Feb162023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

1. Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan perancangan dan pelan tindakan Kerajaan Madani dalam melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan infrastruktur serta kemudahan luar bandar pasca banjir daripada KKDW dan agensi kerajaan berkaitan bagi membantu masyarakat luar bandar yang terkesan dengan banjir. Bagaimanakah koordinasi yang dibuat oleh kerajaan bagi memastikan tiada mangsa yang ketinggalan daripada mendapatkan bantuan tersebut?

final • 10:00 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pekan atas soalan ini. Namun, saya mohon izin daripada Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini untuk merangkumkan jawapan ini dengan bukan sahaja Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah tetapi juga kementerian-kementerian lain yang turut terlibat dalam bantuan banjir dan juga pascabanjir.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kerjasama pelbagai kementerian, jabatan dan agensi dalam bukan sahaja menyantuni mangsa-mangsa banjir tetapi juga menyelesaikan permasalahan pascabanjir.

Saya ingin menyebutkan bahawa terdapat tiga fasa dalam menyantuni permasalahan banjir ini. Pertamanya dengan kerjasama METMalaysia. Saya selaku Pengerusi Bencana Pusat mengkoordinasinya dengan pihak kerajaan negeri dan pihak daerah di mana METMalaysia memberikan amaran awal supaya pemindahan itu dapat dilakukan sebelum deruan hujan itu mencapai tahap tertinggi akan menyebabkan banjir.

Kedua, semasa banjir. Mobilisasi dilakukan sepenuhnya dengan mengkoordinasi penglibatan agensi-agensi dan juga pihak-pihak berkuasa tempatan bersama-sama dengan pihak NGO untuk melakukan pemindahan.

Ketiganya, pasca banjir di mana kita menghadapi permasalahan lazimnya tidak ramai orang datang untuk membantu pasca banjir terutamanya untuk penyucian rumah, pembelian perkakasan dan gantian pelbagai perkara lain. Oleh yang demikian, kita melibatkan NGO dan badan-badan sukarelawan untuk melakukannya.

Peranan KKDW bersama-sama dengan NADMA, bersama-sama dengan Angkatan Pertahanan Awam, bersama dengan JAKOA, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pelbagai pihak dengan pendekatan bahawa kita tidak boleh lagi bergerak secara silo.

Kita mesti bergerak secara terselaras. Malah dengan kerajaan-kerajaan negeri sekalipun, peruntukan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebanyak RM50 juta untuk Kelantan dan Terengganu memperlihatkan bahawa empowerment itu diberikan

final • 10:00 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan peruntukan itu dengan dikoordinasi oleh pihak ICU.

Dalam hal inilah tentu Yang Berhormat Pekan mengetahui bahawa Pekan adalah antara kawasan yang setiap tahun tidak pernah terlepas daripada mendapat rahmat daripada Allah Taala dengan air yang berlebihan turun di sana dan insya-Allah kita akan turut terus memberikan bantuan.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Pekan.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Kita memahami bahawa banjir ini turut melanda penduduk khususnya di kawasan pedalaman terutamanya di kawasan penempatan masyarakat Orang Asli ini.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Saya ingin bertanya, apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah agar masyarakat Orang Asli ini sentiasa bersedia dalam menghadapi bencana banjir yang berlaku saban tahun dan apakah bantuan diberikan kepada mereka?

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, untuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) ini, secara kebetulan Ketua Pengarahnya adalah adinda kepada Timbalan Yang di-Pertua kita. Beliau sangat aktif, malah proaktif. Apa yang dilakukan apabila sesuatu kawasan Orang Asli itu terputus infrastrukturnya, apa yang dilakukan oleh NADMA ialah bantuan makanan itu diberikan sebelum banjir itu berlaku.

Ketika banjir berlaku, dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat dan juga PDRM, mobilisasi bantuan dan sebagainya menggunakan laluan udara.

Saya ingin menyebutkan di Dewan yang mulia ini tentang Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Pendekatan yang kami lakukan ialah selain daripada membina PPS yang dibina di kawasan-kawasan tertentu yang sering dilanda banjir, dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, kita telah mengenal pasti sekolah-sekolah yang digunakan untuk PPS. Apa yang dilakukan, peruntukan daripada NADMA adalah untuk membina dewan-dewan kekal di sekolah-sekolah itu.

Ketika berlaku banjir, dewan itu digunakan sebagai pusat PPS. Di luar waktu banjir, dewan itu digunakan oleh pihak sekolah dan juga masyarakat tempatan. Ini dilakukan setelah mengambil kira bahawa pembaikan selepas banjir itu melibatkan satu kos yang tinggi dan ini tentunya tidak adil untuk Kementerian Pendidikan menanggungnya.

Maka, pendekatan-pendekatan di luar kotak, di luar silo inilah yang telah kita lakukan dan yang paling penting ialah delivery system mesti sampai kepada kumpulan sasaran. Ertinya, mereka yang ditimpa bencana banjir ini akan memperoleh setiap bantuan sebelum mereka berpindah semula kembali ke rumah masing-masing. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Soalan tambahan.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 10:10 AM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Kudat, soalan tambahan.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Tidak keluar di dalam ini.

final • 10:10 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

[Bangun]

final • 10:10 AM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

[Bangun]

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Sila Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Yang Berhormat di atas peluang dan ruang yang diberi. Terima kasih. Saya tertarik dengan apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat tadi berkaitan dengan keperluan kawasan banjir

final • 10:10 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

dan kawasan saya adalah di antara kawasan yang terkesan banjir setiap tahun. Bukan sekali Yang Berhormat, sampai tiga hingga lima kali banjir setahun.

Jadi saya ingin tahu, yang pertama ialah tentang cadangan Yang Berhormat untuk pemberian pam yang mana pam berkuasa tinggi sangat penting dan seharusnya disegerakan sampai sebelum Oktober sebab pada bulan Oktober, sudah berdepan dengan Monsun Timur Laut untuk tahun 2023.

Yang kedua ialah banyak sekolah di Rantau Panjang yang tidak ada dewan kekal, malahannya menggunakan sekolah-sekolah dan ada sekolah yang menjadi penempatan banjir ini yang memang tenggelam banjir setiap tahun.

Yang ketiga ialah peruntukan wang ihsan yang mana wang ihsan yang dijanjikan untuk dibayar, saya dah berhubung dengan pihak pejabat jajahan, belum lagi diterima.

Jadi, harapannya supaya disegerakan. Ribuan mangsa banjir menunggu untuk nak terima bantuan banjir di seluruh negara yang sedang berdepan dengan banjir. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Yang Berhormat Menteri, sila.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja Rantau Panjang, Tumpat juga saya telah turun ke bawah. Pam yang telah diluluskan itu sedang dalam proses pembelian oleh pihak JPS Negeri. Peruntukan telah disalurkan.

Untuk dewan kekal, sebagaimana Yang Berhormat cadangkan itu, lapan dewan kekal di sekolah-sekolah telah dikenal pasti. Wangnya pun telah diperuntukkan. Kita tunggu daripada segi pelaksanaan.

Wang ihsan ini saya akan pantau sebab janji kita ialah sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing, mereka harus dapat dulu dan koordinasi ini telah dilakukan dengan pihak Jawatankuasa Bencana peringkat daerah. Mungkin mereka belum dapat lagi, tetapi saya akan pantau. Arahan ini telah kita lakukan kerana kita telah kenal pasti keluarga mana, kawasan mana yang dijangka banjir ataupun selalu banjir. Maka, peruntukan itu telah parking dengan izin, di tempat-tempat berkenaan.

Umpamanya, NADMA telah mengambil langkah-langkah proaktif iaitu menyalurkan bantuan lebih awal daripada musim banjir dan sebanyak RM280 juta telah disalurkan sebelum musim banjir. Umpamanya untuk Kelantan sendiri, RM68 juta disalurkan awal. Begitu juga Terengganu, RM68 juta. Kita tak pilih kasih dalam perkara ini. Cumanya, prasangka sering dilemparkan kepada NADMA, tidak kepada sayalah, kepada NADMA.

Saya fikir dalam soal menangani mangsa banjir ini, kita ketepikanlah warna-warna politik yang berbezalah demi rakyat, demi kawasan luar bandar biasanya yang terkesan kepada banjir ini, kita akan lakukan koordinasi. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan. Dua kali saya turun, dua kali beliau bersama dengan saya. Akan tetapi, mungkin Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu belum ada kesempatan ketika itu kerana sibuk di luar negara.

final • 10:10 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Soalan tambahan.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, saya mohon dibenarkan tiga soalan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

final • 10:10 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Soalan tambahan.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Berikutnya saya persilakan- kalau mengikut peraturan, dua soalan tambahan sahaja ya. Kalau ikut peraturan di sini. Jadi, saya teruskanlah untuk Pertanyaan-pertanyaan Menteri yang kedua, dipersilakan Yang Berhormat Kemaman.

final • 10:10 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Kemaman.

final • 10:10 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Saya nak merujuk Perkara 24(3).

Peraturan Dewan menyebut, “Tuan Yang di-Pertua boleh membenarkan Ahli-ahli mengeluarkan tidak lebih daripada tiga pertanyaan tambahan bagi setiap pertanyaan”.

Jadi, saya pohon kepada Tuan Yang di-Pertua supaya memberi ruang kepada kami untuk mempersoalkan dalam sesi soalan tambahan ini.

final • 10:10 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Kalau begitu, di sini ya soalan tambahan.

final • 10:10 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Soalan tambahan untuk Bentong.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat-Yang Berhormat dan Yang Berhormat Jerlun, perkataan boleh itu bukan mewajibkan ya. Jadi, keputusan Pengerusi berdasarkan peraturan mesyuarat adalah muktamad. Seterusnya kepada Yang Berhormat Kemaman.

final • 10:10 AM

2. Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan sejauh mana komitmen kementerian untuk meminda Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] dengan mengenakan hukuman dan denda yang lebih tinggi terhadap pencemar bekalan air bagi menangani pencemaran air yang berleluasa sehingga menyebabkan kekerapan berlaku gangguan bekalan air.

final • 10:10 AM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Kemaman, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) memandang serius insiden pencemaran sumber air. Sebagai sebuah negara membangun, kita sedang berdepan cabaran yang besar di dalam memastikan pembangunan yang lestari dan mampan. Pembuangan sisa domestik dan berbahaya ke dalam sungai merupakan beberapa contoh tindakan pencemaran air yang dihadapi dan perkara ini perlu ditangani secara proaktif dan holistik.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian sedang melaksanakan proses pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655], melibatkan tiga perkara utama bertujuan meningkatkan tempoh hukuman dan kadar denda ke atas tindakan yang berisiko yang menyebabkan pencemaran kepada mana-mana alur air ataupun sistem bekalan air. Dalam hal ini, pindaan melibatkan peningkatan denda daripada RM100 ribu kepada RM10 juta, manakala hukuman penjara dinaikkan daripada setahun kepada 15 tahun ataupun kedua-duanya sekali.

final • 10:10 AM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Kedua, melibatkan penyenaraian kesalahan-kesalahan baharu seperti apa-apa perbuatan yang menyebabkan atau yang mungkin menyebabkan penutupan sistem bekalan air atau gangguan bekalan air kepada pengguna serta melepaskan apa-apa kumbahan, efluen, benda atau bahan ke dalam mana-mana lurang.

Ketiga, membolehkan pemegang lesen air dan juga pengguna menuntut semula kos bagi memulihkan sistem bekalan air yang telah dicemari daripada pihak yang didapati bersalah. Ini melibatkan seksyen 121 dan seksyen 122 Akta 655.

Pindaan akta ini dalam peringkat semakan dan penelitian kementerian sebelum diangkat untuk kelulusan Jabatan Peguam Negara dan pindaan tersebut dijangka dapat dibentangkan di dalam Mesyuarat Parlimen pada Jun 2023. Seterusnya, kita kena maklum bahawa Akta Industri Perkhidmatan Air (WASIA) ataupun Akta 655 hanya jika pencemaran berlaku ke atas bekalan air.

Pada masa yang sama, sebagaimana kita maklum Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS) juga dalam proses pindaan sebelum Parlimen dibubarkan dan kita berhasrat untuk meneruskan pindaan tersebut kerana ini melibatkan sebarang pencemaran tanpa

final • 10:20 AM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

mengira lokasi ataupun bidang kuasa dan melibatkan pindaan elemen kompaun dan penalti dan juga untuk memperkasakan akta tersebut.

Saya juga ingin menarik perhatian Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini bahawa kementerian juga melaksanakan beberapa pendekatan bukan struktur ataupun nature-based solution untuk memberi pendidikan serta kesedaran awam mengenai kelestarian sungai dan memastikan kualiti air sungai terjamin. Ini termasuklah:

(i) program pembangunan denai sungai kebangsaan;

(ii) Sambutan Hari Air Sungai;

(iii) Rakan Alam Sekitar; dan seterusnya.

Pada masa yang sama, kita juga ingin mengingatkan bahawa langkah pencegahan insiden pencemaran bukan terletak di bahu Kerajaan Persekutuan semata- mata. Sumber air terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan ini melibatkan zoning, melibatkan kawasan sekeliling dan sebagainya dengan pihak kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan, terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Isu pencemaran air di sumber loji rawatan air ini masih lagi berada di tahap yang membimbangkan dan sering berlaku dalam negara kita sehingga menjejaskan keperluan penduduk di negara kita ini.

Soalan tambahan saya, selain daripada pindaan akta dengan mengenakan hukuman dan denda yang lebih berat kepada pencemar bekalan air, apakah usaha-usaha proaktif yang sepatutnya dilakukan dan dilaksanakan oleh pihak kementerian dalam membendung isu ini yang semakin kritikal memandangkan mereka yang melakukan pencemaran ini perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keseluruhan kesan pencemaran yang dilakukan oleh mereka ini.

Ia termasuk membersihkan sumber air yang tercemar dalam masa yang sama kita harapkan mereka dapat memberi pampasan kepada penduduk yang terjejas. Mohon penjelasan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Oleh sebab itu sebagaimana saya telah tegaskan tadi dalam pindaan yang kita hendak lakukan kepada Akta 655 yang kita hendak bawa ke Parlimen pada tahun ini pada Jun 2023, insya-Allah.

Antara perkara lain ialah membolehkan syarikat bekalan air malah pengguna untuk menuntut daripada pihak yang menyebabkan pencemaran. Akan tetapi, kita juga kena maklum elemen gangguan bekalan air ini pencemaran ialah satu elemen yang memang besar tetapi selain daripada itu elemen-elemen lain ialah reserve margin yang mencukupi.

Jadi, dalam keadaan di mana reserve margin itu belum minimum mesti 15 peratus maka kalau reserve marginnya rendah apa-apa pencemaran akan memudahkan gangguan berlaku.

Satu lagi ialah keterhubungan antara water processing treatment plant ini mestilah berada juga kepada tahap-tahap yang tinggi. Kalau dengan itu maka ia nya mampu untuk meningkatkan ketahanan terhadap sebarang gangguan bekalan air dan penstoran air di peringkat pengguna.

Seterusnya, non-revenue water (NRW), kadar air tidak berhasil yang kadar yang baik. Di Malaysia ini kita sekitar di antara 20 peratus ke atas, ada negeri 60 peratus. Kalau ikut negara-negara maju mereka mensasarkan 10 peratus untuk membolehkan kadar gangguan pencemaran air itu misalnya tidak menimbulkan gangguan kepada pihak pengguna.

final • 10:20 AM

Dato’ Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Soalan...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Paya Besar.

final • 10:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan kepada soalan asal daripada Yang Berhormat Kemaman.

Saya meneliti jawapan Yang Berhormat Menteri tadi ada pindaan tersebut berdasarkan tindakan berisiko. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat air merupakan salah satu sekuriti negara. Bagaimana Yang Berhormat Menteri melihat isu pencerobohan dan isu sabotaj yang akhirnya menjadi kepada pencemaran air di loji-loji.

Itu yang pertama.

Keduanya, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian berpuas hati tahap pengurusan perkhidmatan di semua loji air di seluruh negara? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar.

Saya bersetuju bahawa isu air ini ialah isu sekuriti. Malah, pakar-pakar menyatakan bahawa kalau dahulu orang berperang sebab minyak, gas dan sebagainya mungkin pada abad ini orang akan berperang tentang air.

Tentang soal sabotaj dan tindakan yang diambil, kalau kita lihat dalam beberapa kes saya bagi contoh LRA Sungai Keratong, Pahang. Gangguan henti tugas berlaku pada 7 sehingga 15 Julai tahun 2021 yang melibatkan 11,000 akaun pengguna.

Kita mendapati ada pencemaran yang diakibatkan oleh efluen sisa sawit yang mengalir keluar daripada kolam takungan kilang sawit yang pecah ke Sungai Pukin di Rompin dan tindakan yang diambil oleh SPAN, pemilik premis kilang sawit disabitkan kesalahan di bawah seksyen 121(1)(c) Akta Industri Perkhidmatan Air (AIPA) 2006 dan didenda RM70,000 oleh Mahkamah Seksyen Kuantan pada tahun lepas.

Seterusnya, LRA Sungai Semenyih ada beberapa insiden 31 Ogos, 3 September dan 16 Disember 2021 melibatkan lebih 300,000 akaun dan tindakan telah diambil oleh LUAS di peringkat Selangor dan juga oleh Jabatan Alam Sekitar dan ada satu kes yang diakibatkan oleh pencemaran bau diesel di Sungai Semenyih. Tindakan diambil di bawah seksyen 430 Kanun Keseksaan oleh pihak PDRM.

Jadi, itu antara contoh-contoh yang kita ada. Kita ada banyak lagi dan misalnya ada satu lagi kes yang saya hendak sebut ialah kes yang berlaku di Selangor juga yang mana tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa bukan kepada pekerja yang terlibat melakukan pembuangan sisa tetapi kepada pengarah-pengarah syarikat tersebut yang bergelar ‘Datuk’. Kita ambil tindakan dan mereka telah direman saya ingat dua minggu ya untuk kes tersebut.

final • 10:20 AM

3. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah usaha-usaha dan langkah-langkah berkesan untuk menangani kes-kes yang melibatkan rakyat Malaysia terkait isu job scammer. Nyatakan jumlah terkini rakyat Malaysia yang terlibat, yang telah diselamatkan dan yang dipercayai masih ditahan.

final • 10:20 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih sahabat saya dari Bayan Baru.

Jenayah penipuan pekerjaan terhadap warga negara Malaysia di luar negara menyaksikan trend ini ketara sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Apakah yang berlaku? Ada di kalangan rakyat Malaysia yang tertarik dengan tawaran iklan pekerjaan di luar negara dengan tawaran bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan, pekerja di kasino menjadi jurubahasa.

Upahnya lumayan, tempat tinggal disediakan, tambang pergi pun ditanggung.

Apabila sampai di sana, mereka berakhir menjadi scammer iaitu love scam dan scammer pelaburan. Apakah langkah yang dibuat oleh kerajaan? Berasaskan kepada prinsip tanggungjawab kerajaan untuk jaga nyawa dan keselamatan rakyat. Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Dalam Negeri secara bersama menghubungi dalam prinsip G2G

final • 10:20 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

dan prinsip P2P, polis ASEAN dan Polis Antarabangsa (Interpol) termasuk dengan pejabat-pejabat kedutaan asing.

final • 10:20 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Dari sini, kita lakukan beberapa perkara. Pertama, kita kesan, kita locate dahulu di mana keberadaan rakyat Malaysia. Kita sahkan bilangannya. Kita rancang strategi menyelamat, kita atur proses deportasi atau membawa pulang. Kita beri bantuan segera, kita kongsi langkah penyiasatan dan kita berkongsi maklumat. Hasilnya kita anggarkan ada 339 rakyat Malaysia yang berada di- sama ada Laos, Kemboja, Myanmar, Filipina, Thailand dan termasuk di Dubai, United Arab Emirates.

Daripada jumlah itu, kita telah berjaya menyelamatkan 218 orang manakala 121 orang lagi kita kategorikan sebagai terkandas. Ketika saya menjawab soalan ini pun, pasukan polis kita sekarang berada di Thailand dalam misi menyelamat yang sama.

Demikian jawapan saya, terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 10:30 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat terkejut dengan angka yang begitu besar rakyat Malaysia yang menjadi buruh paksa. Ada ramai yang diseksa dan sebahagiannya yang terkandas di Myanmar, Laos dan sebagainya. Jadi sindiket buruh paksa ini, kebanyakan mangsa buruh paksa sindiket job scammer ini diperdaya oleh agensi orang tengah menerusi iklan peluang pekerjaan di media sosial. Ramai ejen ini masih beroperasi di Malaysia.

Jadi saya minta penerangan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan terhadap agensi atau ejen yang didapati terlibat dalam sindiket scammer ini di Malaysia. Mereka merupakan orang tengah di sini yang beroperasi di Malaysia. Apakah kerjasama terdapat kerja G2G antara negara-negara yang terlibat terutamanya negara Myanmar, Cambodia dan China juga sebab kita tahu bahawa terdapat laporan-laporan KK Garden ini dioperate oleh sindiket dari negara China juga.

Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Bayan Baru, sekali lagi. Strategi pasukan polis ada dua. Pertama, pencegahan.

Itu melalui kaedah kempen secara meluas, gunanya untuk mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak mudah terpengaruh. Ada kesan atau tidak, jawapannya ada.

Jumlah laporan polis paling tinggi adalah pada April tahun lepas. Itu adalah sebanyak 73. Trend itu terus menurun seiring dengan kempen yang dibuat. Kempen bukan pasukan polis sahaja, tetapi juga Pertubuhan Masyarakat Madani, distinguished individuals dan badan-badan NGO yang khusus membawa isu ini. Pada bulan Februari, kita baru mencatatkan satu laporan polis, Januari ada sembilan. Jadi apabila kita plot graph, trend itu menurun. Ini adalah fungsi pencegahan.

Fungsi penguatkuasaan pula adalah kita mengenal pasti ejen-ejen atau syarikat- syarikat ini. Setakat ini dalam pengetahuan saya yang ditaklimat oleh pasukan polis, ada dua syarikat agensi pekerjaan dalam negara kita yang telah ditangkap. Lapan orang individu yang ditangkap daripada dua agensi pekerjaan ini.

Tuan Yang di-Pertua, apabila kita selamatkan sejumlah yang saya sebut tadi, kita profilkan mereka. Pasukan polis temu bual mereka. Hasil temu bual itu, dia jatuh dalam empat kategori. Pertama, mereka betul-betul tertarik dengan tawaran iklan kerja di luar negara dan apabila pergi ke sana, keadaan tidak seperti yang mereka bayangkan. Ini kes yang kumpulan pertama.

Kumpulan yang kedua adalah bermula mereka angkat kaki meninggalkan negara, mereka tahu mereka sebenarnya hendak jadi scammer. Oleh sebab itu di sana ada yang sudah berjaya. Maksudnya apabila dia jalankan kerja scammer, dia capai KPI, kutipan yang mesti dia capai melalui tawaran scam, cryptocurrency ataupun love scam ini. Jadi apabila dia capai, dia tak nak balik. Ada juga. Saya kena jujur mengesahkan dalam Parlimen ini. Akan tetapi, kategori yang kedua itu memang dia tahu, tetapi apabila dia

final • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

sampai sana dia tidak capai KPI. Maka dia kata dia menjadi mangsa dan dia menghubungi kita minta untuk diselamatkan.

Saya juga hendak sebut hasil siasatan polis setakat ini, video yang viral menunjukkan ada individu yang diseksa dan dipukul tidak melibatkan rakyat Malaysia setakat ini. Jadi melalui profil yang kita buat ini juga, kita dapati bahawa di kalangan yang kita selamatkan dan bawa balik, mereka sebenarnya pergi awal lagi. Mereka pergi untuk aktiviti judi. Mereka kalah, mereka pinjam along, kemudian mereka tidak dapat balik dan mereka hubungi polis, mereka kata mereka mangsa. Itu pun kita bawa balik. Prinsip the right to return itu betul-betul kita laksanakan. Apabila dia balik, baru dia maklumkan kepada kita.

Ketiga adalah Tuan Yang di-Pertua kita berjaya bawa balik, selepas itu dia pergi pula. Pun ada juga. Hancur luluh pasukan polis apabila diberitahu bahawa kita kesan mereka pergi pula dan mereka hubungi tolong selamatkan kami lagi. Jadi, ini dari mana?

Ini bukan fakta di awang-awangan. Saya mesti bertanggungjawab pada Dewan yang mulia. Apabila kita profil di kalangan rakyat Malaysia yang balik, begitu ceritanya.

Jadi kesemuanya ini ditanya oleh Yang Berhormat Bayan Baru tadi, apakah langkah yang kita buat? Tuan Yang di-Pertua, kerjasama polis di peringkat antarabangsa ini adalah rupa bentuk jenayah baharu rentas sempadan. Apa yang tak berlaku 10, 15 dan 20 tahun dahulu tetapi sekarang berlaku. Oleh sebab itu, saya beri jaminan bahawa komitmen pasukan polis dan seluruh kekuatan kementerian— sekarang ini kita ada jawatankuasa khas menangani isu ini bersama dengan kementerian luar.

Insya-Allah, aktiviti menguar-uarkan kepada rakyat Malaysia, saya mohon kerjasama semua anggota Dewan dan masyarakat di luar sana untuk mengingatkan sebab mangsa yang pergi ini, ada yang pergi sendiri, ada yang pergi dengan kawan dan ada yang pergi satu keluarga, mak, ayah dan anak pun pergi juga. Jadi, kategorinya itu pelbagai. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita tahu bahawa aktiviti job scammer mahupun lain-lain penipuan terutamanya yang dibuat melalui atas talian amat berkaitan dengan sekuriti siber yang masih lagi menjadi kebimbangan utama di negara kita.

Banyak organisasi kerajaan dan swasta sering kali mengalami serangan cyber melalui pelbagai virus, malware, phishing dan ransomware. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, khususnya kerajaan dan juga KDN yang mempunyai cyber crime unit, apakah langkah sekuriti siber yang kukuh dan meyakinkan telah/dan akan diambil oleh kerajaan bagi mengatasi pencerobohan dan kecurian data yang turut juga membawa kepada aktiviti job scammer ini. Prevention is better than cure. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya dari Kota Bharu. Ada tiga perkara.

Pertama adalah agensi atau kementerian kawal selia menyangkut tentang jenayah siber. Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Komunikasi dan Digital.

Bahagian kedua adalah aspek perundangan kerana jenayah ini adalah merupakan jenayah yang sangat kompleks, sophisticated dan dinamik. Ini bermaksud elemen undang- undang sedia ada dalam negara belum sempurna lagi.

Apakah langkah yang dibuat? Insya-Allah dalam tahun ini kalau semuanya berjalan mengikut rencana, sidang bulan Julai nanti, kita akan bentangkan satu rang undang-undang berkaitan dengan ikhtiar kerajaan untuk menangani ancaman jenayah siber.

Kedua, kerajaan juga ke arah mewujudkan single entity daripada beberapa agensi kawal selia yang ada sekarang.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Dari situ, ia akan memudahkan kita untuk mengambil subject matter experts.

Kalau kita buat mengikut jalur biasa dengan skim perjawatan dan pangkat biasa, itu tidak begitu tertarik, sedangkan jenayah ini betul-betul memerlukan kepakaran khusus.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Kerajaan sedar bahawa struktur dan sistem sedia ada tidak memadai. Jadi, kita ke arah itu. Serentak dengan itu, adalah kita harap apabila kita membentangkan rang undang- undang itu nanti, ia akan mendapat sokongan kuat daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Jadi, saya sambut baik keprihatinan sahabat saya, Yang Berhormat Kota Bharu yang kebetulan punya latar belakang perundangan untuk terus memberi maklum balas dan input kepada kami. Ini momen yang tepat sebab kita ke arah untuk mengemaskinikan akta yang berkaitan dengan jenayah siber buat masa sekarang.

Saya boleh berkongsi data-data tangkapan, tindakan dan pendakwaan oleh pasukan polis tetapi saya boleh sebut bahawa bagaimana kuat pun usaha dan ikhtiar kita, itu masih belum memadai kerana jenayah ini sangat kreatif bentuknya, coraknya itu sangat kreatif. Lepas satu, satu, lepas satu, satu. Jadi, kita harus lebih advanced, lebih ke depan berbanding dengan mereka. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Sebelum kita mula sesi seterusnya, ingin saya mengingatkan Dewan, terutama tadi saya ingin menjelaskan kepada Yang Berhormat Jerlun, keputusan Speaker ataupun Timbalan Speaker adalah berdasarkan Peraturan 43, 99 dan 99A. Bagi mereka yang baru, sila lihat dan baca, telaahkan ya.

Okey, selain itu, ingin saya mengingatkan kepada adab semasa di dalam Dewan.

Saya ambil ruang ini sebentar, dalam satu minit. Ini boleh kita lihat pada Peraturan 41.

Ingin saya mengingatkan, saya berharap tidak ada perjalanan Dewan yang ada kecilnya.

Sementara seorang Ahli Yang Berhormat bercakap, ada mesyuarat kecil di sebelah kanan dan kiri. Beri perhatian. Ini saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat ambil maklum kerana ingin saya ingatkan juga, we are live. Semalam saya ke kedai mamak— ini satu benda yang berlaku. Mereka mengenali saya. “Yang Berhormat, macam mana zoo”. Saya terkejut. Inilah impresif masyarakat di luar sana. So, saya berharap berpeganglah kepada etika dan virtue. Dengan izin, our virtue and our etiquette. Sila Setiausaha, teruskan.

final • 10:40 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Tuan Manndzri bin Nasib [Tenggara] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah kerajaan bagi meningkatkan semula kedudukan Malaysia yang telah jatuh 7 anak tangga dalam Indeks Keselamatan Makanan Global (GFSI) 2022.

final • 10:40 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tuan Yang di-Pertua, Indeks Sekuriti Makanan Global (GFSI) dinilai melalui empat kategori iaitu affordability, availability, quality and safety dan sustainability and adaptation. Berasaskan kepada Dimensi Sekuriti Makanan yang dikeluarkan oleh Food and Agriculture Organization of United Nations, berdasarkan GFSI 2022 yang dikeluarkan oleh Economies Impact, Malaysia berada di kedudukan ke-41— ini tahun 2022 ya— dengan skor 69.9 iaitu di tahap sederhana. Walaupun kita dilanda MCO dan sebagainya di bawah kerajaan sebelum ini, alhamdulillah, kita hanya di tahap sederhana. Tidaklah buruk ya.

Dalam kalangan negara Asia Pasifik, Malaysia berada di kedudukan kelapan dan kedua di kalangan negara Asia Tenggara.

final • 10:40 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Secara keseluruhan, kerajaan memahami terdapat ruang untuk menambahkan dan meningkatkan kedudukan dalam GFSI terutamanya dalam kategori lemah seperti sustainability dan adaptation di mana Malaysia mendapat skor 53.7. Pemberat bagi kategori ini telah menunjukkan peningkatan daripada 17.5 percent pada tahun 2021— ini kemuncak pandemik— kepada 22.5 pada tahun 2022. Ertinya, kita ada improvement dan ia telah memberi kesan terhadap sumbangannya kepada sektor keseluruhan.

Daripada pemerhatian terhadap 25 indikator dan subindikator, kita dapati bahawa Malaysia masih lagi berada dalam kategori negara yang tidak menerima bantuan makanan dari luar. Ertinya, daripada UNICEF, dari United Nations. Kita masih lagi dalam keadaan dua tahun kita hadapi pandemik itu, kita masih lagi boleh berdikari.

Tindakan susulan oleh kerajaan tidak hanya bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan negara dalam GFSI tetapi juga memastikan sistem makanan kekal berdaya tahan dalam pelbagai keadaan. Antara langkah yang telah diambil adalah:

(i) menubuhkan Jawatankuasa Kabinet mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri;

(ii) membangunkan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara yang melibatkan beberapa kementerian dan agensi; dan

(iii) membangunkan platform khusus berkaitan sekuriti makanan negara sebagai sumber rasmi untuk rujukan umum dan pihak yang berkepentingan.

Jadi, soal makanan dan keterjaminan ini kita selalu bercakap beyond daripada politik dan sebagainya, kita lihat di sudut manusia dan kemanusiaan dan di sudut kepentingan negara. Jadi, sebab itu yang kita bacakan tadi, yang disebut tadi, itu yang berlaku pada tahun 2021 dan 2022 dan indeks baharu akan dikeluarkan sudah tentulah suku pertama, suku kedua dan suku ketiga. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Tenggara, soalan tambahan.

final • 10:40 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Adakah Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 dapat menggalak lagi perkembangan industri pertanian domestik termasuk melibatkan agensi-agensi rakyat seperti FELDA, FELCRA dan RISDA agar sumber tanah yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya? Bagaimanakah pelan tindakan ini dapat membantu usaha-usaha memelihara kemampanan dan kelestarian alam sekitar? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Soalan ini cukup penting, soal menjaga sekuriti makanan supaya ia terus berada sepanjang masa. Jadi, sebab itulah kita lihat kalau ada kawasan laut yang diwartakan, marine protected, kita kena patuh. Begitulah juga kita lihat menjaga pencemaran sungai dan sebagainya.

Saya macam juga Yang Berhormat Kubang Kerian, kami ini minat jala ikan.

Sekarang ini kalau hendak menjala ikan di parit yang melintasi kampung, kita sudah tidak boleh menjala. Bila kita jala, bukan dapat ikan, dapat basikal, dapat selipar, dapat macam- macam yang dibuang di dalam sungai. Ertinya, menjaga environment ini kepada masyarakat kita masih perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Begitu juga untuk membanyakkan hasil laut misalnya. Kita letakkan tukun tiruan dan sebagainya. Sekarang satu usaha baru yang mendapat sambutan iaitu lumut laut menjadi suatu perkara yang begitu baik dan boleh diperbesarkan. Antaranya, menghasilkan ekonomi dan juga menambahkan protection kepada laut dan pendapatan kepada nelayan. Perkara ini akan terus dibuat. Sama ada yang baik dibuat oleh kerajaan dahulu, kita akan sambung dan baiki dari semasa ke semasa untuk keterjaminan makanan di Malaysia.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Era teknologi digital semakin laju dan menguasai dalam semua bidang. Maka, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan sektor pertanian ini dapat adaptasi ataupun menggunakan teknologi ini dalam usaha untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil pertanian di negara ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih rakan, Yang Berhormat Bagan Serai sekarang. Dahulu Yang Berhormat Bukit Gantang, kita berpindah tempat.

Memang dalam teknologi moden ini, kita lihat anak-anak muda mula terjun ke bidang pertanian, terutama sekali kita lihat sekarang ini kalau pengurusan sawah padi, banyak anak muda terlibat di sekitar Sekinchan, Tanjong Karang, Sungai Besar dan sebagainya.

Di kawasan MADA, Kedah sendiri sekarang ini sudah ada puluhan mahasiswa yang baru graduate terlibat dalam memandu dron untuk menabur baja, racun dan sebagainya. Oleh itu, kita lihat ia sudah menjadi satu fenomena baharu sekarang ini.

Selama ini, kita lihat ia diusahakan secara tradisi. Kalau kita tanya seseorang itu, kamu kerja apa? Aku tidak ada kerja, hanya buat bendang. Padahal pada masa akan datang, apabila dia sebut dia buat bendang, dia berbangga, dia terlibat dalam satu kerja yang teknologi baharu dan sebagainya yang boleh mendapatkan hasil yang berlipat ganda lagi pada masa yang akan datang.

Ini yang sedang kita usahakan, kita ambil daripada teknologi sama ada dari Indonesia, dari China, dari Vietnam ataupun yang direka oleh universiti-universiti tempatan sekarang ini yang begitu banyak datang ke pejabat dan mereka perkenalkan teknologi baharu mereka untuk membantu dalam bidang pertanian ini. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya, Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Buat baik dapat pahala, Soalan saya nombor dua.

final • 10:50 AM

2. Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya [Pokok Sena] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan tindakan strategik jangka masa pendek dan jangka masa panjang kementerian bagi mengurangkan beban para penoreh getah berikutan kejatuhan harga komoditi getah ketika ini.

final • 10:50 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Semoga dengan soalan itu dapat pahalalah memperjuangkan kebajikan pekebun-pekebun kecil getah khususnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, harga komoditi adalah bersifat turun naik atau pun fluctuate, dengan izin.

Ini bergantung dengan keadaan prospek ekonomi global, permintaan dan penawaran daripada pihak industri dan juga bergantung dengan kos bahan mentah dan tenaga kerja. Begitu juga dengan kadang-kadang adanya lebihan stok getah, di mana diperbanyakkan dalam pasaran dan kadang-kadang juga terjejas disebabkan keadaan kesan geopolitik global.

Jadi untuk makluman, pada tahun 2021 pengeluaran getah tempatan terdiri daripada 395,594 tan metrik getah sekerap (cup lump) dan 33,709 tan metrik lateks.

Memandangkan permintaan yang tinggi oleh industri hiliran terhadap lateks dan faktor kekurangan bekalan tempatan, maka jumlah import lateks yang tinggi, terutama dari Thailand dengan nilai RM3.17 bilion iaitu 337,250 tan metrik pada tahun 2021.

final • 10:50 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Justeru itu, Kementerian Perladangan dan Komoditi melalui Lembaga Getah telah melaksanakan insentif pengeluaran lateks (IPL) khusus bagi menggalakkan pekebun kecil getah untuk menghasilkan lateks. Program ini memberi peluang kepada pekebun kecil getah untuk menambah pendapatan dengan memberi galakan kepada mereka untuk balik kepada menghasilkan susu getah ataupun lateks berbanding dengan getah sekerap.

Bagi setiap peserta pekebun kecil getah yang menyertai program ini, mereka akan menerima insentif tunai sebanyak RM1 sekilogram bagi 100 peratus kandungan getah kering dan para peserta menerima bantuan dalam bentuk input pertanian apabila mereka sudah jual sebanyak tiga kali dalam setahun. Mereka akan dapat RM850 dalam bentuk insentif sama ada baja dan racun. Di samping itu, kita juga memperkenalkan insentif pengeluaran getah iaitu ia diperkenalkan sejak tahun 2015 lagi.

Ini boleh dikatakan untuk menggalakkan pekebun kecil terus menoreh dan menghasilkan, maka kita tetapkan lebih kurang konsep floor price iaitu RM2.50 sekilogram untuk 50 peratus kandungan getah kering. Ini di peringkat ladang. Jadi, ini setelah dilaksanakan dari tahun 2015 sehingga 31 Disember sebanyak 207,128 orang pekebun kecil seluruh negara dengan nilai RM446 juta telah mendapat hasil daripada itu.

Di samping itu, kita juga ada memperkenalkan program target. Program target ini ialah untuk menggalakkan ataupun bertujuan untuk meningkatkan pendapatan secara kluster pekebun kecil. Setakat ini yang telah mengambil bahagian keseluruhannya ada enam iaitu lima di Kedah dan satu di Pahang. Dua merupakan koperasi dan empat merupakan pengusaha getah. Ada lagi beberapa usaha lain yang kita laksanakan.

Mungkin saya beri peluang untuk dalam tempoh soalan tambahan nanti. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Pokok Sena, soalan tambahan.

final • 10:50 AM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Terima kasih jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya cukup faham dengan situasi dan harga komoditi, khususnya getah yang berkait rapat dengan faktor ekonomi global. Cuma, apabila melihat kepada keadaan rakyat, khususnya di kawasan pedalaman, di kawasan saya sendiri Pokok Sena, Padang Terap, Baling, Sik.

Kebanyakan penoreh ada di sana, di mana kedudukan harga getah hari ini tidak seimbang dengan kenaikan harga barang. Jadi, persoalan saya adakah kementerian berhasrat untuk melakukan semakan semula harga lantai dan ditingkatkan harga tersebut bagi membuktikan kesungguhan kerajaan bantu mereka? Jangan sampai penoreh ini serik untuk menoreh getah. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Sepertimana saya katakan tadi, kalau kita adapun harga lantai, ia masih tertakluk kepada harga turun naik dan kos itu pun akan turun naik dan sebagainya. Jadi, fokus kita patut melihat bagaimana kita hendak tingkatkan pendapatan pekebun kecil. Oleh sebab itu, ada usaha di bawah agensi kita juga melaksanakan supaya kita menghasilkan pendapatan tambahan kepada pekebun- pekebun kecil. Ini di mana keluarga mereka terlibat bersama.

Contohnya ialah untuk menghasilkan kraf tangan daripada hasilan getah, buah getah, daun getah, di mana mereka hasilkan kraf tangan. Mereka akan dilatih dan mereka akan dicari pasaran hasil daripada kraf tangan dan sebagainya. Ini supaya mereka tidak akan bergantung hanya kepada getah.

Kedua, tadi ialah kalau kita melihat import lateks kita ialah lebih daripada RM3 bilion. Jadi, sebab itu kita hendak menggalakkan supaya pekebun getah ini menghasilkan lateks dan untuk itu apa yang saya hendak cadangkan. Saya sudah pun berjumpa dengan persatuan pekebun-pekebun kecil untuk himpunkan sebab kalau dalam kadar pekebun kecil ini mungkin tidak produktif dan tidak economical untuk mereka melaksanakan usaha penorehan dan sebagainya. Kalau kita dapat kelompokkan mereka dan ada sebuah syarikat utama yang akan menjaga mereka, guarantee, maknanya membeli pada harga tertentu lateks tersebut.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Kalau kita membuat perbandingan, harga lateks sekarang ini daripada segi averagenya ialah RM5 lebih berbanding dengan harga getah sekerap. Oleh sebab itu, kalau itu dapat kita laksanakan dan kita juga mengurangkan import dan menghasilkan secara dalaman lateks tersebut. Jadi, ini diharapkan akan dapat membantu meningkatkan pendapatan penoreh getah kita. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Jamaluddin bin Yahya - Pasir Salak

Soalan tambahan, Pasir Salak.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Tampin. Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Soalan tambahan, Tangga Batu.

final • 11:00 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Industri getah negara pada masa ini sedang berdepan dengan pelbagai cabaran, antaranya perubahan iklim dan cuaca yang tidak menentu, kekurangan tenaga kerja serta ketidakstabilan harga pasaran.

Apakah hala tuju dan perancangan Lembaga Getah Malaysia pada masa hadapan kerana pekebun kecil sekarang ini lebih berminat untuk menukar kebun mereka kepada kelapa sawit. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Seperti yang saya katakan tadi, salah satu usahanya ialah kalau kita dapat himpunkan industry players, misal kata mereka menghasilkan sarung getah dan juga produk-produk getah. Mereka sekarang ini bergantung dengan import dan apabila mereka import lateks, keterjaminan bekalan itu juga bergantung dengan negara-negara pengeluar.

Oleh sebab itu kita hendak himpunkan melalui persatuan pekebun-pekebun kecil ini, kalau kita dapat buat zoning, kita dapat himpunkan mereka supaya ia akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik lagi dan itu akan memberi keterjaminan kepada pekebun- pekebun kecil dari segi satu harga di mana ada jaminan akan ada pembeli setiap kali mereka menghasilkan produk-produk mereka.

Akan tetapi, kita kena beralih kepada, bukan sahaja kepada lateks, tetapi juga memfokuskan kepada produk-produk hiliran yang akan di mana mereka ini boleh terlibat bersama dalam the whole value chain dengan izin bekalan dan penghasilan produk- produk hiliran getah itu. Itu yang saya sasarkan semoga kita akan dapat memberi penambahan pendapatan kepada penoreh-penoreh getah. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon satu lagi soalan penting.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:00 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya mohon satu lagi untuk kepentingan penoreh getah.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Saya telah tetapkan Yang Berhormat selepas ini hanya dua soalan tambahan dan seorang. Dipersilakan soalan selanjutnya Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 11:00 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Timbalan Speaker tegas geliga, Soalan saya nombor tiga.

final • 11:00 AM

3. Dr. Mohammed Taufiq bin Johari [Sungai Petani] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah kementerian bercadang untuk mendaftarkan semua sekolah agama dan apakah kaedah untuk memastikan sekolah-sekolah ini dapat didaftarkan supaya layak untuk mendapat bantuan kerajaan.

final • 11:00 AM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Negara Madani negara pilihan, Ini jawapan Kementerian Pendidikan. Yang Berhormat Sungai Petani, seksyen 79, Akta Pendidikan 1986 menetapkan bahawa semua institusi pendidikan hendaklah didaftarkan di bawah akta ini. Walau bagaimanapun, bagi institusi pendidikan yang menjalankan pendidikan agama semata- mata adalah terkecuali daripada tafsiran akta ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi melayakkan sekolah agama menerima bantuan daripada kerajaan, Kementerian Pendidikan Malaysia menggalakkan sekolah agama mendaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Mulai tahun 2004 sehingga 31 Januari 2023, sebanyak 229 buah sekolah agama telah didaftarkan sebagai SABK. Sekolah yang ingin mendaftar, perlu memenuhi syarat yang ditetapkan termasuk mempunyai premis sendiri dan dibina di atas tanah wakaf atau tanah kerajaan negeri serta memenuhi syarat keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Sekolah agama yang berhasrat untuk berdaftar sebagai SABK perlu mengemukakan permohonan kepada KPM. Sekolah yang ingin berdaftar juga hendaklah melaksanakan Kurikulum Kebangsaan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta 550 dan apa-apa kurikulum yang dibenarkan oleh KPM. Sekolah juga hendaklah melaksanakan kokurikulum sebagaimana ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan yang lain.

KPM amat peka atas keperluan pendaftaran sekolah agama dengan pihak kerajaan. Sesi perbincangan dua hala dan libat urus KPM dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan pihak berkuasa agama negeri akan terus dilaksanakan bagi memastikan sekolah agama dapat didaftarkan untuk melayakkan sekolah tersebut menerima bantuan dan ditadbir urus dengan baik. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 11:00 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya difahamkan banyak sekolah agama yang tidak berdaftar. Jadi, soalan saya ialah, apakah bantuan yang kerajaan berikan kepada sekolah-sekolah SABK ini dan bagaimanakah kaedah untuk kementerian memantau sendiri tentang SABK ini, terima kasih.

final • 11:00 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat. Berdasarkan memorandum persefahaman, sekolah yang berdaftar sebagai SABK akan menerima sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh daripada kerajaan.

Selain daripada itu urusan perkhidmatan termasuk gaji serta elaun pengetua dan guru serta kakitangan sokongan juga akan- yang menyertai perkhidmatan pendidikan juga di bawah tanggungjawab Kerajaan Malaysia. Yang Berhormat, berdasarkan seksyen 52, Akta Pendidikan misalnya telah memperuntukkan bantuan kewangan kepada institusi pendidikan Islam yang tidak ditubuhkan atau disenggarakan oleh Menteri atau kerajaan negeri.

Jadi, bantuan kewangan secara sumbangan ini boleh diberikan daripada wang diperuntukkan oleh Parlimen kepada sesuatu institusi pendidikan Islam yang tidak disenggarakan oleh Menteri di bawah akta ini atau oleh kerajaan sesuatu negeri dan sama ada ia merupakan satu institusi pendidikan mengikut pengertian akta ini atau bukan institut pendidikan sedia ada hanya kerana pengajaran institusi ini adalah terbatas kepada ajaran agama Islam semata-mata.

Bantuan yang lain yang layak Yang Berhormat, termasuklah bantuan-bantuan biasa yang umum sebagaimana yang telah diberikan kepada sekolah-sekolah biasa termasuk bantuan awal persekolahan, bantuan perbelanjaan dan pengangkutan murid,

final • 11:00 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

bantuan yuran MSSM, bantuan perbelanjaan utiliti, bantuan makanan asrama, perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan dan perkhidmatan kawalan keselamatan. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Pengkalan Chepa ya.

final • 11:00 AM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ya.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Pihak teknikal, tolong tengokkan, tidak keluar dalam ini tadi, ya. SUDR, ambil maklum. Please make sure ya.

Silakan Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

final • 11:00 AM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, sedarkah Yang Berhormat Menteri bahawa data pada tahun lalu menunjukkan ada 3,017 buah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah kurang murid ataupun SKM.

Sekolah- sekolah ini termasuk di area Lembah Klang, sedangkan di negeri-negeri Pantai Timur sekolah-sekolah agama menjadi pilihan kepada ibu bapa termasuk pelajar- pelajar daripada Lembah Klang ini. Di sana kita lebih murid, di sini ada sekolah-sekolah di bawah kementerian yang kurang murid iaitu dalam kategori 150 orang murid pada satu- satu sesi.

Jadi, apakah perancangan pihak kementerian selain daripada perancangan sedia ada untuk tidak membiarkan sekolah ini beroperasi dengan kurang murid. Saya hendak mencadangkan dengan begini kepada Yang Berhormat Menteri. Kalau di negeri Kelantan, Terengganu dan Pantai Timur ada sekolah-sekolah tahfiz sains yang menjadi kegemaran kecenderungan ibu bapa untuk hantar, tetapi tempatnya sangat limited. Kalau boleh dibuat satu kajian secara lebih komprehensif untuk menjadikan sekolah-sekolah kurang murid ini digabungkan dan pada masa yang sama diletakkan aliran sains, tahfiz dan sebagainya yang mungkin boleh mengatasi secara holistik terhadap isu yang kurang murid ini. Sekian.

final • 11:00 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa soalan itu tidak berkait dengan soalan utama. Soalan pertama berkaitan dengan pendaftaran sekolah- sekolah agama. Akan tetapi saya sambut baik keprihatinan Yang Berhormat tadi berkaitan dengan sekolah kurang murid dan juga cadangan itu untuk kami pertimbangkan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Kurang jelas]

final • 11:00 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Tuan Yang di-Pertua, Kuala Kedah minta laluan sedikit soalan tambahan.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Saya telah tetapkan dua soalan.

final • 11:00 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Soalan berikutnya, Dato’ Mumtaz binti Md Nawi, Yang Berhormat Tumpat.

final • 11:00 AM

Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Awal Bismillah dari Tumpat, Soalan saya nombor empat.

final • 11:00 AM

4. Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan berapa bilangan taska OKU di seluruh negara berbanding nisbah bayi dan kanak-kanak OKU didaftarkan dan apakah insentif kewangan yang diberikan dalam membangunkan kanak-kanak OKU sejak daripada bayi.

final • 11:00 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, sehingga 31 Januari 2023, sebanyak 11 buah taska Orang Kurang Upaya

(OKU) beroperasi yang memberi manfaat kepada 264 orang kanak-kanak OKU.

Jumlah ini adalah sebanyak 4.71 peratus, berbanding seramai 5,606 orang kanak-kanak OKU lingkungan usia kosong hingga empat tahun yang berdaftar bagi menggalak dan menyokong lebih banyak penubuhan dan pengoperasian taska OKU di seluruh negara Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada menyediakan bantuan kewangan kepada pengusaha taska OKU iaitu, pertama, bantuan kewangan penubuhan.

Kedua, bantuan kewangan operasi, bagi bantuan kewangan penubuhan ia akan diberikan secara sekali gus atau dengan izin one-off. Bantuan ini merangkumi, pertama, pembelian perabot dan peralatan. Kedua, iaitu kos pengubahsuaian struktur dan reka bentuk premis yang mesra OKU.

Ketiga, pembelian perkakas atau peralatan bagi kegunaan menjalankan aktiviti kepada kanak-kanak OKU.

final • 11:00 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Bagi menggalak dan menyokong lebih banyak penubuhan dan pengoperasian taska OKU di seluruh negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada menyediakan bantuan kewangan kepada pengusaha taska OKU iaitu:

(i) bantuan kewangan penubuhan; dan

(ii) bantuan kewangan operasi.

Bagi bantuan kewangan penubuhan, ia akan diberikan secara sekali gus (one- off). Bantuan ini merangkumi:

(i) pembelian perabot dan peralatan;

(ii) kos pengubahsuaian struktur dan reka bentuk premis yang mesra OKU; dan

(iii) pembelian perkakas atau peralatan bagi kegunaan menjalankan aktiviti kepada kanak-kanak OKU.

Bagi bantuan kewangan operasi pula, JKM boleh menyalurkan bantuan kewangan untuk meringankan kos operasi taska OKU termasuklah:

(i) bayaran sagu hati kepada penyelia dan pengasuh;

(ii) bayaran sagu hati kepada jurupulih cara kerja, jurupulih anggota dan jurupulih pertuturan;

(iii) bayaran sewaan premis dan utiliti; dan

(iv) bayaran kos makan minum anak-anak OKU di taska.

Di samping itu, pengusaha taska OKU juga boleh memohon bantuan kewangan untuk melaksanakan program serta aktiviti di taska mereka.

final • 11:10 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Bantuan yang kerajaan sediakan tidak hanya terhad kepada pengusaha taska OKU. Bagi ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke taska OKU, mereka juga akan menerima subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak di taska sehingga RM180 sebulan berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan. Subsidi ini boleh membantu meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah untuk menyediakan peluang mendapatkan asuhan dan didikan awal khususnya yang memenuhi keperluan anak-anak mereka. Ini seterusnya boleh menyumbang ke arah pembangunan modal insan yang berkualiti, sihat dan seimbang.

Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Tumpat.

final • 11:10 AM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Adakah kerajaan bercadang untuk meminda polisi pendaftaran untuk OKU kepada anak-anak ini supaya daftar ini dibuat secara automatik memandangkan kesedaran ibu bapa dan masyarakat terhadap pendaftaran anak OKU ini masih lagi rendah? Hal ini kerana hak mereka sebagai kanak-kanak ini perlu dijaga, satu.

Kedua, berapakah bilangan guru pakar yang bertauliah di pihak kementerian? Ini kerana setakat ini, guru dan pengasuh ini hanya diwajibkan mempunyai Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak sahaja berbanding dengan latihan dan kepakaran guru-guru pendidikan khas yang dilatih oleh Kementerian Pendidikan di sekolah-sekolah yang mempunyai sekolah pendidikan khas. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Mengenai pendaftaran secara automatik, itu ada dalam proses kita. Setakat ini, kita masih lagi mendaftar seperti biasa secara manual. Namun begitu, ia dalam proses untuk kita memperbaiki cara kita mendaftar dan kerana kita juga memohon bajet untuk data kita supaya ia boleh diadakan satu centralized system, insya-Allah. Kedua, tadi mengenai guru...

final • 11:10 AM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Pengasuh pakar.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Pengasuh pakar. Sebenarnya mereka semuanya berlatih tetapi setakat apa yang kita latihkan. Namun, pengasuh di tempat- tempat swasta, mereka perlu juga mendapat sijil kepakaran itu daripada KKM.

Maka dengan itu, mereka yang kita hantar adalah memerlukan kepakaran yang sedia ada dan juga yang akan dilatih dengan selanjutnya terutama sekali mereka yang menjalankan pusat di swasta. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

[Bangun]

final • 11:10 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Bangun]

final • 11:10 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

[Bangun]

final • 11:10 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

[Bangun]

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat, lain kali kalau berdiri, tolong terus tekan butang. Yang Berhormat Bukit Bintang bangun dulu, tak tekan butang, tak keluar di sini. Yang keluar Yang Berhormat Ledang. Saya bagi pada Yang Berhormat Ledang lah.

final • 11:10 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Ketawa] Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Okey Yang Berhormat Ledang. Please, ambil maklum ya.

final • 11:10 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Ya.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Dengan izin, please take note of this perspective in terms of technology. Tekan, baru sini keluar. Baru saya tahu siapa yang dulu. Okey, silakan Yang Berhormat Ledang.

final • 11:10 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Yang Berhormat Bukit Bintang, Ledang.

[Ketawa]

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Ledang.

final • 11:10 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Belakang, belakang.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Belakang, belakang.

final • 11:10 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya, strategi tepat tadi.

Soalan tambahan saya berkenaan dengan isu taska OKU ini ialah pertama, apakah kesinambungan taska OKU dengan pemulihan dalam komuniti (PDK). Hal ini kerana ia ada kaitan antara satu sama lain iaitu ia ada kaitan dengan kategori-kategori mereka yang juga adalah memerlukan pemerhatian yang teliti seperti autism, penglihatan, pendengaran, fizikal dan sebagainya.

Kedua ialah apakah tindakan kerajaan dalam meningkatkan tahap kesedaran di kalangan rakyat, khususnya supaya anak-anak OKU ini tidak terlantar di rumah sahaja?

Apakah cara outreach kita supaya tahap kesedaran itu dapat ditingkatkan di kalangan rakyat? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat Ledang.

Mereka yang dihantar ke taska OKU ialah dari kosong hingga ke empat tahun dan kepada mereka yang melebihi umur itu, mereka boleh juga hantar ke PDK.

Antara perbezaannya, bukan sahaja dari sudut itu sahaja tetapi di PDK, ia merupakan pusat di mana ia menyediakan program pemulihan dan juga latihan untuk OKU. Kepada mereka yang di taska, fokus mereka adalah memberi pengasuhan kepada anak-anak OKU dan menjalankan intervensi awal kepada kanak-kanak OKU. Di PDK pula, mereka menyediakan program yang saya nyatakan tadi program pemulihan dan latihan kepada pelatih.

Selain daripada itu juga, ada juga perbezaannya daripada segi nisbah pengasuh dan juga petugas mereka. Kalau di taska OKU, mereka yang lahir dari satu tahun— ada dua orang pengasuh bagi tiga orang kanak-kanak OKU. Di PDK pula, satu petugas ada lima pelatih ataupun peserta OKU.

Daripada segi kesinambungan— soalannya kesinambungan ya? Mengenai kesinambungan, kalau di PDK, mereka masih boleh meneruskan latihan di PDK. Mereka yang di rumah pula, kita memang hantar. Memang ada kita punya pengasuh pergi ke rumah-rumah. Kalau saya boleh bagi kita punya statistik, memang ada statistik bagi kita untuk mereka yang berada di rumah untuk mereka yang tidak dihantar ke PDK. Namun, saya boleh bagi statistik bertulis nanti sebab kita perlu meneruskan cara untuk membantu mereka yang berada di rumah walaupun mereka tidak belajar secara rasmi di PDK. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan kelima, Yang Berhormat Paya Besar.

final • 11:10 AM

5. Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah langkah kerajaan untuk meningkatkan kadar dividen dalam membina semula caruman KWSP pada tempoh yang lebih pantas dengan mengambil kira strategi portfolio pelaburan jangka panjang serta risiko ekonomi global jangka pendek dan sederhana.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua, objektif pelaburan KWSP sebagai sebuah dana persaraan jangka panjang adalah untuk melindung dan menambah nilai simpanan ahli melalui pengisytiharan kadar dividen yang stabil dan mampan.

Keupayaan KWSP untuk mengisytiharkan dividen dalam sesuatu tahun adalah bergantung kepada:

(i) keadaan pasaran modal;

(ii) persekitaran ekonomi; dan

(iii) strategi pelaburan KWSP.

Sasaran strategik KWSP adalah untuk mengisytiharkan dividen pada kadar tidak kurang daripada 2.5 peratus setahun seperti mana dalam Akta KWSP 1991. Pelaburan KWSP mempunyai strategi pelaburan jangka panjang berpandukan alokasi aset strategik atau dengan izin, strategic asset allocation (SAA) yang dikaji semula setiap tiga tahun.

Bagi memastikan jangkaan pulangan dan risiko adalah relevan dengan situasi dan keadaan pasaran modal semasa, perubahan polisi, regulatory, perakaunan dan bekalan aset di pasaran.

Strategi mengalokasikan atau penentuan banyaknya aset pelaburan KWSP dalam pasaran domestik adalah sebanyak 66 peratus dan bakinya 34 peratus dalam pasaran luar negara.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Pelaburan KWSP dalam pasaran itu memberikan penekanan pada sektor-sektor yang berpotensi memberi pulangan baik dan mampan seperti sektor perkhidmatan kewangan, pembinaan, produk pengguna, tenaga dan penjagaan kesihatan. Strategi ini terbukti berdaya tahan dan dinamik dalam mengambil kira ketidaktentuan pasaran saham dan ekonomi serta keadaan portfolio pelaburan.

Ini terbukti melalui pencapaian KWSP yang mengisytiharkan dividen yang sentiasa melebihi 2.5 peratus kadar minimum yang dijamin oleh kerajaan meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan risiko ekonomi global. Jadual kadar dividen KWSP tahun 2015 6.4 peratus, tahun 2016 5.7 peratus, tahun 2017 6.9 peratus, tahun 2018 6.15 peratus, tahun 2019 5.45 peratus, tahun 2020 5.2 peratus, tahun 2021 6.1 peratus yang bersamaan dengan RM50.45 bilion yang dibayar. Simpanan syariah bermula tahun 2017 6.4 peratus, tahun 2018 5.9 peratus, tahun 2019 lima peratus, tahun 2020 4.9 peratus, tahun 2021 5.65 peratus bersamaan RM6.27 bilion bayaran pada tahun 2021.

Pembinaan semula baki simpanan ahli juga sangat bergantung pada tren caruman dan pengeluaran oleh ahli. KWSP kekal komited untuk terus memberi pulangan yang kompetitif kepada para pencarum dalam usaha meningkatkan baki simpanan persaraan mereka. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Soalan tambahan.

final • 11:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Syabas saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan kerana telah menyatakan keputusan berkaitan pengeluaran KWSP dan kembali berpendirian bahawasanya KWSP merupakan simpanan hari tua.

Jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi menyentuh empat ataupun lima perkara, caruman, pelaburan, portfolio risiko dan pulangan dividen. Persoalannya Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapa jumlah keseluruhan pelaburan KWSP sehingga Disember 2022? Saya hendak tahu siapakah penasihat, jawatankuasa penasihat dan senarai jawatankuasa pelaburan, sama ada ambil orang luar atau ambil orang dalam?

Bagaimana pertimbangan portfolio risiko berkaitan ekuiti, stock exchange, hal tanah di luar negara? Bagaimanakah Kementerian Kewangan membuat due diligence terhadap khidmat file manager dan ejen hartanah.

final • 11:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat sebutkan tadi senarai dividen-dividen nampak cantik Yang Berhormat. Akan tetapi apakah pengajaran pada tahun 1980 sehingga tahun 1994, 14 tahun kita mencatat kadar di antara dividen hingga 8.5 peratus? Apakah pengajaran dan pembelajaran serta panduan yang dapat apabila tahun 1983 sehingga tahun 1987 dividen mencatat pada kadar yang tertinggi 8.5 peratus? Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ada empat soalan.

[Ketawa] Ini bukan soalan bocor tetapi memang sudah kita sedia banyak perkara kemungkinan-kemungkinan soalan-soalan yang timbul.

[Ketawa] Banyak muka surat selepas ini pihak pembangkang boleh tanya apa juga ya.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Itu lebih kurang bocor itu bah.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Sabar, sabar, sabar. Jawab dululah.

Hendak jawablah itu. Sehingga September 2022, jumlah aset pelaburan KWSP RM961.01 bilion. Itu jumlah pelaburan.

Kedua, senarai ahli panel. Ini boleh dilihat www.kwsp.gov.my. Antara orang- orangnya Tan Sri Mohammed Azlan Hashim daripada Khazanah dulu akauntan, Dr.

Mastura Abdul Karim daripada Kementerian Kewangan, Puan Rozana Rashid sektor Bank, Datuk Wan Kamarulzaman bekas CEO Kumpulan Wang Persaraan dan Datuk Dr Wee Hoe Soon akauntan, Yang Mulia Raja Noorma binti Raja Othman, Pengurusan Aset.

Kemudian soalan seterusnya, di mana kita letakkan wang KWSP ini. Pertama, instrumen berpendapatan tetap 48 peratus. Contoh Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Bon Sama Taraf. Ekuiti tersenarai Bursa 37 peratus. Ekuiti persendirian contohnya QSR KFC, itu kita ada 49 peratus pegangan. Jumlah ekuiti persendirian ini empat peratus aset pelaburan. Aset nyata, real asset tujuh peratus, instrumen pasaran wang empat peratus.

Pelaburan domestik 64 peratus, saya sudah sebut. Pelaburan luar negara 36 peratus antaranya bon luar negara, ekuiti luar negara, aset luar negara contoh Battersea United Kingdom.

Dulu Yang Berhormat memanglah tinggi, tujuh hingga lapan peratus tetapi pada ketika itu instrumen berpendapatan tetap juga tinggi, tujuh hingga lapan peratus. Inflasi pada ketika itu juga tinggi, sekarang ini inflasi 3.8 peratus dan instrumen berpendapatan tetap tiga hingga 3.5 peratus maka dividen sebagaimana yang sudah saya sebutkan tadi.

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:20 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Yang di- Pertua. Kubang Pasu.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Bachok.

final • 11:20 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kubang Pasu.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 11:20 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Tuan Yang di-Pertua. Sahabat saya Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan. Dividen yang diberikan oleh KWSP sangat menarik. Ia menjadi perhatian kepada penyimpan- penyimpan jangka panjang. Saya dimaklumkan kadar dividen yang diberikan ada had.

Caruman sehingga maksimum RM60,000 setahun sahaja diberi kadar kepada enam peratus tetapi yang lainnya itu adalah kadar biasa 2.5 peratus. Jadi bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang lebih daripada caruman yang lebih daripada RM60,000 mereka hanya mendapat dividen di tahap yang maksimum RM60,000 sahaja. Minta penjelasan.

final • 11:20 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

final • 11:20 AM

Mesyuarat] Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Maklumat yang ada pada saya tidak begitu, yang RM60,000 itu ialah kadar caruman sukarela. Maksudnya kepada ahli-ahli yang di bawah sektor informal misalnya, mereka tidak mencarum dalam KWSP tetapi mereka boleh carum secara sukarela dan sukarela itu dihadkan sehingga RM60,000 caruman.

Namun, kita haraplah Menteri Kewangan akan mengumumkan sesuatu daripada RM60,000 ini caruman yang lebih tinggi. Boleh caruman apa yang dipanggil sebagai caruman untuk secara sukarela ini dalam bajet yang akan kita dapat pada – tiada had pada dividen.

[Sambil menunjukkan sehelai kertas] Pegawai belakang jawab. Bererti yang had sukarela tadi RM60,000 kita cadang supaya naik jadi RM100,000. Itu terpulang dalam bajet nanti dan tiada had pada dividen. Kalau dividen itu diumumkan sekian banyak maka dividen itulah yang dibolehkan. Saya bersetuju untuk ...

final • 11:20 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Soalan tambahan kedua boleh?

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Soalan tambahan yang kedua.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Boleh?

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Okey, terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Okey.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Boleh Tuan Yang di- Pertua? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kakanda saya. Apabila kita bercakap tentang KWSP ini biasanya tentang simpanan. Akan tetapi rakyat lebih suka tentang pengeluaran. Akan tetapi hari ini kita bincang tentang dividen.

Soalan saya ini soalan tidak bocorlah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Perbandingan di antara dividen untuk simpanan konvensional dan juga syariah. Tahun 2020 konvensional 5.2 peratus, syariah 4.9 peratus. Tahun 2021 konvensional 6.1 peratus, syariah 5.65 peratus. Jadi, soalan saya apakah perancangan di pihak kementerian dan juga pihak KWSP untuk memberikan pulangan dividen syariah yang lebih kompetitif berbanding dengan simpanan di konvensional? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya ingin menjawab soalan yang tidak ditanya iaitu mengenai kenapa kerajaan buat keputusan tidak lagi membenarkan pengeluaran. Itu nanti saya akan jawab sebentar lagi iaitu 8.1 juta orang ahli ketika COVID-19 telah mengeluarkan RM145 bilion Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Seterusnya, median simpanan semua kaum ahli KWSP dari tahun 2016, RM16.6 ribu ringgit turun 50 peratus kepada RM8.1 ribu pada tahun 2022. Kalau mengikut kaum, median simpanan kaum Melayu 7 juta orang ahli daripada April 2020 RM16.9 ribu.

Sekarang cuma RM5.5 ribu sahaja untuk Melayu yang 7 juta itu. Ahli bumiputera yang lain ada 1.4 juta orang ahli. Pada tahun sebelum dibenarkan keluar, ada RM10.6 ribu.

Sekarang tinggal RM3.3 ribu sahaja. Jadi, macam mana kalau kita hendak keluarkan lagi.

Kalau kita hendak beri kebenaran keluarkan lagi, tinggal RM5.5 ribu, tinggal RM3.3 ribu.

Itu sebab kita tidak beri kebenaran. Lagi pun pandemik COVID-19 sudah selesai.

Antara sebab kenapa simpanan syariah dividennya kurang berbanding konvensional kerana limited sector. Di mana pelaburan itu boleh dibuat dan tidak banyak melabur di banyak tempat. Akan tetapi kita akan mengusahakan supaya dividen untuk simpanan syariah akan dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Boleh satu lagi, Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan seterusnya saya jemput.

final • 11:30 AM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bagilah satu lagi.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan, Yang Berhormat Merbok.

final • 11:30 AM

6. Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [Merbok] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan apakah usaha kerajaan bagi menambah baik Tapak Arkeologi Sungai Batu di Lembah Bujang, Kedah yang merupakan tapak penting bagi sejarah ketamadunan manusia. Jika tiada, perinci kan sebabnya dan apakah langkah-langkah membangun, menyelaras dan menilai pelaksanaan kepada Tapak Arkeologi Sungai Batu.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, antara usaha yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya bagi menambah baik Tapak Arkeologi Sungai Batu di Lembah Bujang, Kedah termasuklah menaik taraf kemudahan pelancongan di Tapak Arkeologi Sungai Batu dan Kompleks Arkeologi Pengkalan Bujang. Laluan masuk sedia ada, sistem paip, papan tanda dan sistem perlindungan tapak telah ditambah baik.

Selain itu, kementerian juga menjalinkan kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam usaha penyelidikan dan pembangunan bagi melengkapkan data sejarah Tamadun Sungai Batu. Pada masa ini, Tapak Arkeologi Sungai Batu telah di wartakan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Kementerian turut menjalankan kajian lanjutan bersama universiti tempatan dalam usaha memastikan Tapak Arkeologi Sungai Batu memenuhi kriteria untuk pencalonan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan penilaian lapangan, kementerian telah mengenal pasti langkah-langkah pembangunan komprehensif di Tapak Arkeologi Sungai Batu untuk dijadikan sebagai Kompleks Arkeopelancongan Tamadun Sungai Batu, Kedah. Ia merangkumi keperluan pembangunan infrastruktur asas, galeri utama, pembangunan replika relau dan banyak lagi yang akan dipohon di bawah Rolling Plan ke- 4, Rancangan Malaysia Ke-12. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan tambahan.

Yang Berhormat Merbok.

final • 11:30 AM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Soalan tambahan. Adakah juga Tapak Arkeologi Sungai Batu ini akan dimasukkan sebahagian daripada Geopark Jerai?

final • 11:30 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Untuk makluman Yang Berhormat, setiap persediaan ataupun setiap tindakan yang akan diambil oleh pihak kementerian semestinya mengambil segala jenis kriteria tapak-tapak warisan yang telah dikenal pasti.

Setakat ini, memang ada perancangan daripada pihak kementerian untuk menaik taraf tapak ini supaya ia nya dapat dijadikan sebagai sebuah Pusat Arkeopelancongan Tamadun Sungai Batu, Kedah Darul Aman yang telah dibantu setakat ini di bawah Kementerian KeTSA iaitu Geopark di Jerai. Untuk makluman ataupun maklumat lebih lanjut, pihak kementerian akan menyampaikan setiap maklumat berkenaan kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan tambahan kedua.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Soalan tambahan, Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 11:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Soalan tambahan.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 11:30 AM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Menteri, Tapak Arkeologi Sungai Batu ini merupakan tapak arkeologi- the earliest human civilization in Southeast Asia, dengan izin. Jadi, ia merupakan satu aset negara yang cukup penting dan ia mempunyai nilai sama dengan Angkor Wat dan Borobudur kalau ikut daripada nilai sejarahnya. Jadi saya ingin bertanya, ada beberapa penilaian yang masih pending ataupun masih tergantung, terutama sekali daripada kajian Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) USM. Di mana dahulu nya Moktar Saidin menjadi ketuanya, sekarang Dr. Steven.

Ada beberapa benda yang masih belum selesai seperti pentarikhan dan juga ada kapal karam yang umurnya lebih daripada 2000 tahun sebab ia jumpa 788 sebelum Masihi. Jadi, benda-benda aset sejarah yang penting ini harap-harap dipelihara daripada segi pemuliharaan, perlindungan dan harus diberi perhatian untuk membina yang 10 juta itu yang telah ditarik balik masa zaman kerajaan lama iaitu pembinaan sebuah pusat galeri dan pusat penyelidikan di tapak Sungai Batu. Saya harap pihak kementerian dapat menyusun semula strategi...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan, soalan.

final • 11:30 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

...untuk membangun Sungai Batu. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat, seperti yang saya sudah maklumkan sebentar tadi. Kerja-kerja naik taraf Tapak Arkeologi Sungai Batu kepada Kompleks Arkeopelancongan Tamadun Sungai Batu sedang diperhalusi dan memang dalam perancangan. Setakat ini, pihak kementerian telah memohon sebanyak dan sejumlah RM42 juta supaya kerja-kerja naik taraf ini dapat dilaksanakan. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Soalan tambahan satu.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj, Yang Berhormat Segamat.

final • 11:30 AM

7. Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj [Segamat] minta Menteri Kerja Raya menyatakan perancangan untuk menambah baik Jalan Muar - Segamat yang perlu dilebarkan daripada satu lorong kepada dua lorong memandangkan masalah kesesakan lalu lintas yang semakin tidak terkawal di laluan tersebut.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Segamat. Untuk makluman Yang Berhormat, projek yang dimaksudkan adalah projek menaik taraf laluan FD023 Segamat, Tangkak daripada dua lorong hala kepada empat lorong. Hala sepanjang 61.6 kilometer.

Keseluruhan pelaksanaan projek ini melibatkan kos sebanyak RM1.13 bilion. Projek ini dilaksanakan secara berfasa seperti berikut:

(i) Pakej 1(a) - Simpang FT12 dan FT01 di Jalan Buluh Kasap ke Pejabat Gemas Gemerih, Segamat 5.6 kilometer. Status projek adalah di dalam perancangan;

(ii) Pakej 1(b) - Pejabat Gemas Segamat ke Simpang UiTM sepanjang 8.5 kilometer. Pakej ini telah siap di bina pada Julai 2015;

(iii) Pakej 2 - Simpang UiTM ke Jementah sepanjang 13.4 kilometer.

Pakej ini telah siap di bina pada Julai 2015;

(iv) Pakej 3 - Jementah ke Pintu A Taman Negara sepanjang 10.5 kilometer. Pakej ini telah siap di bina pada Disember 2019;

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

(v) Pakej 4 - Pintu A Taman Negara ke Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak sepanjang 11.9 kilometer. Status projek adalah dalam perancangan;

(vi) Pakej 5 - Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak ke kawasan Perindustrian Tangkak sepanjang 8.1 kilometer yang kini sedang aktif dalam pembinaan. Pakej 5 ini melibatkan pembinaan jalan baru empat lorong dua hala dengan piawaian 5R5. Sehingga 25 Januari 2023, kemajuan fizikal sebenar projek ini ialah 2.28 peratus berbanding jadual 2.02 peratus, awal dua hari. Tarikh milik tapak bagi projek ini adalah pada 28 Februari 2022 dengan tempoh pembinaan selama 36 bulan. Walau bagaimanapun, projek ini telah diberikan lanjutan masa selama 287 hari disebabkan kelewatan penyerahan tanah kepada kontraktor.

Projek ini di jangka akan siap sepenuhnya pada 11 Disember 2025;

(vii) Pakej 6, Batu 15 ke Tanjung Batu ke Pusat Pertadbiran Ledang, 3.6 kilometer, status projek adalah dalam perancangan

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Untuk makluman Yang Berhormat juga, bagi pakej-pakej yang dalam perancangan iaitu Pakej 1(a), Pakej 4 dan Pakej 6, kementerian ini meneliti cadangan rakyat tersebut apabila dimohon oleh kerajaan negeri dalam rolling plan yang akan datang dan akan diangkat pertimbangan Agensi Pusat tertakluk kepada keutamaan serta ketersediaan agihan peruntukan pembangunan. Keseluruhan pakej ini adalah siap kelak akan menyediakan jajaran hubungan jalan yang baik, selamat dan selesa dari bandar Segamat ke Lebuhraya Utara–Selatan melalui Plaza Tol Tangkak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan tambahan Yang Berhormat Segamat.

final • 11:40 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Ya, soalan tambahan ya.

Pembangunan sebenar juga boleh dinilai daripada kualiti jalan-jalan yang dibina oleh kerajaan. Kesibukan jalan Muar, Segamat serta jalan raya yang berada dalam daerah Segamat termasuk kawasan jiran saya Yang Berhormat Menteri Sekijang, tidak boleh dielakkan berikutan peningkatan pergerakan logistik barangan dari utara ke selatan ataupun vice versa.

Soalan saya, apakah bentuk outreach yang telah dan sedang dijalankan oleh JKR Persekutuan dan JKR Negeri Johor untuk mengenal pasti aspek-aspek yang selama ini menjadi penyumbang kepada masalah ketidaktentuan kerosakan jalan bagi memastikan Belanjawan 2023 benar-benar bersedia untuk membiayai kos luar jangka bagi kerja pembaikan Jalan Persekutuan di daerah Segamat. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita di kementerian bergantung kepada peruntukan-peruntukan yang telah kita mohon kepada pihak Kementerian Kewangan.

Pada akan datang ini kita akan dibentangkan bajet. Jadi, kita melihat kepada bajet-bajet yang akan kita terima.

Apabila kita terima, kita akan memberi agihan-agihan ke seluruh negeri dan pihak negeri-negeri akan mengagihkan kepada peringkat daerah-daerah yang diperlukan oleh pemohon-pemohon tersebut. Kita sentiasa meneliti keadaan jalan di seluruh negara. Kita tahu sekarang ini musim-musim yang lebih adalah kepada musim hujan. Sudah pasti jalan cepat pecah disebabkan oleh kenderaan-kenderaan berat dan sebagainya. Tidak terkecuali saya menyebut tadi hanya di Segamat. Kita meneliti jalan-jalan ini di seluruh negara, tetapi secara spesifiknya soalan dari Segamat. Walau bagaimanapun, kita di Kementerian Kerja Raya sudah pasti melihat seluruh negara apa yang dinyatakan oleh pihak Segamat.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Saya sangat berterima kasih kepada Yang Berhormat Segamat kerana membangkitkan isu ini kerana isu ini juga melibatkan seluruh negara. Kita di Kementerian Kerja Raya memerlukan banyak peruntukan tetapi malangnya, kita tidak dapat apa yang kita pohon. Kita berharap bajet yang akan datang ini akan memperoleh lebih daripada apa yang kita pohon. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Hulu Selangor Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan tambahan kedua saya menjemput Yang Berhormat Setiu.

final • 11:40 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, selepas berlaku musim tengkujuh baru-baru ini, antara isu yang menjadi masalah kepada pengguna jalan raya ialah isu line putih yang kabur.

Dalam sesi yang lepas saya dah bangkitkan dalam ucapan perbahasan saya berkait isu line putih yang kabur dari Gemuruh ke Besut. Perkara ini lebih mendatangkan masalah apabila berlaku hujan dan juga pada waktu malam. Apakah perancangan kerajaan untuk menyelesaikan isu ini dalam keadaan yang segera? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang saya nyatakan sebentar tadi, awalan tadi adalah kita bergantung kepada permohonan peruntukan kita kepada pihak Kementerian Kewangan. Pihak Kementerian Kewangan akan memastikan berapakah kelulusan-kelulusan yang akan diberikan kepada Kementerian Kerja Raya. Tidak terkecuali Setiu, Lipis ataupun kawasan Lanang – semua kawasanlah dalam Parlimen kita tidak terkecuali. Kita sentiasa ada pihak pemantau setiap hari.

Kita pastikan pemantauan kita berjalan setiap hari untuk melihat keadaan apakah – Akan tetapi apabila kita sampai ke negeri, sudah pastilah pihak negeri akan melihat keutamaan. Akan tetapi kalau permohonan kita meliputi semua permohonan yang boleh diluluskan, saya percaya tiada masalah untuk kita melaksanakan. Kita meletakkan juga priority, di peringkat negeri meletakkan priority di manakah keutamaan yang kita perlu laksanakan yang menjadi keutamaan di peringkat negeri dan peringkat daerah-daerah tersebut.

Jadi kita bergantung, kita berdoa kepada bajet yang akan datang ini diluluskan kepada KKR dengan kedudukan yang agak tinggi yang kita memohon kepada Kementerian Kewangan. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Sedikit ruang.

final • 11:40 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Kuala Krai satu minta.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dr.

Hajah Halimah Ali, Kapar.

final • 11:40 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Perpaduan kesatuan penyatu perpaduan, Soalan Kapar soalan nombor lapan.

final • 11:40 AM

8. Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan sejauh manakah keberhasilan Indeks Perpaduan di Malaysia yang dijalankan oleh Institut Kajian Etnik, UKM dalam menangani masalah perpaduan di Malaysia.

final • 11:40 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Tuan Yang di- Pertua, salam masyarakat madani. Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) adalah sebuah indeks nasional yang menjadi kayu ukur kadar keberkesanan pelaksanaan inisiatif pelan program oleh kerajaan untuk memastikan sumbangannya kepada tahap perpaduan dan keharmonian negara.

final • 11:40 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

IPNas telah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2018 dan tahun 2022 yang dikendalikan oleh Kementerian Perpaduan Nasional dan Institut Kajian Etnik daripada UKM. Pelaksanaan kajian IPNas menggunakan model struktural ataupun structural model iaitu mengenal pasti dan menguji secara bersama-sama dalam satu acuan model meliputi semua faktor penyumbang yang mempengaruhi pencapaian tahap kesepaduan sosial.

Ada lima indikator yang mempengaruhi tahap kesepaduan sosial iaitu tahap keetnikan hubungan sosial rentas etnik, etos bangsa, tadbir urus dan pembangunan dan juga defisit sosial iaitu isu dan cabaran. Nilai Indeks Perpaduan Nasional pada tahun 2018 adalah 0.567 dan pada tahun 2022, indeksnya adalah 0.629 iaitu dalam tahap perpaduan sederhana dan terkawal di masyarakat di Malaysia ini.

Ada 10 defisit sosial ataupun cabaran dalam perpaduan yang dinilai adalah etnisiti, agama, kelas sosial, pendidikan, bahasa, jurang generasi, gender, politik, bandar dan luar bandar dan juga media. Berdasarkan penemuan IPNas 2018, kementerian telah membangunkan Dasar Perpaduan Negara, Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030. Pelan ini menggariskan program perpaduan yang perlu dilaksanakan bagi mengukuhkan tahap kesepaduan sosial melibatkan kerjasama pelbagai agensi.

Dapatan IPNas 2022 pula menunjukkan dua perkara yang perlu diberi perhatian bagi mengukuhkan lagi perpaduan di negara ini iaitu tadbir urus dan pembangunan serta aspek hubungan sosial rentas etnik. Untuk itu, Kementerian Perpaduan Negara telah merangka program Kembara Perpaduan Malaysia Madani selari dengan Dasar Perpaduan Negara yang dihasilkan. Program ini merupakan program flagship bagi tahun 2023 yang meliputi tiga kluster iaitu semarak kenegaraan, semarak perpaduan dan komuniti rahmah. Program-program yang dirangka di bawah ini adalah sebagai kesinambungan kepada inisiatif agenda perpaduan sebelum ini dengan perlaksanaan yang lebih inklusif dan sepadu. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kapar.

final • 11:40 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Menteri. Soalan tambahan saya, tadi kalau kita lihat tahun 2022 hingga – sebelum tahun 2021 ada penurunan indeks IPNas.

final • 11:40 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Soalan saya adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji secara menyeluruh merentasi kelompok-kelompok, segmen-segmen dalam bandar, luar bandar dan sebagainya, itu secara menyeluruh bagi mengetahui berapa peratuskah rakyat Malaysia yang mengetahui, memahami dan menghayati dua asas pembangunan Dasar Perpaduan Negara sedia ada iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara bagi mengambil tindakan yang tepat dan komprehensif.

Ini kerana kita lihat teorinya tadi bagus, Dasar Pembangunan Negara tadi bagus tetapi realitinya, secara praktikalnya kenapa berlaku perkara yang dipanggil rasisme dan sebagainya kontemporari ini. Keduanya, adakah pihak menteri bersedia untuk kerjasama dengan pihak kami daripada pembangkang...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Satu soalan tambahan sahaja Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Dr. Hajjah Halimah Ali - Kapar

...Sebagai satu role modellah sebab sebagai benchmark kepada kementerian lain kerana budaya kerja baru kerajaan itu melaungkan perpaduan.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kapar, satu soalan tambahan sahaja. Masa sudah tamat. Sila duduk.

final • 11:50 AM

Dr. Hajjah Halimah Ali - Kapar

Jadi biarlah Menteri Perpaduan yang mulakan.

Terima kasih, nak kerjasama.

final • 11:50 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Mungkin sedikit salah dengar atau pun saya salah bacalah. Kalau dikatakan turun tidaklah dia naik sedikit daripada 0.567 tahun 2018 kepada 0.629 dia naik ya. Akan tetapi, walaupun begitu memang benar apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat dari segi tadi Yang Berhormat mengatakan mungkin pembangkang ini boleh jadi role model. Terima kasihlah. Mungkin boleh diterangkan apakah kriteria dalam konteks yang dikatakan oleh Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Dr. Hajjah Halimah Ali - Kapar

Boleh lawatlah ya?

final • 11:50 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Akan tetapi sebenarnya memang asas kepada penubuhan kementerian ini adalah Perlembagaan yang kita ada dan juga Rukun Negara.

Itulah dua asas kepada dasar perpaduan kita. Daripada dulunya pelbagai sejarah program yang kita telah adakan sampai sekarang selepas 13 Mei menjurus kepada perpaduan berasaskan Perlembagaan dan Rukun Negara. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

final • 11:50 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Saya meneliti jawapan kepada soalan asal daripada Yang Berhormat Menteri tadi yang menyentuh bahawa Dasar Perpaduan Negara yang kita sedia maklum ia dilancarkan pada tahun 2021. Saya hendak tanya, merujuk kepada Dasar Perpaduan Negara yang dilancarkan ketika itu dengan tonggak-tonggak dia bagaimana ia disesuaikan dengan konsep Malaysia Madani dengan enam tonggak yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini.

Minta jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:50 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat itu juga betul. Sebenarnya kalau kita melihat masyarakat Madani yang baru-baru ini telah diterbitkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah memang selaras dengan apa yang telah kita adakan dalam Dasar Perpaduan Negara.

Dasar Perpaduan Negara adalah simple we are- perpaduan dalam kepelbagaian.

Unity in diversity itu dasarnya, because the diverse community daripada segi agama, dari segi bangsa, semuanya. That’s why our dasar is what we call unity in diversity. Itu asasnya. Jadi apabila kita melihat apa yang telah ditampilkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini Madani adalah a civilized society. Kalau kita melihat daripada segi fokus utama untuk menubuhkan masyarakat yang sejahtera, masyarakat yang happiness indeks yang tinggi, kesejahteraan indeks yang tinggi ini adalah menjurus kepada perpaduan.

Jadi banyaklah seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi dari segi enam teras utama daripada nilai Madani ini kemapanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan insan. Ini semuanya terkandung juga dalam dasar yang telah kita utarakan dalam beberapa tahun ini. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Tuan Yang di-Pertua, Kuantan satu.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Vivian Wong Shir Yee, Sandakan.

final • 11:50 AM

9. Puan Vivian Wong Shir Yee [Sandakan] minta Menteri Kerja Raya menyatakan secara terperinci:

(a) berapa peruntukan tahunan yang diperuntukkan bagi menyelenggarakan lampu jalan di Jalan Persekutuan di Sabah; dan

final • 11:50 AM

(b) mengapa lampu jalan yang rosak di Jalan Persekutuan di Sandakan boleh dibiarkan tidak dibaiki selama lebih daripada enam bulan.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya mengambil maklum setiap isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat kementerian ini telah menerima sejumlah peruntukan RM24.5 juta bagi tahun 2023 untuk menyelenggarakan dan membayar bil lampu jalan dan lampu isyarat bagi seluruh Malaysia.

Bagi negeri Sabah, kementerian ini telah mengagihkan peruntukan tahunan sebanyak RM4.9 juta dari tahun 2020 sehingga tahun 2023 bagi tujuan menyelenggarakan lampu jalan dan seluruh Jalan Persekutuan Sabah. Namun jumlah peruntukan yang diterima masih tidak mencukupi berbanding peruntukan yang dipohon untuk membaik pulih lampu jalan yang berjumlah RM15.6 juta untuk tempoh tahun 2020 hingga 2023 bagi negeri Sabah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini berusaha untuk mengagihkan peruntukan yang ada secara menyeluruh meliputi semua daerah dengan mengambil kira panjang Jalan Persekutuan di Sabah sepanjang 1,501.84 kilometer.

Manakala di daerah Sandakan pula sepanjang 69.58 kilometer terdapat sejumlah 7,333 bilangan lampu jalan di seluruh Jalan Persekutuan Sabah.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Manakala jumlah 1,682 bilangan lampu Jalan Persekutuan berada di daerah Sandakan. Bermula dari tahun 2020 sehingga 2020 JKR Sabah telah melaksanakan beberapa kerja pembaikan lampu jalan di sepanjang Jalan Persekutuan di seluruh Sabah.

Berdasarkan peruntukan semasa yang diluluskan, pembaikan ini dilaksanakan dengan memberi keutamaan kepada pembaikan kecemasan lampu jalan di kawasan kemalangan umpamanya.

Kementerian ini sentiasa akan meningkatkan tahap penyelenggaraan lampu- lampu jalan ini dan akan dilaksanakan secara berperingkat bergantung kepada kelulusan peruntukan daripada Kementerian Kewangan. Peruntukan akan dipohon daripada semasa ke semasa bagi penyelenggaraan dan penambahbaikan yang lebih banyak akan difokuskan kepada kawasan-kawasan kemalangan ataupun blackspot dan penyelenggaraan kecemasan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2023 permohonan dari daerah Sandakan adalah sebanyak RM500,000 bagi kos menyelenggarakan lampu jalan dan lampu isyarat pada tahun ini. Namun kelulusan peruntukan semasa fasa satu bagi keseluruhan lampu Jalan Persekutuan Negeri Sabah yang dapat disalurkan RM550,000 keseluruhan negeri Sabah, bukan Sandakan sahaja, bagi fasa pertama, untuk memastikan peruntukan diagihkan secara adil kriteria keutamaan yang telah disebutkan di atas diambil kira dalam pengagihan peruntukan tersebut.

Untuk fasa pertama 2023 ini, agihan yang telah disalurkan kepada JKR Sandakan adalah hanya sebanyak RM60,000 sahaja untuk menyelenggarakan lampu Jalan Persekutuan di daerah Sandakan dan keutamaan difokuskan ke lokasi blackspot sahaja.

Terima kasih kepada Yang Berhormat yang membangkitkan soalan ini, sekurang- kurangnya dia ada di depan kita daripada Pontian mendengar keluhan Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya silakan Yang Berhormat Sandakan.

final • 11:50 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Kerja Raya yang memberi jawapan dengan baik sekali. Saya punya cadangan untuk kementerian adalah adakah kementerian bercadang untuk menukar kami punya lampu-lampu di Sandakan atau Sabah di mana sekarang walaupun sudah ditukar masih sangat dim, sangat gelap. Bolehkah tukar macam di Putrajaya LED kah adakah Yang

final • 11:50 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Berhormat bercadang ada proposal sudah untuk menukar semua lampu di Sandakan ke LED supaya ianya terang dan boleh jangka masa yang lebih panjang boleh digunakan.

Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya kita sentiasa peka dalam keadaan semua masa. Kalau kita melihat sekarang di Melaka kita sudah meletakkan Smart Traffic Light umpamanya tetapi ia datangnya daripada kerajaan negeri sendiri. Memang dia dapat mengalirkan perjalanan yang cukup baik kalau kita lihat. Minggu lepas saya berada di sana melihat sendiri bagaimana negeri Melaka membelanjakan peruntukan sendiri dan kita sentiasa peka dalam keadaan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sandakan.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Insya-Allah kita akan cuba sebaik mungkin. Akan tetapi kita sentiasa dalam perancangan bagaimana kita nak menambah baik, bagaimana kita nak melancarkan segala perjalanan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Kita kekangan yang sangat besar. Bagi Sandakan saya sudah sebutkan, hanya RM60,000 sahaja yang dapat kita belanjakan sedangkan di Sandakan memerlukan RM500,000. Itulah kekangan kita yang terpaksa kita hadapi untuk memastikan segala di dalam negara kita ini berada dalam keadaan yang baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh jelaskan? Jumlah yang diminta RM5 juta. Lepas itu di bagi RM500,000. Cuba jelaskan kenapa? Apakah sebabnya? Di Tuaran dibagi RM50,000 satu tahun. Apa kita boleh buat dengan RM50,000 menyelenggarakan lampu-lampu jalan? Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa kesan daripada lampu jalan yang tidak diselenggara ini, banyak kemalangan berlaku!

Ini nyawa manusia. Saya ingin bertanya juga apa cadangannya untuk membaiki keadaan tersebut? Cadangan daripada Yang Berhormat Sandakan tadi LED, kenapa tidak boleh buat solar. Kalau masalah kos daripada segi bil elektrik dan sebagainya, kenapakah tidak buat solar? Apakah cadangan pihak kerajaan? Atau di swasta kan atau macam mana? Kita mahu dengar apa masalah ini sebab seperti yang saya katakan semalam di Tuaran, hari-hari orang masalah gelap sepanjang jalan-jalan persekutuan. Hari-hari dari Kota Kinabalu ke Tuaran, hari-hari gelap. Seluruh Sabah lah. Okey tapi saya cakap di Tuaran. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan yang menanyakan soalan sebentar tadi. Saya kira dalam penjelasan saya dalam dua soalan. Dalam soalan 7 dan soalan 9 yang saya jelaskan tadi. Kita di Kementerian Kerja Raya, Yang Berhormat pun pernah menduduki jawatan sebagai Menteri. Kita di Kementerian Kerja Raya sentiasa mengemukakan permohonan- permohonan yang patutnya mencukupi. Sepatutnya yang mencukupi.

Akan tetapi yang kita terima, Yang Berhormat kata hairan. Apa yang nak hairan, Yang Berhormat pernah menjadi Menteri. Apa yang nak hairan? Biasa Yang Berhormat hantar RM100 juta, terima RM20 juta. Jadi dengan kapasiti RM20 juta itulah kita agih- agihkan kepada semua pihak, khususnya kepada negeri-negeri. Negeri-negeri pula melihat di manakah kepentingan yang diutamakan di pihak negeri. Di manakah kepentingan diutamakan? Apa yang saya katakan tadi black spots yang terpaksa kita hadapi, yang sentiasa setiap hari kita menerima aduan-aduan tertentu. Ini maksudnya.

Oleh sebab itu saya sebutkan tadi, di depan kita ada dari Pontian dan secara kebetulan sekarang daripada Tambun iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan. Kita berharap, kita doakan apa yang KKR mohon agar dapat lebih daripada yang kita mohon itu. Maka, kita dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Kita tahu masalah itu dan kita sentiasa disedari oleh masyarakat kepada

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

kita. Akan tetapi itulah kekangan yang kita hadapi, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di- Pertua, minta satu lagi. Satu lagi.

final • 12:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Gopeng. Gopeng.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:00 PM
PENERANGAN DARIPADA PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M 14(1)(i)
GEMPA BUMI TURKIYE – KECEMRLANGAN PASUKAN PENYELEMAT MALAYSIA DAN DANA BANTUAN YANG DISALURKAN

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang sedia maklum, saya baru tiba dari Turkiye. Saya telah maklum pada hari Selasa kepada Ahli-ahli Yang Berhormat hasrat saya untuk sampai sendiri ke Nurdagi di Gaziantep. Saya bersama Menteri Luar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sampai dan terus mendarat di lapangan terbang berdekatan ke Nurdagi.

Maksud saya sampaikan, untuk menyatakan bahawa pasukan kita yang terdiri daripada SMART, NADMA, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, Angkatan Tentera dan beberapa NGO, termasuk MERCY dan MAPIM telah menjalankan tugas dan khidmat yang luar biasa.

[Tepuk] Saya ingin menggunakan Majlis Parlimen ini untuk menyatakan bahawa kita sangat beruntung dan terhutang budi. Oleh kerana bila menemui Datuk Bandar, Wali Kota nya, kemudian Gabenor yang menyambut kami sehinggalah kepada Penasihat Utama Presiden, Ibrahim Khalid dan Presiden Recep Toyyip Erdogan sendiri. Semuanya menyebut bahawa pasukan Malaysia itu di antara terawal memberi khidmat yang sangat cemerlang.

[Tepuk] Menyelamatkan lima nyawa yang tertimbus, dua meter dalam, dengan peralatan yang dibawa dari Malaysia yang sangat canggih dan juga dapat menggali dalam dan membawa keluar ratusan jenazah yang lain.

Team Malaysia yang berada di dalam ground zero itu sudah mencecah hampir 200 orang, tidak termasuk dengan rombongan tambahan yang telah dikirim ke Syria.

Jumlah korban terkini ialah 41,232 orang iaitu 35,418 di Turkiye dan 5,814 di Syria. Jumlah ini menurut Presiden dijangka akan bertambah hari ke hari.

Bagi Ops Syria, kerajaan telah menghantar pasukan peninjau yang di ketuai oleh TKSU Kementerian Luar Negeri dan delegasi seramai 21 orang pelbagai agensi dan NGO dengan pesawat khas Angkatan Tentera Malaysia. Mereka juga akan memberikan panduan untuk kita menyegerakan bantuan berikutnya.

Saya tidak mahu menjelaskan tentang pusat gempa (epicentre) dan kesan yang parah. Akan tetapi apa yang kita saksikan itu agak luar biasa. Ini kalau ikut liputan media dan juga taklimat yang disampaikan itu, gegarannya itu melebihi bom Nagasaki- Hiroshima.

Presiden Toyyip Erdogan memulakan pertemuan itu dengan pertama, mengucapkan penghargaan khusus kepada Yang di-Pertuan Agong kerana tatkala

final • 12:04 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

merasmikan Pembukaan Parlimen, telah menyatakan, menyampaikan ucapan takziah kepada mangsa-mangsa di Tukiye, terutamanya. Ini dilakukan di Parlimen dan beliau meminta saya sampaikan penghargaan ini bukan sahaja kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuan Yang di-Pertua dan 222 orang anggota Parlimen yang turut serta.

[Tepuk] Memang ada yang bertanya, mengapa dalam kes ini Malaysia mengambil langkah yang agak ke depan dan ada yang mengatakan berlebihan. Saya ingin menjelaskan bahawa pertamanya, kadar kerosakan itu agak skala besar yang jarang berlaku sebelum ini. Melainkan masa tsunami yang melibatkan Aceh Darussalam.

Keduanya, persahabatan yang istimewa, bukan sahaja peribadi tapi di antara dua buah negara. Ketiganya, maklumat yang kurang diketahui ialah negara Turkiye sebenarnya sebelum ini pun telah memberikan bantuan, pertolongan langsung dan tidak langsung kepada beberapa usaha kerajaan, termasuk syarikat-syarikat kerajaan yang terlibat di Turkiye, yang mencecah ratusan juta ringgit. Ini jarang berlaku dalam hubungan dua hala kita dengan negara-negara lain. Oleh sebab itu, Kementerian Luar Negeri mengambil inisiatif tambahan dalam hal ini.

final • 12:04 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Setakat hari ini, kita telah berjaya mengumpul dana yang agak membanggakan RM50 juta.

[Tepuk] Sebahagian besarnya ditujukan khusus ke Turkiye termasuk umpamanya MAHB, Kumpulan Tan Sri Syed Mokhtar, Ranhill yang mempunyai operasi perniagaan besar di Turkiye. Maka sebab itulah kita dalam RM50 juta itu kita agihkan RM40 juta kepada Turkiye dan RM10 juta ke Syria.

Untuk menyatakan penghargaan kepada syarikat-syarikat dan rakan-rakan yang telah membantu besar, saya memilih untuk menyebut sebahagiannya. Walaupun tidak boleh kita remehkan keikhlasan anak-anak universiti umpamanya dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia RM2,000 yang dikumpul daripada pelajar dan staff.

[Tepuk] Jumlah terbesar daripada MAHB yang menyumbang sebanyak EUR5 juta bersamaan dengan RM23.5 juta. Ini yang terbesar. Itu khusus ke Turkiye. Diikuti oleh Tan Sri Syed Mokhtar dan Yayasan Albukhary RM10 juta.

[Tepuk] Saya juga berterima kasih kepada Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) yang menghulurkan USD1 juta bersamaan dengan RM4.4 juta yang menggabungkan beberapa syarikat perniagaan Cina melalui ACCCIM.

Tuanku Sultan Johor adalah di antara yang awal menghulurkan derma juga USD1 juta bersamaan dengan RM4.4 juta.

[Tepuk] Brahim Dewina Group melalui kiriman makanan segar 30,000 pek bernilai RM3 juta.

[Tepuk] YTL Corporation RM2 juta. Yayasan Sime Darby RM1.5 juta. NGO India Muslim melalui Yayasan Pendidikan Islam, ini yang kumpulan kedai-kedai restoran mamak, RM1.5 juta.

[Tepuk] Malaysian Rubber Glove Manufacturers Association (MARGMA) 10 juta pasang sarung tangan perubatan bernilai RM1.2 juta. Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) RM1 juta. Tenaga Nasional Berhad (TNB) RM500,000. FGV Holdings Berhad RM500,000.

Berjaya Group melalui Mercy RM500,000. IOI Corporation Berhad RM500,000. Ranhill Holdings Berhad RM300,000. Mikrolink Solutions Berhad RM100,000. YHA Travel and Tours RM100,000. Jadi, jumlahnya mencecah RM50 juta.

Bila saya turun menemui rakan-rakan dalam SMART dan sekitarnya dan sebahagian kumpulan itu saya memang sangat terharu. Kerjanya sudah dua minggu, nampaknya letih lesu dan masuk ke daerah yang mereka belum biasa. Belum pernah ada pasukan negara kita yang bekerja di musim sejuk atau winter. Itu teramat dingin.

Saya memang terasa sangat tanpa persiapan pakaian yang lengkap. Beberapa jam di situ, bercakap dengan puluhan dan ratusan mereka. Tidak ada seorang pun mengeluh keletihan, mengeluh masalah makan minum. Semuanya mengatakan mereka syukur ke hadrat Allah Taala dapat bekerja.

[Tepuk] Berkhidmat dengan baik.

[Tepuk]

final • 12:10 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Menyempurnakan solat berjemaah dan juga makan minum yang disediakan.

Kebanyakannya makanan segera dalam tin.

Jadi, itu yang menyebabkan saya terdorong untuk menyampaikan pandangan ini ke Majlis Parlimen untuk menunjukkan bahawa kita Ahli-ahli Parlimen semuanya itu merasa perlu untuk menyatakan penghargaan kepada mereka. Bagaimana kita boleh tambah makna kepada penghargaan ini? Pertama, kita tentunya akan keluarkan surat sijil penghargaan dan saya usulkan pingat khidmat khusus untuk semua yang bertugas.

[Tepuk] Saya mencadangkan kita mengatur elaun khas kepada setiap yang berkhidmat.

[Tepuk] Elaun khas itu berdasarkan hari-hari mereka bertugas. Ada yang akan mencecah dua minggu. Sebenarnya, SMART ini tempoh dia dua minggu. Akan tetapi, dalam perbicaraan saya dengan Presiden Erdogan dia mohon kalau boleh diteruskan kerana terlalu ramai mayat yang masih tertimbus yang memerlukan usaha kita dan saya memberi persetujuan untuk mereka meneruskan.

Andai kata ada beberapa orang yang mempunyai masalah kesihatan, itu mereka boleh diizinkan pulang segera. Elaun khas ini ditetapkan pada setiap individu dan mengikut tempoh khidmat mereka dan saya akan bincang dengan Perbendaharaan tentang jumlah yang bersesuaian.

Jadi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya mahu menggunakan Majlis ini agar semua Ahli Parlimen merakamkan penghargaan. Takziah sudah kita rakamkan.

Akan tetapi, penghargaan khusus kepada semua rakan yang berkhidmat dengan begitu cemerlang di Turkiye dan insya-Allah di Syria. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 12:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Yang di-Pertua, boleh mohon pertanyaan kepada Yang Berhormat Perdana Menteri?

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pertanyaan?

final • 12:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya. Pertanyaan. Berapa misi?

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, bagi satu sahaja.

final • 12:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Perdana Menteri. Tahniah diucapkan atas usaha dan langkah Kerajaan Malaysia untuk kita membantu rakyat Turkiye dan juga Syria.

Soalan saya pertama iaitu daripada segi jumlah khusus yang diberikan sendiri oleh Kerajaan Malaysia kepada Turkiye sendiri ya. Tadi disebut itu syarikat-syarikat korporat dan sebagainya. Kita juga ingin mungkin dimaklumkan kepada semua rakyat berapakah jumlah yang diberi oleh kerajaan sendiri?

Kedua, daripada segi koordinasi di pihak Wisma Putra, ketika mana dimaklumkan ramai di kalangan sukarelawan-sukarelawan ataupun NGO-NGO yang akan bergerak ke Turkiye. Ada yang sudah bergerak pun sudah ada, yang menyusun jadual-jadual juga saya lihat sedang digerakkan. Jadi, kalau boleh di pihak Wisma Putra sendiri ada satu unit untuk mengkoordinasi pergerakan ini supaya mudah pelancaran ataupun jadualnya itu dan juga dilihat sukarelawan kita ini direct ke ground zero yang sesuai untuk mereka bantu. Ini termasuklah di pihak Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional sendiri akan buat satu misi pada 2 Mac sehingga 7 Mac nanti yang akan diketuai oleh Yang Berhormat Kubang Kerian.

Jadi, insya-Allah kita akan membantu apa yang sedang dibuat oleh Kerajaan Malaysia. Terima kasih Yang Amat Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih, Yang Berhormat Sik. Memang saya akui saya terlepas pandang tadi, saya tidak sebut sumbangan.

Minggu lalu, Jemaah Menteri meluluskan USD1 juta (RM4.4 juta). Akan tetapi, dalam sidang Jemaah Menteri, hari Jumaat ini, saya akan usulkan pertimbangan Jemaah Menteri untuk menambah sedikit lagi memandangkan kepada keadaan yang sangat gawat di sana.

final • 12:10 PM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Kedua, mengenai penyelarasan itu dilakukan oleh Kementerian Luar Negeri.

Saya akan minta mereka untuk hubungi Yang Berhormat Kubang Kerian supaya membantu menyelaraskan lawatan rakan-rakan Yang Berhormat di sebelah sana untuk ke ground zero.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 12:10 PM
USUL
MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak- banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Kelima Belas.” [15 Februari 2023]

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya akan bacakan sebelum saya menjemput pembahas pertama ya. Senarai yang akan berbahas hari ini ialah pertama, Yang Berhormat Putrajaya, kemudian Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Jeli dan mungkin kita akan berakhir dengan Yang Berhormat Kota Belud sebab hari ini ialah hari Khamis ya.

Jadi dengan segala hormatnya, saya menjemput Yang Berhormat Putrajaya untuk teruskan dengan 14 minit. Silakan.

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Putrajaya Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah yang menzahirkan keprihatinan Baginda terhadap kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta pembangunan negara.

Dalam perbahasan pertama ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih buat sahabat-sahabat pengundi P.125 Putrajaya kerana telah memberi kepercayaan kepada saya. Insya-Allah, saya komited untuk melakukan yang terbaik bagi warga Putrajaya.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah melalui satu tempoh pembangunan ekonomi yang dinamik dan penuh cabaran sejak dari kita mencapai kemerdekaan. Bermula sebagai sebuah negara berasaskan pertanian, Malaysia kemudiannya bergerak sebagai

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

sebuah negara perindustrian. Sektor ini terus berkembang dan Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan asing dengan pembukaan kilang-kilang.

Pada waktu itu, mengambil kira infrastruktur yang ada, kebolehan serta kos tenaga pekerja Malaysia adalah antara negara yang terkehadapan berbanding dengan negara membangun yang lain. Namun, apabila negara lain khususnya negara di rantau ini mula bergerak ke sektor perindustrian dan menawarkan kos tenaga kerja yang lebih rendah serta pelbagai inisiatif pelaburan untuk menarik pelabur, pelabur asing mula bergerak ke negara-negara tersebut.

Data menunjukkan sebelum bermula krisis ekonomi Asia Tenggara pada tahun 1997, Malaysia menguasai 24 peratus FDI yang masuk ke negara Asia Tenggara.

Namun, di antara tahun 2000 sehingga 2020, Malaysia cuma mendapat lapan peratus daripada keseluruhan FDI yang masuk ke rantau ini. Umumnya, pengeluaran produk dan perkhidmatan yang bernilai ditambah tinggi dalam negara serta penggunaan teknologi tinggi dan automasi masih berada pada tahap yang rendah. Kebergantungan kepada buruh asing yang lebih murah telah memberi kesan negatif kepada usaha memodenkan pengeluaran.

Isu-isu struktur dalam ekonomi ini menjadi antara punca kita terperangkap dalam middle-income trap, dengan izin, atau perangkap pendapatan sederhana. Gaji meningkat dengan amat perlahan. Pada masa yang sama, kos sara hidup terus meningkat dari tahun ke tahun. Apabila gaji meningkat dengan perlahan dan kos sara hidup meningkat dengan begitu cepat, maka rakyat mula merasai tekanan kos sara hidup.

Tuan Yang di-Pertua, Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 (WKB 2030) dilancarkan oleh Perdana Menteri ketujuh pada 5 Oktober 2019 sebagai kesinambungan kepada Wawasan 2020. Berbeza dengan Wawasan 2020, WKB memfokuskan kepada keberhasilan, mempunyai sasaran yang jelas serta menekankan kepada pemantauan pelaksanaan. Pelbagai masalah struktur dan cabaran dalam ekonomi negara termasuk yang selalu dibangkitkan oleh kerajaan pada hari ini sebenarnya telah diambil kira dalam waktu WKB itu dirangka.

Tempoh 2021-2030 ini merangkumi dua Rancangan Malaysia iaitu Rancangan Malaysia Ke-12 dan Rancangan Malaysia Ke-13. Wawasan ini telah menjadi asas pembangunan ekonomi negara di bawah Perdana Menteri ketujuh, kelapan dan kesembilan. RMKe-12 juga telah dijajarkan dengan WKB 2030.

Soalan saya, adakah Wawasan Kemakmuran Bersama ini akan terus menjadi asas kepada pembangunan negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri ke-10?

Sekiranya tidak, mohon dijelaskan sebabnya.

Tuan Yang di-Pertua, sewaktu Yang Berhormat Pagoh menjadi Perdana Menteri, kerajaan telah mula menyediakan satu pangkalan data tunggal melibatkan penerima pelbagai bantuan dan subsidi kerajaan. Perancangan ketika itu adalah untuk memastikan kerajaan mempunyai maklumat yang menyeluruh tentang bantuan dan subsidi yang diterima oleh setiap individu daripada pelbagai kementerian dan agensi secara real-time termasuklah bantuan yang diterima di peringkat negeri. Ini bagi memastikan tiada rakyat yang memerlukan bantuan dipinggirkan dan pertindihan bantuan dapat dielakkan. Soalan saya, apakah status terkini pembangunan pangkalan data tunggal ini?

Tuan Yang di-Pertua, dalam tawaran Perikatan Nasional untuk PRU ke-15, ada disebut tentang pewujudan sebuah agensi tunggal yang akan berfungsi sebagai pusat sehenti bagi menyelaras bantuan dan subsidi untuk rakyat. Dengan menggunakan pangkalan data tunggal yang lengkap, agensi ini akan dapat memastikan rakyat yang layak menerima bantuan tidak akan tertinggal.

Agensi ini boleh dimodelkan seperti mana Centrelink di Australia. Jika sebelum ini pemberian bantuan adalah berdasarkan kumpulan pendapatan— B40, M40 dan T20— melalui agensi ini, setiap keluarga yang memerlukan bantuan akan dinilai secara lebih menyeluruh bukan sekadar berdasarkan pendapatan isi rumah semata-mata. Ini boleh mengelakkan keadaan di mana isi rumah M40 yang amat memerlukan bantuan tercicir daripada menerima sebarang bantuan. Adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan agensi sehenti yang mempunyai fungsi seperti yang dinyatakan tadi?

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Selain itu, sewaktu Unit Perancang Ekonomi diterajui oleh Menteri sebelum ini, Dato' Sri Mustapa bin Mohamed, Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Tahun 2022- 2025 telah diperkenalkan. Program Pembasmian Kemiskinan Tegar ini akan menggunakan pendekatan kumpulan sasar berasaskan isi rumah komuniti atau hibrid.

Adakah program ini masih diteruskan di bawah kerajaan baharu? Jika tidak, mohon penjelasan Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang tadbir urus negara, khususnya berkaitan pemusatan kuasa seorang individu bagi pengurusan kewangan negara. Kita seharusnya mengambil iktibar daripada pelbagai skandal kewangan yang maha besar yang berlaku pada zaman Kerajaan Barisan Nasional khususnya di bawah pimpinan Perdana Menteri keenam.

Menyedari kesan buruk akibat pemusatan kuasa ini, ramai sahabat kita dalam Pakatan Harapan ketika itu yang mana berada di blok pembangkang telah memperjuangkan supaya Perdana Menteri tidak turut memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan. Antara yang lantang menyuarakan perkara ini adalah Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Kota Raja. Lawak Abang Mat bercerita “Ha, minta ini, sekian, sekian”, kita ingat semua cerita ini.

Selain itu, di bawah Janji 12 dalam Manifesto Pakatan Harapan bagi PRU ke-14, disebut bahawa Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain terutamanya Menteri Kewangan. Jelas pemimpin Pakatan Harapan sendiri dengan sedar tidak bersetuju pelantikan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan. Akan tetapi, amat menyedihkan apabila Yang Amat Berhormat Tambun selaku Perdana Menteri turut memegang jawatan Menteri Kewangan, sahabat semua senyap menikus.

Bukan itu sahaja, Yang Amat Berhormat Tambun juga memegang satu lagi portfolio iaitu Kementerian Wilayah Persekutuan yang telah ditukar kepada Jabatan Wilayah Persekutuan. Maknanya kalau ikut lawak Abang Mat, Yang Berhormat Kota Raja, kalau Menteri, kalau Jabatan Wilayah Persekutuan tidak cukup, minta dengan Menteri Kewangan, Menteri Kewangan pula minta dengan Perdana Menteri. Itulah kisahnya.

Untuk rekod, Perdana Menteri terakhir yang menjadi Menteri Kewangan ialah Perdana Menteri keenam. Perdana Menteri ketujuh, Perdana Menteri kelapan, Perdana Menteri kesembilan tidak memegang apa-apa portfolio dan telah mewujudkan satu sistem tadbir urus yang cukup baik. Apabila bercakap tentang pemisahan kuasa Perdana Menteri dengan Menteri Kewangan, kita tidak bercakap tentang individu. Kita tidak bercakap tentang Yang Amat Berhormat Tambun. “Tidak apa Tambun, Tambun okey”. Tidak ada.

Ini bukan soal individu, ini adalah tentang sistem. Kita perlu faham bahawa pemusatan kuasa boleh meningkatkan risiko salah guna kuasa kerana tidak ada semak dan imbang.

Satu sistem tadbir urus kewangan negara yang utuh dan kukuh hendaklah diwujudkan bagi memastikan negara tercinta ini diwariskan kepada anak cucu kita dalam keadaan kewangannya yang baik. Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar diwujudkan satu akta yang menghalang Perdana Menteri untuk memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

[Tepuk]

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua, kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bahawa tidak menjadi masalah untuk melantik anak beliau sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan, selagi mana tidak menerima gaji, adalah satu lagi isu tadbir urus yang perlu diberi perhatian. Ini bukan perkara yang boleh main-main.

Kenyataan sedemikian menggambarkan seolah-olah tidak salah untuk mana-mana menteri atau mana-mana timbalan menteri melantik anak isteri mereka di kementerian masing-masing. Oleh yang demikian, saya memohon agar Yang Amat Berhormat Tambun...

final • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Putrajaya...

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

...menarik semula kenyataan tersebut...

final • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Putrajaya sedikit...

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

...bagi mengelakkan sebarang kekeruhan dalam konteks tadbir urus yang baik.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Itu apa itu? Tarian?

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Tidak apa. Duduk, duduk.

Tidak bagi laluan. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Hendak tanya sedikit.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua, penjawat awam adalah tonggak dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Saya pernah bekerjasama rapat dengan ramai penjawat awam daripada pelbagai latar belakang kepakaran dan bangsa sewaktu berkhidmat di Kementerian Pendidikan dan juga di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Terima kasih sahabat semua.

Mereka sentiasa komited dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing dan berusaha memberikan yang terbaik. Sebab itu, saya begitu tersentap bila membaca tulisan seorang pemimpin Pakatan Harapan, iaitu Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P.Ramasamy. Hujah Ramasamy ialah “perkhidmatan awam telah lapuk atau tepu. Puncanya kerana perkhidmatan awam didominasi oleh orang Melayu.” Penyelesaian Ramasamy ialah untuk Kerajaan PH pimpinan Tambun pecahkan dominasi tersebut. Seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Pagoh semalam, hujahan Ramasamy adalah satu penghinaan kepada penjawat awam...

final • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Putrajaya, sedikit Putrajaya. Yang Berhormat Putrajaya.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

...dan juga orang Melayu.

[Tepuk]

final • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Putrajaya...

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Kenyataan ini melampau...

final • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Purajaya...

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

...dan boleh menghancurkan keharmonian negara. Adakah Kementerian Dalam Negeri telah mengambil tindakan ke atas kenyataan berbaur perkauman ini? Selain itu, adakah kerajaan merancang untuk mengecilkan saiz perkhidmatan awam dan mengurangkan jumlah orang Melayu dalam perkhidmatan awam seperti mana yang didesak oleh Ramasamy?

Tuan Yang di-Pertua, anggota perkhidmatan awam telah dilatih untuk melaksanakan amanah mengikut perancangan kerajaan semasa. The government of the day. Tanpa mengambil kira parti mana yang memerintah atau siapa yang menjadi Perdana Menteri. Oleh itu, kepercayaan kepimpinan kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam adalah amat penting dalam memastikan penyampaian khidmat yang terbaik kepada rakyat. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Yang Berhormat Pagoh semalam, tindakan kerajaan campuran PH-BN meletakkan beberapa orang pegawai kanan, pegawai tertinggi perkhidmatan awam ke dalam pool atau peti sejuk adalah satu tindakan yang amat tidak wajar.

Ada KSU Kanan yang terbukti menjalankan tugas dengan cemerlang diletakkan di kementerian yang jauh lebih kecil dengan jawatan yang tidak setara. Saya amat bersimpati dengan apa yang...

final • 12:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

...berlaku kepada mereka.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Shah Alam mohon mencelah.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Apa salah mereka?

final • 12:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Mohon penjelasan, Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Tidak bagi laluan. Jika tidak ada kesalahan yang dibuktikan, mengapakah hukuman telah dijatuhkan lebih awal?

Tindakan sebegini satu kerugian kepada negara kerana khidmat dan kepakaran mereka tidak dapat digunakan secara optimum. Tindakan tersebut adalah tidak adil kerana memberi gambaran negatif, seolah-olah mereka telah melakukan satu kesalahan yang besar atau prestasi perkhidmatan mereka adalah amat teruk. Dengan ini, saya mohon Perdana Menteri mengemukakan jumlah pegawai kanan kerajaan yang ditempatkan di Jawatan Kumpulan atau pool mengikut gred dan senarai pegawai kanan Jusa B ke atas yang terlibat dalam pertukaran kementerian sejak kerajaan campuran PH-BN mengambil alih pemerintahan negara.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, semasa saya di Kementerian Pendidikan, antara tumpuan utama adalah mempergiatkan usaha ke arah pendigitalan pendidikan sejajar dengan pelaksanaan MyDigital.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Tidak dinafikan. Saya mohon sedikit lagi ya.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Satu minit.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Tidak dinafikan bahawa pandemik COVID-19 secara tidak langsung telah mempercepatkan pendigitalan pendidikan melalui pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian, pemeriksaan kertas SPM secara atas talian dan semakan keputusan SPM secara dalam talian. Saya ada dua pertanyaan kepada Menteri Pendidikan dalam hal ini. Pertama sekali adalah berkaitan dengan Dasar Pendidikan Digital. Pada bulan Oktober 2022, Dasar Pendidikan Digital telah hampir siap sepenuhnya dan akan dibentangkan ke Jemaah Menteri pada waktu itu. Namun, Parlimen dibubarkan dan saya ingin tahu apakah status Dasar Pendidikan Digital ini dan bilakah ianya akan dilaksanakan?

final • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Putrajaya, memang tidak bagi ke? Sikit pun tidak bagi?

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Selain daripada itu juga..

final • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Putrajaya.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

...bagi memenuhi keperluan pendidikan..

final • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Tidak hero lah macam ni Yang Berhormat Putrajaya..

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

...KPM telah bekerjasama dengan MAMPU dan juga UKAS...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat sila duduk.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

...untuk menyediakan Internet berkelajuan tinggi yang kita panggil kpm.net.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Putrajaya.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Jadi sekali lagi saya ingin...

final • 12:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Boleh mencelah sedikit?

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

...bertanya kepada Menteri Kewangan apakah status kertas yang telah kita siapkan untuk dibawa ke Kabinet berkaitan dengan kpm.net.

final • 12:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Putrajaya. Boleh mencelah sedikit?

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua. Saya minta menyentuh...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

...beberapa perkara.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Sedikit sahaja lagi.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah extra satu minit.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Berkaitan dengan Putrajaya.

Ini berkaitan dengan Putrajaya. Sedikit sahaja. Pertama sekali...

final • 12:30 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Masa sudah tamat.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Terdapat keperluan mendesak...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

..untuk kerajaan membuat...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

...penyelenggaraan. Satu minit.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah extra satu minit.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Ke atas kuarters kakitangan awam di Putrajaya [Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 12:30 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Minta celah. Minta celah.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Hoi duduklah. Duduklah. Ikutlah peraturan. Ikut peraturan. Sudah lah. Sudah.

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Orang tanya pun tidak bagi. Ikut peraturan. Ikut peraturan.

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang Berhormat Hulu Langat hendak jadi hero. Jadilah hero.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Dan saya menggulung Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara berkaitan Putrajaya ini akan terus saya bawa dan antaranya adalah perkara yang berkaitan dengan parking untuk pegawai kerajaan dan juga...

final • 12:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Masih mimpi Menteri Kanan lagi ke? Cukup lah.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

..tempat perumahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Menteri Pendidikan paling lembap dalam sejarah Malaysia.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Apa?

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Bagan.

final • 12:30 PM

Seseorang Ahli

Tarik balik.

final • 12:30 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Tidak sebut nama pun. Apa tarik balik?

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tarik balik.

final • 12:30 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Bukan saya. Bukan saya. Tidak sebut nama pun.

Mana tahu cakap you.

[Ketawa]

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Semalam.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Itu satu tuduhan yang amat...

final • 12:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Semalam pun tidak sebut nama.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Dan kita berjuang sewaktu COVID-19...

final • 12:30 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

...... kawasan. Perasan sangat.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

[Bercakap tanpa pembesar suara] ....Inilah antara recognition yang diberikan bukan saya tetapi pada pegawai- pegawai di Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya mohon tarik balik kenyataan tersebut.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tarik balik ya. Tarik balik.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dituju kepada siapa?

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Siapa cakap tadi?

final • 12:30 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Siapa? Siapa? Carilah.

[Ketawa] Tidak sebut nama pun. Apa perasan sangat.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Siapa yang sebut?

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

. Saya tidak tahu sesiapa.

final • 12:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Mengakulah. Mengaku. Siapa yang cakap? Nanti kita tengok Hansard.

final • 12:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Mengaku, mengaku. Siapa cakap?

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kita teliti Hansard.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kami minta--oleh kerana mereka ini.

final • 12:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jangan lah penakut. Mengaku sahaja lah cakap apa. Beritahu balik.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Orang ini penakut. Kita tengok Hansard. Kita cek. Esok ya.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bagan. 20 minit ya.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Tuan Yang di-Pertua, saya turut menyokong usul Yang Berhormat Titiwangsa. Menjunjung kasih titah Perasmian Parlimen Diraja yang bagi saya merupakan suatu inspirasi yang harus memandu hala tuju dan kerangka membina negara Kerajaan Perpaduan kita yang diilhamkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Tuanku telah menggariskan

final • 12:38 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

pembentukan sebuah kerajaan yang stabil dan utuh yang menerima sokongan majoriti pengundi rakyat.

Parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan telah memenuhi hasrat murni Tuanku dalam merangkumi sokongan undi popular sebanyak 70 peratus ataupun 148 Ahli Parlimen daripada 222 buah kerusi di Parlimen atau majoriti dua pertiga. Tuanku telah mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang berani membuktikan keabsahan Kerajaan Perpaduan melalui usul undi percaya di Parlimen. Satu precedent yang tidak berani dilakukan oleh Yang Berhormat Pagoh sebaliknya bergantung kepada pengisytiharan darurat untuk mengekalkan kuasa.

final • 12:38 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Betul itu.

final • 12:38 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kemenangan usul undi percaya oleh Yang Amat Berhormat Tambun sekaligus akan menolak fitnah pihak yang tidak bertanggungjawab bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan bertahan selama lima tahun kerana akan ditumbangkan oleh suku-suku yang suka tebuk atap. Tambahan lagi, kestabilan parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan yang kian henti bergelora akan menambahkan keutuhan dan kestabilan Kerajaan Perpaduan.

final • 12:38 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ujian seterusnya selepas memenangi usul undi percaya di Parlimen ialah pilihan raya negeri untuk enam buah negeri yang akan berlangsung pada bulan Julai ini. Kami dalam Kerajaan Perpaduan tidak akan bongkak dan angkuh seperti pihak lawan yang begitu yakin akan memenangi kesemua enam buah negeri. Kami di sini rasa memadailah sekiranya berjaya mengekalkan tiga buah negeri yang dikuasai Kerajaan Perpaduan iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang. Ini saya rasa dengan memenangi tiga buah negeri akan menjamin Kerajaan Perpaduan akan memerintah di bawah naungan Tuanku untuk lima tahun lagi. Matlamat utama Kerajaan Perpaduan yang stabil dan utuh sememangnya untuk menjana pertumbuhan ekonomi, mengurangkan kos sara hidup dan menjelmakan peluang pekerjaan yang bergaji adil demi menjamin kesejahteraan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, keadaan ekonomi terus mencabar dengan pertumbuhan ekonomi global yang lembap. Bagaimanapun saya yakin dengan kadar inflasi yang telah pun menguncup kepada 3.8 peratus pada bulan Disember tahun lepas. Pengukuhan nilai mata wang Ringgit daripada tahap terendah sebelum ini sebanyak RM4.75 kepada USD1, peningkatan pelaburan dan pemberhentian kadar faedah OPR atau overnight policy rate oleh Bank Negara, Kerajaan Perpaduan akan berjaya membolehkan objektif ekonomi tercapai.

Menjana pertumbuhan ekonomi, mengurangkan kos sara hidup dan menjelmakan peluang pekerjaan yang bergaji adil ialah penawar kepada racun ekstremis dan rasis yang amat berbahaya dan kini dimainkan oleh penceramah hebat tetapi langsung tidak prihatin atau jahil perihal ekonomi. Selain itu, Rukun Negara yang memupuk semangat muhibah, harmoni dan saling hormati antara kaum harus diberikan penekanan. Janganlah ada ucapan menghasut, menyalahkan kaum bukan Islam sebagai punca rasuah di Malaysia bila rasuah tidak mengenal warna kulit ataupun mengancam hendak sembelih golongan bukan Islam semata-mata kerana lawan parti politik, bukannya agama Islam kerana parti politik ialah parti politik, Islam ialah negara.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan.

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Marilah kita bersatu...

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang Berhormat Bagan, apa yang sembelih?

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...supaya kita...

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya tidak pernah dengar...

final • 12:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Besut.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya tidak pernah dengar perkataan menyembelih...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Besut.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Besut.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini satu perkataan...

final • 12:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Minta.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Orang Islam hendak sembelih orang bukan Islam?

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Besut, sila duduk. Sila ikut peraturan mesyuarat.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] This is seditious.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Perkataan yang disebut ‘menyembelih’, maksudnya telah mengelirukan Dewan.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Point of order mana?

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Point of Order 36(6) - mengelirukan Dewan.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Baca point of order.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Sebut dahulu, sebut.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Mengelirukan Dewan. Sabar, sabar, sabar. Perkataan mengelirukan Dewan.

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini saya rasa hendak membazirkan masa saya.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Duduklah Yang Berhormat Besut, duduklah Yang Berhormat Besut, duduklah, duduklah, duduklah.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk semua.

Saya jemput Yang Berhormat Bagan teruskan.

final • 12:40 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Peraturan Mesyuarat 36(4).

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ucapan oleh salah seorang penyokong parti lawan di mana dalam satu ucapan, beliau menyebutkan hendak menyembelih kafir harbi.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

36(12).

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya rasa itu yang saya rujuk dan saya harap...

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Peraturan Mesyuarat 36(12).

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...bahawa pihak polis boleh ambil tindakan...

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

36(12).

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...yang sewajarnya.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini peraturan Dewan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Semoga pihak menarik balik ucapannya.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Bagan.

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Yang ini semua terpapar. Semua ada bukti.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini peraturan Dewan.

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

So, saya cakap ucapan sedemikian...

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

36(12).

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...tidak sebenarnya berlaku

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Bagan, tunggu sekejap.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

36(12).

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila baca.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, mana-mana Ahli yang mengeluarkan perkataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.

Maksudnya, dia telah menyatakan akan ada penyembelihan, maksudnya kepada siapa?

Siapa kepada siapa? Menyebut seolah-olah macam orang Islam akan menyembelih orang bukan Islam. Ini mengelirukan Dewan. Apa benda yang betul?

final • 12:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Semua sudah tengok video itulah.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Apa maksud hendak sembelih ini?

final • 12:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Semua sudah tengok.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tidak ada perkataan ‘sembelih’.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Semua sudah tengok videolah.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kita tidak pernah mengucapkan...

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Video itu betullah.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...apa-apa kaum lain dan sebagainya. Kita hidup dengan cara aman dan damai.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Besut pura-pura.

Pura-pura tidak tengok. ‘Purak-purak’.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tidak ada perkataan ‘menyembelih’.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Besut ‘purak- purak’.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tunjukkan bukti kalau ada tetapi setakat ini memang mengelirukan Dewan. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ada, memang ada bukti video di mana laporan polis juga telah dibuat. Saya harap polis boleh ambil tindakan ke atas ucapan seperti ini yang amat bahaya kerana hasut hendak sembelih kafir harbi. Saya rasa Yang Berhormat pun tahu apa maksud kafir harbi. Saya hendak teruskan. *So,...

[Disampuk]*

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Maksud kafir harbi– harbi dengan zimmi lain.

final • 12:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dah, sudahlah itu. Duduklah.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dua benda yang berbeza.

Harbi ini kalau dia perang kita, kita perang balik. Kalau zimmi, kita tidak boleh hendak perang.

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Iyalah, kita rujuk kepada video...

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kena faham, harbi dengan zimmi lain. Inilah...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, baiklah. Sila duduk Yang Berhormat Besut. Jangan bazir masa. Terima kasih. Yang Berhormat Bagan, teruskan.

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya hendak teruskan tetapi janganlah cuba mempertahankan mereka hendak sembelih bukan Islam. Marilah kita bersatu supaya kita mengharungi cabaran bersama. Barulah kita dapat menikmati hasilnya bersama. Jangan salahkan hanya bukan Islam menjadi punca rasuah. Itu tidak betul. Adapun seperti yang saya sebut tadi, hendak sembelih hanya kerana perbezaan politik. Saya rasa itu tidak harus berlaku. Rakyat Malaysia...

[Disampuk]

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tuan Yang di-Pertua, masih lagi mengulangi perkataan yang sama, yang mengelirukan Dewan.

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...mendukung usaha kerajaan untuk membasmi rasuah dan ketirisan kewangan.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Inilah masalah, Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya harap kerajaan boleh segerakan...

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Inilah masalah, Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...Kertas Putih berkaitan...

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tolong bagi dia tarik balik perkataan...

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...pembelian dan pengendalian...

final • 12:40 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Tuan Yang di-Pertua, minta tarik balik perkataan ‘sembelih’.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Salah perkataan yang dia sebutkan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...yang kononnya...

final • 12:40 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Tuan Yang di-Pertua, minta tarik balik perkataan ‘sembelih’ tadi.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Membuat kenyataan yang begini, satu kesalahan.

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...juga projek tebatan banjir.

final • 12:40 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Tarik balik dahulu, Yang Berhormat Bagan!

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tidak tarik balik, tarik balik dahulu.

final • 12:40 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Tarik balik dahulu.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Masalahnya, Tuan Yang di- Pertua tidak membuat apa-apa petua sekarang.

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya tarik balik apa? Adakah saya merujuk kepada Yang Berhormat?

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sebut perkataan apa?

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Adakah saya merujuk kepada Yang Berhormat?

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tidak merujuk tetapi perkataan mengelirukan Dewan.

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Yang Berhormat, bukanlah...

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Statement orang-orang Islam...

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Bacalah peraturan mesyuarat.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...hendak membunuh ataupun menyembelih orang kafir...

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kalau ada itu ucapan sedemikian...

[Tidak jelas]

final • 12:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Besut ini tidak faham Bahasa Melayu agaknya.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dia tidak kacau orang lain.

Maksud kafir harbi, faham ke tidak?

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Bagan tidak hadap kepada sesiapa.

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Tuan Yang di-Pertua putuskan semalam...

[Tidak jelas] 36(6) semalam tidak menyebut harbi. Menyebut DAP.

final • 12:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Besut, sebab ada video, Yang Berhormat Besut.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Besut, ada video. Ucapan itu ada. Tengoklah video itu. Yang Berhormat Bagan rujuk kepada video itu. Ucapan itu ada. Macam sebut...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat, sila duduk. Yang Berhormat Besut, sila duduk.

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya sudah buat keputusan untuk Yang Berhormat Bagan teruskan ucapan. Kalau sesiapa yang tidak puas hati, sila buat usul. Jadi sila duduk, jangan buat hal di sini. Saya minta Yang Berhormat Bagan teruskan.

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini saya harap polis boleh ambil tindakan selepas buat siasatan. Saya hendak teruskan ucapan saya. Di sini saya harap kerajaan boleh

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

segerakan Kertas Putih berkaitan pembelian dan pengendalian vaksin COVID-19 yang kononnya membawa kerugian RM1 bilion.

final • 12:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Projek-projek berbilion ringgit tanpa tender terbuka, projek tebatan banjir yang didedahkan oleh Yang Berhormat Menteri Ekonomi dan juga kontroversi yang berkaitan dengan projek kerajaan yang diberikan kepada anak menantu pemimpin kerajaan lepas.

Saya juga minta kerajaan menilai semula kes Serba Dinamik Holdings Berhad yang dilepaskan daripada pertuduhan di mahkamah dengan hanya membayar kompaun denda RM16 juta selepas didapati membuat penyata palsu dalam penyata kewangan syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia. Satu kesalahan yang amat serius sekali untuk sebuah syarikat Bursa Malaysia. Saya difahamkan pengendalian kes ini oleh Peguam Negara telah menyebabkan bekas pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia meletakkan jawatan sebagai tindakan bantahan.

Antara langkah-langkah yang harus diambil kira untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat Malaysia dan pada masa yang sama boleh menggalakkan ekonomi digital ialah membasmi cukai jualan sebanyak 10 peratus ke atas semua penjualan online untuk barangan yang bernilai rendah atau Low Value Goods (LVG) yang kurang daripada RM500. Seperti yang dimaklumkan oleh semua, tindakan mengenakan cukai 10 peratus telah pun dikenakan oleh kerajaan lepas ke atas semua LVG RM500.

Pada masa itu, kami rasa bahawa adalah tidak munasabah pembeli-pembeli untuk barangan yang bernilai rendah kurang daripada RM500 tidak harus dikenakan cukai 10 peratus tetapi juga terus dikenakan oleh kerajaan lepas. Saya harap bahawa cukai online sebanyak 10 peratus ini boleh ditangguhkan sekurang-kurangnya sehingga ekonomi pulih dan bukan sahaja untuk barangan dari luar negara tetapi pembasmian cukai 10 peratus ini harus juga merangkumi semua Low Value Goods (LVG) barangan bernilai rendah kurang daripada RM500 sama ada pembelian dibuat dari luar negara ataupun secara domestik dalam negara. Ini saya rasa bukan sahaja akan membantu ekonomi digital tetapi juga akan mengurangkan beban kumpulan yang berpendapatan rendah.

Saya juga ingin menarik perhatian tentang perlunya kerajaan melanjutkan Program Khas Peremitan Pendapatan (PKPP) di mana yang bawa pendapatan dari luar negara. Puncanya dari luar negara. Pengecualian yang diberikan sebelum ini, telah pun ditarik balik.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Bagan.

final • 12:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Dalam keadaan di mana – Saya habis ayat ini sahaja. Habis sekejap. Ayat ini saya habiskan.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Okey.

final • 12:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sebelum ini, syarikat-syarikat yang membawa pulang pendapatan, mereka mendapat pengecualian di bawah PKPP. Akan tetapi, di bawah kerajaan lepas, pengecualian ini telah pun ditarik balik. Bermakna, mereka yang bawa balik wang akan dikenakan cukai. Pada masa sekarang, dalam kelembapan ekonomi, kita harus menggalakkan pendapatan dibawa balik dari luar negara.

Oleh itu, saya harap bahawa PKPP ini boleh dilanjutkan. Bukan diberikan selama- lamanya tetapi sekurang-kurangnya dilanjutkan supaya sehingga ekonomi pulih, baru ia boleh ditarik balik supaya kita boleh menarik lebih banyak dana masuk balik ke Malaysia.

Sila, Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Saya hendak bantu sedikit Yang Berhormat Bagan, sahabat saya daripada Yang Berhormat Besut tadi itu. Boleh check Zul Huzaimy di Kemaman, 4 November 2022 di atas pentas Pakatan Harapan. Salah, salah, salah. Di atas pentas Perikatan Nasional. Terima kasih, Yang Berhormat Bagan.

[Tepuk]

final • 12:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Seperti yang saya pernah sebut tadi, biarlah si luncai dengan labu-labunya.

final • 12:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ketiga, kami memang sokong pindaan yang dibuat untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 sebulan. Ia adalah langkah yang perlu menghala supaya kita dapat membolehkan pekerja menikmati gaji yang adil. Pada masa yang sama, pindaan telah dibuat ke atas Akta Kerja supaya masa bekerja telah pun dikurangkan daripada 48 jam kepada 40 jam.

Saya ingin meminta bahawa sekali lagi dalam keadaan ekonomi yang lembap, bolehkah peraturan ini ditangguhkan seketika? Ini kerana bila ia tiba-tiba dilaksanakan dengan pengurangan sebanyak lapan jam untuk tempoh satu minggu, ia akan membawa kesan yang amat besar kepada syarikat-syarikat. Ia boleh dilaksanakan pada masa yang sesuai, bukan tidak dilaksanakan sama sekali tetapi ditangguhkan.

Saya tahu bahawa perkara ini mungkin akan menarik perhatian daripada Kesatuan Sekerja tetapi saya bimbang sekiranya langkah ini dilaksanakan...

final • 12:50 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Yang Berhormat Bagan, minta laluan.

final • 12:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ia mungkin membawa padah kepada SMI-SMI yang tidak...

final • 12:50 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Yang Berhormat Bagan, minta laluan.

final • 12:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sekejap lagi, sekejap lagi. Sekejap. Ini kerana kita tidak dapat menghadapi kenaikan kos yang dibebankan, yang akan dialami oleh syarikat- syarikat tersebut. Oleh sebab itu, saya berharap perkara ini boleh diberikan perhatian.

Satu lagi ialah berkaitan dengan Pulau Pinang. Ini saya kena sebut sedikit. Saya harap sebagai negeri warisan pihak Yang Amat Berhormat boleh mengkaji langkah untuk mengembalikan dan memulihkan feri ikonik Pulau Pinang. Feri lama. Ia bukan lah melibatkan kos yang besar tetapi ia juga selaras, seiras dengan status Pulau Pinang sebagai salah satu daripada dua buah negeri di Malaysia yang mendapat restu daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai Tapak Warisan Dunia. Feri ini adalah memang satu ciri identiti Pulau Pinang yang bukan sahaja diminati oleh rakyat negeri tetapi oleh seluruh rakyat Malaysia.

Saya hendak akhir dengan penutup Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong bahawa kita harus menerima kemajmukan dan kepelbagaian yang wujud sebagai kekuatan utama negara, di mana perbezaan yang unik ini sebagai rencah utama dalam pembentukan sebuah bangsa Malaysia yang saling sayang menyayangi, bukannya saling benci-membenci yang kini dicanangkan oleh mereka yang ingin meraih populariti.

Marilah kita dalam Kerajaan Perpaduan menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa hanya bila kita bersatu, barulah kita boleh mengatasi cabaran yang dihadapi oleh rakyat kita demi menjamin masa depan dan kesejahteraan anak-anak kita.

Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Seterusnya, Yang Berhormat Jerai.

final • 12:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat tengah hari. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Pertama kali mengambil bahagian dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Ke-15.

Perbahasan Titah Diraja, saya akan sentuh beberapa isu termasuk dalam kawasan saya Parlimen Jerai.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada semua pengundi di Parlimen saya P012, Jerai kerana memberi mandat sekali lagi membawa suara rakyat di Parlimen yang mulia ini. Saya juga akan menjadi penghubung yang berkesan di antara rakyat dan kerajaan walaupun saya di pihak pembangkang.

final • 12:58 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Rakyat amat maklum tentang peruntukan RM1.3 juta yang dikurangkan daripada RM3.8 juta.

final • 12:58 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Jerai.

final • 12:58 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Ya?

final • 12:58 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah satu petang. Boleh sambung nanti.

[Ketawa] Kita sambung nantilah, ya. Selepas...

final • 12:58 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Bagi salam lain. Bagi salam.

final • 12:58 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Maknanya pukul 2.30 petang saya bagi salam semulalah. Tuan Yang di-Pertua, okey.

final • 12:58 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul 1.00 tengah hari, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

final • 12:58 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.32 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

final • 2:32 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Jerai, sila sambung ucapan.

final • 2:32 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Apabila saya beri salam Tuan Yang di-Pertua, minta jam pusing balik.

final • 2:33 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Ketawa] 15 minit.

final • 2:33 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada semua pengundi di Parlimen saya, P.012 Jerai kerana memberi mandat sekali lagi untuk saya bawa suara rakyat di Parlimen yang mulia ini. Saya juga akan menjadi penghubung yang berkesan antara rakyat dengan kerajaan walaupun saya di pihak pembangkang. Rakyat amat maklum tentang peruntukan RM1.3 juta yang dikurangkan daripada RM3.8 juta yang diberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen kerajaan.

Peruntukan itu hanya diuar-uarkan untuk Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan campuran sahaja, manakala pembangkang sepertimana Ahli Parlimen, rakan-rakan saya yang lain juga menyeru agar peruntukan yang sama dapat diberikan agar Kerajaan Madani bermaksud kerajaan yang bertamadun pengisian dalamannya bukan sahaja memenuhi keperluan rakyat dengan nilai manusiawi tetapi mengandungi juga nilai ukhrawi.

Ini juga bermaksud sebarang peminggiran kelompok atau berlakunya diskriminasi dalam kalangan kami sebagai pembangkang, menambah parahkan konsep madani yang dibawa. Saya masih ingat Yang Amat Berhormat Tambun berkali-kali pernah membaca Ayat 70 dalam Surah Al-Isra’, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Dan sesungguhnya kami telah muliakan anak-anak Adam a.s. dan kami angkut dan membawa mereka di darat dan di laut dan kami berikan rezeki kepada mereka dengan rezeki yang

final • 2:33 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

baik dan kami lebihkan mereka dalam kalangan makhluk yang lain dengan kelebihan yang sempurna.” Sekiranya ayat ini dibaca berkali-kali dan ditambah pula dengan konsep madani, juga secara mudahnya mentakrimkan atau memuliakan manusia kerana manusia makhluk yang hebat akal kurniaan Allah Rabbul Jalil dan mampu mengurus dan mentadbir dengan baik agar menjadi negara yang bertamadun dan melahirkan pimpinan pelapis yang menguntungkan negara. Oleh yang demikian, pelanggaran konsep ini akan membawa kerosakan generasi akan datang. Sudah tentu seluruh barisan kepimpinan akan dipertanggungjawabkan atas janji dan penolakan secara pilih kasih.

Tuan Yang di-Pertua, dalam akhbar Utusan Malaysia, saya menjadi kolumnis dalam “Klinik Jawi Utusan” yang disiarkan setiap hari Jumaat, esok pagi. Kini hampir lima tahun saya masih menulis artikel Jawi di akhbar tersebut walaupun terdapat kekangan masa. Saya gagahi juga setiap minggu untuk memeriahkan jawi melalui media cetak.

Saya juga berterima kasih kepada Dewan Bahasa dan Pustaka yang menyediakan ruang kepada penggiat jawi dengan memberikan tauliah pelantikan Dewan Munsyi Jawi setaraf dengan Munsyi Bahasa dan Munsyi Sastera.

Saya amat berharap kerajaan membuka peluang seluas-luasnya kepada Dewan Bahasa dan Pustaka bagi melahirkan lebih ramai Munsyi Jawi dan terbuka untuk semua masyarakat majmuk untuk sama-sama mengangkat dan menjulang tulisan jawi yang merupakan khazanah bernilai negara. Sebagai orang yang terlibat di lapangan pendidikan tulisan jawi arus perdana, di pendidikan menengah dan rendah suatu ketika dahulu, sudah tentu usaha memartabatkan tulisan jawi menjadi keutamaan saya.

Saya melihat Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang baharu –Ada tidak? Tidak ada? Dalam Kerajaan Madani, ejaan ‘madani’ pun aturan menulisnya tidak dieja secara kelaziman ejaan Melayu kerana ejaan ‘madani’ mengikut bahasa sumbernya adalah datang daripada bahasa Arab. ‘Mim, Dal, Nun dan Ya’ - Madani. Pengaruh bahasa Arab, inilah yang mendominasi tulisan jawi. Perlu membuat sesuatu yang besar dalam memperkasakan tulisan jawi. Sesuatu yang besar yang perlu dilakukan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan ialah dengan maksud mempersadakan semula tulisan jawi di peringkat menengah atas.

Saya sebutkan di sini disebabkan pelajar di Tingkatan 4 dan 5 di seluruh sekolah arus perdana sudah lama disediakan slot jawi bagi diuji kemampuan penguasaan tulisan jawi dalam subjek Pendidikan Islam di peringkat SPM. Namun, kini telah ditiadakan.

Nampak mudah dengan tiadanya slot tersebut dalam peperiksaan SPM. Namun, di sebalik itu, sudah tiada lagi program atau aktiviti Semarak Jawi di peringkat menengah atas dan sudah hilang aktiviti untuk meneruskan kesinambungan jawi.

Saya berharap pihak kementerian dapat mengembalikan semua tulisan jawi, terutamanya dalam peperiksaan. Sebanyak 12 markah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam SPM telah disediakan. Perkara ini harus datangnya daripada seorang yang diamanahkan sebagai Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Sekiranya Yang Berhormat Menteri terlepas pandang dengan keputusan yang dibuat, maka, seluruh institusi pendidikan akan tersekat dan terhad pembelajaran jawi bagi disambung daripada generasi kepada generasi yang akan datang.

Sebenarnya pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah pun menyediakan buku Pedoman Ejaan Jawi yang autentik. Para guru terutamanya di bidang kemanusiaan yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam, perlu diberikan kefahaman mengenai pengkaedahan tulisan jawi. Saya sebutkan di sini, oleh kerana jawi tidak lagi dominan di sekolah arus perdana. Apatah lagi, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka sering menjadikan jawi sebagai tulisan yang dinamik dengan maksud kedinamikan ini bagi memperkukuhkan tulisan jawi agar dapat diterima dengan baik oleh khalayak.

Sudah tentu para guru juga tidak dapat mengikuti perubahan semasa.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

[Bangun]

final • 2:33 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Justeru, saya mencadangkan agar peruntukan dan dana dapat disediakan oleh pihak kerajaan bagi memantapkan pedagogi jawi dalam

final • 2:33 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

kalangan guru di sekolah di semua peringkat. Ketamadunan ilmu perlu digilap agar manuskrip jawi yang masih banyak perlu digali untuk mengetahui sejarah peradaban ummah.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Jerai, Parit Buntar minta laluan sedikit.

final • 2:40 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Sila.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Jerai. Bersetuju ataupun tidak sekiranya tulisan jawi dimartabatkan semula dengan sering digunakan dalam urusan- urusan rasmi pihak kerajaan terutamanya JAKIM, JAWI ataupun apa sahaja yang berkaitan?

[Disampuk] YADIM dan sebagainya, supaya tulisan jawi dimartabatkan semula kerana kita mahu rakyat Malaysia, tak kira bangsa apa, mengetahui asal usul di negara ini.

Rakyat Malaysia, orang Melayu terutamanya kenal tulisan melalui tulisan jawi, sedangkan...

final • 2:40 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

[Bangun]

final • 2:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sekejap lagi.

Bagilah peluang sedikit. Sedangkan bangsa-bangsa lain di negara ASEAN ada tulisannya sendiri. Thailand ada tulisan sendiri, Cambodia ada tulisan sendiri, China pun ada tulisan sendiri. Apa salahnya kita martabatkan semula tulisan jawi?

final • 2:40 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar dan masukkan dalam ucapan saya sebab saya setuju. Okey, terima kasih.

Seterusnya, saya juga berharap bagi Dewan Bahasa dan Pustaka mengorak langkah dengan lebih jauh lagi agar peranan Dewan Bahasa sebagai ejen pengembang tulisan ini dapat disemarakkan di persada negara mengikut kesesuaian khalayak. Hal demikian juga memerlukan peruntukan bagi menjayakan aktiviti tersebut.

Sehubungan untuk memperkasakan tulisan jawi, saya juga mengalu-alukan kesinambungan program melestarikan jawi seperti yang telah dilakukan oleh mantan Menteri Agama dengan Program Jawi Hari Jumaat. Sekurang-kurangnya, Menteri Hal Ehwal Agama yang baharu dapat meneruskan dan memberi nafas baharu dengan idea kreatif bagi membudaya, memperkasa dan memartabatkan tulisan jawi dalam kalangan anak-anak bangsa di seluruh negara.

Saya nampak melalui guru-guru KAFA di seluruh negara, aset penting bagi meneruskan agenda memperkukuhkan identiti tulisan jawi di negara ini. Saya sebutkan dalam Dewan yang mulia ini untuk memastikan tulisan jawi dapat diangkat lebih baik lagi dan diterima semula sebagai tulisan terpenting menjadi wahana perhubungan yang sangat diguna pakai tanpa prejudis perkauman yang suatu ketika dahulu cukup hebat.

Selain itu, saya juga dalam sidang penggal yang lalu pernah mengutarakan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya agar dapat memberi nilai tambah yang cukup berkesan ke arah memasarkan kecantikan seni khat di tempat tumpuan umum, khususnya di kawasan tumpuan pelancong di seluruh negara. Papan tanda program mesti dimasukkan tulisan khat kerana kita mempunyai ramai penulis khat yang berselerak di seluruh negara.

Begitu juga di stesen TV. Saya difahamkan Menteri yang memikul tugas di Kementerian Komunikasi dan Digital, Yang Berhormat Lembah Pantai berpengalaman menganjurkan aktiviti seni khat. Kini tibalah masa beliau mengorak langkah lebih jauh lagi memerpersadakan program jawi berasaskan keunikan seni khat atau memperkasakan program jawi di media elektronik di bawah kementerian beliau.

Semua ini Tuan Yang di-Pertua, memberi gambaran bahawa mempersadakan jawi di negara ini tidak mempunyai sentimen politik mana-mana pihak. Hanya sekadar

final • 2:40 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

mengoptimumkan penyelarasan semata-mata untuk memartabatkan kegemilangan tulisan ini di tengah masyarakat. Ruginya kita seandainya khazanah yang hebat yang ditinggalkan oleh generasi terdahulu terus terpinggir atau dipinggirkan oleh generasi yang berkuasa hari ini. Semoga sinar tulisan jawi dapat dibugarkan kembali dalam semua institusi berkepentingan agar rakyat, terutamanya generasi hari ini mampu memahami budaya khazanah mereka yang dipelopori oleh orang terdahulu.

final • 2:40 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Yang Berhormat Jerai, minta laluan sedikit.

final • 2:40 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Masa itu.

final • 2:40 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Sedikit sahaja. Okey. Setujukah Yang Berhormat Jerai apabila tulisan Jawi adalah satu tulisan yang pernah jadi lingua franca untuk bahasa perantaraan perdagangan suatu masa dahulu? Dan juga saya dapat lihat pekedai-pekedai, terutamanya bangsa lain, di kampung-kampung dulu mengambil pesanan menggunakan tulisan jawi dan tulisan jawi ini sesuai dijadikan tulisan warisan kita. Itu sahaja.

final • 2:40 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Saya setuju dan masukkan dalam ucapan saya.

Seterusnya— saya tidak mempunyai banyak masa. Saya hendak menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua tentang isu pesawah padi dan saya ada satu masalah di Parlimen Jerai yang perlu saya sebutkan di sini iaitu bagaimana untuk mengalirkan air banjir ke laut. Mereka menggunakan Sungai Coras...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 2:40 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

...Dan mereka telah mengadakan projek tebatan tetapi akhirnya mengakibatkan banjir berlaku dengan lebih teruk dan mengakibatkan ratusan relung di antara sempadan Jerai dengan Pendang mengakibatkan kerugian yang cukup besar.

Jadi, saya ingin kepada kementerian berkenaan supaya melihat semula projek ini kerana menyebabkan banjir termenung, menyebabkan pesawah-pesawah kerugian setiap kali musim mengerjakan sawah padi.

Jadi, untuk akhirnya, saya ucapkan terima kasih dan saya menjunjung kasih Titah Tuanku.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Betong.

final • 2:40 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Betong untuk turut serta dalam perbahasan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Betong menjunjung kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sewaktu Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas. Buat kali pertama dalam sejarah negara Malaysia, telah berlaku Parlimen tergantung sejak kemerdekaan Malaysia.

Keprihatinan Tuanku terhadap rakyat Malaysia amatlah dihargai dan menjadi pembakar semangat kepada Kerajaan Perpaduan yang dibentuk atas nasihat Tuanku untuk membina semula negara demi kestabilan politik yang akan memberi persekitaran yang kondusif kepada pentadbiran negara untuk mengembangkan ekonomi dengan tumpuan menjamin kesejahteraan rakyat dan menangani isu kos sara hidup terutama golongan berpendapatan rendah.

Tanggungjawab kami sebagai wakil rakyat amat jelas untuk mendengar masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia, mencari penyelesaian pada permasalahan dan isu serta melaksanakan inisiatif yang mengembalikan kecemerlangan negara ini. Ia merupakan tanggungjawab dan amanah yang amat berat.

final • 2:46 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Dengan kesempatan ini, saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengundi Parlimen Betong yang telah memilih saya sebagai wakil mereka di Dewan Rakyat. Saya akan menyentuh beberapa isu dalam perbahasan ini dan saya mulakan dengan dua rangkap pantun.

*Tiada parti mendapat majoriti, Untuk membentuk Kerajaan Persekutuan, Nasihat Agong GPS hormati, Demi kestabilan Kerajaan Perpaduan.

Sayur dimasak beras ditanak, Ikan digoreng sambal ditumis, Perjuangan GPS utamakan Sarawak, Menuntut hak yang terhakis.* Sebagai permulaan, izinkan saya memetik Titah Yang di-Pertuan Agong tempoh hari yang mengingatkan kita semua bahawa semangat muhibah dan saling menghormati antara kaum adalah asas kepada kestabilan negara. Kerana itu, keutuhan keharmonian menerusi gagasan perpaduan yang berlandaskan prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan hendaklah dijadikan agenda utama demi nusa tercinta.

Oleh yang demikian, saya sebagai wakil rakyat dari Sarawak menyokong Titah Yang di-Pertuan Agong yang selari dengan pendirian Kerajaan Negeri Sarawak melalui GPS yang telah bersetuju untuk bersama membentuk Kerajaan Perpaduan, bahawa permuafakatan yang tercapai di kalangan pimpinan parti-parti Kerajaan Perpaduan Malaysia yang selari dengan cetusan hasrat murni Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk sebuah kerajaan stabil dan utuh. Dengan demikian, kerajaan boleh menumpukan daya usaha untuk memperkuatkan tekad bagi menjamin kestabilan politik dan menjana pertumbuhan ekonomi yang akan menjamin kesejahteraan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga percaya kerjasama adalah penting untuk Sarawak tanpa mengira parti politik yang memerintah. Maka, besar harapan saya agar Kerajaan Perpaduan yang baru ini akan melaksanakan tanggungjawab kepada pembangunan Sarawak selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya bagi mengembalikan status Sabah dan Sarawak berteraskan Perjanjian Malaysia 1963.

Tuan Yang di-Pertua, senada dengan rakan-rakan dalam GPS, saya ingin menyentuh perkara Perjanjian Malaysia 1963 dan tuntutan Sarawak yang lain. Betong menyeru agar kerajaan mengambil tindakan segera dalam menyelesaikan isu-isu berhubung tuntutan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak mengenai pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.

Betong menzahirkan ucapan terima kasih kepada pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan yang telah mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai Wilayah. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun yang memberi jaminan mengenai pemberian khas Perkara 112D dan menaikkan pemberian ke RM300 juta setahun. Walau bagaimanapun, Betong minta ia dilaksanakan sepenuhnya serta memperincikan satu formula yang khusus.

final • 2:46 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Betong menyokong penuh permohonan Sarawak untuk Pelabuhan Bintulu di bawah bidang kuasa Kerajaan Sarawak. Ini selari dengan kehendak Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 Sarawak di mana pelabuhan merupakan infrastruktur penting dalam strategi memacu ekonomi Sarawak menjelang tahun 2030 dan menyokong moga tuntutan agihan kerusi satu pertiga kepada Sabah dan Sarawak dipercepatkan. Betong mohon dipercepatkan penyerahan kuasa mengenai hak hal ehwal pendidikan dan kesihatan seperti termaktub dalam MA63.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh hal pendapatan kerajaan.

Kerajaan perlu mencari jalan meningkatkan hasil pendapatan negara terutamanya apabila

final • 2:50 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

paras hutang negara berada di tahap yang tinggi mencecah hampir RM1.5 trilion jika dicampuri bersama liabiliti.

Kaedah baharu perlu dirangka agar kerajaan dapat menambah pendapatan yang sekali gus mampu disalurkan semula untuk pemerkasaan ekonomi rakyat. Saya cadangkan kerajaan memperbaiki kutipan cukai semasa terutamanya daripada ekonomi bayangan yang dianggarkan oleh LHDN bersaiz 21 peratus daripada KNDK negara.

Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya ialah industri ternakan di Sarawak.

Saya ingin mengetengahkan isu industri ternakan di Sarawak dan juga peranan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak dalam usaha membasmi penyakit rabies menjelang tahun 2025 dan penyakit African Swine Fever (ASF) serta mengekalkan status bebas penyakit kuku dan mulut.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak merupakan salah satu agensi yang penting di bawah Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak di mana ia diwujudkan pada tahun 2017. Pada tahun 2019, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan penubuhan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak dengan hanya 194 perjawatan tetap dan berpencen. Bilangan ini amatlah tidak mencukupi jika dibandingkan dengan Selangor dan Johor melihat kepada Sarawak yang besar dan luar mempunyai 12 bahagian yang perlu ada pejabat veterinar serta lengkap dengan staf yang cukup.

Tuan Yang di-Pertua, penambahan staf adalah perlu untuk membantu Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak untuk membangunkan industri ternakan selain menjalankan aktiviti kawalan penyakit haiwan berjangkit melalui sempadan di antara Sarawak dan Kalimantan dan juga pelabuhan-pelabuhan.

Justeru penambahan kakitangan dapat menangani penularan wabak rabies serta membantu jabatan veterinar mengawal wabak penyakit African swine fever (ASF) dengan izin di pedalaman secara sistematik dan berkesan. Dalam masa yang sama pasukan ini dapat membantu Sarawak mengekalkan status bebas penyakit kuku dan mulut atau foot and mouth disease (FMD) free without vaccination dengan izin di mana status ini membolehkan Sarawak mengeksport haiwan dan produk haiwan dengan nilai melebihi RM300 juta setahun. Sekiranya penyakit ini gagal dibendung ia boleh menjejaskan ekonomi Sarawak.

Penularan wabak rabies di Sarawak adalah serius sehinggalah pada tahun 2017 pihak berkuasa telah mengisytiharkan wabak tersebut sebagai bencana tahap dua seperti termaktub dalam arahan Majlis Keselamatan Negara No.20. Sejak tahun 2017 sehingga kini seramai 46 nyawa terkorban daripada 52 orang mangsa rabies. Manakala pada tahun lepas sahaja terdapat lapan nyawa terkorban daripada 12 kes. Rabies boleh dikawal sekiranya 70 peratus populasi anjing di Sarawak disuntik vaksin rabies. Mangsa yang digigit perlu mendapat rawatan segera di hospital.

Jika kawalan sempadan tiada ia akan menjejaskan kesihatan masyarakat di Sarawak, keselamatan makanan atau food security dan ekonomi Sarawak. Jabatan Veterinar perlu mempunyai staf yang mencukupi untuk menjaga ICQS di Biawak, Tebedu, Sungai Tujuh dan di lapangan terbang.

Maka dengan masalah kekangan staf veterinar yang kritikal untuk fokus kepada tugasan di Sarawak. Betong ingin menyarankan agar Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar dapat menambah jawatan veterinar dari 194 pelbagai gred kepada sekurang-kurangnya 800 orang agar setaraf dengan kekuatan anggota DVS Sabah yang mempunyai lebih 750 orang staf untuk mengawal penyakit, tugas regulatori dan pembangunan industri ternakan.

Di dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 Sarawak menyasarkan menjadi net food exporter dengan izin pada tahun 2030. Oleh itu, Jabatan Veterinar Sarawak perlu dikembangkan agar hasrat tersebut dapat dicapai.

Tuan Yang di-Pertua, Yang di-Pertuan Agong dalam titahnya menegaskan bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi bahawa program pembangunan sosioekonomi

final • 2:50 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

seperti agenda pemerkasaan ekonomi, pendigitalan dan penerimagunaan teknologi keusahawanan serta pembangunan modal insan amatlah perlu diperhebatkan.

Dalam perkara ini, Betong mohon diperluaskan lagi semua program pembangunan sosioekonomi tersebut ke Sarawak serta tambah peruntukan serta permudahkan akses kepada syarat-syarat permohonan dana di samping itu segala prasarana digital perlu juga dibina dan dinaik taraf.

Yang di-Pertuan Agong juga menyarankan agar kerajaan terus mengambil langkah untuk meringankan beban penternak, petani dan pengeluar makanan susulan peningkatan kos pengeluaran. Dalam hal ini, Betong mohon dipertimbangkan oleh kerajaan untuk menambah peruntukan bagi program pemodenan pertanian dan pertanian pintar yang berdaya mampan serta mengurangkan kerenah birokrasi supaya segala bantuan kerajaan betul-betul membantu golongan sasar.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit isu kesihatan. Dalam Titah Yang di-Pertuan Agong, baginda menyatakan kewajaran diberikan perhatian infrastruktur berkualiti di Sabah dan Sarawak. Baginda mohon segerakan bina baharu dan naik taraf dan menyelenggarakan bangunan klinik kesihatan yang daif di luar bandar Sarawak.

Selain daripada bangunan yang daif dan uzur, Betong ingin mengambil perhatian kerajaan bagi isu aset kesihatan di kawasan Betong yang memerlukan pertimbangan daripada kerajaan. Antaranya ialah keperluan ambulan yang amat mendesak di Klinik Kesihatan Spaoh, Klinik Kesihatan Debak, Klinik Kesihatan Mid Layar dan juga pembinaan pusat dialisis di Spaoh. Betong mohon tindakan segera kerajaan melalui KKM.

Betong mohon pencerahan dari KKM mengenai permohonan dari kawasan seperti bina baharu pusat kesihatan bahagian Betong yang daif dan uzur. Bina baharu Klinik Kesihatan Spaoh yang daif. Naik taraf hospital Betong daripada segi prasarana aset, doktor pakar dan keperluan sumber manusia yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali Betong juga senada dengan rakan-rakan yang lain mengenai masalah sekolah daif dan menyambut baik komitmen kerajaan untuk menaik taraf bangunan sekolah yang daif dan uzur. Di kawasan saya hampir dua pertiga daripada lebih 30 buah sekolah rendah di kawasan adalah dalam kategori daif dan uzur.

Mohon pertimbangan segera oleh kerajaan untuk meluluskan peruntukan bagi menentukan persekitaran yang kondusif untuk pelajar serta warga pendidik di sekolah- sekolah tersebut.

Satu lagi isu pendidikan ialah jumlah pelajar yang begitu ramai tiada slip SPM kerana gagal Bahasa Melayu dan Sejarah. Ia satu statistik yang membimbangkan apabila berpuluh ribu orang pelajar telah berhenti sekolah dan tidak mempunyai sijil SPM. SPM ini umpama surat beranak, hendak belajar tidak boleh sebab tiada sijil SPM. Sekali pun hendak memohon di institut kemahiran kerana sijil itu penting walaupun keputusan mereka rendah. Hendak buat kerja tiada kemahiran kerana berusia 17 tahun dan 18 tahun.

Akhirnya akan menjadi kelompok tercicir dan terdedah dengan isu moral dan sosial.

Dalam hal ini, Betong ingin cadangkan kerajaan mencari kaedah penyelesaian yang proaktif. Kedua, mohon TVET boleh menawarkan kursus keusahawanan kepada golongan ini agar mampu membuka peluang pekerjaan nanti. Perkara ketiga, adalah bagi mata pelajaran Sejarah. Betong cadangkan agar kementerian melihat semula cara penilaian supaya lebih mesra pelajar.

Maksud saya penilaian peperiksaan 40 markah dan penilaian kerja kursus 60 markah. Ia bertujuan supaya dapat membantu pelajar untuk dapat lulus dan layak sijil.

Betong melihat rasional cadangan ini supaya penilaian lebih adil dan menyeluruh dan pelajar tidak hanya dinilai dalam peperiksaan tetapi juga melalui kerja kursus. Lebih penting penerapan semangat cintakan negara bukan hanya digambarkan berdasarkan peperiksaan tetapi juga melalui tingkah laku dan pengamalan yang guru boleh lihat dan nilai dalam kerja kursus mereka.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja dari Betong dan akhir sekali saya mewakili rakyat mendukung titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika upacara

final • 2:50 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15. Betong menyokong, terima kasih.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 3:00 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya bersyukur dan turut menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para pengundi Indera Mahkota (IM), termasuk pengundi muda kerana memberikan saya kepercayaan untuk mewakili IM sekali lagi.

[Tepuk] Di samping berbakti kepada IM, saya memegang amanah ini dengan meneruskan niat idealisme dan perjuangan membangunkan Malaysia yang lebih baik yang berasaskan dasar-dasar induknya dan nilai-nilai makruf seperti kebenaran, keadilan dan keharmonian dan menentang unsur-unsur mungkar seperti kepalsuan, kezaliman dan kehuru-haraan.

Kita mesti meningkatkan kerja-kerja islah, pembaharuan dan reformasi dalam dasar-dasar, sistem-sistem dan institusi-institusi termasuk reformasi Parlimen dan reformasi pendidikan serta membasmi kereputan (decay) dengan izin, sama ada dalam bentuk politik wang, rasuah dan nepotisme.

Saya akan teruskan dengan beberapa inisiatif, contohnya membantu penggubalan Akta Pendanaan Politik dan membangunkan demokrasi Malaysia yang pelbagai kaum dan moderat.

Tuan Yang di-Pertua, mauduk ucapan saya kali ini ialah bagaimana memperkasa budaya negara berteraskan ilmu; soal bagaimana membina masyarakat berilmu

(knowledge society). Masanya telah tiba untuk kita memperbaharu dan mempertingkatkan iltizam, penghayatan budaya ilmu. Kita perlu membuat penilaian, penambahbaikan dan pendekatan baharu dengan sense of urgency. Bertanya dan menjawab soalan-soalan yang sukar. Persoalan pokoknya adalah sejauh manakah kita benar-benar melaksanakan Falsafah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan? Ia bukan hanya tanggungjawab KPM, KPT tetapi semua kementerian dan agensi. Izinkan saya menggariskan gagasan ini melalui lima teras utama.

Pertama, melahirkan insan baik. Kita perlu menetapkan bahawa matlamat pendidikan negara adalah untuk melahirkan insan baik (good man), bukannya sekadar pekerja baik (good worker). Pekerja yang baik belum tentu insan yang baik tetapi insan yang baik seharusnya pekerja yang baik. Insan yang baik mesti dibina atas asas-asas agama yang kukuh dan kearifan ilmu. Akan tetapi, ilmu yang bagaimana?

Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, “Ilmu ialah ketibaan makna daripada maklumat yang benar”. Ada maklumat yang palsu tetapi memberi makna buat penerimanya. Itu bukan ilmu; itu berita palsu, fitnah atau formula-formula Menteri yang menyebabkan Menteri sendiri terduduk.

Ada maklumat yang benar tetapi tidak memberi makna buat penerimanya. Itu pun bukan ilmu. Maklumat kata ada ayam di Ayer Hitam tetapi Menteri tidak jumpa telurnya.

Jadi, ada ilmu yang ilmu dan ada ilmu yang bukan ilmu. Ilmu yang ilmu ialah yang maklumatnya benar dan sahih dan memberi makna dan manfaat. Manakala ilmu yang bukan ilmu tidak memberi manfaat malah membawa fasad.

Ilmu perlu dihayati dalam kerangka budaya ilmu. Terdapat tiga prinsipnya.

Pertama, meletakkan ilmu dan ilmuwan di tempat paling tinggi. Contohnya, kalau melantik Naib Canselor, beliau perlulah a leading figure dalam disiplinnya. Barulah wujud dua elemen sakral dunia ilmu, iaitu peer recognition dan collegiality. Kedua, sentiasa menuntut

final • 3:00 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

dan berkongsi ilmu. Di sini relevannya bab kebebasan bersuara, kebebasan akademik dan kebebasan berkarya. Ketiga, setiap keputusan dan tindakan adalah berdasarkan ilmu.

Ini merujuk kepada penyelidikan, fakta, sains, data raya dan sebagainya.

Kedua, pelaksanaan pendidikan bersepadu yang memang ada dalam falsafah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Yang saya persoalkan ialah soal pelaksanaan kesepaduan itu sendiri. Contoh, kesepaduan antara empat teras Falsafah Pendidikan Kebangsaan; intelek, rohani, emosi dan jasmani. Adakah ia benar-benar seimbang atau ia senget sebelah?

Bagaimanakah pula kesepaduan antara ilmu wahyu dan ilmu kemanusiaan?

Antara pelbagai disiplin ilmu? Antara akademik dan juga kokurikulum? Antara bilik darjah dengan praktikum dan perantisan? Antara ilmu warisan dan ilmu masa depan?

Bagaimanakah dengan Islamisasi ilmu? Dan mengarusperdanakan ilmu tempatan.

Bagaimanakah dengan pembinaan tamadun? Saya harap kedua-dua KPM dan juga KPT boleh menangani isu ini dengan sebaik-baiknya.

final • 3:00 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Yang Berhormat Indera Mahkota

final • 3:00 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Ketiga, saya mencadangkan ada tiga komponen insan baik yang harus kita ambil kira.

final • 3:00 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Yang Berhormat Indera Mahkota. Kuala Kedah, Kuala Kedah, Kuala Kedah.

final • 3:00 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Ya.

final • 3:00 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Indera Mahkota. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

Tadi Yang Berhormat Indera Mahkota menyebut melahirkan individu yang baik, insan yang baik, yang seimbang antara budaya ilmu, rohani dan jasmani. Maka bersetujukah Yang Berhormat bahawa dalam melahirkan insan yang baik lagi bermanfaat, seimbang antara rohani dan jasmani, pihak kerajaan khususnya melalui KPT dan KPM memantau dan memastikan agar kursus-kursus yang ditawarkan di institusi pendidikan meliputi pengajian pelajaran teras kursus, di samping menekankan pengajian berteraskan akhlak dan moral supaya pelajar berkenaan seimbang antara akal dan budi? Mohon respons Yang Berhormat Indera Mahkota. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih. Kalau di universiti itu memang ada university required course, faculty required course dan saya harap ini nanti boleh dipandu oleh kedua-dua Menteri.

Tiga komponen insan baik. Satu saya sudah sebutkan tadi. Budaya ilmu dan pendidikan bersepadu. Kedua ialah memimpin kehidupan digital tetapi digital yang manusiawi. Kita perlu futuris. Perubahan teknologi tetap berlaku. Ekonomi digital ialah pemacu utama pertumbuhan ekonomi hari ini. Di sinilah kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke-8, melancarkan Pelan Ekonomi Digital Malaysia

(MyDIGITAL) lengkap dengan sokongan-sokongannya seperti pelan tindakan Jalinan Digital Negara (JENDELA). Tahniah, Yang Berhormat Pagoh.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada mantan Menteri Pendidikan yang sudah menyiapkan kertas dasar pendidikan digital. Tahniah, Yang Berhormat Putrajaya.

[Tepuk] Dalam konteks ini, kita harus menyediakan ekosistem, geopolitik, budaya dan generasi yang mencetuskan dan menguasai dunia digital.

Akan tetapi, kita juga perlu mengatasi kesan-kesan negatifnya seperti keselamatan siber, privasi dan etika. Inilah yang saya maksudkan kita memerlukan generasi digital yang manusiawi.

Ketiga, mempunyai pandangan sarwa yang harmoni dan global. Kita perlu membina insan yang mampu mengemudi kehidupannya dengan tenang dan cemerlang dalam masyarakat majmuk dan antarabangsa. Saya bersetuju dengan banyak komentar teman-teman yang berucap soal kemajmukan dan kepelbagaian negara kita

final • 3:00 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Dalam masyarakat majmuk, dengan pendekatan peaceful coexistence yang dalam bahasa Inggerisnya diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Ustaz Siddiq Fadzil sebagai kerukunan hidup dalam budaya damai. Itu sangat mustahak.

Kita harus membina, membangunkan insan yang mampu berdaya saing malah boleh memimpin dalam apa jua gelanggang pekerjaan perniagaan dan ekonomi antarabangsa serta memahami dan menangani architectures antarabangsa yang sering biased kepada kuasa-kuasa dan peniaga-peniaga besar.

Jadinya, kalau di sekolah Yang Berhormat Menteri, program keceriaan sekolah itu biarlah selari juga dengan contohnya sustainable development goals, itu maksud saya.

Dan kalau di universiti biarlah kita lipat gandakan lagi pertukaran pelajar antarabangsa yang benar-benar bermakna.

final • 3:00 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Keempat, tumpuan utama kita mestilah pelajar, ilmuwan dan pakar-pakar bidang.

Ada kalanya Tuan Yang di-Pertua kita tersasar, kita asyik berdebat tentang pendidikan tetapi bukannya tentang tumpuan utama iaitu pelajar. Kita mesti membetulkan kompas pendidikan kita bahawa yang paling diutamakan ialah pelajar. Jadikanlah sekolah itu tempat seronok untuk mereka belajar. Justeru, kita mesti mengamalkan pendekatan penghakupayaan pelajar, student empowerment dan memperkasa gerakan mahasiswa di universiti dan melibatkan mereka dalam seluruh proses pendidikan termasuk dalam governans di institusi pendidikan.

Tumpuan seterusnya tentulah guru-guru, pensyarah-pensyarah dan pakar-pakar.

Kita harus ingat bahawa yang dinamakan sekolah dan universiti itu bukan bangunannya tetapi adalah komunitinya iaitu interaksi yang intensif antara guru, pensyarah dan pelajar.

Kembalikan dan bantulah para guru dan pensyarah menjalankan tugasnya yang hakiki iaitu mengajar bukan jadi kerani atau pacak jaga student di pagar pada pagi hari.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Indera Mahkota, Kota Baharu.

final • 3:10 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Libatkanlah wakil-wakil kesatuan guru seperti NUTP dan juga pensyarah dalam proses membuat keputusan.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Indera Mahkota. Yang Berhormat Indera Mahkota menyebut bagaimana perlunya suatu pendekatan untuk menimbulkan kematangan yang saya faham di kalangan mahasiswa-mahasiswa IPT di dalam negara kita ini, menyedari bahawa Yang Berhormat Tambun suatu masa dahulu adalah seorang pemimpin pergerakan pelajar yang agak tersohor pada masanya.

Apakah harapan Yang Berhormat kepada beliau sebagai pemimpin gerakan mahasiswa sebagaimana juga Yang Berhormat Indera Mahkota satu masa dahulu kepada kepimpinan kerajaan yang ada sekarang ini untuk menggembleng tenaga bagi menimbulkan tahap kematangan yang tinggi mahasiswa kita sebagai para pemimpin negara di masa akan datang? Terima kasih.

final • 3:10 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Saya tengok dalam manifesto Pakatan Harapan hendak hapuskan AUKU. Kita tengok yang itu dahululah. Dalam konteks ini bagaimana kita melihat dunia pendidikan. Saya menggesa agar kita melihat dia dengan pandangan sarwa pendidikan dan bukannya daripada pandangan sarwa bidang lain seperti bidang pengurusan. Contohnya agak mendalam. Pendidikan dinilai

(evaluation) bukannya diukur (measurement). Neraca penilaian untuk pendidikan mestilah neraca ilmu dan tamadun bukannya neraca pentadbiran dan birokrasi. Kita mesti memastikan yang pendidikan tidak terikut dengan pengaruh luar. Dunia pendidikan yang seharusnya memimpin yang di luar. Kita mesti mengembalikan roh pendidikan dengan kecemerlangan pendidikan yang punya roh bukannya excellence without soul. Kelima, persoalan ekosistem kondusif pendidikan. Ini saya akan bincang semasa perbahasan Belanjawan. Tuan Yang di-Pertua, kita perlu mempunyai kesepakatan dalam teras-teras yang fundamental ini. Kalau tidak kita sering berantakan dari segi sistem

final • 3:10 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

operasi, dari segi putus kesinambungan atau dari segi biaya yang tidak munasabah sedangkan asas-asas yang fundamental itu, kita tidak selesaikan terlebih dahulu.

Akhir sekali, kita meratapi pemergian satu-satunya Profesor Diraja iaitu Profesor Ungku Aziz dan memanglah sukar untuk mencari gantinya. Akan tetapi kita masih mempunyai seorang ilmuwan ulung yang mengetuai disiplin ilmunya dengan idea-idea original dalam perjuangan membina semula tradisi, intelektual dan keagamaan kita yang telah runtuh dan membawanya semula ke peringkat tertinggi dalam pelbagai bidang.

Metafizik, falsafah sais dan pendidikan, perbandingan agama, kesusasteraan, sejarah dan kebudayaan yang berakar pada ajaran Islam telah menulis banyak khazanah ilmu yang diterjemahkan ke bahasa-bahasa asing.

Ada di antaranya contohnya Islam and Secularism menjadi rujukan utama. Beliau instrumental dalam penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, mengasaskan Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu UKM dan International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) dan banyak lagi. Dengan ini saya mencadangkan agar kerajaan menganugerahkan gelaran Profesor Diraja kepada Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

[Tepuk]

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya menjemput Yang Berhormat Rasah.

final • 3:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya turut serta dalam perbahasan usul menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya mengambil kesempatan pada perbahasan pertama saya untuk penggal Parlimen ke-15 ini mengucapkan terima kasih kepada pimpinan DAP yang telah memberikan mandat sekali lagi letakkan saya calon untuk Parlimen Rasah dan juga ucapan jutaan terima kasih kepada pengundi Rasah yang telah memberikan mandat kali kedua untuk saya mewakili pengundi Rasah, penduduk Rasah di Dewan yang mulia ini. Dengan majoriti yang besar walaupun kita tahu ada gelombang hijau tetapi Negeri Sembilan setakat ini belum lagi nampak. Jadi, terima kasih kepada pengundi Rasah. Pada petang ini saya ada beberapa perkara yang saya hendak sebutkan.

Pertama adalah berkenaan dengan Kerajaan Perpaduan selepas itu reformasi institusi, Malaysia Madani, kos sara hidup dan akan menyentuh beberapa perkara yang berkaitan dengan kementerian-kementerian yang terbabit.

Perkara pertama yang saya hendak sebut adalah berkenaan Kerajaan Perpaduan. Seperti mana yang sedia maklum, kali pertama dalam sejarah pilihan raya negara kita selepas PRU ke-15 pada malam tersebut tiada gabungan ataupun pakatan yang mendapat majoriti. Jadi, dengan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, baginda telah memanggil ketua-ketua gabungan parti untuk menghadap dan seterusnya baginda telah membuat satu keputusan yang bijak untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

Saya rasa ini menandakan satu dimensi baharu dalam sistem demokrasi negara kita. Sebab di banyak negara Eropah memang sejarah pilihan raya mereka menunjukkan bahawa tidak akan ada parti yang boleh mendapat majoriti pada hari keputusan PRU diumumkan.

Walaupun ianya kali pertama tetapi paling penting adalah negara kita rakyatnya matang, tiada huru-hara, tiada kacau bilau, segalanya aman dan damai dan rakyat meraikan pembentukan kerajaan perpaduan yang kita ada hari ini dengan undi popular ketika PRU ke-15 menunjukkan bahawa gabungan parti daripada Kerajaan Perpaduan yang kita ada telah memenangi hampir 70 peratus undi ketika PRU ke-15 yang menandakan bahawa lebih dua per tiga pengundi yang keluar mengundi tempoh hari sebenarnya mendukung gabungan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan yang kita ada hari ini. Tuan Yang di-Pertua,

final • 3:16 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat Rasah, mohon mencelah boleh? Sedikit soalan saya.

final • 3:16 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya, Yang Berhormat Shah Alam.

final • 3:16 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Pada pandangan Yang Berhormat Rasah kenapakah Perikatan Nasional tidak mahu untuk menyahut seruan itu dan bergabung membentuk Kerajaan Perpaduan yang sepatutnya menjadi unity Kerajaan Perpaduan sepenuhnya dalam negara kita ini. Terima kasih.

final • 3:16 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Itu saya rasa saya tidak mahu bazir masa saya, masa saya terhad tinggal 10 minit untuk komen pasal mereka.

[Tepuk]

final • 3:16 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Bagus ini Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Rasah bagus.

final • 3:16 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Biar rakyat tengok sendiri. Biar rakyat nampak mereka tidak mahu terlibat dalam agenda perpaduan negara yang disarankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sendiri. Jadi, sesiapa yang derhaka nanti, rakyat tahulah.

Seterusnya, topik yang saya hendak sarankan adalah berkenaan dengan reformasi institusi. Saya hendak sebut tiga perkara pada hari ini. Tiga institusi utama saya rasa kena bagi reform yang secukupnya. Pertama institusi yang kita ada pada hari ini, Institusi Parlimen. Kita sedia maklum, saya dengar ada rakan-rakan pernah sebut Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang telah dimansuhkan pada tahun 1992 perlu dihidupkan, perlu dikembalikan. Saya menyokong dan saya berharap di bawah pimpinan Tuan Yang di-Pertua yang baharu kita dapat diberi autonomi Parlimen di bawah konsep doktrin pengasingan kuasa. Jangan Parlimen diletakkan di bawah eksekutif.

final • 3:16 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Bukan kita hendak lawan eksekutif, tetapi doktrin pengasingan kuasa itu sendiri.

Bagi sesiapa yang belajar undang-undang, dia tahu. Legislatif perlu diasingkan daripada eksekutif agar proses menggubal undang-undang ini dapat memberikan makna yang secukupnya dan suara rakyat boleh dibawa dan diketengahkan secara maksimum.

Akhirnya, ia menepati keperluan semua rakyat. Itu yang kita harap. Saya berharap ia dapat dilakukan dengan cepat.

Agensi kedua yang perlukan reformasi institusi ialah SPR. Saya nampak masih ada banyak tambah baik yang boleh kita lakukan terhadap tata kelola perjalanan pilihan raya yang kita ada pada hari ini terutamanya lantikan-lantikan dalam SPR, terutamanya pesuruhjaya-pesuruhjaya dalam SPR supaya mereka yang dilantik adalah mereka yang tidak mempunyai latar belakang politik yang boleh membawa atau melaksanakan tugas dengan adil dan saksama dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Institusi ketiga yang saya rasa perlu diberikan perhatian adalah SPRM. Izinkan saya merujuk kepada Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perception Index) yang dikeluarkan oleh Transparency International baru-baru ini. Indeks ini dikeluarkan sejak 1995 secara tahunan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, secara faktanya, skor atau mata yang diperoleh oleh negara kita pada tahun lepas, 2022 adalah 47 mata.

Bayangkanlah kalau kita masuk exam, kita dapat 47, kurang daripada separuh. Macam mana hendak lulus? Ia menunjukkan bahawa persepsi rasuah itu sangat teruk. Persepsi rasuah itu suatu yang akan membelenggu kepimpinan negara kita dan sistem yang kita ada.

Jadi, saya mohon kerajaan yang kita ada supaya membetulkan ini. Kita pernah betulkan. Kalau kita merujuk kepada fakta, tahun 2019 ketika pimpinan Pakatan Harapan dulu, indeks Malaysia mendapat 53 mata, walhal tahun sebelum itu 47 mata iaitu di bawah kepimpinan rejim lama 47, Pakatan Harapan lonjakannya kepada 53 mata. Kalau tahun 2019 kita boleh lakukan, saya percaya tahun 2023 dengan kepimpinan Kerajaan

final • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Perpaduan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Tambun, kita boleh lonjakkan perolehan mata daripada 47 sekali lagi kepada 53.

Saya ikut laporan ini, kenapa 47? Parlimen tidak bersidang, tidak diluluskan Pakej Rangsangan Ekonomi dan sebagainya. Perkara-perkara ini sekarang di bawah kerajaan baharu tidak akan berlaku. Saya yakin Yang Amat Berhormat Tambun sendiri selaku seorang reformis, beliau cukup prihatin terhadap perkara ini. Saya juga berharap supaya semua gabungan tidak kira daripada kedua-dua pihak sama-sama kita mendukung, kita boleh melonjakkan kedudukan Malaysia supaya orang tidak pandang kita sebagai negara yang lazim melakukan rasuah.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Rasah.

final • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Perkara yang saya hendak sebutkan adalah berkenaan dengan Masyarakat Madani yang menggariskan enam tonggak.

final • 3:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Minta laluan Yang Berhormat Rasah.

final • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya gunakan Peraturan 37 Yang Berhormat. Saya berharap enam tonggak di bawah Masyarakat Madani Malaysia ini mendapat sokongan semua. Saya sebut secara terbuka. Ketika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kesembilan, Yang Berhormat Bera dulu, beliau menyebut tentang Keluarga Malaysia.

Beliau menyeru, semua sokong, kita pun sokong. Pembangkang ketika itu pun sokong sebab ia untuk keberlangsungan kemajuan dan pembangunan negara.

Jadi, saya mohon semua supaya berlapang dada. Tidak kira di pihak kerajaan atau pembangkang, sama-sama kita menyokong dan mendukung konsep Malaysia Madani yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada hari ini demi kelangsungan, demi pembangunan negara Malaysia tercinta kita.

Isu seterusnya Tuan Yang di-Pertua, kos sara hidup. Saya sebut kos sara hidup sudah dua tahun di sini. Kalau dua tahun sebelum ini saya pakai pelitup muka ketika berbahas. Hari ini saya buka pelitup muka untuk berbahas, tetapi isunya tetap sama.

Bukan sebab kalau pembangkang dia cerita lain, kerajaan dia cerita lain. Ada orang waktu dia jadi Menteri, dia tidak nampak ada isu telur. Selepas itu tidak jadi Menteri, dia nampak isu telur. Tidak, isu ini berlaku. Yang Berhormat Hulu Terengganu sahabat saya ada di Dewan pada petang ini. Beliau boleh tahu apa yang saya sebut. Walaupun berlainan parti, we worked together apabila Yang Berhormat Hulu Terengganu menjadi Timbalan Menteri KPDNHEP dulu.

Isu minyak paket. Saya hendak sebut secara terbuka hari ini. Saranan saya pernah buat ketika Yang Berhormat Kapit menjadi Yang Berhormat Menteri KPDNHEP dulu. Saya kata apa? Kuota 60,000 tan metrik sebulan tidak cukup sebab pengguna yang gunakannya sudah ramai, sebab itu selalu tiada stok, tidak cukup bekalan di pasaran. Di tempat saya, bila pegawai tinggi turun ada stok, hari biasa tiada stok.

Jadi, macam mana sebagai langkah singkatnya? Tambahkan kuotanya, daripada 60,000 tan metrik sebulan, sekurang-kurangnya naikkan kepada 70,000 atau 75,000 tan metrik untuk sementara. Mungkin tiga bulan atau enam bulan. Kita pantau keadaan dan kita kaji semula apakah ada keperluan jangka masa panjang. Itu yang perlu kita lakukan.

Jangan kita paksa rakyat beli minyak botol yang lebih mahal. Itu yang sepatutnya dilakukan. Saya pernah sarankan kepada kerajaan sebelum ini dan hari ini saya mohon supaya kerajaan yang kita ada, Yang Berhormat Menteri baharu kita supaya kaji saranan saya ini demi kepentingan...

final • 3:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Rasah.

final • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Khasnya golongan B40.

final • 3:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Saya minta laluan sedikit.

final • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Minta maaf.

final • 3:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Sedikit sahaja.

final • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Masa tidak cukup, saya ada banyak topik. Jadi, saya mohon perkara ini perlu kita kaji. Akan tetapi saya kena puji kerajaan yang ada hari ini khasnya Yang Berhormat Menteri KPDN, walaupun harga minyak sawit mentah dunia naik sedikit kita tahu, tetapi harga minyak masak botol tidak pernah dinaikkan sejak Kerajaan Perpaduan memegang kuasa sehingga hari ini. Ia menandakan keprihatinan daripada kerajaan yang kita ada. Kita tidak gunakan perkataan prihatin itu setakat cakap saja di mulut, tetapi kita laksanakan. Itu yang kita hendak.

Jadi, saya harap isu telur ini pun dapat kita laksanakan. Pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan khususnya boleh menetapkan satu tempoh bila kita hendak import telur ini. Bukan selama-lamanya, tetapi saya nampak ada keperluan untuk diimport untuk sementara, jangka singkat, tetapi berapa lama? Kena gariskan. Sementara itu, kita kena gariskan jangka panjang kita. Apa rancangan jangka panjang kita untuk merancakkan industri penternakan ayam yang menghasilkan telur ayam secara tempatan? Itu yang kita kena rancang supaya masalah ini tidak berlaku.

Untuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, ini namanya hebat.

Saya harap dengan penjenamaan semula nama ini, ia boleh menjamin makanan tempatan sentiasa cukup. Mengapa saya kata macam itu? Kita ini, negara kita aman damai, cuaca kita bagus. Saya pernah pergi Berlin, Germany, dia jual pisang. Orang Jerman suka makan pisang, tetapi pisangnya bukan pisang dari Malaysia, pisang dari Equador, takkan kita tidak boleh hendak eksport pergi Germany. Jadi, FAMA kena lebih proaktif dalam menembusi pasaran yang ada.

Sama juga penanaman jagung, cuaca kita sesuai. Kalau untuk makanan ayam itu, jagung dan soya. Soya itu payahlah, jangan cakap Malaysia hendak tanam soya, nanti orang gelak. Akan tetapi jagung itu kita boleh, kita kena usahakan. Mungkin MOSTI boleh bantu perancangan jangka panjang supaya perkara ini kita localize.

Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya yang saya hendak sebut adalah berkenaan dengan Artikel 15A Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan kewarganegaraan. Dua hari lepas saya menerima jawapan daripada Yang Berhormat Menteri KDN, saya nampak jawapannya sama. Sepanjang saya berada di sini, tiga orang Menteri Dalam Negeri, tiga-tiga memberikan jawapan yang sama. Saya hendak sebut spesifik saja, untuk isu yang mana kanak-kanak yang ayah kandungnya rakyat Malaysia, ibunya warga asing. Ibu dan ayah hanya mendaftarkan perkahwinan selepas anak dilahirkan, hendak kata salah anak inikah? Hendak kata salah, salah ayah dia. Jangan kita menjadikan anak ini sebagai mangsa.

Jadi, saya mohon supaya ada satu pendekatan yang lebih holistik daripada Yang Berhormat Menteri baharu KDN kita supaya masalah kewarganegaraan ini dapat diselesaikan, khasnya untuk kumpulan anak-anak yang sepatutnya mereka layak sebenarnya tetapi kesilapan daripada ibu bapa mereka yang gagal mendaftarkan perkahwinan mereka sebelum anak dilahirkan menyebabkan mereka tidak layak menjadi rakyat Malaysia. Jadi, saya mohon satu pendekatan yang holistik daripada Kerajaan Perpaduan.

Perkara terakhir Tuan Yang di-Pertua, sebelum landing adalah berkenaan dengan Kementerian Kerja Raya. Walaupun Yang Berhormat Menteri tidak ada, tetapi saya hendak sebut, perkara ini penting.

final • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Perkara ini sudah berlaku sejak awal tahun lepas. MyRFID. Ini moden, ini ia gunakan sinar.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 3:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya, ia gunakan sinar RFID itu. Saya mohon supaya JKR tinjau semula, pantau semula keperluan sebab banyak lorong yang asalnya Smart Tag telah diganti dengan MyRFID yang menyebabkan banyak lorong sebenarnya long queue. Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri baharu boleh mengkaji perkara ini yang akhirnya akan membolehkan pengguna jalan raya mengelak daripada kesesakan yang lama terutamanya di lebuh-lebuh raya.

final • 3:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Jadi, sekian sahaja ucapan saya. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Kepala Batas.

final • 3:30 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Yang pertamanya, Kepala batas mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas ruang dan peluang yang telah diberikan kepada Kepala Batas untuk membahaskan Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas.

Kedua, Kepala Batas mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengundi Parlimen Kepala Batas di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat P.041 yang telah berjaya menewaskan penyandang Datuk Seri Reezal Merican yang merupakan salah seorang menteri Parlimen sebelum ini sehingga digelar sebagai giant killer.

[Tepuk] Untuk rekod, kerusi Parlimen P.041 Kepala Batas merupakan kubu kuat UMNO- Barisan Nasional sejak tahun 1974.

[Tepuk] Alhamdulillah, alhamdulillah. Haza min fadhli Rabbi, mohon izin.

Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa isu yang ingin saya tuntaskan, saya bawakan di sini. Pertama, Hospital Kepala Batas adalah hospital berpakar minor yang mempunyai 128 katil di tengah-tengah pusat pentadbiran Kepala Batas yang sedang pesat membangun. Maka, perkara ini wajar dilihat oleh pihak Menteri kerana saya mengajukan supaya menaik taraf Hospital Kepala Batas ini kepada bertaraf major dengan memberi perhatian terhadap penambahbaikan mutu perkhidmatan demi keselesaan rakyat terutama isu kesesakan di wad kecemasan.

Hal ini berikutan setiap zon hanya mempunyai satu pegawai perubatan, satu paramedik untuk menjaga pesakit yang kritikal dan separa kritikal dan ini melihat kepada kesan mutu perkhidmatan yang lemah, lesu dan kurang fokus. Maka persoalan rakyat Kepala Batas, bilakah kemudahan perubatan ini dapat dinaiktarafkan dan bilangan staf terutama pembantu perubatan dapat ditambah bagi kualiti rakyat Kepala Batas khususnya dan juga kumpulan B40? Terutama perkara ini dapat dimasukkan dalam bajet yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

Kedua, jutaan terima kasih Kepala Batas ucapkan kepada barisan bomba dan juga IPD Seberang Perai Utara khususnya di Kepala Batas kerana telah memberikan kerjasama serta perkongsian maklumat dalam memastikan Parlimen Kepala Batas ini selamat dan sejahtera, sesuai dan selari dengan aspirasi Kepala Batas Sejahtera.

Demi mencapai aspirasi ini, persoalannya, bilakah bilangan anggota polis dapat ditambah, bahkan memperkasakan akta dalam melindungi penjawat awam bomba ketika bertugas agar apa yang berlaku terhadap arwah pegawai bomba Muhammad Adib dapat ditangani dengan lebih baik pada masa hadapan?

Ketiga, rancangan pembinaan dan juga pelaksanaan Projek Taman Teknologi Pulau Pinang ataupun, dengan izin, Penang Technology Park (PTP) merupakan satu projek perindustrian di kawasan Parlimen Kepala Batas yang mana mendapat tentangan daripada penduduk.

final • 3:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, minta laluan.

final • 3:31 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Perkara ini kita lihat bagaimana berada di dalam kawasan zon kilang.

final • 3:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, isu Adib, isu Adib.

final • 3:31 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Saya teruskan. Banyak isu yang saya ingin utarakan. Mohon mendengar.

final • 3:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Isu Adib, Yang Berhormat.

final • 3:31 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Penduduk juga menekankan dengan tegas agar kajian impak alam sekitar (EIA)...

final • 3:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Isu Adib, kalau betul prihatin. Boleh beri laluan?

final • 3:31 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

...Kebanjiran warga asing iaitu...

final • 3:31 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Mohon dengar, mohon dengar.

final • 3:31 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

...Kajian impak sosial (SIA), juga kajian impak alam sekitar (EIA) dan juga kajian impak lalu lintas (TIA) perlu dipatuhi.

Penduduk risau kebanjiran warga asing menyebabkan ada usaha untuk membina asrama pekerja asing yang boleh memberi impak sosial yang negatif kepada penduduk.

Membantah asrama pekerja asing tanpa membantah pembinaan projek PTP ini seolah- olah sikap seperti ala kadar. Juga, persoalannya, adakah terdapat jaminan bahawa hanya pekerja dan pakar tempatan akan diutamakan?

Tuan Yang di-Pertua, saya dimaklumkan semalam oleh pihak penduduk, dijadualkan Perdana Menteri sendiri akan merasmikan PTP ini yang menjadi bantahan dan kemarahan rakyat di Kepala Batas pada 11 Mac. Saya mohon kepada Menteri untuk mengambil pertimbangan ini.

Keempat, rekod kajian organisasi antarabangsa ‘Studocu’ menyenaraikan lapan batang sungai yang paling tercemar di negeri Pulau Pinang dan salah satunya adalah Sungai Kereh. Popularnya Sungai Kereh ini adalah disebabkan isu pencemaran najis babi yang telah berlaku sejak 40 tahun, bukan empat tahun, bukan 14 tahun tetapi 40 tahun. Maka, apakah komitmen yang dimainkan oleh pihak yang berautoriti untuk menangani isu ini? Sehingga ke hari ini, isu ini masih dibawa kepada pihak Parlimen Kepala Batas.

Maka kita melihat tercemarnya sungai-sungai ini yang semakin mengecil sumber air yang bersih yang dibekalkan kepada rakyat Kepala Batas ataupun Pulau Pinang khususnya menyebabkan Sungai Muda kini yang menjadi sumber air bersih yang sangat bernilai untuk negeri Pulau Pinang berikutan terdapatnya pertikaian di antara Pulau Pinang dengan Kedah menjadi isu yang kian berlarutan. Jadi, Kepala Batas mengharapkan perkara ini dapat dijelaskan terutama berkaitan dengan sempadan sungai ini sebagaimana sempadan perairan laut yang diukur dari pantai sebelum jarak yang ditentukan sebagai perairan antarabangsa.

Mohon izin, sebagaimana Surah Ar Rum ayat 41 yang bermaksud, “Telah nampak kerosakan di darat, di laut disebabkan tangan-tangan manusia...”. Tuan Yang di-Pertua, yang kelima, anak muda merupakan aset yang sangat bernilai kepada negara. Saya percaya, kita semua berada di sini di antaranya undi anak muda. Maka saya bawakan isu berkaitan yang menghimpit anak muda, generasi muda khususnya adalah berkaitan dengan pemilikan rumah. Nilai hartanah yang semakin tinggi serta kesukaran untuk mendapatkan pinjaman masa ini, maka menyebabkan peluang untuk mereka sangat terhad terutama di bandar-bandar utama.

Sehubungan itu, saya mohon komitmen daripada pihak kerajaan supaya lebih banyak projek perumahan PPR, PR1MA dapat dilaksanakan di seluruh negara termasuklah Kepala Batas sebab Kepala Batas kini menjadi kawasan yang menjadi pilihan untuk didiami.

Namun, adakah PPR pertama akan diwujudkan di Kepala Batas? Tak ada lagi dekat Kepala Batas. Kita lihat rumah ini sebenarnya adalah satu keperluan asasi. Dalam istilah bahasa Arab, keperluan dharuriyat setiap orang hendak, terutama anak muda.

final • 3:31 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Tuan Yang di-Pertua, yang keenam. Umum mengetahui institut pengajian tinggi menjadikan sistem jam kredit pembelajaran sebagai salah satu perkara yang perlu diikuti oleh pelajar. Setiap jam kredit ini seharusnya tidak membebankan para pelajar dan lebih terarah untuk melengkapkan mereka kepada pekerjaan serta sistem pekerja yang lebih terurus selepas ini. Malahan kita melihat tesis, jurnal, kertas kerja yang dibuat oleh pelajar dalam menyelesaikan isu-isu ataupun permasalahan hanya berada di perpustakaan.

Hanya ada di perpustakaan kementerian. Berhabuk sahaja.

Jadi, kita melihat hasil kreativiti, kritis dan penyelesaian masalah yang telah dilakukan oleh para pelajar graduan ini harusnya diambil penting oleh semua pihak termasuklah kita semua dan juga menteri-menteri.

final • 3:31 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat Kepala Batas, mohon mencelah.

final • 3:31 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bagi mengurangkan lambakan graduan menganggur yang semakin bertambah, adakah kerjasama job placement, dengan izin, oleh pihak syarikat di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan ataupun GLC dan agensi-agensi kerajaan terutamanya untuk graduan IPTA dilaksanakan untuk membantu anak muda mencari pengalaman serta membina kerjaya? Satu tambahan yang sangat menarik...

final • 3:31 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Yang Berhormat Kepala Batas, pohon mencelah. Boleh?

final • 3:31 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Izinkan saya untuk menghabiskan.

final • 3:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Bagi, ya?

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi tambahan untuk para pelajar graduan terutamanya berkaitan dengan MyBrain.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Kepala Batas tidak beri laluan.

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Saya usulkan supaya perkara ini dipertimbangkan oleh pihak Menteri.

final • 3:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Okey, boleh minta sekarang?

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Seterusnya.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Kepala Batas tidak beri laluan, sila duduk.

final • 3:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Yang Berhormat Kepala Batas, boleh saya mencelah?

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Ketujuh, kos sara hidup para pelajar memainkan peranan yang sangat penting terutamanya di IPT ataupun di sekolah rendah.

final • 3:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Yes or no, tak bagi.

Tak bagitahu dia...

[Tidak jelas] bagilah, yes or no?

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Secara purata, seorang pelajar makan sebanyak tiga kali. Kalau sehari sebanyak RM5, sebulan sebanyak RM150.

Kalau saya sebagai graduan al-Azhar, Mesir, sebelum ini di luar negara, RM5 tidak realistik. Justeru, kita melihat sekiranya satu famili, satu keluarga ada seorang anak ataupun lebih untuk belajar di IPT ataupun sekolah rendah dan sekolah menengah, jadi bagaimanakah berkenaan dengan kos sara hidup ini?

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat kepala Batas.

final • 3:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Yang Berhormat Kepala Batas.

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Kita melihat Menu Rahmah yang telah ditawarkan, yang telah diberikan oleh pihak Menteri– baik. Walau bagaimanapun, kerajaan perlu kenal pasti penyelesaian kawalan harga bahan mentah supaya Menu Rahmah ini dapat bertahan.

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Kepala Batas...

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Seterusnya yang kelapan...

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

...Orang Penang nak tanya soalan boleh?

final • 3:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Rakyat Pulau Pinang ingin mencelah.

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

...Tuan Yang di-Pertua, menyentuh berkenaan dengan...

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Orang Penang hendak celah sikit.

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

...Pembangunan belia dan pemerkasaan wanita dalam celik IT.

final • 3:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dia tidak bagi.

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Hal ini tidak dapat...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kepala Batas hendak bagi laluan atau tidak?

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

...Menjauhkan daripada berkenaan dengan IT. Justeru kita melihat kepada dakwaan...

final • 3:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Saya mohon mencelah.

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

...Kebocoran data peribadi di laman web pangkalan data sebagaimana yang telah dilaporkan di negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Kepala Batas, orang Penang hendak tanya soalan boleh?

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Ada ketirisan sebanyak 630,000 data maklumat.

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Bagi peluang mencelah sedikit.

final • 3:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Bagi atau tidak bagi?

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Apakah pendirian Menteri Komunikasi dan Digital berkenaan dengan isu buli tiga TikTokers wanita yang mana menghadapi serangan maklumat peribadi dan body shaming.

final • 3:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Ya, ya. Mencelah.

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Hal ini kita harap tidak menunjukkan kepada double standard walaupun mereka ini adalah TikTokers yang menyokong Perikatan Nasional.

final • 3:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Okey, Yang Berhormat Kepala Batas.

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Isu TikTok, isu TikTok.

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Hadirin dan hadirat sekalian, kita melihat kepada pembinaan..

[Pembesar suara dimatikan]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk. Yang Berhormat kepala Batas tidak bagi laluan.

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Isu TikTok. Kita tanya isu TikTok.

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Isu TikTok. [Pembesar suara dimatikan]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk, sila duduk. Yang Berhormat Kepala Batas teruskan.

final • 3:40 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Duduklah, tidak bagi laluan, duduk Yang Berhormat Jelutong.

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Saya hendak tanya soalan TikTok. Dia cakap...

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Eksploitasi wanita di media sosial apabila banyak iklan dilihat mengeksploitasi tubuh wanita, dengan ayat-ayat berunsur lucah, seksual. Kita juga melihat kepada laporan-laporan buli cyber di aplikasi media sosial TikTok yang mendedahkan maklumat peribadi, komen-komen lucah yang menjijikkan serta dengan izin body shaming.

Justeru kita melihat isu-isu ini...

final • 3:40 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat Kepala Batas, Segamat. Ada cadangan.

final • 3:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Bangun]

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Apakah usaha-usaha kerajaan untuk mengekang perkara ini dan sejauh mana hasil siasatan dan tindakan yang direkodkan...

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Dewan.

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

...Oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Tuan Yang di-Pertua, Ahli- ahli Yang Berhormat sekalian...

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Dewan, peraturan Dewan.

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Kita melihat kepada perkara yang seterusnya berikutan...

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Kepala Batas, Peraturan Dewan.

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Cadangan untuk...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kepala Batas, tunggu. Ada peraturan mesyuarat.

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Mesyuarat 36(12). “Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan...”

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dengar dahulu Yang Berhormat, dengar dahulu. “...Adalah disifatkan menghina Majlis.”

final • 3:40 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Jelutong, kacau sahaja tu.

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Kepala Batas, berbahas mengenai isu TikTok, Yang Berhormat sendiri pernah menggunakan TikTok untuk mengeluarkan perkataan-perkataan berbaur perkauman.

final • 3:40 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Buang masa Tuan Yang di- Pertua. Buang masa.

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Betul atau tidak?

final • 3:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Buang masa, buang masa.

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jangan mengelirukan Dewan.

final • 3:40 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Jelutong kacau sahaja.

final • 3:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Tak guna Yang Berhormat Jelutong itu.

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya minta... [Pembesar suara dimatikan]

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tong minyak.

final • 3:40 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tidak payah layan Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Teruskan Yang Berhormat Kepala Batas.

final • 3:40 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tidak payah layan Yang Berhormat, mengacau sahaja ini. Yang Berhormat Jelutong mahu kacau sahaja Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Saya minta penjelasan.

final • 3:40 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Terus Yang Berhormat Kepala Batas.

final • 3:40 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Segamat ada cadangan Yang Berhormat Kepala Batas.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk. Biar Yang Berhormat Kepala Batas habiskan ucapan beliau.

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Cadangan, cadangan dari Segamat kepada Yang Berhormat Kepala Batas. Yang Berhormat Kepala Batas, Segamat ada cadangan ini.

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. panas tak apa, tetapi jangan koyak.

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kepala Batas ada mengeluarkan...

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Tuan Yang di-Pertua, berikutan terdapat cadangan untuk mengubah waktu mula persekolahan pada jam 8.00 pagi.

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang koyak siapa dia, Yang Berhormat Kepala Batas?

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Saya melihat penilaian semula perlu...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sesiapa yang ingin rehat, sila keluar jangan bising.

[Tepuk] Teruskan.

final • 3:40 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat Kepala Batas, Segamat ada cadangan, cadangan baik Yang Berhormat Kepala Batas.

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Cadangan, bukan saya hendak...

final • 3:40 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Yang Berhormat Kepala Batas.

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Tuan Yang di-Pertua, cadangan untuk mengubah waktu mula persekolahan ke jam 8.00 pagi, saya melihat kepada penilaian...

final • 3:40 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Boleh beri laluan?

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

...Semula perlu dilakukan oleh semua pihak untuk memastikan produktiviti dalam kalangan ibu bapa, guru dan juga pelajar.

final • 3:40 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Yang Berhormat Kepala Batas.

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Tuntasnya...

final • 3:40 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Yang Berhormat Kepala Batas maaf, Yang Berhormat Kepala Batas, hanya hendak membantu sedikit.

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan para Menteri kerajaan bahawa kalian...

final • 3:40 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Berkenaan isu body shaming tadi.

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bahawa kalian bertanggungjawab kepada semua rakyat Malaysia dan perlu bersikap adil...

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Mohamad - Kepala Batas

...Tanpa ada sikap prejudis dan berat sebelah dengan menggunakan aparatus kerajaan untuk menekan rakyat yang tidak sehaluan dengan ideologi politik. Saya mohon izin [Membaca sepotong hadis] “Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan semua itu akan ditanya oleh Allah Taala.”

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Peraturan mesyuarat.

final • 3:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Selaras dengan lima asas Rukun Negara, Kepala Batas menjunjung kasih Titah Baginda Tuanku di-Pertuan Agong, *Allahuakhbar.

[Tepuk]*

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dia takut, lari.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Jelutong lah takut.

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Jangan sibuklah.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Seterusnya Yang Berhormat Kalabakan.

final • 3:40 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera kepada sidang Dewan, salam Malaysia Madani.

Asah kapak tajam beliung, Tebang mari kayu berduri, Tuanku umpama kemuncak payung, Patik di bawah berteduh diri.

final • 3:47 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Saya menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sewaktu pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ke- 15. Saya memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT dan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang untuk turut serta dalam perbahasan Titah Diraja ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pengundi di Parlimen Kalabakan pada PRU-15 yang lepas kerana memberikan peluang kepada saya mencurahkan khidmat bakti sebagai Ahli Parlimen Kalabakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mempunyai harapan dan keyakinan yang tinggi terhadap Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun selaku Perdana Menteri dan gandingan mantap Yang Amat Berhormat Bagan Datuk serta Yang Amat Berhormat Petrajaya dalam memikul tanggungjawab untuk menunjangi dan mengutamakan keperluan rakyat serta membangunkan negara memandangkan pemimpin-pemimpin ini mempunyai pengalaman yang luas dalam hal-hal tadbir urus negara.

Saya percaya dan yakin gandingan dan sokongan daripada parti-parti politik yang membentuk kerajaan perpaduan ini sudah pasti kerajaan sedia ada ini akan kekal utuh demi memastikan agenda pembangunan yang akan diusahakan kelak dapat dijayakan untuk kemaslahatan rakyat.

Saya juga berharap agar konsep Malaysia Madani ini dapat disesuaikan mengikut citra dan landskap negeri Sabah. Perkara ini penting memandangkan perbezaan yang pelbagai dan terdiri daripada sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik. Sudah pasti acuan yang bersifat nasional ini diterjemahkan mengikut konteks tempatan agar konsep Malaysia Madani mencapai prinsip dan aspirasi yang ingin diketengahkan.

final • 3:47 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan apabila telah bertindak memulangkan kuasa untuk pelaksanaan perbelanjaan bagi pembangunan infrastruktur awam kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak, menerusi Jabatan Kerja Raya Negeri dan menyerahkan kuasa meluluskan projek-projek bernilai bawah RM50 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.

Ia merupakan satu tindakan yang tepat bagi mengurangkan kerenah birokrasi yang menyukarkan usaha-usaha untuk menyegerakan projek-projek pembangunan infrastruktur. Sudah pasti langkah ini akan mempercepatkan proses projek-projek berkepentingan awam dan juga segera. Diharapkan kerajaan memberi pertimbangan untuk memberi lebih banyak penurunan kuasa yang patut diberikan kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Diharapkan menerusi usaha ini, rakyat di Sabah dan Parlimen Kalabakan terutamanya dapat menikmati kemudahan pembangunan yang lebih baik daripada aspek kemudahan jalan raya, air, elektrik dan sebagainya. Dalam masa yang sama, saya ingin mengutarakan beberapa isu di kawasan saya.

Pertama, berkenaan status pemindahan Klinik Kesihatan Kampung Sungai Tamang, di Pulau Sebatik. Ketiadaan klinik ini mengakibatkan penduduk terpaksa mengambil masa yang lama sehingga 50 minit dan sejam lebih menggunakan bot untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tawau. Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera bagi menjamin kualiti perkhidmatan kesihatan yang baik dapat diterima oleh penduduk terutamanya di Pulau Sebatik.

Kedua, saya amat berharap agar kerajaan dapat menghulurkan bantuan dengan membina semula jeti kayu yang roboh di Kampung Mentadak Baru dengan jeti baharu konkrit.

Ketiga, antara isu besar yang membelenggu Parlimen Kalabakan adalah masalah ketiadaan bekalan air bersih yang konsisten untuk tujuan kegunaan para penduduk.

final • 3:50 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Keempat, masalah elektrik juga perlu diberikan perhatian memandangkan masih lagi terdapat kampung-kampung di Parlimen ini yang masih menggunakan genset untuk mendapatkan bekalan elektrik.

Tuan Yang di-Pertua, antara aspek yang diberikan penekanan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah berkaitan usaha untuk membasmi kemiskinan.

Menurut data eKasih sehingga 30 Jun 2022, ketua isi rumah yang dikategorikan sebagai miskin tegar meningkat kepada hampir 145,000 berbanding hanya 45,000 pada tahun 2020.

Malah apa yang lebih membimbangkan lagi sekitar 600,000 ataupun 20 peratus isi rumah M40 jatuh ke dalam kategori miskin kesan daripada pandemik COVID-19.

Peningkatan yang ketara ini merupakan cerminan realiti yang mencengkam kehidupan rakyat pada waktu ini. Kantung rakyat terus ditekan dan diasak dengan situasi peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi. Kenaikan harga barang yang begitu ketara, kenaikan kadar semalaman yang meningkatkan kadar bayaran hutang.

Penyusutan pendapatan sehingga tiada simpanan dan ada di antara rakyat yang hilang mata pencarian. Apabila kesemua masalah ini dihimpunkan dan rakyat terpaksa untuk mengharunginya hari demi hari, saya risau Tuan Yang di-Pertua ada yang tewas dan jatuh ke kancah miskin tegar.

Selain itu juga, isu kemiskinan bandar yang mencengkam golongan belia juga harus diberikan perhatian oleh kerajaan. Justeru itu, langkah penampan dan intervensi harus disediakan oleh kerajaan bagi memastikan rakyat dapat merasakan mereka tidak keseorangan di dalam melawan arus kemiskinan ini kerana adanya kerajaan yang prihatin menghulurkan bantuan mengurangi beban mereka.

Saya juga berharap agar kerajaan dapat menyediakan kediaman mampu milik seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin

(PPRT) terutamanya di Parlimen Kalabakan sebagai langkah untuk menyediakan kediaman kepada rakyat yang memerlukan, yang tidak mampu memiliki rumah agar mereka ada tempat untuk berlindung.

Tuan Yang di-Pertua, selaku Ahli Parlimen dari Sabah saya menyambut baik hasrat murni Yang Amat Berhormat Tambun, selaku Perdana Menteri untuk meneruskan usaha mengembalikan hak Sabah dan Sarawak yang terhakis sebelum ini di dalam Perjanjian Malaysia 1963. Perkara ini penting kerana Perjanjian Malaysia 1963 merupakan dokumen rasmi di antara Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Bahkan ia merupakan perjanjian yang bersifat antarabangsa dan didaftarkan di Sekretariat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 21 September 1970.

Besar harapan kami agar ia dapat direalisasikan dengan kadar segera memandangkan perjanjian ini penting agar kemakmuran pembangunan, ekonomi dan infrastruktur yang wajar dapat dikecap oleh rakyat di Sabah dan Sarawak seiring dengan pembangunan yang dikecap di Semenanjung. Ibarat kata pepatah, “bersukat sama paras, bertimbang sama berat.” Berkat dukungan dan keprihatinan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sudah pasti isu ini akan diambil serius dan disegerakan urusannya oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, Program Literasi Kewangan Belia merupakan suatu program yang baik bagi melahirkan golongan belia celik pengurusan kewangan. Perkara ini penting memandangkan angka yang ditunjukkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia berkaitan kes kebankrapan bagi tahun 2018 sehingga Disember 2022 adalah sangat- sangat membimbangkan. Statistik menunjukkan seramai 10,302 orang individu membabitkan golongan muda berusia 25 tahun hingga 35 tahun telah diisytiharkan bankrap akibat tersepit dengan pinjaman peribadi, sewa beli kenderaan dan juga pinjaman perniagaan.

Secara purata dalam tempoh lima tahun tersebut, sebanyak enam kes kebankrapan melibatkan golongan belia didaftarkan setiap hari. Sudah pasti statistik ini amat mengejutkan kita semua. Apatah lagi kesan muflis bukan sahaja akan

final • 3:50 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

mengakibatkan aset dilelong, sukar membeli rumah dan memulakan perniagaan bahkan mereka juga sukar untuk mendapatkan pekerjaan.

Justeru itu, inisiatif seperti ini penting untuk golongan belia bagi mengetahui aspek utama perancangan kewangan agar mereka menguruskan kewangan mereka dengan baik bagi meningkatkan kualiti dan kesejahteraan kehidupan mereka. Melihat kepada pentingnya perkara ini, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar pendidikan literasi kewangan ini dijadikan sebagai subjek wajib di universiti di akhir semester sebagai persediaan kepada pelajar untuk belajar mengurus kewangan mereka sebelum melangkah masuk ke alam pekerjaan. Saya percaya menerusi cadangan ini, ia akan berupaya untuk menghasilkan belia-belia yang bijak merancang kewangan demi masa hadapan mereka yang lebih kondusif dan sejahtera tanpa dibelenggu oleh masalah hutang yang bertimbun.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, mengakhiri ucapan saya, saya dengan rasa rendah diri menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, besar harapan saya agar setiap inti pati ucapan saya ini diberikan perhatian oleh pihak kerajaan bagi mendapatkan tindakan lanjut. Maka dengan ini, saya sudah perbahasan ini dengan menyokong Usul Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Saya menjemput Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 3:50 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan Titah Diraja sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas pada hari ini. Saya ingin mengungkapkan pantun:

Ibarat kapal dengan nakhoda, Penentu arah menuju destinasi, Raja dan rakyat berpisah tiada, Kasihnya dijunjung titahnya ditaati. Saya juga ingin menjunjung kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di- Pertuan Agong pada Istiadat Pembukaan Parlimen baru-baru ini, yang menyebut pelbagai isu dan permasalahan rakyat yang menzahirkan pandangan dan buah fikiran baginda selaku Ketua Negara ini.

final • 3:59 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Dalam rata-rata ucapan Ahli-ahli Dewan mengucapkan syukur dan terima kasih kepada para pengundi masing-masing kerana dipilih sebagai Ahli Parlimen. Saya ingin mengungkapkan hadis Nabi SAW yang menjadi peringatan kepada diri saya dan juga rakan-rakan Ahli Parlimen sekalian. Nabi SAW bersabda [Membaca sepotong hadis] Hadis Muttafaq 'Alaih yang bermaksud, “Tidak ada mana-mana hamba yang diberikan peluang untuk memimpin tiba-tiba pada hari dia mati, dia menipu ataupun melakukan khianat kepada rakyatnya kecuali dia akan diharamkan memasuki syurga Allah SWT”.

Tuan Yang di-Pertua, Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titahnya telah melahirkan harapan agar pemimpin negara berhenti bercakaran sama sendiri dan fokus pada memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Baginda juga menzahirkan harapan agar Perdana Menteri yang ke-10 ini merupakan yang terakhir sebelum berangkat pulang ke Pahang. Ia ada dalam teks. Cumanya saya perasan ada penambahan dari baginda iaitu

final • 4:00 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

kita boleh merancang tetapi Allah yang menentukan. Saya tidak tahulah apa maksud penambahan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan isu belia dan anak muda. Dalam isu ini ada dua teras yang ingin saya bahaskan. Teras yang pertama, memastikan anak muda mampu meneruskan hidup yang berkualiti. Saya mulakan dengan isu pelatih industri yang tidak diberikan elaun atau upah yang sewajarnya walaupun beban tugas mereka tidak jauh berbeza dengan pekerja tetap yang lain.

Semalam Yang Berhormat Muar ada satu soalan yang tidak sempat dilontarkan.

Isu berkenaan dengan pelajar-pelajar ataupun belia yang internship di sektor-sektor swasta. Pelatih industri ini seolah-olah dieksploitasi oleh majikan mereka atas alasan mereka sudah pun diberikan peluang untuk menimba pengalaman di syarikat tersebut.

Kerajaan yang lalu telah berjaya meminda Akta Kerja yang mengiktiraf internship ini di mana-mana penempatan sebagai pekerja selepas enam bulan berkhidmat. Ia sekali gus mengelakkan majikan eksploitasi pekerja atas alasan mereka hanyalah intern semata- mata. Jadi kerajaan, saya fikir perlu untuk mengambil langkah intervensi untuk menguatkuasakan pemberian elaun wajib oleh sektor swasta kepada semua pelatih industri.

Kerajaan turut perlu berikan perhatian serius dan tuntas terhadap soal guna tenaga yang tidak penuh atau underemployment dengan izin. Data pada suku kedua tahun 2022 daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menyebut 36.7 peratus daripada mereka ia berpendidikan tinggi bekerja bawah paras pendidikan dan kemahiran mereka iaitu lebih daripada satu pertiga, Tuan Yang di-Pertua.

Antara isu anak muda ialah perumahan. Rakan saya tadi daripada Yang Berhormat Kepala Batas telah pun menyebut isu ini sepintas lalu. Kita sudah dengar rungutan rakyat tentang harga rumah yang mahal ini. Sudah cukup lama, namun mengapa pemaju masih dibiarkan untuk membina projek perumahan dengan harga yang tidak masuk akal. Pada suku pertama tahun 2022, lebih 35,000 unit rumah yang telah siap dibina tidak dijual dengan lebih separuh daripada bilangan itu bernilai bawah RM500,000 seunit.

Saya menyeru kerajaan agar meneruskan inisiatif pengecualian bayaran duti setem, malah menekan pemaju untuk mengutamakan projek perumahan yang mampu dimiliki oleh rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Bagi anak muda, Tuan Yang di-Pertua yang baru membina berumah tangga, rumah sekitar 800 kaki persegi, 900 kaki persegi, tiga bilik, dua bilik air itu sudah cukup untuk mereka memulakan rumah walaupun mungkin untung kepada pemaju perumahan ini tidak banyak. Akan tetapi, ia mampu dibeli oleh anak-anak muda yang baru untuk memulakan kerjaya dan baru memulakan kehidupan.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Yang Berhormat Pasir Mas, Bachok.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Silakan Yang Berhormat Bachok.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Hendak minta pandangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hendak minta pandangan Yang Berhormat Pasir Mas tentang cadangan Menteri hendak dapatkan pandangan pihak pakar daripada negara jiran, sedangkan kita ada pakar-pakar tempatan. Mohon pandangan Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih. Masukkan dalam ucapan saya, apakah dari sudut cadangan lanjut, apakah pelan terperinci kerajaan yang meminta kepakaran dari negara jiran iaitu Singapura kerana kita bimbang kepakaran-kepakaran ini datang menyusuk masuk ke dalam negara kita, dibimbangi membawa suatu agenda yang berbahaya. Saya tidak tuduh. Saya tidak ingin menuduh tetapi saya fikir kerajaan perlu membuat pembentangan secara terperinci.

final • 4:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Yang Berhormat Pasir Mas. Apa agenda?

final • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya pergi ke teras yang kedua.

final • 4:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Apa agenda yang akan dibawa?

final • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Sebab itu saya tidak tuduh Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Sila terangkan.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya tidak tuduh.

final • 4:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Minta mencelah.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya minta kerajaan bentangkan secara terperinci.

final • 4:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Minta celah.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya pergi ke teras yang kedua. Membangunkan potensi anak muda agar terus menyumbang kepada negara.

Saya ingin menarik perhatian Dewan tentang satu data berkaitan bilangan enrolment mahasiswa lelaki dan perempuan.

final • 4:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Yang Berhormat Pasir Mas. Mohon beri laluan.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

...Di kedua-dua universiti awam dan IPTS di semua pengajian bagi tahun 2021.

final • 4:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Boleh bagi lalu Yang Berhormat Pasir Mas?

final • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tidak. Jantina lelaki 471,799 bilangan. Perempuan 635,680 orang. Perbezaannya 163,901 orang. Bezanya cukup jauh ini menunjukkan satu ketidakseimbangan yang ketara di antara pelajar lelaki dan perempuan. Justeru melalui KPT saya fikir harus melakukan sesuatu bagi mengelakkan ketidakseimbangan ini berterusan. Anak-anak muda juga harus disedarkan bahawa pendidikan ialah satu pelaburan untuk masa depan bukannya untuk mencari kerja semata-mata. Jadi, kursus di universiti perlu sentiasa disegarkan agar selari dengan keperluan semasa.

Hari ini anak-anak muda lepasan SPM, kebanyakan daripada mereka 72.1 peratus data pada tahun lepas, mereka tak nak melanjutkan pengajian ke universiti.

final • 4:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Ini kerana bagi mereka pergi ke universiti, balik empat tahun belajar. Yang balik universiti bekerja dengan rakan mereka yang tidak masuk universiti. Itu isunya yang berlaku.

final • 4:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat, 15 saat sahaja.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Minta maaf Yang Berhormat Muar. Saya ada banyak lagi hendak sebut ini. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Dalam Akta 355, saya berminat untuk mengetahui berkenaan status pindaan Akta 355 iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Saya dimaklumkan bahawa Menteri Hal Ehwal Agama baru-baru ini, saya ucapkan tahniah telah memberikan jaminan agar terus memperkukuhkan lagi Akta Mahkamah Syariah. Saya dimaklumkan Rang Undang- undang 355 ini yang telah diusahakan oleh kerajaan terdahulu telah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara pada 7 Oktober lepas. Jadi, soalan saya ialah apakah status RUU ini pada waktu ini. Adakah sudah wujud garis masa jangkaan bila ia akan dibentangkan untuk dibahaskan di Parlimen?

final • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Isu berikutnya ialah kos sara hidup. Tuan Yang di-Pertua, hari ini saya membaca satu laporan daripada The Star berkenaan dengan isu inflasi dan kenaikan harga barang negara. Ia dikeluarkan minggu lepas oleh The Star yang menunjukkan bagaimana pembandingan kos barang-barang mentah yang terus naik. Timun batang sebagai contoh RM1.80 satu kilogram pada 13 Januari 2023.

Pada 1 Februari 2023 berharga RM6.50 satu kilogram. Lada merah RM10 satu kilogram naik RM12 satu kilogram. Daun saderi RM10 satu kilogram sekarang naik RM15 satu kilogram. Kenaikan harga barang yang semakin naik ini menyebabkan rakyat terduduk. Bukan kami Perikatan Nasional sahaja yang terduduk, rakyat sudah terduduk.

Yang Berhormat Menteri kata bahawa Perikatan Nasional akan terduduk tetapi sebenarnya hari ini Tuan Yang di-Pertua, rakyat sedang terduduk dengan kos sara hidup.

Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Pulai yang berkempen untuk Menu Rahmah. Saya fikir itu satu inisiatif yang cukup baik. Akan tetapi, Menu Rahmah ini satu inisiatif yang cukup baik daripada kerajaan walaupun tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan tetapi dua hari lepas saya membaca satu kenyataan daripada Ketua Pengarah Urusan Mydin bahawa Menu Rahmah ini akan bertahan selama tiga bulan sahaja kalau harga-harga barang mentah ini tidak dipantau berlaku seperti hari ini.

Jadi saya bimbang Menu Rahmah ini akan menjadi kosmetik semata-semata.

Tidak dapat bertahan kalau sekiranya harga barang bahan mentah ini terus naik secara mendadak. Di hadapan kita selepas daripada ini bulan Ramadan, kemudian hari raya kemudian datang pula raya haji dan sebagainya. Harga barang akan terus meningkat dan ia tidak mustahil akan menyebabkan cita-cita kerajaan untuk menjadikan Menu Rahmah ini dapat dinikmati oleh semua tidak dapat menjadi kenyataan.

Tuan Yang di-Pertua, berikutnya saya ingin menyebut pada berkenaan dengan ucapan-ucapan rasis. Yang di-Pertuan Agong menyebut bahawa rakyat Malaysia sepatutnya mengelakkan daripada isu-isu perkauman dan sebagainya. Tadi Yang Berhormat dari Bagan menyebut isu-isu ucapan-ucapan yang dikatakan hendak menyembelih dengan izin orang bukan Islam dan sebagainya. Sebenarnya ucapan- ucapan seperti ini kalau kita ambil daripada penyokong biasa, sudah tentu akan timbul pelbagai perkara yang di luar daripada kawalan termasuklah daripada DAP sendiri.

Kalau saya tengok 23 November 2022, Superman Hew ditahan selepas video tular seorang daripada penyokong kuat Pakatan Harapan menyebut bahawa Superman Hew ditahan oleh polis kerana dalam ucapannya ini menyebut perkara-perkara yang saya fikir adalah merupakan satu dialog yang sangat menjijikkan. Antara lain ialah, “Sekarang biarkan mereka ketuanan Melayu beragama Islam yang boleh mampus berpecah belah”.

final • 4:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Yang Berhormat Pasir Mas minta celah.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Ini saya quote. Saya quote dengan ucapan ini.

final • 4:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Minta celah. Ini sudah ditwisted. Ini sudah ditwisted.

Bolehkah terang sedikit?

final • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Sila, sila, sila.

final • 4:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Yang Superman Hew itu yang cakap dia adalah cakap rasis, yang rasis bukan tunjuk kepada semua orang Melayu. Oleh itu, itu fact adalah sudah di-twisted. So, jangan guna contoh ini.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Jadi, dia tunjuk kepada siapa Yang Berhormat?

final • 4:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Dia cakap orang yang rasis.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Okey.

final • 4:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

So, jika terasa, terasalah.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Samalah macam ucapan tadi.

final • 4:10 PM

Seorang Ahli

Samalah dengan Yang Berhormat Bagan.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tuju kepada yang dimaksudkan kafir harbi. Saya tak setuju. Ucapan yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan pun saya tidak setuju, yang disebut oleh ini pun saya tak setuju.

Akan tetapi kalau kita memetik ucapan penyokong biasa, banyak lah kita boleh lambak dalam Dewan ini. Itu ucapan biasa, ini ucapan biasa. Ini isunya Yang Berhormat.

[Tepuk] Saya tak nak bela siapa-siapa. Semua sudah ada dalam siasatan polis.

Jadi isu Superman Hew ini, termasuk apabila Yang Berhormat Bagan sebut apakah status siasatan. Saya pun juga nak tanya. Apakah status siasatan kepada Superman Hew ini atau sudah jadi Superman terbang ke angkasa? Saya tak tahu, wallahu a'lam. Baik, itu isunya.

Oleh sebab itu, kalau nak sebut ucapan rasis, mari kita kumpulkan ucapan rasis yang disebut oleh Ahli-ahli Dewan ini. Salah seorang daripada Ahli Dewan ini menyebut, “Kalau PAS mentadbir negara, negara akan menjadi Taliban”.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat Pasir Mas, Shah Alam mohon mencelah.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Itu ucapan yang bersifat rasis.

Kenapa dikaitkan pula PAS dengan Taliban? Seolah-olah kalau kita tadbir negara, PAS jadi Taliban. Eh, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Kelantan telah ditadbir oleh PAS lebih dari 30 tahun. Di negeri Taliban manakah sitting Buddha yang paling besar di Asia Tenggara boleh dibiarkan untuk terus berada di negeri Kelantan? Adakah Kelantan menjadi negeri Taliban? Standing Buddha boleh dibiarkan bebas, sleeping Buddha masih ada di Kelantan.

Jadi kalau nak kata kalau PAS mentadbir, negara menjadi Taliban, inilah ucapan yang benar-benar menghasut rakyat Malaysia dan perlu untuk dikenakan tindakan. Tak payah petik ucapan-ucapan biasa daripada si ‘A’, si ‘B’ dan sebagainya. Banyaklah yang kita boleh nak himpunkan di sini.

Silakan Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Mohon mencadangkan. Setujukah Yang Berhormat Pasir Mas bahawa ucapan-ucapan yang berbentuk sama ada ekstrem agama ataupun rasis ini, yang keluar dalam media sosial, tidak seharusnya kita biarkan di atas dasar kebebasan bersuara?

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Ya.

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Sudah tentu kebebasan bersuara tidak semestinya ucapan-ucapan itu perlu dibiarkan, terutamanya ucapan yang menyentuh berkenaan dengan orang Islam seperti kalau PAS memerintah, jadi Taliban.

Ini keluar daripada salah seorang daripada Ahli Dewan ini.

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Ya, sila Yang Berhormat Jelutong.

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya nak tanya Yang Berhormat Pasir Mas. Saya rasa Yang Berhormat Pasir Mas amat tersinggung dengan ucapan-ucapan begitu. Akan tetapi adakah Yang Berhormat Pasir Mas tahu bahawa Yang Berhormat Pagoh juga ada membuat ucapan-ucapan di pentas? Bukan saya menyebut ya Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak mahu melanggar peraturan.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih, terima kasih.

Baik.

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dia panggil PAS, Parti Ajaran Sesat. Ini Yang Berhormat Pagoh kata, bukan saya kata. Ini Yang Berhormat Pagoh kata. Sekarang duduk bersama-sama dengan Yang Berhormat Pagoh.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Ini zaman bila Yang Berhormat Jelutong?

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sekarang duduk bersama- sama dengan Yang Berhormat Pagoh. Kenapa? Apa penjelasan.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Ini zaman bila?

final • 4:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Dahulu kata penyamun, sekarang boleh pula.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Kenapa Yang Berhormat Jelutong tak ambil zaman 20 tahun atau 30 tahun lepas? Ini isunya. Saya fikir masalah pada pemikiran Yang Berhormat Jelutong ialah dia cuba hendak heret benda-benda lepas yang telah dua penggal, tiga penggal lepas untuk diheret masuk ke dalam Dewan ini.

Apa yang sepatutnya dibawa masuk ialah ‘hoi, hoi ya hoi’ yang baru sahaja dialunkan dua, tiga bulan lepas.

[Tepuk] Eh, sampai sekarang tak dengar dekat mana ‘hoi, hoi ya hoi’.

[Ketawa] Boleh Yang Berhormat Jelutong nyanyikan untuk saya? Terima kasih.

Oleh sebab itu saya fikir...

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Nak penjelasan. Saya boleh bagi penjelasan.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Sila, sila.

final • 4:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Pasir Mas. Tadi saya kurang setuju dengan kenyataan Yang Berhormat Pasir Mas mengatakan kenyataan mengheret PAS itu seolah-olah kita buat tuduhan atau ia melibatkan umat Islam. Tidak. PAS tidak boleh mewakili keseluruhan umat Islam. Jangan kita samakan PAS dengan umat Islam. Kita hanya bercakap PAS. Ini politik. Terimalah hakikat politik. Mana ini segala politik ini jangan kita campurkan dengan isu agama.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

PAS memang tidak diwakili keseluruhan orang Islam. Terima kasih, terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Biar saya habiskan dahulu.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Kalau saya– Kalau Tuan Yang di-Pertua bagi masa kepada saya, sejam pun tak apa, saya bagi peluang kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk nak berbahas.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Mas, boleh landing ya, landing.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih.

[Ketawa] Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Kita bercakap soal pemikiran. Soal pemikiran, kita bercakap wacana secara ilmiah.

Saya fikir bahawa ini masanya untuk kita sama-sama balik kepada teras kepada pembinaan negara kita. DAP, Ahli-ahli Parlimen DAP di dalam Dewan ini, orang yang baik- baik. Mereka terpilih daripada kalangan orang yang baik-baik tetapi mereka tak boleh untuk menafikan bahawa asas penubuhan DAP itu sendiri ialah untuk menyamaratakan di antara bumiputera dan tidak bumiputera.

Ahli-ahli Parlimen UMNO perlu ingat bahawa anda sebagai Ahli-ahli Parlimen daripada UMNO boleh kah untuk terus berada dalam kerajaan di mana itulah dia matlamat daripada DAP iaitu bumiputera dan bukan bumiputera adalah sama. Tidak apa-apa.

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu isu guna peraturan tetapi DAP tidak pernah meminta supaya orang Melayu dan orang tidak Melayu itu dianggap sebagai diiktiraf sebagai sama rata. Tidak. Kita

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

menghormati Perlembagaan dan hak keistimewaan orang-orang Melayu. Tolong perbetulkan. Saya tidak mahu menggunakan peraturan.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya datang tidak bersahaja Tuan Yang di-Pertua. Deklarasi Setapak daripada laman web DAP Malaysia sendiri mengesahkan.

[Tepuk] Macam mana Ahli Yang Berhormat Jelutong tak baca laman web DAP sendiri ini?

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Ini saya rasa dia kena ada kursus...

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Pasir Mas, tolong perbetulkan fakta. Tolong perbetulkan fakta.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Jadi Deklarasi Setapak ini memperkukuh pandangan DAP ini bahawa dalam proses membina negara, pembinaan pengasingan rakyat dalam dua kelompok bumiputera dan bukan bumiputera adalah ditentang.

[Tepuk] Ini dalam laman web. Baru tadi saya print. Jadi, saya fikir ini Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, dah berulang kali kita menyatakan bahawa kita menghormati hak keistimewaan orang-orang Melayu. Tolong jangan mengelirukan Dewan.

final • 4:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak nak baca Deklarasi Shah Alam tak?

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya tak sebut tentang hak istimewa.

final • 4:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Deklarasi Shah Alam. Dah baca?

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya betul-betul quote ayat yang ada dalam laman web ini.

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Jika...

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tidak. Jadi...

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tanya Yang Berhormat Pagoh dahulu kenapa dia gunakan istilah parti ajaran agama sesat dahulu. Tanya Yang Berhormat Pagoh.

final • 4:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

B40, adakah kamu akan bezakan...

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tanya Yang Berhormat Pagoh dahulu! Tanya Yang Berhormat Pagoh! Tanya Yang Berhormat Pagoh dahulu!

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

[Tidak Jelas] ...Isu yang dibangkitkan, jangan konar kepada isu lain. Jadi...

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Pasir Mas, jangan guna istilah lain.

final • 4:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Yang Berhormat Pasir Mas, jika kami kata B40, adakah kami pernah bezakan bumiputera atau bukan bumiputera semasa kami kata B40?

Kami hendak jaga, semua.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Sebab itu saya kata, Ahli Parlimen DAP dalam Dewan ini...

final • 4:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Kebajikan B40, kami tidak akan bezakan bumiputera dan juga bukan bumiputera.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Mereka adalah orang yang baik-baik, yang dipilih sebagai calon mewakili rakyat.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Akan tetapi asas kita bercakap dari sudut ilmiah dan juga...

final • 4:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Saya tambah sedikit.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Mas, sudah.

final • 4:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Tentang apa yang kurang dalam...

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Landing, landing.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Okey. Akan tetapi kalau mahu saya boleh photostat untuk diedarkan sebagai suatu...

final • 4:10 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat Pasir Mas, kalau nak baca Deklarasi ‘Seputeh’, eh bukan Seputeh...

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Mas.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 4:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Bagi Yang Berhormat Pasir Mas landing dahulu.

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Kalau hendak baca Deklarasi Setapak, perlu juga baca...

final • 4:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Pasir Mas nak landing dah itu.

final • 4:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Baca bersama dengan Perlembagaan Parti DAP yang mana dalamnya ada disebut bahawa DAP menghormati hak keistimewaan dan kedudukan keistimewaan orang Melayu.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Point taken.

final • 4:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Baca bersama kedua-dua dokumen ini. Jangan baca satu sahaja.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Cover, jangan tak cover.

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Pasir Mas, satu soalan terakhir. Satu soalan terakhir Yang Berhormat Pasir Mas. Satu soalan, terakhir, terakhir.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya...

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ada atau tidak Yang Berhormat Pasir Mas setuju dengan istilah yang diberikan oleh Yang Berhormat Pagoh tentang PAS? Setuju atau tidak?

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Pagoh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Jelutong.

[Ketawa]

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Berterima kasih dengan Yang Berhormat Pagoh sebab istilah itu?

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong...

final • 4:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Tambun sama juga.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya fikir saya kena menghormati Tuan Yang di-Pertua. Jadi oleh yang demikian, saya menutup ucapan ini dengan harapan kepada kerajaan yang ada pada hari ini supaya dapat untuk kita terus menghormati hak kebebasan bersuara. Saya fikir, apa gunanya kita bebas dari penjara kalau kita keluar untuk memenjarakan hak kebebasan rakyat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Bangi.

[Tepuk]

final • 4:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani.

Pertama sekali saya bersyukur kepada Allah SWT kerana hari ini saya telah diberi peluang untuk berdiri dalam Dewan yang mulia ini untuk membahaskan usul menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Saya berdiri di sini buat julung kalinya mewakili warga dalam kawasan Parlimen Bangi. Umum mengetahui bahawa kawasan Parlimen Bangi adalah kawasan Parlimen yang paling ramai pengundi. Terdapat lebih daripada 300,000 pengundi yang layak mengundi di Bangi. Alhamdulillah, pengundi Bangi telah memberi mandat yang meyakinkan kepada saya untuk mewakili mereka dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih kepada semua pengundi Bangi kerana telah menjalankan tanggungjawab anda.

Tuan Yang di-Pertua, saiz Parlimen yang begitu besar sudah tentu memberi kesan kepada nilai undi seseorang yang mengundi di kawasan Parlimen Bangi. Saya ambil contoh, beberapa kawasan Parlimen dalam negeri Selangor sendiri ada 50,000 atau 60,000 pengundi. Jika dibandingkan dengan seorang pengundi di Bangi, ini bermakna, nilai satu undi pengundi kawasan-kawasan Parlimen ini adalah bersamaan dengan lima atau enam undi dalam kawasan Parlimen Bangi.

Isu ini, isu malapportionment, dengan izin perlu dipandang serius. Saya sedar, peruntukan dalam Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan iaitu pemberatan sewajarnya perlu diberikan kepada kawasan-kawasan luar bandar.

final • 4:18 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Begitu juga sudah tentu kepentingan Sabah dan Sarawak perlu dilindungi sebagai wilayah dalam Persekutuan Malaysia supaya seimbang dengan kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia. Ini semua termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan wajib kita junjung dan kita hormati.

Akan tetapi, pada masa yang sama, Suruhanjaya Pilihan Raya harus melihat semula kawasan-kawasan Parlimen mega seperti Bangi ini. Jika perlu dipecahkan kepada dua atau tiga, usulkan kelak. Jika perlu pindaan Parlimen, bentangkan. Saya suarakan ini, Tuan Yang di-Pertua, bukan untuk saya sebagai Ahli Parlimen Bangi tetapi untuk pengundi kawasan Parlimen Bangi supaya nilai undi mereka sekurang-kurangnya hampir sama dengan nilai undi pengundi-pengundi di kawasan lain.

Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini, izinkan saya untuk merakamkan sokongan kepada usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Titiwangsa. Pada saya, Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Isnin adalah satu titah ucapan yang begitu menyeluruh yang menyentuh pelbagai aspek termasuk Gagasan Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun.

Antara tonggak Malaysia Madani adalah hormat. Konotasinya adalah bila kita hormat seseorang itu, kita angkat maruahnya sebagai manusia, sebagai rakyat Malaysia.

Apa maksudnya untuk menjadi rakyat Malaysia dengan kehidupan yang bermaruah?

Pada saya, ia bermaksud individu warga Malaysia ini harus diberi ruang untuk mengamalkan hak mereka dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk hak untuk hidup, hak untuk dilayan dengan sama rata di sisi undang-undang dan juga hak sivil dan

final • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

politik atau, dengan izin, civil and political rights seperti kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun dan lain-lain lagi.

Tuan Yang di-Pertua, dengan media sosial, rakyat dapat menyuarakan pendapat, kritikan dan rintihan mereka. Ya, kadangkala mereka juga suarakan caci maki mereka.

Akan tetapi, apalah sangat dimaki dek rakyat apabila kita ada kuasa. Kadangkala itu sahaja cara untuk rakyat luahkan isi hati mereka. Akan tetapi malangnya, undang-undang yang ada membenarkan suara rakyat ini dibungkam oleh pemegang kuasa hanya kerana hantaran tersebut tidak disenangi oleh mereka atas kepentingan politik.

Saya ingin khusus menyentuh tentang seksyen 233, Tuan Yang di-Pertua.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Undang-undang yang menjenayahkan ekspresi atas talian yang menjadikannya satu jenayah apa-apa hantaran atas talian yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelek sifatnya dengan niat untuk menganiaya, mengugut, mengganggu atau menyakitkan hati. Seksyen ini begitu luas. Oleh sebab ianya begitu luas, maka ia boleh dan telah disalah gunakan oleh mereka yang memegang tampuk kuasa sebelum ini.

Besar harapan saya dalam tempoh jangka hayat Parlimen ini, Kerajaan Perpaduan akan membentang pindaan terhadap seksyen ini. Mungkin untuk tidak memansuhkan terus kesalahan dalam seksyen ini kerana diakui ada lagi peruntukan yang masih lagi diperlukan, tetapi beberapa peruntukan lain mungkin perlu disemak semula dan dipinda.

Saya bagi satu contoh. Pada saya, pasukan Liverpool itu jelik sifatnya. Akan tetapi, tidakkanlah apa-apa hantaran tentang pasukan Liverpool harus disiasat oleh polis?

Maka, kerana ianya terlalu luas, maka kita perlu lihat semula pindaan-pindaan ini, Tuan Yang di-Pertua, untuk dipertimbangkan dan supaya ianya boleh selari dengan Gagasan Malaysia Madani.

Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua, ini tidak bermakna bahawa kebebasan itu adalah kebebasan tanpa had. Ini juga tidak bermakna bahawa kebebasan itu adalah kebebasan untuk memfitnah. Memastikan rakyat boleh bersuara bukanlah menghalalkan ekspresi-ekspresi yang boleh mengganggu gugat keharmonian masyarakat. Saya ulang sekali lagi supaya jelas di sini. Kebebasan bersuara bukan kebebasan memfitnah, menipu atau membakar sentimen perkauman.

Malaysia ini, Tuan Yang di-Pertua, adalah begitu bertuah kerana kita mempunyai kepelbagaian agama, bangsa dan budaya. Dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong tempoh hari, Baginda telah menyentuh mengenai semangat muhibah sebagai asas kepada kestabilan negara. Baginda juga bertitah bahawa keutuhan dan keharmonian ini hendaklah menjadi agenda utama negara.

Di kawasan Parlimen Bangi, kawasan inilah kawasan Parlimen campuran. Bangi mempunyai hampir 50 peratus pengundi Melayu, 38 peratus pengundi Cina, 11 peratus pengundi India dan lain-lain kaum, peratus yang berbaki. Ya, saya berdiri di sini sebagai seorang wakil rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam, tetapi saya bukan hanya mewakili bangsa Melayu atau orang Islam sahaja. Saya mewakili semua warga Bangi baik Melayu, baik Cina, baik India atau apa-apa kaum atau keturunan sekalipun.

Inilah prinsip yang telah dipersetujui dan menjadi asas kepada negara ini. Sebuah negara di mana Islam adalah agama Persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai. Sebuah negara yang mana Melayu mempunyai kedudukan istimewa tetapi hak dan kepentingan komuniti lain terpelihara. Di sini seorang Ahli Parlimen DAP mengatakan dalam Dewan ini, jadi sebenarnya tidak ada isu langsung.

Kami hormat Perlembagaan Persekutuan, Tuan Yang di-Pertua.

Malangnya, dalam keghairahan kita orang politik berpolitik, perkara-perkara yang menggugat keharmonian semakin dibawa ke politik arus perdana. Tadi saya ada sentuh tentang ekspresi atas talian. Akan tetapi, kita telah lihat bagaimana retorik perkauman yang melampau dan bahaya ini telah diberi satu platform arus perdana melalui penyedia platform media sosial seperti TikTok dan juga Facebook. Ini amat membimbangkan, Tuan Yang di-Pertua. Kita perlu ada batas-batas jelas tentang apa yang dibolehkan dalam politik. Kita sebagai ahli politik mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa

final • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

dalam kita bersaing untuk meraih undi, jangan sekali-kali kita musnahkan hubungan antara kaum dalam negara yang tercinta ini.

Kita tidak boleh mengambil pendekatan bumi terbakar atau dalam bahasa Inggeris, dengan izin, scorched earth policy. Maka saya dengan ini menggesa Ahli-ahli Dewan yang mulia ini untuk bersama-sama menolak politik perkauman yang melampau dan membahayakan negara. Marilah kita bersama-sama berpolitik dengan matang, dengan persaingan idea dan pendapat, bukannya dengan perseteruan, sentimen, bangsa dan agama.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin akhiri ucapan perbahasan saya dengan menyatakan bahawa kita kini mempunyai satu peluang keemasan untuk benar-benar mengangkat politik kita ke satu persada yang lebih tinggi. Dalam kerajaan ini, seteru lama berpadu, etnik berbilang telah bersatu dan wilayah dan negeri kini berganding bahu.

Apabila Kerajaan Perpaduan ini berjaya merealisasikan potensinya, maka ia boleh menjadi model dan panduan untuk segala bentuk kerjasama politik masa hadapan.

Kita boleh wujudkan budaya politik baharu yang matang dan berhemah dengan adanya Kerajaan Perpaduan ini. Apabila Kerajaan Perpaduan ini berjaya, Tuan Yang di-Pertua, saya percaya sesungguhnya kita akan dapat memartabatkan rakyat Malaysia sebagai bangsa merdeka yang bermaruah.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya akhiri ucapan saya dengan petikan daripada sajak Datuk A. Samad Said.

*“Dan kita sudah sampai di lereng indah, Pasti tetap mendaki juga, Menyanggah musuh, menambah kawan tanpa jenuh, khuatir juga tanpa rawan.

Dan dalam alaf baharu semangat kita wajar padu, Berjalan kita atas nama tanah air dan bangsa.

Bangga kerana merdeka, megah kerana bahagia.”* Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Bangi mohon menyokong usul.

[Tepuk]

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Semangat nampak.

Saya jemput Yang Berhormat Bachok.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mulakan perbahasan menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Tuanku dengan serangkap pantun.

final • 4:29 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Kuning emas warna istana, Tersergam indah dipandang mata, Menjunjung kasih Titah Diraja, Memayungi rakyat setiap masa. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas peluang untuk saya menyampaikan ucapan sulung di Dewan yang mulia ini bersama ramai rakan-rakan yang baru termasuk sahabat saya daripada Bangi sebentar tadi. Dalam kesempatan ini pastinya saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada pengundi Parlimen P.025 Bachok khususnya pengundi-pengundi muda dan juga anak-anak perantau yang sanggup meredah kesesakan jalan, berjam-jam di atas jalan untuk pangkah satu undi sahaja dan balik memastikan kemenangan di Kelantan itu yang telah menunaikan tanggungjawab pada PRU15 yang lalu.

Saya berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan untuk berkhidmat dan membawa suara Bachok di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, Bachok turut menzahirkan menjunjung kasih kepada Tuanku di atas keprihatinan yang dizahirkan oleh Baginda terhadap golongan miskin di samping golongan petani, penternak dan nelayan

final • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

supaya kerajaan terus mengambil langkah untuk meringankan beban kos pengeluaran makanan. Apatah lagi golongan ini sangat ramai di Bachok sebagai sebuah daerah pesisir pantai yang ramai golongan petani dan nelayan.

Justeru kami di Bachok di Kelantan ini khususnya amatlah mengharapkan penerusan program bantuan oleh pihak kerajaan tanpa menganaktirikan mana-mana pihak dalam bentuk elaun sara hidup, subsidi baja termasuk pada tanaman kontan dan bahan makanan termasuk sokongan pemasaran dan bimbingan usahawan. Tuan Yang di-Pertua, banyak yang telah diperkatakan tentang pemulihan ekonomi, pemulihan negara secara atas. Maknanya kita di Dewan yang mulia ini mengutarakan pelbagai pandangan dan cadangan. Saya mahu mengajak, menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat untuk kita reverse dengan izin, proses ini untuk kita merenung ke bawah, mencerap dari bawah ke atas.

Kita belajar daripada golongan petani, nelayan dan penternak, bagaimana mereka memerah keringat mereka dan bagaimana kita boleh belajar daripada mereka untuk kita pulihkan negara yang kita kasihi ini. Tuan Yang di-Pertua, pada hemat saya jika kita perhatikan bagaimana golongan nelayan, petani dan penternak membanting tulang empat kerat kita akan perolehi banyak pelajaran untuk kita pulihkan ekonomi dan juga politik mahupun sosial negara kita. Yang pertamanya, jikalau kita lihat, bagaimana nelayan tidak akan turun ke laut seorang diri, Tuan Yang di-Pertua.

Tidak ada penanam padi yang jaga petaknya tanpa berpakat dengan petak-petak di sebelahnya. Maka di sini pentingnya kepada kita untuk pemulihan negara ini perlunya kepada suatu muafakat ekonomi dan muafakat politik, satu kerja berpasukan yang saling menyokong dan saling berlindung dan tidak menyisihkan apatah lagi memulau sesama sendiri. Inilah satu pelajaran yang sangat penting untuk kita ambil dan dalam konteks yang lebih besar, inilah prinsip federalism yang perlu dijunjung oleh kita semua.

Kerjasama ekonomi ini melibatkan di antara pihak kerajaan dan juga pihak swasta. Pihak kerajaan dan swasta perlu seiring. Pihak rakyat khususnya golongan B40 dan M40, orang-orang golongan yang bekerja di bandar khususnya menyambut baik inisiatif yang dibuat oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dengan Menu Rahmahnya. Akan tetapi timbul kegusaran dipihak peniaga bagaimana perkara ini boleh dipastikan kelestariannya dan memberikan keuntungan yang sama rata, win-win situation dengan izin, kepada pihak swasta.

Yang lebih penting ialah kerjasama di peringkat Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Kita di Kelantan jikalau kita baca laporan yang terbaru oleh World Bank, kategorikan beberapa buah negeri sebagai negeri-negeri yang terkebelakang, yang ditinggalkan, lag behind dengan izin. Antaranya Kelantan, Sabah, Sarawak, Terengganu, Perlis dan juga Kedah. Jadi, hubungan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri ini amatlah perlu di jalin dengan baik dan tidak ada sebarang unsur untuk menyisihkan mana- mana kerajaan negeri yang tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan. Bagi saya, kita dalam Dewan ini kita mengungkapkan Kerajaan Perpaduan, kerajaan madani.

Jadi ujian yang pertama kepada Kerajaan Perpaduan dan kerajaan madani ialah untuk memastikan prinsip ini ditunaikan dan bagaimana hak yang perlu ada, perlu diberikan kepada Kelantan. Kelantan sebagai sebuah negeri yang turut mempunyai sumber hidro karbon, sumber minyak dan gas. Akan tetapi sehingga ke hari ini, tidak dilunaskan secara telus pembayaran royalti petroleum 5 peratus yang termaktub dalam perjanjian dan juga termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974.

Inilah bagi saya satu ujian yang pertama kepada kerajaan untuk memastikan perkara ini dapat dilunaskan dengan penuh takzim. Inilah legasi perjuangan yang ditinggalkan oleh Almarhum Nik Abdul Aziz untuk kita terus tunaikan dan laksanakan pada pemerintahan kali ini.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Kelantan turut perlukan banyak prasarana dan infrastruktur yang pastinya telah pun dimulakan pada pemerintahan yang terdahulu dan kita mengharapkan perkara-perkara seperti pembinaan lebuh raya yang mana anak-anak perantau ini balik kampung puluhan jam. Kalau orang biasa balik kampung dua, tiga, empat jam, kami berbelas-belas jam itu perkara yang biasa.

final • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Projek tebatan banjir di Rantau Panjang, di Pasir Mas, di Tumpat. Benteng ombak di kawasan pesisir pantai dan pelaburan berimpak tinggi. Perkara-perkara ini perlu disegerakan kerana sudah lama yang tertangguh. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, perancangan yang teliti. Kita lihat bagaimana golongan petani, golongan nelayan ini mereka menyimpan hasil mereka ini kerana tahu ada dua, tiga bulan yang mereka tidak dapat menyimpan atau memungut hasil.

Maka di sinilah pelajaran kepada kita di peringkat yang lebih tinggi, perlunya ada perancangan kewangan yang teliti, perlunya ada disiplin fiskal dan kita perlu mengelak amalan berterusan kita ini berbelanja melebihi pendapatan. Sejak tahun 1998, kita berhutang kerana kita mahu berbelanja melebihi pendapatan dan ini perlu kepada kita berhemah dalam berbelanja. Untuk rekod, Bachok berkongsi kebimbangan Putrajaya dan juga Pagoh tentang wujudnya amalan nepotism, kronisme dan percanggahan kepentingan apabila Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan.

Untuk rekod, sebenarnya format jawatan ini bermula sejak tahun 1998 dan sejak itulah negara kita ini mengalami defisit fiskal setiap tahun, bertahun-tahun. Kemuncaknya yang dilaungkan oleh pihak sana dengan pelbagai ungkapan, timbul skandal 1MDB juga atas pemusatan kuasa yang sangat besar kepada seorang individu. Jikalau kita dapat lihat dari segi peruntukan bajet dan kewangan pun amat tinggi diberikan kepada seseorang apabila seseorang itu memegang jawatan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, di Bachok saya tak jumpa pengerusi dan bendahari persatuan, nelayan baik, PIBG baik, masjid surau baik, adalah orang yang sama. Tidak ada syarikat yang CEO dan CFO nya orang yang sama tetapi kita hairan di Putrajaya kali ini Yang Berhormat Tambunlah CEO, Yang Berhormat Tambunlah CFO, Yang Berhormat Tambunlah pengerusi, Yang Berhormat Tambunlah bendahari. Jadi, ini bagi saya satu perkara yang amat...

[Tepuk] melanggar dengan laungan reformasi dan satu contoh yang tidak baik kepada tata kelola di peringkat yang lebih rendah.

Seterusnya, Bachok menarik perhatian tentang perlunya kita meningkatkan produktiviti golongan belia dan golongan pekerja. Ini kita dapat lihat bagaimana golongan petani dan juga golongan nelayan. Mereka ini jikalau kita sebut golongan yang malas, tidak benar ungkapan tersebut ini kerana mereka ini turun rumah kadang-kadang itu sebelum Subuh lagi untuk membanting tulang empat kerat. Jadi, kita di peringkat pihak kerajaan khususnya perlu mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi dalam negara khususnya kepada golongan belia dan juga pekerja.

Kerajaan melalui KBS, Timbalan Menteri ada di sini, perlu fokus kepada aspek latihan kemahiran termasuklah TVET. Kami Ahli-ahli Parlimen muda di sebelah sini sedia untuk duduk semeja dengan pihak KBS untuk kita sama-sama merangka formula dan juga merangka program untuk kita meningkatkan tahap kualiti dan jati diri golongan belia sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Kepala Batas dan juga Yang Berhormat Pasir Mas sebelum ini.

Seterusnya, saya ringkas-ringkaskan sahaja, persaingan yang sihat. Ini sangat penting kerana kita dapat lihat bagaimana peranan orang tengah yang memanipulasi pasaran. Jadi golongan petani, nelayan ini mereka akan terhimpit apabila golongan ini berperanan sangat besar untuk memanipulasi pasaran. Jadi, inilah antara pelajaran yang kita boleh ambil bahawa kita di peringkat yang lebih tinggi ini perlu ada komitmen untuk memecahkan segala bentuk manipulasi, monopoli, kartel dan kuota yang tidak telus, yang menjejaskan keseimbangan penawaran dan juga permintaan dalam pasaran.

final • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Yang terakhirnya apa yang kita boleh belajar daripada golongan ini ialah ketentuan Ilahi. Divine intervention, dengan izin. Elemen keberkatan ekonomi dan juga negara. Kita dapat lihat bagaimana golongan nelayan, petani dan penternak ini hidup serba sederhana. Kami di Kelantan pun begitulah kehidupannya dan Kerajaan Negeri Kelantan pun begitulah kehidupannya. Kita boleh merancang dan melaksanakan segala langkah untuk memulihkan ekonomi, politik dan sosial negara. Namun perlu ada kebergantungan dan penyerahan kepada Allah SWT. Bak kata Tuanku, kita merancang Allah merancang. Allah sebaik-baik perancang.

final • 4:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi aspek yang saya nak tarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat ialah tentang kemiskinan kita hadapi pasca pandemik. Realiti kemiskinan pada hari ini walaupun setiap kali kerajaan mengumumkan angka rasmi kemiskinan sama ada di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri dan daerah, statistik tersebut perlulah di cerakinkan. Persoalan terpenting adakah angka kemiskinan yang dilaporkan menggambarkan realiti sebenar golongan termiskin di bandar dan juga luar bandar.

Justeru langkah kerajaan untuk menyemak takrifan dan ukuran kemiskinan adalah langkah awal yang perlu di tambah baik supaya langkah mencegah menangani kemiskinan ini dapat di lakukan cara lebih efektif dan inklusif di seluruh negara.

Penumpuan perlu diberikan kepada golongan terkebelakang melibatkan kemiskinan bandar, kemiskinan luar bandar, di samping golongan rentan yang diistilahkan sebagai kemiskinan situasi yang mereka ini asalnya tidak miskin. Asalnya ada kerja, ada kereta, ada keluarga tapi mereka jatuh miskin dalam sekelip mata akibat keadaan yang di luar jangka.

Diberhentikan kerja, hilang upaya, kemalangan dan seumpamanya ini. Maka perkara ini perlulah diberikan perhatian dengan satu mekanisme untuk kita menampan golongan yang tiba-tiba miskin ini. Apa yang penting adalah keberkesanan program menangani kemiskinan dalam jangka pendek, sederhana dan juga panjang melalui bantuan kebajikan, kewangan, kemahiran dan sistem sokongan yang menyeluruh melibatkan sinergi agensi kerajaan, swasta, baitulmal, pertubuhan bukan kerajaan dan institusi masyarakat khususnya dalam mendepani suasana pasca pandemik yang makin mencabar.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya mohon perhatian pihak kerajaan untuk melihat aspek-aspek pembangunan sosial, ekonomi dan kebajikan warga Bachok di samping rakyat Kelantan khususnya, di samping program pembasmian kemiskinan tegar melalui pendekatan multidimensi di bawah tanggungjawab kelolaan Kementerian Ekonomi. Penambahbaikan prasarana pelancongan di pantai-pantai macam di Bachok ini banyaklah. Pantai-pantai yang perlu di pertambahan prasarana pelancongan di bawah tanggungjawab Kementerian KPKT dan juga Kementerian Pelancongan.

Untuk golongan petani dan nelayan, fasiliti jeti perikanan di Pantai Kemasin, di Pulau Bolongan dan Pantai Bharu perlulah diberikan perhatian di samping kajian untuk mengatasi kesesakan lalu lintas yang diharungi oleh anak-anak perantau dan juga anak- anak yang bekerja di luar untuk balik ke kampung halaman perlulah diberikan perhatian oleh pihak Kementerian Kerja Raya. Sekian, saya kira dari Bachok daerah yang kaya dengan kemiskinan namun tidak miskin dengan budi dan kebaikan.

Dari Jelawat ke Pantai Irama; Singgah sebentar membeli suasa; Kebajikan rakyat perlu dipelihara; Ekonomi rakyat perlu diperkasa. Bachok menyokong. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih atas peluang untuk membahaskan usul junjung kasih titah di Raja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan saya nak mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan pengundi kepada saya untuk meneruskan khidmat parti di P.147.

Saya nak memulakan perbahasan ini dengan menyokong agenda pemerkasaan TVET negara yang ditekankan oleh kerajaan. Sistem pendidikan di Malaysia masih di modelkan mengikut keperluan ekonomi tradisional. Akan tetapi ekonomi hari ini jauh

final • 4:43 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

berbeza tuntutannya. Ekonomi hari ini memerlukan sumber manusia dengan set kemahiran yang tidak terdapat dalam sukatan pendidikan dan juga tidak diajar di dalam bilik darjah. Keperluan latihan kemahiran sektor perkhidmatan dan industri perlu saling melengkapi kerjasama dengan pihak industri sudah semestinya memberikan nilai tambah kepada apa yang sedia ada.

Teknologi automasi dan sistem maklumat telah maklumat telah mula menggantikan keperluan pekerjaan tradisional. Ini adalah fenomena global dan bukan hanya berlaku di negara kita saja. Saya nak memetik satu laporan. Laporan the future of jobs yang dikeluarkan oleh World Economic Forum ada menyebut bahawa teknologi artificial intelligence akan memberi kesan kepada hampir 1.1 bilion pekerjaan di seluruh dunia.

Kuasa platform dan pemerkasaan digital berteraskan AI seperti sekarang ini apa yang kita ada yang dipanggil Chat GPT telah merubah landskap penggunaan Internet secara radikal. Dalam konteks dunia hari ini, kecemerlangan akademik sudah tidak menjadi faktor mutlak kepada kejayaan masa hadapan. Ia perlu diseimbangkan dan sentiasa dikemas kini. Saya menyokong perancangan pemerkasaan TVET agar masalah ini dapat diatasi.

Walau bagaimanapun untuk mencapai matlamat ini saya ingin mencadangkan beberapa perkara. Yang pertama, kerajaan perlu memberi mesej yang jelas terhadap naratif pendidikan nasional, mendepani cabaran ekonomi baharu. Yang kedua pihak industri pula perlu menyediakan pull factor, dengan izin dalam memastikan kelangsungan tenaga mahir tempatan. Saya menyambut baik usaha bersepadu dan menyeluruh pihak kerajaan melalui Majlis TVET negara yang hendak mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan latihan kemahiran.

Adalah penting agar peranan Government-Industry TVET Coordination Body

(GITC) dan TVET Coordination Hub terus dijadikan badan strategik dalam mencari sinergi dan koordinasi antara kerajaan dan industri agar pelaksanaan agenda TVET negara akan terus di pacu secara terasnya oleh pihak industri. Sudah tiba juga masa local talents diberi peluang dalam kepesatan ekonomi ini.

Tuan Yang di-Pertua, menurut rekod bagi tempoh dua tahun iaitu tahun 2020 hingga tahun 2022, 55 peratus daripada jumlah kes penipuan membabitkan pelbagai jenayah dalam talian ataupun scammer adalah melibatkan kaum wanita. Purata umur mangsa adalah dalam lingkungan antara 17 hingga 40 tahun kerana golongan ini yang paling banyak menggunakan pelbagai platform media sosial termasuk Facebook. Ramai wanita didapati telah menjadi mangsa scam dalam talian. Menurut rekod oleh PDRM, pada tahun 2020 sahaja terdapat sebanyak 47 kes penipuan dalam talian dilaporkan setiap hari.

Jumlah ini meningkat kepada 57 kes tahun 2021 dan sehingga Mei tahun 2022 jumlah ini meningkat kepada 72 kes setiap hari. Sebagai langkah mengekang dan memerangi kes penipuan dalam talian dan menyuntik kesedaran serta kefahaman umum terhadap jenayah dalam talian, usaha yang berterusan perlu kita lakukan dalam mengekang kes jenayah dalam talian terutamanya yang melibatkan wanita. Dalam konteks ini soalan saya pada kementerian adalah sejauh manakah keberkesanan kempen #TakNakScam dalam memerangi jenayah siber. Adakah kerajaan ada cadangan untuk mewujudkan pusat sehenti bantuan mangsa scammer yang melibatkan pelbagai agensi seperti SKMM, PDRM, Bank Negara, Association of Banks in Malaysia, AIBIM, Jabatan Peguam Negara dan yang lain-lain.

Seterusnya adakah kerajaan ada perancangan untuk memperkenalkan mekanisme pampasan dana pemulihan seperti yang diusahakan oleh Monetary Authority of Singapore. Soalan seterusnya pula adalah adakah kerajaan melaksanakan kerjasama strategik dengan pengusaha media digital yang sering digunakan oleh scammer bagi mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan platform ini tidak terus dipergunakan untuk aktiviti jenayah dalam talian. Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:43 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Tuan Yang di-Pertua, boleh minta celah? Petaling Jaya.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Okey, sekejap sahaja.

final • 4:50 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Tentang scam. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebab saya turut menjalankan satu gerakan yang namanya Scam Victim Support, iaitu memberikan sokongan kepada mangsa-mangsa yang kena scam sebab ramai daripada mereka dapat trauma dan adanya selain kehilangan harta tetapi ada juga kehilangan dari segi emosi dan juga dari segi kehilangan kawan-kawan yang bersama dengan mereka.

Jadi, persoalan saya adalah selain daripada cadangan untuk mewujudkan satu fund untuk membantu, apakah lagi desakan ataupun cadangan yang kita boleh adakan supaya bank-bank turut bertanggungjawab dan bukan sahaja mangsa yang bertanggungjawab terhadap scamming cases sebegini.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Saya hendak minta ucapan ataupun celahan Yang Berhormat Petaling Jaya dimasukkan dalam ucapan saya sebab saya rasa Yang Berhormat Menteri lebih layak untuk menjawab persoalan yang diutarakan oleh Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, antara faktor penghijrahan anak muda dari luar bandar ke bandar ialah kurangnya peluang pekerjaan di kawasan luar bandar dan kualiti hidup yang lebih baik di bandar seperti di bandar ada hospital yang lebih baik, kualiti sekolah yang lebih baik dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pandemik COVID-19 tempoh hari telah mengubah trend penghijrahan anak muda ke bandar dan kelembapan ekonomi yang mengakibatkan ramai anak muda kehilangan pekerjaan menyaksikan kepulangan anak- anak muda kembali ke desa. Trend ini kita panggil sebagai reverse migration.

Ada satu kajian di mana kajian ini dinamakan ataupun yang bertajuk, “The Urban Migrant Future Desire: A Study of Reverse Migration in Malaysia” yang telah dibuat yang menunjukkan keinginan untuk penduduk bandar pulang ke desa ini memang tinggi.

Antaranya adalah untuk menemani ibu bapa yang tua dan uzur. Walau bagaimanapun, keterbatasan peluang pekerjaan dan kualiti hidup terutamanya pendidikan untuk anak- anak itu yang membatasi niat mereka untuk kembali ke desa.

Sehubungan dengan itu, pemerkasaan desa kita perlu lihat bagi menggalakkan reverse migration anak muda dari bandar ke desa dan saya hendak menyentuh mengenai Dasar Pembangunan Luar Bandar ataupun DPLB yang telah digariskan. Ia dilihat komprehensif dan inklusif. Isu pendidikan anak-anak misalnya kita lihat menjadi antara punca utama menghalang niat reverse migration, ada disebut dalam teras tiga modal insan, pernyataan dasar empat, peluasan model pendidikan awal kanak-kanak yang terkini di luar bandar. Manakala, aspirasi enam dengan teras yang sama ada menyebut kemudahan pendidikan dan latihan yang moden bagi masyarakat luar bandar.

Isunya adalah apabila kita teliti pelan tindakan DPLB itu, tiada fokus khusus yang diberikan kepada kualiti pendidikan rendah dan menengah. Bagi pendidikan menengah dan tinggi, pelajar sudah tentu boleh berdikari dan berhijrah bagi menghadiri institusi pendidikan yang lebih berkualiti. Walau bagaimanapun, bagi pendidikan rendah, DPLB sepatutnya memberikan fokus yang sama dengan pendidikan awal prasekolah memandangkan pelajar pada usia ini masih tinggal dengan ibu bapa.

Isu yang seterusnya ialah kadar penembusan jalur lebar di kawasan luar bandar.

Ini adalah kerana kadar penembusan jalur lebar di seluruh negara hanya dilaporkan, hanya sekadar 52 percent sehingga 31 Disember 2022. Sedangkan infrastruktur jalur lebar ini adalah sangat penting bagi menghalang penghijrahan anak muda ke bandar.

Saya ingin mengemukakan beberapa cadangan untuk pertimbangan pihak kementerian.

Pemerkasaan luar bandar perlu kita cepatkan terutamanya dasar dan pelan tindakan mungkin boleh kita kemas kini dengan menambahkan fokus yang lebih kepada infrastruktur digital dan kualiti pendidikan rendah di desa melalui platform kerjasama merentas kementerian. Saya juga ingin mencadangkan supaya kementerian ataupun

final • 4:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

pihak kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa Kabinet kemajuan desa dengan perkembangan teknologi digital, Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) perlu kita tambah baik dan konsep asas SDSI yang menekankan keunikan sesuatu produk mengikut locality masih boleh kita kekalkan.

Walau bagaimanapun, horizon promosi misalnya perlu kita luaskan sehingga ke peringkat antarabangsa dan fokus Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan perlu kekal kepada aktiviti pertanian dan pertanian tani di desa. Masalah pengedaran dan rantaian nilai ketika COVID-19 telah memaksa kementerian ini memberi fokus khusus kepada pertanian bandar dan separa bandar. Walau bagaimanapun, bagi menghalang penghijrahan anak muda ke bandar, pertanian desa kita perlu perkasakan terlebih dahulu bagi membentuk suasana ekonomi yang kondusif dan penciptaan peluang pekerjaan baharu di desa dengan menaik taraf kualiti hidup di desa termasuk meningkatkan akses jalur lebar.

Saya percaya penghijrahan anak muda ke bandar akan berhenti secara organik tanpa perlu dipaksa-paksa dan peluang pekerjaan di desa juga perlu kita wujudkan dengan memperkasakan aktiviti pertanian terutamanya yang berada di luar bandar. Akan tetapi, bentuk pertanian ini perlulah sesuai dengan jiwa anak muda dan perlu ada engagement bersama dengan anak-anak muda bagi mendapatkan maklum balas mengenai perkara tersebut.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, akhir-akhir ini kita lihat banyak isu keganasan terhadap wanita. Semakin lama semakin membimbangkan. Dari segi statistiknya contohlah, kes keganasan rumah tangga sudah meningkat 42 peratus, penderaan fizikal terhadap kanak-kanak 28.5 peratus, jenayah seksual meningkat 0.9 peratus dan saya percaya jika golongan wanita ini kita perkasakan, perlindungan hak asasi wanita kita dapat tingkatkan.

Rantaian keadilan sosial wanita kita dapat perkukuhkan dan peranan wanita dalam dimensi profesional kita dapat lipat gandakan. Saya cuma hendak bertanya kepada pihak kementerian, apakah ada kolaborasi antara kementerian? Contohnya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) dan juga Kementerian Pendidikan terutamanya dalam merencanakan agenda pemerkasaan wanita ini agar lebih berkesan.

Itu sahaja perbahasan saya Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih banyak atas peluang yang diberikan. Dengan ini saya menyokong.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Parit Sulong. Terakhir, saya jemput Yang Berhormat Jeli.

final • 4:50 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, Kota Belud selepas Yang Berhormat Jelikah?

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nampaknya akan dapat prime time. Minggu depan.

final • 4:50 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Hari inilah habiskan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak sempat. Saya ada masa– silakan, Yang Berhormat Jeli. Minta maaf.

final • 4:50 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang telah memberikan ruang dan waktu untuk saya turut berbahas menyokong Usul Menjunjung Kasih di atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong sempena pembukaan rasmi Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas.

Cerita hikayat Si Tanggang nakhoda, Disumpah keras menjadi beting, Raja dan rakyat berpisah tiada,

final • 4:58 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Ibarat aur dengan tebing. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Jeli terutamanya kepada pengundi-pengundi seramai 27,000 yang telah mengundi saya di Parlimen Jeli yang telah mengangkat saya untuk berada di Parlimen ini dan insya-Allah saya sebagai wakil Jeli akan mengambil peranan yang berkesan sebagai suara rakyat di Jeli atas satu legasi yang telah diletakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed.

Justeru, dalam perbahasan ini saya akan memberi tumpuan yang lebih kepada isu dan juga permasalahan di Parlimen Jeli khususnya, dan sedikit mengenai isu negara.

final • 4:58 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Tuan Yang di-Pertua, tanaman komoditi yang menjadi sumber rezeki utama rakyat di pedalaman khususnya di Kelantan dan Jeli ialah getah. Pernah satu ketika dahulu harga getah melambung tinggi lantaran permintaan yang begitu tinggi oleh negara pengguna.

Namun pada hari ini, kita semua tahu dan sedar permintaan terhadap getah asli merudum jatuh dek kerana perkembangan getah sintetik. Semestinya situasi ini menimbulkan kerisauan dan menyukarkan penoreh getah pekebun kecil untuk melepasi kelangsungan hidup yang menekan dengan kos hidup yang semakin tinggi. Apatah lagi dalam suasana sekarang ini yang serba serbi naik, makanan naik, pakaian naik, semua naik, yang tidak turunnya adalah minyak.

Bayangkanlah Tuan Yang di-Pertua, bagaimana pekebun kecil dan keluarga getah untuk meneruskan hidup mereka dengan purata harga getah. Pada tahun 2002 hanyalah sekitar RM2.20 per kilogram. Sudahlah harga getah rendah dek cuaca yang tidak menentu, kekerapan menoreh hanyalah 16 hari satu bulan. Ini bermakna kalau dalam satu tahun penoreh getah hanya boleh keluar menoreh ialah selama enam bulan dalam setahun. Bermakna enam bulan lagi mereka tidak boleh menoreh dan langsung tidak ada sumber pendapatan pada masa itu.

Kita sedia maklum, kerajaan membantu mereka melalui bantuan musim tengkujuh iaitu sebanyak RM800 setahun. Dengan jumlah ini, dapat kita bayangkan di sini bagaimanakah penoreh getah itu untuk hidup dan untuk menjaga keluarga mereka.

Justeru itu, Jeli ingin menyarankan dan memohon pihak kerajaan menimbang secara bersungguh-sungguh iaitu mencari mekanisme untuk menstabilkan harga getah dan meletakkan harga lantai sekurang-kurangnya sebanyak RM4.00 sekilogram berbanding dengan harga semasa yang kini bergerak sekitar RM2.20 dan juga sehingga RM2.50 satu kilogram.

Jeli percaya dan meletakkan pengharapan yang tingi kepada Yang Amat Berhormat Tambun yang kini sedang memimpin Kerajaan Malaysia, memimpin Kerajaan Madani cakna kepada nasib penoreh getah. Demonstrasi Baling 1974, kalau Tuan Yang di-Pertua masih ingat lagi, 48 tahun yang lepas membuktikan bagaimana Yang Amat Berhormat Tambun berjuang habis-habisan membela penoreh getah di Baling atas isu kelaparan.

Itu dahulu semasa Yang Amat Berhormat Tambun menjadi pemimpin pelajar dan sekarang Yang Amat Berhormat Tambun menjadi Perdana Menteri. Bak kata pepatah perahu sudah di air, dayung sudah di tangan, apa ditunggu lagi. Belalah rakyat, belalah penoreh getah seperti mana perjuangan Yang Amat Berhormat Tambun di Baling dahulu.

final • 5:00 PM

[Dewan Tepuk]

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Kita berharap, Jeli berharap supaya Yang Amat Berhormat Tambun dapat merealisasikan perjuangan ini dan meletakkan taraf hidup penoreh getah di tahap yang sebenarnya. Tuan Yang di-Pertua, sebagai rakyat Malaysia kita amat berbangga apabila dikhabarkan...

final • 5:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Jeli, Puncak Borneo minta laluan sedikit sahaja hendak sokong Yang Berhormat Jeli punya ini. Minta sedikit sahaja.

final • 5:00 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Masa ada lapan minit lagi. Saya rasa ada banyak lagi isu yang saya hendak bangkitkan.

final • 5:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Satu minit sahaja.

final • 5:00 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Ya.

final • 5:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Yang Berhormat Jeli.

Saya amat tertarik dengan semangat Yang Berhormat Jeli untuk memperjuangkan semangat penoreh-penoreh getah kita. Akan tetapi, kita juga ingin melihat masalahnya.

Sekarang ini di negara kita, kita ada lebih kurang dalam 500,000 orang penoreh getah.

Akan tetapi, output getah yang dikeluarkan tidak sampai 500,000 kilogram dalam satu bulan. Ini bermakna ada senarai-senarai penoreh getah ini yang tidak aktif. Sekiranya kalau kita melihat dari segi pengiraan daripada 500,000 orang penoreh getah itu kalau mereka keluarkan satu kilogram sahaja dalam satu hari. Bermakna kita ada 500,000 kilogram. Kalau mereka boleh produce dua kilogram satu hari bermakna kita ada satu juta kilogram.

Akan tetapi, walaupun kerajaan memberi subsidi dan sebagainya tetapi pengeluaran itu tetap rendah. Jadi, adakah Yang Berhormat Jeli bersetuju supaya senarai ini diputihkan atau di-whitelist supaya bantuan-bantuan ini boleh diberi secara bersasar kepada golongan yang betul-betul menoreh getah, yang betul-betul perlu dibantu supaya golongan ini dapat diberi bantuan yang sewajarnya dan inilah perlu yang dilakukan.

Terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Terima kasih dan saya bersetuju pada cadangan dan saranan pada Yang Berhormat Puncak Borneo dan saya bersetuju masukkan sebahagian daripada ucapan saya.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai rakyat Malaysia kita amat berbangga apabila dikhabarkan oleh dalam Titah Diraja baru ini iaitu Lebuhraya Pan Borneo akan siap sepenuhnya dan dapat digunakan pada tahun 2024. Dapat kita bayangkan bagaimana lebuh raya ini kan memberi impak yang besar kepada ekonomi dan juga rakyat Sabah dan Sarawak.

Namun, Jeli terpanggil untuk menggesa kerajaan untuk menoleh dan menjenguk seketika keadaan Lebuhraya Timur-Barat yang menghubungkan Pasir Puteh, Jeli, Gerik dan Baling. Mengimbau kembali ke belakang, jalan raya ini telah siap dan telah dibuka dengan rasminya kepada seluruh pengguna jalan raya pada tahun 1982 setelah projek ini dimulai pada tahun 1970.

Selain daripada matlamat perhubungan, jalan raya ini dibina atas matlamat keselamatan iaitu untuk memutuskan rantaian pergerakan pengganas komunis yang bergerak dari Selatan Thailand menuju ke Selatan Semenanjung. Sepatutnya, selepas 41 tahun terbina jalan raya ini telah di-upgrade kan dari dua lorong kepada empat lorong.

Namun, amat menyedihkan kami yang berada di sekitar laluan ini. Pengguna- pengguna dari Pasir Puteh, daripada Terengganu, daripada Tanah Merah menuju ke Pulau Pinang, menuju ke Kedah dan pengguna daripada Perak menuju ke Kelantan melalui lebuh raya ini amat sedih kerana hendak dapatkan empat lorong pun tidak dapat, yang dua lorong ini pun kalau kita hendak sebut sebagai jalan raya pun tidak layak sebagai jalan raya.

Keadaan permukaan jalan yang berlubang-lubang, yang tidak rata, dengan selekoh yang amat tajam dan merbahaya menuruni bukit yang curam tanpa garisan yang jelas dan kadang-kadang langsung kadang-kadang tidak ada garisan. Keadaan jalan ini jika dibiarkan ia boleh mengundang kecelakaan yang boleh meragut nyawa dan memang telah banyak meragut nyawa.

Selain daripada kecuaian pengguna, kecelakaan kerap terjadi lantaran permukaan yang tidak rata, berlubang dan bertampal-tampal umpama baju atau kain yang carik. Kalau mengikut statistik yang dikeluarkan oleh bahagian trafik IPD Jeli untuk tahun 2002 sahaja sejumlah 190 kemalangan berlaku yang meragut lapan nyawa dengan kecederaan parah sebanyak 18 kes.

final • 5:00 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Oleh itu, saya merayu sebagai wakil rakyat di Jeli supaya – saya bagi pihak orang Jeli dan seluruh pengguna Lebuhraya Timur-Barat dan seluruh daripada seluruh negara meminta supaya kerajaan dapat melihat akan keadaan ini dan bersungguh-sungguh supaya keadaan ini dapat dibela. Apatah lagi Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin nyatakan bahawasanya selain daripada keadaan jalan yang berlubang, elemen bahaya di Jeli itulah gajah.

Dengan keadaan gajah yang berkeliaran di waktu malam ini cukup merbahaya.

Jeli sarankan supaya pihak kerajaan mengambil langkah mengumpul gajah ini diletak di satu park dan kita bina satu santuari gajah sebagai satu tarikan pelancong di laluan Jeli tersebut.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Diraja tadi juga ada disebut oleh Tuanku iaitu semangat muhibah, saling hormat-menghormati di antara kaum sebagai paksi kepada perpaduan. Dengan elemen-elemen ini akan wujud cinta dan kasih kepada negara.

final • 5:00 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Kita mahu supaya generasi muda yang akan mewarisi kepimpinan negara di masa hadapan akan segar dengan rasa sayang dan cinta kepada negara, sanggup untuk berkorban apa sahaja demi negara.

Ke arah merealisasikan hasrat ini, Jeli menyarankan agar kerajaan kembali berusaha untuk menghidupkan kembali Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau apa-apa program yang seumpama dengannya. Sepanjang pengetahuan saya, Akta Latihan Khidmat Negara [Akta 628] yang telah diluluskan di Parlimen ini pada 7 Ogos 2003 tidak pernah dimansuhkan dan masih berkuat kuasa. Alangkah moleknya dan alangkah baiknya jika akta ini digunakan kembali dan barangkali dengan pindaan di mana- mana yang bersesuaian dan berdasarkan keperluan semasa.

Semasa diperkenalkan dahulu, ia berjalan dengan baik dan berlandaskan kepada objektif untuk meningkatkan semangat patriotisme generasi muda, memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional, menyemarakkan semangat kesukarelaan, melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan mempunyai self-confidence. Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menamatkan bicara saya itu untuk memaklumkan kepada Dewan ini bahawasanya Bandar Jeli merupakan bandar yang paling bahagia seperti mana yang telah dianugerahkan oleh Bahagian Perancangan di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Justeru itu, saya ingin memaklumkan juga di Jeli ini terdapat banyak tempat pelancongan yang boleh didatangi dan kita minta supaya MOTAC untuk melihat keadaan Jeli ini dan membantu apa-sapa sahaja yang boleh untuk kita menaiktarafkan pengusaha-pengusaha inap desa, pekedai-pekedai di sekitar itu untuk kita menjadikan Jeli sebagai salah satu tarikan pelancongan yang tersohor di negara kita ini.

Justeru itu, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon supaya ucapan saya ini dapat dipertimbangkan oleh mana-mana agensi dalam kerajaan ini dan saya mohon menyokong Titah Diraja. Sekian.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Sebenarnya kita masih ada masa. Jadi, saya jemput Yang Berhormat Kota Belud, silakan. Ambil masa.

final • 5:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali, saya menjunjung kasih ke atas Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Isnin lepas.

Atas kebijaksanaan Tuankulah kemelut Parlimen tergantung selepas Pilihan Raya Umum ke-15 diatasi dengan memberi peluang kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim mengetuai kerajaan. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun, *the most awaited person sworn in as the 10th Prime Minister.

[Tepuk]* Semoga Dato’ Seri

final • 5:12 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

dapat menjadi Perdana Menteri kepada semua. Untuk Kota Belud, terima kasih kerana memberi kepercayaan sekali lagi kepada saya untuk menggalas tanggungjawab ini.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Perpaduan ataupun Unity Government diilhamkan daripada keinginan Baginda untuk mewujudkan satu pentadbiran, a cohesive unit, agar Malaysia boleh berfungsi sebagai satu negara. Intense politicking in the last few years mewujudkan keadaan tidak menentu, malah kalau dibiarkan berterusan, boleh melumpuhkan seluruh sistem kerajaan. We, the politicians are the biggest culprits. We must bear the responsibilities to right the wrong of our sins. Kerajaan Perpaduan atau Unity Government seharusnya diterjemahkan melalui tindakan yang dipraktikkan untuk kebaikan negara. Ia mesti dirasai dan dilihat berfungsi.

Mere sloganeering tidak akan membawa apa-apa kebaikan kalau kesungguhan atau keikhlasan tidak wujud dalam hati.

Di Sabah, keadaan sedikit pelik dan langsung bukan cerminan Kerajaan Perpaduan atau Unity Government. Walaupun parti Warisan yang menzahirkan terlebih dahulu sokongan kepada Yang Amat Berhormat Tambun, kami dikelompokkan sebagai oposisi di peringkat wilayah Sabah. Kami bukan menuntut jawatan, tetapi hanya keadilan dan ruang untuk berkhidmat di kawasan yang kami wakili. *This reminds me of the song made famous by ABBA, “The winner takes it all”.

Having said this, this is where the Prime Minister’s hand comes handy*. Di sinilah the action of Prime Minister is required. Prime Minister must live up to his great reputation as Prime Minister for all. There cannot be two sets of Unity Government in the administration. Sepatutnya kalau Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan adalah set A, maka set yang sama juga diterjemahkan di peringkat negeri.

“*Untuk Mak Kauh, Mak Kauh, daah tek kitih kui pinesa-pesa a. Sasa denseen.

Kiti-kiti joh pan ta Sabah tu. Selagi kiti sasa moko pesa, selagi a noh nyah tabut ti kemajuan yang sepatut ni kiti ampun. Petitoon jomo dembila kitih!” [Bercakap dalam bahasa Bajau]* Kalau saya Ketua Menteri, saya akan bagi semua ADUN Sabah peruntukan sebab saya, I am a Sabahan first, then party. Saya mahu unite Sabahan and this is the mentality every Sabahan should have.

Tuan Yang di-Pertua, saya sangat teruja apabila Tuanku bertitah mengenai Malaysia Agreement 1963 yang mana saya dan kebanyakan Ahli-ahli Parlimen Sabah telah lama perjuangkan. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah memulangkan semula hak mengawal selia gas Sabah kepada Kerajaan Sabah.

Namun, saya berpendirian ia tidak seharusnya melibatkan kawal selia gas sahaja, tetapi I think this is the time untuk memulangkan semula kepada Sabah in accordance with 112C dan 112D. Sebagaimana Yang Amat Berhormat tertunggu-tunggu menjadi Perdana Menteri selama 26 tahun, lebih lama lagi rakyat Sabah ternanti-nanti seorang Perdana Menteri yang boleh menghormati dan boleh melaksana MA63 and I believe you can deliver. Tuan Yang di-Pertua, the King has also desired to drive along the Pan Borneo.

Saya percaya bahawa rakyat Sabah juga teruja untuk melihat Tuanku menelusuri jalan Pan Borneo. Sejak projek ini diumumkan tahun 2015, kemudian dimulakan pada tahun 2017, daripada PDP kepada peruntukan pembangunan, kemudian cadangan PFI sehinggalah melalui kaedah hibrid, tidak pandai selesai-selesai.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga minta supaya kerajaan kali ini memberi dana yang cukup untuk pembinaan Pan Borneo, jangan separuh-separuh. Kasilah, just give. Apabila dana tersekat-sekat, projek akan lambat siap, traffic jam, banjir. Saya kira di Sabah, traffic jam sekarang ini keadaannya juga sangat luar biasa— sama juga, bukan sahaja di Kuala Lumpur— akibat lambat. Belajarlah kita daripada Bapak Jokowi apabila beliau melaksanakan projek Trans-Papua. The frequent flood in certain areas, contohnya Penampang— MP Penampang juga berasal dari Kota Belud. The frequent flood in certain areas I believe is also being contributed by projek Pan Borneo.

final • 5:12 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Saya mahukan kemajuan, tetapi jangan juga sampai meninggalkan kesan yang sebaliknya kepada rakyat. Paten banjir juga sudah berubah baik di Kota Belud, di Penampang dan Sabah amnya. Saya mohon supaya kerajaan lebih peka kepada pembangunan begini terutamanya EIA. Ada sesetengah kawasan, projek Pan Borneo dibina terlalu tinggi, contohnya seperti di Kota Belud. Apabila dibina terlalu tinggi, kawasan sekitar menjadi rendah dan apabila hujan turun, air akan tersekat di kawasan tersebut. Saya juga pernah suarakan tentang pemasangan culvert yang saya kira begitu kurang.

Tuan Yang di-Pertua, untuk rekod, saya pernah melawat ke pejabat Pan Borneo Kota Belud sekitar tahun 2021, menyatakan kebimbangan saya tentang kesan projek Pan Borneo ini. Sebagai seorang engineer, I think it is not too late untuk amend some of the kaedah ketika pelaksanaan projek sebab hanya pada ketika pelaksanaan projek, baru kita dapat melihat secara langsung dan selalunya kita *discover new things on site.

On another issue,* saya berpendirian apa guna mahu lancarkan roket ke angkasa kalau jalan sendiri pun masih berlubang-lubang macam bulan? We should set our priority.

Banyak yang lebih penting dan lebih mendesak.

final • 5:12 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, mari saya jelaskan mengapa saya sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan memotong peruntukan Ahli Parlimen. Mewakili rakyat yang majoritinya dari kampung dan pedalaman, jangan bah kasi sama yang di Kuala Lumpur ini dengan di Sabah. Jangan kasi sama keperluan orang Kota Belud dan orang Kuala Lumpur. Apa yang kamu ada dan apa yang kami ada.

Saya mahu tanya berapa ramai Ahli Parlimen menerima permohonan sumbangan kerusi dan meja dari sekolah? Saya percaya bukan saya seorang Ahli Parlimen sahaja.

Kenapa mereka lebih prefer untuk mohon dengan Ahli Parlimen? Sebab memang keperluan mendesak. Mohon dengan Ahli Parlimen lebih cepat daripada mohon dengan kementerian. Terlalu banyak birokrasi. Terimalah hakikat bahawa bukan semua orang itu senang. Orang pergi hospital pun minta tambang dengan YB bah. Kita tahu itu orang susah. Sakit lagi, jauh lagi dari kampung. “Ndak kau mau tolong?” Dan kita gelar diri kita sebagai wakil rakyat.

Apabila rakyat mohon tabur batu jalan yang mungkin belanja mungkin RM20,000, RM30,000, mungkin buat jalan konkrit yang pendek depan perkuburan kampung maybe takkan itu pun minta dengan kementerian? Logically speaking itulah tanggungjawab wakil rakyat untuk bantu rakyat di bawah. Kalau projek besar-besar, ya logiklah mohon dengan kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, kalau takut sangat wakil rakyat makan duit, takut sangat wakil rakyat makan rasuah, then buat audit lah. Hantarlah audit ke Pusat Khidmat Rakyat Parlimen. Berapa kali mahu lawat? Frequently? Berapa frequent mahu lawat? *Quarterly?

Half a year?* Kita sedia buat documentation. Kita sedia buat laporan. Kalau kita salah, tangkaplah. Tiada apa yang mahu di tapuk-tapuk ini, Tuan Yang di-Pertua.

Saya ulang sekali lagi jangan ulang keperluan kami di Sabah dengan di Kuala Lumpur bah. Kau ndak mahu tolong itu orang memang susah bah dia dan dia memang ndak mampulah. Itulah hakikat yang berlaku sekarang ini. Mengakhiri perbahasan saya...

final • 5:20 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Sama dengan Jerai.

final • 5:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

...Hari ini saya ingin memetik Titah terakhir Tuanku yang berbunyi “Janganlah hanya menilik balas menanti pujian.” Inilah pesanan terakhir Tuanku kepada kita semua Ahli Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua, bila saya memasuki gelanggang politik, saya selalu berpesan kepada diri saya untuk tinggalkan budaya untuk minta dipuji. Perlu dipuji dahulu untuk mendapatkan sesuatu. Perlu memuji dahulu barulah dapat apa yang kita hendak. I don’t think it is a good culture to continue. Yang berhak tetap berhak, yang sepatutnya perlu dibantu, kita tolong. Jangan sesekali kita menidakkan hak orang yang memerlukan hanya semata-mata untuk dilihat baik.

final • 5:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Berbudi jangan minta dipuji, menolong jangan minta disanjung. Kota Belud menyokong, sekian.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Kita masih ada masa untuk seorang lagi. Kalau hendak bercakap hari ini boleh habiskan, saya ada masa 15 minit lagi ataupun hendak masuk prime time? Baik, Yang Berhormat Marang ada?

Sudah balik ya? Yang Berhormat Stampin? Sudah balik. Yang Berhormat Jerantut?

Sudah balik juga. Baik saya beri Yang Berhormat Sri Aman? Balik juga. Yang Berhormat Dungun lah Yang Berhormat Dungun. Silakan Yang Berhormat Dungun.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Tuan Yang di-Pertua, saya serah kepada Yang Berhormat Langkawi dahulu.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Pulak.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Sila, sila. Insya-Allah.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Langkawi kalau hendak serah. Tidak apa perlahan-lahan lah Yang Berhormat, kita perlahan-lahan. Kohor-kohor.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 5:24 PM

Tuan Yang di-Pertua

Walaikumsalam.

final • 5:24 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang telah memilih saya untuk ucapan Titah Diraja ini. Terlebih dahulu saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi-pengundi saya di Pulau Langkawi kerana telah pun memberi peluang kepada saya selaku wakil rakyat mereka.

Walaupun saya dipilih di saat-saat akhir dan bukan daripada kongsi orang pulau.

Saya faham dan saya memahami bahawa tinggal tiga hari lagi kepada pilihan raya, penduduk-penduduk Langkawi masih menentang kerana saya bukan local player. Akan tetapi alhamdulillah berkat doa, berkat keteguhan Perikatan Nasional, maka kita telah menang di Pulau Langkawi dengan bergayanya.

[Tepuk] Saya juga turut mengucapkan rasa sedih terhadap ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohamad. Saya tidak menyangka dan tidak pernah bermimpi bahawa Tun akan hilang deposit dan saya meminta ampun dan maaf kerana Tun juga adalah presiden sekolah saya Sultan Abdul Hamid College. Semasa hari penamaan calon, saya mencium tangan Tun dan saya minta maaf kerana ini keputusan parti yang meletakkan saya di Pulau Langkawi dan saya amat sayang kepada Perikatan Nasional dan presiden saya maka saya letakkan kepala saya di Pulau Langkawi. Kepada Tun; *Pulau Langkawi jauh ke tengah, Gunung Mat Chinchang bercabang tiga, Walau badan di hancur tanah, Budi baik Tun dikenang jua.

[Tepuk]* Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di laman di muka surat lima, di mana Tuanku melahirkan rasa “Kerajaan perlu melahirkan masyarakat yang mempunyai kekuatan, kerohanian, intelektual dan sahsiah diri yang unggul.” Saya merasa perkara ini tidak akan tercapai kerana kita melihat anak-anak muda kita sekarang ini sudah lari agak jauh. Di sesetengah tempat dan saya selaku Timbalan Yang Dipertua PEMADAM, mendapat laporan bahawa kes-kes dadah ini masih terlalu banyak dan meningkat.

Kalau kita melihat kepada angka, sekiranya kita merujuk kepada data penagih dadah yang dikira, dari tahun 2016 sehingga 2020, peningkatan berlaku boleh dikatakan

final • 5:24 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

di setiap tahun. Angka-angka umur juga kalau melihat, angka-angka data daripada umur remaja 13 tahun sehingga 40 tahun, angkanya amat membimbangkan.

final • 5:24 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat...

final • 5:24 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Antara lelaki dan perempuan... Saya ada dua minit sahaja lagi.

final • 5:24 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Sembilan minit, lama lagi.

final • 5:24 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Tambah lagi?

final • 5:24 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Tidak apa boleh habiskan nanti saya hendak mencelah sekejap sahaja berkenaan isu dadah.

final • 5:24 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Okey, jangan isu ‘dada’ cukup.

final • 5:24 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Saya setuju dengan masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Langkawi. Dadah di kalangan anak muda. Sudah berdekad-dekad kerajaan menggunakan jalan mencegah melalui hukuman yang berat tetapi sudah jelas angka itu makin meningkat bukan makin menurun.

Wajarkah kerajaan menukar strategi dan taktik mencegah dengan merawat?

Kalau kes yang tidak serius soft drugs, daripada kita meletakkan mereka di dalam penjara, bukankah lebih baik jikalau kita mengguna inisiatif iaitu merawat mereka. Tidak meletakkan di dalam penjara, tetapi biar pakar-pakar, doktor-doktor merawat mereka supaya proses pemulihan itu lebih baik seperti apa negara Portugal telah berjaya melakukan. Merawat itu akhirnya menyebabkan lebih 70 peratus kes dadah menurun di negara mereka. This is the biggest decrease ever. Adakah itu jalan yang lebih baik?

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi.

final • 5:24 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Tuan Yang di-Pertua, saya jarang bersetuju dengan Yang Berhormat Muar ini [Ketawa] . Akan tetapi, pada kali ini saya minta dimasukkan dalam teks ucapan saya kerana saya rasa bernas kali ini atas ucapan mencelah beliau tadi.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat juga angka kepada penagih dadah yang dikira daripada bangsa-bangsa lain yang berada di Malaysia juga berlaku penambahan.

Tuan Yang di-Pertua, cuma saya hendak baca sahaja tahap-tahap pekerjaan yang banyak menyumbang kepada pesakit-pesakit dadah ini daripada segi binaan, hiburan kedua tertinggi, jualan, penganggur, pengangkutan, pengurusan, penuntut, perkeranian, perkhidmatan, perkilangan, pertanian, perikanan dan teknikal. Ini yang menyumbang kepada mereka yang terlibat dengan dadah dan saya kira ramai juga dalam kalangan kakitangan kerajaan.

Apa yang membimbangkan lagi, saya pernah pergi berceramah di kem-kem angkatan tentera. Bayangkan ramai. Sedar atau tidak sedar bahawa yang melihat radar kita juga terlibat dengan dadah. Bayangkan yang melihat radar yang sepatutnya detect kapal terbang-kapal terbang yang di atas sana tetapi terlibat juga dengan dadah.

Suatu ketika saya diminta ke Indonesia bercakap dengan sebuah syarikat penerbangan. Saya tidak mahu sebut penerbangan tersebut. Saya takut nanti tuan-tuan tidak naik kapal terbang tersebut. Ada pilots yang menggunakan dadah. Bayangkan mereka membawa kita ketika mengambil dadah tersebut.

Tuan-tuan dan puan-puan, Tuan Yang di-Pertua, kes-kes ini juga di identified dengan izin bahawa mereka yang terlibat dengan dadah ini ada beberapa faktor, yang tertinggi pengaruh kawan, yang paling tinggi.

Kedua, perasaan ingin tahu anak-anak muda. Ketiga, keseronokan. Keempat, tekanan jiwa. Kelima, ada juga dan ini tidak memberi kesan yang buruk kerana banyak digunakan di hospital untuk menahan sakit.

final • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Langkawi. Hulu Langat, Hulu Langat. Boleh? Hulu Langat mencelah.

final • 5:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Ambillah banyak mana pun. Sudah hendak habis sudah.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh, boleh. Dibenarkan. Silakan.

final • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik tadi itu bila Yang Berhormat Langkawi menyebutkan ada juruterbang ambil dadah ini. Saya rasa ini bukan kes kecil ini, kes besar ini, saya rasa ini sebab saya takut kalau Yang Berhormat Langkawi pula naik kapal terbang itu, risau saya ini.

Oleh sebab itu, saya rasa pada pandangan saya. Saya minta sedikit pandangan daripada Yang Berhormat Langkawi. Saya rasa ini mungkin kena dilaporkan kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan kita supaya tindakan segera kena diambil sebab ini melibatkan nyawa. Soal berkaitan dengan nyawa ini kita tidak boleh berkompromi sebab kita sayang setiap nyawa warga dan juga masyarakat yang terdapat dalam negara kita.

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi.

final • 5:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya harap Yang Berhormat Hulu Langat tidak naik kapal terbang [Ketawa] . Insya-Allah, tetapi saya sebutkan tadi saya dijemput ke Indonesia. Saya tidak tahu sama ada ia berlaku di Malaysia atau tidak. Ini kerja kerajaan, kerja kerajaan Yang Berhormat Hulu Langat untuk check sama ada berlaku ataupun tidak.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya hendak baca juga negeri-negeri yang saya rasa perlu Ahli-ahli Yang Berhormat semua mengetahui. Saya hendak baca bagi tahun 2020. Johor setakat ini 2,536 orang. Sahabatku Yang Berhormat Muar 2,536. Kedah yang diakui banyak daripada Perikatan Nasional. Kita kena tahu juga bahawa kita ada 2,363 orang.

Kelantan 2,271 orang, Melaka 829 orang, Negeri Sembilan 812 orang, Pahang 1,395 orang. Ini bagi angka tahun 2020. Perak 1,821 orang, Perlis 278 orang, Pulau Pinang 1,727 orang. Sabah saya rasa angka ini tidak betul 834 orang. Sarawak juga angka tidak betul, 634 orang. Selangor 1,712 orang. Terengganu tinggi, 2,240 orang. Wilayah Persekutuan 1,024 orang, Wilayah Labuan 90 orang. Wilayah Putrajaya, tahniah 37 orang sahaja. Itu pun saya jangka angkanya tidak betul.

Tuan-tuan dan puan-puan...

final • 5:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Langkawi.

final • 5:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Tuan-tuan dan puan- puan.

final • 5:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Langkawi.

Saya hendak tanya sedikit. Mengenai juruterbang yang mengambil dadah.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Jelutong tanya.

final • 5:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Adakah Yang Berhormat mencadangkan supaya juruterbang-juruterbang ini disarankan untuk melalui ujian saringan air kencing seperti yang dilakukan ke atas anggota-anggota PDRM, bomba dan sebagainya. Apakah pendapat Yang Berhormat berkenaan perkara ini untuk memastikan keselamatan seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Hulu Langat, keselamatan penumpang. Apakah pendapat Yang Berhormat tentang perkara ini?

final • 5:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Tuan Yang di-Pertua, sama seperti Yang Berhormat Muar tadi, saya jarang – [Ketawa] Jarang sekali hendak terima Yang Berhormat Jelutong ini.

[Ketawa] Akan tetapi, pada kali ini saya hendak dimasukkan ke dalam ini kerana beliau di dalam kerajaan sekarang akan enforce...

final • 5:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bagi borang, bagi borang.

final • 5:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

...Yang akan enforce perkara-perkara ini.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kira okeylah itu.

final • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Pertama kali.

final • 5:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi kita hormat dulu, kini dan selama-lamanya.

final • 5:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cerita satu cerita Tuan Yang di-Pertua.

Pada suatu ketika saya telah dijemput untuk memberi ceramah di Perak. Selepas berceramah seperti biasalah kita dijemput untuk makan bihun, makan petang bersama- sama dengan mereka di meja VIP dan juga dengan para hadirin.

Tuan Yang di-Pertua, semasa saya makan seorang wanita datang bisik dengan saya, ‘Dato’, boleh saya berjumpa dengan Dato?.’ Saya kata, ‘Insya-Allah, saya ada sedikit masa.’ Ini kerana pada ketika itu saya dari Kuala Lumpur berhenti di Perak, program, kemudian hendak ke Kedah. Saya kata, ‘Insya-Allah tetapi bagi saya makan sekejap.’ Saya pun makan dan selepas itu saya pergi berjumpa perempuan ini.

Perempuan ini kata kepada saya, ‘Jangan kita jumpa di sini Dato. Boleh jumpa di rumah saya.’ Saya pun pergi dan sampai di rumah wanita ini, di hadapan rumahnya ada seorang lelaki dan saya bertanya, ‘Siapakah perempuan ini?.’ Dia kata, ‘Dato’...’

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sambung, sambung. Teruskan.

final • 5:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Dia kata, ‘Dato’, perempuan ini adalah seorang ibu tunggal.’

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini hendak klimaks sudah ini, teruskan.

[Ketawa] .

final • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Tuan Yang di-Pertua, lambat lagi ini hendak klimaks.

final • 5:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Perempuan ini adalah seorang ibu tunggal. Maka, lelaki itu berlaku. Saya pun masuk ke dalam rumah. Di luar, di pelenggaq dia panggil kalau orang Kedah. Kalau di tempat lain saya tidak tahu apa mereka panggil.

final • 5:30 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Beranda.

final • 5:30 PM

Seorang Ahli

Balcony.

final • 5:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Balcony itu tinggi sedikit.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pelenggaq, pelenggaq, pelenggaq.

final • 5:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Pelenggaq, pelenggaq. Jadi, saya pun sampai di situ perempuan itu kata, ‘Dato’, masuk ke dalam rumah.’ Saya kata, ‘Di luar ini cukuplah kita bersembang. Tidak ada orang sudah.’ Dia kata, ‘Tidak. Dato’ kena masuk ke dalam rumah juga’. Saya keluar, saya jumpa dengan driver saya pesan kepada dia, ‘Kalau saya tidak keluar dari 15 minit, kamu panggil polis masuk rumah ini.’ Saya bimbang ini sebab ibu tunggal. Mana hendak tahu ada fitnah yang hendak dibuat.

Jadi, saya masuk dalam rumah. Ibu tunggal ini mula menceritakan kepada saya, ‘Dato’, saya seorang ibu tunggal dan saya berkahwin lebih kurang 16 tahun.’

final • 5:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Tahun pertama seorang Indonesia datang ke rumah saya. Ketika itu, suami saya sedang menyapu di hadapan rumah. Kering tekak Tuan Yang di-Pertua. [Sambil meneguk minuman] [Ketawa] .

final • 5:40 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Mana tak kering.

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya tidak tahu standing order boleh minum kah tidak?

final • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Lambat hendak habis ini.

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Minta maaf. Jadi, saya masuk ke dalam rumah dan beliau bercerita bahawa beliau adalah ibu tunggal. Pada ketika itu, sambil membuka bajunya.

final • 5:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

. Selepas satu, satu. Saya perhati.

final • 5:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Lagi saspens ini.

[Ketawa]

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Jadi Tuan Yang di- Pertua, saya tanya, “Apa yang cik hendak buat ini?” “Dato’ diamlah. Dengarlah cakap saya ini,” dia kata. Saya bertanya kepada beliau, “Puan kerja apa ini?” “Saya jual nasi lemak,” kata dia. Suatu hari katanya, sambil buka baju.

[Ketawa] Dia kata, “Anak saya balik ke rumah umur 17 tahun. Anak lelaki saya seorang saja. Balik ke rumah, minta duit kepada saya dan saya kata kepada dia dan saya tahu anak saya ini ambil dadah. Dia kata kepada saya, “Mak saya hendak duit.” Mak dia kata, “Sudah tiga hari hujan anak hoi, tidak jual nasi lemak.” Baju sudah habis buang butang. Tinggal kain saja, tinggal kain.

final • 5:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Sudah berapa minit itu Yang Berhormat.

Lebih 15 minit sudah itu.

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Orang Kedah kata tetang ke dada.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Jadi tuan-tuan, apabila dia kata anaknya balik, dia ada rantai satu yang dia pakai. Waktu itu, baju telah dibuang.

Saya tanya dia, “Kenapa buang baju?” “Nanti Dato’ saya hendak tunjuk dekat Dato’,” kata dia. Jadi anaknya itu minta duit, tiga, empat kali tidak beri, anak ini pergi ke dapur. Tuan- tuan tahu, anak-anak ini buat apa? Dia ambil pisau, dia datang dekat mak dia, dia rentap rantai mak dia, dia potong tetek mak dia ini. [Sambil menunjukkan isyarat pergerakan tangan]

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Astaghfirullah Al 'Azim.

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Sebelah kiri.

Perempuan itu buka dekat saya, tunjuk kepada saya. Kot, kot, saya tidak percaya tuan- tuan dan saya tengok. Saya tahulah tetek hat mana elok, hat mana tidak elok.

[Ketawa] . Tuan-tuan, hitam di sebelah sini.

[Sambil menunjukkan isyarat pergerakan tangan] Ada tampuk-tampuk kuning. Saya pula bertanya, “Yang hitam itu apa dia?” Dia kata dia taruh kopi dengan gula supaya luka itu kering kerana dia takut hendak ke hospital, takut polis tangkap anak dia.

Anak dia lelaki seorang, muka semacam suami dia. Ini kasih seorang ibu. Akan tetapi, anak sanggup potong buah dada mak dia yang menyusukan dia. Ini akibat dadah.

Yang Berhormat Muar dan Yang Berhormat Jelutong, ambillah tindakan sewaktu dalam kerajaan.

[Tepuk] Boleh sambung hari Isnin kot Tuan Yang di-Pertua?

[Ketawa] .

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia, Yang Berhormat Langkawi ada betul-betul seminit lagi. per-habis-kan, kena per-habis-kan.

[Ketawa] . Kena per-habis-kan lah. Fasal sampai sudah.

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Tuan Yang di-Pertua, saya pulau ini banyak masalah.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa. Kita cerita lain, lain itu.

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Masalah feri.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Masalah LIMA hendak mai.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa. Pasal bajet esok, kita cakap lain. Bajet nanti, kita ada bajet.

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Cuma, saya hendak sentuhlah LIMA ini very important. Kalau boleh saya hendak minta Yang Berhormat Menteri-Menteri segerakanlah. Saya ini Pengerusi LADA dulu. Akan tetapi, apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi arahan, kita akur. Kita menyerah balik jawatan kita. Akan tetapi, LADA sekarang tidak ada pengerusi, pengerusi bersama, tidak ada CEO.

LIMA hendak mai lagi lima bulan. Sekarang ini Langkawi contoh saya ambil satu jalan ke airport. Tempat hendak pergi LIMA itu. Bina Darulaman Berhad (BDB) buat pagar kerana mereka hendak buat projek sebelah itu...

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Langkawi, saya ada Peraturan Mesyuarat 12(3), kita kena berhenti.

[Ketawa] Jadi, insya-Allah, ingatan Yang Berhormat Langkawi itu kita akan ambil ingatan, bawa semasa kita berucap dalam bajet esok. Insya-Allah Yang Berhormat Langkawi. Landing, kena landing terus.

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Jelutong dan juga Yang Berhormat Muar yang beri cadangan yang bernas. Saya menyokong Titah Diraja Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia.

[Berucap dalam bahasa Arab] Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Isnin, 20 Februari 2023. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang.

final • 5:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.45 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026