Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, salam sejahtera. Saya menjemput Yang Berhormat Kemaman, Tuan Che Alias bin Hamid. Silakan.
1. Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan hasrat kementerian untuk mewujudkan satu akta berhubung dengan isu pembaziran makanan di Malaysia yang setiap tahun semakin membimbangkan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon izin sebelum saya menjawab soalan Jawapan Lisan pada pagi yang mulia ini, saya hendak mengambil kesempatan hanya ringkas untuk pertama, mengucapkan tahniah kepada pasukan badminton kita yang memenangi pingat emas ketiga di Commonwealth.
Juga pencapaian seorang anak muda Malaysia, Muhammad Azeem Mohd Fahmi di Cali, Colombia yang telah memecahkan rekod 100 meter, 10.09 saat dan menamatkan tempat kelima dalam kejohanan dunia mengatasi pelari-pelari dari Jepun. Tahniah kepada Azeem, tahniah kepada KBS dan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kini dalam peringkat akhir untuk mengemukakan dasar dan hala tuju baharu bagi pengurusan sisa pepejal negara dengan visi yang jelas iaitu untuk mempercepatkan peralihan daripada konsep pengurusan sisa pepejal secara ekonomi linear kepada ekonomi kitaran sebagai mana yang telah digariskan dalam Bab 8, RMKe-12.
Pelaksanaan ekonomi kitaran ini berupaya meningkatkan nilai keseluruhan rantai pengurusan sisa pepejal termasuk sisa pepejal makanan yang akan mengurangkan penghantaran sisa ke tapak pelupusan. Semestinya, bagi memastikan peralihan kepada ekonomi kitaran berjalan dengan sistematik dan teratur, perlunya ada satu buah kerangka perundangan yang menyeluruh merentasi keseluruhan rantaian pengurusan sisa pepejal serta melibatkan semua industri terlibat dan semua negeri di Malaysia.
Atas visi besar inilah KPKT sedang dalam tindakan melaksanakan semakan terhadap Akta 672 bagi mengukuhkan elemen ekonomi kitaran secara keseluruhan dan untuk maklumat, penguatkuasaan Akta 672 ketika ini telah mencakupi semua jenis sisa pepejal terkawal termasuklah sisa makanan.
Namun pelaksanaan akta ini hanyalah terhad kepada sektor isi rumah dan industri komersial dan institusi serta sektor pembinaan di negeri-negeri yang hanya menerima
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
pakai Akta 672 sahaja. Namun, tidak merentasi kesemua sektor pembuatan makanan atau industri makanan secara keseluruhannya serta hanya melibatkan sebanyak tujuh buah negeri sahaja.
Oleh itu, menerusi semakan semula akta yang sedang dilaksanakan ketika ini kementerian berhasrat untuk memberikan tumpuan untuk mengkaji kaedah untuk memantapkan lagi pengurusan sisa makanan supaya ia lebih sistematik dan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
Kerjasama perkongsian maklumat daripada pelbagai pihak adalah amat penting bagi menghasilkan satu perundangan baharu yang lebih berkesan. Sebagai permulaan, kementerian dengan kerjasama Kementerian Alam Sekitar Jepun sedang membangunkan garis panduan pengurusan sisa makanan. Dengan kerjasama ini, kementerian akan dapat mengambil the best practices dalam memastikan wujudnya perundangan khusus dan menyokong pengurusan sisa makanan yang lestari.
Sebagai peneraju transformasi pengurusan sisa pepejal ke arah ekonomi kitaran, KPKT juga komited melaksanakan inisiatif-inisiatif bagi memantapkan pengurusan sisa pemakanan seperti berikut:
(i) menganggotai regional working group yang dianjurkan oleh United Nations Environment Programme (UNEP) bermula 2021 bagi membangunkan food waste index untuk menyasarkan penurunan sisa makanan di premis kediaman serta penyediaan makanan dan peruncitan;
(ii) membangunkan tiga garis panduan berkaitan pengurusan sisa makanan iaitu garis panduan pengendalian rawatan dan pengurusan sisa makanan di punca, garis panduan pengurusan sisa makanan di punca di peringkat industri komersial dan institusi serta garis panduan rawatan sisa makanan di punca di peringkat komersial dan institusi; dan
(iii) meneroka potensi pelaksanaan kaedah rawatan sisa di punca ataupun treatment at source seperti anaerobic digester dan machine compost yang mana penggunaan teknologi-teknologi ini mampu untuk merawat sisa makanan di peringkat punca.
Selain daripada itu, KPKT melalui SWCorp Malaysia juga melaksanakan kempen kesedaran melalui communication, education dan public awareness. Kempen Hargai Makanan, Elak Pembaziran yang menumpukan empat perayaan utama. Kempen inisiatif Komuniti Sifar Sisa (KOSIS) di perumahan-perumahan PPR yang menggalakkan aktiviti kitar semula di samping memberikan ganjaran kepada penduduk PPR yang menghantar sisa kitar semula dan sisa makanan yang telah diasingkan.
Terakhir, penyediaan bahan promosi pendidikan dan kesedaran melalui penerbitan risalah dan e-poster. Semua inisiatif yang dilaksanakan oleh KPKT ini adalah seiring dengan sasaran Matlamat Pembangunan Mampan 12.3 iaitu mengurangkan separuh sisa makanan global perkapita pada peringkat runcit dan pengguna serta mengurangkan kerugian makanan ataupun food loss sepanjang rantaian pengeluaran dan bekalan termasuk kerugian pasca penuaian menjelang tahun 2030. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Kemaman.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberi dan juga atas inisiatif yang telah diambil oleh pihak KPKT.
Soalan tambahan saya iaitu sejauh manakah usaha sama antara pihak kementerian, khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam mewujudkan teknologi pengkomposan sisa makanan secara lebih efektif, selamat dan mudah dalam menyelesaikan isu berkaitan pembaziran ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak jelaskan sedikit. Memang ia merupakan satu cabaran yang agak besar kepada KPKT dalam membuat pengurusan sisa pepejal terutamanya sisa makanan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada waktu sekarang negara menjanakan hampir 38,000 metrik tan sehari. Daripada jumlah tersebut, hampir 45 peratus adalah terdiri daripada janaan sisa-sisa pepejal daripada makanan. Ini juga berlaku di hampir semua negara ASEAN. Malahan kalau di Indonesia, dia mencecah 60 peratus.
Kalau di negara Philippines, 55 peratus. Kalau di Thailand, 64 peratus, demikian juga di Vietnam. Pattern ini menunjukkan keadaan yang sama. Barangkali orang Asia, Tuan Yang di-Pertua, dengan sisa-sisa nasi kandar, mi goreng, menyebabkan sisa itu menjadi lebih.
Jadi, cabaran utama adalah pada soal treatment. Oleh sebab itu, saya sedang menyediakan pengurusan ataupun hala tuju yang baharu untuk melihat kerjasama bukan hanya dengan MOSTI sahaja, malahan dengan KASA dan juga dengan KPDNHEP. Sisa makan ini berlaku dalam dua hal. Satu setelah mana ia dibuang dan sebelum. Ada edible waste dan non-edible waste. Mengikut laporan Future Institute yang dikeluarkan di Australia, kita punya edible waste masih mencecah hampir lapan peratus dan mungkin inisiatif yang pernah dibuat oleh kerajaan terdahulu iaitu food security waktu itu oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, saya rasa boleh juga digunakan sebagai kerjasama rentas untuk mengurangkan sisa-sisa makanan dan menjadikan pengurusan sisa pepejal di Malaysia, terutama membabitkan sisa makanan in diuruskan secara lebih lestari. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, apabila kita bertemu dengan hotel-hotel dan juga fast food outlet, saya ada mencadangkan di kawasan saya apa kata kalau mereka hand over leftover itu kepada saya untuk saya uruskan.
Cuma isu yang mereka sebut ialah mereka takut kerana mereka takut salah undang-undang, mereka takut ada kementerian ataupun PBT akan ambil tindakan terhadap mereka. Jadi, apakah di peringkat ini sementara kerajaan hendak menggubal undang-undang dan juga apa jua kaedah, tetapi bolehkah memberikan at least kepada PBT supaya membenarkan fast food outlets dan juga hotel-hotel ini boleh collaborate dengan contohnya pihak Parlimen ataupun ADUN supaya leftover yang bagus ini kita berikan kepada orang miskin. Terima kasih. Khususnya di masjid-masjid.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Terima kasih. Sepertimana yang saya sebut tadi, waste dia ada dua jenis Yang Berhormat. Kalau waste makanan, waste ada banyak tetapi waste makanan ini ada dua. Satu edible waste, satu *non-edible waste.
Non-edible waste* dia sudah makan, dia buang, tidak boleh guna. Perkara yang edible waste ini ia adalah benda yang belum lagi terlunas atau terhapus dia punya expiry date.
Ini sebab itulah di tempat saya pun saya guna – saya pergi ke hypermarket, ambil barang- barang untuk dijana supaya ia tidak menjadi waste. Sebenarnya tidak ada halangan pada waktu itu. Cuma macam saya sebut tadi, kekangan Akta 672 ini apabila saya lihat apabila saya masuk ke Putrajaya ialah ia tidak mencakupi satu, tujuh buah negeri yang tidak berada di bawah Akta 672, satu. Ada tujuh buah negeri maknanya Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Hanya tujuh buah negeri sahaja di bawah Akta 672 yang ada obligasi daripada saya.
Keduanya ialah ia tidak melihat kepada sisa-sisa yang belum terjana. Saya beri contoh, pengeluar sebuah minuman, dia bukan menjual minuman tetapi dia penjana kepada waste sebab dia pengeluar tetapi he has never been taxed dan tidak ada satu tanggungjawab disisikan bersama dia.
Jadi, sebab itulah hala tuju baru ini Yang Berhormat, saya akan melihat semua dan minta soalan kepada Yang Berhormat apa yang ditanyakan peringkat awal
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
sebenarnya tidak ada halangan, memang dilaksanakan saya lihat. Ada di Pulau Pinang dilaksanakan, di Selangor pun dilaksanakan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Boleh satu lagi soalan?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat Merbok. Ringkas.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri tadi ada sebut kira-kira 38,000 tan, saya jangkakan kira-kira hampir 45 percent daripada komposisi sisa pepejal yang maksudnya akhirnya akan pergi ke tapak pelupusan.
Bukankah ada kajian menunjukkan– oleh USM, menggunakan sisa makanan ini menjadi dedak untuk diberikan kepada haiwan ternakan. Jadi, adakah ada usaha-usaha tersebut?
Sekurang-kurangnya ini adalah salah satu cara untuk kita menyelesaikan. Terima kasih.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Ya, terima kasih. Itulah yang saya jawab tadi bahawa antara usaha yang kita tengah lakukan untuk kita beralih, berhijrah kepada apa yang kita sebut ekonomi kitaran, Yang Berhormat.
Apa yang berlaku sekarang, kita masih menggunakan ekonomi linear. Maknanya kita take, make, use and dispose. Ia linear sahaja. Akan tetapi apabila kita ada ekonomi kitaran, ia akan ada satu bentuk recycle, satu dan juga from cradle to cradle balik dan ia boleh dijana.
Sebagaimana Yang Berhormat sebut, kalau food waste ini ia *organic waste.
Organic waste* ini ia boleh melalui banyak proses. Satu, ia boleh guna melalui anaerobic digester di mana hasil daripadanya ia boleh dihasilkan biogas dan dijadikan sumber kuasa elektrik dan yang selebihnya the residual boleh digunakan sebagai biofertiliser. Namun pada waktu sekarang, memang tidak ada langsung investment dan saya membuka pintu seluas-luasnya. Pada waktu sekarang ada dua proposals sudah sampai and I’m trying to have...
[Tidak jelas] dengan izin untuk melihat kejayaan ini sebab kalau berjaya ini berlaku, pertama, tahap recycling naik. Saya punya agenda Zero Waste to Landfill dapat dilaksanakan dan yang paling penting perbelanjaan kerajaan juga akan menurun dan menjadikan pengurusan ini jauh lebih lestari. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook.
Silakan.
2. Tuan Loke Siew Fook [Seremban] minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada Lapangan Terbang Pulau Tioman baru yang dicadangkan oleh sebuah syarikat swasta telah mendapat kelulusan dasar dari kerajaan dan apakah projek tersebut berdaya saing dan memenuhi kriteria kelestarian alam sekitar.
Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Seremban, mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) Ke-36 (Bil. 3/2020) pada 27 Oktober 2020 antara lain telah bersetuju secara dasar dengan cadangan pembinaan Lapangan Terbang Pulau Tioman yang baharu tertakluk kepada keperluan untuk menyediakan beberapa laporan teknikal seperti Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), Laporan Penilaian Impak Sosial
(SIA), Laporan Penilaian Impak Trafik (TIA), Marine Risk Assesment, Coral Mapping Studies dan Land Disturbing Pollution Prevention and Mitigation Measures antara lain.
Mesyuarat MPFN tersebut juga telah memutuskan bahawa cadangan ini perlu diangkat semula untuk pertimbangan majlis. Kementerian Pengangkutan ingin menjelaskan bahawa sehingga kini, tiada kelulusan diberikan untuk menubuhkan aerodrom berhubungan cadangan pembinaan Lapangan Terbang Pulau Tioman yang baharu sepertimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016.
Dalam hubungan ini, cadangan pembinaan Lapangan Terbang Pulau Tioman yang baharu juga adalah tertakluk kepada hasil kajian Pelan Strategik Lapangan Kebangsaan (NASP) yang telah bermula pada Mac 2022 lalu. Kajian ini akan mengambil
Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
masa selama 18 bulan untuk disiapkan dan meliputi kesemua 42 buah lapangan terbang sedia ada termasuk cadangan pembinaan lapangan-lapangan terbang baharu.
Kajian ini antara lainnya akan turut meneliti sama ada cadangan projek tersebut berdaya saing atau tidak. Berhubung dengan penentuan kriteria kelestarian alam sekitar ke atas cadangan projek ini, perkara ini sedang dalam penelitian pihak Jabatan Alam Sekitar.
Oleh yang demikian, kelulusan akhir bagi cadangan pembinaan Lapangan Terbang Pulau Tioman baharu hanya akan dipertimbangkan apabila kajian NASP telah disiapkan dan pematuhan kepada semua syarat yang ditetapkan oleh agensi-agensi kerajaan yang lain, sepertimana yang dinyatakan dalam laporan-laporan teknikal tersebut.
Sekian, terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengemukakan soalan tambahan, izinkan saya untuk merakamkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Lt. Colonel (Rtd) Fajim Juffa Mustafa Kamal, yang terkorban dalam satu nahas udara di Ipoh dua hari yang lalu. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya menerima jawapan Yang Berhormat Menteri tadi. Pendek kata bahawa belum ada keputusan terhadap cadangan pembinaan lapangan terbang di Tioman ini. Akan tetapi rata-ratanya kita baca dalam laporan media, seolah-olah cadangan itu telah pun diluluskan dan akan dibina di Tioman.
Itu yang menyebabkan ramai yang concerned bahawa, adakah ia memberikan kesan kepada alam sekitar. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memperjelaskan perkara ini apabila ada laporan-laporan media sebegitu supaya tidak ada confusion dalam kalangan orang ramai.
Keduanya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya juga bahawa, kebelakangan ini saya lihat ada banyak kerajaan negeri yang membuat pengumuman terhadap pembinaan lapangan terbang, seolah-olah kerajaan negeri ada kuasa terhadap pembinaan lapangan terbang dan bukannya datang daripada Kementerian Pengangkutan.
Saya bagi contoh satu pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang baru-baru ini yang mengumumkan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan di Gebeng akan dibina dan beroperasi tahun 2026 dengan kos RM2 bilion yang menggunakan PFI.
Saya pernah menjawat jawatan Menteri Pengangkutan- saya tahu lapangan terbang ini memerlukan kelulusan khususnya daripada CAAM- siapa yang jaga menara trafik udara, siapa yang menjaga landasan lapangan terbang itu semuanya di bawah CAAM. Bukannya kerajaan negeri boleh sesuka hati membuat pengumuman itu. Jadi saya berharap Yang Berhormat Menteri, apabila ada laporan-laporan media seperti ini dapat memberikan penjelasan supaya ia tidak memberikan suatu gambaran yang tidak betul kepada pihak luar, kepada orang ramai seolah-olah lapangan terbang ini sesuka hati boleh dibina.
Saya tahu bahawa ada kajian menyeluruh untuk melihat keperluan lapangan- lapangan terbang di seluruh negara. Jadi saya harap, dan saya tetap bertanya, adakah Lapangan Terbang Kuantan itu juga setakat cadangan dan belum diputuskan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Sebenarnya soalan yang pertama itu mengenai penerangan melalui surat khabar itu tidak dibenarkan. Peraturan Mesyuarat 23, “Sebarang pertanyaan tidak boleh ditanya mengenai betul atau tidaknya laporan surat khabar.”
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Saya bukannya tanya betul atau tidak. Saya cuma minta Yang Berhormat Menteri supaya beri penjelasan sekiranya ada laporan- laporan media yang tidak tepat- menggambarkan gambaran yang tidak tepat. Terima kasih.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Seremban yang memang arif tentang soal pelesenan yang perlu diperoleh sebelum sesuatu lapangan terbang boleh beroperasi. Memang betul Yang Berhormat telah kata tadi, lapangan terbang ini sebenarnya di bawah kuasa Kerajaan Pusat di mana kita melihat dua aspek.
Pertama ialah, kita mestilah mendapat kelulusan Menteri untuk menubuhkan aerodrome. Itu mengikut akta yang ada. Apabila kelulusan diberi, baharulah syarikat ini atau mana-mana pemaju penggerak projek ini boleh memohon Aerodrome Operating License (AOL), dan melalui dua aspek.
Pertama, kena melalui MAVCOM; dan kedua, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM). Jadi untuk mendapatkan AOL, itu kena melalui dua proses ini- jadi ia seiring. Kalau tak dapat AOL bermaksud airport itu tidak boleh beroperasi, itu memang benar apa Yang Berhormat cakap.
Jadi apa Yang Berhormat kata tadi, ya betul. Pengumuman yang dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang sebenarnya ingin saya maklum kepada Dewan yang mulia, pada penghujung tahun lalu melalui Majlis Perancangan Fizikal Negara, telah dibincangkan pembentangan daripada pihak Pahang juga. Kita melihat Pahang ini antara negeri yang kita tidak pernah membina lapangan terbang awam. Bermaksud apa yang kita gunakan itu merupakan tempat kegunaan tentera.
Jadi dalam konteks ini, mesyuarat MPFN pada tahun lalu telah meluluskan secara dasar dan perlu melalui proses sepertimana yang saya katakan- kelulusan Menteri, selepas itu AOL. Ini dalam peringkat untuk penyediaan semua laporan sepertimana yang telah disyaratkan. Jadi belum dapat kelulusan akhir tetapi dalam proses untuk menyempurnakan semua pematuhan kepada akta sepertimana yang telah disyaratkan.
Jadi Yang Berhormat, betul saya mengambil maklum apa yang Yang Berhormat katakan. Jadi ada juga kerajaan negeri yang umumkan ia akan pindah, itu juga sebenarnya tidak betul. Ini kerana ia mesti mendapat kelulusan akhir baharu boleh.
Dalam kes Tioman, ia masih lagi mendapat kelulusan dasar daripada MPFN.
Pematuhan kepada 10 laporan teknikal itu belum lagi dilaksanakan, belum lagi dipatuhi.
Maka bila sudah dapat kesemua ini baharulah AOL itu- baharu kita dapat pertimbangkan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Yang Berhormat Menteri, tetapi MB Pahang telah umumkan beroperasi tahun 2026 dalam laporan media- 2026. Kalau kelulusan belum dapat, macam mana kata operasi 2026?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Ya, Yang Berhormat. Cadangan mereka yang kata tahun 2026 tetapi pematuhan pada proses dan prosedur tetap kena ada. Dalam contoh- mungkin ada penggerak projek perlukan setahun atau dua untuk melengkapkan semua proses dan selepas itu adalah pembinaan dengan PFI. Itu telah dibincangkan dalam MPFN tetapi kita cuma bagi kelulusan dasar untuk mulakan segala kajian dan pematuhan kepada akta. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Oleh sebab isu ini melibatkan Johor, memandangkan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi pendapat orang ramai tidak mencukupi untuk menampung pelancong- pelancong kerana sudah dalam keadaan mengalami kesesakan di sana, jadi adakah perancangan kerajaan untuk adakan lagi sebuah lapangan terbang atau untuk membesarkan Senai International Airport supaya ia boleh menampung pelancong- pelancong yang akan datang sekiranya China membuka kesempatan, mengizinkan rakyat mereka keluar untuk melancong. Terima kasih.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih, dari Pahang sekarang sampai ke Johor. Akan tetapi apa yang saya hendak katakan, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ini sebenarnya melihat kapasiti yang ada sekarang agak rendah. Ini kerana sebelum COVID-19 mungkin ada lagi penerbangan ke negara-negara asing tetapi sekarang memang tidak ada.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Posisinya sebagai sebuah lapangan terbang yang berdekatan dengan Singapura sebenarnya mengikut impian kita ialah 10 peratus daripada passengers yang ada- trafik yang ada di Changi kalau kita tarik mereka masuk, itu cadangan yang terbaik. Akan tetapi itu daripada segi perancangan sangat ideal.
Akan tetapi kedua daripada segi kapasiti kita lihat memang Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ini memang dalam keadaan sekarang yang jauh mencukupi. Jadi belum ada keperluan kerana kita tidak boleh membina lapangan terbang seperti kita bina kapal. Ini kerana ia memerlukan pertama, kita kena lihat ruang udara.
Kedua, connectivity antara satu buah tempat ke tempat lain. Sekarang kita gunakan KLIA, kecuali satu hari kalau itu sebagai satu hab penerbangan, baharulah kita melihat keperluannya.
Kalau kita lihat KK contohnya. KK mempunyai banyak penerbangan antarabangsa dan kita lihat daripada segi posisinya berlainan dengan apa yang dapat kita lihat di Senai. Jadi ada ruang untuk kita hendak tambah dan kita lihat keperluan kalau airside perlu kita tambah, maka kita tambah atau terminal- kalau ada kapasiti yang kita hendak tambah, kita akan tambah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Dato' Sri Richard Riot, silakan.
3. Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [Serian] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apakah status terkini Projek ICQS Tebedu, yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Datuk Jonathan bin Yasin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Serian, projek naik taraf Kompleks ICQS Tebedu telah diluluskan dalam RP1 RMKe-12 dengan nilai projek RM100 juta. Peruntukan yang disediakan untuk tahun 2022 itu sebanyak RM500 ribu untuk kerja-kerja awalan khususnya bagi pelantikan juru perunding.
Pihak JKR selaku agensi pelaksana projek ini kini dalam proses melengkapkan- brief projek bersama pihak Jabatan Imigresen Malaysia, berdasarkan hasil lawatan tapak yang diadakan pada Mei 2022 memandangkan terdapatnya keperluan untuk perubahan skop projek kepada penggantian sebahagian blok bangunan yang usang dengan yang baharu berbanding dengan cadangan asal untuk menaik taraf bangunan sedia ada.
Pelantikan juru perunding bagi tujuan penyediaan reka bentuk dijangka dapat dimuktamadkan selewat-lewatnya pada November 2022, sebelum dibentangkan dalam Makmal Pengurusan- Value Management pada Februari 2023. Projek ini seterusnya dijangka akan di tender pada Jun 2023 dengan tempoh penyiapan selama 36 bulan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat, silakan.
Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas penjelasan itu. CIQS Tebedu telah diluluskan sepertimana yang disebutkan sebentar tadi dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas. Bagi saya amaun RM100 juta itu terlalu kecil. Terlalu kecil untuk kita menaik taraf CIQS Tebedu.
Pada bulan Julai tahun lepas Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri sendiri, saya telah ikut rombongan beliau telah mengadakan lawatan kerja ke CIQS Tebedu dan berkesempatan melihat apa yang ada di Bea Cukai Entikong iaitu lebih kurang setaraf dengan CIQS kita di Tebedu.
Bila kita nampak apa yang ada di situ, Bea Cukai Entikong berongkos lebih kurang RM500 juta iaitu hampir setengah bilion. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya memang menerima penjelasan yang telah diberikan tetapi bagi saya RM100 juta untuk menaik taraf CIQS Tebedu begitu kecil. Jadi, permintaan saya, saya minta Yang Berhormat Timbalan
Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian
Menteri membawa perkara ini kepada Yang Berhormat Menteri, supaya dibawa ke kerajaan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Datuk Jonathan bin Yasin
Terima kasih atas saranan daripada Yang Berhormat Serian. Kita memahami bahawa kita perlu menaiktarafkan seluruh CIQS yang ada di sempadan-sempadan negara kita di mana negara-negara lain juga sudah membangun CIQS mereka dengan begitu besar dan begitu moden.
Namun Yang Berhormat Serian, kita juga harus mengambil kira bahawa banyak lagi tanggungjawab pihak kementerian yang mana beberapa CIQS lain juga perlukan kewangan dana untuk menaik taraf CIQS-CIQS yang ada seperti yang pada masa sekarang ini kita sedang proses untuk menambah baik CIQS di Serikin. Ini pun sudah RM50 juta disediakan untuk tujuan ini.
Begitu juga di Telok Melano ada kos lebih kurang RM22 juta dan ini pun juga memerlukan banyak komitmen daripada kerajaan negeri termasuk jalan dan juga tentang bekalan di Ba'kelalan juga sedang dalam proses walaupun 40 percent sudah siap. Namun, cadangan-cadangan serta saranan daripada Yang Berhormat Serian kita akan bawa dalam kementerian sama ada kita dapat menunaikan, meningkatkan lagi dana itu atau bagaimana. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat. Ya, ringkas. Sebenarnya tidak boleh berbahas Yang Berhormat.
Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian
Tuan Yang di-Pertua, minta last. RM100 juta. Pada tahun 2017, ketika itu Kerajaan Barisan Nasional, kerajaan telah mengumumkan bahawa CIQS Tebedu, perbelanjaan yang telah diluluskan ketika itu adalah RM400 juta dan dalam pada itu Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak ketika itu sekarang Premier Sarawak telah pledged untuk membiayai separuh dari RM400 juta ini. Tolong ambil perhatian.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat. Ya.
Datuk Jonathan bin Yasin
Pandangan daripada...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Ya.
Datuk Jonathan bin Yasin
...Apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Serian tadi akan diambil kira.
Tuan Yang di-Pertua
Ada soalan?
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Ya, ada-ada. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya ialah mohon nyatakan status terkini cadangan pengwujudan sebuah Pusat Pemeriksaan Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) antara sempadan negeri Sabah ini di Serudong-Kalabakan, Tawau dan adakah kementerian akan menghantar semula permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Kewangan bagi kelulusan? Ini kerana ICQS ini sangat sesuai dan strategik tempatnya dan ia akan membuka banyak lagi aktiviti-aktiviti ekonomi setempat di Tawau.
Kalau ia dipindahkan maka ia akan membuka banyak ruang perniagaan dan juga pekerjaan untuk orang-orang di Tawau. Terima kasih.
Datuk Jonathan bin Yasin
Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Papar. Kita tahu bahawa pentingnya tentang menubuhkan ICQS di Serudong-Kalabakan.
Namun, jawapan secara detil terhadap soalan yang dikemukakan saya tidak ada dan soalan ini kami akan jawab secara bertulis, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Tuaran.
4. Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau [Tuaran] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan adakah kementerian bercadang untuk mengiktiraf Association of International Certified Aesthetician (AICA) untuk self-regulate industri kecantikan di negara ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya dari Tuaran yang ingin mengetahui berkaitan dengan Association of International Certified Aesthetician (AICA).
Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini KPDNHEP sedang dalam menyemak semula dan membuat penambahbaikan terhadap garis panduan industri kecantikan yang dikeluarkan pada tahun 2013 dengan mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pemain-pemain industri dan Kementerian Kesihatan Malaysia termasuklah dengan AICA.
Selain itu, cadangan penambahbaikan garis panduan industri kecantikan ini adalah selaras dengan peranan KPDNHEP sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap industri yang tidak dikawal selia. Ertinya, mana-mana industri yang tidak dikawal selia semuanya tertakluk ataupun di bawah penyeliaan kita.
Untuk meningkatkan lagi pembangunan industri kecantikan di negara ini, kementerian juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan untuk penambahbaikan, untuk diperhalusi oleh pihak kementerian secara menyeluruh dengan menerusi penglibatan KKM, Jabatan Tenaga Kerja dan juga badan-badan NGO serta pemain industri untuk memastikan industri ini berkembang pesat selari dengan perkembangan hebat di peringkat global. Kementerian juga menggalakkan industri kecantikan untuk berkembang ke arah self-regulated selaras dengan pelan hala tuju Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 2022 hingga 2025.
Walaupun begitu, memandangkan industri ini melibatkan prosedur dan aktiviti yang berkaitan dengan keselamatan pengguna seperti rawatan invasif serta bukan invasif, kementerian akan dan telah mengadakan perbincangan lanjut bersama KKM dan juga badan-badan yang berkaitan untuk mencari kaedah terbaik dalam mengawal industri kecantikan ini.
Tuan Yang di-Pertua, sememangnya semua manusia ini mahu kecantikan, mahu sihat dan mahu bahagia. Lantaran itu kita bukan sahaja berbincang dengan AICA, kita juga berbincang dan melakukan libat urus dengan Persatuan Industri Kecantikan Malaysia
(PIKMM) untuk memastikan apa yang akan kita rancang ini tidak memberi sesuatu yang buruk kepada pengguna. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang komprehensif tadi. Industri kecantikan adalah bernilai lebih RM1 bilion. Menghampiri RM2 bilion sebenarnya, begitu besar dan sudah lebih 40 tahun industri ini tidak ada undang-undang asas, spesifik to regulate. Kita juga sedar bahawa peratusan aduan setiap tahun berkenaan dengan kes-kes dalam industri ini daripada pengguna. Ini bererti bahawa memerlukan satu regulatory mechanism.
Dalam hal ini, di mana-mana dunia belum ada negara yang meregulate ini oleh kerajaan tetapi dibuat secara self-regulate. Adakah Yang Berhormat merasa bahawa there is an urgent need untuk mengadakan sistem to regulate ini di Malaysia dan bilakah kerajaan mahu laksanakan ini? Memandangkan bahawa industri ini bukan lagi besar tetapi banyak aduan dan ekosistem untuk self-regulate seperti apa yang dibuat oleh AICA itu sudah pun bersedia. Terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Satu cadangan, satu soalan yang cukup bagus untuk kita jawab.
Kita sebagaimana yang dinyatakan tadi memang kita bersetuju bahawa industri ini memang berkembang dengan pesatnya sekarang, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.
Dato’ Rosol bin Wahid
Lantaran itu kita memandang serius hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan dan juga hal-hal yang berkaitan dengan tawaran-tawaran yang dikeluarkan oleh persatuan ataupun premis-premis berkaitan ini kerana ada kes. Untuk makluman, oleh kerana ia tidak diregulated, banyak aduan yang kita terima daripada pengguna.
Contohnya, ada satu kes daripada syarikat yang berjanji untuk menumbuhkan rambut. Akan tetapi bila dibuat rupanya tidak berjaya. Kita tahu hal tersebut berdasarkan kepada laporan yang datang kepada Tribunal Tuntunan Pengguna Malaysia (TTPM).
Untuk makluman sehingga tahun 2022, kita sudah menerima sebanyak 661 kes yang berkaitan dengan hal-hal kecantikan ataupun hal-hal yang berkaitan dengan estetik ini. Dalam rekod kita, tuntutan berkaitan dengan estetik adalah tuntutan kelima tertinggi di Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia. Kita sedang merancang untuk hendak regulate perkara ini supaya pengguna terbela dan perniagaan ini tidak terjejas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Libaran.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Industri kecantikan pada hari ini di Malaysia kian berkembang dan seterusnya mengambil bahagian dalam pasaran global. Justeru saya bertanya, apakah usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam memastikan industri kosmetik memberi jaminan bersih, sihat, selamat, mampan pada produk kosmetik halal dalam landskap perdagangan halal negara kita. Terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Libaran.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu saya katakan tadi bahawa kita mengadakan libat urus dengan persatuan, individu dan pemain-pemain industri untuk memastikan bahawa apa sahaja yang ditawarkan itu adalah benar, selamat dan mampu untuk menunaikan apa yang dijanjikan. Ini adalah kerana kedapatan mengatakan ataupun kes-kes yang diadukan oleh pengguna kepada kementerian kita, kepada Tuntutan Tribunal Pengguna, apa yang ditawarkan itu hasilnya tidak sama.
Ini adalah kerana hari ini ada yang menggunakan secara invasif dan tidak invasif.
Itu ada some grey areas dengan izin Tuan Yang di-Pertua antara KKM dengan kita yang mana dikatakan bahawa apa sahaja yang invasif contohnya penggunaan laser, ataupun botox, filler dan sebagainya. Banyak kes hendak membesarkan buah dada ataupun payudara dan sebagainya, akhirnya kesannya amat berbahaya kepada pengguna. Jadi sebab itu kita bergerak ke arah untuk memastikan ia diregulasikan untuk memberi jaminan kepada pengguna dan dalam masa yang sama tidak menjejaskan industri yang cukup pesat sekarang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim.
5. Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim [Batang Lupar] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan bagaimanakah semangat bipartisan dapat dipupuk dan diamalkan di kalangan pemimpin negara berbilang fahaman kerana pemimpin adalah contoh terbaik model perpaduan dan pertelagahan pemimpin mengarah kepada kehancuran negara.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada skuad badminton negara di Birmingham yang menang pingat emas dan juga kepada Saudara Azeem Fahmi yang berjaya memecahkan rekod 100 meter negara di Cali dan juga semua pemenang Sukan Para di Solo.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perpaduan Negara memainkan peranan sebagai peneraju Agenda Perpaduan Nasional yang bersifat inklusif merentasi pelbagai golongan masyarakat demi Kemakmuran Bersama. Agenda ini dilaksanakan melalui
Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal
pelbagai usaha penyatu paduan untuk membina, memperkukuh dan mengekalkan tapak integrasi sebagai landasan hubungan muhibah di kalangan rakyat selari dengan Aspirasi Keluarga Malaysia.
Untuk itu Dasar Perpaduan Negara telah dihasilkan dengan menetapkan tiga teras utama iaitu patriotisme dan demokrasi, yang mana teras ini usaha-usaha dirangka untuk membina rakyat yang patriotik dan cintakan negara serta memahami konsep demokrasi. Kedua ialah teras identiti nasional, matlamat membina sebuah bangsa yang berjaya perlu seiring dengan usaha memperkukuh perpaduan penyatu paduan dan kesepaduan sosial dalam kepelbagaian etnik dan agama serta kerencaman budaya dan adat resam. Ketiga ialah teras ekosistem perpaduan yang mana kita ingin sediakan persekitaran dan ruang yang kondusif bagi menggalakkan perpaduan dalam masyarakat dengan mengambil kira cabaran, persekitaran dan pengaruh global.
Selain daripada itu kita juga telah menghasilkan beberapa rangka tindakan dengan izin, Blueprint Perpaduan Negara tahun 2021- 2030 yang membawa aspirasi ini.
Kita juga ada Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) untuk 10 tahun akan datang dan kita juga ada pelan lima tahun akan datang, melalui Pelan Tindakan Perpaduan Negara Keluarga Malaysia (KAMI). Semua ini adalah manifestasi yang kita ingin garap untuk membina kesepaduan dan juga semangat bipartisan di kalangan pemimpin.
Walau bagaimanapun, di peringkat kementerian kita juga mahu melihat institusi Parlimen dijadikan satu wadah untuk menunjukkan ketauladan dan teladan kepada masyarakat bagaimana pemimpin secara bipartisan dapat mengangkat semangat kenegaraan dan patriotisme.
Contohnya, seperti cadangan Yang Berhormat Jempol tempoh hari, kita perlu nyanyi Negaraku atau baca ikrar dalam Parlimen. Saya sokong hal ini. Kalau perkara ini dapat dibuat sebelum kita bersidang itu cara dan contoh yang terbaik kita dapat tunjukkan kepada rakyat, pemimpin kita mampu meletakkan patriotisme, kepentingan negara melebihi kepentingan parti politik. Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat, silakan.
Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan. Formula kerajaan perpaduan ketika ini yang kita amalkan menunjukkan kematangan Ahli Politik dalam pentadbiran dan menyumbang kepada pengurusan kerajaan yang lebih cekap dan berkesan. Adakah sebarang bentuk kajian atau dapatan atau perancangan bagi kementerian membentuk satu model perpaduan yang khusus memandangkan semangat bipartisan dalam kerajaan campuran mula diterima pakai di negara kita. Terima kasih.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar atas cadangan yang sangat bagus sebenarnya. Di peringkat Kementerian Perpaduan Negara, kita memang sudah ada Kajian Indeks Perpaduan Nasional (IPNas). Setakat ini memang kita tidak ada lagi sebarang kayu ukur berkenaan dengan bagaimana semangat bipartisan ini dapat disukat dari segi perpaduan negara.
Akan tetapi untuk mengambil kira cadangan Yang Berhormat Batang Lupar, saya yakin pihak kementerian akan pertimbangkan dan muatkan dalam kajian selanjutnya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Bagan, silakan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Senator. Tadi beliau sebut tentang ekosistem di mana kita hendak memastikan perpaduan di dalam masyarakat majmuk. Akan tetapi apakah pendirian kementerian apabila ada Yang Berhormat Menteri Agama dari PAS yang mengganggu amalan ataupun budaya hidup orang bukan Islam baik dalam aspek Bon Odori ataupun October Fest di mana saya ingin memuji Tuan Yang di-Pertua yang pernah buat satu kenyataan, dahulu menghentam parti PAS kerana cuba ganggu October Fest satu aktiviti yang telah dijalankan berpuluh tahun tanpa sebarang insiden, di mana menanyakan PAS, “Tidak ada benda lain hendak buat kah?” Bukankah ada isu lebih besar seperti rasuah dan sebagainya untuk menyatupadukan rakyat. Akan tetapi bukanlah mengganggu amalan yang telah dijalankan tanpa insiden selama ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal
Yang Berhormat Bagan, terima kasih atas soalan walaupun soalan itu ditujukan kepada Yang Berhormat Senator Menteri Agama. Akan tetapi saya mungkin boleh menjawab sebagai seorang Muslim.
Saya lihat dalam Rukun Negara, kita ada satu frasa “Kesopanan dan Kesusilaan”. Saya fikir sebarang perbezaan dari segi kefahaman budaya dan agama, contohnya Bon Odori dan juga October Fest, sebenarnya bukan lah indigenous, bukan sebahagian daripada budaya masyarakat kita asalnya.
Kalau pun kita ada perbezaan seperti itu dan Yang Berhormat Menteri telah menyatakan pandangan beliau, saya rasa kita perlu hormat pandangan masing-masing.
Cumanya kita tidak menggunakan undang-undang untuk menyekat dari segi kebebasan mana-mana pihak untuk mengamalkan budaya mereka. Dalam hal ini saya fikir tiada salahnya Yang Berhormat Menteri Agama mengatakan begitu sebagai seorang Muslim dan sebagai seorang yang menjaga autoriti agama. Ini pandangan yang saya boleh berikan. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Soalan tambahan ketiga.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Padang Serai.
Tuan Yang di-Pertua
Ketiga, ringkas ya.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya setuju dengan pandangan ataupun jawapan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bahawa kesopanan dan kesusilaan.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Cuma, yang pertama ialah “Kepercayaan Kepada Tuhan”. Itu Rukun Negara yang pertama. Jadi, setujukah Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Agama tadi bukan berdasarkan apa yang telah dikeluarkan oleh beliau sendiri tetapi berpandukan kepada kaji selidik oleh Jabatan Agama yang berkaitan. Jadi, orang lain tak usah nak bisinglah soal agama yang telah pun wujud dalam negara kita. Terima kasih.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal
Yang Berhormat Pasir Mas sahabat saya, saya setuju. Sudah tentu kepercayaan kepada Tuhan merupakan satu perkara yang paling penting dalam kita membina masyarakat. Sebarang perkara, semua agama menolak sebarang amalan yang boleh merosakkan kesihatan. Semalam kita berbincang tentang rokok dan hari ini kita bertanya tentang arak. Jadi, kalau kita boleh menyokong Yang Berhormat Menteri Agama atas dasar kesihatan pun sudah memadai bagi saya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat
Terima kasih. Yang Berhormat Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh, silakan.
6. Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh [Sri Gading] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, apakah solusi kementerian dalam mengurangkan kadar pengangguran negara seperti paras pandemik pada kadar 3.5 peratus.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya menjawab pertanyaan Yang Berhormat Sri Gading bersekali dengan pertanyaan nombor 48 daripada Yang Berhormat Pasir Gudang berkaitan isu pengangguran.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan statistik tenaga buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, semasa pandemik COVID-19, kadar pengangguran negara telah mencatat rekod yang tertinggi iaitu 4.9 peratus pada Januari 2021. Daripada usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan, kini kadar pengangguran telah menurun kepada 3.9 peratus pada Mei 2022.
Walaupun begitu, kadar pengangguran ini masih belum kembali ke tahap sebelum pandemik iaitu 3.2 peratus. Bagi meningkatkan kadar penyertaan tenaga buruh serta
Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
mengurangkan kadar pengangguran, kerajaan telah mempergiatkan usaha mengadakan pelbagai program seperti berikut.
Pertama, melaksanakan Program JaminKerja-Insentif Penggajian yang akan memanfaatkan pencari kerja dari seluruh negara. Program ini merupakan satu insentif kewangan yang diberikan kepada majikan yang membuat pengambilan baharu mulai 1 Januari 2022 dalam kalangan perantis, graduan, golongan mudah terjejas termasuk OKU, bekas tentera, bekas banduan, warga emas serta penganggur am. Sehingga 29 Julai 2022, sebanyak 120,237 kerja telah berjaya ditempatkan melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh kementerian melalui PERKESO.
Sebagai kesinambungan kejayaan Program Perantisan pada tahun 2021, JaminKerja-Insentif Penggajian telah menjalankan program ini dengan pemberian insentif RM900 sebulan untuk tempoh enam bulan kepada majikan yang mengajikan golongan perantis lepasan sekolah, graduan berumur 18 tahun hingga 30 tahun dalam jawatan eksekutif.
Golongan perantis ini ditawarkan kontrak enam bulan dengan bayaran gaji mula berjumlah RM1,500. Berdasarkan statistik, jumlah pekerja yang telah mendapat manfaat daripada program perantisan JaminKerja-Insentif Penggajian setakat 29 Julai 2022 adalah seramai 5,932 orang.
Kerajaan turut meluaskan Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP EMP+) kepada golongan bukan pencarum bagi membantu mereka dalam usaha mendapatkan pekerjaan baharu. Setakat 29 Julai 2022, seramai 1,487 orang pencari kerja telah diluluskan permohonannya bagi program ini.
Selain itu Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga meluaskan Sistem Insurans Pekerjaan, Elaun Mencari Pekerjaan kepada pencarum yang tidak layak mendapat Elaun Mencari Pekerjaan SIP. Sehingga 29 Julai 2022 pula, seramai 19,234 orang pencari kerja telah diluluskan permohonannya bagi program ini. Kerajaan juga melalui HRD Corp. telah menubuhkan placement centre yang berperanan sebagai platform untuk memadankan pekerjaan dengan peluang pekerjaan yang sedia ada oleh majikan.
Sehingga 31 Julai 2022, sebanyak 43,930 pekerjaan tersedia melalui platform ini di mana lebih 6,000 orang pekerja telah berjaya mendapat pekerjaan dalam pelbagai sektor seperti perkhidmatan, perkilangan, buruh, runcit serta lain-lain lagi. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 60 peratus ataupun 3,600 orang pekerja adalah daripada golongan belia dan sebahagian besar memperoleh gaji sebanyak RM2,000 ke atas.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga telah melancarkan Insentif Penjana HRDF dengan memperkenalkan lima skim yang terdiri daripada Place & Train, dengan izin, B40 Development, SME Development, Industri Revolusi 4.0 dan Gerak Insan Gemilang.
Skim-skim ini diwujudkan dengan tujuan untuk membantu rakyat termasuk golongan belia dan graduan dalam mendapat pekerjaan, pekerjaan sendiri dan menambah serta meningkatkan kemahiran mereka. Setakat 31 Julai 2022, sebanyak 85,527 orang pelatih telah mengikut skim-skim yang melibatkan penempatan pekerja dan pekerjaan sendiri. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh - Sri Gading
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya kira saya nak ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri, antara Menteri yang rajin datang ke Dewan menjawab soalan.
Walaupun kadang-kadang soalan itu panas tetapi Yang Berhormat Menteri boleh jawab dengan tenanglah. Ini tak ada apa-apa, cuma hanya mengatakan sedemikian.
Dilaporkan bahawa bilangan siswazah yang menganggur setakat tahun 2021 dianggarkan hampir 200 ribu. Belia antara 15 tahun hingga 24 tahun hampir 400 ribu. Jadi, kedua-duanya lebih kurang dalam 600 ribu yang masih menganggur. Daripada jumlah itu, kalau kita ambil 10 peratus sahaja pun, 60 ribu orang belia yang kita boleh patutnya latih.
Apa usaha-usaha kementerian dalam melatih belia ini, yang saya sebutkan 60 ribu tadi di sektor-sektor ladang.
Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh - Sri Gading
Ada tak institut-institut kemahiran belia, institut latihan yang dimiliki oleh kementerian dalam melatih belia di sektor ini. Saya cuma hendak memberikan sedikit latar belakang, saya masa sekolah dahulu kerja estet sawit. Dah tua ini pun masih kerja kebun sawit. Tak ada masalah untuk dapat pendapatan lebih daripada RM3,000. Tadi Yang Berhormat Menteri kata RM2,000. Jadi, saya nak tahu apa, di mana institut-institut ini?
Kalau boleh saya nak lawat, nak tengok apa program-program latihan mereka.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat. Kita lihat sektor perladangan merupakan salah satu sektor yang memang peluang pekerjaan begitu luas. Walaupun sebelum ini ada juga permintaan daripada majikan khususnya daripada sektor perladangan untuk pengambilan pekerja asing, Kementerian Sumber Manusia melalui MYFutureJobs telah memberi peluang untuk warga tempatan dan lebih setahun tetapi setakat ini, kita tak lihat minat daripada golongan belia. Walaupun, kita lihat jika banding dengan sektor-sektor di mana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, kita lihat daripada segi perumahan, daripada segi pendapatan, lebih baik daripada sebelum ini.
Akan tetapi, masih ramai golongan belia kurang minat. Kementerian sedang mengkaji bagaimanakah kita menggunakan Industri Revolusi 4.0 untuk memberi latihan kemahiran kepada golongan belia yang boleh melibatkan dalam bidang ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tumpat, silakan.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Tuan Yang di-Pertua, lepas ini Kapar.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tumpat.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Tumpat?
Saya pun bangun dulu juga tadi.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Selain daripada masalah pengangguran, masalah yang dihadapi oleh anak-anak muda kita pada hari ini ialah masalah ketidaksepadanan pekerjaan. Jadi, sejauh mana kementerian menyelesaikan masalah ketidaksepadanan pekerjaan yang ditawarkan dengan latar belakang calon yang memohon pekerjaan pada waktu ini.
Saya ingin memberi contoh, masih ramai calon lepasan ijazah yang terpaksa memohon kerja-kerja sebagai kerani dan menerima pekerjaan tersebut oleh sebab tidak ada kerja-kerja yang bersesuaian dengan kelayakan mereka. Jadi, setakat mana tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Terima kasih.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Tumpat. Ini merupakan satu masalah yang cukup kritikal, di mana mismatching khususnya daripada golongan keluarga yang terdiri daripada generasi graduan pertama (first generation graduate), di mana bidang yang dipilih adalah daripada segi peluang-peluang pekerjaan memang kurang.
Maka, ini satu usaha kementerian sekarang untuk melahirkan kesedaran di kalangan ibu bapa, khususnya the first generation graduate supaya mereka memilih bidang-bidang yang ada peluang. Untuk meningkatkan ataupun mengatasi masalah ini, Kementerian Sumber Manusia melalui agensi PERKESO dan HRDC, kita telah mempergiatkan program-program reskilling dan upskilling supaya menyediakan golongan ini untuk peluang-peluang pekerjaan yang sedia ada dalam sektor tersebut.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kota Melaka bangun dahulu.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebelum saya tanyakan soalan, Yang Berhormat Menteri, tadi dalam jawapan,
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
JaminKerja mewujudkan berapa jumlah peluang pekerjaan? Tadi sebut terlalu cepat, I tak dengar. JaminKerja, berapa peluang pekerjaan telah diwujudkan? Itu yang pertama ya, penjelasan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Soalan saya ialah, inisiatif JaminKerja ini memang satu inisiatif yang baik tetapi jawapan yang saya terima pada awal Julai minggu pertama hanya sekadar 50,000 sahaja peluang pekerjaan diwujudkan sedangkan sasaran kita ialah 300,000. RM2 bilion telah diperuntukkan tetapi berdasarkan kepada jawapan, hanya sekadar RM25 juta telah digunakan. Ertinya tidak mencapai sasaran. Apakah masalahnya? Apakah langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan supaya inisiatif JaminKerja ini dapat mencapai matlamat mereka? Terima kasih.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sepertimana saya sebut, program JaminKerja-Insentif Penggajian setakat 29 Julai 2022 adalah sebanyak 120,237 peluang telah pun dicapai. Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat adalah benar. Sasaran kita 300,000 keseluruhan.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan sasaran bagi tahun 2022 adalah 600,000 peluang pekerjaan untuk mengatasi ataupun mengurangkan kadar pengangguran seperti biasa.
Walau bagaimanapun daripada 600 ribu ini, 300 ribu telah disalurkan ataupun dipanjangkan kepada Kementerian Sumber Manusia dan 120 ribu ini adalah melalui program JaminKerja-Insentif Penggajian, satu sahaja. Akan tetapi ada juga program- program lain yang melibatkan agensi-agensi lain seperti HRDC, TalentCorp. dan sebagainya.
Sehingga hari ini Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita begitu giat menyebut kadar pengangguran yang begitu tinggi ataupun sudah mula kurang tetapi peluang yang sedia ada, yang telah diiklankan dengan MYFutureJobs, kekosongan hari ini adalah sehingga 3 juta peluang pekerjaan.
Ini apabila kita sebut, kita mensyaratkan bahawa mana-mana agensi, mana-mana syarikat yang memerlukan pekerja asing Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia mensyaratkan supaya mereka mengiklankan dalam MYFutureJobs. Sehingga hari ini, kita lihat lebih kurang 3.1 juta peluang pekerjaan di semua sektor termasuk 3D, Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Betong.
7. Datuk Robert Lawson Chuat [Betong] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian bagi mengetengahkan produk-produk Petunjuk Geografi Malaysia sebagai harta intelek agar setanding dengan produk Petunjuk Geografi luar negara dan bagaimanakah inisiatif ini turut dapat dinikmati oleh usahawan di negeri Sarawak
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Betong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, perlindungan terhadap harta intelek iaitu petunjuk geografi adalah penting terutamanya kepada usahawan-usahawan tempatan yang mengeluarkan dan memasarkan produk berasaskan hasil pertanian, kraf tangan dan makanan.
Petunjuk geografi berkait rapat dengan perkembangan kemajuan ekonomi desa dalam memperkenalkan produk yang berkaitan dengan persekitaran geografi sesuatu tempat. Misalnya Lada Sarawak, Teh Sabah, beras Bario, mangga Harumanis Perlis, beca berhias, belacan dan asam pedas Melaka.
Produk-produk yang dikomersialkan secara meluas akan memberi keuntungan secara langsung kepada pemilik sama ada usahawan, syarikat ataupun persatuan
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid
pengeluar. Produk-produk petunjuk geografi juga boleh dipasarkan dengan harga premium dan juga mampu menjadi produk ecotourism.
Kementerian melalui MyIPO telah mengambil beberapa langkah proaktif dalam memberi kesedaran awam melalui program advokasi, seminar fizikal dan dalam talian dan juga melalui hebahan kepada media masa betapa pentingnya petunjuk geografi ini.
Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 106 petunjuk geografi telah didaftarkan di Malaysia dan daripada 106 tersebut, 92 daripadanya adalah produk geografi tempatan.
Daripada 92 petunjuk geografi tempatan tersebut, 30 produk berasal dari negeri Sarawak.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada negeri Sarawak.
Usahawan, pengusaha serta komuniti setempat turut menikmati pemberian dana pemfailan harta intelek di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 dengan kewangan sebanyak RM4 juta dari tahun 2022 sehingga 2025. Bagi tahun 2022 ini, sebanyak dua permohonan petunjuk geografi di bawah dana ini diterima iaitu daripada Adan Rice Ba’kelalan, padi Adan dan juga garam bukit, highland salt daripada Ba’kelalan juga.
MyIPO melalui pejabat cawangan di cawangan-cawangan mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri, jabatan pertanian, FAMA, pertubuhan peladang serta persatuan-persatuan untuk meningkatkan lagi pendaftaran petunjuk geografi ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan.
Datuk Robert Lawson Chuat - Betong
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan siapakah yang boleh memohon untuk mendaftar sesuatu produk petunjuk geografi? Adakah alatan- alatan muzik tradisional tempatan dari negeri-negeri di Malaysia boleh didaftar sebagai produk petunjuk geografi seperti Sape’ iaitu alat muzik kaum Orang Ulu yang begitu popular di Sarawak? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Betong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Satu soalan yang baik dan sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada Sarawak yang saya nampak daripada SITRC yang banyak berdaftar dengan petunjuk geografi ini.
Untuk makluman, petunjuk geografi boleh dimohon oleh seseorang yang menjalankan aktiviti:
(i) pengeluar di kawasan atau tempat, wilayah atau negeri pengeluar. Maknanya di situ sahaja; dan
(ii) pihak yang berwibawa seperti badan kerajaan, badan berkanun yang mengurus selia atau mempunyai kaitan langsung dengan produk petunjuk geografi tersebut.
Adapun berkaitan dengan alatan muzik tempatan boleh didaftarkan sebagai petunjuk geografi dengan syarat ia mempunyai industri pembuatan dengan ciri-ciri pembuatan kraf yang unik yang terdapat pada alatan tersebut serta mempunyai cerita dan sejarah yang tersendiri.
Tiga petunjuk geografi terdiri daripada alat muzik tempatan yang telah didaftarkan di bawah MyIPO ialah:
(i) gong matunggong Kudat;
(ii) gambus Johor; dan
(iii) rebana Perak.
Adapun Sape’ Sarawak sebagaimana yang ditanya oleh Yang Berhormat Betong merupakan satu alat muzik yang unik untuk negeri Sarawak tetapi sehingga hari ini, alat tersebut belum lagi didaftarkan. Saya telah minta jasa baik daripada Yang Berhormat
Dato’ Rosol bin Wahid
untuk mendaftarkan Sape’ Sarawak ini sebagai satu daripada petunjuk geografi dengan MyIPO. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Hulu Langat.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Rasah bangun dahulu.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ketika menjawab soalan asal tadi yang mengatakan 160 petunjuk geografi telah didaftarkan dengan 92 adalah untuk tempatan. Maknanya 68 adalah tempat ataupun negara asing.
Saya hendak tanya, apakah justifikasi nama-nama tempat asing itu didaftarkan?
Apakah ia melibatkan produk dari luar ataupun produk daripada usahawan tempatan yang mana boleh membantu usahawan tempatan berkenaan dengan hal ini? Apakah ada kekangan untuk mendaftarkan petunjuk geografi untuk lokasi dari luar itu? Ia sama dengan tempatan ataupun berbeza? Terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Rasah.
Sebenarnya ia sama dan banyak produk asing yang didaftarkan itu ialah wine agar ia tidak ditiru ataupun tidak dicounterfeit oleh tempat lain. Jadi, kebanyakan yang daftar dengan kita sebagai petunjuk geografi untuk makanan ataupun untuk produk asing ini kebanyakannya wine. Contohnya dari Perancis, Itali dan sebagainya.
Walaupun produk asing tetapi ia didaftarkan di sini dan kita daftarkan di bawah MyIPO sebagai produk di bawah GI di bawah MyIPO. Jadi untuk hendak mengelakkan daripada produk lain yang claim bahawa itu daripada– katakan wine daripada Perancis dengan nama yang sama, tiba-tiba di sini ditiru untuk menyatakan wine Perancis juga tetapi ia bukan dari Perancis. Jadi itu untuk menjamin keaslian, ketulenan dan juga memastikan ia tidak dicounterfeit ataupun ditiru di sini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Soalan tambahan, Hulu Langat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kepong yang bangun dahulu tadi. Maaf.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya, sebelum sebarang peraturan atau undang-undang tentang harta intelek produk geografi ini dicadangkan atau dilancarkan, adakah kementerian berbincang dengan pihak Majlis Peguam Negara? Terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kepong.
Sebenarnya jika ia berkait dengan undang-undang, kita berbincang. Akan tetapi kita lebih mengadakan advokasi dengan pengeluar ataupun punca tempat ia dihasilkan.
Dato’ Rosol bin Wahid
Contohnya macam beras Bario. Jadi kalau didaftarkan— sebab syarat pendaftarannya ia mengambil masa agak lama iaitu enam bulan untuk kita siasat, untuk kita menyelidik supaya tidak ada pertindanan dan ia GI ini cuma boleh diapply oleh badan komuniti ataupun oleh koperasi atau persatuan, bukan individu.
Oleh sebab itu, ia mengambil masa yang agak lama untuk kita siasat agar sekali kita daftarkan, tidak ada lagi tuntutan yang bertindih terhadap permohonan tersebut. Saya rasa menjawab apa yang ditanya oleh Yang Berhormat Kepong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Subang, Tuan Wong Chen.
8. Tuan Wong Chen [Subang] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah usaha dan bajet yang sedang digerakkan untuk meningkatkan lagi kadar vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun memandangkan kadar semasa kanak- kanak yang lengkap divaksin adalah sangat rendah.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Subang.
Tuan Yang di-Pertua, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak
(PICKids) telah dilancarkan pada 3 Februari 2022 di mana sehingga kini, sehingga 2 Ogos seramai 1.76 juta orang ataupun 49.8 peratus kanak-kanak berusia lima sehingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 1.5 juta orang ataupun 42.3 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19. Manakala seramai 1,030 kanak-kanak dalam kategori moderate to severe immunocompromised dengan izin telah mendapat dos ketiga bagi melengkapkan vaksinasi primer sebanyak tiga dos.
Jadi, kalau kita lihat sekarang ini sudah enam bulan berlalu dan cuma mencapai hampir-hampir 50 peratus. Apa yang saya lihat Tuan Yang di-Pertua, staf ataupun kakitangan kesihatan buat kerja bagus. Sambutan ataupun kerjasama daripada kerajaan negeri pun bagus. ProtectHealth buat kerja dengan baik. Pihak swasta, klinik swasta dan juga hospital juga buat kerja yang baik. Akan tetapi lengan tidak ada. The arms are not there dengan izin. Itu masalahnya yang timbul menyebabkan sudah enam bulan belum pun mencapai 50 peratus semuanya.
Kesedaran ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk mereka tahu bahawa kepentingan memberi vaksinasi, melindungi anak-anak dan juga melindungi daripada jangkitan yang serius. KKM telah menjalankan beberapa usaha sedang dan terus menjalankan beberapa usaha.
Pertama, memberi maklumat kepada orang awam melalui televisyen umpamanya, media elektronik, media cetak dan media sosial mengenai jangkitan dan juga komplikasi jangkitan dan juga kepentingan vaksin.
Kedua, ibu bapa digalakkan membawa anak-anak mendapat imunisasi di klinik- klinik kesihatan berdekatan dengan rumah mereka, pusat pemberian vaksin atau membuat temu janji melalui MySejahtera. Sehingga kini kita ada lagi 926 buah pusat vaksin, fasiliti swasta dan juga 14 lagi pusat vaksin secara off-site.
Ketiga, menggalakkan ibu bapa melengkapkan dua dos vaksinasi kanak-kanak mereka. Ibu bapa yang terlepas peluang mendapatkan dos kedua diminta untuk menghubungi klinik kesihatan yang berdekatan bagi melengkapkan dos primer anak-anak mereka. Ini kita hendak buat terbaik, bermakna tidak ada siapa yang akan dipinggirkan, tidak ada siapa yang akan ditinggalkan. Kalau sebut hendak sahaja, memang kita hendak bagi. Itu maksudnya.
Keempat, ibu bapa yang mempunyai anak dalam kategori immunocompromised, sederhana ataupun teruk digalakkan untuk mendapatkan vaksinasi dos tambahan di hospital atau klinik yang merawat anak mereka.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Subang, sehingga 30 Jun 2022 sebanyak RM267.7 juta telah dibelanjakan bagi pembelian vaksin COVID-19 kanak-kanak Comirnaty, formulary kanak-kanak. Perbelanjaan ini tidak termasuk pembelian peralatan pakai buang, penyumber luaran pemberian vaksin melalui pengamal- pengamal swasta yang diselaraskan oleh ProtectHealth Corporation Sdn Bhd dan pengoperasian Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV). Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Subang.
Tuan Wong Chen - Subang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri nampak passionate, bagus. Saya cuma hendak tanya kalau bajet kita besar RM267 juta tidak termasuk yang peribadi, swasta itu. Kalau tidak digunakan sebab take-up rate 50 peratus.
Bolehkah kerajaan— pilihlah cadangan saya ini senang di kawasan Subang ini 51 buah sekolah. Kita bagi 23,000 test kits kepada sekolah-sekolah ini. Setiap sekolah dapat 460 test kits. Can the government consider ambil bajet daripada ini yang tidak digunakan untuk vaksin untuk diberi kepada pembelian test kit untuk sekolah-sekolah kita. Sekurang- kurangnya kalau dia tidak hendak vaccinate, sekurang-kurangnya buat testing yang regular.
Tuan Wong Chen - Subang
Bagi saya senang. Sekarang harga, saya check pagi ini, harga self-test kit ini RM2.30. Jadi kalau kerajaan bagi pada 10,000 buah sekolah, 1,000 unit test kit RM23 juta sahaja. Boleh atau tidak kita cari sedikit wang ini, jangan bagi balik kepada MOF lah.
Gunakan untuk COVID-19, convert some of this into test kit. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Subang, memang selalu ada idea-idea yang bernas. Itu yang bagus Yang Berhormat Subang. Saya ada beberapa kali bermesyuarat bersama- sama Yang Berhormat Subang. Dia akan cepat tanya dan soalan-soalan dia banyak pasal *figure.
[Ketawa]* Terima kasih Yang Berhormat Subang. Itu baik sebenarnya. Satu idea yang datangkan.
Walau bagaimanapun, perbelanjaan ini jumlah ini telah dibelanjakan untuk pembelian vaksin. Itu yang pertama saya hendak sebut.
Kedua, kita masih lagi menumpukan pada hendak cari lengan-lengan ini. Tadi saya sebut bahawa yang pertama, kita masih lagi meneruskan usaha melalui segala media untuk pujuk ibu bapa. Beritahu mereka penting. Beritahu mereka kes-kes sekarang sudah naik. Sekarang ini kita ada BA.4, BA.5, kes kemasukan hospital meningkat, penggunaan katil ICU meningkat, penggunaan ventilator meningkat dan kita punya R- Naught pun satu lebih. Hari ini kadar positivity test kita pun sudah 8.4 peratus, yang tinggal cuma kematian sahaja, single digit. Lega sedikit yang itu. Jadi kita hendak ibu bapa sedar perkara ini. Kita hendak teruskan usaha ini sebab kita sudah beli vaksin.
Yang Berhormat, kita sudah ada vaksin. Kita menunggu lengan-lengan dan kita yakin ibu bapa akan memberikan keputusan yang baik, berubah fikiran untuk memberikan kebenaran untuk anaknya diberikan suntikan vaksin. Ini yang kita teruskan dan saya sudah sebutkan tadi, Tuan Yang di-Pertua bahawa anak-anak yang sudah ambil first dose.
Hari ini kita tengok 42.3 peratus mengejar dengan cepat dos pertama 49 peratus.
Jadi kita minta mereka ini datang cepat dan buat keputusan pergi. Saya sebut tadi mana- mana klinik kesihatan yang berdekatan. Mana-mana PPV yang berdekatan. Buat temu janji dan kita akan berikan vaksin. Terima kasih Yang Berhormat Subang.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pontian, silakan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kelmarin 3,213 kes, lapan kematian. Jadikan kematian 35,977. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri ini. COVID-19 ini makin baik kah makin teruk?
Kedua, tidak ada kaitan. Akan tetapi kalau tidak boleh jawab, tidak apa. Cacar monyet ini Singapura sembilan kes, Thailand dua kes, Filipina satu kes. Apakah langkah- langkah yang dibuat di Malaysia untuk memastikan kita berada dalam keadaan berjaga- jaga? Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Pertama, data itu data yang satu hari bulan itu.
Satu hari bulan saya akan baca sekejap lagi.
Kedua, yang monyet itu. Kita tangguh dulu, itu di luar daripada topik pada hari ini.
Cacar monyet itu.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pontian yang bertanya. Angka kematian yang saya sebut still at single digit. We are worried ada satu hari 10 kes. Saya sentiasa meneliti perkara ini sebab apa bimbang akan kes yang meningkat hari ini. Kita tahu bahawa BA.4, BA.4.1, BA.5 mempunyai persamaan daripada segi transmissible, dari segi ketinggian penularannya. Akan tetapi tidak ada data-data yang menyebabkan keterukannya atau the seriousness of the problem.
Jadi hari ini, kita tengok kes semakin naik, berada di sekitar 3,000 kes, 4,000 kes dan kemasukan ke hospital seperti yang saya tadi meningkat. Jadi apa yang kita telah lakukan ini ialah kita telah buat kesiapsiagaan di hospital dan sebagainya. Itu masih terkawal. Kita juga telah memberikan Paxlovid, Evusheld sebagai rawatan awal untuk kes-
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
kes yang berisiko tinggi ataupun umur yang sangat tinggi yang boleh membahayakan nyawa hari ini.
Jadi keadaan terkawal dan walaupun kes berada di sekitar 4,000 tetapi kematian masih lagi di tahap yang tidak meningkatlah boleh kita katakan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Jadi, sekali lagi saya hendak ulang bahawa, walaupun kes meningkat penularannya cepat, jadi kita jaga SOP, jaga- pakai mask, cuci tangan dan sebagainya.
Akan tetapi keterukannya- severitynya masih jauh lebih baik daripada Delta. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Maaf. Yang Berhormat Jempol bangun dahulu Yang Berhormat Jelutong. Ringkas, Yang Berhormat Jempol.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebelum itu, saya hendak kempen walaupun Timbalan Menteri Kesihatan tidak kempen. Sekarang ini second dose penggalak sedang berada di Dewan Bankuet bawah.
Hanya sedikit sahaja Ahli Parlimen. Jadi banyak lengan Ahli- MP yang belum disuntik.
Jadi tidak kempen tadi ya? Dia lupa tidak apa.
Jadi, kes virus influenza yang hari ini nampak ada peningkatan dan juga jangkitan saluran pernafasan di mana ini merupakan peningkatan yang baharu. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, sejauh mana kes ini sudah merebak dan kita tahu bahawa di Johor dan juga di Pulau Pinang, ada penambahan penggunaan katil di hospital.
Kedua, bila keadaan ini- macam diberi vaksin COVID-19 ini, adakah vaksin untuk influenza ini- kepada kanak-kanak ataupun mereka yang terkesan di bawah program yang seperti mana kita buat hari ini, di mana vaksin COVID-19 yang kita beri kepada kanak- kanak. Mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertama, bukan saya tidak kempen. Saya belum habis lagi- memang saya hendak kempen sebelum duduk ini tetapi sudah ter kempen, sudah ter kempen pula...
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Cakap sahaja lupa. Menteri ini, cakap sudah lupa lah..
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Saya sudah kempen semalam.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Kita ada kempen. Fasal apa Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ingatkan bahawa, kita sudah mulakan suntikan vaksinasi untuk second booster di sini. Jangan tidak datang lengan pula. *That’s number one.
Number two,* kita juga ada buat National Health Screening Initiative (NHSI) sedang berlangsung di klinik kita, di bawah pengurusan Datuk Dr. Muru. Jadi jangan ada sesiapa yang tidak datang untuk buat penilaian. Oleh sebab kita ini kebanyakan umur sudah melebihi 40 tahun. Jadi saya hendak bagi tahu itu dahulu. Walaupun soalan ini agak sedikit terkeluar. Kita senang berbincang tentang vaksinasi COVID-19, tetapi yang pertamanya vaksinasi untuk influenza kita tidak bagi, diambil di swasta. Okey baik.
Sehingga Minggu EPID 31/2022, saya baca sedikit- sebanyak tiga kluster di jangkitan saluran pernafasan akut yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre Kebangsaan. Ini menjadikan jumlah komuniti kluster- 279 kluster. Peningkatan 197 kluster atau 240.2 peratus berbanding dengan jumlah komuniti kluster yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu 80 kluster.
Daripada 279 kluster yang dilaporkan, 24 kluster telah disahkan sebagai kluster influenza manakala 203 kluster bagi kategori kluster influenza-like illness (ILI), dan 52 kluster URTI. Secara kumulatif, sehingga kini, sehingga hari ketiga minggu EPID ke-31, 230 kluster dilaporkan berlaku di sekolah menengah dan rendah, 22 kluster di tadika, 11 kluster di institusi latihan dan kolej, tujuh kluster di rumah persendirian, lima kluster berlaku
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
di pusat jagaan, tiga kluster berlaku di tempat kerja dan satu kluster berlaku di pusat pemulihan penagihan narkotik.
Secara kumulatif bagi tempoh yang sama juga, negeri-negeri yang melaporkan kluster jangkitan saluran pernafasan akut yang tinggi adalah Perak sebanyak 50, ataupun 17.292 peratus kluster, Selangor sebanyak 42 kluster dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sebanyak 35 kluster.
Namun begitu, tiada kes kematian dilaporkan dari kesemua 279 kluster yang telah direkodkan sepanjang tahun ini. Jadi terima kasih banyak-banyak. Saya hendak ulang sekali lagi untuk influenza vaksin kita boleh ambil di tempat swasta dan sebagainya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, pendek sahaja. Sebenarnya tiga sahaja boleh.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pendek sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, kepada Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Kesihatan dan juga kepada Datuk Dr. Muru atas langkah-langkah saringan yang telah dijalankan. Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap semua Ahli-ahli Parlimen. Jadi kita merakamkan penghargaan.
Persoalan saya, mengenai dos penggalak- kita lihat bahawa ada banyak berita yang menular dalam laman sosial yang lebih kurang tidak menggalakkan mana-mana individu untuk mengambil dos penggalak. Jadi ada yang mengatakan bahawa, ada kesan sampingan dan sebagainya. Ada yang menyatakan bahawa, kita boleh menunggu sampai setahun dua. Jadi apa langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk terus meyakinkan individu-individu untuk terus mendapatkan suntikan penggalak kedua. Ini persoalan saya. Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Yang Berhormat. Satu soalan yang baik. Pertama, kenapakah kita bagi penggalak? Actually, why do we give booster dose? Ini kerana sifat vaksin ini dan imunitinya akan menurun. Semua vaksin daripada dulu lagi. Kita buat hepatitis, lahir kita buat dan kemudian kita buat umur sebulan dan selepas itu kita ada lagi booster dose. Sepatutnya kita di sini pun yang telah ambil hepatitis. We should check for the antibody level. Kalau dia bawah daripada certain level, kita kena ambil booster dose. Itu sepatutnya. Jadi sifat vaksin memang ada weaning period, dia ada weaning period yang TWG telah mengatakan, dalam tempoh empat hingga enam bulan, akan turun.
Jadi oleh sebab turun- ini pertama, kita perlukan booster dose. Kedua, disebabkan varian-varian baharu yang datang hari ini. Kita tahu sekarang- Omicron tidak serius sangat tetapi menular dengan lebih hebat. So, BA.4, BA.5 sudah ada di Malaysia sekarang ini dan kes-kes telah naik sekarang ini. Kemasukan-kemasukan hospital telah naik sekarang ini.
Penggunaan ventilator dan ICU naik sekarang ini. Jadi kebimbangan ini menyebabkan kita perlukan suntikan kedua booster, especially- terutamanya Tuan Yang di-Pertua, mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Ramai di sini dan juga yang ada komorbid. Itu penting sekali.
Saya juga ambil kesempatan ini hendak bagi tahu bahawa kalau kita bagi untuk kanak-kanak ini sebab kita sudah recategorize. Third- yang dikatakan first booster itu kepada dipanggil third dose untuk melengkapkan vaksinasi primer. Keputusan yang dibuat pada 24 Jun 2022 dalam Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Eksekutif Pengurusan Kesihatan Awam, first dose untuk remaja, dikategorikan semula kepada first dose booster, dikategorikan semula sebagai third dose. Jadi bermakna lepas tiga bulan dia boleh ambil first booster, lepas tiga bulan selepas dos primer lengkap itu, dia boleh ambil first booster, dan lepas empat hingga enam bulan untuk second booster. Untuk kanak-kanak terutama yang high-risk dan mempunyai moderate atau severely immunocompromised punya kes, sekurang-kurangnya lapan minggu selepas
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
dos kedua untuk mengambil dos ketiga. Sekali lagi saya hendak bagi tahu untuk remaja, empat minggu selepas dos kedua untuk mengambil dos ketiga. Jadi, untuk booster pertama- untuk remaja tiga bulan selepas dos ketiga, dan untuk booster yang kedua untuk remaja empat hingga enam bulan setelah dose first booster. Jadi semua ini bermula pada 18 Julai 2022.
Jadi ini sangat penting, dan kita sedang uar-uarkan dalam sosial media dan media-media elektronik dan cetak yang kita sebut tadi, dan KKM juga melalui Facebook- nya dan berharap masalah yang ditimbulkan oleh yang katakan bahaya dan sebagainya, tidak timbul. Ini kerana kita sudah melalui benda ini. Kita sudah melalui- memang ada AEFI ataupun side effect yang ringan, itu semua orang tahu. Sedikit demam, sedikit bengkak, biasa. Cucuk lah katakan. Akan tetapi yang serius memang sangat-sangat kurang dan keperluan dos penggalak- booster dose ini adalah sangat-sangat penting untuk melindungi rakyat Malaysia.
Saya terlupa hendak pesan tadi, hendak bagi tahu juga bahawa, barisan hadapan- frontliners memang patut ambil, dan mereka yang hendak pergi ke luar negara kerana kursus kah, sukan kah, dia mesti ambil second dose untuk melindungi diri dia.
Terima kasih Yang Berhormat. Very good.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Yang Berhormat Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim.
9. Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan, apa usaha kementerian membantu melahirkan usahawan Orang Asli dan sejauh mana bantuan yang diberikan mampu menggalakkan pendapatan mereka.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Baling.
Pada tahun 2022, Jabatan Kemajuan Orang Asli telah diperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk membantu usahawan perseorangan, perkongsian dan koperasi Orang Asli. Bantuan yang diberikan dalam bentuk geran, kursus, latihan serta program-program untuk usahawan dan koperasi Orang Asli. Pemberian Geran Bantuan Usahawan Orang Asli maksimum berjumlah RM55 ribu dalam bentuk peralatan dan pembinaan premis perniagaan kepada usahawan Orang Asli.
Selain itu, Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) juga menyediakan geran berjumlah RM5,000 kepada setiap usahawan Orang Asli. Geran yang disediakan berbentuk bantuan premis, peralatan dan modal pusingan. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga tahun 2021 seramai 941 orang usahawan Orang Asli yang telah dibantu oleh pihak jabatan. Daripada jumlah ini seramai 629 orang usahawan Orang Asli bergiat aktif dalam perniagaan mereka.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Manakala sehingga Mac 2022, seramai 411 orang usahawan Orang Asli telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka sehingga 15 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan.
Selain daripada itu, jabatan juga berperanan dalam membantu mempromosikan dan membuat jualan secara berkelompok melalui program Karnival Usahawan Orang Asli
(KUOA). Pada tahun 2022, KUOA telah diadakan di negeri Perak melibatkan 35 orang usahawan terpilih dari setiap negeri dan hasil jualan selama tiga hari program tersebut berjumlah RM142,720.
Di samping mendapat sambutan yang menggalakkan dan tempahan daripada pihak pemborong, apa yang lebih membanggakan terdapat juga usahawan Orang Asli yang telah berjaya memasarkan produk sehingga ke luar negara. Antaranya, usahawan madu kelulut Selangor, usahawan kayu garu negeri Pahang dan usahawan perabot serta kraf tangan Negeri Sembilan.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Pihak KPLB dan JAKOA komited untuk terus membangun dan memastikan usahawan-usahawan Orang Asli terus berkembang dan berdaya saing sehingga ke peringkat antarabangsa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Masyarakat di kawasan saya Orang Asli, Kensiu Negrito merupakan satu-satunya kaum Orang Asli yang tertua dan hanya terdapat di Lubuk Ulu Legong di Baling. Kepakaran mereka hasil dalam bidang sumpit yang amat menarik.
Begitu juga dengan suku kaum Orang-orang Asli, Semelai di Bera, Pahang, suku Temiar di Kelantan, suku kaum Jakun, orang Kuala Johor, suku kaum Kinta di Gerik, suku kaum Semai di Perak dan Pahang, Temuan di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Mereka semua ini mempunyai hasil kraf tangan yang bermutu tinggi, asli, autentik dan terdedah dengan kepupusan kerana tiada sokongan pemasaran produk mereka dengan betul dan profesional.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok pada hari ini saya boleh tunjukkan satu gambar yang mana Orang Asli Mah Meri... [Sambil menunjukkan sehelai kertas bergambar] yang telah mengukirkan ini. Di mana harga ini orang tengah hanya beli RM4,000 dan ini dijual lebih RM80,000. Untuk makluman, sedangkan hasil karya Mah Meri ini telah mendapat pengiktirafan, 18 awards oleh UNESCO.
Ini membuktikan Orang Asli kita amat-amat pandai, cekal dan cerdik, khususnya dalam mengusahakan karyawan-karyawan yang mereka lakukan. Jadi, di kesempatan ini saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, yang menyatakan bahawa betul produk-produk ada program-program kita laksanakan untuk membantu menjual barang-barang mereka.
Hal ini sebab jualan Orang Asli, produk mereka ini saya tengok terlalu tinggi harganya sebenarnya tetapi disebabkan orang tengah. Jadi soalan saya, bagaimanakah kita hendak membantu memperkasa Orang-orang Asli yang bijak pandai ini? Kawasan saya semalam banjir lagi di kawasan Orang Asli ini. Walaupun banjir mereka terus cekal untuk melaksanakan tugasan untuk mencari rezeki.
Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, khususnya dalam konteks kerajaan, masalah yang dihadapi sebenarnya ialah kaedah pemasaran atau marketing produk-produk yang dihasilkan oleh Orang-orang Asli ini iaitu marketing secara online.
Apakah inisiatif kementerian atau JAKOA dalam memastikan lebih ramai usahawan terlibat dengan perniagaan dalam talian atau digital?
Hari ini, inilah cara penjualan yang mass product yang hari ini kalau tengok anak gadis umur 23 tahun sudah jadi jutawan kerana jual produk kecantikan secara online. Jadi, apalah kiranya pihak JAKOA dan kementerian, cari usaha, kebaikan untuk membantu mereka dalam perniagaan online digital ini, saya yakin dan percaya produk-produk Orang Asli ini sama sekali tidak akan pupus malah kita boleh mengangkat darjat dan martabat Orang Asli seluruh negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Baling. Sebagaimana yang saya nyatakan tadi kita mempunyai lebih kurang 900 lebih usahawan daripada keseluruhan masyarakat Orang Asli yang kita kenal pasti.
Dari segi ini kita telah banyak melakukan kursus-kursus bimbingan sebenarnya dan dari segi yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Baling sebentar tadi, kita telah mempromosikan produk-produk mereka ini melalui platform digital seperti Shopee, Lazada, PrestoMall, YouTube, Youbeli, WOWSHOP… [Tidak jelas] Grab dan juga melalui StoreHub serta Big IT.
Ini salah satu bentuk yang kita bantu mereka, selain daripada kita meletakkan juga pasaran-pasaran yang kita berada di Desamall umpamanya. Daripada segi yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, kita lebih meneliti soal yang daripada segi harga tadi sebenarnya. Ini juga seolah-olah kesan daripada orang tengah umpamanya.
Akan tetapi walau bagaimanapun, daripada segi bantuan kita di peringkat JAKOA, kita telah mengadakan begitu banyak kursus untuk memastikan mereka ini lebih
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
berkembang dan dari segi pandangan saya, sebagaimana yang kita lakukan pameran usahawan Orang Asli di Perak baru-baru ini, ia mendapat satu kejayaan yang amat besar yang kita lakukan.
Oleh sebab itu, bantuan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat lebih mengenal pasti perkara-perkara ini di kawasan seperti Yang Berhormat Baling, Kensui ini adalah merupakan satu kaum yang memang kita kena melihat lebih jauh ke depan. Mereka satu- satunya kaum yang saya berpendapat bertuah berada di Baling dan kita memang hendak melihat sepenuhnya dan kita telah membincangkan bagaimana kita hendak membantu masyarakat Kensui di Baling ini sebenarnya. Terima kasih Yang Berhormat Baling.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Tuan Yang di-Pertua, Hulu Langat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ada tambahan.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Terima kasih.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik mohon juga soalan tambahan.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Usaha melahirkan usahawan daripada kalangan masyarakat Orang Asli sangat penting dan tahniah diucapkan kepada kementerian, khususnya JAKOA.
Orang Asli ketika mengambil hasil alam mereka mengambil dengan sopan. Orang Asli dan mereka yang ada darah Orang Asli [Ketawa] mengambil hasil alam dengan sopan, berpada dan berkadar tanpa merosakkan alam itu. Malah kalau kita lihat Mustafa Along, Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan pernah bertugas untuk menjaga daripada pencerobohan kayu balak di negeri Kelantan.
Soalan saya, dalam kita hendak mengusahakan usahawan mereka yang akan mengambil daripada sumber hutan antaranya, geran khas untuk mereka biasa tercabar di negeri-negeri. Adakah kementerian akan menjadikan urusan milik tanah Orang Asli sebagai salah satu elemen dalam teras Pelan Pembangunan Orang Asli (DPOA) itu?
Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Daripada segi persoalan yang dibangkitkan melibatkan tanah, sememangnya JAKOA sentiasa mempunyai satu draf pelan yang besar di mana kawasan-kawasan yang terlibat dengan Orang Asli.
Akan tetapi persoalannya, banyak negeri yang kita telah dapat selesaikan, persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat tetapi ada juga negeri-negeri yang masih belum dapat kita selesaikan. Ini kita tidak dapat selesaikan kerana permasalahan tanah adalah tertakluk kepada kerajaan negeri.
Sekiranya kerajaan negeri tidak menjadi halangan kepada pihak JAKOA, sudah pastilah kita dapat mendraf rangka pelan yang besar itu seberapa segera tetapi untuk makluman, beberapa buah negeri telah dapat kami bantu dengan seberapa segera dari segi yang kita bangkitkan sebentar tadi.
Untuk makluman Yang Berhormat, bahawa sebanyak 853 perkampungan Orang Asli yang kita telah iktiraf oleh JAKOA dan sebanyak 251 buah kampung kita telah wartakan dan di bawah Kanun Tanah Negara. Sebanyak 524 buah kampung Orang Asli sedang dalam proses pewartaan. Sebagaimana yang saya katakan tadi, yang melibatkan jutaan ringgit kita mengeluarkan belanja untuk mengenal pasti dan membuat perancangan serta surveyor yang sedang menguruskan hal-hal ini.
[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi setakat ini, tiada permohonan warta yang ditolak oleh pihak JAKOA untuk membantu Orang Asli. Tiada, tiada kita tolak, semua kita bantu dan cuma terserah kepada kerajaan negeri untuk proses menyegerakannya. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Masa sudah cukup.
Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua dan ketiga sekarang.” [****2 Ogos 2022****]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan mesyuarat.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Silakan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) Penerangan daripada Menteri-menteri dan juga Peraturan Mesyuarat 18 iaitu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan.
Kelmarin, Tuan Yang di-Pertua telah membenarkan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri memberikan penerangan mengenai isu pemerdagangan orang dan migran.
Saya berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri walaupun kadangkala kita tidak bersehaluan dalam beberapa isu, kita perlu berterima kasih atas keikhlasan beliau di dalam memberi penerangan.
Saya berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana selepas dirayu, Tuan Yang di-Pertua telah membenarkan penerangan itu juga dibahaskan dan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri juga telah memberi penjelasan di atas perbahasan.
Hari ini, saya bangun untuk merayu kepada Tuan Yang di-Pertua untuk memutuskan kalau boleh meminta Yang Berhormat Tapah memberi penerangan di atas beberapa isu yang melibatkan skandal PenjanaKerjaya terutamanya kerana Parti MIC telah terpalit dan dituduh terlibat di dalam menyalahgunakan dana PenjanaKerjaya.
Pada masa yang sama, Tuan Yang di-Pertua tahu bahawa isu melibatkan kaum India sejak beberapa tahun, bukan sahaja daripada PenjanaKerjaya tetapi sebelum ini isu penyalahgunaan MITRA, penyalahgunaan dana saham Maika, saham Telekom dan isu berkenaan tanaman cili di bawah Naam juga melibatkan kementerian pada masa itu Yang Berhormat Tapah ketika itu menjadi Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan, maafkan saya.
Saya di sini diminta sebagai Ahli Parlimen untuk merayu kepada Tuan Yang di- Pertua untuk memberi peluang kepada Yang Berhormat Tapah menjelaskan. Saya di sini tidak membuat sebarang tuduhan. Saya ingin menyatakan kepada Tuan Yang di-Pertua.
Cuma, saya memohon Yang Berhormat Tapah menjelaskan, adakah Parti MIC terlibat dalam menyalahgunakan dana PenjanaKerjaya? Saya difahamkan ini melibatkan RM423 juta. Sebelum itu belum lagi selesai penyalahgunaan dana MITRA, sekarang telah
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
mula pula tuduhan-tuduhan dibuat oleh NGO yang menyatakan bahawa Parti MIC terlibat di dalam menyalahgunakan dana PenjanaKerjaya.
Jadi, saya merayu kepada Tuan Yang di-Pertua untuk memohon Yang Berhormat Tapah sebagai satu-satunya wakil kaum India dalam kerajaan sekarang, juga sebagai seorang Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Presiden MIC memberi penjelasan dan memberi kami peluang untuk membahaskan isu itu Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon petua atas perkara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong, daripada apa yang saya ketahui, Tuan Yang di-Pertua telah membenarkan penerangan Yang Berhormat Menteri KDN semalam diberi ruang untuk MP- MP minta penjelasan.
So, benda ini Yang Berhormat telah bangkitkan. Pohon nanti bagi saya buat secara bertulis supaya jelas. Saya tidak boleh overrule the Speaker ya. That is very clear, all right. I quite understand your predicament and I understand what you’re trying to adduce dengan izin di dalam Dewan ini. I will consider that.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Thank you very much Sir.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
That is very clear under Peraturan Mesyuarat 14.
Okey, kita teruskan dengan urusan Majlis seterusnya. Saya persilakan Yang Berhormat Tebrau untuk meneruskan perbahasan, bersambungan semalam continuation.
Silakan Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong RUU untuk meminda Akta Kastam 1997 ini. Walau bagaimanapun, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengetengahkan beberapa perkara.
Pertama, adakah pihak Kastam tahu berapa banyak duti import yang hilang disebabkan nilai barang yang kurang diisytiharkan, barangan seludup dan dengan sengaja menggunakan kod tarif kastam yang mempunyai duti import sifar atau lebih rendah?
Apakah langkah-langkah pencegahan yang diambil untuk mengurangkan ketirisan hasil cukai negara? Saya pernah berhadapan dengan situasi di mana pengimport yang dikeluarkan oleh suatu agensi tetapi barang tersebut adalah barangan larangan di bawah Akta Kastam. Walaupun kita rasakannya tidak sepatutnya berlaku, namun ia berlaku.
Situasinya ialah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia telah mengeluarkan permit import yang membenarkan kayu bakau diimport dari Indonesia. Manakala Kementerian Kewangan telah menyenaraikan kayu bakau dari Indonesia sebagai barang terlarang. Bagaimanakah ini boleh berlaku? Bagaimanakah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemegang AP kerana kedua-dua pihak berkuasa adalah agensi kerajaan?
Gudang Pengilangan Berlesen atau Licensed Manufacturing Warehouse (LMW) ialah kemudahan yang disediakan kepada pengilang yang mengeksport keseluruhannya atau sebahagian besar barangan pengilangan mereka. Ramai di kalangan pengilang tidak mengetahui kelebihan apabila kilang mereka diklasifikasikan sebagai LMW walaupun kemudahan ini telah lama wujud. Malah, ramai daripada pemilik LMW ini tidak mematuhi keperluan seperti mempunyai stor yang betul dan penyimpanan rekod yang boleh menyebabkan lesen dibatalkan atau menghadapi masalah pembaharuan kemudian.
Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia perlu mengambil pendekatan proaktif untuk mempromosikan LMW kepada pengilang yang berorientasikan eksport dan
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
mengadakan lawatan berkala ke gudang pengilang berlesen untuk membimbing mereka agar mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh kastam.
Akhirnya, saya sudi menyokong dengan harapan tindakan proaktif agensi terlibat diperhebat demi memastikan ketirisan hasil kerajaan dapat dibendung, terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya dengan rendah hati ingin membahaskan Rang Undang-undang Kastam
(Pindaan) 2022. RUU ini akan memfokuskan beberapa pindaan dibuat, terutama kuasa Ketua Pengarah dalam membuat keputusan dan arahan.
Kastam merupakan agensi yang dipertanggungjawabkan oleh negara dalam menguruskan dan mengawal aktiviti penyeludupan berlaku dari dalam ke luar atau sebaliknya. Sudah pasti, ini bukan kerja yang mudah dan RUU yang dibahaskan pada hari ini melibatkan agensi Kastam terutama daripada segi kuasa Ketua Pengarah Kastam.
Jika meneliti fasal 2 dalam RUU, beberapa pindaan telah dibuat dan kebanyakan memberi kuasa yang lagi luas kepada Ketua Pengarah dalam menentukan pelbagai perkara.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Saya memerlukan penjelasan daripada pihak Menteri, apa langkah yang dibuat oleh kementerian dalam memastikan keseimbangan kuasa yang dimiliki oleh Ketua Pengarah dalam membuat keputusan.
Selain itu, saya juga ingin membangkitkan perkara mengenai tahanan kepada lori.
Menteri, saya mendapati aduan daripada pemilik-pemilik lori permit ‘A’ sewa dan upah.
Isunya begini Yang Berhormat Menteri, sekiranya barang yang ada dalam lori tidak membayar cukai, maka penguat kuasa kastam akan terus menyita atau merampas barang muatan dan juga termasuk lori tersebut. Akan tetapi isunya, pemilik tidak membuat kesalahan kerana yang tidak membayar cukai merupakan pemilik muatan.
Masalah lain yang timbul iaitu tempoh lori itu disita bukanlah sekejap, ada yang memakan masa selama enam bulan atau setahun. Ada juga lebih sehingga isu itu diselesaikan di mahkamah. Itu masalah sebenarnya yang dilalui oleh rakyat biasa di bawah. Bayangkan dengan lori dirampas, maka akan timbul pelbagai masalah seperti:
(i) pemilik lori hilang punca pendapatan;
(ii) lori rosak kerana tidak jaga semasa rampas;
(iii) pemandu lori hilang pekerjaan;
(iv) pinjaman tidak dapat dibayar kerana tiada pendapatan; dan
(v) kerajaan tidak dapat mengutip hasil seperti road tax, bayaran Puspakom dan lain-lain Cadangan saya kepada Yang Berhormat Menteri, kalau boleh Yang Berhormat Menteri tetapkan syarat dalam kes ini untuk menahan barang muatan sahaja dan lori dilepaskan kerana pemilik lori tidak membuat apa-apa kesalahan. Mereka hanya mendapat perkhidmatan sewaan sahaja. Saya dapat melihat objektif pindaan ini tetapi saya percaya ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan agar kuasa itu tidak terletak pada satu orang individu, tetapi kepada satu kumpulan untuk sistem semak dan imbang. Ada juga beberapa isu yang perlu diberi perhatian oleh Yang Berhormat Menteri.
Terdapat keperluan untuk semua perkara yang saya suarakan dan diambil serius dalam memastikan setiap polisi atau langkah yang dibuat oleh kerajaan akan memberi
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
manfaat secara maksimum kepada rakyat Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya turut ingin menyertai perbahasan berkenaan dengan pindaan Akta Kastam 1967.
Saya ingin menuju kepada seksyen 145C- “Power to extend period” dan juga 145 dan “Power to modify terms and conditions.” Saya dapati dua seksyen baharu ini dengan perkataan “extension of period” dan juga “terms and conditions” telah muncul dalam sembilan undang-undang yang telah disenaraikan dalam Order Paper kita.
Bukan sahaja atas Akta Kastam, pindaan Akta Eksais 1976, pindaan Akta Zon Bebas 1990, pindaan Akta Cukai Pelancongan 2017, pindaan Akta Levi Pelepasan 2019, pindaan Akta Levi Kenderaan Borang Barang 1983, pindaan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1988, pindaan Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan pindaan Akta Cukai Jualan 2018.
Saya tidak mahu ulang sembilan kali tetapi saya hanya ucap di sini. Saya ingin mendapatkan penjelasan, apa maksud “kecemasan awam” yang telah disenaraikan dalam sembilan rang undang-undang ini, sama ada banjir kilat- malam semalam di Johor Bahru menyebabkan 500 buah kereta terbabas di Johor Bahru ataupun kelmarin juga Yang Berhormat Baling mengesahkan bahawa banjir lagi di Baling.
Ada dia terjumlah kepada kecemasan awam yang disebutkan “public emergency”? Saya hairan juga apabila beberapa bulan yang lalu, kita telah mengungkai tujuh Ordinan Darurat. Kalau masih ingat kita ungkai- repeal of tujuh Ordinan Darurat.
Kita tinggal lagi Ordinan Darurat untuk Grik dan juga Bugaya, belum diungkai. Sama ada masih di Bugaya dan Grik masih ada public emergency lagi. On paper dalam undang- undang masih lagi kerana masih belum diungkai. Hairan juga Pilihanraya Kecil Bugaya tidak diadakan sekian lama. Walaupun kita tahu COVID-19 sudah masuk endemik, tetapi tidak diungkaikan lagi. Terjumlahkah kepada public emergency yang kita sebut dalam kesembilan- dalam rang undang-undang ini? Sama ada pembayar cukai di kawasan- kawasan Grik dan Bugaya tidak perlu membayar cukai yang sembilan undang-undang ini, cukai dan levi kerana ia terjumlah kepada public emergency.
Tuan Yang di-Pertua, dan juga “public health crisis”- “krisis kesihatan awam” tidak ditakrifkan secara jitu dalam sembilan rang undang-undang ini. Apa maksud “public health crisis”? Maksud “public health crisis” mengikut standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) maksudnya- Monkeypox sekarang- cacar monyet telah diisytiharkan oleh WHO sebagai krisis kesihatan, maka ia akan terpakai juga untuk Malaysia. Oleh itu pendrafan rang undang-undang kesembilan ini, menggunakan secara subjektif memberikan kuasa subjektif kepada Menteri.
Sepatutnya takrif “public emergency” dan “public health crisis” ini perlu dibawa ke Parlimen. Parlimen yang membuat keputusan sama ada- ada berlaku “public emergency”, atau sama ada berlaku “public health crisis”.
Sekarang pula Eksekutif datang ke Parlimen, meminta supaya Yang Berhormat Menteri boleh membuat keputusan untuk kedua-dua ini.
Saya mendapati bahawa waktu dahulu, Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 [Akta 829]. Akta yang besar yang membuat pindaan banyak akta rang undang-undang sebagainya, recognized COVID-19 sebagai public health crisis. Itu perlu dibuat sedemikian, kalau tidak perkara-perkara kecil, kawasan-kawasan kecil diisytiharkan public emergency.
Saya juga meragui keperluan takrif tersebut kerana dia tidak perlu datang ke Parlimen, tidak perlu pewartaan. Sama ada pewartaan diperlukan dalam akta, saya tidak
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
nampak keperluan itu. Sama ada keperluan untuk table letak atas meja Parlimen, diwartakan, kemudian di atas meja Ahli Parlimen untuk memaklumkan kepada Parlimen bahawa terdapat pengisytiharan public health emergency, public health crisis. Saya menggulung Tuan Yang di-Pertua dan juga seksyen 145D kuasa Menteri, “...on the advice of the Director General from time to time modify the terms and condition…” Maksud dia kuasa Ahli Yang Berhormat Menteri boleh juga untuk modify terms and condition untuk mana-mana perkara tentang akta ini, terms and condition. Itu satu seksyen yang luas skop dia. Yang Berhormat Menteri boleh menggunakan kuasa tersebut untuk tanpa datang ke Parlimen, untuk tukar peraturan dan sebaginya.
Untuk pihak yang aggrieved party, pihak yang membayar cukai yang aggrieved party, apakah remedy untuk mereka? Ini kerana hanya ada kuasa Yang Berhormat Menteri untuk varies ataupun modify terms and condition tetapi tiada kuasa rayuan pembayar cukai tanpa dinyatakan kuasa sama ada kalau kita mesti tahu bahawa dia ada- pembayar cukai boleh membuat semakan kehakiman- judicial review ataupun rayuan, tetapi kosnya akan tinggi dan perlu pergi ke mahkamah.
Tidak ada ditulis mechanism rayuan terhadap keputusan Yang Berhormat Menteri yang begitu luas kuasanya. Ini bukan sahaja terpakai untuk Akta Kastam 1967 tetapi untuk sembilan rang undang-undang yang kita akan bahas bermula saat ini sampai ke petang, sampai pagi besok, semua mempunyai kedua-dua klausa yang saya bangkitkan tadi.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Saya cadangkan supaya sekiranya ada public emergency dan public health crisis, sepatutnya langkah-langkah sementara yang kita telah luluskan, formatnya, semangatnya atau intentionnya perlu dilaksanakan supaya Parlimen diberi kuasa untuk menentukan apa maksud public emergency. Parlimen diberi kuasa untuk menentukan apa maksud public health crisis dan bukan atas seorang Menteri. Itulah hujah saya. Sekian, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan extension of time kepada saya.
Terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Berakhirnya pembahas, diminta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab, 15 minit.
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kelima-lima orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian pada pagi ini.
Semalam ada dua orang Ahli Yang Berhormat dan hari ini tiga orang Ahli Yang Berhormat, perbahasan tentang Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2022. Saya juga ingin merakamkan penghargaan ke atas cadangan dan pandangan mereka, syor dan rujukan dan idea serta semua teguran yang diberi.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2022 yang dicadangkan ini adalah sebenarnya bagi meminda Akta Kastam 1967 [Akta 235] dengan tujuan untuk menambah baik perundangan percukaian negara selari dengan perubahan semasa perniagaan.
Pindaan utama Akta 235 ini adalah berbangkit apa yang kita pelajari susulan daripada pandemik COVID-19 di mana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada waktu itu telah mengehadkan banyak aktiviti dan operasi perniagaan.
Ini menyebabkan banyak pembayar cukai tidak dapat melaksanakan obligasi mereka kalau di bawah akta ini. Jadi oleh itu, peruntukan baharu kita masukkan dalam Akta 235 bagi membolehkan fasiliti tertentu diberikan kepada pembayar cukai ketika berlakunya kecemasan awam atau krisis kesihatan awam.
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Saya mungkin menjawab mana-mana yang saya rasa yang berkaitan dengan perundangan kita hari ini. Yang Berhormat Pontian semalam sama juga dengan Yang Berhormat Bukit Bendera bertanyakan tentang tafsiran apa itu kecemasan awam. Adakah banjir di Baling, demonstrasi, tanah runtuh atau ribut? Apakah yang ditafsirkan sebagai kecemasan awam?
Kecemasan awam ini Tuan Yang di-Pertua, kita tafsirkan sebagai kecemasan yang melibatkan orang awam secara menyeluruh. Jadi semua yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Bukit Bendera itu boleh kita kategorikan sebagai kecemasan awam. Ada juga semalam Yang Berhormat Pontian tanya tentang pengkorporatan kastam.
Saya mungkin tidak perlu jawab di sini kerana pengkorporatan kastam ini tidak termasuk dalam apa yang kita bincangkan dalam rang undang-undang ini. Akan tetapi mungkin saya boleh cakap yang cadangan ini adalah pada tahun 2018 dan mungkin kita akan buat satu kajian secara holistik untuk masa akan datang untuk melihat kalau perkara ini masih relevan atau tidak.
Yang Berhormat Hang Tuah Jaya semalam juga ada tanya tentang bentuk dan secara suatu tuntutan pulangan barangan cukai yang dieksport semula dan sama ada ia dilihat sebagai pendapatan. Apakah matlamat untuk undang-undang ini? Sekiranya banyak diberikan kepada peniaga ketika pandemik, apakah pindaan ini akan memberi pulangan yang lebih?
Pindaan ini tidak memberi kesan kepada kos dan industri kerana tiada perubahan kepada tatacara tuntutan pulangan cukai. Sebaliknya, pindaan ini dibuat supaya borang tuntutan pulangan cukai sebelum ini diwartakan melalui peraturan, diterbitkan melalui ketetapan umum dan ini akan lebih memudahkan untuk pihak industri membuat rujukan bagi memudahkan pelaksanaan dan rujukan pihak industri.
Yang Berhormat juga tanya tentang pindaan ini memberi kuasa untuk Menteri mengubah syarat notis yang munasabah diberikan. Bagaimanakah undang-undang ini boleh memberi jawapan daripada aspek notis? Notis yang munasabah ini diberikan bertujuan untuk maklumkan apakah perubahan syarat yang terlibat serta memberi ruang dan masa yang munasabah kepada industri untuk bersedia bagi melaksanakan syarat yang kita ubah suai.
Yang Berhormat juga tanya tentang apakah boleh kita takrifkan kepada kecemasan apabila urusan yang melibatkan urusan kargo yang terbatas. Ini tidak kerana kecemasan awam adalah merupakan keadaan yang di luar jangka yang melibatkan orang awam secara keseluruhannya.
Yang Berhormat Tebrau tadi baru tanya tentang adakah pihak kastam tahu berapa banyak duti import yang telah hilang disebabkan nilai barang yang kurang isytihar.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Dengan izin, underdeclared dia punya value import, jadi akan menyebabkan duti yang dikenakan kurang.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Ya terima kasih Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat. Kementerian akan mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan. Kita tanya juga kepada pihak JKDM, kastam dalam perkara ini. Mereka mengatakan mereka berusaha mengurangkan ketirisan hasil yang disebut tadi.
Bagi tahun 2021 misalnya, kehilangan hasil yang melibatkan penyeludupan dianggarkan sebanyak RM864.1 juta. Walau bagaimanapun, pada tahun berikutnya jumlah ini telah dikurangkan sebanyak RM460.5 juta. Penurunan ini selari dengan usaha- usaha yang diambil oleh kementerian dan JKDM dalam menangani isu penyelewengan.
Oleh itu, saya rasa JKDM juga akan menyeru kepada industri dan masyarakat untuk menyertai program-program kesedaran dianjurkan oleh JKDM dari semasa ke semasa dan menyalurkan sebarang maklumat penyelewengan melalui portal aduan yang disediakan. Seperti semua sedia maklum, bermula Januari hingga September 2022, JKDM juga telah menganjurkan program voluntary dan amnesty dengan pelbagai insentif bagi menggalakkan syarikat tampil untuk membayar cukai dengan betul.
Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Yang Berhormat Timbalan Menteri, mohon penjelasan sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua.
Seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tebrau tadi, saya ingat salah satu punca kehilangan hasil kita ialah pertamanya penyeludupan, of course. Itu tidak diseludup langsung. Ini dia dibawa masuk melalui jalan yang betul tetapi dia declare benda lain yang hasil atau dutinya itu rendah tetapi sebenarnya dia membawa masuk benda lain yang dutinya lebih tinggi. Di antara cara yang digunakan ialah untuk mengesahkan perkara ini ialah melalui scanner. Jadi saya hendak tanya, apakah perkembangan penggunaan scanner baharu yang dibuat oleh JKDM. Adakah ini berjaya untuk mengurangkan insiden-insiden tersebut? Salah satu daripada dulu yang jadi puncanya juga ialah scanner ini sengaja dirosakkan dan mengambil masa lama untuk dibaiki yang menyebabkan berlakunya ketirisan daripada hasil yang dapat kita kutip. Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Terima kasih kepada mantan Timbalan Menteri Kewangan. Dia fasih tentang perkara ini because dia juga telah melalui perkara yang sama. Kita telah membeli scanner baharu tetapi ia belum lagi diguna pakai secara penuh kerana ia memerlukan test run dan latihan kepada pegawai-pegawai kita memandangkan ia sistem dan scanner baharu. Kita menganggarkan untuk menurunkan masalah-masalah penyeludupan ini dengan lebih ketara lagi dalam masa-masa yang akan datang.
Tadi Yang Berhormat Tebrau juga ada sentuh tentang permit import.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Permit import untuk kayu bakau ke Indonesia tetapi itu adalah satu perkara atau item yang dilarang di bawah kastam. Jadi, ia bertindih.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Jadi pengimport ini mereka tidak puas mengapa mereka diberi AP tetapi tidak dapat diimport walaupun...
[Pembesar suara dimatikan]
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Tebrau, adab Parlimen sila berdiri bila bercakap, please.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ini tiada kena-mengena dengan kita punya itu. Akan tetapi kita tahu yang larangan import yang dikenakan ke atas komoditi yang tertentu seperti yang selalunya disenaraikan dalam Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) adalah berdasarkan polisi larangan yang ditentukan oleh kementerian serta agensi pengawal komoditi terlibat. Kementerian atau agensi yang mengeluarkan AP kepada pengimport adalah tertakluk kepada senarai komoditi yang dibenarkan.
Sekiranya terdapat pengemaskinian terhadap senarai komoditi yang dilarang seperti yang berhubung dengan pengimportan kayu bakau, ianya sebenarnya memerlukan AP daripada MPIB. Namun, terdapat juga pindaan pada tahun 2017 yang mana kayu dilarang diimport secara mutlak dari Indonesia adalah jenis logs dan box seperti yang dinyatakan di bawah Butiran 8 Jadual Pertama dan perintah yang sama. Itu yang mungkin akan mengelirukan kedua-dua tempat.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Timbalan Menteri, mohon sikit. Terima kasih. Saya hendak lanjutkan daripada yang tadi itu yang permit import untuk bakau itu. Kalau dapat Timbalan Menteri berbincang semula saya rasa kalau permintaan kepada kayu bakau ini memang tinggi di Malaysia, sama ada untuk membuat piles, bakau piles untuk pembinaan ataupun membuat arang.
Jadi, kalau kita dapat benarkan import itu berlaku, kita dapat pastikan bahawa hutan bakau kita yang sepatutnya kita preserve di Malaysia ini dapat kita preserve untuk menjadi penebat kepada hakisan pantai dan sebagainya. Jadi, kalau dapat dibincangkan
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
semula, biar masuk dari Indonesia atau mana dan preserve yang kita punya sebab permintaan itu ada. Preserve yang kita punya, benarkan yang di luar dibawa masuk.
Terima kasih.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, mungkin saya tidak perlu bincang terlalu panjang rungkaikan tentang perkara ini sebab ianya sebenarnya tidak berhubung dengan akta yang saya akan buat ini. Jadi, walaupun Yang Berhormat memberi penjelasan yang agak baik tetapi kita rasa kena stick dengan apa yang kita bincang.
Kita juga ambil kira apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Padang Serai tadi di mana pemilik lori dan pemilik muatan dibawa sekali dan ditahan dan disita selama enam bulan, ada yang lebih setahun atau sehingga kes mahkamah selesai. Kita akan ambil kiralah cadangan beliau ini. Biarpun ini juga tidak termasuk di dalam apa yang kita bincangkan pada hari ini.
Akan tetapi apa yang disentuh oleh Yang Berhormat Padang Serai ialah tentang kuasa, ia juga berkaitan dengan Yang Berhormat Bukit Bendera tentang kuasa Menteri yang seksyen 145C dan seksyen 145D di mana Menteri mempunyai kuasa-kuasa tertentu untuk mengubah atau memanjangkan masa.
Sebenarnya perkara ini Tuan Yang di-Pertua ialah untuk memudahkan pelanggan kita importer dan exporter untuk memberikan mereka ruang untuk membayar cukai ketika kecemasan. Kita juga buat perubahan bagi kuasa dalam seksyen 145D ini perubahan daripada segi butiran itu.
Ini kerana kadang-kadang ada masanya kalau pelanggan itu menyimpan barang mereka di satu gudang A dan tiba-tiba ada banjir besar berlaku dan mereka tidak boleh bawa barang mereka ke gudang A. Jadi untuk mempercepatkan proses, Yang Berhormat Menteri boleh memberi kelulusan untuk mereka pindah barang untuk ke gudang B. Ianya sebenarnya bukan untuk menyalahgunakan kuasa tetapi ianya untuk memudahkan.
Secara keseluruhannya, pindaan kepada Akta 235 ini adalah kita boleh melihat bersifat positif dan ianya sebenarnya akan memberi manfaat kepada pembayar cukai dalam menyempurnakan obligasi mereka di bawah Akta 235 dan perundangan subsidiarinya. Dengan pindaan apa yang kita panggil kebanyakannya ini juga berkaitan dengan prescribed form kepada bentuk dan cara yang boleh ditentukan oleh ketua pengarah dan pelbagai jenis barang kastam yang digunakan pada masa ini yang tidak lagi ditetapkan di bawah peraturan sebaliknya boleh diterbitkan dalam bentuk ketetapan umum yang disiarkan melalui portal rasmi Jabatan Kastam.
Secara tidak langsung ia memudahkan pihak industri untuk membuat rujukan secara berpusat. Sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada butiran dan borang tersebut sekali dengan peredaran masa, pengemaskinian borang juga lebih mudah dan cepat dilaksanakan.
Sebelum saya mengakhiri tentang ini, di samping itu juga saya ingin buat kenyataan di sini yang peruntukan kuasa kepada Yang Berhormat Menteri itu sebenarnya untuk melanjutkan tempoh serta mengubah terma dan syarat itu ditetapkan juga bukan memberikan kuasa mutlak kepada Menteri untuk sewenang-wenangnya untuk memberi lanjutan tempoh atau mengubah secara suka-suka terma dan syarat tersebut.
Sebaliknya lanjutan tempoh hanya dilaksanakan seperti yang saya katakan tadi berdasarkan keperluan pembayar cukai kita ketika berlakunya kecemasan awam dan kesihatan awam. Manakala perubahan terma dan syarat hanya dilaksanakan selepas ada konsultasi dengan pihak industri itu sendiri dan juga berdasarkan perakuan serta semakan terperinci oleh Jabatan Kastam. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Masalahnya ialah rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 16 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kesihatan I (Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali) dan diluluskan]
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Eksais 1976 dibacakan kali kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menguraikan setiap fasal dalam rang undang-undang ini yang mengandungi 11 fasal seperti berikut – Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan memindahkan seksyen 91DC, dan 91K subseksyen 13(1)(b), 19(1)(d), 19A(1)(e), 47(2) dan 67(3A)(b) bagi menggantikan perkataan, “in the prescribed form” dengan perkataan, “in the form and manner as determined by the Director General.” Ini merupakan pindaan am bagi memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kastam untuk menentukan bentuk dan cara akuan dibuat berhubung perkara tertentu seperti tuntutan pulang balik wang terlebih bayar, tuntutan pulang balik duti eksais bagi barang dan eksport semula dan kaedah pemakluman bagi tuntutan semula barang sitaan.
Fasal 3 bertujuan meminda subseksyen 5A(1) bagi memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk menentukan bentuk dan cara permohonan yang boleh dibuat bagi tujuan mendapatkan ketetapan Kastam.
Fasal 4 bertujuan meminda subseksyen 16(2) bagi memotong perenggan dua berhubung bentuk dan cara ditetapkan bagi pengiraan duti eksais yang kena bayar dan ini memandangkan penilaian dan penentuan nilai duit eksais telah pun kita peruntukkan di bawah seksyen 85(2)(bd).
Fasal 5 bertujuan meminda seksyen 19B bagi memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk menentukan bentuk dan cara akuan tuntutan pulang balik duti eksais yang telah dibayar bagi tujuan eksport semula ke luar negara dan tidak dibawa masuk ke dalam negara melalui mana-mana pelabuhan Kastam atau lapangan terbang.
Fasal 6 bertujuan meminda subseksyen 20(1) bagi memberi kuasa Ketua Pengarah untuk menentukan bentuk dan cara lesen eksais dikeluarkan bagi aktiviti penyulingan dan penapaian minuman keras serta aktiviti perkilangan tembakau atau liquor yang memabukkan.
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Fasal 7 bertujuan meminda 23(1) bagi memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk menentukan bentuk dan cara pengurusan permit oleh pegawai yang hak bagi tujuan memindahkan barangan berduti dari satu buah tempat kawalan eksais seperti tempat penyulingan, bruari, kilang eksais atau gudang berlesen.
Fasal 8 bertujuan memasukkan seksyen baharu 44AA dan 44AB ke dalam Akta 176. Seksyen 44AA memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk melanjutkan apa- apa tempoh sebelum tamat tempoh yang ditetapkan di bawah Akta 176 ataupun perundangan subsidiarinya jika tempoh tersebut tidak dapat dipenuhi oleh mana-mana orang disebabkan berlakunya kecemasan awam seperti bencana alam atau krisis kesihatan awam seperti pandemik COVID-19.
Manakala seksyen 44AB memberi kuasa kepada Menteri untuk menambah, mengubah atau membatalkan terma dan syarat yang dikenakan di bawah Akta ataupun perundangan subsidiarinya dengan syarat bahawa satu Notis Makluman telah diberikan terlebih dahulu kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat tersebut.
Fasal 9 bertujuan meminda subseksyen 85(2)(bc) dengan memotong keseluruhan perenggan berhubung penggunaan borang yang ditetapkan di bawah peraturan-peraturan eksais. Subseksyen 85(2)(e) turut dipinda bagi memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan bagi menetapkan borang yang hendak digunakan bagi tujuan pelaksanaan eksais di bawah seksyen 35, Akta 176.
Fasal 10 dan fasal 11 bertujuan meminda seksyen 90C dan 91W bagi memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk menentukan bentuk dan cara pengikraran yang boleh dibuat bagi tujuan mengangkut keluar barangan dari pulau bebas cukai ke kawasan utama kastam.
Pindaan lain yang tidak dinyatakan secara khusus adalah pindaan bersifat kecil atau consequential in nature. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Ada sesiapa Yang Berhormat yang menyokong?
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II - Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menyokong.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Eksais 1976 dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.
Berikut senarai pembahas-pembahas yang akan membahaskan perkara ini.
Yang Berhormat Pontian; Yang Berhormat Hang Tuah Jaya; Yang Berhormat Tebrau; Yang Berhormat Kuala Selangor; dan Yang Berhormat Tumpat.
Lima minit dimulakan dengan Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebenarnya pindaan ini hampir serupa dengan pindaan yang baharu sahaja kita luluskan dan pindaan ini juga akan serupa dengan RUU yang kita akan luluskan beberapa siri pada hari ini.
Namun, saya ingin menyatakan di sini, merujuk kepada fasal 2(e), disebut tentang barang-barang yang disita dan pelepasan barang-barang yang disita. Fasal 2(f) disebut Pulau Langkawi dan Pulau Tioman. Fasal 10 disebut kenderaan, vesel, kapal udara, Pulau Labuan. Fasal 11 disebut kenderaan vesel, kapal udara, Pulau Pangkor. Fasal 6 disebut antaranya mengilang tembakau atau liquor yang memabukkan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Jadi dari situ kita dapat maklum bahawa tentulah perkara-perkara yang disita ataupun pemulangan barang-barang yang disita, penjualan barang-barang yang disita dengan kuasa-kuasa Ketua Pengarah Kastam ini tidak dapat lari daripada isu utama yang dihadapi oleh Kastam iaitu hal-hal penyeludupan.
Apa yang diinginkan dalam pindaan ini ialah untuk memastikan Ketua Pengarah Kastam mempunyai kuasa-kuasa yang tertentu atas budi bicaranya mengikut akta ini bagi memberikan kelonggaran-kelonggaran yang tertentu apabila berlaku bencana alam, berlaku pandemik COVID-19-19 baru-baru ini misalnya.
Saya ingin membuat beberapa fakta yang ada di tangan saya ini mengenai penyeludupan. Ia berhubung kait tentang Kastam, ia berhubung kait dengan barang yang disita sebagai mana yang dinyatakan dalam fasal-fasal di sini.
Ada empat buah pulau bebas cukai. Disebut oleh Ketua Pengarah Kastam bahawa penyeludupan di pulau bebas cukai turun enam peratus tahun lepas berikutan keputusan kerajaan mengenakan duti eksais ke atas rokok dan produk tembakau. Beliau juga menyebut bahawa rokok seludup telah sebabkan kerajaan rugi kutipan cukai RM5.1 bilion. Juga ada disebut, semalam saya juga menyebut enam batang daripada 10 batang rokok yang ada di negara ini merupakan rokok seludup.
Saya ingin tahu, apa langkah-langkah seterusnya dibuat oleh Kastam. Misalnya, pada 16 Februari tahun ini, Kastam Kelantan merampas 2.5 juta batang rokok seludup bernilai RM496 ribu. Pada 7 April, Kastam Terengganu merampas 747 ribu batang rokok seludup bernilai RM503 ribu. Saya kira ini merupakan satu masalah yang serius.
Satu lagi, selain daripada rokok seludup yang merupakan- Malaysia merupakan pengguna rokok seludup yang paling tinggi dalam dunia dan tentunya Kastam menghadapi perkara ini dengan sukar sekali.
Minyak masak di Thailand sekitar RM9 sekilo tetapi di Malaysia cuma RM2.50 sekilo. Jadi tentu penyeludupan telah dan sedang berlaku. Ini satu lagi kerja Pasukan Kastam daripada segi penyeludupan.
Pada 9 Jun 2022, Thailand telah membuat keputusan yang negara pertama dalam Asia mengeluarkan ganja daripada senarai narkotik. Ini menyebabkan satu ancaman kepada Kastam. Kastam Malaysia tentu berhadapan dengan masalah penyeludupan. Di Thailand, ganja boleh ditanam di rumah.
Kerajaan Thailand memberi satu juta pokok ganja untuk ditanam bagi tujuan perubatan kepada rakyat mereka. Di Malaysia, hukuman gantung kepada mereka yang mengedar dadah ganja jika lebih 200 gram.
Jadi tentunya sempadan Malaysia itu menyebabkan Pasukan Kastam kita sukar mengawal daripada segi penyeludupan ganja. Bukan hanya rokok seludup dihadapi oleh Kastam untuk dihadapi tetapi juga minyak masak dan pokok ganja. Ini menyebabkan Kastam itu tentunya perlu ditingkatkan segala peralatan untuk memastikan penyeludupan boleh dikurangkan.
Walaupun demikian, kita merakamkan ucapan terima kasih kepada Kastam pada tahun 2020 mengutip RM38.67 bilion bagi negara dan rakyat. Tahun 2021 mengutip RM42.5 bilion untuk negara dan rakyat. Terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Memandangkan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya tiada, saya teruskan kepada Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Izinkan saya sertai perbahasan ya, RUU Eksais (Pindaan) 2022. Saya ingin menyokong pindaan RUU ini tetapi saya ada beberapa perkara ingin dapat penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Saya mendapat perkhabaran berlakunya tindakan peniaga kereta yang diimport tidak meletakkan jumlah duti eksais dan duti import yang dibayar ke atas kereta-kereta yang diimport. Akta Kastam 1967 serta Akta Eksais 1976, bagi saya, harus dipinda untuk mengehendaki jumlah duti eksais dan duti import yang dibayar dinyatakan dan diletakkan dalam invois jualan peniaga untuk mengelakkan pengisytiharan nilai dan kehilangan hasil kepada negara. Saya yakin sekiranya invois akan menunjukkan perkara seperti harga barang, duti import, duti eksais dan juga jualan, kerajaan boleh mengutip lebih tinggi cukai- cukai yang disebutkan.
Saya pun hendak tambah lagi satu isu kerana ada kebimbangan di industri penjual-penjual kereta kerana pertukaran kaedah untuk kita mengirakan market value untuk dikenakan duti eksais. Mereka bimbang harga kereta akan naik dengan ketara selepas kaedah ini ditukar untuk mengira nilai atau value untuk dikenakan duti eksais.
Jadi, minta penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya sektor kereta di luar dapat diyakinkan dan dapat penjelasan apa sebabnya atau harus digunakan dengan kaedah yang baharu untuk mengira value untuk dikenakan dengan duti eksais. Itu sahaja daripada saya, terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Selanjutnya dipersilakan Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya tidak bersedia untuk berbahas, sekadar untuk menyatakan sokongan saya ke atas RUU Eksais (Pindaan) 2022 ini. Saya memahami akan keperluan bertujuan utama untuk mengemas kini sistem cukai. Tambahan atas post- pandemic dan keperluan terkini dengan meminda kuasa Menteri dan Ketua Pengarah.
Meskipun saya sedikit mahu bertanya atas sebab mengapa kuasa itu perlu diperbesarkan lagi? Apakah jauh lebih baik kalau ia punya satu oversight committee sebagai satu governance yang lebih baik, best practice supaya wujud di sana transparensi, supaya wujud di sana satu komiti yang boleh menimbang dari sudut pelbagai pihak. More minds better than one. Jadi, itu pertanyaan saya supaya perkara ini ia dapat pencerahan.
Adapun dari sudut pindaan-pindaan semua itu adalah saya kira bersifat teknikal sama ada fasal-fasal yang dimasukkan di situ Fasal 2, Pindaan Am dan sebagainya.
Cuma, sejauh mana Tuan Yang di-Pertua hasil daripada amalan apa yang dikatakan sebagai under declaration, khususnya dari segi kehilangan sumber dan cukai akibat daripada apa yang dikatakan sebagai transfer mispricing ini under reporting of imported goods seperti kereta dan sebagainya. Apakah ini adalah antara punca kehilangan sumber cukai yang besar?
Saya perhatikan excise duty kepada rokok ini tidak silap saya sudah hampir lebih daripada tujuh tahun tidak dinaikkan. Saya tahu perbahasan itu adalah polemik yang tidak sudah-sudah tetapi mengapa perkara itu sebagai sumber utama cukai sin tax ini tidak dinaikkan.
Sedikit kepada perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pontian sebentar tadi, saya mahu tahu dalam konteks illicit atau contraband cigarettes rokok, kita dapati bahawa terlibat sama adalah manufacturers yang besar yang sebenarnya adalah terlibat dalam menghasilkan contraband dan illicit cigarettes ini. Sejauh mana keberkesanan kastam dan eksais kita untuk memberkas kegiatan ini dan berapa jumlah sebenar- benarnya peratus yang dikeluarkan sendiri oleh manufacturers seperti kalau boleh saya sebutkan nama ...
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Minta laluan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ya. ‘BAT’ dan ‘DATI’. Ya, sila, sila.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Adakah Yang Berhormat Kuala Selangor setuju bahawa bila kita mengatakan kemungkinan besar terlibat big tobacco dengan izin dalam membekalkan rokok-rokok seludup. Ia adalah usaha mereka untuk membina naratif bahawa duti eksais yang tinggi ataupun cukai yang tinggi ini yang menyebabkan penyeludupan bermaharajalela?
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Saya cenderung sebenarnya Tuan Yang di-Pertua untuk bersetuju dengan Yang Berhormat Setiawangsa.
Walaupun kajian-kajian yang dibuat, terutamanya kajian sama ada oleh akademik dan ia selalunya mempunyai jawapan dan findings yang berbeza. Akan tetapi apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Setiawangsa tadi saya minta untuk Yang Berhormat Menteri jawab sendiri kerana perkara itu sebenarnya ada evidence-nya. Saya rasa begitu sahaja ringkasnya Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Dipersilakan Yang Berhormat Tumpat.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Tuan Yang di-Pertua, sebelum Yang Berhormat Tumpat bercakap, saya ingin mengalu-alukan kehadiran daripada Jempol iaitu Yayasan Pelajaran Jempol dan juga daripada pemimpin masyarakat daripada Jempol. Terima kasih.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari ini bagi meminda Akta Eksais 1976 (Pindaan) 2022, suatu akta yang berfungsi bagi meminda dan menyatukan undang-undang berhubung dengan eksais dalam Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, Fasal 2 dalam pindaan baharu ini menyentuh berkenaan tuntutan pemulangan balik apa-apa wang yang terlebih bayar atau tersalah bayar dan memerintahkan supaya dipulangkan balik wang itu jika dibuktikan dengan memuaskan hati ketua pengarah bahawa wang itu terlebih bayar atau tersalah bayar sebagai duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain atau sebagai sewa gudang atau sebagai apa-apa caj lain yang dibawa akta ini.
Soalan saya, apakah punca wujudnya wang terlebih bayar itu atau tersalah bayar oleh pembayar cukai eksais? Adakah ia berpunca dari kurangnya kefahaman berkenaan prosedur oleh pembayar cukai atau prosedur yang mengelirukan? Setakat ini berapa lama kah jangka masa tuntutan pemulangan balik duit itu diproses? Ia penting bagi memastikan pihak pembayar duti itu tidak menunggu masa dengan lama.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berkenaan Pindaan Am di seksyen 47(2) yang menyebut bahawa “Pindaan ini memberi Ketua Pengarah kuasa untuk menentukan bentuk dan cara permohonan untuk mengkaji semula suatu keputusan Ketua Pengarah oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah dalam ruang lingkup akta ini.” Saya ingin mengetahui apakah bentuk dan cara permohonan bagi mengkaji semula keputusan Ketua Pengarah sebelum ini mempunyai kelemahan sehingga ia memerlukan pindaan pada waktu ini.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Saya juga ingin tahu, adakah tidak berlaku percanggahan kepentingan apabila kita lihat di sini ketua pengarah diberi kuasa untuk menentukan cara dan bentuk permohonan mengkaji semula keputusan yang dibuat oleh beliau.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan cadangan pindaan subseksyen 20(1) Akta 176 untuk memberi ketua pengarah kuasa untuk menentukan bentuk dan cara sewaktu lesen untuk menyuling, menapai ataupun selainnya mengilang apa-apa barang-barang berduti atau mengilang apa-apa tembakau atau liquor yang memabukkan yang dikeluarkan oleh ketua pengarah.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Kita maklum bahawa liquor yang memabukkan dan tembakau adalah merupakan produk kawalan yang mempunyai kesan sosial kepada masyarakat. Sehubungan itu, saya ingin mengetahui berapa banyak kah lesen untuk menyuling, menapai ataupun selainnya mengilang apa-apa barang berduti atau mengilang apa-apa tembakau atau liquor yang memabukkan yang telah dikeluarkan oleh ketua pengarah sehingga kini dan apakah bentuk kawalan yang dikenakan oleh ketua pengarah terhadap lesen-lesen ini. Jadi saya pohon penjelasan daripada kementerian. Terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Senarai pembahas telah habis. Saya mempersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab 10 minit.
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada empat orang pembahas yang baru sahaja mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2022.
Mungkin saya akan terus kepada kebanyakannya – tadi banyak bercerita tentang penyeludupan dan ketirisan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa memandang serius tentang isu penyeludupan dan penjualan rokok yang tidak sah yang berleluasa di pasaran memandangkan kegiatan ini telah menyebabkan ketirisan hasil cukai yang tinggi setiap tahun.
Dalam usaha membendung ini, kerajaan melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia sentiasa mempergiatkan kawalan dan tindakan penguatkuasaan melalui pelbagai aktiviti serbuan, rondaan darat dan air, sekatan jalan raya, pemeriksaan kapal, bot atau kenderaan. Di samping itu, mereka juga melakukan pelbagai operasi khas dan operasi outlet yang menjual rokok.
JKDM juga telah melaksanakan operasi bersepadu melibatkan kerjasama dari pelbagai agensi penguatkuasaan dan keselamatan negara dalam membanteras aktiviti penyeludupan rokok. Kerajaan juga turut menubuhkan Multi Task Agency Task Force
(MATF) yang merupakan agensi task force yang dianggotai oleh pelbagai agensi penguatkuasaan seperti PDRM, JKDM, APMM dan SPRM.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Timbalan Menteri, volume sedikit ya.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Oh, sorry Tuan Yang di-Pertua. Sebagai platform kolaborasi di antara kerajaan dan industri dalam menangani isu penyeludupan dan pengedaran produk rokok dan minuman keras yang tidak sah. Platform ini juga membolehkan agensi terlibat mengenal pasti kelemahan dalam mana-mana perundangan dan aktiviti penguatkuasaan yang sedia ada seterusnya membolehkan langkah penguatkuasaan yang lebih berkesan dapat dilaksanakan bagi mengurangkan ketirisan hasil.
Kerajaan juga telah mengambil tindakan yang lebih tegas bagi memperketat kawalan ke atas aktiviti transshipment rokok melalui pelabuhan negara supaya Malaysia tidak dilihat sebagai hab transshipment rokok haram. Ini termasuklah dengan mengehadkan aktiviti transshipment rokok di pelabuhan tertentu sahaja dan mengenakan cukai bagi rokok yang diimport bagi tujuan eksport semula sebelum dibenarkan duty drawback dengan izin.
Langkah tegas ini adalah sebagai salah satu usaha serius kerajaan untuk mengurangkan ketirisan hasil cukai akibat penyalahgunaan kemudahan bebas cukai yang sukar dikawal. Pada masa yang sama, kerajaan akan melaksanakan banyak lagi langkah membanteras penyeludupan rokok haram dengan meneguhkan laluan sempadan yang rapuh, meningkatkan kerjasama antarabangsa dan perkongsian maklumat serta risikan melangkaui sempadan bagi menangani isu penyeludupan.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Daripada aspek percukaian, kerajaan akan terus menjalankan kajian dari semasa ke semasa berhubung kadar cukai rokok dan produk tembakau selaras dengan amalan di peringkat antarabangsa untuk tidak menggalakkan penggunaan produk yang mendatangkan kemudaratan kepada pengguna.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Timbalan Menteri, kalau boleh saya mencelah? Kuala Selangor.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Boleh, boleh.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ya, dalam peredaran dan perkembangan teknologi terutama daripada segi teknologi AI dan juga apa yang disebut sebagai blockchain Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Menteri, sejauh manakah untuk kita kenal pasti keupayaan track and trace mengikut blockchain technology supaya setiap supply chain itu dapat dipantau dan apa pun dari segi ketirisan dan chain of custody kalau dengan izin saya sebut istilah itu kalau mungkin tidak tepat tetapi dapat dikawal dengan blockchain. Itu adalah pertanyaan saya, Timbalan Menteri.
Sila jawab.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. I think technology AI and blockchain ini is the future, masa depan untuk perkara ini tetapi kita belum sampai di tahap itu. Namun begitu, kita juga telah meningkatkan perkara seperti pengurusan risiko dengan mewujudkan unit-unit analisa risiko untuk membuat profiling dan targeting di negeri dan ibu pejabat seperti Customs Verification Initiative dengan izin dan National Targeting Center. Kita akan lihat menggunakan teknologi yang terkini seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor menggunakan blockchain dan AI serta menyediakan program-program bagi tujuan konsultasi kepada industri dan meningkatkan program kesedaran dan pematuhan kepada masyarakat.
Daripada aspek percukaian, seperti saya cakap tadi kerajaan akan terus menjalankan kajian dari semasa ke semasa berhubung kadar cukai rokok dan produk tembakau selaras dengan amalan di peringkat antarabangsa untuk tidak menggalakkan penggunaan produk yang mendatangkan kemudaratan kepada pengguna dan produk tersebut perlu dikenakan cukai yang tinggi bagi mengurangkan kebolehdapatan di pasaran. Namun sebarang kajian ke atas kenaikan kadar cukai rokok perlu juga kita ambil kira kesan perubahan harga rokok terhadap isu penyeludupan rokok yang tidak sah di pasaran yang masih lagi sukar ditangani.
Yang Berhormat Kuala Selangor juga ada bercakap kenapa kadar duti eksais rokok tidak dinaikkan selepas tujuh tahun. Kerajaan akan terus menjalankan kajian dari semasa ke semasa berhubung kadar cukai rokok dan produk tembakau selaras dengan amalan di peringkat antarabangsa untuk tidak menggalakkan penggunaan produk yang mendatangkan kemudaratan kepada pengguna dan produk tersebut perlu kita kenakan cukai yang tinggi bagi seperti saya katakan tadi mengurangkan kebolehdapatan di pasaran. Namun sebarang kajian atas kenaikan kadar cukai rokok ini kita akan teliti dari semasa ke semasa. Ada juga...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Timbalan Menteri, kalau boleh saya tanya? Sejujurnya, apakah pernah dapat dikenal pasti naratif ataupun dakwaan bahawa setiap kali kita menaikkan excise duty, maka kegiatan black market ataupun contraband illicit cigarette itu kononnya rancak. Sejauh mana sebenarnya sumbangan illicit cigarette itu sendiri dibekalkan oleh the big manufacturer. Tidak perlu saya sebut namanya BAT, JTI, Philip Morris dan sebagainya. Sejauh mana itu pernah didalami dan dikenal pasti secara forensik? Terima kasih.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Ini perkara yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat Setiawangsa tentang big tobacco dan kalau kita buat other forensic study, kita belum ada buat apa-apa forensic study tetapi kalau ada perkongsian maklumat yang lebih, kita mengalu-alukan untuk perkongsian supaya kita boleh mengambil tindakan yang sewajarnya. Ini kerana kalau tidak ada solid proof, mereka akan mengatakan ini masih lagi sebagai satu konspirasi and it’s not a real thing. Jadi kalau ada bukti-bukti kukuh, kita akan ambil tindakan yang
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
sewajarnya untuk memastikan perkara ini dapat kita kurangkan dari semasa ke semasa.
Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Sedikit sahaja.
Terima kasih. Nanti sat Yang Berhormat Jerlun, Kubang Pasu dahulu. Saya ingat tujuan dinaikkan cukai untuk rokok dan produk tembakau ini adalah supaya bila dia terlalu mahal akan menjadi perkara menyebabkan perokok itu membuat keputusan untuk meninggalkannya.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Jadi, saya ingat tujuh tahun dibuat kajian tidak ada lagi, saya ingat ataupun mungkin lobby daripada pengilang ini sangat kuat kot yang menyebabkan kita tidak boleh membuat keputusan demikian. Bagi saya, kalau dibuktikan pun bahawa bila kita naikkan cukai rokok ini menjadi mahal menggalakkan contraband ini masuk lagi banyak, lagi baik supaya agensi penguatkuasaan kita ini akan lebih cergas dalam membanteras perkara ini. Saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Pandangan itu kita akan ambil kira tetapi sebenarnya perkara yang kita bincang ini sudah di luar konteks pindaan akta ini. Mungkin saya teruskan juga kepada Yang Berhormat Tumpat tentang prosedur tuntutan pulang balik.
Pindaan ini tidak memberikan kesan kepada prosedur semasa kepada industri dan tidak melibatkan apa-apa kos kerana tiada perubahan kepada tatacara tuntutan pulangan cukai sebaliknya pindaan ini kita buat supaya borang tuntutan pulangan cukai sebelum ini diwartakan melalui peraturan diterbitkan melalui ketetapan umum dan ini akan lebih mudahkan untuk pihak industri membuat rujukan.
Dia juga sentuh tentang jumlah pelesen eksais rokok dan produk tembakau.
Terdapat 16 buah syarikat ketika ini yang telah dilesenkan oleh Kastam untuk mengilang rokok dan produk tembakau.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya tanya?
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Okey, boleh.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Tidakkah dirasakan bahawa antara sebabnya masalah penyeludupan rokok ini masih lagi tidak dapat ditangani dengan baik ialah kerana tidak dikuatkuasakan pelesenan bagi premis-premis yang menjual rokok. Oleh sebab kita tidak tahu rokok yang dijual itu katalah di restoran dan sebagainya puncanya daripada mana.
Keduanya ialah rokok yang tidak berhasil ini, yang diseludupi masuk ini bukannya rokok palsu. Dia sebenarnya rokok yang datangnya dari kilang-kilang yang memang pun sudah berlesen. Jadi, nyata di sini bahawa kalaulah sebilangan daripada rokok yang dijual itu adalah yang tidak memberi hasil kepada kerajaan, ia juga masih lagi datang dari kilang- kilang yang telah pun dilesenkan oleh kerajaan.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Sebelum jawab yang itu, saya hendak patah balik tadi tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat itu, tentang pemulangan cukai terlebih bayar dan sebagainya.
Walaupun yang saya hendak bagi contoh ini bukan dalam kes yang ini tetapi dalam kes yang lain iaitu SST.
Jadi, terdapat kes di mana terlebih bayar sebab dakwaan-dakwaan tertentu yang dibuat oleh pihak yang menilai cukai itu dan akhirnya pembayar cukai ini yang kemudiannya memanglah terpaksa membayar lebih daripada sepatutnya dan bila rayuan dibuat mengambil masa yang terlalu lama dan akhirnya terpaksa membawa kes ini bukan sahaja ke tribunal tetapi ke mahkamah dan akhirnya mahkamah membenarkan.
Jadi, saya ingat kita perlu membezakan di antara pembayar cukai yang sangat ingkar dengan mereka yang very cooperative membayar, dan bila terlebih bayar janganlah mengambil masa yang terlalu lama untuk memulangkan terlebih bayar itu kerana ini
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
merupakan sebahagian daripada dia punya rolling capital untuk dia melakukan- jadi saya minta itu jugalah diberi perhatian oleh pihak kementerian. Terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Timbalan Menteri saya bagi tiga minit, sila gulung.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Baik, Tuan Yang di-Pertua. Kita ambil maklum cadangan...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang mana tidak dijawab itu bertulis ya.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Baik, kita ambil cadangan baik daripada Yang Berhormat Kubang Pasu tadi untuk tidak memberi perhatian kepada mereka yang tidak ingkar ini. Kita bagi satu kemudahan kepada mereka yang tidak ingkar. Kepada Yang Berhormat Jerlun tadi, pelesenan premis-premis rokok itu, MOF difahamkan terdapat cadangan daripada pihak Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara untuk melesenkan premis yang menjual produk tembakau dan kita akan dapat kepastian mengenai perkara ini.
Daripada pihak Kastam kita akan buat semakan yang lebih terperinci dengan 16 pelesen yang sedia ada dan kalau boleh mungkin Yang Berhormat Jerlun boleh bagi bukti yang boleh membantu Jabatan Kastam tentang possibility mereka yang berlesen ini yang akan memberi illicit rokok itu. Kalau tidak seperti yang saya katakan kepada Yang Berhormat Kuala Selangor ia adalah sebagai satu konspirasi teori semata-mata tanpa bukti.
Secara keseluruhannya pindaan kepada Akta 176 ini Tuan Yang di-Pertua adalah bersifat positif yang akan memberi manfaat kepada pembayar cukai dalam menyempurnakan obligasi mereka di bawah Akta 176 dan perundangan subsidiarinya dan dengan pindaan prescribed form yang ditentukan oleh ketua pengarah Pelbagai jenis borang eksais digunakan pada masa ini tidak lagi perlu ditetapkan di bawah peraturan sebaliknya boleh terbitkan dalam bentuk tetapan umum yang disiarkan melalui portal rasmi Jabatan Kastam.
Secara tidak langsung ia akan mudahkan pihak industri untuk membuat rujukan secara berpusat dan sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada butiran dalam borang tersebut selari dengan peredaran semasa dan pengemaskinian borang juga akan lebih mudah dan lebih cepat untuk dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Masalah bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor [Cameron Highlands] mempengerusikan Jawatankuasa]
Fasal-fasal 1 hingga 11 - Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)
Ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang hendak bahas? Jika tidak, saya akan teruskan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)
Silakan, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Pengerusi, kalau saya minta supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan jaminan dalam fasal yang telah pun dipinda tersangkut dan terkait dengan fasal-fasal 3, 6 dan sebagainya.
Satu yang saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan jaminan, apakah dan bagaimanakah kerajaan memastikan efficiency apabila kita memberikan pemusatan kuasa kepada Ketua Pengarah? Bagaimanakah langkah-langkah untuk mengelakkan ketirisan daripada pegawai-pegawai tertinggi kita ini ataupun ketua pengarah itu sendiri? Itu satu yang saya minta untuk diberikan pencerahan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Kuasa-kuasa yang kita berikan kepada Ketua Pengarah ini sebenarnya bukannya bersifat untuk memberi kuasa yang keterlaluan untuk mereka melakukan sesuka hati mereka tetapi ia cuma mudahkan, mengurangkan apa yang kita panggil red tape, dengan izin, dari segi- kerana kita kena akui yang kadang- kadang kita punya prescribed form yang kita ada sekarang ini ia agak ketinggalan zaman, not relevan. Ia tahun 1970-an punya prescribed form. Jadi...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ada di sana unsur discretionary yang di exercised ataupun yang dijalankan oleh Ketua Pengarah? Soalan...
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Discretionary, maksud Yang Berhormat Kuala Selangor macam mana?
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terms dan sebagainya.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Sorry dengan apa? Maaf, Yang Berhormat Kuala Selangor ulang lagi.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Penentuan jumlah quantum amount, pemulangan dan sebagainya. Itu kan suatu yang sifatnya discretionary.
Apakah ada di sana ada unsur-unsur itu dalam amalan?
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Saya rasa untuk Ketua Pengarah, dia kalau kuantum ini selalu kuasa Menteri. Kalau Pengarah, dia more of the…
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Masuk Menteri, maaf.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Kuasa Menteri, ya.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kan tadi atas keperluan Oversight Committee yang pertama kali yang saya bahaskan tadi, itu tidak disinggung oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Saya rasa, the whole purpose of this act is to speed up the process. Kalau kita ada Oversight Committee ia akan melambatkan proses tersebut dan sekarang ini kita wartakan diambil dua-tiga bulan. Jadi, it will affect kita punya pelanggan, the whole process of pindaan ini untuk mempercepatkan proses, tukar the red tapes supaya perkara-perkara kecil ini boleh diselesaikan oleh Ketua Pengarah sendiri, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)
Baik.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)
[Fasal-fasal 1 hingga 11 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kesihatan I (Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali) dan diluluskan]
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Ahli-ahli Yang Berhormat, masa telah cukup pukul 1. Kita akan berehat dan sambung semula pada 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
[Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu Akta untuk meminda Akta Zon Bebas 1990 dibacakan kali kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam rang undang-undang ini yang mengandungi dua fasal seperti yang berikut; Fasal yang pertama mengandungi tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan dan; Fasal yang kedua bertujuan memasukkan seksyen baru 48A dan 48B ke dalam Akta 438.
Seksyen 48A memperuntukkan kuasa kepada Menteri Kewangan untuk melanjutkan apa-apa tempoh sebelum tamat tempoh yang ditetapkan di bawah Akta 438 atau perundangan subsidiarinya. Jika tempoh tersebut tidak dapat dipenuhi oleh mana- mana orang disebabkan berlakunya kecemasan awam seperti bencana alam atau krisis kesihatan awam seperti pandemik COVID-19.
Seksyen 48B pula memperuntukkan kuasa Perdana Menteri untuk menambah, memotong atau mengubah apa-apa terma dan syarat yang dikenakan Akta 438 dengan syarat bahawa satu notis makluman diberikan terlebih dahulu kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Ada sesiapa Yang Berhormat yang menyokong?
Menteri Luar Negeri - Datuk Seri Saifuddin bin Abdullah
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.
Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Zon Bebas 1990 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Mengikut senarai yang saya terima pada kali ini, mereka yang akan berbahas adalah Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Rompin dan Yang Berhormat Pasir Gudang. Dipersilakan Yang Berhormat Pontian untuk memulakan Majlis.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, masuk Padang Serai sekali.
Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Padang Serai, saya akan pertimbangkan ya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi dalam rang undang-undang ini untuk meminda Akta Zon Bebas, serupa sahaja sebagaimana yang telah kita pinda dalam pindaan pada hari ini iaitu apakah kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah Kastam apabila berlakunya apa-apa kecemasan awam atau krisis kesihatan awam berhubung dengan zon bebas dan saya baca dalam laman web Kastam, zon bebas ini terbahagi kepada dua.
Yang pertama, perdagangan bebas. Yang kedua, perindustrian bebas. Dalam perindustrian bebas ada 21 kawasan, Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Pelepas 1, 2, 3. Tanjung Bin, Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai Airport City Fasa I dan Fasa II, Batu Berendam Fasa I, II dan II. Tanjung Keling, Melaka.
Seberang Prai, Pulau Pinang, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Samajaya, Kuching, Jelapang, Perak, Kinta, Perak. Sungai Way, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hulu Klang, Port Klang Free Zone dan Teluk Panglima Garang.
Sementara Zon Perdagangan Bebas, Stulang Laut, JB, Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Johor, Tanjung Langsat, Rantau Panjang, Kelantan, Pengkalan Kubor, Kelantan, Dermaga Air Dalam, Pulau Pinang, Kargo Emas, Pulau Pinang, Kompleks Kargo Udara, Pulau Pinang. Bukit Kayu Hitam, Pekan Bukit Kayu Hitam, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Barat, Pelabuhan Selatan Selangor, Port Klang Free Zone, MIS Logistik Hab Selangor, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Tasik Kenyir, Pelabuhan Kuantan dan Pulau Layang-layang.
Jadi di tempat-tempat yang ini, untuk perkongsian kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa di tempat-tempat yang saya bacakan tadi daripada segi barang dan perkhidmatan, mereka tanpa bayaran duti kastam. Itu satu. Yang kedua, tanpa duti eksais. Yang ketiga, tanpa cukai jualan dan yang keempat, tanpa cukai perkhidmatan.
Ini adalah insentif-insentif yang kita berikan kepada pelabur dan juga kepada syarikat- syarikat yang beroperasi di tempat-tempat itu. Pelabur datang ke Malaysia ini, pertama kerana insentif cukai yang pelbagai yang kita berikan. Yang kedua, kerana prasarana kita yang baik daripada segi jalan raya, daripada segi udara, daripada segi pelabuhan, daripada segi online dan internet misalnya, itu prasarana baik. Yang ketiga, kerana tenaga buruh mahir yang kita ada dan kita boleh bekalkan selain daripada buruh-buruh yang lain dan yang keempat ialah kestabilan politik.
Itu empat perkara kenapa pelabur datang. Masalah kita yang keempat itu, kestabilan politik, tidak ada lagi di Malaysia. Daripada segi radar antarabangsa, Malaysia termasuk dalam negara yang tidak stabil politiknya. Saya juga ingin maklumkan di sini Tuan Yang di-Pertua, semalam CEO Lembaga Hasil Dalam Negeri, Datuk Mohd Nizom Sairi menyebut bahawa 136 negara termasuk Malaysia bersetuju untuk melaksanakan kadar cukai 15 peratus ke atas syarikat multinational companies (MNCs). Ini telah dipersetujui oleh 136 buah negara. Apakah maksudnya?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Maksudnya, jika diberi pengecualian cukai, negara asal boleh kenakan cukai 15 peratus kepada MNCs tersebut. Jika kita memberikan pengecualian cukai kepada MNCs untuk melabur di Malaysia, 136 negara itu jika MNCs itu berasal daripada mereka, mereka boleh mengenakan cukai kalau kita tidak kenakan cukai. Kesannya amat besar kepada Malaysia. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah langkah-langkah yang dibuat oleh Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri dengan kenyataan ini bahawa apakah kaedah-kaedah baru untuk menarik pelabur asing ke dalam negara kita yang akan dibuat oleh Kementerian Kewangan atas sebab perkara yang amat penting yang akan dilakukan ini. Terima kasih. Assalamualaikum.
Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk panggil Ahli Yang Berhormat yang lain.
Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Ya?
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Saya tidak jadi untuk berbahas.
Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Tidak?
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Tidak bahas, ya.
Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Jika sedemikian, saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya dengan rendah hati ingin membahaskan Rang Undang-undang Zon Bebas
(Pindaan) 2022. Rang undang-undang ini akan memfokuskan kepada beberapa pindaan dibuat dan penambahan seksyen dalam akta ini.
Zon bebas merupakan pemacu yang menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan tidak perlu membayar beberapa cukai. Ini menjadikan ia sebahagian yang paling diingini oleh mana-mana perusahaan dan perniagaan.
Sudah pasti zon bebas perlu dipastikan digunakan sebaik mungkin dalam memberi manfaat kepada negara dan bukan tempat memberi kelebihan kepada kroni- kroni untuk mengambil kesempatan. Maka, yang menjadi persoalan kepada saya adalah mengenai penambahan beberapa seksyen seperti 48A dan 48B dalam akta ini yang memberi kuasa kepada Yang Berhormat Menteri untuk membuat beberapa perubahan terma atau syarat yang dikatakan bersesuaian.
Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah objektif dengan memberi kuasa ini kepada Yang Berhormat Menteri dan siapa yang memastikan kuasa ini diimbangi oleh orang lain? Ini persoalan yang besar kerana ia boleh membawa kepada salah guna kuasa.
Mungkin Yang Berhormat Menteri akan menjawab soalan yang saya tinggalkan ini dengan mengatakan ini bagi mengelakkan birokrasi dan sebahagian tetapi apakah jaminan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa tiada salah guna kuasa yang berlaku. Kita tidak boleh benarkan sedikit pun ruang salah guna kuasa berlaku. Maka, sebab itu perlu ada semak dan imbang pada setiap kuasa yang dimiliki oleh penjawat awam agar keputusan dibuat demi kebaikan rakyat dan negara.
Saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh menjawab persoalan yang saya tinggalkan dalam perbahasan agar rakyat dan saya juga jelas apa jaminan Yang Berhormat Menteri atas perkara yang saya bangkitkan. Terdapat keperluan untuk semua perkara yang saya suarakan diambil serius dalam memastikan setiap polisi atau langkah
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
yang dibuat oleh kerajaan akan memberi manfaat secara maksimum kepada rakyat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Sebelum saya meneruskan perbahasan, ingin saya maklumkan untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, pada petang ini kita telah didatangi oleh para alumni Kolej Sultan Abdul Hamid, batch tahun 1975. Sila bangun.
[Tepuk] Mereka yang berdiri di sebelah kiri.
Saya ingin memberi sedikit ringkasan berkaitan Kolej Sultan Abdul Hamid ini.
Kolej Sultan Abdul Hamid ini telah diasaskan pada Disember 1908 dan pengetua pertamanya ialah Encik Muhamad Iskandar iaitu ayahanda kepada Yang Berhormat Langkawi. Antara alumni sekolah ini adalah Tuanku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Yang Berhormat Langkawi, Perdana Menteri kita yang keempat dan ketujuh juga merupakan alumni sekolah ini. Selain itu, sekolah ini telah melahirkan lima orang mantan Menteri Besar Negeri Kedah yang merupakan alumni sekolah ini.
Akhirnya, sebelum saya akhiri ucapan aluan ini, saya juga merupakan alumni sekolah tersebut. Oleh itu, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada rombongan alumni Koleh Sultan Abdul Hamid Batch 1975 ke Parlimen Malaysia.
[Tepuk] Kita terus dengan urusan Parlimen. Dipersilakan Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Izinkan saya sertai perbahasan Rang Undang-undang Akta Zon Bebas (Pindaan) 2022.
Tuan Yang di-Pertua, zon bebas adalah mana-mana bahagian Malaysia yang diisytiharkan di bawah peruntukan seksyen 3(1) Akta Zon Bebas 1990 menjadi suatu zon perdagangan bebas atau zon perindustrian bebas.
Zon bebas adalah satu kawasan yang dianggap di luar Malaysia yang diperuntukkan di bawah seksyen 2(1A) Akta Kastam 1967, seksyen 2 Akta Eksais 1976, seksyen 2 Akta Cukai Jualan 1972 dan seksyen 2A Akta Cukai Perkhidmatan 1975. Zon bebas boleh menjadi syurga untuk penipu dan penjenayah. Mereka boleh memalsukan dokumen dan menggunakan zon bebas untuk mengemas semula atau melabel barangan atau mengeluarkan dan memasang barangan baharu di zon ini.
Transit dan penghantaran barangan (shipment and transshipment) dengan izin menimbulkan risiko tertinggi kerana lebih mudah bagi penjenayah untuk tidak memperlihatkan keadaan yang sebenarnya seperti lokasi asal dan destinasi akhir barangan. Tindakan menutupi aktiviti yang sebenarnya atau masking activity dengan izin boleh dilakukan dengan menukar bil muatan sebaik sahaja barang tiba di zon bebas, menukar kontena dan kandungannya atau dengan menghantar barangan ke destinasi yang berbeza daripada yang diisytiharkan.
Keadaan ini boleh menyebabkan ketirisan hasil kutipan cukai negara, membuka risiko kepada keselamatan orang awam dan keselamatan negara. Bolehkah Yang Berhormat Menteri menjelaskan langkah-langkah yang telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah yang diterangkan di atas. Tebrau sedia menyokong rang undang- undang ini sekiranya Yang Berhormat Menteri boleh memberi jawapan yang memuaskan kepada soalan saya. Terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Dipersilakan Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk berbahas mengenai Rang undang-undang Zon Bebas (Pindaan) 2022 ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mungkin bahas daripada segi philosophy dahulu, floor itu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat daripada akta ini sesuai dengan namanya ‘zon bebas’ secara prinsipnya ada perbahasan dalam ilmu perundangan mengenai kenapakah sesetengah undang-undang ini berbentuk discriminatory. Sebagai contoh, zon bebas ini ada pengecualian cukai dalam hal tertentu seperti excise duty, seperti cukai jualan, cukai perkhidmatan dan sebagainya.
Jadi, ini menimbulkan satu perbincangan di kalangan masyarakat perundangan.
Akan tetapi, itulah realitinya mengenai perundangan di mana memang ada di sana wujudnya beberapa keadaan yang dilihat sebagai ada elemen diskriminasi. Ini termasuk dalam Parlimen ini juga.
Di Parlimen ini kita tahu bahawa semua daripada kita ini adalah tidak tertakluk kepada undang-undang fitnah ataupun defamation law. We are protected under absolute privilege defense. Satu pembelaan yang agak kuat daripada segi perundangan. Kerana ada diskriminasi ini? Ini kerana, tujuannya untuk melaksanakan beberapa objektif tertentu.
Sebagai contoh di Parlimen ini apabila adanya pengecualian itu untuk memastikan semua Ahli Parlimen dapat bercakap, berbahas dalam keadaan tanpa rasa gentar dan tanpa rasa takut – without fear and favour Tuan Yang di-Pertua, mana-mana undang pun ada biasanya ada salah guna.
Jadi, dalam konteks Akta Zon Bebas 1990 ini, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, saya tahu bahawa lazimnya yang menjadi isu dalam zon bebas ini ialah isu penyeludupan yang mengurangkan hasil negara. Jadi, saya hendak tanya oleh sebab isu penyeludupan ini berlaku, bermakna di sana wujudnya masalah daripada segi penguatkuasaan undang-undang.
Kita tahu bahawa penguatkuasaan undang-undang diberikan kepada Kastam.
Saya hendak tanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, apakah halangan besar kepada pihak Kastam untuk melaksanakan tugas mereka sehingga mereka mungkin gagal untuk memastikan penyeludupan tidak berlaku. Kalau berlakunya kes-kes di mana mereka dapat merampas harta-harta penyeludupan, memang dimasukkan dalam surat khabar, masuk dalam TV dan sebagainya. Itu supaya hendak menunjukkan mereka telah buat kerja.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya difahamkan bila berlakunya rampasan terhadap rokok haram, rokok seludup, dapat menyelamatkan wang kerajaan lebih kurang RM20 juta, maka dimasukkan dalam televisyen dan sebagainya dan dikatakan dalang-dalang telah ditahan juga. Akan tetapi selepas itu, saya dengar ada lagi dalang lain pula. Jadi saya tanya kepada pihak kerajaan, apakah halangan sebenar yang menyebabkan penguatkuasaan undang- undang ini menjadi halangan? Adakah di sana juga berlaku juga kes-kes rasuah?
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan satu perkara yang bukan saya reka. Akan tetapi inilah masalah perundangan. Undang-undang yang baik macam mana pun kalau kita gagal memastikan pihak yang berdasarkan undang-undang ini benar-benar ia ada integriti, ia akan menyebabkan undang-undang itu tidak dapat berjaya dilaksanakan dengan berkesan.
Tuan Yang di-Pertua, kita lihat sebagai contoh, Amerika pernah buat satu undang- undang yang hebat dipanggil Volstead Act kerana untuk memastikan mereka dapat menyelesaikan masalah penagihan arak. Akan tetapi kongres yang membuat undang- undang itu Volstead Act itu, akhirnya kongres itu juga yang mengharamkan undang- undang itu. Oleh kerana apa Tuan Yang di-Pertua, antaranya kerana undang-undang itu telah gagal untuk melaksanakan penguatkuasaan dengan berkesan kerana pihak penguatkuasaan itu terlibat dengan corruption. Mereka yang bekerjasama dengan Al Capone. Tuan Yang di-Pertua boleh tengok filem Untouchable di mana penguatkuasaan undang-undang tidak dapat berjaya kerana adanya unsur-unsur kerjasama antara pihak yang langgar undang-undang dengan pihak penguat kuasa undang-undang. Kita mengharapkan mereka untuk jaga undang-undang tetapi mereka yang terlibat rasuah dalam melaksanakan undang-undang ini.
Jadi saya harap pihak kerajaan dapat menerangkan, adakah kita juga menghadapi masalah yang sama. Kalau ada, hendak tanya berapa banyakkah kes yang
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
telah pun diputuskan oleh mahkamah yang melibatkan kes-kes di mana pihak yang melaksanakan undang-undang terlibat dalam kes-kes rasuah.
Kedua Tuan Yang di-Pertua, sebagi penutup. Hendak tanya kepada pihak kerajaan. Oleh kerana undang-undang ini, kita meletakkan bahawa undang-undang ini dia kata zon bebas ini di luar Malaysia, seperti mana kata Yang Berhormat Tebrau tadi. Jadi saya tanya, adakah kita menghadapi masalah daripada segi legal dispute? Apakah undang-undang yang terpakai untuk mengawal sebarang transaksi di zon bebas itu? Dan yang juga makna apa yang dikatakan di sini makna emergency itu.
Hendak tanya, adakah emergency termasuk juga kalau kes-kes seperti mana berlaku kes, satu kes yang termasyhur, Ampal-American company melawan Kerajaan Egypt. Ini kes yang popular. Kalau kita biasa buat kes arbitration, kita tahu kes ini. Di mana dalam kes ini pihak syarikat Amerika ini diberikan— dipanggil exempt— syarikat pengecualian cukai, tax-free company. Akan tetapi syarikat ini antaranya bila mereka menjalankan perniagaan, mereka diserang dalam kes yang melibatkan Arab Spring. 13 kali diserang yang mengakibatkan akhirnya berlakunya satu dispute. Adakah itu masuk emergency atau tidak emergency? Jadi hendak tanya kepada pihak kerajaan, apakah definisi sebenar emergency ini? Sekian, terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Memandangkan Yang Berhormat Kuala Nerus tidak ada di Dewan, tempatnya diambil oleh Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersama membahas pindaan Akta Zon Bebas 1990 dan ada beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan khususnya dalam fasal 48B yang akan ada buat pindaan iaitu kuasa penuh Menteri dan nasihat Ketua Pengarah dari semasa ke semasa untuk membuat satu keputusan dalam satu terma dan syarat dalam tujuan akta ini. Jadi soalan saya, adakah ada satu ruang ataupun limitation kepada Menteri ini untuk melaksanakan satu terma yang baharu yang sudah pasti perlu dilihat jika ada ruang yang sangat luas sehingga kita tidak dapat memastikan bahawa terma ataupun syarat yang akan dikenakan itu membebankan khususnya para perdagangan kita di zon bebas ini.
Kedua, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membangkitkan berkaitan dengan zon perdagangan bebas khususnya di negeri Kedah iaitu di Bukti Kayu Hitam. Bagaimanakah perkembangan zon bebas ini khususnya dari segi transaksi jual beli selepas kita lihat kesuraman yang sangat kritikal apabila berlaku PKP sebelum ini dan juga pandemik COVID-19 ini dan dilihat kesan yang sangat besar kepada perniagaan di zon bebas Bukit Kayu Hitam.
Ketiga, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya berkaitan dengan kawasan zon perdagangan bebas di Bukit Wang Kelian, Perlis yang sebelum ini telah pun wujud untuk para pengunjung membuat peniagaan dan juga jual beli yang sangat rancak. Namun, dalam senarai kemas kini dalam website Jabatan Kastam bahawa zon bebas Wang Kelian sudah tidak disenaraikan.
Keempat, saya ingin bertanya bagaimana kerajaan memastikan bahawa dalam khususnya lokasi zon perindustrian bebas dari segi kesamarataan dan keseimbangan di antara negeri-negeri? Kita melihat dalam senarai yang ada. Di Johor ada lapan lokasi zon perindustrian bebas, namun di beberapa negeri lain termasuk negeri Kedah tidak ada zon perindustrian bebas. Di Penang ada dua dan beberapa lagi negeri yang lain. Di Selangor dan termasuk di Melaka dan sebagainya. Jadi soalan saya, adakah setiap kewujudan zon perindustrian bebas ini diambil inisiatif awal oleh kerajaan negeri itu sendiri ataupun pihak berkuasa tempatan ataupun pihak kementerian sendiri melihat satu garis panduan ataupun cadangan awal yang akan dikeluarkan oleh kementerian sendiri bagi memastikan bahawa zon perindustrian bebas ini, maknanya sama rata di seluruh wilayah kita untuk bagi merancakkan dari segi pelbagai bidang industri kita.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Keempat Tuan Yang di-Pertua, dalam peraturan zon bebas ini maknanya diletakkan bahawa pengecualian duti eksais dan sebagainya. Jadi adakah pihak kementerian melihat ketika mana khususnya dalam zon perdagangan bebas nampak di kawasan perniagaan itu banyaknya masyarakat ataupun rakyat ini, dia menumpukan untuk pergi membeli di sini kerana untuk membeli rokok dan alkohol yang lebih murah.
Jadi, adakah ini memberi kesan kepada kempen kesedaran kita khususnya untuk kita mengurangkan generasi baharu ini daripada merokok dan juga mengurangkan penggunaan alkohol di kalangan rakyat. Adakah juga zon bebas ini perlu melihat lagi peraturan-peraturan ataupun cukai-cukai yang kita tidak kenakan sebelum ini? Nampak memberi kesan yang negatif khususnya kepada isu-isu yang berkaitan dengan kesihatan rakyat dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja yang dapat saya bersama bangkitkan dan saya mohon untuk bersama menyokong pindaan ini. Terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Ingin saya menarik balik kepada berkaitan Kolej Sultan Hamid. Ketua utama Kolej Sultan Abdul Hamid adalah juga nenda kepada Yang Berhormat Jerlun.
Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil kesempatan ini untuk melontarkan beberapa soalan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kedua-dua Timbalan Menteri hadir. Menteri Kewangan tidak hadir. Barangkali sibuk dengan jawatan baharu sebagai Bendahari Barisan Nasional Selangor.
[Ketawa] Di Pulau Piang ketika Yang Berhormat Bagan menjadi Menteri Kewangan, beliau telah pun mengumumkan bahawa satu zon bebas akan diwujudkan di Pelabuhan Swettenham. Sejak kita dilanda dengan wabak COVID-19, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, semua industri dan juga aktiviti berkaitan pelancong di Pulau Pinang merudum.
Soalan pertama saya kepada kedua-dua Timbalan Menteri dan kepada Menteri Kewangan, berapa kali telah lawat Pulau Pinang ke zon bebas ini?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pertamanya, adakah Yang Berhormat – Yang Berhormat dan Yang Berhormat Menteri Kewangan tahu bahawa Pulau Pinang merupakan salah satu negeri dalam Persekutuan Malaysia yang memerlukan bantuan untuk kita memastikan infrastruktur dan juga kemudahan-kemudahan di zon bebas itu dimantapkan dan dijadikan lebih baik?
Saya lihat bahawa Pulau Pinang dianaktirikan. Kita lihat Pulau Pinang menjadi tempat tarikan pelancong. Kebanyakan pelancong yang masuk ada juga yang datang melalui kapal layar di melalui Pelabuhan Swettenham. Ada yang menggunakan jambatan.
Kalau dahulu ada yang menggunakan feri sekarang feri pun dah lingkup.
Maklumlah kerajaan sekarang tidak beri perhatian kepada perkhidmatan feri di Pulau Pinang yang ikonik dahulu walaupun ketika Yang Berhormat Bagan menjadi Menteri Kewangan beliau telah berikan dana sebanyak RM50 juta untuk memastikan Penang Port akan mengekalkan perkhidmatan feri. Akan tetapi perkhidmatan feri sudah lingkup. Ini zon bebas tidak diberi perhatian.
Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau kita hendak melancarkan atau menggalakkan pelancong datang ke Pulau Pinang kita kena pastikan kemudahan-kemudahan yang ada di situ. Pulau Pinang kalau Tuan Yang di-Pertua saya jemput hari minggu ini Sabtu dan Ahad. Begitu teruk kesesakan lalu lintas tiap-tiap hari minggu Sabtu dan Ahad.
Orang-orang Kedah masuk, Perak masuk. Kita tidak ada masalah kita tidak menghalang. Akan tetapi masalahnya adalah kita memerlukan kemudahan-kemudahan yang lebih baik. Saya menggunakan kesempatan ini untuk merayu kepada Kerajaan
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Persekutuan minta Yang Berhormat Menteri Kewangan, Timbalan Menteri-Timbalan Menteri datang melawat ke Pulau Pinang.
Berikan kemudahan-kemudahan sudah kita merayu berulang kali. Tidak ada LRT, tidak ada MRT. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang keadaannya teruk!
Tandas-tandas pun teruk. Kemudahan-kemudahannya begitu teruk. Di zon perindustrian bebas di Bayan Lepas, kita juga memerlukan kemudahan-kemudahan yang lebih mantap lagi. Ini ada juga berita yang mengatakan akan ada lapangan terbang yang baru di Kulim.
Tiada masalah. Akan tetapi ini juga adalah berita yang menyebabkan kegusaran di Pulau Pinang.
Jadi saya menggunakan kesempatan ini untuk meminta ini banyak masalah di Pulau Pinang tetapi kerajaan yang ada sekarang lebih cenderung untuk membincangkan pelantikan Timbalan Perdana Menteri. Masalah rakyat di Pulau Pinang tidak diberi perhatian.
Saya lihat Yang Berhormat Larut pada hari ini mengumumkan akan berjumpa dengan Perdana Menteri untuk bincangkan pelantikan Timbalan Perdana Menteri. Macam mana dengan nasib penarik beca di Pulau Pinang yang bergantung kepada pelancong- pelancong yang datang ke Pulau Pinang, pemandu-pemandu teksi di Pulau Pinang, pengusaha-pengusaha hotel di Pulau Pinang.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Jelutong boleh sedikit. Tadi Yang Berhormat Jelutong sebut kata Kedah akan bina airport baru di Kulim dan di sebut kegusaran. Adakah Yang Berhormat Jelutong menganggap bahawa airport itu memberi ancaman kepada Pulau Pinang ataupun Pulau Pinang sendiri tidak dapat menguruskan airport yang ada oleh kerajaan negeri itu sendiri?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Itu soalan cepuk emas saya tidak boleh jawab. Akan tetapi saya boleh beritahu Tuan Yang di-Pertua kemudahan yang ada di Pulau Pinang ini makin lama makin teruk. Kerajaan negeri cuba membantu sedaya upaya tetapi kita lihat bahawa sejak kebelakangan ini dewasa ini, Kerajaan Persekutuan seolah-olah tidak mengendahkan nasib kepada penduduk-penduduk Pulau Pinang terutamanya yang bergantung kepada aktiviti pelancongan di Pulau Pinang. Jadi saya menggunakan kesempatan ini merayu kepada Tuan Yang di-Pertua cuba nasihatkan kepada Yang Berhormat Menteri janganlah sibuk dengan jawatan beliau sebagai bendahari Barisan Nasional Selangor, kepada Yang Berhormat Larut tolonglah minta Perdana Menteri.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tidak payah mention lah Yang Berhormat Jelutong. Sudah lari tajuk itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalaulah betul kerajaan Keluarga Malaysia berilah perhatian kepada permintaan-permintaan rakyat dari Pulau Pinang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Berikutannya kalau ikut senarai adalah Yang Berhormat Rompin tetapi memandangkan beliau tidak ada di Dewan saya mempersilakan Yang Berhormat Serian.
Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian
Ini Yang Berhormat Puan Teresa Kok minat saya.
[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Zon Bebas (Pindaan) 2022.
Tuan Yang di-Pertua kita semua tahu bahawa terdapat 21 zon perdagangan bebas di seluruh negara. Akan tetapi daripada 21 zon bebas, saya sebut perdagangan- perdagangan bebas dan bukan zon perindustrian bebas. Tidak satu pun terdapat di negeri Sarawak.
Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian
Maka Tuan Yang di-Pertua, saya masih ingat dalam bajet belanjawan negara empat tahun yang lepas telah disebutkan dalam bajet ketika itu bahawa kerajaan telah memikirkan telah mencadangkan untuk menubuhkan satu zon perdagangan bebas ketika itu dan dicadangkan di Miri. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua sehingga kini mimpi itu tinggal mimpi kita.
Tuan Yang di-Pertua dalam saya turut sama membahaskan rang undang-undang ini, saya mohon kepada kementerian kepada kerajaan supaya menubuhkan atau mewujudkan zon perdagangan bebas di negeri Sarawak. Cadangan saya ialah supaya zon perdagangan bebas untuk Sarawak ini didirikan di kawasan atau di border town yang dinamakan Tebedu iaitu di kawasan saya. Saya cadangkan demikian kerana seperti mana yang kita semua tahu dan saya telah kerap kali menyebut perkara ini iaitu tentang CIQS Tebedu.
Kita pun sudah mempunyai CIQS Tebedu dan saya percaya CIQS Tebedu dengan terpindahnya ibu kota Indonesia dari Jakarta ke Nusantara empat, lima tahun dari sekarang. Saya percaya bilangan pelancong yang bakal masuk Malaysia menerusi Tebedu, menerusi Sarawak mungkin akan bertambah bukan satu kali ganda, dua kali ganda, tiga kali ganda tetapi saya percaya lebih dari itu. Maka Tuan Yang di-Pertua mewujudkan satu zon perdagangan bebas untuk Sarawak dan terletak di border town di kawasan saya itu di Tebedu adalah saya percaya dan saya yakin adalah satu usaha yang bakal menaikkan taraf sosioekonomi rakyat setempat.
Tuan Yang di-Pertua di Tebedu kita sudah mempunyai satu kawasan yang dinamakan Tebedu Industrial Estate. Walaupun saya menyebut dalam perbahasan saya lebih kepada zon perdagangan tetapi saya percaya Tebedu Industrial Estate itu yang bersangkut paut dengan perindustrian. Saya percaya itu pun boleh bangun.
Tuan Yang di-Pertua inilah hasrat saya. Inilah saya percaya hasrat kita di Sarawak iaitu untuk kita di negeri Sarawak dapat satu kawasan yang dinamakan kawasan atau zon perdagangan bebas.
Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian
Tempatnya seperti mana yang saya telah sebutkan tadi, the best place would be Tebedu, which is the border town of Sarawak dan pintu masuk kawasan Serian. Terima kasih Yang Berhormat Seputeh, Puan Teresa. That’s why I said Yang Berhormat Seputeh ini minat saya.
[Ketawa] Thank you very much. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Serian. Saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya, Pasir Gudang ingin menyokong pindaan Akta Zon Bebas 1990 ini.
Hanya berkaitan dengan perkara ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri, diminta ambil perhatian, bahawa di Johor Bahru terdapat zon bebas di Stulang. Tanah tapak zon bebas sekarang ini asalnya adalah milik kediaman masyarakat Orang Asli kaum Seletar.
Oleh kerana projek zon bebas itu, beratus buah keluarga Orang Asli kaum Seletar ini telah dipindahkan secara paksa ke kampung Kuala Sungai Masai dalam Parlimen Pasir Gudang.
Kes ini telah dibawa ke Mahkamah Tinggi Johor Baharu dan mahkamah memutuskan kerajaan negeri dan jabatan-jabatan berkenaan perlu membayar pampasan kepada mangsa, keluarga-keluarga Orang Asli kaum Seletar yang sekarang tinggal di Kampung Kuala Sungai Masai.
Saya sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang dimaklumkan, sudah berapa kerajaan bertukar keputusan mahkamah itu sebelum pilihan raya PRU14, saya dimaklumkan sampai sekarang pampasan ke atas kaum Orang Asli Seletar itu masih belum dibayar.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Jadi minta Yang Berhormat Timbalan Menteri berikanlah keadilan ini kepada masyarakat Orang Asli yang sekarang tinggal di Parlimen Pasir Gudang, di Kuala Sungai Masai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Pasir Gudang. Pembahas terakhir kita ialah Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya dengan kerajaan dan kementerian, daripada 21 buah zon bebas cukai ini, berapakah zon yang telah mendatangkan impak ekonomi kepada kerajaan?
Kerajaan kita Malaysia ini Tuan Yang di-Pertua, kita macam merancang sesuatu macam melepas batuk di tangga. Nama zon bebas cukai tetapi apabila orang berkunjung tidak ada benda pun yang bebas cukai ini. Saya ambil contoh Labuan, Tuan Yang di- Pertua. Labuan ini ia zon bebas cukai suatu ketika dahulu, orang-orang mainland di Sabah datang ke Labuan sebab banyak barang benda yang boleh dibeli.
Hari ini yang bebas cukai coklat sahaja. Semuanya tidak ada apa-apa macam orang kata seperti diserang garuda, macam padang jarak, padang tekukur. Jadi saya hendak tahu apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Kewangan untuk memastikan semua zon bebas cukai ini benar-benar berfungsi sebagai zon bebas cukai seperti di Dubai, US dan UK. Banyak benda yang boleh dibeli dengan harga yang murah sebab title ia bebas cukai.
Akan tetapi di negara kita ini, ini tidak boleh, itu tidak boleh. Semua tidak boleh, tidak ada. Jadi rasa saya, kita membuang masa kadang-kadang saya fikir. Oleh sebab itu saya kata, kalau mahu buat benda-benda ini, buat betul-betul. Jangan pusing sana, pusing sini. Saya tidak nampak apa impak ia kepada ekonomi kita.
Saya mahu tanya apa tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan dan kementerian untuk memastikan bahawa Labuan dikembalikan statusnya sebagai bebas cukai yang terulung dan bukan hanya gula-gula, bukan hanya coklat yang orang datang membeli. Oleh sebab itu orang tidak datang sudah ke Labuan. Labuan ini seperti bandar orang kata, bandar mati, dead town, tiada apa-apa yang boleh diperoleh, tiada apa-apa yang boleh dibuat di Labuan.
Jadi itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon kerajaan dan kementerian memaklumkan kepada saya apa langkah-langkah yang diambil untuk memastikan Labuan kembali seperti zon bebas cukai yang seperti dahulukala. Terima kasih.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Kinabatangan boleh tanya?
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh.
Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Sila.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Kinabatangan, yang sebenarnya apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat dan juga Yang Berhormat Serian dan sebagainya, semua ini soalan yang sangat penting yang patutnya dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Akan tetapi kita lihat semua rang undang-undang hari ini dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak ada kuasa seperti Menteri. Adakah ini kerana Barisan Nasional memang hendak hantar dia sekarang turun padang, pergi ke Selangor untuk menjadi poster boy Barisan Nasional dalam PRU yang akan datang?
Sepatutnya ini menunjukkan dia tidak bertanggungjawab dan tidak patut dijadikan calon Menteri Besar Selangor.
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Ketawa] Yang Berhormat Seputeh, sebetulnya dalam kerajaan ini, Timbalan-timbalan Menteri, dia orang pun very high quality. Dia boleh jawab ini dan sebab itu Yang Berhormat Menteri sudah authorized dia orang. Jawab kau punya jawapan memang untuk memastikan bahawa rakyat menerima jawapan yang tepat pada ketika ini.
Soal poster boy itu dia punya hal lah. Kalau dia dapat, dapatlah. Oleh sebab itu, kalau Yang Berhormat mahu dia, mintalah DAP sokong di Selangor.
[Ketawa]
Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Menteri, sila menjawab 15 minit.
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua sembilan Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Zon Bebas (Pindaan) 2022.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas cadangan, pandangan, perkongsian mereka serta idea dan teguran yang mereka beri. Biarpun sebenarnya ia tidak berkaitan langsung dengan pindaan yang kita bincangkan di sini. Akan tetapi dalam di antara semua ini, yang berkaitan langsung cuma Yang Berhormat Padang Serai sahaja. Jadi saya jawab dahulu Yang Berhormat Padang Serai kerana dia spesifik kepada pindaan seksyen 48A dan 48B.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Zon Bebas (Pindaan) 2022 yang dicadangkan ini, sebenarnya ialah bagi meminda Akta Zon Bebas 1990, Akta 438 yang merupakan pindaan yang sama seperti yang telah kita cadangkan pada awal tadi dalam Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2022 iaitu masukkan dua peruntukan baharu bagi memberi kelonggaran kepada pihak industri dan perniagaan untuk melaksanakan obligasi yang perlu disempurnakan dalam tempoh tertentu ketika berlaku kecemasan awam ataupun krisis kesihatan awam.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Padang Serai, yang seksyen 48A itu yang memberikan peruntukan kuasa kepada Menteri Kewangan untuk melanjutkan apa-apa tempoh sebelum tamat tempoh yang ditetapkan di bawah Akta 438 itu. Sebagai contoh, saya bagi contoh, mana-mana orang yang tidak berpuas hati Tuan Yang di-Pertua, dengan keputusan pihak berkuasa zon untuk mendapatkan kebenaran di bawah Peraturan-peraturan Zon Bebas 1991, boleh mengemukakan rayuan kepada Menteri dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan keputusan pihak berkuasa zon. Dalam situasi berlakunya krisis kesihatan awam seperti pandemik COVID-19 yang memerlukan perintah kawalan pergerakan dilaksanakan dan berkemungkinan terdapat keperluan untuk melanjutkan tempoh tersebut bagi membolehkan mana-mana orang mengemukakan rayuan kepada Menteri.
Dengan adanya peruntukan baharu mengenai lanjutan tempoh ini, sekiranya ada berlaku kecemasan awam atau krisis kesihatan awam di masa akan datang, Menteri boleh memberi lanjutan tempoh kepada pihak yang memerlukan. Jadi kuasa itu cuma kuasa melanjutkan tempoh dan ia boleh dilaksanakan ketika masa krisis sahaja.
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Kepada seksyen 48B yang juga disentuh oleh Yang Berhormat Padang Serai, peruntukan ini dimasukkan sebagai inisiatif untuk menyediakan fasilitasi kepada pihak industri sekiranya terdapat keperluan untuk memohon pengubahsuaian terma dan syarat di masa akan datang.
Peruntukan kuasa ini untuk mengubah terma dan syarat ini bukan seperti saya katakan awal, bukan kuasa mutlak yang boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya oleh Yang Berhormat Menteri, sebaliknya ia dilaksanakan berdasarkan keperluan pelanggan kita, pembayar cukai kita dan ini pun selepas konsultasi dengan pihak-pihak industri yang terlibat.
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Berdasarkan perakuan serta semakan terperinci oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, saya tahu Yang Berhormat Padang Serai minta jaminan agar tiada salah guna kuasa dan sebagainya tetapi saya rasa kuasa ini tidaklah besar apa yang kita maksudkan.
Malahan, pindaan akta ini secara umumnya tidak melibatkan apa-apa implikasi kewangan pada kerajaan. Sebaliknya ia adalah pindaan bersifat positif daripada segi untuk memberi kelonggaran tertentu kepada industri dan juga pihak berkuasa zon dalam melaksanakan obligasi yang ditetapkan di bawah Akta 438 dan perundangan subsidiarynya.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon maaf. Soalan-soalan yang telah saya tanya dalam kehadiran Tuan Yang di-Pertua tidak dijawab?
Kalau macam ini macam mana? Apakah gunanya kita berbahas? Soalan mudah saya, sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri-Timbalan Menteri dan Yang Berhormat Menteri pernah lawat ke Pulau Pinang zon bebas? Itu pun tidak dijawab. Kalau tidak lawat ke zon bebas, macam mana kita hendak mengadakan langkah-langkah untuk kita mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh orang-orang yang berniaga di zon bebas?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Saya faham Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, saya minta kalau boleh Tuan Yang di-Pertua. Okey, okey.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Jadi, Yang Berhormat biar saya- nanti kejap ya.
Peraturan Mesyuarat 36(1) seorang Ahli Dewan apabila membahaskan rang undang-undang yang meminda akta induk ya, hanya perkara-perkara berkaitan rang undang-undang itu sahaja yang dibenarkan bercakap dan tidak kepada perkara melibatkan yang akta induk.
Walau bagaimanapun, saya serahkan kepada bila menjawab Yang Berhormat Menteri akan menentukanlah dan perkara-perkara Yang Berhormat nyatakan tadi, saya rasa boleh dicadangkan tulis kepada Dewan menyatakan, dengan izin, your dissatisfaction, all right.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya lihat Tuan Yang di-Pertua adalah seorang Tuan Yang di-Pertua yang lebih handal untuk mengendalikan prosiding Dewan sebab saya lihat ketegasan Tuan Yang di-Pertua begitu baik dan begitu berdisiplin sekali.
Saya perlu menyatakan di sini bahawa Tuan Yang di-Pertua lebih hebat mengendalikan prosiding Dewan berbanding dengan Tuan Yang di-Pertua yang seorang lagi itu...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Akan tetapi, Tuan Yang di- Pertua- sebab itu saya berani bangun untuk tanya Tuan Yang di-Pertua untuk mengarahkan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan untuk menjawab soalan asas. Takkan Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak boleh jawab, sama ada beliau lawat Pulau Pinang atau tidak?
Adakah beliau tahu Pulau Pinang, di manakah ada Pulau Pinang? Where is Penang in the Federation of Malaysia?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, kita...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Perkara itu pun tidak boleh dijawab.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, kita balik kepada soalan- pertanyaan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, boleh sedikit?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Silakan Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh sahabat saya. Tuan Yang di-Pertua nampak lebih fair lah ya dibandingkan dot, dot, dot lah.
Puan Teresa Kok - Seputeh
[Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
You act without fear or favour Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, saya hanya menjalankan tugas sahaja.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey, okey tidak mengapa...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua ini pernah pakai uniform. Itu sebab ada beza disiplin dia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Ketawa] Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Mesyuarat 36(1) very clear tetapi Tuan Yang di-Pertua amalan dalam Perlembagaan- dalam Parlimen ini ada yang dipanggil Constitutional- Parliamentary Convention, yang di mana ketika berbahas di peringkat dasar, secara umumnya, kita boleh bahas yang berkaitan dengan akta itu. Itu yang pertama.
Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya tadi melihat apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab, sebenarnya dia tidak boleh mengelak soalan-soalan yang kita bangkitkan. Paling kurang dia berkata, “Saya akan jawab secara bertulis”, tetapi saya hairan- macam mana Yang Berhormat Kinabatangan ini kata, “Satu jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberi jawapan yang baik”? Bagi saya, di peringkat ini sudah fail.
Tuan Yang di-Pertua, saya tanya ini, apakah masalah-masalah pelaksanaan undang-undang oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia? Tidak jawab. Adakah terlibat dengan rasuah dan sebagainya? Apakah senarai-senarai? Jawablah. Kalau tidak ada, sebab dia tidak ada fakta sekarang, kita faham boleh jawab bertulis.
Jadi, saya harap Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh minta kita mengarahkan pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawablah soalan-soalan kita supaya kita berbahas ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
...Dapat respons yang lebih pada menjawab daripada pihak sana. Sekian, terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Sepang telah menyampaikan apa yang isi patinya. Yang Berhormat Jelutong pun sudah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi. Satu lagi, memandangkan Tuan Yang di-Pertua adalah orang yang begitu adil, tegas dan lebih hebat mengendalikan sidang Dewan...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Saya hanya melaksanakan tugas sahaja.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Kita berbahas tentang satu rang undang-undang melibatkan kewangan negara. Yang Berhormat Menteri
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kewangan tidak hadir, barangkali sibuk dengan tugas beliau sebagai Bendahari Barisan Nasional Selangor.
Dua Yang Berhormat Timbalan Menteri hadir. Soalan saya, pernah mereka melawat Pulau Pinang? Tahu atau tidak di mana zon bebas? Itu pun tidak boleh jawab?
Ini kah standard Yang Berhormat Menteri? Yang Berhormat Menteri cap ayam lah ini.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, I think Yang Berhormat Jelutong telah menyampaikan point Yang Berhormat.
Saya bagi last sekali pada Yang Berhormat Seputeh, after this I will close.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua, saya hanya cadangkan Tuan Yang di-Pertua mengarahkan Yang Berhormat Timbalan Menteri minta Yang Berhormat Menteri Kewangan bagi jawapan kepada Yang Berhormat Serian, kepada Yang Berhormat Jelutong, bagi Yang Berhormat Kinabatangan dan juga lain.
Ini kerana memang Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak mampu jawab semua ini, jadi jawab secara bertulislah.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Baik, Yang Berhormat Timbalan Menteri, ambil maklum- mereka Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain jika tidak dijawab di dalam Dewan ini, silakan jawab secara bertulis.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hebat!
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Kita teruskan kepada agenda selanjutnya.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]
[Mesyuarat bersidang dalam Jawatankuasa]
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Fasal-fasal 1 hingga 2 – Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)
Sekiranya tidak ada perbahasan dalam perspektif fasal... ada?
Silakan Yang Berhormat ‘Jerai’- Yang Berhormat Dungun, silakan. Silap.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama, saya hendak rujuk kepada seksyen 48A yang dicadangkan, bertujuan untuk memberi Yang Berhormat Menteri kuasa untuk melanjutkan tempoh untuk memulakan suatu perbuatan atau benda yang belum disempurnakan tetapi dalam tempoh-tempoh tertentu di bawah Akta 438 sekiranya dia berpuas hati bahawa perbuatan atau benda itu tidak dapat disempurnakan dalam tempoh itu disebabkan oleh berlakunya apa-apa kecemasan awam atau krisis kesihatan awam.
Seksyen ini memberi kuasa kepada yang Berhormat Menteri untuk melanjutkan masa bagi melaksanakan aktiviti dalam akta ketika berlakunya kecemasan awam atau krisis kesihatan awam.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Soalan saya, bolehkah jelaskan apa maksud sesuatu perbuatan atau benda yang tidak dapat disempurnakan dalam tempoh dan kuasa Yang Berhormat Menteri melanjutkan tempoh? Pohon jelaskan apakah maksud perbuatan atau benda dalam pindaan seksyen 48A ini?
Seterusnya, apakah sudah ada jadual tempoh atau semata-mata umum untuk kelulusan tempoh lanjutan oleh Yang Berhormat Menteri? Adakah ada apa-apa jadual yang telah ditetapkan ataupun umum dengan kuasa Yang Berhormat Menteri berdasarkan kepada penilaian Yang Berhormat Menteri?
Ketiga, bolehkah dinyatakan definisi “kecemasan awam”, atau “krisis kesihatan awam” yang disebut dalam jawapan pada Peringkat Dasar- kesihatan awam. Jadi, pohon dijelaskan dan juga definisi “kecemasan awam.” Kedua, dalam fasal 48B(1) dalam terma dan syarat yang dikenakan menurut akta ini, Yang Berhormat Menteri boleh atas nasihat Ketua Pengarah. Pointnya ialah, “atas nasihat Ketua Pengarah” iaitu perubahan kepada terma dan syarat atas nasihat Ketua Pengarah.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Akan tetapi dalam seksyen 48B(4) dalam seksyen yang sama ini. Jika terma dan syarat itu pada mulanya dikenakan oleh Ketua Pengarah atau pihak berkuasa menurut akta ini, terma dan syarat sebagaimana diubahsuai oleh Menteri hendaklah disifatkan dikenakan oleh Ketua Pengarah atau pihak berkuasa mengikut mana yang berkenaan.
Kalau kita melihat kepada atas nasihat Ketua Pengarah, maknanya Ketua Pengarah memberi nasihat kepada Menteri, maka Menteri menurut akta ini yang dalam pindaan yang dicadangkan 48B(1) ini Menteri boleh mengubahsuai terma dan syarat.
Akan tetapi bagaimana boleh berlaku ditakdirkan Menteri tidak menerima nasihat Ketua Pengarah kerana kadang-kadang datangnya arahan Menteri dia datang atas nama arahan Menteri, maka dia tidak terima nasihat Ketua Pengarah itu. Jadi bagaimana hendak disesuaikan di antara 48B(1) dengan 48B(4)? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Pengerusi, boleh? Tuan Pengerusi.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sini.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Seksyen 48...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya hendak cakap pendek sahaja. Tuan Pengerusi, saya hendak berbahas mengenai pindaan kepada 48A ini. Tadi saya telah bangkitkan di peringkat dasar, tetapi tidak dapat jawapan yang begitu memuaskan.
Saya tanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, perkataan public emergency – adakah ia bergantung kepada satisfaction of the Minister dengan izin, ataupun macam mana kita hendak reconcile dengan peruntukan di bawah Perkara 150 Perlembagaan di mana dikatakan dengan berkaitan emergency ini mesti diputuskan oleh atas satisfaction of Yang di-Pertuan Agong. How to reconcile that, satu.
Kedua, kenapakah kita tidak letakkan satu definisi yang jelas apa makna public emergency itu? Oleh sebab Tuan Pengerusi, kalau kita lihat dalam kes...
[Tidak jelas] tidak silap saya, termasuk definisi emergency ini begitu luas. Banjir, kemarau dan sebagainya.
Jadi dalam konteks akta ini, adakah kita ingin mengambil definisi yang sama, atau macam mana? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)
Yang Berhormat Menteri, silakan jawab.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
I think yang kita punya both similarity ialah bagaimana kita tafsirkan kecemasan awam. Kecemasan awam ini adalah kecemasan yang melibatkan orang awam secara menyeluruh seperti bencana alam dan sebagainya.
Perkataan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Sepang fasal reconciliation of law itu kita akan bagi jawapan secara bertulis, because I’m not in the position of legal expert to provide you the answer. Kita juga akan memberi jawapan secara bertulis untuk bagaimana kalau Menteri tidak terima nasihat Ketua Pengarah. Itu juga perkara yang kita hendak tengok kalau ada precedent tidak, yang Menteri tidak terima nasihat Ketua Pengarah.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
[****Fasal-fasal 1 dan 2** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kesihatan (Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali) dan diluluskan]
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pelancongan 2017 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam rang undang-undang ini yang mengandungi empat fasal seperti berikut.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan untuk memotong subseksyen 66(3) bagi memperjelaskan bahawa penggunaan borang yang salah bukan merupakan suatu kesalahan memandangkan ia tertakluk kepada kuasa dan budi bicara Ketua Pengarah Kastam untuk menetapkan bentuk dan cara suatu permohonan dibuat di bawah Akta 791.
Fasal 3 adalah bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 69A dan 69B ke dalam Akta 791, seksyen 69A bagi memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk melanjutkan apa-apa tempoh sebelum tamat tempoh yang ditetapkan di bawah Akta 791 atau perundangan subsidiarinya. Jika tempoh tersebut tidak dapat dipenuhi oleh mana- mana orang disebabkan berlakunya kecemasan awam seperti bencana alam atau krisis kesihatan seperti pandemik COVID-19. Seksyen 69B pula memberi kuasa kepada Menteri untuk menambah, memotong dan mengubah terma dan syarat yang dikenakan di bawah Akta 791 dengan syarat bahawa satu notis makluman telah diberikan dahulu kepada orang terikat dengan terma dan syarat tersebut.
Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 70 bagi memberi kuasa kepada Menteri untuk menetapkan butiran dalam invois atau resit.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pelancongan 2017 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Mengikut senarai pembahas-pembahas adalah seperti berikut dan jangka masa lima minit seorang.
(i) Yang Berhormat Pontian;
(ii) Yang Berhormat Kangar;
(iii) Yang Berhormat Beaufort;
(iv) Yang Berhormat Jelutong;
(v) Yang Berhormat Kuala Krai;
(vi) Yang Berhormat Kubang Pasu;
(vii) Yang Berhormat Tebrau;
(viii) Yang Berhormat Sepang;
(ix) Yang Berhormat Balik Pulau;
(x) Yang Berhormat Rasah; dan
(xi) Yang Berhormat Kota Melaka; Dipersilakan Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tuan Yang di-Pertua, pada peringkat dasar ini, sebenarnya Ahli-ahli Parlimen boleh membangkitkan apa sahaja yang berkaitan mengenai cukai pelancongan. Maka saya ingin daripada peringkat dasar ini menyatakan apa sahaja mengenai cukai pelancongan, iaitu kaedahnya. Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kena dibantu oleh pegawai-pegawai Kementerian Kewangan di belakang, tetapi malangnya pegawai-pegawai tidak ada ya. Jadi ini boleh secara online.
Saya harap mereka bersedia untuk menjawab apa juga peringkat dasar mengenai cukai pelancongan.
Saya hendak tanya yang pertama, berapa banyak cukai pelancongan yang kita kutip? Itu soalan pertama, soalan basic. Cukai pelancongan ini dikenakan pada pelancong asing. Ia dikenakan RM10 untuk semua kelas hotel dan ada juga caj warisan sebanyak RM2. Saya hendak tahu berapa banyak caj warisan yang dapat dan berapa banyak cukai pelancongan daripada pelancong asing ini yang diperoleh pada tahun ini, pada tahun lepas dan pada tahun-tahun selepas ia dilaksanakan 2017.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Jadi, kalau ada data boleh kongsi, 2017, 2018, 2019, 2020, 2021 dan 2022 ya.
Satu lagi ialah penipuan cukai pelancongan. Ini juga saya mohon secara online, minta pegawai-pegawai sediakan jawapan. Sebagai contoh, jika pelancong itu menggunakan orang tempatan untuk mendaftarkan penginapan malamnya itu. Kemudian, dibayar juga oleh orang tempatan. Sedangkan yang tidur di hotel itu ialah pelancong asing yang sepatutnya membayar cukai yang berkaitan. Jadi, saya hendak tahu berapa banyak insiden yang sebegini? Bagaimanakah cara untuk kita mengatasi insiden seumpama ini?
Pada pandemik 2020, 2021 dan 2022 telah menyebabkan sektor pelancongan ini terjejas amat teruk. Industri hotel hampir mati Tuan Yang di-Pertua. Sebanyak 120 buah hotel tutup dan ada yang “gulung tikar” sehingga sekarang. Saya ingin bertanya, hilang pendapatan RM11.5 bilion, ini antara data-data yang kita perolehi. Saya ingin tahu status
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
120 buah hotel yang “gulung tikar” itu, sekarang bagaimana? Apakah status terkini mengenai hotel yang “gulung tikar”?
Satu lagi yang ingin saya tanyakan ialah Yang Berhormat Menteri Kewangan telah mengumumkan pada 9 Oktober 2021 dan saya ingin tahu setakat manakah perkara ini dibelanjakan? Peruntukan-peruntukan ini, berapa banyakkah yang dibelanjakan? RM1.6 bilion, tujuh inisiatif untuk meringankan sektor pelancongan yang berkaitan dengan cukai pelancongan ini. Subsidi upah sebanyak RM600 juta melibatkan 260 ribu orang majikan, 330 ribu orang pekerja, RM600 juta PENJANA, RM85 juta bantuan khas, RM50 juta prasarana pelancongan, 738 buah hotel bajet, geran RM30 juta inap desa, geran pendanaan program sebanyak RM50 juta dan aktiviti promosi sebanyak RM60 juta.
Kita kutip cukai pelancongan, mungkin sedikit sahaja dapat tetapi kita belanja pada sektor pelancongan begitu banyak. Jadi, saya hendak tahu kesan daripada belanja yang banyak yang diumumkan pada 29 Oktober 2021 ini, adakah dapat memulihkan? Kita tahu setakat mana pemulihan yang dibuat dengan segala tujuh inisiatif yang dikemukakan dan setakat mana daripada tujuh inisiatif itu dibelanjakan. Jika tidak dibelanjakan, eloklah diguna untuk sektor-sektor lain, sektor inap desa atau apa juga. Kalau tidak banyak cukai pelancongan ini, untuk apa kita kutip kalau tidak banyak kita dapat dibandingkan dengan berbilion yang kita belanja untuk memulihkan. Terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Dipersilakan Yang Berhormat Kangar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memulakan perbahasan tentang pindaan Akta Cukai Pelancongan 2017 ini dengan menceritakan sedikit senario yang sedang dihadapi oleh negara kita.
Sebelum pandemik COVID-19, pelancongan menyumbang kira-kira sekitar 15 peratus KDNK negara dengan kehadiran lebih 26 juta orang pelancong. Kita tahu sektor ini sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat Pontian tadi adalah sektor yang paling terjejas semasa pandemik COVID-19 dan sehingga kini ia masih belum pulih sepenuhnya.
Dalam kenyataan Jabatan Perangkaan, terimaan daripada sektor pelancongan jatuh menjunam sehingga 72 peratus pada tahun 2020 sahaja kerana pandemik COVID- 19 iaitu kepada RM52.4 bilion berbanding sebanyak RM182.1 bilion pada tahun 2019.
Sebanyak 90 peratus daripada 9,000 agensi pengembaraan terpaksa beralih kepada bidang yang lain.
World Tourism hanya menjangkakan prestasi pelancongan hanya mungkin akan kembali kepada prestasi prapandemik bermula pada tahun 2024 iaitu dua tahun lagi.
Jangkaan ini juga menjangkakan ia kebanyakan didorong oleh aktiviti pelancongan domestik. Jadi jumlah perbelanjaan melalui pelancongan domestik pernah berada pada tahap tertinggi pada tahun 2019 dengan jumlah sebanyak RM103.2 bilion tetapi menjunam kepada RM40.4 bilion pada tahun 2020 dan RM18.4 bilion pada tahun 2021.
Kejatuhan pelancongan menyumbang kepada defisit perdagangan tertinggi dalam perkhidmatan iaitu defisit sebanyak RM60.7 bilion berbanding defisit RM47.2 bilion pada tahun 2020.
Justeru itu, saya ingin bertanya beberapa perkara kepada kementerian iaitu dalam usaha membantu sektor pelancongan kembali pulih dengan lebih cepat, adakah kerajaan bercadang untuk memberi pengecualian cukai kepada pemilik premis perniagaan dan juga pengendali pelancongan sehingga tahun 2024?
Untuk meningkatkan average length of stay (ALOS) yang mana kalau kita tengok daripada data, biasanya pelancong datang menginap di negara kita sebanyak enam hari.
Jadi adakah kerajaan akan menjalankan strategi taktikal dari segi pemasaran iaitu misalnya memberikan diskaun tertentu kepada mereka yang menginap lebih daripada enam malam?
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Seterusnya, berapakah jumlah agensi pengembaraan yang kini sedang beroperasi? Tadi saya sebut 90 peratus tutup kedai. Jadi, berapakah yang baru dan juga berapakah yang lama kembali beroperasi oleh kerana keadaan sekarang ini semakin pulih sedikit? Saya juga ingin tahu berapa banyak kah kesalahan yang boleh dikompaun kalau ikut daripada akta yang sebelum ini sebanyak 17 jenis kesalahan boleh dikompaun?
Jadi, berapa banyakkah kesalahan ini telah dilakukan sejak Mac 2020 sehingga kini? Jika ada, berapa banyakkah kutipan kerajaan daripada kesalahan ini? Adakah kerajaan memberikan diskaun ataupun pengecualian tertentu untuk semua kesalahan ini sepanjang COVID-19?
Soalan saya yang lain ialah apakah usaha kerajaan bagi menggalakkan pelancongan domestik? Tadi saya sebut kenyataan World Tourism bahawa pelancongan akan pulih pada tahun 2024 yang kebanyakannya didorong oleh pelancongan domestik.
Saya hendak tahu apakah inisiatif kerajaan untuk menggalakkan perkara ini?
Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat kepada situasi pelancongan ke Langkawi misalnya kerana semasa kerajaan mahu membuka gelembung pelancongan ataupun tourism bubble ini, kita jadikan Langkawi sebagai sebuah tempat yang pertama.
Cuma kalau kita tengok ke Langkawi ini, ada banyak cara hendak ke Langkawi.
Pertama ialah melalui kapal terbang dan melalui feri. Feri ini yang paling dekat ialah daripada kawasan saya iaitu Kuala Perlis. Akan tetapi kita tengok jumlah kapasiti kenderaan untuk mengangkut penumpang atau pelancong ke Langkawi ini terhad sama ada penerbangannya tidak cukup banyak ataupun feri itu tidak cukup kerap.
Ini menyebabkan walaupun kita buka, ia tidak boleh memenuhi segala permintaan. Ia bukan apa, bila pelancong buat tempatan penginapan secara online khususnya tetapi mereka menghadapi masalah untuk sampai ke destinasi pelancongan mereka. Jadi, ini sudah tentulah menjejaskan tahap kepuasan pelancong dalam mereka hendak bercuti dan juga menjejaskan pihak pengendali pelancongan, sama ada agensi pengembaraan ataupun pemilik premis dan juga penginapan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Jadi, saya minta pihak kementerian untuk memerhatikan perkara ini kerana ini masih berlaku sehingga sekarang. Jadi apabila feri terhad, pelancong yang datang tidak dapat memaksimumkan kepuasan mereka apabila mereka terpaksa mengambil feri yang paling awal sedangkan sepatutnya dia boleh check-out selepas pukul 12. Jadi, perkara- perkara ini sudah tentulah akan menyebabkan pelancong berfikir untuk tidak menggunakan perkhidmatan pelancongan ini.
Terakhir, saya ingat pada tahun 2019 semasa pembentangan belanjawan, Yang Berhormat Menteri Kewangan pada waktu itu menyebut bahawa kerajaan akan melaksanakan perkongsian 50 peratus hasil kutipan cukai pelancongan yang akan diberikan kepada kerajaan negeri. Jadi, berapakah jumlah yang diterima oleh setiap negeri? Saya minta maklumat itu daripada kementerian. Sekian, terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Dipersilakan Yang Berhormat Beaufort.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd Dun - Beaufort
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2022.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Industri pelancongan merupakan sepertimana kita semua tahu sektor yang penting dalam negara kita khususnya yang boleh membawa kepada pembangunan ekonomi yang begitu baik kepada negara dan kepada semua yang terlibat dalam bidang pelancongan ini.
Hal ini kerana industri ini banyak membawa kepada penyumbangan hasil dan pulangan yang lumayan kepada sesebuah negara dalam aspek pendapatan negara itu
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd Dun - Beaufort
sendiri termasuklah untuk negeri saya Sabah kerana memang sebelum pandemik ini berlaku, begitu ramai pelancong dari luar negara khususnya daripada China, Jepun dan Korea yang datang ke negeri Sabah yang indah itu.
Sejak pandemik yang melanda dua tahun lalu, menjejaskan sepenuhnya sektor pelancongan dalam negara kita. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menganggarkan kerugian dalam industri berkenaan meningkat kepada RM165 bilion pada tahun 2021 berbanding RM135 bilion pada tahun 2020.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd Dun - Beaufort
Jadi, ini menunjukkan bahawa memang banyaklah mereka yang terlibat dalam sektor pelancongan ini yang sangat terjejas. Sebanyak 204 buah syarikat berkaitan pelancongan dan perhotelan “gulung tikar” sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan antara Mac hingga Oktober tahun 2020. Berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang membabitkan 109 buah syarikat berkaitan penginapan dan perhotelan dan 95 buah syarikat berkaitan agensi pelancongan, tempahan, serta aktiviti berkaitan dengan ejen pelancongan.
Tentulah dengan keadaan yang sedemikian ini mereka mengalami kerugian dan apa-apa juga yang perlu dibayar seperti cukai tentunya tidak dapat mereka membayar kerana tidak ada pendapatan. Malah mereka berhadapan dengan kerugian yang sangat besar.
Justeru, saya mengalu-alukan pindaan yang dibentangkan pada hari ini yang memberikan kuasa untuk melanjutkan tempoh yang seperti mana di bawah seksyen baru 69A ini. Pertanyaan saya berapa lama tempoh yang akan diberikan ini? Bagaimana kementerian dapat memastikan tempoh yang diberikan berasas dan rasional dengan erti kata lain pemain industri tidak mengambil kesempatan dalam kesempitan. Adakah tempoh ini juga dapat diberikan kepada mereka dengan cara yang boleh memberikan manfaat kepada mereka?
Ini kerana kita tahulah dengan keadaan yang begitu kesempitan itu, keperluan kita memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada pemain industri ini adalah amat penting sekali. Kita tidak mahu mereka terus hilang daripada industri ini. Kita mahu mereka dapat kembali dengan kita berada dalam era sekarang iaitu endemik ini, maka mereka dapat bangkit semula dan meneruskan usaha dalam bidang industri pelancongan ini.
Akan tetapi kalau kita memaksa mereka untuk cepat membayar dan sebagainya tentulah ini juga akan menambah bebanan kepada mereka. Kita kena- still berusaha memikirkan bagaimana berada “di dalam kasut” mereka, dengan izin, in their shoes ya.
Sekiranya tempoh masa perlanjutan yang diberikan itu adalah melebihi tempoh yang sepatutnya, adakah denda akan diberikan? Ini soalan saya. Adakah kesalahan ini boleh dikompaun?
Pindaan ini pada pendapat saya sangat bertepatan dan sesuai dengan keadaan negara kita, terutamanya dalam cabaran menghadapi pandemik COVID-19. Satu keadaan yang memanglah semua tahu, sesuatu yang unpredictable and beyond kita punya imagination.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya, adakah cukai ini dapat dikutip oleh negara Sabah sendiri? Kalau untuk negeri Sabah lah. Pendapatan yang dapat di negeri Sabah, adakah boleh dikutip oleh negeri Sabah? Saya melihat Sabah juga di antara negeri kalau dalam industri pelancongan domestik, kita bersyukurlah dalam tempoh-tempoh walaupun masih lagi perjalanan kita terhad, namun pelancongan domestik telah dapat membantu usahawan-usahawan kita dan mereka yang terlibat dalam bidang pelancongan ini, hotel-hotel dan sebagainya. Ramai yang datang dari dalam negeri Sabah sendiri dan juga di dalam negara kita yang datang ke negeri Sabah.
Akan tetapi, satu perkara yang menjadi kekangan kepada- sekarang ini saya lihat ialah, dan saya ingin kerajaan untuk melihat ini, bahawa harga untuk ke Sabah- kalau ke Langkawi itu dia boleh naik bot, boleh pakai kereta. Akan tetapi kalau Sabah ini, kalau daripada Semenanjung Malaysia mesti menggunakan kapal terbang. Jadi, kapal terbang ini tiketnya sekarang kita dapati harganya semakin mahal pula, semakin meningkat.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd Dun - Beaufort
Jadi ini juga akan menjadi satu permasalahan untuk kita mendapatkan- sudahlah kita belum dapat lagi pelancong dari luar negara, daripada China, Jepun dan Korea baharu bermula sikit-sikit. Akan tetapi dari dalam negara pun nanti mereka akan susah nak ke Sabah disebabkan harga tambang kapal terbang itu terlalu tinggi.
Kita amat mengharapkan, melalui pelancongan ini akan menambah baik lagi ekonomi negeri Sabah dan dalam masa yang sama seperti harapan saya tadilah, supaya cukai pelancongan ini apabila dibayar oleh mereka yang terlibat dalam industri ini akan dapat memberi juga keuntungan kepada negeri Sabah. Terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Dipersilakan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mengambil bahagian dalam rang undang-undang ini kerana Pulau Pinang- Pulai Mutiara, memang terkenal dengan aktiviti pelancongan.
Semasa PKP dan masalah yang menghadapi negara kita ketika kita bergelut dengan wabak COVID-19, seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pontian tadi dalam industri pelancongan ramai yang telah terjejas. Bukan sahaja pengusaha- pengusaha hotel tetapi juga penarik-penarik beca, pemandu teksi, pemandu bas dan rata- rata semua yang berkait rapat dengan industri pelancongan telah pun menerima tamparan yang begitu hebat.
Persoalan saya kepada Timbalan-timbalan Menteri yang hadir dan Menteri yang tidak hadir adalah berapa kali kah mereka pernah mengadakan perjumpaan dengan pengusaha-pengusaha hotel, penarik-penarik beca, pemandu-pemandu teksi, pemandu- pemandu bas untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka? Kutipan cukai ini senang.
Akan tetapi saya juga hendak mengulangi persoalan Yang Berhormat Kangar tadi, berapakah peratusan daripada kutipan cukai ini akan dikongsi dengan kerajaan negeri? Ini kerana kerajaan negeri juga memainkan peranan di dalam kita cuba merancakkan lagi aktiviti pelancongan.
Pulau Pinang sekarang sudah pun menjadi tempat tumpuan ramai. Saya lihat ketika saya balik ke Pulau Pinang minggu lalu dan sebelum itu dan memang sedia kala ramai pelancong dari luar negara telah mula berkunjung dan beristirahat di Pulau Pinang.
Saya setuju dengan Yang Berhormat Pontian, walaupun kita berbincang tentang isu kutipan cukai pelancongan, kita masih lagi dalam peringkat dasar.
Soalan yang saya ingin gunakan ataupun ulangi dalam kesempatan ini adalah, berapa kali kah Yang Berhormat Menteri Kewangan pernah melawat ke Pulau Pinang bagi tujuan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelancong-pelancong? Berapa kali pernah Timbalan Menteri hadir? Takkan perkara-perkara pokok itu pun mereka tidak dapat jawab, pegawai-pegawai tidak dapat bantu. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat, Menteri Kewangan sendiri tidak pernah lawat ke Pulau Pinang, tidak tahu masalah yang dihadapi oleh pemain-pemain industri dan pengusaha-pengusaha hotel, macam mana kita ingin menyelaraskan kutipan cukai ini?
Saya risau baru-baru ini dalam pelancaran jentera pilihan raya Barisan Nasional di Kepala Batas, saya tidak nampak Menteri Kewangan, Timbalan-timbalan Menteri pun saya tidak nampak. Akan tetapi satu misi dilancarkan iaitu menawan balik Pulau Pinang daripada Kerajaan DAP dan Pakatan Harapan. Tidak apalah. Biar mereka cubalah.
Akan tetapi yang lebih penting daripada itu, apa inisiatif yang diambil oleh kerajaan sekarang, oleh Menteri Kewangan sekarang, oleh Timbalan-timbalan Menteri untuk datang melawat Pulau Pinang melihat kepada masalah pengusaha-pengusaha hotel, untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka? Ini persoalan saya.
Saya berharap Timbalan-timbalan Menteri yang hadir di Dewan ini dan Menteri yang tidak hadir, dapat menjawab soalan yang saya bangkitkan. Saya tidak mahu tempoh
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
kutipan ini digunakan. Kita risau Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua merupakan seorang bekas anggota kanan PDRM. Undang-undang ini ada tetapi boleh disalahgunakan. Janganlah kerana rata-rata penduduk di Pulau Pinang ini menyokong Pakatan Harapan, Yang Berhormat Menteri menyalahgunakan kuasa untuk mengenakan cukai-cukai yang berlebihan untuk tempoh-tempoh yang berlebihan.
Inilah kerisauan yang ingin saya bangkitkan di Dewan yang mulia ini sebagai Ahli Parlimen dari Pulau Pinang. Macam manakah Menteri akan menggunakan kuasanya?
Apakah kelonggaran-kelonggaran pelepasan yang akan diberikan oleh beliau?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya di sini mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi menyeru kepada Menteri- menteri dan Timbalan Menteri, saya ulangi Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk kurangkan berpolitik. Lihat kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat dahulu. Jangan pergi lancar jentera Barisan Nasional di Selangor, di Pulau Pinang. Beri tumpuan dan perhatian kepada masalah yang dihadapi− kesejahteraan rakyat. Timbalan Menteri okey, Timbalan Menteri ada gaji.
Saya ada pengundi-pengundi penarik beca yang bergantung kepada pelancong di luar negara yang merayu, yang meminta saya membawa suara. Saya bangun di sini, walaupun Akta Cukai Pelancongan 2017, saya telah diminta oleh mereka untuk membawa perkara ini kepada kerajaan sekarang. Kalaulah betul kerajaan Keluarga Malaysia, tolonglah ambil kira nasib penarik-penarik beca, nasib pemandu teksi, pemandu bas, pengusaha-pengusaha hotel dan kurangkan berkempen. Beri tumpuan kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat. Sekian, terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang memberi ruang kepada Kuala Krai untuk sama- sama membahaskan Rang Undang-undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2022 pada petang ini.
Pindaan yang dibuat hari ini berkaitan dengan 69A yang bertujuan untuk memberi kuasa Menteri melanjutkan tempoh untuk melakukan sesuatu perbuatan atau benda yang perlu disempurnakan. Saat penting terutama ketika sektor pelancongan negara kita menghadapi masalah ataupun krisis seperti yang kita alami dalam tempoh dua tahun sebelum ini iaitu dalam krisis pandemik COVID-19.
Manakala seksyen 69B yang akan memberi kuasa Menteri untuk menambah atau memotong apa-apa terma Akta 791 tanpa dibawa kepada Kabinet. Saya pada asasnya menyokong pindaan ini namun saya bimbang pindaan ini akan menjadikan Menteri mempunyai kuasa yang terlalu banyak.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dalam kesempatan ini, saya ingin menanyakan beberapa persoalan berkaitan dengan RUU yang dibentangkan ini iaitu cukai pelancongan. Pertama, adakah cukai pelancongan dikenakan ke atas sewaan bankuet, bilik bankuet atau dewan bankuet, bilik mesyuarat dan sebagainya? Kedua, adakah pengenaan cukai pelancongan sukarela ataupun wajib? Ketiga, bagaimana jika terdapat pihak yang tidak berdaftar dan menjalankan aktiviti tanpa dimaklumkan kepada pihak kementerian? Keempat, adakah hotel yang terletak di kawasan Zon Bebas Cukai ataupun kawasan yang ditetapkan Zon Bebas dikehendaki berdaftar untuk cukai pelancongan ini?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tuan Yang di-Pertua, pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang dan mendatangkan keuntungan yang besar dalam bentuk tukaran asing serta menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Dalam konteks dunia pada hari ini, sektor pelancongan menjadi bidang yang penting dalam menyumbangkan pendapatan negara.
Banyak negara di dunia pada hari ini yang hanya bergantung kepada industri pelancongan. Arab Saudi yang kaya dengan hasil minyak kini terbuka kepada industri pelancongan.
Manakala, negara kita Malaysia sendiri merupakan destinasi pelancongan tropika yang indah dan mempunyai potensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan khususnya pasca pandemik. Saban tahun, jutaan pelancong sama ada pelancong luar atau pelancong domestik mengunjungi tempat-tempat yang menarik di negara kita. Kemajuan sektor pelancongan ini memberikan kesan yang positif kepada rakyat dan juga negara.
Tuan Yang di-Pertua, Kuala Krai sendiri merupakan antara kawasan utama yang menjadi tumpuan pelancongan khususnya di negeri Kelantan melalui ‘Train to Dabong’ contohnya yang menjadi antara produk pilihan pelancong domestik pada hari ini. Bukan sahaja pelancong dari negeri Kelantan yang datang dan menaiki kereta api untuk memenuhi cita rasa Train to Dabong ini tetapi dari seluruh negara. Dari Johor pun ada naik kereta api dari Johor turun di Dabong, bermalam semalam atau dua malam dan melawat beberapa tempat yang menarik dan balik ke negeri masing-masing. Ini adalah satu perkara yang cukup menarik pada hari ini.
Terbaharu Tuan Yang di-Pertua, pembukaan Mini Zoo Kuala Krai pada 28 Julai 2022 iaitu hari Khamis yang lepas, mendapat sambutan yang sangat baik. Selain itu terdapat pelbagai produk yang amat sesuai untuk diketengahkan bagi menarik perhatian kedatangan pelancong ke Kuala Krai khususnya dan di Kelantan serta Malaysia amnya.
Oleh sebab itu, saya juga mengharapkan supaya pihak kerajaan sama ada memalui Kementerian Kewangan ataupun melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sendiri untuk melihat tempat-tempat menarik khususnya di negeri Kelantan dan juga di Kuala Krai lebih khusus lagi agar dapat dinaiktarafkan dan juga diberikan, dibaiki infrastrukturnya supaya mendapat keselesaan kepada para pengunjung dan mendapat tarikan yang baharu supaya warga tempatan mendapat hasil yang baik daripada program pelancongan ini.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. So, saya menyokong RUU ini.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Hendak tanya sikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat – Ha! Memang tepat sekali Yang Berhormat Kubang Pasu. Terus.
[Ketawa]
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dapat tetapi daripada Tuan Yang di-Pertua, tidak daripada Yang Berhormat Kuala Krai. Ini kerana, saya pun teringin hendak pergi Train to Dabong itu tetapi arrival time ia sampai dan kalau balik dari Tumpat itu, timenya itu nampak memang tidak berapa hendak sesuai.
Okey, kita masuk dalam perbincangan kita pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, kita berbincang tentang Akta Cukai Pelancongan 2017. Saya juga hendak echo apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pontian tadi untuk kita dapatkan sedikit statistik berkenaan dengan hasil kutipan cukai pelancongan ini. Saya juga hendak dapatkan sedikit pengesahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apabila kita tengok di
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
dalam akta ini, pentakrifan “pelancong” itu ia minta kita refer di dalam satu akta yang lain dan dalam akta itu disebut bahawa “pelancong” itu adalah pelancong sama ada warga negara Malaysia ataupun pemastautin tetap ataupun yang datang daripada luar negara.
Tadi kita disebutkan bahawa cukai pelancongan ini hanya dikutip daripada pelancong-pelancong luar. Jadi, kalau mengikut pentakrifan tadi nampak macam ada sedikit tidak betul. Cuma, mungkin ada di mana-mana yang mengatakan bahawa cukai ini dikecualikan daripada pelancong tempatan. Saya minta confirmation tentang perkara itu.
Itu yang pertama.
Keduanya, saya juga difahamkan setelah pandemik ini diberi pengecualian kutipan cukai pelancongan ini, exemption diberikan sehingga 31 Disember 2022, diannounced semasa pakej PEMERKASA. Saya mohon juga untuk mendapat pengesahan tentang perkara ini sama ada pengecualian ini on ataupun tidak. Kalau it’s on, sampai bila pengecualian ini berlaku?
Saya juga hendak echo tentang juga dibangkitkan oleh sahabat daripada Kangar tadi yang menjadi permintaan daripada negeri-negeri ini ialah hasil kutipan cukai pelancongan ini agar dapat dikongsi dengan peratusan yang lebih besar. Saya ingat kalau boleh bagi 100 percent dekat negeri pun tidak apalah. Negeri tidak ada hasil yang lain dan mereka perlu menggunakan ini untuk– Ya lah, menggunakan hasil ini untuk memperbaiki premis ataupun melakukan suatu yang akan menjadikan negeri itu lebih menarik untuk dikunjungi oleh pelancong sama ada tempatan ataupun dari luar negara.
Saya ingin menyentuh tentang fasal 2 yang telah pun dipotong itu. Saya ingat ini sangat relevan. Mana mungkin di dalam zaman kita mengisi borang online dan sebagainya, Ketua Pengarah masih lagi insist mesti pakai borang yang dicetak oleh pejabat Ketua Pengarah. I think this is ini− Jadi, ini suatu yang saya ingat sangat current dan ia suatu yang kita alu-alukan.
Saya juga ingin sebut tentang perkara yang hendak ditambah di sini dimasukkan iaitu seksyen 69A, memberi kuasa kepada Menteri untuk melanjutkan tempoh.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Kemudian memberi kuasa kepada Menteri untuk tambah, potong, ubah apa-apa terma dan syarat. Walaupun disebut di situ dengan nasihat daripada ketua pengarah, saya rasa ini diberikan suatu kuasa yang bagi saya agak besar dan perlu ada check and balance di situ supaya tidak berlaku apa-apa perkara yang mungkin membawa kepada penyalahgunaan kuasa dan sebagainya kerana diberikan kuasa itu terlalu besar kepada Menteri untuk melakukan perkara-perkara tersebut.
Jadi saya ingat apabila perkara-perkara ini diberikan pertimbangan, kita harap ia akan dapat memberikan sedikit kelegaan dan memberikan lebih banyak peluang dan juga insentif untuk industri pelancongan dalam negara kita ini dihidupkan kembali setelah berlaku pandemik dan— ya, saya juga bersetuju dengan disebut oleh Yang Berhormat Beaufort tadi. Of late ini bila kita buka balik tengok tambang-tambang kapal terbang ini Tuan Yang di-Pertua, sangat-sangat mahal. Jadi saya tidak tahulah mungkin salah satu cara untuk tidak menggalakkan pelancongan antarabangsa ataupun mungkin domestik dalam negara kita.
Saya mohon perkara yang saya bangkitkan itu dapat diberi jawapan oleh Menteri.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Kubang Pasu. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Izinkan saya turut serta perbahasan Rang Undang-undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2022.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Tuan Yang di-Pertua, kerana pembahas yang sebelum ramai sudah membahaskan, jadi banyak poin yang saya hendak sentuh, sudah disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum saya. Akan tetapi, saya juga hendak bagi emphasize kepada— kemungkinan dua perkara sahaja.
Tebrau sudi menyokong RUU ini, namun mengemukakan dua atau tiga perkara sahaja. Saya minta Timbalan Menteri kalau boleh senaraikan jumlah cukai pelancongan yang dikutip dari Januari 2017 hingga 30 Jun 2022. Kalau boleh, sila nyatakan bagaimana wang itu digunakan untuk membangunkan industri pelancongan. Senaraikan berapa inisiatif berimpak tinggi yang dilaksanakan kepada Dewan yang mulia ini.
Seterusnya, adakah kementerian bercadang untuk mengenakan cukai pelancongan kepada hotel dan pengendali Airbnb kerana ia dianggap tidak adil kepada hotel-hotel yang berdaftar yang perlu mengenakan cukai pelancongan ini? Jadi akan menjadikan kadar sewa mereka lebih tinggi berbanding dengan mereka yang tidak berdaftar.
Jadi, akhirnya pengecualian cukai pelancongan yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2022. Adakah pengecualian ini akan dilanjutkan lagi atau akan dikenakan cukai pada kadar yang lebih tinggi selepas 31 Disember 2022?
Minta Timbalan Menteri menjawab soalan-soalan saya. Jadi, Tebrau ingin menyokong RUU ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana sudi memberi saya izin untuk berbahas. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berbahas mengenai seksyen 69A. Saya ingin bertanya kepada pihak Menteri, adakah pada masa akan datang, kerajaan ataupun pihak kementerian bercadang untuk memberikan tafsiran dalam akta ini mengenai makna sebenar public emergency. Ini sebab kita lihat dalam seksyen 69A ada menyebut public emergency tetapi tidak ada tafsiran. Itu yang pertama.
Keduanya, saya hendak tanya kepada pihak kerajaan. Kita tahu bahawa dalam aspek pelancongan ini sebaik-baiknya kita cuba kenakan polisi-polisi yang lebih mesra pelancong untuk memastikan pelancong suka datang ke negara kita. Sebab sepertimana mereka, kita tak suka kalau pergi ke negara-negara di luar, kita tertakluk kepada banyak bayaran cukai. Tidak kiralah cukai apa pun sebab manusia secara umumnya tidak suka kepada cukai ini. Jadi, saya ingin bertanya apakah kesan besar kepada industri pelancongan apabila kita memperkenalkan cukai-cukai ini.
Ketiganya, saya hendak tanya kepada pihak kerajaan. Kita tahu bahawa cukai dikutip oleh Kementerian Kewangan dan pernah dijanjikan bahawa cukai ini akan dikembalikan semula kepada kerajaan-kerajaan negeri. Saya ingin minta penjelasan daripada pihak Menteri, boleh tidak berikan butiran-butiran, berapa banyak negeri-negeri telah pun menerima cukai-cukai ini. Kalau ada yang belum lagi dibayar, kenapa tidak dibayar dan sebagainya?
Keempatnya Timbalan Menteri, bercakap tentang cukai pelancongan ini, saya ingin bercakap tentang Parlimen sayalah, Parlimen Sepang sebab Parlimen Sepang ini the only Parlimen yang ada dua airport peringkat antarabangsa. Maknanya ia pintu masuk pelancongan. Memang sepatutnya Sepang ini dimajukan sebab orang sampai ke Sepang ini orang lihat— orang pergi Malaysia orang melalui Sepang dulu.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, saya pernah pergi Venezuela. Orang Venezuela tidak kenal Malaysia tetapi mereka kenal Sepang sebab apa— bukan kata sayalah. Ini kerana mereka kenal Formula 1 (F1).
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Boleh minta ihsan sikit?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ini Malaysia— jangan soalan Indonesia ya? Jangan soal fasal Indonesia.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Eh! Tidak habis- habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya hendak minta ihsan sikit. Saya tidak termasuk dalam senarai berucap. Jadi, saya ada satu benda hendak minta kalau boleh Yang Berhormat masukkan dalam ucapan Yang Berhormat. Boleh?
Tolong saya sikit. Iaitu resort Pasir Salak sudah terbiar begitu lama. Sudah hendak rosak hancur sudah.
Dulu bila kerajaan negeri buat dahulu, I think they spent about RM40 million to RM50 million. Very nice by the riverside. Akan tetapi selepas itu pihak yang berkenaan sama ada pelancong negeri ataupun pelancong pusat tidak ambil tahu. No maintenance, *no nothing.
So*, saya mintalah kalau boleh saya minta supaya Menteri Pelancongan tolonglah ambil perhatian. Boleh?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey, terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Pasir Salak. Saya harap Menteri boleh mengambil respons apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Salak itu. Kesianlah dia walaupun tidak dapat pergi ke Indonesia, selepas itu nak kena bela pula Pasir Salak. Kesian kepada dia.
Kita semua simpati kepada dia. Jadi, kita minta tolonglah.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sudahlah, duta belum tentu lagi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Salak punya fasal kena bagi lebih sikit masa. Kita tolong Yang Berhormat Pasir Salak ini.
Yang Berhormat Pasir Salak, kemungkinan kalau Yang Berhormat Pasir Salak tidak jadi Ahli Parlimen, lagi cepatlah diperbetulkan resort itu. So, bersedialah untuk letak jawatan pilihan raya akan datang.
[Disampuk] Tidak apalah. Kerja mana-mana petrol yang kosong-kosong itu, stesen minyak itu kosong boleh applylah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin meminta kepada kerajaan memikirkan dengan serius. Malaysia sudah terkenal, alhamdulillah. Kerana sebab yang baik atau tidak, itu satu hal tetapi terkenal. Bayangkan mana ada dalam negara ini orang bicara ke Amerika sebut nama Malaysia sahaja. Sebab itu saya ingin mencadangkan kalau boleh kita menamakan Yang Berhormat Pekan sebagai tokoh pelancongan negara. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas laluan yang diberikan kepada Balik Pulau. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Industri pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar kepada pendapatan negara iaitu lebih kurang 15 peratus kepada KDNK pada 2018 dan juga mengajikan lebih kurang 25 peratus pekerja di negara ini. Pada 2019, pendapatan
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
daripada pelancong asing dianggar sebanyak RM86 bilion daripada sektor pelancongan ini. Dari sejak tahun 2017, Akta Pelancongan ini telah diperkenalkan dan ia disalurkan untuk membangunkan prasarana, baik pulih infrastruktur, mengusahakan dan mempromosikan inap desa serta mengembangkan lagi ekopelancongan yang merupakan tarikan utama negara kita.
Namun begitu, tentang pengagihan cukai di setiap negeri, apabila cukai pelancongan ini dikutip, semua negeri akan menerima lebih kurang 50 peratus daripada cukai pelancongan yang dikutip. Namun begitu, salurannya mungkin tidak adil kepada negeri-negeri seperti Perlis. Negeri Perlis 2018, menerima cuma RM20 ribu sahaja daripada cukai pelancongan ini.
Tidak adil juga pada Wilayah Persekutuan. Wilayah Persekutuan adalah antara tempat ataupun negeri yang mempunyai kutipan yang paling tinggi daripada segi cukai pelancongan. Namun, Wilayah Persekutuan tidak diberi sebab ia daripada Persekutuan.
Jadi, tidak adil kalau cukai pelancongan itu tidak disalurkan pada Wilayah Persekutuan yang terdiri dari Labuan, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur. Elok diberi supaya mereka dapat membangunkan prasarana pelancongan di tempat masing-masing.
Ada juga rakan-rakan saya menyentuh tentang penginapan sewa jangka pendek ataupun short-term rental ataupun OTA, melalui OTA iaitu melalui Airbnb, Avago, Traveloka dan sebagainya. Pungutan cukai daripada pelancong tidak dapat dijalankan secara maksimum apabila mereka membuat tempahan melalui penginapan jangka pendek seperti Airbnb. Cuba bayangkan kalau kita seorang duduk sebuah bilik hotel, kita kena RM10 semalam di satu buah bilik dan mereka yang enam, tujuh orang duduk Airbnb tidak payah bayar cukai pelancongan. Jadi, itu tidak adil.
Yang Berhormat Kuala Selangor hendak mencelah? Silakan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Boleh saya mencelah? Sedikit sahaja
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Masa 10 saat.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Saya tak nak berucap. Apakah ada cara-cara lain Yang Berhormat Balik Pulau untuk kita- daripada hanya mengenakan RM10 across the board itu satu yang lebih progresif yang tidaklah macam across the board? Saya kira itu satu pungutan yang regressive. Pandangan Yang Berhormat Balik Pulau.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Betul, masukkan dalam ucapan.
Apa yang penting di sini bukan hanya flat rate RM10. Kalau bayangkan kalau kita duduk budget hotel RM100 semalam, kita bayar RM10- 10 percent. Kalau kita duduk Five Star Hotel, RM1,000, RM10 satu percent. Jadi ia tidak adil kepada budget hotel yang rata- rata memberi rungutan, bagaimana mereka ini tidak mendapat manfaat daripada cukai pelancongan ini. Sudahlah mereka kena sediakan pelbagai borang dan sebagainya untuk dihantar kepada kastam.
Jadi, kita kerugian dari segi pungutan cukai yang tidak adil buat industri hotel negara ini di mana hanya pelancong yang menginap di hotel perlu membayar cukai pelancongan tetapi pelancong yang menginap di short-term rental (STA) penginapan sewa jangka pendek tidak mempunyai peraturan untuk membayar disebabkan syarikat mereka tidak berpangkalan dalam negara kita.
Jadi, saya sarankan kepada Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan supaya regulate this OTA. Please regulate them, dengan izin, sebab Traveloka, Agoda tidak berpangkalan di sini jadi kita hilang hasil daripada cukai iaitu currency outflow. Tuan Yang di-Pertua, peratusan kutipan cukai antara hotel dikutip secara pukul rata. Tadi sudah mentioned tadi, bagaimana hotel lima bintang itu, dan hotel satu bintang mempunyai rate yang sama iaitu RM10. Jadi, bayangkan apabila hotel lebih kecil- tiga bintang, dua bintang, satu bintang dan tidak ada bintang langsung, perlu mengutip kadar yang sama dengan hotel empat bintang, lima bintang tadi. Jika kita mengambil peratusan,
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
maka kita akan melihat bahawa hotel yang lebih kecil mengumpul lebih banyak dan ini telah menyebabkan pelancong menolak untuk menginap di hotel ini.
Kaedah kutipan cukai. Seterusnya cukai pelancongan ini dikutip mengikut malam, bilik tetapi bukan bilangan pax atau bilangan orang dalam bilik. Kami mencadangkan cukai tersebut dikutip melalui airport ataupun melalui departure levy sebab saya lebih cenderung untuk mencadangkan supaya cukai pelancongan ini diganti terus dengan departure levy yang lebih berkesan, yang lebih fair sebab departure levy itu bergantung kepada passenger bukan bergantung kepada jumlah malam dia duduk ataupun jumlah hotel yang dia duduk.
Jadi, kita harap supaya Kementerian Kewangan dapat menilai semula cukai pelancongan ini di mana ia tidak memenuhi objektif dan supaya ia dapat- kemudian dapat direview balik supaya departure levy ini dibuat yang lebih efektif kerana departure levy ini, pada sesiapa yang terbang ke ASEAN ataupun luar negeri, akan dikenakan departure levy. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Rasah; kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Kota Melaka; dan yang terakhir Yang Berhormat Kuala Nerus.
Sila Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan pada petang ini untuk saya turut serta dalam perbahasan RUU terhadap Akta Cukai Pelancongan (Pindaan) 2022.
Perkara pertama saya hendak tanya di bawah Peringkat Dasar ini sebab, Bacaan Kedua adalah apakah kesannya. Walaupun ini RUU ataupun akta di bawah MOF, Kementerian Kewangan, saya hendak tanya, sejak ia dilaksanakan lima tahun dahulu pada pertengahan 2017 mula dilaksanakan, apakah kesannya kepada industri ataupun sektor pelancongan negara? Jadi, ada tidak MOF sendiri pernah membuat apa-apa kajian yang berkaitan dengan perkara ini? Ini soalan pertama.
Kedua, sejak ia dilaksanakan lima tahun dahulu, berapakah jumlah yang telah dikutip? Jumlah ini digunakan untuk tujuan apa? Adakah ia digunakan kembali kepada industri pelancongan itu sendiri untuk upgrade, naik taraf, tambah baik kawasan-kawasan pelancongan yang menjadi tarikan pelancong domestik ataupun asing ataupun ia disalurkan kepada MOTAC ataupun agensi-agensi yang berkaitan ataupun ada rakan- rakan tadi- ada menyatakan bahawa kenapa tidak diberikan kepada negeri-negeri di mana cukai tersebut dikutip. Saya rasa ia sesuatu yang wajar untuk didedahkan supaya Ahli- ahli Dewan dan juga rakyat tahu di mana ia digunakan.
Berkenaan dengan jumlah kutipan. Apakah kesannya ataupun penurunan kutipan sejak kita melaksanakan PKP pada Mac 2020? Saya percaya sudah tentu ia terkesan dengan kutipan ia akan menjunam banyak. Jadi saya mohon kalau boleh, bila Timbalan Menteri menggulung nanti boleh memberikan statistik umum sebegini. Saya tahu, tahun 2017 biasa, 2018 tinggi, 2019 tinggi, 2020 dan 2021 sudah pastinya jumlah ataupun hasil kutipan cukai ini akan kurang berbanding dengan tahun-tahun sebelum. Jadi, saya mohon figure ataupun statistik ini ditunjukkan.
Saya hendak sebut di sini berkenaan dengan seksyen baharu 69A yang akan dimasukkan melalui RUU ini. Tadi pun ada disebutkan dalam RUU sebelum ini iaitu, bagaimana definisi ataupun takrifan untuk “kecemasan awam” ataupun “krisis kesihatan awam.” Saya cukup percaya dan berpendirian bahawa takrifan itu mesti sesuatu yang jelas, berobjektif untuk mengelakkan sebarang salah tafsir untuk tujuan-tujuan tertentu.
As a matter of clarity untuk memudahkan rakyat ataupun semua pihak termasuk pemain industri, pemegang taruh, mereka yang terlibat dalam industri untuk faham dan akhirnya mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jadi, penegasan ataupun penerangan yang jelas perlu dilakukan oleh pihak kerajaan dalam hal ini. Jadi saya mohon pandangan dan penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri nanti.
Perkara terakhir yang saya hendak sebutkan adalah berkenaan dengan seksyen 69B yang baharu yang dimasukkan selepas seksyen 69A tadi iaitu berkenaan dengan ‘nasihat Ketua Pengarah’ kepada Yang Berhormat Menteri, dan selepas itu Menteri boleh buat keputusan. Adalah jelas bidang kuasa dan kuasa ada di tangan Menteri- itu jelas.
Cuma setakat mana nasihat yang diberikan oleh Ketua Pengarah wajib ataupun hendaklah dipatuhi oleh Menteri. Saya mohon satu penjelasan berkenaan dengan perkara ini sebab ia sangat mustahak.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Sebab, kalau Ketua Pengarah bagi pandangan ataupun nasihat yang lain, Menteri mungkin ada pendirian yang lain, mungkin ada pihak lain yang memberikan nasihat. Jadi, which one prevail? Mana satu yang perlu diberikan keutamaan dalam hal ini?
Jadi, beberapa perkara ringkas ini saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ketika menggulung nanti. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang saya untuk mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang- undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2022. Saya hanya ada tiga perkara.
Pertama, ingin minta kementerian memberi maklumat ataupun statistik tentang jumlah kutipan daripada cukai pelancongan ini sejak tahun 2018 hinggalah kini supaya kita boleh lihat keberkesanan kutipan cukai pelancongan ini. Itu perkara yang pertama.
Kedua ialah berkaitan dengan pembahagian penggunaan hasil daripada kutipan cukai pelancongan ini. Adakah ia masih lagi kekal kepada 50:50? Ertinya, jumlah kutipan 50 peratus kembali kepada kerajaan negeri dan bakinya 50 peratus kekal di Kerajaan Persekutuan. Jika ya, ingin tanya, baki 50 peratus yang dipegang oleh Kerajaan Pusat itu adakah akan digunakan secara khusus untuk tujuan-tujuan tertentu untuk sektor pelancongan? Itu perkara yang kedua.
Ketiga, memandangkan hari ini kita berbincang tentang sektor pelancongan dan juga tentang percukaian, saya ada satu cadangan tentang pelepasan cukai pendapatan untuk tujuan perbelanjaan untuk pelancongan domestik yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan pada tahun 2021 dan 2022 sebanyak RM1,000 untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk melancong di domestik.
Saya bagi satu contoh. Kalau kadar cukai pendapatan yang dikenakan katakan ialah 20 peratus, maka nilai bersih sebenar yang mereka dapat nikmati daripada pelepasan ini hanya sekadar RM200 sahaja. Jadi, saya hendak minta supaya pihak kementerian boleh pertimbangkan untuk meningkatkan pelepasan cukai pendapatan ini kepada RM5,000 supaya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia melancong di Malaysia. Terutamanya pada tahun depan, kita jangka pembukaan sempadan semula akan dibuka secara keseluruhan, maka boleh dijangka ramai rakyat Malaysia akan melancong ke luar negara.
Jadi, bagaimana kita hendak memastikan supaya kita dapat mengekalkan rakyat Malaysia untuk Cuti-cuti Malaysia ini supaya dapat membantu sektor pelancongan tempatan? Jadi, saya rasa adalah penting kita mesti ada inisiatif untuk kita menggalakkan rakyat Malaysia untuk melancong di dalam negara kita sendiri. Jadi, saya harap supaya pihak kementerian boleh bagi pertimbangan ataupun komen terhadap cadangan saya untuk kita meningkatkan pelepasan cukai pendapatan untuk tujuan pelancongan domestik.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Dengan itu sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Melaka. Terakhir, saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
*Bismillahi Rahmani Rahim.
[Membaca sepotong doa]* Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Allah Taala berfirman...
[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Jalanlah kamu di muka bumi dan lihatlah bagaimanakah keadaan mereka-mereka yang derhaka kepada Allah Taala.” Pelancongan ini adalah satu aktiviti yang besar yang menjana ekonomi bagi negara. Bilamana berlakunya COVID-19 selama tempoh hampir dua tahun, kita melihat bagaimana industri pelancongan adalah yang paling terjejas kerana manusia tidak bergerak di peringkat domestik dan juga pelancong asing tidak masuk ke dalam negara kita Malaysia.
Maka, pertama, saya harapkan untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan sedikit fakta tentang situasi kebangkitan semula sektor pelancongan ini selepas mana kita telah mula membuka sempadan bagi negara kita dan rakyat sudah mula bergerak ke seluruh Malaysia. Itu yang pertama.
Kedua, konsep cukai— saya faham bahawa rang undang-undang yang kita bentangkan pada hari ini bertujuan untuk memberi satu ruang kepada Menteri untuk mengisytiharkan apa sahaja yang penting bilamana berlakunya kecemasan awam ataupun krisis kesihatan awam seperti mana kita hadapi sekarang peringkat COVID-19 dan semua yang dibentangkan hari ini pun menjurus ke arah benda yang sama.
Cuma, konsep cukai di dalam Islam ini kita ambil bilamana orang yang diambil cukai itu mendapat untung. Cukai selepas menjana keuntungan. Hari ini kita faham bahawa mereka yang terlibat dalam sektor pelancongan bahkan mereka yang pergi melancong, mereka telah berhadapan dengan dua tahun kerugian. Untuk cover balik kerugian dua tahun bukan dua tahun juga diperlukan untuk cover, bahkan lebih daripada itu.
Maka, saya sangat menyokong bilamana kementerian mula melanjutkan pengecualian cukai pelancongan sehingga ke akhir tahun 2022 ini. Akan tetapi, harapan saya agar ia dilanjutkan lagi sehingga dua tahun. Erti, income negara tidak perlu kita kutip sekarang daripada sektor pelancongan, dikutip daripada sektor yang lain. Adapun pelancongan perlu diberi nafas untuk mereka bangkit. Biarkan perlanjutan itu dalam tempoh dua tahun sekurang-kurangnya— Bahkan, saya juga sokong pandangan Yang Berhormat Kota Melaka tadi, pandangan yang sama, iaitu diberikan insentif cukai untuk mereka yang melancong.
Sekarang kerajaan bagi dalam sidang Bajet baru ini sebanyak RM1,000 sahaja.
Dicadangkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka, RM5,000. Saya menyokong penuh RM5,000 kerana, pertama sekali, bila dibuka sempadan, ramai yang akan mula keluar negara. Bererti, limpahan dana kita yang ada mula keluar negara. Sepatut yang kita utamakan ialah domestik kita.
Maka, perlu diberi satu rangsangan yang besar untuk rakyat bergerak di peringkat domestik supaya hotel-hotel boleh bangkit, homestay boleh bangkit dan semua sektor sampingan daripada pelancongan ini seperti kedai-kedai makan, apa sahaja kedai-kedai business ini boleh bangkit balik. Maka, bagi saya, sangat perlu untuk kementerian melihat perkara ini dan kita bawa untuk kemaslahatan rakyat kita.
Saya sebutkan tadi bahawa konsep cukai ini bilamana kita untung. Sekarang memang ramai yang tidak buka dan terpaksa cover balik homestay mereka kerana kerosakan. Dua tahun tidak ada penghuni yang datang. Penghuni lain, hantu jin yang duduk di rumah yang tidak diduduki. Mereka perlu pulihkan balik rumah mereka. Hotel- hotel yang terpaksa buang pekerja kena bangkit balik untuk mencari pekerja yang baharu.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Ini semua adalah kerja-kerja besar memerlukan suatu pemulihan besar untuk pelancongan. Maka, tentulah kita katakan bahawa untuk mengecualikan cukai ini tidak cukup setakat hujung tahun bahkan mestilah tambah lagi dua tahun ataupun apa sahaja tempoh yang sesuai untuk kita berikan kepada industri pelancongan kita untuk bangkit semula dalam negara kita, insya-Allah.
Itu sahaja daripada saya. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan untuk menjawab dalam masa 15 minit.
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang masih ada di sini. Ada 12 orang Ahli Yang Berhormat tadi yang mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2022 dan beberapa Yang Berhormat telah memberi amaran kepada saya untuk kita kena jawab soalan dia orang walaupun tidak berkaitan dengan rang undang-undang.
Jadi, saya akan cuba jawab sebaik yang mungkin. Mana yang saya tidak dapat jawab secara penuh, kita akan bagi secara bertulis. Kita tidak ikut turutan. Kita akan ikut mana-mana data yang ada bersama saya untuk saya perjelaskan.
Pertamanya, Yang Berhormat Sepang dan beberapa Yang Berhormat yang lain, mungkin Yang Berhormat Rasah, bawa soalan fasal kecemasan awam. Adakah kita dalam masa akan datang akan buat pentakrifan baru tentang what is the meaning of the word of “emergency”? I think kita tidak akan buat apa-apa pertukaran untuk the word of “emergency” atau kecemasan awam. I think kecemasan awam ini, krisis kesihatan awam ini, I think kita boleh katakan ia merujuk pada apa-apa krisis yang diisytiharkan oleh Majlis Keselamatan Negara. So, if Majlis Keselamatan Negara says it is a public emergency, then it is a public emergency. Yang Berhormat Pontian juga ada memberi maklumat adakah terdapat keadaan di mana tempahan dibuat oleh orang tempatan untuk pelancong luar negara, salah guna.
Pada masa ini, kita tiada maklumat berhubung perkara ini. Walau bagaimanapun, sekiranya keadaan ini berlaku, maklumat ini boleh disalurkan kepada kita, kepada JKDM supaya tindakan lanjut dapat kita ambil.
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Beberapa orang Yang Berhormat juga bertanya tentang berapa hasil daripada cukai pelancongan ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan daripada saya, sudah tentu boleh jawab. Pernah Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Yang Berhormat Menteri lawat Pulau Pinang, kawasan-kawasan ini?
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
I’ll get to that, I’ll get to that. Kita akan jawab.
Ia tak ikut urutan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Okey, saya akan tunggu jawapan.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
I’ll reach it in a while. Sekejap. Okey, tadi banyak Yang Berhormat tanya tentang senarai jumlah cukai daripada 2018, 2017. Jadi, kita go back all the way to 2017. Jadi, tahun 2017, jumlah cukai yang kita kutip ialah RM39.98 juta. Pada tahun 2018, sebanyak RM216.1 juta. Tahun 2019, sebanyak RM216.2 juta. Tahun 2020, sebanyak RM67 juta. Tahun 2021, sebanyak RM1.1 juta dan tahun 2022 sehingga 30 Jun 2022, sebanyak RM722 ribu.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, boleh saya celah? Balik Pulau.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Okey.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Daripada kutipan tahun 2018, saya rasa masa itu telah pun diagihkan (disburse) kepada negeri-negeri.
Kutipan tahun 2019 iaitu RM216.2 juta, adakah ia telah disalurkan kepada negeri-negeri pada suku pertama tahun 2020? Itu soalan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Mungkin saya akan bagi jawapan secara bertulis. Akan tetapi apa yang kita nak maklumkan di sini, memang perkongsian 50:50 itu masih lagi terpakai dan ia disalurkan kepada negeri dan terpulang kepada negeri masing- masing bagaimana ia utilize funds tersebut.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedikit, sedikit sahaja, berkaitan dengan pengagihan tadi.
Kementerian Kewangan hanya memberikan secara lump sum mengikut 50:50 tersebut kepada negeri-negeri. Akan tetapi adakah kementerian mendapat maklum balas apa yang telah digunakan? Apa benda daripada segi penggunaan untuk membangunkan industri pelancongan, apa benda? Kita tak mahu nanti, kita tak nampak hasil daripada pengutipan cukai itu yang telah digunakan untuk membangun industri pelancongan yang dibuat oleh negeri-negeri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Terima kasih Yang Berhormat. Kita ambil maklum dan kita akan minta pegawai buat jawapan secara bertulis. Seterusnya, ramai juga Yang Berhormat menanyakan perbelanjaan untuk sektor pelancongan yang diumumkan dalam Bajet 2022.
Melalui Bajet 2022, Kementerian Pelancongan telah diperuntukkan sejumlah RM1.1 bilion bagi membiayai perbelanjaan pelancongan seperti naik taraf kemudahan pelancongan, melaksanakan aktiviti bagi menarik kemasukan semula pelancong asing dan tempatan serta membantu pengusaha pelancong tempatan. Sehingga Jun 2022, sejumlah RM541 juta telah dibelanjakan bagi tujuan tersebut.
Yang Berhormat Beaufort tanya soalan tentang jumlah hasil cukai pelancongan di Sabah bagi tahun 2022 sehingga Jun 2022. Jawapannya, RM82,811 juta. Ada juga soalan Yang Berhormat Beaufort yang menanyakan berapa lama kah tempoh yang akan diberikan. Tempoh yang munasabah akan diberikan bergantung pada situasi krisis yang dihadapi pada ketika itu. Yang Berhormat Kangar juga bertanya tentang berapa kesalahan yang boleh di kompaun yang telah dilakukan sejak bulan Mac. Berhubung dengan kesalahan yang boleh di kompaun, maklumat ini akan kita berikan secara bertulis.
Yang Berhormat Kuala Krai ada bertanya, adakah cukai pelancongan dikenakan ke atas sewaan bankuet. Tidak. Cukai pelancongan hanya dikenakan kepada pelancong asing yang menginap di pengendali penginapan yang berdaftar di bawah Akta Cukai Pelancongan 2017. Yang Berhormat Kuala Krai juga tanya bagaimana jika pengendali itu tidak berdaftar dan tidak memohon untuk berdaftar.
Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah akta, ia merupakan satu kesalahan dan tindakan undang-undang boleh diambil. Yang Berhormat Kuala Krai juga bertanya, adakah cukai pelancongan ini dikenakan di dalam zon bebas. Cukai pelancongan juga dikenakan dalam kawasan zon bebas.
Yang Berhormat Kubang Pasu tanya mengapa hanya pelancong luar negara sahaja yang dikenakan cukai pelancongan. Ia kerana pada masa ini, kita telah membuat keputusan untuk pelancong tempatan diberikan pengecualian seperti apa yang kita dengar daripada Yang Berhormat Kota Melaka dan Yang Berhormat Kuala Nerus tadi.
Kalau boleh, mereka mahu pengecualian ini diberikan sehingga RM5,000.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, nak satu kepastian. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut bahawa hotel-hotel yang tidak didaftar di bawah Akta Industri Pelancongan (AIP), tidak semestinya mereka bayar cukai pelancongan. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut itu.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Ya, yang tidak berdaftar.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Maksudnya, hotel ini, kalau mereka nak escape daripada bayar cukai pelancongan, mereka berdaftar dengan PBT tapi mereka tidak daftar dengan AIP. Adakah itu yang dimaksudkan?
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Tidak. Kita mengatakan yang ia merupakan satu kesalahan dan kita akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang tidak berdaftar. Kepada Yang Berhormat Jelutong tadi, kita ambil maklumlah tentang keprihatinan beliau ke atas industri pelancongan dan pembangunan, khususnya di Pulau Pinang.
Untuk makluman, Kementerian Kewangan sama ada melalui Menteri Kewangan atau Timbalan Menteri dan pegawai-pegawai berkaitan sebenarnya telah mengadakan beberapa siri libat urus bersama industri negeri Pulau Pinang, khususnya dalam penyediaan bajet. Termasuklah dengan mengadakan perjumpaan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri.
Namun, kita ambil maklum dengan cadangan Yang Berhormat dan kita akan bawa ke peringkat kementerian dengan isu-isu yang ditimbulkan sebentar tadi dan kita akan ambil maklum.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya adalah spesifik. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Yang Berhormat Menteri pernah lawat ke Pulau Pinang?
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Pernah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Timbalan Menteri pernah lawat?
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Ya, kita pernah lawat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Kita makan durian di Balik Pulau juga. Itu yang terbaiklah di Malaysia. So, we know where is the best durian di Malaysia. Sorry ya, Pahang punya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Baguslah, at least kita tahu bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah seorang yang ambil berat kerja, bukan hanya lawat Pulau Pinang semasa pelancaran jentera pilihan raya sahajalah. Terima kasih.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Okey. Yang Berhormat Kangar dan Yang Berhormat Kubang Pasu tanya, adakah kerajaan berhasrat melanjutkan pengecualian cukai pelancongan. Kita mengambil maklum pandangan Yang Berhormat. Namun, pengenaan cukai pelancongan tidak menjejaskan pelancong tempatan kerana ia dikenakan kepada pelancong asing dan kadar yang dikenakan juga adalah minimum.
Pelancong yang merupakan warga Malaysia dan pelancong yang merupakan pemastautin tetap Malaysia seperti yang saya katakan tadi, dikecualikan oleh cukai pelancongan.
Yang Berhormat Tebrau ada tanya soalan tentang sama ada cukai pelancongan dikenakan kepada Airbnb. Akta Cukai Pelancongan yang telah dipinda pada tahun 2021 telah pun memasukkan Airbnb sebagai pengendali. Bagaimanapun, pelaksanaannya hanya dilaksanakan pada 1 Januari 2023. Saya juga ditanya, adakah kadar cukai akan dinaikkan selepas tempoh pengecualian. Kadar cukai kita kekalkan selepas tamat tempoh pengecualian.
Yang Berhormat Rasah bertanya, setakat mana Ketua Pengarah akan menasihat kepada Menteri. Ketua Pengarah akan menasihatkan Menteri mengenai keadaan-
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
keadaan yang memerlukan pengubahsuaian terma dan syarat berdasarkan rundingan, juga bersama pihak industri. Yang Berhormat Balik Pulau juga bertanya kadar cukai flat rate yang tidak adil berbanding lima star hotel dan pelancong yang menginap di short-term rental tidak pula dikenakan cukai.
Kadar rata cukai pelancongan sebanyak RM10 sebilik satu malam tidak menjejaskan pengendali premis penginapan kerana ia ialah kadar minimum dan tidak memberi beban kepada pelancong asing yang turut mendapat kelebihan daripada kadar tukaran mata wang. Akta Pelancongan 2017 telah dipinda pada tahun 2021 untuk memasukkan pengendali platform yang menyediakan khidmat tempahan premis penginapan seperti Airbnb dan lain-lain platform seumpamanya, namun ia akan dilaksanakan pada 1 Januari 2023.
Yang Berhormat Kubang Pasu juga bertanya sama ada kerajaan bercadang untuk meningkatkan peratusan agihan cukai pelancongan kepada negeri. Selaras dengan Perkara 97(1) Perlembagaan Persekutuan, kutipan cukai pelancongan merupakan hasil Kerajaan Persekutuan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Pada masa ini, kita telah menyalurkan 50 peratus kepada kerajaan negeri dan belum ada cadangan untuk kita meningkatkan peratusan penyaluran tersebut, Yang Berhormat.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tanya berkenaan dengan, bagaimanakah dengan Wilayah Persekutuan? Mereka antara kutipan tertinggi tetapi mereka tidak dapat satu sen pun daripada Kerajaan Persekutuan. Mohon penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Ya, kita ambil maklum tentang perkara itu.
Kita pun- kenapa Wilayah Persekutuan tidak diberi 50 peratus. Kita akan beri jawapan secara bertulis, kenapa perkara ini tidak berlaku. Banyak juga Yang Berhormat menyentuh tentang seksyen 69A. Kita bagi contoh dalam perkara seperti hal penghantaran penyata bagi tujuan pembayaran cukai pelancongan. Akta 791 telah menetapkan bahawa bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari selepas tamat tempoh bercukai.
Walau bagaimanapun, jikalau ada krisis kesihatan seperti pandemik, pihak industri tidak dapat membuat bayaran cukai dalam tempoh yang ditetapkan. Kesannya menyebabkan cukai yang dibayar selepas tamat tempoh tertakluk kepada penalti lewat bayar.
Akan tetapi dengan adanya peruntukan baharu ini, sekiranya berlaku kecemasan awam atau krisis keselamatan awam pada masa akan datang, Yang Berhormat Menteri boleh melanjutkan tempoh tersebut melalui pengumuman rasmi atau arahan kepada Ketua Pengarah. Ia sekali gus memberi ruang kepada pihak industri untuk membuat semakan semula dan membuat bayaran tanpa penalti walaupun dalam peruntukan semasa, tempoh tersebut telah berakhir.
Pindaan Akta 791 ini secara umumnya tidak melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan sebaliknya ia adalah pindaan bersifat positif untuk memberi kelonggaran tertentu kepada industri dalam melaksanakan obligasi yang ditetapkan di bawah Akta 791 dan perundangan subsidiarinya. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa]
Fasal-fasal 1 hingga 4 - Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila, ada yang hendak tanya fasal-fasal 1 hingga 4. Sila Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya hanya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai peruntukan seksyen 69B(2), dengan izin, saya membaca versi bahasa Inggeris, “Before modifying the terms and conditions, notice must be given to the person bound by the terms and conditions stating ꟷ (a) the terms and conditions as modified; and (b) the date the terms and conditions as modified take effect.” Tuan Pengerusi, kalau kita lihat kepada explanatory statement, ia mengatakan bahawa, “The proposed section 69B seeks to empower the Minister to add to, delete or vary any terms and conditions imposed pursuant to Act 791 for the purpose of carrying out the objects of Act 791, provided that reasonable notice is given.” So, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri perkataan “reasonable notice.” Saya ingin bertanya, kenapakah kita boleh masukkan dalam explanatory statement tetapi tidak masuk dalam seksyen 69B sendiri? Ini supaya jelas- we don’t have to- kita tidak perlu merujuk kepada penjelasan. Kalau kita boleh masuk dalam ini, kenapakah tidak dalam seksyen 69B itu sendiri? Maknanya, before modifying the terms and conditions, reasonable notice must be given. Itu yang pertama.
Keduanya, untuk mengelakkan sebarang keraguan Tuan Pengerusi, kalau kita lihat dalam mahkamah, apabila tidak ada satu ayat yang jelas dalam undang-undang ini, kita akan memberi ruang kepada pihak mahkamah untuk tafsir. Tidak ada masalahlah, memang itu kerja mahkamah. Akan tetapi Tuan Pengerusi, bagi saya oleh sebab tidak ada perkataan “reasonable notice”, tidak ada perkataan “reasonable”, tidak ada perkataan “notice” itu, adakah perkataan bertulis ataupun lisan. Memanglah kalau tidak ada bertulis itu, ia boleh terpakai kepada kedua-dua.
Saya ingin bertanya kepada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri, “notice” di sini adalah notice yang berbentuk bertulis atau pun notice yang berbentuk lisan sahaja?
Kalau bertulis, walaupun tidak tulis di sini sekurang-kurangnya apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan satu penjelasan, mungkin kalau berlakunya satu legal dispute dengan izin, di mahkamah, mereka boleh menggunakan perbahasan di Parlimen ini untuk mereka mentafsirkan undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Sila, hanya ada satu. Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Ia ditulis begitu untuk memberi fleksibiliti. Ia tengok, from case-by-case basis. Selalu standard kastam ini 14 hari tetapi kalau ia perlu lebih dari masa itu, jadi give the option for the Minister to prolong the time.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang 14 hari itu di mana- where can we find?
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
It is not written there tetapi macam itulah.
Usually that’s the practice lah.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
[Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kesihatan I (Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali) dan diluluskan]
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan satu akta untuk meminda Akta Levi Pelepasan 2019 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Levi Pelepasan (Pindaan) 2022 yang dicadangkan adalah bagi meminda Akta Levi Pelepasan 2019, Akta 813 iaitu dengan memasukkan peruntukan baharu yang bertujuan untuk menambah baik pentadbiran levi pelepasan melalui peruntukan yang membolehkan fasilitasi tertentu diberikan kepada pembayar cukai khususnya semasa berlaku kecemasan awam seperti bencana alam atau krisis kesihatan awam seperti pandemik.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam rang undang-undang ini yang mengandungi dua fasal seperti berikut.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 62A dan 62B ke dalam Akta 813. Seksyen 62A memperuntukkan kuasa kepada Menteri Kewangan untuk melanjutkan apa-apa tempoh sebelum tamat tempoh yang ditetapkan di bawah Akta 813 atau perundangan subsidiarinya. Jika tempoh tersebut tidak dapat dipenuhi oleh mana- mana orang disebabkan berlakunya kecemasan awam seperti bencana alam atau krisis kesihatan awam seperti pandemik.
Sebagai contoh, Akta 813 telah menetapkan bahawa penghantaran penyata dan bayaran levi hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari selepas tamat tempoh cukai. Namun disebabkan berlakunya pandemik COVID-19, sektor penerbangan yang telah mengutip levi pelepasan daripada penumpang udara yang meninggalkan Malaysia tidak dapat remit bayaran levi pada Jabatan Kastam dalam tempoh yang ditetapkan susulan sekatan perjalanan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Situasi ini menyebabkan levi pelepasan hanya dapat dibayar selepas tamat tempoh 30 hari dan tertakluk kepada pengenaan penalti lewat bayar. Dengan adanya peruntukan baharu ini mengenai lanjutan tempoh, sekiranya berlaku kecemasan awam atau krisis kesihatan awam di masa yang akan datang, Menteri boleh melanjutkan tempoh penghantaran penyata dan bayaran levi melebihi 30 hari jika terdapat kekangan untuk membayar cukai mematuhi tempoh yang ditetapkan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan ataupun penutupan operasi perniagaan, lanjutan tempoh boleh diberikan sebagai kelonggaran kepada pihak industri untuk membuat bayaran levi tanpa dikenakan penalti lewat bayar.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Seksyen 62B pula memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk menambah, memotong atau mengubah apa-apa terma dan syarat yang dikenakan menurut Akta 813 dengan syarat bahawa suatu notis makluman diberikan terlebih dahulu kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat tersebut. Peruntukan ini dimasukkan sebagai inisiatif untuk menyediakan fasilitasi kepada pihak industri sekiranya terdapat keperluan untuk memohon pengubahsuaian terma dan syarat di masa akan datang.
Pindaan Akta 813 secara umumnya, Tuan Yang di-Pertua, tidak menjejaskan pengenaan Levi Pelepasan kepada penumpang udara yang meninggalkan Malaysia dan tidak melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan. Sebaliknya pindaan bersifat positif, memberi kelonggaran tertentu kepada sektor penerbangan yang berdaftar dan bertanggungjawab mengutip levi pelepasan dalam melaksanakan obligasi di bawah Akta 813 dan perundangan subsidiarynya.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Siapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya menyokong, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Levi Pelepasan 2019 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya ada tiga Ahli Yang Berhormat untuk berbahas. Pertama Yang Berhormat Tebrau, kemudian Yang Berhormat Rasah, kemudian Yang Berhormat Kuala Nerus.
Saya jemput Yang Berhormat Tebrau. Lima minit.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya sertai perbahasan Rang Undang-undang Akta Levi Pelepasan
(Pindaan) 2022.
Tuan Yang di-Pertua, perbahasan saya ringkas sahaja kerana ini adalah satu RUU atau— yang dibuat atas satu akta yang baru-baru diluluskan pada tahun 2019 dan seterusnya tidak lama pelaksanaan itu, sudah adakan PKP dan ini agak mengganggulah pelaksanaan ya, saya faham. Akan tetapi masih saya ada soalan untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab ialah berapa Levi Pelepasan yang sudah diterima sejak 1 September 2019?
Apakah kesan levi terhadap pelancongan secara keseluruhan? Adakah terdapat peningkatan ketara dalam perjalanan percutian domestik sejak levi pelepasan diperkenalkan sebelum PKP dilaksanakan? Adakah penyelidikan telah dibuat bagi mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan akta ini bagi tujuan penambahan cukai untuk negara kita?
Jadi itu sahaja dari Tebrau. Harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menjawab. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sila Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Pindaan terhadap Akta Levi Pelepasan 2019 memang hanya melibatkan dua fasa baharu, seksyen 62A dan seksyen 62B sebagaimana beberapa RUU yang telah disebutkan, telah dibentangkan dan diluluskan sebentar tadi. Saya nampak ia sebagai
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
memberikan fleksibiliti kepada bidang kuasa budi bicara kepada Yang Berhormat Menteri dalam menjalankan tugas beliau.
Cuma sejak akta ini berkuat kuasa pada— saya masih ingat ia dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada Mac 2019 dan dilaksanakan selepas itu pada pertengahan tahun 2019. Saya hendak tanya hampir tiga tahun ia dilaksanakan, berapakah jumlah pendapatan yang telah dijana, dikutip daripada levi pelepasan ini?
Okey, saya percaya tahun 2019 apabila ia dilaksanakan, kutipannya mungkin boleh tahan juga walaupun setengah tahun. Tahun 2020 bila masuk PKP dengan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, sudah pasti mereka yang berlepas bertolak dari Malaysia jatuh menjunam dan menjejaskannya dan selepas itu tahun 2021.
Jadi saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri, sahabat saya ketika menggulung nanti, minta berikan statistik untuk tahun 2019, 2020, 2021 dan separuh pertama untuk 2022. Ini sebab kita hendak tahu berapa pendapatan yang dapat dijana untuk negara kita. Saya masih ingat ketika ia mula-mula dibentangkan untuk menjadi akta pada tahun 2019, saya antara yang bangun menyokong ketika itu dan berharap ia dapat membantu negara untuk menjana pendapatan tambahan dan saya difahamkan banyak negara asing turut mempunyai levi ini. Kita bukan negara yang awal, kita sebenarnya antara negara yang kiranya sudah lambat sudah melaksanakan levi ini.
Jadi saya hendak tanya juga Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapakah negara asing lain yang ada melaksanakan levi pelepasan, levi yang sama sepertimana negara kita dan yang terakhir iaitu apakah ada pertimbangan ataupun cadangan daripada pihak kementerian sendiri sama ada saya tidak tahu untuk naik ataupun turunkan kadar levi yang dikenakan terhadap levi pelepasan ini. Ini sebab kita tahu levi pelepasan ini boleh menjana keuntungan untuk negara. Jadi, perlu- adakah ada cadangan dari kerajaan untuk naik atau turun?
Okey, akhir sekali hasil kutipan daripada levi ini digunakan untuk apa? Kita hendak tahu. Boleh atau tidak sama ada ia digunakan untuk industri aviation, industri penerbangan ataupun boleh digunakan sebagai dana ataupun peruntukan pembangunan untuk apa-apa yang difikirkan oleh kerajaan. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Seterusnya, Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Allah Taala berfirman dalam surah Al-Mulk ayat 19 [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Tidakkah kamu lihat pada burung di atas kamu yang sedang terbang mengepak dan menutup sayapnya tidak ada megahnya melainkan ar-Rahman iaitu Allah ialah dengan sesuatu itu Maha Melihat”.
Saya menyokong penuh hasrat Kementerian Kewangan untuk meminda Akta Levi Pelepasan ini untuk kita selaraskan dengan keadaan semasa hari ini di kala berlakunya krisis kesihatan awam ataupun lebih kita namakan hari ini sebagai COVID-19. Akan tetapi perlu kita pergi kepada tujuan. Tujuannya adalah untuk kita gunakan semaksimumnya kuasa yang diberikan menerusi pindaan ini pada Menteri ataupun sesiapa sahaja yang diberikan kuasa untuk kita merangsang kembali ekonomi rakyat. Apa yang kita bincang adalah cukai ataupun levi pelepasan. Kita ambil income daripada rakyat.
Saya hendak ajak kita balik lihat pada prinsip cukai. Cukai ini diambil sebagai pendapatan kerajaan. Pendapatan kerajaan diambil daripada aktiviti ekonomi yang menjana pendapatan. Itu kuasa yang asas. Konsepnya kalau kita ambil dalam Al-Quran [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Ambil daripada harta mereka, sedekah atau zakat yang boleh menyucikan mereka dan boleh menyuburkan ekonomi mereka”. Itu konsepnya. Akan tetapi di kala mana ia melibatkan bukannya pendapatan, bukannya aktiviti ekonomi yang menjana pendapatan tetapi ialah perbelanjaan.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Maka cukai melibatkan perbelanjaan juga boleh dikutip oleh kerajaan berdasarkan kaedah [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Tindak tanduk pemerintah bergantung kepada maslahat keperluan rakyat”. Akan tetapi bila kita bincang tentang COVID-19, saya lihat kita telah pinda akta ini pada tahun 2019 dan dilaksanakan bermula pada September 2020 ketika sedang berlaku COVID-19 dan tentu tadi soalan diminta oleh Yang Berhormat Kota Melaka, banyak mana yang dapat dikutip oleh kerajaan.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Akan tetapi saya hendak pergi kepada bahawa sampai masa gunakan pindaan ini untuk kita mengecualikan kerana ia melibatkan pendapatan rakyat yang perlu keluar, yang rakyat keluar hari ini kerana pelbagai sebab yang keluar negara menerusi udara kerana levi perlu melibatkan keluar negara menggunakan udara, keluar kerana faktor pekerjaan, keluar kerana faktor keluarga, keluar kerana faktor pelancongan ibadah, keluar kerana faktor perubatan.
Jadi di kala mana mereka keluarkan duit untuk perbelanjaan, dikenakan lagi levi untuk ke luar negara, ke luar ASEAN hingga RM50 plus RM73 yang kita tambah pada tahun 2019 dan untuk ASEAN ditambah sebanyak RM8 untuk kelas ekonomi dan juga RM20 untuk kelas pertama.
Maka saya rasa sampai masa untuk kerajaan menjadikan ruang untuk kita bangkit daripada ekonomi ini sebagai tax holiday. Ini waktu rakyat menikmati pelepasan cukai yang banyak untuk mereka bangkit dan kerajaan untuk mendapat pendapatan, kerajaan perlu ambil daripada sumber yang memberi- bersifat ekonomi, bersifat memberi income kepada kerajaan, yang memberi pendapatan bukan daripada perbelanjaan rakyat.
Ini pandangan yang saya rasa perlu dilontarkan di sini kerana rakyat dibebankan dengan bayaran PSC lagi dan akhir-akhir ini kita tahu semua bahawa kos tiket semuanya melambung tinggi, yang biasa keluar negara hanya sekitar mungkin kalau ke Turki sekitar RM3,000 hingga RM4,000 sahaja, sekarang RM6,000 hingga RM7,000 untuk kelas ekonomi. Business sampai RM18,000.
Ertinya inilah masa dia untuk kerajaan memberi ruang untuk rakyat bernafas, tangguh sekejap aktiviti cukai ataupun levi yang dikenakan kepada rakyat dan ambil lah ruang lain untuk kita mengambil pendapatan bagi negara kita. Saya menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan untuk menjawab. 10 minit.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya bagi pihak Kementerian Kewangan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada tiga Ahli Yang Berhormat yang bertanya berkaitan pindaan Akta Levi Pelepasan. Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Kuala Nerus.
Sesungguhnya pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat sudah pasti memberi ruang dan peluang untuk Kementerian Kewangan memberi penjelasan berkaitan pindaan dan perkara-perkara yang tidak melibatkan pindaan.
Untuk makluman Yang Berhormat Tebrau yang membangkitkan isu berkaitan levi yang diterima. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya ingin recap baliklah atau revisit tentang apa sebenarnya kadar levi pelepasan yang kita kenakan kepada mod udara, mereka yang meninggalkan Malaysia tidak kepada sama ada air atau darat.
Saya yakin kita telah wartakan Akta Levi Pelepasan pada tahun 2019 iaitu pada 31 Julai 2019. Untuk kelas perniagaan dan kelas pertama dalam ASEAN kita kenakan RM50, selain negara-negara ASEAN RM150, untuk ekonomi kita kenakan hanya RM8 kepada mereka yang kelas penumpang peringkat ekonomi RM8 dalam negara ASEAN dan di luar negara ASEAN RM20.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Jadi, disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda negara kita dan seluruh negara, jumlah yang dapat kita kutip ini juga menjawab soalan daripada Yang Berhormat Rasah dan saya akan pergi juga kepada Yang Berhormat Kuala Nerus adalah berjumlah kutipan levi adalah pelepasan sebanyak RM202,449,225 bermula daripada 1 September 2019 sehingga 6 Julai 2022.
Yang Berhormat Rasah ada bangkitkan berkaitan kalau tidak ada pandemik COVID-19 berapakah jumlah kutipan? Semasa Kerajaan PH membentangkan rang undang-undang ini dan ketika itu kajian dibuat, simulasi jangkaan kutipan levi bagi levi pelepasan adalah lebih hampir RM500 juta bagi satu tahun. Bermakna apabila menghadapi masalah tidak dapat kita ke luar negara jadi kita tidak dapat kutip RM500 juta ini. Ke mana wang ini disalurkan?
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, mana-mana hasil yang kita kutip kita mesti masukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan dan sudah pasti Kementerian Kewangan bukan sahaja bergantung harap levi pelepasan untuk kita memastikan sektor pelancongan ini dapat kita perkasakan.
Apatah lagi semasa tempoh pandemik COVID-19 berlaku dua tahun yang lalu, sektor pelancongan ini adalah antara sektor yang terbesar terkesan. Itu sebabnya banyak semasa tadi dalam cukai pelancongan, banyak perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sudah pasti akan menjadi perhatian pegawai-pegawai di Kementerian Kewangan.
Yang Berhormat Kuala Nerus membangkitkan, adakah kita akan lakukan pengecualian. Yang Berhormat, sepertimana yang telah saya nyatakan tadi kadar levi yang ditetapkan- ekonomi rakyat ini Yang Berhormat adalah golongan-golongan yang B40, pertengahan M40. Kita hanya kenakan RM8 sahaja Yang Berhormat untuk mereka bergerak ke negara-negara ASEAN dan hanya RM20 negara yang luar daripada negara ASEAN.
Kita juga kalau tengok daripada segi yang lain, kita kenakan levi ini Yang Berhormat untuk memastikan mereka perhebatkan pelancongan domestik dan kalau mereka rasa di negara kita ini sudah mempunyai keindahan yang mereka ingin capai.
Sudah pasti kita mengharapkan dia banyak pergi kepada dalam negeri yang ada di negara kita. Sila, Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit lagi soalan. Saya faham tambahan RM8 yang asal RM43 tambah RM8 jadi RM43 untuk ASEAN. Perbetulkan kalau saya silap.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila, Timbalan Menteri.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Yang Berhormat, ia dua. Yang Berhormat kena faham. Caj dekat tiket itu ada dua. Satu caj penerbangan yang sedia ada, yang kita panggil sebagai passenger service charge. Itu dia bayar kepada pengendali lapangan terbang. Yang bayar kepada kerajaan hanya Akta Levi Pelepasan, RM8.
Domestik Yang Berhormat, di bawah passenger service charge (PSC) - domestik RM11, antarabangsa ASEAN RM35, antarabangsa selain ASEAN RM73 dan ada lagi satu servis caj yang dikenakan atas regulatory service charge yang dikenakan oleh MAVCOM hanya RM1 sahaja Yang Berhormat.
Jadi kalau kita hendak ambil di peringkat ASEAN- RM35 campur dengan RM8, campur dengan RM1, itulah jumlahnya Yang Berhormat. Saya rasa kadar itu amat – kerana yang paling penting sepertimana Yang Berhormat sebutkan tadi, cukai ini kita bagi untuk kita boost balik ekonomi sebab bantuan-bantuan tunai yang kerajaan bagi tempoh hari juga melibatkan mereka-mereka, pekerja-pekerja dalam sektor-sektor penerbangan.
Terima kasih Yang Berhormat.
Ada juga yang bangkitkan adakah kita akan lakukan semakan. Yang Berhormat Tebrau bangkitkan adakah kita akan lakukan semakan. Insya-Allah Yang Berhormat, kadar semula kadar levi ini boleh dilaksanakan mengikut keperluan semasa. Kita akan lihat momentum.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Saya dapat dimaklumkan oleh pihak MAHB, setakat Januari hingga Jun 2022 mencatatkan 20.25 juta penumpang di semua lapangan terbang di seluruh negara. Akan tetapi kalau kita lihat Jun 2022 jumlah trafik antarabangsa KLIA adalah melepasi paras sejuta penumpang buat kali pertama sejak pandemik. Pada bulan Jun sahaja ia merekodkan 1.09 juta orang penumpang antarabangsa iaitu peningkatan 21 peratus berbanding bulan Mei.
Apa yang penting Yang Berhormat, Yang Berhormat juga ada bertanya tentang negara mana yang melaksanakan levi pelepasan. We are not the only country, Yang Berhormat. Australia, Austria, Kanada, China, Jerman dan banyak lagi negara-negara yang lakukan. Itu sebabnya sebelum kita lakukan sebarang cukai, kita sudah pastinya melihat best practices negara-negara yang telah dilaksanakan dan apakah impak dan kesan kepada ekonomi negara. Saya ingat Yang Berhormat, itu sahaja yang dibangkitkan oleh ketiga-ketiga Ahli Yang Berhormat.
Jadi saya sekali lagi bagi pihak Kementerian Kewangan mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kesihatan I (Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali) dan diluluskan]
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Levi Kenderaan Barang-barang 1983 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Levi Kenderaan Barang-barang
(Pindaan) 2022 yang dicadangkan ini adalah bagi meminda Akta Levi Kenderaan Barang- barang 1983, Akta 294 dengan memasukkan peruntukan yang baharu yang bertujuan untuk menambah baik pentadbiran levi kenderaan barang-barang melalui peruntukan
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
yang membolehkan spesifikasi tertentu diberikan kepada pembayar cukai dalam situasi berlakunya kecemasan awam atau krisis kesihatan awam seperti pandemik COVID-19.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam rang undang-undang ini yang mengandungi dua fasal seperti berikut.
Fasal 1 mengandungi “tajuk ringkas” dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan memasukkan seksyen baharu 7A, dan 7B ke dalam Akta 294.
Seksyen 7A memperuntukkan kuasa kepada Menteri Kewangan untuk melanjutkan apa- apa tempoh sebelum tamat tempoh yang ditetapkan di bawah Akta 294 atau perundangan subsidiarinya.
Jika tempoh tersebut tidak dapat dipenuhi oleh mana-mana orang disebabkan berlakunya kecemasan awam seperti bencana alam atau krisis kesihatan awam seperti pandemik. Sebagai contoh Akta 294, telah menetapkan bahawa tuntutan pembayaran balik levi kenderaan barang-barang yang terlebih bayar atau tersalah bayar hendaklah dibuat dalam masa satu tahun selepas tarikh pembayaran levi.
Dalam situasi berlakunya, kecemasan awam seperti bencana alam atau krisis kesihatan awam yang berlarutan seperti pandemik, berkemungkinan pihak industri tidak dapat mengemukakan tuntutan bayaran balik levi dalam tempoh yang ditetapkan. Oleh itu, terdapat keperluan untuk melanjutkan tempoh tersebut bagi membolehkan mana- mana orang mengemukakan tuntutan bayaran balik levi terlebih bayar atau tersilap bayar.
Dengan adanya peruntukan baharu mengenai lanjutan tempoh ini, sekiranya berlaku kecemasan awam atau krisis kesihatan awam di masa akan datang Menteri boleh memberi lanjutan tempoh kepada pihak yang memerlukan.
Seksyen 7B pula memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk menambah, memotong dan mengubah terma dan syarat yang dikenakan di bawah Akta 294 dengan syarat bahawa satu Notis Makluman telah diberikan dahulu kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat tersebut. Peruntukan baharu ini dimasukkan sebagai inisiatif bagi menyediakan fasilitasi kepada pihak industri sekiranya terdapat keperluan untuk memohon pengubahsuaian terma dan syarat di masa akan datang.
Peruntukan untuk melanjutkan tempoh dan mengubah terma atau syarat ini bukan memberi kuasa mutlak kepada Menteri untuk sewenang-wenangnya memberi lanjutan tempoh atau mengubah terma dan syarat tersebut. Sebaliknya, lanjutan tempoh hanya dilaksanakan berdasarkan keperluan pembayar cukai ketika berlakunya kecemasan awam atau krisis awam. Manakala, perubahan terma dan syarat hanya dilaksanakan selepas konsultasi dengan pihak industri dan berdasarkan perakuan serta semakan terperinci oleh Kastam Diraja Malaysia.
Secara umumnya Tuan Yang di-Pertua, pindaan Akta 294 ini juga tidak melibatkan implikasi kewangan kerajaan. Sebaliknya ia adalah pindaan bersifat positif yang akan memberikan manfaat kepada pihak industri dalam menyempurnakan obligasi di bawah akta ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Siapa- yang menyokong?
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Levi Kenderaan Barang-barang 1983, dibacakan Kali Yang Kedua sekarang, dan terbuka untuk dibahas.
Saya ada seorang Yang Berhormat untuk berbahas, Yang Berhormat Tebrau.
Saya persilakan Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyertai perbahasan Rang Undang-undang Levi Kenderaan Barang- barang (Pindaan) 2022.
Perbahasan saya ringkas sahaja. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya menyokong RUU ini tetapi ada beberapa perkara untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab. Pertama, berapakah bilangan kenderaan barangan yang telah masuk dan keluar dari Malaysia dari tahun ke tahun, dari tahun 2016 hingga 2021? Sekiranya tidak ada jawapan buat masa sekarang boleh memberi jawapan secara bertulis, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Kedua, berapakah jumlah levi yang dikutip dari tahun 2016 hingga tahun 2021?
Sama juga, kalau tidak ada maklumat yang sedia ada boleh bagi jawapan secara bertulis kepada saya.
Ketiga, negara manakah di Asia Tenggara yang mengenakan levi kenderaan barangan seperti yang dikenakan atau dilakukan oleh negara kita?
Terakhir, adakah ia mempunyai kesan material terhadap kutipan hasil negara kita jika kita memansuhkan levi ini memandangkan negara kita sedang mengalami kenaikan harga barang dan mengenakan levi ini kepada kenderaan yang membawa masuk barang kepada negara kita akan meningkatkan kos pengangkutan dan itu akan juga meningkatkan kos penghasilan barang-barang.
Jadi, itu merupakan soalan daripada saya. Sekiranya tidak ada jawapan kerana maklumat tidak ada dalam tangan, boleh memberi jawapan secara bertulis. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab, lima minit.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tebrau kerana amat meminati Kementerian Kewangan. Setiap pindaan daripada awal tadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan II sehingga sekarang, beliaulah menjadi orang yang sangat setia dengan Kementerian Kewangan.
Tidak elok kalau saya tidak jawab perkara-perkara yang dibangkitkan dalam tempoh masa yang ada walaupun pertanyaan itu kalau kita lihat Standing Order 36(1) hanya membincangkan perkara yang dipinda tetapi disebabkan perkara ini, saya harus memberi sedikit penerangan.
Untuk makluman Yang Berhormat, akta ini diwujudkan pada tahun 1983. Apabila Akta Levi Kenderaan Barang-barang diwujudkan pada tahun 1983, sudah pasti ia tidak bolehlah kita melihat bahawasanya dengan pengenaan levi ini ia telah berlaku lama dan inflasi yang agak meruncing barulah keadaan ketika ini. Walaupun inflasi sekarang ini baru berada di paras 2.5 peratus berbanding sebelum, awal tahun iaitu 2.2 peratus.
Jadi apa yang penting Yang Berhormat, kenapa kita wujudkan objektif akta ini kerana kita hendak pastikan logistik menggunakan pelabuhan tempatan. Itu sebabnya kita kenakan antara Malaysia dan Singapura.
Kalau mereka mengeluarkan kenderaan meninggalkan negara kita melalui darat sama ada bermuatan atau kosong, kita akan kenakan hanya RM200 Yang Berhormat dan RM100 kita kenakan apabila memasuki Malaysia. Jadi, kalau hendak dirangkumkan secara relatifnya tidaklah disebabkan RM200 dan RM100 ini meningkatkan harga.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Akan tetapi, walau bagaimanapun pandangan Yang Berhormat itu juga kita akan lihat dan saya akan minta pihak kastam meneliti perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Berkaitan kutipan, berkaitan perkara-perkara ini saya akan bagi jawapan secara bertulis. Sila.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tanya, levi kenderaan ini adakah untuk kenderaan baharu ataupun kenderaan second hand yang dibeli? Itu yang satu nak clear.
Kedua, kadang-kadang kita beli kenderaan-kenderaan daripada rebuild yang mana dibawa ke Malaysia dan juga dia rebuild dan dijadikan nombor baharulah dalam nombor plat dia. Itu sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua, yang dibangkitkan Yang Berhormat Padang Serai tadi adalah perkara yang berlainan dengan akta ini. Akta ini hanya mengenakan levi kenderaan barang-barang, bukan kenderaan barang-barang. Kenderaan yang membawa barang-barang pergi keluar dari Malaysia, itu yang kita kenakan levi.
Yang Berhormat maksudkan tadi adalah cukai jualan import dan duti import yang dibawa, sama ada itu kenderaan yang pertama atau second hand. Itu perkara yang berbeza. Sudah pasti perkara ini saya nanti jelaskan pada Yang Berhormatlah perkara- perkara tersebut kerana ia tidak berkaitan dengan apa yang kita bincangkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Fasal-fasal 1 hingga 2 - Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya hendak tanya contohnya kalau kenderaan itu bawa barang dari Malaysia pergi ke Singapore. Okey, Malaysia akan kena levi dan juga kalau pergi Singapore, Singapore pun kena bayar levi.
So, bagaimana? Adakah itu satu masalah pada ejen-ejen yang uruskan dan juga apabila kita eksport barang-barang daripada negara kita pergi ke luar negara? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Patutnya kena rujuk mana, fasal 1 kah fasal 2? Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Itu sebab saya beritahu ia tidak melibatkan fasal-fasal, cuma Yang Berhormat sudah pasti reciprocal itu akan berlaku, saya tidak nafikan perkara itu Yang Berhormat. Maknanya, pihak Malaysia kenakan dan pihak sana kenakan.
Sama juga seperti kita sepertimana yang saya sebutkan tadi, kalau kenderaan itu bermuatan atau tidak, meninggalkan Malaysia, RM200 kita akan kenakan dan bila RM100, kenderaan tersebut masuk ke Malaysia, juga kenakan RM100.
Akan tetapi, maknanya keluar RM200. Kalau mereka masuk ke Malaysia RM100.
Saya ingat itu buat masa sekarang kadar itu kadar yang relevan dan sekiranya ada pandangan Yang Berhormat yang mungkin dikatakan sebab itu menyebabkan harga naik, kita akan kaji Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat sebab saya tahu Yang Berhormat Padang Serai dekat dengan industri logistik, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan.
[****Fasal-fasal 1 hingga 2** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Perpaduan Negara (Datuk Halimah binti Mohamed Sadique) dan diluluskan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, esok hari Khamis, 4 Ogos 2022. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat semua.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.35 petang]