Feb142023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
PEMASYHURAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA
SALINAN TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan sukacitanya saya memaklumkan kepada Majlis ini, iaitu pada hari Isnin, 13 Februari 2023, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah berkenan menyampaikan Titah Diraja dalam Parlimen.

Saya telah menerima salinan Titah Diraja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu dan seterusnya sekarang ini akan mengarahkan supaya salinan Titah Diraja itu dibentangkan di atas Meja Mesyuarat dan seterusnya dicetak dalam Penyata Rasmi.

[Salinan Titah Diraja adalah seperti di Lampiran]

final • 10:00 AM
MEMPERKENANKAN AKTA-AKTA

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas dan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Kelima Belas yang lalu seperti berikut:

  1. Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022; 2. Akta Antigangguan Seksual 2022; 3. Akta Kastam 2022; 4. Akta Eksais (Pindaan) 2022; 5. Akta Zon Bebas (Pindaan) 2022; 6. Akta Cukai Pelancongan (Pindaan) 2022; 7. Akta Levi Pelepasan (Pindaan) 2022; 8. Akta Levi Kenderaan Barang-barang (Pindaan) 2022; 9. Akta Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2022;

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

  1. Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2022; 11. Akta Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2022; 12. Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022.

final • 10:00 AM
PERUTUSAN DARIPADA DEWAN NEGARA

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Kelima Belas tahun 2022 yang lalu.

Saya menjemput Setiausaha membacakan Perutusan itu sekarang.

[Setiausaha membacakan Perutusan] “21 Disember 2022 Perutusan Daripada Dewan Negara Kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan rang undang-undang yang berikut tanpa pindaan:

  1. Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022.

Yang ikhlas, t.t “YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA”

final • 10:00 AM
PENGESAHAN SETIAUSAHA KEPADA MAJLIS DI BAWAH P.M. 4(7)
KERTAS-KERTAS UNDI DIBAKAR

Setiausaha

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat, mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 4(7) dan susulan daripada pemilihan Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Timbalan Yang di- Pertua Dewan Rakyat pada 19 Disember 2022 yang lalu, saya dengan ini mengesahkan kepada Majlis bahawa kertas-kertas undi bagi pemilihan tersebut telah pun dibakar.

final • 10:00 AM
PEMASYHURAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA
Langkah-langkah Pencegahan Penularan COVID-19, Kebenaran Tidak Pakai Tali Leher dan Kaedah Pelaksanaan Waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri dan Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sepertimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas bersidang mulai semalam iaitu 13 Februari 2023 hingga 30 Mac 2023 selama 29 hari.

Di antara urusan penting yang akan dibahas dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat ini ada Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja dan Belanjawan 2023.

Berkenaan langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19, Ahli-ahli Yang Berhormat adalah amat digalakkan memakai pelitup muka sepanjang berada di dalam Dewan Rakyat. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, langkah-langkah telah diambil dalam Dewan ini dan beberapa tempat lain di Kompleks Parlimen untuk meningkatkan kualiti udara dalaman dengan memasang sistem yang dapat membasmi virus COVID-19.

Parlimen Malaysia akan terus melaksanakan sanitasi berkala oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam usaha mencegah penularan COVID-19.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, bagi memberi keselesaan pakaian dan kemudahan kepada semua, saya membenarkan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk tidak perlu memakai tali leher apabila memakai lounge suit [Tepuk] dan pemakaian batik Malaysia berlengan panjang, ulang batik Malaysia berlengan panjang dibolehkan pada setiap hari Khamis bagi penggal kedua ini.

Selain itu, pembahagian masa semasa Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dan Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan seperti dalam penggal Parlimen lalu akan diteruskan dan semua Ahli-ahli Dewan, baik yang bertanya dan anggota pentadbiran menjawab perlu mengikut masa yang ditetapkan. Kita ada timer kita.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Pelaksanaan kementerian menjawab semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari-hari tertentu akan diteruskan dan sesalinan jawapan kementerian menjawab semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan bagi mesyuarat ini telah diletakkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat.

Dalam pada itu, ingin saya memaklumkan bahawa Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) pada hari Selasa sepanjang tempoh Mesyuarat ini akan dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini bermaksud Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menjawab tiga pertanyaan MQT pada hari tersebut dan ianya bermula pada hari ini, iaitu selepas pemasyhuran saya ini. Manakala MQT pada setiap hari Khamis akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri-menteri. Pemakluman akan dibuat jika terdapat sebarang perubahan pada perkara itu. Sekian, terima kasih. Setiausaha, silakan.

final • 10:10 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Taiping mengemukakan pertanyaan-pertanyaan dalam masa satu minit.

final • 10:10 AM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan pertama waktu Pertanyaan-pertanyaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga soalan pertama saya mewakili kawasan Taiping.

final • 10:10 AM

1. Tuan Wong Kah Woh [Taiping] minta Perdana Menteri menyatakan kedudukan hutang negara terkini dan apakah punca kenaikan hutang negara setiap tahun. Nyatakan usaha-usaha kerajaan dalam menyelesaikan hutang negara yang semakin meningkat ini.

final • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, dari segi faktanya hutang telah mencecah liabiliti dan hutang kerajaan RM1.5 trilion iaitu 81 peratus kepada KDNK. Untuk memperincinya, hutang kerajaan ialah RM1,079.6 bilion termasuk komitmen jaminan RM205.9 bilion, 1MDB RM18.2 bilion dan liabiliti lain RM4,142.2, jumlah RM1,445.9 trilion. Kalau dikira dari segi peratus, 82 peratus daripada KDNK dan untuk hutang Kerajaan Persekutuan sudah mencecah 60.4 peratus.

Ia termasuk khidmat hutang sekarang, bagaimana kita bayar.

Tahun 2022, bayaran khidmat hutang ataupun debt service charges ialah RM41 bilion dan tahun 2023, sebanyak RM46 bilion. Peratus hasil untuk tahun 2022 sebanyak 14 peratus dan tahun 2023, sebanyak 16 peratus. Ini maknanya bayaran khidmat hutang ini banyak. Ini hanya membayar faedah, bukan bayar hutang tunggak.

Langkah-langkah yang diambil ini pertamanya, memperbaiki tata kelola kerana di antara perbelanjaan bilion ringgit yang hilang ini adalah kerana pengurusan yang lemah, ketirisan dan menyebabkan hutang yang lebih tinggi daripada pertumbuhan ekonomi negara. Lain-lain ialah untuk memastikan asas hasil ditambah dan review ataupun public expenditure review, mengkaji semula kaedah perbelanjaan awam tanpa membebankan rakyat, terutama dalam bidang pendidikan, kesihatan dan prasarana asas. Hal-hal ini boleh kita cerakin dalam pembentangan Belanjawan pada 24 hari bulan, insya-Allah.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Taiping, soalan tambahan.

final • 10:10 AM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Ya, terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita tadi telah meneliti bayaran perkhidmatan hutang berbanding dengan hasil telah mencecah 14 peratus pada tahun 2022. Ini juga merupakan sesuatu yang dibimbangi oleh Ketua Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan sebelum ini. Dengan komitmen kerajaan yang begitu tinggi, rakyat memang khuatir akan dibebankan dengan cukai-cukai tambahan. Soalan saya adalah sama ada kerajaan akan memperkenalkan apa-apa cukai baharu pada masa kini untuk menangani isu yang dihadapi pada masa kini.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak bercadang untuk memperkenalkan GST ataupun cukai yang kepenggunaan berasas luas iaitu broad-based consumption tax. Yang kita akan perketatkan adalah pengurangan subsidi bagi golongan kaya sepertimana yang dilakukan dalam isu subsidi elektrik. Sepertimana yang saya jelaskan di Dewan ini dalam sesi yang lalu, walaupun ada keputusan kerajaan sebelum ini untuk menaikkan tarif elektrik, kerajaan sekarang telah membatalkan cadangan itu dan mengenakan hanya kepada golongan T20 iaitu MNC dan syarikat-syarikat besar melainkan syarikat-syarikat yang melibatkan diri dalam isu food security.

Ada beberapa langkah lain yang kita kenalkan dalam konteks penekanan yang sama. Umpamanya, subsidi diesel itu tahun 2022 ialah RM20 bilion. Tetapi dalam kajian Ketua Audit Negara dan lain-lain, separuh daripada volume itu telah dijual melalui stesen minyak. Maknanya kalau kita boleh selamatkan RM5 bilion ke RM6 bilion daripada ketirisan itu, ia akan membantu. Begitu juga beberapa hal lain dari segi penjanaan pertumbuhan ekonomi kerana kesediaan pelabur-pelabur domestik dan asing yang mula masuk ke dalam negara. Saya percaya hasil akan meningkat tanpa membebankan broad- based rakyat secara umum.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Jelebu.

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Putrajaya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ada analisis yang menyatakan bahawa antara penyumbang utama kenaikan hutang negara adalah hutang berkait dengan pelbagai skandal kewangan yang berlaku pada zaman Kerajaan Barisan Nasional, khususnya di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-6 yang turut memegang jawatan Menteri Kewangan pada ketika itu seperti mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari ini.

Hutang ini bukan sahaja perlu dibayar tetapi ada keadaan di mana kerajaan terpaksa berhutang untuk menyelamatkan institusi yang terkesan akibat skandal kewangan. Skandal ini termasuklah 1MDB, SRC International, Tabung Haji dan FELDA.

Hutang 1MDB sahaja mencecah RM40 bilion. Adakah Yang Amat Berhormat Perdana

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Menteri bersetuju bahawa beban hutang yang terpaksa ditanggung ini, antaranya berpunca daripada hutang yang tidak produktif tersebut.

Selain daripada itu juga, adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersetuju bahawa tindakan memegang jawatan Menteri Kewangan, pada masa yang sama memegang jawatan Perdana Menteri membuka ruang ke arah terjadinya perkara sepertimana yang terjadi sebelum ini. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada kebenaran yang dinyatakan bahawa semasa Kerajaan Barisan Nasional dahulu ada ketirisan dan kes-kes yang terlibat seperti 1MDB. Akan tetapi dalam pemerintahan Perikatan Nasional, kerosakan banyak juga dan...

[Tepuk] Ini selain daripada 1MDB, termasuklah perbelanjaan Jana Wibawa, projek tebatan banjir, projek- beberapa ketirisan lain yang sedang dalam siasatan. Ada yang menanyakan mengapa belum siasat? Itu urusan seperti yang saya sebut, siasatan urusan SPRM dan badan-badan penguat kuasa. Apakah ada tindakan undang-undang ataupun pendakwaan, itu urusan Peguam Negara. Saya ingat kalau Yang Berhormat sabar, mungkin dalam masa yang terdekat mungkin ada berita baik untuk rakyat.

Soalnya sama ada kedudukan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu menjadi masalah, saya hendak sebut di sini, dalam sejarah kita sama ada digabungkan atau tidak, bukan masalah. Masalahnya ialah guna kedudukan untuk rompak harta rakyat.

[Tepuk] Ini terpakai di banyak kalangan. Yang bersih, sama ada belah sini dan belah sana, jangan bimbang. Akan tetapi yang terpalit dengan rasuah, itu harus merasa tertekan dan bimbang. Saya bertekad apa pun telahan yang telah dibuat, saya akan tekad untuk pentadbiran Kerajaan Perpaduan ini, saya akan gunakan segala usaha untuk mengelak dan menghalang khianat dari segi rasuah yang berleluasa.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kita maju kepada soalan yang kedua. Yang Berhormat Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid, Kuala Kangsar.

final • 10:20 AM

2. Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar] minta Perdana Menteri menyatakan apakah bentuk bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada Turkiye dan barat laut Syria susulan bencana gempa bumi yang melanda yang telah mengorbankan begitu banyak nyawa dan mencederakan ribuan rakyat kedua-dua negara berkenaan. Nyatakan juga kos keseluruhan atur gerak (deployment) anggota pasukan SMART Team (Urban Search and Rescue) kita sepanjang tugasan mereka di kawasan bencana.

final • 10:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Kita telah melahirkan rasa dukacita terhadap gempa bumi, malapetaka yang menimpa Turkiye dan Syria. Kita adalah di antara SMART Team yang paling awal yang sampai ke Turkiye.

[Tepuk] Presiden Tayyip Erdogan telah dua kali menghubungi saya.

Pertama, menyatakan penghargaan kepada usaha kita. Keduanya, masih memohon kerjasama dan pertolongan kita.

Kos SMART itu banyak dikurangkan kerana kos penerbangan ditanggung semuanya oleh syarikat penerbangan Turkiye. Oleh itu, setakat ini sekitar RM4 juta sahaja yang dibelanjakan untuk SMART. Kita sudah hantar dua pasukan dan pada malam ini satu pasukan lagi akan dikirim termasuk Angkatan Tentera Malaysia dengan kemudahan hospital yang telah pun dipasang dan telah beroperasi.

final • 10:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Sementara itu, kita telah menyediakan hampir— sepatutnya petang esok beberapa buah syarikat tempatan. Jadi kumpulan setakat ini adalah sekitar RM20 juta termasuk USD1 juta daripada kerajaan dan USD1 juta dari Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor. Jadi setakat ini sebanyak RM20 juta. Saya diminta oleh presiden, kalau boleh untuk segera ke sana untuk memberikan support moral dan saya sedang menimbangkan sama ada terpaksa bertolak malam ini ke Turkiye untuk menunjukkan sokongan kita kerana beberapa orang pemimpin negara telah sampai.

Presiden Tayyip Erdogan telah meminta kalau boleh saya sampai secara peribadi di sana.

final • 10:20 AM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Soalan tambahan saya, apakah pendirian Yang Amat Berhormat berkenaan bantuan pasca gempa bumi di Syria khususnya kerana Amerika Syarikat hanya memberikan pengecualian sekatan selama 180 hari? Apakah pendirian? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Dari awal lagi, kumpulan dana kita itu kita telah putuskan untuk juga membantu Syria dan mengirim alat-alat perubatan walaupun pada ketika itu Amerika Syarikat belum memberikan pelepasan (sanction). Soal kemanusiaan dan bantuan kepada mereka itu, kita tidak menghiraukan dasar Amerika.

[Tepuk] Kerajaan Malaysia dan dalam mesyuarat kita sejak minggu lalu telah menetapkan bahawa kita tetap akan mengirim pasukan membantu sebaik sahaja ada sambutan daripada Kerajaan Syria. Akan tetapi yang telah diputuskan ialah dana dan alat- alat perubatan dan paling akhir, Yang Berhormat Menteri Pertahanan menjelaskan untuk membawa satu kelengkapan hospital daripada Kementerian Pertahanan Tentera untuk dipasang di Syria.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada soalan di sebelah sini?

final • 10:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Jelebu, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Yang di-Pertua, Jelebu.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, silakan. Maaf tidak nampak.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Satu soalan tambahan dari Jelebu. Kita sedia maklum bahawa jasa petugas dan pasukan penyelamat yang dihantar untuk bantuan bencana dan kemanusiaan di Turkiye ini sangatlah besar. Mereka bukan sahaja membantu misi kemanusiaan ini dan mereka juga membawa imej dan identiti negara seperti yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi.

Cumanya, soalan saya, adakah kerajaan telah pun membuat keputusan atau menetapkan sebarang perancangan untuk memberikan sesuatu insentif ataupun ganjaran kepada semua anggota yang terlibat dalam mana-mana misi bantuan terutamanya dalam misi Turkiye ini? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Saya percaya NADMA akan mengemukakan pandangan mereka sebaik sahaja selesai operasi ini. Akan tetapi operasi ini seperti mana saya sebut, selain SMART, juga Kementerian Kesihatan, angkatan tentera yang juga terlibat dan harus kita berikan penghargaan kerana daripada laporan yang saya dapat, dua kali dihubungi oleh Presiden Erdogan, penghargaan rakyat Turkiye itu sangat tinggi terhadap usaha dan khidmat pasukan dari Malaysia.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Soalan tambahan, sedikit. Satu sahaja.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kita bergerak ke soalan terakhir, soalan nombor tiga. Saya jemput Yang Berhormat Tuan Lo Su Fui, Tawau.

final • 10:20 AM

3. Tuan Lo Su Fui [Tawau] minta Perdana Menteri menyatakan antara fokus Kerajaan Perpaduan adalah aspek pengukuhan tata kelola pentadbiran kerajaan untuk menangani masalah ketirisan dan penyelewengan dana awam sekali gus mengekang gejala rasuah. Mohon Perdana Menteri menyatakan apakah strategi penambahbaikan dan fokus-fokus utama kerajaan melalui SPRM untuk memastikan penyiasatan kes-kes rasuah mendatangkan impak yang besar dan kesan yang nyata untuk mencapai agenda yang digariskan sekali gus memulihkan semula imej negara di peringkat antarabangsa.

final • 10:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Penumpuan SPRM sekarang ialah rasuah yang berskala besar kerana kalau dulu terlalu banyak masa dan tenaga untuk menumpukan perhatian menangkap ‘ikan-ikan bilis’. Ini tidak akan banyak membantu kerana rasuah sudah merupakan satu hal yang systemic. Oleh sebab itu, sasaran utama pengurusan siasatan yang efektif dan berkesan, pencegahan yang berkesan dan meningkatkan dalam masa yang sama keyakinan masyarakat dalam usaha memerangi rasuah.

Beberapa kes yang saya sebutkan tadi berskala besar termasuk umpamanya skandal air terbesar di Sabah yang melibatkan infrastruktur mencecah RM3.3 bilion, yang ini melalui Ops Water. Setakat ini, pertama ialah asset recovery sebanyak RM63 juta dan kes masih di mahkamah.

Keduanya, sindiket Bitcoin mencuri bekalan elektrik dengan kerugian sehingga RM2.3 bilion bagi tempoh 2018 sehingga 2021 melalui Ops Power. Ketiga, tuntutan palsu dalam dana insentif semasa PKP COVID-19 Program Penjana Kerjaya. Ini digunakan melalui Ops Hire dan telah diselamatkan RM426 juta.

Kemudian, sindiket pengurangan saman trafik yang juga melibatkan kelompok- kelompok dalam sindiket satu kartel seperti mana yang terdapat dalam JPJ baru-baru ini yang mencecah jutaan ringgit.

Jadi, saya percaya penumpuan kepada skala-skala besar itu yang telah dan sedang dijalankan akan memastikan bahawa rakyat, penjawat awam dan pimpinan politik bahawa SPRM lebih agresif seperti mana yang dititah dalam Titah Diraja semalam.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Tawau.

final • 10:20 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Hulu Langat.

final • 10:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Ya, sorry ada soalan tambahan.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Tawau.

final • 10:20 AM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya mengucapkan terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Tambun.

Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah tindakan susulan kerajaan berhubung cadangan penggubalan undang-undang berkaitan pendanaan politik? Apakah ia akan diusahakan dalam masa yang terdekat ini? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kita telah memberikan penjelasan dan ada komitmen untuk meneruskan tetapi masih di peringkat awal setelah kita melihat laporan- laporan yang dikemukakan. Saya percaya jabatan-jabatan berkenaan akan meneliti, bukan sahaja SPRM tetapi juga ahli-ahli parti politik sebelum ia dikemukakan kepada Jawatankuasa Pilihan.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Soalan tambahan.

final • 10:20 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya soalan pada Yang Amat Berhormat dalam ucapan

final • 10:30 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

pada awal tahun baharu, Yang Amat Berhormat ada menegaskan tentang untuk membanteras rasuah.

Malah, ucapan sewaktu berada di Jakarta di kedutaan negara di Jakarta pada 8 Januari 2023 juga, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menegaskan tentang usaha untuk bersihkan negara daripada rasuah dan salah laku kuasa yang berlaku dalam negara kita.

Umum tahu bahawa rasuah hanya boleh diketahui jika jenayah tersebut dilaporkan dan pemberi maklumat tidak dijadikan sebagai mangsa akibat pendedahan tersebut walaupun di bawah Seksyen 71(A), Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat acap kali berlaku pemberi maklumat terutamanya maklumat sulit melibatkan salah laku penyalahgunaan kuasa dan sebagainya diancam...

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Masjid tanah soalannya?

final • 10:30 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Soalan saya, saya hendak terus kepada soalan saya. Ini menunjukkan kelemahan yang ketara di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah tekad, apakah komitmen, apakah iltizam bukan hanya yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sahaja tetapi dari segi tindakan, daripada usaha untuk pindaan peruntukan berkaitan perlindungan pemberi maklumat yang harus dilakukan segera sebagaimana syor yang dinyatakan di bawah Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia Integriti, Governan dan Anti-Rasuah (KRPPM) pada 5 hari bulan Oktober tahun 2022? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih, memang saya setuju dengan gesaan Yang Berhormat kerana di antara arahan awal saya ialah kerana ramai yang memberi maklumat itu merasa mereka tidak selamat kerana mendapat tekanan termasuk beberapa penjawat awam.

Oleh yang demikian, kerajaan sedang meneliti peruntukan yang boleh memperketat dan memberi perlindungan. Cuma, ada pandangan daripada pihak perundangan yang menyatakan ini bukanlah memberi laluan kepada mana-mana pihak untuk membuat tuduhan palsu ataupun fitnah.

Jadi, dibezakan dengan usaha memberikan fakta dan saya setuju dengan gesaan dan ini akan kita bentangkan kalau selewat-lewatnya diharap dalam sesi akan datang.

final • 10:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat kita telah pun selesai.

final • 10:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Tuan Yang di-Pertua, boleh tanya soalan tambahan. Ini perkara penting berkenaan dengan rasuah dan SPRM.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Minta maaf, kita running short of time. Baik, Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan Menteri-menteri pada hari ini.

Sekian, terima kasih. Silakan seterusnya.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:30 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, sekarang kita akan memanggil mereka yang telah pun, Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun kita sediakan nama- nama seperti yang berada di atas meja. Saya jemput Yang Berhormat Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani, Titiwangsa.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, saya memulakan serangkap pantun.

Dewan rakyat sudah bermula, Yang Berhormat Menteri yang menjawab masih ditunggu, Moga Parlimen mekar berbunga, Pohon jawab soalan nombor satu.

final • 10:30 AM

1. Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan berapa jumlah pelaburan langsung asing (FDI) yang direalisasikan setiap tahun berbanding jumlah pelaburan yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi tahun 2018, 2019, 2020, 2021 dan 2022.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Titiwangsa di atas soalan.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri tidak sahaja memberikan fokus kepada peningkatan Nilai Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang diluluskan. Malah, turut mempergiatkan strategi merealisasikan FDI agar kemasukan pelaburan asing dapat diterjemahkan kepada aktiviti ekonomi yang memberikan impak positif kepada negara.

Fokus ini adalah selari dengan matlamat Dasar Pelaburan Baharu Nasional Investment Policy berteraskan aspirasi pelaburan negara Nasional Investment Aspiration

(NIA) yang melibatkan lima teras utama iaitu:

(i) Meningkatkan kompleksiti ekonomi;

(ii) mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi;

(iii) memperluaskan rangkaian domestik;

(iv) membangunkan kluster baharu dan sedia ada; dan

(v) mempertingkatkan keterangkuman dalam menyasarkan pelaburan berkualiti tinggi berintensifkan model dan teknologi.

Bagi tempoh tahun 2018 sehingga tahun 2021, jumlah FDI yang diluluskan adalah bernilai RM392.9 bilion dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di bawah seliaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Tuan Yang di-Pertua, daripada jumlah FDI yang diluluskan tersebut, sejumlah RM300.5 bilion nilai pelaburan atau 76.5 peratus telah berjaya direalisasikan. Perincian jumlah FDI yang telah di lulus dan direalisasikan setiap tahun mulai tahun 2018 sehingga tahun 2021 adalah seperti berikut:

TahunPeratus
201857.6
201975.6
202062.2
202187.0

Secara lazimnya, pelaksanaan projek mengambil masa satu hingga dua tahun untuk direalisasikan bergantung pada skala projek dan keadaan ekonomi semasa. Data rasmi jumlah FDI yang diluluskan untuk tahun 2022 hanya akan dimuktamadkan pada penghujung Mac tahun 2023.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Kerajaan melalui MITI dan MIDA sentiasa komited menggembleng usaha bagi terus menggalakkan pelaburan domestik dan asing dalam negara. Kemasukan FDI berkualiti tinggi adalah penting untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan membawa kesan limpahan positif kepada negara dan rakyat melalui penjanaan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat tempatan dan peluang perniagaan serta pemindahan pengetahuan kemahiran dan teknologi kepada pengusaha industri mikro, kecil dan sederhana selaras dengan hasrat di bawah NIA, terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya melihat statistik yang dibaca oleh Yang Berhormat Menteri ini sungguh menarik betul.

Akan tetapi, apa yang saya melihat daripada pengumuman yang dibuat oleh MIDA pada tahun 2018 sehingga tahun 2021, apabila kita lihat statistik yang dikeluarkan oleh DOSM, FDI itu tidak melambangkan figure yang kita keluarkan.

Jadi, dalam konteks ini banyak daripada pelabur-pelabur melihat setiap pengumuman yang kita buat tetapi akhirnya jumlah pelaburan yang betul-betul direalisasikan adalah sangat rendah kalau dibandingkan dengan jumlah yang diumumkan.

Soalan saya ialah, apakah kementerian boleh membuat laporan untuk bermula pada tahun 2022, mana-mana pelaburan yang kita luluskan tetapi mereka tidak realisasikan selepas dua tahun maka kelulusan itu perlu dibatalkan kerana taxes atau insentif-insentif yang diberi oleh kerajaan kadang-kadang berubah mengikut masa, itu satu.

Nombor dua, kerajaan juga ataupun kementerian juga perlu melaporkan FDI outflow, baru kita dapat reconcile figures, the net FDI yang datang ke negara kita. Kalau tidak, kita bawa masuk banyak dan keluar pun banyak, itu permintaan saya.

final • 10:30 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Cadangan Yang Berhormat Titiwangsa akan dipertimbangkan dan juga saya setuju bahawa penilaian kita terhadap FDI bukan sahaja berapa yang masuk tetapi juga apa yang direalisasikan dan kita juga ada selidik status pelaksanaan untuk cari kenapa mereka tidak dilaksanakan.

Selepas ini saya rasa kementerian akan lebih mementingkan berapakah pekerjaan dicipta, berapakah pekerjaan untuk orang tempatan untuk rakyat Malaysia dicipta dan juga melalui FDI apakah kesan terhadap ekonomi kita, apakah kesan positif terhadap ekonomi kita selaras dengan idea yang terkandung dalam National Investment Aspiration dan juga Dasar Pelaburan Negara, terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, silakan. Yang Berhormat Kubang Pasu ya.

final • 10:30 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah apakah jangkaan ataupun projection untuk kemasukan pelaburan termasuk FDI bagi tahun 2023?

Memandangkan pertama permintaan semiconductors seluruh dunia sudah slow down ataupun sudah menurun disebabkan oleh penurunan ekonomi perang Ukraine- Rusia dan sebagainya dan juga kita kena ambil kira kenaikan tarif TNB. Apa yang disebut ICPT iaitu Imbalance Cost Pass-Through yang sedang dilaksanakan terutamanya bagi syarikat-syarikat besar, syarikat SME tidak ada masalah. Saya juga Exco Industri dan Pelaburan negeri Kedah. Banyak syarikat FDI Multinational complained tentang hal ini.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kubang Pasu soalannya?

final • 10:40 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

...dan juga di samping – saya tanya tadi soalan.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 10:40 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

...dan saya bagi sebab.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kena deras sikit. Kena deras sikit, lagi seminit.

final • 10:40 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya sudah tanya soalan, projection 2023 mengambil kira semua ini.

Satu lagi ialah tentang kita akan melaksanakan Global Minimum Tax Rate

(GMTR) dalam tahun 2023 atau seterusnya.

Satu lagi jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dia tidak sebut jumlah pelaburan, tetapi dia sebut percentage.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kubang Pasu, kena tanya soalan Kubang Pasu.

final • 10:40 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Dia mintak jumlah pelaburan. Okey.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini berbahas ini.

final • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Okey, setakat itu. Tidak payah bising, saya cakap elok-elok sahaja. Dengar betul-betul fakta, tidak payah bising. Wasting our time. Thank you. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan, soalan, soalan. Okey, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Tuan Liew Chin Tong

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Pasu atas soalan. Sebenarnya saya ada sebut jumlah pelaburan FDI ialah RM392.9 bilion yang di...

final • 10:40 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tahun demi tahun, tahun demi tahun. Bukan itu jumlah. Saya hendak tengok, tahun demi tahun.

final • 10:40 AM

Tuan Liew Chin Tong

Tahun demi tahun ialah pada:

TahunJumlah Pelaburan FDI
2018RM64 bilion
2019RM69 bilion2020RM58 bilion
final • 10:40 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

No, no. Tidak boleh, tidak boleh.

final • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tadi dia sebut percentage, peratus bukan bilion ya. Tadi sebut pasal peratus.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kubang Pasu.

final • 10:40 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tadi dia sebut peratus bukan bilion ya.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kubang Pasu. Yang Berhormat Kubang Pasu duduk.

final • 10:40 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Okey. Kita hendak dapat fakta yang sebenar.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kubang Pasu, duduk.

final • 10:40 AM

Tuan Liew Chin Tong

Ada, ada. Saya – tahun 2021 sejumlah RM200 bilion. So, ini memang ada di jawapan tetapi saya berikan secara jumlah untuk menjimatkan masa tadi.

final • 10:40 AM

Tuan Liew Chin Tong

Soalan Yang Berhormat Kubang Pasu memang relevan bahawa kita menghadapi pelbagai cabaran yang diulaskan oleh Yang Berhormat Kubang Pasu. Akan tetapi kita juga dalam satu suasana dan satu moment in history di mana keadaan geopolitik di antara Amerika Syarikat dengan negara China memang sudah membawa pelaburan ke rantau ini.

So, soalan sekarang ialah adakah Malaysia bersedia untuk mengambil kesempatan dalam keadaan atau suasana geopolitik untuk merealisasikan lebih banyak pelaburan FDI ke Malaysia. Juga selepas dapat FDI, apa yang kita laksanakan, apa yang kita lakukan ini penting juga supaya kita wujudkan peluang pekerjaan. So, secara amnya saya rasa kita dalam keadaan di mana kita ada kemungkinan mengadakan atau menyaksikan keadaan second take-off di mana aktiviti pelaburan FDI akan meningkat pada tahun ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya menjemput Yang Berhormat Larut, Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin. Silakan.

final • 10:40 AM

2. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin [Larut] minta Menteri Ekonomi menyatakan perincian saranan dan tindakan afirmatif Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan sejauh mana urus setia eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) dan Unit Perancang Ekonomi

(EPU) merencana model ekonomi yang lebih terarah bagi mengurangkan impak kelembapan ekonomi dunia tahun 2023.

final • 10:40 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ketua Pembangkang pada soalan nombor dua.

Kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara

(MTEN) yang akan menjadi peneraju dalam perancangan, perlaksanaan dan pemantauan ke atas ekonomi negara secara menyeluruh meliputi dasar dan strategi ekonomi semasa terutamanya dalam mendepani cabaran ekonomi mutakhir. Bagi tujuan tersebut, MTEN akan bertindak sebagai sebuah Majlis Penasihat Ekonomi Tertinggi kepada kerajaan.

Dengan fokus kepada menyelaras keputusan-keputusan yang merentas kementerian dan juga agensi-agensi kerajaan untuk menyelesaikan isu-isu struktural dalam ekonomi mengikut keutamaan kerajaan. MTEN juga akan memastikan pelaksanaan dasar-dasar ekonomi menjamin pembangunan yang inklusif dan peningkatan kesejahteraan rakyat di semua peringkat dan meliputi semua golongan.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun pertumbuhan ekonomi tahunan 2022 adalah 8.7 peratus berbanding dengan tahun 2021, tetapi hakikatnya pertumbuhan dari setiap suku sepanjang tahun 2022 telah menunjukkan penurunan. Suku pertama tahun 2022, ekonomi tumbuh 3.8 peratus, kemudian turun kepada 3.5 peratus. Suku ketiga, ia telah jatuh kepada 1.9 peratus dan suku keempat sebenarnya telah menguncup sebanyak 2.4 peratus bagi tahun 2022. Tambahan pula, pertumbuhan ekonomi dunia untuk tahun 2023 diunjurkan akan menjadi lebih perlahan. Ini dijangka akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Menyedari situasi ini, kerajaan akan menyelesaikan dengan segera masalah- masalah struktur dalam ekonomi kita. Ini termasuklah kita perlu memberi tumpuan kepada tiga perkara:

(i) untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara iaitu supaya kita memastikan perbelanjaan yang bernilai tambah itu adalah perbelanjaan yang bersasar dan juga memastikan keupayaan kita melaksanakan projek-projek pada kos yang terbaik;

final • 10:40 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

(ii) kita juga ingin memastikan bahawa kita mempercepatkan sektor- sektor bernilai tinggi seperti tenaga boleh diperbaharui digital dan juga teknologi; dan seterusnya

(iii) memastikan kita memperbaiki struktur ekonomi kita supaya lebih bernilai tahan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Larut.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Cuma saya agak confused apabila kita sebut pertumbuhan ekonomi 8.7 peratus keseluruhannya tahun 2022. Mana mungkin ia menurun 3.8 peratus kepada 3.5 peratus, turun kepada 1.9 peratus, turun kepada 2.4 peratus sebab average-nya ini terlampau rendah daripada 8.7 peratus. I think ada kesilapan di situ. Never mind, you perbetulkan balik kerana ia tidak mungkin jadi begitu. Cuma saya hendak tanyakan bila kita sudah wujudkan itu, siapakah ahli-ahli MTEN ini? Oleh sebab kita belum dengar siapa mereka yang telah pun dilantik dalam MTEN.

Keduanya, apakah jawatankuasa yang ada MTEN itu sama dengan jawatankuasa yang akan dilantik dalam Kementerian Kewangan? Ini kerana kalau tidak ia mempunyai dua buah jawatankuasa yang mungkin bertembung dalam masalah ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Ketua Pembangkang. Saya bersyukur kerana seluruh negara dan dunia dapat menunjukkan bahawa Ketua Pembangkang tidak faham konsep pertumbuhan ekonomi.

Dalam jawapan yang pertama, pertumbuhan 8.7 peratus itu Ketua Pembangkang, Tuan Yang di-Pertua adalah pertumbuhan tahunan membandingkan saiz ekonomi kita dalam tahun 2022 berbanding dengan tahun 2021. Oleh kerana tahun 2021 itu kita sedang mengalami lockdown, maka ekonomi ditutup. Sudah tentu perbelanjaan dan juga pertumbuhannya itu jauh lebih rendah. Apabila dibandingkan dengan tahun 2022, dibandingkan asas yang rendah jadi nampak lebih tinggilah 8.7 peratus. Akan tetapi untuk perancangan ekonomi, kita juga kena lihat bagaimana ekonomi tumbuh dari satu suku ke suku yang seterusnya.

Apa yang saya sebutkan tadi Ketua Pembangkang, adalah kadar pertumbuhan dari satu suku ke suku yang seterusnya sepanjang tahun 2022 kerana itu penting untuk kita tahu adakah ekonomi kita ini semakin menurun ataupun semakin naik.

final • 10:40 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Jadi, itu adalah angka rasmi yang telah diumumkan oleh Bank Negara Malaysia dan juga Jabatan Statistik yang telah diterima pakai oleh dunia. Bukan saya yang perlu perbetulkan data. Ketua pembangkang kena balik perbetulkan pemahaman mengenai pertumbuhan ekonomi.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak perbetulkan. Cuma saya kata overall pertumbuhan ini...

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi advantage Ketua Pembangkang ya. Akan tetapi jangan jadikan amalan.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya betul. Tidak, tidak. Saya hendak perbetulkan perkara itu kerana amalan daripada quarter ke quarter itu saya faham tetapi kalau kita tengok average kalau begitu caranya, bermakna terlampau besar 8.7 itu kalau dibandingkan dengan angka average yang ada, yang disebutkan tadi *quarter to quarter.

Quarter to quarter* itu adalah sesuatu yang menurun.

Akan tetapi yang sebenarnya penambahan yang besar itu 8.7 peratus itu jangan kita deny bahawa sebenarnya inilah yang telah pun dirancang yang baik oleh kerajaan sebelum ini, yang boleh mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi itu.

[Tepuk]

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Mengapa harus kita deny untuk kita berbincang di sini. Sepatutnya kita terima hakikatnya. Ini yang jadi masalah kita kerana hendak maklumkan kepada kita seolah-olah tidak ada langsung pertumbuhan yang sebenarnya, there is tetapi janganlah sehingga menunjukkan seolah-olah turun, turun, turun. Itu tidak betul. Itu maksud saya.

final • 10:50 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Satu lagi yang saya hendak berkongsi dengan Ketua Pembangkang dalam mengukur pertumbuhan ekonomi, ia bukan mengira purata mudah. Bukannya 8.7 peratus pertumbuhan tahunan itu, ia sama dengan campur 3.5 peratus, campur dengan tiga peratus. Ia tidak begitu. Ia melihat dari membandingkan dari suku ke suku atau dari satu tahun ke satu tahun.

Memang pertumbuhan 8.7 peratus itu berlaku tetapi seperti yang saya sebut, asas pertumbuhan dan juga saiz ekonomi kita dalam tahun 2021 itu kecil kerana ekonomi ditutup. Keduanya kepada Ketua Pembangkang...

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan

Tuan Yang di- Pertua, saya rasa kita tidak boleh benarkan perdebatan begini. Ini bukan debat. Ini pertanyaan soal jawab.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, terima kasih. Yang Berhormat Kinabatangan, tidak mengapa saya handle, saya handle.

final • 10:50 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Keduanya ialah yang kita juga perlu tahu bahawa pertumbuhan 8.7 peratus itu yang disebut oleh Ketua Pembangkang adalah hasil daripada suntikan wang yang sebegitu besar daripada sektor awam dan juga dana-dana kerajaan melalui bentuk bantuan, juga suntikan KWSP dan sebagainya yang sudah tentu ada kesan kepada kedudukan kewangan kerajaan.

Oleh sebab itu kita tidak boleh leka dengan pertumbuhan 8.7 peratus dalam keadaan kita tahu bahawa dari satu suku ke satu suku untuk empat suku yang lepas, ia sudah pun menunjukkan penurunan. Dalam tahun 2023, kita juga akan berhadapan dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan.

Sedikit sahaja untuk menjawab soalan mengenai M10 oleh Ketua Pembangkang, pelantikan anggota-anggota dalam M10 akan ditentukan oleh Perdana Menteri seperti mandat yang telah diberikan oleh Jemaah Menteri. Saya pasti akan diumumkan dalam masa yang terdekat. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua

final • 10:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Paya Besar.

final • 10:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bangun]

final • 10:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

[Bangun]

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan. Hujung.

final • 10:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Paya Besar.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Kota Melaka.

Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Kota Melaka. Oh, you bagi kepada Yang Berhormat Bagan. Dia bagi Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Kota Melaka bagi dekat Yang Berhormat Bagan. Okey, okey.

final • 10:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Bagan. Bagi dekat Yang Berhormat Bagan.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bagan malu pula. Yang Berhormat Bagan silakan Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Bagan, silakan. Bos, bos.

final • 10:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya ingin bertanyakan Yang Berhormat Menteri bahawa adakah apabila kita buat lantikan M10 ini jangan ini hanya menjadi talk shop supaya cadangan yang dibawa boleh dilaksanakan.

Seperti mana yang dinyatakan oleh bekas Pengerusi National Recovery Council, mantan Perdana Menteri bahawa semua cadangannya tidak diterima untuk membolehkan ia menjadi satu badan yang berkesan. Adakah kuasa-kuasa eksekutif dapat diberikan?

final • 10:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Di sini saya ingin menyatakan bahawa memang selepas Kerajaan Perpaduan ditubuhkan, keyakinan telah kembali ke Malaysia. Kita lihat nilai mata wang ringgit [Tepuk] telah pun naik daripada RM4.75 ke USD1 kepada sekarang satu tahap RM4.25, sekarang RM4.36. Ini menunjukkan bahawa we are on the right track. Akan tetapi pada masa yang sama, kita harus memastikan bahawa kos sara hidup dapat dikurangkan. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk menolak kenaikan kos sara hidup yang telah dilaksanakan oleh kerajaan lepas seperti kenaikan caj pembetungan oleh IWK dan juga yang lain-lain lagi.

Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Ada lima soalan dalam itu. Saya hanya hendak jawab yang mudah iaitu persoalan apakah Majlis Tindakan Ekonomi Negara boleh berfungsi dengan berkesan dan akhirnya dapat mengubah dan menambah baik struktur ekonomi negara.

Saya berpandangan Yang Berhormat Bagan bahawa kuasa mengikut undang- undang itu adalah di Jemaah Menteri dan masalah yang utama selalunya untuk merangka perjalanan ekonomi negara kita ialah penyelarasan antara kementerian-kementerian.

Setakat ini pendekatan yang kita akan ambil melalui M10 ialah memastikan keputusan dasar itu dapat dibuat dengan memberi masa yang lebih panjang untuk meneliti isu-isu pelaksanaan selepas dipersetujui di M10 itu akan dibawa oleh kementerian masing- masing kepada Jemaah Menteri tetapi kita akan dapat memastikan bahawa buy-in ataupun penerimaan sesuatu dasar dan juga penambahbaikan itu telah berlaku.

Saya mohon maaf. Masa tidak mengizinkan. Insya-Allah soalan-soalan yang lain itu saya boleh jawab di luar Dewan selepas ini terus kepada Yang Berhormat Bagan.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

3. Tuan Ts. Zahir bin Hassan [Wangsa Maju] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan apakah dasar jangka masa pendek, pertengahan dan panjang kementerian terhadap aplikasi-aplikasi seperti TikTok yang mempunyai kebaikan tetapi yang telah disalah guna sehinggakan mempengaruhi minda daripada kanak-kanak sehingga orang-orang dewasa yang berpotensi menjejaskan perpaduan rakyat.

final • 10:50 AM

Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Tuan Yang di-Pertua, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam perpaduan, salam Malaysia Madani.

Kerajaan komited dalam memastikan isu penyalahgunaan media sosial dibendung demi kesejahteraan rakyat. Pelbagai dasar telah dibentuk oleh kerajaan bagi mengimbangi permasalahan media sosial yang dihadapi. Dalam masa yang sama untuk melindungi kebebasan hak dan privasi rakyat Malaysia.

Penambahbaikan ke atas dasar-dasar yang telah dibentuk sentiasa dilaksanakan dengan mengambil kira penyertaan pelbagai pemegang-pemegang taruh termasuklah pihak kerajaan, penyedia platform, pembuat kandungan dengan izin content creator, pengguna serta pihak-pihak berkepentingan lain seperti forum industri serta badan-badan bukan kerajaan ataupun NGO yang berkaitan.

Dasar jangka masa pendek yang dilaksanakan adalah daripada aspek operasi pemantauan dan penguatkuasaan secara kes demi kes. Dasar ini akan diguna pakai dan pelaksanaan pengukuhan kerjasama bersama penyedia platform termasuk aplikasi TikTok dan laman sosial yang dimiliki oleh Meta iaitu Facebook dan Instagram serta Twitter dari sudut rangka kerja, kawal selia bersama dengan izin, core regulation.

Pendekatan dari sudut dasar jangka masa pertengahan dan panjang pula merangkumi kajian semula dan pindaan ke atas peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan ia sentiasa relevan dan praktikal, mengambil kira situasi atau keadaan terkini.

Selain daripada peraturan dan penguatkuasaan, Kementerian Komunikasi dan Digital juga memberi penekanan dari sudut advokasi dan kesedaran serta dari sudut kawal selia kendiri dengan izin self-regulation dalam usaha menguatkan daya ketahanan serta

final • 10:50 AM

Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

kesedaran pengguna untuk menggunakan apa jua platform komunikasi dengan positif dan tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang sedia ada.

KKD turut melaksanakan perkongsian maklumat untuk mendidik masyarakat ataupun digital literasi supaya sentiasa bertanggungjawab serta cakna dalam memastikan kesahihan maklumat yang diterima sebelum perkongsian dilakukan menerusi video mahupun gambar di media sosial termasuk di platform TikTok.

Setiap warganegara harus sentiasa berpegang kepada prinsip hormat- menghormati yang menjadi antara matlamat pembentukan Malaysia Madani dan menghormati prinsip Rukun Negara yang merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Menteri atas penjelasan tadi. Sebelum saya teruskan dengan soalan, saya ingin berkongsi sedikit data. Dalam masa yang sama kita memperoleh daripada sumber data, DataReportal di mana sejumlah 30.25 juta orang pengguna social media di Malaysia pada tahun 2022 dan pengguna social media di Malaysia telah bertambah sebanyak lapan peratus dengan jumlah 2.3 juta rakyat Malaysia bertambah pada tahun 2021 hingga tahun 2022. Menurut sumber yang sama, 14.59 juta pengguna TikTok berumur 18 tahun ke atas terdapat di Malaysia.

final • 10:50 AM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Lantaran itu, berlandaskan kepada data-data ini, saya ingin tahu kementerian, sama ada adakah rancangan, usaha untuk memastikan sosial media ini digunakan sebaik yang mungkin untuk meningkatkan lagi perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Juga, sejauh mana usaha-usaha untuk tindakan-tindakan untuk memadamkan akaun-akaun tertentu itu, keberkesanannya dalam pelaksanaannya. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik, terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Berkenaan penggunaan yang mungkin lebih baik di kalangan pengguna media sosial, sebenarnya pihak kementerian telah mengadakan siri libat urus, pertemuan, perbincangan dengan pelbagai pengusaha platform media sosial. Sebagai contoh, bersama pihak TikTok pada 5 Disember dan 12 Januari 2023. Pada 5 Disember tahun lalu dan 12 Januari tahun ini.

Dalam perbincangan-perbincangan ini, pihak media sosial seperti TikTok telah menyatakan bahawa mereka juga berhasrat untuk mengusahakan program-program literasi digital ataupun digital literasi untuk membolehkan lebih ramai pengguna faham cara-cara menggunakan media sosial ini dengan tanpa melanggari community guideline dengan izin, TikTok itu sendiri. Sebagai contoh, mereka berhasrat untuk melaksanakan program kempen celik digital yang diberi nama “Take 3 Seconds”. Bagi isu scam, mereka akan melakukan kempen call 997. Bagi tujuan advokasi bagi pilihan raya, pendidikan demokrasi, mereka melaksanakan Program Belia Sedia Undi sebagai contoh.

Untuk menjawab soalan tentang penurunan content ataupun pengekangan akaun, untuk makluman Dewan, setakat hari ini, pihak kementerian tidak ada memohon mana-mana akaun ditutup ataupun dikekang. Akan tetapi, dia lebih kepada content yang dimuat naik sepanjang tahun 2021. Dari 1 hingga 31 Januari 2023, sebanyak 197 kandungan telah diturunkan di pelbagai media sosial, di mana 101 adalah dari platform TikTok. Sebenarnya, ada tiga cara di mana content ini diturunkan. Bagi TikTok itu sendiri, mereka mempunyai Artificial Intelligence ataupun AI dan saya difahamkan daripada pihak TikTok, sebanyak 95 peratus content yang diturunkan itu diturunkan secara automatik kerana melanggar community guideline TikTok itu sendiri. Kedua, adalah daripada laporan pengguna dan ketiga adalah daripada permintaan agensi ataupun badan penguat kuasa. Jadi, itu yang saya boleh sebutkan.

final • 11:00 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah kalau tadi mengenai TikTok, bagaimana pula dengan Twitter? Di Twitter juga ada elemen-elemen perkauman, kebencian dan memecahbelahkan perpaduan. Adakah kerajaan juga akan melihat kepada Twitter? Juga,

final • 11:00 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

bagaimana pendirian kementerian terhadap kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menyebutkan mahasiswa bebas bersuara? Apa jaminan daripada pihak kementerian supaya mahasiswa terus bebas bersuara? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat.

Memang komitmen kerajaan adalah untuk memastikan bahawa hak bersuara itu dijamin, dikekalkan dan diperkukuh. Akan tetapi, hak bersuara tidak bererti hak ada untuk melemparkan fitnah ataupun menyampaikan maklumat yang palsu dan sebagainya.

[Tepuk] Jadi, bagi mana-mana platform media sosial untuk makluman Dewan, memang seperti yang saya sebutkan tadi ada tiga cara content diturunkan. Ini sama ada community guideline bagi platform itu sendiri melanggar- Sebagai contoh di Facebook, sekiranya seorang pengguna membuat live stream tetapi terlibat dalam aktiviti keganasan sebagai contoh. Maka, live stream itu akan diturunkan. Samalah juga dengan Twitter dan mana- mana platform media sosial yang lain.

Akan tetapi, bagi tujuan ataupun di pihak kementerian, kalau sekiranya ada aduan yang diterima, maka pihak SKMM, itulah badan yang akan berhubung dengan mana- mana penyedia perkhidmatan media sosial untuk mengambil apa-apa tindakan. Akan tetapi akhirnya, tindakan itu akan diambil oleh penyedia platform tersebut, bukan oleh pihak kerajaan.

final • 11:00 AM

4. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan apakah kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Insolvensi bagi mengelakkan lebih ramai individu diisytiharkan muflis khususnya golongan belia di usia muda.

final • 11:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Kota Bharu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa memberikan perhatian serius berhubung dengan isu kebankrapan dan langkah-langkah yang telah diambil daripada segi perundangan untuk membantu mengurangkan kadar kebankrapan termasuk yang terdiri daripada golongan belia. Merujuk kepada statistik kebankrapan golongan belia dalam negara kita yang disediakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, pada tahun 2022, seramai 759 orang individu dalam kategori umur 25 hingga 34 tahun telah menerima Perintah Kebankrapan berbanding 1,741 orang pada tahun 2020.

Punca utama kebankrapan di negara ini termasuk bagi golongan muda ialah kegagalan membayar balik pinjaman peribadi, hutang kad kredit dan sewa beli kenderaan.

Bagi mengelakkan lebih ramai individu diisytiharkan bankrap khususnya golongan muda sepertimana Yang Berhormat Kota Bharu tahu sebagai mantan Menteri Undang-undang, kerajaan melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyediakan perkhidmatan penstrukturan hutang, pendidikan dan khidmat nasihat kewangan secara percuma sebelum seorang itu diisytiharkan sebagai bankrap oleh mahkamah. Program penstrukturan hutang dan khidmat nasihat yang diberikan ini dapat membantu masyarakat termasuk golongan belia untuk mengatur semula keseluruhan hutang dengan pemiutang selain daripada memastikan aliran tunai yang baik di tangan mereka.

Bagi membantu rakyat khususnya golongan bankrap yang terkesan dalam keadaan ekonomi semasa, Jabatan Insolvensi Malaysia sedang merangka cadangan pindaan ke atas Akta 360. Matlamat cadangan pindaan ini ialah untuk menambah baik sistem pentadbiran kebankrapan yang sedia ada dan turut memberikan penekanan kepada aspek kebajikan bankrap yang benar-benar layak untuk diberi peluang kedua dan menyumbang kepada aliran ekonomi negara. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Kita tahu bahawa rekod menunjukkan penjenayah-penjenayah kes-kes jenayah berskala besar. Pinjam perkataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, rasuah berskala besar, mencuri dan juga pecah amanah

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

melibatkan ratusan juta. Penjenayah dihukum 10 tahun atau lebih selepas menjalani penjara, dibebaskan. Penghutang-penghutang yang berhutang dengan institusi kewangan RM100 ribu, RM200 ribu dihukum bankrap. Mereka bankrap selama-lamanya, menjadi perpetual bankruptcy.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah dasar dan juga langkah yang diambil oleh kerajaan mempermudah proses pelepasan seseorang bankrap terutamanya automatic discharge ataupun pelepasan discaj yang ada di dalam Akta Insolvensi yang mana sekarang ini proses itu mengambil masa yang lama dan juga menentukan syarat-syarat yang begitu ketat. Setakat ini, rekod menunjukkan seramai 270,300 orang bankrap sehingga November tahun 2020. Seramai 1,000 orang sebulan mengikut rekod apabila OPR dinaikkan oleh Bank Negara. Saya mohon penjelasan.

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Saya sebenarnya memang setuju daripada segi prinsip. Kadang-kadang kalau dia bankrap disebabkan oleh keadaan itu, memang kita menerima mereka menjadi mangsa keadaan.

Tidak mampu hendak bayar kad kredit, hutang kenderaan. Saya tidak tahu fasal hutang kahwin Yang Berhormat, tetapi kadang-kadang hutang banyak tidak bayar, mereka dibankrapkan.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Ini berbeza yang sengaja mengambil pinjaman wang begitu banyak berjuta, juga dibankrapkan. RM100 juta, RM200 juta dia dibankrapkan. Apa hal? Hidup dia mungkin masih berjalan, tetapi berbanding yang menjadi mangsa.

Itu sebabnya bagi pihak Jabatan Insolvensi Tuan Yang di-Pertua, memikirkan cadangan untuk membuat pendekatan di mana pelepasan secara automatik itu dibuat dalam keadaan yang lebih berihsan. Contohnya, dalam kategori yang lebih umur seperti 70 tahun yang mempunyai masalah kesihatan, masalah dengan izin, cabaran fizikal.

Mereka ini semua perlu diambil kira supaya diberikan pelepasan yang betul-betul secara automatik seperti yang berlaku dalam negara-negara di luar.

Apa yang berlaku pada hari ini Tuan Yang di-Pertua ialah bank pemiutang masih mempunyai kata orang, “They have a right of say”. Maknanya, mereka masih boleh memberikan bantahan kepada proses untuk melepaskan mereka yang bankrap. Itu sebabnya Jabatan Insolvensi dengan izin, melihat kepada cara yang lebih automatik dan lebih kepada perubahan zaman daripada segi untuk melepas mereka. Itu sebab ada dalam kiraan. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Bharu kerana dari dahulu sampai sekarang bersama saya, memang kita sentiasa memikirkan cara untuk membantu mereka yang menjadi bankrap dalam negara kita.

Akan tetapi, kalau kita tengok daripada segi jumlah pelepasan dari tahun 2018 sehingga tahun 2022, yang dilepaskan melalui Sijil KPI adalah sebanyak 87,427 orang.

Ini yang dilepaskan melalui sijil. Akan tetapi, kalau kita lihat daripada segi kategori generasi muda dalam negara kita, mereka juga dilihat sebagai ukuran yang perlu diberi kepada kefahaman tentang proses meminjam, proses membayar pinjaman, proses bertanggungjawab kepada mereka yang mengambil bantuan-bantuan kewangan. Ini perlu satu balancing tanggungjawab.

Itu sebabnya bagi pihak Jabatan Insolvensi, mereka sentiasa memikirkan cara- cara yang lebih mudah, terutama sekali dengan adanya sistem media sosial dan seterusnya. Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan? Silakan Yang Berhormat Kinabatangan. Kuat sedikit suaranya.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di- Pertua, tengok-tengok di sini, mungkin gelap, tak nampak.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, isu kebankrapan ini memang bukan lagi perkara

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

yang baharu. Saya walaupun Yang Berhormat Kota Bharu ini berlainan parti, tetapi saya bersetuju dengan dia. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa isu bankrap ini bukan menjadi beban kepada anak-anak generasi baharu?

Sebab contoh yang besar, seorang anak muda sihat walafiat, meminjam kereta di bank, tiba-tiba mendapat kemalangan dan dia dibankrapkan sebab tidak dapat membayar.

Ini pun satu perkara yang harus dilihat oleh kerajaan sebagai satu ancaman. Bank sebetulnya dia ada the biggest loan shark dalam dunia ini. Ini kerana kalau meminjam beratus juta, dia tidak akan bankrapkan. Dia mengharap peminjam itu akan terus membayar. Akan tetapi meminjam sedikit, dia bankrapkan. Jadi, apakah tindakan yang lebih komprehensif yang kerajaan akan ambil?

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Kinabatangan, itu yang saya sebut tadi. Jabatan Insolvensi kena melihat cara yang lebih fokus kepada jenis pelepasan yang perlu kita buat. Kalau mereka yang mengambil kebankrapan kerana mereka generasi muda, tidak mempunyai kefahaman untuk membayar balik dalam proses mereka, itu perlu dikaji sama ada memberikan pelepasan secara automatik dan proses.

Akan tetapi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Bharu dan juga Yang Berhormat Kinabatangan, mereka yang mengambil kesempatan daripada menjadi peminjam. Beratus-ratus juta dan juga di-declared-kan sebagai bankrap. Inilah yang menjadi masalah kepada pihak pemiutang iaitu pada bank.

Akan tetapi, sebelum saya duduk Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cakap tentang jantina. Dari tahun 2018 sehingga tahun 2022, memang orang lelaki lebih banyak hutang daripada orang perempuan, bankrap ya. Jadi, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kena mengambil kira perkara ini.

Dari tahun 2018 sehingga tahun 2022, jumlah lelaki yang dijadikan bankrap adalah sebanyak 35,856 orang, tetapi kaum wanita adalah sebanyak 13,254 orang. Jadi, saya haraplah mungkinlah good paymaster kah ataupun tidak, tetapi ini satu perkara yang seriuslah untuk zaman kita yang akan datang. Ini kerana saya melihat bahawa bankrap ini bukan satu perkara yang mudah ya sebab mereka memerlukan bantuan daripada kerajaan untuk memulakan kehidupan yang baharu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Kita bergerak kepada soalan nombor lima, Yang Berhormat Sri Aman. Silakan.

final • 11:10 AM

5. Dato' Sri Doris Sophia anak Brodie [Sri Aman] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan inisiatif ke arah memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di kalangan golongan wanita terutamanya suri rumah sepenuh masa serta kelompok wanita di luar bandar agar berupaya menambah pendapatan keluarga di samping mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

final • 11:10 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Sri Aman dan Dewan yang mulia ini, kementerian telah mengambil tindakan dalam memperkasakan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) wanita, merangkumi golongan suri rumah sepenuh masa serta kelompok wanita di luar bandar, melalui agensi-agensi di bawah kementerian saya seperti berikut.

Pertama, Amanah Ikhtiar Malaysia telah menyediakan skim pembiayaan kepada usahawan wanita melalui Skim Pembiayaan Ekonomi dan Skim Pembiayaan Sosial. Bagi tahun 2022, sebanyak 292,998 orang usahawan wanita telah menerima pembiayaan dengan nilai peruntukan sebanyak RM2.74 bilion.

Kedua, Program TekunNita oleh TEKUN Nasional yang bertujuan membantu usahawan wanita mendapatkan pembiayaan berkumpulan dengan mudah, cepat dan

final • 11:10 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

cekap untuk tujuan perniagaan. Pada tahun 2022, sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan yang melibatkan 1,264 usahawan wanita.

Ketiga, Program UDA BizNita oleh UDA Holdings yang diperkenalkan pada tahun 2022 bagi membantu usahawan PMKS wanita dengan menyediakan platform yang bersesuaian kepada usahawan untuk jangka pendek dan jangka panjang agar usahawan ini terus kekal berada di pasaran. Sehingga 31 Disember 2022, sebanyak 256 orang usahawan wanita telah menerima manfaat program dengan melibatkan peruntukan berjumlah RM613,304.

Keempat, Program Pemerkasaan Usahawan Wanita (PUAN) yang dilaksanakan oleh INSKEN bertujuan memperkasakan usahawan wanita B40 yang menjalankan perniagaan dalam sektor makanan dan minuman ke arah pendigitalan melalui pemberian latihan dan geran perniagaan. Sehingga 31 Disember 2022, program ini telah berjaya memberikan manfaat kepada 119 orang usahawan wanita dengan melibatkan peruntukan berjumlah RM950,000.

Kelima, program pembiayaan dan latihan di bawah Bank Rakyat juga menawarkan pembiayaan dan pemberian latihan serta bimbingan kepada usahawan wanita. Sehingga 31 Disember 2022, program pembiayaan di bawah Bank Rakyat bagi Program Biz Lady telah memberikan manfaat kepada 2,671 orang usahawan wanita dengan pembiayaan berjumlah RM279.1 juta. Sebanyak 2,970 orang usahawan wanita pun telah mengikuti program latihan dan bimbingan program kursus asas keusahawanan.

Selain itu, kementerian saya telah melaksanakan sesi libat urus bersama pemain- pemain sektor PMKS termasuk persatuan-persatuan usahawan wanita bagi menyalurkan maklumat berkaitan bantuan dan insentif yang disediakan oleh kerajaan dalam membantu memperkasakan usahawan yang sedia ada dan juga bakal usahawan.

Secara keseluruhannya, kementerian dan agensi di bawah kementerian saya, komited untuk menyediakan program-program bantuan dan intervensi bersasar dalam meningkatkan keupayaan dan kemahiran keusahawanan kepada usahawan wanita.

Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan soalan tambahan.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Pada pendapat saya, jelas jawapan yang diberikan itu memberikan satu harapan kepada golongan usahawan wanita. Saya ada dua soalan tambahan.

Pertama, apakah langkah kerajaan untuk menambahbaikkan jaminan kewangan wanita khususnya keusahawanan berlandaskan teknologi dan pembangunan inovasi seperti sektor tidak formal, ekonomi gig dan sebagainya? Soalan tambahan saya yang kedua, adakah kementerian mempunyai data yang lengkap dan terkini berkaitan wanita dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)? Bagaimana kementerian melihat fungsi dan peranan bertindih (overlapping) pelbagai kementerian dan agensi berkaitan peruntukan dana dan pangkalan data berkaitan wanita dan PMKS?

Mohon penjelasan, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih, Yang Berhormat. Pertama, berkenaan dengan inisiatif untuk memperkasakan pendigitalan dalam kalangan usahawan wanita.

Memang ini merupakan satu inisiatif berterusan kerajaan khususnya di bawah kementerian saya dan ini kita akan teruskan juga pada tahun ini.

Kedua, data statistik khusus berkenaan dengan usahawan-usahawan wanita ini.

Kita akan kongsikan dengan Yang Berhormat selepas ini.

Ketiga, tentang penyelarasan pembangunan keusahawanan wanita. Kita maklum terdapat 66 buah agensi pembangunan keusahawanan di negara kita. Hanya di kementerian ini 10 buah agensi sahaja. Bagaimanapun, kita telah membangunkan satu

final • 11:20 AM

Datuk Ewon Benedick

portal ataupun satu aplikasi yang dibangunkan oleh SME Corp. Malaysia iaitu MyAssist MSME yang merangkumi maklumat-maklumat keseluruhan pembangunan keusahawanan di negara kita sama ada ia dikhususkan kepada wanita ataupun juga terbuka kepada semua.

Tadi saya hanya menyebut khas untuk wanita tetapi sebenarnya usahawan wanita juga layak untuk memohon skim-skim pembangunan keusahawanan yang lain juga. Akan tetapi, semua itu boleh diperoleh di bawah aplikasi ataupun portal yang telah dibangunkan oleh SME Corp. Malaysia yang kita kenali sebagai MyAssist MSME dan boleh kita browse secara online juga pada masa ini.

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Pokok Sena.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sik.

final • 11:20 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan saya. Ketika mana dilaporkan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang diurus selia oleh kementerian melihat ada isu ketika ramai usahawan yang tidak melunaskan hutang yang begitu besar.

Dilaporkan lebih 600 juta peminjam-peminjam TEKUN ini tidak membayar hutang.

Jadi, adakah kementerian melihat ini berpunca daripada sikap usahawan itu sendiri ataupun mungkin ada kelemahan di pihak kementerian sendiri membuat langkah termasuklah pendidikan usahawan dan juga latihan yang lebih komprehensif kepada usahawan-usahawan desa termasuk wanita ini. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih, Yang Berhormat Sik. Kementerian saya melalui Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dari semasa ke semasa sepanjang tahun ini melaksanakan bimbingan ataupun latihan keusahawanan kepada usahawan- usahawan kita termasuklah juga usahawan wanita. Antara lainnya untuk bimbingan urus tadbir kewangan mereka.

Saya dapati berdasarkan kepada kursus-kursus yang lepas ia banyak membantu usahawan-usahawan ini termasuklah pada akhirnya mereka berupaya membayar semula pinjaman. Memang kita tidak nafikan memang ada usahawan yang berhadapan dengan masalah untuk membayar semula pinjaman mereka.

Kita terbuka menerima pandangan, teguran daripada usahawan-usahawan kita ini. Yang penting kepada kita dan kepada saya khususnya kita akan terus memperbanyak sesi libat urus, di mana cabarannya sama ada daripada usahawan itu sendiri. Kalau di pihak kementerian, maka tanggungjawab kita untuk mengambil tindakan. Kalau di sebelah pihak usahawan, kita juga ada peranannya kalau memerlukan bimbingan.

Itu sebabnya kita minta Ahli-ahli Yang Berhormat menyokong bajet yang akan dibentangkan ini supaya kita mempunyai bajet untuk meneruskan bimbingan-bimbingan kepada usahawan-usahawan kita.

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Pokok Sena.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Rosol bin Wahid, Hulu Terengganu.

final • 11:20 AM

6. Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan inisiatif yang telah dirangka di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dan perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang kementerian untuk menangani bebanan kos sara hidup yang tinggi dengan mengambil kira impak pandemik COVID-19.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam perpaduan. Tuan Yang di-Pertua, menangani kos sara hidup secara tuntas dan menyeluruh merupakan satu usaha berterusan dan panjang.

Kos sara hidup bukan hanya masalah ekonomi semata tetapi terdapat cabaran yang melibatkan pelbagai dimensi. Dalam hubungan ini, inisiatif yang dirangka oleh Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menumpukan kepada strategi serampang dua mata.

Pertama, untuk menangani kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Kedua, untuk meningkatkan pendapatan rakyat. Ini adalah kerana secara realitinya isu kos sara hidup timbul kerana kuasa beli rakyat tidak dapat menampung perbelanjaan. Maksudnya, tidak ada disposable income. Ahli Yang Berhormat tentu sekali sedia maklum bahawa rakyat mengeluarkan perbelanjaan bagi keperluan utama iaitu makanan dan minuman, perumahan, pengangkutan, pendidikan, kesihatan dan juga utiliti.

Menyedari bahawa isu kos sara hidup ini merentasi bidang tugas banyak kementerian dan agensi, maka selaras dengan nama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang ditambah terma rujukannya oleh kerajaan pada hari ini, kementerian ini diberi kuasa untuk melaksanakan tanggungjawab berkaitan kos sara hidup dengan lebih efektif dan efisien dan mendukung pendekatan keseluruhan kerajaan iaitu whole-of-government approach dan whole-of-nation approach.

Tanggungjawab KPDN bukan lagi hanya bersifat urus setia dan penyelaras semata-mata malah bertindak untuk mengkaji serta menganalisis kesan dan juga implikasi pelaksanaan polisi dan program kerajaan terhadap kos sara hidup rakyat. Kalau dahulu KPDN sebagai sekretariat kepada NACCOL tetapi pada hari ini KPDN masih lagi merupakan sekretariat tetapi dengan kuasa yang lebih. Hal ini demikian kerana kos sara hidup itu diletakkan dalam skop kerja Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Tuan Yang di-Pertua, kita ada tiga cabaran yang dihadapi oleh NACCOL dalam usaha untuk menangani kos sara hidup. Pertama ialah pemberian subsidi secara bersasar. Ini adalah cabaran yang pertama. Kedua, ketirisan subsidi. Ketiga, kenaikan harga barangan yang didorong oleh faktor luaran.

Pada ketika ini, yakni minggu ini sedang berlangsung Makmal Kos Sara Hidup Subsidi Bersasar yang dikendalikan oleh KPDN bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi bagi menetapkan kumpulan penerima faedah subsidi bersasar.

Apakah ia? Barangan ataupun keperluan yang akan disubsidikan dan juga mekanisme. Pertama, kita perlu kenal pasti produk. Kedua, kita perlu kenal pasti siapa yang harus menerima bantuan subsidi bersasar ini. Ketiga, kita perlu kenal pasti mekanisme. Kita ingin memberi jaminan bahawa kumpulan yang paling terkesan dengan kos sara hidup akan menjadi penerima bantuan subsidi yang paling utama.

Mekanisme pemberian subsidi yang lebih terkawal seperti penggunaan teknologi dan sistem ICT akan memastikan ketirisan subsidi dapat dibendung. Ini merupakan kaedah proaktif kerajaan pada hari ini selain meneruskan usaha-usaha penguatkuasaan oleh Bahagian Penguatkuasaan KPDN.

Kita juga menjawab soalan Yang Berhormat Hulu Terengganu, ingin juga menyatakan kita ada rancangan jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan juga jangka masa panjang. Rancangan jangka masa pendek dari segi kita menangani kos pengeluaran – melaksanakan perniagaan, contohnya. Kita ada dua aspek tadi iaitu rahmah dan daya. Tuan Yang di-Pertua, Titah Diraja semalam pada pembukaan Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas, menyentuh semangat insan serta inisiatif rahmah dan

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

daya yang mampu membawa perubahan dalam memberikan jaringan perlindungan sosial dan seterusnya membendung kos sara hidup.

Jadi perancangan jangka masa pendek ialah Payung Rahmah kerana keadaan sekarang rakyat begitu tertekan. Ada beberapa inisiatif di bawah Payung Rahmah:

(i) Bakul Rahmah;

(ii) Jualan Rahmah;

(iii) Pakej Rahmah;

(iv) Kafe Rahmah; dan

(v) Menu Rahmah Bakul Rahmah ialah bakul makanan yang kita berikan. Jualan Rahmah ialah kerjasama dengan pasar raya besar dan pasar raya, di mana kita memberi permit notis jualan murah bagi Jualan Rahmah sehingga maksimum empat bulan berbanding satu bulan sekarang ini.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh ringkaskan atau tidak?

final • 11:20 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Seterusnya, kita juga ada langkah inisiatif daya supaya kumpulan sasar kementerian dapat menjana pendapatan dalam sektor perdagangan dan pengedaran. Ini kita telah memperkenalkan Program Rezeki Suri yang kita sasarkan kepada wanita suri rumah untuk memberi peluang kepada suri rumah untuk menambahkan pendapatan.

Kita juga meneruskan program pembangunan francais mikro dan francais mampu milik untuk membantu golongan M40 dan B40.

final • 11:20 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Jadi seterusnya, inilah yang kita sedang lakukan untuk menangani masalah kos sara hidup kini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ya, soalan tambahan. Silakan

final • 11:30 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, *standing order.

Standing Order 36(4),* sekejap. Pasal ini melibatkan Tuan Yang di-Pertua sendiri. Pada 19 Disember yang lalu, Tuan Yang di-Pertua menjawab untuk melihat Hansard berkenaan dengan penghinaan daripada Yang Berhormat Hulu Langat terhadap Yang Berhormat Pendang, disebut Yang Berhormat Pendang ‘beruk’. Jadi, saya minta petua sebab Tuan Yang di-Pertua menyebut “Saya akan melihat kepada Hansard...”. Akan tetapi bila hentam hammer itu, maknanya respons lah. Tuan Yang di-Pertua tahu benda itu berlaku. Akan tetapi saya menerima, pasal hendak melihat kepada Hansard pada tempoh hari, 19 Disember 2022 masa hari kita mula-mula sidang.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya akan tengok sekali lagi sebab masa perkara itu berlaku. Jadi, Insya-Allah saya akan tengok balik.

final • 11:30 AM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi soalan tambahan dulu. Sebentar lagi ya.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Mohd Nor) mempengerusikan

final • 11:30 AM

Mesyuarat] Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab begitu panjang soalan tersebut. Cuma soalan tambahan saya, sejak akhir-akhir ini kita dapati bahawa banyak kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Pandan berkaitan dengan

final • 11:30 AM

Mesyuarat] Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

kos sara hidup dan dengan formula-formula yang diuar-uarkan semasa jadi pembangkang atau semasa berada di luar Dewan. Antara formulanya ialah jika kedai mahal, jangan makan di kedai tersebut. Jika ayam mahal, jangan beli ayam, beli benda lain.

Satu lagi, adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju dengan formula-formula tersebut? Mungkin selepas ini jika tambang bas mahal ataupun bas sekolah mahal, jangan pergi sekolah. Adakah bersetuju dengan formula-formula tersebut? Terima kasih.

[Tepuk]

final • 11:30 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Yang Berhormat Hulu Terengganu ini hantar soalan salah tempat. Sepatutnya Yang Berhormat Hulu Terengganu tanya soalan kepada Yang Berhormat Pandan, Menteri Ekonomi, bukan kepada KPDN. Minta maaflah, tanya direct, pergi dekat kafe, boleh bincang. Tak payah tanya dalam Dewan sebab habis masa Dewan sahaja. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Akan tetapi ia berkenaan dengan kos sara hidup. Ia berkaitan kos sara hidup. Takkan lah mengelak macam itu sahaja.

Jawablah.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Bidang kuasa Menteri.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Ya, soalan tambahan, Yang Berhormat Kepong.

final • 11:30 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Rasah.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Kepong

final • 11:30 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Soalan tambahan. Ampang, Ampang

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Kepong.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, saya minta kerajaan untuk memansuhkan semua AP untuk import makanan. Daging ke, sayur ke, buah-buahan. Ini untuk merendahkan harga makanan. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin maklumkan bahawa AP ini ialah bukan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Ia di bawah Kementerian MAFS.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Bincang dalam Kabinet lah.

final • 11:30 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Kita ambil maklum akan cadangan tersebut dan akan dibawa– Saya akan forward kan kepada kementerian berkenaan. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tuan Yang di-Pertua, minta soalan tambahan satu lagi.

final • 11:30 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Soalan tambahan.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Hanya dua dibenarkan.

Dipersilakan Yang Berhormat Jelebu.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya tanya soalan saya, saya hendak buat sedikit teguran, Tuan Yang di-Pertua. Masa Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup jawab soalan nombor enam tadi, jawapan yang pertama itu, jawatan Timbalan Menteri ini, Timbalan Menteri Usahawan dan Koperasi. Kemudian ditukar di dalam skrin menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Saya harap supaya kesilapan ini tidak berlanjutan kerana live sesi sekarang ini, dengan izin, ditonton oleh seluruh negara.

Kesilapan yang sebegini tidak harus berlaku. Jadi, saya harap supaya ini diambil perhatian. Terima kasih.

final • 11:30 AM

7. Datuk Seri Jalaluddin bin Alias [Jelebu] minta Menteri Ekonomi menyatakan apakah pecahan terkini garis pendapatan rakyat Malaysia dan apakah langkah yang diambil oleh kerajaan bagi membantu golongan M40 yang dikatakan kini telah menjadi M70.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri. Sebelum itu. Yang Berhormat Jelebu, saya akan mengambil maklum apa yang telah dinyatakan. Pihak Parlimen dan kementerian, ambil maklum apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Jelebu. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Pada masa ini, isi rumah Malaysia dikelaskan kepada tiga kategori. Kumpulan pendapatan B40, maksudnya keluarga yang pendapatan isi rumahnya 40 peratus ke bawah dalam seluruh isi rumah di negara. M40, 40 peratus yang seterusnya dan T20. Pendapatan ini adalah berdasarkan isi rumah dan bukannya merujuk kepada pendapatan individu. Kategori dan had pendapatan kategori kumpulan pendapatan yang terkini adalah berdasarkan pada satu survey pendapatan perbelanjaan isi rumah dan kemudahan asas yang terakhir dibuat ialah dalam tahun 2019.

Kategorinya ialah 2.91 juta isi rumah di Malaysia ini berada dalam B40 iaitu pendapatan RM4,850 ke bawah Seterusnya, sebanyak 2.91 juta isi rumah juga, sebab ia 40 peratus yang seterusnya ialah di antara RM4,850 sebulan kepada RM10,959 sebulan dan yang terakhir T20 adalah ke atas, RM10,960 sebulan. Kerajaan melalui Jabatan Perangkaan Malaysia sekarang ini sedang memuktamadkan survey yang seterusnya, yang melibatkan 92,000 isi rumah bermula dari Januari 2022 hingga Disember 2022 dan kita akan dapat tahu had pendapatan yang seterusnya, yang boleh dikemas kini.

Untuk pelaksanaan yang seterusnya, kementerian sedang merangka satu pendekatan subsidi supaya lebih bersasar dan berasaskan kepada pendapatan boleh belanja isi rumah, bukan lagi semata-mata pendapatan sahaja. Semakan ini akan mengambil kira perubahan struktur pendapatan dan perbelanjaan, kos sara hidup, kuasa beli, demografi serta lokasi isi rumah supaya ini lebih tepat bila kita hendak tentukan. Oleh sebab yang T20 di satu tempat mungkin berada di M40 di tempat yang lain. Kategori kumpulan pendapatan isi rumah yang baru ini akan memantapkan lagi penggubalan dasar dan menambah baik penyampaian perkhidmatan.

Tuan Yang di-Pertua, melangkah ke hadapan, kerajaan merancang untuk beralih daripada pemberian subsidi menyeluruh seperti sekarang, yang semata-mata berasaskan kepada pendekatan pendapatan semata-mata B40, M40 ke T20 kepada pendekatan yang lebih bersasar, yang mengambil kira pendapatan yang boleh guna, yang dipadankan dengan kos sara hidup semasa berdasarkan demografi ahli keluarga dan lokaliti. Buat masa sekarang, Kementerian Ekonomi melalui Jabatan Perangkaan Malaysia sedang membangunkan infrastruktur data untuk bersiap sedia ke arah itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Soalan tambahan.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Soalan tambahan, Tuan Yang di- Pertua. Saya punya dulu.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Jelebu, silakan.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya teliti jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Kalau ini boleh dilaksanakan dengan begitu spesifik, ini akan banyak membantu kepada tiga golongan ini, M40, B40 dan T20. Akan tetapi saya yakin Yang Berhormat Menteri juga setuju dengan saya bahawa golongan M40 ini memerlukan penelitian dan pemerhatian daripada pihak kerajaan. Oleh sebab bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan dalam soal Bantuan Sara Hidup, Prihatin dan sebagainya itu banyak tidak merangkumi golongan M40.

Jadi soalan saya, adakah pihak kerajaan selepas ini mempunyai perancangan untuk menambah kelayakan dan bantuan kepada golongan ini? Apa yang penting juga

final • 11:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

dan tidak disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi adalah dalam soal pengecualian cukai. Oleh sebab M40 ini ada yang anak dua orang, okey. Akan tetapi anak yang lima, enam orang, Tuan Yang di-Pertua, memerlukan bantuan kerajaan untuk mereka mendapatkan 100 peratus, umpamanya dalam soal pelepasan cukai pendidikan dan penjagaan anak mereka. Saya yakin kalau ini boleh dilaksanakan oleh pihak kerajaan, maka golongan M40 ini boleh dibantu dengan sebaiknya. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Saya bersetuju 100 peratus. Oleh sebab itu, sebenarnya kalau sebelum ini pelaksanaan ke arah memastikan bahawa kita tidak lagi melihat kepada B40, M40, T20 ini, ia agak sukar dalam tahun-tahun yang lepas kerana kita memerlukan maklumat yang besar. Akan tetapi yang baiknya ialah kita ada maklumat yang banyak dalam sistem kerajaan. Kita hanya perlu pastikan kita ada data yang disepadukan. Oleh sebab itu, infrastruktur itu perlu berlaku dan kita perlu selaraskan merentasi kementerian.

final • 11:30 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Perancangan yang idealnya ialah supaya kita tidak merujuk kepada B40, M40, T20 tetapi kita melihat di satu kawasan, berapa pendapatan isi rumah bulanan mengikut saiz keluarga dan sebagainya yang perlu untuk menjalani hidup yang munasabah. Mereka ini akan diberi bantuan mengikut keadaan itu, tidak kira pendapatan mereka. Ia disesuaikan mengikut maklumat-maklumat tadi. Insya-Allah akan dipercepatkan dan kita sedang melihat kepada jangka masa pelaksanaan. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat Bachok.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Susulan penjelasan Yang Berhormat Menteri tentang pendapatan boleh guna, mutakhir ini wujud kelompok kemiskinan yang jarang kita bicarakan iaitu kemiskinan situasi ataupun situational poverty, di mana seseorang itu boleh jatuh miskin disebabkan keadaan tertentu yang tidak dijangka seperti kehilangan kerja, kematian ketua isi keluarga, penceraian, kemalangan dan yang terjejas ini kebanyakannya ialah golongan M40 dan golongan belia.

Jadi, apakah pihak kerajaan bercadang untuk wujudkan satu mekanisme penampan dan penyelamat untuk menampung golongan M40 dan belia yang terjejas dengan kemiskinan situasi ini? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Ia ada beberapa perkara yang melibatkan dasar, perkara yang melibatkan perancangan ekonomi, perkara yang melibatkan inisiatif dan juga mampan ataupun buffer yang disebut oleh Yang Berhormat Bachok tadi. Contohnya kepada golongan belia, yang perlu ditumpukan ialah memastikan mereka mendapat kemahiran supaya mereka mendapat gaji dalam pekerjaan. Itu adalah perkara dasar untuk jangka masa yang panjang.

Satu lagi ialah soal pendekatan untuk membantu. Kalau pendekatan dahulu ialah melihat kepada B40, M40, T20. Pendekatan masa depan ialah memastikan kita menggunakan pendekatan indeks. Contohnya, setiap keluarga mengambil kira data-data yang kita tahu dan juga bebanan ekonomi semasa, sesiapa yang berada di dalam indeks tertentu, maka mereka mendapat bantuan begini. Sesiapa yang berada di dalam indeks yang seterusnya, mereka mendapat bantuan yang begitu.

Dengan keadaan begini, ia membolehkan kerajaan mengambil kira kalau ada sesuatu situasi yang tertentu— contohnya ada sektor yang mengalami penurunan serta- merta— maka mereka yang berada dalam sektor itu, walaupun indeksnya begitu, mereka boleh diberikan bantuan dan campur tangan kerajaan.

Cuma, untuk ke arah itu, kita perlukan satu pangkalan data rakyat yang bersepadu yang mengambil kira segala perkara. Ini proses yang sedang diatur supaya bila kita sudah ada maklumat yang bersepadu begini, lebih mudah untuk kerajaan memastikan bantuan sampai dan kita kenal pasti juga kumpulan-kumpulan yang terdedah kepada keadaan- keadaan begini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua, boleh satu lagi? Satu lagi?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 11:40 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita sedia maklum salah satu cara yang paling cepat untuk kita hilang produktiviti seseorang tenaga kerja adalah sekiranya individu itu tertibanya dipaksa menjadi penjaga kepada ahli keluarga.

Akan tetapi, dalam sistem kebajikan kita, masih terdapat ruang yang besar untuk kita sampaikan carer’s allowance atau elaun bagi penjaga. Soalan induknya adalah siapa akan jaga mereka yang jaga? Bagaimana kita akan sampaikan dan salurkan bantuan kepada mereka yang jaga? Supaya mereka boleh terus menjadi produktif dalam sistem ekonomi kita sambil tidak diheret ke dalam kancah kemiskinan kerana tertibanya terpaksa menjadi penjaga.

final • 11:40 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Situasi itu bergantung daripada satu keadaan ke keadaan. Ada yang perlukan penjagaan yang sepenuh masa, ada yang memerlukan penjagaan mengikut waktu-waktu tertentu.

Secara dasarnya yang kita mahu pastikan ialah, pertamanya, sektor pekerjaan kita ini lebih terbuka untuk mengambil pekerja-pekerja yang berada dalam situasi ini supaya produktiviti mereka tidak terus terhapus. Ini kerana ada masa mereka perlu berada di rumah tetapi ada juga masa mereka boleh berada di luar. Jadi, itu adalah soal struktur ekonomi yang kita perlu perbaiki untuk memastikan majikan-majikan lebih terbuka dan kalau ada perlu insentif dan sebagainya, itu perkara yang dipertimbangkan oleh kerajaan.

Soal contohnya mereka yang sepenuh masa untuk menjaga, ini ialah soal, dengan izin, social protection net yang kita perlu juga melihat dengan lebih menyeluruh.

Pandangan saya, ia tidak semata-mata dilihat sahaja kepada bentuk bantuan tertentu tetapi dilihat sebagai reformasi kepada jaringan sosial yang lebih baik di masa akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua, boleh tambah satu lagi?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat duduk.

final • 11:40 AM

8. Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan bilakah program pemansuhan hutang PTPTN bersasar kepada golongan miskin dan isi rumah B40 akan mula diperkenalkan dan berapa jumlah penerima manfaat.

final • 11:40 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat Machang.

Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini, kerajaan belum mempunyai perancangan untuk memansuhkan pinjaman hutang PTPTN bersasar kepada golongan miskin dan isi rumah B40. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, berdasarkan unjuran atau anggaran awal PTPTN, cadangan pemansuhan pinjaman PTPTN bersasar kepada golongan miskin dan isi rumah B40 akan melibatkan seramai 1.84 juta peminjam dengan jumlah pemansuhan pelupusan sebanyak RM42.34 bilion.

Walau bagaimanapun, kerajaan sentiasa prihatin dan memberi perhatian kepada kebajikan peminjam PTPTN dan kemudahan membayar balik pinjaman. Sehingga kini, terdapat pelbagai cara dan inisiatif yang dilakukan dalam usaha memudahkan peminjam daripada golongan miskin dan isi rumah B40. Antara lain adalah seperti berikut, pertama, penangguhan bayaran balik sekiranya menyambung pengajian atau

final • 11:40 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

belum mendapat pekerjaan; kedua, penstrukturan atau pun penjadualan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan peminjam; ketiga, pemberian diskaun bayaran balik sekiranya dilakukan bayaran secara sekali gus dengan penuh; dan keempat, bayaran balik pinjaman PTPTN hanya bermula selepas 12 bulan peminjam menamatkan pengajian untuk memberi ruang kepada peminjam membuat persediaan sewajarnya serta memperoleh pendapatan yang stabil sebelum memulakan bayaran balik.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Soalan tambahan.

final • 11:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi atas jawapan yang diberikan. Cuma, apakah kerajaan ada iltizam politik untuk benar-benar memansuhkan hutang PTPTN ini seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan yang baru-baru ini?

Sekarang ini saya pun maklum Yang Berhormat Pandan pejuang tegar PTPTN, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya merupakan antara aktivis yang benar-benar ingin memperjuangkan PTPTN untuk anak muda. Jadi, apakah ada tempoh masa dan juga strategi yang sebenar untuk memansuhkan hutang ini? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat.

Seperti Yang Berhormat sedia maklum dan seperti yang telah saya katakan tadi, jika pemansuhan ini dilakukan, ia melibatkan satu jumlah yang begitu besar.

Mungkin dalam pilihan raya ada parti-parti politik yang membuat pelbagai janji tetapi seperti yang juga kita tahu, kerajaan yang sedia ada adalah satu kerajaan campuran dan kita telah buat keputusan iaitu kita hanya akan ambil mana-mana manifesto yang mempunyai perkara-perkara yang sama ataupun serupa. Kita dapati bahawa semua parti politik tidak menawarkan semua perkara yang sama apabila berkait dengan soal PTPTN.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Jadi, dalam soal ini, saya berharap kita menerima hakikat iaitu yang penting apabila kita bercakap mengenai PTPTN ini, kita perlu melihat kepada soal keupayaannya dan juga kelangsungannya. Jadi, atas sebab itulah perkara seperti yang dipersoalkan dalam soalan ini, ia tidak dapat buat ketika ini untuk dilaksanakan.

final • 11:50 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Dewan, Peraturan Mesyuarat 36(12).

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Tolong bacakan apa yang hendak dibangkitkan itu.

final • 11:50 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu. Yang Berhormat Machang sebelum ini, menyatakan bahawa dalam manifesto Pakatan Harapan menjanjikan untuk menghapuskan PTPTN. Itu adalah satu pembohongan kerana tidak ada manifesto itu atau janji itu dalam Manifesto Pakatan Harapan bau-baru ini. Jadi, saya kira Tuan Yang di- Pertua, perkara itu adalah satu pembohongan yang jatuh kepada Peraturan Mesyuarat 36(12) dan saya mohon supaya Dewan mengambil tindakan.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, jika Yang Berhormat Menteri fikir sedemikian, sila usulkan. Saya hendak teruskan tentang isu yang berkaitan.

final • 11:50 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya kalau begitu saya usulkan supaya Dewan mempertimbangkan...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, bertulis.

final • 11:50 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Bertulis.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd No

Kita teruskan. Majlis mempersilakan.

final • 11:50 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Rasah dahulu Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Kampar dahulu.

final • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya kepada Menteri tentang permohonan pengecualian PTPTN kepada Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama sebab tahun lepas kerajaan sebelum ini pernah mengumumkan bahawa akan buat satu pengecualian yang sebelum ni pernah berlaku tetapi selepas itu dibatalkan. Akan tetapi, pengecualian ini harus dimohon. Okey, harus dimohon.

Saya juga pada tahun 2007, saya sendiri pernah dapat pengecualian PTPTN kerana mendapat ijazah Kelas Pertama tetapi pada masa itu ia berlaku secara automatik.

Saya tahu PTPTN memang ada semua data. Jadi, mengapakan proses ini perlu berlaku?

Kenapakah permohonan perlu dilakukan? Adakah proses automatik pengecualian akan diberikan? Boleh tidak kita tahu apakah jumlah pengecualian jumlah yang telah diberikan kepada peminjam PTPTPN pada tahun 2022? Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soal untuk mengecualikan bayaran balik pinjaman kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang bergantung kepada permohonan PTPTN kepada kerajaan untuk mendapat peruntukan bagi membiayai pengecualian tersebut. Jadi, dalam konteks ini, kementerian memang setiap tahun ataupun PTPTN perlu setiap tahun memohon kepada pihak Kementerian Kewangan dan ini bergantung kepada setiap tahun bajet yang diumumkan. Jadi, dia bukan automatik.

Permohonan oleh mereka yang dapat kelas pertama tidak automatik dan program pengecualian itu juga tidak automatik disediakan oleh PTPTN. Ia bergantung kepada peruntukan yang diberikan oleh kerajaan.

final • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Minta penjelasan sedikit. Kalau bukan automatik adakah ini bermakna ada yang akan dapat dan ada tidak dapat?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat, Menteri sudah menjawab. Duduk.

final • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya hendak minta penjelasan yang Menteri kata bukan automatik. Adakah ia bermakna kalau peruntukan itu tidak dapat adakah ada yang dapat kelas pertama tidak dapat pengecualian?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Kampar duduk.

final • 11:50 AM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Pokok Sena.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Silakan.

final • 11:50 AM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat dan mendengar jawapan daripada Menteri tadi. Cuma melihat kepada satu sejarah negara ketika Yang Berhormat Pagoh menjadi Perdana Menteri iaitu hutang peneroka berjaya dimansuhkan pada waktu itu. Jadi, persoalan saya apakah kerajaan hari ini tidak mampu atau pun tidak berhasrat untuk memansuhkan hutang PTPTN ini? Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Pokok Sena.

Sebenarnya kalau dilihat secara keseluruhannya, kesemua blok politik yang penah menjadi kerajaan baik PN, baik PH ataupun BN, tidak ada satu pun blok yang telah membuat keputusan untuk menghapuskan hutang PTPTN. Malah, termasuklah ketika PN memerintah, PTPTN daripada tahun 2018 sehingga tahun 2022 dikepalai oleh wakil BERSATU itu sendiri iaitu Yang Berhormat Tasek Gelugor. Jadi, tidak ada pun hendak hapuskan. Jadi, Yang Berhormat, saya ingat cukup-cukuplah kita politikkan soal PTPTN.

final • 11:50 AM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, nama saya disebut. Jadi saya minta untuk mencelah.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat, Menteri sudah jawab. Sila duduk.

final • 11:50 AM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Nama saya disebut Tuan Yang di-Pertua. Sedikit sahaja saya hendak mencelah.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Sila duduk. Dipersilakan Yang Berhormat Tebrau, Tuan Jimmy Puah Wee Tse.

final • 11:50 AM

9. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau] minta Perdana Menteri menyatakan progres kerajaan ini untuk menghapuskan hukuman mati di Malaysia dan sekiranya ada azam membuat demikian apa status kira-kira 1300 banduan yang kini menunggu perlaksanaan hukuman mati.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Saya meminta izin Tuan Yang di-Pertua. Sebelum menjawab soalan ini, saya memohon agar sekiranya soalan ini dijawab bersama dengan satu soalan yang dijadualkan pada minggu depan, 23 Februari 2023 iaitu soalan nombor 23 oleh Yang Berhormat Kota Bharu yang menyentuh tentang perkara yang sama iaitu berkenaan dengan pelaksanaan syor daripada jawatan teknikal mengenai cadangan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori. Itu akan disentuh oleh saya dalam jawapan ini. Jadi, untuk, to save time dengan izin untuk Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Baik Yang Berhormat Menteri. Setiausaha Dewan, ambil maklum. Silakan jawab.

final • 11:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan memegang prinsip bahawa hukuman mati mandatori sewajarnya dimansuhkan dan mahkamah mempunyai budi bicara untuk menjatuhkan hukuman mati berdasarkan keseriusan kesalahan yang dilakukan dengan mengambil kira keadaan-keadaan tertentu ataupun circumstances obtaining. Dalam erti kata lain hukuman mati masih wujud di Malaysia dan mahkamah mempunyai budi bicara untuk menjatuhkan hukuman mati tersebut bergantung kepada kesalahan yang dilaksanakan.

Pada ketika ini Tuan Yang di-Pertua, semakan dan penelitian terhadap peruntukan akta-akta berkaitan dengan mengambil kira syor-syor daripada Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dan pandangan kementerian dan jabatan agensi yang berkaitan sedang dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Undang-undang dan juga Jabatan Peguam Negara untuk memastikan penetapan dasar terbaik berkaitan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori dengan mengambil kira aspek pemerkasaan hak asasi manusia selain mempertimbangkan kos pengurusan banduan di penjara seluruh negara serta pelaksanaan dengan izin restorative justice di Malaysia.

Secara umumnya, pelaksanaan dasar hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori dan tujuh kesalahan dengan hukuman tertakluk kepada budi bicara mahkamah dijangka akan melibatkan pindaan peruntukan dalam akta- akta yang berikut. Pertama, Kanun Keseksaan. Kedua, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. Ketiga, Akta Senjata 1960. Keempat, Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Kelima, Akta Penculikan 1961.

Selaras dengan perkara ini, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menggubal satu akta baharu bersifat sementara yang akan memberi impak secara terus kepada 840 orang yang menjalani moratorium pelaksanaan hukuman mati daripada 1,320 orang banduan hukuman mati. Baki 480 orang banduan daripada jumlah tersebut akan melalui proses rayuan seperti biasa.

Kerajaan yakin bahawa pindaan perundangan yang melibatkan polisi penghukuman dan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori ini jelas merupakan perubahan positif kepada sistem keadilan jenayah di Malaysia supaya lebih holistik dan inclusive demi manfaat bersama selain tidak menafikan hak asasi individu

final • 11:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

untuk mendapatkan keadilan sewajarnya. Selain itu, pelaksanaan polisi penghukuman gantian ini juga menunjukkan komitmen kerajaan untuk sentiasa terbuka ke arah pembaharuan dan penambahbaikan sistem perundangan dan keadilan di negara ini serta memastikan kemaslahatan masyarakat umumnya menjadi keutamaan. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Tebrau.

final • 12:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Menteri atas jawapan. Dengan izin, justice must be tempered with mercy. Seperti yang kita sedia maklum dalam dunia ini tiada sesuatu sistem perundangan atau kehakiman yang 100 peratus sempurna. Atas prinsip ini, saya ingin menanyakan adakah kerajaan ini ada hasrat untuk menghapuskan hukuman mati secara keseluruhannya atau total abolishment of death penalty? Soalan kedua, sekiranya dihapuskan hukuman mati, adakah hukuman banduan yang kini duduk dalam penjara akan ditukarkan kepada hukuman penjara untuk seumur hidup atau imprisonment for life ataupun sehingga satu tempoh masa 20 atau 30 tahun atau disebut life imprisonment. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih Yang Berhormat.

Berkenaan dengan justice must be tempered with mercy, tidak boleh dinafikan bahawa itu merupakan salah satu aspek sistem criminal justice kami. Berkenaan sama ada kami berhasrat ataupun kerajaan berhasrat untuk menghapuskan secara keseluruhannya hukuman mati ataupun the total abolition of mandatory death penalty, itu bukannya satu perkara yang telah pun dibincangkan secara lanjut buat masa sekarang. Pada tahap ini apa yang telah dibincangkan adalah berkenaan dengan hukuman mandatory death penalty, itu adalah step pertama.

Untuk persoalan kedua berkenaan dengan hukuman, sama ada hukuman mati tersebut akan digantikan dengan life imprisonment ataupun 20 hingga 30 tahun. Ini juga merupakan satu dasar yang kami sedang kaji dengan lebih mendalam sebelum ia dibawa ke Jemaah Kabinet, sebelum rang undang-undang ini dibentangkan pada masa kelak.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Soalan tambahan.

final • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sedikit tambahan.

final • 12:00 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Soalan tambahan.

final • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sebab masa pun sudah lebih kepada...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Besut.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Besut, silakan.

final • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Soalan saya kepada pihak Menteri, sama ada apa-apa kajian telah dibuat secara mendalam mengenai dengan kesan daripada penghapusan ataupun penggantian kepada hukuman. Maknanya, daripada segi kesan kepada jenayah itu sendiri, kadarnya kemungkinan akan bertambah dan kesan kepada keluarga-keluarga mangsa seperti kes bunuh dan sebagainya.

Jadi makna soalan saya sekarang ini, apakah yang telah dibuat kajian tentang perkara tersebut. Saranan saya, kalau ada hukuman gantian, bukan lagi dengan hukuman penjara seumur hidup tetapi boleh digantikan dengan penjara seumur hayat.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dua keadaan yang berbeza.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Besut, soalan.

final • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya, soalan saya ialah apakah kajian secara mendalam telah dibuat. Cuma saya hendak bagi saranan kalau ada pun gantian esok, apakah hukuman yang sewajarnya? Oleh sebab itu saya bagi sedikit saranan itu, maknanya bukan lagi hukuman seumur hidup kepada hukuman mati mandatori iaitu seumur hayat yang tidak ada berapa tahun hukuman tersebut. Kalau seumur hidup 20 tahun dan kalau seumur hayat tidak ada tahun bila tamat. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya telah pun nyatakan tadi berkenaan dengan 11 pertuduhan ataupun kesalahan yang membawa mandatory death penalty ini, hukuman itu masih boleh dikenakan bergantung kepada budi bicara mahkamah. Jadi, ini juga mengambil kira kepada aspek mangsa. Mengikut fakta dan keadaan sesuatu kes, mahkamah boleh, masih memberi hukuman mati tersebut. Ini adalah at the discretion of the court. Berkenaan sama ada kajian telah pun dibuat, memang kajian telah dibuat secara menyeluruh dan mendalam. Ada yang mendapati bahawa the death penalty is not very much of a deterrent. Itu merupakan satu perkara penting yang telah pun kita ambil kira untuk menggantikan mandatory death penalty dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dengan satu hukuman berdasarkan budi bicara. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Langkawi.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Sebelah kerajaan tiada?

Yang Berhormat Langkawi.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya pendapat Yang Berhormat Menteri berhubung dengan death penalty ini, sekiranya dikenakan kepada penyalahgunaan senjata itu mungkin boleh diterima kerana yang mati itu seorang ataupun dua.

Akan tetapi kepada pengedar-pengedar dadah ini Yang Berhormat Menteri, apakah dibuat kajian kerana pengedar-pengedar dadah bukan membunuh seorang tetapi sekampung. Jadi, saya mohon pandangan Yang Berhormat Menteri berhubung dengan death penalty kepada pengedar-pengedar dadah ini, dengan izin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih Yang Berhormat.

Pengedar-pengedar dadah ini, drug traffickers dengan izin, kita perlu melihat sama ada drug traffickers yang ditahan ini yang mendapat hukuman mati itu merupakan— boleh saya menggunakan perkataan dengan izin, the real traffickers ataupun adakah mereka drug mule. Sekiranya mereka drug mule, maksudnya— we are not dengan izin Tuan Yang di-Pertua, addressing the real problem. Jadi adakah hukuman mati itu akan menghapuskan aktiviti pengedaran dadah sekiranya hukuman itu hanya menangani ataupun mengesan drug mule sahaja. Jadi, itu adalah salah satu pertimbangan yang telah pun diambil kira berkenaan dengan drug traffickers. Oleh sebab sama ada sesuatu kes itu berkenaan dengan seorang drug mule, maka mahkamah mempunyai budi bicara untuk tidak mengenakan hukuman mati terhadap orang tersebut kerana mengenakan hukuman mati terhadap drug mule tersebut sudah tentu masalah keseluruhan tidak akan dihapuskan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Segamat.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Soalan terakhir untuk soal jawab pada pagi ini Yang Berhormat Tuan Nurul Amin bin Hamid, Padang Terap.

final • 12:00 PM

10. Tuan Nurul Amin bin Hamid [Padang Terap] minta Perdana Menteri menyatakan apakah usaha kerajaan untuk menaik taraf premis Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di seluruh negara yang kini terdapat banyak APM terutama di daerah terpaksa mencari sendiri premis untuk disewa sebagai pejabat operasi.

final • 12:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Tuan Yang di-Pertua, Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951 [Akta 221] telah menggariskan 21 fungsi dan peranan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebelum, semasa dan selepas bencana.

Antara fungsi dan peranan APM meliputi:

(i) melaksana kerja-kerja pengurusan bencana;

(ii) melaksana khidmat kemanusiaan;

(iii) melatih dan melengkapkan orang awam dengan aspek pertahanan awam; dan

(iv) mengambil alih, membeli dan menyewa tanah, harta, sumber dan barang bagi kegunaan pertahanan awam.

APM sentiasa berusaha untuk membuka pejabat operasi di keseluruhan 14 negeri, 159 daerah, 35 daerah kecil dan lapan kawasan dengan niat dan hasrat untuk memberikan perkhidmatan yang cekap kepada masyarakat. Sehingga kini, APM telah memiliki pejabat operasi di 126 daerah, 10 daerah kecil dan lapan kawasan di seluruh negara. Ini bermakna wujud keperluan yang jelas untuk memastikan APM memiliki pejabat pentadbiran dan pengoperasian bagi baki di 33 daerah dan 25 daerah kecil.

Untuk memenuhi maksud dan tujuan itu, antara inisiatif dan usaha berterusan APM dan kerajaan adalah seperti berikut:

final • 12:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

(i) mengenal pasti tanah yang sesuai dan boleh dibangunkan dengan memohon peruntukan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia untuk pembinaan Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA) dan Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA);

(ii) memajukan permohonan peruntukan bagi menaik taraf dan pembaikan premis sedia ada milik APM;

(iii) APM akan memperkemaskan kontrak penyewaan bagi sewaan ruang pejabat; dan

(iv) mengukuh dokumen ikatan bagi ruang yang diperoleh secara ihsan daripada pihak-pihak yang terlibat sama ada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan dan pihak-pihak lain.

Suka saya nyatakan salah satu daripada lima teras dekad platinum pertahanan awam 2022-2032 adalah agenda memperkasakan prasarana dan logistik APM itu sendiri.

APM dan kerajaan akan melihat aspek ini secara holistik dan menyeluruh.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Padang Terap.

final • 12:10 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan berkenaan dengan premis terhadap APM.

Soalan tambahan saya ialah berkaitan bagaimana untuk memperkukuhkan gerak kerja Angkatan Pertahanan Awam yang terlibat dalam pengurusan bencana iaitu tentang permohonan APM untuk penambahan jawatan kontrak yang pernah dimohon sebelum ini 1,501 perjawatan kontrak yang telah dibincangkan dengan JPA sebelum ini.

final • 12:10 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Jadi apakah status daripada pihak kerajaan tentang permohonan penambahan jawatan kontrak sebanyak 1,501 untuk APM? Terima kasih.

final • 12:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat, sebagaimana selain daripada yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat berkaitan dengan pejabat sebagaimana soalan asal, sememangnya perancangan APM adalah juga untuk menambah baik perjawatan APM di seluruh peringkat. Ini lebih-lebih lagi berdasarkan kepada keputusan kabinet pada tahun 2015, apabila APM telah diberikan peranan untuk menjadi urus setia kepada jawatankuasa pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah yang memerlukan kepada penambahbaikan perjawatan kepada pegawai-pegawai yang setakat ini di peringkat daerah hanya pada peringkat KP19 sahaja.

Kita telah mengajukan kepada agensi pusat. Fokus kita adalah kepada menambah baik gred kepada pegawai-pegawai tetap di daerah-daerah untuk memperkasakan peranan mereka sebagai urus setia kepada jawatankuasa pengurusan bencana di peringkat daerah dan sekali gus untuk memastikan mereka dapat memainkan peranan yang lebih efisien.

final • 12:10 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Jerlun.

final • 12:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Kuala Kedah.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Sebelah kanan tidak ada.

final • 12:10 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Jerlun.

final • 12:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Kuala Kedah, Kuala Kedah.

final • 12:10 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Kuala Krau.

final • 12:10 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Menyentuh tentang APM dari sudut fungsi untuk membantu mangsa ataupun bencana yang berlaku di seluruh negara, apakah kerajaan bersedia untuk mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh NGO-NGO yang bersifat sukarela khususnya Yayasan Amal atau Khidmat Malaysia. Sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Selain daripada APM, Pertahanan Awam dan agensi-agensi kerajaan yang lain yang terlibat dalam pengurusan bencana negara, sememangnya menjadi hasrat kerajaan untuk memperluaskan penglibatan komuniti dalam bersama-sama membantu kerajaan memperkasakan pengurusan bencana negara.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini bahawa kerajaan akan memperkukuhkan, memperkemaskan dasar dan mekanisme pengurusan bencana negara iaitu Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara dengan memasukkan pengiktirafan secara langsung kepada NGO-NGO yang dilihat mempunyai kepakaran dan juga bersedia untuk membantu dalam apa juga bentuk bantuan sama ada teknikal atau bantuan kemanusiaan yang lain. Kita telah merintis usaha ini dengan menubuhkan rakan NADMA di NADMA untuk kita mulakan dengan pengumpulan data-data, dengan izin, NGO-NGO yang ingin register interest untuk bersama-sama kerajaan dalam memperkasakan kesiapsiagaan nasional dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman bencana.

Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah prihatin terhadap usaha APM dan juga kerajaan dalam menambah kesiapsiagaan kita dalam pengurusan bencana negara.

final • 12:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Speaker, Kuala Kedah soalan tambahan.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Soalan Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Kubang Kerian terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sekarang ini elaun anggota pertahanan awam ini sangat rendah RM8 sejam, bagi pegawai muda RM9.80 sejam. Peningkatan kadar penglibatan mereka dalam bencana mutakhir ini saya kira perlukan suatu semakan terhadap sama ada elaun khas

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

diberi dalam satu-satu bencana yang besar, skala besar seumpama tanah runtuh yang melibatkan berhari-hari mereka terpaksa berada di sana.

Apakah kementerian bercadang untuk menyemak kembali elaun tersebut ataupun satu pemberian elaun khas diberi pada satu-satu kes yang dapat diberi kepada anggota perkhidmatan awam? Terima kasih.

final • 12:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Sememangnya menjadi hasrat kerajaan untuk memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada semua pihak yang terlibat dalam pengurusan bencana khususnya sukarelawan-sukarelawan kita.

Namun kita juga ingin perlu memikir implikasi kewangan kerana, dengan izin, it applies across the board begitu juga dengan sukarelawan sebagaimana pasukan RELA dan sebagainya. Namun untuk pengetahuan Yang Berhormat, menjadi pertimbangan kita, namun fokus kita pada masa ini adalah untuk memohon kepada agensi pusat untuk keutamaan menambah mempertimbangkan pertambahan elaun untuk semasa latihan dahulu.

Kita usahakan untuk latihan semasa ahli-ahli kita anggota-anggota yang mendaftar untuk latihan APM yang sekarang ini sebenarnya elaun harian mereka, tidak termasuk makan, minum dan penginapan, hanya RM5 sehari sahaja untuk latihan. Jadi fokus kita adalah kepada meningkatkan dulu elaun latihan itu dan seterusnya kepada perkara-perkara yang lain termasuklah elaun mengikut jam sebagaimana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Soalan tambahan.

final • 12:10 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Soalan tambahan, Petaling Jaya.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Duduk, sudah habis waktu sudah cukup.

final • 12:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Kuala Kedah.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat sekarang tamat sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini.

Terima kasih Yang Berhormat terlibat.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:10 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Standing order.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Standing yang nombor berapa Yang Berhormat?

final • 12:10 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

24A, saya berjanji dengan Tuan Yang di-Pertua dia bagi laluan untuk waktu ini pendek sahaja.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat sebentar, 20?

final • 12:10 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

24A capital, A huruf besar.

Tentang MQT.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Perkara ini telah dibangkitkan dengan speaker tadi?

final • 12:10 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Dia bagi laluan untuk saya tanya waktu ini.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Jadi Yang Berhormat this is proper dengan izin sewaktu nanti speaker Yang Berhormat boleh bertanya.

final • 12:10 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Okey terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.

final • 12:10 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 15 Februari 2023.”

final • 12:18 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 12:18 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 12:18 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

MELANTIK SEBUAH JAWATANKUASA PEMILIH BAGI PARLIMEN KE-15 DI BAWAH P.M. 76

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan usul:

“Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 76, Dewan ini melantik sebuah Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Parlimen Kelima Belas yang mengandungi seorang Pengerusi dan enam orang lagi Ahli Jawatankuasa seperti berikut:

final • 12:19 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

  1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Dato’ Johari bin Abdul (Pengerusi); 2. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Fadillah bin Yusof, Ahli Parlimen Petra Jaya, Timbalan Perdana Menteri; 3. Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Seremban; 4. Yang Berhormat Tuan Mohd Rafizi bin Ramli, Ahli Parlimen Pandan;

final • 12:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

  1. Yang Berhormat Dato’ Sri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang; 6. Yang Berhormat Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Ahli Parlimen Larut, Ketua Pembangkang; dan 7. Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu.” Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Ada yang menyokong?

final • 12:20 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Saya menyokong.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Baiklah Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah usul seperti nombor satu sebagaimana telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Mesyuarat ini dibuka untuk dibahaskan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

[Disampuk] Dibahas dahulu? Baik kalau– baik, baik.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bahas atau tidak?

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Ada kesilapan. Silakan.

Dibukakan.

[Berbincang dengan Setiausaha Dewan Rakyat] Tidak ada bahas ya? Okey, diteruskan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah nombor 1 di dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini hendaklah disetujukan.

final • 12:20 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Saya silakan Yang Berhormat Titiwangsa berucap selama 75 minit.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Hui, lamanya berucap.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Assalamualaikum dan salam perpaduan. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya Ahli Parlimen Titiwangsa memohon untuk mencadangkan Usul Menjunjung Kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah kerana sudi berangkat menyampaikan titah ucapan di Persidangan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas pada hari Isnin, 13 Februari 2023.

“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku,

final • 12:22 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak- banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Kelima Belas.” Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini.

Di sini saya memulakan perbahasan saya dengan pantun empat kerat sebagai mukadimah perbahasan di dalam Dewan yang mulia ini.

*Belah rotan bertakhta berlian, Sirih pinang pembuka bicara, Raja Berdaulat tiada tepian, Adat dikenang rakyat sejahtera.

Raja dan rakyat berpisah tiada, Masalah rakyat dikongsi bersama, Rakyat mengangkat institusi diraja, Raja dan rakyat rasa bahagia.* Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini pada hari Jumaat yang lepas, kerajaan telah mengumumkan pertumbuhan ekonomi ataupun KDNK pada tahun 2022 yang telah mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan dan malah kalau daripada segi percentage, ada yang mengatakan ia adalah yang terpantas di kalangan negara ASEAN.

Saya melihat ini adalah merupakan satu indikatif bahawa ekonomi kita telah mula membaik pulih jika dibandingkan dengan tahun 2020 dan 2021. Akan tetapi apa yang kita hendak gambarkan secara realitinya untuk mendapatkan gambaran sebenar pertumbuhan KDNK ini, eloklah kalau kita dapat melihat bagaimana perkembangan ekonomi negara kita pada tahun 2017, 2018 dan 2019.

Pada tahun 2017, 2018 dan 2019, kita berkembang sebanyak 5.8 peratus pada 2017, 4.8 peratus pada 2018 dan tahun 2019, 4.4 peratus. Secara puratanya untuk ketiga- tiga tahun 2017, 2018 dan 2019 ini, negara kita berkembang ekonominya sebanyak lima peratus.

Akan tetapi apabila kita berdepan dengan pandemik COVID-19 ini, kita lihat ekonomi kita menguncup. Pada tahun 2020, ekonomi telah menguncup sebanyak negatif 5.5 peratus. Pada tahun 2021, kita hanya pulih 3.1 peratus berbanding penguncupan yang berlaku pada tahun 2020. Maksudnya dalam erti kata perkembangannya, kita masih tahap negatif kerana negatif 5.5 peratus pada tahun 2020 tetapi pada tahun 2021, kita hanya berkembang 3.1 peratus, maka kita masih dalam lingkungan negatif. Akan tetapi pada tahun 2022, kita telah meningkat kepada 8.7 peratus seperti yang disebut oleh Menteri Ekonomi semasa soal jawab lisan tadi.

Apa yang saya hendak tekankan, kalau kita lihat tiga tahun sebelum ini, 2017, 2018 dan 2019 kita mempunyai purata perkembangan ekonomi sebanyak lima peratus.

Akan tetapi tiga tahun selepas kita berdepan dengan pandemik ini, 2020, 2021 dan 2022, secara puratanya, ekonomi kita hanya berkembang sebanyak 1.9 peratus iaitu daripada lima peratus tiga tahun sebelum pandemik dan tiga tahun selepas pandemik, selepas pandemik kita hanya berkembang sebayak 1.9 peratus.

Ini berbanding kalau kita lihat dari segi pencapaian negara-negara jiran. Kalau kita tengok di Singapura contoh. Waktu kita berdepan dengan pandemik pada tahun 2020, mereka hanya mengalami penyusutan ekonomi negatif 4.1 peratus tetapi pada tahun

final • 12:22 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

2021, mereka berkembang 7.6 peratus. Bermakna ia telah cover balik dia punya negatif pada tahun 2020.

Begitu juga di Indonesia. Waktu kita berdepan dengan pandemik pada tahun 2020, mereka menguncup ekonomi mereka sebanyak negatif 2.1 peratus tetapi pada tahun 2021, mereka cover balik 2.1 peratus ini dengan perkembangan ekonomi sebanyak 3.7 peratus. Begitu juga dengan Vietnam. Kalau kita tengok mereka dapat recover balik ekonomi mereka pada tahun 2021. Akan tetapi dalam konteks Malaysia, 2021 kita masih lagi belum recover ekonomi kita yang tertinggal atau menguncup pada tahun 2020. Sebab itu hari ini kita lihat pada tahun 2022, kita berkembang 8.7 peratus adalah kerana efek low-base growth yang kita ada pada tahun 2021 dan 2022.

Walau bagaimanapun, apa yang saya hendak bawa kepada perhatian Dewan ini Tuan Yang di-Pertua, ialah trend ekonomi ini sungguh membimbangkan saya adalah apabila kita melihat trend pada tahun 2022. Kalau kita tengok daripada suku quarter yang pertama tahun 2022, walaupun ia berkembang positif 3.8 peratus, tetapi apabila masuk quarter kedua, ia berkembang turun sedikit tetapi masih positif 3.5 peratus.

final • 12:22 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Kemudian pada suku ketiga 2022, ia berkembang juga tetapi perkembangan ini telah jatuh kepada 1.9 peratus, masih positif. Akan tetapi apa yang membimbangkan saya ialah apabila tiba quarter empat. Quarter empat ini, kita lihat perkembangan ekonomi kita ini sudah jadi negatif, that quarter -2.6. Jadi secara keseluruhannya, trend yang menurun ini, 3.8 peratus, 3.5 peratus suku quarter kedua, suku quarter ketiga 1.9 peratus dan suku quarter keempat -2.6 peratus. Ini menunjukkan trend yang sungguh membimbangkan apabila kita melihat ekonomi ke hadapan.

Mari kita tengok apa yang berlaku yang telah forecasted oleh World Bank untuk negara kita pada tahun 2023 dan 2024 dibandingkan dengan negara-negara di rantau Asian. Malaysia dianggarkan berkembang pada tahun 2023 hanya empat peratus. Pada tahun 2024, dia menganggarkan ekonomi kita, World Bank, 3.9 peratus. Bermakna even World Bank foresee 2023 dan 2024 ini, kita terdapat penurunan perkembangan ekonomi empat peratus dan 3.9 peratus berbanding sebelum kita berdepan dengan COVID-19, tiga tahun average kita berkembang sebanyak lima peratus.

Mari kita tengok daripada segi Indonesia. World Bank menjangkakan Indonesia berkembang pada tahun 2023, 4.8 peratus dan pada tahun 2024, 4.9 peratus. Mereka berkembang, kita juga berkembang, tetapi kita slower pace than them. Philippines, World Bank forecasted pada tahun 2023, 5.4 peratus. Pada tahun 2024, 5.9 peratus. Vietnam dianggarkan - World Bank mengunjurkan Vietnam akan berkembang pada tahun 2023, 6.3 peratus. Pada tahun 2024, dianggarkan berkembang 6.5 peratus. Inilah angka-angka yang sepatutnya menjadi kebimbangan kita sebagai sebuah kerajaan untuk melihat bagaimana kita boleh reverse trend ini.

Agensi kewangan dunia seperti IMF dan World Bank meramalkan ekonomi dunia akan terus perlahan, malah beberapa buah negara dirantau Asia yang telah pun mengalami penguncupan ekonomi seperti South Korea. South Korea pada tahun 2022 telah menunjukkan ada contraction dalam dia punya ekonomi -0.4 percent. Begitu juga Jepun pada tahun 2022, ekonominya berkembang -0.8 percent. Kedua-dua negara ini, South Korea dan Jepun ini, dia juga merupakan rakan perdagangan kita yang boleh dikatakan sangat besar. Ini kerana kalau kita tengok kita punya total trade as a country, kita berdagang dengan negara-negara di seluruh dunia ini sebanyak RM2.848 trilion.

Kalau dibandingkan dengan GDP kita hanya RM1.5 trilion, bermakna trade kita berjumlah lebih kurang 159 peratus daripada kita punya GDP.

Daripada RM2.8 trilion ini, kalau kita tengok Jepun trading dengan Malaysia ini, import dan eksport 6.4 peratus; Korea Selatan empat peratus. Kalau negara mereka ini telah menunjukkan penguncupan, sudah tentu ia juga secara tidak langsung, ia juga akan memberi kesan kita pada akan datang iaitu 2023 dan 2024. Inilah anggaran yang dibuat oleh World Bank dengan menggunakan statistik-statistik negara-negara yang berdagang dengan kita yang menyebabkan kita mempunyai total trade RM2.8 trilion.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, pertumbuhan KDNK yang lebih perlahan ini bermakna aktiviti ekonomi yang juga lebih perlahan. Penciptaan pekerjaan yang berkurang dan pendapatan isi rumah yang tidak dapat menampung kos sara hidup rakyat. Ini lumrah apabila ekonomi tidak berkembang, maka rakyat juga akan dapat merasakan...

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua, mencelah sedikit. Yang Berhormat Titiwangsa boleh?

final • 12:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Nanti kejap. Let me finish this paragraph.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Okey.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Just to give complete. Nanti you tanya. Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

The floor Yang Berhormat tengah berucap, kalau dibenarkan, then get along. Silakan.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Boleh ya? Tuan Yang di- Pertua, dalam konteks KDNK ini, ia juga boleh menjejaskan daripada segi kedudukan pekerjaan dan pengangguran yang berlaku dalam negara kita. Ia juga sangat membimbangkan. Saya ingat waktu saya dalam sidang Parlimen sebelum ini semasa berbahas menyokong Usul Percaya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya pernah menghuraikan statistik berkenaan penciptaan pekerjaan oleh sektor swasta yang lebih rendah daripada graduan universiti yang kita hasilkan setiap tahun.

Sebagai contohnya, daripada segi purata graduan yang kita keluarkan pada tahun 2018, 2019, 2020, 2021 dan 2022, on average setiap tahun kita mengeluarkan graduan sebanyak lebih kurang dalam 300,000. Akan tetapi, peluang pekerjaan yang dicipta oleh sektor swasta sepanjang lima tahun yang lepas on average lebih kurang dalam 93,000.

Di sinilah terletaknya betapa penting perkembangan ekonomi untuk mengatasi soal-soal pengangguran di dalam negara kita.

Saya menyebut sektor swasta ini adalah kerana saya mengambil maklum bahawa daripada segi public sector ataupun kerajaan, mereka sudah mempunyai kakitangan yang cukup tinggi sejumlah 1.6 juta. Sudah tentu kalau kita add into kita punya peluang pekerjaan di sektor public ini, ia sudah tentu akan memberi bebanan kepada kerajaan daripada segi fiscal deficit yang kita telah berdepan pada hari ini.

Jadi, daripada beratus ribu graduan ini yang tidak dapat kerja dalam sektor swasta, di mana mereka pergi? Mereka ini pergi kepada tiga. Ramai daripada kita ini ketika dilihat graduan-graduan kita ini, mereka ini mempunyai ijazah, diploma dan terpaksa bekerja dalam bidang-bidang atau jawatan yang tidak setimpal dengan kelayakan mereka ataupun dipanggil skill-related underemployment. Kalau kita tengok daripada segi statistik underemployment, negara kita mempunyai underemployed hanya 1.3 juta pada tahun 2017. Akan tetapi apa yang berlaku, bila tiba tahun 2022, kita punya underemployed telah meningkat sebanyak 42 peratus iaitu mencecah 1.89 juta underemployed. Itu bermakna banyak graduan kita yang mempunyai qualification bekerja di bawah kelulusan mereka. Ini kerana tidak ada kerja, maka mereka terpaksa ambil underemployed.

Ini juga tidak terkecuali pekerja-pekerja dalam sektor informal. Kita juga ada sektor-sektor informal yang mereka tidak bergaji secara bulanan iaitu berjumlah lebih dua juta pekerja yang membawa Grab, menjadi rider Foodpanda dan bekerja sendiri di gerai- gerai, warung-warung, kedai-kedai kecil dan lain-lain lagi. Kalau ini berterusan jumlah yang kita keluarkan daripada universiti kita terpaksa landed ke dalam sektor-sektor ini ataupun dalam kumpulan ini, ia sungguh membimbangkan saya supaya apabila kita melihat bagaimana ke hadapan dengan kedudukan ekonomi yang tidak menentu, kita akan berdepan dengan masalah agak kronik pada masa akan datang. Jumlah pekerja yang kita ada hari ini, semi-skilled dan juga low-skilled berjumlah 11.4 juta berbanding pekerja berkemahiran tinggi, 4.4 juta pekerja. Sila.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Berdasarkan data-data yang dijelaskan oleh Yang Berhormat tadi,

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

bersetujukah Yang Berhormat bahawa sekiranya tidak ada tindakan yang menyeluruh dan berkesan diambil oleh kerajaan pada tahun 2020 dan 2021, maka kesan kepada ekonomi akan menjadi lebih teruk? Segala tindakan yang telah diambil pada waktu itu membolehkan ekonomi tidak merudum begitu teruk dan pemulihannya lebih cepat dan ini kita dapat lihat seperti mana yang Yang Berhormat sebut tadi bahawa pertumbuhan 2022 adalah sebanyak 8.7 peratus. Kita sedar ini ada base effect. Namun, tanpa intervensi daripada kerajaan pada waktu itu, tentunya ia akan jatuh lebih teruk.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Kedua Yang Berhormat, apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi berkaitan dengan unemployment, dengan izin dalam kalangan graduan. Saya amat bersetuju. Ini merupakan antara perkara yang dihadapi, ini adalah structural issue yang dihadapi oleh negara. Apa yang paling penting adalah untuk kerajaan pada hari ini mengambil ruang yang ada dalam konteks pemulihan ekonomi ini untuk mengurangkan pengambilan pekerja asing dan meneruskan peningkatan automasi dalam industri bagi membolehkan anak-anak muda kita yang graduated daripada universiti ini mendapat pekerjaan dengan pendapatan yang lebih tinggi. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon soalan atau pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putrajaya itu dimasukkan dalam ucapan saya.

[Tepuk] Saya juga ingin mengambil perhatian Dewan yang mulia ini iaitu kita tengok daripada segi kadar pengangguran yang berlaku selepas pandemik COVID-19 ini.

Sebelum pandemik COVID-19 melanda negara kita, kita mempunyai jumlah penganggur 504,000 iaitu lebih kurang dalam 3.3 peratus. At the peak kita berdepan dengan COVID- 19 ini, kita mempunyai penganggur 733,000 iaitu 4.6 peratus daripada jumlah mereka yang boleh bekerja tetapi menganggur.

Setakat 2022, kadar pengangguran ini masih tinggi walaupun daripada segi percentage-nya, ia 3.6 peratus, kalau dibandingkan 2018, 3.3 peratus. Akan tetapi angka yang masih menganggur ini, sungguh besar iaitu hampir 600,000. Jadi kalau kita tengok daripada 600,000 ini, ia represent 3.6 peratus. Akan tetapi kalau kita tengok daripada segi jumlah belia yang menganggur, yang berumur 25 tahun ke bawah, ia telah mencecah pada tahun 2022 331,000 iaitu 11.8 peratus...

final • 12:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Jika dibandingkan dengan 3.6 peratus. Jadi, kalau kita tengok jumlah pengangguran ini nampak figure kecil. Kalau dulu 2018 3.3 peratus, sekarang 2022, 3.6 peratus. Akan tetapi kalau kita tengok jumlah belia yang menganggur ini, 25 tahun ke bawah yang dah tidak lagi belajar – 25 tahun selalunya kalau degree pun sudah habis, diploma pun sudah habis. Some of them master pun sudah habis tetapi ia mencecah hampir 11.8 percent.

Jadi inilah yang saya katakan tadi bahawa adalah sangat penting sebuah kerajaan dan kita semua dalam Dewan ini melihat bagaimana kita mengemudi ekonomi ini supaya generasi akan datang tidak akan terus terkesan daripada segi statistik yang saya sebut tadi ini – sungguh membimbangkan saya untuk Malaysia ke hadapan. Yes, Yang Berhormat Ayer Hitam.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Satu ucapan mukadimah yang cukup baik. Sebagai bekas Menteri Kewangan dan juga tokoh korporat yang berjaya. Saya agak tertarik dengan beberapa kenyataan yang telah dibuat. Pertama iaitu penguncupan yang berlaku di Korea Selatan dan juga di Jepun. Ini satu hakikat.

Satu lagi aspek saya hendak minta pandangan Yang Berhormat ialah berkenaan perang perdagangan antara Amerika dengan China. Ini memberi kesan yang agak besar kerana kita sejak tahun 2009, menjadi rakan (trade partner) yang paling penting. China merupakan negara yang paling penting. Apakah kesan yang telah kita dapat lihat dan apakah peluang yang ada melihat kedua-dua gajah ini bergaduh? Apakah sektor yang

final • 12:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

boleh dibawa ke sini kerana melihat advantage yang ada pada negara ini? Saya yakin Yang Berhormat sebagai seorang veteran, ‘otai’ yang cukup berpengalaman.

Saya memang suka sangat tadi Yang Berhormat sebut fasal FDI. Berbanding dengan Indonesia, berbanding dengan Singapura, mereka agak berjaya. Apa sebab?

Apakah niche area yang mereka tonjolkan yang mana Malaysia masih lagi belum?

Kedua, soal pengangguran tadi saya hendak minta pandangan Yang Berhormat.

Memang betul, kita lihat belia menganggur cukup ramai. Akan tetapi, apakah ini juga berkisarkan kepada perancangan yang dibuat oleh agensi kita selama ini? Ini kerana kita lihat mismatch yang berlaku ini. Apakah kita memikirkan cost of repair selepas seseorang itu telah mendapat satu pekerjaan?

Ini dua perkara. Pertama, mismatch daripada segi kursus dan an melihat pasaran, adakah itu yang dituntut. Kedua ialah betul, TVET. Kita rasa latihan kita tak cukup. Betul apa yang dikatakan tadi kita hendak buat automasi. Akan tetapi selepas pulih daripada COVID-19 – Belum pulih lagi. Apakah tindakan atau daripada segi dasar yang Kementerian Kewangan boleh bantu untuk memulihkan sektor ini supaya mereka seiring dengan negara-negara jiran? Minta pandangan Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Titiwangsa, boleh Bayan Baru mencelah sedikit?

final • 12:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Nanti Yang Berhormat. Yang Berhormat Ayer Hitam, saya setuju. Konflik antara Amerika dengan China ini adalah merupakan satu kegusaran juga kepada kita. Ini kerana kalau kita tengok China, ia merupakan rakan dagang. Di antara kita dengan China ini, total trade kita hampir 17.1 percent out of RM2.8 trilion kita berdagang dengan seluruh dunia. Sudah tentu 17.1 percent daripada RM2.8 trilion ini merupakan satu kesan atau impak yang sangat besar.

Begitu juga dengan US. US merupakan rakan dagangan dengan kita ialah 9.1 peratus. Ia juga merupakan satu nisbah atau percentage yang sangat besar. Jadi apa-apa pun berlaku di antara kedua-dua negara ini, ia secara tak langsung juga akan memberi kesan kepada kita.

Jadi yang saya hendak sambung ini ialah hasil kesan daripada ekonomi ini yang berlaku hari ini ialah gaji dan pendapatan isi rumah. Bila kerja susah nak dapat, underemployment, kerja informal sector, yang menganggur, sudah tentu ia memberi kesan kepada gaji dan pendapatan isi rumah.

Saya beri contoh, kalau kita tengok daripada segi median salary ataupun salary purata bulanan negara kita. Pada tahun 2018, gaji bulanan purata (median salary) adalah sebanyak RM2,306, lebih kurang RM2,300 gaji median salary. Apa yang berlaku pada tahun 2021, gaji median ini telah jatuh kepada RM2,250 iaitu kejatuhan 2.4 peratus. Gaji tak meningkat, gaji jatuh 2.4 peratus median salary dan ditambah pula inflation yang berlaku dalam 2019, 2020 dan 2021 ini sebanyak 6.3 peratus.

Kalau kita ambil inflation cumulatively 6.3 percent dan pendapatan median jatuh 2.4 peratus, bermakna kita sudah jatuh purchasing power rakyat kita yang berpendapatan on median salary ini 8.7 peratus. Ini juga konsisten dengan statistik yang saya baca tadi daripada segi underemployment kerana ia telah jatuh, kemudian tidak berkembang, kemudian inflation pula kita kena berdepan selama tiga tahun berjumlah 6.3 peratus. Saya tak boleh bayang kalau inflation 6.3 peratus ini tanpa subsidi yang begitu banyak diberi, saya ingat 6.3 peratus ini boleh jadi mungkin 10 atau 12 peratus. Akan tetapi subsidi ini tidak sustainable. Kita kalau tak ada duit, nak continue beri subsidi juga masalah. So jadi purchasing power juga akan terjejas. Inilah gambaran yang saya dapat gambarkan hasil daripada kekangan ataupun ekonomi yang kita berdepan hari ini.

Di samping itu juga, statistik yang saya hendak share kepada Dewan ini ialah terdapat 20 peratus daripada isi rumah M40 yang telah jatuh kepada B40 iaitu hampir lebih kurang dalam 640,000 isi rumah – sebelum COVID-19 ini 2017, 2018 dan 2019. Hari ini mereka itu duduk dalam M40 tetapi selepas pandemik melanda negara kita, 2020, 2021 dan 2022 ini kesannya masih terjejas. Akhirnya, ada golongan isi rumah seramai 640,000 sudah jatuh kepada B40.

final • 12:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Titiwangsa. Sedikit. Bayan Baru.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Nanti sekejap, last. Saya masuk ini sekejap. Begitu juga daripada segi kadar kemiskinan. Kadar kemiskinan juga telah meningkat daripada 5.6 peratus kepada 8.4 peratus iaitu penambahan sebanyak 235,000, daripada 405,000 isi rumah telah meningkat kepada 640,000 dan penambahan sebanyak 235,000.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Jadi, secara tidak langsung kesan ekonomi ini bukan sahaja menyebabkan pengangguran, underemployment, gaji sudah jatuh, inflation bertambah dan ia juga menyebabkan M40 jatuh kepada B40. Kemudian kita tengok dari segi kadar kemiskinan juga meningkat daripada 5.6 peratus kepada 8.4 peratus.

Siapakah? Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 12:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih, Yang Berhormat Titiwangsa.

Saya sangat bersetuju dengan apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa. Isu the crux of the problem sebenarnya ialah jenis pekerjaan. Apakah jenis pekerjaan yang rakyat Malaysia buat? Dahulu, kita berkerja untuk menjadi negara maju.

Jadi, fokus negara ialah daripada segi bidang sains, teknologi, IT, dan Islamic finance, dan sebagainya yang high-value jobs. Akan tetapi, kebelakangan ini fokus kita telah lari kepada services jobs. Services jobs itu contohnya Grab, gig economy, restaurant, retail dan sebagainya. Jenis-jenis perkerjaan ini mereka ini tidak – ia ada bottleneck-nya kerana service jobs ini ia kurang tambah nilai, ya. Kita tahu bahawa the world in the future, the jobs of the future adalah bidang sains dan teknologi.

Saya rasa ada keperluan untuk kita gemblengkan semula supaya kita fokus kembali kepada the jobs of the future iaitu teknologi, sains dan sebagainya. Dahulu di Malaysia ini kita target 40 percent Form Four students masuk ke jurusan sains tetapi sekarang tidak pernah kita capai itu. Jadi, itu sebab di kawasan Bayan Baru, di mana E&E sector, kilang-kilang high-tech mereka merayu, mereka minta pekerja dalam Malaysia Semiconductor Industry Association (MSIA).

Ia telah published; mereka perlukan lebih 4,000 orang engineers. Executives atau non-engineers perlu 2,000 orang pekerja. Technicians perlu 2,500 orang pekerja. Mereka cari merata tempat tidak dapat pekerja. Operator; mereka memerlukan 15,000 orang pekerja. A lot of the jobs – ia ada banyak quality jobs cuma saya rasa adalah pekerja kita mismatched, yang tidak – sistem pendidikan yang mana Putrajaya pun tahu bahawa mismatch itu students kita tidak fokus kepada sains dan teknologi.

I think, that is the crux of the problem. Kita perlu gembleng supaya kita kembali kepada negara maju.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit, kalau saya bagaimana boleh tambah, Yang Berhormat Titiwangsa? Kuala Selangor. Ya, menyambung...

final • 12:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Dengan izin, Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Floor Yang Berhormat Titiwangsa, terpulang kepadanya.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ya, dengan izin Yang Berhormat Titiwangsa. Saya...

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau dibenarkan, silakan.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dengar dengan tekun dari awal lagi. Yang Berhormat

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Titiwangsa berhujah dan sedikit memberikan satu gambaran yang agak suram, gloom and doom. Sementara juga kita membaca daripada beberapa research houses umpamanya HSBC yang memberikan satu kedudukan Malaysia sebagai the top performer dalam ASEAN, saya pun kurang setujulah kalau hendak diangkat Malaysia as a top performer dalam ASEAN dengan sebentar tadi dimukadimahkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa.

Yang Berhormat Titiwangsa belum masuk lagi hal persoalan investment dan juga belum masuk lagi hal-hal yang lain yang saya kira adalah juga penting. Akan tetapi, mungkin menjurus daripada ini adalah peluang yang Malaysia dalam post-pandemic ini untuk memacu satu model pertumbuhan yang tidak boleh lagi be driven by consumption, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Titiwangsa kalau boleh bersetuju dengan saya.

Waktunya telah sampai untuk kita tidak lagi bergantung kepada memacu pertumbuhan dengan consumption yang akan tentunya mahukan household spending yang langsung akan membawa kepada debt of household dan domestic debt itu terus meningkat.

Ini adalah, again, persoalan struktural tetapi saya yakin Yang Berhormat Titiwangsa bersetuju dengan saya kalau kita mengambil kesempatan ini untuk menekankan keperluan kepada kita merombak ataupun memacu model pertumbuhan yang lain daripada hanya input ataupun consumption-driven dan sebagainya yang perlu memerlukan investment kerana tidak ada investment kita akan...

Ya, Yang Berhormat Titiwangsa kalau bersetuju dengan saya, kita akan mengalami premature industrialization, manufacturing kita jatuh dan kita hanya akan bertumbuh dengan hanya consumption dengan juga eksport semata-mata. Terima kasih untuk sementara itu.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Titiwangsa, kalau boleh saya – sebelum jawab kalau tambah satu lagi boleh?

final • 12:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Sekejap, let me finish this.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Okey.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Oleh sebab itu, apa yang saya cerita tadi adalah merupakan statistik mukadimah saya kerana semua ini merupakan realiti sebenar dari segi ekonomi negara, ekonomi rakyat yang sebahagiannya disebabkan oleh krisis COVID-19 dan juga sebahagian disebabkan oleh pengurusan ekonomi kita sendiri.

Semua ini berkait rapat dengan kemampuan kerajaan untuk menguruskan ekonomi yang dijangka dan akan lebih mencabar dalam masa yang terdekat seperti yang telah digambarkan atau diunjurkan oleh badan-badan international seperti World Bank dan IMF. Apabila pertumbuhan ekonomi ini perlahan, maka secara automatik pekerjaan yang dicipta berkurang, pendapatan rakyat jatuh dan ini juga akan memberikan kesan kepada hasil cukai yang akan terus berkurang dari segi KDNK negara.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya hendak masuk bab cukai ini. Jadi, tidak apa. boleh bagi.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Terima kasih, Yang Berhormat Titiwangsa. Tadi Yang Berhormat sebut tentang purchasing power. Jadi, kalau kita lihat tadi disebut dalam keadaan kalau ditarik subsidi maka inflasi akan meningkat dengan lebih cepat dan kerajaan pada hari ini adalah menyebut bahawa fokusnya ialah subsidi bersasar. Bagaimanakah Yang Berhormat melihat bahawa subsidi bersasar ini akan memberi kesan kepada golongan-golongan yang mungkin walaupun mendapat subsidi tetapi impak subsidi bersasar secara keseluruhan kepada inflasi dan ekonomi? Terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Yang di- Pertua, saya minta laluan sedikit Yang Berhormat Titiwangsa, boleh?

final • 12:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Nanti sekejap, nanti sekejap.

Jadi, subsidi bersasar ini memang sangat penting kerana kalau kita tidak buat subsidi bersasar ini forever kita akan sentiasa berdepan dengan subsidi yang tidak sepatutnya diberikan kepada golongan-golongan yang tidak sepatutnya terima.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Oleh sebab itu, hendak buat subsidi bersasar ini kita memerlukan betul-betul rapi daripada segi kita menyusun strategi itu untuk bersasar. Ini kerana kalau kita tidak susun strategi dengan betul, mekanismenya tidak betul, implementation-nya tidak betul, execution-nya tidak betul maka ia boleh memberikan kesan kepada mereka yang terpinggir, yang terlepas pandang. Ia akan menjadikan figure kemiskinan ini kemungkinan besar akan lebih tinggi kalau kita tersilap buat mekanisme ini. Itu sangat penting kalau dibandingkan dengan apa yang kita buat hari ini. Kita nampak semua dapat tetapi yang dapat lebih banyak ialah golongan-golongan yang tidak sepatutnya dapat.

final • 12:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Saya hendak masuk...

final • 12:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Nanti sekejap. Apabila bercerita tentang subsidi ini, let me get the flow right daripada segi kedudukan kewangan kerajaan.

Kita tidak boleh lari daripada apa yang berlaku dalam ekonomi kita ini, kita akan dapat hasil daripada cukai. Kalau kita lihat pada sebelum COVID-19, kalau kita tengok pada sebelum 2018, kita punya cukai ataupun hasil cukai (tax revenue) yang kita dapat daripada jumlah ekonomi kita ialah sebanyak 15 peratus daripada KDNK. Maknanya, setiap dolar kita punya GDP itu kita dapat 15 percent translated into, dengan izin, tax revenue. Akan tetapi, apa yang berlaku sejak penurunan ini pada 2019, 2020, 2021, dan 2022 tax yang kita dapat daripada perkembangan ekonomi telah jatuh daripada 15 peratus pada hari ini jatuh kepada 11.1 percent. Dalam masa yang sama kita hendak more money to help more people, hendak tolong orang yang lebih susah tetapi income kita jatuh dari segi percentage; ekonomi berkembang, percentage kita jatuh.

Jadi, apabila kita bercerita soal percentage ini...

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Titiwangsa, dengan izin duduk. Yang Berhormat, waktu sudah pukul satu. Akan tetapi, sebelum itu ingin saya mengingatkan Ahli-ahli Dewan tentang Peraturan Mesyuarat 37(1)(b) dan 37(2). Isu ini timbul jika hendak mencelah atau hendak bertanya kepada yang sedang bersyarah atau memberi penjelasan di dalam Dewan, ya. Okey?

Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang sudah pukul satu tengah hari, saya menangguhkan mesyuarat ini sekarang dan akan disambung semula pada pukul 2.30 petang.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Titiwangsa. Teruskan. Ada 38 minit sembilan saat lagi.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin menyambung ucapan saya iaitu saya ingin menyentuh daripada segi kesan ekonomi ini kepada kedudukan kewangan kerajaan. Sebelum ini kita dapat mengutip hampir 15 peratus daripada KDNK sepanjang tahun 2012 sehingga tahun 2018.

final • 2:32 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Di sinilah kita mendapat kita punya tax revenue tetapi tax revenue kita ini makin lama makin jatuh daripada segi percentage of KDNK. Hari ini negara kita mempunyai tax revenue percentage of KDNK hanya 11.11 percent. Kalau kita bandingkan dengan negara-negara di rantau ASEAN - Thailand 14.5 peratus tax revenue yang mereka collect daripada KDNK; Filipina 14 peratus; Singapura 13 peratus; dan Vietnam 22.7 peratus. Akan tetapi bagi kita, percentage ini telah menurun sehingga mencecah 11.1 percent. Kutipan keseluruhan hasil Kerajaan Persekutuan, termasuk hasil bukan cukai juga tidak menunjukkan peningkatan ketara. Malah, hasil yang kita kutip pada tahun 2021 sejumlah RM221 bilion lebih kurang dengan kutipan hasil yang kita collect atau kita kutip pada tahun 2017 iaitu hanya RM220 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kesan daripada kekurangan hasil ini, ia menyebabkan kerajaan hari ini berdepan dengan defisit yang begitu besar. Kalau dahulu, defisit kita pada tahun 2017 hanya tiga peratus, dan daripada segi jumlah amaun yang defisit itu ialah RM40.3 bilion. Akan tetapi hari ini telah meningkat hingga hampir RM100 bilion ataupun equivalent to 5.6 percent of deficit to GDP dari tahun 2022. Hasil daripada pembesaran defisit ini, tiap-tiap tahun kerajaan terpaksa meminjam dengan begitu banyak sehinggakan kita sekarang ini berdepan dengan hutang kerajaan yang mencecah RM1.5 trilion. Pendapatan yang kurang, GDP yang terkesan, kemudian defisit yang membesar, hutang yang meningkat. Inilah antara cabaran negara kita hari ini untuk melihat kegawatan ataupun kebolehan kita berdepan dengan isu-isu yang menyebabkan ekonomi kita terkesan pada masa akan datang.

Kesan daripada peningkatan hutang yang begitu besar ini, dalam masa empat tahun kita telah meningkatkan hutang kita hampir RM350 bilion. Peningkatan hutang ini juga memberi kesan kepada kebolehan kerajaan untuk menggunakan hasil cukainya untuk membangunkan negara kerana kerajaan terpaksa membayar faedah hutang yang lebih tinggi.

Contohnya pada tahun 2017, faedah yang kita bayar setahun hanyalah RM27.9 bilion iaitu 12.6 peratus daripada hasil kutipan kerajaan. Akan tetapi pada tahun 2022, hutang ini sudah meningkat lebih RM43 bilion. Malah, daripada segi percentage kepada hasil kerajaan ialah sudah meningkat 14.6 peratus. Kalau kita tahu- kalau mana-mana rating agency apabila ia melihat hutang ini melebihi 15 peratus, ia akan menyebabkan secara tidak langsung penarafan negara juga akan terjejas.

Tuan Yang di-Pertua, saya kembali kepada hasil kerajaan ini ialah...

final • 2:32 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan Tuan Yang di-Pertua, minta laluan Yang Berhormat Titiwangsa, boleh?

final • 2:32 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Bagi saya habis sekejap. Saya hendak bercakap juga tentang salah satu penyumbang utama, hasil kerajaan kita ini ialah PETRONAS. Selain daripada cukai pendapatan yang kita dapat secara direct, kerajaan juga mendapat pendapatan melalui PETRONAS. Saya hendak berkongsi di dalam Dewan ini betapa kerajaan kita ini bergantung terlalu tinggi- penggantungan kepada income ataupun pendapatan yang datang daripada PETRONAS.

Saya bagi contoh, kita menerima dividen- kerajaan menerima dividen, PITA tax, royalti, jumlahnya hampir mencecah 25.6 peratus ataupun RM75.3 bilion daripada jumlah pendapatan kerajaan. Sudah tentu angka ini membimbangkan saya kerana sekiranya satu hari nanti natural resources yang ada dalam PETRONAS ini sudah tidak ada lagi, maka sudah tentu ia akan memberikan kesan yang sangat besar kepada hasil pendapatan negara. Daripada segi jumlah purata dari tahun 2018, 2019, 2020, 2021 dan 2022, kita ambil secara average bahawa kerajaan mengambil hampir RM60 bilion tiap-tiap tahun daripada pendapatan PETRONAS. Oleh sebab pengambilan revenue daripada PETRONAS ini atau income daripada PETRONAS ini, ia telah menyebabkan bahawa PETRONAS itu sendiri mempunyai penarafan yang telah berkurang.

Saya ambil contoh, dahulu PETRONAS pada tahun 2016, ia punya penarafan kalau ikut Fitch punya rating agency, ia dapat A rating. Akan tetapi kemudian turun, sehinggakan hari ini Fitch membagi rating kepada PETRONAS ini adalah triple B plus. Ini merupakan kesan kerana apabila kita mengambil hasil daripada PETRONAS ini, kita tidak

final • 2:32 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

melihat daripada segi keuntungan PETRONAS tersebut. Ini yang membimbangkan saya, apabila kebergantungan hasil kerajaan ini banyak tertumpu kepada PETRONAS sebagai sumber daripada pendapatan kerajaan hingga mencecah lebih daripada 25 peratus.

final • 2:32 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, kesan daripada ini, maka PETRONAS pun sama juga terjejas. Selain daripada rating-nya terjejas daripada A sudah jatuh kepada BBB+, PETRONAS juga terpaksa meningkatkan pinjaman.

Kalau dahulu pada tahun 2017, PETRONAS ada pinjaman cuma 64.1 peratus, tetapi hari ini pinjamannya setakat September 2022 juga telah mencecah RM116 bilion.

Ini adalah kerana PETRONAS terpaksa membayar dividen kepada kerajaan walaupun dalam keadaan PETRONAS tidak mempunyai keuntungan pada tahun 2019.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan perlu bersedia daripada sekarang dengan merangka perancangan untuk mengurangkan kebergantungan hasil kepada PETRONAS.

Beberapa perkara yang tidak sustainable jika perlu dimansuhkan, kita perlu mansuhkan.

Subsidi petrol dan diesel yang menelan belanja puluhan bilion ringgit setiap tahun yang memberi faedah dan manfaat bukan sahaja kepada golongan berpendapatan rendah, malah golongan berpendapatan tinggi juga dapat menikmati subsidi ini. Sehingga pada tahun 2022, ia mencecah hampir RM80 bilion.

Ini merupakan strategi yang perlu kita lihat supaya kesan daripada subsidi yang tidak bersasar ini akan menyebabkan setiap daripada income ataupun pendapatan yang kita terima daripada PETRONAS tidak dapat diguna untuk membangun negara tetapi hanya untuk membayar subsidi.

Tuan Yang di-Pertua, cabaran ekonomi. Saya bukan berniat untuk menakutkan Dewan yang mulia ini tetapi memberi gambaran yang jelas, yang sebenar kepada Ahli- ahli Yang Berhormat sekalian betapa pentingnya negara kita, kerajaan kita dan juga kita semua dalam Dewan ini untuk melihat angka-angka ini untuk bagaimana kita boleh melihat dan menyusun strategi supaya ianya tidak berterusan menunjukkan trend yang sama untuk lima hingga 10 tahun yang akan datang.

Kalau kita lihat sebuah negara pada satu ketika dahulu yang kita tengok Sri Lanka in 1960s and 1970s, ia merupakan sebuah negara yang kita anggap sebagai sebuah negara contoh, tetapi Sri Lanka ini ia telah menjadi sebuah negara yang collapse daripada segi ekonominya berpunca daripada 10 ke-12 tahun yang lalu yang mana hutang cuma ada USD50 bilion, bila tahun lepas bila dia collapse, hutangnya bertambah 100 peratus kepada USD110 bilion. Revenue stagnant, tidak pernah meningkat. Bila datang COVID- 19, collapse.

Jadi, kita bersyukur kerana kita masih ada sumber-sumber macam PETRONAS ini. Cuba bayangkan kalau PETRONAS sudah tidak lagi boleh memberi sumber pendapatan kepada kerajaan iaitu melebih 25 peratus, sudah tentu ia akan menyebabkan negara kita juga akan terjejas.

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Titiwangsa, boleh sikit? Putrajaya.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Ya.

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Berkaitan dengan contoh Sri Lanka tadi, saya rasa itu merupakan contoh yang baik. Setujukah Yang Berhormat, jika kita lihat Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2020, dan Tahun 2021, menunjukkan bahawa lebih 50 peratus hutang baharu kerajaan ini adalah untuk membayar hutang yang lama. Ini merupakan hutang prinsipal yang telah matang.

Jadi ini menunjukkan bahawa, apa yang dilaksanakan bertahun-tahun lamanya sebelum ini telah menimbulkan structural issue bukan sahaja dari sudut unemployment, bukan sahaja dari sudut gaji tetapi juga dari sudut kedudukan fiskal kerajaan di mana hutang ini akan terus bertambah dan pendapatan negara yang stagnant, seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi, akan memberi kesan yang amat besar kepada generasi yang akan datang. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, hutang kita ini pada tahun 2018 sebanyak RM686 bilion. Akan tetapi, selepas tahun 2018, hutang ini meningkat sehingga mencecah RM1.2 trilion. Ini adalah kerana banyak perbelanjaan dan pendapatan yang kita guna pakai untuk menampung defisit pada ketika itu.

Oleh sebab itu, saya sebut tadi, defisit kita tiap-tiap tahun hari ini, ia dah masuk benchmark yang baharu- RM100 million. Hutang, kita tidak pernah bayar. Kita selalunya rollover. Selalunya hutang Malaysia ini dia tidak pernah bayar, dia rollover. Hari ini habis expiring tenure 10 tahun, dia akan rollover. Akan tetapi, dibayar interest. Jadi, bila setiap kali kita ada defisit, hutang akan bertambah. Defisit, hutang akan bertambah.

Oleh sebab the last four years kita meningkatkan hutang kita sebanyak hampir RM340 bilion, maka hutang ini merupakan hutang baharu yang di-created untuk membayar. Untuk meningkatkan hutang kita ialah membayar interest yang lebih banyak.

Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, daripada segi FDI pula, saya terpaksa sentuh mengenai FDI ini kerana ia sangat...

final • 2:40 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Yang di- Pertua. Please, bagi sikit ya.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Okey, boleh.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Titiwangsa?

final • 2:40 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya cukup berminat dengan ucapan Yang Berhormat Titiwangsa, dan saya selalu impress dengan beliau semenjak beliau dulu menjadi Menteri Kewangan II. Sepatutnya beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan II untuk kerajaan ini, tetapi itu cerita lain.

Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Titiwangsa, sama ada setuju atau tidak dengan saya, bahawa GST ini ia mampu meningkatkan hasil negara, hasil kerajaan dan ia juga lebih telus. Adakah kerajaan hari ini bercadang untuk memperkenalkan semula GST? Kalau tidak enam peratus, mungkin turun kepada tiga peratus sekurangnya.

Keduanya, Yang Berhormat Titiwangsa, hutang ini sebahagiannya apa yang saya tengok daripada jualan bon terutamanya untuk peruntukan pembangunan setiap tahun.

Ini akan berterusan. Kalau itu tidak dibendung, bukan sahaja kita defisit daripada segi hasil dan perbelanjaan lain tetapi juga daripada segi peruntukan pembangunan yang kita sell bon bukan sahaja di luar negara tetapi juga di dalam negara. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Saya bersetuju daripada segi sistem percukaian GST ini. Akan tetapi, ini kita banyak berdepan dengan dua pandangan yang berbeza. Tadi Yang Amat Berhormat Tambun juga mengatakan bahawa buat masa ini kerajaan tidak berhajat untuk introduce GST.

Akan tetapi, apa yang saya hendak tekankan, sebenarnya apabila kita membuat GST pada ketika dahulu ialah untuk membanteras shadow economy ataupun black economy. That is the best system untuk kita check black economy dan shadow economy ini dengan secara tidak langsung kita dapat meningkatkan pendapatan negara bukan kerana kita mencukai orang tetapi kita pastikan setiap daripada kita ini membayar cukai dan syarikat-syarikat yang lari daripada cukai ini dapat dikenal pasti melalui sistem GST ini.

Akan tetapi, buat masa ini bila dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, GST ini kalau kita introduce, ia akan menyebabkan satu spike of the harga ataupun cost. Oleh sebab itu waktu kita implement GST dahulu, kita nampak ada peningkatan yang begitu drastik. Ia dipanggil one-time increase in kita punya stok, kita punya raw material, work in progress, finished goods. Oleh sebab mereka ini dah bayar SST. Jadi, the one-time spike itu menyebabkan apabila kita hendak membuat sesuatu sistem tax macam GST ini, dia kena cari masa yang sesuai. Masa keadaan hari ini dengan ekonomi yang masih tidak

final • 2:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

menentu, maka ia akan menyebabkan peningkatan inflation yang akan bertambah dengan apa yang kita faced hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit daripada segi soal FDI. Kalau kita lihat daripada segi pelaburan langsung asing (FDI), saya pernah sebut sebelum ini pelabur-pelabur asing memilih negara-negara jiran kita seperti Indonesia, Philippines, Vietnam sebagai destinasi pelaburan mereka. Ini terbukti apabila kita lihat net FDI yang kita dapat kalau compared dengan Indonesia, Vietnam and Philippines.

Kalau kita tengok pada tahun 2021, Malaysia cuma dapat USD7.3 bilion FDI.

Kalau kita tengok Indonesia, dia collect hampir USD23.2 bilion, Vietnam USD22.2 bilion.

Malah pada tahun 2022, kita dapat meningkatkan daripada USD7.3 bilion kepada USD17 bilion tetapi Indonesia dapat meningkatkan daripada USD23.2 bilion kepada USD45.6 bilion. Begitu juga Vietnam, konsisten daripada 22.2 bilion naik 27.7 bilion.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Maka, usaha perlu digandakan untuk kita terus menarik pelabur-pelabur berkualiti mencipta pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Kita juga melihat daripada segi kedudukan ekonomi kita. Pertumbuhan ekonomi kita banyak berasaskan kepada consumption. Statistik menunjukkan pada tahun 2017, ekonomi berkembang melalui consumption sebanyak 67 peratus, dan investment sebanyak 25 peratus.

Akan tetapi, apabila sampai tahun 2022, kita lihat consumption 73.4 peratus tetapi investment hanya 19.8 peratus. Jika kita bandingkan dengan Indonesia dan Vietnam, Indonesia, consumption investment sahaja sebanyak 32 peratus, negara kita hanya 19.8 percent. Vietnam, investmentnya 32 peratus, kita 19.8 peratus. Ini menunjukkan banyak FDI-FDI ini telah pergi ke negara-negara jiran kita dan ekonomi kita...

final • 2:50 PM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

[Bangun] Yang Berhormat Titiwangsa...

final • 2:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

...Ekonomi kita berkembang melalui consumption iaitu akibat daripada kerajaan memberi EPF withdrawal sebanyak RM145 bilion, kerajaan memberikan moratorium kepada penduduk yang terjejas ataupun rakyat kita yang terjejas daripada segi pembayaran installment. Akan tetapi, sebahagian daripada mereka, tidak terjejas, mereka tidak hilang pekerjaan tetapi mereka juga mendapat moratorium. Kemudian bayar rumah dan bayar kereta. Semua dapat moratorium walaupun mereka tidak terjejas disebabkan polisi yang kita buat ini secara keseluruhan, blanket policy, tidak secara targeted. Akhirnya mereka ini ada income, kemudian dapat lagi duit tambahan dan menggunakannya untuk perbelanjaan. Maka consumption kita meningkat begitu tinggi, dan ini satu proses mengembangkan ekonomi yang tidak sustainable. Contohnya, kalau pada masa 2023 ini, tahun 2024, nothing more kita hendak beri mereka daripada EPF. Apakah akan terjadi? Maka, ia akan menjejaskan consumption dalam negara, dan ia memberi efek kepada entiti-entiti perniagaan di luar sana.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Boleh?

final • 2:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Silakan.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Terima kasih kepada Yang Berhormat Titiwangsa. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali apabila kita lihat apa yang dihujahkan tadi berkaitan dengan FDI. Ada tiga persoalan yang mungkin saya boleh kemukakan ataupun tambahan kepada hujah Yang Berhormat Titiwangsa.

Pertama sekali, adakah kerana kekurangan tenaga mahir menyebabkan pelabur- pelabur keluar dari Malaysia dan pergi ke negara-negara lain seperti Indonesia, Vietnam dan Filipina? Ini kerana kalau kita lihat di sini, apabila tenaga mahir ataupun separa mahir ini kurang di negara kita, menyebabkan pendapatan isi rumah kita menurun, seperti yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa tadi.

Kedua, adakah disebabkan selain daripada kurang tenaga mahir, kita perlukan iaitu upskilling dan reskilling sepertimana yang disebutkan pada awal pagi tadi, berkaitan

final • 2:50 PM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

dengan mismatched11 1 job? Kelulusan dan juga peluang pekerjaan yang tidak sama dengan kelulusan dengan peluang pekerjaan. Jadi di sini, apa cadangan yang perlu dibuat oleh kerajaan untuk membantu tenaga kerja kita yang katanya selepas pandemik itu, hampir lebih daripada 600 ribu orang yang masih menganggur, khususnya belia-belia bawah 25 tahun yang ada kelulusan?

Ketiga, apakah pandangan Yang Berhormat Titiwangsa apabila melihat pelabur- pelabur ini lari daripada negara kita tetapi mereka pergi berduyun-duyun ke Indonesia dan Filipina ataupun Vietnam? Adakah disebabkan oleh ketidakstabilan politik di negara kita?

Oleh sebab itu pada pandangan Sri Gading, kestabilan politik Kerajaan Perpaduan yang wujud pada hari ini perlu disokong oleh seluruh rakyat dalam negara kita.

Ini penting untuk keselamatan ekonomi dan juga pembangunan negara kita dan pada waktu yang sama memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak kita yang pada hari ini menjadi penganggur. Itu pandangan dan juga soalan saya. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading itu dimasukkan dalam ucapan saya. Saya bersetuju pada empat, lima tahun yang kebelakangan, sebelum kita berada dalam Dewan yang mulia ini, negara kita ini memang berdepan dengan ketidakstabilan politik yang sangat ketara.

Ini kerana dalam masa empat setengah- tahun, kita ada tiga orang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Empat orang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Empat orang atau, tiga? Saya pun sudah tidak boleh kira berapa ramai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, apabila bercerita soal foreign direct investment, selalunya kita lihat bahawa kerajaan, mana-mana kerajaanlah, kita suka mengumumkan, meluluskan pelaburan yang belum sampai. Ia datang, apply, kita beri lulus, selepas itu kita umum. Oleh sebab itu, apabila kita umum, umum, umum, apakah yang berlaku? Kita mengumumkan pada tahun 2018 RM80 bilion, tahun 2019 RM82 bilion, tahun 2020 RM64 bilion, tahun 2021 RM208 bilion, tahun 2022 setakat bulan September, RM130 bilion.

Kalau saya tengok, semua yang bilion-bilion ini, sepatutnya tidak ada lah pengangguran. Akan tetapi, sebenarnya pengumuman yang kita buat ini, tetapi yang direalisasikan agaklah kecil. Oleh sebab itu, mana-mana kementerian yang bertanggungjawab ini, kena melihat. Kalau kita umum RM80 bilion pada tahun 2019, akan tetapi selepas itu yang direalisasikan pada tahun tersebut merupakan RM32 bilion, maka kita kena tengok, mengapa ini berlaku.

Adakah kita tidak melayan pelabur-pelabur ini ataupun pelabur-pelabur ini mempunyai masalah untuk mendapatkan apa? Ini sebenarnya kita mesti beri pengkhususan. Kalau tidak, kita buat pengumuman demi pengumuman. Kemudian kita tidak handle mereka ini bagaimana dan mengapa mereka tidak boleh melaksanakan dan membawa pelaburan mereka secara realisasi, yang ini kita akan berdepan dengan masalah.

Lama, lama, lama, lama, apabila kita tidak membuat penganalisisan secara terperinci, maka orang lost confidence untuk datang ke nagara kita.

final • 2:50 PM

Tuan Wong Chen - Subang

...Potong gaji.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Saya faham, bahawa approve investment ini mengambil masa untuk pelaburan tersebut direalisasikan. Akan tetapi perlu juga ada satu mekanisme dan juga laporan progress dan status pelaburan. Yang mana- mana kita sudah umum, kita kena laporkan dalam website kah. Ini supaya international investor apabila ditengok, kalau pelaburan ini telah dibatalkan selepas dua tahun, dibatalkan. Kena buat pengumuman telah dibatalkan, ia tidak jadi masuk.

Jadi, the competitor of that investor mungkin akan datang. Akan tetapi, kalau katakan ia membuat pengumuman, kita tidak beritahu status, jadi mereka yang hendak datang untuk membuat industri yang sama, mungkin ia tidak jadi datang. Jadi, communication kita di peringkat antarabangsa ataupun medium yang kita buat ini sangat penting.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Apabila kita lulus, lulus, lulus dan lulus tetapi kita tidak tahu bila ia direalisasikan, maka orang lain yang datang dalam industri yang sama, mungkin fikir dua atau tiga kali untuk datang dan compete dalam market yang begitu kecil dalam negara kita...

final • 2:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Titiwangsa, sikit...

final • 2:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Angka dan data yang dikeluarkan oleh jabatan dan agensi kerajaan, perlulah tepat dan...

final • 2:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Titiwangsa...

final • 2:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Sekejap.

final • 2:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Paya Besar.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Yang Berhormat Paya Besar?

Yang Berhormat Paya Besar, let me finish this.

final • 2:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Angka dan data yang dikeluarkan oleh jabatan dan agensi kerajaan perlulah tepat dan melambangkan keadaan sebenar kerana ia penting untuk memberikan keyakinan kepada pelabur-pelabur untuk membuat keputusan sebelum melabur dalam negara kita.

Sila Yang Berhormat Paya Besar.

final • 2:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa membangkitkan berkaitan perkara yang amat penting berkaitan pelaburan dalam negara (FDI). Cumanya, saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Titiwangsa, apabila Yang Berhormat sebutkan tadi approved investment menjadi satu keutamaan.

Akan tetapi kalau- adakah Yang Berhormat mempunyai pandangan kerajaan di bawah kementerian yang berkaitan, mewujudkan satu mekanisme supaya bukan sahaja approved investment atau bring money in ke dalam negara ini harus diperhalusi. Ini kerana saya lihat barang-barang yang dilakukan, usaha sama oleh syarikat-syarikat tersebut diambil oleh negara pengeluar dan bukannya melalui syarikat-syarikat tempatan. Itu yang pertama.

Keduanya, pekerja-pekerja yang bekerja di syarikat-syarikat pelaburan yang diambil status pioneer, mengambil pekerja-pekerja asing yang akhirnya bukan bring money in tetapi bring money out. Itu yang kedua.

final • 2:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ketiganya, Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat sebutkan tadi berkaitan consumption. Consumption merupakan salah satu elemen dalam kita menentukan KDNK negara. Cumanya, Yang Berhormat, kita tahu private consumption dengan public consumption tetapi Yang Amat Berhormat Tambun ada menyebutkan bahawasanya kerajaan tidak lagi membina mercu tanda negara iaitu tidak ada lagi projek-projek besar tetapi apakah pandangan Yang Berhormat sekiranya tidak ada projek-projek besar sepertimana Yang Berhormat sebutkan tadi, consumption the most spending, yang menentukan pertumbuhan ekonomi. Ia akan memberi kesan jangka masa panjang kepada pengangguran yang Yang Berhormat sebutkan tadi. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Saya bersetujulah kementerian yang bertanggungjawab soal FDI ini, dia pun kena prihatin sedikit. Jangan kita bawa pelaburan-pelaburan syok-syok sendiri, selepas itu kita umum sana, umum sini, tetapi bila pelaburan itu sampai, mereka yang datang melabur ini minta kelulusan nak dapat foreign workers. Kalau nak dapat foreign workers, tak payahlah datang negara kita sebab negara kita ini memang tidak boleh ada foreign workers yang dia nak.

Everytime bila kita bagi mereka foreign workers, this is where apabila kita menilai sesuatu investment itu, kerajaan kena pastikan bahawa kalau mana-mana investor yang

final • 3:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

nak datang negara kita, dia nak macam-macam insentif tetapi industri ini juga menyebabkan kita terpaksa bagi dia ramai foreign workers, then kita kena betul-betul evaluate soal ini. Ini adalah kerana kita memang nak foreign workers tetapi foreign workers yang kita nak ini mestilah yang hanya membuat, ini cerita soal kerja 3D ini. Dirty, difficult and what? Another one- dangerous. Ya, 3D. Then, baru boleh.

Akan tetapi, kalau bagi foreign workers yang tidak buat tiga- benda ini, jadi menyebabkan kita punya modul membawa FDI dalam negara ini untuk jangka masa panjang akan menjejaskan kita balik semula kerana banyak daripada FDI yang datang ini, dia banyak pakai intermediary goods. Dia mengimport, process and export. Kemudian, dia tinggalkan balance sedikit. They call it macam margin of manufacturing. Selepas itu, margin ini pula diberi kepada foreign workers beribu-ribu, foreign workers pula hantar balik ke negara dia, apakah yang tinggal di Malaysia ini? So, jadi inilah yang menyebabkan kita kena tengok. Mungkin 30, 40 tahun dulu, betul sebab ramai daripada kita punya rakyat yang belum mendapat pendidikan yang begitu tinggi.

Maka, mereka boleh bekerja di dalam kilang-kilang. Akan tetapi hari ini, ramai yang sudah masuk universiti dan keluar universiti. Jadi, sudah tentu mereka tidak boleh terima kerja- kerja macam itu. Jadi, kita ambil foreign workers tetapi untuk industri-industri yang memerlukan kerja-kerja yang melibatkan difficult, dangerous and dirty. Itu yang perlu kita pertimbangkan.

Sebab itu, saya nak menyentuh ini, pengurusan kemasukan pekerja asing. Ini pun sangat penting. Walaupun kita tidak hendak pekerja asing tetapi perlu kita ada pekerja asing untuk industri yang tertentu. Saya bagi contoh, kekurangan pekerja-pekerja di sektor 3D ini yang kita sebut tadi seperti perladangan dan pembinaan juga memberi kesan yang buruk kepada ekonomi negara. Kalau kita tidak ada pun, problem juga. Saya bagi contoh, seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Komoditi, Yang Amat Berhormat Petra Jaya, tahun lepas, kekurangan pekerja asing menyebabkan industri kelapa sawit mengalami kerugian yang berjumlah RM20 bilion.

We are the second largest producer of palm oil. Selepas itu, nak pergi petik buah, tiada orang. Jadi masalah. Ini adalah one of kita punya natural resources. Kalau orang boleh petik, kita boleh eksport, RM20 bilion kita tidak boleh eksport, yang ini yang kita perlu sebab margin dia yang tinggal dalam negara begitu besar. Ini yang saya- sebab itu bulan lepas, saya sokonglah Menteri Dalam Negeri memaklumkan pada bulan lepas bahawa permohonan pekerja asing akan diluluskan dalam masa tiga hari. Jadi, saya berharap Kementerian Dalam Negeri boleh memastikan perkara yang diluluskan ini strictly untuk 3D dan ia mestilah dilaksanakan dan tidak dilambatkan dengan kerenah birokrasi atau pun little Napoleon dalam kita punya sistem atau di bawah kita punya kementerian.

Saya juga ingin menyarankan kerajaan untuk tidak lagi kalau boleh tidak menggunakan orang tengah, an exclusive agent dalam menguruskan kemasukan pekerja asing ini. Semua ini akan menambahkan kos kepada majikan dan akhirnya kos ini tersebut akan ditanggung oleh pengguna apabila produk-produk ini diguna pakai atau dibeli oleh rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak boleh tidak- sebab saya terpaksa sebut soal pelancongan.

final • 3:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Titiwangsa, boleh bagi ruang sedikit? Belakang sini, Ipoh Timur.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Ipoh Timur.

final • 3:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Berkenaan dengan penggunaan atau begitu sukanya rakyat Malaysia dan peniaga-peniaga Malaysia menggunakan warga asing sebagai tenaga kerja, saya ambil contoh apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa tadi, tentang nak guna kah tak, nak guna ejen ini? Ya, saya setuju sekiranya ruang yang ada untuk tidak guna ejen, sebaik-baiknya kita tidak. Akan tetapi memang agak sukar. Ambil contoh, daripada segi bilateral Malaysia dengan Bangladesh.

Satu MoU telah ditandatangani di antara dua buah negara, di mana termaktub dalamnya, tak perlu sekiranya tak hendak guna ejen tetapi peniaga-peniaga di Malaysia,

final • 3:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

pengusaha di Malaysia memang hendak dan perlu guna kerana hendak pilih siapa, hendak pilih berapa orang, memang sukar sekiranya bukan di Bangladesh. Jadi, ejen itu ada perlunya. Cuma kegusarannya adalah sekarang, sistem dan juga dasar sedia ada, dalam website yang sedia ada dipilih daripada 1,520 lebih ejen di sebelah Bangladesh hanya boleh digunakan 100 orang dan 100 orang ini dipilih atas dasar apa, mengapa 100 orang ini dapat hak itu, lain hari punya ceritalah. Akan tetapi, sekiranya boleh dibuka untuk kesemua 1,520 orang lebih ejen di sebelah Bangladesh, alangkah baiknya semua boleh diguna dan bukannya 100 orang sahaja yang telah dipilih. Apakah pandangan? Terima kasih.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Terima kasih Ipoh Timur. Saya bersetuju dengan soal ini kerana saya memikirkan yang pentingnya sama ada kita pakai ejen atau tidak. Apa yang paling penting, fees yang dikenakan oleh ejen ini kena transparent. Bukan sahaja transparent di negara kita, tetapi transparent di negara sana.

Kadang-kadang mereka ini berhutang beribu-ribu ringgit untuk datang ke sini. Jadi, yang ini kena transparent. Kalau tidak, dia juga akan menjejaskan kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit daripada segi soal pelancongan kerana negara kita ini sebelum pandemik, pelancongan ini adalah merupakan salah satu daripada sektor ekonomi yang menyumbang 6.1 peratus kepada KDNK kita pada tahun 2018. 6.1 peratus. Jumlah perbelanjaan pelancong asing ke dalam negara kita pada tahun 2018, RM87.7 bilion. Pada tahun 2021, oleh sebab COVID, daripada RM87.7 bilion ini, jumlah perbelanjaan pelancong asing jatuh RM320 juta. Tahun 2022, naik balik tetapi masih jauh jika dibandingkan dengan RM87.7 bilion, kita dapat RM 27.9 bilion.

Apa yang saya nak tekankan, kalau kita tengok daripada segi laporan yang dikeluarkan oleh Malaysia's Tourism Recovery Flops as Thailand, Indonesia Cash In. Ini merupakan satu laporan yang dikeluarkan. Ia menunjukkan bagaimana Thailand cover dia punya pelancongan lebih cepat RM10 juta. Even Indonesia meningkat RM4.6 juta tetapi kita masih di paras RM3 juta. Jika dibandingkan pada suatu ketika dulu, rata-rata kita punya pelancong lebih kurang dalam 20 ke-25 juta orang.

Ini merupakan salah satu daripada contributing factors, kenapa ekonomi kita ini agak terjejas, dan kita kena melihat balik kerana pelancong asing berbelanja jumlahnya sangat besar dan kita mendapat manfaat daripada perbelanjaan mereka, khususnya peniaga-peniaga mikro, kecil, sederhana. Semuanya menerima tempias kedatangan pelancong asing ke negara kita.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Okey. Saya juga ingin menyentuh daripada segi food security. Ini penting untuk saya highlight kepada Dewan ini. Setiap tahun, sejak kebelakangan ini jumlah import makanan semakin meningkat.

Kalau saya bawa kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini, pada tahun 2017, kita mengimport makanan RM51.3 bilion. Pada tahun 2022, kita telah meningkatkan import makanan kita sehingga mencecah RM75.7 bilion iaitu 47.5 peratus increase. Krisis ekonomi ini telah menyebabkan dan memburukkan lagi keadaan- krisis ekonomi yang disebabkan oleh pandemik ini telah memburukkan lagi keadaan dengan harga komoditi melonjak sehingga dua hingga tiga kali- ganda jika dibandingkan dengan harga sebelum COVID-19.

Sehinggakan kalau saya boleh bacakan statistik yang sangat penting ini.

Terdapat juga makanan yang nisbah sara hidup atau self-sufficient ratio tinggi. Bermakna pengeluaran cukup untuk menampung penggunaan dalam negara seperti daging ayam dan telur tetapi tetap terjejas kerana kita membuat polisi-polisi yang tidak bersesuaian dengan produk-produk tersebut.

Saya bagi contoh. Buat pertama kali kita tengok ayam tidak cukup dan telur tidak cukup. Sedangkan Malaysia jarang berdepan dalam soal ini. Ini adalah kerana kita kurang

final • 3:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

faham apabila kita menetapkan sesuatu polisi dengan put ceiling price. Macam mana kita letak ceiling price untuk makanan ayam? Bila makanan ayam yang kita import dari luar negara telah meningkat 66 peratus. Dari tahun 2020 hingga 2022, ia meningkat 66 peratus.

Selepas itu kacang soya- sorry, jagung tadi 120 peratus. Tahun 2019, satu tan kita import USD375. Sekarang tahun 2022, on average kita import USD827, 120 peratus.

Soya bean mill 97 peratus.

Jadi, apabila kos ini meningkat, selepas itu kerajaan put ceiling price, apakah berlaku? Maka, usahawan-usahawan tidak akan membela ayam. Tidak akan menternak telur ayam...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

final • 3:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Baik, almost finished.

final • 3:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sedikit mencelah. Hendak tanya sikit soalan.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Kalau boleh- saya tidak boleh.

Sudah habis, sekejap lagi sambung.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Okey, so, saya hendak kerajaan melihat balik semula setiap kali bila kita hendak buat...

final • 3:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Masa 20 saat sahaja.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

...Kita hendak put ceiling price. Kita pastikan bahawa melihat kos elemen yang dibawa masuk ke negara ini, sama ada ia menurun atau meningkat. Kalau ia meningkat dan kita tidak mahu letakkan price untuk cover soal-soal peningkatan kos bahan-bahan mentah ini, maka akhirnya kita berdepan dalam keadaan- dulu orang tidak pernah import telur. Sekarang telur pun hendak kena import dari India.

Jadi akhir sekali, saya akan gulung ini. Perbahasan saya pada hari ini menumpukan pada isu ekonomi dan cabaran yang kita akan hadapi untuk lima tahun akan datang ini. Ia bukan tugas kerajaan sahaja tetapi juga tugas pembangkang, sama-sama.

Ini sebab kalau ada benda yang perlu kita buat untuk membaik balik ekonomi ini, bolehlah bangkang. Akan tetapi, kita hendak pastikan kita hendak bangkang ini jangan tidak jadi buat. Bila tidak jadi buat, benda ini akan berterusan dan akan memberi kesan kepada rakyat pada masa akan datang.

Apabila krisis ekonomi berlaku, apabila kegawatan dan kemelesetan ekonomi melanda seperti Sri Lanka, yang terkesan iaitu rakyat tanpa mengira bangsa dan agama- Melayu, Cina, India, Kadazan atau Dusun Kalau hendak hilang pekerjaan kerana kejatuhan ekonomi yang teruk ia akan hilang. Pendapatan berkurangan akan juga kita terjejas. Jatuh miskin dan sebagainya.

Krisis ekonomi dan kewangan yang pernah kita hadapi sebelum ini iaitu memberi kesan kepada semua rakyat. I remembered Asian Financial Crisis 1997-1998, Global Financial Crisis 2008-2009. Kita dapat mengatasinya kerana apa? Ini kerana pertama, kita ada kestabilan politik. Kedua, kita mempunyai competent team dalam kerajaan dalam menerajui ekonomi negara. Ketiga, kita juga memerlukan kerajaan yang mempunyai kredibiliti dan integriti yang tinggi untuk meyakinkan pelabur.

Lima tahun merupakan satu masa yang tidak banyak. Kita baru bermula kerajaan ini tiga bulan. Kita ada lagi empat tahun sembilan bulan. Jadi saya minta, semua daripada kita ini mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Sri Lanka, dan harap-harap negara ini, pada masa lima tahun hingga 10 tahun akan datang, kita akan terus pacu ekonomi ke arah yang lebih baik daripada sekarang.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan...

final • 3:10 PM

[Dewan tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Titiwangsa.

Seterusnya saya ingin minta Yang Berhormat Ledang berucap sebagai penyokong dari kerajaan. Masa yang diberikan 35 minit. Silakan.

final • 3:10 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada Ledang untuk membahaskan Titah Diraja sebagai penyokong pada hari ini.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk menjunjung kasih Titah Diraja semalam yang pada pendapat saya Titah yang agak unik dan berbeza. Ada ciri-ciri kenegarawanan, kebijaksanaan, keprihatinan dan menyentuh perasaan.

Bukan raja sebarang raja, Raja hulubalang panglima berempat; Bukan raja sebarang raja, Raja prihatin, bijaksana dan berdaulat. Saya dengar sahabat saya tadi dari Titiwangsa telah berbahas dengan agak terperinci berkenaan ekonomi dan saya akan berbahas pula untuk lebih kepada perkara- perkara yang sedikit membumi tetapi tidak kurang lari daripada perkara-perkara dasar.

Apabila Tuanku Agong menitahkan bahawa Baginda melaksanakan amanah dan janji yang dituntut seperti mana yang telah Baginda lafaz dan ikrarkan. Maka, saya percaya itulah antara sebabnya Baginda bercakap dari hati.

Baginda menceritakan pelbagai peristiwa dan pengalaman yang sukar Baginda melupakan. Empat PM bersama empat Jemaah Menteri yang berbeza dan Parlimen tergantung selepas PRU-15 adalah antaranya.

Kita pun sama. Dulu kerajaan, kemudian pembangkang, kemudian kerajaan. Dulu Menteri, kemudian tidak, kemudian Menteri semula. Walaupun berubah kerajaan. Itu berlaku. Namun atas kebijaksanaan Tuanku, maka terlerai kekusutan tersebut satu persatu dan kini terzahirnya Kerajaan Perpaduan. Daulat Tuanku...

final • 3:16 PM

[Dewan tepuk]

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada rakyat yang telah menunaikan kewajipan dalam PRU-15. Kepada semua Wakil Rakyat yang terpilih juga Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan-timbalan di-Pertua dan khasnya kepada Yang Amat Berhormat Tambun yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Ke- 10 serta seluruh Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri.

Bukan sahaja dilantik oleh Tuanku Agong setelah pada hemat Baginda Yang Berhormat Tambun telah memperoleh kepercayaan majoriti Dewan Rakyat...

[Tepuk] Akan tetapi juga telah membuktikan keabsahan melalui Usul Undi Percaya di Dewan yang mulia ini. Meski pun ada yang kata cari nahas- tidak perlu. Terima kasih juga kepada Pembangkang yang turut menyokong Usul tersebut...

[Tepuk] Gunung Ledang teguh berdiri, Langit dan bumi bagai bertaut; Tugas tambah berperi-peri, Cabaran mendatang tetap kau sambut. Tuan Yang di-Pertua, Ledang ingin membawa perbahasan Titah Diraja ini bertitik tolak di atas kerangka untuk mengutamakan agenda rakyat dan masa hadapan negara.

Saya rasa itulah sebabnya kita berada di sini pada hari ini.

final • 3:16 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Kita ingin sama-sama melihat rakyat itu terbela. Kita ingin sama-sama melihat masa hadapan negara dan generasi masa depan terbela. Iktibar daripada kemelut politik, krisis kesihatan dan ekonomi sepatutnya mematangkan kita untuk kita tidak mengulangi kesilapan dan untuk memperbaiki kelemahan serta untuk memperteguh kebaikan.

Potensi negara dan rakyat kita cukup banyak. Tanah, dalam tanah, gunung, kayu, cukup banyak. Potensi sumber alam, bakat-bakat rakyat kita sama ada dalam teknologi mahupun dalam sukan dan sebagainya, dasar luar kita yang dihormati, dan kita disegani.

Lokasi kita ini juga yang strategik, kita tidak berada di lingkaran api. Kita bersyukur kerana itu. Kita juga ada tarikan pelaburan. Ini antara potensi-potensi yang ada yang sebenarnya jika diurus dengan baik bakal menjamin masa depan yang lebih baik untuk rakyat dan juga untuk negara.

Kita tahu data-data dan saya rasa agak susah pula hendak menyebutkan data- data ini apabila telah mendengar rakan saya tadi daripada Titiwangsa telah sebutkan.

Betul, data-data ini ada, angka-angkanya ada tetapi kita jangan complacent, kita jangan selesa lah dengan angka ini. Akan tetapi saya hendak sebutkan juga beberapalah data yang berkenaan dengan adanya isyarat berlakunya pemulihan ekonomi iaitu pengukuhan mata wang Ringgit Malaysia yang bertambah kukuh 5.3 peratus berbanding dengan Dolar Amerika Syarikat.

Kalau dulu masa hujung tahun lepas, ia sudah hampir-hampir kepada RM5 kepada USD1 tetapi sekarang lebih kurang sekitar RM4.30 kepada USD1. Ringgit kita juga turut kukuh berbanding dengan mata wang negara rakan dagang utama kita. Kita ada peningkatan minat pelabur di mana jumlah dagangan berkembang sebanyak 14.8 peratus dengan eksport dan import kasar masing-masing meningkat sebanyak 11.8 peratus dan 18.7 peratus.

Kadar inflasi yang terkawal pada kadar 3.3 peratus pada tahun lepas dan kadar pengangguran yang menurun iaitu berkurang kepada 3.6 peratus pada suku keempat tahun 2022 berbanding 3.7 peratus pada suku ketiga tahun 2022. Pendapatan negara kasar per kapita juga bertambah kepada hampir RM53,000 dari sekitar RM46,000 pada tahun sebelumnya.

Ini semua betul tetapi sekali lagi ia adalah the devil is in the details and in fact not only in the details but in the reality of things. Apa yang berlaku di bawah dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa, kita boleh sebutkan ini merupakan kejayaan masing-masing.

Tidak ada masalah. Kita boleh sebut juga ini juga akibat pembukaan ekonomi, ini juga adalah kerana adanya keyakinan pasaran dan rakyat kepada PM dan Kerajaan Perpaduan.

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Betul, betul. Betul.

final • 3:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Akan tetapi saya percaya, saya percaya semua kita rakan-rakan sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang tetap mahu mengingatkan kerajaan supaya kita berwaspada.

Tadi saya sebutkan dan tadi Yang Berhormat Titiwangsa juga sebutkan berkenaan dengan the devil is in the details. The devil is also in the operational, cara-cara kita melaksanakannya, cara-cara kita memastikan supaya perkara itu dapat dilaksanakan hingga ke bawah. Kalau kesannya kesan itu hingga kepada rakyat. Ini yang saya rasa yang menjadi titik persoalan besar yang menghambat dan telah pun selama ini menjadi gangguan kepada masa depan negara kita.

Sebab itu cabaran yang dihadapi oleh negara dan rakyat ini masih real iaitu kos sara hidup, harga barang, jaminan makanan, kadar gaji, upah pendapatan, hutang, kemiskinan, pekerjaan, kesihatan awam, pendidikan, perumahan, pendigitalan, prasarana dan macam-macam lagi. Kita masih warisi hutang dan liabiliti negara yang tinggi.

Semalam pun kita sudah dengar, tadi pagi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun menyebutkan bahawa hutang dan liabiliti...

final • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Ledang.

final • 3:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Hutang dan liabiliti negara...

final • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Minta laluan.

final • 3:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

...Telah mencecah kepada...

final • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Ledang.

final • 3:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Saya bagi, sekejap. Hutang dan liabiliti negara telah mencecah sehingga RM1.5 trilion atau anggaran 82 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dan kita masih ketinggalan dengan negara- negara jiran kita seperti mana tadi yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa.

Kita masih hadapi kesenjangan atau jurang yang besar dalam pembangunan, pendapatan dan wilayah khususnya bagi Sabah, Sarawak dan juga di desa-desa. Kita masih berjuang dengan skandal mega rasuah serta kerenah birokrasi. Sudah pasti setiap satunya tidak berdiri sendiri. Ia saling berkait antara satu sama lain...

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

1MDB, 1MDB.

final • 3:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Oleh itu, penyelesaiannya juga tidak mudah dan akan mengambil masa. Contohnya subsidi bersasar untuk petrol ataupun bantuan lain. Tadi pagi pun kita dengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa sebenarnya ada makmal untuk melihat bagaimana kaedah mekanisme untuk melaksanakan sasaran bantuan bersasar ini, subsidi bersasar ini.

Saya rasa ini menjadi satu perkara yang akan berlanjutan tetapi mesti ada kesungguhan yang serius untuk kita kali ini benar-benar boleh laksanakan. Sebab pada pendapat saya dengan adanya cara yang bersasar ini, penyelesaian yang baik untuk kita membantu golongan yang disasarkan sahaja supaya impaknya berkesan, supaya akhirnya ia benar-benar memberikan manfaat, faedah kepada pihak yang bersasar ataupun yang ditujukan itu.

Silakan Yang Berhormat Pendang tadi.

final • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih sahabat saya daripada Ledang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tadi saya setuju apabila disebut berkenaan dengan masalah isu rumah. Jadi, saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Ledang yang menyokong ucapan daripada Yang Berhormat Titiwangsa tadi berkenaan dengan tindakan-tindakan.

Disebut dalam projek tadi kita menghentikan buat sementara projek-projek besar.

Bagi saya, bila kita menghentikan projek besar ia akan melibatkan kesan isi rumah iaitu daripada segi economic cycle yang melibatkan terencatnya makroekonomi seperti mana pembekal besi, pembekal pasir, pembekal simen, peniaga-peniaga nasi lemak, peniaga-peniaga runcit yang ada bila tidak ada projek besar tidak akan berlaku spillover.

Jadi, pembayaran cukai akan juga terencat, revenue negara mendapat kesan yang sangat besar.

Jadi oleh sebab itu, saya hendak tanya berapa lama projek-projek besar ini akan ditangguhkan kerana kerajaan perlu berbelanja untuk kita hendak memulihkan balik ekonomi dan mencari jalan untuk mendapat revenue yang mana sekarang ini perbelanjaan besar terutamanya perbelanjaan emolumen penggajian dan juga pencen mengatasi pembangunan.

Jadi, shortfall ini, dengan izin, daripada mana perancangan kerajaan untuk mendapat penggantian, kehilangan pendapatan yang semakin susut, revenue negara semakin susut dengan perbelanjaan semakin meningkat terutamanya dengan projek- projek ini. Saya hendak minta penjelasan. Silakan.

final • 3:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Apabila kita sebut tentang projek, projek-projek besar, kita sebut tentang tertangguh projek, kontraktor dan sebagainya ini, saya sebenarnya melihat dalam konteks supaya ada keseimbangan di antara apa yang kita sebutkan sebagai projek besar dengan apa yang kita mahu lihat sampai bantuan kesan itu kepada rakyat.

final • 3:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Apabila yang berlaku ini sekarang, kita kena faham, betul ada kesannya kepada isi rumah, ekonomi, makro dan mikro tetapi pada masa yang sama saya rasa kita masih lagi terhambat dengan isu-isu yang berkenaan dengan orang tengah, komisen, ketirisan, rasuah yang menyebabkan apabila adanya projek-projek besar yang nilainya besar, maka ia juga ada kemungkinan-kemungkinan ketirisan yang besar. Ini yang saya rasa menjadi titik tolak pendirian yang dibawa oleh kerajaan sekarang supaya memberikan penelitian- supaya perkara ini tidak berulang pada masa akan datang.

final • 3:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya kejayaan dalam kita melaksanakan perubahan pindaan-pindaan...

final • 3:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey Yang Berhormat Ledang. Yang Berhormat Ledang, boleh bertanya sedikit?

final • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Nanti saya beri. Kejayaan dalam kita melaksanakan untuk merapatkan kesenjangan hidup ini mestilah diiringi dengan peningkatan pendidikan dan juga kemahiran. Begitu juga dengan isu kemiskinan tegar.

Pembasmiannya sentiasa di bibir kita, namun tiang golnya sentiasa berubah. Apakah langkah kerajaan dalam mencapai kemiskinan sifar?

Lebih penting lagi, bilakah kita benar-benar dapat menyaksikan akhirnya kemiskinan itu sebagai sifar? Saya mohon Menteri Kewangan nanti berikan pencerahan.

Akan tetapi saya faham, ini bukannya perkara yang mudah dan ia memerlukan masa.

Kalau puluhan tahun tidak dapat dilaksanakan, adakah kita hendak jangka ia boleh terlaksana dalam tempoh yang singkat? Ia memerlukan dukungan dan sokongan daripada semua pihak.

Anak ikan si anak udang, Bermain-main di daun kangkung; Sebesar-besar gunung dipandang, Besar lagi masalah yang ditanggung. Silakan.

final • 3:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ledang.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada mula-mula tadi, Yang Berhormat Ledang ada menyatakan bahawa kita semua adalah wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Jadi di mana pun kita berada sama ada di pihak pembangkang mahupun kerajaan, masing-masing ada tugas dan tanggungjawab untuk memajukan kawasan di mana kita dipilih.

Saya juga ingin melihat, mendengar pandangan daripada Yang Berhormat Ledang, wajarkah kami di peringkat Pembangkang ini diberikan hak bajet sama seperti juga pihak kerajaan? Ini kerana kami ingin melaksanakan agenda rakyat untuk masa depan rakyat, kepentingan untuk rakyat. Sekadar itu. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih. Saya setuju dengan Yang Berhormat Temerloh berkenaan dengan peranan dan tugas masing-masing.

Maknanya, ini menjadi masing-masing tanggungjawab dan peranan kita sebagai Wakil Rakyat tidak kira ada atau tidak ada peruntukan, kita kena melaksanakan tanggungjawab ini. Soal peruntukan, saya serahkan kepada kerajaan untuk menjawab, Perdana Menteri untuk jawab...

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya faham akan keperluan untuk kerajaan mengambil langkah segera dalam beberapa cabaran seperti isu harga barang dan kos sara hidup.

Justeru, adanya tindakan kawalan harga, tambahan stok, Payung Rahmah dan lain-lain.

Ini saya ucapkan syabas dan tahniah atas inisiatif tersebut. Akan tetapi berdasarkan...

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Ledang, penjelasan sedikit.

final • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Mengangguk] Berdasarkan beberapa kajian terkini, mendapati isu utama juga ialah peluang pekerjaan dan jurang pendapatan terutama di kalangan anak muda. Adakah kita dapat laksanakan padanan pekerjaan yang berkesan, job matching yang berkesan? Saya sebut ini banyak kali, tetapi betul-betul apakah ini dapat dilaksanakan dengan berkesan? Ini yang menjadi persoalan dan saya harap ia boleh terlaksana dalam jangka masa sederhana ataupun jangka masa panjang dalam tempoh lima tahun yang akan datang ini.

Apakah kita dapat meningkatkan kadar gaji secara purata lebih daripada kadar inflasi? Oleh sebab isunya selalu ialah kadar inflasi tinggi, kadar kenaikan gaji kita rendah daripada kadar inflasi. Jadi, selama-lamanya seolah-olah kita ini tidak cukup untuk menyara kehidupan. Saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan.

Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, seperti Titah Tuanku, kerajaan juga wajar untuk terus mengambil langkah untuk meringankan beban penternak, petani dan pengeluar makanan. Begitu juga dengan peniaga perusahaan mikro, kecil dan sederhana

(PMKS). Di kawasan saya di Ledang umpamanya, masih ramai petani yang mengadu kekurangan bantuan baja, racun walaupun terdapat pelbagai insentif bantuan daripada segi pengeluaran tanaman ataupun projek industri asas tani, tetapi take-up ataupun penyertaannya masih agak rendah.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

[Bangun]

final • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Begitu juga dengan penternak yang masih bertanya tentang insentif bantuan ternakan. Mungkin masalahnya bukan pada banyaknya insentif, tetapi pada capaian dan syarat yang ditetapkan. Pesawah di Ledang juga mengadu dipinggirkan daripada bantuan kerana dianggap pesawah luar jelapang.

Saya harap ini juga mendapat perhatian daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Akan tetapi, saya faham ini perkara-perkara yang mungkin kecil, remeh tetapi sebenarnya merencatkan daripada segi bantuan yang ingin disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Mungkin kerana kerenah birokrasi, mungkin juga kerana kerenah politik, tetapi hakikatnya insentif bantuan banyak tetapi akhirnya capaian itu masih tidak dapat diterima ataupun disampaikan kepada pihak yang memerlukan.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Boleh tanya?

final • 3:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun] .

final • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Sila Yang Berhormat Tuaran.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Yang Berhormat Ledang bercerita tentang ternakan dan apabila kita bercerita tentang ternakan ini, sedarkah Yang Berhormat Ledang bahawa urus tadbir hal- hal ternakan di negara ini diurus tadbir secara berautonomi di wilayah Semenanjung, wilayah Sabah dan wilayah Sarawak.

Dengan lain perkataan, urus tadbir ternakan di Sabah diatur oleh Jabatan Haiwan Sabah dan begitu juga di Sarawak, diurus tadbir oleh Jabatan Haiwan Sarawak. Jadi apabila Yang Berhormat membuat cadangan ini, adakah Yang Berhormat juga bercadang untuk memberi cadangan-cadangan kepada Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak atau adakah Yang Berhormat mencadangkan supaya peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang selama ini hanya diberi peruntukan ke Jabatan Veterinar Semenanjung itu juga harus diagih atau diberikan ke Sabah dan Sarawak juga? Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Saya mohon masukkan ke dalam ucapan saya dan saya setuju supaya kerajaan juga mempertimbangkan perkara tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan agenda rakyat juga ialah isu kesihatan awam. Semenjak kita pertama kali menghadapi wabak COVID-19, antara saranan yang dibangkitkan dalam perbahasan di Dewan yang mulia ini juga ialah berkaitan perancangan pemulihan pasca COVID-19. Saya amat alu-alukan Titah Tuanku supaya strategi yang lebih objektif dan inklusif dapat dirangka untuk memperkukuhkan kesiapsiagaan kesihatan awam. ‘Sediakan payung sebelum hujan’ terutama dalam keadaan kita pernah alami...

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Ledang, sebelum masuk kesihatan, saya hendak sentuh sedikit fasal kos sara hidup boleh?

final • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Okey, okey, sila.

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Jika kita ingat sewaktu peringkat awal Yang Amat Berhormat Tambun menjadi Perdana Menteri, beliau menyebut beliau memberikan tempoh dua minggu untuk data jika disediakan kertas kerja bagi menangani isu kos sara hidup rakyat. Sekarang ini sudah lebih berminggu-minggu dan kita tidak lihat apakah satu pendekatan yang tuntas dalam menangani isu ini.

Namun begitu, sewaktu Pakatan Harapan di sebelah pembangkang dalam kempen-kempen pilihan raya memberi gambaran seolah-olah mudah sangat hendak selesaikan isu kos sara hidup ini. Jadi mengapa sampai hari ini, apa pandangan Yang Berhormat Ledang, mengapakah tidak ada sebarang tindakan yang menyeluruh diambil berkaitan dengan hal ini? Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sebelum jawab, saya hendak - Kubang Kerian.

final • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Ya, sila-sila Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya hendak rujuk apa yang dibangkitkan tadi dalam perbahasan ialah soal kerenah birokrasi yang menghalang kemasukan pelaburan. Saya tengok dalam kes-kes yang tertentu, sikap dan pendirian setengah-setengah parti politik terhadap satu-satu projek menyebabkan mendatangkan kesan secara langsung kepada pelabur untuk melabur di Malaysia.

Sebagai contoh LYNAS. Setelah LYNAS beroperasi 10 tahun, tidak ada sebarang kes pun yang melibatkan apa yang diuar-uarkan sebelum ini dan kita dapati pada bulan Julai nanti LYNAS terpaksa berdepan dengan satu masalah bila mana syarat tetap dikekalkan sebagaimana yang asal. Saya fikir kita harus berpegang kepada fakta dan data pakar-pakar sedia ada di negara kita dan pakar luar yang menjelaskan bahawa projek LYNAS tidak mendatangkan kesan sebagaimana diuar-uarkan sebelum ini. Saya fikir kerenah birokrasi ini juga harus lihat kepada faktor-faktor stand sebuah parti politik yang mengganggu kemasukan pelabur-pelabur luar daripada negara kita. Saya mohon komen.

final • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya dan Yang Berhormat Kubang Kerian. Pertama, tentang data dalam tempoh dua minggu itu, saya rasa itu adalah untuk mengumpulkan data, bukan untuk menyelesaikan masalah itu secara berterusan. Itu kena jelas.

Kedua, berkenaan dengan kerenah birokrasi itu, saya setuju. Sebenarnya daripada segi kerenah birokrasi, selagi mana ia tidak menyentuh berkenaan dengan dasar, sepatutnya ia tidak memberikan apa-apa kesan. Dasar itu perlu terlebih dahulu diputuskan apakah pendirian kerajaan khususnya berkenaan dengan Lynas ini. Apakah tindakan-tindakannya? Apakah benar? Jadi saya rasa perkara-perkara itu mesti diselesaikan, bukan hanya kerana– Saya rasa tak ada isu dengan kerenah birokrasi tetapi sebenarnya berkenaan dengan pendirian dan dasar.

Saya ingin pergi seterusnya kepada agenda yang saya sebutkan tadi berkenaan dengan rakyat...

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya nak– Yang Berhormat Ledang, saya nak...

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Yang berkenaan dengan – Kemudian.

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Berkenaan dengan agenda kesihatan tadi. Saya mengalu-alukan dan menanti Kertas Putih Kesihatan dan juga Kertas Putih Perolehan Vaksin COVID-19.

Sementara itu, saya juga melihat bahawa isu penyampaian khidmat kesihatan dan tahap kemudahan dilihat agak mencabar. Sebenarnya dahulu lagi dan sekarang dilihat lebih mencabar, mungkin kerana lebih ketelusan. Umpamanya hospital yang sesak dan kemudahan klinik kesihatan yang kurang, di samping prasarana yang daif sepertimana bangunan Hospital Daerah Tangkak kawasan saya yang masih belum dinaiktarafkan sepenuhnya walaupun sudah berusia lebih 100 tahun.

Jadi, mohon jika boleh juga Kementerian Kesihatan maklumkan statusnya. Saya juga mohon Kementerian Kesihatan untuk menjelaskan peranan hospital pakar, hospital daerah, klinik kesihatan, klinik komuniti dan klinik desa supaya isu kesesakan dan kemudahan ini dapat diteliti secara lebih menyeluruh.

Berkaitan pendidikan pula, saya sambut baik dan ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana mahu segera menyelesaikan masalah sekolah daif di seluruh Malaysia tanpa kira jenis sekolah, tanpa kira jenis daerah ataupun siapa pun pelajarnya. Saya difahamkan Yang Berhormat Menteri ada sebutkan ada sebanyak 830 buah sekolah daif ini. Saya tak pasti kenapa sebelum ini tak dapat diselesaikan. Akan tetapi ini antara perkara yang sepatutnya menjadi juga tumpuan kerajaan-kerajaan yang dahulu untuk benar-benar melihat demi kebajikan anak-anak, selain untuk kita meningkatkan mutu pendidikan negara. Setahu saya...

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Ledang...

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Setahu saya, antara peratus tertinggi saluran peruntukan...

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Ledang, Sik mohon sedikit penjelasan.

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Daripada wakil rakyat ialah kepada sekolah.

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Isu pendidikan.

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Justeru, memang sesuailah kerajaan memberikan tumpuan kepada masalah sekolah daif ini. Silakan Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Terima kasih Yang Berhormat Ledang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soal pendidikan ini memang kita tahu kita tidak boleh kompromi soal berkaitan dengan pendidikan. Saya setuju untuk kita bantu sekolah-sekolah daif ini. Setuju sangat.

Kita nak minta supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan, bagi peruntukan yang banyak untuk soal berkaitan dengan pendidikan ini. Saya rasa pembangkang pun bersetuju.

Akan tetapi, dalam persoalan berkaitan dengan sekolah daif ini, daif satu hal.

Akan tetapi isu di kawasan saya ini Yang Berhormat Ledang, sekolah tidak cukup. Ini pun masalah juga ini. Satu kelas sampai 45 orang pelajar, satu kelas sampai 40 orang pelajar.

Jadi KPInya, tidak menepatilah. Maksudnya, [Disampuk] satu kelas sampai 45 orang dalam bilik darjah dan sekolah memang tidak mencukupi. Oleh sebab itu saya rasa selain daripada kita nak tengok persoalan berkaitan dengan daif ini, sekolah-sekolah yang tak cukup ini maksudnya, kepadatan bilik-bilik darjah ini pun Kementerian Pendidikan kena lihat. Apa pandangan daripada Yang Berhormat Ledang? Terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Ya, saya setuju. Sebenarnya perkara ini sekali lagi kena lihat secara menyeluruh. Maknanya adakah kemungkinan berlakunya kurang sekolah itu kerana sebab-sebab yang lain. Pada masa yang sama, ia ada kaitan juga dengan bilangan guru.

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Ledang, Sik mahu sedikit penjelasan pendidikan.

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Dia ada juga dengan bilangan guru, berkenaan dengan mutu pendidikan yang terpaksa dilaksanakan di sekolah-sekolah. Jadi saya rasa kena lihat itu secara menyeluruh, tetapi terpulanglah kepada pihak kementerian untuk juga bukan sahaja melihat kepada isu-isu prasarana, isu bangunan. Akan tetapi saya rasa juga ialah kepada isu-isu keciciran murid. Bagi saya ini adalah lebih mendesak sekarang di samping juga kebajikan serta beban guru yang wajib kita selesaikan. Saya percaya ramai pihak yang nak bantu ini. Malah wakil rakyat pun juga turut membantu jika diberi ruang.

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Ledang, boleh sedikit penjelasan?

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Pendang minta dahulu.

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Banyak lagi. Yang Berhormat Sik sahajalah ya. Sila, sila.

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Kami sangat setuju untuk kerajaan melihat, menambah baik sekolah-sekolah daif ini. Namun juga perlu dilihat ketika mana kita bersama untuk membangunkan sistem pendidikan kita, persekolahan kita, adakah Yang Berhormat Ledang mengetahui bahawa sekarang ini Kementerian Pendidikan menghalang seluruh Ahli Parlimen pembangkang untuk masuk memberi bantuan di sekolah-sekolah termasuk sekolah-sekolah saya di Daerah Sik?

[Tepuk] Sebelum ini sekolah-sekolah di Daerah Sik mendapat bantuan daripada Ahli Parlimen RM20,000, RM30,000 untuk PIBG, untuk baik pulih kelas dan sebagainya. Hari ini kami nak masuk, lepas daripada pagar sekolah pun tidak dibenarkan. Jadi, apa maksud nak beri pendidikan yang meluas kepada rakyat kita dan bagaimana kita hendak membantu dan yang menjadi mangsanya adalah anak-anak pelajar kita. Yang Berhormat Ledang, minta pandangan.

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat Sik.

Jangan marah-marah, bertenang.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya sambung sedikit sahaja lagi.

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Tak apa, dah cukup.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya nak bagi pujian.

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Minta maaf Yang Berhormat Pendang, saya teruskan. Minta maaf.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya nak bagi pujian ini. Saya tengok Yang Berhormat Hulu Langat hari ini cukup tertib. Macam itulah.

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Tak apa, tak apa.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Rasional. Ini jelapak ‘ikut dan’ sahaja.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang, sila duduk.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Minta. Itu baharu nampak betul.

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Jadi...

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Cemburu kah, cemburu kah.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tak, tak cemburu.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Oleh sebab itu saya hendak minta juga maksudnya Yang Berhormat Pendang pun kena beradablah, kena beradab.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Minta sana.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Kalau saya boleh beradab, sebelah sana pun kena beradab. Kena beradab juga, kena berakhlak juga.

[Tepuk] Oleh

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

sebab itu saya hendak sebutkan dalam pilihan raya ini, apabila kita hendak dapatkan undi daripada rakyat, kena fakta.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat, sila duduk.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Minta kebenaran.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Fakta lawan fakta, bukan fakta lawan dengan rasuah. Bagi pengundi kita duit, bagi pengundi kita rasuah.

final • 3:40 PM

Seorang Ahli

Duduklah, duduk.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Ini yang menyebabkan sebelah sana itu, nak kena tengok balik.

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Okey, baik Yang Berhormat Hulu Langat. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Sikap, adab dan juga integriti kita sebagai wakil rakyat nak kena jaga juga.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Buktikan.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Pendang.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kita tak mahu tuduh-tuduh. Terima kasihlah, minta kebenaran daripada Yang Berhormat Ledang.

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Saya tak beri laluan dah ini.

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Macam itulah, tertib.

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Saya tak berikan laluan.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Rasional. Taklah jelapak...

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Ya, saya tertib insya-Allah. Insya- Allah saya tertib, saya tertib. Saya minta Yang Berhormat Pendang pun tertib juga.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya okey.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Sama, sama.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini masa Yang Berhormat Ledanglah.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Sama sama kita tertib Yang Berhormat Pendang.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Hulu Langat, ini masa Yang Berhormat Ledang.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Arau...

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini masa Yang Berhormat Ledang.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Arau, tak adalah.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini Masa Yang Berhormat Ledang.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Ya lah, Yang Berhormat Ledang bagi saya.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Duduk. Ini masa yang Yang Berhormat Ledang.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Arau pun duduk.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Duduk. Kamu duduk.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Kamu duduk.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini masa Yang Berhormat Ledang.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan bazir masa. Yang Berhormat Ledang, silakan.

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya beri laluan kepada Yang Berhormat Port Dickson sekejap ya. Boleh? Silakan.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya belum cakap lagi. Cuma hendak puji Yang Berhormat Hulu Langat sahaja.

final • 3:40 PM

Beberapa Ahli

Duduk, duduk.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tak, saya nak sentuh elemen penting.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dalam pembinaan negara tadi adalah rasuah. Rasuah ini bukan sahaja kita bercakap rasuah...

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Yang Berhormat Pendang, saya beri laluan kepada Yang Berhormat Port Dickson.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kelihatan rasuah perlu. Oleh sebab itu saya minta bermula...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang, sila duduk.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Pendang, duduklah. Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau, suruh Yang Berhormat Pendang duduk.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Ledang, teruskan.

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Saya beri laluan kepada Yang Berhormat Port Dickson.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau. Eh, duduk, duduk, duduk. Yang Berhormat Arau, suruh Yang Berhormat Pendang...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk semua.

Yang Berhormat Pendang, sila duduk, sila duduk. Ya, Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang, sudah banyak kali saya suruh duduk.

final • 3:40 PM

[Dewan ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, Yang Berhormat Port Dickson.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ledang atas beri laluan.

Isu wakil rakyat, ahli politik tidak boleh ke sekolah, ini bukan bermula sekarang.

Bermula dari zaman sebelum ini. Saya sebagai Menteri Besar, memperuntukkan berjuta

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

ringgit untuk pendidikan, saya tak datang ke sekolah. Jadi, sebenarnya tak jadi masalah untuk kita bantu sekolah, untuk kita bantu siapa pun. Kalau tak masuk sekolah, duit boleh sampai melalui PIBG, boleh buat di luar. Jadi, saya rasa tak ada masalah.

Cuma...

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya lalui perkara ini. Saya nak masuk, nak buat majlis bacaan Yasin untuk pelajar SPM pun tidak dibenarkan.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Sik, sila duduk.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Saya sendiri keluar berjuta- juta, tak dapat masuk ke sekolah, tetapi boleh dibuat di luar sekolah.

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Guru nak panggil wakil rakyat, pelajar nak jumpa.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kayanya, berjuta.

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin teruskan, masa tak banyak. Saya mohon masa kecemasan tambahan sedikit.

Saya secara ringkasnya ingin membahaskan sedikit tentang konsep Malaysia Madani yang dipelopori oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Madani ini dikaitkan dengan ketamadunan, maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan dalam usaha untuk membentuk masyarakat. Matlamat Malaysia Madani ini ialah untuk mengangkat semula martabat negara dan memperoleh semula kehormatan sebagai negara yang makmur berdasarkan enam teras utama iaitu:

(i) kemapanan;

(ii) kesejahteraan;

(iii) daya cipta;

(iv) nilai hormat;

(v) keyakinan; dan

(vi) ihsan.

Saya menganjurkan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk tidak menilai konsep ini berdasarkan slogan, angka ataupun perkauman.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Akan tetapi sebaliknya berasaskan maksud dan terjemahan dalam bentuk dasar serta tindakan. Adalah tidak benar jika kekurangan bilangan wakil rakyat Muslim dalam kerajaan, maka konsep Malaysia Madani itu salah atau tidak boleh terlaksana.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tanya, minta penjelasan.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Akhir sekali, saya ingin tegaskan semula...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak cukup masa.

Yang Berhormat Arau nanti ada peluang bercakap.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Titah Yang di-Pertuan Agong semalam...

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya hendak minta penjelasan.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

...iaitu baginda...

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya sokong Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Baginda sambut...

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya sokong Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Saya tidak bagi, Yang Berhormat Arau.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi, asal usul perkataan “madani” dan contoh-contoh madani ini diperkenalkan sebab madani ini ada hubung kait dengan bahasa Arab.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau, sila duduk.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apakah asal perkataan madani itu, daripada mana?

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Tidak apa, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Arau.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Contoh-contoh negara yang menjalankan...

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Saya ingin tegaskan semula Titah Yang di-Pertuan Agong semalam...

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Adakah bahasa Arab, bahawa Jawa atau bahasa Melayu?

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, baginda...

final • 3:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Ledang, minta.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Baginda sambut baik...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat, tidak perlu minta lagi.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

...semangat kesatuan dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Gulung, sila gulung.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Boleh saya teruskan?

final • 3:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim Bandar Baharu

Kulim minta, Kulim. Yang Berhormat Ledang.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Saya gulung ya.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Saya gulung, saya gulung. Saya hendak gulung sudah. Minta maaf.

final • 3:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim Bandar Baharu

Minta sedikit sahaja.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Kita kena sambut baik semangat kesatuan dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia ini, hasil cetusan murni baginda yang mahukan kerajaan yang stabil. Ia bukan ditubuhkan untuk menipu rakyat dan seluruh dunia. Ia bukan tertubuh dengan agenda sempit perkauman ataupun kefahaman pelampau.

[Tepuk] Hikmah daripada Parlimen tergantung ialah terbuka seluas-luasnya ruang untuk bermuafakat mencari kesepakatan atas prinsip perpaduan dan kestabilan demi masa hadapan negara. Ini seperti Titah Yang di-Pertuan Agong, bukan saya tambah. Ini Titah

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Yang di-Pertuan Agong. Apakah yang mencerminkan kehendak sebenar rakyat dan negara? Adakah ia menunjukkan sokongan rakyat ataupun pengundi? Saya percaya ya.

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

Betul.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Apakah ia keadaan yang sempurna? Mungkin tidak. Akan tetapi, fakta menunjukkan bahawa jumlah undi kepada gabungan Kerajaan Perpaduan ialah lebih daripada 10.4 juta iaitu 68 peratus ataupun lebih daripada dua pertiga.

[Tepuk] Justeru...

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini Yang Berhormat, fakta ini mengelirukan.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Sementara kita faham bahawa dua pertiga kerusi Parlimen...

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini selepas pilihan raya. Sebelum pilihan raya tidak ada, Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

...tidak semestinya mencerminkan dua pertiga jumlah sokongan undi popular.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, itu salah Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Akan tetapi, kali ini ia berlaku.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang ekstrem itu Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Kerajaan Perpaduan bukan sahaja peroleh dua pertiga kerusi iaitu 148 kerusi tetapi juga dua pertiga undi popular.

[Tepuk] Ataupun suara rakyat iaitu 68 peratus. Ini jarang berlaku dalam mana-mana demokrasi di dunia.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Ledang.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini Yang Berhormat misleading.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Justeru, ia boleh jadi ramuan terbaik corak perwakilan yang adil dan stabil.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini, yang kerja misleading ini Yang Berhormat Jelutong. Kamu jangan buat.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Sudah berubah goalpost Yang Berhormat Ledang.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Mana ada popular votes dua pertiga. Mana ada!

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Bagaimana dengan konsep first-past- the-post?

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Perbenturan politik wajib ada hadnya.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Apabila kita dapat 114 kerusi Ahli- ahli Parlimen menyokong, first-past-the-post.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

115, 115.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Beluran tahu atur cara persidangan.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya, saya tahu.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Saya tidak beri laluan.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya, tetapi Yang Berhormat berucap...

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Jadi, sila duduk. Sila duduk.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat berucap mengubah goalpost.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Minta maaf, sila duduk.

final • 3:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Ledang, minta Yang Berhormat Ledang.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Sekarang tentang populariti, undi popular.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Nanti boleh bahas, tidak apa.

Terima kasih, Yang Berhormat Beluran.

Pembentukan politik wajib ada hadnya, garis merahnya. Tanpa keraguan sedikit pun, saya yakin jaminan kestabilan politik yang sebenar adalah antara jaminan terpenting untuk kita mencapai pertumbuhan ekonomi dan menjamin kesejahteraan rakyat. Walau bagaimanapun, saya secara prinsip memahami bahawa jaminan tersebut tidak boleh disalahgunakan ataupun menggadaikan prinsip kebebasan kehakiman ataupun perundangan. Masa telah berlalu di mana kerajaan tahu segala-galanya, rakyat boleh menilai. Saya tahu Kerajaan Perpaduan ini juga sedar tentang itu.

Kita sudah selesai acara demokrasi pilihan raya, selesai pelantikan Perdana Menteri, selesai keabsahan, selesai pembentukan kerajaan. Maka, apa perlunya membenihkan kecurigaan yang tidak berkesudahan? Apa perlunya tanam bibit-bibit kebencian dan fitnah, menyelongkar foto, video peristiwa lama sambil mengaitkannya dengan keadaan semasa yang tidak berkaitan? Lebih buruk lagi...

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

Hoi hoi ya hoi.

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Ledang, masa sudah tamat.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, masa sudah habis.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, masa sudah habis.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia sambung buat fitnah, tidak bagus.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ledang.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Jadi dalam konteks ini, meskipun kita hormati kebebasan bersuara tetapi ia tidak mutlak dan ia wajar diambil tindakan jika melangkaui had undang-undang.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Baiklah, Yang Berhormat Ledang. Masa sudah cukup, terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Sebagai akhir, rangkap pantun terakhir Tuan Yang di-Pertua.

Beras kisar mudik ke hulu, Tanak pulut santan durian, Tidak ada orang menyesal dahulu, Banyak orang menyesal kemudian.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Maaf atas apa-apa jua ketelanjuran. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Titah Diraja. Terima kasih. *Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]*

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Ledang.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat dari Titiwangsa sekarang ini terbuka untuk dibahas. Sebelum saya minta Yang Berhormat Ketua Pembangkang untuk berucap, saya ingin baca senarai pembahas untuk hari ini.

Yang Berhormat Ketua Pembangkang akan diberi masa 75 minit. Kemudian, pembahas utama pihak kerajaan Yang Berhormat Taiping selama 30 minit. Yang Berhormat Arau selama 10 minit.

[Ketawa] Yang Berhormat Muar sebagai Ketua Parti selama 20 minit. Seterusnya, setiap pembahas akan diberi masa 10 minit iaitu Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Machang dan Yang Berhormat Pokok Sena.

Sekarang, minta Yang Berhormat Ketua Pembangkang untuk berucap.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, saya protes 10 minit. Kalau sudah betul-betul hendak bagi, lima minit cukup.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh.

final • 3:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Arau, lima minit cukup.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, Jelebu. Bolehkah saya cadang? Debate 10 minit ini tidak cukup, Tuan Yang di- Pertua. At least you bagi 15 minit untuk Ahli-ahli backbenchers dan juga pihak pembangkang.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kami menyokong Yang Berhormat Jelebu. Yang Berhormat Jelebu bagus, sekejap lagi kena.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya tidak sokong Yang Berhormat Arau tetapi make sense lah Tuan Yang di-Pertua. 10 minit kita tidak boleh buat ataupun kita tidak boleh debate banyak perkara, at least bagi 15 minit. For sure kalau 15 minit, tidak ada masa tambahan yang diambil oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau 10 minit, ramai yang akan langgar border Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Perbahasan Titah Diraja ini adalah untuk lima hari iaitu hingga 21 Februari. Kita ada 160 orang Ahli Dewan Rakyat dalam kalangan backbenchers yang ingin bahas. Jadi, 10 minit setakat ini ya.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita boleh urus dengan baik. Tidak semua 74 orang daripada kami akan berbahas dalam usul Titah Diraja ini. We can space it out; ada berucap masa bajet. Akan tetapi memberi 10 minit, ia tidak membayangkan kualiti Parlimen yang baik. 15 minit will be, saya menyokong Yang Berhormat Jelebu.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, sokong.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

15 minit. Jadi kita akan spacekan, ada antara kami akan berucap Titah Diraja, ada akan berucap atau berbahas nanti dalam bajet. Itu kita boleh uruskan.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Beluran.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tugas Tuan Yang di-Pertua cuma uruskan masa itu 15 minit, selepas lima hari itu, lima harilah kita berbahas. Mana yang tidak sempat tidak apa. Akan tetapi bagi 10 minit terlalu singkat, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya pernah dapat tiga minit daripada Yang Berhormat Beluran dahulu.

[Ketawa]

final • 3:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya rasa...

final • 3:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, hari akhir memang tiga minit dan semua hendak berbahas pada hari terakhir. Akan tetapi kita akan bagi, ramai di sini yang dapat 30 minit pada hari pertama, kedua dan ketiga.

Kemudian kita turunkan kepada 20 minit, kita turunkan kepada 15 minit.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ia nampak proper dalam keadaan sedemikian, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Beluran, sekejap. Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan– saya menyokong cadangan paling kurang 15 minit dan itu pun yang telah diberikan kefahaman kepada kami sebelum ini. Untuk menyelesaikan perkara ini, saya cadangkan kalau kita boleh lanjut sehingga pukul 9 malam atau 10 malam. Kita pernah bersidang sehingga pukul 5 pagi. Tuan Yang di-Pertua sendiri pun berpengalaman pada masa itu. Ini Parlimen Malaysia, no time limit. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Yang di-Pertua, sebelum Yang Berhormat buat ruling tentang permohonan ini, saya mencadangkan supaya mempertimbangkan semula jangka masa perbahasan ini, dibawa perbincangan kepada Tuan Yang di-Pertua untuk dibuat ruling. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, nanti saya akan bincang dengan Yang di-Pertua dan mempertimbangkan. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Larut, Ketua Pembangkang untuk berbahas.

[Tepuk]

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera.

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana saya diberi peluang mengambil bahagian bagi membahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Di kesempatan ini, saya mewakili Perikatan Nasional ingin merakamkan ucapan takziah serta rasa simpati yang mendalam ke atas kerajaan serta rakyat Turkiye dan Syria yang diuji dengan bencana gempa bumi terburuk dalam sejarah bencana alam di negara berkenaan. Keputusan kerajaan yang segera menghantar Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) adalah tepat. Saya mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan SMART yang telah berjaya menemui dan mengeluarkan mangsa gempa bumi di Nurdagi, Turkiye pada baru-baru ini. Tahniah dan syabas kepada mereka.

[Tepuk] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan ucapan saya dengan serangkap pantun, khas ditujukan kepada seluruh rakyat Malaysia. Tambahan pula, ia disiarkan secara langsung oleh Parlimen Malaysia dan juga melalui Facebook live saya.

*Lingkaran hikayat sempadan segenting, Sejarah keagungan gagang negara, Kemakmuran rakyat aspek terpenting, Membentuk kekuatan kestabilan negara.

[Tepuk]* Kita semua bersetuju dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa hanya dengan permuafakatan di antara kerajaan dan pembangkang barulah hasrat untuk melahirkan sebuah negara yang stabil akan tercapai. Hasrat murni baginda Yang di-Pertuan Agong ini adalah sesuatu yang harus diambil kira oleh semua pihak. Bukan sekadar hanya di pihak pembangkang tetapi juga di pihak kerajaan.

Caranya hanyalah dengan mempercayai sesama kita. Mustahil ia boleh berlaku jika masih ada lagi dalam kalangan pemimpin yang mempunyai dendam antara satu sama lain, terutamanya selepas mereka memimpin kerajaan. Laksana kata pantun Melayu...

Air dalam bertambah dalam, Hujan dahulu belumlah teduh, Hati dendam bertambah dendam, Dendam dahulu belumlah sembuh. Kami Perikatan Nasional sememangnya mahu negara ini sentiasa stabil dan sebab itulah kami telah memberikan akur janji kepada rakyat Malaysia bahawa Perikatan Nasional akan menjadi pembangkang yang bertanggungjawab, credible, berwibawa, efektif serta berintegriti tinggi.

[Tepuk] Teguran kami bukan bermaksud untuk mengganggu gugat kerajaan tetapi demi memastikan negara ini ditadbir dengan betul. Kritikan kami bukan disebabkan perbezaan politik tetapi dibuat atas kesedaran kepentingan ummah. Jika ada yang baik daripada kerajaan, insya-Allah kami akan sokong.

Hari ini kita sedang berdepan dengan senario geopolitik serantau dan antarabangsa yang amat mencabar. Langit yang diharapkan cerah rupa-rupanya mendung berterusan. Belum pun kita pulih sepenuhnya daripada pandemik COVID-19, konflik berpanjangan Rusia-Ukraine pula mencengkam kestabilan ekonomi dan geopolitik dunia.

Perkembangan geopolitik semasa ini menuntut kepada kesiapsiagaan, kebijaksanaan, keberanian serta ketepatan dalam menyusun langkah dan strategi kita.

Sebagai sebuah negara perdagangan yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka, Malaysia tidak boleh lari daripada berkawan dengan semua negara di dunia sama ada besar ataupun kecil. Sebarang kesilapan hanya akan merugikan kita, baik daripada segi hubungan dua hala, politik mahupun sosioekonomi.

Oleh sebab itu, dasar luar Malaysia harus jelas. Kesan langsung dan tidak langsung sudah pun dirasai Malaysia terutamanya industri pembuatan cip tempatan yang terjejas akibat gangguan rantaian bekalan kerana Rusia dan Ukraine adalah juga merupakan pengeluar bahan utama dalam pembuatan semikonduktor.

Senario di Timur Tengah juga menuntut kepada kematangan dan kebijaksanaan kita. Bukan hanya semata-mata melihat kepada goncangan hubungan dua hala di antara Amerika Syarikat dengan Arab Saudi serta juga UAE yang panas ketika ini, tetapi tidak boleh tidak ialah soal pendirian Malaysia berhubung keganasan Israel ke atas Palestin.

Kenyataan tegas Yang Amat Berhormat Tambun yang menyeru keadilan buat rakyat Palestin adalah sesuatu yang melegakan rakyat Malaysia. Ia memberi gambaran

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan sentiasa mempertahankan Palestin sebagai polisi kerajaan.

final • 4:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Larut, boleh saya mencelah?

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sila.

final • 4:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya. Itulah masalahnya, Yang Amat Berhormat Tambun tidak ada di sini. Cuma, saya hendak bertanyalah kalau boleh beliau jawab kemudian. Apakah pendirian beliau 10 tahun lalu, lebih kurang, yang mana beliau berucap, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel” ini masih lagi dipegang oleh beliau dan merupakan sebahagian daripada Dasar Luar Malaysia di bawah Kerajaan Malaysia Madani ini? Jadi, saya mintalah Yang Amat Berhormat Tambun kalau boleh hadir nanti untuk terang pada Dewan, apakah ini sudah ditarik balik atau bagaimana? Terima kasih.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Sebenarnya itu cerita lama. Hari ini dia telah pun mengatakan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mempertahankan perjuangan rakyat Palestin dan kita tetap menyokongnya. Insya-Allah, saya rasa apa yang disebut dahulu itu akan dijelaskan kepada kita akan datang nanti.

Apabila kita bercakap soal geopolitik, kebenaran tidak boleh disembunyikan kerana faktanya ada. Di pihak kami Perikatan Nasional, kami berpendirian tegas untuk Malaysia sentiasa berdiri teguh di belakang perjuangan suci rakyat Palestin.

Begitu juga dengan ketegangan terbaharu di antara China dan Amerika Syarikat.

Persaingan ekonomi antara dua kuasa besar ini boleh sahaja berubah menjadi pergeseran fizikal. Lebih-lebih lagi, kedua-dua negara ini sebenarnya sudah cukup bersedia baik daripada segi kuasa ekonominya mahupun kekuatan ketenteraan mereka.

Semua perkembangan ini perlu diteliti dengan cermat oleh kerajaan campuran pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun termasuklah pertembungan di Laut China Selatan yang mana Malaysia terbabit secara langsung.

Tuan Yang di-Pertua, dalam mendepani situasi geopolitik yang mencabar ini, kerajaan perlu melaksanakan langkah bersepadu kerana impaknya ke atas politik dan sosioekonomi negara bersifat mirror effect. Kekal berkecuali, tetapi pada masa yang sama, kita perlu bijaksana dan cermat menyusun strategi agar kita tidak terlihat cenderung kepada satu-satu negara hanya kerana kita mempunyai hubungan baik dengan kelompok tertentu. Kegagalan kerajaan campuran ini menangani dengan cermat isu-isu geopolitik akan menjejaskan secara keseluruhan aspek rantaian bekalan, kewangan, nilai mata wang, ekonomi dan keselamatan makanan yang membawa kepada inflasi berpanjangan.

Kepercayaan pelabur mesti diutamakan. Malaysia perlu ada dasar yang menarik dengan insentif-insentif yang akan memberi situasi menang-menang kepada semua pihak. Beberapa struktur pemudah cara perniagaan dan perdagangan yang sedia ada harus diubah bagi menjadikan Malaysia lebih kompetitif berbanding dengan negara- negara pesaing kita terutamanya daripada aspek polisi dan keselamatan. Komitmen ini penting kerana ia akan memberikan keyakinan kepada para pelabur.

Kita semua sedar Malaysia mempunyai sempadan yang porous yang menuntut kepada usaha bersepadu bagi meningkatkan tahap keselamatan negara. Maka kita perlu menambah aset-aset kepada semua agensi keselamatan negara terutamanya kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta agensi-agensi lain seperti APMM dan sebagainya.

final • 4:00 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Yang Berhormat Larut. Ketereh.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang Berhormat Ketereh.

final • 4:00 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Boleh saya mencelah?

final • 4:00 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Larut. Tuan Yang di-Pertua dan seterusnya Ahli-ahli Dewan Rakyat sekalian. Daripada maklumat yang saya terima, 58 peratus daripada kapal-kapal TLDM sudah berusia lebih daripada 35 tahun yang menyebabkan bukan sahaja kita terkebelakang daripada segi teknologi tetapi juga memberi risiko keselamatan kepada anak kapal itu sendiri.

Laporan PAC LCS yang lalu ada menyebut tentang penyelewengan yang memang berlaku dan sejumlah besar wang gagal dikesan. Jadi, setujukah Yang Berhormat Larut kalau saya lihat kepada perkembangan TLDM ini jika tidak dilakukan usaha yang bersungguh-sungguh, kita mungkin menuju ke arah pasukan Tentera Laut yang daif. Maksud saya, Tentera Laut yang tidak boleh mengawal perairan kita.

Kalau kita tengok, Malaysia ini adalah sebuah negara maritim yang dikelilingi oleh laut terutama di Selat Melaka. Jadi banyak kapal yang lalu melalui Selat Melaka. Akan tetapi kalau kita tidak mempunyai pasukan Tentera Laut yang kuat, sudah tentu kita tidak dapat menjaga keselamatan perairan kita. Sekian, terima kasih.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Yang Berhormat Ketereh.

Itulah yang saya bangkitkan Tuan Yang di-Pertua bahawa aset-aset yang diperlukan itu harus diberikan keutamaan kerana keselamatan adalah sesuatu yang paling utama untuk kita tentukan sesiapa sahaja yang hendak menjadi pelabur di sini yakin bahawa negara kita selamat daripada masalah-masalah keselamatan.

Jika tidak ditangani dengan berkesan, ia membuka kepada ruang jenayah yang seterusnya akan merosakkan struktur ekonomi negara terutamanya mewujudkan black economy yang begitu luas.

Justeru, kerajaan harus melihat dan mencari kaedah terbaik untuk memastikan black economy dan ancaman keselamatan khususnya di sempadan negara ditangani secara berkesan agar kita tidak terperangkap baik dari sudut politik, sosioekonomi mahupun hubungan dua hala.

Tuan Yang di-Pertua, apabila baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong menghargai inisiatif Malaysia Madani, ini memberi gambaran bahawa apa yang cuba dibawa oleh Yang Amat Berhormat Tambun adalah madani yang berasaskan nas serta ijtihad dan kemudiannya dipaterikan melalui Piagam Madinah yang difahami sebagaimana yang ditegakkan oleh Rasulullah SAW. Apatah lagi madani itu sendiri berasal dari perkataan Madinah, bererti lahirnya madani itu sendiri adalah manifestasi mulia di sisi Islam.

Konsep kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, ihsan dan rahmat adalah aspek yang baik tetapi paling penting ia mestilah berakar kepada fiqh dan maqasid. Oleh itu, kalau elok pemimpinnya, insya-Allah eloklah bangsanya. Akan tetapi kalau rosak pemimpinnya dengan membawa ideologi yang salah dan tidak bertanggungjawab, naudzubillah, maka musnahlah masa depan anak bangsa dan negara.

[Tepuk] Oleh sebab itu, dasar Madani yang hendak dibawa oleh kerajaan ini perlu jelas supaya tidak timbul sebarang kekeliruan dan kekhilafan yang boleh membawa perpecahan dalam kalangan rakyat terutamanya yang membabitkan kumpulan ilmuwan dan agamawan. Mereka tercium bau-bauan sekularisme, liberalisme dan pluralisme dalam konsep kerangka serta epistemology Malaysia Madani jika banyak mengutip pemikiran Amartya Sen, Pico Mirandola, Ziauddin Sardar dan juga John Locke.

[Tepuk] Sedangkan fabrik sosial dalam madani mengikut Islam juga telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh Al-Farabi menerusi istilah Madinah Al-Fadhilah sebagai reaksi balas kepada pandangan Aristotle. Begitu juga Ibnu Khaldun yang mengupas konsep dan epistemology madani dari sudut ilmu sosiopolitik menerusi kitab Al-Muqaddimah. Mereka bimbang madani ini selari dengan ucapan Yang Amat Berhormat Tambun bertajuk Religion and Pluralism in the Divided World di London School of Economics yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Tambun sendiri beberapa tahun yang lalu.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ini terutamanya apabila Yang Amat Berhormat Tambun sebut. Saya bacakan semula quote asal ucapan Yang Amat Berhormat Tambun dalam bahasa Inggeris dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. “Muslims must break free from the old practices of cliche mongering and name-calling, move beyond tribal or parochial concerns. A rediscovery of the religious inherent grasp of pluralism is very much in need. Jadi, kalau ini…

final • 4:10 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Masukkan, pencelahan.

final • 4:10 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Pencelahan. Terima kasih Yang Berhormat Larut. Saya tertarik dengan apa yang dibangkitkan dalam ucapan Yang Amat Berhormat Tambun suatu ketika dahulu di London School of Economics yang juga menggemparkan negara kita. International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) pernah mendedahkan melalui Fello Yang Utama Allahyarham Dr.

Uthman El-Muhammady bahawa dalam ucapan itu ada 12 perkara dan 12 titik yang sangat bertentangan dengan nas dan juga syarak. Yang Amat Berhormat Tambun sehingga hari ini tidak pernah menarik balik ataupun memperbetulkan ucapan itu. Ini satu perkara yang sangat serius kerana ia berkaitan dengan perkara yang paling fundamental dalam agama iaitu soal akidah.

Jadi, kalau madani yang hendak dibawa itu akan dikaitkan dengan apa yang pernah didedahkan ini, saya sangat bimbang ia akan membawa kepada satu natijah yang sangat buruk. Apa pandangan Yang Berhormat Larut?

final • 4:10 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Yang Berhormat Larut, Jerantut. Boleh Jerantut Yang Berhormat? Sedikit. Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya melihat kenyataan yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Tambun merupakan satu perkara yang serius dan amat berbahaya. Izinkan saya membaca satu kenyataan daripada Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri, bekas Menteri Agama semasa menjadi Mufti Wilayah Persekutuan tentang perkara ini.

“Kami sekali lagi ingin menegaskan bahawa Islam adalah agama rahmat yang bersifat universal, penuh toleransi dan menerima hakikat wujudnya pelbagai agama, plurality di muka bumi ini. Namun demikian, ia bukan bermakna Islam menyeru kepada kesamarataan agama seperti yang dipercayai dalam ajaran pluralism agama.

Justeru, kami menyokong penuh keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-74 pada 25 Julai hingga 27 Julai 2006 berkenaan gerakan pemikiran liberal yang mengandungi fahaman-fahaman menyeleweng termasuk konsep pluralism yang disenaraikan sebagai salah satu doktrin yang sesat lagi menyesatkan.

Muzakarah menyimpulkan bahawa pluralism agama ini adalah satu konsep yang berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respons yang tersendiri terhadap realiti yang agung (ultimate reality) dengan izin. Ini bererti semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada realiti yang agung.

final • 4:10 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Akhirnya, semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayahnya buat kita semua agar sentiasa berada di atas jalan yang lurus dan menjauhkan kita dari jalan yang menyimpang”. Yang Berhormat Larut, Ketua Pembangkang, baru-baru ini kita juga dikejutkan dengan adanya tularan video kumpulan Muslim termasuk kanak-kanak yang berarak dalam ritual agama lain setelah melihat sebahagian ataupun terdapat pemimpin- pemimpin negara yang terlibat meraikan ritual agama lain. Walaupun ini telah ditegaskan panduannya oleh mufti dan Menteri Agama.

Apa yang membimbangkan kita tentang prinsip ataupun konsep kerajaan Madani ini juga ialah seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang tadi tentang pembawaan konsep Madani di bawah Ibn Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah.

[Berucap dalam bahasa Arab] Manusia itu Madani mengikut tabiinya. Dalam erti kata lain, huraian ini telah pun diasaskan secara terperinci berpandukan firman Allah SWT daripada surah Al-Hujurat ayat 13. Jelas konsep Madani yang perlu diterjemahkan meraikan tabii

final • 4:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

kepelbagaian plurality insan tetapi bertegas terhadap konsep pluralisme yang meletakkan Islam sama kedudukannya dengan anutan lain.

Oleh yang demikian, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, bersetujukah Yang Berhormat Ketua Pembangkang agar kita meminta Yang Amat Berhormat Tambun untuk menarik balik kenyataan kontroversi ini. Yang kedua, bersetujukah Ketua Pembangkang untuk kita minta penegasan daripada Yang Amat Berhormat Tambun supaya komited meletakkan Islam sebagai teras tertinggi agenda Madani dan tidak cenderung memilih meraikan pluralisme yang jelas pendekatannya luar tabii.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih kepada kedua-dua Ahli Parlimen, Yang Berhormat Pengkalan Chepa dan Yang Berhormat Jerantut. Saya terfikir bahawa apabila konsep Madani yang ingin dibawa oleh Yang Amat Berhormat ini adalah sesuatu konsep yang benar-benar mengikuti pengajaran Islam seperti yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Oleh sebab itu, baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong menyebutnya dalam Titah Yang di-Pertuan Agong semalam kerana tidak mungkin sebagai seorang Ketua Agama tidak mahu melihat bahawa konsep Madani ini adalah konsep Madani yang dibawa daripada zaman itu lagi. Maka, saya yakin apabila dibangkitkan oleh kedua-dua Ahli Parlimen kita, Yang Berhormat Pengkalan Chepa dan Yang Berhormat Jerantut ini, ia memberi gambaran supaya Yang Amat Berhormat Tambun nanti menjelaskan...

final • 4:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat Larut, Shah Alam mohon mencelah.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Pemikiran beliau kerana ini akan menentukan rasa bimbang, bau-bau yang kurang senang tidak akan ada di kalangan kita.

Ini kerana kami sentiasa menyokong jika sekiranya...

final • 4:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik mohon sedikit penjelasan.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jika sekiranya apa yang ingin dibawa ini adalah satu konsep yang baik dan boleh diterima oleh kami di pihak sini.

final • 4:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Larut, boleh sedikit, Sik boleh ya? Belakang, Sik belakang dulu ya.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang Berhormat Sik dulu.

final • 4:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Baik, terima kasih Yang Berhormat Larut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ketika Yang Berhormat Tambun melancarkan syarahannya dalam konsep Madani ini pada 19 Januari yang lalu, disebut tegakkan keadilan asas negara Madani.

Namun, kalau dilihat di luar ini, dua perkara besar dalam negara kita iaitu soal demokrasi, soal pemilihan rakyat itu. Ketika hari ini, Yang Berhormat Tambun masih lagi berdolak- dalik untuk mereka juga memberi peruntukan yang adil kepada seluruh Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat.

Adakah ini seolah-olah seperti mana juga dikata cakap lain, buatnya lain. Begitu juga dalam soal pendidikan, Yang Berhormat Larut. Hari ini dan saya sebut juga tadi, Menteri Pendidikan pun ada. Tidak benarkan kita ini yang dipilih oleh rakyat untuk membantu sekolah, masuk ke sekolah, berjumpa dengan guru untuk hendak mereka teruskan bersama dengan anak-anak murid. Jadi, bagaimana yang disebut keadilan yang dikatakan dalam konsep Madani ini? Terima kasih Yang Berhormat Larut.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat Larut, Shah Alam tadi minta awal lagi.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Selepas ini.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya setuju apa yang dibangkitkan tadi ialah soal bila kita gagasan tentang negara Madani. Saya fikir asas utama ialah soal keadilan. Kalau kita rujuk kepada Al-Quran ataupun hadis Nabi SAW, asas utama ini dia core kepada semua, asas pembinaan sebuah negara dan kepimpinan.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Hatta kalau kita rujuk kepada Al-Quran.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Asasnya ialah keadilan. Bahkan, dalam satu hadis Nabi sebut tentang tujuh buah golongan yang layak berteduh bawah Arasy Allah. Hadis yang biasa kita baca. Yang pertama ialah imamun 'adilun, pemimpin mesti berlaku adil. Saya fikir, selain daripada teras yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang soal aspek kemapanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, ihsan dan rahmah, tidak ada dinyatakan asas keadilan sebagai teras. Sedangkan asas keadilan itulah yang perlu dimasukkan asas kepada– Terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat Larut, saya mohon mencelah. Kenyataan itu tidak benar.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Shah Alam, ini floor Yang Berhormat Larut.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Okey, baik. Terima kasih Yang Berhormat Larut. Yang Berhormat Larut ada menyebutkan tadi tentang masyarakat Madani, negara Madani yang digagaskan oleh Yang Berhormat Tambun. Akan tetapi Yang Berhormat Larut tidak pun menyebut inti sari yang ada, yang penting dalam kandungan buku Madani yang telah pun digagaskan dan diedarkan kepada semua, yang saya yakin ramai juga di kalangan Ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang hadir dalam pelancaran gagasan Madani itu.

Apa yang paling penting sekali, saya tidak yakin semua termasuk beberapa orang daripada Ahli Parlimen pembangkang tadi membaca sehingga menyatakan tidak ada disebutkan ayat-ayat yang berkenaan dengan keadilan. Sedangkan, di dalam muka surat 24 disebutkan dengan jelas surah Al-Nahl ayat 90 yang menyatakan... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] sehingga akhirnya. Ini jelas disebutkan dalam buku masyarakat Madani itu.

Jadi, bagaimana boleh dituduh, digambarkan kiasan-kiasan yang bersifat tidak adil kepada gagasan yang sedang diusahakan oleh Yang Berhormat Tambun. Jadi, sepatutnya, kalau Yang Berhormat Larut menyokong gagasan ini, sepatutnya dibacakan juga inti sari-inti sari yang terkandung di dalam buku gagasan masyarakat Madani itu supaya dapat difahami oleh mereka yang tidak membacanya di dalam Dewan ini. Jadi, itu yang kita hendakkan supaya keadilan itu juga diberikan oleh Yang Berhormat Larut dalam hal ini. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Yang Berhormat Sik, Kubang Kerian dan Shah Alam. Oleh sebab itu, bila ada sesuatu konsep yang hendak dibawa seperti ini biarlah ia jelas sebab kita tidak mahu...

final • 4:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ia jelas, dalam buku itu jelas disebutkan.

Tolong baca dalam buku itu dan kemudian bahas buku itu. Bukannya ambil daripada petikan-petikan yang lain di luar.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Oleh sebab itu, kita mesti jelas sebab kalau tidak jelas, inilah yang berlaku. Jangan lah hendaknya kepercayaan rakyat khususnya umat Islam di negara ini dirobek dan dicarik-carik. Jangan ada telunjuk lurus, kelengkeng berkait.

[Tepuk] Oleh sebab itu, saya minta isu ini biarlah Yang Amat Berhormat Tambun sendiri jelaskan sebab kita kata kita sokong jika gagasan ini dibawa mengikut apa yang telah pun ditegakkan oleh Rasulullah SAW.

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Larut, sedikit.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Itu maksud yang saya ingin sampaikan. Jika ia lari daripada itu, inilah yang menyebabkan ada kekhilafan di kalangan kita.

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Larut, sedikit pencerahan.

Sedikit, terima kasih. Yang Berhormat Larut, saya dengar dengan teliti apa yang Yang Berhormat Larut cuba huraikan dan saya rasa konsep Madani ini sebenarnya bukan perkara yang baharu.

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kalau kita teliti perjalanan politik daripada Yang Amat Berhormat Tambun, daripada sejak student movement lagi dia sudah menunjukkan prinsip dan juga semangat perjuangan yang sama. Pada masa itu Yang Berhormat Larut student union juga di dalam Universiti Malaya. Konsep Madani ini dibangkitkan pada tahun 1993. Di mana, apabila Yang Berhormat Tambun telah menghuraikan dan mencerakinkan tentang isu Madani ini dan juga tulis buku tentang Asian Renaissance.

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Selepas itu, ada pergolakan politik di mana Tok Guru Nik Aziz dan juga Yang Berhormat Marang bersama dengan Yang Amat Berhormat Tambun juga. Semua konsep madani itu telah diperbincangkan dalam Pakatan Rakyat juga di mana tokoh-tokoh pemimpin sekarang di dalam Perikatan Nasional telah bersama dengan Yang Amat Berhormat Tambun. Begitu juga dengan Yang Berhormat Larut sendiri, semasa tahun 1990-an, di mana dalam UMNO pun Yang Berhormat Larut juga bersama dengan Yang Amat Berhormat Tambun.

Jadi, isu ini sudah lama beliau percaya dan juga memperjuangkan konsep madani. Di mana berlandaskan ajaran agama Islam dan juga ada universal value daripada manusia sejagat. Jadi, saya rasa Yang Berhormat Larut kalau belum faham, boleh baca buku dengan teliti. Baca dengan teliti, barulah kita huraikan dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Saya amat tertarik apabila Yang Berhormat Bayan Baru menyebut semua sejarah Yang Amat Berhormat Tambun sendiri. Oleh sebab itu kita telah bangkitkan, apabila ada kata-kata yang tidak selari dengan konsep itu. Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang tadi, seperti yang dibangkit oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat tadi seperti Yang Berhormat Jerantut. Itu yang menyebabkan kita keliru.

Apakah ini yang ingin dibawa atau madani yang sebenarnya? Jadi, tidak payahlah bahas bab ini.

Kita hendak mempersoalkan pada Yang Amat Berhormat Tambun, konsepnya baik, tetapi kalau ia berbau sesuatu yang luar daripada perjuangan asal, yang itu yang kami akan tentang. Akan tetapi, kalau ia tidak, ia benar-benar mengikut apa yang diajar, insya-Allah kami tetap menyokong konsep Madani yang dibawa.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah pun dipadamkan frasanya melalui perintah Surat Pekeliling kerajaan.

Sudah tidak boleh dibenarkan guna lagi dasar Wawasan Kemakmuran Bersama. Jadi, saya hendak tanya, apakah sesuatu dasar serta polisi yang telah diluluskan di Parlimen ini boleh diketepikan begitu sahaja? Wawasan Kemakmuran Bersama tidak dibuat hanya kerana suka-suka, ia mengambil masa yang panjang sehingga melebihi dua tahun untuk dirangka dan disusun dan semua agensi kerajaan sudah jelas tentang hala tuju serta objektif yang hendak kita capai menjelang tahun 2030.

Jadi, saya hendak tanya di manakah tempatnya Wawasan Kemakmuran Bersama ini? Apakah ia sudah pun dimasukkan dalam bakul atau masih lagi dianggap sebagai sesuatu yang boleh dibincangkan.

Jikalau boleh dibincangkan sepertimana yang disebut, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana meneruskan juga salah satu polisinya, Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang merupakan inisiatif Perikatan Nasional bagi mempercepatkan pembangunan infrastruktur digital negara.

[Tepuk] Ada perkara-perkara dalam itu yang boleh diambil dan ada perkara yang ditinggalkan begitu sahaja.

Oleh sebab itu saya hendak jelas supaya Ahli Yang Berhormat Tambun dapat menjelaskan kepada kita. Ini kerana program JENDELA ini yang akan membantu dan melonjak pertumbuhan ekonomi negara daripada middle-income economy kepada high- income economy.

Maju mundur sesebuah negara itu atau bangsa itu, kuncinya terletak kepada aspek pendidikan, sistem pendidikan kita mestilah inklusif, meliputi kesemua spektrum kehidupan. Pendidikan awal sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi wajib diperkasa

final • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

dan ditambah baik pada sepanjang masa tanpa mengurangkan sedikit pun jati diri sebagai bangsa Malaysia.

Oleh sebab itu, reformasi pendidikan yang hendak dibawa, tidak boleh berkisar kepada penerapan pemikiran kritis dan kreatif semata-mata, tetapi mestilah juga ke arah survivalism. Ini kerana kalau kita boleh lakukan ini, insya-Allah masa depan kita akan bertambah kuat dan bertambah kukuh kerana ada perasaan survival dalam kalangan anak bangsa kita pada masa hadapan, itu harus dipertekankan, insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah mencapai kedudukan sebagai negara middle-income economy. Pendapatan Negara Kasar (GNI) per kapita Malaysia ketika ini adalah sebanyak USD11,200 iaitu kurang daripada USD1,335 untuk membolehkan kita beralih untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. Kita tidak boleh berterusan terperangkap dalam pendapatan pertengahan ini.

Oleh itu, Perikatan Nasional mencadangkan supaya kerajaan memberi penekanan khusus kepada aspek penghasilan sumber manusia berkualiti tinggi. Ini kerana, langkah itu akan memudahkan kita untuk merebut peluang ekonomi yang lebih besar. Melalui pendekatan itu, kita akan memiliki generasi baharu, sumber manusia yang jauh lebih inovatif daripada apa yang kita miliki ketika ini. Sekali gus bakal melahirkan lebih banyak syarikat-syarikat yang berteraskan teknologi tinggi, insya-Allah.

Justeru, kerajaan harus menggubal satu polisi yang lebih inklusif dan berdaya saing. Penekanan mestilah terarah kepada usaha menambah baik aspek peningkatan daya saing, mencipta lebih banyak peluang kerja yang berprestasi tinggi serta memperkasakan institusi.

Tadi banyak yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa. Saya bersetuju, kadang-kadang saya ingat bahawa apa yang disampaikan oleh pencadang tadi seolah-olah beliau ini hendak marah kerajaan ataupun bagaimana sebab atau perasaan yang sedih atau tidak yakin dengan apa yang telah pun ada di hadapan kita.

Jadi, sebab itu saya bersetuju bahawa galakan juga perlu diberikan kepada pihak swasta menerusi insentif-insentif menarik bagi memperkasakan dan memacukan lagi agenda penyelidikan dan pembangunan atau R&D. Apabila kesemua asas kepada talian nilai ini sudah dibina oleh kerajaan, insya-Allah kita boleh melangkah ke hadapan untuk muncul sebagai negara pengeluar kepada produk yang berteknologi tinggi serta inovatif tinggi seterusnya muncul negara berpendapatan tinggi.

final • 4:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Larut, minta mencelah.

final • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Pada masa yang sama, insentif- insentif menarik bagi mengurangkan pekerja asing juga perlu ditambah baik oleh kerajaan kerana peluang kerja berprestasi tinggi ini mesti diisi oleh rakyat tempatan terutamanya golongan belia dalam kerajaan, silakan.

final • 4:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Larut, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik apabila disebut kita hendak bergerak menjadi dengan izin industry nation ataupun negara industri ini dan kita tentulah akan menumpukan kepada Pembangunan Pelaburan (FDI). Jangan lupa, pada masa yang sama juga kita perlu melihat juga DDI.

Jadi, pada masa sekarang kita banyak menggunakan dengan izin migrant workers ataupun pekerja asing. Jadi, bagaimanakah satu perancangan sistem pendidikan untuk kita menyediakan sebagai platform pekerja mahir dan separa mahir dalam pasaran yang kita akan masuk ke dalam negara industri. Jikalau kita tidak sediakan premis kita sebut, kita hendak bawa masuk jadi negara maju dan sebagainya, tiba-tiba kita tidak ada persediaan premis untuk– sedangkan kita masih lagi job seekers dengan izin dalam pasaran sangat besar.

Jadi, apa perancangan kerajaan untuk kita pindahkan kepada sistem pendidikan TVET ini bagi kita menyediakan prasarana bila industri – sektor memohon kepada pekerja, kita boleh supply domestic workers kepada industri dengan izin.

final • 4:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, kalau kita guna lagi foreign workers dan senang kita duduk gembar- gemburkan kita hendak jadikan negara industri tiba-tiba kita tidak ada pekerja sedangkan dalam pasaran kita, pekerja-pekerja yang tidak mahir dan yang tidak ada sistem pendidikan TVET ini menjadi lambakan dalam pasaran.

Jadi saya hendak mencadangkan, saya hendak minta Ketua Pembangkang supaya perkara ini kita bersama-sama dengan kerajaan bagi kita melahirkan satu sistem pendidikan TVET yang mampan, menjadi first choice kepada parents dalam negara kita.

Pandangan.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, saya minta masukkan ucapan Yang Berhormat Pendang ini dalam ucapan saya kerana ia menyentuh tentang keperluan tenaga kerja yang mahir bagi kita menentukan masa depan kita untuk menentukan juga ekonomi yang selama ini hanya at middle-income economy itu kita pertingkatkan sebagai high-income economy dalam negara kita. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tambun perlu merasai the reality on the ground. Realitinya adalah rakyat hidup dalam kesusahan.

Hari ini statistik menunjukkan 76 peratus daripada rakyat kumpulan B40 meraih pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dan terpaksa bergantung hidup dengan berhutang.

Kumpulan B40 ini semakin membesar dan kini mungkin sudah menjadi kumpulan B50. Ertinya rakyat hidup dalam suasana struggle harian (daily struggle). Kita tidak mahu ada dalam kalangan rakyat yang terpaksa kurangkan nutrition mereka dengan hanya semata-mata makan mungkin sekali sehari sahaja.

Kerajaan campuran ini perlu mengambil iktibar terhadap insiden Arab Spring.

Sebagai pembangkang yang bertanggungjawab, kami di Perikatan Nasional ini tidak mahu suasana begitu berlaku di Malaysia. Kita mahu kerajaan ini memimpin dan melakukan sesuatu dengan segera. It is time to deliver. Bukan masanya untuk kita bercakap semata-mata. Saya tengok hari ini kerajaan hanya banyak bercakap.

Betul sudah kita berikan peluang sehingga 100 hari, sudah hampir 100 hari mereka memerintah. Soal kebajikan veteran tentera dan polis terutamanya [Tepuk] dalam aspek penyelarasan pencen juga perlu diberi perhatian kerana mereka ini majoritinya tergolong dalam kumpulan B40. Mereka adalah pejuang dan hero negara. Mereka berkorban demi agama, bangsa dan negara.

[Tepuk] Kesusahan hidup yang dihadapi rakyat membawa kepada permasalahan sosial yang lebih serius terutamanya tekanan mental dan emosi. Termasuk menyumbang kepada kadar penceraian yang tinggi di dalam negara kita ini. Terbaru hasil kajian yang dibuat badan bebas USCI Poll Research Centre, mendapati sembilan daripada 10 rakyat Malaysia bimbang dengan isu kos sara hidup dengan lebih 60 peratus berpandangan kerajaan tidak bersungguh untuk menyelesaikan masalah ini.

Manakala pemerintahan sebelum ini...

final • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Yang dipimpin oleh pertamanya, Yang Berhormat Pagoh, kemudian diteruskan dengan..

final • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

..Yang Berhormat Bera. Bank Negara sendiri memperakui bahawa ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan KDNK paling tinggi pada tahun lalu iaitu berkembang 8.7 peratus.

[Tepuk] Ini adalah satu angka yang tertinggi dalam tempoh 22 tahun sejak tahun 2000 dan tertinggi dalam kalangan negara- negara Asia Tenggara.

Ini menunjukkan bahawa intervensi kerajaan melalui pemulihan ekonomi yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pagoh sendiri, yang dibuat telah pun berjaya mencatat pertumbuhan KDNK yang tinggi dalam sejarah negara.

[Tepuk]

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi, bahkan baginda Yang di-Pertuan Agong sendiri menyebut, “Malaysia mencatatkan nilai eksport bernilai RM1.552 trilion sehingga Disember 2022’’ iaitu peningkatan 25 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021. Ini adalah hasil perancangan strategik ketika Perikatan Nasional mentadbir negara.

Jadi benar saya bersetuju bahawa kita harus beri peluang. Sebab itu yang saya mahu adalah sesuatu perancangan untuk kita pastikan bahawa apa sahaja masalah yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa tadi...

final • 4:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Boleh kita tanganinya dengan sebaik mungkin.

final • 4:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Bachok laluan. Bachok.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Beri...

final • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang Berhormat Larut. Saya tekun dengar perbahasan berkenaan dengan membela kebajikan anggota PDRM dan anggota tentera.

Adakah Yang Berhormat sedar bahawa ketika saya berada di sebelah sini dan Yang Berhormat sendiri menjadi Menteri Dalam Negeri, permintaan-permintaan telah dibuat oleh saya untuk menaikkan dan juga meningkatkan kemudahan-kemudahan tempat tinggal bagi anggota-anggota PDRM terutamanya kuarters di Pulau Pinang, di kawasan saya Jelutong.

Ketika itu Yang Berhormat merupakan Menteri Dalam Negeri di mana anggota- anggota PDRM di Balai Polis Jelutong tinggal dalam sebuah bilik sahaja. Persoalan saya, kenapakah tidak kebajikan anggota PDRM dan tentera terutamanya PDRM dibela ketika Yang Berhormat menjadi Menteri Dalam Negeri dahulu?

final • 4:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Bachok. Terima kasih Yang Berhormat Larut. Saya tertarik apabila Yang Berhormat Larut membangkitkan tentang intervensi ekonomi yang dibuat oleh pentadbiran terdahulu yang berjaya menyelamatkan dan memulihkan ekonomi rakyat dan juga negara.

Cuma, menariknya apabila kita berbincang tentang konsep Madani hari ini.

Madani itu lahir sebelum ada program yang kita boleh– rakyat nilai apa kebaikannya.

Berbeza dengan program-program dasar dan juga intervensi yang dilaksanakan di bawah kepimpinan Yang Berhormat Pagoh ketika dahulu dan setelah dibuat segala bentuk bantuan dan program tersebut, maka orang menjenamakan segala bantuan yang dibuat oleh Yang Berhormat Pagoh sebagai Prihatin.

Jadi, adakah Yang Berhormat Larut bersetuju bahawa Prihatin yang diberikan kepada Perikatan Nasional dahulu itu adalah apabila kita laksanakan segala bantuan dengan penuh prihatin berbeza dengan konsep Madani hari ini masih lagi berbentuk slogan? Terima kasih.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Pertamanya, saya ucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Jelutong untuk mengingatkan saya. Sebenarnya betul dan telah pun kita ambil supaya kita tentukan kebajikan PDRM dan juga anggota PDRM dan angkatan tentera dipertingkatkan.

Cuma sekarang ini kita serahkan kepada kerajaan yang ada untuk meneruskannya.

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kemudian, Ahli Parlimen Bachok membangkitkan tentang program yang telah pun kita lakukan melalui intervensi ketika mana kita perlukan pemulihan ekonomi yang pesat ketika itu. Betul, sebab itu ramai daripada kalangan rakyat hari ini melihat bahawa Perikatan Nasional ini adalah sesuatu kumpulan yang benar-benar prihatin terhadap masalah rakyat.

Maka, kalau konsep Madani yang hendak dibawa oleh Yang Amat Berhormat Tambun sendiri, dengan menggunakan Program Madani atau slogan Madani itu haruslah juga merupakan sesuatu yang benar-benar mengambil kira keprihatinan kepada masalah rakyat. Saya bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bachok.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sektor pelancongan negara juga meraih pendapatan sebanyak...

final • 4:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Larut sikit, sikit.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...RM26.8 bilion pada tahun lalu dengan jumlah kedatangan pelancong adalah 9.2 juta. Tahniah dan syabas kepada mereka yang telah pun merancang dengan lebih awal supaya kita dapat menentukan ada peningkatan pendapatan sebanyak RM26.8 bilion ini melalui kedatangan pelancong dalam negara kita. Ya Yang Berhormat Sik.

final • 4:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya, terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Berkaitan dengan peningkatan kos sara hidup dan juga kesan kelembapan ekonomi ini, satu kelompok masyarakat kita iaitu penoreh getah yang juga terkesan apabila kejatuhan harga getah di seluruh dunia.

Telah dilaksanakan satu langkah yang sangat besar ketika yang Yang Berhormat Pagoh sebagai Perdana Menteri, Belanjawan 2021 diperuntukkan RM300 juta untuk bantu penoreh, projek atau program IPG (Insentif Pengeluaran Getah) bagi meletakkan harga lantai getah RM2.50.

Jadi saya ingin mohon penjelasan Yang Berhormat Larut, nampaknya hari ini pihak kerajaan masih lagi belum ada satu langkah yang lebih jelas bagi membantu penoreh-penoreh getah kita di Sik, di Larut sendiri yang sangat ramai untuk memastikan mereka tidak terus tertekan akibat kejatuhan harga getah ini. Terima kasih Yang Berhormat Larut.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Yang Berhormat Sik.

Saya bersetuju, sebab itu saya minta supaya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik ini dijadikan juga sebagai ucapan saya supaya Yang Berhormat Menteri dapat menjawab tentang isu IPG ini.

Saya mohon supaya bantuan-bantuan dan insentif-insentif untuk membantu rakyat ini harus dipertahankan walaupun pada satu– Walaupun pada ketika pemerintahan Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Bera adalah ketika pandemik COVID-19 itu berlaku, tetapi disebabkan oleh hala tuju kepimpinan mereka yang jelas, maka ekonomi kita berjaya mencatatkan pertumbuhan yang amat positif.

Sekarang ini pula kita dengar macam-macam. Saya dengar baru-baru ini pihak Hartal Doktor Kontrak pun sudah beri kata dua kepada kerajaan campuran. Padahal sebelum PRU15, PH cuba menjadi hero tetapi bila sudah mengambil alih kerajaan, langsung tidak buat apa-apa.

Yang Berhormat Pandan sebagai contoh, Yang Berhormat Pandan, macam- macam formula sebelum memerintah. Macam-macam dia sebut, pergi seluruh negara.

Formula satu, formula dua, formula tiga. Hari ini masalah ayam, formulanya mudah, jangan makan ayam. Itu baru satu formula, mungkin banyak lagi formula yang akan dibentangkan oleh Yang Berhormat Pandan. Saya hendak memberitahulah, please walk the talk. Cari penyelesaian dengan segera. Jangan isu ini menyebabkan sistem yang ada dalam negara kita ini terjejas dan boleh menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan sengsara.

Tuan Yang di-Pertua, saya sedar bahawa kerajaan Yang Berhormat Tambun ini belum sampai 100 hari memerintah. Akan tetapi, sudah banyak persoalan yang ditimbulkan rakyat. Satu demi satu kelemahan, ketidakcekapan serta pencabulan kuasa muncul yang menimbulkan kegelisahan dalam kalangan rakyat. Kurangkanlah bercakap, buat kerja dan deliver hasil kepada rakyat.

Apabila kita banyak sangat bercakap ini, kadang-kadang kita lupa yang sebenarnya kita sedang menepuk air di dulang, percikannya terkena di muka sendiri.

Kadang-kadang kita lupa juga akan apa yang telah kita cakapkan. Jangan sehingga ada orang melabelkan kita sebagai kumpulan amnesia. Sedangkan Allah berfirman dalam surah As-Saff, ayat 2-3, mafhumnya, “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” Sudah kita lihat hari ini macam-macam. Apabila kita sebut bahawa ini yang telah pun Yang Berhormat sebut sebelum memerintah, banyak sahaja alasan yang diberikan.

Begitu juga dalam isu kos sara hidup. Isu bekalan telur sebagai contoh, sehingga kini belum selesai walaupun kerajaan telah mengimport telur dari India yang harganya lebih mahal dari harga telur tempatan dan saiznya juga lebih kecil daripada telur tempatan.

Mana hilangnya telur-telur dalam negara?

Semasa berkempen dalam PRU15 lalu, bukan main berdegar-degar mereka di sebelah sana bercakap kononnya kalau mereka mengambil alih kerajaan, semua masalah selesai. Hakikatnya bukan sahaja masalah telur tidak kunjung selesai, kini harga sayur pula melonjak naik 160 peratus. Apabila bekalan telur tidak cukup, ada Yang Berhormat Menteri yang berkata tidak boleh paksa ayam bertelur. Apabila harga ayam mahal, macam saya kata tadilah, jangan makan ayam. Jadi ada sahabat saya kata, Dato’ tolong sebut kalau harga fi bas sekolah naik, apakah kita hendak beritahu jangan pergi sekolah. Ini semua adalah sesuatu yang harus kita tengok dan kita buat secara yang lebih baik.

Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan apa yang telah pun disampaikan Yang Berhormat Tambun dan banyak Menteri-menteri sebelah sana yang mengatakan tentang perpaduan. Saya bersetuju, perpaduan adalah sesuatu yang baik jika dilakukan dengan ikhlas serta bijaksana, bukannya terselindung dendam atau niat buruk terhadap mereka yang membangkang.

Perpaduan adalah merapatkan silaturahim dalam kalangan kita dan menerima pembangkang sebagai kumpulan yang menjadi check and balance kepada dasar dan pengurusan negara. Itu seharusnya diambil kira walaupun nama yang dilaung-laung sebagai satu kerajaan yang benar-benar bersatu, berpadu, tetapi apa salahnya mempunyai kami sebagai pembangkang yang akan menegur dan memberi pandangan yang benar-benar bertanggungjawab, insya-Allah. Tidak terkecuali memberi sokongan terhadap perkara-perkara yang baik yang akan dibawa oleh Yang Berhormat Tambun jika sekiranya sesuatu itu adalah sesuatu yang baik untuk rakyat di seluruh negara. Oleh sebab itu kerajaan harus melakukan sesuatu yang boleh memberi keyakinan kepada rakyat. Create trust dan bukannya perpecahan sesama kita.

Kita tidak mahu melihat ada witch hunting dalam kalangan kita. Kerajaan Yang Berhormat Tambun hari ini melakukan sesuatu terhadap musuh politik. Nampaknya belum habis-habis lagi.

[Tepuk] Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh dua orang Yang Berhormat sebelum saya supaya perkara ini diselesaikan, jangan cakap politik.

Saya bersetuju, tetapi apa yang dilakukan hari ini adalah tuduhan dan fitnah semata-mata yang dilemparkan kepada kami di pihak pembangkang.

[Tepuk] Ada juga yang mengatakan seolah-olah kami yang melemparkan fitnah, padahal we have been very defensive now. Segala apa yang dilemparkan kepada kita, terpaksa kita jawab. Terpaksa kita beritahu kepada rakyat...

final • 4:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Larut.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Bahawa ini adalah kumpulan yang wujud semata-mata untuk membantu rakyat dalam negara kita...

final • 5:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Larut.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Dan tidak lain daripada nak membesarkan sesiapa.

[Tepuk]

final • 5:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Larut, sedikit.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kami tidak akan menjadikan isu ini sebagai isu yang boleh menyebabkan kami lari daripada perjuangan yang sebenarnya.

Insya-Allah.

[Tepuk] Insya-Allah, selagi mana kami mampu, buatlah apa sahaja. Fitnah.

Buatlah apa sahaja, kami tetap akan meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara.

[Tepuk]

final • 5:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Larut, sedikit. Yang Berhormat Larut.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Cuba Yang Amat Berhormat...

final • 5:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Penjelasan Yang Berhormat Larut, penjelasan.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Cuba Yang Amat Berhormat Tambun lihat ke dalam kumpulan sendiri. Cuba lihat dalam kumpulan sendiri. Lihatlah sekarang apa dah jadi. Perang mulut di antara mereka. Perang mulut di antara penyokong- penyokong mereka. Kumpulan penyokong tegar mereka sendiri sekarang sudah mula mengkritik sesama sendiri.

Jadi, isu ini akan menjadi isu politik yang lebih besar.

Saya dengar Titah Ucapan Baginda Yang di-Pertuan Agong mahu melihat supaya kita semua ini menjadi satu kumpulan yang menentukan masa depan negara kita yang tercinta.

final • 5:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Penjelasan Yang Berhormat Larut.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sebab itu saya minta Tuan Yang di- Pertua, sebagai sebuah negara demokrasi, haruslah kita atau we must create political chessboard kerana dengan melihat yang mana satu yang harus didahulukan, kita dahulukan. Mana satu yang harus kita tinggal atau kita kemudiankan, kita kemudiankan dengan mengambil isu-isu sesuatu itu semata-mata untuk kepentingan sesuatu sahaja.

Ini kerana chessboard itu melihat ada hitam, ada putihnya. Ada baik, ada buruknya.

Oleh sebab itu saya mintalah kepada semua, kalau benar-benar mahukan ia menjadi satu konsep perpaduan, kita harus pentingkan kepada semua pihak, sama ada di sebelah sana atau di sebelah pembangkang. Apabila ada rakan-rakan saya membangkitkan beberapa isu seperti membantu rakyat di bawah sana, mudah saja jawapannya, pulang saja kepada Yang Amat Berhormat Tambun.

final • 5:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Penjelasan.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Inilah sesuatu yang saya fikir, perpaduan hanya untuk memenangi sebelah pihak semata-mata.

final • 5:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Penjelasan, Yang Berhormat Larut.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Bukan perpaduan untuk menentukan masa depan rakyat yang benar-benar. Bukan semata-mata untuk kepentingan memajukan negara ini. Saya minta, perpaduan yang dikatakan oleh pihak sana, tunjukkanlah sesuatu yang benar-benar memberi keadilan kepada semua. Silakan.

final • 5:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Larut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Apabila Yang Berhormat Larut menceritakan tentang isu perpaduan, isu demokrasi, saya nak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Larut. Apabila Yang Berhormat Larut menjadi Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Larut blocked Ahli-ahli Parlimen, masa itu Pakatan Harapan daripada masuk ke Parlimen. Ahli Parlimen dilarang masuk ke Parlimen. Selepas itu kami tidak dapat masuk ke Parlimen, terpaksa kita berhimpun di Dataran Merdeka. Oleh sebab itu, Yang Berhormat Larut mengheret 69 Ahli Parlimen disiasat oleh PDRM. Jadi, Yang Berhormat Larut boleh kata demokrasi sekarang. Apabila berada di blok pembangkang, boleh cakap demokrasi dan sebagainya.

Akan tetapi, apabila Yang Berhormat Larut berkuasa, Yang Berhormat Larut sudah lupa tentang ini dan telah menunjukkan satu track record yang sangat autoritarian di mana pembangkang dioppressed. Sekarang, apa Yang Berhormat Larut dan blok pembangkang di siasatkah, itu adalah oleh agensi-agensi. Bukan arahan daripada Perdana Menteri. Akan tetapi dulu, adalah Yang Berhormat Larut yang mengarahkan PDRM untuk blocked Ahli-ahli Parlimen daripada masuk ke Parlimen. Mohon penjelasan Yang Berhormat Larut.

final • 5:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Yang Berhormat Bayan Baru, cuba ingat balik. Ketika itu adalah waktu di mana emergency dalam negara berlaku. Waktu emergency. Maka sebab itu tidak dibenarkan.

Jangan putar belitkan isu ini. Kita tidak mahu.

[Tepuk] Bila kita melakukan sesuatu, kita...

final • 5:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Mana ada emergency Yang Berhormat Larut.

Tidak ada kluster COVID-19 pun masa itu tetapi COVID-19 digunakan sebagai alasan, Yang Berhormat Larut. Let’s be frank. Call a spade a spade di sini, dalam Dewan yang mulia ini.

final • 5:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Larut.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya lah. Seperti yang saya katakan tadi...

final • 5:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Yang Berhormat Larut, saya nak berikan sedikit pencerahan.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ada putih, ada hitamnya. Ada buruk, ada baiknya. Inilah sama ketika itu, saya boleh jawab. Saya kata, dalam waktu emergency, kita tidak mahu mana-mana nyawa Ahli-ahli Parlimen mana sekali pun– ketika itu polis menjaga seluruh negara termasuklah juga Parlimen ini. Dalam waktu emergency, yang kita nak tunjuk angkuh, nak langgar peraturan, salah siapa?

final • 5:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Larut.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Bukan autoritarian, tidak. Salahnya adalah kerana ada kumpulan yang nak melanggar segala undang-undang yang telah pun diumumkan kepada seluruh rakyat

final • 5:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Undang-undang apa itu?

final • 5:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

What is so special about Members of Parliament dalam keadaan nyawa itu lebih mustahak? Maka kena sedar ketika itu. Bukan tak bagi nak masuk Parlimen tetapi tidak dibenarkan atas alasan tertentu, masalah COVID-19 ketika itu.

final • 5:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Larut.

final • 5:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Yang Berhormat Larut.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Itu adalah jawapan yang benar. Jadi, tak payah nak belit-belit, nak mengatakan seolah-olah kita tidak benar, tidak betul.

final • 5:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Bila sampai masanya kita benarkan.

Itulah demokrasi. Silakan.

final • 5:00 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Akan tetapi kalau kita tengok petang ini pun, kalau waktu itu tak bagi masuk Parlimen, kata tak bagi. Petang ini bagi masuk Parlimen pun tak penuh. Banyak ruang kosong.

[Tepuk]

final • 5:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, saya berterima kasih atas pencerahan yang telah diberikan Yang Berhormat Larut. Saranan berkenaan dengan watak yang perlu dimainkan oleh pihak pembangkang dan sebagainya. Saya menghargai pencerahan-pencerahan yang telah diberikan.

Mungkin pencerahan ini juga perlu diberikan kepada jiran yang duduk di sebelah, Yang Berhormat Pagoh kerana pada suatu ketika beliau bersama-sama kami dalam pilihan raya, memenangi pilihan raya dalam Pakatan Harapan. Selepas itu mengkhianati kami dan juga bersikap dendam dan mengambil tindakan terhadap Yang Berhormat Bagan sehingga menuduh beliau dalam satu pertuduhan yang telah pun dibicarakan dan diselesaikan di mahkamah.

final • 5:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Mungkin saranan itu perlu diberikan kepada Yang Berhormat Pagoh supaya tidak bersikap dendam. Saranan itu saya rasa perlu dicerminkan dan difahami oleh Yang Berhormat Pagoh sebelum kita memberikannya kepada orang lain. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Yang Berhormat Larut.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

final • 5:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Yang Berhormat Larut, Taiping, jiran.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya, ya.

final • 5:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Lepas ini Taiping, ya.

final • 5:00 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Larut sebagai Ketua Pembangkang.

Apabila bercakap hari ini nampak masih lagi di pihak sana bercakap tentang soal berkenaan dengan perpaduan dan juga demokrasi yang wujud di negara ini.

Akan tetapi malangnya, untuk pengetahuan Yang Berhormat Larut, terdapat beberapa insiden yang berlaku di mana beberapa orang TikTokers, budak perempuan sahaja. Budak muda yang telah pun dipanggil siasat sedangkan perkara itu perkara yang agak remeh saja. Kalau lah benda itu, hujah biarlah lawan dengan hujah. Janganlah hujah berlawan untuk mematikan semangat demokrasi daripada kalangan anak-anak muda, terutamanya daripada kalangan budak-budak perempuan sahaja.

Ini yang amat malang kepada kita apabila dulunya merekalah menjadi juara untuk menuntut hak kebebasan bersuara sampai soal berkenaan dengan fake accounts ini pun mereka telah pun– Berkenaan berita-berita palsu. Akta ini pun ditentang. Apakah ini yang hendak dibina di dalam negara madani yang kononnya dibangkitkan pada hari ini? Saya minta penjelasan dan komen daripada Yang Berhormat Larut.

final • 5:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Bagi laluan.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 5:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Taiping. Isu yang sama tadi berkenaan dengan Ahli Parlimen dihalang masuk ke Parlimen pada satu tahun setengah yang lepas. Ya, boleh?

final • 5:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang Berhormat Taiping duduk dulu.

Lepas ini. Lepas ini lah. Duduk dulu.

final • 5:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Satu minit. Boleh, Ketua Pembangkang?

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Taiping, ini floor Yang Berhormat Larut dulu. Kalau dia benarkan...

final • 5:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Lepas ini bagi?

final • 5:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya jawab dulu. Masya-Allah.

final • 5:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Boleh ya?

final • 5:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Duduk sekejap. Duduk dahulu. Ikut perangai macam Yang Berhormat Jelutong, kan baik.

final • 5:10 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Cuma saya hendak dapatkan laluan daripada Yang Berhormat Larut...

final • 5:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Duduk dahulu.

final • 5:10 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Ya. Nanti bagi ya, Yang Berhormat Larut.

final • 5:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Duduk dahululah.

final • 5:10 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Okay. Lepas duduk boleh bagi ya. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Cakap pujuk-pujuk macam itu kita bagilah. Ini menceroboh. Yang Berhormat Jelutong bagus. Cuma janganlah bangkitkan benda-benda yang saya rasa sesuatu yang sepatutnya telah pun dipadamkan daripada kepala Yang Berhormat Jelutong sendiri. Contohnya, apa yang dibangkitkan tadi. Sebelah sini beranggapan bahawa itu adalah merupakan penyelamat kepada kerajaan.

Penyelamat kepada rakyat. Penyelamat kepada negara. Oleh sebab itu yang saya kata, the chessboard yang ada itu, ada hitam ada putihnya. Hitam di sana. Putih di sini sebagai contoh.

Akan tetapi, jangan dibangkitkan isu ini lagi apabila kita telah persoalkan hari ini membincangkan tentang perpaduan dalam negara. Mengapa kita harus bangkitkan perkara-perkara yang lain? Saya boleh bangkitkan banyak lagi perkara yang saya rasa tidak perlu untuk kita bincangkan dalam Parlimen hari ini. Jadi Yang Berhormat Jelutong, forget about the past. Move forward. Pentingnya adalah untuk melihat bahawa masa depan negara ini akan menjadi sebuah negara yang sama-sama kita banggakan.

Kami akan bawa dan bangkitkan di Dewan yang mulia ini. Hari ini kami buktikan bahawa Perikatan Nasional adalah pembangkang yang efektif dalam melakukan tanggungjawab check and balance dengan membawa suara-suara rakyat ke Parlimen.

final • 5:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Larut...

final • 5:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang Berhormat Taiping kalau saya tidak bagi nanti dia mimpi tepi tengah malam. Sila.

final • 5:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Ipoh Timur minta jugalah macam perang Perak ini.

final • 5:10 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Tidak mengapa, Yang Berhormat Ipoh Timur.

Bagi Taiping dahulu.

final • 5:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Hulu Langat pun minta juga.

final • 5:10 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Okey. Terima kasih saya ucapkan kepada jiran saya. Tadi saya hendak memperbetul sedikit sebanyak kenyataan Yang Berhormat Ketua Pembangkang berkenaan dengan insiden pada satu setengah tahun yang lepas apabila Ahli-ahli Parlimen dilarang dan dihalang daripada memasuki kawasan Parlimen. Isu ataupun alasan COVID-19 digunakan pada ketika itu.

Dikatakan dengan undang-undang sedia ada tetapi saya hendak memasukkan dalam Hansard pada petang ini mengingatkan kepada semua termasuk Yang Berhormat Ketua Pembangkang bahawa pada hari yang sama apabila Ahli-ahli Parlimen lain dihalang daripada masuk ke Parlimen atas alasan COVID-19, prosiding PAC telah pun diadakan pada hari yang sama dengan kehadiran Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Noor Hisham bin Abdullah sendiri. Ini terbukti bahawa kluster ataupun COVID-19 tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk kita menutup Parlimen pada hari tersebut.

final • 5:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ini benda yang sudah berlalu. Saya sudah beritahu pada ketika itu adalah emergency.

final • 5:10 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

We are putting the matters right, Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Dengarlah dahulu. Kalau hendak jadi macam Yang Berhormat Jelutong baik-baiklah.

final • 5:10 PM

Seorang ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Yang Berhormat Jelutong baik sendiri.

final • 5:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya hendak maklumkan, mesyuarat PAC itu berlaku apabila semua ahlinya telah masuk dengan lebih awal manakala apa yang berlaku— emergency yang telah pun berlaku pada ketika itu adalah kumpulan-kumpulan yang hendak berarak masuk ke Parlimen. Berbeza dengan apa yang telah pun dikatakan.

Jadi, percayalah dan yakinlah bahawa apa yang akan kita lakukan di sini, jangan ada dendam. Ini masalahnya macam ada dendam sahaja.

final • 5:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kita tidak pun berdendam dan kalau konsep Malaysia Madani yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tambun, buang segala dendam yang ada dalam sanubari. Semua. Dalam kalangan kita dan juga di sebelah sana. Insya-Allah rakyat boleh menilai. Insya-Allah saya yakin bahawa perjuangan yang ikhlas ini akan diterima rakyat dengan baik. Siapa menang, siapa yang akan memerintah? Terpulanglah kepada rakyat untuk menilainya.

Insya-Allah Perikatan Nasional akan terus memperjuangkan nasib, agama, bangsa dan negara kita. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana memberikan peluang ini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 5:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Ingat hendak— tidak bagi ya?

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Berikutannya, kita persilakan Yang Berhormat Taiping, 30 minit.

final • 5:10 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya...

final • 5:10 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:10 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Ya. Tidak mengapa, duduk dahulu. Kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena pembukaan Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas pada hari semalam.

Sidang Parlimen yang akan berlangsung selama tujuh minggu ini merupakan sidang Parlimen kedua selepas PRU-15 yang mana kita akan dengar dengan komprehensif perbahasan, pandangan dan juga cadangan daripada Ahli Dewan semua biar pun yang lama atau yang baharu terhadap Kerajaan Perpaduan yang baru ditubuhkan pada 24 November 2022. Maka, sidang ini juga merupakan medan yang penting bagi kita semua sama-sama membantu Kerajaan Perpaduan untuk membawa negara kita ke suatu hala tuju dan landasan yang betul dalam menghadapi kemelesetan ekonomi sedunia dalam masa pasca COVID-19 ini.

Pada pagi ini, Parlimen Malaysia telah pun mencipta satu sejarah dengan buat kali pertamanya memperkenalkan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri.

Sudah genap 66 tahun kita tunggu. Akhirnya, kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang mampu dan berani untuk berdepan dan mengambil soalan-soalan daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat. Setiap minggu, sekurang-kurangnya satu hari yang mana Ahli-ahli Dewan Rakyat daripada kedua-dua belah dapat membangkitkan soalan terus kepada Perdana Menteri dan ini merupakan satu pembaharuan yang kita nanti-nantikan. Juga, adalah selaras dengan perjalanan badan perundangan di jurisdiction Komanwel yang lain.

Tahniah dan syabas kepada Kerajaan Perpaduan.

Pentadbiran negara pada hari ini berada di landasan yang betul. Kerajaan Perpaduan telah ditubuhkan pada 24 November 2022 dengan Yang Amat Berhormat Tambun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10. Saya telah perhatikan beberapa pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke-10 dalam memimpin negara. Nombor satu, beliau ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan pertama di Dataran Perdana Putra telah mengumumkan supaya tata kelola pentadbiran kerajaan baharu tidak boleh berlaku kelulusan perolehan tanpa tender lagi. Beliau juga kata Kerajaan Perpaduan pimpinannya tidak akan mengizinkan sebarang kebocoran...

final • 5:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Taiping. Minta laluan sekejap.

final • 5:10 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

...Ketirisan atau rasuah terus berleluasa.

final • 5:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Taiping.

final • 5:10 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Ya, Yang Berhormat Pendang. Sila.

final • 5:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Okey, terima kasih. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kerana Yang Berhormat Taiping ini dahulu

final • 5:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

merupakan Yang Berhormat Ipoh Timur dan dia merupakan Pengerusi PAC pada ketika itu. Saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Taiping sekarang ini.

Apakah dapatan PAC berkenaan dengan LCS dan juga vaksin yang dibelanjakan itu, hasil daripada siasatan PAC? Saya hendak dapat penjelasan. Sekian, terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Pendang yang begitu peka dan memberikan perhatian kepada laporan-laporan PAC yang telah pun dibentangkan.

Bukan sahaja isu LCS ataupun isu vaksin yang dibentangkan sebelum itu. Saya harap Yang Berhormat Pendang boleh baca kesemua laporan yang telah pun dibentangkan dan bagi pihak PAC, saya berharap bahawa rakan-rakan di kedua-dua belah mengambil berat berkenaan dengan setiap satu rumusan dan juga syor yang telah pun dibentangkan di dalam laporan PAC dan saya hendak menegaskan bahawa laporan tersebut merupakan laporan hasil daripada persetujuan daripada kesemua ahli PAC, termasuk yang duduk di sebelah sini dan sebelah sana. Kesemua syor tersebut bukan hanya laporan PAC yang lama tetapi untuk laporan-laporan PAC yang berikutnya haruslah diambil berat dan diambil perhatian seseriusnya oleh ahli-ahli semua.

Nombor dua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga memberikan amaran, kedudukan fiskal negara tidak akan selesa dengan keseluruhan hutang dan liabiliti berjumlah RM1.5 trilion serta budget deficit ditetapkan sekitar 5.8 peratus daripada KDNK untuk tahun lalu. Walaupun berhadapan dengan keadaan sedemikian, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menolak untuk mengembalikan semula cukai GST buat masa ini atau menaikkan cukai yang boleh memberikan kesan kepada golongan miskin supaya tidak membebankan rakyat.

final • 5:10 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Sebaliknya, kerajaan sedang merancang mengurangkan hutang negara dan mengecilkan jurang perbelanjaan tanpa menjejaskan program pembangunan negara.

Pendirian Perdana Menteri ini atas memberikan harapan dan hala tuju yang baik dan betul kepada negara dalam usaha mara ke hadapan dan saya percaya, ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada rakyat. Biarlah kita meneliti penilaian dan persepsi rakyat terhadap pimpinan PM ke-10 pada hari ini.

Menurut kaji selidik terbaru firma tinjauan pendapat awam - Merdeka Center, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim terus menjadi pilihan rakyat dengan kadar penerimaan 68 peratus. Kaji selidik tersebut dijalankan bermula pada 26 Disember sehingga 15 Januari 2023 yang melibatkan 1,209 orang responden merentasi kaum dan agama. Menurut kajian yang sama, hanya 20 peratus daripada responden menyatakan tidak berpuas hati dengan prestasi PM ke-10.

Pada masa yang sama, sebanyak 77 peratus menyatakan bahawa yakin Kerajaan Perpaduan dapat mewujudkan kestabilan dan keterangkuman dalam politik negara. Kesemua ini walaupun hanya suatu permulaan tetapi ia menandakan satu permulaan yang baik, suatu permulaan yang mampu untuk mengembalikan zaman kegemilangan negara yang kita nanti-nantikan. Pentadbiran yang bersih dan telus, Perdana Menteri telah pun menegaskan Kerajaan Perpaduan pimpinannya tidak akan mengizinkan sebarang kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berleluasa.

Dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia yang diumumkan oleh Transparency International (TI) baru-baru ini, Malaysia menduduki tempat ke-61 dengan skor hanya 47 iaitu merosot satu mata berbanding dengan skor 48 pada tahun 2021. Skor 47 ini merupakan skor yang paling rendah dalam masa satu dekad yang lepas. Kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) ini dan skor yang rendah yang kian merosot harus menjadi satu indikator supaya kerajaan dapat respons dan bertindak dengan segera.

Pengumuman Perdana Menteri supaya tidak ada lagi kelulusan projek kerajaan tanpa tender adalah tepat pada masanya untuk mengubah keadaan ini. Pada tahun 2019, Malaysia pernah mencatat skor yang paling tinggi dalam satu dekad yang lepas dengan skor 53 pada kedudukan yang terbaik iaitu kedudukan 51. Namun, keadaan ini telah pun merosot sejak tahun 2020 sehingga kini. Keazaman politik dalam menangani rasuah oleh

final • 5:20 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

kerajaan terdahulu pada tahun 2019 adalah penting dalam membawa Malaysia ke kedudukan yang dinyatakan oleh saya tadi. Kerajaan boleh merujuk kepada cadangan- cadangan yang akan dibangkitkan dalam perbahasan ini dalam usaha untuk membersihkan negara.

Pelan Anti Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Plan - NACP), dengan izin, 2019 sehingga 2023 yang dilancarkan untuk menyatukan semua inisiatif dan usaha berkaitan integriti, tadbir urus dan anti rasuah juga memainkan peranan-peranan yang penting dalam memberikan suatu nafas baharu dalam usaha membanteras rasuah. NACP merangkumi 17 objektif...

final • 5:20 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang Berhormat Taiping, celahan Tasek Gelugor.

final • 5:20 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Ya, sila.

final • 5:20 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi mengenai pentingnya kita memastikan tidak berlaku rasuah dalam negara. Oleh kerana kerajaan hari ini nampaknya begitu bersungguh-sungguh menyiasat pelbagai kes yang telah berlaku. Hari ini dilaporkan seorang bekas Menteri Kewangan yang berumur 84 tahun dipanggil untuk disiasat.

Apa pandangan Yang Berhormat kalau sekiranya kita mencadangkan supaya kerajaan juga menyiasat kes-kes yang membabitkan pemberian saham oleh sekarang Yang Amat Berhormat Tambun kepada Yang Amat Berhormat Bagan Datuk sepertimana yang dilaporkan oleh media sebelum ini? Begitu juga pernah dilaporkan oleh media bagaimana Yang Amat Berhormat Tambun pernah memberi saham kepada bapa dan adik beliau semasa menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1998.

Kalau betul hendak siasat dan hendak korek segala cerita, termasuklah Menteri Kewangan sebelum ini yang telah berumur 84 tahun, kenapa tidak boleh disiasat seorang Perdana Menteri yang umurnya baru 75 tahun?

final • 5:20 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Terima kasih. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tasek Gelugor ya. Berkenaan dengan isu-isu ataupun kes-kes ataupun dakwaan-dakwaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor. Ada dua caranya. Satu, sekiranya ada apa-apa maklumat ataupun keterangan yang sahih, bolehlah lapor kepada MACC ataupun SPRM untuk mereka melaksana tugas mereka.

Sekiranya, rakan-rakan di sebelah sana tidak mempunyai keyakinan terhadap SPRM, saya ada satu cadangan yang lain. Tidak lama lagi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara akan ditubuhkan oleh Parlimen ini dan akan dipengerusikan oleh seorang wakil daripada pembangkang. Siasatlah, buka kes apa-apa sekiranya mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa dan bentangkan laporan kepada Dewan yang mulia ini untuk kita sama-sama bahas, untuk kita sama-sama meneliti kes-kes yang terbabit.

final • 5:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Taiping.

final • 5:20 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Tidak apa, saya masa tidak ada sudah.

final • 5:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Taiping.

final • 5:20 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Sekejap, sekejap. Tidak apa.

final • 5:20 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Sedikit sahaja.

final • 5:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Taiping. Hulu Langat, Hulu Langat.

final • 5:20 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Saya ada 19 minit.

final • 5:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Hulu Langat.

final • 5:20 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Satu minit.

final • 5:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Hulu Langat, Hulu Langat.

final • 5:20 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Nanti, nanti, selepas ini.

final • 5:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Hulu Langat, Hulu Langat.

final • 5:20 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Selepas ini, duduk.

final • 5:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Hulu Langat.

final • 5:20 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Thank you, tidak apa. Tidak apa. Yang Berhormat Hulu Langat, tidak apa. Duduk dahulu, duduk dahulu, sekejap. Okey. Saya hendak habiskan. NACP yang merangkumi 17 objektif strategik dan 115 inisiatif telah masuk ke tahun yang kelima dan terakhir. Saya memohon supaya kerajaan memandang serius setiap satu inisiatif yang terkandung. Saya menyeru supaya kerajaan dapat membentangkan kepada Dewan yang mulia ini berkenaan dengan pencapaian dan tindakan-tindakan NACP yang terkini dalam sidang Parlimen ini. Pemerkasaan peranan Parlimen dalam isu membanteras rasuah. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, power tends to corrupt and absolute power corrupts absolutely. Sikap kebertanggungjawaban Eksekutif dalam perbelanjaan wang rakyat harus dipupuk untuk memastikan setiap satu sen yang dibelanjakan itu adalah tepat pada kegunaannya dan tidak akan melibatkan apa-apa salah guna kuasa.

Saya telah diberikan peluang dan mandat untuk duduk dan berkhidmat dalam PAC dalam empat tahun yang lepas dalam Dewan ini. Atas kapasiti...

final • 5:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Taiping.

final • 5:20 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

...saya sebagai Ahli Parlimen Ipoh Timur.

final • 5:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamdan - Hulu Langat

Yang Berhormat Taiping.

final • 5:20 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Banyak yang telah saya dan Ahli-ahli Jawatankuasa, saya nampak, siasat, undergo. Kami nampak bagaimana selalunya satu nota ataupun ulasan daripada Perdana Menteri atau Menteri mampu mengubah segalanya dan mampu untuk mengubah daripada prosedur tender kepada prosedur rundingan terus. Parlimen mampu memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membawa suatu pentadbiran bersih, telus dan tanpa rasuah. Khasnya melalui PAC dan juga Parliamentary Select Committee (PSC), dengan izin, yang ditubuhkan untuk memantau kementerian-kementerian masing-masing. Peranan jawatankuasa- jawatankuasa ini haruslah diperkasakan.

Di sini saya hendak bangkitkan empat cadangan daripada saya. Satu, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2019 dipinda untuk membolehkan SPRM memberikan maklumat kes-kes terbabit kepada PAC apabila perlu untuk membantu PAC dalam segala siasatan. SPRM merupakan ahli ex-officio bagi PAC. Peranan SPRM adalah untuk membantu PAC dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Namun, ada kalanya SPRM menggunakan peruntukan dalam Akta SPRM yang merangkumi batasan untuk memberikan maklumat berkenaan dengan kes-kes di bawah siasatan dan tidak menjawab soalan-soalan sukar daripada Ahli-ahli PAC.

Pada masa yang sama juga berlaku surat menyurat antara kementerian yang dikatakan oleh SRPM diklasifikasikan sebagai sulit dan tidak dapat diberikan. Kesemua ini haruslah berubah. Dua, Parlimen penggal yang lepas telah menubuhkan tidak kurang daripada 10 PSC yang bertanggungjawab untuk memantau polisi-polisi dan juga keputusan-keputusan kementerian yang terbabit.

Namun, isu yang selalu timbul ialah saksi-saksi yang dikehendaki oleh Parliamentary Select Committee (PSC) enggan hadir ke prosiding PSC dan menyebabkan prosiding tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Berbeza dengan punca kuasa yang ada dengan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, PSC yang ditubuhkan tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memaksa atau mewajibkan kehadiran seseorang saksi.

Perkara ini harus diselesaikan oleh kerajaan dan Parlimen sebagai satu usaha pembaharuan institusi Parlimen.

Saya cadangkan bahawa sebagai langkah interim sementara menunggu pindaan peraturan mesyuarat ataupun undang-undang yang berkaitan. Satu, Ketua Setiausaha Negara (KSN) boleh mengeluarkan satu pekeliling untuk mewajibkan kehadiran pegawai

final • 5:20 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

pengawal iaitu KSU ke prosiding PSC apabila dipanggil. Ini berbanding dengan Arahan Perbendaharaan 304B yang mewajibkan kesemua pegawai pengawal hadir ke prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

final • 5:20 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Kedua, terms of reference (TOR) penubuhan PSC haruslah ditambah baik supaya PSC boleh mengendalikan apa-apa perkara sahaja berkaitan dengan isu yang terbabit tanpa merujuk semula kepada menteri yang berkaitan.

Ketiga, prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan juga PSC haruslah diadakan secara terbuka. Isu ini telah dibangkitkan berkali-kali tetapi tidak pernah diberikan perhatian serius oleh kerajaan terdahulu dan juga Parlimen. Apabila sidang Parlimen boleh dipaparkan secara live di atas kaca TV, tidak ada apa-apa alasan untuk membatas prosiding PAC dan juga PSC daripada diadakan secara live juga.

Isu ini melibatkan hak mengetahui ataupun hak maklumat oleh rakyat. This is all about the firsthand information, dengan izin. Dan segala keterangan yang diberikan dalam prosiding jawatankuasa dapat dinilai oleh rakyat sendiri. Saya berharap dan saya yakin bahawa di bawah kerajaan baharu dan Parlimen di bawah pimpinan Speaker baharu, perkara ini akan ditangani dengan segera dengan lebih baik.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Keempat, apabila kita berbincang berkenaan dengan peranan PAC dan juga PSC, Parlimen ini turut perlu memastikan laporan-laporan PAC dan PSC diberikan ruang untuk dibahaskan dalam sidang Parlimen. Peraturan mesyuarat yang sedia ada tidak mewajibkan laporan-laporan tersebut dibahaskan dan kebanyakan masanya laporan- laporan yang dibentangkan hanya sekadar dianggap sebagai satu dokumen yang diletak di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat sahaja dan tidak diberikan perhatian lanjut.

Memang di bawah peruntukan peraturan mesyuarat, usul berkenaan dengan perbahasan laporan-laporan berkenaan boleh dimasukkan oleh mana-mana Ahli Dewan Rakyat termasuklah Pengerusi PAC ataupun PSC selaku Ahli Dewan Rakyat. Namun, sama ada it will see the light at the end of the day, dengan izin, adalah bergantung kepada budi bicara eksekutif dan juga Speaker. Di manakah autonomi PAC dan PSC sekiranya setiap kali permintaan untuk perbahasan adalah bergantung kepada eksekutif ataupun Speaker?

Kita boleh laksanakan pembaharuan. Saya percaya bahawa Parlimen ini mempunyai keazaman politik dan ada political will, dengan izin, untuk melaksanakan pembaharuan. Saya dengan ini mencadangkan Parlimen menetapkan satu hari setiap dua minggu persidangan bagi tujuan perbahasan laporan-laporan PAC ataupun PSC sekiranya terdapat laporan yang dibentangkan.

Kini, kita sudah masuk ke penggal yang kedua Parlimen ke-15. Seperti yang dinyatakan tadi, kita akan mengadakan sidang sepanjang tujuh minggu. Saya berharap bahawa pelantikan Pengerusi dan Naib Pengerusi PAC serta ahli-ahlinya dapat dimuktamadkan selewat-lewatnya pada minggu hadapan, diikuti dengan penubuhan- penubuhan Parliamentary Select Committee untuk memantau polisi-polisi kementerian- kementerian tertentu.

Sekiranyalah pelantikan ahli-ahli PAC dapat dimuktamadkan pada minggu hadapan, maka ia boleh terus mula bekerja dan andaikan setiap minggu PAC bermesyuarat tiga hari, maka pada akhir sidang ini PAC akan mampu untuk mengadakan mesyuarat untuk sekurang-kurangnya 15 hari. Suatu masa yang cukup untuk meneliti dua hingga tiga isu dan menyiapkan sekurang-kurangnya satu laporan. Tambahan pula, Laporan Ketua Audit Negara terkini dijangka akan dibentangkan oleh Ketua Audit Negara dalam masa dua hari lagi iaitu pada hari Khamis ini. Sudah tentu banyak isu akan dibangkitkan yang memerlukan perhatian dengan segera.

final • 5:30 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Suatu kerajaan yang baik haruslah digandingkan dengan satu sistem pemantauan legislatif yang efisien. Usaha pembaharuan institusi tidak akan lengkap tanpa suatu PAC atau PSC yang diberikan kuasa dan perhatian penuh. Dengan izin, let us waste no time, not even a second, we have to do something great and something good in the next seven weeks. Cabaran kerajaan dengan hutang negara yang tinggi. Seperti yang didedahkan...

final • 5:30 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Minta mencelah. Boleh?

final • 5:30 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Ya sila, Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 5:30 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Saya ambil kesempatan kerana Tuan Yang di-Pertua pun ada.

Di awal ucapan, Yang Berhormat Taiping mengucap tahniah kerana hari ini ketika MQT, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjawab ketiga-tiga soalan. Adakah Yang Berhormat Taiping bersetuju bahawa pada tahun 2018, idea asalnya bukannya MQT, idea asalnya memang PM Question Time tapi tak tahu mengapa, ia jadi MQT pada dua hari.

Adakah Yang Berhormat Taiping bersetuju kalau bukan sekadar Perdana Menteri menjawab masa MQT tapi kita revisit, dengan izin, the original idea untuk PM Question Time? Boleh kita saksikan spontaneous debate dalam masa setengah jam di antara Ahli- ahli Parlimen dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, antara Perdana Menteri dengan Ketua Pembangkang seperti yang berlaku di UK.

Kedua ialah adakah Yang Berhormat Taiping bersetuju kalau satu, dua select committees— kita ada lima yang tetap. Akan tetapi mungkin dalam select committee itu ada satu, dua yang boleh dinaik taraf sedikit sebab ianya maha penting. Kita fikirkanlah apa dia. Mungkin education, mungkin security, mungkin foreign affairs. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota.

Apa yang saya nampak pada pagi ini merupakan satu permulaan yang amat bagus. So, apa yang kita harapkan pada masa yang akan datang ini, PMQT ini dapat diperkasakan lagi, dapat diperluaskan lagi. Namun, apa yang penting adalah pada pagi ini, hari pertama apabila kita adakan persoalan ataupun jawapan kepada persoalan lisan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah mengambil suatu pendirian untuk menjawab ketiga-tiga soalan dan ini tidak pernah berlaku khasnya selepas pertukaran kerajaan pada tahun 2020 yang mana rakan saya di sebelah sana ramai yang duduk dalam Kabinet pada ketika itu.

Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, cabaran kerajaan dengan hutang negara yang tinggi. Seperti yang didedahkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada pagi tadi, hutang negara sekarang telah pun mencecah RM1.5 trilion. Bayaran khidmat hutang berbanding dengan hasil adalah sebanyak 14 peratus pada tahun lepas dan dijangka akan meningkat kepada 16 peratus pada tahun ini. Keadaan pinjam untuk bayar hutang merupakan sesuatu yang amat merunsingkan. Keadaan sebegini telah pun berkali-kali disebut dan ditekan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan dalam laporannya terhadap penyata kewangan negara.

Saya bagi contoh. Pada tahun 2021, kerajaan telah membuat pinjaman kasar berjumlah RM217 bilion, meningkat sebanyak 11.6 peratus daripada RM194.55 bilion pada tahun 2020. Daripada angka tersebut, sebanyak RM113 bilion atau 52.4 peratus telah digunakan untuk bayaran prinsipal pinjaman matang, dan pinjaman kasar yang dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembangunan hanya sebanyak RM62.317 bilion sahaja iaitu bersamaan 28.7 peratus daripada jumlah pinjaman.

Keadaan ini amat membimbangkan. Hutang negara akan bertambah seperti snowball, dengan izin, sekiranya keadaan pinjam untuk membayar hutang tidak berubah.

Saya memohon supaya kerajaan mengumumkan langkah-langkah penyelesaian dalam menghadapi masalah ini dalam Bajet 2023 yang bakal dibentangkan.

Pada petang ini, saya juga mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan isu yang mana suatu isu di kawasan yang merupakan suatu isu amat terdesak yang melibatkan...

final • 5:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat, kalau boleh?

final • 5:30 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Ya sila, Yang Berhormat Putrajaya.

final • 5:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Berkaitan dengan hutang tadi, Yang Berhormat ya. Yang Berhormat sebut bahawa— kita tahu lebih 50 peratus hutang tahun 2020 dan 2021 itu hutang baharu digunakan untuk membayar hutang prinsipal yang asal. Maknanya legasi hutang dahulu. Hutang-hutang dahulu ini sudah sampai tempoh dia sudah matang, kena bayar. Antaranya yang banyak pun adalah hutang-hutang yang berkaitan dengan skandal-skandal besar, saya sebut tadi 1MDB, Tabung Haji. Kadang- kadang kita hendak peruntukan dapatkan hutang baharu untuk tanggung, betulkan balik institusi seperti FELDA.

Jika kita lihat perkara ini, sewaktu Yang Berhormat duduk sebelah sini dulu banyak bercakap. Akan tetapi sekarang ini perkara-perkara berkaitan dengan skandal- skandal kewangan ini termasuk 1MDB, Tabung Haji, SRC International apa semua sudah macam senyap. Seolah-olah memberi gambaran bahawa tak apalah itu sudah berlaku.

Akan tetapi, kesannya kepada rakyat sebenarnya adalah cukup besar kerana ini akan menimbulkan, seperti mana Yang Berhormat cakap tadi, nanti hendak kena ambil hutang lagi. Ia berterusan kerana jumlahnya adalah terlalu besar.

final • 5:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Jadi apa pandangan Yang Berhormat tentang hal tersebut? Terima kasih.

final • 5:40 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Bagi saya apabila saya duduk di sana dan di sini, pendirian saya sama sahaja.

final • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul.

final • 5:40 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Seperti dalam perbahasan saya tadi, perbahasan yang bakal diadakan oleh rakan saya di sini, rakan-rakan boleh dengarlah pendirian kita tidak berubah. Kita berharap bahawa jangan lupa apabila kita kata berkenaan dengan hutang-hutang yang dahulu itu, ramai juga rakan-rakan di sebelah sana yang duduk dalam Kabinet. Janganlah cuba untuk melarikan diri daripada tanggungjawab yang seharusnya dipikul dan push ataupun tolak kepada kerajaan yang sedia ada. Tidak apa Yang Berhormat Arau, saya hendak habiskan...

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sedikit sahaja.

final • 5:40 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

...Mandate daripada pengundi saya...

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apakah pandangan Yang Berhormat fasal 1MDB?

final • 5:40 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

...Untuk pastikan isu— saya tidak bagi laluan kepada Yang Berhormat Arau. Sila Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak bagi laluan.

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apakah pandangan Yang Berhormat fasal 1MDB?

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa, dia tidak bagi laluan.

final • 5:40 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Okey, terima kasih.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Selepas ini Yang Berhormat Arau berucap.

final • 5:40 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Saya hendak sambung di sini.

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Jelutong setuju 1MDB.

final • 5:40 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Ikut peraturan sahajalah. Yang Berhormat Arau ini senior, kan? Dalam PRU-15 baru-baru ini, saya telah diamanahkan oleh parti untuk bertanding dan berkhidmat di satu kawasan baharu, sebuah bandar warisan sejarah Parlimen Taiping yang mempunyai bukit yang cantik, tasik yang indah dan tempat yang menarik.

final • 5:40 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Bukit Larut merupakan kebanggaan warga Taiping dan Perak sepanjang masa ini. Kawasan Bukit Larut merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia.

Hampir setiap hari dan petang hujan bukit turun di kawasan tersebut. Bukit Larut mempunyai sejarah lebih daripada 139 tahun. Namun sejak tahun 2019, insiden runtuhan tanah yang serius telah kerap berlaku dan menyebabkan Bukit Larut terpaksa ditutup sehingga kini. Usaha-usaha pemulihan telah dilaksanakan oleh JKR, namun baru-baru ini iaitu pada bulan lepas berlaku lagi insiden runtuhan tanah di spots yang berlainan.

Saya memohon JKR dapat menjadikan projek pemulihan insiden runtuhan tanah Bukit Larut ini sebagai projek prioriti dan mempercepatkan kerja-kerja pemulihan. Saya juga mencadangkan supaya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dapat memberikan peruntukan untuk menaik tarafkan Bukit Larut biar pun di atas bukit ataupun di kaki bukit sebagai usaha untuk mengembalikan Bukit Larut sebagai satu tarikan pelancongan utama.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan saya pada petang ini, ingin saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada pengundi-pengundi kawasan Taiping yang telah pun memberikan kepercayaan kepada saya untuk mewakili pengundi-pengundi Taiping dalam masa lima tahun yang akan datang. Pada masa yang sama, tidak lupa juga saya merakamkan penghargaan kepada pengundi-pengundi Ipoh Timur yang telah pun memberikan sokongan kepada saya setelah sekian lama, dua penggal sebagai ADUN dan satu penggal selaku Ahli Parlimen.

Akhirnya saya ingin memetik Titah Diraja Tuanku yang menyatakan semenjak negara mencapai kemerdekaan 66 tahun yang lalu, kita telah terima kemajmukan dan kepelbagaian yang wujud sebagai kekuatan utama Malaysia. Kita sepatutnya telah matang, menjadikan perbezaan yang unik ini sebagai rencah utama dalam pembentukan sebuah bangsa Malaysia yang saling sayang-menyayangi, menghormati antara satu sama lain.

Tuan Yang di-Pertua, kepelbagaian kaum dan agama...

final • 5:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

...Merupakan sesuatu yang unik bagi negara kita dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana negara yang lain. Kemajmukan dan kepelbagaian masyarakat adalah kekuatan kita untuk mara ke hadapan. Saya berharap bahawa kita semua daripada sebelah saya di sini atau pun di sebelah sana dapat mengikuti Titah Tuanku dan bersama-sama untuk membangunkan negara yang tercinta ini.

final • 5:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Sedikit Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Dengan ini, saya memohon menyokong.

final • 5:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Ada masa, sedikit.

final • 5:40 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Sekian daripada saya, dari Taiping. Sekian, terima kasih.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Saya mendengar tadi permohonan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat untuk masa ucapan itu dipanjangkan sedikit, walaupun saya di dalam chamber tadi. Jadi dengan ini saya umumkan bahawa masa yang diberikan ditambah daripada 10 minit kepada 14 minit.

[Tepuk] Kecuali ketua-ketua parti.

Jadi, saya hendak umumkan mereka yang akan berucap hari ini dan mereka yang tidak lepas hari ini akan sambung esok tanpa menunggu giliran. Dia terus naik atas. Baik, selepas ini Yang Berhormat Arau, 14 minit. Selepas Yang Berhormat Arau adalah Yang Berhormat Muar, ketua parti 20 minit. Selepas itu Yang Berhormat Kapar, diikuti dengan Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Beluran. Jadi mungkin Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Machang dan Yang Berhormat

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pokok Sena prime time tomorrow, esok. Untuk itu dengan segala hormatnya Yang Berhormat Arau dijemput.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Arau lima minit sahaja. Yang Berhormat Arau lima minit sahaja. Lima minit, jangan lebih.

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat saya geram tadi saya minta lima minit. Selepas itu saya setuju dengan Yang Berhormat Jelebu...

final • 5:45 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nak maintain lima minit?

final • 5:45 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Supaya minta 15 minit tetapi Tuan Yang di-Pertua yang hebat ini telah beri 14 minit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sentiasa menghormati Tuan Yang di-Pertua ini walaupun bagi 10 minit pun okey, 14 minit alhamdulillah panjang umurmu, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:45 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 5:45 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pelbagai parti, daripada DAP, PKR, UMDAP, PN. UMDAP ini adalah UMNO-DAP.

[Ketawa] Pertama sekali ialah perubahan di Parlimen. Ini melibatkan Tuan Yang di-Pertua.

Kita tahu bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang terkenal di Indonesia ini sebagai Brother Anwar, Bapak Anwar yang cukup hebat. Baru-baru ini saya jumpa orang- orang kanan di Indonesia, mereka kata Bapak Anwar yang dahulunya pembangkang, sekarang sudah jadi kerajaan. Tahniah! Akan tetapi, ada lagi beberapa komen lain yang dia beritahu yang saya akan ucap selepas itu.

Jadi, mereka kata kenapa Malaysia tidak gunakan perkataan ‘oposisi’? Opposition dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayunya ‘oposisi’. Oleh sebab ‘pembangkang’ itu seolah-olah macam rebel, pemberontak. Bertengkar-tengkar macam Yang Berhormat Hulu Langat. Kita tidak mahu konotasi itu. Kita minta supaya pembangkang itu ditukar dengan nama yang lebih lembut, Tuan Yang di-Pertua.

Maka, dicadangkan perkataan opposition itu dinamakan ‘oposisi’ kerana konotasi pembangkang yang digunakan begitu lama menyebabkan perangai sudah jadi macam membangkang-bangkang. Ia jadi tidak elok. Ini tidak sepatutnya di Dewan yang mulia ini tetapi perkataan itu digunakan seolah-olah kita hendak bergaduh-gaduh. Maka, saya syorkan gunakan perkataan oposisi.

final • 5:45 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.

final • 5:45 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dalam peraturan mesyuarat di sini hanya sebut satu perkataan iaitu Ketua Pembangkang. Saya tidak sempat baca yang lain sebab saya masih hendak hafal perkara 36 dan perkara 37. Jadi, sekarang ini sepintas lalu saya tanya kawan-kawan, mereka kata hanya sebut satu perkataan iaitu Ketua Pembangkang. Yang lain tidak disebut. Maka, sekarang kita ubah sedikit Tuan Yang di- Pertua yang hebat, kita bawa perubahan supaya nampak kita ini macam adik-beradiklah.

Bukan di Parlimen ini dituduh kita macam-macam, menempik-nempik dan sebagainya.

final • 5:45 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Arau.

final • 5:45 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak, saya antara orang yang cukup hormat dan cukup beretika.

final • 5:45 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:45 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Lembut-lembut.

final • 5:45 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Boleh minta sedikit penjelasan?

final • 5:45 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bersidang. Saya tidak mahu mendengar suara-suara menjerit-jerit.

final • 5:45 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Arau.

final • 5:45 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kita cakap dengan elok. Jadi, kita tukar perkataan ‘opposition’ kepada ‘oposisi’.

final • 5:45 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Arau. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak sebut paling lembut dengan Yang Berhormat Arau.

Saya setuju dengan permulaan perdebatan Yang Berhormat Arau dengan hendak ubah pembangkang kepada oposisi supaya jadi lembut, jadi perbahasan jadi berhemah.

Perbahasan jadi cantik. Akan tetapi, Yang Berhormat Arau memulakan perbahasan dengan perkataan yang tidak baik. Menggabungkan UMNO dengan DAP.

Saya fikir UMNO mempunyai satu personaliti dan parti yang mempunyai kewibawaan sendiri. DAP juga mempunyai ideologi parti tersendiri, cumanya sekarang ini kita di dalam satu gabungan. Saya hendak minta Yang Berhormat Arau janganlah disamakan antara parti macam BERSATU dengan PAS. Kita tidak pernah satukan cuma di bawah Perikatan Nasional.

final • 5:45 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi Yang Berhormat hendak saya tarik balik UMDAP gunakan UMNO DAP? Walaupun UMNO sekarang sudah ‘bercium’ dengan DAP, begitu?

[Ketawa]

final • 5:45 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Jadi, saya hendak minta Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh Yang Berhormat Arau orang lama. Jadi, janganlah mendatangkan...

final • 5:45 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak apalah...

final • 5:45 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

...Satu perkara yang tidak baik.

final • 5:45 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...UMDAP ini kita boleh bersembang panjang, Yang Berhormat. Masa saya termakan sedikit. Saya setuju Yang Berhormat. UMNO memang ada identiti yang hebat dan dahsyat tetapi malangnya sekarang ini telah disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan diri, lebih-lebih lagi apabila mereka bekerjasama dengan DAP. Yang Berhormat pun tidak setuju. Saya tahu.

final • 5:45 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi, Yang Berhormat apakan daya tidak boleh berbuat apa-apa.

[Tepuk] Jadi dengan itu...

final • 5:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau, boleh kita berbincang dalam soal parti di dalam parti. Ini Parlimen Yang Berhormat Arau. Boleh tidak Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau bersetuju tidak dengan saya?

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Untuk Yang Berhormat Jelebu.

Hanya untuk Yang Berhormat Jelebu sahaja.

final • 5:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Arau bersetuju tidak dengan saya supaya perkataan ‘UMDAP’ tadi ditarik balik?

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey. ‘UMDAP’ itu ditarik balik tetapi...

final • 5:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Guna UMNO-DAP.

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Arau.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih...

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Arau, hendak minta pencerahan sedikit sahaja.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tidak boleh. Saya hanya boleh diganggu selepas 10 points. Saya cakap 10 perkara.

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Oleh sebab Yang Berhormat Arau hendak minta digunakan istilah oposisi. Akan tetapi...

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya bagi peluang Yang Berhormat Jelebu itu yang terakhir. Sekejap lagi confirm saya bagi.

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

...masih lagi dari segi ucapan itu masih pembangkang lagi.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya seorang yang...

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Jadi, apa pandangan?

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Arau tidak bagi.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bakal Perdana Menteri telah pasang tiga telefon untuk mendengar ucapan saya.

[Ketawa] Insya-Allah, awak jadi bakal Perdana Menteri kalau awak ikut cara PN. Akan tetapi, kalau ikut cara puak lain belum tentu lagi sebab mereka tidak berniat begitu. Kami memilih orang muda untuk jadi bakal Perdana Menteri. Siapa sahaja mereka.

Okey, itu yang pertama Tuan Yang di-Pertua iaitu tukar perkataan pembangkang kepada oposisi. Jadi, sedap lah sedikit. Jadi, bila balik nanti, “Kami orang-orang oposisi.” Jadi, okey.

[Ketawa] Bahasa Indonesia, bukan ini bahasa Indonesia. Ini bahasa Inggerisnya opposition, dua ‘P’. Bahasa Melayunya jadi satu ‘P’, oposisi.

Kedua Yang Berhormat, telah disebut oleh Ketua Pembangkang tadi. Perkataan oposisi itu di Indonesia maksudnya check and balance. Itu Pembangkang di Indonesia.

Sama kita juga check and balance. Akan tetapi, sekarang ini kalau saya tanya. Kalau begitu saya tanya, bagaimana dengan Ahli-ahli Parlimen di sana? Biasa sahaja. Siapa yang jadi Ahli Parlimen, dia mendapat hak sebagai Ahli Parlimen. Jadi, kami ini tidak dapat hak sebagai Ahli Parlimen.

Sebagaimana Yang Berhormat kata, “Dahulu tidak dapat.” Apakah kerajaan yang hebat ini yang telah menjanjikan kepada rakyat bahawa kita akan memberi keadilan kepada semua Ahli Parlimen. Tiba-tiba mengungkit yang dahulu. Dahulu tidak dapat.

Kalau macam itu kita habis. Kita tidak dapat nama Kerajaan Perpaduan. Kerajaan Gabungan, Kerajaan Campuran. Itu bukan perpaduan kalau kita masih membezakan di antara kerajaan dan juga oposisi.

Kita 34 juta orang penduduk sahaja. Penduduk di mana-mana negara yang besar dan hebat tidak pernah membezakan di antara pihak kerajaan dan juga oposisi.

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Arau.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Malah di negara-negara Afrika...

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Minta pandangan Yang Berhormat Arau.

final • 5:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Arau, mohon mencelah.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...yang baru tubuh, kalau jadi Ahli Parlimen dia mendapat hak sama seperti Ahli Parlimen.

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Arau.

final • 5:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Arau, mohon mencelah.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey yang ketiga. Saya minta Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Arau, mohon mencelah sedikit sahaja. Minta pencerahan.

final • 5:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Arau, mencelah.

Ampang.

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengguna istilah dan nama Kerajaan Perpaduan...

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...jawapan.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau tidak bagi.

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Adakah Yang Berhormat Arau...

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tidak kacau awaklah.

Tunggulah masa ini.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, bila hendak bercakap kena minta.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tidak bagi.

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Boleh minta?

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia tidak bagi.

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Tidak bagi.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tidak bagi.

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Hendak minta pencerahan.

final • 5:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Ampang, boleh? Ampang.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur duduk.

final • 5:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Ampang boleh?

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini Yang Berhormat. Kejap lagi saya bagi.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ampang, duduk.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya hormat wanita. Tunggu sekejap. Bagilah peluang sebab sembilan minit ya. Yang Berhormat ini. Ini soalan-soalan kita hanya mampu pergi dekat – Yang Berhormat telah berjaya masuk ke soalan 10. Kalau tidak dahulu kita hanya enam atau tujuh begitu. Yang Berhormat telah berjaya. Ini kejayaan besar Tuan Yang di-Pertua sekarang. Berjaya memasukkan sampai 10 soalan.

Akan tetapi, soalan lain semua Yang Berhormat Menteri bawa jawapan. Kenapa ditunggu sampai esok baru hendak beri jawapan.

Saya minta seperti yang pernah diminta oleh bekas Yang Berhormat Lim Kit Siang dahulu supaya jawapan ini dibagi pada 2.30 petang. Sampai kepada kami. Oleh sebab, mereka dah ada jawapan. Hantar kepada kami untuk kami pula bicara dengan TikTok kami kah dan sebagaimana. Walaupun telah disekat oleh Yang Berhormat Menteri Komunikasi tadi tetapi kami akan terus berbicara dengan apa sekalipun. Sekurang- kurangnya, soalan-soalan yang tidak jawab itu dihantar balik pada 2.30 petang kepada kami semua. Ini semua setuju. Tidak ada pihak yang tidak bersetuju. Ada yang tidak bersetuju? Semua setuju, 100 percent.

[Ketawa] Keempat Yang Berhormat. Ini kena cakap fasal Perlis, sedikit. Saya cakap fasal negeri saya sedikit. Ini kerana saya telah menang baru-baru ini. Ini kerana saya telah dipecat dengan teruknya daripada parti asal saya. Akan tetapi, syukur alhamdulillah PN menerima saya dan saya hadiah balik pada mereka satu negeri.

[Ketawa] [Tepuk]

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, Yang Berhormat, yang tanya fasal Perlis sedikit Yang Berhormat. Pertama, saya cadangkan supaya pusat benih. Pusat benih padi sebab kualiti padi yang terbaik datangnya daripada Perlis. Saya minta pusat benih juga dibuat di Perlis.

Kedua, sekarang ini Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak rasa sebab Yang Berhormat semua getah. Kami semua yang buat bendang. Ada Yang Berhormat sini yang kawasan bendang. Petani sekarang dibagi masa musim tengkujuh RM250. Nelayan kita bagi RM300. Kita cadangkan supaya dinaikkan kepada RM300. Keadaan terdesak sekarang ini, RM300 yang terbaik dan dibagi setiap bulan selama dua tahun. Ahli Yang Berhormat yang bersetuju kata setuju. Semua setuju. Jadi, RM300.

[Ketawa] Kemudian, Chuping Valley. Chuping Valley ini saya minta sebab Perlis ini tidak banyak projek. Kalau sekiranya kita hendak buat kontrak, benarkan supaya syarikat- syarikat tempatan juga boleh menyertai. Kalau tidak, orang Perlis tidak mungkin boleh bertanding di negeri-negeri yang lain. Jadi, kalau tidak bagi peluang projek di Perlis, jadi susah. Kita cadangkan supaya projek di Perlis juga dibagi melalui syarikat, anak syarikat kerajaan negeri.

Habis fasal Perlis. Sekarang kita masuk kepada negara balik. Pertama sekali ialah JKKP. Yang Berhormat, ini adalah mungkin amalan yang kurang tepat dibuat pada masa yang lepas. Akan tetapi, sekarang kita kena perbaharu balik. JKK di peringkat negeri dah ada. JPKK dah ada di peringkat negeri. Sekarang ini Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebut bahawa JKKP akan diwujudkan di negeri-negeri pembangkang.

Dalam satu kampung ada JKK, ada JKKP. Selepas pilihan raya ini kita dapati perpecahan berlaku. Ini tidak bagus.

Tugas pemimpin ialah satu padukan rakyat. Itulah madani. Cara saya itu madani.

Cara yang lain tidak madani. Madani ini ialah menyatupadukan rakyat. Wujud perasaan kasih sayang. Kalau kita buat dua JKK, satu JKKP dan lepas itu saya tengok dalam perhimpunan sebuah parti yakni parti Jelebu. Presiden berkata, “Saya akan wujudkan JPKKP yang berasaskan UMNO.”

final • 5:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Arau, Persekutuan.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Mana boleh berasaskan UMNO.

final • 5:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Arau.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sekarang UMNO dah campur dengan semua parti. Kena masuklah DAP sama.

final • 5:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Arau.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Betul tidak DAP? Ini JKKP hanya berasaskan UMNO. Mana boleh. Ini DAP sudah berkorban. Sebanyak 40 kerusi dapat empat Menteri. UMNO 30 kerusi, Barisan lah. Sebanyak 30 kerusi, enam Menteri. Satu Timbalan Perdana Menteri. DAP dah berkorban. Kesian DAP. Bagilah peluang DAP juga dapat...

final • 5:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sedikit sahaja.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tinggal lima minit sahaja.

final • 5:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ingat tidak penggal yang lalu kita setujulah kerajaan campuran PH-BN plus ini. Bila dia bersatu, dahulu ini kita selalu didendangkan dengan penyangak, perompak, penyamun, pencuri tetapi la tidak dengar dah bila cium mulut itu.

Jadi, macam mana pandangan Yang Berhormat Arau?

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, makna rasuah bagi DAP ialah bila dia bercakap rasuah itu rasuah. Akan tetapi, bila dia henti bercakap hilang rasuah.

Dahulu masa 1MDB, saya masih ingat bila Yang Berhormat Pekan dengan Yang Berhormat Bagan Datuk masuk, mereka tempik. Penyamun! perompak! Tempik dalam Dewan. Kami, saya duduk atas kerusi roda bangun, tidak boleh bangun lagi. Sambil duduk saya tumbuk meja. Tidak patut buat begitu. Mereka Ahli Parlimen. Kami pejuang. Tanya Tuan Yang di-Pertua kalau tidak percaya. Ini kita menghina.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi, hari ini saya terkejut. Yang Berhormat Jelutong diam bersama 1MDB.

Malah, saya tanya macam mana 1MDB? Yang Berhormat Jelutong kata, “Ini fasal RM93 bilion.” Eh, Yang Berhormat Jelutong, ini tuduhan. Akan tetapi, 1MDB sudah hampir ke penghujungnya tiba-tiba DAP mendiamkan diri. Makna kata, makna rasuah bagi DAP ialah yang mereka bercakap itu rasuah. Apa yang tidak bercakap itu tidak rasuah. Apalah begini. Tidak baik. Yang Berhormat Jelutong pertahankan prinsip. Tidak ada maruah.

[Tepuk] Bila Yang Berhormat Jelutong mendiamkan 1MDB.

final • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya bukan. Saya penyokong Yang Berhormat Pekan yang setia.

final • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat berani bagi laluan tidak?

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi, untuk DAP...

final • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Berani bagi saya laluan tidak?

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak boleh. Tidak boleh. Saya ini...

final • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Berani bagi saya laluan tidak?

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya lebih berani...

final • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau tidak berani jangan cabar.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

1MDB sekarang sudah jadi perkara biasa bagi DAP sebab mereka sudah berpeluk dengan UMNO.

[Ketawa] Hari itu dia tanya, saya tidak ada maruah tinggalkan UMNO. Oleh sebab, saya tahu DAP hendak masuk sebab itu saya lari cepat-cepat.

[Ketawa] [Tepuk] Oleh sebab, DAP cakapnya tidak serupa bikin. Kemudian, kedua terakhir Yang Berhormat ialah...

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Arau.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Turun landing. Turun landing.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Allahuakbar.

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Apa yang tidak serupa bikin itu?

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Landing, landing.

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Apa yang dimaksudkan tidak serupa bikin?

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini fasal ROS.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Sebut nama DAP. Tuduh cakap tidak serupa bikin. Apa yang tidak serupa itu?

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia hendak landing dah.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

ROS Yang Berhormat. ROS, saya minta ROS tolong check dalam Peraturan Pertubuhan dia hanya sebut pecat dan gantung.

Akan tetapi yang dibuat oleh UMNO sekarang ini dia buat pemutihan, tanpa prosedur dia buangkan nama orang. Ada orang yang hendak lawan Ketua Bahagian pun dibuang nama dan sebagainya. Saya minta ROS tolong check supaya demokrasi berlaku dalam parti berkenaan.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Last point.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akhir sekali Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Last point, last point.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akhir sekali– ini kena sebut akhir lah. Akhir sekali ialah saya setuju...

final • 6:00 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Masih dalam UMNO lagi kah Yang Berhormat Arau?

[Ketawa]

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan...

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jangan kacau dia, dia hendak landing sudah. Tolong, tolong. Last point.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Selagi hangpa kacau, lagi saya dok berdiri.

[Ketawa] Yang Berhormat, madani ini kalau didasarkan kepada Piagam Madinah, Rasulullah memberi keadilan kepada orang-orang Yahudi dan Islam. Akan tetapi madani di sini hanya geng-geng Pakatan Harapan, yang kami ditinggalkan. Ini bukan kami parti sama, agama sama tetapi ditinggalkan kerana parti yang berlainan.

Saya hendak Yang Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim ini ialah orang yang hebat buat benda ini. Kita setuju – yang terbaik kita setuju tetapi dengan membezakan antara kami dengan dia saya hendak beritahu, rakyat di bawah sana sedang melihat. Kami Ahli Parlimen, kami ada hak, kami dipilih oleh rakyat. Kami berkempen malah kami dapat majoriti yang paling luar biasa.

[Tepuk] Presiden UMNO minta maaf – dia dapat 348, Yang Berhormat Lumut dapat 386 tinggi sedikit ya. Ini saya dapat 23,000 *wallahualam.

[Ketawa]* Apakah dinafikan hak saya – anak Tuan Yang di-Pertua juga dapat majoriti yang hebat. Kita seronok. Akan tetapi jangan dinafikan hak. Nasib baik anak Tuan Yang di-Pertua dapat peruntukan kalau tidak dia akan panik. Dia wakil rakyat baharu tiba-tiba tengok apa pun tak ada.

[Ketawa] Ini kami, hampir semua ini wakil rakyat baharu. Saya lama sedikit sahaja. Mereka tak dapat peruntukan, mereka berpeluh sekarang. Tak baik begitu sebab ini amalan demokrasi di negara yang kecil.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ikutlah cara Indonesia...

final • 6:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Perikatan Nasional ada beratus juta dalam bank account.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat Bayan Baru. Yang Berhormat Arau.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dengan itu, akhir sekali Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Arau, hormat lah sedikit, orang Sungai Petani yang pilih, bukan hang suka cakap apa itu apa.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya hendak minta supaya development charges yang dikenakan oleh local government termasuk Wilayah Persekutuan ditangguhkan selama dua tahun.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, poin.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau tidak ia melibatkan harga rumah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Semoga Allah berkati tetapi kalau sekiranya kerajaan tidak memberi apa-apa kepada kami, kami akan berdoa semoga Allah Taala percepatkan taubat atau azab kepada mereka yang menzalimi kami, terima kasih.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Ketawa]

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Muar Ketua Parti, mempunyai 20 minit, silakan.

final • 6:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Muar ingin menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan mohon mendoakan supaya Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan keluarganya dirahmati oleh Allah SWT. Muar juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat Parlimen Muar kerana sudi memberikan peluang kepada saya untuk kembali berkhidmat di dalam Dewan ini dan saya akan terus memberikan komitmen yang tertinggi untuk membela nasib mereka di dalam Parlimen ini. Terima kasih Yang Berhormat Arau, sahabat sejati.

[Ketawa] Kepada pihak kerajaan khususnya para Menteri, saya doakan yang terbaik.

Amanah yang dipikul itu sangat besar sekali, harapan yang menggunung moga suara rakyat itu tidak kita lupakan apabila sudah berada di kerusi kerajaan. Kepada sahabat- sahabat di pembangkang, amanah itu turut besar untuk menjadi sistem semak dan imbang supaya rakyat tidak dilupakan atau diabaikan dan supaya sistem demokrasi sentiasa kekal subur. Dewan Rakyat ini ialah medan untuk kita bersama membawa suara rakyat tidak kira politik kepartian kerana akhirnya keutamaan tetap adalah kepada rakyat.

Apa yang kita sudah pelajari pada pilihan raya yang lepas, pada hari ini kita boleh menjadi kerajaan esok secara tiba-tiba di meja pembangkang. Perubahan itu bukan lah perubahan yang jahat, itu ialah suara demokrasi dan suara rakyat yang perlu kita terima.

Akan tetapi ia juga menginsafkan kita bahawa kita perlu saling hormat-menghormati supaya jambatan silaturahim itu tidak putus hanya kerana politik, kerana hari ini kerajaan esok pembangkang, esok kerajaan semula. Akan tetapi jikalau kita berniat ikhlas ingin membantu rakyat, insya-Allah kita tetap akan berjaya mara ke hadapan sebagai sebuah negara yang maju.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin dedikasikan ucapan saya hari ini kepada sistem pendidikan negara. Agak mudah untuk kita menilai masa depan sesebuah negara tersebut. Cara paling mudah adalah untuk melihat kualiti sistem pendidikan negara tersebut. Sebagai salah seorang anak cikgu, saya sangat risau dengan sistem pendidikan yang sedia ada. Saya faham kita kerap sekali membincangkan dan membahaskan dalam Dewan ini berkenaan soal krisis iklim dan juga krisis kesihatan. Saya turut ingin berkongsi tentang krisis pendidikan yang sangat mencemaskan dan sudah sampai ke many red lines yang wajib diberikan keutamaan oleh semua tidak kira parti. Jikalau kita lihat kerap perbincangan dan perbahasan berkenaan pendidikan kerap dilihat hanya pada sudut peruntukan. Kita perlu tambah sekolah, tambah universiti, tambah kolej, tambah TVET. Ia sentiasa dibahaskan dari sudut peruntukan tetapi tidak dilihat dari sudut perubahan dasar

(structural change) yang diperlukan untuk memastikan bahawa peruntukan itu is high- impact dan impact assestment itu dirasai oleh semua. Mengapakah saya rasa ia bukan hanya berkenaan soal peruntukan?

Kita lihat peruntukan tahunan pendidikan negara, ia dalam RM60 hingga RM70 bilion bila kita satukan peruntukan pendidikan rendah dan pendidikan tinggi bersama.

Cuba kita bezakan GDP per kapita expenditure on education di antara kita dengan jiran kita Singapura. Di Malaysia kita belanjakan dalam purata 20 peratus GDP per kapita bagi tujuan peruntukan pendidikan. Di Singapura mereka hanya membelanjakan 11 peratus.

Di Jepun 7 peratus. Maksudnya perbelanjaan pendidikan kepada salah seorang anak muda Malaysia itu di Malaysia tiga kali ganda lebih tinggi dari Jepun, di Singapura dua kali ganda lebih tinggi. Ini bukan GDP per se tetapi perkapita, maksudnya perindividu.

Akan tetapi walaupun sedemikian, kenapakah output pendidikan kita masih terkebelakang? Kita lihat laporan dikeluarkan oleh PISA yang menunjukkan anak Malaysia yang berumur 15 tahun pemahamannya itu dari sudut Maths dan Sains tiga tahun ke terbelakang jika hendak dibandingkan dengan anak sama di Singapura yang berumur 12

final • 6:02 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

tahun. That means a 15 years old Malaysian has the same comprehension and understanding as a 12 years old Singaporean, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Ini lebih mencemaskan apabila kita sudah keluar dari fasa pandemik dan ramai anak-anak muda selama dua tahun terputus daripada pendidikan atas talian. Kajian Kementerian Pendidikan sendiri menunjukkan lebih 50 peratus anak muda yang bersekolah di Sabah dan Sarawak tidak ada telefon pintar, laptop dan tablet untuk menyertai kelas pendidikan atas talian dan apabila kerajaan menggerakkan usaha Peranti Siswa, ia hanya disampaikan pada suku keempat tahun lepas apabila negara telah keluar daripada COVID-19.

Maksudnya anak-anak kita bukan sahaja tiga tahun ketinggalan pada pendidikan rendah tetapi kerana dari sudut jurang digital itu semasa musim COVID-19, now we are five years behind, lima tahun terkebelakang dan kita terpaksa play catch-up. Dengan itu, ini menunjukkan situasi yang sangat mendesak for us to play catch-up. Itu masalah yang pertama.

Masalah kedua adalah berkenaan situasi sekolah daif. Dilaporkan baru-baru ini di Malaysia, negara yang kita bangga dengan kemajuannya – di Kuala Lumpur dengan MRT- nya yang berbilion ringgit, dengan pencakar langitnya yang setiap tahun bertambah- tambah tetapi masih ada sekolah-sekolah yang daif di mana anak-anak kita tidak dapat pendidikan asas pun.

Kita lihat di Pitas, Sabah di mana anak-anak muda terpaksa rentas sungai gunakan sampan dan sungai ini airnya begitu deras. Sanggup nyawanya terancam setiap hari hanya untuk mencapai pendidikan. Anak-anak di Nabawan di mana mereka terpaksa naik flying fox untuk pergi ke kelas setiap hari. Kita lihat juga ada yang menggunakan tong dram– dua tiga orang masukkan diri anak-anak mereka ke dalam tong dram untuk guna flying fox. Ini memang unik betul, inovasi tong dram dengan flying fox tolak rentas sungai untuk hantar anak mereka.

Isu ini sering diviralkan tetapi selalunya bila diviralkan itu tindakan secepat mungkin diambil. Akan tetapi sampai ke hari ini saya masih terima laporan bahawa kurangnya infrastruktur itu, lemahnya sistem pendidikan pada infrastruktur asas itu masih berterusan sampai ke hari ini jambatan terputus kena tunggu dua hingga tiga bulan sebelum dapat digantikan dengan infrastruktur asas pun dan ini sangat mencemaskan sekali. Bagaimana kita hendak katakan kita...

final • 6:02 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Yang Berhormat Muar.

final • 6:02 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Malaysia ingin menjadi negara yang maju tetapi anak-anak kita yang datang daripada keluarga susah terpaksa guna flying fox, sampan untuk pergi ke sekolah.

final • 6:02 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Yang Berhormat Muar, Kuala Krau.

final • 6:02 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Ini perkara yang sangat mencemaskan. Berikan saya sedikit masa, nanti saya berikan kebenaran kepada Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 6:02 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Okey, terima kasih.

final • 6:02 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Rumusannya ini, saya tidak mahu sistem ini dijadikan new normal di mana hanya apabila sesuatu isu itu diviralkan baharulah ada tindakan menyeluruh diambil untuk memastikan bahawa sekolah daif, infra asas untuk ke sekolah daif itu dapat diperbaiki sepenuhnya.

Ketiga, tamparan yang paling hebat untuk membuktikan sistem pendidikan kita dalam krisis yang sangat mendalam adalah apabila ibu bapa sendiri mengundi dengan menggunakan duitnya dan kakinya untuk membawa anaknya keluar daripada sekolah kebangsaan untuk masuk ke sekolah swasta ataupun sekolah antarabangsa.

Dahulu kita sering dimomokkan anak-anak keluarga Cina, keluarga India tidak patriotik dikeluarkan mereka tidak hendak pergi ke sekolah kebangsaan. Akan tetapi,

final • 6:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

realiti pada hari ini, anak-anak daripada keluarga Melayu berpendapatan sederhana, middle-class Malay parents sanggup membelanjakan suku pendapatan bulanan mereka untuk menghantar anak mereka ke sekolah swasta dan antarabangsa.

Apakah sebab yang mereka berikan? Mereka katakan bahawa cikgu-cikgu di sekolah kebangsaan sangat terbeban kena buat kerja kerani, kena jadi pengurus, kena jaga dua, tiga pekerjaan dan ada yang sampai kena juga kebersihan di sekolah. Kerja kebajikan pun mereka perlu lakukan. Sangat terbeban sekali sampai tanggungjawab hakiki sebagai cikgu itu terpaksa diketepikan sementara. Oleh sebab itu mereka hantar.

Kedua, mereka juga ingin memastikan bahawa sistem silibus itu mengikut arus semasa. To follow the modernization of global civilization. Ketiga, Tuan Yang di-Pertua ia juga berkenan dengan sistem itu yang perlu diperbaiki. Saya sangat risau dengan isu ini kerana akhirnya kita bakal mencipta sistem pendidikan di mana ada untuk yang kaya dan ada juga bagi yang miskin. Kita semua tahu bagaimana kualiti pendidikan itu akan menentukan bagaimana kita basmikan kemiskinan, kurangkan jurang pendapatan di antara kaya dan miskin. Oleh sebab itu, kita perlu berani berfikiran di luar kotak and we need to have the moral and political courage to overhaul our education system. Apakah maksudnya?

Saya faham mungkin juga ada yang berkata, apabila kita membincangkan soal pemerkasaan bahasa Inggeris pastikan bahawa anak-anak kita bijak sekurang-kurangnya dalam tiga bahasa; bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan pilihan ketiga tidak kira Mandarin, Tamil, Arab dan yang lain. Akan tetapi, apabila isu ini kerap dibincangkan, isu perubahan dari sudut subjek-subjek yang diajar, ada yang kata, “Habislah orang Melayu”.

Bagaimanakah kita hendak kekalkan sistem sedia ada? Adakah kamu sedang mencabar Perlembagaan? Akan tetapi, persoalan saya kepada mereka ini yang tidak ingin perubahan itu berlaku, kita perlu jujur lihat diri kita di depan cermin jikalau kita sudah ada anak mana kita hantar anak kita bersekolah? Kalau kita sudah ada cucu, manakah kita hantar cucu kita di sekolah?

Realitinya, mereka yang banyak membangkang adalah orang yang sama tidak berani untuk menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan tetapi hantar anak mereka ke sekolah swasta, sekolah antarabangsa bukan sahaja di dalam negara tetapi ada juga ke Eton College di UK dan sekolah-sekolah termahal di Switzerland.

Akan tetapi, di Malaysia ingin kekalkan sistem yang sama akhirnya menyebabkan yang miskin terus miskin, tetapi yang kaya dengan pendidikan yang paling berkualiti akan terus berada di kedudukan yang teratas. Apakah yang Muar ingin lihatkan dalam sistem pendidikan negara?

Pertama, kita perlu lihat balik silibus sedia ada. Pastikan bahawa setiap masalah infra diberikan keutamaan. Saya lihat ucapan mantan Menteri Pendidikan yang katakan kita perlukan sekurang-kurangnya RM15 bilion tetapi peruntukan yang disediakan hanya RM900 juta setahun. Jikalau itu adalah keutamaan all ministries must sacrifice untuk pastikan ini diberikan keutamaan.

Kita juga perlu pastikan bahawa cikgu-cikgu dikurangkan beban supaya akhirnya mereka boleh fokus. Jadi cikgu focus on being a teacher. Kalau tidak, masalah ini akan berterusan dan setiap kalau saya lawat ke sekolah isu sama dibangkitkan dan saya sebagai Ahli Parlimen tidak mampu melakukan apa-apa. Ini kerana ia memerlukan perubahan dasar yang berani, peruntukan pertambahan tetapi bukan sahaja peruntukan tanpa perubahan dasar tetapi perubahan dasar yang besar dan bermakna supaya akhirnya sistem pendidikan kita can play catch-up kepada negara-negara lain.

Sebelum ini kita telah ketinggalan kepada Singapura. Jangan pula jika kita leka pada hari ini kita ketinggalan pula kepada Indonesia, Thailand dan Filipina. No more, never again. Kita perlu pastikan ini harus dijadikan keutamaan untuk menyelesaikan krisis pendidikan negara yang semakin lama semakin teruk.

Sebelum saya masuk ke isu pendidikan tinggi, tadi Yang Berhormat Tangga Batu ke Yang Berhormat Kuala Krau. Ya?

final • 6:10 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Yang Berhormat Muar.

Tuan Yang di-Pertua, saya cuma hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Muar.

Sistem pendidikan dengan kadar 830 buah sekolah daif di seluruh negara tadi diceritakan oleh Yang Berhormat Muar ancaman nyawa ketika hendak pergi sekolah.

Akan tetapi, apakah ada kemungkinan akan suatu ketika nanti nyawa akan hilang ketika pelajar itu berada di bangunan yang daif terutamanya terdapat juga di kawasan saya di Kuala Krau. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Betul. Oleh sebab itu saya cadangkan ini bukan perkara yang kecil, yang terpencil di satu ke dua Parlimen. Ia berlaku di banyak tempat. Ini wajib diberikan keutamaan jikalau telah digariskan sebelum ini kerajaan memerlukan dana RM15 bilion untuk menyelesaikan masalah ini. Ia wajib diberikan keutamaan dan saya agak yakin jikalau ia dibentangkan akan disokong oleh dua-dua belah kerajaan.

Saya faham kerajaan dan pembangkang. Dua-dua belah kerajaan pula. Akan tetapi, ini wajib diberikan keutamaan kerana lebih lama kita tangguhkan, ubahlah Menteri, ubahlah Perdana Menteri berkali-kali isu ini tetap akan berterusan. We need to have the morale courage to do this walaupun ia memerlukan- Kalau ada sistem pencukaian tetapi kita dapat buktikan bahawa duit itu diperuntukkan untuk selesaikan isu asas pendidikan dan sekolah daif, saya agak yakin rakyat akan memahami.

Isu kedua adalah berkenaan isu pendidikan tinggi. Di sini kita semua tahu bahawa isu pekerjaan dan isu pendidikan paling dekat dengan hati anak muda. Tanyalah anak muda apa isu utama dalam kalangan mereka, mereka kata “Pekerjaan, pekerjaan dan pekerjaan”.

Akan tetapi, pekerjaan itu berkait rapat dengan kualiti sistem pendidikan khususnya pendidikan tinggi. Krisis pendidikan ini bukan sahaja di pendidikan rendah...

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Muar, saya minta sedikit boleh ya?

final • 6:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Saya sedikit sahaja masa.

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Untuk pendidikan kita ini.

final • 6:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Sedikit masa, terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Penting ini. Kekurangan guru.

final • 6:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Nanti, itu nanti. Terima kasih. Saya ada lima minit sahaja lagi.

Krisis ini juga berlarutan kepada sistem pendidikan tinggi. Kajian menunjukkan bahawa dua dari tiga orang anak muda lepasan SPM pada hari ini lebih rela terus bekerja dari melanjutkan pengajian ke menara gading. Ini adalah perkara yang sangat mencemaskan kerana mereka ingin terus bekerja dalam kalangan sektor gig ataupun untuk menjadi influencer. Akan tetapi, masalahnya ini kita tidak boleh salahkan anak muda tersebut. Jikalau mereka lihat abang-abang, saudara-mara mereka yang perlu melalui enam tahun sebelum dapat skrol ijazah tersebut melalui enam tahun begitu lama sekali. Sudah habis enam tahun akhirnya ada hutang pendidikan RM50,000 yang membebankan mereka. Pergi, ada engineer degree gaji permulaan RM2,000 ke RM2,500. Itu tidak mencukupi. Akan tetapi, bila mereka melihat kawan-kawan mereka lain lepasan SPM tidak ada hutang pendidikan, tidak perlu tunggu lima tahu tetapi kerja Uniqlo permulaan gaji RM2,300. Kerja Grab jikalau mereka kerja setengah hari, konsisten seminggu boleh dapat RM3,000 ke atas.

Ini sangat mencemaskan Tuan Yang di-Pertua kerana akhirnya in order for us to create a skilled workforce jikalau kita tidak tangani krisis ini perkara ini akan lebih membebankan negara ini. Oleh sebab itu saya dengar tadi ucapan ketua *backbenchers.

I agree with him 100 percent* bila dibincangkan soal underemployment.

final • 6:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Di Malaysia kita sering membincangkan soal unemployment. Akan tetapi, masalah utama adalah underemployment. Unemployment figures kita 3.5 to four percent. Masih terkawal. Underemployment for the past 10 years telah meningkat empat kali ganda. Kini ada dua juta orang anak muda, graduan. Ada graduan TVET, ada degree, masters, PHD tetapi bekerja dalam sektor yang tidak ada kena mengena dengan sektor mereka dan gajinya begitu rendah sekali.

Ini ada krisis yang sangat besar dan sebab itu akhirnya mereka tidak ingin lagi melanjutkan pengajian dan menasihatkan kawan-kawan, saudara-mara mereka untuk tidak melanjutkan pengajian dan ini ada isu yang sangat besar. Apakah cadangan saya?

Tiga perkara.

Pertama, saya ingin mencadangkan that we keep our universities up-to-date. Maksudnya, fokus di universiti adalah kepada subjek-subjek teras. Subjek-subjek yang lain bukan bermaksud kita asingkan, tidak. Akan tetapi, kita berikan pilihan. Apakah sistem yang kita lihat pada hari ini?

Sistem pada hari ini jikalau ada salah seorang anak Malaysia melanjutkan pengajian ke UK atau ke Singapura dalam masa tempoh empat tahun dia sudah ada skrol ijazah, balik ke Malaysia atau kekal di sana terus bekerja dan ada pengalaman pekerjaan, latihan amali (internship) dan lain-lain. Akan tetapi, jikalau anak muda itu belajar dalam sistem pendidikan kita yang sedia ada IPTA, dia ambil masa enam ke tujuh tahun. Diploma tiga tahun, ijazah empat ke lima tahun. Itu kalau diploma, ada banyak. Ia ada A-Level, O- Level, IB ada banyaklah cara tidak silap ada lapan cara untuk masuk. Semua ada masa daripada setahun ke tiga tahun.

Habis pre-u, masuk degree tambah lagi empat tahun, tujuh tahun. Apakah maksudnya?

final • 6:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Maksudnya khususnya pada hari ini kita bukan– MNC bukan sahaja akan hire Malaysians, dia hendak tengok Singapura, Filipina, anak muda di Thailand tetapi anak- anak muda di sana sudah dua ke tiga tahun pengalaman pekerjaan yang jauh lebih awal daripada kita. Padahal kita baru hendak keluar universiti, terbeban dengan subjek-subjek yang kadangkala tidak ada kena mengena dengan minat kita dan universiti. Jadi apa maksudnya? Kalau lihat di UiTM wajib ambil Kesatria, wajib ambil kawad kaki, ada juga subjek-subjek seperti kokurikulum dan yang lain.

Saya tidak ingin menganaktirikan subjek ini tetapi cadangan saya ini jikalau saya Syed Saddiq, graduan RMC minat kawad kaki, Yang Berhormat Putrajaya, Datuk Dr.

Radzi Jidin pun graduan RMC, kita akan ambil. Jangan risau. Akan tetapi mungkin Yang Berhormat Machang, saudara Wan Ahmad Fayhsal minat bab TITAS. Ambillah TITAS.

Mungkin saya Syed Saddiq minat bahas. Ambil bahas. Cadangan saya berikan pilihan, treat our mahasiswa as adults. Mereka tahu apa mereka sukakan.

Subjek teras kekalkan, subjek pilihan kita berikan kelonggaran kepada mahasiswa untuk pilih supaya akhirnya ada yang akan pilih, ‘Saya tidak mahu ambil, saya hendak bekerja kerana saya datang daripada keluarga susah. Saya hendak ada kerja part-time.’ Ada pula yang berkata, ‘Saya minat masak, saya hendak masuk kelas memasak.’ ‘Saya hendak ambil bahas, saya masuk bahas.’ Jangan kita letak semua mahasiswa dalam satu kumpulan kena ambil satu jenis subjek.

Konklusinya jikalau kita buat rombakan ini, the aim adalah untuk pastikan bahawa mahasiswa itu dapat graduate lebih awal, pengalaman pekerjaan lebih baik, latihan amali lebih awal supaya akhirnya we can compete with the best graduates across the world dan pastikan bahawa universiti kita kekal relevan sampai bila-bila.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, adalah isu perangkap hutang pendidikan yang menjerat dan melemahkan institusi TVET. Apa kena mengena hutang pendidikan dengan TVET? Setiap kali kita bincang di Dewan ini fasal TVET, peruntukan kena tambah, kena tambah. Ramai orang tidak tahu bahawa kini jikalau kita lihat institusi-institusi TVET kita, kemasukan pelajar tidak sampai 80 peratus pun. Banyak institusi TVET kita, the intake hanya 50 percent. Maksudnya kalau ada 500 buah tempat untuk mahasiswa hanya 250

final • 6:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

sahaja yang diisi. Walhal pembiayaan 100 peratus percuma. Masuk siap dapat elaun setiap bulan, RM150. Akan tetapi anak muda masih tidak mahu masuk.

Kita perlu tanya mengapa mereka tidak mahu masuk walhal kebolehpasaran graduan TVET ini jauh lebih tinggi daripada IPT. Kebolehpasarannya 91 peratus sehingga 96 peratus. Masalah ini Tuan Yang di-Pertua, beri dua minit sahaja kalau boleh. Ini sangat penting berkenaan TVET. Boleh ya Tuan Yang di-Pertua?

Terima kasih. Masalah ini ia berkait rapat dengan perangkap hutang pendidikan yang dibuat oleh private colleges yang ada masalah daripada sudut pengauditannya yang masih dibenarkan untuk beroperasi. Dengar cerita salah seorang lepasan SPM yang tidak dapat masuk sistem UPU, tidak masuk IPTA, IPTS, secara tiba-tiba datanya telah pun dijual dan akhirnya menerima tawaran daripada private college.

Kita namakan Private College X. Private College X ini sudah dapat datanya katanya dia tidak dapat masuk universiti. Datanglah surat dan ibu bapa tengok buka surat, “Oh, alhamdulillah anak kamu dapat masuk ke private college ini.” 100 peratus dibiayai oleh PTPTN. Padahal bidang yang unemployable. Kalau tengok employability index kolej tersebut sangat teruk sekali. Akhirnya kerana kita minat sangat nama universiti, nama kolej, masuk, belajar lima tahun, hutang sangat tinggi kepada PTPTN tetapi kebolehpasaran sangat rendah.

Walhal anak ini boleh dimasukkan ke jurusan TVET yang telah disubsidikan sepenuhnya dan kebolehpasarannya lebih tinggi. Oleh sebab itu PTPTN perlu mereformasikan sistem ini. Saya tahu ada yang akan kata dan setiap kali saya dengar.

Dahulu saya pernah bangkitkan, Saddiq you kena jaga juga hati private colleges ini.

Walaupun mereka ada masalah, kadangkala sudah diminta tutup tetapi mereka ada menggajikan orang. Sering kali menggunakan dari sudut bangsa. Akan tetapi realitinya banyak anak-anak Melayu yang terperangkap dengan hutang pendidikan ini. Masuk hutang tinggi, akhirnya bila keluar tidak dapat kerja. Mereka juga juga yang susah.

Oleh sebab itu ini bukan soal bangsa dan agama. Ini soal kualiti pendidikan kita.

Kita tidak boleh hanya tambah peruntukan RM1 bilion, RM2 bilion bagi TVET. Akan tetapi akhirnya anak-anak tidak ingin masuk pun ke institusi TVET kerana mereka terperangkap.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Muar, tolong landing.

final • 6:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Okey saya rumuskan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. So itu dua cadangan saya untuk menambah baik sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Rumusan saya ini, tadi saya bincangkan soal substantif berkenaan isu pendidikan.

Terakhir, rumusan saya kepada sistem politik negara. Harapan saya walaupun saya faham ada situasi yang agak tegang. Kerajaan pembangkang, ini berlaku, itu berlaku dan tuduhan pelbagai jenis yang berlaku. Akan tetapi kita kena ingat dan menginsafkan diri. Krisis yang berlaku menunjukkan bahawa kerajaan boleh bertukar berkali-kali. Kalau kita ingin mengenakan orang ini, akhirnya orang yang dikenakan itu akan mengenakan kita. Situasi itu akan berlaku, a vicious cycle.

Harapan saya, jangan kita asyik tengok pandang ke belakang. Oh, kamu dahulu buat. Ini salah, itu salah. Kalau kita tahu perkara itu salah, kita betulkan. Rayuan saya kepada kerajaan bina sistem yang betul-betul reform. Berikan peruntukan yang adil kepada semua. Kenalkan Akta Pendanaan Politik. Hadkan tempoh Perdana Menteri.

Kalau boleh dalam sidang Dewan pertama ini, bring a package of reforms. Sepuluh reformasi besar.

Tuan Yang di-Pertua, insha-Allah dapat Parliamentary Services Act and independent Parliament institution.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Insya-Allah. Baik.

final • 6:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Insya-Allah. Itu yang kita mahukan supaya akhirnya tukar kerajaan sepuluh kalipun, nasib negara sentiasa berada di jalan yang benar dan baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana berikan saya peluang untuk berucap lebih dua minit.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat Muar. Terima kasih. Yang Berhormat Kapar, 14 minit.

final • 6:20 PM

Dr. Hajjah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan dan titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, menjunjung kasih segala yang telah dititahkan oleh Yang Maha Mulia Tuanku.

Dari Baram ke Sungai Klang; Kenyalang terbang riang sekali; ꟷ sudah sampai dinding kita, Bara digenggam nekad berjuang; Suara Kapar mohon diambil peduli. Sebagai ucapan sulung dalam Dewan yang mulia ini, pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT dan jutaan terima kasih kepada 65,751 pengundi Kapar yang telah memilih Perikatan Nasional pada PRU-15 terutama kepada pengundi muda yang sekarang ini dipertikaikan pula orang, umur 18 tahun macam tidak matang dan tidak boleh diberi kepercayaan untuk mengundi.

Bagi kita di dalam Perikatan Nasional mereka matang dan membuat satu pilihan yang terbaik. Mereka telah pun berani menuntut kebaikan, profesionalisme dan muak over politicking. Inilah yang telah ditawarkan oleh Perikatan Nasional, PN BEST atau bersih dan stabil.

Tuan Yang di-Pertua, kita telah melangkah ke 66 tahun pasca merdeka. Hari pertama apabila saya terpilih menjadi Ahli Parlimen Kapar, saya membuat satu inisiatif kerana khabarnya kita tidak dapat peruntukan bahkan hendak membuat pusat khidmat masyarakat pun tidak ada peruntukan barang satu sen. Jadi saya membuka Google Form dan menawarkan kepada rakyat Kapar, apa aduan-aduan daripada mereka. Percaya atau tidak, saya mendapat 300 aduan dalam masa sebulan dan 90 peratus adalah mengenai infrastruktur.

Kita sering mendengar masalah infrastruktur seolah-olah sinonim dengan Sabah dan Sarawak. Basic infrastructure, dengan izin. Namun pelik wal ajaib, aduan-aduan berputar, berpusing seperti masalah longkang, parit, lampu, jalan, jambatan dan sebagainya. Maknanya infrastruktur yang asas. Banjir berulang-ulang khususnya di DUN Meru, DUN Sementa, DUN Selat Klang hingga memusnahkan harta benda dan dalam keadaan krisis ekonomi sekarang ini menjejaskan produktiviti penduduk. Hendak pergi kerja tidak boleh, banjir. Kereta berendam. Motosikal pun tenggelam. Anak-anak sekolah pun tidak boleh. Ada yang kena pindah. Hendak berniaga barang-barang semua tenggelam. Peralatan elektrik pula rosak. Ini fasal banjir.

Fasal jalan pula, dengan di pedalaman sebab saya dilahirkan di bumi Kenyalang, sebab itu saya tadi pantun adalah berbunyi Kenyalang. Jadi, saya empati dengan Borneo.

Saya faham. Anehnya apabila saya berdepan dengan rakyat ataupun pengundi di Kapar ini, mereka mengatakan jalannya berlubang-lubang, motosikal yang hendak digunakan untuk mencari rezeki sebab di Kapar ini ada pelabuhan. Pelabuhan Klang, North Port, West Port dan sebagainya. Lagi-lagi bila musim hujan. Jalan pula tidak bagus, tidak menyala. Ada tiang, ada lampu tetapi tidak menyala.

final • 6:26 PM

Dr. Hajjah Halimah Ali - Kapar

Jadi banyaklah kemalangan jalan raya. Bahkan saya mendapatkan gambar dan juga video di mana mereka menunjukkan satu lubang yang begitu besar bak kawah.

Macam kawah ya dan ada yang buat kartun memancing di situ. Itulah teruknya lubang. Itu di Klang ya, bukannya di tempat jauh.

Dikatakan penyelenggaraan jalan tidak boleh dilakukan dengan sempurna sebab tidak cukup bajet. Jadi, saya mohon kepada kerajaan kalau dikatakan kita Malaysia ini

final • 6:30 PM

Dr. Hajjah Halimah Ali - Kapar

bagus, madani dan sebagainya, tolonglah beri perhatian kepada keperluan asas rakyat ini, maslahat rakyat. Ini yang disebut madani.

final • 6:30 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar minta laluan.

final • 6:30 PM

Dr. Hajjah Halimah Ali - Kapar

Okey.

final • 6:30 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh isu infrastruktur yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar, saya kira isu ini banyak berlaku di seluruh kawasan di dalam negara kita. Persoalan yang ingin saya dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Kapar berkaitan dengan tindakan Yang Amat Berhormat Tambun membuat pemotongan bajet ataupun pemotongan peruntukan kepada agensi-agensi kerajaan sebelum Bajet 2023 dibentangkan. Ini menjadi persoalan besar kepada agensi kerajaan di bawah. Apa pandangan Yang Berhormat Kapar tentang isu pemotongan ini? Sekian.

final • 6:30 PM

Dr. Hajjah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih. Memang saya telah pun pergi kepada jabatan-jabatan dan agensi kerajaan yang saya sebutkan tadi sama ada PBT, JKR, JPS, pejabat daerah dan sebagainya. Saya setuju apa yang telah disebutkan tadi.

Bolehlah dimasukkan dalam sebahagian daripada ucapan saya.

Bila jalan selalu ditenggelami air, lagilah cepat rosak. Orang susah, B40, kita bagilah mereka apa pun ‘Bakul Rahmah’ kah atau apa apa tetapi motosikal mereka, kereta mereka rosak, itu pun incurred cost, dengan izin.

So, there is a dire need, dengan izin untuk diselaraskan di antara jabatan dan kementerian ini sama ada cerita jalan, longkang, parit dan sebagainya, especially yang tempat yang dipanggil no man’s land. Makna tidak ada orang yang mengaku itu dia punya.

JKR kata, ini bukan kami yang punya. JPS kata, kami tak jaga yang ini. Kemudian PBT kata, mereka ini tak bayar cukai. Jadi ini bukan kami yang jaga. Pejabat daerah kata, kami tak ada cukup duit.

[Ketawa] Jadi, saya minta kepada kerajaan khususnya Kerajaan Madani, dia tidak adanya membangau-bangau. Dah cukuplah budaya membangau-bangau itu. Solve the problem.

Kita mahu solusi. Rakyat mahu solusi.

Di Meru khususnya, kita menjangkakan, bahkan rakyat sendiri menjangkakan, mangsa banjir itu menjangkakan sekurang-kurangnya perlu tiga atau empat tambahan kolam tadahan air untuk mengatasi banjir di Meru. Jadi, tak boleh kata tak ada duit. Kena juga cari duit.

The buck stops here. Itu dengan izin, kerajaan perlu selesaikan secara holistik, bukan piecemeal dan bukan reaktif. Dah ada orang mati dah, dah ada orang accident barulah apa. Ada yang termasuk di dalam longkang, ada yang dah patah. Umur 40 tahun dah patah kaki, patah riuk. Maka jadi OKU. Asalnya, okey.

Salah satu lagi yang saya mendapatkan permintaan dari kawasan Kapar ialah Hospital Kapar. Tuan Yang di-Pertua, masa COVID-19 dahulu, khususnya ketika memuncak kes COVID-19, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang penuh dengan kes COVID-19 sehingga satu bangunan yang lama itu semua penuh dengan COVID-19. Jadi, orang sakit jantung, orang yang gout dan sebagainya, di katakan tak payahlah datang nak ambil ubat ini ya. Pergilah tempat lain dan sebagainya. Jadi, pendek ceritanya, tidak cukup kapasiti hospital yang ada.

Kalau mengikutkan statistik banci tahun 2020, kawasan Kapar ini mempunyai populasi 314,033 orang. Ini Kapar, sebelah Kapar, Kuala Selangor. Kemudian Puncak Alam, kemudian tempat-tempat lain pula ya. Jadi, sudah tentulah sangat mendesak.

Projek Hospital Kapar perlu dimulakan segera yang dikatakan telah pun diluluskan bagi kerja-kerja awalan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, Rolling Plan 4 di atas tapak PT83789HSD164319 Mukim Kapar, Klang. Dikatakan Hospital Kapar ini berkapasiti 300 katil dan akan berfungsi sebagai hospital pakar major. Jadi saya minta kepada kerajaan, segerakanlah, kurangkanlah birokrasi.

final • 6:30 PM

Dr. Hajjah Halimah Ali - Kapar

Satu lagi daripada permintaan pengundi, rakyat di Kapar ini ialah di mana kita dengar tadi ada Hulu Langat juga katanya ya di mana satu kelas itu 40 orang lah, 45 orang dan sebagainya. Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang ini mempunyai 4,000 lebih pelajar. Jadi saya minta sangat kerajaan tambahkan sekolah kebangsaan supaya mereka mendapatkan tempat yang lebih kondusif.

Mengenai keharmonian kaum. Seperti yang kita lihat di dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, kita di dalam Dewan ini adalah penggubal undang-undang. Kita dianggap sebagai pemimpin. Maka daripada kita membiarkan, saya mengharapkan kerajaan ini yang dikatakan mahu menjadikan negara Malaysia ini sebagai negara madani, pastikan semua pihak sini atau sana, refrain, tegah diri, tahan diri daripada menggunakan perkataan-perkataan atau istilah-istilah yang akan implicate ataupun menyalahkan orang political foes especially lawan politik kita, rival kita seolah-olah mereka rasis. Walhal, orang yang berucap itu, yang cakap itu, mungkin mereka lah lebih rasis.

Cukuplah mempolitikkan perkauman ini. Insya-Allah, kita mahu semua segmen rakyat ini sama ada pekedai ataupun nelayan, guru, penjawat awam, pelajar IPT, di desa, di bandar semuanya mahu melihatkan kerajaan yang ambil peduli tentang sensitiviti, bukan sahaja kaum minoriti tetapi juga kaum majoriti. Maka, jangan cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap.

Trust deficit yang tercetus ini disebabkan mungkin oleh parti-parti politik yang mengheret massa rakyat Malaysia ini selama 60 tahun hingga membarah. Maka, the time is now. Cukuplah! sudah 66 tahun negara kita telah merdeka. Kalau kita dulu dijajah oleh Jepun, dijajah oleh Portuguese, dijajah oleh British tetapi rakyat negara kita ini bukan orang Jepun, bukan orang British, bukan orang Portuguese. Kalau asal usulnya dari Jawa, China, India, negara kita ini bukan China. Jadi kita tak boleh kecinaan lebih daripada orang China. Begitu juga dengan India. Kita tidak boleh lebih India daripada orang India. Begitu juga dengan mungkin orang kata orang PAS di green wave ini seolah-olah Taliban. No! Saya hendak merekodkan di sini bahawa PAS bukan Taliban! PAS adalah Malaysian.

[Tepuk] Kita ada 33 tahun track record di Kelantan di mana keharmonian kaum ini jelas dipraktikkan bukan hanya dicakap, tetapi dipraktikkan.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa tak banyak, saya nak sebutkan tentang food security dan health security. Ini semuanya keperluan asas. Kita tak mahu– saya selaku doktor perubatan, takut apabila keterjaminan makanan ini mendesak, ada membingungkan kerajaan. Kita tidak mahu shortcut, kita tidak mahu kompromi daripada bekalan makanan yang low quality. Saya tidak ada masalah dengan istilah “rahmah” atau apa, tetapi jangan sampai rakyat marhaen B40 diberikan bekalan makanan yang low quality dan mungkin juga menyebabkan mereka terdedah kepada kanser, autoimmune disease, kepada autisme dan sebagainya.

Saya ingin melontarkan kepada kerajaan. Malaysia dikatakan paling kaya ke-12 biodiversiti dalam dunia. Kita banyak air, sumber air, kita tak ada gempa bumi yang serius seperti Turki, Indonesia dan sebagainya.

final • 6:30 PM

Dr. Hajjah Halimah Ali - Kapar

Tanah kita subur, green. Jangan takut green wave, kita sudah tidak ada lagi...

[Tidak jelas] . Jadi, sepatutnya kerajaan boleh dengan modal insan yang ada menggunakan teknologi, menggunakan segala ada. Saya percaya di Malaysia ini, ada orang bijak pandai. Give them the segala yang mereka perlukan, insya-Allah, mereka boleh. Food security, health security dan sebagainya. Melonjakkan negara kita menjadi negara yang makmur dan diberkati oleh Allah SWT.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Terima kasih, Kapar menjunjung kasih.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Kapar. On time. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tenggara.

final • 6:40 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan Salam Perpaduan Madani. Terima

final • 6:40 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang, memberi izin saya mengambil giliran dalam sesi perbahasan pada petang ini. Saya juga macam Yang Berhormat Kapar, kali pertama berucap ini. Saya pun hendak merakamkan ucapan terima kasih kepada pengundi saya di Tenggara yang telah memilih untuk saya mewakili mereka di Dewan yang mulia ini.

Meneliti Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di- Pertuan Agong, amat sarat dengan nasihat dan pandangan yang mengutamakan kepentingan rakyat dan negara, menyentuh pelbagai aspek termasuklah urus tadbir, wibawa pengurusan dan titik-titik tindakan yang wajar diberikan perhatian untuk memulihkan dan memperkasakan kembali negara. Kedengaran semalam, baginda menitahkan idea-idea yang merangkumi aspek digitalisasi sebagai radas peningkatan keutamaan rakyat segenap peringkat termasuk golongan B40, wanita, belia dan orang kurang upaya; ekonomi yang menyeluruh, kemapanan dan kelestarian, pendidikan, kesihatan, keselamatan, kedaulatan dan kerjasama antarabangsa.

Baginda juga menzahirkan harapan agar perpaduan dapat digarap sesungguhnya dalam memacu Dewan yang mulia ini supaya kita Ahli-ahli Dewan dapat mencerna idea dan pemikiran, mengetepikan perbezaan dan fokus kepada membina negara dan menyejahterakan rakyat. Ibarat kapal dengan nakhoda, penentu arah menuju destinasi. Raja dan rakyat berpisah tiada, kasihnya dijunjung, titahnya ditaati.

Semalam juga, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda, memulai titah dengan menzahirkan takziah buat negara Turki. Pada kesempatan ini juga, mewakili orang Tenggara, saya menzahirkan takziah yang sama dan mengucapkan syabas kepada Kerajaan Malaysia Madani yang bertindak pantas menghantar bantuan. Semoga usaha diberkati.

Tuan Yang di-Pertua, Tenggara ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini akan beberapa perkara yang disentuh Tuanku yang dekat dan wajar dititikberatkan ke arah memperkasakan Malaysia dan rakyat. Pertamanya adalah berkaitan peranan kerajaan untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan belia dan generasi muda di negara kita.

Menurut Laporan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), pekerja di bawah umur 30 tahun mengalami peratusan pengangguran yang jauh lebih tinggi berbanding kumpulan umur yang lebih tua. Golongan belia yang sewajarnya diberikan kelebihan atau benefit yang lebih daripada majikan, era ini telah menyaksikan golongan belia mula menolak pekerjaan yang tidak memberikan ganjaran, beban kerja yang tidak realistik dan tempat kerja yang tidak kondusif.

Kalau kita lihat di TikTok misalnya, sudah wujud satu trend “#QuietQuitting” dengan izin, “#GreatResignation”, yang mempunyai lebih 500 juta gabungan tontonan.

Maksudnya, sudah menjadi budaya. Maksudnya, tidak kisah untuk berhenti kerja. Antara tuntutan yang sering saya dengar dalam kalangan belia berkenaan sektor pekerjaan mereka adalah gaji yang lebih baik, majikan lebih telus, layanan saksama oleh majikan, keseimbangan kerja dengan kehidupan serta peluang pertumbuhan atau pengembangan kerjaya yang lebih besar.

Oleh itu, saya menggesa supaya kerajaan memulakan satu inisiatif bersama majikan-majikan supaya satu situasi menang-menang antara majikan dan pekerja dapat dicapai. Selain itu, kerajaan juga wajar mempertingkat interaksi strategik melibatkan kelompok-kelompok spesifik yang boleh memberi buah cadangan dan fokus isu untuk diperhatikan termasuk badan bukan kerajaan (NGO), tokoh-tokoh individu (NGI), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), institusi pendidikan awam dan swasta dalam dan luar negara serta mengambil cakna forum-forum formal dan non-formal berkaitan mehnah kerentanan generasi berhubung tuntutan pekerjaan dan kerjaya termasuk pemain-pemain industri.

Tuan Yang di-Pertua, bidang TVET juga...

final • 6:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Yang Berhormat Tenggara. Yang Berhormat Tenggara, sedikit saja.

final • 6:40 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Ya, silakan.

final • 6:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Adakah Yang Berhormat bersetuju mengenai isu majikan dan pekerja tadi supaya kerajaan juga memberikan perhatian kepada majikan yang tidak berkemampuan untuk meneruskan operasi perniagaan, menggaji pekerja dengan gaji minimum dan majikan juga kena tanggung beberapa kos yang agak mahal seperti kos bahan mentah, kos operasi. Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju supaya kerajaan juga memberi– melihat kepada majikan yang menderita akibat COVID-19 baru-baru ini? Adakah Yang Berhormat bersetuju?

final • 6:40 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih. Saya bersetujulah dengan pandangan itu. Boleh masukkanlah, kalau bolehlah ya. Sebenarnya kita pun berdepan dengan satu isu yang dipanggil penggajian yang murah kepada pekerja, yang tidak berpatutan. Kita faham itu dan saya bersetujulah dengan pandangan Yang Berhormat.

Bidang TVET juga merupakan sesuatu yang dekat dengan generasi muda dan belia. TVET pada hari ini bukanlah satu perkara yang asing dan dalam persidangan ini pun kita mendengar banyak disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan begitu juga Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkaitan dengan TVET.

Dalam mendepani era revolusi teknologi dan industri, TVET mestilah semakin diperkasa khususnya dalam kalangan orang muda dan belia. Namun begitu, masih lagi terdapat segelintir masyarakat yang berpandangan dan berpendapat bahawa TVET ini merupakan pendidikan kelas kedua.

Di negara maju seperti Jerman misalnya, TVET diletakkan sebagai salah satu keutamaan dalam sistem pendidikan dengan 70 peratus pelajarnya memasuki aliran vokasional. Ekoran ini, saya berpandangan kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi dan beberapa kementerian lain yang terlibat dalam pemerkasaan TVET perlulah lebih terbuka dengan menyediakan lebih banyak bidang pengajian berkaitan TVET dan bersungguh-sungguh dalam mengisi kemaraan Revolusi Industri 4.0.

Menurut laporan the Forbes, terdapat sembilan teknologi mega yang berkemampuan mengubah dunia. Malaysia sama sekali tidak boleh tercicir atau meminggir daripada kemaraan ini. Kita tetap perlu bercita-cita agar teknologi ini mampu diserap oleh negara dan rakyat untuk ketahanan masa depan. Teknologi ini termasuklah peningkatan datafikasi dalam kehidupan Internet kebendaan (Internet of things (IoT)), superpower computer, kecerdasan buatan (artificial intelligence), automasi, percetakan 3D dan lainnya.

Menjadi tanggungjawab kerajaan membawa pengetahuan dan kemahiran ini ke pangkuan generasi secara massa dan universiti tidak boleh semata-mata mengejar status research university sahaja, dengan izin. Usaha yang bakal digerakkan kerajaan baru-baru ini dengan melibatkan rangkaian industri tertentu dalam pelaksanaan TVET merupakan langkah awal yang baik dan sesuai pada masanya.

Kolaborasi dan koordinasi pelbagai kementerian yang terlibat dengan TVET perlu dipertingkat dan penyeragaman metodologi pelaksanaan perlu dilakukan agar objektif pendidikan TVET yang hendak dicapai dapat direalisasikan. Ketika bertugas di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi suatu ketika dahulu, saya mengetahui bahawa bidang tugas pelaksanaan agenda TVET negara dilaksanakan oleh lebih enam buah kementerian. Melangkah ke hadapan, negara sewajarnya memikirkan kaedah mempertingkat keberkesanan agenda TVET melalui mekanisme pelaksanaan yang berpusat dan strategik.

Tuan Yang di-Pertua, memberi respons kepada pandangan Yang Berhormat Kapar berkaitan dengan Undi18 sebentar tadi, kita sebenarnya tidaklah menolak ataupun menidakkan kematangan Undi18, tetapi pada pandangan sayalah secara peribadi, kita seharusnya memberikan pendidikan, literasi dan kesedaran sebelum melaksanakan ataupun memperbaiki apa yang telah berlaku dalam PRU-15 baru-baru ini.

Topik ini bukanlah sesuatu yang asing. Kita telah lihat impaknya kepada semua parti politik dalam Pilihan Raya Umum tahun lepas. Jika dilihat laporan oleh The Edge

final • 6:40 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Malaysia pada 24 Oktober 2022, bilangan rakyat layak mengundi telah meningkat sebanyak 6.23 juta orang di mana 1.47 juta daripadanya adalah pengundi berusia 18 hingga 20 tahun.

Saya dalam kesempatan ini memohon supaya Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Belia dan Sukan untuk bekerjasama supaya pengetahuan literasi politik dan kenegaraan dapat diterapkan dalam kalangan pengundi muda kita. Kalau kita masih memiliki semangat Biro Tatanegara (BTN) kalau masih ingat dan juga Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ataupun program-program seumpamanya, saya percaya pendedahan terhadap Undi18 ini dapat dijelaskan dengan lebih baik.

final • 6:40 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Kita mesti didik generasi kita menjadi pengundi yang bijak dan bertanggungjawab dengan inti sari sejarah patriotik nilai dan pemahaman Perlembagaan dan semangat Rukun Negara yang tulen. Undi 18 ini kita tidak boleh anggap sebagai satu isu yang tidak adil kepada mana-mana parti politik. Kalau kita lihat di negara lain, Argentina – umur rakyat layak mengundinya 16 tahun, Greece – 17 tahun, Scotland – 16 tahun, kita Malaysia – 18 tahun. Insya-Allah okay itu, Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Oleh itu, saya harap kerajaan hari ini dapat menyediakan satu blueprint atau pun pelan hala tuju dan juga penerangan yang jelas agar dapat diberikan supaya isu ini tidak dimanipulasikan oleh mana-mana parti politik, baik daripada kerajaan atau pun juga pembangkang.

Tuan Yang di-Pertua, tahun ini kita dijangka akan mengalami kemelesetan ekonomi global sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Titiwangsa dan ramai lagi rakan-rakan Yang Berhormat. Golongan yang paling terkesan semestinya ialah golongan B40 yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4,850 sebulan dan ke bawah.

Baru-baru ini, hangat di media sosial, khususnya berkenaan ‘Menu Rahmah’. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pelaksanaan menu ini ialah komitmen peniaga secara sukarela menyertainya. Saya secara peribadi sangat menyokong inisiatif ini dan berharap lebih ramai peniaga yang akan menyertainya. Walau bagaimanapun, saya berpandangan pihak kerajaan dapatlah juga memberikan insentif atau pun token penghargaan sebagai galakan supaya lebih ramai peniaga dapat menyertai program ini.

Banyak bantuan yang telah diperkenalkan dan disalurkan kepada golongan B40.

Antaranya, Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Tunai Rahmah, Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah dan juga kepada pesara kerajaan. Namun pada hemat saya, di samping bantuan one-off seperti ini, kerajaan juga boleh memperbanyakkan lagi program peningkatan kemahiran supaya mereka yang terbabit dapat melibatkan diri dalam arus industri moden kini.

Saya masih ingat tiga bulan lalu, Tuan Yang di-Pertua, sebelum menamatkan khidmat sebagai penjawat awam di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri kini dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, saya terlibat secara langsung dengan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar. Semalam juga hal ini dititah fokus oleh Kebawah Duli Tuanku agar kerajaan berikhtiar dengan sesungguhnya untuk mencapai kadar miskin tegar sifar menjelang tahun 2025.

Antara laras-laras dan inti pati pelaksanaan Program Basmi Miskin Tegar ini adalah memberikan bantuan kepada peserta program yang layak berdasarkan data dinamik eKasih oleh ICU dan i-DAMAK JAKOA agar inisiatif atau projek-projek peningkatan ekonomi dan pendapatan yang mahu dilaksanakan adalah berdasarkan minat, kemahiran dan kemampuan fizikal peserta yang terdiri dalam kalangan ketua isi rumah dan ahli isi rumah miskin tegar. Asasnya, memberi bantuan yang bersasar, spesifik, sesuai dan berasaskan kemahiran.

Saya kira dengan pendekatan-pendekatan sebegini, mehnah kerentanan golongan B40 yang memerlukan setiap tahap dapat dipastikan jaya. Seperkara lagi, aspirasi bimbing selia berterusan (continuous engangement), dengan izin, mestilah diterapkan dalam melaksanakan program-program atau inisiatif-inisiatif peningkatan pendapatan, peningkatan ekonomi golongan B40 supaya mereka sebagai rakyat yang

final • 6:50 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

berhak dapat mengecapi kejayaan daripada setiap inisiatif dan iltizam kerajaan. Agaknya kalau 10 menyertai, kebarangkalian gagal itu satulah. Jadi, sembilan yang berjaya.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, pandemik COVID-19 yang melanda negara kita 2020-2021 yang lalu hakikatnya bukan sahaja bencana kesihatan. Sebagai mantan pegawai kerajaan yang bertugas di Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi ketika itu, saya juga dapat menyaksikan bencana ekonomi yang dahsyat. Mengimbangi live versus livelihood, dengan izin, adalah sangat mencabar. Syukur Alhamdulillah, Jabatan Perangkaan baru sahaja mengumumkan pertumbuhan KDNK 2022 mencecah 8.7 peratus, dari 3.1 peratus pada 2021 ke negatif 5.6 peratus pada 2020.

Pertumbuhan ekonomi kelihatan semakin baik sebagaimana yang disebut sebelum ini. Adakah kita benar-benar telah pulih? Nanti dahulu. Pemulihan pertumbuhan tanpa reformasi struktur adalah sesuatu yang merugikan. Yang Berhormat Menteri Ekonomi ketika itu telah menyatakan satu daripada tiga cabaran ekonomi ialah menggerakkan perubahan struktur ekonomi negara kita. Tuan Yang di-Pertua, dua minit sahaja saya selesaikan.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak boleh. Satu minit.

final • 6:50 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Satu minit. Baik. COVID-19 yang lepas jelas sekali menunjukkan kelemahan struktur ekonomi kita. Asas perekonomian negara kita masih di takuk yang lama, tidak bersandarkan kemajuan teknologi dan kemahiran yang tinggi. Saya mencadangkan agar kerajaan segera menggerakkan reformasi struktur ini, reset ekonomi Malaysia.

Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi Negara ketika itu yang diketuai oleh Prof.

Tan Sri Nor Azlan Ghazali telah menyerahkan satu dokumen kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itulah pada 21 Disember bertajuk ‘Resetting Malaysia Aligning to the New Economic Landscape’, dengan izin. Jadi, saya mencadangkan kepada kerajaan hari ini boleh direvisit balik penulisan tokoh ekonomi ini untuk diambil tindakan bagi kebaikan ekonomi.

Akhirnya, pagi tadi Perdana Menteri menjawab soalan mengenai SPRM. Penting agensi ini bertindak untuk keutamaan isu awam. Antaranya isu awam pada tahun lepas ialah bocornya dalam media sosial tentang penyiasatan SPRM tentang Hakim Nazlan.

Disebut hakim itu melanggar seksyen 220, Kanun Keseksaan. SPRM pada 29 September 2022 mengesahkan sudah menyelesaikan kertas siasatan melibatkan Hakim Nazlan itu. Saya ingin bertanya, apa sudah jadi tentang isu awam berkaitan kes ini? Ketua Pesuruhjaya SPRM menyatakan pihaknya kini hanya menunggu arahan Pejabat Peguam Negara. Saya ingin bertanya Menteri Undang-undang status tentang Hakim Nazlan dan tindakan Peguam Negara. Itu sahaja yang ingin saya sampaikan. Tuan Yang di-Pertua, mohon maaf terlebih masa.

Daun selasih, buah selasih, batang selasih, Terima kasih, terima kasih, terima kasih,

final • 6:50 PM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Seterusnya, Yang Berhormat Tasik Gelugor.

final • 6:50 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Pertama sekali, izinkan saya mulakan dengan memanjatkan setinggi kesyukuran saya kepada Allah Subhanahu wa Taala kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat berdiri lagi sekali di dalam Dewan yang mulia ini dan kali ini untuk membahaskan Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum itu, saya mewakili rakyat Tasik Gelugor juga ingin turut sama merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Turkiye’ dan Syria. Semoga dipermudahkan semua urusan saudara-saudara kita di sana.

Tuan Yang di-Pertua, gelombang rakyat yang mahukan kerajaan yang bersih dan stabil yang menyokong Perikatan Nasional dalam PRU ke-15 yang lalu memberikan tamparan yang hebat kepada Kerajaan Campuran PH-BN ini. Pelbagai cara dilakukan untuk merosakkan imej pemimpin dan parti dalam Perikatan Nasional.

Bermula dengan tuduhan Kerajaan Perikatan Nasional menyeleweng RM600 bilion. Kemudian turun kepada RM530 bilion. Selepas itu, turun lagi kepada RM92.5 bilion.

Seterusnya, turun lagi kepada RM4.5 bilion dan kini tinggal RM300 juta sahaja. Angka yang berubah-ubah ini jelas menunjukkan Kerajaan PH-BN ini consistently inconsistent dalam membuat tuduhan. Bagi Kerajaan PH-BN ini, betul atau tidak, itu belakang kira. Apa yang penting, tabur fitnah dahulu dengan matlamat mencalarkan imej serta memberi persepsi buruk terhadap BERSATU dan Perikatan Nasional.

Kita tahu ini adalah diversion tactics sahaja kerana Kerajaan PH-BN ini sedang terdesak untuk menutup kegagalan mereka menyelesaikan masalah rakyat dan menutup amalan nepotisme yang berleluasa dalam kerajaan ini. Jika Kementerian Komunikasi- tadi Yang Berhormat Lembah Pantai ada sebut mengenai keinginan Kementerian Komunikasi untuk mengawal penyebaran fitnah. Jika ini ialah sikap yang serius yang diingini oleh Kementerian Komunikasi, maka seharusnya tuduhan rambang dari Yang Berhormat Tambun yang berubah-ubah inilah merupakan satu fitnah besar yang harus disekat dan dihentikan.

Kemudian, dipergunakan pula badan yang dihormati seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Berbelas-belas parti bertanding dalam PRU-15 tetapi hanya BERSATU sahaja yang disiasat sekarang ini. Sudah pasti tujuannya ialah untuk menimbulkan persoalan dan mencemar imej dan integriti BERSATU.

Tuan Yang di-Pertua, taktik yang sama untuk mencemar imej ini sebenarnya bukan satu perkara baru yang berlaku pada hari ini sahaja. Kita pernah lihat taktik yang sama digunakan sebelum ini. Tahun lepas, saya nak sambut apa yang Yang Berhormat Tenggara sebutkan tadi, dalam rangka menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi kehakiman negara. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

final • 6:56 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Saya berpandangan bahawa ini adalah satu taktik untuk merosakkan imej kehakiman. SPRM masuk menyiasat, katanya siasatan sudah selesai seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Tenggara, tetapi hingga hari ini tiada penjelasan dibuat oleh SPRM mengenai apa hasil siasatan itu. Semua ini, seperti yang saya katakan, adalah usaha untuk mencemarkan imej. Mungkinkah hasil siasatan SPRM itu disembunyikan kerana sebenarnya tiada apa-apa kesalahan yang berlaku? Kenapa tidak diumumkan sahaja?

Sebenarnya saya tidak pelik jika individu-individu dalam Perikatan Nasional yang lantang bersuara dan yang boleh mencabar kewibawaan PH-BN akan terus ditekan dan disiasat. Entah-entah sudah ada cadangan siapa yang mahu didakwa. Bersalah atau tidak, itu cerita yang lain. Apa yang penting dakwa dahulu untuk mencacatkan reputasi dan imej.

Tuan Yang di-Pertua, slogan reformasi yang sering diwiridkan oleh Pakatan Harapan kini sudah hilang dari sebelah sana. Perjuangan reformasi yang sebenar dan yang ikhlas kini adalah milik kami dalam Perikatan Nasional. Saya yakin rakyat boleh

final • 7:00 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

menilai, rakyat boleh menyedari bahawa jika mereka mahukan pentadbiran yang baik, walaupun sebelum ini yang melaungkan slogan reformasi itu adalah di sebelah sana, tetapi pada hari ini pejuang sebenar agenda reformasi dan agenda tadbir urus yang baik ialah kami dalam Perikatan Nasional.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya mahu menyentuh satu perkara berkait dengan portfolio yang diamanahkan kepada saya iaitu portfolio komunikasi. Saya bimbang kerana kebebasan bersuara yang selama ini kononnya diperjuangkan oleh Pakatan Harapan sedang dibunuh menggunakan pelbagai kaedah intimidasi. Suara anak-anak muda khususnya di media sosial disekat dengan bermacam cara. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), malahan PDRM juga, menjadi alat untuk menekan pihak yang mengkritik dasar serta polisi kerajaan campuran PH-BN ini.

Pagi tadi Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Digital menjawab soalan yang ditanya dan memberi gambaran seolah-olah kementerian beliau tidak menyalahgunakan kuasa, seolah-olah kuasa yang ada digunakan untuk menjaga kepentingan dan perpaduan rakyat. Ini adalah satu pemalsuan fakta. Sebenarnya kuasa yang digunakan sedang digunakan untuk menjaga kerajaan dan bukan menjaga rakyat. Contoh yang saya boleh berikan ialah pegawai saya sendiri dipanggil baru-baru ini untuk siasatan hanya kerana memberi pandangan yang tidak mesra kerajaan dan memperjuangkan hak rakyat.

Takkanlah pejuang reformasi sebegitu mudah koyak?

Saya ada di sini beberapa dokumen. Satu ialah borang bongkar Bahagian Siasatan Jenayah Komersial merampas telefon bimbit dan juga SIM card daripada aktivis media sosial Perikatan Nasional. Ada juga arahan kehadiran di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia yang juga diarahkan kepada salah seorang aktivis penggerak media sosial Perikatan Nasional.

Saya ada satu lagi arahan di bawah seksyen 254 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang mengehendaki supaya salah seorang daripada aktivis media sosial kami memberikan kata laluan bagi telefon pintar yang digunakan dan maklumat yang berkaitan untuk membolehkan akses kepada akaun Facebook beliau. Maksud...

final • 7:00 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Yang Berhormat, adakah tuduhan- tuduhan itu ada dibuat laporan untuk menyiasat perkara tersebut?

final • 7:00 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Apa yang saya sebut tadi adalah siasatan yang dilakukan oleh SKMM kepada pihak kami. Apa yang saya hendak nyatakan di sini ialah penyalahgunaan kuasa yang diamalkan oleh pihak kerajaan untuk menyekat kebebasan bersuara.

final • 7:00 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Jika ada...

final • 7:00 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Nanti sekejap. Bagi saya habis dulu. Bukan sahaja pegawai dan aktivis media sosial Perikatan Nasional tetapi ada juga saya dapat maklumat bahawa di kalangan Ahli Parlimen sendiri dipanggil oleh PDRM untuk disoal siasat atas sebab apa yang disebut dalam media sosial. Dalam Dewan hari ini, seperti yang saya sebut tadi, mana dia kebebasan bersuara sekiranya Ahli Parlimen pun ditekan dan disekat kebebasan bersuaranya?

Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, apa yang dilakukan kerajaan campuran PH- BN ini jelas amat bertentangan sama sekali dengan konsep ihsan dan rahmat yang terkandung dalam Malaysia Madani. Di mana ihsannya kalau suara serta pemikiran kritikal rakyat mahu disekat? Lebih buruk lagi, mana madaninya apabila agensi penguat kuasa dipergunakan untuk menakut-nakutkan rakyat?

Dalam Titah Diraja, Tuanku Agong menyebut mengenai pentingnya integriti. Mari kita lihat sedikit topik integriti ini dalam hal lantikan politik. Kita dengar pagi tadi Yang Amat Berhormat Tambun mengatakan bahawa integriti sesuatu lantikan boleh dengan mudah diletakkan di atas bahu sesiapa yang memegang jawatan itu.

Saya petik lebih kurang yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Tambun tadi.

Beliau mengatakan bahawa dalam sejarah, sama ada ia digabungkan jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sama ada ia digabungkan atau tidak, itu bukan masalah.

final • 7:00 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Dengan alasan sedemikian, begitu mudah sekali Perdana Menteri melantik Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.

Dengan alasan itu, tiba-tiba menjadi tidak salah bagi Pengerusi Pakatan Harapan menamakan isteri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan raya supaya boleh diangkat masuk ke Parlimen ini bersama-sama dengan suaminya. Dengan alasan itu, tiba-tiba tidak salah lagi bagi Perdana Menteri melantik anak Anwar Ibrahim menjadi penasihat kanan dan kemudian dinaikkan pula pangkat dan diberikan kuasa eksekutif sebagai ketua bersama dalam Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan integriti.

[Tepuk] Kebimbangan kita ialah kerana Yang Amat Berhormat Tambun pernah dilaporkan memberi saham kepada kaum keluarga beliau sendiri semasa dia menjadi Menteri Kewangan.

[Tepuk] Malahan Yang Amat Berhormat Bagan Datuk sendiri— Yang Amat Berhormat Bagan Datuk ada lagi tetapi dalam Dewan tidak ada lah. Mana pergi? Ponteng, saya pun tidak tahu. Malahan Yang Amat Berhormat Bagan Datuk pernah membuat pengakuan terbuka pada 21 Jun 1999 mengatakan bahawa beliau memang dibantu oleh Yang Amat Berhormat Tambun semasa beliau menjadi Menteri Kewangan untuk mendapatkan saham.

[Tepuk] Ini bukan integriti, dan saya hendak maklumkan bahawa inilah dia definisi sebenar nepotisme. Inilah sikap nepotisme yang amat ketara. Lebih memalukan, nepotisme yang sebegini terbuka hampir mustahil ditemui di negara-negara yang governancenya baik.

Ya, Yang Berhormat Pendang.

final • 7:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Saya hendak sentuh sikit. Apakah tidak ada keyakinan kepada orang lain, takut terlibat dengan rasuah, maka kita himpun semua jawatan dekat kita? Adakah kita juga tidak terlibat dengan rasuah? Ini kerana manusia ini ada nafsu, ada had. Akan tetapi kalau kita himpun semua, kita pegang jawatan Menteri Kewangan, kita pegang Perdana Menteri, anak kita semua sebab tidak percaya dekat orang lain, adakah jaminan kita juga tidak terlibat dengan rasuah? Itulah hendak minta penjelasan.

final • 7:00 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Inilah sebenarnya yang dikatakan di luar sana bahawa kerajaan ini adalah kerajaan one-man show, ditadbir secara berpusat oleh seorang individu sahaja. Kalau kita nak fikir mengenai siapa yang boleh menjalankan tanggungjawab sebagai Penasihat Ekonomi dan Kewangan, kita ada bekas Menteri Kewangan, Yang Berhormat Bagan. Takkanlah Yang Berhormat Bagan pemimpin parti yang paling besar dalam kerajaan tidak layak untuk memegang jawatan tersebut?

Sebenarnya kalau nak petik apa Yang Berhormat Pendang kata tadi, kalau kita nak buat perbandingan, kita bandingkan dengan negara lain, saya malu nak sebut bahawa di sebuah negara di benua Afrika, negara termiskin di dunia, negara Burundi, Burundi pun tak buat sepertimana Yang Amat Berhormat Tambun dan Kerajaan PH-BN ini buat.

[Tepuk] Orang Burundi sekali pun tahu bahawa nepotisme itu buruk. Kenapa rakan-rakan PH dan BN masih mempertahankan amalan Perdana Menteri ini?

final • 7:00 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Tasek Gelugor, boleh saya mencelah sedikit?

final • 7:00 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ya, sila

final • 7:00 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Sepertimana yang Yang Berhormat Tasek Gelugor sebut tadi, bahawa apa yang diceritakan oleh Yang Amat Berhormat Tambun bahawa, “Tak apa kita nak pegang dua jawatan, janji kita tak bolot” ini menunjukkan bahawa Yang Amat Berhormat Tambun tak faham konsep tata kelola, tak faham konsep corporate governance. We are talking about system, dengan izin. Kita ingin mewujudkan satu sistem tata kelola tadbir urus yang hebat.

Jadi, kita lihat sebelum ini, Perdana Menteri sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan kecuali bermula pada Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri Ketujuh, kemudian Tan Sri Muhyiddin, Perdana Menteri Kelapan dan Dato’ Sri Ismail Sabri, Perdana Menteri Kesembilan, ketiga-tiga ini tidak memegang jawatan

final • 7:00 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Menteri Kewangan. Kita melihat bahawa kita sudah meletakkan asas corporate governance atau tadbir urus, tata kelola yang elok untuk masa depan negara.

final • 7:00 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Akan tetapi, tiba-tiba datang Yang Amat Berhormat Tambun bercakap individu.

We are not talking about individual, dengan izin. Kita bercakap tentang sistem.

Jadi ini saya rasa perkara yang Yang Amat Berhormat Tambun tidak faham berkaitan dengan satu sistem tadbir urus negara yang hebat dan yang cekap. Apa pandangan Yang Berhormat Tasek Gelugor?

final • 7:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Putrajaya. Saya mohon dimasukkan dalam ucapan saya dan saya hendak tambah juga.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 7:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Saya tahu Yang Berhormat saya hendak habis, saya hendak tambah Tuan Yang di-Pertua bahawa rakyat mahukan tindakan dan penyelesaian. Bukan sekadar gah bercakap menggunakan bahasa-bahasa puitis kerana perut rakyat tidak kenyang dengan istilah sastera.

Apatah lagi jika tutur kata itu bertentangan sama sekali dengan sikap, pendirian serta perbuatan. Kononnya mahu memerangi rasuah dan salah guna kuasa tetapi sebenarnya apa yang dibuat adalah mahu menyucikan pasukan Kabinet sendiri yang terpalit dengan pelbagai kes mahkamah dengan cara mahu menarik semua seteru dan pesaing politik ke mahkamah juga. Laksana kata pantun – Perap ikan lada bersulah, Ketuk serai cengkih berbunga, Jangan diamal madah berhelah, Bimbang rosak susu sebelanga. Ketika ini rakyat sedang resah dan gelisah...

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah habis Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Saya habis last paragraph.

Belum pun habis 100 hari memerintah, sudah macam-macam masalah terdedah. Lebih parah alasan yang diberikan langsung tidak munasabah. Rakyat sedang merayu, merintih dan meminta dibenarkan pengeluaran KWSP bersasar tetapi kerajaan dan Ahli Parlimen di sebelah sana buat seolah-olah tidak mendengar rintihan tersebut. Tidak ada seorang pun Ahli Parlimen di sebelah sana yang pedulikan rintihan mereka.

Seharusnya ketika ini, kita bantu mereka. Isu telur dan isu ayam sudah cukup menunjukkan kerajaan campuran PH/BN ini tidak kompeten. Akan tetapi, hari ini tanpa rasa bersalah mereka kekal bermegah-megah. Sudahlah masalah rakyat tidak selesai.

Terpalit pula dengan isu nepotisme.

Akan tetapi, sebagai pemimpin, jangan kita lupa perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata. Seberang sana mendakwa mereka kerajaan reformasi. Sekarang masanya untuk melaksanakan dan jangan cuba mencari excuse lagi.

Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata itu saya mohon menyokong.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Subang.

Silakan.

final • 7:10 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi ucapan menyambut Titah Diraja.

Sebelum saya mula ucapan saya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada mantan-mantan Ahli Parlimen ke-14. Ada yang digugurkan, ada yang tewas dalam pilihan raya baru-baru ini. Penghargaan ini khasnya adalah kepada yang telah berkhidmat dengan rajin dan jujur.

Tuan Yang di-Pertua, di luar jangkaan semua, satu Kerajaan Perpaduan telah terbentuk iaitu satu kerajaan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Tambun, reformis unggul Malaysia, ketua dan rakan seperjuangan saya dari Parti Keadilan Rakyat. Ia juga merupakan satu kerajaan yang mempunyai majoriti dua pertiga.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas kejayaan beliau menjadi Perdana Menteri selepas 24 tahun mengharungi pelbagai cabaran politik dan hidup.

Saya tidak akan lupa hari bersejarah di rumahnya di Sungai Long bersama dengan isterinya Yang Berhormat Bandar Tun Razak, Tuan Yang di-Pertua, Datuk Jo dan juga Yang Berhormat Selayang semasa beliau menerima utusan pelantikan sebagai Perdana Menteri daripada pegawai khas Yang di-Pertuan Agong.

Semasa saya mengucapkan tahniah kepada beliau, saya menitis air mata dengan kegembiraan. Kegembiraan yang membawa harapan reformasi yang tersangat besar.

Seolah-olah kesemua kerja dasar dan pengorbanan politik saya sejak 2009, selama 15 tahun dan pengorbanan rakan-rakan seperjuangan saya — banyak yang jauh lebih lama berkhidmat dalam Keadilan. Kesemuanya telah membawa kami ke detik bersejarah itu.

Tuan Yang di-Pertua, sama ada semua pengorbanan ini berbaloi atau tidak adalah terpulang kepada reformasi-reformasi yang kita dapat laksanakan dalam penggal ini. Dengan izin, we are at the critical watershed moment for reforms. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menekan bahawa Kerajaan Perpaduan ini mempunyai majoriti dua pertiga. Two-thirds majority adalah sebenarnya dengan izin, a double-edged sword. It can cut both ways. It has positive and negative effects. Dengan majoriti besar ini, secara positifnya kita sekarang memang boleh melakukan dasar-dasar reformasi termasuk reformasi Perlembagaan yang terpenting untuk memperbaiki sistem pentadbiran yang telah rosak selama berdekad-dekad tahun.

Negatif pula, Dewan yang mulia ini pula perlu berwaspada bahawa dengan majoriti yang sangat besar ada bahaya. Parlimen yang mulia ini mungkin menjadi satu rubber stamp kepada pihak eksekutif.

Kita sebagai Ahli-ahli Parlimen perlu memastikan politik Malaysia tidak menjadi regresif seperti zaman pentadbiran Perdana Menteri Keempat. Pada masa itu kerajaan juga mempunyai two-thirds majority dan semua institusi check and balance termasuk Parlimen dikawal oleh mantan Perdana Menteri tersebut.

Crony capitalism dibenarkan berpesat dan pembangkang-pembangkang dimasukkan penjara tanpa pembicaraan melalui undang-undang zalim seperti ISA. Jadi, poin ucapan saya yang pertama adalah dengan izin a two-thirds majority can be used for reforms but it can also be abused for power. Oleh yang demikian, apa-apa pun yang didebat dan yang dilakukan dalam Dewan yang mulia ini, kesemua Ahli Parlimen perlu sedar dan sentiasa ingat bahawa tanggungjawab utama kita semua adalah untuk mempertahankan demokrasi dan Perlembagaan Malaysia.

Poin kedua saya adalah tentang asas demokrasi Malaysia iaitu sistem pilihan raya pada masa kini belum cukup adil dan mantap. Memang ada keperluan untuk mereformasikan sistem pilihan raya supaya malapportionment ataupun pembahagian kerusi yang tidak adil diperbaiki dengan baik. Ini perlu diatasi secepat mungkin dan sebelum PRU-16.

final • 7:12 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Tuan Yang di-Pertua, saya memberi contoh malapportionment yang ketara.

Kawasan saya iaitu P.104 Subang mempunyai 230,000 orang pengundi. Manakala kerusi P.125 Putrajaya hanya 43,000 orang pengundi. Kerusi saya mempunyai lima kali ganda pengundi berbanding kerusi Putrajaya.

Ini bermakna suara warga-warga kita di Subang ini tidak kira Melayu, Cina, India dan lain-lain adalah pada tahap 20 peratus suara pengundi-pengundi Putrajaya. Ini jelas bukan sistem demokrasi yang adil.

Jadi apa yang perlu dilakukan adalah Perlembagaan kita perlu dipinda untuk memastikan saiz purata pengundi setiap kerusi adalah tidak melebihi tolak dan campur 30 peratus.

final • 7:12 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat.

final • 7:12 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Silakan.

final • 7:12 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Saya setuju lebih daripada 2,000 orang pengundi sesuatu yang perlu dikaji, poin Yang Berhormat. Akan tetapi Yang Berhormat kena reflect ke kawasan-kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak.

final • 7:12 PM

Tuan Wong Chen - Subang

I am coming to that point, thank you. Terima kasih, teguran.

final • 7:12 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya, kawasan saya 7,000 kilometer square.

final • 7:12 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Saya faham.

final • 7:12 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Lebih besar daripada beberapa buah negeri dicantumkan. Walaupun saya hanya mempunyai 50,000 orang pengundi tetapi dari segi kesukaran dan dari segi keluasan, sama dengan Yang Berhormat.

final • 7:12 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Kawan baik saya Yang Berhormat Beluran, saya memang setuju sebab poin yang akan address ini adalah tentang isu malapportionment.

Katakan the average constituency size adalah 100,000 orang pengundi. Maka kerusi paling besar adalah sepatutnya 130,000 orang pengundi dan paling kecil adalah 70,000 orang pengundi. This is plus, minus 30 percent. Pada pendapat saya formula ini adalah just right ataupun dengan menggunakan perkataan Kantonis ‘ngam-ngam’. Formula ini juga mengambil kira apa yang Yang Berhormat Beluran bagi tahu kita tadi, keperluan sedikit berat sebelah bagi kawasan luar bandar oleh kerana saiz besar dan juga perkhidmatannya kurang.

Akan tetapi, tidaklah sampai ke tahap lima dan enam kali ganda. Itu tidak boleh.

Jadi apa yang saya cadangkan plus, minus 30 percent ini betul-betul just right, supaya tahap keterlaluan yang diamalkan sekarang tidak dibenarkan lagi.

Konsep ini iaitu deliberate but reasonable rural bias menolong kawasan pendalaman. Ini juga diamalkan di negara demokrasi yang sangat dihormati seperti Norway dan New Zealand.

Tuan Yang di-Pertua, saya harap Kerajaan Perpaduan ini akan memulakan proses delimitation secepat mungkin berdasarkan formula tolak campur 30 peratus ini.

Dari segi timeline delimitation exercise ini bakal berlaku setiap lapan tahun adalah dijadualkan untuk pembentangan dua atau tiga tahun dari sekarang iaitu pada tahun 2026.

Jadi kerja pemetaan asas, the principle mapping perlu bermula sekarang.

Poin ketiga saya adalah mengenai reformasi Parlimen agar ia lebih bebas daripada kawalan kuasa eksekutif.

final • 7:12 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Di semua negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang dihormati, Parlimen sememangnya dan sepatutnya mempunyai kuasa muktamad mengatasi kuasa eksekutif tetapi malangnya, di Malaysia kehakisan kuasa Parlimen Malaysia telah berlaku selama

final • 7:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

berpuluh-puluh tahun. Oleh demikian, sudah tiba masanya kita kembali ke prinsip kebebasan dan kedaulatan Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua, langkah pertama ke arah ini adalah dengan izin, the reintroduction and revival of the Parliamentary Services Act 1963. Apabila undang- undang ini dikembalikan, pegawai-pegawai Parlimen tidak akan dilantik lagi oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan ini akan memastikan pentadbiran Parlimen menjadi lebih bebas dari kawalan eksekutif. I am equally worried as all of you about executive powers, excessive executive powers.

Saya difahamkan kerja merangka undang-undang telah bermula sejak 2019.

Drafting works pun sudah lebih kurang siap sejak 2020. Apa yang kekurangan adalah political will. Oleh demikian saya berharap rang undang-undang ini akan dibentangkan oleh Kerajaan Perpaduan with full political will dan diluluskan pada tahun ini juga.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih fokus kepada isu fiskal dan ekonomi.

Pada 24 Februari nanti kerajaan akan membentangkan Belanjawan 2023. Isu utama belanjawan adalah keadaan fiskal kerajaan yang sangat sempit dengan izin, the fiscal space is currently very tight. Walaupun keadaan ekonomi Malaysia sudah mula pulih sedikit, ekonomi kita adalah highly dependent on international trade dan global economic outlook masih tidak menentu.

Dalam situasi global sebegini, saya ingin menasihati kerajaan saya supaya tidak menaikkan apa-apa cukai baru untuk memperkukuhkan keadaan fiskal kerajaan. Apa yang patut dilakukan kerajaan adalah menyemak semula isu-isu dasar procurement ataupun perolehan dengan izin, to cut out corruption with better procurement policies.

Saya juga ingin memberi cadangan kepada kerajaan untuk mula mengkaji kemungkinan membuat satu Initial Public Offering (IPO) of PETRONAS di Bursa Saham.

Dengan izin, the listing of PETRONAS will provide a massive cash injection to pare down the national debt. Provide more financial transparency and better governance to PETRONAS, hence improving overall fiscal revenue for the government. Saya percaya sekiranya PETRONAS diurus sebagai satu syarikat dengan high international governance standards keuntungan PETRONAS dari lebih kurang RM60 bilion setahun puratanya boleh mencecah RM100 bilion setahun. Peningkatan ini boleh menolong mengurangkan hutang negara ke tahap lebih kurang 30 peratus KDNK dalam masa 10 ke 15 tahun.

Perkiraannya telah dibuat. We will see, dengan listing PETRONAS 20 peratus dijual kepada public kita boleh raise RM300 bilion, kita boleh meningkatkan pendapatan pada tingkat RM60 bilion ekstra setahun, kalau kita bayar semua ini hutang negara kita boleh turun kepada paras controllable 30 peratus KDNK. Oleh itu saya menyeru kerajaan membuat satu kajian terperinci segera sebelum faktor seperti perubahan iklim memudaratkan penilaian aset-aset PETRONAS. Kita perlu mengikut langkah bijak yang dilakukan oleh Saudi Arabia melalui Aramco listing pada tahun 2019.

Tuan Yang di-Pertua, poin terakhir saya adalah mengenai tadbir urus yang baik ataupun isu tentang good governance. Negara kita sangat kaya dengan minyak dan gas tetapi hutang negara kita melebihi RM1 trilion. Negara kita mempunyai banyak tokoh- tokoh perniagaan tetapi ekonomi kami terus mengalami capital flight sebab ekonomi kita masih tidak ada level playing field yang betul, didominasi dan disekat oleh residual crony capitalism. Pelajar-pelajar kita dan pekerja-pekerja kita ini pandai, rajin tetapi gaji itu tidak adil dan brain drain berterusan. Mengapakah kita perkara-perkara buruk ini terus berlaku di Malaysia berpuluh-puluh tahun?

Tuan Yang di-Pertua, isu terasnya adalah rasuah dan kegagalan tadbir urus.

Untuk mengatasi perkara ini saya ada beberapa cadangan, yang pertama dan paling basic sekali adalah meminta kerajaan membuat public asset declaration kesemua Ahli-ahli Parlimen dan penjawat awam tinggi. Deklarasi sahaja tidak mencukupi, semuanya perlu juga diaudit secara bebas.

final • 7:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Kedua adalah mengenai gaji. Pembayaran gaji yang setimpal dengan kuasa dan skop kerja perlu dilakukan. Di Singapura, negara yang cukup bersih dan bebas daripada gejala rasuah, gaji Ahli Parlimen dan penjawat awam adalah tinggi dengan izin, their pay is comparable to private sector rates. Hanya dengan tawaran gaji yang baik dan adil kerajaan boleh menarik lebih golongan profesional dan teknokrat untuk berkhidmat di dalam kerajaan. Dengan profesionalisme yang tinggi kerajaan akan menjadi lebih efisien, cekap dan amanah.

Tuan Yang di-Pertua, seiring dengan dasar gaji berpatutan, Kerajaan Singapura juga mengamalkan dasar yang amat tegas terhadap rasuah, malangnya di Malaysia persepsi rakyat terhadap keberkesanan SPRM adalah jauh dari sasaran.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 7:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Boleh.

final • 7:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Subang..

final • 7:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Ya, cepat.

final • 7:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Setuju kah dengan pandangan saya, kita sering fokus kepada Ahli Parlimen untuk declaration of asset dan sebagainya tetapi kita lihat di Malaysia juga masalah not just crony capitalism tetapi overcrowding of GLCs in our private sector, dengan izin.

final • 7:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Ya, betul saya setuju.

final • 7:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

CEO GLC kita mendapat habuan lebih besar daripada Ahli Parlimen [Ketawa] tetapi mereka tidak diberi orang kata, pemantauan.

final • 7:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Saya setuju, Yang Berhormat Machang. Kalau CEO syarikat GLCs dia kena ikut commercial rate, private sector rate tetapi yang penting dia kena disclose, yang itu saya agree, ya deklarasi. Tuan Yang di-Pertua, saya akan gulung.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya bagi satu minit.

final • 7:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menggulung perbahasan saya. Poin-poin yang saya telah bentangkan adalah cuma berapa sahaja tetapi pada pendapat saya kesemua poin-poin ini sangat penting dan juga boleh dicapai dengan adanya political will. Saya harap Ahli-ahli Parlimen yang lain boleh menyambut dan memberi pandangan balas kepada ucapan saya.

Akhir kata sama ada kita berpandangan sama atau tidak, sekiranya kita berdebat dengan adab dan budi, berkongsi pendapat tanpa kepentingan sendiri tetapi demi kepentingan rakyat dan negara, berani berucap yang benar tanpa rasa takut atau pilih kasih. Sekiranya semua ini dilakukan, saya percaya Malaysia akan selamat, ekonominya akan maju dan keadilan dan minda semua rakyat akan bertambah baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang ini. Saya menyokong sepenuhnya Titah Diraja yang telah dibentangkan oleh Yang di-Pertuan Agong semalam. Terima kasih.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

final • 7:20 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk turut sama membahaskan ucapan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong semasa membuka Penggal Pertama, Parlimen Kelima Belas.

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua Ahli Parlimen yang telah memenangi pilihan raya baru-baru ini dan terima kasih kepada rakyat Malaysia telah memberikan kemenangan besar kepada Perikatan Nasional khususnya di negeri-negeri

final • 7:28 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

yang telah kita menjadi kerajaan dan insya-Allah akan mencapai kejayaan dalam PRN akan datang. Terima kasih juga saya berikan kepada pengundi di Tumpat yang telah memberikan mandat kepada saya untuk memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat.

Perkara pertama yang saya ingin tekankan dalam usul ini adalah pertama berkaitan dengan Perlembagaan Malaysia. Pada hari ini kita dibekalkan dengan satu buku yang dinamakan sebagai Perlembagaan Malaysia. Kita melihat bila mana ada masalah semua pihak akan merujuk kepada Perlembagaan Malaysia. Akan tetapi bila kita melihat dalam kehidupan seharian kita tidak nampak mana-mana pihak yang telah mengadakan pelan bersepadu bagi mendidik rakyat Malaysia memahami keseluruhan dan menghayati apakah prinsip-prinsip dalam Perlembagaan Malaysia khususnya berkaitan dengan Raja berperlembagaan, khususnya berkaitan dengan Demokrasi Berparlimen.

Kita mengharapkan selepas ini pihak kerajaan memastikan ada kementerian memastikan pendidikan persekutuan ini dapat difahami secara menyeluruh oleh rakyat.

Oleh kerana di negara-negara lain kita melihat mereka sangat menghayati prinsip-prinsip Perlembagaan negara mereka tetapi dalam negara kita dengan mudahnya banyak pihak mempertikaikan apa sahaja prinsip yang telah pun terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.

Kalau umat Islam kita ada Al-Quran, sebagai rakyat Malaysia kita ada Perlembagaan Malaysia, jadi haruslah kita semua memahami secara keseluruhan prinsip- prinsip yang ada di dalam ini dan mestilah melihat bagaimana ia telah menjadi sumber kepada perpaduan negara berdasarkan kepada sejarah. Dalam konteks ini penting kepada kita kembali kepada alat perpaduan yang telah pun diletakkan di dalam Perlembagaan Malaysia iaitu berkaitan dengan alat komunikasi iaitu bahasa Melayu.

final • 7:28 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Kita tidak mempertikaikan keperluan untuk mempelajari bahasa-bahasa lain tetapi penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan komunikasi harus dimartabatkan dengan sebaik-baiknya. Saya ingin tanya pihak kerajaan apakah peranan DBP dalam memartabatkan bahasa Malaysia bukan hanya di peringkat kebangsaan tetapi juga di peringkat antarabangsa. Kita lihat jati diri negara berkurang apabila mereka tidak pandai ataupun tidak menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa komunikasi di peringkat antarabangsa.

Dalam hal ini juga kita mahu melihat rakyat Malaysia yang memahami sejarah dan negara kita sangat unik kerana berlaku beberapa kali pertukaran kerajaan tanpa melibatkan pertumpahan darah. Ini demokrasi yang sangat mulia yang sangat perlu kita junjung. Jadi kita hendaklah memastikan bahawa tidak ada mana-mana pihak yang menggunakan bahasa yang berbeza untuk menghina atau mencerca mana-mana pihak khususnya untuk meretakkan perpaduan dalam negara dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Sepatutnya untuk bahasa perpaduan gunakanlah bahasa Malaysia dengan sebaik-baiknya dan dalam masa yang sama berikanlah insentif kepada anak-anak yang boleh belajar banyak bahasa. Sebagai contohnya di Kelantan hampir kita mempunyai 93 buah sekolah agama yang mengajar tentang isu bahasa Arab, bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu. Akan tetapi kita melihat model perpaduan yang ada di Kelantan melibatkan orang Melayu, orang Cina, orang Siam. Di Tumpat merupakan satu lokasi yang sangat banyak tokong Buddha yang telah pun berada di sana beratus-ratus tahun. Tidak ada masalah pun.

final • 7:30 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Yang Berhormat Tumpat, minta laluan.

final • 7:30 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Jadi sebenarnya kalau sama-sama menghormati, tidak ada masalah yang dapat kita lihat kepada masyarakat.

final • 7:30 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Sedikit, adakah Yang Berhormat bersetuju penggunaan bahasa Melayu juga patut dipertegaskan dalam surat rasmi kerajaan. Baru-baru ini ada penggunaan bahasa lain selain daripada bahasa Melayu. Sepatutnya kekal dengan bahasa Melayu. Adakah Yang Berhormat bersetuju?

final • 7:30 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Saya setuju kerana ini merupakan satu imej sebuah negara. Kalau kita berada di negara Thailand, takkanlah menggunakan bahasa lain sebagai bahasa rasmi? Jadi kalau kita di Malaysia gunakanlah bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi. Janganlah sekali-kali kita mempertikaikan dan mengheret isu-isu yang tidak perlu dalam konteks ini. Jadi dalam hal ini penting kepada kita bahawa dalam hendak menjalankan kerja-kerja sebagai Kerajaan Madani.

Kita melihat contoh di Kelantan membangun bersama Islam, tidak ada masalah dari segi keharmonian kaum dan perpaduan dalam kalangan rakyat. Kita juga ingin melihat bagaimana dalam konteks ini kebimbangan yang diluahkan oleh Yang di-Pertuan Agong berkait dengan perpaduan ini supaya kita bersejarah. Nasib baik baharu-baharu ini kita melihat bagaimana telitinya Yang di-Pertuan Agong dalam menyelesaikan kemelut negara dan mahu melihat suatu model kerajaan yang benar-benar baik. Jadi kita mengharapkan keadilan yang disebutkan dapat dibuat oleh pihak kerajaan.

Seterusnya berkaitan dengan prasarana mesra keluarga. Perkara ini banyak telah dipertikaikan ataupun telah banyak disebut oleh kerajaan sebelum ini. Namun kita lihat hari ini accessibility kepada Prasarana Mesra Keluarga masih lagi di tahap yang membimbangkan dan menyedihkan. Sepatutnya Prasarana Mesra Keluarga, Prasarana Mesra OKU dipastikan dapat dipertingkatkan di semua sektor awam dan juga sektor korporat.

Dalam hal ini kita melihat bagaimana penghakisan hak-hak ini telah menyebabkan tidak ramai orang yang ingin membina keluarga kerana bagi mereka membina keluarga dan OKU ini sangat menyusahkan. Kita ingin melihat sini bahawa dalam konsep sebuah kerajaan dalam sebuah keluarga kita tidak mempunyai pilihan sama ada mempunyai anak kecil ataupun orang tua yang bermasalah.

Ini merupakan sebahagian daripada rakyat kita dan 15 percent daripada penduduk kita merupakan penduduk OKU. Dalam hal ini saya rasa penting kepada pihak kerajaan untuk memberikan bajet yang seimbang kepada pendidikan keibubapaan dan kekeluargaan. Hari ini saya difahamkan oleh pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara kita bahawa lembaga ini perlu meminta bajet ataupun kewangan daripada pihak yang ingin menghadiri kursus keibubapaan walaupun dengan kadar yang minimum.

Saya mengharapkan pihak kerajaan untuk memberikan suatu peluang dan peruntukan yang munasabah untuk memastikan bahawa orang Malaysia yang ingin berkahwin yang ingin mendirikan rumah tangga diberikan pendidikan keibubapaan dan kekeluargaan kerana hari ini institusi keluarga sangat tercabar. Kita juga melihat bagaimana penjagaan hak kanak-kanak, sejauh manakah hak kanak-kanak ini dapat kita bela.

Hari ini kita melihat peruntukan yang telah diberikan kepada pendidikan sangat berorientasikan peperiksaan. Di manakah tempat ataupun syllabus yang boleh kita gunakan untuk memastikan bahawa anak-anak generasi Malaysia ini dididik dengan adab yang terbaik. Tidak ada sebarang langkah yang dibuat secara formal kerana hari ini kita lihat kanak-kanak dijaga oleh enam kementerian yang berbeza. Pihak kerajaan bercadang untuk menyelaraskan bantuan-bantuan atau pelan pendidikan ini supaya pendidikan anak kita dapat dipastikan mempunyai satu hasrat yang sama dan mempunyai adab yang terbaik kerana sebagai ibu sebagai ayah konteks terakhir yang kita perlukan untuk besarkan anak bukan hanya kewangan tetapi adab bagaimana mereka menghormati kita sebagai ibu bapa dan juga masyarakat.

Begitu juga dengan pendedahan kanak-kanak kepada perkara-perkara digital.

Hari ini ramai bukan hanya kanak-kanak, remaja juga terlibat dalam pendekatan digital.

Sejauh manakah pihak kerajaan memberikan perlindungan daripada sudut IP dan juga hak aset kepada anak-anak ini yang telah terlibat dalam perniagaan usahawan digital di awal umur mereka yang masih kecil. Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan tentang apakah hak-hak yang dinikmati oleh anak-anak yatim yang diberitakan kepada kita melebihi lima ribu orang akibat daripada ibu bapa mereka telah meninggal akibat COVID- 19.

final • 7:30 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Kita mohon agar penjagaan diberikan kepada mereka kerana mereka ini adalah mangsa yang telah pun terlibat dalam keadaan besar-besaran menjadi anak yatim. Begitu juga dengan kepekaan kepada libat sama OKU. Hari ini kita melihat bahawa program- program OKU termasuklah menjadikan mereka ini penjawat awam masih lagi dipandang sipi oleh pihak kerajaan. Kita mahu melihat peratusan ini meningkat dan kesedaran perlu diberikan kepada masyarakat khususnya kepada JKM untuk diberikan peruntukan supaya bengkel-bengkel untuk kepekaan OKU ini diberikan kepada pihak sekolah dan JKM supaya mereka boleh memahami bahawa libat sama OKU sangat perlu dalam sebuah kerajaan. Kita sangat menyanjung usaha ataupun komen yang dibuat oleh Yang di- Pertuan Agong supaya meminda Akta OKU 2008.

Saya juga bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan dengan bagaimanakah kita melihat penglibatan wanita dalam koperasi. Seluruh Malaysia ini kita tahu bahawa koperasi telah pun mencapai usia 100 tahun tetapi penglibatan wanita dalam koperasi sangat rendah. Jadi kita lihat kepada Amanah Ikhtiar Malaysia. Kita lihat kepada sistem Ar-Rahnu, gadaian. Kebanyakan daripada peserta ini merupakan wanita yang merupakan pembayar yang sangat baik. Saya rasa sudah sampai masa kepada kita untuk memastikan bahawa Kerajaan Malaysia boleh membantu untuk pembinaan sebuah bank koperasi khas untuk membantu wanita bagi menggalakkan wanita ini terlibat dalam bidang perniagaan dan perbankan yang sewajarnya.

Begitu juga dengan keterjaminan makanan. Di Kelantan, alhamdulillah kita melihat suatu usaha yang dibuat pada tahun 2011 dilancarkan oleh mantan Menteri Besar bahawa Bertani Satu Ibadah merupakan satu program besar-besaran untuk menjamin keterjaminan makanan. Hari ini kita melihat daripada data pertanian Kelantan mengikut kadar sara diri SSL bagi Agromakanan negeri Kelantan 2020 dan Jabatan Pertanian Malaysia bahawa buah-buahan telah pun mencapai bilangan 117 peratus, padi 208 peratus, sayur-sayuran 98 peratus, kelapa melebihi mencapai 196 peratus. Secara teorinya kita melihat ini telah pun menjadi suatu keterjaminan makanan.

Jadi kita mahu dalam hal ini juga kerajaan memberikan penekanan kepada usahawan muda untuk terlibat dalam pertanian secara bersasar di semua negeri. Ini penting juga kempen kepada usaha-usaha bagi membayar zakat khususnya berkaitan dengan pertanian. Apabila kita membuat kajian-kajian alhamdulillah didapati bila mana pendekatan agama ini dibuat kepada mereka peningkatan dan keberkatan berlaku dalam pencapaian kerajaan dan juga pendapatan rakyat.

Seterusnya berkaitan dengan data kebajikan. Kita melihat pada tahun 2019, kerajaan telah mencadangkan MYSPC iaitu penyatuan data-data kerajaan untuk kebajikan. Saya ingin mengetahui apakah kemajuan kepada MYSPC ini kerana hari ini kita melihat apabila berlaku COVID-19 berlaku banjir berlaku pelbagai bencana, kebanyakan dan hampir semua perkara ini berlaku, terpaksa dikutip semula data-data yang berkaitan dengan kebajikan rakyat.

Sepatutnya data ini dikenakan secara bersama dan menjimatkan. Kita sudah lancarkan kerajaan e-government pada tahun 2007. Akan tetapi pada hari ini masih tidak selesai soal pendaftaran mangsa banjir, pendaftaran bencana dan sebaginya saya kira sampai masa untuk kerajaan memastikan bahawa usaha-usaha seperti ini dapat kita digitalkan semuanya bagi kita mempercepatkan dan mengurangkan beban kepada kakitangan awam yang menjadi petugas kepada perkara ini .

Khas untuk Tumpat, saya ingin bertanyakan kepada kerajaan, adakah kerajaan akan mempertimbangkan untuk menjadikan Hospital Tumpat sebagai Pusat Kecemerlangan Penyakit Berjangkit yang telah lama dijanjikan.

final • 7:30 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Minta laluan Yang Berhormat Tumpat. Terima kasih. Tahniah Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Tumpat juga sebagai EXCO daripada Kerajaan Negeri Kelantan yang begitu berpengalaman. Mungkin Yang Berhormat boleh sebut bagaimana kejayaan negeri Kelantan yang telah melancarkan e-pengurusan bencana yang seharusnya dilaksanakan di peringkat negeri-negeri lain dan juga di peringkat Federal.

final • 7:30 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Alhamdulillah kerajaan negeri setelah berusaha hampir lapan tahun telah berjaya melancarkan satu sistem untuk pengurusan bencana secara bersepadu iaitu e- bencana dengan kerjasama daripada pihak UTM Malaysia. Jadi saya menyarankan kepada semua negeri agar mempunyai sistem yang sama kerana pengalaman Kelantan menguruskan 350 ribu mangsa banjir pada tahun 2014 mengajar kita segala-galanya.

Dalam hal ini saya mengharapkan kerjasama G to G dan juga SOP dan serta best practices penting dapat diselaraskan di antara negeri-negeri dalam kepentingan negara kita.

Begitu juga dengan tadi saya sebut tentang hospital bagaimana kita perlukan tempat ini kerana pada tahun 2020 apabila berlaku sahaja COVID-19 Hospital Tumpat yang telah dibina pada tahun 1984 ini telah digunakan sepenuhnya untuk hospital COVID- 19 tetapi prasarananya tidak mencapai sasaran yang sepatutnya.

final • 7:30 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Jadi saya mengharapkan ini dapat dibuat. Saya juga ingin pihak kerajaan untuk mempertimbangkan supaya perancangan awal ECRL untuk stesen terakhir berlaku di Pengkalan Kubor dipertimbangkan balik kerana ini merupakan bandar sempadan yang terakhir sebelum Thailand.

Saya juga mahu melihat suatu penyelesaian menyeluruh bagi banjir di Kelantan kerana saya melihat bukan hanya di Kelantan, tadi saya dengar dari Yang Berhormat Kapar menyebut tentang kadang-kadang isu bajet, kadang-kadang isu ketidakselarian di antara agensi. JKR mengatakan ini JPS, JPS kata ini PBT. Sebenarnya yang berlaku mendesaknya kepada rakyat. Jadi saya mengharapkan supaya penyelesaian menyeluruh. Contohnya, sistem perancangan perparitan di setiap Parlimen difahamkan memerlukan RM1 juta hanya untuk menyiapkan mapping. Jadi kalau ini dapat kita tingkatkan, insya-Allah masalah parit dan longkang dapat diselesaikan seluruhnya.

Saya juga mahu melihat supaya Pusat Kajian Banjir dan Pusat Pemindahan Kekal dapat dibuat di dua buah tempat sekurang-kurangnya di Kelantan iaitu di Tumpat dan Rantau Panjang kerana ini merupakan lokasi yang sentiasa berlaku banjir.

Saya juga ingin melihat kepada satu persoalan yang dikemukakan oleh pihak rakyat kita di Tumpat. Satu masalah baru berlaku di mana Tumpat ini dikenali sebagai tempat untuk makanan warisan. Antaranya serunding, dodol dan sebagainya. Akan tetapi hari ini kita difahamkan bahawa terdapat halangan untuk menjual ataupun menghantar serunding yang berasaskan daging ini ke Sabah dan Sarawak. Saya pohon kepada pihak kerajaan untuk melihat balik kerana ini merupakan IKS dalam negara yang perlu kita bantu terutamanya menjelang puasa dan juga hari raya. Apakah masalah yang berlaku? Kalau boleh, permudahkanlah birokrasi ini untuk membantu IKS.

Begitu juga dengan kita melihat prasarana awam di sekolah-sekolah dan juga pasar. Banyak pasar di Kelantan khususnya di Tumpat yang telah melebihi umur 30 tahun.

Jadi, saya berharap pada pihak kerajaan untuk menilai dan mempunyai dasar supaya mereka boleh mempercepatkan dan mempertimbangkan keutamaan kepada keperluan rakyat ini.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 7:40 PM

Dato' Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Seminit lagi. Seterusnya, berkaitan dengan kita dapati baru-baru ini terdapat kajian mengenai dengan keperluan ataupun kebenaran untuk pramugari bertudung. Kalau di UK sudah boleh bertudung, saya mengharapkan Kerajaan Madani ini boleh membenarkan pramugari kita bertudung.

Sudah sampai masanya, perjuangan ini sudah lama kepada pihak pramugari yang berhak kepada hak mereka sebagai seorang Islam.

Yang terakhir, saya ingin dari pihak kerajaan tentang kerjasama serantau untuk krisis ekonomi dan kesihatan yang dibawa oleh Malaysia. Apakah pertimbangan yang dibuat oleh pihak PPRT yang memperuntukkan hanya tujuh buah rumah sahaja untuk Parlimen Tumpat sedangkan dalam data eKasih, Tumpat antara tempat yang paling ramai orang yang susah. Jadi saya harap ini dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.

final • 7:40 PM

Dato' Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Segamat.

final • 7:40 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang merupakan perbahasan sulung saya sebagai ahli Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia Madani ini diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim bukanlah satu slogan retorik yang tidak membawa apa-apa erti kepada pembangunan negara. Jika kita mengamati satu persatu rukun yang menjadi akar kepada perencanaan agenda Malaysia Madani, kita akan dapat mengerti bahawa perjalanan yang akan kita harungi di hari-hari mendatang memerlukan jalinan kebersamaan dan didakap erat dengan usaha yang lestari.

Menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mengingatkan kita tentang soal kesepakatan. Saya sebagai Ahli Dewan Rakyat Segamat ingin menzahirkan dukungan saya yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Tuanku yang dibina menerusi kesepakatan parti-parti politik. Biarpun Kerajaan Perpaduan ini dimeterai menerusi jalinan warna-warni politik yang berbeda, namun kesepakatan yang dipersembahkan oleh kepimpinan kerajaan pada hari ini membuktikan kepada dunia bahawa model unity government dengan izin yang kita asaskan bersama ini berupaya menjelmakan manfaat buat rakyat jelata di bumi yang tercinta ini.

Sebagai wakil rakyat yang prihatin tentang soal kemampanan (sustainability) dengan izin yang menjadi rukun pertama Malaysia Madani, saya berasa terpanggil untuk mengutarakan soal kesaksamaan dalam pembangunan. Selain Mersing, Segamat juga kini dinobatkan sebagai Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Selain dikenali sebagai destinasi tarikan bagi penggemar durian, Segamat juga kini menjadi sebutan ramai kerana musibah banjir. Saban tahun, kita didendangkan dengan berita-berita sadis yang memaparkan keadaan rakyat yang menangisi kemusnahan harta benda mereka akibat musibah banjir.

Selain diperdebatkan secara hangat di laman-laman media sosial, musibah banjir juga sering kali menjadi peluru yang menembak wakil-wakil rakyat yang difikirkan boleh menghasilkan magis untuk menghalang banjir daripada memusnahkan rumah yang menjadi tempat berteduh mereka selama ini. Bukan maksud saya untuk melarikan diri daripada beban amanah yang diletakkan di atas bahu saya sebagai wakil rakyat, cuma saya ingin menegaskan bahawa apalah ertinya kita menjadi seorang pemimpin jika gagal menggalas tanggungjawab secara bersama antara Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli- ahli Parlimen biasa seperti saya.

Walaupun peruntukan pembangunan bagi Ahli-ahli Parlimen dikurangkan, namun saya tidak berasakan bahawa hal tersebut boleh menjadi galang kepada saya untuk meneruskan khidmat sebagai pembela sejati buat rakyat Parlimen Segamat. Pemotongan peruntukan yang dihadapi oleh kita semua Ahli-ahli Parlimen di pihak sini dan juga di pihak sebelah sana mempunyai hikmah berguna di sebaliknya. Pemotongan tersebut mengukir jalan buat kita untuk berganding bahu dengan merencanakan setiap usaha serta agenda menyejahterakan rakyat. Saya yakin pemotongan ini juga akan disalurkan kepada kementerian-kementerian yang ada untuk membantu semua kawasan Parlimen.

‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Masalah banjir kilat yang menjadi fobia rakyat khususnya di Parlimen Segamat harus diberi tumpuan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang dipimpin oleh sahabat perjuangan saya, Yang Berhormat Setiawangsa. Tiada yang lain saya harapkan melainkan Yang Berhormat Menteri dapat menumpukan pelaksanaan projek tebatan banjir serta pembaikan semula sistem perparitan di zon-zon merah yang sering ditelenggami banjir di kawasan Parlimen Segamat.

final • 7:43 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Saya secara peribadi memuji keprihatinan Yang Berhormat Menteri terhadap permasalahan banjir di negeri Johor. Keprihatinan tersebut telah dibuktikan menerusi pertemuan dengan Sultan Ibrahim yang di mana Tuanku Sultan Johor telah dipersembahkan dengan cadangan projek tebatan banjir bagi tiga buah daerah di negeri Johor termasuk Daerah Segamat.

Tuan Yang di-Pertua, berbicara soal pelajaran. Saya ingin membangkitkan perihal sekolah daif sebagai inti pati kedua perbahasan saya. Di negeri Johor, khususnya Parlimen Segamat, masih terdapat sekolah-sekolah kebangsaan serta sekolah jenis kebangsaan yang memerlukan perhatian Kementerian Pendidikan dalam aspek pembangunan semula. Sejak hari pertama berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Segamat, saya telah menyedari hakikat bahawa aspek penyediaan kemudahan asas di sekolah luar bandar masih berada pada tahap yang tidak memuaskan.

Dalam Parlimen Segamat, mempunyai 48 buah sekolah dan hampir 70 buah sekolah itu adalah di luar bandar. Sejak hari pertama, saya menyaksikan dengan mata saya sendiri infrastruktur penting seperti meja, kerusi, tandas, jalan perhubungan serta kemudahan-kemudahan pembelajaran yang lain masih lagi tidak disediakan dengan lengkap di beberapa buah sekolah kebangsaan di luar bandar Segamat. Anehnya, isu kedaifan sekolah selama ini merencatkan mutu penyampaian pendidikan di sekolah- sekolah luar bandar tidak ditangani dengan serius.

Pemimpin-pemimpin sebelum ini juga seharusnya bertanggungjawab dalam hal- hal yang melibatkan pembangunan pendidikan di kawasan luar bandar seolah-olah tidak sensitif terhadap masalah infrastruktur daif yang selama ini dibebani anak-anak pelajar.

Bukan niat saya untuk menuding jari kepada mana-mana bekas pemimpin mahupun wakil rakyat, sebaliknya saya ingin mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk kita bersama-sama memastikan masalah sekolah daif di kawasan Parlimen kita tidak lagi melarat sehingga boleh merudum motivasi para guru, pelajar serta kakitangan sekolah.

Seperti yang ditekankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titah Baginda Tuanku, perihal pendidikan tidak boleh dipandang enteng oleh kita. Sebagai wakil rakyat Segamat, sudah menjadi tanggungjawab hakiki saya untuk menyuarakan isu sekolah daif ini. Saya percaya isu ini juga merupakan isu yang turut diberi tumpuan Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

Selain menjadi suara yang melaungkan keluh-kesah membebani sektor pendidikan, kita Ahli-ahli Dewan Rakyat juga seharusnya berperanan sebagai mata dan telinga bagi pihak sekolah yang terhimpit dengan situasi yang memerlukan penglibatan orang tengah atau wakil rakyat seperti kita. Realiti yang saya nyatakan sebagai contoh ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Muar yang terletak di Parlimen Segamat yang mula wujud pada tahun 1926, hampir satu abad yang lalu. Seperti kata pepatah Melayu, ‘indah khabar daripada rupa’.

final • 7:43 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Biarpun SJK(T) yang terletak dalam kawasan luar bandar tersebut dikenali sebagai sekolah berprestasi tinggi atau cluster school dengan izin, namun keadaan kusam seperti persekitaran daif sekolah tersebut menjelaskan realiti sebenar bahawa Parlimen Segamat masih ketinggalan dalam aspek pembangunan semula sekolah daif. Saya tidak mahu sekadar menjadi Ahli Parlimen yang hanya gah bersuara dalam Parlimen.

Keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terhadap isu sekolah daif ini menjadi pembakar semangat untuk saya teruskan memperjuangkan agenda pembangunan semula bagi sekolah-sekolah di Parlimen mahupun Daerah Segamat.

Yang Berhormat Menteri, saya tidak sanggup lagi melihat anak-anak pelajar menderita akibat kedaifan sekolah mereka alami saban tahun. Kebajikan guru-guru juga turut terkesan bila mana kemudahan-kemudahan sepatutnya disediakan untuk mereka sebagai pendidik diabaikan. Warga sekolah tidak berhak untuk menanggung kesan daripada kelemahan kita sebagai pemimpin yang gagal untuk menyediakan sebuah sekolah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang kondusif dan persekitaran yang selamat. Cukuplah mereka diduga dengan masalah kemiskinan di rumah, jangan kita timpa lagi hidup mereka dengan kedaifan pendidikan yang boleh memudarkan

final • 7:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

semangat mereka untuk menimba ilmu di sekolah, sepatutnya menjadi rumah kedua mereka.

Selain itu, saya juga meletakkan harapan Yang Berhormat Menteri dapat menyelaraskan semula sistem penyediaan peranti digital pendidikan di sekolah-sekolah luar bandar yang di negeri Johor, khususnya Parlimen Segamat. Arus pendigitalan dalam penyampaian pendidikan secara dalam talian tidak seharusnya menjadi garis yang memisahkan darjat antara pelajar kaya di bandar dengan pelajar miskin di desa.

Usah kita bermimpi untuk berdiri sama gah dengan negara-negara hebat dunia yang lain jika capaian kepada model pendidikan era baharu hanyalah sebuah imaginasi bagi pelajar-pelajar miskin. Bolehkah kita tidur dengan lena bila mana ada lagi anak-anak miskin luar bandar yang masih terkapai-kapai mencari internet connection dengan izin, untuk mengikuti kelas dalam talian? Bolehkah kita makan dengan berselera bila mana masih ada pelajar miskin di kampung-kampung yang tidak mempunyai gajet seperti rakan- rakan mereka yang mengulang kaji pelajaran secara bersemuka dengan cikgu menerusi facetime?

Ihsan yang menjadi rukun keenam Malaysia Madani harus menjadi pasak yang boleh mengukuhkan setiap rencana ke arah memperkasakan pendidikan nasional buat anak-anak kita bakal menerajui masa depan negara.

Tuan Yang di-Pertua, pembinaan masa depan negara kita harus bermula hari ini.

The time is now, dengan izin. Ia hanya akan kekal sebagai fiksyen berepisod sekiranya daya cipta generasi muda kita tidak digembleng menerusi rencana pembangunan belia yang saksama dan seimbang. Saya menyambut baik iltizam Menteri Sumber Manusia yang dilihat cenderung untuk mempergiatkan lagi usaha membangunkan bakat industri yang berteraskan kemahiran menerusi pendidikan serta latihan dan vokasional TVET.

Iltizam tersebut mengilhamkan idea kepada saya untuk mencadangkan kepada Kerajaan Perpaduan agar TVET dapat dijadikan sebagai pensijilan wajib untuk banduan-banduan yang menjalani hukuman pemenjaraan bagi tempoh tertentu, khususnya pesalah juvana.

Pensijilan tersebut berupaya membina motivasi serta keyakinan mereka untuk berdepan dengan cabaran dunia pekerjaan yang kini amat mengutamakan hal pensijilan dan kemahiran. Pelaksanaan pensijilan tersebut juga boleh meningkatkan kepercayaan golongan majikan untuk menerima seseorang banduan sebagai pekerja mereka. Seperti pensijilan profesional yang lain, sijil TVET bagi lepasan penjara juga saya cadangkan boleh menghakis keraguan majikan terhadap kebolehan mereka untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi syarikat.

Bagi memastikan agenda pemerkasaan TVET dapat dilaksanakan secara konstruktif dan progresif, kekeliruan mengenai siapa yang bertanggungjawab dengan TVET perlu diputuskan dengan segera oleh Kerajaan Perpaduan. Kita perlukan satu kementerian yang bertanggungjawab sepenuhnya dengan pembangunan TVET. Perkara ini sudah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan dan Kabinet tidak harus lagi berlengah dalam menentukan ejen kerajaan yang akan menjadi kepala untuk menggerakkan ejen TVET di peringkat nasional.

Keyakinan generasi belia harus digilap dengan mereka merupakan arkitek penting akan merevolusikan ekonomi negara seiring dengan gelombang Revolusi Industri 4.0. Pendidikan yang berteraskan teknikal dan vokasional perlu dipromosikan seluas- luasnya di semua peringkat sekolah, khususnya sekolah menegah. Tiada gunanya ahli- ahli politik berpidato siang dan malam tentang kebolehpasaran atau employability anak muda bila mana TVET sendiri lagi menjadi second choice dalam pelajar sekolah rendah dan menegah.

Sampai bila anak-anak kita perlu didoktrin untuk mengejar cita-cita pekerjaan yang tidak kena dengan jiwa dan kemahiran mereka? Mana mungkin anak kita yang pandai membaiki kereta disuruh untuk menjadi pengarah filem yang buat filem pun tidak habis-habis pasal cinta. Mana mungkin anak kita yang pandai menjahit dipaksa untuk menjadi ahli politik yang kerjanya membangkang dan kadang-kadang memfitnah seperti pihak-pihak yang tertentu dalam politik negara ini. Mana mungkin ada anak muda seperti Arif Aiman yang hebat bermain bola sepak dipaksa untuk menjadi pensyarah matematik.

final • 7:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan sewajarnya menjadikan Johor Darul Ta’zim Football Club (JDT) sebagai inspirasi dan model terbaik dalam merencanakan apa jua bentuk pembangunan belia dan sukan di peringkat persekutuan.

Justeru, saya menyeru agar Kementerian Belia dan Sukan dapat berkolaborasi erat dengan kerajaan-kerajaan negeri untuk merangka usaha serta inisiatif nasional di peringkat akar umbi.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 7:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Satu minit. Dua minit sebab Segamat ada banyak masalah, mungkin perlukan lima jam, tetapi saya satu minit sahaja.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Semua kawasan ada masalah Yang Berhormat Segamat.

final • 7:50 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih. Kolaborasi itu juga menumpukan usaha bagi menambah baik kualiti kemudahan belia dan sukan di daerah- daerah yang kurang kasih sayang seperti Segamat ya.

final • 7:50 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Sehubungan dengan itu, saya mengambil kesempatan ini memohon Yang Berhormat Menteri untuk mempertimbangkan menyediakan sebuah kompleks sukan di Segamat.

Di samping itu, isu kedaulatan tanah air merupakan antara wadah penting yang saya pahatkan dalam perjuangan selaku legislator. Malaysia Madani menggariskan kehormatan sebagai rukun keempat turut menuntut agar hak serta kedaulatan negara ini dipertahankan secara terhormat. Isu tuntutan hak Pulau Batu Putih perlu diteliti semula dengan cermat oleh Kerajaan Perpaduan dengan mengambil kira segala aspek perundangan agar ia tidak mengundang masalah berbalik kepada negara. Syor-syor ditemukan oleh...

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tambah satu minit.

final • 7:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Ya, hendak gulung ini- Oleh pasukan petugas khas mengenai semakan perundangan diharapkan dapat menjadi kesedaran penting Peguam Negara dalam menentukan tindakan seterusnya dengan keputusan eksekutif. Justeru, saya berharap agar Kabinet Perpaduan ini dapat bersepakat untuk menerus perjuangan tuntutan hak kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Batu Putih, Batuan Tengah serta Tubir Selatan.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum menutup tirai ucapan perbahasan saya, izinkan saya merungkapkan serangkap pantun untuk renungan kita semua.

Agenda reformasi mendukung muafakat, Memandu negara menuju gemilang, Kerajaan Perpaduan kerajaan berdaulat, Membawa harapan rakyat terbilang. Sekian sahaja ucapan perbahasan saya.

[Tepuk] Saya menjunjung penuh Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Saya guna Peraturan Mesyuarat 12(3) untuk tambah 15 minit lagi.

Jadi, saya mempersilakan Yang Berhormat Beluran.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kita sedia maklum bahawa sektor pertanian dan agromakanan merupakan perkara yang penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara. Usaha-usaha memperkukuhkan sektor agromakanan negara adalah sesuatu yang berterusan seperti usaha-usaha untuk meningkatkan pengeluaran domestik, perluasan adaptasi teknologi moden dan mengurangkan kebergantungan kepada keperluan import, sekali gus untuk meningkatkan kualiti dan jaminan sekuriti makanan.

final • 7:58 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Sekuriti makanan merupakan antara aspek yang diberi perhatian khusus oleh kerajaan sebelum ini dan hal ini jelas diperlihatkan menerusi penubuhan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC). Semenjak penubuhan FSCC, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk merapatkan jurang yang dikenal pasti dalam sistem makanan negara, khususnya bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan yang mencukupi, selamat, bernutrisi dan mampu dibeli secara berterusan oleh rakyat.

Kerajaan sebelum ini juga telah melibatkan wakil kerajaan negeri dalam Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara serta penubuhan Jawatankuasa Sekuriti Makanan Negara peringkat negeri menunjukkan kerjasama yang erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam menangani isu-isu berkaitan dengan sekuriti makanan negara.

Saya menyambut baik lima fokus utama yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri MAFS terutama memperkasa industri akuakultur, memperluas penternakan lembu fidlot, penanaman jagung bijian, meningkatkan penglibatan golongan belia dan memperkasa institut latihan pertanian.

final • 7:58 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ini merupakan lima fokus yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian. Kesemua ini juga merupakan antara perkara-perkara yang telah kita mulakan dengan pelbagai inisiatif di jabatan dan agensi di bawah kementerian. The work in progress dengan izin. Kebanyakan fokus ini juga telah diterapkan di dalam Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara DSMN 2021-2025 bagi memastikan sekuriti makanan negara berdaya saing dan mampan dan 2.0 telah meletakkan pemodenan dan pertanian pintar sebagai key game changer.

Tentu sekali saya ingin tahu sama ada dasar strategi, inisiatif yang telah dibuat oleh MAFI akan diteruskan dalam kepimpinan kementerian sekarang ini.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan yang stabil adalah kunci utama kepada pentadbiran yang efektif berdasarkan kepada situasi selepas PRU. Beberapa PRU kebelakangan ini, maka pada bulan Julai 2022, kerajaan sebelum ini dengan berani telah membentangkan ‘Rang Undang-undang Antilompat Parti’ yang telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada 28 Julai 2022 dengan sokongan 209 ahli yang hadir. Undi yang cukup banyak itu menunjukkan komitmen Dewan ini untuk menyatakan tidak kepada lompat parti walaupun ia merupakan satu norma yang dibenarkan sebelum ini.

Kerajaan semasa menggubal undang-undang antilompat parti tentu telah mengambil kira kes Nordin Saleh dan juga kes Abdul Karim bin Abdul Ghani dan berpendapat cara terbaik adalah untuk meminda Perlembagaan selaras dengan keputusan-keputusan mahkamah yang terdahulu. Sebagai refresher, akta antilompat parti itu sebenarnya adalah dalam bentuk pindaan Perlembagaan secara spesifiknya adalah Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 ataupun Akta A1663 iaitu pindaan kepada Perkara 10, Perkara 48, Perkara 160, Jadual Kelapan dan memasukkan Perkara 49A yang baharu berkenaan kehilangan kerusi bagi mana-mana ahli yang meletak jawatan sebagai ahli parti dan tidak lagi menjadi ahli parti politik atau sebagai ahli bebas, dia menjadi ahli sesuatu parti.

Pindaan ini adalah sangat baik. Namun, apabila kita melihat kepada pelaksanaan pindaan itu dalam real-life situation, terdapat beberapa perkara yang perlu kita tambah baik akta ini. Antaranya fasal 1, Perkara 49A bagi menentukan kehilangan kerusi hendaklah ditentukan oleh Tuan Yang di-Pertua alone, seorang.

Hal ini tentu sekali memerlukan satu garis panduan yang jelas kerana Perkara 49A hanya bersifat skeleton instruction dengan izin, yang mana ia perlu dijadikan satu mekanisme perlu diwujudkan dalam satu instrumen undang-undang yang bertulis bagi membantu Tuan Yang di-Pertua dalam membuat keputusan dalam kes ini. Dalam aspek ini, justice must not only be done but must be seen to be done.

Mengambil kira keputusan berkaitan beberapa orang ahli daripada Sabah yang melompat parti baru-baru ini tetapi tidak dianggap melompat parti oleh Tuan Yang di- Pertua tentu sekali menunjukkan terdapat keperluan untuk kita memperjelaskan proses atau mekanisme berkenaan bagaimana Tuan Yang di-Pertua mencapai pertimbangan

final • 8:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

dalam membuat keputusan hilang atau tidak sesuatu kerusi itu. Ini supaya Tuan Yang di- Pertua sentiasa berpandukan undang-undang serta mendapatkan nasihat terutama dari Jabatan Peguam Negara.

Ini penting untuk antara lain melindungi Tuan Yang di-Pertua daripada persepsi negatif dan akan dikatakan bertindak secara bias serta berpihak kepada mana-mana pihak. Lebih-lebih lagi Tuan Yang di-Pertua membuat keputusan solely on his discretion, may be with some of his legal PUU dengan izin. Perlu diberi penekanan bahawa keadaan sebegini akan terus berulang pada masa akan datang memandangkan insiden lompat parti secara lazimnya Tuan Yang di-Pertua, akan berlaku daripada parti pembangkang ke parti kerajaan dan bukan sebaliknya. Tuan Yang di-Pertua juga, walaupun dipilih secara undi adalah juga Tuan Yang di-Pertua yang dicalonkan oleh kerajaan.

final • 8:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Minta laluan Yang Berhormat. Yang Berhormat Beluran.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Saya hendak teruskan. I don’t have time. Keadaan konflik ini akan sentiasa wujud dan perlu diperbetulkan supaya keputusan berkenaan, kedudukan berkenaan kerusi Dewan Rakyat ini dibuat dan dilihat secara adil dan berkecuali.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan semua yang saya ucapkan tadi, saya ingin mencadangkan kepada Dewan ini untuk mempertimbangkan salah satu daripada tiga perkara berikut sebagai instrumen undang-undang untuk membimbing pertimbangan Tuan Yang di-Pertua atau guided discretion dengan izin dalam menentukan sama ada sesuatu tindakan itu adalah melompat ataupun tidak;

(i) menggubal akta lompat parti yang bersendiri, berdiri sendiri dengan izin, stand alone atau berasingan dan bukan bergantung semata-mata kepada Perkara 49A sahaja dengan memasukkan keperluan supaya Tuan Yang di-Pertua mendapat pandangan Dewan yang mulia ini;

(ii) membina peraturan-peraturan mesyuarat Dewan Rakyat dengan memasukkan fasal ataupun bab berkenaan dengan prosiding penentuan kehilangan kerusi dengan menyatakan tempoh masa untuk notis rayuan dan sebagainya; dan

(iii) mewujudkan satu jawatankuasa bebas yang diberikan kuasa untuk menyiasat sama ada betul atau tidak kejadian kehilangan kerusi telah terjadi, yang mana laporan jawatankuasa itu boleh dikemukakan kepada Tuan Yang di-Pertua untuk membantu Tuan Yang di-Pertua membuat keputusan.

Otherwise Tuan Yang di-Pertua, kesemua kes yang diangkat kepada pertimbangan Tuan Yang di-Pertua dirujuk kepada Tuan Yang di-Pertua, akhirnya akan diangkat ke mahkamah seperti kes yang kita kemukakan ke atas empat Ahli Dewan Rakyat daripada Sabah ini yang akan kita angkat ke pengadilan pihak atasan mahkamah.

So, if you don’t do a proper mechanism, apa yang akan berlaku? Semua kes yang dirujuk, keputusan yang dibuat Tuan Yang di-Pertua akan kita angkat ke pertimbangan mahkamah.

Satu lagi poin Reformasi Parlimen adalah berkenaan dengan isu hung Parlimen atau Parlimen bergantung. Laman web Parlimen UK menyatakan hung Parliament is when no single political party wins a majority in the House of Commons. It’s also known as a situation of no overall control. Dalam hal ini, berdasarkan kepada situasi dan keadaan politik semasa di Malaysia, maka kejadian hung Parliament ini mungkin akan berulang lagi di masa akan datang. Pada hemat saya, kerajaan ataupun Parlimen tidak mempunyai garis panduan bertulis atau peraturan yang menerangkan apakah hung Parliament dan proses yang boleh diambil jika terjadinya hung Parliament. Kita perlu mengambil iktibar daripada negara India yang mengalami hung Parliament kali pertama pada tahun 1989 di Lok Sabha dan yang mana walaupun kerajaan berjaya dibentuk, ia penuh dengan situasi yang tidak menyenangkan memandangkan

final • 8:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

pada masa itu India tidak mempunyai panduan bertulis berhadapan dengan hung Parliament. Ketidaktentuan dengan apa yang hendak dibuat dalam keadaan hung Parliament akan menyebabkan pentadbiran negara berada dalam keadaan yang tidak stabil dan mengganggu perjalanan negara jika tidak diatasi.

Satu lagi hal yang wujud akibat hung Parliament adalah keadaan wujudnya dengan izin coalition party yakni gabungan beberapa parti dalam Parlimen untuk membentuk kerajaan ataupun pemerintahan kerajaan minoriti. Dalam situasi negara kita, kewujudan coalition adalah paling banyak dipraktikkan tetapi akan ada keadaan yang mungkin, yang mana kerajaan minoriti akan dibentuk sebagai contoh kerajaan majoriti Kanada pada tahun 2019.

Suka saya mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini agar satu bentuk manual berkaitan dengan hung Parliament dan minority government serta tindakan yang perlu diambil dalam hung Parliament minority government diwujudkan di Parlimen kita. Kita boleh mengambil contoh manual Kabinet UK yang menyatakan tentang keadaan hung Parliament dan tindakan yang boleh diambil oleh Perdana Menteri sebelum itu untuk memulihkan keadaan. Manual UK itu juga menerangkan kesan kegagalan membentuk kerajaan dan tanggungjawab pegawai awam.

Cuma, saya cadangkan kita boleh menambah baik manual tersebut dengan memberikan peluang kepada parti atau gabungan parti yang paling besar dalam Dewan untuk membentuk kerajaan. Jika gagal, maka parti kedua terbesar dan seterusnya diberikan peluang membentuk kerajaan dalam tempoh-tempoh yang munasabah.

Sebenarnya keperluan untuk mewujudkan satu instrumen yang jelas amat diperlukan. Ini seperti apa yang berlaku pada PRU yang lalu. Tuan Yang di-Pertua pada ketika itu mengeluarkan pemakluman untuk mana-mana parti, ketua-ketua parti mengemukakan, memberi akuan berkanun statutory declaration (SD) bagi menyatakan bilangan Ahli Parlimen yang menyokong mana-mana individu. Instrumen-instrumen seperti ini yang dijadikan sebagai manual tetap ditauliahkan perlu diadakan di Parlimen kita bagi menghadapi permasalahan Parlimen akan datang.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

So, kita tidak boleh membuat ketetapan-ketetapan atau cara-cara ad hoc.

Sometimes ada SD, sometimes we do not have SD. But perlu diwujudkan satu manual yang tetap bagi mengurus masalah hung Parliament yang akan berlaku akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita sedia maklum, pembubaran Parlimen adalah budi bicara Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 55(3) Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan berkenaan tempoh statutori atau tempoh maksimum Parlimen adalah selama lima tahun dari tarikh pertama mesyuaratnya dan setelah itu akan dibubarkan secara automatik.

Dalam hal ini, adalah menjadi tanggungjawab kepada Kabinet dan Menteri yang berkenaan selaras dengan kehendak Perkara 40(1) setelah dilantik di bawah Perkara 43(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dalam hal pembubaran Parlimen.

Walau bagaimanapun, acap kali kita melihat tempoh masa pembubaran yang diusulkan kepada Yang di-Pertuan Agong digunakan oleh kerajaan yang memerintah to their advantage, dengan izin. Hal ini menyebabkan terdapat persepsi bahawa kerajaan mengusulkan tarikh pembubaran yang menguntungkan kedudukan politik mereka. Ini juga menyebabkan keadaan ketidakstabilan yang menggugat ekonomi, keyakinan pelabur lebih-lebih lagi menjelang tempoh-tempoh akhir penggal Parlimen. Sudah tiba masanya untuk kita mengusulkan tarikh sebenar PRU dalam Dewan ini dan tarikh itu boleh dipinda hanya setelah kerajaan mendapat kelulusan Dewan sebelum ia dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Let this Parliament decide on the pembubaran date.

So, kita kembali ke sini dan selepas diluluskan di sini, kita ada tempoh lima tahun tetapi kita inginkan lebih awal satu tarikh yang perlu diluluskan oleh Parlimen untuk diangkat oleh Perdana Menteri bagi diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Cadangan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baharu tetapi di UK pernah dilakukan dan walaupun akta tersebut telah dimansuhkan, tetapi beberapa pendekatan dalam akta di UK itu boleh digunakan sebagai contoh dalam seksyen 2(1)(a) dan (b),

(3),(4),(5) dan (6) akta tersebut boleh kita gunakan dalam keadaan-keadaan tertentu untuk disesuaikan dengan Parlimen kita. Jadi, pembubaran Parlimen lebih awal dari tarikh statutori iaitu secara amnya boleh berlaku apabila satu usul untuk membubarkan Parlimen lebih awal atau usul tidak percaya atau undi percaya kepada kerajaan.

Justeru, dalam konteks negara kita, proses yang disebutkan tadi boleh diambil pakai iaitu untuk mengusulkan dalam Dewan yang mulia ini jika berhasrat untuk mengadakan pilihan raya lebih awal.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya, one minute. Tuan Yang di-Pertua, point seterusnya adalah untuk mereformasi Parlimen dengan mengadakan peruntukan usul undi percaya atau undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di dalam Dewan ini.

Pada masa ini, usul di dalam Dewan yang mulia ini secara amnya adalah tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 27 dan peraturan mesyuarat ini tidak memperuntukkan secara spesifik untuk usul tidak percaya atau percaya kepada Perdana Menteri.

Oleh itu, apa-apa usul berkaitan undi kepada Perdana Menteri dibuat sebagai undi biasa dan jika ia adalah usul daripada ahli biasa, maka Peraturan Mesyuarat 27(3) menyatakan usul itu memerlukan notis 14 hari dan kita tahu bahawa usul ahli bukan kerajaan tidak akan diutamakan disebabkan oleh Peraturan Mesyuarat 15(1). Usul percaya kepada Perdana Menteri pula memerlukan tempoh tujuh hari dan jika ia sesuatu yang mustahak dan demi kepentingan orang ramai, maka Tuan Yang di-Pertua boleh menggunakan kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) untuk membenarkan notis satu hari.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan, Tuan Yang di-Pertua, last.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Agar Peraturan Mesyuarat 27(3) ini dipinda bagi membolehkan undi tidak percaya atau undi percaya dibuat terhadap Perdana Menteri oleh mana-mana Ahli setelah memenuhi syarat tertentu bagi mengelakkan abuse. Sebagai contoh, usul tersebut perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya separuh daripada Dewan. So, we must have a specific provision untuk undi percaya ataupun undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dalam peraturan mesyuarat.

As of now, undi percaya dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 27. Itu boleh dibuat kerana ia usul kerajaan. Boleh dikecualikan daripada tempoh had peraturan dan sebagainya.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Akan tetapi jika dibuat di sebelah sini, tidak boleh disebabkan oleh Peraturan Mesyuarat 15. Sebab itu we must have a specific provision untuk usul percaya ataupun undi tidak percaya. Terima kasih.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Baiklah. Terima kasih Yang Berhormat Beluran.

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 15 Februari 2023. Terima kasih.

final • 8:10 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.15 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026