Aug042022

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
USUL
MENANGGUHKAN BACAAN KALI YANG KEDUA DAN KETIGA RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH P.M.62

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon Rang Undang-undang Pencegah dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

(Pindaan) 2021, Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022, Rang Undang-undang Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2022, Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2022 dan Rang Undang- undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2022 seperti yang telah tertera di nombor 11 hingga 15 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul pada hari ini ditangguhkan bacaan kali yang kedua dan ketiga dan dibawa ke Mesyuarat yang akan datang.”

final • 10:04 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baiklah Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 10:04 AM
JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan secara terperinci:

(a) tindakan yang sedang dan akan diambil oleh kementerian untuk merawat dan memulihkan kembali kawasan Tasik Chini supaya tidak hilang status UNESCO; dan

(b) pihak manakah yang akan dipertanggungjawabkan untuk memastikan pelan tindakan terlaksana.

final • 10:04 AM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam bahagia Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada sahabat saya dari Kuantan yang bertanya soalan mengenai Tasik Chini sebagai satu tapak rizab biosfera di Malaysia ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita maklum bahawa Tasik Chini di Pahang yang mempunyai keluasan seluas 6,922.97 hektar merupakan tapak rizab biosfera yang pertama di Malaysia yang diiktiraf oleh UNESCO di bawah Program Man and the Biosphere (MAB) pada 26 Mei 2009. Selain Tasik Chini, kita ada dua lagi iaitu Banjaran Crocker di Sabah, 12 Jun 2014 diiktiraf dan Bukit Bendera, Pulau Pinang pada 15 September 2021.

Program MAB merupakan satu program saintifik antara kerajaan atau intergovernmental yang menetapkan asas saintifik bagi memperbaiki pertalian antara manusia dan alam sekitar dengan mengimbangi antara keperluan pembangunan dan penjagaan alam sekitar. Saya mengesahkan bahawa kerajaan telah menerima satu surat daripada Sekretariat MAB yang bertarikh 28 hari bulan Mei 2021 yang meminta Malaysia melakukan satu penambahbaikan ke atas Tasik Chini sebagai tapak rizab biosphere UNESCO.

Oleh itu, kerajaan khususnya kementerian ini dan juga Kerajaan Negeri Pahang telah bekerjasama erat dalam usaha untuk memelihara tapak rizab biosfera di Chini ini. Di mana KeTSA pada tahun 2016 telah memperuntukkan lebih daripada RM1.5 juta bagi melaksanakan kajian di Tasik Chini termasuk kajian kualiti air. Kerajaan Negeri Pahang pula telah membelanjakan RM4.018 juta dengan menggunakan peruntukan EFT yang diperoleh daripada Kerajaan Persekutuan untuk menambah baik pengurusan Tasik Chini daripada tempoh 2019 hingga 2021.

Selain daripada itu, saya ingin menarik perhatian bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah mempergiatkan program penanaman pokok di kawasan Tasik Bera ini sejak dari tahun 2015 lagi. Tujuannya untuk memulihkan kawasan terosot yang turut melibatkan pihak berkepentingan seperti komuniti Orang Asli. Saya ada beberapa gambar di sini Tuan Yang di-Pertua yang menunjukkan Pokok Kekacang Tutup Bumi.

[Sambil menunjukkan gambar] Ini ataupun LCC.

Kemudian, pokok spesies Meranti dan sebagainya ditanam di kawasan Tasik Chini ini. Ini telah dilakukan dengan peruntukan pada tahun 2020 sahaja, sebanyak RM800,000 telah dibelanjakan di peruntukan daripada Kumpulan Wang COVID-19 dan kita telah melakukan pemerkasaan komuniti dan pemuliharaan kawasan rizab biosfera ini.

Di samping itu, Kerajaan Negeri Pahang telah mengambil inisiatif− Ini penting saya sebutkan bahawa Tasik Chini ini pada asalnya adalah tanah kerajaan ataupun state land. Jadi, dalam usaha memulihara Tasik Chini sebagai tapak rizab biosphere ini, Kerajaan Negeri Pahang telah mewartakan tanah itu sebagai Hutan Simpanan Kekal Chini. Daripada state land kepada forest reserve land.

final • 10:04 AM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Kerajaan juga telah menghentikan semua operasi perlombongan di kawasan itu termasuk dengan rekod saya ini ada tiga pajakan melombong yang dikeluarkan pada tahun 2020 dan tahun 2021. Sekarang ini kerajaan tidak mempertimbangkan apa-apa penyambungan surat kelulusan dan juga apa yang dipanggil operational mining scheme

(OMS), Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong tidak diluluskan langsung di kawasan Tasik Chini ini yang berstatus HSK, rizab perlindungan dan juga kawasan sensitif alam sekitar.

Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Pahang telah mengeluarkan arahan pemberhentian kerja, stop work order pada 17 Mei 2022 setelah menerima surat daripada sekretariat MAB dan moratorium menghentikan semua aktiviti perlombongan di sekitar Tasik Chini ini bermula 17 Jun 2021. Tidak dibenarkan langsung. Ini semua adalah untuk mematuhi sektor ataupun aspek kualiti air dan juga penyediaan laporan EIA, pewartaan rizab dan sebagainya. Ini telah diadakan.

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Pahang juga telah menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang dan Majlis Biodiversiti Pahang di bawah enakmen kerajaan negeri. Tujuannya untuk menguruskan dan menyelaras pelaksanaan pelan pengurusan Tasik Chini ini.

Atas sebab itu saya ingin mengesahkan dalam Dewan yang mulia ini, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang telah menyediakan satu laporan Periodic Review Report untuk Tasik Chini yang kita diarahkan submit before 30 September 2022.

Telah siap drafnya dan akan dihantar dalam masa yang ditetapkan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat, silakan.

final • 10:10 AM

Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Memang kita amat ambil beratlah berkenaan dengan keadaan biosphere reserve di Tasik Chini ini dan kita juga tidak mahu ia didelisted daripada UNESCO.

Kalau boleh saya pohon lihat kepada laporan yang ditujukan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, pihak Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tentu sekali arif dalam bahawa di dalam kawasan biosphere reserve ini ada core area, ada buffer zone dan ada transition zone. Untuk Tasik Chini ia melibatkan wetland iaitu tasik itu sendiri. Feeder rivers ataupun sungai-sungai yang menghala ke dalam tasik.

Ia melibatkan dalam Bukit Chini itu sendiri dan Tasik Chini state park reserve, ya.

Jadi kita tahu bahawa ini core area. Maksudnya, ada buffer zone, ada transition area. Kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan juga tahu bahawa setiap 10 tahun UNESCO akan buat review berkenaan dengan status biosphere reserve ini.

Soalan saya, bagaimana mungkin kalau dalam keadaan core area ini, buffer zone ini terus diadakan perlombongan dan sehingga gondol bukit itu yang dimasukkan di bawah core area ini sepanjang 10 tahun yang lepas selepas ia diiktiraf sebagai kawasan biosphere reserve 2009.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua bagaimana kita hendak memastikan bahawa sekarang ini kita hendak membuat pemulihan. Sepatutnya, tidak berlaku pun pemulihan.

[Disampuk] Bila sudah diiktiraf biosphere reserve itu terus dipastikan tidak ada lagi.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Pendekkan, pendekkan.

final • 10:10 AM

Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan

Semuanya sustainability, sustainable, Tuan Yang di-Pertua. Itu saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Soalan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuantan atas soalan yang cukup baik.

Sebagaimana yang kita tahu bawah tapak rizab biosphere ini ia ada tiga zone tadilah yang disebut. Satunya, core zone. Kawasan ini dilindungi dan hanya aktiviti penyelidikan dan pembangunan tanah berimpak rendah sahaja dibenarkan. Itu core zone. Manakala buffer zone, aktiviti penggunaan sumber asli misalnya aktiviti aspek arkeologi kajian dan eksperimen saintifik alam sekitar ekopelancongan sahaja yang dibenarkan. Manakala transition zone ini kawasan yang dibenarkan masyarakat setempat menggunakan tanah dan air tetapi harus selari dengan ini.

Sebagaimana saya sebutkan tadi bahawa kerajaan amat serius dalam perkara ini walaupun yang sudah berlaku, sudah berlakulah. Secara jujurnya kerajaan mengakui mungkin itu ada sedikit lack daripada segi supervision. Sekarang ini Kerajaan Negeri Pahang meletakkan satu amaran yang amat tegas kepada mana-mana aktiviti perlombongan dan juga pengambilan mineral tidak dibenarkan langsung. Stop work order telah dikeluarkan.

Saya hendak sebutkan bahawa perkara ini telah mendapat perhatian khusus daripada Pemangku Raja Pahang sendiri yang amat concerned dengan perkara yang berlaku di Chini ini dan baginda amat menitikberatkan perkara ini. Jadi, atas dasar itu saya yakin dan percayalah bahawa laporan yang kita akan buat dan tindakan yang kita akan ambil ini tidak akan menyebabkan status UNESCO biosphere ini akan ditarik baliklah.

Saya percaya perkara itu. Saya pun beritahu pada Yang Berhormat Kuantan tadi saya akan gerakkan penanaman pokok secara besar-besaran akan melibatkan semua pimpinan MP, ADUN di Pahang dan sebagainya dalam waktu terdekat ini untuk tujuan inilah yang kita rasa akan dapat memulihkan semula keadaan sebenar on the ground di Tasik Chini ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu.

final • 10:10 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Balik Pulau.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelah sini, sebelah sini. Yang Berhormat Setiu silakan.

final • 10:10 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Menteri atas jawapan yang diberikan.

Soalan tambahan saya, apakah fungsi tapak rizab biosfera yang telah ditetapkan di bawah program Man and the Biosphere (MAB), UNESCO?

final • 10:10 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Setiu. Soalan yang cukup baik. Ini untuk makluman umumlah.

Fungsi sebenar tapak rizab biosfera yang amat kita jaga ini adalah kerana bukan mudah untuk kita mendapatkan taraf UNESCO biosphere ini. Di dunia ini terdapat 738 buah tapak sahaja rizab biosfera di 134 buah negara di seluruh dunia. Jadi, kita baru ada tiga di negara kita ini. Jadi, kita perlu jagalah.

Antara fungsi tapak rizab biosfera ini adalah yang pertamanya, pemuliharaan dan konservasi biodiversiti yang menyumbang ke arah usaha konservasi landskap ekosistem, spesies dan kepelbagaian genetik.

Keduanya, menyokong pembangunan lestari yang tadilah. Keseimbangan antara pembangunan yang diperlukan dan juga kelestarian alam itu perlu ada keseimbangan di situ.

Ketiganya sudah tentulah sokongan logistik sebagai pusat pembelajaran latihan research dan juga yang perlu diadakan untuk tujuan kita mendapat maklumat bagi menjaga persekitaran yang baik kepada negara kita dalam usaha kita menjaga alam sekitar supaya kita dapat berdepan dengan isu climate change ataupun perubahan iklim yang sekarang ini pun banjir berlaku di rata-rata tempat sama ada di bandar ataupun di luar bandar.

Inilah usaha yang dilakukan oleh kementerian ini dan juga kementerian- kementerian lain yang mana antaranya ialah kita bagi tahun 2040. Kita tidak mahu negara kita ini dilitupi tidak kurang daripada 50 peratus bumi Malaysia ini dengan pokok-pokok dan juga tanaman-tanaman hijau. Jadi itu antara matlamat murni lah kerajaan dan juga perlu mendapatkan sokongan daripada seluruh rakyat kita. Itu sahaja jawapan saya.

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Soalan tambahan ketiga.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah 18 minit soalan ini. Yang Berhormat Setiu. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir. Silakan.

final • 10:10 AM

2. Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan perancangan kementerian untuk meminda beberapa fasal dalam Akta Perlindungan Data Peribadi bagi menangani jenayah pencerobohan hampir 100 juta data peribadi dan kekangan yang dihadapi oleh kementerian menyebabkan sehingga kini akta tersebut masih belum dipinda.

final • 10:10 AM

Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanya.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi adalah bertanggungjawab mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial berdasarkan bidang kuasa yang termaktub di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 atau Akta 709.

Ya, memang benar. Kerajaan berhasrat untuk membuat beberapa pindaan kepada akta ini untuk penambahbaikan bagi masa akan datang. Cadangan pindaan tersebut telah pun dipanjangkan oleh K-KOMM ke Jabatan Peguam Negara pada 28 Jun 2022 yang lalu untuk tindakan lanjut oleh pihak Jabatan Peguam Negara.

final • 10:10 AM

Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Untuk makluman, antara cadangan-cadangan pindaan yang dibuat akan melibatkan antara lain:

(i) mewajibkan semua pengguna data melantik data protection officer;

(ii) memperkenalkan data breach notification yang mewajibkan semua pengguna data untuk melaporkan kebocoran data kepada Pesuruhjaya JPDP dalam tempoh 72 jam;

(iii) mewajibkan pemproses data untuk patuh kepada prinsip

final • 10:20 AM

keselamatan di bawah - Akta 709

;

(iv) membenarkan pemindahan data peribadi antara pengguna data atas permintaan subjek data sekiranya sistem teknikal membenarkannya; dan

(v) pemansuhan penentuan senarai tempat rentas sempadan yang akan menggantikan senarai tempat- whitelist, dengan senarai hitam bagi pemindahan data peribadi rentas sempadan.

Cadangan pindaan-pindaan ini akan mewujudkan polisi perlindungan data yang lebih kukuh dan dinamik. Sebagai contoh, melalui penggunaan instrumen baharu seperti pelantikan pegawai perlindungan data peribadi dan notifikasi ketirisan data.

Sebaik sahaja kita menerima maklum balas ataupun draf akhir daripada AGC, satu kertas atau Memorandum Jemaah Menteri akan segera disediakan dan K-KOMM komited untuk membentangkan cadangan pindaan [Akta 709] ini dalam sesi Parlimen yang akan datang bulan Oktober, insya-Allah.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Setiu.

final • 10:20 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, saya difahamkan 100 juta data peribadi telah dicerobohi sebagaimana saya sebut tadi. Sehingga kini, berapakah individu yang disabitkan atas akta ini? Sejauh manakah kementerian ataupun kajian yang dilakukan oleh kementerian bagi melihat kaedah dan juga langkah yang diambil oleh negara lain dalam menangani dan mengekang isu ini? Sekian.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, silakan.

final • 10:20 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman, berdasarkan catatan dan rekod jabatan, sebenarnya sebanyak kira-kira hampir 120,000,296 data peribadi yang telah terlibat dalam ketirisan.

Walaupun demikian, perlu dijelaskan bahawasanya yang tertakluk di bawah bidang kuasa K-KOMM di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi hanyalah bagi tujuan transaksi komersial. Sementara data di jabatan dan kementerian tidak tertakluk di bawah akta ini.

Untuk butiran terperinci, saya boleh berikan nanti secara bertulis kepada Yang Berhormat tentang beberapa tindakan termasuk denda yang telah dikenakan kepada beberapa buah syarikat yang terlibat dan dapat dibuktikan setelah dibawa pendakwaan di mahkamah, ia telah dapat dibuktikan telah melakukan kesalahan yang menyebabkan ketirisan data.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Papar.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, soalan saya apabila data peribadi rakyat Malaysia bocor, maka banyak perkara yang akan berlaku. Apa yang paling penting dan membimbangkan adalah apabila berleluasanya scam jenayah akan terjadi.

Justeru itu, saya ingin bertanya, adakah kerajaan akan memperketat proses pendaftaran SIM card bermula daripada proses membeli hingga kepada penggunaannya?

Satu lagi yang saya ingin nyatakan di sini, apakah kita sebagai orang awam boleh menyaman kerajaan apabila ternyata ada kebocoran data daripada apa yang disarankan oleh kerajaan?

final • 10:20 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Untuk makluman Yang Berhormat, masalah ketirisan data dan juga gejala scam sedang kita berikan perhatian yang amat serius. Ia memerlukan kepada beberapa tindakan bukan sahaja tentang pindaan akta tetapi perlu diwujudkan mekanisme-mekanisme tertentu bagi membantu orang awam daripada menjadi mangsa kepada kegiatan yang sedemikian.

Beberapa penelitian terhadap amalan di beberapa buah negara sedang dilakukan.

Malah semalam pun saya adakan perbincangan untuk melihat kepada beberapa peraturan terbaru yang diamalkan termasuk di Amerika dan juga di Kanada untuk mencari jalan bagaimana masalah scammers dan juga masalah-masalah berkaitan dengan akta dapat kita perkukuhkan. Sama ada orang awam mempunyai wibawa dan juga kedudukan untuk mencabar kerajaan, itu tertakluk kepada undang-undang yang sedia ada.

Akan tetapi yang pentingnya sebagai badan pengawal, kerajaan berpendapat perlu dilakukan beberapa penambahbaikan lagi kerana amalan mencuri data ini makin sofistikated, dengan teknologi dan sebagainya. Kita masih lagi mempunyai dualisme, di mana data di bawah agensi kerajaan dan kerajaan negeri tidak tertakluk kepada akta ini.

Sementara data-data yang melibatkan semua transaksi komersial memang tertakluk kepada data ataupun Akta Perlindungan Data Peribadi.

Jadi, saya memberi jaminan kepada Dewan yang mulia ini, langkah-langkah susulan selain daripada pindaan akta sedang diusahakan oleh pihak kementerian.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Lembah Pantai, ringkas.

final • 10:20 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, saya ingin tanya bila pindaan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi ini akan dibawa? Juga, apa langkah-langkah yang sebenarnya ia bukan sahaja melibatkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia tetapi kalau kita lihat contohnya apabila mak saya kena scam, macam mana orang tahu mak saya ada jumlah yang sebanyak itu dalam Tabung Haji? Jadi, ia melibatkan institusi-institusi lain. Apa langkah-langkah kerajaan untuk memastikan tahap keselamatan data di semua institusi yang memegang wang dapat diselaraskan dan dipertingkatkan? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Mungkin Yang Berhormat masuk lewat sikit. Tadi sewaktu saya memberi jawapan, saya sudah memberitahu bahawa pindaan kepada akta ini akan dibawa dalam sesi Parlimen yang akan datang, insya-Allah setelah kita dapat- sebab draf sudah pun dihantar kepada AGC pada bulan 22 Jun yang lalu.

Tentang kerisauan Yang Berhormat itu, memang ada asasnya. Akan tetapi macam saya cakap tadi, kita ini ada dua skop. Satu, data-data di bawah pegangan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang tidak tertakluk kepada akta yang sedia ada ini di mana Akta Perlindungan Data Peribadi ini hanya tertumpu kepada data yang melibatkan transaksi-transaksi komersial. Itu satu-satu perkara.

Kerjasama- betul, akan melibatkan beberapa buah agensi terutama yang menjaga keselamatan data secara keseluruhannya adalah di bawah NACSA, di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sementara Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi di bawah [Akta 709] ini di bawah K-KOMM. Sudah tentu badan penyiasatnya melibatkan PDRM.

Oleh sebab itu apa yang kita cuba lakukan sekarang ini adalah untuk melihat secara keseluruhannya termasuk selain daripada advocacy untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai supaya jangan mudah terjebak dengan panggilan-panggilan yang tidak menentu dan sebagainya.

Kita sedang merancang untuk mengadakan platform di mana orang awam, apabila menerima panggilan-panggilan yang meragukan, dia dapat terus merujuk untuk menyemak kesahihan nombor tersebut sama ada datang daripada pemegang talian yang sah ataupun tidak. Ini memerlukan kita bekerjasama dengan semua pembekal perkhidmatan ataupun telcos untuk memastikan kita ada satu depositori untuk semua rekod pemegang akaun talian bagi semua syarikat yang membekalkan perkhidmatan.

Perkara ini sedang disusuli oleh kementerian, khususnya MCMC.

final • 10:20 AM

3. Puan Nor Azrina binti Surip [Merbok] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan, pendirian kementerian dalam mengisytiharkan Darurat Iklim di negara ini dalam mengehadkan pemanasan global.

final • 10:20 AM

Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi semua.

final • 10:20 AM

Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana prihatin kepada isu perubahan iklim yang berlaku buat masa ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, berdasarkan pelbagai program dan inisiatif yang sedang dijalankan oleh negara, kerajaan berpandangan buat masa ini, tiada keperluan untuk kita mengisytiharkan darurat iklim atau climate emergency. Namun begitu, kerajaan sentiasa memantau secara dekat segala program dan aktiviti-aktiviti berkaitan mitigasi untuk memastikan tiada peningkatan suhu yang ketara.

Malaysia telah pun memberi komitmen untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca atau GHG merentas ekonomi sebanyak 45 peratus berdasarkan KDNK pada tahun 2030 dan berdasarkan tahap pada pencapaian pada tahun 2005.

Pengurangan intensiti ini dibuat tanpa syarat dan 10 peratus lebih tinggi daripada sasaran sebelum ini. Selain daripada itu, Malaysia juga telah pun menyatakan aspirasi untuk mencapai pelepasan GHG sifar bersih, alternate zero GHG emission dengan izin, seawal-awalnya pada tahun 2050.

Antara program inisiatif dan yang dilaksanakan ialah:

(i) melaksanakan dasar carbon pricing secara berfasa untuk menyokong usaha negara bagi mengurangkan pelepasan GHG;

(ii) pencapaian kapasiti penjanaan tenaga boleh baharu sebanyak 31 peratus pada tahun 2025 dan 40 peratus pada tahun 2035 bagi grid kebangsaan dan Pelan Peralihan Tenaga Malaysia 2021-2040;

(iii) inspirasi sasaran perolehan 100 peratus kenderaan kerajaan yang bukan berasaskan ejen pembakaran dalaman pada tahun 2030;

(iv) mengekalkan litupan hutan melebihi 50 peratus selaras dengan komitmen negara semasa Persidangan Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992 di mana jumlah keluasan hutan pada tahun 2018 adalah sebanyak 18,273,480 hektar iaitu bersamaan dengan 55.3 peratus daripada keluasan tanah negara;

(v) Program Penghijauan Malaysia melalui kempen penanaman 100 juta pokok bermula tahun 2021 hingga 2025 di bawah RMKe-12 dengan peruntukan sebanyak RM25 juta. Sehingga 6 Julai 2022, sebanyak 35.38 juta pokok telah berjaya ditanam di seluruh negara;

(vi) pencapaian sasaran sifar sisa yang dihantar ke tempat pelupusan sampah melalui konsep sisa kepada tenaga dan peningkatan kadar kitar semula sebanyak 40 peratus pada tahun 2025;

(vii) transformasi bandar di Malaysia ke arah pembangunan bandar rendah karbon, Pelan Induk Bandar Rendah Karbon Negara; dan

(viii) peningkatan ketahanan kepada impak jangka masa panjang perubahan iklim melalui pembangunan Pelan Adaptasi Kebangsaan.

Bagi menyelaras dan melaksanakan agenda perubahan iklim negara pula, KASA telah mengukuh tadbir urus perubahan iklim negara melalui pembentukan Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara atau MyCAC yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Keputusan-keputusan dasar berkaitan perubahan iklim seperti pematuhan komitmen perubahan iklim negara di peringkat antarabangsa juga diputuskan oleh Jemaah Menteri yang turut dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Itu pelan tindakan yang telah kita buat sehingga kini. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Cuma saya ingin– saya jangkakan kira-kira 2,025 bidang kuasa di 35 buah negara telah mengisytiharkan darurat iklim yang meliputi gabungan populasi melebih satu bilion rakyat.

Jadi, kita lihat di Malaysia ini menyaksikan khususnya di Malaysia berlakunya banjir yang berulang di luar jangka. Bukan sahaja berulang, tetapi luar jangka yang saya jangkakan. Apakah pendekatan beretika serta tuntas kerajaan ataupun kementerian serta status Pelan Adaptasi Nasional yang terkait dengan perubahan iklim ini? Terima kasih,

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman, sehingga kini, lebih kurang 1,900 kerajaan tempatan daripada 34 buah negara daripada 197 negara yang berdaftar dengan UNFCCC yang telah pun mengisytiharkan perubahan iklim. Bererti 34 daripada 197 negara.

Untuk menjawab soalan adaptasi yang kita buat, sebab sesuatu kawasan yang hendak diisytiharkan, declare climate emergency ini, ia mesti mematuhi beberapa perkara.

Pertama sekali ialah apakah pelan mitigasi perubahan iklim yang dibuat dan dianggap tidak mencukupi yang terpaksa kita isytiharkan darurat. Kedua, selepas kita isytiharkan darurat, apakah langkah-langkah drastik negara yang perlu dibuat seolah-olah kita gagal mencapai target tadi.

Untuk makluman Dewan yang mulia, buat masa ini, impak perubahan iklim dialami negara yang agak ketara ialah banjir. Bagi menangani impak tersebut, KASA melalui JPS telah pun merancang pelan jangka panjang dan jangka pendek untuk naik taraf, baik pulih sistem pengurusan banjir seluruh negara, kaedah-kaedah dapat mempertingkat dan memenuhi pelaksanaan banjir secara lebih efektif.

Untuk makluman Dewan yang mulia, di bawah RMKe-11, kos bagi pengurusan banjir diluluskan adalah dianggarkan sebanyak RM9.6 bilion dengan jumlah peruntukan dianggarkan sebanyak RM4.8 bilion. Kita telah pun mengangkat ARI daripada 100 tahun ke 200 tahun ARI. Itu mengambil kira tentang kesan perubahan iklim tersebut.

Untuk makluman juga, NAHRIM menyediakan pelan adaptasi perubahan iklim melalui penerbitan Climate Change Adaptation Framework dan ini telah pun dibentangkan dan pelaksanaan sedang berjalan. Di samping itu, beberapa langkah juga sedang diambil termasuklah pelaksanaan tindakan adaptasi yang lebih menyeluruh.

Kerajaan dalam proses memohon dana dibawa Green Climate Fund bagi membangunkan Pelan Tindakan Adaptasi Kebangsaan yang merangkumi jaminan air dan sumber pesisir, pertanian dan jaminan makanan, infrastruktur, tenaga, persekitaran dan isu perhutanan dan biodiversiti serta kesihatan awam. Ini antara program-program yang kita rancang sebagaimana yang ditanya oleh Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri ada mengumumkan bahawa 41 PBT telah diumumkan sebagai Bandar Rendah Karbon. Berapa banyakkah lagi PBT yang belum dimasukkan dalam senarai dan apa usaha-usaha ke arahnya? Disebut tadi 55 peratus kawasan tanah di Malaysia diliputi hutan, tetapi dalam kehendak NGO dan tuntutan darurat iklim ini, perlu ada 30 peratus hutan di kawasan terlindung sepenuhnya dan 30 peratus perairan marin sebagai taman laut. Adakah dua perkara lagi itu dapat dicapai? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Untuk makluman Dewan yang mulia, bahawa di bawah kementerian kita melaksanakan program Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon ataupun GeRAK dan kerajaan telah pun memperuntukkan sebanyak RM35 juta dalam Belanjawan 2021 supaya PBT-PBT kita ini berdaftar dan dapat mengikuti program Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon ini.

Berhubung dengan soalan yang dibangkitkan, kita bukan hanya fokus kepada bandar, termasuk institusi pengajian dan sebagainya. Hingga setakat ini, lebih kurang dalam 40 peratus penyertaan dan bakinya kita akan tingkatkan dalam pelan pembangunan kita pada tahun ini dan tahun hadapan.

Kita hendak pastikan semua bandar kita terlibat sama dalam program ini. Oleh sebab itu kerajaan telah menyediakan dana. Sebelum ini kita tidak ada dana. Kita beri dana supaya PBT-PBT kita dapat terlibat sama. Hingga setakat ini, saya telah turun di beberapa PBT dan melihat sendiri program yang dibuat di peringkat PBT.

Bagi menjawab isu hutan, saya menyambut baik usaha yang telah dibuat oleh KETSA untuk reserve kawasan-kawasan tadahan air, kawasan-kawasan hijau ini yang dikawal selia dan tidak boleh diberikan kelulusan untuk penebangan balak dan sebagainya. Saya sebut tadi adalah kawasan balak, kawasan hutan yang kekal. Kita tidak masuk litupan hijau yang sebenarnya meliputi lebih daripada 70 peratus keluasan negara.

Ini sebab semua hutan kita ini dia menyerap karbon dan kita harus menerima realiti tersebut, bukan hanya hutan yang dijaga sahaja.

Berhubung dengan perairan marin, juga termasuk dalam usaha-usaha di peringkat kementerian untuk mengawal selia dan menjaga semua taman laut kita bersama dengan agensi-agensi di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan sebagainya.

Kita harapkan usaha-usaha ini insya-Allah, dapat kita jaga supaya negara kita dapat kita pantau pemanasan global yang berlaku dan kita tidak menyumbang.

Suka saya maklumkan untuk makluman Dewan yang mulia, pelepasan karbon kita sehingga setakat ini sebanyak 316.83 juta tan CO2 setara dan kita offset karbon kita sebanyak 245.79 juta tan. Bermakna kita ada sedikit lebihan lebih kurang dalam 75.4 juta tan CO2 dan inilah pelan-pelan adaptasi yang kita buat supaya 75 juta tan itu dapat kita serap dan kita sampai net zero pada tahun 2050. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Puan Yeo Bee Yin - Bakri

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, maaf kita sudah lebihi masa 10 minit.

Maaf, Yang Berhormat. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan- pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih semua.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:30 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan apakah status pemberian tablet melalui program PerantiSiswa dan setakat maklumat terkini berapa jumlah tablet bakal diagihkan kepada pelajar dalam golongan B40.

final • 10:40 AM

Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab isu PerantiSiswa ini telah menjadi polemik mutakhir ini, izinkan saya untuk memberikan jawapan secara lebih terperinci dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Pertama sekali, saya ingin memberikan pemakluman bahawasanya proses perolehan peranti yang telah dibuka semula secara tender terbuka telah pun selesai dilaksanakan menjelang penghujung Julai 2022 berdasarkan kepada penelitian dan keputusan perolehan tender semula oleh Kementerian Kewangan. Justeru itu, sukalah saya memaklumkan pada hari ini bahawasanya proses pemberian dan edaran PerantiSiswa akan dimulakan pada bulan ini.

Untuk peringkat awalan ini, dijangkakan kira-kira 350,000 unit yang telah terlibat dalam pesanan dan dijangka akan diagihkan kepada mahasiswa-mahasiswa pada kelompok-kelompok seperti berikut.

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab ada beberapa pembaharuan atau penambahbaikan, saya mengambil peluang untuk mengumumkan pada hari ini perluasan skop dan kelayakan mahasiswa dan pelajar-pelajar untuk membuat permohonan bagi program PerantiSiswa. Yang layak adalah daripada pelajar-pelajar daripada keluarga B40 yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda di universiti awam dan di universiti swasta, kendalian Kementerian Pengajian Tinggi.

Kedua, politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi serta juga akan diperluaskan kepada pelajar-pelajar institut pendidikan guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan pelajar-pelajar ASWARA di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Hari ini juga saya ingin mengumumkan perluasan seterusnya bagi mereka yang ingin memohon kemudahan PerantiSiswa kepada kategori-kategori berikut yang boleh membuat permohonan bermula hari ini. Selepas daripada pengumuman ini, iaitu pelajar- pelajar mengikuti program asasi di IPTA Kementerian Pengajian Tinggi, pelajar-pelajar yang mengikuti program matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, pelajar- pelajar semester 1 dan 2 sekolah-sekolah menengah.

Kalau dulu dirujuk sebagai pelajar Tingkatan 6 Kementerian Pelajaran Malaysia juga mulai hari ini. Pelajar-pelajar Diploma Vokasional Malaysia di kolej-kolej vokasional yang menjalankan program diploma. Permohonan ini dibuka sehingga 30 September bagi mereka yang belum membuat permohonan.

Jawatankuasa Perolehan juga telah memilih jenama Samsung sebagai jenama yang telah memenangi tawaran tender terbuka yang akan melibatkan lima pembekal bagi lima zon yang berbeza bagi Sabah dan Sarawak zon pertama, Utara, Tengah, Timur dan Selatan. Saya juga ingin memaklumkan dalam permohonan fasa pertama yang telah dibuka terdapat sejumlah kira-kira hampir 40 peratus daripada pemohon didapati tidak layak tapisan awal.

Untuk memastikan tiada yang tercicir, proses rayuan akan mula dibenarkan kepada mereka yang didapati permohonan tidak melepasi syarat permohonan secara online. Bagi membolehkan kes rayuan dibuat dengan cara yang lebih teratur, kementerian mengambil keputusan untuk melibatkan kepimpinan persatuan-persatuan mahasiswa di universiti-universiti untuk membuat pengesahan-pengesahan sementara bagi kes-kes rayuan pelajar-pelajar sekolah akan melibatkan pemimpin-pemimpin tempatan, termasuk Ahli-ahli Parlimen.

Satu jadual untuk mengedarkan kepada pemohon-pemohon yang berjaya sedang disiapkan dan ia akan bermula pada akhir bulan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang cukup lengkap dan juga pengumuman yang telah dibuat sebentar tadi. Saya juga mewakili anak-anak Keluarga Malaysia mengucapkan terima kasih, khususnya kepada pemberian bagi kategori Tingkatan 6, vokasional dan matrikulasi yang baru sahaja diumumkan.

Begitu juga saya ingin mendapatkan satu jawapan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan tentang pemberian PerantiSiswa ini adakah secara pemilikan tetap ataupun melalui secara pinjaman. Begitu juga adakah pelajar-pelajar akan dikenakan hukuman sekiranya peranti-peranti siswa ini hilang ataupun rosak. Itu sahaja soalan saya Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Tuan Yang di-Pertua, kaedah perincian pelaksanaan program ini telah pun disiapkan dan akan diedarkan kepada institusi-institusi yang berkenaan. Secara prinsipnya program ini ialah memberi kemudahan kebolehgunaan peranti selama mana mereka masih lagi belajar di institusi- institusi berkenaan secara percuma.

final • 10:40 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Bandar Kuching.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, Yang Berhormat Semporna bangun tadi.

final • 10:40 AM

Seorang Ahli

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Terima kasih banyak Yang Berhormat Menteri yang telah memberi jawapan tentang usaha yang baik ini untuk membolehkan anak-anak kita mendapat kemudahan seumpama ini, tablets yang diperlukan.

Saya ingin bertanya, sama ada pihak kementerian telah pun meneliti secara mendalam tentang penggunaannya kelak nanti. Ini kerana ini penting kepada kita pengalaman dahulu saya masih ingat di mana bila kita belanjakan hampir setengah bilion untuk bagi komputer di merata tempat, termasuk tadi disebut sekolah-sekolah menengah, bukan hanya matrikulasi, tempat-tempat– ada sesetengah tempat khususnya luar bandar Sarawak dan Sabah ini yang tidak kesampaian, you know accessibilities are not there. Ada kiranya sebahagian daripada langkah yang diambil perhatian oleh pihak kementerian untuk memastikan it is not a waste. Oleh sebab saya bimbang bila saya dahulu membuat lawatan ke kampung-kampung tanya komputer, masuk dalam storeroom. Oleh sebab apa? Elektrik tidak ada. Oleh sebab apa? Internet tidak ada. Ini antara perkara-perkara yang saya ingin tahu sama ini dah pun diambil perhatian oleh pihak kementerian untuk mengatasi masalah supaya mereka dapat manfaatkan sepenuhnya tablet yang diberikan. Terima kasih banyak.

final • 10:40 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Memang benar pengalaman yang lalu itu menjadi satu daripada panduan. Oleh sebab itu pertama jenama yang dipilih ialah jenama yang ada dalam pasaran dan reputable. Itu saya dah umumkan tadi Samsung Galaxy A8LTE model yang ada dalam pasaran.

Kedua, semua pembekalan ini diwajibkan memberikan warranty dua tahun. Itu telah diwajibkan dan telah menjadi satu syarat. Ketiga, bagi pelajar-pelajar yang menggunakan kemudian, sekiranya berlaku kerosakan dan sebagainya mereka boleh terus mendapatkan gantian. Jadi, pembelajaran mereka tidak terganggu dengan unit yang ada pada mereka. Sekiranya berlaku kerosakan, mereka akan terus mendapatkan gantian dalam kaedah yang kita sediakan.

Begitu juga ia berasaskan kepada keperluan dan permohonan. Itu bagi memastikan bagi yang tidak memerlukan kerana ada masalah-masalah tertentu mereka tidak perlu membuat permohonan atau mereka mungkin mempunyai peranti-peranti sendiri, mereka tidak perlu membuat permohonan. Jadi, kaedah yang kita laksanakan ini adalah berasaskan daripada pengalaman yang lalu untuk membekalkan peranti yang berkualiti serta dengan satu skim ataupun satu program yang dapat kita uruskan secara berterusan.

final • 10:40 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Boleh satu soalan tambahan?

Mahasiswa.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ringkaskan Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya meneliti jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tentang selagi mereka belajar, bermaksud tablet tersebut milik mereka. Bermaksud selepas mereka habis jurusan, mereka kena pulangkan balik tablet tersebut. Jadi, apakah kaedah yang digunakan itu? Apa pelan untuk tablet yang lama tersebut, pertama. Kedua, adakah ia lebih baik jika kita mengedarkan tablet tersebut melalui kolej-kolej dan universiti-universiti.

Oleh sebab mereka dapat mengenal pasti semua pelajar yang memerlukan tablet tersebut. Apakah pandangan? Jika boleh, tunjukkan jadual, timeline yang hendak diedarkan tersebut. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sememangnya semua permohonan akan dibuat dan diselaraskan dengan kolej-kolej mereka masing-masing. Cuma walaupun permohonan secara online tetapi pengurusan, rollout sememangnya dibuat dengan kerajaan, kolej-kolej dan tempat- tempat mereka belajar masing-masing.

final • 10:40 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Begitu juga tentang peranti-peranti yang disediakan itu, telah disyaratkan bahawasanya pembekal mesti ada jaminan untuk membeli semula apabila peranti itu nanti dipulangkan mengikut jumlah tahun telah dipakai, ianya ada buy-back policy oleh pembekal-pembekal. Ertinya akan ada nilai bagi peranti-peranti yang telah dipulangkan sekiranya ia ingin dipulangkan semula kepada pembekal mengikut satu jadual dan nilai yang telah ditetapkan.

Rollout saya katakan tadi bermula pada bulan Ogos dan September bagi pemohon-pemohon yang telah pun membuat permohonan pada fasa yang pertama dan bagi fasa yang kedua, ia ditutup pada 30 September 2022, rolloutnya akan dilaksanakan serta-merta pada bulan Oktober. Jadi bulan Ogos, September, Oktober secara berterusan ada program rollout secara berperingkat berdasarkan kepada senarai permohonan.

final • 10:50 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Boleh kami, Ahli Parlimen minta senarai semua penerima dan juga kolej-kolej yang terlibat supaya kami boleh memantau.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Tuan Yang di-Pertua, dalam senarai format permohonan, saya akan cuba sama ada ia boleh dicerakinkan mengikut Parlimen tetapi yang pastinya untuk pelajar-pelajar sekolah menengah, itu mudah kita kenal pasti kalau dia berada dalam satu-satu kawasan Parlimen. Insya-Allah saya akan edarkan senarai pemohon kepada Ahli-ahli Parlimen. Sementara yang di IPTA dan IPTS itu kerana dia berdasarkan kepada lokaliti di mana IPTA dan IPTS itu berada.

final • 10:50 AM

2. Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir [Johor Bahru] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, langkah yang diambil oleh kementerian dan universiti awam untuk membantu mahasiswa universiti yang tercicir termasuk yang tidak dapat meneruskan pengajian atau terpaksa menangguhkan pengajian akibat dampak pandemik COVID-19.

final • 10:50 AM

Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad

Tahniah Yang Berhormat Johor Bahru. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian sentiasa mengambil berat mengenai kebajikan semua pelajar termasuklah pelajar yang tercicir disebabkan oleh pandemik COVID-19. Tidak ada masalah untuk mana-mana pelajar yang terpaksa menangguhkan pengajian akibat COVID-19 untuk menyambung kembali pengajian di universiti masing-masing.

Secara dasarnya, pelajar-pelajar yang tidak menamatkan pengajian boleh memohon semula melalui UPUOnline. KPT menerusi IPTA turut menyediakan program intervensi akademik seperti sistem penasihat akademik (PA) dan program intervensi bukan akademik seperti perkhidmatan kaunseling individu dan berkelompok, buddy system, program motivasi, program mentor-mentee, academic special program dan program kesedaran daripada semasa ke semasa bagi membantu pelajar-pelajar di IPTA meneruskan pengajian mereka.

Inisiatif kementerian melalui agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat seperti yang dinyatakan di dalam Lonjakan Tiga, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 merupakan inisiatif KPT bagi memastikan peluang pembelajaran sentiasa terbuka kepada semua peringkat masyarakat.

Sebagai menyokong agenda ini, kementerian melalui Agensi Kelayakan Malaysia

(MQA) juga turut menggalakkan penyertaan dalam kursus-kursus micro-credential yang dilaksanakan di IPT. Sijil yang diperoleh daripada kursus micro-credential membolehkan seseorang untuk membuat pemindahan kredit apabila mendaftar ke program pengajian di IPT.

Kementerian juga menyediakan laluan alternatif untuk kemasukan ke IPT melalui laluan Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) atau dikenali sebagai laluan APEL.A untuk kemasukan ke program pengajian di IPT tidak memerlukan sebarang kelayakan formal. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjelaskan langkah-langkah yang diambil. Jadi saya harap mahasiswa di luar sana ataupun yang mungkin menangguhkan pendidikan ketika ini untuk melihat peluang yang disediakan oleh kementerian.

Cuma pada masa yang sama, saya nak rujuk Yang Berhormat Menteri kepada jawapan yang saya terima dalam sidang yang lepas yang mengatakan bahawa soal yang sama, saya tanya soal keciciran tetapi tak naik, kali ini naik. Iaitu untuk tahun 2020, angka yang dibekalkan oleh kementerian, mahasiswa yang tercicir seramai 13,291 orang.

Tahun 2021, Tuan Yang di-Pertua, ia meningkat kepada 17,613 orang. Bila saya kira secara mudah, maksudnya peningkatan lebih daripada 32.51 peratus. Jadi, saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, tadi saya lihat soalan kepada Yang Berhormat Menteri Komunikasi. Maksudnya kalaulah laptop ataupun tablet itu dibekalkan lebih awal, mungkin kita dapat selamatkan mereka ini. Adakah Kementerian Pengajian Tinggi dilibatkan dalam soal pemberian peranti tersebut sebab ada mismatch yang hari ini baru nak buka permohonan yang baru lagi sedangkan pelajar atau mahasiswa yang telah terpaksa berhenti itu telah berlaku.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, anggaran berdasarkan berlaku COVID-19 semua dan juga laporan DOSM mengatakan 72 peratus lepasan SPM tidak berminat nak sambung pelajaran. Maka boleh tak kita lihat punca kenapa mereka ini tercicir? Adakah sebab minat tadi? Sebab terbukti lepasan SPM tidak berminat untuk sambung pelajaran ke pengajian tinggi? Adakah kerana peluang yang semakin menipis?

Dia rasa tak berbaloi. Pergi universiti, tanggung hutang. Keluar, dapat kerja pun balik kepada kerja yang sama, gig economy dan sebagainya.

Yang kedua, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh bantu huraikan apa yang kita telah laksanakan untuk kurangkan bebanan ekonomi mahasiswa untuk membantu mereka meneruskan pengajian di universiti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru.

Sebenarnya Yang Berhormat, KPT melaksanakan pelbagai inisiatif dalam kita nak membantu pelajar meneruskan pengajian mereka sehingga mereka bergraduasi dan saya nak ceritakan sedikitlah hasil daripada inisiatif yang KPT laksanakan.

Pengurangan telah berlaku daripada segi mahasiswa yang tak tamat dalam pengajian, di mana tahun 2018 sehingga 2019, seramai lebih 42 ribu orang pelajar yang tak tamat pengajian. Akan tetapi dia ada komposisi-komposisi dia dan peratusan mereka yang tidak tamat itu adalah yang paling tinggi dalam lebih kurang dalam satu peratus adalah apabila mereka tak tamat disebabkan kegagalan.

Akan tetapi itu pun kita pergi buat engagement dengan mereka untuk pastikan mereka boleh meneruskan pengajian tetapi kita ada satu program. Tuan Yang di-Pertua, boleh tak saya sambung?

final • 10:50 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

[Bangun]

final • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad

Kami di kementerian ada satu program di mana dinamakan Gap Year...

final • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

[Bangun]

final • 10:50 AM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

[Bangun]

final • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad

...Kalau sekiranya pelajar merasakan bahawa mereka belum hendak sambung belajar lagi tetapi hendak meneruskan di dalam bidang perniagaan ataupun dia bekerja, itu dibenarkan. Program itu dinamakan Gap Year dan program ini merupakan program yang dilaksanakan dalam jangka masa tertentu, khusus untuk pelajar meneroka pelbagai program dan kemudian dia boleh sambung semula.

Mereka hanya perlu memberitahu kepada universiti sahaja bahawa mereka nak ambil Gap Year tersebut.

Daripada segi penglibatan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia pula Yang Berhormat, kami telah menyerahkan list pelajar-pelajar dalam kategori B40 seperti yang telah diminta oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Terima kasih. Perkara lain-lain secara detailnya saya boleh bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Ya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Maaf, sebelah sini. Saya belum pernah jemput Yang Berhormat Igan, jadi saya nak jemput Yang Berhormat Igan hari ini.

final • 10:50 AM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

[Bangun]

final • 10:50 AM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Haji Zawawi - Igan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, tadi soalan mengenai mahasiswa universiti yang tercicir.

Soalan tambahan saya ringkas sahaja. Bagaimana pula perancangan kementerian terhadap hala tuju para pelajar yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia untuk mereka meneruskan pelajaran mereka dan masa hadapan mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Igan atas soalan yang telah diberikan.

final • 10:50 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

[Bangun]

final • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad

Kementerian memang tidak mengambil ringan apabila pelajar- matlamat kita adalah untuk memberi pendidikan tinggi kepada seramai mana pelajar lepasan daripada SPM, STPM dan dari sekolah menengah dan sebagainya.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

[Bangun]

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh - Sri Gading

[Bangun]

final • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad

Bagi mereka yang tidak ataupun kurang mendapat keputusan yang cemerlang, kerajaan telah mewujudkan satu program pengajian di bidang technical and vocational education and training (TVET) yang terbuka kepada semua calon yang berkelayakan iaitu lepasan SPM dan pelbagai lepasan. Kita telah mewujudkan satu majlis yang dinamakan Majlis TVET Negara sebab kita tidak mahu mana-mana pelajar ini tercicir daripada menyambung pelajaran mereka.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, program melalui Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), program pengajian diploma di IPTA ini ada di 36 buah politeknik dan program sijil IPTA ini juga terdapat di 105 buah kolej komuniti di seluruh Malaysia yang menawarkan pelbagai pilihan bidang pengajian, Yang Berhormat.

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Maaf. Kita kena ke soalan ketiga sebab sudah pukul 11.00 pagi baru dua soalan. Yang Berhormat Tebrau, silakan.

final • 11:00 AM

3. Tuan Steven Choong Shiau Yoon [Tebrau] minta Menteri Kewangan menyatakan sebab wang simpanan pendeposit dalam bank dipindah keluar tanpa penerimaan OTP daripada bank dan bolehkah bank dipertanggungjawabkan untuk mengganti rugi kepada pelanggan mereka. Mungkinkah kerajaan boleh mengusahakan insurans seperti PIDM kepada pendeposit yang kehilangan wang daripada kes sebegini.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Tebrau, jenayah penipuan adalah satu kesalahan yang termaktub dalam Kanun Keseksaan dan siasatannya adalah dalam bidang kuasa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebarang insiden penipuan haruslah dilaporkan terus kepada pihak PDRM untuk siasatan lanjut.

Menurut rekod PDRM, statistik kes jenayah atas talian bagi tahun 2021 hingga 30 Jun 2022 adalah seperti berikut. Pada tahun 2021, jumlah kes merupakan 20,701 kes.

Tahun 2022 sehingga 30 Jun adalah sebanyak 10,468 kes.

Isu kehilangan wang dalam akaun tanpa pengetahuan atau kebenaran pelanggan adalah berpunca terutamanya daripada pelbagai kaedah pemerdayaan oleh sindiket penipuan kewangan untuk mendorong pelanggan institusi kewangan menyerahkan maklumat perbankan sama ada secara sedar atau tidak.

Contohnya adalah tawaran servis membersihkan rumah atau penghantaran makanan di mana sindiket penipuan kewangan mengarahkan mangsa memuat turun fail aplikasi android package kit (APK) yang boleh membaca sistem pesanan ringkas (SMS) tanpa disedari mangsa berserta skrin pembayaran atau pemindahan wang yang palsu.

Ada masanya, sindiket-sindiket ini turut menyamar sebagai pihak berkuasa atau bank bagi memancing maklumat perbankan daripada mangsa-mangsa. Justeru, pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi perbankan sentiasa mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dan melindungi maklumat perbankan daripada dikongsi dengan pihak yang tidak bertanggungjawab. Orang ramai juga dinasihatkan agar mengambil tindakan berhati-hati bagi mengelakkan daripada terpedaya dan menjadi mangsa penipuan.

Antara tindakan yang boleh dipraktikkan adalah:

(i) jangan sesekali panik dan mengikut arahan yang diberikan oleh pemanggil, termasuk pemindahan wang kepada orang yang tidak dikenali tanpa terlebih dahulu menghubungi pihak polis atau institusi kewangan yang terbabit;

(ii) jangan hubungi semula nombor telefon yang diterima. Sebaliknya dapatkan nombor telefon rasmi syarikat, organisasi atau institut terbabit melalui laman sesawang rasmi untuk pengesahan lanjut;

(iii) jangan dedahkan atau kongsi butiran ID pengguna dan kata laluan akaun perbankan atas talian, nombor dan pin kad ATM atau kad kredit anda kepada orang yang tidak dikenali;

(iv) jangan memuat turun aplikasi pihak ketiga menggunakan fail APK yang diberikan oleh orang yang tidak dikenali kerana aplikasi terbabit boleh mengakses maklumat peribadi dalam telefon mangsa; dan

(v) sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat atau tipu helah pihak-pihak tertentu terutama sekali dalam talian online.

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama.

final • 11:00 AM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi pencerahan sebab- sebab penipuan itu berlaku dan apa tindakan telah diambil oleh PDRM.

Jadi, soalan tambahan saya adalah minta Yang Berhormat Menteri menyatakan keberkesanan Bank Negara Malaysia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, Malaysian Communications and Multimedia Commission dan industri kewangan untuk menyelaraskan usaha memerangi penipuan kewangan atau scam serta mempertingkatkan kesedaran orang awam terhadap teknik baharu penipuan. Adakah Bank Negara Malaysia mewujudkan task force, dengan izin selain daripada laporan insiden yang diperkenalkan kepada institusi kewangan sebagai risiko operasi? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tebrau atas soalan susulan.

Dalam usaha membanteras jenayah penipuan dengan lebih berkesan, Bank Negara Malaysia bersama dengan institusi-institusi kewangan telah mengadakan pelbagai kerjasama dengan agensi penguatkuasaan seperti PDRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang merangkumi kegiatan pemantauan, siasatan dan pendakwaan di mahkamah.

Kerjasama ini antara lain bertujuan untuk membantu tindakan penguatkuasaan melalui perkongsian maklumat antara agensi bagi memastikan siasatan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Pihak BNM juga bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk mempertingkatkan keselamatan saluran komunikasi dan multimedia untuk menyekat terbitan mesej palsu dan penyebaran perisian hasad atau malware oleh sindiket penipuan kewangan di samping menyenaraihitamkan nombor telefon dan peranti mudah alih yang terlibat dalam kes penipuan kewangan.

Kita juga mempunyai CCID atau Scam Response Centre yang merupakan pusat sehenti yang menyediakan perkhidmatan untuk orang ramai dan institusi kewangan menyalurkan maklumat atau aduan secara atas talian kepada pihak PDRM tentang jenayah penipuan kewangan.

Platform ini disokong oleh agensi-agensi kerajaan yang lain dan swasta yang berkaitan seperti SKMM, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Payments Network Sendirian Berhad (PayNet), BNM dan institusi-institusi kewangan bagi memastikan tindak balas terhadap insiden scam atau scam response oleh semua pihak dapat dibuat dengan lebih pantas serta proses siasatan dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu

[Bangun]

final • 11:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bangun]

final • 11:00 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

[Bangun]

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Bukit Bintang, silakan.

final • 11:00 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Memandangkan banyak kes berlaku bahawa wang simpanan di akaun bank dipindah keluar tanpa diketahui pendeposit. Ini salah satu kelemahan sistem perbankan.

Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Bank Negara akan mengarahkan pihak bank-bank menukar OTP bagi mengelakkan pemindahan palsu atau kena scam? Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang baru sahaja bertanyakan soalan susulan tadi. Kita ingin menegaskan bahawa institusi perbankan perlu mengamalkan piawaian sistem keselamatan yang tinggi bagi melindungi akaun pelanggan mereka.

Dalam menangani ancaman terhadap keselamatan siber yang berubah dengan cepat ini, Bank Negara Malaysia (BNM) secara berterusan akan memperkukuhkan garis panduan dan dasar keselamatan perbankan yang perlu dipatuhi oleh semua institusi kewangan. Antara keperluan yang disarankan oleh Bank Negara Malaysia ialah memastikan setiap transaksi perbankan itu mematuhi ciri-ciri keselamatan seperti keperluan pengesahan transaksi oleh pelanggan dan menghantar notifikasi setelah transaksi dijalankan.

Kita juga memupuk kesedaran orang ramai agar berwaspada terhadap cubaan memancing data (phishing) dan mempercepatkan pendaftaran dan penggunaan kaedah pengesahan yang lebih selamat daripada short message service one time password (SMS OTP) dan memastikan peranti pelanggan dikemas kini dan berada dalam keadaan yang selamat, sebelum aktiviti perbankan dapat dijalankan secara dalam talian.

Kita juga mengikat peranti (device binding), dengan izin kepada profil pelanggan untuk mengelakkan pemindahan wang daripada akaun bank dengan menggunakan maklumat pengguna yang dicuri.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Kita juga akan memantau percubaan penipuan dalam sistem perbankan dengan menggunakan sistem pengesahan penipuan automatik dan memperketatkan lagi prosedur semakan tambahan bagi mengesahkan transaksi perbankan talian yang berisiko tinggi, seterusnya menyekat aktiviti perbankan sekiranya mengesyaki berlakunya penipuan kewangan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Nombor tiga.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf. Soalan tambahan ketiga mesti yang sebelah sini.

[Merujuk kepada Blok Kerajaan]

final • 11:10 AM

Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu

Tidak bolehkah Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, Yang Berhormat Pasir Mas sudah berdiri lama.

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Okey. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:10 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Ringkaslah Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Baik, isunya apabila berlakunya scammer dan sebagainya. Kadang-kadang apabila dibuat report polis. Biasanya scammer dia ini akan menggunakan satu akaun sama ada keldai akaun, akaun yang ditumpang dan sebagainya. Akan tetapi jawapan pihak polis, kami tidak boleh buat apa-apa. Apabila dana ataupun sebahagian nilai amaun yang sudah dipancing itu dimasukkan ke dalam akaun tertentu. Polis menyatakan mereka tidak boleh buat apa-apa.

Jadi, apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan data itu dilindungi, adakah tidak boleh untuk didedahkan data ini terutamanya untuk tujuan penyiasatan kerana setiap akaun yang dibuka di mana-mana bank dalam negara kita sudah pasti mempunyai maklumat detail tentang pemiliknya. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Kalau untuk siasatan, kita akan terpaksa juga minta keizinan tuan punya data itu sebelum menyerahkan kepada pihak polis. Akan tetapi, selalunya dalam mana-mana siasatan yang pemilik data itu tidak mempunyai masalah untuk memberi izin kepada pihak bank untuk bekerjasama dengan pihak polis untuk memberi data-data yang terlibat dalam scams tersebut. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Kluang, Puan Wong Shu Qi, silakan.

final • 11:10 AM

4. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan kerugian dihadapi oleh sektor penternakan ayam seluruh Malaysia semenjak larangan eksport ayam berkuat kuasa pada 1 Jun 2022.

final • 11:10 AM

Menteri Pertanian dan Industri Makanan - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat negara mengalami kekurangan bekalan ayam yang ketara bermula pada bulan Mei 2022. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah membuat keputusan menghentikan eksport komoditi ayam yang merangkumi jumlah 3.6 juta ekor ayam pedaging hidup komersial broiler sebulan bermula daripada 1 Jun 2022.

Tindakan yang diambil oleh kerajaan ini adalah bagi menstabilkan semula bekalan ayam negara bagi menampung keperluan tempatan. Walau bagaimanapun, bermula 15 Jun 2022, kerajaan telah membenarkan semula untuk mengeksport ayam kampung, ayam pencen, scarlet bird, day-old chick, parent stock broiler, day-old chick layers dan produk tambahan nilai berasaskan ayam (value-added chicken product) dengan syarat telah mendapat Sijil Kesihatan Veterinar (SKJ) dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Sekatan pengeksportan ayam pedaging hidup yang masih berkuat kuasa adalah bersifat sementara iaitu sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil sepenuhnya.

Kerajaan juga sedar dengan peningkatan kos pengeluaran ayam berikutan kenaikan kos makanan ternakan dan pemberhentian eksport juga telah memberi kesan kepada pulangan penternak. Dalam hal ini buat pertama kalinya, kerajaan telah bersetuju memberi subsidi kepada penternak ayam pedaging dan ayam penelur berjumlah RM1.1 bilion secara keseluruhannya bagi meringankan beban penternak ayam.

Pemberian subsidi ini bermula daripada 5 Februari 2022 dan akan berakhir pada 31 Ogos 2022 ini. Setakat 29 Julai 2022, sebanyak 8,907 permohonan subsidi telah diluluskan berjumlah RM748 juta. Kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar sentiasa memantau dan mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan dalam rantaian pengeluaran bekalan ayam, termasuk di peringkat ladang bagi memastikan bekalan dan kelangsungan pengeluaran ayam negara berada pada tahap yang optimum dan stabil. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama.

final • 11:10 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Jadi Yang Berhormat Menteri, sebenarnya industri penternakan ayam negara kita adalah satu industri yang mampu membekal 100 peratus ataupun memenuhi permintaan sepenuhnya di pasaran tempatan kita. Malah, mampu eksport ke negara jiran kita lagi. Akan tetapi, dalam jawapan Yang Berhormat Menteri beri kepada saya pada 26 Julai pun telah menyatakan bahawa pihak industri mengurangkan pengeluaran ayam kerana harga bahan asas makanan ternakan meningkat secara mendadak iaitu mereka mengurangkan pengeluaran untuk elakkan kerugian.

Walau bagaimanapun, kerajaan ambil keputusan untuk melarang eksport ayam.

Akhirnya negara jiran diversified punca atau sumber bekalan ayam mereka. Mereka ambil dari negara jiran lain. Akhirnya kita hilang satu pasaran sepenuhnya. Tidak kira kita nanti pukal balikkah tidak, izin eksportkah tidak, mereka customer kita, sudah lari. Mereka sudah bermula ambil bekalan dari negara lain sudah. Maaflah, Yang Berhormat Menteri, di Dewan yang mulia ini, saya ingin menyatakan bahawa ini adalah satu keputusan yang salah. Kita sudah ambil satu langkah yang salah di sini.

Okey, jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Selain daripada subsidi yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Apa langkah akan diambil oleh kementerian lagi untuk pantau pihak industri penternakan ayam tempatan kita transform dalam kegunaan teknologi penternakan yang lebih moden, lebih canggih supaya mereka dapat bersaing lagi bukan sahaja dapat membekal sepenuhnya untuk pasaran tempatan tetapi boleh bersaing dengan negara lain supaya mereka boleh eksport dengan harga yang lebih murah, lebih bersaing. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Memang benar, kita− industri ayam merupakan satu industri yang matang dan stabil. Akan tetapi, seperti yang saya katakan tadi langkah intervensi yang diambil oleh kerajaan untuk memberhentikan eksport adalah diambil berasaskan kepada keadaan negara dalam mengalami kekurangan bekalan ayam pada bulan Mei yang lalu. Seperti yang dikatakan tadi, bahawa langkah intervensi ini adalah bersifat sementara dan dijadualkan pada ketika ini akan berakhir pada 31 Ogos.

Untuk makluman Yang Berhormat. Langkah perlindungan seperti ini merupakan langkah yang diambil oleh beberapa buah negara yang berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan. India mengurangkan eksport wheat, Indonesia juga memberhentikan eksport kelapa sawit semata-mata untuk memastikan bekalan tempatan itu memenuhi bekalan tempatan.

Oleh sebab itu, langkah kerajaan untuk memberhentikan eksport yang diambil ada berasaskan kepada keadaan di mana negara berhadapan dengan kekurangan bekalan ayam. Jadi, seperti yang saya katakan, langkah ini adalah merupakan langkah sementara yang diambil oleh kerajaan.

Namun demikian, tindakan yang diambil oleh kerajaan, langkah intervensi yang diambil oleh kerajaan dibuat dengan bertanggungjawab. Oleh sebab itu, kita faham bahawa menghalang eksport akan mengurangkan keuntungan penternak, sebab itu kita tampung melalui kenaikan kos import baja dan juga makanan yang ditanggung oleh pengindustri dengan memberikan subsidi. Jumlah subsidi seperti yang saya katakan tadi akan mencecah RM1.1 bilion untuk exercise enam bulan. Sesuai dengan langkah-langkah intervensi yang diambil oleh kerajaan.

Jadi, langkah-langkah ini merupakan satu langkah yang bertanggungjawab yang dibuat oleh kerajaan untuk mementingkan bekalan tempatan dipenuhi sepenuhnya.

Apabila bercakap tentang langkah intervensi sementara, finally apabila dalam keadaan yang stabil− Kita bercakap tentang dalam keadaan stabil di keseluruhan negara, bukan lambakan yang berlaku di beberapa lokasi tetapi keseluruhan negara apabila bekalan stabil tentu sekali kerajaan akan membuat keputusan untuk membenarkan eksport dan sebagainya seperti yang sedia kala. Akan tetapi, memang benar kita ada kapasiti melebihi daripada keperluan bekalan yang telah pun ada pada kita dalam industri ternakan ayam dan telur ini.

Jadi, sekali lagi saya hendak katakan bahawa langkah ini merupakan satu langkah sementara yang tentu sekali dipantau oleh kerajaan sebelum tindakan dan juga penyesuaian baharu dibuat kelak. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Libaran.

final • 11:10 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Jempol.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jempol, Jempol.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Ya. Terima kasih. Jangan cemburu. Sudah empat kali bangunlah.

final • 11:10 AM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Yalah.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua...

final • 11:10 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Selepas ini Kuala Krai.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Saya juga ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah berjaya menstabilkan harga ayam kerana sebelum ini langkah yang dibuat oleh kementerian di mana mementingkan rakyat kita dahulu. Dulu rakyat beli seekor ayam RM15, hari ini dapat RM8. Jadi, inilah langkah yang terbaik.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Jadi, dalam soalan ini saya hendak memaklumkan ataupun hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri larangan eksport kepada 3.6 juta ekor ayam sebulan, telah ditarik balik sehingga 31 Ogos.

Jadi adakah kementerian mencadangkan ataupun mengkaji semula dan menubuhkan satu pasukan agar kita melihat suasana yang wujud menang-menang kepada penternak juga dan juga kepada negara agar mereka ini tidak terasa terasing dan juga apa yang dimaksudkan tadi mereka kerugian kerana nilai import barang mentah, bijirin dan sebagainya dari luar negara.

Pertukaran wang juga memberi kesan kepada pengeluaran ayam. Apa Yang Berhormat Menteri sudah mengkaji 31 Ogos ini merupakan penamat kepada larangan dan boleh untuk eksport kerana lebihan ayam terdapat di negara kita sekarang.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat Jempol memang benar langkah dan jenis yang dibuat oleh kerajaan telah menstabilkan bekalan dan harga.

Perbandingan walaupun kita letak harga sekatan ayam dijual kepada RM9.40 pada ketika ini.

Akan tetapi dalam banyak lokasi harga pasaran ayam pada ketika ini lebih rendah daripada RM9.40 yang ditentukan. Malah kalau kita bandingkan dengan negara-negara jiran. Filipina menjual harga pada harga RM16.60 satu kilo pada ketika ini, Kemboja RM15.05, Vietnam RM25.53, Myanmar RM25.70, Thailand RM10.30. Maknanya langkah dan tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam menstabilkan bekalan dan juga menstabilkan harga. Kita letak RM9.40 tetapi kebanyakan lokasi dijual pada harga lebih rendah daripada RM9.40.

Saya katakan tadi bahawa kerajaan akan mengkaji pembiayaan subsidi dan pengapungan harga dan juga penutupan ladang eksport akan berakhir penetapan harga sekarang ini dijadualkan sehingga 31 Ogos.

Namun belum ada keputusan yang dibuat. Kita sedang mengkaji beberapa aspek termasuk kestabilan bekalan, dan juga kapasiti penternakan yang dibuat oleh penternak- penternak. Di kementerian, kita boleh mengetahui perkara ini dengan menilai day-old chicks keluarkan dari kilang-kilang pengeluaran. Pengeluar day-old chicks ini, sama ada ia nya pada tahap kapasiti maksimum atau tidak.

Oleh sebab itu saya katakan selagi setakat ini sekatan harga ayam akan dibuat sehingga 31 Ogos. Sebarang tindakan baharu dan langkah-langkah baharu akan dibuat selepas 31 Ogos ini. Setakat ini tidak ada penentuan bahawa ia akan berakhir dan sebagainya. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Yang Berhormat Beruas.

final • 11:20 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Indonesia telah mendapati larangan eksport minyak kelapa sawit itu satu keputusan yang salah dan Yang Berhormat Menteri yang buat keputusan itu telah disingkirkan atau ditukar oleh Presiden dia.

Adakah kita di Malaysia perlu tukar Yang Berhormat Menteri ataupun kita dengan segera mempertimbangkan semula tindakan larangan eksport kerana ia ada kesan besar ke atas industri membela ayam ini.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat seperti yang saya katakan langkah ini merupakan satu langkah sementara. Definitely- kerajaan akan mengambil keputusan dan pendekatan yang baharu selepas tempoh yang telah dijadualkan.

Jadi itu jawapan saya bahawa kita merupakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Kita bukan sahaja melindungi pihak industri tetapi juga melindungi rakyat Malaysia keseluruhannya daripada aspek bekalan dan juga harga.

Jadi itu langkah yang perlu dibuat oleh kerajaan untuk diimbangi pihak industri dan juga kepentingan rakyat umum negara kita. Jadi seperti saya katakan itu merupakan satu langkah sementara dan tindakan langkah sementara ini telah menampakkan hasil.

Kita lebih stabil daripada segi harga. Kita lebih stabil daripada segi bekalan pada ketika ini.

Jadi kita ingin pastikan bahawa kestabilan ini merupakan satu kestabilan yang akan berpanjangan sebelum satu langkah dan tindakan baharu yang diambil oleh kerajaan. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Minta kasi.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Maaf sudah juga. Yang Berhormat Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang.

final • 11:20 AM

5. Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, program dan bantuan kerajaan untuk pengupayaan kapasiti ekonomi wanita pada era pandemik COVID-19.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang dikemukakan.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa prihatin dan komited untuk menjaga kebajikan semua wanita di negara ini. Pelbagai program, aktiviti dan langkah-langkah telah diambil bagi memperkasakan ekonomi wanita.

Antaranya ialah Program Karnival Wanita Bangkit (KWKM) yang melibatkan kerjasama strategik dengan lebih daripada 50 buah agensi kerajaan dan swasta yang telah menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dan aktiviti keusahawanan yang telah memberi manfaat lebih daripada 11 ribu orang wanita negara.

Kedua Program MyKasih Kapital merupakan juga bantuan asas modal perniagaan secara one-off sebanyak RM500 yang menggalakkan wanita untuk berniaga.

Program ini juga telah bermula sejak April 2021 sehingga Julai 2022 dan telah memberi manfaat kepada lebih daripada 10,496 orang wanita yang melibatkan peruntukan sebanyak RM5.24 juta.

Begitu juga Program Pemerkasaan Wanita 4K iaitu Kesamaan, Kepimpinan, Kewangan, Keseimbangan dan Kemahiran yang telah manfaat kepada 3.49 juta orang peserta dan melibatkan 857 program seluruh negara.

Program MamaCare merupakan sebuah industri penjagaan ibu selepas bersalin yang berteraskan kaedah tradisional Melayu. Jadi daripada sejak tahun 2012 seramai 1,431 orang wanita telah dilatih dan berjaya menjana pendapatan berjumlah lebih daripada RM60 juta. Bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 jumlah pendapatan yang dapat dijana melalui pengamal MamaCare ke seluruh negara berjumlah RM4.05 juta.

Begitu juga seterusnya program 2 Years Exit Programme (2YEP) merupakan program ini diberi kepada penerima bantuan kewangan kebajikan ke arah hidup berdikari bagi mengeluarkan diri mereka daripada kebergantungan terus bantuan bulanan kebajikan.

Sejak tahun 2016 Program 2YEP ini telah melibatkan seramai 6,210 dan seramai 1,502 orang peserta berjaya dikeluarkan daripada penerima bantuan kebajikan.

Keenam merupakan program pemerkasaan ekonomi dengan kerjasama Kementerian Luar Bandar yang telah membantu ramai wanita menjana ekonomi melalui program keusahawanan MARA, Skim Pembiayaan Perniagaan Khas dan ANITA termasuk juga program dengan FELCRA, KEMAS dan sebagainya.

Ketujuh merupakan program kolaborasi bersama dengan Kementerian Keusahawanan dan Koperasi dan juga program di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara iaitu PENJANA. Bantuan khas kepada ibu tunggal yang telah mendapat manfaat kepada 150 ribu orang ibu tunggal yang layak di seluruh negara yang melibatkan peruntukan RM45 juta. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih

final • 11:20 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan tadi.

Daripada jawapan yang diberikan tadi, tahniah banyak program dan inisiatif yang telah diwujudkan untuk meningkatkan pengupayaan kapasiti ekonomi wanita.

Soalan tambahan saya, adakah pihak kementerian ada usaha untuk menggerakkan pasukan untuk meninjau dan menyantuni ibu-ibu tunggal khasnya di luar bandar atau pun pedalaman kerana golongan ini jarang menerima dan mengetahui makluman berkaitan dengan program dan inisiatif yang telah dianjurkan. Apatah lagi mereka ini jarang sekali ke Pejabat Kebajikan Daerah dan sebagainya.

Kita dimaklumkan hampir 1 juta ibu tunggal di seluruh negara yang masih perlu dibantu untuk mengupayakan ekonomi mereka. Mohon pencerahan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang dikemukakan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa berusaha terutama melalui Jabatan Pembangunan Wanita negeri-negeri dan kerjasama juga dengan Kerajaan-kerajaan negeri-negeri untuk menjalankan pelbagai kursus keusahawanan, pemasaran kewangan daripada semasa ke semasa untuk membela, terutama ibu tunggal kaum wanita di seluruh negara dan untuk penyebaran luas maklumat. Pelbagai inisiatif kita telah buat iaitu melalui penubuhan Skuad WAJA dan juga pusat sokongan sosial setempat dan yang berbentuk statik dan juga yang berbentuk mobil.

Skuad WAJA yang berperanan memperkasakan komuniti melalui program bimbingan, sektor sosial, aktiviti komuniti bagi meningkatkan kesedaran tentang isu-isu, pelbagai isu yang berada termasuk juga berkaitan dengan isu ekonomi.

Jadi sehingga ini terdapat seramai 323,515 orang ahli Skuad WAJA di seluruh negara dan seramai 71,113 orang individu telah disantuni termasuklah ibu tunggal di kawasan luar bandar.

final • 11:20 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Manakala PSH pula ialah berperanan untuk kita menerima aduan dan pertanyaan untuk memperoleh maklumat dan nasihat, serta mendapat perkhidmatan termasuk juga kaunseling. Jadi, insya-Allah dengan pelbagai medium yang ada termasuk kerjasama yang kita buat melalui program tajaan negeri, insya-Allah kita bersama-sama membantu ibu tunggal di seluruh negara. Insya-Allah. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada soalan tambahan kedua, sebelah sini? Tidak ada, saya mempersilakan Yang Berhormat Tengku Zulpuri bin Raja Puji. Silakan.

final • 11:30 AM

6. Tengku Zulpuri bin Raja Puji [Raub] minta Menteri Kewangan menyatakan langkah-langkah oleh Kerajaan Pusat untuk mempergiatkan rakyat dalam penggunaan urusan transaksi tanpa wang tunai dan e-perbankan serta apakah akta-akta yang dapat menjamin urusan transaksi e-perbankan ini.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Matlamat penggunaan e-pembayaran adalah bagi memacu transformasi digital negara dengan visi untuk Malaysia menjadi peneraju serantau dalam ekonomi digital dan mencapai pembangunan sosioekonomi yang inklusif, bertanggungjawab dan mampan. Sebagaimana terkandung dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, yang telah dilancarkan pada Februari 2021. Antara sasaran yang digariskan dalam rangka tindakan tersebut ialah menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai di semua kementerian dan agensi kerajaan menjelang tahun 2022.

Pelbagai inisiatif lain juga dilaksanakan oleh kerajaan untuk menggalakkan penggunaan e-dompet secara lebih meluas contohnya pelaksanaan Program eBelia dan ePemula masing-masing di bawah Bajet 2021 dan Bajet 2022. Hal ini disokong oleh usaha-usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman pengguna tentang ePembayaran dan manfaatnya.

Contohnya, Bank Negara Malaysia (BNM) telah bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui inisiatif pendigitalan sektor peruncitan, the Retail Sector Digitalisation Initiative (ReDI) dengan izin, untuk meluaskan penggunaan ePembayaran dalam kalangan perusahaan mikro dan kecil di lokasi seperti Kuala Berang, Terengganu dan Kapit, Sarawak.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****] Pada masa yang sama, BNM juga bekerja dengan Lembaga Pemasaran Petani Persekutuan, Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA) untuk mendapatkan 500 orang peniaga di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kelantan untuk menerima ePembayaran. Usaha sama dalam pelbagai agensi dalam Program Transformasi Digital, Pasar Siti Khadijah yang turut membantu lebih 320 orang peniaga sasaran beralih kepada pembayaran tanpa tunai menggunakan sistem DuitNow QR.

Bagi tujuan pengawasan terhadap perkhidmatan pembayaran, BNM melalui kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, BNM sentiasa menjalankan aktiviti pengawasan ke atas risiko utama perkhidmatan pembayaran iaitu daya tahan siber, perlindungan data pengguna, penyediaan perkhidmatan penting atau critical service provider dengan izin, pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan atau money laundering and terrorist financing serta penipuan pembayaran. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Raub.

final • 11:30 AM

Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya, selain daripada jawapan yang diberi sebentar tadi, apakah langkah-langkah atau pendekatan kementerian untuk meningkatkan tahap kesedaran serta keselamatan ke atas bank-bank komersial, yang mana tidak meningkatkan tahap keselamatan bagi menggelakkan ancaman daripada dengan izin, hacker digital ataupun penggodam digital, scammer serta kemudahan untuk warga emas, OKU dan masyarakat yang masih belum mesra ePerbankan? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Raub. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

final • 11:30 AM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ahli Parlimen Raub, dengan soalan susulan.

Selain daripada jawapan tadi, Bank Negara Malaysia juga telah mengeluarkan garis panduan dan amalan-amalan terbaik, best practices kepada bank-bank di Malaysia bagi membantu pihak bank dalam melaksanakan usaha wajar pelanggan, customer due diligence dan pemfailan risiko pelanggan secara berkesan dan mengenal pasti kewujudan sesuatu penipuan kewangan melalui petunjuk, red flag dengan izin serta memahami kaedah-kaedah dan trend jenayah kewangan terkini.

Sekiranya, transaksi akaun itu menimbulkan apa-apa kecurigaan sama ada melalui laporan yang diterima oleh pihak berkuasa atau bank-bank lain, ataupun berdasarkan penilaian dalaman awal, pihak bank boleh mengenakan sekatan ke atas akaun tersebut bagi membolehkan penilaian secara menyeluruh dapat dilaksanakan. Di samping bagi memastikan wang daripada aktiviti penipuan ataupun aktiviti jenayah lain tidak dikeluarkan daripada akaun tersebut.

Langkah-langkah yang lain juga, yang telah diambil oleh Bank Negara Malaysia untuk mengatasi isu seperti kehilangan wang dalam akaun tanpa pengetahuan dan kebenaran pelanggan adalah juga melalui program meningkatkan kesedaran oleh Bank Negara Malaysia bersama dengan institusi kewangan dengan agensi penguatkuasaan mengenai penipuan kewangan menerusi siri-siri taklimat kesedaran secara dalam talian, program orang ramai termasuklah orang-orang yang berumur menggunakan saluran media dan juga laman media sosial. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 11:30 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini saya kongsi satu kisah benar.

Mangsa, di mana wang dalam akaun banknya telah ditransfer ke eWallet dia, Touch 'n Go. Selepas itu, dia tidak beli barang daripada merchant tersebut, wang itu akan transfer pergi ke merchant tersebut dan wang dia hilang begitu sahaja. Apabila lapor kepada Touch 'n Go, mereka enggan memberitahu siapakah merchant yang telah menggunakan wang dalam Touch 'n Go dia. Inilah sindiket menggunakan cara yang terbaharu untuk jenayah siber ini.

Saya minta supaya Kementerian Kewangan ambil tindakan proaktif. Saya cadang kita seharusnya menubuhkan satu pusat iaitu one stop centre. Di mana dalam one stop centre tersebut terdiri daripada Bank Negara Malaysia, bank komersial, pihak polis dan juga MCMC supaya apabila mangsa membuat aduan, terus empat buah agensi ini dapat maklumat dan terus ambil tindakan dengan cepat.

Hari ini apabila mangsa membuat aduan kepada bank, bank akan tolak mereka pergi ke balai polis. Mereka buat laporan di balai polis, polis pula akan tolak mereka pergi ke Bank Negara. Mangsa macam bola tendang sini, tendang sana. Akhirnya wang mereka hilang dan lebih banyak lagi mangsa akan ditipu oleh sindiket sedemikian. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya Bank Negara Malaysia perlu ambil tindakan yang lebih proaktif.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Terima kasih atas perkongsian oleh Yang Berhormat Kota Melaka. Kita amat bersimpatilah kepada orang tersebut. Saya bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Kota Melaka tetapi sebenarnya kita sudah ada, yang dipanggil CCID Scam Response Center, yang merupakan pusat sehenti yang menyediakan perkhidmatan orang ramai dan institusi kewangan.

Platform ini disokong oleh SKMM, Payments Network Malaysia (PayNet), BNM dan institusi-institusi kewangan lain bagi tindak balas terhadap insiden scam. I think we have to work dengan respons yang lebih cepatlah, I think that is the key here untuk lebih berkesan. Manakala masa dia respons lambat, selalunya itu yang menyebabkan masalah dalam mengesan balik duit yang telah hilang seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kota Melaka tadi. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Tuan Yang di-Pertua, satu soalan Tuan Yang di-Pertua. Hang Tuah Jaya. Serius ini, isu scam.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, sila Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, soalan tambahan yang ketiga.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang beritahu bahawa ada usaha ataupun ikhtiar untuk buat secara centralized respons ini.

Tuan Yang di-Pertua, bapa mertua saya pun kena dalam talian ini masalah. Jadi saya bukan sekadar bercakap bagi pihak rakyat dalam kawasan saya sahaja tetapi juga keluarga. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh atau tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri bawa cadangan supaya undang-undang kita di bawah seksyen 420, Kanun Keseksaan itu dipinda?

Ini kerana dalam seksyen 420 ini Tuan Yang di-Pertua, penipuan bersemuka. So, apabila penipuan dalam talian, ia ada masalah daripada segi pertuduhan. Jadi, saya hendak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri, cadangkan ataupun bawa perkara ini supaya dapat dipinda dengan segera atau atasi masalah undang-undang. Pencelahan Yang Berhormat Sungai Petani, sila.

final • 11:30 AM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak cadangkan, hendak celahan sedikit ya, mencadangkan supaya Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga main peranan. Sekarang ini polis tak tahu. Saya jumpa polis, polis kata dia orang tidak tahu yang dia orang kena pergi ada one stop center. Yang Berhormat Menteri kena beritahu juga Home Affairs supaya...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tidak ada celahan.

Baik.

final • 11:40 AM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

...Soalan, setuju tidak dengan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Saya setuju. Hari akhir Tuan Yang di-Pertua, boleh beri laluan.

final • 11:40 AM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

...supaya polis kena tahu yang ada one stop center. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Yang Berhormat Sungai Petani, tidak ada celahan tetapi saya benarkan untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita ambil maklumlah cadangan daripada Yang Berhormat Hang Tuah Jaya dan Yang Berhormat Sungai Petani ialah cadangan yang baik. Ia melibatkan multi kementerian, SKMM dan juga KDN dan juga Kementerian Kewangan sendiri yang perlu duduk bersama dan pastikan yang sistem response center atau centralized ini lebih effective terutama sekali membantu mangsa-mangsa scam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

7. Tuan Anyi Ngau [Baram] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan status pelaksanaan dasar pengisian 90 peratus jawatan guru di Sarawak yang diisikan oleh anak tempatan sehingga kini dan jumlah kekosongan jawatan perguruan di Sarawak amnya dan di kawasan Parlimen Baram khasnya.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan II - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Baram.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan penempatan guru baharu berdasarkan kepada kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen di sesebuah negeri. KPM juga berusaha untuk memastikan guru kelahiran Sarawak diberikan keutamaan untuk ditempatkan di negeri kelahiran mereka berdasarkan kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen. Bagi tahun 2022 sehingga 31 Julai, seramai 1,010 guru baharu lantikan tetap DG41 yang berasal daripada Sarawak ditempatkan di sekolah rendah dan menengah dalam negeri kelahiran mereka. Pada masa yang sama, disebabkan bilangan graduan berasal daripada Sarawak yang menepati keperluan opsyen di sekolah bagi negeri tersebut masih belum mencukupi, KPM telah menempatkan seramai 1,603 orang guru yang berasal daripada Semenanjung ke sekolah di Sarawak bagi tempoh yang sama.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah kekosongan perjawatan guru sekolah rendah dan menengah di negeri Sarawak pada 31 Julai 2022 adalah sebanyak 2,815 orang. Kekosongan perjawatan guru di sekolah rendah dan menengah di Parlimen Baram adalah sebanyak 250. KPM komited untuk terus memastikan keperluan guru di seluruh negara dipenuhi bagi memastikan pelaksanaan pengajaran, pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih juga kerana melawat kawasan Baram tempoh hari. Soalan tambahan saya adalah sama ada kerajaan pada hari ini masih akan meneruskan dengan dasar 90 peratus pengisian jawatan di Sarawak oleh anak-anak tempatan?

Kedua, ialah sama ada kerajaan mempunyai alternatif ataupun pandangan yang kedua supaya jawatan-jawatan yang masih kosong di negeri Sarawak akan diisikan dengan apa yang dikatakan satu ketika dahulu, cikgu ataupun guru sementara sebab saya percaya dalam lawatan-lawatan saya ke kawasan, kita mendapati bahawa kekosongan ini sangat ketara, lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman supaya pendidikan kanak-kanak ini tidak akan terjejas. Mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Baram. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

final • 11:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Baram. Untuk makluman Yang Berhormat Baram, bahawa dasar yang sedang dilaksanakan ini yang disebut-sebut sebagai Dasar 90:10, di mana 90 peratus guru-guru harus diambil dari negeri Sarawak. Dasar akan kita teruskan sehingga ada satu ketetapan terbaharu daripada Kabinet Malaysia.

Jadi, untuk makluman Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini, bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai beberapa pendekatan untuk mengisi mana-mana kekosongan guru di mana-mana negeri sekalipun. Di negeri Sarawak contohnya, kita akan membuat pertukaran guru di mana guru-guru yang berasal daripada Sarawak kita akan hantar semula ke Sarawak, tetapi berdasarkan kekosongan perjawatan dan juga opsyen seseorang guru tersebut.

Keduanya, kita juga akan melantik guru-guru baharu yang berasal dari Sarawak, kita akan menempatkan juga di negeri kelahiran mereka, juga berdasarkan kekosongan perjawatan dan juga opsyen yang ada.

Ketiganya, untuk makluman Yang Berhormat Baram juga, di institut pendidikan guru (IPG), kita juga ada bakal-bakal guru yang akan dilahirkan dari sana dan ini juga kita akan bagi mereka keutamaan. Mana-mana yang lahir di negeri Sarawak, kita akan tempatkan di negeri Sarawak juga.

Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

(SPP) sedang melaksanakan sesi temu duga untuk guru-guru di IPG ini untuk mereka ditempatkan di negeri Sarawak juga, insya-Allah. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, tentang ruang yang diberikan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah menjawab soalan berhubung kait dengan penempatan guru-guru di Sarawak. Saya harap juga bukan hanya di Sarawak, bahkan juga di negeri seperti Sabah ya.

Pada tahun 2001, adakah Yang Berhormat sedar bahawa Yang Berhormat Menteri telah mengumumkan sebanyak 2,400 kekosongan jawatan? Selepas itu, cukup ramai anak-anak Sabah yang mempunyai keupayaan dan telah pun menerusi ujian. Akan tetapi malangnya, kurang daripada 40 orang sahaja yang diambil. Seramai 292 anak Sabah yang qualified, tetapi tidak ditempatkan.

Saya bimbang di Sarawak kerana kita dalam keadaan ekonomi yang begitu rumit.

Kos yang akan perlu dibelanjakan kalau hendak transfer ataupun menempatkan guru-guru dari Semenanjung, perumahan, pengangkutan, berbagai-bagai masalah yang ada. Saya sedar bahawa perlu integrasi.

Saya sedar untuk membolehkan anak-anak ini, tetapi sudah ada yang qualified.

Mengapa tidak dilakukan oleh pihak kementerian sehingga tercicir anak-anak Sabah yang sudah pun mengikuti ujian, 292 tidak dapat tempat yang contract of service (COS) yang telah pun diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri.

final • 11:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih kepada Yang Berhormat Semporna.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di Sabah sahaja seramai 1,653 anak Sabah telah pun dilantik sebagai guru di mana 1,498 daripada pengambilan one-off dan seramai 155 orang daripada pengambilan COS.

Jadi jumlah keseluruhan yang telah dihantar ke Sabah sahaja Yang Berhormat, sebanyak 1,221 untuk pengambilan one-off tadi. Manakala pengambilan COS, seramai 1,221 ke Sabah dan 432 ke negeri-negeri lain, tetapi mereka adalah anak-anak Sabah.

Kenapakah kita hantar ke negeri lain? Oleh sebab kekosongan opsyen itu tidak ada di Sabah, tetapi ada di negeri lain.

Jadi, kita berdasarkan kepada keperluan Yang Berhormat, opsyen ya. Ini adalah sangat penting sebab opsyen yang ada ini kita amat terhad. Saya minta bantu kepada Yang Berhormat sendiri, kalau ada mana-mana guru yang mempunyai opsyen yang tepat, minta mereka memohon akan datang.

Kita sudah cari sedaya upaya Yang Berhormat, untuk mencari calon-calon guru yang mempunyai opsyen-opsyen yang kita cari. Untuk makluman Yang Berhormat, di Sabah sahaja contoh, contoh opsyen yang sangat kritikal apa dia? Opsyen Pendidikan Islam. Susah kita hendak penuhi. Guru-guru yang mempunyai opsyen Pendidikan Islam, itu fasal kita cari daripada mana-mana negeri untuk datang ke Sabah bantu buat seketika.

Akan tetapi mana-mana opsyen yang lain, umpamanya opsyen Bahasa Melayu ya, kita juga cari mana-mana graduan kita yang mempunyai ijazah tetapi bukan ikhtisas pendidikan, tetapi mereka ada ambil subjek-subjek tertentu dalam ijazah mereka, kita juga pertimbangkan graduan-graduan ini untuk mengisi pengambilan melalui COS sahaja.

Akan tetapi insya-Allah Yang Berhormat, kita akan terus berusaha untuk memastikan isu kekurangan guru yang ada di seluruh negara, bukan sahaja di Sabah, bukan sahaja di Sarawak, tetapi kita akan cuba sedaya upaya untuk mengambil langkah- langkah yang perlu bagi memenuhi keperluan pendidikan anak-anak kita di seluruh negara. Insya-Allah.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Yang Berhormat, saya soal tadi. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya mengapa 292 orang anak- anak, saya ingat mereka pun communicate dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri tetapi mereka engage dengan saya. Selepas itu mereka maklumkan mereka telah pun melalui kursus dan lulus, bukan persoalan opsyennya.

Ada opsyen kekosongan jawatan yang ada background pengajian tinggi, yang pengajian pendidikan mereka itu ditempatkan. Akan tetapi mereka ini sudah pun melulusi ujian yang telah dilakukan. Kenapa seramai 292 anak-anak tidak dipilih? Bukan oleh kerana persoalan opsyen semata-mata. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Ma'mun bin Sulaiman - Kalabakan

[Bangun]

final • 11:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Dasar pengambilan kita kena ingat Yang Berhormat. Berdasarkan kekosongan perjawatan pertama dan juga kekosongan opsyen yang ada ini. Kita tidak boleh lari dari dasar ataupun prinsip asas sebagaimana kita untuk mengambil mana-mana guru kita. Akan tetapi insya-Allah Yang Berhormat Semporna, percayalah saya sendiri sebagai Timbalan Menteri dari Sabah, saya juga concerned tentang kekurangan guru, keperluan guru di Sabah, Sarawak dan juga di seluruh negara insya-Allah. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Ma'mun bin Sulaiman - Kalabakan

Satu soalan dari Kalabakan.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya minta Yang Berhormat Kalabakan bagi soalan ringkas. Terus.

final • 11:50 AM

Tuan Ma'mun bin Sulaiman - Kalabakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita punya masalah pendidikan di Sabah ini sudah berlarutan berpuluh tahunlah saya rasa dengan sekolah daif yang banyak dan kekurangan guru yang berlarutan bertahun-tahun. Kita ada tiga buah maktab perguruan di Sabah iaitu:

(i) Maktab Perguruan Kent;

(ii) Maktab Perguruan Keningau; dan

(iii) Maktab Perguruan Tawau.

Saya dimaklumkan kita tidak mengambil pelajar yang secukupnya untuk melatih anak-anak Sabah untuk menjadi guru. Jadi kalau kita hanya beralasan opsyen yang kurang, opsyen yang tidak dapat dibekalkan untuk memenuhi permintaan sekolah di Sabah dengan sekolah yang daif, macam mana kita mahu meningkatkan pendidikan di Sabah? Terima kasih. Tolong jawab.

final • 11:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Yang Berhormat Kalabakan, saya tambah satu lagi. Kita ada IPG Gaya di Kota Kinabalu, ada empat ya. Akan tetapi mana-mana keluaran daripada IPG ini kita khususkan untuk sekolah-sekolah rendah. Yang Berhormat kena ingat, setiap tahun berapa ramai guru-guru yang bersara? Ramai juga. Jadi, kita keluarkan bakal-bakal guru ini melalui IPG. Jadi, insya-Allah Yang Berhormat...

final • 11:50 AM

Tuan Ma'mun bin Sulaiman - Kalabakan

Sudah semestinya Kementerian Pendidikan ada unjuran, ada planning yang baik untuk Sabah.

final • 11:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Yang Berhormat...

final • 11:50 AM

Tuan Ma'mun bin Sulaiman - Kalabakan

Untuk Sabah supaya kita dapat memenuhi permintaan.

final • 11:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Betul, betul. Saya faham.

final • 11:50 AM

Tuan Ma'mun bin Sulaiman - Kalabakan

Saya turun ke bawah. Saya turun ke bawah, banyak lagi kekosongan guru di sekolah-sekolah.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Kalabakan, ini bukan perbahasan.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Sabar- sabar, jangan gaduh.

Gaduh di kawasan sahaja.

final • 11:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Yang Berhormat Kalabakan, saya faham.

final • 11:50 AM

Tuan Ma'mun bin Sulaiman - Kalabakan

Minta tolonglah. Yang Berhormat Timbalan Menteri dari Sabah, tolonglah orang Sabah.

final • 11:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Betul, kita akan cari jalan sebaik mungkin Yang Berhormat Kalabakan. Takkan saya orang Sabah, saya tidak concerned, saya amat concerned juga. Saya bincang dengan Yang Berhormat Menteri, saya bincang dengan Pengerusi SBP bagaimana cara untuk kita menyelesaikan isu kekurangan guru di Sabah, di Sarawak dan seluruh negara. Saya sangat concerned Yang Berhormat. Jadi bagi kepercayaan kepada KPM untuk cari jalan sama-sama kita.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Kasi selesai ini kalilah, jangan lain kali.

final • 11:50 AM

8. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan tentang stok penimbal negara bagi beras:

(a) berapa saiz stok di dalam ukuran tan; dan

(b) bagaimana ditentukan saiz stok berbanding dengan keperluan negara. Di mana disimpan stok-stok beras itu.

final • 11:50 AM

Menteri Pertanian dan Industri Makanan - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Kuala Kedah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini kedudukan stok penimbal beras adalah pada paras 221,311 tan metrik iaitu 88.5 peratus daripada jumlah sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu sebanyak ‘250,000’ tan metrik menjelang tahun 2022.

Kerajaan sedang menggandakan stok penimbal secara berperingkat daripada 150,000 tan metrik kepada 290,000 tan metrik menjelang tahun 2023 bagi memastikan jaminan bekalan makanan negara untuk menghadapi sebarang situasi luar jangka.

Bagi menampung keperluan beras negara, kementerian sentiasa memastikan kedudukan stok beras sentiasa melebihi paras purata keperluan iaitu 200,000 tan metrik sebulan. Kedudukan stok beras di dalam negara di peringkat kilang, borong dan runcit sentiasa pada kadar konsisten setiap masa iaitu purata 400,000 tan metrik hingga 500,000 tan metrik.

Kementerian sentiasa memantau kedudukan stok ini secara dekat dan membuat survey stock-taking berkala pada setiap bulan bagi memastikan kedudukan stok dan bekalan dalam negara sentiasa stabil. Jika diambil kira dengan stok dagangan (trading stock), bekalan beras negara adalah pada keadaan stabil dan mencukupi untuk menampung keperluan domestik untuk tempoh empat hingga lima bulan dan bukan seperti yang dianggarkan sebelum ini Tuan Yang di-Pertua. Saya pernah menganggarkan lima hingga enam bulan tetapi sebenarnya empat hingga lima bulan stok domestik bagi menampung keperluan yang ada.

Selain itu, terdapat juga stok padi yang sedia diproses menjadi beras di kilang- kilang dengan purata 100,000 metrik tan hingga 200,000 metrik tan setiap bulan iaitu mengambil kira pengeluaran padi beras negara yang sentiasa berterusan melalui kawasan jelapang dan luar jelapang negara. Bagi memastikan pengeluaran padi tempatan secara berterusan, jadual penanaman di seluruh negara adalah dirancang secara bersistematik iaitu melalui pusingan kitaran antara negeri-negeri.

Bagi menampung keperluan yang tidak dapat ditampung oleh pengeluaran beras tempatan negara, kerajaan mengimport sebanyak 80,000 tan metrik beras secara purata setiap bulan. Berdasarkan kepada data-data tersebut, ia jelas membuktikan bahawa kedudukan beras negara adalah kekal stabil sepanjang masa. Malah ketika kerajaan dan negara berhadapan dengan pandemik COVID-19, bekalan beras di seluruh negara adalah juga stabil dan tidak terputus.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saiz stok penimbal beras ditentukan berdasarkan keupayaan negara untuk mengurus, memulihara, menyelenggara dan mengekalkan stok penimbal beras pada kadar yang ditetapkan oleh kerajaan. Perkara ini adalah penting supaya kualiti beras stockpile yang disimpan sentiasa berada dalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan apabila diperlukan.

Saiz stok penimbal beras yang terlalu besar adalah tidak bersesuaian kerana akan menyebabkan pengurusan yang kurang efisien serta menelan kos yang tinggi dalam mengurus, memulihara dan mengekalkan stok penimbal beras tersebut.

Selain itu, jumlah stockpile juga mengambil kira keperluan penduduk ketika situasi di luar jangka. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Itu jawapan yang panjang dan memuaskan saya.

Namun saya ada soalan.

Beras ialah satu barang yang boleh rosak. Umumnya dua tahunlah saya difahamkan kalau kita telah gilap. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan bahawa kita tidak mengalami kerugian kerana kerosakan beras? Pertama.

Keduanya ialah setakat ini berapakah peratus kerosakan beras yang berlaku pada stok penimbal kita? Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Seperti yang saya katakan tadi, memang benar stockpile beras jumlahnya itu ditentukan berdasarkan kepada keadaan dan kapasiti kita untuk mengurus dan memulihara stockpile. Memang benar beras tidak boleh disimpan lebih dari jangka waktu yang tertentu. Jadi sebab itu stockpile kita itu dipusing setiap kali.

After how many months, setiap beberapa bulan ia akan dijual dan direfurbished stok yang baru kerana beras tidak boleh disimpan untuk jangka masa yang lama kerana ia akan rosak seperti yang dikatakan, memang benar.

Oleh sebab itu, saiz stockpile itu ditentukan berdasarkan kepada kapasiti dan keupayaan kita untuk mengurus dan memulihara stockpile. Jadi pada peringkat ini, kedudukan stockpile kita adalah mencukupi untuk tempoh empat hingga lima bulan seperti yang dikatakan tadi. Jadi kita memandang serius tentang kedudukan stockpile bagi memastikan bahawa keperluan beras negara sentiasa mencukupi dalam keadaan apa sekalipun. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Libaran.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua...

final • 11:50 AM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tumpat.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Ha! Jempol, Jempol.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya jemput Yang Berhormat Libaran.

final • 11:50 AM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan.

Tuan Yang di-Pertua, keselamatan makanan tidak dapat lari daripada kecukupan makanan mudah didapati pada setiap masa dan selamat juga digunakan. Di Malaysia, walaupun perbincangan tentang isu keselamatan makanan telah ditanggapi dalam maksud yang luas. Perbincangan masih menyentuh tentang padi dan beras yang menjadi makanan ruji penduduk di negara kita Malaysia.

Soalan saya, adakah penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia ketika ini boleh membuka ruang kepada kementerian MAFI melihat semula mekanisme kawalan padi dan beras untuk kegunaan pemakanan bagi penduduk- penduduk di Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Memang kedudukan dan dasar kita untuk menanam 70 peratus daripada keperluan mengeluarkan beras 70 peratus daripada keperluan dan mengimport 30 peratus iaitu lebih kurang 80,000 metrik tan setiap bulan. Namun, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan bukan sahaja kita boleh mencapai 70 peratus pengeluaran untuk bekalan tempatan, tetapi untuk terus meningkatkan pengeluaran ini dari semasa ke semasa.

Oleh sebab itu, pelbagai pendekatan dan dasar diolah oleh kerajaan melalui MAFI untuk memastikan bahawa kita mampu mencapai bukan sahaja pada tahap 70 peratus keperluan negara, tetapi lebih daripada itu. Jadi antara pendekatan yang dibuat oleh kerajaan adalah pendekatan melalui SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB).

Tujuan dan matlamatnya adalah untuk mengurus ladang sawah secara berkumpulan, secara efficient untuk menentukan hasil pengeluaran itu dapat ditingkatkan dan mengurangkan pergantungan kita kepada import.

Saya bersetuju dengan Ahli Yang Berhormat Libaran bahawa beras makanan adalah merupakan aspek sekuriti makanan yang perlu ditangani oleh kerajaan. Dalam menangani keadaan ini, kita harus mampu mengeluarkan bekalan-bekalan makanan yang boleh dikeluarkan dari negara kita pada tahap yang maksima dan mengurangkan kebergantungan kita kepada import. Ini kerana kalau kerajaan, kalau negara bergantung kepada import dalam keadaan sekuriti makanan, kita akan terdedah kepada kenaikan kos, harga dan sebagainya.

Oleh sebab itu adalah penting bagi kita untuk meningkatkan pengeluaran termasuk meningkatkan pengeluaran beras, padi bagi memastikan keperluan negara sentiasa dapat dipenuhi sepenuhnya oleh negara kita. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 12:00 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

[Bangun]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya bagi ruang soalan tambahan yang ketiga kepada Yang Berhormat Bukit Bintang.

final • 12:00 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan bercadang untuk membuka pusat stok penimbal beras negara di setiap negeri bagi memudahkan ..

[Tidak jelas] ... berlaku apabila terputus bekalan di negara kita. Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang, Yang Berhormat Menteri.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Kita telah mewujudkan stockpile ini di 24 lokasi di seluruh negara. Akan tetapi adalah menjadi dasar keselamatan, kita tidak mengumumkan where, di mana kedudukan loji stockpile ataupun gudang stockpile beras yang didirikan oleh kerajaan di 24 lokasi di seluruh negara. Ini adalah atas dasar keselamatan. Padi beras merupakan satu yang perlu dijaga secara selamat dan jika didedahkan di mana 24 lokasi ini dia akan mendedahkan lokasi ini untuk serangan dan sebagainya. So kita ada 24 lokasi Yang Berhormat di seluruh negeri di negara kita. Jadi lokasi-lokasi ini cukup untuk menangani sebarang kekurangan di setiap negeri jika berlaku kekurangan. Jadi 24 lokasi ini memadai. Namun ianya akan sentiasa dilihat jika ada keperluan untuk menambah lokasi-lokasi gudang stockpile yang didirikan setakat ini.

Terima kasih.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Sedikit lagi, ada masa, ada masa.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan terhad kepada tiga soalan tambahan, minta maaf.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Tadi empat.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga dibahas dan diputuskan (D.R 25/2022) Rang Undang-undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2022, (D.R 31/2022) Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) 2022, (D.R 32/2022) Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2022 seperti di nombor satu hingga tiga dan Usul-usul Menteri Kewangan di nombor empat hingga sepuluh dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan”.

final • 12:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ada sokongan?

final • 12:03 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 12:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah pada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 12:03 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG KANUN KESEKSAAN (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen

final • 12:03 PM

dan Undang-undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.

final • 12:03 PM
RANG UNDANG-UNDANG KANUN TATACARA JENAYAH (PINDAAN) (NO. 2) 2022 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

final • 12:03 PM

(Parlimen dan Undang-undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.

final • 12:03 PM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat.

final • 12:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila.

final • 12:03 PM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Saya bangun untuk membawa Peraturan Mesyuarat 14 (1)(i). Izinkan saya dalam dua minit untuk membawa dan berhujah atas peraturan ini iaitu penerangan menteri-menteri. Semalam negara dikejutkan dengan satu insiden di KLIA. Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam telah dilaporkan menengking pegawai tinggi Imigresen. Saya rasa Parlimen harus mendapat satu penerangan kerana ia telah dilaporkan secara viral dalam media sosial mahupun mainstream media dan telah ada kenyataan dari pihak JPA dan dibalas pula oleh Kesatuan Imigresen yang menyatakan kesal terhadap sikap kasar Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam yang tidak sepatutnya melakukan perkara tersebut.

Ini adalah nama baik Jabatan Perkhidmatan Awam, nama baik pegawai-pegawai di bawah JPA yang saya rasa salah seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, harus tampil dalam Dewan ini untuk memperjelaskan. Ia bukan dilakukan oleh pegawai rendah ataupun pegawai biasa, tetapi Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam. Saya rasa perlu untuk diperjelaskan supaya tidak ada misinformation ataupun miscommunication yang bagi saya nama baik Jabatan Perkhidmatan Awam ini perlu dijaga kerana ia melibatkan suatu Jabatan yang dihormati dan paling senior dalam hierarki kerajaan negara kita.

Jadi saya harap Tuan Yang di-Pertua, seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri harus tampil memperjelaskan perkara ini dan merasa bertanggungjawab kerana insiden ini telah dilaporkan secara terbuka dan melibatkan dua pihak iaitu Jabatan Imigresen dan juga pihak JPA. Saya mohon supaya Yang Berhormat Menteri boleh datang pada bila-bila masa kerana peraturan ini hanya memerlukan notis sahaja kepada Speaker dan ia perlu diperjelaskan bagi menjaga nama baik Jabatan Perkhidmatan Awam. Terima kasih.

final • 12:03 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:03 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 12:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pulai.

final • 12:03 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Perkara yang sama, kalau boleh saya tambah sedikit usul-usul yang dibawa oleh...

final • 12:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Kalau perkara yang sama saya ambil satu sudah mencukupi.

final • 12:03 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Sebagai tambahan Tuan Yang di- Pertua. Because ini juga viral, baru-baru ini dalam hari yang sama telah dilaporkan juga bahawa ada anggota polis yang bermasalah diperas ugut cuba dihantar ke Sabah dan Sarawak. Ini juga saya minta kita agar pihak kerajaan memberi penjelasan apa sebab keadaan seumpama ini dilakukan khususnya dalam konteks Sabah dan Sarawak. Terima kasih.

final • 12:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Baik terima kasih.

final • 12:03 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan usul yang dibawa tadi...

final • 12:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Perkara yang sama juga?

final • 12:03 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Ya, saya sokong. Hanya saya hendak jelaskan bahawa ada kenyataan yang telah dikeluarkan yang menafikan insiden itu tetapi kenyataan penafian itu dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam tanpa tanda tangan daripada siapa. Dalam persoalan ini sewajarnya lah Yang Berhormat Menteri mengeluarkan kenyataan dan menegaskan persoalan hendak jaga imej perkhidmatan awam itu, hendak jaga kehormatan pegawai-pegawai yang ditengking itu pun bukan pegawai kecil. Dia merupakan seorang pegawai besar juga. Lalu ini merupakan satu perkara yang amat memalukan. Kita harap adanya some discipline and decorum yang diamalkan. Terima kasih.

final • 12:03 PM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja. Saya bangun di bawah Peraturan Mesyuarat yang sama, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:03 PM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Tuan Yang di-Pertua, Sabah dan Sarawak bukan tong sampah. Pegawai yang rasuah atau salah guna kuasa, tidak boleh hanya dipindah semua ke Sabah dan Sarawak.

Sepatutnya tindakan tatatertib harus diambil supaya menjaga integriti perkhidmatan awam kita dan Menteri wajib datang Parlimen untuk memberi penjelasan. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Teluk Intan.

final • 12:10 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya fikir, hari ini hari last. Jadi, kalau boleh petang ini, Yang Berhormat Menteri yang menjaga JPA ini untuk datang memberikan penjelasan sebab sudah ada kenyataan daripada Persatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung. Presidennya telah membuat kenyataan menuntut KPPA memohon maaf kepada KPP Imigresen di KLIA. Bagi saya bahawa dia terasa terhina bila diperlakukan di hadapan khalayak ramai sehingga saya difahamkan mengikut laporannya, dia menitis air mata apabila ditengking dengan kata-kata yang agak tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang KPPA.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di- Pertua, saya ingin juga turut serta. Kerajaan Negeri Sabah turut mengambil berat, serius perkara-perkara pemindahan anggota polis yang tidak berdisiplin ke Sabah. Ini tidak boleh berlaku dan kita tidak akan menerimanya. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Ini saya sokong.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya ambil maklum dan akan memaklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Setiausaha.

final • 12:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 dibacakan kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Levi Keuntungan Luar Biasa

(Pindaan) 2022 yang dicadangkan ini adalah bagi meminda Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 [Akta 592] iaitu dengan memasukkan peruntukan baharu dan mengemas kini peruntukan sedia ada dengan tujuan untuk menambah baik pentadbiran levi keuntungan luar biasa melalui peruntukan yang membolehkan fasilitasi tertentu diberikan kepada pembayar cukai, khususnya semasa berlaku kecemasan awam seperti bencana alam atau krisis kesihatan awam seperti pandemik.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam rang undang-undang ini yang mengandungi tujuh fasal seperti berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan memasukkan seksyen baharu 3A dan 3B ke dalam Akta 592.

Seksyen 3A memperuntukkan kuasa kepada Menteri Kewangan untuk melanjutkan apa-apa tempoh sebelum tamat tempoh yang ditetapkan di bawah Akta 592 atau perundangan subsidiarinya. Jika tempoh tersebut tidak dapat dipenuhi oleh mana- mana orang disebabkan berlakunya kecemasan awam seperti bencana alam atau krisis kesihatan awam seperti pandemik.

Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, Akta 592 telah menetapkan bahawa penghantaran penyata dan pembayaran levi hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari selepas tamat tempoh bercukai. Namun, disebabkan berlakunya pandemik COVID-19, pihak industri tidak dapat membuat pembayaran cukai dalam tempoh yang ditetapkan susulan sekatan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan. Situasi ini menyebabkan levi hanya dapat dibayar selepas tamat tempoh 30 hari dan tertakluk kepada kenaan penalti lewat bayar.

Dengan adanya peruntukan baharu ini, mengenai lanjutan tempoh ini, sekiranya berlaku kecemasan awam atau krisis kesihatan di masa akan datang, Menteri boleh melanjutkan tempoh penghantaran penyata dan bayaran cukai melebihi 30 hari sebagai kelonggaran kepada pihak industri untuk membuat bayaran levi tanpa dikenakan penalti lewat bayar.

Seksyen 3B pula memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk menambah, memotong atau mengubah apa-apa terma dan syarat yang dikenakan menurut Akta 813 dengan syarat bahawa suatu notis makluman diberikan terlebih dahulu kepada pihak yang terlibat. Peruntukan ini dimasukkan sebagai inisiatif untuk menyediakan fasilitasi kepada pihak industri sekiranya terdapat keperluan untuk memohon pengubahsuaian terma dan syarat di masa akan datang.

Fasal 3 bertujuan memasukkan seksyen baharu 6A yang memperuntukkan bahawa Ketua Pengarah Kastam boleh mengeluarkan suatu ketetapan umum untuk menjelaskan pelaksanaan mana-mana peruntukan di bawah Akta 592.

Fasal 4, 5 dan 7 bertujuan memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk menentukan bentuk dan cara yang digunakan bagi mengemukakan penyata levi dan membuat tuntutan bayaran balik levi terlebih bayar atau penalti yang dibayar secara silap.

Fasal 6 Tuan Yang di-Pertua, bertujuan meminda seksyen 19(1)(c) bagi menjadikan suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang memalsukan apa-apa dokumen yang diperlukan di bawah Akta 592 dan pindaan lain yang tidak dinyatakan secara khusus merupakan pindaan kecil atau berbangkit.

Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya, pindaan Akta 592 ini tidak melibatkan implikasi kewangan kerajaan. Sebaliknya, ia adalah pindaan bersifat positif untuk memberi kelonggaran tertentu kepada pihak industri, dalam melaksanakan obligasi yang ditetapkan di bawah Akta 592 dan perundangan subsidiarinya.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 12:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 12:11 PM

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Saya menyokong.

final • 12:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Saya ada menerima senarai. Pertama, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Kalabakan. Sila, Yang Berhormat Pontian.

final • 12:11 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Saya ada bagi nama.

final • 12:11 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Saya awal bagi nama sebenarnya.

final • 12:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Nanti saya uruskan.

Sila Yang Berhormat Pontian dahulu.

final • 12:11 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, nilai ambang kenaan levi keuntungan luar biasa kelapa sawit bagi Semenanjung telah dinaikkan ke RM3,000 berbanding RM2,500. Untuk Sabah dan Sarawak, telah dinaikkan kepada RM3,500 berbanding RM3,000 sebelum ini dan kadar levi ialah tiga peratus. Disebut oleh Timbalan Menteri sebelum ini, sejak dikenakan levi ini pada Oktober tahun lepas, beliau memaklumkan kutipan ialah RM4.1 bilion. Saya ingin bertanya, berapakah kutipan terkini levi keuntungan luar biasa kelapa sawit ini?

Difahamkan oleh Menteri Kewangan, ada dua skim yang digunakan wang itu.

RM35 juta untuk Skim Rangsangan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil. Saya ingin bertanya, adakah dalam bentuk geran atau dalam bentuk pinjaman? Kalau dalam bentuk geran, itulah yang diharapkan. Disebut juga oleh Menteri Kewangan, ada RM20 juta digunakan untuk menangani kempen anti minyak sawit peringkat antarabangsa. Ini antara dua tujuan yang diumumkan daripada levi itu tetapi kutipannya jauh lebih besar. Jadi, saya ingin bertanya, ke mana pergi wang selain daripada itu?

Soalan mengenai RUU ini. Kita tahu bahawa krisis kesihatan ialah COVID-19.

Contohnya, kecemasan awam sudah disebut banjir, ribut, kebakaran, musim tengkujuh.

Saya ingin bertanya, jika berlaku apa yang kita sebut sebagai kecemasan teknikal, adakah termasuk dalam ruangan yang kita pinda ini seperti gangguan elektrik, gangguan bekalan air, gangguan internet iaitu contoh kecemasan teknikal?

Perkara kedua saya hendak bertanya bahawa seksyen 3B, seksyen 11, seksyen 14 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah dan tentu Ketua Pengarah akan menurunkan kuasa itu kepada pengarah-pengarah. Jadi, mohon dipastikan tiada salah guna kuasa yang berlaku bila terlalu besar budi bicara yang diguna untuk menerima segala levi yang dikenakan.

Perkara ketiga, disebut pindaan seksyen 19 menuntut ketelusan dalam pembayaran. Ini kerana ada syarikat yang membuat penipuan dalam menjelaskan pembayaran cukai. Apakah bentuk tindakan daripada kastam? Apakah jumlah denda atau penjara yang dikenakan bagi pihak yang memalsukan maklumat?

Perkara keempat, pindaan ini membolehkan Ketua Pengarah menggunakan kuasanya menentukan kaedah pembayaran levi dan ada perubahan-perubahan.

Perubahan-perubahan yang dibuat itu, adakah dilakukan setiap tahun, dua tahun sekali, tiga tahun sekali?

Perkara kelima, kenapa kaedah manual masih digunakan sedangkan kaedah elektronik lebih mudah dan menjimatkan masa? Saya ingin mengambil perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat yang hadir. Di atas meja kita ini, bertimbun-timbun kertas dipanggil Kertas Statut 157 Tahun 2022.

final • 12:17 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ini semua daripada agensi Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kastam banyak betul. Bertimbun-timbun warna putih atas ini dan berat pula itu. Saya kira dia satu pembaziran. Jika boleh kita adakan semuanya dalam bentuk format yang elektronik, e- paper yang kemudiannya boleh digunakan sebaiknya. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Pontian. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Beruas.

final • 12:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya membahaskan Rang Undang-undang Levi Keuntungan Luar Biasa

(Pindaan) 2022. Saya mohon 10 minit kerana ada lima hujah yang penting yang perlu saya kemukakan untuk mendapat respons jawapan daripada pihak kerajaan.

Pertama Tuan Yang di-Pertua, kerajaan digesa melayan syarikat dan industri tempatan secara adil. Kerajaan Malaysia memberikan pelbagai insentif dan pengecualian cukai untuk menarik syarikat-syarikat asing melabur di Malaysia tetapi tidak melayan pelabur-pelabur tempatan sendiri dengan baik. Monyet di hutan disusui, anak di rumah kebuluran.

Dalam satu rencana yang ditulis oleh Encik Pankaj C. Kumar dalam surat khabar The Star pada 6 Jun 2022, beliau menyatakan bahawa jumlah cukai yang dikenakan ke atas pemegang-pemegang saham syarikat perladangan kelapa sawit setinggi 54 peratus keuntungan syarikat.

Kerajaan mengenakan cukai pendapatan korporat, cukai makmur, levi keuntungan luar biasa, bayaran ses, cukai jualan dan levi eksport ke atas syarikat perladangan kelapa sawit. Akan tetapi, apabila syarikat mengalami kerugian kerajaan tidak memberikan apa-apa bantuan. Daripada statistik sehingga tahun 2021, rakyat Malaysia, pelabur Malaysia ini yang melabur ke luar negara semakin bertambah kerana layanan yang buruk yang diberikan oleh kerajaan sendiri.

Kedua, Menteri salah guna kuasa di bawah undang-undang ini. Kita di Parlimen meluluskan Undang-undang Levi Keuntungan Luar Biasa. Kita minta Menteri buat perintah untuk cukai atas levi keuntungan luar biasa tetapi beliau telah membuat satu formula di mana cukai dikenakan ke atas jualan buah tandan sawit. Itu tidak betul, itu sudah luar kuasa yang diberikan.

Kita tahu ramai mungkin tidak faham tentang levi keuntungan luar biasa ini. Bagi seseorang yang tidak biasa dengan industri kelapa sawit ini, pengenaan tiga peratus levi keuntungan luar biasa memberi gambaran bahawa ia merupakan satu cukai tiga peratus ke atas keuntungan luar biasa yang diperoleh oleh syarikat berkenaan. Akan tetapi, sebenarnya ia merupakan pengenaan yang besar ke atas buah tandan sawit yang dijual.

Ia sama seperti Goods and Services Tax (GST) di mana barangan yang dijual itu dikenakan cukai.

Untuk dapat gambaran yang lebih jelas tiga peratus ini adalah bersamaan dengan 8.46 peratus hasil jualan BTS kasar bukan keuntungan untuk Mei 2022 dan 7.63 peratus daripada jumlah jualan BTS kasar untuk Jun 2022. Jadi, saya harap isu ini dapat dilihat semula mestilah cukai atas keuntungan bukan atas jualan buah tandan sawit.

Ketiga Tuan Yang di-Pertua, kerajaan pun pada hemat saya telah melanggar undang-undang dan terus mengenakan cukai keuntungan levi luar biasa ini sungguhpun perintah Menteri sudah luput masanya. Atas dua sebab ini saya mohon supaya kutipan ini diberhentikan dengan segera.

Pertama, Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa (Buah Kelapa Sawit) 2008 yang dibuat oleh Menteri telah tamat tempoh mengikut seksyen 7, Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 memperuntukkan bahawa perintah menentukan jumlah levi yang akan dikenakan di bawah akta itu hendaklah dibentangkan di Dewan Rakyat, dan perintah tersebut terhenti berkuat kuasa apabila tamat tempoh 120 hari daripada tarikh ia dibentangkan di Dewan Rakyat, melainkan dilanjutkan dengan satu ketetapan Dewan Rakyat yang sejauh pengetahuan saya, tidak pernah dibawa ke Dewan ini untuk lanjutan.

Sebab kedua kenapa perintah itu sudah tidak berkuat kuasa ataupun tidak sah ialah Perintah Menteri ini melanggar Undang-undang Persekutuan iaitu pengecualian diberikan atau discrimination dalam Perintah itu. Ingin saya nyatakan di sini bahawa, Menteri telah membuat pindaan iaitu Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa (Buah Kelapa Sawit) (Pindaan) (No.2) 2009 telah melanggar Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan melalui Perintah Pindaan No.2, 2009 ini Menteri telah mengecualikan kebun kelapa sawit yang ditanam di kawasan penempatan berkelompok di bawah Akta Tanah Kawasan Penempatan Berkelompok 1960 daripada dikenakan levi keuntungan luar biasa.

Jadi, diskriminasi ini tidak dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan kita.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Minta rumuskan, Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Ya, I will try to finish it quickly. Terima kasih. Isu keempat ialah kerajaan pada masa ini mengenakan levi keuntungan luar biasa ke atas buah tandan sawit apabila harga minyak sawit mentah melebihi RM3,000 setiap tan. Kita tahu dalam masa COVID-19 dua tahun ini semua kos naik. Kos pekerja, kos baja yang meningkat sampai tiga kali- ganda dan juga racun-racun untuk- we decide sudah lebih daripada dua setengah- kali gandanya.

Jadi, kos sekarang ini untuk satu tan pengeluaran BTS ini ataupun kos satu metrik tan CPO ini lagi banyak dari estet-estet sudah mencapai RM3,000 satu metrik tan. Jadi, kalau RM3,000 ini tidak ada untung langsung. Saya tidak ada masa untuk huraikan kenapa kos sudah semakin tinggi untuk banyak estet yang pengeluarannya kurang kerana tidak cukup pekerja dan lain-lain. Ini kerana, maksud saya ini untuk menetapkan harga threshold RM3,000 ini tidak munasabah kerana sekarang ini RM3,000 ini tidak menguntungkan lagi.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, industri kelapa sawit merupakan industri yang sangat penting pada Malaysia dan Kerajaan Malaysia seharusnya menghargai semua pihak yang telah menjayakan industri ini. Kerajaan Malaysia bagaimanapun tidak melayan mereka dengan baik jika dibandingkan dengan layanan yang diberikan kepada pelabur- pelabur asing kerana kerajaan mengenakan cukai yang paling tinggi ke atas komoditi bijak sawit ini. Saya harap mendapat jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Dungun.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Saya dimaklumkan bahawa tujuan utama pindaan ini adalah untuk meminda Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998.

Akta ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengenaan levi atas keuntungan luar biasa yang diperoleh daripada pengeluaran barang-barang dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.

final • 12:29 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Saya mempunyai beberapa persoalan berkenaan akta ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mendapat maklumat bernilai ambang berkenaan keuntungan luar kelapa sawit di semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak telah diubah pada pembentangan Bajet 2022.

Soalan saya, yang pertama sejauh mana keuntungan telah diperolehi daripada liabiliti tersebut sehingga kini? Dalam makluman saya bahawa kerajaan meraih keuntungan levi keuntungan luar biasa sebanyak lebih kurang RM298 juta bagi suku pertama tahun lepas, berdasarkan lonjakan harga minyak sawit mentah (MSM), kesan peningkatan permintaan terhadap komoditi itu.

Kedua, saya juga berminat ingin tahu berkenaan adakah kementerian berkemungkinan akan meningkatkan atau mengurangkan nilai ambang berkenaan keuntungan luar biasa kelapa sawit ini pada masa akan datang bagi tujuan menambah pendapatan negara ataupun berkemungkinan apabila dikurangkan nilai ambang maka, akan menurun pendapatan negara kerana hasil daripada apa yang berlaku ialah kesan pada turun naiknya harga sawit. Ini adalah berdasarkan kepada kepentingan mengikut keadaan semasa.

Tuan Yang di-Pertua, pada hemat saya kerajaan juga hendaklah melihat kepada kepentingan levi keuntungan luar biasa kepada industri yang mempunyai keuntungan luar biasa dari masa ke masa. Saya ingin mengambil contoh industri pembuatan sarung tangan getah yang mana, yang pertama, Top Glove Corporation Berhad.

Top Glove sebagai salah satu pengeluar sarung tangan getah yang merekodkan keuntungan bersih melebihi lima kali ganda kepada RM2.064 bilion bagi suku ketiga berakhir 31 Mei 2021 daripada RM357 juta yang diraih bagi tempoh yang sama bagi tahun 2019.

Syarikat ini mencatatkan keuntungan RM7.98 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2021. Melonjak 346 peratus berbanding tahun sebelumnya.

final • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh dapat pencerahan?

final • 12:30 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Ya, sila.

final • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya sudah dapat pandangan dari Yang Berhormat, sekarang ini harga sarung tangan ini turun mendadak. Saham Top Glove ini, turun sampai hampir 80 peratus kerana tidak lagi begitu menguntungkan. Apakah respons ataupun pandangan dalam isu ini? Syarikat ini sekarang mempunyai masalah yang banyak, oversupply. Thank you.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Beruas.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih. Daripada apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas, dengan ini saya pohon kepada apa yang ingin hendak saya tanyakan dan dipohon juga jawapan daripada Yang Berhormat Beruas dan juga pihak Menteri supaya dapat juga melihat kepada apa yang hendak ingin saya sampaikan iaitu, dalam soal yang berkait dengan pindaan kepada cadangan dibuat ini supaya kita juga melihat jika, syarikat-syarikat yang ada itu mengalami masalah.

Jadi, perlu juga dilihat kepada kepentingan ketentuan bahawa levi keuntungan luar biasa ini tidak dikenakan kepada mereka kerana kita bukan sahaja memungut kepentingan cukai daripada syarikat tetapi, juga mesti melihat kepada keadaan di mana keuntungan tidak diperolehi oleh mereka.

Akhirnya, saya ingin untuk melihat kepada satu akta yang juga penting dalam— kita melihat kepada maksud pindaan yang dibuat ini iaitu, Seksyen 19 Akta Ibu yang akan dipinda dan menggantikan perenggan 1(C) yang dimaksudkan melancong atau menyebabkan dilancongkan atau memalsukan atau menyebabkan dipalsukan apa-apa dokumen yang dikehendaki atau mungkin dikehendaki di bawah akta ini atau digunakan dalam transaksi apa-apa urusan perkara yang berhubung dengan levi atau menggunakan atau menyebabkan digunakan atau dalam apa-apa cara membantu dalam penggunaan dokumen yang dilancongkan atau dipalsukan itu.

Bolehkah jelaskan apakah pemangkin atau pencetus yang membawa kepada maksud pindaan ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Kota Kinabalu.

final • 12:30 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Ya, terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. RUU untuk Levi Keuntungan Luar Biasa ini pernah dibawa ke Dewan yang mulia ini, pada tahun lepas. Itu merupakan satu pindaan yang baharu untuk meningkatkan nilai ambang untuk CPO price supaya dikutip ini levi keuntungan luar biasa.

Sekarang, kita pun adakan satu lagi pindaan yang di mana kita memberikan kuasa untuk melanjutkan tempoh dan kuasa untuk mengubahsuai terma dan syarat kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kepada Ketua Pengarah.

Daripada ini, saya rasa sumber untuk levi keuntungan luar biasa ini biasanya datang dari dua industri. Kalau semasa pandemik, kemungkinan ia berasal daripada syarikat-syarikat seperti Top Glove. Akan tetapi, yang sekarang ini, yang tahun ini, salah satu bidang ini ialah bidang kelapa sawit. Saya lihat, pada 2021 cukai durian runtuh yang dikutip daripada sektor minyak sawit ini, setahun 2021, RM1.9 bilion untuk tahun lalu. Akan tetapi, untuk pertengahan pertama, tahun ini, sudah RM2.1 bilion.

So, maksudnya yang kutipan daripada cukai durian runtuh, dari minyak sawit ini pada tahun ini, sudah bersamaan dengan cukai keseluruhan tahun untuk tahun 2021. Ini satu peningkatan yang mendadak. Kalau kita lihat Sabah sebagai pengeluar terbesar untuk CPO, untuk minyak sawit mentah di Malaysia ini saya berpandukan kepada CPO production mengikut MBOP. Pada tahun 2020 dan 2021 lebih kurang 24 peratus pengeluaran ini daripada Sabah.

Akan tetapi, masalahnya berapakah jumlah yang kutipan levi keuntungan luar biasa RM1.9 bilion untuk tahun lalu dan RM2.1 bilion untuk pertengahan tahun pertama untuk tahun ini dikembalikan untuk penggunaan di Sabah. Ini yang soalan saya.

Kalau ikut 40 peratus seperti yang dikatakan ini, hasil bersih yang dijana oleh Sabah harus dikembalikan kepada Sabah mengikut Perlembagaan Persekutuan 112(C) dan 112(D). Saya buat anggaran sepatutnya tahun lalu, Sabah mendapat keuntungan yang luar biasa RM128.4 juta dan peningkatan untuk RM201.6 juta untuk pertengahan tahun ini.

So, berapakah levi keuntungan luar biasa ini yang di mana kelapa sawit ditanam di atas bumi Sabah, berapa ini dikembalikan untuk penggunaan di Sabah. Jangan cuma ambil hasil daripada Sabah tetapi hasil itu tidak dikembalikan kepada negeri pengeluar ini.

So, dari yang kelapa sawit ini, kita masuk untuk minyak petroleum. Minyak petroleum untuk tahun ini, ini saya baru dapat.

Hasil pendapatan PETRONAS pada Januari tahun ini, RM25.6 bilion. Februari, RM26.7 bilion dan Mac RM26.5 bilion. Dividen untuk tahun ini, untuk first quarter masih kekal kepada RM25 bilion dan bayaran tunai hasil pertambahannya suku pertama tahun ini, dianggarkan di antara RM2.5 bilion ke RM3 bilion.

Daripada kesemua ini, berapa peratus yang harus digunakan untuk negeri pengeluar iaitu, Sabah? So, maksudnya, saya hendak mencadangkan bahawa untuk levi keuntungan luar biasa ini kerana apa yang dapat daripada ini berpunca kepada gelora keadaan politik. Jawab political dan lepas itu, perang ini Ukraine sama Rusia dan kesemua ini di luar jangkaan.

So, apa yang di luar jangkaan itu saya rasa negeri penghasil itu harus dapat share yang tertentu. Kalau boleh 40 peratus seperti diikut dalam Perlembagaan Persekutuan.

final • 12:35 PM

Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort

Yang Berhormat Kota Kinabalu.

final • 12:35 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Okey, saya berikan kepada Yang Berhormat Rasah dulu.

final • 12:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Kita bagi Yang Berhormat Rasah dahulu. Sila Yang Berhormat.

final • 12:35 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu atas peluang yang diberikan. Saya—berbalik kepada Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri yang akan menggulung nanti.

Tadi dikatakan bahawa kutipan daripada harga CPO tahun ini, memang meningkat. Separuh pertama tahun ini sudah mencecah RM2.1 bilion. Saya hendak tanya berdasarkan harga CPO jangkaan dalam RM5,300 dijangka untuk separuh kedua tahun ini.

Jadi, jumlah keseluruhan unjuran sehingga hujung tahun ini berapa? Itu persoalan saya. Kedua, saya hendak tanya. Saya mohon penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri, kenapa pada dua tahun sebelum ini, tidak dikenakan levi ini ke atas industri sarung tangan.

final • 12:35 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Walaupun sudah lepas, kita tahu harga menjunam sekarang tetapi apa yang berlaku adalah sebelum itu, bila ada peluang kenapa tidak dilaksanakan. Saya mohon penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort

Yang Berhormat Kota Kinabalu, boleh ya?

final • 12:40 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Boleh, boleh.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort

Okey. Jadi kita Yang Berhormat Kota Kinabalu, kita sama-sama mintalah sekurang-kurangnya 40 peratus ya, okey?

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Kota Kinabalu.

final • 12:40 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Sekarang yang lending saya kalau untuk 20 peratus ini— Baru-baru ini, kita terima satu warta kerajaan di mana hasil yang sepatutnya 40 peratus telah ditetapkan pada nilai-nilai yang tertentu yang tidak ikut formula 40 peratus. So, saya minta kerajaan terutamanya MOF boleh runding semula ini dengan Kerajaan Negeri Sabah. Sekian, terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus, tidak ada dalam Dewan. Saya jemput Yang Berhormat Kalabakan. Kemudian yang terakhir saya jemput Yang Berhormat Kuala Selangor. Sila Yang Berhormat Kalabakan.

final • 12:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Kangar?

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Kalabakan dahulu.

final • 12:40 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih atas peluang yang diberikan.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin bertanyakan, apakah definisi sebenarnya yang diguna pakai oleh kerajaan untuk cukai keuntungan luar biasa dan juga Cukai Makmur yang akan dikuatkuasakan?

Saya mengamati kerajaan dijangka mencatat kutipan keuntungan luar biasa yang dianggarkan melebihi RM1 bilion pada tahun ini, 2022 berdasarkan unjuran purata harga minyak sawit mentah tahun ini sebanyak RM4250 per tan. Manakala pengeluaran sawit adalah dijangka sebanyak 19 juta tan. Cukai eksport minyak sawit pula dijangka menjana hasil sebanyak RM2 bilion. Pakar-pakar ekonomi menjangkakan anggaran Cukai Makmur akan memberikan tambahan pendapatan kepada kerajaan adalah sekitar RM3 bilion hingga RM10 bilion tahun ini yang melibatkan 200 buah syarikat.

Melalui jawapan rasmi kementerian pada 1 Ogos 2022, sekurang-kurangnya RM4 bilion hasil tambahan daripada Cukai Makmur. Saya juga ingin menyentuh, berapa banyak belanja operasi kerajaan sepanjang tiga tahun kebelakangan ini? Pada tahun 2020, belanja operasi kerajaan atau OE berjumlah RM241 bilion, emolumen RM82.6 bilion meliputi 34 peratus daripada OE. Tahun 2021, perbelanjaan operasi kerajaan berjumlah RM236 bilion, emolumen RM84.5 bilion meliputi 35.7 peratus daripada OE. Tahun 2021, belanja operasi kerajaan berjumlah RM233.5 bilion, emolumen RM84.5 bilion meliputi 37 peratus daripada OE.

Walaupun kita nampak kos operasi kerajaan menurun bagi tempoh tahun ini, namun kos emolumen berterusan meningkat. Di kala negara berada dalam keadaan inflasi yang semakin tinggi, geopolitik dunia yang tidak stabil seperti global recession, Perang Ukraine-Rusia dan perubahan cuaca, hubungan tegang dua ekonomi besar dunia China dan Amerika juga bakal mengesankan kepada suasana ekonomi dunia. Seperti yang kita lihat, lantikan Menteri dan lantikan politik di kementerian, agensi kerajaan dan GLC sememangnya sangat besar di negara kita berbanding dengan negara lain.

Kekerapan lawatan Menteri, pegawai-pegawai ke luar negara yang dilakukan— dan kita tidak tahu apakah hasil daripada yang dapat dimanfaatkan daripada hasil lawatan-lawatan ini. Ada Menteri yang menyebut potong gaji Menteri tidak menyelesaikan masalah negara sekarang khususnya inflasi. Masalah Malaysia ada kira-kira 1.6 juta orang penjawat awam berbanding rakyat Malaysia 32.7 juta penduduk dengan nisbah kira- kira 1.21 peratus. Adalah sangat perlu dioptimumkan peranan dan tanggungjawab penjawat awam. Lantikan-lantikan tidak penting, tidak perlu dibuat seperti lantikan politik.

Dengan harga barang keperluan yang semakin tidak dapat dikawal, kita harus menerima hakikat rakyatlah yang paling terkesan dan sudah tentu kumpulan penjawat awam akan menuntut kenaikan gaji demi kelangsungan hidup dan menanggung segala bebanan hutang apabila kadar asas pinjaman bank-bank juga dinaikkan.

Di sini saya ingin bertanya kepada Menteri, hasil cukai keuntungan luar biasa dan Cukai Makmur ini, kalau mengikut jawapan-jawapan rasmi kerajaan, kerajaan bakal menerima hasil bagi dua cukai ini berjumlah RM5 bilion. Di manakah ia akan dibelanjakan? Adakah akan digunakan bagi menampung kos operasi kerajaan atau digunakan bagi tujuan pembangunan? Digunakan bagi meningkatkan kemahiran golongan belia dan peluang pendidikan dan peluang kerjaya? Berapa peratuskah hasil yang akan dibelanjakan untuk membangunkan wilayah yang jauh ketinggalan seperti Sabah dan Sarawak? Sekian, terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Sila, saya jemput Yang Berhormat Kuala Selangor. Ada satu lagi saya jemput kemudian Yang Berhormat Kangar. Sila Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ringkas sahaja. Pertama, kita memahami akan keperluan kemas kini yang perlu dibuat ke atas Rang Undang-undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2022 ini Tuan Yang di-Pertua.

Meskipun ada beberapa perkara yang saya tidak perlu ulang daripada apa yang disebut oleh rakan-rakan sebentar tadi, fasal-fasal yang terkait dengan keperluan untuk kita menangani ketika gendala kesihatan awam, pandemik, kecemasan dan sebagainya.

Adapun yang hendak saya sebutkan Tuan Yang di-Pertua adalah pertama, semacam ada satu treatment ataupun cara kita menangani komoditi. Biasanya keuntungan luar biasa ini tersangkut dengan commodity based, dengan izin. Maka, kelapa sawit ataupun sawit dengan Top Glove itu semacam ada differential treatment perbezaan respons ataupun sikap dan pendirian. Saya ingin hendak pastikan daripada Menteri, mengapa berlaku sedemikian?

Kedua, kerana kita tahu akan keuntungan besar yang dipungut, diperoleh oleh company gergasi seperti Top Glove ataupun sarung tangan semasa pandemik tidak kurang daripada RM8 bilion, ada yang RM2 bilion. Cumanya, mengapa perbezaan itu berlaku berbanding treatment kepada kelapa sawit?

Ketiganya, sementara kita mahukan memungut keuntungan luar biasa ini, jangan kita lupa bahawa tanggungjawab kerajaan. Hari ini kita dapati bahawa khasnya industri sawit ini yang menanggung juga pelbagai gendala terutama gendala kekurangan tenaga kerja, kekurangan 120,000 tenaga kerja yang terkait juga dengan peningkatan kos pengeluaran, kos baja tiga kali ganda dan kos racunnya dua kali ganda. Kesemua ini menjadikan – dahulu kalau boleh pungut, boleh proses dua daripada ini, dikutip dua kali sebulan. Sekarang ini hanya mampu sebulan sekali. Persoalannya, apakah bantuan atas perkara-perkara gendala ini perlu juga diberikan oleh kerajaan ataupun dibantu?

Seterusnya juga kalau kita perhatikan di samping perlu juga segera menangani masalah kekurangan pekerja, apakah juga boleh kita berikan insentif kepada syarikat sawit ini untuk memberikan struktur gaji yang lebih menarik kepada pekerja, tenaga kerja mereka? Sekali gus akan dapat menggamit kerja, penglibatan pekerja-pekerja tempatan.

Kesemua ini adalah ruang untuk kita tangani masalah ketika kekurangan pekerja di sektor industri kelapa sawit ini. Itu adalah antara perkara yang hendak saya bangkitkan...

final • 12:46 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:46 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ya, sila. Sila.

final • 12:46 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

...Penjelasan sedikit.

Lanjutan tempoh yang boleh diberikan oleh Menteri ini boleh sahaja menambah seksa lagi kepada kakitangan yang memang sudah mengalami kesusahan di tempat kerja akibat daripada pengabaian. Jadi, apakah langkah yang boleh kita cadangkan supaya walaupun Menteri boleh melanjutkan masa tetapi usaha-usaha untuk menangani isu penempatan pekerja yang lebih baik dan sebagainya, gaji yang lebih baik, rehat yang lebih mencukupi dapat kita laksanakan bersama. Terima kasih.

final • 12:46 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ya, saya mahu Menteri untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Lumut itu, sekali gus dalam perbahasan saya ini.

final • 12:46 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Akhir sekali saya ingatkan, sementara kita mahu pungut cukai-cukai ini, kita juga perlu mengisi ataupun mengatasi gendala-gendala dalam industri-industri kita ini yang sekali gus akan mengizinkan mereka mendapat pengeluaran dan keuntungan yang lebih untuk kita cukai. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Terakhir saya menjemput Yang Berhormat Kangar.

final • 12:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rang undang-undang yang kita bahaskan ini ialah berkaitan levi keuntungan luar biasa yang mana ia adalah dalam ekonomi kita boleh katakan sebagai satu bentuk campur tangan kerajaan. Justeru itu, saya berpendapat bahawa kita mesti berhati-hati kerana tugas kerajaan sewajarnya adalah untuk menggalakkan kegiatan ekonomi yang sihat dan bukan menyukarkan lagi ataupun dalam bahasa Inggeris kita kata, kita patut memainkan peranan untuk incentivise economy activity instead of disincentivise. Jadi dalam perbahasan ini, saya cuba nak mengajak- tadi kawan-kawan bercakap tentang kelapa sawit, saya cuba hendak mengajak untuk kita bercakap tentang perkara yang mungkin lebih luas sedikit. Pertama ialah tentang definisi. Bagaimana kita menentukan maksud keuntungan luar biasa kerana dalam keadaan biasa, suatu barang atau perkhidmatan mungkin hanya mempunyai kos yang rendah, tetapi diperdagangkan pada kadar keuntungan yang tinggi. Katakan kos satu barang mungkin hanya RM5, tetapi ia kadang-kadang dijual pada harga RM50 iaitu 10 kali- ganda daripada kosnya. Akan tetapi, barang jenis begini mungkin tidak dapat dijual dalam kadar kuantiti yang banyak ataupun dia tidak ada volume. Manakala ada juga barang atau perkhidmatan yang mungkin kosnya tinggi, tetapi untungnya rendah. Katakan kosnya RM45 dijual pada RM50 iaitu untung hanya RM5.

Akan tetapi, mungkin barang jenis ini dapat dijual pada kuantiti yang banyak. Jadi, ia ada volume. Ini menyebabkan keuntungannya nampak macam seolah-olah lebih tinggi berbanding dengan barang yang sebenarnya dijual lebih mahal sebentar tadi.

Kita tengok terutama sekarang ini dalam dunia media sosial, banyak peniaga online yang paling terkenal. Kalau tengok kebelakangan ini, misalnya sambal nyet yang dijual oleh salah seorang influencer di media sosial. Kita tengok dapat jual sehingga RM14 juta, sedangkan kos buat sambal ini kalau kita biasa memasak tidaklah setinggi itu. Kalau masak sedikit, mungkin untung tidak banyak. Akan tetapi kalau kita cakap tentang volum tadi, ia boleh jadi sangat besar. Contoh yang mungkin juga dekat dengan kita ialah tentang air minum ataupun mineral yang dijual, ada yang lebih mahal. Kadang-kadang lebih mahal daripada harga minyak satu liter, sedangkan ia hanya air mineral yang mungkin proses penghasilannya tidaklah seteruk kita nak menghasilkan minyak.

Kalau kita tengok rang undang-undang ini, ia juga bergantung kepada keadaan.

Dalam perkara 3A, ia menyentuh tentang kecemasan awam dan juga krisis kesihatan awam. Sebagaimana yang kita tahu, tadi saya pun ada sebut situasi ekonomi boleh berubah-ubah secara mendadak. Jadi jangan ketika untung kita hendak memeras peniaga, tetapi ketika rugi kita seolah-olah tidak peduli.

Saya masih ingat kalau kenyataan pemenang hadiah Nobel Ekonomi yang pertama, Friedrich Hayek mengatakan, sebenarnya jasa pertama peniaga ialah dia tidak membebankan kerajaan. Peniaga ini dia ambil tanggungjawab terhadap diri dia sendiri dan dia menyediakan pula peluang pekerjaan kepada orang lain. Jadi kita kena- itu yang saya sebut awal-awal tadi, kita kena berhati-hati. Kalau kita ambil contoh misalnya minyak sawit. Harganya pernah jatuh ketika Eropah mengambil sikap untuk memboikot bekalan dan ia naik semula bila berlaku krisis yang lain. Sekarang juga berlaku di Eropah sekarang.

Jadi dalam ekonomi, ia memang ada naik turunnya. Jadi, kena berhati-hati kerana sepatutnya kita kena memberi peluang kepada perniagaan untuk memiliki rizab dia sendiri.

Jadi, begitu juga dalam kes harga minyak. Kadangkala kita mendapat keuntungan besar kerana krisis di negara pengeluar minyak yang lain, bukan krisis di negara kita.

Cuma dalam kes harga minyak ini, ia juga menarik kerana syarikat PETRONAS misalnya, juga beroperasi di negara luar dan sedikit sebanyak ia mempengaruhi kestabilan kewangan syarikat. Dalam kes sawit dan harga minyak ini, adakah ia juga termasuk dalam kategori layak untuk dikenakan levi keuntungan luar biasa ini?

Sebagaimana kita tahu misalnya macam PETRONAS, ada bagi sumbangan kepada kerajaan dalam bentuk dividen yang cukup besar dan keuntungan mereka juga besar. Adakah mereka juga akan dikira sebagai mempunyai keuntungan luar biasa?

Adakah kerajaan juga turut mempertimbangkan juga tentang kepentingan tadi yang saya sebutkan sebagai rizab syarikat memandangkan situasi naik turun aktiviti peniagaan dari semasa ke semasa? Ini kerana bila peniagaan itu semakin besar, bebannya semakin besar dan dia juga bersifat jangka masa panjang. Jadi jangan kita hanya melihat dalam tempoh singkat dia buat untung, kita bagi tekanan kepada mereka. Akhirnya, mereka tidak sempat untuk bertahan dalam jangka masa yang panjang.

Jadi perkara ketiga yang saya nak sebut di sini ialah menyentuh tentang agihan yang lebih adil. Sudah tentulah bila kerajaan mengutip apa-apa cukai atau macam dalam kes ini levi, sudah tentulah ia bertujuan untuk memenuhi maksud redistribution ataupun agihan semula. Tadi ada sahabat saya tanya tentang kelapa sawit kutip lebih RM4 bilion.

Daripada Yang Berhormat Pontian tadi, kutip RM4 bilion, sebahagian hanya digunakan untuk mempromosikan semula sawit. Jadi, ke manakah bakinya? Inilah lebih kurang maksud yang saya ingin bawakan. Jadi saya nak tahu, berapakah levi yang dikutip dari tahun ke tahun sejak lima tahun lalu? Dari manakah sumber levi ini?

Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan, mungkin pada masa akan datang untuk kita membawa satu lagi rang undang-undang iaitu levi untuk keuntungan monopoli.

Ini kerana dalam aktiviti ekonomi, kita seharus menggalakkan persaingan. Kita pun ada akta persaingan, tetapi kita juga pada masa yang sama kita berkompromi untuk kita memberikan monopoli dalam sektor-sektor tertentu. Jadi, kita sepatutnya mengenakan levi kepada monopoli sebab mereka ini kita kata membuat keuntungan mudah sebab tidak ada pesaing.

Manakala levi keuntungan luar biasa ini lebih bersifat membantu hasil kerajaan.

Saya fikir juga kumpulan yang paling layak menerima hasil daripada keuntungan ialah mereka yang terlibat dalam rantaian ekonomi berkaitan. Misalnya dalam kes jualan sarung tangan getah, kita kena pastikan pekerja kilang dan juga penoreh getah turut mendapat manfaat yang setimpal daripada keuntungan luar biasa ini.

Kita tahu selalunya macam sawit, getah, orang-orang yang betul-betul buat kerja mengait, menoreh ini ialah industri yang kita kata semakin tidak digemari oleh generasi baharu. Kita kata sektor yang ramai orang miskin. Jadi kita mesti usahakan bagaimana mereka juga dapat manfaat. Mungkin sepanjang hidup mereka, tidak ada peluang langsung untuk menerima nikmat keuntungan besar. Malah dalam banyak keadaan, terpaksa menderita kerana hasil rendah daripada usaha mereka. Juga, begitu juga kawan- kawan saya sebut tadi tentang negeri pengeluar...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Minta rumuskan Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

...Perenggan terakhir Tuan Yang di- Pertua.

Bagi saya, kerajaan tidak seharusnya melihat peluang menambah hasil ini sebagai kesempatan sementara dan bersifat semasa. Sebaliknya, ia menjadikan sebahagian daripada keuntungan ini ke dalam sebuah pelan jangka masa panjang.

Misalnya, tadi saya sebut manfaatnya mesti dirasai oleh golongan yang paling dipinggirkan dalam rantaian ekonomi ini. Jadi, mungkin kita perlu wujudkan satu tabung simpanan ataupun pelaburan supaya sebahagian daripada keuntungan luar biasa yang kita kutip sama ada melalui cukai ataupun levi ini untuk kita dapat salurkan semula kepada mereka untuk memastikan industri ini mempunyai tarikan dan minat sendiri kepada generasi baharu dan sekali gus menjadikan ia lebih lestari ataupun sustain untuk jangka masa panjang. Itu saja daripada saya, sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Seramai tujuh Ahli Yang Berhormat telah berbahas dan saya sekarang menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan untuk memberi jawapan, 15 minit.

final • 12:50 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Seramai tujuh Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam pindaan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa. Saya bagi pihak Kementerian Kewangan ucapkan terima kasih atas keprihatinan, pandangan, cadangan yang disarankan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Sudah pasti saya dan pegawai di Kementerian Kewangan akan meneliti setiap pandangan, cadangan dan juga keluh kesah yang disampaikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab satu-persatu. Sekiranya ada perkara-perkara yang saya tidak sempat hendak jawab, saya akan beri jawapan secara bertulis memandangkan tempoh masa hanya 15 minit.

Saya nak pergi Tuan Yang di-Pertua, kepada nilai ambang yang ditingkatkan.

Saya yakin dan percaya ramai Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu berkaitan bagaimana kita meningkatkan threshold Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Pontian dan juga Yang Berhormat Kangar.

Untuk makluman Yang Berhormat, kita naikkan nilai threshold ini adalah apabila kita melihat dan membuat kajian kadar tersebut berasaskan kepada pertamanya, kenaikan kos pengeluaran. Apa yang dibangkitkan tadi kos buruh, pengangkutan dan bahan input pertanian. Untuk makluman Yang Berhormat, threshold yang kita tingkatkan pada kenaan 1 Januari 2022, iaitu RM3,000 bagi Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak iaitu RM3,500. Ini kadar yang baharu semenjak kita tidak membuat sebarang perubahan pada tahun 2009. Itu sebabnya kita buat kenaikan supaya ia juga memberi ruang dan peluang kepada industri untuk sama-sama dalam kaedah menang-menang.

Ada juga soalan yang dibangkitkan berkaitan berapakah kutipan levi yang telah Kementerian Kewangan mengutip melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat Jun 2022, kita telah mengutip jumlah keseluruhan semenjak kita wartakan kenaan levi cukai tersebut adalah sebanyak RM6.4 bilion.

Jadi, ada juga Yang Berhormat meminta kepada saya untuk menyatakan kutipan levi mengikut tahun. Untuk makluman Yang Berhormat, kalau kita lihat pada tahun 2021, kita dapat kutip RM1.9 bilion seperti mana beberapa Ahli Yang Berhormat yang telah menyatakan tersebut. Akan tetapi pada tahun 2020, kita hanya berjaya mengutip RM209 juta. Pada tahun 2019, kita hanya dapat kutip RM256 ribu. Pada tahun 2018, kita hanya berjaya kutip sebanyak RM197,244 berbanding dengan tahun 2017, kita dapat kutip RM288 juta dan tahun 2016, RM86 juta.

Kalau Yang Berhormat lihat kenaikan kutipan ini, ada yang naik, ada yang turun, ia adalah kerana pasaran komoditi ini seperti mana yang disebut Yang Berhormat Beruas.

Saya faham Yang Berhormat Beruas amat arif berkaitan industri perladangan dan kita mengetahui secara jelasnya bagaimana minatnya Yang Berhormat berkaitan industri sawit ini. Akan tetapi yang paling pentingnya seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Pontian tadi dan beberapa Ahli Yang Berhormat, ke mana duit ini disalurkan.

Betul, kita ada bantu untuk RM35 juta untuk getah dan RM20 juta untuk membuat promosi.

Selebihnya ke mana?

Saya nak beritahu kepada Yang Berhormat, kita juga telah melaksanakan COSS iaitu subsidi minyak masak. Kalau saya dapat beritahu, maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, subsidi minyak masak yang diperuntukkan sepatutnya pada tahun 2022 hanya RM440 juta. Akan tetapi disebabkan kenaikan harga minyak, kita jangka subsidi minyak masak ini akan berlaku pertambahan sebanyak RM700 juta.

Jumlah keseluruhan untuk subsidi minyak masak sahaja adalah berjumlah RM1.1 bilion pada tahun 2022. Bermakna, kutipan yang kita kutip Yang Berhormat, sudah pastinya kita akan salurkan dan selebihnya kita akan membuat- Ini sebab kutipan semua ini kita akan masukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan seperti mana yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan...

final • 12:58 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebelum nak masuk next subject, saya nak berhentikan Majlis untuk kita berhenti rehat dan disambung semula 2.30 petang.

final • 12:58 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Terima kasih.

final • 12:58 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik. Ahli Yang Berhormat, Majlis berhenti berehat dan disambung semula jam 2.30 petang.

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 12:58 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

[****Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)** mempengerusikan Mesyuarat]

final • 2:30 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Bismillahi Rahmani Rahim. Kita mulakan sesi petang ini dengan meneruskan Timbalan Menteri untuk menjawab semula adalah baki dalam 10 minit lagi. Silakan.

final • 2:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Saya ingin menyambung balik sesi menjawab segala persoalan yang ditanyakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2022.

Untuk makluman Yang Berhormat, saya berhenti tadi, ada Ahli Yang Berhormat bangkitkan berkaitan beberapa kutipan levi. Untuk makluman Yang Berhormat, sejak kita perkenalkan akta ini, berkenaan levi yang kita kenakan setakat Jun 2022 adalah sebanyak RM6.4 bilion. Ada Ahli Yang Berhormat bertanyakan ke mana duit itu pergi.

Saya akui seperti mana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Pontian, RM35 juta untuk program-program untuk industri getah dan RM20 juta kita salurkan untuk promosi minyak sawit kita di luar negara. Ke manakah baki yang selebihnya?

Seperti mana yang saya jawab sebelum kita berhenti rehat pagi tadi, kutipan levi pada tahun 2021 adalah berjumlah RM1.95 bilion. Tahun 2020 berjumlah RM209 juta, tahun 2019 berjumlah RM256,000 , tahun 2018 berjumlah RM197,000 manakala tahun 2017 berjumlah RM288 juta dan pada tahun 2016 berjumlah RM86 juta.

Duit yang kita kutip kalau kita nak lihat kepada Perlembagaan Persekutuan, jumlah semua wang yang kita kutip, kita mesti masukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan.

Akan tetapi Yang Berhormat, kita juga kena ingat subsidi minyak masak yang kerajaan perkenalkan sejak lama adalah COSS, yang kita beri minyak masak subsidi kepada rumah-rumah bukan untuk aktiviti komersial.

Kalau kita bandingkan pada tahun 2021, kutipan kita hanya RM1.9 bilion tetapi subsidi pada tahun 2021 adalah berjumlah RM2.16 bilion. Pada tahun 2020, seperti mana yang saya sebutkan tadi, almost zero kita punya kutip kerana kutipannya hanya RM209,000 tetapi jumlah subsidi yang telah kita salurkan kepada rakyat adalah RM530 juta. Itu sebabnya duit ke mana ia pergi, saya rasa penjelasan ini dapat memberi penjelasan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Ahli Yang Berhormat ada bangkitkan berkaitan kecemasan teknikal. Siapakah yang akan menentukan? Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita mengguna pakai takrifan kecemasan awam oleh pihak-pihak yang berkuasa seperti Majlis Keselamatan Negeri dan pihak-pihak terbabit.

Kalau ia hanya sekadar bersifat sementara, ia bukanlah ditakrifkan sebagai kecemasan awam. Ada juga Ahli Yang Berhormat bertanyakan sekiranya syarikat-syarikat tidak mematuhi levi ini, adakah mereka dikenakan denda? Ya, betul. Pertamanya, denda tidak kurang daripada 10 kali ganda daripada nilai levi yang dikenakan dan tidak lebih daripada 20 kali ganda levi yang kena bayar. Ada juga Ahli Yang Berhormat mencadangkan supaya JKDM dapat migrate daripada manual kepada digital. Betul, Yang Berhormat.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia sedang mempertimbangkan program digitalisasi proses berhubung levi keuntungan luar biasa. Yang Berhormat Dungun ada bangkitkan juga berkaitan apakah yang menyebabkan tercetusnya pindaan seksyen 19 bawah Fasal 6. Jadi, sebab Yang Berhormat Dungun tiada di dalam Dewan, saya bagi jawapan secara bertulis. Yang Berhormat Kalabakan juga tidak ada. Yang Berhormat Kuala Selangor pun tidak ada. Jadi, saya pergi kepada Yang Berhormat Beruas.

Yang Berhormat Beruas bertanyakan kenapa levi bertukar daripada CPO kepada BTS. untuk makluman Yang Berhormat, berkenaan levi ke atas CPO ditukar kepada buah sawit kerana bermula pada tahun 2007, lesen ladang dikenakan berdasarkan pengeluaran buah sawit. Dulu, kita pakai CPO dan CPKO, Yang Berhormat seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi, tetapi kita tukar kepada Buah Tanam Segar (BTS) kerana agensi yang berkaitan telah mendaftarkan syarikat-syarikat ini mengikut ladang-ladang tersebut.

Itu sebabnya kita beralih kepada BTS kerana dalam akta ibu kita tidak ada menyatakan apa-apa dan lebih mudah untuk kita gunakan secara BTS kerana MPOB akan mengeluarkan nilai CPO pada setiap bulan. Silakan, Yang Berhormat.

final • 2:32 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Penjelasan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Apa yang saya nak tanya ialah adakah kerajaan akan menilai semula dan mencari satu formula di mana cukai dikenakan ke atas keuntungan. Ini kerana akta ini niatnya untuk cukai keuntungan luar biasa. Akan tetapi, kalau formula yang digunakan sekarang ini bukannya keuntungan di atas jualan. Itulah yang saya bantah kerana niat Parlimen dan orang ramai memberi satu tanggapan kerana kerajaan mencukai keuntungan yang berlebihan. Jadi, bolehkah satu formula dicari supaya niat Parlimen ini dilaksanakan?

final • 2:32 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya faham ini juga perkara Yang Berhormat bangkitkan pada tahun lepas, semasa saya juga membawa pindaan kepada rang undang-undang ini. Itu sebabnya Yang Berhormat lihat, kita naikkan threshold, Yang Berhormat.

Dulu, Yang Berhormat bangkitkan threshold tersebut RM2,500 untuk Semenanjung, RM3,000 untuk Sabah dan Sarawak. Selepas kita bawa perbincangan dengan semua industri dan pihak-pihak berkepentingan, bukan sahaja industri seperti mana Yang Berhormat dimaklumkan tadi, kita juga melibatkan agensi-agensi berkuasa.

Itu sebabnya kita cadang bagi kaedah menang-menang, RM3,000 untuk Semenanjung dan RM 3,500 untuk di Sabah dan Sarawak.

Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat juga bangkitkan isu Perintah P.U.

(A) 250/208 yang telah tamat tempoh. Saya yakin, perkara ini untuk makluman Yang Berhormat, pihak Kementerian Kewangan mengambil maklum tentang kutipan levi keuntungan luar biasa dan tindakan sedang diambil untuk memastikan semua prosedur dan tatacara yang sewajarnya dapat diselaraskan.

Kita nak beri jaminan kepada Yang Berhormat kutipan kita, amaun yang kita kutip daripada syarikat-syarikat ini mematuhi kuantum atau kadar yang sepatutnya syarikat itu dikenakan. Yang Berhormat Kangar juga mencadangkan...

final • 2:32 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Menteri, soalan saya ialah adakah perintah itu masih berkuat kuasa, straightforward. Ini kerana tidak berkuat kuasa, tidak boleh terus mengutip kerana kerajaan mesti ikut undang-undang cukai. Jadi kalau – kerana kekhuatiran di luar sana, kerana keraguan ini timbul, ada yang tidak bayar.

Akan tetapi, kalau ada kelewatan membayar, akan – tadi Yang Berhormat Menteri sudah katakan akan dikenakan penalti. Tadi kata 10 kali hingga 20 kali. Kalau tidak silap saya is progressive 10 percent, 20 percent up to 50 percent. Mungkin I stand corrected tetapi orang dalam industri ini hendak tahu, adakah perintah Yang Berhormat Menteri itu masih berkuat kuasa. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Itu sebabnya Yang Berhormat saya beritahukan tadi, Kementerian Kewangan mengambil maklum seperti mana isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dan juga kita akui sedang ada kes-kes yang Judicial Review (JR) oleh pihak mahkamah. Itu sebabnya saya tidak boleh beyond apa penjelasan di sini kerana bagi saya yang paling penting, kita mengambil maklum apa Yang Berhormat sebutkan tadi dan kita akan pastikan segala tatacara kewangan negara dapat dipatuhi dan keadilan mesti diberikan sebaik mungkin kepada semua pihak. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Menteri, saya minta satu jaminan. Sementara menunggu keputusan muktamad, kerajaan jangan mengenakan penalti kalau mereka lambat bayar. Ini kerana kita belum pasti lagi cukai ini perlu dibayar atau tidak. Kalau kerajaan boleh longgarkan dari segi ini, kalau kerajaan sudah buat keputusan, mesti bayar mengikut undang-undang, mereka yang tidak bayar, akan dikenakan penalti.

Akan tetapi, sekarang ini kita pun tidak tahu perlu bayar atau tidak. Keraguan timbul janganlah kita mengenakan penalti, itu permintaan saya.

final • 2:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Yang Berhormat, saya ingat Yang Berhormat lagi arif daripada segi pay first, talk later. Dasar ini memang telah ada dalam akta kita Yang Berhormat. Yang Berhormat jangan risau, kita ini kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin. Yang Berhormat minta syarikat Yang Berhormat ajukan tempoh hari itu bayar kepada Kastam dahulu, sekiranya esok, sekiranya memang ada perintah mahkamah yang menyebabkan kita perlu bayar balik, kita akan bayar balik.

Jangan risau Yang Berhormat. Kita tidak akan lakukan kezaliman, kita akan bertindak atas perundangan yang sedia ada. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Berdasarkan pengalaman, lambat kerajaan bayar balik. Macam GST sampai dua tahun pun tidak bayar balik. Itulah masalah dia, thank you.

final • 2:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Yang Berhormat, saya kira Yang Berhormat ambil secara selektif. Ada perkara-perkara yang kita – melalui perundangan sedia ada, kita bayar awal Yang Berhormat tidak sebut. Jadi, saya harap Yang Berhormat juga bersifat adil kepada Kementerian Kewangan. Terima kasih Yang Berhormat.

Cadangan Yang Berhormat Kangar, tiada. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kangar kita akan ambil maklum. Saya ingat Yang Berhormat...

final • 2:40 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Menteri, mana yang tidak ada itu ataupun ada, jawapan bertulis ya.

final • 2:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Okey. Ada yang membangkitkan Tuan Yang di-Pertua Cukai Makmur ini dikenakan kepada industri sawit. Saya hendak jelaskan dekat sini, Cukai Makmur ini hanya dikenakan pada syarikat yang mendapatkan keuntungan melebihi RM100 juta. Sebanyak 233 buah syarikat yang telah dikenal pasti yang akan dikenakan Cukai Makmur hanya sekali (one-off) untuk tahun 2022 seperti mana yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri dalam belanjawan tempoh hari dan daripada 233 belum ada industri sawit yang dikenakan dalam Cukai Makmur ini.

Saya ingat Tuan Yang di-Pertua, semua perkara ini telah saya jawab, cuma ada juga yang berbangkitkan berkaitan Petronas. Saya hendak beritahu Yang Berhormat Kota Kinabalu, betul Yang Berhormat. Petronas membayar dividen kepada kerajaan, saya juga hendak memaklumkan kepada Dewan, Petronas tidak pernah tidak menunaikan tanggungjawab untuk bayar dividen kepada kerajaan.

Cumanya persoalan Yang Berhormat, hanya bayar RM25 bilion, mana yang lain?

Yang Berhormat, kita pun akui hasil negara hari ini bergantung sepenuhnya kepada minyak dan minyak ini semakin hari semakin berkurangan. Sudah pasti lebihan keuntungan yang diperolehi oleh Petronas akan digunakan untuk membuat inovasi- inovasi dan eksplorasi yang baharu supaya berdaya saing Petronas ini dapat diteruskan, supaya mereka dapat terus menunaikan tanggungjawab untuk memberi dividen kepada kerajaan, itu yang pertama.

Akan tetapi Yang Berhormat, jangan hanya kita lihat kepada dividen semata-mata.

Ini kerana Petronas juga kena membayar Petroleum (Income Tax) Act (PITA). Mereka kena juga kena bayar corporate income tax. Pegawai-pegawai atau pekerja-pekerja mereka juga kena membayar income tax. Kalau kita lihat secara keseluruhan Yang Berhormat, saya rasa kadar yang dibayar kepada kerajaan pada kali ini amat munasabah.

Sekiranya ada keperluan, sudah pasti pihak Kementerian Kewangan akan berbincang dengan pihak Petronas untuk menaikkan dividen.

final • 2:40 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya tanya?

final • 2:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Boleh.

final • 2:40 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Untuk levi keuntungan luar biasa ini yang dikenakan kepada industri kelapa sawit. Pada tahun lalu sebanyak RM1.9 bilion dikutip dan pada tahun ini setakat bulan Jun sejumlah RM2.1 bilion dikutip. Sabah merupakan negeri pengeluar minyak yang terbesar di Malaysia ini. Biasanya sebanyak 24 peratus CPO dihasilkan di Sabah. So, berapakah nisbah atau peratusan daripada levi keuntungan luar biasa ini untuk kilang kelapa sawit akan dikembalikan kepada Sabah?

final • 2:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Yang Berhormat, telah saya nyatakan tadi ke mana duit tersebut digerakkan, tetapi Yang Berhormat telah masuk kepada topik 40 peratus. Jadi, 40 peratus Yang Berhormat tahu, sekarang ini tengah berlaku perbincangan pihak Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak jadi tidak elok saya mendahului perbincangan mereka. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira itu sahaja yang dapat saya rumuskan. Saya ucapkan sekali lagi terima kasih banyak-banyak kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam Akta Levi Keuntungan Luar Biasa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita teruskan agenda selanjutnya. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 2:40 PM
[Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

[Fasal-fasal 1 hingga 6 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (Datuk Hajah Zuraida binti Kamaruddin) dan diluluskan].

final • 2:40 PM
RANG UNDANG-UNDANG CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan I - Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Cukai Jualan 2022 dibacakan kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) 2022 yang

final • 2:49 PM

dicadangkan ini merupakan pindaan ke atas Akta Cukai Jualan 2018 - Akta 806

. Pindaan yang dibuat ini secara asasnya melibatkan pindaan ke atas empat seksyen sedia ada dan mewujudkan lima seksyen, satu jadual dan satu bahagian baharu di dalam akta tersebut.

Antara pindaan utama yang dibuat adalah bagi meluaskan skop kenaan Cukai Jualan dengan mengenakan Cukai Jualan ke atas Barang Bernilai Rendah atau Low Value Goods (LVG) yang dijual secara atas talian dan barang tersebut diimport masuk ke Malaysia.

final • 2:49 PM

dicadangkan ini merupakan pindaan ke atas Akta Cukai Jualan 2018 - Akta 806

Cadangan peluasan skop ini merupakan salah satu langkah di bawah inisiatif kemampanan hasil yang telah diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini, barang bernilai rendah iaitu RM500 ke bawah tidak dikenakan sebarang cukai apabila ia diimport masuk ke dalam Malaysia selaras dengan kemudahan de minimis, dengan izin. Namun begitu, didapati cara ini menyebabkan layanan tidak adil, terutamanya kepada peniaga tempatan kerana barang yang diimport dari luar negara tidak dikenakan cukai, sedangkan barang keluaran tempatan tertakluk kepada kenaan cukai jualan pada kadar yang ditetapkan. Senario ini tidak berbangkit kerana barang bernilai RM500 ke atas kerana ia tertakluk kepada kenaan duti atau cukai berdasarkan kadar yang ditetapkan. Tiada sebarang kemudahan atau pengecualian yang diberikan.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada layanan tidak adil, kemudahan de minimis ini juga telah diambil kesempatan oleh pihak tertentu. Sebagai contoh, barang bernilai tinggi di ikrar sebagai barang bernilai RM500 dan ke bawah bagi mengelakkan membayar duti atau cukai dan menyebabkan kerugian kepada kerajaan. Berdasarkan maklumat daripada pihak Kastam Diraja Malaysia, sebanyak 1,922 kesalahan pengingkaran dagangan de minimis telah direkodkan bagi tahun 2020. Pada tahun 2021 pula, JKDM berjaya mengutip semula duti atau cukai sebanyak dari 1,228 transaksi yang melibatkan kesalahan pengingkaran barang de minimis. Manakala sehingga Jun 2022, sebanyak 276 kesalahan pengingkaran dengan jumlah duti cukai telah direkodkan.

Cadangan peluasan skop kenaan ini bukan merupakan langkah ke belakang dan Malaysia bukanlah satu-satunya yang akan atau telah melaksanakan. Di peringkat global, negara seperti Australia, New Zealand, United Kingdom dan Norway telah pun mengenakan cukai sama ada GST atau VAT ke atas barang bernilai rendah. Singapura juga telah melaksanakan perkara yang sama mulai 1 Januari 2023 di mana barang bernilai SGD400 dikenakan GST pada kadar tujuh peratus.

Ahli Yang Berhormat, tindakan yang diambil oleh negara-negara ini adalah selaras dengan perkembangan ekonomi semasa dan pihak Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) melalui International VAT atau GST Guidelines yang diterbitkan pada tahun 2017, juga menggariskan cadangan kenaan cukai tidak langsung ke atas urus niaga yang melibatkan transaksi rentas sempadan dalam menangani cabaran mencukai ekonomi e-dagang. Peluasan skop cukai jualan ini secara tidak langsung dapat memberi hasil tambahan kepada kerajaan dengan anggaran kutipan sebanyak RM200 juta. Tambahan hasil ini pasti akan digunakan sepenuhnya bagi pembangunan negara dan akan memberi manfaat kepada rakyat terutamanya golongan yang memerlukan.

Selain daripada pindaan tersebut Yang Berhormat, berkaitan dengan cadangan pengenaan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah tersebut, pindaan yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini juga berkaitan dengan kemudahan yang disediakan kepada pengilang daripada aspek pelanjutan tempoh masa bagi melaksanakan sesuatu obligasi atau pindaan ke atas terma dan syarat yang ditetapkan dalam keadaan tertentu, pembatalan pendaftaran dan peremitan cukai bagi keadaan tertentu. Terdapat juga pindaan tambahan lain yang bertujuan untuk memperjelas dan memperkemaskan peruntukan sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini mempunyai 10 fasal seperti berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal ini juga bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk menetapkan tarikh efektif untuk mengena dan melevikan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah di bawah akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan memasukkan bahagian baharu IIIA dengan pengenaan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah dan seksyen baharu 11A, 11B, 11C dan 11D ke dalam Akta 806.

Seksyen 11A yang dicadangkan mengandungi tarif bagi perkataan atau ungkapan tertentu yang digunakan dalam Bahagian IIIA yang dicadangkan dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta 806 berhubung dengan bahagian itu. Seksyen 11B yang dicadangkan mengadakan peruntukan bagi pemakaian Akta 806 sebagai mana yang diubahsuai oleh Bahagian IIIA yang dicadangkan dan jadual baharu ke atas barang bernilai rendah. Seksyen 11C yang dicadangkan mengadakan peruntukan bagi pemakaian dalam wilayah dan luar wilayah Bahagian IIIA yang dicadangkan. Seksyen 11D yang dicadangkan memperkatakan tentang paparan maklumat pada bungkus barang bernilai rendah.

Fasal 3 Tuan Yang di-Pertua, bertujuan untuk memasukkan subseksyen 19(5) ke dalam Akta 806 bagi membolehkan Ketua Pegawai Kastam membatalkan pendaftaran pengilang berdaftar setelah pengilang berdaftar membuat permohonan pembatalan.

Sekiranya Ketua Pengarah Kastam berpuas hati, pengilang berdaftar itu telah dikecualikan daripada pendaftaran di bawah Akta 806.

Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 57A yang memperuntukkan bahawa sekiranya terdapat pengurangan dalam kuantiti barang bercukai yang sepatutnya dijumpai dalam kawasan khas hendaklah dalam ketiadaan bukti yang berlawanan, dianggap telah salah mengalih barang tersebut dan bertanggungan untuk membayar cukai yang dilevikan ke atas barang yang dijumpai kurang tersebut.

Manakala subseksyen 57A(2) memperuntukkan bahawa jika pengurangan yang disebut dalam subseksyen 57A(1) disebabkan oleh kebocoran, pecah atau kemalangan lain, Ketua Pengarah boleh meremitkan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada cukai jualan yang boleh dilevikan ke atas barang yang dijumpai kurang itu.

Fasal 5 Tuan Yang di-Pertua bertujuan untuk meminda perenggan 91(a) bagi memasukkan rujukan kepada pekerja di bawah seksyen 89 Akta 806 berkenaan perlakuan satu kesalahan di bawah seksyen 91 Akta 806.

Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 106 Akta 806 bagi memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan mengenai perkara yang berhubung dengan barang bernilai rendah.

Fasal 7 bertujuan memasukkan seksyen baharu 106A dan 106B ke dalam Akta 806. Seksyen 106A adalah untuk memberi kuasa kepada Menteri bagi melanjutkan tempoh untuk melakukan perbuatan atau benda yang perlu disempurnakan dalam tempoh tertentu di bawah Akta 806 sekiranya dia berpuas hati bahawa perbuatan atau benda itu tidak dapat disempurnakan dalam tempoh itu disebabkan oleh berlakunya apa-apa kecemasan awam atau krisis kesihatan awam. Manakala seksyen 106B adalah untuk memberi Menteri kuasa untuk menambah, memotong, mengubah terma dan syarat yang dikenakan menurut kuasa Akta 806 bagi maksud melaksanakan tujuan Akta 806 dengan syarat bahawa notis munasabah diberikan kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat tersebut.

Fasal 8 Tuan Yang di-Pertua bertujuan untuk memasukkan jadual baharu ke dalam Akta 806 yang menyatakan pengubahsuaian kepada peruntukan Akta 806 yang terpakai kepada LVG. Peruntukan jadual antara lain mengubahsuai Akta 806 dengan mengganti perkataan pengilang, pengilang berdaftar dan barang bercukai kepada penjual, penjual berdaftar dan barang bernilai rendah.

Fasal 9 dan 10 bertujuan mengadakan peruntukan peralihan. Selain itu pindaan lain yang tidak dinyatakan secara khusus merupakan pindaan kecil atau berbangkit.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 2:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) mengelirukan Dewan. Saya mohon sedikit masa kerana ini sangat penting Tuan Yang di-Pertua kerana Yang Berhormat Menteri Kewangan sebelum ini telah memberikan satu jawapan kepada Yang Berhormat Sibuti berkenaan dengan isu lantikan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Jawapan dia ringkas Tuan Yang di-Pertua, “Kementerian Kewangan masih sedang meneliti aspek perundangan yang berkaitan dalam menimbang cadangan pelantikan wakil yang berasal dari negeri Sabah dan negeri Sarawak dalam Lembaga Pengarah Hasil Dalam Negeri”. Tuan Yang di-Pertua, jawapan ini bukan saja mengelirukan, malah menghina, merendahkan akal kami di dalam Dewan ini sebagai penggubal undang-undang. Kalau saya rujuk kepada senarai terkini jawatan yang ada dalam Lembaga Hasil sekarang ini, dia terdapat dua kekosongan Yang Berhormat Menteri yang mana kekosongan jawatan ini saya rasa boleh diisi oleh wakil daripada Kerajaan Negeri Sabah dan juga wakil daripada Kerajaan Negeri Sarawak.

Jadi kalau dilihat daripada jawapan Yang Berhormat Menteri ini seolah-olah menggambarkan bahawa Sabah dan Sarawak itu tidak mempunyai kerajaan. Saya harap, ia perlu diperjelaskan oleh Yang Berhormat Menteri kerana ini merupakan satu perkara yang sering dibangkitkan oleh rakyat Sabah dan Sarawak, yang mana saya rasa ini merupakan satu usaha untuk menidakkan hak kami.

Jawapan-jawapan yang diberi oleh Menteri Kewangan sentiasa menyakitkan hati rakyat negeri Sabah dan Sarawak. Perkara seperti ini bukan sahaja baharu Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Saya selalu bertanya jawapan ini di dalam Dewan ini dan sering kali kita diberi jawapan yang ...

final • 2:50 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Sepanggar, cuba ringkaskan. Direct to the point.

final • 2:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Jadi saya minta jawapan yang mengelirukan ini, saya harap Kementerian Kewangan perlu menjelaskan apa maksud dia jawapan ini. Adakah Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak itu tidak diiktiraf sebagai wakil daripada Kerajaan Sabah dan Sarawak? Oleh sebab terdapat dua kekosongan, kita minta Kementerian Kewangan untuk menjelaskan perkara ini. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Okey. Yang Berhormat Sepanggar, perkara Yang Berhormat Sepanggar bangkitkan itu saya rasa tidak mungkin Yang Berhormat Menteri dapat menjawab on the spot.

final • 3:00 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Faham, faham. Saya faham.

final • 3:00 PM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Jadi, saya mohon dapat Yang Berhormat Sepanggar tuliskan secara hitam putih, nyatakan bahagian mana dan sebagainya, forward-kan kepada pihak Dewan.

final • 3:00 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:00 PM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Kita teruskan dengan agenda kita. Ada sesiapa yang menyokong?

final • 3:00 PM

Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 3:00 PM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Jualan 2018 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Mengikut senarai yang telah diberi kepada pihak Majlis, mereka yang akan berbahas adalah Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Sepang. Semuanya lima minit. Saya mulakan dengan Yang Berhormat Tebrau.

final • 3:00 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya sertai perbahasan RUU Akta Cukai Jualan 2018 (Pindaan) 2022. Saya sudilah menyokong RUU ini kerana ia akan level the playing field dengan izin, antara penjual tempatan dan penjual di luar Malaysia mengenai barangan yang bernilai rendah yang banyak dibeli atas talian melalui Shopee atau Lazada dan sebagainya.

Saya ucap terima kasihlah kepada Kementerian Kewangan kerana selalu mengemas kini peraturan-peraturan dan juga undang-undang untuk memastikan apa yang dalam undang-undang adalah up-to-date, yang ikut keperluan semasa. Akan tetapi, saya pun berharaplah Yang Berhormat Menteri yang menjaga perundangan di dalam Pejabat Perdana Menteri pun lakukan yang sama untuk buat satu usul atau mencadangkan untuk mengemas kini Perkara 48 (1)(e) di mana disebut kalau seorang Ahli Dewan Rakyat akan hilang kelayakan untuk menjadi seorang Ahli Parlimen sekiranya didenda melebihi RM2,000.

Itu adalah satu angka yang sudah lama tidak dikemas kini. Saya berharaplah Yang Berhormat Menteri yang menjaga perundangan kalau dapat tahu, dapat buat satu usul pada masa yang akan datang. Walaupun saya sokong tetapi saya ada soalan nak beri kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Walaupun ini bagus, tetapi kemungkinan rakyat di luar kena tahu dan jelas apa kesan kepada mereka. Jadi soalan saya adalah, adakah ini akan menyebabkan inflasi semakin naik ketika rakyat khususnya golongan B40 sedang cuba menyesuaikan diri dengannya. Sekiranya tidak, minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menunjukkan statistik untuk menyangkal kebimbangan saya.

Kedua, bagaimana Jabatan Kastam Diraja Malaysia boleh memastikan kesemua penjual tempatan dan di luar negara yang mengimport barangan bernilai rendah dapat didaftarkan untuk dikenakan cukai jualan kepada pembeli? Jikalau tidak, tujuan untuk adakan RUU ini tidak akan tercapai. Saya juga berharaplah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh mengemukakan statistik kutipan cukai jualan dan cukai perkhidmatan melalui pelaksanaan GST dan berapa kekurangan kutipan apabila GST dimansuhkan dan digantikan dengan SST. Apa kekurangannya? Minta juga Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan statistik yang menunjukkan pelaksanaan GST menyebabkan kenaikan harga barangan seperti mana yang didakwa oleh PH selama ini.

Sebaliknya, sekiranya GST tidak menyebabkan kenaikan harga barangan dan GST berupaya meningkatkan kutipan cukai lebih tinggi dan efisien, bukankah itu alasan yang baik untuk membawa balik GST pada masa yang sesuai? Kerajaan harus menganjurkan libat urus dengan semua perusahaan dan saya yakin majoriti mereka lebih menyokong pelaksanaan GST berbanding dengan SST...

final • 3:01 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Tebrau, boleh celah sikit?

final • 3:01 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Sekejap, biar saya habis dulu ya.

Alasannya mudah, pelaksanaan GST memerlukan semua yang menghasilkan barangan mesti didaftarkan di bawah GST tetapi ia tidak perlu di dalam pelaksanaan SST. Ini bermakna berlaku unlevel playing field dengan izin, di dalam SST. Selain daripada itu, di bawah pelaksanaan SST, mereka yang berdaftar boleh memilih untuk tidak mengeluarkan invois atau resit kepada pembeli. Tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab ini bertujuan untuk mengelak membayar cukai jualan atau cukai perkhidmatan seterusnya menyebabkan berlakunya ketirisan hasil cukai. Ini tidak boleh berlaku di bawah pelaksanaan GST. Ya, silakan Yang Berhormat Rasah.

final • 3:01 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Tebrau, terima kasih kerana memberi laluan. Saya tengok ucapan Yang Berhormat, dulu Yang Berhormat tak ada buat tuduhan macam ini. Kata PH kata GST barang naik semua apabila Yang Berhormat bersama dengan kami. Akan tetapi, lepas Yang Berhormat lompat, hujahan Yang Berhormat itu jauh berbeza dan terbalik sama sekali. Saya rasa ini suatu yang sangat mengelirukan rakyat bukan mengelirukan Dewan. Ini suatu yang saya terkejutlah Yang Berhormat.

final • 3:01 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Yang Berhormat Rasah, beritahu apa Yang Berhormat rasa. Selama ini di PH, saya ada pendirian sendiri.

Saya tidak pernah dalam Dewan ini atau di dalam apa-apa ceramah, saya menyarankan GST itu adalah tidak bagus. Itu pendirian saya. Pada bengkel tahun 2020 semasa saya masih dalam PH, saya ada sebut dan pun sudah dilaporkan dalam media, saya kata saya rindu kepada pelaksanaan GST dan Yang Berhormat Pontian pun kata terima kasih kepada saya. Jadi, saya konsisten dalam pendirian saya, ya.

final • 3:01 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tahniah, tahniah Yang Berhormat Tebrau. Lepas jadi katak lompat memang bagus hujahan itu. Rakyat akan dengar dan rakyat akan menjadi saksi.

final • 3:01 PM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Sila gulung.

final • 3:01 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Saya tidak mengelirukan. Itu pendirian saya sendiri selama ini.

final • 3:01 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Bagus, bagus. Tahniahlah. Itu menunjukkan kenapa Yang Berhormat lompat [Pembesar suara dimatikan]

final • 3:01 PM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat, duduk. Okey, kita selanjutnya. Dewan menjemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 3:01 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan pindaan terhadap Akta Cukai Jualan 2018. Sebelum ini, barang bernilai rendah iaitu kurang daripada RM500 telah dikecualikan daripada cukai jualan di bawah Item 24, Jadual ‘A’, Sales Tax (Persons Exempted from Payment of Tax) Order 2018. Akan tetapi sekarang, Kementerian Kewangan ingin mengembangkan skop cukai jualan ini. Maksudnya,lebih kurang ialah cukai yang baharu kepada barang bernilai rendah, satu lagi cukai yang baharu untuk barang bernilai rendah.

Masyarakat di luar tertanya-tanya, Perdana Menteri boleh membeli designer shirt Burberry bernilai beribu-ribu, dikenakan cukai jualan 10 peratus. Kenapa orang kurang berada nak beli satu shirt RM30 melalui online platform disamakan, kena bayar cukai kadar 10 peratus? Adakah ini level playing field seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Tebrau? Ini kerana orang kurang berada mana boleh beli beribu-ribu ringgit. Hanya beli barang bernilai rendah sahaja. Saya bertanya-tanya kenapa satu cukai baharu barang bernilai rendah ini diperkenalkan dan sila beritahu kita tarikh kuat kuasa, kadarnya dan juga berapa nilai barang bernilai rendah.

final • 3:08 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Adakah ia RM500 atau bagaimana? Ini kerana penjual-penjual online, penjual ecommerce online ini mereka perlu membuat pendaftaran. Kutip kalau dilaksanakan low value goods ini, mereka perlu membuat pendaftaran dengan MOF. Sekiranya mereka tidak memenuhi threshold untuk pendaftaran kerana sale-nya tidak begitu banyak, apa terjadi? Bagaimanakah mereka kutip sales tax?

Kalau barang dikembalikan, consumer kurang bersesuaian, mereka kembalikan barang, bagaimana cukai jualan itu dikembalikan? Ini expansion of sales tax ini bukan sahaja consumer atau pengguna menempah melalui online. Kalau import dari luar negara, bagaimana Akta Cukai Jualan dikuatkuasakan secara extraterritorial? Ini kerana apabila penjual di luar negara tidak memenuhi atau mematuhi rang undang-undang ini dan ada klausa-klausa primitif yang dikenakan, bagaimanakah Akta Cukai Jualan dikenakan penguatkuasaan itu kepada seorang penjual sama ada yang berdaftar atau tidak berdaftar di luar wilayah Malaysia?

Bagaimana kalau mereka tidak membayar, apakah cara penguatkuasaannya? Ini kerana ada extraterritorial element? Bagaimana pula pembelian online ini kalau ia diimport melalui airport, melalui kapal terbang ataupun sea port ataupun melalui darat, apakah bezanya implikasi ketiga-tiga mode transportation ini? Ini kerana kita juga kutip custom duty dan sebagainya.

Bagaimanakah caranya untuk membezakan ketiga-tiga itu? Bagaimana pula dengan ada produk-produk yang dikenakan eksais duti antara mungkin rokok, arak atau tobacco products? Bagaimanakah pula cukai baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional barang bernilai rendah ini? Satu cukai yang baharu ke atas barang- barang bernilai rendah ini, bagaimana ia what is the tax burden? Apakah beban cukai sama ada beban cukainya bukan ke atas pengilang ataupun e-commerce operator tetapi ke atas pengguna rakyat Malaysia yang hanya mampu untuk membeli barang bernilai rendah dan bukan barang bernilai tinggi?

Apakah jangkaan pendapatan yang dijangkakan oleh MOF tentang kutipan cukai baharu barang bernilai rendah ini? Ini kerana kita hendak tahu apakah jangkaan *income?

Sales tax on Taxable goods* sebelum ini berdasarkan 10 digit HS Code? Kalau sekarang Yang Berhormat Menteri boleh menentukan barang dan kelas barangan untuk barang bernilai rendah, bagaimana pengelasan tersebut? Dahulu berdasarkan, sebelum ini 10 digit HS Code, sekarang bagaimana?

Oleh itu saya meminta jawapan kepada setiap persoalan yang saya timbulkan tadi. Ini kerana ada implikasi kepada pengguna-pengguna dan perniagaan-perniagaan yang terlibat. Saya meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Yang Berhormat Jerai.

final • 3:10 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai sesi perbahasan Rang Undang-undang Cukai Jualan

(Pindaan) 2022 pada hari ini.

Sidang Dewan yang saya hormati sekalian, Rang Undang-undang Cukai Jualan

(Pindaan) 2022 ini bertujuan meminda Akta Cukai Jualan 2018 bagi mengenakan cukai jualan ke atas barangan import bernilai rendah (LVG) yang dibeli menerusi dalam talian.

Sebelum ini, jika pengguna membeli barangan berharga RM500 ke bawah secara dalam talian dengan peniaga luar negara menerusi platform e-dagang, tiada cukai yang dikenakan.

Namun begitu, dengan pindaan ini pengguna akan mula dikenakan cukai jualan dianggarkan sebanyak 10 peratus. Saya berharap agar kadar cukai ini dapat dikurangkan dengan mengambil kira kos modal dan kos penghantaran yang agak mahal yang terpaksa ditanggung oleh pengguna, ditambah pula cukai jualan. Diharap dengan penurunan kadar cukai daripada 10 peratus ke suatu angka yang lebih rendah dapat merancakkan lagi aktiviti jualan dan menjana ekonomi negara dengan lebih baik.

Hal ini juga menyebabkan pembelian selepas ini sama ada dari dalam atau luar negara kedua-duanya akan dikenakan cukai. Perubahan ini dibuat bagi memastikan layanan sama rata antara barang bercukai yang dikilangkan di Malaysia dengan barang yang diimport. Selepas ini peniaga sama ada dari Malaysia atau luar negara yang menjual LVG kepada pengguna di Malaysia perlu mendaftar dan dikenakan cukai jualan. Dengan kewujudan cukai ini, semua penjual tidak kiralah sama ada penjual tempatan ataupun luar negara akan menghadapi persaingan yang lebih adil.

Tuan Yang di-Pertua, dengan kewujudan cukai ini juga, pengguna yang gemar membeli belah dalam talian akan menyaksikan jurang harga produk yang lebih rapat antara yang dihantar dari luar negara berbanding yang dihantar dari dalam negara. Jiran kita Singapura terlebih dahulu mengumumkan dan mengaplikasikan langkah seperti ini.

Singapura dilihat lebih proaktif apabila dokumen tentang tatacara memungut LVG sudah pun diterbitkan seawal 30 Julai 2021. Di sana cukai ke atas LVG yang dibawa masuk dikenakan pada kadar tujuh peratus ke atas barangan bernilai melebihi SGD400.

Kita sangat berharap, dengan pelaksanaan cukai ini, ia akan membantu merancakkan lagi ekonomi negara kita. Dengan kerancakan ekonomi berkenaan, kita sangat berharap kerajaan mampu menggunakan pulangan wang cukai berkenaan ke arah yang menguntungkan semula rakyat.

Saya mencadangkan agar pindaan ini dilaksanakan dengan lebih efektif. Cukai ini sangat diperlukan sebagai pendapatan negara bagi membolehkan keperluan sosial rakyat seperti infrastruktur, kesihatan dan pendidikan dapat dilaksanakan. Pertumbuhan industri yang membawa kepada peluang-peluang pekerjaan, keperluan sekuriti dan sebagainya juga boleh diwujudkan. Sekian, terima kasih.

final • 3:14 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Dipersilakan Yang Berhormat Papar.

final • 3:14 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih sekali lagi atas peluang yang diberikan untuk Papar berbahas dalam Rang Undang-undang Cukai Jualan

(Pindaan) 2022. Tuan Yang di-Pertua, saya memahami usaha kerajaan untuk menambah pendapatan demi kesejahteraan negara dan rakyat. Itu memang tugas kerajaan.

Saya juga difahamkan pelaksanaan cukai jualan ke atas barangan import bernilai rendah yang dibeli menerusi dalam talian yang kita pinda melalui rang undang-undang ini akan mula berkuat kuasa 1 Januari 2023. Ertinya, setiap pembelian dalam talian ini akan naik harga. Apa tidaknya? Baru-baru ini ataupun tadi surat khabar telah mengatakan produk import online akan dikenakan 10 peratus cukai. Ini akan membebankan B40 dan M40 di mana mereka inilah adalah orang-orang yang suka membeli barang-barang online terutamanya barang-barang yang bernilai di bawah RM500.

Jadi kalau kita kenakan mereka cukai ini, bererti beban mereka ini akan bertambah. Mereka tahulah nanti apa yang akan dibuat apabila pilihan raya akan datang.

Izinkan saya pergi kepada satu fasal yang memerlukan penjelasan. Tafsiran seksyen 11A, barang bernilai rendah. Apakah kaedah yang diguna pakai kementerian bagi menentukan atau mengkategorikan sesuatu barang itu bernilai rendah?

Dua, apakah mekanisme yang diguna pakai oleh kerajaan bagi memastikan tiada seorang pun yang dapat mengelak daripada dikategorikan sebagai penjual berdaftar di bawah seksyen 13? Berapakah sasaran kerajaan bagi penjual berdaftar ini dan anggaran jumlah kutipan cukai apabila pindaan kepada rang undang-undang ini berkuat kuasa?

Seterusnya, pemakaian dalam wilayah dan luar wilayah seksyen 11C. Satu, bukanlah satu perkara yang mustahil untuk penjual-penjual di luar negara ini cuba untuk mengelak daripada dikenakan cukai oleh kerajaan. Ada daripada mereka yang menggunakan syarikat lain dan apa sahaja jalan yang akan digunakan bagi mengelakkan mereka daripada membayar cukai.

final • 3:17 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Justeru itu, saya ingin tahu secara terperinci, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan bagi memastikan setiap pindaan dibuat oleh kerajaan dapat memaksimumkan kutipan cukai ini?

Seksyen baharu iaitu seksyen 57A. Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar penjelasan yang Yang Amat Berhormat tadi berkenaan tafsiran kecemasan awam dan krisis kesihatan awam. Saya berpandangan bahawa adalah tidak patut tafsiran ini diletakkan secara umum tanpa diletakkan dengan terperinci kejadian-kejadian yang dikategorikan sebagai kecemasan am. Kalau kita rujuk Law of Insider, iaitu di dalam dictionary, kecemasan awam ataupun public emergency bermaksud “Public emergency means any condition which, in the opinion of city officials, poses an immediate threat to the lives or property of the citizens or others caused by any natural or man-made disaster, including but not limited to storms, floods, fire, accidents, explosion, major water main breaks, hazardous material spills et cetera. Tafsiran krisis kesihatan awam pula ataupun “Public health emergency means a state of emergency declared by governor in which there is an occurrence or imminent threat of an illness or health condition caused by bioterrorism, an epidemic or pandemic disease or a highly fatal infectious agent or biological toxin that poses a substantial risk of a significant number of human fatalities or incidents of permanent or long-term disability”.

Justeru, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar tafsiran ini diperincikan sebaiknya, agar tiada salah faham yang akan memberikan kemudaratan kepada kerajaan kelak dan yang lebih membimbangkan jika ia membuka ruang untuk disalah guna kuasa.

Cukai jualan yang dikutip di Sabah. Tuan Yang di-Pertua, mengikut jawapan Parlimen yang diberikan kepada Yang Berhormat Semporna berkenaan cukai yang dikutip dari Sabah oleh Kerajaan Persekutuan. Jawapan yang diberi amatlah mengecewakan.

Untuk makluman Yang Berhormat, dokumen fizikal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan hanya menyatakan jumlah keseluruhan kutipan cukai tidak langsung diletakkan berapa jumlah cukai yang dikutip mengikut negeri. Makanya memandangkan Yang Berhormat wakil rakyat dari Sabah, adalah menjadi tanggungjawab Yang Amat Berhormat untuk mendedahkan berapa jumlah kutipan cukai langsung atau tidak langsung yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan dari Sabah. Pasal orang-orang Sabah pun mahu tahu bah.

Saya minta diberikan jumlah cukai yang dikutip di seluruh Malaysia untuk tahun 2021. Begitu juga saya minta diberikan jumlah kutipan cukai jualan di Sabah bagi tahun yang sama. Kita sekarang sedang berbahas mengenai pindaan cukai jualan. Jadi, saya berharap Kementerian Kewangan bersikap tulus dan ikhlas dalam perkara ini. Ke manakah pungutan cukai ini akan dibelanjakan?

Tuan Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat dari Sabah yang memperjuangkan hak-hak orang Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. Sokongan saya pada RUU ini adalah bergantung kepada jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat kelak berkenaan dengan cukai yang dikutip dari Sabah. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Dipersilakan Yang Berhormat Rasah.

final • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya turut serta dalam membahaskan Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) 2022 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan tadi.

Perkara pertama yang saya hendak sebut di bawah tafsiran fasal 11A berkenaan dengan barang bernilai rendah. Ketika membentangkannya, Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut bahawa nilai ambangnya RM500. Cuma saya hendak tanya, kenapa nilai tersebut tidak disebut secara nyata dalam takrifan tersebut? Oleh sebab bagi saya lebih sesuai kalau tafsiran ia dimasukkan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan kelak. Walaupun pada kebiasaannya barang bernilai rendah memang merujuk kepada RM500. Okey, itu soalan pertama.

Kedua, saya hendak tanya kepada pihak kerajaan. Apakah dengan adanya pindaan-pindaan yang dikemukakan ini yang meletakkan peniaga dalam dan luar negara dalam platform yang sama, sama-sama kena bayar cukai dan dikenakan cukai jualan?

Ya, kita nampak ia platform yang sama, adil untuk persaingan perniagaan dan ia banyak bergantung kepada perniagaan online, okey. Cuma saya hendak tanya, apabila berlaku perkara ini sama ada ia akan menjejaskan kuasa membeli rakyat ataupun tidak? Pembeli tempatan, pengguna tempatan yang beli online daripada peniaga luar yang sebelum ini tidak dikenakan, tidak termasuk dalam skop ini sama ada ia akan menjejaskan atau tidak, sama ada kerajaan pernah buat apa-apa kajian berkenaan dengan perkara ini atau pun tidak.

Pada petang ini juga saya hendak tanya satu lagi berkenaan dengan perkara ini.

Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata dijangka RM200 juta akan dikutip. Dalam setahun kah apa? Saya mohon ini penjelasan daripada Yang Berhormat berkenaan dengan perkara ini. Okey, jadi ia akan menambahkan pendapatan kerajaan untuk membolehkan dana kerajaan bertambah.

Saya sebenarnya pada petang ini, saya cukup berbesar hatilah apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri yang kalau tidak silap saya pada Ogos 2018 ketika Kerajaan Pakatan Harapan membentangkan akta ataupun Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 ketika itu, Yang Berhormat antara yang kurang bersetuju. Yang Berhormat ketika itu lebih mirip, lebih menyebelahi GST ketika itu. Jadi, saya berbesar hati hari ini Yang Berhormat telah menyokong akta ini, RUU yang dibentangkan ketika Yang Berhormat Bagan menjadi Menteri Kewangan ketika itu. Komitmen daripada Kerajaan Pakatan Harapan ketika itu yang mana tidak mahu ketirisan masalah yang berlaku kerana GST berlarutan di Malaysia.

Saya masih ingat antara figure ataupun nombor yang masih segar dalam ingatan saya adalah RM19.4 bilion. Ini mantan Menteri Kewangan ada di sini. Kalau saya buat silap, boleh buat teguran. Sejumlah RM19.4 bilion yang sepatutnya refund atau dipulangkan kepada mereka yang layak dan sebagainya. Akan tetapi apabila Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan ketika itu, cuma ada dalam RM150 juta kalau tidak silap saya dalam tabung yang dikhaskan untuk refund. Jadi, ketirisan sebegini akhirnya diselesaikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2019. Semuanya telah refund.

Saya berbesar hati apabila kerajaan yang ada pada hari ini membentangkan amendment, pindaan kepada RUU ini yang menunjukkan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini walaupun ramai di kalangan pimpinan kerajaan hari ini sebenarnya tidak bersetuju dengan akta ini ketika mula-mula dibentangkan pada Ogos 2018, tetapi telah mengakui tindakan rakyat yang menyokong Pakatan Harapan pada PRU ke-14 dan seterusnya membolehkan GST menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah tersebut adalah tepat sekali yang membolehkan kerajaan hari ini setuju dengan apa yang Kerajaan Pakatan Harapan pernah lakukan pada empat tahun dahulu. Jadi saya mohon sahabat saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan boleh bagi ulasan sedikit berkenaan dengan perkara ini.

final • 3:23 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Sedikit Yang Berhormat.

final • 3:23 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya, Yang Berhormat Jelutong.

final • 3:23 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, saya hendak bertanya Yang Berhormat, apa pandangan Yang Berhormat bahawa cukai ini dikenakan ke atas rakyat untuk menampung perbelanjaan-perbelanjaan kerajaan yang tidak perlu di— kita bayar. Seperti membayar duta-duta khas ke luar negara, membayar Timbalan-timbalan Menteri. Kenapa perlu kita sebagai rakyat menanggung perbelanjaan-perbelanjaan ini?

Ini adalah persoalan saya. Mungkinkah cukai ini dikutip daripada rakyat yang sudah susah untuk menampung perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak perlu dibayar oleh rakyat? Apa pendapat Yang Berhormat.

final • 3:23 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya, saya setuju dengan...

final • 3:23 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Saya tambah lagi daripada Yang Berhormat Jelutong. Rombongan ke luar negara Jepun dengan delegasi 100 orang tidak diumumkan juga akaunnya apabila ditanya oleh Yang Berhormat Seputeh. Sama ada Yang Berhormat Rasah setuju bahawa sekiranya penjimatan dilakukan oleh kerajaan, maka kutipan kecil ini a new tax introduced untuk mengenakan cukai ke atas barang bernilai kecil yang kebanyakan mungkin orang yang kurang berada.

final • 3:23 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat, sila...

final • 3:23 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Saya minta pandangan Yang Berhormat Rasah.

final • 3:23 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Okey, terima kasih kepada kedua-dua Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya ambil 30 saat. Saya memohon masukkan apa-apa ucapan mereka dianggap sebahagian ucapan saya.

final • 3:23 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Cuma, saya pun bersetuju dengan Yang Berhormat Bukit Bendera. Perbelanjaan apabila buat lawatan ke luar negara itu patut diumumkan sebab ia adalah lawatan yang menggunakan dana awam dan rakyat berhak tahu. Saya cukup terkejut kenapa lawatan ke Jepun itu perbelanjaannya tidak diumumkan.

Jadi kalau saya boleh, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan apabila menggulung nanti, tolong bagikan berapa kos yang terlibat dalam lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Jepun sebab Yang Berhormat Menteri Tugas-tugas Khas dia tidak dapat hendak jawab. Mungkin Timbalan Menteri Kewangan boleh jawab.

Sekian sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Memandang Yang Berhormat Sepang tidak ada, Yang Berhormat Menteri sila menjawab.

final • 3:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang seramai lima Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Papar dan Yang Berhormat Rasah. Semua pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat saya kira ada perkara yang berkaitan dengan pindaan, ada perkara yang di luar pindaan. Akan tetapi, saya cuba menjawab sebaik mungkin supaya dapat memuaskan hati Ahli-ahli Yang Berhormat.

Ahli Yang Berhormat Tebrau ada bangkitkan, adakah dengan mengenakan LVG ini, ia akan menyebabkan berlakunya kenaikan inflasi. Saya yakin Ahli Yang Berhormat merupakan latar belakangnya seorang akauntan dan saya harus memberitahu kepada Yang Berhormat, inflasi ini bukanlah semata-matanya datang daripada cukai semata- mata. Ia juga melihat dengan perkara-perkara yang melibatkan pasaran, yang melibatkan konflik dan sudah pasti perkara yang kita buat ini telah kita libat urus dengan semua negara yang pernah melakukan low value goods ini sepertimana yang saya telah nyatakan dalam ucapan bacaan kali kedua sebentar tadi.

Jadi, saya kira isu inflasi ini tidak perlu kita perdalamkan. Saya hendak pergi kepada perkara-perkara yang spesifik sepertimana yang telah saya sebutkan semalam.

Kita punya kadar inflasi negara purata pada tahun ini, pada sekarang ini berada pada 2.5 peratus berbanding pada awal tahun, 2.2 peratus.

Ahli Yang Berhormat juga ada membangkitkan berkaitan bagaimana Kementerian Kewangan hendak pastikan peniaga luar negeri dan peniaga tempatan berdaftar. Yang Berhormat, kita ada pengalaman cukai perkhidmatan digital. Sama juga, kita mengarahkan syarikat-syarikat luar negara untuk berdaftar dengan kita.

Berdasarkan pengalaman tersebut, sudah pasti akan menjadi panduan kepada kita untuk membuat profiling. Akan tetapi, ada juga Yang Berhormat yang menyatakan tadi berapa banyak threshold yang perlu digunakan. Jangan risau Yang Berhormat.

Sekiranya transaksi syarikat tersebut bawah daripada RM500,000, mereka tidak akan dikenakan cukai jualan ke atas barang-barang LVG.

Yang Berhormat Rasah tadi ada bangkitkan jumlah berapa, RM500. Dia begini Yang Berhormat. Saya harus memberitahu Dewan yang mulia ini keadaan senario semasa. Pada keadaan sebelum kita mengenalkan rang undang-undang ini atau pindaan ini, barang-barang yang RM500 ke atas, kita akan kenakan dua cukai yang sepatutnya yang kena. Satu cukai jualan import, satu duti import. Akan tetapi barang yang bawah RM500, maknanya RM400, RM300, terpulanglah barang itu berharga berapa. Jadi, tidak dikenakan kerana ada kemudahan de minimis. Kemudahan, de minimis ini dua pengecualian diberikan iaitu cukai jualan dan cukai duti import.

Akan tetapi apabila kita lihat seperti mana dalam bacaan kali kedua saya tadi, ada objektif-objektif untuk menyamaratakan peniaga tempatan dan juga ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, kalau kita berdasarkan simulasi yang dibuat oleh pihak Kastam Diraja Malaysia melalui pengikraran melalui ePAM. Sistem ePAM ini maklumat awal sampai sebelum dia sampai barang ke port. Pada tahun 2018, kita sepatutnya boleh dapat dengan penggunaan skop ini, dapat RM15 juta.

RM106 juta tahun 2019, tahun 2020 RM205 juta, tahun 2021 RM326 juta. Akan tetapi, kita tidak kenakan perkara ini sebab kita belum bawa pindaan.

Akan tetapi dengan pindaan ini seperti mana Yang Berhormat Rasah bertanya tadi, berapa jangkaan kita. Kita ambil jangkaan lebih kurang RM200 juta. Jadi kalau dikatakan ini membebankan seperti mana yang disebutkan Yang Berhormat Papar tadi, kita kecualikan duti import juga. Di bawah RM500, sepatutnya mereka kena duti import, kita kecualikan. Kita hanya kenakan cukai jualan Yang Berhormat. Pada kita, kadar ini relevant dan sekiranya ada perkara-perkara yang perlu kita timbangkan, kita akan membuat pertimbangan.

final • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Boleh saya habiskan sedikit? Nanti Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Yang Berhormat, minta jalan.

final • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Sila.

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ya. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Nilai ambang RM500 telah pun ditetapkan sebelum ini. Adakah ini bermakna bahawa nilai ambang RM500 ini akan dihapuskan sama sekali supaya semua itu belian secara online termasuk benda-benda yang RM10 pun akan dikenakan lima peratus atau 10 peratus. Five to 10 percent. Betul tidak?

final • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Sepertimana Yang Berhormat– Betul.

Maknanya kita akan kenakan barangan di bawah RM500. Dahulu kita de minimis, tetapi masih ada duti import. Duti import juga dikecualikan. Kita hanya kenakan cukai jualan...

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

So, sekarang cukai import tidak dikenakan lagi?

final • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Bawah RM500, yang atas RM500...

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

De minimis masih ada?

final • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

De minimis masih ada pengecualian duti import, lima peratus ke 30 peratus duti import.

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

So, duti import di antara lima peratus hingga 30 peratus tidak akan dikenakan?

final • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Tidak akan dikenakan di bawah RM500.

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Hanya itu cukai jualan sahaja?

final • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Cukai jualan sahaja.

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Cukai jualan lima peratus hingga 10 peratus.

final • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

10 peratus Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Lima peratus atau 10 peratus? 10 peratus flat?

final • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Itu yang atas, atas RM500...

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya tahu.

final • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Lima peratus, 10 peratus– Mesti Yang Berhormat tahu sebab Yang Berhormat pernah menjadi Menteri Kewangan.

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ya. Saya tahu, tetapi di bawah RM500 berapa?

final • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Kita letakkan 10 peratus.

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Di bawah RM500?

final • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

10 peratus.

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

10 peratus flat lah.

final • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Ya flat.

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

So, apakah kesannya kalau kita lihat daripada segi cost-benefit analysis, dengan izin Tuan Yang di-Pertua? Di antara cost-benefit analysis bahawa dengan menghapuskan cukai import, adakah ini bermakna bahawa dengan mengenakan cukai jualan, beban ataupun the tax incidence adalah lebih rendah?

Adakah ini dimaksudkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Boleh Yang Berhormat ulang balik?

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sekarang kalau kita hapuskan itu nilai ambang, bermakna yang sebelum ini tidak di cukai, kini dicukai. So, ini akan menambahkan beban cukai ke atas pembeli. Apakah impak kepada pembeli ini kerana dengan tanpa dia de minimis yang tadi Yang Berhormat sebut bahawa duti cukai import pun akan dihapuskan.

Saya tidak tahu apakah kesan untuk barang-barang yang kurang daripada RM500. Saya harap boleh bagi penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Yang Berhormat, pertamanya Yang Berhormat sedia maklum, RM500 ke atas kita kenakan seperti biasa. Sama ada lima peratus, 10 peratus atau dikecualikan perkara-perkara yang melibatkan yang kita kecualikan.

Kemudahan de minimis ada dua. Duti import dengan cukai jualan. Duti import kita masih kecualikan. Kita hanya kenakan pada LVG ini cukai jualan 10 peratus dan kita yakin kadar ini kadar yang tidak membebankan. Sebab objektif utama untuk adakan LVG ini adalah kerana pertamanya, untuk kita memastikan kita samakan a level playing field between peniaga luar negara dan peniaga tempatan.

Kita hendak menggalakkan supaya lebih banyak rakyat tempatan membeli produk tempatan. Keduanya, kita hendak mengelakkan isu-isu yang salah ikrar ini kerana seperti mana yang saya sebut dalam bacaan pertama tadi, banyak tangkapan yang kita buat yang menunjukkan ada pihak mengambil kesempatan atas ruang dan peluang yang kita berikan.

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Bermakna bahawa sebenarnya apabila pindaan ini diluluskan, yang beli barangan kurang daripada RM500 akan bayar lebih kalau dibandingkan sebelum ini. Betul tidak?

final • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Betul.

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Okey. So, maksud apa ini Yang Berhormat ialah untuk memastikan seperti yang disebut. Saya hendak bertindak adillah. You want to level the playing field supaya peniaga tempatan dapat bersaing dengan sama rata dengan peniaga-peniaga luar negeri. Betul tidak?

final • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Yang Berhormat peniaga tempatan kena cukai jualan Yang Berhormat dan...

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ya, saya tahu.

final • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

... cukai pendapatan. Jadi sekarang ini apa yang berlaku, peniaga luar negara menikmati apa yang tidak dinikmati kemudahan yang berada...

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya tahu, tetapi saya sebutkan tentang online.

final • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Sudah pasti apa Yang Berhormat cakap itu betul, memang akan ada peningkatan. Akan tetapi, kadar peningkatan ini adalah kadar yang munasabah bagi pandangan Kementerian Kewangan.

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Itu munasabah, itu terpulang kepada masing- masing tetapi yang saya hendak tambah secara fakta sahaja. Ini bukan untuk berbahas.

Saya dapat secara fakta bahawa ini adalah untuk perdagangan ataupun pembelian online. Betul tidak?

Kalau untuk pembelian online...

final • 3:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Yang Berhormat...

final • 3:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...Adakah ini termasuk juga mereka yang berdagang ataupun peniaga-peniaga tempatan yang buat secara online?

final • 3:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Tidak Yang Berhormat, ini saya jelaskan. Barang bernilai rendah low value goods adalah barang bernilai rendah iaitu tidak melebihi RM500, yang berada di luar Malaysia dan dijual dalam pasaran dalam talian online marketplace oleh seseorang penjual luar negara dan dihantar kepada pengguna di Malaysia, mengguna mod udara, darat dan laut.

Clear. Clear Yang Berhormat? Saya rasa clear sebab saya sudah...

final • 3:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Bolehkah kita membuat perbincangan tentang perkara ini? Kita tidak mahu langgar semua fasal-fasal yang diusulkan oleh pihak kementerian. Akan tetapi kerana ini melibatkan mereka yang membeli barangan kurang daripada RM500.

So, kalau boleh untuk membantu mereka yang membeli low value goods, saya rasa bukan untuk sama ratakan dengan kenakan cukai. Kalau boleh sama ratakan dengan kurangkan cukai untuk peniaga tempatan untuk barangan kurang daripada RM500. Saya rasa ini lebih munasabah.

So, di sini saya hendak cadangkan, ini saya tidak mahu you jadi isulah. Yang Berhormat pun tahu kita buat secara ikhlas. Bolehkah kita bincang tentang fasal ini sahaja? Hal ini kerana saya rasa apa yang berlaku sekarang dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kita tidak harus mengenakan cukai tambahan.

Kalau boleh kita kurangkan cukai, khususnya untuk mereka yang berpendapatan rendah. So, di sini saya syorkan jangan untuk sama ratakan di antara peniaga tempatan dengan peniaga luar negeri. Kita tambah cukai untuk mereka yang membeli barangan daripada peniaga luar negeri.

Hal yang kita patut buat ialah kita kekalkan pengecualian ini untuk peniaga dari luar negeri dan kita kurangkan untuk peniaga tempatan bahawa mereka tidak harus dikenakan cukai jualan ini. Boleh tidak? Ini saya syorkan supaya perkara ini saya rasa kita akan bersetuju.

final • 3:40 PM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Menteri, satu minit dan gulung.

final • 3:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Yang Berhormat, saya kira sudah...

final • 3:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sudah, sudah. Saya mohon untuk lanjutkan kerana ini perkara penting. RM200 juta dan ini akan ada kesan untuk macam pengundi Yang Berhormat. Bila dia hendak buat kita hendak mengalahkan mereka buat e- commerce tetapi kena cukai. Tidak munasabahlah.

final • 3:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Yang Berhormat, kan saya sudah nyatakan tadi, penjelasan saya sudah jelas. Saya ulang sendiri depan Yang Berhormat.

Maknanya, barang bernilai rendah ini tidak melebihi RM500 yang berada di luar Malaysia dijual dalam pasaran oleh seseorang penjual di luar negara dan dihantar kepada pengguna Malaysia menggunakan ketiga-tiga mod Yang Berhormat.

Saya sudah jelaskan tadi, objektif kita pertamanya adalah untuk memastikan kita samakan level playing field. Akan tetapi, Yang Berhormat mempunyai pandangan berbeza. Saya faham pandangan Yang Berhormat, maknanya untuk mengurangkan cukai di negara ini supaya sama rata. Akan tetapi Yang Berhormat...

final • 3:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sama ratakan dengan kurangkan cukai, bukan sama ratakan dengan tambah cukai, itu yang saya maksudkan.

final • 3:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Tidak Yang Berhormat, itu sebabnya kita buat libat urus dengan industri-industri dan kita melihat semua perkara ini. Itu sebabnya tempoh untuk kenakan kuat kuasa ini belum kita tentukan lagi.

Walaupun telah kita umumkan tempoh hari dalam Belanjawan 2020, pada 1 Januari 2023 tetapi tempoh kuat kuasanya belum kita tentukan tarikh sebab yang paling pentingnya adalah untuk kita melihat semua pihak bersedia. Industri bersedia, pihak kastam bersedia dan juga rakyat bersedia dalam perkara ini.

Cuma kita buat pindaan ini kerana kita hendak memastikan supaya ketersediaan ini mesti ada perundangan tersebut Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Oleh sebab itu...

final • 3:40 PM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...Tidak ada niat untuk kuatkuasakan. Janganlah kita...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 3:40 PM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Yang Berhormat Bagan, masa telah cukup. Saya rasa both sides sudah sampaikan maksudnya. Yang Berhormat Bagan pun sudah sampai dan Yang Berhormat Timbalan Menteri pun sudah.

final • 3:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Yang Berhormat Bagan, saya faham Yang Berhormat. Yang Berhormat, isu Yang Berhormat adalah isu pandangan Yang Berhormat.

Selepas itu Yang Berhormat kata pula kita tidak ada niat untuk kuatkuasakan, Yang Berhormat. Bukan Yang Berhormat, kita buat semua ini perundangan, perbincangan berasaskan perundangan dan sudah pastinya pihak-pihak luar negara memerlukan satu certain bukan uncertain. Jadi bila berlakunya certain mesti ada perundangan yang perlu kita buat pindaan supaya dapat memberitahu bahawasanya kita akan laksanakan. Ini semua perkara yang harus kita buat untuk memastikan kita ada hasil kemampanan.

Yang Berhormat juga mengarahkan untuk kita kurangkan ini kerana dalam keadaan terbeban. Kita tahu Yang Berhormat, yang paling pentingnya apa yang kita kutip hasil kita beri kepada rakyat. Yang Berhormat pun tahu saya sudah beritahu tadi, semasa levi keuntungan biasa kita kutip hanya RM1.9 bilion tetapi kita telah keluarkan RM2.1 bilion tahun lepas untuk subsidi.

Jadi makna tidak ada isu yang kita kutip cukai ini kita tidak bagi kepada rakyat Yang Berhormat. Saya ingat itu sahaja Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Bagan, I think masa sudah cukup.

final • 3:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Jangan lari macam inilah. Kawan macam ini bukan lari.

final • 3:40 PM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Yang Berhormat Bagan.

final • 3:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Saya bukan lari Yang Berhormat, saya mengelirukan.

final • 3:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Orang miskin tau. Aiya...

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Baik, baik, baik.

final • 3:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Yang Berhormat tahu apa Yang Berhormat cakap.

final • 3:40 PM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

It was a good debate Yang Berhormat dengan izin, all right. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 3:40 PM

Fasal-fasal 1 hingga 10 – Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)

Jika ada?

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Pengerusi.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)

Silakan Yang Berhormat Jelutong.

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih. Saya tertarik dengan rang undang-undang ini dan saya menggunakan kesempatan ini untuk merujuk kepada fasal 3 yang berbunyi seperti berikut.

“Bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 38A ke dalam Akta 807 bagi memberi Ketua Pengarah kuasa untuk memegang keseluruhan atau mana-mana bahagian amaun yang kena dibayar balik kepada seseorang berdaftar asing di bawah Seksyen 38, Akta 807...”.

Tuan Pengerusi, saya di sini berpendapat secara langsung dan secara tidak langsung, rang undang-undang ini akan menyusahkan rakyat Malaysia. Saya lihat rang undang-undang ini sebagai satu lagi langkah kerajaan yang ada sekarang untuk menyusahkan rakyat dan mengutip cukai tambahan.

Walhal kerajaan tidak mengambil tindakan untuk mengutip cukai yang masih lagi tertunggak dan terhutang. Saya hendak bagi contoh, Yang Berhormat Pekan masih lagi berhutang sebanyak RM1.7 bilion. Kenapakah hendak selamatkan Yang Berhormat Pekan dan menyusahkan rakyat? Ini persoalan saya Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi sendiri mempunyai rakyat, orang-orang kampung di kawasan kita. Bukankah undang-undang ini akan menyusahkan mereka yang hendak berkecimpung dalam perniagaan, perniagaan kecil-kecilan, mengimport pakaian-pakaian, jersi bola sepak dan sebagainya dan mengedarkannya, mendapat pendapatan, mengenakan cukai tambahan. Akan tetapi cukai daripada Yang Berhormat Pekan RM1.7 bilion sampai sekarang tidak dikutip lagi.

final • 3:46 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)

Yang Berhormat.

final • 3:46 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Adakah kerajaan sedang melindungi beliau dan menyusahkan rakyat? Ini adalah persoalan saya.

final • 3:46 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)

Yang Berhormat, I keep to the fasal, dengan izin.

final • 3:46 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, ya it’s for the fasal Tuan Pengerusi. It is about the fasal that is why I read the fasal, sebab itu saya baca fasal. Kita hendak memegang sesuatu jumlah yang sepatutnya dikembalikan kepada seseorang.

Walhal jumlah yang masih lagi terhutang kepada kerajaan, kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri tidak dikutip. Soalan saya kenapa? Kenapa kita melindungi Yang Berhormat Pekan dan menyusahkan rakyat. Tolong jawab.

final • 3:46 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya terpanggil untuk bangun asalnya saya tidak mahu bangun kerana memang saya faham maksud pihak kementerian untuk membuat pindaan Akta Cukai Jualan sebagai kerajaan.

Akan tetapi saya terpanggil untuk perkara ini kerana kalau kita sebut, tadi susut jadi de minimis, sekarang sudah tidak ada de minimis lagi dengan lulusnya fasal-fasal tersebut.

final • 3:49 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya hendak tanya secara spesifik, kalau kita sebut dalam fasal 8, apakah jumlah akan dikutip untuk low value goods apabila kadar 10 peratus dikenakan cukai jualan?

Bolehkah dapat hasil bukan sahaja untuk dari luar negeri, tetapi apakah yang telah dikutip di peringkat tempatan? Saya tidak tahu sama ada angkanya- kalau kita ikut pecahan kerana sebelum ini semua dikenakan.

So, di sini saya harap perkara ini boleh dipertimbangkan supaya kita dapat sama ratakan, dan saya setuju kita harus sama ratakan itu- daya saing di antara peniaga tempatan dan juga luar negara, tetapi saya harap janganlah kita sama ratakan dengan kenakan beban tambahan kepada pengguna. Ini kerana akhirnya, pengguna yang terpaksa membayar lebih.

Apa sudah jadi dengan kerajaan yang kata, “Oh, kita hendak berikan subsidi.” So, sekarang ini bukan berikan subsidi, ini tambah beban, dan kita pun hendak galakkan itu e-commerce perniagaan digital tetapi bila harga barangannya yang kurang daripada RM500 dikenakan cukai. Bukankah langkah yang lebih wajar, munasabah dan waras ialah untuk mengecualikan bayaran cukai jualan 10 peratus untuk peniaga-peniaga tempatan.

Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau dalam perkara ini kita jangan politikkanlah, ini bukan matlamat kami. Kami hendak bantu kerajaan. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri pergilah balik kampung jelaskan kepada pengundi hendak bagi tahu sampai RM500 de minimis ini pun kenakan cukai. Wah, adakah ini kerajaan begitu lokek sekali kah sampai yang kecil-kecil pun tidak lepaskan...

[Tepuk] Saya rasa itu sesuatu yang bukanlah hasrat. Hasrat ialah kita kena cukai ke atas yang mampu, bukan ke atas yang tidak mampu. Ini sudah songsang dan songsong dan daripada segi sudah sesatlah- saya tidak mahu sebut sumbang...

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 3:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sudah sesat daripada asalnya. So, di sini saya harap dalam perkara ini boleh berikanlah penjelasan. Seperti yang saya sebut tidak munasabah, hendak sama ratakan seperti yang saya sebut sebelum inilah ini difahamkan oleh Speaker- Speaker tahu maksud saya.

Kita sama ratakan dengan kecualikan untuk peniaga tempatan, dan saya hendak tahu apakah jumlah yang dikutip? Ini kerana sungguhpun ini kecil, tetapi kesan ke atas pembeli-pembeli atau pengguna-pengguna kecil-kecilan yang amat besar. Jangan pandang remeh atau pandang rendah tentang perkara ini.

Saya harap marilah kita- buatlah secara bernas, dan dengan bertimbang rasa kepada pengguna-pengguna yang berpendapatan rendah. Sekian, terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)

Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab.

final • 3:50 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Ahli Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Jelutong yang membangkitkan walaupun fasal yang dibangkitkan itu tidak ada kaitan apa yang disebut, saya pun tidak hendak go further dalam perkara-perkara yang tersebut.

Saya harap sangat Yang Berhormat terutama Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat, niat kita untuk membuat pindaan kepada perkara yang telah kita kecualikan kemudahan de minimis iaitu cukai jualan dan duti import. Duti import masih diberikan pengecualian dalam barangan bawah RM500.

Cumanya Yang Berhormat yang paling penting Yang Berhormat kena ingat, niat kita adalah untuk memberi perlindungan kepada peniaga tempatan, dan kita hendak memperkukuhkan pasaran tempatan. Kita hanya dapat kutip RM200 juta sahaja yang dijangka yang seperti mana saya jawab soalan daripada Yang Berhormat Rasah sebentar.

Tadi apabila RM200 juta untuk satu tahun jangkaan kita, kita hendak bagi kemapanan dan pemerkasaan kepada ekonomi tempatan supaya tidak...

final • 3:53 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:53 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Sabar, saya ini dahulu.

final • 3:53 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Mencelah, RM200 juta adalah satu...

final • 3:53 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Saya tengah- Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Bendera, Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 3:53 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

...Beban cukai yang besar kepada pembayar cukai itu, RM200 juta- besar.

final • 3:53 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Yang Berhormat Bukit Bendera, biarlah saya jawab dahulu dengan tidak hormat kepada bos DAP ini?

Apabila kita memperkasakan pasaran tempatan, peniaga tempatan, sudah pasti nilai duit kita tidak mengalir keluar. Apabila duit kita tidak mengalir keluar, pengukuhan kedudukan kewangan negara kita dan Ringgit kita bertambah kuat. Itu salah satu daripada objektif yang kita buat selain seperti mana yang telah saya sebutkan tadi dalam Bacaan Kali Yang Kedua, ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan kepada yang telah dilaporkan oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Pada tahun 2020, sebanyak 1,922 kesalahan Yang Berhormat. Bila 1,922 kesalahan, nampak mungkin jumlah kecil pada hemat Yang Berhormat tetapi ini telah membebankan pengurusan di port-port yang akhirnya akan merencatkan easy of doing business kita- itu yang pertama.

Tahun 2021, kita hadapi kesalahan pengiklanan sebanyak 1,228, dan Jun tahun 2022 pada tahun ini sebanyak 226. Jadi, kita mengambil kira dalam keadaan kita hendak memperkukuhkan pasaran tempatan, peniaga tempatan supaya dapat layanan sama rendah, sama tinggi dengan negara luar. Itu sebabnya kita membawa pindaan ini supaya pindaan ini akan memberi hasil kemapanan fiskal negara dan akhirnya ini juga akan- sebab bukan negara kita sahaja yang melakukan perkara ini seperti mana yang telah saya sebutkan tadi. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Ahli Yang Berhormat.

final • 3:53 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Penjelasan. Sekarang ya berlawanan dengan konsep de minimis. Apakah maksudnya de minimis kalau ia tidak diterima pakai? Saya rasa de minimis maksudnya ialah kerana kita tahu kos transaksi you know- transactional cost? Transactional cost adalah bila kita kena isi borang-borang, kita kena patuhi peraturan-peraturan itu adalah satu kos untuk business. Akan tetapi, kerana dengan kutipan yang begitu remeh dia tidak berbaloi. Itu sebab ada konsep de minimis.

final • 3:53 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Yang Berhormat.

final • 3:53 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

So, kalau semua macam ini tidak perlu ada de minimis.

final • 3:53 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Yang Berhormat itu sebabnya dalam fasal yang saya bentangkan tadi...

final • 3:53 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)

Yang Berhormat soalan terakhir ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab, last.

final • 3:53 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ada maklumat pengikraran awal. Tuan Yang di- Pertua...

final • 3:53 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sebab saya harap ini...

final • 3:53 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Ada maklumat pengikraran awal yang telah kita buat tagging. Kita buat pindaan dan kita tambah satu seksyen Yang Berhormat.

Yang Berhormat, baca dahulu pindaan ini, supaya bila barang masuk dan kita tidak payah buat.

Sekarang ini apa yang berlaku kita terpaksa di kaunter. Saya pergi sendiri Yang Berhormat. Saya pergi sendiri ke lapangan, saya pergi ke KLIA tempoh hari saya melihat proses begitu renyah, begitu sulit dan menyukarkan. Jadi, dengan apa yang kita buat ini di samping kita dapat hasil negara dan kita dapat mempercepatkan proses pengeluaran.

Yang Berhormat saya harap Yang Berhormat dapat bacalah...

final • 3:53 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sekarang sebut, apakah jumlah hasil yang dikutip daripada 10 peratus ini? Itu yang ditanya oleh Yang Berhormat Bukit Bendera. Bukan sahaja untuk luar negeri, tetapi tempatan tidak dijawab langsung oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:53 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)

Okey Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada?

final • 3:53 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Yang Berhormat, saya bagi jawapan bertulis. Saya ada ini Yang Berhormat, banyak saya tidak dapat.

final • 3:53 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

RM200 juta. Betul, saya tidak percaya.

final • 3:53 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

RM200 juta untuk LVG sekiranya kita laksanakan.

final • 3:53 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

So, bukan untuk inilah?

final • 3:53 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Untuk inilah kita jangka dapat RM200 juta.

final • 3:53 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Daripada 10 peratus untuk low value goods?

final • 3:53 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Ya, tadi saya sudah sebut tadi Yang Berhormat. Saya sebut satu persatu tadi daripada jangkaan simulation yang kita buat daripada beberapa tahun ke belakang. Saya ingat Yang Berhormat kena tengok baliklah apa yang saya sebut tadi Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:53 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini hanya dari luar negeri tetapi tempatan berapa?

final • 3:53 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:53 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Harap boleh bagi untuk tempatan.

final • 3:53 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)

Okey, cukup. A very good deliberation, dengan izin, of the debate it was good. All right. Berikutannya kita teruskan kepada agenda mesyuarat.

[Fasal-fasal 1 hingga 10 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kesihatan I (Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali) dan diluluskan]

final • 3:53 PM
RANG UNDANG-UNDANG CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2022 yang dicadangkan adalah bagi meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018 [Akta 807] dengan meminda peruntukan sedia ada dan memasukkan peruntukan baharu dengan tujuan memberi fasilitasi kepada industri dan pembayar cukai daripada tempoh masa dalam melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan di bawah akta tersebut. Di samping itu, terdapat juga pindaan akta ini bersifat pentadbiran am lain bagi memberi kemudahan kepada industri dan pembayar cukai termasuk orang berdaftar asing.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menghuraikan fasal dalam rang undang- undang ini. Rang undang-undang ini mempunyai tujuh fasal seperti berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda subseksyen 26A(1) Akta 807 dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “perkhidmatan bercukai” dengan “perkhidmatan bercukai diimport”.

Fasal 3 Tuan Yang di-Pertua, bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 38A bagi memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk memegang keseluruhan atau apa- apa bahagian amaun yang kena dibayar balik kepada seseorang orang berdaftar asing di bawah seksyen 38 Akta 807 untuk dikreditkan pada apa-apa tempoh bercukai berikutnya atau selanjutnya dan menganggap amaun yang dikreditkan itu sebagai pembayaran atau pembayaran sebahagian cukai oleh orang berdaftar asing itu.

Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu (4B) ke dalam seksyen 56A Akta 807 bagi memperuntukkan bahawa berkenaan orang berdaftar asing yang terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 56D Akta Cukai Perkhidmatan hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar pada hari penyata dikemukakan kepada Ketua Pengarah di bawah subseksyen 56H(4A).

Fasal 5 Tuan Yang di-Pertua, bertujuan untuk meminda seksyen 56D Akta 807 bagi memasukkan perenggan baharu (aa) untuk memperuntukkan bahawa orang berdaftar asing terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar sekiranya Ketua Pengarah berpuas hati bahawa jumlah nilai semua perkhidmatan digital diberikan olehnya dalam bulan itu dan 11 bulan sebaik sebelum bulan itu adalah tidak melebihi jumlah nilai perkhidmatan digital sebagaimana yang ditetapkan di bawah subseksyen 56B(1) Akta 807.

Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 56E Akta 807 bagi memasukkan perenggan baharu (1)(aa) yang memperuntukkan bahawa seseorang orang berdaftar asing hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada Ketua Pengarah dalam masa 30 hari dari tarikh orang berdaftar asing itu terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar di bawah perenggan 56D(aa) Akta 807.

Fasal 7 Tuan Yang di-Pertua, bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 90A dan 90B ke dalam Akta 807. Seksyen 90A dicadangkan bertujuan memberi kuasa kepada Menteri untuk melanjutkan tempoh untuk melakukan perbuatan atau benda yang perlu disempurnakan dalam tempoh tertentu di bawah Akta 807 sekiranya dia berpuas hati bahawa perbuatan atau benda itu tidak disempurnakan dalam tempoh itu disebabkan oleh berlakunya apa-apa kecemasan awam atau krisis kesihatan awam.

Seksyen 90B yang dicadangkan bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk menambah, memotong atau mengubah apa-apa terma dan syarat yang dikenakan menurut kuasa Akta 807 bagi maksud melaksanakan tujuan Akta 807 dengan syarat bahawa notis munasabah diberikan kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat itu dan pindaan-pindaan yang lain Tuan Yang di-Pertua yang tidak dinyatakan secara khusus, merupakan pindaan kecil atau berbangkit.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada yang menyokong?

final • 4:00 PM

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ini ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Cukai Perkhidmatan 2018 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya menerima senarai pembahas. Saya akan panggil satu persatu. Dimulakan oleh Yang Berhormat Rasah. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat berikut:-

(i) Yang Berhormat Tebrau;

(ii) Yang Berhormat Kalabakan;

(iii) Yang Berhormat Tumpat.

Silakan Yang Berhormat Rasah. Lima minit.

final • 4:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Akta Cukai Perkhidmatan 2018. Saya meneliti pembentangan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi berkenaan dengan beberapa seksyen baharu terutamanya seksyen 38A yang dimasukkan selepas seksyen 38 asal.

Saya nampak daripada cara pengolahan ayat yang digunakan dalam versi yang diberikan kepada kami, ia memberikan kuasa yang amat besar, luas kepada Ketua Pengarah Kastam berkenaan dengan – Ayat dia kata, “...boleh memegang keseluruhan atau mana-mana bahagian amaun yang kena dibayar balik untuk dikreditkan pada apa- apa tempoh bercukai berikutnya atau seterusnya”. Saya anggap, ini sebagai satu klausa ataupun seksyen yang memberikan kuasa yang banyak. Apakah dengan pemberian kuasa yang sebegitu luas kepada Ketua Pengarah, ia akan menimbulkan apa-apa permasalahan apabila kalau berlaku mana-mana pulangan yang perlu dibayar balik kepada mereka yang berhak selepas diaudit dan sebagainya?

Jadi saya mohon satu penjelasan daripada perkara ini sebab saya rasa semua pihak tidak kira – Saya tahu ini ia sebut sebagai kepada orang berdaftar asing, tidak kira siapa. Bagi saya, kita masih ingat insiden yang berlaku apabila Pakatan Harapan mengambil alih kepimpinan kerajaan selepas PRU Ke-14 di mana sebelum itu kita langsung tidak tahu. Selepas jadi kerajaan, apabila Yang Berhormat Bagan menjadi Menteri Kewangan, baru diketahui bahawa sebanyak RM19.4 bilion yang sepatutnya dipulangkan kepada mereka yang berhak di bawah GST, refund of GST gagal dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum PRU Ke-14 tempoh hari dan Kerajaan Pakatan Harapan terpaksa memulangkannya. Ini disebabkan itu adalah obligasi walaupun hutangnya di bawah Kerajaan BN tetapi Kerajaan PH yang membayar hutang RM19.4 bilion tersebut kepada mereka yang berhak.

Kita tidak mahu keadaan sebegini berulang, yang mana kerajaan apabila ada orang tertentu, tidak bertanggungjawab yang menyebabkan tuntutan tidak dilayan ataupun dilengah-lengahkan dan akhirnya ia akan menjejaskan sistem perjalanan pentadbiran kerajaan. Kalau melibatkan peniaga asing, sudah tentunya ia akan menjejaskan nama baik negara kita. Bukan sahaja nama baik kerajaan, tetapi nama baik negara kita di peringkat antarabangsa.

Jadi saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah jaminan apa yang pernah berlaku ketika GST dahulu, tidak berlaku untuk kali ini sebab ia adalah suatu yang amat mustahak untuk kita memastikan integriti kewangan dana awam kita? Jadi, itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:05 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya minta laluan sekejap.

final • 4:05 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Okey, Yang Berhormat Jelutong.

final • 4:05 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya hendak tanya Yang Berhormat, apa pendapat bahawa ada juga kerisauan kutipan wang ini akan dibuat oleh kerajaan bagi tujuan persediaan pilihan raya dan bukannya digunakan bagi tujuan untuk menaiktarafkan perkhidmatan-perkhidmatan awam, kemudahan-kemudahan untuk orang-orang awam dan sebagainya? Itu adalah kerisauan. Wang ini akan dikutip daripada rakyat oleh kerajaan untuk membuat persediaan untuk pilihan raya, bagi tujuan-tujuan tertentu dan digunakan bagi tujuan oleh kerajaan untuk memenangi pilihan raya. Apa pendapat Yang Berhormat?

final • 4:05 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya, Yang Berhormat Jelutong. Tidak apa. Kita mohon masukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Jadi kita mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab ketika penggulungan nanti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:05 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Puchong, seterusnya Yang Berhormat Tebrau. Silakan.

final • 4:05 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya sertai perbahasan RUU untuk meminda Akta Cukai Perkhidmatan.

Tuan Yang di-Pertua, permintaan ini yang saya difahamkan adalah untuk mengemas kini apa yang dalam akta ini. Ini adalah susulan PKP yang dilakukan oleh kerajaan pada dua tahun yang lepas untuk memberi kuasa kepada Ketua Pengarah dan juga Menteri Kewangan.

final • 4:09 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Sekiranya berlaku apa-apa yang mengganggu pelaksanaan atau tempoh untuk habiskan apa-apa yang dimaksudkan dalam akta ini supaya kuasa boleh diberi kepada Ketua Pengarah dan Menteri untuk dilakukan tanpa rujuk kepada Dewan ini lagi.

Jadi soalan saya ialah fasal 3 yang akan memasukkan seksyen baharu 38A itu, ini memberi Ketua Pengarah untuk memegang keseluruhan atau mana-mana bahagian amaun yang kena dibayar balik itu untuk dikreditkan pada apa-apa tempoh bercukai berikutan. Jadi, soalan saya ialah kalau ini dilakukan, adakah ini akan buat service provider dengan izin enggan memberi perkhidmatan di Malaysia?

Kedua, kalau pindaan di bawah fasal 5 dengan meminda seksyen 56D agar “Ketua Pengarah sekiranya berpuas hati bahawa jumlah nilai semua perkhidmatan digital yang diberikan olehnya dalam bulan itu dan 11 bulan sebaik sebelum bulan itu tidak melebihi jumlah nilai perkhidmatan digital yang ditetapkan di bawah subseksyen 56B(1); atau...”.

Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, macam mana dengan service provider yang memberi perkhidmatan digital sekali sahaja dalam satu tahun dan fi yang dicaj melebihi ambang yang ditetapkan setahun yang di bawah 56B(1) ini. Adakah mereka harus dikenakan cukai perkhidmatan? Kalau tidak, saya tidak nampak ini akan berkesan.

Jadi, kemungkinan mesti ada kaedah yang lain atau pendekatan yang lain untuk memastikan walaupun apa pun berlaku sekali sahaja, dia dapat ditangkap kerana bukan senang untuk memastikan semua yang memberi perkhidmatan dari luar negara secara digital dapat ditangkap di bawah akta ini.

Akhir sekali ialah fasal 7 yang memasukkan seksyen 90A dan 90B. Ini adalah dua seksyen baharu yang memberi kuasa kepada Menteri untuk melakukan apa yang saya sebutkan di dalam ini. Jadi, saya fikir ini harus diberikan untuk mengatasi masalah sekiranya berlaku apa-apa yang akan buat kerja tidak dapat dihabiskan atau diselesaikan pada tempoh yang ditetapkan supaya tidak perlu rujuk kepada Dewan ini. Saya fikir ini satu pindaan yang harus dibuat dan saya ingin menyokong RUU ini. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Kalabakan, silakan.

final • 4:10 PM

Tuan Ma'mun bin Sulaiman - Kalabakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada Kalabakan untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2022.

Tuan Yang di-Pertua, saya meneliti pembentangan Yang Berhormat Timbalan Menteri atas RUU ini. Sebagai permulaan, saya ingin bertanya apakah pandangan kerajaan mengenai cadangan yang diberikan oleh pakar-pakar percukaian dan pemain industri mengenai penggabungan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Akta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada bagi menambah baik sistem cukai semasa di negara ini.

Perihal penyeludupan dan ketirisan cukai − saya mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan dari Sipitang semalam mengenai anggaran kehilangan pendapatan daripada penyeludupan tahun lalu berjumlah RM800 juta. Soalan saya, melalui sembilan rang undang-undang yang dibawa oleh Kementerian Kewangan hari ini dan semalam, adakah aktiviti penyeludupan ini dapat dikurangkan dengan mengimplementasikan undang-undang yang diluluskan? Dengan pindaan kepada Akta Cukai Jualan dan Akta Cukai Perkhidmatan ini, berapakah anggaran penambahan hasil yang bakal dikutip oleh kerajaan?

Di bawah SST semasa, terdapat kira-kira 800 item atau barang yang dikenakan kadar jualan lima peratus dan 5,600 item lagi dikenakan 10 peratus. Manakala, di bawah GST sebelum ini 11,000 item dikenakan cukai. Soalan saya, melalui pindaan Akta Cukai Jualan dan Akta Cukai Perkhidmatan hari ini, berapakah jumlah item yang akan dikenakan cukai setelah RUU ini telah diluluskan?

Saya juga ingin tahu sejak SST dilaksanakan semula menggantikan GST pada tahun 2018 dan sejak itu, berapakah jumlah item yang dikenakan cukai pada tahun tersebut dan hari ini? Berapakah jumlah item tambahan yang dimasukkan dalam senarai SST? Mohon juga diperjelaskan apakah kategori barangan dan perkhidmatan yang paling banyak dimasukkan dalam senarai SST.

Saya terus kepada fasal-fasal dalam rang undang-undang ini. Pertama, pindaan seksyen 26A. Akta Cukai Perkhidmatan 2018 [Akta 807] yang disebut Akta Ibu dalam akta ini dipinda dalam teks bahasa kebangsaan dalam subseksyen 26A(1) dengan menggantikan perkataan ‘perkhidmatan bercukai’ dengan perkataan ‘perkhidmatan bercukai diimport’. Mohon penjelasan, panduan berkenaan perkhidmatan bercukai diimport telah dikeluarkan pada 9 Januari 2019. Namun, hari ini pada tahun 2022 ini, melalui pindaan ini kita baru ingin memasukkan perkataan ‘perkhidmatan bercukai diimport’. Bagaimana ini boleh berlaku? Saya mohon penjelasan.

Kedua, seksyen baharu 38A. Pembayaran balik cukai perkhidmatan dan sebagainya kepada orang berdaftar asing. Mohon penjelasan, berapakah tempoh bayaran balik yang ditetapkan dan bagaimana kerajaan ingin memastikan agar tiada sebarang isu tunggakan yang boleh mencemarkan reputasi negara?

Ketiga, seksyen 90A dan seksyen 90B – kecemasan awam, krisis kesihatan awam dan notis munasabah. Mohon agar definisi atau tafsiran mengenai ‘kecemasan awam’ diperjelaskan secara spesifik dengan contoh-contoh kejadian. Begitu juga dengan seksyen 90B mengenai ‘notis munasabah’. Apakah maksud ‘notis munasabah’? Adakah notis serta-merta dianggap munasabah? Beberapa hari notis yang dikeluarkan dianggap sebagai notis munasabah? Apa yang dianggap sebagai ‘notis munasabah’? Saya mohon penjelasan.

Terakhir dan keempat, cukai perkhidmatan yang dikutip di Sabah. Setiap tahun dipertanyakan mengenai berapa jumlah cukai yang dikutip dari Sabah tetapi tidak pernah dijawab. Terbaru, jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan atas soalan Yang Berhormat Semporna pada 26 Julai 2022 tidak memberikan apa-apa indikasi atau jawapan yang tuntas terhadap jumlah kutipan cukai dari negeri Sabah. Rakyat Sabah juga berhak untuk dapatkan informasi yang lengkap terutamanya kutipan cukai yang dihasilkan dari negeri Sabah. Sekian terima kasih.

final • 4:14 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Akhir sekali Yang Berhormat Tumpat, silakan.

final • 4:14 PM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Akhirnya setelah beberapa kali saya mencuba untuk bangun dan berbahas, akhirnya diberi kesempatan pada petang ini dalam untuk membahaskan suatu akta bagi meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018, (Pindaan) 2022.

Saya ingin membangkitkan beberapa persoalan dalam akta ini. Pertama, mengambil kesempatan daripada peluang perbahasan ini, saya ucapkan tahniah kepada kerajaan atas usaha penambahbaikan SST. Umum mengetahui bahawa masalah utama SST adalah liputan yang tidak meluas, bukan seperti GST yang lebih menyeluruh.

Saya yakin keutamaan kerajaan ketika ini adalah terhadap aspek hakisan dalam percukaian bagi mengelak pihak tertentu terlepas daripada membayar cukai. Kementerian seharusnya melakukan semakan bagi memastikan sistem SST ini menutup sebarang kelompangan dan kelemahan yang menyebabkan masih ada pihak yang dapat lari daripada dikenakan cukai SST ini setelah empat tahun beroperasi.

final • 4:18 PM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tuan Yang di-Pertua, SST seharusnya menjadi cukai yang lebih progresif yang menjadi fokus lebih kepada kumpulan berpendapatan tinggi yang mampu untuk membayar cukai dengan pelaksanaan cukai lebih tinggi untuk barangan mewah dan mengurangkan cukai atau meniadakan cukai untuk pengguna yang berpendapatan rendah.

Tuan Yang di-Pertua, harga semua kereta baharu kembali kepada asal selepas pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan SST yang berakhir pada 30 Jun 2022 dengan jangkaan kenaikan sehingga 10 peratus bagi model pemasangan tempatan dan sekitar lima peratus bagi model import sepenuhnya. Saya difahamkan bahawa Proton Nasional menjangkakan jumlah tempahan akan berkurangan mendadak pada bulan Julai dan seterusnya.

Dengan iklim ekonomi yang belum stabil, kebimbangan kita bahawa jika pengecualian ini tidak diteruskan, kita akan menyaksikan jualan kereta nasional dalam negara akan terjejas. Oleh itu, saya ingin menggesa kerajaan melanjutkan sepenuhnya ataupun menimbangkan bagi pelanjutan sepenuhnya insentif pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan SST bagi merancakkan industri seterusnya merancakkan ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan. Adakah benar sistem GST lebih baik daripada SST sebagai sistem percukaian.

Saya ingin merujuk kepada pendapat beberapa orang pakar ekonomi yang mengatakan GST berbanding SST mempunyai model percukaian yang adil, cekap dan sesuai untuk menutup jurang kewangan kerajaan dan mengelakkan ketirisan. Bahkan sehingga kini, lebih 170 buah negara menggunakan sistem percukaian ini di seluruh dunia.

Oleh itu, saya ingin mengetahui sama ada kementerian membuat kajian yang komprehensif berkenaan modul sistem percukaian mana lebih baik dan apakah kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan semula GST. Jadi, saya mohon penjelasan daripada kerajaan dan mohon menyokong. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya tidak tahu apa Timbalan saya buat. Akan tetapi kalau saya Pengerusikan, saya selalu bagi laluan pada Yang Berhormat Tumpat.

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tiada lagi ya? Saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Silakan.

final • 4:20 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam pindaan Akta Cukai Perkhidmatan.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab satu persatu dan mungkin ada jawapan-jawapan saya ini terkait dengan mana-mana Ahli Yang Berhormat yang bangkitkan.

Saya hendak pergi yang pertamanya, memberi penjelasan berkaitan perkara- perkara yang dibangkitkan di bawah seksyen 38A iaitu memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk membuat bayaran balik. Ini perkara yang penting.

Sekejap, Tuan Yang di-Pertua...

[Meneguk air]

final • 4:22 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Minum dahulu.

final • 4:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Tuan Yang di-Pertua, yang dibangkitkan adalah- adakah ia memberi kesan negatif kepada peniaga. Ia tidak. Kepada Ahli Yang Berhormat Rasah dan Ahli Yang Berhormat daripada Tebrau.

Sebenarnya, apabila kita mewujudkan seksyen 38A ini, kita memberi kuasa kepada Ketua Pengarah. OBA ini Orang Berdaftar Asing. Sebenarnya ada lebihan cukai yang kita kena bayar balik kepada OBA-OBA ini. Akan tetapi dengan peruntukan sedia ada, sebab di Kementerian Kewangan melalui Jabatan Kastam Negara Malaysia sudah ada permohonan-permohonan yang untuk mereka minta supaya jangan pulangkan balik duit itu. Bawa ke hadapan. Akan tetapi dalam peruntukkan sedia ada tidak dibenarkan kerana disebabkan nilai tukar wang asing dengan beberapa faktor dan jumlah untuk kita pulangkan balik itu kecil. RM10, RM50, RM100.

Jadi, kita buat seksyen ini merupakan tujuan untuk membantu pihak peniaga orang yang berdaftar asing ini supaya mereka dapat kemudahan. Kemudahan ini sudah pasti memberi kesan yang baik kepada ekonomi negara. Tidak timbullah isu seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah tadi KP memegang bayaran balik. Klausa ini sebenarnya tidak memberi kesan negatif seperti mana saya sebutkan tadi kerana peniaga tidak mahu terima refund. Dia meminta bawa bring foward dia punya itu untuk taksiran yang akan datang.

Yang Berhormat Tebrau juga ada membangkitkan, adakah peniaga perlu mendaftar jika membuat satu transaksi tetapi melebihi RM500 ribu?

Untuk makluman Yang Berhormat, masih perlu berdaftar kerana nilai perkhidmatan yang diberikan adalah lebih RM500 walaupun sekali sahaja. Ia sudah melepasi syor seperti mana yang selalu saya maklumkan dalam bacaan kali kedua sebentar tadi. Yang Berhormat Tebrau juga bangkitkan fasal 3, kuasa Ketua Pengarah untuk bayaran balik jika dilakukan bermaksud syarikat akan menerima perkhidmatan Malaysia.

Seperti mana yang saya sebut dalam jawapan kepada Yang Berhormat Rasah sebentar tadi. Tiada isu kerana untuk service provider untuk tidak enggan menerima perkhidmatan digital.

Fasal 5, mengenai pemberhentian tanggungan. Bagaimanakah service provider memberi servis setahun sekali dan melebihi nilai ambang?

Untuk makluman Yang Berhormat, sekiranya service provider telah mencapai nilai ambang, memberi perkhidmatan digital sekali setahun, mereka masih perlu berdaftar dengan perkhidmatan ke atas perkhidmatan.

Yang Berhormat Kalabakan tiada. Bertanyakan perkara ini. Saya minta nanti saya akan berikan jawapan secara bertulis.

Fasal 2 juga dibangkitkan seksyen 26A(1). Dia punya jawapan menyelaras dengan bahasa Inggeris. Ini merupakan editorial punya enakmen sahaja, Yang Berhormat.

Yang Berhormat Rasah saya sudah jawab. Fasiliti pada peniaga.

Yang Berhormat Tebrau pun saya sudah sentuh. 90A- 90B seperti mana pindaan- pindaan yang telah saya nyatakan sebentar tadi.

Saya juga hendak menyentuh perkara yang disebut oleh banyak Ahli Yang Berhormat dan Ahli Yang Berhormat Bagan tadi ada minta saya bagikan data berkaitan kutipan SST.

Izinkan saya, Tuan Yang di-Pertua, untuk memberi sedikit penjelasan berkaitan kutipan SST selepas kita mansuhkan GST.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, statistik kutipan cukai jualan dan cukai perkhidmatan berdasarkan data dari 1 September 2018 sehingga 30 Jun 2022 adalah sebanyak RM98.7 bilion. Kalau kita hendak membandingkan anggaran GST yang memberi hasil lebih kurang RM40 bilion setahun, maka empat tahun anggaran hasil GST sebanyak RM160 bilion. Ahli Yang Berhormat Rasah, kita kekurangan lagi RM62 bilion untuk kita tampung.

Sama ada isu dia mana kerajaan atau tidak kerajaan, itu bukan saya hendak jawab dekat sini. Cumanya apa saya faham dan saya dimaklumkan oleh pihak Kastam Diraja Malaysia, SST ini single stage. GST pun multistage.

Saya lihat semalam semasa Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan II menjawab, ramai yang minta supaya dalam pindaan-pindaan tersebut masukkan elemen- elemen. Tidak boleh. SST kita tidak boleh buat seperti mana GST kerana GST multistage.

Ramai tanya, adakah GST boleh menurunkan harga? Saya tidak boleh bagi tahu naik atau turun kerana faktor harga, faktor inflasi ini bukan tertumpu sahaja pada cukai. Ia juga ada melibatkan supply side dan demand side. Dahulu mungkin Tuan Yang di-Pertua, hanya daripada segi supply side, dengan izin. Sekarang sudah ada tanda-tanda bahawa ada demand side juga menyumbang kepada kedudukan nilai inflasi.

final • 4:22 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Sekejap ya. Saya yakin kalau peniaga-peniaga berdisiplin, sudah pasti kita dapat keuntungan daripada skim atau cukai GST yang kita laksanakan tempoh hari. Cuma perkara yang berbangkit fasal claim ini. Kita akui itu sebabnya, Tuan Yang di-Pertua, untuk kita laksanakan apa-apa tindakan cukai untuk menampung hasil negara yang berkurangan ini, kita akan buat libat urus secara menyeluruh, dan kita akan lihat satu per satu kelemahan pelaksanaan cukai tempoh hari.

Terima kasih.

final • 4:22 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Timbalan Menteri, merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Kutipan sebenar yang telah dikutip sehingga 30 Jun sebanyak RM98.7 bilion. Akan tetapi kalau GST setahun RM40 bilion. Maknanya RM160 bilion. Ia menunjukkan kekurangan ataupun pengurangan hasil kerajaan lebih kurang dalam 35 hingga 40 peratus daripada kutipan SST kalau berbanding dengan GST.

Saya hendak tanya. Pandemik yang berlaku dengan PKP sebelum ini. Adakah ada kesan terhadap pengurangan ini. Sebab saya nampak pengurangan ini agak besar jurangnya. Jumlah 35 to 40 percent yang mana bagi saya satu yang baiknya rakyat tidak payah bayar lebih. Beban rakyat semua kita dapat kurangkan dengan pelaksanaan SST ini. Cuma apakah ada sumbangan faktor pandemik COVID-19 dan juga PKP sebelum ini?

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:22 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Apa Yang Berhormat Rasah cuba memberi penerangan, saya faham. Mungkin sebab RM98.7 bilion itu sebab pandemik tetapi Yang Berhormat ini cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Ia bukan cukai korporat, ia bukan cukai pendapatan, ia kita cukaikan kepada transaksi perniagaan. Pada waktu COVID-19 ini, perniagaan masih berlarutan. Memang betul ada perniagaan-perniagaan yang terkesan tetapi Yang Berhormat juga setuju dengan saya ada juga perniagaan- perniagaan yang sampai Yang Berhormat minta kita buat levi keuntungan luar biasa sebentar tadi, Yang Berhormat.

Jadi, saya harap perbincangan kita harus adil kerana perkara-perkara yang saya nyatakan ini adalah berdasarkan fakta. Saya tidak mempolitikkan perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 7 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Dato’ Henry Sum Agong) dan diluluskan]

final • 4:30 PM
USUL-USUL MENTERI KEWANGAN

AKTA TATACARA KEWANGAN 1957 - AKTA 61

Menukar Baki Pinjaman Kerajaan Malaysia Kepada FELCRA

final • 4:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang

final • 4:33 PM

di-Pertua, saya mohon mencadangkan

  • “Bahawa Majlis ini, mengikut perenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya kerajaan melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan) membuat pelaburan dengan menukar baki pinjaman Kerajaan Malaysia sebanyak RM969,268,000 kepada FELCRA Berhad (FELCRA), sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) kepada ekuiti bersamaan Sembilan Ratus Enam Puluh Sembilan Juta Dua Ratus Enam Puluh Lapan Ribu (969,268,000) unit syer biasa pada nilai RM1 bagi satu unit syer yang dibentangkan di hadapan Majlis ini bagi tahun 2022 disahkan.” Tuan Yang di-Pertua, saya mohon usul untuk Dewan ini mengambil ketetapan di bawah perenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] untuk bersetuju supaya Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan) membuat pelaburan dengan menukar pinjaman kerajaan sebanyak RM969,268,000 kepada FELCRA Berhad (FELCRA) sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan

(Diperbadankan) kepada ekuiti dalam FELCRA bersamaan Sembilan Ratus Enam Puluh Sembilan Juta Dua Ratus Enam Puluh Lapan Ribu unit syer biasa kepada nilai RM1 bagi satu unit syer.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut peruntukan di bawah perenggan 8(3)(a)(iv) Akta

final • 4:33 PM

Tatacara Kewangan 1957 - Akta 61

, Menteri Kewangan boleh membuat pelaburan wang dalam kedudukan kredit persekutuan dengan mana-mana bank atau selainnya dipegang oleh Persekutuan selepas dibenarkan oleh resolusi Dewan Rakyat. Sehubungan dengan itu, persetujuan Dewan yang mulia ini adalah dipohon bagi membolehkan Kerajaan Malaysia membuat pelaburan dalam FELCRA dengan menukarkan status pinjaman Kerajaan Malaysia berjumlah RM969,268,000 kepada ekuiti melalui pemilikan syer.

Tujuan pinjaman ini ditukarkan kepada ekuiti adalah bagi meningkatkan nilai perniagaan dengan izin, enterprise value, memperbaiki kunci kira-kira, balance sheet dengan izin, dan nisbah penggearan (gear ratio) FELCRA. Hal ini dapat membantu pihak FELCRA untuk memohon pinjaman kepada institusi kewangan atau pasaran modal untuk membiayai projek-projek komersialnya dan berupaya beroperasi secara mandiri dan mampan pada masa akan datang selaras dengan objektif transformasinya.

Sehingga kini, FELCRA telah memajukan seluas 203,953 hektar ladang bagi pihak 108,122 orang peserta merangkumi 1,366 buah projek penyatuan dan pemulihan serta 32,265 hektar estet milik FELCRA. Seramai 107,066 orang atau 99 peratus peserta adalah daripada golongan B40 dan rata-ratanya tidak mempunyai pendapatan tetap.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 4:33 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz

Saya menyokong.

final • 4:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli- ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk di bahas. Ada tiga orang pembahas. Dimulakan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, diikuti oleh Yang Berhormat Hang Tuah Jaya dan akhir sekali Yang Berhormat Pokok Sena. Silakan.

final • 4:33 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan saya atas permintaan untuk Dewan Rakyat ini memberi kelulusan bagi melalui penggantian ataupun menjadikan pinjaman yang diberikan kepada FELCRA Berhad yang hampir RM1 bilion ataupun RM969,268,000 kepada FELCRA yang sekali gus akan pastinya memberi bantuan kepada FELCRA daripada segi perbaiki balance sheet mereka the gearing ratio supaya mereka lebih bankable.

Kesemua itu adalah satu niat yang baik Tuan Yang di-Pertua, memandangkan seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi.

Hampir 99 peratus adalah daripada golongan yang berpendapatan rendah, B40 .Saya memerhatikan peserta-peserta yang tercatat dalam program-program yang dikatakan projek-projek penyatuan dan pemulihan itu. Semuanya dalam usaha untuk memacu apa yang diistilahkan dengan transformasi FELCRA baharu atau memacu FELCRA baharu dalam satu engineering atau kejuruteraan transformasi. Kesemua itu adalah baik Tuan Yang di-Pertua dan perlu kita sokong. Cuma, apakah dalam hal-hal ini— saya ingin bertanya sedikit kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Pertama adalah valuation. Penilaian yang dibuat itu ordinary shares yang dengan nilai RM1 satu syer. Apakah itu satu nilai yang munasabah berdasarkan valuation pasaran? Is it a market value? Perkara itu adalah mustahak untuk kita diberi faham kepada Dewan Rakyat ini.

final • 4:37 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kedua, juga perjelaskan daripada segi terms and conditions. Apakah ada di sana kawalan ataupun management control dan sebagainya supaya tidak mudah diberikan, ditukarkan loan kepada investment ini sebagai satu precedent kerana mustahak untuk kita sebagai wakil rakyat memahami bahawa - saya memerhatikan juga daripada Laporan Ketua Audit Negara sedikit waktu dahulu, memang banyak KPI yang tidak mereka capai.

Itu adalah yang lalu. tahun 2017 hingga tahun 2020. Akan tetapi, saya...

final • 4:40 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Yang Berhormat Kuala Selangor, boleh mencelah?

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ya, sila.

final • 4:40 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kuala Selangor, saya minta penjelasan sedikit. Jumlah ini bukan kecil, hampir RM1 bilion yang dihulurkan kepada FELCRA oleh kerajaan dalam bentuk pinjaman untuk membantu FELCRA sebagai satu dengan izin, social project. Jadi, FELCRA dianggap sebagai social enterprise. Akan tetapi, soalan saya kepada Yang Berhormat Kuala Selangor, tidak patutkah Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan kepada Dewan, apa FELCRA sudah buat dengan RM1 bilion itu? Macam mana RM1 bilion itu dibelanja ataupun macam mana digunakan supaya kita boleh menerima alasan untuk menukar pinjaman itu kepada share sebab akhirnya, dengan bentuk share ini seperti mana yang ditanya oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, apa nilainya? Adakah ini fact, Yang Berhormat Kuala Selangor? We are writing off dengan izin, RM1 bilion ini. Inilah soalan kepada Yang Berhormat Kuala Selangor dan saya harap Yang Berhormat Menteri boleh jawab.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ya. Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Sungai Buloh. Pastinya ia bukan satu yang kita write off. Cumanya, conversion ini, nilainya itu yang mahu kita pastikan.

Saya memerhatikan mutakhir keuntungan yang diperoleh oleh FELCRA sebanyak RM251 juta berbanding tahun sebelumnya, kenaikan sebanyak RM1.5 juta. Ya, semua ini adalah isyarat-isyarat yang baik Tuan Yang di-Pertua, Cuma, saya ingat perlu ada kebertanggungjawaban. Perlu ada fiduciary responsibility dengan izin, supaya Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat memperjelaskan. Kita secara sedar, secara insaf, secara penuh tanggungjawab mengizinkan perkara ini dan ini jangan mudah-mudah dijadikan satu precedent. Saya kira itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, untuk input saya. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan, sahabat saya. Baru-baru ini saya baca dalam laporan media bahawa Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar mengumumkan FELCRA catat peningkatan keuntungan 200 peratus tahun lalu. Adakah ini fake news atau apa? Ini sebab yang ini diminta Dewan ini untuk bersetuju dengan usul Kementerian Kewangan. Pada saya, secara yang saya fahamlah, saya orang kampung, kita faham bahawa supaya atas kertas, FELCRA ini boleh buat pinjaman bank lagi seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadilah. Meningkatkan balance sheet dan sebagainya supaya boleh bankable.

Jadi, adakah dengan move ataupun cadangan usul ini akan mendedahkan sekali lagi FELCRA kepada pinjaman-pinjaman yang kemudiannya nanti akan membebankan mereka yang dipanggil peneroka-peneroka FELCRA ini? Walhal, berita ini diumumkan untung 200 peratus. Jadi, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri betulkan apakah ini benar? Kalau ini benar, apa manfaatnya untuk kita tunjukkan atas kertas bahawa FELCRA ini all looks good, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Keduanya, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa sekitar tahun 2019, peserta-peserta FELCRA ini memang telah pun merayu kepada kerajaan untuk menyuntik dana RM930 juta dan saya percaya ini diteruskan apabila berlaku pertukaran kerajaan.

Saya percaya isu ini bukan satu isu yang terkait dengan politik, tetapi tentu menjadi isu rakyat yang membabitkan legasi. Jadi, saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa jadi misalnya pelaburan-pelaburan luar biasa oleh FELCRA ini, projek loji biogas RM36 juta, Menara FELCRA Jalan Semarak RM215 juta, pembelian gudang usang di Bangi RM1.5 juta, Program Kesejahteraan Rakyat untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 RM26.72 juta.

Saya baca dan teliti temu ramah dengan CEO yang baharu ini dan ada vision dan sebagainya. Jadi, saya ingin minta komitmen Kementerian Kewangan, masalah legasi ini, saya percaya mesti cari satu jalan penyelesaian dan mesti ada yang mesti dipertanggungjawabkan. Mesti ada tindakan daripada segi undang-undang dan sebagainya dan jangan ulang lagi kerana ia memalukan kita. Ini kerana yang kita jaga dan urus ini adalah mereka yang sepenuhnya Yang Berhormat, B40 dan majoritinya merupakan orang Melayu.

Jadi, bagaimana kita boleh menyatakan bahawa kita ingin membela Bumiputera, bela orang Melayu, tetapi dalam masa yang sama institusi ini yang sepatutnya menjadi satu institusi yang mengurangkan kadar kemiskinan, tetapi membebankan mereka dengan tidak memberikan dividen. Saya ambil contoh Tuan Yang di-Pertua, ini di Sarawak ini walaupun di Sarawak, laporan 17 Jun 2022. Bayar dividen atau henti operasi ladang sawit penduduk beritahu kepada FELCRA. Bayar dulu dividen. Kalau tidak, kami tidak mahu buat ladang ini.

Jadi, adakah dalam keadaan sekarang ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, kedudukan kewangan FELCRA ini betul-betul teruk sampaikan kita terpaksa membaca berita-berita seperti ini? Sementara kita akui berdasarkan atas kertas terdapat usaha ataupun ikhtiar untuk memperbaiki sistem kewangan FELCRA ini, tetapi dalam masa yang sama seperti mana rakan-rakan saya sebutkan tadi, jumlahnya RM1 bilion dan kalau itu betul-betul berlaku menjadikan FELCRA ini bankable, boleh buat pinjaman lagi, apakah perkara-perkara yang lama ini akan berulang semula? Apa jaminan Kementerian Kewangan untuk memastikan secara bersungguh-sungguh penyelewengan program- program yang tidak berkaitan dengan FELCRA, program-program yang tidak menjana pendapatan peneroka ini tidak akan berlaku lagi?

Hal ini kerana saya yakin bahawa dalam hal ini, kita tahu bahawa FELCRA ini telah pun lama diwujudkan dan sepatutnya ia mendapat hasil yang lumayan kepada para peneroka. Sehingga kita terpaksa mengambil jalan ini, road ini untuk memastikan bahawa FELCRA ini masih lagi bernyawa. Jadi, saya harap kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan, mohon jawapan bukan politik kerana Dewan perlu tahu sungguh- sungguh apa yang sebenarnya yang berada dalam perancangan FELCRA dan tentunya di bawah pengetahuan Kementerian Kewangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:43 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Pokok Sena, akhir sekali.

final • 4:43 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Baik. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sedikit sahaja kerana telah disentuh oleh rakan-rakan yang lain. Sama dengan beberapa perkara yang telah pun dibangkitkan tadi iaitu saya hendak dapatkan penjelasan daripada kerajaan, khususnya Kementerian Kewangan, apakah pengiraan kita sebelum kita hendak tukar pinjaman itu kepada pelaburan kerana ia adalah satu jumlah yang besar? Sudah tentu kita kena harus melihat pencapaian yang telah pun dicapai oleh FELCRA secara keseluruhannya. Ini sebab kalau kita lihat dalam laporan audit seperti mana yang disebut tadi bahawa laporan audit menyatakan bahawa pelbagai KPI yang tidak tercapai daripada tahun 2017 sampai tahun 2020. Ini menunjukkan bagaimana FELCRA tidak dapat diuruskan secara yang baik. Apa jaminan bila kita tukar kepada pelaburan dan pelaburan itu akan mendatangkan manfaat balik kepada negara dan kepada keseluruhannya?

Ini yang perlu dilihat oleh kerajaan, khususnya salah satu daripada laporan audit itu ialah anak syarikat kepada FELCRA ini iaitu FELCRA Bina. FELCRA Bina ini tidak mencapai objektif penubuhan syarikat. Itu kata audit dan tidak membayar dividen kepada syarikat induk. Ini satu perkara yang sangat memalukan dan saya fikir bahawa kerajaan harus memperjelaskan secara tepat. Apatah lagi ada kes-kes yang membabitkan FELCRA walaupun secara tidak direct, tetapi ada kes yang membawa kepada mahkamah. Itu saya tidak hendak bincanglah. Bekas Pengerusi FELCRA sendiri yang telah dibawa ke mahkamah dan kes itu ada kaitan dengan hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan dan kelulusan daripada FELCRA itu sendiri. Jadi, ini yang perlu diperjelaskan oleh pihak Kementerian Kewangan. Terima kasih.

final • 4:47 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

final • 4:50 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada tiga orang Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan perkara-perkara yang saya kira amat penting untuk saya perjelaskan di Dewan yang mulia ini. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya dan Yang Berhormat Pokok Sena.

Ramai yang bertanyakan berkaitan- saya hendak pergi dahulu kepada Yang Berhormat Hang Tuah Jaya yang 200 peratus tadi. Impak kenaikan harga minyak sawit mentah (CPO) ke atas prestasi FELCRA. Kenaikan harga minyak mentah memberi impak kepada keuntungan boleh agih kepada peserta. Pada tahun 2021, sejumlah RM475.2 juta telah diagihkan berbanding RM159.09 juta pada tahun 2020 dengan peningkatan sebanyak RM316.1 juta, dalam peratusannya 199 peratus. Itu yang dibundarkan kepada 200 peratus.

Bagi tahun 2022 pula, untuk jangka masa daripada Januari sehingga April 2022, dividen interim satu telah diagihkan adalah sebanyak RM153.2 juta berbanding RM74.3 juta pada jangka masa yang sama pada tahun 2021. Peningkatan ini sebanyak RM78.9 juta atau peratusannya 106 peratus. Itu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

Dibangkitkan juga adalah- saya faham Yang Berhormat pun sedia maklum. Bekas Yang Berhormat Menteri Kewangan, Yang Berhormat Bagan pun ada di sini, perbincangan ini berlaku semenjak tahun 2019. Kita teruskan kerana kita lihat penstrukturan transformasi perlu dilakukan dalam FELCRA. Itu sebabnya usul ini dibawa bagi kita menukarkan daripada jumlah pinjaman kepada projek-projek yang tidak berdaya saing. Nanti saya perjelaskan satu persatu seperti mana kehendak Ahli Yang Berhormat sebentar tadi, Yang Berhormat Sungai Buloh dan Yang Berhormat Kuala Selangor.

Yang Berhormat, sekiranya berlaku penurunan impak CPO, FELCRA telah menganggarkan sekiranya penurunan sebanyak 100 metrik tan, ia akan menyebabkan pengurangan keuntungan FELCRA yang dianggarkan sebanyak RM6 juta dan pengurangan dividen sebanyak RM41 juta.

Jadi, bagi kumpulan mandat sosial- titik pulang modal berada pada CPO 4,500.

Kenapa saya perlu sebut perkara ini adalah apabila CPO 4,500 kebolehbayaran hutang oleh peserta-peserta atas mandat sosial. FELCRA tidak sama dengan FELDA, saya ingat Ahli-ahli Yang Berhormat lebih maklum daripada saya. FELCRA ini kita ambil tanah-tanah orang kampung dan kita usahakan melalui FELCRA. Jadi untuk mereka, kita bagi pinjaman kepada mereka, apabila hendak bayar balik dia mesti threshold dia 4,500. Ahli Yang Berhormat pun sedia maklum. Baharu setahun, dua tahun inilah harga CPO itu meningkat.

Akan tetapi sekiranya bawah daripada 4,500 ketidakbolehbayaran hutang itu akan berlaku. Itu sebabnya kita sudah lihat perkara-perkara ini. Jumlah hutang FELCRA berkaitan peserta Projek Penyatuan dan Pemulihan sebanyak RM2.841 bilion sehingga 2021. Apa yang kita hendak tukar ini hanya jumlah yang kita yakin atas analisa yang kita buat, projek ini tidak akan boleh memberi pulangan dan akhirnya, ia akan memberi gearing kepada FELCRA sebagai syarikat berhad.

Maknanya, kebolehupayaan nanti saya beritahu daripada segi gearing berapa apabila kita pinda ini berapa dapat kerana apa seperti mana hasrat Yang Berhormat semua untuk melihat FELCRA akan memberi dividen yang lebih kepada golongan 99 peratus golongan B40.

Seperti mana yang saya sebutkan tadi mandat sosial, FELCRA Berhad membangunkan tanah-tanah milik peserta dengan menggunakan dana daripada MOF melalui pinjaman pembangunan disalurkan kepada projek milik peserta. Pinjaman tersebut akan dibayar semula dengan menolak kadar keuntungan selepas jualan hasil.

Maknanya kalau bawah daripada 4,500 Yang Berhormat Pokok Sena, depa tidak mampulah hendak bayar. Walau bagaimanapun, terdapat projek-projek yang tidak berdaya saing yang tidak dapat menjana keuntungan dan menyebabkan hutang tersebut dijangka tidak dapat dibayarkan. Lagi lama lagilah masalah daripada segi susun atur syarikat ini.

Oleh hal yang demikian, berlaku ketidakpadanan hutang antara FELCRA Berhad dengan MOF dengan hutang FELCRA Berhad dengan peserta. FELCRA tidak boleh terima daripada peserta, peserta pun tidak boleh bayar ke MOF. Lagi lama tunggu, lagi masalah. Jadi, kita buat transformasi supaya kita dapat memberi suntikan dana. Faktor yang menyumbang kepada projek rugi adalah seperti berikut.

Pertama, harga buah tandan segar (BTS) sawit yang tidak menentu seperti mana yang saya sebutkan tadi dalam pindaan Cukai Levi Keuntungan Luar Biasa, ada penurunan ada kenaikan.

Kedua, projek masih berada di fasa awal penghasilan seperti tahun keenam dan ketujuh untuk tanaman kelapa sawit dan tahun kelapan dan kesembilan untuk tanaman getah. Hasil masih rendah dan tidak mencukupi untuk membayar pinjaman pembangunan.

Ketiga, keadaan fiskal projek yang berbukit, berpaya, kawasan banjir, berbatu hampar.

Keempat, projek kecil berselerak. Meningkatkan kos operasi ladang. Sebahagian peserta tarik diri, hendak buat management dan ada juga perkara-perkara yang menyebabkan projek yang dicerobohi oleh peserta yang nanti saya akan pergi kepada yang disebut oleh Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Sarawak tadi.

Itulah sebabnya Yang Berhormat, kenapa rasional pinjaman FELCRA Berhad perlu ditukar dalam ekuiti kerana ini telah dibawa ke dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan Jemaah Menteri membuat keputusan. Tujuan penukaran ini untuk memperkukuhkan FELCRA Berhad daripada segi kewangan, rasionalisasi pinjaman FELCRA Berhad termasuk penstrukturan semula jangka masa bayaran balik daripada 25 tahun kepada 35 tahun, dan kita juga bagi moratorium lima tahun kepada FELCRA Berhad untuk bayar kepada MOF.

Penukaran sebahagian hutang kepada ekuiti ini mengukuhkan kewangan syarikat. Seperti mana yang saya sebutkan tadi, menurutkan nisbah gearing, nisbah hutang kepada ekuiti. Kadar gearing sekarang 3.89. Bila kita ubah pinjaman RM986 juta ini, ia akan turun kepada 0.89. Maknanya bankable seperti mana disebut oleh Yang Berhormat Hang Tuah Jaya tadi. Jumlah aset per liabiliti meningkat daripada dari 1.18 kepada 1.84. Kenaikan yang tinggi ini melambangkan aset yang lebih tinggi daripada liabiliti.

Seterusnya ia akan memberi peluang kepada FELCRA Berhad mengembangkan perniagaan dengan bantuan pembiayaan dari luar. Sebab suka saya maklumkan FELCRA dahulu memang hanya ada pemulihan dan penyatuan (PDP) peserta-peserta. Sekarang ini, FELCRA sudah ada 16 buah syarikat perniagaan komersial di bawah FELCRA Berhad yang melibatkan perladangan enam buah, perkilangan, baja, pendidikan, benih padi, benih sawit, hartanah dan pembinaan pelaburan.

Jadi saya fikir cukup untuk saya bagi penerangan kenapa pentingnya untuk kita menukar pinjaman yang tidak berdaya saing ini kepada ekuiti dan duit tadi seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, terima kasih memberi pencerahan kepada Yang Berhormat Sungai Buloh. Duit ini tidak hilang, kita pindahkan dalam bentuk ekuiti dan sudah pasti dahulu RM500 juta kita beri kepada FELCRA sekarang insya-Allah dia punya kapital itu lebih kurang RM1.4 bilion lebih.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Boleh minta celahan sedikit?

final • 4:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Boleh, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut soal FELCRA Berhad- ini yang saya faham. Satu dia menguruskan bagi pihak peserta FELCRA. Satu lagi FELCRA Berhad itu pun dia ada juga dia punya ladang dia sendiri. Dia ada dua, kan. Dua ya.

Tajuk yang kita bincang ini untuk Parlimen bersetuju meluluskan pinjaman ini, akhirnya apabila diurus oleh FELCRA ini, apa maksud untuk memajukan tanah yang FELCRA urus bagi pihak peserta yang lebih kurang 200 ribu hektar itu, ataupun untuk dimanfaatkan di bawah FELCRA Berhad ke atas ladang milik Syarikat FELCRA Berhad.

Oleh sebab kalau kita sebut soal pulangan dividen balik, kalau dividen langsung itu atas tanah yang FELCRA majukan yang milik peserta. Apakah peruntukan ini juga akan disalurkan untuk manfaat ladang milik FELCRA Berhad bukan milik langsung oleh peserta? Mohon penjelasan.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Saya sambung sedikit Timbalan Menteri. Jumlah berapa peratus nisbah usia pokok sama ada yang dimiliki oleh peserta FELCRA dan berbanding yang dimiliki FELCRA selaku yang dikatakan badan korporat itu? Itu satu.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Keduanya, Yang Berhormat Timbalan Menteri mungkin tidak menyinggung lagi perkara yang terkait evaluasi ataupun assessment nilai, syer ataupun saham yang saya sebutkan yang saya mintakan penjelasan.

final • 5:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Tuan Yang di-Pertua, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu tadi adalah berkaitan dua. Satu PPP, pemulihan dan penyatuan yang FELDA punya, satu lagi betullah yang diuruskan.

Cuma dalam penstrukturan yang secara keseluruhan izinkan saya Tuan Yang di-Pertua untuk memberi sedikit penerangan tentang kedua-dua perkara yang mungkin saling terkait di antara soalan Yang Berhormat Kuala Selangor dan soalan daripada Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu berkaitan transformasi yang kita persetujui dalam Jemaah Menteri secara gambaran surface saja.

Pertamanya adalah apabila kita sudah tahu sebab-sebab apa kita tidak boleh mengutip hutang daripada projek PPP kerana tanahnya, kawasannya dan dahulu FELCRA hanya menerima semua tanah yang diberi oleh kerajaan ini, tidak boleh tolak.

Jadi, dalam pelan transformasi yang kita adakan ini, kita juga telah memasukkan satu perkara supaya kita dapat dulu hantar agronomist untuk membuat semakan tanah tersebut. Walaupun kuasa tanah ini pada kuasa kerajaan negeri tetapi dalam pelan transformasi yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri, supaya kita menilai dahulu tanah yang diberikan ini bersesuaian atau tidak. Sekiranya tidak bersesuaian, kita akan beritahu ia tidak bersesuaian dan kita boleh ada kuasa untuk menolak.

Sudah pasti apabila penukaran ekuiti ini ia juga melibatkan penstrukturan semula pinjaman dalam tempoh 35 tahun dan kita bagi moratorium lima tahun. Ia juga termasuk perkara-perkara yang di bawah urus FELCRA, perladangan di bawah urusan FELCRA yang tidak melibatkan peserta-peserta.

Jadi Yang Berhormat Kuala Selangor, saya masih menunggu berkaitan syer yang itu tapi pada hemat saya, saya anggap itu adalah syer yang domino yang kita gunakan untuk translate. Dulu kita ada RM500 juta syer dengan nilai RM500 juta dan hari ini ya, sebab kita, saya faham sebab ia Berhad, ia ada naik, turun. Akan tetapi yang detil nanti Tuan Yang di-Pertua, saya akan bagi jawapan secara terperinci kepada Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih.

final • 5:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Saya bagi jaminan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tahu jumlah RM2.8 bilion yang telah saya nyatakan tadi satu jumlah yang besar. Saya pun sendiri sudah berjumpa dengan pengurusan FELCRA dan saya sendiri yang bertanya. Saya sendiri pun seperti Yang Berhormat juga. Di kawasan saya pun ada peserta-peserta FELCRA dan saya nak juga peserta FELCRA saya mendapat dividen yang tinggi kerana mereka telah menyerahkan tanah mereka.

Akan tetapi daripada pelan jangka pendek, jangka sederhana yang telah dinyatakan kepada saya tempoh hari, saya melihat ada perkara-perkara yang boleh memberi nafas baru kepada masa depan FELCRA. Oleh kerana itu sebabnya saya minta sangat Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menyokong usul ini kerana ia memberi gearing.

Bila gearing ini bankable dia boleh mandiri. Ia ada sustainable lah. Ia tidaklah bergantung sepenuhnya kepada kerajaan kerana kalau saya lihat, bukan sahaja kumpulan mandat sosial, tetapi mereka ada komersial yang sudah pasti komersial ini akan memberi pulangan yang baik kepada FELCRA dalam akaun yang terkumpul sepertimana yang kita sedia maklum.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya sikit Tuan Yang di-Pertua untuk menerangkan dua perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya berkaitan projek-projek yang disebutkan tadi, yang spesifik disebutkan tadi.

Satunya ialah FELCRA BINA. Betul FELCRA BINA- laporan audit negara memberhentikan subkontraktor, meletakkan kadar keterhutangan, lepas itu alih tunai, lepas itu tidak bayar dividen yang sepertimana disebutkan oleh Yang Berhormat. Memang Kementerian Kewangan ambil maklum perkara ini. Setiap Laporan Ketua Audit Negara, Kementerian Kewangan melalui Government Investment Companies Division (GIC) mengambil perkara yang serius.

Itu sebabnya kita telah mengarahkan supaya ada SOP dan SOP telah diluluskan oleh lembaga pengarah pada tahun 2021. Pembayaran juga dijalankan secara berperingkat oleh FELCRA Berhad mengikut tuntutan pay by claim dan rekod telah dikemas kini mengikut kedudukan semasa. Yang dibangkitkan spesifik tadi ialah berkaitan isu peserta di Sarawak. Sebab-sebab yang tidak bayar ada juga peserta ceroboh Yang Berhormat. Ini juga menjadi masalah dan pencerobohan ini berlaku sudah pasti kerana dividen rendah, peserta ceroboh dan ingin keluar tanpa membayar hutang pembangunan.

Jadi, kawasan mungkin Yang Berhormat itu detilnya dekat sini Yang Berhormat.

Kalau saya huraikan, mungkin mengambil masa yang panjang. Kami pun masih ada usul yang berbaki. Saya kira saya minta Tuan Yang di-Pertua untuk memberi jawapan secara bertulis supaya Yang Berhormat lebih faham perkara Yang Berhormat rujuk. Saya tahu perkara yang berlaku di Sarawak ini Yang Berhormat, ia merupakan satu mandat sosial.

Kebanyakan tanah yang dibuat itu adalah dekat border. Zaman dulu kita nak menghalang satu perkara yang berlaku orang masuk ke kawasan kita, kita letaklah penempatan. Jadi, ia juga memberi kesan kerana tanah tersebut tidak sesuai untuk tanam ini. Itu dulu Yang Berhormat, selepas kita korporatkan tahun 1997 dan kita baru ini luluskan transformasi insya-Allah Yang Berhormat, dalam masa terdekat kita akan lihat perubahan sekiranya usul ini diluluskan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis sebagai diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan Yang Berhormat Menteri Kewangan di bawah No. 4 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini hendaklah disetujukan.

final • 5:00 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

INTERNATIONAL DEVELOPMENT ASSOCIATION ACT 1960 - ACT 431

Sumbangan Penambahan Dana Kepada International Development Association (IDA)

final • 5:00 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Terima

final • 5:07 PM

kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon cadangkan

“Bahawa mengikut seksyen 5, Akta Persatuan Permohonan Antarabangsa 1960 [Akta 431] dengan ini mengambil ketetapan supaya Kerajaan Malaysia membuat sumbangan sebanyak USD9,000,000 kepada Program Penambahan Dana Ke-19 dan USD9,000,000 kepada Program Penambahan Dana Ke-20, Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA) diluluskan.” Tuan Yang di-Pertua, mengikut peruntukan seksyen 5, Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 [Akta 431] bila masa jua apa-apa tambahan dalam yuran Malaysia kepada persatuan dibenarkan mengikut seksyen 1, Perkara 3 perjanjian.

Tiada amaun boleh disumbangkan berkenaan dengannya, kecuali dengan kelulusan terlebih dahulu yang ditandakan melalui ketetapan daripada Dewan Rakyat.

Sehubungan ini persetujuan Dewan yang mulia ini adalah yang dipohon bagi membolehkan Kerajaan Malaysia memberi sumbangan USD9,000,000 kepada Program Penambahan Dana Ke-19 dan USD9,000,000 kepada Program Penambahan Dana Ke- 20 bagi Persatuan Pembangunan Antarabangsa, dengan izin International Development Association (IDA).

Tuan Yang di-Pertua, IDA merupakan salah sebuah agensi di bawah Kumpulan Bank Dunia atau dengan izin World Bank Group yang bertanggungjawab memberikan geran dan pinjaman jangka panjang tanpa faedah atau dengan kadar faedah yang sangat rendah dengan izin concessional loan kepada 76 buah negara kategori termiskin.

Malaysia mula menjadi negara penderma semasa pusingan IDA yang ke-17 bagi tempoh 1 Julai 2014 hingga 30 Jun 2017 dan meneruskan sumbangan melalui pusingan IDA ke-18 bagi tempoh dari 1 Julai 2017 hingga 30 Jun 2020. Sumbangan Malaysia kepada IDA Ke-17 dan IDA Ke-18 masing-masing sebanyak USD27,000,000 dengan tempoh penunaian selama sembilan tahun.

Penunaian untuk pusingan IDA Ke-17 dijangka selesai pada tahun 2023 manakala IDA Ke-18 dijangka selesai pada tahun 2026. Pada pusingan IDA Ke-19 bagi tempoh dari 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2023, Malaysia mengambil pendirian untuk terus menjadi negara penderma namun dengan sumbangan yang ditetapkan pada kadar yang lebih rendah iaitu USD9,000,000 selepas mengambil kira keadaan ekonomi global semasa yang memberi kesan signifikan pada kedudukan kewangan negara dengan tempoh pembayaran selama sembilan tahun iaitu dari tahun 2021 hingga tahun 2029.

Malaysia juga ingin meneruskan sumbangan melalui IDA Ke-20 selaras dengan pendirian negara untuk sentiasa komited dalam menyokong dan menjadi rakan strategik pembangunan global khususnya melalui World Bank Group yang berdasarkan keadaan ekonomi dan kewangan semasa, dicadangkan supaya sumbangan Malaysia dalam IDA Ke-20 ditetapkan pada jumlah yang sama dengan sumbangan Malaysia dalam IDA Ke-19 iaitu sebanyak USD9,000,000.

final • 5:07 PM

kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon cadangkan

Pembayaran untuk komitmen baru ini ditunaikan secara ansuran bermula pada tahun 2023 dalam tempoh sembilan tahun bagi meminimumkan aliran keluar tunai.

Persetujuan pemberian sumbangan Malaysia kepada IDA ke-19 dan IDA ke-20 membuktikan komitmen Malaysia dalam menyokong usaha World Bank Group dengan terus menyokong IDA yang membantu pembangunan negara-negara miskin, khususnya dalam pemulihan negara kategori, dengan izin, fragility, conflict and violence yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Melalui sumbangan ini, Malaysia juga berpeluang untuk bersuara dalam mesyuarat IDA bagi menentukan hala tuju serta perbincangan berkaitan agenda tadbir urus global.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini disyorkan supaya Kerajaan Malaysia menyumbang sebanyak USD9 juta kepada Program Penambahan Dana Ke-19 dan USD9 juta kepada Program Penambahan Dana Ke-20 IDA.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada yang menyokong?

final • 5:10 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas.

Cuma, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya yang ingin membahas. Silakan.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya terpanggil untuk membahaskan usul ini kerana saya punya sedikit pengalaman ketika menjadi Bendahari Rangkaian Ahli-ahli Parlimen Bank Dunia dan IMF. Kita bincang secara detailed dalam setiap pertemuan kita tentang IDA ini.

Sepertimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, sumbangan ini tentunya membantu negara-negara yang memerlukan bantuan terutamanya negara-negara miskin. IDA19 dan IDA20 ini tentunya akan memberikan fokus kepada isu seperti climate change dan yang terbaru adalah berkaitan tentang human capital, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Cuma saya ingin bangkitkan, tadi dinyatakan oleh Timbalan Menteri bahawa dengan lulusnya usul ini, kita akan beri sumbangan yang mana kita lakukan buat pertama kali pada IDA ke-17 sebanyak USD27 juta tadi disebut, tentang suara kita. Saya ingin bertanya, apakah mekanisme yang telah pun diwujudkan?

Tentunya dalam hal ini perlu ada kesalingan antara Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Luar Negeri tentang suara yang boleh kita sampaikan dalam mengurus IDA ini. Ini kerana kita tahu, kebanyakan sumbangan-sumbangan yang kita berikan terutamanya di negara-negara benua Afrika, central Africa misalnya, dengan negara yang fragile seperti ini, mereka tentunya perlu kepada suatu panduan agar dana yang kita beri itu, akan dapat dipastikan serves the purpose, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Kalau tidak, sekadar kita bagi itu tidak ada berlaku kebocoran dan sebagainya.

Jadi bagaimana, sementara sumbangan kita tidaklah begitu besar berbanding dengan negara-negara donour yang lain, tetapi paling tidak pun, jumlah yang kita nak luluskan ini adalah kurang lebih USD18 juta. Kalau dikalikan dalam keadaan mata wang sekarang, pasti jumlahnya cukup banyak dalam keadaan negara kita perlu kepada dana walaupun sedikit. Itu yang pertama.

Kedua, Tuan Yang di-Pertua, dalam undang-undang kita iaitu Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, misalnya tadi dibacakan tentang seksyen 5, berkaitan tentang approval pada Dewan Rakyat iaitu additional subscription to the association.

Akan tetapi kalau kita tengok seksyen 4 yang disebut bahawa – tajuk dia, “Subscription to the Association”, “There shall be charged on the Consolidated Fund... in the subscription of Malaysia to the Association... be payable in goal or in freely convertible currency or in Malaysian currency”.

Jadi, saya ingin minta penjelasan kepada Timbalan Menteri Kewangan, berdasarkan undang-undang yang kita luluskan pada tahun 1960 ini, kenapa kita masih lagi menggunakan US Dollar? Kenapa kita tidak boleh terus menggunakan Malaysian currency sepertimana yang dinyatakan dalam undang-undang kita?

Saya tahu undang-undang ini kita luluskan pada tahun 1960. Kita hanya boleh menjadi negara penyumbang pada tahun 2017, kalau tidak silap saya ataupun IDA17. Ini tentunya akan membantu, paling tidak pun menaikkan nama kita kerana kita membuat pembayaran itu dalam menggunakan wang Ringgit Malaysia, menggunakan wang kita.

Ketiga, Timbalan Menteri, saya ingin bertanyakan secara khusus ya. Daripada segi setakat ini, apakah perkara yang telah pun kita bincang secara bersama dengan World Bank kita di sini? Kita mempunyai World Bank di Malaysia. Ini sepertimana Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut, merupakan satu outfit, dengan izin, di bawah Bank Dunia. Tentunya Timbalan Menteri Kewangan ataupun Kementerian Kewangan mempunyai akses untuk membincangkan secara langsung, agar kita boleh pastikan IDA ini, bila kita memberikan sumbangan, kita punya suara dan boleh mempengaruhi beberapa dasar yang perlu kepada satu sistem yang adil.

Misalnya, saya buat contoh Timbalan Menteri Kewangan. Mantan Menteri Perdagangan Indonesia, dalam satu forum baru-baru ini di Davos World Economic Forum, telah menyatakan kemarahan beliau apabila waktu COVID-19, vaksin-vaksin yang diberikan kepada negara-negara seperti Indonesia dan negara yang lain, mereka sampai di negara itu dalam keadaan expirenya tinggal lagi dua minggu. Jadi, apa manfaat IDA ini?

Saya tahu bahawa IDA19 dan IDA20 ini tentunya akan memberikan fokus kepada post-pandemic. Jadi, bagaimana kita boleh menyatakan dengan tegas pendirian kita ini?

Walaupun kita memberikan sumbangan yang tidak seberapa, tetapi paling tidak pun ia menyatakan pendirian kita yang tegas tentang beberapa hal.

Misalnya, keadilan daripada segi pengagihan vaksin dan sebagainya. Ini kerana ia mempunyai kaitan dengan pembangunan dan ini tentunya perkara yang harus kita pandang serius. Oleh sebab negara kita memberikan sumbangan, sewajarnya kita mempunyai mekanisme untuk menyatakan pendirian dan pendapat kita.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada Hang Tuah Jaya.

final • 5:11 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan untuk menjawab.

final • 5:11 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Terima kasih kepada Yang Berhormat Hang Tuah Jaya atas perkongsian dan pandangan.

Mungkin saya jawab dulu tentang apa mekanisme yang telah diwujudkan dalam KLN untuk menguruskan IDA.

Keputusan peruntukan dana ini adalah berdasarkan tahap pendapatan dan prestasi setiap negara dalam menguruskan ekonomi mereka dan bilangan projek IDA yang sedang berjalan serta beberapa kriteria yang lain. Untuk melayakkan mendapatkan dana ini, negara mesti penuhi kriteria seperti berikut:

(i) kemiskinan realitif yang ditakrifkan sebagai PNK perkapita mestilah di bawah ambang yang ditetapkan dan ambang ini dikemas kini setiap tahun. Pada tahun fiskal 2023 ini ialah USD1,255;

(ii) kurang kelayakan kredit untuk meminjam mengikut syarat pasaran. Oleh itu, memerlukan sumber konsesi untuk membiayai program pembangunan negara;

(iii) negara-negara juga dinilai untuk menentukan sejauh mana mereka melaksanakan dasar yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pengurangan kemiskinan.

Malaysia juga sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, telah menerima banyak bantuan pinjaman daripada IBRD iaitu salah satu agensi World Bank selain IDA sejak kita merdeka sehinggalah 2014. Kalau kita rangkumkan jumlah pinjaman yang kita dapat ialah sebanyak USD4.06 bilion merangkumi 122 projek dan peruntukan pinjaman tersebut telah digunakan untuk membangunkan negara, sekali gus menurunkan kadar kemiskinan melalui pelbagai projek seperti pembangunan pertanian seperti RISDA dan pembinaan sekolah rendah dan menengah, projek bantuan teknikal, pembinaan jalan raya dan pembangunan tenaga.

Dengan perancangan dan pelaksanaan Dasar Pembangunan Negara yang konsisten berserta suntikan dana tersebut, Malaysia telah berjaya meningkatkan GDP perkapita kita pada ketika itu, daripada USD235 pada tahun 1960 kepada USD11,319 pada tahun 2014.

Mulai tahun 2015, Malaysia telah layak menjadi negara penderma dan kita pula memainkan peranan kita sebagai negara yangs mencarum kepada sumbangan dan membantu negara-negara lain yang memerlukan dana bagi tujuan pembangunan seperti kita ketika dulu, waktu merdeka.

Malaysia secara automatik tidak lagi berada dalam kategori negara penerima dana. Kumpulan Bank Dunia (World Bank Group) diketuai oleh Presiden dan dibantu oleh Lembaga Pengarah Eksekutif (Board of Executives Director), ia terdiri daripada 25 orang wakil pengarah eksekutif daripada negara-negara ahli. Melalui sumbangan yang kita beri ini, Yang Berhormat, Malaysia diberi peluang meletakkan wakil pengarah eksekutif yang membolehkan Malaysia mempunyai kuasa daripada segi mempengaruhi hala tuju, dasar, program dan aktiviti Bank Dunia.

final • 5:16 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Dengan menjadi negara penderma, Malaysia mendapat visibility dengan izin di persada dunia serta menjadi negara yang boleh dicontohi oleh negara-negara lain yang sedang membangun. Kekuatan kita dalam pelaksanaan dasar pembangunan boleh jadikan Malaysia sebagai titik fokal dan secara tidak langsung memberi peluang kepada negara untuk menawarkan perkhidmatan kita dalam perkara lain. Mungkin dalam perkongsian pengalaman dan sebagainya.

Kita juga ingin memperkukuhkan kerjasama dan hubungan antarabangsa dengan negara-negara lain yang mana negara-negara lain ini juga mungkin mempunyai resources yang kita boleh bangunkan bersama. Ia juga banyak manfaat juga yang diterima melalui hubungan baik ini daripada segi buka membuka ruang dan peluang ekonomi yang lain, memandangkan negara kita juga adalah sebuah negara perdagangan (trading nation) dengan izin.

Pada tahun 2016, World Bank Global Knowledge and Research Hub yang telah ditubuhkan di sini, di Kuala Lumpur. Ia bertujuan untuk merakamkan pengalaman dan inovasi dasar yang dilaksanakan oleh Malaysia untuk dikongsi dengan negara lain dalam menjalankan kajian-kajian ekonomi, berkongsi pengalaman global, serta kepakaran dalam menyokong pengalaman pembangunan Malaysia dan hab ini merupakan satu seumpamanya di dunia ini yang mana meletakkan Malaysia sebagai salah satu hab pengetahuan mereka.

Mulai tahun 2019, hab ini dikenali sebagai World Bank Inclusive Growth and Sustainable Finance Hub in Malaysia sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk mencapai pembangunan inklusif, kemakmuran bersama dan mencapai status negara maju serta mengekalkan peranan utama dalam memacu bidang kewangan yang mampan

(sustainable finance).

Dengan adanya hab ini, Malaysia juga dapat membina keupayaan sumber manusia melalui peminjaman pegawai untuk satu jangka masa. World Bank hub di Kuala Lumpur bukan sahaja mengumpul pakar-pakar luar negara untuk membantu melaksanakan kajian-kajian ekonomi, malah turut menggunakan kepakaran tempatan dan melatih pegawai-pegawai kerajaan kita. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan di bawah nombor 5 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini hendaklah disetujukan.

final • 5:20 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

AKTA TABUNG ANTARABANGSA BAGI

PEMBANGUNAN PERTANIAN 1992 - AKTA 483

Sumbangan Penambahan Dana Kepada Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan Pertanian

final • 5:20 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; “Bahawa mengikut peruntukan seksyen 5 Akta Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian 1992 [Akta 483], Dewan ini mengambil ketetapan bahawa sumbangan Kerajaan Malaysia sebanyak USD70,000 kepada Program Penambahan Dana Ke-12 Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan Pertanian (IFAD) diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut peruntukan di bawah seksyen 5 Akta Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian 1992 [Akta 483] bilamana apa-apa penambahan sumbangan Malaysia kepada Tabung dibenarkan menurut seksyen menurut seksyen 4, perkara 4, “Perjanjian tiada amaun boleh disumbangkan berkenaan dengannya kecuali dengan kelulusan terlebih dahulu daripada Dewan Rakyat yang ditandakan melalui ketetapan”. Sehubungan ini, persetujuan Dewan yang mulia ini adalah dipohon bagi membolehkan Kerajaan Malaysia memberikan sumbangan sejumlah USD70,000 kepada Program Penambahan Dana Ke-12 Tabung Antarabangsa Bagi pembangunan Pertanian atau International Fund for Agricultural Development (IFAD).

Tuan Yang di-Pertua, IFAD merupakan sebuah agensi khusus di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang ditubuhkan pada tahun 1977. Matlamat IFAD ialah untuk menangani isu berkaitan penghasilan dan keterjaminan makanan global. Pada masa ini, IFAD ini mempunyai 177 buah negara ahli dan Malaysia menyertai IFAD pada 23 Januari 1990 dan berada dalam kumpulan sublist C2, Eropah, Asia dan Pasifik. Hak mengundi Malaysia sehingga 4 Oktober 2021 ialah 0.25 peratus. Sebagai kepada IFAD, Malaysia mula menyalurkan sumbangan kepada tabung IFAD pada siri keempat yang bermula pada tahun 1998.

Tuan Yang di-Pertua, IFAD telah mengemukakan permohonan kepada semua negara ahli termasuk Malaysia untuk menyumbang kepada tabung IFAD pada siri yang kedua belas bagi tempoh 2022 hingga 2024. Sumbangan daripada negara ahli amat diperlukan bagi merealisasikan sasaran kutipan USD1.55 bilion bagi memastikan kesinambungan program pinjaman dan geran IFAD yang akan memanfaatkan 140 juta orang penduduk luar bandar dalam meningkatkan hasil tanaman, pendapatan dan memastikan mereka mendapat nutrisi yang secukupnya.

Bagi Program Penambahan Dana Ke-12 (IFAD) ini, Malaysia bercadang untuk menyumbang sebanyak USD70,000. Jumlah ini adalah jumlah sumbangan minimum yang dicadangkan oleh Majlis Gabenor IFAD. Keputusan Malaysia untuk menjadi negara penderma IFAD adalah bersesuaian dengan status negara sebagai sebuah negara berpendapatan sederhana tinggi dan bertepatan dengan pendirian negara dan sentiasa menyokong pembangunan di negara-negara miskin.

Sehubungan ini, akan dapat mengekalkan Malaysia agar terus relevan sebagai ahli IFAD serta memaparkan sifat kebersamaan dengan negara anggota ASEAN yang lain seperti Cambodia, Filipina, Indonesia, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam yang turut bersama-sama menyumbang kepada IFAD yang Ke-12.

Tuan Yang di-Pertua, Program Penambahan Dana Kedua Belas (IFAD) ini amat penting bagi menyokong usaha untuk mengekalkan sistem makanan yang mampan, inklusif, berkhasiat dan efisien kepada penduduk di negara-negara miskin serta menyumbang kepada sustainable development goals dengan izin terutamanya matlamat untuk mencapai dengan izin zero hunger. Penglibatan Malaysia sebagai negara penderma pada Program Penambahan Dana Kedua Belas (IFAD) ini adalah selaras dengan pendirian negara yang sentiasa menyatakan sokongan terhadap pembangunan global yang inklusif. Selain itu, peranan Malaysia sebagai penderma IFAD ini akan dapat meningkatkan imej serta mencerminkan komitmen Malaysia sebagai sebuah negara ahli yang sentiasa memberi keutamaan terhadap usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi serantau dan global melalui kerjasama organisasi antarabangsa.

Dengan ini disyorkan supaya Malaysia menyumbang sebanyak USD70,000 kepada Program Penambahan Dana Kedua Belas Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan Pertanian (IFAD). Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 5:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

final • 5:22 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong, terima kasih.

final • 5:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas. Ada tiga orang. Dimulakan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, kemudian Yang Berhormat Kuala Langat dan kemudian Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

final • 5:22 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sedikit sahaja. Saya hendak mendapatkan penjelasan daripada– kita telah menyertai IFAD ini dan kita tidak ada masalah untuk menyokong sumbangan sebanyak USD70,000 ini.

Akan tetapi, selama kita menyertai ini, apa manfaat yang telah dapat kita peroleh.

Kita bukan sekadar untuk memberi kepada orang lain, tetapi kita hendak belajar daripada program IFAD dalam membangunkan golongan miskin ini di kawasan-kawasan luar bandar dalam negara-negara membangun ini untuk– dalam konteks meningkatkan hasil pertanian mereka untuk memastikan supaya kita tidak lagi berhadapan dengan krisis makanan ini. Kita sedang berhadapan dengan apa yang orang sebut selalu krisis makanan sekarang ini.

Apa yang boleh kita belajar daripada kejayaan IFAD dalam membantu membangunkan negara-negara miskin, masyarakat miskin di luar bandar ini untuk kita manfaatkan. Kita lakukan perkara tersebut di dalam negara kita. Kita juga berdepan dengan masalah tersebut. Sekarang baru – Tuan Yang di-Pertua, kita baru dok fikir nak tanam jagung bagi menghasilkan produk makanan untuk haiwan, khususnya untuk ayam.

Akan tetapi, kita tidak tanam lagi. Kita tidak tahu bila tanaman yang mungkin ada tanam, tetapi hasilnya apabila kita hendak dapat, berapa tahun, berapa banyak dan sebagainya.

Jadi, ini yang seharusnya dilihat.

Begitu juga dengan kawasan padi di negeri Kedah khususnya. Kita tidak melihat bagaimana untuk kita membangunkan secara yang lebih efisien. Tuan Yang di-Pertua, minggu lepas, hari Jumaat lepas, saya balik, saya turun ke kawasan saya, 300 relung lebih kurang, mereka tidak dapat mengusahakan padi secara yang sempurna. Sebanyak tiga kali hingga empat kali tabur benih, baru hendak naik. Ini kerana, masalah air bertakung, tidak keluar. Maknanya kita tidak melihat kepada masalah sistem perparitan, saliran. Ada sungai takungan, dia ada sungai buangan.

Jadi, apabila sungai buangan itu tidak dapat diurus dengan baik, akhirnya mereka tidak boleh hendak buat padi. Sekarang ini musim orang hendak ambil padi, tetapi ada orang yang padi dia baru hanya dalam 20 hari.

final • 5:27 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi, akhirnya hasil padi itu nanti dia tidak akan baik dan tidak akan mendatangkan pendapatan yang lumayan. Jadi, ini yang saya minta supaya kita, dalam kita membantu orang, membangunkan negara-negara miskin ini, masyarakat miskin di luar negara ini, kita harus melihat apa yang telah mereka lakukan, IFAD lakukan untuk kita lakukan di negara kita. Jadi itu yang saya mohon penjelasan dan sebelum saya duduk kerana ada masa, saya hendak dapat fatwa daripada Tuan Yang di-Pertua.

Tadi Yang Berhormat Pulai, pagi tadi ada minta supaya dalam peraturan mesyuarat berkaitan dengan penerangan Menteri untuk Menteri yang bertanggungjawab di Jabatan Perdana Menteri menerangkan isu yang berlaku di Lapangan Terbang KLIA semalam yang membabitkan KPPA dengan KPP Imigresen di airport.

Oleh sebab begini, kita tidak menuduh, kita tidak mengakui itu sebenarnya dan sebagainya. Akan tetapi di pasaran sekarang ini berlegar berbagai-bagai, seolah-olah ada politicking dalam PTD sehingga membabitkan, oh! Ini kem KSN. Hendak buang KPPA, hendak halang KPPA naik pangkat dan sebagainya.

Ini sudah tersebar dalam pasaran dan saya fikir ini tidak baik kepada negara kita apabila membabitkan soal pentadbiran awam kita ini, PTD kita ini dalam perkara begini, dia akan mendedahkan kepada negara kita ini berada dalam keadaan yang tidak stabil.

Politik pun tidak stabil, maknanya Yang Berhormat Paya Besar pun fikir hendak kena cium Yang Berhormat Bagan Datuk kah lepas ini?

[Ketawa] Yang Berhormat Bagan Datuk pun sudah pakai sarung sudah sebab orang hendak cium banyak dekat dia.

final • 5:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Usul lain ini Yang Berhormat Pokok Sena. Usul lain.

final • 5:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi, keadaan ini harus diperjelaskan oleh pihak Yang Berhormat Menteri sendiri.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Bila sudah petang ini, macam inilah.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena sudah keluar rel, keluar rel.

[Ketawa] Sebenarnya penerangan Menteri itu adalah di bawah budi bicara Menteri itu sendiri, bukan perlu dipohon. Kalau Menteri yang hendak buat penerangan, maka dia akan fail usul untuk membuat penerangan. Jadi, tiada siapa yang boleh paksa dia buat penerangan. Maaf. Yang Berhormat Pokok Sena, yang kedua Yang Berhormat Kuala Langat. Silakan.

final • 5:30 PM

Dato' Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kuala Langat berdiri sokong, memberi sokongan untuk Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian IFAD ini diluluskan dengan pembayaran USD70 ribu.

[Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tapi pada masa yang sama, saya pun hairan juga apa yang kita akan dapat ataupun bantuan-bantuan yang kita akan dapat, manfaat yang kita akan dapat dengan pemberian USD70 ribu ini kepada IFAD. So saya minta di sini untuk Kementerian Kewangan untuk juga kaji di dalam negara kita sekarang dengan isu food security dan sebagainya. Apa yang kita akan lakukan di dalam masa depan yang akan datang dan apakah bantuan yang diberikan kepada petani-petani di bawah.

Adakah petani yang mengusaha untuk sayur-sayuran ataupun penternakan. Apa yang kita akan beri kepada mereka. Sekarang semua tahu sudah keadaan di dalam dunia sekarang sudah pun capai satu taraf di mana tidak stabil lagi dengan pertarungan antara Rusia dan Ukraine dan baru-baru ini dengan Taiwan dengan China di mana kita baca hari ini isu Taiwan yang telah pun ada diancam oleh China dan Amerika Syarikat masuk di laut Filipina dan sebagainya.

Ini semua tanda-tanda untuk masa depan ini. Saya harap bahawa MOF dan juga Kementerian Pertanian akan bagi tumpuan khusus kepada isu food security dalam negara kita. Kalau kita hendak bagi bantuan kepada IFAD dan sebagainya dengan USD70 ribu, saya harap di dalam bajet yang akan datang, kita akan ada juga subsidi-subsidi tertentu akan diberi kepada pertanian ataupun industri pertanian di negara kita untuk kita pun selamatkan diri di isu food security dan sebagainya sebab tanpa subsidi, kita tidak akan tengok kejayaan di dalam industri ini walaupun kita tahu sudah, kita hendak tanam jagung dan sebagainya ataupun beras dan padi dan sebagainya, sayur-sayuran.

Kalau tidak cukup, ada satu situasi yang akan berlaku bila-bila masa di dalam dunia ini, kita kena bersedia untuk tentukan bahawa negara kita adakan food security untuk penduduk kita di dalam negara kita. So, itulah sedikit yang saya hendak katakan di sini bahawa kita kena cuba dan fikir sedikit, maybe out of the box untuk macam mana kita hendak meningkatkan pertanian di dalam negara kita dapat the young people to involve in agriculture. Akan tetapi ini semua ialah tentang usaha yang akan dilakukan oleh MOF dan Menteri Pertanian dengan pemberian subsidi. Tanpa subsidi, kita tidak boleh berjaya di dalam industri pertanian ini untuk masa depan yang akan datang.

So, saya ingat ini kena dilakukan sesuatu dan saya percaya pada bulan Oktober ini dalam bajet untuk tahun 2023 ini, kita akan nampak satu usaha dari MOF dan juga Kementerian Pertanian untuk meningkatkan subsidi-subsidi yang akan dikeluarkan untuk pertanian-pertanian kita, entrepreneur baru dan juga anak-anak muda kita untuk masuk di dalam kalangan industri pertanian untuk masa depan yang akan datang. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:32 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Dipersilakan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

final • 5:32 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sepertimana yang dinyatakan tadi bahawa ini merupakan usul untuk menambah dana yang mana kita telah pun menjadikan ia sebagai satu undang-undang melalui dana antarabangsa untuk pembangunan pertanian, Akta Dana Antarabangsa Pembangunan Pertanian 1992.

Sepertimana yang dinyatakan Yang Berhormat tadi, sumbangan negara kita kepada IFAD ataupun International Fund for Agriculture Development ini penting. Apatah lagi dalam kita berdepan dengan masalah sekuriti makanan sekarang ini.

Sejak ianya dilancarkan ataupun sejak kita memberikan komitmen kepada tabung ini ataupun dana, saya ingin tanya kepada Kementerian Kewangan, berapakah sumbangan negara kita yang telah pun kita salurkan ke dalam tabung ini. Ini tentunya penting untuk kita menilai semula sumbangan dan manfaat yang kita dapat daripada komitmen melalui taxpayers’ money ataupun wang pembayar cukai yang kita berikan komitmen kepada dana antarabangsa ini untuk pembangunan pertanian yang tentunya sebagai satu usaha kita, ikhtiar kita bersama untuk membantu negara-negara yang memerlukan bantuan dan sokongan.

Seterusnya saya ingin tanya kepada Timbalan Menteri, kita memberikan komitmen sumbangan dana tetapi bagaimana pula kadar bantuan yang boleh kita perolehi untuk negara kita daripada tabung ini. Kita beri sumbangan, negara-negara lain memberi sumbangan. Jadi saya ingat catatannya 177 buah negara ahli beri sumbangan dan bagaimana kita boleh dapat semula kepada negara kita dalam usaha untuk membantu membangunkan secara komprehensif hal-hal yang berkaitan tentang apa yang dipanggil food security ataupun memastikan sekuriti makanan kita dapat dijaga dengan baik.

Saya ingin minta jasa baik Timbalan Menteri untuk merujuk kepada undang- undang kita ini ataupun akta yang kita bentangkan dalam Dewan untuk memberikan endorsement ataupun sokongan kepada dana ini iaitu dalam perkara seksyen 8 , saya baca di sini kerana saya ada yang bahasa Inggeris Tuan Yang di-Pertua.

Seksyen 8 dalam akta menyatakan all monies received by or on behalf of the Government of Malaysia from the fund shall be paid into the Consolidated Fund. Jadi saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, oleh kerana wang yang kita terima, katalah kita dapat bantuan ini untuk pembangunan pertanian. Berdasarkan undang- undang ini Tuan Yang di-Pertua, yang kita luluskan dalam Dewan ini tahun 1992, ia mestilah hendak masuk ke dalam Kumpulan Wang Yang Disatukan.

Jadi, saya ingin tanya kepada Kementerian Kewangan bagaimana kita mengurus dana, bagaimana kita pastikan sementara dana itu masuk ke dalam Consolidated Fund tetapi ianya tidak dibuat untuk program-program yang lain, ianya memberikan khusus kepada pembangunan pertanian kerana saya bimbang kalau kita tidak ada mekanisme ini, sementara duit masuk, jadi kita guna pada perkara-perkara yang lain, ianya terjumlah kepada penyalahgunaan ataupun tidak memanfaatkan sepenuhnya dana ini yang khususnya untuk pembangunan pertanian.

final • 5:36 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Perkara yang seterusnya yang ingin saya tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi saya bangkitkan soalan ini tetapi tidak dijawab. Saya ingat mungkin dia boleh dijawab sekali, iaitu contribution to the fund. Di mana contribution to the fund ini di dalam seksyen 4 menyatakan bahawa wang ini kita boleh bayar dalam bentuk freely convertible currency ataupun in Malaysian Currency.

Jadi, saya ingin tanya kepada Kementerian Kewangan, kenapa kita tidak buat pembayaran menggunakan mata wang kita? Apa rasionalnya untuk kita terus membayar dalam USD dan tidak kepada currency yang lain? Pada saya sekarang ini, saya percaya banyak lagi opsyen lain, yang disebut di dalam Dewan ini oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang lepas dalam sesi soal jawab. Kita ada banyak lagi currency lain yang boleh kita pertimbangkan.

Terakhir, saya ingin minta perhatian dan jawapan langsung daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan, tadi disebut bahawa suara kita, berdasarkan sumbangan kita ini, suara kita hanya 0.25 percent. Jadi, Dewan pun hendak tahu bagaimana nilainya 0.25 percent ini? Apakah kita undi dapat separuh undi ataupun suku undi atau apa? Apakah perlu kita tambah lagi? Apakah perlu kita kaji semula?

Ini kerana saya percaya bahawa ini perkara-perkara yang membabitkan secara tuntas ataupun secara terperinci wang daripada pembayar cukai. Tadi pun kita sudah luluskan untuk pembangunan IDA dan ini kita hendak luluskan kepada IFAD. Tentunya perlu kepada satu public scrutiny dengan izin, oleh Dewan Rakyat ini.

Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Hang Tuah Jaya diberikan peluang.

final • 5:40 PM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab, lima minit.

final • 5:40 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Pokok Sena dan juga Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

Mungkin saya terus kepada soalan Yang Berhormat Pokok Sena dahulu, apa manfaat dan faedah kepada negara dalam menyumbang kepada IFAD. Mungkin pertamanya, kita boleh katakan yang kita dapat visibility. Sebagai negara penderma, Malaysia mampu meletakkan nama kita di persada dunia. Malaysia boleh menjadi negara contoh dan berpeluang untuk berkongsi pengalaman dalam melaksanakan dasar pembangunan yang merangkumi pelbagai bidang terutamanya bidang pertanian dengan negara-negara lain.

Keduanya, komitmen Malaysia dalam konsep prosper-thy-neighbour, dengan izin.

Malaysia mengamalkan Dasar Prosper-Thy-Neighbour yang mana kita memainkan bersama, menggalakkan kemakmuran bersama. Sumbangan kepada IFAD ini mencerminkan komitmen Malaysia sebagai sebuah negara membangun, berpendapatan sederhana tinggi yang sentiasa memberi keutamaan terhadap usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi serantau dan global melalui kerjasama organisasi antarabangsa seperti IFAD.

Ketiga, saya katakan juga tadi SDG 2: Zero Hunger. Sumbangan kepada IFAD 12 ini membantu usaha IFAD dalam menyokong sistem makanan yang mampan, inklusif, berkhasiat dan efisien untuk menyumbangkan kepada Sustainable Development Goals

(SDGs) dengan izin, terutamanya SDG 2 iaitu matlamat mencapai dengan izin, Zero Hunger dalam kalangan negara-negara yang sedang membangun.

Manfaat yang kita pernah terima oleh IFAD ini, antara program atau projek yang pernah dibiayai oleh IFAD di Malaysia pertamanya, ada geran kepada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sebanyak USD86.40 bagi projek Indigenous Technological Innovation in Malaysia: Reducing Vulnerability and Marginalization Among Malaysia’s Indigenous Peoples pada tahun 2010.

Keduanya, ada juga projek Asian Rehabilitation and Sustainable Use of Peatland in Southeast Asia yang melibatkan Malaysia antara tahun 2009 hingga 2014 di mana ia ditaja bersama IFAD dan Global Environment Facility and European Union dengan keseluruhan kos projek sebanyak USD2.26 juta. Kita ambil maklum apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat tadi, kerjasama di antara MOF dan MOA untuk memastikan subsidi yang cukup untuk food security. Biar pun kita tahu subsidi sekarang adalah lebih tinggi daripada development expenditure. Kita akan cari jalan macam mana kita kena buat satu balance dalam perkara ini.

Yang Berhormat Kuala Langat juga saran kajian food security, macam mana kita kena bantu petani kita dalam masa-masa akan datang ini. Macam mana kita tingkatkan pertanian di negara kita melalui teknologi dan sebagainya. Bagaimana kita membuat ini, saya mungkin akan buat sedikit analisis jawapan secara bertulislah kepada Yang Berhormat Kuala Langat.

Yang Berhormat Hang Tuah Jaya juga menanyakan tadi berapa sumbangan yang telah kita beri setakat ini. Ini adalah kali keenam kita membuat sumbangan kepada IFAD sejak penubuhan IFAD pada tahun 1977. Jumlah keseluruhan yang kita telah sumbangkan kepada IFAD adalah sebanyak USD1.175 juta. Kita telah sumbang pada siri keempat hingga kelapan yang mana setiap siri ialah tiga tahun dan kita tidak menyumbang pada siri kesembilan hingga kesebelas iaitu pada tahun 2013 hingga 2021.

Kenapa kita bayar dalam USD? USD adalah mata wang yang diterima oleh semua negara. Ia common currency dan ia telah dipersetujui sebagai mata wang dalam urusan transaksi dalam kalangan negara anggota World Bank Group dan kita diminta juga oleh World Bank Group untuk membayar menggunakan USD.

Yang Berhormat Hang Tuah Jaya juga mengatakan suara kita hanya 0.25 peratus, how significant suara kita ini dalam IFAD? Walaupun suara kita kecil tetapi bagi setiap USD1 sumbangan pembayaran oleh negara anggota, IFAD akan menyokong sebanyak USD8.4 program keseluruhan. Dalam perkara ini, USD70,000 yang akan disumbangkan oleh Kerajaan Malaysia boleh membantu projek berjumlah USD588,000 secara keseluruhan.

Sebagai mungkin comparative dengan negara-negara jiran kita, negara jiran kita contohnya:

Negara PenyumbangJumlah (USD)
Cambodia600000
Filipina700000
Indonesia10000000
Lao PDR91500
Myanmar6000
Thailand13000
Vietnam600000

Sumbangan ini bukan pinjaman tetapi satu pemberian berbentuk derma. Setiap tiga tahun sekali, IFAD akan memohon kepada negara ahli untuk menderma kepada Tabung IFAD. Jadi, kita sebagai negara penderma akan menyalurkan sumbangan kepada IFAD dan pentadbir atau pengarah pengurusan akan menguruskan sumbangan untuk diagihkan kepada negara miskin dan negara yang layak meminta bantuan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh World Bank Group. Terima kasih

final • 5:42 PM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan di bawah No.6 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini hendaklah dipersetujukan.

final • 5:42 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

AKTA TATACARA KEWANGAN 1957 - AKTA 61

**Nama Kumpulan Wang Amanah Majlis Sains dan Penyelidikan Kebangsaan

(MSPK) Dijenamakan kepada Malaysia Science Endowment (MSE)**

final • 5:42 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Tuan

final • 5:49 PM

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa Majlis ini, mengambil ketetapan supaya selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] Jadual Kedua Akta berkenaan dipinda dengan butiran nama Kumpulan Wang Amanah Majlis Sains dan Penyelidikan Kebangsaan (MSPK) dijenamakan kepada Malaysia Science Endowment (MSE) di bawah seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi”.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk membentangkan satu resolusi berkaitan ketetapan butiran nama Kumpulan Wang Amanah Majlis Sains dan Penyelidikan Kebangsaan (MSPK) dijenamakan kepada Malaysia Science Endowment (MSE) mengikut keperluan Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]. Resolusi ini dibentangkan supaya kerajaan bersetuju Kumpulan Wang Amanah Majlis Sains dan Penyelidikan Kebangsaan (MSPK) dijenamakan kepada Malaysia Science Endowment

(MSE) di bawah kawal selia Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Akademi Sains Malaysia (ASM) dilantik sebagai agensi pelaksana.

final • 5:49 PM

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kumpulan Wang Amanah MSPK ditubuhkan dengan kelulusan Dewan Rakyat pada 19 April 2012, selaras dengan penubuhan MSPK pada 10 Disember 2010. MSPK berperanan untuk menentukan hala tuju dan bidang utama sains dan penyelidikan negara dengan menggunakan peruntukan Kumpulan Wang Amanah MSPK yang mana ditubuhkan bagi membiayai usaha penyelidikan dan pembangunan R&D Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta menguruskan segala pembayaran sagu hati kepada pegawai yang mana rekaan harta intelek atau penyelidikan mereka telah dikomersialkan.

Tuan Yang di-Pertua, Mesyuarat Majlis Ekonomi pada 17 Februari 2014 dan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 September 2015 telah bersetuju supaya semua aktiviti berkaitan dengan STI diselaraskan oleh satu majlis sahaja iaitu Majlis Sains Negara, National Science Council (NSC) yang berfungsi sebagai sebuah jawatankuasa tertinggi peringkat kebangsaan dalam tadbir urus STI. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Disember 2020 telah bersetuju supaya MSPK dimansuhkan kerana ia tidak lagi relevan.

Susulan itu, MOSTI memutuskan Malaysia Science Endowment (MSE) diwujudkan untuk menyelaraskan dana alternatif dari pelbagai sumber dan kaedah termasuklah geran dari industri, wakaf dan pelabur mangkin, angel investors. Platform MSE perlu bergerak seiring dengan Research Management Unit (RMU) yang ditubuhkan untuk menguruskan sumber penyelidikan awam secara berpusat yang telah diumumkan semasa ucapan Bajet 2020.

Aspirasi perwujudan MSE ini dilihat selari dengan sebahagian fungsi sedia ada Kumpulan Wang Amanah MSPK. Dalam hal berkaitan, tiada keperluan untuk mewujudkan kumpulan wang amanah yang baharu dengan fungsi yang bertindih dengan kumpulan wang amanah sedia ada.

Justeru, walaupun MSPK telah dimansuhkan, masih terdapat keperluan untuk mengekalkan fungsi Kumpulan Wang Amanah MSPK dan memperluaskan skop fungsi sedia ada dan dijenamakan ke MSE. Dalam hal ini, penyelidikan yang dilaksanakan tidak lagi hanya bergantung kepada dana kerajaan. Pengoperasian MSE dilihat perlu diselia oleh satu entiti khusus yang mempunyai kepakaran dalam STI, bebas dan diiktiraf.

Maka, Akademi Sains Malaysia (ASM) iaitu sebuah badan berkanun di bawah MOSTI dicadangkan untuk dilantik sebagai agensi pelaksana MSE memandangkan ASM mempunyai kepakaran sedia ada dan merupakan urus setia bersama MOSTI bagi NSC.

Penjenamaan Kumpulan Wang Amanah MSPK kepada MSE buat permulaan akan dilaksanakan melalui penyusunan skop tugas pegawai sedia ada di bawah MOSTI dan ASM bagi mengelakkan implikasi kewangan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini mengikut peruntukan di bawah seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua akta tersebut dipinda dengan butiran nama Kumpulan Wang Amanah Majlis Sains dan Penyelidikan Kebangsaan kepada Malaysia Science Endowment. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 5:50 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Ada yang menyokong?

final • 5:50 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah ini terbuka untuk dibahas. Walau bagaimanapun, Majlis tidak menerima seorang pun untuk berbahas. Saya teruskan dengan agenda selanjutnya.

[Tiada perbahasan]

final • 5:50 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan di bawah No. 8 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini hendaklah disetujukan.

final • 5:50 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

AKTA TATACARA KEWANGAN 1957 - AKTA 61

Memotong Butiran Sedia Ada Kumpulan Wang Amanah Tabung Inovasi Negara

final • 5:50 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Tuan

final • 5:54 PM

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

"Bahawa mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan memotong butiran sedia ada Kumpulan Wang Amanah Tabung Inovasi Negara.” Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk membentangkan satu resolusi mengikut

final • 5:54 PM

keperluan Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 - Akta 61

supaya Jadual Kedua akta berkenaan dipinda dan memotong butiran sedia ada iaitu Kumpulan Wang Amanah Tabung Inovasi Negara.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kumpulan Wang Amanah Tabung Inovasi Negara (KWATIN) ditubuhkan dengan kelulusan Dewan Rakyat pada 22 April 2010 selaras dengan Seksyen 10, Akta 61 di bawah seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). KWATIN bertujuan untuk memantapkan pengurusan dana penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan ke arah mewujudkan masyarakat berilmu untuk memajukan ekonomi berasaskan inovasi.

Justeru, dana KWATIN dibelanjakan untuk membiayai usaha-usaha penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi serta menguruskan segala pembayaran insentif kepada pegawai yang mana rekaan harta intelek ataupun penyelidikan mereka telah dikomersialkan.

Tuan Yang di-Pertua, matlamat penubuhan KWATIN adalah untuk membolehkan peruntukan RD&C disalurkan kepada 299 projek di bawah program ScienceFund, Prapengkomersialan serta TechnoFund melibatkan bidang sains kejuruteraan, sains bahan termaju, sains kimia, sains fizik dan matematik, sains hayat, sains pertanian, sains perubatan dan kesihatan, sains alam sekitar, sains komputer dan teknologi maklumat serta sains sosial dan kemanusiaan yang telah komited semasa Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9).

Daripada peruntukan keseluruhan berjumlah RM44.24 juta, sebanyak RM24.43 juta atau 55 peratus dibelanjakan sehingga bulan Disember 2014 dan kini masih berbaki sebanyak RM19.81 juta atau 45 peratus. Kesemua projek berkenaan telah selesai dilaksanakan pada tahun 2014. Maka, KWATIN tidak lagi relevan memandangkan tujuan penubuhan kumpulan wang telah pun tercapai.

Penutupan KWATIN tidak memberi sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan. Baki peruntukan dalam KWATIN perlu diperakaunkan ke dalam Kumpulan Wang Amanah Disatukan dan digunakan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 10(2), Akta 61.

Penutupan KWATIN juga tidak memberikan implikasi yang signifikan kepada ekosistem RD&C kerana fungsi pengurusan dana RD&C masih dilaksanakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan agensi-agensi di bawah Kementerian Sains, teknologi dan Inovasi.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua akta tersebut dipinda dengan memotong butiran sedia ada Kumpulan Wang Amanah Tabung Inovasi Negara. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 5:54 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Ada Ahli Yang Berhormat menyokong?

final • 5:54 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Tuan Yang di-Pertua, saya tetap menyokong. Terima kasih.

final • 5:54 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas. Walau bagaimanapun, tidak ada yang hendak berbahas.

[Tiada perbahasan]

final • 5:54 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan di bawah No. 7 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini hendaklah disetujukan.

final • 5:54 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

AKTA TATACARA KEWANGAN 1957 - AKTA 61

Memotong Butiran Sedia Ada Kumpulan Wang Amanah Pendahuluan Peti Sejuk Sarawak

final • 5:54 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Tuan

final • 5:58 PM

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

"Bahawa mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan memotong butiran sedia ada Kumpulan Wang Amanah Pendahuluan Peti Sejuk Sarawak.” Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk membentangkan satu resolusi mengikut

final • 5:58 PM

keperluan Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 - Akta 61

supaya Jadual Kedua akta berkenaan dipinda dengan memotong butiran sedia ada iaitu Kumpulan Wang Amanah Pendahuluan Peti Sejuk Sarawak.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kumpulan Wang Amanah Pendahuluan Peti Sejuk Sarawak (KWAPS) ditubuhkan dengan kelulusan Dewan Rakyat pada 6 Julai 1964 selaras dengan Seksyen 10, Akta 61 di bawah seliaan Kementerian Kewangan.

Kumpulan wang amanah ini bertujuan untuk memberi pendahuluan bagi pembelian peti sejuk kepada pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri Sarawak yang dipinjamkan kepada Kerajaan Persekutuan di negeri Sarawak dan pegawai, kakitangan Kerajaan Persekutuan yang berasal dan berkhidmat di Sarawak.

Mulai 24 November 1981, KWAPS diletakkan di bawah kawalan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMSarawak). Mulai tahun 1981 hingga tahun 1997, sebanyak 2,540 orang peminjam telah mendapat manfaat daripada KWAPS. Sehingga tahun 1997, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan sebanyak RM620,000 ke KWAPS dan kumpulan wang ini tidak lagi aktif mulai tahun 1998 kerana tiada lagi peminjam yang berminat.

Sehingga kini, semua peminjam telah menyelesaikan pinjaman sepenuhnya dan tiada akuan belum terima direkodkan. Memandangkan kutipan balik pinjaman berjaya diselesaikan dan tiada lagi keperluan pembiayaan diberikan kepada pegawai mulai tahun 1998, maka kumpulan wang amanah ini telah mencapai tujuan penubuhannya dan tidak lagi diperlukan.

final • 5:58 PM

keperluan Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 - Akta 61

Penutupan KWAPS tidak memberi sebarang implikasi kewangan pada kerajaan dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Disember 2020 telah bersetuju dengan cadangan penutupan KWAPS.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini mengikut peruntukan di bawah seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan memotong butiran sedia ada Kumpulan Wang Amanah Pendahuluan Peti Sejuk Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 6:00 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Ada yang Ahli-ahli yang menyokong?

final • 6:00 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang terbuka untuk dibahaskan. Walau bagaimanapun tidak ada yang hendak dibahas.

[Tiada perbahasan]

final • 6:00 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang kemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan ini di bawah No.9 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini hendaklah disetujukan.

final • 6:00 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

AKTA TATACARA KEWANGAN 1957 - AKTA 61

Nama Kumpulan Wang Amanah Projek Pelantar Benua Malaysia Dijenamakan kepada Kumpulan Wang Amanah Kedaulatan Maritim Negara

final • 6:00 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Majlis ini mengambil ketetapan supaya:

"Bahawa mengikut peruntukan di bawah eksyen 10(4)(a) Akta

final • 6:01 PM

Tatacara Kewangan 1957 - Akta 61

Jadual Kedua Akta berkenaan dipinda dengan butiran nama Kumpulan Wang Amanah Projek Pelantar Benua Malaysia dijenamakan kepada Kumpulan Wang Amanah Kedaulatan Maritim Negara di bawah seliaan Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri." [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk membentangkan satu resolusi berkaitan ketetapan butiran nama Kumpulan Wang Amanah Projek Pelantar Benua Malaysia dijenamakan kepada Kumpulan Wang Amanah Kedaulatan Maritim Negara mengikut

final • 6:01 PM

keperluan seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 - Akta 61

.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kumpulan Wang Amanah Projek Pelantar Benua Malaysia (PPBM) diluluskan penumbuhan pada 18 Disember 2008 bertujuan untuk membiayai kos-kos berkaitan persediaan bagi membolehkan Malaysia mengemukakan submission extended continental shelf tuntutan had pelantar benua melebihi had 200 batu nautika dan tidak melebihi 350 batu nautika di Laut China Selatan. Selaras dengan Artikel 76, Konvensyen Undang-undang Laut 1982 (UNCLOS 82) pada Suruhanjaya mengenai had-had pelantar benua Commission on the Limits of the Continental Shelf (CLCS) di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Sejak penubuhannya, Malaysia telah mengemukakan submission tersebut ke CLCS pada 6 Mei 2009, Joint Submission Malaysia-Vietnam dan 12 Disember 2019, Unilateral Submission bagi remaining portion of the extended continental shelf. Sebagai Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Malaysia adalah sebuah negara maritim yang memiliki lebih kurang 1,698 buah pulau dan entiti dan kebanyakan pulau dan entiti di Malaysia ini memerlukan pemuliharaan, pemeliharaan dan penyelenggaraan agar memberikan impak dalam usaha untuk mengukuhkan lagi keselamatan dan kedaulatan pulau atau entiti berdasarkan peta baharu Malaysia 1979. Pulau entiti sedia ada juga dijadikan sebagai kawasan strategik untuk bertujuan pemantauan dan pertahanan.

Tuan Yang di-Pertua, susulan itu satu Kumpulan Wang Amanah dicadangkan untuk tubuhkan bagi tujuan penaiktarafan, penambahbaikkan, penyelenggaraan kawasan dan infrastruktur serta pemulihan pulau entiti paling terkeluar Alta Island di perairan dan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia.

Pada 13 November 2020, kerajaan telah bersetuju agar Kumpulan Wang Amanah PPBM sedia ada dijenamakan semula kepada Kumpulan Wang Amanah Kedaulatan Maritim Negara dengan skop fungsi Kumpulan Wang Amanah ini diperluaskan bagi menggunakan kegunaan merangkumi aspek keselamatan dan kedaulatan maritim negara termasuk pelantar benua, perbatasan sempadan maritim negara dan pulau entiti strategik negara dan tidak terbatas kepada Projek Pelantar Benua Malaysia sahaja.

Penjenamaan dan perluasan skop fungsi Kumpulan Wang Amanah ini akan memberi impak dalam usaha untuk mengukuhkan lagi keselamatan dan kedaulatan laut atau entiti berdasarkan peta baharu Malaysia 1999. Selain itu dana yang didedikasikan bagi tujuan pemuliharaan dan penjagaan pulau entiti yang melibatkan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dalam hal keselamatan dan kedaulatan negara dapat disediakan melalui Kumpulan Wang Amanah ini.

Di samping itu, Kumpulan Wang Amanah ini juga boleh menerima sumbangan dan pemberian daripada mana-mana individu pertubuhan perbadanan pihak berkuasa berkanun atau mana-mana entiti dari dalam dan luar negara. Ini sekali gus akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada peruntukan kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon mencadangkan Bahawa mengikut peruntukan di bawah seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan butiran nama Kumpulan Wang Amanah Projek Pelantar Benua Malaysia dijenamakan kepada Kumpulan Wang Amanah Kedaulatan Maritim Negara. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 6:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang menyokong?

final • 6:01 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 6:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk di bahas tetapi tidak ada siapa yang telah memberi tahu saya niat mereka untuk berbahas.

[Tiada perbahasan]

final • 6:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan di bawah No.10 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini hendaklah disetujukan.

final • 6:01 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya mengakhirkan sidang kali ini, izinkan saya memberi sepatah dua kata. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas telah berlangsung selama 12 hari, mulai Isnin 18 Julai hingga ke hari ini Khamis 4 Ogos 2022. Persidangan kali ini diadakan semasa Malaysia sedang berada dalam fasa peralihan ke endemik dan penekanan terus diberikan kepada usaha-usaha untuk menangani risiko penularan COVID-19 dengan mengambil langkah-langkah kesihatan awal yang sewajarnya.

Sebanyak 25 rang undang-undang dan sembilan usul telah diluluskan oleh Dewan Rakyat semasa Mesyuarat Kedua ini.

[Tepuk] Paling menarik perhatian ramai adalah dengan lulusnya Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli Parlimen bertukar parti juga menarik perhatian ramai ialah usul kelangsungan seksyen 4(5) SOSMA dan juga akhir sekali Usul Menteri mengenai Rang Undang-undang Generational End Game yang telah pun dirujuk, diserahkan kepada Jawatankuasa Pilihan. Sebanyak 100 Pertanyaan Jawab Lisan dan 18 soalan waktu pertanyaan Menteri telah dijawab dalam Dewan, manakala 24 ucapan telah dirunding di Kamar Khas.

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi kerjasama bagi membolehkan perjalanan Majlis Mesyuarat dapat disempurnakan sepanjang tempoh persidangan ini.

Tidak saya lupakan juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pegawai kerajaan, warga Parlimen Malaysia, khususnya Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat yang diketuai oleh Setiausaha Dewan Rakyat. Pihak Sekretariat Parlimen di bawah pimpinan Yang Berbahagia Ketua Pentadbir, wakil media massa serta semua pihak yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengendalian urusan Majlis Mesyuarat sepanjang tempoh Dewan kali ini bersidang.

Saya ingin menasihatkan semua Yang Berhormat untuk sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan kerajaan agar kita sama-sama dapat mengekang dan membendung penularan wabak COVID-19 yang masih belum ada kesudahan ini. Semoga Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh warga Parlimen sentiasa dilindungi daripada wabak penyakit ini.

Saya ada karang pantun. Karangan sendiri.

*25 RUU dan sembilan usul, Kita bahas dan kita luluskan, Parlimen Malaysia tetap unggul, Menjalankan tugas dengan berkesan.

Nancy Pelosi datang berkunjung, Nancy Syukri Menteri Pelancongan, Amanah rakyat kita junjung, Beban rakyat kita mahu ringankan.

Tuntutan Sulu menghangatkan Dewan, SOSMA dan lompat parti jadi perhatian, Terkasar tersilap semasa perbahasan, Harap dimaafkan demi persahabatan.

Banjir di Baling amat menyedihkan, Adakah durian punca angkara, Alam semula jadi perlu dipeliharakan, Agar generasi ke hadapan terpelihara.

Generational End Game langkah yang berani, Jawatankuasa Pilihan perlu telitikan, Semoga kita berjumpa lagi, Moga semua dalam kesejahteraan.* Akhir kata saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua. Selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Semoga Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa sihat walafiat di samping keluarga tersayang. Oleh itu Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan pada hari ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang dan selamat sejahtera semua.

final • 6:01 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.11 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026