Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri [Betong] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan apakah inisiatif mahupun bantuan yang boleh dilakukan bagi menggalakkan penciptaan dan inovasi oleh pelajar peringkat menengah mahupun siswa universiti untuk mendaftar paten ciptaan mereka.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Seri Salahuddin bin Ayub
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Betong yang bertanyakan tentang bagaimana kementerian KPDN dapat membantu anak-anak bangsa Malaysia yang nampaknya pada awal telah menunjukkan benih ataupun sikap yang berinovasi.
Melalui inisiatif Payung Rahmah, kita telah memperuntukkan konsep mendaya upaya dan geran sebanyak RM2 juta telah pun diperuntukkan, di mana setiap rakyat Malaysia terutamanya para pelajar yang telah mula menunjukkan bakat mereka diberikan pendaftaran percuma untuk mereka mendaftarkan sama ada bentuk cap dagangan, reka bentuk, perindustrian, petunjuk geografi dan juga hak cipta.
Dalam melaksanakan tanggungjawab ini, kita telah mengadakan pelbagai program. Sembilan program melibatkan 1,690 orang pelajar dan belia. Antaranya ialah IP Summer Camp, Program Usahawan Cilik IP, IP Funtastic, Program Youth Celik IP, Program Youth Celik IP @ Campsite 2022.
Sebagai contoh, adik Maryam binti Muzamir yang merupakan seorang murid Tahun 5 dari Sekolah Kebangsaan (P) Methodist Kuantan yang telah merangkul pingat emas dalam pertandingan The 6th International Invention Innovation Competition 2021, kita telah memberikan pendaftaran percuma ini. Kalau hendak dibayar, sebagai contoh dalam paten sahaja mengikut bagaimana standard itu, ada di antaranya kita caj sehingga belasan ribu ringgit. Akan tetapi di bawah inisiatif ini, di bawah Payung Rahmah ini, kita memberikan pendaftaran percuma. Sekian Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya, saya minta Yang Berhormat Menteri menyatakan apakah program-program harta intelek yang dirancang oleh kementerian dan akan dilaksanakan di institut pendidikan tinggi (IPT) dan sekolah- sekolah di Sarawak serta nyatakan sekiranya ada cadangan kolaborasi strategik yang akan dijalinkan bersama. Terima kasih.
Datuk Seri Salahuddin bin Ayub
Tuan Yang di-Pertua, soalan itu juga saya rasa berbentuk inovasi. Bagaimana saya yakin, Yang Berhormat Betong mahu setiap
Datuk Seri Salahuddin bin Ayub
murid khususnya dari Sabah dan Sarawak ini juga diberikan pendedahan tentang kepentingan IP. Sudah barang pasti Tuan Yang di-Pertua, kita juga tidak boleh work in silo. Kementerian saya tidak mungkin dapat mencapai kecemerlangan, tetapi kita juga mengadakan perbincangan dengan pihak MOSTI terutamanya, Kementerian Sains dan Teknologi, Kementerian Pendidikan dan juga kementerian KPT supaya apa juga idea dalam bentuk kita mengembangkan lagi bakat-bakat dalam bidang IP ini dapat diterapkan di sekolah rendah hinggalah ke universiti.
Kita mahu supaya tidak lagi berlaku apa yang dikatakan mismatch. Maknanya, square peg in a round hole sebagai contoh, anak-anak atau pelajar-pelajar yang keluar universiti tetapi tidak padan dengan kepentingan mereka. Maka dengan itu, dengan mereka mendaftarkan hak cipta mereka, ia akan melahirkan golongan karyawan yang akan memberikan impak tertinggi kepada negara kita sendiri. Maka dengan itu, pihak kementerian KPDN akan terus mengadakan kolaborasi dengan kementerian-kementerian yang lain supaya mereka dapat dibekalkan dengan pengetahuan dan menghargai setiap apa karya yang mereka hasilkan untuk kita patenkan dan kita daftarkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan daripada saya. Sepertimana yang dimaklumkan bahawa peruntukan sebanyak RM4 juta kepada KPDN untuk geran dana pemfailan harta intelek ini telah bermula tahun 2022 sebanyak RM4 juta, bukannya bermula Payung Rahmah pada tahun ini, tetapi sudah bermula lama.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Jadi, soalan saya pada hari ini ialah adakah kerajaan menggalakkan untuk pendaftaran ini di peringkat awal proses reka cipta ataupun telah siap produk tersebut barulah kita mula mendaftar produk ataupun inovasi ciptaan itu. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak kisahlah rahmah kah tidak rahmah. Bila dibuat ia tidak mengapa asalkan yang baik itu kita lanjutkan. Saya rasa itu penting supaya end result-nya adalah rakyat yang mendapat apa pun kepentingan.
Menjawab tentang soalan bagaimana seharusnya semua program di bawah kementerian ini dapat kita perluaskan di semua peringkat. Saya rasa yang penting bagi saya adalah engagement ataupun kolaborasi itu harus kita lakukan, tidak boleh bersendirian, tidak boleh KPDN menganggap menteri inilah ataupun kementerian inilah yang baik.
Bagi saya, kita harus menggalakkan kesedaran ini dan patenkan. Macam contoh negeri Yang Berhormat, satar Kemaman tidak silap saya, patenkan. Itu adalah merupakan geography indicator yang harus kita bangunkan dan juga di Sarawak kek lapis, alat muzik dan seumpamanya. Ini kita galakkan untuk mendaftar dan sekarang ini kita bagi pendaftaran percuma. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan yang kedua ini, soalan lisan ini juga akan menjawab soalan nombor 24 pada 7 Mac, soalan nombor 10 pada 13 Mac, soalan nombor lapan 16 Mac dan juga soalan nombor 34 pada 22 Mac. Dipersilakan Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B), Yang Berhormat Lumut.
2. Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) [Lumut] minta Menteri Pertahanan menyatakan langkah-langkah ke hadapan kementerian dalam mengatasi isu projek Littoral Combat Ship (LCS) untuk TLDM yang semakin meruncing yang mana ia menjejaskan perancangan Transformasi 15-to-5 TLDM.
Menteri Pertahanan - Dato' Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Komander Nordin daripada Lumut yang bertanyakan soalan berkenaan dengan LCS.
Seperti yang Tuan Yang di-Pertua sebutkan tadi soalan ini saya mohon izin Tuan Yang di-Pertua untuk dirangkumkan kepada empat soalan lagi iaitu soalan daripada Yang Berhormat Muar pada 7 Mac, daripada Yang Berhormat Komander sendiri lagi sekali pada 13 Mac dan daripada Yang Berhormat Tasek Gelugor pada 16 Mac dan pada 22 Mac daripada Yang Berhormat Sik, Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya minta kalau nanti saya mohon izin panjang sedikitlah masa untuk saya menjawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Dato' Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua sebelum saya menjawab soalan nombor dua ini, saya mohon Tuan Yang di-Pertua izin kalau boleh saya menjemput semua Ahli-ahli Parlimen dan rakan-rakan semua untuk kita menyatakan rasa dukacita dan takziah kita kepada seorang anggota komando, mendiang Komando Lans Koperal Edrin Baintim yang mayatnya telah dijumpai semalam setelah lebih seminggu hilang semasa menjalani latihan menyelam laut dalam.
Tuan Yang di-Pertua, mayat mendiang telah dijumpai di Tanjung Sepat di Selangor, hanyut begitu jauh dari tempat latihan menyelam di Melaka, Tuan Yang di- Pertua. Jadi kita sama-sama menyatakan dukacita kita dan rasa takziah kita kepada keluarga mendiang Komando Lans Koperal Edrin Baintim, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Perkara tersebut direkodkan dalam prosiding Dewan. Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Utama Mohamad bin Hasan
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya memberi jawapan spesifik kepada soalan daripada Yang Berhormat Komander Nordin dari Lumut izinkan saya menyatakan secara spesifik perkara yang dibangkitkan oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat selain daripada Yang Berhormat Komander Nordin dan rakan-rakan empat daripada Sik, Tasek Gelugor dan juga daripada Muar juga.
Soalan ini berkenaan dengan secara spesifik pendirian kerajaan untuk meneruskan keupayaan perolehan littoral combat ship (LCS) ini untuk kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan memperkasakan keupayaan operasi TLDM dalam memelihara kedaulatan perairan negara dan selari pula dengan objektif pertahanan negara yang terkandung dalam Kertas Putih Pertahanan, Tuan Yang di-Pertua.
Oleh yang demikian, Kementerian Pertahanan memberikan tumpuan kita sepenuhnya dalam melangkah ke depan (moving forward) Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua bagi memastikan projek LCS ini diteruskan semula. Ini keputusan yang telah pun kita buat. Akan kita teruskan untuk kita pastikan keadaan pertahanan negara kita iaitu perlu dipertingkatkan dan diperkasakan, Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan telah membentangkan kertas mengenai hala tuju berkaitan perolehan LCS ini iaitu kepada Jemaah Menteri, empat kali banyaknya iaitu pada 20 November 2020, 5 Mei 2021, 4 Mac 2022 dan yang akhir sekali kertas kepada Jemaah Menteri telah dibentangkan pada 20 April tahun 2022. Kesemua empat-empat kertas Jemaah Menteri ini keputusannya bersetuju bagi kerajaan meneruskan projek LCS Tuan Yang di-Pertua untuk kita memperkasakan pertahanan kita, pertahanan negara terutamanya aset Tentera Laut Diraja Malaysia kita, Tuan Yang di-Pertua.
Selain daripada itu, Kementerian Pertahanan bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Tentera Laut Diraja Malaysia, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan khususnya pihak Boustead telah melihat semula perancangan perolehan LCS ini bersama dengan Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan juga Jabatan Peguam Negara bagi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk meneruskan projek ini.
Maklumlah Tuan Yang di-Pertua, projek ini telah terbengkalai ataupun terhenti— ia bukan terbengkalai. Ia dihentikan pada awal tahun 2018, Tuan Yang di-Pertua. Terhenti
Dato' Seri Utama Mohamad bin Hasan
lama. Sekarang kita hendak meneruskan, banyaklah masalah-masalah operasi terutamanya masalah saman-menyaman antara satu sama lain dan bagai-bagainya.
Akan tetapi alhamdulillah perkara ini telah pun dapat diselesaikan, cuma ada satu lagilah iaitu untuk kita menandatangani apa yang dipanggil sebagai international settlement agreement dengan satu pihak yang penting, Tuan Yang di-Pertua. Insya-Allah akan kita lakukan.
Menjawab soalan kepada Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Tasek Gelugor dan Yang Berhormat Sik berkaitan status terkini projek LCS ini, seperti yang saya jelaskan sebentar tadi Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan sedang memberikan penelitian khusus untuk memastikan projek LCS ini dapat diteruskan bagi memperkasakan sistem pertahanan dan perairan negara kita.
Pada masa ini, kementerian sedang dalam fasa terakhir untuk memuktamadkan cadangan penerusan projek melalui penyediaan memorandum Jemaah Menteri yang akan dibentangkan dalam masa terdekat. Kita akan bentangkan kertas baharu kerana kerajaan ini kerajaan yang bukan kerajaan terdahulu yang telah pun bersetuju, maka kita akan bentangkan semula kepada Jemaah Menteri untuk kita meneruskan projek ini.
Apabila kita menandatangani international settlement agreement dengan pihak ketiga, kita akan dapat meneruskan dan insya-Allah Tuan Yang di-Pertua tidak ada lagi melihat ke belakang dan kita akan dapat pastikan projek LCS ini dapat diteruskan dan insya-Allah akan siap pada masa yang dapat kita tentukan.
Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada soalan Yang Berhormat Lumut berkaitan tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Pertahan terhadap saranan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas projek LCS dan juga Yang Berhormat Tasek Gelugor serta Yang Berhormat Sik mengenai tindakan undang-undang terhadap pelaku- pelaku dalam skandal LCS.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, terdapat tujuh syor Yang Berhormat yang terkandung dalam Laporan PAC yang mana enam syor merupakan tindakan yang perlu diambil sendiri oleh Kementerian Pertahanan, manakala satu lagi syor di bawah SPRM, Tuan Yang di-Pertua. Daripada tujuh syor yang terkandung dalam laporan PAC itu, enam yang mesti diurus sendiri oleh Kementerian Pertahanan dan lagi satu itu adalah berkenaan siasatan yang perlu dilakukan oleh SPRM.
Dato' Seri Utama Mohamad bin Hasan
Daripada enam syor yang perlu diurus oleh Kementerian Pertahanan, empat syor telah kami ataupun Kementerian Pertahanan telah ambil tindakan dan selesaikan. Tinggal lagi dua Tuan Yang di-Pertua iaitu laporan berkala kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan laporan berkala juga kepada Jawatankuasa Khas Parlimen.
Disebabkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara belum dilantik ataupun sedang dilantik dan Jawatankuasa Khas Parlimen pun akan dilantik tidak lama lagi dan tidak ada semasa dua, tiga bulan yang lalu, maka kita tidak buat laporan berkala kepada PAC dan juga kepada Jawatankuasa Khas Parlimen.
Insya-Allah Tuan Yang di-Pertua, apabila kedua-dua jawatankuasa ini telah ditubuhkan, laporan-laporan berkala mengenai status repot ataupun status terkini projek LCS ini akan kami bentangkan ataupun akan kami buat kepada PAC dan juga Jawatankuasa Khas Parlimen Tuan Yang di-Pertua.
Persoalan seterusnya daripada Yang Berhormat Lumut juga, berkaitan status perolehan sistem persenjataan utama LCS ya, Yang Berhormat kan? Khususnya bagi peluru berpandu anti-kapal dan juga anti-udara, itu soalan dia.
Sebagai makluman Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan memperoleh surface-to-surface missile (SSM) secara terus dengan original equipment manufacturer (OEM). Itu sudah ada, memang sudah ada sudah ya dan dia punya launcher semua sudah ada ya. Cumanya, pada masa ini status perolehan berjalan mengikut jadual yang kita anggarkan, mengikut status kesiapsiagaan ataupun kesiapan kapal tersebut ya.
Dato' Seri Utama Mohamad bin Hasan
Manakala, bagi perolehan surface-to-air missile belum ada dalam kita punya kontrak lagi. Kita akan buat dan kita akan memerlukan kelulusan Kabinet juga untuk kita memperoleh daripada OEM mana dan juga persenjataan yang mana surface-to-air missile yang boleh dan yang baik dan yang sesuai untuk digunakan oleh TLDM untuk kita lengkapkan sebagai persenjataan kepada LCS yang bakal disiapkan nanti Tuan Yang di- Pertua ya.
Ini belum lagi Yang Berhormat Lumut ya tetapi surface-to-surface missile (SSM) memang sudah ada. Anti-torpedo ada cumanya surface-to-air belum lagi masuk dalam spesifikasi kontrak kita. Ini akan kita lakukan apabila kita dapat mengenal pasti sistem yang mana yang terbaik yang boleh diletakkan di atas LCS tersebut Tuan Yang di-Pertua ya.
Tuan Yang di-Pertua, kita perlu melihat ke hadapan. Itu sebabnya keputusan untuk meneruskan projek LCS ini dibuat supaya yang pentingnya Tuan Yang di-Pertua ialah sistem pertahanan negara ini perlu diperkasakan. Kita tidak boleh diperkotak- katikkan oleh sesiapa kerana memandangkan kelemahan-kelemahan kita, maka pihak kawan dan lawan tidak ada segan silu terhadap kita.
Jadi, memperkasakan aset pertahanan negara ini adalah keutamaan Kementerian Pertahanan dan saya harap supaya kerajaan dan semua Yang Berhormat menyokong supaya ini dapat dilakukan. Walau bagaimanapun, banyak orang kata kita hendak perang dengan siapa? That should not be questioned. It’s not – jangan kita ingat kita hendak pergi perang dengan siapa. Kita mesti selalu bersedia dan persiapan yang rapi perlu sentiasa ada.
Kita punya pertahanan negara perlu diperkasakan dan diperlengkap dengan aset- aset yang sesuai yang diperlukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Arau, ada soalan tambahan?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, Yang Berhormat menyebut kerajaan yang lepas itu apa Yang Berhormat maksudkan kerajaan yang lepas?
Kerajaan yang lepas ramai.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Kerajaan pada tahun 2020 itu kerajaan Yang Berhormat lah agaknya kan pada ketika itu kerajaan – tetapi dibuat – Sebenarnya kertas untuk persetujuan itu telah dibuat sebelum itu tetapi tidak sempat kerana Kerajaan Pakatan Harapan telah pun jatuh, maka pada bulan Mei tahun – sekejap Tuan Yang di-Pertua ya.
Pada bulan November tahun 2020 Kertas Kabinet yang pertama telah pun dibentangkan dan Kabinet pada ketika itu bersetuju Tuan Yang di-Pertua. Kemudian, disambung pada Mei tahun 2021, Mac tahun 2022 dan terakhir sekali 20 April. Kesemua empat-empat Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju supaya projek LCS ini diteruskan demi memperkasakan aset pertahanan negara Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Soalan tambahan, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Pada 30 Januari 2023, ada dilaporkan mengenai keputusan terkini Kerajaan Malaysia especially Kementerian Pertahanan untuk mengurangkan jumlah kapal LCS daripada enam kepada lima buah. So, sehingga kini kerajaan telah membelanjakan RM6.08 bilion pada Boustead Naval Shipyard selaku kontrak yang dilantik.
Adakah ini bermakna kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan siling RM9.18 bilion untuk enam buah kapal kepada jumlah RM6.08 bilion sahaja untuk lima buah kapal?
Berapakah jumlah kos sebenar Projek LCS ini selepas kerajaan mengurangkan jumlah tersebut? Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tidak ada pengurangan dalam siling yang telah diluluskan siling terdahulunya. Siling itu
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
tetap siling yang sama tetapi disebabkan oleh banyak variation order (VO) dan disebabkan oleh pertambahan kos (cost escalation) Tuan Yang di-Pertua yang disebabkan oleh keadaan harga barang-barang semuanya telah meningkat.
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, wang yang telah digunakan Tuan Yang di- Pertua saya sendiri melihat Tuan Yang di-Pertua di dalam gudang Boustead Naval Shipyard itu semua sudah dibeli Tuan Yang di-Pertua. Enjin semua sudah ada bahkan kapal LCS pertama Tuan Yang di-Pertua enjin sudah ada dalam badan kapal, gearbox semua sudah ada, dia punya shaft sudah ada, propeller sudah ada. Cuma, hendak memasang dia punya alat-alat pertahanan ataupun dia punya persenjataan dan juga elektroniknya sahaja. Jadi, dia punya thrust itu tinggal lagi satu sahaja thrust untuk dipasang dan yang lain dia membina kapal dia Tuan Yang di-Pertua melalui blok-blok.
Semua blok sudah dipasang cuma blok thrust tersebut kerana memang dikosongkan untuk kita memasukkan sistem elektroniknya nanti. Jadi, tidak boleh pasang dahululah kalau tidak nanti terpaksa buka balik. Jadi terpaksa pasang dan juga alat persenjataan Tuan Yang di-Pertua. Lain-Lain semua sudah ada. Enjin sudah ada, gearbox sudah ada, shaft sudah pasang, propeller pun sudah siap.
Tuan Yang di-Pertua, kita mengatakan kapal ini siap pembinaannya ya. Ini ada dua perkara Tuan Yang di-Pertua. Kapal ini ada dua perkara. Satu, pembinaannya dalam dia punya yard. Kedua, kapal ini sudah siap kena pergi Harbor Assessment test Tuan Yang di-Pertua, dekat pelabuhan. Dia sengetkah, dia boleh terapungkah atau dia tidak, macam-macam. Selepas itu nanti sea assessment test kita kena keluar. Sudah lepas itu mengambil masa 20 lebih bulan, 22 hingga 24 bulan Tuan Yang di-Pertua baharulah kapal ini akan di-commission-kan ya.
Jadi, kita kata kapal ini siap, siap dalam pembinaan di dalam dia punya dry dock dia ya. Akan tetapi Harbor Assessment test itu lain cerita. Sea assessment test itu lain cerita. Dia akan mengambil masa lebih kurang setahun setengah ke dua tahun Tuan Yang di-Pertua. Itu dia. Jadi, jangan pula kata nanti mana kapal tidak belayar tidak buat mission selepas dua tahun Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Tuan Yang di-Pertua, boleh soalan tambahan, isu penting ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan sebelah sini. Kalau tidak ada, saya beri sebelah sini.
Tuan Jamaluddin bin Yahya - Pasir Salak
Pasir Salak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sila Yang Berhormat Parit Sulong.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya akan bagi ruang sini, kanan, kiri dan kanan ya. Yang Berhormat Parit Sulong.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita mendengar jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri dan kita mengharapkan agar ianya dapat disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
Soalan tambahan saya adalah apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk pastikan bahawa program ataupun projek LCS ini betul-betul dapat memberi manfaat kepada industri pertahanan negara dalam membangunkan keupayaan tempatan, dalam aktiviti naval shipbuilding dan juga maintenance? Mohon jawapan, terima kasih.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Parit Sulong.
Tuan Yang di-Pertua, industri pertahanan negara ini merupakan salah satu daripada kita punya teras utama dalam Kertas Putih Pertahanan Negara kita Tuan Yang di-Pertua. Saya meneruskan Kertas Putih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Kertas Putih Pertahanan Negara ini yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini merupakan satu Kertas Putih yang amat komprehensif dan yang amat baik. Kami cuba untuk menambah nilai dari masa ke semasa mengikut keadaan Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Akan tetapi, terasnya amat baik. Salah satu daripada teras yang disebut, yang ditanya oleh Yang Berhormat Parit Sulong tadi ialah berkenaan dengan industri pertahanan negara. Naval Shipyard Engineering ini, Tuan Yang di-Pertua, mereka mempunyai kepakaran, bahkan design mereka dan kita punya principal owner of the design itu daripada Naval Group, Tuan Yang di-Pertua, memuji kepakaran anak tempatan kita. Mereka boleh menyiapkan kapal ini, design ia sampai final design dan akan diluluskan oleh principal owner Naval Group itu, Tuan Yang di-Pertua, dan ia mempunyai keupayaan.
Dan diberi peluang, Tuan Yang di-Pertua, Boustead Naval Shipyard ini mempunyai masa depan yang cerah untuk menjadi sebagai peneraju kepada pembinaan limbungan kapal di negara kita. Walaupun dah banyak yang lain— di Terengganu ada, di Sabah ada, di Labuan ada shipyards. Kalau boleh, ini boleh kita jadikan sebagai satu industri utama. Negara kita, negara maritim, Tuan Yang di-Pertua, memerlukan banyak kapal, memerlukan banyak pembinaan kapal-kapal, bukan sahaja kapal perang tetapi kapal-kapal yang lain. Insya-Allah, Tuan Yang di-Pertua, ini akan kami, Kementerian Pertahanan Malaysia lakukan mengikut teras untuk kita melihat industri pertahanan ini diperkasakan di tanah air kita, insya-Allah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Selanjutnya, soalan ketiga.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Cukup. Saya benarkan dua sahaja untuk memberi ruang supaya banyak soalan akan ditentukan...
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri bagi, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Menteri bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dah dua dah itu.
3. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau] minta Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan dasar kementerian untuk menggalakkan penggunaan kereta elektrik
(EV) serta penambahan ‘charging point’ untuk EV di seluruh Malaysia.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tebrau atas soalan ini.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) merupakan kementerian yang bertanggungjawab untuk mentransformasikan industri automotif daripada pengeluaran kenderaan jenis internal combustion engine (ICE) kepada kenderaan elektrik (EV) selaras dengan sasaran kenderaan cekap tenaga (energy efficient vehicle) di bawah Dasar Automotif Nasional 2020. Selaras juga dengan keputusan Jemaah Menteri pada 17 Februari 2023, Pasukan Petugas EV Kebangsaan (National EV Task Force) bertanggungjawab untuk menilai dasar semasa, memantau pelaksanaan program dan inisiatif serta merangka dasar dan inisiatif baru berkaitan pembangunan industri kenderaan elektrik dalam negara secara menyeluruh.
National EV Task Force ini diketuai oleh MITI dan diwakili oleh pelbagai kementerian, agensi kerajaan dan pihak industri yang berkaitan sebagai pendekatan seluruh jentera kerajaan (whole-of-government) dalam menggalakkan penggunaan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
kenderaan elektrik serta penambahan charging point untuk EV di seluruh Malaysia.
Beberapa keputusan dasar telah ditetapkan atau dilaksanakan seperti berikut— Pertama, kerajaan telah menawarkan inisiatif cukai seperti mana diumumkan di bawah Belanjawan 2022 iaitu meliputi pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais dan cukai jalan EV yang dipasang secara tempatan atau diimport secara CBU serta pengecualian sepenuhnya cukai jualan bagi EV yang dipasang secara tempatan dan pelepasan cukai pendapatan individu untuk langganan kemudahan atau pemasangan sistem pengecas EV. Insentif tambahan juga telah dicadangkan untuk Belanjawan 2023.
Cadangan mempertingkatkan jumlah kenderaan elektrik, termasuk hibrid, sebagai kenderaan kerajaan ataupun jabatan rasmi jawatan sedang diperhalusi oleh Kementerian Kewangan. Selain itu, kenderaan pengangkutan awam darat juga akan terus digalakkan untuk penukaran kepada kenderaan yang menggunakan elektrik.
Malaysian Green Technology dan Climate Change Corporation (MGTC) sedang membangunkan satu kerangka strategik untuk pembangunan dan perancangan infrastruktur pengecas EV secara menyeluruh di Malaysia bagi mencapai sasaran untuk pengecas EV menjelang tahun yang akan datang. Kerangka strategi ini akan diperhalusi oleh Pasukan Task Force EV. Standard-standard berkaitan industri EV seperti sistem pengecasan, aktiviti pelupusan bateri, battery swapping, wireless charging dan lain-lain sedang dibangunkan oleh MARii atau Malaysia Automotive, Robotics & IoT Institute dan Jabatan Standard Malaysia bagi memastikan teknologi EV yang diguna pakai dan dibangunkan dalam negara ini adalah lebih seragam, selamat dan berkualiti.
Pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini dan yang akan datang dijangka dapat meningkatkan penggunaan dan permintaan EV serta menarik pelabur untuk menambah charging point untuk EV di seluruh Malaysia bagi merealisasikan sasaran Malaysia untuk mencapai status negara neutral carbon menjelang tahun 2050 seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Masalah dengan industri EV adalah sebenarnya ramai yang memang minat nak beli kereta EV tetapi tak berani nak beli atau commit sebab mereka takut tak cukup EV charger. Pada masa yang sama, EV charging installer pula tidak berani atau sedia untuk commit untuk bina lebih banyak charging point sebab mereka tidak nampak ada apa-apa permintaan.
ROI mereka terlalu lama senang kata. Justeru, soalan tambahan saya, apa yang kerajaan mampu untuk lakukan untuk menyelesaikan masalah chicken and egg ini?
Saya juga nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, tadi ada sebut cukai jalan kita adalah tax exemption, tax free sampai akhir tahun 2025. Soalan saya. Selepas tamatnya tax-free ini iaitu pada tahun 2026, apa cara pengiraan untuk road tax bagi kereta EV? Oleh sebab seperti yang kita sedia maklum, sekarang kita guna CC untuk road tax.
EV tak ada CC. Jadi, apa cara ia?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, pendekkan soalan.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Itu sahaja, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Charging point yang ada di seluruh negara pada tahun 2021 ialah sebanyak 533 unit dan pada hujung tahun lalu, jumlahnya ialah sebanyak 902 unit charging point. Untuk jangka masa panjang, saya rasa memang kita akan dapat lebih banyak charging point yang akan datang.
Kerajaan melalui Task Force EV akan juga menggariskan dasar supaya ada insentif dan juga inisiatif untuk membantu mewujudkan lebih banyak charging point,
Tuan Liew Chin Tong
terutamanya charging point DC ataupun yang high voltage supaya lebih banyak charging point di seluruh negara dan mengelakkan soalan chicken and egg. Chicken and egg ini sebenarnya kalau ada lebih banyak charging point, kita tidak akan menghadapi masalah yang disebutkan tadi.
Daripada segi cukai jalanan, itu akan diuruskan dan juga diputuskan oleh Jemaah Menteri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat penjelasan tentang berapakah jumlah kereta EV yang berdaftar sehingga kini? Apakah polisi perolehan kenderaan kerajaan yang telah diputuskan oleh kerajaan sebelum ini bahawa memperuntukkan sejumlah kenderaan EV kepada semua perolehan kenderaan kerajaan? Terima kasih.
Tuan Liew Chin Tong
Jumlah yang sedia ada untuk EV yang sedia ada— bukan sahaja EV tetapi juga hibrid ialah sebanyak 21,659 unit yang sedia ada. Dasar yang diputuskan akan diulangi atau diumumkan semasa belanjawan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan nombor 4, Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim. Yang berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jelutong, Langat ke Simpang Empat, Seberang sungai bersama Wak Sapi, Soalan saya nombor empat, Sila jawab menteri yang happy-happy.
4. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [Arau] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan:
(a) sejauh manakah Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bertindak sebagai pengawal kepada kebebasan media yang tiada had sempadan penyebaran terutamanya di media elektronik; dan
(b) adakah kementerian berhasrat untuk mengkaji semula akta berkaitan kebebasan bermedia bagi menangani masalah pemberita yang tidak beretika dan jujur dalam mengeluarkan kenyataan media seperti peletakan tajuk artikel yang bercanggah dengan kandungannya.
Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Arau. Tuan Yang di-Pertua, nanti kemudian saya jawab, WhatsApp nanti. Kerajaan sentiasa menyokong dan mempertahankan kebebasan media serta menjamin hak kebebasan bersuara berdasarkan fasal (1)(a), Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, harus diingatkan bahawa hak yang dimiliki bukan bersifat penuh dan mutlak dan ia harus dilaksanakan secara bertanggungjawab, beretika dan mengambil kira kepelbagaian budaya dan agama yang mencorakkan masyarakat Malaysia.
Ingat, hak bersuara bukan hak memfitnah. Akta Hasutan 1948 dan Akta Rahsia Rasmi 1972 bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan Digital. Walau bagaimanapun, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Akta 588 di bawah kementerian ini tidak pernah bertindak untuk mengehadkan kebebasan media selagi mana penggunaan media elektronik tidak melanggar peruntukan perundangan di bawah akta tersebut. Ini khususnya di bawah peruntukan seksyen 211 dan seksyen 233.
Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Akta ini hanya bagi media dalam talian dan penyiaran ataupun dengan izin, broadcast sebaliknya tidak terpakai bagi media cetak yang tertakluk kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) di bawah peruntukan seksyen 211, Akta 588 yang melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih satu tahun atau kedua- duanya. Juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari ataupun sebahagian daripada sehari, kesalahan itu teruskan selepas pensabitan.
Berdasarkan Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa setiap warganegara berhak kepada kebebasan bersuara, tertakluk kepada apa- apa sekatan melalui undang-undang yang didapati perlu atau suai manfaat demi antara lain kepentingan keselamatan negara, hubungan baik dengan negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral.
Manakala bagi menangani berita ataupun pemberita yang tidak beretika dan jujur dalam menerbitkan laporan media, seperti meletakkan tajuk artikel yang bercanggah dengan kandungannya, kerajaan sentiasa memandang serius isu etika kewartawanan.
Wartawan seharusnya berpegang teguh kepada prinsip dan etika kewartawanan dengan hanya melaporkan berita yang tepat dan sahih dengan peruntukan undang-undang.
Sebarang siaran maklumat yang tidak benar, perlulah dibetulkan segera dengan pemakluman kesilapan dengan izin ‘erata’ yang diterbitkan.
Selain itu, ingin saya maklumkan Dewan yang mulia ini memang Kementerian Komunikasi dan Digital berhasrat untuk meneliti, mengkaji semula serta meminda Akta 588 tetapi pindaan ini bukanlah bertujuan untuk menyekat kebebasan bersuara ataupun kebebasan media tetapi lebih bagi memantapkan lagi rangka kerja kawal selia atau dengan izin regulatory framework terutama berkait isu keselamatan dan kebolehpercayaan rangkaian dengan izin, network security and reliability. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, pertama sekali kita sedar bahawa Facebook dan juga TikTok ini memberi sokongan yang hebat kepada parti Perikatan Nasional. Jadi, apakah kerajaan rasa macam terancam sedikitlah apabila kerajaan meminta supaya pihak TikTok mengeluarkan garis panduan komuniti bagi menyekat laluan tertentu. Kalau tidak, kenapa tidak diteruskan seperti biasa?
Keduanya Yang Berhormat, terdapat wartawan yang mengatakan perkataan sumber tetapi sumber itu sumber yang betul. Kenapa kita tidak bagi syarat perkataan sumber itu tidak boleh disebut sebaliknya sebut sebenar kerana ada juga Menteri yang menyebut sesuatu tetapi you jangan sebut ‘I’ tau. Sumber. Jadi disebut sumber padahal benda itu benda benar. Jadi, perkataan sumber ini apakah akan dipastikan supaya tidak ada pemberitaan yang berdasarkan mengikut sumber tetapi mengikut sebenarnya?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Arau. Ini dua soalan yang baik. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi mana-mana penyedia perkhidmatan media sosial termasuk TikTok dan Facebook yang dikendalikan oleh Meta, semua syarikat ini mempunyai garis panduan komuniti ataupun community guidelines sendiri.
Pihak kerajaan tidak memberi input kepada apa isi kandungan bagi community guideline tersebut. Seperti yang saya pernah jawab sebelum ini, pada minggu lalu bahawa seperti kita ambil contohnya syarikat TikTok. Ia sebenarnya menurunkan content berdasarkan community guideline dan hampir lebih 90 peratus daripada content yang diturunkan itu malah lebih tinggi dari itu, 95 peratus dilakukan secara automatik berdasarkan AI atau artificial intelligence syarikat tersebut.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Berkenaan dengan sumber, saya pun setuju dengan Yang Berhormat. Mungkin perlu ada titik keseimbangan antara sumber yang dikatakan benar ataupun tidak benar.
Kita juga ambil maklum bahawa di kalangan wartawan mereka ada hak untuk memastikan keselamatan identiti sumber mereka tetapi ia perlu diseimbangkan dengan isu fitnah.
Saya bagi contoh baru-baru ini ada sebuah syarikat AwesomeTV yang telah menerbitkan satu laporan berita fitnah yang mengatakan berdasarkan sumber ataupun cadangan bahawa kerajaan berhasrat untuk membuang lebih 800,000 orang pegawai penjawat awam. Ini adalah fitnah yang sangat jelas tidak perlu kita sebut. Akan tetapi kalau untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, syarikat AwesomeTV ini telah sebanyak enam kali melakukan pelanggaran. Lima kali sebelum ini dan kali terakhir ini kali keenam.
Jadi, pada jam 12.30 tengah hari, hari ini pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bertemu dengan pihak AwesomeTV untuk berbincang.
Ini kerana pelanggaran ini berlaku waima di pentadbiran sebelum ini sekalipun. Jadi, kita perlu ada keseimbangan dan mungkin ini bersifat perbincangan di antara pengamal media dan juga pihak berkuasa untuk cari titik temu bagi isu tersebut. Terima kasih.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar minta laluan. Parit Buntar.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
[Bangun]
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan berikutnya Yang Berhormat Ipoh Timur. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang lain, jika ingin soal, tolong tekan. Kalau tidak tekan, siapa tekan dulu dia keluar sini. Yang Berhormat Ipoh Timur tidak keluar di sini.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Saya tekan dahulu tadi.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya tekan dahulu banyak kali sudah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Ipoh Timur tidak keluar di sini ya.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mungkin Yang Berhormat Menteri tahu bahawasanya operasi content moderation dengan izin oleh syarikat memiliki TikTok dekat Malaysia ByteDance sebenarnya operasi itu ada dekat Malaysia, ada dekat Kuala Lumpur.
Apakah pandangan dan juga adakah pihak kementerian punya usaha untuk mencadang atau sekurang-kurangnya mencadangkan kalau tidak meminta supaya ByteDance menjalankan secara double moderation di mana bukan sahaja pool content moderator sedia ada ini ada untuk moderate tetapi ia ada satu lagi lapisan moderation supaya pool of content moderator itu tidak homogeneous dengan izin.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Tuan Yang di-Pertua, memang dalam isu content moderation ini untuk makluman saya difahamkan bahawa syarikat ByteDance mempunyai lebih kurang 4,000 orang moderator yang berpangkalan di Malaysia dan mereka merupakan rakyat atau bekerja di Malaysia 4,000 orang yang akan menilai dan melakukan content moderation dengan izin tetapi bukan untuk Malaysia sahaja tetapi rantau Asia Tenggara dan lebih luas dari itu.
Isunya pada waktu ini, perbincangan yang telah diadakan, pihak kerajaan tidak berhasrat untuk mungkin mengganggu dalam proses ataupun dalam isu komersial. Itu adalah hak syarikat tersebut tetapi kita meneliti dari semasa ke semasa sekiranya didapati ada apa-apa perkara yang merupakan pelanggaran ataupun isu keselamatan sebagai contoh, maka kita akan berhubung terus dengan pihak ByteDance.
Sukacita saya maklumkan ataupun sebut di sini bahawa dalam pelbagai pertemuan, kementerian bersama dengan syarikat tersebut bukan hanya syarikat tersebut tetapi semua pengendali yang lain kita telah bertemu dengan semua.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Kerjasama yang diberikan adalah baik dan saya percaya di masa hadapan, ia akan bertambah baik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan selanjutnya?
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya benarkan hanya dua sahaja, duduk.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Tak boleh cuba?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Julau.
5. Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan Perpaduan bercadang untuk meningkatkan jumlah pemberian amaun peruntukan khas geran Projek Pembangunan Luar Bandar (MRP) dan Projek Mesra Rakyat (PMR) kepada Ahli-ahli Parlimen di Wilayah Sabah dan Sarawak.
Mengapa jumlah peruntukan khas ini untuk setiap Ahli-ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak pada tahun ini tidak sama dan konsisten nilainya sepertimana pada tahun yang sebelum.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih kepada Yang Berhormat Julau atas pertanyaan yang sebenarnya melibatkan– saya juga sebagai Ahli Parlimen dari Borneo.
Tuan Yang di-Pertua, projek-projek yang disebutkan oleh Yang Berhormat Julau merupakan antara kategori program yang pernah terkandung di bawah peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah penambah dan pelengkap kepada peruntukan di bawah rancangan Malaysia lima tahun. Penyediaan dan penyaluran peruntukan ini adalah mengikut dasar sedia ada dan tertakluk kepada kemampuan semasa kewangan kerajaan.
Selain program di bawah peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, terdapat pelbagai program lain yang boleh dipohon dan digunakan untuk tujuan yang sama merentasi pelbagai kementerian. Kerajaan akan sentiasa berusaha meningkatkan peruntukan untuk projek-projek yang berorientasikan rakyat.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jadi, soalan saya, apabila kita nampak tadi Yang Berhormat Menteri kata ini berdasarkan dalam tempoh rancangan Malaysia. Akan tetapi, apabila kita nampak apa yang berlaku dari tahun 2018, kita nampak sudah ada tiga buah kerajaan ataupun empat buah kerajaan.
Sebelum ini, semua kerajaan ada bagi peruntukan khas dan tambahan sebanyak RM500,000 untuk Sabah dan Sarawak. Kepada kawasan-kawasan pedalaman, ini mesti ditimbangkan kerana banyak kerja ataupun jalan, air, elektrik dan sebagainya, belum ada.
Kita di kawasan pedalaman mungkin ada 20 tahun atau 30 tahun ke belakang dari tempat macam Kuala Lumpur ataupun bandar-bandar. So, saya minta Yang Berhormat Menteri boleh bagi satu jawapan yang jelas.
Satu lagi, untuk Ahli Parlimen pembangkang, adakah kajian untuk sama bagi, sama rata ataupun satu amaun yang sesuai dan adil untuk mereka juga? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama, berhubung dengan peruntukan-peruntukan yang disebutkan tadi. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya, penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen adalah berbeza kadarnya mengikut pentadbiran-pentadbiran.
Kalau boleh saya sebutkan di sini Yang Berhormat, sebenarnya ada pentadbiran yang hanya memberikan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Ahli Parlimen pembangkang, ada pentadbiran yang langsung tidak memberikan walaupun satu sen pun kepada Ahli Parlimen pembangkang, ada pentadbiran yang memberikan peruntukan, tetapi perlu sign dahulu memorandum persefahaman. Yang tak sign, tidak dapat peruntukan tersebut.
Namun, apa yang saya sebutkan tadi insya-Allah, Yang Berhormat. Asasnya adalah kerajaan pada hari ini sentiasa mempertimbangkan permohonan. Namun kita melihat pada peringkat awal ini untuk memastikan pengurusan dan perancangan fiskal dan kewangan negara itu, diberikan penekanan utama terlebih dahulu dan pada masa yang sama, kerajaan sentiasa terbuka untuk mempertimbangkan apa juga peruntukan yang diperlukan oleh rakyat di setiap kawasan Parlimen.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dipersilakan Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih. Kerajaan Madani adalah kerajaan yang adil. Saya ingat dahulu pun apabila saya duduk di meja pembangkang, saya adalah di antara Ahli Parlimen yang terakhir mendapat peruntukan daripada kerajaan yang lepas, sampai perlu botakkan kepala, jual barang, ajar tuisyen secara percuma untuk memastikan anak-anak Muar tidak tertinggal daripada bantuan, khususnya bantuan kebajikan.
Akan tetapi, untuk kita menoleh ke belakang dan kata, “Dulu mereka boleh buat, dengan itu kita perlu buat benda yang sama” adalah salah. Wajarkah kerajaan yang baharu ini memberikan peruntukan yang adil dan saksama untuk memastikan jalan ke hadapan, tak kira sesiapa pun dalam kerajaan, peruntukan wajib diberikan kerana orang susah tidak ikut warna politik. We need to bring a new form of politics for Malaysia. Terima kasih.
[Tepuk]
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya fikir kerajaan pada hari ini sentiasa terbuka dan akan mempertimbangkan permohonan- permohonan dan juga cadangan tersebut, insya-Allah. Yang Berhormat, walaupun pada masa YB Muar berada dalam kerajaan selama 22 bulan, usaha itu tidak dapat direalisasikan pada pentadbiran itu hanya RM100,000 disalurkan kepada Ahli Parlimen pembangkang. Insya-Allah, kerajaan pada hari ini akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya.
Asasnya, sebagaimana peruntukan yang telah disalurkan kepada Ahli-ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan pada hari ini adalah melalui permohonan daripada Ketua- ketua Whip parti, maka pimpinan kerajaan pertimbangkan dan disalurkan. Jadi, mana- mana Ahli Parlimen yang belum mungkin menerima peruntukan itu, suka saya mencadangkan agar memohonlah, berundinglah dengan pimpinan kerajaan melalui Ketua Whip masing-masing agar mereka juga dengan perundingan yang dibuka, boleh dipertimbangkan peruntukan-peruntukan yang sama.
Apa yang paling penting asasnya adalah keterbukaan kita, sebagaimana komitmen yang telah diberikan oleh kerajaan pada hari ini dan dengan adanya kedudukan kewangan yang baik, saya fikir kerajaan pada hari ini tidak akan ragu-ragu untuk mempertimbangkan peruntukan, juga untuk Ahli-ahli Parlimen daripada seluruh kawasan demi kepentingan rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan keenam...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Satu lagi soalan Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kepala Batas.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai. Dua-dua sebelah sana tadi. Dua-dua sebelah kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya telah putuskan.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Sepatutnya sebelah sini satu Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya telah putuskan ya.
6. Puan Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan adakah terdapat Skim Bantuan Khas Pemula tanpa cagaran bagi membantu wanita dan anak muda untuk menceburi dan memulakan perniagaan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Kepala Batas dan Dewan yang mulia ini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah menyediakan pelbagai bantuan dan inisiatif pembiayaan tanpa cagaran bagi membantu usahawan wanita dan belia, termasuk anak muda untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan melalui agensi-agensi kementerian seperti berikut.
Pertama, di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia, menyediakan pembiayaan tanpa cagaran seperti Skim Pembiayaan Ikhtiar (I-Mesra) dan Skim Pembiayaan Ikhtiar (I-Muda) untuk bakal usahawan di kalangan wanita dan anak muda B40 dan berpendapatan rendah bagi memulakan perniagaan. Nilai pembiayaan Skim I-Mesra adalah di antara RM5,000 hingga RM10,000 dan pembiayaan bagi Skim I-Muda pula ialah di antara RM3,000 hingga RM30,000. Bagi tahun 2022, sebanyak 80,866 orang usahawan telah menerima pembiayaan Skim I-Mesra dengan peruntukan berjumlah RM722.7 juta dan sebanyak 97,229 orang usahawan menerima pembiayaan di bawah Skim I-Muda, melibatkan peruntukan berjumlah RM667.71 juta.
Kedua, di bawah Bank Rakyat, program untuk membantu usahawan wanita tanpa melibatkan cagaran melalui Program Biz Lady. Antara ciri produk pembiayaan bagi usahawan mikro ialah pembiayaan sebanyak RM50,000 untuk tempoh sehingga lima tahun. Bagi usahawan PKS pula, pembiayaan sehingga RM1 juta disediakan untuk tempoh sehingga tujuh tahun. Bagi tahun 2022, sebanyak 1,452 orang usahawan wanita telah menerima pembiayaan Biz Lady melibatkan peruntukan berjumlah RM63.21 juta.
Bank Rakyat juga menyediakan program pembiayaan kepada graduan melalui Graduate Mentoring Program. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA, merangkumi proses latihan, bimbingan di antara tiga hingga enam bulan serta pakej pembiayaan sebanyak RM100,000 bagi peserta program yang telah berjaya menamatkan latihan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Sebanyak 2,236 orang graduan UiTM termasuk 1,755 orang wanita telah mengikuti penerangan dan taklimat berkaitan program ini pada tahun 2022.
Ketiga, melalui TEKUN Nasional pula kita memperkenalkan program pembiayaan khas tanpa cagaran untuk usahawan yang menjalankan perniagaan secara online melalui pelaksanaan Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT).
Pembiayaan khas ini terbuka kepada semua peringkat umur dan jantina termasuk usahawan wanita dan anak muda dengan menyediakan nilai pembiayaan RM5,000 bagi pemohon yang tidak mempunyai pendaftaran perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) dan sehingga RM10,000 bagi yang mempunyai pendaftaran perniagaan SSM.
Sehingga 10 Februari 2023, sebanyak 118 orang usahawan wanita dan belia telah menerima pembiayaan SPOT melibatkan peruntukan sebanyak RM884,000.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Bagi usahawan wanita dan anak muda yang menjalankan perniagaan melalui premis tetap ataupun bergerak, TEKUN Nasional juga menyediakan bantuan pembiayaan menerusi Program Pembiayaan TEKUN dengan nilai maksimum sebanyak RM100,000 tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan. Bagi tahun 2022, TEKUN Nasional telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.1 bilion di bawah Program Pembiayaan TEKUN Nasional dengan melibatkan sebanyak 73,073 orang usahawan termasuk wanita dan belia.
Keempat, di bawah SME Corp., agensi ini melaksanakan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) dan juga TUBE@PEMERKASA kepada belia bumiputera termasuk wanita yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan peruntukan sebanyak RM12.74 juta. Seramai 915 belia telah menyertai program tersebut dan seramai 436 orang daripadanya adalah belia wanita. Bantuan yang disediakan dalam pembangunan kapasiti berbentuk latihan, geran permulaan tanpa cagaran dan khidmat nasihat kepada belia bumiputera yang berumur 18 tahun sehingga 30 tahun. Sebanyak RM1 juta telah disediakan di bawah rancangan Program TUBE pada tahun 2023 ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Kepala Batas.
Dr. Siti Mastura binti Mohamad - Kepala Batas
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kita melihat kepada jurang pencapaian ekonomi wanita bandar dan juga luar bandar masih lagi jauh. Justeru, apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan prestasi wanita luar bandar khususnya sama ada di Sabah dan juga Sarawak supaya mereka dapat memberi sumbangan yang mampan kepada ekonomi negara?
Datuk Ewon Benedick
Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas.
Kementerian melalui agensi kita khususnya, Amanah Ikhtiar Malaysia dan TEKUN Nasional akan terus melaksanakan program-program pembangunan keusahawanan wanita termasuk komuniti wanita di luar bandar dan kita tahu faktanya, wanita ini memang good paymaster dan itu sebabnya kita menghargai sumbangan peranan golongan usahawan wanita termasuk di luar bandar ini.
Yakinlah di bawah belanjawan yang akan dibentangkan pada Jumaat ini kita berharap peruntukan yang lebih besar disalurkan kepada Amanah Ikhtiar Malaysia dan juga TEKUN Nasional untuk kita menjayakan program-program pembangunan usahawan wanita termasuk di luar bandar dan teristimewanya di Sabah dan Sarawak. Terima kasih.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Kuantan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
[Bangun]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Jelebu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Paya Besar.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Alamak.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Paya Besar.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Ingatkan hendak bagi MP wanita.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Yang di-Pertua, saya...
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Yang Berhormat Paya Besar lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Paya Besar, bukan Yang Berhormat Jelebu. Yang Berhormat Paya Besar dahulu.
[Ketawa]
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, saya dengar Tuan Yang di-Pertua panggil Jelebu sebab itu saya bangun.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Jauh itu.
[Ketawa] Yang Berhormat Paya Besar, silakan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu komprehensif. Yang Berhormat, saya akui wanita dan anak muda merupakan tunjang penggerak masa depan negara. Cumanya, berbalik kepada apa Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi semua permohonan tersebut akan melalui financial credibility atau credit report. Bagaimana Yang Berhormat Menteri melihat dalam bajet yang akan diumumkan pada hari Jumaat ini, Bajet 2023 (Bajet 2.0) ini. Adakah dimasukkan juga tentang isu bankrupt ini? Sebanyak 30 peratus daripada jumlah bankrupt hampir RM300,000 adalah golongan wanita, 61 peratus adalah yang berumur 44 tahun ke bawah.
Jadi Yang Berhormat Menteri, kalau dia orang pergi ke bank tidak lepas Yang Berhormat Menteri. Kementerian Yang Berhormat lah agensi yang perlu melihat perkara ini supaya isu bankrupt ini dapat kita selesaikan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ewon Benedick
Terima kasih, Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, Amanah Ikhtiar Malaysia merupakan agensi kita yang bersedia memberikan pembiayaan kepada usahawan-usahawan tanpa melihat latar belakang sama ada mereka ini bankrap ataupun sebaliknya dan kita telah memberikan pembiayaan kepada mereka yang memang ada isu bankrap ini.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat, ini adalah sesuatu perkara yang sentiasa dan perlu dilihat oleh kerajaan dan kementerian. Saya mengalu-alukan pandangan sedemikian tetapi sepertimana yang saya katakan tadi di peringkat kementerian khususnya Amanah Ikhtiar Malaysia, kita memberi pembiayaan ini kepada usahawan-usahawan tanpa melihat status bankrap mereka. Terima kasih.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat, boleh satu lagi ya...
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Boleh satu lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan nombor tujuh, yang lain boleh duduk.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Garang betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Dato’ Seri Amirudin shaari, Yang Berhormat Gombak.
7. Dato’ Seri Amirudin bin Shari [Gombak] Minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah perkhidmatan kerajaan telah ditawarkan secara digital serta perancangan dan garis masa kerajaan untuk mendigitalkan perkhidmatan kerajaan secara sepenuhnya. Apakah langkah kerajaan bagi menjamin maklumat pengguna dalam aspek keselamatan siber.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih, Timbalan Menteri yang menjawab Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Gombak.
Kerajaan sentiasa komited dalam usaha untuk meningkatkan jumlah perkhidmatan kerajaan yang boleh ditawarkan secara digital selain bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kerajaan secara menyeluruh. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU), Jabatan Perdana Menteri sebagai agensi pusat yang bertanggungjawab dalam memodenkan dan menambahbaikkan sistem penyampaian perkhidmatan awam akan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memudahkan urusan rakyat dari semasa ke semasa, Yang Berhormat.
MAMPU mempunyai— bahawa penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui teknologi digital adalah kritikal pada masa kini bagi memenuhi keperluan dan tuntutan rakyat. Bagi tujuan tersebut, Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia dan Rancangan Malaysia Kedua Belas menyasarkan perkhidmatan Kerajaan Persekutuan disediakan secara end-to-end (E2E), sebanyak 80 peratus menjelang tahun 2025.
Sebagai makluman sehingga Oktober 2022, sebanyak 21,723 perkhidmatan telah disediakan oleh kerajaan secara E2E yang membawa kepada peratusan sebanyak 66.24 peratus daripada keseluruhan perkhidmatan kerajaan yang dilaporkan iaitu sebanyak 32,796. Pencapaian ini dapat memacukan transformasi sektor awam menjadi kerajaan digital dengan memanfaatkan teknologi, data, kecerdasan digital, meningkatkan set kemahiran digital penjawat awam dan meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam talian.
Sejajar dengan perkembangan teknologi digital dunia dan ingin merancakkan lagi agenda pendigitalan negara, kerajaan telah membangunkan pelbagai pelan pendigitalan kerajaan bermula dari tahun 1995. Lagi, melalui Projek Koridor Raya Multimedia dan projek pendigitalan ini diteruskan sehingga kini melalui pembangunan Rangka Tindakan
(Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia, MyDIGITAL 2021 dan 2025; Rancangan Malaysia Kedua Belas juga; Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara; Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030; Wawasan Kemakmuran Bersama 2030; dan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Semua pelan tersebut telah mengambil kira agenda pengiktirafan perkhidmatan kerajaan secara menyeluruh yang bertujuan untuk memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa mampan di samping pembangunan ekonomi negara yang mampan.
Selain daripada itu Yang Berhormat, perkhidmatan kerajaan yang boleh disediakan dan dicapai secara digital. Aspek keselamatan siber turut penting dan paling utama yang perlu diberikan perhatian. Untuk itu melalui agensi keselamatan siber negara, National Cyber Security Agency (NACSA) yang merupakan agensi pusat bagi keselamatan siber negara yang telah membangunkan satu dokumen strategi keselamatan siber itu Malaysia Cyber Security Strategy tahun 2020 hingga tahun 2024. Strategi keselamatan siber ini meliputi seluruh aspek keselamatan siber yang dikategorikan
sebagai lima pillars, seperti mana dengan izin Tuan Yang di-Pertua
(i) effective governance and management;
(ii) strengthening legislative framework and enforcement;
(iii) catalysing world class innovation, technology R&D and industry;
(iv) enhancing capacity and capability building awareness and education; dan
(v) strengthening global collaboration. Strategi keselamatan siber ini juga dibangunkan untuk menjaminkan keselamatan siber negara termasuk perlindungan maklumat pengguna. Contoh program yang dilaksanakan bagi keselamatan siber ini adalah National Cyber Drill atau dengan ringkasnya X-Maya iaitu latihan krisis Cyber National yang merupakan simulasi Yang Berhormat serangan siber berkala besar terhadap infrastruktur maklumat negara yang kritikal. Lantaran itu bertujuan untuk mencapai beberapa objektif di antaranya ialah untuk mencari ruang penambahbaikan terhadap National Cyber Security Response, menguji ketegasan keberkesanan keselamatan sistem, menguji kebolehan sistem keselamatan siber dan meningkatkan kesedaran tentang kesan serangan terhadap keselamatan negara terhadap pengguna. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Gombak. Soalan tambahan.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang menyeluruh sebentar tadi.
Merujuk kepada beberapa perkembangan terbaru sebagaimana yang dilaporkan pada Mei tahun 2022 dan juga laporan audit terbaharu iaitu pada Februari 2023 terdapat beberapa tindakan dan cubaan yang dilakukan oleh sesetengah pihak termasuk super admin untuk mendedahkan maklumat-maklumat sama ada yang melibatkan aplikasi MySejahtera dan juga yang terkandung dalam maklumat Jabatan Pendaftaran Negara.
Sebagaimana strategi yang disebut yang kedua tadi enforcement and regulation, saya percaya apakah langkah-langkah susulan yang boleh diambil untuk mengelakkan perkara-perkara ini berulang dan yang kedua melakukan siasatan yang menyeluruh kerana impaknya merupakan satu kelompok yang besar yang melibatkan jutaan rakyat dan warganegara? Terima kasih.
Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai MySejahtera itu saya ingat data-data adalah di bawah Kementerian Kesihatan Yang Berhormat. Akan tetapi saya akan memberikan sedikit mengenai Yang Berhormat yang bertanya tadi ketirisan insiden maklumat yang telah pun oleh NACSA. MKN yang melibatkan lebih 21 juta data peribadi rakyat Malaysia, data tersebut didakwa diperolehi daripada sektor kerajaan, perbankan, teknokrasi dan juga parti politik Yang Berhormat. Itu adalah skema yang sangat popular pada ketika ini. Jadi itulah Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak menyentuh satu perkara yang agak sensitif dalam sistem pendigitalan negara ini iaitu apakah set data terbuka yang kerap dimuat turunkan oleh pengguna di portal data terbuka dan kumpulan sasaran perkhidmatan E2E yang melibatkan sektor perkhidmatan awam? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih saudara dan rakan saya sahabat saya Yang Berhormat Pendang. Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Jadi untuk menjelaskan kepada semua kepada Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini. Kebanyakan mereka tidak faham sangat mengenai E2E atau BE2E ini Yang Berhormat.
Perkhidmatan E2E ini definisikan sebagai perkhidmatan yang dilaksanakan secara dalam talian sepenuh dari mula hingga akhir Yang Berhormat. Proses yang boleh diakseskan pada bila-bila masa di mana tanpa berurusan secara bersemuka dan juga
perkhidmatan BE2E Yang Berhormat pula terbahagi kepada tiga seperti berikut
(i) perkhidmatan separa E2E yang definisikan sebagai perkhidmatan dalam talian yang disediakan kepada pelanggan tidak sepenuhnya E2E ini di mana terdapat sebahagian proses laksana secara manual atau keperluan berterusan secara bersemuka;
(ii) e-Kaunter. E-Kaunter yang definisikan sebagai perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan di kaunter yang menggunakan kemudahan pengkomputeran agensi; dan
(iii) perkhidmatan manual yang definisikan sebagai perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan di kaunter yang menggunakan kaedah manual ini.
Yang Berhormat, jadi inilah saya ingat supaya Ahli-ahli Yang Berhormat kita maklum dengan E2E dan BE2E. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan nombor lapan. Dipersilakan Yang Berhormat Parit, Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib.
8. Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Ekonomi menyatakan peranan kementerian dalam:
(a) merancakkan sektor ekonomi khususnya kepada golongan belia yang masih belum pulih daripada kesan pandemik COVID-19; dan
(b) menangani kemelesetan permintaan daripada pasaran buruh kepada golongan belia akibat kenaikan gaji minimum.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Tuan Yang di-Pertua.
Pandemik COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada sosioekonomi negara dan kesannya dirasai oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah golongan belia. Dalam meneruskan usaha pemulihan ekonomi kerajaan akan memberi penekanan kepada reformasi struktur ekonomi dan institusi berdasarkan kerangka dasar Malaysia Madani.
Tuan Yang di-Pertua. Kenyataan bahawa kemelesetan permintaan daripada pasaran buruh kepada golongan belia akibat kenaikan gaji minimum itu adalah tidak tepat.
Isu pengangguran dalam kalangan belia memanglah satu cabaran yang perlu ditangani tetapi kita perlu jelas mengenai kedudukannya dan juga puncanya. Kalau melihatkan kepada angka pengangguran negara adalah sebanyak 3.7 peratus setakat bulan yang lepas. Pengangguran belia memang betul 10 peratus. Akan tetapi apabila kita lihat kepada data-data lain contohnya laporan survey tenaga suku tahun keempat 2022 menunjukkan bahawa jumlah penganggur yang dikira belia iaitu dalam kumpulan umur 15 tahun hingga 24 tahun adalah seramai 299,400 orang. Jumlah ini telah berkurangan sebanyak 1,900 orang berbanding dengan suku ketiga tahun 2022.
Apabila kita lihat kepada laporan-laporan lain contohnya skim insurans pekerjaan yang dikeluarkan oleh PERKESO juga menunjukkan ada penurunan 33.6 peratus dari tahun ke tahun. Apabila dilihat kepada statistik guna tenaga yang dikeluarkan oleh DOSM juga telah menunjukkan bahawa ada peningkatan daripada segi jawatan dari tahun suku ketiga 2022 kepada suku keempat 2022.
Jadi Tuan Yang di-Pertua keadaan sebenarnya ialah kerana pengangguran ataupun underemployment dengan izin dalam kalangan belia ini adalah kerana spektrum pekerjaan yang tidak padan. Maksudnya kebanyakan pekerjaan yang sesuai kepada golongan ini berada di satu pihak ialah dalam sektor pembuatan contohnya yang kurang menarik minat golongan ini. Di satu spektrum yang lain kebanyakan daripada jawatan kosong itu adalah dari bentuk-bentuk pekerjaan yang memerlukan kemahiran digital yang ada jurang kemahiran yang besar. Oleh sebab itu kerajaan setakat ini akan memberi tumpuan kepada beberapa program contohnya program Academy in Factory yang mana syarikat-syarikat mengambil mereka yang bersesuaian dengan sektor pembuatan yang seterusnya dilatih terus dan diberikan peluang pekerjaan terus.
Kedua ialah kita kena mempercepatkan dari segi sektor tenaga kerja kita untuk melatih graduan ataupun golongan belia supaya boleh menutup jurang dalam kemahiran- kemahiran yang ada banyak peluang pekerjaan ini contohnya kemahiran digital supaya ia tidak semata-mata bergantung kepada mendapatkan ijazah ataupun sijil dalam tempah yang lama tetapi lebih kepada bentuk-bentuk yang contohnya on the job training yang boleh memendekkan program-program menutup jurang kemahiran ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan.
Yang Berhormat Parit.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya. Adakah penyelidikan dilakukan dan apakah contoh bentuk penyelidikan yang telah dan akan dilakukan oleh Kementerian Ekonomi dalam hal sosioekonomi terutamanya melibatkan kelangsungan dan taraf hidup belia di negara kita ini?
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih, Yang Berhormat Parit. Saya boleh sambung, maksudnya jawapan saya tadi.
Kita ada kesenjangan, maksudnya jurang yang besar antara bentuk-bentuk pekerjaan yang diperlukan dengan mutu ataupun kemahiran yang dihasilkan oleh sistem kita. Kalau ambil contoh TVET, kebanyakan daripada institusi ataupun bentuk ataupun pensijilan yang dikeluarkan sekarang ini lebih bergantung ataupun merujuk kepada keperluan kerja tahun 90-an, tahun 2000 dan sebagainya yang berasaskan kepada mesin.
Sekarang ini, ia tidak lagi begitu. Kebanyakannya bergerak ke arah automasi.
Maksudnya, mesin pun berbeza dan juga kemahirannya pun berbeza. Jadi, Kementerian Ekonomi bekerjasama dengan semua kementerian lain yang terbabit dan kita perlukan kerjasama daripada sektor swasta sebenarnya.
Jadi, salah satu daripada keputusan yang telah diambil oleh kerajaan, contohnya, untuk membuka institusi-institusi TVET ini untuk diusahakan oleh pihak swasta supaya tidak ada jurang yang besar antara kemahiran dan latihan yang diberikan dengan tuntutan sektor pekerjaan. Kalau ini boleh diusahakan, insya-Allah, kita yakin, contohnya program Academy in Factory akan berjaya melatih 100,000 orang golongan belia dalam tahun ini dan ini akan membantu masalah pengangguran dalam kalangan golongan belia.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, memang kita tahu cabaran ekonomi untuk tahun ini amat besar.
Selain daripada risiko kelembapan ekonomi, saya lihat risiko inflasi juga penting. Kalau kita lihat negara-negara seperti USA, negara-negara Eropah, inflasi mereka mencecah sehingga lebih daripada 10 peratus. Di Malaysia ini agak terkawal.
Akan tetapi, saya lihat inflasi bahan makanan agak tinggi. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Menteri dan juga apakah langkah-langkah untuk mengatasi isu ini? Terima kasih.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Melaka. Untuk kita menangani masalah inflasi yang berlaku di seluruh dunia, kita perlu mengkaji dan memperhalus komponen-komponen yang menyumbang kepada kadar inflasi tersebut.
Contohnya, setakat dua bulan sejak pentadbiran ini mengambil alih, kenaikan harga sebenarnya didorong oleh harga akhir di kedai dan restoran yang masih lagi tinggi.
Oleh sebab itu, kita perlu menanganinya pada keseluruhan rangkaian, maksudnya daripada perbekalan (supply) dan juga permintaan (demand). Dari segi perbekalan, sudah tentu kita akan membuka tanah-tanah supaya kita perlu memastikan bahawa bekalan terutamanya bahan-bahan mentah seperti sayuran dan yang digunakan di restoran dan kedai ini, harganya itu dapat diturunkan dengan mengimbangi bekalan yang lebih, di samping membuka peluang pekerjaan kepada golongan belia dan golongan miskin.
Akan tetapi, pada masa yang sama, kita juga perlu pastikan kesedaran dan juga pilihan pengguna-pengguna itu berada di tahap yang semakin baik supaya pilihan mereka dalam membeli itu akan memastikan keseimbangan antara permintaan (demand) dan juga bekalan (supply). Jika ini boleh berlaku dan kita berharap dalam bulan-bulan yang akan datang kadar kenaikan harga barang yang melibatkan barang masak ataupun barang makanan yang dibawa balik ke rumah semakin menyederhana, dan itu akan membolehkan kita mengawal inflasi dengan lebih baik. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kenyataan Yang Berhormat Menteri iaitu perkataan “Kita akan membuka tanah-tanah...”, hendak buka tanah dekat mana? Sebab...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, masa soalan lisan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jawapan ini Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sekarang ini masa soalan lisan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jawapan ini mengelirukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak boleh sebut “Kita akan buka tanah-tanah untuk tanam...”
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Arau, duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tanah di mana, Yang Berhormat Menteri?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ini waktu soalan lisan, Yang Berhormat Arau. Dalam bahas nanti bolehlah ya.
9. Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan usaha dan perancangan kementerian dalam mengawal pertumbuhan institusi pengajian tinggi swasta yang tidak mendapat pengiktirafan dari Agensi Kelayakan Negara (MQA) tetapi terus beroperasi dan akhirnya graduan yang telah berbelanja ribuan ringgit menghadapi masalah dalam mencari pekerjaan memandangkan sijil yang diperoleh tidak diiktiraf oleh MQA.
Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kementerian sentiasa memandang serius sebarang isu yang melibatkan integriti dan pengiktirafan institusi pendidikan tinggi. Justeru, pihak kementerian sentiasa menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas IPT bagi memastikan IPT sentiasa mematuhi akta dan peraturan yang berkuat kuasa.
Mana-mana IPT atau IPTS yang didapati menawarkan program yang tidak mendapat akreditasi tetapi telah mengelirukan pihak awam dengan mendakwa program tersebut telah mendapat akreditasi MQA, mereka boleh didakwa dan dikenakan tindakan di bawah seksyen 96 dan seksyen 97 Akta MQA.
Kedua-dua seksyen ini memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang mendaftarkan pelajar bagi sesuatu program yang didakwa sebagai program diakredit tanpa suatu perakuan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Malah di bawah seksyen 97, sebarang aktiviti mempromosi dan mengiklankan program pengajian yang tidak mendapat akreditasi MQA boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM200,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Selain kerangka kelulusan dan pemantauan yang ketat ini, pihak kementerian juga bertindak berdasarkan aduan-aduan orang awam yang diterima menerusi saluran aduan yang telah disediakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Menteri, sedarkah bahawa pertumbuhan IPTS ini diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Akan tetapi, kebanyakan mereka ini tidak memikirkan soal integriti, soal kepentingan pendidikan itu sendiri bahkan mereka cuma memikirkan soal keuntungan.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Justeru, apakah Yang Berhormat melihat bahawa perkara ini perlu dibanteras dengan sebaik mungkin? Kita tidak ingin kementerian cuma bersikap untuk memantau, memerhati dan sebagainya. Bagaimanakah caranya?
Contoh mutakhir yang kita lihat; pelajar di IPTA yang belajar Ijazah Sarjana Muda Perniagaan mengambil masa empat tahun tetapi di IPTS Ijazah Eksekutif Perniagaan, satu tahun setengah. Selepas dia dapat, dalam resume dia tidak letakkan “Eksekutif”. Dia letak “Ijazah Sarjana Muda Peniagaan”. Ini merupakan penipuan yang berlaku.
Jadi, apakah mekanisme yang dilihat oleh kementerian untuk memastikan keraguan ibu bapa ini dapat kita selesaikan? Terima kasih. Yang Berhormat Arau, diam, diam.
Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih, Yang Berhormat Kinabatangan. Sebenarnya ada dua pendekatan yang dilakukan oleh kementerian untuk memastikan bahawa kita dapat menjaga integriti dan juga kualiti institusi pendidikan tinggi swasta kita itu sendiri.
Memang benarlah bahawa IPTS ini banyak. Untuk makluman, sehingga Januari 2023, terdapat sebanyak 416 buah IPTS di seluruh negara. Ia terdiri daripada 56 buah universiti, 34 kolej universiti, 316 kolej dan 10 kampus cawangan universiti luar negara.
Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Sumbangannya juga sangat besar. Daripada segi enrollment, seramai 517,000 orang pelajar sedang mengikuti pengajian di IPTS. Manakala daripada jumlah itu 59,000 adalah pelajar antarabangsa. Saiz ini menyumbang kira-kira RM31.5 bilion kepada ekonomi dan pulangan negara dalam tahun 2020.
Jadi, kita memang sentiasa menekankan kepada soal kualiti. Pertama dari segi penubuhan IPTS itu sendiri. Tidak mudah untuk menubuhkan. Antara syaratnya, ahli lembaga pengarah mestilah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya kalau untuk kolej, tiga tahun dalam pengurusan organisasi. Akan tetapi kalau untuk kolej universiti dan universiti, dia kena lagi lama.
Kemudian daripada segi modal berbayar pula. Kalau kolej, RM1 juta, kalau kolej universiti, RM15 juta. Kalau universiti, RM20 juta. Kita juga mensyaratkan syarikat mesti mencatatkan keuntungan bagi tiga tahun terkini sebelum kita luluskan lesen. Syarikat juga hendaklah berobjektif tunggal untuk menubuhkan dan menguruskan hal-hal berkaitan pendidikan dan juga pendidikan tinggi. Penting juga kita letakkan syarat, syarikat mesti mempunyai perancangan untuk menguruskan IPTS sekurang-kurangnya lima tahun selepas ianya didaftarkan. Maknanya, selepas dapat lesen tidak boleh dua tahun, tiga tahun, ianya dibubarkan. Memang tidak dibenarkan.
Ketika ini kita juga mahukan setiap institusi IPTS mewujudkan unit dan sistem jaminan kualiti yang berperanan mengurus, menyelaras dan mengaplikasikan sistem pengurusan kualiti secara berkesan. Itu daripada segi JPT dalam mengawal IPTS.
Kemudian daripada segi program. Daripada segi program kita mempunyai MQA yang akan memastikan kualiti program yang ditawarkan itu adalah diiktiraf dan MQA akan melaksanakan pemantauan yang melibatkan tiga peringkat iaitu proses pemantauan syarat, proses audit pemantauan dan juga proses siasatan terhadap aduan. Jadi, semua daripada segi jaminan kualiti semuanya telah ada dan kita usaha untuk lakukan.
Untuk makluman Yang Berhormat, kalau nak dikatakan soal penawaran program tanpa akreditasi, tahun lepas hanya ada satu complaint sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.
Terima kasih Yang Berhormat.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat, Ayer Hitam.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya bangun di bawah 18(1).
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Arau. Ada usul daripada Menteri. Sekejap lagi saya berikan, sebentar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut peraturan mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.00 malam dan selepas itu majlis mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 21 Februari.”
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
Saya hendak baca pemakluman dulu ya. Oleh sebab itu saya – pemakluman. Ahli Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan bahawa perkhidmatan bas perantaraan secara percuma di perkarangan Bangunan Parlimen telah bermula pada hari ini, Isnin, 20 Februari 2023. Ia terbuka kepada semua Ahli Parlimen, pegawai kerajaan dan petugas media.
Perkhidmatan ini merupakan inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan kerjasama Rapid Bus Sdn Bhd dengan tujuan untuk menangani isu kesesakan lalu lintas di perkarangan Bangunan Parlimen dan pada masa yang sama mempromosikan penggunaan pengangkutan awam. Parlimen Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengangkutan dan Rapid Bus atas inisiatif ini.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di- Pertua, bas ini menghantar ke destinasi masing-masing? Bas ini bas elektrik atau bas biasa?
Tuan Yang di-Pertua
Dia ada stesen-stesen dia. Selepas itu dia masuk ke dalam Parlimen. Cuma kena ambil pas sendirilah ya.
Saya nampak Yang Berhormat Arau dulu. Silakan Yang Berhormat Ayer Hitam, bagi Yang Berhormat Arau dulu ya. Yang Berhormat Arau ada standing order?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Saya bangun di bawah Perkara 18(1). Saya pohon kepada Tuan Yang di-Pertua untuk membenarkan saya membacakan usul ini.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Arau saya sudah tolak kan?
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak boleh, kalau sudah tolak tidak boleh baca.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak apa. Yang Berhormat Arau saya sudah tolak usul itu. Akan tetapi oleh sebab Yang Berhormat Arau senior dan isu yang Yang Berhormat Arau hendak bangkitkan itu pun besar. Rakyat Perlis pun hendak tengok Yang Berhormat Arau. Saya bagi peluang Yang Berhormat Arau baca.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, jangan menyibuk.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak apa Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau baca terus. Saya bagi peluang. Akan tetapi tidak boleh bahas ya Yang Berhormat Arau.
Tidak boleh bahas.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini keputusan luar biasa, Tuan Yang di-Pertua. Biasanya tidak dibenarkan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Masih hidup lagi yang di sana.
Dengan sukacitanya saya ingin memohon pertimbangan Tuan Yang di-Pertua untuk membenarkan saya membawa satu usul tergempar bagi membahaskan berkenaan permohonan mengeluarkan KWSP secara bersasar di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) seperti berikut.
Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa kerajaan supaya menyegerakan pengeluaran KWSP secara bersasar oleh pencarum KWSP. Pencarum sudah semakin terdesak. Tambahan pula, harga barang semakin naik dan kos sara hidup yang meningkat saban hari. Ada yang terpaksa menjual harta dan tinggal sehelai sepinggang. Sudah menjadi tanggungjawab Ahli Parlimen untuk mengotakan janji untuk membantu rakyat.
Oleh hal yang demikian, saya merasakan isu ini perlu disegerakan untuk dibincangkan kerana kerajaan perpaduan yang disebut boleh mengambil langkah yang sama seperti yang dilakukan sewaktu era pemerintahan Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin dan Dato’ Sri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri iaitu membenarkan pengeluaran KWSP secara bersasar, secara berperingkat. Pastinya pengeluaran KWSP secara bersasar ketika ini menjadi kepentingan utama orang awam kerana KWSP adalah milik dan hak mereka.
Kita harus tahu pencarum mempunyai hak kerana mengikut Akta KWSP 1991 seksyen 54 yang merupakan punca kuasa bagi pihak KWSP membenarkan pengeluaran carumannya bagi tujuan pembiayaan kelangsungan hidup. Pencarum memerlukan wang simpanan titik peluh mereka dengan segera sebelum sesi persekolahan 2023 dibuka tidak lama lagi.
Sesi persekolahan bagi kalender akademik 2023/2024 dijangkakan akan bermula pada 19 Mac 2023 bagi negeri kumpulan A. Manakala, 20 Mac bagi negeri kumpulan B.
Tambahan pula, tidak lama lagi juga akan menyambut bulan Ramadhan dan Syawal.
Sesungguhnya sudah pasti rakyat memerlukan satu perbelanjaan yang besar di samping mengharapkan dana bantuan pada kerajaan. Justeru itu, pohon pertimbangan untuk
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
membahaskan usul tergempar ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.
Saya juga ingin memaklumkan bahawa berdasarkan laporan KWSP pada bulan Disember tahun lepas terdapat peningkatan pencarum, terdapat peningkatan majikan dan juga terdapat peningkatan pencarum yang aktif. Ini bererti aliran wang tunai tidak merupakan masalah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Arau, yang itu terkeluar daripada tajuk.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Arau. Insya-Allah bajet session akan berlaku selepas 24 hari bulan. Saya harap Yang Berhormat Arau bawa isu ini sekali lagi untuk dibahaskan.
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Ya Yang Berhormat Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tadi, ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan, Yang Berhormat Timbalan Yang di- Pertua telah membuat satu ruling. Saya tidak tahu itu ruling baharu kerana kalau kita lihat Peraturan Mesyuarat 24, biasanya soalan tambahan yang kedua kita tidak boleh tekan butang dahulu. Habis jawab Menteri itu, baharu kita bangun dan merupakan prerogative Speaker untuk tentukan siapa yang dipanggil.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Jadi itu adalah konvensyennya. Saya tidak tahu adakah ini satu peraturan baru ataupun tadi saya perhatikan banyak soalan yang tujuh, lapan orang hendak tekan tapi sudah tekan sudah tidak boleh, orang lain tidak boleh tekan. Jadi saya rasa, boleh tidak kita balik kepada konvensyen dan serah kepada Tuan Yang di-Pertua untuk tentukan siapa yang dia nampak, siapa yang dia akan letak ataupun mengemukakan soalan. Saya rasa itu lebih elok berpandukan kepada peraturan mesyuarat. Terima kasih. Minta ruling.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Sebenarnya ada 88 orang MP yang baru. Kadang-kadang Tuan Yang di-Pertua pun tidak berapa kenal muka dia. Jadi, kita minta supaya bila tekan sikit nampak keluar because depan sini ada skrin. Jadi kadang dari jauh kita tidak perasan siapa dia. Jadi sebab itu kita sudah bincang dengan Timbalan Tuan Yang di-Pertua, dalam sesi ini kita minta tekan dahulu sebab kita boleh nampak. Jadi, siapa bangun tekan dulu kita nampak siapa bangun dulu. Kita tidak kenal. Jadi kadang-kadang kita silap panggil, contohnya saya kenal Yang Berhormat Ayer Hitam, 15 tahun dulu lah tetapi orang lain saya tidak kenal. Jadi, saya minta bangun terus tekan supaya sekurang-kurangnya fair lah dia bangun dulu, kita bagi dia dahulu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Yang di-Pertua, saya tekan banyak kali pun tidak dapat, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Masalahnya Tuan Yang di-Pertua, Menteri belum habis lagi, sudah tekan butang.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Ini Kangar, Kangar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Menteri tidak jawab habis lagi, butang sudah tekan.
Tuan Yang di-Pertua
Oh, itu ya. Okey.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Itu masalahnya tadi.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Masalahnya tadi, apa yang berlaku belum power lagi Menteri jawab...
Tuan Yang di-Pertua
Oh, depa sudah cop.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
...Mereka sudah tekan.
Tuan Yang di-Pertua
Depa sudah cop awal sudah. Depa sudah cop. Orang Kedah dia panggil cop awai. Okey. Tidak apa kita ambil ingatan itu. Silakan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 23 (r)(i).
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Bacakan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...(r)(i)
Tuan Yang di-Pertua
Bacakan. Bacakan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Sesuatu pertanyaan untuk jawab lisan, tidak boleh melebihi 40 patah perkataan tanpa mengira nama dan kawasan Ahli yang bertanya dan Menteri yang bertanggungjawab. Saya merujuk kepada pertanyaan pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Arau, nombor empat, 54 patah perkataan.
[Dewan ketawa]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi saya hendak satu petua daripada Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Adakah sekarang kita boleh beri kelonggaran ataupun kita harus mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu 40 patah perkataan? Saya rasa Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Julau pun begitu. Yang Berhormat Julau, 46 patah perkataan. Jadi, saya hendak minta petua daripada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Insya-Allah untuk sesi akan datang, kita akan edit dan kita ada satu sistem insya-Allah kita akan pinjam pandangan dari negeri-negeri lain seperti Kedah. Ia ada satu sistem, dia boleh submit kan soalan dia. Selepas itu kalau lebih daripada minimum yang ditetapkan atau maksimum yang ditetapkan itu, soalannya akan dipendekkan.
Jadi insya-Allah, dalam sesi akan datang tidak akan berlaku lagi seperti yang Yang Berhormat Arau ataupun Yang Berhormat Julau itu. Insya-Allah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, Dewan Negeri Selangor sudah ada. Kita boleh rujuk kepada Selangor.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Selangor dan Kedah ada.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kedah terbaik.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:
"Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak- banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Kelima Belas.” [16 Februari 2023]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat. Oleh sebab ramai lagi yang masih belum berkesempatan untuk berucap dan ini ialah maiden speech masing- masing. Jadi saya hendak bagi peluang semua berucap. Jadi, atas persetujuan kedua- dua belah pihak, kita mengurangkan waktunya daripada 14 kepada 10 minit sekarang supaya dapat semua orang berucap.
Kita akan mulakan sebentar lagi dengan Yang Berhormat Sri Aman. Saya hendak baca terus, ya. Jadi, mereka akan berucap, standby. Lepas itu 10 minit sahaja, ya. Baik, mereka yang saya sebut ini, standby ya.
Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Stampin, Yang Berhormat Sungai Besar, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Sembrong, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Igan, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Tangga Batu.
Okey, saya jangka mungkin sampai pukul 8.00 malam. Selepas itu, saya akan teruskan baca hingga yang terakhir. Kita tengok macam mana sat lagi. Kalau sekiranya sempat, insya-Allah selepas Yang Berhormat Tangga Batu itu, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Hulu Langat dan Yang Berhormat Kepong.
Harapan saya 54 orang ini akan kita dapat selesaikan insya-Allah hari ini. Baik, dengan segala hormatnya saya mempersilakan Yang Berhormat Sri Aman, 10 minit dari sekarang. Silakan.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi saya peluang untuk turut membahaskan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Hari ini merupakan kali keduanya saya berbahas di Dewan yang mulia ini. Namun kali ini, saya ingin mempergunakan peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua rakan-rakan Ahli Dewan Rakyat yang telah mendapat mandat daripada rakyat di kawasan masing-masing semasa Pilihan Raya Umum ke-15 yang lepas. Semoga kita sama-sama berikhtiar memberi yang terbaik sebagai wakil rakyat demi kebaikan, kemajuan serta kesejahteraan rakyat dan negara yang tercinta.
Saya juga ingin menggunakan peluang ini, Tuan Yang di-Pertua untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengundi di kawasan saya P. 202 Sri Aman kerana telah memberi sokongan serta kemenangan kepada GPS semasa PRU 15 yang lepas.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan perbahasan saya dengan harapan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terus dikurniakan kesihatan walaupun tempoh baki penggal mentadbir negara dijangka tamat pada bulan Januari 2024 kelak, namun saya doakan semoga Baginda terus dikurniakan kekuatan dan kesihatan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga amat memahami keinginan serta hasrat Baginda untuk membentuk kerajaan yang stabil daripada segi politik dan ekonomi. Oleh itu, saya
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
menaruh sepenuh kepercayaan dan menyambut baik akan Titah Yang di-Pertuan Agong mengikut kuasa yang ada pada baginda di bawah Perlembagaan Malaysia untuk membentuk Kerajaan Perpaduan berdasarkan keadaan seketika itu dengan tiada seorang pun memperoleh majoriti mudah untuk menjadi Perdana Menteri.
Saya turut menjunjung kasih keputusan Tuanku mewujudkan Kerajaan Perpaduan selepas PRU 15 dan sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke-10 yang diberi tanggungjawab untuk menerajui Kerajaan Malaysia bersama dengan Jemaah Menteri yang telah dilantik.
Sebagaimana Titah Seri Paduka Baginda, saya percaya bahawa rakyat Malaysia juga mengharapkan Kerajaan Perpaduan hari ini dapat kekal bagi memastikan kestabilan politik di negara ini agar pembangunan negara dapat dilaksanakan. Oleh yang demikian, marilah kita bersatu demi menstabilkan politik negara dan memulihkan ekonomi negara pasca pandemik COVID-19 dan meneruskan agenda pembangunan negara dengan sokongan semua pihak demi kelangsungan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, baginda Tuanku semasa bertitah telah melahirkan rasa sukacita Baginda berkenaan dengan prestasi pelaksanaan projek fasa 1 Lebuhraya Pan- Borneo di Sarawak dan di Sabah yang dimulakan pada tahun 2015 serta dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024.
Oleh yang demikian, baginda juga telah menzahirkan impian baginda untuk memandu menelusuri Lebuhraya Pan-Borneo di Sabah dan Sarawak agar baginda berpeluang mengenali dengan lebih rapat lagi rakyat baginda di pedalaman Bumi Kenyalang dan Negeri Di Bawah Bayu.
Sudah tentu sekali Tuan Yang di-Pertua saya sebagai anak kelahiran Sarawak Bumi Kenyalang bersama seluruh rakyat Sarawak amat bersuka cita dan mengalu-alukan kehadiran baginda Tuanku. Bak kata pepatah Melayu, ‘Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan’.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Kedatangan Baginda nanti selain boleh mengakses keadaan dan kualiti jalan di seluruh Sarawak amnya dan jalan Lebuhraya Pan Borneo khasnya dan akan juga mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan perpaduan serta semangat rakyat dan Raja berpisah tiada. Baginda juga boleh menikmati pemandangan indah di Sarawak.
Cadangan saya Tuan Yang di-Pertua, agar dapat dipertimbangkan juga pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang turut menghubungi jalinan dengan negara Indonesia mengambil kira bandar raya Nusantara yang bakal dibina sebagai ibu negara Indonesia. Begitu juga dengan pembinaan lebuh raya sempadan Sarawak–Kalimantan ataupun the border road dengan izin, yang semestinya dilaksanakan bukan hanya kerana isu keselamatan atau kesentosaan, tetapi dipercayai boleh memacu ekonomi wilayah Sarawak khasnya dan negara Malaysia amnya. Oleh itu, saya amat mengharapkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan peruntukan bagi melaksanakan projek-projek tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada impian dan hasrat Baginda untuk memandu menelusuri Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak, saya selaku wakil rakyat Sri Aman menjunjung kasih merafak sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda untuk singgah di kawasan saya di Sri Aman semasa lawatan tersebut. Selain daripada menikmati suasana Sri Aman yang aman damai selaras dengan namanya Sri Aman, kami juga ingin memohon perkenan Baginda untuk santap bersama penduduk di Sri Aman dan menikmati makanan-makanan istimewa kami di Sri Aman.
Tuan Yang di-Pertua, selain memupuk semangat murni dan perpaduan dan mengeratkan lagi silaturahim antara rakyat Sarawak dengan Baginda, kedatangan serta kehadiran Baginda juga akan melakar sejarah manis di negara ini. Apatah lagi saya baru difahamkan yang lawatan Baginda nanti adalah berkesempenaan dengan sambutan Hari Malaysia yang ke-60. Berbicara tentang kawasan Sri Aman daripada aspek pelancongan Tuan Yang di-Pertua, saya dan rakyat Sri Aman juga mengalu-alukan rakan-rakan di Dewan yang mulia ini serta keluarga masing-masing untuk berkunjung ke Sri Aman
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
terutama sekali semasa Pesta Benak ataupun Tidal Bore Festival dengan izin, yang sinonim dengan Sri Aman.
Ia diadakan setiap tahun dan diadakan ketika benak paling meninggi atau pada masa di mana fenomena pasang surut di Batang Lupar berada pada tahap tertinggi mewujudkan satu siri ombak yang bergerak ke pedalaman. Tahun ini ia akan diadakan pada penghujung bulan September. Namun, tarikhnya belum ditetapkan. Ini kerana kami masih menunggu Jabatan Meteorologi untuk memaklumkan masa yang paling sesuai iaitu ketika benak pada tahap yang tertinggi.
Cadangan saya Tuan Yang di-Pertua, memohon agar Yang Berhormat Menteri Pelancongan memasukkan sambutan Pesta Benak tahunan ke dalam kalendar pelancongan nasional bagi mengajak pelancong beramai-ramai ke Sri Aman. Selain itu, Sri Aman juga telah diiktiraf sebagai bakul makanan atau agriculture hub di Sarawak, dengan izin. Ini adalah kerana tanah di kawasan Sri Aman mengikut kajian didapati subur di mana pelbagai bentuk tanaman boleh ditanam dan dimajukan di Sri Aman seperti padi, jagung, rambutan, dabai dan sebagainya yang boleh menarik lebih banyak pelaburan swasta mengusahakan tanah di kawasan Sri Aman bagi meningkatkan pengeluaran produk agromakanan.
Tuan Yang di-Pertua, cadangan saya agar Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dapat memajukan agropelancongan di kawasan Sri Aman dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyokong penuh untuk membangunkan pertanian moden di kawasan Sri Aman. Ia selaras dengan Titah Duli Yang Maha Mulia yang menekankan tentang aspek industri pelancongan yang memberi pendapatan sebanyak RM26.8 bilion pada akhir tahun 2022 dan sasaran 15.6 juta pelancong domestik dan asing dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM120.4 bilion dapat dicapai pada tahun 2023.
Cadangan saya Tuan Yang di-Pertua, agar Kementerian Pendidikan Tinggi mewujudkan institusi pendidikan tinggi seperti universiti atau institusi latihan perindustrian berteraskan pertanian memandangkan Sri Aman boleh dibangunkan sebagai kawasan industri pertanian moden dan ia selaras dengan kerajaan sebelum ini yang bersetuju membantu dalam memperkasakan infrastruktur pertanian di Sarawak, khususnya di Sri Aman dalam industri agromakanan.
Selain itu, kita difahamkan kerajaan telah memperuntukkan lebih RM150 juta kepada Sarawak pada tahun lepas bagi pelaksanaan projek serta inisiatif merentasi semua subsektor termasuk padi dan beras, perikanan, tanaman dan ternakan.
Pembangunan agromakanan ini paling penting kerana ia selaras dengan perancangan dan hala tuju Dasar Agromakanan Negara 2021-2030. Oleh yang demikian, saya amat mengharapkan peruntukan yang lebih besar daripada kerajaan kepada Sarawak semasa pembentangan bajet yang akan datang nanti.
Masih ada masakah Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Tiada.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Last, last.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Okey, Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Last sentence.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Last sentence. Tidak apalah, saya gulunglah. Untuk yang lain itu saya bawa masa perbahasan bajet nanti. Oleh kerana masa amat menceburi saya Tuan Yang di-Pertua, maka saya akhiri ucapan menjunjung kasih dan memohon menyokong Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Saya menjemput Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada Masjid Tanah untuk sama mengambil bahagian dalam menjunjung kasih di atas Titah Yang di-Pertuan Agong. Merujuk kepada Titah Tuanku, saya ingin sentuh beberapa perkara penting tentang keprihatinan yang telah dizahirkan oleh Tuanku agar kita sama-sama dapat memainkan peranan yang penting di dalam negara kita ini.
Pertama adalah berkenaan dengan way forward kerajaan ini, dengan izin.
Walaupun kami duduk di kerusi pembangkang, hasrat untuk melihat negara ini menjadi lebih baik adalah pastinya menjadi keutamaan kami. Ini pasti menuntut komitmen kami pihak pembangkang menjadi semak dan juga imbang kepada kerajaan pada hari ini terutama sekali dalam soal polisi dan juga dasar yang kita buat dan juga berikan kepada rakyat pada hari ini dalam suasana yang cukup mencabar dan kita perlu ingatkan bahawa kerajaan pada hari ini adalah sebagai pemerintah, maka haruslah berfikir, bercakap, buat, laksana sebagai seorang pemerintah dan bukan lagi berminda pembangkang.
Oleh sebab itulah pada hari ini, gandingan yang baik antara kerajaan dan juga pembangkang pastinya akan memberikan yang terbaik buat rakyat Malaysia. Akan tetapi itulah Tuan Yang di-Pertua, saya kesian dengan sahabat-sahabat saya di sebelah sana yang mana kita difahamkan peruntukan sebagai kerajaan telah pun dipotong, sebanyak RM1.3 juta sahaja yang tinggal. Walhal, mereka ini memberikan sokongan padu, sokongan yang penuh kepada Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri.
Oleh sebab itulah, kita harapkan supaya Yang Amat Berhormat Tambun ada belas ihsannya untuk menambah lagi peruntukan kepada pihak kerajaan supaya mereka mendapat jadi kerajaan yang efektif kepada rakyat.
Sebagaimana yang telah disebut sebagai Kerajaan Madani— madani ini pun saya tidak faham. Saya pun tidak boleh hendak fikir sebab payah sangat, akronimnya berterabur. Apa yang saya ingat itu, ‘I’ iaitu ihsan. Jadi, bila ada ihsan sebagai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, pastinya ada ihsan juga kepada kami pembangkang. Kalau ada cadangan ataupun saranan daripada Yang Amat Berhormat Tambun untuk beri juga kepada pembangkang, insya-Allah kami pihak pembangkang tidak menolak peruntukan tersebut. Kami ambil dan akan kami gunakan untuk kawasan kami. *Insya-Allah.
[Tepuk]* Kedua adalah berkenaan dengan isu pengeluaran KWSP yang bersasar.
Sebagaimana yang telah pun disebut oleh Yang Berhormat Arau sebentar tadi dan ramai Ahli-ahli Parlimen yang membangkit serta melahirkan keresahan untuk rakyat di luar sana, sebab itu saya mohon bantuan daripada kepimpinan kerajaan pada hari ini untuk lihat dan timbang semula. Walaupun pada minggu lepas Yang Berhormat Pontian telah pun menjawab tidak akan dapat dipertimbangkan, tetapi tolonglah. Apa yang kita pohon adalah untuk pengeluaran KWSP bersasar.
Hari ini, betul ada 13.1 juta ahli ataupun 51.5 peratus rakyat Malaysia ataupun penyimpan yang bawahnya di bawah RM10,000. Mungkin mereka ini yang baru bekerja, tetapi bagaimana dengan pencarum yang telah lama bekerja, 20 tahun, 25 tahun, mungkin simpanan mereka ada puluhan ribu ataupun ratusan ribu. Takkan ini pun tidak boleh dipertimbangkan? Kerana apa? Ini adalah duit mereka, mereka hendak belanja. Tidak lama lagi hendak puasa, lepas itu hendak raya. Anak hendak masuk sekolah. Eh, macam bini hendak beranak. Macam-macam Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Jadi, saya harap kerajaan yang ada ihsan ini bantulah, pohon untuk pertimbangkan semula untuk KWSP secara bersasar ini. Kita hendak tunggu formula daripada raja formula insya-Allah kata hendak sampai sebulan, sampai pembangkang terduduk, sampai ini hendak masuk dua bulan, tidak dapat lagi formula daripada raja formula bagaimana yang telah pun dijanjikan.
Sebab itu, saya mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri konsisten dengan tekad beliau sewaktu menjadi Ketua Pembangkang untuk sama memperjuangkan hak rakyat. Mana mungkin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berubah pendirian sekelip
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
mata kerana Yang Amat Berhormat Tambun merupakan seorang reformist yang tegar dan juga seorang yang istiqamah. Sebab itu lah, saya ingin meneruskan ucapan saya untuk perkara yang ketiga iaitu soal isu warganegara.
Pada Jumaat lepas, Jemaah Menteri telah bersetuju dengan pindaan terhadap pindaan Perlembagaan Persekutuan yang mana ianya telah pun memberikan kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak-anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang kahwin dengan pasangan warganegara Malaysia. Jadi, syabas dan tahniah saya rakamkan buat semua pejuang dan juga aktivis NGO dan juga Family Frontiers yang sejak sekian lama perjuangkan untuk hak kaum ibu ini bagi mereka mendapatkan hak yang seadilnya sebagainya hak yang diperoleh oleh kaum bapa.
Saya juga telah berpeluang membawa dan juga berjumpa dengan mereka ini dan juga sewaktu saya berada sebagai Timbalan Menteri di JPM. Saya bawakan berjumpa dengan mantan Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi yang mana beliau juga telah melahirkan komitmen dan kerja-kerja awalan telah pun dibuat oleh kerajaan sebelum ini.
Begitu juga, kajian telah pun dibuat. Komunikasi dengan pihak Istana telah pun dibuat.
Maka, kerajaan hari ini hanya buat keputusan begitu sahaja. Maksudnya apa? Kerja semua kita sudah buat, jadi, tak ke senang kerajaan hari ini buat keputusan sahaja.
Sebab itu lah saya juga merupakan salah seorang pem-petition yang telah pun menandatangani inisiatif yang telah dibuat oleh Family Frontiers ini, antara lebih 50,000 orang rakyat Malaysia yang inginkan sokongan untuk hak sama rata kepada wanita Malaysia. Jadi, saya harap perkara ini dibincangkan dengan sebaiknya. Ramai juga menteri yang terlibat sebelum ini sebagaimana Ketua Pembangkang kami, Yang Berhormat Larut, mantan Menteri Luar Negeri, Yang Berhormat Indera Mahkota. Yang Berhormat Sembrong pun sama terlibat apatah lagi Menteri saya dulu, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi. Pada prinsipnya Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai pendirian yang sama tentang soal hak kewarganegaraan ini. Tidak boleh ada diskriminasi. Perlembagaan perlu dipinda, undang-undang berkaitan perlu diperbaiki. Peraturan-peraturan tertentu perlu kita murnikan. Kalau tidak setuju, manakah mungkin perkara ini kami masukkan ini dalam Manifesto Perikatan Nasional.
Pada masa yang sama, saya ingin menarik perhatian untuk tiga perkara penting yang mana harus diberikan perhatian pada kerajaan pada hari ni. Soal berbangkit yang kita khuatiri akan berlaku memandangkan keputusan rayuan kes mahkamah yang dibawa oleh Family Frontiers ini di Mahkamah Persekutuan akan didengari tak lama lagi.
Jadi, sebaiknya dan lebih molek sekiranya dapat pihak kerajaan tunggu keputusan mahkamah pada keputusan yang akan datang untuk mengetahui apakah limitasi yang akan kita hadapi. Begitu jua bagi melibatkan perkenan Majlis Raja-Raja.
Jadi,ini adalah melibatkan berlakunya konflik undang-undang.
Keduanya, berkenaan dengan dua kewarganegaraan. Undang-undang di Malaysia menetapkan hanya satu sahaja warganegara untuk warganegara Malaysia.
Mereka yang didapati ada dua kewarganegaraan boleh dilucutkan warganegara Malaysia mereka. Saya ingin bertanya apakah langkah serta mekanisme kerajaan untuk pastikan undang-undang sedia ada menjadi lengkap bersama dengan undang-undang yang dipinda.
Contohnya anak Rahmah, Ali lahir di UK. Maka, Ali akan mendapat warganegara UK. Keduanya, sekiranya undang-undang ini telah dipinda maka Ali juga akan mendapat warganegara Malaysia. Jadi, adakah kerajaan akan membuat pindaan dan juga peruntukan untuk memastikan Ali mesti membuat keputusan apabila sudah capai sahaja umur 18 tahun, maka Ali boleh memilih sama ada dia ingin warganegara Malaysia ataupun warganegara UK. Jadi, oleh yang demikian, kalau kita tak tengok ini kita khuatir akan ada lebih daripada 20,000 orang anak Malaysia ini yang mempunyai dua kewarganegaraan.
Seterusnya, akan berlaku pelbagai masalah yang boleh timbul ataupun dijangka sekiranya kerajaan tidak memberikan perhatian secara tuntas tentang perkara ini. Sebab itu lah saya ingin tahu dan kerajaan perlu nyatakan apakah pelan kerajaan dalam jumlah
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
kemasukan warganegara yang bakal meningkat ini dari soal bantuan,soal sosial, soal pendidikan, soal peluang ekonomi, soal warisan dan sebagainya.
Perkara yang keempat, Tuan Yang di-Pertua saya ingin menyentuh tentang soal isu Kementerian Kesihatan Malaysia. Apabila soal tentang Kementerian Kesihatan Malaysia, saya yakin dan percaya itu bukan kerusi yang empuk untuk Yang Berhormat Menteri duduk kerana macam-macam kerenah yang harus diharungi. Saya juga mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah mengambil tindakan proaktif untuk berjumpa dengan Gerakan Hartal Doktor Kontrak bagi menyelesaikan permasalahan pada hari Rabu nanti. Akan tetapi, itu adalah perkara untuk Pegawai Perubatan. Saya ingin menyentuh pada hari ini tentang frontliners, unsung heroes yang jarang disebut atau diberi perhatian iaitu Pegawai Kesihatan Persekitaran iaitu PKP ataupun Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran yang dulunya disebut sebagai Inspektor Kesihatan.
Hari ini, apabila kita lihat ada lebih kurang 6,000 anggota PKP dan juga PPKP ini di seluruh negara. Ada dua isu berkenaan dengan mereka. Pertama, daripada segi soal perjawatan. Ramai di antara mereka ini adalah pegawai kontrak dan yang keduanya juga kalau dapat untuk ketua unit bagi unit ini bukan hanya diberikan kepada Pegawai Perubatan tetapi kepada mereka yang betul-betul layak di bawah environmental punya perkitaran kesihatan ini diberikan kepada mereka yang layak.
Seterusnya, tinggal lagi lapan saat. Tuan Yang di-Pertua, Saya hendak merakamkan- nak landing, nak landing sudah ini. Saya hendak merakamkan ucapan terima kasih saya pada seluruh pengundi saya di Masjid Tanah kerana telah pun mengembalikan saya semula ke Dewan yang mulia ini. Insya-Allah saya akan terus bekerja dan terus berkhidmat walaupun dalam serba kekurangan insya-Allah walaupun tidak sama dengan sebelum ini, saya akan cuba buat yang terbaik. Namun, bak titah Yang di-Pertuan Agong, kita hanya mampu merancang, hanya Tuhan yang menentukan.
Dengan ini, saya menjunjung kasih dan menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. On time. Yang Berhormat Gombak, silakan.
Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, seluruh Ahli Dewan yang mulia. Ahli-ahli yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, keputusan Pilihan Raya ke-15 telah membuka satu peluang baharu kepada rakyat Malaysia untuk melihat kematangan ahli-ahli politik untuk memikirkan kepentingan dan keutamaan negara melebihi daripada kepentingan parti mahupun kepentingan individu.
Justeru, pembentukan Kerajaan Perpaduan adalah satu proses inovasi dan evolusi, perubahan dan reformasi dalam negara kita yang telah digerakkan sejak dari tahun 1998.
Semestinya kerajaan reformasi bukan hanya tertumpu kepada kejayaan Yang Amat Berhormat Tambun menduduki kerusi Perdana Menteri tetapi beberapa proses perubahan yang ada dalam negara kita yang haru kita lakukan dengan komited demi menjamin sebuah negara berdaulat, dihormati dan mendapat kepercayaan di kalangan rakyatnya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, kalau kita telusuri sejak perkembangan negara kita. Perkembangan revolusi ini tidak berhenti dan memberi peluang kepada rakyat untuk membuat penilaian, penambahbaikan dan juga sedikit sebanyak perubahan supaya negara kita ditadbir dan diuruskan dengan baik dan dikawal oleh pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab.
Dasar tentang ekonomi negara sebagai contoh telah berkembang dengan cukup rancak seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan juga beberapa perubahan dasar yang menjurus kepada dasar kepedulian dan pemberian bantuan berdasarkan keperluan berbanding daripada aspek-aspek yang selalu dikembangkan tentang politik perkauman dan sebagainya.
Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Justeru, pada hari ini saya ingin memberikan penumpuan kepada usaha untuk memperkasakan Parlimen supaya keseluruhan Ahli-ahli Yang Berhormat dipilih dalam Dewan Rakyat pada hari ini dan pada masa depan dipandang tinggi oleh rakyat dan diberikan perhatian sebagai penggubal dasar dan Parlimen tidak dianggap sebagai tempat sindiran-sindiran politik apatah lagi perbalahan dan juga ngauman suara yang kadangkala memalukan.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, pada tahun 1999, kita telah mempunyai satu Akta Perkhidmatan Parlimen yang telah memberikan panduan kepada Parlimen bagaimana untuk memilih, mentadbir dan menguruskan Parlimen supaya Parlimen berada dalam kedudukannya yang tersendiri.
Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Dalam status protokol Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri, Tuan Yang di-Pertua, Ahli Dewan Tuan Yang di-Pertua diletakkan dalam kedudukan yang sangat istimewa dan ini sangat terkait dengan doktrin dan falsafah pemisahan kuasa supaya kedudukan legislatif ataupun penggubal dasar diletakkan setanding dan mampu menjadi pengimbang di antara sistem kehakiman mahupun eksekutif yang diketuai oleh Menteri hinggalah sampai kepada Timbalan-timbalan Menteri.
Namun, apabila akta ini dihapuskan pada tahun 1992, terdapat satu usaha untuk menggabungkan dan kelihatan Parlimen sudah menjadi seperti rubber stamp ataupun Parlimen hanya menjadi satu tempat untuk meluahkan perasaan apatah lagi pada hari ini apabila ada tajamnya di antara oposisi dan juga kerajaan, ia kelihatan menjadi tempat untuk menyindir politik yang kemudian menjadi perbalahan yang berterusan.
Justeru, saya percaya adalah menjadi tanggungjawab kita yang ingin melihat perkembangan yang saya sebutkan tadi untuk merubah sistem ini dan sama-sama kita naikkan nilai dan martabat Ahli-ahli Parlimen dengan mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen yang meletakkan Speaker atau Tuan Yang di-Pertua pada kedudukan yang mulia dan mengambil dan meningkatkan kedudukan kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat. Di samping dengan memberikan penambahan-penambahan dan juga perkhidmatan sebagaimana yang telah disarankan oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi dalam artikel beliau pada tahun ini ataupun 9 Januari lalu yang menyebut tentang “Parliamentary Reform Needed”. Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, pada tahun 2018, beberapa jawatankuasa dan tahun 2019, telah diwujudkan berbanding lima asas Jawatankuasa- jawatankuasa Pilihan yang telah ada di dalam Parlimen. Saya percaya langkah ini perlu dikembangkan sekali lagi dan diperbanyakkan dengan menambah beberapa ahli jawatankuasa dan menjadikan pendengaran, mesyuarat jawatankuasa-jawatankuasa ini dengan lebih kerap membincangkan banyak perkara yang terlibat seperti Jawatankuasa Keselamatan, Jawatankuasa Keselamatan Makanan, Bekalan dan pelbagai perkara yang ditimbulkan supaya hal-hal spesifik ini dapat ditimbulkan dan dapat diceritakan dengan lebih terperinci. Akhirnya kita menjadi benar-benar penggubal dasar ataupun mereka yang merangka dasar dan juga merangka Perlembagaan dan perjalanan negara pada masa hadapan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dengan adanya Akta Perkhidmatan Parlimen yang kita boleh kembalikan, saya percaya kita akan dapat melantik Tuan Yang di-Pertua yang lebih berkuasa, Tuan Yang di-Pertua yang boleh menentukan pegawai-pegawainya, Tuan Yang di-Pertua yang mempunyai peruntukannya yang sendiri dan ini akan bertepatan dengan doktrin pemisahan kuasa yang sememangnya embedded dengan izin, ataupun berakar dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara.
Sementara itu, saya juga percaya Ahli-ahli Yang Berhormat di sini memerlukan pengkaji-pengkaji dan juga pakar-pakar yang boleh dirujuk. Justeru dengan Akta Perkhidmatan ini, Parlimen berhak untuk melantik pakar rujukan. Parlimen berhak untuk melantik penasihat-penasihat, Parlimen berhak untuk melantik pengkaji-pengkaji dan researchers yang boleh membantu. Sekarang jumlah researchers kita kalau difikirkan dengan ratio 222 Ahli Parlimen, ia tidak akan bertepatan dan tidak akan memberi ruang kepada kita. Malahan library ataupun perpustakaan kita rujukannya, baik Hansard-nya
Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak
tidak dapat dinilai dan dijadikan sebagai panduan khususnya kepada Ahli-ahli Parlimen yang baharu pada hari ini dan pada masa-masa hadapan.
Justeru dengan peruntukan yang lebih besar sebagaimana yang kita harapkan ataupun usaha kerajaan ke arah tersebut, ia akan menambah peruntukan dan kita boleh memperkukuhkan perdebatan, perbincangan, perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen dalam sidang ataupun dalam Dewan yang mulia pada hari ini. Saya percaya kalau ini dapat kita lakukan, sudah pasti kita akan dapat memperkemaskan lagi malahan usaha kita untuk melihat Private Member's Bill yang pertama dapat dilihat yang tidak pernah wujud dalam Parlimen Malaysia pada hari ini malahan jumlah hari kita bersidang akan jauh lebih baik kalau dibandingkan dengan United Kingdom adalah 150 hari perbincangan dalam Parlimen, kita hanya bersidang selama 101 hari.
[Disampuk]
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Gombak, Sik mahu sedikit penjelasan berkaitan reformasi Parlimen. Adakah Yang Berhormat Gombak setuju bahawa reformasi Parlimen kita ini sangat penting juga daripada segi pengagihan peruntukan kepada seluruh Ahli-ahli Parlimen bagi kita salurkan kepada rakyat dan ini juga disebut jelas dalam manifesto Pakatan Harapan. Jadi adakah Yang Berhormat Gombak setuju bahawa manifesto ini perlu dilaksanakan sebagai satu penjelasan bahawa kita bercakap dan kita laksanakan apa yang kita janji? Terima kasih.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Terima kasih. Saya ingin menumpu supaya kita Ahli Parlimen menjadikan Parlimen ini rumah kedua kita supaya kita boleh duduk, berbincang, berbahas tentang hala tuju dan dasar dan kerangka besar negara daripada menunjuk longkang dan jalan setiap hari untuk menyambung khidmat kita pada masa hadapan.
[Tepuk] Akan tetapi saya tidak halang usaha itu dan ia harus dibuktikan juga dengan di negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan untuk memberikan peruntukan yang sama rata kepada oposisi yang ada di sana.
[Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, sebab itu saya percaya beberapa jawatankuasa baharu boleh dirujuk ataupun boleh ditimbulkan ataupun diwujudkan supaya Parlimen ini lebih melebar dan dapat melihat dengan lebih luas perkhidmatan dan perjalanan kerajaan.
Pertama, Jawatankuasa Pilihan Khas Anak-anak Syarikat dan Badan Berkanun, Kedua Jawatankuasa Pilihan Khas Federalisme kerana ia melibatkan negeri Sabah, Sarawak, Selangor dan negeri-negeri yang lain. Kadangkala, Selangor penyumbang 24.8 peratus kepada KDNK nasional tetapi sumbangan balik hanya dapat bawah daripada lima hingga 10 peratus. Sabah dan Sarawak sebagai wilayah yang dianggap sebagai Keluarga Malaysia harus dinilai dan diberi perhatian dan diberi peruntukan yang lebih sesuai dengan kedudukan sebagai rakan kongsi Malaysia. Ini contoh-contoh perkara yang boleh ditimbulkan dengan lebih terperinci dan bukan hanya diuar-uarkan dalam propaganda dan suara-suara popular ketika berbahas dalam Parlimen.
Ketiga, Jawatankuasa Pengangkutan Awam, melihat kesesakan-kesesakan di bandar-bandar utama dengan perkembangan organisasi yang sangat tinggi. Keempat, Jawatankuasa Mobiliti Sosial dan kelima, Jawatankuasa Masyarakat Menua yang saya lihat sedikit sebanyak disentuh tentang pengambilan dan pengeluaran KWSP.
Saya agak faham dengan apa yang diharapkan tetapi kita tidak boleh melihat negara ini berkembang dalam satu atau dua hari sahaja. Ini kerana satu kajian yang baru dibentangkan kepada kami, ketika kami membuat retreat baru-baru ini. Ada terdapat kajian bahawa dengan pengeluaran-pengeluaran yang dibenarkan ketika PKP, ketika COVID-19 yang saya percaya membantu rakyat tetapi perbelanjaannya tidak diagihkan dengan tepat, akhirnya menimbulkan apa? Akhirnya pada hari ini ada sebahagian pencarum hanya mempunyai sejumlah 68 sen sehari kalau umur mereka mencecah 75 tahun sehingga 78 tahun. Jadi saya rasa kerajaan kena mempertimbangkan antara kebertanggungjawaban dengan populisme dan gesaan-gesaan yang dibangkitkan oleh pembangkang pada hari ini supaya kita tidak terkesima dan tertipu dengan propaganda- propaganda dan pilihan itu.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, dalam perdebatan pada hari ini, saya dapat lihat di barisan pembangkang cuba untuk meningkah perkataan Madani dengan pelbagai pandangan-pandangan dan persepsi. Boleh tambah satu minit lagi, Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Habiskan ayat itu.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Tidak apalah, saya sambung dalam belanjawan.
Tuan Yang di-Pertua
Dalam speech.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Namun begitu saya kena melihat, saya menyeru kepada semua untuk melihat dengan menyeluruh. Jangan terperangkap melihat Madani daripada konteks dan pandangan Locke, ataupun pandangan Pico della Mirandola dengan tidak membaca dengan lebih teliti. Kalau membaca ‘essay reinassance’ sebagai contoh, Pico della Mirandola mendapat idea dan pandangan tentang Dignity of Man ataupun individu manusia itu berdasarkan daripada Abdala the Saracen. Malahan sesetengah pandangan menganggap bahawa pandangan itu berunsur dan bergalurkan daripada Ibnu Qutaybah, Malahan ada sebahagian pula berpandangan daripada Al- Ghazali dalam kitab Misykatul Anwar. Jadi, kalau kita menganggap persoalan itu dan melihat perkembangan zaman dengan hanya memetak-metakkan, dan akhirnya kita terperangkap.
Saya juga membaca artikel-artikel yang dikeluarkan dengan Yang Berhormat Marang dan sebagainya yang membangkitkan Madani tidak boleh berkembang kerana di dalamnya ada liberal. Saya hendak bertanya dalam pandangan barisan jemaah Perikatan Nasional, ada yang mengaku sebagai libertarian, ada yang mengaku liberal klasik.
Tuan Yang di-Pertua
Okey Yang Berhormat Gombak. Boleh gulung.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Apakah pandangan-pandangan itu telah berubah selepas menjadi Perikatan Nasional dan automatik masuk syurga dengan sebab liberal dan sebagainya. Terakhir Yang Berhormat, saya hendak sebutkan yang terakhir.
Dalam dokumen nasional, dokumen yang dinamakan Rukun Negara, kita dapat lihat objektif Rukun Negara yang keempat menggariskan apa? Bahawa Malaysia ingin menubuhkan sebuah masyarakat liberal yang terbuka untuk sebuah masyarakatnya.
Adakah liberal itu automatik maksud berdosa dan menjadi ahli neraka termasuk mereka yang menubuhkan negara kita?
Jadi jangan permain dengan ayat-ayat itu yang akhirnya memesongkan orang dan akhirnya kita membela. Apabila terkena kepada kita, kita cakap fitnah. Boleh ambil tindakan. Saya lihat Yang Berhormat Pagoh, saya setuju ambil tindakan kalau betul-betul itu adalah tuduhan fitnah. Akan tetapi beberapa Ahli Parlimen, apabila kita ambil tindakan fitnah kepada mereka yang memfitnah, berlindung pula ‘ini adalah untuk mempertikai kebebasan...
Tuan Yang di-Pertua
Okey Yang Berhormat Gombak
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
...Sekejap, ‘...kebebasan serta yang dipanggil sebagai kreativiti anak-anak muda’. Tang mereka jadi kreativiti anak-anak muda, tang kita fitnah tak boleh. Dia fitnah boleh, tang kita rasuah, tang mereka jadi sedekah.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Terima kasih.
Tajuk sedap tetapi selepas ini dalam sesi bajet silakan, ya.
Baik, Yang Berhormat Maran. Silakan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana izinkan saya untuk turut serta membahaskan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat pada 13 Februari 2023 yang lalu yang mana Kebawah Duli juga diiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Junjung kasih Tuanku, daulat Tuanku. Saya dan parti juga ingin– rasa tidak terlambat untuk mengucapkan, persembahkan ucapan tahniah di atas ulang tahun ke-empat pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai Ahli Parlimen Maran mewakili seluruh rakyat dan pengundi dalam Parlimen Maran, memanjatkan dan mempersembahkan ucapan menjunjung kasih dan tahniah atas keikhlasan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyampaikan Titah menasihatkan kepada semua Ahli Parlimen supaya menjalankan kerja dengan baik dan jujur. Kepada pengundi-pengundi di kawasan saya Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan terima kasih banyak kerana mereka memberikan sekali lagi kepercayaan kepada saya sebagai Ahli Parlimen bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah menitahkan pada pentingnya perpaduan rakyat, perpaduan yang menyeluruh tanpa mengira parti politik, kaum, agama dan tidak terbatas kepada hanya ingin berpadu apabila ada kepentingan politik peribadi untuk menyelamatkan diri, sedangkan sebelum ini kitalah yang menjadi pemecah belah masyarakat dan kaum.
Oleh sebab itulah saya Tuan Yang di-Pertua, lebih selesa semasa berada dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Ke-8, Yang Berhormat Pagoh dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Ke-9, Yang Berhormat Bera yang telah menggabungkan, menyatukan beberapa buah parti politik; PAS, UMNO, BERSATU dan parti-parti yang lain di Sabah dan Sarawak dan dalam masa yang sama menyalurkan peruntukan kepada pembangkang melalui MoU yang telah pun diadakan oleh pihak kerajaan. Terima kasih dan tahniah kita berikan.
Sebenarnya, yang penting pada kita bukan parti kita tetapi yang penting kepada kita ialah rakyat yang berada bersama dengan kita. Kita bertuah Tuan Yang di-Pertua, walaupun rakyat kita berbagai-bagai kaum dan terdapat 1001 macam perbezaan, institusi diraja merupakan institusi negara yang dapat menjamin perpaduan rakyat di negara ini.
Oleh sebab itulah, menjadi kewajipan kita Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh rakyat Malaysia untuk mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu yang merupakan tunggak utama, diketuai oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, jangan cuba institusi Raja Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja di negara ini digugat dan kami akan mempertahankan habis-habisan. Tuan Yang di-Pertua, bagi saya parti politik bukan kenderaan. Kita Ahli-ahli Yang Berhormat hanyalah pemandu yang akan membawa penumpang-penumpang kita ke hala yang selamat, aman, makmur, damai dan kesejahteraan hidup mereka.
Oleh sebab itulah, kita pemimpin dan pemandu yang akan memandu kereta, tidak kiralah kereta, bas, kereta api dan sebagainya, ingin memastikan supaya penumpang- penumpang kita iaitu rakyat jelata akan hidup aman, makmur dan sejahtera. Janganlah angkuh dan sombong kerana stereng di tangan kita, lantas kita lakukan apa sahaja kita ingin lakukan. Langgar lampu merah, memotong double line dan lain-lain yang boleh diibaratkan seperti mengambil duit rakyat, lakukan rasuah dan lain-lain sedangkan penumpang yang berada bersama kita di bawah, hidup mereka sengsara dan miskin.
Insya-Allah, lambat-laun penumpang kita akan berpindah ke kenderaan yang lain pula yang mana pemandunya lebih baik, tinggi maruahnya, moralnya tinggi, tidak mencari kekayaan dan tidak rasuah dan lain-lain. Kita ahli-ahli politik, MP ataupun DUN juga, serupalah seperti pemain bola sepak. Kalau dahulu Tuan Yang di-Pertua, saya berada di pasukan yang cukup hebat dan membuktikan kemampuan kita dalam pertandingan bola sepak.
Akan tetapi apabila berlaku banyak perkara yang boleh merosakkan pasukan kita, kapten yang– pengurus yang pandai, kapten yang juga mesra dengan pemain-pemain yang lain, lantas kita menjuarai pertandingan bola sepak. Akan tetapi apabila porak-
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
peranda berlaku dalam pasukan, pengurus angkuh dan pentingkan diri sendiri, maki hamun pemain, menjual perlawanan dan lain-lain perkara negatif yang berlaku, maka sudah tentulah pemain ini akan berpindah kepada pasukan lain.
Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, yang penting bagaimana kita mampu menjaringkan gol yang hebat dan dahsyat seperti mana yang dilakukan oleh Yang Berhormat Arau, Tuan Yang di-Pertua. Di mana pasukan beliau, walaupun beliau masuk tetapi beliau adalah merupakan pemain profesional yang cukup hebat. Bersama-sama rakan-rakan beliau, beliau telah menjaringkan gol 14-1 separuh masa pertama dan separuh masa kedua menjaringkan 3-0. Hebat! Begitu juga tidak kurang Yang Berhormat Maran, Tuan Yang di-Pertua. Saya menjaringkan gol bersama-sama rakan-rakan saya 4- 0.
[Tepuk] Syabas, tahniah kepada semua rakan yang telah berjaya menunjukkan bukti dan kekuatan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah menitahkan agar tumpuan dan perhatian diberikan kepada pembinaan infrastruktur awam masyarakat. Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sebutkan di sini bahawa pembinaan Hospital Maran sejak Rancangan Malaysia Ke- 11 lagi telah pun diluluskan.
Akhirnya, apabila 22 bulan kita berada dalam kerajaan yang di bawah Pakatan Harapan ketika itu, di mana Yang Berhormat Menteri Kesihatannya berada di sini, namun saya perjuangkan Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly. Memperjuangkan hospital ini dan akhirnya semasa kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri, cadangan peruntukan telah pun dicadangkan di bawah Bajet 2023 sejumlah RM350 juta.
Tuan Yang di-Pertua, saya telah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja yang saya sayangi dari negeri Pahang. Baginda telah menitahkan kepada saya supaya memastikan pembinaan hospital ini dilakukan dan baginda juga telah menitahkan kepada saya bahawa baginda bercadang untuk meletakkan batu asas kepada hospital ini.
Saya hendak berikan peringatan kepada kerajaan hari ini dan bertanyalah kepada bekas Perdana Menteri Ke-9, bahawa inilah harapan kita di mana Maran ini belum lagi mempunyai hospital dan perkhidmatan kesihatan amatlah dipentingkan oleh masyarakat.
Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah saya harap supaya pelaksanaan hospital ini tidak akan dibatalkan dan akan diteruskan dalam Bajet 2023 ini.
Saya akan buat susulan kepada perlaksanaan ini, cadangan ini. Kita harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang baharu, kalau betul serius membantu rakyat, mestilah memastikan supaya pelaksanaan hospital ini dapat direalisasikan.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang saya hendak sebutkan adalah daripada segi pelaksanaan projek-projek kecil di kawasan luar bandar. Kita dapati ramai ataupun banyak syarikat kecil di luar bandar ini yang telah pun berdaftar melalui pejabat daerah dan sebagainya. Namun demikian, berbilion-bilion ringgit, berjuta-juta ringgit peruntukan telah diluluskan oleh kerajaan. Akan tetapi saya minta supaya bahagian pembangunan, Bahagian ICU dan lain-lain, EPU, termasuklah mungkin SPRM boleh melihat apakah sebenarnya pelaksanaan projek-projek di luar bandar ini dapat dijalankan secara terus.
Ini kerana saya mendapat maklumat daripada rakan-rakan di beberapa buah daerah, ada sebahagian besar projek-projek ini dilakukan oleh beberapa kontraktor sahaja yang telah dipilih. Mereka ini mengambil nama berpuluh-puluh kontraktor yang lain, diletakkan di bawah tanggungjawab mereka. Mereka membayarnya daftar masuk sebut harga. Mereka memberikan duit kepada kontraktor yang kecil ini. Mereka mungkin dapat memberikan komisen sahaja kepada kontraktor yang kecil ini, sedangkan apabila projek diluluskan, maka semua projek itu akan dilaksanakan oleh satu, dua buah syarikat sahaja.
Akhirnya, matlamat kita untuk mewujudkan syarikat-syarikat kecil Bumiputera yang berjaya di luar bandar ini gagal dan hanya satu, dua orang sahaja syarikat yang berjaya menunjukkan bukti kekayaan bahawa merekalah akhirnya mendapat projek- projek daripada projek-projek kecil yang disediakan oleh kerajaan ini.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap supaya perkhidmatan-perkhidmatan lain diberikan oleh kerajaan. Diberikan perhatian supaya masyarakat luar bandar ini dapat diberikan perhatian yang serius. Begitu jugalah tentang peluang-peluang pekerjaan. Hari ini saya kira banyak penganggur-penganggur, anak-anak muda kita menganggur.
Saya tidak tahu kenapa kerajaan hari ini bercadang untuk mengadakan latihan kepada penduduk Rohingya yang berada di negara kita. Sedangkan beribu-ribu lagi, beratus ribu lagi anak rakyat negara kita yang tidak mendapat pekerjaan. Patut mereka ini kita latih mereka. Kita berikan peluang supaya mereka diberikan kesempatan bagi memperoleh ruang-ruang pekerjaan di negara kita.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Saya yakin kalau penduduk hari ini akan diberikan latihan, mereka juga akan diberikan peluang untuk memegang jawatan-jawatan atau pekerjaan di negara kita. Saya harap kerajaan memberikan perhatian kepada ini, kepada perkara-perkara yang telah pun saya sebutkan.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya sepertimana juga rakan-rakan yang lain, mengambil kesempatan mengucapkan junjung kasih dan menyokong Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Stampin.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya turut serta dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin bangkitkan isu bank scam yang khususnya berkenaan kes-kes di mana duit simpanan dalam bank akaun dipindah keluar atas talian kepada pihak ketiga tanpa kebenaran dan pengetahuan pemegang akaun.
Sejak tahun lalu, ramai pemegang akaun bank di mana simpanan seumur hidup mereka, dalam akaun bank mereka telah dipindahkan ke akaun pihak ketiga tanpa kebenaran dan pengetahuan mereka. Mereka mengadu kepada pihak bank tetapi kebanyakan aduan tidak dilayani dengan sewajarnya dan bank tidak sudi membuat apa- apa ganti rugi terhadap mereka.
Mereka merujuk kes-kes ke ombudsman for financial services (OFS), itu pun OFS nampaknya lebih memihak kepada bank-bank. Bulan lalu, saya telah pun merujuk kepada 10 kes berkenaan scam bank itu kepada Kementerian Kewangan dengan harapan bahawa Kementerian Kewangan akan buat intervensi dan siasatan yang lebih mendalam agar mangsa-mangsa scam itu boleh terima ganti rugi atau pampasan atas wang yang dicuri daripada akaun-akaun bank mereka.
Sampai hari ini, belum ada apa-apa hasil. Antara mereka itu, ada seorang perempuan yang tidak pernah lakukan apa-apa transaksi atas talian. Sejumlah RM21,400 wang simpanan beliau dalam akaun bank dipindahkan kepada beberapa akaun orang lain melalui 12 kali transfer atas talian dalam sehari, tanpa kebenaran dan pengetahuan beliau.
Seorang lagi mangsa iaitu sebanyak 14 kali transfer duit sejumlah RM32,000 dalam bank akaunnya dilakukan dalam masa 15 minit ke akaun pihak ketiga tanpa kebenaran dan pengetahuan dirinya dan beliau langsung tidak menerima apa-apa notification mengenai transfer tersebut.
Terdapat juga, seorang perempuan pemegang akaun bank, sebanyak lapan kali transfer duit, sejumlah RM44,000 daripada akaun banknya, dalam sehari ke akaun pihak ketiga tanpa kebenaran dan pengetahuan beliau. Seorang lagi, sebanyak tujuh kali transfer duit sejumlah RM34,000 daripada akaunnya dalam masa 21 minit ke akaun pihak ketiga tanpa kebenaran dan pengetahuan beliau. Seorang lagi pekerja buruh, beliau pun tidak buat apa-apa, duduk di rumah, sebanyak tujuh kali transfer duit sejumlah RM7,000 daripada akaunnya dalam masa lima minit ke akaun pihak ketiga. Duit itu merupakan segala simpanan beliau seumur hidup.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Bagi semua transfer itu, nama dan identiti transferee iaitu pemegang akaun di mana wang itu dipindah masuk akaun mereka dapat dikesani. Mangsa-mangsa tersebut semua telah pun membuat laporan polis tetapi PDRM menolak kepada pihak bank untuk membuat siasatan. Semasa mangsa-mangsa itu, cari bank, bank pun menolak kepada PDRM. Padahal kedua-dua pihak bank dan PDRM harus mengambil tindakan yang tegas terhadap perkara ini.
Mangsa-mangsa itu merujuk ke Bank Negara dan Bank Negara pun tidak buat apa-apa. Persoalannya, ini memang satu persoalan polisi yang harus diputuskan oleh kerajaan. It is a matter of policy call by the government, dengan izin. Ia di antara pemegang-pemegang akaun bank dan pihak-pihak bank. Siapakah yang harus menanggung kerugian scam ini?
Kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin kepada rakyat, tidak harus bersikap sambil lewa dan duduk atas pagar, biarkan mangsa-mangsa itu berhadapan dengan bank-bank dan terpaksa menelan kerugian akibat daripada scam dan penipuan itu. Kesemua mangsa ini bukan orang kaya. Mereka bekerja bertungkus-lumus, berpuluh- puluh tahun berjimat untuk dapat sedikit wang simpanan. Tiba-tiba dalam satu hari, wang simpanan mereka semua kehilangan.
Mungkin bagi pegawai-pegawai atasan di Bank Negara atau MOF, mereka yang terlibat dalam mengkaji atau menentukan polisi, RM30,000 atau RM40,000 itu tidak banyak tetapi bagi mangsa-mangsa itu yang merupakan simpanan wang seumur hidup mereka. Saya hendak kongsi akan dalam Dewan yang mulia ini, bagaimana masalah itu telah ditangani oleh Singapura, negara jiran kita.
Masalah ini pun, penipuan ini pun telah berlaku di Singapura. Pada bulan Disember 2021, satu phishing scam, itu phishing, – P,H, I, S, H, I, N, G. Phishing scam berlaku pada OCBC Bank Singapura iaitu Disember 2021. Ramai pemegang akaun OCBC terima SMS yang memberitahu bahawa akaun mereka ada masalah. Mereka perlu klik satu link yang disertakan dalam SMS itu. SMS itu kononnya dihantar oleh OCBC tetapi sebenarnya semua SMS itu adalah dihantar oleh scammers. Selepas pemegang akaun itu klik akan atas link tersebut dan membekalkan maklumat bank akaun mereka, duit dalam akaun bank mereka di OCBC Bank dipindah keluar tanpa kebenaran dan pengetahuan mereka. Sejumlah SGD13.7 juta dicuri daripada kesemua 790 orang pemegang akaun Bank OCBC. Perkara ini berlaku pada Disember 2021. Januari 2022, iaitu satu bulan selepas itu, OCBC mengumumkan bahawa, ia akan bayar 100 peratus SGD13.7 juta kepada mangsa-mangsa phishing scam tersebut sebagai goodwill payment. Dalam masa dua bulan, Februari 2022, pihak polis Singapura telah berjaya menangkap 16 orang yang terlibat dalam sindiket phishing scam tersebut. Dalam masa lima bulan, dalam Mei 2022, Monetary Authority of Singapore (MAS), mengenakan additional capital requirement of SDG330 million atas kelemahan sistem sekuritinya.
Itu saya memetik satu laporan dengan izin, “Deficiencies were noted in the bank’s mitigation of identified risks, pre- and post-transaction controls, incident management and complaints handling resulting in delays in containment measures and customer response time. The additional capital requirement imposed takes into consideration actions taken by OCBC to strengthen its controls and its approach to resolving customers’ complaints following the incident. The additional capital requirement will be reviewed when MAS is satisfied that OCBC has addressed all deficiencies identified in the review.” Kesemua itu diselesaikan dalam masa enam bulan. Kita tengok balik pada negara kita. Apakah yang telah dilakukan terhadap mangsa-mangsa scam itu? Pihak bank tidak sudi membayar apa-apa ganti rugi, pihak polis tidak tangkap siapa-siapa sindiket di belakang scam itu, pihak Bank Negara tidak peduli dan pihak kerajaan hendak bincang lagi. Sudah beberapa tahun perkara telah berlaku, masih hendak bincang lagi.
Maka, penipuan dan pencurian duit atas talian itu berleluasa. Saya faham Tuan Yang di-Pertua, bahawa sebelum ini, kerajaan ini memang kerajaan pintu belakang.
Pemimpin politik itu curi kuasa. Maka, penjenayah yang curi duit atas talian itu bermaharajalela. Sekarang Kerajaan Perpaduan ini adalah legitimate government di
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun yang juga menjawat Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Oleh itu saya harapkan kerajaan boleh menampung masalah ini dengan segera.
Janganlah biarkan rakyat kita dianiayai oleh penjenayah-penjenayah dan institusi bank.
Cadangan saya adalah supaya kerajaan mewajibkan bank-bank membayar ganti rugi kepada mangsa-mangsa scam itu. Kalau bukan semua amaun yang dicuri pun, sebahagian besarnya, kecuali kalau bank boleh buktikan bahawa pemegang-pemegang sendiri yang melakukan penipuan itu.
Pada pendapat saya, hanya diwajibkan untuk membayar pampasan atas penipuan, atas talian itu, barulah bank akan membelanjakan lebih banyak untuk upgrade sistem sekuriti e-banking dan memperkenalkan SOP dan mekanismenya lebih ketat untuk transfer duit atas talian.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Adakah bank berkemampuan untuk menampung kerugian ini? Ini satu jawapan yang saya terima dalam Dewan dalam tahun lalu. Dari 2017 hingga Jun 2022, sejumlah RM2.97 bilion kerugian yang dilaporkan oleh kerana kes penipuan atas talian. Dalam masa yang sama, keuntungan bersih top six banks di negara kita adalah RM125 bilion.
Bank Maybank RM42.3 bilion, CIMB RM22.8 bilion. Maka, kalau kita bandingkan kesemua kerugian atas talian itu dari 2017 ke Jun 2022 dengan keuntungan bersih top six banks di negara kita, ia belum sampai tiga peratus keuntungan bersih enam bank itu. Apatah lagi kalau kita tambah bank-bank lain.
Kesimpulannya, industri bank memang mampu untuk menampung kerugian itu.
Bagi bank-bank, kerugian scam itu merupakan sebahagian kecil daripada keuntungan mereka. Akan tetapi, bagi individu pemegang akaun, kerugian itu memang merupakan simpanan seumur hidup untuk kebanyakan mereka.
Oleh itu, adalah lebih adil dan wajarnya bank-bank yang diwajibkan menampung kerugian akibat scams atas talian itu. Saya juga percaya bahawa kalau bank diwajibkan menampung kerugian itu, bank akan meningkatkan sistem sekuriti mereka, mengetatkan syarat-syarat pembukaan akaun dan SOP untuk online transfer yang akhirnya akan mengurangkan berlaku scam atas talian itu. Sekali lagi, saya seru kepada kerajaan supaya memberi perlindungan kepada rakyat akar umbi. Jaga keselamatan kewangan mereka dalam akaun bank mereka.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi, one-liner issue. Saya menyeru kepada kerajaan supaya menurunkan OPR iaitu overnight policy rate yang dikenakan itu kerana tahun lalu, Bank Negara telah naikkan OPR dengan satu peratus. Itu adalah amat membimbangkan penghutang-penghutang, peminjam bank kerana kalau kita lihat household debt kita sudah mencecah RM1.5 trilion. Dengan tambahan satu peratus atas hutang-hutang itu, ia lebih kurang RM15 bilion tambahan yang perlu dibayar oleh peminjam-peminjam itu kepada bank. Ini bukan sahaja memberi additional beban kepada rakyat jelata, juga ia melemahkan ekonomi kita.
Oleh itu, saya buat seruan di sini supaya Bank Negara menurunkan OPR supaya faedah yang dikenakan kepada si penghutang-penghutang itu boleh dikurangkan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Stampin. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Besar.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.* Selamat tengah hari, salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada Sungai Besar untuk turut serta dalam perbahasan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas pada tengah hari ini.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi Sungai Besar yang memberi peluang kepada saya untuk terus mengemudi Sungai Besar untuk penggal yang kedua. Terima kasih, ‘kesuwon’, ‘berilaan’, thank you, ‘xièxie nĭmen’, ‘nandri’ kepada seluruh rakyat Sungai Besar.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada kerajaan yang lalu berkaitan ekonomi Malaysia yang merekodkan prestasi yang sangat baik, sangat memberangsangkan dalam tempoh 22 tahun, sejak tahun 2000, antara terbaik di Asia Tengara, dengan mencatat pertumbuhan KDNK sebanyak 8.7 peratus pada akhir 2022. Ia dianggap melebihi daripada sasaran yang ada. Ini bermaksud, Tuan Yang di-Pertua, ini usaha bersungguh- sungguh seluruh pasukan kerajaan yang lalu dan kejayaan ini sepatutnya diraikan dengan istiqamah.
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan pernyataan omong kosong tetapi telah dikeluarkan melalui siaran media Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh pada 10 Februari 2023.
Kita menyeru kerajaan baharu ini, jangan terlalu melankolik. Kata Ketua Pembangkang, “Jangan terlalu bombastik, tetapi berusaha untuk mencapai prestasi lebih baik ataupun paling tidak, menyamai pencapaian ini”.
Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya pada persidangan kali ini, Duli Yang Maha Mulia banyak berkata tentang perpaduan, tentang kesusahan rakyat, tentang bagaimana nak membantu mereka dalam keadaan ekonomi yang sukar dan bagaimana nak membangunkan pendapatan mereka terutamanya para usahawan, para petani, para pesawah. Ini harapan besar kepada kerajaan supaya tidak banyak beromong kosong, tidak berteori sahaja. Apalagi sebelum ini, banyak rakyat dimomokkan dengan pelbagai formula yang akhirnya tidak ada satu pun yang menjadi realiti.
Tuan Yang di-Pertua, kita telah dilanda pandemik pada waktu yang agak panjang.
Kita baru sahaja keluar daripada situasi ini dan masih dalam suasana berhati-hati. Para usahawan di luar sana ada yang masih bertatih, memulakan perniagaan semula. Dulu waktu PKP, perniagaan mereka runtuh, pernah gulung tikar. Lebih 37,000 usahawan “gulung tikar”. Pernah mengalami kemurungan emosi, pernah mengalami kemurungan ekonomi dan kebanyakan mereka hampir tiada wang simpanan. Nasib baiklah pada waktu itu, kerajaan yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pagoh menyediakan pelbagai Pakej Rangsangan Ekonomi, Pakej Rangsangan Prihatin, Prihatin PKS tambahan. Ada PENJANA, ada Kita Prihatin, ada PEMERKASA, ada PEMULIH dan lebih 20 juta rakyat Malaysia menikmati secara langsung pakej-pakej rangsangan ini.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, ini belum lagi Geran Khas Prihatin berjumlah RM1,500.
Geran ini khusus khas untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Hampir sejuta pengusaha PKS, PMKS mendapat bantuan yang jumlahnya berbilion-bilion, lebih daripada RM 6.1 bilion. Inilah mungkin antara yang dikata kononnya berlaku ketirisan bilion-bilion.
Tuan Yang di-Pertua, bila nak mulakan perniagaan pula, dilanda dengan harga barang yang tidak nampak di mana nak bermula turunnya. Telur pun kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada. Ada yang terpaksa pergi sampai ke India. Teori, pelbagai teori.
Formula, pelbagai formula tetapi nggak ada apa-apa. Lebih sejuta usahawan informal dan lebih 900,000 usahawan mikro perlu serius dibantu sekarang ini.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan lepas melalui KUSKOP menyediakan pelbagai bantuan dan sokongan kepada usahawan. Antaranya, RM100 juta di TEKUN, di bawah Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) ada untuk pembiayaan mikro. Untuk penjaja kecil di bawah Bank Rakyat, hampir RM 50 juta. Ini belum lagi pelbagai pembiayaan di agensi-agensi lain. Ditambah lagi...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Sungai Besar, minta laluan.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Ya, silakan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Besar yang menyentuh mengenai bantuan kepada usahawan-usahawan daripada kementerian.
Saya dengar baru-baru ini, beberapa hari yang lepas, Menteri ‘KUSKOP’ dalam satu statementnya, dia kata, “Don’t be afraid to get loans to expand businesses”. Akan tetapi, hakikatnya Yang Berhormat Sungai Besar, kita menerima banyak aduan daripada usahawan, bukan senang nak mendapatkan pinjaman daripada kerajaan sekarang ini. Dia kata, mesti ada business lebih kurang tiga tahun, ataupun mereka beritahu bahawa proses tidak boleh dibuat kerana bajet belum keluar. Tidak seperti mana semasa Perdana Menteri yang Kelapan dulu, mudah dia kata. Apa pandangan Yang Berhormat Sungai Besar?
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Nak beritahu kepada semua rakan. Di KUSKOP dulu, sewaktu kerajaan terdahulu, nak pinjam, tak ada SSM pun boleh. CCRIS, CTOS, tak ada. Kita tak gunakan CCRIS, CTOS sebagaimana bank-bank gunakan ataupun mana-mana institusi pembiayaan gunakan. Kemudian, tidak ada interest. Tak ada interest. Kosong interest kita berikan kepada usahawan. Bukan itu sahaja, moratorium 12 bulan kita berikan. Pinjam tahun ini, bayar tahun depan kerana kita nak memastikan setiap usahawan ini terus mendapat limpahan daripada apa yang telah dibuat oleh kerajaan terdahulu.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Tuan Yang di-Pertua, apa yang usahawan-usahawan mahukan hari ini? Mereka hendak dalam pembentangan bajet yang akan disempurnakan pada Jumaat nanti, banyak lagi bajet-bajet untuk usahawan disediakan. Kita hendak macam kerajaan dulu Yang Berhormat Kota Bharu, semuanya mudah. Hendak buat pinjaman TEKUN dulu ada 17 dokumen kena sediakan. Berbelas-belas dokumen kena sediakan.
Oleh kerana, dalam kita hendak memudahkan usahawan ini, daripada berbelas- belas dokumen kita kurangkan kepada tiga dokumen sahaja untuk memastikan bahawa setiap permohonan daripada usahawan ini dipermudahkan. Ini yang dahulu, yang sekarang saya tidak tahu.
Apa harapan mereka usahawan di sana dalam pembentangan bajet kali ini, mereka hendak juga pembiayaan di bawah dana-dana kerajaan tetap dengan kosong interest, tanpa– interest apa?
Seorang Ahli
Tanpa faedah.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Tanpa faedah. Tetap ada moratorium. Hendak juga dipermudahkan permohonan ini tanpa disusahkan mereka.
Tidak ada SSM untuk informal, kita berikan, yang mikro kita juga berikan. Ini harapan daripada semua mereka yang ada di luar sana termasuk CTOS dan CCRIS, jangan dijadikan sebagai satu halangan kepada usahawan-usahawan ini hendak membuat pembiayaan di bawah dana-dana kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dengan usaha kerajaan membantu kos sara hidup rakyat berkaitan dengan harga bahan mentah, bahan kering, harga ayam dan barang-barang keperluan yang sangat menghimpit kemampuan rakyat. Kita telah tubuh enam federasi. Ada federasi berasaskan peruncitan dan pemborongan. Ada federasi berasaskan pertanian dan asas tani. Ada federasi berasaskan perladangan. Ada berdasarkan pelancongan, perkhidmatan, kewangan, hartanah dan industri.
Saya hendak tanya kepada Kementerian KUSKOP. Setakat mana usaha agensi ANGKASA khususnya untuk membuka ladang-ladang bijirin dan jagung seumpamanya, yang mampu menampung pengurangan kebergantungan keperluan eksport 20 peratus ke atas bijirin makanan ayam yang akhirnya kita yakin mampu memberi nilai harga ataupun kawalan harga ke atas harga ayam contohnya.
Begitu juga dengan CoopMart, kedai koperasi yang banyak ditubuhkan, menawarkan harga 15 peratus lebih rendah sewaktu kerajaan Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Bera dulu. Kita mahu koperasi yang bilangan yang lebih 14,000, ada ahli lebih tujuh juta, ada aset RM150 bilion membantu rakyat melalui koperasi dan ia dijadikan sebagai satu institusi premis yang boleh membantu rakyat.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Tuan Yang di-Pertua, terakhir masa sudah cukup. Saya tertarik dengan pernyataan Ahli Parlimen Betong yang membangkitkan setiap tahun puluhan ribu pelajar kita tidak layak dapat SPM kerana gagal dalam mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu. Saya dimaklumkan lebih 50,000 hingga 55,000 orang pelajar setiap tahun selepas 11 tahun belajar akhirnya tidak dapat sijil SPM kerana gagal dalam mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu.
Ini Tuan Yang di-Pertua, kita tahu KPM menyediakan diploma vokasional dan menawarkan juga Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) yang menawarkan SKM Tahap 1 dan 2 di Tingkatan 4 dan 5. Ada juga program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5. Ini kita minta dalam bajet yang akan dibentangkan nanti, kita minta KPM supaya memperluaskan PVMA dan PIMA di setiap sekolah menengah supaya keciciran ataupun kegagalan mereka yang tidak dapat sijil SPM itu dapat ditampung.
Ini kerana kita tahu pelajar-pelajar ini memang tidak cenderung dalam bidang akademik. Jadi ini kita mohon supaya kementerian fokus untuk menambah lagi bilangan sekolah menengah yang menawarkan PVMA dan PIMA untuk pelajar-pelajar yang tidak cenderung dalam bidang akademik.
Tuan Yang di-Pertua, kita hendak fokus. Kita kena ubah daripada fokus exam- based learning. Kita tukar atau sepadankan dengan sistem work-based learning. Maknanya pendidikan berasaskan kerja.
Last sekali. Saya daripada kawasan Sungai Besar, kawasan jelapang padi dan di Sungai Besar ini Tuan Yang di-Pertua, mereka antara 170,000 orang pesawah, petani yang setiap hari bergelumang dengan lumur, pacat, lintah, tungau, macam-macam, semata-mata hendak menyumbang kepada Dasar Jaminan Makanan Negara.
Hari ini Tuan Yang di-Pertua, pendapatan mereka semakin kurang, semakin merosot hasil per tan, per hektar semakin menurun. Ada yang dapat kurang satu tan per hektar. Ada yang dapat satu, dua, tiga dan empat tan per hektar. Sewaan semakin tinggi dan paling malang input pertanian, baja, racun, memang mencanak-canak naiknya. Ada meningkat sampai lebih 100 peratus. Dulu racun RM100 empat liter, sudah jadi RM400, tinggi dan sangat menghimpit rakan-rakan petani dan pesawah.
Kita hendak kerajaan terus memberi dan melihat bagaimana kita hendak menyekat kenaikan yang terlalu melampau ini. Harga minyak pula tidak boleh turun-turun, tidak nampak di mana hendak turunnya, Tuan Yang di-Pertua. Bila kita rujuk kepada manifesto Pakatan Harapan, melalui tawaran Harapan PRU-15 ada dekat sini. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] berkaitan dengan Skim Subsidi Harga Padi iaitu berjanji meningkatkan Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 per tan dinaikkan kepada RM500 per tan. Ini janji dalam manifesto Pakatan Harapan. Tertulis dan tertera.
Maknanya Tuan Yang di-Pertua, kalau dapat satu tan dapatlah petani dan pesawah hasil tambahan RM140. Kalau 10 tan dapatlah hasil tambahan RM1,400.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat, masa sudah habis.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Sekejap ya, tidak banyak pun yang kita hendak berikan kepada mereka yang bertungkus-lumus memastikan Dasar Jaminan Makanan Negara dan menyumbang makanan asas untuk mereka dapat tambahan pendapatan.
Tuan Yang di-Pertua, kalau inilah janjinya dan sudah jadi kerajaan pula. Kami pesawah-pesawah di Parlimen Sungai Besar mewakili lebih 170,000 orang pesawah, seluruh negara mendesak dan menuntut supaya janji menaikkan subsidi daripada RM350 kepada RM500 per tan dimasukkan ke dalam Bajet 2023 dan dilaksanakan pada tahun ini juga. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Sungai Besar mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar, harap-harap didengar. Yang Berhormat Jempol. Yang Berhormat Jempol ada tiga minit selepas itu akan sambung selepas makan. Silakan.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Ini saya buat pertama kalinya. Orang Negeri Sembilan mengobarkan sekali bolun, dua kali bolun. Jadi kalau ada masa tambahan lima minit saya minta ya.
Jika disapa, disambut ramah, Tanda diri beradat budaya, Jempol cantik bumi bertuah; Lahirnya Zaaba, sebagai pendeta. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Titah Tuanku sempena istiadat pembukaan Penggal Kedua Parlimen Kedua Belas. Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi di Parlimen Jempol kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menggalas sebagai Ahli Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua, pembahas sebelum ini telah banyak menyentuh pelbagai isu geopolitik, hubungan antarabangsa, ekonomi dan isu nasional. Jadi oleh itu, saya ingin fokus kepada beberapa perkara yang disentuh oleh Duli Tuanku dan juga beberapa perkara untuk saya menyampaikan hasrat penduduk di Daerah Jempol berhubung dengan beberapa perkara seperti infrastruktur, kos sara hidup, pendidikan, kesihatan, perumahan rakyat dan juga perpaduan.
Pertamanya, dari segi infrastruktur sudah tentulah Jempol ini sebagai kawasan luar bandar, akses jalan raya merupakan perkara yang sangat penting supaya tidak ketinggalan dalam arus pemodenan negara.
Antara prasarana yang menjadi nada rakyat adalah akses jalan raya yang baik.
Infrastruktur jalan adalah penting untuk menghubungkan komuniti luar bandar kepada perkhidmatan penting pasaran dan juga peluang ekonomi.
Jadi, perkara yang hendak saya tekankan di sini ialah permohonan yang sekian lama ditunggu oleh penduduk Jempol dan juga kawasan Negeri Sembilan Timur dan juga yang bersempadan dengan negeri Pahang iaitu lebuh raya baharu Seremban-Jempol.
Seperti yang kita sedia maklum akses ke Daerah Jempol adalah melalui jalan Kuala Pilah FT51 dan kita semua sedia maklum keadaan kesesakan lalu lintas pada hari minggu, hari biasa, kesesakan daripada Kuala Pilah ke Seremban memakan dua hingga lima jam dan kalau musim perayaan lima hingga enam jam.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Ya, Yang Berhormat Kuala Pilah.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencelah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jempol, sekarang sudah pukul satu kita berhenti dulu hari ini.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Saya buat sedikit pencelahan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Kita sambung 2.30. Kalau hendak bertanya pun, lepas kita masuk balik 2.30. Jadi Mesyuarat kita tangguhkan hingga jam 2.30. Terima kasih.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jadi tangguhlah lepas ini.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jempol dapat, insya-Allah.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Wah, lebihkan 10 minit.
Tuan Yang di-Pertua
Kita pertimbangkan.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Mesyuarat ditanggungkan hingga 2.30.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Insya-Allah, kita sambung balik dengan saya menjemput Yang Berhormat Jempol. Silakan Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sambung semula berhubung dengan cadangan permohonan lebuh raya baharu iaitu Seremban ke Jempol untuk menghubungkan hingga ke Negeri Sembilan timur.
Jadi, sebagaimana kita sedia maklum, laluan ke Seremban hari ini adalah melalui jalan Kuala Pilah ke Jempol, Kuala Pilah ke Seremban dan memang kesesakan amat teruk sekali. Dua hingga tiga jam daripada Kuala Pilah ke Seremban dan juga lima hingga enam jam bagi musim perayaan. Jadi, laluan ini merupakan satu-satunya laluan yang menghubungkan Pantai Barat dan Pantai Timur. Semasa banjir besar pada tahun 2014, Lebuhraya Karak juga tertutup, hanya laluan Muadzam–Jempol–Kuala Pilah–Seremban inilah laluan utama dan menyebabkan kesesakan teruk.
Di sini Jempol mencadangkan dibina sebuah lebuh raya baharu Seremban ke Jempol untuk menyuraikan kesesakan trafik dan memendekkan perjalanan ke Jempol dan kawasan sekitar.
Yang Berhormat Kuala Pilah.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencelah.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan. Silakan.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Adakah Yang Berhormat Jempol bersetuju dengan saya bahawa antara punca kesesakan ini ialah laluan Kuala Pilah– Seremban? Kalau kita lihat kajian daripada Kementerian Kerja Raya, traffic volume, 16- hour, traffic composition and LOS menunjukkan laluan NR205 ini dilalui oleh lebih 28,000 vehicles, dengan izin, dan ini telah menjadikan ataupun telah mewujudkan kesesakan yang begitu teruk di laluan Kuala Pilah. TikTok baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa perjalanan yang sepatutnya mengambil masa satu atau dua jam telah menjadi lima hingga tiga jam. Terima kasih Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Itulah. Jadi, saya, Yang Berhormat Jempol, memang amat bersetuju. Itu pun matlamat utama kita memperjuangkan sebuah lebuh raya. Ini masukkan dalam perbahasan saya.
Jadi, insya-Allah dengan terbinanya lebuh raya yang baharu ini nanti ia akan dapat memberi limpahan ekonomi dan pembangunan kepada penduduk setempat dan juga bagi membawa manfaat kepada penduduk daerah Jempol, Jelebu, Kuala Pilah, Bera, Rompin dan juga Bentong. Inilah laluan akses ke kawasan timur ini.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya juga ingin mengambil perhatian Dewan iaitu tentang tabung amanah pemulihan sungai dan juga sumber air. Sebagaimana yang kita sedia maklum, pada hari ini kita ada MARRIS iaitu peruntukan dana tabung amanah untuk penyelenggaraan jalan, tetapi kita tidak ada untuk sungai. Jadi, sudah sampai masanya— disebabkan masalah banjir yang sering berlaku, pihak kerajaan perlu
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
memikirkan untuk mewujudkan tabung amanah pemulihan sungai dan sumber air supaya bila berlaku sahaja masalah banjir, cepat kita bertindak.
Ini adalah kerana sebagaimana yang kita sedia maklum, hari ini di mana-mana sahaja berlaku banjir, ia mengambil masa beberapa hari, beberapa minggu kerana kita tidak ada peruntukan. Kalau jalan raya, kita ada peruntukan MARRIS. Jadi, sudah semestinya kekerapan banjir berlaku, pihak kerajaan memikirkan supaya diadakan tabung amanah untuk penyelenggaraan sungai.
Begitu juga saya ingin mengambil perhatian seterusnya bab sara hidup. Sebab masa amat terhad, saya fokus. Alhamdulillah, sebagaimana yang dinyatakan tadi, kerajaan kita, walaupun bertukar kerajaan, masih lagi menyantuni kerajaan dengan meneruskan subsidi tunai, subsidi barang dan juga subsidi pukal. Ini adalah hasrat kita bersama iaitu untuk menjaga kebajikan rakyat keseluruhannya.
Jadi, saya fokus kepada subsidi harga getah yang dibangkitkan oleh ramai rakan Ahli Parlimen, iaitu di sini saya ingin fokus kepada pekebun kecil getah yang berdaftar di bawah RISDA seramai 180,149 orang yang berdaftar dengan RISDA dan 9,541 orang peneroka getah FELDA. Mengikut data daripada RISDA, seramai 38,818 orang, 26.3 peratus berpendapatan bawah RM256 sebulan manakala 51,976 orang bersamaan 35.2 peratus, mereka mempunyai pendapatan sekitar RM256 hingga RM510 sebulan.
Manakala, 42,149 orang, bermakna 28.6 peratus, memperoleh pendapatan sekitar RM500 ke RM1,200 sebulan.
Jadi, ini menunjukkan bahawa seramai 132,943 orang bersamaan 90.1 peratus di kalangan pekebun kecil getah RISDA memperoleh pendapatan RM1,200 ke bawah. Jadi, berdasarkan data ini, jelas menunjukkan mereka ini berada di bawah garis kemiskinan.
Justeru itu, Jempol mencadangkan supaya harga lantai getah sekerap ini dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM4 ataupun RM3.50 ataupun pihak kerajaan memikirkan subsidi bersasar harga getah bagi membantu pekebun kecil RISDA, begitu juga di tanah rancangan FELDA.
Saya juga, Tuan Yang di-Pertua, ingin menarik perhatian kepada elaun imam yang hari ini dibayar elaun oleh JAKIM sebanyak RM850. Jadi, sudah semestinyalah jauh daripada gaji minimum walaupun elaun. Jadi, saya berharap pihak kerajaan dapat memikirkan elaun tambahan kepada imam-imam di seluruh negara kita dan sekali gus— kita ramai imam muda, kebanyakan mereka ini huffaz. Sekali gus bila sampai peralihan, masjid-masjid kita terdiri daripada imam-imam muda sekali gus ada perancangan untuk menarik anak-anak muda kita mendekati masjid.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyuarakan satu masalah di Jempol ini iaitu kepadatan sekolah. Saya dilaporkan oleh PPD Jempol iaitu Sekolah Kebangsaan Batu Kikir sudah tidak dapat lagi menampung pelajar yang mana ada 1,000 lebih. Jadi, saya mencadangkan dibuat sebuah sekolah baharu di Batu Kikir ini dan tanahnya pun sudah ada.
Perkara seterusnya ialah dari segi kesihatan iaitu saya mencadangkan menaikkan Hospital Jempol iaitu hospital harian yang mempunyai 104 buah katil dan juga empat unit rawatan rapi (ICU) dinaiktarafkan kepada hospital pakar minor bergantung kepada keperluan setempat.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Rasionalnya kerana hari ini apabila tidak ada perkhidmatan pakar di sana, mereka terpaksa dirujuk ke Kuala Pilah dan terjadi kepadatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah. Jadi, sudah sampai masanya Hospital Jempol ini juga perlu dinaik taraf kepada hospital pakar minor.
Seterusnya, dari segi Projek Perumahan Rakyat mampu milik dan juga projek Perumahan Generasi Baru Felda. Sebagaimana kita sedia maklum, permintaan khususnya B40 kepada perumahan amat mendesak sekali. Begitu juga di tanah rancangan Felda; generasi baharu, generasi kedua Felda sekarang ini perlu kepada perumahan.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jadi di Jempol, untuk Projek Perumahan Rakyat, saya mohon supaya kerajaan dapat membuat Projek Perumahan Rakyat mampu milik yang mana tanahnya pun sudah ada di Jempol. Begitu juga dengan pembangunan Perumahan Generasi Baharu Felda pun sudah ada di Jempol iaitu di Felda Jaya Selatan dan juga di lot-lot kosong di tanah rancangan Felda.
Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa yang terhad, akhir sekali saya menyentuh tentang perpaduan. Setiap warga negara Malaysia wajib memahami, menghayati dan menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di negara kita dan menjadikan Rukun Negara sebagai panduan hidup masyarakat majmuk bagi menjamin keharmonian, perpaduan dan juga kerukunan masyarakat di Malaysia.
Teras pentadbiran negara kita selama ini menekankan kepada perpaduan rakyat berbilang kaum dan pembangunan negara di seluruh wilayah sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Jempol, sedikit Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Ya, ya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Jempol, boleh?
Sedikit, walaupun habis maso dah ni. Boleh, sedikit?
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Kena copek sikit ya Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ya, ya Terima kasih Yang Berhormat Jempol, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Jempol menyebutkan soal berkaitan dengan Rukun Negara. Setuju atau tidak Yang Berhormat Jempol, Rukun Negara sekarang ini seolah-olah macam kita abaikan?
Kalau kita hendak tengok pada Rukun Negara sekarang ini, yang pertama pergi ke sekolah. Pada dinding-dinding sekolah itu ada, tapi itu pun kadang-kadang catnya pun sudah pudar. Kedua, kalau hendak tengok Rukun Negara ini, tengok pada buku tulis budak-budak itu. Yang lain kita tidak nampak di mana kita hendak tengok soal berkaitan dengan Rukun Negara ini. Sebab pada saya, Rukun Negara ini sangat penting; perlu dihadamkan, perlu diceramahkan, perlu ditaklimatkan, perlu dibahaskan soal berkaitan dengan amalan prinsip Rukun Negara ini.
Sebab itu saya hendak minta, saya hendak tanya Yang Berhormat Jempol, setuju atau tidak kalau di pejabat-pejabat kerajaan, di sekolah-sekolah ini, kita ada letak gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, gambar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, gambar sultan. Selepas ini saya hendak minta juga, maksudnya lima Rukun Negara itu pun diletakkan juga di pejabat-pejabat kerajaan, di sekolah ataupun di agensi- agensi kerajaan. Minta Yang Berhormat Jempol tolong jawab.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tanya pun garang.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jempol amat bersetuju.
Sebagaimana kita sedia maklum, bahawa Rukun Negara adalah panduan hidup rakyat negara kita.
[Tepuk] Ini amat penting.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tanya atau marah itu?
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Ini sangat penting dan– ini yang terganggu ini; *mood.
[Ketawa]*
Tuan Yang di-Pertua
Okey Yang Berhormat Jempol...
Seorang Ahli
Gulung, gulung.
Tuan Yang di-Pertua
Landing, landing, landing.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jadi, inilah ya, teras kejayaan kita selama ini. Rakyat yang bersatu padu menjadi pemangkin utama kejayaan
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
negara kita selama ini. Jadi, wajib kita pertahankan sampai bila-bila. Ini bertepatan dengan titah tuanku kelmarin seperti berikut.
“Sebenarnya semenjak negara mencapai kemerdekaan negara 66 tahun yang lalu, kita telah menerima kemajmukan dan kepelbagaian yang wujud sebagai kekuatan utama negara kita. Pada usia 66 tahun, kita sepatutnya telah matang untuk menjadikan perbezaan yang unik ini sebagai rencah utama dalam pembentukan bangsa Malaysia yang saling sayang menyayangi, menghormati antara satu dengan yang lain, toleran dan hidup dalam sebuah kesepaduan yang utuh.” Di akhir perbahasan ini, saya ungkapkan beberapa perbilangan adat Perpatih.
*Seikat bak sirih, serumpun bak serai, Seciap bak ayam sedenting bak besi, Fahamnya hendaklah sesuai, rundingnya tidak selisih, Jalannya sedondon, lenggangnya seayun.
Kok mengukur biarlah sama panjang, Kok menimbang biarlah sama berat, Kok membahagi biarlah sama banyak, Tidak boleh dilebihkan untuk diri sendiri, Tidak boleh dikurangkan untuk orang lain.* Jempol mohon menyokong. *Wabillahi taufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Tepuk]*
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Hulu Langat faham ke tidak?
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Bismillahi Rahmani Rahim****.** [Berucap dalam bahasa Arab] Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk bersama-sama membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Izinkan saya memulakan perbahasan saya dengan sedikit reality check, dengan izin, yang bakal melanda kita pada tahun 2023 dan tahun-tahun yang mendatang ini.
Berdasarkan trend pertumbuhan ekonomi global, unjuran pertumbuhan ekonomi bagi rantau ASEAN adalah pada kadar 4.7 peratus untuk tahun 2023, iaitu lebih rendah berbanding dengan zaman pra-COVID tahun 2018, iaitu pada kadar 5.4 peratus.
Unjuran ini sudah pun lebih tinggi daripada unjuran global yang dikeluarkan oleh World Economic Outlook (WEO) dengan izin, iaitu 2.9 peratus pada tahun 2023. Namun, terlalu banyak variabel luaran ataupun external, dengan izin, yang berlaku di luar negara seperti konflik geopolitik Rusia-Ukraine, pertumbuhan ekonomi yang masih mencabar di blok-blok besar seperti di US, Eropah dan China yang akan memberikan kesan berbentuk dominoes kepada negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia.
Malahan banyak syarikat gergasi bertaraf antarabangsa seperti Google, Philips, Amazon dan Tesla yang sudah melakukan tindakan drastik dan bersifat survival, dengan izin, seperti pemberhentian pekerja secara besar-besaran dan tidak mengambil pekerja baharu agar mereka mampu bertahan pada tahun 2023.
Tuan Yang di-Pertua, indicators ini sangat kuat dan jelas menyatakan pada tahun 2023 ini merupakan tahun yang amat sukar untuk kita. Jadi dengan rendah diri, saya menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini untuk kita bersama-sama menyatukan pemikiran, tenaga dan tindakan untuk bergerak sebagai satu team dan pasukan.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Dewan Rakyat ini perlu terdiri dari blok pembangkang yang credible dan kerajaan yang prihatin sebagai satu simbiotik antara satu sama lain supaya kita lebih matang, baik, profesional demi rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih khususnya kepada rakyat Jerantut atas kepercayaan yang diberikan kepada Perikatan Nasional dengan kemenangan bergaya 4-0 di kubu kuat Barisan Nasional sebelum ini.
Satu Parlimen Jerantut dan tiga DUN yakni Pulau Tawar, Damak dan juga Tahan.
[Tepuk] Ia perlu disyukuri dengan penuh keinsafan dan puji-pujian kepada Allah SWT. Jadi, marilah kita melaksanakan amanah dan takrifan daripada rakyat ini secara madani, iaitu berteraskan kepada al-Quran dan sunah, menggenggam erat iman dan takwa.
Tuan Yang di-Pertua, sekiranya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ingin merealisasikan impiannya dalam memimpin negara ke arah transformasi kecemerlangan, maka perkara pertama yang seharusnya dilakukan oleh kerajaan adalah melaksanakan reformasi Parlimen. Setiap wakil rakyat di Dewan yang mulia ini merupakan wakil rakyat yang dipertanggungjawabkan untuk membawa suara rakyat.
Namun, job scope Ahli Dewan Rakyat ini bukanlah hanya berpaksikan dalam hal membincangkan usul ataupun rang undang-undang untuk kebaikan rakyat di dalam Dewan ini sahaja. Ia lebih daripada itu. Wakil rakyat harus berinteraksi dan berkolaboratif dengan pegawai-pegawai kerajaan di peringkat di kawasan Parlimennya serta di peringkat negeri untuk membantu rakan-rakan legislatif di peringkat DUN. Maka, kerajaan sepatutnya tidak perlu meletakkan sebarang red tape, dengan izin, dan penghadang antara wakil rakyat pembangkang dengan pegawai kerajaan setempat hanya sebab perbezaan ideologi politik.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Laluan, Yang Berhormat Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Silakan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Persoalan saya dalam prinsip Kerajaan Madani disebut tentang keadilan. Adakah adil namanya kalau Ahli-ahli Parlimen pembangkang tidak dibenarkan untuk menganjurkan sebarang program di sekolah-sekolah ataupun di masjid-masjid sedangkan dalam al-Quran Allah berfirman, [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Jangan kerana kebencian kamu kepada sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil”.
Benci sekalipun kepada pembangkang, janganlah tidak berlaku adil. Jadi, adakah wajar kerajaan bersikap sedemikian kepada Ahli Parlimen pembangkang yang tidak dibenarkan masuk sekolah, mengadakan program dan sebagainya?
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Buntar. Saya mencadangkan kita kena keluar daripada stail politik sebegini.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Pengalaman di Jerantut juga membuktikan yang banyak juga program-program yang ingin kita lakukan, kunjungan hormat kepada jabatan-jabatan kerajaan yang secara tidak bertulis. Ada arahan-arahan tidak bertulis untuk tidak membenarkannya sedangkan kita sudah habis tempoh berkempen, sudah habis tempoh pilihan raya. Sekarang ini rakyat kita bukanlah UMNO, bukannya PAS, bukannya Bersatu, bukannya DAP. Akan tetapi semuanya adalah rakyat Malaysia.
Jadi, saya harapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Jerantut. Minta penjelasan sedikit.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Tuan Yang di-Pertua, masa. Silakan.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Jerantut, saya mohon penjelasan sedikit. Apakah matlamat ahli-ahli politik daripada pihak pembangkang ingin masuk ke
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
sekolah, masjid dan juga surau? Apakah jenis program– adakah program-program yang dianjurkan itu ada unsur-unsur politik? Itu perlu diperjelaskan sebelum perkara ini dibahaskan atau dibincangkan di dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Bakri.
Tuan Yang di-Pertua
Beluran.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Okey, silakan Yang Berhormat Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat bercakap tentang reformasi Parlimen. Ada beberapa perkara yang perlu dilihat dan boleh diajukan kepada kerajaan. Umpamanya mengiktiraf kedudukan Ketua Pembangkang– yang itu mesti ditauliahkan, ditulis di dalam Peraturan Mesyuarat Parlimen dan bukan at the mercy of Perdana Menteri melalui MoU dan sebagainya. Akan tetapi kita nyatakan sebagai satu syarat dalam reformasi Parlimen.
Begitu juga peruntukan untuk Ahli Parlimen kepada semua. Tidak perlu sign MoU untuk dapat peruntukan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Kalau kita pinda Perlembagaan Persekutuan, letakkan syarat peruntukan yang sama kepada semua Ahli Parlimen. Kalau Yang Berhormat dan team Yang Berhormat esok duduk di sebelah sini ada peruntukan, tak payah minta sign MoU. Boleh dapat peruntukan. Itu antara perkara yang boleh dijadikan perkara di dalam reformasi Parlimen. Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Sekejap, sekejap. Tadi saya sudah beri kerajaan, saya sudah beri kawasan pembangkang. Sekejap, sekejap lagi saya beri, boleh tak? Saya rasa tak habis– masa saya ini. Ya, sekejap saya bagi insya- Allah jangan bimbang.
Jawapan daripada rakan saya tadi, kita dijemput. Kita dijemput oleh pihak sekolah untuk memberikan sumbangan. Mereka hantar surat minta sumbangan dan mereka jemput untuk kita hadir. Bukannya kita masuk sebarang, semberono. Masuk rumah orang ini kena ada keizinan. Sekolah beri izin untuk masuk tetapi tidak dibenarkan akhirnya, dibatalkan pada saat akhir. Begitu juga dengan masjid dan surau. Kebetulan kami boleh berbahas, kami boleh berbincang dengan baik dengan bahasa agama sebab itu kami dijemput. Tidak tuan.
Adapun di peringkat– Yang Berhormat Beluran cakap tadi itulah yang saya maksudkan, keadilan yang diberikan kepada semua, meletakkan sesuatu di tempatnya.
Kalau kita masih lagi mempunyai minda pembangkang, kita hendak membalas dendam dan sebagainya kita tak akan pergi kepada negara maju. Seperti yang saya nyatakan di iftitah tadi, di pembukaan tadi kita akan berdepan dengan suasana ekonomi yang kronik pada tahun ini dan tahun depan. Jadi kalau kita tidak bekerjasama bersama-sama, kita akan gagal sekali lagi.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Tuan dan puan yang dirahmati Allah sekalian, Ahli-ahli Yang Berhormat – sekejap lagi saya beri ya. Secara amnya, transformasi sektor air...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Pendang minta sekejap? Pendang.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Sekejap, sekejap.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Jangan lah kacau kawan.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Bertujuan untuk mentransformasikan sektor air pada pemboleh daya ekonomi menjadi dua sektor ekonomi yang dinamik menjelang tahun 2040 dengan berteraskan dua objektif iaitu:
(i) keselamatan dan kemampanan air; dan
(ii) air sebagai peluang ekonomi.
Berdasarkan laporan akhir WST 2040 Jilid 1, lima bidang tumpuan sudah dikategorikan sebagai cabaran yang dihadapi oleh sektor air Malaysia. Di antaranya kualiti air di negara semakin merosot dan berlakunya pembaziran kerana kurangnya rasa pemilikan ataupun rasa penghargaan terhadap sumber air negara. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada sumber semula jadi kita yang sering menjadi perdebatan yang hangat di Dewan yang mulia ini iaitu hutan.
Hutan merupakan makhluk Allah yang hidup, yang diamanahkan oleh-Nya sebagai anugerah bukan sahaja kepada manusia namun juga kepada hidupan-hidupan lain di muka bumi ini. Berdasarkan data yang diperoleh dari Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, lima buah negeri Semenanjung Malaysia yang masih mempunyai keluasan hutan simpan kekal yang tertinggi setakat tahun 2020 adalah Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Tambahan pula, di Jerantut khususnya hutan juga telah menjadi salah satu sumber pendapatan rakyat sejak turun temurun contohnya di Kampung Kuala Tahan, Kampung Pagi, Kampung Ulu Tembeling, Kampung Batu Balai, Kampung Perlok, Kampung Baharu, Kampung Som yang anak mudanya sering masuk ke hutan untuk menuai madu tualang, mengambil pokok petai, herba-herba dan sebagainya. Saya menjemput semua Ahli Parlimen yang sudi datang ke Jerantut, saya akan tunjukkan industri perhutanan yang ada di dalam Jerantut.
Oleh yang demikian, saya bagi mewakili warga rakyat Jerantut menyeru kepada kementerian yang bertanggungjawab untuk serius dalam memastikan pembalakan berlaku dalam keadaan yang terkawal terutamanya aspek penanaman semula.
Pembalakan yang dilakukan secara haram wajib dihentikan serta-merta dan dihukum setimpal dengan kemusnahan yang dilakukan oleh pihak tersebut.
Yang Berhormat sekalian, saya di Jerantut menghadapi gangguan. Rakyat di Jerantut mengalami gangguan bukan kera, bukan pencuri semata-mata tetapi yang ada gangguan gajah, beruang matahari, babi hutan, harimau kumbang dan terkadang harimau belang. Jadi ini dilema yang dihadapi apabila kita tidak mengawal selia pembalakan dengan baik.
Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi saya hendak masuk sedikit bab pengangkutan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Jerantut.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Jerantut minta laluan.
Tuan Yang di-Pertua
Masa dia sudah habis. Kesian dia, last point sudah.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Maaf, kalau tidak saya kena beri ke sahabat saya Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Saya habiskan satu, tentang penoreh getah sebab ia penting kepada sumber ekonomi di Jerantut.
Tuan Yang di-Pertua, saya melihat kepada perlunya kita untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang terkesan kepada inflasi global yang kian hangat dirasai terutamanya kepada pekebun kecil dan penoreh getah yang tiada sumber pendapatan lain kecuali yang sudah lama diusahakan selama ini. Saya amat bersetuju dengan Ahli Parlimen sebelum ini yang mencadangkan dinaikkan harga lantai tetapi ke RM4 itu saya minta kerajaan kaji lah, tinggi sangat itu tetapi untuk dikaji oleh pihak kerajaan.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Cuma saya ada beberapa cadangan yang saya minta supaya pihak Yang Berhormat Menteri boleh ulas dalam penggulungan nanti.
(i) menyalurkan bantuan bulanan kepada semua pekebun kecil dan penoreh getah dengan kadar segera sehingga harga getah kembali stabil di pasaran;
(ii) menaikkan kadar bantuan tanam semula pokok getah, menggantikan pokok getah yang tua dan tidak ekonomik serta menggalakkan pekebun kecil menanam semula getah dari klon yang berkualiti tinggi;
(iii) mempertimbangkan untuk memberikan subsidi dan penetapan harga lantai getah bagi mengimbangi kejatuhan harga pasaran getah global;
(iv) memperkenalkan pelaksanaan tanaman lain yang bersesuaian atau menceburi bidang penternakan secara integrasi dalam kebun getah; dan
(v) memperkenalkan teknologi terkini kepada pekebun kecil yang menarik minat golongan belia untuk menjadi usahawan yang berasaskan industri getah.
Saya landing terus. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya semoga apa yang dibahaskan dan disampaikan oleh saya pada hari ini dapat diambil serius dan dinatijahkan dengan perbuatan oleh pihak kerajaan demi kemaslahatan rakyat dan negara. Kepada semua Ahli Dewan Rakyat, kita semua berada di sini kerana amanah dan kepercayaan yang diberikan rakyat kepada kita pada PRU Ke-15. Jadi marilah sama-sama kita melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin bersama-sama sebagai satu pasukan. Maka dengan ini saya menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam harapan dan salam perpaduan. Alhamdulillah saya panjatkan syukur kepada Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk menyampaikan ucapan menyokong Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka rasmi Penggal Kedua Parlimen Ke-15.
Tuan Yang di-Pertua, Sri Gading ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi khususnya di Parlimen Sri Gading yang telah membuat keputusan yang bijak untuk memilih wakil rakyat secara aman. Kita dapat melihat bagaimana kebijaksanaan rakyat Malaysia pada kali ini dalam memilih kerajaan walaupun tergantung beberapa hari untuk pembentukan kerajaan. Oleh sebab saya selaku wakil rakyat yang memikirkan masalah rakyat yang terbiar sejak beberapa lama, walaupun kita telah merdeka sekian lama, beberapa perkara penting saya akan dahulukan untuk rakyat dalam Parlimen saya.
Pertama, berkaitan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Jaya yang terbengkalai yang mula dibina sejak tahun 2013. Tahun 2013 kali pertama saya bertanding untuk DUN Parit Yaani, saya menang dua penggal, selepas itu kali ini di Parlimen. Di mana di sinilah saya ingin nyatakan bahawa Pekan Parit Yaani ini daripada merdeka sampai sekarang tak ada sekolah menengah.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Apabila hendak dibuat dari tahun 2013, sampai sekarang terbengkalai pula.
Sedangkan ada sekolah-sekolah feeder school itu, sekolah rendahnya ada empat sekolah rendah kebangsaan. Ada dua buah sekolah jenis kebangsaan Cina, tetapi sekolah tidak dapat disiapkan. Maka ibu bapa terpaksa memberikan, mengeluarkan perbelanjaan yang
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
lebih untuk menghantar ke sekolah menengah di Rompin, di Pekan Tongkang Pechah dan Pekan Sri Gading yang anggaran jaraknya lebih kurang 10 kilometer. Jadi, saya mengharapkan Kementerian Pendidikan dapat memberikan tumpuan segera supaya sekolah ini dapat disegerakan pembaikannya.
Perkara yang kedua berkaitan dengan Masjid Pekan di Sri Gading. Ini juga satu isu berkaitan dengan rakyat Sri Gading di mana masjid ini telah diruntuhkan pada 2019, di mana jumlah jemaahnya ada 1,500 orang dan mereka terpaksa pergi ke masjid-masjid di tempat lain. Ini menyebabkan satu kesukaran sedangkan di peringkat awalnya masjid ini telah mendapat kelulusan dengan bajet RM6 juta. Jadi, saya mengharapkan supaya pembinaan masjid baharu Ladang Sri Gading ataupun mungkin Sri Gading di Pekan Sri Gading dapat dikembalikan sesegera mungkin untuk memudahkan jemaah kita yang ada 1,500 seorang.
Ketiga, isu pembinaan berkaitan dengan pusat pelupusan sampah. Di mana pusat pelupusan sampah Bukit Payong ini sebenarnya telah dirancang sejak 2012. Akan tetapi penduduk sekitar membantah sebab dia buat di atas bukit melalui satu aliran parut kecil yang namanya Parit Purun. Apabila diratakan tempat bukit ini menyebabkan botak dan sekarang ini menjadi masalah kepada penduduk di bawahnya iaitu khusus penduduk kampung Mohd Noor dan di beberapa buah taman di sebelah bawah yang menyebabkan banjir lumpur yang setiap kali hujan lebat dia akan mengakibatkan penduduk sengsara.
Bukan itu sahaja, ia menyebabkan parit kecil tadi jadi seolah-olahnya seperti anak sungai kalau waktu hujan lebat. Jambatan hanyut, tanaman-tanaman rosak. Jadi saya mengharapkan JPS ataupun yang berkaitan KPKT dapat membina longkang yang sewajarnya untuk mengelakkan berlaku banir di kampung berkenaan.
Perkara yang keempat, saya ingin menyatakan di dalam Dewan yang mulia ini iaitu tentang Parlimen Sri Gading ini terletak di beberapa pusat pengajian tinggi, ada UTHM, ada institusi pendidikan guru dan juga Kolej Kemahiran Tinggi MARA. Di mana di sini ramai belia termasuk belia dari tempat lokal itu sendiri tetapi kemudahan sukan yang tidak ada. Apabila tidak ada kemudahan sukan, kami ataupun penduduk-penduduk mengharapkan dapat dibina kompleks sukan serba guna untuk kemudahan belia-belia yang berada di pusat-pusat pengajian tinggi dan juga belia di lokal ataupun tempat belia- belia tempatan ini.
Kelima, kalau Yang Berhormat Ayer Hitam tadi ada sebut– minta maaf Yang Berhormat Ayer Hitam ya, dia kata Ayer Hitam banyak telur. Di Sri Gading banyak kerepek.
Sri Gading mengharapkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan boleh memberikan satu ruang untuk menjadikan Parlimen Sri Gading ini hab kerepek dunia kerana di sana terdapat sekurang-kurangnya ada lapan buah IKS pembuatan kerepek yang pelbagai. Kerepek pisang, kerepek ubi pelbagai jenis, pelbagai rasa. Insya-Allah kalau kita dapat laksanakan dengan bantuan daripada pihak-pihak seperti mana FAMA, MARA, MARDI dan juga jabatan pertanian membantu dalam pengurusan untuk dapat diproses dan dapat dihantar ke peringkat dunia ataupun eksport ke peringkat dunia.
Keenam, apa yang berlaku juga iaitu tentang pembangunan. Apabila ada universiti, ada pusat pengajian tinggi khususnya di Pekan Parit Raja maka penduduk yang ramai itu memerlukan dua perkara penting, satu keselamatan...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Sri Gading...
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
...Satu kesihatan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar minta laluan. Boleh?
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Minta maaf, sebab saya ada banyak lagi Yang Berhormat, nanti kita akan bagi apabila saya sudah habis bercakap.
[Ketawa]
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Sedikit pun tidak boleh? Hendak bagi cadangan.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Tidak apa, saya hendak habiskan dahulu. Sebentar. Tinggal dua minit sahaja. Balai polis. Oleh sebab penduduk di sekitar tempat pembangunan ini sedang rancak bangun, dengan kedai dengan apa-apalah, sebab apa? Oleh sebab ada pusat pengajian tinggi, ada kolej kemahiran dan sebagainya.
Maka balai polis yang kecil, yang sangat memerlukan kepada pembesaran pembangunan baharu. Saya mengharapkan Menteri Dalam Negeri mengambil tindakan yang segera.
Ketujuh, pusat kesihatan baharu juga diperlukan di Parit Raja. Kelapan, jalan baharu Kampung Rahmat yang masih terbengkalai, saya mengharapkan JKR akan dapat melaksanakan perkara yang baik.
Seterusnya saya hendak menyampaikan– kerana hendak cepat sahaja ini. Masa 10 minit, ada dua minit sahaja lagi iaitu tentang isu gred guru besar. Saya mantan guru.
Jadi pengalaman sebagai seorang guru sangat berharga kepada rakyat dan kepada kita semua yang berada di dalam Dewan ini, pernah jadi murid dan sebahagian daripada kita ada yang jadi cikgu. Kalau gred guru besar ini tidak dinaikkan, saya mengharapkan kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan yang baharu hari ini, kita mengiktiraf pendidikan, kita mengiktiraf jasa guru besar dan guru-guru di sekolah seluruh Malaysia.
Sri Gading ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM kepada calon-calon SPM yang sedang berlangsung sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, [Membaca sepotong ayat al-Quran] Pada Pilihan Raya ke- 15, kita dapat melihat Allah menentukan, PH dapat 82, BN dapat 30. PH dan BN bergabung 112, simple majority sudah boleh bentuk kerajaan. Jadi di sinilah bagaimana kalau kita lihat, Kerajaan Perpaduan dengan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, kebijaksanaan pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak yang bersama-sama dalam Kerajaan Perpaduan pada hari ini, mudah-mudahan kita boleh bina, kita boleh majukan negara kita, kita boleh terus menjadi Malaysia Tiger Asia.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Sri Gading, minta kebenaran sedikit.
Seorang Ahli
Harimau Asia.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Harimau Asia.
[Tidak jelas]
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Sedikit sahaja.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Bukan tak nak bagi sebab saya rasa ini peluang pertama saya bercakap. Jadi insya-Allah dalam perbahasan di peringkat belanjawan nanti kita boleh bahas.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Saya hendak minta ruang sedikit pun tidak boleh ya?
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Akhir sekali, kepada semua sekali kalau saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, kalau Menu Rahmah itu boleh menjadi sebab penyakit autisme, saya harap kita kena semak betul- betul. Oleh sebab saya dengar hari ini McDonald’s pun hendak bagi Menu Rahmah.
Takkan McDonald’s hendak bagi makanan yang boleh menyebabkan autisme. Jadi sekadar itu, saya ingin menyatakan bahawa saya menyokong ucapan perbahasan menjunjung kasih titah Tuanku. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya menjemput Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
*Bismillahi Rahmani Rahim.
[Membaca sepotong doa]* Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang turut memberikan saya peluang untuk turut berbahas Titah Diraja bagi sidang kali ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan kepada poin-poin yang saya hendak sebutkan pada hari ini. Dalam Titah Diraja ada menyebutkan nilai perdagangan
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
antarabangsa bagi tahun 2021, 2022 telah mencapai RM1.552 trilion iaitu telah mencapai sasaran tiga tahun lebih awal iaitu untuk RMKe-12 yang tempohnya lima tahun telah dicapai dalam masa dua tahun sahaja.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Ini menunjukkan kerajaan yang lalu telah meletakkan asas yang telah kukuh untuk pemulihan ekonomi yang direncanakan oleh kerajaan lalu telah menunjukkan prestasi yang meningkat dan memberangsangkan ketika pasca pandemik COVID-19.
Pertumbuhan ekonomi juga telah diletakkan asas yang kukuh oleh kerajaan lalu sama ada kerajaan pimpinan Yang Berhormat Pagoh ataupun Yang Berhormat Bera. Pertumbuhan KDNK 8.7 peratus bagi tahun 2022 adalah rekod terbaik dalam tempoh 22 tahun sejarah negara.
Apa yang saya ingin tekankan kepada kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun pada hari ini adalah sepatutnya memberikan fokus kepada masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat. Apa yang dilihat pada hari ini, kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun hanya terus memberikan persepsi yang negatif dan memburukkan pihak lawan. Kini, kehidupan rakyat yang terbelenggu dengan kos sara hidup yang tinggi dan peningkatan harga barangan yang kelihatan seperti tidak dikawal oleh kerajaan.
Langkah kerajaan menginisiatifkan Menu Rahmah sebenarnya tidak membantu secara keseluruhannya. Ya, sedikit membantu bagi mereka yang bekerja. Itu pun, berapalah sangat jumlah restoran yang sanggup memperkenalkan menu ini. Akan tetapi, bagaimana pengusaha-pengusaha gerai-gerai kecil dan di tepi-tepi jalan? Mungkin pasar raya besar seperti Mydin, Burger King dan beberapa restoran lain sahaja yang sanggup dan mampu untuk menawarkan menu seperti ini.
Apa yang saya hendak tekankan pada petang ini ialah bagaimanakah mereka yang berkeluarga ramai, berkeluarga besar di luar sana yang mempunyai anak empat ke lima orang? Adakah setiap kali makan, jika dua kali sehari mereka makan, perlu berbelanja RM60 ke RM80 satu hari? Sudah tentu mereka yang berkeluarga ramai ini perlu membeli barang basah untuk dimasak bagi menyediakan makanan kepada sekeluarga.
Perancangan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang perlu dilakukan segera untuk mengawal harga barang dan memenuhi tuntutan keperluan rakyat. Kini telah mempunyai kuasa, buatlah apa yang sepatutnya...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Padang Serai minta laluan.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Apa yang kita lihat pada hari ini, kerajaan khususnya Perdana Menteri hanya memberi tumpuan kepada politik balas dendam. Mereka-reka tuduhan kepada pimpinan kerajaan yang lalu yang tidak berkesudahan...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Tuduhan-tuduhan yang berubah- ubah angka...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Minta laluan Yang Berhormat Padang Serai,
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Samalah Kerajaan PH/BN hoi ya hoi. Ya, sila Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Fasal sudah masuk tajuk lain, tadi masuk program rahmah. Saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Padang Serai berkenaan dengan program rahmah ini dianjurkan oleh peniaga atau kerajaan? Kalau oleh peniaga, berapa lama dia bertahan? Kalau oleh kerajaan program ini, berapakah perbelanjaan kerajaan dalam menganjurkan satu perancangan kerajaan untuk jangka masa pendek dan panjang yang dinamakan program rahmah ini? Akan tetapi kalau dengan peniaga, berapa lama peniaga boleh bertahan untuk memberi bantuan kepada kerajaan dalam program rahmah ini? Sekian, terima kasih.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tanya dengan kerajaan nantilah.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terima kasih Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Hulu Langat, saya tanya Yang Berhormat Padang Serai, saya tidak tanya Yang Berhormat Hulu Langat. Fasal apa jawab? Ini bukan floor Yang Berhormat Hulu Langat. Jadi tidak apa, diamlah*.
[Ketawa]*
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Ya, kalau kita tengok Menu Rahmah ini adalah inisiatif peniaga, cuma diperkenalkan oleh kerajaan. Jadi, apakah bentuk-bentuk bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada peniaga-peniaga yang memperkenalkan Menu Rahmah ini? Berapa lama mereka boleh bertahan, kita boleh tanya kepada pekedai-pekedai yang demikian.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Bagan Serai, boleh sedikit Yang Berhormat Bagan Serai? Yang Berhormat Bagan Serai, sedikit sahaja.
Boleh Yang Berhormat Bagan Serai, sedikit?
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Sila, sila.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Padang, padang. Padang Serai.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Menu Rahmah ini pada saya - Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai, Menu Rahmah ini yang digagaskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ini oleh Kerajaan Madani, Kerajaan Perpaduan ini ialah satu usaha untuk kita membantu rakyat di bawah. Kita doalah sama-sama supaya program Menu Rahmah ini dia berpanjangan, dia boleh membantu masyarakat dan juga warga dalam negara kita ini. Saya setuju, saya...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tanya atau ceramah ini?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sekejap. Saya setuju sangat dengan Yang Berhormat Padang Serai ini maksudnya. Kalau saya kata saya tidak setuju...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tanya atau ceramah ini?
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kalau dia tidak setuju, tidak apa, dia bantah, tetapi jangan jadi macam Yang Berhormat Kapar.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Yang Berhormat Kuala Langat.
Tuan Jamaluddin bin Yahya - Pasir Salak
Apa soalannya? Bagilah soalan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Apa yang jadi masalahnya, jangan jadi macam Yang Berhormat Kapar. Dia cemburu, dia cemburu.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Okey saya faham, saya faham.
Yang Berhormat Kuala Langat, terima kasih.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jangan jadi macam Yang Berhormat Kapar, persoalannya sekarang ini Yang Berhormat Kapar buat cerita tidak betul. Buat cerita tidak betul.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Mana dia dapat ini yang kata Menu Rahmah yang menyebabkan orang kena kanser, orang kena autisme.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kuala Langat. Yang Berhormat Kuala Langat. Ini sebab saya tidak mahu bagi laluan kepada Yang Berhormat Kuala Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Oleh sebab itu saya minta sepatutnya Yang Berhormat Kapar ini dia kena tarik. Ini bawa fitnah dalam Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Kapar bawa fitnah dalam Dewan yang mulia, kata orang kena autisme, kata orang kena kanser.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Jamaluddin bin Yahya - Pasir Salak
Jangan bagi malu kerajaan.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab Yang Berhormat Hulu Langat sebut Kapar...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang Berhormat Hulu Langat, floor Yang Berhormat Padang Serai.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Saya kena betulkan. Apa yang disebut itu tidak betul, cuba tengok Hansard. Saya tidak adapun mengatakan Menu Rahmah ini menyebabkan kanser. Cuba check Hansard. Saya tidak – Setiausaha Dewan.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Hulu Langat bukan faham. Dia tidak faham.
[Dewan riuh]
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Satu video satu Malaysia pun nampak.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Kapar. Orang satu Malaysia, satu dunia sudah tengoklah Yang Berhormat Kapar. Satu dunia tengok sebab itulah sebelah sana ini bila dia buat fitnah, dia tidak mengaku.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Yang Berhormat Kuala Langat...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Hulu Langat ini tak faham, payah faham. Sekolah dulu tidak faham.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Perikatan Nasional ini kerajaan hebat, kerajaan tebuk atap, kerajaan pengkhianat, curi, kerajaan itu yang hebat!
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Hulu Langat yang tidak faham.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai hendak bagi tidak?
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terdesak! Jangan– terdesak. Bukan saya katakan Menu Rahmah ini menyebabkan kanser.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Hulu Langat ini, samseng di luar bolehlah Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Pohon celah, pohon celah.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Check betul-betul dan dengar dengan hati yang bersih, insya-Allah clear.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Hulu Langat, tidak payah tipu Dewanlah Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Takkan hendak bagi makanan yang tidak elok!
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Yang Berhormat Hulu Langat, saya ikuti perbahasan Yang Berhormat Kapar.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Takkan KFC hendak bagi makanan yang tidak elok! Itu masalah dia.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Dia tidak mengatakan makanan rahmah itu membawa kepada autisme.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ini masalah fitnah, fitnah ini.
Fitnah ini raja fitnah.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Yang Berhormat Hulu Langat duduk, ini floor saya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ini masalah Perikatan Nasional, fitnah! Mengajar fitnah.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Hulu Langat tidak faham.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey. Yang Berhormat Padang Serai...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Masuk sekolah dahululah Yang Berhormat Hulu Langat, tidak faham.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai ada dua minit lagi. Jangan bagi lagi. Yang Berhormat Padang Serai jangan bagi lagi.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai jangan bagi lagi.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Baik, baik saya teruskan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Padang Serai haa...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Hulu Langat yang tidak faham. Masuk sekolah dahulu.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Siapa yang tidak faham? Sekolah mana yang hendak masuk?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Hulu Langat, tidak apa.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Padang Serai, sekolah mana yang hendak masuk?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Hulu Langat..
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Hei, Yang Berhormat Kapar kata lain, Yang Berhormat Hulu Langat faham lain. Tidak faham.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Satu dunia tengok.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
SPM lulus tidak ini?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Satu dunia tengok. SPM luluslah.
SPM lulus.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Kalau lulus, mesti faham. Bahasa dia semua orang faham. Dia tidak kata pun.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Apa masalah tanya SPM orang ini? Apa masalah?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Hulu Langat yang bermasalah. Yang Berhormat Hulu Langat yang bermasalah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Apa masalah? Apa masalah?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Hulu Langat yang bermasalah sebenarnya, bukan Yang Berhormat Kapar.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Satu dunia sudah tengok. Satu dunia sudah tengok.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Hulu Langat.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, minta Yang Berhormat Hulu Langat keluar daripada Dewan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Hulu Langat balik makan ubatlah ingat.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Pergi minum ayaq dahululah.
Relaks-relaks dahulu.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Balik makan ubat. Ini Yang Berhormat Hulu Langat kalau tuduh fitnah, cabar di luar. Kita kalau betul fitnah, kita saman, kita tengok mahkamah selesaikan. Kalau berani, cabar di luar kata kami fitnah. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai tolong gulung. Yang Berhormat Pendang, duduk, duduk.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Tinggal seminit, berlambak lagi Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai, gulung, gulung.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Baik. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Nampaknya perbahasan bajet nanti kita tidak boleh bagi kepada Yang Berhormat Hulu Langat, dia sangat-sangat melampau.
Tuan Yang di-Pertua
Okey Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Baik Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya sebut yang penting pada hari ini adalah bagaimana. Saya faham Menu Rahmah ini.
Okey, bagaimana kerajaan pada hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagaimana hendak mengawal harga yang saya sebut tadi ini, keluarga-keluarga ini.
Kalau yang bekerja ibu bapa, mungkin seorang dua tidak apa. Akan tetapi kalau yang duduk di rumah ini, cuti sekolah ini empat minggu. Takkan tiap-tiap hari enam orang hendak makan di kedai, sekali RM5. Enam kali lima, RM30. Dua kali makan RM60.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Masaklah di rumah, masak. Di rumah masak.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Itu yang saya hendak tekankan.
Hendak masak pun barang mahal.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Masalah di rumah masak, jangan makan Menu Rahmah itu, masak. Masak, kena masak.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Yang Berhormat Hulu Langat, this is my floor.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Hulu Langat..
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Oleh sebab itu saya kata memang perlu masak, tetapi harga barang tidak terkawal.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Zaman hangpa dulu barang murahkah?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai, ada isu lain tidak?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Pak Mat tidak turun-turun.
Tuan Yang di-Pertua
Bangkitkan isu lain pula. Panjang sangat ini fasal Menu Rahmah. Isu lain pula.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Hulu Langat kacau.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Sebenarnya pendek, tetapi dia kacau.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Belasah sahaja...
Tuan Yang di-Pertua
Okey, saya bagi lagi seminit. Teruskan bawa isu-isu tempatanlah.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Kalau Yang Berhormat Hulu Langat tidak ada, aman Parlimen.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Okey, saya terus kepada isu negeri Kedah Tuan Yang di-Pertua. Isu kelima yang saya hendak bangunkan ini untuk tumpuan kepada Kementerian Pengangkutan (MOT). Tentang pembangunan Projek Kedah Aerotropolis yang merangkumi aktiviti maintenance, repair dan overhaul pesawat serta komponen lapangan terbang yang berteraskan kargo.
Mohon Kementerian Pengangkutan menyegerakan proses kelulusan projek ini kerana projek ini adalah berdasarkan dana PFI dan tidak menggunakan perbelanjaan dari Kerajaan Persekutuan. Saya dari negeri Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah telah melengkapkan semua kajian secara komprehensif dan pihak MOT tidak perlu lagi melakukan perkara yang sama. Jika pun ada mungkin beberapa maklumat tambahan atau penambahbaikan, saya mohon supaya kelulusan ini dapat disegerakan sebab Projek Kedah Aerotropolis ini akan menyediakan 18,000 peluang pekerjaan dalam masa tempoh 30 tahun.
Inilah yang seharusnya menjadi tumpuan kerajaan pada masa kini. Selaras dengan Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama kerajaan yang lalu iaitu melebarkan aktiviti ekonomi ke seluruh negara agar seluruh rakyat di negeri berpendapatan rendah merasai limpahan ekonomi seperti Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Yang kedua terakhir, Tuan Yang di-Pertua. Saya nak sebut juga isu peruntukan untuk semua Ahli Parlimen seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan PRU-15. Saya setuju dengan apa yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Gombak untuk mengupayakan institusi Parlimen. Begitu juga peranan Ahli-ahli Parlimen di peringkat kawasan perlu diperkasakan dengan memberikan peruntukan yang sama rata.
Isu pembangunan infra. Tuan Yang di-Pertua, bajet yang akan dibentangkan ini, saya mohon supaya jangan dipotong ataupun didiskaun bajet-bajet pembangunan infra kerana banyak lagi infra seperti jalan yang telah rosak perlu kepada naik taraf. Sebagai contoh, Lebuhraya Timur-Barat yang nanti akan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gerik.
Keadaan jalan yang rosak dan tidak sempurna. Lebuh raya ini menjadi penyambung terus antara negeri Terengganu, Kelantan, Perak dan Kedah. Di Kulim, di Padang Serai, di BKE sampailah ke sempadan Baling telah pun diluluskan projek pada kerajaan yang lalu, RM400 juta menaik taraf dual carriageway dari BKE sampai ke Baling.
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Last, last ya. Dua poin tadi dah kan?
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Last dua.
Tuan Yang di-Pertua
Last dua? Last yang itu.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Tambah sikit, Tuan Yang di-Pertua.
Gangguan daripada Yang Berhormat Hulu Langat tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Tak apa dah. Kelahi tadi habis dah kan? Yang ini, sambung.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Okey. Ini juga mungkin pernah disebutkan oleh Tuan Yang di-Pertua. Isu kuarters guru. Isu ini telah lama dibangkitkan dalam sidang-sidang yang lalu atau penggal-penggal yang lalu. Berapakah unit yang telah dan sedang diduduki dan berapakah unit yang terbiar di seluruh negara? Apakah cadangan dan langkah kerajaan bagi mengatasi masalah kuarters terbiar ini? Adakah kerajaan bersedia untuk menukar kuarters-kuarters ini kepada rumah PPR atau apa-apa penggunaan agar ia tidak terbiar dan penggunaan kuarters ini dioptimumkan? Jika rumah untuk rakyat, ia sangat tepat dan pada masanya ketika ramai rakyat belum memiliki rumah yang selesa dan sesuai.
Terakhir, Tuan Yang di-Pertua, sebab ramai pengundi atau rakyat di bawah sana yang e-mel kepada saya, tapi saya rasa bukan seorang tetapi semua Ahli Parlimen. Isu KWSP ini. Saya faham kita yang berada dalam Dewan ini mungkin cukup pendapatan dan sebagainya tetapi rakyat di bawah hari ini yang mempunyai KWSP, saya mohon sangat- sangat Yang Amat Berhormat Tambun dan kerajaan untuk mempertimbangkan pengeluaran KWSP secara bersasar ini. Saya bimbang ia akan memberikan stres kepada rakyat yang memerlukan dalam kos sara hidup yang tinggi hari ini, kita bimbang akan berlaku masalah-masalah lain akibat masalah kewangan yang mereka sedang hadapi.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk membahaskan Titah Diraja pada hari ini. Saya menjunjung kasih atas Titah Perasmian Yang di-Pertuan Agong sidang Parlimen pada kali ini.
Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya silakan Yang Berhormat Sandakan.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
P.M. 37(1)(b).
Seseorang Ahli yang hendak meminta penjelasan mestilah dengan izin ahli dan dipanggil oleh Tuan Yang di-Pertua. Saya minta Tuan Yang di-Pertua bagi petua kepada Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Hulu Langat ini dia tak dengar cakap kami tapi dia ikut cakap Tuan Yang di-Pertua. Dia orang baik, cuma mulut dia sahaja lebih kurang macam itu. Minta petua daripada Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, take note. Okey, terima kasih. Silakan Yang Berhormat Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, pembentukan Kerajaan Perpaduan yang pertama dalam sejarah negara kita di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke-10 dan saya yakin Dato' Seri Anwar bin Ibrahim akan membawa Malaysia kepada era politik yang baharu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Baginda yang tepat pada masanya mengenai kepentingan untuk mengembalikan kestabilan politik.
Rakyat Malaysia terutamanya rakyat Sabah mempunyai harapan dan tuntutan yang sangat besar kepada Kerajaan Perpaduan untuk memimpin negara keluar daripada arus semasa dengan pelbagai krisis sama ada kemelesetan ekonomi, peningkatan kos sara hidup, isu kesihatan awam atau masalah perumahan. Rakyat mengharapkan Kabinet baharu dan semua pihak untuk menangani masalah dan isu-isu ini dengan segera.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Tuan Yang di-Pertua, kesejahteraan rakyat perlu terus menjadi keutamaan bagi mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab. Akhir tahun lepas, berlaku kejadian resapan air laut ke dalam takungan loji rawatan air utama di Segaliud, Sandakan dan akibatnya 70 peratus penduduk di Sandakan perlu menggunakan air yang mempunyai kandungan garam yang lebih tinggi daripada biasa selama tiga bulan. Berapa lamakah kami akan perlu menunggu sebelum isu ini dapat diselesaikan dengan sepenuhnya dan sebaiknya?
Saya meminta agar Jabatan Kesihatan untuk menyiarkan semua laporan ujian yang telah dijalankan setakat ini mengenai kualiti bekalan air di Sandakan dan menyiasat kes-kes alahan yang dilaporkan di daerah ini. Ini adalah kesihatan awam yang serius dan rakyat mempunyai hak untuk mendapatkan penjelasan yang sebenarnya berkenaan perkara ini.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan pengumuman Kementerian Kesihatan pada tahun lepas bahawa Hospital Duchess of Kent di Sandakan akan dinaiktarafkan menjadi hospital pakar major di Sabah sama seperti status Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu. Bilangan perkhidmatan pakar di Hospital Duchess of Kent (HDOK) akan ditambah daripada 18 kepada 49. Jadi, saya berharap Kementerian Kesihatan akan menyegerakan program menaik taraf di bawah RMKe-12 ini kerana HDOK kekal sebagai hanya satu-satunya fasiliti hospital awam kami di Sandakan walaupun populasi di daerah ini telah meningkat dengan ketara sejak 20 tahun yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, disebabkan oleh faktor geografi dan sejarah, Sabah tidak boleh dan tidak harusnya dianggap dan diuruskan sama seperti salah satu daripada 13 negeri lain di negara ini dengan taburan penduduk Sabah seramai 3.8 juta. Jadi dengan itu, MA63 juga bukan tentang kita orang Sabah mahu melawan orang Semenanjung. Ianya adalah mengenai bagaimana kerajaan menggubal dasar strategi dengan peruntukan yang wajar dan diperlukan untuk memenuhi aspirasi semua rakyat Sabah.
Jadi, untuk mengurangkan jurang, Sabah memerlukan satu lapangan terbang antarabangsa sekunder, universiti penuh dan pelabuhan hab utama dan semuanya boleh direalisasikan di Sandakan. Jadi, saya menyeru kepada semua Yang Berhormat Menteri untuk membuang kerangka lama dan melihat serta memperkenalkan strategi baharu untuk mengembangkan potensi dan kemajuan wilayah yang besar ini.
Oleh itu, betapa kecewanya warga Sabah melihat perlahannya kemajuan fasa pertama Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah. Hampir tiada pakej siap sepenuhnya sejak ia mula dilancarkan pada tahun 2016. Pakej penting Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Kinabatangan ke Lahad Datu dan Telupid ke Tamparuli juga masih belum dilancarkan.
Selain daripada Pan Borneo, kerja-kerja naik taraf jalan raya utama juga memerlukan perhatian segera daripada kerajaan untuk perkembangan sosioekonomi di Sabah dan keselamatan ribuan pengguna jalan raya di Sabah seperti Jalan Raya Persekutuan A22 antara Batu 32 checkpoint ke Sandakan. Kerosakan jalan raya yang tunggal dan juga sehala ini adalah sangat teruk untuk pengguna menuju ke Batu 32 dan juga daerah di sekitarnya. Projek Libaran Bypass ini telah diluluskan bagi mengatasi masalah ini tetapi telah terbengkalai sejak bertahun-tahun lamanya dan juga tiada tanda projek ini akan disambung semula.
Selain daripada itu, lampu jalan di sepanjang jalan persekutuan juga telah rosak selama berbulan-bulan dan bertahun-tahun kerana Jabatan Kerja Raya sentiasa mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai belanjawan untuk memperbaiki lampu jalan. Ini adalah sama sekali tidak boleh diterima. Adakah kita perlukan berbilion-bilion ringgit untuk membaiki lampu-lampu jalan kita ataupun adakah kami memerlukan berbilion-bilion ringgit untuk memastikan tiada lubang-lubang besar di jalan raya kita?
Kalau kita tidak cukup peruntukan, saya menggesa kementerian untuk memohon kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan iaitu juga merupakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dan saya yakin Dato' Seri Anwar bin Ibrahim tidak akan mengabaikan masalah rakyat terutamanya mengenai keselamatan di jalan raya. Apa yang kami
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
harapkan adalah komitmen dan rasa tanggungjawab kerajaan untuk melakukan yang terbaik untuk negara dan rakyatnya.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu PTI atau pendatang tanpa izin dan orang yang tidak berwarganegara di Sabah. Berdasarkan statistik rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia untuk tahun 2019, daripada jumlah kasar diterjemahkan bersamaan dengan 1.13 juta orang atau kira-kira satu daripada tiga orang di Sabah adalah berdaftar sebagai bukan warganegara sama ada mereka adalah pendatang tanpa izin, pemegang pas IMM13, Kad Burung-burung, Sijil Banci, orang tanpa warganegara atau daftar lewat.
Perkara penting di sini adalah ia akan menimbulkan masalah sosial dan keselamatan. Apa yang paling sedih adalah golongan kanak-kanak stateless tanpa dokumen atau pengenalan yang dilucutkan hak untuk pembelajaran dan rawatan perubatan dan akhirnya dieksploitasi.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya juga faham isu warganegara ini merupakan isu yang kompleks kerana Kerajaan Persekutuan tidak menunjukkan sebarang komitmen untuk menangani masalah ini sejak 30 tahun lalu. Jadi, saya berharap Putrajaya boleh mengiktiraf isu orang tanpa dokumen ini sebagai kebimbangan kepada keselamatan negara dan mengumpulkan political will dengan izin, yang diperlukan untuk menyelesaikannya once and for all. Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang asing di Sabah atau RCI telah ditubuhkan pada tahun 2012 untuk melihat secara menyeluruh isu pendatang asing di Sabah. Justeru, saya menggesa Kerajaan Persekutuan bertindak dengan segera mengikut saranan RCI ini sebagai keutamaan negara.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya sekali lagi ingin membawa isu kekurangan perumahan PPR dan mengakibatkan perumahan setinggan kian bertambah. Sandakan mempunyai paling banyak rumah setinggan dengan 6,516 unit. Ini bermaksud lebih daripada 27 peratus jumlah keseluruhan rumah setinggan di Sabah adalah terletak di Sandakan.
Apa yang menyedihkan adalah KPKT masih tidak mempunyai perancangan baharu untuk menambah rumah PPR di Sandakan dalam tempoh lima tahun ini dan dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Bagaimanakah ini adalah logik dan munasabah?
Saya berharap kerajaan baharu kita akan menganalisis masalah ini sekali lagi.
Tuan Yang di-Pertua, masalah rumah setinggan ini telah menyebabkan banyak kes kecurian elektrik yang berleluasa, pencemaran di kawasan rumah setinggan dan keselamatan penghuni yang tinggal di struktur rumah yang bahaya. Seluruh persisiran pantai Sandakan dipenuhi dengan rumah setinggan dan akhir-akhir ini rumah setinggan dibina jauh di dalam hutan. Majlis Perbandaran Sandakan tidak mempunyai peranan untuk membersihkan sampah sarap yang bersepah dan dibuang merata-rata. Kesemua sampah ini terus masuk ke laut atau bersepah di dalam hutan. Jadi, segala inisiatif untuk membersihkan pantai tidak mungkin berjaya.
Tuan Yang di-Pertua, sememangnya ini adalah masa yang mencabar bagi Malaysia di mana kita perlu berhadapan dengan ancaman ketegangan geopolitik global dan tidak ketidaktentuan ekonomi dalam era pasca COVID-19. Jadi, saya berharap di bawah kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri ke-10, kerajaan baharu ini akan tampil dengan strategi yang berkesan untuk melakar hala tuju negara ke hadapan.
Dengan itu, saya mengakhiri perbahasan saya hari ini, Sandakan mohon menyokong.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Parit.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada Tuan
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Titah Diraja sebagai Ahli Parlimen Parit pada hari ini. Saya juga ingin menjunjung kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Istiadat Pembukaan Parlimen baru-baru ini yang menyentuh pelbagai isu dan permasalahan rakyat yang menggambarkan keprihatinan Baginda selaku ketua dan payung negara.
Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pengundi Parit yang telah memilih saya dan insya-Allah mandat dan harapan ini akan saya galas dengan sebaiknya.
[Tepuk] Segala permasalahan rakyat yang dibahaskan di Dewan ini dapat diberi perhatian oleh kerajaan tidak mengira dari kawasan Parlimen yang diwakili oleh pihak kerajaan mahupun di pihak pembangkang.
Inilah harapan kita. Pendek kata, sesungguhnya semua yang dilantik di sini adalah wakil rakyat Malaysia di bawah naungan dan perhatian Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, Baginda dalam titahnya menyambut baik inisiatif untuk memperkukuh agenda pembangunan ummah berasaskan prinsip maqasid syariah dalam pentadbiran negara. Ia merangkumi aspek pemerkasaan pengurusan hal ehwal Islam seperti pendidikan Islam dan undang-undang syariah, institusi kekeluargaan, pensijilan halal dan pendidikan tahfiz Al-Quran. Usaha ini penting bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai kekuatan kerohanian, intelektual dan sahsiah diri yang unggul.
Saya berminat mengupas beberapa aspek penting dalam inisiatif yang dititahkan oleh Baginda ini. Pertamanya berkaitan dengan pendidikan Islam. Saya berminat untuk menyebut tentang Pendidikan Islam yang telah diletakkan sebagai satu subjek dalam silibus pendidikan negara. Di kala subjek ini telah sekian lama dalam lakaran sejarah menjadi pendidikan sebahagian daripada silibus penting dalam pendidikan negara kita, saya mendapati bahawa masalah disiplin pelajar di sekolah-sekolah hari ini telah menjadi berita hangat yang dibincangkan.
Ia bukan sahaja melibatkan pihak sekolah, Kementerian Pendidikan malah turut melibatkan pihak polis dalam mengambil tindakan terhadap murid-murid yang terbabit kerana masalah ini bukan sekadar masalah kecil tetapi telah melangkau menjadi masalah jenayah. Persoalannya, sejauh manakah kajian telah dibuat terhadap keberkesanan penghayatan pengajaran subjek Pendidikan Islam dalam membentuk keperibadian pelajar di sekolah agar lebih berdisiplin?
Kedua, adakah subjek ini hanya diajar untuk peperiksaan atau diambil inti patinya untuk disemai di dalam jiwa para pelajar untuk menjadi insan yang lebih baik?
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan institusi tahfiz. Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang telah diwujudkan perlulah diperkasakan agar institusi tahfiz di negara Malaysia dapat dilibatkan semuanya bagi setiap dasar yang telah dirangka.
Antaranya:
(i) menyelaraskan pengurusan tahfiz dalam aspek tadbir urus yang mantap dan berkesan;
(ii) menyediakan mekanisme pengiktirafan dan pensijilan bagi para penghafaz Al-Quran; dan
(iii) memperluaskan pengiktirafan dan pensijilan bagi para huffaz Al- Quran yang berkualiti, mampu memanfaatkan golongan ini dalam mengisi keperluan ummah terutamanya dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat.
Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan MRSM Parit boleh dijadikan Tahfiz Ulul Albab bagi membuka peluang anak-anak Parit mendalami Al- Quran serta melahirkan lebih ramai huffaz di dalam kawasan Parit.
Berkaitan dengan masjid, saya memohon agar pihak kerajaan memberi perhatian untuk menjadikan masjid-masjid lebih selesa dan mesra pengguna. Mewakili rakyat Parit juga saya memohon agar dua buah masjid di dalam Parlimen saya dibina masjid yang baharu kerana masjid yang lama telah dalam keadaan uzur dan usang iaitu Masjid Ghufraniah, Titi Gantung dan Masjid Latifah, Sungai Korok, Parit.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan pemerkasaan wakaf saya ingin menarik perhatian sidang Dewan berkaitan pelaksanaan dan kepentingan wakaf dalam Islam.
Wakaf merupakan amalan yang digalakkan oleh Islam terhadap umatnya yang berkemampuan agar kesenangan yang dikurniakan itu dapat dinikmati, dikongsi bersama oleh golongan yang kurang berkemampuan.
Rasulullah SAW telah bersabda mengenai amalan wakaf ini. [Membaca sepotong hadis] Apabila telah matinya seorang manusia, maka terputuslah baginya pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.
Justeru, saya memohon daripada pihak kerajaan berkaitan pertimbangan kelulusan pelaksanaan pengecualian cukai bagi bayaran wakaf yang diberikan. Ini khususnya wakaf tunai di Perak Darul Ridzuan di bawah subseksyen 44(11D) Akta Cukai Pendapatan 1967. Pengecualian ini telah berakhir pada 31 Ogos 2019 dan sehingga kini pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) masih lagi tidak mendapat kelulusan pengecualian cukai. Hal ini sangat wajar dilaksanakan untuk menggalakkan rakyat berwakaf.
Berkaitan dengan pensijilan halal.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Yang Berhormat Parit, sedikit wakaf.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Sila.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Adakah Yang Berhormat bersetuju wakaf ini menjadi solusi untuk mengurangkan harga barang dan kos-kos lain?
Jadi adakah Yang Berhormat bersetuju wakaf ini mesti juga dibuat merentasi kementerian.
Tidak hanya Kementerian Agama tetapi Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Kewangan dan lain-lain. Adakah Yang Berhormat bersetuju?
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Saya bersetuju dan masukkan dalam ucapan saya.
Berkaitan pensijilan halal. Seterusnya saya ingin menyebut berkenaan isu pensijilan halal di negara kita. Ironinya, walaupun kita telah menjadi salah satu pengeluar produk halal terbesar di dunia, negara kita masih belum memiliki satu akta khusus bagi tujuan penyelarasan dan pemantapan peruntukan undang-undang mengenai proses, prosedur serta kawalan pensijilan halal untuk seluruh negara.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Cabaran utama isu halal di Malaysia adalah dari sudut perundangan kerana Malaysia tidak mempunyai akta halal yang terpakai di seluruh negara. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan pada tahun 2010 mengumumkan penggubalan satu akta halal bagi tujuan penyelarasan dan pemantapan peruntukan undang-undang mengenai proses, prosedur serta kawalan pensijilan halal.
Namun begitu, sehingga ke hari ini akta berkenaan masih belum dibentangkan di Parlimen untuk dijadikan undang-undang. Masalah utama yang menghalang penggubalan akta ini ialah persoalan yang berkaitan dengan Perlembagaan. Di mana persoalan halal adalah berkaitan dengan agama Islam, maka ia terletak di bawah bidang kuasa negeri.
Justeru, perlu kepada penyelarasan dan keseragaman di seluruh negara.
Soalan saya, sama ada akta halal ini dalam perancangan untuk digubal atau tidak? Adakah wujud sesi libat urus antara JAKIM dan Unit Penguatkuasaan dan Pemantauan Makanan dan Produk Halal di jabatan agama Islam setiap negeri? Kedua, adakah wujud bantuan secara langsung, contohnya tenaga kerja, kepakaran kepada unit ini dari Kerajaan Persekutuan dalam proses pemantauan makanan dan produk halal di peringkat negeri?
Ketiga, soalan saya pada waktu ini sudah wujud pelbagai produk makanan yang dijual atas talian. Saya ingin bertanya dengan cadangan kewujudan akta halal nanti, adakah kerajaan merancang untuk memastikan adanya mekanisme pemantauan dari JAKIM atau agensi berkenaan terhadap produk dan makanan yang dijual atas talian?
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Keempat, sama ada wujud atau tidak penggubalan akta ini? Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk memastikan pemantauan produk dan makanan halal ini diletakkan di dalam sebuah agensi khusus bagi mengelakkan pertindihan kuasa di antara JAKIM dan Jabatan Penguatkuasaan KPDNHEP.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga mengulas tentang kenaikan harga barang.
Saya berpendapat bahawa jumlah RM50 pada masa lepas tidak sama pada hari ini. Di mana tidak cukup sebagaimana sebelum ini. Jadi, harga timun umpamanya, dahulu RM1.80 sekilogram, sekarang telah mencecah sehingga RM6.00 sekilogram. Begitu juga sayur-sayuran dan barang-barang keperluan lain, naik begitu mendadak.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang beberapa perkara bagi kawasan saya. Oleh sebab masa tidak mengizinkan saya, iaitu tentang Hospital Seri Iskandar yang dalam pembinaan, sebanyak 76 buah katil sedangkan rakyat ada seramai 61,000 orang, tidak cukup keperluan. Jadi, saya mohon supaya pembinaan hospital ini ditambah kapasitinya untuk mencukupkan keperluan rakyat yang begitu ramai.
Saya juga memohon agar hospital ini disediakan perkhidmatan pakar supaya rakyat tidak pergi jauh untuk mendapatkan perkhidmatan pakar. Begitu juga masalah infrastruktur di kawasan Parlimen saya berkaitan jalan yang perlu diturap, jalan-jalan yang perlu diselenggarakan dengan baik, ini akan mengakibatkan kemalangan, kematian dan sebagainya. Jadi ini merunsingkan fikiran saya, Tuan Yang di-Pertua.
Begitu juga saya menyentuh tentang pemberian tanah kepada generasi kedua FELCRA yang masih tertangguh di Felcra Nasaruddin, hendaklah disegerakan. Taman rekreasi untuk rakyat Parit di Dataran Sungai Seluang dengan keluasan 19 hektar yang sangat sesuai, bahkan ia mampu memberi peluang kepada anak muda beriadah.
Penutupnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengingatkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas semangat perpaduan dan mengutamakan kebajikan rakyat, saya berharap agar pihak kerajaan dapat menunaikan janji untuk memberikan peruntukan sama rata kepada wakil rakyat kerajaan dan pembangkang, sebagaimana yang termaktub dalam Manifesto PRU-15 Pakatan Harapan yang lalu.
Peruntukan ini semestinya mampu memberikan semangat serta kerjasama yang baik, memastikan setiap kesusahan rakyat mendapat perhatian oleh kerajaan melalui wakil-wakil rakyat. Justeru, saya mohon pihak kerajaan, khususnya YAB Tambun, supaya jangan sesekali bertindak zalim terhadap rakyat Parit, jangan sesekali bertindak zalim kepada rakyat Malaysia dengan menyekat atau mengurangkan peruntukan bagi Ahli-ahli Parlimen. Sekian, Parit mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya akan jemput Yang Berhormat Simpang Renggam.
Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
Saya turut bersyukur atas kesempatan yang diberikan untuk turut berbahas kepada Titah Diraja sempena pembukaan Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas baru-baru ini. Tuan Yang di-Pertua, beberapa siri permasalahan ataupun krisis global yang berlaku secara bersilih ganti dan mempunyai hubung kait antara satu sama lain, ia dipanggil poli krisis.
Sejak COVID-19, kenaikan inflasi yang mendadak, perang Rusia-Ukraine, kesenjangan pendapatan, termasuk empat orang Perdana Menteri, Parlimen tergantung, ini adalah antara krisis yang tergolong dalam fenomena poli krisis ini.
Malah, dalam Global Risk Perception Survey 2023, dengan izin Tuan Yang di- Pertua, telah menyatakan bahawa permasalahan dan krisis global akan terus berevolusi dan juga menjadi semakin rumit. Maka, dua tahun akan datang Tuan Yang di-Pertua, majoriti krisis global ini akan berkisar sekitar isu-isu kesenjangan dan ketidakadilan pengagihan ekonomi.
Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Malah, pada 10 tahun yang akan datang, isu-isu berkenaan, sebagai contoh perubahan alam sekitar dan juga iklim akan menjadi antara punca utama kepada krisis global yang bakal terjadi. Maka itu, kementerian seperti Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Menteri-menteri berkenaan saya harap menyedari betapa beratnya tugas yang dihadapi dalam masa ke hadapan ini.
Kalau kita lihat daripada kajian-kajian yang dibuat, dianggarkan juga bahawa kerajaan dan pemerintah di seluruh dunia akan menghadapi kesulitan untuk mendepani fenomena poli krisis ini, terutama sekali bagi negara-negara yang membangun seperti kitalah, Malaysia. Maka, sejajar dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, moleklah bagi kita merealisasikan harapan baginda untuk melihat inisiatif Malaysia Madani ini dapat diterjemahkan dengan baik dalam satu kerangka yang tersusun dan mempunyai keupayaan untuk mencipta lonjakan buat negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan supaya rangka tindakan keselamatan dan juga daya tahan negara kita segera dapat diperkukuhkan atau dapat dibentuk. Dalam hal tersebut, saya ingin melihat kepada tiga spektrum utama. Pertama, tentang keselamatan jaminan bekalan makanan. Keduanya, keselamatan daripada segi alam sekitar. Ketiga, keselamatan ekonomi.
Menyentuh tentang soal keselamatan makanan ini, pagi tadi ataupun minggu lepas, Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ada memberi jawapan kepada saya berkenaan dengan langkah-langkah awalan yang boleh dibuat oleh kementerian dalam menjamin bekalan makanan ini. Antaranya ialah perluasan kawasan, tentang proses dan juga prosedur perdagangan pertanian, termasuklah program ataupun memperkasa program jaminan menerusi suntikan dana.
Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, tentang soal jaminan bekalan makanan ini, kita tidak boleh hanya melihat kepada dasar pertanian semata-mata tetapi juga merangkumi dasar ekonomi, dasar perniagaan dan juga dasar perdagangan. Maka, kalau ia melibatkan dasar-dasar antara kementerian dengan satu kementerian yang lain, maka kita tidak boleh hanya melihat kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan semata-mata.
Maka untuk itu, perlulah menjadi agenda utama Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang bakal bersidang buat pertama kali pada bulan Mac 2023 ini perlu mengambil langkah-langkah supaya...
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Yang Berhormat Simpang Renggam, mohon pencerahan, boleh?
Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
...koordinasi di antara dasar-dasar ini lebih tersusun dan juga dapat merentas kementerian-kementerian.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Tadi Yang Berhormat Simpang Renggam ada menyentuh fasal keselamatan makanan. Apa pandangan Yang Berhormat Simpang Renggam bahawa salah satu isu dengan pertanian dan bekalan makanan ialah pengeluaran (yield) dalam sektor pertanian. Dengan kegunaan teknologi, kita mampu meningkatkan yields yang akan menjamin keselamatan makanan kita.
Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Tuan Yang di- Pertua, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa yield ataupun penggunaan teknologi adalah antara pendekatan-pendekatan yang dapat meningkatkan lagi keterjaminan bekalan makanan ini. Kita tidak boleh lagi bergantung kepada pengeluaran makanan secara konservatif. Kita perlu melihat kepada kaedah makmal, kita perlu melihat kepada kaedah pertanian moden secara vertical farming sebagai contoh itu adalah beberapa perkara yang perlu dipertingkatkan.
Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Kalau kita lihat negara jiran kita Indonesia sebagai contoh, Presiden Jokowi telah mula melihat kepada penanaman alternatif sebagai contoh sorghum ataupun di sesetengah daerah di Indonesia itu sagu diperluaskan tanamannya sebagai merintis penanaman-penanaman atau penghasilan alternatif.
Kita tidak boleh lagi bergantung kepada makanan ruji secara konservatif lagi ataupun secara konvensional. Dalam hal ini, kementerian mempunyai tugas dan tanggungjawab tetapi kalau kita letakkan sahaja kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan perkara ini tidak boleh selesai kerana ia melibatkan dasar-dasar kementerian lain untuk membantu menjayakan jaminan bekalan makanan ini.
Kedua Tuan Yang di-Pertua ialah apabila kita bercakap soal jaminan bekalan makanan kita tidak boleh lari daripada memastikan keselamatan alam sekitar. Maka apabila kita menyentuh tentang perkara tersebut, banyak pelan. Baru-baru ini saya mendengar ucapan menteri yang mengatakan tentang Low Carbon Mobility Blueprint. Bercakap tentang soal tentang kita akan menyediakan 10,000 EV points dalam tempoh yang terdekat. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, kalau perlaksanaan visi neutral karbon itu tahun 2050 kita tidak buat dengan serius, sebagai contoh kita hendak lihat kalau boleh sebagaimana Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, usul untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai contoh bandar yang mampan, bandar pintar wajar dilaksanakan segera dan hasilnya itu dapat diperlihatkan kepada rakyat.
Urbanisasi di Malaysia kita tidak boleh lari yang hari ini telah pun mencapai kadar 80 peratus dijangka pada tahun 2030. Jadi untuk itu, bandar menyumbang hampir 70 peratus pelepasan gas hijau dalam negara. Maka atas dasar itu, saya mencadangkan supaya kerajaan dapat menubuhkan national center for carbon neutrality through climate action now.
Tuan Yang di-Pertua, perkara ini amat perlu kerana saya ada pengalaman suatu ketika dahulu negeri Johor ingin membangunkan begitu banyak sekali inisiatif bagi pengeluaran renewable energy ini. Dalam membangunkan solar farms, dalam hendak membangunkan pelbagai inisiatif dengan adanya renewal ataupun tenaga boleh diperbaharui ini, hendak buat data center. Banyak sahaja negara-negara yang membuat tinjauan dengan Johor sama ada sedia membangunkan data centers di Johor.
Akan tetapi malangnya, pada waktu itu Tuan Yang di-Pertua, dasar kerajaan adalah Johor jangan membangunkan banyak sangat data center ini ataupun renewal energy ini kerana bimbang kita akan menggunakan lebihan pengeluaran tenaga boleh diperbaharui ini untuk dieksport ke Singapura. Itu boleh menguntungkan negara jiran Singapura, boleh menjadikan Singapura itu lebih ke depan dalam menjemput atau mengajak syarikat-syarikat gergasi seperti Amazon, seperti Google untuk membangunkan data center mereka di Singapura berbandingkan dengan Johor. Johor mempunyai kebolehan untuk mengurus dan untuk membangunkan data center ini. Kenapa kita harus bimbang?
Sebab itu kalau boleh dasar kementerian berhubung dengan soal pembangunan tenaga boleh diperbaharui ini harus diperluaskan kita tidak perlu bimbang untuk bersaing walau dengan Singapura sekali pun. Kita punya keupayaan, punya kelebihan untuk menarik minat syarikat-syarikat gergasi seperti Amazon ataupun Google ini untuk datang ke Johor bagi membuka data-data center mereka. Hal ini kerana data center ini kalau hendak bertaraf Tier 4 ini, sumber bekalan tenaganya haruslah tenaga bersih. Jadi, renewable energy ini sangatlah penting.
Tuan Yang di-Pertua, pada akhirnya satu sahaja lagi perkara dalam spektrum yang ketiga ialah tentang soal keselamatan ekonomi. Tadi pagi kita berdepan dengan jawapan tentang soal bagaimana kita hendak merancakkan sektor ekonomi khususnya golongan belia. Golongan muda ini Tuan Yang di-Pertua, begitu ramai yang terlibat.
Seramai 97.7 peratus pekerja p-hailing adalah golongan belia.
Mereka yang terlibat dalam sektor tersebut seramai 64 peratus pekerja p-hailing ini tidak mempunyai apa-apa simpanan. Seramai 55 peratus tidak memiliki sebarang polisi insurans. Maka itu, kerajaan harus melihat semula. Kerajaan tidak boleh bergantung kepada dasar sedia ada kerana pekerja-pekerja p-hailing ini tidak termaktub di bawah
Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Employment Act. Maka, tidak perlu dan tidak diwajibkan mereka mencarum. Ini adalah satu masalah jangka panjang yang harus kerajaan lihat dan harus kerajaan lakukan sesuatu supaya tidak menjadi beban kerajaan apabila mereka sudah meningkat usia 40 tahun, dengan tiada kemahiran, tidak ada kebolehan, maka beban itu akan ditanggung semula oleh kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, boleh gulung.
Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Jadi terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Saya dengan ini mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Parlimen yang saya hormati sekalian, Tanjong Karang menjunjung kasih dan memohon izin membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada warga Tanjong Karang yang telah memberikan mandat kepada saya sebagai wakil Perikatan Nasional untuk berucap di Dewan yang mulia ini.
[Tepuk] Tanjong Karang merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam untuk rakyat Turkiye dan Syria yang telah ditimpa bencana baru-baru ini. Semoga mereka semua tabah dan redha atas ketentuan Allah SWT.
Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang cukup sinonim dengan jelapang padi Selangor semenjak tahun 1936. Namun, kami agak ketinggalan daripada segi pembangunan dan perindustrian itu sendiri. Isu penghijrahan anak-anak muda keluar daripada Tanjong Karang agak ketara sehinggakan kami di Tanjong Karang menghadapi masalah kebanyakan sekolah kekurangan murid.
Fenomena ini jelas menunjukkan Tanjong Karang amat memerlukan pembangunan industri tani dan agrotourism itu sendiri bagi meningkatkan peluang- peluang pekerjaan yang menarik kembali generasi anak-anak muda ke Tanjong Karang.
Industri padi dan pertanian perlukan satu transformasi yang menyeluruh, yang mana perlukan pertanian moden secara komersial, mampan dan dilaksanakan secara besar- besaran.
Tuan Yang di-Pertua, menyedari Dasar Pertanian Negara terdahulu, Agromakanan 1.0 dan juga Agromakanan 2.0 adalah agak tersasar jauh dan gagal sehingga kadar pertumbuhan sektor pertanian negara semakin hari semakin layu dan telah menguncup. Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK sebelum tahun 70-an adalah agak tinggi sekitar 30 ke 40 peratus. Sedangkan sejak tahun 2015 sehingga ke hari ini ia berada di bawah paras 10 peratus.
Tuan Yang di-Pertua, banyak orang bercakap soal keselamatan makanan negara tetapi kebanyakannya tidak tahu dan tidak faham apa itu keselamatan makanan negara.
Malah orang yang dipertanggungjawabkan dalam soal keselamatan makanan negara ini pun tidak tahu apa-apa. Bila telur tidak ada, dia terus ke India dan import telur.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Cuma jangan nanti ada wujud pula kartel-kartel telur negara. Dalam bahasa mudah, ‘Abah’ pernah menyebut, “Memastikan setiap rakyat ada makanan di atas meja”. Inilah sebenarnya keselamatan makanan negara...
[Tepuk] atau dengan kata lain, kerajaan harus memastikan rakyat tidak akan mengalami kebuluran dan mendapat
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
makanan yang selamat serta terhindar daripada malnutrisi ataupun kekurangan zat makanan. Jadi, apakah cara terbaik untuk memastikan makanan negara sentiasa ada, mencukupi, selamat dan dalam kawalan kita sendiri?
Tuan Yang di-Pertua, kebergantungan negara kita kepada import makanan adalah sangat berisiko tinggi. Mari kita lihat taraf tahap sara diri ataupun self-sufficiency level (SSL). Daging lembu berada pada paras 22.3 peratus dan kerajaan menyasarkan 50 peratus hanya pada tahun 2030. Ya, mungkin kerana kegagalan projek RM250 juta oleh Datuk Seri Shahrizat dahulu, kita boleh terimalah.
Kalau kita lihat daging kambing, hanya berada sekadar 11.8 peratus yang hanya disasarkan kepada 30 peratus pada tahun 2030. Ini sungguh menyedihkan. Kita lihat daging babi, berada pada tahap 92.3 peratus. Persoalannya, kenapa pemakanan untuk rakyat sekitar 30 peratus berada pada tahap yang begitu tinggi sekali?
Kita lihat daging ayam, berada pada paras 104 peratus dan disasarkan 140 peratus pada tahun 2030. Manakala telur ayam berada pada tahap 119.1 peratus dan kita adalah pengeksport telur ayam nombor lima dalam dunia dan mungkin perkara ini tidak akan berlaku lagi ke depannya.
Sasaran SSL 100 peratus makanan utama rakyat mestilah diutamakan dengan capaian dalam tempoh yang terdekat. Kita perlu capai dalam masa dua atau tiga tahun.
Bukan sehingga tahun 2030. Kalau kita lihat babi, ayam dan telur, kita boleh capai SSL yang tinggi. Kenapa tidak dengan daging lembu dan daging kambing? Adakah kerana kepentingan kartel-kartel makanan dan komisi-komisi pihak tertentu?
Tuan Yang di-Pertua, di waktu krisis ekonomi, industri pertanian mampu menjamin keselamatan makanan negara dan mampu meningkatkan peluang-peluang pekerjaan, membentuk usahawan-usahawan tani muda dan negara tidak akan bergantung pada import makanan dan pengaruh fluktuasi tukaran wang asing. Dalam waktu yang sama, makanan rakyat tidak terdedah kepada manipulasi harga dan stok makanan oleh kartel-kartel makanan.
Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang juga turut terkesan dengan isu-isu infrastruktur yang tidak berkesudahan. Disebabkan muka buminya yang agak rendah dan banyak saliran perparitan, maka Tanjong Karang sering mengalami banjir kilat yang berulang-ulang dan juga banjir air termenung. Ban ataupun empangan pecah juga telah berlaku beberapa kali dan menyebabkan kerosakan dan kerugian harta benda.
Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang juga sangat terkesan dengan masalah jalan jam yang amat teruk terutama sekali di setiap hujung minggu ataupun di waktu cuti am. Jadi saya menggesa pembinaan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dan juga naik taraf jalan alternatif yang melewati Ban Kenal dapat disegerakan bagi mengurangkan sekitar 65 peratus kesesakan jalan raya di Tanjong Karang dan untuk jangka panjang adalah dicadangkan pembinaan laluan flyover melintas Sungai Tengi di pekan Sungai Kajang.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga menggesa pembinaan segera tembok pemecah ombak dan benteng kekal di sepanjang Pantai Sungai Kajang yang mana ia telah diluluskan sejak tahun 2019 dengan bajet sebesar RM12 juta dapat dilakukan dengan kadar segera. Ini kerana ban atau benteng sementara ini yang sering pecah dan mengancam 223 orang penduduk Kampung Lembah Pantai dan Sungai Kajang.
Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang juga agak bernasib baik telah mendapat hospital baharu yang boleh menempatkan 132 katil pesakit yang mana ia telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 9 Februari 2023. Rakyat Tanjong Karang mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kesihatan yang turut hadir dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang sudi mencemar duli ke Tanjong Karang.
Tuan Yang di-Pertua, peruntukan bajet tahun 2022 sebesar 2.1 peratus daripada KDNK adalah jauh daripada mencukupi dan ia melemahkan sistem perkhidmatan Kementerian Kesihatan itu sendiri dan tidak mampu untuk bertahan dalam jangka panjang. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan sekurang-kurangnya lima
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
peratus daripada KDNK untuk mampu meningkatkan perkhidmatan kesihatannya kepada yang lebih baik.
Tuan Yang di-Pertua, KKM tidak mempunyai banyak pilihan sama ada diberikan bajet lebih besar iaitu sekitar lima peratus hingga 10 peratus ataupun KKM perlu satu transformasi dengan pelaksanaan segera national health insurance scheme.
Tuan Yang di-Pertua, terakhir sekali, Tanjong Karang turut menyedari dan merasakan denyut nadi rakyat serta amat simpati dengan keluhan, rintihan dan rayuan rakyat marhaen tentang cabaran kehidupan sekarang. Pelbagai memorandum dan e-mel telah saya terima setiap hari daripada rakyat yang menggelar diri mereka sebagai ‘Pengemis Hasil Titik Peluh Sendiri’ dan daripada pelbagai NGO yang memohon untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang Kesepuluh, Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim menimbang dengan penuh ihsan atas permasalahan mendesak rakyat madani untuk membenarkan kelulusan pengeluaran KWSP bersasar dengan kadar segera.
Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang memohon menyokong dan menjunjung kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pada sesi Parlimen yang dahulu, kita telah bongkarkan di mana ada berjuta-juta ringgit telah disalurkan, telah dicuri, telah diambil oleh ahli-ahli politik berkaitan dengan Malaysian Indian Transformation Unit (MITRA). Kita hendak tahu, apakah tindakan selepas kerajaan menang dan ambil alih kali ini dan apakah tindakan yang akan diambil?
Ini adalah kerana Tuan Yang di-Pertua, pada pilihan raya dahulu, kita telah kempen dengan asas bahawa penyelewengan wang ini ada asasnya di mana ramai di antara yang mencuri wang yang sebenarnya untuk orang-orang yang miskin tegar dan sebagainya, adalah ahli-ahli politik yang sangat kaya dan sebagainya. Akan tetapi, kita dapat tahu bahawa setakat ini, orang-orang yang telah mengambil wang-wang tersebut, yang telah menyeleweng itu, nampaknya tidak ada tindakan setakat ini. Jadi kita hendak tahu, bilakah tindakan akan diambil?
Sebelum itu, pada bulan Oktober tahun dahulu, Perdana Menteri sendiri telah memberi akur janji bahawa satu forensic audit akan dijalankan terhadap MITRA, terhadap Maika Holdings terhadap SEDIC dan sebagainya. Jadi soalan saya adalah, bilakah tindakan itu akan diambil supaya ramai di antara rakyat Malaysia dapat tahu macam mana penyelewengan wang telah berlaku dan apakah tindakan akan diambil supaya kita dapat mengajar ahli-ahli politik ini yang menggunakan wang rakyat untuk mereka sendiri?
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya dalam ‘Tawaran Harapan
Kita Boleh’ itu, di sana kita dengan tegas telah memberitahu bahawa kita akan menubuhkan satu Royal Commission of Inquiry dalam hal ini. Saya harap ini boleh disegerakan dan tindakan dapat diambil dengan seberapa cepat yang boleh.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu adalah di mana pada bulan Disember, gaji minimum yang sebanyak RM1,200 yang patut dinaikkan ke RM1,500 telah ditundakan ke bulan Julai. Saya berpendapat ini adalah tidak berasas dan satu yang tidak patut dilakukan oleh kerajaan baharu ini. Saya katakan sedemikian kerana kalau kita memberi gaji RM1,200 kepada pekerja-pekerja gaji minima ini, ia tidak masuk akal apabila kita memberi gaji RM1,500 kepada pekerja-pekerja asing yang datang untuk bekerja di negara ini. Apakah ini rasional?
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya dalam ‘Tawaran Harapan
Sebenarnya satu antara prinsip International Labour Organization adalah perantaraan gaji dengan kerja yang sama tidak patut dilakukan, dan gaji RM1,200 patut dinaikkan sekurang-kurangnya RM1,500. Di antara asasnya adalah apabila kita meningkatkan gaji ini, ia akan membawa kebaikan kepada pekerja. Ia akan memberi lebih wang kepada pekerja-pekerja di negara ini yang ramai di antara mereka, berjuta-juta orang, ramai di antara mereka adalah dalam lingkungan miskin tegar. Kalau inilah keadaan sedemikian, macam mana kita boleh menganiayai mereka?
Saya harap, Tuan Yang di-Pertua, bahawa satu analisis yang sedalam-dalamnya dibuat dalam hal ini dan Perdana Menteri mengambil tindakan untuk mengimplementasikan program ini. Kenapa? Kerana pada tahun 2018, apa yang kita janji? Kita janji dalam Buku Harapan bahawa kita akan meningkatkan gaji setiap tahun RM100 untuk semua yang bekerja di antara gaji minima ini. Jadi, sepatutnya sekarang pada tahun 2023, gaji mereka patut naik dan sudah pun RM1,500.
Berbanding dengan apa yang kita tahu, pada tahun 2018, Bank Negara sendiri dalam satu analisis mereka mengatakan bahawa living rate untuk satu orang yang bekerja di Kuala Lumpur adalah sepatutnya RM2,700 dan kalau untuk satu couple adalah RM4,500 dan kalau dengan dua anak sepatutnya RM6,500. Tengok perbandingan bezanya. Orang-orang pekerja yang sangat-sangat perlukan bantuan, nampaknya kita telah mengabaikannya.
Akan tetapi, ini satu perkara yang boleh diatasi dengan seberapa segera yang boleh. Saya percaya kerajaan yang baharu ini dapat mengambil tindakan untuk mengatasi masalah tersebut.
Ada pun, Tuan Yang di-Pertua, ramai di antara majikan mengatakan bahawa kalau kita meningkatkan gaji minima atau meningkatkan gaji, ini akan bankruptcy, memufliskan beberapa majikan. Akan tetapi, adakah ini benar? Kalau kita tengok 10 tahun dahulu apabila Akta Gaji Minimum diimplementasikan, Malaysian Employers Federation (MEF) mengatakan 600,000 majikan akan muflis. Sebenarnya ini tidak benar langsung. Sebagaimana yang kita tahu, tidak berlaku sedemikian. Dan kali ini, itulah suara yang dinaikkan, diberitahu dengan kuat-kuat oleh majikan. Jangan kita mengikat dengan apa majikan inginkan.
Akan tetapi, mari kita analisa seluruhnya. Sebenarnya peratus gaji pekerja kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara masih di antara 30 peratus. It’s 30 percent of the GDP. Akan tetapi, mari kita tengok di luar negara. Negara-negara barat adalah di lingkungan 60 peratus. Menunjukkan bahawa gaji-gaji yang dibayar kepada pekerja- pekerja di negara ini, semua pekerja di negara ini sangat-sangat kurang.
Kalau kita meningkatkan gaji, pertamanya, ia akan meningkatkan lebih— it will increase interest pekerja-pekerja atau yang tidak bekerja untuk bekerja, yang bekerja di Singapura dan sebagainya bekerja di negara kita dan juga meningkatkan kita punya sosioekonomi dalam negara kita.
Akan tetapi, meningkatkan gaji sahaja, Tuan Yang di-Pertua, tidak cukup...
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
...Apabila kita menerajui kerajaan pada tahun— sekejap ya. Sekejap boleh? Biar saya habiskan sedikit.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Baik, baik.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Apabila kita menerajui kerajaan pada tahun 2018, masa itu Kementerian Sumber Manusia sedang menganalisis progressive wage model. Ini bukan luar biasa, ini di Singapura. Di mana apabila meningkatkan gaji minima ini, pekerja-pekerja perlu mendapat latihan perindustrian, skill training, skilling, reskilling, upskilling and cross-skilling. Di seluruh negara kita ada ratusan tempat untuk pekerja-pekerja menjalankan macam-macam training. Akan tetapi, kita nampak ini tidak dijalankan. Saya harap tindakan diambil supaya ini diserap dalam hal ini dan tindakan supaya lebih pekerja diberi keutamaan.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
...Saya difahamkan di negara ini...
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Sedikit, mohon izin.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
...Hanya 28 percent sahaja pekerja-pekerja yang ada latihan perindustrian, skills training. Berbanding dengan Singapura, 60 peratus. Bandingnya adalah 100 percent different. Apabila skill training ini sangat kurang, ia akan mengakibatkan pekerja kita mendapat gaji yang kurang dan menyusahkan mereka.
Satu di antaranya adalah technical and vocational education and training (TVET) di mana saya berpendapat— kita telah beritahu dahulu, semua TVET di negara ini patutlah di satu kementerian, bukan seperti sekarang di beberapa kementerian, multiplicity, duplicity yang tidak elok. Saya harap ini akan diambil kira bahawa masa sudah tiba supaya semua diletak di Kementerian Sumber Manusia untuk kebaikan pekerja dan kemakmuran negara.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Tidak bagi, Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pengundi Parlimen Dungun yang telah memberikan undian kepada saya untuk menjadi Ahli Parlimen mewakili mereka.
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, perkara yang disebut oleh Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkait dengan pelancongan, di mana jumlah sasaran 9.2 juta pelancong telah datang ke Malaysia dengan penghasilan pendapatan sebanyak RM26.8 bilion pada akhir tahun 2022. Ini menambahkan hasil pendapatan negara.
Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin untuk mendapat maklumat, bahawa wujud kebimbangan sejak sektor pelancongan telah dibuka sepenuhnya.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Ramai rakyat memilih untuk melancong ke luar negara tidak mengutamakan pelancongan domestik yang dikatakan lebih berkos murah berbanding di dalam negara.
Saya dimaklumkan bahawa baru-baru ini ramai rakyat memilih ke Hatyai, Thailand berbanding pergi ke Pulau Langkawi atas dasar bahawa pulau pelancongan itu lebih berkos tinggi.
Adakah benar maklumat ini? Soalan saya, apakah tindakan daripada kementerian bagi memberikan promosi dan kesedaran kepada rakyat untuk memilih pelancongan domestik berbanding pelancongan antarabangsa pada ketika ini? Mohon pencerahan kementerian.
Seterusnya, saya ingin juga Tuan Yang di-Pertua, berkait dengan pelancongan di Terengganu iaitu Jabatan Pelancongan negeri Terengganu dalam usaha mencapai sasaran tiga juta orang pelancong ke Terengganu pada tahun ini. Telah menyediakan
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
aktiviti-aktiviti pelancongan sebagai usaha menggandakan jumlah kedatangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Terengganu sekali gus menjadikan negeri Terengganu sebagai sebuah destinasi utama percutian.
Saya berminat untuk mendapatkan penjelasan sejauh manakah usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia bagi mempromosikan agenda pelancongan negeri Terengganu di peringkat antarabangsa.
Yang kedua, pasca pandemik COVID-19. Apakah bentuk bantuan telah disediakan oleh kementerian kepada pengusaha-pengusaha pelancongan termasuk perhotelan negeri Terengganu bagi merancakkan semula industri pelancongan di negeri Terengganu?
Saya juga ingin untuk mendapat maklumat berkenaan dengan sektor pelancongan daripada perspektif geografi pantai timur iaitu sejauh mana keberkesanan ECERDC atau Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur bertindak dalam membantu kerajaan negeri di tiga-tiga negeri Pahang, Kelantan dan juga Terengganu dalam aspek pelancongan sejak penubuhannya.
Sejauh manakah perancangan yang telah direncanakan oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia bagi mempromosikan aktiviti-aktiviti kepentingan pelancongan Pantai Timur ini?
Saya juga ingin untuk menyebutkan tentang isu yang ada kaitan dengan sektor pelancongan iaitu masalah hakisan pantai yang berlaku dalam Parlimen Dungun yang mana ia sedikit sebanyak menjejaskan sektor pelancongan di Dungun. Saya ingin memberi contoh sejauh kira-kira 10 kilometer dari Panti Teluk Lipat ke Teluk Gadung di sini yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu kini semakin meruncing sehingga membimbangkan penduduk.
Saya mendapati beberapa buah laluan utama turut dilimpahi air laut berikutan ombak laut yang kuat akibat fenomena air pasang besar. Oleh itu saya ingin mendapat pencerahan daripada pihak kerajaan apakah status penyelesaian masalah hakisan pantai bagi masa panjang di Parlimen Dungun di bawah program yang dilaksanakan oleh ECERDC.
Selain itu, saya juga ingin untuk menyebutkan tentang kepentingan berkaitan dengan pembangunan pelancongan di kawasan saya sendiri iaitu berkait dengan tempat- tempat pelancongan yang menarik yang dianugerahkan oleh Allah kepada kami. Sekadar memberi contoh, wujudnya muzium Bukit Besi, Taman Rekreasi Tasik Puteri Bukit Besi, Pantai Rantau Abang, Pantai Batu Pelanduk dan lain-lain.
Namun, saya ingin untuk menyebut secara khusus berkenaan dengan Pulau Tenggol yang mana ia memerlukan masa perjalanan sekitar 40 minit menggunakan bot laju dari tanah Kuala Dungun.
Namun, pulau ini sebagai sebuah taman marin yang diwartakan dan keindahan ia yang terpelihara. Walaupun ia kecil, ia adalah sangat sesuai untuk aktiviti scuba diving atau menyelam skuba. Saya ingin untuk mendapat perhatian pihak kerajaan berkenaan pembangunan industri pelancongan kepada pulau ini dalam promosi yang dibuat khususnya melalui Kementerian Pelancongan.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, isu yang serius yang berkaitan kesihatan awam.
Oleh sebab dalam dapatan kajian perangkaan oleh Jabatan Perangkaan, jangka hayat umur warga negara Malaysia bagi lelaki ialah 72 tahun, bagi wanita ialah 75 tahun. Kalau kita bahagikan kepada jangka hayat ini, 25 tahun adalah dikhususkan kepada sektor pendidikan.
Kemudian, sebelum daripada warga emas umur 60 tahun, daripada umur 25 sehingga 60 itu sektor ekonomi memainkan peranan. Akan tetapi apabila masuk usia warga emas, sebagai sebuah negara menua – an aging nation, maka, kita dapati apa yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong iaitu peningkatan beban penyakit berjangkit dan tidak berjangkit serta peningkatan populasi rakyat yang semakin menua merupakan antara isu kesihatan yang perlu menjadi keutamaan kerajaan.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin untuk kita melihat kepada kepentingan isu berkait dengan kesihatan awam dalam negara kita. Hospital-hospital kerajaan terutamanya di ibu-ibu negeri atau di bandar-bandar besar adalah terlalu sesak. Situasi ini mewujudkan pelbagai masalah yang menjejaskan kualiti rawatan bagi pesakit kita.
Antaranya masa pendaftaran yang terlalu lama.
Yang kedua, masa menunggu yang lama pesakit untuk mendapatkan rawatan perubatan. Yang ketiga, proses kemasukan dalam wad lambat kerana tiada katil yang kosong.
Yang keempat, pesakit dibenarkan keluar wad sebelum mereka betul-betul sembuh, untuk memberi ruang kepada kes baharu yang menunggu rawatan.
Yang kelima, peningkatan risiko dijangkiti kuman daripada pesakit lain.
Yang keenam, bilangan pesakit melebihi kapasiti wad mewujudkan suasana kerja yang tertekan untuk jururawat dan doktor.
Yang ketujuh, tekanan jiwa untuk kakitangan yang kerja di wad yang penuh dan sesak serta isu-isu lain.
Oleh itu, soalan saya apakah inisiatif jangka masa panjang dan juga jangka masa pendek dan segera daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengatasi masalah-masalah tersebut?
Akhirnya, iaitu isu kritikal- kesihatan yang juga penting bagi Parlimen Dungun.
Saya ingin untuk menyebutkan tentang Hospital Dungun. Jawapan yang telah dimaklumkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Ya, saya mahu gulung yang akhir iaitu pada 18 November 2021. Jawapan yang diberikan ialah Hospital Dungun telah siap 98.2 peratus. Jangka beroperasi ialah April 2022. Akan tetapi kita sudah hampir hari ini 20 Februari 2023 masih lagi belum beroperasi.
Apakah masalah sebenarnya sehingga menyebabkan jangkaan penyelesaian sebenar boleh seterusnya digunakan oleh penduduk dalam daerah Dungun? Ini adalah sangat penting. Mohon penjelasan daripada Kementerian Kesihatan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya menyokong titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mudah-mudahan kita berada dalam satu suasana yang memungkinkan kita melihat kepentingan kesihatan negara di atasi dengan segera. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Piai.
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas ini dan akan membawa beberapa usul untuk Dewan yang mulia ini.
Saya menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas keprihatinan Baginda bertitah, agar aspek keselamatan dan ketenteraman negara dititikberatkan semasa pembukaan penggal Parlimen kali ini pada tempoh hari. Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengingatkan bahawa cabaran dan ancaman keselamatan sentiasa bersifat dinamik dan memerlukan kesiapsiagaan negara menghadapinya. Ini seiring dengan visi dan inisiatif Kerajaan Perpaduan hari ini dalam membangunkan gagasan Malaysia MADANI yang mana salah satu daripada enam tonggaknya ialah kesejahteraan.
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Tuan Yang di-Pertua, saya mengikut rapat beberapa kes yang melibatkan warga Malaysia menjadi mangsa penipuan tawaran perkhidmatan pinjaman wang berlesen dalam talian di laman media sosial yang kini berleluasa. Pada 14 Disember 2022, baru- baru ini saya dimaklumkan terdapat satu kes terbaharu telah mengakibatkan seorang warganegara yang tinggal di Parlimen Tanjong Piai turut menjadi mangsa. Berdasarkan maklumat yang diterima, modus operandi sindiket ini dilakukan dengan lebih daripada satu kaedah bertujuan untuk memperdayakan mangsa menerusi iklan peluang mendapatkan perkhidmatan pinjaman wang melalui syarikat yang mendakwa mereka sebagai syarikat yang berlesen di Singapura.
Sindiket ini memperdayakan mangsa untuk mendaftar diri sebagai pengguna di laman web mereka sebelum menghubungi mangsa untuk menandatangani perjanjian pinjaman wang tanpa pengetahuan dan kebenaran peminjam. Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu telah diminta untuk membayar wang pendahuluan sebagai caj perkhidmatan guaman dan duti setem sebanyak 10 peratus daripada jumlah wang pinjaman mereka. Mangsa pada mulanya diminta untuk membayar caj perkhidmatan tersebut dahulu sebelum mendapat wang pinjaman mereka tersebut.
Selepas beberapa kali membayar kepada pemberi pinjaman wang, jumlah wang sebanyak RM23,000 telah dibayar, dan amaun ini telah melebihi 10 peratus caj perkhidmatan daripada pinjaman RM200,000 tersebut. Akan tetapi, mangsa masih tidak mendapat wang pinjaman yang dijanjikan. Oleh itu, mangsa berhasrat untuk tidak meneruskan transaksi mendapatkan pinjaman tersebut. Mangsa mula dihubungi oleh pihak pemberi pinjaman wang tersebut dan diancam akan keselamatan keluarga dengan ugutan untuk membakar rumah mangsa. Meskipun mangsa tidak memberikan maklumat ahli keluarganya secara langsung, pihak pemberi pinjaman wang tersebut memberitahu bahawa mereka telah mempunyai maklumat ahli keluarga mangsa termasuk nombor kad pengenalan, alamat kediaman, nombor pendaftaran kenderaan, nombor telefon dan maklumat sulit yang lain.
Susulan tindakan mangsa untuk tidak terus berurusan dengan pihak tersebut, pada dua hingga tiga hari kemudian, sebuah kereta jenis Perodua Axia milik keluarga mangsa telah dibakar. Walaupun laporan polis telah dilakukan, tetapi masih tidak ada apa- apa hasil yang proaktif.
Tuan Yang di-Pertua, untuk perhatian Dewan yang mulia ini, modus operandi seperti ini turut dilakukan dengan kaedah berlainan melibatkan orang awam yang tidak pernah membuat sebarang permohonan pinjaman wang dalam talian namun tetap menerima ugutan daripada pihak pemberi pinjaman wang melalui mesej dalam aplikasi WhatsApp.
Berdasarkan aduan yang diberikan kepada saya ada juga antara mereka telah secara tiba-tiba menerima sebanyak RM1,000 sehingga RM1,500 yang dimasukkan terus ke dalam akaun simpanan mereka dan didakwa sebagai pinjaman yang telah diluluskan.
Kemudiannya menerima mesej atau panggilan berunsur ugutan untuk meminta mereka membayar balik jumlah wang tersebut pada kadar 300 peratus hingga 400 peratus daripada jumlah bayaran pinjaman yang telah dikreditkan.
Tuan Yang di-Pertua, dua senario kes yang saya telah sebutkan dalam perbahasan saya hanyalah antara contoh kes yang dilaporkan dan dimaklumkan kepada saya pada baru-baru ini. Kita sedia maklum beberapa isu seumpama ini pernah dibangkitkan di Dewan yang mulia ini dan mendapat perhatian daripada Menteri berkaitan.
Justeru, saya berharap penambahbaikan terhadap penyelesaian isu ini perlu difikirkan bersama dengan lebih jitu bersama semua pemegang taruh yang terlibat supaya kes sebegini mampu dielakkan melalui peningkatan literasi rakyat mengenai sindiket penipuan ini serta peranan yang boleh dimainkan oleh kerajaan.
Atas dasar ini, timbul persoalan mengenai bagaimanakah terdapat pihak ketiga yang mampu mengakses dan memperoleh data peribadi rakyat Malaysia sehingga ke tahap maklumat sulit seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan akaun bank seseorang individu.
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Kedua, apakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan terhadap pihak-pihak yang terlibat dengan sindiket seperti ini termasuk pihak yang terlibat di peringkat awal dalam kebocoran data maklumat peribadi bagi membanteras kegiatan sindiket penipuan seperti ini?
Ketiga, apakah strategi diplomasi yang dilakukan merentas negara sempadan berikutan terdapat manipulasi maklumat pihak pemangsa yang menggunakan nombor talian yang berdaftar di negara jiran?
Saya juga ingin mencadangkan bahawa kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Komunikasi dan Digital serta kementerian lain yang berkaitan agar dapat membina satu bentuk kerjasama bersepadu merentas kementerian agar seterusnya dapat diterjemahkan melalui tindakan proaktif oleh pelbagai agensi termasuk unit pasukan PDRM bagi menangani isu ini. Oleh sebab walaupun setiap kali berlakunya apa yang telah dihadapi oleh peminjam, mereka telah buat laporan polis tetapi sehingga hari ini masih tidak ada apa-apa hasil yang didapati. Maka mereka terus diberi ugutan tapi tanpa ada jagaan daripada pihak-pihak yang sepatutnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan dengan isu permohonan kewarganegaraan.
Sebagaimana yang semua sedia maklum, menjadi warganegara adalah perkara yang paling bermakna kepada seorang rakyat yang tinggal di negara ini, khasnya kepada pemastautin yang sudah puluhan tahun tinggal di negara ini dan mempunyai anak-anak yang kesemuanya mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia kecuali dirinya selaku seorang bapa atau ibu.
Dalam hal ini, saya memohon di Dewan yang mulia ini agar Kementerian Dalam Negeri memberikan pertimbangan khas kepada pemohon kewarganegaraan yang telah berada dalam kategori usia emas kerana mendapat taraf kewarganegaraan merupakan hadiah ataupun kurniaan yang sangat bermakna dalam hidup mereka.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai contoh, saya membangkitkan hal ini merujuk kepada satu permohonan oleh seorang penduduk di kawasan Parlimen saya, iaitu Encik Woo Tiam Zoo, nombor kad pengenalan 361212-01-5225 yang dilahirkan di negeri Johor, kini berusia 86 tahun, dan telah bermastautin selama 60 tahun di negara ini. Hasil perkahwinannya telah dikurniakan tiga orang anak dan semuanya berstatus warganegara kecuali diri pemohon yang masih belum mendapat taraf kewarganegaraan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Tanjong Piai, sedikit hendak membantu.
Apa pendapat Yang Berhormat mengenai kejadian-kejadian seperti ini di mana kita lihat pemain-pemain bola sepak yang diberikan taraf kewarganegaraan berbanding dengan kes-kes yang disebut oleh Yang Berhormat, yang telah tinggal di sini? Juga, terdapat kes-kes di mana warganegara asing seperti Bangladesh dan sebagainya berkahwin dengan wanita di sini dan terus diberikan kewarganegaraan. Kenapakah ada perkara-perkara ini berlaku? Apakah pendapat Yang Berhormat?
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Saya setuju dengan Yang Berhormat Jelutong; masukkan dalam ucapan saya dan kita minta Kementerian Dalam Negeri mestilah mengambil langkah-langkah yang sesuai, yang adil, yang boleh membawa kebaikan untuk pembangunan negara.
Tuan Yang di-Pertua, beliau telah mengemukakan permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 19(1)(a) dan (i) Perlembagaan Persekutuan sejak tahun 2020. Diharapkan permohonan sedemikian dapat diberikan pertimbangan khas atas faktor usia pemohon yang telah lanjut kerana mungkin ada perkara-perkara yang berhubung dengan kebajikan diri dan keluarga mereka.
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Jadi Tuan Yang di-Pertua, atas faktor sedemikian saya melihat kewajaran pertimbangan khas diberikan untuk membuat keputusan penganugerahan kewarganegaraan oleh pemohon-pemohon warga emas demi kebajikan pemohon dan keluarga mereka.
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Tuan Yang di-Pertua, saya masih ada satu kes yang simple, termasuk anak-anak angkat. Anak angkat di kawasan saya baru-baru ini saya terima juga banyak permohonan untuk dijadikan warganegara. Contoh kawan saya Lee Boon Siew mempunyai anak Lee Zhi Long, Lee Zhi Hao. Mereka kemukakan permohonan di bawah Perkara 15A dan sudah dua, tiga tahun. Saya cuma hendak minta Kementerian Dalam Negeri supaya menentukan tempoh supaya setiap kali kita buat permohonan, setiap kali kita sebagai Ahli Parlimen telah memberi sokongan tindakan susulan, jawapan yang sentiasa diberikan hanya, “permohonan dalam proses.” Ini jawapan standard. Tidak ada jawapan yang lain. Selepas itu, pemohon tunggulah. Tidak tahu apa akan terjadi.
Maka, saya mohon Kementerian Dalam Negeri ambil tindakan menentukan. Kalau boleh tentukan tempoh permohonan, bagi sebab mengapa tidak berjaya dan bagilah bantuan yang sewajarnya. Ini kerana kalau tidak anak-anaknya akan agak kesian. Mereka tidak dapat sekolah, mereka tidak boleh membuka akaun bank, tidak boleh bekerja dan sebagainya dan kebajikan mereka semuanya tidak ada. Ia akan memberi kesengsaraan kepada mereka.
Jadi, itu sahaja perbahasan saya. Saya memohon menyokong Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Kini tiba giliran Kangar untuk menyokong usul dan menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.
Sebelum perbahasan diteruskan, Kangar seperti Yang Berhormat yang lain ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi di P.002 Kangar iaitu sebuah kawasan di hujung sana. Pertama sekali tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun yang telah dilantik menjadi Perdana Menteri Ke-10 dan seterusnya telah memperkenalkan Kerajaan Madani. Slogan madani merupakan slogan yang baik sama seperti slogan- slogan sebelumnya, Islam Hadhari, 1Malaysia dan Keluarga Malaysia. Kesemuanya menjurus kepada keharmonian masyarakat Malaysia.
Slogan Kerajaan Madani jika diikuti betul-betul akan mengukuhkan Malaysia civilization yang mana akan menunjukkan kepada dunia inilah peradaban bagi negara Malaysia. Jika ia dibuat dengan betul dan ada ciri-ciri keadilan seperti mengikut Islam terutamanya kepada semua Ahli Parlimen pembangkang, maka Kerajaan Madani dapat mencorakkan kerajaan yang lebih berkualiti.
Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa isu yang ingin Kangar bahaskan. Isu pertama, isu pendidikan. Terlalu banyak isu dalam bidang pendidikan walaupun Kementerian Pendidikan mempunyai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013– 2025. Daripada segi dokumentasi, PPPM dilihat cukup hebat sehingga mencakupi 300 halaman. Sangat detailed. Setiap isu dan perancangan ada pelan dan ada tindakan dalam PPPM. Namun, Kangar berpendapat tidak banyak perubahan yang berlaku terutamanya dalam institusi sekolah sama ada daripada segi kurikulum, kokurikulum mahu pun daripada segi facilities.
Tuan Yang di-Pertua, dalam Kementerian Pendidikan terdapat dua elemen penting iaitu penggubal dan yang kedua, pelaksana. Penggubal adalah datangnya daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, manakala pelaksana melibatkan guru- guru dan pelajar-pelajar di seluruh Malaysia.
Jadi, selama 32 tahun saya melibatkan diri sepenuh masa sebagai seorang pendidik. Tiada perubahan besar yang berlaku dalam arena pendidikan di negara kita.
Bahkan masih ditakuk lama. Hampir sama seperti saya pada zaman persekolahan dahulu sebagai guru hinggalah kini menjadi Ahli Parlimen. Kita agak ketinggalan daripada segi mutu pendidikan berbanding dengan negara jiran seperti Singapura dan juga Thailand.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Jika dahulu 30 tahun ataupun 40 tahun yang lalu, yang ada adalah peperiksaan SPM, STPM. Sekarang pun masih ada. Apa yang dihapuskan adalah UPSR dan juga PMR semasa Yang Berhormat Putrajaya. Tahniah. Namun, murid dan guru tetap seperti 30 tahun dahulu yakni bertungkus-lumus mengejar best result, kelas tambahan, tuisyen siang dan malam, tuisyen personal bahkan tuisyen online terus dijalankan sama seperti dahulu. Sebab apa? Sebab exam-oriented. Sistem pendidikan kita pada hari ini bahkan dari dahulu berpaksikan kepada exam-oriented. Guru mengajar hanya untuk memastikan syllabus pelajaran yang ditetapkan habis dalam masa yang ditentukan. Manakala murid- murid belajar hanya untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Daripada segi kokurikulum pun sama. Semuanya tangkap muat sahaja, tiada kesungguhan semasa melaksanakannya. Bidang kokurikulum sebenarnya tidak dilaksanakan dengan baik. Banyak berlaku ketirisan penilaian sebenarnya. Inilah situasi yang berlaku dalam sistem pendidikan sekolah di negara kita dari dahulu hingga hari ini.
Apa yang penting untuk Kementerian Pendidikan Malaysia hanyalah dokumentasi semata-mata.
Tuan Yang di-Pertua, sistem pendidikan kita lebih bersifat teoretikal dan hanya mesra murid yang pandai dan bijak sahaja. Akan tetapi, tidak mesra dalam kalangan murid pertengahan dan lemah.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Yang Berhormat Kangar, minta laluan sedikit boleh?
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Laluan pula.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Boleh ya?
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Sedikit sahaja.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey? Okey, saya tertarik dengan Yang Berhormat Kangar sebab dia lebih memfokuskan kepada kokurikulum di sekolah. Cuma, saya hendak minta pandangan dari Yang Berhormat Kangar. Okey, kurikulum dan kokurikulum adalah salah satu bidang kedua-duanya penting untuk kita seimbangkan pelajar.
Okey, apa pandangan Yang Berhormat Kangar sekolah-sekolah— kebanyakan sekolah, saya bercakap di kawasan sayalah, Parlimen sayalah. Masih banyak sekolah yang tidak mempunyai padang sekolah sedangkan kegiatan kokurikulum dianggap satu kegiatan yang penting dalam sekolah. Apa pandangan Yang Berhormat Kangar?
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih. Amat setuju pandangan daripada Yang Berhormat. Kalau kita lihat balik memang sekolah-sekolah pada hari ini pun masih banyak lagi tidak mempunyai kelengkapan asas terutamanya padang. Jadi, saya akan masukkan dalam ucapan saya. Terima kasih. Saya sambung.
Jadi, kita harus sedar bahawa tidak semua murid bijak dari segala segi bahkan ada juga murid yang lemah dalam penulisan tetapi lebih bersifat praktikal terutamanya di kelas-kelas belakang. Mereka inilah yang mendorong kepada peningkatan jumlah murid tercicir di negara kita. Menurut kajian Zul Fikri Zamir, lebih 100,000 orang pelajar tercicir.
Saya ulang sekali lagi, 100,000 orang pelajar yang tercicir, Yang Berhormat sekalian.
Sementara itu, 25,000 orang murid berdaftar tetapi tidak hadir untuk menduduki peperiksaan SPM sedangkan sistem pendidikan kita selama ini berpaksikan kepada exam-oriented seperti yang telah saya perkatakan tadi.
Jadi, ke manakah hala tuju murid-murid yang tercicir tadi? Bak kata S.M. Salim, “Apa hendak jadi? Apa hendak jadi?”. Jadi, ke mana halau tuju kepada pelajar yang tercicir kerana murid-murid belakang tidak diberi perhatian yang sewajarnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Oleh sebab kementerian hanya menjurus kepada pelajar-pelajar yang cerdik dan bijak sahaja. Jadi, cuba bayangkan untuk sebuah sekolah...
[Disampuk] Habis sudah? Banyak lagi ini – untuk sebuah sekolah ada enam
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
buah kelas yang lemah. Dalam satu buah kelas ada 30 orang murid. Kalau 30 orang murid kali enam buah kelas bermakna 180 orang murid lemah untuk sebuah sekolah. Jika 10 buah sekolah? Jika 100? Jika 1,000? Jika 2,000? Maka kita menyebabkan bilangan murid tercicir amat ramai.
Jadi, saya tukar topiklah pula.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tidak perlu tukar topik. Sila duduk.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Kena tukar juga sedikit. Hendak tukar juga sedikit. Walaupun begitu, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Puan Fadhlina binti Sidek kerana membuat perubahan. Saya baca. Bagus sudah. Tahniah.
Sedikit na.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tidak cukup masa.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Sudah, sudah, sudah. Sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk. Saya jemput Yang Berhormat Raub.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Sedikit sahaja, sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Boleh bahas selepas ini.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
*Ayo.
[Ketawa] .*
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Raub, silakan.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Sedikitlah untuk kawasan ini. Orang kampung hendak dengar ini. Sikit, sikit. Bolehlah, sikit.
Seorang Ahli
Row itu nanti. One row.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Ya, boleh saya mula?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Raub, sila.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Amboi, sombong aih,
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil kesempatan membahaskan Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Bagi isu yang utama yang saya hendak bangkitkan adalah dasar pertanian dan tanah di Malaysia. Pekebun-pekebun di Raub atas usaha sendiri dan dengan bantuan ciri- ciri tanah Raub yang unik berjaya memupuk durian Musang King yang mempunyai rasa, tekstur dan aroma yang luar biasa. Musang King ini bertaraf premium sehingga mendapat nama King of Kings di pentas antarabangsa.
Dalam Dasar Agromakanan Negara 2.0 2021-2030 (DAN 2.0) durian dikenal pasti sebagai komoditi agromakanan yang bernilai tinggi, high value commodities (HVC) yang berpotensi menguntungkan dalam pasaran global. Walau bagaimanapun industri ini masih di peringkat baby steps. Menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-12, walaupun pelbagai strategi dilaksanakan untuk meningkatkan pengeluaran agromakanan, sumbangan subsektor agromakanan kepada sektor pertanian masih rendah di bawah sasaran 60 percent. Berdasarkan Dasar Agromakanan Negara 2.0, sebilangan HVC masih dihasilkan dalam skala yang kecil. Saya sebagai Ahli Parlimen Raub ingin menyatakan bahawa penduduk Raub terutamanya pengusaha-pengusaha dan pekebun-pekebun di Raub adalah bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan
Tuan Chow Yu Hui - Raub
negeri untuk membangunkan industri HVC dan terus mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan global bagi komoditi...
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, minta sedikit pencelahan.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Masa tidak cukup.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Sedikit sahaja.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Minta maaf. Masa tidak cukup. Nanti.
Namun demikian, industri Musang King di Raub menghadapi satu cabaran yang amat besar dan kompleks disebabkan oleh konteks sejarah dan juga faktor geografi. Sejak 1970-an, bagi menyahut seruan Rancangan Buku Hijau, Kerajaan Negeri Pahang telah menggalakkan petani-petani untuk meneroka dan bercucuk tanam atas tanah terbiar bagi menyokong kehidupan mereka.
Kami mengimbas kembali sejarah. Mereka mula-mulanya menanam padi kering untuk menyokong keluarga mereka. Selepas itu mereka bercucuk tanam getah dan kepala sawit kerana nilai komersial tanaman tersebut. Seterusnya, mereka tukar ke koko dan akhirnya pokok durian. Sepanjang tempoh ini, pekebun-pekebun tidak henti untuk memohon permit ataupun geran tanah dengan saluran formal tetapi ditolak ataupun diabaikan oleh pihak berkuasa tempatan. Akibatnya, ramai pekebun terpaksa meneruskan penanaman mereka di tanah yang tanpa permit ataupun geran.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun pekebun-pekebun yang tanpa permit atau geran ini...
Tuan Jamaluddin bin Yahya - Pasir Salak
Pekebun haram.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
...dengan titik peluh mereka berjaya menghasilkan durian yang paling premium dalam dunia ini. Tanpa mereka, Musang King tidak akan terkenal di pasaran dunia. Tanpa mereka Raub juga tidak boleh digelar ‘Bandar Durian Musang King’. Akan tetapi, usaha-usaha mereka tidak dapat dihargai.
Tanpa peluh, darah pekebun-pekebun Musang King Raub tanpa permit Raub tidak mungkin akan dikenal sebagai ‘Bandar Durian Musang King’ yang diiktiraf antarabangsa. Pepatah Cina pernah berkata dengan izin, [Berucap dalam bahasa Cina] . Maksudnya, “Tiada sesiapa yang mahu menuntut semula sebidang tanah yang tandus tetapi apabila ia telah diusahakan dan membuahkan hasil orang ramai mula merebut untuk merampasnya”. Pada bulan Jun 2020, pekebun-pekebun durian terkejut dimaklumkan bahawa Kerajaan Pahang memberikan hak pajakan tanah seluas 5,357 ekar kepada sebuah syarikat joint venture iaitu Royal Pahang Durian Resources (RPDR) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP). Tanah-tanah yang dipajak tersebut termasuk tapak-tapak yang telah lama diusahakan oleh pekebun-pekebun tempatan dan ditanam pokok-pokok berusia puluh-puluh tahun.
Hal ini sungguh mengecewakan kerana pekebun-pekebun tempatan yang mencurahkan tenaga sejak beberapa dekad dahulu sepatutnya diberikan keutamaan untuk meneruskan pertanian Musang King sekiranya kerajaan negeri ingin memajak tanah yang melibatkan orang awam. Sebaliknya, kerajaan negeri memilih untuk bekerjasama dengan sebuah syarikat swasta yang tidak berpengalaman dalam industri durian.
Tambahan pula, syarat-syarat skema yang kononnya menghalalkan tanah yang disediakan oleh RPDR-PKPP adalah menindas dan memihak kepada syarikat korporat swasta ini. Antarnya, penentuan harga tetap pembelian durian yang jauh daripada harga pasaran. Hanya RM33 bagi Musang King gred A tetapi syarikat ini dapat mengeksportkan durian kepada negara lain dengan harga pasaran yang jauh lebih tinggi.
Seterusnya, pekebun-pekebun hendaklah menjual semua hasil durian kepada korporat swasta tersebut secara mandatori. Pekebun tidak boleh memperdagangkan durian secara bebas walaupun mereka hendak simpan satu, dua buah durian untuk
Tuan Chow Yu Hui - Raub
keluarga untuk kawan mungkin pun tidak boleh kerana kena jual semua kepada syarikat swasta tersebut.
Syarat-syarat tersebut secara nyata bercanggah dengan aspirasi Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan RMKe-12 bahawa petani atau pengeluar komoditi mampu menjana pendapatan tinggi dan mampan seterusnya menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
Selanjutnya, jika diteliti skema pihak RPDR-PKPP, kami dapati ia akan menghalang kemajuan ekonomi industri durian. Mod operasi RPDR-PKPP adalah perniagaan eksport dan ia malah mempunyai anak syarikat yang bertanggungjawab untuk urusan eksport. RPDR juga ingin menubuhkan kilang pemprosesan dan pembekuan yang terbesar di Malaysia sebagai langkah persiapan untuk pasaran eksport. RPDR-PKPP bercita-cita untuk mengambil alih segala bahagian dan rantaian bekalan durian daripada penanaman, penghasilan, pemprosesan, sehingga pengeksportan.
Perniagaan bersifat monopoli tersebut secara langsung akan memudaratkan sektor musang king dan bercanggah dengan prinsip Dasar Agromakanan Negara 2.0 yang ingin mengimbangi pengagihan kekayaan dan menjamin kesejahteraan hidup pengeluar komoditi.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan penduduk Raub terlibat diri dalam industri durian. Bukan sahaja sebagai pekebun-pekebun durian, maka ada yang mengusahakan peniagaan kecil sederhana yang berkaitan dengan rantaian bekalan durian seperti pemprosesan pes durian, pembekuan, pembajaan dan lain-lain.
Kegiatan perniagaan secara monopoli oleh RPDR-PKPP akan menyebabkan perniagaan kecil sederhana tersebut sehingga menghadapi risiko penutupan. Hal ini seterusnya menjadi halangan negara untuk menarik dan mengekalkan bakat muda untuk menyertai dirinya supaya menginovasi dan memodenkan industri pertanian seperti digariskan dalam strategi teras dasar tiga Dasar Agromakanan Negara 2.0 tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, sekiranya wujudnya penurunan daya perbelanjaan bagi pekebun-pekebun durian ataupun pengusaha-pengusaha durian, maksudnya ekonomi tempatan Raub turut dihancurkan. Perniagaan yang lain seperti restoran-restoran, kedai makanan, kedai runcit juga dirosakkan. Ekonomi tempatan Raub akan hilang dinamiknya.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menyelesaikan krisis Musang King Raub dan memastikan industri ini boleh menyumbangkan dalam pertumbuhan produktiviti sektor pertanian terutamanya subsektor agrikomoditi, saya bangkitkan cadangan seperti berikut.
Kerajaan Persekutuan terutamanya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan perlu melibat diri dalam kemelut ini menjadikan pihak ketiga bebas dan menganjurkan perundingan antara pihak berkepentingan untuk mencari satu penyelesaian win-win. Ini penting bagi menjamin kelestarian industri Musang King yang merupakan ikon negara dalam arena antarabangsa.
Bagi syor jangka masa panjang pula, Majlis Tanah Negara selaras dengan Perkara 91 Perlembagaan Persekutuan perlu menyemak polisi pengagihan dan pengurusan tanah supaya ke arah lebih mesra rakyat ataupun pekebun-pekebun tempatan dan bukannya sentiasa berpihak kepada syarikat-syarikat besar.
Tuan Yang di-Pertua, menurut kajian Pusat Pembangunan Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM pada tahun 2018, akses terhadap pemilikan dan penggunaan tanah merupakan halangan utama dalam penanaman sawit dan juga pertanian-pertanian lain dalam sesetengah negeri. Menurut strategi dua Dasar Agromakanan Negara 2.0, sekiranya isu kekangan tanah ini boleh diselesaikan dengan mengutamakan pengeluar buah-buahan yang telah lama mengusahakan di tapak yang sama, hal ini dapat menarik keyakinan dan kesetiaan penduduk tempatan untuk terus melabur dan membangunkan komoditi agromakanan yang bernilai tinggi, HVC serta mewujudkan ekosistem perniagaan yang mampu meningkatkan kualiti hidup rakyat tempatan secara mampan.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Tuan Yang di-Pertua, disebabkan usaha-usaha keras pekebun-pekebun Musang King Raub tanpa permit, Musang King hari ini menjadi kebanggaan Malaysia dan menawan hati dunia. Kami menikmati hasil kerja mereka, mengambil kredit mereka, claim Musang King kebanggaan kita, tetapi ia di belakang pintu negara. Kita mengambil tindakan keras, menebang pokok-pokok mereka, maki hamun dan mencaci mereka. Hal ini bukan sahaja kejam, tetapi bersikap tidak kenang budi. Oleh itu, sekian daripada saya, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Raub. Saya ingin jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahi Rahmani Rahim.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Kuala Krai, jawab.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
[Membaca sepotong doa] Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberi peluang untuk turut serta dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Saya mengambil peluang ini untuk menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang telah berkenan berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen Kelima Belas pada 13 Februari 2023 di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, Kuala Krai ingin menzahirkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengundi Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-15 baru-baru ini sehingga memberi kemenangan besar dengan majoriti yang juga besar-besar. Tentunya ucapan ini saya khususkan juga untuk pengundi Kuala Krai yang terus memberikan kemenangan kepada PAS dan Perikatan Nasional dengan majoriti 25,188 berbanding 7,992 pada PRU-14 dan saya sekali lagi diberikan peluang untuk memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat di Parlimen Kuala Krai. Untuk rakyat Kuala Krai yang saya kasihi, Durian kunyit buah kuini, Kain batik kain sutera, Ambo pikul tanggungjawab ini, Semoga Kuala Krai kekal sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, pada persidangan pertama pasca PRU pada bulan Disember tahun lepas, Ketua Pembangkang Yang Berhormat Larut membaca sepotong ayat Al-Quran dan mafhumnya. Ia diperbetulkan oleh kawan-kawan sebelah sana kerana kononnya mafhum yang dibaca oleh Ketua Pembangkang adalah tidak betul. Kemudian Yang Amat Berhormat Tambun pula memperbetulkan bacaan yang pada pandangan beliau, Yang Berhormat Larut juga salah membacanya. Saya tidak ingin mengulas betul atau salah bacaan dan mafhumnya kerana boleh dirujuk kepada Tafsir Pimpinan ar- Rahman dan telah pun diperbetulkan oleh netizens waima bacaan Yang Berhormat Larut, malah Yang Amat Berhormat Tambun sendiri. Apa yang saya ingin sebutkan di sini ialah tentang galakan supaya kita sebagai seorang Muslim sentiasa berusaha belajar untuk membaca Al-Quran. Jika betul, akan bersama-sama para malaikat yang mulia dan jika tidak betul tetapi berusaha juga untuk mempelajarinya, akan mendapat dua pahala.
Mafhum hadis Nabi SAW, “Seorang yang mahir dalam membaca Al-Quran bersama dengan para malaikat al-Safarah al-Kiram al-Bararah dan bagi yang membaca Al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya, maka untuknya itu dua pahala”. Hadis Riwayat Muslim (798). Jadi, janganlah kita memperkecilkan bacaan orang lain kerana kadangkala kita juga salah membacanya. Akan tetapi, railah setiap kita yang berusaha membacanya. Semoga kita semua diberikan pahala yang setimpal.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggi- tinggi tahniah kepada Majlis Daerah Dabong yang telah berjaya berada di kedudukan ke- 25 dalam Pertandingan Inovasi MALA 2.0. MALA ialah Malaysian Association of Local Authorities. Majlis Daerah Dabong adalah majlis daerah yang paling kecil di Kelantan, tetapi di dalam pertandingan tersebut telah berjaya mengatasi beberapa dewan bandar raya, majlis pembandaran dan majlis daerah yang lebih besar dan hebat yang kesemuanya berjumlah 69 PBT telah menyertainya.
Antara penyebab utama pembakar semangat pasukan majlis daerah ini adalah kerana daerah kecil Dabong kini terkenal ke seluruh negara akibat fenomena Train To Dabong. Saya ingin mencadangkan kepada pihak Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) agar dapat menjadikan Majlis Daerah Dabong sebagai majlis daerah angkat bagi membantu menyediakan kemudahan khususnya kepada para pelancong kerana pendapatan Majlis Daerah Dabong terlalu kecil sedangkan Dabong amat berpotensi untuk dimajukan. Kehendak dan perancangan untuk membangun yang baik tetap akan terhalang dek kewangan yang terhad.
Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak KTMB dan Perbadanan Aset Kereta Api (RAC) agar dapat mempercepatkan pembinaan stesen baharu Dabong atau sekurang-kurangnya membina platform yang lebih selesa dan selamat kepada penumpang yang semakin hari semakin bertambah terutama di musim cuti persekolahan seperti ini.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan pelancongan domestik, yang ini saya bangkitkan ialah apa peranan yang boleh dibawa oleh pihak kerajaan demi memastikan kelestarian aktiviti ekopelancongan di Malaysia secara amnya dan di Stong Geopark secara khasnya. Pengusaha-pengusaha produk pelancongan, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri KeTSA penggal lepas yang telah pun berjaya mengisytiharkan Stong Geopark ini.
Pengusaha-pengusaha produk pelancongan tempatan memerlukan satu pelan dasar yang boleh membantu merancakkan lagi sektor pelancongan tempatan. Jika dilihat, ramai pelancong tempatan lebih gemar melancong ke luar negara seperti Thailand dan Indonesia. Mungkin kerana fasiliti pelancongan yang lebih mesra pelancong yang ditawarkan berbanding negara kita. Kita ada banyak tempat menarik, tetapi dipinggirkan pembangunannya oleh pihak kerajaan. Pengusaha-pengusaha tempatan tidak diberi bantuan yang sewajarnya bagi merancakkan lagi sektor pelancongan tempatan. Sebagai contoh, Air Terjun Gunung Stong yang terletak di Kuala Krai merupakan air terjun paling tinggi di Asia Tenggara, tetapi malangnya tempat ini tidak dibangunkan dengan sewajarnya. Fasiliti infra asas juga teramat daif dan tidak terjaga.
Tuan Yang di-Pertua, apabila ramai yang bercakap berkaitan ekonomi digital, sudah pasti antara halangan terbesarnya ialah capaian Internet yang amat-amat bermasalah. Jangan kata di kampung-kampung dan kawasan pedalaman, di bandar Kuala Krai sendiri on-off, ada dan tiadanya sama banyak. Bahkan di ibu kota ini sendiri, Internet juga berhalangan. Saya amat berharapkan Menteri Komunikasi dan Digital jangan hanya sibuk memantau TikTok sahaja, tetapi kemudahan Internet di seluruh negara amat- amat memerlukan pemerhatian Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun perlu diterjemahkan dengan sebaiknya dalam bentuk tindakan, bukan semata-mata slogan. Sudah pasti antara yang difahami daripada konsep madani ialah menunaikan janji dan antara janji yang termaktub di dalam Manifesto Pakatan Harapan PRU-15 adalah peruntukan kawasan yang sama rata.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Nabi telah memberi peringatan kepada kita...
[Membaca sepotong hadis] Bermaksud “Orang Islam itu terikat dengan syarat-syarat perjanjian yang ditetapkan...".
Hadis Riwayat At-Tirmidzi, hadis yang ke-1352. Isu ini banyak dibangkit oleh kawan- kawan yang lain. Ia adalah kerana mengambil kira semangat reformasi yang dilaungkan sejak sekian lama, ditambah pula dengan semangat Malaysia Madani. Mana mungkin sebuah kerajaan yang ditubuhkan melalui perjuangan reformasi yang panjang, akhirnya
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
mengetepikan reformasi yang dilaungkan dan balik kepada asal, atau pun orang Kuala Krai sebut, “dua kali lima.” Tuan Yang di-Pertua, Kuala Krai juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini berkaitan isu pelantikan anak beranak dalam jawatan kerajaan sama ada bergaji ataupun tidak. Isunya bukan boleh atau tidak, tetapi ia juga telah melanggar perjuangan dan prinsip reformasi sebelum berjaya menjadi kerajaan. Jika yang melantik anak atau disebut sebagai nepotisme dibuat oleh pemimpin lain, tidaklah terlalu tajam kritikannya.
Rakyat sedang menilai adakah ini adalah sebahagian dari dasar yang paling berjaya dibuat oleh Perdana Menteri menjelang 100 hari Kerajaan Malaysia Madani ini.
Mungkin Perdana Menteri terlupa tulisan beliau mengenai amalnya nepotisme. Kalau terlupa, Kuala Krai, meminta Perdana Menteri belek dan baca kembali muka surat 110, buku Gelombang Kebangkitan Asia yang ditulisnya sendiri. Saya bawakan di sini, “Rasuah dan lain-lain bentuk yang kegiatan rent-seeking termasuk nepotisme membebankan masyarakat yang tidak boleh dianggap sebagai keburukan yang perlu untuk merangsang pertumbuhan secara kecekapan.” Hadam dan kunyahlah perlahan-lahan supaya menjadi panduan dalam mentadbir negara yang kita cintai ini. Bezanya kali ini, anaknya tidak diberi gaji. Seperti beliau tidak mengambil gaji. Alhamdulillah, bertuahnya rakyat Malaysia yang mempunyai seorang pemimpin seperti ini tetapi persoalan yang bermain di minda rakyat, bukan pemberian gaji tetapi mengapa melantik anak sendiri. Kita bersangka baik kepada Perdana Menteri Kesepuluh ini kerana mempunyai qaul qadim dan qaul jadid ataupun pendapat lama dan pendapat baharu.
Mungkin pendapat baharu ini telah pun menasakhkan pendapat yang lama.
Bukan dalam isu ini tetapi dalam banyak isu setelah menjadi Perdana Menteri. Saya mengambil peluang ini untuk menanyakan Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri, berapa jumlah gaji yang tidak diambil sehingga kini dan ke mana kah gaji tersebut telah disalurkan?
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang amat penting dan masih tidak berpenghujung penyelesaiannya iaitu isu perkauman. Minggu lepas kita dikejutkan dengan kenyataan daripada seorang pemimpin DAP yang mempersoalkan penguasaan orang Melayu dalam perkhidmatan awam. Kenyataan ini sangat mengguris hati orang Melayu dan ia tidak sepatutnya dilontarkan. Isu yang disentuh ini seakan beliau ingin merombak perkhidmatan awam dan kekal prejudis serta membenci kaum Melayu.
Apalah ertinya perpaduan dan keharmonian serta Madani yang dilaungkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun selaku Perdana Menteri. Jangan dijaja semua usaha kebaikan itu sebagai produk murahan dan retorik politik tanpa diterjemahkan ke hakikat sebenar kanvas kehidupan masyarakat negara Malaysia ini.
Kuala Krai menyeru kepada kerajaan hari ini supaya mencari punca isu perkauman ini bermula. Adakah ini berpunca daripada sistem pendidikan kita? Suatu tindakan segera dan tegas untuk menangani isu ini dan janganlah nanti ia terus meruncing dan mengganggu kemakmuran negara ini. Ia tidak boleh dibiarkan, “seperti api dalam sekam”.
Veteran DAP yang juga mantan Ahli Parlimen Iskandar Puteri menyatakan, perpaduan kaum di Indonesia lebih ke hadapan berbanding dengan Malaysia. Mesti ada sebabnya. Adakah kerana nama anak-anak Cina atau India di Indonesia mesti diletakkan nama-nama Indonesia? Adakah mereka wajib bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa Indonesia sepenuhnya? Adakah kerana tiada sekolah vernakular di Indonesia dan semua anak-anak wajib belajar di sekolah kebangsaan mereka?
Oleh itu, semua pihak hendaklah ikhlas dengan diri sendiri dalam memastikan perpaduan kaum ini dapat dijaga dengan sebaiknya. Di Kelantan Tuan Yang di-Pertua, perpaduan kaum cukup harmoni. Ada orang Cina dan India yang bercakap dalam bahasa Melayu khususnya dialek Kelantan dengan fasih sekali. Jika bercakap dengan mereka tanpa melihat tuan empunya diri, kita akan kata ini orang Melayu. Bahkan ada yang dikenali dengan nama panggilan Pak Cu, Mek, Pak Muda dan sebagainya.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tuan Yang di-Pertua, Kuala Krai akhiri ucapan ini dengan sebuah pantun klasik yang kini telah menjadi sejarah dan sebelum ini telah sentiasa berkumandang di dalam Dewan yang mulia ini iaitu; Kalau tuan pergi memancing, Jangan lupa membawa umpan; Kalau tuan tidak mahu di kencing, Jangan undi Pakatan Harapan. Kuala Krai dengan penuh takzim menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Seterusnya Yang Berhormat Tampin.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam perpaduan.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Sebelum itu, izinkan saya memulakan perbahasan dengan serangkap pantun.
Raja dan rakyat berpisah tiada, Kasihnya Baginda tidak terhingga; Meskipun nanti terpisah di mata, Budi dan jasa dikenang selamanya. Memandangkan kali ini merupakan kali terakhir baginda berangkat ke Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen dan bertitah di dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan buat baginda atas kebijaksanaan melaksanakan tanggungjawab sepanjang negara berhadapan dengan kemelut pandemik dan ketidakstabilan politik.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun sembah patik harap diampun. Patik bersama sekalian rakyat mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku dan Raja-Raja Melayu terus dilindungi dan diberikan ketabahan untuk terus menaungi rakyat Malaysia yang tercinta.
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua menerusi ucapan sulung, saya selaku Ahli Dewan yang mulia ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih buat sahabat-sahabat dan para pengundi di P.113 Tampin kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya dan UMNO Barisan Nasional untuk mengambil alih kawasan Parlimen ini.
Insya-Allah, saya akan memikul amanah dan tanggungjawab ini serta melakukan yang terbaik demi sedaya upaya saya demi warganegara Tampin yang saya kasihi.
Tuan Yang di-Pertua, titah tuanku pada minggu lalu jelas memperlihatkan keprihatinan baginda terhadap soal kepentingan pembangunan sosioekonomi rakyat.
Namun, seperti negara-negara lain kita tidak terlepas daripada isu ketidakseimbangan pembangunan antara bandar dan luar bandar. Tatkala penduduk di bandar sedang cakap mewujudkan bandar pintar ataupun smart city dengan menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai bandar pintar menjelang tahun 2030, penduduk di luar bandar masih bergelumang dengan isu-isu pencapaian internet.
Tatkala di Ibu Kota Kuala Lumpur sedang berusaha untuk menggalakkan penggunaan bas elektrik serta menjadikan Wangsa Maju sebagai bandar perintis rendah karbon, penduduk di luar bandar masih bergasak menggunakan jalan raya yang tidak kondusif. Masalah ketidakseimbangan pembangunan ini telah berlanjutan sekian lama.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Meskipun pelbagai inisiatif telah diambil menerusi pelaksanaan pelbagai dasar seperti Dasar Pembangunan Nasional, Wawasan Kemakmuran Bersama dan beberapa siri Rancangan Malaysia. Namun, inisiatif-inisiatif yang telah dilakukan ini kelihatannya masih belum cukup untuk meletakkan negara kita dalam keadaan selesa apabila bercakap soal keseimbangan pembangunan.
Pada ketika ini, masih banyak kawasan luar bandar yang ketinggalan dari sudut pembangunan infrastruktur dan pusat rekreasi, apatah lagi hendak menjadikannya sebagai sebuah pusat ekonomi. Lebih mengecewakan terdapat lebih pembangunan fizikal di luar bandar yang sebelum ini pernah diperjuangkan untuk kebaikan penduduk setempat telah dipandang sepi oleh kerajaan. Tidak seharusnya perkara ini berlaku kerana setiap projek fizikal yang ingin dilaksanakan sudah semestinya lah telah mengambil kira aspek keperluan rakyat. Di Tampin misalnya, pembinaan masjid di Gemas, Projek Perumahan Rakyat di Air Kuning Gemencih, menaik taraf jalan Tampin-Gemas dan sebagainya.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah meluluskan peruntukan sebanyak RM31.8 juta bagi pembinaan lima buah masjid di Negeri Sembilan. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Port Dickson. Saya juga amat berharap supaya kerajaan mempertimbangkan agar peruntukan tersebut dapat ditambah dan memanjangkannya ke kawasan saya di Tampin untuk membina dua buah masjid lagi iaitu Masjid Jamek Tengku Besar Tampin dan juga sebuah masjid di Pekan Gemas.
Berhubung dengan isu ketidakseimbangan pembangunan ini, saya berharap kerajaan dapat mengatasinya dengan lebih berkesan supaya penduduk di luar bandar juga dapat menikmati arus pembangunan serta tidak dipinggirkan. Umum mengetahui bahawa kadar eksport negara telah melepasi sasaran negara tiga tahun lebih awal dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, iaitu sebanyak RM1.2 trilion menjelang tahun 2025.
Saya ingin mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan kerajaan dan seluruh kakitangan awam yang diketuai oleh Yang Berhormat Bera sebelum ini selaku Perdana Menteri Kesembilan, atas kejayaan tersebut.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Walau bagaimanapun, keadaan tersebut tidak berlaku terhadap industri komoditi getah. Berdasarkan data Lembaga Getah Malaysia (LGM), pendapatan eksport getah pada tahun 2022 hanyalah sekitar RM40 bilion iaitu susut sebanyak 44 peratus berbanding RM71 bilion pada tahun 2021.
Industri getah negara pada masa ini dilihat seolah-olah tidak lagi berdaya saing sedangkan kita pernah menjadi pengeluar dan pengeksport getah asli kelima terbesar sehingga tahun 2017. Hal ini secara tidak langsung telah memberi kesan besar kepada penduduk luar bandar yang mengusahakan tanaman getah khususnya pekebun kecil.
Ekoran ketidakstabilan harga, tenaga kerja tempatan terus menjauhkan diri dan menyebabkan industri ini terpaksa bergantung kepada tenaga buruh asing.
Kesan daripada pergantungan kepada buruh asing pula telah menyebabkan sebilangan besar kawasan tanaman tidak dapat ditoreh sehingga ke hari ini. Rantaian cabaran ini sudah tentunya menimbulkan tanda tanya ke manakah hala tuju industri getah negara kita selepas ini?
Menerusi Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), sektor pertanian disasarkan berkembang sebanyak 3.8 peratus setahun dalam menyumbang kepada tujuh peratus kepada KDNK. Sasaran tersebut adalah realistik untuk dicapai dengan syarat tiga cabaran utama yang dihadapi oleh para petani dan penternak pada ketika ini dapat diselesaikan dengan efektif.
Cabaran pertama Tuan Yang di-Pertua ialah musuh tanaman. Berdasarkan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, babi hutan dan kera merupakan antara haiwan yang dilindungi di bawah akta ini. Hal ini bermaksud mana-mana individu yang dengan sengaja menembak, menjerat dan membunuh haiwan tersebut merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Saya mencadangkan supaya akta tersebut dipinda dengan memberi pengecualian khas kepada para petani serta pekebun bagi membolehkan mereka dapat mengeluarkan hasil tanaman yang maksimum tanpa menghadapi sebarang gangguan daripada babi hutan dan juga kera ini.
Cabaran yang kedua Tuan Yang di-Pertua ialah kos input pertanian seperti baja dan racun. Kenaikan ini sememangnya membebankan para petani sehingga mengakibatkan peningkatan kos pengeluaran dan sekali gus mengurangkan pendapatan mereka. Sudah tentunya boleh mengakibatkan para petani berasa putus asa.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah kekurangan penglibatan golongan muda.
Menurut data Khazanah Research Institute pada tahun 2021, sektor pertanian dan perhutanan merupakan salah satu sektor yang paling kurang mendapat sambutan dalam kalangan pelajar di sekolah dan juga peringkat pendidikan tinggi. Justeru itu, saya menggesa kerajaan dan kementerian berkaitan melakukan sesuatu yang lebih segar dan kreatif supaya dapat menarik lebih ramai generasi muda untuk terlibat dalam sektor pertanian.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya berasa sepanjang saya mengikuti perbahasan, rasa amat tersinggung juga apabila ada sahabat-sahabat saya yang berada di sebelah sana bercakap tentang UMNO dengan melemparkan pelbagai tuduhan yang menyimpang. Izinkan saya menggunakan kesempatan yang ada untuk bercakap sedikit soal politik.
Keberadaan UMNO atau Barisan Nasional dalam kerajaan pada hari ini, sudah lama jelas iaitu adalah untuk memenuhi titah tuanku dan demi menyelamatkan negara daripada tergantung tanpa kerajaan. Cakap-cakap yang menyatakan bahawa UMNO ini telah tergelincir daripada landasan perjuangan dan ideologinya adalah sekali tidak betul.
Hakikatnya, UMNO tetap UMNO. UMNO juga merupakan parti Melayu yang terbesar yang berada dalam kerajaan pada hari ini.
UMNO tetap memperjuangkan fasal 3 iaitu asas dan tujuan penubuhannya seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO itu sendiri. UMNO tetap kekal menjadi sebuah politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah serta martabat bangsa, agama dan negara. Manusia mampu merancang, Allah SWT sahaja yang menentukan.
Insya-Allah...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Tampin, saya celah sikit...
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
...Kerajaan Perpaduan yang ada- masa saya sudah habis.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Penjelasan. Boleh, bagi sikit..?
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Insya-Allah, Kerajaan Perpaduan yang ada akan terus bertahan sehingga PRU yang keenam belas (PRU-16) demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Hentikanlah usaha-usaha untuk menggagalkannya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Tampin, beri sikit dekat Sik. Hendak tanya.
Seorang Ahli
...Dia tidak beri. Duduk...
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Populariti itu tidak akan bertahan selamanya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Tampin, beri sikit, ada sikit masa itu.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tuan Yang di-Pertua, sekian.
Terima kasih. Saya mohon menyokong.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tidak beri ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ini merupakan ucapan julung kali saya di Dewan yang mulia ini.
Pada kesempatan yang berbahagia ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Parti Perikatan Nasional, pengundi dan jentera di Parlimen Mersing yang telah memilih dan memberikan mandat kepada saya sebagai Wakil Rakyat mereka. Insya-Allah, suara Mersing- kita akan saya sampaikan di Dewan yang mulia ini. Ucapan terima kasih juga kepada mentor saya, Yang Berbahagia Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad yang banyak memberikan tunjuk ajar selama ini.
Tuan Yang di-Pertua, Pilihanraya Umum Kelima Belas (PRU-15) telah berlalu.
Perikatan Nasional kini memberikan komitmen untuk bertindak sebagai pembangkang yang bertanggungjawab, boleh dipercayai, berwibawa, efektif serta berintegriti tinggi demi mendukung demokrasi negara, baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang. Setiap Ahli Parlimen perlu bertindak atas prinsip akauntabiliti demokrasi.
Akauntabiliti demokrasi merupakan bahagian utama tadbir urus yang baik. Ia membolehkan perkongsian kuasa, konsep semak dan imbang dan kawalan awam terhadap penggunaan sumber awam. Wakil rakyat bertanggungjawab terhadap mandat yang diberikan masyarakat berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Bagi berfungsi sebagai pembangkang yang konstruktif, berperanan baik dan semak dan imbang, kerajaan perlu bersikap telus dan bertanggungjawab.
Sebagai langkah awal, seharusnya kerajaan memberikan peruntukan adil kepada semua wakil rakyat untuk manfaat masyarakat. Peruntukan ini sangat penting khasnya bagi wakil rakyat pertama kali seperti saya. Saya juga berpandangan bahawa, kerajaan wajar meneruskan kesinambungan polisi kerajaan terdahulu yang baik dan memberikan manfaat seperti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Malahan, kerajaan juga sewajarnya meneruskan projek-projek pembangunan baik yang telah diumumkan kerajaan terdahulu. Ini bagi memastikan masyarakat di kawasan luar bandar khasnya dapat merasa manfaat yang sama dan tidak ketinggalan daripada aspek pembangunan.
Tuan Yang di-Pertua, Pulau Batu Puteh ialah sebuah batu tunggul kira-kira 7.7 batu nautika, 14 kilometer Selatan Tanjung Penyusop, Johor dan 25 batu nautika, 44 kilometer timur Singapura. Kawasan itu kini menjadi milik Singapura susulan pertikaian dibawa Malaysia dan Singapura ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2003.
ICJ pada tahun 2008 memutuskan Pulau Batu Puteh milik Singapura dan Batuan Tengah pula, milik Malaysia dalam Daerah Kota Tinggi, Johor. Mahkamah juga berpendapat Tubir Selatan berada di perairan bertindih antara Malaysia dan Singapura.
Isu terbaharu kini timbul apabila terdapat langkah pihak Singapura menambak kawasan sekitar Pulau Batu Puteh. Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju mengadakan rundingan lebih terperinci dalam masa terdekat.
Setiap tambakan di sekitar Pulau Batu Puteh dikhuatiri akan memberikan kesan sampingan khasnya terhadap titik pangkal dan persempadanan maritim negara kita selain kesan kepada alam sekitar. Tambahan pula, status perairan sekitar Pulau Batu Puteh iaitu Tubir Selatan masih menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura.
Saya ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan dapat juga menambak Batuan Tengah dan berusaha meningkatkan nilai strategik Batuan Tengah. Saya juga menyokong usaha kerajaan melalui Peguam Negara bagi menyemak isu-isu dan tindakan perundangan berhubung kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Tuan Yang di-Pertua, Mersing merupakan sebuah daerah di Timur Laut negeri Johor. Mersing terkenal sebagai kawasan pelancongan dengan memiliki keindahan pulau-
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
pulau dan pantai-pantai di perairan Laut China Selatan dan keindahan alam semula jadi yang menghijau. Daerah Mersing sekian lama bergantung pada sektor perikanan, pertanian dan pelancongan sebagai aktiviti utama dan semakin berkembang setelah dimasukkan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Bertepatan dengan pemilihan sektor pelancongan sebagai teras ekonomi di bawah program ECER, Mersing memerlukan limpahan masuk pembangunan yang seharusnya dibawa melalui peruntukan daripada Kerajaan Pusat dan negeri.
[Timbalan Yang di-Pertua **(****Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, infrastruktur asas seperti jalan raya amat penting bagi sebuah kawasan ekopelancongan. Keadaan jalan raya yang baik bukan saja memberikan keselesaan kepada pengguna bahkan merangsang pertumbuhan sektor ekonomi masyarakat tempatan.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Saya ingin menyatakan secara jelas bahawa masalah jalan raya di Mersing sudah lama diperjuangkan. Saya banyak menerima aduan dan maklum balas daripada masyarakat di kawasan berkaitan. Kerosakan yang berlaku, khususnya di jalan-jalan utama yang menghubungkan Mersing dengan daerah terdekat, Kluang dan Kota Tinggi.
Saya berpendapat bahawa sekiranya isu jalan raya ini dapat diselesaikan, ia akan memberi impak yang positif kepada sektor ekonomi dan keselamatan pengguna.
Struktur jalan raya yang retak dan berlubang perlu diselenggarakan dengan segera, selain daripada isu jalan yang bengkang bengkok. Malah, ada juga beberapa laluan utama yang sudah pudar garisan pembahagi jalan. Keadaan ini amat berbahaya kepada pengguna, khususnya pada waktu malam.
Justeru, saya memohon kerajaan agar dapat mempertimbangkan semula dan meneruskan projek-projek pembaikan, penurapan semula permukaan dan pelurusan jalan-jalan yang sedia ada di Parlimen Mersing. Mohon kerajaan memandang serius isu jalan raya dengan menyalurkan peruntukan yang mencukupi.
Saya juga ingin memohon penjelasan berkenaan projek bypass, iaitu projek membina jalan dan jambatan yang menghubungkan dalam Felda Nitar (ST1425) ke Jalan Air Merah (J85) dan Jalan Johor Bahru–Kuantan (ST003) di Daerah Mersing. Apakah status terkini projek tersebut? Projek ini sangat penting dalam usaha mengurangkan kesesakan di jambatan dan bulatan Mersing, khasnya pada hujung minggu, cuti sekolah dan cuti perayaan. Selain itu, ia juga merupakan isu keselamatan, memandangkan jambatan Mersing ini adalah satu-satunya jambatan penghubung antara Bandar Mersing dan kawasan DUN Endau.
Tuan Yang di-Pertua, banjir merupakan salah satu bencana yang kerap berlaku di Mersing, khasnya pada musim Monsun Timur Laut. Pada awal tahun ini, mangsa banjir yang terjejas di Mersing direkodkan seramai 2,195 orang melibatkan 654 keluarga dan 13 pusat pemindahan sementara dibuka.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang datang ke Mersing melawat PPS dan mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM10.5 juta bagi membina tiga unit pam air, struktur pintu air dan lain-lain kerja berkaitan di Sungai Mersing. Saya berharap agar peruntukan ini dapat disegerakan bagi mengatasi masalah banjir pada tahun ini.
Saya juga berharap kerajaan dapat mempertimbangkan dan meluluskan segera permohonan Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Tenglu Besar. Di kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak khasnya daripada pihak kerajaan, swasta, NGO, pemimpin masyarakat, sukarelawan yang membantu mangsa-mangsa banjir dan menjalankan program pembersihan kawasan terjejas pasca banjir di Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Selain itu, saya berharap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan peruntukan sara hidup kepada golongan petani yang terjejas. Peruntukan ini diharapkan dapat diberikan sebagaimana peruntukan yang diberikan kepada para nelayan. Jika kita lihat, isu kepada petani ini, mereka juga memerlukan peruntukan-peruntukan khas dan juga bantuan sara hidup kerana petani juga terjejas sekiranya berlaku isu-isu dan bencana- bencana seperti monsun.
Saya harap kerajaan dapat memperluaskan bantuan-bantuan kepada petani dan mempertimbangkan, bukan sahaja sekiranya kebun-kebun petani dilanda banjir atau pun bencana, malah sekiranya jalan-jalan yang menghubungkan kebun-kebun dengan kawasan luar. Ini kerana ada sesetengah petani yang tidak dapat mengeluarkan hasil mereka pada musim banjir dan memerlukan kos tambahan untuk menyewa bot. Ini akan meningkatkan kos kepada para petani.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana memberi peluang ini. Mersing menyokong usul Titah Yang di-Pertuan Agong.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Dipersilakan seterusnya Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, kepada semua Ahli-ahli Dewan, pegawai-pegawai dan juga pengamal media dan juga orang ramai yang sedang menonton, di dalam dan di luar Parlimen. Salam 1 Keluarga Malaysia Madani. Saya ingin berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas Titah Tuanku. Saya ingin membuka perbahasan saya dengan serangkap pantun.
Sarang kelulut di luar pagar, Ambil galah jangan dijolok, Saya budak baharu di Parlimen, Kalau silap, mintalah tunjuk. Pertama sekali, saya ingin ucapkan tahniah kepada semua komponen parti Kerajaan Perpaduan kerana berjaya meletakkan perbezaan dan bersatu padu demi meletakkan kepentingan negara di tempat pertama dan bukannya hanya pentingkan kedudukan dan kepentingan sendiri untuk menstabilkan politik di negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, Kerajaan Perpaduan 2022 bukannya Kerajaan Perpaduan pertama di Malaysia. 50 tahun dulu, pada tahun 1973, akibat Parti Perikatan, bukan PN hari ini, Parti Perikatan tidak mendapat majoriti mudah di beberapa buah negeri dan ketidakstabilan politik. Satu gabungan baharu atau pun jajaran baharu pada masa itu dibentuk merentasi parti politik kerajaan dan pembangkang dengan nama Barisan Nasional. Kerajaan Barisan Nasional pada masa itu juga mempunyai semangat Kerajaan Perpaduan kerana pembangkang pada masa itu termasuk PAS, GERAKAN, PPP dan juga parti tempatan dari Sabah dan Sarawak iaitu Parti Perikatan Sabah, SUPP, PBB dibentuk di bawah gabungan besar Barisan Nasional.
Sekarang, 50 tahun telah berlalu dan politik negara Malaysia sekali lagi berada di persimpangan jalan akibat tiada satu gabungan politik yang mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan dengan sendiri selepas PRU ke-15. Untuk mengatasi ketidakstabilan politik ini, maka Tuanku telah menitahkan supaya semua gabungan parti politik berunding untuk membentuk satu Kerajaan Perpaduan.
Namun, Perikatan Nasional ingkar dengan Titah Tuanku dan mendakwa telah mendapat sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan. Maka, akhirnya Kerajaan Perpaduan telah dibentuk tanpa Perikatan Nasional. Kerajaan Perpaduan juga telah diabsahkan di Parlimen dengan usul kepercayaan kepada Yang Amat Berhormat Tambun telah diluluskan sebulat suara oleh seluruh Ahli Dewan Rakyat tanpa apa-apa bantahan, termasuk daripada pihak pembangkang.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Dugaan pertama Kerajaan Perpaduan telah diharungi di Parlimen dengan mendapat sokongan sebulat suara atas usul kepercayaan Perdana Menteri. Dugaan kedua adalah di pilihan raya enam buah negeri. Jika kerajaan gabungan mampu bertahan di tiga buah negeri yang telah ditadbir dengan kemenangan yang lebih besar dan memenangi kerusi yang signifikan di tiga buah negeri pembangkang, saya yakin kerjasama di antara parti komponen Kerajaan Perpaduan akan lebih kukuh. Ia akan membuka ruang dan kemungkinan bahawa tidak mustahil Kerajaan Perpaduan akan terus mentadbir Malaysia untuk 50 tahun akan datang seperti mana Barisan Nasional yang telah mentadbir selama 50 tahun.
Timbalan Yang di-Pertua, pembangkang tidak berhenti mempertikai istilah Kerajaan Perpaduan dengan hujah Kerajaan Perpaduan dalam istilah politik sains bermakna tiada pembangkang. Saya nak katakan di sini, “a rose is a rose, is a rose”.
Sekuntum bunga ros tak kira apa nama yang kita panggil, ia masih sekuntum bunga ros.
Sama juga dengan Kerajaan Perpaduan. Kerajaan Perpaduan bermakna sebuah kerajaan perpaduan yang bekerjasama merentasi gabungan politik, di mana beberapa gabungan politik bergabung untuk membentuk Kerajaan Perpaduan. Semangat kerajaan perpaduan akan terus kukuh tanpa kira apa fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang.
Tidak habis dengan pertikaian istilah Kerajaan Perpaduan, pembangkang juga mahu pertikai nama mereka sendiri. Pembangkang katakan, nama pembangkang tidak sesuai. Sepatutnya ditukar kepada nama oposisi. Kononnya, selepas tukar nama kepada oposisi, perangai akan berubah, tiada fitnah dan hujah kosong yang akan dibawa.
Akan tetapi kalau kita perhatikan hujah pembangkang, mereka hanya mainkan isu perkauman, isu agama tanpa memberi kritikan konstruktif. A pembangkang is a pembangkang, is a pembangkang. Tak kira apa nama yang dipanggil, ia masih pembangkang dan membawa fitnah dan tohmahan dan hujah kosong. Jadi, saya rasa pembangkang tidak perlu kisahlah apa nama yang perlu dipanggil. Panggillah pembangkang.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Parlimen pembangkang pada minggu lalu, terutamanya beberapa orang pemimpin kanan, termasuk Ketua Pembangkang Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Pagoh tidak...
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Mohon mencelah.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Memberi apa-apa– bagi saya habiskan yang ini, saya bagi. Tidak memberikan apa-apa komitmen kepada Dewan ini untuk memainkan peranan check and balance yang konstruktif di Parlimen. Pembangkang hanya hendak mengambil jalan pintas dengan mengapi-apikan isu perkauman dan isu agama untuk menyerang Kerajaan Perpaduan dengan berharap...
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey. Minta celahan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Dapat menarik sokongan Ahli Parlimen di antara Kerajaan Perpaduan untuk membentuk kerajaan tebuk atap sekali lagi. Ya, silakan.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, saya hendak bertanya. Temerloh hendak bertanya apakah isu perkauman yang dimainkan oleh PN?
Berikan satu contoh dan bagi tahu apakah isu agama yang dimainkan?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Siapa yang makan cili, siapalah berasa pedas?
Ada main, tidak ada main kita semua boleh nampak sini.
Seorang Ahli
Duduklah, duduk
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Kampar.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Okey, saya hendak bertanya.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Cukup-cukuplah saya hendak tambah.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Biar Yang Berhormat Kampar sebut, apa dia sebut Yang Berhormat Kampar?
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Tadi saya yang minta dulu.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Cukuplah kalau tidak main isu perkauman tidak ada orang tahu. Ada main, tidak ada main semua orang tahu.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Kampar kalau berani bagi Sik...
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Kita ada...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 37, laluan, floor Yang Berhormat Kampar. Jika beliau memberi laluan silakan. Jika hendak membawa peraturan 37(1). Silakan teruskan Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jika pihak pembangkang betul-betul komited ingin menjadi pembangkang yang konstruktif, adakah pihak pembangkang bersedia memberi satu komitmen kepada Dewan ini bahawa mereka akan menjadi pembangkang lima tahun sampai habis penggal dengan memberi check and balance tanpa apa-apa move lagi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan dan tubuh kerajaan tebuk atap 2.0?
Pembangkang terdiri daripada bekas Jemaah Menteri dan juga ahli-ahli pihak kerajaan di empat buah negeri dan rakyat boleh menilai sama ada pihak pembangkang ikhlas apabila mereka mengkritik Kerajaan Perpaduan hari ini. Pembangkang hari ini boleh bahas dan cakap tentang demokrasi dan nepotisme tetapi adakah pembangkang akan walk the talk jika mereka diberi peluang untuk memerintah sekali lagi?
Semasa Yang Berhormat Pagoh menjadi Perdana Menteri, Parlimen digantung dengan alasan COVID. Ahli Parlimen dilarang masuk ke Parlimen untuk membahaskan suara rakyat, walaupun pada masa itu tiada apa-apa kluster di Parlimen dan PAC dibenarkan bermesyuarat di Parlimen.
Yang Berhormat Pagoh juga ingkar dengan titah tuanku dan menderhaka dengan pembatalan Ordinan Darurat tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong. Malah, Menteri PN juga bertebal muka cuba mengelirukan Dewan Rakyat bahawa Ordinan Darurat telah dibatalkan. Ini merupakan titik hitam dan zaman kegelapan demokrasi semasa PN memerintah.
Bukan sahaja itu, semasa PN memerintah ke seluruh jentera penguat kuasa undang-undang disalahgunakan untuk memberi tekanan kepada Ahli Parlimen supaya menyokong Yang Berhormat Pagoh.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kampar, peraturan mesyuarat.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
36(6) Tuan Yang di- Pertua. Tadi menyebutkan Yang Berhormat Pagoh ingkar Yang di-Pertuan Agong. Saya minta itu ditarik balik sebab dia mengelirukan dan satu sangkaan jahat Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Itu faktalah, itu bukan. Sila baca balik berita.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
36?
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
36(6), mengeluarkan sangkaan jahat ke atas ahli-ahli lain. Dia menyebutkan tadi Yang Berhormat Pagoh menderhaka Yang di-Pertuan Agong. Saya rasa itu tidak tepat dan minta ditarik balik.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Itu memang betul sebab tidak ada perkenan Tuanku. Saya teruskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kampar. Bila satu peraturan telah dibangkitkan, saya akan membuat keputusan ya.
Yang Berhormat Kampar pada pandangan saya sebagai pengerusi tarik balik apa yang kamu kata itu.
[Tepuk] Bahagian itu derhaka.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey, saya tarik balik yang derhaka tetapi Yang Berhormat Pagoh memang tidak dapat perkenan Tuanku. Itu fakta. Saya hendak teruskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan perbahasan. Teruskan perbahasan Yang Berhormat Kampar.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Kampar bagi sikit Sik hendak tanya ini?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Semasa PN memerintah ke seluruh jentera penguat kuasa undang-undang disalahgunakan...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Kampar minta laluan?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Cukuplah, saya tidak cukup masa — untuk memberi tekanan kepada Ahli Parlimen supaya menyokong Yang Berhormat Pagoh.
Walaupun projek terowong dasar laut yang diberikan tender terbuka dan projek belum bermula tidak ada apa-apa bukti terdapat aliran tunai bahkan disiasat dan didakwa.
Yang Berhormat Muar juga didakwa atas tuduhan yang tidak berasas. Bekas Ahli Parlimen juga diugut dan didakwa jika tidak memberi sokongan kepada Yang Berhormat Pagoh. Bukankah semua ini salah guna kuasa? You think you will last forever? Saya rasa kata-kata ini perlu dikatakan kepada Yang Berhormat Pagoh semasa Yang Berhormat Pagoh menjadi Perdana Menteri dan terbukti Yang Berhormat Pagoh did not last forever. Rakyat Malaysia tidak lupa semasa Yang Berhormat Pagoh berkuasa, Yang Berhormat Pagoh mempertahankan siasatan selektif pihak berkuasa dan dakwaan selektif untuk menganiaya pihak lawan tetapi kini apabila parti Bersatu disiasat dan akaun bank dibekukan kononnya sekarang semua dianggap sebagai aniaya politik.
Mengapakah Yang Berhormat Pagoh bertukar pendirian apabila parti sendiri dan dia sendiri disiasat? Pada hal Projek Jana Wibawa bernilai RM1 bilion diberi secara rundingan terus tanpa tender terbuka kepada Yang Berhormat Pagoh. Jadi di mana fitnahnya? Sama ada Yang Berhormat Pagoh hendak berhujah bahawa menantunya tidak dapat kontrak RM1 bilion ataupun projek itu diberikan secara tender terbuka ataupun projek RM1 bilion itu memang diberikan secara rundingan terus tetapi Yang Berhormat Pagoh tidak tahu apa-apa tentang projek itu?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kampar sila gulung. Sila gulung.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Adakah itu— bukan sahaja itu. Saya gulung, saya habiskan. Bukan sahaja itu, Yang Berhormat Pagoh juga dengan terbuka mengatakan dia bukan suspek dalam siasatan SPRM.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat gulung.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Adakah Yang Berhormat Pagoh hendak bersihkan diri sendiri daripada siasatan ini dan sama ada Yang Berhormat Pagoh suspek ataupun saksi patut diumumkan oleh SPRM dan bukan Yang Berhormat Pagoh sendiri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sila gulung.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya akhiri dengan perenggan ini ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, brain drain ataupun penghijrahan cendekiawan telah berlaku di Malaysia untuk 30 tahun dan 40 tahun yang lepas. Berdasarkan laporan World Bank
Tuan Chong Zhemin - Kampar
dianggarkan sebanyak satu juta orang cendekiawan yang paling cerdik, the bright of brightest telah berhijrah keluar dari Malaysia.
Tidak guna kami benarkan brain drain ini terus berlaku dan apabila rakyat Malaysia telah mencapai kejayaan di luar negara baru kita cuba menarik mereka balik di bawah skema TalentCorp. Kita sepatutnya memberi peluang dan persekitaran yang optimum untuk memupuk bakat di Malaysia supaya mereka terus kekal dan berkhidmat untuk Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia perlu balik kepada prinsip penubuhan negara 1957 dan Perlembagaan kemerdekaan dan kontrak sosial di mana Malaysia...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Habis, last paragraph. Di mana Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kampar duduk. Amaran pertama, if you do not terima instruction saya, the next move is amaran pertama. Habiskan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey, jadi kita perlu pastikan kerjasama Kerajaan Perpaduan bukan sahaja di tahap kerajaan. Kita juga harus pastikan kerjasama di pilihan raya untuk memastikan Malaysia yang sederhana, majmuk dan kepelbagaian.
Sekian sahaja ucapan saya, Kampar mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kampar, dipersilakan Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Sik bersama-sama dengan ahli-ahli yang lain turut berbahas pada hari ini bagi menjunjung kasih di atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong.
Terima kasih juga dan tahniah kepada seluruh anak-anak muda Sik, ibu-ibu, ayah- ayah dan seluruh warga Sik dengan berani dan penuh yakin telah memilih Perikatan Nasional sebagai wadah pengukuhan demokrasi kepimpinan negara.
[Tepuk] Saya mulakan mukadimah perbahasan ini dengan saya bersama memperingatkan diri saya dan seluruh Ahli-ahli Dewan melalui sepotong ayat Al-Quran Al-Karim, surah Al-Ahzab ayat 72.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat jahil”.
Pemimpin lahir daripada rakyat sama ada pemimpin kecil mahupun besar, bertaraf lokal, nasional dan global. Semua lahir dari rakyat sama ada di desa dan kota.
Kepimpinan dari rakyat dan rakyat dirantai dengan satu nilai hubung yang terpenting iaitu kepedulian dan kejujuran. Ertinya pemimpin tanpa kepedulian dan tanpa kejujuran adalah pemimpin palsu dan kepimpinan palsu yang merendahkan rakyat.
Rakyat sememangnya mengharapkan lahirnya pemimpin bangsa yang sejati.
Seorang pemimpin sejati ialah seorang yang sama ada menjawat satu jawatan ataupun tidak? Apakah dia masih hidup ataupun sudah mati? Rekod jawatannya masih disimpan dan dikenang atau tidak? Potretnya dilukis atau tidak? Riwayat hidupnya dibukukan atau tidak? Namun masyarakat tetap menerimanya sebagai pemimpin umat dan bangsa.
Tuan Yang di-Pertua, isu ekonomi dan inflasi merupakan topik yang hangat dan sering diperkatakan pada hari ini. Saya turut mengikuti secara maya Program Parliament Lecture Series 1.0: Resetting The Malaysian Economy yang baru-baru ini diadakan pada 27 Januari 2023 di bangunan Parlimen ini.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya berasa sangat terkejut dengan kenyataan oleh Yang Berhormat Pandan yang kini merupakan Menteri Ekonomi atau turut diberi jolokan ‘raja formula’. Beliau dengan begitu muda tanpa fakta yang jelas telah mengaitkan proses pemulihan ekonomi dengan berkongsikan tips turun berat badan yang memerlukan masa lebih lama bagi mendapatkan hasil berat badan yang menawan.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Point of order, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Perkara ini jelas memalukan negara.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya, sila.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Peraturan Mesyuarat 36(6). Perkataan yang disebut terhadap Ahli Parlimen Pandan itu harap ditarik balik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Kenapa nak tarik balik? Dia yang kata sendiri dalam sidang ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, sebentar. Bahagian mana yang Peraturan Mesyuarat 36(6) itu?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ini nak ganggu ucapan saya ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Apa dia?
Bahagian mana? Bila anda memberi satu yang mengaitkan dengan peraturan, kena sebutlah yang mana satu dengan jelas.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Peraturan Mesyuarat 36(6).
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Apa yang saya mengelirukan Dewan?
Ini ucapan Yang Berhormat Pandan. Dengar bagi habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Sik, biar saya selesaikan perkara ini. Bahagian mana?
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Yang dia ada sebut benda yang tak sedap pasal Yang Berhormat Pandan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang mana satu?
[Dewan riuh]
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
‘Raja Formula’ itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya?
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
‘Raja Formula’.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, saya buat keputusan. Benda itu tidak ada kaitan. Boleh teruskan.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Okey.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bila Yang Berhormat membangkitkan suatu perkara, please be specific, dengan izin ya. Kalau tidak nanti, general, saya tak boleh buat keputusan ya. Silakan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya teruskan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ucapan Yang Berhormat Pandan dalam syarahan tersebut, yang telah dihadiri juga oleh duta-duta asing termasuklah dalam kalangan Ahli Parlimen kita sendiri, telah memberi satu gambaran bahawa Menteri Ekonomi kita tidak pun mempunyai formula yang jelas, formula yang kukuh untuk
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
memastikan bahawa negara kita akan dapat diurus dengan lebih baik selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan.
Beliau rupanya tidak pun mempunyai kaedah yang lebih praktikal bagi penyelesaian yang lebih konkrit, khususnya dalam isu kenaikan harga barang dan kelembapan ekonomi yang telah melanda negara kita. Sepatutnya Yang Berhormat Pandan menggunakan peluang dalam majlis tersebut bagi meyakinkan para duta asing untuk menarik pelabur asing bagi meningkatkan pendapatan negara.
Tuan Yang di-Pertua, Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah memberikan pujian kepada Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Yang Berhormat Pagoh ketika mana pada tahun 2021, ekonomi digital telah menyumbang sebanyak 23.2 peratus kepada KDNK dan e-dagang merupakan sektor yang paling pesat berkembang. Nampaknya, Kerajaan PH-BN pada hari ini masih gagal menunjukkan sebarang potensi untuk meningkatkan pendapatan negara. Bahkan, inflasi semakin meninggi walaupun hampir seratus hari menjadi kerajaan. Mana formula-formula yang dicanangkan kepada rakyat dengan gegak gempita sebelum ini?
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Yang Berhormat Sik, minta laluan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Apa Yang Berhormat Sik sebut tadi tentang kerajaan gagal, adakah ini sebenarnya kerajaan gagal kerana dibandingkan dengan kerajaan Yang Berhormat Pagoh dahulu?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Laungan “Kerajaan Gagal” yang disebut oleh PH dahulu telah terkena ke batang hidung mereka.
[Tepuk] Semua rakyat masih ingat ucapan Yang Amat Berhormat Tambun dalam Kongres Keadilan Nasional Ke-16 pada 17 Julai 2022. Ucapannya, “Harga minyak tak turun? Saya tidak menjadi Perdana Menteri nak buat macam mana?”. Mantera ini telah pun disebut beberapa kali sejak tahun 2008 yang lalu iaitu, “Saya ulang, hari ini kalau pilihan raya kita menang, bagi saya 24 jam, saya umum harga minyak turun serta-merta”. Pada hari ini, Yang Amat Berhormat Tambun telah pun menjadi Perdana Menteri. Mana janji tersebut?
Sehingga hari ini, kami masih menunggu permohonan maaf Yang Amat Berhormat Tambun ketika beliau melemparkan tuduhan yang berniat jahat, mengguris hati kepada jutaan pengundi Perikatan Nasional apabila menuduh Perikatan Nasional ditaja oleh syarikat judi ketika berkempen pada PRU-15 yang lalu.
[Tepuk] Tuduhan liar ini pasti akan dipertanggungjawabkan oleh rakyat marhaen, jutaan penyokong Perikatan Nasional yang telah mengeluarkan duit belanja mereka sendiri, daripada poket mereka sendiri untuk bantu bersama pemimpin.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Yang Berhormat Sik, saya nak mohon penjelasan boleh?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya, sila.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tadi Yang Berhormat ada katakan ada tuduhan jahat terhadap pengundi-pengundi Perikatan Nasional. Setuju atau tak dengan saya bahawa sekiranya betul ini tuduhan jahat, maknanya tindakan undang-undang perlu diambil?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ini telah pun dijelaskan oleh Yang Berhormat Pagoh. Dia tuduh, dialah kena bukti. Mana mungkin kita pula nak cari bukti.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ini bukan...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Mana boleh Yang Amat Berhormat Tambun, dia buat tuduhan, dia suruh kita cari bukti.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Nak penjelasan sedikit, Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tak betul itu.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tidak.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Dalam kehakiman, dia tuduh, dialah kena cari bukti.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya teruskan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Kalau fitnah, kena samanlah.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya tak beri izin dah. Saya tak mahu layan dah.
Tuan Yang di-Pertua, saya terus kepada poin keselamatan di perairan negara kita. Dalam isu LCS tadi, Yang Berhormat Menteri Pertahanan telah menyatakan syor- syor PAC. Ada tujuh syor PAC untuk kita pastikan projek LCS tentera laut ini dapat diselesaikan. Namun, yang menjadi persoalan kita, disebut ada enam syor yang telah dilaksanakan tetapi Yang Berhormat Menteri Pertahanan tidak menyebut secara jelas apakah syor yang telah dilaksanakan dan mana lagi syor yang belum dilaksanakan.
Kita memohon juga pada hari ini bersama Ahli-ahli Parlimen yang lain supaya pihak SPRM tidak lagi menunggu masa yang lama untuk mendakwa pihak yang telah pun menyebabkan kerugian-kerugian berbilion-bilion ringgit dalam projek LCS ini. Rakyat menunggu siapa yang bertanggungjawab mensakau jutaan ringgit duit rakyat sehingga menyebabkan aset pertahanan negara ghaib entah ke mana.
[Tepuk] Adakah watak seperti Jho Low juga wujud dalam skandal yang maha dahsyat ini?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan sebelum pilihan raya yang lalu, ketika Yang Berhormat Lembah Pantai yang kini telah menjadi Menteri, tweet beliau di Twitter masih belum dipadamkan. Beliau menulis dalam Twitter-nya pada 7 Ogos 2022, 2.05 petang yang berbunyi, “*Mungkin Zahid lupa tapi letter of intent (LOI), letter of award
(LOA) untuk Projek LCS ini diberi pada 15 Oktober 2010 dan 16 Disember 2011. Zahid Menteri Pertahanan dari 10 April 2009 hingga 15 Mei 2013 atau Zahid mudah lupa RM6 bilion hangus satu kapal pun tak sampai*”. Ini ditulis oleh Yang Berhormat Lembah Pantai.
Mohon beliau menjawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sila gulung Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya yang terakhir...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Yang Berhormat Sik, masa itu PN kerajaan kata tak siasat. Yang Berhormat Sik, masa itu PN kerajaan, mengapa masa itu tak siasat?
Sekarang baru nak bangkit. Jadi pembangkang baru nak bangkit.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya tak bagi. Saya tak ada masa.
Sekarang PH menjadi kerajaan, sila siasat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Betullah masa PN jadi kerajaan, kenapa tak siasat?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tanya Yang Berhormat Lembah Pantai.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kampar.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya yang terakhir...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Itu soalan yang senang. Mengapa masa itu tak siasat?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kenapa dulu tak siasat? Kenapa dulu tak siasat?
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, peraturan. Sila gulung dan tutup.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya menggulung berkaitan dengan isu yang telah disebut oleh Ahli-ahli Parlimen yang lain berkaitan dengan keadaan penoreh-penoreh getah kita di seluruh negara ketika harga getah telah jatuh sehingga RM2.10 sekilogram.
Saya sangat bersetuju dengan pandangan bahawa kerajaan termasuklah Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Perladangan dan Komoditi melihat perkara ini dengan lebih serius. Itulah, apabila dicadangkan supaya getah ataupun cup lump itu, getah sekerap itu digunakan untuk membina jalan raya, menurap jalan raya kita, sudah pasti jika perkara ini dapat dilaksanakan, ia dapat menstabilkan harga getah kita dan dapat membantu. Dan saya menyokong supaya harga IPG ataupun insentif pengeluaran getah dinaikkan kepada RM3.50 dengan kadar segera bagi membantu penoreh-penoreh getah ketika mana musim tengkujuh hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk bersama-sama juga mengangkat supaya khususnya Yang Berhormat Menteri Pertanian yang berada bersama kita petang ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
...Untuk melihat dengan jelas bagaimana food security khususnya padi yang menjadi keutamaan kita untuk diperluaskan...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Masa telah cukup, duduk.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih, saya mohon menyokong.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 37(1). Demi menghormati Dewan yang mulia ini, saya dapati banyak Ahli Parlimen yang membuat gangguan. Jadi, Peraturan Mesyuarat 37(1) menyebut, “Seseorang Ahli tidak boleh mengganggu Ahli yang sedang bercakap”. Jadi maknanya kalau Ahli nak mengganggu, harus minta kebenaran daripada Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi, sepanjang persidangan ini, saya lihat banyak gangguan yang berlaku. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tanggungjawab tersebut adalah tanggungjawab Pengerusi untuk gunakan budi bicara atau menguatkuasakan peraturan. Saya faham maksud Yang Berhormat itu.
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Dipersilakan Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Sebelum saya mula, saya ingin hendak memperbetulkan Sik dulu yang menguar-uarkan tadi kerajaan gagal, LCS dan sebagainya. Jangan lupa, kamu yang sokong kerajaan dulu.
Waktu itu kami bantah dan kamu cium tangan. Tidak apa, relaks, saya akan mulakan.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong...
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Yang Gopeng, Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Sesungguhnya Titah telah menekankan...
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Boleh Sri Gading bertanya sedikit?
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Sekejap, nanti saya bagi.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Okey.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Seorang Ahli
...Yang Berhormat Sri Gading, apa Yang Berhormat Sri Gading ini.
Sekejap lah.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
...Menekankan aspek good governance demi kesejahteraan rakyat. Hasrat Tuanku adalah jelas untuk kita sama-sama memelihara semangat perpaduan, harmoni, kestabilan negara bagi tujuan meyakinkan pelabur dan memacu ekonomi negara.
Dalam buku titah tuanku, lima muka surat telah pun merencanakan peristiwa kemelut politik dalam tanah air kita bagi beberapa tahun kebelakangan ini. Ini merupakan satu tanda ataupun strong signal yang terang lagi bersuluh kerana tuanku turut merasai masalah rakyat, denyut hati rakyat bahawa ketidakstabilan politik telah mengundang masalah besar kepada rakyat dan tanah air yang tercinta.
Maka, saya ingin mengajak rakan-rakan kedua-dua pihak supaya menggarap segala tenaga dan pengalaman yang pernah menganggotai pentadbiran negara mahupun negeri. Kami ada ramai mantan Perdana Menteri, ada ramai menteri, ada menteri-menteri besar, ada ketua-ketua menteri, kita harus garapkan segala tenaga dan usaha gigih kita untuk kita keluar daripada kemelut ekonomi yang kita hadapi. Izinkan saya membacakan serangkap pantun.
Beras segantang sudah disukat, Lalu disimpan di atas para; Andai seluruh Dewan muafakat, Negara aman rakyat sejahtera.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Yang Berhormat Gopeng, bagi laluan sedikit. Hendak tanya soalan.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
20 saat.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Okey. Tadi Yang Berhormat Gopeng ada sebut tentang gagal. Adakah Yang Berhormat Gopeng bersetuju dengan saya bahawa kerajaan yang gagal dulu satu masa, rakyat angkat bendera putih. Masa bila itu ya? Terima kasih.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Kami tahulah, waktu itulah, waktu itu- sebenarnya saya tidak hendak menggores hati Ahli-ahli Yang Berhormat di sini. Ini adalah kerana saya tengok ada juga Ahli Parlimen di kalangan Perikatan Nasional yang sentiasa menyerang Ahli Parlimen DAP, segala masalahnya DAP. Saya dari Keadilan ya, minta maaf.
Akan tetapi saya nampak ini tidak ada sesuatu manfaat kepada rakyat. Saya faham kenapa begitu tetapi kita kena sedar bahawa dalam Dewan di sini semua parti pernah berkawan dengan DAP, pernah berkawan satu sama lain. So, saya rasa tidak ada isu lah kalau hendak main isu tersebut. Marilah kita sama-sama seperti mana yang saya katakan, garapkan tenaga dan usaha untuk membina negara kita...
[Tepuk] Bagi saya tingkah laku bertikam lidah dalam Dewan tidak akan membawa apa- apa manfaat kepada rakyat di luar sana. Bayangkan kalau saya sengaja hendak menyakitkan hati pimpinan PAS dengan mengambil kira angka-angka yang telah pun dipaparkan dalam laman web OpenDOSM iaitu negeri Kelantan merupakan negeri berpendapatan isi rumah paling rendah dalam negara dengan hanya RM4,874 sahaja, kadar kemiskinan paling tinggi dan mencapai 12.4 peratus dan akses air paip pula yang paling rendah, 67.8 peratus sahaja.
Semua angka ini adalah di bawah paras medium mengikut angka-angka dalam pangkalan data OpenDOSM...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Gopeng, Puncak Borneo minta laluan sedikit boleh?
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
...Akan tetapi saya tidak berniat untuk memanjangkan isu tersebut.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Sedikit sahaja, mengenai topik...
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Kita kena balik kepada isu dan kita harus...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Gopeng, minta laluan sedikit sahaja.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Sekejap, sekejap. Saya habiskan yang ini dulu.
Saya rasa kita tidak perlulah hendak ghairah sangat dengan ucapan-ucapan dalam Dewan. Kita hanya boleh seronoklah dengan video-video yang bakal akan viral seminit dua, dalam sehari dua tetapi dasar yang kita hendak bincangkan tidak boleh hendak membawa manfaat kepada rakyat di luar sana.
Oleh itu, point pertama saya adalah untuk saya mencadangkan kepada kerajaan dan juga pihak Speaker, untuk menetapkan Jawatankuasa Pilihan Khas ataupun Parliament Select Committee dalam kadar yang segera dan cadangan ini boleh dilaksanakan kerana peruntukan Perkara 81(1) dan (2) dalam Buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat diberikan kuasa. Saya rasa, saya ingin cadangkan kepada Dewan ini supaya kita perlu melibatkan Ahli Parlimen kerajaan dan juga Ahli Parlimen pembangkang untuk kita bagi ruang yang secukupnya...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
...Sedangkan saya tahu ramai yang hendak bicara di sini dalam masa 14 minit, 10 minit, memang tidak cukup. So, saya rasa kena cepat untuk wujudkan PAC, dan menetapkan dua jenis Jawatankuasa Pilihan yang...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Gopeng, Sik hendak minta laluan sedikit boleh? Sik, depan ini. Boleh?
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Sekejap, sekejap. Saya tidak bagi, saya tidak bagi.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Bagi, bagi. Tadi you sebut Sik tadi.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
I tinggal empat minit sahaja, I tinggal empat minit sahaja. Minta maaf, minta maaf. Nanti kita sembang dekat luar. Okey, terima kasih...
[Ketawa] Jawatankuasa Pilihan tetap kita harus tengok, sekarang hanya ada lima Jawatankuasa Pilihan tetap sahaja iaitu Jawatankuasa Pemilih, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat, Jawatankuasa Dewan dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Kita perlu tambah lagi lima yang tetap- dengan pindaan peraturan tetap dalam buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat. Cadangan saya adalah tubuhkan jawatankuasa:
(i) kewangan dan ekonomi;
(ii) pendidikan dan kesihatan;
(iii) perubahan iklim;
(iv) pertanian, perladangan dan komoditi; dan
(v) kerajaan tempatan, perumahan dan pengangkutan awam.
Justeru, Jawatankuasa Pilihan Khas juga turut boleh ditubuhkan dengan kelulusan dalam Dewan yang mulia ini dengan jawatankuasa-jawatankuasa seperti “Jawatankuasa Kos Sara Hidup dan Harga Barang”, “Jawatankuasa Pembangunan Sosial Wanita dan Kanak-kanak” dan “Jawatankuasa Sains Teknologi dan Inovasi”. So, kita boleh bicaralah segala-galanya idea dan pandangan dalam jawatankuasa tersebut tanpa kita hendak berebut masa dan bertikam lidah dalam Dewan ini.
Harus kita ingat bahawasanya dalam satu tahun Dewan ini hanya membenarkan kita untuk berbicara tentang masalah rakyat dalam lebih kurang 70 hari sahaja. Kalau kita
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
asyik menggunakan masa untuk bertikam lidah, ia tidak akan membawa sebarang manfaat.
Tuan Yang di-Pertua, saya hanya tinggal beberapa minit. Izinkan saya untuk teruskan. Ada dua poin lagi yang saya ingin bawakan. Saya faham memang dalam keadaan ekonomi yang semasa, kita faham ruang fiskal kerajaan yang semakin sempit dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun umumkan tiada sistem percukaian yang baharu. Tambahan kita kena tanggung hutang-hutang dan sebagainya.
Akan tetapi, bagi saya indikator untuk kita membangunkan negara ada juga beberapa aspek yang turut penting juga iaitu keupayaan pentadbiran. Ini untuk kembalikan keyakinan pelabur-pelabur terhadap negara kita, kemampuan untuk kita membayar hutang-hutang dan faedahnya, kekuatan wang ringgit negara, perdagangan negara yang kekal, trajektorinya daripada segi peningkatannya.
Kalau kita terpaksa menanggung hutang, saya rasa tanggunglah hutang setakat mana yang mampu tetapi kita jangan sekali-kali memotong subsidi ataupun peruntukan- peruntukan, projek-projek pembangunan yang akan membawa manfaat kepada rakyat dan juga ada kesan kepada gandaan ekonomi negara. Kalau saya boleh bagi contoh, saya nampak ramai Ahli-ahli Parlimen dalam Dewan ini membangkitkan tentang bajet yang tidak cukup, jalan rosak, lampu tidak menyala dan sebagainya. Akan tetapi bagi saya kalau kita lihat kepada ketirisan yang berlaku, kebocoran yang berlaku...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Gopeng. Sedikit sahaja Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
10 saat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ya. Yang Berhormat Gopeng tadi menyebutkan soal berkaitan dengan hutang. Apalah Kerajaan Perpaduan ini, kerajaan di bawah Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim ini, baru dua bulan hutang sudah RM1.5 trilion ini. Ini apa cerita ini? Apalah, baru dua bulan hutang sudah sampai RM1.5 trilion. Minta penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Baik, terima kasih. Saya tidak ada angka rasmi.
Saya biar Perdana Menteri yang akan jawab perkara ini. Akan tetapi, kesan tanggungan hutang itu memang berat bagi kita tetapi saya rasa tidak patut menjadi alasan kepada kita untuk menjalankan projek-projek yang memberikan manfaat kepada rakyat.
Saya bagi contoh tadi, semua Ahli Parlimen di dalam Dewan ini kata tidak cukup bajet, tidak cukup bajet. Akan tetapi, tiap-tiap kali ada insiden berlakunya pemborosan, ada ketirisan berlaku dalam Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini, kita pun lihat juga ada isu-isu yang berlaku. Namun, kita sering kali mendengar ADUN, Ahli Parlimen mengatakan tidak ada bajet, kementerian kata tidak ada bajet, malah kementerian Timbalan Menteri hari itu pun kata hendak mohon dengan Kementerian Kewangan supaya dapatkan bajet yang lebih.
Justeru, saya ingin memohon penjelasan daripada pihak kementerian, saya bagi contoh negeri Perak. Negeri Perak pada tahun 2022, jumlah yang diperlukan, dimohon kepada kementerian iaitu RM580 juta tetapi akhirnya kelulusan kementerian hanya lebih kurang RM81 juta untuk diluluskan bagi menaiktarafkan jalan, membaik pulihkan jalan- jalan persekutuan.
So, jumlah itu hanya 14 peratus sahaja. Akan tetapi pada masa yang sama kita melihat ketirisan berlaku, kebocoran berlaku dan sebagainya. Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya melihat semula tatacara perolehan kerajaan dan melaksanakan atau mewajibkan ada midterm review tentang pelaksanaan projek-projek yang berkaitan.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Point yang terakhir- kita perlu mengamalkan prinsip memudahcarakan pelabur- pelabur asing dan juga pelabur-pelabur tempatan. Saya terus memberikan contoh sebab saya lihat kepada Yang Berhormat Menteri yang pernah memberikan hujah kata hendak meletakkan sasaran penggunaan electrical vehical (EV) untuk mencapai penggunaan
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
500,000 bawah kenderaan dan 18,000 charging points di seluruh negara pada tahun 2050. Namun saya rasa kerajaan dan pihak TNB...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, satu minit gulung.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Boleh, baik. Terima kasih.
Pihak TNB ataupun agensi-agensi yang lain tidak perlu mengambil bahagian dalam pengambilan charging point. Bagi saya lebih penting kita perlu menubuhkan task force dan task force yang saya tahu setakat ini adalah national level inter-minister (EV), task force dalam MITI yang sedia ada. Saya rasa MITI perlu lihat semula kepada segala SOP ataupun peraturan-peraturan dalam itu untuk memudahkan. Jangan kita menjadi badan perniagaan untuk merebut peluang dengan pelabur tetapi kita memberikan landasan yang lebih mudah kepada pelabur.
Contohnya kita lihat kepada hendak pemasangan charging point, kalau direct current charger yang perlukan 100 ampere hingga 300 ampere, TNB perlukan lebih kurang enam bulan untuk meluluskan proses tersebut. Ada contribution fee lagi, ada connection fee lagi dan sebagainya.
So saya rasa ini merupakan salah satu contoh yang paling klasik yang kalau kita kata kita mesra pelabur, kita hendak memudahcarakan, kita hendakkan kurangkan red tape, kita hendak kurangkan karenah birokrasi, ini merupakan satu peluang terbaik untuk pembangunan industri yang baharu ini.
So saya- minta maaf saya lanjut masa sikit tetapi saya sekali lagilah ingin menjemput atau mengajak rakan-rakan kedua-dua pihak supaya kita benar-benar menggarap segala tenaga yang ada. Kita tiada masa yang banyak untuk dibazirkan dan harap dalam sesi pembentangan bajet nanti, kita ada satu perbahasan yang lebih baik dan selepas itu kita boleh mewujudkan Parliament Select Committee yang lebih mikro untuk kita membincangkan isu-isu berkenaan dengan rakyat di luar sana. Sekian sahaja.
Gopeng mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan keizinan pada Pasir Puteh untuk membahas, dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam Titah Istiadat Perasmian Pembukaan Sidang Parlimen baru-baru ini.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang terkandung di dalam Titah Yang di-Pertuan Agong iaitu antara lainnya keseimbangan ekonomi di dalam negara kita. Harus kita sedar bahawa keseimbangan ekonomi di dalam negara kita ini tidak menjadi realiti yang benar-benar kita harapkan.
Jurang perbezaan di antara penduduk di bandar dan luar bandar apatah lagi kalau kita bercakap tentang ekonomi dan perkembangan terhadap golongan ataupun kita sebut orang asal yang berada jauh di pedalaman. Mereka seolah-olah ditinggalkan dan tidak ramai orang menyebut terutamanya di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini Jadi di sini suka saya ingin mengambil kesempatan untuk mengajak kepada semua supaya pemerkasaan ekonomi kepada kaum yang kita anggap yang tertinggal ini diberi keutamaan yang sewajarnya supaya B40 yang ada di negara kita mendapat pembelaan yang sewajarnya dan kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan kesinambungan daripada kerajaan yang lepas.
Agenda-agenda yang telah dibuat oleh kerajaan yang lepas yang kita anggap ia sebagai suatu yang baik seharusnya agenda ini diteruskan. Sebelum daripada ini kita
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
telah sebut Kemakmuran Bersama, kita sebut Keluarga Malaysia dan berbagai-bagai lagi istilah untuk kita bagi fokus secara yang lebih baik kepada golongan-golongan sasar yang ada dalam negara kita ini, B40, masyarakat asal yang ada dalam negara kita, golongan kurang upaya dan lain-lainnya.
Sebab itu saya mengharapkan kerajaan yang baharu ini iaitu ialah kerajaan campuran, PH dan juga BN yang ada ini, jangan sesekali memainkan isu-isu yang hangat sehingga mereka tertinggal untuk membela kumpulan ini.
Saya lihat, kalau saya hendak bercakap berkenaan dengan sikap yang diambil terutamanya Yang Berhormat Tambun selaku Perdana Menteri Malaysia. Saya ucap ribuan terima kasih apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke luar negara, ke sana ke sini. Insya-Allah, mudah-mudahan hubungan diplomatik itu apa tetapi yang saya hendak sebut kebimbangan apabila saya lihat tingkah laku Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila pergi ke luar negara yang sepatutnya dia bawa satu agenda negara yang jelas. Hubungan dagangan yang jelas. Bukan pergi secara orang panggil tergesa-gesa.
Dengar-dengar duduk di sini, dengar-dengar duduk di negara ini.
Apabila sampai ke negara tersebut, kalau kita tengok ucapan-ucapan yang disampaikan itu, boleh memberi kekurangan keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk datang ke negara kita. Sebagai contoh, kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika di Indonesia...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Boleh minta penjelasan sikit Yang Berhormat?
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Sekejap saya saya selepas daripada ini insya-Allah kalau tengok masa.
Ucapan di Indonesia, menghina- seolah-olah menghina rakyat Malaysia yang ada dengan menyebut secara general. Lagi banyak sebut nama Allah, lebih banyak berzikir, lebih banyak bocor.
Saya rasa - saya pun tidak mahu sebut banyak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini, dia jangan nampak orang lain seolah-olah dia bersih sangat kah? Saya rasa dalam Dewan tiada lagi orang dipenjara tetapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sudah masuk penjara walaupun sudah dapat pengampunan...
[Disampuk]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Yang Berhormat Pasir Puteh, boleh minta penjelasan sikit?
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
...Tetapi saya hendak sebut, tidak bersih.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Takut nanti terlampau jauh nanti sebab memang sudah menyimpang
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Jadi sebab itu saya harap duduk.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Saya hendak minta penjelasan sikit Yang Berhormat Pasir Puteh...
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Saya harap duduk.
Duduk. Percakapan mesti dengan keizinan daripada itu.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Minta, kena bagilah.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Saya tidak bagi, saya tidak bagi peluang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Tidak boleh lah sangka buruk- cakap benda yang bukan-bukan. Lepas itu hendak lepaskan tanggungjawab.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Yang Berhormat...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Yang Berhormat Ipoh Timur, laluan tidak diberi. Duduk.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Ekonomi dua hala di antara negara dengan negara merupakan suatu perkara yang sangat mustahak.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar minta laluan.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Hubungan ekonomi dua hala ini mesti kena ada strategi yang mantap.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar minta laluan, boleh?
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Strategi-strategi yang...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Sekejap. Strategi- strategi yang berlaku sebelum daripada ini, ia tidak menggambarkan Malaysia ini boleh create, dengan izin, satu situasi ekonomi yang mantap, yang teguh, yang mampu menarik pelabur-pelabur asing datang ke negara kita.
Jadi sebab itu lah saya rasa sindiran daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong...
[Disampuk]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Point of order, peraturan mesyuarat.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
...Kepada kerajaan yang baharu ini.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Peraturan Mesyuarat 36(6). Seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli lain khususnya terhadap Yang Berhormat Tambun. Yang Berhormat sebut tadi berkenaan perginya ke luar negara dengan tiadanya satu agenda.
Sila buktikan bahawasanya lawatan-lawatan ini tiada agenda atau sebarang agenda seperti yang disebutkan tadi. Sebab ikut saya, apa yang saya tahu adalah sebelum...
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Okey.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Sat, sat...
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Yang Berhormat ini kena korek telinga...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Ini tempat Tuan Yang di-Pertua untuk buat keputusan. Saya belum habis...
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Saya bimbang ini adalah spesies yang akan...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Pasir Puteh, duduk kejap. Silakan.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Jadi sebab itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar ya Yang Berhormat Pasir Puteh, sebentar.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Yang disebutkan Yang Berhormat Pasir Puteh seolah-olah langsung tidak ada agenda. Itu tidak betul sebab Yang Berhormat tidak tahu ada agenda atau tidak. Sebab hanya memetik ucapan di Indonesia sahaja, hendak lontar, pukul rata semua lawatan ini tiada asas, tiada agendanya.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Jadi sila buktikan. Sekiranya tidak boleh buktikan bahawasanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila pergi lawatan tiada asas, sila tarik balik. Sebab hujahnya tidak berapa masuk akal, yang tidak tahu- cakaplah tidak tahu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya faham yang kamu maksudkan Yang Berhormat Ipoh Timur. Teruskan.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang sangat memahami peraturan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, atas isu peraturan mesyuarat. Saya ingin meminta satu panduan Tuan Yang di-Pertua. Adakah saya mendengar atau kita mendengar Yang Berhormat mengatakan bahawa ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seolah-olah menghina rakyat Malaysia?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Peraturan manakah Yang Berhormat Jelutong?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan yang sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Peraturan Mesyuarat 36(4).
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, adakah— saya mendengar tadi. Saya mendengar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bukan, Peraturan Mesyuarat 36(6).
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat telah berbahas mengatakan bahawa ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di luar negara seolah-olah menghina rakyat Malaysia. Did you say that? Adakah Yang Berhormat berkata begitu?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Adakah Yang Berhormat bermaksud sedemikian? Ini kerana berpandukan daripada jawapan Yang Berhormat, saya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, ‘bermaksud’ itu lain. Soalan saya adakah...
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Tidak mengapa, saya jelaskan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Adakah perkara itu diucapkan oleh Yang Berhormat? Saya hendak minta penjelasan.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Saya menyebut “seolah-olah menghina rakyat Malaysia”. ‘Rakyat’ sebagaimana Yang Berhormat Jelutong, sebagai contoh. Yang Berhormat Jelutong seorang yang saya kira seorang yang berdisiplin, orang yang baik. Jadi, kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut macam ini, macam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini menghina Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya minta panduan. Perkataan itu mengatakan bahawa ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di luar negara seolah-olah menghina rakyat Malaysia itu adalah tidak patut. Jadi, saya minta panduan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya faham...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Memandangkan perkara itu disahkan, bolehkah Yang Berhormat tolong tarik balik kenyataan itu?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Biar saya buat petua. Bahagian itu saya rasa, tarik baliklah.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Ya, saya sebut ‘seolah-olah’.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yalah, ‘seolah- olah’ itu, kalau kita lihat...
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Okeylah.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Sangkaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kalau kita lihat kepada Peraturan Mesyuarat 36(6) ini, boleh diinterpretasikan sedemikian. Untuk menjaga keharmonian Dewan, tarik balik ya.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Ya, tidak apalah.
Kalau tidak boleh guna perkataan “seolah-olah menghina”, saya tarik balik yang itu. Cuma saya hendak bagi tahu bahawa tidak sepatutnya seorang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini dia bercakap dengan bahasa yang seumpama itu. Pergi ke negara orang, kemudian mendedahkan apa yang ada dalam negara kita tanpa dibuat usul periksa dan tanpa ada sebarang keputusan di mahkamah dan sebagainya. Itu yang saya maksudkan.
Jadi, seolah-olah benda ini orang panggil cacamarba yang dibuat di luar negara.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Yang Berhormat Pasir Puteh yang cacamarba.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Masa saya habis di situ sahaja. Harap Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, benda itu sudah dipetuakan.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
...Okey, tambahan, okey. Ini yang saya rasa bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia pernah menyindir.
Apabila Baginda mendengar ucapan yang seumpama ini, apabila Baginda tengok tingkah- laku yang ada, yang berlaku dalam kerajaan yang ada pada hari ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia seolah-olah memberi satu gambaran apabila baginda sebut bahawa kita yang merancang, Allah SWT yang menyusun...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Mohon mencelah.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
...Seolah-olah...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Shah Alam mohon mencelah, Yang Berhormat.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
...Bagi saya, saya merasakan sebagaimana Yang Berhormat sebut tadi mudah-mudahan kerajaan ini sampai akhir.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Shah Alam mohon mencelah, Yang Berhormat.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Bagi saya, saya nampak bahawa kerajaan ini akan...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Yang Berhormat, Shah Alam mohon mencelah.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
...Terbalik di tengah jalan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pasir Puteh, saya minta laluan.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Mohon penjelasan.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Saya tidak bagi.
Sekejap.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Kedua, berkenaan dengan Demokrasi Berparlimen...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Saya ada buku Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya hendak tahu di mana yang Yang di-Pertuan Agong menyindir, muka surat mana.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Pertama sekali, kita kena sedar...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli Yang Berhormat yang lain-lain itu tolong diam. Biar Yang Berhormat Pasir Puteh— Yang Berhormat Pasir Puteh, satu minit, gulung. Perkara yang dibangkitkan itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh menjawab semasa...
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Ya, Demokrasi Berparlimen di negara kita. Kita harus sedar bahawa sistem federalisme yang diamalkan di negara kita...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
...Kita ada Kerajaan Persekutuan, kita ada kerajaan negeri...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya, Yang Berhormat Jelutong. Perkara mana?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Mesyuarat 36(6).
Ucapan Yang Berhormat Pasir Puteh seolah-olah membuat sumpah terhadap kerajaan ini, macam dahulu. Saya lihat dan perhatikan tingkah laku dan ucapan Yang Berhormat seolah-olah membuat sumpah terhadap kerajaan ini. Adakah begitu? Seperti yang telah Yang Berhormat sendiri buat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Jelutong, saya putuskan. Petuanya tidak, sila duduk. Yang Berhormat Pasir Puteh, selesaikan dan gulung.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang Berhormat Jelutong takut sudah itu.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih.
Saya hendak gulung...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Banyak perkara yang ingin ditegur...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukan takut. Yang Berhormat Pasir Puteh seorang yang alim.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, banyak perkara yang disebutkan itu. Perdana Menteri akan— benda ini recorded. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menjawab, insya-Allah. Gulung.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Ya. Dalam sistem federalisme di negara kita ini, seharusnya kita faham apabila Kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan kerajaan negeri, kerajaan negeri bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan. Maka, kekuatan segala-galanya akan wujud. Jadi saya bimbang, takut-takut isu federalisme ini semakin hari semakin terhakis di negara kita.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Oleh sebab itu saya ingin bangkitkan yang terakhir iaitu satu daripada negeri yang dikepung begitu lama iaitu negeri Kelantan Darul Naim. Secara spesifiknya dalam negeri Kelantan ini saya hendak sebut di kawasan Pasir Puteh, di mana kita memerlukan kepada penyelenggaraan dan pembinaan terutamanya muara sungai di Semerak yang tertimbus, yang menyebabkan berlakunya ancaman banjir yang besar.
Kemudian, jalan-jalan di bawah Persekutuan, bukan jalan di bawah negeri. Jalan- jalan di bawah Persekutuan yang sekian lama tidak dibaik pulih. Jadi, kita minta supaya dibaik pulih.
Kemudian hospital di Pasir Puteh dalam situasi rakyatnya bertambah kemudian hospital ini...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Minta pencelahan sedikit.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
...Tidak diubah suai...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dahulu jadi kerajaan kenapa tidak buat?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Beli Mercedes, beli Mercedes.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Beli Mercedes. Air, pergi lantaklah air. Yang penting beli Mercedes.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung. Saya rasa sudah banyak ruang saya bagi .
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Gangguan ini banyak sangat. Orang yang makan ubat tidak cukup ini.
[Dewan ketawa]
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Saya mengharapkan jambatan-jambatan yang telah diluluskan sebelum ini— dengar elok-elok.
Jambatan yang telah diluluskan sebelum ini, saya harap benda ini dionkan...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta sedikitlah, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
...Diteruskan supaya benda ini berlaku.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Pasir Puteh, saya hendak minta sedikit.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Soalan yang berkaitan dengan sakit...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Pasir Puteh, sila duduk, masa sudah cukup. Yang Berhormat Hulu Langat, duduk. Sudah selesai.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Duduk Yang Berhormat Hulu Langat, duduk.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang Berhormat Hulu Langat, janganlah terasa. Takkan terasa kut?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya mempersilakan Yang Berhormat...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bukan terasa. Sebab sakit ini, semua orang akan sakit. Jangan mempermainkan sakit orang.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Oleh sebab itu makan ubat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Betul, makan ubat, makan ubat.
Tidak makan ubat, tidak makan ubat, tidak apa. Akan tetapi jangan mempertikaikan sakit orang. Sebab kita semua...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sudah, sudah.
Cukup.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Cukup, cukup.
Take a breather, dengan izin. Tarik nafas sedikit.
Okey, selanjutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang bagi saya untuk ambil bahagian dalam perbahasan hari ini. Lima isu sahaja saya hendak bangkitkan dalam masa 10 minit yang saya ada.
Isu pertama, government leads dalam usaha mengatasi perubahan iklim.
Malaysia adalah sebuah negara tropika. Cuaca panas sepanjang tahun kecuali pada musim tengkujuh. Ya, cuaca kita panas. Jadi, kita mahu suhu lebih rendah dalam bilik pejabat kita. Akan tetapi, takkan kita laraskan suhu penyaman udara terlampau sejuk macam tengah salji seperti di luar negara.
Contohnya, Ahli-ahli Yang Berhormat dan pegawai yang hadir sidang Parlimen perlu pakai blazer. Pegawai lelaki diminta bertali leher lagi. Ini kod pakaian berasal dari negara yang mempunyai musim sejuk. Untuk mengikut kod pakaian negara musim sejuk, kita perlu menggunakan lebih banyak tenaga elektrik untuk menurunkan suhu dalam bilik.
Kalau tidak semua orang akan mengadu panas. Apabila keluar sahaja dari bangunan Dewan, semua orang buka tali leher, buka blazer kerana tiada penyaman udara di luar bangunan. Kenapa kita tidak ubah suai kod pakaian kita kepada semua supaya pejabat kerajaan kita lebih mencerminkan budaya kita dan lebih penting lagi lebih mesra alam sekitar khususnya untuk menangani perubahan iklim.
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Jepun dan Korea Selatan mewajibkan semua pejabat kerajaan mereka tidak boleh melaraskan suhu dalam bilik lebih rendah daripada 28 darjah Celsius semasa musim panas.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kerajaan Taiwan pula tetapkan suhu penghawa dingin pada 26 darjah celsius pada musim panas dan arahan ini dikuatkuasakan bagi sektor swasta seperti pusat membeli belah lagi. Kajian mereka mendapati bahawa kerajaan mampu jimat penggunaan elektrik sehingga enam peratus dengan peningkatan suhu penghawa dingin setiap satu darjah celsius. Saya berharap government leads dalam usaha menangani isu perubahan iklim.
Justeru, saya minta Tuan Yang di-Pertua kalau boleh pertimbangkan lagi tidak perlu mewajibkan tali leher sebagai kod pakaian di semua pegawai lelaki dan pelawat yang berkunjung ke Parlimen. Lebih baik jika semua Ahli Parlimen dan pegawai boleh
Puan Wong Shu Qi - Kluang
memilih pakaian batik setiap hari dan bukan sahaja pada hari Khamis. Pakaian batik adalah produk unik Nusantara. Lebih baik jika kita jadikan pakaian batik pakaian rasmi yang juga sesuai dengan iklim kita.
Tuan Yang di-Pertua, isu kedua bagaimana kita boleh mewujudkan satu lonjakan produktiviti dalam bidang pertanian memandangkan isu keselamatan makanan semakin serius dalam konteks sekarang. Tiga faktor utama dalam sektor pertanian ialah tanah, air dan sinar matahari dan akhirnya tenaga buruh.
Dari segi tanah, kita masih ada tanah pertanian yang luas berbanding dengan negara jiran seperti Jepun, Singapura dan Taiwan. Air dan sinar matahari, Malaysia sebuah negara yang terletak dalam zon tropika di mana ada sinar matahari dan hujan yang mencukupi sepanjang tahun.
Satu dan yang terakhir tenaga buruh. Inilah satu-satu faktor yang kita terpaksalah akui bahawa kita tidak mempunyai kelebihan berbanding negara serantau lain seperti Indonesia dan Vietnam. Populasi kita tidak ramai seperti negara-negara tersebut. Akan tetapi, tahap pendidikan penduduk negara kita lebih tinggi. Justeru, tidak cenderung untuk bekerja dalam sektor intensif buruh. Walaupun Malaysia adalah negara yang mempunyai faktor semula jadi yang baik, kita tetap mengimport lebih 50 peratus makanan yang kita perlukan setiap tahun. Apakah ini kerana kita tidak mampu lagi meningkatkan pengeluaran hasil makanan untuk keperluan domestik?
Semenjak tahun 2005 kita sudah mewujudkan projek pertanian moden di Johor.
Malangnya sebahagian besar tanah tidak diusahakan dengan kaedah pertanian moden.
Adakah kita tidak mempunyai teknologi yang tinggi yang boleh meningkatkan pengeluaran hasil makanan atau sebenarnya kita telah gagal dalam pelaksanaan dasar pertanian moden. Petani kita tidak akan membuat pelaburan besar untuk menggunakan teknologi tinggi sekiranya hanya diberikan geran tanah berjangka pendek untuk setahun atau dua tahun.
Pelaburan teknologi tinggi dalam sektor pertanian juga ambil masa sekurang- kurangnya lima tahun untuk menerima pemulangan hasil, pemulangan modal. Justeru, dasar kerajaan dalam aspek ini perlu lebih praktikal dan proaktif supaya lebih ramai petani khususnya anak muda menceburi bidang pertanian moden. Malaysia seharusnya menjadi sebuah negara pertanian moden yang mampu menghasilkan sebahagian besar makanan yang diperlukan oleh rakyat negara kita setiap hari. Dengan izin, we must make agriculture sexy again. Tuan Yang di-Pertua, isu ketiga. Model pengangkutan awam alternatif bagi bandar sekunder seperti kawasan saya, Bandar Kluang. Dalam dua dekad ini kita sudah menyaksikan rangkaian pengangkutan awam berasaskan rel dibangunkan di Lembah Kelang. Penduduk bandar sekunder lain seperti penduduk di kawasan saya hanya boleh melihat kejayaan pembangunan ini dari jauh melalui video, berita ataupun perkongsian kawan-kawan. Mereka tidak dapat menikmati kemudahan ini dalam kehidupan harian mereka.
Selain beberapa bandar besar, bandar-bandar sekunder di Malaysia tidak mempunyai sebarang sistem pengangkutan awam melainkan bas percuma. Masalahnya adalah pembangunan dan reka bentuk bandar kita cenderung kepada penggunaan kenderaan peribadi. Model pengangkutan awam lama berasas bas henti-henti dengan rangkaian yang tetap tidak mampu menawarkan perkhidmatan menyeluruh kepada mereka yang duduk lebih jauh dari pusat bandar apatah lagi di kawasan berkepadatan rendah.
Kita perlu satu model sesuai untuk menggalakkan lebih ramai penduduk bandar sekunder menggunakan pengangkutan awam. Salah satu model adalah bas atas permintaan. Dengan izin, on-demand bus service. Perkhidmatan bas tanpa rangkaian tetap malah mengikuti permintaan penumpang dengan tambang lebih rendah daripada teksi dan e-hailing. Sekiranya boleh saya offer supaya kawasan saya, Bandar Kluang untuk dijadikan lokasi bagi projek perintis untuk model sebegini.
Tuan Yang di-Pertua, reka bentuk bandar kita lebih cenderung kepada pengguna kenderaan peribadi seperti apa yang saya kata tadi malah mindset pembangunan kita juga
Puan Wong Shu Qi - Kluang
berat sebelah kepada membuat projek mega seperti jambatan bertingkat yang mahal daripada mencari jalan alternatif sedia ada.
Sebelum PRU ke-15 ada pihak yang mencadangkan untuk membelanjakan RM60 juta untuk membina satu jambatan bertingkat di Kluang sebagai penyelesaian kepada masalah kesesakan lalu lintas di Jalan Mengkibol pada waktu puncak padahal ADUN Mengkibol telah pun mencadangkan satu penyelesaian yang kosnya hanya RM4 juta sahaja untuk membina satu jalan alternatif menyambung Jalan Mengkibol Renggam ke Jalan Kota Tinggi melalui vehicle box culvert di landasan kereta api. Malangnya pihak berkuasa tempatan dia ada bajet. Kerajaan negeri sendiri meminta wakil rakyat untuk pohon dengan Kerajaan Persekutuan pula. Justeru, saya minta Kementerian Kewangan meneliti permohonan ini supaya projek berimpak tinggi yang hanya akan membelanjakan RM4 juta ini dapat disegerakan.
Isu terakhir Tuan Yang di-Pertua, isu aplikasi kerajaan dan keselamatan maklumat peribadi. Baru-baru ini Kementerian Pengangkutan melancarkan aplikasi MyJPJ dan memansuhkan keperluan memaparkan road tax pada cermin hadapan kenderaan. Ini adalah satu inisiatif pendigitalan yang baik. Namun, kita perlu sedar bahawa sebelum ini telah pun ada sebanyak 200 aplikasi kerajaan yang disediakan oleh 93 agensi kerajaan. Setiap satu ada pangkalan data pengguna tersendiri dan tidak semestinya diselaraskan dengan pangkalan data lain khususnya jika app itu dimiliki oleh kementerian lain.
Soalan saya ialah bolehkah kita gabungkan semua aplikasi ini di bawah satu super app kerajaan. Sama ada pengguna mahu mencari info SSM ataupun Parlimen, buat laporan kecemasan polis atau buat janji temu di klinik kesihatan kerajaan semua perkara ini boleh dilakukan dalam hanya satu app. Ini juga akan memudahkan usaha kerajaan dalam menjamin keselamatan maklumat peribadi rakyat kita. Saya minta Menteri memberi pencerahan sama ada data peribadi rakyat kita adalah selamat.
Laporan media tentang kebocoran data peribadi sebelum ini amat membimbangkan. Saya berharap Kerajaan Perpaduan kita mengambil satu pendekatan yang lebih proaktif supaya isu ini tidak berulang lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Akhir sekali, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Dipersilakan Yang Berhormat Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. *Bismillahi Rahmani Rahim.
[Membaca doa]* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada Gerik untuk membahaskan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Gerik dan seluruh rakyat di Parlimen Gerik menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku atas keprihatinan tuanku terhadap pelbagai isu terutamanya yang melibatkan pembangunan infra dan pembangunan sosioekonomi penduduk-penduduk luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pengundi-pengundi di Parlimen Gerik yang memberi kepercayaan kepada saya dan Perikatan Nasional sebagai Ahli Parlimen yang baru.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Terima kasih rakyat Parlimen Gerik, insya-Allah kita sama-sama menuju ke arah Gerik baharu.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga selaku anak peneroka FELDA mewakili seluruh generasi FELDA ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PM Ke-8, Tan Sri Dato’
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin, Dato’ Sri Mustapa Mohamed, mantan Yang Berhormat Menteri JPM (Hal Ehwal Ekonomi), Tan Sri Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh (Pengerusi FELDA) dan pasukannya, di mana pada tahun 2021, berjaya menyelaras, menghapus, melupus sebahagian pinjaman dan hutang peneroka FELDA dalam Program RESTART FELDA berjumlah RM8.3 bilion yang memberi manfaat kepada 92,441 orang peneroka ataupun 82 peratus peneroka FELDA. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan komitmen kerajaan bagi sektor food securities atau keterjaminan makanan, Gerik menyeru pihak kerajaan melihat usaha yang telah pun dilaksanakan oleh pihak FELDA iaitu projek Gedung Makanan Negara yang asalnya diilhamkan oleh Yang Berbahagia Datuk Faizoull Ahmad, mantan Pengarah Besar FELDA sekitar lapan tahun yang lalu. Projek ini wajar dikembangkan ke agensi- agensi lain seperti FELCRA dan lain-lain tanah berkelompok seperti KESEDAR, KEDA dan lain-lain. Ia juga boleh diterjemahkan ke daerah-daerah dengan nama gedung makanan daerah. Insya-Allah Gerik bersedia untuk terlibat.
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana titah dan hasrat Duli Yang Maha Mulia Tuanku agar diselesaikan Projek Lebuh raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak, kami di Gerik ingin menarik perhatian pihak kerajaan agar meneliti juga keusangan Jalan Raya Timur- Barat yang telah dibina pada tahun 1982 dan kini telah pun berusia lebih daripada 40 tahun. Jalan raya ini sepanjang 114.7 kilometer berada di dalam kawasan Parlimen Gerik.
Ia merupakan laluan utama yang menghubungkan Pulau Pinang, Kedah ke negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan timur Pahang. Asalnya ia merupakan aset pembangunan strategik untuk pertahanan negara daripada ancaman komunis. Kini, lebih purata 4,000 kenderaan menggunakan jalan raya ini setiap hari lebih-lebih lagi di musim perayaan.
Jalan Raya Timur-Barat ini juga kerap digunakan oleh kenderaan-kenderaan perdagangan seperti lori dan bas dan kenderaan seperti lori balak yang menambahkan lagi beban ke atas struktur jalan yang usang ini dan mengakibatkan banyak lopak, jalan berlubang dan rekahan. Keadaan ini sering menyebabkan kemalangan jalan raya.
Tuan Yang di-Pertua, isu ini telah dibangkitkan oleh kakanda saya, Yang Berhormat Jeli dan Yang Berhormat Padang Serai pada perbahasan lepas. Namun sebenarnya Jalan Raya Timur-Barat ini melibatkan banyak kawasan Parlimen bermula dari Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli, Kelantan, Baling, Kulim dan Padang Serai.
Bagi Parlimen Gerik, mengikut rekod, sejak tahun 2018 hingga tahun 2022, 99 kes kemalangan telah dicatatkan dengan 58 kematian. Ini bermakna purata 11.6 rekod kematian setahun dicatatkan atau bersamaan satu bulan, satu kematian telah berlaku di Jalan Raya Timur-Barat.
Ini menjadikan jalan raya ini sebagai satu jalan yang mengerikan di Malaysia.
Ianya melibatkan nyawa dan aset rakyat Malaysia. Gerik memohon perhatian kerajaan berhubung perkara ini. Mohon disegerakan baik pulih atau pembinaan semula jalan raya ini. Andainya pihak kerajaan tidak mempunyai kemampuan, tidak salah rasanya untuk menswastakan jalan ini atau membuka apa-apa bon jaminan kerajaan, sukuk dan lain-lain untuk pendanaan bagi kos pembinaan jalan ini.
Tuan Yang di-Pertua, Gerik juga menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Tuanku atas keprihatinan tuanku agar berusaha menambah baik dan memperkukuhkan sektor kesihatan awam. Di sini, Gerik ingin mengambil kesempatan menyuarakan hasrat dan kebimbangan yang telah lama disuarakan oleh penduduk Parlimen Gerik dan kawasan sekitarnya yang menggunakan Hospital Gerik. Hospital Gerik, kondisinya tidak kompeten bagi hal-hal ibu bersalin, urusan kecemasan, trauma dan mangsa kemalangan terutamanya mangsa-mangsa kemalangan Jalan Raya Timur-Barat.
Untuk nota, Hospital Gerik merupakan satu-satunya hospital yang ada di sepanjang 120 kilometer antara Jeli dan Kulim. Sedikit sahaja komplikasi, mangsa atau pesakit terpaksa dibawa ke Hospital Besar Ipoh dengan perjalanan hampir dua jam atau ke Hospital Taiping, perjalanan dua jam setengah. Apalah salahnya jika hospital ini dinaiktarafkan ke hospital besar atau bilik pembedahannya dimodenkan sesuai dengan perkhidmatan yang perlu disediakan.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Tuan Yang di-Pertua, mungkin di antara Ahli-ahli Yang Berhormat pernah mendengar nama-nama bandar pelancongan sempadan seperti Padang Besar, Wang Kelian, Bukit Kayu Hitam, Bukit Bunga dan Rantau Panjang. Kami juga ada pintu sempadan iaitu Pengkalan Hulu di Perak. Ia merupakan satu-satunya pintu sempadan masuk ke Thailand dalam negeri Perak.
Bagi saya, rakyat Pengkalan Hulu cukup merasai erti inflasi dan kejatuhan mata wang kerana kebanyakan penduduk mempunyai urusan harian dan hubungan langsung dengan penduduk wilayah Betong, Thailand. Malangnya kawasan sempadan ini boleh dikategorikan sebagai teruk dan sangat memalukan. Ia menjejaskan imej negara kita, berbeza dengan pintu masuk Betong, Thailand. Kemas dan strategik.
Projek Northgate atau Border Gateway yang cantik tapi terbengkalai sejak 2016 ini menimbulkan tanda tanya di kalangan kami. Apakah status projek ini? Jika isu tanda sempadan atau keselamatan negara menjadi punca, Gerik ingin mencadangkan supaya Majlis Keselamatan Negara mengambil alih bangunan terbengkalai tersebut, disambung bina dan dijadikan pusat pentadbiran agensi-agensi di bawah MKN termasuk tentera Rejimen Sempadan.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh soal ekonomi luar bandar. Gerik mempunyai hutan hujan tropika tertua di dunia iaitu Taman Negeri Royal Belum yang kaya dengan flora dan fauna. Terdapat cadangan pembinaan santuari gajah, seladang, ikan kelah dan lain-lain tetapi masih belum dimulakan ataupun belum siap sepenuhnya. Terdapat 10 spesies enggang, terdapat dua jenis Rafflesia yang salah satunya diberi nama sempena Almarhum Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah iaitu Rafflesia Azlanii.
Semua khazanah ini tersedia dan mampu menjadi peneraju utama pelancongan Hulu Perak, negeri Perak dan sempadan Malaysia-Thailand. Namun pelbagai infra seperti jalan raya, Jalan Raya Timur-Barat dan Jalan Persekutuan 76 yang rosak dan bertampung-tampung seperti kain pelikat. Jalan Persekutuan 76 ini merupakan jalan utama yang digunakan penduduk Parlimen Gerik dan para pelancong yang hendak ke Thailand. Gerik memohon agar pihak kerajaan dapat memperuntukkan segera perbelanjaan untuk membaik pulih jalan ini.
Tuan Yang di-Pertua, Gerik atau tepatnya Hulu Perak merupakan daerah yang kaya dengan pelbagai hasil bumi seperti kayu balak, biji timah, emas, kuari batu dan yang terbaru, lantanid. Perlombongan lantanid di Parlimen Gerik merupakan yang pertama dan menjadi pilot project di Malaysia. Kalau difikirkan secara logik, sepatutnya tiada orang Gerik yang miskin. Akan tetapi, hakikatnya berbeza.
Sejak puluhan tahun, malah ada lombong yang telah mencecah 100 tahun mengutip segala hasil bumi namun kehidupan kami tetap susah. Jalan kampung masih ada yang tidak berturap. Bila ditanya, tiada peruntukan. Selain itu, Hulu Perak juga mempunyai empangan hidro yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Namun berada di bawah Parlimen Gerik adalah Stesen Jana Kuasa Elektrik Temenggor dan Bersia yang menghasilkan 420 megawatt. Namun masih ada rumah penduduk yang tidak mempunyai elektrik.
[Yang berhormat Gerik kelihatan tercungap-cungap]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat okey ke?
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Sebagai rumusan, Tuan Yang di-Pertua – minta maaf. Daerah kami menyumbang banyak hasil kepada negara.
[Yang berhormat Gerik kelihatan tercungap-cungap]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Doktor! Doktor masuk.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat okey ke?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Okey?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Okey ke? Yang Berhormat Gerik, okey?
Doktor sudah ada.
Tuan Yang di-Pertua, I think kena panggil doktorlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kalau Yang Berhormat kurang sihat...
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
[Duduk dan minum air]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat boleh teruskan ke ataupun perlu rehat?
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Tinggal sikit. Minta maaf sebab mungkin terlampau beremosi.
[Melonggarkan tali leher]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Satu minit, Yang Berhormat.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Okey, baik. Minta maaf. Kami mencadangkan yang pertama, untuk menubuhkan sebuah perbadanan yang diberi nama Perbadanan Kemajuan Hulu Perak untuk anak-anak orang Hulu Perak dan yang kedua adalah Yayasan Hulu Perak sebagai satu badan amal yang meraih sokongan korporat untuk anak-anak Hulu Perak.
[Yang berhormat Gerik kelihatan tercungap-cungap]
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita bagi dia ruanglah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bentara, tolong bantu sama ada perlu.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Saya mohon mencadangkan. Saya mohon menyokong sepenuhnya Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kalau Yang Berhormat kurang sihat, boleh pergi ke klinik kita. Bentara boleh bantu. Bentara, temankan Yang Berhormat Gerik. Doktor. Elok Yang Berhormat rehat. Datuk doktor, okey?
[Yang Berhormat Gerik diiringi doktor keluar Dewan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kita teruskan dengan Majlis. Dipersilakan Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebelum saya mula, saya harap Yang Berhormat Gerik itu kesihatannya sentiasa elok.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kepada rakyat Malaysia yang telah mengambil bahagian dalam satu proses demokrasi untuk memilih seorang Perdana Menteri dan kerajaan baharu melalui peti undi. Ini juga termasuk 10.5 juta rakyat Malaysia yang telah mengundi untuk parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan hari ini. Tidak juga terlambat untuk saya mengucapkan terima kasih juga kepada pengundi Tebrau yang telah memberi kepercayaan kepada saya dalam PRU baru-baru ini.
Tuan Yang di-Pertua, pada bulan Disember lepas Yang Berhormat Tambun telah datang ke Dewan yang mulia ini untuk mendapat sokongan Ahli-ahli Parlimen untuk membuktikan sokongan Dewan bagi Yang Amat Berhormat Tambun. Ini adalah satu amalan yang patut dipuji. Dengan keabsahannya ditentukan di Dewan Rakyat, maka tiadalah orang yang perlu pertikaikan ini lagi.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Malah, ini bukan satu amalan normally. Pernah terjadi di Malaysia apabila Perdana Menteri Ke-3, Tun Hussein Onn juga lakukan undian yang sama pada tahun 1976. Malah di negara lain seperti di Itali, di bawah perlembagaan mereka, setiap kerajaan perlu mendapat vote of confidence dahulu sebelum mula persidangan Parlimen. Selepas ini, baik dari sini atau sana, baik kerajaan atau pembangkang, sama-samalah kita berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing untuk membangunkan Malaysia bersama.
Ramai Ahli Yang Berhormat yang telah berhujah tentang keadaan fiskal dan ekonomi negara sekarang. Ya, saya setuju keutamaan kerajaan sekarang adalah menyelesaikan masalah hutang dan tanggungan yang telah mencatatkan hampir RM1.5 trilion. Bayangkanlah kalau kita bayar faedah sahaja pun berbilion ringgit setiap tahun.
Di samping itu juga, kerajaan juga perlu fikir dan rancangkan pelan untuk membangunkan ekonomi termasuk dasar yang lebih mesra pelabur untuk kita tarik lebih banyak FDI. Untuk tahun 2021, berdasarkan laporan ASEAN Investment Report 2022, daripada USD174.2 bilion FDI yang masuk ke rantau Asia Tenggara, Malaysia hanya dapat USD11.6 bilion FDI atau bersamaan 6.6 peratus sahaja.
Bagi tahun 2022, ada kenaikan sedikit tetapi cabarannya masih ada. Pesaing kami masih banyak. Kita perlu kuatkan usaha untuk memenangi hati dan dollar pelabur- pelabur asing. Inilah tanggungjawab yang kini mesti dipikul oleh Yang Amat Berhormat Tambun dan juga Jemaah Menterinya.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun ini ucapan sulung saya di Dewan yang mulia ini, saya ingin membawa satu isu yang bukan baharu dan sangat dekat dengan hati rakyat iaitu isu perumahan. Secara amnya, ada tiga isu perumahan yang memerlukan perhatian kerajaan dengan segera. Pertama, isu projek rumah terbengkalai. Berdasarkan kepada kenyataan Menteri KPKT baru-baru ini, setakat 31 Januari 2023 di Malaysia, terdapat hampir 429 projek rumah terbengkalai dan berstatus sakit.
Ini amat membimbangkan kerana ini melibatkan sebanyak 70,727 unit rumah yang melibatkan 29,147 orang pembeli. Bermakna ramai di antara mereka yang telah lama menunggu kunci rumah baharu mereka, tetapi sehingga hari ini impian itu masih tidak tercapai. Bayangkanlah Tuan Yang di-Pertua, hampir 29,000 orang pembeli ini ramai yang terpaksa sewa rumah sementara menunggu persiapan unit rumah mereka dan lagi sedihnya, mereka kena terus bayar ansuran dan faedah kepada pihak bank walaupun rumah tidak siap. Ada yang telah tunggu lebih 10 tahun, tetapi sehingga hari ini rumah masih tidak siap-siap.
Saya harap kerajaan dapat tingkatkan usaha, carikan white knight untuk siapkan projek-projek sakit ini dengan segera. Berikanlah mereka insentif yang lebih bernilai untuk menggalakkan pemaju atau kontraktor swasta untuk take over dan habiskan projek perumahan terbengkalai ini dengan segera. Pada masa yang sama juga, kerajaan kena blacklist dan pantau dengan lebih teliti pemaju-pemaju yang cuai dan gagal untuk siapkan projek perumahan di bawah jadual masa yang ditetapkan. Senang kata, kurangkan birokrasi, mudahkan kerjasama di antara agensi kerajaan dengan pihak swasta.
Diharapkan juga pihak kerajaan boleh memandang serius keperluan rumah mampu milik terutamanya di kalangan belia dan golongan B40. Malah sekarang bukan sahaja golongan B40, ada golongan M40 juga menghadapi masalah memiliki rumah di pasaran sekarang. Dengan kadar inflasi sekarang, memang adalah sukar untuk golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah. Ramai yang hanya mampu tengok, tetapi tidak akan mampu milik. Impian pemilikan rumah, impian mereka tetap akan jadi impian seumur hidup. Baru-baru ini ada cadangan hendak dapatkan pandangan pakar daripada negara luar untuk memperbaiki atau menambah baik skim perancangan perumahan di negara kita. Saya menyambut baik cadangan tersebut. Tidak kiralah mereka datang daripada negara mana, asalkan ada track record kejayaan dalam isu perumahan.
Jangan kita ada [Tidak jelas] mentality dan takut untuk belajar daripada orang lain.
Kalau pengalaman mereka dapat menambah baik dan bina lebih banyak rumah berkualiti, saya sebagai wakil rakyat di Tebrau yang ada 223,000 orang pengundi dan hampir 500 orang penduduk di Parlimen saya, saya yakin pengundi saya tentu juga tiada bantahan.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Saya harap kita jangan politikkan isu ini. Rakyat menunggu lebih banyak rumah mampu milik dan biarlah kerajaan selesaikan masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, kalau tadi di atas kita ada masalah rumah tidak cukup, Malaysia juga ada masalah housing glut iaitu rumah terlalu banyak terutama high rise yang tidak dapat dijual mungkin kerana produk mismatch. Di Malaysia kini ada 34,000 unit rumah yang masih tidak dijual, kebanyakannya harga lebih RM500,000 ke atas. Di Johor sahaja ada lebih 6,000 unit hartanah bernilai RM4.7 bilion yang masih tidak dapat dijual.
Maka, saya harap kerajaan boleh timbang untuk longgarkan syarat MM2H kepada zaman sebelum 2021, pre-2O21 termasuklah turunkan balik syarat FD dari RM1 juta kepada RM300,000. Turunkan jumlah minimum of short income daripada RM40,000 balik kepada RM10,000 sebulan. Begitu juga aset cair dari RM1.5 juta kepada RM500,000.
Saya yakin isu ini bukan sahaja di Johor, tetapi di tempat-tempat lain seperti di Pulau Pinang atau pun Selangor. Isu housing glut ini kenalah kita selesaikan dengan cepat supaya tidak memberi kesan kepada ekonomi kita. Sebaliknya, sekiranya produk-produk rumah ini dapat dijual, tentunya ia akan ada kesan rantaian yang akan membantu industri lain seperti logistik, retail dan pembinaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga cukup tertarik dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku khususnya di perenggan enam di mana Tuanku ada sebut kepentingannya compassionate. Ini adalah selaras dengan teras dan salah satu konsep negara madani.
Marilah kita sama-sama mendukung Malaysia Madani dan membina sebuah compassionate madani supaya masyarakat madani yang terus membela semua lapisan masyarakat termasuklah golongan wanita dan kanak-kanak.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Atas dasar masyarakat madani ini, saya cukup gembira dan bersyukur dengan pengumuman dua hari lepas oleh kerajaan bahawa kerajaan akan membentangkan pemindaan Perlembagaan untuk memberi hak kewarganegaraan kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia as of right and as of law. Ini merupakan satu momentous moment dalam sejarah Malaysia kerana selama ini memang tidak adil kepada wanita Malaysia. Mengapa kalau bapa boleh beri kewarganegaraan kepada anak, tetapi ibu tidak boleh. Sekurang-kurangnya kerajaan sekarang telah mulakan usaha untuk betulkan yang tidak tepat dan saya harap pihak sebelah sana juga akan sokong usaha murni ini.
Tidak perlulah kita kata siapa yang mulakan kerja awal, yang penting ialah kerajaan mana yang ada political will ataupun keazaman politik untuk bentangkan pindaan Perlembagaan ini. Apa lagi kerajaan sekarang ini pun tidak sampai 100 hari, sudah sedia membuat keputusan ini yang kerajaan dahulu ada banyak peluang, tetapi tidak buat juga.
Akhirnya, saya juga Yang Berhormat Menteri boleh beri sedikit penjelasan, apakah status Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 480] yang telah digazet pada 18 Oktober 2022. Adakah tribunal telah ditubuhkan dan sekiranya ya, siapakah ahli-ahli tribunal tersebut? Atas dasar Malaysia Madani dan masyarakat muhibah, Tebrau mohon menyokong Usul. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong atas Titah yang menzahirkan keprihatinan baginda terhadap kepentingan muafakat politik ke arah kesejahteraan rakyat Malaysia dan fokus Baginda untuk memulihkan ekonomi negara.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terlebih dahulu dalam ucapan perbahasan sulung saya di Dewan yang mulia ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera yang terlibat dalam memberikan kemenangan Perikatan Nasional di Padang Terap dan khususnya pengundi-pengundi Padang Terap yang telah memilih Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum yang lalu. Kemenangan Perikatan Nasional di Padang Terap telah menempa sejarah yang unik dengan kemenangan yang besar, tetapi yang lebih besar daripada itu ialah amanah yang saya pikul ini untuk membawa suara rakyat Padang Terap.
Harapan orang kampung, harapan anak muda untuk diangkat di Dewan yang mulia ini. Insya-Allah, dengan berkat doa orang-orang yang susah, para alim ulama, orang kampung, saya rasa ada kekuatan untuk menggalas amanah rakyat yang berat ini. Terima kasih sekali lagi kepada semua pengundi Padang Terap. Terima kasih juga kerana anda sentiasa mendoakan saya, amin ya rabbal alamin. Tuan Yang di-Pertua, Perlembagaan Persekutuan jelas meletakkan suatu kedudukan yang tinggi dan istimewa kepada Melayu dan Bumiputera serta agama Islam tanpa sesekali menafikan hak dan kedudukan bangsa lain. Oleh itu, pemimpin Melayu Islam dan Bumiputera perlu terus mengemudi dan menguasai kerajaan bagi mengangkat suara majoriti rakyat yang merangkumi lebih 60 peratus daripada penduduk di negara ini.
Alhamdulillah, Pilihan Raya Umum yang lepas menyaksikan Perikatan Nasional mendapat lebih 54 peratus undi daripada kalangan orang Melayu Islam berbanding Pakatan Harapan hanya memperoleh sekitar 11 peratus sahaja undi orang Melayu.
Menurut satu sumber, analisis kajian yang dibuat rakyat melihat sepatutnya lah, Perikatan Nasional lah yang patut menerajui negara pada hari ini...
[Tepuk] Dalam hal ini, Padang Terap ingin menzahirkan hasrat dan pengharapan supaya pihak kerajaan yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Tambun mestilah meletakkan keutamaan kepada agenda pemerkasaan Melayu Islam dan Bumiputera. Baik daripada soal kepimpinan, mahupun dalam soal polisi dan pelaksanaan. Melayu Islam mesti memimpin dan segala langkah yang diambil oleh kerajaan haruslah meletakkan kepentingan Melayu Bumiputera serta agama Islam sebagai satu keutamaan. Kerajaan Yang Amat Berhormat Tambun juga tidak seharusnya lemah longlai dan mudah tunduk kepada sebarang tuntutan mahupun desakan mana-mana pihak yang jelas mengancam kepentingan Melayu Islam.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang isu-isu yang berkaitan dengan mahasiswa. Banyak isu yang berkaitan dengan mahasiswa, isu yang berkaitan dengan undang-undang...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat padang Terap, sikit-sikit Yang Berhormat Padang Terap. Hendak tanya sedikit sahaja dengan Yang Berhormat Padang Terap ini, boleh?
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Saya tidak bagi laluan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hendak tanya sikit, sikit sahaja.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Minta maaf, saya tidak bagi laluan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab apabila sebut Melayu tadi, Yang di-Pertuan Agong, Melayu.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Saya tidak bagi laluan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Raja-Raja Melayu... [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Hulu Langat, sila duduk. Teruskan...
[Dewan riuh]
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua, mahasiswa merupakan bakal pemimpin negara. Hari ini pimpinan Gabungan Mahasiswa Islam Se- Malaysia (GAMIS) datang berjumpa saya di Parlimen untuk saya suarakan harapan dan
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
perjuangan mereka. Jadi, untuk pemerkasaan mahasiswa, saya ingin menekankan satu isu tentang Akta Kolej dan Universiti 1971 (AUKU) yang telah dipinda dengan pemansuhan seksyen 15(2)(c) yang menghalang mahasiswa berpolitik di dalam kampus.
Isunya ialah perlaksanaan pindaan ini yang dilihat tidak menyeluruh di sebahagian besar IPTA. Masih terdapat universiti yang tidak membenarkan mahasiswa berpolitik menurut beberapa sumber yang saya temui.
Saya juga berharap mahasiswa tidak dikenakan intimidasi jika mereka berpolitik di kampus atau mereka terlibat dengan politik kepartian di luar kampus. Apatah lagi hari ini kita mengangkat agenda Undi 18, besar harapan mahasiswa yang saya bawa ini. Sedih melihat sebahagian mahasiswa yang masih di belenggu dengan sindrom ketakutan dan fobia untuk melibatkan diri di pentas politik ekoran ada sebahagian daripada mereka dikenakan tindakan intimidasi.
Bagaimana kita hendak melahirkan pemimpin negara yang berani, lantang jika ruang latihan mereka di kampus masih terhad dengan benteng-benteng dan sekatan lama yang masih wujud. Saya juga menyeru agar kebebasan mahasiswa dapat dijamin oleh kerajaan terutama dalam soal aktiviti dan partisipasi politik di kampus. Mahasiswa perlu diberi ruang yang lebih dan peluang untuk menzahirkan idea mereka kepada mana-mana pihak. Budaya wacana harus disuburkan seawal di IPTA dan IPTS.
Saya mengulangi ucapan Yang Amat Berhormat Tambun dalam sebuah majlis baru-baru ini bahawa mahasiswa bebas untuk memberikan kritikan serta menyuarakan pandangan mereka untuk menegur kerajaan. Harap-harap semangat kebebasan yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Tambun ini disambut baik oleh institusi pengajian tinggi dalam negara kita.
Saya juga berharap agar mahasiswa dibenarkan memanggil ahli-ahli politik termasuk kami di meja pembangkang untuk mengadakan dialog, wacana dan forum di universiti-universiti di seluruh negara. Pada masa yang sama, kerajaan harus memberikan autonomi untuk pimpinan mahasiswa di universiti dalam menguruskan hal ehwal mereka di kampus.
Tuan Yang di-Pertua, saya meneliti ucapan perbahasan daripada Yang Berhormat Sungai Petani yang telah meremehkan usaha yang dibuat oleh Syarikat Air Darul Aman
(SADA) dan Kerajaan Negeri Kedah untuk mengatasi masalah bekalan air di Kedah, seolah-olah mereka tidak mengambil tindakan yang sewajarnya. Janganlah Yang Berhormat Sungai Petani meremehkan usaha yang telah dibuat oleh SADA dan kerajaan negeri dalam isu bekalan air semata-mata Yang Berhormat Sungai Petani merupakan wakil tunggal daripada Pakatan Harapan di Kedah, berbanding 14 buah kerusi lain yang diwakili oleh Perikatan Nasional.
Yang Berhormat Sungai Petani haruslah menjaga nama baik Kedah jika betul- betul Yang Berhormat Sungai Petani anak Kedah. Kerajaan Negeri Kedah amat peka masalah air sekian lama membelenggu rakyat Kedah. Masalah bekalan air di Kedah berpunca daripada keadaan paip di bawah tanah yang telah berusia terlalu lama dan uzur perlu diganti menjadi sebab utama masalah air tidak terhasil dengan peratusan yang tinggi, masalah loji rawatan air (LRA) yang memerlukan naik taraf simpanan kapasiti air.
Semua isu ini telah diambil tindakan oleh SADA dan kerajaan negeri secara efektif semenjak Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan pada 17 Mei 2020. Rakyat Kedah hari ini melihat usaha besar yang dibuat oleh kerajaan negeri yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi sekarang.
Semasa zaman PH usaha ini terbantut kerana PH sebelum ini telah mengubah dasar yang menyebabkan pelan menaik taraf loji rawatan air tertangguh.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali Padang Terap dalam Rancangan Tempatan Daerah Kedah 2035 telah meletakkan daerah Padang Terap sebagai pusat agromakanan dan industri getah berteknologi tinggi. Sebagai daerah ketiga terbesar di negeri Kedah yang terletak bersebelahan dengan sempadan antarabangsa Malaysia–Thailand di Durian Burung, Padang Terap dilihat sangat berpotensi menjadi sempadan utama bandar, sempadan utama negara setanding dengan Bukit Kayu Hitam.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Oleh sebab itu, hari ini saya hendak tekankan tentang ekonomi utama rakyat Padang Terap sebelum kita bercakap tentang industri berteknologi tinggi iaitu tentang getah. Ramai yang bercakap soal getah daripada kalangan wakil-wakil rakyat di sini. Bila disebut soal getah harapan dan tuntutan utama pekebun kecil dan para penoreh di Padang Terap bahkan di seluruh negara ialah tentang harga lantai getah.
Saya menyaksikan sendiri kesusahan hidup golongan ini di daerah saya. Mereka terpaksa bergolok gadai untuk meneruskan kehidupan kerana pendapatan daripada hasil jualan getah sekerap tidak mampu menanggung kos sara hidup, kos pengajian anak dan pelbagai kos-kos yang lain. Ada orang kampung yang terpaksa gadai barangan kemas, rantai, gelang tangan, ada yang tebal muka berhutang barangan keperluan di kedai runcit.
Ada yang menahan malu membeli beras satu kilo berbungkus dalam plastik kerana tidak cukup wang untuk membeli. Ada yang meminjam wang daripada ahli keluarga dan yang terpaksa meminta bantuan daripada Yang Berhormat itu jangan ceritalah. Ada yang terpaksa berniaga sambilan jual air, jual kuih, jual macam-macam. Sebulan menoreh hasil pendapatan secara purata tidak sampai RM500 sebulan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Oleh sebab itu, saya ulangi desakan pelbagai pihak sebelum ini supaya kerajaan menaikkan harga lantai getah kepada RM3.50.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang di Padang Terap ada satu projek yang besar yang dinamakan Bandaraya Getah ataupun Kedah Rubber City. Kedah Rubber City yang telah dilancarkan oleh Yang Berhormat daripada Bera pada tahun lalu, yang berjumlah...
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Yang Berhormat Padang Terap, saya ingin sedikit penjelasan tadi.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Saya tidak bagi laluan, sudah habis masa.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Sikit sahaja. Sikit sahaja sebab berkenaan dengan mahasiswa tadi.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Sila duduk. Sila duduk, saya tidak bagi laluan. Kedah Rubber City, menoreh getah di Padang Terap yang mampu menarik pelaburan RM10 bilion yang sekarang ini di fasa pertama.
Isu yang berlaku di situ ialah iaitu infrastruktur jalan daripada Pokok Sena ke Kuala Nerang yang saya difahamkan jalan ini perlu dinaik taraf dan diperluaskan dan kerajaan negeri Kedah telah memohon kepada Kerajaan Persekutuan jalan ini dinaik taraf yang bernilai RM600 juta. Saya berharap jalan daripada Pokok Sena ke Kedah Rubber City ini dapat dipertimbangkan oleh Kerajaan Pusat demi memastikan Kedah Rubber City ataupun Bandaraya Getah, kilang getah terbesar dunia akan dibina di Padang Terap dapat direalisasikan.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, sekarang saya jemput Yang Berhormat Sembrong.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein - Sembrong
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Titah Diraja di dalam Dewan yang mulia pada hari ini.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih khusus kepada para pengundi di Sembrong kerana telah sekali lagi memberi kepercayaan kepada saya untuk mewakili suara mereka di Dewan yang mulia ini. Bersandarkan mandat ini, saya tidak apologetik, saya tidak akan
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein - Sembrong
sesekali tunduk kepada apa jua tekanan [Tepuk] [Ketawa] dan dengan izin, without fear or favour. Saya akan terus memikul amanah serta tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Sembrong yang telah diletakkan di atas bahu saya ini. Silakan.
[Ketawa]
Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Hendak tanya adakah itu termasuk cerita tergantung?
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein - Sembrong
Tidak kiralah.
Gantung, tidak gantung, ini macam hendak pancing saja.
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, banyak perkara yang ingin saya sentuh. Namun, disebabkan kekangan masa saya hanya akan tumpu kepada tiga isu iaitu pertama, pertahanan dan keselamatan negara; kedua, kos sara hidup yang meningkat; dan ketiga, hubungan Malaysia dengan negara-negara luar.
Saya ingin memulakan perbahasan tentang pertahanan dan keselamatan dengan menyentuh aspek kebajikan anggota pasukan keselamatan negara. Saya percaya betapa hebat, betapa canggih dan betapa banyak pun aset yang kita peroleh, tiada maknanya jika semangat dan moral anggota kita tidak dipelihara. Banyak inisiatif yang telah kita laksanakan sebelum ini. Blueprint perumahan, inisiatif feri sekolah, penubuhan Poliklinik ATM, peningkatan kelengkapan Hospital Angkatan Tentera, penaiktarafan fasiliti dalam kem serta pelbagai lagi. Kesemua ini berkait rapat dengan soal kebajikan para anggota kita.
Sekali lagi disebabkan ruang masa yang terhad, keperluan perumahan adalah salah satu contoh yang saya ingin kongsi dengan Dewan yang mulia ini. Sebelum ini MINDEF telah merancang 12,733 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) sehingga tahun 2030. Dengan sasaran satu unit baharu yang dibina, empat unit sedia ada dinaikkan taraf. Tidak lama lagi pembentangan belanjawan. Saya percaya hal ini menjadi harapan besar anggota pasukan keselamatan negara khususnya supaya aspek perumahan, kesihatan, penaiktarafan kem, pendidikan serta semua aspek kebajikan mereka terus diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun kita tidak boleh nafikan kesiapsiagaan aset ATM juga penting dan memerlukan perhatian penuh kerajaan. Sekali lagi disebabkan kekangan masa, kali ini saya hanya akan memberikan tumpuan kepada kapal tempur pesisir atau littoral combat ship (LCS). Mengapakah LCS ini penting?
Pertama, diakui sendiri oleh TLDM, kapal-kapal LCS ini amat diperlukan bagi mengukuhkan armada kita di bawah Pelan Transformasi 15-to-5.
Kedua, jika tidak diteruskan, sebanyak 400 vendor tempatan berkaitan projek LCS ini yang kebanyakan mereka merupakan veteran-veteran kita akan mengalami kerugian dan terpaksa gulung tikar. Pada masa yang sama sebelum saya menamatkan tugasan di MINDEF, tiga perkara yang telah saya pastikan:
(i) LCS mesti diteruskan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri ketika itu;
(ii) pihak yang salah tetap salah dan mesti dihadapkan ke muka pengadilan; dan
(iii) pelan mobilisasi LCS untuk menghidupkan semua projek ini mesti diteruskan.
Seperti saya sendiri pernah umumkan sebelum ini, semua sesi rundingan dengan pihak OEM dan vendor selesai. Rundingan dengan pihak bank juga berjalan lancar. Naval Group juga menyatakan persetujuan untuk meneruskan rundingan berhubung harga dengan pihak BNSSB. Malah hubungan saya bersama Menteri Pertahanan Perancis telah membawa kepada serahan komitmen bertulis oleh Kerajaan Perancis bahawa mereka juga menyokong penuh projek LCS ini diteruskan.
Di sebalik perkembangan positif yang saya sebutkan ini, kita telah menetapkan sasaran enam bulan sehingga Disember 2022 lalu bagi membolehkan projek ini dihidupkan semula. Kesemua ini telah dapat dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein - Sembrong
lagi. Untuk mencapai matlamat meletakkan projek ini kembali ke landasan, saya akui bukanlah satu perkara yang mudah tetapi kita telah melakukannya.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein - Sembrong
Mereka yang membangkitkan hal ini dahulu, kini sudah pun menjadi anggota kerajaan. Alhamdulillah, mereka pun turut bersetuju agar perolehan LCS ini diteruskan.
Saya percaya selain daripada saya, anggota TLDM, warga MINDEF dan orang ramai di luar sana juga ingin tahu apakah status terkini berhubung perolehan kapal LCS ini. Adakah garis masa untuk menyelesaikan pembinaan kapal LCS pertama dalam setahun atau dua tahun ini masih kekal atau sebaliknya? Sama ada pihak yang salah ini akan dan sedang disiasat dan akan dibawa ke muka keadilan? Saya amat yakin Kerajaan Perpaduan, khasnya Kementerian Pertahanan di bawah kepimpinan Yang Berhormat Rembau akan membentang segala-galanya di Parlimen berhubung status terkini Projek LCS ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih pula ke isu kedua iaitu perihal kos sara hidup. Suka atau tidak suka, harus diakui kos sara hidup perkara yang amat mustahak dan menjadi kebimbangan kita semua. Harga bahan mentah, barang keperluan asas, produk dan makanan harian semakin meningkat. Ini semua memberi kesan terhadap poket rakyat. Ya, kita memahami tekanan kos sara hidup ini bukan hanya isu terpencil di Malaysia tetapi merupakan fenomena global, namun di sinilah kerajaan harus memainkan peranan.
Merujuk kepada indeks harga pengguna, kadar inflasi negara telah turun kepada 3.8 peratus pada Disember 2022 berbanding empat peratus pada bulan sebelumnya.
Bunyinya positif tetapi ia tidak memberi makna yang besar sekiranya rakyat sendiri tidak merasa manfaatnya di bawah, terutama di kedai-kedai tempat mereka berbelanja. Jadi, ini juga berkait rapat soal penguatkuasaan dan pelaksanaan di bawah. Inilah yang harus diberi perhatian penuh oleh kerajaan. Bukan sekadar nasihat untuk memboikot kedai dan barangan.
[Tepuk] Saya yakin kerajaan berkeupayaan lebih daripada itu. Maka, lakukanlah.
Tuan Yang di-Pertua, diakui kos sara hidup ini amat memberi kesan kepada golongan B40 tetapi mereka bukan satu-satunya golongan terkesan. Oleh sebab itu, menjadi harapan saya dalam Belanjawan 2023 nanti, kita juga boleh memberi fokus terhadap aspek kos sara hidup M40. Selepas bincang dengan Yang Berhormat Muar, golongan belia juga antara penyumbang utama ekonomi yang perlu diberi perhatian dan pembelaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein - Sembrong
[Ketawa] Sedikit lagi.
Golongan belia ini mengharapkan lebih daripada harga yang berpatutan. Salah satunya ialah peluang pekerjaan. Saya ada terbaca banyak pandangan anak muda. Kebimbangan mereka, landskap pekerjaan di masa hadapan yang berkisar kepada teknologi hijau
(green technology), perubahan iklim (climate change) dan kecerdasan buatan (artificial intelligence). Semakin pesat perkara-perkara ini berkembang, maka akan semakin berubahlah landskap pekerjaan. Generasi muda negara kita perlu disiapkan untuk mendepani situasi ini. Jika tidak, ramai anak muda kita akan sukar mendapat tempat dalam sektor pekerjaan, sekali gus lebih menekankan hidup mereka kelak.
Saya juga ambil maklum konflik antara Rusia dan Ukraine yang berterusan serta kenaikan harga komoditi global pada tahun lalu turut menyumbang kepada kenaikan harga barangan dunia. Ini menunjukkan bahawa dunia kini berada dalam situasi yang berbeza. Ketidaktentuan ekonomi global yang dijangka memasuki kemelesetan tahun ini terus memberikan tekanan kepada negara yang mengamalkan ekonomi terbuka seperti Malaysia. Malaysia tidak boleh terus tercicir di belakang. Banyak negara telah mula melangkah ke hadapan, terutamanya selepas era pandemik. Mereka mengguna pakai kaedah berbeza. Mereka menggunakan pemikiran di luar kotak demi memastikan rakyat mereka berdaya tahan dengan ketidaktentuan dari luar.
Tuan Yang di-Pertua, hubungan diplomasi dan luar negara, saya akan cuba sampaikan kepada Dewan ini pada masa-masa yang akan datang. Akan tetapi izinkan saya dua minit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sudah.
Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein - Sembrong
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sudah dua minit extra.
Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein - Sembrong
Mengenai Titah Diraja, di mana saya hendak mengambil kesempatan ini untuk mendedikasikan penutup ucapan saya khusus buat pemimpin terhormat kita lagi istimewa iaitu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, sudah lebih empat tahun Baginda bersemayam di singgahsana Istana Negara. Walaupun dengan hati yang teramat berat, kita rakyat jelata akan terpaksa merelakan jua tamatnya pemerintahan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada tanggal 31 Januari 2024 kelak.
Bagi pihak rakyat Sembrong yang saya wakili di Dewan yang mulia ini, saya menyusun 10 jari merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Baginda di atas segala-galanya yang Baginda berkenan dan telah dilaksanakan. Sesungguhnya Baginda telah mengajar kami rakyat jelata betapa indahnya kepimpinan yang disulami dengan kesabaran, dengan kecekalan, dengan keikhlasan, dengan integriti dan rasa tanggungjawab, khasnya dalam menangani cabaran yang amat getir sepanjang tempoh empat tahun Baginda memerintah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat ya.
Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein - Sembrong
Tamat eh?
[Ketawa] Kami semua di Sembrong amat hargai dan mendoakan semoga pemerintahan Baginda dipermudahkan sehingga penghujungnya dan Baginda sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah SWT. Daulat Tuanku.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu, saya ingin menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong yang telah menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ke-15. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk turut sama dalam perbahasan Titah Diraja pada kali ini.
Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Parlimen saya iaitu di Kulim-Bandar Baharu kerana telah memberi kepercayaan untuk saya menjadi wakil mereka di kawasan di Dewan Rakyat yang mulia ini. Sebagai seorang pendidik selama lebih 30 tahun, sudah tentu antara yang menjadi agenda wajib dalam perjuangan saya selepas ini adalah untuk mengangkat semua agenda pendidikan di negara dan di kawasan saya di Kulim Bandar Baharu terutamanya.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa tiga perkara di sini iaitu tentang pendidikan, kesihatan dan juga infrastruktur. Umum mengetahui bahawa bidang pendidikan menjadi antara sektor penting untuk kita memastikan tiada anak bangsa yang tercicir dan mendapat ilmu pengetahuan. Pelbagai usaha dilakukan sejak zaman merdeka lagi untuk memastikan murid-murid yang bersekolah mendapat ilmu yang akan digunakan untuk mereka menempuh kehidupan selepas ini. Apabila kita bercakap soal ini, yang tidak dapat kita lari atau sanggah ialah pembangunan infrastruktur yang melatari proses pembangunan ilmu itu sendiri.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Tuan Yang di-Pertua, isu sekolah daif antara isu yang ingin saya bawa untuk sama-sama dibincangkan dalam Dewan ini. Kita tahu ada beberapa kategori sekolah daif.
Kalau boleh kita kongsi bersama iaitu sekolah daif yang dikategorikan dari satu hingga
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
lima iaitu sekolah yang perlu di selenggara dan kategori enam hingga tujuh yang memerlukan pembaikan segera.
Di Kulim-Bandar Baharu saya ingin mengetengahkan bahawa sekolah yang kategori enam hingga tujuh adalah antara sekolah-sekolah yang paling banyak di daerah Kulim-Bandar Baharu.
Mohon pihak kerajaan selepas ini mengambil tindakan segera supaya sekolah- sekolah ini dapat diselenggara dengan lebih baik dan teratur. Di kawasan saya juga untuk makluman Ahli Dewan. Masih ada lagi sekolah-sekolah yang dalam keadaan daif di mana sukar untuk kita memastikan proses pengajaran, pembelajaran berlaku dengan begitu sempurna.
Oleh itu banyak permohonan-permohonan yang diberikan kepada saya untuk meneliti dan memastikan bahawa sekolah-sekolah ini terus dibela dan juga diselenggara dengan baik supaya proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya di sekolah- sekolah daif kategori enam hingga tujuh dapat diberi perhatian yang serius.
Tuan Yang di-Pertua, antara masalah-masalah yang paling banyak diutarakan kepada kami ataupun golongan pendidik. Pada ketika itu saya menjadi seorang pendidik ialah di mana terlalu banyak beban guru yang telah diletakkan untuk memastikan bahawa proses pendidikan di negara kita berjalan dengan lancar.
Akan tetapi malangnya usaha-usaha ini hanya tinggal usaha sahaja. Di mana banyak Menteri Pendidikan sebelum ini banyak berjanji untuk menyelesaikan isu-isu di dalam pendidikan tetapi akhirnya tinggal janji sahaja terutamanya saya bagi contoh pada Januari 2005 minta maaf Yang Berhormat Sembrong.
Yang Berhormat Menteri Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein telah pun mencadangkan supaya mencari formula untuk mengurangkan beban guru. November 2013, Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan iaitu P.Kamalanathan juga berjanji supaya beban guru dikurangkan. Julai 2015, Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Datuk Seri Diraja Mahdzir bin Khalid juga berjanji supaya tugas-tugas guru diringankan. 5 Januari 2019 Yang Berhormat Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik juga berjanji kepada golongan guru ingin mengurangkan beban-beban guru dan juga pada tahun 2023 juga Yang Berhormat Menteri Pendidikan baharu kita juga berjanji untuk mengurangkan beban-beban guru yang mana ditanggung terlalu berat untuk dilaksanakan pada setiap hari.
Tuan Yang di-Pertua, guru di Malaysia hampir 416,743 orang. Begitu ramai sekali golongan guru yang diwujudkan di Malaysia ini. Jadi ingatlah para Yang Berhormat, pada MP-MP bahawa sebelum kita menjadi seorang MP ataupun sebarang jawatan guru adalah sebagai orang yang pertama yang memberi pendidikan kepada kita.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita bicarakan mengenai isu ekonomi, kos sara hidup, inflasi, Menu Rahmah dan sebagainya saya ingin menyentuh sedikit mengenai pembaziran yang berlaku di depan mata kita sendiri. Saya juga ingin mengulas lagi sekali iaitu yang dibawa oleh Yang Berhormat Padang Serai iaitu berkaitan dengan kuarters guru pendidikan ataupun KIP yang terbiar di seluruh negara.
Kalau ikut laporan media pada tahun 2019 terdapat lebih kurang kira-kira 16,000 unit KIP yang terbiar daripada keseluruhan 50,250 unit yang disediakan oleh kerajaan.
Dilaporkan juga 10,000 unit rosak dan memerlukan pembaikan segera tidak lebih. Ini memalukan golongan ataupun memalukan kita sendiri kerana membuat kuarters-kuarters dan kita tinggalkan tanpa sebarang penghuni di situ. Jadi saya di sini memohon kepada KPM supaya menilai balik dan kita menilai balik bagaimanakah untuk memastikan bahawa kuarters-kuarters ini dapat digunakan semaksimum yang boleh.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berkenaan dengan isu keciciran atau mereka yang berhenti sekolah sebelum pada waktunya. Antara faktor dikenal pasti adalah kemiskinan dan kesihatan. Ia lebih parah terutamanya di kawasan luar bandar dan sesuatu yang perlu dilakukan untuk memastikan bahawa seseorang pelajar itu tidak semestinya tercicir di waktu masih muda lagi.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Tuan Yang di-Pertua, isu kekurangan guru juga adalah isu yang terpenting yang perlu kita fikirkan. Isu persaraan guru semakin meruncing, contohnya di Kedah, Tuan Yang di-Pertua. Pada tahun 2021 antara negeri tertinggi persaraan pilihan iaitu seramai 500 orang dan bersara wajib hampir 300 orang.
Berkaitan persaraan pilihan tidak perlu dipersoalkan kerana ada pilihan mereka sendiri. Kebanyakan atas alasan tidak berminat untuk terus berkhidmat dalam bidang pendidikan. Kita tidak boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Kita tidak boleh halang dan tidak boleh cari kaedah lain untuk penyelesaian ini. Cuma apa yang perlu kita penilaian semula oleh pihak KPM adalah berkaitan guru yang terpaksa bersara wajib yang opsyen dibuat oleh beliau pada umur 60 tahun dan tidak perlu diberi ruang untuk menentukan khidmat ke 60 tahun.
Ini bermaksud ada guru-guru yang ingin melanjutkan tugasan mereka hingga ke 60 tahun tetapi tidak diberi peluang oleh KPM pada ketika itu. Saya mohon supaya ruang diberi ataupun peluang diberi lagi sekali kepada guru-guru yang ingin berkhidmat terutamanya guru-guru yang mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan. Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya iaitu isu imbuhan sara hidup.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Masa sudah habis.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey, minta dua minit lagi.
Saya mohon supaya isu sara hidup.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Satu minit sahaja.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey, okey. Imbuhan sara hidup itu dikaji semula supaya kadar yang diberi sama rata ataupun kita istilahkan sebagai COLA. Saya perincikan di sini, Tuan Yang di-Pertua. Kumpulan Pengurusan dan Profesional kawasan yang bertaraf A diberi RM300, kawasan yang bertaraf B diberi RM250 dan lain-lain kawasan diberi RM150.
Saya mohon mencadang di sini supaya kos sara hidup ini disamaratakan iaitu sebanyak RM300. Seterusnya saya mohon satu minit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sudah cukup masa.
22 saat sahaja.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
22 saat sahaja.
Seorang Ahli
Teruskan, teruskan.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey di Kulim-Bandar Baharu adalah satu kawasan yang mundur terutamanya daripada segi hospital di mana kawasan Bandar Baharu tidak ada hospital langsung Tuan Yang di-Pertua.
Sekejap lagi saya mohon kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya memberi satu hospital yang boleh untuk memberi perkhidmatan yang berkesan kepada penduduk hampir 50,000 orang di kawasan Bandar Baharu. Di mana, setakat ini hospital yang terdekat terlalu jauh dan juga terpaksa pergi ke Selama, Perak ataupun ke Parit Buntar untuk mendapat perkhidmatan.
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Sila duduk.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
*Tengah malam mencandat sotong; Malam ini giliran Bentong.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Bentong untuk berucap, berbahas dalam Titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Pada malam ini Bentong akan membawa segala isu yang berkaitan di Bentong sendiri yang tidak selesai lagi.
Ampun Tuanku, Patik menjunjung kasih atas Titah Tuanku Seri Paduka Yang di- Pertuan Agong yang sarat dengan hikmah dan kebijaksanaan Tuanku. Sesungguhnya, hikmah inilah yang dirindu oleh seluruh rakyat jelata negeri Pahang, dan kami menanti kepulangan Tuanku ke bumi Pahang Darul Makmur.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah diberikan peluang untuk membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong buat kali pertama dalam sidang Dewan yang mulia ini bagi mewakili penduduk Parlimen Bentong. Bentong ingin mengambil kesempatan juga menzahirkan ucapan takziah kepada Turkiye dan Syria yang dilanda gempa bumi.
Di kesempatan ini, Bentong ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim yang segera dan semangat setia kawan dan kemanusiaan, menghantar perwira-perwira negara kita dalam misi menyelamat di Turkiye.
Bentong juga merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada perwira-perwira kita, termasuklah dua ekor si comel Denti dan Frankie yang turut sama menyertai misi ini.
Tuan Yang di-Pertua, pada minggu lalu, 12 Februari 2023 telah berlaku satu kejadian banjir kilat di Bukit Tinggi, Bentong. Banjir kilat ini telah menyebabkan kerosakan harta benda penduduk-penduduk di kawasan setempat dan juga merosakkan dua buah jalan iaitu jalan lama Kuala Lumpur-Bentong FT68, Seksyen 43.4, dan jalan bypass Bukit Tinggi, Janda Baik.
Untuk makluman sidang Dewan, jalan lama Kuala Lumpur-Bentong ini baru sahaja siap baik pulih akibat kerosakan banjir kilat yang berlaku pada 11 Mei 2022.
Namun, pada kejadian yang terbaru ini, jalan ini telah rosak, bahkan rosak lebih teruk daripada kerosakan sebelumnya. Daripada kerosakan yang berlaku sewaktu kejadian banjir kilat ini telah menyebabkan pembukaan aliran sungai yang baharu yang telah menghentam kediaman dan premis perniagaan penduduk, dan menyebabkan kerosakan.
Bentong ingin menzahirkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Dato’ Sri Huang Tiong Sii yang telah hadir melihat sendiri keadaan kerosakan yang telah berlaku di kawasan ini. Bentong juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang yang telah dengan serta-merta meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk kerja-kerja naik taraf sistem perparitan di kawasan Bukit Tinggi.
Namun, ini bukanlah jalan penyelesaian kepada perkara ini. Bentong menyeru setiap kementerian, jabatan dan agensi kerajaan agar segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera agar perkara ini tidak berulang. Bencana sebegini menyebabkan rakyat sengsara dan merana. Fenomena hujan lebat yang turun di luar musim tengkujuh perlu diberikan perhatian kerana inilah kesan perubahan iklim yang terjadi di negara kita. Maka dengan itu, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mestilah proaktif untuk mencari penyelesaian bagi menangani perkara ini.
Jika kita rujuk kepada tawaran yang digariskan oleh Pakatan Harapan sewaktu kempen pilihan raya ke-15 yang lepas, PH menawarkan untuk menggubal Akta
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Perubahan Iklim yang menetapkan sasaran pelepasan karbon dan liputan hutan menjelang 2040. Usaha ini telah dimulakan dahulu sewaktu PH menjadi kerajaan. Namun, ia tergendala akibat daripada perubahan kerajaan. Oleh itu, Bentong berharap agar kementerian akan meneruskan usaha ini, supaya kita dapat menangani kesan perubahan Iklim dengan kadar yang segera.
Bentong juga berharap agar kementerian dan kerajaan meneruskan cadangan yang ada dalam buku tawaran Pakatan Harapan untuk memanfaatkan mekanisme Pemindahan Fiskal Ekologi (EFT) dengan menambahkan peruntukan dana pembiayaan hutan sekurang-kurangnya RM1 bilion kepada kerajaan negeri sebagai inisiatif untuk tidak menyahwartakan hutan simpan.
Tuan Yang di-Pertua, pada 18 Disember 2021, Bentong telah dilanda bencana banjir besar sehingga masih memberi kesan dan trauma kepada setiap mangsanya.
Kehilangan harta benda dan orang tersayang, masih memberikan kesan sehingga hari ini.
Namun, apa yang lebih menyedihkan dan masih mengecewakan ialah mangsa-mangsa ini masih ada lagi yang tidak menerima bantuan yang telah dijanjikan sebelum ini. Ada juga penduduk yang sudah menerima bantuan baik pulih kediaman seperti yang dijanjikan. Namun, baik pulih ini seperti ‘melepaskan batuk di tangga’.
Bentong memohon pihak kementerian yang terlibat di bawah pemerintahan kerajaan yang baharu ini agar menyegerakan bantuan baik pulih kediaman penduduk yang masih tertangguh dan memeriksa semula kualiti kerja yang dijalankan oleh kontraktor-kontraktor yang dilantik untuk kerja-kerja baik pulih ini.
Bentong juga ingin meminta kepada Kementerian Kerja Raya agar segera menjalankan kerja-kerja baik pulih jalan dan cerun-cerun yang runtuh akibat daripada kejadian banjir pada 18 Disember 2021, 11 Mei 2022 dan terbaru 12 Februari 2023.
Terdapat beberapa buah jalan di kawasan Parlimen Bentong yang memerlukan tindakan segera daripada Kementerian Kerja Raya dengan kadar yang segera.
Bentong mohon, jangan gunakan alasan kerosakan tidak kritikal untuk melengahkan baik pulih jalan ini. Ini kerana, jalan-jalan ini ialah jalan yang sering digunakan oleh penduduk untuk berulang alik ke tempat kerja ataupun untuk anak-anak ke sekolah. Ada jalan-jalan yang masih dibuka untuk kegunaan orang ramai. Namun, keadaannya sangat berbahaya. Oleh itu, sekali lagi Bentong memohon kepada pihak Kementerian Kerja Raya agar segera meluluskan peruntukan dan memulakan kerja-kerja baik pulih jalan-jalan ini.
Tuan Yang di-Pertua, Bentong adalah salah sebuah kawasan yang mampu menjadi kawasan industri pertanian dan penternakan yang penting untuk negara kita.
Menghadapi masalah keterjaminan makanan di negara kita, Bentong jika diberikan peluang, boleh memainkan peranan penting sebagai satu hab untuk industri pertanian dan penternakan kerana ia terletak berdekatan dengan Lembah Klang.
Oleh itu, Bentong menyambut baik hala tuju dan fokus utama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam menjanakan agenda keterjaminan makanan terutamanya untuk mempertingkatkan penglibatan golongan belia dalam sektor agromakanan dan pertanian pintar selaras dengan Revolusi Perindustrian Keempat
(IR4.0).
Penglibatan golongan muda dalam sektor ini secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada golongan belia di sekitar Bentong dan mengurangkan penghijrahan golongan belia keluar dari Bentong. Hasilnya, Bentong dapat dimajukan oleh golongan belia tempatan dan industri pertanian dan penternakan ini diharap boleh menjadi salah satu- sumber untuk memacu ekonomi di Bentong, selain daripada pelancongan dan perindustrian.
Akan tetapi, bantuan terutamanya daripada segi kewangan daripada pihak kerajaan dan kementerian diperlukan sebagai permulaan buat mereka untuk bertapak dalam industri ini.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Selain daripada itu, kementerian dan kerajaan perlulah memudah cara daripada segi pelepasan cukai untuk pelaburan dalam sektor pertanian sama ada syarikat atau petani kecil untuk menggalakkan sektor ini berkembang pesat dalam negara kita.
Selain daripada itu, latihan, kursus dan juga bimbingan kepada golongan belia perlu diperhebat dan diperbanyakkan agar mereka sentiasa peka dengan teknologi terbaharu dalam bidang pertanian. Bentong mengalu-alukan usaha kementerian untuk memperkasakan institusi latihan pertanian dalam misi melahirkan graduan yang berkualiti tinggi dalam bidang pertanian, R&D dan pertanian moden.
Kementerian juga perlu memperkasakan Program Agropreneur Muda dan program-program padanan bakat untuk para belia yang berminat berkecimpung dalam pertanian moden. Negara kita kini perlu fokus ke arah pertanian, bukan sahaja untuk menjamin bekalan makanan buat rakyat namun, ia juga boleh dijadikan sebagai salah satu- cabang pendapatan negara dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai eksport pertanian.
Tuan Yang di-Pertua, saya ambil maklum masalah kekurangan doktor dan kakitangan kesihatan yang dihadapi oleh Kementerian Kesihatan. Di sini, saya juga ingin membawa kepada pengetahuan Kementerian Kesihatan bahawa Hospital Bentong juga mempunyai masalah yang sama dan pandangan saya, ia sangat kritikal dan memerlukan jalan penyelesaian yang segera daripada pihak kementerian.
Sebuah suruhanjaya perlu ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah ini.
Suruhanjaya ini mestilah perlu mengadakan siasatan dan kajian mengenai perkara ini yang dari hari ke hari semakin meruncing dan membimbangkan. Apakah yang menyebabkan doktor-doktor dan kakitangan kesihatan ini semakin kurang bermotivasi untuk berkhidmat?
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Kenapa mereka semakin mengambil masa yang lama untuk memberikan khidmat daripada segi masa berjam-jam apabila pesakit datang ke wad kecemasan dan sebagainya. Pihak kementerian juga perlu memberi fokus dan mengambil kira kesihatan mental dan emosi mereka. Acap kali juga saya menerima aduan daripada penduduk yang pergi ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan bahawa masa menunggu mengambil masa yang lama dan panjang. Jadi, Bentong memohon agar kementerian memberikan perhatian kepada perkara ini.
Satu reformasi tatacara perkhidmatan kesihatan yang meliputi pengurangan tempoh menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan mewujudkan waktu operasi yang fleksibel di klinik kesihatan berpopulasi tinggi perlu di perkenalkan.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan salam sayang dan salam sayang saya kepada penduduk di Parlimen Bentong yang telah memilih saya sebagai Ahli Parlimen mereka pada Pilihan Raya Umum yang ke-15.
Walaupun majoriti menang tidak besar seperti mana kawan-kawan lain di sini, saya akan berkhidmat kepada semua warga Bentong tanpa mengambil kira undian mereka kerana saya adalah wakil untuk semua warga Bentong.
[Tepuk] Janji saya kepada penduduk Bentong bahawa saya akan sentiasa bersama dengan mereka dan memperjuangkan Bentong kerana inilah tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya. Tuan Yang di-Pertua, Bentong mohon menyokong usul ini.
Sekian terima kasih. *Assalamualaikum...
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Temerloh menjunjung kasih Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Agong atas Titah menzahirkan keprihatinan terhadap kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta pembangunan negara.
Sebelum saya menjelaskan beberapa perkara, saya ingin memaklumkan bahawa Temerloh memiliki beberapa keistimewaan terutamanya Temerloh tidak asing untuk ikan patin. Jemput hadir ke Temerloh untuk merasai nikmat yang tidak ada tandingnya. Insya- Allah kerana dia memiliki sungai terpanjang iaitu Sungai Pahang. Patih tempoyak, sila jemput hadir.
Kedua, saya ingin memaklumkan bahawa Temerloh memiliki tokoh-tokoh sejarah seperti Dato’ Bahaman, Pak Sako, Abdul Rahman Talib dan juga ikon kebanggaan Malaya iaitu Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. Tokoh-tokoh ini harus dikenali pada zaman ini dan juga akan datang.
Maka pertamanya, saya ingin mencadangkan dan mengusulkan supaya pihak Kementerian Pelancongan bukan saja memandang Temerloh sebagai satu peluang keemasan untuk dimanfaatkan, kenapakah? Kerana di sini juga bukan saja ada tokoh- tokoh, di sini juga ada Pekan Sari terpanjang yang dilawati oleh jiran-jiran terdekat termasuk dari Negeri Sembilan. Ia beroperasi pada hari minggu maka jemput hadir untuk menikmati Pekan Sari terpanjang di Malaysia.
Di sini juga ada pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Deerland Park Lanchang dan yang paling istimewa Temerloh merupakan titik tengah Semenanjung Malaysia. Mungkin sebelum ini kita tidak mengetahuinya. Insya-Allah dengan penglibatan pihak Kementerian Pelancongan, Temerloh mengharapkan perkara ini dibangunkan sebagai pusat pelancongan utama. Ia akan memberikan sumbangan untuk pendapatan kepada rakyat dan juga pendapatan kepada negara.
Bila melibatkan tentang tokoh-tokoh kebangkitan pahlawan zaman silam maka dengan ini saya mencadangkan supaya dibina sebuah muzium sejarah untuk tarikan pengunjung bertandang ke Temerloh, secara tidak langsung akan memelihara tokoh- tokoh ini daripada ditelan arus zaman dan dilupai oleh generasi akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab kita mendengar tadi beberapa keistimewaan, dalam masa yang sama juga saya ingin menjelaskan apa yang berada di Temerloh ini sekiranya tidak dibangunkan mengikut infrastruktur yang sepatutnya maka ia akan ditelan zaman. Maka, saya mencadangkan dan saya memohon supaya peruntukkan diberikan untuk memperbaharui dan menaik taraf jalan raya terutamanya.
Pada baru-baru ini ketika kita bersidang, satu kejadian yang sangat menyayat hati, seorang orang muda baru berkahwin seminggu, kemalangan di jalan Lubuk Kawah dan dia meninggal dunia di situ. Apa yang menarik perhatian saya bukan satu kali perkara ini berlaku. Sudah banyak kali berlaku kemalangan maut terutamanya di jalan-jalan persekutuan. Dengan ini kita mengharapkan supaya perkara ini diambil perhatian oleh kementerian yang terlibat.
Seterusnya, apa yang berlaku di Temerloh, isu air. Baru-baru ini saya mengutarakan masalah air yang sudah pun statusnya RM100 juta diluluskan pada PM Kesembilan. Maka bila saya mendengar jawapan daripada Menteri bahawa ia akan diserahkan kepada PAAB untuk melaksanakan pinjaman, maka Temerloh memohon supaya ia dijadikan geran untuk dibina loji air di Mempateh dengan segera. Ini kerana di janjikan pada tahun 2025 akan siap, maka tuntutan rakyat Temerloh khususnya di sebelah Lanchang sangat memerlukan.
Satu perkara yang ingin dikongsi, pada beberapa hari yang lepas saya melawati kampung Orang Asal di Sungai Leleh. Saya mendengar aduan mereka. Mereka sudah lama puluhan tahun berada di situ dan saya melihat tangki air pun ada, batang paip pun ada, apabila saya tanya apa yang berlaku, mereka mengatakan sampai hari ini, saat ini, ketika ini, mereka langsung tidak merasai air paip. Apa maknanya dengan tangki yang ada, batang paip yang dipasang sedangkan air langsung tidak ada. Mereka hanya berharap kepada air hujan dan juga air sungai yang jauh letaknya.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengatakan bahawa...
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Yang Berhormat Temerloh, mohon mencelah. Yang Berhormat Temerloh, Ampang.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Sekejap saja.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Mencelah boleh?
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Silakan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Apakah sebab air di Temerloh itu tidak ada? Adakah mungkin saluran pengaliran air itu ataupun penghantaran air ke Selangor menyebabkan air di Pahang tiada?
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Mungkin juga. Itu boleh dijawab oleh Menteri yang terlibat. Cuma saya nak sebutkan sebab itu kami sangat memerlukan Loji Air Mempateh untuk menampung keperluan air di Temerloh. Tidak cukup untuk satu buah loji yang ada kerana setakat ini bila satu loji akan menyekat pembangunan kawasan perumahan yang baru. Tidak boleh diluluskan kerana tidak cukup bekalan air. Saya sebutkan tadi bila sebut tentang kawasan yang tidak ada air, dia jauh daripada loji air. Terima kasih.
Jadi, seterusnya saya juga ingin menjelaskan masalah yang dihadapi oleh penternak ikan patin Temerloh. Saya mengharapkan supaya bantuan diberikan kepada penternak-penternak ini kerana mereka menghadapi masalah bekalan benih ikan, itu satu.
Kedua, mereka juga menghadapi masalah makanan ikan yang sangat mahal. Selain daripada mereka terpaksa berhadapan dengan masalah kemarau dan juga banjir menyebabkan sedikit sebanyak telah memberikan kerugian kepada mereka.
Satu perkara yang saya nak sebutkan, kehebatan ikan patin ini hingga satu tan untuk satu hari masakan di restoran. Maknanya tarikan-tarikan ini sekiranya diberikan peluang dimajukan dengan bersungguh-sungguh dengan penternakan air tawar ini sudah pasti Temerloh boleh memenuhi keperluan rakyat bukan saja domestik termasuk juga boleh dijadikan pendapatan negara yang utama.
Seterusnya saya ingin mengambil peluang ini juga berkaitan dengan tanah yang terbiar. Sewajarnya kerajaan membangunkan tanah yang terbiar ini untuk keperluan rakyat khususnya. Kita tahu bahawa rakyat kekurangan makanan daripada segi apa, kerana harganya sangat mahal. Maka bangunkanlah tanah terbiar untuk tanaman makanan dan sedikit sebanyak bukan sahaja boleh menambahkan peluang pekerjaan, dalam masa yang sama dapat menampung keperluan dalam negara.
Ingatlah bahawa kita merupakan negara yang dikurniakan kelebihan dan keistimewaan. Wawasan 2020 yang ingin kita menjadi sebuah negara maju sebenarnya gagal. Ini kerana kita memiliki kelebihan tanah yang subur, iklim yang sesuai maka sewajarnya kita mesti melaksanakan R&D berkaitan dengan tanaman ini supaya dapat menghasilkan produk makanan untuk keperluan rakyat. Jadilah, negara yang berdikari.
Tidak perlu bergantung sumber makanan dari luar.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Seterusnya, saya ingin juga berkongsi tentang masalah penoreh getah. Kita tahu bahawa harga getah daripada dahulu sampai sekarang tidak stabil. Sewajarnya Yang Berhormat Menteri kena memikirkan. Mesti memikirkan betapa pentingnya mengubah atau mencari tanaman yang sesuai untuk digantikan supaya mereka yang memiliki ladang-ladang getah ini dapat tanaman yang boleh memberikan pendapatan kepada keluarga mereka. Saya harap perkara ini boleh diatasi. Kerana apa? Ini kerana kita kurang melaksanakan R&D. Jepun walaupun tanahnya sempit tetapi dari segi keperluan beras sendiri, mereka tanggung sendiri dengan teknologi pertaniannya yang ada.
Seterusnya, saya juga mengharapkan di Temerloh, warga Temerloh sangat mengharapkan supaya dibina sebuah IPT. Temerloh adalah pusat titik tengah Semenanjung dan kita tidak mahu hanya tertumpu di Kuantan. Temerloh sewajarnya memiliki IPT ataupun sekurang-kurangnya IPG. IPG sewajarnya ditingkatkan bukannya ditutup. Pada 2019, kita lihat IPG ditutup sebanyak 21 buah. Akhirnya, kesan yang kita lihat berlaku kekurangan tenaga pengajar yang khususnya guru. Maka, saya
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
mengharapkan supaya setidak-tidaknya ditubuhkan IPG di Temerloh kerana pada kali ini kita lihat bahawa Temerloh sudah pun sedang usaha membina sebuah jambatan Temerloh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Insya-Allah. Okey, saya dengan ini mengharapkan supaya perkara-perkara yang saya sebut dalam masa yang singkat tadi diambil perhatian dan yang terakhir, saya mengharapkan supaya tidak ada lagi suara-suara yang menyebut berkaitan dengan ekstremis agama.
Ini kerana dalam Islam tidak ada ekstremis. Bila kita mengamalkan Islam dengan benar dan betul, tidak ada ekstremis. Ekstremis maknanya pelampau. Bila pelampau di sana akan menimbulkan berbagai-bagai masalah dan ia terbukti kita lihat yang berlaku di luar. Akan tetapi, kita lihat di negara kita khususnya di Kelantan yang sudah ditadbir oleh Parti Islam se-Malaysia selama 34 tahun. Jadi, saya mengingatkan pada semua MP khususnya tidak menimbulkan dan di luar sana rakyat semua tidak ada berlaku ekstremis dalam agama.
Insya-Allah, sekiranya kita mengamalkan Islam akan menimbulkan kesejahteraan. Ini kerana Islam itu maksudnya sejahtera. Islam maksudnya sejahtera. Kita amalkan Islam kita akan dapat kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, sekian dengan itu saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua. Moga-moga dengan apa yang saya suarakan akan dapat memberikan suara hati rakyat Temerloh khususnya kepada Kerajaan Persekutuan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Dipersilakan Yang Berhormat Igan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, Igan ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kerana memberi kesempatan kepada Igan mengambil bahagian di dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Istiadat Pembukaan Parlimen Penggal Ke-15 pada kali ini.
Tuan Yang di-Pertua, pada perbahasan kali ini dalam waktu yang singkat ini, Igan ini membangkitkan isu pendidikan di Sarawak khususnya masalah kekurangan dan kekosongan guru yang kritikal dan sehingga kini tiada tindakan segera oleh Kementerian Pendidikan. Saya merayu dan memohon Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang baharu memberi fokus dan keutamaan kepada isu ini dengan mengambil langkah segera untuk mengatasi masalah kekurangan guru di Sarawak. Igan menyambut baik komitmen Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk mengatasi masalah ini dengan segera seperti yang dinyatakan baru-baru ini.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman setakat 31 Januari 2023, Sarawak masih lagi mengalami kekurangan guru sebanyak 3,285 orang. Masing-masing 2,255 kekurangan guru di sekolah rendah dan 1,030 orang di sekolah menengah. Ini satu jumlah yang besar dan pasti menjejaskan prestasi pendidikan para pelajar khususnya di luar bandar. Yang Berhormat Menteri, bayangkan implikasi negatif yang berlaku akibat daripada masalah kekurangan ataupun kekosongan guru ini pada sistem pendidikan di negeri Sarawak.
Untuk pengetahuan, punca utama kekosongan adalah pertukaran guru keluar dari Sarawak ke negeri asal atau ke negeri lain di Semenanjung Malaysia. Kekurangan penempatan guru ke negeri Sarawak mengikut opsyen mata pelajaran tertentu seperti
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral juga menyumbang kepada kekurangan guru yang tinggi di Sarawak. Selain daripada itu, isu kekurangan guru menjadi semakin parah bila mana guru-guru kelahiran Semenanjung Malaysia yang mendapat penempatan di Sarawak ada yang enggan melapor diri kerana mengajar di pedalaman atau di luar bandar. Malah, ada yang berkhidmat dalam masa yang singkat, kemudian berhenti dan menghilangkan diri. Ada yang berkhidmat kurang setahun sudah memohon pertukaran.
Ini satu gejala yang amat serius.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyedari Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha untuk mengatasi masalah kekosongan guru ini dan di antara usaha yang diambil ialah melalui pengambilan one-off dan contract of service, dengan izin COS pada tahun 2021. Sehingga Julai 2022, pihak Kementerian Pendidikan telah membekalkan seramai 2,394 orang guru one-off dan 535 orang guru COS. Namun, jumlah tersebut masih belum cukup untuk mengisi kekosongan guru di Sarawak dan untuk rekod, setakat ini nisbah pencapaian 90:10 guru negeri Sarawak telah mencapai 89.1 peratus. Manakala, bukan asal Sarawak tinggal 10.19 peratus. Oleh itu, masih ada ruang untuk mengisi kekosongan guru yang berasal dari Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, untuk mengatasi masalah ini, Igan mencadangkan agar pengambilan anak-anak Sarawak yang lebih ramai di Institusi Pendidikan Guru iaitu di IPG di dalam beberapa opsyen tertentu seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Bahasa Malaysia, Matematik dan subjek-subjek kritikal yang lain dengan laluan khas iaitu tidak terikat kepada syarat minimum 5A dalam Sijil Pelajaran Malaysia sebagaimana syarat yang digunakan sekarang ini. Kalau syarat ini dikurangkan kepada minimum 3A misalnya, mungkin lebih ramai anak Sarawak yang berpeluang menjadi guru dan sasaran pelan tindakan nisbah 90:10 guru Sarawak dapat dicapai. Ini tidaklah bermaksud kita berkompromi dengan kualiti guru yang dilatih.
Tuan Yang di-Pertua, cadangan ini bukanlah tujuan menafikan perlunya guru dari Semenanjung bagi tujuan integrasi nasional dan atas keperluan yang tidak dapat dielakkan bagi bidang-bidang tertentu. Akan tetapi, memang banyak kebaikannya jika anak tempatan berkhidmat di kawasan mereka selepas menjalani latihan profesional perguruan. Untuk makluman, pihak sekolah dan guru di Sarawak bukannya kurang berusaha tetapi keadaan di Sarawak seperti vicious circle dengan izin kurang guru menyebabkan kurang keberhasilan murid yang berkualiti berbanding dengan negeri- negeri Semenanjung yang cukup atau lebih guru yang berpengalaman.
Tuan Yang di-Pertua, masalah kekurangan guru di Sarawak harus ditangani dengan segera. Pengambilan guru one-off 2021 seramai 18,702 orang masih tidak berjaya mengisi kekosongan guru. Impaknya, amat parah kepada prestasi pendidikan para pelajar. Untuk rekod, setakat 28 Mac 2022 seramai 13,760 orang guru telah dilantik dan daripada 13,760 orang, seramai 2,582 orang guru mengisi kekosongan di Sarawak dan daripada jumlah 2,582 guru hanya seramai 794 guru sahaja anak kelahiran Sarawak.
Sedangkan setakat 31 Januari 2023, Sarawak masih mengalami kekurangan guru seramai 3,285 orang.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Tuan Yang di-Pertua, masalah kekurangan guru juga berlaku di kawasan Parlimen Igan. Untuk pengetahuan, kawasan saya ada 41 buah sekolah rendah dan empat buah sekolah menengah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Daro.
Sehingga kini, sebanyak 132 kekosongan guru belum diisi, di mana 24 ialah guru sekolah menengah dan 108 ialah guru sekolah rendah. Masalah ini berlaku sejak tahun 2020 lagi.
Lebih kritikal lagi pada masa ini, sebanyak tiga buah sekolah menengah belum ada pengetua dan tujuh buah sekolah rendah, jawatan guru besar belum diisi. Ini satu masalah yang akan menjejaskan prestasi akademik para pelajar dan pengurusan sekolah. Malah yang menghairankan ialah calon yang lulus NPQEL tahun 2021 masih belum ada surat kelulusan untuk ditempatkan sebagai guru besar. Mohon Yang Berhormat Menteri Pendidikan mengambil perhatian tentang masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga memohon agar Kementerian Pendidikan menambah kuota guru sekolah di luar bandar untuk mengikuti kursus NPQEL ini dengan mengadakan program khusus untuk memberikan galakan kepada guru mengikuti kursus
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
NPQEL. Saya juga mencadangkan agar guru-guru yang dilantik sebagai guru besar dibenarkan berkursus NPQEL setelah dilantik.
Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk mengatasi dengan segera masalah guru di Sarawak, saya ingin memaklumkan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia tentang nasib 326 orang calon guru dari Sarawak yang tidak berjaya dalam pengambilan Pegawai Pendidikan DG41 Contract of Service (COS), dengan izin, pada tahun 2021 yang lalu. Mereka telah mendapat maklum balas yang positif daripada panel semasa sesi temu duga cuma tidak berjaya kerana bilangan kuota terhad yang diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
Oleh itu, saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan agar mereka ini diambil dengan diberi kuota tambahan khas untuk anak Sarawak. Untuk makluman, mereka ini telah menduduki dan lulus ujian kelayakan calon guru. Malah, mereka mempunyai cukup pengalaman sebagai guru ganti, guru sandaran, guru MySTEP dan guru KAFA di sekolah kerajaan. Ada calon yang berpengalaman mengajar di institusi swasta, sekolah swasta, pusat tuisyen dan sebagainya. Dalam perkara ini, saya sanggup berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk perbincangan lanjut. Jika mereka ini diterima secara kuota khas, itu hanyalah 10 peratus daripada kekosongan guru seramai 3,285 orang dan pengambilan mereka ini sekurang-sekurangnya dapat menyelesaikan sedikit masalah kekurangan guru di Sarawak. Kementerian Pendidikan seharusnya memberi sedikit peluang kepada graduan dari Sarawak untuk menjadi guru tetap dengan sedikit kelonggaran.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai mengakhiri perbahasan saya, akhir sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya kepada seluruh pengundi di kawasan Parlimen Igan yang telah memberi sokongan padu kepada saya semasa Pilihan Raya Ke-15 yang lepas. Sesungguhnya, amanah ini akan digalas dengan sebaik-baik mungkin demi rakyat yang dicintai. Tuan Yang di-Pertua, Igan mengucapkan ribuan terima kasih dan Igan mohon menyokong. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Igan. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kuala Terengganu menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas titah yang menzahirkan keprihatinan baginda terhadap kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta pembangunan negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan titah baginda supaya direalisasikan pembangunan secara mampan, berdaya saing dan pintar yang berkonsepkan green city dan smart city. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, sejauh manakah keberkesanan Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia (RKBPM) yang telah dilancarkan bagi tempoh 2018 hingga tempoh 2025. Sekarang kita sudah berada dalam tahun 2023.
Saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan agar merancang dan menjayakan pembangunan bandar pintar di setiap negeri terutamanya di bandar-bandar yang utama di setiap negeri selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Ini adalah penting untuk mewujudkan satu rangkaian bandar pintar di seluruh negara yang setiapnya boleh saling berhubungan, ada standard dan piawaiannya, sama ada infrastruktur fizikalnya dan maya yang mesra pengguna yang memanfaatkan teknologi digital, kepintaran buatan, blockchain, IoT dan sebagainya. Ini semua sebagai trendsetter untuk pembangunan bandar-bandar dan pekan lain di negeri berkenaan termasuk sebarang rancangan pembukaan bandar baharu kelak. Semua ini untuk kesejahteraan dan kemudahan rakyat, memudahkan urusan dan facilitation pelbagai urusan pentadbiran kerajaan dan juga pihak swasta.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, baginda juga bertitah agar kerajaan memberi tumpuan kepada inovasi sosial bagi melahirkan budaya inovatif dalam kalangan rakyat dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat menerusi penggunaan teknologi.
Saya berasa cukup terharu apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sendiri bertitah agar program Malaysia Techlympics diteruskan. Rangka kerja 10-10 MySTIE yang dilancarkan oleh kerajaan yang lepas adalah pemangkin dalam merealisasikan hasrat Malaysia menjadi sebuah negara yang mampu menghasilkan program berimpak tinggi dan berdaya saing di peringkat global seterusnya meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat. Ia mendapat perhatian banyak negara dan dilihat mampu memacu perkembangan sains, teknologi dan inovasi negara jika dilaksanakan dengan berkesan.
Malah, ia dimuat turun oleh 5,000 lebih orang pengguna di seluruh dunia dari 49 buah negara.
Jika dibandingkan perbelanjaan dalam negara kasar dalam bidang penyelidikan dan pembangunan Malaysia dengan apa yang dibelanjakan oleh negara-negara maju, terdapat ruang dan peluang untuk negara memacu ekonomi inovatif seperti negara lain.
Malaysia ketika ini hanya membelanjakan sebanyak 24.5 peratus daripada dana R&D untuk aktiviti melibatkan prototaip, perintis, peningkatan produk (product development) dan kekurangan pelaburan dalam penyelidikan eksperimental prapengkomersialan. Di negara maju yang berinovasi tinggi, mereka membelanjakan lebih 50 peratus untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah.
Kita masih menghadapi masalah kerana penyelidikan masih tertumpu di institusi pengajian tinggi dan peratus yang kecil penyelidikan dalam sektor industri yang lebih jelas fokus pengkomersialannya. Di negara maju yang berpaksikan inovasi, 40 peratus daripada penyelidik berada dalam sektor industri. Di Malaysia berdasarkan data UNESCO Institute for Statistics database, hanya 15.83 peratus penyelidik di Malaysia berada dalam sektor industri. Manakala 79.2 peratus penyelidik berada di institusi pengajian tinggi.
Angka ini amatlah membimbangkan kita kerana masih jauh untuk kita melihat Malaysia yang maju berpaksikan inovasi.
Saya berharap kerajaan dapat mengadakan lebih banyak program untuk menempatkan lebih ramai penyelidik industri di samping meneruskan program sedia ada seperti Researcher Industry Scientific Exchange (RISE), Malaysia Open Science Platform, Malaysia Techlympics dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, ketiga saya ingin mengulas mengenai industri yang strategik dan berimpak tinggi seperti teknologi hijau dan kenderaan elektrik perlu terus diteroka bagi mencipta aliran pendapatan negara yang baharu. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ayer Hitam apabila beliau menyatakan bahawa kita masih belum bersedia meskipun sudah lama membicarakan tentang kenderaan elektrik. Pembangunan ekosistem EV ini masih belum mencapai momentum seperti yang kita harapkan.
Isu utama yang ingin saya bangkitkan hari ini adalah berkaitan dengan infrastruktur stesen pengecas EV di Malaysia. Antara komponen utama dalam membangunkan ekonomi EV ini adalah stesen pengecas. Memandangkan kadar penggunaan EV telah pun meningkat, rangkaian stesen pengecas perlu dibangunkan dengan segera di seluruh negara dan bukan hanya tertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia saja.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Yang Berhormat Kuala Terengganu, mohon mencelah.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Ya, sila.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Terengganu. Pertama, kita perlu akui bahawa kebanyakan kereta elektrik ataupun EV ini yang berada dalam pasaran dengan harga yang melebihi RM100,000 dalam pasaran pada hari ini dan yang mana ia di luar kemampuan kebanyakan rakyat di negara kita pada hari ini.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Saya hendak tahu, setujukah Yang Berhormat Kuala Terengganu jika kerajaan membawa masuk EV ini di bawah harga RM100,000 ataupun harga mampu milik dengan kerjasama dengan pengeluar kereta tempatan sama ada Proton atau Perodua yang mana ia lebih mampu dibeli oleh golongan B40 yang berpendapatan rendah di negara kita pada hari ini?
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Apa sahaja insentif bagi membolehkan rakyat mampu memiliki EV ini saya setuju dan saya sokong. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), sehingga Julai 2022, sejumlah 707 unit stesen pengecas EV dibangunkan di 384 lokasi terpilih di dalam negara. Daripada jumlah ini hanya 21 sahaja yang berada di Pantai Timur, 21 di negeri Pantai Timur. Sebanyak 19 daripada 21 itu di Pahang. Cuma di Terengganu dan Kelantan masing-masing ada satu sahaja. Jadi saya harap – saya percaya banyak syarikat swasta yang berminat untuk menyediakan stesen pengecas tetapi kebolehlaksanaan kewangan financial feasibility mereka masih kurang memuaskan.
Saya ingin bertanya kepada kerajaan, sejauh manakah kerajaan merancang untuk membangunkan ekosistem EV ini di seluruh negara. Bukan sahaja tertumpu di Pantai Barat tetapi merangkumi semua negeri. Ini adalah amat penting untuk mengelakkan jurang pembangunan yang ketara di antara Pantai Timur dan Pantai Barat.
Saya tidak mahu bawa EV, sampai di Terengganu saya terpaksa tinggal kereta di tepi jalan.
Jikalau kita baca laporan yang terbaharu World Bank kategorikan beberapa buah negeri sebagai negeri yang terkebelakang, ditinggalkan, lag behind dengan izin.
Antaranya Kelantan, Sabah, Sarawak, Terengganu, Perlis dan juga Kedah. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bachok, hubungan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri amatlah perlu dijalin dengan baik dan tidak ada sebarang unsur untuk menyisihkan mana-mana kerajaan negeri yang tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya mengenai potensi sumber unsur nadir bumi
(REE) Malaysia yang boleh dibangunkan. Menurut satu kenyataan oleh mantan Menteri KeTSA, hasil kajian oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dengan penumpuan kepada REE bukan radioaktif, potensi unsur nadir bumi di Malaysia ini dinilai sebanyak RM747.2 bilion. Unsur ini berpotensi dimanfaatkan dalam skrin telefon pintar, komputer, flat panel television, bateri dalam kenderaan elektrik, motor penjanaan elektrik, mentol lampu generasi baharu.
Saya ada bertanya selain Malaysia, negara lain juga mempunyai deposit nadir yang banyak. Jadi apa kelebihan Malaysia? Saya diberitahu kita mempunyai ramai saintis jurutera yang terlatih dan memperoleh ilmu dan pengalaman dalam pemprosesan nadir bumi ekoran kehadiran industri nadir bumi di Lynas di Pahang.
Dalam isu-isu sebegini, Malaysia perlu mampu membuat keputusan berasaskan pertimbangan fakta saintifik. Objektif selagi mana ia tidak menyalahi syariat agama dan nilai moral. Misalnya, ketika kita berdepan dengan COVID-19, kita ada fakta saintifik.
Proses pembuatan keputusan yang mengambil input daripada kesemua sekalipun sentimen penolakan kuat, tetapi dengan fakta saintifik yang ada, kerajaan perlu laksanakan juga demi kepentingan rakyat dan negara. Begitu juga dalam soal-soal lain.
Sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap sains dan teknologi, saya harap pertimbangan fakta saintifik, objektiviti sentiasa dipertahankan.
Memajukan REE memerlukan kemasukan pelaburan yang besar yang memerlukan usaha meyakinkan pelabur tentang risiko pelaburan. Saya melihat keputusan pendidikan yang telah dibuat oleh UPM, UKM dan MARDI berhubung dengan Condisoil sangat berpotensi untuk pertanian negara. SIRIM, MARDI, UPM dan UKM telah menguji Condisoil dan mendapati ia selamat digunakan di dalam tanah, air, tisu tumbuhan dan juga makanan ruji kita.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Saya faham kejayaan Condisoil ini ada impak yang signifikan dengan syarat lesen Lynas kerana jika ia boleh diproses dan dikomersialkan, tiada sebab dibawa keluar.
Bayangkan 1.02 juta tan metrik disimpan kekal begitu sahaja sedangkan kita ada cara untuk memproses dan menjadi baja yang selamat dan terbukti berkesan sedangkan kita berbelanja ratusan juta setiap tahun untuk mengimport baja ke dalam negara.
Minggu lepas Yang Berhormat Menteri MITI di dalam lawatan ke Lynas mengiktiraf kepentingan produk daripada Lynas terutamanya dalam segmen teknologi maju sebagai contoh di dalam penghasilan bateri untuk kenderaan elektrik, motor dan telefon pintar.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin bicara tentang aspek-aspek pembangunan sosial, ekonomi, kebajikan dan prasarana di Kuala Terengganu. Kuala Terengganu merupakan sebuah daerah yang berpotensi besar menjadi destinasi pelancongan utama kerana kaya dengan kepelbagaian produk pelancongan berteraskan kekayaan alam semula jadi, keunikan budaya, kesenian warisan dan tinggalan sejarah yang tersendiri.
Aspek ekonomi setempat bagi nelayan terutamanya di Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Chendering, masalah muara cetek yang sudah membelenggu sekian lama...
Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat sila gulung.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
...Belum lagi mencapai jalan penyelesaiannya begitu juga masalah kecetekan muara Sungai Ibai.
Saya mohon supaya dapatlah kiranya kerajaan yang ada sekarang ini membantu menyelesaikan masalah di Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Chendering ini dan juga muara Sungai Ibai. Sekian, terima kasih. Kuala Terengganu memohon menyokong usul Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Assalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Dipersilakan Yang Berhormat Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan menjunjung kasih Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang merupakan perbahasan sulung saya sebagai ahli Dewan yang mulia ini.
Di dalam perbahasan yang pertama ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pengundi-pengundi P105 Petaling Jaya kerana telah memberi kepercayaan kepada saya. Tanggungjawab ini adalah besar. Justeru, saya akan terus komited dan terus berkhidmat demi warga Petaling Jaya. Saya juga ingin mengucapkan sekalung tahniah buat Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Ahli Parlimen Tambun yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 dan juga kepada seluruh barisan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat, saya ingin menekankan bahawa pertumbuhan ekonomi negara memerlukan hala tuju yang stabil. Kita sedar Malaysia mengalami kelembapan pertumbuhan ekonomi selama dua dekad ini. Pertumbuhan tahunan KDNK mengikut lima tahun purata diperlahankan daripada enam peratus pada tahun 2007 kepada 4.9 peratus tahun 2020. Prestasi peningkatan gaji pekerja lebih teruk.
Dari tahun 2011 sehingga 2020, gaji hanya tumbuh sebanyak 1.9 peratus setahun.
Prestasi antara yang paling teruk di rantau ini.
Peluang perniagaan yang semakin terhad mengakibatkan ramai menceburi dalam bidang pekerjaan gig yang kurang prospek pembinaan kerjaya. Berdasarkan kajian
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Jabatan Perangkaan Malaysia dari 1 Mac sehingga 31 Disember 2022 ke atas 6,657 orang pekerja p-hailing menunjukkan bahawa 98 peratus pekerja p-hailing adalah belia.
Selain itu, model ekonomi kita telah pun diubah daripada yang berasaskan pengeluaran kepada penggunaan ataupun production-based economy to consumption- driven economy dengan izin dalam tempoh 20 tahun ini. Malah sektor pembuatan telah pun diabaikan. Nisbah perbuatan kepada KDNK adalah setinggi 31 peratus pada tahun 1999 namun menurun secara berterusan kepada 23.5 peratus menjelang tahun 2021.
Di bawah model ekonomi berasaskan penggunaan ini, hutang rakyat terus meningkat dan meningkat. Sebaliknya simpanan rakyat terus menyusut. Dalam sejarah dunia, tidak ada sebuah negara bersaiz sederhana yang dapat mencapai status negara maju tanpa industri pembuatan eksport yang maju dan berteknologi tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai langkah pertama, kita wajar menilai dan merangka semula kluster industri kita iaitu taman industri kita sesuai dengan keperluan industri semasa. Sebagai contoh, kawasan industri Petaling Jaya. Sejarah ulungnya adalah zon ini merupakan kluster elektronik yang pertama di Selangor. Penghuninya termasuk nama- nama besar seperti Flextronics, Motorola, Panasonic dan Western Digital.
Namun hari ini, nama-nama besar ini telah hilang di kaca mata rakyat. Kilang- kilang di kawasan tersebut telah digantikan dengan kondominium mewah dan kompleks komersial. Saya menggesa EPU, MITI, MOSTI dan Pelan Malaysia bekerjasama untuk melihat semula pembangunan kluster-kluster industri ini. Majukan lagi kluster ENE di Pulau Pinang, kluster automotif di jajaran Tanjung Malim dan Hulu Selangor, kluster teknologi tinggi di Meranti, kluster industri berat di MCKIP dan mewujudkan kluster-kluster baharu mengikut industri yang strategik.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Sesuai dengan kelebihan Petaling Jaya yang sedia ada, saya turut mencadangkan supaya membangunkan kawasan industri di PJ sebagai taman industri yang berteknologi tinggi dengan menumpukan dengan R&D, electrical and electronics
(E&E), robotik, automasi, IT dan teknologi hijau. PJ pada hari ini sudah ada syarikat unicorn seperti CARSOME dan kami mahu lagi lebih banyak syarikat teknologi seperti CARSOME yang bertapak di PJ.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menekankan di sini bahawa pertumbuhan produktiviti pekerja hanya boleh dicapai melalui penggunaan teknologi. Dalam kes ini robot. Mengikut laporan Centre for Economic Performance (CEP), LSE 2018 setiap unit tambahan kepadatan robot akan menyumbang kepada pertumbuhan 0.36 peratus dalam produktiviti pekerja. Hakikatnya, untuk tahun 2019 daripada 10,000 orang pekerja, Malaysia hanya ada kepadatan robot sebanyak 55 buah unit sahaja. Pada tahun 2016, China hanya ada 66 buah unit robot daripada 10,000 orang pekerja. Hari ini China telah mencapai 322 buah unit robot. Jika China mampu lakukan begitu juga Malaysia.
Maka, sejajar dengan Malaysia's National Robotics Roadmap 2021-2030, saya mencadangkan agar MITI, MEDAC, dan MOSTI bekerjasama untuk memberikan insentif kepada usahawan dan industri dalam perjalanan automasi mereka.
Dalam pelbagai inisiatif kita untuk meningkatkan gaji rakyat, jangan pula lupakan usaha rahmah kita untuk mengurangkan kos sara hidup. Kelmarin, ada pimpinan pihak sana yang menyindir program Menu Rahmah iaitu kerjasama kerajaan dan swasta untuk menyediakan makanan pada harga berpatutan iaitu RM5 sahaja. Dikatakan kononnya mereka yang memakan masakan Menu Rahman ini bakal menghidapi kanser dan autisme.
Saya beranggapan pandangan ini amat tidak berasaskan sains malah telah menggores hati ibu bapa yang mempunyai anak autisme...
[Tepuk] Ia juga memperlekehkan usaha-usaha penjaja-penjaja kita yang secara suka relanya ingin menyumbang dan membantu rakyat. Tidak apa sekiranya hendak mengkritik tetapi jangan mendukung politik melampau dan tidak berasas.
Selain itu, saya menyokong penuh bahawa sektor pertanian wajar diliberalisasikan supaya tanda aras dengan harga dunia. Ramai yang salah bertanggapan
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
bahawa jaminan makanan bererti kita mesti menanam segala tanaman di negara kita. Ia kurang tepat. Dasar Jaminan Bekalan Makanan akan menjadi lebih berdaya apabila kita mempelbagaikan sumber import. Akan tetapi untuk tanaman-tanaman strategik, saya setuju bawah kita harus mengekalkan pengeluaran di dalam Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya turut difahamkan wujudnya oligopoli pengeksport daging dan beberapa jenis hasil makanan. Bukan saya yang kita tetapi mengikut laporan Market Review on Food Sector in Malaysia under the Competition Act 2010 yang diaparkan pada tahun 2019. Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa pasaran import daging dikuasai oleh beberapa pemain sahaja. Amat kurangnya pengeksport yang diberikan kelulusan di negara asing kerana syarat-syarat kelulusan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan JAKIM terlalu ketat.
Akibatnya, kadar peningkatan harga jualan daging kerbau di pasaran Malaysia menjadi lebih tinggi daripada harga negara asal iaitu di India. Kajian juga mendapati bahawa ikan kembung, sawi dan lain-lain turut mengalami isu pengedar yang menguasai pasaran, hold sellers, dengan izin. Persoalan saya, apakah langkah yang akan diambil oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan industri berasaskan tani berdasarkan laporan MyCC tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh satu aspek penting yang amat diutamakan iaitu pengangkutan awam dan kemudahan lestari. Kajian TomTom menerangkan bahawa pemandu di Kuala Lumpur telah membazirkan 159 jam setahun di atas jalan raya sebaliknya boleh digunakan untuk menghabiskan 31 buah buku dengan penjimatan petrol sebanyak RM1,023. Ia tidak termasuk pemilikan kereta dengan ansuran bayaran RM500 hingga RM1,000 sebulan. Alangkah baik sekiranya kita boleh hidup tanpa membayar ansuran kereta dan tidak diheret dalam kesesakan lalu lintas yang semakin teruk di bandar.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memuji Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Seremban yang telah menyediakan bas pengantara Parlimen yang membolehkan kita mengambil bas transit...
[Tepuk] Dari KL Sentral untuk tiba di August House yang mulia ini. Saya ingin menggalakkan rakan-rakan saya serta petugas-petugas Dewan ini supaya mula menggunakan kemudahan tersebut sebagai langkah pertama untuk menyokong kegunaan pengangkutan awam.
Saya mencadangkan supaya konsep bas mini yang amat berjaya dahulu dikaji dan dihidupkan semula. Prasarana dan APAD wajar mengutamakan kesalinghubungan pengguna. Bagi laluan yang ada potensi menjana pendapatan, libatkan usahawan- usahawan swasta yang berminat. Pihak yang bertanggungjawab wajar tumpukan kepada pengalaman perjalanan umpamanya perhentian bas, lorong pejalan kaki dan lorong basikal yang mudah dan selamat, memudah cara penggunaan e-scooter dan pastikan majoriti pengguna boleh tiba di satu- destinasi dalam lingkungan 45 minit.
Tuan Yang di-Pertua, rentetan isu yang digariskan sebentar tadi saya juga ingin menyentuh satu aspek penting tentang hubung kait perubahan iklim dan pembangunan lestari. Berpaksikan kepada visi untuk menjadikan Malaysia Lestari 2030, saya ingin mencadangkan beberapa isu dan cadangan. Mencadangkan beberapa cadangan dan menekankan beberapa isu.
Pertama, Kementerian Kerja Raya harus membuat penghitungan atas jumlah keluasan bumbung yang ada pada semua bangunan kerajaan serta bidang-bidang yang boleh dipertingkatkan potensi penjimatan tenaga. Pembidaan untuk projek-projek ini dijangka dapat memangkinkan industri tenaga baharu tanpa sebarang perbelanjaan kerajaan.
Masa tidak mengizinkan. Tuan Yang di-Pertua, saya akan lanjutkan ucapan saya dalam Ucapan Belanjawan nanti. Sebelum menutup tirai ucapan perbahasan saya, izinkan saya mengungkapkan serangkap pantun untuk renungan kita semua.
Air mengalir dalam terusan, Mengairi sawah beratus relung; Malaysia Madani pencetus gagasan perpaduan, Negara muafakat rakyat gemilang.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Sekian sahaja ucapan perbahasa saya dan saya menjunjung penuh dan pohon menyokong Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang untuk saya bersama membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Saya ingin memulakan ucapan saya dengan membacakan firman Allah daripada...
[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan supaya melalukan keadilan dan melakukan kebaikan”. Dalam asas kepada kemurnian dalam kehidupan Nabi SAW menyatakan, “Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi orang lain. Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi diri dia sendiri”. Hadis ini memberikan gambaran bahawa dalam kita mewujudkan sebarang reformasi dalam apa juga perkara, perkara inilah yang perlu kita titik beratkan yakni apa juga perkara yang kita tidak suka orang lakukan kepada kita, begitu jugalah kita tidak patut melakukannya kepada orang lain. Sebagai memulakan perbahasan ini, saya ingin menyentuh dalam beberapa perkara.
Pertama sekali setiap manusia pasti tidak lepas daripada kesalahan. Namun kesalahan itu bukan lah sesuatu yang patut diulangi. Begitu juga manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan, namun kesilapan itulah yang perlu diperbaiki.
Justeru itu, dalam kita bercakap tentang reformasi Parlimen, saya mengajak seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat untuk kita bertanya kepada diri kita sampai bilakah politik dendam, balas dendam, kutuk-mengutuk, maki-memaki menjadi sesuatu yang tidak dapat lepas daripada perbahasan di Dewan yang mulia ini.
Saya amat bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Tuan Yang di-Pertua pada hari lepas ketika dia bertemu dengan rakyat di kedai mamak.
Gambaran ini patutnya memberikan kesedaran kepada kita bertapa kita perlu memulakan reformasi itu kepada diri kita sendiri tanpa mengharapkan orang lain untuk melakukan reformasi itu sedangkan kita kekal dengan sikap yang lama.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Ahli Yang Berhormat sekalian, antara perkara yang menjadi asas disebutkan oleh beberapa Yang Berhormat adalah tentang kedaifan sekolah-sekolah. Saya amat bersetuju dengan keadaan semasa ini. Cuma, apa yang ingin saya panjangkan di sini agar kedaifan sekolah-sekolah ini ataupun pembaikan kepada sekolah-sekolah yang daif ini dilebarkan juga kepada sekolah-sekolah terutamanya seumpama sekolah tahfiz, madrasah- madrasah yang juga berperanan besar dalam pembangunan negara dalam keadaan kita ketahui sebahagian besar sekolah-sekolah ini juga berdepan dengan kedaifan prasarana dan sebagainya.
Seterusnya, saya juga ingin mengajak Yang Berhormat semua untuk memikirkan bagaimana kaedah untuk mengurangkan jurang perbezaan di antara bandar dan luar bandar. Parlimen Kuala Krau, ia berada di dua PBT. Satu DUN daripada tiga berada di PBT Maran, manakala dua DUN lagi berada di PBT Temerloh menyebabkan pembangunan tidak sekata.
Tadi Yang Berhormat Temerloh bangun menyebutkan bahawa masalah-masalah yang berlaku seumpama jalan-jalan maut, harga getah dan sebagainya. Begitulah juga nasib penternak-penternak, nelayan darat, penternak ikan patin juga dialami di Parlimen Kuala Krau. Maka, sebab itu saya menyokong dan menyarankan sekali lagi agar nasib
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
mereka ini diambil peduli bagi memastikan kelangsungan kehidupan mereka pada zaman era kejatuhan ataupun kemerosotan ekonomi dunia hari ini.
Tuan Yang di-Pertua dan sekalian Yang Berhormat, oleh sebab itu, saya mencadangkan sebagaimana yang disarankan oleh Yang Berhormat Temerloh juga, supaya diwujudkan bagi mengurangkan jurang perbezaan di antara bandar dan luar bandar ini, saya mencadangkan agar Kementerian Pendidikan Tinggi mewujudkan institut pengajian tinggi awam terutamanya di Kuala Krau ataupun di Temerloh kerana kami berdampingan ya. Ini supaya dengan itu, akan merancakkan lagi pembangunan sebagaimana yang berlaku di Perak contohnya dan beberapa buah kawasan yang lain apabila dengan kewujudan IPTA ini akan memberikan nilai tambah pembangunan kepada penduduk setempat selain daripada boleh membangunkan kawasan itu setaraf dengan kawasan-kawasan yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, Kuala Krau mengandungi 13 buah FELDA yang mana peneroka FELDA merupakan antara golongan yang sejak dulu menjadi rakyat yang setia dalam membayar apa juga cukai yang dikenakan oleh kerajaan. Justeru itu, di kesempatan ini, saya mewakili peneroka FELDA terutamanya di Parlimen Kuala Krau, memohon kepada kementerian yang berkenaan; pertama sekali adalah untuk memastikan kerajaan membuat dasar yang lebih jelas terhadap penempatan generasi kedua dan ketiga peneroka terutamanya anak-anak peneroka yang membina rumah di tanah tapak generasi ayah-ayah mereka diberikan kemudahan api dan air yang pernah diberikan sebelum itu dan kemudian ditarik balik dalam beberapa waktu yang terdekat ini.
Kedua, sejak dulu lagi saya sebagai salah seorang anak peneroka FELDA, setiap kali menerima pay slip pembayaran, terdapat pemotongan-pemotongan yang sampai pada hari ini, peneroka tidak mengetahui apakah terma-terma pemotongan. Yang dia tahu, dipotong sekian banyak, sekian banyak. Oleh sebab itu, saya memohon kepada kementerian yang berkewajipan untuk memberikan ataupun mengeluarkan senarai penuh apakah perkara yang dipotong di dalam slip penerimaan duit bagi peneroka. Ini untuk memberikan peneroka rasa puas kerana mereka tahu ke manakah duit mereka itu dipotong.
Begitu juga dalam isu peneroka ini, saya juga ingin memberikan cadangan kepada pihak-pihak yang wajib sebagaimana yang telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kelapan iaitu menghapuskan 80 peratus hutang peneroka bernilai RM8.3 bilion...
[Tepuk] Saya mewakili anak-anak peneroka, merasai beban tanggungan hutang generasi pertama memohon agar hendaklah kiranya ada usaha lagi dibuat agar menghapuskan keseluruhan hutang peneroka yang berjumlah lebihan daripada RM8.3 bilion tersebut. Mudah-mudahan ia memberi sedikit kelegaan kepada anak-anak peneroka pertama yang telah meninggal dunia. Ini sekurang-kurangnya mereka tidak terbeban dengan hutang yang mereka tanggung.
Bagi masalah tempatan, Kuala Krau tidak ketinggalan menghadapi dengan masalah banjir. Oleh sebab itu, saya memberikan- memohon kepada pandangan, ambil berat daripada kementerian yang berkenaan supaya melihat tentang kawasan banjir terutamanya di DUN Jenderak dan di DUN Kerdau kerana sering dilanda banjir terutamanya di tapak pasar malam yang menjadi tempat mencari rezeki golongan- golongan berpendapatan rendah. Bayangkanlah pada musim tengkujuh, dengan pendapatan yang begitu sedikit, tiba-tiba akibat banjir yang menenggelamkan tapak perniagaan itu menyebabkan mereka hilang pendapatan untuk sara hidup seharian mereka.
Begitu juga, saya ingin jelaskan bahawa Kuala Krau melahirkan tokoh-tokoh sukan dalam kalangan anak-anak muda. Namun disebabkan perkongsiannya dengan Temerloh dan Jengka yang juga berada dalam Parlimen Kuala Krau tetapi berada jauh kerana berada di PBT Maran, menyebabkan anak-anak muda terpaksa berkongsi kelengkapan sukan bersama Temerloh dan juga di PBT Maran. Maka, apakah tidak ada cadangan bagi mengucapkan terima kasih kepada anak-anak muda di DUN Kerdau terutamanya di Parlimen Kuala Krau yang telah mengharumkan nama negara dalam beberapa sukan untuk mewujudkan mini sukan di Kuala Krau bagi kemudahan anak-anak ini?
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Tuan Yang di-Pertua, sebagai akhirnya, saya ingin sekali lagi menyeru kepada seluruh Yang Berhormat agar kita sama-sama bermuhasabah untuk menjalankan tanggungjawab kerana kita merupakan Wakil Rakyat, kakitangan kerajaan berkhidmat untuk rakyat, maka apa pun yang bersangkutan dengan rakyat mestilah dikembalikan kepada rakyat termasuklah peruntukan Ahli Parlimen adalah hak rakyat yang mesti disalurkan kepada wakil yang dipilih oleh rakyat, bukan yang dipilih oleh kerajaan yang tidak menang dalam pilihan raya. Kuala Krau mohon menyokong usul. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Selanjutnya, dipersilakan Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam perpaduan. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya mengambil bahagian menyokong Titah Yang di-Pertuan Agong bagi Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengundi-pengundi di Shah Alam kerana telah memilih dan memberikan mandat kepada saya untuk mewakili seluruh warga Shah Alam. Saya pun menang agak besar juga. Akan tetapi, saya tidak ingin mendabik dada kerana bagi saya, kemenangan ini bukannya sesuatu kemuliaan, tetapi ia amanah dan kebertanggungjawaban.
Sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam sebuah negara pelbagai kaum dan agama, saya amat teruja dan bersyukur dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong kerana begitu memahami semangat kemajmukan masyarakat negara kita.
Kita harus peka dengan pesan Baginda agar prinsip Negara Madani yang digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri diterjemahkan dengan baik dalam kerangka mencipta lonjakan buat negara.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Saya ingin menyentuh dua aspek sahaja dalam rukun Malaysia Madani iaitu aspek hormat dan ihsan. Kita telah melalui suasana kehidupan yang harmoni dengan saling hormat-menghormati. Toleransi dan memahami antara satu sama lain dalam satu tempoh yang cukup lama. Saya turut berkongsi kekhuatiran Yang di-Pertuan Agong apabila kepelbagaian, kemajmukan dan kekusutan politik boleh menjadi punca perbalahan dan perpecahan jika tidak diurus dengan baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Kebebasan bersuara tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk berkarya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat. Nak tanya sedikit.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Biar saya habiskan saya punya sentence. Kebebasan bersuara tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk berkarya dan berkreativiti tanpa ada garis panduan dan kawalan yang mungkin mencetus budaya fitnah dan pengherotan fakta, menyemarak api kemarahan dan sentimen kebencian sehingga mencetus perbalahan dan perpecahan. Saya percaya kebebasan bersuara yang terpandu dan terkawal akan melahirkan masyarakat yang boleh menjiwai semangat yang sering kita bangga dan laungkan iaitu unity in diversity (kesatuan dalam kepelbagaian).
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Ini sangat bertepatan sekali dengan gesaan dari Allah SWT dalam Surah Al-Maidah, ayat 2. [membaca sepotong ayat Al-
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Quran]. “Tolong-menolonglah atas kebajikan dan takwa; dan janganlah tolong-menolong atas dosa dan permusuhan.”
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih, Yang Berhormat. Saya tertarik dengan perbahasan yang meminta kita menyemai perpaduan di mana kita sering menghormati di antara satu sama lain. Saya menyokong sangat perbahasan itu dan saya ingin bertanya. Dalam konteks titah Tuanku dan ucapan Yang Berhormat, adakah sepatutnya diadakan perhimpunan-perhimpunan seperti HIMPIT di Terengganu yang kita lihat baru-baru ini yang mencetuskan kerisauan di khalayak orang ramai?
Dengan ada pemuda-pemuda PAS membawa pedang, senjata-senjata dan ada Ahli Parlimen yang turut serta. Bangga sekali dalam perhimpunan itu. Adakah ini sesuatu yang boleh dibanggakan oleh pemuda-pemuda yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin Ahli-ahli Parlimen PAS sendiri? Apa pendapat Yang Berhormat tentang perkara ini?
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong.
Sudah pasti ia menimbulkan kebimbangan dan kekhuatiran di kalangan masyarakat dan khalayak ramai dan sudah pasti ia juga menimbulkan keraguan di kalangan pelabur- pelabur dan masyarakat antarabangsa. Akan tetapi, saya ingin...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar ingin minta laluan.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Minta laluan.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Sabar, sabar. Biar saya jelaskan. Akan tetapi, saya ingin menyerahkan ini kepada pihak berkuasa Kementerian Dalam Negeri untuk menanganinya dengan baik.
[Tepuk] Saya memaklumi usaha gigih yang dilakukan oleh Kementerian Perpaduan Negara...
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Pihak polis tiada masalah pun. Apa masalahnya dengan himpunan tadi?
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
...Namun, saya percaya usaha ini akan lebih berjaya jika dilaksanakan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Relaks-lah, Yang Berhormat Jelutong...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar minta laluan, kalau boleh.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Yang Berhormat Jelutong, relakslah. Jangan tuduh tanpa fakta. Polis kata clear. Tiada masalah pun.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Boleh minta laluan?
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Kita serah pada polis untuk kita serahkan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Minta laluan, boleh?
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Akan lebih berjaya jika dilaksanakan secara bersepadu dengan kementerian yang lain. Saya ingin menyarankan agar Kementerian Komunikasi dan Digital, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk mengambil peranan secara bersepadu mendidik anak bangsa menjayakan rukun hormat negara Madani, memupuk kesatuan perpaduan dan kesejahteraan negara.
Saya ingin ucapkan syabas kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang telah mengambil pelbagai langkah membantu golongan berpendapatan rendah. Semangat ihsan dari rukun negara madani diterjemah melalui inisiatif Payung Rahmah. Rahmah diambil dari kata dasar bahasa Arab, rahima yarhamu
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
rahmah, yang membawa maksud kasih sayang, kasihan belas dan kelembutan. Disebut lebih 200 kali di dalam Al-Quran dalam pelbagai kata-kata terbitan. Oleh itu, jangan ada di kalangan kita di dalam Dewan ini dan juga di luar sana yang sinis dengan jenama dan kalimah yang mulia ini, seperti ungkapan Yang Berhormat Kapar yang mengatakan, “Saya tidak ada masalah pun dengan nama ini. Rahmah ke hape ke..,” jangan sekali-kali. Saya cukup yakin apabila Yang Berhormat Pulai perkenalkan jenama Rahmah ini, beliau...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Shah Alam, laluan sikit.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
...Beliau cukup faham dengan semangat tersirat perkataan itu.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Laluan...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Rahmah ini membawa maksud keberkatan. Keberkatan membawa sifat qanaah yakni reda dan cukup dengan yang ada.
Jangan sampai kita menjadi pendusta agama seperti mana yang disebutkan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Ma’un; [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . Janganlah sampai ada di kalangan kita-kita ini yang menjadi pendusta agama sebagaimana yang disebut oleh Al-Quran yang tidak menganjurkan makan kepada orang miskin, malah memberikan gambaran yang buruk, yang tidak baik dengan andaian yang bahawa Menu Rahmah ini tidak berkualiti dan membawa mudarat kepada kesihatan. Saya ucapkan tahniah...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Minta penjelasan sedikit, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
...Dan syabas kepada pengusaha, peniaga dan penjaja makanan yang telah menyahut seruan Menu Rahmah ini. Saya percaya mereka ikhlas menyediakan Menu Rahmah ini untuk membantu mereka yang memerlukan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Shah Alam nak memberi laluan itu.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Jangan pula kita merasa sangsi dengan inisiatif dan kreatif...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Jelutong jangan sibuk. Yang Berhormat Shah Alam hendak beri laluan itu.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
...Mereka menyediakan sajian berkualiti membantu golongan yang memerlukan. 20 saat.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tolong baca petikan Hansard Yang Berhormat Kapar sampai habis. Jangan sekerat jalan. Baca sekerat tadi. Baca habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Parit Buntar diberi laluan?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Saya dah tanya tadi. Baca petikan Hansard...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kalau tidak diberi laluan, jangan mencelah.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Kita boleh rujuk kepada Hansard nanti, insya-Allah. Saya nak habiskan sebab...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Baca habislah.
Tadi, tidak baca habis. Kalau baca habis, tak timbul masalah isu Rahmah.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Namun, KPDN tidak wajar terus-terusan terpesona dengan sambutan rakyat...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Eh, tadi bagi laluan.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
...Terhadap inisiatif Rahmah ini.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Duduk, duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat beri laluan atau tidak?
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Saya sudah jawab petikan Yang Berhormat Kapar, kita boleh baca dalam Hansard.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Minta Yang Berhormat baca semua jangan baca sekerat. Tidak adil.
[Disampuk] Yang Berhormat Jelutong, jangan sibuk. Tunggu esok.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Dalam hal ini, saya ingin menyeru agar kerajaan dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menentukan dengan jelas dasar pertanian negara kita. Kita mesti memanfaatkan kesuburan tanah di negara ini, bukan sahaja menjadi negara yang mampu menjamin kecukupan bekalan makanan tetapi menjadi negara pengeksport makanan yang hasil mahsul pertanian melalui pendekatan smart agriculture, melalui penggunaan teknologi IOT dan lain-lain. Kerajaan juga harus bersedia menyatakan jumlah subsidi yang diberikan kepada petani, penternak, pengilang dan pengimport untuk pastikan kawalan harga barang dengan asas seperti tepung, beras, minyak, daging, ayam, telur dan ikan.
Semua rakyat mengetahui bahawa belia ada merupakan golongan yang sangat penting untuk masa depan negara. Sebahagian besar daripada mereka terlibat dalam pekerjaan gig ekonomi. Kajian yang menunjukkan yang seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Paya Besar dan juga Yang Berhormat Simpang Renggam, saya amat bersetuju supaya kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia merangka dan menetapkan dengan jelas dasar kerajaan memberikan jaminan perlindungan keselamatan pekerjaan dan jaminan saraan hari tua bagi pekerja-pekerja gig ekonomi. Selain daripada itu, saya juga bersetuju...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
...Bersetuju dengan Yang Berhormat Sungai Besar supaya Skim Mikro Kredit untuk golongan belia ini diperkasakan.
Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawa di Shah Alam, kami merupakan sebuah bandar yang sedang pesat membangun dan saya menyokong saranan Yang di-Pertuan Agong agar penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam diberi perhatian melalui sektor pembinaan yang secara tidak langsung akan merancakkan kemajuan ekonomi negara. Ia harus dipacu melalui konsep private finance initiative (PFI) atau public-private partnership (PPP) melalui konsep build-operate-transfer (BOT) kerana ini sahaja yang boleh membantu kita menyemarakkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Saya mengakhiri ucapan saya. Ini sahaja yang boleh menyemarakkan ekonomi kita dalam keadaan consumption itu tidak boleh berdaya tahan dalam masa kita hendak meraih pelabur-pelabur dari luar, government spending melalui PFI dan PPP ini harus diteruskan dan dilaksanakan. Sebagai contoh, melalui pembangunan Bandar Denai Alam, Sime Darby pernah membina sekolah di Denai Alam melalui...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, saya sudah bagi dua kali. Sila gulung.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Saya yakin konsep ini mampu mengurangkan pendapatan fiskal kerajaan tanpa mengetepikan pembangunan kemudahan awam dan keperluan rakyat. Jalan raya tidak sesak, hospital dapat menampung untuk keperluan pesakit dan sekolah dapat menyediakan ruang
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
pembelajaran pelajaran yang cukup dan kondusif seterusnya menjayakan konsep negara Madani itu sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya dengan penuh takzim mohon menyokong penuh Titah Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Steady, Yang Berhormat Shah Alam. Kita sokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Alhamdulillah. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga 10.00 pagi, hari Selasa, 21 Februari 2023.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.01 malam]