Feb152023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan pembaharuan yang dibawa dalam menjadikan kementerian mesra anak muda dan cakna kepada isu kemaslahatan dan kemajuan desa.

final • 10:00 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Parit Sulong dan Ahli-ahli Yang Berhormat, golongan belia ataupun generasi baharu di desa atau di luar bandar adalah antara fokus yang diberikan perhatian oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Di mana kita telah menggaris bawahi lima teras dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030.

Kita melihat bahawa generasi muda luar bandar adalah suatu aset penting untuk pembangunan negara keseluruhannya. KKDW telah menggariskan lapan strategi utama dan melibatkan 16 program bagi pemerkasaan golongan generasi baharu ini. Kita telah melakukan beberapa inisiatif yang menjurus ke arah peningkatan pendapatan, latihan kemahiran dan kerjaya, dengan izin, Program Start Right dan juga latihan TVET.

Perkara-perkara ini termasuklah pemerkasaan TVET itu sendiri, di mana kita telah memperkenalkan TVET Junior, TVET Tahfiz, khususnya untuk pelajar-pelajar belajar tahfiz yang diberikan kursus-kursus keterampilan. Begitu juga dalam Teknousahawan TVET, Pendigitalan TVET dan beberapa kerangka kursus yang dicernakan mengikut permintaan pasaran. Dalam hal ini kita lihat bahawa terdapat kolaborasi dengan kementerian-kementerian yang lain. Kita tidak mengambil pendekatan untuk mendepani permasalahan di desa atau di luar bandar ini secara silo. Sebaliknya, keterangkuman kita melibatkan kolaborasi kementerian-kementerian lain juga. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri. Cabaran utama orang muda di luar bandar adalah untuk meningkatkan ekonomi tanpa hanya bergantung kepada ekonomi tradisional seperti pertanian dan perladangan semata-mata yang menyebabkan antara punca penghijrahan.

Soalan tambahan saya adalah apakah langkah-langkah yang telah, yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kementerian untuk menggalakkan keusahawanan dan inovasi, menyokong menjayakan aspirasi keusahawanan belia luar bandar? Sejauh manakah Pelan Satu Daerah Satu Industri telah berjaya mencipta peluang pekerjaan yang benar-benar diisi oleh anak muda tempatan? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, aspek keusahawanan adalah di antara beberapa elemen yang turut dijadikan fokus atau tumpuan oleh pihak kementerian. Namun, sebagaimana yang saya nyatakan, kita tidak seharusnya bergerak secara silo. Terdapat jalinan kerjasama dengan kementerian- kementerian yang berkaitan, terutamanya dalam kursus TVET.

Sebanyak 12 kementerian yang terlibat dan kursus-kursus yang dikemukakan kepada para peserta, khususnya yang terfokus kepada soal keusahawanan dan pembiayaan. Ia dilakukan bukan sahaja dengan agensi-agensi yang terdapat di bawah kementerian-kementerian yang lain, kita juga lakukan bantuan untuk ketika business itu besar dengan pihak institusi kewangan. Ini adalah bagi menentukan program-program ini mempunyai cost effectiveness, dengan izin dan juga bagi pengujudan produk-produk “satu daerah satu produk”.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Jalinan kerjasama juga dilakukan dengan pihak kementerian dan agensi yang lain. Setakat ini, kejayaannya jika diukur secara empirikal memperlihatkan terdapat peningkatan yang baik daripada segi pengeluaran produk-produk berkenaan.

final • 10:10 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah apakah perancangan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dalam menaik taraf fasiliti untuk golongan belia yang sedia ada dan menyediakan peluang pekerjaan ataupun program pembangunan yang mampu membantu belia luar bandar untuk menaik taraf ekonomi mereka.

Ini kerana sebelum ini ada beberapa fasiliti yang telah dibuat. Contohnya ialah gelanggang futsal yang terbuka, tidak beratap. Jadi, akhirnya gelanggang itu dibiarkan begitu sahaja dan perlu di baik pulih dan diselia dengan sebaik mungkin.

Jadi, apakah perancangan pihak kementerian sama ada membaik pulih yang sedia ada ataupun menaik taraf dan juga membina fasiliti baharu bagi kemudahan belia di kawasan luar bandar? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terdapat dua elemen, terutamanyalah soal naik taraf kehidupan generasi muda. Kita tahu bahawa TVET dijadikan sebagai sebuah platform pentas baharu untuk memberikan latihan kepada mereka untuk jangka pendek dan jangka panjang persijilan, diploma, ijazah dan seterusnya yang ke peringkat doktor falsafah.

Dalam hal ini, kebolehpasaran TVET di bawah KKDW meningkat pada puratanya 90.4 peratus. Ertinya, mereka yang mendapat kursus TVET ini yang masuk ke pasaran guna tenaga berada di tahap 90.4 peratus. Ertinya kebolehpasaran itu adalah berdasarkan kepada permintaan dari pasaran guna tenaga dan kursus yang dibuat ke arah itu.

Keduanya, secara khusus untuk pembinaan gelanggang membaik pulih dan sebagainya ya. Sebenarnya itu jalinan kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan

(KBS). Namun Yang Berhormat boleh memohon secara terus kepada saya untuk menaikkan taraf membumbungnya walaupun kita berbeza parti politik tetapi demi kepentingan masyarakat desa, Kerajaan Perpaduan akan memberikan layanan dan santunan yang sama kepada semua pihak, insya-Allah.

final • 10:10 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Soalan tambahan.

final • 10:10 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Soalan tambahan.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kita masuk soalan kedua. Saya mempersilakan Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Timbalan Menteri patut bagi tiga soalan.

final • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Soalan ketiga boleh Tuan Yang di-Pertua?

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pengkalan Chepa, silakan.

final • 10:10 AM

2. Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha kerajaan mengatasi pencerobohan nelayan asing seperti nelayan Vietnam di kawasan Laut China Selatan yang boleh menjejaskan pendapatan nelayan tempatan dan menceroboh kedaulatan negara.

final • 10:10 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih rakan saya dari Pengkalan Chepa. Isunya adalah Yang Berhormat Pengkalan Chepa mahu tahu apakah usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan untuk mengatasi isu pencerobohan nelayan asing?

Sedikit latar belakang. Sempadan laut Malaysia ini panjangnya 6,000 kilometer manakala luas laut Malaysia ini keluasannya adalah 556,000 kilometer persegi. Kalau begitu keadaannya sudah tentu sempadan laut Malaysia terdedah kepada pelbagai ancaman. Salah satunya ialah ancaman nelayan asing. Apakah yang telah kerajaan usahakan untuk menangani isu ini?

Pertama, secara prinsipnya pengawasan sempadan laut itu dilakukan 24/7 dengan kerahan seluruh aset berasaskan kepada Prinsip Amalan Baik iaitu:

(i) surveillance;

(ii) monitoring;

(iii) controlling; dan

(iv) enforcement.

Apakah bentuk usaha yang dibuat? Pelbagai operasi dibuat. Satu, Operasi NAGA.

Sifatnya bersepadu. MINDEF, Jabatan Perdana Menteri, MAFI dan KDN seluruh agensi kawal selia yang berkenaan akan melakukan operasi dan hasilnya 48,000 pemeriksaan dilakukan. Sejumlah 280 buah bot nelayan Vietnam ditangkap, ditahan dan 3,240 kru nelayan itu ditahan.

Juga dilakukan OP KUDA LAUT yang ini membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia khusus untuk membanteras pencerobohan bot nelayan asing. Berapa ramai mereka tangkap? Setakat Disember tahun lepas sebanyak 223 buah bot nelayan asing mereka tahan, 2,264 kru mereka tangkap.

Ada OP MARDOF antara Maritime dan Department of Fisheries. Pada masa yang sama, pasukan Polis Marin melakukan pelbagai operasi dengan operasi yang diwartakan seperti OP GELORA, OP LANDAI, OP PARADISE, OP PANSURA dan segala macam.

Apabila ditangkap, kita letak di bawah Akta Imigresen 1959, 1963 dan Akta Perikanan.

Jadi, itu usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk menjawab soalan rakan saya dari Pengkalan Chepa. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta satu soalan?

final • 10:10 AM

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih kepada kakanda saya Yang Berhormat Menteri. Kalau kita amati jawapan itulah tipikal jawapan yang selalu kita dengar dalam Dewan ini berkaitan dengan usaha untuk mengatasi pencerobohan ini.

Saya fikir sudah sampai masanya Kerajaan Malaysia untuk bergerak lebih luar daripada kebiasaan. Pencegahan ini iaitu antara G2G kerana kita tahu nelayan-nelayan yang menceroboh itu datang dari negara mana? Kalau setakat tangkapan tadi disebut 223, saya yakin itu hanyalah sebahagian kecil, yang terlepas itu banyak lagi. Kalau angka yang saya dapati pada tahun lepas, ada lebih kurang 8,000 bot nelayan asing yang

final • 10:10 AM

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

beroperasi secara haram dan anggaran kerugian yang terpaksa negara kita tanggung sebanyak RM4 bilion. Itu satu angka yang sangat besar.

Jadi, sudah sampai masanya untuk kerajaan bergerak secara lebih agresif bagi menangani isu pencerobohan ini kerana dia datang dengan ancaman yang berantai bukan sahaja dari sudut tangkapan kita terancam bahkan juga isu keselamatan, dadah, penyeludupan dan juga pencerobohan sempadan yang mungkin menjejaskan tahap keselamatan negara kita.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih rakan saya dari Pengkalan Chepa. Soalan asal dia hendak tahu tentang nelayan Vietnam, saya bagilah jawapan Vietnam. Kawasan operasi Laut Cina Selatan saya sebut operasi yang terlibat.

Menyinggung soalan kedua, apakah sekadar itu yang kerajaan buat? Sudah tentu tidak. Saya pun baharu balik dari Bangkok dalam mengadakan pertemuan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Prayut Chan o-cha dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Prawit dan isu nelayan asing ini ikut disinggung sebab pencerobohan nelayan asing dalam territory kita akan mengundang ketegangan hubungan diplomatik kalau tidak kena cara. Jadi, kami bincang, apakah langkah-langkah yang dibuat.

Kerajaan sangat sedar, kalau tidak dikawal isu pencerobohan nelayan asing, ia akan turut terdedah kepada aktiviti jenayah lain, penyeludupan dadah, human trafficking, lanun, penyeludupan barangan. Itu akan menyebabkan kepada environmental damage sebab over fishing. Itu semua dalam radar tindakan kerajaan.

Saya mengundang Yang Berhormat Pengkalan Chepa datang ke pejabat saya.

Saya boleh luangkan satu jam untuk taklimat khusus sebagai maklumat tambahan bagi menunjukkan keterbukaan kerajaan dan kesediaan berkongsi maklumat jika sekiranya Yang Berhormat Pengkalan Chepa menunjukkan minat yang kuat untuk sama-sama mengatasi masalah nelayan asing, terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Setuju Yang Berhormat Menteri, bagi tarikh.

final • 10:10 AM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Soalan tambahan.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.

final • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang saya kira amat menyeluruh. Cumanya, Yang Berhormat Menteri kita akui kita mempunyai kawasan laut yang luas, negara kita ini terdedah kepada elemen maritim.

final • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Cuma persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah kesiapsiagaan aset? Semasa saya berada di Kementerian Kewangan, itulah antara isu yang disebut oleh pegawai-pegawai kita di peringkat bawah. Pertama, apakah dari segi kesiapsiagaan aset kita dari segi teknologi? Kedua, bagaimana prosedur antara user dengan pembuat keputusan? User hendak radar tetapi pembuat keputusan tidak hendak radar. Akhirnya berlaku mismatch iaitu antara pengguna di peringkat penguatkuasaan dan dasar di peringkat kementerian. Bagaimana Yang Berhormat Menteri melihat perkara ini?

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih sahabat saya yang juga bekas Timbalan Menteri Kewangan. Sudah tentu sangat faham tentang kedudukan kewangan dan kekangan untuk memenuhi semua keperluan aset.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ini, mempunyai rancangan jangka panjang, jangka sederhana dan jangka pendek untuk meningkatkan keupayaan aset. Buat masa sekarang, mereka ada aset laut dan juga aset udara. Radar, telah dimasukkan dalam permohonan Rolling Plan 2 dan 3, setakat ini belum berjaya tetapi akan terus dipohon.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Keperluan radar ini di sebelah Pantai Timur belum ada. Oleh sebab itu radar Sistem Pengawasan Maritim Laut (SWASLA) ini idealnya mengawasi seluruh sempadan laut tetapi kerana itu masih ada lagi kekurangan. Rancangannya masuk tetapi kelulusannya ialah ihsan daripada Kementerian Kewangan. Akan tetapi percayalah kepada keupayaan aset semasa pun menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang.

Keseluruhan pemeriksaan vesel bagi tahun 2022, bukan nelayan sahaja tetapi keseluruhan itu mencecah sehingga 300 ribu.

Pemeriksaan vesel secara fizikal kerana wilayah operasi agensi penguat kuasa ini dari pesisir pantai, nun sampai ke Zon Ekonomi Eksklusif. Mereka satu-satunya agensi kawal selia yang mempunyai kuasa seperti itu. Jadi kerana itu, terima kasih Yang Berhormat kerana membangkitkan dalam Dewan ini, mengingatkan kementerian dan kerajaan tentang peri pentingnya menambahkan keupayaan aset bagi APMM di KDN ini.

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya jemput Tuan Lim Guan Eng, Yang Berhormat Bagan.

Silakan.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Arau. Kalau tidak bagi soalan pun, tengok saya. Tidak boleh, okey.

[Ketawa]

final • 10:20 AM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Sini pun tidak tengok dari tadi.

final • 10:20 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya hendak ambil kesempatan, saya rasa belum lambat lagi untuk mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua kerana merupakan wanita yang pertama dilantik sebagai Timbalan Speaker daripada Borneo. Tahniah dan syabas kepada beliau.

[Tepuk]

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

final • 10:20 AM

3. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan usaha yang diambil untuk mempercepatkan kemasukan pekerja asing dan bilakah masalah kekurangan pekerja asing akan diatasi serta nyatakan kelonggaran yang diberikan kepada majikan.

final • 10:20 AM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.

Tuan Yang di-Pertua, menyedari keperluan tenaga kerja asing dalam keadaan amat terdesak, kerajaan amat prihatin untuk menyelesaikan masalah ini dengan serta- merta. Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing bagi mempercepatkan proses kelulusan permohonan kuota pekerja asing serta meluluskan penggajian pekerja asing bermula pada 17 Januari 2023 sehingga 31 Mac 2023 bagi sektor-sektor kritikal seperti berikut:

(i) pembuatan;

(ii) pembinaan;

(iii) perladangan;

(iv) pertanian; dan

(v) perkhidmatan tetapi hanya untuk subsektor restoran sahaja.

Majikan di bawah kelima-lima sektor atau subsektor tersebut boleh mengemukakan permohonan penggajian pekerja asing melalui platform Foreign Worker Centralized Management System (FWCMS) di bawah Module FWe Approval. Di bawah Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing, majikan-majikan yang memerlukan pekerja asing dibenarkan untuk menggaji pekerja asing dari 15 buah negara sumber tanpa melalui pra syarat kelayakan penggajian dan kelayakan kuota yang dikenakan sebelum ini, termasuk pengecualian proses temu duga oleh Agensi Kawal Selia (AKS).

final • 10:20 AM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Di samping itu, pengiklanan kekosongan jawatan di portal MYFutureJobs juga telah dikecualikan berkuat kuasa serta-merta. Kementerian Sumber Manusia akan memproses dan memberi kelulusan permohonan penggajian pekerja asing dalam tempoh tiga hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima. Dengan pelaksanaan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing ini, kerajaan menjangkakan masalah kekurangan pekerja asing akan dapat diatasi dalam tempoh tiga bulan. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Bagan, soalan tambahan.

final • 10:20 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab soalan tadi dengan berita bahawa kekurangan pekerja asing akan diatasi dalam tempoh masa tiga bulan.

Bolehkah Yang Berhormat menyatakan bilangan agen pekerja asing yang beroperasi dan juga gariskan langkah-langkah pemprosesan pekerja asing yang telah dipermudahkan. Adakah ia menjimatkan kos kepada majikan dan juga apakah jumlah yang dijimatkan? Dalam masa yang sama, bolehkah Yang Berhormat melonggarkan, tadi daripada jawapan Yang Berhormat menyatakan salah satu sektor kritikal yang telah pun dilonggarkan adalah sektor perkhidmatan tetapi hanya dihadkan kepada restoran sahaja.

Bolehkah ia diperluaskan kepada pelancongan kerana banyak perniagaan berkaitan seperti hotel-hotel dan juga hospitaliti yang berkaitan perlukan pekerja. Saya harap perkara ini bolehlah diberikan perhatian kerana sektor pelancongan memang merupakan satu dana yang amat penting bagi negara Malaysia. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Terima kasih Yang Berhormat Bagan.

Berkaitan dengan soalan tadi, bilangan agensi pekerjaan swasta yang diluluskan di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981, terdapat dua kategori iaitu di bawah lesen B sebanyak 307 buah agensi dan di bawah lesen C sebanyak 567 buah agensi setakat 31 Januari 2023.

Proses untuk kelulusan di bawah Pelan Kelonggaran Syarat adalah:

(i) permohonan harus dibuat melalui FWCMS;

(ii) kemudiannya kelulusan akan diberikan oleh Jabatan Tenaga Kerja, kelulusan untuk penggajian;

(iii) pemberian kelulusan kuota;

(iv) pembayaran levi dan pengesahan di kedutaan negara sumber;

(v) temu duga untuk proses recruitment; dan

(vi) proses imigresen, visa dengan rujukan.

Berkaitan dengan industri pelancongan, perkara ini akan dipertimbangkan oleh kementerian. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan tambahan kedua, saya mempersilakan Yang Berhormat Kemaman.

final • 10:20 AM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang telah diberikan bagi mengatasi masalah pekerja asing.

Soalan tambahan saya, apakah dasar terkini yang lebih komprehensif di pihak kementerian bagi mengimbangi usaha mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dengan mengehadkan keperluan pekerja asing dalam negara kita sendiri? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Terima kasih Yang Berhormat. Memang banyak usaha-usaha yang telah diambil oleh kementerian untuk memastikan kita tidak terlalu bergantung pada tenaga kerja asing.

final • 10:20 AM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Malah, kita hendak pastikan juga pertama sekali, apakah punca kita bergantung kepada tenaga kerja asing? Satu daripada sebab ialah minat pekerja-pekerja tempatan terhadap sektor-sektor kritikal tadi, mereka tidak mahu bekerja dalam kerja-kerja yang melibatkan 3D. Jadi, itu adalah satu daripada masalah yang besar yang kita hadapi. Walau bagaimanapun, kita juga cuba mewujudkan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan yang baharu kepada pekerja-pekerja tempatan dengan pelbagai kaedah ataupun mekanisme untuk memastikan tenaga kerja tempatan mempunyai pekerjaan yang secukupnya.

Walau bagaimanapun, tindakan yang diambil oleh pihak kementerian untuk membawa pekerja asing ini adalah untuk sementara waktu dan kita akan mengambil segala langkah yang mungkin untuk memastikan kadar kebergantungan negara kepada tenaga asing itu dikurangkan pada masa hadapan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh, Pasir Puteh.

Silakan.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya dahulukan dengan serangkap pantun pada pagi yang mulia ini.

*Yang Berhormat Jelutong mula terpikat, Merenung berfikir untuk melompat, Perikatan Nasional wadah yang tepat, Pohon Timbalan Perdana Menteri jawab soalan nombor empat.

[Tepuk]*

final • 10:30 AM

4. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan apakah langkah-langkah jangka masa pendek pemugaran (rejuvenation) dan rekayasa sosial (social engineering) desa bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup dan kesan-kesan pasca COVID-19.

final • 10:30 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, pantun itu tidak ada kaitan langsung dengan soalan.

[Ketawa]

final • 10:30 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Jawab pantun itu.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Jawab kemudian.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, terdapat tiga elemen daripada soalan ini. Pertamanya ialah soal pemugaran. Kedua ialah soal re- engineering atau rekayasa sosial dan ketiga ialah bagaimana pengurangan beban kos sara hidup selepas pandemik.

Saya ingin menyebut bahawa apabila penjenamaan semula kementerian ini dari luar bandar ke desa, ia mempunyai keterangkuman program dan pelaksanaannya bukan sahaja di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan pinggir bandar. Pada waktu yang sama juga, bukan sekadar TVET tetapi pelbagai program untuk pemugaran ini dilakukan secara holistik, di mana kita telah melakukan pembengkelan dengan memperincikan apakah ia quick wins (pencapaian segera) yang boleh kita lakukan.

Terdapat 22 quick wins yang telah kita gariskan dan terdapat 19 game changers ataupun perubahan-perubahan yang telah kita lakukan. Pelaksanaan dibuat dalam sesingkat waktu yang mungkin. Semua game changers dan quick wins ini diukur secara empirical, di mana yang penting bukan daripada segi output, berapa banyak program yang dilakukan tetapi kita melihat daripada segi keberkesanan kepada program itu atau outcomesnya. Dalam hal ini, saya terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan rakan- rakan di sana bagi kita melihat bahawa soal mendepani permasalahan di luar bandar secara pemugaran itu wajib dilakukan oleh semua pihak.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kedua ialah soal rekayasa sosial atau social reengineering. Kita lihat bahawa dalam program kementerian ini, kita lihat kumpulan sasarannya daripada tadika-tadika hingga ke peringkat universiti. Ertinya, keterangkuman bagi social engineering ini akan dilakukan dengan pelbagai pihak dan pelbagai kementerian. Umpamanya, Tadika KEMAS tidak hanya menumpukan tentang soal ketatanegaraan dan pewujudan sahsiah secara setempat tetapi soal suntikan nilai-nilai kerohanian dimasukkan. Ini diteruskan di peringkat yang lebih tinggi. Ini penting supaya terdapat keseimbangan antara keperluan duniawi dan ukhrawi.

Ketiga ialah tentang soal bagaimana kita harus menerobos keluar daripada kepompong bebanan pandemik. Ini tentunya kita sekali lagi mempunyai program-program bagi peningkatan pendapatan yang kita lakukan dengan agensi-agensi yang terdapat dalam KKDW dan juga dengan kementerian serta jabatan-jabatan di kementerian lain bagi menentukan bahawa masyarakat luar bandar, terutamanya generasi muda tidak akan pernah terpinggir daripada program-program perdana. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Pasir Puteh.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri, saya merakamkan jutaan terima kasih atas jawapan yang padat yang diberikan. Alhamdulillah, saya membaca rumusan dari bengkel hala tuju kementerian yang telah dibuat, yang dirumuskan di dalam 10 perkara.

Cuma di sini saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri, sejauh mana komitmen kerajaan yang baharu ditubuhkan ini untuk bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah oleh Perikatan Nasional seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis berkenaan dengan pembangunan kepada golongan yang bersasar ini? Terutamanya B40 yang berada di kawasan pedalaman dalam aspek memajukan negeri ini supaya peluang pekerjaan kepada mereka ini terbentuk.

Sebagai contoh, hubungan KKDW dengan MOTAC. Sebagai contoh, di Kelantan ini banyak potensi untuk dikembangkan sektor pelancongan yang tentunya akan memulangkan income yang besar kepada negara dan ia dapat menyelesaikan sebahagian besar daripada 10 agenda bengkel hala tuju kementerian yang telah dilaksanakan.

Saya difahamkan kelmarin dulu dan saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas rangka yang telah dibuat. Cuma saya ingin tahu, sejauh mana jaminan yang diberikan untuk negeri-negeri yang disebut sebagai pembangkang tetapi dalam konteks negeri, ia ialah kerajaan? Saya kira, kekanda saya, Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri, lain dia punya minda dan segala-galanya.

Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak perlu sebarang pengipasan dilakukan oleh Ahli Yang Berhormat. Namun hakikatnya, bulan lepas kita telah mengadakan pertemuan dengan Menteri-menteri negeri dan EXCO luar bandar dalam Mex Club. Saya telah mengambil keputusan supaya semua negeri yang dikuasai oleh parti-parti yang bukan membentuk kerajaan di peringkat pusat ini untuk turut dilibatkan. Ini terbukti daripada keberadaan mereka dalam mesyuarat yang telah diadakan.

Kedua, kekerapan Mex Club ini bukan hanya mesyuarat setahun sekali. Kita telah memutuskan bahawa tahun ini sahaja kita akan adakan tiga kali mesyuarat. Ini bagi memperlihatkan komitmen kita kepada semua kerajaan negeri tanpa mengira warna- warna politik yang berbeda.

Ketiga, kita lihat bahawa soal infrastruktur di luar bandar, soal fasiliti atau kemudahan luar bandar, soal pendidikan, soal pembangunan insan, kita tidak ada kompromi daripada segi kerjasama dengan kerajaan negeri walau bagaimana bentuknya.

Begitu juga kerjasama dengan wilayah. 16.5 peratus daripada peruntukan KKDW kita berikan kepada wilayah Sabah.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Manakala, sebanyak 14.5 peratus, kita serahkan kepada kerajaan ataupun wilayah Sarawak. Ini memperlihatkan komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi menentukan kesenjangan daripada segi pelaksanaan.

Kedua, kita lihat bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memutuskan bahawa mana-mana projek yang bernilai RM50 juta ke bawah ia diserahkan pelaksanaannya kepada kerajaan-kerajaan negeri. Jadi, dalam hal ini, agensi-agensi kerajaan negeri diberikan empowerment untuk melakukan projek-projek ini kerana hanya mereka yang berada di tempat itu sahaja yang mengetahui apakah keutamaan kepada keperluan itu.

Dalam soal ini, kerjasama dengan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya

(MOTAC) umpamanya dalam industri pelancongan khususnya untuk inapan desa ataupun homestay ada TVET yang menyediakan kursus ini. Insya-Allah, kalau Yang Berhormat mahu di kawasan Yang Berhormat yang tentunya memerlukan tenaga kerja begini kita akan laksanakan. Akan tetapi, cuma kita tidak ada kursus untuk penjualan barang-barang kemas, itu sahaja. Itu mungkin boleh kita fikirkan bersama.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Terima kasih, terima kasih banyak. Surat akan menyusul.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Soalan tambahan.

final • 10:40 AM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Sibu di sini.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Sibu.

final • 10:40 AM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sekarang kita memang kita tengok satu fenomena iaitu kebanyakan belia di kawasan desa, luar bandar berhijrah ke bandar. Untuk mengurangkan kesesakan di kawasan bandar dan sekarang kita tengok banyak traffic jammed di bandar raya KL.

Untuk social reengineering, saya rasa kita harus ada dasar untuk menggalak belia kita berhijrah balik ke kampung. Kementerian mesti ada satu usaha untuk membantu mereka boleh– perancangan ekonomi untuk mereka – untuk menambah ekonomi mereka juga boleh di kawasan pendalaman. Untuk ini saya rasa kerajaan juga mesti ada insentif menggalakkan untuk mereka balik ke kampung seperti kemas, bersih percuma dan juga tarif elektrik atau tarif bekalan air mungkin lebih murah berbanding dengan bandar dan menggalakkan digitalisasi pertanian di dalam kawasan pendalaman supaya mereka boleh menjana pendapatan dengan lebih baik berbanding di bandar. Jadi, apakah ‘pendapatan’ daripada kementerian?

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendapat.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kementerian tidak ada pendapatan tetapi kementerian berpendapat bahawa saranan-saranan itu merupakan antara saranan yang cukup bijaksana.

[Ketawa] Kini terdapat satu trend baharu Tuan Yang di-Pertua, di kalangan third generation

(generasi ketiga) dengan izin, masyarakat desa mula memberikan tumpuan kepada pemindahan semula. Maknanya remigration dengan izin, ke kawasan desa. Ini terbukti daripada bukan hanya industri berasaskan tani terutamanya dalam keterjaminan makanan, mereka pulang ke desa untuk turut melakukan aktiviti agrobusiness.

Namun, industri kecil dan sederhana tidak lagi dilakukan penempatannya di kawasan pinggir bandar atau dalam bandar, tetapi di kawasan luar bandar atau kampung.

Ertinya trend ini Tuan Yang di-Pertua, adalah satu trend baharu dan pihak KKDW amat komited untuk melakukan facilitation program dengan izin, bagi trend baharu ini.

Ini termasuklah tentang digitalization dengan izin, atau pendigitalan yang dilakukan dengan beberapa program melalui agensi-agensi yang ada selain daripada kementerian sendiri agensinya seperti FELCRA, RISDA dan MARA sendiri dengan pelbagai program yang saya sebutkan. Sebanyak 529 program yang akan menjurus ke

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

arah bagaimanakah untuk menyantuni permasalahan penghijrahan ke bandar, tetapi sekarang kembali ke kawasan luar bandar atau desa.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, soalan...

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan seterusnya...

final • 10:40 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Minta soalan ketiga.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

...Saya jemput Yang Berhormat Miri.

final • 10:40 AM

5. Tuan Chiew Choon Man [Miri] minta Menteri Pengangkutan menyatakan perancangan kerajaan dalam menaik taraf dan menambah baik Lapangan Terbang di Miri.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Miri. Ini soalan airport Miri ini kepentingan Yang Berhormat dan juga saya dari utara Sarawak.

[Ketawa] Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan mempunyai perancangan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Miri dengan meningkatkan kapasiti pengendalian penumpang daripada dua juta orang penumpang setahun kepada tiga juta orang penumpang setahun.

Cadangan menaik taraf Lapangan Terbang Miri telah pun dikemukakan kepada pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri di bawah Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia Ke-12 tahun 2023 untuk pertimbangan.

Antara skop kerja yang dicadangkan di bawah projek ini adalah melibatkan perluasan bangunan terminal sedia ada, menambah baik kawasan terminal bagi operasi penumpang rural air services, menambah bilangan kaunter daftar masuk, memperkenalkan sistem pengendalian bagasi yang baharu serta menaik taraf fasiliti untuk keselesaan penumpang.

Antara penaikan taraf ialah seperti berikut dengan izin Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebut tadi, the new building extension and upgrading of the Rural Air Services (RAS) *area, additional new checking counters, new officers’ area for government agencies and airlines, signages and wayfinding, new baggage handling system, improvement and upgrading works at the first-floor departure hall area, pier expansion and additional passenger boarding bridges, two numbers of arrow bridges, automation towards airport 4.0.

That consists of the installation of passenger reconciliation airport management system and network system, command user service, command new passenger processing system, boarding gate reader, and baggage reconciliation system will be on the concession model.* Jadi, the estimated cost untuk penaiktarafan ini adalah dianggarkan sebanyak RM60 juta. Jadi, Kementerian Pengangkutan, Yang Berhormat sendiri dan juga saya dan seluruh penduduk utara Sarawak mohon agar projek ini diluluskan dan dilaksanakan secepat mungkin, terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan tambahan pertama Yang Berhormat Miri.

final • 10:40 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih jawapan yang diberikan. Persoalan seterusnya, sama ada kerajaan mempunyai perancangan untuk menjadikan Lapangan Terbang Miri sebagai salah satu lapangan terbang bertaraf antarabangsa selepas Lapangan Terbang Kuching. Memandangkan kedudukan geografi bandar raya Miri yang penting di pertengahan kedua-dua wilayah Borneo dan ia juga akan memanfaatkan penduduk-penduduk di bahagian utara wilayah Sarawak termasuk penduduk di kawasan Yang Berhormat Timbalan Menteri, di Limbang.

final • 10:40 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Maklumlah Yang Berhormat, setiap kali saya ulang-alik ke kawasan, kadangkala saya boleh nampak penumpang-penumpang kapal terbang terpaksa berhimpit macam ikan sardin di bilik menunggu. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana yang saya katakan tadi, antara upgrading yang akan dibuat termasuklah perluasan departure hall itu.

Keduanya, tentang untuk menaiktarafkan kepada international airport ini, status Airport Miri adalah sebagai feeder airport. Sebenarnya, ia kalau hendak menjadi international – dan ia mampu untuk menjadi international airport jika ia mampu menerima – to handle all those planes daripada international route. Jadi, sekarang ini macam di Miri, memang ada sebuah sahaja iaitu Scoot, tetapi belum lagi sepenuhnya untuk dapat menampung semua ini. Akan tetapi, apabila mungkin upgrading ini sudah dibuat dan kemampuannya serta kapasiti yang ada, itu mungkin boleh dipertimbangkan pada masa hadapan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dr. Hajjah Halimah Ali - Kapar

Tuan Yang di-Pertua. Asal Miri, jadi saya hendak tanya fasal Miri Airport. Saya hendak dapat...

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya belum jemput lagi.

[Ketawa]

final • 10:50 AM

Dr. Hajjah Halimah Ali - Kapar

Boleh? Boleh Tuan Yang di-Pertua?

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, boleh.

final • 10:50 AM

Dr. Hajjah Halimah Ali - Kapar

Boleh?

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

final • 10:50 AM

Dr. Hajjah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih. Hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bilakah projek ini akan direalisasikan sebab saya kurang faham tadi jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seolah-olah minta diluluskan, sedangkan yang berkata ialah Timbalan Menteri. Jadi, bukan minta kepada kami pembangkang kalau di– sepatutnya kerajaanlah, sebagai kerajaan yang sudah diluluskan.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Saya itu ambil kesempatan sahaja. Saya pun orang utara juga, sama juga hajat kami dari utara. Kita faham sungguh tentang keadaan di sana. Ambil peluang, saya tidak ada chance hendak bahas lagi.

[Ketawa] Jadi Yang Berhormat, saya sudah sebut tadi sekarang ini ia di peringkat EPU sebab itulah kita mohon supaya masuklah dalam bajet ini. Itu yang minta sokongan semua mudah-mudahan lulus, insya-Allah dapatlah ia dilaksanakan dalam RP3 ini.

final • 10:50 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Setuju, setuju, setuju.

final • 10:50 AM

Dr. Hajjah Halimah Ali - Kapar

Sokong, sokong, sokong. Saya sokong.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Ya, terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh, Besut.

final • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin berpantun.

MoU kerajaan campuran, Bukan setuju tetapi paksaan, Jika Menteri tidak keberatan, Soalan nombor enam tolong jawab.

final • 10:50 AM

6. Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Besut] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan sama ada kerajaan berhasrat memberi wang tunai secara one- off kepada penoreh getah yang terjejas teruk akibat hujan turun hampir sepanjang tahun ditambah harga getah yang sangat rendah.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Besut yang begitu prihatin dengan nasib penoreh-penoreh getah. Kerajaan melalui kementerian ini telah pun meluluskan pemberian wang tunai iaitu Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) sebanyak RM254,903,600 kepada seramai 318,642 orang pekebun kecil dan juga penoreh yang terjejas pendapatan semasa musim tengkujuh.

Bantuan BMT ini adalah berjumlah RM800 seorang yang telah dibayar secara ansuran sebanyak tiga kali iaitu RM300 sebulan untuk bulan November dan Disember dan sebanyak RM200 pada Januari 2024. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Soalan saya yang berkenaan dengan soalan tambahan. Adakah kerajaan berhasrat untuk menaikkan bantuan khas bulanan kepada para penoreh bagi menambah pendapatan mereka sebagaimana yang diberikan kepada nelayan-nelayan RM300 sebulan, bukan RM800 setahun?

Apakah status dan juga syor untuk menaikkan harga lantai getah? Getah sekerap maksud saya daripada harga semasa RM2.50 kepada RM3.50? Hal ini sebab kalau hujan turun penoreh tidak boleh menoreh getah, yang tidak turun minyak. Hujan tetap turun walaupun 24 jam menang, hendak turunkan tidak turun-turun.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan, soalan.

final • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Soalan, sudah bagi soalan.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jadi, duduklah.

final • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Just untuk penerangan.

Sedikit penerangan.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak perlu penerangan, soalan sahaja Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya dan yang hendak dinaikkan harga daripada RM2.50 kepada RM3.50 sebab barang-barang semua naik.

Telur naik, ayam naik, semua naik. Jadi, boleh tolong jawab soalan yang saya berikan.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Terima kasih Yang Berhormat Besut atas soalan tambahan tadi. Berkaitan dengan cadangan untuk bayaran ansuran bulanan seperti yang dilaksanakan kepada nelayan, setakat ini pihak kementerian belum mengambil alternatif ataupun inisiatif ini memandangkan dari sudut peruntukan dan juga kewangan yang diperlukan untuk tujuan berkenaan agak tinggi.

Namun begitu, untuk makluman Yang Berhormat Besut, kementerian di bawah RISDA telah pun mengadakan beberapa program selain daripada Bantuan Musim Tengkujuh untuk membantu penoreh-penoreh ataupun penoreh getah meningkatkan pendapatan dengan mengadakan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET). Di mana program ini merupakan program sampingan yang boleh menjana pendapatan dalam bentuk agromakanan ataupun dalam bentuk hasil baharu yang mana boleh dijadikan sebagai pendapatan tambahan kepada pekebun-pekebun ataupun penoreh-penoreh getah.

Begitu juga soalan kedua berkaitan dengan harga siling iaitu RM2.50 dicadangkan sampai RM3.50. Untuk makluman Yang Berhormat, harga siling ini bukanlah di bawah bidang kuasa ataupun di bawah kementerian tetapi di bawah komoditi, di bawah Kementerian Komoditi.

Namun begitu untuk makluman Yang Berhormat, kementerian kita hanya salah satu agensi yang melaksanakan tanaman getah ini di bawah RISDA. Di bawah kementerian lain seperti Kementerian Komoditi, Kementerian Pertanian turut

final • 10:50 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

melaksanakan program-program ataupun aktiviti untuk penoreh-penoreh getah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat, bayaran ansuran bulanan tadi apa maksud ia? Tidak faham.

final • 10:50 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Bayaran...

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Pembesar suara dimatikan] Tidak perlu jawab.

[Ketawa] Soalan tambahan kedua, ada dari sebelah sini?

Tidak ada? Saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 10:50 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat atas ruang dan peluang yang diberi. Saya ingin penjelasan.

Apabila penurunan harga getah memberi kesan yang cukup besar terutama kepada pekebun-pekebun kecil yang terlibat terutamanya di kawasan banjir. Hampir enam bulan setahun berdepan dengan masalah yang menempuh hujan, monsun yang menyebabkan pendapatan cukup terjejas.

Isu besar ialah apabila tidak ada penoreh, sebab apabila generasi pertama semakin tua, uzur, anak-anak mereka bekerja di bandar, tidak ada yang meneruskan kerja menoreh. Jadi, apa usaha kerajaan untuk memastikan supaya tenaga-tenaga di kebun- kebun kecil ini supaya mereka mempunyai tenaga pekerja yang boleh membantu mereka untuk meneruskan pendapatan di kebun-kebun mereka. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan tadi. Berkaitan dengan program-program yang dilaksanakan oleh kementerian bagi membantu penoreh-penoreh getah khususnya daripada sumber tenaga ini. Selain daripada menoreh, maksudnya selain kerja-kerja di ladang. Seperti yang saya maklumkan tadi pihak RISDA khususnya telah pun membuat beberapa program untuk membantu penoreh-penoreh.

Antaranya tadi adalah Program AET iaitu program yang melibatkan program peningkatan pendapatan. Di samping itu, kita juga ada Program Generasi Muda, program RISDA iaitu program yang melibatkan generasi muda iaitu generasi pelapis. Di mana program-program yang ditawarkan bukan sahaja dari sudut kebun getah itu sendiri, malah program-program peningkatan pendapatan seperti yang saya syorkan tadi.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri memperjelaskan perkataan “bayaran ansuran”.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, kemudian.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Itu bayaran ansuran kereta tetapi bayaran ini maksudnya ialah bayaran ihsan bulanan itu.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Nanti Yang Berhormat Arau jumpa dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya minta diperbetulkan sebab rakyat Malaysia sedang memerhati. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Soalan seterusnya Yang Berhormat Tuan William Leong Jee Keen, Selayang. Silakan.

final • 10:50 AM

7. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada kajian telah dibuat untuk melaksanakan proses alternatif untuk pengurusan sisa pepejal selain daripada menggunakan insinerator seperti ‘mechanical biological treatment, ‘anaerobic digestion’, ‘autoclaving,’ ‘mechanical heat treatment’ atau ‘plasma arc gasification’ atau masih menggunakan tapak pelupusan dan menggantung pembinaan insinerator sementara menunggu penentuan bahawa insinerator tidak akan menyebabkan pencemaran.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Selayang.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang mengadakan kerjasama dengan Kementerian Alam Sekitar Jepun (MOEJ) untuk membangunkan satu garis panduan bagi pemilihan teknologi pengurusan sisa pepejal di Malaysia.

Garis panduan ini menyediakan asas dalam pemilihan teknologi yang sesuai melalui penentuan skop teknologi dan keperluan fasiliti rawatan sisa. Garis panduan ini juga akan digunakan oleh agensi kerajaan sebagai rujukan dalam menentukan pemilihan teknologi pengurusan sisa pepejal di bawah bidang kuasa masing-masing.

Untuk makluman Yang Berhormat juga Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara

(PAC) pada tahun 2014 telah mengesyorkan kerajaan supaya teknologi pengurusan sisa pepejal yang digunakan di Malaysia mempunyai sifat generik terbukti berkesan dan dilaksanakan secara tender terbuka. Ini adalah bagi mengatasi masalah penggunaan teknologi yang tidak berkesan yang menyebabkan kerajaan mengalami kerugian. Untuk tujuan tersebut, kementerian telah menetapkan polisi penggunaan teknologi pengurusan sisa pepejal seperti berikut:

(i) teknologi yang dicadangkan perlulah terbukti keberkesanannya di lapangan dalam merawat sisa pepejal yang serupa seperti yang dijana di Malaysia. Teknologi yang mempunyai rekod sekurang-kurangnya 10 tahun akan diberi keutamaan;

(ii) teknologi yang dicadangkan perlu mengurangkan sisa pepejal sekurang-kurangnya 85 peratus dan menggunakan teknologi yang biasa digunakan di negara-negara lain;

(iii) mesra alam dan mampu mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS); dan

(iv) cadangan teknologi perlu mempunyai model kewangan yang baik dan tidak membebankan kerajaan.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, terdapat pelbagai teknologi yang boleh digunakan untuk merawat sisa pepejal. Teknologi yang paling meluas penggunaannya adalah merupakan teknologi pengolahan haba yang juga dikenali sebagai insinerator.

Penggunaan teknologi insinerator ini juga adalah bergantung kepada teknik pembakaran yang digunakan. Kebiasaannya bahan sampingan yang dihasilkan oleh loji insinerator ini adalah stabil dan jumlahnya yang sedikit memudahkan pengurusan akhir sisa tersebut.

Bagi mengoptimumkan penggunaan insinerator, kementerian sedang berusaha untuk mengguna semula bahan sampingan tersebut untuk dijadikan bahan lain seperti bata, simen, bahan tambakan dan sebagainya. Teknologi lain pula digunakan untuk merawat sisa pepejal dengan menggunakan bakteria seperti anaerobic digester composting dan sebagainya. Sungguhpun begitu, teknologi ini hanya sesuai digunakan untuk merawat sisa makanan sahaja. Oleh itu, penggunaan teknologi ini harus dipadankan dengan teknologi lain bagi mencapai sasaran penggunaan ataupun pengurangan sisa pepejal yang telah ditetapkan.

Akhir sekali, teknologi material recovery facility juga adalah merupakan teknologi yang boleh digunakan bagi mengasingkan sisa pepejal kepada bahan kitar semula untuk dijual. Manakala refuse-derived fuel dan mekanikal biological treatment dengan izin akan mengulas sisa pepejal kepada bahan bakar untuk digunakan oleh pihak industri. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Selayang. Soalan tambahan pertama.

final • 11:00 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan yang lengkap dan juga

final • 11:00 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

mengesahkan bahawa ada teknologi alternatif yang lain selain daripada insinerator waste to energy.

Soalan tambahan saya ialah dengan garis panduan yang sedang dibuat dan kajian adakah kerajaan bersedia untuk mengkaji semula mengikut prinsip berjaga-jaga dengan izinnya the cautionary principle untuk meminda lokasi insinerator dari lokasi yang dicadangkan iaitu Rawang Lane Three. Ini ialah kali ketiga insinerator itu telah dipinda dan ini pindaan ke tempat yang memang tidak sesuai kerana ini berhampiran dengan taman perumahan dan perindustrian tidak lebih daripada lima kilometer. Malah apa proses pun teknologi insinerator yang canggih akan mengadakan pencemaran udara, air dan darat dengan melepaskan dioksin-furan, merkuri yang akan menyebabkan kemandulan dan juga barah. Ini soalan tambahan saya. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Yang Berhormat Selayang atas keprihatinan beliau. Seperti yang diterangkan tadi, secara asasnya ada dua teknologi, thermal dan non-thermal. Thermal tadi adalah insinerator. Manakala macam disebut apabila menggunakan teknologi lain, anaerobic digester composting (AD) ia tertumpu kepada sisa organik iaitu sisa makanan. Yang mana teknologi itu hanya dapat diguna pakai untuk sebahagian daripada sisa pepejal yang ada. Maka sebab itu, apabila kita mendapat pandangan daripada sebagai contoh kepakaran dari Jepun.

Penggunaan insinerator itu masih merupakan antara teknologi yang dapat mengurangkan sisa daripada sisa pepejal tersebut. Ini kerana alternatif yang selama ini diguna pakai melalui tapak pelupusan itu lebih menghasilkan pencemaran yang banyaklah melalui leachate dan sebagainya. Cuma apa pun dari segi teknologi yang diguna pakai sudah pasti kementerian akan mematuhi ataupun pihak yang mengusahakan teknologi ini perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan sebarang persetujuan itu juga perlu melalui kajian impak alam sekitar ataupun Environmental Impact Assessment (EIA). Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan tambahan kedua.

final • 11:00 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Kuantan

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Kuantan.

final • 11:00 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Berapa banyakkah syarikat yang menguruskan pengurusan sisa pepejal negara dan di negeri-negeri dan adakah kerajaan mempunyai perancangan bagi menyelaraskan pengurusan pepejal ini di bawah satu badan sahaja? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Yang Berhormat dari Kuantan. Ketika ini bagi pihak Kerajaan Persekutuan, mana-mana negeri yang bersetuju menandatangani Akta 672 maka perkara ini akan diselaraskan di peringkat Kerajaan Persekutuan. Manakala ada negeri-negeri yang memilih untuk meneruskan pengurusan sisa pepejal di bawah mereka sendiri. Kalau perlu butiran lanjut, nanti KPKT boleh bekalkan. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena, Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya.

Silakan.

final • 11:00 AM

8. Dato' Ahmad bin Saad @ Yahaya [Pokok Sena] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan pendirian kementerian untuk memasukkan pemeliharaan terhadap tanah sawah padi sebagai elemen tambahan dalam Pemindahan Ekologi Fiskal (EFT) selain pemeliharaan terhadap hutan di setiap negeri.

final • 11:00 AM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation

(EFT) merupakan satu bentuk insentif kepada kerajaan-kerajaan negeri bagi

final • 11:00 AM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

melaksanakan projek berkaitan perlindungan dan pemuliharaan biodiversiti dan juga hutan.

Ia merangkumi kawasan-kawasan daratan ataupun terestrial, air daratan, pesisir pantai dan marin yang diwartakan dan diuruskan bagi tujuan konservasi seperti kawasan hutan simpan kekal perlindungan rezab hidupan liar, kawasan perlindungan marin, kawasan sensitif alam sekitar, kawasan berkepentingan antarabangsa dan ekosistem yang mudah terjejas.

Untuk maklumat lanjut, program ini dimulakan pada tahun 2019 oleh Kementerian Kewangan dan pada tahun 2022, RM70 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli ketika itu untuk menguruskan program ini dan pada Belanjawan 2023 yang dibentangkan sebelum pilihan raya umum yang lalu, kerajaan ketika itu telah mengumumkan jumlah sebanyak RM100 juta untuk program EFT.

Tanah sawah tidak termasuk di bawah skop perlindungan dan pemuliharaan biodiversiti dan hutan di bawah EFT. Namun sebagai makluman buat masa ini kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan tanah sawah sebagai salah satu modal yang terpenting dalam pengeluaran makanan ruji rakyat Malaysia iaitu beras.

final • 11:00 AM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Usaha ini dilaksanakan melalui di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui penyediaan bantuan berupa subsidi ataupun insentif input dan output pertanian bagi meringankan beban kos pengeluaran padi yang perlu ditanggung oleh pesawah, di samping dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran.

Bantuan subsidi dan Insentif Input Pertanian kepada pesawah ini meliputi Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan, Skim Insentif Pengeluaran Padi, Skim Baja dan Racun Padi Bukit dan Padi Huma dan Insentif Benih Padi Sah.

Manakala subsidi ataupun Insentif Output Pertanian yang diberikan kepada pesawah ialah Skim Subsidi Harga Padi. Selain dapat meningkatkan pengeluaran hasil padi, bantuan dan insentif yang disediakan oleh kerajaan dapat menggalakkan pesawah untuk terus mengusahakan tanaman padi, sekali gus mengekalkan tanah sawah padi.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan tambahan, Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 11:10 AM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Baik, terima kasih. Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Kedah mempunyai keluasan lebih daripada 100,000 hektar tanah untuk penanaman padi dan membekalkan lebih daripada 40 peratus keperluan beras negara. Kedah meletakkan target untuk penanam padi lima kali dalam dua tahun dan menyasarkan 65 peratus keperluan beras negara.

Jika tanah pertanian tersebut diubah kepada komersial, sudah tentu Kedah akan mendapat perolehan hasil cukai yang sangat tinggi. Jadi soalan saya, apakah kementerian berhasrat untuk menilai semula pendirian kerajaan berkenaan hasrat memasukkan elemen pemeliharaan tanah sawah padi dalam EFT supaya Kerajaan Negeri Kedah juga mendapat perolehan hasil cukai tanah yang sepatutnya. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat. Keputusan untuk meletakkan EFT di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli ini dibuat pada tahun 2022 dan butiran ia jelas, insentif untuk pemuliharaan ekologi. Jadi, kalau ada hasrat misalnya daripada Yang Berhormat Pokok Sena untuk meminta insentif selain daripada yang telah saya sebut tadi yang sedia ada, yang disediakan oleh Kementerian Pertanian, makna itu seeloknya dibawa untuk perhatian Kementerian Pertanian. Akan tetapi mekanisme EFT ini adalah untuk pemuliharaan sumber-sumber ekologi yang ada di negeri-negeri.

final • 11:10 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Soalan tambahan.

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Sik mohon tambahan.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan tambahan kedua saya menjemput...

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Sik mohon tambahan.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

...Yang Berhormat Ayer Hitam.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya perhatikan ucapan jawapan yang telah dikemukakan tentang EFT sangat bagus kerana kita membicarakan tentang pemuliharaan hutan. Saya hendak bertanya, memandangkan banjir di Malaysia ini agak kerap. Kita sedar bahawa buluh ini pekali hijaunya empat kali. Jadi, apakah pendirian kerajaan untuk menggalakkan kita tumbuh ataupun kita gunakan, teroka tanah yang ada untuk penanaman buluh.

Contohnya kalau di Kelantan, kalau kita tambah lebih banyak lagi, ia boleh serap air. Ini yang sepatutnya kita lakukan. Jadi, saya hendak tanya daripada segi dasar. Apakah kita menganggap ini sebagai satu cara terbaik? Oleh kerana dalam carbon trade, pekali empat kali ganda lebih tinggi berbanding dengan pokok. Apa pendirian kerajaan? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ayer Hitam tentang soal khusus, tentang buluh dan soal mengatasi masalah banjir.

Sememangnya buluh antara pokok yang terbaik daripada segi kepantasannya untuk tumbuh dan kemampuannya untuk menangkap karbon. Jadi- dan pada masa yang sama, kita juga ada memberi penekanan terhadap penanaman bakau dalam soal hakisan dan sebagainya.

Cuma untuk makluman, kalau dibuat dalam bentuk ladang hutan. Buat masa ini ada keputusan daripada Perdana Menteri yang lepas lagi, bahawa ada moratorium kepada penanaman ladang hutan kerana masalah yang timbul ialah ia lari daripada objektif iaitu banyak tanaman monoculture (satu spesis) dan juga mengganggu pemuliharaan hutan.

Namun, secara spesifik di luar daripada bidang hutan simpan kekal, bagaimana kita dapat manfaatkan tanaman buluh. Itu di bawah bidang kuasa Kementerian Perladangan dan Komoditi.

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Satu lagi soalan tambahan daripada...

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan nombor 9, saya jemput Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 11:10 AM

9. Tuan Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching] minta Menteri Kesihatan menyatakan rancangan kementerian untuk mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan di seluruh negara.

final • 11:10 AM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil perhatian serius berhubung isu kesesakan di hospital dan klinik kesihatan. KKM memahami kesusahan yang dialami oleh pesakit-pesakit dan juga petugas kesihatan yang bekerja keras untuk memastikan memberi perkhidmatan yang terbaik dalam keadaan yang tersebut. Kesesakan di ETD ataupun di Jabatan Kecemasan bukan merupakan satu perkara baru tetapi ia isu yang diwarisi sejak sekian lama. Namun, mengikut data yang diperoleh dari Pusat Informatik Kesihatan (PIK) Bahagian Perancangan KKM, KKM melihat satu trend meningkat.

Ada peningkatan kehadiran pesakit di jabatan Kecemasan dan trauma ini. Ini berpunca daripada pelbagai faktor. Salah satu faktor ialah kesan daripada pandemik COVID-19, di mana kes-kes seperti penyakit tidak berjangkit (NCD) dan komplikasinya semakin hari semakin meningkat. Sehubungan dengan itu, semenjak mengambil tugas sebagai Menteri, pelbagai inisiatif telah kita lakukan dan juga sedang diambil oleh

final • 11:10 AM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

kementerian dalam usaha mengurangkan kesesakan di hospital dan juga masa menunggu di kalangan pesakit dalam mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan.

KKM ada merangka tujuh langkah dan inisiatif dalam menangani masalah ini.

Pertamanya, kita melaksanakan pengauditan dalaman dan meneliti semula keberkesanan inisiatif yang sedia ada dalam KKM. Atas tujuan ini, saya sendiri telah turun ke lapangan dan bertemu- Insya-Allah kita akan juga bertemu dengan pengarah-pengarah negeri dan pengarah hospital untuk mendengar sendiri dan memahami isu-isu di setiap Jabatan Kecemasan secara spesifik dan mencari jalan penyelesaian bersama, bagaimana KKM dapat membantu dan menyokong inisiatif yang sedia ada dari setiap hospital masing- masing.

Kedua, kita juga memperkasakan inisiatif lean healthcare yang telah diaplikasikan. Kita melihat kepada keseluruhan proses kerja bagi mengurangkan aktiviti yang tiada nilai tambah demi meningkatkan efisien. Proses berulang yang menjejaskan pergerakan pesakit dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali bagi memastikan aliran pesakit berjalan lancar. Ini membantu memendekkan masa menunggu, sekali gus mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan dan di klinik-klinik pakar.

Aktiviti penambahbaikan yang dilakukan menerusi inisiatif lean healthcare menyasarkan pengurangan waktu menunggu untuk berjumpa dengan doktor. Bermula dari kaunter pendaftaran, sehinggalah pesakit mengambil ubat di farmasi dan juga masa menunggu katil untuk pesakit yang perlu dimasukkan ke wad daripada Jabatan Kecemasan.

Antara contoh pelaksanaan adalah di Jabatan Kecemasan yang telah kita- saya sendiri turun, di HTAR ya. Kita sendiri telah melihat bagaimana lean healthcare dapat mengurangkan masa menunggu pesakit daripada 192 minit kepada hanya 88 minit.

Walaupun agak panjang juga tetapi kita dapat kurangkan secara puratanya. Di wad perubatan pula kita dapat kurangkan masa menunggu pesakit untuk didischarge daripada 360 minit kepada separuh daripada itu iaitu 180 minit.

Kita juga memperkenalkan projek atau ward short stay unit. Dalam unit ini, ia memfokuskan kepada pesakit yang stabil, yang mungkin memerlukan rawatan yang kurang daripada 72 jam atau tiga hari. Pesakit-pesakit yang dikenal pasti akan dimasukkan ke dalam unit ini untuk rawatan yang berfokus dan optimum. Ini dapat mengurangkan waktu menunggu untuk mendapatkan katil bagi pesakit-pesakit kes yang ringan, yang memerlukan pemantauan jangka pendek di hospital.

Seterusnya, mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan dan mengurangkan length of stay, dengan izin, pesakit di hospital. Kita juga memperkenalkan pendigitalan bed management unit (BMU) secara berpusat melalui sistem CPRC hospital.

final • 11:10 AM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

Saya jawab panjang sedikit ya sebab ini adalah yang menjadi keutamaan kita punya orang-orang di luar sana. Perlaksanaan bed management unit (BMU) ini adalah secara berpusat di peringkat hospital, dan unit ini bertanggungjawab untuk menguruskan katil dan aliran pesakit secara berpusat, sama ada pesakit kecemasan dan elektif daripada proses kemasukan, discharged, transfer, intra dan interfacility. Pengurusan katil yang cekap dan efektif ini dapat mengurangkan masa menunggu pesakit di Jabatan Kecemasan untuk mendapatkan katil seterusnya mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan. KKM memperkasakan BMU ini melalui sistem CPRC hospital yang mempunyai dashboard capacity katil pesakit hospital bagi melancarkan pengurusan aliran pesakit dalaman.

Kita juga ada memantau indikator untuk menunggu katil. Indikator waktu menunggu katil bagi pesakit yang perlu dimasukkan ke semua wad dari Jabatan Kecemasan juga dipantau menerusi- of course yang saya sebut tadi, lean methodology. Kita juga ada bekerjasama dengan agensi kerajaan dan sektor swasta, ini dipanggil outsourcing atau penyumberluaran. Kaedah ini memastikan waktu menunggu bagi prosedur-prosedur perubatan dan bukan perubatan dapat dikurangkan dan

final • 11:20 AM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

meminimumkan length of stay atau bed occupancy rate, dengan izin, sekali gus mempercepatkan aliran pesakit dari Jabatan Kecemasan.

Kita juga- insya-Allah, merawat kes-kes bukan kecemasan di klinik kesihatan. Ini merupakan pengalihan pesakit dari Jabatan Kecemasan ke klinik-klinik kesihatan KKM, clinic periphery bagi semua kes bukan kecemasan. Ini termasuk mengadakan perbincangan di peringkat ibu pejabat sendiri di KKM berkenaan penambahbaikan perlaksanaan a standard hours bagi pengoperasian klinik-klinik kesihatan KKM.

Langkah seterusnya ialah, memperkasakan komuniti dan meningkatkan kesedaran awam. Penglibatan dan pemerkasaan komuniti dengan memberi kesedaran tentang fungsi Jabatan Kecemasan di hospital-hospital ini amat penting sebab kita mendapati ramai daripada orang ramai datang ke Unit Kecemasan iaitu 70 peratus kehadiran di Zon Kecemasan adalah daripada pesakit-pesakit yang terdiri daripada mereka yang kes-kes hijau, Zon Hijau...

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, jawapan masih panjang?

final • 11:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Sedikit lagi, sedikit lagi.

Kita juga memperkenalkan sistem digitalisasi yang akan dipertingkatkan.

Kemudian, kita juga melakukan beberapa libat urus dengan pemegang taruh termasuklah MMC, JPA, MOF dan beberapa NGO yang lain.

Akhir sekali, saya ingin memohon supaya rakyat juga memainkan peranan yang penting untuk menjaga kesihatan masing-masing supaya kita- semua sihat dan kurang pergi ke hospital, insya-Allah.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan tambahan, Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 11:20 AM

Tuan Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang sangat terperinci dan menyeluruh. Saya meneliti jawapan yang diberikan dan saya menyambut baik inisiatif yang telah dan sedang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan.

Namun, antara isu pokok dan faktor yang menyebabkan kesesakan dan juga parameter yang penting untuk memastikan inisiatif yang diceritakan tadi berkesan iaitu sumber tenaga kerja atau sumber manusia yang cukup. Kita selalu mendengar ada staff overworked underfunded. Saya tahu isu ini multifactorial. Jadi soalan saya adalah, apakah rancangan kerajaan untuk menangani isu ini? Adakah kerajaan bercadang untuk mendengar dengan sendiri daripada petugas-petugas kesihatan untuk mencari jalan penyelesaian bersama?

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya memang masalah perjawatan ini menjadi isu hangat dan utama yang dibincangkan.

Jadi seperti yang saya nyatakan tadi Yang Berhormat, pada awalnya tadi bahawa kita telah adakan dan akan terus juga adakan libat urus dengan beberapa buah jabatan.

Oleh sebab bagi saya, masalah perjawatan ini bukan hanya terletak atas bahu Kementerian Kesihatan tetapi ia juga harus dibincangkan bersama dengan agensi-agensi lain termasuklah JPA dan juga MOF sebab kalau kita- KKM ini kalau boleh KKM mahu semua pekerja, semua doktor tetapi kalau perjawatan itu tidak ada dan kita tidak dapat duit, maka kita tidak boleh laksanakannya. Jadi saya minta jugalah pertimbangan ini.

Jadi apabila saya sendiri turun ke lapangan Tuan Yang di-Pertua, kita dapati setiap hospital mempunyai isu yang berbeza. Jadi saya juga akan bertemu juga dengan petugas-petugas kesihatan secara sendiri. Insya-Allah, pada 28 hari bulan ini saya akan berjumpa juga dengan pengarah-pengarah hospital dan juga pengarah-pengarah negeri untuk memastikan dan mendengar sendiri masalah-masalah daripada mereka. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Soalan tambahan, Sabak Bernam.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 11:20 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Alhamdulillah, akhirnya Sabak Bernam dapat.

Saya menyambut baik inisiatif KKM untuk mengurangkan kesesakan dan meningkatkan keselesaan pengguna hospital. Mungkin kesesakan itu disebabkan pesakit- pesakit yang telah selesai menjalani rawatan dan menginap di hospital tetapi dia tidak tahu dekat mana hendak buat claim mySalam. Oleh itu, saya memohon KKM supaya menambah lagi kios mySalam. Kalau boleh di semua hospital bagi memudahkan golongan B40 ini untuk buat claim rawatan mereka di hospital. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat. Saya mengambil baik saranan tersebut. Sebenarnya memang kita ada kios-kios di hospital. Insya-Allah, kita akan cuba menambah baik dan menambahkan jumlah kios-kios tersebut seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Okey, soalan tambahan satu boleh?

final • 11:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan seterusnya, saya minta Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor, Temerloh.

final • 11:20 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Menteri-menteri sudah berpeluh; Soalan saya nombor sepuluh.

final • 11:20 AM

10. Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan, apa status peruntukan RM100 juta yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan loji bekalan air baharu di Mempateh, Lanchang.

final • 11:20 AM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Temerloh, untuk makluman negeri Pahang telah memasuki Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air pada 23 Disember 2020.

Oleh yang demikian, operator air negeri iaitu Pengurusan Air Pahang Berhad

(PAIP) boleh mendapatkan kemudahan pembiayaan secara pinjaman daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) untuk pembangunan infrastruktur bekalan air termasuk pembinaan loji rawatan air setelah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Pembinaan loji rawatan air baru di Mempateh, Lanchang berkapasiti 22 juta liter sehari dengan anggaran kos sebanyak RM96.3 juta telah diluluskan oleh SPAN di bawah tempoh operasi keempat ataupun OP4 2021-2024 dalam Pelan Perniagaan PAIP untuk dilaksanakan melalui pembiayaan PAAP yang dijangka siap pada tahun 2025. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Temerloh. Soalan tambahan Yang Berhormat Temerloh.

final • 11:20 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih terhadap jawapan yang diberikan. Satu perkara yang saya hendak sebutkan bahawa sejauh mana agaknya masalah yang dihadapi oleh penduduk Temerloh sendiri dapat diatasi sekiranya kita melihat loji air Mempateh ini dapat dibina kerana keluasan Temerloh itu hanya kita lihat 60 kilometer. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Mengikut peruntukan yang ada, ia mampu untuk memenuhi keperluan di Temerloh. Namun sekiranya ada permintaan lain untuk projek-projek bekalan air di pihak PAAB, telah disediakan peruntukan berjumlah RM802 juta yang belum diguna pakai sejak 2021 yang telah diluluskan oleh SPAN dan boleh digunakan oleh pihak PAIP sekiranya ada keperluan tambahan.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Untuk makluman, walaupun ada permintaan untuk dibuat peruntukan ini secara geran tetapi berpandukan keputusan Jemaah Menteri pada 1 Ogos 2007, sebarang projek bekalan air mestilah secara pinjaman, hanya projek sumber air yang boleh diberikan secara geran. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 11:20 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Seperti yang kita sedia maklum air itu penting, air itu adalah asas. Malah bagi saya air bersih itu satu hak asas manusia.

final • 11:20 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas atas pembinaan loji baharu di Pahang. Akan tetapi untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, ada banyak kawasan lagi di Malaysia terutamanya di pedalaman yang masih menghadapi masalah tiada bekalan air yang bersih.

Maka soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah apakah perancangan yang lebih menyeluruh oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air di seluruh Malaysia? Ini termasuk ada apa-apa projek pembinaan loji air atau baraj baharu yang penting pada masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih, Yang Berhormat Tebrau. Secara butirannya, pihak saya akan beri secara bertulis tentang rancangan-rancangan terkini yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah bekalan air. Namun, ada dua elemen penting. Pertama, dari segi supply ataupun bekalan dan itu melibatkan pembinaan loji rawatan air. Itu memang ada pelan yang telah disediakan di peringkat SPAN.

Kedua ialah usaha kita untuk mengatasi air tidak berhasil ataupun non-revenue water. Kita memiliki – ada sesetengah negeri sehingga 60 peratus; bermakna kalau ada 100 liter yang dibekalkan kepada rumah, 60 liter tidak– bocor. 100 liter yang diproses di loji, hanya 40 liter yang sampai kepada satu rumah. Jadi itu satu pembaziran yang besar.

Kita ada sekitar 25 peratus sehingga 60 peratus.

Jadi, itu juga elemen penting yang mungkin tidak begitu menarik apabila kita mengatasi masalah paip bocor sebab tidak ada pembasmian loji dan sebagainya tetapi sekiranya kita dapat buat secara bersungguh-sungguh, ia mampu meningkatkan bekalan air bersih di negara kita.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Soalan tambahan.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Alhamdulillah, kita telah pun melepasi 10 soalan. Kalau kita cepat sedikit tadi, kita dapat soalan nombor 11. Jadi, saya ucapkan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang keep masa yang telah ditentukan.

Insya-Allah, esok kita akan buat lebih baik lagi. Silakan Setiausaha.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.00 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, pada hari Khamis, 16 Februari 2023.”

final • 11:32 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:32 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PENCETAKAN TEKS AL QUR'AN (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Percetakan Teks Al Qur’an 1986; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri [Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua dan ketiga pada Mesyuarat yang sama.

final • 11:32 AM
USUL
MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah

final • 11:32 AM

Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Kelima Belas.” [14

final • 11:32 AM

Februari 2023] Tuan Yang di-Pertua

Baik Yang Berhormat, sebelum kita meneruskan ucapan, saya ingin membaca dua, tiga isu yang telah pun saya rasa Ahli-ahli Yang Berhormat harus prihatin tentang ini.

Pada semalam 14 Februari 2023, saya telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Whip Kerajaan, Ketua Pembangkang, Pengerusi Backbencher, Ketua Whip Perikatan Nasional mengenai perjalanan dan beberapa pembaharuan dalam persidangan Dewan Rakyat.

Antara perkara yang telah dipersetujui adalah seperti berikut. Pertama, Ahli Parlimen memberi komitmen mereka yang tinggi untuk mempertahankan Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dalam memastikan perkataan yang berbaur perkauman, menghina serta unparliamentary tidak digunakan oleh Ahli Yang Berhormat.

Saya berharap semua Ahli Yang Berhormat dapat memberi komitmen ini demi menjamin perjalanan Dewan yang berkualiti dan beradab sopan serta juga menghayati setiap prinsip kelima Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan. Oleh itu saya dan Timbalan-timbalan Yang di-Pertua akan mengambil tindakan tegas berlandaskan peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat sekiranya perkataan-perkataan yang dimaksudkan tadi masih disebut selepas ini oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara kedua yang dipersetujui ialah penambahbaikan berkenaan dengan urusan Kamar Khas seperti berikut. Pertama, kita akan memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan mahupun pembangkang untuk mempengerusikan secara sementara Mesyuarat Kamar Khas di bawah Peraturan Mesyuarat 16(5). Maknanya menjadi presiding officer dan juga Yang di-Pertua semasa kamar itu dijalankan.

Kedua, Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan di bawah Peraturan Mesyuarat 17 di Kamar Khas boleh diucap lebih daripada dua usul iaitu maksimum empat usul daripada dua orang Ahli Yang Berhormat sekiranya terdapat banyak usul yang dihantar.

Ini dapat memastikan semua usul Peraturan Mesyuarat 17 daripada Ahli Yang Berhormat dapat dibentangkan dan dijawab oleh Menteri di Kamar Khas.

Saya mencadangkan khususnya Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru masuk kali pertama menggunakan peluang yang ada ini untuk menghantar sebanyak-banyaknya soalan dan insya-Allah akan dijawab oleh Menteri di Kamar Khas. Insya-Allah, Ahli-ahli Yang Berhormat Backbenchers juga akan diberi peluang untuk menjadi Yang di-Pertua di Kamar Khas ini.

Ketiga, membenarkan sesi penerangan daripada Menteri-menteri juga dibuat di Kamar Khas jika ia tidak dapat dibuat di dalam Dewan Rakyat.

Baik, ini penting. Satu lagi isu yang telah dibangkitkan. Berkaitan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang semalam, saya telah berjumpa dengan Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Hulu Langat di kamar saya berkenaan isu itu.

Alhamdulillah ia telah diselesaikan dengan baik antara mereka. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka berdua. This is the spirit. Inilah contoh Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada integriti di dalam Dewan ini. Terima kasih, Yang Berhormat.

Seterusnya kita teruskan dengan perbahasan Titah Diraja. Insya-Allah, kita akan mulakan dengan Yang Berhormat Ayer Hitam. Sebagai Ketua Parti, Yang Berhormat Ayer Hitam mempunyai 20 minit bermula dari sekarang. Silakan, Yang Berhormat Ayer Hitam.

final • 11:32 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ayer Hitam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas, menjunjung ataupun menyokong usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong.

Sepertimana yang kita sedia maklum, Malaysia berdepan dengan cabaran besar dengan ketidaktentuan geopolitik yang menjadi ancaman sebenar. Perang dagang Amerika Syarikat dan China yang tidak nampak penghujungnya yang turut memberi kesan kepada Malaysia di mana kita masih dan perlu menjalin hubungan diplomatik yang baik melibatkan kedua-dua negara kuasa besar ekonomi dunia tersebut.

Dengan Amerika Syarikat kita perlu menjalin hubungan begitu juga dengan China.

Apabila kedua-duanya saling bersaing, maka sudah tentunya menyebabkan kita tersepit di tengah-tengah. Justeru, kita perlu mencari peluang terbaik demi kelangsungan atau survival negara di masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk itu saya ingin bertanya kepada kerajaan apakah hala tuju kita? Apakah inisiatif Kementerian Kewangan, Kementerian Luar Negeri dan juga Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Adakah– saya hendak tegaskan bahawa Malaysia memerlukan anjakan paradigma untuk mengharungi ketidaktentuan ini lebih-lebih lagi pada saat dunia menjangkakan kemelesetan yang mencabar pada tahun 2023. Benar, ada baik dan buruknya perang dagang US dengan China kepada kita. Antara kesannya, minyak sawit; permintaan akan meningkat.

final • 11:38 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Bahan kimia, Malaysia dilihat sebagai autoriti berdaya saing kepada China apabila kita membekalkan dan mengeksport bahan ini ke Amerika Syarikat. Ketiga, daripada segi panel solar, dengan 25 peratus import panel solar Amerika Syarikat berasal dari Malaysia.

Levi ke atas panel solar pasti akan mendatangkan impak positif. Elektronik, produk elektrik elektronik ialah eksport teratas untuk Malaysia dan China merupakan rakan perdagangan terkemuka. Jadi, perang perdagangan dan juga isu geopolitik antara Amerika Syarikat dan China menjadikan Malaysia berada di kedudukan menarik untuk manfaat industri semikonduktor.

Penganalisis Penyelidikan Public Investment Bank, Chong Hoe Leong menyatakan bahawa sektor teknologi Malaysia mendapat manfaat daripada perang perdagangan Amerika Syarikat dan China dengan Amerika Syarikat mengenakan sekatan eksport ke atas firma cip terbesar di China. Begitu juga dengan dapatan Pakar Ekonomi Universiti Sunway, Dr. Yeah Kim Leng yang telah dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Kementerian Kewangan yang berpandangan bahawa akan terdapat lencongan perdagangan dan pelaburan yang positif di negara-negara Asia termasuklah Malaysia.

Selain industri semikonduktor, telekomunikasi dan teknologi juga akan menjadi lencongan pelaburan susulan perang dagang Amerika Syarikat dan China ini. Namun yang demikian, Malaysia perlu lebih bergantung kepada permintaan dalam negeri dan bersedia untuk jangkaan kelembapan ekonomi di China yang akan memberi kesan kepada pertumbuhan KDNK Malaysia. Banyak perdagangan elektronik Malaysia-China dilakukan melalui syarikat multinasional. Kebanyakannya adalah firma Amerika Syarikat.

Jika firma Amerika Syarikat dan produk elektronik tertentu dikenakan sekatan, maka perdagangan Malaysia-China akan terjejas walaupun angka perdagangan keseluruhan pada masa ini berada pada paras yang tinggi.

Oleh yang demikian, saya menyarankan kepada Kementerian Kewangan agar Bajet 2023 yang akan datang adalah penting untuk melaksanakan langkah jangka pendek untuk memperkukuhkan pelaburan termasuklah membabitkan syarikat swasta dan menyokong sektor pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan. IMF melihat pertumbuhan ekonomi dunia bergerak perlahan daripada 3.2 peratus pada tahun 2022 kepada 2.7 peratus untuk tahun 2023.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Manakala Bank Dunia juga meramalkan pertumbuhan keluaran atau KDNK Malaysia menguncup kepada empat peratus tahun 2023, sama seperti tahun 2019 dengan kadar pertumbuhan empat hingga lima peratus walaupun beberapa penganalisis meletakkan jumlah itu pada tahap yang lebih rendah. Bukan hanya sekadar pertumbuhan Malaysia sahaja yang akan merosot, malahan petunjuk ekonomi penting lain mungkin akan terjejas dan permintaan luar yang lemah bermakna permintaan dalam negeri turut lemah seterusnya memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi 2023.

Ayer Hitam juga bertanya kepada Kementerian Kewangan berhubung dengan program-program atau perancangan yang akan dilaksanakan bagi menjamin pertumbuhan ekonomi negara pasca pandemik 2019. Saya ingin bertanya satu soalan iaitu apa yang boleh diperincikan ataupun garis panduan yang terbaik untuk kita membuat perencanaan garis masa pendek, sederhana dan panjang khususnya kepada bidang perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara? Apakah program dan insentif untuk mereka? Yang paling penting, memudahkan segala permohonan dan kurangkan kerenah birokrasi yang merumitkan mereka selagi mana permohonan dibuat mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Jadi, selain daripada ekonomi domestik, kita juga perlu memikirkan kaedah berkesan bagi merancakkan pertumbuhan negara melalui hubungan diplomatik dengan negara-negara luar. Bagi mendepani tahun 2023 yang penuh mencabar ini, apakah pelan atau hala tuju MITI? Berapakah jumlah kemasukan pelaburan asing FDI ke Malaysia yang disasarkan? Adakah ia mampu membuka peluang yang besar daripada segi pekerjaan kepada rakyat dan khususnya kepada golongan belia termasuklah graduan yang baru menamatkan pengajian?

Jadi, saya secara ringkasnya minta supaya pelaburan yang dibawa masuk baru- baru ini banyak tentang data centre. Adakah kita sudah bersedia dengan pakar-pakar atau mereka yang mempunyai pengetahuan tentang apa yang perlu kita bangunkan?

Contohnya kalau EV, kita sudah membicarakan tentang EV sudah lama tetapi adakah kita telah bersedia? Kalau kita lihat daripada segi charging station, siapa yang akan melabur sekiranya kita tidak ada dasar yang konsisten.

Contohnya saya hendak beri, kalau saya hendak melabur di sini, saya hendak tahu sama ada kita boleh buat charging station dan bagaimana pendirian TNB pula? Ini sama ada kita boleh cas ikut kadar dia atau berdasarkan pada masa ataupun kita kenakan cas seperti negara lain? Itu sangat penting kerana kita tidak ada satu dasar yang jelas.

Kita ini bertaburan di beberapa kementerian. Contohnya, kewangan pun jaga fasal taxation. Kita lihat MITI pun jaga AP. Kemudian Kementerian Pengangkutan untuk pemeriksaan kenderaan, banyak lagi. Kementerian mungkin kementerian baharu di bawah NRECC. Ini juga satu kementerian menjaga daripada segi tenaga hijau. Kalau kita tidak menggembleng tenaga ke semua, tak akan jadi. Semua jadi kepala termasuk EPU pun perlu. Kita kena lihat macam mana kita menggembleng tenaga dalam membangunkan EV ini. Kita lihat kalau dibandingkan dengan negara lain, Singapore sangat terus terang.

Tahun 2025, semua kenderaan perdagangan diwajibkan.

Jadi di Malaysia. Kalau di Eropah 2030, macam mana di Malaysia ini? Charging station antara perkara yang paling penting. Keduanya, macam mana kita hendak dispose bateri EV ini kalau Malaysia kita pakai banyak sangat? Jadi, kita kena lihat teknologi bateri itu secara keseluruhan. Jadi, inilah pandangan saya supaya MITI dan semua kementerian berkenaan kena melihat sebagai satu kerajaan kolektif dan membuat satu dasar yang penting untuk kita mengepalai hala tuju tentang pembangunan EV di Malaysia.

Jadi, pada hari ini saya mengucapkan terima kasih kepada...

final • 11:40 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Ayer Hitam.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Yang Berhormat Menteri Pertanian kerana sejak dua hari ini Menteri Pertanian ini dia kata...

final • 11:40 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Ayer Hitam, boleh sedikit?

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Paya Besar, di belakang.

final • 11:40 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Saya amat tertarik apabila Yang Berhormat Ayer Hitam membangkitkan satu polisi masa hadapan iaitu electric vehicle. Cuma saya hendak minta pandangan Yang Berhormat kerana pemilik masa hadapan adalah golongan anak muda. Bagaimana literasi yang harus kita laksanakan di peringkat awal usia supaya EV ini hanya tidak dibincangkan oleh generasi yang ada pada hari ini atau generasi yang dahulunya muda? Kerana apa, kerana yang paling pentingnya adalah kesinambungan dan user ini adalah kebanyakan daripada golongan anak muda.

Saya juga hendak minta pandangan Yang Berhormat, bagaimana usahawan- usahawan yang harus kita bangunkan supaya usahawan EV ini terdiri daripada anak muda yang perlu diberi sokongan oleh pihak kerajaan daripada segi modal dan teknologi pemindahan daripada negara maju. Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih. Saya masih ingat ketika Jack Ma datang ke Malaysia tiga tahun yang lalu. Dia kata bagi mereka yang di bangku sekolah sekarang, selepas mereka tamat universiti, 65 peratus daripada pekerjaan yang sedia ada hilang. Bermaksud, diganti dengan pekerjaan baharu. Jadi, kita kena bersiap siaga. Selepas 18 tahun, akan hilang pekerjaan-pekerjaan yang ada dan digantikan dengan skill baharu. Itu pertama. Daripada segi latihan TVET, pendidikan, pengajian tinggi, semua ini kita kena menyahut. Kalau itulah yang telah disarankan, apakah persediaan kita tentang perkara ini?

Kedua, saya setuju dengan Yang Berhormat, apa yang disampaikan tadi. Kalau kata EV, sebenarnya yang terbaharu CTP 3.0 yang telah direka bentuk oleh negara China.

Mengecas 15 minit untuk jarak 1,000 kilometer. Ini teknologi bateri terbaharu yang terbukti berkesan. Jadi kalau itu yang telah dimajukan oleh negara sebegini, macam mana Malaysia ini kita hendak berdepan dengan saingan sebegini?

Kita tahu bahawa EV itu satu trend yang cukup rancak. Kalau di negara Eropah 2030, dia tak akan pakai TEV. Di Malaysia mula dengan pengangkutan awam, macam mana? Kereta bila? Proton bila hendak mula? Perodua bila hendak mula? Ini memerlukan satu anjakan paradigma yang cukup besar. Jadi, saya masukkan pandangan Yang Berhormat sebagai sebahagian daripada ucapan saya.

Saya terus kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian, terima kasih kerana dua hari ini asyik minta kepada saya kalau boleh jadi pembangkang yang bermaya, kita bagi pandangan dan teguran pun tidak apa. Saya akan tegur sekarang ini. Pertama, masalah telur. Saya rasa kalau dulu kita di posisi berlainan, pihak sana yang akan kutuk kita.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Jadi, saya tahu senario telur dengan ayam ini sebenarnya makanan yang berkhasiat, yang paling murah, betul. Paling murah untuk mendapatkan protein ini, telur dengan ayam. Saya hendak menyatakan bahawa tahun lalu, kita masih mengimbau kembali, dari bulan Februari hingga Jun kita beri subsidi telur 5 sen sebiji. Kemudian, Julai hingga September 3 sen. Selepas itu kita dapati kos makin tinggi, akhirnya kita beri 10 sen daripada tiga bulan yang terakhir 2022.

Jadi, sekarang kita tetapkan sepertimana pada waktu yang kita tetapkan harga telur 41 sen, 43 sen dan 45 sen untuk gred A, B, dan C. Saya rasa kita perlu mencari suatu penyelesaian tetapi penyelesaiannya bukan pergi ke India. Ini kerana telur dari India mengikut apa yang dilaporkan oleh Berita Harian pada 22 Disember 2022, 50 sen, bang dan 50 sen, kalau harga dikawal untuk penternak tempatan tetapi harga yang dikatakan bawa dari India, 28 hari untuk pelayaran sampai ke sini, telur itu sudah tidak boleh pakai.

Telur itu sudah pecah. Kalau kita hendak buat mata kerbau, sunny-side-up, ia tidak akan jadi sebab telur ia pecah.

Oleh sebab itu, datang ke kawasan saya Ayer Hitam, Yong Peng, saya boleh belanja telur yang cukup segar. Pagi itu kita bertelur, petang itu kita boleh makan.

[Tepuk] Tidak ada isu. Apakah masalahnya? Saya rasa yang penting, persatuan penternak telah menulis surat kepada kementerian pada 15 Disember 2022. Perlu satu tindakan. 2022

final • 11:50 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

sudah tahu apa subsidi sudah. Sekarang ialah bulan Januari. Berapa subsidinya? Kalau 10 sen, mereka tahu ini certainties, sekurangnya ada ketentuan untuk bulan Januari atau Februari berapanya.

Apa yang jadi masalah sekarang ini ialah kita sebagai orang politik tidak suka untuk meningkatkan harga. Akan tetapi hakikatnya dalam keadaan sekarang, kalau penternak sekarang tempatan ini kita hanya benarkan dia jual hanya 41, 43 dan 45 sen, sedangkan telur dari India 50 sen seperti yang dilaporkan di dalam media.

Saya juga melihat mereka complain tentang apa? Telur ia bukan A, B, dan C. D!

Lebih kecil! Telur ia warna putih dan yang memang tidak disukai oleh orang Malaysia ialah kerana telurnya tidak jadi. Oleh sebab itu saya kata, dalam kes ini saya minta supaya mengambil pandangan persatuan ini. Di Johor ini, sebenarnya di kawasan saya ada 100 lebih buah ladang ayam. Kalau kita lihat, kita ada lebih kurang 2,000.

Di Johor ini paling besar, dengan Melaka yang dapat mengeksport telur ke Singapura. Jadi, saya ingin memberi pandangan, kalau itu yang diminta oleh Yang Berhormat iaitu kita mengutamakan penternak tempatan iaitu kalau kawasan Melaka, dekat Johor kita boleh selesai. Di sebuah ladang kalau di kawasan saya namanya Teo Seng Capital Berhad, menghasilkan 4 juta biji telur.

final • 11:50 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Ayer Hitam.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

800 ribu, kejap ya. Sekejap, 800 biji itu kita boleh jual ke Singapura, saya rasa keupayaan kita ada. Kita lihat Singapura, Menterinya. Menteri Kelestarian Alam Sekitar, Grace Fu. Pergi ke Brunei pada 13 Disember 2022. Dia kita apa? “Kita rasa, kita kena memastikan keterjaminan telur”. Jadi, Brunei menjadi negara ke-17 sebagai negara yang boleh mengeksport telur ke Singapura.

Apa yang berlaku, Yang Berhormat? Kalau lihat sebelum 2018, telur dari Singapura– yang pergi ke Singapura kebanyakannya datang ke Malaysia. 2019, ia telah menjunam kepada 73 peratus dan untuk dua tahun berikutnya, menjunam kepada 59 peratus, sampai 52 peratus dan tahun lalu kurang daripada 50 peratus. Apakah maksudnya?

Kalau kita tidak boleh bagi hidup kepada penternak ayam di sini, macam mana dia hendak menghasilkan telur untuk dieksport ke sana? Jadi, masalahnya ialah takkan lah “kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan”? Betul. Jadi, saya mengusulkan supaya perkara ini patut diberikan perhatian khusus dan kalau hendak, kalau kita masih mampu, saya tidak tahu EPU setuju atau tidak. Kalau kita masih mampu, sepertimana yang kita kata, kita hendak subsidi bersasar. Jadi, bersasarlah kita buat. Kalau kita kata kita beri kepada penternak tidak kena, kita buat satu keputusan, mulai Januari berapa? 10 sen? Belum ada pengumuman.

Oleh sebab itu, penternak marah kerana saya tidak tahu. Kalau ladang tutup, saya hendak beri pandangan pada Yang Berhormat di kawasan saya. Ladang itu tutup lima bulan kemudian, baharu boleh dapat telur yang pertama dilahirkan– yang akan dihasilkan oleh ibu ayam itu. Lima bulan. Bayangkan bila Ramadan? Bilakah Hari Raya Puasa? Saya lihat perkara ini sebagai satu krisis.

Biarlah mereka jual pada harga 50 sen, kalau boleh subsidi, boleh. Top up 41 cent, 43 cent , 45 cent. Oleh kerana kita sudah bagi 10 sen, bagi itu sebagai satu kaedah untuk kita float kan harga. Pada waktu yang sama, kalau kita hendak bantu B40, gunakan top up element ini, 10 sen ke, 9 sen ini kepada keluarga. RM200 boleh dapat berapa?

Lebih daripada 2,000 biji telur untuk satu keluarga B40 untuk setahun. Satu hari 54 biji telur untuk satu keluarga.

final • 11:50 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Minta laluan sedikit.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Sekejap, sekejap sebab masa.

Sekejap, ya. Ini penting. Jadi, saya merayu kepada Menteri, kalau itu yang dikehendaki, pandangan saya, datang ke kawasan saya. Banyak telur menunggu.

[Ketawa] Banyak ayam yang tunggu sebab perlu ada satu perubahan dasar. Kalau hendak bantu, kepada penternak atau bantu keluarga? Kita ada jawapan. Tidak boleh benarkan telur dari India datang ke sini jual 50 sen. Ini kerana kita menindas atau suatu diskriminasi kepada petani di sini.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Kedua. Nanti saya bagi. Sekejap, ya. [Memberi isyarat kepada Yang Berhormat Rantau Panjang] Kedua ialah tentang buah-buahan tempatan. Saya menyarankan kepada Menteri. Saya rasa Menteri akan terima pandangan ini iaitu kita selalu dengar kalau di Thailand, buah-buahan tempatan itu jadi satu dasar utama. Semua majlisnya guna, makanlah buah-buahan tempatan. Saya minta supaya di Malaysia, kita mulakan dasar ini.

Jangan kita hendak mengagung-agungkan anggur yang dibawa daripada Eropah. Baik kita bagi bantu kepada petani di Malaysia ini.

Kita adakan satu dasar. Apakah salahnya rambutan? Apakah salahnya duku langsat? Apa kalau pisang pun kalau kita hendak hidangkan kerana inilah yang telah dihasilkan oleh rakyat tempatan. Ini kerana kalau kita tidak sokong mereka– papaya, saya bagi contoh. Besi keluli RM3,000 satu tan tetapi papaya sekarang, betik hampir RM4 satu kilogram iaitu satu tan, RM4,000. Jadi, kita berdepan dengan masalah pekerja asing tidak cukup. Banyak-banyak desakan. Baru-baru ini kita lihat SME juga sengsara sebab apa?

Kos kita akan meningkat. Kos inflasi kita meningkat. Macam mana kita hendak kurangkan? Jadi, pandangan saya kepada Yang Berhormat Kota Raja, kalau boleh itu satu perkara yang baik, saya minta terimalah ya. Supaya...

final • 11:50 AM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Minta sedikit laluan.

Sedikit sahaja, satu minit sahaja.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Okey.

final • 11:50 AM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat tentang keperluan telur negara dan penyelesaian. Jadi, saya ingin pandangan Yang Berhormat. Apakah benar ada yang mengatakan punca ayam tidak bertelur ini kerana tidak cukup pekerja? Apakah pandangan Yang Berhormat?

final • 11:50 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Ini tidak berapa benar kerana kementerian berkenaan kita sudah buat satu dasar. Dahulu ladang terbuka, sekarang ladang tertutup. Saya nampak daripada segi Singapura pun dapat meningkatkan produktiviti dan daripada segi kebersihan itu cukup baik. Tidak ada isu. Akan tetapi di Singapore kalau boleh tambah produktiviti, takkan di Malaysia tidak boleh? Jadi, berkisar daripada isu itu juga saya minta supaya dasar tetap, Januari pun tidak tahu ada atau tidak subsidi. Jadi, kalau tidak ada, cara apakah dan gantiannya apa? Okey.

Terakhir, saya tahu waktu mencemburukan.

final • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Yang Berhormat Ayer Hitam, minta laluan sedikit.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Ada beberapa perkara yang saya minta supaya...

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ayer Hitam, landing. Tolong landing, landing.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Ya?

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh landing?

final • 11:50 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Landing, landing. Ada beberapa perkara yang saya minta supaya kita dapat lihat, apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dahulu. Saya rasa kalau peruntukan telah dijanjikan, biarlah bagi. Saya beri contoh, seperti SJK(C), SJK(T). Ada peruntukan yang hujung tahun ini tidak sempat dikeluarkan.

Saya minta kita bagi apa formula yang telah ditentukan itu dapat kita bagi.

Begitu juga macam sekolah-sekolah yang telah dibina, yang telah dirancang dan telah diberikan kelulusan. Saya minta supaya menyegerakanlah untuk segala permit atau kelulusan yang patut diberikan oleh MoE. Contohnya, kalau di Tebrau ada beberapa buah sekolah - SJK(C) Kuek Ho Yao, SJK(C) Sim Mow Yu dan beberapa sekolah lagi yang dana RM10 juta sudah ada dalam akaun mereka. Mereka cuma tunggu kelulusan. Jadi, kalau itu kelulusan telah diberi pada 2017, saya berharap ia dapat diteruskan.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Begitu juga kalau- ini saya kena sebut, saya rasa terpanggil. Walaupun kawasan Segambut. Kita melihat ada satu isu dahulu. Dulu Yang Berhormat Menteri Putrajaya lah, Yang Berhormat Putrajaya juga ada pandangan bahawa itu ialah satu isu yang perlu kita selesaikan.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Jadi, saya rasa dalam kes SJK(C) Khai Chee ini, dahulu pernah digunakan bangunan— saya ingat ini satu isu yang agak rumit. Dia berkata pematuhan dari segi guna tanah. Tanah ini dahulu sekolah kerajaan. Sekolah kerajaan, ia tidak sampai satu ekar. Jadi bila sudah tidak ada ruang, komuniti mengutip dana dan disiapkan. Sebelum COVID-19, mereka gunakan untuk tujuan bangunan sekolah. Disebabkan dasar yang dikenakan, akhirnya bangunan itu sudah siap tetapi tidak boleh digunakan.

Jadi, oleh kerana kita hendak mencegah COVID-19, kita cari satu closure tentang isu ini. Saya minta supaya perkara ini dapat diberi perhatian dan kita selesaikan bersama- sama. Sama ada untuk pembinaan sekolah ataupun sekolah yang sedia ada, kita cari satu penyelesaian.

Akhir sekali...

final • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Yang Berhormat Ayer Hitam, sedikit...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Last, last, last.

final • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Sikit, sikit, sikit.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Saya tidak boleh bagi.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Fasal Yang Berhormat Pagoh sedang tunggu.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Cuma 30 saat sahaja saya hendak selesaikan.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okay, please.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Baru-baru ini, Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan aplikasi MyJPJ. Saya hendak tunjukkan kepada Yang Berhormat bahawa semua data peribadi Menteri, Timbalan Menteri, mereka sudah gunakan. Ini adalah kerana pada minggu yang lalu, hari Jumaat, dia kata kita ada eLKM, eLMM, lesen memandu Malaysia, roadtax. Akan tetapi, cuma ada satu ciri sahaja— kamu tahu nombor kad pengenalan, semua akan keluar. Saya boleh tunjukkan macam mana kebocoran itu berlaku. Kalau itu berlaku, 33 juta data dapat dikesan oleh mana-mana individu.

Kedua, saya rasa yang penting ialah 16 juta lesen memandu, butiran itu ada.

Saya rasa ini kurang cermat. Dahulu saya jadi Menteri, saya diberi taklimat, saya tidak setuju. Ini kerana saya lihat memang bahaya. Sekarang saya boleh tunjukkan banyak nombor IC dapat dikesan, senang sahaja. Semak daftar pemilih, kita ada nombor semua orang. Kalau itu dapat diakses begitu mudah, saya rasa ini memerlukan satu tindakan segera daripada kerajaan.

Saya difahamkan semalam hendak tambah satu lagi— lesen. Dia kata perlu ada nombor lesen memandu ataupun nombor roadtax. Akan tetapi, saya tidak tahu, kalau hendak lihat digitalisasi, bukan sekadar kecil sahaja. Dia kena buat secara keseluruhan dengan sistem, perisian komputer, dari segi sama ada sistem yang ada— polis itu pun tidak bersetuju. Dia kata kalau lihat, RFiD kena masukkan sekali. Itu memerlukan satu perencanaan yang cukup rapi.

Akan tetapi, pendedahan data sebegini kurang cermat. Apatah lagi Menteri Komunikasi sendiri kata, “Oh, telah melalui saringan CyberSecurity”.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ayer Hitam, minta 30 minit.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Oleh sebab itu saya kata, ini perlu satu pandangan serius daripada kerajaan, tindakan supaya data-data ini bertepatan dengan Personal Data Protection Act (PDPA).

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Oleh sebab itu, Ayer Hitam mengucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana sempat...

final • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Yang Berhormat Ayer Hitam, sedikit. Isu telur.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Dan sebelum saya menjemput Yang Berhormat Pagoh...

final • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tuan Yang di-Pertua, minta laluan sedikit isu telur tadi.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

No, no, no. Sudah.

final • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tadi sudah hentam kerajaan, patut bagi ruang untuk jawab.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Please. Yang Berhormat Kampar...

final • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tidak boleh lepas hentam, hendak lari.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kampar berucap.

final • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tadi Yang Berhormat Ayer Hitam bercakap isu telur.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kampar...

final • 12:00 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Ambil masa nantilah.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kampar, duduk.

final • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kalau sudah kritik, patut bagi ruang untuk jawab.

final • 12:00 PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tak apa, tak apa. Menteri jawab.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Sama sendiri pun hendak gaduh kah?

final • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kenapa lari? Takut?

final • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu

Ini apa kerajaan ini? Sama kerajaan pun mahu gaduh kah?

final • 12:00 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Nanti masa Yang Berhormat Kampar, jawablah.

final • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Bukan. Sekarang saya hendak jawab isu telur.

Kalau hendak kritik, boleh kritik tetapi bagi ruang...

final • 12:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Menteri jawab, bukan Yang Berhormat Kampar jawab.

final • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Isu telur penting.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kampar...

final • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Rakyat satu hari makan sebiji telur. Tuan Yang di-Pertua, bagi ruang sedikit.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Bagi Yang Berhormat Menteri jawablah nanti.

final • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya hendak tahu...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kampar kena dengar saya. Yang Berhormat Kampar, saya baru tadi puji Yang Berhormat berhemah. Duduk. Sebab, yang

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

jawabnya Yang Berhormat Menteri. Bila Yang Berhormat Menteri jawab, Yang Berhormat Kampar boleh tanya Yang Berhormat Menteri. Itu peraturannya. So, orang baru, duduk.

Belajar dahulu. Duduk. Yang Berhormat Kampar, duduk. Terima kasih.

Baik, sebelum saya menjemput Yang Berhormat Pagoh...

final • 12:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Telur kecil sahaja, boleh jawab.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

...Saya hendak baca senarai mereka yang akan berucap.

Yang Berhormat Pagoh, insya-Allah, akan dapat 20 minit sebentar lagi. Selepas Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Semporna 20 minit. Selepas itu 14 minit semua ya.

Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Lumut. Saya jangkakan ini akan berakhir pada jam tujuh, dan selepas itu saya akan umumkan sekiranya kita masih lagi mempunyai masa hinggalah pukul 8 pada malam ini.

Untuk itu, dengan segala hormatnya Yang Berhormat Pagoh dijemput dan Yang Berhormat Pagoh mempunyai 20 minit dari sekarang. Terima kasih Yang Berhormat Pagoh.

final • 12:00 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah di atas Titah Baginda di Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas.

Keprihatinan yang dizahirkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku terhadap permasalahan rakyat, terutamanya tekanan inflasi dan kos sara hidup serta usaha-usaha yang mesti dilaksanakan untuk mengatasinya, pastinya diambil ingatan dan perhatian oleh semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional.

Dalam menangani masalah ekonomi rakyat, perkara pertama yang saya ingin sentuh ialah pemulihan ekonomi negara. Apabila ekonomi negara berjaya dipulihkan, maka rakyatlah yang akan menerima manfaat. Indikator pemulihan ekonomi mestilah juga menunjukkan bahawa ekonomi negara kita bukan sahaja telah mencapai tahap pra pandemik tetapi mesti menunjukkan keadaan yang lebih baik berbanding sebelum pandemik COVID-19 melanda negara.

Kita bersyukur kerana angka-angka menunjukkan keluaran dalam negara kasar Malaysia pada suku tahun keempat tahun 2022 telah berkembang sebanyak tujuh peratus. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, prestasi ekonomi bulanan Malaysia berkembang sederhana pada suku tahun keempat dengan pertumbuhan tujuh peratus pada bulan Oktober, diikuti 5.7 peratus pada bulan November, dan terus meningkat pada 8.3 peratus pada bulan Disember 2022. Prestasi ekonomi bagi suku tahun keempat 2022 telah melepasi paras prapandemik sebanyak 7.2 peratus.

Secara keseluruhannya, prestasi ekonomi Malaysia meningkat kepada 8.7 peratus pada tahun 2022.

Saya bersyukur, Tuan Yang di-Pertua, kerana sekurang-kurangnya pertumbuhan ekonomi negara telah berjaya melepasi paras pra pandemik. Ini menunjukkan bahawa langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan sebelum ini di dalam memulihkan ekonomi negara telah pun membuahkan hasil yang baik.

[Tepuk]

final • 12:05 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Dalam hubungan ini, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini tentang pemerhatian yang dibuat ketika itu oleh Majlis Pemulihan Negara yang telah dibawa ke perhatian Kabinet kerajaan sebelum ini, bahawa indikator pemulihan yang sebenar bukan sekadar kejayaan kita untuk mencatatkan pertumbuhan melepasi paras pra pandemik tetapi pra pandemik plus plus. Ini bermakna usaha-usaha untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara dalam semua sektor mesti terus dipergiatkan agar mencatatkan pertumbuhan yang jauh lebih tinggi daripada paras prapandemik.

Untuk itu, perhatian mesti diberikan kepada usaha-usaha untuk memudahcara pertumbuhan dalam semua sektor ekonomi utama, sektor-sektor yang terjejas teruk seperti sektor pembinaan, sektor pertanian, sektor pembuatan dan perkhidmatan termasuk juga sektor pelancongan, dan perusahaan mikro kecil dan sederhana mesti dipastikan terus berada pada landasan pemulihan yang betul. Masalah-masalah yang mereka hadapi seperti aliran tunai, kekurangan pekerja, dan juga peningkatan kos operasi perniagaan mesti ditangani dengan cekap dan berkesan.

final • 12:05 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Saya percaya dalam proses pemulihan ekonomi negara, sektor-sektor ini masih memerlukan sokongan kerajaan. Tambah-tambah lagi dalam menghadapi keadaan ekonomi dunia yang dijangka lebih suram pada tahun ini. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Titiwangsa semalam yang telah pun menjelaskan panjang lebar cabaran besar negara kalau kita tidak uruskan soal pemulihan ini dengan secekap yang mungkin.

Kita tidak mahu sektor-sektor yang sedang pulih ini Tuan Yang di-Pertua jatuh lagi akibat kemelesetan ekonomi global yang akan turut menjejaskan ekonomi negara kita.

Saya berharap dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan nanti, kerajaan akan menyediakan bantuan-bantuan sama ada dalam bentuk fiskal ataupun non-fiscal untuk sektor-sektor ekonomi tertentu bagi memastikan proses pemulihan ekonomi negara kita tidak terjejas dan terbantut.

Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan negara yang sedang berhadapan dengan masalah ekonomi rakyat akibat kesan inflasi, kenaikan harga barang yang melambung tinggi, peningkatan kos sara hidup yang begitu rupa, tumpuan utama mestilah diberikan kepada usaha-usaha untuk membantu rakyat terutamanya sekali golongan-golongan rentan. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tambun di peringkat awal penubuhan kerajaan bahawa kerajaan akan mengemukakan langkah-langkah yang komprehensif untuk menangani masalah kos sara hidup rakyat dalam tempoh dua minggu.

Sekarang ini sudah menjangkau hampir tiga bulan Tuan Yang di-Pertua. Saya masih belum nampak sebarang langkah yang konkrit dan komprehensif yang diambil atau akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup rakyat ini.

Apa yang kita dengar, Yang Berhormat Menteri kata kalau harga ayam mahal, jangan makan ayam.

[Tepuk] Kalau harga telur mahal, jangan makan telur.

[Tepuk] Kalau tidak makan telur, apanya lagi?

Ini bukanlah sesuatu yang rakyat harapkan sebenarnya daripada kerajaan yang ada pada hari ini. Apa yang rakyat harapkan Tuan Yang di-Pertua ialah tindakan-tindakan sama ada daripada segi dasar, inisiatif ataupun intervensi tertentu untuk meningkatkan pendapatan rakyat, menyalurkan bantuan pada golongan yang memerlukan serta memastikan bekalan barangan keperluan asas mencukupi dan juga dijual dan ditawarkan pada harga yang munasabah.

Ya, Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan mungkin satu inisiatif jangka pendek yang baik tetapi daripada segi jangka masa panjang, adakah inisiatif ini dapat bertahan sekiranya kos bahan mentah terus meningkat. Saya harap dalam masa yang terdekat ini, kerajaan dapat mengumumkan langkah-langkah yang lebih konkrit dan bukan formula-formula sahaja Yang Berhormat Menteri-menteri serta langkah yang menyeluruh untuk mengatasi masalah kos sara hidup rakyat dan membantu golongan yang rentan ini.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi kesan daripada pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia ialah masalah kemiskinan yang menyebabkan jurang antara golongan kaya dan miskin semakin melebar. Laporan Global Economic Prospects oleh

final • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Bank Dunia yang dikeluarkan pada bulan Januari pada tahun ini mendedahkan hasil kajian di 34 buah negara mendapati golongan B40 menerima kesan kehilangan pendapatan yang paling ketara. Ini menunjukkan bahawa pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia memberikan kesan yang besar pada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Negara kita juga tidak terkecuali. Kumpulan B40 bukan lagi kekal di B40 tetapi telah meningkat kepada kadar 61 peratus. Ini bermakna sementara kumpulan B40 sebelum ini menjadi lebih miskin, sebahagian daripada mereka yang tergolong dalam kumpulan M40 sebelum ini juga telah jatuh miskin. Ini satu perkara yang serius Tuan Yang di-Pertua dan mesti diberikan perhatian yang segera, perhatian yang utama oleh pihak kerajaan.

Kita akan berhadapan dengan masalah putaran ganas kemiskinan yang parah dan sukar dipulihkan sekiranya langkah-langkah segera tidak diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah kos sara hidup, membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat, mesti ada juga program dan inisiatif khusus yang disediakan oleh kerajaan untuk menangani keadaan yang amat genting ini.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara penting yang mesti diberikan keutamaan oleh kerajaan ialah dasar mengenai bumiputera. Hakikatnya sebahagian besar daripada golongan B40 ataupun dalam konteks hari ini lebih tepat dikatakan B60 adalah bumiputera. Sebuah negara majmuk dan berbilang kaum, tidak akan stabil dan makmur sekiranya kaum majoriti berada dalam kelompok miskin dan berpendapatan rendah dengan jurang kaya dan miskin semakin melebar.

Saya berharap kerajaan akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya pada usaha-usaha untuk memajukan ekonomi negara dan memelihara kebajikan rakyat. Itulah tugas hakiki kerajaan. Dengarlah suara rakyat yang mahukan pembelaan. Misalnya apalah salahnya kalau kerajaan mempertimbangkan sekali lagi pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja secara bersasar sekiranya ini adalah kehendak rakyat untuk membantu meringankan beban mereka di kala susah. Bukan duit kerajaan, duit rakyat.

Begitu juga dengan moratorium daripada pinjaman bank. Bank-bank terus membuat untung walaupun ketika negara berhadapan dengan krisis COVID-19 yang lalu.

Apalah salahnya jika bank sekali lagi turut membantu rakyat dengan melaksanakan semula moratorium bayaran balik pinjaman bersasar bagi tempoh tertentu untuk meringankan beban rakyat akibat kesan inflasi dan kenaikan OPR. Kerajaan tidak payah keluarkan duit satu sen pun, Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk] Berhentilah bermain politik dan membuat keputusan-keputusan cakap tidak serupa bikin.

[Tepuk] Misalnya, tiba-tiba ada dasar Yang Berhormat Menteri-menteri boleh melantik anak-beranak sebagai pegawai.

[Tepuk] Walaupun tidak mengambil gaji.

Pelantikan ini pun Tuan Yang di-Pertua, kita tahu menimbulkan percanggahan kepentingan ataupun dengan izin, conflict of interest yang berbaur nepotisme. Itu dikatakan oleh PH dulu, ditentang. Akan tetapi, hari ini sudah jadi dasar.

[Tepuk] Wajarkah begitu?

Untuk apa dasar ini diperkenalkan? Tidak ada kaitan langsung dengan keperluan rakyat yang mendesak pada ketika ini. Rakyat bukan hendak melihat anak Yang Berhormat Menteri, anak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memegang jawatan dalam kerajaan. Mereka hendak melihat Yang Berhormat Menteri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri buat kerja untuk rakyat.

[Tepuk] Begitu juga dengan tindakan kerajaan menekan kebebasan anak-anak muda untuk bersuara di media sosial terutamanya menerusi saluran TikTok. Ramai penganalisis politik mengatakan pada PRU-15 yang lalu...

final • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Pagoh.

final • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

...Kempen Perikatan Nasional mendapat sambutan yang luar biasa di TikTok terutamanya dalam kalangan anak-anak muda.

final • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Pagoh boleh sikit Yang Berhormat Pagoh? Sikit saja, sikit Yang Berhormat Pagoh.

final • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Ya.

final • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pagoh. Betul, saya rasa hendak kritik ini Yang Berhormat Pagoh tidak ada masalah. Kritiklah, hentamlah, bantailah, tidak ada masalah.

Kita boleh terima. Akan tetapi, yang isunya macam semalam disebutkan, “Tiga budak perempuan, tiga budak perempuan.” Eh, soal buat fitnah ini, tidak kira budak lelaki, budak perempuan, orang tua, orang muda, kalau fitnah kita tidak boleh terima. Kalau fitnah kita tidak boleh terima. Hendak kritik, kritik. Hendak hentam, hentam.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Tidak, yang tidak puas hati, bangunlah, bangun, bangun, bangun.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Pergi makan ubat, pergi makan ubat. Apa ini?

final • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Tidak ini peluang saya, ini peluang saya. Berilah saya hendak bercakap.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Hulu Langat, sudah, sudah, sudah. Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Hulu Langat hendak...

final • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Beri saya bercakap.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, apa ini?

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Hulu Langat kena ajukan soalan kepada Yang Berhormat Pagoh.

final • 12:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Hulu Langat, duduklah. Duduklah Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ajukan, ajukan soalan Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Ya, sebab itu saya hendak katakan, hendak kritik boleh kritik tetapi isunya sekarang ini masalah sebelah sana buat fitnah. Fitnah yang sememangnya tidak betul.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey.

final • 12:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Hulu Langat yang buat fitnah.

final • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Fitnah yang mengancam keselamatan negara.

final • 12:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Hulu Langat yang bawa fitnah banyak.

final • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Itulah masalah Perikatan Nasional ini. Masalah Perikatan Nasional ini...

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Isu RM90 bilion...

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Hulu Langat...

final • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Buat fitnah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kalau fitnah, saman.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Silakan Yang Berhormat Pagoh.

final • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Kita tidak hendak bergaduh di sini Tuan Yang di-Pertua. Kalau yang benar itu ya lah benar, kalau fitnah tetap fitnah. Akan tetapi, kalau tidak fitnah, ini ialah pernyataan hak rakyat untuk menyatakan sesuatu menerusi media TikTok, apa salahnya.

[Tepuk]

final • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Saya tak faham. Jadi...

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia tak faham.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Tuan Yang di- Pertua, ini saya fikir ialah satu bentuk political prosecution, dengan izin. Ini satu lagi langkah yang kita katakan tadi bikin tak serupa cakap.

final • 12:20 PM

Seorang Ahli

LGBT.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

LGBT siapa dia? Di sebelah sana kah amalkan LGBT?

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Saya tidak bangkitkan soal itu, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Makan cili, rasa pedas.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Tuan Yang di- Pertua, begitu juga dengan kenyataan-kenyataan yang seolah-olahnya mencabar kedudukan kaum Melayu dan bumiputera di negara ini. Kononnya, perkhidmatan awam di negara ini didominasi oleh kaum Melayu dan atas nama reformasi. Dominasi ini mesti rombak. Eh, hormatlah sedikit perasaan penjawat awam.

[Tepuk] Yang Berhormat sana dalam kerajaan. Kalau menyentuh perasaan penjawat awam, kalau mereka tak nak bekerja, apa jadinya kita? Tuan Yang di-Pertua, saya perhatikan kepimpinan...

final • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Pagoh, belakang.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

...kerajaan hari ini...

final • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kota Bharu. Belakang, belakang.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Oh, ya.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pagoh tadi ada menyebut tadi kerajaan perlu mengambil kira perasaan dan juga peranan yang dimainkan oleh penjawat awam. Apa pandangan Yang Berhormat Pagoh, kita difahamkan bahawa selepas kerajaan ini mengambil alih pentadbiran negara, seramai sekitar 20 orang ketua-ketua jabatan yang terdiri daripada KSU dan sebagainya, yang masih lagi diletakkan di dalam pool di JPA. Apa pandangan Yang Berhormat Pagoh?

[Tepuk]

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Saya fikir tak wajar, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat masa saya di sebelah sana dalam PH pun dahulu, lapan Menteri nak tukar Ketua Setiausaha kementerian. Kementerian saya, saya tak tukar. Fasal penjawat awam ini ialah penjawat awam yang bersikap profesional. Kenapa kita nak tukar mereka?

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Kenapa nak masukkan dia dalam peti ais, bekukan? Jawatan- jawatan tertinggi KSP belum lagi diisi. Macam mana kerajaan nak menjalankan kerja?

Saya bersetuju sangat. KPPA yang menjaga perkhidmatan awam, pelantikan dan sebagainya. Kenapa dibuat begitu? Ini satu tindakan yang saya kira amat tidak bertanggungjawab. Saya bukan bercakap sebagai pembangkang. Sebagai pengalaman seorang Perdana Menteri. Saya kata ini langkah yang tidak adil. Sebagai penjawat awam,

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

ada proses dan prosedur mereka. Kalau mereka melakukan kesalahan, mereka boleh dihadapkan ke muka Jawatankuasa Disiplin. Ambil tindakan yang baik-baik. Bukan dibekukan dan tak diisi. Jadi, Yang Berhormat yang menjadi menteri-menteri ini, siapa yang bantu? Takkan anak sendiri duduk dalam pejabat nak tolong bantu?

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Apa pengalaman dia? Tak tahu apa-apa pun. Minta maaf, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Pagoh, boleh minta laluan? Kota Melaka.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Masa tinggal dua minit, Tuan Yang di-Pertua. Saya ada sedikit lagi.

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Pagoh, boleh nak minta...

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Minta maaf. Saya habiskan dulu...

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pagoh tak bagi...

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Minta penerangan sedikit Yang Berhormat Pagoh.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Benda ini penting...

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pagoh tak bagi.

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Bagaimana dengan kontrak yang diberikan kepada anak menantu?

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Boleh jawab?

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka,...

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kontrak yang diberikan kepada anak menantu, boleh jawab?

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Itu adalah suatu fitnah dan pembohongan.

final • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Boleh jawab?

final • 12:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Kalau fitnah, saman.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Tiada berlaku.

final • 12:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Kalau fitnah, saman.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Tak apa. Kita akan ambil tindakan yang sewajarnya. Fitnah, bohong.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya perhatikan kepimpinan kerajaan hari ini agak ‘canggung’ lah. Apa dikatakan, mengambil tindakan berbentuk witch-hunting, tak tahu dalam bahasa Melayu apa. Kesalahan kerajaan dulu yang tak wujud dicari-cari, entah adakan. Melemparkan tuduhan yang bukan-bukan. Kononnya, saya selewengkan RM600 bilion. Ini siapa sebut? Perdana Menteri kata. Selepas itu, sudah tukar RM530 bilion, Tuan Yang di-Pertua. Selepas itu, RM90 bilion. Selepas itu, RM4 bilion hingga RM5 bilion.

Selepas itu, RM300 million. Ini apa? Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tambun cakap ini. Kalau dari segi undang-undang, ini defamation. Saya belum hendak ambil tindakan undang-undang. Kesian pada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru. Bagi dia chance dulu.

[Tepuk]

final • 12:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Minta laluan, Yang Berhormat Pagoh. Bayan Baru.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Tak apa, Tuan Yang di-Pertua. Saya nak habiskan ini.

final • 12:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Minta sahaja. Sedikit sahaja.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Jadi, ini satu perkara yang saya tak fikir wajar.

final • 12:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Pagoh.

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Saya nak sebutkan juga ada tuduhan-tuduhan yang saya mengambil wang. Satu sen, wallahi pun tidak ada, Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk] Ini yang disebut RM600 bilion ke RM530 bilion itu ialah apa yang disebutkan Pakej Rangsangan. Menteri Ekonomi pun tahu. Menteri Kewangan pun tahu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bukan untuk kita, rakyat dapat kontrak. Nak kata bodoh, bodoh juga.

[Tepuk] Kenapa buat begitu? Tak betul. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, kalau apa- apa hal pun, biarlah yang berasas. Jangan salah guna kuasa, Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Tambun dulu pun pernah dijatuhkan hukuman salah guna kuasa.

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Saya bukan nak mengata. Itu rekod sejarahnya. Kita tidak buat begitu. Akan tetapi, saya orang politik. Mungkin ini adalah kerana ada PRN enam buah negeri yang kita akan hadapi. Sekarang ini, kalau boleh dihitamkan muka saya, dia kata semua kita ini perompak, lanun supaya rakyat tidak sokong kita tetapi saya percaya bahawa gelombang Perikatan Nasional yang sudah pun kita lihat berlalu akan terus melanda negara. Enam buah negeri ini, Tuan Yang di-Pertua, PH-BN akan kalah teruk.

final • 12:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Jangan mimpilah.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

There will be backlash...

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Saya nak bagi amaran. Jadi, jangan main-main. Ini sentimen rakyat. Bukan kami di sini sahaja. Ini berapa orang? Rakyat berjuta sana melihat telatah kerajaan, pimpinan yang ada pada hari ini bersikap niat jahat. Saya rasa begitu. Saya sudah lama di dalam kerajaan. Dekat hampir 50 tahun. Hari ini saya bercakap. It is not fair and you think you can last forever? Saya pernah menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang Berhormat Bera ada dekat sini pun. We are together, Prime Minister. Akan tetapi, tempoh masa sangat singkat.

final • 12:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Perdana Menteri tebuk atap.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Allah kata, ini Dia boleh naikkan kita, Dia boleh turunkan kita. Saya faham itu, tetapi jangan fikir yang Yang Berhormat Tambun akan kekal abadi untuk selama-lamanya. After you, there will be other person.

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Jadi, jangan aniaya. Buat kerja. Zaman susah. Rakyat tiada duit.

Tiada barang hendak makan. Telur pun tidak ada, *Tok Mat.

[Ketawa]* Macam mana bawa telur daripada India yang cair tak jadi telur itu? Wallahualam. Mudah sahaja.

Waktu saya menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan juga Menteri Pertanian, bila isu soal bekalan barang, Yang Berhormat Alex, Menteri KPDNHEP dulu pun hadir – saya tidak tahu Yang Berhormat kawasan mana. Bila menghadapi masalah begitu, kita panggil semua pembekal. Macam saya diberitahu bahawa Malaysia adalah pengeksport telur antara yang terbesar di dunia. Bermakna ada lebihan. Waktu mana kekurangan dalam negara, kenapa tidak sekat bekalan eksport sana itu? Yang Berhormat Bera buat, supaya tidak ada telur yang mengalir ke sana, telur masuk ke dalam negara kita. Harga boleh kekal, mungkin boleh murah lagi.

final • 12:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Waktu sudah habis, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Saya tidak hendak bahas soal telur lagi sebab saya sudah banyak bercakap dan habiskan masa.

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Pagoh.

final • 12:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Sudah tiga minit sudah.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Tuan Yang di- Pertua...

final • 12:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ceramah politik sahaja.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Saya cuma nak mengakhiri...

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Pagoh...

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

...ucapan saya dengan menyatakan...

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya hendak minta penjelasan...

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pagoh nak landing sudah.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Nak landing sudah.

Walaupun...

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Pagoh nak landing-lah, Yang Berhormat Jelutong.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Kami ditekan. Kami di pihak pembangkang ini telah pun berjanji kita akan menjadi pembangkang yang berwibawa. Saya nak ucap tahniah. Prestasi ahli-ahli kita di sebelah sini, pembangkang jauh lagi hebat daripada yang sebelah sana.

final • 12:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Kaki fitnah, kaki fitnah.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Baik, terima kasih.

Jadi, itulah pandangan saya dan insya-Allah, kita akan teruskan usaha kita untuk membantu bersama-sama kerajaan...

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jangan khianat, Yang Berhormat. Kami tidak pernah khianat.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

...dalam meneliti dasar-dasar untuk pembangunan negara.

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kami bukan pengkhianat.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Jelutong, jangan jadi jaguhlah, Yang Berhormat Jelutong. 1MDB, Yang Berhormat Jelutong. 1MDB.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Pagoh. Sekarang, saya menjemput...

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua...

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Semporna.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya minta tolong disiplinkan sedikit Yang Berhormat Hulu Langat itu. Ini yang bercakap ini, ketua parti. Kita kena bagi penghormatan. Kami tidak ganggu pun ketua parti berucap. Kami takkan ganggu dia, bagi penghormatan sedikit. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Point taken. Terima kasih. Yang Berhormat Semporna, silakan. 20 minit, Yang Berhormat Semporna.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua untuk membolehkan saya mengambil sempat untuk berucap dalam perbahasan Titah Diraja ini dan saya akan menumpukan, bukan masalah ekonomi negara

final • 12:29 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

kerana belanjawan minggu hadapan. Jadi, saya akan touch on the economy bila sampai waktunya. Cuma, saya ingin melihat dari segi pengurusan pentadbiran negara kita. Dari segi bukan hanya perundangannya, bahkan juga perjalanan pentadbiran.

Setelah menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas titah ucapan yang penuh bersarat, bukan dengan hanya kandungan hatinya, nasihat yang juga diberikan oleh Tuanku semasa Tuanku bertitah kepada di Dewan yang mulia ini. Di mana, seperti yang Tuanku nyatakan tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara Malaysia berhadapan dengan empat Perdana Menteri.

final • 12:29 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Masalah ini tidak pernah dihadapi oleh mana-mana Agong pun. Berlainan dengan dulu Perdana Menteri, Tun Mahathir berhadapan dengan enam pula Agong.

[Ketawa] Keadaan yang saya lihat bahawa apa yang terkandung, tersirat dalam Titah Diraja ini cukup penting bagi kita selaku ahli politik untuk mengingatkan diri kita kerana ini merupakan satu landasan untuk kita beramal. Bukan hanya kepada negara kita ataupun umat yang ada, bukan nafsu kita mendapat jawatan, pangkat yang ada. Akan tetapi kita sedar dan tahu perjalanan manusia di muka bumi ini diturunkan pelbagai wahyu. Di situ dinyatakan tentang perundangan, hukumnya daripada segi halalnya, haramnya, sunat muakad-nya, berbagai-bagai. Supaya perjalanan kehidupan manusia ini akan dapat disempurnakan. Begitu juga kita selaku ahli politik, ada undang-undang negara, ada undang-undang di peringkat wilayah dan negeri yang ada.

Setelah mendengar dan nasihat daripada Yang di-Pertuan Agong, Parti Warisan merupakan di antara parti yang terawal, tidak teragak-agak untuk memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan yang ada di negara ini.

[Tepuk] Dengan niat yang baik untuk memastikan supaya perjalanan pemerintahan negara ini akan dapat kita teruskan. Akan tetapi tidak bererti bahawa kita tidak boleh berbeza pandangan tentang hala tuju pemerintahan negara ini. Kemungkinan kita juga— pandangan-pandangan yang berbentuk mungkin agak kritikal tetapi ia pandangan kalau boleh diterima. Kalau tidak boleh diterima dipihak pemerintah, itu terserah dengan pihak pemerintah yang ada. Apa yang penting kepada kita seperti apa yang Titah Tuanku, berdoa, menasihatkan kelangsungan pemerintahan yang ada.

Pada hari ini, kita di Dewan ini cukup gembira dengan ucapan. Akan tetapi di bawah itu, rakyat. Bila kita turun ke bawah, masalah makanan, masalah pakaian, masalah persekolahan dan kesihatan membimbangkan kita. Ini perlu diuruskan secara baik. Saya hanya ingin menyentuh tentang bagaimana perjalanan pemerintahan negara ini. Saya melihat Pilihan Raya Ke-14 berlaku. Bila lepas Pilihan Raya Ke-14, berkisarlah politik di mana pergolakannya sehingga perubahan-perubahan berlaku. Perubahan berlaku— Perdana Menteri dari Pagoh. Selepas itu, daripada Yang Berhormat Langkawi sebelum itu. Selepas itu, daripada Yang Berhormat Pagoh beralih kepada Yang Berhormat Bera dan hari ini kepada Yang Berhormat Tambun yang ada.

Saya berdoa dan berharap supaya budaya yang ada pada Pilihan Raya Ke-14 selepas Pilihan Raya Ke-15 ini bukan menjadi amalan kita. Akan tetapi yang penting kepada kita, perundangan yang ada di negara ini perlu dihormati. Jangan tidak dihormati.

Apa yang berlaku, saya bimbang budaya yang ada dalam Pilihan Raya Ke-14 di Sabah ini yang saya akan sentuh. Saya tidak akan cerita tentang ekonomi. Di mana bila berlaku selepas pilihan raya di peringkat negeri Sabah, berlaku bukan kita rakus kuasa, bukan kita tamak pangkat. Malahan, Yang Berhormat Larut datang jumpa saya. Saya ingat Yang Berhormat Larut pun ada jumpa dengan Senator dan menawarkan tawaran jawatan.

Begitu juga dalam UMNO, jawatan-jawatan yang diberikan. Bukan itu nafsu kita waktu itu.

Saya berharap rentetan apa yang berlaku pada pilihan raya yang lalu kita perbaiki. Bukan hanya— saya harap pimpinan-pimpinan selaku pemerintah, mendengar. Jangan tidak mendengar. Mungkin tidak pakai apa yang kita cadangan tetapi ia harus didengar dengan secara baik.

Tuan Yang di-Pertua, bila saya melihat rentetan pemerintahan yang ada di Sabah.

Saya tidak pernah tegur walaupun selepas pilihan raya yang berlaku di Sabah. Kalau mengikut peraturan Perlembagaan negeri yang ada, Artikel 6(7) cukup jelas menepati

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

yang telah bertanding, mana parti pimpinannya menjadi ketua parti dan mempunyai majoriti yang ada perlu untuk dilantik menjadi Ketua Menteri. Itu pilihan raya yang telah lalu. Selepas itu, saya tidak bagi langsung untuk mereka memerintah negeri Sabah.

Selepas itu, berlaku pula keadaan bila mana dalam Pilihan Raya ke-15 baru-baru ini, Perikatan Nasional kalah dalam pilihan raya— bukan kalah tetapi tidak ada yang kita katakan hung Parliament. Tidak ada parti yang boleh memerintah negara dengan majoriti sehingga Tuanku Bertitah menasihatkan bentuk Kerajaan Persekutuan. Itu rentetan budaya yang dahulu dibawa ke budaya yang ada pada hari ini membimbangkan saya. Perlu ada penghormatan daripada segi perundangan yang ada. Datuk Seri Panglima Haji Hajiji, dia Bersatu. Bersatu tidak dapat membentuk kerajaan di negara Malaysia. Tidak sampai beberapa minggu, keluar daripada Bersatu. Ia sangkut dengan parti yang digelar GRS.

GRS ini bukan sebuah parti yang kita katakan seumpama Bersatu, seumpama UMNO. Ia gabungan-gabungan parti. Parti ini hanya didaftarkan pada bulan Mac 2022, tahun lalu. Kalau mengikut Perlembagaan di negeri Sabah yang ada cukup jelas iaitu Artikel 6(7), ‘For the purpose of Clause (3) of this Article, where a political party has won a majority of the elected seats of the Legislative Assembly in a general election, the leader of such political party, who is a Member of the Legislative Assembly, shall be the Member of the Legislative Assembly who is likely to command the confidence of the majority of the Members of the Assembly’. Kita mempunyai 23 ADUN, hari ini tinggal 16 orang daripada 23 orang. Bersama dengan rakan-rakan saya dalam Pakatan Harapan, 30 orang lebih. Saya bila membawa perkara ini, saya nyatakan kepada Tuan Yang Terutama, ‘Tun, give me a chance because I got the majority’. Selepas itu tidak berlaku, dia bagi tahu bawa ke mahkamah. It is not budaya saya. Itu bukan nafsu saya. Akan tetapi perundangan harus dilihat. Selepas itu— yang kedua selepas itu berlaku. Bila Bersatu tidak dapat membentuk kerajaan, Datuk Hajiji keluar dan dia sangkut dengan GRS. GRS is not political party like Bersatu and UMNO. Ia gabungan parti. Dia pengerusi, timbalan pengerusi, STAR President, Timbalan Pengerusi PBS. Seumpamanya, Chairman Barisan Nasional.

Akan tetapi parti ini tidak pernah bertanding dalam pilihan raya yang lalu di peringkat negeri Sabah. Ia hanya dilahirkan dan didaftarkan oleh Yang Berhormat Pagoh pada Mac tahun 2022, kalau tidak silap saya. Selepas itu, berlaku pergeseran. Bila mana berlaku pergeseran di antara GRS pimpinan, Perikatan Nasional dan juga Barisan Nasional, di mana Pengerusi Perhubungan UMNO – Barisan Nasional mengumumkan tarik daripada—

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh minta penjelasan?

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Ya.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Semporna, sedarkah bahawa GRS ini dipelopori oleh Bersatu? Adakah Yang Berhormat masih berperasaan bahawa masihkah Bersatu dalam GRS atau tidak? Oleh sebab apa yang saya tahu, Tan Sri Mahiaddin yang mempelopori GRS ini pada peringkat awal.

Sekarang apa sudah jadi?

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Saya ingat ini perlu dijelaskan supaya umum tahu daripada segi Perlembagaan, undang-undang. Saya sentuh undang-undang. Saya tidak sentuh ekonomi. Belanjawan nanti saya akan sentuh tentang ekonomi. Supaya umumnya tahu kerana saya ini dan juga saya ingat rakan Yang Berhormat Kinabatangan digelar sebagai- kita ini dahagakan- power hungry. We are not power hungry. Orang yang membeli ADUN saya ialah Datuk Hajiji. Baru sahaja. Saya pergi umrah— baru balik dari umrah ini. Bila balik umrah, tengah dekat Mekah, tiga orang ADUN saya kena beli. Sebelum itu sudah berapa orang kena beli sudah. Masa pemerintahan Yang Berhormat Pagoh pun ada juga kena beli. Masa kawan saya Yang Berhormat Pagoh— sudah berapa orang? Daripada 23 orang sampai 16 orang. Ini saya dengar lagi ada yang hendak dibeli.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Fasal itu saya minta dan cadangkan kepada pemerintah supaya secepat yang mungkin undang-undang anti lompat di peringkat Sabah ini dapat dilaksanakan secepat mungkin supaya tidak boleh berlaku rentetan suasana politik yang tidak menentu di negara kita. Saya berucap setengah mati, kampung keluar kampung. Bukan ada duit hendak berucap. Hendak belanja. Saya tahu, bukan senang.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Masa saya Ketua Menteri bukan tidak boleh saya tawarkan jawatan orang lompat daripada Warisan punya kerajaan, boleh tawarkan jawatan, boleh bagi duit bagi tahu “Okey, you bagi dia RM2 atau RM3 juta ya. Saya bagi you projek after this.” Adakah ini nilai-nilai kita selaku pemimpin? Hendak kekal dalam jawatan pemerintahan menggunakan kuasa, menggunakan duit semata-mata untuk mengekalkan kuasa kita.

Pasal itu saya bubarkan Dewan walaupun mengakibatkan kekalahan kita oleh kerana keadaan politik yang ada. Cuma saya bimbang, saya harap sungguh ya kalau kita lihat Artikel 6(7) ini dilaksanakan bukan masa British.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Semporna, boleh sikit saja? Terima kasih. Saya berpegang teguh kepada ungkapan ucapan Yang Berhormat Pagoh tadi. “Tidak ada yang kekal abadi di situ.” [Tepuk] Jadi, insya-Allah, kita reda dan tawakal dengan Allah, semuanya akan berlaku kerana apa pun kehendak Allah.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Amin.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kenapa Yang Berhormat Kinabatangan berhenti ya?

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Yang Berhormat Kinabatangan, dalam politik ini saya sudah masuk 30 lebih tahun sudah, sudah tujuh penggal sudah dan saya nampak berkuasa berbagai pimpinan ya. Sudah nampak dalam gelanggang politik tidak ada yang kekal di muka bumi ini ya. Akan tetapi saya berharap Tuan Yang di-Pertua cuma saya mencadangkan supaya perkara yang penting hormatilah Perlembagaan.

Perlembagaan Negeri Sabah ini, Artikel 6(7) jelas digubal oleh Tan Sri Pairin masa PBS pasal saya masih ingat, waktu itu Tun Mustapha sampai ke istana jam 2 pagi minta supaya angkat sumpah menjadi Ketua Menteri. Tun Mustapha balik saya ada di rumah dia, jam 2 pagi dia buka jaket, macam mana kita boleh jadi kerajaan sedangkan jumlah pun tidak cukup. Tidak cukup jumlah. Lantik enam orang untuk mencukupkan jumlah. Ini tidak lantik sekarang Hajiji. Beli orang untuk hendak katakan saya ada 44 ADUN, majoriti yang ada. Dari 44, 10 itu dari Warisan, yang lima itu daripada UMNO. Saya nyatakan dengan rakan dari Kinabatangan. Takkanlah kita tidak nampak.

Lepas itu ada video ADUN-ADUN yang sudah melompat ini, imbuhan-imbuhan.

Saya berharap Tuan Yang di-Pertua, agensi seperti SPRM siasat. Ini depan mata, kita ada bukti video yang mereka nyatakan ada hubung, ada tawaran duit. Disebut yang itu ya. Saya berharap bukannya kita hendak aniaya orang tidak, saya tidak mahu bahawa perkara-perkara ini sebahagian daripada amalan kita. Saya hendak beramal saja, saya hendak berbakti. Kalau rakyat tidak sokong saya, kalau saya tidak ada jawatan tidak jadi masalah dengan saya.

Cuma ini amalan kita landasan yang diberikan. Itu yang kadang-kadang bila saya turun ke bawah, tup-tup hilang jawatan Menteri Kanan lah, menteri kena masuk penjara lah. Musim Barisan Nasional dulu saya tegur rakan saya waktu dahulu. Saya tidak kisah ya. Begitu juga dalam usaha kita untuk memerintah negara ini dan saya sokong Pakatan Harapan untuk meneruskan Kerajaan Perpaduan.

Akan tetapi saya dalam perjalanan politik saya, saya akan tegur kalau sekiranya ia tidak selari dengan apa yang dikehendaki. Saya mencadangkan Tuan Yang di-Pertua oleh kerana masa tidak mengizinkan, suara saya pun tidak begitu sarut sikit ya. Jadi, dalam usaha kita untuk memastikan supaya lompat parti legitimasi kerajaan ini harus dilihat dengan secara total untuk melihat keadaan Perlembagaan yang ada ya. Bukan saya tidak...

final • 12:40 PM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Yang Berhormat Semporna, boleh Sri Gading bertanya sedikit? Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Semporna. Adakah pembelian ADUN-ADUN yang berlaku di Sabah itu berpunca daripada kegawatan yang berlaku di peringkat Federal selepas PRU-14 hari itu?

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Saya tidak tahu ia merupakan satu langkah. Ini sudah lama sejarah di Sabah ini ya. Sudah lama sudah budaya seumpama ini. Pasal itu saya desak ya. Saya tidak tahu sama ada ia...

final • 12:40 PM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Ataupun maknanya orang di sini belajar daripada Sabah lah.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Di dalam politik yang ada di peringkat ini yang kadang-kadang saya tegur ya termasuk juga Yang Berhormat Pagoh sebagai kawan saya, saya bagi pandangan, saya bagi then begitu juga Tun Mahathir saya bagi tahu Tun jangan galakkan sangat ya supaya mereka ini masuk sana, masuk sini, budaya ini dibawa ya. Ini kerana kita hendak teruskan amalan kita untuk memerintah negara kita.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya melihat bahawa ini bukanlah satu perkara yang baharu ya. Apa yang penting kepada kita untuk menghentikan keadaan ini, saya cadangkan seperti yang...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tawau ingin bertanya?

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

...Bawa Akta Undang-undang Lompat secepat yang mungkin. Sabah akan ada pilihan raya. Tahun depan ataupun tidak sampai lagi dua tahun lebih sudah ya. Saya bimbang bila berlaku pilihan raya kita menang, lepas itu menang beli lagi. Itu yang saya bimbang. Dari mana dapat duit ini ya? Saya kenal semua ini, saya kenal semua pimpinan ini sama ada Musa nya, sama ada Hajiji nya, saya kenal mereka berpuluh tahun sudah ya. Saya kenal masa Allahyarham ayahanda saya Tun Sakaran jadi Ketua Menteri, saya kenal. Minta projek sana, minta projek sini, saya kenal. Akan tetapi janganlah gunakan keadaan kedudukan kita itu hendak mengaut keuntungan yang ada. Ya.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Tawau.

final • 12:40 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya minta ini penjelasan daripada Yang Berhormat Semporna, adakah bukti yang dikemukakan bahawa pembelian tersebut bahawa ini tiga orang ADUN Warisan baru-baru yang jadi sebagai ini ADUN Bebas kan, ini Yang Berhormat ada kah bukti-bukti? Kalau boleh saya minta ini Yang Berhormat tarik balik, ini fitnah yang begitu serius dan teruk kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Saya hendak tunjukkan, nanti saya bagi video kepada Yang Berhormat Tawau, ADUN Kunak dia ditelefon. Ini dia yang cakap, bukan saya cakap ya. Yang Berhormat Kunak ya yang telah menyatakan telah dihubungi, jangan tanya saya.

final • 12:40 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Ini tuduhan yang amat serius.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Bagi Yang Berhormat Tawau.

final • 12:40 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Saya minta Yang Berhormat Semporna kalau ada buktikan bawalah ke mahkamah. Janganlah macam buat fitnah di sini.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Ini dia.

Saya bukannya di sini seumpama itu hendak heret sana heret sini.

final • 12:40 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Ya lah, ini fitnah yang tidak elok.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Apa yang penting penguat kuasa yang...

final • 12:40 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

..Penguat kuasa yang ada SPRM siasat. Jabatan-jabatan mesti siasat benar kah atau tidak.

final • 12:40 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Ya, betul, betul.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Itu bukan tanggungjawab saya hendak siasat.

final • 12:40 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Jadi, kemukakan. Janganlah buat fitnah di Dewan yang mulia ini kan Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Akan tetapi apa yang penting...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 12:40 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Ini fitnah yang teruk bah.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat Tawau, okey. Tidak apa.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Akan tetapi projek RM3 juta, ada projek bagi dengan ADUN-ADUN. Ada tidak?

final • 12:40 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Itu saya tidak tahu.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Ada projek?

final • 12:40 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Itulah saya cakap, Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Sila siasat.

final • 12:40 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Selaku ini pemimpin yang pengalaman 30 lebih tahun kan, janganlah buat fitnah di Dewan yang mulia ini kan.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Yang Berhormat Tawau...

final • 12:40 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Ya.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

...Yang Berhormat Tawau, saya hendak nyatakan salah seorang daripada DAP members, si Ronnie Likas DAP, Tan nyatakan masa saya Ketua Menteri dahulu, sebelum itu dia masuk, itu pemerintahan yang dahulu, di bawah pentadbiran...

final • 12:40 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Yang Berhormat, tahun lalu ada dua orang ADUN DAP melompat ke Warisan juga. Kita tidak membuat fitnah bahawa ini pembelian...

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Tidak, DAP tidak melompat.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tawau dan Yang Berhormat Semporna, tidak boleh berbahas macam ini, tidak boleh.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Tidak, saya hendak jelaskan jangan buat tuduhan.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak boleh. Silakan Yang Berhormat Semporna.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Bahas dalam DUN Sabah.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak pernah membeli ADUN. ADUN bertanding DAP dua ini mereka menggunakan tiket Warisan dalam pilihan raya yang lalu.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Tawau.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Selepas itu, ada imbuhan. Jadi, ADUN ini yang sekarang ini nyatakan Datuk Seri daripada kami masuk Perikatan Nasional bagus kami masuk Warisan pasal kami bertanding atas tiket Warisan. Itu dulu, tahun yang sebelum pilihan raya yang lalu. Masa itu saya nyatakan kepada beliau, “Tak apa, saya tidak ada duit, saya tidak ada jawatan hendak bagi you apa imbuhan dia.” Kita bukan tawar Wallahi, wabillahi, watallahi saya tidak gunakan duit itu untuk hendakkan mereka dibeli, kita bagi jawatan untuk semata-mata kita hendak kekal sebagai seorang pemimpin yang ada.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa tidak mengizinkan, cuma saya cadangkan sekali lagi apa yang saya nyatakan tadi, patuhilah Perlembagaan. Jangan cabuli undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah yang ada. Ini digubal oleh Tan Sri Pairin untuk mengelakkan supaya perkara– Ini tidak ada kepada negeri-negeri lain, wilayah Sabah sahaja. This Constitution is the only confine to the state, wilayah Sabah.

Tidak ada untuk menghalang mana pihak yang ingin untuk hendak melompat daripada satu tempat ke suatu tempat.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Dari segi hukum...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau hendak tanya kah?

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tanya.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dari segi...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Arau hendak bertanya.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

[Ketawa]

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya. Yang Berhormat, dari segi hukum pembelian wakil rakyat ini hukumnya haram. Jadi, apakah kerajaan sekarang ini kerajaan haram dari segi hukum? Itu sahaja.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Yang Pakatan Harapan ini tidak haram. Dulu, yang sekarang ini pun kalau kita lihat pasal saya nampak. Bila saya nampak ucapan video yang diluahkan oleh beberapa orang.

Sebenarnya untuk makluman Tuan Yang di-Pertua sebelum pilihan raya saya minta mereka angkat sumpah. Wallahi, wabillahi, watallahi, ini munafik ini. Dalam hukum Allah SWT, seorang Islam yang berpegang dengan janji, bukan janji kepada saya Presiden, janji kepada Allah SWT. Wallahi, wabillahi, watallahi, takkanlah kita mempersendakan agama semata-mata oleh kerana nafsu.

[Tepuk]

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Jadi, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Semporna.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Saya menyokong dan saya berharap – tidak bererti, saya akan berikan sokongan saya...

final • 12:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Semporna.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Tawau.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Terima kasih banyak.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Oh, habis sudah.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Semporna. Yang Berhormat Alor Setar silakan, 14 minit.

final • 12:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Beli kebarung di pekan lama, Singgah minum di Alor Merah, Sudah berpuluh tahun lamanya, Alor Setar kini menempa sejarah.

Dari Gurun ke Sungai Petani, Singgah minum sirap selasih, Dato’ Speaker baik pekerti, Alor Setar mohon menjunjung kasih.*

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 12:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli Yang Berhormat kerana memberi ruang kepada Alor Setar untuk turut sama-sama berbahas Usul Menjunjung Kasih Titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong pada kali ini.

Terlebih dahulu saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pengundi di Alor Setar yang telah memilih Perikatan Nasional buat kali pertamanya untuk mewakili suara rakyat Alor Setar [Tepuk] untuk dibawa ke Dewan Parlimen yang mulia pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan Titah Diraja yang telah pun dilaksanakan sebelum ini, ucapan saya akan berkait dengan tiga perkara utama mengenai hubungan Kerajaan Persekutuan dan negeri, yang kedua kebebasan bersuara dan yang ketiga tadbir urus yang baik.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara yang mengangkat semangat federalisme menjadi asas pentadbiran negara, kerajaan perlulah memastikan hubungan dua hala antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sentiasa kekal dalam keadaan harmoni dan stabil termasuk kepada negeri-negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional. Kerajaan Persekutuan perlu menzahirkan semangat federalisme dengan kerajaan negeri serta meraikan pegawai dan kakitangan kerajaan di negeri berkenaan agar tidak dilihat membelakangkan kerajaan negeri.

Saya mengambil contoh apa yang berlaku di Kedah baru-baru ini. Ada beberapa orang Menteri Persekutuan yang hadir ke Kedah atas urusan rasmi kerajaan tetapi tidak mengambil tindakan bertemu dengan tuan rumah iaitu Yang Amat Berhormat Menteri Besar, bahkan Menteri Besar, ADUN dan Ahli Parlimen Pembangkang tidak dijemput hadir dalam majlis berkaitan yang melibatkan Yang Berhormat Menteri, majlis kerajaan.

Masuk rumah orang, tidak jumpa tuan rumah, duduk ikut suka, masuk dapur masak guna beras orang, tidur di bilik orang, tidur atas katil orang sesuka hati, kecuali hanya seorang sahaja Menteri Persekutuan yang tinggi adab dan budi menghormati prinsip federalisme iaitu Menteri MITI. Beliau boleh jadikan contoh dan ikutan oleh Menteri-menteri lain. Saya cadangkan Yang Berhormat Menteri MITI selepas ini joint sebelah sini dan menang pilihan raya, insya-Allah.

[Tepuk] Saya juga dimaklumkan ada agensi persekutuan di negeri yang telah diarahkan untuk tidak menghadiri apa-apa jemputan mesyuarat ataupun majlis yang melibatkan

final • 12:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

kerajaan negeri bahkan sekolah-sekolah juga diarahkan untuk tidak menerima apa-apa sumbangan daripada Ahli Parlimen Pembangkang. Sampai begitu sekali! Adakah ini terjemahan Kerajaan Perpaduan berdasarkan falsafah MADANI, hanya menghormati pengundi yang memilih PH dan BN sahaja dan menafikan hak rakyat lain yang tidak memilih mereka?

Politik begini adalah politik lapuk yang ditolak oleh rakyat. Parti politik yang mengamalkan politik begini telah ditolak dalam pilihan raya ke-14 dan pilihan raya ke-15 yang lalu. Sewajarnya kita hari ini bergerak ke depan mengamalkan politik yang matang sejahtera, memberi manfaat kepada semua. Ini bukan Kerajaan PH/BN tetapi ini Kerajaan Malaysia untuk semua rakyat Malaysia.

Dalam pada itu saya juga ingin menarik perhatian Kerajaan Persekutuan berkaitan bayaran pampasan pajakan Pulau Pinang kepada negeri Kedah. Jumlah itu pada tahun 2018 hanya berjumlah RM10,000 sahaja kemudian dinaikkan kepada RM10,010,000 . Mewakili negeri Kedah saya mohon kadar bayaran pampasan pajakan Pulau Pinang kepada negeri Kedah dinaikkan kepada RM200 juta sepertimana yang telah dibayar oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2018 yang lalu. Jumlah tuntutan ini tidak termasuk bayaran air mentah secara percuma yang belum pernah dibayar oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Kedah sampai hari ini.

Selain itu pengorbanan Kedah dalam memelihara sawah padi juga patut diberi perhatian. Kedah ibarat abang sulung yang terpaksa berkorban, tidak belajar tinggi untuk menyara adik-adiknya supaya cukup makan. Berdasarkan rekod yang ada tanah sawah padi di Kedah seluas 299 ribu hektar membekalkan 41.84 peratus pengeluaran padi negara. Jika tanah ini diubah statusnya kepada tanah industri negeri Kedah dianggarkan dapat mengutip hasil baharu yang berjumlah RM177 juta. Inilah nilai yang dituntut oleh Kedah kepada Kerajaan Persekutuan. Ia penting sebagai suatu usaha keterjaminan makanan negara (national food security), dengan izin.

Kerajaan juga diingatkan agar mentadbir, memakmurkan negara ini dengan acuan neraca keadilan dan profesional. Ini termasuklah keputusan kerajaan untuk mengurangkan peruntukan pembangunan daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta dan perlulah ini ditimbangkan semula. Saya yakin Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana juga bersetuju dengan pandangan ini, cuma barangkali mereka tidak berani bersuara.

Peruntukan tersebut tidak wajar dikurangkan bahkan perlu ditambah lagi bagi memastikan kepentingan rakyat terpelihara khususnya bagi kawasan Parlimen luar bandar. Sehingga ke hari ini peruntukan pembangunan yang sepatutnya dinikmati oleh Ahli-ahli Parlimen Pembangkang masih dinafikan dan saya mendesak peruntukan ini dapat disalurkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai negara yang mengamal dan mendukung semangat kebebasan bersuara, kerajaan perlu bersikap terbuka meraikan pandangan, khususnya dalam kalangan anak-anak muda. Kerajaan perlu menjadi pendengar kepada anak-anak muda melalui komentar dan kritikan yang dilontarkan oleh mereka terutamanya di media sosial. Ironinya Manifesto Pakatan Harapan dalam Perkara 17 mengemukakan janji untuk menjamin kebebasan bersuara anak-anak muda dan tidak akan mengenakan tindakan undang-undang jika mereka bersuara.

Adakah kerajaan hari ini sedang menyekat manifesto yang mereka sendiri perjuangkan? Namun apa yang berlaku hari ini Kerajaan Campuran telah mengenakan intimidasi terhadap pengamal media yang mengkritik kerajaan. Seorang aktivis media sosial diminta hadir ke Balai Polis Bandar Hilir pada 14 Februari dan disoal siasat selama lebih enam jam hanya kerana tiga empat patah posting dalam Facebooknya.

Turut menyedihkan apabila berlaku tindakan intimidasi oleh laskar-laskar siber pihak penyokong kerajaan terhadap tiga orang Tiktokers wanita muda yang akhirnya membawa kepada diskriminasi dan gangguan seksual di media sosial hanya kerana mereka mengeluarkan pandangan di media sosial berkenaan kerajaan hari ini.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Alor Setar.

final • 12:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Ya, silakan sahabat saya.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Alor Setar, terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Cuma hendak tanya sedikit sahaja soal berkaitan dengan Tiktokers, ini apa yang disuarakan ataupun apa yang diucapkan oleh Pesuruhjaya Pas Negeri Perak semasa kempen. Dia kata, “Kalau Perdana Menteri ini menang, nanti dia akan benarkan LGBT”. Jadi saya hendak minta pandangan sedikit, komentar sedikit daripada Yang Berhormat Alor Setar sebab saya rasa ini adalah merupakan suatu fitnah. Fitnah yang hidup yang dilakukan oleh Pesuruhjaya Pas Negeri Perak. Terima kasih, Yang Berhormat Alor Setar.

final • 12:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih sahabat saya. Prinsipnya mudah seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Pagoh tadi, yang benar, benar, yang tidak benar, tidak benar. Kita hanya menyokong prinsip yang benar, yang tidak benar semua patut tidak menyokong.

Tidak cukup dengan itu seorang pengguna Facebook yang bernama Siti Aishah Sheikh Ismail yang mengaitkan dirinya dengan JKOM daripada pihak sebelah sana telah memuat naik identiti tiga orang Tiktokers wanita muda itu dalam FB nya. Tindakan ini mendedahkan tiga orang Tiktokers wanita itu kepada kejadian buli siber sehingga ke tahap gangguan seksual. Apa keperluan memuat naik identiti tiga orang Tiktokers wanita muda ini sedangkan perkara itu masih disiasat pihak berkuasa. Kelihatan seperti tidak ada tindakan serius daripada pihak kementerian berkenaan terhadap isu ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita dapati isu-isu salah guna kuasa dan rasuah telah terbukti sebelum ini berlaku akibat wujudnya pemusatan kuasa yang diamalkan oleh Perdana Menteri ketika itu. Kesannya rakyat telah menolak mereka yang terpalit dengan salah laku ini dalam pilihan raya. Namun amalan tersebut turut diamalkan dalam pentadbiran Kerajaan Campuran hari ini. Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan adalah orang yang sama. Ini juga bertentangan dengan prinsip yang dilaungkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan separation of power, dengan izin.

Saya teringat ucapan Yang Berhormat Kota Raja dalam siri ceramah sebelum daripada ini dibuat satu analogi Perdana Menteri mohon bertanya kepada Menteri Kewangan, Menteri Kewangan bertanya kepada penasihat, akhirnya lulus. Adalah ucapan itu diulang-ulang sebut dalam kempen ceramah. Cuma hari ini peliknya suara tersebut tidak lagi diulang-ulang oleh Yang Berhormat Kota Raja pada hari ini. Tidak tahu macam mana jadi.

Kerajaan Campuran pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun juga telah menunjukkan satu tanda aras yang baharu apabila melantik ahli keluarga menganggotai Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan. Apakah tanda aras ini akan menjadikan urusan kerajaan lebih telus?

final • 12:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Alor Setar minta laluan.

final • 12:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Alor Setar, Pendang.

final • 12:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Yang Berhormat Pendang dahulu. Saya bagi Yang Berhormat Pendang fasal Pendang dekat dengan Alor Setar.

final • 12:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Alor Setar. Saya hendak sebut lagi sekali. Tadi dinukilkan ceramah-ceramah Yang Berhormat Kota Raja ini. Hendak sebut juga dalam penggal yang lalu saya sering kedengaran disebut penyamun, perompak, pencuri, penyangak...

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong.

final • 12:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terutamanya daripada Yang Berhormat Jelutong. Akan tetapi sekarang sudah cium mulut. Apakah semua ini sudah hilang prinsip?

Where that gone to–with that principe, dengan izin. Termasuk 1MDB, tidak dengar sudah

final • 12:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

sekarang. Bila dok berpeluk cium, mungkin sedap ayaq liuq masing-masing, jadi lupalah.

[Ketawa] Baik, terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Datuk.

final • 12:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya sambung lagi satu. Fasal apa tadi ini Menteri Kesihatan. Masuk ke Pendang hari ini mula operasi Hospital Pendang, cukup tidak ada adab. Langsung tidak maklum. Saya setiap tiga bulan, saya akan monitor progress Hospital Pendang. Menteri Kesihatan ini masuk, Exco Kesihatan ini duduk sebelah rumah, jalan kaki pun sampai, pun tidak dimaklumkan Exco Kerajaan Negeri Kedah.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat minta laluan.

final • 12:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih, Pendang.

Saya sambung ucapan sekejap Yang Berhormat Jelutong.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Alor Setar minta laluan.

final • 12:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Saya sambung, sambung ucapan sekejap.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Alor Setar.

final • 12:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim Bandar Baharu

Kulim-Bandar Baharu dahulu.

final • 12:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Saya tidak bagi izin.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Memandangkan Jelutong disebut..

final • 12:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Kerajaan Campuran pimpinan Yang Amat Berhormat Yang Berhormat Tambun hari ini juga...

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Boleh beri laluan.

final • 12:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

...tanda aras baru apabila melantik ahli keluarga menganggotai Jawatankuasa Penasihat..

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Alor Setar berani beri laluan?

final • 12:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Apakah tanda aras begini akan menjadikan urusan kerajaan lebih telus?

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Alor Setar berani bagi laluan untuk sambut jawapan saya.

final • 12:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Apakah amalan nepotisme ini tidak memberi implikasi serta kepentingan...

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ada penyamun di sebelah sana pun ada.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong.

final • 12:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Walaupun ia adalah lantikan secara probono, namun ia masih terdedah kepada berlakunya konflik berkepentingan.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau tidak berani beri laluan, jangan sebut nama.

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Sila, sila, sila. Sila Yang Berhormat Jelutong.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau tidak berani bagi laluan, jangan sebut nama.

final • 12:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Cakaplah, Yang Berhormat Jelutong. Sudah bagi laluan, cakaplah. Sudah bagi laluan, tidak cakap pula.

Siapa yang tidak berani?

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Yang Berhormat Alor Setar berikan. Yang Berhormat Jelutong diberi laluan sekarang. Okey, tanya.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Isu skandal, isu penyamun, isu pencuri, isu penyangak saya hendak tanya balik. Kita tanya Yang Berhormat Pagoh berkenaan RM300 juta yang SPRM bekukan dalam akaun BERSATU, isu RM92.5 bilion..

final • 12:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Tuan Yang di-Pertua, ini tidak berkaitan dengan ucapan saya.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tanya balik, yang penyamun, pencuri, penyangak, tanya Yang Berhormat Pagoh. Saya tanya balik boleh beri jawapan.

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

Yang Berhormat Pagoh sudah jawab sudah tadi.

final • 12:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Pagoh dah jawab.

final • 12:50 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

1MDB sudah bersih, sudah bersih.

final • 12:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jelutong masuk lambat tadi, Yang Berhormat Pagoh sudah jawab. Saya minta lain kali Yang Berhormat Jelutong masuk awal. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tidak saya minta penjelasan sekali lagi.

final • 12:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Saya tidak izin, saya tidak izin. Saya sambung perbahasan saya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau Yang Berhormat Pendang boleh jawab.

final • 12:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Jika dirujuk kepada Artikel Mufti Wilayah Persekutuan yang menulis mengenai nepotisme dan kronisme pada 5 Disember. Mufti Wilayah Persekutuan juga menegah perbuatan kronisme dan nepotisme ini. Boleh rujuk dalam tulisan Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, ada masa lagikah ataupun sambung selepas rehat?

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa boleh habiskan dengan menggunakan Peraturan Mesyuarat 100, saya bagi sampai 1.14 minit. Silakan, 1.04 minit. Silakan.

final • 12:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Alor Setar minta laluan sedikit, Yang Berhormat Alor Setar.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Habiskan.

final • 12:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Baik, saya hendak landing ucapan saya ini dengan isu-isu di Alor Setar. Dalam kesempatan ini saya mewakili rakyat Alor Setar memohon kerajaan memberi perhatian serius terhadap usaha membangunkan Bandaraya Alor Setar sebagai Bandar raya Warisan dan bandar raya tertua di Malaysia. Usia Bandar raya Alor Setar sudah mencecah 288 tahun sudah tentu infrastrukturnya perlu dinaik taraf dan ditambah baik.

Setakat ini pelancongan hanya tertumpu kepada Langkawi, Alor Setar juga sebenarnya sangat berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan.

Pembangunan Sungai Kedah misalnya, permohonan untuk membangun sungai ini sudah dipohon kepada pihak Kerajaan Persekutuan sejak RMKe-12 lagi. Sehingga kini

final • 12:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

difahamkan belum diluluskan. Permohonan berjumlah RM96 juta ini mengandungi 12 komponen penting pembangunan kampung tradisional, naik taraf pekan Cina, pengukuhan tebing sungai, projek Jetty River Cruise dan lain-lain lagi projek.

Selain itu ada satu lagi isu penting yang memerlukan perhatian. Bandar raya Alor Setar ada sawah padi dalam bandar dan ini menyebabkan perkembangan pembangunan urbanisasinya tidak serancak bandar-bandar lain. Pembangunan yang rancak di bandar lain berhampiran Alor Setar akan menghimpit dan memberi kesan kepada Alor Setar.

Oleh itu, Alor Setar memerlukan insentif fiskal daripada Kerajaan Persekutuan bagi mengelakkan pembangunan di kawasan sawah padi.

*Kalau hendak membeli kain, Belilah kain tahan pelasah, Kalau kita memilih pemimpin, Pilihlah pemimpin tiada rasuah.

Jelapang padi negeri bergelar, Suasana hijau jauh terbentang, Bersih, stabil, semangat berkobar, Prihatin rakyat slogan dijulang.* Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat. Mesyuarat Dewan ditangguhkan hingga 2.30 petang. Terima kasih.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua, (Dato’ Ramli bin Mohd Nor) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Bismillahi Rahmani Rahim. Yang Berhormat, sebelah petang ini selalunya ada yang akan mengantuk tetapi tanggungjawab kita kepada rakyat perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Perbetulkan saya jika saya silap di sini. Yang terakhir tadi Yang Berhormat Alor Gajah ya? Yang Berhormat Alor Setar. Dengan sedemikian, saya mempersilakan Yang Berhormat Kota Melaka, 14 minit.

final • 2:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Isnin yang lepas dan dengan penuh keinsafan saya ingin menyertai perbahasan dalam usul ini untuk menyampaikan beberapa perkara. Pandangan saya, perkara pertama yang saya hendak bangkitkan ialah tentang kestabilan politik. Tuan Yang di-Pertua, pada pandangan saya cabaran utama hari ini bagi negara kita Malaysia ialah bagaimana kita hendak memastikan kerajaan dan juga politik negara kita kekal stabil untuk lima tahun yang akan datang.

Seperti yang dinyatakan oleh Tuanku Yang di-Pertuan Agong di mana negara Malaysia dilanda oleh kemelut politik selama empat tahun yang lalu sejak Langkah Sheraton.

Tahun-tahun yang lepas kita telah berhadapan bukan sahaja krisis COVID-19 tetapi juga krisis ekonomi dan juga krisis politik, selama empat tahun yang lepas, kalau dibandingkan dengan negara-negara yang lain. Negara lain mereka hanya ada krisis COVID-19, krisis ekonomi tetapi negara kita ada krisis politik.

Sehinggakan kita lihat empat tahun yang lepas banyak nyawa yang terkorban akibat daripada COVID-19, juga ramai rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan, perniagaan mereka terjejas, mereka dapat tekanan yang begitu besar dari segi kewangan

final • 2:33 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

sehinggakan ramai yang masih ingin minta supaya dapat dikeluarkan wang caruman mereka daripada KWSP. Ini merupakan tanda-tanda bahawa rakyat di luar sana masih lagi susah. Kita lihat juga oleh kerana kestabilan politik di Malaysia ini tidak stabil, telah menyebabkan empat tahun yang lepas, pelabur asing tidak berani hendak datang melabur di Malaysia.

Jadi, kita haruslah bersyukur kerana pada PRU November yang lepas telah langsung dengan begitu aman sekali sungguhpun keputusan menunjukkan hung Parliament tetapi atas kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong kita berjaya membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan. Keadaan politik dan ekonomi di negara kita masih lagi mencabar tetapi kita boleh lihat dia menuju ke satu arah yang lebih positif. Kalau hari ini kita pergi ke luar tanya kepada orang ramai, rata-rata akan menyatakan bahawa kerajaan baharu ini telah menunjukkan prestasi yang memuaskan dan semua rata-rata menyokong kerajaan baharu ini.

Khususnya ini berlaku, kita lihat sungguhpun ada hung Parliament tetapi kita masih dapat membentuk satu Kerajaan Perpaduan. Satu sebab utamanya kerana kita telah meluluskan Akta Antilompat Parti pada tahun lepas di mana Akta Antilompat Parti ini merupakan sesuatu yang diperjuangkan oleh parti DAP dan juga rakan-rakan seperjuangan kita selama ini sejak tahun 70-an lagi.

Dengan adanya kelulusan ini barulah hari ini kita dapat lihat pengkhianat- pengkhianat mereka tidak boleh membentuk kerajaan pintu belakang. Satu kepastian dan satu kepujian harus diberikan kepada mantan Perdana Menteri yang kesembilan iaitu Yang Berhormat Bera dan Menteri Undang-undang pada ketika itu Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar kerana usaha mereka, penglibatan mereka telah menjayakan agar Akta Anti Lompat Parti ini dapat diluluskan di Parlimen.

final • 2:33 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Kota Melaka boleh mencelah sedikit? Putrajaya.

final • 2:33 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya.

final • 2:33 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Kota Melaka, ingin saya mendapatkan pandangan sedikit. Spirit ataupun semangat asal Akta Anti Lompat Parti ini adalah untuk menghormati keputusan pengundi, itu semangat dia. Jadi, maknanya kalau itulah pengundi pilih seorang calon itu berdasarkan calonnya dan berdasar partinya serta berdasarkan komponen parti tersebut.

Apa pandangan Yang Berhormat apabila dalam konteks pilihan raya, katakanlah dalam konteks pada waktu itu PH dan BN. PH dan BN ini, penyokong PH menyokong PH atas dasar PH tidak bersama dengan BN. Penyokong BN menyokong BN atas dasar “No Anwar No DAP” at that time. Itu sebelum. Maknanya kalau kita menghormati undi pengundi pada waktu itu yang menyokong PH kerana tidak bergabung dengan PN dan pengundi BN yang menyokong BN kerana tidak – “No Anwar No DAP” at that time, maka apa pandangan Yang Berhormat? Adakah gabungan ini menghormati semangat antilompat parti itu sendiri?

final • 2:33 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, saya faham apa yang cuba hendak disampaikan oleh Yang Berhormat Putrajaya. Ini adalah apa yang telah saya sebut tadi di mana saya sudah kata ini merupakan hasrat daripada Yang di-Pertuan Agong selepas keputusan telah diumumkan. Yang di-Pertuan Agong sebenarnya inginkan satu Kerajaan Perpaduan. Minta supaya semua parti kerjasama demi rakyat dan negara. Yang di- Pertuan Agong memberikan ruang kepada Perikatan Nasional juga tetapi Perikatan Nasional pada ketika itu mereka sombong, tidak dengar nasihat daripada Yang di-Pertuan Agong.

final • 2:33 PM

[Dewan riuh]

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Boleh saya sentuh sedikit?

Okey, Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 2:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Itu yang berlaku hari ini.

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat, Yang Berhormat sedikit sahaja Yang Berhormat. Tidak, ini bukan politik Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Itu sahaja, saya tidak hendak lagi panjang lebar sebab saya hanya ada tujuh minit sahaja.

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Maksud saya Yang Berhormat, maksud saya tadi bahawa...

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bagi laluan Tuan Yang di-Pertua.

[Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, ini floor Yang Berhormat Kota Melaka.

Peraturan adalah jelas. Sila Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengalu-alukan kenyataan Ketua Pembangkang pada bulan Januari yang lepas yang mengatakan bahawa Perikatan Nasional juga akan fokus menjadi pembangkang yang efektif dan tidak akan menggunakan taktik pintu belakang.

Jadi, bagi saya sudah cukuplah negara kita dilanda ketidakstabilan politik selama empat tahun yang lepas. Sekarang ialah masa kita tumpukan perhatian kepada kepentingan negara dan juga rakyat.

Maka, dengan ini saya ingin mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai peruntukan Ahli Parlimen. Sungguhpun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memutuskan agar peruntukan Ahli Parlimen telah dipotong tetapi saya berharap supaya dalam masa akan datang barangkali separuh tahun kedua peruntukan itu akan ditambah.

Selain daripada itu, saya berpendapat bahawa kerajaan juga harus bersikap adil dan memberi peruntukan yang sama kepada pihak pembangkang.

[Tepuk] Bagi saya peruntukan Ahli Parlimen bukan soal kerajaan ataupun pembangkang tetapi adalah untuk manfaat rakyat.

Saya masih ingat Tuan Yang di-Pertua 15 tahun yang lepas saya dipilih sebagai ADUN di negeri Melaka, Ayer Keroh. Tidak ada peruntukan, peruntukan ialah kosong dan elaun ADUN pada waktu itu hanya sekadar RM2,000 lebih sahaja tidak sampai RM3,000.

Bayangkan bagaimana kita sudah berkhidmat untuk rakyat?

Saya masih ingat ada satu insiden banjir berlaku, kita tidak ada peruntukan pergi dapatkan dana daripada orang ramai hendak hulur kepada mangsa juga dihalang oleh pihak penguat kuasa pada ketika itu. Jadi, saya faham bagaimana situasi sekarang ya wakil daripada pembangkang.

Jadi, bagi saya ramai lagi rakan-rakan lain saya yang sudah lama dalam Parlimen seperti Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Cheras, Yang Berhormat Bukit Bintang, mereka sudah lama dalam Parlimen. Dahulu pembangkang juga tidak ada peruntukan.

Jadi, saya harap supaya keadaan ini harus diubah. Ini satu reform juga. Jadi, saya berharap supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh mempertimbangkan untuk memberi peruntukan yang saksama kepada pihak pembangkang juga tetapi pada masa yang sama saya rasa kita kena adakan syarat. Kalau hendak bagi peruntukan kepada pembangkang adakan syarat juga.

Syaratnya bukan hendak minta untuk sokong kerajaan bukan tetapi syaratnya ialah saya menyeru supaya kita adakan, luluskan satu akta peruntukan pembangunan kawasan Parlimen supaya tujuannya supaya kita adakan satu sistem yang baik di mana peruntukan Ahli Parlimen dijadikan satu ketetapan di bawah undang-undang.

Maka, tidak kiralah masa akan datang siapa jadi kerajaan siapa jadi pembangkang ataupun apabila kerajaan tukar semua Ahli Parlimen akan mendapat peruntukan. Jadi, pada masa yang sama akta ini saya percaya kalau adanya akta ini ia

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

dapat mengukuhkan juga urus tadbir peruntukan Ahli Parlimen supaya lebih telus, lebih adil, lebih terbuka supaya tidak ada penyelewengan.

Topik yang kedua perkara kedua yang saya hendak sentuh ialah berkaitan dengan rasuah. Tuan Yang di-Pertua, rasuah ini kita lihat banyak disebut dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Parlimen contohnya semalam. Ia menyatakan bahawa rasuah sudah menjadi sesuatu yang sistemik di negara Malaysia. Ia macam sudah jadi satu tabiat harian di Malaysia.

Saya hendak kongsi satu contoh Tuan Yang di-Pertua. Rakan saya datang daripada China mendarat di lapangan terbang dia seorang perokok, dia hisap rokok.

Sudahlah tiga empat jam dia tidak boleh tahan pergi ke tandas dia nampak ada orang dalam merokok. Jadi, dia pun merokok di dalam.

Akan tetapi, cleaner, pembersih tandas warga asing pekerja asing masuk ke dalam nampak dia merokok dia tunjukkan sign board tidak boleh merokok dan minta wang daripada dia kalau tidak dia akan rujuk kepada pegawai penguatkuasaan. Bayangkan Tuan Yang di-Pertua, cleaner tandas warga asing juga sekarang sudah melakukan rasuah dalam negara kita.

Jadi, apa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sistemik itu memang menjadi satu kerisauan kita dan kita harus berusaha untuk membanteras rasuah. Malah, kalau kita lihat Laporan Indeks Persepsi Korupsi oleh Transparency International baru-baru ini juga menunjukkan prestasi Malaysia telah menurun.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kita hendak lawan gejala rasuah ini sudah pasti badan yang paling penting ialah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Kita masih lagi ingat kita tidak lupa skandal pemilikan saham oleh Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki, Ketua Pengarah SPRM. Isunya tentang saham pada masa itu dia kata itu kononnya akaun adiknya yang digunakan.

Semasa kita masih ingat semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) apabila Yang Berhormat Pandan dia buat laporan mengenai skandal LCS dan juga tentang projek tebatan banjir. Dia yang membuat laporan tetapi apa yang berlaku pejabat Yang Berhormat Pandan pula yang telah diserbu oleh SPRM. Jadi...

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sila gulung.

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Baik, baik ya. Jadi, sekarang parti pembangkang juga mereka mempersoalkan tentang SPRM kononnya SPRM membekukan akaun bank parti mereka.

Jadi, masing-masing akan kata dijadikan sebagai senjata politik. Jadi, untuk memastikan SPRM betul-betul accountable, betul-betul bebas maka saya hendak bercadang kepada pihak kerajaan dan juga Tuan Yang di-Pertua supaya kita tubuhkan satu jawatankuasa pilihan khas anti rasuah supaya kita hendak pastikan SPRM ini dia betul-betul bebas accountable kepada Parlimen.

Kita tubuhkan jawatankuasa tersebut ialah bipartisan dalam ada pembangkang ada kerajaan. Kita monitor ya kita monitor SPRM.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sila gulung.

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ini supaya kita dapat memastikan gejala rasuah ini kita dapat hapuskan. Itu adalah penting.

Memandangkan masa sudah sampai akhirnya ada dua point lagi saya akan sambung waktu bajet. Itu sahaja, sekian sahaja perbahasan saya Kota Melaka dengan ini menyokong usul ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Dipersilakan Yang Berhormat Machang.

final • 2:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bagi ucapan sulung saya sebagai Ahli Parlimen Machang pada hari ini saya ingin menjunjung kasih di atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sewaktu Istiadat Pembukaan Parlimen Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas ini.

Saya ingin juga merakamkan jutaan terima kasih ke semua pengundi Machang kerana memilih saya selaku Wakil Rakyat mereka tempoh hari.

Tuan Yang di-Pertua, semalam kita dengar banyak perbahasan yang berbunyi kualiti daripada Pengerusi Backbencher pada Ketua Pembangkang dan yang lain-lain melibatkan hala tuju negara kita yang tercinta ini.

Antara isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa adalah berkenaan dengan kelembapan pertumbuhan negara.

final • 2:49 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya suka ingin meneruskan penghujahan beliau dengan merujuk satu laporan yang dikeluarkan oleh PricewaterhouseCoopers yang bertajuk “The World in 2050” yang diterbitkan pada tahun 2015, yang mana laporan tersebut merujuk kepada unjuran pertumbuhan ekonomi 32 buah negara dunia yang merangkumi 84 peratus KDNK global.

Sedikit gambaran untuk saya kongsikan di Dewan yang mulia ini, siapa di tangga 10 tertinggi 2050 iaitu:

(i) China;

(ii) India;

(iii) Amerika Syarikat;

(iv) Indonesia;

(v) Brazil;

(vi) Mexico;

(vii) Jepun;

(viii) Rusia;

(ix) Nigeria; dan

(x) Jerman.

Jelas 30 tahun akan datang akan berlaku perubahan paksi kuasa ekonomi dunia ke timur dan Malaysia bakal menduduki tangga ke-24. Kita juga bakal dipintas oleh jiran- jiran tetangga kita. Antaranya di tangga ke-23, Bangladesh; tangga ke-22, Vietnam; tangga ke-21, Thailand; dan tangga ke-20, Filipina.

Melihat perkembangan yang merisaukan ini, kerajaan perlu memikirkan jalan keluar, strategi yang lebih menyeluruh agar pertumbuhan ekonomi negara kita terus berdaya saing dan maju. Kita perlu seperti jalan pintas, moonshot atau leapfrogging strategy untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing dan makmur.

Izinkan saya membangkitkan tiga cadangan ataupun strategi yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan pada hari ini. Pertama, Malaysia ialah sebuah negara perdagangan. Di peringkat antarabangsa, Malaysia perlu strategi yang jelas kembara luar (“going out” strategy) untuk syarikat-syarikat GLC kita mahupun swasta. Seperti African strategy ataupun kita menumpang mana-mana strategi yang sudah dibuat oleh rakan- rakan dagang kita seperti Belt and Road Initiative agar perkongsian kekayaan ini dapat dirasai oleh Malaysia juga.

final • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya teringat pada tahun 1990-an ketika mana Yang Amat Berhormat Tambun menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bersama dengan mantan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Kita mempunyai satu strategi pelaburan luar yang agak ampuh. Kita membawa PETRONAS ke Sudan dan bekerjasama dengan mana-mana kuasa veto yang ada untuk melabur di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi. Berisiko tinggi tetapi pulangan pun tinggi juga. Jadi, bilamana kita ada perancangan yang jelas, sudah tentulah laba daripada pelaburan ini dirasai oleh rakyat Malaysia.

Seperti mana yang dibuat oleh rakan tetangga kita Indonesia, Presiden Jokowi pada tahun 2014 mengumumkan bagaimana Indonesia mampu dan mahu menyahut strategi serantau ekonominya melalui Poros Maritim Dunia yang mana Indonesia ingin maju bersama dengan China dan strategi Belt and Road yang ada agar perdagangan yang berlaku di rantau ini juga dinikmati oleh warga Indonesia. Jadi, Malaysia juga perlu memikirkan bagaimana kita boleh meningkatkan daya saing GLC kita dan syarikat- syarikat swasta kita untuk melabur ke luar dan membawa pulangan tersebut ke dalam negara.

Kedua, Malaysia dan kerajaan pada hari ini perlu terus mengamalkan dan juga melaksanakan Rancangan Malaysia Ke-12 sehingga habis tempohnya. Hal ini demikian kerana Rancangan Malaysia Ke-12 yang sudah dimaktubkan dan dibentangkan di dalam Parlimen ini membawa aspirasi yang cukup penting untuk semua rakyat Malaysia yang ada. Ia benar-benar menitikberatkan pembangunan yang mapan dan juga pengagihan yang adil.

Antara perkara yang dititikberatkan oleh Rancangan Malaysia Ke-12 yang mana falsafahnya adalah berdasarkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang kita tahu telah dibatalkan oleh kerajaan pada hari ini dari segi penggunaan dalam surat-menyurat tetapi saya harap perkara ini tidak dibatalkan dari segi semangat dan isinya.

Penekanan khas diberikan kepada enam buah negeri kurang membangun di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu Kedah, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu. RMKe-12 menegaskan 50 peratus jumlah perbelanjaan pembangunan asas perlu diberikan kepada enam buah negeri ini. Alhamdulillah, Sabah dan Sarawak menikmati banyak perkara yang Kerajaan Persekutuan telah lakukan sepanjang tiga tahun kebelakangan ini. Akan tetapi kami harap, selaku Ahli Parlimen dari Kelantan, jangan menganaktirikan negeri Kelantan walaupun kami ditadbir oleh pembangkang. Ini kerana banyak projek strategik yang bersifat infra, yang menjadi pemangkin ekonomi negara dan negeri telah diluluskan dalam RMKe-12.

Antaranya:

(i) Lebuh Raya Kota Bharu ke Kuala Krai;

(ii) pembinaan infra kawasan industri bersepadu berasaskan IBS di Sungai Bagan Labok, Machang; dan

(iii) projek-projek lain yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi negeri dan negara.

Saya juga ingin membuat sedikit penilaian kepada cadangan Yang Berhormat Subang semalam yang mana beliau mencadangkan untuk membantu mengurangkan hutang negara, kita perlu apungkan PETRONAS. Ini saya tidak setuju kerana cadangan seperti ini telah kita sering dengar sejak tahun 2008 lagi ketika mana kita apungkan Sime Darby ketika ini. Cadangan ini bukan langkah yang baik untuk mengurangkan hutang negara. Jangan samakan PETRONAS dengan Saudi Aramco. Yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Subang semalam, 20 peratus itu hendak dilepaskan pegangan kepada siapa? Malah PETRONAS adalah satu syarikat yang 100 peratus milik kerajaan yang bernaung di bawah Petroleum Development Act 1974. Saya akan bagi cadangan tentang bagaimana mungkin kita boleh perkasakan PETRONAS dalam perbahasan belanjawan nanti, insya-Allah.

Ketiga, cadangan untuk kita memajukan negara tidak lain tidak bukan ialah pemberdayaan sumber manusia (human capital). Ini saya fikir satu perkara yang amat

final • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

penting. Kelapa sawit, petroleum; ya komoditi membantu tetapi dari segi sumber manusia adalah lebih penting kita labur dan jadikan tunjang kepada pembangunan negara.

Semalam, kita dikejutkan oleh jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi, statistik yang agak mengejutkan. Peminjam PTPTN B40 berjumlah 1.84 juta orang. Ini bermakna anak muda kita yang baru hendak masuk kelas menengah hendak membayar cukai, tidak mampu sebenarnya membayar cukai. Lebih malang, generasi ini kalau kita ingat mereka ini terbahagi kepada dua kumpulan secara ringkasnya.

Pertama, kumpulan yang saya istilahkan sebagai Pandemials; ini World Economic Forum keluarkan, iaitu golongan Millennials, anak muda yang lahir pada tahun 2000 yang terkesan teruk kerana COVID-19, tidak boleh pergi sekolah, tercicir dan sebagainya. Jadi golongan ini kalau kita lepaskan mereka ke pasaran terbuka, tidak adil bagi saya. Macam main golflah; tiada handicap, macam mana hendak menang dan maju? Perlu ada satu dasar khusus untuk golongan Pandemials ini.

Kedua, golongan belia resah ataupun seperti kata Profesor Guy Standing daripada SOAS. Precariats; mereka ini golongan yang sebenarnya mempunyai ijazah atau sijil tetapi tidak mampu membangunkan diri kerana tiada identiti pekerjaan tetap. Mereka bukan tidak ada ilmu, ada tetapi mereka terpaksa ditekan dengan situasi dan sistem yang ada. Jadi, dua golongan ini kalau kita tidak berjaya membantu mereka dalam pelbagai bentuk dan cara, maka kita akan gagal melahirkan generasi kelas menengah yang baharu; M40 yang mampu membayar cukai kepada negara, yang mampu menanggung pelbagai perbelanjaan yang negara perlukan.

Akan tetapi malangnya Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia, fakta yang lebih menjerut yang saya ingin kongsi ialah daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang mana dalam Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima, golongan yang saya sebutkan tadi iaitu 1.84 juta orang belia PTPTN ini, mereka ini juga tergolong sebagai generasi sandwich (sandwich generation) kerana 70 peratus warga emas tinggal dengan anak atau keluarga terdekat. Golongan inilah yang jaga emak dan bapa. Lapan daripada 10 warga emas dapat bantuan kewangan daripada anak-anak yang saya sebutkan tadi. Sebanyak 48 peratus anak-anak ini membantu membiaya ibu bapa mereka membayar bil dan sebanyak 67 peratus daripada mereka juga bantu ibu bapa mereka beli makanan dan barangan asas di rumah.

final • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jadi Yang Berhormat, saya bukan hendak mempolitikkan PTPTN kepada Yang Berhormat Pandan. Dia tidak ada dalam ini pada hari ini, tetapi saya ingin bertanya kepada beliau, what is your strategy to help this group of people, dengan izin? Oleh sebab sepanjang karier politik beliau, memang dikenali sebagai aktivis membantu PTPTN. Jadi, itu yang kami cuba tanya, bukan kita menuduh, fitnah dan sebagainya. Jadi, saya yakin Yang Berhormat Pandan akan mampu menawarkan cadangan yang baik dan kita bersedia membantu beliau sebagai pembangkang, insya-Allah. Terakhir sebelum saya mengakhiri ataupun menggulung perbahasan saya, ingin juga saya menyokong penuh usaha kerajaan untuk memartabatkan TVET. TVET ini dilihat sebagai second class institution dalam pendidikan kita. Tidak sama seperti di Jerman, Fachhochschule yang ada, yang mana siapa yang belajar di Fachhochschule walaupun dia aliran vokasional, tetapi martabat dan darjatnya adalah sama dengan pendidikan universiti yang lain.

Ini kerana di Jerman mereka ada ekosistem SME yang kuat. Mereka ada BMW, Audi, BASF dan sebagainya yang mana peluang pekerjaan anak muda yang terlibat dalam sektor fachhochschule atau TVET ini, guaranteed jobs. Akan tetapi di Malaysia, saya yakin ini masih lagi terkebelakang dan perlu diperkuatkan bukan sahaja sistem TVET itu, tetapi SME kita. Malanglah kalau banyak sangat GLC sama ada di federal dan negeri bersaing rapat dengan swasta, crowding the market. Macam mana SME kita ingin membangun?

Jadi, saya menyeru kepada kerajaan untuk mengadakan dasar yang lebih khusus tentang ini.

Terakhir Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin menyentuh sedikit tentang falsafah madani yang digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Tambun.

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Machang, Sik mohon sedikit penjelasan. Boleh? Sedikit.

final • 3:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Silakan.

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya hendak bertanya Yang Berhormat Machang berkaitan dengan isu PTPTN yang disebut oleh Yang Berhormat kelmarin, masih nampak ada polemik perbahasan di luar sana. Jadi, dalam Manifesto Pakatan Harapan disebut jelas, semua membacanya, memansuhkan PTPTN dengan bersasar. Jadi, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Machang itu betul ya. Jadi, nampak Yang Berhormat Pandan ini dia mungkin terlupa manifesto yang telah pun dibentangkan kepada pengundi hari itu ataupun dia sengaja buat lupa apa yang telah dijanjikan kepada anak muda kita. Terima kasih Yang Berhormat. Minta pandangan.

final • 3:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Ya betul, memang.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung ya.

final • 3:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Istilah yang digunakan adalah mengampunkan hutang PTPTN secara bersasar yang saya harap insya-Allah kalau ada peluang, dapat dilunaskan oleh kerajaan dengan baik.

Ringkasnya Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya gulung dan yang terakhir, saya menyeru kita menyokong gagasan madani ini dengan memahami madani sepertimana yang sepatutnya difahami. Madani ini adalah satu falsafah yang benar-benar luhur dalam Islam. Ia berasal bukan dari madana sahaja, tetapi dari akar kata deen, agama.

Jadi, saya berterima kasihlah kepada DAP kerana menyokong dasar yang benar- benar berasaskan Islam dalam kerajaan kita pada hari ini. Insya-Allah yang mana baik kita sokong, kita tidak akan menafikan sama sekali. Cuma saya ingin menegur pegawai- pegawai Yang Amat Berhormat Tambun, kalau hendak terjemah konsep madani ini secara molek, jangan gunakan Buku S.C.R.P.T itu yang mana buku bahasa Inggeris yang asal sebab memang cukup lari dengan terjemahan bahasa Melayu. It is a good concept, but wrong kind of translation, adaptation.

Jadi, saya mohon pembetulan ini dibuat di peringkat Jabatan Perdana Menteri agar falsafah madani ini dapat dihayati oleh semua rakyat Malaysia dengan baik, dengan betul. Jadi, dengan itu saya menjunjung kasih titah ini dan menyokong usul yang telah dibentangkan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Selangor sebagai Ketua Whip Amanah, 17 minit.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Haji Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang sangat budiman memberikan saya laluan 17 minit. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua dan sahabat-sahabat Ahli Yang Berhormat, Kuala Selangor bangkit untuk menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong yang jelas menggariskan betapa baginda di penghujung titah itu merangkumkan harapan baginda untuk kita mengambil satu tekad dan satu komitmen, iltizam oleh seluruhnya Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini untuk memastikan bahawa di sana wujud kestabilan, wujud kehendak dan komitmen yang tinggi untuk menyaksikan Parlimen Ke- 15 ini tidak mengulangi keberantakan Parlimen Ke-14 yang sama-sama kita lalui dan kita alami.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Ke-10, Yang Amat Berhormat Tambun yang telah pun menggagaskan apakah impian dan harapan beliau untuk menyaksikan sebuah negara madani. Saya kira setelah kita lalui apa yang merupakan kemelut dan krisis yang terpanjang dalam sejarah

final • 3:04 PM

Datuk Seri Dr. Haji Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

politik negara kita ini, saya yakin kita semua bersedia untuk membuat satu azam dan tekad untuk menjadikan peluang pada kali ini.

Parlimen Ke-15 ini benar-benar akan dapat kita cipta kembali sebuah negara bangsa dan tanah air yang benar-benar berdaulat, yang sifatnya rahmah, bermaruah, berintegriti dan sekali gus akan menjadi satu yang boleh diteladani sebagai sebuah negara majoriti Muslim yang dipimpin oleh pimpinan-pimpinan Islam yang menaungi seluruhnya kepelbagaian dan kemajmukan antara agama, budaya, kaum dan etnik.

Saya yakin perkara ini boleh dipersetujui oleh semua yang mana kita saksikan hari ini kalau saya menggunakan ala Westminster lexicon ataupun istilahnya adalah sebelah kerajaan kiri saya, His Majesty’s Government, Kerajaan Yang di-Pertuan Agong dan yang sebelah kanan saya ini yang dikatakan sebagai His Majesty’s Loyal Opposition atau dengan kata lain, pembangkang di bawah susun atur Demokrasi Berparlimen dalam negara kita ini, yang juga diistilahkan sebagai dengan izin, His Majesty’s Loyal Opposition.

Justeru, dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, maka kita akan terus berdepan dan menghadapi cabaran membina sebuah negara bangsa yang sifatnya dikatakan sebagai sifat madani. Madani dengan ertinya sebuah negara bangsa yang punya keunikan, keistimewaan peluang, untuk kita mengukir dan mencipta sebuah negara yang sifatnya bertamadun. Bertamadun dalam erti mempunyai nilai dan prinsip yang menyeluruh dan holistik.

Bukan sahaja kita bercita-cita untuk kembali ataupun mengembalikan status kita selaku antaranya harimau Asia sepertimana suatu masa dahulu kita dambakan, tetapi lebih penting daripada itu, tata kelolanya- lebih penting daripada itu adalah bagaimana negara ini ditadbir urus oleh sebuah kepimpinan yang akan mengangkat keluhuran Perlembagaan, yang akan mengangkat kedaulatan undang-undang, yang akan mengangkat apa yang diistilahkan sebagai siyadah qaununiah. Akhirnya kita, akan menyaksikan sebuah masyarakat yang madani ataupun truly civil and civilized, bertamadun dan meninggalkan segala apa yang kita saksikan amalan bobrok kelompok politikus di mana pun, sebelah sana atau sebelah sini, yang sangat curang dan culas kepada mandat rakyat yang mengangkat kita sebagai- memberikan mandat kepada kita. Akan tetapi kita menyaksikan seperti mana yang disebutkan oleh Yang di-Pertuan Agong, baginda terpaksa berdepan dengan tiga orang Perdana Menteri, berdepan dengan tiga Jemaah Menteri. Mudah-mudahan kali ini dalam Parlimen ke-15 sehinggalah baginda bersara mengharapkan hanya seorang Perdana Menteri yang perlu dihadapi ataupun menjadi pengelola dan pengemudi pentadbiran negara ini.

final • 3:04 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 3:04 PM

Datuk Seri Dr. Haji Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Siapa yang meminta tadi?

final • 3:04 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Hulu Langat.

final • 3:04 PM

Datuk Seri Dr. Haji Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Silakan.

final • 3:04 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak berapa hendak faham sangat apabila Yang Berhormat Kuala Selangor berhujah ini. Cakap mudah sahajalah maksudnya. Madani ini maksudnya kena jadi orang baik, jangan menipu, jangan membohong, jangan mencuri, jangan rasuah, jangan adu domba, jangan bawa cerita yang tidak betul. Itu sebenarnya yang saya rasa. Yang Berhormat Kuala Selangor bagi mudah sebab rakyat di luar ini hendak tahu masyarakat madani ini apa sebab kalau belit-belit nanti orang tidak tahu. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 3:04 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Nanti giliran Yang Berhormat Hulu Langat berbicara, bahaslah dengan bahasa yang mudah. Ini bahasa yang perlu difahami dan wacana yang perlu,

final • 3:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

sepertimana yang diminta oleh sahabat-sahabat tadi, supaya diterangkan ertinya “madani”, yang perlu dianggap dan digarap sekali gus tata kelola yang bebas rasuah, tata kelola yang mengangkat- antara lainnya, apabila kita saksikan dalam PRU-14 yang lalu, pertentangan kaum, perbalahan agama, kita mahu tinggalkan semua itu supaya kita mengangkat sebenar-benarnya sebuah negara yang harmoni dan menghormati kemuliaan insan ataupun yang dikatakan sebagai semua dianggap dan diurus sebagai first class citizen, tidak ada di sana orang diketepikan, dikesampingkan kerana perbezaan agama, budaya ataupun kaum...

[Tepuk] Justeru itu, Tuan Yang di-Pertua, saya terpaksa- ada sedikit persimpangan tadi.

Saya terus masuk, saya ada tiga topik. Pertama adalah madani. Ia telah pun saya terangkan. Dan lebih mustahak daripada sudut madani ini, saya hendak langsung memberikan cadangan-cadangan saya supaya benar dapat kita perkukuhkan lagi tadbir urus Demokrasi Berparlimen ini.

Kalau lah boleh Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih dan syabas kepada Ketua Pembangkang yang telah mengusulkan bahawa kewujudan shadow cabinet itu- saya kira adalah satu yang baik untuk kita benar-benar dapat melaksanakan tugasan semak imbang supaya kita tidak berperang atas politik kebencian, politik melampau, politik perkauman, tetapi kita bersaing atas contestation of idea, dengan izin, persaingan idea, dasar dan polisi dan amalan berdasarkan kepada polisi yang dianjurkan oleh kerajaan yang mungkin disemak imbang oleh pembangkang. Itu peranan loyal opposition of the majesty dalam lima tahun Parlimen Ke-15 ini.

Kedua yang hendak saya cadangkan supaya kita tubuhkan, supaya kita budayakan, supaya kita tetapkan, Tuan Yang di-Pertua, a fixed-term Parliamentary, penggal Parlimen yang ditetapkan. Ini ertinya juga madani. Ertinya kita punyai kejelasan, rakyat punya kejelasan untuk rakyat mengurus kehidupan, perniagaan juga terang dan mempunyai clarity, dengan izin, supaya fixed-term Parliament ini ditetapkan supaya semua tahu, tidak ada di sana teka-teki dan tidak ada di sana perlu mana hendak ‘tebuk atap’, hendak pergi ikut belakang, ikut pintu belakang- tidak ada...

[Tidak jelas] berkuasa..

Kita tetapkan selama lima tahun sebuah kerajaan yang telah diangkat, diberikan mandat untuk mereka melaksanakan janji dan tawaran mereka, manifesto mereka supaya tidak ada ganggu gugat. sekadar yang disemak imbang oleh Pembangkang dalam proses semak imbang ataupun dikatakan sebagai...

[Berucap dalam bahasa Arab] Semak imbang yang Allah Taala sebutkan dalam Al-Quran...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Seandainya manusia itu tidak saling semak mengimbang, muka bumi ini pun akan hancur”. Tambahan, sebuah negara yang dalam waktu-waktu tertentu, seumpama Parlimen digantung dan dicekik satu masa dahulu, kerana tidak ada unsur semak imbang.

Pada hari ini kita berdepan dengan dakwaan-dakwaan bahawa semasa PKP itu, tadbir urus pembelian dan perolehan itu hari ini sudah dalam semakan SPRM. Ini yang maksudnya, andainya tata kelola itu berlawanan dengan sifat madani, sifat sivil, sifat tadbir urus dan budaya yang baik, politik yang sihat bersaing di atas dasar dan pelaksanaan, implementasi, maka kita akan kembali kepada PRU-14, yang sentiasa dalam keberantakan dan konflik.

Tuan Yang di-Pertua, waktu sangat cemburu untuk saya masuk dalam noktah kedua. Saya kira rangkumannya itu, madani ini, saya yakin kawan-kawan pembangkang tidak ada masalah untuk sama-sama kita berperanan sebagai His Majesty loyal opposition yang diberikan antara lainnya, diberikan segala infrastrukturnya, diberikan pegawai penyelidik, diberikan sedikit emolumen, sedikit imbuhan supaya mereka berperanan dan demokrasi di Parlimen ini sihat atas apa yang dikatakan benar-benar semak imbang yang oleh kita jadikan Parlimen Penggal Ke-15 ini satu yang unik supaya kita dapat mengangkat negara, maruah- dignity dan boleh ditauladani Parlimen kita ini sebagai best practice, sebagai benchmark. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih sedikit di situ walaupun saya mungkin miss beberapa poin yang tertentu, tetapi saya mahu poin yang kedua saya menyambut daripada Yang Berhormat Titiwangsa dan kawan-kawan yang bercakap tentang ekonomi...

final • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Kuala Selangor, Parit Buntar minta laluan.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ya? Saya mungkin tidak boleh- sebab saya punya dua poin lagi. Saya minta maaf ya.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kawan.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ya, kawan.

Memang sahabat lama saya ini. Sebab...

final • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Bagilah peluang sedikit.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kalau boleh di hujung nanti. Di hujung.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya faham bahasa Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang Berhormat Hulu Langat tidak faham tidak mengapa.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ya, ya. Boleh, boleh. Akan tetapi di hujung nanti.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tidak boleh?

final • 3:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Di hujung nanti.

Baik.

Tuan Yang di-Pertua, maksudnya madani juga sifatnya rahmah, sifatnya ihsan belas. Ekonomi kita yang hari ini berdepan dengan cabaran, sama ada cabaran geopolitik, peperangan atau supply-chain, dengan izin dan cabaran cost of living, cabaran perubahan iklim- climate change dan sebagainya, tetapi pokoknya, Tuan Yang di-Pertua, kita berdepan dengan sebuah ekonomi yang perlu kita bina kembali sebagai building back better, ataupun kita kena kembali untuk melihat di mana masalahnya ekonomi.

Saya mengharapkan kerajaan hari ini akan dapat keluar daripada perangkap yang diistilahkan sebagai the middle-income trap kerana kita hanya berkisar sebagai- melakukan apa yang disebutkan juga oleh Yang Berhormat Titiwangsa semalam, menjalankan kegiatan pelaburan ataupun memacu pertumbuhan dengan hanya memacu atas consumption yakni pembiayaan ataupun perbelanjaan isi rumah- household consumption. Ini sangat tidak mampan (sustainable).

Antara faktor utama penyebabnya ialah persoalan investment, FDI dan juga pertumbuhan. Saya boleh huraikan sebegini di sini, Tuan Yang di-Pertua. Pertama, saya perhatikan revenue ataupun hasil negara terus menyusut. Kita tidak dapat kembali kepada pra pandemik, bahkan kita terus menyusut. Pertumbuhan kita hanya meningkat sebanyak 3.9 peratus setahun. Sementara pertumbuhan KDNK nominal sebanyak tujuh peratus.

Maksudnya, pendapatan daripada cukai kita ini, seperti mana juga yang telah disebut, adalah satu yang masih lagi di tahap yang tidak akan mengizinkan kita punya belanjawan yang di mana ada current account surplus- lebihan. Maksudnya, perbelanjaan development expenditure kita akan sentiasa kita meminjam.

Persoalannya, saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah langkah-langkah konkrit untuk menggamit pelaburan? Bersabit cukai pendapatan masih rendah, ini kerana kita perhatikan rakyat kita punya gaji ataupun punya pendapatan yang hanya 2.5 juta sahaja yang membayar cukai daripada 15 juta workforce kita. Dengan kata lain, mereka punya pendapatan yang di bawah RM3,111. Bermakna, average median ataupun angka penengah gaji kita adalah sebanyak RM2,640 kurang lebih begitu.

Dengan kata lain, hanya 2.5 juta sahaja daripada 16 juta orang warga kerja kita membayar cukai. Dengan kata lain juga, ketika corporate return, keuntungan korporat juga menurun, maka dengan kata lain, kita akan terus-terusan mengalami apa yang dikatakan sebagai penurunan income daripada revenue cukai langsung dan tidak langsung yang hari disebutkan hanya 11.9 peratus daripada KDNK kita.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, dengan kata lain, kita memerlukan langkah-langkah yang tegas, yang keras daripada kerajaan. Saya ingin bertanya, apakah langkah-langkah seterusnya?

Seandainya kita tidak dapat FDI dan juga domestic direct investment (DDI) kita pun mengalir keluar, kalau kita tidak akan dapat FDI- FDI kita akan terus gagal. Ia adalah sangat perlu untuk memacu, antara lainnya, industri-industri baharu dan model pembangunan baharu.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Industri-industri yang mempunyai nilai tambah yang lebih tinggi, yang akan terus sekali gus menjana pekerjaan. Pekerjaan yang disebutkan sebagai high paying job. Kita akan kekal sebagai middle-income trap selama kita hanya mengendalikan industri-industri yang sifatnya very low value-added industries. SMEs kita ataupun micro, small and medium industries kita. Perusahaan mikro, kecil dan sederhana kita.

PMKS kita masih lagi terperangkap. Bukan sahaja terperangkap dengan persoalan investment, tidak ada investment, juga terperangkap dan tergalang dengan persoalan human capital. Justeru di situ Tuan Yang di-Pertua, kita ingin mendengar penghujahan bagaimana Menteri MITI dan Menteri Ekonomi dan semuanya yang lain untuk benar-benar dapat mengangkat ataupun melepaskan kita daripada perangkap middle-income trap ini.

Hal ini kerana sudah banyak, sudah tiga, empat Perdana Menteri bercakap hal yang sama, mengulangi wirid yang sama, mantera yang sama tetapi kita masih lagi di takuk yang sama. Kita mahu Kerajaan Malaysia Madani ini, memberikan intervention, memberikan langkah-langkah yang konkrit untuk kita keluar daripada mengalami apa yang diistilahkan hari ini sebagai penurunan FDI ke peringkat yang tidak silap saya, kekal corot.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Saya cuba Tuan Yang di-Pertua. Sebanyak 67 peratus of the investment shares of FDI yang mengalir masuk ke ASEAN.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira ini adalah perkara yang penting. Kita perlukan model pertumbuhan, model pembangunan yang melepasi hanya menjadikan rakyat berbelanja or consumption-driven model tetapi mesti mengalih kepada paradigma

(paradigm) ataupun model di mana kita benar-benar dapat memacu pertumbuhan berdasarkan industri pelaburan yang bertambah masuk, industri yang dibangunkan mempunyai high value-added dan kita terpaksa juga mengambil peranan dalam digital ataupun the new economy di samping the old economy, the real economy atau yang bersifat commodity-based. Di sini saya harap kita akan dapat mendengar penghujahan daripada Menteri MITI, Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi supaya negara madani ini akan kembali mengaum sebagai antara Harimau Asia yang bukan sahaja punya tata kelola yang bebas rasuah, tata kelola yang menghormati perhubungan antara kaum dan budaya kerana ini sebenar-benarnya adalah yang kita semua perlu angkat adalah karamah insaniah.

Jangan sampai berlaku perbalahan agama, kaum dan budaya kerana melihat orang lain itu tidak satu kelas dengan mereka dan mengambil sikap-sikap yang saya tidak perlu menyebutkan betapa dalam pilihan raya umum yang lalu, persoalan politik fear, politik kebencian dimomokkan dalam TikTok dan sebagainya.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat, masa telah habis.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peruntukan yang diberi sedikit lebih ini. Meskipun saya tidak dapat sempat memasuki topik kesihatan yang saya akan bahas insya-Allah sebagai input kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan dalam belanjawan yang akan datang.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Sekali lagi terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong Usul Titah Yang di-Pertuan Agong.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Berikutannya kita mempersilakan Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 3:20 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Pokok Sena untuk berbahas dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena dengan pembukaan penggal pertama bagi sidang Parlimen Kelima Belas pada hari ini. Menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas titah yang telah disampaikan.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah kali pertama saya berbahas di Dewan yang mulia ini. Sukalah untuk saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pengundi Parlimen Pokok Sena yang memberi peluang kepada saya mewakili Perikatan Nasional untuk mewakili mereka, memberi khidmat dan bersuara bagi pihak mereka.

Pokok Sena hari ini tidak sama dengan Pokok Sena dahulu.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Pilihan Raya Umum Kelima Belas pada November yang lalu memberikan satu signal yang jelas kepada kita bahawa rakyat mahukan suatu titik perubahan dalam landskap politik tanah air. Polarisasi pengundian yang berlaku adalah isyarat bahawa politik matang dan sejahtera memainkan peranan yang penting dalam aspek memilih tampuk pemerintahan negara.

Kematangan rakyat dalam memilih pemimpin ini seharusnya disambut oleh para pemimpin yang ada pada hari ini agar pemimpin dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, telus serta bertanggungjawab. Kematangan dalam menjalankan tugas sama ada di peringkat kerajaan mahupun di peringkat Ahli Dewan Rakyat bukan sahaja sekadar di bibir, malah mesti dibuktikan dengan komitmen dan usaha. Ia mesti dilihat matang dan mesti dilaksanakan kematangan itu dalam setiap tindakan para pemimpin. Sesungguhnya rakyat menuntut kematangan para pemimpin.

Namun, sangatlah ironi apabila kerajaan yang berada di hadapan saya pada hari ini, seolah-olah mengambil langkah mengundur ke belakang. Reformasi integriti masih tidak dijadikan keutamaan dalam kerajaan. Saya lihat ia masih di awang-awangan.

Amalan nepotisme diangkat sebagai norma baharu dalam kerajaan meskipun dilapik dengan alasan kerja tanpa gaji atau pro bono. Jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diletakkan di bawah individu yang sama. Walaupun sebelum ini pihak sebelah sana jugalah yang lantang membidas pihak lain mengamalkan perkara yang sama. Persoalan saya, bagaimana mungkin politik tanah air akan bergerak ke arah suatu kematangan yang diharapkan dan kematangan yang tinggi jika mentaliti dan amalan kerajaan yang ada pada hari ini masih di takuk yang lama.

Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks kedudukan badan penguatkuasaan SPRM yang menjadi nadi penting bagi menghapuskan rasuah dalam negara. Saya ingin mengetahui apakah kerajaan mempunyai suatu perancangan strategik bagi memastikan akauntabiliti SPRM di bawah Parlimen yang mulia ini. Sewajarnya isu akauntabiliti SPRM ini dijadikan keutamaan oleh kerajaan pada hari ini.

Malangnya, pelbagai tuduhan rambang, persepsi kosong yang disebar luas tanpa sebarang bentuk pembuktian yang berfakta dikemukakan. Mungkin kesemua ini bertitik tolak daripada dendam politik yang tidak pernah berkesudahan. Saya berpandangan kerajaan perlu menangani masalah defisit keyakinan terhadap SPRM yang sebenarnya dicetuskan dalam kalangan pemimpin parti kerajaan sendiri.

Ketika kempen PRU-15 tempoh hari, ada pihak sebelah sana secara terbuka mengugut untuk mencari Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu selepas memenangi

final • 3:23 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

pilihan raya umum. Walau bagaimanapun, selepas berada di tampuk pentadbiran, individu yang sama tidak meletakkan reformasi institusi SPRM sebagai keutamaan. Bagi saya, ini adalah suatu yang sangat menghairankan. Apakah kerajaan tidak tahu meletakkan keutamaan dalam suatu perkara? Bagaimana pemimpin politik boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian yang sangat tidak bertanggungjawab?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil contoh iaitu apabila saya melihat dan mendengar kenyataan-kenyataan daripada Yang Amat Berhormat Tambun sendiri, lebih cenderung membuat tuduhan rambang sehingga mencetuskan persepsi negatif terhadap kakitangan awam. Ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pagoh tadi, yang berada dalam kementerian sendiri.

final • 3:23 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Ironinya dalam masa yang sama individu yang berdepan kes rasuah diangkat dalam Kabinet selain amalan nepotisme menjadi normal baharu dalam kerajaan. Isunya di sini bukan lagi soal mereformasi SPRM dan kehendak politik untuk menutup lubang rasuah tetapi sebaliknya semakin mengundur lebih parah ke belakang dengan amalan norma baharu tadi.

Soalan saya, adakah ini identiti madani yang cuba untuk diketengahkan. Saya ikuti perbahasan dari Yang Berhormat Kuala Selangor tadi yang cuba untuk menjelaskan apakah yang dimaksudkan madani, namun sayang Yang Berhormat Hulu Langat pun payah hendak faham apa yang dijelaskan itu.

[Tepuk] Saya berpandangan isu reformasi institusi ini memerlukan libat urus yang serius.

Paling utama adalah kita menolak institusi penting seperti SPRM ini dijadikan alat tunggangan politik. Saya tegaskan bahawa keadilan itu bukan sahaja perlu untuk dilaksanakan bahkan perlu dilihat sebagai telah dilaksanakan. Tambahan lagi keadilan bukan sahaja dilihat sebagai telah dilaksanakan bahkan juga perlu dilihat sebagai telah dipercayai pelaksanaannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada isu federalisme yang juga perlu diberikan perhatian serius. Tadi sudah dibangkitkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Alor Setar. Saya juga suka untuk membangkitkan semula isu ini di mana saya berpandangan kita seharusnya meletakkan satu garis yang jelas di antara kerajaan kepada kerajaan dan parti kepada parti. Dalam konteks federalisme, kita harus berpijak pada paksi hubungan di antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri.

Maka, oleh yang demikian soal perbezaan parti di peringkat Persekutuan dan negeri tidak seharusnya berbangkit. Namun, hari ini amalan Kerajaan Persekutuan seolah-olah cuba mengundurkan negara ke belakang sekali lagi dengan kewujudan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Ini adalah sebahagian daripada taktik membuli yang akan merugikan rakyat pada akhirnya.

Tuan Yang di-Pertua, kita perlu sedar prinsip federalisme di Malaysia tidak begitu kompleks sebagaimana yang diamalkan di negara-negara luar seperti di Switzerland dan Belgium. Federalisme di Switzerland sebagai contoh menguruskan negeri-negerinya dengan empat bahasa rasmi utama iaitu Jerman, Itali, Roman dan Perancis. Begitu juga amalan federalisme yang agak kompleks di Belgium, India dan negara-negara Persekutuan yang lain. Cuma, federalisme yang diamalkan di Malaysia terlalu berpusat kepada Persekutuan. Saya tidak berhajat untuk merungkaikan semula. Cuma, kita seharusnya berpegang kepada best practice khususnya dalam konteks hubungan di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara yang saya berpandangan perlu diberikan penekanan dalam hal ini.

(i) memelihara hubungan terus di antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri tanpa perlu Jabatan Pembangunan Persekutuan;

(ii) menyatakan komitmen yang jelas khususnya berkaitan dengan urusan kewangan dan fizikal dengan kerajaan-kerajaan negeri

final • 3:30 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

antaranya yang berkait dengan royalti, geran per kapita dan sebagainya;

(iii) meningkatkan anggota Dewan Negara dari negeri-negeri yang dihadkan kepada dua orang sahaja daripada setiap negeri ketika ini bagi menguatkan lagi suara dari negeri ke Persekutuan;

(iv) menyemak semula peruntukan geran per kapita berdasarkan bahagian satu jadual ke-10 supaya ia dapat ditingkatkan selaras dengan paras tahap sara diri yang sesuai ketika ini; dan

(v) merundingkan semula pembayaran nilai pajakan Pulau Pinang daripada Kerajaan Persekutuan yang dikhususkan kepada negeri Kedah.

Ini sebahagian daripada perkara yang memerlukan kepada jawapan balas daripada kementerian. Saya mengharapkan respons yang baik daripada pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara terakhir yang ingin saya sentuh dalam perbahasan ini adalah berkenaan dengan langkah Kementerian Kesihatan. Kebetulan Yang Berhormat Menteri ada memperkenalkan projek rintis pemberian ubat mencegah jangkitan HIV iaitu PrEP secara permintaan. Saya ingin menegaskan bahawa implikasi terhadap tindakan tersebut sangat besar khususnya kepada perkembangan golongan LGBT atau spesifiknya golongan gay dalam negara ini.

Saya mengharapkan agar KKM dapat meneliti semula projek rintis berkenaan. Ini bukan kerana kita menolak prinsip kementerian untuk menyelamatkan golongan yang berisiko kepada HIV tetapi kita memerlukan suatu pendekatan yang lebih menyeluruh untuk memastikan golongan gay dan LGBT umumnya tidak turut berkembang dalam negara ini. Inilah pandang sisi yang wajar diketengahkan oleh kementerian. Saya berpandangan Kementerian Kesihatan sewajarnya mengambil pandangan agama dan moral secara bersama dalam menangani isu sebegini. Sinergi bersama JAKIM dan Majlis Fatwa di negeri-negeri seharusnya dirundingkan secara berstrategik bagi mengelakkan implikasi yang lebih parah kemudiannya jika projek rintis memberi pemberian PrEP ini diteruskan.

Dalam konteks mengawal penularan LGBT dalam negara, saya ingin menyentuh beberapa item berikut:

(i) kerajaan mesti mengemukakan statistik semasa setiap satu golongan LGBT dalam negara serta punca dan bagaimana budaya songsang ini boleh menular dalam negara;

(ii) menggubal suatu dasar bagi menolak prinsip dan tuntutan terhadap orientasi seksual dan identiti gender yang menjadi lapangan perjuangan golongan LGBT ini;

(iii) menggubal suatu dasar bagi melakukan sekatan terhadap platform media sosial sama ada yang berpangkalan dalam negara mahupun di luar negara yang mengandungi unsur LGBT; dan

(iv) memperkukuhkan dasar berkaitan institusi kekeluargaan bagi mengurangkan pengaruh terhadap gelombang LGBT yang masuk dalam negara ini.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Pokok Sena, sila gulung.

final • 3:30 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Ya, terima kasih. Insya- Allah, saya pun hendak gulunglah. Jadi penyakit ini berbahaya.

final • 3:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 3:30 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Sesungguhnya penyakit ini berbahaya.

final • 3:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 3:30 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Bukan. Ya?

final • 3:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Boleh minta pencerahan sedikit?

final • 3:30 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Habis sudah. Habis sudah.

final • 3:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Sikit lah.

final • 3:30 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Okey.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Waktu sudah tamat.

final • 3:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Kita orang Utara. Boleh tolonglah.

final • 3:30 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Kesempatan lain.

Kesempatan lain.

final • 3:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Hendak tanya. Hendak tanya minta mintak pencerahan sedikit sahaja. Boleh?

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Ipoh Timur waktu telah tamat.

final • 3:30 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Sudah, sudah, sudah.

Saya hendak gulung sudah. Hendak gulung sudah.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Saya bagi injury time ini.

final • 3:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Okey.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Gulung Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 3:30 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Okey, saya ulangi penyakit ini adalah penyakit yang berbahaya. Bukan sekadar mengundang masalah sosial bahkan ia juga mengundang bala Allah SWT. Gerunlah dengan amaran Allah [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Al-Anfal ayat 25, “Marilah kita menyahut apa yang diperingatkan Allah, peliharalah diri kamu daripada seksaan yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim sahaja dari kalangan kamu. Ketahuilah bahawa Allah sangat keras seksanya.” Tuan Yang di-Pertua, saya turut menyokong Usul Menjunjung Kasih terhadap Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

[Tepuk] Berikutannya kita persilakan Yang Berhormat Selangau.

final • 3:30 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada Selangau untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah ucapan ke bawah Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong semasa Majlis Pembukaan Sidang Dewan Rakyat Penggal Kedua Parlimen ke-15 pada kali ini.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Tambun atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10 yang memberi harapan yang amat tinggi kepada kita. Bak kata pepatah Inggeris it’s akin to seeing light at the end of the tunnel, dengan izin. Doa dan harapan kita semoga aspirasi dan komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke-10 seperti digarapkan di dalam Malaysia Madani bukanlah retorik semata-mata dengan adanya sokongan daripada dua Timbalan Perdana Menteri dan barisan Kabinet yang kompeten.

final • 3:39 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Kini terbentuknya Kerajaan Perpaduan yang turut dianggotai oleh lima Menteri penuh dan enam Timbalan Menteri dari Sarawak, maka sudah tentunya harapan rakyat Sarawak khususnya tidak ada lagi laporan yang menyatakan bahawa Sarawak merupakan antara negeri yang termiskin di Malaysia lebih-lebih lagi dengan pengiktirafannya sebagai sebuah wilayah.

Sehubungan itu kita menjunjung kasih ke atas titah Tuanku berkaitan tindakan segera kerajaan dalam menyelesaikan isu-isu berhubung tuntutan Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah mengenai pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Semoga pemindahan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Kerajaan Negeri Sabah mengiktiraf Jabatan Kerja Raya Sabah dan Sarawak sebagai Jabatan Teknik, menambah baik tahap pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak seperti dipersetujui menjadi kenyataan dalam masa yang terdekat ini.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah dititahkan Kebawah Duli Tuanku, harapan Tuanku agar prinsip-prinsip negara madani hendaklah diterjemahkan dengan baik dalam kerangka untuk mencipta lonjakan buat negara.

Baginda juga telah menekankan tentang agenda pemerkasaan ekonomi dan pembasmian kemiskinan. Maka bagi Selangau isu universal berkaitan kelangsungan hidup sudah semestinya yang melibatkan penjanaan pendapatan atau income generation dengan izin sebagai sebuah negara yang banyak bergantung kepada keluaran pertanian.

Salah satu cabaran ataupun masalah besar kepada kita bukanlah kebolehan kita dari segi productivity per se dengan izin tetapi lebih kepada kelemahan kita dari segi pemasaran.

Banyak mana pun atau baik mana pun hasil keluaran pertanian kita, jika tidak dapat dijual atau dipasarkan pun tiada gunanya.

Mungkin perkara ini boleh dibahaskan sebagai chicken and egg issue tetapi bagi kita khususnya bagi masyarakat luar bandar di Sarawak masalah bagi memasarkan keluaran pertanian lebih-lebih lagi buah-buahan dan sayur-sayuran amatlah serius. Di sinilah perlunya kementerian bertanggungjawab mencari penyelesaian lestari atau sustainable solution dengan izin seperti menyediakan collection centre atau processing centre yang strategik kedudukannya agar hasil pertanian dapat diproses menjadi produk hiliran dan dibungkus atau packaging supaya dapat bertahan lebih lama dan bermutu untuk pasaran luar.

Bagi Sabah dan Sarawak dengan siap sepenuhnya Pan Borneo Highway mungkin sudah tibanya masa pihak bertanggungjawab sama ada di peringkat negeri atau wilayah membuat penyelidikan secara spesifik bagaimana dapat memanfaatkan sepenuhnya Pan Borneo Highway untuk membantu sektor pertanian dan pengeluaran makanan ini dengan mengoptimumkan rangkaian logistik di kedua-dua negeri ini.

Ini melibatkan penggunaan data berkaitan pengeluaran hasil pertanian secara real time agar para pengusaha logistik atau pengangkutan dapat dilibatkan secara optimum dalam memindahkan dan pengangkutan hasil keluaran dari tapak keluaran kepada pasaran ataupun ke processing centre. Di sini lah peranan agensi seperti FAMA atau pihak swasta boleh meningkatkan lagi peranan mereka untuk mengurangkan masalah kekurangan bekalan bagi sesuatu hasil pertanian di suatu kawasan dan sekali gus boleh menstabilkan harga makanan dalam negeri.

Walau bagaimanapun di sebalik usaha gigih kita untuk meningkatkan keupayaan rantaian pengeluaran atau supply chain kita hendaklah sentiasa memastikan mutu keluaran menepati piawaian atau mutu iaitu dari segi saiz, bentuk dan lebih-lebih lagi dari segi piawaian kesihatan. Maka kementerian bertanggungjawab bukan sahaja menitik berat kepada pengeluaran tetapi juga dari segi kebolehpasaran dari segi kualiti.

Tuan Yang di-Pertua, saranan ini adalah berikutan terlalu banyak yang disebut tentang peningkatan hasil pertanian dengan segala teknologi dan kepakaran yang terkini tetapi kurang diimbangi dengan market sustainability dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, kelestarian kehidupan bagi sesuatu masyarakat madani amat bergantung kepada pencapaian kepada kemudahan asas iaitu infrastructure,

final • 3:40 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

bekalan elektrik dan air bersih. Ke bawah Duli Tuanku juga bertitah tentang infrastructure berkualiti dan perhubungan akses luar bandar, jambatan, utiliti, bekalan air bersih, bekalan elektrik dan kediaman yang lebih baik.

Sehubungan itu adalah diakui sememangnya bukan mudah untuk menyediakan kemudahan-kemudahan asas yang lengkap dan mencukupi kepada setiap pelosok masyarakat pendalaman khususnya di Sarawak yang penduduknya bertaburan di merata kampung dan rumah panjang. Walaupun di sini sebagai wakil rakyat bagi kawasan yang bukan sahaja luas seperti Selangau, di mana accessibility-nya amatlah mencabar hatta perbelanjaan hanya untuk melawat kawasan sahaja pun sudah cukup menekan.

Maka bukanlah satu gurauan apabila saya menyatakan bahawa tolak kuda dan unta, saya kadangkala perlu melalui denai berjalan kaki, kemudian menaiki bot dan seterusnya menaiki pacuan empat roda dan juga pesawat dan helikopter sebelum tiba di sesebuah rumah panjang atau penempatan di pendalaman Selangau.

Dengan izin, it is no exaggeration that for some of us from Sabah and Sarawak we need to trek the hill, traverse the rivers and travel by four wheel drives on logging road and even to take the helicopter in order to serve our constituents. Oleh yang demikian, besarlah harapan kita agar peruntukan bagi setiap wakil rakyat hendaklah juga mengambil kira keadaan dan saiz kawasan selain daripada jumlah penduduk kerana kos pengangkutan dan logistik adalah amat tinggi.

Seterusnya berkaitan masalah bekalan air bersih. Meskipun banyak yang sudah diatasi masih ada juga kes-kes lama yang masih juga tidak dapat diselesaikan hingga kini.

Ada sebahagiannya merupakan kes yang telah diumumkan peruntukannya atau diluluskan bertahun-tahun yang lalu tetapi tidak siap-siap hingga kini. Kepayahan dan kerumitan yang dihadapi oleh penduduk saban tahun dibawa ke Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. Namun masih tiada penghujungnya.

Jadi sebagai contoh di Selangau masalah kelewatan loji air di Sekuau dan di Tatau amatlah menyulitkan penduduk sehingga wakil rakyat terpaksa membekalkan air botol mineral kepada sebuah sekolah rendah di Tatau bagi membantu usaha pihak JKR yang menghantar air dengan lori tangki air.

Tuan Yang di-Pertua, capaian rakyat kepada persekolahan dan pendidikan adalah menjadi keutamaan Selangau sebagai Ahli Dewan yang mulia ini. Maka adalah disarankan agar bilangan pra sekolah rendah dan sekolah menengah sesuatu kawasan hendaklah mengambil kira pertubuhan penduduk setempatnya.

Di Selangau, khususnya di Tatau kekurangan tempat untuk anak-anak prasekolah agak kritikal dan perkara ini perlu ditangani dengan segera. Di samping itu bagi sekolah rendah di pedalaman juga masalah sekolah daif, juga tidak putus-putus diperkatakan meskipun saban hari sama ada kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan menyatakan projek baik pulih dan menaiktarafkan telah diluluskan atau sedang dilaksanakan dengan sekian banyak peruntukan.

final • 3:40 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Walau bagaimanapun, kepincangan dan kelemahan daripada segi pelaksanaan oleh pihak yang terlibat telah membantutkan usaha berkaitan sekolah daif ini. Oleh itu, mungkin juga inisiatif lain perlu dipertimbangkan dan tidak semata-mata melalui pemberian kontrak atau pelaksanaan pembaikpulihan sekolah-sekolah daif.

Mungkin kementerian perlu mempertimbangkan usaha ala jiwa murni atau secara gotong royong oleh PIBG dan pihak sekolah seperti yang pernah dilakukan oleh beberapa sekolah rendah di Sarawak di mana pentadbir sekolah mengambil langkah proaktif dengan membaik pulih sendiri bangunan di sekolah mereka dengan adanya bantuan peruntukan terus kepada pentadbiran sekolah.

Jadi, inisiatif ini bukan hanya boleh memupuk semangat gotong royong seperti zaman dahulu, tetapi boleh mengurangkan penggantungan semata-mata kepada pihak kerajaan bagi sesuatu projek yang agak ringan seperti membaiki sebuah kuarters cikgu yang hampir runtuh hanya kerana menunggu proses tender dan sebut harga.

final • 3:50 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu pendidikan dan latihan ialah berkaitan dengan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET). Selangau juga amat memerlukan kewujudan pusat TVET ini kerana Selangau merupakan kawasan yang belum ada satu pun sebarang pusat latihan teknikal dan vokasional sehingga kini meskipun ramai anak-anak di kawasan yang berpotensi untuk dilatih seperti juga di daerah-daerah lain di Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini apabila kita memperkatakan tentang keperluan harian yakini our basic needs dengan izin, kita tidak dapat tidak akan menyentuh tentang capaian jalur lebar atau Internet speed. Sehubungan itu, kita menjunjung kasih Ke Bawah Duli Tuanku juga telah menyentuh tentang aspek kesalinghubungan digital yang merupakan antara asas terpenting pembangunan sesebuah masyakat dengan ekosistem digital.

Kebergantungan kita kepada alat komunikasi atau peranti elektronik dalam menjalankan rutin harian kita sama ada bekerja di pejabat, bekerja sendiri atau bagi tujuan persekolahan, semuanya sedikit sebanyak memerlukan capaian Internet. Oleh itu, usaha berterusan kerajaan dan pihak penyedia atau pembekal perkhidmatan menaik taraf perkhidmatan mereka amatlah diharapkan, lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak. Sehubungan itu...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 3:50 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Jadi, just give me one more minute. Tuan Yang di-Pertua, Ke Bawah Duli Tuanku juga telah menyatakan perasaan sukacita Baginda dengan prestasi pelaksanaan projek Fasa I Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak. Dengan siapnya Lebuhraya Pan Borneo, kita amat berharap agar keselesaan dan kesejahteraan pengguna lebuh raya dan penduduk di sepanjang lebuh raya tersebut hendaklah menjadi keutamaan. Sehubungan itu, salah satu harapan tambahan kita adalah agar disediakan secukupnya tempat rehat RNR kerana setakat ini belum ada kelihatan tapak-tapak cadangan di mana letaknya RNR.

Dengan demikian, saya menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Selangau. Dipersilakan Yang Berhormat Pendang.

final • 3:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi Penggal Kedua, Parlimen Ke- 15.

Pelbagai perkara yang telah diungkapkan oleh Seri Paduka Baginda demi memastikan Malaysia yang sejahtera, makmur dan maju. Insya-Allah, saya akan menyentuh tiga perkara dalam masa yang singkat ini walaupun saya membuat persediaan untuk mencadangkan kepada kerajaan untuk mendapat kaedah mendapat balik revenue ataupun income negara yang sekarang ini menjadi satu perbincangan yang penting, saya akan membincangkan pembentangan cadangan ini pada ketika pembentangan bajet.

Saya akan menyentuh pertamanya berkenaan dengan TVET. Kedua berkenaan dengan isu penyelenggaraan hutan di Kedah dan yang ketiga, berkenaan dengan isu LCS yang kita tengok sekarang ini perlu kita bangkitkan bahawa ini adalah isu kehilangan wang negara yang sangat besar. Jadi untuk kesempatan ini, saya ingin merakamkan juga ucapan takziah serta rasa simpati ke atas kerajaan serta rakyat Turki dan Syria yang diuji dengan bencana gempa bumi terburuk dalam sejarah bencana alam di dunia mutakhir ini.

final • 4:55 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang mengambil tindakan cepat menghantar pasukan task force untuk kita sama-sama membantu bencana yang sedang berlaku di Turki ini seperti mana kerajaan mengambil tindakan cepat isu krisis makanan babi dibawa Kabinet. Begitu juga isu krisis telur dan juga ayam perlu juga kita menyokong semua perkara yang melibatkan rakyat supaya telur dan ayam juga dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan supaya penyaluran keperluan rakyat – kita akan menjaga kebajikan mereka.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 dahulu telah menunjukkan bahawa pengundi telah memberikan satu mandat sepenuhnya kepada Ahli-ahli Parlimen yang ada pada hari ini, yang mana saya daripada lubuk hati yang dalam ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah melaksanakan tanggungjawab pada PRU15 dahulu khususnya dalam Parlimen Pendang. Saya bukan hendak bermegah, 75 peratus lebih daripada pengundi keseluruhan Parlimen Pendang telah mengundi saya dengan majoriti hampir 32,000.

[Tepuk] Jadi, saya ingat Menteri Kesihatan itu perlu mengambil perhatian sedikit apabila turun ke Hospital Pendang itu, jangan ‘duk langgar tak tau hala sangat’. Okey, saya tahulah arahan daripada jeneral maulud Putrajaya, menyebabkan Menteri Kesihatan yang tidak beradab ini turun tanpa memberitahu. Tiada akhlak. Saya anggap amanah ini dan tanggungjawab...

final • 4:55 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat Pendang, saya mohon tarik balik. Kata-kata itu tidak baik.

final • 4:55 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

...Serta kepercayaan bagi sekali lagi mewakili Parlimen Pendang.

final • 4:55 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:55 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Minta kepada Tuan Yang di-Pertua, kenapa minta pada saya? Tidak ‘reti kut’. Apa ini? Belajar dahulu.

final • 4:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Pendang, tarik balik.

final • 4:55 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:55 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tiada masalah, tiada akhlak. Bukan saya kata nama binatangkah apa macam dengan Yang Berhormat Hulu Langat kata dekat saya pun, saya boleh terima.

final • 4:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 4:55 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ini saya kata tiada akhlak, bukan saya maki atau apa.

final • 4:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat, benda itu spesifik. Kalau...

final • 4:55 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Please, put the peraturan. Peraturan berapa?

final • 4:55 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Jangan cabar Tuan Yang di-Pertualah.

final • 4:55 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya bukan cabar. Biarlah ada benda yang kita buat itu berdasarkan fakta.

final • 4:55 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Takkan dia tidak tahu peraturan mesyuarat.

final • 4:55 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bukan boleh tembak macam itu. Ya, okey, baik. Saya teruskan dahulu. Ini jelas menunjukkan rakyat...

final • 4:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat,

final • 4:55 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Yang Berhormat Pendang...

final • 4:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

...Saya belum habis bercakap lagi.

final • 4:55 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Habis bercakap, sila.

final • 4:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Saya mempengerusikan Majlis ini.

final • 4:55 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ya, sila. Saya mendengar.

final • 4:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

...Anda bertanya kepada saya kan?

final • 4:55 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ya.

final • 4:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Sila lihat 36(1), “Seorang Ahli tidak dibenarkan menyebut nama ataupun satu benda yang spesifik” Ini Yang Berhormat menyebut Yang Berhormat Menteri Kesihatan. It is specific. Jadi, saya minta jasa baik...

final • 4:55 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ya, saya tarik balik.

final • 4:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

...Jasa baik, tarik balik.

final • 4:55 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tarik balik. Okey baik, terima kasih.

final • 4:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

final • 4:55 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi di sini, saya hendak menjelaskan, berdasarkan track record kerajaan yang lalu iaitu Kerajaan Perikatan Nasional, rakyat telah memberi satu keyakinan dan kepercayaan supaya kita melawan KKN, kronisme, corruption dan juga nepotisme. Ia bukan sahaja kita bercakap untuk memerangi, tetapi kita kelihatan memerangi dengan tindakan bermula daripada pemimpin. Kita orang atasan, kena melaksanakan dahulu daripada apa yang kita sebut kita hendak memerangi corruption, kronisme dan juga nepotisme.

final • 4:55 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, kita telah mencapai satu kedudukan, dengan izin, middle-income economy pendapatan negara ataupun GNI, pendapatan negara kasar di Malaysia ini dalam anggaran USD11,200, iaitu kurang USD1,335 membolehkan kita beralih— kalau kita sudah capai ke tahap ini, break-even point, kita akan bergerak menjadi negara pendapatan tinggi. Kita terus berusaha.

Antara yang perlu dipertingkatkan adalah usaha meningkatkan lebih banyak penghasilan pekerja mahir dan separa mahir dengan kita memberi penekanan kepada sistem pendidikan TVET. Tadi disebut oleh Yang Berhormat Selangau. Melalui pendekatan ini, kita dapat membentuk generasi baharu, sumber manusia yang lebih berkemahiran daripada apa yang kita miliki ketika ini.

Dalam perkembangan ini, apakah langkah-langkah yang telah dirancang dalam meningkatkan keberdayaan dan kemenjadian pelajar TVET yang akhirnya melahirkan produk berkualiti untuk pasaran pekerjaan sektor kemahiran dan menjamin peluang pekerjaan kepada anak muda yang menceburi bidang ini?

final • 4:00 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Yang Berhormat Pendang.

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ingin saya tekankan di sini...

final • 4:00 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Pendang. Kuala Kedah.

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Okey, sila. Cepat sedikit. Saya tidak ada masa.

final • 4:00 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pendang. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya

final • 4:00 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

berhubung dengan TVET, iaitu apakah Yang Berhormat bersetuju agar pihak kerajaan atau kementerian dapat memperkenalkan dan memperkasakan program TVET di sekolah-sekolah agama dengan memperkenalkan SKM1 dan SKM2? Sekian, terima kasih.

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Memang langkah pertamanya kita telah membuat satu keputusan bersama dengan JAKIM iaitu mengiktiraf Sijil Kemahiran Mara budak-budak, anak-anak kita yang belajar di sekolah agama seperti tahfiz TVET dan sekolah agama untuk mereka setelah selesai dalam pendidikan agama, mereka akan dipindahkan masuk ke bidang pendidikan TVET. Yang ini SKM1 dan SKM2.

Semasa saya memegang pengerusi TVET selepas saudari Nurul Izzah dahulu memegang, saya telah merancang satu kerjasama dengan JAKIM untuk kita membina anak-anak kita yang berpendidikan agama disalurkan dalam pendidikan TVET supaya mereka menjadi pemangkin kepada sektor-sektor yang kita rancang bagi memenuhi keperluan pekerja dan dalam masa yang sama kita mengurangkan pekerja asing. Jadi, ini sektor yang kita sedang tunggu sekarang ini adalah untuk kita meningkatkan pendidikan TVET yang lebih luas keperluannya dibandingkan dengan pendidikan akademik. Jadi oleh sebab itu, kita sekarang ini kita melihat peluang kerja yang berprestasi tinggi juga mesti diisi oleh rakyat tempatan terutamanya golongan belia dalam negara kita.

Dalam perutusan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru ini menyebut bahawa catatan nilai eksport kita RM1.5 trilion sehingga Disember 2022 iaitu peningkatan 25 peratus berbanding tahun 2021. Ini semua perancangan strategik ketika Kerajaan Perikatan Nasional mentadbir negara. Sektor pelancongan negara juga perlu diberi perhatian di mana sebanyak RM26.8 bilion pada tahun lalu dengan jumlah kedatangan pelancong adalah 9.2 juta. Yang ini mendapat satu lagi penambahan perolehan negara yang kita sebut tadi.

Jadi, saya ada lebih kurang 10 cadangan bagaimana hendak mendapat perolehan negara ataupun income negara ataupun revenue negara, tetapi saya tinggal semasa bentang bajet.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hal berkenaan dengan negeri Kedah— oh, kalau Tuan Yang di-Pertua ini orang Kedah, saya tulis di situ Tuan Yang di-Pertua Kedah.

Terima kasih. Saya ingin menggesa kerajaan untuk memberikan pampasan munasabah kepada Kerajaan Negeri Kedah atas peranan dalam memelihara Hutan Simpan Ulu Muda sebagai pusat tadahan air untuk kegunaan domestik, perindustrian dan pertanian.

Kawasan Ulu Muda juga kawasan yang tidak boleh disentuh apabila kawasan punca sungai ini membekalkan 90 peratus bekalan air di negeri Kedah, 80 peratus kepada Pulau Pinang dan 70 peratus kepada Perlis untuk tujuan pengairan sawah, sumber air yang bersih dan sebagainya.

Jadi, kita harap dengan permohonan ini, boleh isytihar sebagai pewartaan Ulu Muda ini sebagai hutan simpanan kerana ia memberi sumbangan penyaluran kepada tiga negeri. Jadi, kita harap negeri yang mendapat air bersih free ini, dia meniaga pula dengan rakyat, dia dapat duit, bayarlah sedikit kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk maintenance, penyelenggaraan pada jangka masa kehidupan rakyat di tiga-tiga negeri ini.

Seterusnya, saya minta pihak Kerajaan Persekutuan untuk menyemak semula kadar bayaran pajakan Pulau Pinang kepada negeri Kedah. Permintaan ini adalah berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan di bawah Perkara 2 triti pada tahun perjanjian...

final • 4:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Pendang, Sik minta sedikit penjelasan.

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Cepat sedikit.

final • 4:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Isu Ulu Muda.

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya ada panjang lagi.

final • 4:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ulu Muda masuk dalam Parlimen Sik.

Yang Berhormat Pendang beringat sedikit, ya.

Yang Berhormat sebut tadi bagaimana...

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, dia warning saya pula itu.

final • 4:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

...Pengorbanan khususnya rakyat Sik menjaga Ulu Muda itu sebagai kawasan hutan simpan tadahan air. Jadi, adakah Yang Berhormat setuju bahawa permohonan Kedah untuk Pulau Pinang bersama-sama memberi komitmen membantu pemuliharaan itu disambut oleh Kerajaan Persekutuan supaya menjadi perantara yang baik bagi memastikan Pulau Pinang juga bersama membantu memberi pampasan kepada Kerajaan Negeri Kedah? Terima kasih.

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya hendak baca perjanjian pada ketika 6 Mei 1869 di antara Inggeris, dengan izin, “The Governor of British colony of the Strait Settlements shall pay annually to His Highness the Yang Dipertuan of Quedah.” Dia tulis di situ Q-U-E-D-A-H. Itu perjanjian. Ini perjanjian ini. Saya kena baca ikut perjanjian.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat Pendang, mohon penjelasan.

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sekejap, saya habiskan dahulu. “The Yang Dipertuan of Quedah 10,000 dollars as long as Her Britain Majesty shall continue…”

final • 4:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat Pendang, mohon penjelasan. Saya tidak faham.

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

“...in possession of Pulau Pinang...”

final • 4:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tidak berapa jelas sebutan bahasa Inggeris.

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

“...and the country on the opposite Coast hereafter mentioned”.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Dia pelat Kedah.

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Berdasarkan rekod mata wang perdagangan yang digunakan ketika itu, tahun 1869, adalah Spanish silver dollar, kerajaan kekal membayar jumlah tersebut dengan denominasi ringgit. Jadi, saya harap perjanjian ini telah kita baca, kita harap kerajaan mengambil perhatian dan tindakan kepada apa yang kita bangkitkan.

Seterusnya yang ketiga, saya hendak bangkitkan isu littoral combat ship (LCS) yang mana perbelanjaannya RM9 bilion untuk enam kapal, sudah dibayar RM6 bilion tetapi satu kapal pun tidak disiapkan, apa yang saya difahamkan. Kos yang sama RM6 bilion untuk enam kapal diturunkan kepada lima kapal. Ini statement yang dibuat oleh pegawai tinggi di dalam Kementerian Pertahanan.

Bila boleh siap walaupun lima kapal? Saya hendak sebut di sini, mohon jaminan daripada pihak kerajaan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa semua pesalah yang terbabit di dalam skandal LCS ini tidak akan dilindungi di atas apa-apa kepentingan politik semata-mata, akan dihadapkan ke mahkamah pengadilan sesegera mungkin. Saya harap isu ini besar melibatkan— Menteri Pertahanan ada di depan ini— RM6 bilion ringgit duit rakyat. Terima kasih Menteri Pertahanan. Kita jangan lindung benda-benda macam ini.

Tidak kiralah siapa yang terlibat sebab ini melibatkan satu jumlah duit yang besar dan juga kelengkapan peperangan yang boleh mendedahkan kelemahan angkatan pertahanan negara. Jadi, kita jangan buat main-main dengan security of the country ini, dengan izin.

Jadi, yang seterusnya, saya hendak sebut juga yang terakhir berkenaan dengan ekonomi tadi yang mana kita tengok kerajaan perlu melihat kepada bagaimana kita hendak mendapat balik defisit yang berlaku di dalam negara kita daripada RM649 bilion

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

yang ditinggalkan pada tahun 2018, sekarang sudah hampir hutang negara menjadi RM1 trilion.

Bolehkah kerajaan breakdown ataupun itemised ataupun senaraikan peningkatan dalam masa empat tahun lebih ini sehingga menjadi hampir RM1 trilion ini? Apakah perbelanjaan besar negara yang menyebabkan kita menanggung hutang yang begitu besar sehingga menjadi RM1 trilion dalam masa empat tahun setengah? Ini satu keajaiban. This is a miracle, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

So, saya menggulung bahawa apa yang saya bangkitkan ini, pihak kerajaan mengambil tindakan dengan seberapa segera. Sekian, saya menyokong ucapan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari perasmian itu. Dengan ini, terima kasih. Wallahualam.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya tambah sedikit yang tadi Peraturan Mesyuarat 36(5) dan juga 36(6) ya.

final • 4:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ya, saya patuh, terima kasih. Saya tarik balik sudah tadi.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Ya. Saya hendak jelaskan. Berikutnya kita persilakan Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 4:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera, salam perpaduan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan kesempatan kepada Sungai Petani untuk bersama-sama terlibat di dalam perbahasan Titah Diraja pada hari ini.

Terlebih dahulu saya ingin merafakkan sembah tahniah di atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang disampaikan dalam Dewan yang mulia ini pada 13 Februari yang lepas. Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan takziah kepada Kerajaan Turkiye dan seluruh rakyat negara Turki atas bencana yang ditimpa oleh mereka.

Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa isu yang disentuh oleh Baginda Tuanku yang menarik minat saya.

(i) usaha untuk mengurangkan jurang pendapatan serta kadar kemiskinan penduduk;

(ii) tentang agenda kelestarian alam sekitar; dan

(iii) utiliti air bersih.

Tuan Yang di-Pertua, pada 19 Januari 2023 semasa menyampaikan Amanat Membangun Malaysia Madani, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan bahawa tidak boleh diterima negara yang merdeka lebih enam abad tetapi membiarkan segelintir rakyat miskin kota ataupun desa ataupun pedalaman Sabah dan Sarawak.

Walaupun jumlahnya menurun tetapi setakat Julai 2022, masih ada 136,000 isi rumah yang tergolong dalam keadaan miskin tegar. Kita tidak boleh membiarkan dan kita perlu merasa malu kerana masih ada 308,000 isi rumah dalam kategori miskin dan pimpinan hidup dengan mewah dan terus mengutip habuan yang bukan hak mereka.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini untuk membawa isu kemiskinan anak muda. Kita lihat pada tahun 2018, kita mula membicarakan tentang kemiskinan kanak-kanak tetapi pandemik COVID-19 telah mengajarkan kita dan menyedarkan kita semua bahawa adalah amat penting isu kemiskinan belia. Kita melihat laporan Bank Dunia pada tahun 2019, sebanyak 26 peratus iaitu empat juta daripada anak muda ini adalah pekerja bebas dan berkecimpung dengan

final • 4:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

ekonomi gig. Kenapa? Kerana anak muda perlukan pekerjaan yang kukuh dan gaji yang setimpal.

Tuan Yang di-Pertua, banyak persoalan yang timbul. Adakah generasi muda sekarang mempunyai simpanan yang mencukupi? Adakah mereka ini mempunyai daya tahan kewangan dan sejauh manakah tahap kecelikan kewangan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, kita boleh melihat bahawa berdasarkan Jabatan Perangkaan pada Disember 2022, kadar pengangguran adalah pada kadar 3.6 percent iaitu 599,600 dari 15.65 juta. Golongan belia iaitu 15 sehingga 24 tahun adalah sebanyak 440,500 orang yang menganggur. Ini adalah amat-amat membimbangkan kerana golongan muda adalah golongan yang menentukan masa depan negara. Jadi kalau anak muda berusia 20-an, 21, 22 telah mengalami bankruptcy maka ini adalah satu yang tidak baik untuk negara Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, kita melihat bahawa matlamat utama Sustainable Development Goals 2030 ada 17 poin dan poin pertama adalah membasmi kemiskinan.

Kita walaupun ada tujuh tahun lagi menuju ke tahun 2030, kita tidak akan berjaya mencapai matlamat ini jika generasi muda dan kanak-kanak masih hidup di dalam kemiskinan. Usaha mencapai matlamat pembangunan mampan ini digariskan dengan jelas di dalam Titah Seri Paduka Baginda Tuanku di dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda juga telah menegaskan mengenai peri pentingnya agenda kelestarian alam sekitar. Di sini saya ingin sedikit membawa isu negeri Kedah tercinta kerana saya berasal dari Kedah. Isu yang penting adalah rare earth elements. Rare earth elements ini kita tahu kegunaannya banyak. Namun begitu kita perlu memikirkan efek ataupun impak yang akan terkena kepada rakyat dan juga kelestarian alam. Kita lihat pada 7 Februari 2023, seramai 52 orang ditahan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) kerana disyaki melakukan aktiviti penerokaan unsur nadir bumi (rare earth elements) secara haram di Hutan Simpan Bukit Enggang. Pencurian nadir bumi ini kita lihat bukanlah perkara yang baru di Kedah.

Kita lihat pada Oktober 2022, di dalam Dewan yang mulia ini Yang Berhormat Menteri Tenaga dan Sumber Asli ketika itu mengumumkan bahawa Jabatan Perhutanan berjaya menumpaskan sindiket yang melakukan perlombongan haram di Sik, Kedah.

Bermakna Dewan ini pun telah cakna tentang isu ini. Operasi tersebut berjaya untuk memberikan atau menyelamatkan negara ini daripada kerugian berbilion ringgit.

Pada hari Sabtu, 11 Februari yang lalu penduduk kampung di sekitar kawasan Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik telah mengadakan demonstrasi di depan pintu tapak perlombongan REE Bukit Enggang. Penduduk kampung menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kecurian REE ini dari kawasan itu. Menurut mereka aktiviti perlombongan di situ kemungkinan menyalahi undang-undang kerana tiada penilaian kesan alam sekitar (EIA) diperoleh sebelum ini.

Kita lihat pada 11 Januari 2023, Menteri Besar Kedah Incorporated...

final • 4:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Sungai Petani, boleh Sik minta sedikit penjelasan? Isu ini berlaku di Sik.

final • 4:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya habiskan dahulu.

Dengan Jangka Bakat Mineral Sdn. Bhd. dan Xiamen Tungsten Co. dari China mengenai penerokaan. Bantuan teknikal dan perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah telah menyaksikan pemeteraian perjanjian ini. Saya ingin tahu apakah pendirian Kerajaan Persekutuan mengenai perlombongan unsur nadir bumi ini? Adakah kerajaan negeri telah menghantar permohonan ini dan kawasan manakah yang terlibat?

final • 4:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Sungai Petani, boleh ya? Sik mohon sedikit penjelasan.

final • 4:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Ya.

final • 4:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya, saya bersetuju bahawa Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim perlu segera menyiapkan SOP perlombongan REE yang sehingga sekarang masih belum ada

final • 4:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

yang perlu untuk memberi panduan kepada seluruh negeri yang mempunyai mineral ini.

Jadi dalam isu REE yang berlaku di kawasan Parlimen saya itu, saya telah pun diberi maklum oleh kerajaan negeri bahawa kawasan itu telah disita dan telah pun digantung operasi ataupun kerja-kerja – bukan kerja perlombongan lagipun, kerja asas itu. Jadi saya lihat perlu ditekan kepada pihak kementerian supaya SOP perlombongan itu perlu disiapkan segera untuk diikuti oleh negeri-negeri. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Sik dan kita harapkan bahawa satu perbincangan antara pihak Persekutuan dan juga kerajaan negeri akan dilakukan supaya hal ini tidak merugikan masyarakat sekitar khususnya dan untuk kelestarian alam.

Baik, saya sambung. Ketetapan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-70 pada 18 November 2014 telah memutuskan supaya semua negeri mengambil inisiatif untuk mengawal supaya mengelakkan kelulusan aktiviti perlombongan ini berterusan dan akan menyebabkan kerugian kepada alam dan juga masyarakat sekitar.

Pendirian saya mengenai isu ini sangat jelas kerana Kerajaan Negeri Kedah menghentikan perlombongan unsur nadir bumi ini dan ini juga sebenarnya kita harus mengambil iktibar daripada kejadian-kejadian sebelum ini yang mana kejadian-kejadian sebelum ini terjadinya bencana alam dan juga banjir yang pada akhirnya melibatkan puluhan rumah dan ribuan rakyat yang terpaksa menanggung kerugian daripada hal tersebut.

final • 4:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, utiliti bekalan air bersih adalah begitu penting untuk kehidupan kita semua. Inilah yang ditekankan oleh Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Kita melihat bahawa kerajaan silih berganti tetapi masalah air terawat ini masih lagi berpanjangan khususnya di negeri Kedah.

Ironinya, negeri Kedah adalah airnya itu antara yang paling banyak. Oleh sebab itulah negeri Kedah mampu untuk menanam padi tetapi saya difahamkan Kerajaan Persekutuan telah pun memberikan kelulusan dan bantuan khususnya di kawasan saya Kuala Muda dan Sungai Petani tetapi masih belum terungkai permasalahannya. Di manakah salahnya? Apakah salah Kerajaan Federal atau kerajaan negeri tidak mampu untuk menanggung tanggungjawab ini?

Ketika ingin membahas, saya membuka platform Google Forms kepada rakyat Sungai Petani untuk bertanyakan apa-apa soalan atau isu yang ingin dibangkitkan. Saya mendapat hanya dua hari, hampir 400 responden dan hampir 60 peratus adalah isu air.

Kita lihat bahawa pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA) berikan 1001 alasan apabila penduduk merungut tentang bekalan air ini.

Saya telah pun berbincang dengan pihak untuk menyelesaikan isu ini dan masih lagi belum terungkai siapakah yang perlu dipersalahkan.

final • 4:20 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Pihak SADA menyatakan bahawa dua isu yang sering terjadi adalah terputusnya bekalan air dan tekanan air yang cukup rendah.

final • 4:20 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Sedikit, sedikit sahaja Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Hal ini perlu diambil perhatian kepada semua...

final • 4:20 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Yang Berhormat Sungai Petani, sedikit.

final • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

...kerana hal ini adalah sesuatu hal yang amat-amat membimbangkan dan hal ini adalah amat-amat menyakitkan

final • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

dan menjadi suatu mimpi negeri untuk rakyat Kedah khususnya di Kuala Muda dan di kawasan saya di Sungai Petani.

final • 4:20 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Sedikit Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya khuatir. Maaf, masa dua minit.

final • 4:20 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Sedikit, sedikit.

final • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya khuatir jika isu ini dibiarkan tanpa penyelesaian maka nasib negeri Kedah akan menjadi seperti negeri Kelantan. Bukan sahaja tidak ada air tetapi air yang ada itu tidak terawat dan kualiti air itu sendiri akan terjejas.

final • 4:20 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Sedikit Yang Berhormat Sungai Petani, sedikit. Tidak sampai seminit.

final • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, sedikit saya ingin menyentuh tentang Nusantara.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Sungai Petani tidak memberi laluan.

final • 4:20 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Sewaktu lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Indonesia dalam sidang media bersama Presiden Indonesia Joko Widodo, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata, “Malaysia akan mencari jalan terbaik untuk memastikan pembangunan ibu negara baharu Indonesia.” Sungai Petani melihat bahawa ini adalah suatu hal yang disambut baik kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan dengan terbentuknya Nusantara ini maka ini akan melibatkan keselamatan sosioekonomi juga hal-hal lain yang akan melibatkan negeri Sabah atau wilayah Sabah dan Sarawak.

Maka dari itu, saya juga difahamkan pada September 2022, satu Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan dan Pertahanan Parlimen Ke-14 telah mengadakan lawatan ke Sabah dan Sarawak dalam kerangka membincangkan kesan perpindahan ibu kota negara Indonesia ke Kalimantan terhadap keselamatan Sabah dan Sarawak.

Saya berharap supaya jawatankuasa ini diteruskan dan pembentangan terhadap laporan tersebut boleh dibentangkan ke Parlimen. Saya harap untuk jawatankuasa ini kita akan lebih fokus dan lebih mendalam supaya keterjaminan hal-hal keselamatan sosioekonomi dan sebagainya akan lebih terpelihara di kawasan wilayah Sabah dan Sarawak dan ini akan memberikan efek atau affect yang cukup tinggi.

Baik, Tuan Yang di-Pertua untuk mengakhiri perbahasan saya pada hari ini adalah tidak terlambat untuk saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Sungai Petani kerana masih memberikan kepercayaan untuk memilih Pakatan Harapan di kawasan Sungai Petani dan untuk memilih Pakatan Harapan untuk menjadi suara yang akan mengangkat suara rakyat Sungai Petani di Dewan Parlimen ini.

Tuan Yang di-Pertua, sedikit izinkan saya mewakili warga Sungai Petani dan warga negeri Kedah merafakkan sembah takzim dan merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Seri Paduka Baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Tuanku pun telah menjalankan tugas dengan sangat baik sejak daripada terjadinya kemelut dan krisis politik pada Februari 2020. Empat tahun kita mengalami satu krisis politik yang cukup meletihkan.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Dengan ini, saya berharap supaya tidak ada lagi terjadinya krisis politik dan kita akan mengekalkan keharmonian seperti yang dititahkan oleh Baginda Tuanku. Sekian, terima kasih.

Dengan ini, Sungai Petani...

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Soalan tambahan, apa hubungan dengan Tuan Yang di-Pertua?

[Ketawa]

final • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Sungai Petani, Sungai Petani.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Sungai Petani dengan ini memohon untuk menyokong. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Berikutannya kita persilakan Yang Berhormat Labuan.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 4:20 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Timing bagus, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan saya peluang untuk turut serta membahaskan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Majlis Istiadat Pembukaan Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ke-15.

Setelah meninggalkan Dewan Rakyat sejak 2008, hari ini saya kembali semula beraksi sebagai Ahli Parlimen Labuan setelah menewaskan lima orang pencabar yang terdiri daripada calon parti Warisan, incumbent dua penggal dan calon daripada BN, Senator dua penggal dan calon dari Pakatan Harapan.

[Tepuk] Dua lagi calon hilang deposit, PEJUANG dan PBM.

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pengundi dan rakyat Labuan dan juga golongan anak muda yang ada di Labuan kerana kuasa undi merekalah yang membolehkan saya berbahas pada petang ini dan sekali lagi terima kasih rakyat Labuan.

Tuan Yang di-Pertua, pada perbahasan saya pada petang ini saya tidak akan menyentuh isu-isu nasional sebab sudah terdapat ramai Ahli Yang Berhormat yang jauh lebih pakar dan hebat yang telah menyentuh isu-isu peringkat nasional. Maka, perbahasan saya hanya akan fokus kepada permasalahan berkaitan Wilayah Persekutuan Labuan dan rakyatnya sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang sudah diketahui umum Labuan telah diserahkan oleh Kerajaan Negeri Sabah kepada Kerajaan Federal atau Persekutuan secara rasminya pada 16 April 1984. Penyerahan yang amat bersejarah ini mendapat tentangan hebat dan menjadi kemarahan besar rakyat di negeri Sabah dan Labuan yang mana akibat daripada penyerahan tersebut pilihan raya negeri Sabah 1985, kita menyaksikan Kerajaan Negeri Sabah di bawah Yang Berbahagia Tan Sri Harris bin Mohd Salleh daripada parti BERJAYA tumpas dan kalah teruk di tangan parti PBS.

Kemarahan rakyat Sabah tidak terhenti setakat di negeri Sabah sahaja. Malah, Labuan yang baharu berumur setahun jagung sebagai Wilayah Persekutuan juga terkena tempiasnya. Kenapakah saya berkata demikian? Pada PRU 1985, buat pertama kalinya juga kerusi Parlimen turut dipertandingkan di Labuan dan BN yang menurunkan calon buat pertama kalinya tewas hanya kepada seorang calon bebas tajaan PBS.

final • 4:26 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Begitulah marahnya rakyat negeri Sabah dan Labuan ketika Labuan diserahkan kepada Kerajaan Pusat ataupun Federal. Kemarahan itu tercatat sebagai sejarah dalam negeri Sabah dan Malaysia amnya.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita sedia maklum tujuan utama negeri Sabah menyerahkan Labuan tanpa sebarang pampasan ataupun ringkasnya secara percuma adalah agar Kerajaan Pusat dapat membangunkan Labuan dengan lebih cepat dan pesat.

final • 4:26 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Walau bagaimanapun pada hari ini Wilayah Persekutuan Labuan telah berusia 39 tahun. Satu angka yang agak matang dan jika ditafsirkan kematangan usia 39 tahun itu, dalam bentuk agenda pembangunan sudah tentu Labuan kelihatan sangat membangun dan sangat hebat. Akan tetapi situasi sebenar Wilayah Persekutuan Labuan bukan begitu.

Hakikatnya dan realitinya Wilayah Persekutuan Labuan masih tertinggal jauh berbanding Wilayah Persekutuan Putrajaya apatah lagi jika dibandingkan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tuan Yang di-Pertua, isu utama yang dideritai oleh rakyat Labuan ialah berkaitan gangguan bekalan air dan elektrik yang berterusan sejak tahun 1984 lagi. Gangguan sumber air bertambah teruk kerana air paip yang digunakan untuk menyalurkan air ke kampung-kampung di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan sudah terlalu usang di mana ada paip yang berumur lebih 50 tahun lamanya. Ini bermakna paip-paip tersebut telah pun diguna pakai sebelum Labuan menjadi Wilayah Persekutuan lagi. Maka tidak hairanlah hampir setiap minggu ataupun bulan akan ada sahaja paip-paip yang pecah dan bocor.

Selain daripada masalah paip yang sangat usang, apabila berlaku banjir di negeri Sabah terutamanya di kawasan Beaufort maka akan berlaku gangguan bekalan air yang agak lama disebabkan air di Sungai Padas yang sangat keruh dan terpaksa menunggu sekurang-kurangnya 48 jam untuk nilai kekeruhan turun ataupun turbidity level ke tahap yang selamat digunakan sebelum dihantar ke loji rawatan air di Lawa Gadong, Beaufort dan seterusnya disalurkan ke loji rawatan air di Jalan Kolam, mini loji Pohon Batu Sungai Pagar dan Sungai Kinabenua di Labuan melalui paip dasar laut.

Tuan Yang di-Pertua, untuk menghentikan penderitaan rakyat Labuan dari terus berdepan dengan masalah bekalan air, maka saya mohon mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim supaya menaik taraf loji rawatan air yang baharu yang mana mampu menampung keperluan rakyat Labuan dan industri untuk tempoh 20 atau ke 25 tahun ke hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, masalah kedua ialah berkaitan bekalan elektrik, gangguan bekalan elektrik. Labuan masih lagi menggunakan sistem jana kuasa yang dibina sejak tahun 1982. Ini bermakna usia sistem jana kuasa yang terletak di Patau Patau ini sudah berusia 41 tahun. Saya difahamkan oleh pihak SESB tempoh hayat sistem janakuasa tersebut akan tamat pada tahun 2026. Walau bagaimanapun, kebanyakan spare part untuk enjin dan breaker sudah obselete dan menyukarkan pihak SESB untuk membaik pulih jika berlaku kerosakan. Terdapat sebanyak tiga unit enjin jana kuasa yang mana hanya dua buah enjin jana kuasa sahaja yang berfungsi pada waktu ini.

Sekiranya ketiga-tiga buah enjin in berfungsi, ia boleh menjana bekalan tenaga elektrik sehingga 77 megawatt. Akan tetapi bila hanya dua buah enjin sahaja yang berfungsi, kemampuan jana kuasa tersebut hanya mampu menjana kuasa sebanyak 60 megawatt sahaja. Sementara baki 17 megawatt terpaksa diimport melalui grid di negeri Sabah.

Masalahnya Tuan Yang di-Pertua, apabila berlaku kekurangan kapasiti penjanaan elektrik di Sabah, maka akan turut berlakukah pencatuan bekalan kuasa elektrik di Labuan. Keadaan ini semakin hari semakin bertambah teruk. Malah mengikut statistik SESB, pencatuan ini berlaku hampir setiap bulan.

final • 4:30 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Saya mohon mencadang sekiranya Kerajaan Persekutuan serius ingin terus membangunkan Labuan maka sistem jana kuasa baharu yang mampu menjana kuasa elektrik sehingga 200 megawatt adalah diperlukan. Jika hal ini berlaku, maka Labuan mampu bertahan untuk tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun lagi dan ini akan memberi galakan kepada pemain industri untuk datang melabur di Labuan.

Selain daripada dua masalah utama yang dideritai oleh rakyat Labuan, kaum nelayan di Labuan juga tidak terlepas dari dasar dan polisi atau kerenah birokrasi Jabatan Perikanan dalam isu pendaftaran bot-bot kecil nelayan.

Tuan Yang di-Pertua, Labuan adalah sebuah pulau yang jauh lebih kecil berbanding Langkawi. Penduduknya hanya sekitar 100,000 orang sahaja termasuklah mereka yang bekerja di Labuan yang berasal dari Semenanjung, Sarawak dan juga Tanah Besar Negeri Sabah. Dasar yang ada sekarang memerlukan nelayan yang turun ke laut perlu mendaftar atau memiliki lesen bot dengan Jabatan Perikanan.

Sekiranya mereka didapati menangkap ikan menggunakan bot yang tidak berdaftar, maka pihak berkuat kuasa seperti APMM atau penguat kuasa Jabatan Perikanan pula akan mengambil tindakan seperti merampas bot atau mengenakan denda atau kompaun terhadap mereka. Dasar dan polisi yang digunapakai sekarang sangat menyulitkan nelayan yang menjadikan aktiviti menangkap ikan sebagai sumber alternatif untuk menampung keperluan hidup harian mereka. Bukan kah ini menganiaya rakyat Labuan namanya.

Saya juga dimaklumkan bahawa Jabatan Perikanan Labuan hanya memperuntukkan 5,000 buah bot untuk dilesenkan dan selebihnya jika ada yang memohon, akan ditolak. Penduduk Labuan ada 100,000 orang, yang dibenarkan cuma 5,000 orang. Justeru itu saya memohon kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan supaya mengkaji semula dasar dan polisi yang kolot ini yang melibatkan pendaftaran bot-bot kecil nelayan. Sebenarnya mereka ini boleh sahaja didaftarkan kerana mereka bukan meminta elaun sara hidup nelayan. Mereka hanya ingin turun ke laut dan terjamin keselamatan mereka daripada ditangkap atau dikompaun oleh pihak penguat kuasa.

Tuan Yang di-Pertua sudah ada suara-suara sumbang yang mencadangkan daripada pemimpin-pemimpin politik di Sabah dan juga pernah disuarakan di Dewan Negeri Sabah. Jika Kerajaan Persekutuan tidak berminat lagi untuk terus membangunkan Labuan, maka kata mereka kembalikan sahaja Labuan ke negeri Sabah. Kata mereka lagi sepertimana Labuan mudah diserahkan kepada Kerajaan Federal, begitulah mudahnya Labuan sepatutnya dikembalikan ke negeri Sabah. Perkara ini bukan lagi satu rahsia. Ini adalah kerana seperti yang saya katakan tadi, Tuan Yang di-Pertua ia pernah dizahirkan oleh salah seorang Ahli Yang Berhormat di Dewan Undangan Negeri Sabah pada tahun lepas di mana Yang Berhormat tersebut meminta supaya Labuan dikembalikan ke negeri Sabah.

Saya yakin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kesepuluh akan menjadi idola rakyat Sabah dan Labuan selama-lamanya jika beliau menjadi Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengembalikan Labuan ke negeri Sabah. Jika Yang Berhormat Tun Mahathir, Perdana Menteri yang menerima Labuan pada ketika itu dan menjadi kemarahan rakyat Sabah dan Labuan saya yakin Perdana Menteri Kesepuluh akan mendapat pujian jika Labuan dikembalikan.

Tuan Yang di-Pertua dengan ini saya mohon menyokong Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah, wssalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Yang Berhormat Jelebu.

final • 4:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, kita tengok Yang Berhormat Timbalan Menteri seorang pun tidak ada ini.

[Ketawa ] Ha, itu baru masuk.

Macam tidak minat sahaja. Itu adalah sebab kita bercakap ini untuk tindakan kementerian.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 4:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kalau Yang Berhormat Menteri tidak ada, Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak –Susahlah kalau macam itu.

final • 4:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua boleh tegur sikit. Malu.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Jelebu.

final • 4:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Orang tengok ini.

final • 4:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Zaman Yang Berhormat Pendang dulu pun tidak ada.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Sambunglah balik selepas ini Yang Berhormat Pendang. Tidak habis-habis Yang Berhormat Pendang ini. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, kerana telah memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk terus terlibat sama dalam perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong pada hari ini.

Tidak terlambat rasanya saya ingin mengucapkan tahniah terlebih dahulu terutamanya kepada Tuan Yang di-Pertua,Yang Amat Berhormat Tambun, barisan Kabinet dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang telah dipilih untuk mewakili suara rakyat dari kawasan masing-masing. Moga amanah yang kita terima ini dapat kita pikul dan kita laksanakan sebaik. Saya juga mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk mengucapkan terima kasih kepada parti saya kerana terus menerus memberikan kepercayaan untuk saya mewakili kawasan Parlimen Jelebu dan terima kasih juga kepada semua pengundi-pengundi di Parlimen Jelebu yang memberikan sokongan dengan majoriti yang begitu baik untuk mewakili masyarakat Jelebu di Dewan Rakyat pada kali ini.

Jika kita lihat amanat yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong ataupun Ke Bawah Duli Tuanku dalam ucapan titah baginda secara tersiratnya dapat kita simpulkan bahawa baginda benar-benar mengharapkan supaya krisis dan konflik politik di negara kita selesai pasca PRU15. Walaupun pelbagai drama dan konflik yang berlaku dalam pasca PRU15, akhirnya Kerajaan Perpaduan ini telah terbentuk dan kerajaan perlu diberikan ruang sepenuhnya untuk melaksanakan tugas mereka.

Ini bermakna di pihak kerajaan dan pihak pembangkang, kita kena gabungkan pemikiran kita untuk kita jadikan ini adalah merupakan satu kerajaan yang terbaik untuk memberikan khidmat kepada rakyat. Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, ekspektasi rakyat terhadap kerajaan adalah tinggi dan juga ekspektasi rakyat kepada kita, kepada sebagai wakil yang mereka pilih juga adalah tinggi.

Tekanan hidup, keadaan ekonomi, bebanan kewangan membuatkan mereka berharap agar kerajaan dapat melakukan sesuatu yang baharu untuk membantu mereka.

Perbahasan di Dewan Rakyat adalah merupakan perbahasan yang penting untuk diambil tindakan oleh pihak kerajaan walaupun Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak ada di Dewan yang mulia ini tetapi saya percaya mereka mendengar perbahasan kita di bilik masing-masing tetapi...

final • 4:40 PM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Saya, Hang Tuah Jaya ada.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Oleh sebab itu, harapan saya sidang Dewan Rakyat kali ini dapat kita gunakan untuk membawa segala isu yang berkaitan dengan masalah rakyat dan diambil tindakan oleh kerajaan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Pertama saya hendak masuk dalam isu Kementerian Pendidikan Tuan Yang di- Pertua iaitu isu yang semua rakan Ahli Parlimen bersetuju dengan saya, isu tentang kekurangan guru. Isu pertama yang saya hendak sebut di Dewan yang mulia ini pada sesi yang pertama ini Tuan Yang di-Pertua adalah isu kekurangan guru-guru yang sedikit sebanyak yang saya telah kumpulkan segala maklumat adalah merupakan antara isu yang boleh menjadi seperti time-bomb yang akan meletus pada bila-bila masa yang akan mendatangkan masalah kepada generasi muda kita.

Ini kerana isu ini Tuan Yang di-Pertua, saya pun tidak nampak kenapa Kementerian Pendidikan tidak boleh selesaikan lama. Daripada Yang Berhormat Menteri kepada satu Yang Berhormat Menteri kepada Yang Berhormat Menteri yang lain, sampai yang last kepada Yang Berhormat Putrajaya, hendak ambil 18,000 orang guru masuk 18,000 tetapi lantik cuma 8,000 orang. Akan tetapi, satu usaha yang baik, satu usaha yang baik. Kemudian, sampai sekarang tidak ada.

Kemudian, waran lantikan...

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Jelebu, itu saya hendak kena betulkan itu. Daripada 18,000 orang itu, kita dapat lebih daripada 88 peratus, lebih 16,000 orang. Ya, itu fakta.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Usaha yang baik. Ya, cumanya Tuan Yang di-Pertua, waran ada untuk buat lantikan guru tetapi untuk memenuhkan lantikan waran, ia tidak dibuat oleh kementerian. Jadi, kerana itu masalah yang berlaku ini, mungkin bukan kerana anak-anak muda tidak minat hendak jadi guru tetapi mereka yang layak, lepasan institusi pendidikan guru, lepasan universiti dalam ijazah pendidikan, tidak layak dan tidak melepasi tapisan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang mengakibatkan tidak ramai pemohon yang dilantik menjadi guru.

Saya hendak bacakan sedikit statistik di Negeri Sembilan. Yang Berhormat Menteri ada depan saya ini, Negeri Sembilan. Daripada segi data yang saya dapat Tuan Yang di-Pertua, bagi sekolah rendah, waran yang dikeluarkan sebanyak hampir 242,000 tetapi yang dilantik hanya 232,000. Bagi sekolah rendah sahaja, terdapat lebih kurang 10,000 kekosongan waran yang tidak diisi.

Kalau kata kerajaan tidak ada bajet, tidak mungkin berlaku kerana waran keluar bermakna bajet sudah disiapkan untuk kekosongan itu. Saya beri contoh di Negeri Sembilan bagi sekolah rendah. Pengisian guru terkini daripada segi waran adalah 9,859 orang. Akan tetapi, sebenarnya keperluan untuk sekolah-sekolah di Negeri Sembilan ialah 9,912 orang. Di sudut ini sahaja sudah berbeza 53 orang.

Namun sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, jumlah pengisian guru di sekolah di Negeri Sembilan hanya 9,591 orang. Maknanya defisit kekurangan guru di sekolah rendah di Negeri Sembilan adalah sebanyak 328 orang. Seramai 328 orang kalau kita darab dengan 30, seorang guru, Dewan Rakyat, Ahli-ahli Yang Berhormat kira, berapakah murid yang tidak mempunyai perkhidmatan seorang guru pun dalam pengajian dan pendidikan mereka.

Oleh kerana itu, saya jadikan ini sebagai satu perkara yang harus diambil kira kerana menjelang April 2023, terdapat lebih kurang 124 orang guru yang akan bersara wajib dan pilihan menjadikan kekurangan daripada keperluan ini melebihi 400 orang Tuan Yang di-Pertua.

Bagi sekolah menengah di Negeri Sembilan, tadi sekolah rendah saya sebut, bagi sekolah menengah Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2023, keperluan adalah seramai 6,305 orang tetapi pengisian hanya dibuat 5,969 orang sahaja. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, mengapakah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan tidak menjadikan isu kekurangan guru ini sebagai once for all, dengan izin untuk diisi dan dilengkapkan bagi memenuhi keperluan pendidikan asas menengah dan juga rendah di dalam negara kita?

Saya tidak melihat soal...

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Jelebu, sikit Sik yang berkaitan kekurangan guru. Minta pandangan sikit.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Sikit dan ringkas ya.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ringkas, ringkas ya. Ya, saya sangat bersetuju desakan supaya kementerian melihat kes kekurangan guru ini sangat kritikal termasuklah di Kedah, termasuk di daerah saya, di Sik. Laporan oleh Fakulti Pendidikan UKM, menyatakan tiga faktor iaitu kekurangan ini akibat jumlah guru yang pencen awal terlalu ramai, mata pelajaran yang terlalu banyak dan ada guru yang terpaksa menjadi pentadbir.

Jadi, adakah Yang Berhormat Jelebu melihat bahawa khususnya dalam soal guru yang pencen awal ini perlu ditangani dengan serius oleh kementerian. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Sik, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sik dan masukkan dalam penyampaian ucapan saya ya. Ini kerana apa masalahnya Tuan Yang di-Pertua, yang saya sebut seperti time bomb tadi ya.

Tuan Yang di-Pertua, saya sebut ya, trend, trend guru bersara awal kian meningkat dari tahun ke tahun.

Semalam Yang Berhormat Muar sudah sebut kerana kekangan tugas. Dia bukan mengajar saja, isi borang, isi buku. Selepas itu, keluar pula datang minta masukkan data keputusan. Selepas itu, internet putus. Tanya MCMC, MCMC kata internet sudah bagus.

Sekolah tidak bagus. Komputer tidak sampai. Semua ini masalah menjadi stres ataupun mental disorder dalam kalangan guru bertambah dari semasa ke semasa.

Oleh kerana itu, trend guru bersara awal kian meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2015, sebanyak 2,777 orang guru yang memilih untuk bersara awal. Manakala pada tahun yang seterusnya iaitu pada tahun 2016, angkanya meningkat kepada 3,591 orang.

Untuk makluman Dewan yang mulia, trend yang menjadi dan merisaukan kita semua, angka berkenaan terus meningkat kepada 4,360 permohonan persaraan awal pada tahun 2021 iaitu bersamaan 1.6 peratus jumlah keseluruhan guru. Jadi, ini saya harap pihak Kementerian Pendidikan memberikan perhatian dan prioriti utama selain daripada perkara yang berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua, saya masuk kepada isu...

final • 4:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Jelebu, minta laluan.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Mana ya? Mana? Sekejap. Okey, sila.

Dua saat.

final • 4:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey. Terima kasih kerana –Ya?

final • 4:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dua saat.

final • 4:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Dua saat? Mana.

[Ketawa] Okey, terima kasih kerana beri laluan kepada saya. Tadi tentang kekurangan guru, saya juga adalah bekas pencen guru. Jadi, memang kita nampak banyak masalah yang disebabkan oleh sebab guru berhenti awal. Antaranya ialah daripada golongan pentadbir di mana kita tengok di sekolah rendah golongan pentadbir yang berhenti awal adalah disebabkan antara satunya ialah elaun yang diberikan kepada golongan pentadbir ini terlalu rendah jika dibandingkan dengan sekolah menengah.

Di sekolah rendah, pentadbir, penolong kanan hanya diberikan elaun sebanyak RM60 untuk mentadbir sekolah. Jika dibandingkan dengan contohnya guru besar sebanyak RM200 dan pengetua sebanyak RM500. Akan tetapi, untuk pentadbir RM60 sahaja.

final • 4:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Keduanya, lihat juga bukan sahaja kekurangan daripada guru sahaja, iaitu daripada AKP juga atau anggota kumpulan pelaksana juga mengalami kekurangan di setiap sekolah di Malaysia ini. Jadi, saya mohon Kementerian Pendidikan mengambil perhatian yang serius tentang perkara ini dan juga daripada segi kekurangan body cukup tetapi dari segi, major guru yang mengajar itu tidak balance di sekolah itu.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Jelebu...

[Tidak jelas]

final • 4:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Baik, baik Yang Berhormat. Masukkan dalam teks saya, ya. Ini semua perkara yang kena ambil kira pihak kementerian. Saya tengok dalam jadual...

final • 4:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Yang Berhormat Titiwangsa...

final • 4:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

...Kementerian jawab dua hari sahaja.

Saya nak minta tolong kementerian yang berkenaan jangan skip dalam soal yang begitu serius, Tuan Yang di-Pertua. Masalah guru ini esok akan menjadi masalah kepada negara. Yang nak duduk dalam Dewan Rakyat ini adalah pelajar kita sekarang. Kalau mereka tidak mendapat pendedahan yang sewajarnya, maknanya kualiti pemerintahan dan pentadbir bagi negara, akan menjadi bertambah buruk dan tidak baik, Tuan Yang di- Pertua. Jadi, saya nak minta supaya diberi perhatian...

final • 4:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Yang Berhormat Titiwangsa, Temerloh ingin masuk sedikit...

final • 4:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Sabar. Saya minta maaf ya, Yang Berhormat. Saya ada dua perkara, Yang Berhormat. Sekejap sahaja, ya.

final • 4:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Sedikit sahaja. Sedikit.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Copek, copek.

final • 4:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Nak sebut bahawa punca utama, kalau kita sedar tak sedar kenapa guru kurang, kita lihat pada tahun 2019 mengatakan bahawa 21 IPG ditutup. Saya harap dia dikaji semula.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ya. Yang Berhormat, saya sebut penutupan IPG. Semasa itu, Yang Berhormat Putrajaya menjadi Menteri. Betul tak saya sebut? Saya kata jangan tutup. Jangan tutup. Ini akan berlaku. Akhirnya, tak ditutup.

Kerana itu— saya berterima kasih pada Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya sambung sedikit lagi.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Pasal banyak ganggu ini, saya pun sudah lompek-lompek dah ha. Ini isu satu lagi ECRL, Tuan Yang di-Pertua. Saya sudah bawa dalam Dewan ini. Dulu jajaran itu daripada 608 kilometer kalau tak silap saya, daripada Pantai Timur ke Kuala Lumpur dialih jajaran itu masuk Jelebu. Selepas itu Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2000 berapa, bila perubahan kerajaan, jajaran Jelebu ini dibatalkan. Dia kata akan jadi gajah putih.

Tuan Yang di-Pertua, selama ini saya nak beritahu sekarang ini Jelebu menanggung masalah orang Kelantan, orang Terengganu, orang Pahang, Kuantan dan sebagainya, dia nak elak jammed dari Gombak, dia masuk Jelebu. Jadi, orang Jelebu sekarang menanggung masalah ini, Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu, jajaran ECRL kembalikan balik kepada Jelebu kerana ini akan membuatkan serpihan ekonomi, menjanakan ekonomi bagi masyarakat luar bandar dapat kita pertingkatkan dan di samping itu, saya nak minta kepada kerajaan, sekali lagi saya naikkan di Dewan yang mulia ini supaya menaik taraf dual carriageway. Jalan Chennah ke Ampang dapat dilakukan secepat mungkin kerana itu juga adalah merupakan antara jajaran outskirt atau pun jajaran luar bagi kawasan Parlimen Jelebu dapat kita naik tarafkan.

Isu akhir Tuan Yang di-Pertua ialah mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat ingat masalah kita tahun Disember 2021 di mana kita dilanda banjir, Tuan Yang di-Pertua.

Jelebu tidak terkecuali. In fact, ground zerolah dengan izin. Ramai yang terkesan, 1,490 ketua isi rumah, Tuan Yang di-Pertua. Ramai kena dan kawasan Parlimen pun kena.

Nasib baik ketika waktu itu kerajaan mengumumkan bantuan demi bantuan untuk mangsa banjir, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Di Jelebu ini Tuan Yang di-Pertua, setelah kita buat pelbagai pendekatan, bantuan wang ihsan, bantuan pembelian barang keperluan asas dan sebagainya, tertinggal lagi 609 permohonan yang masih belum mendapat kelulusan bagi kawasan masyarakat di DUN Klawang. Pengerusi Bencana Daerah— Yang Berhormat Port Dickson boleh confirmkan, yakni pegawai daerah sendiri sudah pun memberikan pengesahan bahawa mereka sememangnya layak untuk menerima bantuan.

Bila saya check dengan ICU, ICU kata sudah hantar kepada NADMA. Duit ada pada NADMA tetapi sampai hari ini Tuan Yang di-Pertua, bantuan sebanyak RM5,000 setiap keluarga itu tidak pun diberikan pelepasan dan tidak diberikan sampai ke hari ini.

Saya nak minta supaya kelulusan ini dapat disegerakan kerana rakyat yang menunggu bantuan ini kawasan Parlimen saya, hari-hari bertanya saya dan sehingga hari ini saya belum dapat selesaikan masalah ini. Saya harap dapat dijawab oleh NADMA dan bukan sahaja Jelebu, mungkin kawasan Parlimen lain juga mengalami masalah yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak tutup sedikit walaupun saya tidak dapat sempat nak sebut beberapa isu tetapi saya nak tutup perbahasan saya. Bagi saya sedikit masa untuk landing, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh nafikan Barisan Nasional sebagai parti yang mempunyai jasa kepada negara hampir lima ke enam dekad, Tuan Yang di-Pertua. Kita berpengalaman menjadi kerajaan buat sekian lama. Jasa Barisan Nasional tidak boleh kita nafikan.

Dalam masa yang sama, Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana perubahan pemikiran rakyat yang memerlukan sentuhan dan juga memerlukan, orang kata apa— seek dan memerlukan skill pengurusan dan pentadbiran yang melebihi apa yang Barisan Nasional buat, maka hari ini rakyat membuat pilihan. Pakatan Harapan kita tidak boleh nafikan sebagai barisan yang penuh dengan pengalaman dalam soal pembangkangan. Pakatan Harapannya, Angkatan Perpaduan Ummahnya sehinggalah ke Pakatan Harapan.

Kedua-dua gandingan ini Tuan Yang di-Pertua, pengalaman di dalam kerajaan, pengalaman sebagai pembangkang bergabung sebagai satu kerajaan yakni Kerajaan Perpaduan, Tuan Yang di-Pertua. Makanya, Tuan Yang di-Pertua, semua masyarakat menunggu sekarang ini, yakni sistem pendekatan yang dibuat oleh Kerajaan Perpaduan yang akhirnya boleh memenuhi segala keperluan yang diperlukan oleh rakyat di seluruh negara, malah di seluruh dunia.

Kerana inilah, maka kita gunakan untuk memberi sokongan secara total kepada Kerajaan Perpaduan untuk kepentingan rakyat dan negara. Saya harapkan supaya perubahan total ini dapat kita teruskan. Tuan Yang di-Pertua, Jelebu mohon menyokong.

Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Jelebu. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 4:50 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Alhamdulillah, terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas memberikan ruangan kepada saya juga, Kuala Langat untuk turut berbahas dalam Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam pembukaan sidang yang pertama, penggal yang kedua baru-baru ini. Jadi, alhamdulillah saya kira setelah meneliti Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, ada beberapa perkara yang Kuala Langat ingin menyentuh dan ia juga mempunyai kepentingan di Kuala Langat.

Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih terutamanya kepada pengundi- pengundi Kuala Langat yang memberikan kepercayaan kepada saya dalam pilihan raya yang lalu untuk mewakili rakyat di Kuala Langat dalam Dewan Rakyat yang mulia ini.

Keduanya, saya juga ingin mengucapkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Turkiye dan Syria yang diuji dengan bencana gempa bumi yang mengorbankan begitu ramai nyawa. Semoga mereka tabah dan sentiasa bersyukur di atas apa juga ujian yang diturunkan oleh Allah SWT.

final • 4:56 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Jadi, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya kira ada beberapa perkara yang telah saya sebutkan tadi, terutamanya berkaitan dengan concern, dengan izin, Duli Yang Maha Mulia Tuanku tentang kesihatan dan saya kira ini sangat mempunyai kepentingan di kawasan daerah Kuala Langat itu sendiri. Kita tidak nafikan bahawa bencana alam, ragam iklim dan perselisihan perang kuasa besar antara Barat dan juga China dan juga Rusia-Ukraine, dan pandemik COVID-19, bencana yang telah sangat memberikan kesan kepada ekonomi di negara kita.

Kita tidak juga boleh menafikan bahawa pandemik COVID-19 ini telah memberikan satu muhasabah kepada negara kita bagaimana hakikatnya keadaan perkhidmatan kesihatan di negara kita hampir-hampir lumpuh. Menjadi pengajaran kepada kerajaan pada hari ini untuk melihat kepada satu solusi untuk menangani perkhidmatan kesihatan di negara kita.

Alhamdulillah salah satu kejayaan yang tidak boleh dinafikan yang ditunjukkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini, yang diketuai oleh Yang Berhormat Pagoh dan juga Yang Berhormat Bera bagi menangani masalah bencana COVID-19 adalah melalui program vaksinasi. Alhamdulillah kita telah terkeluar walaupun masih lagi berlaku jangkitan COVID-19 di negara kita.

Dalam ucapan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, bagaimana penekanan untuk memperkukuhkan kesihatan awam dengan melihat peningkatan beban penyakit berjangkit dan tidak berjangkit yang saya kira memakan kos yang begitu besar. Laporan KKM dan WHO berdasarkan data pada tahun 2017, kos langsung penjagaan kesihatan diabetes, penyakit kardiovaskular dan kanser mencecah hampir RM10 bilion setahun.

Diabetes menduduki tempat pertama dengan kos yang dibelanjakan lebih daripada RM4 bilion, kardiovaskular hampir RM4 bilion dan kanser RM 1.3 bilion.

final • 4:56 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Ini sebagai contoh bagaimana perbelanjaan yang besar perlu diperuntukkan untuk mempertingkatkan ataupun memperkukuhkan kesihatan awam. Hatta, kalau kita hendak sebut pesakit kegagalan buah pinggang atau end-stage renal failure meningkat daripada 49,000 pesakit pada tahun 2020 dan dijangkakan lebih daripada 100,000 orang pada tahun 2040.

Ini memerlukan peruntukan yang mencukupi. Kalau kita lihat bajet perkhidmatan kesihatan yang disarankan oleh WHO, sekurang-kurangnya enam peratus dan saya lihat bajet pada tahun 2023 yang tidak sempat diluluskan tempoh hari melebihi daripada enam peratus ataupun lebih kurang enam peratus. Ini adalah satu bajet yang sangat diharapkan. Walaupun bukan hanya sekadar peratusan bajet, tetapi jumlah peruntukan yang diuntukkan itu sebenarnya adalah lebih mempunyai manifestasinya.

Saya suka melihat kepada Manifesto Pakatan Harapan pada PRU-15. Salah satunya ialah untuk meningkatkan belanjawan kesihatan awam kepada lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dalam tempoh lima tahun agar ia selaras dengan perkembangan populasi negara, pertambahan jangka hayat rakyat dan keperluan semasa. Saya harapkan ada pendetilan-pendetilan dan juga hala tuju yang dirancang oleh kerajaan pada hari ini.

Saya melihat bagaimana keperluan infrastruktur terutamanya prasarana hospital- hospital yang sebahagian besarnya di dalam negara kita masih lagi berada dalam keadaan yang tidak selamat. Ini sebab berlaku kebakaran di hospital-hospital. Berlaku hospital bila banjir pun air masuk ke hospital dan memusnahkan peralatan-peralatan.

Saya kira ini perkara yang sangat penting. Oleh sebab itulah, saya merasakan tidak tertinggal di Kuala Langat yang kita ada sebuah hospital yang sudah begitu lama. Hospital Banting yang mana ia merupakan satu-satunya hospital sekunder yang wujud di Kuala Langat dan tiada hospital swasta yang memberikan perkhidmatan yang lengkap.

Oleh sebab itu, saya kira ini antara beberapa justifikasi yang harus dilihat supaya Hospital Banting ini juga akan diletakkan sebagai salah satu hospital yang akan dinaiktarafkan supaya bertepatan dengan keperluan untuk penduduk di kawasan Kuala Langat itu sendiri.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Hari ini penduduk Kuala Langat sudah berada dalam sekitar 342,000 orang. Kalau kita lihat beds to population ratio, 2.08 beds for 1,000 population by 2025, Bahagian Perancangan KKM. Total bed needed di Kuala Langat adalah 712 beds yang mana pada hari ini hanya sekadar berkapasiti 212 buah katil.

Jadi...

final • 5:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Kuala Langat, minta laluan boleh? Sedikit.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Langat. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Kuala Langat iaitu tentang kesihatan tadi di mana bukan sahaja peruntukan yang kita minta untuk membaik pulih hospital, tetapi juga saya hendak mencadangkan juga kepada Yang Berhormat Kuala Langat, adakah bersetuju di mana masa untuk seorang pesakit itu juga diambil kira supaya tidak menunggu terlalu lama?

Keadaan ini di mana baru-baru ini viral, di mana pesakit warga emas yang datang ke hospital pada pukul 1.45 pagi untuk mendapatkan rawatan dan duduk di Bahagian Kecemasan dan Trauma. Akhirnya sampai pukul 4 pagi belum lagi mendapat sebarang rawatan. Akhirnya pergi ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan. Jadi, adakah Yang Berhormat Kuala Langat bersetuju supaya bukan sahaja daripada segi hospital dinaik taraf, tetapi daripada segi menunggu untuk mendapatkan rawatan juga perlu dipendekkan supaya kita mendapat satu rawatan ataupun perkhidmatan yang terbaik? Terima kasih.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya ingat ini antara beberapa perkara yang harus dilihat oleh kerajaan bagaimana bukan hanya sekadar infrastruktur yang saya sebutkan tadi, tetapi juga melibatkan soal keperluan tenaga doktor, jururawat, paramedik, kumpulan sokongan yang harus dilihat bagaimana keperluan hari ini sudah tidak sama mungkin dengan 10 atau 20 tahun yang lalu ataupun kemudahan-kemudahan yang lain untuk diagnosis, kemudahan-kemudahan peralatan. Ini harus dilihat secara keseluruhan.

Oleh sebab itu, saya kira realitinya mungkin bukan sahaja di Selangor sebagai sebuah negeri maju, tetapi di negeri-negeri yang lain. Perlunya peningkatan perkhidmatan termasuklah di hospital-hospital ini supaya akhirnya masa menunggu itu dapat dipendekkan dan rakyat dapat diberikan perkhidmatan yang terbaik.

Oleh sebab itu, saya merasakan antara isu kekurangan ataupun ramai di antara penjawat-penjawat ataupun doktor, paramedik dan kumpulan sokongan yang mula keluar dari hospital awam ini. Ini harus dilihat dengan secara serius. Begitu juga dengan isu doktor-doktor kontrak yang sebahagian besarnya mereka juga keluar daripada perkhidmatan awam pada hari ini sebab antara alasannya sebab tidak dapat jawatan tetap.

Walaupun ada usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini, Kerajaan Perikatan Nasional telah memberikan jawatan tetap lebih daripada 4,000 orang.

Kemudian baru-baru ini pun kita dengar ada perjawatan lagi yang diberikan, untuk dilakukan temu duga pada 4,000 orang doktor siswazah. Saya kira ini antara inisiatif- inisiatif yang sangat baik.

Oleh sebab itu, saya melihat bahawa pengukuhan perkhidmatan kesihatan ini tidak harus dilihat dari sudut...

final • 5:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Kuala Langat, minta laluan sikit boleh?

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Sila.

final • 5:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Kuala Langat, saya amat tertarik dengan perkongsian mengenai permasalahan dengan aspek kesihatan negara kita. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Kuala Langat, setujukah kalau sekiranya kerajaan melalui Kementerian Kesihatan memberi perkhidmatan hemodialisis secara percuma kepada seluruh pesakit buah pinggang ini kerana kos hemodialisis sekarang ini sudah meningkat? Setiap kali pergi membuat rawatan hemodialisis ini sekurang-kurangnya dalam RM200 hingga RM300. Jadi, saya rasakan

final • 5:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

itu amat membebankan. Jadi, saya rasa ada baiknya Kerajaan Madani ini memberi rawatan percuma kepada pesakit-pesakit yang memerlukan khidmat hemodialisis.

Kedua, kebanyakan doktor-doktor kerajaan ketika ini banyak yang bersara awal dan salah satu daripada sebabnya bersara awal adalah disebabkan oleh duka-lara doktor.

Kerja stres, kerja panjang. Kadang-kadang pasangan tidak berdekatan dengan mereka.

Jadi, setujukah Yang Berhormat Kuala Selangor supaya perkara ini diperhalusi untuk menyantuni kebajikan dan juga memberi ruang kepada mereka bekerja dengan lebih sejahtera? Terima kasih.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih, saya ingat saya sangat bersetuju. Kuala Langat, Kuala Selangor depan Yang Berhormat.

Jadi, saya kira termasuk kalau disebutkan perkhidmatan dialisis ini saya sangat setuju. Walaupun mungkin di peringkat perkhidmatan awam ataupun di hospital-hospital kerajaan ini jumlahnya begitu besar pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan hemodialisis. Mereka terpaksa keluar mencari pusat-pusat hemodialisis dan kosnya terlalu besar.

Saya melihat bahawa perlu juga ada inisiatif daripada kerajaan sendiri bagaimana untuk memperbesarkan lagi khidmat dialisis di hospital-hospital kerajaan ini kerana kalau tidak, saya ingat ini akan memberikan satu kepayahan kepada rakyat terutama kepada kumpulan B40.

Jadi selain daripada itu juga, saya kira apa yang dititahkan oleh Duli Maha Mulia Tuanku adalah berkaitan dengan peningkatan populasi rakyat semakin menua dan penyediaan perkhidmatan warga tua. Saya kira mereka - kalau peningkatan lebih kurang dalam 15 peratus warga tua di negara kita pada hari ini, mereka ini adalah golongan yang harus diberikan penekanan daripada sudut kesihatan.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Hari ini kita ada Kelab Warga Emas yang saya kira antara objektif Kelab Warga Emas ini adalah untuk mengenal pasti tanggungjawab komuniti dan penjagaan kesihatan warga emas. Saya ingat kalau kita rujuk pada tahun 2017, ada 233 buah Kelab Warga Emas yang bernaung di bawah klinik kesihatan induk di seluruh Malaysia. Saya hendak bertanya kepada Menteri Kesihatan, apakah statusnya Kelab Warga Emas ini pada hari ini? Sepatutnya mereka ini mendapat pertimbangan yang sebaik-baiknya dari sudut perkhidmatan kesihatan di dalam negara kita.

Selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh berkaitan apa yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkaitan dengan peningkatan penyakit mental. Hari ini Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan seramai 4.2 juta rakyat yang kira-kira 29.3 peratus penduduk negara kita yang berusia 19 tahun ke atas mengalami masalah mental. WHO melaporkan hampir separuh daripada semua jenis penyakit mental bermula seawal umur 14 tahun kerana tidak dapat dikesan dan mendapat rawatan pada peringkat awal.

Oleh sebab itu, saya kira khusus penekanan soal pengesanan awal pesakit- pesakit mental terutamanya di kalangan remaja-remaja kita ini dalam keadaan suasana kehidupan yang pada hari ini menekan harus ada satu usaha supaya akhirnya kita dapat mengurangkan jumlah pesakit mental.

Saya cukup terkesan apabila baru-baru ini kita mendapat laporan di Hospital Selayang, kalau tidak silap saya, bagaimana disebabkan oleh kesesakan yang begitu teruk berlaku di hospital, ada pesakit mental yang telah menikam pesakit biasa yang akhirnya ia memberikan satu kegusaran kepada pesakit-pesakit ataupun keadaan suasana hospital yang begitu padat dengan pesakit-pesakit. Ini harus diambil dengan sebaiknya.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Langat boleh gulung ya.

final • 5:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Jadi, saya ingat walaupun saya ada beberapa perkara lagi yang saya hendak sentuh tetapi masa sangat terhad, jadi saya dengan ini menyokong ucapan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 5:10 PM

Tuan Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam kerajaan madani. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Bandar Kuching untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas titah Tuanku di Dewan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih dan berterima kasih atas keprihatinan Yang di-Pertuan Agong terhadap keadaan sistem kesihatan negara kita dan juga menitik beratkan keperluan untuk menambah baik dan juga memodenkan penyampaian perkhidmatan kesihatan di negara kita.

Pandemik COVID-19 sebenarnya adalah satu stress test terhadap sistem kesihatan kita. Walaupun kita boleh bangga dengan beberapa kejayaan dan kebolehan terutamanya petugas-petugas kesihatan kita, tetapi ia juga telah mendedahkan beberapa ruang ataupun gap dan kelemahan dari segi hardware sama ada infrastruktur, peralatan ataupun software dari segi tenaga kerja ataupun human resource dalam sistem kesihatan kita.

Perkara ini sebenarnya bukan satu kejutan kerana sebenarnya amaran awal telah diberikan oleh laporan audit pada tahun 2018 di mana Jabatan Kecemasan atau ETD dikatakan understaff, overcrowded, underfunded dan tidak mempunyai peralatan yang mencukupi untuk menyediakan tahap penjagaan atau quality of care yang sewajarnya.

Namun, walaupun dengan amaran tersebut, tidak ada satu anjakan paradigma yang menyeluruh atau holistik untuk menyelesaikan masalah dan apa yang berlaku pada hari ini adalah kesan daripada chronic neglect under investment dan juga mungkin mentality business as usual dalam sistem kesihatan negara kita.

Kesannya, kebanyakan pekerja kesihatan sekarang mengalami burnout, letih, kecewa dan semakin hari kita mendengar ura-ura kemungkinan akan berlaku satu hartal yang diadakan untuk menunjukkan ketidakpuasan hati. Kita juga melihat ada satu poll yang dilakukan oleh CodeBlue yang juga menunjukkan ketidakpuasan tersebut. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, they wouldn’t be smoke without a fire.

Maka saya berharap Kerajaan Perpaduan akan mengakui dan mengambil serius isu-isu yang penting ini dan bukan sahaja melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi merentasi hampir semua agensi dan kementerian kerajaan. Ini bukan satu pengakuan kelemahan tetapi untuk mengenal pasti cabaran yang ada dan untuk mengukuhkan keazaman dan keadaan politik untuk melakukan satu anjakan paradigma yang sangat penting untuk rethink healthcare supaya kita ada satu sistem kesihatan yang lebih baik.

Saya memahami ini satu isu legasi. Akan tetapi, saya menyeru dan berharap agenda reformasi kesihatan akan diletakkan sebagai satu prioriti utama Perdana Menteri kesepuluh dan juga Kerajaan Perpaduan. Bukan sahaja untuk meningkatkan mutu kesihatan rakyat tetapi satu catalyst untuk memacu pertambahan dan meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara. Kenapa ia harus diletakkan di bawah Perdana Menteri?

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, health must no longer be a business of the Ministry of Health but a cooperative for the whole of government, whole of society. Tiada siapa yang lebih sesuai untuk mengetuai daripada ketua kerajaan kita sendiri.

Sebenarnya banyak perkara yang saya hendak sentuh, malah telah disentuh oleh rakan Yang Berhormat Kuala Langat, tetapi disebabkan limitasi masa, izinkan saya menyentuh beberapa isu dan juga cadangan yang kita perlu untuk rebuild, reshape, restructure and refresh sistem kesihatan kita.

Nombor satu, kita perlu ada satu anjakan paradigma di mana kesihatan tidak terpisah daripada ekonomi negara. Fokus kepada kesihatan adalah satu investment, bukan satu liabiliti. Izinkan saya berikan satu contoh. Dalam Laporan Ministry of Health,

final • 5:12 PM

Tuan Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

The Impact of Noncommunicable Diseases and Their Risk Factors on Malaysia’s Gross Domestic Product, Putrajaya (2020) menyatakan jumlah anggaran kos penjagaan kesihatan langsung untuk NCD’s berjumlah RM9.65 bilion iaitu 16.8 peratus daripada jumlah perbelanjaan kesihatan pada tahun 2017.

Ini bersamaan dengan kos per kapita bagi penduduk sebanyak RM301.37.

Apabila anggaran kos penjagaan kesihatan ini ditambah pula dengan kehilangan kos produktiviti, ia pula dianggarkan sebanyak RM12.88 bilion. Bermaksud beban kos gabungan daripada tiga kategori NCD’s iaitu kanser, diabetes, cardiovascular disease adalah RM22.53 bilion kepada beban kepada ekonomi Malaysia.

Bayangkan. Penyakit NCD ini sebenarnya boleh dicegah dan boleh dielakkan dengan menangani faktor risikonya seperti tingkah laku yang kurang bersenam, merokok, pengambilan alkohol yang berlebihan dan juga diet yang tidak baik.

Apakah return of investment jika kita lihat untuk melabur dalam kesihatan? Dalam laporan Saving Lives, Spending Less: A Strategic Response to NCD’s yang diterbitkan oleh WHO pada tahun 2018, dokumen ini membentangkan buat kali pertamanya manfaat kesihatan dan ekonomi melaksanakan intervensi yang paling cost effective yang boleh dilaksanakan untuk mencegah dan mengawal NCD yang dikenali sebagai WHO Best Buys yang ada enam bidang dasar yang saya tidak akan huraikan.

Akan tetapi, penemuan utama dokumen ini menunjukkan:

(i) setiap USD1 yang dilaburkan akan menghasilkan pulangan sekurang-kurangnya USD7 menjelang tahun 2030;

(ii) pengurangan 15 peratus daripada kematian pramatang boleh dicapai menjelang tahun 2030;

(iii) akan menghalang lebih 17 juta kes penyakit jantung iskemik dan strok menjelang tahun 2030 di negara berpendapatan rendah dan sederhana;

(iv) 8.2 juta nyawa boleh diselamatkan menjelang tahun 2030; dan

(v) boleh menjana sehingga USD350 bilion dalam ekonomi pertumbuhan antara sekarang dan tahun 2030.

Tuan Yang di-Pertua, dengan data sangat jelas, the numbers do not lie, dengan izin, dan jika kita melihat kepada kepentingan ekonomi jangka masa panjang, penekanan kepada kesihatan tidak dapat dipisahkan. Maka, saya berharap inilah mentaliti yang akan diambil oleh Menteri Kewangan dalam belanjawan yang akan datang terutamanya untuk memberikan penekanan kepada aktiviti pencegahan, promosi sekitar gaya hidup sihat dan juga untuk memperkasakan keupayaan sistem penjagaan primary care.

Kedua, kita sudah memang kenal keperluan untuk meningkatkan peruntukan ataupun pelaburan dalam sistem kesihatan. Satu angka magic yang sering diperkatakan, five percent daripada KDNK. Akan tetapi, kalau kita lihat trend yang ada, kita tidak mungkin mencapai angka tersebut jika kita tidak ada reformasi health financing atau tidak think outside the box, dengan izin.

Jadi, kita perlu mengkaji keperluan financing lain seperti social health insurance, penglibatan dan sumbangan dari majikan mahupun pendanaan yang lain. Satu proposal yang menarik perhatian saya adalah yang dilakukan oleh Galen Centre of Health Policy di mana untuk mewujudkan satu bon kesihatan atau sukuk kesihatan untuk mengumpulkan dana bagi pelaburan selanjutnya, sistem kesihatan untuk menyokong penyelesaian yang diperlukan dalam tempoh segera.

final • 5:12 PM

Tuan Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Selain itu kerajaan juga haruslah melihat untuk set aside dan memperuntukkan lima peratus daripada hasil duti eksais yang dikenakan ke atas penjualan tembakau dan produk alkohol, kita panggil sin tax untuk menyediakan pembiayaan yang kini dianggarkan RM290 juta setiap tahun bagi mewujudkan dana rawatan untuk penyakit kanser dan juga NCDs.

final • 5:20 PM

Tuan Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Isu ketiga, kita tahu betapa pentingnya untuk menambahkan peruntukan tetapi adalah sangat penting juga untuk mengurangkan ketirisan dan pembaziran dalam perbelanjaan kesihatan. Saya cadangkan sebenarnya satu task force bersama MOH, MOF dan juga JKR bukan sahaja untuk mengenal pasti prioriti dan keperluan fasiliti kesihatan tetapi untuk memantau semua perbelanjaan pembangunan perolehan yang dilakukan.

Kita tahu ada banyak kes di mana dana diperuntukkan untuk menambah baik sesuatu fasiliti terutamanya di luar bandar tetapi banyak kes ditangguhkan, banyak menjadi projek sakit mengakibatkan ketirisan pembaziran dan peningkatan kos. Jadi task force inter-agency ini akan mewujudkan satu ketelusan yang lebih untuk memantau projek tersebut dan jumlah peruntukan yang dapat dijimatkan dapat dipamkan balik semula dalam pembiayaan kesihatan yang sangat diperlukan.

Keempat, pertukaran fokus. Penekanan untuk memperbaiki fasiliti yang sedia ada, meningkatkan jumlah perjawatan daripada membina hospital ataupun klinik yang baharu.

Pada hemat saya peruntukan kita terhad. Fokus sekarang mungkin untuk tahun ini ataupun the near future adalah untuk memperbaiki dan menambah baik fasiliti yang sedia ada, bukan untuk membina hospital yang baharu. Tidak ada gunanya kita tambah fasiliti atau hospital yang baru jika tidak ada tenaga kerja untuk mengendalikan hospital tersebut.

Jadi fokus haruslah untuk memodenkan kemudahan yang sedia ada, melabur dalam sistem AMR, kos penyelenggaraan, membina struktur penjagaan sosial, melabur dalam latihan kakitangan dan juga mungkin mengkaji semula elaun on-call untuk menjadi lebih berpatutan dan setimpal.

Kelima, pertambahan perjawatan dan mengkaji semula elaun on-call. Saya tahu ini perlukan kerjasama bukan sahaja daripada MOH tetapi JPA dan juga Menteri Kewangan. Saya memahami limitasi dalam mewujudkan perjawatan yang baru bukan senang tetapi bagi saya, low-hanging fruit yang kita boleh fokus adalah untuk mengkaji semula on-call allowance yang sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, on-call allowance doktor di hospital kerajaan hanya RM200 untuk hari bekerja selepas 5.00 petang dan RM230 pada hujung minggu iaitu kira-kira RM10 satu jam. Sebaliknya jika keluar buat locum di klinik swasta mereka layak menuntut daripada RM60 sehinggalah RM80 untuk sejam. Saya tahu dalam perbincangan JPA mereka sering membandingkan dengan skim pendapatan pekerjaan lain seperti contohnya guru, engineer dan sebagainya tetapi kita tidak boleh buat perbandingan seperti itu. It is not an apple to an apple comparison.

Perbandingan yang kita harus lakukan adalah perbandingan dengan bayaran di pasaran kerana itulah pull factor yang akan menarik petugas kesihatan kita untuk keluar daripada perkhidmatan awam. Jika ini tidak diberikan keutamaan, apa yang akan berlaku brain drain akan terus berlaku.

Jadi perkara yang harus diutamakan untuk menjaga kebajikan dan untuk memastikan brain drain tidak berlaku, persekitaran latihan yang sihat dan selamat untuk petugas kesihatan kita. Waktu kerja yang sihat, kerja OT yang berpatutan dan bayaran dibuat secara cepat, faedah dan imbuhan yang mungkin lebih baik dan juga mungkin pelepasan cukai boleh dikaji dan dipertimbangkan untuk petugas kesihatan.

Keenam, selection kriteria untuk perjawatan tetap. Antara rungutan pekerja kontrak adalah selection kriteria adalah tidak telus. Proses yang sedia ada, SPA biasa akan bermesyuarat untuk membuat keputusan berdasarkan penilaian mereka. Ada SKT dan sebagainya. Saya tidak mempertikaikan profesionalisme mereka namun ada juga keraguan dalam beberapa kes ini. Oleh itu proses haruslah lebih telus, lebih accountable termasuk untuk menetapkan kriteria yang lebih jelas untuk mendapatkan penempatan tetap tersebut.

Contohnya saya berpendapat kita haruslah memberikan prioriti kepada mereka yang sanggup berkhidmat di kawasan pedalaman ataupun district hospital. Cadangan saya Tuan Yang di-Pertua, untuk menambahkan keyakinan dan ketelusan dan accountability selection process ini mungkin kita boleh add in wakil daripada MMA untuk keputusan mengambil doktor. Untuk farmasi dan lain-lain kita boleh MPS dan sebagainya.

Jika ada wakil mereka duduk dalam mesyuarat tersebut, ia akan memberikan

final • 5:20 PM

Tuan Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

accountability, oversight yang lebih dan ini akan memberikan keyakinan yang lebih terhadap proses pemilihan.

Ketujuh, memperkasakan pendigitalan. Antara langkah yang paling penting untuk mengoptimumkan sistem kesihatan kita adalah untuk menambah baik dan meningkatkan kemampuan pendigitalan di setiap fasiliti kesihatan. Saya tidak ada masa, saya cuma hendak kita banyak sistem di banyak hospital. Isunya maintenance tidak ada, isunya integrasi informasi tidak ada dan kita kena utamakan isu tersebut. Kita tak nak apa yang berlaku di Hospital Selayang yang kita banggakan sebagai flagship tetapi sekarang sistemnya tidak berfungsi.

Kelapan, penekanan kepada mental health seperti yang diceritakan oleh Yang Berhormat Kuala Langat tadi. Kita tahu kita kena memberikan penekanan terutamanya post-COVID ini.

Kesembilan, mewujudkan satu Suruhanjaya Reformasi Kesihatan dan satu task force reformasi kesihatan yang merentasi kementerian, agensi dan juga negeri kerana reformasi kesihatan secara jangka panjang tidak hanya melibatkan MOH. Banyak isu terutamanya social determinants of health, faktor bukan perubatan yang mempengaruhi hasil kesihatan melibatkan kementerian seperti pendidikan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat...

final • 5:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Bandar Kuching minta laluan.

final • 5:20 PM

Tuan Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

...Kementerian Ekonomi, saya tidak ada masa, sorry. Kementerian Kerja Raya dan banyak lagi. Jadi COVID-19 menunjukkan bahawa isu kesihatan merentasi hampir semua kementerian dan kita perlu satu anjakan paradigma. MOH is not the sole responsible ministry for health. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak akhiri dengan ini. Saya hendak tambah kes di Hospital Kampar di mana seorang pesakit telah ditolak rawatan kerana dikatakan tidak pakai seluar panjang. Tugas kita sebagai pengamal kesihatan adalah untuk menyelamatkan nyawa dan tidak membahayakan sesiapa sahaja tanpa mengira kepercayaan, warna kulit ataupun kewarganegaraan. Saya tidak mahu lihat tindakan sesetengah individu merosakkan kerja baik majoriti yang lain. Jangan kerana “nila setitik, rosak susu sebelanga”. Jadi, saya ingin cadangkan untuk KKM hantar satu directive, satu polisi kepada semua kakitangan di setiap peringkat untuk memastikan isu ini tidak berlaku lagi.

Tuan Yang di-Pertua, saya faham banyak reformasi yang saya katakan tadi tidak senang, it is complicated. Banyak pelaburan perlu dilakukan, banyak anjakan paradigma perlu dilakukan, banyak kehendak politik perlu dilakukan tetapi kita kena lakukan ini sebelum terlambat. Saya berharap reformasi kesihatan ini akan menjadi legasi kepada Perdana Menteri Kesepuluh, legasi kepada Kerajaan Perpaduan. Dengan itu saya menyokong penuh Usul Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Sekian, terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

final • 5:20 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Tanah Merah. Silakan.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua baru beredar. Saya sebenarnya nak cakap saya mengambil tuah Tuan Yang di-Pertua sebab dahulu Tuan Yang di-Pertua duduk di kerusi saya ini. Jadi, insya-Allah suatu hari saya akan mengikut jejak Tuan Yang di-Pertua, Dato’ Speaker. Apa pun terima kasih.

final • 5:28 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi junjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku di atas keprihatinan dan hikmah baginda yang menekankan kepentingan aspek keselamatan dan pertahanan negara dalam usaha memastikan pasukan keselamatan negara sentiasa bersifat credible dan berupaya menghadapi cabaran semasa dalam pelaksanaan tugas seharian. Saya akan banyak bercakap tentang pertahanan negara.

Tuan Yang di-Pertua, kesiapsiagaan aset Angkatan Tentera Malaysia. Saya perlu membangkitkan mengenai kegusaran semua pihak mengenai situasi terkini aspek kesiapsiagaan aset-aset di bawah Angkatan Tentera Malaysia khususnya berkaitan aset di bawah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Perkara yang sama turut ditekankan dalam Titah Baginda mengenai keperluan penyelenggaraan dan perolehan peralatan-peralatan baharu ketenteraan.

Umum mengetahui bahawa projek pembinaan littoral combat ship (LCS) akan mengambil masa yang agak panjang sehingga aset tersebut dapat disiapkan sepenuhnya oleh pihak Boustead Naval Shipyard (BNS). Namun ini tidaklah bermakna pihak kementerian hanya duduk sahaja dan berpeluk tubuh menantikan perkembangan projek ini. Pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sani atas khidmat bakti yang cemerlang sebagai Panglima Tentera Laut yang ke-17 dan ucapan tahniah saya panjangkan kepada Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob sebagai Panglima Tentera Laut ke-18 yang baru.

final • 5:28 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Pada 30 Januari yang lalu, Panglima Tentera Laut (PTL), telah menyatakan perolehan LCS akan dikurangkan daripada enam buah kepada lima buah kapal sahaja.

Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian apakah asas kepada keputusan ini diambil dan apakah jaminan kerajaan bahawa kemelut LCS ini akan dapat diselesaikan.

Lantaran dari itu, saya berharap perolehan-perolehan baharu haruslah dirancang dan dilaksanakan bagi memenuhi keperluan semasa TLDM. Berdasarkan kepada keperluan ini EPU dan Kementerian Kewangan haruslah meneliti keperluan bajet tambahan bagi memulakan perolehan kapal literal mission ship ini yang baharu dalam memenuhi keperluan inventory dan visi transformasi 15-to-5 TLDM. Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak Kementerian Pertahanan membina LMS ini berdasarkan kepada reka bentuk kapal NGPV yang sedia ada demi menyelamatkan masa dan kos pembinaan daripada memperoleh jenis-jenis kapal yang ditawarkan dalam pasaran sekarang ini.

Selain daripada itu juga, saya juga berminat untuk mengetahui strategi terkini Kementerian Pertahanan dalam memastikan kelompongan aset-aset TLDM ditutup iaitu stopgap measure sementara menunggu kapal LCS pertama disiapkan yang kita sendiri tidak tahu bila kapal pertama hendak siap. Adakah kekuatan hubungan luar Malaysia khususnya dengan negara-negara besar melalui Five Power Defence Arrangements iaitu United Kingdom, Australia, New Zealand dan Singapura mahupun rakan-rakan ASEAN dapat memberi kita peluang untuk membuat pembelian atau sewaan aset kapal kombat terpakai negara-negara tersebut untuk lima tahun terdekat.

Ini memandangkan kapal kombat amat-amat diperlukan oleh TLDM dalam mengawal perairan laut dan Maritim Malaysia. Usaha stopgap measure, dengan izin sangatlah penting berdasarkan kepada perubahan terkini cabaran keselamatan maritim negara. Tambahan lagi TLDM perlu mengatur gerak aset laut yang menggerunkan untuk kita berhadapan dengan kehadiran kapal-kapal asing di kawasan zon maritim negara kita.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat, boleh saya sedikit bertanya?

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Bolehlah.

final • 5:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Berkaitan dengan LCS Yang Berhormat Tanah Merah, dalam laporan oleh SPRM pada 11 Ogos 2022 menyatakan bahawa kertas siasatan sudah pun lengkap dan telah diserahkan kepada Jabatan

final • 5:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Peguam Negara. Jadi adakah Yang Berhormat Tanah Merah bersetuju bahawa kes ini perlu disegerakan status pendakwaan ini supaya kemelut kelewatan LCS jika ada berlaku penyelewengan dan sebagainya perlu diselesaikan supaya kita tidak lagi terawang-awang bagaimana masa hadapan peralatan pertahanan negara kita. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, sedikit sahaja Yang Berhormat. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat. Saya menghargai perbahasan yang menyentuh tentang littoral combat ship (LCS). Yang Berhormat sedar bahawa pada penggal yang lalu Yang Berhormat merupakan Yang Berhormat Timbalan Menteri, nombor satu.

Nombor dua, perkara skandal mengenai LCS kelewatan pembekalan kapal ini dibongkarkan selepas siasatan dibuat oleh PAC yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan bukanlah sesuatu yang diketahui oleh Yang Berhormat sendiri.

Persoalan saya adalah kenapa tidak ketika Yang Berhormat mula-mula menjawat jawatan Timbalan Menteri Kementerian perkara ini diketahui dan langkah-langkah diambil untuk perkara ini dimaklumkan kepada Dewan Rakyat, terima kasih.

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Terima kasih Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Jelutong. Isu LCS ini saya akui masa penggal yang lepas ia merupakan isu yang besar dan sebab itu sebenarnya perkara ini seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik, pihak PAC juga telah melengkapkan siasatan mereka dan juga telah dibawa kepada pihak SPRM. Oleh sebab itu, kita hendak tahu sekarang ini apa jadi dengan siasatan tersebut? Apakah keputusannya dan siapakah lagi hendak kita dakwa? Oleh sebab itu, kita hendak tahu. Kita tidak mahu isu ini sweep under the carpet, saya percaya. Jadi, terima kasih, mohon saya teruskan.

Tentang hubungan luar pertahanan, selain daripada itu juga untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Dewan yang mulia ini, pada tahun 2021 Malaysia telah memeterai perjanjian comprehensive strategy partnership dengan izin ataupun dikenali sebagai CSP dengan Kerajaan Australia.

Pemeteraian perjanjian ini adalah merupakan kesinambungan hubungan baik kedua-dua negara yang telah terjalin sejak sekian lamanya bukan sahaja menyentuh mengenai aspek perdagangan dua hala malah juga merangkumi kerjasama keselamatan dan pertahanan. Malaysia berterima kasih kepada negara Australia yang banyak membantu meningkatkan keupayaan pertahanan negara kita khususnya dalam pelaksanaan eksesais dua hala dan pelbagai hala.

Saya berminat untuk mengetahui apakah perancangan Kementerian Pertahanan dalam menggunakan klausa Perjanjian CSP antara Malaysia dan Kerajaan Australia dalam usaha memperkembangkan lagi keupayaan ATM sedia ada. Antara lain dari segi pelaksanaan exercise pertahanan serta kerjasama pertahanan yang lain. Di bawah platform Malaysia Australia Joint Defense Program (MAJDP) sebagai contoh, mungkin boleh kita tambahkan bilangan pegawai tentera atau awam dari Malaysia untuk ditaja pengajian peringkat post graduate di Australia dalam bidang-bidang berkaitan.

Malaysia juga boleh menawarkan beberapa tempat di universiti awam kepada pihak kerajaan Australia sebagai timbang balik dalam mengeratkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara ini. Perjanjian CSP ini haruslah dimanfaatkan sepenuhnya oleh Malaysia bagi membina angkatan dan warga pertahanan yang credible dan peluang ini tidak seharusnya disia-siakan. Saya percaya kekuatan yang ada pada negara rakan strategik seperti Australia mampu memperkukuhkan lagi keupayaan pertahanan negara khususnya dalam aspek profesionalisme anggota tentera kita.

Tuan Yang di-Pertua, isu penempatan team pemantauan antarabangsa Malaysia di Mindanao. Selain daripada itu juga, selaras dengan penempatan mandat untuk Anggota Tentera Malaysia menjadi badan pemantau perjanjian damai antara Kerajaan Filipina dan bangsa Moro di Mindanao di selatan Filipina, suka saya mencadangkan supaya pihak Kementerian Pertahanan mahupun Institut Tadbiran Awam (INTAN) untuk menggiatkan lagi penawaran program latihan teknikal kepada anggota pentadbiran Kerajaan Bangsamoro yang berbekalan di Kota Batu, Mindanao.

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Penawaran program latihan di bawah Malaysia Defense Cooperation Program

(MDCP) atau Malaysia Technical Cooperation Program (MTCP) amat penting bagi meneruskan kesinambungan hubungan baik dua hala yang terjalin antara Malaysia dan juga Kerajaan Bangsa Moro yang baharu dibentuk di selatan Filipina. Ini akan memberikan manfaat jangka masa panjang kepada negara khususnya dalam menangani kesan limpahan suasana ketidakstabilan akibat daripada ancaman-ancaman bukan negara atau non-state actors dengan izin dari selatan Filipina yang rata-rata dikuasai oleh pihak Abu Sayyaf dan juga tentera Kerajaan Sulu.

Justeru, dana latihan di bawah Program MDCP dan MTCP haruslah ditambah kepada jumlah yang lebih sesuai berdasarkan kepada keperluan semasa. Saya difahamkan peruntukan bagi tujuan pelaksanaan MDCP dan MTCP sangatlah sedikit iaitu lingkungan lapan hingga sembilan juta sahaja setahun. Wajar ditambah sebagai usaha meningkatkan usaha soft diplomacy dengan izin dari Malaysia untuk negara-negara dunia ketiga seperti Kerajaan Bangsa Moro ini.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Kementerian Pertahanan, terdapat agensi yang menguruskan tempoh peralihan anggota ATM yang berkhidmat untuk menempuhi fasa pencen mereka. Agensi yang dimaksudkan adalah Perbadanan Hal Ehwal Bekas Anggota Angkatan Tentera ataupun PERHEBAT. Agensi ini melaksanakan kursus atau latihan yang bersifat teknikal dan juga vokasional bagi memastikan anggota ATM yang menempuhi fasa pencen dapat menceburi diri dalam pasaran kerja semasa.

Ini penting memandangkan bagi anggota-anggota lain pangkat untuk pengetahuan semua, kebanyakan belia yang menyertai anggota tentera pada umur 18 tahun dan mereka akan pencen pada awal umur 40an antara 10,15, 18 ataupun 21 tahun.

Jadi dalam umur awal 18 tahun ini, ia merupakan fasa sangat kritikal dalam kehidupan mereka kerana anak-anak pun masih kecil dan masih tidak lepas lagi sekolah.

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Jadi sebab itulah agensi PERHEBAT amat penting bagi memastikan transisi peralihan berjalan dengan lancar dan mengelakkan veteran terjerumus dalam kumpulan miskin tegar selepas mereka menamatkan perkhidmatan. Saya mencadangkan agar pihak Kementerian Pertahanan dan pihak kerajaan melihat semula peranan PERHEBAT supaya agensi ini dapat diperkasakan lagi dan agensi ini harus kekal di bawah Kementerian Pertahanan sebagai pengiktirafan kepada anggota ATM serta ia tidak harus dipindah ke mana-mana kementerian lain.

Tambahan pula, PERHEBAT-lah satu-satu agensi yang melaksana Program Latihan Kurikulum Pembelajaran Dewasa dan tidak wajar agensi disamakan dengan mana-mana agensi TVET yang lain di bawah Kementerian Belia dan Sukan mahupun Kementerian Sumber Manusia. Kewujudan PERHEBAT di bawah MINDEF satu pengiktirafan yang tinggi kepada warga veteran ATM itu sendiri. Justeru, keistimewaan ini haruslah kekal dipelihara malah perlu ditambah baik lagi.

Tuan Yang di-Pertua, Skim Perkhidmatan Tentera tidak sama dengan Skim Perkhidmatan Awam. Tentera bekerja dan perlu standby 24 jam. Tentera tidak boleh menolak bila ada arahan bekerja tidak kiralah di mana arahan itu bertugas sama ada mereka perlu bertugas di lautan, di hutan, ke pulau-pulau atau ke sempadan, ke tempat yang bahaya, mereka kena akur tanpa soal jawab. Walaupun terpaksa berpisah...

final • 5:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Tanah Merah, laluan.

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Ya. Walaupun terpaksa berpisah dengan anak, isteri...

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung ya.

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

...Untuk jangka masa yang lama dan panjang. Tentera kena bersiap-siaga dalam mempertahankan kedaulatan dan pertahanan negara dengan penuh dedikasi. Mereka adalah benteng kita dari musuh yang dalam negara dan luar negara. Saya hendak landing ya. Tentera tertakluk kepada dua undang-undang Tuan Yang di-Pertua. Satu, undang-undang tentera dan undang-

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

undang awam. Contohnya, kalau kita orang awam, boleh rambut panjang, tentera tidak boleh. Kita boleh ada janggut, sebab macam...

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya bagi satu minit extra.

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Akan tetapi tentera tidak boleh, janggut tidak boleh, misai boleh. Kasut tentera mesti sentiasa berkilat, kita tidak apa pakai kasut tetapi kasut tidak kilat. Jadi, contohnya mereka yang bertugas dalam infantri dalam satu tahun empat hingga enam bulan mereka perlu beroperasi di hutan, di pulau-pulau atau mengawal sempadan. Contohnya, kalau yang kena beroperasi di Pulau Perak Kedah. Orang Kedah mesti tahu Pulau Perak. Di pulau itu, seperti ibarat beroperasi di ‘padang jarak, padang tekukur’. Air pun tidak ada, pokok hendak berteduh pun tidak ada tetapi mereka tetap bertugas sebab arahan tugas, mereka kena bertugas.

Jadi sebab itulah bagi saya, kita perlu menghargai pengorbanan Anggota Tentera Malaysia dan veteran. Saya hendak maklum kepada semualah, tugasan tentera tidak boleh sama dengan penjawat awam.

Jadi akhir kata, oleh kerana saya ada banyak isu tentera, insya-Allah mungkin dalam bajet saya hendak bahaskan. Cuma saya tertarik Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan Yang Berhormat Pagoh hari ini. Hari ini saya juga tersentak apabila Yang Berhormat Pagoh berkata, “nothing young last forever” ya Yang Berhormat Kota Raja. Ini abang saya ni, saya gerun dia tengok saya. Akan tetapi Yang Berhormat Pagoh dia kata begini, “nothing young last forever”.

Saya percaya kita semua kena insaf dan sedar. Kita tidak boleh sekali bongkak, sombong dan angkuh dengan kedudukan kuasa yang ada pada hari ini. Ibarat rodalah, ada kala di atas, ada kala kita di bawah. Saya sudah jadi ahli penggal, sudah penggal yang ketiga bersama dengan Yang Berhormat Jelutong.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, baiklah. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Akhir sekali, hendak tutup dah. Saya sudah rasa saya duduk di sana, saya duduk di sini, duduk di sana, kembali duduk di sini dan insya-Allah saya percaya kami di sini satu hari nanti akan duduk kembali di sana.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, baiklah.

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Terima kasih. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih banyak.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Seterusnya, saya ingin jemput Yang Berhormat Ampang.

final • 5:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam perpaduan dan salam masyarakat madani. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya membuat ucapan sulung saya di dalam Parlimen ataupun dalam Dewan Rakyat yang mulia ini.

Saya juga turut Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong pada hari Isnin yang lepas. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kesepuluh dan yang bukan sahaja dikasihi oleh rakyat Malaysia, saya rasa ia juga malah disegani oleh seantero dunia. Juga tahniah kepada semua barisan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri yang telah dilantik yang disandarkan amanah pentadbiran ini kepada Yang Berhormat sekalian.

final • 5:44 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih lebih kepada 104,000 orang pengundi di Parlimen Ampang yang telah pun mengundi dan akhirnya memberikan majoriti hampir 30,000 kepada saya untuk memikul amanah ini.

Saya ada satu pantun yang ingin saya kongsikan untuk menggambarkan ia adalah demografik Ampang.

Cerun sungai lembah dan bukit, Tempat bina keluarga lestari, Mandat pengundi saya bangkit, Pesona Ampang komitmen diberi. Meneliti ucapan Titah Diraja, saya merasakan bukan sahaja saya bersemangat dan menyengat malah padat menyentuh isu-isu berkaitan yang saya rasa ia adalah satu potensi besar yang ingin kita bicarakan. Saya mendengar rakan-rakan juga membicarakan tentang banyak isu. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil perkara utama yang ingin saya bangkitkan ialah memberikan cadangan tentang isu pengurusan dan penyelenggaraan cerun.

Tragedi runtuhan ataupun runtuhan cerun di Batang Kali, Selangor pada awal 16 Disember 2022 yang lalu telah pun meranapkan tiga tapak perkhemahan dan meragut 31 nyawa yang merupakan bencana alam kedua paling tertinggi di Malaysia dalam sejarahnya selepas tragedi Highland Tower, Ampang pada tahun 1993 yang melibatkan 48 nyawa yang terkorban.

Ia merupakan peringatan tegas betapa Malaysia tidak terkecuali daripada impak perubahan iklim yang meningkatkan risiko bencana alam terutama kawasan dikenal pasti sebagai sensitif terhadap extreme weather events dengan izin dan pembangunan tanah termasuk cerun-cerun dan lereng-lereng bukit yang berisiko tinggi yang memang banyak di dalam kawasan terutamanya di Ampang.

Statistik ini saya kongsikan untuk Yang Berhormat semua yang dibuat oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya kerana usaha ini adalah usaha-usaha yang perlu memberikan pembuka mata kepada kita semua. Di Parlimen Ampang telah pun dikenal pasti 71 cerun yang diklasifikasikan sebagai sangat bahaya, 24 sebagai bahaya dan 93 sebagai kurang bahaya. Ini merupakan signal jelas bahawa Malaysia memerlukan satu kerangka autoriti sistem jelas dan tuntas demi mengurangkan atau jika boleh mencegah berulangnya insiden ini berlaku kembali.

Saya menyedari hakikat kepentingan ini, maka pada 19 Januari 2023 yang lepas, saya telah pun memanggil townhall cerun untuk semua penduduk di sekitar Ampang. Kita dapati dapatan-dapatan yang kita dapati bahawa ia mempunyai banyak persoalan yang timbul oleh penduduk atau residen di sekitar Ampang yang akan saya kongsikan dengan Dewan yang mulia ini. Saya bimbang kalau isu kawasan cerun berisiko dan lereng-lereng bukit ini tidak ditangani atau tidak mematuhi terma dan syarat ketat yang ditetapkan oleh pihak berwajib. Lagi-lagi kalau diteroka secara tanpa izin, maka ia mengundang banyak persoalan ataupun masalah-masalah mudarat yang kita semua akan tanggung dan ia amat-amat mendukacitakan.

Jadi bagi kawasan yang mempunyai kebarangkalian, kekerapan dan keterukan kejadian bencana tanah runtuh seperti di Parlimen Ampang khususnya, saya mencadangkan penduduk wajar dibekalkan informasi-informasi tidak kiralah dalam bentuk papan tanda, penulisan atau paparan di dalam website dan sebagainya. Laporan-laporan penilaian dan status pergerakan tanah dari semasa ke semasa secara real time termasuk metrik risiko lokal supaya keadaan setempat dikenali lebih ketat ataupun lebih dekat terkait status sama ada selamat tanpa risiko atau hanya selamat sekiranya tidak diteroka. Ini adalah lokasi-lokasi yang bahaya, kategori rentan ataupun yang bakal teruk atau tidak, ia kategori berisiko tinggi seterusnya akan mengundang bahaya dan sebagainya.

Ini semua perkara yang perlu disediakan dan dibekalkan kepada penduduk khususnya kepada tempat-tempat yang berisiko. Walaupun saya bangkitkan isu ini mungkin berlaku banyaknya di Ampang, saya yakin ada tempat-tempat lain lagi di seluruh Malaysia ini yang mempunyai risiko-risiko yang sebegini. Apa yang saya cadangkan ini

final • 5:44 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

bukanlah tujuan untuk menakut-nakutkan penduduk ataupun mengurangkan nilai hartanah kepada mereka yang menduduki kawasan-kawasan tertentu.

final • 5:44 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Akan tetapi ini lebih memberikan kita kepada persediaan ataupun usaha untuk mencegah lebih awal. Banyak sebenarnya tindakan-tindakan yang boleh kita lakukan bagi mengelakkan ia berlaku. Masalah sekarang kita hanya bercakap tentang isu penyelenggaraan cerun dan sebagainya ini kita fokuskan kepada hanya agensi-agensi kerajaan tetapi ada juga tanggungjawab peribadi, individu ataupun syarikat-syarikat yang mempunyai tanah-tanah pembangunan yang perlu juga diberikan tindakan ataupun diingatkan tentang peranan mereka dalam memastikan bahawa perkara-perkara ini ataupun tindakan-tindakan yang terlalu ketat ini perlu dipatuhi.

Jadi, selain daripada itu saya juga merasakan selain daripada penguatkuasaan serta-merta, garis panduan penilaian kerentanan tanah dan indeks risiko bagi infrastruktur kritikal di Malaysia yang saya yakin telah pun dibuat ataupun disempurnakan pada 15 Ogos 2022 yang diterbitkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di semua peringkat lebih-lebih lagi pihak berkuasa tempatan.

Saya ingin mengusulkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agar sebuah jawatankuasa kabinet segera dapat dibentuk yang akan membentangkan satu kertas putih ke arah penubuhan Majlis Pengurusan Cerun Negara berteraskan Pelan Induk Cerun Negara bagi tujuan pengurusan pemeliharaan dan pemulihan kawasan dan juga seterusnya akan menempatkan atau memperuntukkan kewangan yang sesuai dengan tujuan ini.

Sekiranya penguatkuasaan nanti bersifat rentas kementerian dan bertindan antara kementerian Kerajaan Persekutuan dan negeri ataupun pihak berkuasa tempatan

(PBT), saya percaya, di Majlis Parlimen mampu memainkan peranan untuk menggubal undang-undang baru bagi tujuan ini.

Jadi, perkara akhir yang ingin saya tekankan tetapi cukup penting juga kalau kita menjaga jalan-jalan raya di seluruh Malaysia ini dengan satu peruntukan yang ada iaitu peruntukan di bawah rang undang-undang yang mana MARRIS perlu disediakan di setiap tahun, saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya wujudkan satu dana khas berbentuk tahunan seperti yang saya sebut tadi MARRIS untuk memastikan isu pengurusan, pemuliharaan dan juga pemeliharaan cerun ini dapat ditangani dengan baik.

Ini supaya ia tidak berulang menjadi mimpi ngeri untuk kita. Itu adalah perkara yang ingin saya bentangkan di sini kepada Dewan yang mulia. Keduanya ...

final • 5:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Soalan tambahan daripada Temerloh. Boleh?

final • 5:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Temerloh, silakan.

Satu minit.

final • 5:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey berkaitan dengan kejadian tanah runtuh yang sudah kita dengar yang merupakan kali saya kira yang teramai tadi disebut. Apakah punca-punca perkara ini berlaku dalam siasatan yang sudah didapati.

Silakan.

final • 5:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih. Soalan itu perlu ditanya kepada pihak yang berwajiblah. Saya bukan Menteri. Saya tidak boleh jawab.

Saya rasa perkara ini akan dikemukakan kepada pihak kerajaan nanti. Akan tetapi apa yang saya hendak sebut Yang Berhormat Temerloh dan semua Ahli Yang Berhormat, yang saya bimbang tadi risiko kadang-kadang adalah datangnya daripada bukan sahaja penguatkuasaan yang mungkin kurang tetapi kadangkala kita sendiri tidak tahu status- status cerun-cerun yang ada.

Jadi dengan adanya cadangan saya untuk penubuhan Majlis Pengurusan Cerun Negara ini, kita ambil serius perkara ini. Untuk pengetahuan semua, Majlis Perbandaran Ampang Jaya di antara majlis yang terawal mewujudkan unit cerun. Akan tetapi apakah semua perbandaran ataupun setiap negeri ada unit ini ataupun ada majlis ini.

final • 5:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Jadi, kebimbangan ini saya angkat untuk Dewan ini bukan sebab hanya berlaku di Ampang. Ia berlaku di semua tempat yang saya rasa kalau adanya majlis ini, insya- Allah semua perkara ini boleh kita elakkan lebih awal dengan melihat tentang kategori- kategori kawasan berbahaya, kurang berbahaya ataupun ia tidak ada masalah tetapi dengan dana yang mencukupi untuk kita menyelesaikan perkara ini.

Jadi untuk itu, Tuan Yang di-Pertua perkara kedua yang ingin saya bangkitkan adalah tentang pendidikan latihan teknikal dan vokasional ataupun TVET. Banyak rakan saya bercakap tentang perkara ini. Saya ingin menyinggung perkara ini sebab saya menjunjung kasih sepenuhnya keprihatinan dan azam Seri Paduka Baginda agar pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional ini diperkasakan khususnya untuk anak muda.

Tahniah saya ucapkan atas usaha proaktif Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk menerajui usaha ini. Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan kejuruteraan, saya menyambut baik cadangan agar pihak industri memainkan peranan yang lebih besar sama ada sebagai majikan mahupun pengamal profesion ataupun ikhtisas.

Sememangnya pihak industri mempunyai pengalaman praktikal demi memastikan pendidikan dan latihan yang diterima oleh anak-anak muda ini adalah relevan dan sesuai dengan keperluan industri. Sekalipun begitu, saya terpanggil untuk bertanyakan sekiranya Majlis TVET Negara seperti yang ada sekarang mempunyai kuasa memadai untuk menjadi pemangkin kerjasama yang diperlukan antara pihak kerajaan dan pihak swasta.

Ini penting. Kalau ia hanya merupakan council atau majlis tetapi tidak ada punca kuasa yang lebih jitu, maka ia mungkin akan hanya menjadi satu majlis untuk membincangkan tetapi tidak ada perkara-perkara yang konkrit dan solid untuk dilaksanakan.

Jadi, situasi ini agak berlainan berbanding dengan negara seperti Jerman.

Sebagaimana juga rakan-rakan saya bercakap, mempunyai satu platform tertentu di peringkat Persekutuan dan negeri ataupun wilayah yang membolehkan kerjasama bersifat consultative, collaborative, symbiotic serta dynamic di antara institusi TVET, kerajaan dan swasta berserta majikan.

Malah ia menjamin pekerjaan kepada mereka yang memasuki bidang-bidang TVET ini. Jadi ini adalah perkara yang penting. Dengan itu, saya ingin mengusulkan agar pihak kedua-dua Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk menaiktarafkan dan mentransformasikan Majlis TVET Negara menjadi Suruhanjaya TVET Malaysia yang diperkasakan untuk melaksanakan dan meneruskan agenda reformasi dalam bidang ini menggunakan kepakaran masing- masing.

Saya tertarik apabila saya membaca dan membuat sedikit analisa tentang apakah perkara-perkara yang sentiasa dibincangkan di bawah TVET ini dalam konteks bidang kuasa. Jadi, saya terbaca satu usaha yang pernah dibuat oleh mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh iaitu Puan Nurul Izzah Anuar yang mencadangkan supaya Jawatankuasa Pemerkasaan TVET yang mencadangkan satu rang undang-undang untuk tujuan ini.

Jadi, saya memohon supaya pihak kerajaan mungkin boleh melihat semula cadangan rang undang-undang ini dan akhirnya boleh menubuhkan Suruhanjaya TVET bagi memastikan bahawa TVET ini betul-betul diperkasakan. Malah mungkin ia boleh diletakkan di bawah satu perbadanan yang begitu serius untuk melaksanakan usaha- usaha TVET ini.

Jadi, kita tidak lagi bercakap tetapi kita sekarang ini merasakan transformasi ini perlu diberikan autonomi yang kita tidak lagi perlu menunggu, ia hanya dipengerusikan oleh sesiapa juga yang sekarang ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Akan tetapi saya cadangkan nanti suruhanjaya ini boleh mencadangkan dan mengangkat terus kepada pihak yang berwajib. Akhirnya ia akan diambil tindakan lanjut.

final • 5:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Oleh sebab kita tahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sibuk dalam usaha-usaha yang lain. Jadi, saya punya dua perkara lagi ingin saya bincangkan. Saya hanya hendak membacakan tajuk supaya benda ini nanti saya akan bangkitkan perkara yang lain. Isu teknologi hijau juga adalah isu yang penting yang akan dibincangkan.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 5:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Satu minit lagi Tuan Yang di- Pertua. Insya-Allah saya cadangkan supaya kerajaan juga melihat tentang isu care economy atau ekonomi penjagaan, untuk isu unpaid care, care and domestic work kepada usaha-usaha tambahan selain daripada usaha-usaha sedia ada supaya isu diskriminasi wanita dan isu supaya penjagaan ini ataupun care economy ini dapat diangkat dengan baik.

Jadi, itu sahaja daripada saya. Saya ucapkan terima kasih dan saya menyokong usul-usul Titah Diraja. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Besut.

final • 5:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya kepada pengundi-pengundi di Parlimen Besut yang telah mengundi saya dan sehingga saya mendapat majoriti yang agak besar, yang sebelum ini adalah kubu kuat UMNO. Mereka perlukan perubahan sebenarnya.

Pertama saya ingin menyentuh berkenaan dengan Titah Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan pendidikan Islam.

final • 5:59 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dalam Titah Yang di-Pertuan Agong menyentuh dalam usaha melahirkan masyarakat yang mempunyai kekuatan kerohanian, intelektual dan juga sahsiah diri yang unggul.

Jadi, pendidikan Islam sepatutnya dijadikan sebagai satu proses mengasuh dan juga mendidik, membela, melatih, menyucikan, membaikkan, mengawal hawa nafsu, membentuk ketaatan kepada Allah SWT, membentuk sikap sopan dan beradab, akhlak yang baik dan memadamkan semua sifat tercela yang ada dalam diri manusia. Akan tetapi akhir-akhir ini, ada segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab mempertikaikan institusi pendidikan pra sekolah negara ini iaitu PASTI yang berteraskan pendidikan Islam iaitu Pusat Asuhan Tunas Islam. Tiba-tiba sahaja kita lihat alumni PASTI dipersalahkan atas gelombang anak-anak muda yang telah menolak PH dan BN dalam PRU-15.

Jadi, pelbagai cadangan yang rakus mula ditiupkan agar kerajaan baharu melakukan sesuatu tindakan atas kerisauan mereka yang tidak perlu sebenarnya bahawa PASTI ini akan melahirkan generasi muda yang taksub kepada ekstremisme, agama dan juga kaum. Sebenarnya mereka tidak tahu bahawa antara keistimewaan PASTI ialah bukan setakat menerima pelajar-pelajar daripada yang beragama Islam, juga menerima para pelajar yang bukan Islam. Ini antara keistimewaannya.

Sebenarnya, penubuhan PASTI ini mempunyai sejarah. Ia menarik apabila ia berlaku persefahaman di antara ABIM yang dipimpin oleh semasa itu antaranya adalah PM ke-10 dan juga Dewan Pemuda PAS Pusat. Jadi, ABIM telah diamanahkan untuk menggerakkan institusi pra sekolah yang dikenali sebagai TASKI pada masa itu.

Penyokong ABIM pula sebahagian besarnya adalah aktivis PAS sehinggalah PM ke-10 menyertai UMNO pada tahun 1982 yang menyebabkan sebahagian besar pada ahli-ahli ABIM yang juga aktivis PAS telah meninggalkan ABIM sendiri.

final • 6:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sebenarnya pernah dalam Perhimpunan Agung UMNO satu masa dahulu, nama PASTI ini disebut kecemerlangannya di mana Tadika KEMAS diminta mencontohi PASTI yang melahirkan para pelajar berkualiti serta seimbang jasmaninya, emosinya, rohaninya dan juga intelektualnya. Jadi, lebih tiga dekad PASTI telah melahirkan ahli-ahli legislatif dan profesional aras tinggi dalam mentadbir negara.

Di sini sebenarnya, ada alumni PASTI sebagai Ahli Parlimen di Parlimen kita iaitu Yang Berhormat Bachok.

[Tepuk] Yang Berhormat Bachok ini yang telah mengesahkan bahawa di PASTI bukan hanya diajar ilmu agama dan juga akademik, malah diasuh dengan adab dan akhlak Muslim yang baik. Kita lihat watak dan wajahnya adalah seorang Muslim yang baik insya-Allah. Seterusnya, untuk pengetahuan Ahli Dewan semua, bahawa kanak-kanak PASTI seawal tahun ini di Parlimen Besut telah dididik menyantuni masyarakat Tionghoa sempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini dan sebelum-sebelumnya. Ini adalah bertempatan dengan Titah Yang di-Pertuan Agong iaitu semangat muhibah dan saling menghormati antara kaum yang merupakan asas kepada kestabilan negara.

Cuma saya sedikit terkilan, dengan kemenangan besar PAS tempoh hari lebih kurang 49 kerusi, ada seorang calon, kalau tidak silap di Batu, calon Siti Zabedah Kasim nama dia. Dia tidak puas hati dengan kemenangan besar parti PAS ini dengan menimbulkan isu taliban mengaitkan anak-anak muda yang dilahirkan oleh PASTI. Jadi, ini kerana— masalah dengan Siti Kasim ini, dia cuba menimbulkan perkara-perkara yang tidak relevan langsung dengan yang berada dalam negara kita ini. Ini kerana PAS bukannya satu politik yang bermasalah sebenarnya. Langsung tidak ada. Daripada segi sentimennya dan juga yang keterlaluan— yang dikatakan keterlaluan tidak ada sebenarnya.

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat..

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Jelutong.

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Boleh beri laluan?

final • 6:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Boleh, boleh. Kalau tanya elok-elok, okey.

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya mengenali PAS dan saya merupakan seorang yang menyokong PAS satu ketika dahulu. Ketika saya menjadi ADUN di kawasan Seri Delima, ketika itu Pakatan Rakyat. Saya telah menggunakan peruntukan saya untuk mengecat bangunan-bangunan di situ dengan warna hijau, dengan warna putih sekali. Saya sendiri menghormati arwah Allahyarham Tok Guru Nik Aziz. Di pusat khidmat saya, gambar beliau masih lagi digantung, tetapi yang anehnya saya juga terguris hati apabila Yang Berhormat Machang dewasa ini mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang begitu perkauman. Mengatakan bahawa yang bukan Islam atau bukan Melayu lebih cenderung untuk melakukan rasuah.

Kalau betul kita mengamalkan...

[Disampuk] Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Marang. Mengamalkan politik matang, PAS sekarang rupanya begitu berbeza daripada dahulu ketika dipimpin oleh Allahyarham Tok Guru Nik Aziz. Apa pendapat Yang Berhormat mengenai perkara ini?

final • 6:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Besut, saya sedikit sahaja. Saya hendak betul, saya hendak betulkan Yang Berhormat Jelutong. Salah itu sebab sekarang ini rasuah itu dikira sedekah. Pemberian duit itu dikira sedekah.

Rasuah itu dikira sedekah sekarang ini. Jadi, Yang Berhormat Jelutong kena tahu yang itu.

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya. Saya juga hendak minta penjelasan Yang Berhormat. Ada pengakuan oleh Yang Berhormat Marang mengatakan bahawa pemberian wang kepada pengundi semasa pilihan raya adalah sedekah dan bukannya rasuah. Ini merupakan pengakuan terang-terang bahawa wang telah diberikan kepada pengundi-pengundi semasa pilihan raya yang lalu.

final • 6:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, okey. Masa saya tidak ada.

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Apa komen Yang Berhormat tentang perkara ini? Adakah betul pengundi-pengundi lebih cenderung mengundi Perikatan Nasional dan PAS sebab menerima wang?

final • 6:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sudah, sudah. Saya...

final • 6:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat Besut...

final • 6:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sudah faham dah.

final • 6:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Mohon mencelah. Setujukah Yang Berhormat Besut bahawa sebenarnya Yang Berhormat Jelutong ini sudah tidak modal hendak hentam PAS? Sesi lepas, dia hentam PAS kerana PAS ini kononnya berkawan degan UMNO. Sekarang kenapa tidak sebut? Dahulu Yang Berhormat Jelutong sebut azimat Tok Guru Nik Aziz jangan kawan dengan UMNO. Sekarang Yang Berhormat Jelutong sudah bersama dengan UMNO. Sebutlah sekali lagi, satu. Kedua...

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya jawab, saya jawab.

final • 6:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Kedua Yang Berhormat Besut...

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini kita menjunjung Titah Tuanku.

final • 6:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Nak sebut isu sedekah.

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kerajaan Perpaduan.

final • 6:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya hendak sebut tentang isu sedekah. Kenyataan yang sebenar dikeluarkan oleh Yang Berhormat Marang ialah apabila duit itu tidak melibatkan calon dan wakilnya. Kenapa tidak mendengar dengan telinga yang betul? Kalau kaki tidak betul, tak apa tetapi jangan telinga tak betul. Terima kasih Yang Berhormat Besut.

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Rasuah itu rasuah, Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Masukkan dalam ucapan saya dan saya ingin satu lagi. Kalau dikatakan beri, maksudnya kalau kita minta dia undi, itu rasuah. Akan tetapi, kalau bukan minta dia undi, seperti apa yang dibuat oleh UMNO, itu rasuah namanya. Saya pernah tengok video tentang UMNO— wajib undi UMNO. Itu yang berlaku sebenarnya. Saya rasa Yang Berhormat Jelutong dan juga Yang Berhormat Hulu Langat tidak betul-betul membaca dan mendengar.

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sudah, sudah cukuplah. Masa saya banyak lagi.

final • 6:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat Besut, Shah Alam minta laluan.

final • 6:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tuan Yang di-Pertua, saya minta masa tambahan.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak boleh.

final • 6:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sebab saya hendak habiskan isunya.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya hanya bagi sampai masa habis kerana Yang Berhormat Besut yang bagi laluan.

final • 6:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bagi laluan, tetapi panjang.

Saya kata elok-eloklah tanya.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Extra satu minit kalau boleh.

final • 6:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Seterusnya, saya ingin terus kepada pendidikan dan juga undang-undang syariah. Hampir 30 tahun mahkamah syariah terikat dengan batasan hukuman 356 iaitu maksimum tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan atau 653 yang dibatasi oleh Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1984.

Jadi, rakyat telah lama menunggu agar pindaan dibuat bagi meningkatkan hukuman di bawah undang-undang syariah dan tidak tertakluk dengan hukuman 356 pada masa kini. Pindaan ini telah ditunggu-tunggu oleh peguam syarie, pendakwa syarie, pegawai penguat kuasa agama dan masyarakat Islam.

Kerajaan Negeri Terengganu sendiri telah lama meminda Enakmen Syariah Terengganu bagi memastikan hukuman kesalahan syariah dinaikkan mengikut keperluan semasa dan tindakan Kerajaan Negeri Terengganu meminda enakmen ini menunjukkan betapa pentingnya enakmen ini kepada perkembangan keadilan syariah di negeri ini. Ia menjadi pelik apabila di peringkat Persekutuan, ia masih belum selesai.

Seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan dengan memperkasa pentadbiran undang-undang. Nasihat saya kepada pihak kerajaan, supaya tidak lagi mengulangi kesilapan besar dengan melantik Peguam Negara yang berada di luar sistem kerajaan.

Bermaksudnya melantik peguam ke dalam sebagai Peguam Negara. Contohnya Tommy Thomas, yang jelas.

Pelantikan mantan Peguam Negara, Tommy Thomas ini dari luar kerajaan menyebabkan timbul pelbagai kontroversi menyebabkan Kabinet terpaksa menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan kajian awalan berhubung dengan pendedahan yang terkandung dalam karya beliau, “My Story: Justice in the Wilderness”. Jadi hasilnya, kerajaan pada ketika itu mengklasifikasikan laporan petugas khas yang antara lain mengesyorkan supaya Tommy Thomas disiasat atas kemungkinan melakukan pelbagai kesalahan. Antaranya ialah mencampuri urusan pelantikan hakim-hakim.

Seterusnya, saya ingin menyentuh apa yang berada di kawasan saya iaitu Projek Pembinaan Jalan Kampung Keruak ke Gua Musang melalui Gunung Bongsu yang telah terbengkalai sejak sembilan tahun lepas. Projek ini telah dimulakan pada tahun 2013 dan siap fasa pertama sejauh 10 kilometer sahaja. Saya sudah melawat tempat tersebut dan Menteri Kerja Raya minta beri perhatian dan hadamkan. Minta tolong sambung, 10 kilometer sahaja, pengakhirannya ke hutan tidak ada guna. Jadi, sambung ke Gua Musang. Jadi, jika siap pembinaan jalan ini akan memberikan kemudahan kepada penduduk pedalaman Hulu Besut memasarkan hasil pertanian dan...

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung dalam masa satu minit.

final • 6:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Menjadi alternatif kepada penduduk sekitar tersebut untuk ke Ipoh dan juga Kuala Lumpur.

Kedua, Projek Pembinaan Jejambat di Bandar Jerteh dan saya difahamkan bahawa sebanyak RM60 juta telah diluluskan kementerian sebelum ini. Jadi, jejambat ini sangat diperlukan untuk mengelak kesesakan yang selalu berlaku di bandar Jerteh terutama pada musim cuti dan perayaan dan hari-hari biasa pergi dan balik kerja. Itu sahaja, terima kasih.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Besut. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuaran.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan peluang kepada Tuaran untuk turut serta membahaskan Usul

final • 6:14 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja yang telah dibentangkan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa dan disokong oleh Yang Berhormat Ledang.

Titah Diraja 2023 mengandungi lebih 16 agenda pembangunan utama. Tuaran berpendapat bahawa saranan Diraja ini bukan sahaja perlu diberi sokongan padu, malah setiap saranan Tuanku memerlukan pelan tindakan pelaksanaan yang tersusun rapi agar matlamat dan hasratnya dapat direalisasikan.

Titah Tuanku pada kali ini bersejarah kerana inilah kali terakhir Tuanku bertitah di Dewan yang mulia ini. Di sebaliknya pula, Yang Amat Berhormat Tambun, Perdana Menteri Ke-10 pula bermula sebagai Perdana Menteri setelah berjuang di atas landasan reformasi selama 24 tahun. Tuaran mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas pelantikan Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri yang ke-10 dan tahniah juga kepada semua anggota Jemaah Kabinet yang dilantik untuk melaksanakan gagasan Malaysia Madani.

Begitu juga dengan kesemua agenda pembangunan negara yang terdahulu, cabaran utama adalah pelaksanaan. Penentu kejayaan adalah faktor sistem penyampaian dan komitmen serta integriti kepimpinan di semua peringkat. Setelah mendengar Titah Diraja tersebut, pertanyaan pertama dari Tuaran kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan semua anggota Jemaah Kabinet ialah apakah Pelan Tindakan Pelaksanaan telah dibuat termasuk pewujudan dasar dan program serta sistem pemantauan dan penilaian untuk memastikan saranan tercapai tepat pada masanya?

Contohnya, apakah pelan tindakan yang konkrit supaya setibanya tahun 2025, kemiskinan tegar di negara ini telah disifarkan? Apakah dasar pelan tindakan untuk menangani pendatang tanpa izin, pelarian, penduduk stateless dan orang asing yang memiliki dokumen kewarganegaraan secara rasuah dan salah guna kuasa?

Kemudian, apakah pelan tindakan pelaksanaan untuk setiap saranan di dalam Titah Diraja seperti menurunkan kos sara hidup, membina infrastruktur luar bandar yang berkualiti dan selesaikan masalah kedaifan infra luar bandar, menyelesaikan masalah sekolah-sekolah daif, pembudayaan integriti, melahirkan budaya inovatif, mengoptimumkan pengeluaran bahan makanan, pelaksanaan sepenuhnya Perjanjian Malaysia 1963, pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo, membina perumahan berkualiti dan mampu milik untuk B40, membela hak kanak-kanak, memperkasakan wanita, memperkasakan belia dan beliawanis, mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga pekerja asing, pewujudan sistem kesihatan dan perubatan yang mampan, meningkatkan pelaburan dalam sektor pembuatan, melaksanakan dasar luar yang bermanfaat kepada rakyat dan negara dan pengurusan bencana alam yang berkesan dan banyak lagi.

Dalam kesemua cabaran pembangunan yang saya sebutkan tadi, sebahagian besar daripada cabarannya adalah terletak di wilayah Sabah. Sebagai contoh, lapan daripada 10 daerah termiskin di Malaysia adalah di Sabah. Sabah mempunyai kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia pada tahap 25 peratus. Sabah mengalami kadar non- revenue water yang tertinggi di negara ini iaitu 55 peratus sehingga 60 peratus.

Sabah mempunyai sektor pembuatan yang terkecil iaitu hanya tujuh peratus daripada KDNK Sabah. Sabah mempunyai kadar SAIDI iaitu gangguan bekalan elektrik tertinggi dan gangguan bekalan air juga yang tertinggi di Malaysia. Sabah mempunyai kadar harga barang yang tertinggi di Malaysia. Jumlah import eksport dalam kiraan kontena dari seluruh Sabah hanyalah 400 ribu TEU berbanding dengan 10 juta TEU di Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Oleh itu, Tuaran mohon mencadangkan agar reformasi urus tadbir dan tata kelola di negara kita dalam sektor-sektor berikut:

(i) sektor penternakan haiwan;

(ii) sektor perikanan;

(iii) sektor pertanian;

(iv) sektor perhutanan dan alam sekitar;

(v) sektor bekalan air;

final • 6:14 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

(vi) sektor bekalan elektrik;

(vii) sektor kerja raya;

(viii) sektor pelabuhan dan perkapalan;

(ix) sektor tenaga kerja; dan

(x) sektor kerajaan tempatan.

Dalam sektor-sektor tersebut, wilayah Sabah, wilayah Semenanjung dan wilayah Sarawak diurus tadbir secara berautonomi. Namun, wilayah Semenanjung menggunakan hasil pungutan Persekutuan sepenuhnya untuk membiayai bajet mengurus dan pembangunan di kesemua sektor yang saya sebutkan tadi.

Manakala di wilayah Sabah dan wilayah Sarawak pula menggunakan hasil pungutan wilayah masing-masing. Tentunya ini tidak adil bagi kedua-dua wilayah. Wilayah Sabah dan wilayah Sarawak hanya mendapat bajet daripada Persekutuan dalam bentuk pinjaman yang sudah semestinya dibayar balik pada kadar empat peratus di semua sektor tersebut. Bolehkah kita mencapai sasaran agenda pembangunan negara dalam keadaan begini? Pada ketika di mana 60 peratus daripada tanah Malaysia adalah Sabah dan Sarawak. Apakah kita benar-benar berlaku adil kepada Wilayah Sabah dan Wilayah Sarawak seperti mana yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia?

final • 6:14 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Sebab itulah Tuaran menyokong penuh pelantikan seorang Timbalan Perdana Menteri dari Wilayah Sabah dan Sarawak dalam Kerajaan Perpaduan ini yang bertanggungjawab untuk memastikan adanya penyelarasan dasar, penyelarasan program, penyelarasan bajet pembangunan dalam semua sektor yang beroperasi secara berautonomi.

Dalam hal ini, Tuaran mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Petrajaya atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tuaran berharap agar setiap sektor yang saya sebut tadi, Yang Amat Berhormat Petrajaya mengambil langkah-langkah positif untuk membentuk majlis penyelarasan di semua sektor yang saya sebut tadi yang akan dianggotai oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Premier Sarawak dan Yang Berhormat Menteri- menteri Persekutuan yang berkenaan.

Dalam hal pemberian khas kepada Sabah, Tuaran meminta agar Dewan yang mulia ini bersetuju agar setiap hak-hak Sabah sepertimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga dalam tawaran-tawaran atau manifesto oleh Pakatan Harapan dan parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan hendaklah dilaksanakan sepenuhnya.

Tuaran telah menyebut berkali-kali di Dewan yang mulia ini bahawa Perkara 112C(1)(a), Seksyen 2(1) Bahagian IV, Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan adalah hak Sabah. Ia adalah syarat penting dalam pembentukan Malaysia. Rakyat Sabah meminta supaya hak ini dilaksanakan dengan segera.

Malah, di atas aspirasi kuat rakyat Sabah, maka Pakatan Harapan Sabah telah memfailkan saman pemula ataupun originating summon terhadap Kerajaan Persekutuan tentang perkara ini agar mahkamah dapat menentukan hala tuju hak ini yang sehingga kini masih lagi dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi bersama dengan judicial review yang telah difailkan oleh Sabah Law Society. Pihak kami boleh mempertimbangkan untuk menarik balik saman tersebut jika sekiranya Kerajaan Persekutuan melaksanakan tuntutan Sabah sepenuhnya.

Pelaburan dalam sektor pembuatan di Wilayah Sabah sangat kritikal untuk ditingkatkan. Kita boleh berbangga dengan RM1.552 trilion nilai eksport negara pada Disember 2022. Namun, Tuaran ingin bertanya, berapakah sumbangan Sabah daripada jumlah nilai eksport tersebut dan berapakah jumlah containers yang dihasilkan dari Sabah? Tuaran sedar bahawa pembinaan tambahan Pelabuhan Sepanggar hanya akan siap pada tahun 2025 dan pada ketika itu, Pelabuhan Sepanggar boleh handle 1.2 TEUs.

Namun, peranan Kerajaan Persekutuan untuk bertindak meningkatkan pelaburan sektor

final • 6:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

pembuatan di Sabah sangatlah penting untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan seterusnya menjana pertumbuhan ekonomi.

Untuk menurunkan kadar kemiskinan di Sabah daripada 25 peratus kepada sifar menjelang tahun 2025, iaitu hanya lebih kurang dua tahun daripada sekarang, sistem penyampaian serta kerjasama seluruh jentera Persekutuan dan Kerajaan Sabah hendaklah ditingkatkan. Keupayaan urus tadbir dan sumber manusia serta integriti dalam agensi dan institusi yang terlibat secara langsung dalam pembasmian kemiskinan seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) khususnya perlu dipertingkatkan dengan segera.

Tuaran mencadangkan agar modal pusingan AIM untuk Sabah perlu ditambah secara berperingkat daripada RM300 juta yang sedia ada kepada RM1 bilion menjelang tahun 2025. Pada Tuaran, langkah ini kritikal jika sekiranya kerajaan serius untuk mensifarkan kadar kemiskinan tegar di negara ini menjelang tahun 2025.

Dalam hal kebanjiran warga asing di Sabah, sudah tentu masanya bagi Kerajaan Persekutuan menyelesaikan perkara ini secara tuntas dan diurus tadbir seperti mana yang telah ditawarkan dalam manifesto Pakatan Harapan iaitu selesaikan perkara ini dengan pendekatan empat kategori masalah, iaitu penyelesaian untuk stateless berlainan, status untuk pendatang asing tanpa izin dan mereka yang mendapat dokumen kewarganegaraan secara rasuah adalah berlainan. Sebagai permulaan, reformasi di dalam urus tadbir kewarganegaraan di negara ini amnya dan di Sabah khasnya hendaklah dilaksanakan dengan segera.

Prasarana luar bandar khususnya naik taraf jalan-jalan luar bandar, bekalan air luar bandar, bekalan elektrik luar bandar, jalan-jalan perhubungan desa, jalan-jalan pertanian, jambatan-jambatan gantung dan lampu-lampu jalan hendaklah diselesaikan dengan segera.

Bagi Tuaran, di antara aspirasi rakyat yang sangat mendesak ialah bekalan air bersih yang sangat kritikal. Catuan air berhari-hari sudah menjadi cara hidup kita di Tuaran, malah di tempat-tempat lain di Sabah juga. Ini mesti diubah. Apabila dinyatakan di dalam Titah Diraja tentang adanya keperluan untuk menangani masalah air khususnya setiba tahun 2040, maka perkara ini, masalah bekalan air ini hendaklah diselesaikan dengan segera sebab ini adalah masalah asas.

Oleh itu, Tuaran mencadangkan supaya Timbalan Perdana Menteri II iaitu Yang Amat Berhormat Petrajaya supaya memberi keutamaan untuk membuat penyelarasan agar Sabah dan juga Sarawak mendapat peruntukan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah sumber air dan bukannya hanya diberi peruntukan ataupun diberi pinjaman semata-mata untuk menyelesaikan masalah air. Sepatutnya peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah air bersih di Sabah dan juga di Sarawak hendaklah menjadi sebahagian daripada bajet pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan berbanding dengan apa yang kita amalkan sekarang iaitu hanya diberi dalam bentuk pinjaman.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hal lampu-lampu jalan, rakyat saya di Tuaran sering mengeluh dan merungut kerana keadaan jalan-jalan persekutuan. Dari Kota Kinabalu melalui Telipok sampai ke Berungis dan seterusnya ke Pekan Tamparuli dari Bulatan Berungis sampai ke Pekan Tenghilan dan juga sepanjang Jalan Sulaman sentiasa gelap pada waktu malam. Paling sedihnya ialah sepanjang jalan dari Kota Kinabalu ke Tuaran di mana pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo sedang dijalankan, setiap malam gelap. Dan Pan Borneo tidak siap-siap.

Oleh sebab itu, apabila dalam Titah Diraja menyatakan bahawa pihak Istana sedang merancang untuk melawat seluruh tanah besar Malaysia...

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung dalam masa satu minit.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya fikir, Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, pada pandangan saya, ia tidak siap. Saya fikir Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak akan dapat menikmati melalui itu. Saya berharap tindakan untuk menyelesaikan untuk

final • 6:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

siap Pan Borneo ini dapat dilaksanakan dengan cepat. Ini tidak sampai satu bulan, tayar- tayar kereta pun rosak kerana tidak siap-siap Pan Borneo ini. Tidak siap-siap. Kali-kali diumumkan, kali-kali dilancarkan dan sebagainya tetapi tidak siap-siap.

Dan hal-hal lampu, saya sudah dengan bincang Yang Berhormat Menteri juga bagaimana pihak Kementerian Kerja Raya menyerahkan kepada JKR Sabah dengan peruntukan hanya RM300,000 penyelenggaraan untuk lampu-lampu jalan dan bagi untuk Tuaran baru RM50,000. Saya cadangkan, Yang Berhormat, supaya ini diswastakan sahaja dan pastikan peruntukan untuk lampu-lampu jalan ini dapat diberikan dengan secukupnya.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Masa sudah tamat.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Dengan kata-kata demikian, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Ketereh.

final • 6:20 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:29 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Saya Ahli Parlimen Ketereh berdiri di sini mendukung ucapan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mana baginda telah menyentuh semua aspek dalam memastikan kesejahteraan terbaik buat rakyat jelata.

Apa yang menyentuh hati saya apabila Baginda Tuanku berikan penekanan kepada isu-isu yang berkait rapat dengan pertahanan dan juga keselamatan negara. Isu ini amat dekat dengan saya kerana saya adalah bekas tentera yang berkhidmat dalam ATM dan baru bersara pada bulan Julai 2018 yang lepas.

Saya ini orang baru di Parlimen tetapi berbakti selama 40 tahun di dalam Angkatan Tentera. Sepanjang 40 tahun berkhidmat untuk angkatan tentera, di sini saya ingin berkongsi dengan satu pengalaman yang mana saya tidak boleh lupakan sehingga hari ini. Kejadian ini berlaku 40 tahun dahulu semasa operasi perisikan khas di Titi, Kuala Klawang, Negeri Sembilan pada 23 Februari 1983.

Dalam operasi khas ini pasukan saya iaitu Pasukan Khas Perisikan Tempur, Combat Intelligent Special Branch telah bertempur dengan anggota pengganas komunis yang berakhir dengan kejayaan pasukan saya membunuh dua anggota pengganas komunis dan seorang anggota saya telah terkorban. Kekuatan kumpulan saya pada masa itu adalah 11 orang manakala di sebelah musuh komunis seramai empat orang dan dua daripada pengganas komunis sempat melarikan diri.

Tuan Yang di-Pertua, Baginda Tuanku bertitah dalam memajukan ekonomi negara aspek keselamatan dan pertahanan negara perlu dititikberatkan. Ini termasuk penyelenggaraan serta perolehan peralatan dan kelengkapan baharu. Di samping penyelenggaraan facility ketenteraan, saya ingin menambah keperluan kita untuk menaikkan moral anggota angkatan tentera juga perlu bagi menentukan pertahanan negara berada dalam keadaan siap siaga. Justeru itu, anggota ATM dan veteran ATM mesti dijaga dan diambil cakna oleh Kerajaan Malaysia.

Ketika ini terdapat seramai 134,052 orang yang telah berpencen di seluruh negara. Daripada jumlah itu seramai 78,546 orang telah pencen sebelum 1 Januari 2013.

Saya ingatkan di sini pada tahun 2014, ATM telah membuat penyelarasan gaji kepada anggota tentera tetapi tidak membuat penyelarasan kepada pencen anggota angkatan tentera. Perbezaan kadar pencen antara pesara baharu dan pesara lama di antara 31.5 peratus hingga 36.1 peratus. Kadar ini menyebabkan 98.1 peratus daripada mereka yang pencen tersebut berada dalam kategori B40.

final • 6:30 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Dalam hal ini Perintah Majlis Angkatan Tentera telah menetapkan mereka untuk bersara selepas 21 tahun perkhidmatan walaupun anggota ini tidak bersedia untuk bersara. Jadi bayangkanlah waktu itu mereka masih muda sekitar umur 38 tahun ke 42 tahun tetapi sudah pencen dan anak-anak masih di bangku sekolah. Mereka terpaksa struggle untuk meneruskan kehidupan.

Hari ini Kementerian Ekonomi bercakap soal kemiskinan tegar dan B40 tanpa kita sedar pesara-pesara tentera ini juga hampir 98.1 peratus semuanya tergolong dalam kategori B40. Kadang-kadang kita terkhilaf dan terlupa untuk menyantuni wira negara yang menjaga kedaulatan negara.

Operasi tentera di sepadanan Malaysia dikendalikan 24 jam di mana ramai anggota yang tercedera termasuk putus kaki, putus tangan, hilang penglihatan, hilang nyawa akibat ditembak ataupun terkena jerangkap samar semasa era menentang pengganas komunis sebelum Disember 1989. Dua Disember adalah perjanjian damai yang mana kita telah menandatangani di Hatyai pada masa tersebut. Kebanyakan kecederaan-kecederaan ini adalah cacat kekal yang terpaksa ditanggung oleh mereka sehingga akhir hayat.

Tuan Yang di-Pertua, penyelarasan pencen buat warga veteran ATM yang berpencen sebelum 1 Januari 2013 ini merangkumi 78,546 pesara tentera yang mana mereka semua ini telah dikerah keringat selama 21 tahun.

Mereka terpaksa berhenti setelah mencapai tempoh perkhidmatan tertentu.

Senario ini berbeza dengan badan uniform yang lain yang dibolehkan untuk berpencen pada umur 60 tahun dan pada umur yang boleh dikatakan mereka semua telah berada di peringkat tertentu yang lebih tinggi dan memberi peluang kepada mereka untuk merasai nilai pencen yang tinggi. Oleh sebab itu...

final • 6:30 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat Ketereh boleh saya minta penjelasan sedikit.

final • 6:30 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Cepatlah.

final • 6:30 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Sedikit.

[Ketawa]

final • 6:30 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

30 saat sahaja.

final • 6:30 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Saya ingin penjelasan ada tidak di kalangan anggota tentera kita yang tidak ada pencen.

final • 6:30 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Ada. Coming, coming to that. Okey, oleh sebab itu kita tidak pernah dengar soal rungutan pencen daripada pesara-pesara badan uniform yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya optimis jikalau penyelarasan pencen buat pesara tentera yang bersara sebelum 1 Januari 2013 ini dilaksanakan, ini akan menaikkan semangat moral kepada 118,000 orang anggota tentera yang masih berkhidmat serta mereka akan sedar bahawa kehadiran mereka dirasai dan dihargai oleh Kerajaan Malaysia.

Dalam hal ini saya mohon Yang Berhormat Menteri Pertahanan yang tidak ada dekat sini menyelesaikan isu ini dengan seberapa segera kerana isu ini sudah, sudah terlalu lama. Saya juga mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...

final • 6:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Mohon mencelah, mohon mencelah.

final • 6:30 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Kejap, tidak ada, tidak ada. Tak dan. Saya hendak habiskan juga ini.

final • 6:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Bagilah tetapi sebut Yang Berhormat Menteri Pertahanan tadi.

final • 6:30 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Diam, diam.

final • 6:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Sebab sebut Yang Berhormat Menteri Pertahanan tadi. Mohon penjelasan.

final • 6:30 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Tidak payah, tidak payah. Saya tidak mahu dengar lagi okey. Lepas ini kita jumpa.

final • 6:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Timbalan Menteri Pertahanan ada di sini.

final • 6:30 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Lepas ini kita jumpa dekat luar. Faham tidak?

final • 6:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri Pertahanan ada dekat sini.

final • 6:30 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Janganlah garang sangat.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Shah Alam, sila duduk.

final • 6:30 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Tunggu luar lepas ini. Tunggu.

final • 6:30 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Dia tidak bagi sudah.

final • 6:30 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Yang Berhormat Menteri Pertahanan menyelesaikan hal ini seberapa segera kerana isu ini sudah lama. Saya juga memohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri campur tangan dalam isu ini agar ia nya boleh direalisasikan pada tahun ini. Lagipun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri tahu permasalahan ini. Ini semasa berjumpa veteran tentera satu ketika dahulu. Ada video.

Tuan Yang di-Pertua saya dimaklumkan bahawa kadar semasa pencen hilang upaya kepada veteran yang cedera semasa tugas operasi masih menggunakan kadar lama iaitu kadar tahun 2000. Kadar semasa boleh dianggap sudah lapuk dan sepatutnya dikaji selepas 22 tahun. Saya difahamkan ketika ini jumlah faedah pencen luar upaya adalah seramai 1,798 orang yang cedera semasa bertugas. Sebilangan besar mereka cedera dalam operasi menentang pengganas komunis. Mereka adalah veteran yang cedera di tahap 21 peratus sehingga ke 100 peratus semasa bertugas. Daripada jumlah tersebut, seramai 14 orang veteran pencen hilang upaya 100 peratus dan layak menerima elaun layanan semasa.

Saya mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Pertahanan untuk menambah baik kadar pencen hilang upaya dan kadar elaun layanan semasa yang terlepas pandang sejak 22 tahun yang dahulu. Terima kasih Timbalan Menteri ada. Baru saya nampak.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, ketika ini terdapat seramai 73,000 orang veteran ATM yang tidak berpencen. Daripada jumlah itu seramai 40,800 yang 49 tahun ke atas dan bakinya 32,270 yang 59 tahun ke bawah. Semenjak tahun 2015 sehingga sekarang, [Tidak jelas] ATM dan pelbagai persatuan veteran masih terus memperjuangkan supaya satu bentuk bantuan sara hidup atau skim pemberian sagu hati penghargaan kepada veteran yang tidak berpencen diwujudkan.

Ketika ini saya tidak mempunyai data tentang taraf kehidupan mereka tetapi saya percaya 98 peratus ataupun lebih veteran ATM tidak berpencen ini termasuk dalam kategori B40. Kerajaan juga tidak menyediakan kemudahan kerjaya kedua atau peluang pekerjaan selepas mereka tamat perkhidmatan pada usia masih muda. Saya mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Pertahanan pertimbangkan bantuan sara hidup bagi veteran tentera yang tidak berpencen.

final • 6:30 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi saya juga mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Pertahanan bertindak tegas ke atas ketirisan yang berlaku di Kementerian Pertahanan. Saya tahu banyak yang mengambil kesempatan daripada perolehan MINDEF. Selama 40 tahun saya berkhidmat sebagai perisikan ATM dan berakhir sebagai Ketua Perisikan Tentera Darat Malaysia melebihi lapan tahun. Saya tahu banyak ketirisan yang berlaku. Mulai saat ini saya akan memerhati dan tidak beragak-agak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat maklumat tentang aktiviti ketirisan.

[Tepuk]

final • 6:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Untuk permulaan saya mohon skandal pembinaan kapal LCS TLDM perlu disiasat dengan rapi kerana banyak duit rakyat yang terlibat dalam projek ini. Mungkin duit ini boleh kita gunakan untuk pelarasan pencen bagi veteran angkatan tentera.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya juga banyak mendengar aduan rakyat yang memohon bantuan akibat banjir baru-baru ini. Banyak juga jalan dan kediaman yang rosak akibat banjir yang perlu diperbaiki. Saya mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan menteri-menteri yang terlibat untuk menyegerakan bantuan ke kawasan saya Ketereh yang dilanda banjir kerana setakat ini tiada apa-apa bantuan pun dapat dihulurkan kepada mereka. Rakyat Ketereh menunggu-nunggu bantuan segera dari kerajaan. Janji RM50 juta bantuan banjir kepada negeri Kelantan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari. Agak-agaknya bila akan sampai? Satu soalan.

Tuan Yang di-Pertua, Titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong amat prihatin dengan kebajikan dan pembangunan, infrastruktur yang adil dan sama rata buat rakyat. Jadi, saya terpanggil untuk menyarankan kepada kerajaan meneliti semula peruntukan Ahli Parlimen yang akan diberikan. Ini kerana peruntukan ini buat rakyat yang memerlukan. Saya tidak akan makan duit itu.

[Ketawa] Rakyat memilih saya ke Parlimen. Justeru itu, saya mohon bantuan itu dipercepatkan. Saya sudah bersumpah saya tidak makan duit itu.

[Ketawa] Mulai hari ini, saya akan meneruskan perjuangan saya bagi membela nasib rakyat terutama di Parlimen Ketereh. Juga tidak lupa atau membela nasib 325,064 orang anggota tentera dan bekas anggota tentera di seluruh negara kerana saya Jeneral mewakili tentera, saya akan jaga tentera-tentera semua.

[Tepuk] Saya akan menggunakan platform suara rakyat ini untuk membela mereka.

final • 6:40 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Yang Berhormat Ketereh. Boleh bagi sedikit?

final • 6:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Akhir kata saya hendak jelaskan di sini bahawa kehidupan saya sebenarnya adalah selesa selepas bersara sebagai Pegawai Kanan Angkatan Tentera. Walau bagaimanapun demi perjuangan yang mulia ini, saya akan terus berjuang selagi hayat di kandung badan.

final • 6:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat Ketereh. Yang Berhormat Ketereh. Mohon penjelasan.

final • 6:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Biar ini saya akan teruskan kerana ia tuntutan Allah SWT.

final • 6:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat Ketereh. Mohon penjelasan.

final • 6:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Hanya redha Allah sahaja yang akan membuat kita ke syurga Allah kelak. Insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai Ahli Parlimen...

final • 6:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Dengan rendah diri mohon penjelasan Yang Berhormat Ketereh.

final • 6:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Sabar, sabar, sabar.

[Ketawa]

final • 6:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ini Dewan ini bukan dekat...

final • 6:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Selepas ini kita jumpa. Aku hendak berhabis ini dahulu.

[Ketawa]

final • 6:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Saya bawa Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan jumpa nanti, Insya-Allah. Boleh.

final • 6:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai Ahli Parlimen mewakili. Lagi 30 saat.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai Ahli Parlimen yang mewakili rakyat Ketereh dan juga anggota tentera dan juga bekas tentera menyokong penuh Kebawah Duli Yang

final • 6:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada sidang kali ini. Sekian *wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]*

final • 6:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Steady Yang Berhormat Ketereh.

Semangat kuat.

final • 6:40 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Ini bekas tentera ini tepat masa. Hebat ini. Hebat,

final • 6:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Steady Yang Berhormat Ketereh.

[Ketawa]

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ketereh kerana tepat.

final • 6:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Tidak apa, jumpa selepas ini.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Semangat nombor satulah.

final • 6:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Ya.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sebelum saya jemput Yang Berhormat Paya Besar. Saya ingin baca senarai pembahas hari ini. Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Miri dan Yang Berhormat Jerai. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.

final • 6:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Patik menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas titah ucapan perasmian yang telah menzahirkan isi hati kecaknaan Tuanku kepada urus tadbir kerajaan dan peri pentingnya kebajikan rakyat dipayunginya. Menjunjung kasih Tuanku.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada parti saya Barisan Nasional dan UMNO kerana memberi peluang mewakili parti pada PRU yang lepas.

Jutaan terima kasih juga saya zahirkan kepada rakyat dan pengundi Parlimen Paya Besar yang memilih saya sebagai Ahli Parlimen untuk penggal kali kedua. Terima kasih semua.

Demi semua hebatkan Paya Besar.

Tuan Yang di-Pertua, saya optimis kita semua Ahli Dewan Rakyat yang matang dan bijaksana akan melapang dada menerima hakikat mana sekali parti atau gabungan yang menjadi kerajaan memerintah akan berusaha sedaya upaya memastikan isu dan cabaran dan krisis yang terkait dengan rakyat akan ditangani sebaiknya. Isu kos harga barang, isu pemilikan rumah, gaji tidak setimpal, gaji tidak bermaruah, peningkatan OPR, bayaran instalment loan yang agak tinggi, isu sekolah daif, kekurangan pekerja di sektor industri dan pelbagai isu sedang ditangani. Bukan hanya baru bermula dua, tiga bulan ini tetapi merupakan usaha berterusan sejak kerajaan-kerajaan terdahulu dengan bantuan dan usaha berterusan oleh penjawat awam yang masih berada dalam kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat berilah masa kepada kerajaan ini untuk menyambung tugas yang tertangguh.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, negara kita sedar atau tidak sedang menghadapi krisis utiliti yang pastinya akan menekan rakyat dan juga sistem kewangan negara serta urus tadbir pihak kerajaan. Sumber tenaga elektrik dan bekalan air merupakan keperluan asas yang tidak boleh tidak memberi kesan langsung kepada rakyat Malaysia. Kalau kita menganggap kos elektrik dan kos air merupakan salah satu perkara yang akan memberi ancaman, bukan hanya kepada spektrum rakyat Malaysia yang miskin, yang kaya, golongan pertengahan, muda ataupun tua tetapi bagi saya kos utiliti merupakan perkara yang menjadi teras dan akan menjadi kesan kepada kehidupan rakyat di dunia dan kehidupan khususnya pada rakyat Malaysia.

final • 6:44 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mempersoalkan kepada pihak kerajaan, adakah kita masih lagi ingin melakukan kaedah yang lama? Kerajaan harus beralih kepada sumber yang mampan, mesra alam. Sejumlah 54.2 peratus penghasilan tenaga elektrik berasaskan gas asli. Kita untung Ahli-ahli Yang Berhormat kerana negara kita negara pengeluar gas asli tetapi 39.8 peratus penjanaan elektrik negara kita datangnya daripada arang batu dan selebihnya enam peratus daripada hibrid dan solar yang hanya memberi kapasiti enam peratus. Itu sebabnya saya mengharapkan sangat supaya pihak kerajaan membentangkan satu pelan jangka masa panjang dalam penggulungan ucapan Titah Diraja kerana ia berkait rapat dengan kebajikan rakyat. Kita kena mencari alternatif untuk mengganti arang batu Tuan Yang di-Pertua.

Kita import semua arang batu dari luar negara. Indonesia 57.2 peratus, Australia 20.1 peratus, Afrika Selatan, Rusia, China dan lain-lain negara. Kalau kita lihat pada tahun 2020, harga setan metrik arang batu hanya pada USD72.1. Akan tetapi kenaikan empat kali ganda pada Januari 2023 bulan lepas USD404.53. Ini sebenarnya memberi satu tekanan yang cukup hebat kepada rakyat kita untuk menanggung krisis utiliti kerana apa, kerana kalau kita lihat 20 tahun yang lepas harga per kilowatt hanya 21.48 sen per kilowatt.

Akan tetapi, peningkatan hampir 85 peratus pada tahun 2023 dan saya jangka kalau kerajaan masih berada dalam kaedah yang lama, sudah pasti kita gagal untuk mencari alternatif dan akhirnya akan menyesakkan rakyat kita beralihlah kepada sumber yang lebih mampan, enam peratus tidak boleh lagi kita bergantung hanya enam peratus pada sumber yang mampan dan sumber alam sekitar.

Isu yang kedua mendepani perubahan iklim, Tuan Yang di-Pertua. Kita menghadapi satu krisis perubahan iklim yang agak ketara dan drastik. Kita banyak insiden-insiden yang berlaku banjir tiba-tiba, tanah runtuh, limpahan bah yang akhirnya memberi kesan yang amat teruk kepada rakyat Malaysia yang berada di golongan yang miskin.

final • 6:44 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Apatah lagi rumah mereka berada di pinggir-pinggir sungai. Apabila lagi perumahan-perumahan kos rendah dibina di tempat-tempat yang amat-amat murah tanahnya dan sudah pasti di tanah yang murah itu tanah yang rendah dan akhirnya orang yang miskin lagi miskin. Saya hendak bertanya dengan pihak kerajaan, apakah langkah kerajaan untuk memastikan strategi supaya isu perubahan iklim ini dapat ditangani?

Kita akui negara kita semakin hari semakin panas Tuan Yang di-Pertua. Tahun 2019 peningkatan 1.6 darjah Celsius sehingga 1.8 darjah Celsius. Peningkatan ini juga memberi kesan kepada tempat-tempat peranginan seperti Cameron Highlands.

Peningkatan 7.5 darjah Celsius. Dahulu sejuk Tuan Yang di-Pertua, sekarang dia sudah sama dengan tanah yang rendah. Apakah tindakan kerajaan?

Akan tetapi perkara yang pokoknya yang saya ingin utarakan Tuan Yang di-Pertua adalah bagaimana kerugian lima tahun yang lepas RM7.5 bilion rakyat menanggung kerugian disebabkan banjir yang besar. Apatah lagi kerajaan memperuntukkan lebih RM1 bilion pada tahun 2021. Kita peruntukkan RM1.4 bilion dan sudah pasti apa yang kita lakukan ini untuk membantu rakyat tetapi saya minta pihak kerajaan dan kementerian berkaitan tolonglah pastikan rancangan tebatan banjir ini dapat dilaksanakan seberapa yang segera yang mungkin.

Saya hendak bertanya RM15.1 bilion perancangan kerajaan terdahulu apa statusnya? Kalau hendak kaji pun sampai bila hendak kaji Yang Berhormat? Kalau hendak kaji pun kajilah betul-betul kerana apa? Ini satu keperluan rakyat yang mendesak.

Bayangkan Tuan Yang di-Pertua, mereka sudahlah miskin, hendak pinjam duit hendak beli kereta, hendak pinjam duit hendak beli perabot rumah. Akan tetapi saya lihat dengan mata saya sendiri di kawasan saya Perumahan Awam Kos Rendah Sungai Pandan, 845 buah rumah yang berada dalam kategori bawah very bottom B40, mereka hilang dalam sekelip mata. Hutang masih ada tetapi perabot sudah tiada.

Saya harap sangat saya juga dapat status apakah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kuantan Pakej 1 status yang terkini dan bilakah hendak laksanakan Pakej 2 dan Pakej 3? Saya juga hendak tanya bagaimanakah status tebatan banjir di Sungai Lembing?

final • 6:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, kita juga kena melihat bagaimana hendak memperkasakan sektor kesihatan kita khususnya wanita kesihatan. Kita menghadapi krisis kesihatan awam yang kritikal seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching sebentar tadi. Akibat kekurangan kakitangan, beban yang melampau menyebabkan burnout. Saya hendak tanya pihak kementerian, adakah ini tidak menjejaskan kesihatan mental mereka yang terpaksa bekerja untuk tempoh yang panjang? Apakah strategi untuk mengelakkan petugas yang sama bertugas pada syif malam berkali-kali? Bagaimanakah perkhidmatan dapat diberikan di hospital yang mempunyai pesakit yang ramai? Adakah dasar untuk membekukan cuti tahunan petugas kesihatan? Mereka juga kan ada keluarga, Tuan Yang di-Pertua.

Adakah mereka bekerja lebih masa tanpa dibayar hanya diberikan cuti ganti?

Apabila hendak menggunakan cuti ganti, akhirnya mereka tidak dapat menggunakan kerana cuti dibekukan. Adakah kita mahu tunggu petugas-petugas kesihatan turun ke jalanan untuk menyuarakan suara mereka ataupun kita mempunyai saluran yang khusus untuk menyampaikan hasrat mereka ke peringkat yang lebih tinggi? Apakah keberkesanan extended hours yang dilakukan di klinik-klinik kesihatan yang melibatkan Sabtu dan Ahad?

Saya hendak tanya berapa banyak jumlah doktor kontrak yang telah berhenti sejak 2018? Saya juga hendak tanya berapa peratuskah petugas kesihatan yang dikenal pasti menghadapi masalah kesihatan mental? Saya juga hendak tanya kepada pihak kerajaan berapakah jumlah pakar kesihatan mental yang terdapat di bawah Kementerian Kesihatan? Adakah mencukupi untuk menangani isu kesihatan mental yang sudah menjadi time bomb dalam negara kita. Bukan hanya di peringkat petugas kesihatan tetapi rakyat sudah menunjukkan tanda-tanda bahawasanya kesihatan mental merupakan salah satu perkara yang harus kita tangani.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, bagaimanakah kita hendak mendepani gig ekonomi? Perkara ini amat penting sekali kerana mutakhir ini ramai syarikat industri di Malaysia ini e-hailing, p-hailing dan keupayaan dan keberanian syarikat tempatan mewujudkan produk sistem mereka sendiri. Akan tetapi apa yang menjadi kegusaran saya Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan, mereka terpaksa bersaing dengan syarikat-syarikat yang mempunyai modal yang cukup besar. Mereka mempunyai super-apps kapasiti komputer data server yang cukup tinggi dan artificial intelligence kecerdasan buatan sistem mereka yang cukup tinggi, akhirnya mereka tidak dapat bersaing. Adakah kita melihat seolah-olahnya kita anak tirikan syarikat tempatan dan membela syarikat-syarikat yang berada di luar?

Kita lihat apps Hari Hari beroperasi kurang daripada setahun. Apps Food Hunter beroperasi lebih sedikit setahun. Apps Room Service berhenti operasi pada tahun 2018.

RunningMan.my berhenti operasi pada tahun 2019. Deliver It berhenti operasi pada Mac 2021. Banyak lagi Tuan Yang di-Pertua dan saya yakin Ahli Yang Berhormat pernah menggunakan apps-apps ini dan tetapi mereka semua sudah gulung tikar.

Saya hendak bertanya pihak kerajaan sampai bila kita hendak biarkan tiada campur tangan pihak kerajaan? Saya pernah berada di Kementerian Kewangan, saya juga pernah mengusulkan perkara ini supaya pihak kerajaan di bawah MOF Incorporated, Syarikat Kewangan Diperbadankan supaya mengambil alih, wujudkan special purpose vehicle (SPV) untuk mempunyai apps yang sendiri dan kenapa kita masih lagi hendak bergantung pada sistem yang lain? Adakah kerajaan rela melihat kes-kes kecurian data dan penyalahgunaan maklumat peribadi ini terus berleluasa? Saya yakin kalau kerajaan mempunyai iltizam untuk terlibat sama, perkara ini dapat kita banteras kecurian data dan sudah pasti jenayah tanpa sempadan ini dapat kita banteras.

final • 6:50 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Yang Berhormat Paya Besar, Kuantan mohon mencelah.

final • 6:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Jiran, bolehlah.

final • 6:50 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih. Saya sangat bersetuju dengan kenyataan Yang Berhormat Paya Besar menyatakan bahawa berilah peluang kepada syarikat-syarikat tempatan.

final • 6:50 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Jadi setuju ataupun tidak jika saya hendak cadangkan selain daripada beri peluang kepada syarikat tempatan, kita juga perlu memberi ruang kepada orang tempatan mengetuai syarikat tempatan? Sekian, terima kasih.

final • 6:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya amat bersetuju Yang Berhormat Kuantan dan semasa saya berada di Kementerian Kewangan itulah yang saya perjuangkan terutamanya agenda Bumiputera dalam perolehan kontrak-kontrak kerajaan.

Semasa Yang Berhormat Titiwangsa membuat ucapan, saya juga mencelah.

Saya juga membangkitkan perkara yang sama. Kerana apa? Kita tidak boleh lagi melihat pelabur-pelabur ini datang di tempat kita. Mereka menikmati segala insentif yang kita beri tetapi apa untung kepada orang tempatan, syarikat tempatan, syarikat Bumiputera yang akhirnya kita ingat kita boleh bawa duit masuk ke dalam negara kita, rupa-rupanya mereka mempergunakan kita, memanipulasi sistem yang kita ada, insentif-insentif yang sedia ada.

Saya yakin dan percaya sekiranya bakat ini, kepercayaan ini diberikan kepada anak tempatan, tidak mustahil sudah ramai anak-anak tempatan berada di Singapura.

Mereka mempunyai kepakaran tetapi mereka tidak boleh mengembangkan startup industri mereka. Yang ini saya akan bangkitkan di dalam mesyuarat perbahasan bajet nanti. Bagaimana startup yang akan kita pastikan kita mempertingkat keupayaan rakyat tempatan yang akhirnya akan memberi kesan kepada ekonomi negara kita secara mutlaknya, bukan secara kosmetik.

Yang terakhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya harap sangat pihak kerajaan kena melihat hari ini ramai– saya sendiri, ramai rakyat di luar sana dan juga Yang Berhormat- Yang Berhormat menggunakan perkhidmatan p-hailing. Mereka- kita duduk di rumah, kita masuk apps untuk order makanan, akhirnya mereka hantar sampai depan pintu. Akan tetapi tahu atau tidak Yang Berhormat mereka bertarung di atas jalan? Statistik menunjukkan bahawasanya kebanyakan kemalangan jalan raya yang majoritinya adalah penghantar-penghantar p-hailing. Jadi saya harap sangat supaya kerajaan membentangkan jaringan keselamatan sosial kepada pekerja p-hailing. Saya minta juga supaya Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (SKSPS) ini dapat diteliti sebaik mungkin. Janganlah hanya melepaskan batuk di tangga yang akhirnya kita berseronok-seronok dapat menikmati makanan, mereka juga ada keluarga. Mereka juga ada pasangan, mereka juga ada anak yang menunggu kepulangan mereka, akhirnya dalam keadaan ekonomi yang ada pada hari ini, mereka terpaksa bekerja untuk pastikan keupayaan berlaku. Silakan.

[Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan

final • 6:50 PM

Mesyuarat] Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Saya mohon untuk penjelasan. Adakah Yang Berhormat setuju kalau kita cadangkan kepada pihak kerajaan agar membuat polisi memasukkan sedikit percentage daripada bayaran kepada mereka ini terus kepada sistem SKSPS supaya semua mereka ini dapat terus dicarum setelah kita membeli dengan mereka?

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Paya Besar, gulung ya.

final • 7:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Tumpat, persoalan Yang Berhormat itu saya kira seadilnya kita mesti letakkan kepada kerajaan ataupun kita letakkan pada pengendali seperti yang – saya tak nak sebut, nanti bagi publisiti murahan kepada mereka. Akan tetapi yang paling pentingnya bagi saya adalah mesti ada tanggungjawab daripada pihak syarikat. Syarikat lah kena memainkan peranan kerana syarikat mendapat banyak untung dan sudah pasti keuntungan ini bukan lah mutlaknya dalam negara kita dan saya harap sangat Tuan Yang di-Pertua, kerajaan yang ada pada hari ini harus memimpin supaya kita dapat menyelesaikan pelbagai isu yang saya bangkitkan tadi.

final • 7:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya tidak ada masalah untuk menyokong Titah Ucapan dan Usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Titiwangsa, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Majlis persilakan Yang Berhormat Jerlun.

final • 7:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian. Pertamanya saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang memberi peluang kepada saya mewakili Jerlun untuk turut serta membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13 Februari yang lalu. Dalam kesempatan ini juga seperti rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, saya juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Turkiye dan Syria yang diuji dengan musibah gempa bumi yang berlaku pada awal Februari yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini banyak menyentuh pelbagai perkara berkaitan dengan hasrat baginda untuk melihat kerajaan pada hari ini melaksanakan beberapa perkara penting untuk kesejahteraan rakyat. Saya ingin mengambil bahagian untuk memfokuskan lima perkara penting, antaranya di para lima ucapan baginda menyentuh tentang menjadikan sebuah kerajaan yang stabil dan utuh. Dalam hal ini saya ingin menarik perhatian tiga perkara penting. Pertamanya perlu wujud kepimpinan yang adil dan berintegriti. Pemimpin kerajaan jangan ada sikap pilih kasih dan double standard, dengan izin. Sama ada terhadap wakil rakyat pembangkang atau rakyat yang memilih Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 yang lalu.

Pada aspek perbezaan politik, kerajaan jangan menafikan hak rakyat terutamanya paling penting kerajaan perlu menghormati hak rakyat memilih Ahli Parlimen pembangkang sebagai wakil rakyat mereka. Berikan hak mereka melalui peruntukan kepada wakil rakyat. Semua Ahli Parlimen bekerja untuk rakyat tanpa mengira ideologi politik. Bukan khusus kepada ahli atau penyokong parti semata-mata. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kota Melaka yang menyarankan supaya kerajaan memberikan peruntukan yang sama rata kepada semua Ahli-ahli Parlimen dan dalam hal ini saya bersetuju dengan pandangan Pengerusi Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) Thomas Fann bahawa pemberian peruntukan yang tidak sama rata dan saksama kepada semua wakil rakyat dilihat umpama satu hukuman kepada rakyat kerana memilih wakil rakyat yang tidak berpihak kepada kerajaan. Ini pandangan Bersih yang menyokong kerajaan.

Saya juga menyeru Yang Amat Berhormat Tambun memulakan suatu amalan politik baharu dengan menghormati hak Ahli Parlimen pembangkang selain berperanan sebagai check and balance, dengan izin. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri Kedah sejak 2020 yang lalu tidak pernah menafikan hak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri khususnya pembangkang dengan memberi peruntukan kepada mereka. Begitu juga dengan Kerajaan Negeri Perak, dalam Bajet 2023 yang baru-baru ini turut mengumumkan peruntukan kepada semua 59 orang ADUN Perak.

Jadi dalam hal ini saya ingin menarik perhatian tentang perintah Allah S.W.T supaya berlaku adil, dalam Surah al-Maidah ayat 5 [membaca sepotong ayat al-Quran] ; “Wahai orang yang beriman, hendak lah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menegakkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu melakukan kebencian dan tidak melakukan keadilan, hendak lah berlaku adil kerana adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan.”

final • 7:01 PM

Dr. Hajjah Halimah Ali - Kapar

Yang Berhormat Jerlun, Kapar ingin mencelah.

final • 7:01 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Ya saya beri laluan.

final • 7:01 PM

Dr. Hajjah Halimah Ali - Kapar

Setuju tak Yang Berhormat Jerlun bahawa sama ada di sana ataupun di sini semuanya adalah Ahli Dewan Rakyat. Maknanya semuanya dipilih oleh rakyat. Jadi itulah dia status kita sama tetapi ada di sebelah sana yang jadi eksekutif, di sini legislatif. Sebelah sana pun bukan semuanya eksekutif, legislatif juga.

Jadi semuanya sama lah, betul ya? Setuju atau tidak Yang Berhormat Jerlun?

final • 7:01 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kapar bahawa kita tidak ada yang membezakannya. Taraf kita Ahli Parlimen.

Cuma bezanya kerajaan dengan pembangkang.

Keduanya dari segi integrasi antara kaum untuk mewujudkan kestabilan politik.

Kestabilan negara juga bergantung kepada integrasi antara kaum. Dalam negara kita ini banyak kaum, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dalam hal ini kerajaan perlu memastikan setiap pemimpin, setiap rakyat menzahirkan rasa hormat terhadap perbezaan hak yang dijamin di sisi Perlembagaan Persekutuan. Umpamanya Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan menyebut tentang Tanah Simpanan Melayu, Perkara 152 (bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan), Perkara 153 (hak istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri) dan Perkara 160 (tafsiran orang Melayu sebagai penganut agama Islam).

Dalam hal ini, Astro Awani pada 10 Februari 2023 yang lalu melaporkan Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang telah menggesa kerajaan membuat reformasi perkhidmatan pendidikan yang dia mendakwa didominasi oleh orang Melayu. Perkhidmatan awam, maafkan saya. Kenyataannya telah mendapat bantahan awam daripada netizen dalam media maya, parti politik khususnya Perikatan Nasional dan CUEPACS. Ini dilaporkan oleh Astro Awani pada 12 Februari 2023 yang lalu. Jadi saya menggesa supaya kerajaan bersikap serius dalam menangani isu berkaitan dengan rasis terhadap bangsa-bangsa yang ada di Malaysia.

Perkara yang kedua yang ingin saya sentuh iaitu tentang penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam. Ia perlu diberikan perhatian oleh kerajaan – ini lah dua aspek yang sangat dekat di hati rakyat. Dua aspek ini lah yang menjadi buah mulut rakyat di kedai- kedai kopi, dalam majlis-majlis atau perjumpaan wakil rakyat dengan rakyat. Bagi orang kampung jika dua aspek ini diurus dengan baik, ia menjadi satu penyelesaian masalah dalam kehidupan mereka. Ia menjadi kebanggaan kepada mereka. Rakyat tidak lagi marah kepada wakil rakyat ataupun kerajaan yang memerintah. Dari sudut infrastruktur sama ada menyentuh tentang jalan-jalan di bawah Kerajaan Persekutuan seliaan JKR, jalan negeri peruntukkan di bawah MARRIS JKR juga, jalan-jalan kampung di bawah KKDW ataupun jalan-jalan seperti MADA, FELDA, FELCRA dan sebagainya.

final • 7:01 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Saya difahamkan berdasarkan kepada pertemuan-pertemuan dengan jabatan- jabatan kerajaan khususnya di peringkat daerah Kubang Pasu yang kawasan Jerlun terlibat dalam daerah tersebut. Agensi-agensi kerajaan tersebut mengadu hal bahawa peruntukan pembangunan telah pun dipotong dan pengumuman itu sendiri dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sedangkan Bajet 2023 belum lagi dibentangkan.

Jadi, saya ingin tahu berapakah jumlah peruntukan infrastruktur yang dipotong mengikut agensi-agensi yang saya nyatakan tadi.

Kemudahan awam juga Seri Paduka Baginda sentuh khasnya di pinggir bandar ataupun di luar bandar seperti masjid, surau, dewan orang ramai, bank, pejabat-pejabat kerajaan, pejabat pos, balai polis dan sebagainya. Semua ini kemudahan untuk rakyat khususnya di pinggir bandar ataupun di luar bandar. Saya ingin tahu adakah kerajaan juga mengehadkan pembinaan kemudahan awam tersebut. Jika ya, ini akan menyusahkan rakyat dan membebankan rakyat kerana berlaku peningkatan kos perbelanjaan mereka.

Rakyat terpaksa berbelanja lebih hanya untuk menyelesaikan bayaran-bayaran kecil seperti bayaq bil air, bil api, telefon, cukai tanah, urusan pos dan sebagainya untuk berurusan di pusat bandar, di pekan atau di kota. Secara tidak langsung, kos sara hidup rakyat semakin bertambah. Ini akan meningkatkan kadar kemiskinan kepada rakyat sebagai mana yang ditegaskan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Satu lagi saya ingin menyentuh tentang rancangan kerajaan terdahulu di bawah Yang Berhormat Bera yang bersetuju membina pelabuhan laut dalam di Sanglang daerah

final • 7:10 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Kubang Pasu, Kedah dalam Parlimen Jerlun. Projek ini dicadangkan oleh Kumpulan Albukhary dan mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri Kedah. Melalui projek ini akan dibina jambatan darat (land bridge) yang menghubungkan antara Sanglang dengan Songkhla. Ia juga menyingkatkan jarak dan masa perjalanan antara Selat Melaka di timur dengan Teluk Siam di barat. Ia juga dapat meningkatkan hubungan dua hala antara rakyat Malaysia dan Thailand khasnya wujudnya perniagaan di pintu-pintu sempadan.

Selaras dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu yang mahu melihat aspek kemudahan awam kepada rakyat diberikan tumpuan oleh kerajaan. Saya sangat-sangat mengharapkan kerajaan memberikan kebenaran, memberikan keizinan kepada Kerajaan Negeri Kedah dan Kumpulan Albukhary agar dapat meneruskan rancangan projek tersebut dan projek ini tidak melibatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan.

Menyentuh tentang isu menjana pertumbuhan ekonomi, saya ingin menarik perhatian tentang pelaksanaan Malaysian Short-Term Employment Programme

(MySTEP). Setahu saya MySTEP ini diwujudkan untuk membuka peluang pekerjaan kepada warganegara Malaysia khasnya yang berumur 18 tahun ke atas termasuk mereka yang baru menamatkan pengajian universiti. MySTEP ini khusus untuk mereka. Ini yang diwujudkan oleh kerajaan dan diwujudkan pada 2021.

Malangnya, saya menerima satu aduan daripada seorang wanita yang berada di kampung. Dia sebut kepada saya, dia bekerja dengan sebuah agensi kerajaan pada tahun 2007 yang lalu secara kontrak. Akan tetapi, dia mendapat satu tawaran kerja daripada kontrak ditukarkan kepada MySTEP sedangkan dia sudah berusia. Bukan 18 tahun, bukan graduate universiti dan diberi tempoh perkhidmatan itu enam bulan dan disebut tangga gaji.

Jadi, saya ingin mendapat jaminan daripada pihak kerajaan adakah kakitangan kerajaan yang bersifat kontrak ini ditukarkan kepada MySTEP dan mereka ini ada jaminan bekerja secara kontrak sebelum mereka ditawarkan sejak awal. Jadi, saya pohon penjelasan kerajaan.

Isu yang keempat...

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Jerlun, sila gulung.

final • 7:10 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Baik. Isu yang keempat tentang projek perumahan rakyat khususnya di Jerlun, ya. Saya difahamkan SPNB bertanggungjawab untuk menjualkan dan menyelenggarakannya. Hari ini saya difahamkan permohonan dibuka semula sedangkan pemohon-pemohon yang telah memohon sejak 2017 yang lalu telah pun diluluskan. Jadi, saya pohon pertanyaan kepada kementerian yang berkenaan mengapa ia dibuka semula. Mengapakah berlaku pemilihan semula? Adakah ada kepentingan tertentu kepada pemohon-pemohon tersebut?

Terakhir tentang transformasi institusi dan undang-undang. Bekas Peguam

final • 7:10 PM

Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya My Story

Justice in the Wilderness telah mendedahkan isu pelantikan hakim. Wujud campur tangan dalam sistem kehakiman negara, pendakwaan politik dan sebagainya sewaktu menjadi Peguam Negara di zaman kerajaan PH ketika itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ketujuh.

Merujuk kenyataan media Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) pada 27 Oktober 2022 di bawah kerajaan Yang Berhormat Bera, menubuhkan Pasukan Petugas Khas (PPK). PPK telah menjalankan 19 konsultasi terhadap pihak-pihak yang berkepentingan. Saya ingin mempersoalkan siapakah ahli PPK tersebut. Mengapakah Majlis Peguam Malaysia mempertikaikan kuorum PPK dan menyatakan wujud ketidaksaksamaan dan keupayaan ahli PPK tersebut?

Ketiga, apakah dapatan dan syor-syor PPK tersebut kepada kerajaan? Merujuk kenyataan media, Yang Berhormat Menteri JPM...

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Jerlun, saya telah menyatakan gulung. Sudah masuk dua minit.

final • 7:10 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Baik. Cuma yang akhir ya, yang akhir sedikit tentang isu undang-undang syariah. Isu undang-undang syariah ini berkaitan dengan perkahwinan sindiket di Thailand.

Saya telah bertanyakan soalan ini kepada kerajaan tetapi dijawab secara bertulis.

Cuma, isu yang perlu diberikan perhatian iaitu tentang aspek penguatkuasaan. Kita tidak boleh sekat perkahwinan secara— di selatan Thailand ini sama ada kali pertama ataupun poligami. Baik, saya mencadangkan kerajaan mengenakan hukuman penjara. Oleh sebab dalam peruntukan undang-undang itu ia ada denda dan penjara.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Jerlun.

Masa sudah tiga minit saya bagi. Gulung.

final • 7:10 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Dalam sesi ini saya dengan ini menyokong penuh Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Dipersilakan Yang Berhormat Sibu.

final • 7:10 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang untuk saya berbahas dalam Titah Menjunjung Kasih Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Saya ingin memulakan perbahasan saya dengan mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 iaitu Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Yang Amat Berhormat Tambun kerana berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 ini. Ini merupakan kali kedua Malaysia mengalami pertukaran kerajaan dalam pilihan raya dan ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sudah bangkit dan mereka mengharapkan ada perubahan dalam pentadbiran negara kita supaya negara kita lebih bersih, ideal dan cekap supaya negara kita tidak ada lagi masalah rasuah, salah guna kuasa, pemborosan dan sebagainya yang mengakibatkan negara kita lemah dan rakyat kita miskin.

Saya berpendapat bahawa lima tahun ini selain kita harus memperbaiki ekonomi kita dan membangunkan infrastruktur, kita juga harus menjalankan reformasi di dalam negara kita iaitu reformasi dalam sistem pentadbiran kita, reformasi di dalam Parlimen juga dan juga reformasi dalam sistem pilihan raya kita.

final • 7:18 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Ini amat penting untuk membawa perubahan ke dalam negara kita. Kerajaan Perpaduan harus menjadi kerajaan yang boleh mencipta sejarah Malaysia menjadi satu kerajaan yang boleh membawa Malaysia ke Malaysia baharu dan Malaysia Madani iaitu negara yang maju dan juga dalam pemikiran rakyat kita juga lebih ke hadapan supaya negara kita tidak dipecah belah oleh isu perkauman dan isu keagamaan lagi.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang satu perkara iaitu Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) project di Tanjong Manis, Sarawak.

Saya berpendapat bahawa projek ini sudah gagal dan saya meminta Yang Berhormat Menteri Perancangan Ekonomi untuk melawat ke tapak SCORE project Tanjong Manis itu supaya kita boleh tengok apa yang terjadi kepada projek itu. Kalau projek itu sudah gagal, kita harus merancangkan alternative plan untuk menjana ekonomi ataupun kita merancangkan ekonomi yang baharu untuk Zon Tengah Sarawak.

Ramai pemuda pemudi kita sekarang pergi ke Semenanjung Malaysia, dari Sarawak pergi ke Semenanjung Malaysia, pergi ke Singapura dan pergi ke Johor untuk mencari kerja yang lebih baik. Ini menunjukkan bahawa kita kekurangan satu perancangan ekonomi di Sibu, di Sarawak untuk membantu belia ini kekal di kawasan mereka. Saya mengharap Kementerian Perancangan Ekonomi boleh mengeluarkan satu perancangan ekonomi yang baharu di Zon Tengah Sarawak supaya di kawasan Sibu, kita ada ekonomi yang baharu untuk membantu belia kita untuk menjana ekonomi mereka.

final • 7:20 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Pelancongan, apakah usaha pelancongan-- industri pelancongan dijalankan di Zon Tengah Sarawak ataupun di Sibu? Ini adalah kerana Sibu merupakan satu gateway kepada ecotourism di Zon Tengah Sarawak. Saya tengok tidak ada apa-apa usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelancongan untuk membantu membangunkan bidang industri pelancongan di Sibu. Saya harap Kementerian Pelancongan cuba usahakan sesuatu untuk membangunkan bidang pelancongan di Sibu supaya boleh menjana ekonomi juga untuk rakyat kita di sana. Sibu bukan sahaja Sibu, kita juga akan membantu ekonomi di sekeliling bandar-bandar di Sibu iaitu di Kapit, Kanowit, Mukah dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan kepada Kementerian Pelancongan supaya melibatkan Ahli Parlimen dalam usaha untuk membangunkan bidang pelancongan di peringkat tempatan. Ini adalah kerana Ahli Parlimen, mereka tahu apa yang perlu dianjurkan dan apa yang perlu dirancangkan untuk membangunkan sektor pelancongan di kawasan mereka. Ini saya harap kementerian boleh juga hulurkan atau salurkan dana untuk Ahli-ahli Parlimen di peringkat tempatan untuk menganjurkan program-program yang besar, yang boleh menarik pelancong untuk datang ke kawasan mereka seperti di Sibu juga. Kita perlukan dana dari Kementerian Pelancongan supaya kita boleh menganjurkan program yang besar menarik pelancong untuk datang ke Sibu dan membangunkan bidang pelancongan di kawasan Sibu.

Tuan Yang di-Pertua, untuk membangunkan industri pelancongan memang satu yang sangat penting untuk memastikan ekonomi Malaysia boleh dibangunkan. Sekarang kita menghadapi satu masalah yang sangat serius saya rasa harus dibangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini iaitu perkhidmatan Air Asia sekarang amat teruk dan mengecewakan. Air Asia sebagai syarikat penerbangan murah terbesar di Malaysia, tetapi di Sarawak sana kita sering menghadapi masalah flight ditangguhkan atau dibatalkan. Ini mengakibatkan ia memberikan satu tanggapan yang tidak baik kepada orang ramai atau pelancong. Saya berharap Kementerian Pengangkutan boleh mengambil perhatian dan meminta Air Asia menambah baikkan perkhidmatan mereka supaya mereka tepat pada masa, jangan tangguh dan batalkan penerbangan mereka dengan tidak berikan alasan yang menyakinkan.

Tuan Yang di-Pertua, selain dari itu, saya difahamkan sekarang ramai pelancong asing yang datang ke Malaysia, kalau mereka tidak membawa cukup wang tunai iaitu RM3,000, mereka akan dihalang, ditolak untuk memasuki Malaysia. Ini merupakan sesuatu yang saya rasa ini akan menakutkan pelancong asing untuk datang ke Malaysia.

Saya sendiri ada membantu dalam satu kes. Seorang gadis dari Laos datang ke Malaysia kerana hendak berjumpa dengan keluarga kawan lelaki dia di Malaysia. Apabila beliau sampai ke Malaysia, di imigresen sana, dia dihalang untuk masuk kerana tidak membawa cukup wang tunai iaitu RM3,000. Beliau disuruh tidak boleh masuk dan akan dikurung di satu tempat. Keesokan hari beliau akan dihantar balik ke negara asal dia. Jadi saya hendak tanya, siapa yang akan tanggung kos itu untuk menghantar balik seseorang itu yang tidak dapat masuk ke Malaysia? Mengapa kita masih ada peraturan ini yang mesti membawa RM3,000 untuk memasuki Malaysia? Adakah peraturan ini masih tepat kepada zaman sekarang yang kebanyakan orang sekarang pakai credit card dan bukan pakai wang tunai?

Jadi, saya ingin Kementerian Dalam Negeri untuk memberikan penjelasan kepada kes ini mengapa banyak - saya diberitahu bahawa banyak pelancong dari Taiwan, dari China ditolak masuk. Berapakah kes ini berlaku dan kita perlukan penjelasan dari Kementerian Dalam Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, ini hanya menakutkan pelancong dari luar negara untuk datang ke Malaysia. Ini akan menghalang, menjejaskan pembangunan bidang pelancongan di dalam negara kita. Saya harap ini akan diberi kan perhatian yang serius.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Manifesto Pakatan Harapan, kita ada menyatakan bahawa kalau Pakatan Harapan membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 ini, kita akan menambah baik perkhidmatan kesihatan di Sarawak dan akan memastikan Hospital Sibu dan Hospital Miri akan mempunyai unit jantung dan unit kanser. Selain daripada hospital umum di Kuching, saya rasa usaha ini juga—cadangan ini juga diterima

final • 7:20 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Ini amat penting saya rasa untuk menunjukkan bahawa Sarawak dan Sabah merupakan rakan kongsi sama di dalam pembentukan Malaysia 63.

Itu merupakan satu usaha yang harus dijadikan priority Kerajaan Perpaduan untuk merealisasikan supaya di Sarawak kita ada dua lagi hospital yang mempunyai unit jantung dan unit kanser iaitu di Hospital Sibu dan Hospital Miri. Saya harap—kita juga ada seorang Timbalan Menteri Kesihatan dari Sarawak. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh cuba sedaya upaya untuk memastikan unit jantung dan unit kanser ini diadakan di Hospital Sibu dan Hospital Miri dalam lima tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, saya ingin menyentuh tentang pendidikan.

Memang kita selalu cakap pendidikan itu sangat penting untuk kita melengkapi rakyat kita dengan ilmu supaya rakyat kita lebih produktif membawa pembangunan kepada negara kita. Kita diberitahu bahawa di Malaysia kita sebenarnya kekurangan universiti awam.

Ramai murid yang berjaya luluskan STPM mereka, tetapi tidak ada tempat untuk memasuki universiti awam. Kita memang kekurangan universiti. Jadi di dalam cadangan dan Manifesto Pakatan Harapan, kita juga ada menyentuh tentang pendidikan tinggi iaitu kita akan menubuhkan dua buah lagi universiti awam di Malaysia. Satu di Sarawak dan juga satu di Sabah.

final • 7:20 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Supaya di Sabah dan Sarawak, kita mempunyai dua buah universiti awam untuk menunjukkan bahawa kita memang rakan kongsi dan wilayah. Kita bukan salah satu negeri tetapi kita merupakan wilayah di dalam Malaysia. Jadi, saya harap cadangan ini akan diambil perhatian dan dipertimbangkan oleh Kementerian Pendidikan supaya menubuhkan lagi satu buah universiti awam di Sabah dan juga di Sarawak.

Di Sarawak sini, saya mencadangkan supaya pindahkan universiti awam itu di Sibu kerana sekarang kita perlukan satu perancangan ekonomi di zon tengah Sarawak iaitu di kawasan Sibu untuk membangunkan ekonomi di sana. Jadi, saya harap cadangan saya ini akan diambil berat dan dipertimbangkan oleh Kementerian Pendidikan kita.

Sekian, terima kasih.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Sila, selanjutnya, Yang Berhormat Lumut.

final • 7:30 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berbesar hati kerana diberikan peluang untuk terlibat dalam perbahasan Titah Diraja.

Untuk makluman, memandangkan saya adalah Ahli Parlimen yang baharu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pengundi di Parlimen Lumut yang telah memilih saya. Lawan saya adalah Yang Berhormat Senator Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md. Ramli. Tahniah Yang Berhormat Senator Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Menteri Luar Negeri. Walaupun saya underdog. Hanya Allah SWT yang menentukan dan manusia hanya merancang.

Dalam Titah Diraja, Tuanku Yang di-Pertuan Agong menekankan beberapa aspek berhubung isu keselamatan dan pertahanan sewaktu menyampaikan Titah Baginda.

Negara Malaysia mempunyai potensi besar sebagai sebuah negara maritim daripada aspek pengembangan ekonomi, sosial dan keselamatan. Dengan keluasan maritim Malaysia iaitu 610,000 kilometer persegi, industri seperti hidro karbon, perikanan, pelancongan, perdagangan dan sumber mineral mampu mendapatkan manfaat yang besar.

Kedudukan sempadan maritim Malaysia yang bersempadan dengan enam buah negara di rantau Asia Tenggara juga menjadikan negara kita amat strategik dalam pelbagai industri khususnya perdagangan. Industri perikanan, umpamanya, mampu menjana sumber pendapatan sehingga RM10 bilion setahun, sementara sumber minyak

final • 7:31 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

dan gas mampu menjana sehingga RM240 bilion menjadikan kawasan maritim Malaysia sebagai satu potensi memacu ekonomi negara.

Namun, ancaman-ancaman seperti pencerobohan kapal maritim dan kapal penyelidik China, pencerobohan nelayan asing yang menangkap ikan, penculikan oleh kumpulan pengganas, rompakan laut, pencemaran laut di kawasan negara merupakan antara cabaran yang perlu diberikan perhatian. Walau bagaimanapun, dengan menggiatkan lagi kerjasama dua hala antara negara berkaitan, cabaran-cabaran tersebut mampu dijadikan satu peluang besar buat negara untuk meraih pelbagai manfaat dalam aspek pembangunan ekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai seorang bekas TLDM, saya amat peka dan prihatin dengan kesiagaan aset Tentera Laut Diraja Malaysia. Walaupun Yang Berhormat Tanah Merah dan Yang Berhormat Ketereh telah membahaskan isu-isu tentera dan veteran, saya juga ingin membahaskan ATM dan veteran juga.

Sesungguhnya situasi semasa berkaitan aspek kesiagaan aset adalah satu isu yang amat meruncing sejak akhir-akhir ini. Bukan sahaja terdapat aset yang sudah berusia setengah abad masih digunakan oleh TLDM dalam melaksanakan operasi kawalan maritim negara, malah program Pelan Transformasi 15-to-5 TLDM seakan-akan menghadapi kekangan besar untuk direalisasikan dalam masa terdekat.

Saya ingin meminta penjelasan Yang Berhormat Menteri Pertahanan iaitu Yang Berhormat Rembau mengenai garis waktu untuk kementerian merealisasikan program Pelan Transformasi 15-to-5 TLDM tersebut.

Untuk makluman, program Pelan Transformasi 15-to-5 TLDM adalah untuk menyusun dan mengemaskinikan kekuatannya dan keupayaan armada bagi mencapai matlamat utama bagi membentuk armada yang tersusun dan ampuh. Dalam program pelan transformasi tersebut juga dirancang perolehan kapal baharu seperti kapal sokongan pelbagai fungsi iaitu multi-role support ship (MRSS), juga littoral mission ship

(LMS) atau kapal misi pesisir.

final • 7:31 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Lumut.

final • 7:31 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Silakan.

final • 7:31 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Adakah negara kita ini menghadapi ancaman daripada negara-negara jiran? Itu yang pertama. Yang kedua, saya mohon pandangan Yang Berhormat Lumut daripada segi kekuatan TLDM di rantau ini, agak-agaknya Malaysia ini berada di ranking yang ke berapa daripada segi kekuatan TLDM? Terima kasih.

final • 7:31 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Terima kasih. Baru- baru ini, kita telah mendapat pencerobohan daripada kapal penyelidik daripada China dan juga kapal maritim daripada China yang telah memasuki kawasan perairan kita, yang kita sedia maklum bahawa pulau-pulau di bawah ZEE adalah hak kedaulatan negara kita. So, perkara ini amat membimbangkan.

Mengenai kekuatan TLDM itu sendiri, kita sedia maklum pihak tentera laut Indonesia membangun dengan pesat dan mempunyai armada. Mereka boleh membuat kapal sendiri dengan jayanya. Singapore mempunyai kapal selam dan juga kapal-kapal yang canggih daripada kita. So, bermakna angkatan tentera laut kita adalah yang terkebelakang sikit.

Saya hendak maklum, saya ini pernah berkhidmat di tiga buah kapal TLDM.

Sedih. Kalau hendak kata dengan— moto TLDM itu sendiri adalah ‘Sedia Berkorban’. Kita ini tidak mempertikaikan mengenai tugas. Kita terpaksa bergadai nyawa dengan peralatan-peralatan yang telah usang, yang terdapat banyak kapal yang telah berumur 40 tahun. Kalau mengikut kepada umur kapal, hanyalah 25 tahun.

Saya juga pernah terlibat dalam projek memanjangkan hayat umur kapal yang telah berumur 40 tahun yang dibuat oleh pihak Boustead Naval Shipyard (BNS) dan projek itu berjaya. Kalau hendak dibandingkan dengan LCS ini, saya berani mengatakan pihak

final • 7:31 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

BNS— memang boleh. Saya cakap boleh buat di mana pengalaman dengan menyiapkan empat buah kapal generasi baharu, kapal peronda generasi baharu, empat buah kapal berjaya. LCS ini tidak berjaya sebab terdapatnya skandal penyelewengan dan juga ketirisan. Kalau tiada penyelewengan, saya rasa, insya-Allah, LCS ini boleh dipercepatkan...

final • 7:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Minta laluan, Yang Berhormat Lumut. Jelutong, Jelutong.

final • 7:31 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Ya, Yang Berhormat Jelutong.

final • 7:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Ya.

final • 7:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, saya sungguh menghormati dan terharu dengan sejarah perkhidmatan Yang Berhormat sebagai seorang anggota tentera.

final • 7:31 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Laut.

final • 7:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Memang pengorbanan anggota tentera, kita hayati dan kita berterima kasih. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa pembongkaran skandal littoral combat ship (LCS) ini adalah sesuatu yang dilakukan oleh parti DAP yang sekarang berada dalam Kerajaan Perpaduan? Nombor satu, soalan nombor satu.

Kedua, ketika Yang Berhormat Timbalan Menteri yang sekarang berada di barisan pembangkang, tidak juga melakukan apa-apa untuk menyekat ketirisan ini dan tidak juga tahu ketika Yang Berhormat Pagoh juga, beliau tidak dapat tahu dan semua perkara ini hanya didedahkan apabila siasatan dibuat oleh PAC...

final • 7:31 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Cukup itu, Yang Berhormat Jelutong. Panjang sangat soalan.

final • 7:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur. Adakah Yang Berhormat bersetuju?

final • 7:31 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Tidak setuju.

[Tepuk] Saya ikut senior saya.

final • 7:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya. Kenapa? Soalan saya, kenapa?

final • 7:31 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Senang sahaja. Tepuk dada, tanya selera. Kita tunggu keputusan SPRM.

final • 7:40 PM

[Dewan riuh]

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Pengerusi PAC telah mengesyorkan iaitu daripada Taiping sekarang, dulu di Ipoh Timur. So, saya syorkan kerajaan dan SPRM terus mengambil tindakan yang tegas dengan...

[Disampuk]

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jadi Yang Berhormat bersetujulah? Berterima kasih kepada DAP, ya. Terima kasih.

final • 7:40 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail - Lumut

No, no. Bukan DAP, ya. Team pasukan PAC.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

DAP menyokong rasuah.

final • 7:40 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail - Lumut

Ya. Setuju.

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kami tidak menyokong rasuah.

final • 7:40 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail - Lumut

Saya juga...

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, DAP menyokong rasuah.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Arau, orang lama.

final • 7:40 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail - Lumut

Saya juga sebagai seorang veteran yang telah berkhidmat...

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:40 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail - Lumut

..Selama 27 tahun...

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, isu peraturan, saya tidak mahu mengulangi. Saya rasa Yang Berhormat Arau ini tidak mematuhi peraturan apabila membuat kenyataan bahawa DAP...

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, ini masa Yang Berhormat Lumut.

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No, issue standing order.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Lumut, Lumut. Jangan bagi dia bercakap.

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Isu standing order.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, soalnya kalau DAP kata tidak menyokong rasuah, nak saya buktikan satu persatu? Kita akan mulakan sekarang.

final • 7:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Ya, Yang Berhormat. Standing order. Sekiranya Arau hendak teruskan dan pegang pada statement...

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

..Bagan.

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, tolong...

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Jelutong, this floor, dengan izin, belongs to Yang Berhormat Lumut.

Tolong hormat kepada Yang Berhormat Lumut, ya. Kalau Yang Berhormat Lumut benarkan, saya tidak menjadi masalah. Saya boleh bagi sahaja.

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, I’m raising a Standing Order.

final • 7:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Same here.

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya berhak untuk membangkitkan Standing Order. Kenapa Yang Berhormat Arau terus bangun membuat kenyataan bahawa DAP menyokong rasuah? I want that to be withdrawn.

final • 7:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

I mohon budi bicara Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Nasihat telah diberikan sebelum ini supaya tidak mengeluarkan apa-apa perkataan yang menyinggung peraturan.

I want Yang Berhormat Arau to withdraw that.

final • 7:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yes.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Jelutong...

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sekarang ini...

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Arau, duduk. Yang Berhormat Jelutong, dengan izin, I understand apa yang Yang Berhormat Jelutong hendak. Jadi, kalau saya membuat keputusan ini, benda ini is jelas. Peraturan Mesyuarat 36, Peraturan 37...

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Mesyuarat 36(4).

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Ya, kita masukkan Peraturan Mesyuarat 34 di sini pun. Jadi, saya ingin menjelaskan kita stick berpandukan kepada Peraturan. Saya minta Yang Berhormat Arau tolong mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Yang Berhormat Jelutong, perkara ini telah saya nyatakan pada Yang Berhormat Arau.

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No. Tuan Yang di-Pertua, saya masih lagi berpegang. Saya berbahas dengan Yang Berhormat Lumut dengan tertib.

You were here, Yang Berhormat telah dengar. Kenapa Yang Berhormat Arau terus bangun dan membuat tuduhan liar mengatakan DAP menyokong rasuah? Saya mahu kenyataan itu ditarik balik. Kalau tidak, perkara ini akan berleluasa.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, okey. Saya boleh tarik balik...

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Duduk, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Arau. Saya rasa sesuai...

final • 7:40 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail - Lumut

Saya teruskan ya, Tuan Yang di- Pertua?

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

... pun tarik balik perkara itu.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat bagi peluang Yang Berhormat Lumut bercakap, bagi masa lebihan sebab mereka mengganggu dia.

final • 7:40 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail - Lumut

Yang Berhormat, lebih masa ditambah.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya keluarkan kenyataan sebab dulu dia menentang 1MDB. Sekarang dia diam.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat, apa yang Yang Berhormat cakap itu tidak ada isu dalam perkara ini. Kita hendak perjalanan ini dengan jelas. Saya rasa sesuai. Masa ini floor Yang Berhormat Lumut.

final • 7:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, adakah Yang Berhormat Arau tarik balik?

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Arau menarik balik kenyataan.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Arau, sesuai saya rasa – Ini akan membazirkan waktu Yang Berhormat Lumut. Saya putuskan benda itu adalah lebih kurang unparliamentary. Minta tarik baliklah, ya. Orang senior.

final • 7:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tariklah. Senang sahaja, Yang Berhormat Arau.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey. Saya tarik balik perkataan itu...

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Terima kasih.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Tetapi saya sebut DAP menyokong 1MDB.

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Itu pun tidak betul.

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Itu tidak betul. Kita tidak menyokong 1MDB. We’ve never supported 1MDB.

final • 7:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Sila rujuk kepada mana-mana....

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat-Yang Berhormat, kedua-dua Yang Berhormat ini adalah yang senior. Yang Berhormat...

final • 7:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

[Pembesar suara dimatikan]

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat, saya telah...

final • 7:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Arau. Ahli-ahli Yang Berhormat, tolong. Saya telah...

final • 7:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat, peraturan jelas. Keputusan saya, saya telah menyatakan, ya. Jika masih berdegil juga, saya akan send kedua-duanya keluar. Peraturan Mesyuarat jelas.

final • 7:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat, ini bukan floor Yang Berhormat. Saya tengah bercakap ini. Peraturan Mesyuarat 43 jelas, dengar. Ya.

final • 7:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Jelutong, saya faham peraturan. Depan saya ini pun peraturan.

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya ulangi, Peraturan Mesyuarat 36(4), “Adalah menjadi kesalahan seseorang Ahli..” “..untuk mengeluarkan sangkaan jahat.” 36(6). Bila pernah DAP menyokong 1MDB? Tuan Yang di-Pertua tahu. Bila kita menjadi kerajaan Pakatan Harapan, perkara ini disiasat. Yang Berhormat Pekan didapati bersalah dan telah pun dipenjarakan. Bila kita menyokong 1MDB? Factually, it is not correct.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Arau ketika itu berada dalam pembangkang. Tolong tarik balik kenyataan itu.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat, saya telah membuat keputusan. All right. Saya sudah minta. Saya berharap Yang Berhormat Arau sudah menyatakan. Tarik balik atau tidak, as simple as that. Yang Berhormat, biar saya selesaikan yang dua ini dahulu. Ya?

final • 7:40 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk.

final • 7:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Duduk. Amaran pertama. Yang Berhormat, duduk. Saya hendak selesaikan dua ini dahulu. Kalau yang lain-lain masuk sekali, jadi kelam kabut dalam Dewan ini. Saya hendak ingatkan, ya. Kita ini live. Ethic kita mana? Cara kita mana? Kita wakil rakyat. Rakyat melihat. Ya. Bagi saya selesaikan satu persatu. All right. Setelah Yang Berhormat Jelutong membangkitkan, saya berpendapat benda ini tidak sepatutnya disebut. Saya sudah menyatakan pada Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Arau pun tadi sudah menarik balik. Jadi, selesai sudah. Apa lagi yang kita hendak bertelingkah di sini?

final • 7:40 PM

Seorang Ahli

Penjelasan?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Sekejap, bagi saya bercakap dahulu. Penjelasan peraturan mana?

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Besut] Penjelasan Peraturan Dewan.

Sekarang ini penggunaan Peraturan 36(4), (6) kalau... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat, kata putus saya. Sekarang, saya memberi peraturan...

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Besut] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat hendak mendengar cakap saya atau Yang Berhormat hendak bercakap lagi ini? Saya sudah bagi amaran pertama.

final • 7:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Bagi saya selesai dahulu.

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Besut] Okey, terima kasih. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Sudah selesai pun tadi dan jelas. So, tidak ada isu dah pun. Benda ini tidak ada isu. Sekarang, kita benarkan Yang Berhormat Lumut. Teruskan. Yang Berhormat Lumut, memandangkan pertelingkahan tadi, saya bagi tiga minit. Selesaikan.

final • 7:40 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail - Lumut

Saya sebagai seorang veteran yang telah berkhidmat selama 27 tahun ingin juga membangkitkan isu-isu veteran. Ramai veteran telah berjumpa saya dan membangkitkan beberapa kegusaran mengenai nasib mereka di luar sana. Kita tahu anggota-anggota veteran ATM berada di dalam kumpulan yang sangat berisiko dan terjerumus ke dalam kumpulan miskin tegar memandangkan mereka menempuh fasa pencen dan tidak berpencen pada waktu yang kritikal.

Kumpulan veteran ATM tidak boleh disamakan mana-mana kumpulan pesara kerajaan dalam skim-skim yang lain di luar sana. Sewaktu mereka setia berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia, mereka terdedah dengan bahaya dan risiko yang boleh menjejaskan nyawa dan menjejaskan keupayaan kekal mereka. Saya juga mohon penjelasan daripada Kementerian Pertahanan mengenai cadangan pelaksanaan Hospital Veteran ATM dan juga kemudahan rumah orang-orang tua untuk anggota veteran ATM.

Bilakah projek itu akan dilaksanakan?

final • 7:40 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail - Lumut

Selain daripada itu, saya juga ingin mencadangkan supaya Kementerian Pertahanan mempertimbangkan cadangan daripada persatuan-persatuan veteran ATM agar semua penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) dapat diberikan bayaran sagu hati secara one-off bagi tahun 2023 ini sekurang-kurangnya pada kadar RM1000 seorang dalam meringankan beban kewangan yang mereka tanggung.

Kelompok penerima pingat PJM ini di Malaysia ialah mereka yang terlibat berjuang di dalam era darurat, pertama dan kedua, dan sebagai mengenang jasa yang telah mereka curahkan bagi memastikan negara kita kekal aman dan stabil sewaktu ancaman komunis masih aktif. Maka, wajar pemberian wang bantuan ini dapat meringankan dan diuruskan oleh kerajaan.

Untuk makluman, setiap kali Menteri Pertahanan bertukar sejak tahun 2014, banyak jawatankuasa persatuan veteran bertemu dengan Menteri Pertahanan dengan mengemukakan tuntutan hak pelarasan pencen tetapi jawapan yang lazim didengar akan di bincang, dikaji dan akan dibawa ke bengkel, Majlis Veteran Kebangsaan dan ke Majlis Angkatan Tentera serta Kabinet.

final • 7:50 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail - Lumut

Jawapan lain yang diterima tunggu kewangan negara mengizinkan. Jika veteran hendak selaras pesara awam pun hendak selaras. Oleh sebab itu, veteran merayu mengambil tindakan membawa kes ini ke mahkamah. Hanya dengan menuntut hak bagi 78,000 orang veteran berpencen. Harap Menteri Pertahanan dapat mempertimbangkan permohonan veteran berikut.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Sila gulung Yang Berhormat.

final • 7:50 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Terima kasih, kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan titah.

Saya mohon menyokong titah Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Dipersilakan Yang Berhormat Miri.

final • 7:50 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Miri untuk membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini.

Sebelum mula saya ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada skuad skuasy wanita yang sekali lagi mengharumkan nama negara dengan memenangi juara dalam kejohanan berpasukan remaja Asia pada beberapa hari yang lalu.

[Tepuk] . Tuan Yang di-Pertua, secara ikhlas dari hati, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menjunjung kasih hasrat murni Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan bahawa telah menjadi impian Baginda untuk memandu menyelusuri lebuh raya Pan Borneo bagi mengenali lebih rapat dengan rakyat di pedalaman Sarawak dan Sabah.

Sesungguhnya perkara ini juga wajar dicontohi oleh Menteri-menteri untuk turut sama merasai pengalaman menaiki kereta dari utara ke selatan Sarawak dan melihat serta merasai sendiri keadaan negeri Sarawak. Sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh perjawatan mereka sebagai Menteri yang memegang portfolio tertentu.

Kami rakyat di Sarawak amat mengalu-alukan kehadiran Ahli-ahli Yang Berhormat untuk melawat infrastruktur yang berkenaan dengan portfolio mereka terutama di kawasan pedalaman.

Umpamanya Yang Berhormat Menteri Kesihatan boleh melawat ke pusat perubatan. Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri boleh melawat ke balai-balai polis.

Yang Berhormat Menteri Perumahan boleh melawat ke balai-balai bomba di pedalaman Sarawak dan Sabah.

Kami faham masa Menteri amat penting dan terhad. Namun menerusi lawatan seperti ini kami percaya bahawa ia akan membantu Menteri-menteri telah membuat keputusan dan dasar yang lebih adil dan saksama untuk seluruh rakyat Malaysia.

Adalah menjadi rahsia umum bahawa kemudahan dan infrastruktur Sarawak dan Sabah terutamanya di kawasan pedalaman adalah jauh ketinggalan walaupun telah hampir melebih 60 tahun merdeka.

Ketidakadilan ini telah berterusan selama 60 tahun. Meskipun, Sarawak dan Sabah telah menjadi penyumbang utama kepada sumber pendapatan Kerajaan Persekutuan dari sudut pendapatan hasil petroleum.

Oleh itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan yang memandang berat terhadap keperluan untuk menyediakan perkhidmatan infrastruktur asas di Sarawak terutamanya bagi kawasan luar bandar.

Sesungguhnya rakyat Sarawak telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun untuk mewujudkan satu pentadbiran kerajaan yang berbeza dengan pentadbiran sebelum ini.

final • 7:52 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Rakyat Sarawak mengharapkan Kerajaan Perpaduan ini akan berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan mentadbir negara berlandaskan prinsip keadilan dan secara saksama seperti diperjuangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dan rakan-rakan pimpinan berdekad-dekad tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian sidang Dewan dengan kata- kata yang dititahkan oleh Tuanku Yang di-Pertuan Agong betapa pentingnya perpaduan.

Kata-kata tersebut berbunyi, “perpaduan adalah penyatuan dalam perbezaan, perpaduan adalah asas pembinaan kestabilan, perpaduan adalah tiang kemakmuran, perpaduan menyumbang kepada kemajuan, perpaduan membawa kejayaan.” Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya negeri Sarawak memang terkenal dengan dukungan semangat perpaduan dan bersatu padu sejak sekian lama. Saya mulakan dengan perpaduan dalam konteks antara rakyat yang berbilang kaum dan agama.

Semangat perpaduan memang sudah sekian lama terdapat dalam jiwa anak-anak Sarawak malah sebelum kami mencapai kemerdekaan pada tahun 1963.

Di Sarawak, selain kaum utama di Semenanjung terdapat kira-kira 30 buah etnik dan kaum yang berbeza di Sarawak. Di Sarawak kami bukan sahaja mengamalkan sikap bertoleransi antara masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan. Malah kami mengamalkan sikap keterbukaan dan saling menerima dan meraikan perbezaan masing- masing.

Contoh terdekat yang kita boleh ambil adalah seperti perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Kita semua sedia maklum bahawa tarian singa merupakan satu elemen penting dalam perayaan Tahun Baru Cina. Akan tetapi, di Sarawak kita bukan sahaja menyambut perayaan bersama-sama malah boleh dilihat dan menjadi kebiasaan dalam pasukan tarian singa di mana ahlinya terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum.

Jadi, tidak menjadi masalah untuk kita saling mengenali dan meraikan kepelbagaian kita. Saya tidak kata ini tidak berlaku di negeri-negeri lain tetapi di Sarawak ia sudah menjadi satu lumrah.

Begitu juga dalam bidang pendidikan di Sarawak, di mana pelbagai aliran sekolah di Sarawak seperti sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan dan sekolah mubaligh Kristian yang digunakan sebaiknya oleh anak-anak kita di Sarawak tanpa mengambil kira latar belakang kaum dan kepercayaan.

Kita juga boleh lihat sesetengah sekolah jenis kebangsaan Cina yang mana majoriti pelajarnya adalah kaum bumiputera Sarawak. Sekolah agama juga telah mendapat sokongan dari masyarakat tempatan yang bukan Islam. Dari segi kewangan dan penyertaan dalam program kemasyarakatan dan kebajikan yang dianjurkan oleh sekolah.

Kami syukur dan bangga dengan semangat perpaduan dan kekitaan di Sarawak.

Kami percaya bahawa semangat menghormati antara satu sama lain dan menerima perbezaan merupakan satu faktor penting yang membawa kepada kejayaan dalam perpaduan masyarakat Sarawak.

Selain itu, apa yang turut menyumbang kepada perpaduan ini adalah disebabkan ahli-ahli politik di Sarawak yang lebih matang tidak berfikiran sempit dan sentiasa bersifat tanggungjawab dalam menyelesaikan perbezaan pendapat politik khususnya ketika bertanding dalam pilihan raya.

Berbeza dengan sesetengah kawasan di negara kita. Di Sarawak kami tidak menjadikan isu dan sentimen perkauman dan keagamaan sebagai alat politik untuk menyerang pesaing politik. Biar macam mana pun kami berlawan, kami tidak sesekali menggunakan sentimen perkauman dan keagamaan untuk merai undi daripada pengundi.

final • 7:52 PM

Dr. Siti Mastura binti Mohamad - Kepala Batas

Yang Berhormat Miri mohon izin?

final • 7:52 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Tidak cukup masa, sorry. Nanti ya.

Sebagai contoh, dalam PRU yang lepas biar pun kami Pakatan Harapan di Sarawak bersaing dengan rakan kita GPS untuk mendapatkan sokongan rakyat. Namun,

final • 7:52 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

hujah-hujah kita adalah berlandaskan ideologi masing-masing untuk kepentingan dan kebaikan orang Sarawak dan bukannya berbentuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan keagamaan.

Kami dari Pakatan Harapan percaya bahawa perlunya satu gabungan parti nasional yang berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan integriti kerajaan untuk membawa masa depan terbaik untuk rakyat Sarawak.

Sementara rakan bijaksana GPS pula percaya bahawa perlunya menguatkan parti tempatan supaya suara-suara rakyat Sarawak akan dimartabatkan oleh Kerajaan Persekutuan.

final • 7:52 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Syukur kepada Tuhan selepas PRU-15 dengan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan pimpinan utama Pakatan Harapan dan GPS, kami telah menjumpai satu titik persamaan dan mencapai satu persefahaman bahawa Kerajaan Perpaduan yang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Petrajaya adalah terbaik untuk rakyat Malaysia khususnya rakyat di Sarawak. Saya turut ...

final • 8:00 PM

Dr. Siti Mastura binti Mohamad - Kepala Batas

Yang Berhormat Miri, mohon izin.

final • 8:00 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Okey.

final • 8:00 PM

Dr. Siti Mastura binti Mohamad - Kepala Batas

Terima kasih kepada Yang Berhormat Miri. Cuma persoalan saya di sini tambahan. Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Miri. Cumanya adakah Yang Berhormat Miri setuju sekiranya apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Miri sebentar tadi turut berlaku di Kelantan? Mohon pandangan.

final • 8:00 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Minta maaf, saya kurang jelas dengan keadaan sebenarnya di Kelantan.

final • 8:00 PM

Dr. Siti Mastura binti Mohamad - Kepala Batas

Perpaduan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Miri tadi turut berlaku di negeri Kelantan di mana tidak ada disebutkan berkenaan dengan rasis berkenaan dengan agama dan perkara-perkara lain.

final • 8:00 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Ya, mungkin pihak Yang Berhormat Kepala Batas mungkin boleh minta rakan-rakan dari Kelantan untuk menjelaskan nanti. Terima kasih.

final • 8:00 PM

Dr. Siti Mastura binti Mohamad - Kepala Batas

Saya mohon pandangan daripada Yang Berhormat Miri. Itu sahaja.

final • 8:00 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Saya tidak ada pengetahuan peribadi dengan keadaan yang berlaku di Kelantan sebab saya memang orang Sarawak dan membesar di Sarawak. Okey. Saya teruskan. Okey.

final • 8:00 PM

Dr. Siti Mastura binti Mohamad - Kepala Batas

Sebab perkara itu perpaduan, yang disebutkan titah diraja. So, kenapa tidak anda mengakui dua perkara itu berlaku di negeri Kelantan?

final • 8:00 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Ya, saya sudah jawab saya tidak ada pengalaman peribadi tentang– Okey, saya akan teruskan.

final • 8:00 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Boleh Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Saya turut berharap agar amalan menjadikan...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Floor Yang Berhormat Miri tanpa dia membenarkan yang lain itu duduk lah ya. Itu termasuk juga dua orang Yang Berhormat tadi ya. Silakan.

final • 8:00 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Saya turut berharap agar amalan menjadikan isu perkauman agama sebagai modal politik dapat diatasi secara bersama. Kami dari Sarawak juga meminta semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini untuk berhenti daripada tindakan yang tidak bertanggungjawab ini. Sekiranya jika tindakan ini diteruskan, pastinya ia akan merencatkan semangat perpaduan yang kita inginkan untuk negara tercinta ini.

Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi harapan setiap rakyat Malaysia agar politik negara kita akan terus stabil demi memastikan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Saya juga berharap dan terus menyeru rakan bijaksana saya di Pakatan Harapan Sarawak dan juga GPS untuk sama- sama menjadikan Sarawak sebagai tonggak utama kepada Kerajaan Perpaduan.

Bersama-sama kita menjamin kestabilan Kerajaan Perpaduan. Ini akan membawa kemakmuran kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat Sarawak yang dicintai.

Bersama-sama kita boleh menghasilkan yang terbaik untuk Sarawakku Sayang dan mencapai agenda Malaysia Madani.

Seperti yang saya katakan tadi, rakyat Sarawak telah meletakkan harapan yang tinggi kepada Kerajaan Perpaduan untuk membina satu masa depan yang lebih baik untuk mereka. Kami berharap dan akan terus berjuang untuk mendatangkan pembangunan yang adil dan saksama untuk anak Sarawak. Sebagai wakil rakyat Miri dan juga dari Sarawak, demi kepentingan Miri dan juga kepentingan Sarawak, saya ingin menyeru kepada Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan program-program dan pembangunan seperti berikut:

(i) Meningkatkan taraf Hospital Miri dan Hospital Sibu seperti yang dinyatakan oleh kawan saya dari Sibu kepada hospital yang setanding dengan hospital yang terdapat di setiap ibu negeri dengan mempunyai perkhidmatan yang lengkap seperti rawatan untuk pesakit jantung dan pesakit kanser selaras dengan Manifesto Pakatan Harapan;

(ii) seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Sibu membina universiti awam di Sarawak untuk memberi akses yang lebih luas kepada anak-anak kita terutamanya dari kawasan pendalaman untuk mendapatkan peluang pendidikan di peringkat pengajian tinggi;

(iii) menaiktarafkan Lapangan Terbang Miri untuk memudahkan integrasi nasional dan juga perhubungan antara penduduk bandar dan luar bandar;

(iv) membaiki, memulihkan dan menaiktarafkan institusi-institusi awam yang penting seperti sekolah, balai polis, pusat perubatan dan sebagainya;

(v) membaiki keadaan jalan raya utama dan menyelesaikan kesesakan lalu lintas yang menyambung Bandaraya Miri ke Lebuhraya Pan Borneo;

(vi) menyelesaikan masalah banjir akibat daripada hakisan pantai;

(vii) mewujudkan program bantuan perumahan dan rumah mampu milik untuk menyelesaikan masalah setinggan di Sarawak;

(viii) membantu petani dan penternak tempatan untuk mengurangkan kos makanan dan seterusnya dapat meringankan beban hidup rakyat;

(ix) meningkatkan pelabuhan ke utara Sarawak dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi untuk rakyat Sarawak; dan

(x) menyelesaikan isu-isu kewarganegaraan yang membelenggu rakyat Sarawak khususnya di kawasan luar bandar yang tidak

final • 8:00 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

mempunyai kewarganegaraan kerana kekangan yang dihadapi dari segi logistik untuk tujuan pendaftaran. Begitu juga dengan isu kewarganegaraan anak-anak yang lahir di Sarawak dari perkahwinan adat antara penduduk di kawasan pedalaman Sarawak.

Terdapat banyak perkara lain yang perlukan perhatian daripada Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan Sarawak yang tercinta ini dan seterusnya menjadi salah satu pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 8:00 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Sekiranya kita terus berpegang kepada semangat Kerajaan Perpaduan dan dengan adanya kerjasama rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak, kita mampu melakukan perubahan yang kita nanti- nantikan ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum menutup tirai ucapan perbahasan saya, izinkan saya mengungkapkan serangkap pantun untuk iktibar kita semua.

Orang Sarawak sik takut juak, Semangat melawan Pahlawan Kanang, Hentilah fitnah dan berpuak-puak, Negara stabil rakyat senang. Sekian sahaja ucapan perbahasan saya. Maka dengan ini Miri menjunjung penuh Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Miri. Yang Berhormat Jerai, masa tamat jam 8.15 malam di bawah Peraturan 37(7) ya, saya boleh mengehadkan masa ataupun memanjangkan masa. Akan tetapi saya hendak memberi peluang kepada Yang Berhormat sama ada hendak teruskan dengan masa yang pendek ataupun esok?

final • 8:00 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Jerai, buat keputusan.

final • 8:00 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Esok, esok.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Baik. Kita akan mulakan esok dengan Yang Berhormat Jerai ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi, esok. Sekian, terima kasih.

final • 8:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.07 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026