya mulakan dengan isu pendidikan di Sabah. Pada 16 Julai 2020, Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan pada ketika itu berkata sehingga Mei 2020, sebanyak 414 buah sekolah di Sabah mempunyai bangunan pada tahap skala impak 6 yakni tidak selamat dengan pengesahan dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan pejabat pendidikan daerah.

Manakala 52 buah sekolah mempunyai bangunan tahap skala impak 7 iaitu bangunan tidak selamat dengan pengesahan Jabatan Kerja Raya. Menurut rekod Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, pada tahun 2022, terdapat 1,071 buah sekolah rendah dan 221 buah sekolah menengah di negeri Sabah.

final • 9:48 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Namun daripada bilangan sekolah tersebut, terdapat sekurang-kurangnya 54.5 peratus sekolah di Sabah disifatkan berkeadaan daif dan uzur serta memerlukan kerja- kerja pembaikan dan penyelenggaraan segera. Sekolah Kebangsaan Tansau adalah salah satu sekolah yang terdapat dalam Parlimen Putatan. Terdapat satu blok bangunan konkrit dua tingkat di sekolah ini yang menempatkan kelas-kelas pengajaran dan pembelajaran murid. Blok bangunan ini telah diisytiharkan sebagai tidak selamat oleh JKR sebanyak dua kali pada tahun 2015 dan tahun 2022.

Laporan ini telah dihantar ke Kementerian Pendidikan Malaysia dan salinan ke Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Namun begitu, sehingga kini tiada sebarang tindakan atau kerja-kerja pembaikan dijalankan. Hal ini menyebabkan murid-murid terpaksa menggunakan blok bangunan kayu lain yang telah usang.

Selain isu struktur sekolah yang daif dan tidak selamat, saya juga ingin menekankan isu sekolah tumpang di Sabah. Sehingga tahun 2022, terdapat 23 buah

final • 9:50 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

sekolah di Sabah yang terpaksa beroperasi dengan menumpang di sekolah-sekolah lain.

Justeru, saya memohon Kementerian Pendidikan Malaysia melihat isu ini dan mengambil tindakan penyelesaian segera.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua di Sabah adalah berkenaan dengan isu kesihatan. Perkhidmatan kesihatan di Sabah masih lagi berada di takuk lama berdasarkan kepada kemudahan fasiliti dan pakar perubatan. Terdapat 112 buah klinik kesihatan yang sedang beroperasi. Namun, 95 buah daripadanya atau 84.8 peratus adalah dalam keadaan usang dan daif. Lebih menyedihkan keadaan sehingga kini, masih terdapat banyak klinik yang tiada kemudahan internet yang menyukarkan mereka berfungsi secara lebih efisien.

Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 70 peratus peralatan di hospital Sabah adalah berusia lebih 10 tahun atau beyond economic repair. Jangka hayat mesin perubatan hendaklah tidak melebihi 10 tahun seiring dengan kemajuan teknologi perubatan. Malangnya peralatan perubatan uzur ini masih lagi digunakan di Sabah.

Kekurangan ini ditambah dengan masalah kekurangan sumber manusia perkhidmatan kesihatan di Sabah.

Terdapat lompang kekosongan perjawatan kira-kira 8.82 peratus iaitu 2,494 daripada 28,274 sumber tenaga yang sepatutnya diisi. Pada tahun 2022, sasaran anggaran negara bagi nisbah doktor kepada penduduk adalah satu kepada 425. Akan tetapi bagi kami di Sabah, pada tahun 2022 adalah bernisbah satu kepada 872.

Isu ketiga yang ingin saya sentuh pada malam ini adalah berkenaan dengan kemudahan infrastruktur di Sabah. Saya menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titah perasmian Kebawah Duli Tuanku menyentuh tentang Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak.

Keprihatinan dan sikap cakna Kebawah Duli Tuanku inilah yang seharusnya menjadi tunjang pembangunan seimbang antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1 di Sabah merupakan lebuh raya tanpa tol dengan jajaran bermula dari Sindumin ke Tamparuli dan bersambung dari Ranau ke Tawau. Projek yang bermula pada tahun 2016, dibahagikan kepada 35 pakej pembinaan. Sebanyak 15 pakej pembinaan telah dimulakan pembinaannya. Dua daripada 15 pakej tersebut telah siap sepenuhnya manakala dua pakej lagi iaitu di Tawau dan Lahad Datu dijangka siap pertengahan 2023. Baki 11 pakej akan dijangka siap pada tahun 2024.

Adalah menjadi harapan bagi kami agar Kerajaan Persekutuan merealisasikan sepenuhnya Lebuhraya Pan Borneo ini. Impak dan limpahan ekonomi lebuh raya ini kelak akan memacu pembangunan di Sabah dan menghubungkan bandar-bandar di Sabah dengan lebih selesa dan selamat.

Di samping itu juga, sebagaimana yang telah disentuh oleh Ahli Parlimen Ranau sebentar tadi, terdapat juga keperluan mendesak untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan persekutuan yang sudah berlubang-lubang dan melepasi jangka hayat reka bentuk.

Justeru, kami memohon agar pertimbangan pembangunan yang lebih sesuai dengan Sabah diberi keutamaan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai menutup perbahasan saya yang singkat pada malam ini saya ingin mencadangkan dan memohon kepada Kerajaan Persekutuan beberapa perkara berikut sebagai langkah mengatasi permasalahan kemudahan pendidikan kesihatan dan infrastruktur di Sabah. Satu minit ya Tuan Yang di-Pertua.

final • 9:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

final • 9:50 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Pertama adalah pembinaan sekolah dengan kemudahan lebih baik diperlukan untuk meningkatkan tahap pendidikan di Sabah.

Ini termasuklah pembinaan sekolah-sekolah baharu, penambahbaikan sekolah sedia ada dan pembelian peralatan serta perisian pendidikan terkini.

Keduanya, adalah menaik taraf klinik-klinik kesihatan yang telah usang dan daif.

final • 9:50 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Ketiga, menaik taraf hospital-hospital melalui penambahan jumlah doktor pakar, bilangan hospital berstatus negeri, hospital berpakar major, hospital pakar minor untuk hospital-hospital yang bersesuaian di bandar-bandar dan di daerah-daerah di Sabah.

Keempat, mewujudkan pusat rawatan onkologi di Hospital Wanita dan Kanak- kanak Sabah dan Hospital Queen Elizabeth II sebagai pusat rawatan kardiologi, neurologi dan vaskular.

Kelima, saya meminta atau mencadangkan pengagihan peruntukan kewangan yang adil dan berformula mengikut jumlah fasiliti kesihatan di Sabah.

Keenam, adalah untuk menaik taraf gred perjawatan di semua peringkat iaitu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, hospital, pejabat kesihatan kawasan dan daerah.

Ketujuh, menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi penyiapan Projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1 bagi 13 pakej yang sedang dalam pembinaan dan baki 20 pakej lagi yang masih belum dilaksanakan.

Kelapan, peruntukan yang adil, saksama dan berformula untuk projek pembangunan infrastruktur di Sabah. Penambahan projek pembangunan seperti jalan raya, jambatan, bekalan elektrik dan capaian internet yang lebih luas adalah penting bagi meningkatkan akses dan mempermudah pergerakan rakyat serta mengembangkan perniagaan di negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, Putatan mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 9:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Putatan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 9:50 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan suatu cubaan. Dan demi sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka. Maka dengan ujian yang demikian, nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuinya tentang orang-orang yang berdusta”. Terlebih dahulu Pasir Salak menjunjung kasih ke atas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas titah baginda yang mengambil berat tentang kesejahteraan rakyat tanpa mengira parti pada 13 Februari 2023 yang lalu. Pasir Salak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jentera Perikatan Nasional Pasir Salak dan istimewa buat pengundi Pasir Salak kerana telah memberi undi kepada Perikatan Nasional dalam PRU-15 yang lalu.

final • 9:58 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Ia merupakan gelombang baharu lagi hebat dalam perubahan politik Pasir Salak sejak 60 tahun. Pasir Salak menganggap gelombang kepercayaan ini juga bermaksud keinginan pengundi Pasir Salak berubah kepada keadaan yang lebih baik berlaku di Pasir Salak. Pasir Salak dengan penuh insaf dan sedar tentang keinginan ini, maka Pasir Salak berdiri di sini mewakili penduduk Pasir Salak untuk menzahirkan hajat dan kehendak mereka. Ini adalah permulaan kepada usaha seterusnya mengangkat hasrat pengundi.

Pasir Salak yakin permintaan rakyat Pasir Salak akan diberi perhatian.

Tuan Yang di-Pertua dan sidang Parlimen yang dihormati sekalian, Pasir Salak memiliki lebih 100,000 orang penduduk dan 80,000 orang pengundi. Kebanyakan mereka tergolong dalam kategori miskin. Mereka tinggal di kampung-kampung tradisional sebanyak 89 buah kampung dengan pekerjaan utama adalah sebagai pesawah padi, pekebun kecil kelapa sawit, penoreh getah dan nelayan darat. Mereka memiliki semangat nasional yang tinggi, tetapi masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi dan kemudahan.

final • 10:00 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Jika diperhatikan, kebanyakan mereka menggunakan motosikal sebagai kenderaan harian dan jika berkereta pun, hanya Proton Saga ataupun Kancil yang nilai semasa hanya RM3,000. Namun, apabila hendak memperbaharui cukai jalan, kereta Kancil yang bernilai RM3,000, pihak insurans meletakkan nilai setinggi RM10,000. Ini keadaan yang sangat pelik dan perlu perhatian kerajaan. Pihak insurans meletakkan nilai sesuka hati dan tidak logik.

Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan ini, Pasir Salak ingin mengemukakan beberapa aspek penting demi kesejahteraan masyarakat Pasir Salak. Mungkin maslahat ini juga dialami oleh tempat lain.

Pertama, kelangsungan hidup pesawah dan nelayan darat. Pesawah di Pasir Salak ini sangat sederhana, tidak banyak yang hendak ditagih dan mereka tidak meminta yang bukan-bukan. Apa yang mereka mahu adalah dapat membuat sawah dua kali setahun dengan air yang cukup. Cukup bererti tidak lebih dan tidak kurang. Anak padi akan mati jika terlalu dalam airnya dan padi tidak menjadi jika tidak cukup air. Bagi sawah yang tidak cukup air kerana aras sawah mereka berada lebih tinggi daripada saliran, maka Pasir Salak ingin memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar membantu pesawah merendahkan aras sawah mereka daripada aras saliran. Malah, ini banyak berlaku di kawasan Sungai Kerwin di Sungai Manik. Para pesawah terpaksa menggunakan jentera sendiri untuk mengepam air dari saliran ke sawah.

Bagi sawah yang berada di bawah aras saliran, mereka memerlukan bantuan agar air ke sawah dapat dikawal. Lebih spesifik, Pasir Salak merujuk kepada masalah rumah pam di Pulau Besar (Kampung Gajah) yang sudah pun rosak. Maka, Pasir Salak mencadangkan agar semua pam di Pulau Besar yang rosak diganti segera. Kajian mendapati keadaan pam tersebut adalah beyond economical repair atau tidak berbaloi dibaiki. Ia wajar diganti baharu.

Kedua, gagasan ekonomi baharu Pasir Salak. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang Pasir Salak nyatakan, kehidupan penduduk Pasir Salak tertumpu pada pertanian tradisi, tidak dapat meningkatkan taraf hidup secara mampan. Mereka sebenarnya adalah penganggur tidak ketara dan dibelenggu oleh putaran ganas kemiskinan. Kebanyakan mereka yang bersawah, purata keluasan adalah satu hektar.

Bagi pekebun kecil sawit juga demikian. Sebahagian dari hari-hari dihabiskan dengan menunggu, menunggu padi besar dan sawit masak. Bekerja sehari, berehat tiga hari. Banyak masa yang terluang terbuang kerana ketiadaan peluang pekerjaan lain.

Penduduk Pasir Salak berterima kasih kepada Kerajaan Pusat yang telah membina Lebuhraya Persisiran Pantai Barat yang merentasi kawasan Pasir Salak.

Kewujudan lebuh raya ini mendekatkan lagi kawasan kami dengan Lumut yang terkenal dengan satu-satunya pelabuhan di Perak. Kemudahan infrastruktur ini wajar diambil secara positif terutama untuk manfaat penduduk Pasir Salak.

Ketiga dan terakhir, Tuan Yang di-Pertua, walaupun Pasir Salak memiliki lebih 100,000 jiwa, tetapi tidak memiliki hospitalnya sendiri. Memang ada klinik luar bandar di pekan-pekan kecil, tetapi tidak dapat memenuhi keperluan. Hospital yang setaraf dengan Hospital Teluk Intan sedang dibina di Seri Iskandar (Parlimen Parit) yang juga bukan di kawasan Pasir Salak. Pasir Salak faham untuk membina sebuah hospital bukan suatu yang mudah.

Selama ini, penduduk Pasir Salak dapat perkhidmatan kesihatan dari Hospital Teluk Intan. Hospital Teluk Intan juga menerima pesakit dari Bagan Datuk, Tanjong Malim, Kampung Gajah, malah Sabak Bernam. Hospital Teluk Intan memiliki 500 buah katil, tetapi masih tidak dapat menampung keperluan pesakit di antara nisbah doktor dengan penduduk— Dengan itu, Pasir Salak mencadangkan agar sebuah hospital dibina dalam Parlimen Pasir Salak yang serba lengkap.

Akhir sekali, demikianlah hasrat Pasir Salak. Dengan ini, Pasir Salak mohon menyokong dan menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 10:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Saya jemput Yang Berhormat Lubok Antu.

final • 10:00 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi ruang untuk saya turut serta dalam membahas Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong dan menyampai ucapan sulung saya sebagai Ahli Parlimen P.203 Lubok Antu di dalam Dewan yang mulia ini. Salam sejahtera dan salam perkenalan.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi- pengundi di kawasan Lubok Antu yang telah memilih saya sebagai wakil mereka di Parlimen P.203. Tahniah juga saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Tahniah juga buat sahabat- sahabat Ahli Parlimen yang telah berjaya dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan masing- masing dalam PRU yang lepas.

Saya percaya peranan kita sebagai wakil rakyat amat diperlukan dalam menyampai pelbagai pandangan daripada peringkat akar umbi, berkongsi buah fikiran mengenai hala tuju negara, selain berkongsi sebagai mekanisme semak dan imbang dalam proses menggubal dan meluluskan undang-undang. Amat besar mandat yang diberikan oleh rakyat kepada kita untuk membawa suara dan harapan mereka.

Dalam era pasca COVID-19 dan PRU-15 ini, sebagaimana yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, fokus harus diberikan ke arah membentuk landskap ekonomi dan politik yang stabil di Malaysia. Atas dasar ini juga, di kala negara dilanda kemelut politik pasca PRU-15 di mana tiada parti politik yang meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan, kami di pihak GPS mengambil keputusan untuk akur akan nasihat Seri Paduka Baginda untuk mempertimbangkan pembentukan Kerajaan Perpaduan.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, tahun 2023 ini merupakan tahun yang cukup bermakna buat Malaysia. Ini kerana tahun ini bakal menandakan 60 tahun telah berlalu sejak Perjanjian Malaysia 1963 ditandatangani.

Tuan Yang di-Pertua, Jata Negeri Sarawak Bumi Kenyalang senantiasa mengingatkan anak negerinya untuk bersatu, berusaha dan berbakti. Apai Besai kami mendiang Tun, juga nenenda kepada Yang Berhormat Kapit juga pernah berpesan, izinkan saya menggunakan bahasa Iban, anang Malaysia baka tebu, manis ba pun tabar ba ujung. Ertinya, Tuan Yang di-Pertua, jangan Malaysia ibarat tebu, manis pada permulaan, tetapi tawar pada penghujungnya. Inilah pegangan yang akan kami bawa sebagai Ahli-ahli Parlimen dari GPS dalam memperjuangkan hak-hak Sarawak di Perjanjian Malaysia 1963.

Dengan kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Petrajaya atas pelantikan bersejarah sebagai Timbalan Perdana Menteri pertama dari Bumi Kenyalang.

[Tepuk] Ini adalah bukti bahawa kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri amat serius dalam menunaikan dan menyokong usaha Sabah dan Sarawak untuk menuntut hak-hak keistimewaan dalam MA63.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga yang telah membuat pengumuman yang amat signifikan mengenai kenaikan pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan daripada RM16 juta kepada RM300 juta serta memberi kuasa kepada kerajaan negeri dalam membuat keputusan mengenai projek-projek di bawah kos RM50 juta.

Pengumuman ini amat dialu-alukan oleh kami di pihak GPS dan diharapkan agar ia akan disalurkan kepada usaha untuk membawa agenda pembangunan sosioekonomi dan projek-projek penting di kawasan luar bandar di negeri Sarawak.

final • 10:06 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dan menyokong bahas daripada Yang Berhormat Keningau sebentar tadi berkenaan dengan status pengiktirafan Sabah dan Sarawak sebagai wilayah. Ini sejajar dengan semangat asal Perjanjian Malaysia 1963 di mana Sabah dan Sarawak adalah rakan sekutu dalam pembentukan Malaysia. Pada hemah saya, eloklah seandainya pengiktirafan status Sabah dan Sarawak sebagai wilayah dapat dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara ini memerlukan pindaan ke atas Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan perkataan negeri kepada wilayah.

Sekiranya diwartakan, ianya akan memberi asas perundangan yang kukuh kepada status Sabah dan Sarawak sebagai wilayah Borneo dalam Malaysia yang mempunyai keistimewaan dan hak-hak tersendiri. Saya difahamkan perkara ini masih diusahakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, maka saya berharap ianya dapat membuahkan hasil di masa yang terdekat ini.

Tuntasnya, inisiatif ini merupakan langkah yang penting dan positif dalam usaha untuk menyelesaikan isu mengenai tuntutan hak-hak Sabah dan Sarawak yang masih perlu dirunding seperti isu penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak, semakan ke atas royalti minyak serta kuasa dan keistimewaan lain negeri Sabah dan Sarawak seperti yang tersenarai di bawah Senarai Negeri dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, pelabuhan dan pangkalan adalah merupakan salah satu daripada perkara di bawah Senarai Negeri seperti mana yang termaktub di dalam Perkara 95B(1)(a) di Senarai II, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal ini, Kerajaan Pusat wajar mengambil kira hasrat Kerajaan Negeri Sarawak untuk tidak meneruskan status Pelabuhan Bintulu sebagai pelabuhan persekutuan. Ini bagi membolehkan Pelabuhan Bintulu diurus dan dimajukan lagi sebagai pelabuhan negeri sekali gus dibangunkan sebagai hab pengangkutan utama di rantau Asia Pasifik.

Tuan Yang di-Pertua, Sarawak telah menyumbang hasil negerinya pada pendapatan negara. Mengikut data daripada Unit Perancangan Ekonomi Sarawak pada 2021, Sarawak telah menyumbang 9.5 peratus daripada KDNK di mana Sarawak merupakan penyumbang ketiga terbesar di negara Malaysia selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Maka pada hemah saya, hasrat Sarawak untuk meletak Pelabuhan Bintulu di bawah bidang kuasa kerajaan negeri adalah satu permintaan yang munasabah dan wajar dipertimbangkan bagi memudahkan sistem kawal selia yang lebih efisien terhadap pelabuhan tersebut sekali gus merancakkan ekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, suka saya mendengar titah Seri Paduka Baginda yang menekankan pembangunan sosioekonomi dan infrastruktur berkualiti serta akses perhubungan di kawasan luar bandar. Pastinya di Dewan yang mulia ini banyak kali kita mendengar gesaan wakil-wakil rakyat dari kawasan luar bandar khususnya dari Sabah dan Sarawak untuk membangun dan menaikkan infrastruktur seperti jajaran jalan, bekalan air bersih dan bekalan elektrik. Tidak kurang juga yang memohon membina balai polis, balai bomba, menaik taraf fasiliti kesihatan serta pendidikan serta meluaskan perkhidmatan telekomunikasi dan internet ke kawasan mereka.

Besar harapan saya agar Kerajaan Perpaduan pada hari ini melalui kementerian- kementerian yang terlibat dalam pembentangan Belanjawan pada Jumaat ini akan meneruskan usaha untuk membangunkan kawasan luar bandar agar penduduk di kawasan luar bandar tidak terus ketinggalan – saya ada satu subjek lagi.

Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak harus diberikan peruntukan yang setimpal dengan negeri-negeri yang lain seperti di Malaysia. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan saya, Yang Berhormat Gombak yang juga telah membangkitkan dalam perbahasan beliau supaya Sabah dan Sarawak diberikan peruntukan yang setimpal.

Peruntukan yang setimpal akan pasti mengurangkan jurang pembangunan di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun penduduk Sarawak tidaklah seramai penduduk di Semenanjung Malaysia tetapi haruslah diingatkan bahawa Sarawak harus dinilai

final • 10:10 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

daripada segi keluasannya yang sebesar Semenanjung Malaysia. Oleh itu, Sarawak harus diberi tumpuan daripada segi pembangunan infrastruktur bagi memajukan keseluruhan kawasan-kawasan yang masih ketinggalan daripada segi pembangunan.

Sebagai Ahli Parlimen Lubok Antu, tidak lengkap ucapan sulung saya sekiranya saya tidak menyentuh sedikit mengenai keperluan untuk membangun dan menaik taraf infrastruktur di kawasan Lubok Antu. Ini kerana sebahagian daripada penduduk di kawasan luar bandar seperti Lubok Antu masih menetap di rumah-rumah panjang yang secara geografinya terletak di kawasan hulu sungai yang bergunung ganang.

Tuan Yang di-Pertua, saya amat terharu apabila mendengar ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhasrat untuk menjelajah Lebuhraya Pan Borneo apabila ianya siap sebelum Tuanku berangkat pulang ke Istana Pahang.

Saya faham bahawa setakat ini, Lebuhraya Pan Borneo telah siap sebanyak 90 peratus di Sarawak. Sesungguhnya hasrat Tuanku juga adalah cerminan hasrat rakyat jelata di negeri Sarawak termasuk kami yang tinggal di kawasan Parlimen Lubok Antu.

Namun, adalah molek kiranya penduduk-penduduk di rumah panjang juga dapat menikmati kemudahan jalan berturap bagi menghubungkan mereka dengan Lebuhraya Pan Borneo ini nanti. Dengan adanya pembangunan jalan berturap yang menghubungkan kawasan pedalaman dengan Lebuhraya Pan Borneo ini, ia akan merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan desa. Sebaik-baiknya pengagihan peruntukan pembangunan antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak adalah adil dan saksama.

Bak kata pepatah mengatakan, ‘Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’. Jangan ada sesekali jurang pembangunan yang besar di antara bandar dan desa.

final • 10:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Lubok Antu, tolong gulung.

final • 10:10 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Baik. Tuan Yang di-Pertua, pepatah Melayu ada mengatakan, ‘Jika tidak kerana angin, masakan pokok bergoyang’.

Pastinya kita sebagai wakil rakyat sudah lali mendengar pelbagai ura-ura dan khabar angin yang tidak menyenangkan mengenai situasi politik negara. Sebagai rakyat yang cintakan negara Malaysia, jujur saya ingin nasihatkan cukup-cukuplah berpolitik. Rakyat di luar sana sedang menilai kita sebagai wakil rakyat dan mereka sudah muak dengan konflik-konflik politik yang seolah-olah tiada penghujungnya. Seharusnya kita bersama- sama memfokuskan kepada usaha untuk terus membangunkan dan memajukan Malaysia agar dapat bersaing dengan negara-negara serantau.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan masa saya terhad, saya mohon untuk mengakhiri ucapan saya pada hari ini. Mewakili penduduk kawasan Lubok Antu, kami berbesar hati mendengar Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang amat prihatin akan kehendak dan keperluan rakyat. Lubok Antu mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

final • 10:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Sipitang.

final • 10:10 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Pertamanya, izinkan saya merakamkan sebesar- besar penghargaan kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang dan keizinan untuk saya sama-sama menyertai perbahasan ke atas Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas di Dewan yang mulia ini.

Sipitang menyanjung setinggi Gunung Kinabalu inti pati Titah Diraja tersebut yang terungkap dan terpateri kemas dalam 10 perkara teras bagi memenuhi aspirasi masa rakyat yang sekian lama mendambakan perhatian dan kasih sayang abadi kerajaan dan pemerintah.

final • 10:16 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Sagu rumbia buat ambuyat, Makanan tradisi rasanya nikmat, Pasti bersyukur sekalian rakyat, Titah Diraja membawa rahmat. Titah Seri Paduka Baginda yang turut menzahirkan penghargaan atas komitmen Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim untuk mewujudkan kerajaan yang berpaksikan kepentingan rakyat, mencerminkan harapan masa depan lebih bersinar bahawa dimensi pembangunan dan landskap di taman politik serta tanah air akan lebih mengukuh sekali gus mencongak suatu perubahan yang lebih meyakinkan.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana sudah ramai rakan saya, Ahli-ahli Yang Berhormat yang membahas secara spesifik mengenai beberapa isu nasional, maka izinkan saya untuk sekadar mengimbasnya sepintas lalu. Semoga naratif singkat ini memacu pemikiran semua pihak dalam rangka membina rupa bentuk dan masa depan negara pada tahun-tahun mendatang. Isu-isu yang dibangkitkan sememangnya dekat dalam sanubari rakyat marhaen. Misalnya isu ketirisan dana awam, inflasi dan harga barangan keperluan, kemiskinan tegar, projek infrastruktur, pengangkutan awam berimpak tinggi dan seumpamanya.

Berlapang dada dengan realiti di depan mata, Sipitang percaya bahawa sesungguhnya segala hal yang dibangkitkan itu akan menemukan titik penyelesaian.

Tatkala kerajaan kini bersungguh-sungguh dan benar-benar komited melakukan transformasi menyeluruh, apatah lagi Yang Amat Berhormat Tambun sudah teruji sejak dahulu sampai sekarang menongkah perjuangan meneroka zaman berdekad lamanya.

Justeru kerana itu, tanpa segan dan prejudis, Sipitang amat meyakini lagi optimistik bahawa generasi mendatang pasti lebih gemilang.

Mewakili suara orang Sabah dan Sarawak, saya ingin menyatakan rasa teruja dan menghargai komitmen Yang Amat Berhormat Tambun yang sejak daripada awal menzahirkan kesungguhan pentadbiran beliau dalam isu-isu berkaitan MA63.

Dalam tempoh kurang 100 hari, telah beberapa pengumuman signifikan dizahirkan seperti pengiktirafan Jabatan Teknik kepada JKR Sabah dan Jabatan Pengaliran Sabah yang membolehkan agensi-agensi ini menguruskan projek-projek pembangunan Persekutuan sehingga nilai RM50 juta. Begitu juga saya mengalu-alukan pengukuhan platform perundingan MA63 yang kini dinamakan Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63.

final • 10:16 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Untuk memastikan fungsi majlis ini, adalah diharapkan kerajaan dapat mencerakinkan apakah perbezaan, strategi dan pendekatan majlis ini berbanding platform-platform perundingan yang wujud sebelum ini dalam memastikan asal dari Sabah sejak sekian lama untuk melihat penyelesaian isu-isu tertangguh berhubung MA63 dapat direalisasikan.

Di kesempatan ini Sipitang juga ingin merakamkan junjungan kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Diraja menzahirkan impian untuk memandu menelusuri Lebuh Raya Pan-Borneo, khusus untuk mengenali dengan lebih rapat lagi rakyat di pedalaman Sarawak dan Sabah.

Sebagai pintu masuk utama sempadan Sarawak dan juga sempadan negara Brunei Darussalam, Kalimantan, Indonesia, Sipitang merupakan titik permulaan Projek Lebuh Raya Pan-Borneo Jajaran Sabah yang menghala ke ibu negeri Kota Kinabalu dan seterusnya kepada Timur Sandakan hingga ke Tawau dekat sempadan Kalimantan Utara.

Kami menantikan penuh semangat Kembara Jelajah Borneo oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semoga ia nantinya mencetuskan semangat bagi pelaksanaan Projek Lebuh Raya Pan-Borneo mempercepatkan pelaksanaannya.

final • 10:20 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Sehubungan dengan itu, kami memohon kepada Kementerian Kerja Raya untuk menyatakan status terkini pelaksanaan keseluruhan pakej Lebuh Raya Pan-Borneo Jajaran Sabah dan sama ada ia mengikut jadual atau sebaliknya. Oleh kerana fizikalnya pelaksanaan Projek Lebuh Raya Pan-Borneo Jajaran Sarawak sudah jauh mendahului berbanding kami di negeri Sabah. Malahan jika tidak tersilap fakta, tender bagi sebahagian pakej Jajaran Sabah masih belum dianugerahkan lagi. Untuk itu, kita mohon pencerahan di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Yang Berhormat Penggal Pertama Dewan Rakyat, tentunya banyak hal yang ingin diketengahkan. Namun, ruang lingkup masa yang terhad tidak memungkinkan untuk saya ungkap dan lontarkan di Dewan yang mulia ini.

Sipitang unik berbagai nama, Ada kampung nama suasa, Kalau nanti terlajak lama, Mohon kiranya ditambah masa. Sebelum bicara soal keperluan, saya rakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat dan pengundi di Sipitang yang memberikan mandat besar kepada saya dalam PRU yang ke-15 lepas. Sekali gus mengangkat saya untuk mewakili mereka untuk berada di Dewan yang mulia ini. Sesungguhnya sokongan pengundi ini tidak akan saya sia-siakan. Sebaliknya saya akan berusaha sekuat hati dan kudrat yang ada dan petunjuk dariNya jua bagi membalas ketulusan budi mereka, membela untuk nasib mereka yang pasti mengharapkan sinaran dalam kehidupan.

Pertama, Jalan Raya Mendulong - Meligan dan Meligan - Long Pasia sejauh 140 kilometer yang perlu dinaik taraf bagi kemudahan pendudukan agar mereka menikmati makna dan erti kemerdekaan yang sudah mencapai 60 tahun ini. Keperluan ini amat mendesak menjadi rungutan utama penduduk Sipitang. Justeru, kita berharap ia diberikan perhatian serius oleh kerajaan. Difahamkan juga bahawa peruntukan menaik taraf Jalan Mendulong - Meligan sejauh 43 kilometer telah pun diluluskan oleh Kementerian Desa dan Wilayah (KPLB) pada tahun 2022 dengan anggaran jumlah RM275 juta tetapi statusnya tidak diketahui hingga sekarang.

Selain jalan raya, masalah elektrik dari Meligan ke Long Pasia juga perlu diatasi segera memandangkan Projek Solar Hibrid di tempat itu belum siap sepenuhnya, di mana projek ini adalah di bawah KPLB Persekutuan. Kedua, laluan ke Long Pasia juga melewati jalan meredah sungai dikenali low-level crossing. Justeru, adalah satu keperluan untuk menaik taraf laluan sebegini. Khususnya di Sipitang dan amnya seluruh Sabah bagi memudahkan pergerakan penduduk setempat. Laluan low-level crossing ini kerap menjadi masalah apabila hujan lebat yang akan ditenggelami air dan berbahaya untuk dilalui oleh semua jenis kenderaan. Keadaan ini sekali gus memutuskan perhubungan penduduk.

Ketiga, menaik taraf Jalan Bangkalalak ke Kampung Mentulud Idulumadan sejauh 2.5 kilometer yang sudah bertahun-tahun lamanya diperjuangkan. Saya juga telah membangkitkan ketika saya menjadi ADUN kawasan berkenaan yang mana jalan ini penting sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi penduduk setempat.

Keempat, Projek Rancangan Tebatan Banjir Sindumin, Sipitang dengan cadangan pembinaan alur limpah parit aras tinggi dan kerja-kerja berkaitan di Sungai Mengalung Sindumin dan Rancangan Tebatan Banjir dengan cadangan mendalamkan Sungai Lukutan. Kelima, menaik taraf kemudahan asas Sipitang Oil and Gas Industrial Park Southgate bagi menarik kemasukan pelabur asing.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Sipitang merupakan satu dari koridor penting ekonomi Sabah dan negara keseluruhannya berikutan pelaksanaan Southgate yang melibatkan seluas 1,600 hektar. Keenam, kerosakan di Lebuh Raya Pan Borneo dari Sipitang ke Beaufort perlulah dipantau dan diberikan perhatian serius, di mana kerja- kerja pembinaan telah menyebabkan kerosakan teruk pada jalan raya yang menjadi laluan pengguna saban hari. Laluan jajaran Pan Borneo dari Sindumin, Sipitang ke Beaufort sejauh 65 kilometer itu menimbulkan rungutan pengguna, termasuk media sosial. Justeru,

final • 10:20 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

kerajaan atau kementerian berwajib diminta memanggil kontraktor dilantik bagi memperbaiki keadaan.

final • 10:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sipitang, banyak lagi?

final • 10:20 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Ada beberapa lagi tambahan, tiga minit.

Ketujuh, kemudahan jalur lebar perlu diperkasakan di kawasan Sipitang memandangkan masih banyak lagi kawasan kami yang jauh terpencil ini tidak mempunyai liputan yang internet asas, apatah lagi 4G atau 5G yang banyak diperkatakan sekarang. Kita berharap dan merayu agar lebih banyak stesen pemancar dibina di kawasan Sipitang supaya lebih luas lagi kawasan dapat liputan rangkaian telekomunikasi.

Di penghujung perbahasan ini izinkan saya mengimbau sejenak Titah Diraja sekali lagi tentang peringatan Seri Paduka Baginda Tuanku kepada Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya cuba jangan bersikap hanya menilik balas dan meniti pujian.

Sebaliknya perlu menjaga nama baik serta kehormatan dan berkhidmat setulus hati.

Pesanan kepada para politikus yang masih terus-terusan mencuba menduga sungai politik di negeri Sabah.

Ambillah iktibar daripada Titah Seri Paduka Baginda yang menyatakan bahawa segala kemelut politik dapat dielakkan jika semua pihak melupakan perbezaan demi kepentingan negara. Misinya jelas lagi terang tanpa bersuluh lagi, hanya buta hati, kelabu fikiran dan sempit mindanya sahaja menidakkan hakikat ini. Senario politik Sabah kian mengukuh, pimpinan Kerajaan Negeri Sabah di bawah teraju Yang Amat Berhormat Tan Sri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor sudah pun diberikan restu oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Justeru, untuk apa lagi diganggu gugat, dikacau bilau dan dibaling batu jika nawaitu benar-benar ikhlas berjuang untuk rakyat.

*Jangan berpura sisir menyisir, Kalau rambut pendek berdiri, Jangan berucap sindir menyindir, Kalau takut bayang sendiri.

[Tepuk]* Demikianlah soal hati, hasrat dan impian yang ingin saya sampaikan di Dewan yang mulia ini. Semoga mesejnya sampai dan mendapat pertimbangan sewajarnya.

Saya mohon menyokong. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 10:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Baram.

final • 10:20 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, atas peluang ini untuk terlibat, untuk bahas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Pertama, saya ingin ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan barisan Kabinet kerana telah dilantik untuk memimpin negara kita setelah kita melalui COVID-19 dan setelah kita berjaya melaksanakan PRU ke-15.

[Tepuk] Kita tahu bahawa ini adalah tahun yang ke-60 kita sudah tubuhkan Malaysia. Akan tetapi seperti yang kita nampak ataupun yang kita dengar di Dewan yang mulia ini, bukan sahaja pada hari ini, malahan daripada sesi-sesi yang dahulu. Masa beberapa Perdana Menteri yang dahulu, kerajaan yang dahulu, isu berkenaan dengan jurang perbezaan, jurang yang mengatakan bahawa kita di sebelah sini lebih maju dan ada lagi negeri-negeri atau kawasan-kawasan yang kita kata kurang maju. Pendek kata Sabah dan Sarawak, termasuk juga mungkin Kelantan, Kedah di Semenanjung, kita mengatakan bahawa negeri-negeri ini kurang maju. Inilah hakikatnya. Setelah kita sudah 60 tahun tubuhkan Malaysia, kita tidak jemu-jemu, kita tidak habis-habis mengatakan bahawa kita perlu bertindak, kita perlu mengambil langkah, kita perlu mengambil inisiatif untuk merapatkan hubungan ataupun jurang ini. Bak kata, masa inilah apabila ditubuhkan Kerajaan

final • 10:27 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Perpaduan yang berasaskan pada Malaysia Madani, inilah masanya untuk kita sama- sama imbas kembali lagi supaya pada suatu masa yang dekat nanti.

final • 10:27 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Pada masa yang terdekat nanti kita akan berhenti menyebutkan bahawa kawasan ini, kawasan ini, seolah-olah kita ini bukan dalam satu negara. Mudah-mudahan dengan pimpinan dan ketokohan yang ada dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, jurang ini akan dapat kita selesaikan dalam masa terdekat.

Tuan Yang di-Pertua, adakah kita pada masa ini, setelah 60 tahun, kita masih lagi bercakap-cakap macam ini? Pada 24 hari bulan, hari Jumaat ini nanti, akan dibentangkan satu bajet lagi. Tahun dahulu pun ada, setiap tahun 60 tahun pun sudah ada. Akan tetapi, masih lagi jurang ini seolah-olah tidak dapat dirapatkan. Adakah kita sedar? Saya hendak tanya, saya hendak tahu Tuan Yang di-Pertua, kenapa dia masih lagi berlarutan macam ini? Oleh sebab kawasan saya, kawasan pedalaman di Sarawak dan Sabah dan juga di tempat-tempat lain masih menagihkan pembangunan di mana sekolah daif, klinik yang uzur, jalan raya yang berlubang dan macam-macam lagi. Inilah yang kita sering bahas- bahas hampir setiap kali. Macam saya sendiri hampir setiap kali saya berdiri di Dewan ini dan inilah topik dia, inilah isu yang dibangkitkan setiap kali.

Jadi, adakah kita— kenapa ini terjadi? We have to look forward, we have to find a solution, we must act now. Kita tahu bahawa ini mungkin memakan masa, tetapi as kita kata the first step is the most important step. Saya rasa rancangan-rancangan Malaysia atau bajet-bajet yang kita ada selama ini seolah-olah ini mungkin, you have to beg me, mungkin strategi yang konvensional yang mungkin tidak menjadi fokus kepada setiap tempat ini.

Jadi, saya mahu mencadangkan supaya yang bertanggungjawab merangkakan satu strategi yang khusus supaya isu-isu asas infrastruktur ini, jalan raya, klinik, sekolah ini dapat kita selesaikan peringkat demi peringkat dalam masa yang terdekat. Ini kita punya harapan. Mudah-mudahan kalau dia tidak ada peruntukan, mungkin kita faham, kita cari duit. Macam Yang Amat Berhormat Premier Sarawak kata, kalau tidak ada duit kita cari duit dan kita selesaikan masalah ini dan mudah-mudahan ini akan menjadi strategi kita. Kalau dia berkenaan dengan delivery system kita yang lembab, terimalah hakikatnya dan perlu kita ubah dan perlu kita bergerak ke hadapan melalui sistem yang ini.

Kita akui bahawa kebanyakan kebocoran ke ataupun delivery system yang lemah, kalau dia tender yang tidak betul kita perbetulkan dan kita ambil tindakan. Ini supaya dapat kita bangunkan negara kita lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar seperti di Sarawak dan Sabah. Oleh kerana masa tidak mengizinkan, kita akan— mudah-mudahan dalam bajet nanti kita akan bentangkan apa yang kita rasa yang boleh dipertimbangkan kalau dia betul untuk dipertimbangkan oleh pihak yang berkenaan. Saya memohon untuk menyokong Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 10:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Baram. Saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 10:30 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Alhamdulillah [Membaca sepotong doa] Sekali lagi terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Permatang Pauh untuk sama-sama menyertai perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada para pengundi P.044 Permatang Pauh yang telah memilih Perikatan Nasional buat kali pertamanya untuk mewakili suara rakyat Permatang Pauh

final • 10:35 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

untuk dibawa ke Dewan Parlimen yang mulia ini. Ini merupakan suara majoriti rakyat yang mahukan perubahan dan ia akan kekal menjadi suatu kenangan manis yang akan tersemat dalam lipatan sejarah Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Permatang Pauh merupakan sebuah kawasan di Seberang Perai yang menjadi laluan penghubung utara ke selatan tanah air, timur ke barat serta negeri-negeri sekitar. Oleh sebab ia merupakan laluan utama, maka sudah pasti berlaku kesesakan lalu lintas sepanjang lebuh raya di Permatang Pauh termasuklah lebuh raya Seberang Jaya, Jalan Baru dan beberapa jalan utama yang berhampiran. Ia akan bertambah sesak setiap kali khususnya di waktu puncak. Purata kenderaan yang melalui Jalan Baru sahaja iaitu lebih kurang 66,840 buah setiap hari. Manakala laluan Permatang Pauh, Tok Kandu dan Bulatan Bukit Tengah hampir 17,672 buah kenderaan setiap hari yang menyebabkan kesesakan sehingga ke lebuh raya Seberang Jaya. Saya ingin bertanya apa perancangan kerajaan terhadap isu kesesakan yang luar biasa ini kerana rakyat yang menggunakan laluan ini sudah sangat penat dengan permasalahan ini.

Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan laluan berbeza antara pengguna domestik dan pengguna lebuh raya atau kerajaan bercadang mewujudkan laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan ini? Saya juga ingin mencadangkan untuk pertimbangan agar disegerakan pelaksanaan projek menaiktarafkan laluan Persekutuan FT311 dari jejambat Bukit Tengah ke persimpangan Lebuhraya Butterworth-Kulim yang mana telah diangkat di dalam RMKe-12 dan masih menunggu kelulusan di peringkat EPU. Mohon pihak kerajaan menyatakan apakah status pelaksanaan bagi projek menaiktarafkan ini.

Di samping itu, apa rancangan pihak kerajaan untuk menaiktarafkan laluan-laluan lain di Permatang Pauh selaras dengan peningkatan jumlah kenderaan dan perumahan yang semakin pesat di sana.

Tuan Yang di-Pertua, saban tahun apabila tiba musim tengkujuh, beberapa kawasan di Parlimen Permatang Pauh pasti dilanda banjir. Selain banjir kilat, hujan lebat ditambah dengan air pasang pasti akan menjadikan rakyat Permatang Pauh bimbang dan bersusah hati, apatah lagi permasalahan ini sudah berlarutan begitu lama. Ditambah pula dengan pembangunan yang semakin pesat pasti akan memberikan kesan yang lebih buruk lagi.

Saya ingin memohon kepada pihak kerajaan agar menyegerakan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Prai yang insya-Allah akan memberikan manfaat kepada penduduk Permatang Pauh yang sudah lama berhadapan dengan masalah kerosakan harta benda akibat banjir. Saya memohon pihak kerajaan mengambil perhatian dengan segera tentang isu ini. Apatah lagi Permatang Pauh sudah hampir 40 tahun berada dalam legasi keluarga Yang Amat Berhormat Tambun, jadi sudah pasti ia dalam makluman Yang Amat Berhormat.

Permatang Pauh juga mengharapkan pihak kerajaan mengambil berat tentang isu-isu lain di Permatang Pauh. Kebanyakan isu yang dibangkitkan oleh semua wakil rakyat tentang apa yang dihadapi di kawasan masing-masing seperti isu fasiliti sekolah, hospital, klinik kesihatan, balai-balai polis, jalan raya banjir dan sebagainya ia juga dialami di kawasan Permatang Pauh. Jadi, Permatang Pauh mengharapkan ia dapat diuruskan dengan wajar. Isu-isu lain insya-Allah saya akan sentuh dalam perbahasan bajet nanti.

Tuan Yang di-Pertua, isu kemampuan pemilikan rumah pertama bagi golongan belia sentiasa menjadi isu kritikal sebelum pandemik apatah lagi selepas pandemik.

Pendapatan rata-rata belia pada hari ini berada pada paras yang rendah dengan pendapatan pada ketika ini majoriti belia muda hari ini sudah tidak mampu beli rumah yang rata-rata harga rumah mampu milik sudah berharga sehingga sekitar RM320,000.

Lebih malang lagi apabila berlakunya lonjakan 20 peratus kenaikan harga rumah ekoran peningkatan harga bahan binaan.

final • 10:35 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Justeru izinkan saya untuk mengemukakan beberapa cadangan solusi bagi permasalahan ini:

final • 10:40 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

(i) kerajaan boleh berusaha untuk mengawal harga rumah dengan cara mengambil alih sebahagian besar tender-tender kontraktor pembinaan rumah;

(ii) kerajaan perlu melaksanakan pembiayaan musyarakah mutanaqisah atau pemilikan bersama yang membolehkan pembeli berpotensi memiliki rumah berkenaan selepas satu tempoh tanpa melibatkan unsur faedah atau riba; dan

(iii) kerajaan boleh menimbangkan penambahbaikan terhadap skim rent-to-own ditawarkan pada masa ini dengan memberi pilihan kepada pembeli iaitu rent-to-own atau rent-to-buy.

Tuan Yang di-Pertua, ekonomi negara sekarang berada dalam keadaan yang kurang baik. Kos sara hidup juga semakin meningkat sehingga menghimpit golongan B40 termasuk golongan belia. Pihak kerajaan perlu berusaha untuk mencari sumber pendapatan baharu agar hasil negara bertambah khususnya bagi membantu golongan ini.

Dalam usaha meningkatkan kos sara hidup rakyat, meningkatkan kemampuan berbelanja bagi golongan B40 termasuk belia. Permatang Pauh mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan satu bentuk cukai yang baharu.

Walaupun Yang Amat Berhormat Tambun mengatakan tidak mahu perkenalkan cukai tetapi Permatang Pauh mencadangkan supaya diperkenalkan satu bentuk cukai yang baharu yang hanya dikenalkan kepada golongan kaya dan berkemampuan iaitu cukai atas simpanan korporat yang melebihi setahun tetapi jumlah cukainya hanya sedikit iaitu 2.5 peratus sahaja sama seperti nilai zakat. 30 peratus daripada cukai ini mesti ditumpukan khusus untuk menaikkan kuasa membeli rakyat bawahan dengan memberikan bantuan terus kepada mereka berdasarkan kaedah ‘Quutusanah ’ yang dianjurkan oleh Islam. 12.5 peratus daripada jumlah cukai itu juga dicadangkan supaya diberikan kepada penghutang PTPTN yang tersangkut sehingga menyusahkan hidup, pergerakan dan bisnes golongan ini yang mana semuanya terdiri daripada belia.

Saya mohon Tuan Yang di-Pertua, satu minit.

Pelaksanaan ini hendaklah dilaksanakan dalam kerangka garis dan panduan sistem cukai Islam yang adil. Asas kepada pelaksanaan ini telah didokumenkan oleh PAS di dalam Dokumen Hijau. Kelmarin, kita melihat ucapan daripada Yang Berhormat Gerik dengan penuh emosi. Bagi saya, beliau sebenarnya meluahkan keadaan rakyat yang sebenarnya dan beliau sangat menginginkan supaya rakyat kita yang sedang susah dibantu dengan baik. Besar harapan Permatang Pauh agar dalam pembentangan Bajet 2023 nanti, Yang Amat Berhormat Tambun dapat menawarkan sesuatu yang benar-benar menggembirakan majoriti rakyat Malaysia dan rakyat tidak mengharapkan tambahan tekanan lagi. Utamakanlah orang-orang miskin di dalam sebuah negara pasti negara kita akan dibantu oleh Allah SWT.

Tuan Yang di-Pertua, nasihat saya kepada pihak kerajaan isu-isu utama yang dibangkitkan melibatkan kepentingan rakyat seperti pendidikan, keselamatan, KWSP bersasar, kos sara hidup, perumahan, peluang pekerjaan, isu pengangguran, penambahbaikan infrastruktur dan kelengkapan agensi-agensi kerajaan, isu pendatang asing, rasuah, gig ekonomi dan juga nepotisme diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya oleh kerajaan kerana rakyat sekarang ternanti-nanti solusinya. Rakyat Malaysia sedang menilai.

Sebagai menutup sesi perbahasan ini, suka saya ingin mengajak kepada semua ahli Dewan untuk kita sama-sama berbincang dan berbahas di Dewan yang mulia ini dengan penuh tertib dan santun. Dengan itu, ia boleh menjadi dengan izin role model yang akan diikuti dan dicontohi oleh seluruh rakyat Malaysia. Semoga perbahasan kita di Dewan yang mulia ini mampu menyelesaikan masalah rakyat, mempamerkan kecaknaan kita dan tidak membiarkan seluruh rakyat dalam kesusahan tanpa pembelaan.

Tuan Yang di-Pertua, Permatang Pauh mohon menyokong.

[Tepuk]

final • 10:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Yang Berhormat Batu.

final • 10:40 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua untuk memberi ruang ke Batu untuk menjadi pembahas terakhir pada malam ini untuk membahaskan titah menjunjung kasih Titah Tuanku Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebelum itu, saya ucapkan tahniah kepada rakan-rakan saya di sebelah kiri dan kanan dan juga satu orang Yang Berhormat Menteri dan dua orang Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu Yang Berhormat Papar yang sungguh komited untuk duduk sampai 10.44 malam mendengar perbahasan Ahli-ahli Parlimen untuk hari ini.

[Tepuk] Saya juga ingin mengucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Ahli Parlimen Tambun yang lantik sebagai Perdana Menteri ke-10. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi-pengundi Parlimen Batu untuk memilih saya untuk mewakili suara Parlimen Batu dan juga kekal sebagai Ahli Parlimen paling muda di Pilihan Raya ke-15 bersama-sama dengan Yang Berhormat Sungai Petani.

[Tepuk] Sebaya saya.

Apabila saya merujuk kepada ucapan ataupun Titah Tuanku Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya tertarik dengan beberapa perkara dalam konteks tersebut dan saya terus pada point kemiskinan.

Wabak kemiskinan seperti juga wabak COVID-19. Tidak mengenal kaum, anutan agama mahupun pendirian politik. Bezanya rempuhan wabak COVID-19 dapat segera ditangani menerusi vaksinasi walhal wabak kemiskinan yang kita bicarakannya dalam Dewan ini sejak tertubuhnya Parlimen Malaysia pada 11 September 1959 masih terus bermaharajalela. Dengan selaras gagasan Malaysia Madani yang bertekad membina umat dan berkeyakinan dan berdaya cipta, bingkai keyakinan dan tunggak daya cipta ialah ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan dengan persekitaran serta menetapi cabaran ekonomi semasa.

Untuk menyelesaikan wabak kemiskinan ini khususnya untuk warga bandar raya, keyakinan dan tunggak daya cipta - anggota masyarakat terutamanya warga bandar raya wajib diberikan vaksin kemiskinan dalam bentuk pendidikan dan latihan sepanjang hayat yang berterusan. Salah satu program kerajaan yang sedia ada yang merupakan dengan izin low-hanging fruit yang dapat kita manfaatkan sebagai vaksin kemiskinan ialah college community kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi. Maka, saya cadangkan upaya diwujudkan segera Kolej Komuniti Bandaraya Kuala Lumpur di bandar raya tersebut.

Kampus kolej komuniti ini wajar diwujudkan di segenap kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Setiap kampus itu pula menawarkan pendidikan dan latihan sepanjang hayat yang berbeza. Namun, kesemuanya menjurus kepada keperluan sebenar industri dalam Bandaraya Kuala Lumpur khususnya industri 4.0 dan industri terbitan revolusi teknologi maklumat. Bagi memastikan pendidikan dan latihan sepanjang hayat yang ditawarkan oleh kampus-kampus Kolej Komuniti Bandaraya Kuala Lumpur itu benar-benar relevan serta memperdayakan komuniti bandar raya mengambil bahagian dalam perkasa pembasmian kemiskinan majlis memperdayakan komuniti bandar raya menerusi pendidikan dan latihan sepanjang hayat hendaklah diwujudkan.

Sebagai Ahli Parlimen Batu, saya amat arif akan kesengsaraan penderita kemiskinan bandar. Saya juga amat arif akan cabaran-cabaran dalam mengubati penderitaan kemiskinan bandar tersebut. Justeru, saya mencadangkan inisiatif ini perlu dilakukan segera oleh kerajaan dan saya juga boleh membantu kerajaan untuk meneroka arah laluan, merangka struktur, merencana gerakan dan memimpin majlis pembandaran komuniti bandar raya menerusi pendidikan dan latihan sepanjang hayat.

Perkara kedua yang saya juga ingin berucap ataupun bangkit adalah isu tenaga pakar seperti doktor. Mengapakah Malaysia masih mempunyai banyak tenaga pakar yang

final • 10:44 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

tidak diserap sebagai pegawai kesihatan tetap malahan masih ramai tenaga pakar yang di biarkan kekal sebagai pegawai kontrak?

Pada tahun 2022, Batu optimis apabila kerajaan ketiga itu mengumumkan menambah lebih 8,000 jawatan tetap di Kementerian Kesihatan. Akan tetapi, mengapa masih tidak dapat diselesaikan? Batu memohon Kementerian Kesihatan menyemak semula kes-kes tersebut dan apakah penyelesaian yang akan dibuat?

Tuan Yang di-Pertua, Batu juga ingin membangkit beberapa artikel yang didapati beberapa hari dan minggu lalu di mana dengan izin krisis di hospital emergency unit dan juga dengan izin, Malaysia’s healthcare capacity stretched with long waiting times, manpower shortage.

final • 10:44 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Artikel ketiga, “Two-day wait for a bed in Malaysian government hospitals” dengan izin. Saya rasa perkara ini amat-amat dukacita dan oleh sebab kekurangan tenaga pakar dan kekurangan hospital-hospital kerajaan, rakyat harus berdepan dengan pelbagai situasi sukar. Sebagai contoh, waktu menunggu yang terlalu lama sehingga membawa kepadatan di ruang menunggu. Waktu temu janji yang diberikan juga berbulan lamanya.

Ada pengundi-pengundi saya yang datang jumpa saya dalam pejabat kata hendak buat pembedahan pun akan mengambil lebih kurang enam bulan dan dalam enam bulan ini mereka pun kata mereka tidak tahu mereka boleh hidup kah tidak, terpaksa pergi ke private sector dan private sector, jika individu tersebut tiada insurans, terpaksa bayar duit beribu-ribu. Saya minta Kementerian Kesihatan untuk cari penyelesaian dengan segera sebab ini adalah satu isu yang hangat.

Perkara ketiga ataupun perkara terakhir saya, yang mana dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga menyentuh berkaitan dengan agenda pemilikan rumah khususnya untuk kumpulan B40 – Tiga puluh saat, Tuan Yang di-Pertua.

Kalau melihat kepada Kuala Lumpur ataupun Wilayah Persekutuan, daripada artikel ataupun statistik yang saya ada, terdapat lebih kurang 38,000 individu yang telah bermohon untuk perumahan PPR ataupun PA pada tahun 2021. Saya ingin Yang Berhormat Menteri ataupun Jabatan Perdana Menteri untuk bagi statistik, sekarang berapakah permohonan rumah PPR dan PA di Wilayah Persekutuan ataupun DBKL?

Berkaitan dengan agenda pemilikan rumah khususnya untuk kumpulan B40 yang disebutkan dalam Titah Tuanku, saya rasa kerajaan perlu memberi fokus kepada penubuhan ataupun inisiatif PPR supaya kita dapat kurangkan kos hidup rakyat di mana mereka tidak mampu untuk beli rumah-rumah mampu milik di mana ada individu-individu yang tidak dapat loan. Dia bukan mampu milik, mampu tengok sahaja. So, jika program ataupun inisiatif PPR ini berlangsung, saya akan memastikan bahawa kerajaan akan memastikan bahawa house shortage, dengan izin, akan diselesaikan.

Saya rasa itu sahaja daripada saya, ucapan saya. Ada banyak point lagi tetapi saya akan sambung dalam ucapan bajet nanti. Untuk tambahan, Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin ucap tahniah kepada Barisan Nasional, GPS dan juga GRS yang juga menjadi satu punca utama untuk kita tubuhkan Kerajaan Perpaduan pada kali ini. Ini menunjukkan satu politik matang dan juga...

[Disampuk] Betul, Yang Berhormat Jelutong, setuju. Politik matang dan juga ini menunjukkan bahawa Kerajaan Perpaduan ini walaupun kita berbeza pandangan, apabila kita berfikir berkaitan dengan kepentingan masyarakat tidak kira dia musuh atau tidak, kita bersama-sama untuk selamatkan negara ini. So, inilah satu contoh yang baik pemimpin-pemimpin yang memimpin negara ini.

Batu menyokong penuh Titah ini. Terima kasih.

final • 10:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Yang Berhormat Batu. Dengan tamatnya ucapan Yang Berhormat Batu itu, maka selesailah seramai 148 orang Ahli Yang Berhormat telah pun mengambil bahagian...

[Tepuk] Selama lima hari dalam perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Saya mengucapkan syabas kerana Yang Berhormat telah pun berbahas dengan baik dan berhemah. Di atas meja Yang Berhormat saya yakin ada kertas yang berwarna

final • 10:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

pink begini...

[Sambil menunjukkan dokumen] Yang menunjukkan bahawa esok Rabu, 22 Februari akan ada 15 kementerian akan menjawab semua rintihan-rintihan dan pandangan-pandangan Yang Berhormat. Pada hari Khamis ada 13 kementerian akan mengambil bahagian termasuk di JPM.

Jadi, apa yang berlaku ialah sila pastikan Yang Berhormat hadir ke Dewan untuk mendengar jawapan-jawapan yang akan diberikan oleh menteri-menteri ke atas apa juga pandangan dan cadangan ataupun permohonan dan permintaan Yang Berhormat telah pun kemukakan.

Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi hari Rabu, 22 Februari 2023. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam.

final • 10:50 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 10.55 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026