Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah usaha pihak kementerian bagi mengatasi masalah eksploitasi seksual kanak-kanak di alam maya disebabkan oleh lambakan pelbagai aplikasi tidak bermoral atas talian yang berpotensi merosakkan akhlak kanak-kanak ini di masa hadapan yang berisiko membawa kepada gejala seks bebas dan masalah sosial yang lain.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan dari Yang Berhormat Batang Lupar yang bertarikh 7 November 2022, kerana memandangkan pertanyaan dan isu yang dikemukakan adalah berkaitan.
Pendekatan yang digunakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam mencegah jenayah seksual dalam talian terhadap kanak-kanak adalah melalui program edukasi, pencegahan, intervensi dan perkhidmatan sokongan sosial khususnya untuk keluarga dan kanak-kanak yang berisiko tinggi melalui pelbagai inisiatif dalam isu ini seperti berikut:-
(i) kerjasama antara jabatan dan agensi kerajaan, iaitu penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Kanak-kanak yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Di mana majlis ini dianggotai oleh wakil-wakil kementerian, kanak-kanak dan individu yang mempunyai kepakaran serta pengalaman dalam hal yang berkaitan dengan kebajikan kanak-kanak;
(ii) menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Bersepadu Pengurusan Isu-isu Sosial Kanak-kanak di Media Sosial. Jawatankuasa ini dianggotai oleh Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan juga pertubuhan bukan kerajaan; dan
(iii) Kementerian juga bekerjasama dengan jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik dan aktivis sosial telah membangun Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-kanak Dalam Dunia Siber;-
(a) Pelaksanaan program advokasi iaitu melalui Program Jelajah Kasih Kanak-kanak Prihatin
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff
Rakyat yang melibatkan kanak-kanak seluruh negara;
(b) Webinar Keselamatan Kanak-kanak melalui topik-topik forum, ceramah seperti jenayah seksual terhadap kanak-kanak, pengaruh media sosial terhadap kanak-kanak dan “Sihat Emosi, Sayangi Diri”. Program yang dilaksanakan secara atas talian ini dengan penglibatan lebih daripada 1,500 orang peserta dalam kalangan kanak- kanak;
(c) memperkasakan peranan Majlis Perwakilan Kanak-kanak untuk mempromosi dan menyampaikan maklumat berkaitan dengan Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian terhadap Kanak-kanak dan Komuniti Setempat;
(d) Program PEKERTI melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak, ibu- bapa dan komuniti dan menguar-uarkan Talian Kasih 15999 dan talian WhatsApp 019-2615999; dan
(e) seterusnya memperkasakan perkhidmatan kaunseling, memperkasakan peranan komuniti dalam perlindungan kanak-kanak, memperkasakan juga peranan komuniti dengan penubuhan 140 Pasukan Perlindungan Kanak- kanak dan 146 Pusat Aktiviti Kanak-kanak.
Antara program pencegahan iaitu melancarkan Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak, melancarkan video Kempen Keselamatan Kanak-kanak dan Pelancaran Simbol Keselamatan KAKTUS diperkenalkan sebagai perlambangan bahawa kanak-kanak perlu dilindungi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Lenggong.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Kalau kita rujuk, PDRM menyatakan bahawa aplikasi seperti WhatsApp menjadi platform sosial media yang paling banyak digunakan dalam advokasi kepada kanak-kanak dan membabitkan mangsa dalam lingkungan 18 tahun ke bawah. Kalau kita ikut kepada laporan rekod PDRM, menunjukkan 30 peratus daripada 1,160 kes keseluruhan seksual di negara ini dilaporkan sejak 2017 membabitkan juga penggunaan platform ini.
Saya rujuk juga kepada statistik Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak- kanak di D11 Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman menunjukkan bahawa setakat 18 September 2021 sebanyak 354 kes seksual membabitkan mangsa di bawah 18 tahun mempunyai kaitan dengan penggunaan aplikasi WhatsApp ini. Sebanyak 322 kes lagi berpunca daripada interaksi aplikasi-aplikasi lain. Ini menunjukkan bahawa peningkatan berlaku.
Saya ucap terima kasih dengan kerajaan, dengan penubuhan pelbagai jawatankuasa dengan melibatkan pelbagai agensi. Menjadi persoalannya, apakah kerajaan telah berpuas hati? Bagaimana daripada segi pencapaian yang diperoleh kerajaan setakat ini? Apakah sudah berpuas hati atau perlu ditingkatkan lagi? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff
Terima kasih Yang Berhormat atas keprihatinan Yang Berhormat, atas keselamatan kanak-kanak kita. Sebenarnya kerajaan telah berusaha pelbagai cara untuk membendung dan tanggungjawab ini bukan semata- mata tanggungjawab kementerian malah ia merentasi kementerian dan juga tanggungjawab ibu-bapa, keluarga dan komuniti.
Antara program yang kita buat juga iaitu mewujudkan satu medium tindakan sekatan terhadap media sosial yang tidak selamat dengan lebih cepat iaitu dengan jalinan kerjasama dengan PDRM dan MCMC yang mana 400 laman sesawang yang berkaitan dengan pedofilia dan pornografi kanak-kanak sudah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sehingga Ogos 2022.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff
Kementerian kita juga bekerjasama untuk mengukuhkan dan memperkasakan juga iaitu dengan kerjasama rapat dengan PDRM khususnya dalam D11 iaitu untuk Bahagian Siasatan dan Seksual Kanak-kanak terutama yang berkaitan dengan siber. Kita juga mengadakan forum-forum melalui program-program media untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak tentang media sosial yang mempengaruhi kanak-kanak.
Kalau tanya puas hati, memang kita semua masih belum puas hati selagi perkara ini tidak dapat dibanteras. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, sila Yang Berhormat Hulu Langat.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Terima kasih. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga sahabat saya dari Lenggong.
Isu ini adalah merupakan isu yang sangat penting. Sejauh mana kementerian ini dan juga Kementerian Pendidikan, Yang Berhormat Menterinya ada di sini dan juga Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersungguh-sungguh untuk meningkatkan dan menambahkan lagi kekuatan modul pendidikan seks kepada kanak-kanak, kepada anak- anak kita dan juga kepada orang dewasa yang tidak dapat mengawal diri mereka. Selain daripada penguatkuasaan yang saya sangat setuju tetapi sejauh mana kempen untuk memberikan kesedaran kepada anak-anak dan kepada orang dewasa supaya perkara ini dapat kita kawal bersama? Terima kasih.
Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff
Terima kasih di atas soalan Yang Berhormat. Memang kita sentiasa bekerjasama dengan semua kementerian yang berkaitan khususnya tentang kepentingan keselamatan anak-anak. Bukan setakat itu sahaja, kita mengadakan banyak program kerjasama termasuk juga program kesedaran seperti:
(i) Kempen Pencegahan dan Keselamatan Kanak-kanak;
(ii) Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak;
(iii) Webinar Pengaruh Media Sosial Kepada Kanak-kanak;
(iv) kita juga menganjurkan kempen penerangan melalui pelbagai medium terutama yang berkaitan dengan kesedaran ibu bapa tentang keselamatan kanak-kanak; dan
(v) juga kita ada program untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan, menerapkan adab dan nilai sosial terhadap kanak- kanak iaitu dengan tema Sihat Emosi, Sayangi Diri dan banyak lagi program-program yang kita laksanakan.
Sebagaimana yang saya sebut tadi, apa pun yang kita buat, ia tidak cukup dengan hanya penguatkuasaan undang-undang, tidak cukup dengan hanya kempen tetapi kesedaran mesti bermula dari rumah, diri dan keluarga dan perkara ini adalah menjadi tanggungjawab kita bersama.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad bin Hassan, Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebelum saya meneruskan soalan ini, saya ingin berpantun dulu.
*Hari-hari makan bubur, Hingga perut terasa mual, Kalau Parlimen sudah bubar, Undi di tangan tolong jangan dijual.
Sana sini cerita bubar, Rakyat dan pemimpin yang rasuah terus berdoa, Mengharap kerajaan akan bertukar, Apa pun terjadi Menteri tetap kena jawab soalan nombor dua.* Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Panjang pantun. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, tiga minit.
2. Tuan Haji Ahmad bin Hassan [Papar] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan:
(a) berapa jumlah bantuan di bawah Dana Jaminan Makanan (DJM), pinjaman mudah dan bantuan-bantuan lain bagi mentransformasikan nelayan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sekali gus meningkatkan pendapatan dan ekonomi mereka melalui perkembangan teknologi terkini; dan
(b) berapa peruntukan di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan
(PKPN) yang disalurkan kepada Sabah amnya dan di Parlimen Papar khususnya.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Perikanan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia sentiasa prihatin dalam memberikan bantuan bagi mentransformasikan nelayan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Sekali gus dapat meningkatkan pendapatan dan ekonomi mereka melalui pengembangan teknologi terkini.
Antara bantuan-bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:
(i) Dana Jaminan Makanan melalui Program Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan telah meluluskan dana berbentuk pinjaman sebanyak RM6.93 juta kepada dua orang pemohon daripada negeri Sabah bagi perolehan baharu vesel moden yang berteknologi tinggi termasuk peralatan mekanisasi serta menaik taraf vesel moden yang lebih selesa untuk menarik minat pekerja-pekerja tempatan;
(ii) pemberian Elaun Sara Hidup Nelayan Darat sebanyak RM200 sebulan. Bantuan yang diberikan bermula pada tahun 2015 dan telah dinaikkan kepada RM250 sebulan pada tahun 2021. Pada
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
tahun 2022, seramai 818 orang penerima daripada seluruh Sabah sedang mendapat bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan Darat dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.24 juta;
(iii) pada tahun 2021, program pembangunan myKomuniti Perikanan
(myKP) telah memberi bantuan kepada lima orang penerima myKP Labuan dengan jumlah nilai keseluruhan adalah sebanyak RM362,000;
(iv) pelaksanaan program-program bagi mengurangkan kebergantungan nelayan-nelayan kepada bantuan kerajaan iaitu program yang melibatkan aspek peningkatan kemahiran, inovasi, pendedahan dan juga informasi teknologi perikanan dengan jumlah nilai keseluruhan sebanyak RM32,000;
(v) Program Dana Nelayan dan Usahawan Perikanan. Program ini menyediakan pinjaman mudah bagi pembelian bot dan peralatan baharu untuk meningkatkan keupayaan bot sedia ada. Pinjaman yang telah diluluskan bagi Wilayah Persekutuan Labuan bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM100,000;
(vi) kementerian juga menyediakan peruntukan bagi pelaksanaan kursus dan latihan. Sehingga 31 Ogos 2022, sebanyak RM55,000 telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri Sabah bagi melatih 65 orang nelayan; dan
(vii) bagi projek khas perumahan nelayan pula, kementerian melalui Lembaga Kemajuan Ikan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM58 juta melibatkan 4,887 buah rumah nelayan di bawah projek baik pulih rumah nelayan seluruh negeri Sabah sejak tahun 2012 hingga tahun 2022. Selain itu juga, sebanyak RM19 juta peruntukan di bawah Program Penempatan Semula Nelayan telah disediakan untuk membina 300 buah rumah baru untuk nelayan di Kota Belud yang kini telah dilaksanakan oleh UPEN Sabah melalui Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah.
Bagi kawasan Parlimen Papar pula, sehingga kini belum ada lagi peruntukan yang disalurkan. Walau bagaimanapun, permohonan untuk peruntukan perumahan tadi masih dibuka dan insya-Allah akan diproses. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Papar, soalan tambahan yang pertama.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Ya terima kasih. Saya memohon dapat kiranya kementerian memberikan pertimbangan untuk permohonan Projek Khas Perumahan Nelayan untuk Parlimen Papar di mana banyak rumah mereka ini yang sangat-sangat usang dan perlu dibaik pulih.
Seterusnya, demi membantu nelayan-nelayan di Sabah dan juga di Papar meningkatkan hasil tangkapan, berapakah peruntukan yang akan disalurkan oleh kementerian untuk membuat tukun-tukun tiruan sekitar perairan pulau-pulau berdekatan.
Tolong dilaksanakan secepat mungkin. Apakah kementerian bercadang untuk menaikkan bantuan kewangan kepada petani-petani, pesawah-pesawah, penoreh-penoreh getah dan penternak untuk menangani kos sara hidup yang kian menaik dan sewaktu hujan ribut dan tengkujuh di mana mereka tidak dapat mencari rezeki? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat dari Papar.
Pertamanya, saya cukup simpati sekali tentang perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Papar tadi tentang projek PKPN iaitu perumahan untuk nelayan,
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
pembaikan dan juga pembinaan. Setakat ini kita masih lagi belum mendapat apa-apa permohonan. Permohonan ini patut kita teruskan kepada LKIM negeri Sabah dan insya- Allah apabila permohonan ini kita dapati, kita akan berikan perhatian dan memang kita akan beri keutamaan kepada kawasan Papar ini.
Kedua, tentang nelayan-nelayan pantai di kawasan Papar untuk permohonan tukun-tukun tiruan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini untuk RMKe-12, kerajaan melalui LKIM telah meluluskan satu peruntukan sebanyak RM230,000 yang telah disalurkan untuk pembinaan tukun-tukun tiruan di kawasan daerah Papar dalam usaha kita untuk membantu nelayan-nelayan di Papar untuk meningkatkan hasil tangkapan. Jadi bermula dari tahun 2010, sebenarnya sebanyak 38 unit tukun tiruan yang telah dilabuhkan di kawasan kepulauan di seluruh kawasan Papar.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Saya tak dapat sebut satu persatu pulau-pulau ini. Jadi, sebanyak 14 unit tukun tiruan pula untuk rekreasi. Jenis penghalang pukat tunda yang banyak berleluasa di Sabah pada ketika ini. Yang satu daripadanya seberat 5.5 tan metrik seunit yang telah kita labuhkan di Kuala Kimanis sejak tahun 2021 untuk mengelakkan daripada pukat-pukat tunda ini terus berleluasa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Jempol.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dana makanan DJM telah diperkenalkan sebelum ini, bertujuan bagi menyalurkan pelbagai peruntukan bantuan kepada petani dan juga nelayan, termasuklah bantuan input pertanian yang meningkatkan pengeluaran domestik. Soalan saya, sejauh manakah keberkesanan DJM telah membantu para petani dan juga nelayan sejak dana tersebut diperkenalkan?
Kita tahu bahawa sepanjang ini, bahawa kita tidak mampu untuk meningkatkan pendapatan petani dan juga nelayan. Kalau garis kemiskinan, inilah kumpulan yang selalu disebut dan juga mengambil kira ketegangan geopolitik semasa, inflasi global, perubahan iklim yang tidak menentu yang membolehkan terjejasnya sekuriti makanan. Apakah kementerian bercadang untuk mewujudkan lagi dana sedemikian bagi membantu serta membela para petani dan juga nelayan? Mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya, Timbalan Menteri, satu minit.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebenarnya tindakan untuk meningkatkan pendapatan nelayan, satu perkara. Keduanya adalah untuk kebajikan para nelayan yang sentiasa kita berikan perhatian, terutamanya dalam projek PKPN iaitu pembinaan, baik pulih rumah dan juga bina baru rumah nelayan yang sedang kita laksanakan pada ketika ini di seluruh negara dalam semua kawasan, bagi memastikan supaya kita berikan perhatian kepada golongan sasar ini.
Tindakan yang dibuat oleh kerajaan keduanya, untuk meningkatkan lagi ekonomi nelayan ada beberapa aspek yang tak dapat saya sebutkan kerana begitu panjang sekali.
Bahkan pada ketika ini, memang itulah sebenarnya pendekatan yang dibuat oleh pihak kerajaan bagi memastikan keperluan sasar kita, petani, penternak dan nelayan sentiasa diberikan perhatian dan diberikan pembelaan bagi memastikan supaya golongan B40 ini dapat ditingkatkan pendapatan mereka dan seterusnya dapat keluar daripada garis kemiskinan.
Banyak skim yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika ini dalam memastikan bukan sahaja kita dapat meningkatkan pengeluaran, bahkan kita mahu kalau boleh apa juga produk yang dihasilkan oleh petani-petani, penternak dan nelayan ini dapat membantu kepada sekuriti makanan negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Soalan tambahan dari Sabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya buka soalan tambahan yang ketiga, sila Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan ini soalan tambahan saya berkenaan dengan governance, Jabatan Perikanan Sabah dengan Jabatan Perikanan Semenanjung dan juga Sarawak.
Saya ingin tahu sebenarnya, bagaimanakah daripada segi perancangan, daripada segi budgeting dan daripada segi pelaksanaan program-program yang Yang Berhormat sebutkan tadi, sebab di Semenanjung ini, ia autonomous daripada segi Jabatan Perikanan Semenanjung, di Sabah juga autonomous. Jadi, bagaimana dapat dilaksanakan sebaik-baik mungkin segala program dan bagaimana bajet itu dapat dicapai supaya apa yang didapati di Semenanjung itu, di Sabah juga dapat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Perhubungan di antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Persekutuan dengan apa juga MAFI di negeri Sabah dan Sarawak begitu erat sekali. Kita sentiasa berhubung, bahkan apa juga peruntukan daripada Kerajaan Pusat disalurkan juga kepada Kerajaan Negeri Sabah dan juga Sarawak. Kerajaan Sabah dan Sarawak juga ada mempunyai peruntukan daripada pihak kerajaan negeri masing-masing yang dapat digunakan sebagai satu compliment kepada apa juga peruntukan-peruntukan yang disalurkan daripada pihak Persekutuan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
3. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan keberkesanan kaedah penilaian penguasaan dan pencapaian murid yang diukur melalui pentaksiran secara sumatif dan dijalankan pada akhir tahun memandangkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) telah dimansuhkan.
Menteri Kanan Pendidikan - Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa melaksanakan penambahbaikan kepada sistem pentaksiran dan penilaian murid seiring dengan keperluan semasa. Berikutan pemansuhan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun 2022, KPM memberi tumpuan kepada pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) melibatkan komponen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPSI).
PBS mula diperkenalkan lebih 10 tahun yang lalu iaitu mulai tahun 2011 pada peringkat sekolah rendah dan tahun 2012 pada peringkat sekolah menengah. Pentaksiran ini bertujuan untuk menilai aspek intelek, emosi, rohani, jasmani dan sosial, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dalam konteks Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), guru memantau perkembangan kemajuan dan penguasaan murid dalam proses pembelajaran termasuk kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Dengan ini, guru boleh merancang dan mengubahsuai kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi membantu setiap murid meningkatkan tahap penguasaan pembelajaran. Pelaksanaan PBD secara berterusan dapat mempersiapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai sebagai asas yang kukuh untuk mengikuti pembelajaran pada peringkat yang seterusnya.
PBD melibatkan pentaksiran formatif dan sumatif. Pentaksiran formatif dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sebagai sebahagian daripada pembelajaran bagi mengenal pasti tahap penguasaan murid. Pentaksiran sumatif pula dilaksanakan untuk menilai pencapaian murid dalam satu tempoh, tajuk atau bidang pembelajaran. Salah satu komponen pentaksiran sumatif adalah Ujian Akhir Tahun atau kini dikenali sebagai Ujian Akhir Sesi Akademik.
Menteri Kanan Pendidikan - Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Mulai tahun 2022, Ujian Akhir Sesi Akademik ditambah baik melalui penyediaan soalan yang setara standardnya oleh KPM bagi murid Tingkatan 1 hingga 3. Soalan tersebut disediakan oleh guru yang berkepakaran dalam pembinaan item dan disimpan dalam bank soalan yang dibangunkan oleh KPM. Pihak sekolah akan menjana set soalan daripada sistem tersebut dan ditadbir di sekolah sepertimana ujian akhir tahun sebelum ini. Panduan penskoran juga akan disediakan untuk kemudahan guru.
Penambahbaikan kepada Ujian Akhir Sesi Akademik ini membolehkan KPM melihat standard pencapaian murid di seluruh negara. Ini akan membantu KPM merangka pendekatan yang bersesuaian sekiranya terdapat trend yang menunjukkan pencapaian bagi kohort atau kumpulan tertentu yang memerlukan intervensi khusus. Selain itu, mengambil kira soalan yang setara standardnya di seluruh negara, pelaporan Ujian Akhir Sesi Akademik akan digunakan untuk membolehkan intervensi awal dilakukan oleh guru dan ibu bapa bagi mengoptimumkan potensi setiap murid. Pelaporan ini bukan untuk tujuan perbandingan pencapaian antara murid atau sekolah.
Guru juga boleh menggunakan maklumat diperoleh daripada pelaporan pentaksiran sumatif tersebut untuk merancang dan melaksanakan strategi yang lebih konstruktif dan bermakna bagi menggalakkan penglibatan aktif murid dalam pembelajaran. Ini seterusnya membantu meningkatkan penguasaan dan pencapaian mereka. KPM yakin bahawa pentaksiran yang bersifat holistik dan berterusan melalui PBS merupakan pendekatan terbaik bagi mengoptimumkan potensi murid secara menyeluruh.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Sik. Soalan tambahan pertama.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ya, saya meneliti jawapan tadi dan semua sudah pasti melihat usaha penilaian berasaskan sekolah ini, sama ada dalam kaedah sumatif atau formatif ini sangat baik untuk kita memastikan keberkesanan pendidikan kita.
Namun demikian, kita melihat ada ruang-ruang daripada segi yang disebut manipulasi ataupun ketidaktepatan penilaian memandangkan penilaian yang dijalankan adalah secara lokal ataupun secara dalaman yang hanya memerlukan pentaksiran oleh guru-guru di dalam sekolah yang sama dan ada dilaporkan segelintir para guru turut tertekan kerana tuntutan pihak pengurusan sekolah yang mahukan data pencapaian murid itu dilihat cemerlang dan terbaik, sedangkan pada hakikatnya pada penilaian asal para guru sudah bertepatan dengan kadar keupayaan murid tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Jadi jika berlaku pemalsuan data murid-murid ini, saya bertanya- bagaimana pihak kementerian memastikan bahawa langkah-langah yang boleh diambil bagi memastikan bahawa data-data ini tidak diubahsuai, dan yang pastinya ialah pencapaian murid itu benar-benar menepati apa yang ada pada murid tersebut bagi memastikan pendidikan kita benar-benar berkualiti. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Sik. Sila, Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Terima kasih, Yang Berhormat Sik. Dalam konteks ini, saya ingin menyentuh apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi berkaitan dengan pertama- bagaimana penilaian dilaksanakan oleh guru kerana setiap guru itu ada penilaian yang berbeza, dan tidak ada satu penyelarasan atau pentaksiran yang lebih berbentuk standard.
Oleh sebab itu saya sebutkan tadi, apabila kita laksanakan Sesi Libat Urus berkaitan dengan pentaksiran ini, kita menetapkan atau kita telah membuat keputusan bahawa ada satu proses di mana kita ada assessment atau pentaksiran yang kita buat secara menyeluruh di seluruh negara, tetapi ia sebahagian daripada ujian biasa yang dilaksanakan selama ini di sekolah sebagai Ujian Akhir Tahun.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Oleh sebab itu kita kata keputusan ataupun laporan daripada ujian akhir sesi akademik ini bukan untuk membandingkan murid, bukan untuk membandingkan sekolah.
Jadi tujuannya adalah untuk kita lihat, apa pencapaian di seluruh negara, setakat mana pencapaian khususnya dalam literasi dan numerasi sebagai contoh. Kemudian kita di peringkat kementerian mempunyai data tersebut untuk membuat intervensi.
Sebagai contoh, katakanlah ada kawasan-kawasan tertentu di negara ini pencapaian bahasa Inggeris terlalu rendah berbanding dengan kawasan lain. Jadi kita akan zoom in, melihat apakah puncanya? Mungkin kerana kekurangan guru. Jadi sebab itu ia lebih kepada untuk membina dan membuat intervensi yang bersesuaian.
Kedua, tadi soalan yang disebut oleh Yang Berhormat Sik berkaitan dengan apa yang dikatakan tekanan untuk guru mengubah markah PBD itu sendiri. Oleh sebab itu saya telah sebutkan sebelum ini kita tidak menafikan kalau ada kewujudan keadaan sedemikian. Oleh kerana apa? Kerana selama ini sistem berorientasikan peperiksaan ini memberi tekanan yang amat besar kepada pihak sekolah, kepada guru-guru untuk memastikan seolah-olah semua mendapat satu keputusan yang baik.
Oleh sebab itu, apa yang kita ingin tekankan pada hari ini di peringkat kementerian adalah untuk kita sebenar-benarnya membina murid ini. Kita lihat pada kekuatan murid.
Kalau ada kelemahan kita bina, dan kita pastikan supaya murid dapat mencapai tahap penguasaan yang sepatutnya berdasarkan intervensi awal.
Oleh sebab itu kita kata tadi, dalam konteks apa yang kita kata tadi, soalan yang kita sediakan dalam bank soalan ini kita sediakan daripada Tahun 4, kemudian Tahun 5, Tahun 6 dan Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3. Tujuannya apa, katakanlah ada sebarang isu sewaktu murid ini dalam Tahun 4, maka kita ada Tahun 5 untuk membantu murid ini. Ada sebarang isu yang dihadapi dalam Tahun 5, maka kita ada Tahun 6 untuk gilap murid ini. Jadi pada Tahun 6 kita gilap murid ini betul-betul, mereka betul-betul bersedia untuk masuk ke sekolah menengah.
Kemudian di Tingkatan 1 kalau ada masalah kita akan cuba selesaikan di Tingkatan 1 tetapi kalau tidak dapat kita ada Tingkatan 2 untuk kita selesaikan. Kemudian kalau ada sebarang masalah lagi kita ada Tingkatan 2 sepanjang tahun untuk selesaikan, kalau tidak dapat juga maka kita masih ada Tingkatan 3 untuk kita selesaikan. Di Tingkatan 3 kita polish murid ini betul-betul dia masuk Tingkatan 4 sebagai persediaan untuk SPM di Tingkatan 5. Jadi ini merupakan satu proses membina murid tersebut bersama antara guru dan ibu bapa. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan yang kedua- yang terpandang awal oleh saya ialah Yang Berhormat Kulai.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Aduh baru ingat Muar...
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila, sila.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Saya menyokong segala usaha KPM untuk menjalankan pentaksiran secara holistik. Akan tetapi untuk PBS ataupun PBD untuk berjaya dilaksanakan secara efisien, salah satu prasyarat yang sangat penting iaitu bilangan murid yang ideal di dalam bilik darjah iaitu di antara 20 orang hinggalah 25 orang. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri adalah, berapa purata jumlah murid di dalam kelas di SK, SJK(C), SJK(T), dan juga SMK? Ini supaya kita pastikan bahawa tidak ada kelas yang saiznya terlalu besar.
Kedua, tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut bahawa KPM telah sediakan bank soalan untuk menyediakan soalan setaraf, tetapi bukan semua subjek ada bank soalan ini. Sebagai contoh Bahasa Cina untuk SJK(C), Bahasa Tamil untuk SJK(T) langsung
Puan Teo Nie Ching - Kulai
tidak ada bank soalan ini, walaupun telah diminta oleh guru-guru yang mengajar subjek ini di sekolah SJK(C) dan SJK(T).
Jadi di sini saya hendak tanya, kenapa KPM apabila sedia bank soalan, bukan bank soalan ini disediakan untuk segala mata pelajaran, tetapi nampak bahawa, ada mata pelajaran yang ada bank soalan, ada mata pelajaran yang tidak ada bank soalan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Kulai. Sila, Yang Berhormat Menteri menjawabnya satu minit.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Terima kasih, Yang Berhormat Kulai.
Pertama sekolah berkaitan dengan pelaksanaan PBS tadi. Izinkan saya jelaskan di sini sekali lagi bahawa PBS ini bukanlah sesuatu yang baru untuk sekolah menengah kita perkenalkan pada tahun 2012, dan untuk sekolah rendah kita perkenalkan pada tahun 2011. Jadi perkara ini telah dilaksanakan 10 tahun yang lalu, bukan sesuatu yang baru.
Jika kita bercakap tentang kekangan- sebagai contoh, kekangan dalam konteks hendak laksanakan memerlukan murid dalam setiap kelas kurang 25 orang, dan sebagainya. Ini menyebabkan sampai bila pun kita tidak dapat melaksanakan satu perubahan besar kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Oleh sebab itu dalam mana-mana policy making in the world, dalam dunia ini, setiap polisi itu mempunyai kekangan masing-masing, dan kita membuat keputusan berdasarkan constraint atau kekangan yang ada.
Apa yang paling penting dalam konteks ini, memandangkan PBS ini telah ada sekian lama, kita sedang meningkatkan usaha untuk melatih guru-guru bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi khususnya bagi meningkatkan kecekapan dan juga memastikan pengajaran dalam kelas yang lebih ramai ini dapat dilaksanakan dengan efektif dan efisien.
Untuk menjawab berapa jumlah murid secara purata seramai umumnya 35 orang dalam setiap kelas? Itu secara umum. Ada yang lebih ramai, ada yang lebih kurang.
Kedua, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Kulai tadi berkaitan dengan subjek-subjek. Pertama sekali subjek yang di sekolah rendah ini kita sebut sebagai Subjek Teras. Ia tidak kira bahasa apa semua tetapi kalau subjek itu merupakan Subjek Teras yang itu yang kita sediakan untuk murid sekolah rendah kerana kita tidak ingin nanti akan ada satu tekanan besar kepada murid untuk melihat bahawa Ujian Akhir Tahun ini sebagai satu ujian besar.
Subjek-subjek Teras seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sejarah, Sains dan Matematik ini sahaja yang kita sediakan- Subjek Teras. Jadi tidak timbul dan ini bukan soal perkauman tidak ada mata pelajaran bahasa itu bahasa ini tidak ada. Apa yang kita hendak jelaskan bahawa ia adalah berdasarkan Subjek Teras yang telah ada di sekolah yang kita sediakan. Jadi itu yang penjelasan berkaitan dengan soalan apakah subjek yang disediakan.
Untuk sekolah menengah kita sediakan untuk keseluruhan subjek. Jadi itu bezanya kerana apa, kerana kita ingin memastikan bahawa anak-anak di sekolah rendah ini apa yang paling penting iaitu literasi dan numerasi dalam konteks Subjek-subjek Teras- perkara-perkara asas untuk mereka bawa ke sekolah menengah kemudian. Itu tentang pilihan subjek yang saya boleh jelaskan.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Soalan tambahan. Penting ini.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Soalan tambahan dari Muar. Sedikit, sedikit. Walaupun saya tidak pakai tie RMC, tetapi bolehlah.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Soalan tambahan Padang Serai.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Soalan penting, pendidikan.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Ini pendidikan- penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya bagi kepada Yang Berhormat Muar.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri ada hari ini boleh bagi jawab.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, dua pertiga anak muda lepasan SPM berkata bahawa mereka lebih sanggup untuk terus bekerja dalam sektor gig, dan tidak memasuki pendidikan pengajian tinggi. Mereka katakan tiga perkara.
Pertama, kerana masa pembelajaran sangat lama, lima ke enam tahun tidak dapat Ijazah; kedua, mereka kata bahawa mereka akan ada hutang pendidikan dari RM50 ribu ke RM100 ribu selepas mereka jadi graduan; dan ketiga, apabila mereka bekerja, gaji sangat rendah. Kebanyakan mereka yang menjawab soalan sama datang dari kelas pertengahan atau B40 and they want quick wins.
Adakah wajar untuk kementerian selepas PT3 membenarkan anak-anak muda ini untuk mendapat quick win tersebut, terus benarkan pengkhususan untuk mendapatkan high diploma selepas PT3, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 tidak melalui jurusan yang sama, bukan setakat dapat sebelum ini certificate- as what happening now, terus berikan high diploma. Dalam tempoh masa dua tahun pengkhususan TVET, supaya bila mereka sudah berumur 18 tahun sudah ada high diploma in their hands, dengan gaji minimum RM1,800 ke RM2,100.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Adakah itu boleh dijadikan cara untuk membantu anak-anak muda yang tidak ingin melalui jurusan pendidikan tinggi yang lama dan memakan kos yang tinggi but to replace it with high diploma in two years in Form 4 dan Form 5? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Sila, satu minit.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Terima kasih. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Muar tadi berkaitan dengan TVET, kalau saya boleh sentuh TVET sahaja kerana ini telah dilaksanakan di institusi kita di kolej vokasional di mana murid ini boleh meneruskan pengajian di kolej vokasional sama ada dalam bentuk sijil kemahiran ataupun di peringkat diploma. Itu telah dilaksanakan.
Jadi, apa yang kita inginkan pada hari ini adalah untuk memastikan program di kolej vokasional ini kita tingkatkan kualitinya, kita jadikannya lebih menarik dan bagi memastikan setiap program itu mengambil apakah keadaan yang berlaku dalam industri.
Jadi, anak-anak muda akan melihat program TVET kita yang kita sediakan melalui kolej vokasional ini adalah satu peluang untuk mereka meneruskan pengajian mereka dalam konteks teknikal dan vokasional. Itu kita telah laksanakan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Kalau boleh saya cadangkan. Pendek sahaja, Yang Berhormat Menteri. Jawapan bertulis pun tidak apa.
Saya faham kolej vokasional tetapi ini selepas mereka sudah tamat SPM. Kalau boleh tanya, mungkin do further research, tidak bolehkah kita awalkan selepas PT3 iaitu Form 4, Form 5, dua tahun tersebut terus boleh dapat high diploma? So, pengkhususan itu jauh lebih awal. Similar to the German’s model. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Terima kasih. Saya ambil maklum apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Muar.
4. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Kewangan menyatakan pendekatan Kementerian Kewangan dalam memastikan model Environmental, Social dan Governance (ESG) diterapkan dalam meluluskan mana-mana kontrak Kerajaan.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih ahli Yang Berhormat Parit Buntar.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Untuk makluman Yang Berhormat, model ESG secara tidak langsung telah diterapkan dalam tatacara serta proses pemberian kontrak kerajaan. Dasar dan pekeliling yang dirangka telah sedia merangkumi elemen-elemen, dengan izin, environmental, social and governance. Pekeliling perolehan yang menjadi panduan kepada kementerian atau agensi merupakan tadbir urus yang baik untuk diamalkan bagi memastikan perolehan kerajaan dilaksanakan berdasarkan prinsip akauntabiliti awam, telus, nilai faedah baik, saingan terbuka serta adil dan saksama.
Bagi menguruskan kelestarian alam sekitar (environmental), dengan izin, dan sumber asli dengan cekap, beberapa pendekatan kepada tatacara perolehan kerajaan telah diperkenalkan. Antaranya, pelaksanaan Perolehan Hijau Kerajaan, dengan izin, Green Government Procurement (GGP) semasa membuat perolehan bekalan dan perkhidmatan serta penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS). Perkara ini disokong dengan pematuhan standard penarafan semasa pelaksanaan sesuatu projek pembinaan di bawah jabatan teknikal serta penarafan hijau atau Malaysia Carbon Reduction and Environmental Sustainability Tool (MyCREST) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kerja Raya.
Di bawah tanggungan sosial, tatacara perolehan atau pemberian kontrak telah menekankan kepada pematuhan dasar-dasar kerajaan sedia ada. Antaranya, dasar penggunaan bahan atau barangan dan perkhidmatan tempatan yang bertujuan untuk meningkatkan penglibatan industri pengilangan, pembuatan dan penyediaan perkhidmatan tempatan dan dasar keutamaan kepada syarikat Bumiputera yang bertujuan untuk mewujudkan perlindungan jaringan sosial kepada kumpulan sasar tertentu.
Selain itu, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan turut memperkenalkan program PROTEGE yang bertujuan untuk membantu graduan menganggur membangunkan keupayaan diri secara mempersiapkan dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja, seterusnya meningkatkan potensi diri dan peluang kebolehpasaran graduan. Syarikat yang mendapat kontrak kerajaan diwajibkan untuk melaksanakan program PROTEGE berdasarkan penetapan nilai ambang dan sektor yang telah ditetapkan.
Usaha-usaha di pihak kerajaan secara tidak langsung dapat memberi galakan kepada syarikat-syarikat untuk menunaikan tanggungjawab korporat sosial mereka serta mencapai impak alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang mampan. Terima kasih, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan pertama. Sila.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang membaca jawapannya itu tadi.
Isu yang dibangkitkan sekarang bukan isu CSR, bukan isu good governance yang telah tertulis di dalam apa sahaja peraturan. Ini kerana kita tengok semua projek yang dibuat memang tidak ikut standard pun.
Akan tetapi, apa yang saya hendak nyatakan di sini ialah macam mana kerajaan berhadapan dengan institusi kewangan yang akhirnya akan mendanai projek-projek ini?
Maka, pendanaan sustainable financing ini, bagaimana kerajaan hendak pastikan bahawa di sana ada ekosistem, bukan lagi sebagai satu tempelan tetapi the whole ecosystem itu mestilah berpandukan kepada ESG?
Oleh itu, soalan saya, bagaimana kerajaan dalam konteks institusi kewangan, bagi mengeluarkan apa sahaja pendanaan mestilah ia bercirikan kepada ketahanan alam sekitar dan ketahanan sosial? Climate resilience dengan social resilience. Yang akhirnya apabila diberi kontrak-kontrak dengan pendanaan ini, bukan sahaja projek itu mesti ikut tatacaranya begitu tetapi yang memberi pinjaman pun kena strict dalam memastikan ekosistem dalam syarikat tersebut dan dalam bank itu mesti menjadikan ESG sebagai dia punya ekosistem, nadi yang menggerakkan pelaburan di masa hadapan.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Satu lagi yang terkait ialah bagaimana kerajaan melibatkan kumpulan hak asasi manusia dan juga yang memperjuangkan alam sekitar untuk duduk di dalam ekosistem ini sebagai rakan? Bukan sebagai orang yang— bagi pihak kerajaan, selalu menganggap mereka ini sebagai penghalang— tetapi sebagai rakan kerana kita ada satu dasar iaitu ESG.
Jadi, mohon menjawab tanpa membaca. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Semasa Yang Berhormat jadi Menteri pun saya nampak Yang Berhormat membaca jawapan. Jadi, saya mengikut apa Yang Berhormat lakukan dahulu, tetapi elok saya menjawab dua persoalan yang dibangkitkan daripada Yang Berhormat.
Pertamanya, Yang Berhormat bagi tahu tadi bagaimana kita institusi kewangan untuk memberi galakan kepada ESG. Itu sebabnya dalam Bajet 2022, kalau Yang Berhormat masih ingat semasa pembentangan bajet tempoh hari, kita telah meletakkan peruntukan di bawah Low Carbon Transition Facility di bawah Bank Negara sebanyak RM1 bilion. Dalam proses ini, kita membuat engagement kepada semua syarikat, bukan sahaja syarikat yang besar tetapi syarikat PKS, untuk supaya mereka mempunyai keupayaan dan memahami bagaimana kriteria yang telah kita letakkan. Bukan mudah untuk dapat pendanaan melalui perkara-perkara yang telah disebutkan tadi iaitu ESG, tetapi kita lakukan RM1 bilion di bawah Bank Negara Malaysia supaya ia memberi satu permulaan yang baharu untuk memastikan kita memahami perkara-perkara ini.
Persoalan kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah berkaitan NGO.
Saya ingat Yang Berhormat mungkin keliru dan tidak melihat apa yang telah Kementerian Kewangan lakukan. Kita membuat engagement, Yang Berhormat, bukan sahaja dengan pihak-pihak tertinggi tetapi kita membuat engagement dengan semua pihak NGO. Kita mendapat.
Yang Berhormat, kertas konsultasi awam yang telah kita lancarkan pada bulan Ogos untuk Bajet 2023 telah kita nyatakan begitu ringkas dan begitu padat tentang apa yang kita hendak buat dalam ESG. Saya harap Yang Berhormat sempat baca. Akan tetapi, cadangan telah ditutup pada 30 Ogos yang lalu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang kedua. Saya jemput Yang Berhormat Beaufort.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh tentang aspek sosial, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Aspek sosial, pertamanya berkenaan dengan pekerja. Apabila kerajaan memberikan kontrak-kontrak besar-besar, berbilion ataupun beratus-ratus juta yang akan melibatkan pekerja, kita tahu bahawa pekerja ini ramai datangnya dari luar iaitu pekerja asing. Bagaimanakah dapat memastikan bahawa kita menjaga daripada aspek sosialnya iaitu tidak ada buruh paksa yang melibatkan human trafficking? Satu.
Kedua, kita juga mahu memastikan bahawa pekerja ini mesti datang daripada lokal, tempatan kita, daripada negara kita Malaysia dan tidaklah kita mengharap daripada pekerja asing ini. Apakah yang telah disediakan oleh kerajaan bagi memastikan bahawa kita mempunyai pekerja tempatan yang mencukupi dan mereka ini bersedia untuk melakukan kerja-kerja dalam negara kita dengan erti katanya bayaran yang diberikan kepada mereka ini adalah yang mencukupi dan tidak menjatuhkan mereka ke peringkat sampai miskin tegar? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort atas persoalan yang menyentuh perkara yang kedua dalam ESG iaitu sosial yang melibatkan guna tenaga kerja.
Untuk makluman Yang Berhormat, masa kita lakukan GGP pada tahun 2013, tahun 2015, ia hanya merangkumi kepada lima kementerian sahaja.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Kemudian kita telah lakukan arahan pada 2016 supaya di-extend-kan kepada 12 kementerian dan agensi. Pada 2017, Kementerian Kewangan telah mengarahkan semua kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan supaya meletakkan elemen ESG dan elemen guna tenaga kerja seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi yang merupakan salah satu perkara yang menjadi asas dalam guideline yang telah kita lakukan.
Apa yang way forward? Ini yang penting. Way forward untuk GGP 3.0 seperti mana yang telah saya sebutkan tadi yang terkait dengan kertas konsultasi awam untuk Bajet 2023 adalah kita telah besarkan sektor-sektor produk dan perkhidmatan yang dahulunya hanya tertumpu kepada enam kumpulan sahaja. Sekarang ini, kita telah besarkan supaya ia merangkumi kepada 40 kumpulan produk dan perkhidmatan. Ini kerana, apa sahaja tender-tender, kontrak-kontrak kerajaan yang melibatkan 40 produk ini, ia mesti memberi keutamaan kepada elemen ESG.
Kita telah menentukan bahawasanya perolehan 100 peratus kepada kumpulan- kumpulan seperti peralatan ICT, lampu dalaman, kertas putih dan pencetak serba guna dan penyaman udara mesti ultimate-nya 100 peratus. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya beri peluang.
Sila Yang Berhormat Teluk Intan.
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang budiman. Sebuah kerajaan yang baik adalah kerajaan yang bertanggungjawab. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri tentang projek-projek gajah putih di depan mata kita. Ini seperti projek banglo makan angin di Bukit Larut, monorel di Melaka, Kompleks Sejarah Pasir Salak dan lain-lain lagi yang bagaikan bangkai gajah yang busuk dan telah pun membazir jutaan duit rakyat.
Projek gajah putih ini, apakah resolusi kerajaan? Adakah kerajaan berhasrat supaya melakukan forensic audit terhadap setiap projek gajah putih? Ini supaya mereka yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan untuk mengelakkan pembaziran, ketirisan dan penyelewengan terus berlaku dalam tanah air kita ini. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Teluk Intan atas persoalan yang sangat signifikan dan relevan. Sudah pasti Kementerian Kewangan mengambil kira pandangan Yang Berhormat ini bukan sahaja satu perkara yang harus diselesaikan dalam masa yang terdekat tetapi ia harus diselesaikan secara tuntas semungkin boleh.
Pertama, itu sebabnya di bawah pimpinan kerajaan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri kita ada satu Jawatankuasa Pemantauan Bajet. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan peringkat nasionalnya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri setiap tiga bulan dan berkala untuk memberitahu prestasi projek-projek yang sedia ada. Di peringkat kementerian pula, dipengerusikan oleh Menteri-menteri. Semua laporan ini akan sampai ke peringkat Kementerian Kewangan untuk melihat prestasi projek-projek yang telah dinyatakan tadi.
Sudah pasti, apa yang telah berlaku, yang lepas akan dilakukan satu proses audit.
Kita hendak tengok, apa sebabnya projek tersebut terbengkalai dan kenapa jadi seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi gajah putih. Akan tetapi, ia juga akan dijadikan sebagai panduan kepada Kementerian Kewangan untuk melakukan sesuatu pembangunan masa depan berdasarkan panduan yang sedia ada. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Pasir Mas.
5. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sejauh mana perkembangan fasiliti dan kemudahan sukan elektronik (e- sukan) telah dibangunkan oleh Kementerian bagi memenuhi keperluan para belia.
Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon kebenaran yang menjawab soalan ini bersekali dengan soalan nombor enam bertarikh 16 November 2022 daripada Yang Berhormat Bukit Mertajam kerana pertanyaan yang dibangkitkan adalah menyentuh isu yang sama.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) telah bekerjasama dengan Persatuan Sukan Negeri dalam menyediakan kemudahan infrastruktur sukan elektronik dengan menaik taraf studio esports sedia ada di semua peringkat negeri.
Sehingga kini, studio esports di peringkat negeri dan Youth Cabin telah siap sepenuhnya sejak dari tahun 2021. Kemudahan-kemudahan ini adalah di bawah kendalian persatuan sukan negeri masing-masing bagi mewujudkan ekosistem esports yang mapan di negeri dan juga persekitaran digital yang kompetitif menerusi pelaksanaan pelbagai program atau kejohanan.
Berhubung dengan ini juga, KBS melalui Esports Integrated (ESI) mengambil pendekatan proaktif untuk memangkin kolaborasi di kalangan pemain industri esport melalui sokongan dan sebagai penganjur bersama kejohanan esports profesional peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa.
Antara syarikat antarabangsa, syarikat penerbit permainan tersebut adalah Moonton, Tencent Games dan Garena. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2019 Kementerian Belia dan Sukan telah melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik KBS 2020-2025 yang dijadikan sebagai panduan lima tahun rancangan esports negara.
Dalam pelan strategik tersebut telah dinyatakan lima strategi utama yang menjadi fokus kepada kementerian dalam usaha memperkasakan sektor esports. Antaranya adalah;
(i) pembangunan kecemerlangan atlet esports;
(ii) etika permainan esports yang bertanggungjawab;
(iii) pembangunan fasiliti esports;
(iv) pembinaan ekosistem esports yang lestari; dan
(v) perundangan dan tadbir urus.
Di samping itu juga, Kementerian Belia dan Sukan adalah dalam proses untuk memperkenalkan sebuah Garis Panduan Pembangunan Esports Kebangsaan (National Esports Development Guidelines) dengan turut akan melibatkan beberapa kementerian dan pemegang taruh industri yang berkaitan sebagai permulaan untuk menggubal sistem pentadbiran peraturan dan pengawal seliaan industri esports yang mapan dan inklusif.
Sebagai penghargaan kepada sumbangan dan pengiktirafan kepada pencapaian penggiat esports dalam mengharumkan nama negara dalam membangunkan ekosistem di negara ini, kementerian akan mewujudkan anugerah khusus kepada semua pemegang taruh yang terlibat.
Pada masa ini, esports semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat di Malaysia apabila atlit esports telah berjaya meraih satu pingat emas dan satu pingat gangsa di temasya Sukan SEA Manila pada tahun 2019. Baru-baru ini Malaysia telah membawa pulang tiga buah pingat gangsa di temasya Sukan SEA, Hanoi 2022. Manakala dalam temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022, pasukan esports Malaysia iaitu Dota 2 lelaki, Dota 2 wanita serta eFootball telah membawa pulang tiga pingat emas.
Kejayaan-kejayaan penggiat esports dalam kejohanan tersebut yang telah memberi imej kejayaan yang baik kepada negara akan mendapat pengiktirafan dan ganjaran yang setara dengan kejayaan sukan-sukan yang lain. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan yang pertama sila Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Saya apabila meneliti kepada beberapa kenyataan Yang Berhormat Menteri khususnya sebelum daripada ini bahawa kemudahan hab esports ini akan dibuat di Puchong Selangor pada tahun 2020 kenyataan tersebut dikeluarkan dan mengikut kenyataan Yang Berhormat Menteri tadi ia telah siap sepenuhnya bahkan di setiap negeri telah pun siap.
Jika diteliti secara kasar seolah-olah hab ini tidaklah memerlukan kepada bajet yang besar yang dilaksanakan. Jadi, apalah kiranya untuk kita turut memikirkan supaya dapat diwujudkan di peringkat kawasan-kawasan turun ke parlimen-parlimen supaya setiap Ahli Parlimen yang ada ini dapat berinteraksi dengan anak muda dengan lebih efektif melalui program esports ini yang telah mendapat sambutan begitu ramai dalam kalangan anak muda. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu
Terima kasih. Alhamdulillah. Terima kasih atas soalan itu. Kita bersyukur kerana pembangunan hab esports kebangsaan yang kita bina di Puchong telah pun siap dibina sepenuhnya malahan sekarang ini ada pertandingan sedang dilangsungkan di situ iaitu Malaysian Esports League. Tentunya hari ini kita telah pun membina sebanyak 15 kemudahan infrastruktur sukan elektronik di seluruh negara. Antara Youth Cabin di Pulau Pinang, e-sukan Studio di Kuala Lumpur, Sarawak, Perak, Kelantan, Perlis, Pahang, Johor, Selangor, Putrajaya, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah. Begitu juga dengan pusat latihan Casa 1 di MSN Bukit Jalil dan juga Hab e-sukan Integrated di Puchong.
Untuk kita siapkan studio esports di setiap kawasan Parlimen akan mengambil masa dan peruntukan yang amat besar sebenarnya. Namun, insya-Allah kita akan usahakan sehingga ke tahap itu di masa yang akan datang. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Jika sempat sebelum bubar Parlimen Yang Berhormat Menteri.
[Ketawa]
Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu
Agak mustahil. Namun, usaha itu tentunya akan diteruskan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Soalan tambahan. Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya terlebih dahulu ucapkan syabas di atas pencapaian atlet-atlet kebangsaan dalam Sukan SEA. Saya juga telah baca berita yang menyatakan bahawa 144 orang olahragawan dan olahragawati telah dibatalkan tajaan oleh Majlis Sukan Negara kerana tahun ini kerana dana yang diperolehi hanyalah RM289 juta iaitu 70 peratus sahaja bagi tujuan tajaan dan lebih kurang 144 orang olahragawan olahragawati telah pun dibatalkan tajaan mereka oleh Majlis Sukan Negara. Saya pohon pengesahan.
Ini adalah berita yang telah saya baca. Masih saya ingat lagi. Pengumuman telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri sendiri.
Soalan saya, adakah kita menjangkakan belanjawan tahun kali ini akan memberi peruntukan yang lebih kerana tiap kali kita lihat bahawa olahragawan olahragawati, kadangkala dari negeri-negeri termasuklah Pulau Pinang yang terpaksa bertanding dalam sukan di luar negara perlu mendapatkan dana daripada NGO dan sebagainya. Oleh
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
kerana tidak cukup dana oleh pembiayaan oleh kerajaan dan kita sekarang lihat bahawa ada tiap-tiap hari ada berita mengatakan bahawa Parlimen akan dibubarkan. Parlimen akan dibubarkan. Jadi soalan saya dari mana kerajaan dapat duit untuk mengadakan pilihan raya? Kalau tidak ada duit untuk membiayai olahragawan olahragawati kita. So adakah Yang Berhormat Menteri. Saya lihat juga pendirian Yang Berhormat Menteri bahawa tidak setuju dengan pilihan raya diadakan. So, minta jaminan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Jelutong, soalannya fasal...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta jaminan.
Adakah dalam belanjawan yang akan dibentangkan, sekiranya dibentangkan, bajet tambahan akan diberikan kepada Majlis Sukan Negara bagi olahragawan dan olahragawati kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu
Terima kasih sahabat-sahabat saya daripada Yang Berhormat Jelutong. Saya menyokong untuk kita meneruskan proses demokrasi pilihan raya setiap lima tahun.
[Ketawa] Don’t worry itu kita tetap akan pertahankan.
Dalam masa yang sama berkenaan dengan soalan yang Yang Berhormat. Saya fikir ini adalah berita lama Yang Berhormat. Kalau kita masih ingat di dalam belanjawan untuk tahun 2022 telah ditiadakan Program PODIUM iaitu untuk program atlet-atlet berprestasi tinggi. Namun, saya telah membangkitkan perkara ini dan alhamdulillah kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah pun meluluskan sejumlah wang yang mencukupi untuk meneruskan Program PODIUM untuk empat tahun yang akan datang dan ini mencukupi untuk kita mencapai hasrat mendapatkan Olimpik emas yang pertama di Paris nanti. Masalah 144 orang atlet yang telah digugurkan ini ialah pada waktu peruntukan itu ditiadakan di dalam bajet berkenaan. Namun, ia telah pun diselesaikan pada awal tahun ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tiada soalan tambahan. Saya menjemput seterusnya Yang Berhormat Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji, Raub.
6. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji [Raub] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan nyatakan pelan dan tindakan perancangan awal oleh pihak Kerajaan Pusat bagi menghadapi kemungkinan banjir besar berikutan fenomena La Nina, Monsun Timur Laut dan taburan hujan di luar jangkaan.
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya. Jabatan Meteorologi Malaysia
(@metmalaysia) telah pun menjangkakan keadaan cuaca sepanjang musim Monsun Timur Laut daripada November 2022 hingga Januari 2023 adalah lebih lembap di timur Semenanjung Malaysia, timur laut Sabah dan barat Sarawak berbanding monsun yang lain.
Fenomena La Nina yang sedang berlaku kini dijangka akan berterusan sehingga awal tahun 2023. Manakala kawasan di utara Semenanjung akan mengalami kekurangan hujan daripada Januari hingga Mac 2023. METMalaysia juga turut menjangkakan bahawa episod luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan akan berlaku sepanjang musim Monsun Timur Laut daripada November 2022 sehingga Mac 2023. Negeri-negeri Pantai Barat juga boleh mengalami hujan berterusan sekiranya luruan monsun ini meningkat serta adanya sistem tekanan rendah seperti yang berlaku pada tahun lepas.
Sebagai persediaan awal, KASA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran memberi fokus kepada kerja-kerja penyelesaian jangka pendek yang bersifat impak yang tinggi dengan kos yang rendah seperti penyelenggaraan sistem perparitan, saliran,
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
mendalamkan sungai dan meninggikan benteng sungai bagi mengurangkan impak banjir.
Sementara penyelesaian jangka panjang juga turut diambil.
Untuk makluman Dewan yang mulia, JPS telah pun meningkatkan kesiapsiagaan untuk musim Monsun Timur Laut ini dengan menyediakan dan menambah baik aset-aset jabatan. Ini termasuklah menyediakan 284 buah pam, 203 buah kenderaan, 35 buah bot, 995 buah sistem telemetri di Semenanjung Malaysia dan 317 buah stesen telemetri di Sabah, Sarawak dan Labuan, 526 siren amaran, 77 kamera dan 605 tolok lurus sungai dan 966 tolok lurus kawasan bagi mengukur kedalaman sungai dan di kawasan tapak yang diukur.
Usaha kerajaan untuk mengurangkan risiko banjir di seluruh negara, langkah jangka panjang melalui pelaksanaan rancangan tebatan banjir yang akan terus dilaksanakan. Ini termasuklah 100 projek rancangan tebatan banjir bernilai RM10.53 bilion telah pun diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas sedang dilaksanakan di seluruh negara. Pelaksanaan projek-projek RTB ini akan meningkatkan bilangan penduduk yang dilindungi daripada kesan banjir serta pertambahan keluasan kawasan yang terjejas sebelum ini.
Selain daripada itu, pendekatan yang bukan struktur dalam perancangan pengurusan banjir seperti Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) turut dilaksanakan. PRAB fasa 3 bernilai RM450 juta ini akan melengkapkan 74 model ramalan dan amaran banjir bagi lembangan-lembangan sungai utama di seluruh negara dan ini sangat beri manfaat kepada seluruh rakyat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan yang pertama. Sila Yang Berhormat Raub.
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selain daripada jawapan yang diberikan sebentar tadi, bagi saya nampaknya cantik. Apakah dasar strategi serta rancangan kementerian untuk mengatasi masalah yang terkini? Oleh sebab apa yang dibentangkan tadi secara umum. Contohnya bukan berlaku di Parlimen Raub sahaja, mungkin di tempat lain juga memandangkan musim tengkujuh kembali. Mungkin akan datang. Dalam erti kata lain, ia mungkin melibatkan kerjasama daripada kementerian lain seperti JKR, KPKT, PBT serta PTG setempat kerana sehingga kini ada sesetengah projek yang masih belum siap dan dimulakan lagi seperti satu di Parlimen Raub. Jalan Padang Peri, Ulu Dong yang masih belum siap, ia mengambil masa yang lama. Sudah lapan bulan belum siap-siap lagi akibat daripada banjir.
Contoh kedua, Jambatan Kampung Sol Pamah Kulat yang terputus dan terbiar akibat banjir awal Januari 2021 sehingga kini belum diperbaiki. Begitu juga di Jambatan Kampung Kuala Atok. Saya merasakan sekiranya bencana banjir besar ditakdirkan berlaku dalam masa dua atau tiga bulan ini, ia boleh mengakibatkan kerosakan yang bertambah teruk kerana laluan air tersekat.
Soalan tambahan ini, apakah pendekatan kementerian untuk bekerjasama atau turun padang untuk melihat ataupun spot-check di kawasan-kawasan yang telah dialami banjir. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama sekali secara spesifik perkara-perkara yang dibangkitkan tadi saya akan menjawab secara bertulis sebab dia tidak ada data pada saya dan kolaborasi dengan pelbagai kementerian akan kita buat. Sebahagian itu mungkin melibatkan pihak Jabatan Kerja Raya dan sebagainya.
Untuk makluman tentang turun padang, saya telah pun turun kepada beberapa negeri bagi melihat secara lebih dekat tentang persiapan yang telah pun dibuat oleh agensi termasuk saya di Terengganu, di Kuala Lumpur beberapa kawasan-kawasan yang saya turun sendiri melihat siap siaga dan saya juga telah pun mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran memastikan semua aset dapat berfungsi
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
dengan baik dan diselenggara lebih awal sebelum berlakunya musim tengkujuh pada tahun ini.
Dengan sehubungan dengan itu, untuk makluman kita juga menambahkan kapasiti pam bergerak di kawasan-kawasan yang berisiko banjir. Oleh sebab setengah- setengah isu dia melibatkan kawasan yang apabila bekalan elektrik terpaksa dipotong dan kita terpaksa menggunakan genset dan sebagainya.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Jadi, ini kita laksanakan dan insya-Allah. Untuk makluman juga bahawa Jawatankuasa Bencana Banjir yang dipengerusikan oleh KSN dan di peringkat daerah dipengerusikan oleh pegawai daerah, turut sama mengambil perhatian kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Tanjong Manis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang kedua.
Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Tanjong Manis soalan tambahan banjir.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya hendak pilih satu dari Kelantan ini.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tumpat.
Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Sarawak lah. Sarawak pun banjir juga.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai awal lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya menjemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Yang Berhormat Kuala Krai pula.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan, apakah perancangan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengguna pakai peruntukan tambahan secara off bajet sebanyak RM15 bilion sepertimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Menteri, satu minit.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai yang membangkitkan isu pelaksanaan projek-projek yang di bawah peruntukan off bajet yang telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Sebahagian besar projek yang dilaksanakan ialah merupakan projek jangka panjang. Ia melibatkan beberapa projek utama, termasuk 40 projek tebatan banjir seluruh negara yang melibatkan pembinaan struktur Sabo, naik taraf empangan, program ramalan dan amaran banjir dan termasuk juga beberapa projek di bawah perancangan pembangunan seperti Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) bagi mengurangkan impak banjir di kawasan-kawasan bandar.
Selain daripada itu, kita juga melaksanakan program pembinaan infrastruktur Sabo bagi mengurangkan impak banjir debris ataupun kepala air yang banyak berlaku
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
mutakhir ini. Kementerian memperuntukkan satu jumlah besar bagi seluruh negara dilaksanakan projek infrastruktur Sabo.
Di samping pembinaan empangan yang mempunyai dua dwifungsi. Satu, bekalan air, yang kedua, tebatan banjir. Kita laksanakan di Melaka, di Selangor dan beberapa buah negeri yang lain. Di samping itu, penambahbaikan amaran, amaran-amaran awal yang telah kita laksanakan dan suka mengambil kesempatan ini di antara projek yang kita laksanakan di bawah bajet ini ialah peningkatan tahap perlindungan bagi sistem saliran dan infrastruktur pantai, di mana kita telah naikkan beban daripada 100 tahun ARI kepada 200 tahun ARI. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Minta satu lagi.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Untuk perhatian Yang Berhormat Machang, nanti boleh jumpa seterusnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya pergi sebelah sini pula, dari Sabah. Sila Yang Berhormat Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua bagi ruang untuk saya bertanya. Setelah mendengar jawapan, penjelasan dan penerangan daripada Yang Berhormat Menteri, rancangan bukan hanya setakat di Sabah, bahkan juga di Semenanjung. Sedap telinga mendengar.
Banjir ini bukan sekali berlaku di negara Malaysia. Sudah berpuluh tahun, sudah berpuluh kali berlaku di negara Malaysia tetapi malangnya kerajaan demi kerajaan tidak belajar daripada kejadian-kejadian, bagaimana mengatasinya. Bagaimana masalah bukan hanya hartanya, manusianya yang berhadapan dengan masalah ini. Ya, tadi disebutkan.
Saya masih ingat bila banjir di Penampang. Saya masih ingat bila saya menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO banjir di Kedah, berapa puluh kaki yang ada waktu itu.
Saya dua tahun menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO. Akan tetapi bila saya meneliti, tidak pernah kita belajar daripada kejadian-kejadian seumpamanya.
Saya berharap, bukan setakat sebelum banjir berlaku. Yang Berhormat Menteri, dekat dengan Penampang, kem tentera ada di situ. Tentera ada di situ, tidak ada lanun, tidak ada peperangan, tidak dikerahkan pun. Adakah pihak kerajaan menyedari hakikat resources yang ada dan kita berhadapan dengan satu trilion hutang dan pengangguran.
Harga barang meningkat tetapi dengar Menteri Kewangan, sedap telinga mendengar.
Keadaan ekonomi cukup baik, mana ada baik dia.
Hutang berbilion, ringgit merudum. Ini setakat banjir pun saya berharap sungguhlah, setakat koordinasi yang begitu mantap di antara agensi kerajaan. Ini bekas Menteri Pertahanan dahulu.
[Ketawa] Boleh tidak kita gariskan penerangan bila mobilization sekolah digunakan. Hari ini tidak boleh digunakan pejabat, sekolah untuk penempatan rumah-rumah yang ada. Saya kena sediakan tempat untuk di mana boleh menumpang orang-orang yang dilanda oleh banjir di Penampang, di kawasan-kawasan, di tempat-tempat lain itu.
Jadi, boleh tidak kita dapatkan komprehensif penyelesaian yang rakyat maklum, yang rakyat tahu, yang agensi-agensi juga yang ada siap siaga dia ada. Terima kasih banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Semporna.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih Yang Berhormat Semporna.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan. Soalan yang berkaitan. Yang Berhormat Semporna bangkitkan soal tidak belajar daripada experience yang lepas. Cuma saya cadangkan ada satu cadangan. Sepatutnya kementerian ada data
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
berkenaan dengan lembangan pengaliran setiap sungai, lembangan data. Apakah kapasiti sungai pengaliran air? Ini pertama.
Kedua, setakat mana kapasiti untuk takungan air dan kita boleh banding apabila ada data-data tersebut, setiap kali ada hujan lebat, kita tahu sama ada pengaliran sungai itu cukup ataupun takungan air itu cukup untuk menampung hujan tersebut. Jadi, kalau kementerian tidak ada data tersebut, jadi masalah ini akan berulang, tidak akan habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Gopeng.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Cuma dalam kawasan bandar itu masalah yang berlainan. Sepatutnya kementerian bekerjasama dengan PBT berkenaan dengan konsep sponge city untuk elakkan banjir kilat di kawasan bandar. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Sila Yang Berhormat Menteri, sila jawab satu minit.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Nampaknya lari daripada soalan pertama. Tidak berkaitan langsung.
[Ketawa] Saya hendak balik pada soalan, terima kasih.
Apa yang saya jawab ialah di peringkat kementerian, persiapan di peringkat JPS.
Manakala, waktu berlakunya bencana, kita ada agensi lain. Saya fikir saya positif dengan apa yang dicadangkan bahawa kita kolaborasi dengan pelbagai agensi yang ada untuk membantu waktu berlakunya bencana. Kita dari sudut mobilisasi anggota tentera dan sebagainya sebenarnya telah pun dilaksanakan sewaktu bencana.
Baru-baru ini pun tentera dikerahkan untuk turun padang waktu berlaku bencana di Yan. Di Baling baru-baru ini pun tentera turut dikerahkan. Saya fikir kolaborasi bersama ini satu usaha yang positif yang harus dilaksanakan. Walau bagaimanapun saya tidak boleh menjawab bagi pihak lain tetapi saya menyahut baik cadangan yang dibangkitkan.
Isu data ini sebagaimana yang dibangkitkan tadi ialah kita ada data semua. MSMA merupakan satu projek saliran mesra alam yang kita buat pemantauan semua lembangan sungai utama di seluruh negara. Oleh kerana itu, data-data yang kita rujukkan ini kita libatkan juga pihak PBT supaya dia melaksanakan projek pembangunan mesti mengambil kira faktor-faktor setiap lembangan sungai dan impak bila berlaku banjir.
Jadi oleh kerana itu, kita akui bahawa kita perlu meningkatkan taraf ARI daripada 100 tahun ke 200 tahun kerana perubahan iklim dan sebagainya. Buat masa ini kita harus melihat dalam konteks seluruh negara, tidak ada kawasan yang mungkin tidak akan terkena banjir. Maka kerana itu, satu peruntukan besar diluluskan dan kita harapkan dengan perancangan rapi di peringkat kementerian dan agensi bersama, kita dapat mengurangkan impak bila berlaku banjir. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Kuala Nerus tidak ada dalam Dewan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub, Pulai.
[****Soalan No. 7 –** YB. Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) tidak hadir]
8. Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub [Pulai] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan mengenai libat urus rentas badan penyelidik tempatan bagi usaha inovasi pertanian moden untuk memperkasakan sistem pertanian pintar ‘smart- agro’ bagi meningkatkan produktiviti dan kapasiti pengeluaran.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I - Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui jabatan dan agensinya telah
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I - Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
melaksanakan pelbagai penyelidikan serta hasil inovasi pertanian bagi meningkatkan produktiviti serta kapasiti pengeluaran, termasuk penggunaan sistem pertanian pintar.
MAFI juga mengalu-alukan inisiatif libat urus dan kerjasama strategik dengan agensi dan jabatan kerajaan, institusi pengajian tinggi, badan-badan penyelidikan tempatan serta syarikat-syarikat swasta. Antara inisiatif libat urus dan kerjasama strategik yang melibatkan MAFI adalah seperti berikut:
(i) pembangunan sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi (Sistem MakGeoPadi) antara Jabatan Pertanian dengan agensi-agensi Malaysia (MYSA) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI);
(ii) pembangunan projek biopintar iaitu projek pertanian pintar Smart Indoor Farming dengan izin iaitu dengan menggabungkan bioteknologi dan aplikasi yang berasaskan Internet benda ataupun internet of things (IoT) hasil kolaborasi antara Bahagian Pemodenan Pertanian MAFI dan Bioeconomy Corporation;
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I - Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
(iii) penyelidikan pembangunan sistem kejuruteraan pertanian yang berasaskan IoT, dan teknologi 5G bagi sistem fertigasi tanaman halia antara MARDI dan syarikat telekomunikasi- Maxis;
(iv) pembangunan garis panduan bagi sistem kilang tanaman hasil kolaborasi MARDI, dan juga SIRIM Berhad.
Akhirnya, dalam hubungan ini, MAFI akan terus komited untuk mengambil langkah-langkah yang lebih proaktif dalam usaha kita untuk menghasilkan inovasi pertanian moden yang dapat menyumbang ke arah peningkatan produktiviti serta kapasiti pengeluaran. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan pertama, sila.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mendapat penjelasan sekiranya libat urus itu juga diadakan di peringkat international. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, DataFarming- suatu aplikasi Pixxel consolidation of hyperspectral satellite technology yang diguna pakai di banyak negara maju yang membuktikan meningkatkan hasil pertanian.
Kedua, adakah ada sektor pertanian yang terlibat dengan semiconductor’s supply chain disruptions di mana Taiwan dan China hari ini, banyak syarikat ini yang sedang giat?
Adakah Malaysia terutamanya MAFI, mengadakan libat urus dengan penglibatan syarikat- syarikat antarabangsa ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Sila Timbalan Menteri, satu minit.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Ini adalah bekas Menteri Pertanian kita dulu, yang saya rasa mempunyai banyak pengalaman.
Untuk maklumat Yang Berhormat, MAFI sebenarnya mengambil satu pendekatan bagi memastikan supaya, apa juga penemuan baharu yang kita dapati, bukan sahaja dapat digunakan dengan lebih efisien, bahkan kita mahu mendapatkan lagi banyak maklumat serta kerjasama pintar, bukan sahaja dari dalam negara yang kita buat pada ketika ini, bahkan untuk ke luar negara yang lain.
Pada ketika ini, kita mendapat kerjasama yang cukup baik sekali daripada banyak badan perniagaan dan juga swasta dari luar negara yang bukan sahaja sudah menunjukkan minat untuk menanam modal, bahkan untuk bersama-sama melibatkan diri bagi mempertingkatkan lagi pengeluaran pertanian dalam negara kita.
Ketiganya, kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh pihak swasta yang mahu melibatkan diri dalam bidang pertanian, yang saya rasakan pada ketika ini, kita boleh buat
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
satu ujian yang terbaik, dan kita telah pun mendapatkan banyak cadangan untuk menanam modal dan mereka telah menandatangani MOU yang kita yakin ia akan boleh di take off dalam masa yang terdekat ini, terutamanya kepada pihak swasta yang ingin menanam modal yang begitu besar sekali. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Hulu Rajang.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah pendekatan yang diambil oleh kementerian dalam melaksanakan penyelidikan dan pembangunan R&D untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran dan penghasilan makanan negara kita? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Silakan Timbalan Menteri, satu minit.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya pada ketika ini, kita telah mewujudkan satu perkongsian kepakaran di antara semua jabatan dalam kerajaan bersama-sama kolaborasi dengan institusi-institusi pengajian tinggi dan juga syarikat swasta, sama ada dalam negara ataupun luar negara. Perkongsian kepakaran teknikal ini dapat membantu, pertamanya untuk mencari penyelesaian dengan lebih cepat lagi. Itu yang pertama.
Keduanya, kita menumpukan perhatian kepada bidang R&D secara bersasar dan berfokus kepada keperluan petani dan juga negara. Misalnya kajian yang untuk kita keluarkan varieti-varieti padi, ataupun tanaman-tanaman yang bukan sahaja rentan penyakit, bahkan boleh menghasilkan pengeluaran yang lebih tinggi lagi.
Ketiganya, kita melaksanakan verifikasi teknologi yang sedia ada, dan kita sesuaikan kepada keperluan untuk semasa, kepada yang boleh diadaptasi ataupun diguna pakai oleh petani-petani kita.
Seterusnya, terakhirnya, kita memperkenalkan kaedah baharu dalam pembangunan varieti melalui bioteknologi seperti pengeditan genetik-genetik supaya kajian yang lebih spesifik, yang berhubung dengan apa yang kita buat ketika ini, yang lebih sistematik, supaya kita dapat mengelakkan pembaziran apa juga input-input pertanian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Satu soalan lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Hang Tuah Jaya. Pembangkang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan ketiga, saya beri peluang sebelah sini. Sila Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, seperti mana kita sedia maklum, bila bulan Oktober, November, Disember ini kita akan berdepan dengan musim hujan yang akan tentunya memberikan kesan kepada pekebun-pekebun kecil getah. Kerajaan telah pun menyediakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).
Saya ingin bertanyakan, daripada segi aspek soalan asas, soalan utama- soalan ini iaitu berkait tentang inovasi ataupun sistem pertanian pintar ini. Adakah di sana terdapat ikhtiar di peringkat kementerian Yang Berhormat, untuk kita mencadangkan beberapa jenis tanaman yang mudah diusahakan oleh pekebun-pekebun kecil getah ini supaya di dalam musim tengkujuh, mereka bukan sekadar bergantung kepada BMT ini tetapi mempunyai hasil yang lain untuk membantu menambahkan pendapatan pekebun- pekebun kecil getah ini? Terutamanya daripada aspek ini, MARDI lah khususnya. Apakah ada terdapat ikhtiar ini untuk membantu daripada segi aspek itu? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Sila Timbalan Menteri, satu minit.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. MAFI pada ketika ini sebenarnya kita menumpukan kepada satu pendekatan kepada pertanian
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
pintar, ataupun smart farming. Kalau dulu kita menggunakan cara-cara teknologi yang lama tetapi pada ketika ini, kita beralih kepada teknologi moden yang bukan sahaja dapat menarik minat belia-belia kita, bahkan kita dapat meningkatkan lagi pengeluaran.
Apa Yang Berhormat sebutkan tadi, memang itulah sebenarnya pendekatan yang telah kita buat bagi memastikan supaya kita sentiasa mengamalkan apa juga cara pertanian mengikut peredaran zaman. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Igan.
9. Tuan Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan] minta Menteri Kewangan menyatakan, jumlah penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di Sarawak, dan Parlimen Igan.
Nyatakan daripada segi kategori, dan sejauh mana jumlah yang tercicir.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Igan.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan amat mengambil berat terhadap semua golongan dan lapisan masyarakat dengan memastikan bantuan tunai langsung disediakan, pasca pandemik turut disalurkan kepada golongan B40. Oleh itu, pada tahun 2022, kerajaan telah menyediakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) berjumlah RM8 bilion untuk mereka yang layak bagi meringankan kos sara hidup dan beban kewangan semasa.
Bagi penerima BKW di Sarawak, terdapat 883 ribu orang penerima yang melibatkan peruntukan sebanyak RM820 juta. Manakala di Parlimen Igan pula terdapat 14,522 orang penerima yang melibatkan peruntukan sebanyak RM14 juta.
Maklumat penerima BKM ini akan di rekod dan digunakan semula bagi program yang lain yang dirancang oleh kerajaan, tertakluk kepada syarat kelayakan, di samping tempoh permohonan baharu serta rayuan dibuka dari semasa ke semasa.
Bagi tahun 2022, permohonan dan rayuan BKM telah dibuka pada Januari 2022, dan pada Jun 2022, bagi memastikan tiada keciciran penerima. Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan semua bantuan kerajaan adalah berkesan, dan menepati kumpulan sasar yang telah ditetapkan terutamanya golongan yang memerlukan. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan pertama, sila Yang Berhormat Igan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Haji Zawawi - Igan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan terperinci yang diberikan.
Soalan tambahan saya, adakah pihak kementerian mempunyai cadangan untuk menambahkan lagi jumlah Bantuan Keluarga Malaysia ini untuk penerima yang layak pada tahun hadapan? Saya mencadangkan agar bantuan ini dinaikkan jumlahnya, tatkala negara kita kini sedang mendepani krisis ekonomi dengan kos sara hidup yang meningkat.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Haji Zawawi - Igan
Apakah inisiatif yang dilaksanakan bagi memastikan penerima Bantuan Keluarga Malaysia ini yang berada di pedalaman ataupun di luar bandar Sarawak yang tidak mempunyai akses kepada bank untuk mendapatkan bantuan ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya, satu minit.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Igan. Berkaitan dua persoalan yang dibangkitkan, izinkan saya, Tuan Yang di-Pertua,
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
menjawab pertama dahulu iaitu berkaitan adakah kerajaan akan meningkatkan bantuan tunai pada tahun hadapan.
Akan tetapi, sebelum saya memberi pandangan dan jawapan berkaitan perkara yang dibangkitkan, sebenarnya, Yang Berhormat, kadar BKM tahun 2022 adalah kadar yang tertinggi dalam sejarah. Kalau kita hendak lihat Bantuan Rakyat 1Malaysia, maksimum RM1,200, Bantuan Sara Hidup RM1,480 maksimum dan Bantuan Prihatin Rakyat adalah hanya RM1,800. Penambahbaikan ini melibatkan peningkatan kadar bantuan sebanyak 120 peratus. Jadi, adakah kita akan meningkatkan jumlah bantuan tunai kerajaan ini? Ini saya harap kita dapat tunggu pada hari Jumaat nanti, Yang Berhormat.
Berkaitan bagaimana kita menyelesaikan perkara-perkara yang melibatkan mereka yang jauh di pedalaman, Yang Berhormat, kita telah lakukan— kita faham kesukaran mereka untuk menunaikan bantuan tunai langsung yang diberikan oleh kerajaan. Kita sediakan perkhidmatan bergerak. Kita lakukan kaedah pelaksanaan pembayaran secara tunai melalui Perbendaharaan Malaysia Sabah, Perbendaharaan Malaysia Sarawak dan juga kita benarkan mereka untuk tunaikan di cawangan-cawangan BSN yang terdekat.
Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Tidak ada soalan tambahan kedua. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang undang-undang bernama Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan I [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada hari Jumaat, 7 Oktober 2022, jam 4.00 petang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga dibahaskan, diputuskan DR.12/2022 – Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 dan DR.38/2022 – Rang Undang- undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022 seperti di nombor 1 dan 2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 6 Oktober 2022.”
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 100. Berkenaan dengan kuasa Yang di-Pertua Dewan.
Pada hari Isnin, Tan Sri Speaker telah membuat pengumuman bahawa Yang Berhormat Pekan akan dibenarkan untuk hadir sidang Dewan. Pada ketika itu, beberapa pengumuman dibuat oleh Tan Sri Speaker tetapi tiada sebarang pengumuman berkenaan dengan sama ada beliau masih sedang menerima elaun sebagai wakil rakyat. Jadi persoalan saya, adakah elaun beliau sebagai wakil rakyat masih sedang dibayar oleh kerajaan? Nombor satu.
Kedua, beliau juga telah dibenarkan untuk mendapat rawatan dari Hospital Rehabilitasi Cheras. Saya ingin tanya, adakah ini juga sebahagian daripada kelebihan yang diberikan kepada beliau sebagai wakil rakyat?
Saya tanya soalan ini, Tuan Yang di-Pertua, kerana ada ramai daripada banduan dan pesalah-pesalah di penjara yang tidak dibenarkan untuk keluar menziarahi kadangkala ayah dan ibu kalau ada yang meninggal. Itu pun untuk pesalah-pesalah yang hanya menjalani tahanan reman di penjara, belum lagi didapati bersalah.
Jadi, persoalan saya, bagaimanakah Yang Berhormat Pekan diberi kelebihan- kelebihan ini? Nombor satu. Dan adakah beliau masih lagi menerima elaun sebagai seorang wakil rakyat? Saya mohon penjelasan atas perkara-perkara ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Perkara yang dibangkitkan tadi, saya minta supaya Yang Berhormat Jelutong menulis kepada Pejabat Yang di-Pertua dan Yang di-Pertua akan menjawab sewajarnya kepada Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas makluman itu. Cuma, saya tanya perkara ini di Dewan Rakyat kerana— satu lagi perkara. Ada berita yang telah tular bahawa ini adalah rancangan kerajaan sekarang untuk mengekalkan taraf beliau sebagai seorang Ahli Parlimen dengan harapan kalau Barisan Nasional memenangi pilihan raya nanti, beliau akan mendapat
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
pengampunan dan beliau akan dibenarkan kembali ke Dewan ini. Adakah perkara itu juga boleh disahkan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya tidak boleh mengesahkan apa-apa, tidak ada dalam pengetahuan saya. Minta maaf, Yang Berhormat Jelutong. Saya ingin teruskan dengan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Adakah Tuan Yang di- Pertua— satu lagi perkara. Adakah apa-apa rancangan untuk memberikan pengampunan kepada beliau oleh Kerajaan Barisan Nasional?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tidak dalam pengetahuan saya, minta maaf. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong, terima kasih.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”.
[4 Oktober 2022]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia untuk menjawab perbahasan.
Tempoh masa 30 minit.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak Kementerian Sumber Manusia, saya terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022.
Kementerian Sumber Manusia menghargai semua pandangan, saranan dan cadangan mahupun teguran Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut.
Seramai 15 orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan Rang Undang- undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 iaitu Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Kapar, rakan saya Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Sungai Buloh, Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Padang Serai.
Yang Berhormat Pokok Sena telah membangkitkan isu pekerja gig tidak boleh menubuhkan kesatuan sekerja. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada masa ini, pekerja ekonomi gig boleh menubuhkan kesatuan sekerja sekiranya mereka digaji di bawah suatu kontrak perkhidmatan, dengan izin, contract of service dengan pihak majikan.
Walau bagaimanapun, bagi pekerja-pekerja ekonomi gig yang berada di bawah kontrak untuk perkhidmatan, dengan izin, contract for service, mereka bukanlah seorang pekerja menurut definisi Akta Kesatuan Sekerja 1959 [Akta 262]. Justeru, kerajaan pada masa ini sedang meneliti dan mengkaji kebolehlaksanaan undang-undang dan dasar baharu yang bersesuaian bagi mengawal selia sektor ekonomi gig yang semakin membangun dan berkembang di dalam negara.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua, kita lihat sektor gig economy ini merupakan satu hala tuju baharu ataupun satu budaya baharu. Maka, kita akan meneliti dan memperhalusi untuk memperkenalkan undang-undang baharu untuk memperkenalkan mereka.
Seterusnya, Yang Berhormat Ipoh Barat ada membangkitkan isu berkaitan penubuhan kesatuan sekerja oleh pekerja asing yang dikatakan boleh mengurangkan isu buruh paksa. Kementerian bersetuju dengan kenyataan Yang Berhormat Ipoh Barat ini dalam usaha untuk meningkatkan keahlian kesatuan sekerja dalam kalangan pekerja tempatan dan asing seterusnya meningkatkan perlindungan dan kebajikan pekerja.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan isu pekerja parti politik yang dibenarkan memegang jawatan di dalam kesatuan sekerja yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik tiada keperluan untuk...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat, sedikit. Ini mengenai dibenarkan menubuhkan kesatuan sekerja oleh pekerja asing. Saya hendak tambah sedikit Yang Berhormat. Semasa kita menerajui kerajaan, kita ada buat cadangan iaitu − was the last stage di mana kita ada beritahu kepada majikan-majikan supaya semua pekerja asing yang datang ke negara ini mereka akan diberi taklimat mengenai apakah peranan mereka jika mereka menjadi ahli kesatuan sekerja atau tidak. Juga, semua − in a very simple term hak mereka. Ini kerana seperti yang kita maklum, ramai antara mereka apabila mereka lepas dari luar negara itu dia tidak arif dalam hal-hal ini. Adakah itu merangkumi dalam peranan kementerian?
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua, ini memang satu cadangan yang perlu dikuatkuasakan oleh Kementerian Sumber Manusia sebab saya setuju dengan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat di mana ramai pekerja asing yang masuk ke dalam negara kita. Walaupun kita ada peraturan-peraturan dan undang- undang yang ketat untuk mempertahankan kepentingan mereka, tetapi sebab mereka tiada ada pengetahuan dalam peraturan-peraturan sedia ada, maka mereka tidak dapat diberi perlindungan sewajarnya.
Maka, memang ada dalam cadangan dan cadangan Yang Berhormat telah pun – taklimat ini telah pun ditukar sebagai induction course kepada pekerja asing apabila mereka masuk ke dalam negara ini. Memang apabila saya adakan perjumpaan dengan US Border Council, salah satu isu yang dibangkitkan oleh US Border Council adalah walaupun Malaysia ada pelbagai peraturan untuk melindungi hak pekerja asing tetapi mereka tiada pengetahuan.
Mereka datang dari luar bandar dari negara sumber terus ke tempat kerja maka mereka tiada sebarang pengetahuan. Maka, induction course ini akan menjadi hala tuju seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan isu yang...
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan sedikit. Point yang sama. Membenarkan pekerja asing memberi mereka hak untuk menjadi anggota kesatuan sekerja adalah bagus. Saya ada soalan supaya kita jelas dalam Dewan yang mulia ini iaitu adakah juga pekerja asing selepas jadi anggota dibenarkan menjadi sebagai contoh pengerusi cawangan atau dipilih menjadi dalam eksekutif unit salah satu daripada pemimpin union. Sama ada union itu adalah inhouse-kah, state- based-kah dengan izin ataupun nasional? Minta penjelasan.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua, kementerian akan memperhalus apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Akan tetapi, daripada segi kedudukan ataupun pendirian ILO Convention kita tiada boleh ada sebarang diskriminasi dalam kalangan warga kerja tidak kira sama ada mereka pekerja tempatan ataupun pekerja asing. Apabila mereka menjadi ahli, ini adalah hak mereka. So, sebab ILO Convention menyatakan dengan jelas tiada ataupun kita tidak boleh mendiskriminasikan mana-mana tenaga kerja sama ada mereka daripada pekerja tempatan ataupun daripada asing. Ini adalah kedudukan antarabangsa.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun untuk menjadi pegawai kesatuan pekerja sesuatu tersebut perlulah menyatakan jenis pekerjaan dalam notis yang dikemukakan kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berhubung isu kepelbagaian dengan izin multiplicity yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Rasah, dan Yang Berhormat Tuaran. Pindaan ini sememangnya bertujuan untuk memberi kebebasan kepada pekerja untuk menyertai atau menubuhkan kesatuan mengikut pilihan mereka sendiri.
Sehubungan itu, pekerja bebas memilih mana-mana kesatuan yang mereka ingin sertai tertakluk kepada perlembagaan kesatuan tersebut. Pindaan ini juga adalah untuk menggalakkan pekerja menyertai kesatuan sekerja yang seterusnya memastikan mereka diwakili dan dilindungi dengan hak serta faedah yang lebih baik. Di samping itu, ia juga akan mewujudkan persaingan yang sihat antara kesatuan sekerja dengan harapan kesatuan akan berusaha untuk berada pada kedudukan terbaik dari segi pentadbiran, penganjuran aktiviti sosial, pendidikan ataupun kebajikan.
Tuan Yang di-Pertua, kepelbagaian kesatuan dijangka akan memberi impak yang baik terutamanya kepada pekerja yang memberikan kebebasan kepada pekerja untuk menyertai atau menubuhkan kesatuan mengikut pilihan mereka sendiri. Bagi makluman Dewan yang mulia ini, bagi memastikan keharmonian kesatuan dapat dikekalkan, sesuatu kesatuan dibenarkan untuk mengehadkan keanggotaannya di mana seseorang pekerja yang telah menganggotai kesatuannya tidak dibenarkan untuk menganggotai kesatuan sekerja yang lain. Adalah menjadi harapan kerajaan dengan pindaan Akta 262 ini, ia akan mewujudkan kesatuan sekerja yang lebih matang, progresif dan bersaing secara sihat bagi memastikan faedah-faedah pekerja dapat ditingkatkan.
Bagi memastikan keharmonian pengurusan dapat dikekalkan, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177] telah terlebih dahulu dipinda dan diluluskan di Parlimen pada 19 Disember 2019 bagi memastikan hanya satu kesatuan yang diberi hak berunding tunggal dengan izin, sole bargaining rights dengan pihak majikan. Berhubung...
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Yang Berhormat Menteri, boleh minta pencerahan? Tuan Yang di-Pertua, daripada segi dasarnya memang saya bersetuju agar bila ada kepelbagaian ini, maka wujudnya persaingan sihat. Akan tetapi, ada juga kebimbangan yang diutarakan dalam kalangan anggota ataupun jawatankuasa atau union ketika ini bahawa sekiranya terdapat kesatuan yang baharu yang mungkin ditaja oleh majikan − sebagai contoh kita tahu selama ini hanya satu badan tunggal yang terpaksa berhadapan dengan majikan tersebut, sekarang ini lebih banyak.
Bagi saya, saya setuju. Kepelbagaian itu akan mewujudkan persaingan sihat.
Akan tetapi, bagaimana untuk kita meredakan kebimbangan kesatuan yang ada pada hari ini dan pada masa yang sama supaya apabila Yang Berhormat Menteri sebut tadi ada satu kesatuan tunggal yang akan berurusan dengan majikan atau ada kuasa nanti, bagaimana keputusan itu ditentukan? Siapakah yang menentukan bahawa kesatuan tersebut yang mempunyai kuasa berhadapan dengan majikan? Terima kasih.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Saya setujulah dengan apa yang pandangan. Ini adalah menjadi bukan daripada Yang Berhormat tetapi ada juga apabila kita engage dengan stakeholder, perkara ini telah pun dibangkitkan. Akan tetapi, kita menilai daripada segi kebaikan dan keburukan maka kita memutuskan multiplicity adalah penting yang pertama sebab ini mengikut ILO Convention 1987 yang memang menekankan pekerja ataupun tenaga kerja perlu diberi ruang dan kebebasan untuk memilih kesatuan yang mereka ingin menyertai.
Kedua, hari ini kita lihat – Yang Berhormat, let me finish.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Sure.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Kedua Yang Berhormat Johor Bahru, kita lihat hari ini apabila kita dalam usaha memohon tenaga kerja menyertai kesatuan, setakat ini tidak melebihi lima peratus yang menyertai kesatuan. Salah satu sebab adalah mereka
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
lihat kumpulan-kumpulan tertentu mengongkong. Saya berani dan saya boleh sebut ada beberapa kesatuan kita lihat pemimpin daripada saya zaman ayah saya sampai sekarang pengerusi yang sama, tidak berubah. Ini bagi sedikit tekanan kepada tenaga kerja supaya tidak berasa untuk menyertai. Kita gagal berjaya menarik perhatian tenaga kerja untuk menyertai kesatuan.
Ketiga, daripada segi bargaining power ataupun hak untuk berunding tunggal itu diberi kepada kesatuan. Walaupun ada pelbagai kesatuan dalam sektor tertentu tetapi the sole bargaining right akan diserahkan kepada kesatuan yang mempunyai lebih ramai anggota. Ini bererti setiap kesatuan yang ada, dengan niat hendak menjadi sole bargaining power ini mereka akan bersaing dengan persaingan sihat. Mereka akan memperkenalkan aktiviti-aktiviti lebih banyak untuk ahli-ahli dan sebagainya. Ini secara tidak langsung akan membawa kebaikan kepada tenaga kerja. So, kita lihat keseluruhan. Walaupun ada isu- isu apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat muncul tetapi keseluruhan tenaga kerja akan benefit. Yang Berhormat Sungai Buloh.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Sikit.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri membenarkan pencelahan. Yang Berhormat Menteri, saya dengan penuh hormat meminta kementerian dan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja
(JHEKS) berhentikan gunakan istilah ‘multiplicity of unions’ dengan izin yang tidak ada dalam akta tetapi ada di dalam huraian ya, huraiannya. Bagi saya, konsep ‘multiplicity of unions’ ini tidak dikandungi dalam ILO Convention 1987. Intipati konvensyen ini yang kita lihat di rang undang-undang ini ialah memang pintu terbuka untuk penubuhan lebih daripada satu kesatuan sekerja di industri ataupun di kilangkah, sampai di peringkat nasional pun boleh as workers union NUBE, NUPW, NUB dan sebagainya.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Akan tetapi matlamatnya bukan itu. That is why saya minta berhentikan gunakan multiplicity. Konsep itu bukan yang penting. Konsep apa yang penting Tuan Yang di- Pertua ialah selepas beberapa union ini wujud, hanya satu union boleh berunding dengan majikan. Macam mana ditentukan di board melalui undi sulit oleh pekerja dijalankan oleh jabatan. Siapa yang dapat majoriti, dia sahaja atau union itu sahaja yang memperoleh hak tunggal untuk berurusan dengan majikan. Tidak lagi multiplicity. Jadi, mereka runding.
Mereka akan tandatangan satu collective agreement, dengan izin. Selepas itu siapa yang relevan ialah hanya union itu, bukan union lain.
So, of course, kalau union yang dapat recognition oleh majikan, kalau dia tidak buat kerja dia dalam tiga tahun untuk collective agreement, memang union lain akan bersaing sekali lagi. Akan tetapi saya minta berhentikan sebab kegunaan multiplicity— istilah multiplicity ini adalah satu konsep yang tidak disukai oleh kesatuan sekerja. Mereka tidak setuju dengan itu, tetapi itulah sebahagian proses kerja ini sahaja. Apa yang penting, mereka boleh masuk pintu itu, mereka boleh organize workers tetapi akhirnya satu union sahaja yang akan runding, buat collective agreement dan untuk tempoh agreement itu, dia sahaja yang boleh uruskan semua oleh majikan dan bukan union yang lain. Saya minta itulah...
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Mencelah sikit.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
...Sebagai satu pendekatan. Terima kasih.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Sedikit susulan daripada Yang Berhormat Sungai Buloh. Cuma hendak dapat kepastian sebab ada wakil- wakil kesatuan yang bertanya. Jadi, adakah pemilihan kuasa rundingan itu ada kepada kesatuan yang paling banyak anggota ataupun Yang Berhormat Sungai Buloh sebut tadi undi sulit? Ini kerana perkara itu walaupun nampak lebih kurang sama tetapi berbeza.
Kalau undi sulit itu bermaksud kuasa itu diserahkan atau dipulangkan kembali kepada pekerja tetapi yang dikhuatiri bila mana kalau ada kesatuan itu ditaja oleh majikan
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
sebagai contoh, tetapi ia sudah jadi pertandingan politik yang tidak sihat. Jadi, kalau boleh Yang Berhormat Menteri cuba perjelaskan sekali lagi. Adakah seperti Yang Berhormat Menteri sebut tadi atau panduan yang diberikan oleh Yang Berhormat Sungai Buloh?
Terima kasih.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Sikit Yang Berhormat Menteri. Sikit, Jempol ya.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Johor Bahru dan Yang Berhormat Sungai Buloh. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Buloh adalah amat penting dalam pelaksanaan akta ini. Proses menentukan hanya satu kesatuan boleh berunding telah dinyatakan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan proses penentuan akan dibuat melalui— saya setuju dengan Yang Berhormat Sungai Buloh. Proses penentuan akan dibuat melalui undi sulit oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan dan kesatuan yang mendapat undi tertinggi akan dapat hak untuk berunding tunggal. Terima kasih.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja seperti mana yang kita tahu bahawa hari ini akan diluluskan, insya-Allah, dan akan dibawa ke Dewan Negara. Jadi, ada semalam membangkitkan isu soal Yang Berhormat— ada beberapa Ahli Yang Berhormat membangkitkan soal pembubaran Parlimen dalam masa terdekat dan persepsi pembangkang dan asyik mengutuk dengan alasan PRU musim banjir. Adakah Yang Berhormat Menteri maklum perkara ini akan menyebabkan banyak isu yang berkaitan tentang kesatuan sekerja?
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Walaupun isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol ada sedikit luar daripada akta tetapi memang perkara itu telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena semalam. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu— kalau kita lihat membubarkan Parlimen dalam musim banjir, bencana, ini semua adalah satu drama politik oleh seorang insan ajaib yang dikenali sebagai Rafizi, yang hanya akan muncul enam hingga 12 bulan sebelum pilihan raya. Selepas itu dia akan hilang.
Kalau tuan-tuan dan puan-puan lihat, insan ajaib Rafizi tidak pernah muncul masa kita susah semasa COVID-19. Tidak pernah pun ada cadangan daripada Rafizi.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Tidak payah cerita...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Jawab soalan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Tidak payah cerita Rafizi punyalah.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Jawab soalan rang undang-undang ini.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya respons kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Soalan itu bodoh.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Yang Berhormat Menteri kena jawab, jawab.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Menteri...
[Pembesar suara dimatikan]
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Ahli-ahli Yang Berhormat, sila balik kepada apa yang kita hendak bincang, please.
[Dewan riuh]
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Mic, mic.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Please, balik kepada tajuk.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua, dimaklumkan ramalan bencana akan berlaku hanya di pertengahan bulan November. Maka sekiranya pilihan raya esok Parlimen dibubarkan, dan diadakan pilihan raya sebelum hujung bulan ini ataupun awal bulan depan, tidak ada masalah.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri menjadi tuhan.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, balik kepada topik yang kita bincangkan.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Untuk makluman Yang Berhormat...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Speaking on behalf of the Prime Minister.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tengok, apabila takut dengan kenyataan saya membahayakan pembangkang, inilah perangai.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Yang Berhormat Menteri, kami tanya...
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Perkara ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, bangkitkan semalam.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Kita bangkitkan satu soalan soal kesatuan. Harap kalau Yang Berhormat Menteri...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Menteri, jawablah. Jangan ceramah politik di sini.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
...Balik kepada isu kesatuan...
[Pembesar suara dimatikan]
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Perkara ini saya respons bukan sebab yang Berhormat Jempol. Memang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena semalam.
Maka, setiap isu yang dibangkitkan di Dewan yang mulia ini saya kena respons sebab memang dia— ini berkaitan dengan tenaga kerja juga sedikit sebanyak. So maka, kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sedia untuk menghadapi bencana yang akan datang pada pertengahan bulan November dan Disember, tidak ada masalah. Maka, saya percaya sebarang tindakan rakyat perlu penting mengekalkan kerajaan sekiranya pilihan raya berada.
Tuan Yang di-Pertua, yang seterusnya...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Minta jalan. Minta jalan.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Saya belum habis lagi. Sikit lagi.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Minta jalan. Apa yang Yang Berhormat Menteri sebut tadi, saya minta jalan.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Bagi Yang Berhormat Menteri jawab dululah.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya minta jalan.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Bagi saya jawablah. Yang Berhormat Bagan, lagi sikit sebab...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya hendak minta jalan, minta jalan.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
: ...Saya hendak habiskan apa yang...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya minta jalan.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Maka Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya hendak tahu apakah pelan untuk menghadapi bencana...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Pembesar suara dimatikan]
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Bagan.
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Sekiranya...
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Bagi Yang Berhormat Menteri jawab. Bagi Yang Berhormat Menteri jawab dahulu.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
...Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri...
Seorang Ahli
Bagi Yang Berhormat Bagan cakaplah. Takkan...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Sekiranya siap sedia untuk hadapi bencana banjir, apakah pelan? Ini kerana...
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Ini fasal sengajalah.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Jangan hanya salahkan Rafizi. Ini adalah pendirian...
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Saya...
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Ini soalan Yang Berhormat Pokok Sena bangkitkan.
[Pembesar suara dimatikan]
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, please...
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Yang Berhormat, ask your man to keep quiet. Barulah saya boleh dengar apa Yang Berhormat cakap. Ini macam kera masuk apa.
You think I can hear.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Okay, thank you. Ini bukan sahaja daripada Rafizi.
Ini ialah pendirian semua parti pembangkang. Jangan adakan pilihan raya semasa banjir.
Ini musim tengkujuh, tidak patut. Sekiranya ada pelan untuk hadapi bencana banjir, mengapa setiap kali banjir kerajaan macam tidak berdaya langsung untuk membantu atau menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.
So, sekarang kita hendak tahu. Sekiranya adakan pilihan raya dalam musim tengkujuh, apakah pelan untuk menghadapi banjir serentak dengan pilihan raya? Takkan hendak mengayuh sampan untuk pergi buang undi?
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Okey, Yang Berhormat.
I think kita...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Itu yang penting.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Kita sudah lari daripada topik perbincangan. Back to...
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin memandangkan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan adalah penting...
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Okey.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
...Maka saya minta izin daripada Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab walaupun lari sedikit.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Okay, please dalam perkara itu satu minit. Kemudian stop...
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Saya akan ringkaskan Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
...Back to the...
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Yang Berhormat Bagan, yang pertamanya tidak ada siapa yang sebut hendak adakan pilihan raya semasa musim banjir. Saya tidak tahu— dengar, dengar dahulu bagi saya cakap. Learn how to listen first, okay. Setakat ini tidak ada sesiapa yang sebut bila pilihan raya dan tidak ada sesiapa yang tahu bilakah pilihan raya dan sama ada musim banjir atau tidak. Itu yang pertama.
Kedua, kepimpinan di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah ada rancangan enam bulan awal bagaimanakah cara-cara kita mengatasi musim bencana ini, mengambil kira pengalaman yang kita dapat dalam tahun lepas. Walaupun banjir di Sri Muda di luar jangkaan tetapi kini enam bulan awal kita sudah ada rancangan bagaimana hendak mengatasi banjir.
Ketiga, kita lihat banjir akan berlaku mengikut jabatan— banjir akan berlaku pertengahan bulan November hingga Disember dan Januari. Maka sekiranya Yang Amat Berhormat membuat keputusan untuk mengadakan pilihan raya, membubarkan Parlimen pada hari ini, mengadakan pilihan raya bulan Jun, tidak ada masalah.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kita membubarkan Parlimen nak dekat- dekat pilihan raya semasa musim banjir, pembangkang kenapa hendak risau? Rakyat akan sokong you. Kenapa you risau? Bagilah kita buat kesilapan. Ini macam seolah- olahnya mempertahankan kerajaan kita, buat apa?
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Okey, saya rasa...
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
*If you think that we are going to make a mistake, allow us to make a mistake. Why you are worried? You are going to become beneficiary, what.
[Pembesar suara dimatikan]*
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Lebih baik— Ahli-ahli Yang Berhormat, saya hendak ingatkan Peraturan Mesyuarat 36(1). Let’s go back to what we are discussing now. I have been giving dengan izin— balik. Silakan.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua, berhubung isu keanggotaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik membangkitkan berhubung keadilan kepada pihak majikan sekiranya pekerja yang telah dipecat ini masih boleh dikekalkan sebagai anggota kesatuan.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, tidak berbangkit soal ketidakadilan kepada majikan kerana pemecatan pekerja yang telah melanggar polisi syarikat atau yang telah disabitkan kesalahan masih kekal menjadi hak majikan.
Berhubung rasional meluaskan skop keanggotaan kesatuan kepada pekerja yang telah bersara dan diberhentikan kerja yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Sepang. Di bawah Standard Perburuhan Antarabangsa, anggota- anggota kesatuan yang telah bersara untuk diberhentikan berhak memilih sama ada untuk terus kekal sebagai anggota kesatuan sekerja.
Walau bagaimanapun, peluasan skop keanggotaan kesatuan sekerja ini adalah tertakluk kepada keputusan kesatuan itu sendiri. Ini adalah bertujuan untuk membolehkan anggota-anggota ini mendapat faedah yang layak dinikmati sebagaimana anggota kesatuan yang lain. Sebagai contoh, perlindungan insurans berkelompok dan khairat kematian.
Yang Berhormat Sik juga membangkitkan bagaimana Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja akan menguruskan dan mendapatkan data yang lengkap bagi keanggotaan kesatuan sekiranya terdapat seseorang pekerja menganggotai lebih dari satu kesatuan sekerja kerana kemungkinan terdapat data bertindih. Usaha menambah baik urusan pengumpulan data dan menggunakan sistem elektronik sedang diambil tindakan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Dengan penambahbaikan ini, adalah diharapkan data yang lebih tepat mengenai kesatuan sekerja termasuklah mengenai pegawai dan anggota kesatuan dapat dikumpul.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua, berhubung isu mogok yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar untuk mengeluarkan atau menolak nama-nama anggota yang telah meninggal dunia dari senarai mengundi bagi hal mogok. Proses pengundian bagi mendapatkan persetujuan anggota untuk menjalankan mogok adalah merujuk kepada anggota berhak sebagaimana dalam daftar keanggotaan yang diuruskan oleh kesatuan sekerja sendiri. Oleh itu, sekiranya data tersebut adalah data yang dikemas kini oleh kesatuan, sudah pastilah hanya mereka yang masih hidup dan merupakan anggota kesatuan yang diambil kira.
Yang Berhormat Ipoh Barat juga membangunkan isu berhubung mengurangkan nilai ambang (threshold) dengan izin, mogok supaya hanya 50 peratus anggota yang bersetuju untuk menjalankan mogok. Kementerian mengambil maklum bahawa mogok ataupun sekat masuk adalah merupakan salah satu hak yang dilindungi dalam Undang- undang Perburuhan. Melalui pindaan ini, syarat mogok telah dikurangkan, di mana formula baru dalam pengiraan undi sulit diperkenalkan iaitu keperluan kesatuan sekerja untuk memastikan 60 peratus, walaupun sebelum ini 7.5 peratus, kini 60 peratus anggota berhak mengundi dalam cadangan untuk mogok dan lebih suara, more than 50 percent ataupun daripada anggota yang mengandungi tersebut. Oleh yang demikian, pindaan ini telah mengambil kira nilai ambang (threshold) yang lebih rendah daripada peruntukan yang sedia ada.
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Yang Berhormat Menteri, pencelahan. Terima kasih.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan hanya ada empat minit, last bagi Yang Berhormat Kapar.
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Ya. Ya.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Saya juga ada satu soalan.
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Bilamana kita bercakap, membicarakan soal qualified untuk mogok ini di bawah seksyen 40, tetapi dalam masa yang sama kita mesti ada tempoh. Tempohnya ialah ketua pengarah mesti clarifykan bila dan waktunya dibenarkan atas silent ataupun tidak. Jadi ini perlu diadakan sebab ia akan memberikan ruang kepada kesatuan untuk siap-siaga dan juga majikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua.
Sebenarnya dalam ucapan perbahasan saya semalam, saya telah cadangkan kepada pihak kementerian supaya membatalkan seksyen-seksyen Jadual Keempat. Ini adalah sebab kalau kita baca, any reading of Jadual Keempat, memberi satu gambaran bahawa pemimpin-pemimpin dalam kesatuan sekerja akan menggugat Demokrasi Berparlimen di Malaysia ataupun juga akan gugat demokrasi di Malaysia. Saya fikir ini merupakan satu intimidasi kepada pemimpin yang sedia ada.
Oleh itu, saya cadangkan kepada pihak kerajaan supaya batalkan. Kita tidak ada condition seperti ini, peraturan seperti ini untuk majikan, hanya untuk pekerja. Mengapa kita takut kepada pekerja? Bila kita hendak tolong mereka, bila kita hendak meningkatkan membership dalam kesatuan sekerja, dari lima peratus ke 25 peratus. Jadi, saya cadang kepada pihak kerajaan supaya membatalkan ataupun kaji. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Isu yang sama Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Jadual Keempat. Saya pun ada mempersoalkan, ini ada perkataan yang mengelirukan. Macam mana satu kesatuan sekerja boleh didakwa di bawah Penal Code, seksyen 124 dan disabitkan? Konsep sabitan pada kesatuan sekerja (trade union) bagi saya tidak wujud di dalam Penal Code. Wujud di bawah Akta Kesatuan Sekerja betul, tetapi dalam Penal Code tidak ada. Penal Code kita tuduh individu, bukan kesatuan sekerja.
Jadi, saya sokong apa yang disebut oleh Yang Berhormat Klang. Kita masih ada masa, kita akan masuk ke Jawatankuasa, minta dikaji semula. You boleh kekalkan for
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
klausa, Menteri ada kuasa untuk masuk kesalahan-kesalahan undang-undang lain dari semasa ke semasa tetapi biar itu kosong dulu. Kalau kementerian bercadang masa depan hendak masukkan apa-apa kesalahan, pada masa itu boleh buat pindaan. Yang Berhormat Menteri boleh buat, tidak perlu rujuk kepada Parlimen. Terima kasih.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Seterusnya, memandangkan masa tidak mengizinkan. Isu-isu Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Klang dan Yang Berhormat Sungai Buloh telah membangkitkan rasional kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Keseksaan yang dimasukkan sebagai kesalahan yang membolehkan kesatuan dibatalkan pendaftarannya.
Pindaan ini menggambarkan seolah-olah kesatuan sekerja amat berbahaya kepada negara, sedangkan kesatuan sekerja itu adalah untuk membela para pekerja.
Pindaan kepada Akta 262 dengan kemasukan Jadual Keempat sebagai salah satu alasan pembatalan kesatuan adalah bertujuan untuk menunjukkan kesatuan sekerja tidak akan dibatalkan dengan begitu mudah melainkan kesalahan yang dilakukan adalah berat dan serius.
Kita lihat Yang Berhormat, walaupun ada kesalahan di bawah Akta Perusahaan, ada juga kesalahan-kesalahan yang dari segi penyelewengan wang dan sebagainya boleh juga dirujuk kepada Kanun Keseksaan. Maka kita lihat, kita sudah serah kuasa kepada ketua pengarah untuk membatalkan tetapi kita tidak mahu mana-mana ketua pengarah mengambil kesempatan menyalahgunakan kuasa ini. Maka kita ada check and balance di mana sekiranya kesilapan dari segi penyelewengan akan berlaku, mereka akan dihukum di mahkamah dulu sebelum ketua pengarah.
Walau bagaimanapun, cadangan daripada Yang Berhormat Sungai Buloh dan Yang Berhormat Klang akan diperhalusi dari segi pelaksanaan secara administratif.
Sekiranya perlu ataupun sepertimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Sungai Buloh, kita gunakan kuasa Yang Berhormat Menteri tanpa rujuk kepada Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya...
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Yang Berhormat Menteri, just the final point.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Ada 26 seconds saja lagi.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Okey, just one line. Chapter 6, chapter 6A and chapter 6B tidak merangkumi CBT dan kesalahan rasuah semua. Semua ini adalah berkaitan dengan seksyen 124 Penal Code, organized crime, terrorism, activities that are detrimental to Parliamentary Democracy. So, kita tidak faham macam mana semua ini ada kaitan dengan kesatuan sekerja.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Tuan Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan rasional, kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dimasukkan sebagai kesalahan yang membolehkan kesatuan dibatalkan pendaftarannya. Pindaan ini menggambarkan seolah- olah kesatuan sekerja amat berbahaya kepada negara, sedangkan kesatuan sekerja itu adalah untuk membela pekerja. Kesalahan-kesalahan yang dinyatakan di dalam Jadual Keempat adalah merujuk kepada kesalahan yang dinyatakan di bawah Kanun Keseksaan iaitu:
(i) Bahagian VI – kesalahan-kesalahan terhadap negara;
(ii) Bahagian VIA – kesalahan-kesalahan berkaitan dengan keganasan (terrorism); dan
(iii) Bahagian VIB – kesalahan-kesalahan jenayah terancang.
Ini adalah persediaan awal supaya kesatuan ini jangan menyalahgunakan kedudukan mereka sebagai kesatuan. Maka, segala cadangan yang telah pun...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
That’s a very unfair statement to make, very unfair and very unjust to make. Ini seolah-olah mengatakan kesatuan sekerja ada terrorist. This is not fair.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Saya minta Yang Berhormat Menteri withdraw the statement.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu rancangan awal. Kita tidak boleh jangka apa yang berlaku pada masa-masa akan datang.
Kita tidak boleh sebut apabila negara kita ada akta untuk menyekat terrorist, kita tidak boleh sebut ini dengan niat jahat untuk memberi gambaran seolah-olah warga Malaysia adalah penjenayah. Tidak, ini satu persiapan. Sekiranya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku, sebagai kerajaan prihatin, kita perlu kena ada ruang untuk semua.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Ini juga merupakan ugutan. Ugutan terhadap kesatuan sekerja.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua, manusia ini insan yang tidak boleh lari daripada kesilapan dan kesalahan. Maka tidak salah, kita bukan tuduh kesatuan sekerja sebagai terrorist tetapi kita ada...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, I think if you want to be fair, then you have to impose the same condition on the employer’s federation also. That’s fair. Are you going to impose it on ...?
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Saya mengambil maklum pandangan Yang Berhormat. Jadi, saya minta Yang Berhormat kekalkan kerajaan ini, saya akan menguatkuasakan cadangan Yang Berhormat pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Ini satu saya perlu ucapkan ribuan terima kasih, usaha yang telah pun dibangkitkan dan ini julung kali kedua-dua pihak setuju dengan satu akta yang akan membawa kebaikan kepada tenaga kerja. Sekian, terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 10** dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands)
Satu minit.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ini mengenai kebebasan untuk menubuhkan dan menganggotai Kesatuan Sekerja pilihan sendiri.
Yang Berhormat, ini saya ada bangkitkan dalam perbahasan saya. Ini adalah mengenai cleaners dan security guards di mana saya difahamkan mereka telah memohon untuk mendaftarkan persatuan mereka tetapi tidak ada lagi apa-apa berita. Itu nombor satu.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Nombor dua, mereka sekarang hanya dibayar gaji RM1,200 walhal Yang Berhormat Menteri telah mengisytiharkan kepada seluruh negara bahawa, gaji minimum dinaikkan daripada RM1,200 ke RM1,500- walhal mereka bekerja sebagai part-time atau full-time dengan kerajaan- kontrak-kontrak kerajaan. Kenapa ini terjadi? Itu satu soalan yang saya perlu jawapan. Terima kasih.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tuan Pengerusi, seperti mana saya sebut kedudukan mereka masih sama sebagai gig economy, tetapi kerajaan sedang meneliti untuk menetapkan akta-akta baharu untuk mempertahankan hak mereka. Sama seperti mana saya sebut, kita dalam proses untuk mempertahankan ataupun memperkenalkan gig economy sebagai satu sektor. Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Gaji mereka?
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Apabila kita selaraskan, maka semua majikan perlu mengikut gaji minimum RM1,500.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Bukan, Yang Berhormat. Saya hairan kerana bila kita menerajui kerajaan, I think we must be fair to these B40 workers. Saya ingat lebih kurang ada 100 ribu orang di seluruh negara. Bila kita menerajui kerajaan, kita mengagihkan wang kenaikan gaji itu, dan bagi itu kepada kontraktor. Kenapakah ia tidak dibuat- first time dalam sejarah negara ini? Tahun ini sahaja tidak dibuat.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tuan Pengerusi, apabila sebut gaji minimum, kita telah setuju daripada segi dasar, gaji minimum serentak untuk semua tenaga kerja cuma kita bagi kelonggaran kepada syarikat-syarikat yang mempunyai kurang daripada lima orang pekerja yang akan mengamalkan dan menguatkuasakan pada 1 Januari.
Selain daripada itu, yang lain semua perlu ikut 1 Mei sebagai gaji minimum RM1,500. Yang Berhormat, sekiranya ada aduan, kita lihat Jabatan Tenaga Kerja ini sedang mengambil tindakan. Kita terima beberapa aduan di mana ada juga majikan saya setuju, ada juga majikan yang belum menguatkuasakan gaji minimum. Kita sedang ambil tindakan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Sedikit penerangan. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa, kalau kurang dari lima orang pekerja dia tidak perlu mengikut gaji minimum yang telah dinaikkan, pekerja hanya dibayar RM1,200. Akan tetapi kalau ada lebih daripada lima orang pekerja, dia patut mengakuri, dan patut membayar RM1,500.
Oleh sebab di kawasan Ipoh dan sebagainya, di seluruh Perak saya nampak, Yang Berhormat boleh pergi ke sekolah-sekolah dan klinik-klinik- there are cleaners and security guards semua dibayar RM1,200 sahaja- EPF, SOCSO semua menunjukkan sedemikian. Boleh Yang Berhormat membuat penyiasatan di kawasan Yang Berhormat sendiri.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tuan Pengerusi, saya tidak perlu buat siasatan. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat adalah benar sebab, saya sendiri telah menerima aduan daripada pekerja-pekerja di sekolah menyatakan majikan masih membayar gaji minimum RM1,200 mengikut kontrak sebelum ini. Ada juga aduan-aduan yang telah pun disampaikan kepada JTKM yang sedang mengambil tindakan.
Pada masa yang sama, Yang Berhormat Menteri Kewangan- apabila saya berjumpa sebagai Menteri Sumber Manusia, saya perlu membela nasib kedua-dua belah pihak. Apabila saya berjumpa dengan pihak majikan, ada juga majikan-majikan menyatakan, kontrak yang mereka dapat mengikut bayaran lama. Apabila mereka menggunakan kontrak lama gaji minimum RM1,200. Sekiranya mereka menambah mungkin mereka menghadapi kerugian tetapi Yang Berhormat Menteri Kewangan telah bersetuju untuk selaraskan.
Walau bagaimanapun, ini bukan boleh dijadikan alasan untuk bayar gaji RM1,500 seperti mana saya sebut- gaji RM1,500 hanya diberi kelonggaran kepada mereka yang ada pekerja kurang daripada lima orang- itu pun hanya sehingga 1 Januari. Selain
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
daripada itu saya setuju Yang Berhormat, tidak ada alasan. Semua kena bayar gaji RM1,500, dan mana-mana yang tidak dapat apabila ada aduan, kita ambil tindakan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat, lagi sekali...
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
[Bangun]
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Apabila Yang Berhormat sudah ada aduan, cakap dengan mereka Yang Berhormat merupakan mantan Menteri Sumber Manusia suruh serahkan kepada saya.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya tidak janji kepada mereka untuk membawa perkara itu di Parlimen, bila saya dapat jawapan. Oleh sebab jawapan Yang Berhormat Menteri tidak berapa clear kerana kerajaan bila menaikkan gaji minimum dari RM1,200 ke RM1,500 itu, RM300 itu tidak dibayar oleh majikan tetapi sebenarnya kerajaan akan mengagihkan wang itu kepada kontraktor-kontraktor tersebut. Kita buat sedemikian dalam dua tahun yang kita terajui kerajaan. Jadi soalan saya, kenapakah sekarang tidak dibuat?
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Yang Berhormat Menteri...
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tuan Pengerusi, saya, saya...
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands)
Last, last question.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tuan Pengerusi, saya harap Tuan Pengerusi faham kenapa saya kurang pasti kenapa Yang Berhormat Ipoh Barat tidak jelas. Mungkin tidak jelas sebab aduan kepada Yang Berhormat. Suruh serahkan kepada saya. Saya cukup jelas. Kita tidak akan kompromi dengan gaji minimum RM1,500 untuk mana-mana syarikat full stop. Sama ada kontrak lama atau kontrak baru itu bukan alasan dan sekiranya ada aduan, kita ambil tindakan.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Akan tetapi Tuan Pengerusi, ini isu penting.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ada wang itu diagihkan oleh kerajaan atau tidak, yes or no?
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands)
Yang Berhormat Ipoh Barat, saya rasa tidak perlu diulang-ulang.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
MOF sedang melaraskan.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands)
Yang Berhormat Menteri sudah menjawab sekarang...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
[Ketawa] Sudah empat bulan menyelaraskan. Kita- semasa sebelum announcement, kita sudah mengagihkan wang tersebut.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands)
Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 37(2), duduk ya.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Ya, satu ayat sahaja Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands)
Yang Berhormat Sungai Buloh, please.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Isu ini penting sebab majikan ini bukan majikan sendirian berhad, I mean dia syarikat sendirian berhad, dia yang menggaji cleaners dan security guards tetapi siapa yang buat kontrak dengan majikan ini ialah kerajaan. Akhirnya tanggungjawab kerajaan untuk selesai ini. Kerajaan yang buat dasar minimum wage RM1,500 tetapi kerajaan sendiri yang benarkan majikan-majikan ini langgar dasar kerajaan. Macam mana, apakah tanggungjawab kementerian?
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tuan Pengerusi, yang pertama I setuju dengan Yang Berhormat Sungai Buloh dan Yang Berhormat Ipoh Barat, memang pernah berlaku masih ada majikan yang tidak ikut peraturan- bayar gaji minimum RM1,500.
Kedua, kita tidak kompromi dengan gaji minimum RM1,500. Ketiga, apabila ada aduan Tuan Pengerusi, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia mengambil tindakan terhadap mana-mana majikan tanpa melihat kedudukan mereka. Keempat, pemantauan yang lebih jelas akan dilaksanakan dalam masa terdekat apabila kita melaksanakan e-Wages. Kini Tuan Pengerusi, kita tidak ada sebarang pemantauan berapa gaji pekerja terima sebab we are not monitoring the salary system.
Maka apabila kerajaan menguatkuasakan e-Wages, di mana Kementerian Sumber Manusia akan memantau pembayaran gaji kepada 15.7 juta tenaga kerja, termasuk pekerja asing, barulah kita tahu berapa gaji dimasukkan- yang dibayar kepada pekerja, sebelum 7 hari bulan. Ini merupakan langkah-langkah way forward kita untuk mempertingkatkan tindakan terhadap majikan-majikan yang cuai. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands)
Okey, sudah.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat, saya khuatir terhadap- kita, semua tahu...
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands)
Yang Berhormat Ipoh Barat.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Jangan khuatir...
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands)
The same question- berulang-ulang.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat, Yang Berhormat kerana pekerja-pekerja ini dia tidak berani untuk..
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands)
Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Ipoh Barat. The same question has been...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands)
Saya faham. Saya faham, dan saya mendengar. So, I am evoking the Peraturan Mesyuarat 37(2), duduk.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat..
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands)
Saya bagi laluan last ya, Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih. Yang Berhormat, merata-rata tempat pekerja-pekerja ini tidak berani melaporkan. You must understand, dia B40 dia takut kepada majikan. Saya ada nampak ada orang 25 tahun bekerja sebagai cleaner...
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Yang Berhormat Ipoh Barat, I’ve got your point.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
So, you have to investigate.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
I’ve got your point. I setuju dengan pendirian you. Yes, ada juga pekerja-pekerja B40 tidak berani buat aduan, itu yang saya sebut dengan jelas apabila kita menguatkuasakan e-Wages, mereka tidak perlu buat aduan, we will monitor. Berapa banyak gaji masuk, berapa amount masuk, bila dimasukkan dan aliran tunai di negara kita keluaran...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Itu future, itu future, Yang Berhormat.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Lagi dua bulan selepas pilihan raya.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Sekarang gaji empat bulan tidak ada bayar.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
No, I ada plan selepas kita orang menang.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tidak ada dibayar.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)
Yang Berhormat, I think benda itu telah berulang-ulang. The same question. Yang Berhormat Menteri has answered. So, we move on. Okey? Dengan izin.
[****Fasal-fasal 1 hingga 10** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]
Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tuan Pengerusi, pindaan pada fasal 11 rang undang-undang untuk memperuntukkan bahawa anggota kesatuan sekerja dalam kalangan pekerja yang telah dibuang kerja ditamatkan, diberhentikan atau bersara tidak berhak untuk mengundi dalam perkara mogok dan semua perkara yang berhubungan dengannya. Dengan pindaan ini, hanya anggota yang masih merupakan seorang pekerja mempunyai hak untuk mengundi dalam perkara mogok dan semua perkara yang dibangunkan dengannya bagi memelihara keharmonian perusahaan.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)
Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia yang telah dibentang sekarang dibuka untuk dibahaskan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)
Okey, silakan, Yang Berhormat Sungai Buloh.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Dalam perubahan yang dicadangkan...
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)
Yang Berhormat Ipoh Barat, I’m giving leeway to Yang Berhormat Sungai Buloh first. You sit down.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Ipoh Barat boleh lepas sayalah.
Okey, pindaan yang dicadangkan sangat merunsingkan, sangat merisaukan sebab pendirian yang diambil di dalam RUU asal telah ditukar 180 degree, total reversal completely, ataupun 360 degree. Okey, apakah pendirian dalam RUU asal dalam isu ini?
I mean RUU pindaanlah yang didapati di klausa 11. Mari kita teliti klausa 11.
Di dalam RUU asal itu, ini adalah berkaitan dengan kedudukan pekerja-pekerja yang ditamatkan atau discharged— discharged pun lebih kurang penamatan— retrenched, dengan izin, or retired. Dan peruntukan yang asal yang sekarang di-reversed, I nak tahu, kenapa you reversing?
Maybe retain as a member, I mean pekerja, who has been— dengan izin, saya baca dalam bahasa Inggeris. “Any workmen who has been dismissed, discharged,
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
retrenched or has retired may be retained as a member of the trade union subject to the rule of the trade union.” Itu selaras dengan semangat pindaan RUU ini. Sebab, kalau kita teliti RUU pindaan ini, sekarang diberi keutamaan kepada perlembagaan kesatuan sekerja. Apa mereka tulis dalam perlembagaan mereka. Ini penting sebab, Tuan Pengerusi, dalam konteks menyusun satu kesatuan sekerja, menjalankan aktiviti kesatuan sekerja, mewakili pekerja, runding dengan majikan dan sebagainya, ia adalah pengalaman biasa majikan akan ugut. Ada kes-kes— banyak kes. Many cases in industrial court, dengan izin, victimization of trade union officials or members, shop stewards, sehingga dipecat. Ini dianggap sebagai kesalahan atau perlanggaran yang serius sebab ini mengganggu perjalanan trade union itu. Jadi sebab itu, mereka dikekalkan sebagai members sementara mereka pergi ke mahkamah dan cuba dapat remedy mereka dan sebagainya.
Tiba-tiba, sekarang Yang Berhormat Menteri cadangkan dia tidak boleh— saya bacakan sekali lagi yang pindaan sekarang dalam bahasa Inggeris. “A member of a trade union from amongst the workmen who has been dismissed, discharged, retrenched or has retired shall not be entitled to vote on strikes and all matters relation thereto”. Kita rampas hak dia sebab dia telah dipecat oleh majikan. Macam mana dengan kes-kes di mana pekerja itu dipecat disebabkan dia terlibat dalam penyusunan suatu mogok? Dipecat. Dia sudah rujuk kes dia ke mahkamah perusahaan tapi tidak ada hak lagi untuk undi lagi.
Ini yang kita tanya. Kenapa pendirian yang asal itu yang bagus di mana ada pengiktirafan hak ini perlu dilindungi, terpulang kepada union tulis di dalam perlembagaan, sekarang kita batalkan? Who has influenced the kementerian to change this? We would like to know. When your original blue version has got the right principle version, siapa yang datang dan jumpa siapa untuk ubah?
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)
Yang Berhormat, please gulung.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Ya. So, inilah bantahan saya. Saya minta jangan cemarkanlah satu RUU yang bagus. Jangan cemarkan. Tak perlu. You are spoiling it now. So, let’s cook the soup so that it tastes good finally. Don’t put too much salt now and too much pepper and all that. Ini salah. This contradicts what the kementerian is trying to do.
Jadi, saya minta mungkin— I tak tahu motif. Macam saya sebut, siapa yang datang lobi untuk tukar ini? Daripada segi prinsip, ia reverse, dengan izin, the good position that was there, dengan izin, di klausa 11 yang asal. Jadi, saya minta ini kalau boleh Yang Berhormat Menteri pertimbangkan. Mungkin kita akan tangguh untuk makan tengah hari dalam setengah jam. Ada masa, kita bincang dengan kementerian, pegawai- pegawai lain dan...
[Disampuk] Saya open. Hantar ke select committee, no problem. Sebab, bubar next week, rang undang-undang ini akan jadi sia-sia anyway. Might as well refer to select committee, right? So, refer-lah, no problem. But please, if you cannot refer, tarik balik inilah. Kekalkan your own suggestion dalam blue copy. Don’t take us backward.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)
Okey, Yang Berhormat Menteri jawab.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tuan Pengerusi, kebetulannya kementerian tak pernah buat unilateral decision. Keputusan ini telah pun dibuat kerana ada juga input-input daripada engagement dengan stakeholders daripada pelbagai sektor.
Pindaan ini bertujuan menyelaraskan bahawa hanya anggota yang masih merupakan pekerja mempunyai hak untuk mengundi dalam perkara mogok. Pindaan adalah untuk menjaga keharmonian perusahaan. Pindaan ini juga selaras dengan tafsiran
Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
mogok di bawah seksyen 2 Akta Kesatuan Sekerja yang mana pihak-pihak berkaitan mogok, party to the strike adalah pekerja dan majikan.
Tuan Pengerusi, mogok adalah merupakan pertikaian perusahaan dan sepatutnya hak untuk mogok hanya diberi kepada anggota yang masih merupakan sebagai pekerja.
Maka, saya akan ambil kira pandangan daripada Yang Berhormat. Biar kementerian meneliti daripada segi relevan. Sekiranya perlu, kita daripada semasa ke semasa akan buat perubahan ini. Perubahan ini pun berlaku setelah kita menunggu bertahun-tahun. So, sekiranya ada kecacatan, saya bagi jaminan kita akan ratifikasikan keseluruhan.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan.
[Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [****Fasal 11** sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [****Fasal 12 hingga 16** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]
Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Rang undang- undang dipinda dengan menomborkan semula fasal 17 hingga 35 yang sedia ada dalam rang undang-undang masing-masing sebagai fasal 18 hingga 36 berbangkit daripada kemasukan fasal baharu 17 ke dalam undang-undang. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)
Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia yang telah dibentang sekarang dibuka untuk dibahas.
[Tiada Perbahasan]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan.
[Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [****Fasal-fasal 17 hingga 35** sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]
Fasal 17 baharu - Pindaan] – Datuk Seri Saravanan a/l Muruga
Tuan Pengerusi, rang undang-undang dipinda dengan memasukkan fasal 17 baharu ke dalam rang undang-undang untuk meminda subseksyen 34(2) Akta Kesatuan Sekerja 1959 ataupun Akta 262 untuk memperuntukkan bahawa Ketua Pengarah hendaklah menolak untuk mendaftarkan
Fasal 17 baharu - Pindaan] – Datuk Seri Saravanan a/l Muruga
pertukaran nama sesuatu kesatuan sekerja jika pada pendapat Ketua Pengarah nama yang dicadangkan itu akan menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara ras, agama dan kerakyatan yang berlainan.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)
Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia yang telah dibentang sekarang dibuka untuk dibahaskan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya hendak tambah sedikit. Kerap kali apabila.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)
Satu minit, one minute, please.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kerap kali apabila ada jawapan daripada mana-mana kementerian. Dia akan bagi jawapan satu sentence sahaja. Ditolak atau diterima. Saya harap dalam kes-kes macam ini, ada memberi senaraikan kenapa ia ditolak supaya pihak yang memohon tahu dan kalau dia hendak bawa ke mahkamah, dia tahu dia punya tanggungjawab dia punya asas membawa perkara itu.
Saya telah beritahu semasa kita menerajui kerajaan, saya ada bagi tahu kepada pegawai-pegawai, bahawa kalau kamu hendak menolak apa-apa permohonan, it’s okey tetapi bagi alasan dengan sedalam-dalamnya supaya pemohon dapat tahu. Dia boleh rasa sedikit satisfied, apakah keputusan itu betul atau tidak.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tuan Pengerusi, saya beri jaminan perkara ini akan dilakukan secara administrative sebab isu ini memang betul ramai apabila permohonan mereka ditolak. Hanya satu perkataan dukacita ditolak. Ini perlu diperbetulkan.
Mereka yang telah terima perlu tahu kenapa, apakah sebab supaya mereka tidak mengulang kesilapan yang sama. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)
Okey. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan.
[Pindaan dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [****Fasal 17 baharu** sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada undang-undang] [****Fasal-fasal 18 hingga 36** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia (Datuk Haji Awang bin Hashim) dan diluluskan]
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu satu rang undang- undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yakni Akta 127 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Akta Kualiti Alam Sekeliling yakni Akta 127 merupakan suatu akta yang digubal untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran, membaiki alam sekeliling dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.
Sejak kebelakangan ini, kita sering berhadapan dengan isu pencemaran seperti pembuangan sisa kimia ke dalam sungai, pelepasan asap kilang tanpa kawalan sewajarnya, pencerobohan hutan secara berleluasa, pembakaran terbuka, pembangunan yang tidak terkawal dan lain-lain.
Secara langsung, keadaan ini memberi kesan buruk kepada alam sekitar seperti pencemaran sumber air, pencemaran udara, peningkatan suhu bumi, banjir kilat, tanah runtuh, kepupusan flora dan fauna serta perubahan cuaca yang tidak menentu.
Akibat kerosakan yang berlaku dan bencana alam ini, kerajaan terpaksa memperuntukkan jutaan ringgit untuk membaik pulih infrastruktur, memulihara ekosistem alam sekitar, menampung kos perubatan, menyediakan tempat tinggal untuk rakyat dan menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan.
Oleh itu hukuman lebih berat dan setimpal perlu dikenakan terhadap penjenayah alam sekitar kerana pencemaran ini telah menjejaskan ekosistem alam sekitar. Memberi impak yang negatif kepada kualiti kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022 yang dicadangkan ini adalah bagi meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yakni Akta 127 yang digubal pada tahun 1974 dan telah melalui enam kali fasa pindaan.
Namun pindaan sebelum ini hanya melibatkan tatacara penguatkuasaan dan peningkatan denda kepada RM500,000 bagi kesalahan pembakaran terbuka, pencemaran minyak dan buangan di perairan Malaysia, termasuk juga pelupusan haram buangan terjadual dan kesalahan tidak patuh syarat kelulusan laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA).
Pada pindaan pada kali ini yakni pindaan tahun 2022 memberi keutamaan kepada hukuman, denda dan penalti melalui kewujudan denda minimum dan maksimum, jika disabitkan kesalahan di bawah akta ini.
Selain itu jumlah denda sedia ada akan dinaikkan sehingga RM10 juta, khususnya bagi kesalahan-kesalahan yang melibatkan pencemaran air, pelepasan minyak, pelepasan buangan di perairan Malaysia serta pelupusan haram buangan terjadual.
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mengandungi 30 fasal yang melibatkan 28 seksyen di bawah Akta 127. Antara perkara penting dalam pindaan ini ialah nilai kompaun. Jumlah kompaun dinaikkan daripada RM2,000 sebelum ini, kepada tidak melebihi 50 peratus daripada jumlah penalti maksimum yang diperuntukkan bagi setiap kesalahan. Buat masa ini terdapat 12 peraturan dan satu kesalahan di bawah seksyen 29A yang boleh dikenakan kompaun.
Kedua, penalti minimum dan maksimum. Akta sedia ada tidak menetapkan penalti minimum. Penalti bagi setiap kesalahan akan dipinda dengan mewujudkan denda minimum tidak kurang daripada RM5,000 dan denda maksimum tidak lebih tinggi yakni tidak melebihi RM10 juta melibatkan kesalahan pencemaran air, pelepasan minyak,
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
pelepasan buangan ke dalam perairan Malaysia dan penempatan serta peletakan buangan terjadual.
Cadangan penalti ini dengan mengambil kira kos pembersihan yang tinggi apabila berlakunya pencemaran melibatkan perkara-perkara ini. Sebagai contoh, insiden pencemaran Sungai Kim Kim pada Mac 2019 melibatkan kos pembersihan sungai dan pelupusan buangan terjadual sebanyak RM6.4 juta.
Selain daripada itu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah membelanjakan RM10 juta sepanjang tahun 2016 hingga tahun 2020 bagi menjalankan aktiviti pembersihan sungai akibat pencemaran.
Pencemaran alam sekitar ini hanya mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat, bahkan ia turut mengganggu gugat kelangsungan aktiviti ekonomi negara.
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Ketiga, hukuman penjara mandatori. Mewujudkan hukuman penjara mandatori tidak lebih lima tahun bagi kesalahan pelupusan haram buangan terjadual, pencemaran air, pematuhan keperluan laporan EIA. Akta sedia ada tidak menetapkan hukuman penjara mandatori. Pindaan ini penting bagi membolehkan hukuman yang lebih tegas dikenakan kepada pesalah dan penjenayah alam sekitar.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat sekalian, secara keseluruhannya pindaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 [Akta 127] melibatkan elemen kompaun, penalti, peruntukan denda minimum dan maksimum supaya tindakan yang lebih tegas dapat diambil ke atas pelaku dan pesalah yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Oleh itu, pindaan Akta 127 ini bertujuan membolehkan hukuman lebih tinggi dikenakan kepada pesalah supaya menjadi pengajaran agar pencemaran seumpama ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, akhir kata kelulusan bagi rang undang-undang ini amat penting dan ia dinanti-nantikan oleh semua pihak sama ada rakyat Malaysia ataupun kita semua dalam Dewan yang mulia ini. Mudah-mudahan kita semua dapat sepakat untuk meluluskan pindaan Akta 127 ini, sebaik-baiknya sebulat suara.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.
Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Ada sesiapa Yang Berhormat menyokong?
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim
Saya menyokong.
Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya mulakan perbahasan saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat kepada perkara Peraturan Mesyuarat 36(1) iaitu please perceive dan conceive atas apa yang rang undang-undang yang hendak dibahaskan. Jika tidak diikuti, saya tidak teragak-agak untuk invoke Peraturan Mesyuarat 37(2). Sebelum itu, saya akan membacakan senarai setiap orang akan diberi masa lebih kurang 10 minit tetapi ada leeway dalam keadaan tertentu.
Kita akan memulakan sebentar lagi dengan Yang Berhormat Bakri, kemudian Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Padang Serai dan Yang Berhormat Kangar.
Walau bagaimanapun mungkin ada variation dalam masa-masa yang tertentu berpandu dengan atas permohonan yang diluluskan oleh Pengerusi. Kita mulakan dengan Yang Berhormat Bakri, dipersilakan.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana izinkan saya untuk berdiri membahaskan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling, Akta 1974. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali Bakri ingin merekodkan rasa kecewa bahawa pindaan yang dibawa oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).
Hal ini sebab sudah dua tahun Bakri tanya tentang pindaan akta ini tetapi apabila saya baca pindaan yang dinanti-nantikan hanya ada pindaan atas hukuman denda, penjara dan kompaun sahaja dan tidak ada pindaan yang komprehensif yang kita harapkan, yang kita bahaskan dan kita tunggu-tunggukan. Jika hanya pindaan mudah ini kenapa kita perlu mengambil masa dua tahun untuk pembentangan. Apakah bottleneck yang dihadapi oleh kementerian?
Tambahan lagi kita memang tahu bahawa sudah ada banyak cadangan untuk pindaan mudah yang terdapat, yang termaktub dalam laporan yang telah pun dibentangkan kepada kementerian. Saya bagi satu contoh cukup. Contoh ini selepas insiden Sungai Kim Kim, Akademi Sains Malaysia telah pun membentangkan laporan mereka yang bertajuk ‘Lessons From Sungai Kim Kim, Pasir Gudang’. Salah satu cadangan berkenaan dengan AKAS ialah untuk mengubah tafsiran benda berbahaya kepada alam sekeliling ataupun lebih dikenali sebagai environmentally hazardous substances. Ini adalah pindaan yang sangat mudah. Hanya pinda tafsiran sahaja kepada bukan sahaja mengikut senarai bahan kimia yang termaktub dalam perjanjian alam sekitar antarabangsa seperti Rotterdam Convention, Stockholm Convention dan Minamata Convention tetapi juga sifat intrinsic bahan tersebut seperti kebolehletupan, kemudahbakaran, keupayaan untuk mengoksida, kehakisan, ketoksikan ataupun apabila terkena air mudah terbakar, mudah toksik dan berbahaya ke lapisan ozon, bioakumulasi dalam persekitaran dan sebagainya.
Ini adalah sangat mudah. Pindaan seperti ini yang sepatutnya kalau tidak ada masa untuk pindaan komprehensif, pindaan mudah seperti pindaan tafsiran, pindaan seperti— perlulah dibawa bersama. Oleh itu, saya sangat kecewa tetapi saya pun tahu bahawa mungkin ada apa-apa halangan yang dihadapi oleh kementerian yang saya ingin tahu apakah halangan itu.
Banyak lagi contoh yang saya boleh bagi. So, untuk pindaan yang seterusnya saya berharap bahawa kita tidak payah tunggu terlalu lama dan juga bahawa kementerian boleh merujuk balik cadangan-cadangan dalam laporan-laporan yang kita ada. Jangan biarkan laporan ini setakat dokumen sahaja dalam kementerian dan berdebu.
Bakri juga ingin menggesa kementerian untuk membawa satu pindaan yang lebih komprehensif, yang boleh memasukkan elemen perubahan iklim, memasukkan elemen sustainability, circular economy dengan izin, unsur bukan punitive. Sekarang kita sedang bincang tentang punishment, tentang hukuman. Akan tetapi sekarang dalam environmental law, the trend adalah ada satu anjakan paradigma di mana kita move bukan sahaja punitive dan reaktif tetapi pencegahan, kesedaran, latihan dan sebagainya. Saya sedia untuk memberi input kepada kementerian apabila diperlukan.
Daripada segi pindaan hukuman, Bakri juga ingin tahu apakah jumlah penguatkuasaan AKAS pada tahun 2021 dan untuk dua suku yang pertama tahun 2022.
Ini adalah kerana walaupun kita ada perundangan yang ketat, yang berat tetapi kalau tidak ada penguatkuasaan yang efektif, maka hukuman ini setakat hiasan juga.
Tuan Yang di-Pertua, Bakri juga ingin memberi beberapa cadangan kepada KASA untuk menambah baik kawal selia alam sekitar dengan menggunakan sepenuhnya peruntukan-peruntukan yang sedia ada. Walaupun tidak sempurna, walaupun ada banyak pindaan yang saya harapkan tidak ada pinda tetapi dengan yang sedia ada kita boleh membuat sesuatu untuk menambah baik kawal selia alam sekitar.
Pertama, menggunakan kuasa Menteri untuk membuat peraturan di bawah seksyen 51(1)(u) secara spesifik bagi melarang atau mengawal pengilangan, penstoran, pengangkutan atau pemakaian atau penggunaan, pengeluaran, pelepasan, atau
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
peletakan ke dalam alam sekitar apa-apa benda berbahaya kepada alam sekeliling.
Menteri boleh menggunakan seksyen ini untuk mewajibkan pendaftaran ke MyEHS. Ini adalah sangat penting supaya kita ada pangkalan data, bahan-bahan berbahaya yang sempurna di Malaysia.
Ini adalah selaras dengan cadangan-cadangan yang saya telah pun bentangkan dan telah pun bangkitkan banyak kali tentang chemical governance act. Kalau kita tidak boleh akta ini, kalau kita boleh guna seksyen ini pun boleh kita mengawal selia bahan- bahan kimia terutamanya penstoran dan pengangkutan mereka. Kalau kita boleh membuat demikian dengan ada pangkalan data bahan-bahan kimia berbahaya, maka semasa kita menyiasat, semasa kita membawa bukti kepada mahkamah kita boleh ada satu track record yang baik dan sempurna. Ini akan meningkatkan penguasaan dan pendakwaan kepada mahkamah.
Oleh itu, saya berharap Menteri boleh mengambil pertimbangan ini kerana sekarang MyEHS adalah dalam voluntary basis sahaja. Kalau boleh Menteri boleh gunakan kuasa di bawah peraturan 51(1)(u) untuk menjadikan ia satu mandatori kepada semua yang melibatkan diri dalam environmentally hazardous substance (EHS). Dengan data ini juga, saya ingin mencadangkan kementerian untuk menggunakan seksyen 36B, di mana Menteri selepas berunding dengan Majlis boleh mengehendaki mana-mana orang yang terlibat dalam penghasilan, pergerakan pukal, pengagihan atau penstoran benda berbahaya kepada alam sekeliling untuk mencarumkan ke dalam Kumpulan Wang Alam Sekeliling pada kadar yang dinyatakan.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Ini adalah sangat penting untuk meningkatkan hasil kumpulan wang alam sekeliling tersebut untuk diperuntukkan sebab di bawah peruntukan 36E, kita boleh menggunakan kumpulan wang alam sekeliling untuk menjalankan, menggalakkan, menyelaraskan penyelidikan perhubungan dengan apa-apa aspek pencemaran ataupun pencegahan.
Kedua, kita boleh menggunakan wang ini juga untuk memulihkan ruangan atau membersihkan, melupuskan atau mengurangkan pencemaran.
Ketiga, kita pun boleh menggunakan duit ini untuk mencegah ataupun memerangi kejadian seperti tumpahan minyak, pelepasan benda berbahaya kepada alam sekeliling ataupun menggalakkan langkah-langkah pemuliharaan terhadap apa-apa kerosakan kepada alam sekitar.
Tuan Yang di-Pertua, Bakri juga sangat kecewa apabila saya tengok pindaan untuk seksyen 34A yang berkenaan dengan laporan kesan kepada alam sekeliling iaitu Environmental Impact Assessment (EIA). Ia yang merangkumi, sebab pindaan ini hanya merangkumi hukuman sahaja. Sedangkan proses EIA perlu diperbaiki. Saya sangat kesal sebab ini saya hendak- sepatutnya saya hendak meminda peruntukan ini tetapi saya tunggu untuk satu lebih komprehensif pindaan yang lebih komprehensif selepas itu langkah Sheraton happened. So, saya cadangkan kalau boleh, sebagai contoh ya, saya bagi satu contoh apakah kekurangan yang dalam peruntukan ini. Sekarang, pemaju projek yang membayar perunding swasta untuk menghasilkan laporan EIA untuk pertimbangan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Oleh itu hampir semua jika bukan semua laporan EIA.
Kalau kita baca hari ini, semua kata projek itu feasible kerana apa? Oleh kerana perunding akan memberi pandangan yang memihak kepada siapa yang membayar mereka iaitu pemaju swasta. Oleh itu adalah sangat penting di mana JAS lah yang bayar.
Mereka yang menilai impak kesan alam sekeliling dan bukannya pemaju yang membayar.
Sebagai stopgap measure, walaupun kita tidak boleh tukar proses ataupun apa tetapi kita boleh tukar, Menteri pun boleh lagi membuat peraturan di bawah seksyen 51A. Oleh itu, saya cadangkan sebagai stopgap measure, walaupun kita hari ini tidak boleh membawa pindaan untuk tukar proses.
Kementerian juga boleh menggunakan seksyen 51A untuk mewajibkan pemaju- pemaju projek yang memerlukan kelulusan EIA untuk membuat satu bayaran yang mencukupi kepada JAS untuk meneliti laporan EIA mereka dan memberi kelulusan ataupun halangan terhadap aktiviti yang ditetapkan. Bayaran ini boleh digunakan untuk
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
membayar perunding bebas ataupun meningkatkan kakitangan di JAS. Memang saya tahu JAS kekurangan kakitangan.
Oleh itu, bagaimana kita boleh meningkatkan hasil kita adalah dari segi, kalau kita boleh gunakan seksyen 51A, maka kita boleh menggunakan duit bayaran daripada pemaju yang hendak kelulusan daripada JAS untuk menilai laporan mereka. Dengan ini kita bukan sahaja boleh menilai dengan lebih komprehensif, kita juga ada sumber yang sama rata dengan pihak swasta supaya there’s no disproportionate resources antara kerajaan dan swasta. Swasta sentiasa perunding- di swasta akan kata apa-apa laporan dengan tebal, kita tidak ada masa untuk menilai dan sebagainya. Ini adalah kekangan kita.
Saya memang tahu dan saya berharap bahawa kita boleh, Menteri juga boleh menimbang cadangan saya.
Di samping itu, Bakri juga ingin menyeru kementerian untuk menukar garis panduan supaya...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Bakri, gulung.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Ya, last one. Ya. Supaya menjadikan Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA) boleh diakses oleh orang ramai termasuk NGO-NGO alam sekitar, pihak-pihak berkepentingan, wakil rakyat dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, yang ter last. Saya tidak masalah untuk meningkatkan denda. Akan tetapi saya khuatir untuk pindaan seksyen 45, mengkompaun kesalahan. Ini adalah kerana ia telah dipinda cadangan pindaan ialah di mana kesalahan yang boleh dikompaun dengan- yang ini adalah kompaunnya.
Maksimum kompaun yang boleh dikenakan kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan akta ini suatu jumlah yang tidak melebihi 50 peratus daripada denda maksimum oleh orang itu boleh dikenakan jika dia telah disabitkan atas kesalahan ini. Ini maksudnya bahawa kementerian boleh mengenakan kompaun maksimum RM5 juta kepada mereka yang disyaki salah. Memang kita tahu bahawa prosedur untuk kompaun lebih senang daripada prosedur untuk mahkamah.
Oleh itu saya hendak tanya satu, apakah contoh akta-akta lain yang kementerian boleh bagi, di mana kompaun boleh dibuat sebanyak RM5 juta. Contoh akta-akta yang lain.
Kedua, adalah apakah mekanisme yang akan diambil oleh kementerian supaya untuk memastikan kompaun RM5 juta ini tidak akan disalah guna kuasa oleh pihak penguat kuasa. RM5 juta satu angka yang sangat tinggi dan kalau kompaun sahaja kita boleh buat, maka kita perlu ada mekanisme untuk memastikan tidak ada salah guna kuasa. Itu sahaja yang saya hendak bangkitkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Dipersilakan Yang Berhormat Kemaman.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama membahas Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022 pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya menyambut baik pindaan akta ini yang memberi keutamaan untuk meningkatkan hukuman, denda dan penalti yang setimpalnya bagi penjenayah alam sekitar. Dengan pindaan yang dibuat ini, bagi mengukuhkan hukuman yang sedia ada, saya yakin sudah tentu menimbulkan kegerunan dan juga ketakutan kepada mana-mana pihak, terutama pihak industri yang melakukan jenayah yang melibatkan alam sekitar pada hari ini.
Pindaan akta ini amat wajar dilaksanakan bagi menampung kelompangan akta yang sedia ada selain daripada dengan peredaran zaman pada hari ini, dengan
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
peningkatan isu-isu yang melibatkan alam sekitar dalam negara untuk melindungi alam sekitar, peruntukan undang-undang dan penguatkuasaan yang lebih tegas, saya harapkan tanpa berkompromi sememangnya wajar dilaksanakan oleh pihak berkuasa.
Dalam kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih atas keseriusan pihak kerajaan, khususnya pihak kementerian dalam mengawal pencemaran alam sekitar dan juga kecekapan pihak kementerian bertindak dengan sebarang aduan pencemaran yang dilaporkan, terutama melalui media-media sosial yang ada pada hari ini.
Saya juga menyokong usaha pihak kementerian terutama Jabatan Alam Sekitar
(JAS) yang menawarkan ganjaran sehingga RM5,000 kepada mana-mana pihak individu yang memberi maklumat berkaitan pencemaran alam sekitar, sehingga tertangkapnya pihak-pihak yang melakukan kesalahan ini. Saya berharap pihak kementerian boleh kongsikan setakat ini berapa ramaikah individu yang telah pun mendapat ganjaran ataupun yang telah memberi kerjasama kepada pihak kementerian bagi memastikan mereka yang melakukan kesalahan ini dapat dikenal pasti dan orang awam sebenarnya berperanan penting dalam menjadikan mata-mata kerajaan, demi memastikan alam sekitar negara kita terus terpelihara.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga turut menyokong usaha pihak kementerian yang begitu prihatin dan cakna tentang isu-isu alam sekitar dengan menaikkan jumlah denda sehingga RM10 juta bagi melibatkan salah laku pencemaran khususnya pencemaran air, pembuangan minyak dan pelupusan haram pembuangan berjadual seperti pencemaran yang melibatkan sisa toksik ataupun sisa kimia yang berbahaya, serta pembuangan di perairan negara ini yang sudah jelas merisikokan nyawa, bukan sahaja melibatkan manusia bahkan kehidupan di sungai mahupun laut tetapi juga memberi kesan kepada pembangunan ekonomi negara kita.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Saya kira dengan hukuman denda yang dinaikkan ini, sudah pasti menggerunkan pihak yang mencetuskan pencemaran ini. Satu pengajaran kepada kita apa yang berlaku di Sungai Kim Kim Pasir Gudang sebelum ini, pada 7 Mac 2019 yang lalu yang menjejaskan kira-kira 6,000 orang penduduk itu perlu diambil kira dan juga pengajaran kepada kita khususnya. Apa lagi saya dimaklumkan oleh pihak kementerian sendiri, iaitu sebanyak RM6.4 juta kos pembersihan sungai dan juga pelupusan buangan terjadual yang ditanggung oleh pihak kerajaan.
Oleh itulah suatu kos yang amat tinggi bagi menyelesaikan isu tersebut. Satu kerugian yang amat besar apabila pencemaran yang berlaku, kerajaan terpaksa menanggung kos pembersihan dan sebagainya, yang sepatutnya 100 peratus ditanggung oleh pihak yang bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar ini. Oleh itu, saya ingin menjelaskan satu-satu penjelasan daripada pihak kementerian, adakah pindaan akta ini juga termasuk dengan kos ataupun caj pembersihan, kesihatan dan sebagainya yang ditanggung 100 peratus oleh pihak yang didapati bersalah melakukan pencemaran tanpa melibatkan perbelanjaan daripada pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, selain meningkatkan hukuman dan denda kepada penjenayah alam sekitar, penguatkuasaan terutamanya pihak JAS alam sekitar juga perlu ditingkatkan dengan penambahan bilangan anggota Jabatan Alam Sekitar dan penambahan Jabatan Alam Sekitar di setiap daerah untuk masuk di kawasan Sabah, Sarawak dan juga Pantai Timur. Oleh itulah saya berharap supaya keanggotaan Jabatan Alam Sekitar ini perlu dipertingkatkan selari dengan hukuman yang kita laksanakan ini kerana tanpa penguatkuasaan yang jelas daripada jabatan ataupun pihak yang berkenaan, sudah tentu apa yang kita rancangkan ini tidak akan mendapat kejayaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit berita berhubung dengan apa yang dilakukan oleh Sinar Harian pada 12 September lalu yang menyatakan Sungai Rambai di Lukut, Port Dickson Negeri Sembilan menjadi satu-satunya sungai di Malaysia yang menghuni tangga teratas sungai tercemar di kelas lima berdasarkan standard kualiti air kebangsaan bagi tempoh dua tahun berturut-turut iaitulah pada tahun 2019 dan juga 2020. Berdasarkan laporan kualiti alam sekeliling 2020 juga meletakkan sembilan lagi sungai tercemar pada kelas empat, antaranya lima di Johor, dua di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Melaka, Selangor dan juga Kuala Lumpur.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Saya ingin mengetahui setakat ini, tindakan yang telah dilakukan bagi menangani isu pencemaran Sungai Rambai yang dikategorikan sungai paling tercemar ini dan saya difahamkan pencemaran ini berpunca daripada penternakan khinzir secara haram di kawasan Sungai Rambai. Apakah langkah-langkah komprehensif yang dilakukan bagi memulihkan sungai-sungai yang dikategorikan kelas lima dan empat ini?
Saya juga ingin mengetahui bagaimana pemantauan dilakukan bagi mana-mana pihak yang mengeluarkan lesen dan bertanggungjawab memantau premis yang diberikan lesen ini. Apakah hukuman dan denda yang diberikan kepada mana-mana pihak yang mengeluarkan lesen tetapi tidak monitor lesen tersebut sehingga mengakibatkan pencemaran berlaku terhadap sungai itu? Oleh itu saya ingin mengetahui, adakah pihak kementerian berhasrat untuk melaksanakan projek pembersihan sungai di seluruh negara dengan sokongan pihak swasta melalui projek tanggungjawab corporate social responsibility (CSR).
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit yang terakhir, sedikit berhubung dengan isu pelupusan haram pembuangan sisa toksik yang bahaya sehingga menjejaskan kesihatan orang awam dengan alam sekitar. Sebagai contoh, tahun 2019 kerajaan terpaksa menanggung kos sebanyak RM5.71 juta bagi kerja-kerja pembersihan akibat pelupusan haram pembuangan bahan toksik yang berbahaya dan juga tujuh kes.
Dalam merujuk kepada laporan JAS pada tahun 2003 sehingga 2019, sebanyak 196 kes pelupusan haram telah dilaporkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Sudah tentu ia berpunca daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil jalan mudah untuk mengelakkan bayaran pelupusan di premis yang diasingkan. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini dilakukan di kawasan terpencil dan disyaki dilakukan oleh sindiket yang tertentu.
Oleh itu saya difahamkan JAS ini telah melakukan beberapa inisiatif melalui analisis data raya dalam menangani isu berkaitan pencemaran alam sekitar ini. Jadi saya ingin tahu, sejauh manakah keberkesanan analisis data raya bagi tindakan penguatkuasaan yang dibangunkan benar-benar dapat mengatasi mahupun mengurangkan isu pencemaran alam sekitar, termasuk pelupusan sisa toksik dan yang bahaya dan secara haram ini. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Kemaman. Masa menunjuk pukul 1.06 minit. Maka Mesyuarat Majlis ditangguhkan 2.30 petang nanti.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.06 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Mesyuarat] Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Daripada 222 orang, berapa tinggal? Tuan Yang di-Pertua, what’s going on Parliament now?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tidak mengapa. Ahli Yang Berhormat dalam perjalanan hendak masuk ke mari.
Baik, terima kasih. Yang Berhormat, kita teruskan perbahasan dengan menjemput Yang Berhormat Kuala Kedah. Masa 10 minit.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya turut membahaskan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 2022.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan pendirian saya. Saya menyokong sepenuhnya pindaan yang dilakukan ini. Saya juga mengharapkan supaya akan ada lagi pindaan-pindaan selanjutnya memperkukuhkan, memperkasakan segala usaha untuk kita menjaga alam sekeliling dan mencegah pencemaran dan kerosakan alam sekitar kita.
Jadi, ini saya harap bukanlah pindaan yang terakhir tetapi ia satu permulaan untuk pindaan dan pemerkasaan undang-undang, serta peraturan yang lebih baik lagi.
Saya sokong kerana sudah terlalu lama akta yang kita gunakan sebelum ini dan ia telah ketinggalan zaman. Telah banyak perubahan berlaku dalam sains, teknologi, dalam pencemaran taktik dan strategi para pencemar dan juga perkembangan- perkembangan baharu dalam ekologi dan pemahaman kita tentang pencemaran alam sekitar.
Tuan Yang di-Pertua, juga satu perkara yang amat baik dan menarik pada saya ialah kesedaran rakyat kita terhadap isu pencemaran dan kelestarian alam sekitar ini semakin meningkat. Saya perhatikan di negeri saya Kedah- yang telah bertukar kerajaan negerinya daripada Pakatan Rakyat dahulu, Pakatan Harapan, kemudian sekarang di bawah kerajaan negeri di bawah PAS misalnya, isu alam sekitar diperhatikan dan dibahaskan dan dikritik, juga disokong oleh semua rakyat tanpa mengira isu politik.
Jadi, itu perkembangan yang baik walaupun ia mungkin memanaskan sedikit kerusi orang yang duduk sebagai pemerintah, pegawai-pegawai tadbir atau Menteri tetapi itu isu yang baik kerana kita sama-sama cakna dan peka untuk menjaga alam sekitar.
Saya juga mengalu-alukan supaya dinaikkan kompaun dan denda, penalti sehingga RM10 juta paling tinggi dan mengadakan penjara mandatori. Itu saya teringat sungguh semasa berlaku pencemaran bersiri di sungai-sungai di Selangor yang menyebabkan banyak kali air tercemar dan mengganggu kehidupan begitu ramai orang.
Akhirnya apabila dibawa yang tertuduh itu ke mahkamah, kita dapati dendanya terlalu rendah. Di tempat saya juga, berlaku pencemaran- yang mencemarkan itu ialah industri yang apabila mereka didenda RM2,000 tidak bermakna apa-apa. Ini kerana untuk mereka melupuskan bahan-bahan buangan itu secara yang lebih environmental friendly, dengan izin, itu lebih mahal.
Jadi, orang yang tidak bertanggungjawab dan ini bukan industri sahaja, orang awam juga ramai. Mereka menggunakan sungai itu sebagai tempat untuk buang bahan buangan. Malah pernah kita melakukan pembersihan sungai di Kuala Kedah, kita jumpa objek sebesar peti sejuk dibuangkan begitu sahaja ke dalam sungai. Akhirnya menyumbang kepada banjir kilat.
Oleh sebab itu, perlu hukuman dan perlu denda, perlu pendidikan dan hukuman ini supaya deterrent atau untuk menghalang, supaya orang ramai tidak mencemarkan alam sekitar. Saya menunggu supaya sekiranya berlaku lagi pencemaran seperti di Selangor, Sungai Semenyih dan di Johor, Sungai Kim Kim- sekiranya ada firma tertentu yang bertanggungjawab- secara tidak bertanggungjawab mencemarkan sungai sedemikian rupa sehingga rosak begitu banyak sekali, hingga rosak dan jahanam ekologi sungai itu, saya menunggu supaya ketika seluruh Ahli Lembaga Pengarah dapat diseret ke mahkamah dan dikenakan penjara mandatori. Perkara itulah saya rasa baharu akan ada timbul rasa kesungguhan untuk menjaga alam sekitar.
Begitu pun, saya hendak menyebut, beberapa asas penting yang perlu ada supaya pindaan ini bermakna dan supaya pindaan ini mencapai hasrat yang dikehendaki.
Pertamanya, Jabatan Alam Sekitar dan kementerian perlu ada cukup kakitangan yang terlatih, staf yang terlatih dan berdedikasi.
Keduanya, hendaklah penguatkuasaan, pengkajian dan juga keputusan itu dibuat berdasarkan sains yang terbaru. Good science, the latest and the best reliable science. Ia hendaklah sains yang terbaru. Ada bahan-bahan yang dahulu kita tidak tahu, sekarang kita tahu Tuan Yang di-Pertua. Ada bahan-bahan, ribuan bahan industri yang dahulu ia dianggap tidak berbahaya, tetapi sekarang diketahui bahan-bahan menyumbangkan kepada pencemaran sungai, air dan alam sekitar. Ada bahan misalnya yang disebut
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
bahan PFA iaitu per- and polyfluoroalkyl itu benda yang baharu. Kalau kita tidak tahu itu dan tidak ada kepakaran, maka para pencemar akan terlepas begitu sahaja.
Ketiganya kepakaran yang saya sebut tadi mesti ada pakar yang tertentu, yang boleh dirujuk, yang ada autoriti itu mesti yang terbaik.
Keempat, kena ada alatan saintifik dan makmal yang tersedia. Ini kerana apabila dijumpai bahan pencemar, dijumpai punca pencemaran boleh dianalisis dengan cepat sebelum ia hilang. Ini kerana sesetengah bahan kimia itu sekejap sahaja hayatnya dalam alam sekitar walaupun merosakkan.
Oleh sebab itu, maka kena ada Cawangan Jabatan Alam Sekitar di merata-rata tempat yang berdedikasi. Ia tidak mudah tetapi kena ada.
Kelima, kenalah penguatkuasaan ini dilakukan seperti di kawasan yang lain without fear or favour, dengan izin. Ia kena dilakukan tanpa takut, tanpa teragak-agak, tanpa malu-malu, tanpa segan-segan dan tanpa berpihak without favour. Kalau itu tidak berlaku, tidak boleh. Tidak ada makna kita buat. Without fear and favour, tanpa takut dan tanpa berpihak.
Akhirnya, apabila kita boleh kompaun juta-juta ringgit Tuan Yang di-Pertua, maka saya rasa kecenderungan tarikan untuk rasuah itu akan tinggi. Seperti juga semua badan penguatkuasaan lain, itu merupakan cabaran terbesar tetapi itu hendaklah sentiasa diambil perhatian oleh Menteri yang menjaga, dan seluruh warga kementerian itu dan seluruh anggota masyarakat.
Oleh sebab isu-isu dan kisah-kisah tawaran kompaun diselesaikan, dikurangkan kompaun itu semua, apabila melibatkan jutaan ringgit akan berlaku.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, saya...
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Sekejap, sekejap. Sekejap saya akan beri peluang.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Jadi, rasuah itu mesti sentiasa diawasi dan sentiasa ditekankan dalam latihan pegawai-pegawai penguat kuasa ini.
Akhirnya juga yang ketujuh, campur tangan politik dan VVIP. Sebahagian daripada VVIP bukan politik pun, tetapi ia menyukarkan sebarang penguatkuasaan khususnya tentang alam sekitar kerana ia melibatkan tanah dan lain-lain lagi. Jadi, itu berlaku di negara kita. Ia bukan rahsia. Maka itu kena kita perhatikan juga.
Pendidikan berterusan- Itulah langkah pencegahan yang terbaik, pada saya.
Apabila ada pendidikan berterusan, maka segala kompaun dan penalti ini akan lebih bermakna dan akan berkesan kalau ada pendidikan berterusan. Akan tetapi, saya juga sangat gembira kerana masyarakat kita sekarang sangat cakna dan sangat berminat dan sangat sensitif dengan isu alam sekitar. Silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya tertarik dengan perbahasan dan pendapat-pendapat Yang Berhormat yang diutarakan tadi.
Apakah komen Yang Berhormat, baru-baru ini kita bercakap tentang isu penguatkuasaan tanpa mengira berat sebelah terhadap VVIP dan sebagainya. Kita lihat baru-baru ini ada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Pengerang dalam satu perhimpunan yang diadakan bersama-sama dengan wakil-wakil rakyat dan juga wakil-wakil UMNO yang mengatakan bahawa Perdana Menteri sepatutnya memilih Peguam Negara. Adakah ini juga menunjukkan bahawa kalau berlaku sesuatu kesalahan, kalaulah Perdana Menteri itu memilih Peguam Negara, ada kemungkinan VVIP atau orang-orang ternama, kemungkinan pemimpin-pemimpin UMNO, akan terlepas? Ini adalah masalah yang berlaku berulang kali di negara kita.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Ya, terima kasih atas pencerahan itu. Saya sama sekali tidak menolak sebarang campur tangan kepada mana-mana institusi negara khusus tentang penguatkuasaan itu juga. Saya sebutkan tadi tentang penguatkuasaan
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
akta ini, pindaan ini akan berkesan hanya sekiranya tidak ada campur tangan politik atau VVIP.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk secara khusus pindaan seksyen 34B, larangan terhadap penempatan peletakan barangan terjadual, pembuangan bahan toksik iaitu penjara mandatori tidak lebih lima tahun dan denda RM100,000 hingga RM10 juta.
Saya mengalu-alukan pindaan ini kerana saya rasa, seperti yang saya sebut tadi, tentang sungai tercemar. Di kawasan saya sendiri, saya melihat segala pencemaran yang berlaku itu akhirnya sampai ke sungai. Sungai dan laut akhirnya dianggap sebagai tempat pembuangan. Saya harap diuar-uarkan tentang denda dan penalti yang telah dinaikkan ini supaya masyarakat sedar bahawa sungai dan laut dan sumber air itu tidak boleh dicemarkan kerana rosak ekologinya, bahaya kepada manusia dan segala hidupan di sungai.
Akan tetapi, di kawasan saya di Kuala Kedah, masalahnya ialah ejen. Industri tidak terus membuang bahan-bahan mereka ke sungai. Mereka mengupah orang-orang tempatan untuk membawa ke sungai dan melonggokkan bahan buangan industri. Itu berlaku di tepi laut Kuala Kedah, di Kuala Kangkong, kawasan saya.
Jadi, soalan saya kepada Menteri sebagai soalan terakhir ialah dalam kes itu, siapakah yang akan ditangkap, dikenakan denda dan penalti yang tinggi ini? Adakah industri atau ejen-ejen yang mengambil upah?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong sepenuhnya pindaan ini dan saya harap kita akan ada pindaan-pindaan lain yang memperkukuh dan memperkasakan lagi usaha-usaha kita untuk menjaga alam sekitar. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kuala Langat, 10 minit.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kuala Langat hendak mengambil bahagian untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
Tuan Yang di-Pertua, saya memang menyokong dan bersetuju apa yang telah dibawa ke Parlimen untuk dilakukan. Saya harap bahawa akta ini akan membantu kita untuk masa depan sedikit. Walaupun saya tahu bukannya senang untuk control apa yang kita hadapi pada masa ini tetapi dengan akta yang ada ini, dengan denda-denda yang saya nampak ini, memang boleh kita membuat sesuatu kepada orang-orang yang akan membuat pembakaran dan sebagainya.
Akan tetapi, saya ingat, Tuan Yang di-Pertua, akta ini sahaja tidak cukup. Kalau boleh, saya ingat kementerian kena mengambil isu ini untuk jangka panjang. Katakan di dalam 10 tahun atau 15 tahun ke hadapan, kita kena ingat sekarang. Sebab, melalui pendidikan sahaja kita boleh bawa perubahan yang besar.
Walaupun kita di Parlimen ini 222 orang faham isu open burning ataupun pembakaran terbuka dan sebagainya, tetapi kalau kita masuk ke dalam taman-taman dan sebagainya, hari-hari kita nampak orang-orang yang duduk di dalam sana, khususnya orang-orang yang dikatakan senior citizen dan sebagainya, dia tidak faham. Dia kutip- kutip dan dia bakar sahaja di tepi jalan dan sebagainya. Berapa kali saya sudah cuba untuk menasihati mereka tetapi mereka tidak faham pasal apa saya seorang yang luar ini datang cakap dengan dia, stop open burning ini, tidak sihat, tidak baik untuk udara dan sebagainya.
Akan tetapi, saya ingat kalau kita bermula dengan pendidikan— pendidikan ini serius ya. Bukan macam Menteri tadi pergi jawab tentang pendidikan kita. Tetapi
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
seriusnya untuk kita bermula dari tadika untuk ini masuk ke dalam akal anak-anak kita daripada usia enam tahun ataupun lima tahun dan terus kepada sekolah rendah dan sekolah menengah, tiap-tiap tahun kita beritahu dengan mereka isu pencemaran udara dan air serta bagaimana kita hendak menjaga kesihatan kita dan sebagainya. Kita boleh mendapat satu generasi masa depan yang faham dan dia akan ikut apa yang kita kata.
Akan tetapi, sekarang di dalam Malaysia kalau denda bukanlah macam apa yang saya lihat dalam akta ini, orang tak faham ataupun dia tidak kisah. Tetapi kalau kena denda macam ini untuk sementara waktu ini, memang sesuai untuk dia tahu, dia faham dan dia akan beritahu kepada kawan-kawan, keluarga dia bahawa ini boleh dikenakan sebat dan dipenjarakan dan sebagainya.
So, saya harap ini akan diambil perhatian dan ini kita mulakan sekarang. Ataupun, ada lah di dalam Malaysia ini, kita ada undang-undang yang kita nampak sudah lama ada seperti undang-undang hukuman gantung kepada orang yang terlibat dengan dadah dan sebagainya tetapi itu tidak menghentikan penjualan dadah ataupun pengedaran dadah di dalam kita. Tetapi kalau kita bermula dengan pendidikan dari muda kita beritahu mereka, inilah satu-satunya yang baik untuk negara, lama-lama mereka akan ikut.
Ini sudah dilihat di negara-negara Scandinavian di mana mereka telah memulakan pendidikan ini daripada umur lima tahun dan ke atasnya atas recycling dan distribution of bahan-bahan perumahan yang semua kita buat ini. Sekarang kita nampak kalau kita pergi sana, for your surprise, mereka bawa kereta terus pergi buang sahaja di dalam tempat-tempat yang tertentu, dia tidak buang di mana-mana tempat lain.
Soalan saya, pasal apa di dalam negara kita ada orang-orang masih buang sampah di dalam longkang, sungai, anak sungai dan sebagainya? Apabila banjir, masalahnya ialah kita point our finger kepada orang-orang yang berkenaan yang tidak buat kerja dan sebagainya. Tetapi, ini puncanya daripada mula. Kalau kita boleh bawa sesuatu pendirian yang luar biasa dan bagi pendidikan kepada anak-anak kita dan orang- orang kita ini, ini memang satu-satu yang penting dan boleh digunakan.
Saya juga meminta kementerian untuk berbelanja sedikit untuk mengadakan advertisement dan editorial ini banyak di dalam surat khabar dan juga TV di dalam semua bahasa, bukan sahaja bahasa Malaysia. Kalau boleh di dalam negara kita, bahasa Tionghoa, Tamil, Iban dan sebagainya. Jangan lupa, kita ada 2 juta lebih orang asing yang duduk di dalam negara kita. Dia datang dari satu environment yang tidak sama dengan environment kita. Apa dia buat, dia kata itu sama dengan negara kita, dia boleh ikut apa yang dibuat di sini juga, sama juga, tidak ada masalah dengan dia.
So, pendidikan di dalam beberapa bahasa di dalam negara kita penting untuk beritahu dengan mereka ini dia tidak boleh buat macam itu, dia dilarang untuk berbuat macam itu dan kita kena pastikan bahawa kalaulah enforcement kita betul-betul buat kerja, saya harap ini boleh membawa satu perubahan besar di dalam negara kita.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Akta ini senang saja untuk ditulis dan dibawa ke Parlimen dan kita sokong dan akta ini akan diluluskan. Akan tetapi dalam implementasi akta ini yang kita akan hadapi sedikit masalah yang kita kena bersama-sama bukan sahaja dari Kementerian Alam Sekitar dan Air tetapi daripada kementerian KPKT juga dari Kementerian Pendidikan, semua ini mesti bersama-samalah untuk bawa perubahan besar di dalam isu ini.
Di dalam kawasan saya Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada Yang Berhormat Menteri, ada tiga buah kilang besar yang telah dibina sekarang, satu pun telah bina. Ini ialah kilang-kilang dari negara China yang datang sini untuk buat paper recycling. Besar betul ketiga-tiga kilang ini. Pencemaran sungai dan air yang diambil dari sungai dan dia dapat kelulusan daripada kementerian untuk adakan pembinaan recycling plant sendiri di dalam kawasan mereka sendiri.
Bila saya turun padang dan tengok satu-satu kilang ini, dia ada recycling plant di sana Yang Berhormat Menteri tetapi dia gunakan 30 peratus air yang ia recycling itu saja, 70 peratus itu dibuang di dalam sungai. Bila saya tanya dia sebab apa you buang dalam sungai, dia kata dia silap kata kah tidak, tidak tahu dia kata kepada saya dia ada
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
microparticle di dalam air itu yang dia tidak boleh guna pakai lagi, dia buang di dalam sungai.
So, saya minta Yang Berhormat Menteri dan kementerian untuk lihat situasi ini di dalam kawasan saya. Ada tiga buah kilang besar dari China yang melabur. Saya tidak ada masalah dengan pelaburan itu. Saya suka mereka datang tetapi untuk alam sekitar kita kena kaji dan kita kena tengok kalau yang dia buang di dalam sungai itu is devoid of any microparticle ataupun microplastic yang dia keluar di dalam sungai itu. Ini mesti kita kena buat sesuatu kajian. Dia kata dengan saya, dia hantar tiap-tiap bulan kepada kementerian dan itu sudah diluluskan. Akan tetapi saya tahu sudah, bahawa ada sudah 70 peratus dari recycled water itu dia masuk ke dalam sungai, ada bahan mikro di dalam air itu.
Lagi sekali Tuan Yang di-Pertua, saya sokong penuh untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling itu tetapi saya juga pada masa yang sama minta penguatkuasaan ini kena buat dengan teliti, dengan terbaik dan terbuka dan juga bagi tahu kepada rakyat Malaysia apa itu yang kita buat di sini. Sebab apa yang kita buat ini, ini yang penting untuk rakyat Malaysia tahu apa yang kita lakukan sekarang. Bukan sahaja kita hendak denda mereka yang lakukan sesuatu. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tampin, 10 minit.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan kerana memberi kesempatan untuk turut serta di dalam perbahasan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling 1974. Satu kajian yang telah dibuat oleh Dato' Dr.
Mohd Ekhwan Haji Toriman di masa sebanyak 25 batang sungai di Malaysia telah dilaporkan tercemar di mana negeri Johor mencatatkan kadar pencemaran air sungai yang paling tinggi, diikuti Pulau Pinang dan Melaka.
Persoalan saya, sejauh mana kajian yang dilakukan oleh pakar alam sekeliling ini pada tahun 2020 itu diambil tindakan oleh kementerian dalam memastikan sungai yang tercemar itu di indah hias dan berapa kewangan yang telah dibelanjakan sekiranya telah dilakukan tindakan terhadap sungai tersebut bagi membaik pulih sungai yang telah tercemar itu.
Kita sedia maklum pencemaran kualiti alam sekeliling tidak diurus dengan baik boleh mempengaruhi kesihatan. Kita memahami pencemaran kualiti alam sekeliling bukan sahaja dalam konteks asap, habuk, karbon dioksida, monoksida, udara yang tercemar, sampah sarap, bahan buangan toksik, racun makhluk perosak penggunaan baja sintetik, dan hingar. Udara dan air sudah tidak lagi selamat apabila ia mengandungi virus dan kuman yang boleh menyebabkan penyakit dan menyebabkan masyarakat tidak selamat untuk menggunakannya.
Sementara pencemaran di desa atau luar bandar selalunya disebabkan pembuangan sampah yang tidak terkendali dengan baik. Masyarakat luar bandar membuang sampah kadang-kadang mengikut pendekatan yang difikirkan yang sesuai dengan persekitaran mereka. Kalau di bandar atau pinggir bandar, sampah atau bahan buangan dilakukan oleh syarikat yang dilantik oleh kerajaan.
Walaupun apa yang dibicarakan itu yang saya sebutkan tadi tidak termasuk dalam undang-undang yang hendak diluluskan. Namun, apa yang diperkatakan itu telah menyumbang kepada proses pencemaran alam sekeliling. Persoalannya bagaimana sampah atau bahan buangan di luar bandar? Apakah penduduk luar bandar boleh membakar atau bagaimana mereka hendak mengurus persekitaran mereka untuk lebih nyaman dan bersih?
Apakah ada usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menyahsampah dan bahan buangan yang menyebabkan pencemaran itu? Apakah masyarakat luar bandar
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
boleh membakar secara terbuka secara kecil-kecilan juga dikenakan tindakan dalam undang-undang yang akan kita luluskan ini?
Kita ketahui bahawa pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling ini dilakukan untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan membaiki alam sekeliling. Kita ucapkan tahniah sifat kepedulian negara dalam usaha untuk menyahrakus tangan-tangan manusia yang menyebabkan pelbagai bencana dan kerosakan alam sekeliling. Ini harus diurus dengan baik dan terpimpin sama ada melalui pendidikan dan penguatkuasaan undang-undang yang tegas.
Tampin tidak menjadi masalah untuk mendukung pindaan ini kerana ia berhasrat untuk membina kelangsungan gaya hidup yang lebih sihat, mampan dan terjamin untuk rakyat pada masa akan datang. Ini kerana Tampin melihat kepada Laporan Indeks Prestasi Alam Sekitar Malaysia pada tahun 2022 di mana Malaysia di kedudukan ke-130 daripada 180 buah negara iaitu pada tangga 50 negara paling kotor di dunia.
Kalau kita bandingkan dengan Asia Tenggara, negara kita ketinggalan dari Brunei di mana Brunei ditempatkan ke tempat 71. Thailand ke-108, malahan negara yang hendak memohon untuk masuk ke Asia Tenggara, Timor-Leste tempat ke-129. Ini menunjukkan bahawa Malaysia harus melihat masa depan negara yang bersih dan bebas daripada pencemaran alam sekitar. Akta yang digubal ini suatu usaha yang wajar dilihat secara positif dan bersama demi masa depan negara dan generasi akan datang.
Justeru itu, Tampin mencadangkan kerajaan mengkaji lebih mendalam punca pencemaran alam sekitar, bukan hanya yang telah disebutkan tetapi mungkin disebabkan yang lain. Adakah disebabkan keengganan rakyat untuk mematuhi undang-undang atau ketidakmampuan rakyat ataupun usaha untuk mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan?
Tampin percaya pindaan untuk meningkatkan hukuman yang lebih berat kepada salah laku yang melakukan pencemaran alam sekeliling boleh memberi impak besar dan menjana kesedaran kepada rakyat ataupun kepada mereka untuk lebih berhati-hati dan bersama-sama membina gaya hidup yang lebih sihat dan mampan.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Cuma, Tampin ingin mengingatkan kementerian daripada aspek pengawalan, penguatkuasaan. Apakah kementerian telah bersedia dengan segala kemampuan dan keupayaan dari semua aspek untuk melakukannya? Tampin berpandangan, tidak ada maknanya undang-undang berat dan menggerunkan boleh membanteras kegiatan yang tidak bertanggungjawab itu sekiranya penguatkuasaan tidak dapat dan tidak mampu diterjemahkan dalam bentuk yang lebih konkrit.
Jangan ada berlakunya ketirisan, salah laku, salah guna kuasa, hukuman terpilih dan ketidakadilan berlaku dalam pelaksanaan undang-undang yang akan kita luluskan.
Ini kerana Tampin melihat banyak undang-undang, akta, peraturan yang ketat dan menakutkan telah diluluskan dalam negara ini. Namun, jika terdapat tangan-tangan ghaib yang boleh menggagalkan pelaksanaan undang-undang itu, ia hanya sekadar barang taruhan yang tidak bermakna.
Dengan itu, Tampin menyokong pindaan untuk meluluskan rang undang-undang yang dibentangkan pada petang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Sik, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Kubang Pasu.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada petang ini, saya bersama-sama membahaskan cadangan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan sudah pasti ia sebagai hasrat semua rakyat bagi memastikan kelestarian alam sekitar demi menjamin
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
kestabilan ekosistem negara dan memastikan negara kita Malaysia sentiasa bersedia dengan isu perubahan iklim dunia pada hari ini.
Kita melihat negara menghadapi beberapa kejadian bencana alam yang menjadi perhatian utama dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Malapetaka alam boleh berubah menjadi serius sehingga dianggap bencana apabila kesannya mengakibatkan kemusnahan besar atau kehilangan nyawa manusia yang signifikan. Dalam hal ini, banyak berpunca daripada kekurangan kesedaran menjaga alam sekitar dan penguatkuasaan undang-undang bagi melindungi alam sekeliling kita.
Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin membangkitkan hukuman kepada pelaku yang disabitkan di bawah akta. Adakah ia dilihat secara menyeluruh dan bukan hanya sekadar hukuman denda yang dinaikkan tetapi juga pasti perlu meliputi penguatkuasaan hukuman penjara itu sendiri?
Sebagai contoh, pihak berkuasa negara China telah meningkatkan kawalan alam sekitar ke atas industri keluli sejak sedekad lalu dalam usaha mengurangkan pencemaran udara yang sangat serius di negara mereka. Dalam laporan Bloomberg Asia Edition tahun 2022 melaporkan bahawa China memenjarakan hampir 50 orang eksekutif syarikat keluli kerana memalsukan data pelepasan bahan buangan ke udara. Maka saya ingin bertanya, sejauh manakah kementerian melihat keberkesanan menguatkuasakan hukuman pemenjaraan terhadap pihak tertinggi industri yang terlibat, di samping denda yang lebih tinggi seperti yang kita telah lihat dalam pindaan akta ini?
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan keadaan muka bumi negara kita ini luas, pihak kerajaan perlu memastikan agensi penguatkuasaan yang berkaitan memiliki jumlah pegawai penguat kuasa yang mencukupi bagi memudahkan mereka menjalankan segala fungsi dan peranan mereka sebagai sebuah agensi penguatkuasaan yang lebih berkesan.
Ia termasuklah bagi saya sebut, Jabatan Alam Sekitar negeri Kedah, Jabatan Alam Sekitar negeri Kelantan dan negeri-negeri yang lain.
Saya ingin bertanya, adakah kementerian turut mengambil inisiatif dengan turut menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), pihak polis dan lain-lain agensi bagi pemantauan kawasan alam sekitar selain jika diberi ruang kuasa juga kepada pihak PBT yang lebih dekat dengan situasi ataupun segala operasi yang melibatkan pencemaran alam sekitar itu.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil contoh di negara Sweden iaitu sebuah negara yang mempunyai banyak tasik dan negara ini adalah tertinggi daripada segi jumlah populasinya. Negara Sweden telah mengenakan cukai karbon yang telah dilaksanakan pada tahun 1991 dan telah meningkat secara berterusan sejak tahun tersebut. Cukai karbon telah diperkenalkan pada tahun 1991 dengan kadar yang sepadan iaitu EUR25 bagi setiap tan karbon dioksida fosil yang dikeluarkan dan secara beransur-ansur telah dinaikkan.
Menurut Kementerian Kewangan Sweden, cukai karbon meliputi semua bahan api motor dan pemanas, meliputi 90 peratus daripada pelepasan karbon fosil Sweden dan tidak menjejaskan ekonomi secara negatif. Dalam konteks Malaysia, adakah Kementerian Alam Sekitar juga turut melihat usaha ini bersama dengan Kementerian Kewangan bagi mencadangkan memperkenalkan cukai bahan buangan industri bagi sisa-sisa pembuangan yang dilepaskan ke udara?
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga membangkitkan berkaitan dalam pindaan seksyen 48 dalam akta ini. Apakah ia turut tertakluk kepada pengubahsuaian ekzos kenderaan yang turut menyumbang kepada pelepasan karbon dengan begitu banyak ke udara? Apakah langkah yang lebih strategik di pihak kementerian bagi memastikan perkara ini turut diambil perhatian?
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk bagi seksyen 27. Apakah perincian tahap bagi pelepasan minyak ke kawasan perairan negara, sama ada oleh kapal-kapal yang didaftarkan di negara kita ataupun kapal-kapal yang didaftar dari luar memandangkan tumpahan minyak yang pernah berlaku di perairan kita, sudah pasti telah menyebabkan kerosakan yang serius terhadap kawasan terumbu karang dan menjejaskan aktiviti tangkapan ikan di laut dalam?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tuan Yang di-Pertua, terakhir, saya ingin membangkitkan isu yang sedang diperkatakan dan dilaporkan di media-media berkaitan dengan kes tangkapan ataupun kes kecurian perlombongan haram rare earth element (REE) di Bukit Enggang, Sik di Parlimen saya dan yang telah dilaporkan bagaimana perlombongan haram ini walaupun dilaporkan bahan mineral yang dikeluarkan itu tidak beradioaktif, namun demikian, ia telah pun menyebabkan kegusaran di pihak penduduk-penduduk sendiri. Apakah yang telah dilaporkan itu dipastikan bahawa tidak lagi berlaku pada masa hadapan?
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
[Bangun]
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Dilaporkan bagaimana perlombongan haram ini telah menyebabkan kerugian berjuta-juta, bahkan mungkin berbilion ringgit di pihak kerajaan kerana kita tidak dapat memungut hasil cukai daripada perlombongan ini.
Saya ingin bertanya, apakah pihak Jabatan Alam sekitar telah membuat penyiasatan dan apa-apa tindakan yang seharusnya diambil termasuklah melalui akta-akta yang ada untuk dipastikan, termasuklah Akta Perhutanan itu sendiri bagi memastikan bahawa perlombongan haram ini tidak lagi berlaku, bahkan kawasan yang terbabit itu yang agak luas, perlu dipulihkan kembali supaya ia tidak menjejaskan keselamatan penduduk dan juga kawasan-kawasan tanaman, pertanian di sekitar itu? Ya, Yang Berhormat Jerlun.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Sik. Tidakkah Yang Berhormat Sik sedar bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekarang pada Disember 2020 telah meluluskan permit untuk menerokai– Belum melombong lagilah. Menerokai REE ini di sekitar negeri Kedah dan beliau telah mengumumkan bahawa nilainya mencecah berbilion ringgit.
Akan tetapi apa yang kita lihat berlaku di Bukit Enggang ini ialah perlombongan.
Sebelum ini di kawasan yang terkesan itu, terletaknya satu papan tanda yang menyatakan bahawa ada permit untuk menerokai, malah diletakkan di bawah nama MBI ataupun Menteri Besar Incorporated.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Jadi, adakah dirasakan bahawa ini satu kecuaian di peringkat, di pihak kerajaan negeri, ataupun memang berlaku pencerobohan, walaupun telah diberi permit untuk teroka?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Sila.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya, Yang Berhormat Jerlun. Yang Berhormat, saya memahami apa yang dinyatakan itu, dan pihak kerajaan negeri, saya dimaklumkan telah pun membuat kenyataan oleh- langsung daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa, kes ini telah pun dibuat tangkapan dan juga telah pun mulanya proses untuk mendakwa pihak-pihak yang terbabit. Saya melihat kerajaan negeri tidak berlepas tangan, dan telah pun melakukan tindakan-tindakan susulan akibat perlanggaran permit awal yang telah diberikan itu.
Saya yakin pihak kerajaan negeri juga telah pun mengambil usaha yang...
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Yang Berhormat Sik, mencelah. Mohon mencelah.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
...Paling baik untuk memastikan bahawa tidak berlaku lagi perlanggaran permit yang telah diberikan, ya...
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Yang Berhormat Sik, mohon mencelah sikit sahaja.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
...Ya itu yang dapat saya jelaskan, dan apa-apa yang mungkin berkaitan lain, mungkin akan dijawab oleh pihak kerajaan negeri sendiri ya dalam isu ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Yang Berhormat Merbok...
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Merbok tidak dapat celahan, Yang Berhormat Sik sudah habis.
Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Kubang Pasu, pun Kedah juga.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. *Bismillahi Rahmani Rahim...
[Berselawat]* Saya juga ingin turut mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022 ini, yang tadi ada yang sudah berbahas kata sudah lama menunggu untuk pindaan ini dibuat. Akhirnya, alhamdulillah dapat dibentangkan, dan kita harap setelah berbahas, nanti Yang Berhormat Menteri pun menjawab dan sebagainya. Lulus, lulus ini tak dan pi Dewan Negara, depa pi bubar pula dah. Jadi, tidak ada apalah hat kita bentang ini kan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingat kejadian mutakhir yang berlaku ini, ia sangat membimbangkan kita. Apabila- ya lah kes Sungai Kim Kim yang berlaku di Pasir Gudang.
Kemudian di negeri Selangor terutamanya, tiba-tiba ada notis keluar bahawa bekalan air terawat terkesan beberapa hari dan terpaksa ditutup, kerana bau yang sangat kuat di muka sauk ataupun di intake water treatment plant yang menyebabkan kacau ganggu yang sangat besar kepada rakyat.
Begitulah juga yang berlaku di Sungai Kim Kim, para pelajar terkesan, dibawa ke hospital. Kemudian tutup sekolah dan macam-macam lagi, adalah suatu yang sangat memberi kesan kepada masyarakat kita. Jadi, mereka yang melakukan kesalahan ini, bila tengok kepada sebelum pindaan kita buat ini, dengan penalti dan juga kompaun yang sangat- istilah sekarang ‘ciput’ ini. Kadang-kadang mereka kata, “*Tidak apalah, buat lah.
Berapa hendak kena kompaun ataupun hendak kena ini, kita bayar.*” Sikit pun tidak dengan izin, deter mereka untuk melakukan lagi perkara-perkara begini.
Jadi kita sangat welcome, dengan izin, pindaan-pindaan yang dibuat, yang telah dimaklumkan kepada kita di sini. Supaya ia akan dapat menjadi suatu deterrent kepada mereka yang sengaja mengambil jalan mudah untuk melupuskan bahan-bahan toksik yang terlarang ataupun berjadual ini. Sepatutnya dibuat dengan cara yang betul, yang mungkin mereka kena keluar kos ya. Maka, mereka ambil jalan mudah untuk membuat perkara-perkara yang menimbulkan kacau ganggu kepada masyarakat. Jadi, kita harap perubahan yang telah dibuat ataupun pindaan yang dibuat ini benar-benar menjadi suatu deterrent, dengan izin, kepada yang salah laku ini, yang dilakukan oleh mereka.
Jadi sementara kita mempunyai- ya lah, hukuman-hukuman yang dikatakan begini, hendak sampai kepada peringkat itu pun, bukannya mudah ya. Kita hendak pastikan bahawa kita dapat mengumpul bukti dengan baik, baharulah benda itu boleh dibawa dan didakwa.
Jadi, saya kira selepas pindaan ini dibuat dan sebagainya, saya rasa perlu segera pihak Jabatan Alam Sekitar dan kementerian, untuk melihat kepada procedures untuk memastikan bahawa apabila berlaku kesalahan-kesalahan yang telah ditakrifkan ini, dan sebagainya, kita mempunyai SOP yang telah pun lengkap, memudahkan anggota- anggota penguat kuasa dari Jabatan Alam Sekitar yang dalam ini juga disebut, hendak diberikan pakaian seragam, yang boleh orang tengok itu orang naik gerun sikitlah.
Kadang-kadang tidak ada pakaian seragam lagi baik sebab mereka ingat orang biasa.
Kadang apabila sudah ada pakaian seragam ditengok itu, dia tidak buat sudahlah.
Jadi, supaya SOP bagaimana untuk memastikan salah laku yang dibuat ini akhirnya dapat kita bawa ke muka pengadilan, dan berlakulah sama ada hukuman yang dikenakan. Termasuk, saya amat sokong apabila ada penjara mandatori kepada kesalahan-kesalahan yang sangat besar, beberapa kesalahan telah disebutkan itu. Saya
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
ingat ini kita harap akan menjadi suatu deterrent yang besar, supaya mereka mengatakan, kalau ada duit pun boleh bayar, tidak boleh bayar sebab hukuman penjara itu mandatori.
Jadi, dalam hal ini saya juga echo rakan-rakan saya yang lain juga berbahas tadi sementara ini hukuman punitif ini merupakan perkara-perkara yang patut ada tetapi yang lebih berkesannya untuk kita educate, memberi pendidikan. Pendidikan ini saya ingat yang sudah senior-senior ini kadang-kadang dia sudah ‘tidak makan’. Dia harus bermula daripada anak-anak kita yang di bangku persekolahan. Mengajar kepada mereka, bagaimana bumi yang Allah SWT wariskan kepada kita ini, wajib untuk kita menjaganya seperti pepatah yang disebut itu, “Dunia ini tidak kita wariskan kepada anak cucu kita, generasi selepas kita.” Kalau kita wariskan, kita dapat 10, kita wariskan kepada dia lapan. Okeylah itu, kan? Dua lagi, rosak, habis. Akan tetapi kita tidak wariskan kepada mereka, kita pinjam daripada mereka. Maknanya kalau kita dapat 10, bila kita pinjam ini, patut sekurang- kurangnya bagi balik 10 dekat dia. Apa yang lebih baiknya kalau pinjam 10, ini bukan konsep qardhul hasan lah, dia bagi pula upah oleh sebab saya pinjam 10, saya bagi balik 11 kepada kamu.
Jadi, maknanya environment ataupun alam sekitar yang kita hendak wariskan ini bukan diwariskan, yang sebenarnya kita pinjam, dapat kita berikan balik kepada mereka dengan keadaan yang jauh lebih baik daripada apa yang kita ambil daripada mak ayah kita sebelum ini...
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
[Bangun]
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Sila Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Setujukah Yang Berhormat Kubang Pasu dengan saya, kalau saya katakan bahawa – Yang Berhormat Kubang Pasu sebut tadi tentang education. Kita bukan sahaja harus memberikan education kepada private parties atau individu, tetapi kerajaan-kerajaan negeri juga. Kerajaan-kerajaan negeri juga selalunya dilihat jalan pintas. Bagaimana dia melihat, bagaimana mudahnya untuk mencari duit, yang paling senang kes tebang balak, yang paling senang sekali ialah jumpa bauxite atau apa, pi korek dahulu. Kemudian, buat research kemudian. Ini isu-isu ini dan akhirnya yang berlaku, oleh kerana dia itu kerajaan negeri ataupun autoriti, tidak kiralah kerajaan negeri kah ataupun dia itu GLC kah, ia dilihat sebagai seolah-olah sebagai jalan pintas untuk menyelesaikan masalah. Akhirnya, yang menanggung bukan kerajaan, tetapi rakyat di bawah. Apakah Yang Berhormat Kubang Pasu setuju supaya ini harus dihentikan dengan serta-merta? Terima kasih.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Hamzah - Kubang Pasu
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Kita reserve. Banyak sikit nak bincang itu. Mula 30 hari bulan ini, kita ada sidang DUN. Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Jerlun, saya, kita timbul lagi benda ini dalam sidang Dewan Undangan Negeri.
Last sekali— nak landing ini, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Seminit setengah lagi.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Hamzah - Kubang Pasu
Ya, seminit setengah.
Terima kasih. Memang saya hendak pergi ke arah itu sebenarnya.
Kalau kita lihat di dalam pindaan yang dibuat ini dan sebagainya, banyak perkara ini ia melibatkan kalau berlaku pencemaran dan sebagainya, ia merupakan pelaku- pelakunya ialah daripada private iaitu industrial waste. Kebanyakannya ya, Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi, pencemaran alam sekitar ini seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Petani juga, banyak berlaku yang saya ingat sebahagiannya berada di luar bidang Jabatan Alam Sekitar tetapi penguat kuasanya itu berada di peringkat negeri.
Oleh sebab itulah saya suka mencadangkan untuk memastikan bahawa pengawalan ini adalah lebih komprehensif, makanya saya hendak cadangkan kalau kita
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Hamzah - Kubang Pasu
boleh establish apa yang dikatakan sebagai federal state commission for environment.
Maknanya satu suruhanjaya di peringkat federal yang merangkumkan juga daripada negeri supaya benda-benda yang di peringkat negeri juga boleh dilihat oleh suruhanjaya ini yang kemudiannya— mereka ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Kemudiannya dapat kita mengawal dan melihat pengawalan alam sekitar ini lebih menyeluruh termasuk lembangan-lembangan sungai.
Saya rasa di peringkat negeri, boleh kata hampir semua negeri dah ada lembaga urus air— kalau di Selangor, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), di Kedah ada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) dan sebagainya— supaya kita dapat lihat pencemaran yang mungkin berlaku daripada pembalakan yang akhirnya semua sedimen itu masuk itu— sungai, Yang Berhormat Menteri, kita tak ada lagi dah hat jernih-jernih ini. Semua teh tarik belaka. Jadi, semua itu dapat kita lihat secara menyeluruh yang merangkumi maknanya agensi federal dan juga yang berada di negeri supaya ianya dapat dikawal dengan lebih baik lagi. Saya suka untuk mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Masa dah tamat.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Hamzah - Kubang Pasu
Jadi, Tuan Yang di- Pertua, tak payah dok bagi warning dah. Saya pun nak berhenti di sini dan saya harap, insya-Allah, perbincangan, perbahasan kita dan mungkin kelulusan yang kita beri ini tak sia-sialah. Jangan ada siapa pula pergi sekat sekerat jalan lepas ini, tak jadi akta ini dan nak kena bentang lain pula dalam sesi yang lain. Tak tahulah, kot kita boleh bentangkah, kot orang lain pula bentang lepas ini. Kita tak jadi calon dah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Pindaan RUU ini menyaksikan beberapa denda dicadangkan untuk dinaikkan sehingga jumlah yang besar seperti RM500,000 bagi meningkatkan ketakutan oleh penjenayah alam sekitar daripada melakukan kesalahan kepada alam sekitar. Saya sepertimana rakan-rakan dalam ucapan terdahulu menyokong dan bersetuju dengan usaha ini kerana saya meyakini bahawa usaha yang melibatkan pencegahan atau deterrent, dengan izin, sangat penting bagi memastikan semua pihak mengambil iktibar dan berhati-hati daripada merosakkan alam sekitar kita.
Jadi, soalan saya. Satunya, sejauh manakah kempen kesedaran yang telah direncanakan oleh kementerian bagi memastikan kenaikan denda dan hukuman dalam RUU ini akan disebarluaskan kepada semua orang? Adakah Jabatan Alam Sekitar sudah memiliki aset dan perjawatan yang mencukupi bagi menguatkuasakan dan menangkap pihak pesalah alam sekitar seperti tertera dalam akta ini? Ini kerana selalunya isu yang besar ialah mengenai penguatkuasaan. Walaupun kita ada undang-undang yang baik tetapi kegagalan dalam penguatkuasaan menggagalkan usaha dan niat murni itu.
Tuan Yang di-Pertua, di sini saya juga ingin membangkitkan kepada Dewan ini berkenaan dengan insiden pembuangan sisa kimia ke Sungai Kim Kim di Pasir Gudang pada tahun 2019. Ia merupakan satu tragedi kepada negara di mana kejadian ini menyebabkan seramai 1,000 orang dirawat dan 111 buah sekolah telah ditutup.
Pakar kesihatan memaklumkan mangsa telah terhidu bau kimia yang telah meresap di udara dan seterusnya menyebabkan mangsa jatuh sakit. Gas terwap daripada bahan kimia dipercayai telah bergerak sehaluan dengan pergerakan angin dan menyerang ramai orang sekeliling. Situasi ini sangat merisaukan kerana ia adalah pencemaran dalam bentuk air dan udara yang melibatkan nyawa beribu-ribu orang.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Soalan saya ialah, mengambil pengajaran daripada insiden ini, saya ingin tahu adakah kementerian melakukan pemeriksaan tahap udara di tempat-tempat yang disyaki berlakunya pembuangan sisa kimia ini daripada semasa ke semasa pada waktu ini dan sejauh manakah amalan standard operasi (SOP) telah diusahakan oleh kementerian bagi menangani kesan pencemaran dalam skala besar selepas ini?
Tuan Yang di-Pertua, kita juga masih diancam dengan kewujudan tapak-tapak pembuangan sampah haram yang belum dapat dibanteras di mana kebanyakan tapak- tapak ini juga telah melakukan pembakaran haram. Situasi ini tentunya menyebabkan pencemaran di negara kita semakin membarah. Tapak pelupusan haram masih wujud di tempat umum yang diketahui ramai. Kritikan umum menyebut bahawa tiada tindakan dibuat terhadap pengusaha tapak-tapak pelupusan haram ini.
Soalan saya, apakah kementerian memberi ruang kepada orang awam untuk menyalurkan maklumat secara terus kepada pihak berkuasa bila-bila masa bagi mencegah kewujudan tapak-tapak pelupusan haram dan pembakaran terbuka ini? Sejauh manakah usaha dibuat oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menggantikan tapak pelupusan sampah yang ada dengan pembinaan insinerator yang terbukti lebih mesra?
Jadi, dengan beberapa persoalan dan cadangan itu, saya mohon menyokong.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Seterusnya, kalau ikut senarai saya, Yang Berhormat Bukit Bendera tapi beliau tidak ada dalam Dewan. Saya jemput Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk Papar berbahas dalam Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022.
Berkenaan dengan definisi “pembakaran terbuka” iaitu pembakaran ataupun pembaraan yang berlaku di udara bebas dan tidak dihalakan ke udara bebas itu melalui serombong atau cerobong. Definisi yang sama seperti dalam seksyen 29. Terdapat beberapa persoalan berkenaan dengan definisi ini.
Pertama, adakah ianya terpakai di dalam semua keadaan? Sebagai contoh, seseorang yang membuat pembakaran secara terbuka dan menyediakan serombong, adakah ia dikira satu kesalahan? Kedua, berkenaan dengan serombong, apakah kementerian telah menetapkan spesifikasinya?
Niat saya mempersoalkan definisi ini agar ianya lebih jelas dan difahami oleh rakyat kita dan penguatkuasaan akan lebih berkesan.
Menyentuh mengenai hukuman dan denda yang dikenakan di bawah pindaan seksyen 22 ini, saya ada sedikit kerisauan khususnya kesalahan pembakaran terbuka oleh orang-orang kampung. Mereka sememangnya sudah terbiasa dan kadangkala mereka tiada pilihan lain kerana tiada tempat untuk membuang sampah.
Jadi, sekiranya tidak ada penyelesaian isu ini dengan langkah-langkah kesedaran dan kerjasama dengan kerajaan negeri mengenai pengurusan sisa pepejal, saya yakin kita mungkin meletakkan satu hukuman yang sangat berat kepada orang-orang kampung.
Justeru, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sebelum penguatkuasaan undang-undang ini, adakah kerajaan bercadang untuk menetapkan satu tempoh khususnya kepada masyarakat luar bandar dan desa agar mereka dapat mengadaptasikan sepenuhnya pindaan yang kita buat pada hari ini?
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Mengenai pindaan seksyen 23 iaitu pencemaran bunyi bising. Definisi “bunyi bising” seperti yang tertakluk di dalam pindaan ini di dalam akta ibu adalah, “Tiada seseorang boleh mengeluarkan atau menyebab atau membenar dikeluarkan apa-apa
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
bunyi bising yang lebih kuat bahana, keamatan atau kualitinya dengan melanggar syarat- syarat yang boleh diterima yang ditentukan di bawah seksyen 21.” Saya mohon penjelasan, adakah peraturan ini difahami dan diketahui oleh rakyat selama ini? Sebagai contoh, sebuah keluarga bermain mercun dan jiran mereka melaporkan tindakan tersebut. Adakah mereka ini akan tertakluk kepada RUU ini?
Bagaimana pula dengan jiran sebelah yang bermain muzik kuat dan ini juga akan mengganggu-gugat ketenteraman mereka?
Tuan Yang di-Pertua, di tempat saya di P.175 Papar memang banyak pencemaran tanah dan sungai telah berlaku disebabkan oleh pembukaan ladang-ladang untuk penanaman kelapa sawit, penanaman Musang King dan bermacam-macam lagi, di mana kontraktor-kontraktor ini telah meniris ataupun membuat teres tanpa mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
Disebabkan pekerjaan mereka ini, apabila hujan, kita akan melihat sungai-sungai terutamanya di P.175 Papar akan bertukar warna. Air-air sungai akan seperti air teh tarik di mana loji-loji penapisan air tidak dapat berfungsi. Ada di antara loji-loji ini terpaksa dihentikan operasinya.
Begitu juga dengan orang-orang yang masih lagi menggunakan graviti iaitu paip graviti. Apabila hujan, air yang digunakan untuk graviti ini sudah bertukar warna dan tidak sesuai ataupun tidak baik untuk dibuat air minuman. Jadi, saya sangat-sangat berharap kepada kerajaan supaya dapat menangani perkara ini dengan sebaiknya.
Perkara pencemaran sungai ini sudah lama berlaku di mana di P.175 Papar ada pengorekan pasir. Pengorekan pasir ini dibuat ada yang sah dan ada yang tidak berlesen.
Jadi, kepada pengorek pasir ataupun kontraktor pasir ini, mereka mengambil pasir dengan sewenang-wenangnya dan telah menyebabkan banyak tebing sungai yang runtuh. Jadi, apabila tebing-tebing sungai runtuh, ia akan menyebabkan rumah-rumah yang terdekat akan terkesan. Jadi, di sini saya ingin menyeru kepada kerajaan supaya tindakan-tindakan sekeras-kerasnya dapat diambil kepada mereka ini.
Selain daripada itu juga, pembuangan sampah di mana-mana telah berlaku. Kita boleh lihat sama ada di kampung atau di bandar, puntung-puntung rokok dibuang begitu sahaja. Jadi, ini adalah satu pencemaran yang kita tidak dapat elakkan. Jadi, saya ingin menyeru kepada kerajaan supaya semua sisa minyak, semua sisa kimia haruslah dibuang mengikut spesifikasi supaya ia tidak mencemarkan alam sekitar kita.
Berkenaan dengan hukuman pula, saya menyokong penuh denda dan hukuman yang dikenakan kepada pihak syarikat yang melakukan pencemaran-pencemaran udara tanpa kompromi. Namun, hukuman untuk individu, saya rasakan kerajaan perlu melihat dengan lebih teliti dan membuat banyak penambahbaikan.
Sesebuah RUU penguatkuasaan tidak sepatutnya mengutamakan aspek hukuman sahaja. Bagaimanapun, dengan pendedahan dan pendidikan yang diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat baik di luar bandar ataupun di bandar dan di pedalaman, saya yakin mereka ini akan dapat mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Kerana apa? Kerana mereka sudah terbiasa dengan tindakan mereka selama ini. Adakah mereka pernah berfikir bahawa tindakan mereka ini betulkah ataupun salahkah? Saya mohon agar kerajaan dapat turun ke padang untuk adakan kempen kesedaran sebelum akta ini dikuatkuasakan kepada mereka.
Tuan Yang di-Pertua, pelbagai bencana alam telah berlaku di seluruh dunia.
Sebenarnya ini adalah isyarat nyata bahawa alam semesta kita termasuklah bumi kita sudah tua dan cukup sensitif kepada persekitarannya. Jika kita tidak mengambil tindakan segera untuk memulihkan luka-luka ini yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia, maka masa depan anak cucu kita akan tergadai dan juga akan gelap dan mereka juga yang akan mengalami kesusahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Empat belas saat lagi, Yang Berhormat.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
RUU ini sememangnya satu langkah yang baik dan sepatutnya sudah lama dilaksanakan. Namun, jika penguasaannya lemah, isu pencemaran ini tidak akan dapat selesai.
Apa pun, saya mahukan jawapan dan jaminan kerajaan agar RUU ini tidak menindas penduduk-penduduk di luar bandar dan di pedalaman. Berikan kesedaran kepada mereka, letakkan satu tempoh masa yang ditetapkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Papar. Seterusnya Yang Berhormat Kuala Selangor— tidak ada dalam Dewan.
Yang Berhormat Setiu tidak ada dalam Dewan. Saya jemput Yang Berhormat Sepang.
Sila, Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk berbahas.
Tuan Yang di-Pertua, saya mungkin hendak bawa satu perspektif lain daripada apa yang dibincangkan oleh kawan-kawan saya. Saya telah meneliti pindaan ini, Tuan Yang di-Pertua. Boleh katakan hampir majoriti pindaan ini berkaitan dengan meminda dari segi hukuman. Kalau kita lihat daripada perkataan ‘tidak melebihi’ ditukar kepada ‘tidak kurang’. Ataupun dalam lain-lain istilah perundangan, dia kata kita memperkenalkan apa yang dikatakan hukuman minimum sentence ataupun mandatory sentence.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak pastilah, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Sejauh manakah pihak Yang Berhormat Menteri telah membuat satu engagement dengan semua stakeholders termasuk stakeholdersnya ialah para hakim yang akan mendengar kes ini? Sebabnya, Tuan Yang di-Pertua, saya sudah banyak kali dalam Dewan ini saya mengatakan teori hukuman minimum sentence ini adalah teori hukuman yang sebenarnya tidak begitu baik.
Kerana apa, Tuan Yang di-Pertua? Saya akan bagi hujah-hujah saya. Sebab, antaranya, Tuan Yang di-Pertua, bila kita perkenalkan minimum sentence ini, kita akan menggalakkan orang untuk tidak mengaku salah. Sebabnya, Tuan Yang di-Pertua, bila kita mengaku salah pun, hukuman sama. Oleh sebab itu para hakim kata— biasanya tuan hakim, kita berikan discretion kepada hakim daripada segi menghukum ini. Jangan kita ambil kuasa hakim itu. Budi bicara itu jangan kita ambil. Bila kita rompak kuasa itu, hakim akan berada dalam keadaan dilema.
Sebab, orang yang melakukan kesalahan ini, Tuan Yang di-Pertua, mereka mengaku bersalah atas motivasi yang berbeza-beza. Saya hendak bagi contoh, Tuan Yang di-Pertua. Kita katakan pemegang lesen. Pemegang lesen, Tuan Yang di-Pertua, mungkin satu syarikat besar dia namakan satu orang-orang kampung sebagai pemegang lesen, sebenarnya mereka the real culprit, tetapi orang kampung itu yang didakwa di mahkamah. Mereka apabila didakwa, mereka kena hukuman minimum sentence, ia satu hukuman yang cruel dan inhuman. Tuan Yang di-Pertua, sebab itu ada satu kes di mahkamah di Kanada, Supreme Court of Ontario mengatakan hukuman minimum sentence adalah hukuman yang bercanggah dengan perlembagaan. Oleh sebab itu, saya kata bahawa hukuman— saya berbeza dengan kawan-kawan lain, minta maaf. Sebab, saya rasa bahawa hukuman— apalagi kita mengenakan hukuman minimum sentence untuk denda, bukan untuk hukuman penjara.
Kalau kita betul-betul hendak memperkenalkan hukuman yang bersifat deterrent, Tuan Yang di-Pertua, deterrent hanya salah satu daripada aspek philosophy hukuman, sentencing, bukan segala-galanya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Deterrent satu, ada satu deterrent, deformation dan macam-macam. Kita hanya menceritakan tentang deterrent.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, sebab itu dalam hukuman Islam pun, hukuman yang berkaitan dengan minimum sentence ataupun mandatori ini terhad dalam hukuman- hukuman jenayah berat sahaja iaitu jenayah yang melibatkan hudud. Oleh sebab itu banyak hukuman takzir yang melibatkan discretion of the judge. Akan tetapi kita bersetuju bahawa hukuman ini, Tuan Yang di-Pertua— saya akan beri pendapat. Saya merasakan bahawa hukuman rang undang-undang ini akan menyebabkan kita akan— sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, ada kajian dibuat bahawa hukuman minimum sentence ini tidak boleh mengurangkan jenayah.
Malahan dikatakan bahawa, saya bacakan; “The criminological evidence strongly suggests the minimum sentence don’t deter crime, reduce reoffence rate or make our community safe”. Maknanya, tidak boleh menyelesaikan masalah Tuan Yang di-Pertua.
Jadi sebab itu saya kata bahawa kalau kita hendak betul-betul memastikan undang-undang ini betul-betul dapat...
[Tidak jelas] kita mesti consult semua *stakeholders.
Stakeholders* bukan sahaja terlibat kepada orang-orang yang melakukan jenayah tetapi juga syarikat-syarikat besar tetapi juga orang-orang yang terlibat dalam mengenakan hukuman itu.
Dalam banyak undang-undang, kita jarang ataupun kita kurang mengambil perhatian daripada pihak yang menjatuhkan hukum. Bila kita pergi mahkamah Tuan Yang di-Pertua, ramai para hakim complained kepada kita. Saya pernah ingat lagi Tuan Yang di-Pertua, ada satu pindaan ke atas seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya yang kita mengenakan hukuman mandatori minimum sentence iaitu bila orang memiliki.
Contohnya Tuan Yang di-Pertua, ada pekerja yang dia kerja untuk memecahkan air batu. Mereka ada bawa senjata— bukan senjatalah tetapi macam pisau itu. Bila mereka balik rumah, ditahan polis, ada— diibarat senjata, mereka ditangkap didakwa di bawah seksyen 6 akta korosif ataupun Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya itu. Dia didakwa di mahkamah Tuan Yang di-Pertua, mereka jual air batu tetapi oleh sebab hukumnya minimum sentence, mereka hendak mengaku salah pun serba salah. Kalau mengaku salah, kena hukuman penjara. Tidak mengaku salah, mereka kata mereka hendak pakai lawyer tidak ada duit.
Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, undang-undang ini ada dua. Ia akan menggalakkan orang yang bersalah tidak mengaku salah dan menggalakkan juga orang yang tidak bersalah untuk mengaku bersalah. Ini akibatnya Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu saya mengatakan bahawa undang-undang ini minta maaf, tidak akan berjaya menyelesaikan masalah.
Saya percaya bahawa undang-undang ini sebenarnya tidak betul-betul dibuat dalam keadaan kita telah betul-betul consult the stakeholders yang sepatutnya. Jadi sebab itu saya merasakan bahawa undang-undang ini berkemungkinan akan dikenakan ke atas orang-orang yang lemah, mungkin akan berlaku dibandingkan orang-orang yang mungkin di syarikat besar dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, lagi satu sebagai contoh kita memperkenalkan hukuman minimum sentence ke atas pemegang lesen. Akan tetapi tidak adapun hukuman untuk ditarik balik lesen itu. Tuan Yang di-Pertua, kalau mereka ada lesen lagi, apa jaminan mereka akan tidak buat lagi jenayah itu. Lagipun Tuan Yang di-Pertua, kalau mereka syarikat besar, bayar denda saja sepertimana sahabat saya kata, bayar ciput apa mereka risau.
Mereka merasakan bahawa walaupun aku buat jenayah dan mungkin ramai yang telah jadi mangsa tetapi hukuman aku setakat denda sahaja. Kalau betul kita hendak serius, patutnya syarikat-syarikat besar ini, director dan sebagainya dikenakan hukuman penjara, barulah dikatakan deterrent. Ini hukuman denda, hukuman denda ke atas seorang yang bersyarikat besar, nothing. Peanut sahaja orang kata.
Jadi sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan undang-undang ini tidak akan berjaya menyelesaikan masalah daripada segi pencemaran. Malahan ia mungkin menggalakkan lagi orang melakukan pencemaran, percayalah Tuan Yang di-Pertua. Ini berdasarkan pengalaman saya sebagai peguam hampir 25 tahun. Saya mengatakan
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
undang-undang seperti ini Tuan Yang di-Pertua tidak akan dipandang oleh orang-orang the culpritnya sebagai hukuman yang deterrent. Malahan mereka akan mengatakan undang-undang ini, mungkin mereka kata dia akan— Tuan Yang di-Pertua, mereka akan sentiasa cari loophole untuk mereka lepas daripada undang-undang.
Kalau katakan pemegang lesen itu adalah seorang yang bersyarikat besar pun, selepas ini mereka akan tukar pemegang lesen mereka cari orang-orang yang mungkin boleh dikenakan sebagai punching bag. Jadi sebab itu saya merasakan Tuan Yang di- Pertua, kalau betul kita hendak buat hukuman deterrent, kita betul-betul buat. Consult betul-betul semua stakeholders. Saya tidak rasa benda ini...
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Boleh saya mencelah?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila, hendak minta celahan.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Kuala Kedah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Silakan. Silakan.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya mohon pencerahan kerana saya tidak faham sedikit penjelasan tadi tentang deterrent factor itu. Misalnya, pindaan kepada seksyen 34B, dulunya tidak ada penjara mandatori. Sekarang ada penjara mandatori tidak lebih lima tahun. Jadi, saya nampak itu satu bentuk deterrentlah. Terima kasih.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya setuju dengan apa yang dikatakan tetapi cuba baca seksyen lain. Yang mandatori itu untuk makluman Yang Berhormat Kuala Kedah hanya beberapa undang-undang sahaja. Akan tetapi kebanyakan, saya baca ya. Pindaan seksyen 16 melibatkan denda tidak kurang iaitu minimum sentence untuk denda. Pindaan seksyen 18, seksyen 19 dan seksyen 22. Jadi majoriti hukuman untuk makluman Yang Berhormat Kuala Kedah, majoritinya hukuman berbentuk denda mandatori, bukan hukuman penjara. Kalau hendak penjara, penjara semualah, baru mandatori. Baru betul-betul berkesan.
Akan tetapi kebanyakan saya katakan tadi— sebab itu saya kata Yang Berhormat Kuala Kedah, untuk memegang lesen kita kenakan hukuman mandatori denda tidak efektif sebab untuk pemegang lesen sepatutnya kita mensyaratkan pemegang lesen mestilah pemegang lesen yang sebenarnya, bukan kita meletakkan macam orang kata Ali Baba dan sebagainya. Maknanya kalau kamu hendak mohon lesen, syarikat kamu mesti letak nama director daripada syarikat itu sendiri, tidak boleh lantik mana-mana orang sebagai Ali Baba kamu.
Selepas itu, mestilah kalau sekiranya mereka bersalah, dikenakan hukuman penjara. Saya setuju kalau hukuman penjara. Akan tetapi hukuman denda untuk pemegang lesen tidak ada masalah, tidak akan memberikan kesan yang deterrent. Lagi satu untuk makluman Yang Berhormat Kuala Kedah, deterrent adalah salah satu sahaja cara untuk kita memastikan orang tidak melakukan kesalahan.
Jadi sebab itu Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, dalam hukum— saya ada prinsip undang-undang Islam. Hukuman takzir ini berbentuk antaranya memalukan dan sebab itu timbulnya kadang-kadang orang tidak puasa dibawa naik van jenazah dan sebagainya. Sebenarnya itu ada unsur-unsur hendak memalukan orang sebab kalau manusia ada rasa malu— kecuali ada seoranglah yang tidak malu iaitu Yang Berhormat Pekan. Yang itu memang kami beyond repairlah, irreparable.
Akan tetapi kalau orang yang tahu malu Tuan Yang di-Pertua, mereka tahu mereka ini penjenayah, mereka tidak akan berani tunjuk muka di khalayak ramai. Akan tetapi kalau orang yang macam Yang Berhormat Pekan, beyond repair ini tidak boleh kita hendak ubahkan. Ini orang yang memang tidak boleh repair dah, irreparable. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat— tadi ada beberapa nama telah saya panggil. Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang telah mengambil tindakan untuk menaikkan denda kepada pesalah yang mencemarkan alam sekitar sehingga mencecah RM10 juta.
Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat dinafikan kerosakan yang berlaku pada hari ini adalah hasil daripada perbuatan tangan-tangan manusia sepertimana yang disebut oleh Allah SWT dalam Surah Ar-Rum.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Suratul Rum, ayat 41. “*Telah jelas kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia.
Allah SWT menghendaki agar mereka merasakan sebahagian daripada akibat perbuatan buruk mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar*”.
Tuan Yang di-Pertua, soalan pertama yang saya ingin bangkitkan berkenaan jumlah tapak pelupusan sisa pepejal haram di seluruh negara. Sehingga kini, berapakah tapak pelupusan sisa pepejal yang masih beroperasi secara haram? Saya mohon kementerian menyediakan satu statistik terkini yang menyatakan dengan jelas bilangan tapak pelupusan sisa pepejal haram di negara ini. Selain itu, apakah tindakan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengheret individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan? Hal ini kerana perbuatan ini amatlah memberi kesan yang buruk terhadap kualiti alam sekitar di negara kita.
Saya juga ingin pencerahan kementerian berkenaan bilangan anggota penguat kuasa sedia ada. Adakah bilangan anggota ini mencukupi bagi menguatkuasakan pindaan akta ini? Sekiranya bilangan anggota penguat kuasa tidak mencukupi, apakah perancangan kerajaan bagi menangani permasalahan tersebut? Adakah dengan mewujudkan operasi bersepadu atau kerjasama rentas kementerian bagi mengatasinya?
Mohon pencerahan.
Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Di samping itu juga saya melihat antara halangan atau cabaran utama yang wujud dalam usaha kerajaan untuk memastikan alam sekitar kita bersih dan berkualiti adalah kekangan di pihak kerajaan sendiri dalam menyediakan fasiliti-fasiliti yang memudahkan rakyat untuk membuang sampah di tempat yang sepatutnya.
Sebagai contoh, kekurangan tong sampah yang mencukupi dan kapasiti penduduk dalam sesuatu kawasan menyebabkan rakyat akan membuang sampah merata-rata di mana-mana tempat yang tidak sepatutnya. Begitu juga dengan ketiadaan tong roro yang disediakan menyebabkan sampah sarap berbentuk pepejal yang bersaiz besar tidak dapat dibuang dan dilupuskan secara sempurna.
Oleh itu kerajaan perlu melaksanakan satu inisiatif yang lebih proaktif untuk memberi kesedaran kepada rakyat mengenai hukuman yang telah digazetkan. Pada masa yang sama penguatkuasaan tersebut perlu dijustifikasikan dengan tindakan mengenakan hukuman terhadap individu yang melakukan kesalahan tersebut.
Situasi kini yang terjadi, segelintir rakyat yang membuang sampah bukan di tempat yang sepatutnya bahkan mengotori hutan dengan longgokan sampah pepejal dan sebagainya. Namun tiada apa-apa tindakan yang dikenakan menyebabkan rakyat tidak rasa gerun terhadap hukuman yang digazet kan. Sekian Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Padang Rengas.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan rang undang-undang pindaan Akta Kualiti Alam Sekitar
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Saya baca tentang pindaan ini dan didapati bahawa telah ada beberapa peningkatan penalti minimum, maksimum hukuman penjara mandatori antara beberapa seksyen.
Pokoknya, walaupun kita tingkatkan penalti tersebut dengan hukuman penjara mandatori, apa yang penting ialah pelaksanaan terhadap undang-undang ini. Saya bagi satu contoh. Tiga bulan lalu, bulan Julai telah berlaku banjir di kawasan Baling.
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli menerbitkan Laporan Kajian Bencana Geologi Banjir Puing 2022 di Sungai Kupang, Baling Kedah.
Saya membangkitkan isu ini kerana terdapat satu clear evidence, keterangan yang sangat jelas. Pelanggaran Akta Kualiti Alam Sekitar iaitu apabila EIA telah dibuat ialah untuk penanaman department of environment director telah menyatakan bahawa telah jelas bahawa EIA ialah untuk menggantikan dengan Timber Latex Clone Forest Farm pada Gunung Inas.
Akan tetapi ditebang dijadikan musang king, pokok-pokok musang king. Satu pelanggaran terhadap Environmental Impact and Assessment Report (EIA). Tiga bulan selepas banjir tersebut, kita pun tidak dengar apa-apa pendakwaan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar, tiga bulan sudah.
Saya bangkitkan isu ini kerana pembalakan di Gunung Inas, Baling menyebabkan banjir lumpur bukan sahaja di sungai-sungai hilir, dari Baling sampai ke Sungai Muda yang menjadi sempadan antara Kedah dan Pulau Pinang. Akibat banjir puing di Baling tersebut, Pulau Pinang terjejas. Ada ratusan ribu penduduk terputus air. Ada satu hari, ada dua hari, ada yang sangat teruk sampai enam hari.
Oleh itu apa yang berlaku di Baling juga akan menjejaskan negeri Pulau Pinang kerana 90 peratus daripada air mentah kita, bergantung kepada tapisan air dari Sungai Muda dan tiada pendakwaan. Pelanggaran akta dan tiada pendakwaan. Saya minta satu status update berkenaan kes ini.
Saya lihat bahawa ada penalti dan memperkukuhkan penguntukan berkaitan pembakaran terbuka dengan penalti kalau seksyen 32, seksyen 37, seksyen 41, seksyen 48A dengan denda minimum RM5,000 sehingga RM10 juta.
Saya minta juga apakah guidance. Apakah rujukan kepada mahkamah dengan range begitu besar RM5,000 sampai RM10 juta dan sama ada, ada panduan kepada pihak sistem kehakiman, kerana kalau kita lihat sebelum ini, kalau berlaku seperti waktu dahulu Sungai Kim Kim, dilaporkan usaha pembersihan RM6.4 juta?
Kalau berlaku seksyen 27, melepaskan minyak ke dalam perairan Malaysia dilarang. Waktu dahulu pada tahun 2017, ada kes RM24 juta dibelanjakan untuk membersihkan tumpahan minyak pada tahun 2017.
Persoalan saya ialah kalau tumpahan berlaku dalam perairan Malaysia. Kos yang terlibat bukan sahaja usaha untuk pembersihan. Kos yang terlibat juga termasuk juga pampasan perlu dibuat kepada nelayan kerana hilang mata pencarian, kalau usaha pembersihan berminggu-minggu, berbulan-bulan. Maka nelayan akan terjejas, mata pencarian akan terjejas dan pampasan itu juga perlu dimasukkan dalam kiraan kos pembersihan.
Begitu juga dengan hotel-hotel. Kalau tumpahan minyak di luar pantai perairan Malaysia menyebabkan hotel-hotel operator terpaksa tutup operasi mereka untuk berbulan-bulan kerana ada minyak dekat luar pantai dan ini juga perlu ada satu bentuk pampasan.
Oleh itu saya hendak tanya bagaimana dengan had RM10 juta sahaja.
Bagaimana dapat memenuhi kos-kos pembersihan pantai akibat tumpahan minyak. Sila jelaskan international treaty yang kita tandatangani, sama ada terdapat ataupun insurans antarabangsa yang kita telah tandatangani.
Sama ada boleh kita dapat balik supaya kerosakan ke atas alam sekitar yang tadi Sungai Kim Kim di tepi pantai. Tumpahan minyak yang bukan untuk puluhan ribu sahaja,
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
berjuta-berjuta. Berjuta-juta, bukan sahaja pembersihan tetapi menyebabkan mata pencarian nelayan, hotel operator akan terjejas.
Saya meminta skema, skema pampasan itu. Bagaimana dari segi pendedahan denda oleh mahkamah yang tidak mencukupi untuk kerja-kerja pembersihan dan pampasan kepada stakeholders. Di sebut juga seksyen 34B, larangan terhadap penempatan peletakan buangan terjadual. Seperti kita tahu juga RM10 juta. Sebenarnya kita perlu juga menubuhkan Environmental Audit Committee iaitu Jawatankuasa Audit Alam Sekitar kerana kita lihat bahawa perkara-perkara ini boleh kita membuat detection dengan lebih awal.
Ada syarikat yang sepatutnya diperlukan undang-undang menghantar buangan terjadual ini kepada tapak-tapak pelupusan, berapa keluaran dia kemudian kena hantar ke berapa kuantitinya.
Akan tetapi apabila tidak dibuat, kita boleh buat early detection. Sampai sekarang kita tidak ada satu sistem early detection oleh Jabatan Alam Sekitar supaya perkara- perkara ini dapat ditemui dengan lebih awal dan dapat diusahakan.
Saya juga melihat kepada- ada improvement ataupun penambahbaikan dari segi larangan atas pembakaran terbuka seksyen 29A dengan definisi yang baharu, dengan satu denda harian. Saya alu-alukan ini kerana kita memang ada individu ataupun pihak- pihak perniagaan yang degil, yang terpaksa kita mengenakan denda harian. Satu hari denda harian RM5,000 kerana kalau berpanjangan sejak berbulan-bulan, itulah perlu di kira dari segi denda harian.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Sebenarnya saya lihat Akta Kualiti Alam Sekitar yang dipinda ini is a long overdue tetapi perlu ada penjelasan.
Satu seksyen lagi fasal 25, yang meminda seksyen 45. Sebelum ini Pegawai Jabatan Alam Sekitar boleh mengeluarkan kompaun apabila terdapat kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar. Boleh menawarkan kompaun- dikeluarkan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar.
Akan tetapi di bawah pindaan ini, semua tawaran kompaun perlu mendapat keizinan bertulis daripada Pendakwa Raya terlebih dahulu. Itu satu yang luar biasa kerana sebelum ini Pegawai JAS boleh mengeluarkan kompaun. Ini menambahkan birokrasi lagi.
Cadangan saya supaya bahawa kita mungkin hadkan amaun-amaun tertentu.
Amaun-amaun yang kecil. Pegawai boleh menawarkan kompaun. Hanya amaun yang besar beratus ribu, sampai berjuta baru perlu kelulusan Pendakwa Raya.
Kita tidak mahu bahawa Pegawai JAS lambat daripada segi penguatkuasaan, lambat daripada segi kerana menunggu keizinan bertulis daripada Pendakwa Raya.
Sebelum ini tawaran kompaun boleh dibuat oleh Pegawai JAS, dan ini perlu mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Masa sudah tamat Yang Berhormat Bukit Bendera.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab soalan yang saya telah bangkitkan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Rasah. Sila Yang Berhormat Padang Rengas, 10 minit.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberikan kesempatan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini.
Saya hendak mengambil- peringkat awal ini, hendak ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian, kerana telah berjaya untuk membentangkan rang undang-undang ini, yang saya fikir iaitu bahawa memandangkan soal alam sekitar ini merupakan soal yang sangat penting, yang dibahaskan termasuk dalam COP26, dan COP27 yang akan datang ini.
[Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) **mempengerusikan Mesyuarat****] Maka ini merupakan satu perkara yang positif dan baik. Mungkin dalam COP27 nanti boleh dilaporkan bahawa tindakan-tindakan seperti ini telah pun dilakukan oleh Malaysia, bagi menjayakan apa yang telah dirumuskan dalam COP26 dahulu.
Saya telah mendengar dengan teliti pandangan-pandangan daripada rakan- rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan beberapa perkara yang saya kira valid. Namun, saya harap janganlah ia orang kata menyebabkan kementerian rasa morally down, kerana pada saya ada undang-undang yang mungkin belum lengkap lagi- itu adalah jauh lebih baik daripada langsung tidak ada undang-undang untuk kita membanteras perkara-perkara yang ada kaitan dengan soal alam sekitar ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mendengar dengan teliti apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam ulasan awal sebentar tadi tentang beberapa perkara yang akan diambil, untuk memperkuatkan lagi usaha kita menjaga alam sekitar.
Kenaikan denda ini merupakan satu perkara, walau apa sekalipun yang telah dikatakan, kita boleh melihatnya sebagai positif.
Hal ini kerana tidak mungkin ia tidak langsung membawa kesan. Sudah tentu kalau dendanya tinggi itu ia boleh deter, as a deterrent factor, menghalang daripada sesuatu individu ataupun syarikat daripada sewenang-wenangnya tidak mengambil berat tentang apa yang dilakukan oleh kilang mereka, ataupun apa yang dilakukan oleh mereka sebagai individu.
Akan tetapi saya hendak sebut, saya- I am bit concerned apabila Yang Berhormat menyebut iaitu bahawa, sebabnya mengapa denda ini dinaikkan tinggi ialah kerana kos untuk memulihkan semula alam sekitar disabitkan oleh sebab perbuatan yang dilakukan oleh sebuah syarikat itu terlalu tinggi.
Jadi saya hendak minta Yang Berhormat perjelaskan iaitu, apa tujuan ditinggikan denda ini ialah kerana kita hendak cover cost, kita memulihkan keadaan yang berlaku disabitkan oleh kecuaian daripada segi syarikat yang tertentu itu. Bagi saya, akhirnya nanti kalau sekiranya kerajaan terpaksa menanggung iaitu bahawa kos yang tinggi kerana pemulihan, ia tidak boleh dikatakan, kita hendak bayar daripada denda yang tinggi yang telah kita kenakan pada syarikat itu.
Jadi kalau sebeginilah, bermakna iaitu bahawa syarikat tidak akan rasa bimbang.
Dia akan buat kerana dia akan bayar denda dan denda itu ialah akan cover perbuatan dia.
Saya rasa denda kita kutip ialah kerana denda, kerana kesalahan dia, tetapi kos saya hendak tanya- apakah kos yang ditanggung oleh kerajaan tidak bolehkah dikenakan kepada syarikat untuk membayar?
Mesti dibezakan antara denda yang dikutip kerana kesalahan, dengan kos yang mesti dipertanggungjawabkan kepada syarikat yang telah menyebabkan berlakunya perkara yang boleh merosakkan alam sekitar. Hal ini sebab saya ada dengar cerita dahulu iaitu bahawa ini dalam hal lain lah. Macam kata syarikat buat sarung tangan dahulu. Jadi
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
mereka telah dikatakan iaitu bahawa tidak memberikan layanan yang baik kepada pekerja-pekerja, maka mereka didenda. Dendanya tinggi juga tetapi waktu mereka dapat windfall profit dahulu...
[Ketawa] Masalah bayar denda, tidak ada.
Dia boleh bayar tetapi tindakan mereka yang tidak melayan pekerja dengan baik ini, tidak menjadi masalah kepada mereka kalau sekiranya – it is not a problem to them.
Maknanya dia tidak akan berasa bersalah apa-apa sebab dia sudah bayar denda. Dia bayar denda, denda tinggi no problem, sebab kita punya profit lebih tinggi. Akan tetapi, apakah keadaan pekerja itu dibiarkan begitu sahaja?
Jadi itu yang saya punya concern ialah apakah, kalau saya faham daripada penjelasan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, bermakna kita membayar kos pemulihan daripada duit yang didenda, ya. Jadi saya rasa kita kena pastikan iaitu bahawa segala apa kos pemulihan itu mesti dibayar oleh syarikat yang telah menyebabkan berlakunya rosaknya alam sekitar.
Bukan kita hendak bayar dengan duit denda yang kita kutip, kita hendak bayar kos pemulihan itu. Jadi saya hendak minta penjelasan. Saya tidak tahu. Saya merasakan iaitu bahawa kalau syarikat itu telah melakukan satu kesalahan, denda, denda! Itu lain.
Akan tetapi tetap kos untuk memulihkan keadaan mesti dipertanggungjawabkan kepada syarikat, ini baru betul. Ya, ini baru betul.
Jadi, saya perlu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dalam hal ini, sebab Yang Berhormat Menteri telah mengatakan itu bahawa kita menaikkan denda kerana kosnya tinggi dan lain-lainlah, itu pertama.
Keduanya, saya rasa pada jangka panjang, soal alam sekitar ini kementerian- saya harap dapat engaged dengan Kementerian Pendidikan, bukan Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, iaitu dimasukkan kokurikulum berkenaan dengan alam sekitar. Pada hari ini, kita banyak bangkit masalah macam yang disebut oleh Yang Berhormat Setiu sebentar tadi, buang sampah merata.
Ini ialah kerana tidak mendapat pendedahan pendidikan di sekolah rendah berkenaan tentang betapa pentingnya alam sekitar itu.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Kalau kita tidak memberikan pendidikan di sekolah rendah, pada long term-nya kita akan kerugian kerana orang tidak akan faham dan mereka merasakan bahawa sampah ini boleh buang di mana-mana sahaja. Asalkan tidak nampak di mata mereka, maka bersihlah. Akan tetapi, dia merosakkan alam sekitar.
Dahulu masa saya bersekolah, dahulu saya ingat waktu darjah satu, darjah dua, darjah tiga— sebenarnya pendidikan bukan sangat di peringkat bawah itu menekankan tentang akademik. Saya mendapat pendidikan dengan satu subjek yang bernama nature study. Nature study. Pada itu, saya seronok sahajalah, nature study ini, kerana dalam dia punya ini dia akan suruh kita lebih mengetahui tentang daun, pokok, bunga, kadangkala ada masanya di sekolah rendah dahulu, mereka suruh kita pergi cuci— ada rooster-lah.
Maknanya, satu kelas pergi ambil kutip sampah semua. Jadi, pada ketika itu, kita tidak faham apakah tujuan yang sebenar dengan adanya nature study ini. Akan tetapi, sekarang baru kita faham. Nature study ini ialah untuk mendekatkan kita dengan soal alam sekitar.
Jadi, itu sekolah rendah. Dahulu ada hygiene, di sekolah rendah dulu. Akan tetapi, sekarang saya tengok sudah tidak ada dalam sistem pendidikan kita. Maka, inilah sebabnya pada hari ini iaitu orang-orang kita tidak peduli tentang sampah, buang merata.
Akan tetapi, kalau kita diajar daripada kecil tentang nature study, maka sudah tentu kita akan sayang kepada nature kerana daripada kecil kita dilatih begitu.
Jadi, saya ingat for long term, ini subjek-subjek seperti yang dahulu yang kita belajar di sekolah rendah— nature study, hygiene— ini perlu diperhidupkan balik supaya in the long term, kita akan dapat mendekatkan diri kita dengan betapa pentingnya alam sekitar ini.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, ini cadangan saya, pandangan saya dan saya harap supaya kementerian akan dapat berurusanlah dengan Kementerian Pendidikan untuk memasukkan subjek-subjek seperti ini kembali kepada kurikulum kita supaya ia di peringkat sekolah rendah lagi dapat dilatihkan kita untuk cinta kepada alam sekitar.
Terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Dipersilakan Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan untuk Rang Undang- undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022 pada petang ini.
Perkara pertama yang saya hendak sebut adalah berkenaan dengan pindaan kepada seksyen 2 akta induk iaitu memasukkan takrifan “pembakaran terbuka”. Saya menyambut baik kemasukan takrifan ini yang mana ia membolehkan satu skop pembakaran ataupun pembaraan yang berlaku di udara bebas. Ini sesuatu yang saya rasa kita perlu mempunyai satu inisiatif untuk memastikan tiada pembakaran terbuka oleh mana-mana pihak. Bukan sahaja industri melalui perlepasan pembakaran daripada kilang haram dan sebagainya. Bukan setakat itu sahaja tetapi daripada mana-mana individu, orang perseorangan yang telah melakukan sesuatu.
Saya bagi contoh. Kalau di kawasan perumahan, ada orang bakar di tanah lapang. Katakan tanah lapang itu, dia hendak tanam sayur sedikit. Itu okeylah kalau dia tidak menjejaskan hak orang lain, tidak mendatangkan kacau ganggu dan sebagainya.
Tidak apa. Akan tetapi kalau selepas dia tanam, sisa-sisa tumbuhan dia bakar di situ.
Apakah perkara ini dibenarkan?
Jadi saya harap dengan kemasukan pembakaran terbuka, takrifan yang baharu ini, ia akan membolehkan pihak Jabatan Alam Sekitar di semua tempat boleh ambil tindakan yang sewajarnya. Sebab, kalau tidak ada tindakan yang disusuli oleh Jabatan Alam Sekitar sebagai agensi yang terlibat, tidak ada makna pindaan pada hari ini walaupun disokong oleh semua Ahli Dewan yang hadir pada hari ini.
Jadi, saya mohon— sebab di kawasan saya, saya hendak bagi tahu, bulan Julai saya pernah tulis surat kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan berkenaan dengan pembakaran terbuka di Taman Seremban Jaya. Sehingga hari ini, perkara itu masih berlaku. Saya harap perkara ini— mungkin Yang Berhormat tidak payah jawab. Akan tetapi, paling kurang, pegawai itu, saya mohon tindakan daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan terhadap perkara ini.
Perkara kedua yang saya hendak sebut adalah saya meneliti pembentangan daripada Yang Berhormat Menteri sebelum berehat tengah hari tadi iaitu berkenaan dengan pindaan yang kita bicarakan pada hari ini. Saya dapati di seksyen 29A akta induk dipinda keseluruhan, diganti dengan subseksyen (1) hingga subseksyen (5) yang baharu dan seterusnya seksyen 29AA dibuang. Tadi dalam pembentangan oleh Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri tidak sebut apakah sebabnya kenapa dua seksyen ini.
Saya anggap ia sebagai gabungan. Sebab itu seksyen 29AA itu dibuang dan seksyen 29A itu ditambah baik. Saya anggap begitulah. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Kenapa hendak dibuat ini? Apakah dengan adanya gabungan ini, ia akan membolehkan skop yang lebih luas yang lebih efektif dari segi penguatkuasaan dan tindakan oleh Jabatan Alam Sekitar dalam melaksanakan tugas mereka? Jika itulah niat untuk pindaan ini, saya rasa kita semua wajar menyokong sebab ia adalah untuk kebaikan.
Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya yang saya hendak sebut adalah saya dapati beberapa seksyen dalam akta induk seperti seksyen 16 iaitu berkenaan dengan pemegang lesen hendaklah mematuhi lesen, seksyen 18 iaitu premis yang ditetapkan hendaklah dilesen, seksyen 19, seksyen 22, seksyen 23, seksyen 24, seksyen 25,
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
seksyen 27 dan sebagainya, semuanya berkaitan dengan jumlah denda dinaikkan dan dengan ada penjara mandatori.
Ya, kita nampak sudah tiba masanya tindakan yang lebih tegas. Kalau dua, tiga tahun dahulu ada insiden di Sungai Kim Kim, selepas itu di Baling yang mengakibatkan musibah banjir bukan sahaja kerosakan harta benda tetapi ia juga mengakibatkan ada nyawa manusia yang terkorban. Kita ambil iktibar, pengajaran daripada apa yang berlaku.
Kita menyokong apa yang dicadangkan melalui pindaan ini sebab, bagi saya, sekiranya pindaan ini boleh mendatangkan perasaan takut ataupun segan kepada mereka-mereka yang ada cadangan, ada niat untuk mencemarkan alam, maknanya kita mencapai hasrat yang kita harapkan. Sebab, alam sekitar ini, kita kena faham ia tidak boleh diganti dengan wang ringgit.
Tadi Yang Berhormat Padang Rengas ada sebut, bukan sebab dia bayar cukai lebih, dia boleh cemarkan alam. Sebab, apabila cemarkan alam, kita nampak oh mungkin hutan itu ditebang dan sebagainya. Bukan setakat itu. Akibatnya, ia akan mengakibatkan musibah kepada manusia. Ia boleh mengakibatkan hakisan tanah. Tanah runtuh, sungai akan menjadi lebih cetek dan sudah pastinya musim banjir. Ha, ini hujung tahun ini.
Saya rasa, Yang Berhormat, saya banyak kali pun sebut dengan Yang Berhormat, bukan sahaja dalam Dewan, di luar sana banyak kali saya bincang dengan Yang Berhormat fasal Sungai Linggi. Saya rasa kalau Yang Berhormat nampak muka saya, dia mungkin tidak ingat Rasah tetapi dia ingat Sungai Linggi.
Itu antara yang saya rasa perkara-perkara yang boleh kita lakukan di peringkat puncanya. Peringkat punca bukan JPS. Di peringkat penghujungnya JPS, sebab sungai.
Akan tetapi, puncanya Jabatan Alam Sekitar. Dan adalah menjadi tanggungjawab setiap daripada kita untuk sama-sama membendung hakisan. Sebab, ia adalah kurniaan Tuhan yang tidak boleh diganti. Bukan kita kutip cukai lebih, tax lebih dan selepas itu benda itu pulih sepenuhnya. Tidak. Kerosakan yang terjadi akan kekal walaupun kita lakukan pelbagai usaha selepas itu.
Jadi bagi saya— saya bagi contoh yang saya rasa perlu ada tambah baik daripada Jabatan Alam Sekitar. Apabila Jabatan Alam Sekitar meluluskan environmental impact assessment (EIA) report, laporan EIA, kena tegas. Saya tahu ada banyak syarikat pergi lobi Jabatan Alam Sekitar. Dia punya lobi macam-macamlah. Apa itu macam-macam?
Saya tidak mahulah sebut ada ketirisan dan sebagainya tetapi kita sama-sama maklum.
Ada juga gunakan orang kenamaan dan sebagainya untuk dapatkan kelulusan EIA report.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Akhirnya − saya bukan hendak buat tuduhan tetapi ini hakikat yang saya rasa ramai dalam kalangan Ahli-ahli Dewan sedia maklum. Saya bagi satu contoh, hendak bina incinerator di kawasan yang kepadatannya tinggi di Negeri Sembilan yang dikelilingi oleh banyak kilang memproses makanan, ada kawasan perumahan − yang terdekat bawah dua kilometer, tetapi EIA report lulus.
Saya sendiri terlibat dalam bantahan dan akhirnya orang heret saya pergi mahkamah sebab orang tidak puas hati dengan bantahan saya. Akan tetapi bagi saya, memperjuangkan alam sekitar yang tidak tercemar adalah tanggungjawab kita bersama.
Walaupun kita terpaksa menanggung apa-apa risiko daripada pihak yang ada kekuatan daripada segi kewangan untuk melakukan saman sivil di mahkamah.
Jadi, saya harap Jabatan Alam Sekitar selepas pindaan kita − Saya sokong pindaan ini. Saya sebut secara terbuka. Lakukan yang terbaik. Pastikan kita benar-benar ada kekuatan daripada segi bidang kuasa dan jika perlu untuk tambah kakitangan dan pegawai. Mohon Menteri boleh benarkan ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam boleh benarkan untuk menambahkan kekuatan yang sedia ada. Pastikan penguatkuasaan tersebut benar-benar efektif dan berkesan dalam menjamin bahawa alam sekitar ini tidak terjejas dan tidak dicemari.
Juga saya mencadangkan, di setiap Jabatan Alam Sekitar kalau boleh di negeri dan daerah, setiap tempat ada hotline 24 hours setiap hari. Ia perlu diuar-uarkan kepada orang ramai sebagaimana pihak berkuasa tempatan. Sebagaimana hotline untuk bencana
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
alam dan sebagainya. Ini untuk memudahkan orang ramai melaporkan sebarang kegiatan ataupun aktiviti yang boleh mencemarkan alam sekitar.
Jadi, Jabatan Alam Sekitar selepas mendapat bidang kuasa tambahan ini − kita setuju bagi bidang kuasa tambahan untuk kebaikan bersama tetapi perlulah meningkatkan prestasi effectiveness masing-masing dan sama-sama kita memulihara alam sekitar yang dikurniakan oleh Tuhan kepada kita dan generasi akan datang. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri ketika menggulung nanti. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Dipersilakan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri dan Ahli-ahli Dewan.
Pergi ke kota menjelang malam, Sambil membawa kain sulam, Jika kita merosak alam, Masa depan pasti akan kelam. Yang Berhormat Menteri, Akta Kualiti Alam Sekeliling ini pada awalnya digubal pada tahun 1974. Usia undang-undang ini seusia saya Yang Berhormat. Sudah 40 lebih tahun ini tetapi...
Seorang Ahli
[Berucap tanpa pembesar suara]
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Masih mudalah lagi tetapi sudah 40 lebih tahunlah. Cuma yang kita bahas pada hari ini adalah soal fokusnya kepada pemerkasaan daripada segi hukuman.
Sudah pastilah daripada segi perspektif rakyat tentunya tidak mencukupi.
Takkanlah undang-undang yang berusia lebih 40 tahun ini yang hendak kita bahas secara tuntas dan mendalam pada hari ini adalah hanya tertumpu kepada pemerkasaan undang- undang. Sementara kita akui bahawa terdapat keperluan untuk melihat hukuman itu untuk menggerunkan pelaku-pelaku kesalahan alam sekitar ini.
Akan tetapi, saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah di sana terdapat perancangan sama ada bersifat jangka pendek ataupun sederhana dan panjang untuk melihat secara keseluruhan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekeliling ini? Kalau kita baca Hansard tahun 1970-an ketika dibentangkan rang undang-undang ini dan kita membaca daripada segi beberapa Rancangan Malaysia. Seingat saya perkara berkaitan alam sekitar ini kita belum masuk kepada Rancangan Malaysia Ketiga.
Asasnya adalah untuk pastikan sementara kita hendak pastikan negara ini berkembang daripada segi ekonomi, pembangunan itu mestilah mampan, sustainable development dengan izin. Untuk itu, pasti ada kaitan dengan alam sekitar dan sebagainya.
Jadi, bagaimana undang-undang ini yang menjadi the sole law dengan izin Tuan Yang di-Pertua untuk mengurus alam sekitar atau pembangunan yang mampan ini dapat menguasai pelbagai lagi aspek yang lain. Misalnya, kita tengok daripada segi perkembangan undang-undang ini apabila dimasukkan hukuman peringkat awal, ia bertujuan untuk memastikan daripada aspek ekonomi kita dorong syarikat untuk majukan tetapi kita juga hendak pastikan bahawa ia tidak memberikan pencemaran kepada alam sekitar.
Saya beberapa hujah rakan-rakan tadi antaranya ialah soal hukuman yang berat.
Saya percaya sebelum ini pun ada hukuman dah. Saya ingin tahu, kalau ada data pada hari dikongsi dengan Dewan, berapakah syarikat-syarikat yang setakat ini kita telah laksanakan hukuman berdasarkan undang-undang yang sebelum pindaan. Misalnya
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
berapa ramai yang kena penjara? Berapa banyakkah syarikat sama ada besar ataupun berskala sederhana yang telah pun dihukum dengan rang undang-undang yang lama?
Ini kerana, kita pun tahu bahawa kadang-kadang ada yang dipenjarakan itu, kita tidak mahulah. Kalau betul dia kena penjara kita tidak mahulah dia dapat layanan yang istimewa. Hantar ke pusat rehabkah dan sebagainya. Kita hendak pastikan undang- undang ini menimbulkan kegerunan kepada pelaku-pelaku ini.
Sudah pasti saya percaya kementerian mempunyai data iaitu sepanjang undang- undang sedia ada ini, berapa banyak syarikat yang telah pun kita kenakan denda ataupun penjara kepada pengarah-pengarah mereka.
Seperti mana yang kita sedia maklum, apabila kita sebut pelaksanaan enforcement dengan izin, pelaksanaan tentang pindaan ini. Saya ingin tanya, berapa kekuatan ataupun strength yang ada di bawah jabatan yang akan melaksanakan undang- undang ini? Apakah terdapat perancangan untuk membesarkan lagi jabatan ini dengan memastikan lebih ramai lagi penguat kuasa itu diberikan ataupun dibuka peluang-peluang pekerjaan kepada pegawai-pegawai yang lain ataupun mengambil recruitment yang baharu untuk pastikan apabila kita ada undang-undang ini, ia boleh dan mudah untuk kita laksanakan.
Saya ingin mengajak Yang Berhormat Menteri bahawa dalam program-program pembangunan ini, kita tahu kita tidak boleh lari dengan kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan. Jadi, saya ingin tanya kepada kementerian bagaimana setakat ini libat urus dengan pihak kerajaan negeri? Ini kerana, kita tahu kerajaan negeri ini pun pelbagai. Ada kerajaan negeri yang mungkin memberikan tumpuan dan keprihatinan kepada soal alam sekitar. Ada yang mungkin ada yang merasakan bahawa kita kena relaks sedikit kerana hendak bagi lagi banyak lagi program pembangunan.
Jadi, sudah pasti terdapat beberapa masalah birokrasi di situ. Jadi, bagaimanakah hendak tangani perkara ini? Apakah telah ada perancangan ataupun telah dilaksanakan selama ini tentang hubungan ataupun gerak kerja secara bersama terutamanya dengan pihak-pihak berkuasa tempatan di peringkat yang lebih bawah ini. Ini kerana, mereka yang akan pantau. Yang Berhormat Menteri tidak boleh tengok kilang- kilang ini secara menyeluruh.
Kita tahu di Selangor misalnya baru-baru ini apabila berlaku masalah pencemaran terpaksa tutup empangan dan sebagainya dan menimbulkan masalah kepada jutaan rakyat − Sungai Kim Kim, the very classic example. Jadi, kita tidak mahu lagi ada perkara- perkara ini yang menyebabkan rakyat itu susah disebabkan pemain-pemain syarikat yang tidak prihatin terhadap permasalahan alam sekitar ini. Tentunya tidak boleh lepas daripada pandangan yang paling bawah sekali, the third government ini, the local government atau pihak berkuasa tempatan ini Yang Berhormat Menteri.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, ialah soal tadi disebut juga tentang EIA − untuk kita melihat semula keperluan EIA ini dan bagaimana trend di bawah kementerian Yang Berhormat ini. Ini kerana, kita tahu pegawai − saya juga dimaklumkan pegawai-pegawai di bahagian pengurusan EIA ini kadang mereka terikat hendak majukan negara tetapi kadang-kadang mereka dilihat terpaksa juga tunduk dengan kehendak pembangunan.
Jadi, bagaimana perkara ini kita perkemasan lagi, kita perketat lagi. Ini supaya apabila disebut soal EIA, ia mengambil kira bukan sekadar pollution ataupun damage to the alam sekitar (environment) tetapi juga perkara-perkara yang berkaitan secara jangka panjang kesan kepada alam sekitar sekiranya sesuatu projek itu diluluskan dalam EIA mengikut perspektif EIA.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Tuan Yang di-Pertua, tadi juga dibangkitkan tentang pembakaran terbuka. Saya juga senada dengan rakan-rakan yang lain. Kawasan saya ada taman, kawasan Tuan Yang di-Pertua mungkin ada taman, ada kampung ya. Jadi, kadang-kadang di kampung ini mereka ada MPKK. Kalau di taman ada rukun tetangga. Ini kadang-kadang mereka nak buat pembakaran sikit-sikit ini. Bagaimana cara nak olah perkara ini supaya jangan nanti kita luluskan undang-undang di sini akhirnya, yang kecil-kecil dulu ditangkap?
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Ini saya nak minta jaminan Yang Berhormat Menteri. Apakah ada engagement dengan rukun tetangga, dengan kampung, dengan penghulu dan sebagainya supaya ada satu mungkin moratorium sebelum kita laksanakan, beri mereka kefahaman dulu, barulah kita kemudiannya mengambil tindakan sekiranya ada yang secara terus-terang membuat pembakaran terbuka yang menyebabkan kesan kepada kejiranan dan sebagainya. Ini kerana kita tak mahu undang-undang ini akhirnya, dalam sementara kita nak menjaga alam sekitar ini, ia menimbulkan sedikit kesusahan kepada golongan masyarakat di bawah. Jadi ini perkara yang pada saya penting.
Ini perspektif yang lainlah Yang Berhormat Menteri. Saya sekadar mungkin nak tengok Yang Berhormat Menteri punya pandangan. Di Indonesia baru-baru ini, ketika insiden pergaduhan di stadium, ramai yang mati, 100 orang lebih, 180 orang yang meninggal, yang maut kerana masalah terhidu asap. Ini kerana dia pakai bom asap, akhirnya ramai yang mati kerana sesak. Saya nak kaitkan dengan pembakaran terbuka ini sebab Yang Berhormat Menteri pun tahu, ketika kita pergi demonstrasi dulu, polis-polis ini pakai bom asap. Apakah itu dianggap sebagai pembakaran terbuka? Sebab definisinya ialah pembaraan ya. Benda bom asap ini baralah, pembaraan yang berlaku di udara bebas dan tidak dihalakan ke udara bebas itu melalui serombong atau cerobong.
Tuan Yang di-Pertua tak pernah pergi demonstrasi. Kami berdua pernah pergi.
Tahu kena tembak dengan bom asap macam mana. Dia menimbulkan pembakaran terbuka. Jadi saya ingin tanya kerana Yang Berhormat Menteri pun pernah ada pengalaman. Kalau itu berlaku bermaksud, kita juga kena maklum kepada pihak polis, tak boleh lagi dah bom asap ini. Kena guna pendekatan yang lain untuk pastikan bahawa kita juga hormat dan patuh kepada penjagaan alam sekitar. Mungkin nampak remeh tetapi saya percaya kalau itu berlaku, itu saya boleh anggap sebagai the low-hanging fruit saya nampak. Mungkin pakai air pemedih mata sahaja ataupun saya tak tahulah mungkin sekarang ini sebab dah tak banyak demonstrasi. Kalau dulu saya boleh cerita lebih panjang.
Saya nak nyatakan Tuan Yang di-Pertua bahawa kita di barisan sebelah sini, sentiasa memberikan dukungan terutamanya di dalam aspek memastikan alam sekitar atau alam sekeliling kita dapat dijaga dengan baik. Malah baru-baru ini, saya nak nyatakan kepada Yang Berhormat Menteri, Ketua Pembangkang membentangkan apa yang disebutkan sebagai Script: For A Better Malaysia di mana dalam skrip itu ‘S’ yang pertama itu adalah sustainable (kemampanan) yang mana kita juga memberikan tumpuan dan fokus kepada kemampanan. Tentunya dalam konteks ini, alam sekeliling.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada Hang Tuah Jaya.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Dipersilakan Yang Berhormat Hulu Langat.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua bertugas. Saya ingin memujuk diri saya dan memberi semangat kepada saya untuk terlibat dalam perbahasan ini dengan menyebutkan sebuah hadis yang menggambarkan kalau berlaku hari kiamat dan di tangan kita masih ada benih, maka tanamlah benih itu cepat-cepat sekiranya kita mampu [Berucap dalam bahasa Arab] . Begitu juga ketika kami berbahas ini, kami juga bimbang entah bila berlaku hari kiamat— Bukan hari kiamat, entah bila berlaku pembubaran, tetapi kami tetap bersemangat untuk menyokong kakitangan Kementerian Alam Sekitar dan Air dan juga— Jabatan Alam Sekitar yang bersungguh-sungguh untuk membentangkan RUU ini walaupun ia telah berusia 48 tahun tidak dipinda.
Sebelum Dewan yang mulia ini akan meluluskan soal berkaitan dengan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022 ini, saya ingin mengingatkan Yang Berhormat Menteri ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri yang ada bersama dengan
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
kita, kena pastikan dahulu bahawa pegawai-pegawai pelaksana skim C itu mencukupi atau tidak untuk melaksanakan RUU yang akan menjadi akta ini.
Saya nak cadangkan kementerian dan juga Jabatan Alam Sekitar kena lihat semula perjawatan dan pergerakan kenaikan pangkat Gred C32, C38 dan C40 kerana mereka inilah yang membuat kerja di lapangan. Siasat aduan serta melawat tapak-tapak yang penuh risiko itu. Kalau kita lihat pejabat-pejabat cawangan, saya rasa sampai masanya perlu meliputi seluruh daerah. Kalau tidak seluruh daerah pun, di daerah-daerah yang berdekatan yang sangat penting, bukan hanya dua tiga cawangan dalam sesebuah negeri. Ini sangat penting. Kalau tidak ada aduan dan siasatan, pegawai-pegawai berkenaan sepatutnya memperbanyakkan ceramah dan forum kesedaran alam sekitar dalam kalangan generasi muda serta pelajar-pelajar sekolah seperti yang disebutkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Kubang Pasu dan juga Yang Berhormat Padang Rengas tadi.
Soalan saya, sejauh mana kementerian ini bersungguh-sungguh bersama dengan Kementerian Pendidikan ataupun Kementerian Pengajian Tinggi menyusun modul untuk diajarkan kepada generasi baharu tentang tanggungjawab dan seriusnya kita menjaga alam sekitar? Kalau kita lihat tentang keperluan kenderaan Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita lihat tentang kenderaan yang digunakan oleh JAS ini, saya percaya kebanyakan kenderaan-kenderaan empat roda mereka telah usang dan patut telah ditukar, maintenance-nya cukup tinggi.
Kementerian dan juga Jabatan Alam Sekitar juga kena pastikan tuntutan elaun lebih masa pegawai-pegawai di lapangan dijaga dan sentiasa mencukupi. Kami tidak mahu dengar, ada tugasan yang sepatutnya mereka pergi di luar waktu pejabat, tetapi telah diberikan ingatan oleh pegawai atasan, “Ini pergi tak ada elaun”. Pergi lillahitaala. Bagaimana kita nak memberangsangkan, kita nak naikkan semangat moral mereka yang bekerja di luar waktu pejabat dikelilingi dengan risiko berbahaya? Ini perkara-perkara yang perlu diambil kira ketika kita membahaskan pindaan RUU yang sangat penting ini.
Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022 ini bagi kesalahan melupuskan buangan terjadual selain di premis yang ditetapkan, sepatutnya dikenakan denda yang lebih tinggi agar mereka yang ada niat untuk melakukan kesalahan ini memikirkan semasak-masaknya. Buangan terjadual dalam bentuk pepejal, separuh pepejal dan cecair sering dibuang di sungai atau di parit yang akhirnya akan menyusahkan pihak yang memproses air supaya menukar menjadi air bersih dan untuk kegunaan orang ramai.
Kita telah melihat peristiwa-peristiwa seperti itu berlaku yang akan mendapat kecaman ialah pihak yang memproses air itu sedangkan pihak yang memproses air itu sangat bertanggungjawab untuk memastikan air yang busuk, air yang tercemar, air yang kotor itu tidak sampai ke rumah-rumah pengguna. Akan tetapi apabila berlaku, yang akan kena marah, yang akan kena maki hamun, tidak lain dan tidak bukan ialah pihak berkuasa negeri yang menguruskan proses air itu. Tidak kira di negeri mana dan selain itu, ADUN dan juga Ahli Parlimen akan menjadi sasaran. Oleh sebab itu kita pada hari ini bersungguh-sungguh untuk memastikan apa yang dirancang ini dapat kita laksanakan bersama.
Saya juga ingin mengambil kesempatan, koordinasi undang-undang serta peraturan-peraturan di peringkat Persekutuan dan juga pihak berkuasa di negeri, pihak PBT, perlu diselaraskan sebaiknya agar tidak berlaku pertindihan tugas ataupun berlaku pembaziran sumber dan kelompangan punca kuasa. Ini disebabkan kita bimbang kalau berlaku kekeliruan dalam tiga perkara ini, akan menyebabkan— walaupun akta ini kita luluskan nanti, RUU ini kita akan menjadi akta, masing-masing tidak akan dapat fokus.
So, koordinasi ini sangat penting supaya dapat kita lakukan apa yang sepatutnya kita lakukan.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Saya juga bimbang kalau kita melihat akta yang cantik ini nanti, yang bagus ini tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya ada campur tangan politik daripada pihak atasan yang mengarahkan untuk menutup, yang mengarahkan untuk selindung dan ini ialah
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
perkara-perkara yang sekarang negara kita ini semakin terbuka dan kita hendakkan supaya penglibatan rasuah yang menyebabkan apa sahaja undang-undang yang cantik itu akan- walaupun berada di atas kertas tetapi ia akan menjadi tercemar, sebabkan tercemarnya sungai itu apabila kita mengizinkan mereka yang berkuasa di peringkat atas untuk masuk dan campur tangan dalam melaksanakan tugas mereka. Jadi, saya selaku Ahli Parlimen Hulu Langat bersama-sama dengan teman-teman yang lain penyokong penuh Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022 ini. Terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Dipersilakan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana walaupun pada asalnya saya tidak disenaraikan untuk berbahas tetapi saya telah memohon dan Tuan Yang di-Pertua telah membenarkan. Saya ucapkan jutaan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya hanya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini dan Menteri kepada peruntukan-peruntukan mengenai penambahan kepada hukuman.
Memang ini adalah suatu perkara yang baik dan seperti yang telah dibahaskan oleh ramai daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat, saya fikir ini akan meningkatkan lagi tahap kesedaran dan juga ia akan memperingati rakyat supaya tidak memperlekehkan undang-undang ini dan kita sentiasa mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa alam sekitar kita terjaga dan terjamin bagi tujuan kita semua sebagai rakyat Malaysia.
Pada masa yang sama, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, terutamanya kita juga melihat kepada peruntukan fasal nombor 13, fasal 25 yang bertujuan untuk meminda seksyen 45 berkenaan dengan mendapat keizinan bertulis daripada pendakwa raya terlebih dahulu, di mana pindaan ini bertujuan untuk menaikkan jumlah tawaran kompaun daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak melebihi 50 peratus daripada jumlah denda maksimum yang diperuntukkan bagi setiap kesalahan.
Saya melihat kepada fasal ini dan saya menarik perhatian Yang Berhormat Menteri kepada suatu kejadian yang berlaku baru-baru ini, di mana selepas berlakunya keputusan melibatkan kes Yang Berhormat Pekan, kita lihat bahawa terdapat pihak-pihak yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan menyerang hakim yang terlibat, menyerang timbalan pendakwa raya yang terlibat, sehinggakan kita lihat Yang Berhormat Pengerang kalau tidak silap saya juga membuat satu ucapan semasa perhimpunan UMNO, di mana kenyataan-kenyataan yang lebih kurang menghasut telah pun dikeluarkan.
Ramai daripada Ahli Yang Berhormat di sini telah pun menyatakan kerisauan kami adalah, bolehkan undang-undang ini dikuatkuasakan without fear or favour dengan izin, tanpa berat sebelah? Kalaulah dikatakan pada satu ketika nanti, saya lihat pihak-pihak yang terlibat merupakan VVIP ataupun merupakan orang-orang kenamaan daripada parti- parti tertentu, bolehkah Yang Berhormat Menteri, yang saya lihat bersungguh-sungguh membentangkan undang-undang ini, yang telah mengambil langkah-langkah untuk menggubal undang-undang ini, yang telah mengambil langkah-langkah untuk mendapat maklum balas daripada semua pemegang taruh, dapat memberi syor bahawa undang- undang ini sudah semestinya akan dikuatkuasakan without fear or favour, tanpa memberi apa-apa kelonggaran ataupun keistimewaan kepada mana-mana pihak?
Saya juga berterima kasih, memang ini merupakan peluang yang baik kerana Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan merupakan seorang pegawai pangkat atasan Polis Diraja Malaysia. Saya juga difahamkan bahawa beliau merupakan seorang pendakwa, pernah membawa kes-kes di mahkamah dan seorang yang digeruni ketika beliau mendakwa melaksanakan kes-kes di mahkamah.
Jadi, saya ingin tanya adakah patut pihak-pihak yang terlibat mengambil kesempatan menghentam hakim-hakim? Dalam kes ini, Yang Amat Arif Tengku Maimun telah pun dikecam. Ada macam-macam langkah diambil, gambar-gambar suami beliau
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
telah pun ditular, kenyataan-kenyataan fitnah dilakukan, serangan-serangan dibuat terhadap pendakwa raya, serangan-serangan dibuat terhadap mahkamah dan badan kehakiman.
So, apakah kepastian yang boleh diberikan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa bila berlakunya kejadian seperti ini, kalau terdapatlah seorang Ahli Parlimen daripada mana-mana parti yang berada dalam kerajaan melakukan pencemaran alam sekitar dan terdapat persoalan sama ada beliau perlu didakwa ataupun tidak, bolehkah Yang Berhormat Menteri yang secara bersungguh-sungguh membentangkan undang-undang ini memberikan kepastian bahawa perkara ini tidak akan berlaku?
Saya amat risau Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua, kerana sebagai seorang pengamal undang-undang, saya telah menerima macam-macam aduan, respons daripada rakyat di kawasan saya, daripada rakyat jelata dan juga komen-komen daripada penduduk di kawasan saya, yang mempersoalkan sama ada undang-undang yang digubal di Parlimen ini dapat dilaksanakan dan dikuatkuasakan tanpa mengira orang- orang itu, sama ada orang-orang kenamaan ataupun tidak.
Di sini saya juga mengambil kesempatan untuk menarik perhatian. Baru-baru ini kita juga lihat bahawa ada juga pertuduhan-pertuduhan terhadap beberapa orang Ahli Parlimen yang telah ditarik balik. Saya sekali lagi ingin mempersoalkan, sama ada undang-undang ini yang bagi pihak saya memang merupakan undang-undang yang sepatutnya digubal, sepatutnya dipinda, denda yang sepatutnya dinaikkan, kerisauan saya sekali lagi adalah sama ada undang-undang ini dapat dilaksanakan dan dikuatkuasakan pada masa akan datang tanpa memberi apa-apa kelonggaran atau keistimewaan kepada mana-mana individu oleh sebab beliau mempunyai kaitan secara langsung ataupun tidak langsung dengan kerajaan.
So, Yang Berhormat Menteri, akhir sekali saya juga ingin bertanya pendirian Yang Berhormat Menteri, berkenaan perkara-perkara yang telah dibangkitkan dan saya sekali lagi ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, di mana kenyataan telah dibuat oleh Yang Berhormat Pengerang, minta maaf, mungkin Tuan Yang di-Pertua akan berpendapat bahawa perkara ini menyimpang sedikit tetapi saya mohon kelonggaran, di mana Yang Berhormat Pengerang juga telah mencadangkan bahawa seseorang Perdana Menteri sepatutnya melantik seorang Peguam Negara yang boleh mengambil arahan beliau.
So, kalau lah begitu, kita rasakan dan adanya penukaran dalam Peguam Negara, adakah itu akan bermaksud bahawa undang-undang yang ada ini hanya tinggal sebagai undang-undang sahaja tetapi tidak akan dikuatkuasakan oleh sebab Peguam Negara yang dilantik menerima arahan daripada Perdana Menteri untuk tidak memulakan apa- apa pendakwaan ataupun pertuduhan terhadap mana-mana individu? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan. Saya mohon penjelasan.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Dipersilakan Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam rang undang-undang meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kalau kita lihat rang undang-undang ini, ia adalah berkaitan dengan isu-isu pencemaran alam sekitar. Kalau kita teliti rang undang-undang ini, dia ialah ingin menggunakan cara meningkatkan denda dan hukuman penjara untuk menakutkan pelaku salah, supaya boleh menakutkan mereka jangan mencemar alam sekitar kita.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ini merupakan usaha yang baik untuk melindungi alam sekitar negara kita. Akan tetapi, pengalaman memberitahu kita, menjadi satu persoalan sama ada dengan meningkatkan denda dan hukuman penjara ini, adakah dia betul-betul boleh menakutkan mereka untuk melakukan kesalahan?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan satu isu untuk menunjukkan realiti di lapangan, apa yang berlaku di sana sekiranya kita ada satu undang-undang yang ketat tetapi perlaksanaannya, penguatkuasaannya tidak dilakukan dengan baik maka adalah sia-sia saja usaha kita. Apa yang saya hendak bangkitkan di sini satu isu iaitu di kawasan saya Kota Melaka, projek yang dinamakan sebagai Melaka Gateway yang telah bermula pada tahun 2014, satu projek penambakan laut seluas 1366 ekar.
Saya ingin menjemput Menteri dan pegawai di kementerian dan juga Jabatan Alam Sekitar, kalau boleh kita boleh lawat ke tapak tersebut. Kalau hari ini kita pergi ke tapak projek Melaka Gateway tersebut kita boleh lihat pencemaran begitu teruk sekali berlaku di sana. Airnya keruh, saliran air terganggu menyebabkan banjir kilat. Airnya berbau busuk kerana salirannya terganggu. Nelayan di kawasan sana sudah bertahun- tahun mengadu- membuat aduan kerana penambakan laut tersebut, pencemaran telah berlaku, kawasan perikanan mereka sudah terjejas, tangkapan ikan mereka sudah terjejas dengan teruk, tidak ada bekalan ikan yang cukup.
Ini adalah berkaitan dengan security food yang kita selalu katakan. Di sana ada sekumpulan nelayan yang besar keluar ke laut, tangkap ikan dahulukala tetapi oleh sebab ada projek penambakan Melaka Gateway ini telah menyebabkan mereka telah terjejas dengan begitu teruk.
Apa yang lebih menyakitkan hati kita Menteri iaitu pada sesi yang lepas di Parlimen, saya ada tanya satu soalan, sama ada projek Melaka Gateway ini ada Laporan Impak Alam Sekitar iaitu EIA Report? Jawapan yang diberikan oleh kementerian sungguh mengejutkan kita semua- di mana jawapannya ialah Jabatan Alam Sekitar tidak menerima apa-apa Laporan EIA daripada syarikat pemaju tersebut.
Bagaimanakah ini boleh berlaku? Ini projek bukan sembunyi-sembunyi di belakang pintu rumah, buat tidak ada orang tahu. Inilah satu projek penambakan laut yang begitu besar, 1366 ekar. Semua tertumpu kepada projek ini, tetapi tiada EIA Report. Saya tidak salahkan Kementerian Alam Sekitar dan Air, sebab yang memberikan kelulusan ialah Kerajaan Negeri, Barisan Nasional berikan kelulusan mereka untuk mereka tambak laut. Akan tetapi, memandangkan Kementerian Alam Sekitar dan Air, kamu ada ‘Akta Alam Sekitar’ untuk melindungi alam sekitar, kenapakah tidak menggunakan akta yang ada ini untuk membantu menyelamatkan alam sekitar?
Jadi saya hendak minta supaya Menteri dan kementerian, boleh menjelaskan kepada kita bagaimana hal ini boleh berlaku? Adakah kerana ini satu projek yang high- profile pada masa tersebut ditandatangani, disaksikan- tanda tangan disaksikan oleh Perdana Menteri pada ketika itu, Yang Berhormat Pekan, dan apabila Presiden Republik China datang ke Malaysia, projek ini juga disebut-sebut dalam perjumpaan Presiden Republik China dengan Perdana Menteri, adakah kerana itu maka mereka tidak perlu mengikut undang-undang Malaysia? Mereka boleh berbuat sesuka hati. Itu yang kita mempertikaikan.
Kita memang sokong kalau hendak mengadakan satu undang-undang yang lebih ketat untuk melindungi alam sekitar. Kita sokong tetapi jangan ada double standard sedemikian. Itu kita tidak boleh terima.
Jadi Menteri, saya sekali lagi ingin menjemput Menteri untuk datang ke tapak tersebut, kita lihat sama-sama, dan kita cari satu cara penyelesaian untuk kita bantu rakyat. Kita ceburi bidang politik untuk bantu rakyat. Jadi saya harap Menteri boleh datang ke Melaka.
Untuk makluman Menteri, saya ada buat satu pucuk surat ke Jabatan Alam Sekitar untuk kita bincangkan isu ini. Sehingga sekarang masih tidak ada apa-apa respons daripada jabatan ataupun kementerian. Jadi saya harap selepas ini kita boleh aturkan satu perjumpaan untuk kita bincang untuk selesaikan masalah ini. Sebab ini sungguh aneh Tuan Yang di-Pertua, bagaimanakah satu projek yang begitu besar tidak ada EIA Report? Apa yang lebih aneh dan tidak masuk akal ialah Surat Hak Milik Tanah sudah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Melaka sedangkan hari ini, saat ini kalau kita- semua pergi ke tapak tersebut, yang dikeluarkan Surat Hak Milik Tanah tersebut, penuh dengan air laut tetapi sudah ada Surat Hak Milik Tanah. Ini ialah apa?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi kita mintalah kalau Kerajaan Negeri Melaka keluarkan hak milik dengan begitu luluskan projek tambak laut dengan begitu yang boleh selamat, saya rasa ialah Kementerian Alam Sekitar dan Air.
Akhir kata, memelihara alam sekitar merupakan tanggungjawab kita bersama tidak kira mana-mana pihak sama ada kerajaan, Ahli Parlimen, Menteri dan juga rakyat jelata. Jadi, saya harap kita masing-masing memainkan peranan kita untuk selamatkan alam sekitar kita demi generasi kita akan datang. Dengan itu, sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Dipersilakan Yang Berhormat Merbok.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Ini adalah antara pindaan yang ditunggu-tunggu. Jadi saya lihat kelompangan dalam akta selama ini menjadikan ‘penjenayah alam sekitar’ dengan berani melanggar untuk melepaskan diri daripada undang-undang.
Saya sebenarnya amat menyokong pindaan ini kerana undang-undang sedia ada sudah sangat usang dan lapuk, dan sangat tidak bersesuaian saya rasakan dengan zaman sekarang ini. Jadi sebagai contoh, denda yang sangat rendah sebelum ini membuatkan pelaku-pelaku ‘jenayah alam sekitar’ ini semakin berani, dan mengambil ringan akan isu alam sekitar walhal kesan pencemaran alam sekitar ini bukan kecil tetapi impaknya sangat terkesan kepada banyak pihak.
Sebagai contoh, sekiranya berlaku pencemaran sungai, loji air terpaksa kita tutup kemudian terpaksa pula operator air ini sediakan lori untuk hantar bekalan air kepada penduduk tanpa dicaj kemudian operator air pula perlu menanggung kos berjuta-juta Ringgit untuk menyediakan bekalan air sepanjang loji ditutup, sedangkan sebenarnya pihak lain yang membuat pencemaran. Jadi ini yang paling kerap kita dengar. Jadi denda yang tinggi sebegini adalah sangat wajar termasuk yang disebutkan dalam pindaan ini penjara mandatori yang dicadangkan dalam akta ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada seksyen 29A1, akta ini menyatakan bahawa tiada siapa pun yang dibenarkan atau boleh menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana premis.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Sesiapa yang melanggar seksyen 29A ini boleh didakwa di bawah seksyen 29A(2), di mana jika sabit kesalahan akan didenda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya. Kalau kita lihat RM500,000 ini merupakan satu nilai yang cukup tinggi dan seharusnya tiada pihak yang ingin mengambil risiko untuk membayar denda itu atau dikenakan penjara sehingga lima tahun. Namun, jika terdapat syarikat yang masih melakukan kesalahan tersebut, saya ingin mencadangkan seharusnya kerajaan membatalkan sahaja lesen operasi syarikat ini.
Saya cuma ingin mengambil contoh kebakaran Tapak Pelupusan Semeling yang pernah berlaku di Merbok dulu selama 23 hari yang telah menelan belanja jutaan ringgit.
Bagaimanakah akta ini mampu untuk mengatasi permasalahan ini jika pembakaran terbuka yang dilakukan oleh pihak ketiga iaitu scavenger dengan izin di dalam premis yang sepatutnya kawasan terlarang, namun kondisi premis itu tidak menggambarkan kawasan terlarang. Jadi, bagaimanakah RUU ini boleh membela rakyat ataupun orang umum apabila berlaku pembakaran terbuka di tapak pelupusan akibat kecuaian dan ketidakpatuhan SOP daripada operator tapak pelupusan itu sendiri. Itu soalan saya.
Kemudian Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan pelanggaran EIA di bawah seksyen 34A(2) Akta Kualiti Alam Sekitar yang menetapkan, “Mana-mana orang yang berhasrat menjalankan apa-apa aktiviti yang ditetapkan (prescribe activities) hendaklah menjalankan Kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan mengemukakan kepada ketua pengarah kualiti alam sekeliling”.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Malangnya, ada yang tidak pedulikan kajian EIA sehingga menampakkan undang- undang itu sekadar ada dan boleh dicabuli. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, isu Lynas sebelum ini yang kita ketahui keberadaannya di Malaysia ini dan contoh terdekat untuk rekod setakat ini seperti bencana insiden dari Gunung Inas pada 4 Julai lalu yang mengorbankan tiga orang individu termasuk seorang wanita hamil selain menjejaskan ribuan penduduk dan kehilangan harta benda.
Pendedahan Jabatan Alam Sekitar mengenai pelanggaran syarat laporan EIA, daripada tanaman getah kepada durian di Gunung Inas, Baling adalah suatu yang mengejutkan. Ia disebabkan impak penanaman durian adalah berbeza dengan spesies ladang pokok hutan. Pokok durian Musang King bukanlah dalam senarai pokok ladang hutan yang diluluskan oleh Jabatan Perhutanan. Memang projek berdekatan kawasan bencana itu mempunyai kelulusan laporan EIA pada 25 Julai 2013 untuk projek perladangan hutan. Namun, projek itu didapati melanggar syarat kelulusan laporan EIA iaitu mengubah spesies tanaman dari Timber Latex Clone (TLC) dengan izin iaitu pokok getah kepada penanaman durian Musang King. Kerajaan Negeri Kedah melalui Mesyuarat EXCO nya telah meluluskan lebih kurang 20 peratus kawasan tersebut untuk ditukar daripada tanaman TLC kepada tanaman Musang King tanpa membuat permohonan awal kepada JAS. Permohonan itu hanya diterima Jun yang lalu. Pendek kata, cara Kerajaan Negeri Kedah meluluskan terlebih dahulu tanpa rujuk JAS itu adalah sebenarnya salah. Jadi persoalan saya, bagaimanakah pindaan RUU ini dapat menyelesaikan masalah sebegini?
Tuan Yang di-Pertua, masih terkait dengan pelanggaran EIA. Dengan pindaan RUU ini juga, saya ingin bertanya sejujurnya apakah jaminan kerajaan bahawa dengan adanya RUU ini, maka tidak akan berlaku kelulusan projek tanpa kelulusan EIA selepas ini?
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan soal penguatkuasaan. Selepas memiliki rang undang-undang, harus kita ingat bahawa proses penguatkuasaan itu adalah suatu proses yang sangat penting. Jadi, sebarang jenis peruntukan ini sekiranya tiada penguatkuasaan yang tepat, maka ia akan dilihat seperti sia-sia. Saya ingin mencadangkan agar ada proses penilaian awal terhadap semua agensi penguatkuasaan sedia ada bagi memastikan kebolehlaksanaan mereka bagi memenuhi segala fungsi mereka yang hakiki agar segala kekurangan dan kekuatan agensi itu harus dikenal pasti.
Keduanya, masih terkait penguatkuasaan juga. Kita lazim mendengar − saya ingat disebutkan beberapa orang pembahas sebelum ini terkait dengan nisbah penguat kuasa berbanding sesebuah jabatan harus diperhalusi dan memastikan agensi penguatkuasaan ini bukan sahaja memiliki jumlah penguat kuasa yang mencukupi tetapi benar-benar mahir dalam membendung gejala pencemaran alam sekitar termasuklah kelengkapan kenderaan dan juga segala bentuk peralatan yang terkait.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan ini, kerap berlaku di negara kita, undang-undang yang diwujudkan adalah untuk mengawal pencemaran dan alam sekitar − Kadang-kadang kerap tidak dipedulikan apatah lagi apabila bertembung dengan hal yang ada nilai komersial atau membawa untung besar.
Saya mengharapkan pindaan akta ini hanyalah permulaan kerana ada banyak perkara yang terkait alam sekitar yang begitu besar seperti contohnya transboundary haze pollution dengan izin juga prescribed activities iaitu aktiviti yang telah ditetapkan dalam EIA sebagai contoh. Itu juga perlu diperhalusi sebenarnya. Ini kerana, apabila tidak diperhalusi itu, kadang-kadang itu yang menjadi kelompangan untuk mereka membuat pelaksanaan sesuatu projek.
Jadi, dengan itu saya mengharapkan pindaan RUU ini memberikan sinar kepada negara kita dalam terus kita mengawal alam sekitar. Terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya dengan rendah hati ingin membahaskan mengenai Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022. RUU ini berfokus kepada denda dan kompaun kepada individu atau kumpulan yang mencetuskan pencemaran di Malaysia. Isu pencemaran alam sekitar bukan perkara yang baharu. Di media massa, kita dapat lihat pelbagai punca yang menjadi sebab utama kepada pencemaran seperti membuang sisa pepejal ke dalam sungai oleh kilang-kilang dan pembakaran secara terbuka yang dibuat secara sengaja atau tidak sengaja.
Kita dapat lihat dalam RUU ini, dalam fasal 13 yang meminda seksyen 29A dengan menaikkan kadar penalti dan denda maksimum untuk aktiviti pembakaran terbuka. Kita setuju bahawa kebakaran memberi kesan negatif kepada keadaan udara sekitar. Akan tetapi, apa yang perlu menjadi perhatian juga adalah pembuangan sisa toksik ke dalam sungai oleh kilang-kilang. Disebabkan perkara ini, ia terus memberi kesan negatif kepada kehidupan masyarakat sekeliling dan boleh menjejaskan kesihatan masyarakat dalam jangka masa panjang.
Saya ingin mencadangkan agar kilang-kilang yang terlibat dalam aktiviti sebegini digantung lesen dan menanggung kos pembersihan sungai disebabkan membuang sisa pepejal tersebut. Kita tidak perlu guna duit rakyat untuk membersihkan perbuatan mereka.
Kesedaran merupakan satu perkara penting. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk membuat kempen kesedaran kepada masyarakat terutama golongan muda terhadap kesan kepada kehidupan mereka jika aktiviti pencemaran ini tidak diselesaikan segera. Saya juga ingin mencadangkan − saya juga khuatir di kawasan Parlimen Padang Serai mempunyai banyak kilang yang menggunakan chemical yang bahaya. Padang Serai juga bercadang memasang tanda-tanda signboard di kawasan high-tech park untuk menjaga keselamatan para pekerja dan juga orang awam di kawasan tersebut.
Pada masa yang sama, perlu ada sebuah tempat untuk menghapuskan chemical yang telah digunakan. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Langat tentang pemberian pendidikan pada masa usia yang awal persekolahan. Ini adalah cadangan yang terbaik sebab kita memerlukan kesedaran daripada awal bagi anak-anak kita.
Padang Serai juga bercadang kebakaran terbuka contohnya kawasan taman.
Kadangkala, pihak majlis bandaran tidak mahu bersihkan sampah seperti rumput, ranting dan lain-lain. Maka, penduduk mula membuat kerja membakar sampah. Itu yang jadi bahaya sebab kita perlu jaga kedua-dua pihak.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Jangan kita dia ada bakar kita cakap dia salah. Ini kerana, dia letak di situ benda itu sudah kering. So, dia fikir benda ini perlu dihapuskan. Macam mana hendak hapuskan kalau tinggal lama-lama ular pi tidur dalam itu pula. Itu jadi satu masalah. So, mereka rasa ia perlu dibakar dan juga dibersihkan. So, saya harap pihak perbandaran perlu membuat adjustment. Ini kerana, dia hendak ambil sampah sahaja. Akan tetapi, kalau dia potong ranting, rumput dia tidak mahu ambil. Itu yg tinggal dan perlu dibakar. So, Yang Berhormat Menteri kena kerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu perlu buat pembersihan sekali.
Saya juga dicadangkan − ada satu di kawasan saya memang semua hi-tech park ini adalah high-technology di mana kilang banyak menggunakan chemicals yang high power punya itu. Ini kerana, yang dibuat itu sesuatu yang canggih dengan barang-barang keperluan itu. Akan tetapi apa yang kita lihat, baru-baru ini ada 2019 saya rasa ada sebuah kilang bocor gas. So, ramai yang kena bawa ke hospital tetapi tidak ada tempat untuk meletakkan mereka di hospital sebab hospital pun penuh dengan orang. So, terpaksa pindah orang-orang yang sakit itu bawa tidur di beranda.
So, itu jadi satu masalah. Kalau boleh saya cadangkan adakan satu wad khas di tempat seperti mana yang di hi-tech park sebab dekat dengan hospital. So, ada satu wad untuk jaga mereka apabila ada satu-satu kecemasan kita boleh bagi rawatan yang awal
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
sebelum jadi satu-satu yang tidak diingini. So, ini semua perlu ambil perhatian. Kita bukan hendak charge orang kerana berlaku satu-satu yang tidak diingini tetapi pada masa yang sama juga kita perlu jaga keselamatan rakyat kita misalnya apabila pekerja-pekerja kena gas itu cepat-cepat bawa ke hospital ada tempat khas untuk mereka juga peralatan daripada hospital itu bagi gas-gas yang perlu ada cukup untuk mereka.
Ini kerana, saya sendiri melihat dengan mata sendiri sebab saya sendiri melawat tempat-tempat orang yang kena chemical ini. Ramai yang pening dan juga baring sampai satu atau dua hari di dalam hospital itu baru mereka balik. So, ini semua perlu diambil berat. So, selain daripada itu juga saya ingin cadangkan di kawasan saya ada sebuah parit yang ada satu masalah.
Yang Berhormat Menteri, inilah masa saya hendak terangkan kepada Yang Berhormat Menteri sebab ini ada beberapa tahunlah. Ini kerana, tempat ibadat kuil itu berada di situ di tepi parit itu selama 100 tahun sudah. Sebelum mereka wujudkan parit benda itu adalah satu ladang, Ladang Sera orang panggil. Akan tetapi, benda itu sudah ada di tepi jalan dan mereka tinggal sampai sekarang. Akan tetapi parit itu sudah pusing dan jadi satu masalah. So, apa yang kita cadangkan, bolehkah kita sama-sama JPS dengan pengurusan tempat ibadat itu duduk bersama kita cari solution bagaimana kita hendak selesaikan masalah itu.
Ini kerana, ini tempat ibadat. So, kita dua-dua pihak − tempat ibadat pun tidak mahu pindah lain tempat sebab dia kata dia sesuai dengan itu. So, saya rasa Yang Berhormat Menteri kita kena panggil JPS − sebab kita boleh pergi under tunnel. Tunnel underground punya untuk pengaliran air. Tidak ada masalah. Ini kerana, kita kena ubahkan tempat ibadat itu jadikan satu masalah kepada isu rakyat di sekeliling itu.
Oleh sebab itu sudah 100 tahun lebih tempat ibadat itu berada di situ sebelum wujud hi-tech. Akan tetapi sekarang kita hendak bagi dia keluar. Tanah itu dia sudah beli dah tetapi masalah yang JPS kata “you kena pindah”. Sebagai kerajaan kata suruh pindah tetapi mereka tidak mahu pindah. Ini ulang-alik, ulang-alik dan satu masalah besar. Kalau boleh Yang Berhormat Menteri turun satu hari kita lihat. Benda itu tidak susah cuma parit itu airnya bukan laju tetapi bila hujan baru air itu laju.
Oleh sebab itu, kalau boleh kita buat underground habis − tempat ibadat itu dibina atas tanah. Habis cerita tidak ada masalah. Akan tetapi, kita hendak ubah dan itu menjadi satu isu yang besar di kawasan saya. So, saya rasa ini perlu diselesaikan dengan segera.
Tempat itu dekat dengan hospital dan ramai yang beribadat di situ sebab tidak ada tempat- tempat yang lainlah untuk beribadat dan sebagainya.
Ini kerana, bagi saya penting tidak kira mana-mana sama ada masjid, sama ada tokong Cina ataupun tempat ibadat orang India kita bagi keutamaan. Ini adalah keperluan sebab dalam Rukun Negara pun kepercayaan kepada Tuhan itu perlu ada. So, kita tentukan benda itu diselesaikan dengan cara win-win situation. Saya rasa Yang Berhormat Menteri boleh arahkan JPS untuk buat tinjauan dan juga bagaimana kita hendak atasi masalah ini.
So, selain itu juga – agar kerja untuk memantau aktiviti pencemaran ini bukanlah hanya dilakukan oleh kerajaan atau pihak berkuasa tempatan tetapi juga masyarakat sekitar. Ini akan memperkukuhkan kerjasama antara dua kumpulan ini. Saya berdiri teguh dalam apa-apa perkara yang diberikan iaitu kebaikan kepada rakyat tetapi ada beberapa persoalan yang memerlukan perhatian agar rakyat lebih mendapat kebaikan daripadanya.
Terdapat keperluan untuk semua perkara yang disuarakan oleh saya agar rakyat dapat lebih banyak kebaikan daripadanya. Apabila yang dibuat oleh kerajaan akan beri manfaat secara maksimum kepada rakyat Malaysia. Marilah kita sama-sama menyokong RUU ini supaya negara kita bersih, rakyat sihat dan semua generasi muda akan menikmati apa yang kita buat hari ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih, Yang Berhormat Padang Serai. Dipersilakan, Yang Berhormat Kangar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Bismillahi Rahmani Rahim. [Kata-kata aluan dalam Bahasa Arab] [Berselawat] . Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Lebih kurang 22 tahun lalu saya ketika negara kita bercakap tentang perindustrian dan juga teknologi maklumat saya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran dalam bidang perhutanan.
Jadi pada waktu itu saya sudah pastilah blur. Kita blur. Sebagai orang muda waktu itu kita pun sebenarnya hendak terlibat nak jadi jurutera, nak jadi arkitek. Akan tetapi, apabila kita dapat dalam bidang perhutanan ini kita tidak tahu apa kita hendak kerja nanti.
Akan tetapi, apabila saya mengikuti selama tiga tahun Pengajian Diploma Perhutanan di UPM saya jatuh cinta dalam bidang ini dan kemudian saya menyambung pelajaran dalam Bachelor Sains Perhutanan. Jadi, saya lama di UPM. Kemudian sehinggalah pada tahun 2007 saya juga dilantik sebagai Ketua Fasilitator Kem Pendidikan Alam Sekitar Kebangsaan.
Jadi, bagi saya sudah tentulah isu alam sekitar ini cukup menarik minat saya untuk mendengar dan berbahas dan ia bukanlah isu yang baharu dan banyak sebenarnya yang saya ingin perkatakan. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri atas pembentangan RUU ini dan insya-Allah saya juga akan menyokong. Cuma saya akan membangkitkan beberapa perkara.
Saya fikir daripada dahulu pun sudah banyak isu alam sekitar ini dikatakan dan agak kurang waras jika seseorang itu menolak tentang kepentingan alam sekitar. Kalau kita pergi bertanya dengan masyarakat di luar sana semua orang akan kata isu alam sekitar penting. Akan tetapi, sekiranya ditanya tentang keutamaan ke mana apa dahulu yang kita hendak buat sudah tentulah isu alam sekitar ini selalu terperosok di bawah.
Apabila hendak tanya sama ada kita hendak selamatkan alam sekitar ataupun pembangunan, ramai yang mungkin terpaksa memilih untuk pembangunan kerana pembangunan ini bercakap tentang pekerjaan, bercakap tentang kemiskinan.
Jadi, sambil kita berbincang tentang RUU ini, kita mesti faham kerangka besar.
Isu alam sekitar ini tidak wujud dalam bersendirian ia wujud dalam kerangka pembangunan. Pengakuan ini tidak semestinyalah macam saya sebut tadi tidak semestinya ditunjukkan dalam amalan seharian. Walaupun orang bercakap alam sekitar penting, kita boleh lihat di mana-mana orang buang sampah-sarap, orang buat pencemaran asap, pencemaran bunyi malah yang lebih rumit lagi untuk kita kenal pasti ialah pembaziran tenaga.
Hari ini kita bercakap tentang perubahan iklim, tentang pemanasan global. Ini melibatkan pencemaran terhadap pembaziran tenaga. Orang biar elektrik terbuka itu menggunakan tenaga yang kita tidak nampak sebab orang kata proses ini tidak berlaku di depan mata kita.
Dalam banyak keadaan, cara kita menangani masalah ini selalunya bersifat menghukum. Semalam semasa hadir mendengar taklimat daripada kementerian mengenai RUU ini saya hanya mendengar pindaan-pindaan yang dibuat bertumpu kepada aspek penguatkuasaan. Umumnya, untuk meningkatkan kecekapan penguatkuasaan dan memberatkan jumlah dan juga jenis denda.
Justeru itu, saya ingin bertanya beberapa perkara terkait aspek ini. Pertamanya, memandangkan isu alam sekeliling ini pelbagai dan luas, yang pertama berapakah jumlah penguat kuasa yang sedia ada. Adakah kementerian bercadang untuk menambah bilangan penguat kuasa ini? Ini kerana, semalam saya dengar pun sampai orang kata pencemaran di laut pun kena pakai penguat kuasa daripada Jabatan Alam Sekitar. Jadi, adakah ini peranan bertindih dengan agensi-agensi yang lain?
Jadi, peranan bertindih juga mungkin berlaku apabila melibatkan pihak berkuasa tempatan. Jadi, saya hendak tanya tadi tentang pertindihan bidang kuasa dan kemungkinan berlaku hukuman berganda iaitu double jeopardy. Jadi, saya berharap orang kata perkara ini tidak berlakulah. Kalau daripada segi undang-undang seseorang itu tidak boleh dihukum dua kali atas kesalahan yang sama kecuali kesalahan berulang.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Meskipun kurang disebut, saya tahu bahawa sebelum ini ada apa yang disebut sebagai Mahkamah Hijau ataupun Mahkamah Alam Sekitar. Saya lihat ini bagus.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tadi saya buat satu semakan di laman web Jabatan Alam Sekitar, ada kemas kini sehingga April tahun ini, kes-kes berkaitan alam sekitar yang dibicarakan. Cuma saya difahamkan bahawa mahkamah alam sekitar ini masih lagi hanya berjalan di peringkat Mahkamah Sesyen, mahkamah rendah. Jadi pernah disebut oleh mantan Ketua Hakim dahulu, kalau boleh nak jadikan juga kes-kes alam sekitar ini dibawa ke dalam mahkamah sivil juga dibawa ke mahkamah yang lebih tinggi. Jadi saya nak tanya, apakah perkembangan ini. Adakah kementerian bercadang untuk kita memberatkan lagi perhatian kepada alam sekitar ini sehingga kita membenarkan ia dibicarakan di mahkamah sivil?
Soalan saya, tadi saya ada sebut tentang peranan mahkamah. Dalam kes-kes yang dipaparkan di laman web ini, saya tengok banyak kategori syarikat yang berdaftar.
Jadi saya nak tahu status mereka yang tak berdaftar. Kadang-kadang yang buat pencemaran ini, dia buat operasi secara haram. Banyak kali kita dengar buka kilang secara haram. Jadi bagaimanakah mereka ini didakwa? Adakah atas individu ataupun bagaimana? Sebab tidak ada terpapar setakat yang saya tengok dalam kes tahun 2022.
Saya juga nak tahu apakah tindakan yang dikenakan kepada pesalah berulang sebab tujuan kita buat denda dan sebagainya ialah tadi disebut banyak dah tentang deterrent, untuk kita nak mengelak supaya dia mengambil jalan pencemaran ini tetapi kalau dah berulang ini maksud dia, deterrent itu dah tak terpakai. Jadi, apakah tindakan yang kita nak ambil kepada jenis pesalah begini?
Seterusnya ialah tadi banyak kawan saya sebut tentang sisa berjadual yakni juga sebahagian yang telah terkandung dalam akta. Saya tengok dalam akta itu sebenarnya agak cukup cantik untuk orang yang hendak simpan, nak proses sisa berjadual ini, dia kena minta kebenaran. Jadi, kenapa tidak kita mewajibkan dia melaporkan apabila dia hendak melupuskan sisa berjadual ini ataupun mungkin kerajaan sendiri menyediakan satu pusat pelupusan sisa berjadual. Jadi dengan cara itu, dia tidak dapat mengelak.
Jadi kalau dia mendapat keizinan lulus untuk guna, jadi dia juga mesti exit door dia sama. Dia mesti melalui juga satu proses semakan daripada agensi yang sama supaya kita tahu bahawa sisa jadual yang digunakan ini tidak dibuang di tempat lain melainkan di tempat yang disediakan. Boleh kita adakan insentif. Maksudnya kalau sisa berjadual itu dilupuskan di tempat yang disediakan, kita boleh bagi mungkin 10 percent dia punya bayaran yang kita kenakan itu, kita boleh bagi diskaun kepada dia.
Saya juga ingin mencadangkan beberapa tindakan proaktif daripada pihak kerajaan. Tadi beberapa rakan saya dah sebut soal pendidikan yang saya rasa pendidikan ini luas dan banyak. Saya sokong, tadi saya pun sebut saya dalam latar belakang pendidikan dalam bidang ini cuma saya minta diperluaskan lagi ke peringkat yang lebih rendah. Pendidikan ini satu perkara yang berterusan, cuma kesan pendidikan ini kita tak boleh tengok dalam masa yang segera. Kalau kita ajar hari ini, tak semestinya esok dia terus faham sebab aspek alam sekitar ini setengah-setengahnya adalah rumit.
Justeru itu, tindakan proaktif yang mesti dibuat khususnya melalui penglibatan pegawai yang cekap dalam memberi input kepada pelbagai rancangan pembangunan.
Suka atau tidak, selain daripada sikap manusia, rancangan pembangunan juga adalah ancaman besar kepada kualiti alam sekeliling. Tadi saya dah sebut di awal tadi. Imbangan diperlukan kerana hampir mustahil untuk kita menolak pembangunan, namun pembangunan jenis bagaimana yang kita perlukan.
Saya ambil beberapa contoh. Kalau kita tengok negara kita ini dalam menuju kemajuan, kita banyak mengumumkan pelbagai projek. Ada berlaku buka tanah, ada berlaku kita kata penyahwartaan hutan. Jadi, sejauh manakah kerajaan memastikan hutan-hutan yang kita nyahwarta ini digantikan semula? Kalau kita belajar dalam bidang perhutanan, kalau pengusahasilan maksud dia proses tebang pokok, kita ada proses tanaman semula. Akan tetapi kalau dah dialihkan fungsinya, jadi bagaimanakah kita memastikan kawasan yang sama luas diganti?
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Saya bertanya ini kenapa. Ini kerana kalau kita ambil salah satu contoh isu yang sebenarnya mungkin jadi bom jangka kepada kita iaitu hutan paya gambut. Pada tahun 1990, kita ada lebih kurang 1 juta hektar hutan paya gambut. Sekarang ini hanya tinggal 0.37 juta hektar. Pengurangan boleh kata dua per tiga hutan paya gambut sedangkan hutan paya gambut ini kalau kita nak bercakap tentang climate change ataupun perubahan iklim, dia menyerap dua kali ganda karbon tetapi kita diancam oleh penyusutan kawasan hutan paya gambut ini. Jadi, apakah inisiatif kerajaan untuk mengganti sebab dia ambil masa yang panjang untuk hutan paya gambut ini tumbuh semula?
Sebagai contoh, bila sesebuah kawasan perumahan dibuka— tadi saya cerita pasal pembangunan. Adakah kita juga mengambil kira persoalan pencemaran udara?
Kalau kita tengok kawasan perumahan ini kadang-kadang ada yang terlalu dekat dengan jalan, ada yang kita kata ada laluan orang kata kereta api dan sebagainya. Adakah ini juga mengambil— perlukan komen daripada Jabatan Alam Sekitar. Ini kerana sudah tentulah pencemaran udara ini juga akan membawa kepada isu kesihatan yang lebih luas.
Saya percaya satu lagi tindakan proaktif yang penting mesti mengambil kira juga apa yang pernah disebut oleh ahli arkeologi yang terkenal, Garrett Hardin yang selalu disebut di banyak tempatlah contohnya Tragedy of the Commons yang menjelaskan faktor hak kepemilikan sebagai faktor yang penting dalam mendorong sikap manusia untuk menjaga alam sekitar. Kalau kita perasan, pencemaran ini banyak berlaku di kawasan awam. Sebab apa? Sebab dia tak rasa itu tanah dia, dia tak rasa udara itu dia punya. Jadi kalau dia buang di sungai tak apalah, nanti kerajaan bersihkanlah. Buang rokok di tengah jalan tak apalah, nanti pegawai PBT akan bersihkan. Sebab apa? Cuba dia buang sampah di rumah dia. Dia mesti tak nak, dia mesti tak mahu kerana dia ada hak pemilikan terhadap property itu. Jadi, dia hendak supaya benda itu elok.
Jadi, ini mesti dilihat oleh pihak kerajaan kerana saya nak tahu banyak denda yang kita sebut ini— sikit lagi ya Tuan Yang di-Pertua. Banyak denda yang kita sebut ini ialah denda yang mana apabila bayaran dibuat, kerajaan yang dapat. Akan tetapi bagaimana pula dengan mangsa daripada pencemaran ini? Kalau kita tengok dulu Sungai Kim Kim, ramai mangsa. Adakah mereka mendapat pampasan yang sewajarnya? Sebab apa yang kerajaan buat, hanya dapat kepada kerajaan tetapi bagaimanakah dengan nasib mangsa.
Kedua, saya mencadangkan supaya kerajaan juga memperkenalkan insentif peralihan. Jadi, syarikat-syarikat yang menggunakan teknologi yang lama, yang tidak mesra alam ini, kerajaan kena bagi insentif supaya mereka dapat segera beralih kepada teknologi hijau.
Ketiga, yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya minta juga sebab banyak, kita sebut kuasa dalam berkaitan dengan tanah dan hutan ini ialah kuasa kerajaan negeri.
Jadi, adakah apa-apa insentif kepada kerajaan negeri untuk mereka mengekalkan kawasan hutan yang ada? Kalau boleh, saya hendak tahulah sebab negeri banyak nak maintain, nak buat penyelenggaraan tetapi tak boleh buat sebab bidang kuasa dia kecil dalam segi mendapatkan hasil kerajaan negeri. Jadi, kita sebagai Kerajaan Persekutuan kena memainkan peranan proaktif untuk menambahkan hasil kepada kerajaan negeri dengan cara mencapai objektif yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. Itu sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Dipersilakan Yang Berhormat Hulu Selangor.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Salam sejahtera, selamat petang. Tuan Yang di-Pertua, Hulu Selangor mulakan perbahasan dengan menyatakan sokongan terhadap pindaan yang akan dilakukan kepada Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekitar 1974 tetapi terdapat beberapa perkara pokok yang saya berharap pihak kementerian dapat mempertimbangkan dan memperkemaskan apabila pelaksanaan dijalankan pada masa akan datang.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Tuan Yang di-Pertua, kita faham bahawa akta ini bertujuan untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan membaiki alam sekeliling serta yang sewaktu dengannya. Pindaan pada kali ini pula akan menaikkan kadar denda dan penalti minimum dan maksimum dan secara kasarnya dilihat begitu tegas dan dapat menekankan daripada isu ini berlarutan. Namun, saya mohon kementerian untuk memberikan perhatian terhadap isu seperti berikut.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya isu penguatkuasaan. Setinggi mana pun denda atau penalti atau hukuman yang dikenakan, sekiranya kita gagal daripada aspek penguatkuasaan, ini diumpamakan tin kosong sahaja. Sebagai contoh di kawasan Hulu Selangor, saya rasa Yang Berhormat Menteri sendiri dah ambil maklum surat permohonan daripada pejabat saya untuk Hulu Selangor tiada pejabat cawangan Jabatan Alam Sekitar.
Yang terdekat hanya ada di cawangan Gombak. Hulu Selangor mempunyai lima zon perindustrian utama yang melibatkan pelbagai sektor perkilangan terdiri daripada perindustrian Perodua, perindustrian Sungai Choh, Zurah Industrial Park, Rasa, Mill Batang Kali dan UMW Serendah.
Situasi begini, bagaimana kita nak pastikan penguatkuasaan ini dapat berjalan dengan cekap dan pantas dengan adanya lima zon perindustrian? Pegawai alam sekitar perlu pinjam daripada cawangan terdekat. Saya tak nafikan pegawai-pegawai daripada cawangan Gombak begitu baik melaksanakan tanggungjawab mereka tetapi kita juga perlu mempertimbangkan untuk jangka masa panjang, tanggungjawab pegawai untuk melaksanakan tugasan mereka.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Ini belum lagi isu kami menerima pelbagai aduan awam mengenai salah laku pengilang-pengilang tersebut. Jadi, saya berharap Menteri sokonglah tumbuhnya cawangan baru. Angkat permohonan kepada jabatan berkaitan untuk diluluskan. Hulu Selangor sebesar negeri Melaka. Memang wajar ada pejabat cawangan alam sekitar supaya aduan dan penguatkuasaan dapat dijalankan dengan efisien.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya perkara ini berkaitan dengan isu kedua iaitu kerjasama dengan PBT. Kita faham, penguatkuasaan terdekat adalah kepada pihak PBT yang ada di suatu daerah tersebut. Akan tetapi kita juga faham, PBT tiada bidang kuasa dalam perkara untuk melibatkan EIA sebab PBT tiada kepakaran untuk menentukan sesuatu aduan untuk diambil tindakan susulan. Lain lagi, jika buat penguatkuasaan secara bersepadu.
Satu isu lagi, apabila EIA telah diluluskan, perlu ada semakan berkala dijalankan untuk memastikan pengilang-pengilang ini sentiasa mematuhi syarat-syarat yang ditentukan. Jangan biarkan hanya ia disempurnakan apabila permohonan dibuat tetapi apabila dapat kelulusan dan lesen, pemantauan berkala itu diabaikan.
Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir berkaitan hukuman yang tinggi. Kadar denda dan penalti yang tinggi ini ada baik dan buruknya. Baiknya apabila ini akan memberikan satu signal amaran yang serius kepada orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya dalam isu pencemaran. Buruknya apabila ia membuka ruang kepada pintu-pintu salah guna kuasa dan meluasnya permasalahan rasuah.
Hulu Selangor berharap agar pihak kementerian dapat memperketatkan lagi prosedur kerja pegawai-pegawai agar kelompangan ini dapat diselesaikan bagi mengelakkan isu rasuah. Kementerian harus memastikan mekanisme semak dan imbang sentiasa berlaku dan yang paling penting memastikan tiada sebarang ruang penyalahgunaan kuasa, ketirisan mahupun apa-apa bentuk penindasan berlaku apabila rang undang-undang ini dilaksanakan.
Dengan itu daripada saya Hulu Selangor dengan ini menyokong Rang Undang- undang Kualiti Alam Sekitar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor, pembahas terakhir. Maka dengan ini saya ingin meminta Yang Berhormat Menteri untuk menjawabnya. Masa 30 minit. Harap mana yang ada dalam Dewan sahaja. Terima kasih.
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Okey.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang semua. Pertama sekali bagi pihak kementerian, saya mengalu-alukan semua sokongan dari Yang Berhormat kepada pindaan rang undang-undang ini yang saya sebut ia sebagai penalti di saat-saat akhir sebelum Parlimen dibubarkan.
Sokongan semua Ahli Yang Berhormat, bermakna kita akan berjaya mengetengahkan satu pindaan yang sebagaimana yang dibangkitkan oleh sebahagian besar kita. Kita agak terlewat dan saya mengakui kelewatan tersebut. Ada yang kata lewat dua tahun, tetapi saya rasa lewat 22 bulan kelewatan kita.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, maksudnya memang sah Parlimen akan bubar Jumaat ini? Itu soalan cepu mas.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Tidak termasuk dalam pindaan akta sekarang ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Soalan saya, saya tanya sebab Perak sudah setengah banjir, Pulau Pinang hampir-hampir banjir kawasan... [Tidak jelas] banjir.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Itu di luar perbahasan.
Minta Yang Berhormat Menteri teruskan.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Sebahagian antara pandangan- pandangan baik saya mengalu-alukannya dan pihak kementerian akan meneliti dan untuk penambahbaikan pelaksanaan perkara tersebut. Manakala sebahagian di antara apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ialah di luar daripada bidang kuasa dan di luar daripada pindaan akta kita.
Walau bagaimanapun ia merupakan satu usaha berterusan untuk kita bangkitkan isu alam sekitar dan kesungguhan kita untuk meneliti tentang perlunya kelestarian alam sekitar dapat dijaga dengan sebaik mungkin. Sebahagian di antara kita yang juga menyatakan sokongan di luar Dewan, saya mengalu-alukan pandangan tersebut.
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Bakri. Yang Berhormat Bakri tidak ada dalam Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Akan tetapi kalau umum...
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Saya fikir Yang Berhormat Bakri mahu membangkitkan soal pindaan Akta 127 satu cadangan yang baik dan pihak kementerian meneliti beberapa cadangan baik yang telah dikemukakan oleh beliau, termasuklah untuk mengambil maklum tentang penambahbaikan perkara-perkara lain seperti ekonomi kitaran, perubahan iklim, tafsiran bahan bahaya dan di bawah Akta 127.
Secara amnya pindaan Akta 127, fasal 1. Kita ada dua fasal dan yang saya bentangkan ini ialah fasal 1 untuk kita menaikkan tindakan hukuman dan sebagainya.
Manakala fasal 2 Akta 127 akan dibuat secara menyeluruh dan substantif merangkumi isu-isu terkini. Pada masa ini, kementerian sedang memperhalusi pindaan fasal 2 bersama dengan pakar undang-undang dan alam sekitar. Draf pindaan fasal 2 ini akan melibatkan sesi libat urus secara menyeluruh bersama dengan pihak berkepentingan dan pemegang taruh.
Saya fikir itu perkara-perkara yang saya hendak jelaskan tentang ada dua pindaan dan pindaan kedua ini akan menyusul yang merangkumi semua perkara dibangkitkan oleh sebahagian Ahli Yang Berhormat.
Berhubung dengan penggunaan kuasa Menteri. Untuk makluman, di bawah peruntukan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Bakri supaya menggunakan kuasa Menteri bagi menggubal atau meminda peraturan atau perintah dalam Akta 127 terutama dalam pengurusan bahan berbahaya, tadbir urus kimia dan penambahbaikan prosedur
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
EIA termasuk mengenakan fi kepada perunding EIA. Kementerian menyambut baik cadangan tersebut dan kita sebenarnya telah pun ada perancangan di peringkat kementerian dan untuk kita meneliti tentang keperluan diwujudkan sebuah Suruhanjaya Alam Sekitar pada masa hadapan, supaya perkara-perkara yang melibatkan urus tadbir dan hubungan di antara pihak-pihak y berkepentingan dapat kita garap bersama.
Usaha ini akan merangkumi apa dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri. Walau bagaimanapun ini masih lagi di peringkat awal kajian dan insya-Allah kita harapkan perkara ini dapat kita jayakan nanti.
Berkenaan dengan cadangan mewajibkan pendaftaran bahan kimia berbahaya.
Untuk makluman, pangkalan data bahan kimia berbahaya telah dibangunkan dalam sistem ‘MyCIMS’ dan keperluan pendaftaran secara mandatori akan dilaksanakan apabila peraturan bawah berkaitan diwartakan dan draf peraturan sedang dimuktamadkan pada peringkat akhir.
Kerajaan juga akan bertindak secara profesional bagi setiap kesalahan alam sekitar dan prosedur kompaun sama seperti proses pendakwaan di mana kertas siasatan perlu dibuka bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Selanjutnya kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk memulakan proses perundangan.
Oleh itu, kuasa mutlak tidak terletak sepenuhnya kepada pegawai penguat kuasa JAS dan isu salah guna kuasa boleh dibanteras. Ini juga antara faktor kenapa kompaun itu perlu dapat pengesahan bertulis daripada pendakwa raya. Kita hendak mengurangkan elemen-elemen rasuah yang dibimbangi oleh sebahagian Ahli-ahli Yang Berhormat yang bangkitkan perkara tersebut. Pihak kementerian sejujurnya bahawa kita berusaha supaya elemen tersebut dapat kita elakkan.
Untuk makluman Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya rasa semua tidak ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kuala Kedah ada.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Yang Berhormat Kuala Kedah ada.
Bangkitkan isu tentang pendidikan. Untuk makluman, elemen komunikasi pendidikan dan kesedaran awam atau CEPA ini merupakan satu elemen penting dan di bawah kementerian kita menggerakkan satu usaha iaitu mewujudkan Rakan Alam Sekitar di mana sehingga kini kita telah pun mendaftar Rakan Alam Sekitar supaya penglibatan masyarakat awam dapat kita tingkatkan.
Di samping itu, kementerian juga bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan silibus berkaitan alam sekitar dalam kurikulum pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah. Program kursus kompetensi bagi pentauliahan orang yang berwibawa atau competent person supaya industri mempunyai kemahiran dan memahami kehendak dan keperluan Akta 127.
Bagi memastikan Akta 127, pindaan 2022 teratur, kementerian secara berterusan akan mengadakan sesi libat urus bersama dengan pihak industri bagi memastikan Akta 127 ini dapat difahami dan dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Berhubung dengan banyak isu yang dibangkitkan berhubung dengan EIA, kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar sedang melaksanakan beberapa inisiatif bertujuan untuk memperkukuhkan tatacara penyediaan Laporan Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA). Laporan EIA boleh diakses semasa sesi pameran awam untuk ulasan daripada orang awam.
Selain daripada itu, ringkasan eksekutif kepada laporan EIA juga telah diluluskan juga boleh dimuat turun melalui laman web JAS, Enviro Knowledge Management Centre di mana laporan EIA yang telah diluluskan adalah menjadi hak milik pemaju projek dan tertakluk kepada budi bicara pemaju projek untuk dikongsi kepada orang awam. Namun, publik diberi tempoh sebulan untuk buat bantahan bilamana permohonan EIA dikemukakan.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Di samping itu, sekalipun EIA telah pun diluluskan, mereka yang berkepentingan masih lagi mempunyai hak untuk merayu kepada Jawatankuasa Rayuan EIA supaya disemak kembali keputusan EIA tersebut. Dengan kata lain bahawa, kita hendak supaya protect pada alam sekitar dapat kita laksanakan dengan sebaik mungkin.
Pameran dibuat, orang ramai juga turut terlibat untuk memberi bantahan dan sebagainya, komen, dan hatta kalau kelulusan dikeluarkan pun mereka masih lagi boleh merayu kepada Jawatankuasa Rayuan. Saya fikir ini ruang-ruang yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkinlah bila mana ada satu projek yang kita rasa ada kesan impak direct kepada alam sekitar.
Yang Berhormat Kemaman mohon kementerian menyatakan bilangan pelapor yang telah diberi ganjaran secara keseluruhan. Untuk makluman semua, kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar, kita menerima banyak laporan tetapi anugerah ataupun hadiah ganjaran diberi ini ialah sesuatu laporan yang sampai sehingga pesalah disabitkan oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman.
Sebahagian yang lapor dia hanya buat laporan, dan kita ambil tindakan terus tetapi proses-proses pelaporan untuk mendapatkan anugerah ganjaran ini dia mesti sampai didakwa di mahkamah dan sabit kesalahan. Hingga setakat ini dari tahun lepas sampai tahun ini, hanya tiga orang yang kita beri anugerah, hadiah ganjaran maksimum sebanyak RM5,000 tersebut.
Walau bagaimanapun, kementerian mengucapkan jutaan terima kasih atas pelaporan yang amat prihatin kepada alam sekitar, sebagaimana yang dibangkitkan oleh sebahagian Ahli Yang Berhormat tadi bahawa, masyarakat kita lebih prihatin kepada isu ini dan mereka berkongsi maklumat pada waktu tersebut.
Suka saya maklumkan bahawa, sesuatu kes jenayah alam sekitar, kita perlu bertindak segera. Kelewatan menyebabkan pembuktian akan hilang. Lantaran itu kita perlu maklumat segera, dan saya telah mengarahkan kepada Ketua Pengarah, Jabatan Alam Sekitar sama ada di peringkat Persekutuan ataupun di peringkat negeri, setiap laporan yang dibuat mesti diambil tindakan segera, dan kita terus melaporkan kepada yang buat aduan tindakan yang kita ambil.
Hingga setakat ini, saya berpuas hati dengan tindakan dipihak agensi. Di mana kita telah bertindak segera, dan kita laporkan kepada mereka yang mengadu dan kepada media-media kita.
Tentang analisis data raya, Jabatan Alam Sekitar sentiasa menggunakan analisis data raya untuk membantu dalam menyelaras tindakan penguatkuasaan. Kerjasama erat dengan agensi berkaitan seperti MS Satellite daripada MY SAR, maklumat premis daripada PBT, PDRM, KDRM serta bagi menjejak Buangan Terjadual atau e-Scheduled Waste Information System, sentiasa diperkukuhkan. Langkah ini dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan sebarang tindakan yang dilaksanakan.
Yang Berhormat Kemaman juga membangkitkan soal tanggungjawab sosial atau Corporate Social Responsibility (CSR) yang diperluaskan, saya mengalu-alukan semua pihak yang...
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Saya mengalu-alukan semua inisiatif pihak yang boleh turut sama membantu masyarakat, kementerian, supaya mereka turut menyumbang kepada usaha ini bagi kita melestarikan alam sekitar. Sila Yang Berhormat Bakri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Bakri.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, saya hendak mendapat sikit maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri, adakah cadangan yang saya anjurkan tadi di mana kita akan menggunakan seksyen 51A
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
untuk mendapatkan bayaran daripada pemaju-pemaju, supaya kita boleh meningkatkan lagi lebih banyak sumber untuk JAS, supaya kita boleh menilai EIA.
Kedua, yang saya hendak tanya tentang pangkalan data MyEHS, ini adalah berbeza dengan eSWIS. MyEHS sekarang adalah dalam voluntary basis, adalah untuk – EHS that means ‘environmentally hazardous substances’, ini adalah dalam voluntary basis. Adakah ada cadangan untuk membuat peraturan supaya ia menjadi mandatori?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Sila.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Berhubung dengan cadangan untuk kita mengenakan caj kepada isu-isu yang melibatkan pencemaran alam sekitar, saya telah meneliti perkara tersebut dan kita telah bincang dengan pihak MITI.
Namun ada beberapa perkara yang harus kita lihatlah. Pertama, bebanan kos yang terpaksa ditanggung oleh syarikat-syarikat dengan caj tersebut. Walau bagaimanapun, saya sebut tadi dalam jawapan awal, bahawa pihak kami telah meneliti, pihak kementerian kita melihat bahawa dalam jangka unjuran yang lebih panjang, masa depan kita perlukan bukan sahaja caj yang dikenakan, mungkin satu Suruhanjaya Alam Sekitar dapat kita lihat supaya semua elemen pencemaran itu mesti bertanggungjawab kepada punca pencemaran.
Bermakna bahawa mereka harus menanggung kos atas pencemaran yang mereka lakukan, dan caj ini juga sebahagian di antara apa yang kita sedang teliti. Saya berterima kasih banyak pada cadangan tersebut.
Kedua, soal yang dibangkitkan itu insya-Allah, kementerian akan teliti cadangan kedua tersebut, sejauh mana ia dapat dilaksanakan.
Baik, Yang Berhormat Kuala Kedah membangkitkan isu kebimbangan tentang unsur rasuah dan kekhuatiran bagi memastikan akta ini dapat dilaksanakan secara profesional. Saya telah bangkitkan bahawa, sebahagian antara peraturan-peraturan yang ada itu termasuklah kompaun, kita rujuk dulu kepada Pendaftar supaya mengelak elemen tersebut.
Menjawab soalan yang sama daripada Yang Berhormat Kuala Kedah, membangkitkan pihak yang dikenakan hukuman. Kementerian menjelaskan bahawa, tindakan penjara mandatori ini adalah kepada individu yang melakukan kesalahan tersebut atau kepada Pengarah Syarikat sekiranya syarikat yang melakukan kesalahan berdasarkan seksyen yang berkaitan. Jadi kita caj kepada mereka yang melakukan pencemaran. Kalau syarikat maka kita caj kepada Pengarah Syarikat.
Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Setiu membangkitkan isu pengurusan sampah dan tapak pelupusan sampah dan sisa pepejal haram. Untuk makluman semua, bahawa kementerian hanya mengawal selia kepada sisa ataupun bukan sisa domestik. Sisa domestik ini termasuk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dan dengan pihak PBT.
Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya dan Yang Berhormat Hulu Langat membangkitkan isu tentang tanggungjawab besar bila rang undang-undang ini diluluskan terutama tentang kemampuan anggota penguat kuasa.
Kementerian akan memastikan keupayaan sumber manusia dan kelengkapan logistik dipertingkatkan terutama bagi meningkatkan keupayaan pasukan siasat dan pasukan pendakwa. Buat masa ini Jabatan Alam Sekitar mempunyai kekuatan lebih kurang sebanyak 1,132 orang anggota Pegawai Penguat Kuasa di seluruh Malaysia, dan bilangan ini sememangnya tidak mencukupi, dan kita pun mengakui perkara tersebut bagi menangani kes pencemaran alam sekitar yang makin meningkat dan semakin mencabar.
Kementerian sedang meneliti keperluan pertambahan perjawatan bagi mewujudkan pejabat cawangan JAS di setiap daerah di seluruh negara. Sebagaimana yang dibangkitkan oleh banyak Ahli Yang Berhormat, kita akui bahawa bila kita
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
kuatkuasakan akta ini, kita perlu tingkatkan, mewujudkan pejabat-pejabat cawangan lebih banyak.
Hal ini kerana kelewatan kita mendapat pembuktian menyebabkan kita payah untuk membuat pendakwaan, dan pemantauan yang kita buat pencemaran mereka yang melakukan pencemaran atau ‘penjenayah alam sekitar’ ini mereka ambil kesempatan waktu tengah malam, waktu hujan hendak turun, di tempat-tempat yang terasing jauh daripada pandangan orang ramai, dan sebagainya.
Jadi oleh sebab itu kita mengalu-alukan dengan penambahan pegawai sahaja, saya yakin tidak akan mampu menyelesaikan. Kita perlu pendidikan, perubahan sikap, masyarakat, kita perlu pemantauan semua pihak- memantau dan merakam. Sekarang kita ada teknologi, dan saya fikir ini yang banyak membantu kami di peringkat penguatkuasaan untuk kita bertindak segera di atas apa yang dimaklum balas oleh masyarakat awam.
Yang Berhormat Sik membangkitkan mengenai keberkesanan hukuman penjara.
Kementerian ingin menjelaskan bahawa hukuman penalti dan denda untuk memberi isyarat dan pengajaran kepada semua pihak supaya tidak mencemar alam sekitar.
Statistik menunjukkan kes yang telah disabitkan di mahkamah pada tahun 2017 ialah sebanyak 218 kes, dan meningkat kepada 405 kes pada tahun 2020.
Peningkatan ini hasil daripada kesedaran orang awam untuk membuat pelaporan dan tindakan segera pihak penguat kuasa untuk pergi bertindak di tempat-tempat tersebut. Saya fikir kombinasi inilah menyebabkan angka ini dapat kita tingkatkan, dan hukuman pindaan ini sangat penting supaya kalau kita boleh tangkap ‘penjenayah alam sekitar’ dan kompaun hanya RM2,000 sahaja, ia tidak mendatangkan perubahan sikap yang besar.
Maka itu pindaan ini sebahagian antara komponen bagi menambahkan kesedaran, kegerunan kepada ‘penjenayah alam sekitar.’ Untuk makluman Yang Berhormat juga, usaha menjaga alam sekitar ini merupakan usaha bersama, dan pihak kementerian dengan kerajaan tempatan, kerajaan negeri dan sebagainya, kita sering kali mengadakan engagement bersama, supaya semua pihak dapat kita gerakkan...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri sikit, mungkin penjelasan. Sik di belakang, ya.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Ya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tadi juga disebut berkaitan kekuatan dan kapasiti pegawai-pegawai kita khususnya di Jabatan Alam Sekitar. Di Daerah Sik sendiri, kita tidak ada pejabat yang khusus untuk pemantauan dan juga penguatkuasaan undang-undang berkaitan alam sekitar ini. Pegawai-pegawai jauh datang dari Sungai Petani dan Alor Setar dan ketika itu, ada kes-kes yang menyebabkan kita agak lambat untuk bertindak.
Apa yang saya sebut dalam perbahasan awal tadi ialah bagaimana kerjasama erat dengan pihak berkuasa yang lain termasuk PBT, anggota polis dan sebagainya supaya penguatkuasaan ini lebih berkesan dan cepat apabila berlaku kes-kes seperti yang saya sebut juga tadi di Sik iaitu perlombongan haram REE yang berlaku. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Baik, terima kasih Yang Berhormat Sik.
Saya mengakui bahawa di Sik tidak ada Pejabat JAS dan dia terpaksa datang dalam— saya ingat di Kedah, kita ada empat atau lima pejabat sahaja di seluruh negeri Kedah.
Walau bagaimanapun, untuk makluman, kita telah menubuhkan Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar. Operasi kita sering kali dapat turun sama bersama dengan pihak polis dan kita juga dapat kerjasama daripada RELA dan sebagainya untuk operasi. Akan
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
tetapi, dalam proses pendakwaan, pegawai JAS mesti hadir sama mengambil sampel pada waktu tersebut dan inilah kekangan yang ada. Kita harapkan dengan jawapan saya tadi bahawa kita sedang meneliti untuk penambahan kakitangan pegawai dan pejabat- pejabat ini, dapat kita tingkatkan usaha tersebut.
Berhubung dengan juga perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik tentang pengubahsuaian kenderaan, ini di luar daripada bidang kuasa kementerian. Ini di bawah Kementerian Pengangkutan. Yang menyebabkan bunyi bising kerana tukar ekzos dan sebagainya. Saya fikir itu di bawah bidang kuasa MOT.
Perkara berikut, Yang Berhormat Kubang Pasu bangkitkan isu kacau ganggu pada kesihatan awam. Kementerian bersetuju dengan Yang Berhormat Kubang Pasu bahawa kos yang terlibat apabila berlakunya pencemaran lebih tinggi daripada apa yang kita senaraikan.
Cuma, asas pendakwaan itu, kita hendak gambarkan bahawa kenapa kita letak RM10 juta? Sebenarnya kalau kita ukur impak atau kesan ini, ia lebih besar daripada RM10 juta. Akan tetapi, kita harus letakkan satu jumlah yang menggerunkan, menakutkan walaupun sebenarnya kosnya lebih besar daripada itu.
Sebagai contoh, pencemaran Sungai Kim Kim, RM6 juta lebih. Selangor dengan penutupan loji. Kos rawatan sungai sahaja dan baik pulih, itu belum termasuk kos penghantaran air melalui tanker sepanjang loji-loji ditutup dan penghuni dapat air dengan tanpa caj pada waktu itu. Maknanya, kos kita jauh lebih tinggi. Akan tetapi, dengan letak angka RM10 juta, saya fikir daripada RM2,000 kompaun kepada separuh daripada kompaun denda sebenar, ia telah sekurang-kurangnya ada nilai ketegasan kita dalam pelaksanaan undang-undang tersebut. Inilah yang kita harapkan daripada pelaksana nanti. Insya-Allah.
Kementerian juga menyambut baik tentang cadangan Yang Berhormat Kubang Pasu untuk menubuhkan suruhanjaya persekutuan dan negeri. Ini telah saya sentuhkan sebentar tadi.
Yang Berhormat Papar menimbulkan isu pencemaran sungai yang menjejaskan sumber air tempatan terutama untuk kawasan luar bandar. Kementerian akan terus menjalankan penguatkuasaan secara bersepadu di seluruh negara dengan pelbagai agensi termasuk pihak kerajaan negeri dan sebagainya.
Untuk makluman, sumber air terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Akan tetapi, pencemaran yang berlaku, puncanya adalah pelbagai sektor. Ada daripada sumber penternakan yang dikeluarkan lesen oleh pihak Kementerian MAFI. Ada punca daripada dumping site yang dikeluarkan oleh pihak KPKT. Bermakna, kita perlu satu kolaborasi bersama.
Oleh sebab itu, bagi saya, alam sekitar ini ia merentasi agama, merentasi parti politik dan merentasi sempadan negara. Kerjasama yang ditunjukkan ini sangat positif.
Sebab itu saya turun ke semua kawasan. Saya tidak peduli kawasan ini kawasan pembangkang atau kerajaan sebab apabila kena pencemaran alam sekitar, kerosakan alam sekitar tidak memilih anda pembangkang atau kawasan anda, kawasan kerajaan.
Jadi, kita semua bertanggungjawab bersama. Terima kasih banyak atas sokongan yang telah diberi selama ini.
Di samping itu, tentang perkara khusus dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Sepang— dia pun tidak ada. Saya fikir tidak perlu saya jawab.
Yang Berhormat Bukit Bendera— Yang Berhormat Bukit Bendera ada?
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Ada, ada. Bukit Bendera ada.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Yang Berhormat Bukit Bendera membangkitkan keperluan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya tadi dan saya sebut bahawa bagi mendapat izin sebelum kompaun dikeluarkan menyebabkan kelewatan. Itu dibangkitkan tadi. Takut lewat tindakan kita di pihak JAS dalam mengambil tindakan ke atas sesuatu kesalahan.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Bagi menjawab soalan ini, pihak kementerian ingin memaklumkan bahawa pindaan dibuat kepada seksyen 45 Akta 127 selaras dengan Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa kita perlu mendapat keizinan, kita rujuk dahulu pada Timbalan Pendakwa Raya supaya kita tidak dicabar keputusan kita tersebut.
Keduanya, untuk mengelak kemungkinan-kemungkinan yang dibangkitkan isu rasuah, salah guna kuasa kalau sekiranya direct diberi oleh pihak-pihak di peringkat kementerian.
Jadi, apabila kita merujuk dahulu, maka kita dapat elak perkara tersebut.
Keduanya, oleh kerana kompaun itu besar, jumlahnya besar, maka kita perlu dapat pandangan daripada Timbalan Pendakwa Raya. Saya fikir ini mekanisme yang kita ambil untuk protect beberapa perkaralah dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Yang Berhormat Padang Rengas— banyak cadangan yang dikemukakan. Saya menyambut baik.
Yang Berhormat Rasah?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Rasah ada.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih. Yang Berhormat Rasah membangkitkan isu pindaan RUU ini akan dapat mempertingkatkan lagi penguatkuasaan Akta 127 termasuknya pembakaran terbuka.
Untuk pembakaran terbuka ini, bukan semua pembakaran terbuka dikategorikan sebagai satu kesalahan. Terdapat peruntukan di bawah pindaan seksyen 29A yang mengkategorikan aktiviti bukan sebagai pembakaran terbuka seperti penyediaan makanan, hal-hal yang melibatkan keagamaan, pembakaran tumbuh-tumbuhan berpenyakit dan sebagainya. Saya fikir ini antara— kita sudah ada kecualikan supaya ketakutan masyarakat nanti “Kalau saya bakar, saya kena saman”, itu tidak timbullah.
Baik, di samping itu, saya juga ingin menjelaskan tentang apakah tindakan sekiranya kesalahan berulang dilakukan. Tindakan terhadap pesalah yang berulang adalah penahanan operasi, penahanan kelengkapan dan larangan serta perintah gantung lesen bagi premis yang dilesenkan oleh JAS. Tindakan mahkamah juga boleh diteruskan bagi kesalahan-kesalahan yang berulang ini. Bermakna, mana-mana pesalah yang melakukan tindakan berulang, kita akan boleh gantung lesen, kita gantung operasi dan kita boleh bawa ke mahkamah untuk pendakwaan.
Yang Berhormat Kangar juga membangkitkan nasib mangsa yang terkesan, adakah manfaat pampasan. Di bawah seksyen 46E Akta 127, pesalah yang telah disabitkan, sebagai tambahan kepada penalti, mahkamah boleh mengarahkan pihak yang melakukan kesalahan untuk memberikan pampasan atas kerosakan yang dilakukan. Kita juga meneliti tentang sesuatu loji terpaksa ditutup dan kerugian ditanggung oleh operator air. Pindaan ini menyebabkan pesalah yang melakukan tindakan tersebut boleh menanggung kos termasuk pembersihan sungai, termasuklah kos yang ditanggung oleh operator air. Kita harapkan tindakan ini merupakan satu tindakan yang penting supaya mereka tidak sewenang-wenangnya melakukan kerosakan tersebut.
Yang Berhormat Jelutong menyokong penuh rang undang-undang...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Sedikit yang berkaitan tadi itu.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Ya.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Mungkin dalam kes air, kita senanglah.
Kita tahu kalau ada kilang haram kah tidak haram kah, pencemaran dekat situ, kita senang untuk kenal pasti pesalah. Akan tetapi, kalau macam pencemaran udara, misalnya kilang, mungkin kedudukan kilang itu tidak sesuai, asapnya keluar hari-hari. Penduduk sekitar, mungkin dia tidak terus sakit esoknya tetapi kesan daripada pencemaran itu untuk sekian waktu, mungkin ada harinya bahan yang dalam asap ini yang tidak sesuai. Jadi, macam mana kes macam itu kita hendak ambil tindakan untuk mangsa?
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Saya fikir kita perlu melalui proses mahkamahlah supaya mahkamah dapat memutuskan bahawa punca. Sebab, kadang-
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
kadang apakah punca sakit itu berpunca daripada asap ataupun faktor-faktor lain. Ini yang perlukan penelitian lebih lanjut.
Walau bagaimanapun, bagi kami, kilang yang mengeluarkan asap, kita ambil tindakan terus pada kilang tersebut dan sekiranya mahkamah memutuskan bahawa kilang itu bersalah, bermakna bahawa kesan-kesan sampingan yang berlaku di sekitarnya ada kemungkinan berpunca daripada kilang tersebut. Saya fikir ini di antara elemen yang boleh dilihat nanti.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Itu satu, Yang Berhormat Menteri.
Kedua ini, harap tidak salah tafsir sebagai politiklah, sebab di Perlis ini banyak masalah air dan saya tahu di Kelantan juga.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Bagaimana pula dengan aset-aset kerajaan yang kita kata keluar air daripada paip yang tidak bersih, tidak elok. Yang menjadi mangsa ini − Ini juga isu alam sekeliling. Jadi, siapa yang patut bayar?
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Kita pernah dapat aduan tentang pencemaran perubahan warna air kepada merah yang berpunca – ada yang buat tuduhan bahawa dia datang daripada sistem kumbahan di bawah IWK.
Setelah kita buat siasatan dan kita sudah tangkap dan buat pendakwaan. Sebuah kilang melepaskan pencemaran melalui lubang tandas dalam kilang tersebut dan terus mengalir kepada sistem kumbahan.
Orang ramai menganggap bahawa ia berpunca daripada sistem kumbahan.
Sebenarnya dia punca kepada kilang-kilang. Apa yang kementerian sedang laksanakan dalam perancangan untuk kita mewujudkan satu sistem di mana kawasan zon industri yang melepaskan pencemaran dalam bentuk cecair dan sebagainya, mesti dapat diwujudkan satu pusat rawatan terlebih dahulu.
Apa yang ada sekarang, katalah dulu industri ada 200 kilang. Pegawai kita terpaksa monitor 200 kilang. Itu bebanan kepada anggota. Jadi, kalau sekiranya kita boleh wujudkan semua kawasan industri mesti wujudkan sistem perlepasan industri berpusat, kita hanya monitor satu sistem, dapat kenal pasti punca lebih awal dan kita terus ambil tindakan.
Saya fikir ini antara mekanisme yang kementerian sedang meneliti supaya pada masa hadapan kita boleh kawal punca, satu punca. Manakala, pencemaran air dan sebagainya di-monitor oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Mana-mana operator air melanggar syarat tersebut mereka boleh dikompaun ataupun didenda oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara .
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ada satu minit lagi Yang Berhormat Menteri. Ada hendak rumuskan.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Tuan Yang di-Pertua saya fikir. Saya ada beberapa soalan lagi yang dibangkitkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Silakan.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat dan sebagainya. Saya fikir ada beberapa muka surat lagi ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya bagi lima minit lagi. Okey boleh, baik. Lima minit.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Yang Berhormat Jelutong bangkitkan tentang sokongan penuh Akta Rang Undang-undang 127. Saya mengucapkan terima kasih. Yang Berhormat Jelutong pun tidak ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kuala Langat silakan.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Yang Berhormat Kota Melaka saya hendak jawabkan dahulu soalan yang dibangkitkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Menyentuh isu tadbir urus EIA, kementerian menghargai keprihatinan Yang Berhormat dalam isu-isu alam sekitar terutama projek penambak laut di Melaka.
Kementerian secara amnya menyokong supaya kerja-kerja bangunan harus dirancang dengan teliti supaya ekosistem alam sekitar tidak terjejas. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka tadi bahawa semua pembangunan mesti harus lestari. Kita memantau apabila ada aduan-aduan tersebut. Saya mengalu-alukan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat supaya semua kerja bangunan mestilah mematuhi piawaian yang ditetapkan. Walaupun tidak semua projek, tidak semua projek perlukan EIA.
Ada projek yang melibatkan kawasan sensitif alam sekitar macam dibangkitkan tadi, kawasan yang ada kecerunan 35 darjah, kawasan yang digazet kan sebagai kawasan sensitif, kawasan digazetkan sebagai zon penjagaan. Ini kawasan-kawasan yang mesti ada proses EIA. Akan tetapi, tidak semua pembangunan perlukan EIA.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri. Melaka Gateway adalah satu projek yang besar.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Ya, ya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Melibatkan penambakan laut 1,366 ekar.
Ia sudah pasti dia perlukan laporan EIA.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Ya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Akan tetapi jawapan daripada kementerian dalam sesi yang lepas mengatakan mereka tidak sediakan laporan EIA. Jadi, saya hendak cadang kepada kementerian kalau mereka tidak bagi laporan EIA sepatutnya ambil tindakan. Buat siasatan minta mereka hentikan projek mereka sementara minta mereka sediakan laporan EIA...
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Okey, untuk makluman...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Dan telitikan laporan EIA tersebut sama ada mereka ikut syarat yang ditentukan berdasarkan kepada akta sedia ada. Bukannya biarkan begitu sahaja Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Okey terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Okey terima kasih. Masa saya tidak berapa ada. Saya hendak sebut begini bahawa terkadang − saya sebut tadi bahawa kita ada berapa penambahbaikan kepada EIA.
Terkadang satu proses dibuat melalui fasa. Penggunaan fasa dalam jumlah yang kecil. Siap fasa satu ditambah fasa dua. siap fasa dua ditambah fasa tiga. Akan tetapi, jumlah yang dia mohon itu ialah jumlah yang kecil, sikit, sikit. Akhirnya, jadi satu kawasan yang luas.
Saya fikir di bawah kelemahan yang ada dalam EIA sebagaimana yang disebut tadi kita sedang meneliti supaya dapat kita atasi faktor-faktor tersebut. Ini Yang Berhormat minta saya turun sekali ke Melaka Gateway untuk tengok. Kita harapkan sama ada saya kekal di sini [Merujuk kepada blok Kerajaan] atau pun Yang Berhormat kekal di sana [Merujuk kepada blok Pembangkang] ataupun siapa yang boleh kekal, ya.
[Ketawa]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kira di sana di sini, kita sama-sama boleh pergi lawat selepas pilihan raya. Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Ya, terima kasih.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kita masih boleh pergi.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Yang Berhormat rasa, Yang Berhormat boleh menang lagi. Terima kasih. Oh, saya ada maklumat terbaru tentang Melaka Gateway. Untuk makluman Melaka Gateway telah buat secara mikro EIA. EIA secara eksekutif dengan kerajaan negeri dan saya hendak jelaskan bahawa EIA perlu untuk projek-projek secara individu. Ia juga perlu sekiranya terlibat dengan perkara yang saya bangkitkan tadi. Walaupun bukan syarikat.
Individu buat projek tetapi kawasan sensitif setiap alam sekitar wajib mohon EIA.
Kawasan kecerunan 30 darjah wajib mohon EIA. Itu walaupun bukan company besar sekali pun. Kadang-kadang kawasan yang kita protect satu-satu area yang sensitif alam sekitar, ia perlukan EIA.
Yang Berhormat Merbok dan Yang Berhormat Padang Serai mencadangkan lesen operasi bagi syarikat mencemar alam sekitar dibatalkan atau digantung.
Sebenarnya memang ada dalam akta kita dan kita telah pun buat proses. Ada kilang- kilang yang kita gantung operasi pun sebelum ini di bawah akta kita sedia ada tetapi tidak termasuk dalam pindaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Seminit setengah lagi Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Okey lain-lain saya fikir. Saya terus jawab Yang Berhormat Kangar bangkit isu jumlah penguat kuasa, saya sudah jawab tadi.
Adakah bertindih dengan agensi lain. Adakah kementerian bercadang untuk dibenarkan dibicara di mahkamah sivil. Ini untuk makluman hingga setakat ini kita proses dengan peraturan yang kita yang sedia ada. Sehingga setakat ini kita yakin kita mampu untuk mengurus kes-kes kita dakwa di mahkamah.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua. Saya keseluruhannya saya menyambut baik semua sokongan yang telah diberi.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Menteri ada satu lagi daripada Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Boleh saya sedikit. Saya hendak − Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum Yang Berhormat Menteri habiskan, saya hendak bagi satu cadangan juga ataupun minta pandangan Yang Berhormat Menteri dan kementerian, sebab alam sekitar ini ialah satu-satu bidang yang specialization dan juga ada specialty dia.
Adakah pegawai-pegawai yang telah diletakkan di negeri-negeri masing-masing ataupun dibagi satu kuasa yang besar untuk jaga kualiti alam sekeliling dan sebagainya, dia ada kepakaran di dalam isu itu ataupun dia sedikit berdekatan dengan kualiti alam ataupun pencemaran dan sebagainya.
My suggestion is dalam bidang saya medical dan sebagainya, kita selalu ada CPD yang kita kena pergi, kita kena dengar dan ada beberapa conventions kita kena hadapi lepas itu kita dapat poin-poin itu. Poin itu akan digunakan untuk kita dapat practicing certificate kita untuk masa depan yang akan datang.
Dalam bidang ini saya haraplah ini akan digunakan sebagai satu garis panduan kepada pegawai-pegawai yang akan dibahagi kuasanya sebagai pegawai yang jaga alam sekitar kita. Ini kerana, dia kena ada knowledge lepas itu dia kena sayang juga kepada alam sekitar kalau tidak ada susah untuk kita bangunkan ataupun kita jaga alam sekitar kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih. Untuk makluman bahawa kita di peringkat kementerian, kita ada pusat latihan kita di Bangi. Kita juga memastikan bahawa Akta 127 antara keperluan ialah soal satu program kursus kompetensi bagi pentauliahan orang yang berwibawa. Maksudnya kompetensi.
Memang mesti mengikuti kursus dan mesti lulus dan ada kebenaran supaya industri pemantauan dibuat itu mematuhi keperluan Akta 127. Terima kasih kepada Yang Berhormat.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Tidak jawab. Saya ingat yang dua, pasal Merbok tadi yang pasal Gunung Inas dan juga. Ada dua isu tadi.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Boleh saya jawab secara bertulis.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Ya, bertulis. Terima kasih.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Cuma, saya ingin jelaskan bahawa daripada pembentangan pagi tadi sampailah hujung perbahasan kita. Saya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang berada dalam Dewan ini menyatakan bahawa kami komited untuk bersama-sama memastikan pindaan ini dapat kita laksanakan dan sokongan semua Ahli Yang Berhormat, saya sangat alu-alukan. Sekian terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Kami pun sokong juga Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih ya.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jadi sama-sama di Dewan juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya. Insya-Allah, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Fasal-fasal 1 hingga 30 – Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila. Ada Ahli Yang Berhormat yang— Sila Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana membenarkan saya mengambil bahagian dalam peringkat Jawatankuasa.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Tuan Pengerusi, banyak disebut pada hari ini dalam pindaan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekeliling ini berkenaan Sungai Kim Kim. Sungai Kim Kim itu berada dalam daerah Pasir Gudang. Yang Berhormat Menteri...
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, kalau boleh rujuk mana perenggan dalam itu.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ya. Saya ingin merujuk fasal 4, 6, 7, 13, 15, 18, 19, 25, 26 dan 29.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Teruskan.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Fasal-fasal ini Yang Berhormat Menteri, melibatkan pindaan-pindaan naik denda itu ya. Kemudian, ada hukuman minimum diadakan dan hukuman penjara diadakan. Sebelum ini tak ada, sekarang ada.
Jadi, saya mewakili kawasan Parlimen yang terlibat dalam pencemaran udara yang bersabit dengan pencemaran toksik kimia Sungai Kim Kim, mengucapkan terima kasih kerana pindaan ini. Walaupun ada kelemahan dan kekurangan di sana sini, tetapi dengan ada pindaan ini terhadap Akta 127 ini, daripada segi hukuman Akta Kualiti Alam Sekeliling ini ada lebih berkesan, lebih tegas seperti bertaringlah, kuku ada, tindakan.
Hanya sedikit tambahan kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian, saya berpendapat selain daripada hukuman ditingkatkan, tetapi ada beberapa perkara yang perlu kementerian ambil perhatian. Saya menyedari hal alam sekitar ini bukan Kementerian Alam Sekitar dan Air sahaja yang bertanggungjawab. Ia akan melibatkan kerajaan negeri dan majlis perbandaran.
Isu yang saya nak sebutkan terutama dalam kawasan saya Pasir Gudang ialah banyaknya kilang-kilang haram dan berlakunya pencemaran bahan kimia toksik yang dibuang ke Sungai Kim Kim itu, ada yang datang dari kilang-kilang haram. Ini melibatkan kerajaan tempatan tetapi maknanya kolaborasi antara Kementerian Alam Sekitar dan Air dan pihak PBT itu penting.
Satu lagi Yang Berhormat Menteri iaitu kita bercakap tentang nak adakan alam sekitar yang baik tetapi satu kawasan industri yang besar di Pasir Gudang, tidak ada loji rawatan sisa kimia. Tak ada. Maknanya ni bukannya hasil buangan domestik. Ini kimia.
Toksik yang berjadual ini terpaksa dihantar dari Pasir Gudang ke Rasah, Negeri Sembilan.
Melibatkan kos yang tinggi. Jadi, pandangan saya ialah selain kita perbaiki hukuman- hukuman dan denda ini— memang syabas, kita sokong. Akan tetapi perkara-perkara yang saya sebutkan itu mesti ada sebab yang dibuang ke Sungai Kim Kim itu ialah racun-racun toksik kimia. Tengah-tengah malam seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, dilepaskan.
Akhir sekali, undang-undang dan hukuman yang tinggi itu sahaja belum tentu kita dapat menghukum mereka yang bersalah itu. Saya mengikuti penggulungan Yang Berhormat Menteri dan perbahasan awal itu, menyedari bahawa pentingnya pegawai- pegawai penyiasat, pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar yang kompeten iaitu cepat bertindak, sampel-sampel sebagai evidence supaya bila dibawa kes ke mahkamah, kes itu sangkut. Dapat pertuduhan itu berjaya. Tak guna misalnya dia ada kes pertuduhan sampai 40 tetapi lepas kerana kelemahan pegawai penyiasat dan lemahnya pendakwaan.
Jadi, saya amat gembira dengan ucapan Yang Berhormat Menteri bahawa aspek pendakwaan ini, pegawai-pegawai penyiasat ini perlu dipandang berat.
Akhir sekali bagi pihak penduduk rakyat Pasir Gudang yang terjejas dengan pencemaran udara ini dan kita yakin satu perubahan yang lebih baik dengan adanya pindaan ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sebelum saya sebut, ada Yang Berhormat Menteri ingin...
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Saya beri respons kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang.
Pertama sekali, kita mengalu-alukan pandangan tersebut dan saya telah jelaskan bahawa perlunya pegawai-pegawai lebih kompeten dan dengan latihan dan sebagainya di pihak kementerian selain kita menambah fasiliti.
Saya setuju bahawa fasiliti yang ada ini tidak mencukupi. Pihak kementerian telah pun bercadang untuk mewujudkan lima lagi fasiliti untuk sisa berjadual ini termasuklah satu di bahagian selatan, di Perak, kemudian di Kedah, di Selangor, di pantai timur dan satu di Sabah. Dengan penambahan lima fasiliti ini, kita yakin bahawa ia lebih dekat bagi industri untuk menghantar ke pusat pelupusan sisa kimia berjadual.
Di samping itu, ia memudahkan soal pembuktian. Soal pembuktian di mahkamah ini juga melibatkan soal penghantaran bahan kita ke makmal kimia. Untuk makluman juga, kita telah meningkatkan fasiliti kita di NAHRIM, supaya makmal kita juga diiktiraf sebagai satu makmal yang boleh ditauliahkan untuk kita melengkapkan semua hasil pembuktian yang kita bawa untuk kita percepatkan proses tersebut.
Di samping itu, suka saya menambah bahawa dua PBT di kawasan tersebut telah pun diambil alih. Sekarang IWK telah pun mengambil alih tentang sistem kumbahan.
Kedua, kita juga bersama dengan UTM, telah membina Denai Sungai Kebangsaan di Sungai Kim Kim bagi melestarikan sungai tersebut. Saya juga minta supaya semua kilang besar-besar yang ada di sana juga bertanggungjawab untuk sama CSR mereka membantu supaya imej kilang tidak lagi dilihat sebagai faktor pencemar tetapi faktor membantu kelestarian alam sekitar. Terima kasih.
[****Fasal-fasal 1 hingga 30** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Perpaduan Negara (Datuk Halimah binti Mohamed Sadique) dan diluluskan]
Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi esok, Khamis, 6 Oktober 2022. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.21 petang]