Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua.
Sebelum kita mula, saya ada sedikit pemakluman. Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memulakan pemberian dos penggalak COVID- 19 di seluruh negara bermula 13 Oktober 2021 bertujuan untuk memastikan imuniti yang diperoleh selepas menerima dos lengkap dapat dikekalkan untuk tempoh yang optimum.
Justeru, bagi menggalakkan Ahli-ahli Yang Berhormat dan warga Parlimen mengambil dos penggalak ini, sesi pemberian dos penggalak kedua akan diadakan pada ketetapan berikut, tarikh 3, 4, 10 dan 11 Ogos iaitu tiap-tiap hari Rabu dan Khamis, masa 9 pagi hingga 4 petang di Dewan Bankuet Blok Utama, Parlimen Malaysia. Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat manfaatkan kempen pemberian dos penggalak ini. Sekian, terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Saya.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ada banyak rumours mengatakan fourth jab ini very dangerous. Jadi, how safe is it to take the fourth jab dalam hal ini?
Tuan Yang di-Pertua
Oh! Itu bukan soalan yang patut ditujukan kepada saya.
[Ketawa] Patut ditujukan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya rasa eloklah ditujukan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia ya. Terima kasih Yang Berhormat.
Saya mulakan “Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan” dgn menjemput Yang Berhormat Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, silakan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, mungkin..
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Hari ini MQT.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
MQT dahulu Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
MQT. Oh! Maaf, maaf. Oh! Silap. Saya mempersilakan Yang Berhormat Tumpat, Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi.
1. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan sejauh mana persiapan kementerian untuk menganjurkan MAHA 2022 dalam suasana pasca pandemik selepas empat (4) tahun tidak diadakan serta apakah jangkaan manfaat yang bakal terhasil menerusi penganjuran program MAHA pada tahun ini.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, objektif utama penganjuran Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA adalah untuk mempromosi sektor agromakanan dan industri asas tani dengan mengetengahkan kepelbagaian produk, penggunaan teknologi tertinggi, kejayaan- kejayaan perusahaan serta pelbagai inisiatif yang diambil oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam memajukan sektor pertanian negara.
Pameran pertanian terbesar dan berprestij ini turut mempamerkan peluang- peluang perniagaan yang ditawarkan oleh industri agromakanan yang sedang berkembang pesat. MAHA bakal berlangsung pada 4 hingga 14 Ogos yang akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 6 Ogos 2022 ini.
Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang ataupun MAEPS Selangor dengan keluasan tapak seluas 125 hektar mampu menampung kehadiran pengunjung sehingga 100,000 orang sehari. Pelaksanaan MAHA kali ini juga buat julung-julung kalinya akan dianjurkan secara hibrid iaitu kombinasi fizikal dan maya dengan izin, virtual.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tema MAHA pada tahun ini adalah Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan atau Food Security for the Future. Pemilihan tema ini adalah bertepatan dan selari dengan hasrat kerajaan untuk memberi tumpuan memperkukuhkan sekuriti makanan negara dalam menghadapi pelbagai cabaran.
Justeru itu, penganjuran MAHA 2022 ini akan menjadi platform utama dalam usaha kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk memacu pemulihan sektor agromakanan negara selain membantu usahawan tani untuk pulih semula daripada aspek penjanaan sumber pendapatan dan seterusnya menjamin sekuriti makanan negara.
Pelbagai aktiviti promosi dan publisiti telah/dan sedang dilaksanakan di seluruh negara untuk menguar-uarkan tentang MAHA 2022 ini serta tarikan-tarikan utama yang terdapat di 22 segmen yang ditawarkan di dalam dewan dan juga di luar dewan, termasuk rumah-rumah negeri.
Sebanyak 1,500 booths pameran dan gerai jualan bakal dipenuhi dengan penglibatan pemain industri dan usahawan tempatan. Melalui penglibatan semua pihak berkaitan terutama pemain-pemain industri, MAHA 22 dijangka dapat menghasilkan lebih RM250 juta potensi nilai jualan.
Di samping itu, beberapa sesi menandatangani memorandum persefahaman juga berlaku di sepanjang MAHA 2022 melibatkan nilai pelaburan lebih daripada RM4 bilion. Ini tidak termasuk sesi padanan perniagaan dengan izin, business matching melibatkan lapan buah syarikat ejen pemasaran dari luar negara sebagai salah satu usaha untuk membawa hasil daripada– serta produk agromakanan tempatan ke pasaran antarabangsa. MAHA 2022 juga menyediakan peluang kerjaya kepada golongan muda serta graduan yang sedang mencari pekerjaan melalui Program Jamin Kerja dalam segmen Agro Job Fair.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Lebih daripada 100 buah syarikat akan turut serta dalam program ini yang menawarkan lebih daripada 15,000 kekosongan jawatan dalam pelbagai sektor agromakanan. Selain itu, lebih daripada 250 pocket talk, sharing session, seminar, webinar, konvensyen serta khidmat nasihat terus kepada kumpulan sasar akan diadakan.
Ini merupakan antara manfaat yang bakal terhasil menerusi penganjuran MAHA pada kali ini.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan, saya mengambil kesempatan ini untuk menjemput Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli Dewan untuk hadir ke MAHA 2022 yang akan diadakan pada 4 hingga 14 Ogos ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang agak panjang lebar itu dan tahniah saya ucapkan kepada MAFI di atas penganjuran program mega yang bakal dilaksanakan sehari dua nanti. Dalam jawapan Yang Berhormat Menteri tadi ada disebutkan tentang tema MAHA 2022 adalah “Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan”. Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri jelaskan, apakah elemen yang cuba diketengahkan melalui penganjuran MAHA kali ini dan apakah bentuk aplikasi dan inovasi terkini yang bakal diperkenalkan bagi mencapai maksud di atas? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
[Bangun]
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Memang benar tema MAHA 2022 ini “Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan” atau “Food Security for the Future” adalah merupakan tema yang diangkat oleh penganjur MAHA pada tahun 2022 ini. Dalam menganjur ini, penganjur telah mengadakan, melalui 22 segmen seperti yang saya katakan tadi diadakan di dalam Dewan dan di luar Dewan dan kesemua ini ada lapan laman dalam Dewan dan 22 dan— dalam dan luar dekat Dewan dan 22 segmen.
Fokus MAHA adalah melalui 22 segmen yang telah disediakan antara elemen tersebut adalah:
(i) Agro Trade iaitu melibatkan aktiviti perniagaan dan padanan perniagaan serta mempromosi produk tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa;
(ii) Agro Edutainment bagi mempromosi serta memberi kesedaran tentang kepentingan sektor agromakanan dalam menjamin sumber bekalan negara;
(iii) Agro Lifestyle bagi mempamerkan gaya hidup keluarga serta aktiviti nilai tambah di sepanjang nilai rantaian agromakanan;
(iv) selain itu aktiviti menarik untuk golongan muda Agro Youth seperti yang saya katakan tadi untuk menggalakkan dan mendorong pembangunan usahawan tani muda;
(v) Agro Tourism khusus bagi mempromosi industri agro pelancongan;
(vi) Agroteknologi untuk mempamerkan penggunaan teknologi serta jentera terkini; dan
(vii) Agro Job Fair akan mempromosi potensi serta peluang pekerjaan yang tersedia dalam sektor pertanian.
Seperti saya katakan, terdapat 1,500 ruang pameran dan jualan turut disediakan mengikut segmen termasuk pameran oleh kementerian, jabatan/agensi kerajaan, syarikat swasta dan badan korporat. Di samping itu, terdapat juga aktiviti demonstrasi masakan, seminar dan konvensyen agromakanan, pengoperasian laman-laman dan rumah-rumah negeri.
Jadi kepentingan sektor agromakanan khususnya di peringkat pengeluaran juga akan ditumpukan melalui pengisian program dan aktiviti di kawasan-kawasan laman, antaranya:
(i) laman padi;
(ii) laman sayuran dan herba;
(iii) laman ternakan;
(iv) laman perikanan;
(v) laman florikultur;
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
(vi) laman nanas;
(vii) laman mekanisasi; dan
(viii) castella fruits. Jadi, kesemua ini akan dapat dilihat dan diikuti melalui penganjuran MAHA pada kali ini. Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar, Papar.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat Papar ya. Yang Berhormat Papar sudah berdiri lama.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Oktober 1922, MAHA telah ditubuhkan dengan nama Persatuan Malayan Agri- Horticulture Association (MAHA). Pertunjukan pertama MAHA diadakan di padang Kelab Lumba Kuda Selangor pada tahun 1923. Tahun 1999, MAHA diberi nama yang baru iaitu Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA). Soalan tambahan saya, memandangkan MAHA telah diubah nama daripada Malayan kepada Malaysian, bukankah lebih baik kementerian mula mengorak langkah dengan menganjurkan MAHA di Sabah mahupun di Sarawak bagi mencerminkan semangat sebenar penubuhan Malaysia.
Memandangkan Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Makanan juga dari Sabah, maka saya merayu MAHA akan datang dibuat di Sabah ataupun di Sarawak.
Memandangkan MAHA telah diubah nama, maka saya sekali lagi menyeru supaya Sabah dan Sarawak sememangnya memiliki potensi yang besar di dalam bidang pertanian mahupun ternakan dan inilah masanya kerajaan menunjukkan keseriusan dalam membangunkan kedua-dua wilayah ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Papar, nanti Yang Berhormat lain tidak sempat tanya soalan, maka Yang Berhormat Papar akan kena marah.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Minta maaf.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Itu cadangan yang baik dan pernah dilakukan sebelum ini. Penganjuran MAHA ini dianjurkan di tapak yang berbeza setiap tahun. Akan tetapi sejak tahun 2003 rasanya atau tahun 2006, MAHA ditempatkan di satu tapak kekal itu yang dipanggil sebagai Taman Ekspo Pertanian Malaysia di Serdang ataupun MAEPS dalam bahasa Inggerisnya.
Jadi, beberapa faktor menyebabkan keputusan diambil untuk meletakkan MAHA di satu tapak yang kekal kerana infrastruktur yang dibina itu digunakan semula untuk penganjuran MAHA selepas dua tahun kemudian. Rumah-rumah negeri yang ada sekarang ini, pavilion-pavilion yang didirikan oleh pelbagai jabatan/agensi masih digunakan sehingga kini. Jadi daripada segi kos penjimatan dan sebagainya, keputusan untuk meletakkan penganjuran MAHA ini di satu tapak yang kekal adalah merupakan satu keputusan yang tepat.
Jadi, keluasan di tanah Serdang ini juga luas dan kemudahan-kemudahan dari segi logistik dan kemudahan pengunjung untuk hadir amat selesa. Jadi itu merupakan satu keputusan. Selagi keputusan ini belum diubah, jadi cadangan Yang Berhormat Papar untuk diadakan mengikut negeri-negeri belum boleh ditimbangkan setakat ini. Jadi, sebelum ini dibuat secara bergilir tetapi sejak tahun 2003 ia dibuat secara kekal, di tapak yang kekal di Serdang. Jadi keputusan yang kekal sehingga kini Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Puan Yeo Bee Yin, silakan.
2. Puan Yeo Bee Yin [Bakri] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengatasi cabaran- cabaran utama yang dihadapi oleh industri perabot Malaysia pasca COVID-19 seperti peningkatan kos termasuk bahan mentah, tenaga buruh dan logistik, persaingan kuat dari negara-negara lain untuk pasaran dunia serta kekurangan kakitangan.
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Bismillahi Rahmani Rahim, alhamdulillah. Yang Berhormat Bakri, you made it through the jam dengan izin.
[Ketawa] Semua sangkut hari ini. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Bakri mengenai concern tentang bagaimana industri perabot kita menghadapi pasca COVID-19, kita maklum bahawa waktu COVID-19 dan sebagainya dan ketika ini juga kos the whole supply chain, ya rantaian supply memang meningkat pada keseluruhannya.
Walau bagaimanapun, KPPK di bawah agensinya Malaysian Timber Industry Board and also Malaysian Timber Council ada buat beberapa program untuk membantu industri perkayuan ini untuk meringankan beban mereka. Antaranya ialah *Import Assistance Programme.
This Import Assistance Programme* adalah untuk di mana pengimport diberi bantuan dari segi penanggungan sebahagian kos logistik untuk mengimport bahan mentah kayu ke Malaysia. Bantuan maksimum tahunan adalah di antara RM70,000 sampai RM115,000 bagi setiap syarikat.
Setakat ini telah membelanjakan sebanyak RM11.6 juta untuk program ini, program Import Assistance Programme. So program lain juga yang dilaksanakan termasuk Program Sokongan Bahan Mentah di mana kita membantu melalui MTIB, membantu industri untuk memperoleh bahan mentah yang akan digunakan memproses produk siap.
Jumlah pinjaman maksimum yang diberikan adalah di antara RM20,000 hingga RM1 juta mengikut nilai kos bahan ya dan mereka perlu menyediakan pembayaran balik pinjaman ini dalam masa tiga ke enam bulan. Satu lagi program juga ialah Export Assistance Programme, di mana pihak pengeksport produk kayu kayan diberikan bantuan kewangan bagi mengurangkan beban bayaran pengangkutan sebanyak RM15,000 kepada setiap syarikat yang layak.
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Sehingga 30 Jun, kita telah menggunakan sebanyak RM2.21 juta. Untuk persaingan kuat dari negara-negara lain, kita maklum tentang ini dan persaingan kuat ini- negara-negara ini juga menghadapi masalah yang sama. Namun demikian, dalam program-program yang telah dianjurkan oleh MTC dan MTIB, mereka juga menggalakkan industri-industri kita dan membantu mereka untuk mengambil bahagian dalam pameran perdagangan dan furniture export seperti Malaysian International Furniture Fair dan juga Export Furniture Fair, Ecobil Southeast Asia, Malaysia International Renovation Expo, Expo REX dan pelbagai lagi. Jadi, untuk penjenamaan juga kita bantu mereka dalam program-program.
Baru-baru ini kementerian telah membuat lawatan kerja kepada 14 buah negara dalam masa empat bulan untuk melihat dan memasarkan bahan-bahan kayu-kayan kita termasuk furniture. Pada keseluruhannya Yang Berhormat Bakri, sambutan dari luar negara terhadap kualiti kayu-kayan kita dan juga our workmanship, sangatlah menggalakkan. Jadi, kementerian ketika ini sedang memikirkan langkah panjang, jangka panjang how do we make our wood industry sustainable. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Bakri, silakan.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana membuat promosi-promosi. Ini kerana apa yang saya dapat daripada feedbacks pemain- pemain industri adalah di mana baru-baru ini ada this Malaysian International Furniture Fair, di mana mereka mendapati bahawa big buyers, mereka tak datang. Juga kalau mereka datang pun mereka tak buat order sudah kerana memang kita menghadapi
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
persaingan yang besar untuk pasaran di Eropah, Poland dan juga Turki. Untuk pasaran di US, kita ada perabot keluaran dari Mexico. Oleh itu, saya ingin kementerian untuk mengambil maklum bagaimana membantu pemain industri kita untuk menghadapi masalah ini.
Kedua ialah Menteri, baru-baru ini, ramai di antara pemain-pemain industri perabot telah pun dijemput ke Indonesia untuk melabur di sana. Mereka telah membuat dan memberi polisi yang menggalakkan dan insentif. Ramai antara mereka sedang menimbang untuk mengembangkan kilang mereka di Indonesia dan bukan mengembangkan kilang mereka di Malaysia.
Ramai antara mereka juga mempertimbangkan Vietnam menjadi hab mereka. So, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian supaya untuk memastikan bahawa pelaburan-pelaburan ini stay in Malaysia dan juga boleh mencipta lebih banyak pekerjaan.
Antara aduan- complaints yang paling saya dapat merupakan kerenah birokrasi antara agensi-agensi tempatan, agensi yang berbeza-beza telah pun menjadikan Malaysia sangat tak business-friendly. So, adakah ada apa-apa langkah daripada kementerian untuk mengurangkan birokrasi di Malaysia dan memastikan kita continue to be business-friendly untuk kilang tempatan kita? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Panjang sangat itu Yang Berhormat Bakri.
Datuk Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Terima kasih Yang Berhormat Bakri of your concerns.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
[Bangun]
Datuk Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Bakri, ketika ini eksport kita- kalau tahun lepas, eksport kita berjumlah RM22.7 bilion, 2021. Setakat ini up to May, kita dah touched RM11 billion. So, we expect to do double of last year. Jadi, alhamdulillah. So, the pasaran, the market is still there for us. Masih lagi pasaran barangan-barangan wood furniture kita masih ada.
Cuma saya memang maklum tentang MIFF ini, big buyers ini. I think because ini juga adalah terlibat dalam isu COVID-19 dan juga post-COVID-19. Selepas ini, insya- Allah, ia akan lebih teratur dan tersusun. Namun demikian, saya tidak menafikan bahawa supply of our raw materials dari tahun ke tahun menurun. Kita *started with 17 million metric tons but now we’re only left with 2.7 million metric tons.
So*, our concern here, kita punya cabaran adalah untuk memastikan bahawa program huluan- upstream, dapat kita perkembangkan daripada segi menanam pokok dan sebagainya. Jadi itulah yang membuat cabaran- challenges kepada kita. Maka, industry players pergi ke Indonesia kerana kedapatan tanah yang lebih luas, lebih besar untuk mereka menanam pokok-pokok kayu ini dan juga membuat kilang-kilang downstream di sana.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
[Bangun]
Datuk Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Ini juga adalah antara satu strategi oleh KPPK untuk memastikan bahawa kita boleh sustain kita punya industri perkayuan ini untuk menggalakkan syarikat-syarikat dari Malaysia untuk membuat pelaburan di negara- negara luar termasuk Indonesia dalam membuat produk-produk hiliran. This is where the money added value is. Jadi, apa yang kita juga laksanakan hala tuju ke depan, kita nak cari tanah-tanah untuk kita tanam pokok-pokok kayu agar kita ada bahan untuk upstream dan kita buka ladang-ladang di luar negara juga. So, baru-baru ini contohnya kita baru ada MyACE. Ada negara Nigeria yang menawarkan 1 juta hektar tanah untuk menanam pokok-pokok untuk perkayuan dan sebagainya.
Saya juga nak menekankan di sini bahawa industri perkayuan kita memang mendapat sambutan yang baik daripada Jelajah Agrokomoditi kita dan ini merupakan usaha kita untuk memastikan bahawa pasaran kayu-kayan kita dapat meningkat.
Datuk Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Daripada segi pekerja, selain daripada masalah pekerja asing dan sebagainya tetapi melalui IMPACT, our institute of perladangan, kita telah approach dengan pergi ke universiti dan sekolah-sekolah untuk membuka kesedaran bahawa industri kayu ini merupakan industri yang berpotensi. Kita juga telah menandatangani MoU dengan TVET untuk memastikan kita dapat membuat local workers daripada negara kita sendiri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jempol, silakan.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sekitar 60 tahun yang lalu, kayu getah tidak dikenal pasti nilai atau kelebihannya dalam industri perabot. Justeru itu, kebanyakan kayu getah dieksport mentah ke luar negara. Sedangkan kayu getah boleh menghasilkan perabot yang berkualiti dan tinggi dan tahan lama mencecah 20 tahun.
Soalan saya, apakah perancangan kementerian untuk menggalakkan penggunaan kayu getah dalam kalangan pemain industri perabot Malaysia? Usaha ini saya yakin dan percaya kerana boleh mengurangkan kos dan juga membantu pekebun kecil yang mempunyai kebun dan tanam semula perlunya getah tersebut ditebang.
Adakah kementerian tahu bahawa kita pada hari ini, kayu getah yang amat sedikit penggunaannya dan mungkin harga juga tak dapat dirasai oleh pekebun kecil getah.
Mohon Menteri untuk menjawab.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Datuk Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Terima kasih Yang Berhormat Jempol.
Rubberwood adalah antara satu-satunya jenis kayu yang memang kita gunakan untuk membuat perabot untuk dieksport. Rubberwood memang popular selain daripada kita punya balau, meranti dan juga jati. Rubberwood memang kita eksport tetapi ketika ini juga kita telah membuat satu program yang mana kita juga mengolah rubberwood ini untuk satu ekosistem yang lebih mampan iaitu dengan memprosesnya untuk menjadikan chipboard yang digunakan untuk membuat perabot.
So, ini adalah antara perkara-perkara yang kita laksanakan. Rubberwood memang mendapat sambutan yang tinggi daripada negara-negara luar termasuk negara- negara Eropah. Ini memang kita manfaatkan apabila pokok getah sudah tua dan tak boleh lagi menghasilkan lateks- susu getah, maka kita dah ada program kerjasama antara perladangan getah dan juga kayu agar mereka boleh memanfaatkan kayu-kayu Rubberwood ini dan transform rubberwood ini kepada chipboard seperti yang saya sebutkan tadi. So, ini telah bermula Yang Berhormat Jempol. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Krai, silakan.
3. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, apakah status dan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Pengangkutan berikutan penurunan taraf keselamatan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) daripada Kategori 1 ke Kategori 2 oleh pihak Federal Aviation Administration (FAA) pada November 2019 dan apakah tindakan persediaan Malaysia untuk mengekalkan kerusi Ahli Majlis International Civil Aviation Organisation (ICAO).
Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Tuan Yang di-Pertua, berikutan penurunan taraf keselamatan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia
(CAAM) daripada Kategori 1 ke Kategori 2 oleh pihak Federal Aviation Administration
(FAA) Amerika Syarikat pada November 2019, Kementerian Pengangkutan melalui CAAM telah mengambil tindakan pembetulan terhadap 33 dapatan audit International Aviation Safety Assessment (IASA) yang dibangkitkan oleh FAA pada tahun 2019.
Pada waktu yang sama, CAAM telah mengambil tindakan memperkukuhkan aspek-aspek keselamatan termasuk elemen-elemen kritikal yang menjadi persoalan utama dalam IASA FAA.
Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Selanjutnya pihak FAA telah mengadakan sesi pengauditan semula ke atas CAAM dari 6 hingga 10 Disember 2021 dan laporan bertulis hasil dapatan pengauditan semula telah dikemukakan kepada Malaysia pada 10 Mei 2022 untuk tindakan pembetulan.
Berdasarkan laporan tersebut, CAAM telah mengambil tindakan untuk menutup 29 dapatan audit IASA yang dibangkitkan oleh FAA, seterusnya pada 12 hingga 14 Julai 2022 pihak FAA telah mengadakan perbincangan lanjutan dengan CAAM berkaitan tindakan pembetulan yang telah diambil oleh CAAM ke atas dapatan-dapatan tersebut.
Berdasarkan perbincangan tersebut, pihak FAA telah memaklumkan secara lisan bahawa kesemua 26 daripada 29 hasil dapatan yang diperoleh dalam sesi pengauditan pada Disember tahun lalu telah berjaya ditutup. Kesemua 26 hasil dapatan yang berjaya ditutup tersebut adalah berkaitan dengan aspek teknikal CAAM.
Walau bagaimanapun, masih ada tiga lagi dapatan yang masih tidak dapat ditutup. Daripada tiga dapatan tersebut, dua dapatan adalah berhubung aspek perundangan dan satu dapatan adalah berhubung aspek teknikal dan latihan yang melibatkan penyediaan silibus bagi inspektor CAAM.
Dalam hubungan ini, tindakan-tindakan pembetulan bagi menutup ketiga-tiga dapatan tersebut telah dikemukakan kepada pihak FAA pada 25 Julai 2022. Selanjutnya, pihak FAA akan membuat keputusan berhubung penarafan semula dalam jangka masa yang terdekat dan diumumkan pada bulan Ogos 2022 dan kita doakan yang terbaik buat Malaysia.
Selanjutnya bagi mengekalkan kerusi Ahli Majlis International Civil Aviation
(ICAO) Kementerian Pengangkutan telah bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri dan CAAM telah merangka strategi-strategi mendapatkan sokongan untuk mengekalkan kerusi Ahli Majlis tersebut. Antara strateginya ialah kita menghadiri persidangan dan mengadakan mesyuarat dua hala dengan kumpulan serantau seperti African Civil Aviation Commission, Latin American Civil Aviation Commission, Arab Civil Aviation Organization dan European Civil Aviation Conference. Di samping itu, Kementerian Pengangkutan melalui CAAM turut menawarkan latihan bagi pembangunan modal insan industri penerbangan awam antarabangsa di bawah program Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP) kepada kesemua negara pejanji ICAO. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Krai, silakan.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah pun diberikan. Soalan tambahan saya apakah kesan penurunan taraf keselamatan terhadap industri penerbangan negara seperti mana yang telah pun dijelaskan tadi? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya mana-mana negara yang diturunkan taraf keselamatan kepada kategori 2 akan membolehkan FAA mengambil tindakan seperti berikut:
(i) FAA tidak akan membenarkan sebarang permit penerbangan baharu daripada syarikat penerbangan Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan ke Amerika Syarikat kecuali penerbangan yang sedia ada;
(ii) FAA tidak akan membenarkan sebarang permit penerbangan baharu daripada syarikat penerbangan Malaysia untuk mengadakan code share atau perjanjian perkongsian kod dengan syarikat penerbangan Amerika Syarikat untuk
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
menyediakan perkhidmatan ke Amerika Syarikat dan hanyalah kecuali kepada penerbangan yang sedia ada; dan
(iii) FAA tidak akan membenarkan sebarang permit penerbangan baharu daripada syarikat penerbangan Malaysia untuk mengadakan perjanjian perkongsian kod dengan mana-mana syarikat penerbangan selain daripada Amerika Syarikat untuk ke destinasi Amerika.
Untuk makluman, sebenarnya saya sendiri telah berdepan dengan satu keadaan selepas penurunan taraf itu. Tahun lalu, kita nampak dari segi permintaan kargo yang agak tinggi ke Hong Kong. Walaupun kita lihat FAA Amerika Syarikat, negara China juga guna pakai kategori ataupun penarafan yang dibuat oleh FAA. Oleh sebab itu kalau kita hendak tambah slot dia tidak akan benarkan, tambah frekuensi tidak boleh, pendaratan ataupun hak pendaratan pun tidak diberi dan menunggu keputusan daripada audit FAA.
Ini antara kesan yang kita dapati dan saya ingin memaklumkan tadi dalam jawapan saya. Saya ada menyebut sebagai satu tindakan jangka panjang. Kita akan meminda daripada tiga dapatan yang kita berikan kepada FAA, kita komited iaitu dari segi pindaan perundangan kita akan bawa ke Dewan ini pada awal tahun depan.
Sementara itu, kita membuat perwakilan kuasa kepada CEO CAAM untuk mereka meluluskan apa juga tentang aspek technical licensing ataupun pelesenan teknikal dan itulah tindakan aktif yang kita buat. Sekarang ini 29 dapatan pun kita sudah selesai. Kita hanya tunggu keputusan daripada FAA. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sandakan. Saya bagi peluang kepada wanita pula.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, ini mengenai logistik juga terutamanya Sabah. Menurut kenyataan akhbar daripada Persatuan Lori Sabah kelmarin, MOT telah menyelesaikan masalah berat dengan muatan (BDM) di Sabah pada awal bulan Januari.
Soalan saya adalah adakah Menteri Pengangkutan akan membuat pengumuman rasmi mengenai isu BDM? Oleh sebab menurut jawapan lisan pada 21 Julai daripada Menteri Kanan Kerja Raya adalah beberapa jambatan di Sabah yang perlu dinaik taraf atau digantikan dengan yang baharu sebelum penyeragaman BDM dilaksanakan. Mohon pencerahan dari Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan ini luar daripada penerbangan tetapi walau bagaimanapun kerana Yang Berhormat Sandakan ini dia hendak tahu jawapan saya buat ringkas sahaja, Tuan Yang di-Pertua.
Apa yang telah diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan adalah dasar atau polisi yang telah diterap oleh kementerian. Kita bawa dialog persatuan itu dan apa yang berlaku adalah ramai tidak faham.
Fasal jambatan yang runtuh ini sebab berat yang berlebihan. Di Sabah sudah ada 388,000 TEUs iaitu kontena yang kita bawa melalui semua pelabuhan. Beratnya 53 tan, jadi kalaulah lori-lori di Sandakan disekat hanya pada 35 tan dengan hujah kononnya akan merosakkan jambatan itu tidak masuk akal kerana kita sudah bawa, tiap-tiap hari bawa.
Akan tetapi jalan utama itu adalah jalan persekutuan dan jalan-jalan tidak boleh.
Bermaksud kita di peringkat JPJ ialah kalau dahulu kita suruh pergi ke stesen timbang tetapi kalaulah kita sudah beri pengecualian kepada kargo sudah beratnya 53 tan, kenapa pula terdapat perbezaan antara Sabah dan Sarawak dengan perbezaan 30 peratus dan kos pengangkutan di Sabah sangat tinggi kerana berat badan itu sudah 21 tan dan dia hanya boleh bawa 10 tan. Berbanding dengan Semenanjung dengan Sarawak dia bawa 20 lebih tan.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Jadi itulah sebabnya kita buat penyelarasan dan ini tidak akan menjejaskan jambatan runtuh kerana jalan yang sama telah digunakan untuk membawa kontena dan barang-barang cecair yang beratnya lebih daripada itu. Jadi saya rasa hanya kepada jalan persekutuan yang telah diwartakan. Itu tidak menjadi masalah. Sekian, terima kasih.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Tuan Yang di-Pertua, boleh. Ini berkait dengan soalan.
Tuan Yang di-Pertua
Masa sudah habis, maaf. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Kanan Pertahanan menyatakan status tender, perolehan dan ekosistem penyelenggaraan, perancangan alatan persenjataan terkini pesawat terbang tanpa pemandu, kategori Medium-altitude Long-endurance Unmanned Aircraft System (MALE UAS) bagi kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Timbalan Menteri Pertahanan - Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sik kerana bertanyakan soalan berkaitan status tender, perolehan ekosistem penyelenggaraan, perancangan alatan persenjataan terkini pesawat terbang tanpa pemandu, kategori Medium-altitude Long Endurance Unmanned Aircraft System (MALE UAS) bagi kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Saya ucapkan syabas kepada Yang Berhormat Sik yang merupakan seorang AJK PAC yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda yang kita tahu membekalkan 43 peratus beras keluaran negara tetapi saya lihat selalu beliau ambil berat dan bertanya soalan berkaitan isu-isu pertahanan, isu-isu Kementerian Pertahanan sama ada menyentuh mengenai kesiagaan aset, kebajikan veteran mahupun agensi-agensi di bawah jagaan Kementerian Pertahanan.
Menjawab soalan beliau, sebenarnya soalan ini Tuan Yang di-Pertua, pada 27 Julai yang lalu di Dewan ini ada soalan tambahan yang dikemukakan oleh sahabat saya Yang Berhormat Padang Serai yang turut menyentuh perkara yang sama. Jadi saya akan menjawabnya kembali.
Timbalan Menteri Pertahanan - Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Kementerian Pertahanan telah melengkapkan semua proses penilaian tender bagi perolehan Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aircraft System untuk kegunaan TUDM. Lembaga Perolehan Kementerian telah memperakukan tender yang dipilih dan ia telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan pada 7 Julai tahun ini untuk dimuktamadkan. Melalui maklum balas terkini yang diterima daripada pihak MOF, keputusan perkara ini akan diketahui dalam kadar segera. Insya-Allah dalam bulan ini.
Menjawab pertanyaan Yang Berhormat berkaitan ekosistem penyelenggaraan pula, ia akan dilaksanakan selepas tamat tempoh waranti daripada original equipment manufacturer (OEM) berpandukan kepada konsep selenggaraan yang akan ditentukan oleh pihak pengguna sendiri iaitu TUDM. Manakala perancangan perolehan persenjataan melalui electronic warfare bagi aset ini akan dilaksanakan pada fasa perolehan kedua dan ketiga yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan Rancangan Malaysia Keenam Belas.
Secara kesimpulannya, Kementerian Pertahanan dan ATM akan memberi komitmen penuh bagi memastikan Program Pemodenan Angkatan Tentera Malaysia
Timbalan Menteri Pertahanan - Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
khususnya TUDM berada pada landasan yang tepat demi meningkatkan tahap keupayaan dan kesiapsiagaan ATM. Sudah pasti Program Perolehan MALE-UAS ini akan memenuhi keperluan TUDM seiring dengan perubahan teknologi masa kini dalam usaha mencegah sebarang bentuk ancaman udara dan seterusnya meningkatkan keselamatan ruang udara negara yang kita sayangi ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Sik, silakan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan dengan begitu kukuh.
Tuan Yang di-Pertua, aset-aset pertahanan negara sangat penting dalam kita menjaga seluruh wilayah khususnya menghadapi sebarang kemungkinan pencerobohan pihak luar termasuk ruang udara kita. Jadi soalan saya, bagaimanakah Pelan Rancangan Pembangunan Keupayaan TUDM hingga 2025 ini yang dirangka berteraskan Kertas Putih Pertahanan boleh menjamin perolehan MALE UAS ini tidak mengalami kelewatan perolehan bagi pengoperasian TUDM ini sepertimana yang telah berlaku kepada perolehan Kapal Tempur Pesisir( LCS) yang kita sedia maklum?
Saya juga ingin bertanya, bagaimanakah kementerian melihat bahawa tidak ada unsur-unsur ketidakpatuhan perolehan dan ketirisan supaya aset pertahanan ini bertepatan dengan kehendak dan keperluan TUDM itu sendiri? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Sik atas soalan tambahan. Memang tender untuk MALE UAS ini sejak November 2020 lagi. Apa pun bagi menjawab soalan Yang Berhormat Sik, untuk makluman semua Ahli Dewan, kesemua perolehan aset TUDM melalui Pelan Rancangan Jangka Panjang yang kita panggil Capability Development 2055 (CAP 55) dengan izin dilaksanakan melalui kaedah tender terbuka yang turut melibatkan proses penilaian fizikal.
Kementerian Pertahanan yakin melalui kaedah tender terbuka yang dilaksanakan ini dapat menangani masalah secara bersistematik bersama kaedah yang telus, dengan memberikan risiko yang rendah ke atas aspek pemilihan aset yang bersesuaian untuk kegunaan TUDM. Melalui kaedah tender terbuka ini, TUDM akan memperoleh aset pertahanan bertepatan dengan kehendak TUDM ataupun peringatan terhadap end-user oriented dengan izin.
Bagi jaminan perolehan MALE UAS untuk makluman Yang Berhormat Sik, Kementerian Pertahanan yang telah saya maklumkan tadi dalam jawapan pertama, telah melengkapkan segala keperluan berkaitan Lembaga Perolehan di peringkat kami, di peringkat Kementerian Pertahanan. Kini peringkat seterusnya menunggu keputusan akhir daripada MOF yang dijangka akan dapat diperoleh dalam masa terdekat.
Jadi yang saya katakan tadi, insya-Allah dalam bulan ini harap-harapnya. MALE- UAS ini dijangka akan diperoleh oleh TUDM pada tahun 2025 dan akan mula beroperasi seawal 2026 bagi mengukuhkan penguasaan domain udara Malaysia. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Putatan, silakan.
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan menyatakan objektif utama perolehan pesawat terbang tanpa pemandu kategori Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aircraft System dan di manakah ia akan dioperasikan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Putatan.
Kalau kita tengok konflik Ukraine-Russia, MALE UAS ini selalu disiarkan dan digunakan.
Untuk makluman Yang Berhormat dan semua Ahli Dewan yang mulia ini, pembangunan keupayaan pesawat terbang tanpa pemandu yang tadi kategori Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aircraft System (MALE UAS) adalah berlandaskan kepada CAP
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
55 iaitu Pelan Rancangan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 selari dengan Pelan Pembangunan Empat Dimensi Angkatan Tentera Malaysia bagi menyokong Kertas Putih Pertahanan.
Objektif utama MALE UAS ialah bagi melaksanakan misi risikan, pengawasan dan tinjauan (intelligent, surveillance and recognition) dengan izin, untuk mengurangkan jurang keupayaan dalam menyalurkan informasi secara near real-time kepada Angkatan Tentera Malaysia. Aset MALE UAS ini akan ditempatkan di Pangkalan Udara Labuan bagi meningkatkan penguasaan domain udara TUDM khususnya dalam melaksanakan pengawasan di Laut China Selatan dan Pantai Timur Sabah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Ya, Jerai.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Cukup. Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Yang Berhormat Port Dickson. Silakan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Mengenai soalan ini, saya cuma hendak perhatian Tuan Yang di-Pertua bahawa soalan yang asal ialah mengenai kos sara hidup. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak hadir dan oleh itu mungkin Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Yang Berhormat Komunikasi dan Multimedia.
Jadi, ada empat dan lima buah kementerian. Saya faham soalan ini perlu dijawab oleh salah seorang Yang Berhormat Menteri. Kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak hadir, bagi saya kos sara hidup ini soal yang paling utama yang harus dihadapi oleh rakyat sekarang. Jadi, itulah saya hendak bagi.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, saya tidak fikir ini wajar diterima walaupun saya sambut baik, akhirnya saya kemukakan soalan mengenai banjir, soalan kedua. Akan tetapi cuma hendak tekankan bahawa soalan yang pertama merujuk kepada kos sara hidup kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya faham kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak boleh jawab tetapi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, kemudian ada Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Pelbagai Menteri boleh jawab sepatutnya. Jadi, soalan kedua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya difahamkan, soalan Yang Berhormat untuk MQT baru diterima semalam. Jadi, saya difahamkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak dapat menjawab, tidak tahulah sama ada selepas ini Yang Berhormat ingin kemukakan soalan yang sama dengan notis yang sedikit lebih panjang. Saya jemput Yang Berhormat Menteri, silakan.
2. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim [Port Dickson] minta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah persediaan yang telah dilaksanakan sejak kejadian bencana banjir tahun lepas bagi meningkatkan kesiapsiagaan kerajaan dalam menghadapi bencana banjir khususnya menjelang kedatangan musim tengkujuh tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Terima kasih soalan dan teguran daripada Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Izinkan saya menjawab soalan Nombor 2 yang diutarakan oleh Yang Berhormat Port Dickson.
Kita semua faham sejak 16, 17 dan 18 Disember tahun lepas, kita mengalami bencana yang agak besar yang melibatkan kerugian lebih daripada RM6 bilion. Sejajar dengan itu, satu persidangan khas diadakan pada bulan Januari. Ekoran daripada itu, banyak perkara yang kita belajar daripada kesilapan-kesilapan. Ekoran daripada itu, persediaan-persediaan bagi menangani Monsun Timur Laut 2022-2023 sudah pun
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
dilakukan oleh NADMA dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan juga Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.
Pertama, pra-bencana. Antara kelemahan sewaktu berlakunya Monsun Timur Laut 2021-2022 adalah kurangnya komunikasi di antara agensi-agensi yang melakukan baik dalam siar raya amaran banjir atau bencana mahupun interaksi antara agensi-agensi yang berada di Pusat Kawalan Operasi Bencana.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Perkara ini sebagai contoh Yang Berhormat Ketua Pembangkang, kita dah mantapkan libat urus dengan pelbagai agensi supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan siar raya, amaran kepada awam dapat kita mantapkan. Terima kasih.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya akui beberapa tindakan telah diambil tetapi isu-isu pokok belum selesai.
Saya bagi contoh umpamanya di Telemong, Karak. 17 Julai 2022, setelah tujuh bulan bencana yang lalu belum ada tindakan. Balak-balak, sampah sarap menyekat kawasan itu masih ada dan saya boleh kirim foto-foto itu kepada Yang Berhormat Menteri.
Kemudian, perkara ini berlaku terus di Kedah dan Yang Berhormat Menteri Sumber Asli mengatakan tidak ada pembalakan. Akan tetapi bila dirobohkan, dipotong semua pokok-pokok itu dijadikan tanaman durian, ia jadi masalah yang sama.
Jadi, itu yang saya nak sebut, walaupun tidak menyentuh secara langsung kementerian Yang Berhormat tetapi soalan yang saya tanya ini masalah banjir. Saya tak peduli kementerian mana, selesaikanlah dengan baik dan buatlah persiapan supaya mengelak daripada perkara ini berlaku lagi dan membebankan rakyat, meragut nyawa dan menyebabkan kerugian terutama kepada rakyat miskin.
Jadi saya hendak kepastian, apakah tindakan intra-kementerian itu dilakukan? Ini termasuk menyekat pembalakan walaupun ia bidang kuasa negeri tetapi bila kerugian, ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan. Jadi, tidak benar jawapan mengatakan bahawa pembalakan ini urusan negeri. Kalau negeri itu dah melanggar peraturan dan meneruskan pembalakan dan kesannya kepada rakyat, sepatutnya Kerajaan Persekutuan juga bertindak. Jadi, saya minta penjelasan.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Satu cadangan yang baik, Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Di bawah pasca-bencana, memang satu jawatankuasa eksekutif sudah pun ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia KSN. Jadi, Yang Berhormat Port Dickson boleh bagi details kepada saya untuk saya murnikan dengan KSN. Terima kasih.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, public awareness ataupun kesedaran awam ini sangat rendah di kalangan orang awam, seolah-olah banjir ini bukan satu perkara yang mencemaskan dan di TV pun kadang-kadang tidak diberi keutamaan. Umpamanya berita terkini, diulang- diulang dalam TV soal banjir ini. Jadi, apakah langkah-langkah kerajaan untuk memberi kesedaran dan supaya masyarakat berwaspada sebenarnya? Supaya jangan terperangkap dengan banjir kilat dan banjir yang sukar untuk ditangani kemudiannya nanti.
Terima kasih.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Rompin.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kami akui di NADMA sewaktu berlakunya monsun timur laut pada tahun lepas, memang. Malah kita akui bahawa kelemahan siar raya dan memberi amaran kepada awam memang jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan siar raya yang dikendalikan oleh sosial media.
Ekoran daripada itu, program-program yang melibatkan lebih ramai peserta libat urus terutama pemimpin-pemimpin di kawasan yang berlakunya banjir ini perlu kita mantapkan. Sekarang sebagai contoh, MeTMalaysia telah pun menyampaikan amaran- amaran banjir melalui telco, melalui SMS kepada kawasan setempat, real-time setiap hari supaya rakyat mempunyai pemikiran yang bahawa mereka perlu didedahkan dengan maklumat-maklumat yang terkini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai, ringkas ya. Tak nak syarahan.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, seperti mana Yang Berhormat Port Dickson beritahu tadi, bukanlah sebagai pandangan tetapi itu adalah serius sebab bukan kali pertama jadi di negara kita. Banyak kali sudah jadi. Yang mangsa ini, Padang Serai tiada air! Itu yang jadi masalah. Ini sebab rakyat semua marah kita tetapi kita nak marah siapa? Tolong bagi tahu!
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Marah, marah, sekarang.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Kalau boleh, buatlah planning untuk selesaikan masalah banjir ini dan juga pokok-pokok balak ini semua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Apa soalan dia?
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tak ada soalan, cuma dia hendak melahirkan kemarahan. Saya terimalah kemarahan beliau.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif, silakan.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Sektor sawit memerlukan perhatian, Tenaga kerja perlukan penambahan, Soalan tiga sudah dikemukakan, Mohon jawapan untuk penyelesaian.
3. Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif [Jempol] minta Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menyatakan penyelesaian jangka pendek dan panjang untuk mengatasi masalah kekurangan serta kebergantungan kepada tenaga buruh asing dalam sektor perladangan, khususnya sawit.
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Alhamdulillah, semenjak post COVID-19 ini, kita telah membuka border dan juga kerajaan telah buka pintu masuk untuk labour. Oleh kerana itu, pekerja-pekerja asing telah mula masuk. Namun demikian, kemasukan pekerja-pekerja asing ketika ini masih amat perlahan lagi dan tidak lancar tetapi dalam bulan Ogos ini insya-Allah kemasukan pekerja asing ini akan lebih lancar.
Jadi, kelewatan sedikit kemasukan pekerja asing ini oleh kerana sistem baru yang baharu diperkenalkan iaitu Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS).
Jadi dengan sistem yang baharu ini, ianya lebih terkawal dan lebih tersusun dan teratur. Jadi kalau sistem ini dapat kita laksanakan dengan sempurnanya, insya-Allah pekerja-pekerja yang telah masuk dalam sistem ini tidak boleh melompat-lompat kerja, tak boleh tukar-tukar kerja, tak boleh lari sana, lari sini. Mereka akan ada tracking. Jadi, di antara perkara apa yang Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPKK) laksanakan untuk memastikan sektor perladangan ini akan dapat menerima pekerja- pekerja untuk memastikan bahawa pengurusan ladang dan juga pengeluaran hasil adalah lebih sustainable, lebih mampan dan lestari.
So, di antaranya adalah untuk memperkenalkan automatization system ataupun mechanization yang mana banyak telah berlaku sekarang. Daripada segi penyemburan benih, racun dan juga baja, kita dah guna dron dan dah guna traktor di ladang-ladang.
Jadi, ini telah mengurangkan keperluan atau kebergantungan kepada pekerja asing. Yang keduanya, kita juga telah cuba mencipta, telah membuat research untuk menanam pokok- pokok sawit yang rendah, we called it dwarf palm oil. Jadi bila rendah ini, tidaklah rumit sangat untuk kita menuai pokok-pokok sawit ini.
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Kita juga ada satu jawatankuasa yang dipanggil MARCOP yang mana bertanggungjawab untuk menyelaraskan semua permohonan mechanization yang dibuka kepada industri. So, sebanyak RM60 juta telah diperuntukkan. Jadi alhamdulillah, baru- baru ini ada program MIACES di MITEC iaitu Malaysian International Agricommodity Expo & Summit yang mana kita telah diperkenalkan satu sistem, satu automation atau mesin yang boleh memotong atau menuai buah sawit dan juga boleh buat pruning, boleh potong daun-daun yang mati.
Jadi, ini boleh dilaksanakan dengan cepat. Insya-Allah kementerian akan duduk sekali lagi dengan agensi atau syarikat yang telah mencipta mesin ini pada minggu depan untuk membuat finalization. Akan tetapi, ianya bukanlah 100 percent automation lagi, sekurang-kurangnya beberapa persen. Dengan adanya kaedah ini, sudah tentu akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Saya stop dahulu, mungkin ada soalan tambahan. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi apa pun jawapan Yang Berhormat Menteri, ia adalah jangka masa yang panjang. Untuk mencipta klon baharu pokok yang rendah, perlukan masa satu tahun ke dua tahun ataupun tiga tahun untuk matang.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Tahun lalu sahaja sektor sawit telah kerugian RM21 bilion akibat kekurangan tenaga asing. Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, industri sawit turut mencatatkan kerugian RM10.46 bilion. Ini menunjukkan kerugian yang sangat besar. Ini tidak termasuk getah ataupun kebun getah atau 400 hektar getah yang matang, yang tidak ditoreh.
Jadi, semua ini mengakibatkan kepada kekurangan tenaga buruh. Di mana sumber manusia, di mana peranan kementerian mendesak supaya sumber manusia ini memikirkan hari-hari sudah rugi ini. Orang kampung sudah rugi, semua sebut sudah rugi.
Sampai hari ini tidak juga masuk tenaga asing, tidak masuk 25 buah syarikat dilantik. Hari ini pun tidak masuk lagi. Jadi, saya pohon.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Yang Berhormat Menteri letak jawatan.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Ini keluh resah daripada rakyat, orang kampung mahukan supaya tidak berlaku kerugian hingga tahun ini RM28 bilion.
Jadi, kerugian manakah lagi yang kita hendak tanggung? Haruskah kita dera rakyat yang susah di ladang, di kebun sawit, getah ini tidak dapat menoreh?
Saya mohon soalan, bilakah masa dijangka akan pulih sepenuhnya memandangkan pembukaan sempadan tersebut sudah buka? Bila perkara ini, duka lara rakyat ini dapat diselesaikan dengan tuntas dan juga dapat menyelesaikan isu-isu yang berkaitan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Datuk Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Terima kasih Yang Berhormat Jempol kerana sangat prihatin tentang isu pekerja asing. Sudah tentu kementerian juga lebih prihatin untuk memandangkan bahawa sawit merupakan komoditi nombor satu pada negara. Maka, kita harus mempertahankan, pastikan bahawa hasil daripada sawit ini akan tetap sustainable untuk ekonomi negara.
So, jadi apa yang juga kita lakukan, kementerian telah membentuk satu pasukan khusus untuk membantu sektor perladangan dalam permohonan mereka untuk membawa masuk pekerja-pekerja asing. Jadi, semua syarikat perladangan telah masukkan permohonan, kami bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia, pegawai- pegawai daripada kementerian akan menguruskan daripada permohonan sampai ke kemasukan pekerja dari luar negara.
Akan tetapi namun begitu juga, kita tidak kata ia selesaikan the whole problem. Akan tetapi apa yang saya hendak sebut di sini, walaupun tahun lepas kita berdepan dengan COVID-19, production kita untuk sawit ini hanya turun tidak menepati target sebanyak lima peratus sahaja. Akan tetapi daripada segi value pendapatan, kita meningkat sebanyak 42 peratus. Jadi, itu because low supply, high demand.
Datuk Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Jadi, antara perkara-perkara lain yang ketika ini kalau kita lihat pekerja-pekerja asing yang datang ini. Kita juga menggalakkan, ketika ini Bangladesh negara utama, kedua Indonesia, ketiga adalah India dan keempat adalah Pakistan. Jadi, saya baru pergi lawatan ke luar negara, India dan Pakistan juga telah menawarkan rakyat mereka untuk bekerja di ladang-ladang.
Jadi, kita juga minta industry players untuk terbuka untuk mengambil pekerja- pekerja dari negara India dan juga Pakistan yang telah bersedia. Oleh sebab lepas post COVID-19, banyak cara hidup, attitude, sikap dan sebagainya berubah. Ramai yang mencari pekerjaan dan perlukan pendapatan dan sebagainya.
Mereka telah mula hendak dekat dengan industri perladangan, contohnya sawit.
Oleh sebab dalam komoditi, saya boleh berani mengatakan bahawa antara pekerjaan sektor yang menawarkan gaji yang tinggi adalah daripada sektor agrikomoditi. So, jadi ini menjadi satu tarikan kepada pekerja-pekerja asing dan juga local. Untuk local, saya ingat saya stop dahulu, mungkin soalan nanti yang hendak tanya, mungkin ada yang saya hendak jawab. Jadi, saya tidak mahu buang masa. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Jawab Yang Berhormat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Di Malaysia kita ada enam juta hektar tanah untuk kelapa sawit. Itu Semenanjung sahaja, bukan Sabah dan Sarawak lagi. Jadi, kalau kita tengok keluasan yang begitu besar, ia a bit unsustainable kalau kita terlalu reliant on foreign workers. Sebenarnya kerajaan juga kata ingin mengawal supaya mengurangkan kebergantungan. Sekarang kerajaan buka pula, macam buka pintu seluas-luasnya untuk Pakistan, India dan sebagainya. So, saya nampak ada sedikit percanggahan antara polisi kerajaan. What is the actual policy? You want to reduce reliant on foreign workers or you still want to continue with foreign workers? Itu ialah soalan pertama.
Kedua, saya tengok sebenarnya kita di UPM dan sebagainya ada banyak automation dan juga di private sectors. Sebenarnya private sectors- saya lebih yakin kepada private sectors kerana mereka on the ground dan mereka perlu automation. Jadi, adakah kementerian menggunakan, adopt invention daripada private sectors? Oleh sebab jangan lah kita terlalu bergantung kepada kementerian sahaja kerana kementerian ini ia buat macam-macam tetapi not practical on the ground. Jadi, minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan.
Datuk Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Saya setuju dengan Yang Berhormat Bayan Baru kerana saya juga membuat inspection ciptaan-ciptaan yang tidak praktikal, yang tidak boleh di commercialized, memang itu berlaku.
Namun demikian, dengan pembentukan MARCOP yang saya sebutkan tadi, mechanisation yang dapat RM60 juta, RM30 juta daripada kerajaan, RM30 juta daripada ses money. Ini digunakan untuk dibuka kepada permohonan kepada private sectors daripada semua individu dan sebagainya. MPOB bekerjasama dengan universiti-universiti daripada segi teknologi, research and those. Itu semua memang dilaksanakan.
Jadi, apa yang saya sebut tadi adalah setelah ambil kira semua yang telah di submit, telah dimasukkan untuk dipertimbangkan oleh komiti ini. Jadi, insya-Allah kita tidak konflik ketika ini, tadi kita kata kita hendak ambil pekerja dari Pakistan dan India. At the same time, kita hendak *reduce.
So,* yang India dan Pakistan ini adalah short-term measure kerana kita melihatkan Indonesia dan Bangladesh, we are having a problem now. Mengalami masalah, Indonesia the policy dan sebagainya. Jadi, kita rasa untuk menyelesaikan masalah yang singkat ini, yang immediate ini untuk membawa lebih banyak pekerja untuk menguruskan buah-buah yang sedang tidak terurus ini.
Jadi, untuk mechanisation, the latest one because saya berpandangan ketika- waktu saya mula mengambil kementerian ini. Saya rasa dalam tiga tahun atau lima tahun,
Datuk Hajah Zuraida binti Kamaruddin
baru ada satu mechanisation untuk tuai yang baik. Akan tetapi nampaknya saya sudah bertemu dengan satu teknologi yang boleh membuat penuaian pokok sawit terutamanya, lebih mudah. Jadi, dengan ini yang mechanisation penyemburan benih, baja dan juga pesticide itu telah dilaksanakan.
Satu lagi, MYFutureJobs juga kita bekerjasama dengan PERKESO untuk membawa kemahiran-kemahiran pakar dalam bidang-bidang industri ini dan juga impak institut daripada komoditi juga telah berkunjung ke universiti dan sebagainya.
Kita juga hendak mengalihkan juga attitude, sikap orang-orang muda yang mungkin patut beralih ke- pergi kerja perladangan kerana ia adalah lebih merupakan satu green environment, green technology dan sebagainya. Daripada di bandar yang sesak, pollution, mental stress dan sebagainya. Jadi, itu juga kita cuba ubahkan mindset mereka untuk beralih ke industri perladangan kerana ia ada mechanisation, kerana gaji lumayan dan penempatan tinggalnya semua juga cukup dan lengkap. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Sudah 11.08 minit pagi, baru tiga soalan.
Saya harap selepas ini Yang Berhormat menanyakan soalan. Yang Berhormat juga yang menjawab soalan boleh ringkaskan dan fokus kepada soalan dan jawapan.
Yang Berhormat Puan Vivian Wong Shir Yee. Silakan.
4. Puan Vivian Wong Shir Yee [Sandakan] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan, secara terperinci bila Pakej WP28, WP29 dan WP30 Pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan siap dan adakah kementerian akan terus menyelenggarakan atau menjaga jalan Persekutuan utama sedia ada dari Sandakan ke Telupid semasa projek Pan Borneo sedang dalam pembinaan.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Arthur Joseph Kurup
Selamat pagi dan salam sejahtera. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan Projek Fasa Satu Lebuhraya Pan Borneo Sabah dengan anggaran jarak keseluruhan 706 kilometer dibahagikan kepada 35 buah pakej kerja.
Sehingga kini, 15 buah pakej kerja telah dibuat pelantikan kontraktor bagi kerja- kerja pembinaan dengan status kemajuan hingga Mei tahun ini, bagi pakej kerja yang telah dimulakan adalah 63 peratus. Ini termasuklah pembinaan bagi tiga buah pakej kerja yang baru, 28, 29 dan 30 yang melibatkan laluan dari Sandakan- Mile 32 sehingga ke Sungai Bauto sepanjang 60.8 kilometer yang dijangka akan siap pada suku keempat 2024. Walaupun sudah mula kerja pembinaan, Kementerian Kerja Raya melalui kontraktor yang dilantik akan terus menyelenggarakan dan membaiki jalan di sepanjang laluan tersebut untuk keselesaan dan keselamatan pengguna.
Bagi jalan yang termasuk dalam fasa pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo, kerja-kerja penyelenggaraan akan dilaksanakan oleh kontraktor Pan Borneo yang dilantik.
Manakala bagi jalan Persekutuan yang tidak termasuk dalam fasa pembinaan, kerja-kerja penyelenggaraan akan dilaksanakan oleh konsesi jalan Persekutuan yang telah dilantik.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Arthur Joseph Kurup
Kementerian Kerja Raya juga menerima aduan daripada pengguna jalan tersebut khususnya bagi laluan FT22 Kota Kinabalu hingga ke Sandakan. Justeru kementerian ini telah menubuhkan pasukan petugas khas untuk jalan Telupid ke Sandakan yang bertujuan untuk mengenal pasti dan mencari jalan penyelesaian jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang untuk mengatasi kesulitan pengguna di sepanjang laluan tersebut. Hala tuju pasukan petugas khas ini adalah memfokuskan aspek yang berkaitan dengan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya serta meningkatkan lagi kerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang berkaitan.
Sebagai langkah jangka pendek, kementerian baru-baru ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10.5 juta bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan segera.
Kerja-kerja tersebut telah bermula pada awal bulan Julai tahun 2022 dan lokasi yang
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Arthur Joseph Kurup
kritikal akan diutamakan terlebih dahulu. Kerja-kerja pembaikan awalan ini dijangka akan siap pada minggu kedua bulan Ogos tahun 2022.
Pada masa yang sama, kerja-kerja untuk mengenal pasti laluan yang berisiko tinggi akan terus dibuat oleh JKR Sabah dan pihak perunding yang akan dibentangkan pada mesyuarat task force secara berperingkat. Usaha ini mencerminkan komitmen kementerian dan kerajaan untuk membangunkan rangkaian infrastruktur jalan yang terancang dan sistematik serta memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. Sekian dan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin tanya sama ada Kementerian Kerja Raya ada rancangan untuk menyelaraskan semua tiang-tiang lampu di Jalan Persekutuan Parlimen Sandakan ke LED sebab sampai kini Sandakan masih menggunakan lampu-lampu yang zaman lama di mana bulbnya selalu tidak terang dan selalu rosak. Kadang-kadang tidak sampai 24 jam sudah gelap lagi.
Selain itu, kerja membaik pulih lampu-lampu mengambil masa yang terlalu lama sehingga setengah tahun. Ini adalah sangat berbahaya kepada pemandu terutamanya dalam musim hujan. Terima kasih.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Sandakan. Pertamanya kita akan check sekiranya lampu-lampu di bawah jalan yang disebut oleh Yang Berhormat Sandakan tadi adakah ia di bawah jalan persekutuan ataupun jalan majlis. Sekiranya jalan itu adalah di bawah jalan majlis contoh, maka lampu- lampu jalan itu adalah di bawah kuasa majlis daerah. Akan tetapi sekiranya ia di bawah jalan persekutuan, maka kita akan check latar belakang di mana kita boleh bantu.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Ya, jalan persekutuan.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Okey. Kita akan check dan dapat maklumat yang paling terkini apa perancangan-perancangan untuk membantu lampu jalan di kawasan Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan sebelah sini. Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin menyambung sedikit berkenaan lampu jalan dalam yang disebut oleh Yang Berhormat Sandakan. Tidaklah lampu Jalan Persekutuan. Saya ingin menyebut tentang lampu jalan kampung Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana apa yang berlaku, kadang-kadang lampu jalan kampung ini didirikan dengan tidak mengambil kira pandangan kami daripada Ahli Parlimen.
Jadi kalau boleh sekiranya Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat untuk menyelaraskan polisi ini supaya pandangan kami sebagai pemegang taruh dan juga sebagai orang yang bertanggungjawab di peringkat bawah ini diambil kira untuk menentukan mana lampu-lampu jalan yang boleh dipasang. Ini kerana kadang-kadang apabila selesai pasang, barulah hendak minta untuk kami endorse untuk bayaran akhir.
Ini tidak sepatutnya berlaku.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Pasir Mas. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Mas dan juga maklumat tambahan untuk Yang Berhormat Sandakan tadi, kerajaan ataupun kementerian memang setiap tahun kita ada allocate perbelanjaan untuk menaik taraf ataupun menyelenggarakan lampu-lampu jalan.
Untuk tahun 2021 di Semenanjung Malaysia, sebanyak RM29 juta dan untuk Sabah sebanyak RM4.4 juta. Untuk tahun ini untuk Semenanjung, kita telah allocate RM12.2 juta dan untuk Sabah RM1.6 juta. Jadi mungkin kita akan mempertimbangkan permohonan-permohonan dari daerah-daerah tersebut untuk kita allocate jumlah-jumlah
Datuk Arthur Joseph Kurup
peruntukan yang kita telah ada untuk memperbaiki dan juga menyelenggara lampu-lampu jalan di kawasan masing-masing. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Pokok Sena, sebenarnya sudah bangun lama Yang Berhormat Semporna.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya baru dapat jawapan daripada persoalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri pada minggu yang lalu berkaitan dengan Jalan Persekutuan FT175 dari persimpangan Jalan Langgar ke jalan Kepala Batas yang sepatutnya sudah 19 tahun sudah projek ini tidak diangkat. Jawapannya saya ucapkan terima kasih. Projek ini telah dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2003. Namun begitu atas kekangan peruntukan projek ini terpaksa dibatalkan. Sayunya, Tuan Yang di-Pertua.
Kemudian masuk Rancangan Malaysia Kesembilan, jawapannya namun begitu projek ini masih tidak lagi menjadi keutamaan untuk dilaksanakan pada waktu tersebut.
Sedihnya, Tuan Yang di-Pertua. Masuk dalam rolling plan satu dan rolling plan dua, RMKe-12.
Jawapannya berdasarkan kedudukan keutamaan projek dan agihan siling peruntukan yang terhad untuk projek baharu, projek tersebut tidak dapat dipertimbangkan untuk diangkat kepada agensi pusat. Sayunya, Tuan Yang di-Pertua. Pilunya. Pilunya orang-orang Pokok Sena, orang Hutan Kampung, orang-orang Jalan Langgar dan Kepala Batas. Jadi kena tunggu beberapa kali lagi rolling. Tidak tahu depa hendak rolling berapa kali lagi rolling plan ini hendak buat.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bagi tahu. Jalan itu terlalu sibuk. Ada empat buah sekolah, sekolah tingkatan enam, Sekolah Menengah Kepala Batas, dua buah sekolah rendah di Hutan Kampung. Ada kem TUDM dan ada kawasan perumahan baharu yang rancak diadakan. Ada pasar, ada pasar raya, ada masjid di tepi jalan tersebut. Ini merupakan jalan pintasan untuk orang ke airport, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Jadi, jalan itu terlalu sibuk.
Keduanya isu banjir. Apabila tidak dibuat jalan ini, sampai bila pun penyelenggaraan dan perparitan ini tidak dapat dibuat. Walaupun JKR telah buat beberapa projek untuk memintaskan air daripada banjir, akhirnya tidak menyelesaikan masalah banjir di Kampung Darat, di Hutan Kampung.
Tuan Yang di-Pertua
Tamatkan.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi saya hendak minta ketegasan daripada kerajaan khususnya daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan untuk menyediakan peruntukan. Jangan jawab kata tidak menjadi keutamaan. Sedih, pilu rakyat ini.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ini jawapan yang tidak sepatutnya yang diberikan. Jadi saya minta ketegasan daripada pihak kerajaan bila projek ini akan diangkat ke agensi pusat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya pun pilu tengok Yang Berhormat Pokok Sena.
[Ketawa]
Datuk Arthur Joseph Kurup
Perlu jawab kah Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Rakyat dengar itu.
[Ketawa]
Datuk Arthur Joseph Kurup
Untuk makluman Yang Berhormat Pokok Sena.
Bagi kami di Kementerian Kerja Raya memang kami mahu supaya projek itu dilaksanakan.
Kementerian Kerja Raya, kita sentiasa memihak kepada sektor pembinaan. Lebih banyak projek, lagi banyak bagus. Bagus untuk ekonomi negara, bagus untuk infra rakyat, bagus untuk kesemuanya. Akan tetapi memang kadang-kadang ada kekangan dari segi kewangan dan sebagainya di mana kita perlu membuat penilaian keutamaan dan membuat keputusan itu bukan Kementerian Kerja Raya. Ia adalah agensi pusat.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Kita menerima apa yang diangkat oleh kerajaan-kerajaan negeri. Contoh Unit Perancangan Negeri dan sebagainya dihantar kepada agensi pusat. Contoh, EPU dan MOF dan kita akan buat keputusan. Jadi, kalau bilang kita yang membatalkan projek itu bukan daripada kami. Kalau KKR, kita mahu projek itu.
Jadi, kita haraplah dalam masa yang akan datang, kita boleh usahakan supaya projek itu kita usahakan sampai jadi. Sekian, terima kasih.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kekangan kewangan tidak sepatutnya. Hal lain kita boleh belanja duta khas apa semua, sepatutnya tidak dilantik.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pokok Sena.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin untuk bertanya.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pokok Sena kena kerja kuat lagilah nampaknya.
[Ketawa]
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, ringkas sahaja.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Ringkas pasal ini berhubung kait dengan soalan asal iaitu semua yang ini terbabas.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Bukan Yang Berhormat Pokok Sena. Ini tentang Pan Borneo.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Jadi, saya ingat specific question asked and specific additional questions must be asked. Setelah mendengar jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan 65 peratus sudah pun disiapkan dan apakah ukuran yang digunakan oleh pihak kementerian sedangkan dalam pengetahuan saya, pertama Tuan Yang di-Pertua, tidak sampai pun 50 peratus jalan yang siap Pan Borneo. Bukan hanya dari Sandakan-Telupid, dari Kota Kinabalu, Penampang ke Sipitang. Saya juga bertanya kepada syarikat-syarikat yang dilantik. Pengetahuan saya, persoalan saya ukurannya. When you select a company to do this job–. Masa saya Ketua Menteri, saya menilai two dollars company was appointed?
Tidak ada pengalaman ya. Dari Sipitang sampai ke Kimanis sampai ke Papar. No background tentang construction abroad. Inikah dasar kerajaan kita melantik syarikat- syarikat yang akhirnya bila kerja mereka siapkan, maintenance cost will increase sampai 100 peratus kerana kerjanya tidak begitu mantap oleh sebab syarikatnya bukan ada strong background.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
You know Semporna ke Tawau it was done by contractor di CDCP, sampai 30 tahun Tuan Yang di-Pertua. Maintenance is very low because the company has a good background. Saya ingat persoalannya, pertama bagaimana ukurannya sehingga dikatakan tadi sudah pun 65 peratus ukurannya sampai sekarang.
Semalam baru saya balik, malam semalam dari Semporna. The Federal road is bumpy. Yang Berhormat, you go down there. You use the main road yang ada itu, bagaimana jalannya kalau malam, sudahlah tidak ada lampu, accident boleh berlaku, it’s a bumpy road. Terima kasih banyak.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Memang kita akui kalau kita banding contohnya dengan Sarawak, pembinaan lebuh raya di Sarawak sudah mencapai lebih daripada 85 peratus tetapi di Sabah hanya 63 peratus.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Faktor utama daripada itu adalah tidak dapat dinafikan bahawa ada pertukaran Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 2018. Apabila ada pertukaran kerajaan, maka dasar juga telah diubah. Contoh, kerajaan 2018 di mana Yang Berhormat Semporna sendiri menjadi Ketua Menteri telah membatalkan PDP pada waktu itu. Ini telah melambatkan pelaksanaan Pan Borneo Sabah.
Kalau tidak, kalau kita banding dengan Sarawak, Sarawak tidak ada perubahan kerajaan. Maka dasarnya pun konsisten dan pembangunannya pun konsisten. Maka kalaulah Sabah tidak membuat perubahan tersebut, mungkin Sabah pun sama juga status kemajuan dengan Sarawak.
Akan tetapi kita mengucapkan banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada kali ini apabila dia mengambil alih tampuk jawatan Perdana Menteri, beliau telah memberi kelulusan untuk semua baki 19 pakej di bawah 1B dan telah memberi komitmen untuk Lebuhraya Pan Borneo Sabah ini boleh disiapkan dalam tempoh lima tahun secara agresif.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Yang Berhormat sedarkah, Yang Berhormat...
Datuk Arthur Joseph Kurup
Inilah usaha kita untuk catch-up, untuk memastikan Sabah dapat bubut. Kalau Semenanjung bilang kejar, kalau di Sabah kita cakap *bubut.
Bubut* pembangunan yang ada di Semenanjung. Inilah usaha kita sekarang ini.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Pensiangan pun teruk sekarang Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Yang Berhormat sedarkah, PDP yang kita batalkan adalah diurus tadbir oleh Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Sabah. I got the black and white. Mana boleh Setiausaha Pemuda UMNO...
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Kroni, kroni.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Okey Yang Berhormat. Yang Berhormat, tidak ada perbahasan semasa ada soalan Yang Berhormat. Maaf, maaf.
5. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor] minta Perdana Menteri menyatakan tentang peranan yang dimainkan oleh TERAJU dalam memastikan kesemua program pembangunan yang digariskan di bawah Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Tasek Gelugor. Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) telah membangunkan TBP2030 iaitu Tindakan Pembangunan Bumiputera yang merupakan hala tuju baharu bumiputera untuk tempoh 10 tahun akan datang.
Ia dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 6 Disember 2021 bertujuan untuk meningkatkan status sosioekonomi bumiputera dan telah mengenal pasti enam sasaran utama yang perlu dicapai melalui pelaksanaan 142 program pembangunan dan inisiatif dalam pelbagai sektor bernilai dan berimpak tinggi yang akan dipacu oleh kerjasama antara pihak awam dan pihak swasta.
Selaras dengan mandat yang diberikan oleh Majlis Kemakmuran Bumiputera yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, TERAJU selaku sekretariat kepada MKB akan bekerjasama dengan kementerian-kementerian melalui Unit Pemerkasaan Agenda Bumiputera atau ringkasnya UPAB yang telah pun tubuhkan di setiap kementerian bagi menilai, memantau serta memudah cara kesemua program pembangunan yang telah dikenal pasti dalam TPB2030. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Tasek Gelugor, silakan.
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah pun menjawab persoalan tadi. Sebagai soalan tambahan saya, pelbagai pelan tindakan dan program telah diperkenalkan kerajaan bagi membantu bumiputera bermula daripada Dasar Ekonomi Baru serta diteruskan dengan Wawasan Kemakmuran Bersama dan juga Majlis Kemakmuran Bumiputera. Kini, Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030.
Namun, sejauh manakah impak semua dasar dan pelan tindakan ini kepada pemilikan ekuiti, perkembangan kerjaya dan pembangunan sosioekonomi agar ia tidak dilihat bersifat retorik semata-mata? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Kalau kita lihat Dasar Ekonomi Baru 1970 sampai 1990, kemudian Dasar Pembangunan Negara 1992 sehingga terlancarnya Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, memang ada jauh perbezaan. Oleh sebab itu kita ada fokus yang tertentu dan kita tidak serkap jarang. Ia bukan retorik.
Maksud saya, dengan adanya Unit Pemerkasaan Agenda Bumiputera yang ada di setiap kementerian yang akan membantu TERAJU selaku sekretariat, kita akan follow- up dan kementerian-kementerian ini umpamanya ada tujuh KEGA, tiga BETA. BETA ini maknanya Bumiputera Economic Transformation Agenda, sangat spesifik. Umpamanya aerospace, aero drone. Ini sangat spesifik yang perlukan pemantauan terperinci oleh Unit Pemerkasaan Bumiputera ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Setiawangsa, silakan.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Tampin.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri. Setiawangsa setuju bahawa antara kejayaan besar Dasar Ekonomi Baru ialah dalam sektor pendidikan dan melahirkan kelas menengah bumiputera. Akan tetapi adakah pihak kerajaan bersetuju bahawa penekanan yang terlalu banyak terhadap ekuiti, ia telah menarik kita daripada soal jurang antara kaya dan miskin.
Apabila soal ekuiti, kita tidak dapat lagi menjawab misalnya soal nomini yang dibangkitkan beberapa bulan yang lepas sedangkan fokus sepatutnya apabila kita lihat golongan bumiputera masih lagi majoriti daripada golongan termiskin dan daripada soal jurang kaya miskin dan juga pekerjaan yang berkualiti.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Pandangan Yang Berhormat Setiawangsa itu saya ambil kira. Justeru, walaupun kita berjaya dalam mengangkat martabat bumiputera dalam bidang pendidikan sehingga boleh melahirkan kelas menengah Melayu yang begitu ramai tetapi kita perlu sedar bahawa sektor ekonomi yang menghasilkan perancangan dan juga kelestarian gap Melayu itu tadi perlu kita kembangkan. Maknanya kita perlu bantu mereka dan bidang-bidang yang baharu bagi memastikan yang bumiputera boleh bersaing dengan bukan bumiputera.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Satu lagi soalan tambahan, Hulu Langat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Hulu Langat, ya silakan. Ringkas, ringkas Yang Berhormat.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat nilai start-up, pemula niaga cecah sampai USD3 trilion dan Malaysia dapat skor nombor 10 dalam Global Startup Ecosystem Report
(GSER2020).
Soalan saya, Yang Berhormat Menteri pernah berjanji untuk bina rangkaian seluruh keluarga TERAJU bersama-sama dengan Kumpulan Usahawan SUPERB, Skim Usahawan Permulaan Bumiputera. Sejauh manakah usaha untuk menggabungkan
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
mereka? Ini supaya mereka dapat berinteraksi dan mencipta satu gelanggang yang lebih baik pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, cadangan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Hulu Langat sebenarnya cadangan daripada dia. Saya hanya utarakan. Oleh yang demikian, TERAJU ini hanya sekretariat. Walaupun kita ada dana− dulu banyak sehingga RM10 bilion ada. Sekarang dana kita semakin berkurangan kerana approach TERAJU dahulu adalah memberi geran. Jadi, geran adalah based kepada output. Ia tidak kepada outcome. Jadi ekoran daripada itu, ada banyak kumpulan kombinasi antara setup yang dipelopori oleh bumiputera dan bukan bumiputera. Gandingan− banyak dan mereka sekarang ini sudah mencecah jualan turnover sehingga RM4 bilion. Ada satu *company.
[Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)* **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi, kita kena bantu mereka dengan kita kena rapatkan keluarga mereka yang mendapat nikmat daripada Program TERAJU. Banyak yang sudah listed. Jadi, kita hendak tubuhkan satu ‘keluarga TERAJU’ supaya mereka boleh menjadi− dan peranan mereka sebagai usahawan tidak lagi sangat fokus kepada geran daripada kerajaan tetapi geran daripada rangkaian keluarga ini. Terima kasih.
6. Tuan Lim Lip Eng [Kepong] minta Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan senarai nama syarikat daripada syarikat Fortune 500 yang telah melabur di Malaysia dan mengapa syarikat Tesla tidak memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburannya.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Lim Ban Hong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kepong, atas keprihatinan beliau tentang pelaburan. Tuan Yang di-Pertua, pelaburan daripada syarikat Fortune 500 iaitu merujuk kepada syarikat-syarikat besar di Amerika Syarikat yang tersenarai pada tahun 2022 dan beroperasi di Malaysia meliputi pelbagai sektor ekonomi berkepentingan dan berkualiti tinggi seperti berikut:
(i) Microsoft;
(ii) Dell Technologies;
(iii) Johnson & Johnson;
(iv) FedEx;
(v) Intel;
(vi) IBM;
(vii) HP;
(viii) Coca-cola;
(ix) Honeywell;
(x) Jabil;
(xi) Baker Hughes;
(xii) Taxes Instruments;
(xiii) Philip Morris;
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Lim Ban Hong
(xiv) Western Digital;
(xv) Lam Research;
(xvi) Boston Scientific Medical Device;
(xvii) Amphenol;
(xviii) Motorola; dan
(xix) Analog Devices.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa terdapat syarikat-syarikat yang tersenarai dalam satu lagi senarai kedudukan yang dekat-dekat dengan Fortune 500 iaitu Global 500 yang juga mempunyai syarikat-syarikat dalam senarai tersebut yang beroperasi di Malaysia seperti Samsung, Huawei, Honda, Sumitomo, SK, Mitsui, Sony, Panasonic, Nestle dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, senarai syarikat-syarikat yang disebutkan di atas merupakan syarikat-syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan pembuatan. Selain daripada itu, terdapat syarikat-syarikat Fortune 500 mahupun Global 500 yang juga menjalankan perniagaan di Malaysia tetapi tidak terkandung dalam senarai di atas.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pelaburan syarikat Tesla. Saya ingin menyatakan sama ada sesebuah syarikat swasta termasuk syarikat Tesla memilih untuk melabur di Malaysia atau destinasi lain ia merupakan keputusan komersial di mana, saya tidak mempunyai kapasiti untuk menjawab bagi pihak syarikat tersebut.
Memandangkan syarikat Tesla yang disebut oleh Yang Berhormat Kepong merupakan syarikat yang berkepentingan dalam industri kereta EV, saya ingin berkongsi tentang pelaburan industri EV di Malaysia. Malaysia merupakan antara destinasi pilihan utama para pelabur dalam membangunkan ekosistem kenderaan elektrik.
Sehingga bulan Mac 2022, sebanyak 111 projek telah diluluskan berkaitan dengan pembuatan dan pemasangan kenderaan elektrik dan ekosistemnya termasuk komponen, alat ganti, automasi kilang dan bahan bernilai RM62.4 bilion. Sebagai contoh, syarikat dari Sweden, Volvo Car Malaysia telah melabur di Malaysia bagi menjalankan aktiviti memasang kenderaan elektrik.
Selain daripada itu, terdapat tiga buah syarikat courier iaitu Samsung SDI Energy Malaysia, telah melabur dalam pengeluaran bateri EV. Syarikat [Tidak jelas] dan Eugene Materials turut menjalankan aktiviti bagi menghasilkan electrodeposited copper foil yang digunakan sebagai komponen bagi bateri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Apakah langkah utama kerajaan untuk meningkatkan kepercayaan pelaburan asing? Soalan seterusnya, bukan cadangan.
Adakah bubar Parlimen dan mengadakan pilihan raya dengan segera seperti yang didesak oleh Barisan Nasional dan UMNO akan menstabilkan ekonomi negara dan kembalikan pelaburan asing? Terima kasih.
[Tepuk]
Datuk Lim Ban Hong
[Ketawa] Yang Berhormat Kepong, sekiranya kita melihat kepada jumlah pelaburan yang diterima oleh Malaysia. Pada tahun 2021, walaupun kita menghadapi cabaran dan ancaman pandemik COVID-19, jumlah pelaburan yang diterima oleh Malaysia berjumlah RM306.5 bilion.
Ini menampakkan satu peningkatan sebanyak lebih kurang 83 peratus. Manakala, pada suku tahun ini, 2022 jumlah pelaburan yang diterima oleh kita ialah RM42.8 bilion.
Jadi melalui angka yang saya tunjukkan tadi, yang saya sebutkan tadi ia menunjukkan bahawa Malaysia merupakan salah satu destinasi terpilih bagi pelabur-pelabur sama ada pelabur asing ataupun pelabur domestik.
Ini menunjukkan keyakinan para pelabur terhadap suasana pelaburan kita.
Sekiranya tidak, kita tidak mungkin menerima pelaburan yang begitu tinggi seperti yang saya sebutkan tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Silakan Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan Yang Berhormat Kepong.
Soalan saya, adakah kepakaran dan kecekapan tenaga buruh satu kekangan besar untuk menarik pelabur tertentu terutamanya sektor-sektor yang telah dipilih oleh kerajaan yang akan membantu untuk memajukan negara kita? Sila jawab Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih.
Datuk Lim Ban Hong
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau berkenaan dengan tenaga kerja untuk menarik para pelabur. Saya ingin menyatakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) selaku agensi kawal selia bagi sektor pembuatan sentiasa memelihara hubungan yang baik dengan Kementerian Sumber Manusia. Kita bekerjasama untuk bersama-sama menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk sektor pembuatan.
Untuk memastikan kita kata sektor pembuatan ini transformasi daripada industri yang kita kata lebih bergantung kepada penggunaan tenaga kerja terutamanya pekerja asing kepada industri yang berorientasikan teknologi, kita juga telah melakukan langkah- langkah seperti berikut untuk membantu industri tempatan untuk menangani cabaran guna tenaga.
Pertama, kita menyediakan pelbagai program dan insentif terutamanya untuk menggalakkan automasi dan mekanisasi seterusnya untuk mengurangkan kebergantungan kepada pelbagai skim seperti Skim Pinjaman Mudah Bagi Automasi dan Modenisasi (SLSAM) di bawah MIDF, Elaun Modal Automasi, Dana Strategik Pelaburan Domestik (DISF) mahupun Dana Impak Tinggi.
Selain daripada itu, kita juga menyediakan Dasar Industry4WRD dan kita menyediakan dana intervensi untuk membantu industri tempatan terutamanya dalam pembuatan untuk beralih dari industri yang berasaskan penggunaan tenaga kerja kepada yang berorientasikan penggunaan teknologi.
Saya fikir kesemua langkah ini diambil dapat membantu meningkatkan daya saing industri tempatan dan sekali gus juga membantu menarik pelaburan asing ke negara kita.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Satu lagi, Pasir Mas.
Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Satu soalan. Satu soalan.
Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi.
Cumanya, bila bercakap tentang pelaburan asing saya hendak merujuk laporan DH pada 2 Mac 2021, melaporkan bahawa pelaburan asing langsung bersih Malaysia jatuh 56 peratus kepada USD3.4 bilion pada tahun 2020.
Ertinya, dalam kita boleh menyatakan soal COVID-19 dan sebagai tetapi negara- negara sekeliling kita mereka telah bergerak maju. Tesla yang disebut dalam soalan asal tadi cuma satu contoh sahaja. Bagaimana mereka boleh melabur di Indonesia.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Jadi, soalan saya adakah kerajaan tidak berfikir Dasar Automotif Nasional menjadi penghalang seperti yang disebut-sebut menyebabkan pelabur-pelabur kereta elektrik dan sebagainya tidak berminat melabur di Malaysia dan adakah ia perlu untuk diubahsuai?
Dahulu tidak apa, ia melindungi kepentingan kereta nasional dan sebagainya. Akan tetapi sekarang dari sudut realitinya adakah ia perlu untuk diubahsuai? Terima kasih.
Datuk Lim Ban Hong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas yang menyebut tentang beberapa perkara. Pertama, saya ingin menyatakan sekiranya kayu
Datuk Lim Ban Hong
pengukur yang digunakan untuk menilai suasana pelaburan di sesebuah negara terutama Malaysia menarik atau tidak ialah bergantung pada kewujudan jenama besar di sesebuah negara tersebut seperti Tesla.
Senarai yang seperti tadi saya berikan dalam syarikat yang wujud dalam Global 500 dan juga Fortune 500 ini merupakan jenama-jenama besar yang telah memilih melabur di Malaysia. Itu menunjukkan bahawa Malaysia merupakan destinasi pelaburan yang terpilih bagi syarikat-syarikat besar dan juga jenama besar seperti tadi yang diminta oleh Yang Berhormat Pasir Mas.
Kedua, berkenaan dengan usaha untuk membangunkan industri EV. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk berkongsi bahawa inisiatif-inisiatif telah diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu menarik pelaburan khususnya untuk EV:
(i) National EV Task Force telah ditubuhkan untuk membangunkan ekosistem sektor EV melalui dasar-dasar seperti Dasar Automotif Nasional 2020 yang tadi disebut oleh Yang Berhormat Pasir Mas;
(ii) Kerajaan juga menawarkan pelbagai insentif cukai bukan sahaja kepada pengeluar kenderaan tetapi juga merangkumi pengguna dengan izin, demand side seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2022;
(iii) Kita juga memberi bantuan dan sokongan bukan fiskal kepada syarikat yang berhasrat untuk membangunkan komponen kritikal seperti sistem pengurusan bateri (BMS), sistem pengurusan haba (TMS) dan juga rangkaian radio detection dan ranging;
(iv) Kita juga telah menubuhkan beberapa buah pusat kecemerlangan seperti design centre dan academy of technology yang berpusat di Rawang, Selangor untuk meningkatkan keupayaan kejuruteraan tempatan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, pengujian dan pembangunan teknologi khususnya untuk menyokong pembangunan ekosistem EV di negara kita; dan
(v) Standard-standard berkaitan dengan industri EV seperti sistem pengecasan, pelupusan bateri, battery swapping dan lain-lain turut dibangunkan untuk memastikan teknologi EV yang diguna pakai dan dibangunkan dalam negara ini adalah selamat dan juga seragam.
Apa yang saya sebutkan tadi itu semua merupakan usaha yang telah diikhtiarkan oleh kerajaan untuk membantu pembangunan industri EV tempatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Tuan Yang di-Pertua, boleh minta soalan tambahan satu.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Sudah cukup.
Dipersilakan Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh.
7. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [Sabak Bernam] minta Perdana Menteri menyatakan bilangan pengundi muda dan apakah langkah kerajaan bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman golongan belia pengundi muda mengenai demokrasi berparlimen dan tanggungjawab membina negara bangsa khususnya dalam memilih pemimpin berwibawa khususnya dalam PRU15 ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih atas soalan Yang Berhormat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Untuk makluman Yang Berhormat, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah pun mewartakan Daftar Pemilih Tambahan bulan Mei tahun 2022 pada 16 Jun 2022 dan sehingga pewartaan tersebut, jumlah pemilih terkini ialah seramai 21,113,234 orang.
Daripada jumlah tersebut, seramai 1,141,749 orang iaitu 5.4 peratus adalah merupakan pemilih berumur 18 tahun hingga 20 tahun. Manakala baki berjumlah 19,971,485 orang ataupun 94.6 peratus ialah pemilih berumur 21 tahun ke atas.
Berkenaan dengan meningkatkan kesedaran dan juga kefahaman pengundi muda mengenai demokrasi berparlimen melalui SPR itu Akademi Pilihan Raya (APR) telah pun melaksanakan pelbagai program pendidikan pengundi sejak dari tahun 2017 yang mana ia bertujuan untuk supaya segenap lapisan masyarakat dapat diberikan kefahaman tentang peri pentingnya aplikasi demokrasi melalui platform pilihan raya, proses pilihan raya yang berlaku di Malaysia, tanggungjawab sebagai seorang pengundi dan implikasi terhadap negara serta isu-isu dan juga cabaran yang selalu dibangkitkan semasa pilihan raya diadakan.
Susulan penguatkuasaan had umur pemilih daripada umur 21 tahun yang diturunkan pada 18 tahun iaitu pada 15 Disember 2021 telah pun menyaksikan pertambahan ketara pemilih iaitu seramai 5.8 juta orang di mana 1.2 juta orang adalah terdiri daripada golongan anak muda yang berusia daripada 18 tahun ke 20 tahun.
Pertambahan pengundi di kalangan generasi muda ini adalah wajar dan mustahak bagi kerajaan untuk pastikan golongan ini bersedia daripada aspek pengetahuan serta pemupukan nilai-nilai dalam membentuk negara bangsa terutama sekali hak pengundi sebagai rakyat Malaysia.
Akademi Pilihan Raya melalui kerjasama pelbagai pihak seperti agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan NGO, persatuan, badan-badan bukan kerajaan telah pun mempergiat pelaksanaan program pendidikan pengundi khususnya kepada golongan anak muda sama ada di peringkat institusi pengajian tinggi, masyarakat, komuniti, acara- acara kementerian dan juga agensi serta pentauliahan kepada golongan pendidik dan juga mahasiswa untuk sama-sama memberikan pendidikan dan kefahaman mengenai proses pilihan raya di negara kita. Terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Sabak Bernam, tambahan.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan dan saya memahami akan keperluan pengundian. Kita lihat bahawa cukup besar, hampir 21 juta orang pengundi baharu dan itu akan menjadi penentu kerajaan kita pada waktu akan datang.
Soalan tambahan saya. Setakat manakah kemampuan dan kematangan golongan muda memilih pemimpin negara yang berwibawa berdasarkan pendedahan dan pengetahuan golongan muda ini kepada politik dan pembinaan negara? Apakah langkah kerajaan bagi menyelaraskan dan menyesuaikan kurikulum pendidikan masa kini supaya dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada golongan muda ini sebagai persediaan sebagai pengundi yang bertanggungjawab pada PRU yang ke-15? Terima kasih.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan Yang Berhormat ini antara soalan-soalan yang popular bila kita turun ke bawah.
Untuk makluman Yang Berhormat, hari ini apabila kita buat – rasionalnya kita turunkan daripada umur 21 tahun ke 18 tahun adalah untuk memberikan peluang kepada individu memilih wakil rakyat Malaysia yang akan mewakili kepentingan mereka serta meningkatkan lagi penyertaan belia sebagai warga bertanggungjawab dalam menyumbangkan dari segi demokrasi kepada pembangunan negara.
Kedua, untuk mempertingkat dan juga membantu literasi demokrasi kematangan melalui pendedahan kepada pengurusan tadbir negara. Oleh sebab itu lah kita tengok
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
golongan ini adalah golongan yang akan menjadi penentu pada masa hadapan. Literasi politik ini adalah pengetahuan dan juga pemahaman tentang proses serta isu politik.
Sesuatu pemahaman dan pengetahuan yang memungkinkan setiap pengundi dalam negara kita ini menjalankan peranannya sebagai seorang warga negara yang bertanggungjawab. Jadi sebab itu lah sebarang pendidikan sama ada teori, konsep ataupun praktikal perlu menjadi platform yang penting untuk anak muda ini diberikan pengetahuan dan juga pendidikan.
Saya mohon masa lebih sedikit, Tuan Yang di-Pertua sebab literasi politik ini juga adalah didorongkan dengan peranan yang dimainkan oleh belia, social media sama ada media elektronik, media cetak ataupun pelbagai medium lagi. Oleh sebab itu lah kalau kita tengok soalan yang kedua yang ditanyakan oleh Yang Berhormat berkenaan dengan kurikulum pendidikan. Ia bukan hanya semata-mata melibatkan Kementerian Pendidikan semata-mata, walaupun soalan Yang Berhormat itu kini dalam proses.
Pihak SPR dan juga pihak Kementerian Pendidikan dalam proses perbincangan untuk melihat silibus berkaitan untuk yang berkenaan dengan pilihan raya ini. Akan tetapi pada masa yang sama kita jalankan juga kerjasama dengan agensi-agensi lain termasuklah Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan, universiti- universiti awam, Kementerian Kesihatan Malaysia dan pelbagai lagi institusi latihan.
Saya harap dengan adanya engagement bukan hanya dipihak agensi sahaja tetapi dengan semua rakyat Malaysia, dengan semua pemimpin masyarakat dapat membantu literasi politik demokrasi di kalangan anak muda ini dapat kita sama-sama pertingkatkan. Terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang pendidikan bagi pengundi muda. Jadi, siapa yang laksanakan kesemua program itu? Saya rasa pegawai SPR tidak begitu ramai yang mampu mendidik semua pengundi muda berumur 18 tahun itu di seluruh negara. Jadi, sepatutnya ia dimasukkan dalam silibus tingkatan 5 sebelum mereka pergi menyertai peperiksaan SPM. Mereka harus ada satu sesi tentang kesedaran pengundian.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya sekarang, SPR adalah satu agensi yang paling tidak mesra. Kami selama ini selalu ada sebagai parti politik ada engagement, ada pertemuan, perbincangan dengan pihak SPR tentang pilihan raya.
Akan tetapi bagi DAP, kami tulis surat kepada Pengerusi SPR...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, stick to the question.
Puan Teresa Kok - Seputeh
...Dia tolak, tidak mahu jumpa..
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Ini bukan berbahas Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Jadi, saya rasa kalau SPR begitu tidak mesra rakyat...
[Pembesar suara dimatikan]
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, stick to the question.
Puan Teresa Kok - Seputeh
...sent is this, we are tidak mesra rakyat. Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Seputeh. Hari ini pun pakai baju putih. Jadi, soalan jawapan saya don’t worry saya akan jawab.
Untuk makluman Yang Berhormat Seputeh, tugas hakiki pihak SPR saya hendak cakap di sini adalah pertamanya untuk pendaftaran pemilih. Keduanya, adalah berkaitan dengan pengurusan pilihan raya. Ketiganya, adalah persempadanan semula. Untuk hendak memberikan pendidikan kepada warga rakyat Malaysia ini sebenarnya bukannya tugas hakiki tetapi sebenarnya tugas bersama.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada minggu lepas saya sendiri telah pun berjumpa dengan pihak Parti MUDA untuk menjalinkan kerjasama, untuk memberikan peri penting pendidikan kepada anak muda dan saya mengalu-alukan— kalau Yang Berhormat kata SPR tidak layan, saya sendiri akan jumpa Yang Berhormat untuk kita bincangkan tentang program bersama.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Cantik ini mesra rakyat.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Bukan hanya untuk DAP sahaja tetapi saya mengalu-alukan dengan parti-parti lain walaupun dalam parti kerajaan.
Ini adalah masanya untuk kita memberikan kesedaran terutama orang muda bukan hanya datang keluar mengundi macam contoh masa PRN Johor. Datang keluar mengundi bila kita tanya, sudah undi? “Sudah”. Undi siapa? “Saya pun tidak tahu, saya tanya emak saya”.
Ini bukan soal hendak tanya emak saya. Anda sudah berusia 18 tahun, sudah boleh dapat lesen kereta, sudah boleh kahwin, sudah boleh masuk askar, sudah boleh masuk tentera, polis dan sebagainya tetapi kenapa bila hendak mengundi kena tanya emak. Ini adalah hak kita.
Jadi, orang muda harus gunakan hak dan tanggungjawab ini sebagai rakyat Malaysia untuk sama-sama dan saya perlukan bantuan daripada sama-sama pemimpin Ahli-ahli Parlimen sama ada di dalam ini atau di luar sana untuk kita sama-sama memberikan kesedaran kepada mereka untuk mereka keluar mengundi pada PRU nanti.
Terima kasih.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Akan tetapi, tidak boleh hisap rokok.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Saya buka lagi satu soalan. Jika tidak, saya gerakkan ke soalan nombor 8 ini Dato’ Johari bin Abdul, Yang Berhormat Sungai Petani.
8. Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan sedarkah kementerian masalah bekalan air terawat di Kedah dan Kelantan begitu serius. Apakah punca sebenar masalah ini berlarutan begitu lama dan apakah rancangan kementerian bagi menyelesaikan masalah dalam masa yang terdekat ini.
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya mohon sedikit masa kerana soalan ini melibatkan dua negeri iaitu Kedah dan Kelantan.
Untuk makluman Yang Berhormat bahawa isu bekalan air di Kelantan, Kedah dan beberapa buah negeri, kementerian mengenal pasti punca utama yang melibatkan tiga.
Pertama, ialah tentang reserve margin air terawat yang sangat rendah di Kelantan dan Kedah. Untuk makluman Dewan yang mulia, reserve margin bagi dua negeri ialah kosong peratus. Keadaan ini meletakkan bekalan air di kedua-dua negeri sangat terdedah kepada risiko gangguan sekiranya berlaku kenaikan permintaan secara mendadak dan unjuran pembangunan berjalan lebih pantas daripada pembangunan kapasiti air.
Kedua, ialah purata kadar tarif yang rendah. Untuk makluman Dewan yang mulia, bagi negeri Kelantan kos RM1.12 per meter padu dan bagi negeri Kedah ialah RM1.11 per meter padu berbanding purata tarif kebangsaan ialah RM1.68 per meter padu menyebabkan kedua-dua negeri ini sukar untuk melaksanakan perbelanjaan operasi
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
(opex) dan apatah lagi perbelanjaan capex untuk menyediakan perkhidmatan bekalan air yang lebih baik kepada pengguna. Keadaan ini secara tidak langsung juga menjejaskan kemampuan kedua-dua operator air AKSB dan SADA untuk membayar sewa pajakan capex kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).
Faktor ketiga, ialah kadar kehilangan air atau NRW yang tinggi. Untuk makluman, di Kelantan 52.6 peratus dan Kedah 49.9 peratus berbanding purata kebangsaan 36 peratus. NRW yang tinggi ini sangat menjejaskan pengoperasian dan hasil kedua operator dalam memenuhi permintaan air yang kian meningkat daripada sektor domestik dan industri.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, penyelesaian kepada isu air di kedua buah negeri ini memerlukan tindakan berterusan secara proaktif melibatkan tiga aspek utama iaitu:
(i) pembangunan aset-aset air;
(ii) kemapanan kewangan; dan
(iii) intervensi kawal selia yang lebih mantap.
Di bawah RP2 RMKe-12, Kerajaan Persekutuan melalui kementerian memperuntukkan sebanyak RM121. 2 juta bagi pelaksanaan projek air untuk negeri Kedah dan kemudahan pinjaman daripada PAAB sebanyak RM80 juta di bawah tempoh operasi atau OP4 2021-2023. Manakala, bagi negeri Kelantan, sebanyak RM7.1 juta diperuntukkan di bawah RP2 RMKe-12 dan kemudahan pinjaman daripada PAAB sebanyak RM664.8 juta bagi Kelantan di bawah OP4 iaitu tahun 2021-2023.
Tujuan fokus utama ialah isu melibatkan margin air terawat menangani isu kehilangan air terawat, menangani isu kehilangan air, perluasan program penggantian pemasangan paip air dan sistem retikulasi dan pembinaan sistem pembinaan teknologi maklumat. Termasuk juga untuk makluman Dewan yang mulia, daripada aspek intervensi kawasan selia, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menubuhkan task force khas bagi negeri Kelantan, Kedah dan Pahang bagi melihat secara dekat tentang pencapaian, petunjuk prestasi KPI dapat dicapai, pelaksanaan projek sumber bekalan air serta pemantapan program NRW dan pematuhan indicator kualiti air oleh kedua-dua operator air AKSB dan SADA. Terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Sungai Petani, soalan tambahan.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab.
Yang Berhormat Menteri sedia maklum bahawa— saya hendak ambil contoh Kedah ya. Dia ada sejarah istimewanya. Sebagai contoh, yang minta peruntukan untuk air ini ialah Kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2016 dan pada tahun 2018, duit yang diminta RM1 bilion oleh kerajaan datang tetapi waktu itu Kerajaan Pakatan Harapan pula memerintah.
Selepas itu, dalam duit datang itu hendak buat pertukaran dan juga improvement kepada masalah air ini Kerajaan Pakatan Harapan jatuh dan naik pula Perikatan Nasional.
Duit itu masih ada Yang Berhormat Menteri.
Isunya ialah, oleh kerana keadaan COVID-19 dan sebagainya saya faham Yang Berhormat Menteri Besar Kedah sedang cuba tetapi isunya ialah bagaimana duit itu telah mengecil. Akhirnya, 30 peratus daripada apa yang ada itu hilang disebabkan oleh kos kenaikan kos.
Jadi, saya minta kepada Yang Berhormat Menteri supaya kalau boleh pertimbangkan untuk menambah apa yang diperuntukkan kerana kalau kita retender balik semua apa yang telah dibuat, saya sudah pasti akan ada kerajaan baharu pula ganti dan kerajaan demi kerajaan demi kerajaan masalah air, masalah ayaq di Kedah ini tidak selesai.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Jadi, sebab itu saya minta supaya kerajaan tengok mengikut EPU, garis panduan mereka bagaimanakah isu-isu kenaikan harga barang dan lain-lain itu dapat di-top up immediately agar supaya negeri-negeri yang terlibat ini dapat laksanakan tugas mereka seperti yang telah pun dibajetkan.
Kalau tidak kita retender balik, hendak buka balik, cerita lain saya ingat tukar dua kali kerajaan pun, rakyat masih tidak ada ayaq. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih Yang Berhormat. Saya beri jaminan bahawa bila saya ambil alih, saya tidak pernah membatalkan semua projek yang telah pun diluluskan sebelum ini. Kenaikan kos sebagaimana kita tahu kementerian meneliti soal kenaikan kos dan penambahan kos yang terpaksa dibuat kepada projek- projek yang telah diluluskan.
Untuk makluman Dewan yang mulia, untuk negeri Kedah ya kita ada lapan projek yang sedang dibangunkan sekarang. Saya mungkin sebut dua tiga sahaja sebagai contoh.
(i) projek naik taraf Loji Rawatan Air Pelubang dengan kos keseluruhan sebanyak RM455.9 juta secara pinjaman;
(ii) projek naik taraf Loji Rawatan Air Lubuk Buntar Lama initial geran RM57. 4 juta; dan
(iii) projek naik taraf Loji Rawatan Air Jenun Baru 55 MLD sebanyak RM161.9 juta pun secara geran.
Ini kita mengambil kira faktor kenaikan kos dan kita harapkan projek ini demi kepentingan rakyat, siapa sahaja kerajaan mesti teruskan dan mesti diambil kira faktor kenaikan kos dan tambahan yang perlu dilaksanakan. Terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Selepas ini Kuala Krai, Yang Berhormat. Dua-dua Kedah ini.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya bersama- sama dengan Kedah tadi. Betullah Yang Berhormat jawab tadi bagus betul tetapi ada juga bila kerajaan tukar, yang tender itu dibatalkan— ini pengalaman di Baling. Pakatan Harapan naik, dibatalkan, tunggu dua tahun baru pilih Yang Berhormat jadi Yang Berhormat Menteri, baru buka balik. Itu di antara faktor yang Yang Berhormat Sungai Petani cakap itu betul. Last sekali kami jadi mangsa.
Di kesempatan ini, saya ucapkan terima kasih kepada Kementerian KASA yang telah membantu kami di Baling, banjir. Tiga hari, empat hari sudah banjir lagi sekali.
Semalam banjir lagi sekali. Saya merayu kepada kementerian Yang Berhormat Menteri.
Saya tahu you all memang boleh buat kerja ini dan memang layak KASA memang boleh buat. Air bukan setakat keladak semalam.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Air bukan setakat keladak, air minum selut masih dok ada lagi. Jadi, saya mintalah SADA ini bantu kami kerana selama ini mereka bersandarkan harapan dengan air masyarakat Gunung Inas itu. Hari ini Gunung Inas sudah hancur lebur, air SADA tidak kesampaian paip dia.
Jadi, saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri tolong kami, bantulah kami.
Sudahlah jatuh tangga, ditimpa steamroll pula sekarang ini. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh ambil tindakan yang sewajarnya dengan segera kepada mangsa-mangsa tragedi yang telah berlaku di Gunung Inas, melibatkan lebih 37 buah kampung. Yang Berhormat Menteri pun sudah tahu, sudah pergi siasat, sudah turun padang, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih Yang Berhormat Baling, saya turun dan saya hendak sebut bahawa kita ada isu sedikit di Loji Sungai Limau yang terbengkalai dan kita telah beri perhatian serius untuk selesaikan masalah loji di Sungai Limau di Baling dan Dewan yang mulia, saya hendak maklum tentang isu yang dibangkitkan tadi.
Kementerian telah pun meluluskan sebanyak dua struktur Sabo dam. Sebanyak RM20 juta diperuntukkan khusus selepas tragedi yang berlaku di Baling dan kita harapkan ini dapat mengurangkan kadar sedimen yang berlaku di sungai yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Di samping itu, kementerian juga telah meneliti tentang pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) sebagai satu mekanisme penjernihan sebelum air itu dirawat di loji-loji yang ada. Kita harapkan insya-Allah dengan struktur Sabo dam dan pembinaan loji Sungai Limau ini akan selesaikan masalah bekalan air di kawasan Baling. Terima kasih.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Minta soalan dari Kelantan.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Satu lagi soalan.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Soalan tambahan.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Satu lagi soalan penting.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Tuan Yang di-Pertua.
Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Last.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin merujuk kepada jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Setiawangsa, bertarikh 21 Julai 2022. Apakah yang dimaksudkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berkenaan kelemahan tadbir urus dan kedudukan kewangan Air Kelantan Sdn. Bhd. yang disebut sebagai punca kepada masalah bekalan air di Kelantan.
Saya perlukan penjelasan Tuan Yang di-Pertua ialah khusus daripada Yang Berhormat Menteri kerana isu ini telah disalah tafsir oleh pihak-pihak tertentu dan dieksploitasi khususnya, apabila tidak mengambil keseluruhan jawapan pihak yang terlibat dalam jawapan tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.
Saya setuju bahawa jawapan yang diberi adalah lengkap dan kalau direfer kepada semua jawapan tersebut, saya fikir jelas. Cuma niat jahat dan tidak ada tujuan terselindung di sebalik itu, menyebabkan timbul konflik.
Untuk makluman Dewan yang mulia, apa yang dibangkitkan ialah tentang kelemahan tadbir urus dan kedudukan kewangan operator air sebagaimana yang telah saya nyatakan tadi, yang mana pengurusan bekalan air Kelantan menghadapi cabaran yang disebabkan oleh kedudukan kewangan Syarikat AKSB yang tidak mampan kerana faktor-faktor tarif air. Punca utama ialah kadar tarif air yang rendah, yang mana pendapatan yang tidak dapat menampung kos operasi dan penyelenggaraan infrastruktur air.
Untuk makluman Dewan yang mulia, tarif air di Kelantan tidak pernah disemak lebih daripada sembilan tahun. Tarikh akhir sekali ialah pada tahun 2013 dan kadar ialah RM1.12 per cubic meter, berbanding kos keseluruhan RM2.35 per cubic meter. Kita boleh tengok, kalau kos sebenar sepatut RM2.35 tetapi kos yang dikenakan kepada pengguna hanya RM1.12 dan ini antara punca menyebabkan AKSB tidak mampu untuk beroperasi dan kutipan bil yang tidak mampu menampung kos keseluruhan. Tarif air rendah ini telah memberi kesan secara langsung terhadap usaha-usaha menambah tenaga, kerja dan penaikan taraf loji dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, saya suka maklumkan Dewan yang mulia, bahawa kementerian telah pun meluluskan beberapa projek di negeri Kelantan bagi menyelesaikan masalah. Antaranya ialah pembinaan Loji Rawatan Air Kampung Telok berkapasiti 30,000,000 liter sebanyak RM48.7 juta secara pinjaman dan ia telah mula
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
beroperasi secara berperingkat-peringkat. Kedua, projek air tidak berasid NRW kebangsaan ini secara geran sebanyak RM69.95 juta bagi menampung masalah yang berlaku, peningkatan kadar NRW di Kelantan yang agak tinggi.
Kemudian, di samping itu, mengenai sumber air di Kelantan fasa dua, kita peruntukkan sebanyak lebih kurang RM20 juta sebagai geran bagi mengatasi masalah yang dibangkitkan. Itu antara masalah yang perlu saya beri penjelasan supaya tidak timbul kekeliruan sebagaimana yang dibangkitkan Yang Berhormat, terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini, terima kasih Ahli Yang Berhormat.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Puan Teresa Kok - Seputeh
Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat, fasal 36(12), “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu”.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak rujuk kepada soalan yang saya tanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, berapa anggota rasmi dan berapa pihak persendirian yang ikut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melawat Jepun pada Mei tahun ini dan beri pecahan perbelanjaan lawatan rasmi yang dibiayai oleh kerajaan dan kos yang ditanggung oleh pihak swasta?
Jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Mersing, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, dia memang cakap tentang objektif Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pergi ke sana, tetapi satu sen pun dia tidak sebut berapa perbelanjaannya.
Pagi tadi, semalam saya ada tanya juga bagi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, soalan tentang berapa yang dibelanjakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk lawatan rasmi, lagi soalan saya tidak naik.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat yang lepas, saya hanya buat satu carian dalam Google, MalaysiaKini Julai 2013, iaitu jawapan kerajaan kepada Yang Berhormat Taiping pada waktu itu, kos lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke luar negara oleh Yang Berhormat Pekan ialah RM44.1 juta dalam tempoh Mac 2008 hingga Mei 2013.
Bagi Utusan Malaysia, 22 Oktober 2008 ia juga dilaporkan jawapan Parlimen...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat...
Puan Teresa Kok - Seputeh
Langkawi, Yang Berhormat Langkawi...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Seputeh get to the point, direct, what is your question?
Puan Teresa Kok - Seputeh
I just want to tell you that– dahulu semua ini...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat bercerita benda lain.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Ini dijawab. Jadi, kerajaan harus telus.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Saya faham.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Lapor kepada Dewan Rakyat. Kenapa soalan saya tentang perbelanjaan tidak dijawab?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Saya faham Yang Berhormat. I understand your question dengan izin. So, my answer is please write so that the Speaker boleh jawab.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Sudah. Speaker sudah jawab, sini.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Faham.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Speaker gunakan Erskine May, semua itu, dia kata dia tidak ada kuasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Saya faham Yang Berhormat Seputeh. The Speaker has answered dengan izin has answered you. But you are not satisfied with the answer, please...
Puan Teresa Kok - Seputeh
No.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Dengar apa yang saya hendak cakap, tulis dan minta penjelasan tentang perkara itu. Okey, duduk Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Saya tulis, saya kata dahulu ada jawab, kenapa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang tidak berani bagi tahu kos perbelanjaan lawatan rasmi ke luar negara.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Ini Yang Berhormat, saya telah menggunakan bahasa yang jelas. Please write on the matter dengan izin apa yang anda tidak puas hati dan mohon jawapan. Let us get...
Puan Teresa Kok - Seputeh
Bolehkah saya tulis kepada Timbalan Tuan Yang di-Pertua?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang berkuasa di sini, kata putus dalam aspek perkara-perkara peraturan yang ditentukan adalah Tuan Yang di- Pertua. Saya hanya menjalankan tugas sebagai Timbalan. Quite clear, very direct.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Jadi...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
If I’m the Speaker, lain cerita. Duduk, duduk.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Wow!
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, on the same point. Saya ingat menulis kepada Speaker is not– tidak mencukupi, kerana Dewan perlu dimaklumkan bahawa kerajaan sekarang tidak jawab soalan.
Kerajaan dahulu, jawab soalan, that is the point. That’s the point she is driving.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Shah Alam, I got it clear dan Yang Berhormat Seputeh pun sudah jelas, satu Dewan pun sudah dengar the point. I get your point. But itu yang saya nyatakan, kuasa saya terhad. Okey, please, I will be looking after...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat, perkara yang sama saya bangkitkan semalam. Ini orang ramai sangat marah Yang Berhormat, pendek kata, apa ini accountability dalam Parlimen. Apabila kerajaan membelanjakan wang, kita tidak ada hak untuk tahu, rakyat tidak perlu tahu?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, the point Yang Berhormat Seputeh, has brought it up...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Keadaan yang sama.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Shah Alam has brought it up.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ini saya kata nobody above the law.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yes, I agree.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Culture yang baharu yang dibuat oleh Barisan Nasional.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
I quite setuju. Saya agree dengan your point of view.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya tidak mahu rakyat amuk dalam hal ini.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Sudah tiga orang wakil rakyat yang bercakap. So...
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Peraturan mesyuarat.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Ya, the same Peraturan?
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Kalau Yang Berhormat Menteri tidak mahu jawab, panggil dia letak jawatan. Apa duduk di sini, tidak boleh jawab.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, Yang Berhormat, let us not get overboard, I quite understand your predicament dan what you punya– saya faham.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Saya hendak ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana bersetuju dengan apa yang kita nyatakan, *I think that has to be highlighted. Thank you.
[Tepuk]*
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Ini semua kita tidak lantik, Timbalan Perdana Menteri ini.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Kita lihat balik tadi apa aturan majlis kita ini. Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri akan memberi penerangan berkaitan Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagangan Orang.
Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagangan Orang merupakan penilaian peringkat global yang dilakukan oleh Kerajaan Amerika Syarikat kepada 188 buah negara dalam aspek penguatkuasaan dan pendakwaan, pencegahan serta perlindungan, di mana Malaysia telah dinilai berada pada kedudukan tahap tiga pada tahun 2022. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua serta Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin perjelaskan bahawa terdapat beberapa perundangan domestik dan antarabangsa khusus di Malaysia bagi jenayah pemerdagangan orang yang diguna pakai iaitu:
(i) Akta Anti Pemerdagangan dan Anti Penyeludupan Migran 2007;
(ii) Akta Imigresen 1959/63 iaitu Akta 155, seksyen 56(1)(d), di mana orang yang melindungi yang ia ketahui mempunyai sebab munasabah, ia bertindak berlawanan dengan akta;
(iii) Konvensyen ASEAN Mengenai Pemerdagangan Orang (ACTIP) yang mana Malaysia telah menandatanganinya pada 21 November 2015 dan meratifikasinya pada 7 September 2017;
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
(iv) Konvensyen PBB Mengenai Jenayah Terancang (UNTOC) yang mana Malaysia telah menandatangani konvensyen tersebut pada 26 September 2002 dan meratifikasinya pada 24 September 2004; dan
(v) Protokol PBB Mengenai Pemerdagangan Orang (Protokol TIP) yang mana Malaysia telah menyertainya pada 26 Februari 2009.
Tuan Yang di-Pertua, jenayah pemerdagangan orang merupakan bentuk perhambaan moden, dengan izin, modern slavery yang merupakan cabaran global yang dihadapi oleh banyak negara di dunia, termasuk negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah dan juga negara-negara di Asia. Pemerdagangan orang merupakan suatu perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang boleh menyebabkan seorang yang lain menjadi mangsa, di mana hak mereka telah dinafikan, diperlakukan secara zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Ini jelas di mana ciri-ciri pemerdagangan orang itu boleh dilakukan tanpa atau dengan melibatkan rentas sempadan dan melanggar kesalahan hak asasi manusia.
Menurut pindaan terkini kepada Akta 670 yang telah berkuat kuasa pada 22 Februari 2022, takrifan “pemerdagangan orang” ialah segala perbuatan merekrut, mengangkat, memindahkan, memperoleh, mengekalkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang bagi maksud atau tujuan eksploitasi dengan cara seperti berikut:
(i) ancaman atau penggunaan kekerasan atau bentuk paksaan yang lain;
(ii) pemelarian;
(iii) fraud;
(iv) perdayaan;
(v) penyalahgunaan kuasa;
(vi) penyalahgunaan kedudukan orang yang mudah terdedah kepada bahaya perbuatan pemerdagangan orang; atau
(vii) pemberian atau penerimaan bayaran atau faedah untuk memperoleh kerelaan seseorang yang mempunyai kawalan ke atas orang yang diperdagangkan.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah dimaklumkan pada awal pembentangan, penilaian atas laporan ini bersifat subjektif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Amerika Syarikat berdasarkan maklumat yang bukan sahaja diperoleh daripada pihak Kerajaan Malaysia, malahan daripada mana-mana pihak seperti badan bukan kerajaan dan Pertubuhan Masyarakat Madani, NGO ataupun CSO.
Sebagai contoh, dalam Laporan JNAS tercatat bahawa Malaysia tidak mempunyai rumah perlindungan di Utara Semenanjung Malaysia yang pada hakikatnya, sebuah rumah perlindungan atau mangsa pemerdagangan orang kendalian NGO sudah pun ada di Pulau Pinang, telah beroperasi sejak tahun 2017 lagi.
Secara keseluruhannya, terdapat sepuluh buah rumah perlindungan bagi mangsa pemerdagangan orang di seluruh negara seperti berikut:
(i) lapan buah rumah perlindungan di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM); dan
(ii) dua buah rumah perlindungan di bawah seliaan NGO.
Untuk rumah perlindungan seliaan kerajaan, peruntukan tahunan secara purata berjumlah RM5 juta telah disediakan oleh pihak kerajaan melalui KPWKM bagi tujuan pengurusan dan pengoperasian lapan buah rumah perlindungan tersebut. Manakala sejak tahun 2017, kerajaan telah menyediakan peruntukan berjumlah RM4.04 juta bagi tujuan pengurusan rumah perlindungan seliaan NGO.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Terdapat kekhilafan mengenai penggunaan gari kepada mangsa pemerdagangan orang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, prosedur penggunaan gari hanya terpakai kepada warga negara asing yang menyalahi undang-undang imigresen iaitu ketika operasi penguatkuasaan dilaksanakan untuk tujuan keselamatan.
Ada kalanya proses penggunaan gari yang dikenakan kepada mangsa merupakan suatu tindakan bagi menyelamatkan mereka daripada apa-apa tindakan di luar dugaan dan ia berlaku buat sementara semasa operasi. Bagi mereka yang sudah pun dikenal pasti sebagai mangsa, mereka tidak akan digari lagi.
Selain itu, terdapat juga laporan mengatakan bahawa pegawai khidmat sokongan mangsa atau victim assistance specialist (VAS) dihalang daripada menyertai operasi menyelamat dan mengenal pasti mangsa. Tidak mungkin perkara ini boleh berlaku kerana VAS yang dilantik dalam kalangan penjawat awam dan NGO sentiasa terlibat dalam membantu pihak penguat kuasa bermula daripada operasi menyelamat, siasatan dan proses perundangan yang berkaitan.
Walau bagaimanapun, ia hanya membabitkan NGO-NGO yang telah dikenal pasti dan dilantik oleh Menteri Dalam Negeri mengikut Akta ATIPSOM 2007 sebagai pegawai pelindung dan VAS. Selain daripada berpandukan pematuhan kepada instrumen antarabangsa seperti UNTOC dan Protokol TIP, penilaian ini juga adalah berpandukan kepada perundangan Amerika Syarikat untuk jenayah pemerdagangan orang iaitu Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan dan Keganasan 2000 (TVPA), di mana ia kadang- kadang terdapat perbezaan dengan undang-undang dan amalan yang diguna pakai di negara kita dalam konteks tiga elemen penilaian iaitu pendakwaan dan penguatkuasaan, perlindungan mangsa dan pencegahan.
Terdapat empat tahap penilaian bagi laporan ini iaitu tahap satu, tahap dua, tahap dua pemerhatian dan tahap tiga. Apabila Malaysia diletakkan pada tahap tiga, ia boleh memberi kesan kepada negara. Seperti yang telah saya katakan, ia boleh menjejaskan beberapa pasaran eksport di luar negara apabila terpalit dengan tuduhan penggunaan buruh paksa dalam rantaian bekalan. Sebagai contoh, terdapat beberapa buah syarikat yang dikenakan withhold release order (WRO) oleh pihak US Customs and Border Protection (CBP). Walau bagaimanapun, yang mana dua buah syarikat telah pun ditarik balik sekatan WRO tersebut.
Menurut sumber daripada Kementerian Sumber Manusia (KSM), masih lagi terdapat enam buah syarikat yang dikenakan WRO, khususnya melibatkan sektor perladangan sawit dan pembuatan sarung tangan getah. Dalam hal ini, kerajaan komited untuk memastikan semua pemain industri daripada pelbagai sektor mematuhi perundangan perburuhan negara dengan libat urus berterusan antara pihak kerajaan dan pemain industri melalui task force khas bagi enam buah industri yang diwujudkan di bawah KSM.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah saya maklumkan pada awal pembentangan tadi, Malaysia telah dinilai sekali lagi pada tahap tiga untuk tahun ini yang mana laporan ini telah dikeluarkan pada 19 Julai 2022 di Washington, D.C. bersamaan dengan 20 Julai 2022, waktu tempatan. Walaupun laporan tersebut memperakukan beberapa usaha significant negara dalam membanteras pemerdagangan orang, namun Malaysia masih dianggap tidak mematuhi sepenuhnya piawaian minimum.
Usaha signifikan negara adalah seperti berikut:
(i) pindaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, Akta 670 serta Akta Kerja 1955, Akta 265 iaitu seksyen 90B, pewujudan kesalahan buruh paksa dan seksyen 60K, penggajian pekerja asing yang telah diluluskan pada bulan Mac 2022 bagi menangani isu buruh paksa;
(ii) peningkatan sabitan dan penguatkuasaan ke atas pelaku jenayah pemerdagangan orang;
(iii) peningkatan bilangan kebenaran bergerak bebas;
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
(iv) peningkatan bilangan penterjemah dan victim assistance specialist (VAS); dan
(v) pembangunan Pelan Tindakan Kebangsaan Berhubung Buruh Paksa atau NAPFL.
Dengan mengambil kira impak pandemik COVID-19 yang melanda dunia, usaha negara dilihat masih tidak mencukupi berdasarkan aspek negatif yang dibangkitkan dalam laporan tersebut seperti:
(i) kekeliruan terhadap jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran yang menghalang pengenalpastian mangsa;
(ii) penyiasatan kes pemerdagangan orang yang berkurang;
(iii) tidak membuat pendakwaan dan sabitan ke atas penjawat awam yang melakukan jenayah pemerdagangan orang;
(iv) tiada penguatkuasaan dan pendakwaan kepada majikan syarikat sektor minyak sawit dan sarung tangan getah yang berdepan tohmahan mengenai amalan buruh paksa;
(v) bilangan mangsa yang dikenal pasti rendah;
(vi) kelemahan pelaksanaan prosedur operasi standard mengenal pasti mangsa semasa operasi dan semasa mengenal pasti mangsa dalam kalangan kumpulan berisiko;
(vii) menghukum mangsa dengan kesalahan imigresen dan persundalan;
(viii) kelemahan koordinasi antara agensi; dan
(ix) kelemahan perkhidmatan perlindungan yang menyebabkan mangsa tidak berminat untuk terlibat dalam prosiding jenayah.
Walaupun kebanyakan daripada sembilan perkara aspek negatif yang saya nyatakan tadi telah banyak diambil tindakan oleh kerajaan, tetapi ianya masih lagi tidak dapat mempengaruhi penilaian Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS). Laporan JNAS pada kali ini juga telah menyenaraikan 15 perkara penambahbaikan seperti yang telah diedarkan. Ini juga termasuk saranan supaya Malaysia meningkatkan usaha bagi mengenal pasti mangsa dalam kalangan warga negara Republik Rakyat China yang bekerja di syarikat berkaitan Kerajaan Republik Rakyat China di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang
(2021-2025) atau NAPTIP 3.0 yang telah saya lancarkan pada tahun lepas adalah merupakan komitmen kerajaan dalam isu pemerdagangan orang. NAPTIP 3.0 merupakan sebuah dokumen strategik. Ia menentukan secara jelas hala tuju serta fokus negara dalam mencegah dan membanteras jenayah pemerdagangan orang di Malaysia.
Secara ringkasnya NAPTIP 3.0 ini mengandungi empat teras utama, 34 objektif spesifik dan 210 aktiviti yang dilaksanakan oleh lima jawatankuasa pelaksana serta dipantau pelaksanaannya oleh Jawatankuasa Pemantauan dan Penilaian. Sehingga kini sebanyak lebih kurang 110 aktiviti telah dilaksanakan oleh pelbagai pemegang taruh yang terdiri daripada agensi kerajaan, pihak NGO dan CSO dan juga organisasi antarabangsa.
Walaupun berhadapan dengan cabaran ini, KDN dan anggota Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) yang terdiri daripada 22 kementerian dan agensi sentiasa komited untuk membanteras jenayah pemerdagangan orang dengan memperkukuhkan usaha melalui langkah-langkah yang juga selaras dengan aktiviti dalam NAPTIP 3.0 seperti berikut.
Pertama, penguatkuasaan dan pendakwaan. Selaras dengan pindaan terkini Akta 670 yang telah berkuat kuasa pada 22 Februari 2022, kerajaan telah melaksanakan program-program bagi meningkatkan kefahaman mengenai pindaan terkini akta ini kepada pemegang taruh seperti badan kehakiman, pendakwa raya dan penguatkuasaan.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Antara program yang telah dilaksanakan adalah persidangan pendakwaan ATIPSOM antara Jabatan Peguam Negara dan agensi-agensi penguatkuasaan pada 28 Februari hingga 3 Mac 2022. Knowledge sharing on new ATIPSOM (Amendment) Act 2022 dan sesi rollout zone, Zon Selatan bersama dengan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dari 19 hingga 21 Jun 2022 serta roundtable on unpacking the ATIPSOM amendments 2022 pada 7 Julai 2022.
Kefahaman yang mendalam para pemegang taruh pada pindaan terkini dilihat mampu meningkatkan keberkesanan pelaksanaan akta yang akan membawa kepada peningkatan aktiviti penguatkuasaan serta peningkatan bilangan pendakwaan dan sabitan yang berkualiti.
Kedua, perlindungan. Dalam usaha meningkatkan perlindungan mangsa, prosedur operasi standard (SOP) bagi penjagaan dan perlindungan orang yang diperdagangkan telah dibangunkan dan telah pun dikuatkuasakan pada 1 April 2022.
Melalui penguatkuasaan SOP ini, kualiti perkhidmatan perlindungan kepada mangsa pemerdagangan orang dapat ditingkatkan selain daripada selaras dengan pindaan akta yang terkini yang menambah baik peranan Menteri yang bertanggungjawab dalam Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam pengurusan perlindungan.
Ketiga daripada segi pencegahan. Pembangunan serta pelancaran Pelan Tindakan Kebangsaan Berhubung Buruh Paksa atau NAPFL pada 25 November 2021 yang disusuli dengan ratifikasi Protokol 29 Konvensyen Buruh Paksa pada 21 Mac 2022 merupakan komitmen terbaharu negara untuk mencegah insiden buruh paksa dan juga pemerdagangan orang. Pelaksanaan NAPFL ini juga dilihat sebagai melengkapi pelaksanaan NAPTIP 3.0 yang telah saya terangkan secara ringkas sebentar tadi.
Keempat, kerjasama strategik. Kerajaan menyedari bahawa usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang ini memerlukan kepada tindakan yang kolektif daripada semua pihak. Oleh yang demikian, libat urus dan kerjasama berterusan akan dilakukan dengan pelbagai pihak seperti pihak NGO dan CSO, perwakilan diplomatik asing, organisasi antarabangsa dan ahli akademik sama ada di peringkat domestik mahupun di peringkat serantau dan antarabangsa.
Selain daripada itu, KDN juga telah menyediakan laporan negara mengenai pemerdagangan orang yang bertujuan untuk menerangkan inisiatif-inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan dalam usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang di Malaysia. Laporan ini juga telah dikongsi dengan Kedutaan Besar Amerika Syarikat pada 1 April 2022.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada perkara-perkara yang mempengaruhi penilaian laporan JNAS mengenai pemerdagangan orang dalam pembentangan sebelum ini, perlu diambil perhatian juga bahawa penilaian ini turut dipengaruhi oleh tindakan pihak- pihak tertentu seperti golongan majikan dan pekerja yang terlibat dalam amalan perburuhan yang melanggar hak asasi manusia.
Contohnya seperti melakukan penderaan, menahan pasport, bekerja secara haram, tidak membayar gaji dan tidak menyediakan penginapan yang sesuai. Ini menunjukkan bahawa pelbagai pihak turut sama menyumbang kepada permasalahan ini dan perlu berperanan serta bertanggungjawab untuk bersama-sama memperbaiki keadaan ini.
Pada peringkat kerajaan, sebagai penguatkuasaan dan pelaksana kepada dasar membanteras jenayah pemerdagangan orang di Malaysia, kerajaan bertekad untuk menambahbaikkan penguatkuasaan, meningkatkan pendakwaan, serta memperkasakan perlindungan kepada mangsa pemerdagangan orang. Bagi memastikan keberkesanan tindakan oleh kerajaan, perkongsian maklumat daripada pihak NGO, CSO, rakyat dan juga media adalah diperlukan. Memandangkan sifat jenayah dan modus operandinya yang licik dan berubah-ubah.
Selain itu, pihak NGO, CSO rakyat dan media boleh membantu kerajaan dalam melaksanakan program perlindungan serta sokongan kepada mangsa selain daripada melaksanakan program pencegahan bagi memberi kesedaran kepada umum akan jenayah ini. Pihak syarikat dan majikan pula berperanan untuk melaksanakan amalan
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
perburuhan yang baik selaras dengan perundangan domestik berkaitan dan juga piawaian di peringkat global.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Perkara ini adalah penting untuk memastikan tiada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan memburukkan imej negara melalui tuduhan melakukan amalan perburuhan yang salah. Contohnya seperti perekrutan tidak beretika, keterikatan hutang pekerja dan eksploitasi kerja paksa. Pihak syarikat majikan juga digesa untuk mematuhi sepenuhnya undang-undang perburuhan negara bagi mengelakkan diambil tindakan atas kesalahan-kesalahan seperti pemerdangangan orang dan buruh paksa.
Selain itu juga, pihak syarikat dan majikan juga diseru untuk memperhebatkan program penerangan hak-hak kepada pekerja untuk memastikan hak para pekerja terjamin. Sebagai tanda komitmen pihak syarikat dan majikan untuk melaksanakan amalan perburuhan yang baik dan mematuhi undang-undang negara, adalah disarankan agar pihak syarikat dan majikan mengeluarkan kenyataan komitmen yang boleh dicapai serta dirujuk oleh semua pihak. Melalui kenyataan komitmen ini, diharap dapat meningkatkan lagi imej syarikat dan majikan serta memulihkan imej negara di mata umum.
Dalam hal ini, bukan sahaja KDN, KSM, MITI dan KPPK yang perlu bertanggungjawab. Akan tetapi ia juga merupakan tanggungjawab bersama agensi kerajaan yang lain, syarikat, majikan, NGO, media dan semua pemegang taruh yang berkaitan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon semua Ahli Yang Berhormat untuk mengambil maklum akan laporan ini. Sekian, terima kasih.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya dapat penjelasan?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Point of order Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada point of order 14 (1)(i) kerana ini adalah satu penerangan Yang Berhormat Menteri, dan saya hendak ucapkan terima kasih kerana kami telah menerima surat, baru hari ini di mana beliau menyatakan bahawa beliau akan membuat satu penerangan untuk satu isu yang amat besar.
Saya hendak tahu sama ada adakah secara kebetulan, Speaker Amerika Syarikat Nancy Pelosi melawat Malaysia, baru Yang Berhormat Menteri merasa ini adalah serius untuk menjawab ataupun respons ke atas isu ini memandangkan ini adalah daripada United States’ Trafficking in Persons Report di mana kita adalah dalam tier 3 atau tahap ketiga.
Sesuatu seperti yang Yang Berhormat sebut tadi adalah amat memalukan. Kalau Nancy Pelosi tidak datang ke sini, adakah Yang Berhormat tidak akan buat satu penerangan?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Okey.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Memandangkan bahawa ini adalah satu perkara penting sehingga penerangan ini diedarkan kepada semua Ahli Parlimen, saya pun pernah buat penerangan tetapi kita biasanya buat penerangan tentang sesuatu isu yang telah dibangkitkan sebelum ini.
Bolehkah Yang Berhormat Menteri kerana ini adalah satu perkara yang amat penting memberikan ruang dan masa supaya perkara ini dapat dibahaskan kerana ini amat memalukan negara. Kita berbincang tentang manusia bukan binatang. Binatang pun dapat layanan yang lebih baik.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, get to the point.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
So, saya berharap janganlah hanya one track.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua juga sebagai seorang pihak polis yang kanan...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Saya...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kita tidak boleh one track. Saya harap Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Saya...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Jangan anggap ini “it’s either my way or the highway”. Tidak boleh. Ini harus dibahaskan dan dibincangkan oleh semua Ahli Parlimen, tentang satu isu yang amat penting kerana berkaitan dengan hak asasi manusia sejagat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Ahli Yang Berhormat...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
...atas perkara yang dinyatakan. Kita teruskan dengan agenda...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh atau tidak saya dapat penjelasan tentang penerangan tadi?
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Bahawa KDN dan KSM ini...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat duduk dahulu. Bagi Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...kerana ramai yang...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Nanti. Nanti.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...were made illegal by the Home Ministry.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, saya hendak beri ruang kepada Yang Berhormat untuk berbahas. I am going to give the opportunity. So, masa bahas nanti, Yang Berhormat boleh tanya dan kemudiannya Yang Berhormat Menteri boleh menjawab. But if you are going to interject dalam keadaan masa ini, amat susah.
Saya hendak buat keputusan ini. Hendak beri perbahasan sebagaimana yang dikehendaki oleh ketua Yang Berhormat tadi. I was in the midst of trying to conduct to get this side and this side to debate on the issue, on the penjelasan Yang Berhormat Menteri telah nyatakan tadi. Bagi saya masa, ya? Just a few minutes. Okay. All right, kita balik kepada...
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Tuan Yang di-Pertua, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan akan saya jelaskan sebentar lagi.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Ya, bukan saya menyebelah mana-mana pihak, saya duduk sini, saya akan cuba sebaiknya berlaku adil.
All right? The point Yang Berhormat Bagan telah bangunkan tadi was taken into consideration and Yang Berhormat Menteri will menjawab. I’m in the midst hendak bahagi- bahagi.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Baik, terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
But you interject...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya hendak bangkitkan beberapa perkara untuk Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Okey, Yang...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya ingin menyatakan...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Sit down. I’m going to give – saya akan beri ruang ini. Jangan risau Yang Berhormat. I will act fairly when I sit
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
here. All right? Okey, kalau saya lihat di sini, sekarang tempoh kita berbahas atas penerangan Yang Berhormat Menteri tadi. Saya lihat masa pun kurang tetapi saya akan beri lima minit setiap orang, three on this side, three on this side, okay? Apa yang saya lihat ini, di sebelah sini saya akan spreadkan among the parties. Sini saya nampak nama– first name is Yang Berhormat Ipoh Barat, you’d be the first speaker on this side...
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Sepanggar, Sepanggar pun mahu.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
I need dua. Daripada Amanah seorang, daripada Warisan atau Pejuang seorang.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh Beruas diberi kerana saya yang hendak membawa isu ini...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...selama ini human resource, saya sudah tunjukkan kepada Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Human Resource Ministry bahawa penggajian pekerja asing hanya boleh melalui ejen. Illegal worker is...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...caused by Home Ministry and Human Resource Ministry.
[Pembesar suara dimatikan]
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Please, please. Kalau tidak, tidak habis ini. Masa berjalan. I’m trying to give...
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
...time to everybody.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Sungai Buloh sudah bangkit banyak kali isu buruh paksa dalam Dewan...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yes, dalam perdebatan nanti, you can bring up the subject matter. No issue, Yang Berhormat Menteri boleh jawab.
Okey? All right.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
So, boleh? Siapa dahulu?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Sekarang ini saya ada nama di sebelah sini yang sampai kepada saya. Yang Berhormat Ipoh Barat is going to be the first speaker on this side. I need another two.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Sepanggar.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Memang Amanah...
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Sepanggar.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Amanah?
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Warisan, Warisan.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Parit Buntar akan mewakili.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Warisan ada seorang di sini.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Amanah siapa? Yang Berhormat Amanah? Yang Berhormat Parit Buntar.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Keadilan mana?
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Warisan, Sepanggar.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Warisan, Yang Berhormat Sepanggar ya? Yang Berhormat Sepanggar. Okay, we try to be as fair as it is possible.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Okey, lanjutan lebih masa kerana isu ini penting.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Siapa yang akan membahaskan adalah Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Jempol. Ya? Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Jempol...
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Yang Berhormat boleh tanya?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
...saya akan selang- selang.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Keadilan? Keadilan?
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Ikut parti atau ikut wakil rakyat?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Lima minit. Okey, dipersilakan Yang Berhormat Padang Rengas dahulu.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan perkara ini, saya ingin membangkit mungkin perkara yang sangat penting dalam soal ini.
Kita tahu bahawa kita telah diturunkan kepada tier 3. Itu bersama dengan negara- negara seperti Libya, Sudan, lagi siapa? Sudan, China? Myanmar. Jadi ini merupakan satu perkara yang cukup menekan kita untuk disamakan dalam soal human rights ini dengan negara-negara ini. Apatah lagi kalau tidak silap saya, baru-baru ini pun kita baru menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. Jadi saya gembira mendengar penerangan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Apa yang penting ialah kita mengambil berat apa yang ditentukan oleh Kerajaan Amerika Syarikat berkenaan dengan pemerdagangan manusia di negara kita.
Jadi, saya pun telah dengar bahawa pelbagai tindakan yang telah diambil, menunjukkan kesungguhan kita supaya kita boleh keluar daripada tier 3. Akan tetapi yang pentingnya Yang Berhormat, kita diletakkan di sini bukan kerana kita ini melayani manusia begitu teruk tetapi sebenarnya apa yang dijadikan kita sebagai tier 3 ini ialah kerana soal pekerja-pekerja asing, buruh yang datang ke negara kita.
Kalau tidak kerana mereka, mungkin kita tidak masuk ke tier 3. Jadi di sini harus kita melihat apakah sebenarnya yang menyebabkan kita jatuh ke tier 3 ini. Semua orang tahu bahawa banyak negara yang membawa masuk pekerja-pekerja. Bukan kita sahaja dan kita membawa masuk pekerja dari pelbagai negara.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Kita perlu kepada pekerja-pekerja asing ini. Sepertimana yang− saya juga duduk di dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia dan kami mendapati bahawa cara memasukkan pekerja ke negara kita inilah penyebab mengapa kita duduk di tier 3 pada hari ini. It is the way that we bring in foreign workers. Sistemnya itu telah pun– sila Yang Berhormat Sungai Buloh.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Sebenarnya kalau kita baca report itu, muka surat 364– laporan yang mengakibatkan kita di tier 3 bukan sahaja pekerja asing. Ini kerana, di sini dengan jelas mereka kata kerajaan tidak bezakan human trafficking dengan izin daripada migrants smuggling. Human trafficking ini banyak kali melibatkan memang migrant labour tetapi yang disimpan dalam keadaan buruh paksa (slave labour).
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Kedua, kebanyakannya wanita yang dimasukkan dalam aktiviti pelacuran dan sebagainya secara paksa. Itulah isunya. Yang Berhormat Menteri kata laporan ini ada banyak aspek subjektif. Ini yang saya hendak tanya kepada pandangan Yang Berhormat Padang Rengas iaitu memang Yang Berhormat Menteri sudah confirm kerajaan dirunding, diminta bagi pandangan juga. Akan tetapi, saya sudah baca secepat mungkin banyak dokumen ini berdasarkan kepada fakta atau laporan daripada NGO dan ini tidak boleh disebut Yang Berhormat Menteri sebagai subjektif. Subjektif itu, saya berpendapat ini, saya berpendapat itu. Akan tetapi apabila saya baca, it is factual.
Adakah Yang Berhormat Padang Rengas bersetuju kalau saya kata istilah subjektif ini tidak tepat. You shouldn’t use the word ‘subjective’. This is factual based on facts. Akan tetapi, kita kena jawab dengan fakta juga. Apa pandangan Yang Berhormat Padang Rengas?
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Dia banyak aspek. Yang Berhormat Sungai Buloh sebut itu pun betul. Akan tetapi, saya hendak khusus kepada cara kita membawa masuk buruh ini. Inilah yang menyebabkan mengapa kita berada di tier 3 pada hari ini. Kami yang duduk dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Kebebasan Asasi dan Hak-hak di bawah Perlembagaan.
Ini yang kami lihat itu bahawa sistem memasukkan pekerja ini merupakan satu daripada perkara yang sangat besar yang menyumbang kepada soal antipemerdagangan ini. Jadi saya tidak mahu cakap banyak, Yang Berhormat Sungai Buloh pun sudah ambil masa saya dekat tiga minit tapi tidak apalah. Cuma, saya hendak minta kepada Yang Berhormat Sungai Buloh sila lihat kepada cara kita membawa masuk pekerja kita ini yang merupakan penyumbang yang besar hari ini mengapa kita duduk di bawah tier 3. Terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Silakan Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri – terima kasih kepada penjelasan yang dibuat. Akan tetapi, kalau kita tengok dalam report yang diedarkan, it says “The Government of Malaysia does not fully meet the minimum standards of the elimination of trafficking and is not making significant efforts to do so even considering the impact of COVID-19 pandemic on it’s antitrafficking capacity. Therefore Malaysia remains on tier 3.” Tuan Yang di-Pertua, semasa kita menerajui kerajaan, kita kerap kali berjumpa dengan NGO dan juga Duta Besar Amerika di mana macam-macam cadangan yang dibuat. Kita ambil follow-up steps. Satu antaranya adalah keperluan untuk meminda Akta Kerja. Semasa kita menerajui kerajaan telah pun siap 99 percent tetapi ia lambat dibawa ke Parlimen untuk diluluskan hampir sudah lebih dua tahun. Ini disebabkan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang mengambil Kerajaan Pakatan Harapan. Kelambatan ini menyebabkan satu antara faktor yang sekarang kita menghadapi tier 3. Macam mana kita mahu mengatasi masalah ini?
Ini bukan satu perkara yang senang. Kementerian Dalam Negeri tahu bahawa satu antara fakta ini yang besar adalah forced labour. Kementerian Sumber Manusia sedang membuat bermacam-macam kegiatan untuk mengatasi masalah tersebut. Akan tetapi, dengan hanya menandatangani protokol itu sahaja. Nampaknya itu adalah satu lip service sahaja. Ia tidak ada makna, kalau tidak ada follow-up. Yang menjadi masalah besar dalam Kementerian Sumber Manusia...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Ipoh Barat, minta laluan. Belakang. Klang.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Two minutes.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Kalau Yang Berhormat hendak bagi, bolehlah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya hendak tanya Menteri Dalam Negeri. Daripada maklumat yang diterima, satu daripada sebab pemerdagangan manusia ini adalah kerana status illegal yang tidak sah daripada segi undang-undang hinggakan pekerja-pekerja asing ini tidak dapat mengadu kalau there occurred human trafficking, they do not dare to report to the authorities because of their illegal status.
The illegal status is caused by main reason are Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia. The Human Resource Ministry and the Home Ministry are the big culprit to make them illegal. Almost impossible to get them legal without going through agents. Saya sudah buktikan kepada Menteri Sumber Manusia...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya setuju Yang Berhormat.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Ipoh Barat, satu minit.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Menteri akan menjawab kepada soalan yang dibangkitkan kerana tidak berapa jauh dari Selama. Yang Berhormat, saya mahu...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Ipoh Barat, lagi satu. One more point. KDN juga tiba-tiba menyebabkan semua pekerja asing ini menjadi illegal. Pada surat 1 Julai 2022, tiba-tiba dimaklumkan pendapatan keputusan kerajaan berkaitan pelanjutan Pas Lawatan Kerja (Sementara) tahun ke-14 sektor perladangan dan pelanjutan PLKS Programme Rehiring...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Beruas, saya setuju penuh.
Saya harap Yang Berhormat Menteri akan menjawab perkara yang dibangkitkan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...dan kuat kuasa serta-merta. You immediately make people illegal. No time. Ini pun belum dimaklumkan kepada luar. Ini dalaman. Saya sudah mengesahkan dengan DG Imigresen, ini surat benar. Thank you.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Ipoh Barat, dia sudah habis.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat perkara forced labour menjadi satu perkara yang sangat mustahak. Saya harap tindakan enforcement. Dalam Kementerian Sumber Manusia perkara yang telah dibangkitkan pada tahun 2018 iaitu kekurangan pegawai − pegawai enforcement nombor satu. Nombor dua, dalam pengalaman mereka, the experience pun tidak ada. Ini menyebabkan penyiasatan yang tidak menyeluruh.
Yang Berhormat, saya sendiri telah melaporkan− semasa dalam kerajaan telah melaporkan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk menyiasat satu kes dari Bentong.
Kes itu disiasat oleh Kementerian Dalam Negeri tetapi tidak menyeluruh. Kita kata kita hendak menyiasat kerana ini adalah berkaitan hal ehwal buruh. Selepas itu sahaja kita membawa undang-undang yang berkaitan itu dalam Akta Kerja supaya...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Minta laluan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
...perkara-perkara yang berkaitan tindakan boleh diambil. Saya percaya banyak kes yang lepas ATIPSOM 22 Februari 2022, berapakah penyiasatan yang telah dibuat dan berapa kes di mana tindakan telah diambil...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Minta laluan Yang Berhormat Ipoh Barat. Sedikit...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
...dan juga berapakah kes yang telah pergi ke mahkamah...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
...berkaitan...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
...saya difahamkan tidak ada kes di mana didapati bersalah. Ini adalah pendakwaan itu tidak menyeluruh. Tidak ada experience atau tidak mengambil tindakan terhadap perkara tersebut....
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Ipoh Barat.
Sedikit penambahan. Tuan Yang di-Pertua, dalam laporan Trafficking in Persons Report di mana Malaysia telah dijatuhkan ke tier 3 dinyatakan dengan izin, “Antitrafficking investigations declined and the government did not prosecute or convict government officials allegedly complicit in trafficking crimes.” Saya rasa ini satu kenyataan yang amat berat dan perlu diberikan satu jawapan dalam Parlimen ini oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Apa pendapat Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Batu Kawan. Harap Yang Berhormat Menteri akan jawab. Seperti yang saya kata lip service sahaja tidak cukup. Yang Berhormat Menteri datang hari ini membuat Ministerial Statement, bagus. Akan tetapi macam mana kegiatannya. MAPO, di mana lebih RM4 juta diagihkan, diberi, apakah tindakan? Saya difahamkan banyak. Dengan rendah diri Tuan Yang di-Pertua ada ramai antara pegawai-pegawai yang tidak ada komitmen, yang ada di MAPO. Ini adalah satu perkara yang perlu diberi perhatian.
Saya harap pegawai-pegawai itu diberi training yang penuh supaya mereka dapat memainkan peranan yang besar dalam hal ini. Akhir sekali, adalah di mana kita perlu ada audit dalam kes-kes di mana dirujuk kepada mahkamah dan penyiasatan yang penuh.
Saya kata sebelum ini satu kes buruh di mana 20 orang ditangkap, penyiasatan dibuat, tidak ada tindakan diambil hingga saya pergi ke depot. Pada masa itu saya nampak orang yang innocent, disimpan di sana hingga saya merayu kepada Kementerian Dalam Negeri...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Ipoh Barat, please gulung.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
...supaya mereka dihantar balik ke negara asal mereka.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ini menunjukkan tidak ada penutupan. There is no finality on the matter kerana ketidakseriusan dan menunjukkan bahawa sesuatu yang tidak kena. Kita tidak ada pegawai-pegawai yang experienced yang dapat menjalankan tugas untuk menyiasat dan membawa kes-kes ke mahkamah supaya tindakan diambil.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua...
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Berapa kali akhir ini?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Adakah kita akan mengatasi tier 3? Kalau inilah komitmen kerajaan sebagai lip service, saya khuatir itu tidak. Kita perlu senaraikan dan mengambil tindakan dari all the suggestions yang kita dapat daripada duta-duta, dari officers mereka yang kita kerap kali duduk dan bincang.
Kalau itu dibuat dari tahun – bila kita ada di kerajaan kita membuat sedemikian, kalau kita dapat mengatasi kenapa pula Yang Berhormat- kementerian tidak [Disampuk] dapat mengatasi masalah ini? Terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Okey, baik. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Dipersilakan Yang Berhormat Julau.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Saya ada membaca TIP Report ini yang saya rasa ada banyak kekurangan daripada TIP Report 2022. Kepentingan kepada industri sawit yang disebut di dalam TIP Report ini. Saya ada bangkitkan isu ini kepada State Department pada bulan Jun dan bersama U.S. Department of State di Washington DC pada bulan Januari tahun ini.
Di dalam TIP Report ini saya nampak ada bahasa (language) yang mereka gunakan macam tidak berapa sesuai untuk apa yang sudah berubah di dalam industri
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
sawit yang sudah berlaku dalam tahun 2021 sampai sekarang. Macam yang digunakan language seperti significant legal regulatory and policy measures undertaken by the Malaysian Government had not been included. Akan tetapi, bila kita nampak apa yang kita sudah buat di dalam kerajaan, kita sudah buat ratification of the International Labour of Organization Protocol of 2014 to the Forced Labour Convention, 1930 dan ini yang (No. 29). Ini yang berlaku pada 21 Mac 2022.
Kedua, collaboration bersama Malaysian Government dan U.S. Department of Labour on the My Voice Programme. Ketiga, kita ada tubuhkan satu joined committee bersama Ministry of Human Resource (MOHR) bersama U.S. Department of Labour on forced labour and trafficking issues. Walaupun itu sudah berlaku, ini tidak diambil kira di dalam TIP Report pada masa yang assessment period mereka. Report ini tidak acknowledge juga apa yang dibuat oleh sektor minyak sawit.
Saya hendak bangkitkan di sini – macam bagi contoh, “The revision of the Malaysian Sustainable Palm Oil Standards are legally mandated standards for participants in the industry under the Department of Standards Malaysia”. Itulah yang saya – bagi semua yang terang-terang tahu MSPO Standard ini adalah satu standard daripada kerajaan. *The series of MS 2530:2022 had been revised based on International Practices and in accordance with the standard-setting process by the Department of Standards Malaysia.
The MS 2530:2022 standard series* adalah di-launched pada 22 Mac 2022 with the initial approved date for the Ministry of International Trade and Industry (MITI) pada 27 Januari 2022.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Julau.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
The revised standard now includes clear and specific prohibitions on the ILO indicators of forced and child labour for all participants and the supply chains which includes the prohibition on passport retention and recruitment fees. Ini yang sudah berlaku pada masa TIP Report assessment period tetapi mereka tidak ambil kira ini.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Julai.
Boleh dapatkan penjelasan?
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Minta maaf, minta maaf.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
There are thousands of illegal workers dalam ladang kelapa sawit. Betul tidak?
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Yang Berhormat Beruas...
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Julau.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Bagi lah peluang kepada orang yang berdiri sini janganlah...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya hendak dapatkan penjelasan.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
...orang sini, okey? Kita mesti ikut perundangan dalam Dewan, okey? Sila duduk, sila duduk.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
What you said is not true.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Some of the report’s research also have not been updated pada U.S. Department of State over several years. We noticed that despite some extensive revision to the report, some sections on palm oil have not been changed over several reports.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Ini ada satu laporan yang keluar dan altered by the Fair Labour Association (FLA) satu NGO yang banyak Malaysian companies tahu dan selalu engaged untuk membaiki standard labour rights di Malaysia. Saya hendak quote sini, “2018, NGO reports documented multiple indicators of forced labours associated with the production of palm oil in Malaysia including coercive practices such as threats, violence, lack of clarity of employment’s terms and conditions, dependency on the employers, lack of protection police, debt bondage, high recruitment fees and involuntary overtime which has not been altered. Ini tidak ada berubah dalam tiga laporan despite research being an assessment of risk as opposed to the documentation of practices. Kedua adalah stateless children in Sabah, who are especially at risk of forced labour and palm oil production services industry and forced begging. Ini juga ada diulangi dalam tiga laporan dan tidak berubah. So, I noticed that number three ada juga mereka dibangkit dalam seksyen Solomon Islands and claimed that [Disampuk] labour traffickers...
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Julau, sila gulung.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
...from Indonesia and Malaysia and logging, fishing, palm oil and mining. Akan tetapi, bila kita nampak dalam palm oil sector di Solomon Islands tidak banyak juga industri sawit di sana dari Malaysia.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Dengan izin, please wrap up.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
So, I realised that adalah some big question marks kita mesti tanya kepada Kerajaan Amerika dan kita mesti also ambil kira apakah remedial fees yang sudah dibuat daripada kompeni-kompeni swasta macam kompeni swasta Top Glove, Sime Darby yang sudah di dalam WRI yang dahulu yang sudah keluar dan masih di dalam proses keluar.
Saya rasa TIP Report ini tidak ambil kira itu. Kalau kita bandingkan Malaysia macam seperti negara jiran macam Philippines. Philippines dalam tier 1 tetapi kita di tier 3. Itulah satu pelik juga kalau kita nampak apa yang ditulis dalam Philippines di dalam TIP Report mereka pun ada banyak kekurangan. Kenapa mereka nombor satu dan kita nombor tiga you know?
Saya rasa kalau kita nampak apa yang berlaku, tadi Yang Berhormat Batu Kawan berkata kenapa kita tidak ada take action daripada kerajaan tetapi kita mesti also ambil kira bila masa tahun 2021 kita pun ada banyak COVID-19 measures seperti travelling movement restrictions yang oleh sebab itu the government cannot take actions on certain matters, *you know.
So, I think the State Department* mesti – kalau bolehlah Menteri Dalam Negeri boleh bangkitkan isu ini bersama sesiapa pegawai daripada Kerajaan Amerika Syarikat dan saya rasa kita boleh menambah baik dan meningkatkan dalam TIP Report tahun depan. Terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Julau. Yang Berhormat Parit Buntar.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hanya hendak tumpukan dalam perbahasan ini untuk menyatakan bahawa kegagalan kita dengan apa yang dibuktikan oleh laporan ini sebenarnya terletak kepada isu penguatkuasaan yang berkesan dan mungkin juga dalam report ini kita boleh membuat satu andaian yang cukup kukuh bahawa semua ini berlaku di atas sebab korupsi ataupun rasuah yang berleluasa sehingga ia menjadi sistemik dalam usaha-usaha kita untuk menyelesaikan masalah ini.
Let’s be fair to ourselves and say we have corrupted officials.
[Dewan tepuk]
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Yang Berhormat,
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
When we have corrupted officials, kita akan datang di sini berbincang lagi, berbincang lagi tetapi akhirnya yang jadi masalah rantaian ini ialah kita gagal untuk mendakwa mereka yang rasuah dan terlibat di dalam human trafficking ini.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Yang Berhormat Parit Buntar.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Parit Buntar.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya minta satu ketegasan kepada pihak Menteri seperti jangan lagi kita hendak macam Yang Berhormat Julau hendak cuba tutup-tutup, hendak cover lah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Betul, betul.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
[Bercakap dalam Bahasa Tamil] apa ini? Kita sudah dapat laporan jelas di sini menyatakan, “The government did not adequately address or criminally pursue credible allegations during the reporting period and prior years of labour trafficking in the rubber manufacturing and palm oil sectors including inhumane living condition for foreign workers made by international media”.
So, these are the clear report. Apakah lagi Yang Berhormat Julau hendak– apa istilahnya hendak whitewash benda-benda ini?
[Tidak jelas] The immigration department separately arrested 40 officials of trafficking related charges but the government did not prosecute them. Jadi, saya hendak tanya kepada Menteri, berapa yang telah didakwa daripada kalangan officials, daripada pegawai-pegawai kerajaan yang telah didapati bersalah tetapi tidak didakwa dan ini akan memberi gambaran yang buruk bahawa kamu buat salah tetapi kamu dilindungi. Siapakah pelindung-pelindung mereka? Sila, Yang Berhormat Kota Raja.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Baik. Selalu kita salahkan pekerja asing yang menjadi keadaan begini di Malaysia. Qatar- pekerja asing yang lebih ramai daripada penduduk. Dubai- pekerja asing lebih ramai daripada penduduk. Singapura- 30 peratus pekerja asing daripada jumlah penduduk dan 5.5 juta.
Masalah ini saya setuju dengan Yang Berhormat Parit Buntar. Mereka yang terlibat dalam hal buruh asing misalnya kaya raya. Nasiblah Menteri Dalam Negeri ambil alih masa ini kerana jawabnya benda yang berangkaian telah lama. Bagaimana hendak buat penyelesaian tegas dalam hal ini dalam memerangi korupsi ini? Ini Berhormat Menteri Dalam Negeri kena beranilah menyatakan satu perkara hal ini.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Parit Buntar.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Yang Berhormat boleh siapa mencelah?
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Raja. Saya bagi kepada Yang Berhormat Klang.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini satu daripada kritikan yang telah dibuat oleh Duta Indonesia ke Malaysia berkait dengan pengambilan pekerja domestik ialah penggunaan aplikasi MAID Online.
Aplikasi MAID Online ini dikatakan memberikan peluang untuk trafficking berlaku dan tidak mengikut MoU Malaysia dan Indonesia. Aplikasi MAID Online ini juga digunakan oleh KDN sendiri dan seolah-olahnya kita dapati bahawa dapat penjelasan pendapat Yang Berhormat Parit Buntar kerajaan sendiri menggunakan MAID Online walhal mereka tahu ini akan memberikan peluang untuk trafficking berlaku. Akan tetapi cakap membasmi trafficking, tetapi secara implementasi tidak berlaku.
What is worst, it’s happening in the Minister’s own ministry. Therefore, should the Minister be punished for this? Saya minta pandangan.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Ya, itu satu cadangan yang baik. Jadi, saya hendak tanya kepada Menteri dari sudut beberapa ada dalam kes ini
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
disebut ada dalam 40 officials yang telah didapati bersalah ataupun didapati...
[Disampuk] but the government did not prosecute them dan mereka hanya mengambil tindakan yang agak demoted sahaja tetapi tidak ambil tindakan.
Jadi, saya hendak tanya kalau kita gagal menunjukkan keseriusan kita untuk mendakwa dan mengaitkan kesalahan ini, ia akan menjadi pengajaran kepada orang lain.
Saya ingin ingatkan kepada Yang Berhormat Menteri bahawa kos untuk kita menangani ini, kerajaan terpaksa tanggung ini. Isu untuk menangani rantaian bekalan jenayah serta segala perkara yang berkaitan dengan human trafficking lebih tinggi kos kerajaan daripada kita mengambil dan merekrut labour yang mengikut undang-undang. Jadi kenapa kita waste our money on this? We have failed in this war. Why? Because we have corrupt officials.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Yang Berhormat Parit Buntar, boleh saya mencelah?
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Kita ada pegawai-pegawai yang tidak ada integriti dan kita tidak ambil serius untuk menahan mereka dan mendakwa mereka. Sudah tentu dalam hal ini Yang Berhormat Menteri sangat saya rasa prihatin dan mesti dengan itu membuat sesuatu kalau tidak kita potong gaji Yang Berhormat Menteri kerana dia gagal untuk menangani masalah ini. Yang Berhormat Petaling Jaya, saya bagi dia landing.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Yang Berhormat boleh saya...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat saya bagi satu minit sahaja untuk gulung.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Apa yang disyorkan dalam laporan ini ialah untuk just to read out- make public the results of investigation involving corrupt officials to increase transparency and deterrence and hold officials criminally accountable when they violate the law. Adakah setuju dengan syor ini?
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Saya hanya hendak landing last sahaja. Selalu saya sebut dalam kita hendak mengejar apa sahaja pembangunan, mesti ada satu kerangka berfikir iaitu environmental, social and governance. Ini semua terjadi sebab tidak ada environmental, social and governance. Dalam hal labour ini ialah social and governance tidak ada. Bila tidak ada, maka inilah yang kita bincang hari ini.
Mungkin tahun depan kita akan bincang lagi. Tolong - governance, social yang melibatkan soal humanity, soal kemanusiaan dan juga environmental kita mungkin mengambil pekerja-pekerja asing untuk kekayaan. Sudahlah kita telah mengheret mereka dalam keadaan inhumane. Pada waktu yang sama kita merosakkan alam sekitar. Kita sangat bergantung kepada kelapa sawit sebagai kita punya eksport, maka itu jangan lah kita menjadi kan masalah ini menjejaskan kita punya eksport kita ke luar negara. Itu sahaja. Terima kasih.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Can I add one more?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Ahli-ahli Yang Berhormat, masa telah cukup. Ini pun kita telah langgar lima minit. Kita akan sambung balik pada pukul 2.30 petang nanti dengan pembahas Yang Berhormat Jempol dan Yang Berhormat Sepanggar.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sambung perbahasan dengan menjemput Yang Berhormat Jempol, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Sepanggar. Lima minit seorang. Silakan.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk sama mengambil bahagian dalam usul yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri mengenai isu pemerdagangan orang dan buruh paksaan berdasarkan Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat.
Berdasarkan laporan yang telah dibentangkan oleh JNAS dalam tempoh penilaian bermula 1 April 2021 hingga 31 Mac 2022 sebanyak 108 negara telah dikesan terdapat unsur pemerdagangan orang dan buruh paksaan. Hal ini termasuk Malaysia dengan mengumumkan tahap penurunan kedudukan ke tahap 3 oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat yang perlu kita bincang dan kita bahas pada hari ini.
Penurunan tahap tersebut adalah disebabkan Malaysia tidak memenuhi piawaian minimum untuk menghapuskan kegiatan pemerdagangan manusia dan tiada usaha yang signifikan. Tuduhan dan dakwaan yang dibuat oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat amat serius seolah-olah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran
(MAPO) tidak berusaha untuk membanteras pemerdagangan manusia.
Soalan saya, apakah perancangan kementerian untuk memperkasakan peranan MAPO dalam membanteras pemerdagangan manusia di Malaysia? Sejauh manakah koordinasi dan libat urus yang telah dibuat bersama 22 buah kementerian dan juga agensi yang berkaitan? Apakah program-program yang sedang dirangka ataupun telah dilakukan oleh kementerian untuk memperbaiki kedudukan tahap negara pada masa hadapan?
Pemerdagangan orang dan penyeludupan migran merupakan perkara yang berbeza meskipun kedua-dua kegiatan tersebut boleh mencipta keuntungan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Pemerdagangan orang selalunya dikaitkan paksaan atau tanpa persetujuan mangsa manakala penyeludupan pula kebiasaannya adalah mangsa sendiri menyedari akan tindakan atau salah laku yang dilakukannya. Walau bagaimanapun kedua-dua salah laku jenayah ini hanya terjadi disebabkan oleh kelemahan kita iaitu pihak berkuasa yang gagal mengawal sempadan negara dengan baik sehingga boleh dibolosi.
Soalan saya, apakah statistik terkini tangkapan yang berjaya dibuat melibatkan jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran? Apakah perancangan kementerian untuk meningkatkan kawalan di kawasan sempadan negara sama ada di darat mahupun di pengairan.
Berdasarkan laporan JNAS, polisi pendaftaran kelahiran Malaysia telah diabaikan lebih daripada 500,000 individu termasuk kanak-kanak tanpa kerakyatan. Perkara ini menyebabkan mereka yang terlibat tidak dapat mengakses kepada pekerjaan di sektor awam mahupun swasta termasuklah untuk mendapatkan pendidikan di sekolah. Hal ini kerana undang-undang yang sedia ada tidak membenarkan kerajaan memberi suaka kepada orang tanpa kerakyatan atau status pelarian. Perkara ini juga menyumbang kepada punca terjadinya eksploitasi buruh paksa kanak-kanak dan juga pemerdagangan orang.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Soalan saya, apakah perancangan kementerian untuk menyelesaikan isu pendaftaran kelahiran dalam kalangan kanak-kanak pendatang asing yang tidak didaftarkan? Berapakah bilangan kanak-kanak tanpa kerakyatan ataupun status pelarian yang sedang memohon kerakyatan di Malaysia?
Kebanyakan sektor negara masih bergantung pada perkhidmatan pekerja asing kerana kumpulan tersebut datang dengan kesanggupan untuk melakukan kerja-kerja berkemahiran rendah dengan julat gaji yang rendah. Perkara ini menjadi semakin parah dari semasa ke semasa bertitik tolak daripada kerenah birokrasi yang menyukarkan majikan untuk mengambil pekerja asing.
Soalan saya, bilakah kali terakhir syarat-syarat dan juga prosedur pengambilan pekerja asing serta permohonan kemasukan bagi tujuan pekerja atau warga asing ini disemak oleh kementerian? Soalan saya, sejauh manakah libat urus kementerian bersama dengan kementerian dan agensi yang berkaitan untuk memudahkan urusan kemasukan dan kepulangan pekerja asing?
Saya mencadangkan kementerian perlu menilai semula syarat-syarat prosedur tersebut supaya penyeludupan imigran tidak terus menjadi pilihan rakyat, pilihan majikan dan juga warga asing. Kini pemerdagangan manusia berada di tahap yang semakin membimbangkan dengan anggaran sekitar 25 juta orang telah pun diperdagangkan di seluruh negara. Keadaan di Malaysia juga mencatatkan peningkatan apabila terdapat 1,854 kes dengan jumlah tangkapan 2,732 pesalah sejak tahun 2015 sehinggalah Jun 2021.
Soalan saya, sejauh manakah hukuman pada hari ini khususnya dari sudut hukuman mampu untuk menangani isu pemerdagangan manusia? Adakah hukuman berat mampu menimbulkan rasa takut terhadap individu terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia? Hal ini kerana pada tahun 2016 pernah dilaporkan bahawa sindiket pemerdagangan manusia mampu meraih keuntungan yang besar iaitu RM162 bilion setahun. Ini di peringkat global.
Saya mohon supaya perkara ini dapat pemerhatian dan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian sahaja daripada saya. Saya harap kementerian mengambil perhatian terhadap apa perkara yang telah dibangkitkan sebentar tadi supaya imej negara dipulihkan seperti sediakala. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Seterusnya, sesi minta penjelasan dan memberi pandangan ini saya jemput Yang Berhormat Sepanggar. Lima minit.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih atas peluang yang diberikan. Sebanyak 127 kali nama Malaysia disebut dan Sabah tidak terkecuali disebut sebanyak lima kali di dalam Laporan Trafficking in Persons Report July 2022 yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat. Maknanya ada asas mengapa Amerika Syarikat mengekalkan Malaysia di tier 3 dalam laporan mereka.
Dalam konteks Sabah Tuan Yang di-Pertua, 11 Mei 2017, seramai 250 mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan di Tawau. Pada 21 Oktober 2018 seramai 15 orang PATI ditahan di Sandakan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran. Pada 22 Ogos 2019, pasukan Polis Marin memberkas seorang juragan yang disyaki terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia di Tawau.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Tahun 2020, 2021 dan 2022, kejadian yang sama tetap berlaku di tempat yang sama di kawasan dan daerah yang sama di Sabah iaitu Pantai Timur Sabah. Ini apa yang dilaporkan ditangkap, didakwa oleh pihak penguat kuasa. Namun, rakyat Sabah tahu dan percaya Yang Berhormat Menteri pun tahu bahawa aktiviti penyeludupan, aktiviti pemerdagangan manusia dan kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin sememangnya berlaku berleluasa di bumi Sabah.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Tadi rakan-rakan sebut tentang polisi dan sebagainya. Akan tetapi, saya lebih berfokus kepada proses pencegahan.
Tuan Yang di-Pertua, sudah sembilan tahun Pantai Timur Sabah diletakkan di bawah kawalan ESSCOM dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pegawai-pegawai dan perajurit kita yang bertungkus-lumus mempertahankan sempadan negara. Namun, tindakan kerajaan yang berterus-terusan selama sembilan tahun meletakkan perintah berkurung di kawasan ESSZONE sudah mula dipersoalkan keberkesanannya. Kerajaan perlu mencari mekanisme terbaik bagi meningkatkan keselamatan di Pantai Timur Sabah bagi menggantikan perintah berkurung ini. Sekatan ini menyebabkan industri pelancongan di kawasan itu terjejas dan beberapa lagi negara menasihatkan rakyatnya untuk tidak berkunjung ke kawasan itu.
Ditambah pula masih lagu terdapat beberapa negara yang masih lagi mengekalkan Sabah sebagai tempat berisiko di dalam travel advisory mereka. Amerika Syarikat di dalam travel advisory mereka menyebut, “The eastern areas of Sabah state due to kidnapping. There is a threat of kidnapping for ransom from both terrorist and criminal group.” Begitu juga dengan United Kingdom yang menyebut perkara yang sama.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya mencegah ini juga adalah lebih baik daripada mengubati. Isunya di sini Tuan Yang di-Pertua, di Sabah ini isu pemerdagangan manusia, isu PTI dan sebagainya ini banyak berkait dengan kelonggaran Pantai Timur Sabah dalam sudut kelengkapan keselamatan dan sebagainya. Ada bot, enjin rosak. Ada enjin, bot pula rosak. Ada kedua-duanya, minyak pula tidak ada. Ada radar, radar pula rosak dan not to mention juga Tuan Yang di-Pertua di Pantai Timur Sabah ini lapan batalion dijanjikan. Akan tetapi, saya difahamkan masih kekurangan daripada segi manpower. Jadi, kelompongan-kelompongan inilah yang mendorong dan berpunca menyebabkan banyak isu pemerdagangan manusia di Sabah ini tidak dapat ditangani.
Jadi, saya harap agar isu-isu yang berkait rapat dengan perkara-perkara ini dapat dipertingkatkan oleh Kerajaan Persekutuan kerana kita inginkan komitmen daripada Kerajaan Persekutuan untuk memastikan agar langkah-langkah untuk memperketatkan sempadan negara khususnya di Pantai Timur Sabah ini dapat dikuatkuasakan.
Di samping itu juga, perlu ada usaha daripada Kerajaan Persekutuan untuk memastikan dalang-dalang, tali barut-tali barut yang ada khususnya daripada pihak dalaman kita disebabkan oleh sindiket-sindiket yang cuba memudah cara aktiviti-aktiviti pemerdagangan manusia ini khususnya di Pantai Timur Sabah perlu dikekang sepenuhnya. Tindakan yang tegas perlu diberikan kepada mereka yang menjadi tali barut terhadap sindiket-sindiket ini. Ini kerana kita tidak mahu “harapkan pegar, pegar makan padi”.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu juga selain daripada memperbaiki polisi dan sebagainya, apa yang penting juga kepada pihak kerajaan, [Disampuk] saya difahamkan...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Penjelasan.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Saya difahamkan kos keseluruhan yang berkait rapat dengan pekerja asing ini juga merupakan salah satu daripada penyumbang kepada isu pemerdagangan manusia di Sabah. Sebagai contoh, Bangladesh saya difahamkan kos keseluruhan RM55,000. Indonesia sebanyak RM15,000. P.Ramlee sudah cakap Tuan Yang di-Pertua, meniaga manusia lebih untung daripada meniaga unta. Jadi, inilah antara perkara yang saya harap pihak kementerian mengkaji...
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar minta laluan.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
...agar kos ini dapat ditangani dengan baik. Ya, silakan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Sedikit. Ini sindiket-sindiket...
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar punya laluan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
...membawa pekerja dari luar negara. Yang Berhormat saya tidak cukup masa sebelum ini. Pada bulan - satu tahun dahulu semasa MCO, ada pekerja-pekerja dibawa dari jalan tikus ke negara ini. Saya ada berbincang dengan pihak-pihak berkenaan dan ini terjadi pada masa MCO when the borders are closed. Kalau boleh jadi sedemikian, macam mana? Ini perlu tindakan. Ini bukan satu perkara yang luar biasa yang saya hendak kata. Modern slavery menjadi satu masalah yang perlu ditangani oleh kerajaan. Patut lama dahulu dah, kita tahu, tetapi tidak cukup deft action on this matter.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik. Sila Yang Berhormat Sepanggar.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Sila. Saya bagi peluang Yang Berhormat Papar untuk yang terakhir.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa kes pemerdagangan manusia unik di Sabah? Di Semenanjung majikan didakwa mengeksploitasi pekerja asing. Di Sabah pula pekerja yang mengeksploitasi majikan. Ini kerana apabila mereka diputihkan ramai daripada pekerja-pekerja asing ini apabila orang sebelah ataupun majikan lain memberi mereka gaji yang lebih, mereka akan lari.
Jadi, kami di Sabah pendatang asing yang bekerja ini tidak direkodkan juga.
Mereka boleh datang dan pergi bila-bila masa seperti Touch ‘n GO. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Sepanggar.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Masukkan dalam teks ucapan saya. Sekian dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Ahli-ahli Yang Berhormat, seramai enam orang Ahli Yang Berhormat telah pun meminta penjelasan dan memberi pandangan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Tempoh masa 20 minit.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun membicarakan soal pemerdagangan orang dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat. Terutamanya tadi, Yang Berhormat Bagan ada bangkitkan tentang ketibaan ataupun lawatan Yang Berhormat Nancy Pelosi, Speaker of The United States House of Representatives. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Bagan sebenarnya tidak ada kena mengena langsung sebab apa yang saya bangkitkan ini adalah untuk menjelaskan laporan itu supaya dapat semua Ahli Yang Berhormat sini bukan hanya membicarakan tetapi juga boleh membincangkan isu ini bersama dengan kerajaan. Ini adalah tanggungjawab di mana MAPO adalah satu-satunya agensi dalam negara ini yang sentiasa bekerjasama dengan NGO termasuklah Ahli-ahli Parlimen yang ada. Oleh sebab itu, saya setuju untuk kita lakukannya bukan atas sebab lawatan Yang Berhormat Nancy Pelosi.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Penjelasan. Yang Berhormat, saya rasa ada tekanan dari Amerika Syarikat, maka sebab itu Yang Berhormat datang hari ini untuk memberi penerangan.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Tidak ada. Tidak ada tekanan langsung. Oleh sebab, saya minta buat ini bukannya semalam. Saya buat ini dah lebih kurang hari yang ke laporan itu dikeluarkan, hari yang kedua itu saya dah berhubung dengan Speaker.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Akan tetapi, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Cuma, tempoh yang dia beri biar seminggu sebab saya kata saya hendak buat semua laporan tersebut baru saya bentangkan. Ia tidak ada kena mengena dengan lawatan sesiapa dalam negara kita.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Yang Berhormat Menteri boleh tanya.
Kenapa tidak masuk dalam aturan urusan hari ini? Order paper tidak ada sebut langsung tentang kenyataan Yang Berhormat Menteri ataupun Ministerial statement.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Kedua, tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Rengas. Saya - bila Yang Berhormat Padang Rengas kata, “Sama status kita dengan Libya, Sudan dan Myanmar.” Pertama, saya hendak maklumkan negara-negara ASEAN yang juga dalam tier 3 adalah Myanmar, Brunei, Vietnam dan Cambodia. Ini adalah yang sama dengan kita, tier 3. Begitu juga, negara besar seperti Rusia dan China. Jadi, bukan hanya negara-negara yang kecil tetapi beberapa negara-negara.
Dalam isu human rights ini, sebab itu kita juga adalah anggota dalam Jawatankuasa Human Rights United Nations. Jadi, segala apa tindakan yang kita ambil adalah tindakan yang kita rasa mampu untuk mengurangkan masalah pemerdagangan orang ini. Oleh sebab itu, hari ini saya hendak jelaskan apabila Yang Berhormat Padang Rengas minta, hendak tahu cara masukkan pekerja ke dalam negara. Saya hendak jelaskan, sekarang ini apa yang kita lakukan adalah apabila satu-satu majikan mahukan pekerja asing, dia kena memohon daripada Menteri Sumber Manusia.
Kemudian, kaedah yang saya hendak umumkan, kaedah penggajian pekerja asing dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia. Ia merangkumi penilaian terhadap kelayakan majikan seperti sektor-sektor yang dibenarkan mengajikan pekerja asing dan pematuhan terhadap standard minimum perumahan di bawah Akta 446 sebelum kuota pekerja asing diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia. Sudah diluluskan, barulah proses itu diambil alih apabila mereka dah bayar dengan imigresen maka bermulalah di situ majikan boleh bawa masuk pekerja asing.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Kemudian, tadi Yang Berhormat Sungai Buloh ada persoalkan bahawa laporan ini merupakan sesuatu yang fakta. Saya kata, bukan laporan itu tidak fakta. Saya kata, beberapa isu yang dibangkitkan itu adalah subjektif kerana saya dah jelaskan beberapa perkara tadi.
Contoh, dia kata kita tak ada rumah perlindungan, kita dah ada 10 buah rumah perlindungan. Jadi, beberapa isu yang telah pun dicatatkan dalam laporan tersebut telah pun saya maklumkan tadi. Isu sama ada ia subjektif atau fakta ialah perkara-perkara yang boleh dipersoalkan.
Kalau tadi macam Yang Berhormat Julau bangkitkan, memang sudah pun dilakukan oleh industri kelapa sawit tapi dalam waktu yang sama, mereka masih menekankan bahawa tidak cukup. Jadi, ini ialah perkara-perkara yang subjektif. ‘Cukup’ itu, bagaimana ‘cukup’ yang dimaksudkan oleh mereka? Oleh sebab itu saya nak jelaskan bahawa sama ada ia factual atau subjektif, ianya terpulang kepada isu-isu yang tertentu yang harus kita ambil kira. Jadi, banyak daripada perkara-perkara yang telah pun saya bangkitkan tadi ialah sesuatu yang saya rasa seharusnya kita sendiri di sini jangan kita ambil bulat-bulat bahawa seolah-olah kerajaan tak melakukan apa-apa langsung.
Oleh sebab itu, saya melakukan laporan hari ini, nak melaporkan kepada semua bahawa kerajaan telah pun mengambil inisiatif yang begitu banyak.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, saya secara ringkas sahaja. Mereka iktiraf 10 tetapi...
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Saya dah bacakan- Mungkin nanti. Nanti dahulu, Yang Berhormat Sungai Buloh. Saya dah bacakan bahawa kita dah ambil tindakan-tindakan yang tertentu daripada segi berikan penambahbaikan kepada akta-akta yang sedia ada. Akta Antipemerdagangan itu, begitu juga dengan Akta Buruh. Semua ini
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
ialah perkara-perkara yang telah pun kita berikan penambahbaikan. Jadi, walaupun mereka kata tak cukup tetapi penambahbaikan sudah pun diberikan. Apa dia Yang Berhormat Sungai Buloh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila, Yang Berhormat Sungai Buloh.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Terima kasih. Mereka iktirafkan di muka surat 366, ayat ini. Mereka iktirafkan ada 10 tempat perlindungan, disebut itu. Saya baca secara ringkas, “The Ministry of Women, Family and Community Development continued to fund shelters for trafficking victims. Eight government operated and two NGO operated.” Mereka tidak menafikan itu. Hanya prosedur mereka kata, di north Malaysia tak ada tetapi adakah tempat perlindungan di Perlis atau di Kedah? Mungkin itulah.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Oleh sebab itulah yang saya kata, tadi kan saya dah maklumkan tadi. Mungkin Yang Berhormat Sungai Buloh tak dengar.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
They acknowledged.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Mungkin Yang Berhormat Sungai Buloh tak dengar. Saya dah kata, di Perlis ada. Dari tahun 2017 lagi dah.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Okey, okey. Itu silap dialah. Okey.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Oleh sebab itu saya dah umumkan. Bukan tersilap, ini bukan silap, ini subjektif. Oleh sebab itu jangan kata- ha! Ini yang jadi masalah kita. Kita nak menjaga nama negara kita. Bila laporan ini tak betul, kita kata mereka silap.
Jangan cakap macam itu. Kita kena kata ini yang menyebabkan subjektif, menyebabkan orang beranggapan seolah-olah kita tak melakukannya langsung. Oleh sebab Yang Berhormat yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menahan segala apa tuduhan yang dibuat oleh mereka.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat, have you refuted it? Have you refuted it? Have you challenged it?
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Saya bagi soalan kepada Yang Berhormat, Yang Berhormat jawablah.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat, have you refuted it? Ada hantar surat kepada Amerika Syarikat tak? Tak ada kan? You didn’t do it.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Have you replied? Reply, reply. Ada jawab? Belum jawab.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Yang Berhormat.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Jawablah dengan kuat.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Baik.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Orally dan dengan dokumen kepada Amerika Syarikat? Because they come and see us very open. Ada ke tidak?
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Duduk dahulu. Saya jawab, saya jawab.
Duduklah. Saya nak jawab. Kalau semua berdiri, macam mana saya nak jawab? Duduk, duduk.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Boleh saya tambah sedikit? Soalan yang sama.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Subjektif.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Duduk, duduk.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Yang Berhormat Menteri, tolong jawab tadi perbahasan.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Tambah sikit, soalan yang sama.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Jadi, sebab itu bila saya dah kata ada, maka ia subjektif. Mereka kata tak ada. Kita dah buat.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Subjektif itu bermaksud pendapat. Saya berpendapat ini, saya berpendapat itu. Akan tetapi ini bukan berpendapat, dia kata data daripada laporan. So, kita kena jawab fakta itu. Itu sahaja. Banyak fakta.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Duduk, duduk.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
They don’t say – this is my opinion. They don’t say things like that.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
All right Yang Berhormat Sungai Buloh. Oleh sebab itu saya dah kata dah tadi, dalam ucapan saya pun saya dah kata. Oleh sebab itu kita kena ada kerjasama. Bila saya kata subjektif, Yang Berhormat beranggapan seolah- olah saya nak hide something daripada kenyataan. Oleh sebab itu, saya kata saya kena terpaksa jawab semula apa Yang Berhormat Sungai Buloh sebut.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Yang Berhormat Ipoh Barat tadi ada mengatakan bahawa kita buat ini hanyalah lip service sahaja. Akta yang kita luluskan ini adalah lip service dan dalam masa yang sama, Yang Berhormat Ipoh Barat kata ini masa Kerajaan PH telah pun membincangkannya dengan mendalam sehinggakan 80 peratus atau 90 peratus, I think you mentioned 90 percent daripada apa yang ada dalam ini telah pun dibincangkan semasa Kerajaan PH. Apakah ini lip service?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat, saya kata lip service kerana lambat datang. Dua tahun dahulu patut diimplementasikan. Kalau diimplementasikan dua tahun dahulu, masalah 3rd tier tak akan wujud. Inilah masalah.
Yang Berhormat, semua ini yang report ini, adakah ini semua telah dichallenged? Adakah bantahan telah dibuat kerana Yang Berhormat kata ini subjektif. Saya kurang fahamlah.
Adakah ia dibuat atau tidak?
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Jadi, yang saya nak maklumkan- sebab itu saya buat laporan di sini supaya tak timbul di luar sana, Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengatakan, “Betullah, it is only a lip service”. Ini memberikan imej seolah-olah betul akta kita ini lip service. Ia datang daripada seorang bekas Menteri yang sebenarnya yang buat draf ini. Oleh sebab itu saya kata bila saya buat laporan...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat tak mahu mengaku bahawa lambat bawa undang-undang.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Dengarlah dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
No, lip service, jangan take out of context.
Bila saya kata lip service, apa yang dibuat oleh kerajaan? Kerajaan lambat membawa akta ini dua tahun. Inilah sebab semua sekarang. Mengaku, then you move on. That is lip service to that effect. No action taken, not enough officers, incompetent officers dan sebagainya.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Saya nak maklumkan, one year kita tak ada.
Kan kita ada MCO. Oleh sebab itu-
[Dewan riuh]
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Ha! Itu, ini masalah.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri kata ini semua perception.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Masalah yang betul berlaku, Yang Berhormat kata tipu tetapi sebenarnya ia sudah pun berlaku. Jadi, saya nak kata status...
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Yang Berhormat Menteri, mohon. Singkat sahaja, singkat sahaja. Satu minit, satu minit.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Tadi Yang Berhormat Beruas kata yang menjadi masalahnya adalah kerana KDN dan KSM adalah the biggest culprit tentang isu ini.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yes, agree.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Saya nak menjawab. Yang Berhormat, kalaupun Yang Berhormat hendakkan pekerja rehiring, Yang Berhormat dah dapat dahulu, pekerja rehiring ini dah dapat dah pun. Cuma di situ kita beritahu tempohnya lima tahun. Rehiring itu you buat lima tahun, sampai tempoh lima tahun, habis, tamat.
Kalau nak tambah lagi, dah tak boleh dah sebab itu ialah mereka yang rehire yang dahulunya undocumented, yang illegal kemudian dilegalizekan hanya untuk lima tahun.
Kemudian nak sambung lagi. Kita kata kalau macam itu, orang datang dekat Malaysia ini don’t worry, kita ada Yang Berhormat Beruas. Dia boleh tentukan boleh kerja, boleh sambung, boleh sambung walaupun mereka illegal. Itu tak bolehlah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Oleh sebab nanti menjadi isu yang lebih besar. Oleh sebab itu kita menggunakan kaedah di mana kalau rehiring atau yang sekarang ini program yang baharu, kita namakan program rekalibrasi itu, kita berikan mereka tempoh. Sehingga tempoh itu, dia kena balik. Ha! Itu yang kita berikan. Jadi, bukan culprit di mana-
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Menteri, isu saya ialah-
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Oleh sebab apa tidak dibenarkan?
Dibenarkan hanya mereka yang telah pun kita bagi melalui program rehiring.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Menteri, isu saya adalah pada 1 Julai 2022, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan surat yang berkuat kuasa serta- merta. 1 Julai 2022, mengatakan hari ini berkuat kuasa, orang luar semua sudah tahu tetapi sampai hari ini tak pernah diumumkan kepada umum bahawa penamatan keputusan kerajaan berkaitan dengan pelanjutan pas lawatan kerja sementara (PLKS) tahun ke-14 sektor perladangan dan pelanjutan PLKS program rehiring tahun keenam dan seterusnya. Maksud saya ini, kalau nak laksanakan keputusan ini, bagi lah masa.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Sampai hari ini tidak ada pengumuman dibuat kepada semua majikan. Orang tidak tahu, we are not operating a secret society. Kita kerajaan, setiap keputusan mesti ada pengumuman, mesti ada bagi masa untuk mereka satu tahun atau enam bulan supaya mereka dapat hantar pekerja ini balik ke negara asal.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Sudah. Saya jawab.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Bukan hari ini sudah berkuat kuasa.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Sudahlah itu, sudah. Oleh sebab itu saya kata ini program rehiring. Saya sudah cakap tadi bahawa mereka, majikan yang dapat itu sudah tahu ini program rehiring dia. Dia sudah dapat lima tahun, sama ada diberitahu sekarang atau lima tahun dahulu, dia sepatutnya sudah tahu. Tiba-tiba kita hendak pertahankan orang yang macam ini, fasal apa?
Kemudian, kita buat pula program yang baharu, program rekalibrasi. Kita juga beritahu bahawa ia bermula dari tahun 2020 lagi. Kemudian masuk tahun 2021, November. Kemudian kita tambah lagi enam bulan sehingga bulan Julai, sudah umum banyak kali. Kalau Yang Berhormat Beruas hendak pertahankan yang salah, tidak betullah. Kena pertahankan yang kita lakukan ini supaya tidak ada masalah pemerdagangan orang ini. Kalau duduk bagi, bagi, bagi tambah, itu yang jadi masalahnya Yang Berhormat Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Menteri, masalahnya begini.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Yang Berhormat Menteri, macam ini Yang Berhormat Menteri.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Kita masih perlukan pekerja-pekerja ini. Kita hendak halau mereka balik tetapi hendak dapat lagi ratusan ribu dari Bangladesh dan lain- lain negara. Dikatakan untuk menghalalkan (legalize) this worker ikut Human Resource Minister is stupid. To me it is more stupid to send these workers who are already here back and then to bring them in again, extra cost yang bagi saya hanya only one reason.
Orang sindiket dalaman itu dapat keuntungan lebih banyak kerana ada pekerja baharu yang datang dari luar negara.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Okey.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Because to issue is...
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Okey, mohon Yang Berhormat Menteri jawab yang lain.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
...when you have...
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Saya hendak jawab banyak lagi. Duduk, duduk.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Yang Berhormat Menteri, tolong jawab yang sebelah sini Yang Berhormat Menteri.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Itu sebab saya mahu penjelasan. Kalau kita perlukan mereka...
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Sini, satu pun tidak jawab lagi.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
...kenapa tidak diteruskan?
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Jawab sebelah sini.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Hendak dapat yang baru.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Yang itu boleh tutuplah.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya hendak dapat penjelasan isu ini.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Jawab belah sini, satu jawapan pun tidak ada lagi. Yang Berhormat Menteri, mohon Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih. Dia hendak pertahankan tentang isu orang dia yang selama ini telah pun dia gunakan lima tahun rehiring. Saya hendak maklumkan hari ini bahawa kita juga ada program rekablirasi yang juga kita berikan dan kita umumkan sehingga akhir bulan Jun. Jadi sebab itu, 1 Julai itu adalah pengumuman yang hendak mengatakan program itu tamat. Kena fahamlah kalau ada pun.
Fikirlah dulu.
Saya hendak bangkitkan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat iaitu tentang kes di Bentong. Ini juga, kes di Bentong. Saya tahu Yang Berhormat ketika itu adalah Menteri di Kementerian Sumber Manusia. Yang Berhormat melawat mereka yang telah pun ditangkap ketika itu kerana kesalahan melalui Akta Imigresen.
Kemudian kita tanya dia, apabila dia melakukan kesalahan, kita hendak buat siasatan dan kita tanya mereka sama ada hendak kerja balik ataupun tidak. Mereka semua hendak balik. Itu yang sebenarnya. Jadi sebab itu saya hendak maklumkan bahawa segala apa yang kita lakukan adalah untuk kebaikan mereka juga. Kita tanya if they want to work, kita benarkan tetapi semua mahu balik ke India. Ini masalahnya.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Kemudian.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Yang Berhormat Julau tadi ada...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Bila saya terpaksa berjumpa dengan mereka kerana pada masa itu imigresen did not do the investigation properly, itu masalahnya.
Akan tetapi Yang Berhormat bukan mengenai pekerja-pekerja, tidak ada tindakan yang diambil terhadap majikan. This is the problem why we have the trafficking report, di mana nampaknya ikan-ikan besar, “ikan yu tidak tangkap, hanya ikan bilis sahaja yang ditangkap”. Kenapa victim diseksa tetapi tauke-tauke besar tidak diambil tindakan?
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Okey.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
So, there is something wrong there. That is where Yang Berhormat sebagai Menteri perlu memberi arahan. You cannot say if somebody dies in the lock-up, *anybody can die anywhere. That is not the way to answer.
I know we must be humble and get things done* lah.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Ya, I know. Dalam waktu ini saya hendak maklumkan, bila Yang Berhormat kata mereka itu kita tangkap dan mengapa tidak beri peluang, sebab itu saya jawab kerana mereka hendak balik. Majikan adalah mereka yang telah melakukan kesalahan. Sesiapa yang melakukan kesalahan, kita kompaun mereka ketika itu.
Sekarang ini saya hendak maklumkan, bila Yang Berhormat Batu Kawan kata government official yang melakukan kesalahan, kita tidak pun mengambil tindakan. Saya hendak maklumkan di sini Tuan Yang di-Pertua, mulai dari tahun 2020, ramai pegawai yang melakukan kesalahan ini telah pun kita tangkap. Melalui tindakan ke atas penjawat awam, melalui Ops Benteng ini dari tahun 2020, kita sudah tangkap 31 semuanya, kita tuduh 13 orang, waran tangkap satu dan dikenakan pula dua lagi POCA – 14 dan yang ke-15 seorang lagi kita lakukan siasatan terhadapnya. Kita bebaskan 16 orang. Jadi maknanya ada pegawai daripada 31 orang, 16 orang dibebaskan tetapi 15 orang lagi telah pun dituduh dan diambil tindakan yang sewajarnya.
Dalam Ops Selat juga saya hendak maklumkan, daripada 40 orang yang telah pun kita tangkap, ini semua penjawat awam ya. Kita gantung kerja tiga orang, yang kita buang kerja sebanyak 16 orang. Maknanya mereka telah pun melakukan kesalahan, terpaksa kita buang kerja mereka dan letak jawatan dua orang dan tahan kerja buat masa sekarang ini masih lagi ada lapan orang. Tindakan siasatan masih lagi ada sebanyak lima orang. Jadi, ramai daripada kalangan itu yang kita sudah dakwa 29 daripada 40.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ada kes-kes korupsi yang belum lagi dibawa ke mahkamah atau dalam penyiasatan?
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Dalam tindakan SPRM ada enam.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Enam? Sudah dibawa ke mahkamah?
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Bagi yang telah pun dibawa ke mahkamah yang saya sudah beritahu tadi, kita sudah tuduh ada 13 orang. Jadi sebab itu bila sudah tuduh, sudah kena dan sebagainya, maka terpaksa kita buang kerja. Dia sudah bayar dan terpaksa buang kerja. Semuanya buat waktu itu yang sudah buang kerja sebanyak 16 orang semuanya. Jadi maknanya ada tindakan, jangan buat perkara-perkara...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
...yang menyebabkan orang akan melakukan...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, mohon menjawab soal berkait dengan MAID online. Mengapa kerajaan masih menggunakan MAID online bila ada dakwaan ia memberi peluang untuk trafficking?
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Yang Berhormat Menteri, boleh sedikit?
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Jadi, bila isu...
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Jawab Julau ya.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Bila isu Yang Berhormat Julau tadi, Yang Berhormat Julau kata, saya ucapkan terima kasih Yang Berhormat Julau.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Jangan lupa MAID online.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Betul apa Yang Berhormat Julau kata. Banyak tindakan telah pun diambil dalam industri kelapa sawit ini. Saya ucapkan tahniah kepada sektor ini yang telah pun banyak memberikan penambahbaikan melalui program-program inisiatif yang telah pun dilakukan oleh sektor ini. Tahniah Yang Berhormat Julau.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Yang Berhormat Parit Buntar ada mengatakan bahawa ramai corrupt officers, ini yang menyebabkan banyak berlakunya kerja-kerja yang seperti ini. Maka ketika itu saya telah pun baca benda yang sama. Itulah jumlah pegawai- pegawai yang telah pun kita ambil tindakan.
Yang Berhormat Klang pula ada cerita tentang MAID online. Saya hendak maklumkan, MAID online ini bukan perkara baharu. Ia telah pun diumumkan dalam Bajet 2017 dan penggunaan MAID online bermula dari tahun 2018. Pada tahun 2018 telah pun digunakan MAID online, ia bukan hanya untuk Indonesian maids tetapi semua negara sumber juga perlu melalui konsep MAID online.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Ketika itu, ketika tahun 2017 dalam pengumuman Bajet 2017, ia adalah kerana ketika itu ramai di kalangan rakyat Malaysia yang mahukan pembantu rumah tanpa diambil melalui ejen-ejen kerana fi untuk mereka bayar kepada ejen terlampau tinggi yang menyebabkan kerajaan pada ketika itu terpaksa melakukan secara MAID online. Ini telah pun diguna pakai dari tahun 2018.
Yang Berhormat Petaling Jaya...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
...telah pun membangkitkan...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, Kerajaan Indonesia mengatakan bahawa MAID online itu ada berkait...
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Saya hendak maklumkan...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
...dengan trafficking. Therefore, are you going to change the MAID online?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat, MoU dengan Indonesia mengatakan...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, tolong jawab soalan.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Selesai.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
... already done, habis? Tidak ada?
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
MAID online masih akan digunakan atau tidak?
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Siapa yang saya hendak jawab ini?
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Klang, Klang sebab jawab Klang tadi.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Kamu berlaga semua macam ini...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Tidak apa. Yang Berhormat Ipoh Barat boleh duduk sedikit. Tolong jawab- adakah MAID online akan dipanjangkan lagi
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
sebab ada dakwaan Kerajaan Indonesia mengatakan bahawa, “MAID online gives rise to trafficking.” Ini tuduhan Kerajaan Indonesia.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Sudahlah itu, duduklah. Then I can answer you, dan sit down.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Sir, how long to wait?
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Sit down.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
*Answer faster- faster answer the question...
[Pembesar suara dimatikan]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Belum menjawab lagi. Jempol tunggu lama pun belum jawab, habis sana sahaja.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
You bercakap, Yang Berhormat Ipoh Barat bercakap and you... answer, answer! Macam mana hendak answer kalau kau tengah bercakap lagi.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Jangan buang masa, answer the question lah...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Fikirlah sedikit...
[Pembesar suara dimatikan] .
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Menteri, saya bagi dua minit lagi untuk selesaikan.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih. Jadi, apa yang saya hendak maklumkan seperti Yang Berhormat Petaling Jaya tadi, saya sudah jawab bahawa penjawat-penjawat awam telah pun kita ambil tindakan terhadap mereka.
Yang Berhormat Jempol, saya ucapkan tahniah bahawa dia mahukan statistik- statistik tentang kesalahan-kesalahan dan semua ini akan saya berikan secara bertulis kerana banyak yang dia mahukan itu akan saya berikan nanti.
Bahawa eksploitasi yang dilakukan bukan hanya kerana mereka yang datang sebagai refugees tetapi juga ada kadangkala dia datang untuk bekerja di sini tetapi telah pun dieksploitasi sehingga menyebabkan mereka juga termasuk dalam golongan pemerdagangan orang ini. Saya hendak jelaskan antara...
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Yang Berhormat Menteri, bolehkah saya bertanya satu sahaja. Minta maaf...
[Ketawa]
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Boleh.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Saya hendak bertanya- tadi ada disebut oleh Yang Berhormat Klang bahawa MAID online ini boleh menyebabkan trafficking- kata Indonesia. Adakah kementerian akan mengkaji perkara ini untuk tindakan selanjutnya?
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Apa yang telah dipersetujui baru-baru ini minggu lepas, dengan Kerajaan Indonesia iaitu sistem itu masih lagi boleh diguna pakai, tidak ada perubahan cuma mereka mahu supaya ejen di sana yang menggunakan sistem MAID online tersebut. Ini sebab MAID online ini yang dilakukan bukan hanya untuk Indonesia, untuk semua negara luar.
Jadi, apa yang kita perlu berikan penambahbaikan adalah sesiapa sahaja yang bekerja nanti melalui konsep yang telah pun saya umumkan beberapa bulan yang lepas bahawa kita hendak menggunakan satu sistem yang kita namakan e-Locker. Maknanya sesiapa sahaja yang bekerja di sini akan kita berikan electronic locker dan di situ nanti keluarga mereka boleh mengikuti sama ada orang ini masih lagi bekerja dengan majikan tersebut- di mana majikannya, dia tinggal di mana, sama ada gaji dia sudah dapat ataupun
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
belum, itu semua akan kita lakukan untuk memberikan penambahbaikan supaya pekerja itu nanti tidak akan menjadi mangsa yang diperdagangkan.
Maka sebab itu saya ingin jelaskan di sini bahawa apa yang kita lakukan merupakan sesuatu yang untuk memberikan imej yang lebih baik daripada apa yang telah dilaporkan oleh U.S. Department of State.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta penjelasan sedikit, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Jadi, sebab itu Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri sedikit. Minta sedikit masa, boleh?
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Boleh, boleh.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ringkaskan Yang Berhormat Pasir Salak, sila.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Belum cakap, sudah suruh ringkas. Apa lah ni?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila ringkaskan, masa pun hendak tamat.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Ketawa] Anti-Pasir Salak kuat sangat apa fasal...
[Ketawa] Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, disebut ada dua satu MAID online, dan satu One Channel System. Duta dari Indonesia so adamant hendak kita ikut One Channel System. Dia kata- dia tuduh kita, kita guna MAID online dia tidak suka.
Jadi, sebenarnya sekarang ini kedudukannya macam mana? Nombor satu saya hendak tahu yang One Channel System itu apa yang dimaksudkan dengan One Channel System dan what is the status now?
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Sistem keseluruhannya- dengan pendek Tuan Yang di-Pertua, saya hendak maklumkan bahawa, apa yang mereka mahu iaitu satu sistem di mana ejen yang diluluskan oleh Kerajaan Indonesia digunakan, ejen itu yang akan memasukkan nama-nama mereka yang akan bekerja melalui MAID online and ada sistem yang ada terpakai dalam negara kita.
Kemudian bila telah pun diluluskan nanti, hendaklah diberikan kelulusan tersebut kepada Embassy Indonesia untuk mereka sentiasa boleh buat secara berkala untuk buat lawatan dan sebagainya terhadap maid yang telah pun diluluskan. Jadi itulah overall One Channel System dimahukan tetapi sistem untuk application tersebut masih lagi menggunakan sistem yang diluluskan oleh Kerajaan Malaysia iaitu MAID online.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya difahamkanlah, kalau tidak silap saya One Channel System itu maksudnya mesti permohonan ditujukan kepada kedutaan. Kedutaan lulus baharu boleh bawa orang masuk. Bukankah begitu?
Datuk Seri Hamzah bin Zainudin
Itu asalnya begitu tetapi sekarang telah pun diubah baik, diubahsuaikan supaya sistem MAID online yang digunakan itu boleh diguna pakai oleh ejen-ejen yang ada di Indonesia dan kemudian menggunakannya sistem MAID online. Kemudian diluluskan dan diberikan kepada embassy yang ada di sini. Begitulah jawapan kepada apa yang telah pun dibangkitkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dengan jawapan itu tamatlah sesi Penerangan daripada Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i). Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua dan ketiga sekarang.” [****1 Ogos 2022****]
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Tuan Yang di-Pertua. Sebelum Yang Berhormat Menteri bermula, saya hendak cadang kita rekodkan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, atas kesudian beliau untuk bentang Laporan tier 3 ini...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Ini kali pertama ini dibuat. Saya hendak cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri dan kerajaan, sediakan satu laporan terperinci menjawab semua tuduhan factual dan bentang balik ke Dewan yang mulia ini- kalau boleh. Ini sebab statement Yang Berhormat Menteri tadi ialah Ministerial Statement yang tidak- it doesn’t go into the particulars. So, saya cadang kepada kerajaan, buat itu dan jawab kepada Kerajaan Amerika Syarikat apa yang tidak betul dalam laporan ini.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Cadangan oleh Yang Berhormat Sungai Buloh itu baik. Saya cadangkan bahawa Menteri-menteri yang lain macam Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia mengenai skandal PenjanaKerjaya patut datang memberi *Ministerial Statement. You are daring and I’m proud of you...
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh dan terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jempol. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Kuala Selangor,Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Tuaran.
Silakan Yang Berhormat Jempol, lima minit.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Selain daripada nama itu, adakah pembahas lain?
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pembahas yang disebut itu, adakah pembahas lain yang akan dibenarkan membahaskan RUU ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Setakat ini saya dimaklumkan hanya setakat 10 orang ini sahaja.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Selepas itu?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Selepas itu Yang Berhormat Menteri akan menjawab. Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Buluh...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
[Pembesar suara dimatikan] Sila, Yang Berhormat Jempol.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Switch on mic.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tiga kali sudah ini bagi salam- diamlah...
[Ketawa] Empat kali- assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Rokok 2022. Saya bangun untuk menyatakan sokongan terhadap penggubalan undang- undang ini supaya Malaysia mempunyai generasi penamat bagi tabiat merokok yang telah menjadi isu kesihatan awam sejak sekian lama.
Oleh itu, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung, terutama Yang Berhormat Menteri yang begitu berani untuk membawa Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Rokok 2022 di Parlimen. Dengan adanya sebuah undang-undang dan perancangan yang strategik, maka besarlah harapan saya untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang sihat, bebas daripada asap rokok dan juga *vape...
[Tepuk]* Tuan Yang di-Pertua, setelah sekian lama sistem kesihatan negara mengamalkan kaedah rawatan, maka sudah sampai masanya kita mengalih strategi kepada mencegah terhadap penyakit yang berpunca daripada rokok. Hal ini kerana sistem kesihatan negara telah pun berbelanja berbilion-bilion ringgit selama ini untuk merawat 16 penyakit paling berbahaya akibat rokok seperti kanser, paru-paru, strok, jantung dan sebagainya.
Kos merawat terhadap penyakit akibat rokok juga diunjurkan bakal meningkat pada setiap tahun. Setelah mengambil kira kenaikan kos perubatan, kos rawatan dijangka bakal mencecah RM8.77 bilion pada tahun 2030.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Selain itu, asap rokok juga boleh memudaratkan kesihatan, individu yang terdekat atau individu yang terhidu asapnya. Risiko untuk terkena penyakit juga adalah lebih tinggi berbanding individu yang merokok.
Soalan saya, mengapakah baru sekarang undang-undang seperti ini digubal dan dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini? Apakah faktor yang mengekang kementerian untuk memperkenalkan undang-undang dan strategi penamatan bagi tabiat merokok ini sejak awal lagi? Secara peribadi, tabiat merokok sememangnya perlu dihentikan dan dicegah secara menyeluruh bagi mengelakkan lebih ramai rakyat Malaysia ketagih nikotin yang sukar untuk dirawat.
Tuan Yang di-Pertua, umumnya mengetahui industri rokok elektronik ataupun vape telah berkembang di seluruh negara. Ramai dalam kalangan perokok tegar juga telah beralih kepada vape sebagai alternatif untuk menghentikan ketagihan rokok. Kalau kita lihat di pasaran, terdapat pelbagai vape, kekuatan nikotin dan sebagainya. Revolusi vape ini berlaku dengan begitu cepat.
Hakikatnya mereka juga sebenarnya telah terperangkap dengan ketagihan vape kerana terdapat kandungan nikotin dalam cecair yang digunakan. Lebih membimbangkan saat ini dikejutkan dengan penyakit EVALI yang menjadi ancaman kepada pengguna tegar vape. Perkara ini sudah tentulah menjadi cabaran baharu kepada sistem kesihatan negara. Ini kerana, pada hari ini vape bukan sahaja digunakan oleh perokok yang sedia ada vape juga turut digunakan oleh golongan yang menggunakan secara suka-suka dan menjadikan sebagai gaya hidup yang baharu.
Soalan saya, sejauh manakah risiko vape ini berbanding dengan rokok terhadap sistem kesihatan badan manusia? Adakah ia lebih berbahaya dan sebaliknya? Adakah wap yang dihasilkan oleh vape memberi kesan yang sama sekali seperti asap rokok kepada individu yang terhidu atau secondhand smoker.
Hal ini kerana, saya dapati golongan pengguna vape lebih cenderung menggunakannya di dalam kawasan tertutup kerana ia tidak berbau busuk berbanding
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
dengan rokok. Melihat secara keseluruhan, undang-undang ini hanya memfokuskan terhadap generasi yang akan datang iaitu individu yang lahir pada tahun 2007 dan seterusnya. Kebimbangan saya adalah terhadap perokok dan juga pengguna vape sedia ada yang telah berumur 18 tahun ke atas pada hari ini.
Soalan saya, apakah mekanisme ataupun strategi kementerian untuk mengawal individu 18 tahun ke atas daripada tabiat merokok dan juga vape? Sejauh manakah keberkesanan larangan merokok di kawasan restoran seperti premis makanan yang telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2019 yang lalu.
Saya berpandangan kementerian juga harus memainkan peranan dan memberi perhatian terhadap golongan perokok vape dan ada juga supaya mereka menyelamatkan lebih banyak nyawa dan menjimatkan kos rawatan perubatan yang dibelanjakan oleh kerajaan. Saya sedar...
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah
Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Jempol, boleh? Minta laluan Yang Berhormat Jempol. Hendak tambah sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Jempol.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Okey sedikit.
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah
Hendak tambah sedikit soalan tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Alor Gajah. Ringkas.
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah
Saya amat menyokong perbahasan yang dibentangkan. Cumanya kalau disebutkan public health tadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk memberi statistik berapa peratusan− kalau disebutkan perokok hari ini yang melibatkan public health itu tadi datang puncanya daripada illicit cigarette ataupun rokok-rokok yang haram.
Kalau kita tahu fakta hari ini contohnya 61 percent perokok-perokok ini mengambil sumber daripada illicit cigarette. Jadinya, bagaimana Kementerian Kesihatan boleh membanteras dalam usaha kita untuk mengurangkan beban public health itu tadi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Jempol.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Okey terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Rumuskan.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Ya sedikit lagi. Saya juga tertarik Yang Berhormat Alor Gajah tadi sebut dan ia apabila kita haramkan pastinya penyeludupan rokok haram ini juga akan berleluasa. Jadi, ia perlu diambil kira seperti mana apa yang berlaku iaitu bolosnya pekerja asing. Bolosnya perkara-perkara ini sudah pasti penyeludupan rokok ini juga bakal tidak dikawal kerana perkara-perkara yang kita bangkitkan dalam soal penamatan 2007 pada usia itu.
Jadi, maknanya penyulapan rokok ini bakal mengganas. Inilah kekangan kita dan perlu kita lihat sejauh mana tindakan kita nanti. Saya sedar bahawa kementerian juga telah menjalankan tanggungjawab dan usaha sebaik mungkin menerusi pelbagai program dan juga libat urus dari tahun 1998.
Walau bagaimanapun, usaha hendaklah terus diperkasakan dan diselaraskan dengan peredaran masa supaya Keluarga Malaysia dapat hidup bebas daripada tabiat buruk tersebut. Jadi, saya mohon menyokong RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dan perlu kita persetujui dan kita bawa kepada select committee agar perkara ini dipersetujui dengan sebulat suara demi anak-anak kita pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera semua. Kuala Selangor bangkit untuk menyatakan sokongan dan dengan penuh rasa insaf dan tanggungjawab akan keperluan untuk kita membincangkan Rang Undang- undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 ini dengan penuh tanggungjawab.
Tuan Yang di-Pertua, semua perlu tahu bahawa kemampuan akta sedia ada dalam Akta Makanan tidak lagi boleh menangani perkembangan rokok alaf baharu dan sebagainya. Justeru, dengan itu keperluan untuk rang undang-undang ini digubal.
Tuan Yang di-Pertua, jelas kepada kita di samping keperluan untuk menggubal undang-undang ini sekali gus ia juga adalah untuk memerhatikan ataupun menunaikan dan mencapai target untuk mengurangkan 21 peratus prevalent merokok di negara ini dalam tahun 2022 ini kepada lima peratus dalam tahun 2040. Satu target yang sangat optimis.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak perlu berhujah akan peri pentingnya untuk rang undang-undang ini digubal. Justeru, kerana kita sedia maklum akan kesan rokok yang di negara kita sahaja seramai 26,000 nyawa terkorban akibat daripada rokok dan segala penyakit yang sangat terkait dengannya sama ada serangan jantung, kardiovaskular, disease seumpama strok, COPD dan sebagainya.
Apa yang perlu untuk saya nyatakan adalah sedikit daripada kekhuatiran saya. 10 minit ini pantas sungguh. Apa yang saya perlu nyatakan Tuan Yang di-Pertua adalah kekhuatiran dan keperluan untuk Menteri terus menjadikan undang-undang ini satu yang benar-benar bersifat mampu untuk digarap, dihayati, dibudayakan oleh generasi yang dianggap sebagai generasi penamat itu.
Untuk ke situ Tuan Yang di-Pertua, sangat mustahak untuk kita mengurangkan aspek ataupun unsur punitive dan punishment dengan izin. Tambah lagi kalau ia membawa kepada stigmatization− stigma dan humanization dan semua yang dianggap negatif daripada generasi yang kita mahu elakkan mereka awal untuk mengelakkan daripada penagihan.
Kita sedia maklum hari ini sahaja hampir 15.6 peratus rata-rata umur sembilan tahun hingga 15 tahun sudah menggunakan tembakau dan juga vape. Mereka inilah antara golongan yang menjadi sasaran. Bayangkan kalaulah punitive aspect itu tidak kita kurangkan bahkan ia dilihat sebagai memangsakan mereka. Kita mahu generasi yang menerima undang-undang ini dengan rasa punya jati diri, self-esteem dan tidak pula dianggap sebagai sentiasa memangsakan mereka. Bahkan, mereka mengambil ini sebagai satu yang berdasarkan ilmu, berdasarkan conviction keyakinan mereka.
Justeru, oleh sebab itu saya mahu menteri memastikan mengurangkan aspek hukuman yang telah pun disebutkan dalam fasal-fasal yang telah disebutkan oleh pihak- pihak seumpama PAC, pembangunan wad kanak-kanak, wanita dan sosial. Fasal-fasal 24, 26, 27 dan 28 ini satu hal.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Akan tetapi aspek yang paling mustahak adalah tidak menjadikan punitif kepada umur di bawah 18 tahun. 18 tahun itu saya kira boleh kita kenakan denda RM500. Akan tetapi di bawah itu hanya kerja-kerja community services, khidmat masyarakat sahaja dan di situ kita akan dapat membezakan dua kategori ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya kira itu sahaja yang dapat saya sebutkan dalam rangka ini dalam ruang waktu yang ada ini. Mustahak saya tekankan sementara saya menyokong, justeru kerana kita melangsungkan apa pun yang telah kami juga mulakan dalam pentadbiran Pakatan Harapan sedikit waktu dahulu tetapi lebih mustahak, Tuan Yang di-Pertua supaya benar-benar ia dapat diperhatikan oleh PSC.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kemudian PSC untuk kita kurangkan aspek punitif dan kita kembangkan dan kita pastikan ia benar-benar membudayakan satu generasi, endgame atau generasi penamat yang boleh menerima ini sebagai satu yang memberikan mereka satu gaya hidup, satu jati diri, satu generasi yang benar-benar mahu dibangunkan di atas budaya hidup sihat dan bukan kerana mereka sentiasa di moral polis, digeledah dan segalanya yang pastinya paternalistic dengan izin, pastinya humiliating dengan izin.
Akan tetapi sebaliknya kita mahukan mereka menerima ini dengan satu tujuan untuk generasi itu merupakan generasi sihat demi menjadi generasi penerus dan generasi yang akan mengambil alih kepimpinan negara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan yang 10 minit ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Semporna. Sila.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahi Rahmani Rahim.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Kuala Krai untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022. Saya memulakan ucapan ini dengan merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Rembau atas keberanian dan kesungguhan sehingga Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dapat dibentangkan di Dewan yang mulia ini.
Saya juga amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana Kabinet beliau telah bersetuju agar RUU ini dibawa ke Parlimen kerana saya difahamkan RUU seumpama ini telah dimulakan semenjak tahun 2017. Namun dengan pelbagai halangan dan rintangan, ia tidak berjaya dibawa ke Dewan untuk dibentangkan sebelum ini. Saya menaruh keyakinan yang amat tinggi, RUU ini akan dapat diluluskan demi sebuah kelangsungan generasi yang akan datang yang lebih baik untuk kesihatan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, untuk mudah difahami oleh semua terutamanya generasi sekarang. RUU ini adalah sebuah RUU masa hadapan. Malah RUU ini tidak pernah sesekali menghalang generasi yang lahir sebelum 1 Januari 2007 untuk merokok ataupun menghisap vape. Bak kata saudara Yang Berhormat Rembau, generasi sebelum 1 Januari 2007 boleh hisap rokok dan vape sampai bila-bila.
Tidak berkaitan dengan tahun 2007. Tidak berkaitan dengan undang-undang ini.
Ramai di luar sana mempersoalkan keberkesanan atau inginkan kepastian mengenai keberkesanan pelaksanaan RUU ini dan penguatkuasaan generasi penamat ataupun Generational End Game (GEG).
Saya difahamkan sesi libat urus dengan semua pihak termasuk ibu bapa, remaja, NGO, pihak industri dan pihak-pihak terbabit telah ranum hasil kajiannya dan keputusan yang hampir semua pihak yang terlibat bersetuju RUU dan GEG ini dilaksanakan. Ini tentunya kerana sayangnya kepada generasi akan datang.
Selain itu, kerajaan terpaksa membelanjakan lebih RM8 bilion setahun untuk sektor kesihatan akibat tabiat merokok dan vape. Tentunya perbelanjaan besar akan dapat dikurangkan seandainya generasi mendatang dapat menghentikan tabiat merokok serta vape. Saya amat yakin RUU ini dan GEG atau pengharaman berperingkat staggered ban adalah strategi yang tepat bagi memastikan generasi akan datang selamat dari ancaman asap rokok dan vape. Malaysia akan menjadi negara contoh dalam pelaksanaan GEG sepertimana Australia menjadi negara contoh bagi plain packaging yang telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Oleh sebab itu, saya tidak hairan jika Malaysia akan menjadi tumpuan utama industri rokok untuk menggagalkan usaha ini.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tuan Yang di-Pertua, saya amat yakin jika strategi ini disokong dengan strategi- strategi lain seperti kawalan pameran display dan plain packaging. Kita akan dapat mencapai sasaran dalam masa yang lebih cepat. Sudah-sudahlah menzahirkan kebimbangan kepada peniaga, kepada nasib peniaga runcit. Pergilah tanya sendiri berapa besar kah keuntungan yang peniaga runcit dapat daripada menjual rokok. Bankrap kah mereka atau pun tidak dapat jual rokok? Bankrap kah mereka kalau tidak dapat jual rokok kepada remaja?
Saya ingin tanya, kedai kopi mana yang terpaksa tutup kedai? Hotel mana yang hilang pelanggan? Ini kerana orang tidak boleh merokok atau mengamalkan smoke-free hotel. Malah smoke-free hotel sudah menjadi trending semasa kini. Apa yang pasti industri rokoklah yang akan rugi jika orang telah berhenti merokok.
Akan tetapi peniaga kecil runcit, kedai kopi, hotel tidak akan muflis kerana tidak boleh jual rokok. Jangan dibimbangkan jika industri rokok muflis di Malaysia kerana hanya ada lebih sedikit daripada 1,000 orang pekerja yang ada kaitan dengan industri rokok.
Berbanding dengan berjuta-juta kanak-kanak dan remaja yang hendak dilindungi.
Tuan Yang di-Pertua, nun di sana terdengar rungutan dan gugatan berkaitan dengan asasi manusia. Kononnya pengharaman ini menyebabkan kebebasan mereka yang merokok. Saya ingin menyatakan di sini, adakah hak golongan yang tidak merokok tidak diambil kira? Ini juga adalah hak asasi yang perlu diperjuangkan. Kanak-kanak, wanita malah ibu yang sedang mengandung, mereka yang terdedah secara pasif dan kajian menyatakan ia lebih berbahaya berbanding mereka yang merokok.
Sekali pun pelbagai undang-undang menetapkan supaya tidak boleh merokok atau vape di kawasan tertentu, saya melihat ia tidak diendahkan oleh kebanyakan daripada mereka. Cukuplah kita hentikan generasi yang menyumbang asap berbahaya ini. Renung dan lihatlah kepada anak-anak dan cucu kita. Mereka adalah generasi harapan kita. Anak-anak kita dan cucu-cucu yang bakal mewarisi negara tercinta ini. Inilah masa dan ketikanya. Adakah bapa yang merokok suka anaknya merokok? Apatah lagi bapa yang tidak merokok. Saya yakin dan pasti mana-mana bapa tau ibu yang waras tidak akan membenarkan anaknya merokok.
Sebelum berakhir, saya ingin bertanyakan Yang Berhormat Menteri. Adakah ibu bapa atau orang yang membeli generasi sebelum GEG ini yang membeli rokok atau vape ini dihisap oleh golongan GEG yang membeli online tetapi GEG yang menghisapnya?
Siapakah yang akan didenda dan berapakah nilai denda yang akan dikenakan? Saya mengharapkan RUU ini akan dapat diluluskan dengan jayanya dan pelaksanaannya dapat dijalankan secepat mungkin demi sebuah generasi hadapan yang lebih baik. Dengan ini Kuala Krai menyokong sepenuhnya RUU ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan hari ini lima minit. Semalam saya tunggu 10 minit. Terima kasih banyak atas ruang untuk membolehkan saya juga membahaskan tentang rang undang-undang ini. Satu, saya akui bahawa rang undang-undang ini penting, bukan tidak bererti bahawa ia perkara yang tidak perlu dilakukan kebaikannya memang ada.
Akan tetapi dalam pada itu kita kena memahami dan menyedari bahawa tidak ada negara di dunia yang telah berupaya mengatasi masalah addiction di dunia ini. No countries in the world have been able to eradicate addiction in the world. You name it whether it’s smoking whether it’s drug addicts. But nevertheless, there must be law and all sorts of steps to ensure supaya kita boleh kurangkan langkah-langkah drastik kalau kita hendak hapuskan, hapuskan *supply. Its market forces.
Once you cut off the supply, there is no more cigarette in this country*. Pihak KKM hendakkan mengambil langkah untuk menghapuskan asap rokok di Malaysia. Akan tetapi dalam pada itu juga, pihak KKM hendak menggalakkan supaya medical marijuana sebagai
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
satu raw material yang boleh mengeluarkan ubat di negara ini. Ketum di utara. Saya baru balik minggu lalu dari Perlis.
Saya difahamkan di negara jiran kita, jual ketum macam jual sate sahaja dan di merata tempat, di utara tempat kampung. Di utara tanam ketum merata tempat. What actions are we taking? Adakah ganja, marijuana, adakah ketum tidak sebahaya seperti asap rokok?
[Tepuk] Kita kena lihat, we must be consistent into policy that we formulate in this country. Satu hendak guna bahasa Inggeris, satu hendak guna bahasa Melayu.
Cakap Inggeris, yang lain cakap Melayu. We have benefited to use of English in this country.
Akan tetapi takkan kita hendak melihat langkah-langkah dasar di negara ini perlu kita lihat bagaimana untuk mengatasi masalah yang berdepan dengan generasi.
Bayangkan ganja, dadah itu boleh menghakis generasi yang ada di negara ini dan saya tidak nafikan. Saya bukan penagih rokok. Tidak adapun adik-beradik saya. Saya sebutkan semalam untuk terlibat dalam keadaan ini.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Akan tetapi dalam pada itu apa yang kita hendak hentikan ialah supaya gradual steps to be taken. Rang undang-undang ada tetapi apabila saya melihat daripada segi rang undang-undang yang ada pada hari ini. saya hendak specific kerana masa tidak mengizinkan. Perkara 3, kaedah pendaftaran dan cara pendaftaran Bahagian II dalam rang undang-undang ini, itu yang saya minta masa sedikit.
Alhamdulillah, saya difahamkan ia masuk dalam jawatankuasa yang ada kerana ini penting untuk kita halusi, rang undang-undang it must be done right with the right kind of policies prescription yang ada untuk melaksanakan supaya perjalanan rang undang- undang ini is enforceable. Kita buat undang-undang, what will happen to enforcement? Ada undang-undang tetapi masalahnya apabila saya lihat daripada segi perkara 3, perkara 9, perkara 25, perkara 33 dan perkara 34. Pendaftaran, macam mana kita hendak daftar? Takkan kita hendak menggunakan MySejahtera lagi? Sistem yang kita gunakan untuk COVID-19 lepas itu, rokok pula. Ya, cara, kaedah macam mana kita hendak laksanakan? Ini perlu dihalusi.
Promosi dalam Bahagian III, dikatakan tidak boleh ada promosi untuk tajaan. Ya, promosi kalau sekiranya tidak ada tajaan tetapi kita hendak halusi pemikiran masyarakat yang terlibat bukan hanya ibu bapa. You ask the doctor, you ask the parent, 100 percent they will support but penggubal undang-undang, what is on their mind? Enforcement undang-undang yang ada. Adakah ia boleh kita kuatkuasakan?
Saya melihat perkara 9 ini perlu dihalusi dengan secara dalam Yang Berhormat Menteri. Perkara 25 kuasa yang ada, termasuk perkara 33 iaitu penggeledahan, mereka menggeledah, penyita tanpa waran! Rang undang-undang ini jauh kuasa yang diberikan kepada pegawai yang ada termasuk Menteri. It is a very powerful instrument. Menteri untuk menggunakannya, pegawai yang menggunakannya tanpa waran.
Seakan-akan kalau kita tidak halusi perkara seumpama ini ia akan menjadi satu perkara yang boleh keadaan mungkin tidak ada kestabilan dari segi pelaksanaan undang-undang termasuk dari segi perkara 34 iaitu akses kepada maklumat.
Officers can take all the computers and access to it. Pelbagai maklumat yang ada di dalam maklumat komputer itu, tidak ada waran dia. Dia boleh ambil handphone kita, komputer kita, dengan siasat secara mendalam kandungan apa yang ada dalam itu.
Jadi, saya Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa ini sebenarnya tidak mengizinkan untuk kita hendak suarakan, semalam ada seperkara iaitu 17. Semalam kita dimaklumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk meminda perkara 17 dan juga daripada itu, denda. Denda, semalam daripada RM5,000 boleh diturunkan kepada RM500. Kaedah apa yang kita gunakan? This is not – we are saying that not punitive. Akan tetapi bagaimana daripada RM5,000? Formula apa yang digunakan oleh pihak kementerian untuk mengambil langkah-langkah seperti denda yang dikenakan
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
semudah – tidak sampai satu hari. RM5,000 you can reduce to RM500. Saya banyak persoalan sebenarnya saya hendak bangkitkan tetapi masa tidak mengizinkan. Terima kasih banyak, saya kena patuh kerana yang lain hendak berucap dan bukan masalah– yang saya katakan, bukan saya bantah tetapi perlu menghalusi undang-undang ini.
Terima kasih banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Bintulu. Kemudian diikuti Yang Berhormat Langkawi. Sila Yang Berhormat Bintulu.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi peluang pada saya untuk ambil bahagian dalam Rang Undang- undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.
Tuan Yang di-Pertua, saya hari ini berbahas bukan menghalang Rang Undang- undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022. Masalahnya, kenapa kita tidak mula daripada pendidik? Pendidik generasi muda? Kenapa kita menggunakan undang- undang mengugut kanak-kanak?
Ini daripada generasi muda dipersoalkan? Bila kita ada pergi sekolah pendidik sama murid-murid? Tidak ada! Itu Yang Berhormat Menteri Kesihatan semalam boleh umum. Kalau siapa above 2007 lahir, semua boleh merokok. Ini undang-undang untuk siapa? Untuk semua orang merokok kah ataupun cuma untuk tahun 2007? Janganlah kita menipu rakyat. Kita sepatut table rang undang-undang ini kepada semua rakyat! Kasi orang pertimbangkan. Siapa tipu sama siapa?
Kenapa kita buat sebegitu? Ini undang-undang kita menghalang orang merokok, memang kita suka tetapi cara mesti mahu baik! Cara mesti betul! Janganlah kita menipu sama dia orang! Kalau tengok tadi pun kata dalam tweet semalam. Tiba-tiba RM5,000 boleh turun RM500? Orang daripada kawasan luar bandar daripada saya punya kawasan tanya sama saya.
Yang Berhormat kalau saya punya anak tiba-tiba di sekolah merokok, saya tidak tahu. Kalau kena tangkap macam mana Yang Berhormat? Saya tidak ada wang bayar.
Siapa mahu tolong bayar? Yang Berhormat, tolong bayar kah? Kenapa tidak lihat ini masalah tempatan? Kenapa tidak lihat ini kawasan luar bandar? Janganlah tunjuk hero, satu dunia orang pun tidak boleh buat, menunjukkan Malaysia boleh buat!
Kita mesti mahu lihat daripada MCO dahulu, Kementerian Kesihatan sudah buat satu kali. Gagal! Kedua kali, Pakatan Harapan pun buat. Gagal juga! Itu Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan hari-hari suruh orang tangkap! Akhir sekali orang kasi kencing sama dia! Baru dia diam! Sekarang apa lagi! UMNO belum kena orang kencing lagi! Mahu kena kencing satu kali baru puas hati!
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Ini unparliamentary language.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Janganlah buat macam itu! Fikirlah kita banyak kawasan bandar pendalaman. Orang kata orang tidak ada IC, tidak ada surat beranak, dia hidup pun susah! Mati pun susah! Sekarang dia merokok pun susah! Apa lagi dia nak? Ini Yang Berhormat Menteri Kesihatan, dia tahu kah atau tidak tahu?
[Tepuk]
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Kalau hendak kencing, kencinglah...
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kita orang pendalaman punya wakil rakyat. Kenapa kita tidak boleh fikir! Kenapa kita mahu kelam kabut, rushing to push kasi lulus ini? Kata cancer kita dapat hasil RM3 bilion. Akan tetapi kita perubatan RM8 bilion, RM6 bilion. Adakah strategik? Adakah data ia? Membuktikan merokok punya berapa peratus? Breast cancer berapa peratus? Colon cancer berapa peratus? Ada atau tidak?
Sudah buat atau belum? Kalau belum buat, apa lagi mahu temberang di dalam Dewan Rakyat ini? Kenapa mahu tipu? Saya punya kawan satu keluarga pun tidak merokok! Akan
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
tetapi satu mati breast cancer! Satu mati colon cancer! Tidak kena mengena dengan merokok! Kenapa boleh jadi ini macam?
Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri Kesihatan, ini rushing untuk lulus macam sosial media kah? Kata kita hendak rushing, hendak lulus! Pasal satu app bubar!
Mahu kasi naik lagi macam MySejahtera. Saya mahu tanya ini, kalau betul cerita daripada sosial media. Berapa lagi negara mahu bayar satu tahun? Siapa mahu bayar ini?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Penjelasan Yang Berhormat Bintulu, Lembah Pantai.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kalau tidak mahu bayar? Siapa mahu buat? Kenapa kelam kabut? Kenapa tidak boleh kita kaji betul-betul? Buat pendidikan kepada rakyat. Patut Kementerian Kesihatan berbincang sama Kementerian Pendidikan, macam mana buat satu paper ataupun subjek dalam sekolah, dalam sistem pendidikan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Bintulu. Boleh soalan? Penjelasan. Terima kasih. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat sebut app? Apa app yang dimaksudkan? Apa namanya? Siapa yang membuatnya? Apa yang dimaksudkan? Untuk jelas, adakah ia MySejahtera? Bukan!
Boleh bagi penjelasan sedikit? Terima kasih.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Saya tidak tahu, ini daripada sosial media.
Saya rasa semua boleh nampak dalam sosial media! Bupa app, siapa buat? Saya tidak tahu. Orang sudah speculate, pasal ini sudah kelam kabut. Mungkin sekarang saya soal dalam Parlimen Bupa. Esok mungkin akan tukar pergi bubar!
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh main sebegini. Kita Keluarga Malaysia, tunjuklah betul-betul keharmonian kita dalam Keluarga Malaysia. Jangan kita menipu sama rakyat. Kita mesti mahu jagalah human being’s rights kepada mereka. Kita bagi pendidikan pada mereka. Jangan kongkalikung, berkali-kali buat macam ini! Yang Berhormat Menteri pula syok sendiri, kita pergi kawasan pendalaman. Kita setengah mati jawab! Saya memang tidak setuju. Saya tolak. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Langkawi. Sila Yang Berhormat.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya bangun untuk menyokong usul ini iaitu generational endgame yang bertujuan untuk akhirnya menghapuskan tabiat merokok.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
Saya sedar bahawa untuk melarang sesuatu yang diamalkan oleh hampir bermillion daripada rakyat Malaysia bukanlah mudah. Kita perlu ada enforcement.
Berapakah banyak enforcement yang boleh kita adakan? Oleh sebab itu, sebagai permulaan, saya bersetuju kerana ia terhad kepada yang dilahirkan pada tahun 2007.
Ini tidak bermakna bahawa yang dilahirkan lebih awal tidak perlu hentikan tabiat merokok ini, untuk mereka satu kempen perlu diadakan dan kempen yang telah diadakan dahulu pun juga berkesan. Saya dapati bahawa pada zaman ini kita jarang lagi melihat orang berbangga dengan tabiat merokok.
Masa saya kecil dahulu, ahli keluarga saya hisap satu tin rokok satu hari, 50 batang. Akhirnya dia meninggal kerana kanser di kerongkongnya, itu yang berlaku. Oleh sebab itu, saya tidak ingin melihat orang lain juga dapat penyakit yang begini teruk yang membawa kepada kematian. Kalau boleh kita perlu hentikan merokok untuk semua orang, bukan untuk mereka yang dilahirkan pada tahun 2007 sahaja.
Akan tetapi itu ialah satu kerja yang amat besar, amat berat dan mungkin kita tidak dapat lakukan dengan cara berkesan. Oleh sebab itu, dalam apa juga jenis undang- undang yang kita perkenalkan, ada kalanya kita perlu membuat satu langkah demi satu
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
langkah. Bermula dengan yang tidak begitu besar sehingga kita dapat sampai kepada tahap yang mana kita akan hapuskan sama sekali jenayah itu.
Akan tetapi kalau kita tidak mungkin, janganlah kita terima sahaja amalan yang sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup rakyat kita. Hal ini kerana kalau kita buat demikian, maka ramailah yang akan menghidap penyakit kanser dan akan meninggal.
Oleh sebab itu, kalaupun kita hadkan kepada umur yang dilahirkan tahun 2007, tidak lama lagi mereka ini juga akan berumur lebih daripada itu.
Akhirnya kita dapat kurangkan sedikit demi sedikit amalan menghisap rokok ini.
Itu yang mampu kita buat. Kalau kita bercita-cita besar jangan sekali gus kita hendak hentikan semua orang daripada merokok. Saya ingat kita mungkin dapat kutip duit yang banyak daripada denda yang dikenakan dan ini saya dapati tidak mudah untuk dilaksanakan.
Lagipun kita perlu beri kuasa kepada enforcement officer dan seperti biasa di Malaysia ini, apabila kita memberi kuasa, kuasa itu menyeluruh. Kuasa untuk memeriksa, menggeledah dan macam-macam lagi yang dibuat yang akan menimbul kehidupan yang tidak senang kepada rakyat.
Oleh sebab itu, kuasa yang diberikan perlu diambil ingatan bahawa sistem enforcement ini hendaklah tidak menjadikan kehidupan rakyat Malaysia ini terganggu sepanjang masa, hidup dalam ketakutan kerana mungkin rumah mereka digeledah.
Walaupun mereka sebenarnya tidak merokok. Semua ini perlu diambil kira.
Saya telah ikuti perbahasan ini dan saya dapati banyak daripada cadangan- cadangan itu perlu dikaji untuk dibetulkan, dipinda undang-undang supaya yang boleh dilaksanakan akan dilaksanakan. Mungkin lebih daripada hanya mengehadkan kepada mereka yang berumur yang dilahirkan pada tahun 2007. Mungkin lebih awal lagi tetapi cara-cara kita melaksanakan, cara-cara kita enforce undang-undang ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya.
Hal ini kerana ia tetap akan mengganggu mereka yang sekian lama telah merokok dan ada yang tidak merokok pun akan menjadi mangsa enforcement. Inilah masalah yang kita hadapi. Oleh sebab itu, walaupun saya sokong undang-undang ini. Saya harap segala pandangan dan perhatian yang diberi dalam Dewan ini diambil kira oleh kementerian yang mana perlu kita terima cadangan-cadangan yang datang daripada Ahli-ahli Dewan.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kuala Langat berdiri untuk bertanya beberapa soalan sebelum atau rang undang-undang ini dirujukkan kepada satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.
Hari ini saya baca surat khabar The Star dan The Galen Centre for Health and Social Policy Malaysia ini, membuat satu ketetapan bahawa undang-undang ini yang kita bawa baru-baru ini, satu undang-undang yang memang kita jaga ataupun kita ambil perhatian atas isu-isu yang kita bangkit dan hendak bawa untuk masa depan di dalam negara kita.
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “The government must ensure that there are sufficient checks and balances in place to guard against overzealous and heavy-handed enforcement and prevent violations of human rights and dignity”.
Hal ini sebab yang kita khuatir ialah anak-anak kita yang berumur 18 tahun akan disiasat ataupun ada body check ataupun bila ditangkap dengan sebatang rokok akan jadi criminal atau criminalization of this whole process ke atas anak-anak kita yang remaja ini pada tahun yang rendah, young age. Apakah maksudnya?
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Soalan saya ialah macam mana kita hendak pastikan penguatkuasaan ini akan jadi? Adakah Kementerian Kesihatan ada cukup kakitangan untuk menguatkuasakan satu rang undang-undang yang kita akan tubuh di dalam Dewan Rakyat ini? Saya seorang doktor, saya tidak hisap. Neither am I a member of any cigar club. Saya tidak ada masalah dengan kawan-kawan saya yang merokok, itu ialah pendirian mereka. They have the liberty to do what they want. Akan tetapi pada masa yang sama, bila kita bawa satu rang undang-undang di dalam Parlimen, kita kena pastikan bahawa rang undang-undang itu boleh dikuatkuasakan selama-lamanya. Tempoh 40 tahun ini lama Tuan Yang di-Pertua. I’m not gonna be around after 40 years to see whether this is a success. Ini ialah satu experiment in process saya hendak cakap di sini.
Hal ini sebab tidak ada negara-negara lain yang telah pun membuat sesuatu begini. The Scandinavian countries themselves have not started this. If anything that starts good, always start from the Scandinavian countries, tidak ada.
Tuan Yang di-Pertua, saya khuatir, dengan izin, no one should be singled out for prosecution, atas undang-undang ini sebab kita tidak haram merokok di dalam negara kita Tuan Yang di-Pertua. Kita haram merokok itu ialah kepada satu generasi sahaja.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Generasi yang lain akan dibiarkan untuk rokok suka-suka mereka especially the vulnerable groups. The B40 populations. Di kawasan saya, ada 13 buah kampung Orang Asli, Tuan Yang di-Pertua. Kalau saya hendak kata dengan dia, mereka ini tidak boleh merokok ataupun tidak boleh minum. Saya ingat Yang Berhormat Cameron Highlands faham sudah apa yang akan jadi. Macam mana orang-orang dari pedalaman Sarawak dan Sabah, orang Iban, Dayak dan sebagainya. So, I think we have to look into this law or act yang kita hendak bawa ini.
Saya setuju bahawa RUU ini akan dihantar kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk teliti dan juga untuk adakan sedikit perbincangan sebelum dibawa balik.
Individual liberty of a person in this country is at stake. Hari ini you kata rokok. Esok apa janji, bukan untuk arak, bukan untuk judi. Ahli-ahli Dewan Negara, Dewan Rakyat kena faham. Malaysia ini 71 peratus bumiputera Islam. Kita buat undang-undang ini sekarang.
Apa liberty saya sebagai seorang bukan bumiputera tetapi orang Malaysia untuk masa hadapan yang akan datang?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Kuala Langat. Saya mohon sedikit celahan. Boleh? Boleh Yang Berhormat Kuala Langat ya? Okey, tadi Yang Berhormat Kuala Langat menyebut tidak ada negara yang melaksanakan peraturan yang seperti kita akan laksanakan ini. Apa pandangan Yang Berhormat ketika mana hari ini di Australia. Undang-undang di sana, ketika dalam sebuah kenderaan, jika ada seorang dewasa yang menghisap rokok dan di dalam kenderaan itu ada kanak-kanak yang berusia 16 tahun. Maka, dia akan didenda akibat menghisap rokok di dalam kenderaan yang mempunyai kanak-kanak. Minta pandangan Yang Berhormat.
[****Tuan Yang di-Pertua** mempengerusikan Mesyuarat]
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Ada undang- undang di dalam negara kita bahawa di dalam kedai kopi dan juga restoran-restoran tidak boleh merokok. Itu tidak bermakna yang kita tidak boleh rokok di luar. Itu ialah perbezaannya. Akan tetapi saya kata tadi apa jaminan kita sebagai seorang warga negara Malaysia untuk adakan liberty saya sebagai seorang warga negara untuk jaminan cara kehidupan saya dan orang-orang di Malaysia.
Saya hendak sentuh dengan apa yang dikatakan individual liberty, Tuan Yang di- Pertua. Individual liberty, the liberty of those persons who are free from external restrain in the exercise of those rights which are considered to be outside the providence of a government to control.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Saya harap rang undang-undang ini akan dirujuk kepada satu jawatankuasa dan bila siap sedia, kita akan bincang rang undang-undang ini dan akta penuhnya sebelum kita dibawa kepada Dewan Rakyat untuk dibincangkan dan diluluskan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Yang Berhormat Muar silakan, 5 minit.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Undang-undang ini difokuskan pada generasi yang lahir pada tahun 2007 ke atas. Dengan itu, kita masih ada masa 2 tahun. Dalam masa tempoh dua ke tiga bulan ini banyak penambahbaikan yang boleh kita lakukan supaya undang-undang ini dapat diluluskan bersama.
Saya ada tiga cadangan penambahbaikan yang wajar dilakukan sebelum kita melaksanakan undang-undang GEG ini. Secara pendirian peribadi saya ialah untuk menyokong tetapi bersyarat dengan penambahbaikan ini. Cadangan yang pertama, kita tidak sepatutnya menjenayahkan pengguna. Focus on the source and the supplier.
Jikalau kita mengakui bahawa rokok dan vape itu menyebabkan ketagihan.
Dengan itu, kita tidak perlu dan wajar menghukum mereka yang ketagih kerana ini bukan pilihan mereka. Oleh sebab itu kalau kita menggunakan the New Zealand model yang kerap dijadikan contoh. Di New Zealand, mereka tidak kenakan denda, kompaun ataupun ingin mengheret anak muda tersebut ke mahkamah jenayah tetapi fokus kepada the supplier and the source.
Saya faham Kementerian Kesihatan kata kita akan letakkan garis panduan hanya RM50. Akan tetapi realitinya kementerian tidak ada kawalan 100 peratus ke atas ke semua penguat kuasa. Pada masa yang sama, kementerian tidak ada kawalan ke atas sistem kehakiman negara. Kementerian juga tidak ada kawalan ke atas pendakwa raya.
Some things are beyond your control. You cannot play judge, jury, prosecution and act if everything is under the Minister’s control. Kita tidak boleh sangka baik di mana Menteri yang baik boleh berkekalan 5-10 tahun akan datang. DG yang baik boleh kekal 5- 10 tahun yang akan datang. We must be prepared for the worst. Itu yang pertama.
Cadangan yang kedua, kajian yang penuh berdasarkan sains dan data perlu dilakukan untuk melihat produk harm reduction. Kalau kita lihat di UK. Lebih 50 ribu orang perokok berjaya transisi daripada rokok kepada vape products. Di mana, highest quit rate datang daripada kumpulan perokok ke vape pada 2019, kadar 59.7 peratus. Pada tahun 2020, pada kadar yang jauh lebih tinggi iaitu 74 peratus.
Mengikut Public Health of England, vape itu 95 peratus kurang mudarat jika hendak dibandingkan dengan rokok. Saya faham mungkin Kementerian Kesihatan akan katakan, “Akan tetapi generasi baharu ini tidak akan rokok dan tidak akan vape langsung”.
But, that is wishful thinking. Oleh sebab itu, pada hari ini kita lihat walaupun dadah diharamkan 100 peratus tetapi realitinya masih ada rakyat Malaysia yang mengambil dadah. Oleh sebab itu Prof. Adiba, we must respect her, mengamalkan taktik decriminalisation and harm reduction.
Oleh sebab kita akui, walaupun kita haramkan 100 peratus, bukan semua orang akan ikut undang-undang. Persoalannya, apabila ada kumpulan yang miskin, tercicir, terdesak. What we do to help them? Sepatutnya ada proses transisi kepada harm reduction yang perlu kita lihat. Akan tetapi saya bukan lah expert. So, my suggestion on this. Present the data and science in Parliament dan biarlah kumpulan-kumpulan pakar dan jangan lihat satu pihak sahaja, present it, follow the science and data. Bukan rush the bill through. One more time I’d like to quote.
Apabila saya datang ke taklimat. Contoh yang kerap digunakan adalah New Zealand. Akan tetapi New Zealand lagi sekali mengecualikan vape and harm reduction product. Oleh sebab itu kita tidak perlu terburu-buru, have a transitional process behind it.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Cadangan yang ketiga, kita patut keluarkan seksyen-seksyen yang agak outdated dan mudah untuk disalahgunakan. Kuasa yang agak besar bagi DG to deregister corporations and associations yang just based on suspicion dan tidak diberikan compensation langsung, pampasan.
Jikalau wujudnya salah guna search and seize without warrant. Saya rasa natijah bil ini, inti pati bil ini masih dapat dikekalkan tanpa keperluan untuk ada sistem yang agak lapuk dan bobrok ini. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, kita masih ada masa to pass this will together. Akan tetapi banyak penambah baikan yang perlu dilakukan.
Saya ingin katakan di sini, especially as MPs. We need to walk the talk. Rakyat di luar sana sedang melihat. Kita hendak kenakan tindakan jenayah, fine RM5,000 or RM500 ke atas mereka. Akan tetapi Ahli Parlimen dalam Dewan ini sendiri dengan tidak rasa malu langsung, boleh hisap rokok atau vape di dalam kawasan Parlimen. Walk the talk! Kita boleh, yang lain tidak boleh! Isu dua darjat ini dekat dengan hati rakyat. Oleh sebab itu kita tidak boleh abaikan sentimen di luar sana. If we as MPs cannot act as exemplary models. Who are we to judge them outside?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Minta penjelasan, kalau diizinkan Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya dengar debat rakan pelajar saya. Di mana soal berkenaan dengan data telah pun dibangkitkan. Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf Yang Berhormat Menteri. Saya hanya hendak mencelah untuk perhatian Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya buat rujukan kepada satu kes. Ini petikan dari Mahkamah Agong dan ia penghakiman daripada Tun Salleh Abbas dalam kes Malaysian Bar and others versus Government of Malaysia, Tuan Yang di-Pertua. Di situ rujukan dibuat kepada kes Public Prosecutor lawan Dato’ Harun bin Haji Idris and others.
Di mana soal berkaitan dengan artikel 8, Perlembagaan Persekutuan berbangkit.
Artikel 8 berkaitan dengan equality, di mana kalau kita lihat kepada dua orang dalam kedudukan yang sama. Maka, undang-undang yang sama rata harus terpakai kepada mereka. Akan tetapi ada apa yang disebut sebagai exceptions kepada rule itu. Saya ingin membaca apa yang disebut oleh Tun Salleh Abbas masa itu, dengan izin, dalam bahasa Inggeris, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
This is what the court said. The general basic principle culled from authorities and judiciary determine Tan Sri, succinctly put is that “Article 8(1) permits reasonable classification is founded on intelligible differentia having a rational relation or nexus with the policy or object sort to be achieved by the statute or statutory provision in question” and Datuk Harun’s case referred to.
Jadi, soalan yang berbangkit di sini adalah kami adalah satu rang undang-undang di hadapan kami dan apa yang penting adalah untuk kita pastikan bahawa kita tidak meluluskan satu undang-undang yang melanggar Artikel 8. Untuk tujuan itu, test yang disebut di sini adalah adakah kita mempunyai data untuk menunjukkan bahawa peruntukan-peruntukan yang dicadangkan ini— I read it right? Has rational relation or nexus with the policy object that is sought to be achieved?
Tuan Yang di-Pertua
Reasonable classification.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Correct. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah sangat penting kerana kalau kita hendak menggubal satu undang-undang yang mungkin mempunyai kesan terhadap dua orang dalam kelas yang sama, ia dibenarkan tetapi kena ditunjukkan bahawa ada wujudnya data yang menunjukkan bahawa sekiranya undang- undang itu diluluskan, maka objek tersebut boleh kita capai.
Akan tetapi, dalam Dewan yang mulia ini, kita lihat bill yang ada tetapi tidak ada data yang dikemukakan. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bintulu tadi, apa yang disebut oleh Yang Berhormat dari Muar. Jadi, di situ kalau perkara ini dirujuk kepada jawatankuasa dan saya lihat ada usul, saya harap Yang Berhormat Menteri dapat melihat kepada perkara tersebut.
Ini kerana bila diluluskan, enforcement dan sebagainya juga banyak wang yang akan kita gunakan bertujuan kita hendak pastikan bahawa undang-undang ini berjaya.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kita tidak mahu satu keadaan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Padang Rengas semalam. Selepas diluluskan, ada cabaran dibuat dan kita lihat undang-undang ini dikatakan melanggar Artikel 8. Susulan daripada itu, ia dikatakan tidak berperlembagaan.
Dalam keadaan tersebut saya harap bahawa perkara itu dapat dilihat supaya apa yang diluluskan dalam Dewan yang mulia ini adalah selari dengan peruntukan dan keperluan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
30 saat sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Dengan itu, itu adalah tiga cadangan penambahbaikan saya. Secara amnya saya rasa jikalau kita tanya mana-mana manusia, mereka juga berkata kita wajar menyokong undang-undang ini supaya kita dapat kurangkan kebergantungan dan ketagihan anak- anak muda generasi baharu kepada rokok.
Akan tetapi dalam kita melaksanakan undang-undang, kita di Parlimen bertanggungjawab untuk memastikan bahawa ruang salah guna itu kita tutup dan mana kita boleh tambah baik, kita tambah baik bersama. Oleh sebab itu saya berharap di dalam Dewan ini tangguhkan dalam tempoh masa yang singkat hantar semula ke ‘PSC’.
Insya-Allah dalam tempoh masa dua, tiga bulan ini dapat dibentangkan semula dan diluluskan bersama. Di situlah bipartisanship works. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Yang Berhormat Pontian, silakan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tuan Yang di-Pertua, saya dan isteri tidak merokok. Tiga anak dan tiga menantu saya tidak merokok. Tentulah saya ingin anak saya yang keempat berumur 12 tahun juga tidak merokok tetapi kawan-kawan saya ramai betul perokok.
[Ketawa] Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 ini adalah sebagai ikhtiar dan inisiatif kerajaan bagi melahirkan generasi yang lebih sihat menuju negara yang bebas rokok dan akan dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Saya menyokong kerana ia akan dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.
RUU seumpama ini kedua dalam dunia selepas New Zealand. Fakta menunjukkan bahawa setakat Februari tahun 2022, sebanyak 81 buah negara telah melaksanakan sekatan dan membuat peraturan bagi mengawal aktiviti merokok, baik daripada sumber tembakau mahupun elektronik. Bukan itu sahaja, sejumlah 42 buah negara telah juga menetapkan kadar nikotin di dalam rokok dan juga vapes. Dengan adanya maklumat di hujung jari, segenap lapisan masyarakat boleh mengakses dan mendapatkan maklumat mengenai keburukan yang disebabkan oleh tabiat merokok, namun ia tetap juga berlaku zaman berzaman akibat ketagihan dan gaya hidup.
Saya ingin membawa perhatian kepada beberapa aspek dalam penggubalan RUU ini untuk pertimbangan. Tabiat merokok disebabkan oleh faktor ketagihan dan salah satu puncanya ialah kerana pengaruh rakan sebaya dan juga tekanan. Oleh itu, pendidikan secara formal atau tidak formal wajar dijadikan platform utama bagi mengatasinya. Ramai yang terkeliru bahawa merokok boleh menghilangkan tekanan tetapi sebenarnya berlaku adalah ketagihan.
Dalam satu kajian yang terkenal yang dibuat di Jepun oleh Takeshi Hirayama pada tahun 1981, telah mendedahkan kesan berganda kepada para isteri perokok tegar yang menghidap penyakit kanser paru-paru. Kajian inilah yang telah membuka laluan kepada banyak negara di dunia untuk mula mengawal peraturan merokok di kalangan penduduknya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Mengikut Dr. Judith Mackay, Penasihat Khas kepada pelaksanaan Artikel 5.3 dari Global Center for Good Governance in Tobacco Control, kebanyakan kes-kes disebabkan nikotin berpunca dari rokok yang dibawa ke hospital sudah pun sampai ke tahap acute dan chronic dan sukar untuk dirawat dan disembuhkan. Inilah juga yang berlaku di Malaysia. Sepatutnya kesan boleh didapati lebih awal bagi mencegah kemudaratan dan kos yang tinggi.
Sehingga kini, syarikat-syarikat pengeluar rokok, tembakau dan elektronik sukar untuk diambil tindakan kerana penafian kebertanggungjawaban mereka akan kesan buruk yang terhasil akibat ketagihan rokok. Ini dapat dilihat dengan dakwaan dan tuduhan konon adanya kandungan nikotin sebenar yang berlebihan berbanding daripada apa yang mereka isytiharkan di kotak-kotak rokok.
Dunia juga sedang berhadapan dengan kelemahan apa yang dipanggil track and trace system yang pada awalnya dibangunkan oleh gergasi syarikat pengeluaran rokok seperti British American Tobacco, Philip Morris International dan RJ Renox. Negara seperti Colombia, Ecuador, European Union, Belgium, Finland, France, Germany, Italy, Netherlands, dan Sepanyol telah bergabung untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang telah berkomplot dalam penyeludupan rokok.
Malaysia disebut sebagai pengguna rokok seludup antara yang paling tinggi dalam dunia Tuan Yang di-Pertua. Enam daripada 10 rokok di Malaysia dikatakan adalah rokok seludup. Maka, penguatkuasaan sangat-sangat penting. Justeru itu Tuan Yang di- Pertua, negara berhadapan dengan kartel yang besar dalam usaha kita untuk memerangi masalah yang diteruskan oleh tabiat merokok. Mungkin ada kartel terlibat dalam menghasilkan sindiket rokok seludup, mungkin. Sebagai cadangan, eloklah dipertimbangkan beberapa perkara berikut.
Pertama, apa juga sistem yang ingin dibangunkan oleh track and trace system sebagai alat mengawal dan mengesan rokok yang diedarkan di pasaran, ia mestilah benar-benar praktikal, bebas dan mengikut garisan piawaian antarabangsa.
Kedua,aspek penguatkuasaan hendaklah diteliti dan diikuti kerana negara sudah mempunyai undang-undang sedia ada yang mencukupi bagi tegahan dan larangan merokok di tempat awam yang telah diwartakan.
Ketiga, kerajaan juga mestilah mengkaji keseluruhan semangat RUU ini bagi menyelaraskan dengan desakan dan cadangan yang dibuat oleh sesetengah Ahli Dewan yang mahukan juga penggunaan ketum dan ganja diperkenalkan untuk tujuan perubatan.
Tidak logik kita menggubal satu akta untuk hasil tembakau dan rokok elektronik dengan kuat tetapi dalam masa yang sama mahu juga memperkenalkan penggunaan ketum ganja pada rakyat Malaysia. Sekali lagi...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Pontian, Sik mohon sedikit celahan. Boleh Sik sedikit?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tiada celahan. Sekali lagi komunikasi kerajaan adalah penting. Pendidikan formal dan tidak formal sangat-sangat penting.
Keempat, RUU ini mestilah kekal dengan sifatnya sebagai pencegahan. Ia nya mesti diseimbangkan agar tidak dikategorikan sebagai satu jenayah serius yang boleh memberikan kesan minda dan jiwa kepada masa depan generasi muda. Justeru itu, saya mencadangkan agar remedi dan hukuman kepada mereka yang ingkar kepada peraturan dalam RUU ini mestilah dipertimbangkan sebaik mungkin dan perlu kepada libat urus yang lebih meluas di kalangan pemegang taruh terbabit.
Kelima, penyeragaman perundangan perlu dilihat setiap peringkat dari Persekutuan hinggalah ke peringkat PBT bagi memastikan adanya sinergi yang memberi impak kepada masyarakat.
Keenam, diteruskan kajian menyeluruh dengan mengambil kira pelbagai faktor yang melibatkan punca ketagihan dan kesan serius kepada perokok pasif di kalangan mereka yang tidak merokok.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong dengan bersyarat agar ia dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Baling. Masa tiga minit Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Keluarga Malaysia. Alhamdulillah, di kesempatan yang ada saya telah mendengar semua rakan sudah bahas dalam isu yang kita bawa pada hari ini.
Terutama sekali, saya hendak ucapkan syabas dan tahniahlah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia yang berani membawanya. Niat yang murni, nawaitu yang cukup baik. Di antara yang saya boleh meneliti adalah dua perkara.
Pertama, isu jangka masa pendek dan panjang. Kalau kita tengok istilah GEG ini, kalau kita sudah dengar semua daripada semua pihak dan apatah lagi cadangan ini dibawa tujuannya adalah untuk membanteras anak-anak yang telah lahir pada tahun 2007. Program ini akan dilaksanakan dengan izin Allah SWT pada tahun 2025.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jadi, Yang Berhormat Menteri saya juga Ahli Jawatankuasa Select Committee Kesihatan. Kalaulah semua rakan saya yang berada dalam Dewan yang mulia ini dapat mendengar, meneliti dan mengamati segala taklimat telah diberikan oleh pihak kementerian, saya yakin dan percaya hari ini tidak akan dapat pandangan-pandangan yang berbeza-beza kerana kita tidak diberi ruang masa yang cukup. Dalam perbahasan pada hari ini, lima minit, pembentangan Menteri pun diberi hanya selama 20 minit dan sebagainya.
Jadi, saya fikir apa yang kita hendak bawa ini satu perkara yang baik. Ini kerana kalau kita tengok statistik-statistik yang ada untuk generasi penamat atau pun Generation End Game (GEG) ini amat bertepatan. Kalau kita tengok pada hari ini, apa yang Kementerian Kesihatan bawa di-couple dengan isu-isu vape dan sebagainya. Vape pun hari ini kita tidak ada regulator. Kita pun tidak tahu apa content-nya, nikotinnya. Kalau saya dengar rakan-rakan menyebut tadi berkaitan dengan sempurna, ketum. Memang ketum di kawasan saya di Baling masalah besar, saya tahu. Akan tetapi, dia di bawah Akta Poison sahaja, belum lagi kita bawa ke dalam Dewan yang mulia ini untuk memastikan hala tuju ketum. Ketum pun dia campur ubat batuk, ubat nyamuk dan sebagainya.
Jadi, hari ini Kementerian Kesihatan membawa isu vape ini juga bersama-sama dengan isu GEG untuk anak-anak 2007. Sekurang-kurangnya Kementerian Kesihatan dapat menilai, dapat tahu apakah content yang ada dalam vape dan sebagainya. Dalam konteks GEG ini, saya dengar semua yang dibincangkan dalam Dewan ini, ada yang menyokong dan kebanyakan menyokong bersyarat. Pada hari ini Yang Berhormat Menteri pun telah mengedarkan, kementerian sudah mengedarkan bahawa select committee akan membincangkan hala tuju.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok usaha...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Baling, bagi Sik sedikit, boleh? Terima kasih Yang Berhormat Baling. Perbahasan sebelum ini, beberapa orang Ahli Parlimen menyatakan kalau rang undang-undang ini dilaksanakan, akan menyebabkan pelanggaran hak asasi manusia, Artikel 8.
Dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987, remaja yang berumur 16 tahun ke bawah tidak dibenarkan memandu. Adakah Akta Pengangkutan Jalan juga telah melanggari Artikel 8, Perlembagaan Persekutuan?
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya tidak setujulah kalau akta itu dilanggarkan. Saya setuju dengan Yang Berhormat. Ini bukan
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
satu perkara – ini adalah satu misi jangka masa yang panjang untuk melihat – saya Tuan Yang di-Pertua, saya – semua dalam Dewan ini setuju bahawa kita tidak mahu anak, cucu kita menghisap rokok. Akan tetapi kalau kita tengok taklimat yang diberikan dalam konteks statistik, dalam sebuah rumah, suami merokok, tetapi kanser yang dihidapi oleh isterinya kerana setiap hari menyedut bau asap tersebut. Ini antara fakta yang telah ditunjukkan.
Jadi, apa yang dibawa oleh kementerian – memang usaha kerajaan untuk membanteras isu rokok seludup, vape dan semua ini dapat kita laksanakan dengan kawalan. Jadi, tanpa kawalan, memang tidak dapat kita laksanakan, memang saya setuju, ramai yang kata kawalan ini bagaimana, siapa yang hendak kawal dan sebagainya. Saya percaya, setelah kita bahaskan perkara ini Yang Berhormat Menteri, one foot is already in, you don’t worry. Satu kaki sudah berada dalam Dewan yang mulia ini, we need to fine- tune,insya-Allah. Saya yakin percaya, rakan-rakan dalam Dewan ini akan menyokong dalam masa akan datang apabila kita bawa dalam Dewan yang mulia ini.
Last but not least, kalau kita tengok dahulu Tuan Yang di-Pertua, masa kita bawa Rang Undang-undang Islamic Banking pun telah ditolak dahulu dengan jelas ditolak dan dibantah, hari ini Islamic banking di antara salah satu institusi yang terbaik yang telah diangkat, yang telah di nobatkan dalam dunia.
Jadi saya percaya usaha yang dibuat oleh kementerian, let Baling say this thing to Kementerian Kesihatan kita jangan rasa terhina, kita jangan rasa hari ini apa yang berlaku, kita telah kalah. Definitely you will win one day, insya-Allah kerana niat Kementerian Kesihatan amat murni. Untuk jangka masa yang panjang, kita hendak pastikan, kita free from cigarette zone. Kita tidak mahu anak, cucu kita terlibat. Kalaulah hari ini ada yang membawa cadangan untuk menghalalkan ganja ataupun boleh kita gunakan ketum, hari ini niat yang dibawa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya untuk melaksanakan GEG ini dan yang lebih penting kita dapat kawal selia bagaimana anak-anak kita tidak mendekati rokok.
Kalau dalam rumah Tuan Yang di-Pertua, ayah hisap rokok, pakcik, pakcik dia hisap rokok, abang-abang dia hisap rokok, very tempting dengan izin Tuan Yang di- Pertua. Inilah yang mana satu cabaran yang besar Kementerian Kesihatan Malaysia yang Malaysia Boleh ini, insya-Allah saya yakin kita boleh laksanakan dalam sehari dengan syarat kita bawa perkara ini seperti Yang Berhormat Menteri telah edarkan pada hari ini, select committee saya tengok ramai di antara kami yang ada dalam select committee, insya-Allah kami akan bantu kementerian, kami akan bantu Yang Berhormat Menteri halusi dengan statistiknya.
Saya syorkan Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri izinkan saya mengesyorkan let us have a workshop at least two days one night, semua Ahli Parlimen bipartisan datang ke satu tempat, carilah di kawasan, tidur di situ, berilah taklimat dengan statistik dan sebagainya, biarlah kita ada soal jawab sampai 1.00 pagi hingga 2.00 pagi, sampai mereka sudah puas hati, then kita bawa ke Dewan yang mulia ini, kalau boleh dengan izin Allah secepat yang mungkin untuk kita dapatkan kelulusan, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, Baling mohon menyokong. Dapat kita laksanakan demi kebaikan masa hadapan, demi kelangsungan anak-anak, cucu kita free from rokok.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Baling. Akhir sekali Yang Berhormat Gopeng. Tidak ada? Yang Berhormat Gopeng, silakan, tiga minit Yang Berhormat.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Tiga minit? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana beri peluang untuk saya turut terlibat dalam perbahasan. Saya akan tumpu kepada khususnya kepada Generation End Game. Ini merupakan satu dasar yang baharu, tetapi
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
kebetulan, ini bukan dasar yang baharu, mengikut WHO memang ini matlamat akhir, end game untuk masa akan datang.
Ini kerana kita tahu bahawa setiap tahun ada sebanyak 8 juta orang yang mati kerana akibat rokok dan antaranya satu juta orang yang mati kerana menghidu asap rokok bukan they are not smokers. Malaysia khususnya ada 31 peratus dari kalangan rakyat Malaysia yang terdedah kepada asap rokok di rumah.
Jadi Generation End Game ini merupakan satu matlamat yang agak penting sebagai game changer. Kita perlu pilih sama ada kita hendak set the trend atau kita hendak ikut trend. Oleh sebab ini, memang datang bukan setakat di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Malah, untuk mereka – syarikat tobacco sendiri pun telah membuat keputusan bahawa dalam masa akan datang mereka akan berhenti pembuatan dan penjualan rokok.
Jadi ini memang unstoppable trend yang kita perlu ikut dan saya sokong Generation End Game ini. Cuma, ada satu masalah. Sama ada kita terima bahawa vape atau e-rokok itu sebagai harm reduction. Ini kita perlu data yang lebih mendalam. Ini kerana harm reduction ini tidak bermakna tidak ada harm, tidak merosakkan kesihatan.
Ini perlu ada data seterusnya, tetapi saya juga menyeru supaya para NGO profesional jangan kita write off vape sebagai harm reduction dan sekiranya ada data-data yang menunjukkan bahawa vape itu tidak begitu bahaya dan tidak begitu memudaratkan kesihatan, ada ruang dalam akta ini di mana vape dan e-cigarette diasingkan daripada golongan produk tembakau.
Peraturan yang mungkin lebih longgar boleh diguna pakai untuk produk tembakau. Jadi saya rasa kedua-dua pihak perlu berlapang dada untuk bersedia menerima perubahan mengikut data-data yang sedia ada. Jadi saya cadangkan supaya apabila rang undang-undang ini dikuatkuasakan, dikaji semula apabila ada data yang berterusan mengenai vape dan e-rokok.
Saya tahu ada masalah penguatkuasaan. Memang, banyak masalah yang telah ditimbulkan dan dalam rang undang-undang ini memang tidak perfect. Akan tetapi saya rasa masalah yang paling utama adalah kepercayaan kepada enforcement authority itu agak kurang dan ini masalah utama.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Jadi saya harap apabila rang undang-undang ini diluluskan, boleh diperhalusi supaya dapat diterima oleh semua Ahli Dewan Rakyat ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Masa 20 minit Yang Berhormat Menteri ya.
Menteri Kesihatan - Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Keluarga Malaysia, sihat sejahtera.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kedua belas Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.
Saya memang menjangkakan perbahasan dan juga penerimaan rang undang- undang ini adalah berbeza-beza di kalangan Ahli-ahli Parlimen. Ini disebabkan rang undang-undang ini bukanlah rang undang-undang yang biasa. Ia bukanlah rang undang- undang yang ada rujukan di sama ada dalam sejarah kita, di negara kita ataupun di negara lain.
Ini merupakan rang undang-undang bak kata Yang Berhormat Gopeng- yang mengubah permainan, game changer. Matlamat dia adalah untuk membawa kepada penamatan merokok dan juga menghisap rokok. Saya rasa tidak perlu saya mengulangi
Menteri Kesihatan - Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
ucapan pembentangan saya, betapa mudaratnya rokok, dan merokok terhadap manusia kecuali dengan menyatakan sekali lagi bahawa, dengan izin, this is the deadliest human invention ever in history. Mudaratnya adalah mudarat ke atas diri kita sendiri, self-inflicted invention. Saya akan cuba mengupas tema-tema yang besar dalam penggulungan ini dengan semangat bahawa kita telah setuju untuk merujuk rang undang-undang ini kepada suatu Jawatankuasa Pilihan Khas, dan perkara ini perlu saya ambil serius sebagai Menteri. Undang-undang yang penting seperti ini kita tidak mahu supaya terpaksa kita sokong ataupun terpaksa kita luluskan tanpa diperhalusi secara dalam.
Kalau kita tengok tadi pun, across the divide, dengan izin, ada yang setuju, ada yang tidak setuju. Jadi kalau kita enforce the Whip, mungkin akan ada yang setuju dengan paksaan ataupun tidak setuju dengan paksaan. Lebih baik bila rumah ini siap, pahat masih lagi tidak berbunyi. Biarlah rumah ini siap dengan sempurna ataupun sempurna mungkin, there is no perfect law, dengan izin, dalam mana-mana legislature tetapi as good as it can be. Don’t let perfect be the enemy of good either. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya hendak address dengan ringkas ataupun menjawab dengan ringkas isu yang berkaitan dengan soal pokok dahulu iaitu personal liberty, kebebasan-kebebasan yang diberi yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Saya dengar contoh Yang Berhormat Padang Rengas menyatakan bahawa ini adalah violation kepada personal liberty yang terkandung dalam Perkara 5 ataupun Article 5(1). Akan tetapi saya ingin menyatakan bahawa, tidak ada manusia di Malaysia yang ada hak asas untuk mencederakan diri. You don’t have a fundamental right to harm oneself, dan saya tidak tahulah kalau ada Ahli Parlimen yang boleh berdiri di sini untuk menyatakan bahawa tidak ada conclusive evidence antara merokok dan kanser.
Saya boleh rujuk macam-macam bukti ya, macam-macam bukti saintifik. Saya tidak pastilah sebab ada yang tepuk, ada yang setuju tadi. Saya tidak pasti ada tidak yang setuju, yang boleh berdiri sekarang, yang menyatakan dalam Dewan ini bahawa there is no conclusive link between smoking and cancer. Can you? Is there anyone, is there anyone else? There is a conclusive link between smoking and cancer. You don’t have a fundamental right to harm youself. Tidak ada hak asasi untuk mencederakan diri sendiri.
Kedua Tuan Yang di-Pertua, you absolutely do not have a fundamental right, dengan izin, untuk mencederakan orang lain. Absolutely not. Kalau kita hendak ambil konsep liberal harm principle pun bahawa, saya ada kebebasan untuk mencederakan diri saya sendiri. John Stuart Mill akan kata bahawa, “You do not have the right to hurt somebody else. Your freedom can be curtailed.” Kita tahu seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Gopeng, seorang doktor tadi bahawa, kesan daripada rokok, merokok sekunder dan tertiary, boleh menyebabkan penyakit dan juga boleh menyebabkan kematian.
Ketiga, dengan izin, you do not have a fundamental right to cause harm to the public interest through the many harmful effects of smoking and peddling in smoking products. Kita tidak ada kebebasan mutlak ataupun kebebasan asasi untuk memudaratkan kemaslahatan awam melalui pelbagai kesan negatif daripada merokok.
Saya ingin merujuk kepada satu...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Sik ada sedikit persoalan berkaitan dengan individual liberty.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Ya, sila.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tadi saya mengambil contoh Akta Pengangkutan Jalan 1987 ya yang tidak membenarkan 16 tahun ke bawah memandu kereta. Kita juga ada Akta Undang-undang Keluarga Islam yang tidak membenarkan lelaki umur 18 tahun ke bawah untuk berkahwin dan perempuan 16 tahun. Jadi, adakah peraturan yang sedia ada ini seolah-olah seperti melanggar hak individu seperti mana yang disebut oleh beberapa orang pembahas tadi?
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Saya akan sentuh sekejap lagi berkenaan dengan prinsip yang intelligible differentia yang disebut oleh Tuan Yang di-Pertua tadi walaupun saya bukanlah seorang peguam. Akan tetapi saya hendak- just complete issue yang berkaitan dengan Perkara 5 ini, soal kebebasan.
Kebebasan kita assume, andaiannya adalah bahawa bila kita memilih untuk merokok, kita akan kekal ada free agency. Kita akan kekal ada kebebasan untuk terus memilih untuk rokok. Sekali lagi saya sebut bukti saintifik 80 peratus hingga 90 peratus kadar ketagihan nikotin.
Tadi Yang Berhormat Kuala Langat cakap, lepas ini slippery slope, lepas ini arak pula. Lepas ini gambling pula. Saya hendak bagi tahu bahawa, mengikut sains- there is no safe minimum threshold for smoking a cigarette. That’s why, there is no safe minimum level of smoking a tobacco cigarette. Sebab itu rokok adalah lain daripada contohnya arak. Arak memang Islam tidak boleh tetapi there are safe acceptable levels for people to drink, should you choose to drink alcohol. So we are not interested. There is no slippery slope. We are very clear on the fact that there is no safe minimum threshold for smoking a cigarette. Sebab itu saya sebut bahawa yang pertama, nikotin adalah highly addictive, 10 seconds to the brain, two days addicted for life, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.
Bila kita sudah ketagih kepada nikotin, there is no more freedom of choice, we have lost our freedom of choice. So what freedom are you talking about. John Stuart Mill sebut bahawa, “The principle of freedom cannot require that he should be free not to be free.” Once you are addicted, you are no longer free. Tidak ada kebebasan lagi bila kita sudah menjadi ketagih kepada rokok ataupun apa-apa substance. Ya lah Yang Berhormat Padang Rengas cakap tadi soal kebebasan dan sebagainya. Okey, saya mengimbangi hujah daripada Yang Berhormat Padang Rengas, scholar yang ternama dengan Amartya Sen, pemenang anugerah Nobel prize, Economics and Philosophy. Dia sebut berkenaan dengan merokok, ambil prinsip daripada John Stuart Mill dengan izin “How should we see the demands of freedom when habit-forming behavior today restricts the freedom of the same person in the future? Once acquired, the habit of smoking is hard to kick and it can be asked with some plausibility whether youthful smokers have an unqualified right to place their future selves in such bondage.”
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Keabdian kepada ketagihan, itu yang kita melawan sekarang ini. Itu yang menjadi persoalan sekarang ini. Saya hendak balik kepada apa yang Yang Berhormat Sik bangkitkan. Yang Berhormat Sik bangkitkan soal equality before the law. Perkara ini telah pun dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat Puchong yang telah menghantar ke saya senaskhah daripada Malaysian Bar VS Government of Malaysia, Salleh Abas. Saya hendak menyatakan bahawa dalam Artikel 8(1), equality does not mandate that all persons must be treated alike. All that it mandates is that like should be treated alike. Like should be treated alike. Oleh yang demikian, kita boleh meletakkan orang dalam different categories. Itu adalah permissible factor. Kita ada sebagaimana Yang Berhormat Sik kata tadi perbezaan untuk had umur dan sebaginya yang terkandung dalam undang-undang, yang dibuat supaya kita ada reasonable classifying people in two different categories.
Kita ada undang-undang untuk age of majority, eligibility to vote dan sebagainya dan saya tahu bahawa dalam GEG ini dia bukan di bawah usia tersebut. Dia lahir pada 1 Januari. Maknanya they will reach the age of majority and yes we are denying them certain rights. But why? Saya balik kepada point pokok yang saya hendak sampaikan tadi. Kalau kita tahu, apa yang kita tahu tentang rokok 50 tahun lepas, we would have never ever allowed for it to be sold. It is as dangerous as dadah-dadah berbahaya yang ada di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Kita tidak benarkan penjualan dadah-dadah dan kita harusnya tidak boleh membenarkan penjualan merokok sebab kesan dia sama buruk dengan dadah-dadah berbahaya. But we have allowed it for 50 years. That’s why we decided that okay, with all the data that we have now, with all the proof that we have now berkenaan dengan bahayanya, mudaratnya merokok ini, kita buat intelligible differentia
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
tahun 2007, let’s create a new social norm. That is the cutoff for people to be able to smoke and to purchase cigarettes untuk kita membawa kepada Generational End Game.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Ya, Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. The Minister said that just now, kalau kita tahu 50 tahun dahulu kesan merokok ini begitu dahsyat sekali, we wouldn’t have allowed this to happen until today.
Saya ingin bertanya, macam mana negara-negara Barat sudah beratus-ratus tahun sejarah mereka, tetapi perbuatan merokok ini terus berlaku. Tidakkah mereka sedar bahawa selama ini sudah sampai satu masa mereka menyedari bahawa ini adalah satu perbuatan yang sangat harmful kepada rakyat. Terima kasih.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Ahli Yang Berhormat Pasir Salak, terima kasih. Jangan kita ambil mudah, jangan kita underestimate kuasa yang ada di sebalik industri merokok. Enam buah syarikat terbesar tembakau di dunia, keuntungan mereka setiap tahun adalah hampir USD60 bilion. This is the kind of people that we are up with.
Negara-negara berdepan dengan lobby yang begitu besar. Ini bukan soal penjualan biasa-biasa untuk mereka. Ini adalah penjualan berbilion-bilion US Dollar yang bergantung pada seorang individu itu ketagih sepanjang hayat. Their business plan is not for you to smoke one cigarette, but it is for you to smoke for the rest of your life, dengan izin. Oleh sebab itulah susah sangat untuk kita membawa kepada kawalan tembakau yang ketat dan ampuh.
New Zealand, ramai yang kata tidak pernah dibuat dan sebagainya. Saya hendak merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan New Zealand. Kerajaan New Zealand walaupun ada perbezaan sedikit seperti mana yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Parlimen, mereka juga bawa Generational End Game. Cuma mereka kata yang lahir selepas tahun 2009, tidak boleh dijual rokok selepas ini. So we are not the only one. Tadi ada yang kata kenapa kita hendak buat eksperimen dan sebagainya. Kenapa tidak kita jadi peneraju dalam dunia? Kenapa kita kena ikut sahaja seperti yang Yang Berhormat Gopeng kata tadi? Kenapa tidak untuk benda yang baik, Malaysia tunjuk bahawa kita boleh bawa penamatan kepada perkara yang sangat mudarat kepada kesihatan orang awam ini. Itu yang saya mohon sangat supaya kita melihat bagaimana perkara ini menjadi pathfinder to us to change the equation as far as smoking is concerned.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengambil kesempatan, kita tidak menyatakan bahawa hasrat ini adalah hasrat yang tidak murni. Memang kita tidak mahu anak-anak kita merokok.
Akan tetapi untuk cuma membalas hujahan Yang Berhormat Menteri, kita telah menggubal undang-undang yang memandang serius dengan aktiviti pengedaran dadah dengan mengenakan hukuman gantung. Akan tetapi sejarah menunjukkan bahawa undang- undang itu tidak menghalang orang-orang daripada masih mengedar dadah. Cuma saya hendak menyatakan bahawa memang undang-undang ini adalah undang-undang yang baik, kita mahu anak-anak kita berhenti merokok. Akan tetapi cuma perlu dikemas kini dan mungkin dilihat peruntukan-peruntukan. Terima kasih.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Saya setuju Yang Berhormat. Bukan saya menyatakan di sini bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat tidak setuju. Saya take note, saya ambil maklum bahawa sebahagian besar, walaupun ada membangkitkan kebimbangan dan sebagainya, setuju secara prinsip. Bagi kami di Kementerian Kesihatan Malaysia, ini adalah satu kemajuan. Kita sudah 12 tahun Yang Berhormat hendak bawa akta ini. Tidak ada seorang pun Menteri yang berjaya bawa setakat sampai ini. Saya tahu Yang Berhormat Kuala Selangor dahulu cuba and he was met with so much resistance within his own Cabinet, saya tahu. Saya baca minit. Susah sangat dia hendak kuatkuasakan larangan rokok di restoran pun susah, dikenali sebagai Menteri Tiga Meter.
Akan tetapi saya teruskan juga sebab saya tahu bahawa this is the right thing to do.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Memang kita hendak selamatkan nyawa generation 2007. Akan tetapi adakah keperluan untuk mereka diberhentikan, diperiksa, barang disita? Bolehkah Seksyen 30 sampai 35 tidak terpakai kepada generation 2007?
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Terima kasih Yang Berhormat Selayang.
Jadi ini perkara yang akan kita ketatkan dalam jawatankuasa nanti. Apabila saya baca dan saya tanya dia punya semangat, spirit. Spirit daripada segi peruntukan-peruntukan yang telah pun dirujuk dan ini adalah berkaitan dengan enforcement dengan criminalisation saya hendak sentuh sedikit. Bagi enforcement, enter premise, taking sample, stop search and seize conveyance— conveyance maksudnya transportation dan sebagainya. Ini adalah bermaksud tidak kepada GEG tetapi kepada mereka yang buat pengilang, manufacturer, importer, distributor dan ini adalah akta penguatkuasaan.
Sebahagian besar daripada kuasa yang ada dalam akta ini sudah pun ada dalam Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983.
Pengambilan sample ada di sini. Larangan semua itu biasalah, kawalan penjualan ada di sini. Semua yang lain adalah consistent dengan Kanun Tatacara Jenayah. Akan tetapi just to clarify, saya faham apa yang Yang Berhormat Selayang kata, just to clarify dan bawa supaya dikhususkan ini adalah untuk tujuan bagi pengilang, pengimport, distributor dan sebagainya. Saya perlukan kuasa tersebut Yang Berhormat, bukan terhadap GEG tetapi terhadap illicit market, mereka yang bawa rokok yang tidak didaftar. Mereka yang bawa vape yang tidak dihantar ke makmal dan sebaginya. Standard provision for enforcement act.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Saya setuju bawah kalau kita boleh memberikan clarification bahawa tidak akan dipakai kepada individu.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
[Bangun]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Terima kasih. Yes, Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana meraikan segala pandangan dan pendapat daripada rakan-rakan. Cuma, sememangnya kita akan bawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas untuk kita bincang soal kesihatan berdasarkan surat yang diedarkan.
Cuma, saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, memandangkan Yang Berhormat Menteri dengan ahli jawatankuasa seluruh Kementerian Kesihatan mempunyai maklumat yang begitu sarat, dan begitu banyak untuk dikongsi dengan kita, adakah Yang Berhormat Menteri setuju dengan cadangan kita adakan workshop kepada semua pihak bipartisan untuk dua hari itu, untuk mendedahkan semua pandangan dan information yang sedia ada kepada kementerian dan supaya mereka faham. Insya-Allah, saya amat yakin dan percaya mereka akan memberi sokongan padu dan jitu kepada kementerian dan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri, I’d just like to highlight the argument bahawa ia merupakan satu perkara yang addictive, dan apabila seseorang mula merokok, maka dia merokok for life atas sebab dia addicted. Saya pernah merokok semasa di sekolah dahulu. Tingkatan 3 sampai masuk universiti di UK- saya berhenti. Selepas itu balik daripada UK, saya kerja dengan PETRONAS saya merokok kembali dan selepas itu- selepas beberapa tahun, saya berhenti sekali lagi. So, maksudnya it’s a choice walaupun kita boleh katakan, “Ya, betul, ia addictive” dan sukar untuk berhenti dan sebagainya, tetapi kalau Yang Berhormat Menteri bertanya pada yang merokok sekarang ini, mereka akan menjawab, “I choose to smoke.” Bukan satu ketagihan yang seperti mana dengan dadah dan sebagainya.
Namun demikian, saya setuju dengan tujuan dan cita-cita di sebalik rang undang- undang ini, dan saya ucapkan terima kasih bahawa ia akan dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas untuk dibahas- lebih-lebih lagi dari sudut undang-undang dan sebagainya.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
But we must not exaggerate- from my perspective, the extent of addiction because many choose to carry on smoking. Yes, sama ada dia hisap rokok biasakah, dia hisap cerut cigar-kah, dia hisap paipkah. Dia pilih untuk hendak merokok. Saya boleh sokong dan setuju bahawa- but you do not have the rights to injure others, betul. Di situlah adanya soal kawalan di mana hendak merokok dan sebagainya yang jarak tiga meter dan sebagainya. Itu semua.
So, apabila kita hendak bahas persoalan ini, *I don’t think we should over exaggerate because people who smoke can stop when they choose to stop, and many have done so. I don’t know whether you used to be a smoker Yang Berhormat Rembau.
You look like one, with all due respect...
[Ketawa]*
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Minta tarik balik. Sangkaan jahat Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Because you look...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
I don’t know what he means by “he looks like one”.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
...Nampak macam budak nakal jugalah...
[Ketawa]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Minta tarik balik. Sangkaan jahat.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tarik balik, tarik balik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri, minta maaf satu lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam amat berani. Bukan sahaja merokok, dia merokok dekat ‘Petronas’ lagi. Bahaya itu.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bertanya, statement yang dikeluarkan Yang Berhormat Menteri yang mengatakan ada Ahli-ahli Parlimen kita yang bertemu dengan syarikat industri tembakau ini ketika kita sedang berbahas beberapa hari lepas.
Padahal lobi daripada syarikat tembakau ini salah daripada segi The World Health Organization Framework Convention on Tobacco Control yang kita telah signed dengan WHO. Jadi adakah Yang Berhormat Menteri setuju supaya kalau ada Ahli Parlimen ataupun pegawai-pegawai mereka kepentingan dengan industri tembakau ini, mereka perlu isytihar kepada rakyat apa yang telah mereka berhubung dengan syarikat-syarikat tembakau ini. Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja. Saya perlu isytihar kepentingan saya. Isteri saya merupakan seorang guru dan saya difahamkan rata-rata guru menyokong betul undang-undang ini tetapi saya serba salah kerana ada peruntukan-peruntukan yang saya sebagai peguam rasa tidak begitu adil.
Soalan saya adalah, adakah undang-undang ini juga akan mengkaji semula saranan kerajaan berkenaan dengan penggunaan vape yang dikatakan boleh mengurangkan ketagihan kepada rokok?
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Okey, saya akan jawab sebab banyak lagi yang saya nak rumuskan...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri, Padang Serai...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Saya akan jawab vape tetapi saya beri kepada kawan kita Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Saya memang sokong terhadap- kita bantah rokok. Ini satu cara yang terbaik untuk negara kita. Untuk masa hadapan generasi muda. So, bagi saya Yang Berhormat Menteri, saya melihat papan tanda dipamerkan untuk publik di India di mana tempat- tempat mereka letak papan tanda mengatakan, hadiah pertama untuk merokok iaitu pertama mereka tulis “Tibi”, kedua, mereka tulis “lemah jantung”, ketiga, mereka tulis “hilang tenaga batin.” Dia macam-macam ditulis, diletakkan di pameran di sana. Hadiah- hadiah untuk orang yang merokok.
So, mengapa di negara kita tidak- I tidak tengok apa-apa tanda yang menunjukkan, apa kesan-kesan apabila kita merokok. Hanya diletak, “Dilarang Merokok”, itu sahaja. Akan tetapi, di sana saya tengok pameran itu diletak. Mengapakah kita tidak mahu letak di kawasan-kawasan sekolah? Terima kasih.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Yang Berhormat...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Yang Berhormat ini confirm bukan perokok. Kalau Yang Berhormat perokok mesti sudah tengok di dalam kotak rokok itu.
Macam-macam gambar kita letak dekat situ. Kanser...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri kata jangan beli rokok.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Okey.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Macam mana saya hendak tahu?...
[Ketawa]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Okey, saya mendengar penggulungan dan hujah oleh Yang Berhormat Menteri tadi tentang memudaratkan orang lain. Dalam Islam, kalau kita terima dakwaan sebahagian yang menyatakan, kita ada hak untuk memudaratkan diri sendiri, tetapi tidak boleh memudaratkan orang lain. Dalam Islam...
[Berucap dalam Bahasa Arab] “Tidak ada mudarat dan tidak boleh memudaratkan orang lain.” Jadi hujah itu sangat kuat iaitu tidak boleh memudaratkan orang. Sesiapa yang ada hak asasi untuk merokok tiada hak untuk memudaratkan orang lain. Itu saya rasa satu hujah yang sangat wajar untuk disokong untuk Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Tuan Yang di-Pertua, I just have one cadangan untuk Yang Berhormat Menteri because this involves multibillion industry so for the Special Select Committee when you meet later, I’m just suggesting that before you start your meeting is to have a disclosure on interest from all the Committee Members, whether or not they are benefitting in any way. Whether it’s from the tobacco or from an app that will be developed later on or whatever. Let there be an honest disclosure of interest. Thank you.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Yang Berhormat Menteri, pendek sahaja. Tadi Yang Berhormat Menteri ada bandingkan sekiranya kita tahu mudarat rokok ini 50 tahun yang lepas, mungkin ia juga diharamkan seperti dadah yang lain. Akan tetapi adakah maklumat yang menyatakan rokok ini lebih teruk daripada beberapa kategori dadah yang diharamkan oleh undang-undang negara sedia ada?
Tuan Yang di-Pertua
Sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab, saya ingin memberi peringatan bahawa kita tidak sepatutnya mendahului perbahasan dalam Jawatankuasa ya?
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Ya, sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya akan cuba ringkaskan sebab saya pun tidak hendak mendahului.
Yang Berhormat Segambut, okey- setuju.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Cadangan daripada Yang Berhormat Padang Serai akan kita lihat. More visual warning kepada orang ramai.
Dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiawangsa, yes. Kita ada dan kita boleh tunjukkan kesan mudaratnya. Of course, data dia tidaklah sama sebab data mudarat dadah ini tidak sama seperti rokok. Lebih banyak data yang kita peroleh untuk rokok. Yang kita hendak memperoleh mudarat dadah ini ada, tetapi tidaklah menyeluruh sebab of course one exists illegally and another one does not, dengan izin.
Saya hendak datang kepada isu vape.
Soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi, that one is perkara yang boleh dibentangkan secara sains. You are somebody with great willpower. Akan tetapi, ramai yang saya kenal yang hendak cuba berhenti, tidak boleh berhenti juga. Oleh sebab itu- sekejap ya Yang Berhormat Shah Alam.
Selain daripada larangan, apa yang perlu kita buat juga adalah untuk meluaskan lagi program-program Berhenti Merokok- Smoke Cessation Programme macam nicotine patch dan sebagainya. Sekarang ini kena beli prescription. Saya hendak buat supaya over the counter. Senang untuk beli.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Kedua, cukai terlalu tinggi. Sama cukai untuk nicotine replacement therapy dengan cigarette, it doesn’t make sense. So, saya sudah maklumkan kepada Perbendaharaan supaya dapat diselaraskan perkara tersebut.
Saya hendak balik kepada vape. Ringkas sahaja. Soal harm reduction. Untuk makluman Yang Berhormat, saya letak vape dalam rang undang-undang ini against the advice of my Ministry dan against the advice of the health profesion dan against the advice of all the health NGOs. Pendirian mereka sehingga hari ini adalah supaya kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada supaya vape dan rokok elektronik tidak dapat dijual. Total ban. Singapore, Brunei, Thailand have a total ban on vape and electronic cigarettes.
The only reason dengan izin Yang Berhormat, saya dapat bawa rang undang- undang ini dengan persetujuan mereka kerana ada GEG. Oleh sebab itu, dia tidak boleh stand alone. Dia kena datang sekali dengan GEG. Itu yang pertama.
Kedua, the fact that I am regulating and legalizing vape dan rokok elektronik menunjukkan bahawa walaupun kita di Kementerian Kesihatan tidak setuju dengan signs of harm reduction, but we are saying okay. That train has left the station. Kita kena regulate. Lebih baik kita regulate daripada kita tidak regulate industri ini. Hari ini bila kita beli cecair nikotin untuk *vape, I don’t know what is inside it. I have no power to inspect it.
I have no power to send that to* makmal. Juruteknik makmal bagi laporan kepada saya Yang Berhormat Menteri ini kandungan nikotin dia paras ini. Gliserin dia paras ini. Kimia lain dia seperti ini. Oleh sebab itu, saya bawa rang undang-undang ini. Ini adalah sebab setiap hari kedai vape jual kepada anak-anak kita saya tidak tahu. Saya tidak boleh kawal.
Oleh sebab itu, saya hendak undang-undang ini diluluskan. Then you can make your argument it’s about harm reduction. Akan tetapi, soal tadi sama ada kita boleh benarkan penjualan vape kepada generasi GEG, doesn’t arise. Even if you subscribe to harm reduction maknanya it should be for those who are smoking to make the change daripada cigarette kepada vape. Saya tidak akan setuju sebagai Menteri Kesihatan to allow for initiation. Maksudnya dia tidak rokok apa-apa langsung. Akan tetapi dia start dengan vape. There is no harm reduction there. There is harm only there. Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih. It is very well said Yang Berhormat Menteri. Sangat tepat dan sangat tuntas penghujahan itu.
Kita tidak seharusnya mengizinkan permulaan addiction dengan vape. Cumanya Yang Berhormat Menteri dengan izin Tuan Yang di-Pertua, itulah juga sebabnya kenapa kita harus meletakkan mandatory evaluation itu ataupun penilaian semula selepas dua tahun supaya dengan evidence, dengan sains kita masih boleh mampu untuk merungkaikan, to
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
decouple tobacco dan vapes itu. Itu adalah saya kira satu yang positif dan saya ucapkan terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah menyambut cadangan PSC.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Ringkaslah saya hendak gulung ini. Okey.
Saya setuju. Kita boleh bincang dalam jawatankuasa nanti. Yang Berhormat Kuala Selangor ada, Yang Berhormat Bandar Kuching ada .... usual suspects kita bincang nanti lah dalam jawatankuasa nanti.
Saya hendak sentuh sedikit fasal Yang Berhormat Pontian bangkitkan tadi.
Confusion. Sebab seolah-olah kita hendak bagi orang hisap ganja lepas ini. Saya sebagai Menteri hendak mengharamkan rokok selepas ini kita benarkan ganja. Yang Berhormat, saya melihat kepada kelulusan bagi produk perubatan. Bukan tujuan saya hendak membenarkan kanabis ini untuk kita melihat – bila jalan-jalan kita menghisap marijuana.
It is not an excuse for us to have a spliff, dengan izin.
Ini adalah untuk melihat produk-produk tertentu yang digunakan dalam konteks perubatan. Bukan recreational. Bukan self-medication. Akan tetapi ada produk-produk tertentu sekarang ini yang dikeluarkan untuk epilepsi, untuk multiple sclerosis, untuk rheumatoid athritis, bagi mengawal kesakitan. Itu dikeluarkan nanti kalau disetuju pun di- dispense oleh doktor melalui preskripsi.
Ramai di sini tidak tahu tetapi sebenarnya saya rasa zaman Yang Berhormat Kuala Selangor pernah ada satu produk kanabis, sativa yang telah pun didaftarkan di bawah NPRA. We have registered before a product that contains CBD and THC for that matter. Akan tetapi tidak pernah diguna sebab medical doctors tidak tahu macam mana hendak prescribe benda itu. Sekarang ni kita buka balik dan kita ada education untuk perkara ini. Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, saya tadi ada menyebut tentang perkataan perubatan juga. Apa yang saya maksudkan di sini ialah supaya tidak ada disalah anggap bahawa kita akan menghentikan rokok dan vape tetapi pada ketika yang sama kita membenarkan ketum dan ganja untuk tujuan perubatan. Itu yang saya tekankan ialah komunikasi kerajaan itu amat penting. Ini adalah supaya ia tidak berlaku sekali lagi macam GST, Yang Berhormat Menteri. Benda baik, lepas itu diputar belit rakyat tidak faham selepas itu mereka boleh menerima...
Seorang Ahli
Siapa kata baik?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...10 peratus SST dan menolak enam peratus GST.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Saya baharu hendak rujuk tentang komunikasi yang tuntas, GST. Yang Berhormat mempunyai self-awareness yang tinggi.
[Ketawa] Okey Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Abdul Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tidak mahu mengaku kalah.
GST is bad.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Banyak lagi perkara termasuklah enforcement, termasuk denda, termasuk rokok seludup dan sebagainya saya akan bawa dalam jawatankuasa. Cuma sebelum saya mengakhiri penggulungan saya, dua perkara yang saya hendak sebut.
Pertama, daripada sekarang sehingga Oktober dan saya harap Tuan Yang di- Pertua, saya akan minta kebenaran Ketua Majlis nanti. Jika kerja jawatankuasa ini selesai saya minta supaya kebenaran untuk Aturan Urusan Mesyuarat yang pertama seperti mana yang Yang Berhormat Bandar Kuching telah pun nyatakan. We cannot wait anymore. Kedua sambil kita menunggu, we cannot wait anymore undang-undang yang sedia ada mesti dikuatkuasakan. If we continue to let people sell without checking the content of what is being sold, for another three months, ada mudaratnya juga. Jadi, itulah timbal balas daripada undang-undang ini. Tidak apa, kita I wouldn’t say it’s being delayed, but it’s being referred. Saya setuju supaya bila kita bentang nanti in good conscience we can all agree. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya terpaksa juga membacakan dan memberikan masalah untuk diputuskan tetapi sudah tentu tidak perlu diputuskan kerana ada usul selepas itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Ada usul Yang Berhormat Menteri?
Menteri Kesihatan - Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan; “Bahawa berdasarkan kepada Peraturan Mesyuarat 54(2), suatu usul bagi menyerahkan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 kepada Jawatankuasa Pilihan yang dinamakan Jawatankuasa Pilihan Khas untuk membuat syor-syor mengenai:
(i) meneliti “Bahagian IX - Penguatkuasaan” dalam rang undang-undang dan mencadangkan apa-apa penambahbaikan sekiranya perlu tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa;
(ii) meneliti fasal-fasal berhubung dengan penalti bagi kesalahan dalam rang undang-undang dan mencadangkan apa-apa penambahbaikan sekiranya perlu;
(iii) meneliti cadangan-cadangan penambahbaikan yang telah dibangkitkan Ahli Dewan Rakyat dalam perbahasan peringkat dasar rang undang-undang serta syor-syor yang telah dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi serta Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-kanak dan Pembangunan Sosial berhubung rang undang-undang; dan
(iv) menyediakan suatu penyata yang mengandungi cadangan penambahbaikan rang undang-undang bagi tujuan kawal selia produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok dalam tempoh satu bulan. Jawatankuasa Pilihan Khas boleh melanjutkan tempoh ini sekiranya perlu tetapi hendaklah tidak melebihi tarikh hari pertama persidangan Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Ke-14 yang akan datang.
Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang berikut;
Menteri Kesihatan - Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Yang Berhormat Khairy Jamaluddin Abu Bakar
(Menteri Kesihatan sebagai Pengerusi) 2. Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim
(Ahli Parlimen Baling) 3. Yang Berhormat Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria
(Ahli Parlimen Parit) 4. Yang Berhormat Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
(Ahli Parlimen Pengerang)
Menteri Kesihatan - Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Berhormat Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
(Ahli Parlimen Pasir Mas) 6. Yang Berhormat Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari
(Ahli Parlimen Pasir Mas) 7. Yang Berhormat Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
(Ahli Parlimen Sibuti) 8. Yang Berhormat Dr. Kelvin Yii Lee Wuen
(Ahli Parlimen Bandar Kuching) 9. Yang Berhormat Tuan Sivarasa a/l K. Rasiah
(Ahli Parlimen Sungai Buloh) 10. Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
(Ahli Parlimen Kuala Selangor) 11. Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau
(Ahli Parlimen Tuaran) 12. Yang Berhormat Datuk Ignatius Dorell Leiking
(Ahli Parlimen Penampang) 13. Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir
(Ahli Parlimen Jerlun) Bagi tujuan urusan tersebut di atas, Jawatankuasa Pilihan Khas boleh menjemput mana-mana pihak seperti Ahli Parlimen, pakar perundangan dan perlembagaan, badan bukan berkepentingan (NGO) dan masyarakat madani serta individu lain untuk hadir dalam persidangan Jawatankuasa Pilihan Khas dari semasa ke semasa.”
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Tuan Yang di-Pertua
Mengikut Peraturan Mesyuarat 54(2), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat, usul ini hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibahas. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
Maka sebulat suara, usul disetujukan. Ada lagi usul Yang Berhormat Menteri?
Menteri Kesihatan - Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Tuan Yang di- Pertua, “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang Makanan (Pindaan) 2022 seperti dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul pada hari ini ditangguhkan bacaan kali kedua dan ketiga dan dibawa ke Mesyuarat akan datang disebabkan ini adalah consequential amendment.”
Tuan Yang di-Pertua
Baiklah, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya tahu sudah tidak Tuan Yang di-Pertua membuat satu ruling terhadap point of order yang saya bangkitkan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, berkenaan insiden Yang Berhormat Pasir Salak yang didapati mengundi semasa Usul Menteri Dalam Negeri pada 20 Julai 2022, izinkan saya memberikan sedikit penjelasan mengenai perkara ini, sebagaimana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulai semalam.
Saya telah merujuk perkara ini kepada Timbalan Yang di-Pertua dan saya juga telah melihat dan meneliti Hansard pada hari tersebut dan hari yang berikutnya. Insiden Yang Berhormat Pasir Salak diarahkan keluar oleh Dato’ Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah berlaku pada lebih kurang jam 12.30 tengah hari pada 20 Julai 2022.
Tuan Yang di-Pertua
Saya sebenarnya tidak dimaklumkan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan sekretariat mengenai keputusan Yang Berhormat Pasir Salak yang telah diarahkan keluar dan digantung selama dua hari pada 20 dan 21 Julai 2022. Selalunya saya akan melihat insiden dari monitor dalam kamar saya tetapi pada hari tersebut saya mempunyai mesyuarat semasa insiden itu berlaku.
Saya sebenarnya melihat tetapi volume itu saya off sebab ada mesyuarat jadi saya tidak tahu langsung tentang apa yang diperkatakan. Saya juga telah dibawa perhatian mengenai tindakan Yang Berhormat Pasir Salak mengundi semasa Usul Menteri Dalam Negeri pada 20 Julai 2022 padahal beliau telah digantung dalam tempoh tersebut.
Sebenarnya pada waktu itu saya yang mempengerusikan Majlis tetapi saya tidak dimaklumkan tentang penggantungan itu dan saya tidak tahu tentang penggantungan tersebut kerana seperti yang saya terangkan tadi. Sekiranya saya tahu mengenai perkara ini sudah tentu saya tidak akan membenarkan Yang Berhormat Pasir Salak masuk ke Dewan untuk mengundi Usul Menteri Dalam Negeri tersebut.
Oleh itu, saya menggunakan Peraturan Mesyuarat 100 untuk meminda keputusan belah bahagian bagi usul dari Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri tersebut pada 20 Julai 2022 daripada 105 orang bersetuju kepada 104 orang bersetuju dan tidak hadir dipinda dari 32 orang kepada 33 orang. Manakala, undi yang tidak bersetuju sebanyak 83 tetap sama. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Boleh saya beri penjelasan sedikit? Sebenarnya inilah masalah bila kita terlalu baik.
[Dewan ketawa]
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ya, dengarlah sini dahulu. Saya tidak diarahkan keluar. Saya keluar secara voluntarily because saya tidak hendak keadaan kecoh tidak habis-habis, itu satu.
Keduanya, saya ada tugas lain di luar sana. Itu sebab saya tinggalkan majlis.
Akan tetapi, boleh ditafsirkan bahawa saya telah diarahkan keluar. It is not true at all. Akan tetapi, apabila Timbalan Yang di-Pertua the following day or two days after that kata beliau telah mengarahkan saya keluar dan dia kata “Kalau keluar automatik digantung dua hari”.
Saya malas hendak berhujah lagi. *I do not want to waste time.
So, whatever he says I just kept quiet.
[Disampuk] Yes, honestly Lillahi Ta'ala. I am a Muslim. I am a Muslim.* Saya tidak hendak protes because I thought it is a waste of time.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
You are wasting time now.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
So, if you are a Muslim, that is not your behaviour. So, saya hendak kata di sini, tidak tahulah Tuan Yang di-Pertua hendak kata apa tetapi saya hendak mengatakan bahawa saya tidak dihalau keluar dan saya tidak digantung dua hari. Dengan sebab itu, undi saya itu perlu diterima dalam pengundian itu. Tidak payah ditolak-tolak lagi. That is all I have to say. I leave it to you, I am leaving now.
Tuan Yang di-Pertua
Sebenarnya saya melihat YouTube rakaman itu. Semasa itu memang suasana amat hiruk-pikuklah. Jadi, saya tidak menyalahkan Yang Berhormat Pasir Salak kalau tidak dapat mendengar apa yang dikatakan oleh Timbalan Yang di- Pertua pada ketika itu. So, kita tutuplah chapter ini...
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Tuan Yang di-Pertua, saya rasalah...
Tuan Yang di-Pertua
Kita tutuplah Yang Berhormat.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Just let me clarify something.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
No, just allow me to clarify something. I think I agree with what Yang Berhormat Pasir Salak said for the first time because he said that he did not hear the Deputy Speaker asking him to go out. That is true. None of us heard the Deputy Speaker saying so...
Tuan Yang di-Pertua
Memang tenggelam pun.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Okay, then after that the Deputy Speaker called a few of us out asking us as witnesses. “Did we hear Yang Berhormat Pasir Salak said those words?” We testified. No… [Disampuk] He never...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
What word? You do not even want – you do not hear what I said.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
The “P” word because I am too embarrassed, even though I am not a Muslim I would never utter that word.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
What word?
Puan Hannah Yeoh - Segambut
The “P” word.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
You say the word now.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
The “P” word. So Tuan Yang di-Pertua, the conduct of the Deputy Speaker, the conduct of the Deputy Speaker is very problematic here. I think that order is he made it up. I really feel because none of us heard him ordering Yang Berhormat Pasir Salak out.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua, allow me to...
Tuan Yang di-Pertua
Saya kalau...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya hendak settle benda ini Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Cukup, cukup.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
I want to settle this.
Tuan Yang di-Pertua
Yes.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Let’s move on.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Akhirnya DAP bela Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kulai, cukup.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sambung sedikit.
Tuan Yang di-Pertua
No, no,no.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Ini kerana dalam pandangan saya...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Cukuplah, cukup Yang Berhormat Kulai.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang sudah 5.18 petang ada akta...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Maaf, cukup. Saya telah layan Yang Berhormat Kulai.
Maaf Yang Berhormat.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua, please let me.
Tuan Yang di-Pertua
No, saya yang sepatutnya kata please.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua, *please. You need to be fair.
This is point of order...*
Tuan Yang di-Pertua
I am fair. No, no, no.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Please.
Tuan Yang di-Pertua
Saya sudah amat adil sudah. Ruling kalau tidak suka, file for review. Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Sudah habis. Sudah habis. Sudah habis.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua, this is point of order.
Tuan Yang di-Pertua
Maaf, cukup. Yang Berhormat...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua tidak perlulah melindungi dan...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Jangan tuduh saya melindungi. Saya tidak pernah melindungi. Ya, cukup, cukup.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
You need to be fair.
Tuan Yang di-Pertua
Saya fair. Saya mengaku silap saya Yang Berhormat. Kita mengaku kesilapan kita.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Can you please listen to my reply?
Tuan Yang di-Pertua
Saya sudah dengar. Cukup.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
You tidak dengar!
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Saya sudah dengar! Tolong duduk. Terima kasih. Yang Berhormat...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Dua ayat sahaja. Kenapakah tidak boleh dengar? Can you...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Sudah banyak ayat. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Kalau seseorang mengatakan dia di*...
[Tuan Yang di-Pertua mengetuk tukul]*
Tuan Yang di-Pertua
Awak hendak keluar kah, tidak hendak keluar? Duduk!
Tuan Yamani Hafez bin Musa
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan...
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan Yamani Hafez bin Musa
Saya mohon mencadangkan sesuatu akta untuk meminda Akta Kastam 1967 dibacakan...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua, this is unfair!
Tuan Yamani Hafez bin Musa
...Kali kedua sekarang.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, hendak clarify sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Cukuplah.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
So, your ruling stand kah ataupun Yang Berhormat Pasir Salak ruling stand.
Tuan Yang di-Pertua
Ruling saya stands.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Your ruling stand.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Seseorang Ahli Parlimen yang tidak tahu dia dihukum, adakah hukuman itu sah atau tidak sah, itu soalan saya sahaja. Seorang Ahli Parlimen tidak tahu dia dihukum dua hari dan dihalau dua hari. Akan tetapi Timbalan Yang di-Pertua cakap bahawa dia sudah dihukum, adakah itu adil. Itu soalan saya sahaja Tuan Yang di-Pertua. Kenapa tidak boleh jawab?
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Saya bukan di sini untuk menjawab soalan kamu. Silakan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Kulai lah punca segala-galanya.
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Tuan Yang di-Pertua saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam rang undang-undang ini yang mengandungi 16 fasal seperti berikut.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas...
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat Baling tuduh, selepas itu balik.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
...Dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan meminda seksyen tertentu dalam Akta 235 seperti seksyen 57, 59, 83, 86 dan 94 bagi menggantikan perkataan in the prescribed form dengan perkataan in the form and manner as determined by the Director General. Ini merupakan pindaan am bagi memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kastam untuk menentukan bentuk dan cara akuan dibuat berhubung perkara tertentu seperti tuntutan pulang balik wang terlebih bayar, pelepasan barang di pelabuhan, akuan manifest cargo vessel dan pesawat udara dan kaedah pemakluman tuntutan barang sitaan.
Fasal 3 bertujuan meminda subseksyen 3(3) sebagai pindaan berbangkit daripada pemotongan seksyen 145 Akta 235.
Fasal 4 bertujuan meminda subseksyen 10A(1) bagi memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kastam untuk menentukan bentuk dan cara permohonan bagi mendapatkan ketetapan Kastam.
Fasal 5 bertujuan memotong seksyen 19(2) berhubung bentuk dan cara yang ditetapkan bagi pengiraan duti kastam yang kena dibayar melalui borang. Ini memandangkan kaedah penilaian dan penentuan nilai duti kastam telah pun diperuntukkan di bawah seksyen 142(35B).
Fasal 6 bertujuan meminda subseksyen 65A dengan memotong subseksyen 65(A4) bagi memperbetul kesalahan bersifat editorial iaitu dengan memotong perkataan subject to subsection (4). Fasal 7 bertujuan meminda seksyen 78(1) bagi memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kastam untuk menentukan bentuk dan cara akuan bagi barang berduti yang diimport.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Fasal 8 bertujuan meminda seksyen 78B bagi memperjelaskan bahawa pengimport barang berduti hendaklah membayar duti kastam dan caj-caj lain dalam tempoh 14 hari daripada tarikh ketibaan barang itu.
Fasal 9 hingga 12 bertujuan meminda seksyen 80(1A), 82, 85 dan 99(1)(d) bagi memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk menentukan bentuk dan cara akuan bagi barang yang dieksport, barang tidak berduti yang diimport dan dieksport menggunakan pengangkutan rel serta permohonan tuntutan pulang balik duti kastam yang telah dibayar ke atas barang yang diimport dan kemudian dieksport semula.
Fasal 13 dan 14 bertujuan memotong subseksyen 142(12) dan 142(35E) serta seksyen 145 memandangkan Ketua Pengarah melalui akta yang dicadangkan ini diberi kuasa untuk menentukan bentuk dan cara akuan bagi perkara berkenaan.
Fasal 15 bertujuan memasukkan seksyen baharu iaitu 145C dan 145D ke dalam Akta 235. Seksyen 145C memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk melanjutkan apa-apa tempoh sebelum tamat tempoh yang ditetapkan di bawah Akta 235 atau perundangan subsidiarinya jika tempoh tersebut tidak dapat dipenuhi oleh mana-mana orang disebabkan berlakunya kecemasan awam seperti bencana alam atau krisis kesihatan awam seperti pandemik COVID-19. Manakala seksyen 145D memberi kuasa kepada Menteri untuk menambah, memotong atau mengubah apa-apa terma dan syarat yang dikenakan menurut Akta 235 dengan syarat bahawa satu notis makluman diberikan terlebih dahulu kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat tersebut.
Fasal 16 bertujuan meminda seksyen 157 bagi memberi kuasa kepada Ketua Pengarah menentukan bentuk dan cara akuan bagi barang yang diangkut menggunakan semua jenis pengangkutan dan tidak terhad kepada vessel atau pesawat udara sahaja dari Labuan ke kawasan utama Kastam dan pindaan lain yang tidak dinyatakan secara khusus adalah pindaan bersifat kecil atau consequential in nature. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Kesihatan II - Datuk Aaron Ago Dagang
Ya, saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kastam 1967 dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas. Saya ada empat orang pembahas yang pertama Yang Berhormat Pontian, silakan. Lima minit Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kita tahu bahawa peruntukan baharu yang dimasukkan dalam Rang Undang- undang Kastam (Pindaan) 2022 ini ialah untuk memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk melanjutkan tempoh masa yang tertentu yang telah ditetapkan di bawah akta atau perundangan subsidiari dalam keadaan krisis kesihatan awam atau kecemasan awam.
Apa yang saya ingin tanyakan di sini ialah mengenai kecemasan awam. Adakah perkara-perkara berikut termasuk dalam kecemasan awam? Misalnya banjir besar di Jerai, di Baling dan di Pantai Timur tiap-tiap tahun ada banjir. Adakah mereka boleh menggunakan alasan-alasan itu untuk menangguhkan pembayaran cukai dan sebagainya. Adakah juga kecemasan awam itu contohnya seperti demonstrasi yang berlaku? Ada satu ketika di Malaysia ini ada demonstrasi hari-hari sehingga kedai terpaksa ditutup di Kuala Lumpur dan menjejaskan perniagaan mereka. Itu kah ditafsirkan kecemasan awam? Tanah runtuh dan ribut ya.
Satu lagi ialah sebagai contoh nelayan laut dalam yang kena membayar cukai tetapi mereka tidak boleh ke laut dalam kerana ribut di laut. Mungkin selama empat bulan.
Adakah itu dimaksudkan sebagai kecemasan awam. Pulau terpaksa ditutup. Pada minggu sudah ada seorang pengusaha chalet di Pulau Redang datang berjumpa saya bahawa
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
dia memberitahu bahawa November hingga Mac chalet-nya ditutup kerana tidak boleh orang datang sebab ribut dan sebagainya. Adakah itu boleh dianggap sebagai kecemasan awam yang ditafsirkan dalam rang undang-undang pindaan ini?
Perkara seterusnya yang saya ingin tanyakan, ini berhubung kait tentang kastam.
Didapati bahawa satu ketika pada tahun 2018, sebelum pilihan raya umum ada dibuat pengumuman oleh Menteri Kewangan pada ketika itu bahawa Kastam akan dikorporatkan. Dengan pengkorporatan Kastam itu, maka ia akan menjadikan Kastam sebuah agensi yang lebih cekap, yang mempunyai kewangan sendiri, yang mempunyai peraturan tertentu yang membolehkan pegawai-pegawainya daripada segi kenaikan pangkat, daripada segi pembayaran-pembayaran elaun dan sebagainya. Akan tetapi saya difahamkan bahawa pengkorporatan Kastam itu tidak diteruskan.
Saya ingin tahu, apakah yang menghalang perkara itu dilakukan? Perkara yang baik sepatutnya diteruskan. Perkara yang baik sepatutnya tidak dihentikan. Itu sahaja dua perkara yang ingin saya bangkitkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Akhir sekali untuk hari ini ialah Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Lima minit.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Padang Serai tambah satu.
Tuan Yang di-Pertua
Esok.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Boleh celah.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada Hang Tuah Jaya.
Di dalam rang undang-undang ini, antara yang diangkat untuk dipinda adalah berkaitan tentang kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah untuk menentukan bentuk dan cara suatu tuntutan pulangan cukai bagi apa-apa barang import yang dieksport semula oleh pengilang dan seterusnya.
Saya percaya ini merupakan suatu pindaan yang akan memberi kesan langsung kepada kos, sama ada ia boleh dilihat sebagai satu bentuk pendapatan kepada kerajaan ataupun sebaliknya. Justeru, saya ingin bertanya kepada kementerian dalam pindaan ini sebenarnya, apakah matlamat akhir yang kerajaan ingin sasarkan.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Ini kerana kita tahu bahawa dalam keadaan sekarang ini banyak tindakan, ataupun ruang-ruang yang kita berikan kepada para peniaga terutamanya, yang terkesan dengan pandemik dan tentunya ini akan dizahirkan dalam bentuk sokongan supaya mereka boleh mendapat pulangan yang sebaiknya. Dalam aspek ini cukai tentunya memainkan peranan yang cukup penting. Justeru, saya ingin bertanya kepada kementerian.
Adakah kementerian- dengan pindaan ini akan mendapat pulangan yang lebih kepada national coffers, pada Perbendaharaan kita ataupun ini sebagai satu bentuk ruang yang diberikan kemudahan kepada pemain-pemain yang mengimport barang-barang ini dalam tujuan untuk mengeksport semula dalam bentuk barangan yang lain?
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, dalam pindaan ini juga dimasukkan ataupun dizahirkan beberapa pindaan berkaitan tentang memberi kuasa memberi Menteri kuasa untuk melakukan pengubahan terma-terma ataupun syarat yang dikenakan menurut Akta 235. Bagi maksud untuk melaksanakan tujuan akta ini.
Saya ingin bertanya kepada kementerian, dalam pindaan ini dinyatakan dengan syarat notis munasabah diberikan kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat itu.
Ini juga satu perkara yang menarik perhatian saya kerana dalam keadaan yang vague ini, dalam keadaan yang terlalu umum ini. Bagaimana undang-undang ini boleh memberikan satu jawapan yang tepat daripada aspek notis ini. Ini kerana kita tahu dalam undang-
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
undang, dalam pindaan-pindaan lain dinyatakan ada yang kata 14 hari, ada yang disebut, dinyatakan secara jelas masanya.
Akan tetapi kenapa dalam konteks ini terdapat suatu ruang yang begitu umum?
Oleh sebab kita tahu notis seperti ini tentunya penting. Dengan adanya ruang waktu yang lebih jelas, maka ia tentu memberikan kemudahan kepada pihak-pihak yang terpaksa berdepan dengan enforcement bagi Akta 235 ini.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, pagi tadi kita didedahkan dengan keadaan tentang penerbangan awam kita. Kita berada pada Ter 2, dan menyebabkan kita berdepan dengan kargo yang terbatas. Maknanya, tidak seperti dahulu. Kita berhadapan dengan masalah di Amerika Syarikat. Difahamkan negara China juga tidak bercadang untuk menambahkan lagi laluan kargo kita disebabkan penurunan penarafan ini.
Jadi, adakah ini boleh ditakrifkan sebagai suatu keadaan kecemasan? Tentunya tidak boleh kita jangka kerana ini merupakan- membabitkan agensi luar. Mereka berikan penarafan kepada kita dan oleh sebab itu, urusan kargo kita terbatas. Maka, adakah Menteri mempunyai kuasa ke atas insiden-insiden seperti ini?
Jadi, pada saya ini lebih menyebabkan atau menambahkan beban kepada mereka yang berurusan dengan logistik ini disebabkan penarafan-penarafan ini yang tidak memberikan keuntungan kepada negara. Sementara kementerian mencari jalan untuk menyelesaikan perkara ini, saya percaya ruang yang diberikan dalam akta ini boleh sahaja Menteri jelaskan, bagaimana untuk menangani permasalahan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Oleh sebab masa dah 5.30 petang. Maka, saya akan sambung perbahasan ini esok pada pukul 11.30 pagi dengan menjemput Yang Berhormat Tebrau, dan yang akhir sekali, Yang Berhormat Padang Serai. Kemudian, Yang Berhormat Menteri akan menjawab.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 3 Ogos 2022. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan selamat petang semua.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.34 petang]