Jul282022

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] minta Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan kedudukan terkini penyertaan Malaysia ke Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (Indo-Pacific Economic Framework - IPEF).

final • 10:00 AM

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Indo-Pacific Economic Framework atau dengan izin IPEF merupakan instrumen diplomacy economy yang bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama di antara Amerika Syarikat dengan negara-negara di rantau Indo-Pasifik. IPEF berperanan sebagai perangsang ke arah peningkatan daya saing, daya tahan ekonomi dan pemulihan ekonomi pasca pandemik bagi negara anggota.

Pada masa ini, keanggotaan IPEF terdiri daripada 14 buah negara iaitu Amerika Syarikat, Australia, Brunei Darussalam, Fiji, India, Indonesia, Jepun, Republik Korea, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Malaysia telah dikenal pasti sebagai salah sebuah negara perintis IPEF dan ia boleh dilihat sebagai satu pengiktirafan terhadap Malaysia sebagai antara negara penting di rantau ini.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar yang terbuka dan kompetitif dalam perdagangan antarabangsa, Malaysia senantiasa mengambil sikap terbuka dalam meneroka inisiatif serta platform yang relevan bagi meningkatkan prestasi perdagangan dan pelaburan asing.

Kebanyakan negara ahli IPEF termasuk Amerika Syarikat merupakan rakan- rakan dagang dan pelabur utama Malaysia. Oleh itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berpandangan bahawa IPEF mampu meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi, keterangkaian atau dengan izin, interconnectedness dan kemakmuran serantau serta membantu dalam proses pemulihan ekonomi negara.

Aspirasi IPEF secara dasarnya adalah seiring dengan usaha menggalakkan kemapanan ekonomi negara seperti yang telah digariskan di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas dan Aspirasi Pelaburan Nasional.

Cadangan Malaysia telah diambil kira dalam kenyataan bersama anggota IPEF untuk menjamin elemen technical assistance and capacity building sebagai sebahagian daripada inisiatif IPEF. Saya telah menghadiri mesyuarat peringkat Menteri IPEF yang dibuat secara maya semalam dan hari sebelumnya untuk membincangkan dengan lebih lanjut mengenai skop bagi semua empat teras di bawah IPEF iaitu:

(i) Teras Pertama: Perdagangan;

(ii) Teras Kedua: Rantaian Bekalan;

final • 10:00 AM

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

(iii) Teras Ketiga: Tenaga Bersih, Decarbonization dan Infrastruktur; dan

(iv) Teras Keempat: Percukaian dan Anti-rasuah.

Di dalam mesyuarat tersebut, saya telah menyampaikan kesediaan Malaysia untuk menyertai semua teras di bawah rangka kerja ini. Dalam hal ini, perbincangan dan rundingan mengenai teras satu dan teras dua akan diterajui oleh MITI. Rundingan bagi teras tiga pula akan diterajui secara bersama oleh MITI dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Manakala Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) akan menerajui rundingan di bawah teras keempat.

Penglibatan di dalam Teras Pertama: Perdagangan adalah penting bagi Malaysia memandangkan negara kita tidak mempunyai platform kerjasama ekonomi dua hala dengan Amerika Syarikat selain daripada Perjanjian Rangka Kerja Perdagangan dan Pelaburan atau dengan izin, Trade and Investment Framework Agreements (TIFAs) dengan Amerika Syarikat pada tahun 2004.

Oleh yang demikian, rangka kerja ekonomi ini dilihat sebagai sebuah platform yang sesuai untuk kedua-dua negara berbincang mengenai pelbagai perkara berkaitan perdagangan seperti berkongsi usaha untuk menambah baik kedudukan Malaysia dalam Laporan Pemerdagangan Manusia (Trafficking in Persons Report) dan meningkatkan kerjasama yang lebih erat dengan Kerajaan Amerika Syarikat bagi meningkatkan keupayaan negara untuk mematuhi peraturan-peraturan dan piawaian antarabangsa terkini dan seterusnya boleh mengurangkan insiden Withhold Release Order kepada syarikat Malaysia.

Bagi Teras Kedua: Rantaian Bekalan, Malaysia dijangka akan dapat meningkatkan kerjasama dalam menangani isu-isu kebolehtahanan (resiliency) dan kesinambungan rantaian bekalan termasuk non-traditional trade issues. Bagi Teras Ketiga: Tenaga Bersih, Decarbonization dan Infrastruktur, ia dilihat sebagai satu mekanisme yang mampu mempercepatkan penerima gunaan teknologi dan inovasi terutamanya teknologi dan ekonomi digital serta mempercepatkan peralihan kepada ekonomi hijau.

Akhirnya bagi Teras Keempat: Percukaian dan Anti-Rasuah, manfaat utama adalah sumbangan dalam meningkatkan keupayaan Malaysia dalam memerangi rasuah dan mewujudkan platform kerjasama ekonomi pelbagai hala.

Justeru, Malaysia boleh menggunakan teras percukaian dan anti-rasuah di bawah IPEF ini untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih telus dan adil bagi pembekal dan pengeksport Malaysia yang menjalankan perniagaan di Amerika Syarikat atau mana-mana negara lain yang bakal menganggotai rangka kerja ini.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Semasa mesyuarat tersebut, saya turut mencadangkan agar negara anggota IPEF bekerjasama dalam menubuhkan Pusat Kecemerlangan ataupun dengan izin, Centre of Excellence, bagi mengumpulkan pakar- pakar dalam perkara berhubung rantaian bekalan, transformasi sektor tenaga dan decarbonization yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan negara anggota dalam menangani isu-isu tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan yang pertama. Sila Yang Berhormat Bukit Bendera, 30 saat.

final • 10:10 AM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Terima kasih jawapan Yang Berhormat Menteri. Soalan saya, beberapa soalan saya. Sama ada IPEF ini merupakan satu trade agreement atau pun trade pact ataupun perjanjian perdagangan dan apakah perbezaan substantial dengan CPTPP, Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership yang kita pelopori.

Daripada segi political economy ataupun transformasi ekonomi yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri, bagaimana kita dapat mengimbangkan perdagangan antarabangsa kita berbanding dengan major trading partner kita dengan negara China di

final • 10:10 AM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

mana Malaysia telah menyertai RCEP, Regional Comprehensive Economic Partnership. Bagaimana dari segi diplomasi ekonomi ataupun political economy dapat mengimbangkan dari segi US-China trade war tersebut. Sila Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sila Yang Berhormat Menteri. Dua minit.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Ini satu pertanyaan yang cukup baik dan perlu kerajaan memberikan penjelasan.

IPEF bukanlah tradisional FTA ataupun Perjanjian Perdagangan Bebas. Ia merupakan satu instrumen ataupun platform yang dapat membantu Malaysia memperkukuhkan hubungan ekonomi dengan Amerika Syarikat dan juga negara-negara di rantau Indo Pasifik.

Oleh sebab itu di dalam IPEF, ia tidak mempunyai elemen market access seperti Yang Berhormat Bukit Bendera bangkitkan, apa bezanya dibandingkan dengan CPTPP.

CPTPP merupakan Perjanjian Perdagangan Bebas yang mempunyai elemen penting market access tetapi IPEF tidak mempunyai elemen market access. Oleh sebab itulah yang saya nyatakan dalam kenyataan awal, Malaysia telah mencadangkan oleh sebab ia tidak mempunyai elemen market access, maka perlu diberikan perhatian oleh negara-negara anggota IPEF khususnya Amerika Syarikat untuk memberi fokus kepada elemen capacity building dan technical assistance, supaya seperti Yang Berhormat Bukit Bendera sedia maklum, negara anggota IPEF terdiri daripada negara-negara datangnya daripada pelbagai level of development. Tahap pembangunan negara anggota itu berbeza-beza. Maka dengan adanya elemen technical assistance dan juga capacity building ini kita dapat mengurangkan ataupun menutup ruang-ruang jurang pembangunan antara negara-negara berkenaan.

Soalan kedua yang dibangkitkan Yang Berhormat Bukit Bendera tentang diplomasi ekonomi yang saya nyatakan tadi. Sebagai negara anggota ataupun ekonomi kecil seperti Malaysia, tetapi merupakan trading partner yang penting, kita akan bekerjasama dengan semua negara termasuk China. China merupakan negara anggota perdagangan yang penting bagi Malaysia.

Bagi negara China, kita telah pun mewujudkan kerjasama ekonomi di dalam RCEP dan hari ini seperti Yang Berhormat Bukit Bendera sedia maklum, China telah pun mengemukakan untuk menyertai CPTPP. Jadi kita akan menjalin hubungan ekonomi dengan negara China, negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan semua negara yang mempunyai kepentingan bagi perdagangan dan pelaburan Malaysia. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Hang Tuah Jaya.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kanan. Soalan tambahan yang kedua. Saya jemput sebelah sini. Sila Yang Berhormat Tebrau.

final • 10:10 AM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih atas jawapan dari Yang Berhormat Menteri kepada soalan Yang Berhormat Bukit Bendera. Tadi Yang Berhormat Menteri pun ada sebut ini tidak melibatkan, ini IPEF tidak melibatkan China. Akan tetapi kita sudah ada RCEP. Jadi mengikut pandangan Yang Berhormat Langkawi, dia menuduh grouping ini adalah satu inisiatif untuk mengasingkan China.

Ia merupakan satu political grouping dengan izin, dan apa Menteri Luar Negeri China, Wang Yi pun berkata inisiatif ini akan gagal kerana ia bukan satu inisiatif betul- betul untuk mengukuhkan ekonomi di antara semua negara dalam grouping ini, dengan izin. Jadi ia pasti akan gagal. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Terbrau. Sila, 2 minit 30 saat.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Terima kasih Yang Berhormat Terbrau.

Pandangan saya dalam keadaan yang semakin mencabar pada hari ini, Malaysia perlu

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

untuk deepen our economic integration. Kita tidak lagi boleh bertindak secara bersendirian. Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan perlu menjalin hubungan ekonomi dengan pelbagai pihak dan banyak negara termasuk negara China, Kesatuan Eropah dan juga Amerika Syarikat.

Saya telah tegaskan tadi, sebelum kita mengambil pendirian untuk menyertai IPEF, Malaysia telah pun bersetuju untuk menyertai RCEP dan kita telah meratifikasikan perjanjian RCEP di mana China merupakan negara anggota di dalam RCEP. Ini membuktikan komitmen Malaysia untuk bukan sahaja meneruskan tetapi memperkukuhkan perdagangan dan pelaburan dengan negara China.

Kedua, saya telah tegaskan tadi, negara China juga telah mengemukakan permohonan untuk menyertai CPTPP yang Malaysia telah pun menandatangani perjanjian ini pada tahun 2018 dan sekarang dalam proses untuk meratifikasikan perjanjian tersebut. Maka ini satu platform baharu walaupun ia bukan FTA atau pun Perjanjian Perdagangan Bebas tetapi satu instrumen yang boleh membantu Malaysia memperkukuhkan hubungan dengan Amerika Syarikat dan negara-negara Indo Pasifik.

Pada ketika ini, Malaysia tidak ada satu struktur yang jelas untuk menjalin hubungan kerjasama ekonomi dengan Amerika Syarikat. Sebab itu kita berhadapan dengan isu Withhold Release Order, di mana mereka telah mengeluarkan enam WRO terhadap syarikat-syarikat tempatan dan ini akan mengekang eksport produk-produk dan perkhidmatan Malaysia ke Amerika Syarikat.

Saya percaya dengan adanya instrumen yang baharu ini kita boleh menjalin kerjasama, perbincangan dan engagement dengan Amerika Syarikat supaya mengurangkan kesan WRO dan juga isu-isu terkait dengan perkara tersebut. Jadi bagi saya, ini pendirian yang diambil oleh Malaysia dan saya yakin IPEF ini boleh membantu negara untuk terus menjadi negara perdagangan utama di rantau ini.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Hang Tuah Jaya.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Satu soalan 10 minit sahaja diberikan. Saya terus menjemput Yang Berhormat Betong untuk soalan seterusnya. Silakan.

final • 10:10 AM

2. Datuk Robert Lawson Chuat [Betong] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan semasa penularan pandemik, banyak syarikat yang terjejas dan ada juga yang gulung tikar. Apakah inisiatif oleh KPDNHEP melalui SSM bagi membantu syarikat yang hampir gulung tikar ini. Terdapat juga negara luar yang telah memperkenalkan pelaporan pemunya benefisial. Adakah SSM akan mengambil pendekatan yang sama seperti negara luar ini.

final • 10:10 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat pagi saya ucapkan. Untuk makluman Yang Berhormat Betong, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melalui agensinya Suruhanjaya Syarikat Malaysia

(SSM), sedang menyediakan Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan) 2022.

Rang undang-undang ini mencerminkan komitmen SSM untuk terus menyokong inisiatif berterusan kerajaan dengan memperkasa dan menambah baik kerangka perundangan sedia ada berkaitan rehabilitasi korporat untuk membantu syarikat yang menghadapi masalah kewangan.

RUU ini juga membolehkan syarikat yang menghadapi masalah kewangan, terutama sekali akibat dari kesan pandemik COVID-19 tetapi mempunyai kemampuan untuk terus berdaya saing memasuki rehabilitasi dengan pemiutang melalui cadangan pindaan yang bersifat fasilitatif.

final • 10:10 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

SSM juga sedang melaksanakan pindaan RUU Perkongsian Liabiliti Terhad

(Pindaan) 2022, RUU PLT. Pindaan yang dicadangkan, antaranya bagi tujuan

final • 10:20 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

memperkenalkan keseluruhan kerangka mekanisme penyelamat korporat dalam Akta Syarikat 2016 serta pindaan-pindaan yang berkaitan untuk turut terpakai ke atas entiti perkongsian liabiliti terhad.

Tanpa kerangka perundangan yang komprehensif, entiti perniagaan seperti syarikat dan PLT akan menghadapi risiko tindakan penggulungan sekiranya mereka berdepan dengan masalah kewangan walaupun perniagaan tersebut hakikatnya masih berdaya maju. Jadi, dengan adanya peruntukan ini, mana-mana entiti PLT yang menghadapi masalah kewangan tetapi masih berkemampuan serta berdaya saing boleh memanfaatkan mekanisme penyelamat korporat dengan memasuki pelan rehabilitasi dengan pemiutang mereka. Inisiatif ini adalah penting untuk membantu entiti PLT yang menghadapi masalah kewangan terutama sekali akibat daripada kesan pandemik COVID- 19 agar kekal beroperasi dan menjana ekonomi negara.

SSM telah memulakan kajian mendalam mengenai kerangka pelaporan pemunyaan beneficial sejak tahun 2019 dan turut mencadangkan beberapa penambahbaikan ke atas peruntukan yang berkaitan. Dengan pemunyaan beneficial berdasarkan maklum balas yang diterima dari Financial Action Task Force (FATF) melalui Malaysia's Mutual Evaluation Report terbitan pada 2015.

Ini selaras dengan penambahbaikan perundangan yang dibuat dalam bidang kuasa di negara lain seperti di Hong Kong dan Singapura. Sebagai contohnya, memperjelaskan definisi “pemunya benefisial” sedia ada dan memperkenalkan daftar tugas dan tanggungjawab penzahiran pemunyaan benefisial daripada anggota- anggotanya melalui RUU Syarikat (Pindaan) 2022 yang sedang diperhalusi untuk dibentangkan kelak.

Maklumat pemunyaan beneficial adalah kritikal bagi memastikan entiti perniagaan di Malaysia tidak disalahgunakan untuk tujuan jenayah atau melindungi aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram atau pembiayaan keganasan serta untuk mencegah aktiviti rasuah dan pengelakan cukai. Kerangka pelaporan ini adalah selaras dengan perkembangan di peringkat antarabangsa dalam memerangi jenayah yang sama di seluruh dunia.

Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia semua syarikat dan perkongsian liabiliti terhad

(PLT) adalah tertakluk di bawah Akta Syarikat 2016 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012. Oleh itu, SSM menggunakan kuasanya di bawah seksyen 20c Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 untuk mengeluarkan garis panduan berkenaan kerangka pelaporan “pemunya benefisial” bagi syarikat dan perkongsian liabiliti terhad demi memupuk kerangka pelaporan “pemunya benefisial” ini telah dilaksanakan berkuat kuasa 1 Mac 2020. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila soalan tambahan yang pertama, Yang Berhormat Betong.

final • 10:20 AM

Datuk Robert Lawson Chuat - Betong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Soalan tambahan saya, SSM telah melaksanakan pengurangan kompaun pada tahun- tahun lepas. Adakah SSM akan melaksanakan pengurangan kompaun pada tahun ini untuk membantu syarikat pasca pemulihan ekonomi negara? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Sila Yang Berhormat Menteri, dua minit 30 saat.

final • 10:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tuan Yang di-Pertua, untuk penjelasan soalan tambahan ini, untuk makluman Yang Berhormat Betong, Suruhanjaya Syarikat Malaysia

(SSM) telah melanjutkan insentif pengurangan kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 bermula 1 Julai 2022 hingga 31 Oktober 2022 ini. Di bawah insentif ini, syarikat dan pengarah syarikat layak mengurangkan atau layak mendapat pengurangan sehingga 90 peratus daripada nilai asal kompaun bagi semua kompaun yang telah ditawarkan di bawah Akta Syarikat 1965.

Sebelum ini Tuan Yang di-Pertua, insentif berkenaan telah dilaksanakan selama empat bulan iaitu bermula pada 1 Mac 2022 dan tamat pada 30 Jun 2022. Semakan status

final • 10:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

kompaun boleh dilakukan melalui laman web rasmi SSM iaitu EzBiz Online, e-mel atau hadir di mana-mana sahaja pejabat SSM di seluruh Malaysia. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, soalan tambahan...

final • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Hang Tuah Jaya.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Kedua, saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Pada minggu lepas, Hulu Langat ada bertanya kepada Kementerian Kerja Raya tentang kemungkinan 50,000 buah syarikat kontraktor akan “gulung tikar” kesan daripada COVID-19 kepada ekonomi. Kalau kita lihat pada Akta Syarikat 2016, 466(1)(a) bahawa kerajaan boleh meletakkan nilai ambang keberhutangan syarikat.

Saya difahamkan nilai itu diletakkan baru-baru ini RM50,000. Adakah nilai ini sesuai dengan keadaan sekarang ataupun kerajaan ada rancangan untuk meningkatkan daripada RM50,000 kepada angka lain ataupun apakah rancangan-rancangan SSM untuk memastikan syarikat-syarikat kontraktor ini tidak terus “gulung tikar”? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Silakan.

final • 10:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Buat masa ini, nilai yang sedia ada KPDNHEP melihat sebagai agak sesuai sedikit. Akan tetapi, KPDNHEP sentiasa sensitif akan keperluan. Jika ada keperluan untuk ini ditingkatkan nilai ambang kebankrapan ini, mungkin ini juga boleh− pada mulanya kita buat kajian dahulu sebab kita tidak hendak membuat sesuatu untuk hendak menyelesaikan sesuatu akan memberi juga masalah yang lain. Akan tetapi, cadangan Yang Berhormat, saya anggap sebagai suatu cadangan yang baik kerana banyak syarikat yang bermasalah. Terima kasih Yang Berhormat kerana memberikan cadangan ini. Kami akan menelitinya, terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Sikit, sikit. Boleh tambah sedikit ada masa. Okey, terima kasih...

final • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Hang Tuah Jaya.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Belum, saya masih belum jemput lagi. Ada sedikit masa, saya jemput Yang Berhormat Jempol.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Okey, terima kasih. Belum panggil sudah tanya okey bagus. Hampir setiap tahun mendengar keluh resah daripada rakyat mengenai SSM iaitu semasa keputusan permohonan bantuan tunai kepada rakyat yang dikeluarkan oleh kerajaan. Perkara ini sudah tentu menyusahkan rakyat berkaitan dengan isu SSM kerana perlu melakukan proses permohonan rayuan dan perlu menunggu pula keputusan rayuan untuk mendapatkan bantuan tunai seperti Bantuan Keluarga Malaysia.

Soalan saya, apakah mekanisme kementerian untuk mengenal pasti status syarikat yang berdaftar bersama SSM sama ada masih beroperasi ataupun sebaliknya?

Adakah kementerian bercadang untuk melakukan proses pemutihan SSM supaya urusan rakyat terdapat isu berbangkit tidak berpanjangan kerana permohonan ini masih tertangguh, mereka yang berdaftar dengan SSM tidak mendapat bantuan. Mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Ini memang − kami di kementerian dan agensinya SSM mengetahui masalah sepertimana yang diutarakan Yang Berhormat Jempol. Jadi, kita perhalusi juga. Kita melihat seperti mana telah saya katakan pada jawapan yang terdahulu tadi, SSM sentiasa melihat kepada mana-mana ruang dan peluang untuk kita membuat penambahbaikan lebih-lebih lagi untuk membantu yang terkesan dalam perniagaan mereka.

final • 10:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Jadi SSM sangat mengetahui angka-angka dan semuanya. Jadi terima kasih Yang Berhormat Jempol kerana sekali lagi membawa isu ini kepada perhatian KPDNHEP ataupun SSM. Jadi, saya buat jaminan kepada semua, Ahli-ahli Dewan Rakyat pada pagi ini, SSM sentiasa melihat kepada ruang dan peluang untuk membuat penambahbaikan untuk menyelamatkan mereka yang terkesan. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan-pertanyaan Menteri seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Datuk Dr. Hasan bin Bahrom, Tampin.

final • 10:20 AM

3. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [Tampin] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan sejauh mana perkembangan Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli, bila ia akan dibentangkan, apakah fokus yang menjadi teras kepada Pelan Pembangunan tersebut, dan bagaimana kerajaan memastikan sosioekonomi masyarakat Orang Asli dapat dilestarikan.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Silakan Menteri Pembangunan Luar Bandar. Tempoh masa tiga minit.

final • 10:30 AM

Menteri Pembangunan Luar Bandar - Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tampin yang bertanya berkaitan dengan Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli.

Untuk makluman Yang Berhormat, Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli ini yang kini dikenali sebagai Dasar Pembangunan Orang Asli (DPOA). Sebenarnya dasar ini menggantikan Dasar Pentadbiran Orang Asli 1961. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sepanjang lebih kurang 60 tahun dari dasar pentadbiran Orang Asli dari tahun 1961, kerajaan berusaha untuk mengarusperdanakan masyarakat Orang Asli daripada empat lapangan. Pertama ialah mengenai dengan pendidikan. Keduanya ialah infrastruktur. Ketiga ialah sosioekonomi dan yang keempatnya ialah kesihatan. Akhirnya, yang kelima adalah kepimpinan atau pun leadership.

Sepanjang yang saya sebut itu, lebih kurang lebih dari 50 tahun, sekolah kebangsaan 100 peratus masyarakat Orang Asli adalah 114 buah sekolah dan sekolah menengah kebangsaan setakat ini, masyarakat Orang Asli berkongsi sama ada di sekolah menengah kebangsaan yang ada orang Melayu sekali dengan masyarakat orang Melayu atau pun bangsa Melayu. Hanya sebuah sekolah di negeri Perak yang 100 peratus masyarakat Orang Asli. Sepanjang itu, ada Pusat Intelek Pelajar Orang Asli yang telah ditubuhkan dan dalam tempoh yang panjang itu, lebih daripada 1,000 orang graduan masyarakat Orang Asli.

Sehingga ke hari ini, atau pun dalam tempoh masa sekarang ini, di luar negara ada 53 orang pelajar di kalangan anak-anak Orang Asli yang belajar di luar negara.

Daripada segi infrastruktur, semua sekali 853 buah kampung masyarakat Orang Asli yang bekalan airnya 92 peratus, bekalan elektriknya 90 peratus. Pada tahun 2014, kerajaan telah menukar daripada Dasar Pentadbiran Orang Asli kepada dasar Pelan Pembangunan Nasional Orang Asli untuk tujuan penambahbaikan mengarusperdanakan masyarakat Orang Asli.

Akan tetapi, pada tahun 2020, dasar ini telah sekali lagi ditukar kepada Dasar Pembangunan Orang Asli yang hari ini kita kenali sebagai DPOA. Ia akan melibatkan sekali lagi fokus kepada urusan yang berkaitan dengan tanah, urusan yang berkaitan dengan pendidikan, kesihatan, ekonomi, kepimpinan, infrastruktur dan kebudayaan. Teras yang menjadi tunjang utama pada dasar ini ialah perlindungan, kesejahteraan, kemajuan dan penyampaian perkhidmatan.

Kerajaan melalui JAKOA, jabatan yang sedia ada akan mempergiatkan usaha- usaha untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli melalui program yang sedia ada. JAKOA berperanan menjaga kebajikan dan kesejahteraan masyarakat Orang Asli melalui Akta Orang Asli 1954 (Akta 134).

final • 10:30 AM

Menteri Pembangunan Luar Bandar - Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Pembangunan holistik masyarakat Orang Asli terbukti melalui Rancangan Malaysia, yang telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-10, Rancangan Malaysia ke-11, Rancangan Malaysia ke-12 dan populasi seluruh masyarakat Orang Asli ialah 206, 777 orang di Semenanjung Malaysia. Bagi tahun 2022, JAKOA telah diluluskan peruntukan pembangunan sebanyak RM113.8 juta bagi pelaksanaan 52 projek utama di perkampungan Orang Asli.

Berbalik kepada soalan Yang Berhormat berkaitan dengan Dasar Pembangunan Orang Asli, boleh saya sebut bahawa dasar itu insya-Allah akan diuruskan di akhir fasa keempat tahun 2022 dan insya-Allah sehingga ke pertengahan tahun 2023, kita boleh laksanakan dasar ini. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, Yang Berhormat Tampin, sila.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan itu. Saya ingin bertanya beberapa isu. Pertama, isu yang sering dibangkitkan oleh masyarakat Orang Asli ialah pemilikan tanah. Tanah ini adalah milik kerajaan negeri.

Soalan saya ialah sejauh mana kementerian berbincang dengan kerajaan negeri bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dan agar kelestarian dan kedamaian hidup masyarakat Orang Asli dapat dipertahankan. Isu yang kedua ialah tadi dibangkitkan soal pembangunan sosioekonomi.

Maka, apakah pelan pembangunan ekonomi Orang Asli ini dapat dilihat secara menyeluruh dan terpadu agar Orang-orang Asli tidak ketinggalan dari segi arus perdana pembangunan? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Menteri. Tempoh masa 2 minit 30 saat.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, pemilikan tanah. KPLB mempunyai jadual mesyuarat dengan kerajaan-kerajaan negeri mengenai dengan pemilikan tanah.

Jadi, tahap satu ini yang dipanggil ukur tanah kawasan yang besar dan ada di negeri Pahang dan Perak. Dua negeri ini yang sudah membuat ukur tanah dalam skala besar dan selepas selesai ukur tanah ini, wang diperuntukkan daripada Kerajaan Persekutuan bagi untuk ukur tanah. Kemudian, kalau dah ada ukuran tanah yang skala besar, kita akan pergi pula kepada ukuran tanah kecil-kecilan.

Jadi, sekarang ini ukuran tanah sudah ada dibuat di negeri Pahang dan Perak.

Setakat ini, ada juga yang buat ukuran tanah di negeri Johor. Saya tak pasti di Negeri Sembilan itu ada ukuran tanah atau tidak lagi, Yang Berhormat tetapi ada negeri-negeri yang dah buat ukuran tanah.

Keduanya, mengenai dengan sosioekonomi. Ini juga menjadi salah satu tumpuan dalam JAKOA yang kita panggil dia sebagai usahawan masyarakat Orang Asli. Jadi, selain daripada urusan yang berkaitan dengan pendidikan kerana pendidikan boleh mengubah kehidupan masyarakat Orang Asli bila anak-anaknya bertugas atau pun bekerja. Sekarang ini, ada di kalangan masyarakat Orang Asli yang sudah jadi technocrat, yang jadi profesional. Itu satu daripada mengubah nasib. Keduanya melalui program usahawan.

Saya tak dapat jawab jumlah usahawan, Yang Berhormat Tampin tetapi ada saya boleh bagi kepada Yang Berhormat sejumlah usahawan-usahawan masyarakat Orang Asli daripada 853 buah kampung ini yang ada di Semenanjung. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang kedua, saya jemput sebelah sini, Yang Berhormat Parit.

final • 10:30 AM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Menteri yang telah menjelaskan secara detail tentang pembangunan masyarakat Orang Asli. Kita sedia maklum bahawa ilmu pengetahuan dan

final • 10:30 AM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

juga pendidikan merupakan perkara yang cukup penting khususnya kepada anak-anak kita termasuklah golongan masyarakat orang asal kita di dalam negara kita.

Soalan saya, apakah formula kementerian dalam pelan pembangunan masyarakat Orang Asli ini atau asal untuk mengatasi isu keciciran pendidikan yang semakin melebar di kalangan masyarakat orang asal ataupun Orang Asli ini, terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Silakan Yang Berhormat Menteri. Dua minit.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit atas soalan yang berkaitan dengan pendidikan. Ia menjadi prioriti utama kepada JAKOA dalam usaha untuk mengarusperdanakan masyarakat Orang Asli. Oleh sebab bagi yang sekolah kebangsaan, sebab itu kita ada tiga jenis persekolahan masyarakat Orang Asli.

Pertama, sekolah kebangsaan yang ada asrama. Sekolah kebangsaan yang ada asrama maksudnya, Darjah 1 umur tujuh tahun, kena pergi duduk asrama. Kedua, kita ada sekolah yang kita panggil K9. K9 ini maksudnya, sekolah Darjah 1 sampai Darjah 6, enam tahun. Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3 di sekolah yang sama. Itu kita panggil K9.

Contohnya, di dalam Parlimen Kuala Krau. Di Kuala Krau ada sekolah K9.

Maknanya, masyarakat Orang Asli duduk dalam satu. Ketiga, mereka bercampur. Mereka pergi ke sekolah bercampur dengan masyarakat lain. Jadi, ada tiga jenis persekolahan.

Tujuannya adalah untuk membolehkan mereka. Saya akui sampai Darjah 6, ada yang berhenti terus. Ini kita sudah identified, ada data daripada JAKOA.

Dari kampung mana sebenarnya yang berhenti dan kena ada pegawai pendidikan dalam JAKOA yang kena pergi berjumpa dengan keluarga itu untuk ambil, bawa ke sekolah menengah. Itu usaha-usaha kita, Yang Berhormat. Akan tetapi untuk saya jelaskan, untuk lokal universiti termasuk sijil, diploma dan ijazah, lebih daripada 900 anak- anak Orang Asli berada di lokal universiti.

Di luar negara, saya sudah sebut tadi, sekarang ada 53 anak masyarakat Orang Asli ada tajaan pinjaman dan juga biasiswa yang mereka sekarang berada di luar negara sedang belajar. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, 10 minit satu soalan. Sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:40 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
1. Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun

[Beaufort] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan statistik mengikut negeri bagi kes pinjaman wang tidak berlesen seperti ah long, scammer dan judi online di Malaysia.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat kakak saya, Yang Berhormat Beaufort. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri memandang serius terhadap kes-kes yang melibatkan pinjaman tidak berlesen seperti along.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Jumlah kes yang dilaporkan di seluruh negara bagi tahun 2022 iaitu Januari hingga Jun, sebanyak 506 kes yang melibatkan kerugian bernilai RM4,280,279.

Berdasarkan statistik, negeri Johor mencatatkan kes tertinggi berbanding negeri yang lain iaitu sebanyak 86 kes.

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh PDRM dalam mengekang sindiket pemberi pinjaman wang tidak berlesen, termasuklah dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang, pengoperasian, tangkapan dan seterusnya menjalankan pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dalam penipuan. Sepanjang tempoh Januari hingga Jun 2022, seramai 744 tangkapan telah dibuat dan sebanyak 241 pertuduhan telah pun dilaksanakan.

Manakala bagi jenayah scammer, akibat kepesatan pembangunan dan juga kecanggihan era teknologi, ia telah membawa kepada wujudnya pelbagai aplikasi yang membantu memudahkan kehidupan masyarakat moden sama ada daripada segi komunikasi, sosial, pertukaran maklumat dan sebagainya.

Ia juga menjadi faktor penipuan dalam talian semakin meningkat. Kes jenayah atas talian bagi tempoh kajian Januari hingga Jun 2022, sebanyak 10,468 kertas siasatan telah dibuka dan melibatkan kerugian sejumlah RM362,614,896.87. Sebanyak 5,169 pertuduhan telah pun dilaksanakan bagi jenayah scammer bagi tempoh yang sama mengikut statistik yang diberi. Kontinjen Kuala Lumpur mencatatkan kes yang tertinggi berbanding kes lain sebanyak 1,338 kes.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bagi jenayah judi online pula bagi tempoh Januari hingga Jun 2022, PDRM telah berjaya membuat 3,950 serbuan dengan tangkapan seramai 4,754 orang. Hasil serbuan tersebut, PDRM telah membuat rampasan wang tunai sebanyak RM762,855 dengan jumlah barangan rampasan sebanyak 7,544 barang kes. Mengikut statistik, Sarawak mencatatkan jumlah serbuan tertinggi iaitu 697 dengan tangkapan seramai 718 orang bagi tempoh yang sama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Soalan tambahan yang pertama. Sila Yang Berhormat Beaufort.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan. Tuan Yang di-Pertua, kes jenayah komersial dikatakan membabitkan kerugian RM5.2 bilion sepanjang tahun 2020 hingga Mei 2022. 68 peratus adalah penipuan dalam talian.

Dikatakan penjenayah terdiri daripada warga luar negara dan juga dalam negara atau mereka merekrut operator dalam negara melalui media sosial ataupun Whatsapp.

Soalan saya, adakah KDN dan PDRM mengadakan ataupun mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi antarabangsa seperti INTERPOL dan negara-negara lain, di mana penjenayah-penjenayah ini berada untuk memastikan tindakan membanteras jenayah ini berkesan? Setakat ini, berapakah bilangan dalang-dalang, sama ada di dalam mahupun di luar negara yang telah dikenal pasti, ditangkap dan didakwa dalam mahkamah? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Memang kita perlukan kerjasama di antara polis luar negara, INTERPOL dan sebagainya kerana operasi yang ada di dalam negara, mangsanya berada di luar negara.

Manakala operasi di luar negara, mangsanya berada di dalam negara. Oleh sebab itulah kita memerlukan kerjasama dengan polis-polis di luar negara sama ada INTERPOL dan sebagainya.

Saya hendak nyatakan bahawa kita telah mengadakan kerjasama dengan Korea pada Jun 2019, di mana joint operation dengan Korean National Police Agency, di mana empat buah call centre online gambling di kawasan Lembah Klang telah diserbu melibatkan tangkapan warga Korea yang terlibat dalam judi online, di mana warga Korea telah menjadi mangsa.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kerjasama dengan Singapore police, Hong Kong dan Macau police dalam menangani love scam, di mana tiga suspek warga asing, Nigeria bersama dengan 14 mule account holders di Malaysia. Pada 16 Mei 2020, Taiwan National Police Agency telah ekstradisi seorang lelaki Malaysia yang ditangkap di Taiwan yang terlibat dengan 12 buah scam pelaburan tidak wujud dengan kerugian RM2.9 juta. Pada 1 Januari 2021 sehingga 31 Ogos 2021 yang melibatkan sebanyak 255 kes kerugian, yang melibatkan RM4.6 juta.

Hasil maklumat daripada polis Singapura, pihak polis telah membuat serbuan di dua buah call centre di Kuala Lumpur dan dua buah call centre di Johor dan menangkap 50 orang suspek di Malaysia yang menyasarkan mangsa-mangsa di Singapura.

Sementara itu, polis Singapura telah membuat tujuh buah tangkapan yang berada di dalam negara. Mereka menyasarkan rakyat di dalam negara.

Oleh sebab itulah kita memerlukan kerjasama di antara polis di luar negara sama ada melalui ASEAN Police atau melalui international atau Interpol di seluruh negara.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Yang di-Pertua, Sik mohon soalan tambahan.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 10:40 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Selepas ini, Sik ya.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita mendengar akan pendedahan tadi, love scams, investment scams and job scams. Saya kira ringkasnya rata-rata ia berpunca daripada apa yang diistilahkan sebagai kebocoran ataupun data breaches yang dapat digunakan oleh scammers ini.

Sedikit waktu dahulu, jenayah-jenayah siber yang agak major, jenayah siber yang major ini targeting android users di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru kita tahu tentang Jabatan Pendaftaran Negara, 22 juta yang terdedah? Apakah langkah-langkah yang lebih konkrit? Kita ada CyberSecurity Malaysia dan dikatakan bahawa kita lemah dari sudut protection ini. Kita ada PDPD, PDPA dan sebagainya. Minta Timbalan Menteri untuk memberikan sedikit pencerahan ke depan nanti, moving forward apakah langkah- langkah yang lebih konkrit untuk tangani? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih, Yang Berhormat. Memang kita telah mengenal pasti masalah utama kita apabila melibatkan penipuan secara online ini yang melibatkan talian-talian telefon yang terpaksa kita kenal pasti dan juga menyukarkan pihak Polis Diraja Malaysia untuk mendapatkan maklumat dengan segera.

Oleh sebab itulah, kita telah mewujudkan satu Jawatankuasa bersama di antara PDRM dan SKMM supaya apabila dapat maklumat tersebut mestilah dibekalkan kepada kita dengan kadar segera. Kadang-kadang kita terpaksa menunggu tiga bulan dan akhirnya sekarang ini dua minggu dapat kita atasi untuk mengesan panggilan-panggilan daripada scammers ini.

Satu lagi langkah yang saya sebut minggu lepas iaitu kita memerlukan pindaan bagi seksyen 116D Kanun Tatacara Jenayah yang memberikan kuasa pada pegawai penyiasat kita untuk membekukan akaun bank yang kita syaki terlibat dengan aktiviti- aktiviti jenayah scammer. Kita juga membuat cadangan untuk pindaan bagi seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan kepada pemilik akaun yang telah membenarkan akaunnya digunakan oleh pihak ketiga bagi kegiatan jenayah ini. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

2. Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan bekalan ayam dan telur ayam tidak terputus dan mampu dibeli oleh rakyat dengan harga yang berpatutan.

final • 10:50 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Yang Berhormat, kementerian ini telah melakukan pelbagai usaha di bawah bidang kuasa kementerian untuk menangani masalah kekurangan bekalan ayam dan telur di pasaran. Antara langkah yang telah diambil adalah seperti berikut.

Pertama, menjalankan pemantauan ke atas 20 syarikat pengeluar ayam pedaging utama yang merangkumi tiga syarikat integrator dan 17 syarikat non-integrator. Pemantauan ini dilakukan bagi mengesan lebih awal risiko-risiko gangguan bekalan ayam pedaging di peringkat pengeluaran supaya tindakan sewajarnya dapat diambil bagi memastikan bekalan ayam di pasaran sentiasa stabil.

Kedua, kementerian membuat unjuran pengeluaran ayam dilakukan setiap bulan bagi membolehkan kementerian merangka pelan tindakan sewajarnya sekiranya dijangkakan akan berlaku kekurangan bekalan ayam di pasaran.

Ketiga, melakukan pemeriksaan harian bagi memantau kedudukan bekalan dan keberadaan ayam dan telur di setiap rantaian pengedaran iaitu di peringkat pengeluar, pemborong dan runcit.

Satu lagi langkah adalah mengeluarkan arahan kepada peruncit untuk memperbaharui stok bekalan yang ada di premis masing-masing dan menghubungi pemborong dan pengeluar jika stok mereka jatuh ke tahap pesanan semula iaitu reorder limit. Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebagai kementerian yang bertanggungjawab untuk memastikan bekalan ayam dan telur kembali stabil. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan terus mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat bagi mengenal pasti punca dan untuk mencari kaedah penyelesaian yang adil dan kondusif bagi memastikan isu kekurangan bekalan ayam ataupun telur ayam ketika ini dapat diatasi segera. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Pasir Gudang, soalan tambahan pertama.

final • 10:50 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah minta Yang Berhormat Menteri jelaskan sejauh manakah kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dengan Kementerian Pertanian dan Asas Tani serta Kementerian Kewangan untuk memastikan yang pertama, industri ternakan ayam di Malaysia dapat dimajukan.

Kedua, harga ayam dan telur mampu dibeli oleh rakyat. Ketiga, bekalan ayam dan telur terjamin, tidak terputus. Akhir sekali, kebergantungan terhadap subsidi dari kerajaan dapat dikurangkan beransur-ansur. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sila Menteri.

final • 10:50 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya kementerian-kementerian yang telah disebut oleh Yang Berhormat tadi iaitu KPDNHEP, MAFI dan juga Kementerian Kewangan sentiasa bersama dalam satu kluster untuk menangani masalah ataupun melihat kepada masalah sepertimana yang telah dibangkitkan tadi.

Selain daripada kluster kementerian-kementerian yang ini ada juga jawatankuasa-jawatankuasa yang lain sama juga melibatkan kementerian ini dan kementerian yang lain. Seperti mana mungkin Yang Berhormat sudah sedia maklum kita ada Jawatankuasa National Action Council on Cost of Living (NACCOL) dan kita ada Jihad

final • 10:50 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tangani Inflasi dan Kos Sara Hidup dan juga jawatankuasa teknikal di mana peringkat pegawai selalu berbincang bersama.

Kesemua masalah yang telah disebut tadi dibincangkan untuk mencari jalan bagaimana menstabilkan harga, menstabilkan bekalan dan juga bagaimana menangani masalah secara jangka panjang, untuk kita memastikan food security juga ataupun tidak selama-lamanya bergantung pada subsidi yang telah diberikan sebab tidak pernah dalam sejarah, kita difahamkan hanya sekarang.

Oleh kerana masalah sekarang sangat drastik, kerajaan buat banyak memberi subsidi. Hampir RM1 bilion untuk telur dan ayam pedaging sahaja. Jadi, kerajaan tidak hendak berterusan subsidi ini. Oleh sebab itu ada langkah-langkah telah dibincangkan juga secara terperinci. Yang Berhormat, oleh kerana masa tidak mengizinkan, mungkin kalau Yang Berhormat ingin sangat secara terperinci, kita boleh panjangkan jawapan atau penjelasan secara terperinci. Sekian.

final • 10:50 AM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Tuan Yang di-Pertua, Libaran.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan kedua saya jemput, sila Yang Berhormat Pontian.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ya, terima kasih.

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) diberitakan ada membuat laporan sama ada wujud kartel daripada 20 buah syarikat utama pengeluar ayam ini. Saya ingin bertanya kepada Menteri mengenai perkara itu.

Kedua, bijirin makanan ayam ini hampir semua diimport daripada Amerika Syarikat. Contohnya, jagung 80 peratus diimport daripada Brazil. Adakah usaha-usaha telah dilakukan untuk memastikan bijirin makanan ayam dikeluarkan di Malaysia supaya harga ayam lebih stabil? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Menteri.

final • 10:50 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pontian. Berkenaan dengan MyCC sebenarnya MyCC, saya difahamkan sebagai Menteri KPDNHEP telah siap membuat kajian dan juga segala siasatan.

Cuma Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab MyCC ini adalah suruhanjaya mungkin saya bukanlah sepatutnya mendedahkan apa yang telah temui di dalam kajian itu ataupun siasatan itu. Jadi jangan risau Yang Berhormat, saya difahamkan oleh MyCC mereka akan meneliti dan juga memperhalus segala-gala SOP mereka untuk mereka kemudiannya akan mendedahkan kepada umum.

final • 10:50 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Buat masa sekarang, mungkin saya bukanlah sepatutnya seorang yang boleh mendedahkan secara detail. Oleh sebab ini suruhanjaya ya. Kita faham MYCC. Akan tetapi memang kita difahamkan adalah masalah yang dikatakan tadi tetapi secara terperinci nanti biar kita tunggu MYCC akan buat pengumuman.

Jadi berkenaan dengan bijirin makanan dan sebagainya. Memang ini adalah pokoknya ataupun satu isu utama yang memang telah dibincangkan bagaimana untuk mengatasi masalah kebergantungan Malaysia kepada makanan ayam yang diimport secara besar-besaran. Kita tidak ada, tidak mencukupi. Kalau adapun sedikit sahaja makanan ayam dikeluarkan dalam negara sendiri sebab kita bergantung terlalu besar kepada import.

Jadi isu ini memang juga telah dibincangkan. Langkah-langkah tertentu diambil dari pelbagai pihak, agensi kerajaan untuk menangani masalah ini. Ini supaya suatu ketika kita tidak lagi bergantung ataupun terlalu bergantung kepada pengimportan bijirin makanan ayam. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Tuan Yang di-Pertua, Libaran.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sudah panjang masa jawapan telah diberikan. Saya ingin meneruskan dengan menjemput Yang Berhormat Cameron Highlands.

final • 11:00 AM

3. Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands] minta Menteri Pembangunan Luar Banar menyatakan apakah status terkini perbincangan bagi penyemakan semula Nota Persefahaman (MoU) di antara Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menambah baik aspek yang berkaitan dengan kebajikan pesakit Orang Asli di negara ini.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. *Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah mengadakan mesyuarat pada bulan Jun 2022 bagi penyemakan semula nota persefahaman (MoU) dengan Kementerian Kesihatan untuk menambah baik aspek yang berkaitan dengan kebajikan pesakit Orang Asli di negara ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, melalui mesyuarat pertama ini hasil perbincangan terdapat beberapa perkara yang tidak perlu dikekalkan di dalam MoU seperti perjawatan kerana MoU pada masa itu iaitu dalam bulan Julai, tahun 2011. Pada masa itu dibuat mengambil kira situasi semasa ketika itu. Asas perkhidmatan Kementerian Kesihatan adalah memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat termasuk Orang Asli. Manakala Jabatan Orang Asli (JAKOA) pula memberi perkhidmatan kebajikan yang berkaitan.

Persefahaman baharu dibuat dokumentasi berdasarkan isu atau permasalahan dan garis panduan yang terlibat dalam kandungan tersebut. Perkhidmatan pengangkutan untuk pesakit adalah berdasarkan garis panduan perkhidmatan pengangkutan mengikut kes yang berkaitan. Bengkel semakan semula MoU dan garis panduan yang lengkap akan diadakan pada bulan Ogos tahun 2022 ini setelah semua pihak melengkapkan garis panduan masing-masing mengikut isu dan pecahan kecil seperti tanah, aset, pengangkutan, pusat transit, balai rawatan dan lain-lain isu. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan yang pertama. Sila, Yang Berhormat Cameron Highlands.

final • 11:00 AM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Di bawah sub fasal 85(c), Perlembagaan Persekutuan, kerajaan perlu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat Orang Asli dengan memastikan keistimewaan masyarakat Orang Asli dari segi kebajikan, kesejahteraan, perlindungan, kesentosaan dan kemajuan dapat dijaga.

Soalan saya, adakah terdapat bayaran yang akan dikenakan kepada masyarakat Orang Asli di negara ini yang ingin mendapat perkhidmatan kesihatan, perubatan, pergigian dan juga rawatan daripada doktor pakar kerajaan. Jika ada, adakah pihak kementerian akan mencadangkan penambahbaikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia melalui MoU yang hendak dilaksanakan ini dengan memberi rawatan percuma kepada semua jenis rawatan yang diterima oleh pesakit daripada masyarakat Orang Asli ini. Mereka rata-rata adalah rakyat yang tidak berkemampuan.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

final • 11:00 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands. Sebenarnya dalam penambahbaikan yang akan dibincangkan pada Ogos ini antaranya ialah tentang kebajikan pesakit dan keluarga pesakit di Hospital Orang Asli Gombak. Ini termasuk pemberian makanan percuma, penyediaan alat sokongan perubatan, pergigian, bekalan diet khas secara percuma akan diteruskan di bawah tanggungjawab pihak Kementerian Kesihatan.

final • 11:00 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Satu lagi ialah faedah dan juga perkhidmatan sedia ada dikekalkan dengan penyelarasan dan diperhalusi di peringkat kementerian kami, KPLB melalui JAKOA dan di pihak KKM bagi memastikan penyampaian perkhidmatan lebih baik lagi, insya-Allah dan juga menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma kepada Orang Asli bagi tujuan kemasukan pelajar untuk belajar ke IPT dan bekerja dalam perkhidmatan awam.

Pemeriksaan kesihatan oleh doktor pakar adalah secara percuma melalui surat pengecualian bayaran daripada pihak JAKOA yakni guarantee letter (GL). Prosedur- prosedur perubatan yang memerlukan bayaran tambahan seperti pemasangan implan juga adalah di bawah tanggungjawab JAKOA. Keutamaannya kepada golongan B40.

Seterusnya iaitu tentang pengangkutan pula. Pengangkutan pesakit yang terlantar yakni bedridden dan yang dijangkiti wabak, penyakit berjangkit adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala temu janji ulangan yakni follow-up di bawah tanggungjawab JAKOA. Ini adalah antara penambahbaikan yang akan dimuktamadkan dalam perbincangan pada bulan Ogos ini. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan seterusnya Yang Berhormat Papar. Sila Yang Berhormat Papar.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kalau Yang Berhormat Cameron Highlands tadi bercerita tentang Orang Asli, saya pula dari Sabah bercerita pasal orang asal. Kebanyakannya orang asal di Sabah ini tinggalnya di pedalaman. Mereka ini ketinggalan daripada arus pembangunan. Ramai di antara anak-anak mereka tercicir dalam persekolahan. Ada yang tidak dapat meneruskan persekolahan disebabkan oleh jalan raya yang tidak baik, kenderaan yang tidak ada dan tempat sekolah yang begitu jauh.

Mereka juga tidak ada bekalan elektrik, tidak ada bekalan air dan kalau adapun rumah mereka kalau kita di dalam rumah, kita boleh melihat siapa di luar. Kalau kita di luar, kita boleh melihat siapa yang di dalam. Sewaktu kemarau ataupun tengkujuh, ramai di antara mereka ini susah kerana kerajaan tidak dapat mengagihkan bantuan makanan dengan segera.

Jadi, ramai lagi antara mereka ini mengadu kepada kita dan di sinilah kita mahukan kepada kerajaan terutamanya kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk melihat permasalahan mereka ini.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan, soalan.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Jadi saya sebagai wakil rakyat di tempat saya ingin kerajaan memberikan perhatian kepada orang-orang asal ini disebabkan oleh kehidupan mereka yang sangat tertekan. Jadi, saya mahu kerajaan dapat memberikan perhatian kepada orang-orang asal yang tinggal di pedalaman ini. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri satu minit.

final • 11:00 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Jadi soalan ini ada sedikit melenconglah daripada soalan asal. Akan tetapi ia berkaitan dengan orang asal. Kalau di Sabah dan Sarawak mungkin di Sarawak ada kaum Penan dan sebagainya. Mungkin di Sabah ada kaum Murut, Lundai dan sebagainya.

Jadi saya pun mengambil kesempatan di sini juga Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana kita ketahui JAKOA adalah termaktub untuk membantu mereka dalam Perlembagaan di mana orang Sarawak dan Sabah secara spesifik tidak disebut dalam Perlembagaan.

Akan tetapi seperti di Sarawak saya beri contohlah, Penan dijaga oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Saya juga yang sebenarnya apabila melihat perkara ini mungkin juga bantuan-bantuan yang seperti khusus diberikan kepada Orang Asli di Semenanjung ini mungkin kalau ia dapat juga dipanjangkan kepada Sabah dan Sarawak, di mana kedua- duanya di bawah jagaan negeri masing-masing sahaja.

final • 11:00 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Di sini mendapat bantuan direct daripada Kerajaan Persekutuan. Jadi saya pun yang sebenarnya bersama dengan Yang Berhormat Papar. Seharusnya selain daripada JAKOA, Orang Asli di Semenanjung, Federal Government dengan izin should also extend their help kepada orang asal di Sabah dan Sarawak, membantu kerajaan negeri membantu orang asal di Sabah dan Sarawak ini.

final • 11:00 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Dari segi kemudahan-kemudahan infrastruktur itu, memang betul ia juga tidak kurang bezanya daripada apa yang di sini juga terutamanya di kawasan Orang Asli. Insya- Allah, rasanya semua perkara ini dari— you talk about infrastructure, kita keep on fighting, menyuarakan, meminta, memohon di bawah Jabatan Jalan Perhubungan Desa, Bekalan Elektrik dan Bandar ini ataupun air alternatif dan sebagainya. Kita tidak berhenti-henti meneruskan permohonan kita melalui kerajaan negeri lah kalau ditujukan kepada KPLB.

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Ya, terima kasih.

final • 11:10 AM

4. Tuan R. Sivarasa [Sungai Buloh] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan nama dan bidang perniagaan syarikat Malaysia yang telah dari tahun 2019 hingga kini dikenakan Perintah Pelepasan Penahan (Withhold Release Order) atau perintah "Finding" oleh "Customs and Border Protection atau CBP" Amerika Syarikat, dan kedua, apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan untuk memastikan perintah "Finding" yang telah dikenakan kepada Sime Darby Berhad bertarikh 28 Januari 2022 akan ditarik balik oleh CBP Amerika Syarikat.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan soalan yang dibangkitkan, untuk makluman Dewan yang mulia, sejak dua tahun kebelakangan ini terdapat lapan buah syarikat Malaysia telah dikenakan perintah sekatan pelepasan, dengan izin, Withhold Release Order (WRO) oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat.

Syarikat-syarikat ini terdiri daripada pengeluar produk sarung tangan getah dan kelapa sawit. Pada tahun 2021, dua daripada lapan buah syarikat ini telah dilepaskan daripada perintah tersebut setelah mengambil langkah-langkah pencegahan dan tindakan sewajarnya bagi mengatasi perkara ini.

Hal ini termasuklah dengan membuktikan bahawa produk-produk yang dibuat, dihasilkan atau dikilangkan tidak melibatkan sebarang amalan buruh paksa. Bagi memastikan isu buruh paksa dapat ditangani secara teratur, Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia telah mengadakan lawatan ke Washington, Amerika Syarikat pada 8 hingga 13 Mei 2022.

Dalam lawatan itu, beliau telah bertemu dengan pihak-pihak berkepentingan seperti Jabatan Buruh Amerika Syarikat, Jabatan Negara Amerika Syarikat dan USCBP ataupun Customs and Border Protection, dengan izin. Semasa pertemuan ini, Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia telah mencadangkan supaya satu Jawatankuasa Kumpulan Kerja Bersama dapat ditubuhkan bagi memastikan adanya hubungan baik antara kedua-dua negara.

Cadangan ini disambut baik dan dipersetujui oleh United States Customs and Border Protection. Jawatankuasa ini dijadualkan untuk bertemu pada setiap tiga bulan.

Mesyuarat pertama akan diadakan pada 22 Ogos secara maya manakala mesyuarat yang kedua telah dirancang dan dipersetujui untuk dianjurkan secara fizikal di Kuala Lumpur pada Disember 2022.

Melalui Jawatankuasa ini, pelbagai program kerjasama dijangkakan dan dapat dijalankan. Antaranya program pembangunan kapasiti, perkongsian maklumat dan teknologi serta sesi dialog bersama pihak berkepentingan seperti kesatuan sekerja dan industri.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

Dalam masa yang sama, kementerian ada juga membuat pindaan terhadap beberapa undang-undang perburuhan bagi memastikan usaha membasmi amalan buruh paksa dapat dilaksanakan dengan lebih serius. Antara undang-undan yang telah dipinda adalah Akta Kerja 1955 [Akta 265] yang telah dimasukkan peruntukan berhubung buruh paksa dan akan dikuatkuasakan pada 1 September 2022 ini.

Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam memastikan majikan-majikan negara ini menyediakan perlindungan hak pekerja yang sewajarnya selaras dengan undang- undang perburuhan, domestik dan antarabangsa. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila Yang Berhormat Sungai Buloh.

final • 11:10 AM

Tuan R. Sivarasa - Sungai Buloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan itu. Isu ini bukan isu WRO dan finding yang baru-baru ini. Bukan satu cerita baru. WRO untuk Sime Darby, sebagai contoh, telah dikenakan pada Disember 2020 dan saya minta— Yang Berhormat Menteri belum jawab soalan saya secara lengkap sebab saya minta nama-nama syarikat disebut dalam jawapan.

Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri gagal buat. Jadi saya harap bila kita tanya, sebut nama dan bidang perniagaan. Bidang perniagaan disebut sarung tangan dan kelapa sawit tetapi nama syarikat tidak disebut. Soalan mesti dijawab dengan lengkap. Inilah tugas kita di Dewan Rakyat supaya maklumat disampaikan di Dewan yang mulia dan disampaikan kepada rakyat.

Saya balik pada soalan tambahan. Pada Disember 2020, CBP yang agensi kastam di Amerika Syarikat telah dapati ada reasonable, dengan izin saya baca, ada reasonable evidence dan demonstrating that the Sime Darby Plantation, inilah antara GLC terbesar kita, including its subsidiaries and joint ventures, *primarily located in Malaysia, harvested the fruit and produced the palm oil using forced labour.

So*, jadi ini sudah dua tahun lalu dan ini perkara serius sebab baru disebut oleh Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, ini serius hubungan kita dengan US dan Februari tahun ini, WRO dinaikkan pangkat kepada finding. Finding itu maksud dia macam perintah kekal di mana sekali lagi CBP kata there is sufficient information dengan izin to support a finding that Sime Darby Plantation and its subsidiaries are using forced labour on Sime Darby’s plantations to harvest fruit dan sebagainya.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 11:10 AM

Tuan R. Sivarasa - Sungai Buloh

Jadi saya faham selepas itu sahaja, sekarang kita sudah buat lawatan dan kita ada joint committee. Jadi bagi saya dua tahun setengah ini, banyak masa sudah berlalu. Sepatutnya Sime Darby sudah membetulkan apakah amalan yang diadu ini dan betulkan supaya WRO tidak dinaikkan kepada finding. Soalan saya secara spesifik, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, apakah jangkaan masa dari segi kementerian supaya Sime Darby Berhad, GLC premier kita ya, boleh selesaikan masalah mereka ini sepertimana yang dibuat oleh Top Glove. Top Glove sudah selesai dan finding dan WRO telah dibatalkan.

Jadi dalam jangkaan kementerian, bilakah kerajaan melalui kementerian akan bantu dan selesaikan masalah ini berkenaan Sime Darby sebab ini menjejaskan imej negara.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab satu minit.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Sungai Buloh. Ada empat soalan yang saya dapat catit daripada soalan tambahan ini iaitu pertama berkenaan dengan senarai, yang keduanya berkenaan dengan senarai nama yang telah kita bagi WRO kepada Sime Darby, yang ketiga berkaitan dengan kita dikekalkan dengan Tier 3, yang keempat bilakah akan selesai berkenaan dengan Sime Darby yang kita letakkan dalam senarai finding WRO. Jadi untuk senarai yang diminta

final • 11:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

oleh Yang Berhormat Sungai Buloh, insya-Allah saya akan menjawab secara bertulis sebab ini isu penting, isu melibatkan ekonomi.

final • 11:10 AM

Tuan R. Sivarasa - Sungai Buloh

Ya.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Saya akan menjawab secara senarai itu dalam syarikat-syarikat yang dibangkitkan itu dalam senarai bertulis. Saya tahu.....

final • 11:10 AM

Tuan R. Sivarasa - Sungai Buloh

Betul, tetapi lebih baik disebut di sini, di Dewan.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Saya akan jawab secara bertulis. Saya jawab isu penting...

final • 11:10 AM

Tuan R. Sivarasa - Sungai Buloh

Okey.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

...ini melibatkan isu ekonomi negara. Dia memberi kesan kepada pasaran saham dan sebagainya.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Jadi saya jawab bertulis, okey.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Boleh, boleh. Next.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Yang Berhormat Sungai Buloh. You faham kan bila saya sebut macam itu. Bukan saya tidak tahu, saya tahu soalan you itu.

final • 11:10 AM

Tuan R. Sivarasa - Sungai Buloh

Boleh.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Terima kasih. Berkenaan dengan Sime Darby, alhamdulillah kita sekarang, kita sudah ada dua buah syarikat yang telah dikeluarkan daripada senarai WRO. Jadi dia punya kriteria yang dibuat oleh dua buah syarikat ini, immediately take out from the listing, dengan izin.

So, kita akan menggunakan kaedah kepada syarikat yang disenaraikan untuk kita mengambil masa lebih kurang yang ditanya tadi, masa lebih kurang setahun untuk kita semak, siasat lagi apa-apa yang belum boleh dipenuhi. Akan tetapi insya-Allah kerjasama daripada syarikat-syarikat ini kepada Kerajaan Malaysia sangat-sangat baik, memberi kerjasama untuk kita mengambil tindakan supaya memberi satu kesan yang positif kepada ekonomi negara.

Jadi jangkaan masa, kita minta bersabar dalam masa setahun daripada sekarang kita akan dapat outcome nya. Insya-Allah terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Buloh yang membangkitkan perkara-perkara ini. Kita juga telah menyenaraikan...

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ringkaskan jawapan ya sebab masa.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

... 11 kriteria konsensus, komitmen ataupun persetujuan antara kita dengan negara yang meletakkan, yang membuat penilaian daripada segi finding WRO dan juga CBP ini. Jadi insya-Allah, 11 perkara ini kita telah menggunakan setiap satu perkara ini secara terperinci untuk memastikan supaya forced labour dan juga human trafficking ini tidak berlaku di dalam amalan buruh di Malaysia. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Soalan tambahan kedua. Sila, Yang Berhormat Julau.

final • 11:20 AM

Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sendiri pun ada berjumpa dengan CBP dua kali tahun ini. Di kali kedua, CBP ada bagi satu komitmen di dalam progress Sime Darby. Dia kata mungkin dalam setahun mereka boleh selesaikan isu findings. Akan tetapi, apabila Sime Darby hantar borang dokumentasi review ke USCBP, ada sekurang-kurangnya dua bulan CBP tidak ada take action, mengambil tindakan atas kes ini dan beritahu Sime Darby mengenai dokumentasi yang dihantar, sama sudah hantar atau belum.

final • 11:20 AM

Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

So, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri dari MOHR, how do you actually get involved in this process? Ini kerana selalu apabila saya tanya eksekutif Sime Darby, mereka deal directly dengan CBP, tidak melalui MOHR. So, walaupun MOHR ada satu jawatankuasa yang bersedia dengan US Government tetapi how much involvement kita dalam proses ini?

Lagi satu, CBP pun ada kata, their main request untuk Sime Darby dan companies dan sebagainya dalam WRO ataupun case finding, mereka minta weekly engagement dengan company syarikat itu untuk selesaikan proses. So, I want to know, how much involvement is MOHR involved in this? Thank you.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Julau. Sila, Yang Berhormat Menteri. Satu minit.

final • 11:20 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Terima kasih kepada sahabat dari Julau yang membangkitkan perkara dari segi konsensus di antara Kerajaan Malaysia dengan CBP.

Jadi, dokumentasi sekarang ini melalui Kementerian Sumber Manusia, bukan lagi dengan syarikat-syarikat yang disenaraikan.

Jadi, langkah-langkah yang kita ambil. Apabila kita ada satu libat urus dengan CBP dan juga dengan United States of America berkenaan dengan perkara-perkara yang telah dinilaikan oleh mereka, maknanya penilaian ini dibuat oleh mereka terhadap syarikat-syarikat yang ada di Malaysia, jadi kita membuat libat urus dengan syarikat- syarikat yang disenaraikan dengan CBP yang menyenaraikan blacklist kepada syarikat- syarikat yang ada di Malaysia ini. Jadi, tindakan kerajaan ialah menjalankan aktiviti pemeriksaan di semua syarikat yang disenaraikan.

Yang keduanya, pemeriksaan dan penguatkuasaan susulan secara bersepadu dilaksanakan. Kita menggunakan juga penguatkuasaan ATIPSOM yang giat dilaksanakan supaya perkara ini kita dapat selesaikan secepat mungkin. Oleh sebab itulah dua syarikat dari Malaysia yang disenaraikan itu dikeluarkan secara serta-merta kerana mematuhi. Itu yang kita kata syarikat kita ini, dia besar dan ambil masa.

Seterusnya, kita terus membuat satu tindakan yang drastik menubuhkan enam pasukan kerja teknikal bagi memfokuskan kepada subsektor-subsektor yang mudah terdedah kepada aktiviti buruh paksa di mana salah satunya di sektor perladangan sawit yang menjadi isu yang dibangkitkan oleh CBP.

Seterusnya, Kementerian Sumber Manusia juga telah membuatkan pembaharuan melalui penambahbaikan Akta Kerja 1955, Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pakej Pekerja 1990 iaitu Akta 446. Ini juga satu emphasizing, dengan izin, daripada Kementerian Sumber Manusia bagi kita hendak, satu, memanglah ada senarai yang diberi oleh CBP; yang kedua, kita sendiri memastikan supaya debt bondage ini tidak berlaku ataupun perhambaan kepada hutang-hutang yang ditanggung oleh para pekerja yang dibawa masuk ke Malaysia ini kita tidak akan benarkan supaya perkara ini berlaku.

Inilah perkara-perkara yang kita ambil supaya— kita tengok dalam Pelan Tindakan Nasional Berhubung Buruh Paksa 2021 (NAPFL) ini jelas menunjukkan kesungguhan dan komitmen kerajaan bagi membanteras elemen buruh paksa dan pemerdagangan orang di Malaysia. Bukan sahaja kerana kita disenaraikan. Sudah memang tanggungjawab kita. We are very committed to reduce, dengan izin, berkenaan dengan pekerjaan kita ini. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:20 AM

5. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Bachok] minta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah kanak-kanak yang belum mendapat suntikan vaksin dan apakah langkah-langkah Kementerian untuk memastikan semua kanak-kanak mendapat suntikan vaksin COVID-19.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

[Membaca sepotong doa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bachok.

PICKids telah dilancarkan pada 3 Februari 2022 di mana sehingga 26 Julai, seramai 1,797,078 atau 49.8 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan seramai 1,485,295 orang kanak- kanak atau 41.8 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19. Adalah dianggarkan seramai 1,518,773 orang kanak-kanak belum menerima suntikan. Daripada jumlah tersebut, seramai 294,750 orang kanak-kanak belum layak diberi vaksinasi kerana belum mencapai umur lima tahun.

Jadi, daripada 3.55 juta kanak-kanak, hari ini kita dapat lihat apabila kita telah menjalankan pemberian dos kedua lapan minggu setelah dos pertama, hanya 300 orang kanak-kanak satu hari yang mengambil dos pertama, lebih kurang anggaran 4,000 kanak- kanak satu hari mengambil dos kedua.

Jadi, oleh sebab itu kita dapat lihat peningkatan itu. Walaupun kita belum betul- betul mencapai 50 peratus tetapi dos kedua telah meningkat sehingga hampir-hampir 42 peratus. Bermakna kanak-kanak ini masih lagi dibawa oleh ibu bapa, dipersetujui oleh ibu bapa untuk mendapat dos yang kedua, melengkapkan dos.

Tuan Yang di-Pertua, bagi meningkatkan liputan imunisasi kanak-kanak, KKM sedang melaksanakan langkah-langkah bagi meningkatkan kesedaran, keinsafan ibu bapa dan masyarakat mengenai pentingnya pemberian vaksin kepada kanak-kanak bagi mencegah jangkitan yang serius dan juga untuk melindungi kanak-kanak kita daripada mendapat penyakit ini. Antara langkah-langkah yang telah dijalankan— Pertama, telah menyediakan pakar-pakar pediatrik dan kesihatan awam untuk memberikan maklumat kepada orang awam melalui televisyen. Malah saya sendiri juga telah hadir beberapa kali di stesen televisyen untuk memberikan penerangan dan memujuk ibu bapa supaya memberikan consent untuk menerima suntikan ini.

Keduanya, menghasilkan bahan-bahan pengiklanan pendidikan kesihatan dalam bentuk infografik, soalan lazim untuk ibu bapa dan video pendek untuk rujukan mereka.

Ketiganya, KKM telah juga bekerjasama dengan Immunise4Life bagi menghasilkan video mengenai jangkitan COVID-19 dan kepentingan imunisasi dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan juga loghat Pantai Timur.

Keempatnya, ibu bapa, kita galakan membawa anak-anak untuk mendapatkan janji temu imunisasi di klinik-klinik kesihatan berdekatan dengan rumah mereka.

Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang pertama. Sila, Yang Berhormat Bachok.

final • 11:20 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan jawapan yang agak jelas.

Kita sebenarnya masih berhadapan dengan isu keyakinan para ibu bapa terhadap keberkesanan suntikan vaksin terhadap anak-anak mereka. Kita tahu pihak kerajaan telah berusaha keras untuk memberi keyakinan tersebut.

Soalan tambahan saya. Dengan trend jangkitan baharu COVID-19 yang semakin menaik terutama di kalangan kanak-kanak di sekolah, apakah pihak kerajaan mempunyai langkah-langkah khas yang lebih tertentu, lebih khas bagi memastikan anak-anak diberi suntikan vaksin tanpa terhalang oleh keyakinan dan kemahuan ibu bapa mereka yang masih enggan walaupun kita tahu ia amat mengganggu persekitaran pendidikan anak- anak kita di sekolah?

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.

final • 11:20 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih atas keprihatinan. Yang Berhormat datang dari negeri Pantai Timur. Sepanjang kita buat program vaksinasi ini, Pantai Timur yang tidak dapat memberikan consent yang baik.

Hari ini di Pantai Timur, contohnya di Kelantan, hanya 16 peratus lebih, di Terengganu 20 peratus lebih dan di Sabah, satu lagi, di sana ialah 34 peratus. Ini adalah tiga negeri yang terkebawah yang tidak mencapai 50 peratus.

final • 11:20 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Jadi, kerajaan pertamanya kita meneruskan apa yang telah kita buat selama ini.

Memberi penerangan seperti yang saya sebut tadi dan juga kita hari ini demi melindungi anak-anak kita juga telah membuat ketetapan berkenaan dengan pemberian dos tambahan. Bermakna Tuan Yang di-Pertua, untuk menjaga supaya anak-anak ini tidak terkena ataupun tidak terkena yang serius.

Saya bagi keputusan dalam mesyuarat di KKM dengan cadangan daripada TWG, kanak-kanak yang berumur lima hingga 11 tahun yang dikategorikan sebagai moderate dan single immunocompromised, dengan izin memerlukan perlindungan tambahan.

[Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) **mempengerusikan Mesyuarat****] Pertama, pemberian dos tambahan bagi melengkapkan dos primer adalah lapan minggu selepas dos terakhir. Kedua, vaksin yang diluluskan bagi dos tambahan adalah tetap Comirnaty formulary kanak-kanak dan sehingga kini kita belum lagi mengesyorkan untuk dos penggalak bagi kategori ini. Sehingga kini, 988 orang kanak-kanak telah menerima dos tambahan vaksin COVID-19 dengan purata pengambilan 10 orang dalam sehari.

Tuan Yang di-Pertua, kita dapat lihat kalau dewasa itu sudah hampir 99 peratus dan remaja sudah lebih daripada 95 peratus tetapi kanak-kanak masih lagi pada tahap 50 peratus. Oleh sebab itu, soalan yang diberikan oleh Yang Berhormat Bachok sangat- sangat penting dan saya mengharapkan ibu bapa tampillah, berilah, saya pujuk dan rayu supaya kita dapat melindungi anak-anak kita daripada kes-kes COVID-19 yang sedang meningkat. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Tuan Yang di-Pertua, Libaran.

final • 11:30 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Jerai, Jerai.

final • 11:30 AM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Kalau mengikut di sini Yang Berhormat Bachok. Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 11:30 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya setuju bahawa masalah adalah keyakinan rakyat terutamanya ibu bapa terhadap vaksin kepada kanak-kanak yang mereka sayangi. Jadi soalan saya, sekarang kita ada lebih kurang 50 peratus telah mendapat, 41.8 peratus dapat vaksin. Ada lebih kurang separuh lagi belum dapat vaksin.

Jadi, bolehkah kementerian berikan satu data apakah kesan vaksin. Kebaikan vaksin bahawa yang dapat vaksin itu adakah statistik menunjukkan bahawa kanak-kanak itu tidak hospitalized, tidak mendapat kesan yang serius. Berapa peratus pula yang belum dapat vaksin itu, adakah mereka atau kanak-kanak itu mengalami sesuatu, berapa peratus yang mengalami hospitalization dan sebagainya? Itu soalan pertama.

Kedua adalah perlukah kanak-kanak kita mendapatkan bukan immunocompromised tetapi kanak-kanak biasa perlukah mereka dapatkan dos tambahan.

final • 11:30 AM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Bayan Baru ringkaskan.

final • 11:30 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Oleh kerana kita tahu selepas mungkin enam bulan, dia punya effectiveness telah menurun. Mohon penjelasan daripada kementerian.

Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Ada banyak data dari luar negara tetapi saya tidak ada bersama dengan saya hari ini yang menunjukkan bahawa kepentingannya melebihi daripada kemudaratan.

Walau bagaimanapun, kita dapat lihat sejak bulan Februari sehingga kini, laporan daripada NPRA, 3,248,298 dos telah diberikan kepada kanak-kanak Comirnaty dan juga CoronaVac. NPRA menerima 500 laporan AEFI yang mana 491 adalah daripada Comirnaty dan sembilan daripada coronavac. Daripada 500 ini, hanya 31 yang serius dan mereka semua masuk hospital telah diberikan rawatan dan sudah keluar, sudah sihat.

Kebimbangan kita sekarang ini Tuan Yang di-Pertua ialah kes naik sekarang ini.

Masuk hospital naik, masuk PKRC naik, penggunaan katil naik, penggunaan ventilator naik, R-naught naik. Hari ini yang masih stabil mungkin bilangan kematian. Semalam 10 contohnya COVID-19 hari ini. Kebimbangan kita ialah penurunan ataupun dengan izin, waning immunity selepas enam bulan dan ini berlaku juga kepada kanak-kanak.

Seperkara lagi ialah tentang sub-lineage variant. Varian ini mutasi sub-lineage BA.4 dan BA.5 sudah ada di Malaysia dan kes ini disebabkan varian-varian yang lebih mudah menular. Oleh sebab itu tadi saya bagi keputusan yang diambil oleh KKM melalui nasihat TWG supaya kanak-kanak diberikan dos tambahan. Dos tambahan ini Tuan Yang di-Pertua adalah melebihi untuk melengkapkan dos primer.

Hari ini dos primer dos pertama, selepas lapan minggu dos kedua. Selepas itu empat minggu, kita bagi dos ketiga iaitu dos tambahan. Itu dinamakan dos tambahan untuk memperkasakan lagi imunitinya, menghalang daripada penyakit yang serius ataupun terkena jangkitan COVID-19. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Libaran.

final • 11:30 AM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Libaran untuk soalan tambahan. Terima kasih kepada Menteri yang telah memberi jawapan yang begitu baik sekali.

Maklumat daripada laman web covidnow.moh.gov.my, untuk negeri Sabah didapati kadar vaksinasi untuk kanak-kanak yang berumur lima hingga 11 tahun dan juga remaja yang berumur 12 hingga 17 tahun berada di tahap kedudukan yang rendah sekali.

Ini berbanding dengan negeri-negeri lain, malah kadar penggunaan alat bantuan pernafasan ABP dan ICU juga menunjukkan trend menaik.

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan apakah usaha kerajaan untuk mempercepatkan proses vaksinasi di Sabah serta usaha sama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk menjalankan tugasan vaksinasi ketika ini. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:30 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat Libaran yang prihatin tentang data yang saya sebutkan tadi juga. Sebenarnya kanak-kanak memang antara yang terendah ialah negeri Sabah tetapi tidak bermakna staff kita di KKM Sabah dan mereka yang terlibat dalam pemberian vaksin ini tidak bekerja, malah mereka telah bekerja dengan begitu hebat sekali.

Saya ucap tahniah dan terima kasih kepada mereka tetapi dengan izin Tuan Yang di-Pertua, as what we said, we work very hard but there is no arm to be injected. Kita hendak— tidak ada sebab ibu bapa tidak bagi consent, that is number one. Number two, kalau di Sabah khususnya, Sabah ini luas, bukan macam Perak, bukan macam Melaka, ia luas. Mereka terpaksa pergi, terpaksa buat outreach ke dalam, ke dalam, ke dalam dan

final • 11:30 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

ada di antara orang yang di dalam tidak tahu pun contohnya dos satu PICKids telah kita tamatkan pada 31 Mei hari itu. Sampai tidak tahu itu.

Oleh sebab itu saya bagi peluang kepada mereka untuk mendapatkan vaksin dengan kebenaran daripada Pengarah JKN. Seperti yang saya katakan tadi, kita terus buat usaha-usaha ini supaya dapat meningkatkan lagi peratusan pemberian vaksin di negeri-negeri yang rendah seperti di Sabah, Terengganu dan Kelantan.

Jadi saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat dan saya hendak nyatakan bahawa kerjasama di antara JKN dan juga negeri adalah sangat-sangat baik dan sangat memberangsangkan. Saya haraplah mereka dapat tampil lagi untuk mendapatkan suntikan demi mengelak masalah yang lebih besar lagi. Terima kasih.

final • 11:30 AM

6. Tuan Lim Kit Siang [Iskandar Puteri] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada kempen Home Ownership Campaign (HOC) yang dijalankan berjaya dalam mengurangkan jumlah rumah yang tidak terjual sebelum ini dan berapakah jumlah jualan yang direkodkan.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Iskandar Puteri atas keprihatinan tentang keperluan rumah negara.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kempen Pemilikan Rumah (Home Ownership Campaign) dengan izin dan Program Pemilikan Rumah (Home Ownership Programme) merupakan pendekatan yang hampir sama diambil oleh KPKT dalam meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat. HOC dilancarkan dalam 2019 dan tamat pada 31 Disember 2021.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan Kempen Pemilikan Rumah dengan memperkenalkan Home Ownership Programme (HOPE) yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 15 Julai 2022 yang lalu yang merupakan pendekatan yang lebih komprehensif bagi melihat ekosistem keseluruhan perumahan menerusi empat komponen utama iaitu penyediaan perumahan, pembiayaan, program dan polisi.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Berdasarkan data dari Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), bagi data awalan suku pertama tahun 2022, terdapat sebanyak 35,592 unit rumah siap dibina tidak terjual yang bernilai RM22.45 bilion. Ini menunjukkan terdapat sedikit penurunan berbanding suku keempat tahun 2021 iaitu ketika itu sebanyak 36,863 unit rumah siap dibina tidak terjual yang bernilai RM22.79 bilion.

Kerajaan juga telah bersetuju untuk meneruskan kempen HOC pemilikan rumah ini pembelian rumah pertama bernilai RM500,000 dan ke bawah sehingga 31 Disember 2025. Sehingga kini, kempen ini telah melibatkan penjualan sebanyak 117,538 unit rumah dengan nilai jumlah RM92.5 bilion melibatkan diskaun sebanyak RM15.8 bilion.

Bagi mendukung HOC, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa Majlis Pelancaran HOC dan Karnival Jual Beli Rumah pada 15 Julai yang lalu, telah mengumumkan Insentif Pemilikan Perumahan Keluarga Malaysia (i-MILIKI) yang melibatkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama secara berperingkat iaitu:

(i) bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, insentif pengecualian duti setem adalah sebanyak 100 peratus; dan

(ii) peringkat kedua bagi rumah berharga melebihi RM500,000 hingga RM1 juta, insentif pengecualian sebanyak 50 peratus.

Pengecualian ini adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh mulai 1 Jun 2022 hingga Disember 2023. Oleh yang demikian, adalah menjadi

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

harapan kerajaan melalui usaha-usaha yang telah dilaksanakan melalui HOC ini, kebanyakan kediaman yang tidak terjual dapat dipadankan dengan pembeli bersesuaian yang berhasrat untuk memiliki rumah. Ini sekali gus diharap dapat merancakkan aktiviti jual beli hartanah kediaman bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Iskandar Puteri

Ada masa lagi. Rekod Jabatan Perangkaan baru-baru ini, ada merekodkan 1.9 juta daripada 9.6 juta buah kediaman di seluruh negara tidak didiami. Ini menunjukkan penambahan 700,000 buah kediaman apabila dibandingkan dengan 10 tahun dahulu. Adakah ini menunjukkan kelemahan kempen ini? Apakah langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini?

final • 11:40 AM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Iskandar Puteri, sebenarnya melalui kempen yang kita lakukan termasuklah HOC yang baru-baru ini, kita telah dapat menurunkan jumlah rumah yang tidak terjual ini.

Contohnya, kempen yang baharu ini kita telah menjual sejumlah 1,271 unit rumah.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, sebenarnya maklumat yang ada pada Yang Berhormat ini tidak tahu di mana Yang Berhormat perolehi tetapi dalam rekod yang ada pada kita bahawa jumlah projek perumahan yang ada di negara swasta ini sebanyak 3,391 dan jumlah keseluruhan unit rumah ada dalam rekod ini terlalu detail untuk saya perkatakan termasuklah projek rumah yang belum mula, projek lancar mengikut jadual, projek sedikit lewat, projek sakit dan juga terbengkalai.

Jadi, pelbagai insentif telah pun diberikan oleh kerajaan dalam kita memastikan supaya rumah-rumah yang tidak dijual ini dapat dijual dengan segera termasuklah memberikan insentif seperti mana yang saya sebutkan tadi iaitu Insentif Pemilikan Rumah Keluarga Malaysia (i-MILIKI) dengan memberikan pengecualian perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga Disember 2023 bagi RM500,000 ke bawah sebanyak 100 peratus dan RM500,000 hingga RM1 juta ialah 50 peratus.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, statistik Yang Berhormat berikan kepada saya itu, saya akan semak semula dan kita akan pastikan bahawa usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan melalui pelbagai insentif yang telah dibuat akan dapat memastikan supaya rumah-rumah yang tidak dijual dapat diturunkan bilangannya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Jerai, Jerai.

final • 11:40 AM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Kemaman.

final • 11:40 AM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 11:40 AM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Silakan Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 11:40 AM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama, berkenaan dengan PR1MA. Saya difahamkan PR1MA ada banyak rumah yang tidak terjual. Berapa jumlahnya dan berapa nilainya? Pernah saya bertanya dengan CEO PR1MA, katanya dulu 20,000 unit tidak terjual di merata tempat. Berapa nilainya?

Kedua, kalau ia tidak terjual empat, lima tahun, what is the cost of interest? Beratus juta interest cost yang terpaksa ditanggung oleh PR1MA. Daripada menanggung interest cost itu, lebih baiklah dijual dengan murahnya rumah-rumah itu. Then, tidaklah pihak PR1MA hendak menanggung interest cost. Kalau katakan tadi disebut RM2 bilion, RM2 billion at 10 percent a year, maknanya RM200 million. Kalau five years, RM1 billion interest cost. Kalau sudah dijual dengan lebih awal dengan harga yang murah, semua interest itu terselamat daripada tanggungan pihak PR1MA ataupun kerajaan.

final • 11:40 AM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat, sila ringkaskan soalan.

final • 11:40 AM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jadi, bolehkah pihak kerajaan mempertimbangkan itu? Think business sedikitlah ya. Okey.

[Ketawa]

final • 11:40 AM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Pasir Salak atas keprihatinan. Sebenarnya, rumah-rumah yang tidak dijual ini bukan sahaja rumah-rumah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tetapi juga terlibat dengan rumah-rumah swasta dan rumah-rumah yang lain.

Dalam konteks Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kita ada tiga buah agensi yang lebih tepatlah. Bagi PR1MA, sebenarnya saya hendak katakan tidak terjual saya ingat market perumahan PR1MA ini agak baik, Yang Berhormat Pasir Salak.

Cuma...

final • 11:40 AM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Biar betul. Saya check.

final • 11:40 AM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Nanti, nanti Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sebelum saya cakap, saya check dulu.

final • 11:40 AM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Cuma begini Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Walaupun saya penyokong kerajaan, tidak bermaknanya saya hendak bersetuju semua yang dicakapkan itu. Kalau tidak betul, tidak betullah.

final • 11:40 AM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Saya tidak...

final • 11:40 AM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

I’ve spoken to CEO PR1MA.

final • 11:40 AM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Okey, okey Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Berapa ribu unit rumah yang tidak terjual and you— do you have the figure? Show us.

final • 11:40 AM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Ya, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Spesifik. Kalau boleh mencelah, menyambut Yang Berhormat Pasir Salak. Bagi contoh satu sahaja Yang Berhormat. Di Alor Gajah kawasan saya.

final • 11:40 AM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Melaka ya?

final • 11:40 AM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Di Melaka, projek itu sudah lima tahun, sudah siap tetapi tidak terjual. Tingkap sudah hilang, pintu sudah hilang dan sebagainya hilang. Ini menanggung kos lagi yang disebutkan tadi. Apakah perancangan kerajaan untuk memastikan orang yang sepatutnya menerima kediaman yang selesa— apakah perancangan kita untuk memastikan unit ada tetapi tidak ada orang?

final • 11:40 AM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Okey, okey. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh saya mencelah di sini...

final • 11:40 AM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya rasa sewakan kepada pendatang asing sahajalah, dapat duit.

final • 11:40 AM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

final • 11:40 AM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Pendatang asing need accommodation.

final • 11:40 AM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]

KDN tidak benarkan.

[Ketawa]

final • 11:40 AM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Jadi sebab itu, saya sebut Yang Berhormat Pasir Salak, terima kasih banyak. Sebenarnya kita ada jumlah unit terjual PR1MA sebanyak 36,751 unit dan yang belum terjual Yang Berhormat ialah 10,386 unit.

final • 11:40 AM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Banyak itu, 10,000 itu.

final • 11:40 AM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Ya, ya.

final • 11:40 AM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tadi kata 2,000 ke 3,000. Eleh, apa ini Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 11:40 AM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Tidak, saya tidak sebut 2,000 Yang Berhormat, saya tidak sebut tadi Yang Berhormat. Minta maaf, saya tidak sebut.

[Ketawa]

final • 11:40 AM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Ringkaskan jawapan, masa sudah cukup.

final • 11:40 AM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Jadi, kalau ikut nilai yang ada market value yang ada pada saya Tuan Yang di-Pertua ialah RM2 bilion. Memang saya setuju dengan apa yang disebukan oleh Yang Berhormat...

final • 11:40 AM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

RM2 billion interest one year, how much?

final • 11:40 AM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Ya, ya.

final • 11:40 AM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Bagi jawapan bertulis.

final • 11:40 AM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Saya setuju Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Interest, it’s a lot of money you know. RM400 million a year you tanggung kos, duit pinjam daripada bank.

Kalau tidak dari bank, daripada MOF. MOF pun bukan free money.

final • 11:40 AM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Saya setuju Yang Berhormat. Jadi sebab itulah HOC ini yang baru kita lancarkan...

final • 11:40 AM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Chairman baharu itu, siapa?

[Ketawa]

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Antara pendekatan yang kita ambil untuk memastikan supaya rumah-rumah ini bukan sahaja rumah swasta tetapi rumah yang di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Jabatan Perumahan Negara, di bawah PRIMA, di bawah SPNB dapat dijual.

final • 11:50 AM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Menteri, sila gulung.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Antaranya macam PRIMA RTO

(rent-to-own), maknanya kita bagi dia sewa dahulu dan akhirnya adalah sistem dia Yang Berhormat, kita bagi sewa lepas itu akhirnya kita jual rumah itu. Jadi, nak pastikan semua rumah itu akhirnya dimiliki walaupun mereka bayar sewa pada awalnya. Jadi, saya terima pandangan Yang Berhormat. Insya-Allah kita akan terus agresifkan tindakan...

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Macam itulah Yang Berhormat Timbalan Menteri. Setuju.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Saya akhiri jawapan. Terima kasih banyak.

final • 11:50 AM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Satu lagi soalan.

final • 11:50 AM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Jerai.

final • 11:50 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya sehubungan dengan Yang Berhormat Pasir Salak tadi. Kebanyakan rumah tidak terjual adalah kerana harga yang terlalu tinggi. Adakah benar dakwaan masyarakat bahawa ia adalah strategi pemaju yang mahu menekan kerajaan untuk menjual rumah-rumah ini

final • 11:50 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

kepada warga asing demi mengaut keuntungan berlipat kali ganda ekoran ketidakstabilan mata wang negara? Sekian.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerai. Saya tak pernah dengar ini. Kita memang tidak benarkan, tidak izinkan rumah-rumah kita diberikan atau dijual kepada pekerja asing, bahkan mereka sewa pun kita akan ambil tindakan. Sebab itulah kita ada pengurusan perumahan strata dan sebagainya yang kita nak pastikan supaya rumah-rumah yang kita bina ini akan dimiliki ataupun diperolehi oleh rakyat tempatan.

Jadi insya-Allah Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah Yang Berhormat Jerai, kita akan pastikan supaya penyelewengan terhadap pemilikan dan sebagainya— sebab itu kita ada tindakan. Kita ada usaha-usaha mengemaskinikan tindakan terhadap pemaju- pemaju ini termasuklah mereka blacklist ataupun membatalkan terus lesen mereka daripada kerja-kerja pembinaan rumah yang sama ada melibatkan rumah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga rumah-rumah yang lain kerana mereka terpaksa mendaftar dengan kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

7. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah pihak kementerian mempunyai perancangan bersama Kerajaan Negeri Sarawak untuk membangunkan sistem pengangkutan awam di negeri Sarawak khususnya di kawasan-kawasan luar bandar demi membantu orang ramai supaya mereka turut mempunyai peluang untuk akses kepada kemudahan pengangkutan awam yang meluas.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Dato’ Henry Sum Agong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Julau. Tuan Yang di-Pertua, dalam aspek perancangan dan pembangunan satu sistem pengangkutan awam yang berkesan, sudah tentunya perkara ini memerlukan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak yang berkuasa termasuk pihak kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan sesuatu lokasi itu.

Dalam hal ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) sentiasa bekerjasama dengan semua pihak termasuklah pihak Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOT Sarawak) dan lain-lain pihak berkepentingan di Sarawak. Pada masa ini, MOT dan MOT Sarawak sedang mengadakan perbincangan berterusan mengenai cadangan untuk mewujudkan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) di Kuching, Sarawak.

Sesi perbincangan telah diadakan antara kedua-dua pihak pada sebelum ini dan pihak MOT pada masa ini sedang menunggu cadangan akhir daripada pihak MOT Sarawak mengenai skop dan laluan perkhidmatan, aspek pengoperasian, aspek kewangan dan lain-lain perkara berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan SBST tersebut. Kesemua perkara ini masih lagi di peringkat perbincangan dan akan dimuktamadkan apabila semua maklumat telah diterima dan dikaji secara bersama oleh kedua-dua belah pihak.

Selain daripada itu, program SBST Kementerian Pengangkutan juga melaksanakan program Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) di negeri Sarawak yang melibatkan sebanyak 11 operator, seterusnya memberikan manfaat kepada penduduk luar bandar. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tadi ada dengar daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Beliau katakan ini untuk bas tetapi saya nak bertanya, adakah kajian untuk termasuk van dan mungkin kereta macam Hilux di dalam kawasan pedalaman. Bukan sahaja di dalam bandar, di Kuching ataupun bandar-bandar lain tetapi di kawasan pedalaman.

Ini kerana saya boleh nampak macam kawasan Julau, saya ada 600 buah rumah panjang dan di sana ada ramai orang yang dalam kategori B40 yang tidak ada kereta ataupun tidak ada kenderaan lain untuk pergi pasar dan kadang-kadang dari kawasan mereka macam Bandar Sarikei, mereka mungkin ada bayar sampai RM60 ataupun RM70 untuk tambang ulang-alik sahaja.

final • 11:50 AM

Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

So, ini bukan khas untuk kawasan macam Julau sahaja. Kita kira kawasan Kapit, Hulu Rajang, Lawas ataupun Baram. Ini semua adalah isu yang besar dan saya nak tanya, apakah perancangan ataupun strategi untuk kawasan pedalaman. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato’ Henry Sum Agong

Terima kasih Yang Berhormat Julau. Apa yang di- highlight-kan oleh Yang Berhormat tadi, itu akan dibincangkan dengan MOT Sarawak seperti mana yang saya katakan tadi. Akan tetapi bagi SBST Sarawak ini, di Kuching dan di KK, pada masa yang sama, BD bersama LPKP Sarawak telah pun memulakan sesi perbincangan. Ini yang saya katakan tadi, apa yang diusulkan oleh Yang Berhormat itu mungkin dapat kita bincangkan bersama dengan pihak Kerajaan Negeri Sarawak dan juga Sabah berkaitan dengan pelaksanaan program SBST ke negeri berkenaan.

Dalam hubungan ini, BD mendapati pelaksanaan program SBST ke Kuching adalah lebih praktikal, boleh dilaksanakan dan mempunyai potensi yang tinggi mengambil kira akan tahap pembangunan, keadaan infrastruktur jalan, tahap permintaan dan kedudukan sosioekonomi di Sarawak. Selain itu, telah terdapat perjanjian. Ini dulu ada perjanjian SBST dengan Kuching sebelum ini, namun telah dibatalkan oleh pemerintahan kerajaan terdahulu sebelum ini. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

8. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [Muar] minta Menteri Kesihatan menyatakan status perkembangan terkini kebenaran dan penggunaan kanabis perubatan

(medical cannabis) di Malaysia. Apakah langkah kerajaan untuk:

(a) menggalakkan pihak industri dan institusi akademik dan penyelidikan untuk menjalankan kajian berhubung keberkesanan kanabis perubatan; dan

(b) membentuk perbezaan antara kanabis, medical cannabis dan hemp dalam perundangan dan urus tadbir negara.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Soalan yang sangat penting.

Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 telah sedia membenarkan keluaran yang mengandungi ekstrak kanabis untuk diimport, dijual, dibekal atau diguna bagi tujuan perubatan, penyelidikan atau percubaan klinikal bagi tujuan perubatan tertakluk kepada pematuhan kepada keperluan undang-undang tersebut.

Setakat ini tiada percubaan klinikal ke atas apa-apa keluaran yang mengandungi ekstrak kanabis bagi tujuan perubatan sedang dijalankan di Malaysia. Justeru, Kementerian Kesihatan amat-amat mengalu-alukan sebarang permohonan untuk menjalankan percubaan klinikal ke atas keluaran yang mengandungi ekstrak kanabis untuk apa-apa tujuan perubatan di Malaysia.

Berhubung cadangan untuk membezakan antara kanabis, medical cannabis dan hemp daripada aspek perundangan, perkara ini adalah bergantung pada hasil dapatan Jawatankuasa Induk Pembangunan Industri Kanabis dan Ketum bagi tujuan perubatan yang ditubuhkan oleh KKM selaras dengan keputusan Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 13 April 2022 dan seterusnya keputusan Jemaah Menteri terhadap hasil dapatan tersebut.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Tuan Yang di-Pertua, jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan dengan keanggotaan terdiri daripada semua kementerian dan agensi berkaitan, termasuklah Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, bertanggungjawab untuk mengkaji serta merangka hala tuju pembangunan industri cannabis dan ketum bagi tujuan perubatan.

Jadi, saya mengucapkan tahniah. Saya difahamkan Kaukus ini yang diketuai oleh Yang Berhormat sendiri, telah berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

dan mendapat sokongan yang baik dan juga telah berjumpa dengan- ada keputusan daripada Yang Berhormat Menteri tentang kepentingan ini dan bersedia untuk perkara ini.

Dalam mesyuarat pertama yang diadakan 25 hari bulan Julai, hari Isnin, rangka kerja pendaftaran ataupun framework for registration, dengan izin, pendaftaran cannabis ini akan dikeluarkan pada hujung tahun ini, insya-Allah. Oleh itu, keperluan untuk meminda Akta Dadah Berbahaya 1952 berhubung dengan kawalan cannabis dan hemp, termasuklah mewujudkan tafsiran berbeza bagi cannabis dan hemp adalah bergantung kepada keputusan Jemaah Menteri terhadap hasil dapatan jawatankuasa.

Jadi, jawatankuasa ini telah diputuskan dan diwujudkan juga Jawatankuasa Teknikal yang mengandungi semua kepakaran untuk membantu supaya menyelaraskan semua dan dapatan ini akan dibawa ke MGM dan akan dibuat keputusan oleh Kabinet.

Dalam pada itu, sekiranya terdapat pihak yang mempunyai bukti saintifik yang mencukupi untuk menggunakan keluaran yang mengandungi ekstrak kanabis bagi tujuan perubatan, pihak berkenaan boleh mengemukakan permohonan pendaftaran keluaran tersebut kepada pihak berkuasa kawalan dadah dan seterusnya untuk dipasarkan di Malaysia.

KKM tidak menolak kajian terhadap keberkesanan kanabis perubatan. Malah, sekiranya ada keluaran yang berkaitan perubatan kanabis yang telah diluluskan penggunaannya di negara luar, syarikat boleh mendaftarkan keluaran tersebut di Malaysia. Jadi, kita ini sebenarnya Yang Berhormat, kita memang ketinggalan.

Kita dapat lihat banyak negara, lebih kurang 40 buah negara di luar sana telah memberi kebenaran. Thailand telah memberi kebenaran sebab mereka ada data mereka sendiri, contohnya. Jadi, kita di sini terkebelakang dan KKM sedia untuk melihat perkara- perkara baharu ini.

Kita tahu bahawa hemp ini adalah sangat berguna dan hemp untuk perubatan sangat berguna, malah telah digunakan untuk merawat epilepsy, untuk merawat kanser, untuk merawat depression, untuk menjadi harm reduction program untuk dadah dan sebagainya. Jadi, kalau kita duduk di takuk lama, maka kita tidak akan pergi ke mana- mana*. If you plant a paddy, you cannot get the weed.

So*, hari ini sampailah masanya, saya pun berdapat bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang dengan penubuhan jawatankuasa induk ini dan hala tuju dan keprihatinan Yang Berhormat-Yang Berhormat semua, maka kita harap perkara ini dapat dibawa ke dalam negara kita satu ketika nanti, terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Itu jawapan yang sangat baik dan progresif. Saya berharap dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi nama baik negara kita. Oleh kerana bukan sahaja negara jiran di Thailand telah jauh ke hadapan tetapi di Indonesia pun telah memulakan proses untuk membenarkan kelulusan, bukan sahaja industrial hemp tetapi juga medical cannabis. Akan tetapi soalan tambahan saya ini. Saya faham proses kelulusan itu akan memakan masa dan mungkin pada tahun depan baharu dapat di roll out. Akan tetapi adakah kementerian akan lihat interim solution bagi mereka yang kini telah mengambil medical cannabis dan ada doktor-doktor yang bersedia untuk prescribe. Ini bukannya beli dekat black market. Doktor sedia hendak prescribed tetapi kalau ikut undang-undang pada hari ini, doktor itu boleh diambil tindakan jenayah dan penerima itu boleh diambil tindakan jenayah juga. Saya agak yakin Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau tanya, ada ramai ibu bapa yang ada anak-anak, yang ada masalah kesihatan mental, epilepsy, ADHD yang kini telah gunakan medical cannabis itu. Doktor berikan walaupun secara haram tetapi boleh diambil tindakan jenayah.

Saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kementerian Kesihatan Malaysia boleh bekerjasama dengan Pejabat Peguam Negara. Sambil kita luluskan secara rasmi, show sympathy and compassion kepada mereka yang kini mengambil untuk tujuan perubatan sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih Yang Berhormat. Saya amat memahami kebimbangan dan kerisauan, keprihatinan Yang Berhormat dan mungkin ramai lagi yang ada di sini. Walau bagaimanapun, kita terikat dengan undang-undang yang telah lama ada dan kita perlu membuat pindaan.

Sekarang ini kita telah, seperti yang saya sebut tadi, kita telah bergerak ke depan dan kita akan pergi secepat mungkin. Perkara yang disebut oleh Yang Berhormat itu saya akan bawa juga dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk nanti. Oleh sebab kita perlu akur.

Kita ialah parti kepada Single Convention on Narcotic Drugs 1961.

Jadi, kita kena akur, ada perkara-perkara yang kita kena akur. Seperti yang saya katakan tadi, sudah lama perkara ini. Hemp ialah kata orang, nasib malang hemp sebab hemp ini sangat berguna untuk kebaikan industri dan juga perubatan. Akan tetapi hemp datang daripada kanabis, ia berkongsi dengan marijuana yang mempunyai TAC yang sangat tinggi, yang ada psikotik elemen dalam perkara itu.

Jadi, hari ini bila kita sebut ganja, bila kita sebut kanabis, orang jadi takut terus.

Oleh sebab apa? Orang punya minda ini sudah rosak, ini sudah rosak. Sebenarnya mereka yang terlibat dalam perkara ini, mereka ialah pesakit yang perlu bukan ditangkap, dipenjarakan tetapi mereka perlu diambil untuk mendapat rawatan seperti Yang Berhormat kata, banyak juga doktor-doktor yang bersedia, terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tanya?

final • 12:00 PM

Datuk Seri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh?

final • 12:00 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Pasir Mas, dia bangun dahulu.

final • 12:00 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Cuma, apabila saya bercakap bagi pihak Parlimen saya di Pasir Mas yang bersempadan dengan Thailand. Masalah utama antara yang besar yang kami hadapi bila berdepan dengan anak-anak muda ialah isu air ketum yang masuk secara berleluasa ke Parlimen kami di Pasir Mas yang bersempadan dengan Sungai Golok, yang cukup-cukup sempit, panjang dan payah untuk dikawal.

Jadi soalnya, dalam hal ini saya kira kerajaan perlu mengambil sikap yang berhati- hati, mengambil kira apa yang berlaku pada hari ini. Cumanya, saya perhatikan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ialah kementerian terbuka, kementerian sentiasa menunggu kajian dan sebagainya.

Tidakkah ada tindakan di pihak kerajaan sendiri untuk memulakan kajian, apa- apa seminar, apa-apa lawatan ke Thailand dan sebagainya untuk melihat isu ini secara lebih spesifik, membuat satu keputusan yang tuntas dan betul-betul jitu serta tidak boleh dipersoalkan selepas daripada ini? Terima kasih.

final • 12:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih Yang Berhormat. Hari ini kita sebenarnya sembang tentang kanabis. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Induk ini adalah untuk melihat hala tuju, bukan sahaja kanabis, malah juga ketum. Ketum juga dalam perbincangan dalam Jawatankuasa Induk yang dibentuk ini.

Cuma, pada ketika ini, fokus kita kepada kanabis sebab soalan yang timbul banyak seperti yang dibangkit oleh Yang Berhormat tadi bahawa ada yang mereka ini yang telah mengambil secara haram kan? Sudah kena tangkap, jadi masalah. Bukan mereka jahat, ini maksud saya sebab untuk rawatan perubatan.

Oleh sebab itu, ini kita membuat fokus dahulu. Ketum ini kalau dekat utara itu memanglah kan, gedung. Saya dengar Padang Terap tetapi saya tidak pastilah kawasan mana yang paling banyak ketum dan sebagainya tetapi penggunaannya sudah lama orang minum ketum ini.

Akan tetapi kalau penggunaan secara abusive, secara salah, maka mendatangkan kemudaratan. Kita macam saya kata, kita tidak ada undang-undang lagi.

Kita ada undang-undang di bawah undang-undang racun. Kita tidak ada undang-undang

final • 12:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

untuk mengawal. Oleh sebab itu, hari ini Jawatankuasa Induk ini ditubuhkan untuk memperkemaskan dan menyelesaikan dan memberikan hala tuju perkembangan ketum di negara kita juga ini. Terima kasihlah Yang Berhormat, walau bagaimanapun.

final • 12:00 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Berikutan soalan selanjutnya, soalan terakhir, Datuk Seri Bung Moktar bin Radin.

final • 12:00 PM

9. Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan adakah perancangan kementerian dalam menaik taraf jalan-jalan luar bandar dalam kawasan Parlimen Kinabatangan yang kebanyakannya tidak dapat dilalui ketika musim tengkujuh.

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. *I’m looking for my glass.

[Ketawa] It’s okay.* Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kementerian mengambil maklum akan keperluan masyarakat luar bandar, terutamanya di Sabah yang memerlukan kemudahan infrastruktur, khususnya jalan-jalan luar bandar yang masih jauh ketinggalan.

Untuk makluman Yang Berhormat, sepanjang Rancangan Malaysia Ke-11 dan Rancangan Malaysia Ke-12 sehingga tahun 2022, sebanyak 10 projek jalan luar bandar di Parlimen Kinabatangan telah diluluskan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM886.88 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 3 projek telah siap, empat projek dalam pembinaan dan tiga projek berstatus tender lantikan perundingan dan proses reka bentuk.

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Untuk makluman Yang Berhormat juga dalam proses mereka bentuk jalan luar bandar aspek keadaan bentuk muka bumi dan import teknikal berkaitan paras banjir daripada Jabatan Pengairan dan Saliran akan diambil kira. Ini bagi memastikan jalan yang dibina atau dinaik taraf kelak adalah selesa, selamat dan boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan dalam semua keadaan cuaca.

Dalam hal ini sekiranya terdapat keperluan mendesak bagi menaik taraf jalan- jalan luar bandar yang kerap ditenggelami air, memang seperti biasa adalah diminta kepada Yang Berhormat boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada Unit Perancang Ekonomi negeri Sabah. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Soalan pertama.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya amat berterima kasih kepada kerajaan dan kementerian sebab tidak meminggirkan kawasan luar bandar.

Walau bagaimanapun Kinabatangan ini keluasannya besar iaitu bersempadan dengan tujuh Parlimen di Sabah dan sudah tentu banyak lagi jalan yang belum berturap, masih dikira jalan tanah liat ataupun jalan kayu balak. Jadi, apakah kementerian akan juga mungkin mempertimbangkan untuk mempertingkatkan jalan-jalan yang sebegini pada masa akan datang? Terima kasih.

final • 12:10 PM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana yang apa disoal oleh Yang Berhormat, pada masa ini terdapat dua projek di Parlimen Kinabatangan selain daripada yang 10 tadi yang dipohon di bawah RP3, Rancangan Malaysia Kedua Belas iaitu projek menaik taraf Jalan Pelangi, Kampung Sinar Jaya, Kinabatangan. Dengan skop menaik taraf jalan sepanjang 10 kilometer dan sebuah jambatan serta projek naik taraf Jalan Imbang Kenang-kenangan, Tongod, Sabah dengan skop menaikkan taraf jalan sepanjang 25 kilometer dan tiga buah jambatan.

Terdapat 21 projek di bawah RP1 yakni yang tahun lepas di bawah Program Jalan Perhubungan Desa (JPD) di Parlimen Kinabatangan telah diluluskan bagi tahun 2021 melibatkan peruntukan berjumlah RM7.5 juta telah siap sepenuhnya.

final • 12:10 PM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Manakala bagi tahun 2022 ini di bawah RP2 terdapat sembilan lagi projek JPD diluluskan dengan kos sebanyak RM3 juta yang mana satu projek siap sepenuhnya dan lapan lagi projek masih dalam pelaksanaan. Ini adalah di antara jalan-jalan yang masih lagi untuk cover banyak lagi seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat tersebut.

Terima kasih.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Soalan tambahan, Tuaran.

final • 12:10 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Last, yang berdiri dahulu, Yang Berhormat Tuaran.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kementerian mempunyai data sepenuhnya tentang berapa panjang lagi kah jalan-jalan di luar bandar di negeri Sabah yang perlu di naik taraf?

Oleh sebab semua jalan ini adalah jalan rakyat negeri dan sepertimana yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Kerajaan negeri memang tidak mencukupi, tidak mempunyai dana yang cukup untuk menaik taraf. Jadi, perlu diambil daripada Persekutuan khususnya daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Jadi, ini bererti bahawa bajet itu perlu dibuat setiap tahun supaya akhirnya kita dapat menaik taraf kesemua jalan ini. Persoalannya ialah adakah database atau pangkalan data? Kedua, lepas itu keutamaan, sepertimana yang saya pernah tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa keutamaan pada pandangan saya ialah jalan-jalan raya menuju ke sekolah-sekolah rendah dan sebagainya.

Jadi, kalau jalan-jalan raya menuju ke sekolah itu yang belum dinaik taraf berapa panjang lagi, berapa kilometer lagi dan sebagainya? Terima kasih.

final • 12:10 PM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran.

Memang sebelum ini Yang Berhormat pernah bertanya, memang kita mempunyai data tetapi tidaklah sepenuhnya sebab data yang sepenuhnya mestilah datang daripada peringkat negeri juga, di bawah perancangan negeri masing-masing dan dihantar kepada KPLB. Dari sanalah kita capture semua jalan yang diperlukan, yang mengikut keutamaan negeri juga.

Jadi pada masa ini kita memang sudah ada sebahagian daripadanya dan saya rasa senarai ini akan tetap bersambung-sambung, tidak akan habis. Malahan dalam perlaksanaan pun kadang-kadang terpaksa banyak juga projek sambungan.

Tentang data ini bagi kita, keutamaan itu dari negeri dan juga daripada wakil rakyat sendiri yang lebih memahami kawasan masing-masing. Jadi, kita memerlukan bantuan dari sana especially on the keutamaan ini sebagaimana yang saya jawab tempoh hari tentang jalan. Sekolah di hujung jalan di kawasan Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan untuk hari ini.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) (NO.3) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga DAN USUL PENYATA JAWATANKUASA PILIHAN KHAS MENGKAJI RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) (NO.3) 2022

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” [27 Julai 2022]

final • 12:10 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Sesi sambung, berikut adalah senarai-senarai pembahas pada hari ini dijangka akan berakhir pada petang ini.

Bermula dengan Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Pokok Sena dan jika ada masa kita akan cuba beri kepada Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Lembah Pantai. Dua untuk standby. Kita mulakan silakan Yang Berhormat Baling.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Keluarga Malaysia. Alhamdulillah terima kasih kerana memberi peluang dan ruang kepada Baling untuk berbahas untuk menyokong dan mendukung penuh kepada Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Bera semalam.

Tuan Yang di-Pertua, perbahasan saya ini untuk melihat balik dalam Perkara 49 yang mana saya hendak menceritakan apa yang telah berlaku. Apakah permasalahan yang telah berlaku kepada rakyat jelata selaku pengundi. Siapakah sebenarnya yang telah dianiayai dan di khianati? Oleh siapa?

Justeru, saya ingin nyatakan bahawa pelompat parti atau orang yang melompat parti tetapi tiada tindakan dikenakan kepada pihak yang menerima individu yang melompati parti tersebut. Contoh, kesalahan rasuah, jika tiada penerima maka tiadalah yang memberi. Kalau hendak ditahan, penerima pun ditahan, pemberi pun ditahan.

Lompat parti ini yang menerima maka tiada yang melompat. Kalaulah diadakan faktor ataupun cara kaedah yang sama. Maka saya ingin mencadangkan supaya pindaan Perlembagaan dipinda dan ditambahkan dengan memasukkan supaya mana-mana parti dalam pengalaman yang kami ada. Contohnya, mana-mana parti yang pergi meloncat bukan en bloc atas sama parti, dia masuk parti satu lagi.

Saya pohon supaya presidennya, timbalan presidennya, naib-naib presidennya ataupun peringkat tertinggi yang membuat keputusan untuk menerima seseorang itu juga harus kosongkan kerusinya. Tidak kisah dia Ahli Parlimen ataupun daripada ADUN. Ini kerana tidak ada berlaku, hari ini kita melihat apa yang telah berlaku selama ini. Isu lompat melompat sehingga hari ini kita terdapat banyak masalah.

final • 12:17 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Saya juga turut mencadangkan supaya dimasukkan juga dalam klausa di dalam Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan pendaftaran parti politik ini sama ada dibatalkan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) atau ambil tindakan.

final • 12:17 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ini kerana the flood gate, dengan izin, was opened by whom? By Yang Berhormat Langkawi. Like it or not, we call a spade, a spade. Dalam agama Islam pun menyatakan, “Bercakaplah kamu benar walaupun pahit untuk didengar.” [Membaca sepotong Hadis] Jadi, kita kena cakap yang betul.

Hari ini mengapa saya cadangkan pindaan-pindaan ini perlu dibuat adalah kerana perbuatan melompat parti ini ialah tindakan mengkhianati rakyat. Saya hendak perbahasan saya ini rakyat dengar, bukan Dewan Rakyat ini. Dewan Rakyat, semua sudah tahu. Loncat tidak loncat, gaji serupa. Naik pangkat lagi ada. Yang merana adalah rakyat. Rakyat kena tahu pengkhianat-pengkhianat ini siapa. Mengkhianati parti dan mencemarkan sistem demokrasi berperlembagaan yang ada.

Akibat daripada kerajaan yang dibentuk daripada pengkhianatan ini, maka akhirnya mereka juga mengkhianati di antara satu sama lain yang kemudiannya menyebabkan kestabilan politik gagal dicapai. Kalau kita tengok dari sudut ekonomi, hari ini Indonesia dahsyat. Kita kena memberi pujian yang tertinggi kepada Indonesia.

Sepatutnya kita sudah sampai matlamat kita.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas

[Bangun]

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Sekejap bos, sekejap. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, seorang Perdana Menteri meletakkan jawatan kerana tidak mahu menunaikan janji yang dibuat bersama parti gabungan sebelum PRU. Malah manifesto-manifestonya harus dilaksanakan. Saya bagi contoh jelas, very loud and clear. Call a spade a spade. Yang Berhormat Port Dickson, I respect you, Sir. Tengok ini apa yang berlaku. Ini carta dia... [Sambil menunjukkan sekeping gambar] Carta dia, Pengerusi dia ialah Yang Berhormat Langkawi. Ketua Umumnya, Yang Berhormat Port Dickson. Timbalan Presidennya, kalau you tengok, masa itu Yang Berhormat Pandan. Sekarang ini, kalau kita tengok lagi, Timbalan-timbalan Presiden I, Yang Berhormat Bagan, my good friend; Yang Berhormat Kota Raja, my big brother.

Semuanya ada dalam ini. Naib Presidennya— Yang Berhormat Jerlun, DAP, Yang Berhormat Pulai dan Yang Berhormat Pulai, sahabat saya. Bendaharinya juga Yang Berhormat Ipoh Barat. Yang Berhormat Ipoh Barat Bendaharinya. See, what happened?

Bila mana peletakan jawatan yang dilakukan oleh Yang Berhormat Langkawi pada waktu itu, sepatutnya dalam perjanjian yang ada dibuat, Yang Berhormat Pandanlah jadi Timbalan Perdana Menteri. Kenapa tinggal dan tiba-tiba faks masuk ke istana, Menteri Dalam Negeri, waktu itu Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Pagoh pun tidak tahu ada peletakan jawatan.

Jadi bila perkara ini sudah berlaku, bila Perdana Menteri sudah meletak jawatan kerana tidak mempercayai di antara satu sama lain, maka berlakulah lompat-melompat, bergabung dan sebagainya. Apabila lompat-melompat ini, saya hairan. Saya hairan.

Betul-betul saya hairan, Yang Berhormat Port Dickson. At least you ada cakap, Yang Berhormat. Yang lain-lain— Yang Berhormat Ipoh Barat kah, Yang Berhormat Bagan kah, Yang Berhormat Kota Raja kah, semualah yang hebat-hebat, tidak pernah sekali berani tegur Yang Berhormat Langkawi di dalam Dewan yang mulia ini kerana kesalahan dan kesilapannya kerana telah mengkhianati rakyat.

[Tepuk] Bukan mengkhianati sahabat- sahabat ini. Ini tidak penting. This one will come and go. Rakyat tetap akan mengundi di bawah sana. Trust me. Rakyat yang dikhianati.

Hari ini berlaku semua ini. Kakanda Yang Berhormat Sungai Petani, betul atau tidak? Ini berlaku kerana siapa? Kerana Yang Berhormat Langkawi seorang. Why can’t you all stand up and speak out? Tidak ada! Ini tidak, “Tebuk atap” “Pintu belakang”, “Pintu tepi”. Semalam pun masih ulang perkara yang sama.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Natijah yang dilaksanakan oleh Yang Berhormat Langkawi. Semalam Yang Berhormat Langkawi bangun berbahas, minta lagi orang meloncat. Kalau besok ada pilihan raya, kita kena loncat untuk menubuhkan kerajaan demi kestabilan. Apa dia?

Yang Berhormat Langkawi ialah bapa loncat. Daripada UMNO, duduk dalam UMNO, Perdana Menteri, dimuliakan oleh UMNO, akhirnya dia marah kepada beberapa orang, apa berlaku? Masuk Bersatu, jadi pengerusi. Selepas itu, dia tipu, dia mengkhianati kawan-kawan dalam Bersatu. Hari ini Pejuang. Saya tidak tahulah Pejuang atau ‘puja wang’, saya pun tidak tahu. Akan tetapi, inilah yang berlaku hari ini.

Jadi, saya ingin menyarankan kepada rakan-rakan, I think cukuplah. Kita sudah tahu apa yang berlaku. Hari ini, rakyat sudah menilai. Rakyat sudah tahu sudah pilihan raya akan datang siapa mereka hendak pilih. Mereka tidak mahu kepimpinan yang tidak mempunyai stabiliti, kepimpinan yang begini, kepimpinan yang takut. Akan tetapi, dalam Parlimen semua jadi hero, semua menjerit-jerit supaya rakyat tahu dia buat kerja. Akan tetapi hakikatnya, apabila berlaku pada Yang Berhormat Langkawi meletakkan jawatan, tidak ada siapa tegur sampai ke hari ini. Sampai ke semalam tidak ada teguran.

Jadi, saya hendak tanyalah kepada semua. Saya kesian pada kakanda saya.

Yang Berhormat Kota Raja berada di Sweden atas urusan negara. He wanted to go and discuss about our MINDEF, our military, our keselamatan. Sama juga dengan sahabat saya Yang Berhormat Ipoh Barat berada di Bangladesh hendak bincang macam mana hendak bawa pekerja-pekerja asing yang bermasalah besar di sana. Di sini, Perdana Menteri letak jawatan. Timbalan Presiden pun tidak tahu. Bendahari pun tidak tahu. What is this?

Inilah satu-satunya yang rakyat— bukan sekadar rakyat, rakan-rakan kita di luar negara pun takut datang untuk melabur dalam negara. Keluar lagi ada. Kerana apa?

Kerana rakan-rakan dalam Pakatan Harapan tidak berani.

Silakan. Sorry.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Semalam saya juga sebut iaitu bahawa kita bersetuju untuk menjadi pembangkang lima tahun dan kita tidak pernah pun merancang untuk hendak menjatuhkan Kerajaan PH. Malah kita menunggu-nunggu pelantikan Yang Berhormat Port Dickson untuk menjadi Perdana Menteri.

Jadi, apabila saya sebut Yang Berhormat Langkawi punca ini, Yang Berhormat Jerlun kata jangan salah kepada Yang Berhormat Langkawi sebab dia kata Yang Berhormat Langkawi ini sudah hilang majoriti. Jadi, saya hendak tanya, hilang majoriti ini, kita pun tidak tahu. Apa pandangan Yang Berhormat dalam hal ini?

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Pertama sekali, lima tahun itu kita sudah standby. Kita mengalu-alukan. Kita meraikan Yang Berhormat Port Dickson menjadi Perdana Menteri. Why not? Kita sudah bersedia untuk lima tahun jadi pembangkang walaupun, Yang Berhormat Port Dickson, kita digodam, masuk lokap, diugut dan sebagainya. That is your favorite word. Yang mana you tahu diugut, dimasukkan lokap dan sebagainya. Saya sendiri ada pengalaman 12 malam. But it is okay kerana kami tidak mahu mengkhianati rakyat kami. Kami pun sama macam Yang Berhormat Port Dickson. Semangat kekuatan kita begitu jitu. Kerana apa? Kita taat kepada rakyat kita yang percaya kita.

Akan tetapi dalam hal ini, saya setuju lima tahun sepatutnya kita sudah ready.

Sepatutnya dalam Parlimen ini diputuskan, bukan di luar. Tiba-tiba faks surat. That’s what I was saying. Mereka ini tidak berani. Parti pembangkang yang ada sekarang ini tidak berani. Hanya berani di dalam Dewan.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Rakyat sana kena tahu. Rakyat sudah tahu hari ini rakyat tahu mereka tidak berani.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Baling.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ini hanya bising dalam Dewan. Macam mana kalau Yang Berhormat Langkawi dia tidak berani tegur, hendak jaga rakyat, hendak bela rakyat? I don’t think so. You cannot.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Baling.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Itu yang hakikatnya. No, no.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Baling, sedikit.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Silakan.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Baling. Kami dalam PSC yang sama. PSC Kesihatan, Sains dan Inovasi.

Cuma, atas perkara ini, Yang Berhormat Baling, saya mengharapkan Yang Berhormat Baling jujur ya dengan kenyataan dan fakta. Semalam kita dengar Yang Berhormat Jerlun membuat penjelasan dan disambut oleh Yang Berhormat Muar. Yang Berhormat Muar merekodkan perkara ini detik demi detik verbatim dalam videonya.

final • 12:20 PM

Seorang Ahli

Betul.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Lalu, kalaulah parti yang berpakat untuk meninggalkan koalisi Pakatan Harapan dan pengerusinya sudah tidak ada lagi kelayakan kerana telah hilang majoriti...

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Kuala Selangor, I got your point. I got your point. Okey, okey.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

...Apakah yang paling layak untuk Yang Berhormat Langkawi meletakkan jawatan? Itu sebenar-benarnya kejujuran.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Okey. All right, all right.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Okey, saya hendak bagi tahu...

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Jangan selewengkan kenyataan ini, Yang Berhormat Baling. Please.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Saya hendak bagi tahu. Dalam...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya memberi ruang. Jadi, berbahas ya.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Masa saya diganggu tadi. Saya setuju apa Yang Berhormat Kuala Selangor sebut sebab parti Yang Berhormat Kuala Selangor memang intact, memang tidak berpecah, tidak lari mana- mana. Saya menyatakan bahawa tidak menegur seorang Perdana Menteri yang datang daripada coalition government daripada Yang Berhormat Langkawi itu. Itu maksud saya.

These people, they don't have guts to tegur.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Siapa kata tidak tegur ini? Siapa kata, Yang Berhormat Baling?

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

No. Di dalam Dewan ini. Okey, cukup, cukup.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

You may not know the fact, Yang Berhormat Baling. Please, check on your fact.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tidak apalah.

final • 12:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Baling, sila gulung.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Itulah hakikat.

Whatever it is...

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Periksa fakta sebelum membuat tuduhan.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Baling, sila gulung ya. One minute.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Jangan kacau saya. Saya akan gulung. Natijah yang telah berlaku. What I am saying is rentetan what has happened. Rakyat di luar sana kena tahu kenapa jadi begini. Rakyat tidak tahu. “Apa tebok lubang ini, Datuk?”,”Tebok dinding ini, Datuk.” “Apa dia panjat bumbung, Datuk?”

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kerajaan jatuh kerana Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Baling.

Please say that.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

No, no, no.

Kerana Yang Berhormat Langkawi.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

How you may know fakta...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Kuala Selangor, this floor belongs to Yang Berhormat Baling. Biar Yang Berhormat Baling selesaikan. Yang Berhormat boleh masa Yang Berhormat nanti berdebat atau mencelah rakan-rakan Yang Berhormat nanti ya. Sila duduk. Sila duduk. Sila duduk.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:30 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Kuala Selangor boleh mencelah. Ya.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Terima kasih

final • 12:30 PM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Baling, teruskan. One minute dan gulung.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Saya tidak bagi sesiapa mencelah, saya hendak gulung. Please Tuan Yang di-Pertua.

Jadi pada hari ini, apa yang saya nyatakan tadi adalah hakikatnya. Sir, call a spade,a spade like what you used to say, so I take pinjam your word. Apa yang saya cakap ini benar tetapi bila perkataan benar, orang sakit telingalah hendak dengar. Jadi, saya hendak beritahu apa yang berlaku pada hari ini kepada negara kita.

Negara kita lebih 61 tahun diperintah dengan baik, dijaga dengan baik, mempunyai wawasan, hala tuju, matlamat, Orang Asli, orang India, orang Melayu, orang Cina, orang Kadazan, semua dapat manfaat atas hasil perjuangan 61 tahun lebih parti yang memerintah terdahulu. Bila jadi tahun 2018, rakyat hendak cuba, hendak cuba try tengok...

final • 12:30 PM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Yang Berhormat, boleh saya mencelah?

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Apa yang diberikan kepada mereka ini dan akhirnya...

final • 12:30 PM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Petaling Jaya duduk. There are a few minutes only.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Akhirnya, ini yang berlaku, natijah yang saya sebutkan tadi kerana semua terbukti. Walaupun kami dihina, kami didakwa, kami dilokap, semua demi kesetiaan terhadap rakyat. Kami tidak akan mengkhianati rakyat demi agama, bangsa dan negara. Itu yang kita hendak.

Jadi kepada rakyat di luar sana, apa yang saya sebutkan dengar baik-baik. Saya sebutkan natijah apa yang berlaku pada hari ini ialah kerana kerosakan, kesilapan yang tidak mempunyai matlamat, hala tuju, persahabatan yang tidak tulen, persahabatan tidur sama bantal, mimpi berlain-lain. Ini yang telah berlaku kejadian ini kerana Yang Berhormat Langkawi dan Kerajaan Pakatan Harapan pada waktu itu.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Macam Muafakat Nasional lah.

final • 12:30 PM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Gombak lah.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Justeru, parti yang berasaskan kepada kesetiaan, kestabilan dan kemakmuran iaitu Barisan Nasional lah yang wajib rakyat menyokong dan mengundi.

[Tepuk] Dengan itu, Baling memohon menyokong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Kerosakan dilakukan oleh Yang Berhormat Pekan. Kerosakan dilakukan oleh Yang Berhormat Pekan.

final • 12:30 PM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat, berikutannya, dipersilakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Kulim juga bangun untuk ikut membahaskan berkenaan rang undang-undang larangan bertukar parti. Sebelum saya masuk kepada hujahan saya Tuan Yang di-Pertua, saya berkenan sangat dengan hujahan sahabat saya dari Baling iaitu berani menegur.

Oleh kerana Yang Berhormat Baling berani menegurlah, maka kita tengok kesannya terhadap skandal rasuah 1MDB yang menyebabkan rakyat tolak Barisan Nasional.

final • 12:32 PM

[Dewan ketawa]

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Selama 60 tahun, 60 tahun Barisan Nasional memerintah, akhirnya pada bulan Mei 2018, rakyat tolak.

Tuan Yang di-Pertua, apa dia elephant in the room pada moment itu?

[Tepuk] Apa yang menyebabkan wajah hodoh terpalit kepada negara? Kalau tidak kerana skandal 1MDB. Kalaulah kekuatan, kesungguhan dan keikhlasan...

final • 12:32 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Saudara Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu boleh saya tanya?

final • 12:32 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

...Yang Berhormat Baling menegur Yang Berhormat Pekan pada waktu itu, percayalah Barisan Nasional masih menjadi kerajaan.

final • 12:32 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 12:32 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Sila.

final • 12:32 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Bukankah waktu itu pimpinan PAS diketuai oleh Yang Berhormat Tuan Ibrahim Tuan Man, minta penerangan daripada Arul Kanda soal skandal 1MDB. Selepas itu, keluar daripada penerangan itu PAS kata, “Kami puas hati penerangan 1MDB tidak ada masalah”. Minta komen sedikit.

final • 12:32 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Betul.

Waktu itu menjelang pilihan raya. Parti Islam menghantar delegasi menemui ketua pegawai eksekutif. Kemudian, dengan bangganya membuat pengumuman bahawa setelah mendengar penjelasan, Parti Islam sangat berpuas hati 1MDB tidak ada salah silapnya.

Jalan ikut tertib dan ini merupakan satu usaha yang baik. Ada beberapa orang anggota Jemaah Menteri pada waktu itu— saya kena sebut. Yang memanggil pendekatan berbeda secara faktanya. Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Pagoh, apa jadi?

Mereka dikeluarkan daripada parti.

final • 12:32 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 12:32 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Itu sekurang-kurangnya harga teguran yang mereka bayar. Saya tidak dengar Yang Berhormat Baling tegur kemudian dikeluarkan daripada parti.

final • 12:32 PM

[Dewan riuh]

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 12:32 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Oleh sebab itu, bila saya hendak sebut— nanti sekejap Yang Berhormat Pasir Mas, rakan saya nanti.

Yang Berhormat Pasir Mas sudah bahas semalam pun. Sudah bahas.

final • 12:32 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tidak, saya hendak sebut. PAS tidak keluar...

final • 12:32 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Biar saya teruskan. Jangan ambil masa saya.

final • 12:32 PM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Pasir Mas, duduk.

final • 12:32 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Tidak boleh. Baik.

final • 12:32 PM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Bagi ini laluan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 12:32 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, yang Yang Berhormat Baling menyebut itu sasarannya Yang Berhormat Langkawi. Akan tetapi proses yang berlaku sebelum Yang Berhormat Langkawi mengambil tindakan untuk melepaskan jawatan.

Saya tidak mahu mempertahankan Yang Berhormat Langkawi, banyak perkara saya tidak setuju. Rakan-rakan dalam PH tahu bahawa ini kita suarakan pandangan kita, bantahan kita, kekesalan kita dalam mesyuarat-mesyuarat Pakatan Harapan. Itu Yang Berhormat Baling tidak payah tahu sebab dia tidak dalam kelambu kami. Oleh sebab itu, saya biarkan andaian retorik, saya tidak ada masalah. Akan tetapi yang kita hendak sebut adalah apabila secara terbuka, isunya adalah mengambil alih kerajaan. Jalannya apa?

Pilihan raya.

Pada bulan Mei 2018, rakyat Malaysia ini pilih siapa jadi kerajaan? Pilih Pakatan Harapan sebab kita mempunyai sokongan yang cukup, itu hakikatnya. Selepas 22 bulan berlaku pelbagai manipulasi, gerakan dan sebagainya di sebalik ada perjanjian yang sah, bertulis dan kami terus pertahankan dokumen yang merupakan konsensus dan memang ada tindakan dan perbuatan untuk mengelak daripada perkara itu berterusan ataupun berjalan.

final • 12:32 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Akan tetapi, apabila ada di kalangan kita yang memilih untuk keluar. Istilah yang sopan keluar, istilah ramai rakan-rakan guna adalah khianat. Khianat apa? Khianat mandat rakyat, itu khianatnya. Apakah ada kesan baik daripada perbuatan itu? Tidak.

Tidak ada kesan baik. Politik terus tidak stabil, ekonomi negara tidak ada yang membanggakan, rakyat terus terkesan, legitimacy kerajaan terus dipersoalkan.

Ada ketikanya darurat terpaksa diisytiharkan untuk sambung nyawa dan hayat politik. Saiz Kabinet XXXL, sebab apa? Hal ini sebab hendak jamin sokongan supaya sebuah kerajaan itu masih boleh diteruskan. Habuan politik, jawatan GLC semua pakat dapat habuan. Tujuannya apa? Tujuannya ia satu bentuk political reward, aku bagi kamu, kamu sokong aku.

Ini tidak boleh kita tutup dan tidak boleh kita selindung. Yang Berhormat Langkawi ada sahamnya, itu tidak akan kita pertahankan sama sekali. Tidak akan. Soal Yang Berhormat Langkawi letak jawatan tanpa berunding dengan ketua-ketua parti, kita tidak akan nafikan sama sekali. Apa perlu kita nafikan?

final • 12:32 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Thank you sir.

final • 12:32 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Kita tidak perlu nafi. Saya pun tidak perlu terima kasih Yang Berhormat Baling sebab kekuatan menegur itu tidak adapun ketika hendak tegur Yang Berhormat Pekan.

final • 12:32 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

You tidak tahu.

You tidak tahu.

final • 12:32 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Kalau tidak, kita tidak berlaku sampai sekarang. Oleh sebab itu, Tuan Yang di-Pertua..

final • 12:32 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Pagoh tegur. Yang Berhormat Semporna tegur.

final • 12:32 PM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Baling.

final • 12:32 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Semporna tegur kena pecat. Yang Berhormat Baling tidak kena pecat sebab tidak tegur.

final • 12:32 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tidak tegur?

Oleh sebab ditegurlah hari ini wujudnya kerajaan itu.

final • 12:32 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Baling cium tangan Rosmah sahaja. Cium.

[Ketawa] Oleh sebab itu, Tuan Yang di-Pertua saya hendak sebut begini, semalam ada celahan Yang Berhormat Beaufort kepada Yang Berhormat Port Dickson berkenaan dengan usaha pada tahun 2008. Saya waktu itu dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Yang Berhormat Port Dickson pada masa itu Permatang Pauh dan Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang pada masa itu Iskandar Puteri dan Tanjung— Gelang Patah, saya tidak ingat, Yang Berhormat Ipoh Timur, kemudian Yang Berhormat Marang. Kami bersama-sama dan pada ketika Yang Berhormat Kepala Batas menjadi Perdana Menteri, apa yang kita buat?

Kita bincang bahawa kalau ada keperluan untuk kita hendak ambil alih kerajaan.

Saya dan Yang Berhormat Sungai Petani berjumpa dengan Tuan Yang di-Pertua di Sabah pada waktu itu, Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar, mantan minta pandangan.

final • 12:32 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Katanya, kalau jalan mengambil alih kerajaan itu adalah melalui peraturan mesyuarat dalam Dewan, itu tidak akan berlaku. Sebab ia cuma ada pada Peraturan Mesyuarat 18 dan Peraturan Mesyuarat 27. Peraturan Mesyuarat 18, Tuan Yang di-Pertua budi bicara. Peraturan 27 ini satu usul biasanya urusan kerajaan didahulukan. Jadi, kami menjawab persoalan pokok. Hendak ambil alih kerajaan hendak buat dalam Dewan atau di luar Dewan. Majlis Pakatan Rakyat masa itu kata dalam Dewan.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Siapakah yang boleh panggil sidang Dewan? Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri.

Surat telah ditulis. Ditandatangani oleh Yang Berhormat Marang, oleh Yang Berhormat Port Dickson sekarang dan juga oleh Yang Berhormat Iskandar Puteri, saudara Lim Kit Siang. Menulis kepada Perdana Menteri meminta supaya dipanggil Sidang Khas Parlimen untuk Satu Usul Undi Tidak Percaya dikemukakan. Itu saluran tertib yang kami buat, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih. Sedikit pencelahan.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Silakan.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Surat memang ditulis pada Perdana Menteri. Usul bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya. Ditandatangani oleh saya selaku Presiden Keadilan, saudara Lim Kit Siang sebagai Setiausaha Agong DAP dan Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS.

Perdana Menteri pada masa itu jawab tidak perlu. Dia enggan mengadakan dan dia jawab selepas Majlis Tertinggi UMNO mengatakan tidak perlu. Jadi, kita pada masa itu terbatas tindakan kita kerana kita hendak ikut jalur perlembagaan, Tuan Yang di- Pertua. Dalam lompangan masa daripada September itu sehingga sidang 13 Oktober.

Itulah pesawat khas dibawa ke Taiwan untuk belajar pertanian. Di situlah ada percaturan sehingga orang-orang yang telah bersetuju dengan Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Gelang Patah pada masa itu telah beralih pandangan.

Saya ingat penjelasan ini dapat disahkan kerana saudara Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu memang melihat dan membawa surat ini ke Pejabat Perdana Menteri.

Jadi, Yang Berhormat Beaufort lain kali check dahulu fakta. Jangan jadi rabun politik.

[Disampuk] Penjelasan.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Saya pada waktu itu, Tuan Yang di-Pertua, menyerah sendiri surat itu kepada Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Dato’ Tajudin Wahab di Pejabat Perdana Menteri. Sebab apa? Kami tidak buat dinner di Sheraton. Kami buat di Parlimen. Jadi, sahabat saya kemudiannya bawa jet, apa semua ke Taiwan. Masa itu, Taiwan ini dia hujung tahun itu dia selalunya ribut taufan. Akan tetapi tidak apalah. Itu episod sudah lepas.

Akan tetapi cerita pokoknya kalau betul hendak ambil alih kerajaan selepas pilihan raya, platform sebenarnya dalam Parlimen. Buktikan kita dapat sokongan. Kita tidak buat di luar Parlimen. Sebab itu akan menyebabkan huru-hara, ketidakstabilan, habuan, umpan, rasuah politik dan sebagainya. Itu yang kita hendak tolak. Sekarang masa untuk kita betulkan.

Bezanya kami waktu itu adalah kita pilih saluran Parlimen untuk kita uji sama ada Perdana Menteri mendapat sokongan. Beza yang baru ini adalah dia buat di luar. Jadi, itu bezanya. Oleh itu, kita kata kita meterai MOU pada September tahun lepas. Kita kena hentikan ketidaktentuan politik. Fokus kepada menjana semula ekonomi. Bantu rakyat dengan hati yang terbuka. Kita memasuki perjanjian dengan Perdana Menteri.

final • 12:40 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat, gulung satu minit.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Boleh.

Tuan Yang di-Pertua, kerana itu, hasil daripada MOU ini adalah beberapa perkara.

Sekarang tinggal dua sahaja lagi yang belum terlaksana. Setelah anti-hopping law ini, insya-Allah kita luluskan. Tinggal mengehadkan Perdana Menteri 10 tahun dan kemudiannya mengadakan Parliamentary Services Act. Kalau ada ini semua tercapai, 100 peratus persetujuan MOU itu terlaksana.

Oleh itu, saya berterima kasih banyak pada Yang Berhormat Menteri. Saya menjadi saksi kesungguhan beliau, komitmen beliau. Bagaimana hendak tentukan bahawa rang undang-undang ini diwujudkan, mendapat pandangan semua pihak seperti ahli akademik, parti-parti politik, distinguished individuals dengan izin dan masyarakat sivil. Semua pandangan mereka kita ambil.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Seperti disebut oleh Yang Berhormat Port Dickson. Apakah rang undang-undang ini memenuhi semua yang kita hajatkan? Jawapannya tidak. Apakah ia sempurna? Tidak.

Akan tetapi apakah dia satu permulaan yang baik? Jawapannya ya kerana ini adalah langkah permulaan untuk memastikan politik kita lebih segar dan dihormati. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 12:40 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Lawan tetap lawan.

final • 12:40 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Silakan Yang Berhormat Kuala Nerus.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Paling lawan separuh mati.

final • 12:40 PM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. *Alhamdulillah.

[Membaca sepotong ayat al-Quran]* Saya menyokong penuh Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 dan juga peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti yang dibentangkan semalam kerana dua faktor.

Pertamanya, ia menyelesaikan permasalahan akibat mengamalkan hak berpersatuan yang diberikan oleh Perlembagaan kita dalam Perkara 10 yang menyatakan kebebasan untuk bersuara, berhimpun dan juga berpersatuan.

Kedua, kerana ini adalah satu rang undang-undang yang memang dinanti oleh semua Ahli-ahli Parlimen dan juga rakyat sebagai satu penyelesaian adil bagi Ahli Parlimen, bagi rakyat dan juga bagi parti.

Pertamanya bila bincang tentang isu permasalahan yang timbul akibat akta yang sedia ada bila mana seseorang itu keluar daripada parti. Perlu kita ingat bahawa parti adalah satu buah platform politik. Sebaik mana platform politik itu dasarnya yang sebagaimana hebat sekalipun, ia terdedah kepada pengurusan manusia yang berkelemahan dan juga berlaku perbezaan pendapat yang menyebabkan berlaku kemelut dalam parti, kemelut dalam politik dan kesannya pada negara itu sendiri.

final • 12:45 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat, boleh tidak mic itu, tidak berapa dengarlah.

final • 12:45 PM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Baik. Dekat sudah ini. Oleh sebab parti politik ini ditadbir oleh manusia, tentu akan berlaku kelemahan pada pengurusan. Berlaku perbezaan pendapat memberi kesan pada negara. Dalam Islam, kita ada kaedah dalam bab solat sebagai contoh. Bila mana berlaku kesilapan dibuat teguran dan jika tidak bersetuju dengan teguran tersebut ataupun tidak berjalan teguran tersebut maka berlaku mufaraqah meninggalkan imam yang sedang menjadi imam.

Seperti mana kata Nabi SAW, [Membaca sepotong hadis] . Imam itu dijadikan imam untuk diikuti. Akan tetapi bila mana berlaku kesilapan, kelemahan atau berbeza pendapat maka dibolehkan untuk berpisah daripada imam solat tersebut. Dalam hadis Nabi SAW di mana sahabat Nabi, Muaz bin Jabal menjadi imam solat, membaca surah al-Baqarah yang panjang ketika solat Isyak. Maka, seorang sahabat mufaraqah meninggalkan solat memberi salam dan kemudian dituduh oleh sahabat Nabi tersebut sebagai [Berucap dalam bahasa Arab] . “Adakah munafik kamu kerana keluar daripada solat.” Lalu diadukan kepada Nabi SAW. Lalu kata sahabat tadi, ‘Ya Rasulullah, kami ini orang bekerja waktu malam. Mengambil air dengan binatang ternakan. Bila mana dipanjangkan solat, mengganggu kerja kami. Kami keluar daripada solat tersebut’. Maka hadis itu dijadikan dalil oleh para alim ulama. Menyatakan bahawa tidak menjadi masalah

final • 12:45 PM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

untuk keluar daripada solat bila mana berlaku keadaan yang menuntut untuk mereka berpisah.

Maka, demikianlah kita lihat pada hari ini. Kemelut mufaraqah atau kemelut keluar daripada parti menjadi sebab kepada pelbagai kemelut yang lain. Kalau kita lihat dalam sejarah kita sendiri. Keluarnya Yang Berhormat daripada Parti Islam se-Malaysia (PAS) menyebabkan akhirnya jatuh Kerajaan PAS Terengganu pada tahun 1961. Bermula dengan kemelut pelantikan Menteri Besar yang tidak diredai dan tidak dipersetujui oleh Ahli-ahli parti ataupun di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat di peringkat parti.

Lalu akhirnya menyebabkan Yang Berhormat ADUN Jeram pada ketika itu. Jeram pada hari ini adalah ADUN Buluh Gading di Parlimen Kuala Nerus. Ketika itu Yang Berhormat Ustaz Azzam Hanafiah, Yang Berhormat Jeram telah keluar daripada parti pada tahun 1960 dan beliau ketika menjadi EXCO. Diikuti kemudiannya oleh Yang Berhormat Senator Tuan Guru Haji Abbas seorang tokoh ulama besar negeri Terengganu yang juga keluar parti pada bulan Julai 1960 kerana faktor yang sama, pertembungan dalam parti. Akhirnya seorang lagi keluar dari parti bernama Ustaz Mohd Taib Sabri Abu Bakar dipecat daripada parti pada tahun 1960 menyebabkan akhirnya berlaku satu usul di peringkat Dewan Undangan Negeri Terengganu dan usul itu untuk Usul Undi Tidak Percaya kepada Menteri Besar ketika itu tetapi tidak berjaya dan gagal.

final • 12:45 PM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Kemudian, Kerajaan PAS pada ketika itu berunding dengan Parti Negara untuk menubuhkan kerajaan yang lebih gagah. Akan tetapi apa yang berlaku kemudiannya, salah seorang daripada wakil rakyat Parti Negara dipujuk untuk menyertai PAS. Akhirnya menjadi ahli PAS, wakil rakyat PAS iaitu ADUN Langkap, Ismail Abbas nama dia. Dilantik menjadi EXCO Kerajaan PAS Negeri Terengganu, menimbulkan kemarahan Parti Negara, menyebabkan Parti Negara akhirnya pakat dengan UMNO dengan Parti Perikatan pada ketika itu. Akhirnya, berlakulah pula lompat parti daripada PAS kepada Parti Perikatan, dua orang lompat parti. Akhirnya, berlakulah usul undi tidak percaya pada Menteri Besar Negeri Terengganu dan jatuhlah Kerajaan PAS di negeri Terengganu pada tahun 1961.

Sebelum itu lagi, pada tahun 1957 Ustaz Mohammad Taib Sabri Abu Bakar dari Perikatan, ADUN Perikatan pada ketika itu keluar daripada Perikatan dan masuk ke dalam PAS, menjadi Yang Berhormat yang mewakili PAS di DUN Negeri Terengganu dan beliau datang dari kawasan Marang yang hari ini dipanggil Ru Rendang. Ini sejarah. Begitu juga kita lihat mufaraqah atau keluarnya ahli-ahli parti daripada DAP dan PKR, menyebabkan kejatuhan Kerajaan Perak pada tahun 2009. Mufaraqah Yang Berhormat PAS juga menubuhkan Parti AMANAH, mufaraqah Yang Berhormat PKR dan BERSATU yang akhirnya melahirkan Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini. Ini ertinya, isu-isu keluar parti menjadi sebab kepada pelbagai kemelut di dalam kerajaan, kemelut di dalam negara pada hari ini.

Akan tetapi ini adalah hak yang diberikan oleh Malaysia iaitu hak untuk berpersatuan. Akan tetapi oleh sebab ada halangan di peringkat perundangan, menyebabkan Ahli-ahli Parlimen yang keluar parti atau ADUN yang keluar parti dengan pelbagai sebab yang boleh kita berikan sebab dan reason nya, menjadikan mereka terhalang. Oleh sebab bila mana mereka meletakkan jawatan daripada jawatan mereka, mereka tidak ada bertanding lagi menawarkan diri untuk menjadi wakil rakyat yang seterusnya. Maka, kali ini, kita bentangkan rang undang-undang ini untuk memberikan hak dan peluang yang ada kepada semua pihak. Pertama, hak yang adil pada rakyat. Ini kerana rakyat memilih seseorang itu barangkali kerana personalitinya atau kerana partinya. Maka, bila mana seorang wakil rakyat keluar daripada parti, maka rakyat perlu diberikan hak untuk memilih wakil yang baharu untuk menentukan seolah-olah kita buat seumpama undi tidak percaya kepada MP yang telah keluar parti atau ADUN keluar parti tadi.

Maka, perlu dibuat pilihan raya yang baharu. Itu yang pertama, adil kepada rakyat. Kedua, adil kepada parti. Hal ini kerana seorang wakil bertanding dengan watikah yang diberikan oleh parti. Dia bertanding dengan dana parti, sebahagian besarnya. Dia bertanding dengan platform parti, dia bertanding dengan jentera parti. Maka, tentulah

final • 12:50 PM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

apabila dia keluar parti, maka parti mahukan kembali seat tersebut. Akan tetapi ruang untuk meletakkan jawatan dan bertanding terhalang disebabkan oleh apa yang ada sebelum ini. Ketiga, kita adil kepada Ahli Parlimen. Ahli Parlimen adalah orang politik, dia ada idea, dia ada wawasan, dia ada pandangan, dia berbeza pendapat dengan parti dia atau pemikiran dia kerana faktor idea dan wawasan dia. Maka, tentulah dia mengharapkan untuk diberikan ruang untuk menawarkan diri kali seterusnya untuk bertanding. Maka, hari ini kita lihat rang undang-undang yang datang pada waktu yang sesuai, menyelesaikan kemelut yang berlaku, kita mengiktiraf hak berpersatuan, hak untuk parti, hak untuk pindah parti, hak untuk menubuhkan parti, pada masa yang sama, peluang untuk rakyat, peluang untuk parti, peluang untuk Ahli Parlimen, menawarkan diri untuk menjadi Ahli Parlimen atau ADUN pada kali yang seterusnya.

Sila Yang Berhormat, soalan.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Terima kasih. Saya mendengar dengan teliti, bila disebutkan mufaraqah dan pakatan parti. Adakah ini juga merangkumi keluar daripada gagasan atau gabungan antara parti politik? Ini telah pun dibahaskan. Jadi, mohon penjelasan ataupun dimasukkan dalam itu, kalau kita rangkumi dalam bentuk, dengan izin, coalition, adakah RUU perlu diperhalusi dan dipinda? Terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Apabila kita bincang tentang keluar parti, kita iktiraf hak untuk keluar parti. Hak untuk pergi parti yang baharu. Adapun mengenai gagasan ataupun ikatan antara parti-parti, saya ingat itu jawapan yang Yang Berhormat Menteri perlu jawablah, apa yang sesuai. Akan tetapi apa yang saya hendak sebut ialah hak untuk kita bertindak secara adil kepada semua orang, tanpa menimbulkan konflik, menimbulkan pertembungan. Hari ini yang keluar parti dituduh pengkhianat, kita mendengar perkataan ‘khianat’, kerana diulang-ulang. Sedangkan, hak mereka keluar itu diiktiraf oleh Perlembagaan. Maka, rang undang-undang ini datang untuk kita selesaikan masalah, beri jalan keluar, memberikan perundangan yang betul kepada mereka yang hendak keluar parti kerana berbeza pendapat.

Dalam hadis Nabi SAW, Nabi ajar kepada kita bab sumpah, kata Nabi SAW [Membaca sepotong hadis] , “Sesungguhnya saya, demi Allah Taala, sekiranya diizinkan oleh Allah, tidak bersumpah mana-mana sumpah, kemudian aku melihat ada satu lagi baik daripadanya, melainkan aku kafarahkan sumpah aku itu dan aku datangi sesuatu yang lebih baik daripada itu”. Itu hadis sahih Bukhari, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, menunjukkan kepada kita hak untuk menukar sumpah, diberikan laluan oleh Allah SWT. Maka, rang undang-undang ini...

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kuala Nerus?

final • 12:50 PM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

...memberi peluang untuk kita membetulkan apa yang kurang betul berlaku sebelum ini, kita berikan hak untuk berpersatuan, hak keluar parti, hak masuk parti dan berikan keadilan kepada semua orang, kepada kerajaan, kepada parti, kepada rakyat dan juga kepada Ahli Parlimen atau ADUN yang keluar parti. Terima kasih, saya menyokong.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

final • 12:50 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Masa ada lagi lima minit sebelum kita ambil rehat. Saya teruskan dan mungkin akan bersambung selepas pukul 2.30 petang, Yang Berhormat Bagan. Five minutes, then after that, we continue.

final • 12:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hari ini tanggal 28 Julai 2022 ialah hari bersejarah pada Malaysia. Ini kerana ia ialah titik permulaan terlaksananya perjuangan politik memperbaharui demokrasi dan membersihkan budaya politik di Malaysia daripada amalan politik wang. Sungguhpun

final • 12:56 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

pindaan Perlembagaan ini tidak mungkin memuaskan hati semua pihak, sekurang- kurangnya ia langkah besar untuk memastikan nilai undi dihormati dan amanah rakyat kepada wakil rakyat tidak boleh dikhianati dengan sewenang-wenangnya. Sebagai salah seorang yang menandatangani MoU bagi pihak PH dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melihat hasilnya, akhirnya berbuah dengan melarang wakil rakyat yang melompat parti, sekali gus menolak dakwaan dangkal sesetengah pihak bahawa PH telah menyokong kerajaan ataupun membelakangkan prinsip kami dengan menandatangani MoU ini.

Apa yang lebih penting ialah ia memulihkan keyakinan kepada pengundi untuk memilih wakil rakyat yang berprinsip dan bukan pengkhianat dan wakil rakyat harus berjuang demi rakyat, bukannya pembelot yang mengejar jawatan dan juga kekayaan.

Dengan kata lain, peristiwa memalukan yang terus menghantui arena politik Malaysia seperti Langkah Sheraton pada tahun 2020 tidak boleh berulang lagi. Pada hari ini, wakil rakyat yang mengkhianati parti dan melompat parti akan terpaksa dengan sendirinya mengakui mereka telah silap besar dan harus menerima akibatnya. DAP berasa bangga bahawa kesemua 42 orang Ahli Parlimen tidak menjual prinsip dan terus berpegang teguh kepada mandat rakyat yang seharusnya di dokong dan tidak boleh dikhianati pada bila- bila masa. Tidak ada satu pun daripada 42 orang Ahli Parlimen lompat ataupun lari daripada perjuangan asas Parti DAP...

final • 12:56 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Parti Amanah juga.

final • 12:56 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...dan juga tentu Parti Amanah juga. Ini tambahan daripada Yang Berhormat Mohamad Sabu.

[Disampuk] Ini saya tidak mahu sebutlah.

[Ketawa] Di sini saya juga harus mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Iskandar Puteri, Yang Berhormat Lim Kit Siang yang merupakan Ahli Parlimen pertama yang mencadangkannya, termasuk mencadangkan Rang Undang-undang Bukan Ahli Kerajaan atau Private Member’s Bill pada tahun 1978. Kena tunggu selama 44 tahun, baru usahanya akan terjelma demi rakyat Malaysia, bukan untuk diri sendiri. Perlu disebutkan juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2012 telah meluluskan pindaan Perlembagaan melarang perbuatan lompat parti. Sepuluh tahun kemudian, akhirnya disusuli oleh pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Akan tetapi banyak yang perlu diusahakan pada masa hadapan, termasuk takrifan dan interpretasi supaya tidak ada loophole or legal lacunae, dengan izin, yang membolehkan si oportunis ini daripada terus membolehkan amalan lompat parti. Ini kerana kita tahu, termasuk mereka yang ada dalam Dewan ini, mereka akan terus cari jalan untuk lompat parti selepas pindaan Perlembagaan ini diluluskan. Tumpuan pindaan Perlembagaan ini adalah ke atas wakil rakyat yang lompat parti atau menukar parti atas inisiatif wakil rakyat sendirinya dan bukan ke atas mereka yang kena pecat. Akan tetapi apa akan berlaku apabila seseorang tidak lompat parti tetapi sebenarnya meninggalkan parti secara pasif dengan tindakan mengundi menyokong parti lawan di Parlimen atau bertanding dalam pilihan raya bertentangan dengan calon parti sendiri atau rakan parti.

Seharusnya ia juga dianggap sebagai meninggalkan parti atas inisiatif sendirinya dan digugurkan keahlian kerana dengan meninggalkan parti dengan sendirinya, ia harus kehilangan status wakil rakyat mereka. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh menimbang perkara ini supaya kita dapat menutup legal lacunae atau loophole yang akan digunakan oleh si katak-katak ini. Tuan Yang di-Pertua, langkah seterusnya ialah untuk memperkasakan pembaharuan demokrasi ialah dengan menjadikan SPRM accountable hanya kepada Parlimen dan bukan seperti sekarang, di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Sudah sekian lama SPRM diperalatkan sebagai satu senjata politik untuk mengekalkan sokongan kepada kerajaan ataupun mengugut Ahli Parlimen pembangkang untuk menukar sokongan mereka kepada pihak kerajaan.

Sekiranya tidak ada tindak balas positif daripada Ahli Parlimen pembangkang, maka SPRM akan terus siasat dan menyusahkan Ahli Parlimen pembangkang, termasuk didakwa di mahkamah. Selepas Ahli Parlimen tersebut lompat, siasatan itu akan hilang atau terhenti dengan sendirinya tanpa sebarang tindakan susulan. Ada banyak kes di mana ini berlaku dengan berulang kali ekoran siasatan selektif dan double standard oleh SPRM. Hanya apabila SPRM dapat dibersihkan daripada mereka yang terpengaruh oleh

final • 12:56 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

naungan politik, bebaskan mereka daripada pengaruh politik ini, barulah budaya politik Malaysia boleh dibersihkan daripada amalan politik wang supaya mereka yang bersalah didakwa, bukan mereka yang tidak bersalah didakwa.

Tuan Yang di-Pertua, saya harap bahawa dengan lulusnya pindaan Perlembagaan ini, kita dapat memastikan ia diwartakan dengan cepat dalam satu sesi taklimat yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Santubong. Beliau berharap bahawa pindaan Perlembagaan ini boleh dikuatkuasakan kira-kira ataupun pada 1 September 2022 atau dalam tempoh tersebut. Saya berharap ini boleh diberikan pengesahan kerana ini adalah penting, semestinya ia mesti dikuatkuasakan sebelum PRU akan datang di diadakan. Ini kerana kalau tidak, ini mungkin akan digunakan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab untuk terus lompat parti. Saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh berikan jaminan kerana ini adalah begitu penting. Let it be enforced before the next general election, kalau tidak, jangan adakan pilihan raya. Boleh ya, Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

[Ketawa] Saya percaya bahawa perkara ini ialah sesuatu yang amat penting. Lagi satu perkara yang harus diberikan perhatian ialah untuk memastikan bahawa undang-undang dalam Malaysia dapat diseragamkan. There must be uniformity of the laws. Semua negeri mesti memakai rang undang-undang atau isi kandungan yang sama. Kita tidak mahu lihat ada perbezaan atau ada pertindihan atau ada percanggahan. Kalau ini berlaku, ia akan menimbulkan banyak kekeliruan. Oleh sebab itu, saya harap bahawa ini boleh dipertimbangkan supaya mengarahkan semua negeri untuk meminda Perlembagaan dalam masa terdekat sebelum pilihan raya. Supaya undang-undang yang sama dapat juga diluluskan dan dikuatkuasakan dalam negeri masing-masing. Dalam aspek ini, saya ingin memberikan pengesahan dan saya rasa...

final • 12:56 PM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Bagan, boleh mencelah sedikit?

final • 12:56 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Akhir ya. Baik.

final • 12:56 PM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya amat bersetuju dan menyokong Rang Undang-undang ini, cumanya trigger point yang disebutkan tadi kalau dianggapkan satu persepsi sejarah, saya hendak perbetulkan sedikit. Ia pelbagai cara, ada yang pindah parti dan sebagainya.

Antara sebab yang mungkin kita kurang memahami ideologi dalam satu bentuk gagasan ataupun persefahaman. Antara faktor-faktor yang perlu dibukukan sebab bukan sahaja yang melompat disebutkan tadi, yang disebutkan pengkhianat tadi, bukan sahaja sebab jawatan, kadang-kadang mereka merasakan pengkhianat jangka panjang perlu difahami.

Ketika itu, kalau disebutkan keluarnya M Block, parti yang saya sebagai ahli. Kita nampak– sebagai masa hadapan rakyat ketika itu, there is an element of trying to undermine the institution, trying to take away the Executive powers and try to influence the judicial system ketika itu. Ini kita masukan dalam sejarah. Ini pandangan ketika itu saya berada bersama Pakatan Harapan.

Jadi, di situ timbulnya kurang kesefahaman, maka satu keputusan telah dibuat, terima kasih.

final • 12:56 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih daripada Yang Berhormat, ini bekas rakan saya dalam PH tetapi saya tumpukan kepada institusi. Sekiranya Yang Berhormat hendak jelaskan tindakan yang beliau buat sebelum ini, saya rasa terpulang kepada sejarah untuk menentukannya. Akan tetapi siapa yang makan cili, dia akan rasa pedas.

So, di sini jelas sekalilah.

final • 12:56 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Bagan, satu minit, sila gulung.

final • 12:56 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya pun tidak mahu terlibat...

[Tidak jelas]

final • 12:56 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Yang Berhormat Bagan, minta mencelah sedikit.

final • 12:56 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sila.

final • 12:56 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Di antaranya Bagan, di antaranya melihat kejadian-kejadian buruk mungkin akan berlaku apabila PH turut memerintah.

Mereka ambil alih tidak sampai setahun lebih, indeks rasuah naik 10 mata. Mana yang buruk ini?

final • 12:56 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ya lah. Jelas sekali apabila PH memerintah, turun sampai 51, tidak ada yang paling rendah dalam sejarah. Yang Berhormat pun sebahagian daripada pentadbiran tersebut. Kita harus bangga pada masa itu. Akan tetapi sekarang tidak bolehlah. Sekarang sudah 62, teruk sekali.

final • 12:56 PM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Bukan tambah baik.

final • 12:56 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya hendak akhiri dengan menyatakan bahawa seperti yang saya sebutkan tadi, bahawa PH memberikan jaminan bahawa kita akan meminta semua kerajaan negeri PH untuk meminda Perlembagaan negeri masing-masing supaya dapat diseragamkan dengan Perlembagaan Persekutuan. Supaya aktiviti atau tindakan lompat parti juga terus diharamkan dalam negeri tersebut. Saya harap ini boleh juga diamalkan oleh negeri-negeri di bawah Barisan Nasional dan Perikatan Nasional, termasuk juga di Sarawak.

Saya hendak akhiri ucapan saya dengan menyatakan sokongan ke atas pindaan Perlembagaan ini. Ingin juga mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Santubong atas usaha yang dijalankan oleh beliau untuk membentangkan pindaan Perlembagaan tersebut. Saya tahu ini bukanlah yang mudah tetapi akhirnya dapat dipermudahkan dengan sokongan semua pihak, termasuk daripada Parti DAP daripada Yang Berhormat Puchong yang saya rasa telah banyak berusaha untuk– dengan pengetahuan perundangannya, untuk capai kata sepakat supaya kita boleh ada satu muafakat dan dapat dibentangkan secara bersama dalam Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih.

Saya terus menyokong.

final • 12:56 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Sebelum kita berhenti rehat, ada pemakluman. Yang Berhormat Menteri akan menjawab pada pukul 4.00 petang. Jadi, kadar waktu berapa ramai yang ditentukan pada sebelah petang ini. Kita berhenti rehat dan akan mula balik pada pukul 2.30 petang.

final • 12:56 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.09 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sambung perbahasan. Saya dengan ini menjemput Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 2:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi peluang kepada saya untuk berbahas atas Undang-undang Anti- lompat Parti ini. Saya ingin mengingatkan diri saya dan juga rakan-rakan Ahli Parlimen, apa tujuan kita mengadakan larangan lompat parti ini? We must know apa tujuan kita sebenarnya. Kalau tidak nanti kita merapu, cakap benda-benda yang tidak relevan.

Pada saya dan saya percaya rakan-rakan dalam Parlimen ini juga setuju bahawa kita hendak melihat keadaan yang stabil dalam negara kita ini. Politically stable. Kenapa kita perlukan stabiliti ini? Tidak lain dan tidak bukan ialah untuk kita boleh menumpukan tenaga kita, fikiran kita kepada tanggungjawab kita yang sebenarnya sebagai wakil rakyat.

Sama ada Ahli Parlimen kalau tahu pun di peringkat negeri, wakil-wakil rakyat di peringkat negeri peranan dan tanggungjawab kita ialah untuk membangunkan negara dan rakyat

final • 2:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

kita. Apatah lagi dalam negara kita ini rakyat kita dan negara kita dalam keadaan yang mencabar, tertinggal dan ditinggalkan oleh arus pembangunan dunia dan juga arus pembangunan dalam negara kita ini.

Kalau kita menghabiskan masa dengan berpolitik sepanjang masa sebagaimana yang berlaku di dalam Dewan ini, boleh dikatakan lebih daripada separuh masa perdebatan di dalam Dewan ini adalah dihabiskan dengan politik kepartian. Jadi, saya ingat perubahan perlulah berlaku, transformasi perlulah berlaku, budaya politik kita perlu berubah. Kita menjadi ahli wakil rakyat yang bertanggungjawab kepada rakyat dan juga kepada negara kita.

Kita banyak benda yang kita hendak buat dalam menghadapi cabaran semasa dan juga merencana masa depan yang lebih besar, lebih baik bagi kita semua. Ini memerlukan pemikiran yang jitu, pemikiran yang tenang dan memerlukan tenaga, masa.

Kita perlu itu kalau tidak kita tidak boleh hendak duduk merancang masa depan kita. Inilah yang berlaku kepada negara kita selama hari ini. Election after election. Bertukar kerajaan selepas pilihan raya demi pilihan raya. Kita tidak menunaikan— tidak tertunai tanggungjawab kepada rakyat. B40 ini tidak tahulah sudah berapa lama kemiskinan ini.

Sudah berapa lama kita bercakap hendak membasmi kemiskinan, miskin tegar dan sebagainya. Hendak membela nasib penduduk luar bandar tidak kiralah apa kaum pun, apa bangsa pun. We are still talking about the same thing. Saya berasa sedih kadang-kadang memikirkan kelemahan diri sendiri sebagai wakil rakyat, dan kita sebagai sebuah kerajaan dan juga sebagai ahli-ahli politik pembangkang yang mempunyai tanggungjawab yang konstruktif. Menjadi pembangkang yang konstruktif, yang menegur, memberi pandangan dan pendapat dengan tujuan tidak lain untuk menyumbang kepada perjuangan kita sebagai wakil rakyat, sebagai ahli-ahli politik. Kita gagal sebenarnya. We should be ashamed of ourselves. Kita patut malu pada diri sendiri. Tidak kiralah daripada mana parti politik pun, we have failed. Saya kalau jadi peneroka FELCRA umpamanya, jadi peneroka tanah rancangan di kampung, saya akan jadi ketua peneroka, jadi ketua itu, ketua kampung. I will be talking about the failure of politicians, pemimpin-pemimpin parti sama ada dari pihak kerajaan ataupun bukan kerajaan. Tidak dapat membela nasib. Negara lain seperti negara Jepun, Korea, Taiwan mereka telah berjaya dalam masa tempoh 20 tahun, 30 tahun. Saya pernah pergi ke Korea masa saya muda-muda dahulu, it’s about 30 years ago. Mereka pun miskin. Taiwan miskin. In fact, Malaysia was slightly better than them, lebih baik. Akan tetapi dalam tempoh 30 tahun kita tengok mereka menjadi negara maju. I feel sad. Kita hari-hari bercakap hendak membela rakyat, membangunkan negara, menjadikan rakyat berpendapatan tinggi, tetapi setakat mana pencapaian yang kita capai?

So, this is not only the government. Jangan salahkan kerajaan sahaja. Even the opposition is irresponsible. Kelemahan kerajaan melaksanakan projek-projek, kelemahan pihak pembangkang memberi cadangan-cadangan yang konstruktif.

Saya percaya kerajaan pun kalau dia mendengar cadangan-cadangan yang membina, yang baik, I’m sure responsible politicians from the government side akan terima. Akan tetapi kalau cadangan-cadangan yang tidak ada— tidak membina, how do you expect the government to accept, to follow whatever is your ideas, teguran dan pandangan?

final • 2:30 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya rasa kerajaan yang berjiwa besar, kerajaan yang berani tidak takut kepada kritikan. Tidak takut kepada cabaran. Tidak takut kepada apa-apa tuduhan, kalau dia sebuah kerajaan yang betul-betul bertanggungjawab kepada rakyat. Begitu juga pembangkang. Kalau kita membantah dengan sebab kepentingan peribadi, kepentingan diri, malulah kita kepada diri kita. We are not brave enough. We are cowards! Kita pengecut untuk mengemukakan apa-apa pandangan demi kepentingan rakyat. Demi kepentingan negara kita.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Pasir Salak, Baling sedikit boleh?

final • 2:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Pasir Salak, Bayan Baru.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Okey.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Very calm and cool, good Sir. Yang penting saya nak tanya, apakah pandangan Yang Berhormat Pasir Salak, hari ini kerajaan Keluarga Malaysia yang dipandu oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Ahli Yang Amat Berhormat daripada Bera. Kalau kita tengok jelas berbanding dengan Pakatan Harapan dulu, tidak pernah fikir langsung fasal kawan-kawan di pembangkang. Kita masa tu pembangkang.

Hari ini ada CSA dengan membawa perjuangan yang melandaskan Keluarga Malaysia. Apakah pandangan Yang Berhormat, apa yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Bera pada hari ini bagus, tepat, suci, ikhlas atau murni? Silakan.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Pasir Salak, ada seminit lagi.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Itu menunjukkan bahawa niat dah hasrat Perdana Menteri itu untuk fokus kepada tugas dan tanggungjawab kita kepada rakyat. Tidak kiralah daripada pihak kerajaan, sanggup orang kata berpelukan dengan pembangkang. Sanggup berbaik-baik but ini pun, gesture ini pun tidak di- appreciated oleh orang-orang tertentu, politicians tertentu. Menuduh Perdana Menteri itu, menuduh itulah, menuduh inilah.

final • 2:40 PM

Seorang Ahli

Peruntukkan ambil.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Peruntukkan itu, malas hendak sebutlah itu. Betul tidak? Pokoknya menunjukkan keikhlasan daripada pihak Perdana Menteri kerajaan yang ada pada hari ini, so sambut baiklah. Berilah dorongan, berilah sokongan, bagilah semangat, bagi motivasi. Ini disebut soal tidak stabillah Perdana Menteri ini. Anytime can happen lah, itulah, inilah. What is this? Dengan izin.

final • 2:40 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

UMNO lah yang selalu kacau dia.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak membantu.

Okey, oleh sebab masa sudah suntuk, saya ada satu poin saja lagi Tuan Yang di-Pertua.

Satu poin saja lagi.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

We must change lah.

Please. We want to change the culture in the Dewan. You nak bercakap, we keep quiet.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Yang Berhormat Pasir Salak bergurau pun tidak boleh tengah hari ini.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Teruskan, Yang Berhormat Pasir Salak satu lagi poin.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

When kita bercakap, please give us a chance to speak. Tidak ada masalah. You nak bercakap berapa jam pun kalau Tuan Yang di-Pertua benarkan*, go ahead. We are prepared to listen.

[Disampuk]* Ini soal lompat parti...

final • 2:40 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Apa dia?

final • 2:40 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

My point is very general. Very big scope. You all are very sempit.

final • 2:40 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tahu tidak? Sempit, otak sempit. Otak kecil, tahu tidak? Tidak berani buat benda yang lebih besar. That is why

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

opposition, your people DAP, tidak dapat sambutan. Tidak dapat sambutan*. I mark you.

Now we have an election.* Ini SUA UMNO nak election cepat. Okay let’s have...

final • 2:40 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Masalah lompat parti bukan DAP.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

SUA nak election tetapi Perdana Menteri tak nak election.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

You want an election, okay let’s do it.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Perdana Menteri tak nak pilihan raya.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

We’ll see. You all ada banyak tipu.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila habiskan Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 2:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Pergi Indonesia lah. Kesian, pergi Indonesialah. Kesianlah. Kesianlah.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak dapat terima.

Manifesto tipu.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Pergi berenanglah. Berenanglah dekat Indonesia. Kesianlah.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik...

final • 2:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Balik kepada poin satu.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Pasir Salak, masa sudah tamat.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

What I am trying to say...

final • 2:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Tuan Yang di-Pertua, masa Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Nanti I keluar perkataan kasar you tidak tahan.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Nanti, belum lagi ini.

Saya nak gulung.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Hendak gulung, Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, 30 saat.

final • 2:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Lelonglah, bukan gulung. Lelong, lelong...

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

You tahu tidak? Ini lompat parti sebab apa? Pemimpin dia yang buat hal. Yang Berhormat Langkawi pemimpin, lompat sana, lompat sini. Betul tak? Yang Berhormat Langkawi lompat sana, keluar daripada UMNO, masuk sana, masuk sini. He is one of them. Lagi siapa? Ini Yang Berhormat Port Dickson pun serupa juga. Apabila dia menghadapi masalah...

final • 2:40 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Yang Berhormat Port Dickson tidak lompat. Dia tubuh parti.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Padang Serai. It’s not your time.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

You shut up.

final • 2:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Yang Berhormat Pasir Salak ada sign tak? Ada sign tak?

final • 2:40 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Port Dickson....

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

You are not the Speaker.

final • 2:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:40 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Port Dickson kena pecat Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Port Dickson kena pecat, bukan lompat parti.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Pasir Salak...

final • 2:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Yang Berhormat Pasir Salak sign tak hari itu?

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Apa dia itu?

final • 2:40 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Pasir Salak...

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Buang masa.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

You know your place lah. Know your place, understand or not?

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Okey, Yang Berhormat Pasir Salak...

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ini dah kena dua hari keluar kena dua hari pun masuk juga lagi. What is this?

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Pasir Salak, masa sudah habis.

final • 2:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih. Yang Berhormat Pasir Salak duduk.

[Ketawa]

final • 2:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Okey. Baik, terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ini budaya nampak.

If they don’t change...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Baik.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Parlimen ini akan jadi macam itulah di masa akan datang.

final • 2:40 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Look at the mirror, Yang Berhormat Pasir Salak look at the mirror please.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

What we are going to do. We are going to do – we are going to the rakyat to change you all. Well done. [Dewan riuh] Change! I promise you.

final • 2:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Itu tebuk atap hari itu. Jangan tebuk atap lah.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

You come to Pasir Salak and see whether you can win or not. Come! Come to Pasir Salak.

final • 2:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Terima kasih.

Sudah sudah.

final • 2:40 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, baik.

[Ketawa]

final • 2:40 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Lepas Hang Tuah, Hang Jebat.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Hang Jebat pula.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

final • 2:46 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Pengacau, ini semua pengacau, semua ini. Orang bercakap, mengacau.

final • 2:46 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Tuan Yang di-Pertua...

final • 2:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 2:46 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jangan bagi muka ini semua.

final • 2:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 2:46 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Gantung mereka.

Suruh keluar. Pengecut.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 2:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya on kan microphone.

final • 2:46 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, tolong bagi satu pantun dekat dia.

final • 2:46 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Tuan Yang di-Pertua...

final • 2:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Teruskan, teruskan.

final • 2:46 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Yang Berhormat Pasir Salak diberi 15 minit. Saya tidak adil kalau saya 10 minit.

Saya ucap terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Pasir Salak kerana menghiburkan kita selepas daripada makan tengah hari dan...

final • 2:46 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Janganlah hendak sindir-sindir. Kang kepala itu dah botak, nanti botak lagi kang.

final • 2:46 PM

[Dewan ketawa]

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Ini perkataan yang tidak berparlimen.

[Ketawa]

final • 2:46 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tarik balik. Tarik balik botak.

[Ketawa]

final • 2:46 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Nanti kita botakkan merata, tahu tak? Bukan kepala itu saja.

final • 2:46 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Botak banyak fikir. Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya nak sebut pada perhatian Tuan Yang di-Pertua ya...

final • 2:46 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua, 36(2)...

final • 2:46 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

You want to say...

final • 2:46 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Botak juga.

[Ketawa]

final • 2:46 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 2:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Silakan.

final • 2:46 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Di depan kita sekarang ini Menteri dan Timbalan Menteri yang isu berkaitan dengan undang-undang ini tidak ada. Jadi saya ingat Setiausaha Dewan tolong ingatkan kerana ini isu-isu yang penting yang kita ingin bahaskan. Kita tidak boleh serah kepada Timbalan Menteri yang tidak ada kaitan dengan isu ini untuk hadir dan dengar, semata-mata untuk dengar.

Jadi pada saya, pindaan Perlembagaan ini merupakan satu kemenangan rakyat sebab kita tahu bahawa rakyat merasakan marah dan kecewa apabila setelah Pilihan Raya Umum yang lepas mereka pilih Pakatan Harapan tetapi sekarang ini dipimpin semula oleh kerajaan pimpinan UMNO dan juga Barisan Nasional.

Jadi ini perkara yang pada saya dapat kita lihat daripada kedua-dua pilihan raya negeri. Pilihan raya negeri di Melaka dan juga pilihan raya negeri di Johor, di mana peratusan keluar mengundi itu cukup rendah kerana rakyat ingin menyampaikan mesej...

final • 2:46 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dah kalah cakap kalahlah.

final • 2:46 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Kepada kita bahawa...

final • 2:46 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dah kalah, kalahlah, di Melaka dan Johor...

final • 2:46 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Dalam hal berkaitan tentang pilihan raya ini mereka pilih kerajaan yang sepatutnya mereka mahu tetapi dapat kepada orang lain. Jadi sebab itu pada saya pindaan ini merupakan kemenangan rakyat dan ini merupakan satu hasil kerjasama yang tercapai dalam memorandum persefahaman Pakatan Harapan.

final • 2:46 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Menteri Undang-undang sudah masuk ya. Yang Berhormat Menteri Undang-undang sudah masuk.

final • 2:46 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Ya, tidak apa, saya nampak.

final • 2:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Sila duduk.

final • 2:46 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sudah kalah di Melaka dan Johor, jangan merajuk. Lawan lagi.

final • 2:46 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Ya, memang nak lawan. Datanglah Melaka, lawan Hang Tuah Jaya.

final • 2:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Teruskan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

final • 2:46 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Baik. Dalam hal ini, ini merupakan satu perkara yang positif yang kita dapat capai hasil daripada libat urus yang berpanjangan, yang berterusan antara pihak kerajaan dan juga pembangkang. Itu yang saya sebutkan tadi bahawa memorandum ini merupakan satu memorandum yang memberikan keutamaan kepada rakyat dan rakyat menang dalam hal ini.

final • 2:46 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Oleh sebab itulah, saya mahu supaya dalam keadaan rakyat mendengar perbahasan kita ini, untuk pilihan raya yang akan datang ini, keluarlah mengundi ramai- ramai. Mari kita hukum kerajaan yang gagal ini, yang lemah ini...

final • 2:50 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Pakatan Harapan yang gagal, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Baling, sila duduk.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

...Yang kita tahu tidak mampu mengemudi negara...

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman. - Pasir Salak

Pakatan Harapan yang menipu. Kencing banyak.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

...Dan memberi peluang kepada Kerajaan Pakatan Harapan untuk sama-sama kita kembalikan semula imej negara ini. Saya hendak sebut sebagai satu pantun untuk menjawab semua kata-kata ini...

Dari Melaka hamba berpencak, Melakar sejarah di petang hari, Binasa sudah nasib si katak, Tiada harapan melompat lagi. Jadi dengan adanya peruntukan dan pindaan ini, saya harap bahawa ini merupakan penamat kepada mereka yang ingin melakukan pengkhianatan kepada mandat rakyat yang telah diberikan dalam pilihan raya.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Jadi, setujulah yang Yang Berhormat Langkawi tadi itu? Setujulah?

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Untuk Yang Berhormat Menteri, saya ucap terima kasih kerana dapat masuk Dewan ini dan mendengar sendiri.

Beberapa isu yang berkaitan tentang rang undang-undang ini ialah, misalnya, pemilihan Perdana Menteri. Dalam kita punya Perlembagaan, di sana terdapat peruntukan untuk memilih Perdana Menteri apabila selesai pilihan raya. Katalah seperti mana yang kita jangkakan ataupun yang kita boleh unjurkan, suasana mana-mana parti mendapat dua pertiga majoriti ini, Tuan Yang di-Pertua, tidak ada lagi kerana kita tahu bahawa pengundi semakin ramai. Dengan masuknya pengundi muda, berlaku pertambahan hampir 30 peratus. Mereka punya pilihan. Oleh sebab itu, pada saya, dalam hal ini, ini tergantung kepada kekuatan parti-parti dan gabungan parti-parti untuk terus berkempen dan meyakinkan rakyat.

Katalah nanti selepas pilihan raya, Pakatan Harapan mendapat 100 kerusi, tidak cukup lagi 12 kerusi. Barisan Nasional mungkin 40 ataupun 50 kerusi, yang lain-lain kecil- kecil dan sebagainya. Jadi, di situ terdapat isu yang real. Apa isunya? Untuk memilih Perdana Menteri.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Oleh sebab itu saya ingin tanya kepada Menteri Undang-undang sekarang ini, kalau ketika hendak buat pilihan Perdana Menteri itu, mereka tidak kata MP yang akan memilih Perdana Menteri itu ikut parti, tidak. Keputusan MP, Ahli Parlimen yang menang itu memilih sesiapa untuk menjadi Perdana Menteri. Jadi kalaulah dia daripada Barisan Nasional ataupun daripada Perikatan Nasional, dia hendak cross floor, dia tidak keluar parti tetapi dia hendak menyokong calon yang majoriti, yang bloknya besar dan mereka itu dipecat daripada parti kerana tindakan itu. Bagaimanakah kedudukan mereka?

Kedua, isunya ialah apabila mereka menjadi BEBAS. Dalam pindaan ini menyatakan bahawa kalau dia bertanding dahulu BEBAS tetapi dia lompat parti, maka kosong tempat itu. Jadi, bagaimana dalam keadaan di mana mereka mempunyai parti, mereka ambil tindakan yang berbeza dengan parti mereka kerana yakin dan percaya memberi sokongan penuh kepada Yang Berhormat Port Dickson, misalnya, maka mereka dibuang daripada parti, mereka ingin kemudiannya masuk ke dalam Parti Keadilan ataupun parti Pakatan Harapan. Bagaimanakah kedudukan mereka?

Ini perkara-perkara yang pada saya mesti kita jelaskan. Kerana apa, Tuan Yang di-Pertua? Apabila timbul perkara seperti ini nanti, ia pasti akan dibawa ke dalam mahkamah. Yang Berhormat Menteri, saya ada masalah untuk bawa isu ahli politik ini ke dalam mahkamah kerana kita tidak boleh bawa keputusan rakyat ini— daripada segi logiknya, kita minta rakyat pilih kita tetapi apabila timbul isu, kita hendak bawa ke mahkamah.

Oleh sebab itu, saya minta susulan daripada pindaan ini— ini adalah hal ehwal kita sebagai anggota Parlimen. Kita adalah ahli politik. Biarlah kita uruskan yang berkaitan tentang parti ataupun perjalanan pengurusan pilihan raya ini.

Oleh sebab itu, saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah masalahnya clause yang ketiga ini kalau kita BEBAS, dia lompat untuk join parti, maka kerusi itu perlu dikosongkan? Sebab, ini adalah akta ataupun pindaan larangan lompat parti. BEBAS, dia tidak ada parti. So, apabila dia hendak join sesebuah parti, kenapa dalam hal ini perlu dikosongkan?

Pada saya, dalam hal ini, saya minta Yang Berhormat Menteri Undang-undang tolong tengok balik Election Commission, Suruhanjaya Pilihan Raya kerana Suruhanjaya Pilihan Raya ini adalah satu suruhanjaya yang ditugaskan untuk mengurus pilihan raya dan kemudiannya mengurus parti-parti politik. Jadi, janganlah misalnya kita tinggalkan Election Commission. Kita jadikan betul-betul Suruhanjaya Pilihan Raya yang betul-betul bebas yang tidak ada pengaruh mana-mana parti, yang tidak menganggotai mana-mana parti, yang independent, yang bergerak dengan sepenuh kuasa yang kita berikan. Supaya bila timbul dispute, misalnya, maka Election Commission itu, Suruhanjaya Pilihan Raya itu akan jadi referee, akan jadi pengadil dan tidak kita serahkan kepada mahkamah kerana saya tahu bahawa perkara ini tentunya nanti akan menjadi rujukan apabila kes difailkan di mahkamah.

Saya mengambil contoh India, Yang Berhormat Menteri. Saya percaya dibuat kajian. India misalnya, mereka sudah lulus lama sudah undang-undang anti-defection, tetapi apabila timbul isu, mereka bawa ke mahkamah, akan ada stay, akan ada proses judiciary. Maka, undang-undang itu tidak serve the purpose. Begitu juga di New Zealand pun sama. Begitu juga di Papua New Guinea. Papua New Guinea, sepanjang menjadi kerajaan, tidak pernah cukup lima tahun satu-satu kerajaan. Pasti ada pertukaran kerajaan. Kerana apa? Cross floor, defection dan sebagainya.

Jadi bagaimana undang-undang ini— saya percaya akan evolve tetapi bagaimana peranan Yang Berhormat Menteri untuk memastikan perkara ini— a single step of a thousand journey, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Supaya kita dapat pastikan perkara yang kita lakukan ini merupakan perkara yang terbaik untuk memulihkan politik dan juga harapan bagi negara kita. Seperti mana yang diungkapkan oleh Margaret Thatcher, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “Where there is discord, may we bring harmony. Where there is error, may we bring truth. Where there is doubt, may we bring faith. And where there is despair, may we bring hope.”

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Kita bawa harapan kepada rakyat agar pindaan ini akan mencorakkan perjalanan politik untuk masa depan. Yang telah berlalu, berlalu. Yang telah khianat, khianat. Yang telah tinggalkan parti, tinggalkan parti. Adakah mereka selamat? Belum tentu, Tuan Yang di-Pertua. Minta maaf kalau takut Tuan Yang di-Pertua terasa. Saya bukan hendak merujuk kepada Tuan Yang di-Pertua tetapi yang lain-lain.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Minta rumuskan. Ada 18 saat lagi.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Baik, saya tahu. Saya kena rumuskan ini.

Akan tetapi, saya hendak ingatkan di dalam Dewan ini sebagai saya punya landing time saya ini, bahawa ada satu kitab, satu buku yang ditulis oleh pengarang terkenal Rusia, Leo Tolstoy. Buku itu bertajuk Hadji Murat. Hadji Murat ini menceritakan tentang pengkhianatan pejuang Chechnya. Mereka sokong Czar. Leo Tolstoy hidup waktu itu dan melihat perkembangan ini dan membangunkan watak ini sehingga dipanggil buku yang terbaik dalam dunia untuk dari segi cerpen dan penceritaannya. Saya sarankan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain untuk baca. Setebal 100 muka surat buku Leo Tolstoy yang bertajuk Hadji Murat yang menceritakan bagaimana akhirnya seorang pengkhianat dan beliau akhirnya dipenggal, kepala beliau dibawa dan ditunjukkan kepada orang-orang di sana, inilah muka pengkhianat dalam politik dalam perjuangan mereka.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, ingat perkara ini. Rakyat menghukum, rakyat di luar sana mendengar. Ini harapan yang kita beri kepada rakyat. Ayuh, percayalah semula kepada institusi demokrasi dalam negara kita. Kita sama-sama keluar dan tunjukkan kepada kita, ahli politik, siapa yang akan mereka pilih untuk menjadi kerajaan. Insya- Allah, kita janji selepas ini tidak akan ada lagi insiden pengkhianatan yang akan memalukan sistem politik di dalam negara kita. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Tebrau.

final • 2:50 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya menyertai perbahasan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan)

(No. 3) mengenai peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Saya menyokong RUU ini sebagai menghormati aspirasi rakyat Malaysia yang inginkan seorang wakil rakyat yang mereka pilih melalui pilihan raya, sama ada dalam pilihan raya negeri ataupun pilihan raya umum, tidak bertukar tempat. Saya menggunakan perkataan tempat dan bukan bertukar parti kerana bukan sahaja seorang dilarang bertukar daripada parti A ke parti B, malah yang menang atas tiket BEBAS pun dilarang sertai mana-mana parti politik selepas menang.

Saya ingin memberi pandangan, kemungkinan berbeza, supaya rakyat dapat tahu kesemua hujahan di Dewan yang mulia ini. Kita semua berhujah adalah untuk mempertahankan demokrasi. Namun, RUU ini melarang kebebasan untuk ‘kahwin’ lagi— izinkan saya menggunakan ‘kahwin’ ya— bagi seseorang individu. Sebaliknya, RUU ini tidak melarang satu parti politik yang bertanding atas satu prinsip untuk menubuhkan kerajaan dengan parti-parti politik yang berprinsip lain selepas pilihan raya.

final • 2:58 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Saya Tuan Yang di-Pertua, saya confused dengan izin, konsep demokrasi di sana, pihak di sebelah sana menjerit-jerit semasa perbahasan usul perlanjutan subseksyen 4(5) SOSMA, tahanan suspek tidak melebihi 28 hari kerana usul tersebut tidak demokratik. Namun, tidak pula merasakan RUU ini jika diluluskan, juga tidak demokratik. Ahli-ahli Parlimen semua telah bersumpah untuk mempertahankan demokrasi tetapi kita telah buat banyak pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan dan menggubal beberapa undang-undang.

final • 3:00 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Secara umumnya, we are slowly killing democracy dengan izin. Ramai di kalangan kita di dalam Dewan yang mulia ini selalu berhujah dan menyatakan pandangan atas dasar kerana penyokong kita. Seronok mendengarnya dan untuk mendapatkan political mileage dengan izin, tetapi hasrat rakyat biasa bukan semestinya dilayan dan betul.

Adakah ia akan bercanggah dengan demokrasi dan kebebasan seperti mana yang dipersetujui pada awal penggubalan Perlembagaan Persekutuan?

Baru-baru ini, kita sudah meluluskan perlanjutan 28 hari reman di bawah SOSMA.

Hari ini, kita pula akan meluluskan RUU larangan bertukar parti. Kalau semua pihak bersetuju, minggu depan kita akan bahasa Rang Undang-undang Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok juga bertujuan menggubal akta yang menyentuh hak-hak individu. Kita tidak harus melayan kesemua kehendak rakyat. Kita kena berani buat mereka faham sekiranya kehendak itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Akhirnya, saya ingin bertanya sama ada senario berikut dilarang atau dikecualikan di bawah RUU ini. Contohnya, seseorang Ahli Parlimen mengisytiharkan sokongan beliau kepada Perdana Menteri tanpa memberi notis keluar parti dan tidak menyertai mana-mana parti politik tetapi beliau telah dipecat beberapa jam kemudiannya oleh parti beliau.

Apakah jawapannya?

Ini adalah cerita tentang saya. Pada tahun 2020, saya mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri ketika itu. Saya berbuat demikian tanpa menerima sebarang duit dan tiada sebarang kes seperti yang didakwa ramai yang memaksakan saya mesti mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri ketika itu. Jadi, saya mintalah dijawab keadaan seperti saya adalah dikecualikan atau masih dilarang di bawah RUU ini.

Dengan itu, saya sudi menyokong selepas mendapat jawapan dari Menteri. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Tebrau. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Kota Belud.

final • 3:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, apa sebenarnya punca yang membuatkan seorang wakil rakyat itu melompat parti?

Adakah kerana memperjuangkan rakyat atau demi kepentingan diri?

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bersetuju untuk seorang wakil rakyat yang hanya perlu mengosongkan kawasan yang mereka menangi selepas lompat tetapi juga harus dilarang daripada bertanding dalam pilihan raya selama sepenggal. Mana mungkin orang yang telah mengkhianati mandat rakyat masih diberi peluang untuk bertanding sekiranya pilihan raya kecil diadakan. No! Mereka harus diajar dan dihukum dan bukan sekadar mengosongkan kawasan mereka sahaja, kemudian bertanding semula dalam pilihan raya kecil. Wakil-wakil rakyat yang melompat ini juga harus diarahkan memulangkan semula semua elaun yang diterima sepanjang bergelar Yang Berhormat. Mereka juga seharusnya tidak layak untuk menerima sebarang pencen. Mengosongkan kawasan sahaja tidak cukup untuk mengajar atau memberhentikan budaya lompat-melompat ini dari terus terjadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya kepada kerajaan tentang mekanisme bagi memberi keadilan kepada parti yang diwakili sewaktu seseorang wakil rakyat itu memenangi sesuatu kawasan yang ditandingi. Sudah tentu parti tersebut mengeluarkan begitu banyak belanja untuk menangkan calon tersebut.

Kalau kita ambil jumlah maksimum perbelanjaan yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), untuk Parlimen sejumlah RM200,000 dan untuk Dewan Undangan Negeri sejumlah RM100,000, ini hanyalah jumlah atas kertas yang mana saya percaya jumlah tersebut jauh lebih tinggi jika diambil kira kos menaikkan imej calon parti tersebut.

Saya ingin membangkitkan mengenai Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan mengenai kekosongan luar jangka di kalangan Ahli Dewan Rakyat yang tidak perlu diisi

final • 3:03 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

semula sekiranya tempoh tersebut dalam masa dua tahun dari tarikh Parlimen akan terbubar.

Soalan saya, adakah Perkara 54(1) ini akan dipinda? Jika ya, bilakah akan dipinda? Sekiranya tidak, siapakah yang akan menguruskan rakyat di Parlimen tersebut jika wakil rakyat mereka bertindak melompat parti?

Tuan Yang di-Pertua, wakil rakyat yang dipecat parti seharusnya tidak diiktiraf sebagai melompat. Contoh terbaik adalah apabila Yang Berhormat Semporna digantung keahlian UMNOnya hanya kerana beliau menegur Perdana Menteri waktu itu kerana kes 1MDB. We should not consider that as lompat parti.

Definisi lompat parti ini adalah apabila seseorang wakil rakyat itu meninggalkan partinya kerana mendapat imbuhan atau jawatan daripada sebelah pihak. Dalam masa yang sama, kita juga harus mengelakkan daripada sesuatu parti itu mempunyai kuasa mutlak dan dapat berbuat sesuka hati terhadap ahlinya.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga inginkan komitmen kerajaan pasca PRU15 bahawa akta ini bukan sekadar akta yang kita gubal pada hari ini tetapi harus dilaksanakan dan dikuatkuasakan sekiranya kejadian lompat-melompat berlaku. Tiada gunanya kita bertekak dan kemudian tidak melaksanakan pun apa yang kita gubal.

Begitu juga Dewan Undangan Negeri, tiada gunanya rang undang-undang ini digubal tetapi tidak dikuatkuasakan sekiranya berlaku lompat parti. Tengok sahaja apa yang berlaku pada Malaysia tahun 2020. Langkah Sheraton dan langkah Hina Musa harus menjadi pengajaran buat kita semua rakyat Malaysia.

Keadaan ekonomi tidak stabil adalah hasil daripada politik yang tidak stabil. Tidak sampai sepenggal, kita merasa tiga Perdana Menteri. Kerajaan Sabah di bawah WARISAN tidak sampai pun tiga tahun, terpaksa dibubarkan oleh sebab langkah hina Musa. Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:03 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar minta laluan nanti. Boleh? Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Apakah pendapat Yang Berhormat Kota Belud berkenaan dengan RUU ini? RUU yang kita bahaskan ini tidak menyentuh langsung secara detail punca utama kenapa adanya katak?

Kalau di tempat saya, dipanggil katak puru. Ertinya, katak ini adalah katak beracun. Ke mana sahaja dia pergi, dia akan sentiasa membawa racun mereka. Jadi di sini, saya ingin menyeru sekali lagi kepada kerajaan supaya janganlah kami sebagai orang pembangkang ini dimain-mainkan. Katanya Keluarga Malaysia. Apa ertinya Keluarga Malaysia, kalau kami tidak sign MOU, kami tidak ada peruntukan? Peruntukan ini sangat penting kepada kami kerana kami perlu sekali menyantuni rakyat-rakyat yang susah, yang susah meminta sesuatu apabila mereka berada dalam kesusahan.

Jadi, saya ingin menyeru lagi kalau disebabkan orang-orang ini melompat adalah ketidakadaan peruntukan yang diberi, saya maka berpendapat yang disalahkan haruslah kerajaan Keluarga Malaysia ini. Jadi, apakah pendapat Yang Berhormat Kota Belud berkenaan dengan percakapan saya tadi?

final • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Teruskan. Yang Berhormat Kota Belud.

final • 3:03 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan.

final • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 3:03 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Oleh sebab memang sebahagian daripada ucapan saya. Sebelum saya mengakhirkan perbahasan saya, acap kali alasan melompat parti ini kerana tidak mendapat peruntukan Parlimen. Sebagai wakil rakyat pembangkang, mengapa kerajaan bersifat tidak adil dan menafikan hak kami? Suka atau tidak suka, rakyat telah memilih kami sebagai wakil rakyat mereka.

final • 3:03 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Peruntukan Parlimen seharusnya diberi seadilnya kepada semua wakil rakyat tidak kira mereka adalah wakil rakyat kerajaan atau wakil rakyat pembangkang.

Peruntukan Parlimen harus disalurkan melalui Parlimen dan bukan di bawah bidang kuasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jangan kita hanya tahu menghukum tetapi kita tidak menerima dan memperakui bahawa itulah yang menjadi punca sebenarnya kepada permasalahan ini.

final • 3:10 PM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Kota Belud, minta maaf ya. Sedikit sahaja masa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya dengar Yang Berhormat Tebrau membawa isu berkenaan dengan kelulusan usul SOSMA di Dewan Negara semalam. Dengan izin, can we do exactly the same for this bill di Dewan Negara minggu hadapan. Dewan Negara hanya bersidang pada 8 hingga 16 Ogos, do it on the 4th or even on the 3rd of August? Terima kasih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih kepada Yang Berhormat Penampang. Sila Yang Berhormat Kota Belud.

final • 3:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin masukkan dalam ucapan saya. Saya juga berpendapat yang sama sekiranya kerajaan menganggap bahawa RUU ini penting maka kita harus segerakan dibawa ke Dewan Negara kerana kita mahu antilompat parti ini dilaksanakan.

Saya juga ingin memberi peringatan kepada kerajaan supaya jangan pula jadi tali barut menyebabkan lompatan ini. Sahabat saya Yang Berhormat Sepanggar sudah menyatakan semalam bahawa kalau di Sabah sehingga pihak polis pun terlibat mengangkat para wakil rakyat ini. Hanya kerana akta ini dibawa dan dibentangkan it doesn’t mean hanyalah usaha kerajaan sahaja. Kita perlukan undi dua pertiga, dalam Dewan ini. It means wakil rakyat daripada pembangkang juga sama-sama contribute kepada rang undang-undang ini. Sebagai anak Sabah, sudah-sudahlah lompat parti ini.

Lompat parti ini hanya akan membuatkan Sabah tertinggal jauh di belakang. Only the jumper will benefit. Tiada siapa pun yang sepatutnya mampu membeli pendirian dan maruah kita. Jadilah Malaysia yang stabil, Malaysia yang adil dan yang paling penting Malaysia yang bersih. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Hulu Rajang.

final • 3:10 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua di atas peluang yang diberikan bagi saya membahaskan usul yang cukup penting dan sangat dekat di hati saya berkenaan Rang Undang-undang Perlembagaan (No. 3)

(Pindaan) 2022. Dengan mengenai peruntukan larangan Ahli Parlimen bertukar parti, tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas keberanian membentangkan rang undang-undang ini semalam. Ini membuktikan Tuan Yang di-Pertua ketelusan dan keikhlasan dalam merealisasikan agenda transformasi dalam sistem demokrasi berparlimen di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua sejenak kita imbas kembali sejumlah Ahli Parlimen melompat parti selepas pilihan raya umum ke-14, PRU ke-14, merupakan satu sejarah hitam dalam sistem politik tanah air kita. Ia memberikan isyarat jelas bahawa amalan demokrasi negara kita tidak sihat dan sangat membimbangkan Tuan Yang di-Pertua.

Setelah 65 tahun, kita mencapai kemerdekaan, ini merupakan satu rekod luar biasa di mana ramai Ahli Parlimen lompat parti selepas pasca PRU ke-14. Ini bukannya satu rekod pencapaian yang boleh dibanggakan namun sangat menyedihkan kerana kepercayaan rakyat telah dinodai segelintir ahli politik.

Berdasarkan perbandingan dengan negara-negara jiran di rantau Asia Tenggara, Malaysia boleh dianggapkan sebagai negara berdepan masalah paling ramai Ahli

final • 3:12 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Parlimen lompat parti. Ini juga turut mencalarkan imej negara bukan sahaja di mata ASEAN, bahkan di peringkat antarabangsa Tuan Yang di-Pertua. Senario ini turut menunjukkan amalan demokrasi negara berada di landasan terburuk dalam Malaysia. Kini terletak pada titik terendah dalam aspek menyebutkan sistem demokrasi berparlimen.

Sekiranya dilihat senario politik negara-negara jiran, saya tidak pernah jumpa berita Ahli Parlimen Indonesia lompat parti. Kalau di negara Singapura, hampir tiada isu wakil rakyat lompat parti. Isu ini disebabkan undang-undang Malaysia tidak tegas dengan amalan wakil rakyat keluar parti dianggap sebagai satu kebebasan berpersatuan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan yang wujud menjadikan sebuah satu alat permainan dalam sebilangan daripada kita dalam Dewan ini.

Tuan Yang di-Pertua, menurut data kajian sejumlah 41 daripada 193 buah negara di seluruh dunia, telah melaksanakan Akta Antilompat Parti berdasarkan satu kajian dibuat sekitar tahun 2009. Keterlibatan 41 buah negara yang menggubalkan Akta Antilompat Parti berkenaan, menunjukkan fenomena wakil rakyat lompat parti adalah merupakan isu global yang harus ditangani melalui aspek perundangan. Saya ingin merakamkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Undang-undang di Jabatan Perdana Menteri dan pasukannya dalam menyediakan rang undang-undang ini untuk dibawa di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua di kesempatan ini saya menyokong penuh rang undang- undang ini. Mencadangkan agar mandat kepercayaan rakyat tidak lagi sewenang- wenangnya dipermainkan lagi dengan melompat ke sana ke sini. Saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat jagalah maruah kita sebagai ahli wakil rakyat dengan baik Tuan Yang di-Pertua, kos bagi melaksanakan satu PRK mahupun PRU bukanlah murah, ia menelan kos berjuta-juta ringgit. Ini adalah wang rakyat Tuan Yang di-Pertua.

Saya pasti pengundi marah sekiranya wang negara digunakan untuk memuaskan sesetengah ahli politik kita. Justeru, saya mencadangkan Tuan Yang di-Pertua agar satu kadar bayaran denda turut dimasukkan dalam rang undang-undang ini bagi memastikan setiap Ahli Parlimen yang bertanding akan dikenakan dengan sejumlah berapanya oleh kerajaan sekiranya mereka didapati melanggar undang-undang ini. Ini juga bagi mengekalkan Ahli Parlimen dijadikan sebagai barang dagangan oleh parti dan parti politik.

Saya pasti ramai pengundi akan turut senada dengan cadangan ini. Tujuan denda ini juga satu pengajaran untuk ahli politik agar wang ini boleh digunakan semula oleh SPR bagi tujuan mengendalikan pilihan raya di suatu kawasan. Perkara ini mungkin nampak rumit dan teknikal, namun saya ingin mencadangkan agar ia dapat diperhalusi.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri hujah-hujah saya, perkara pokok yang paling penting harus diambil kira dalam merealisasikan rang undang-undang ini ialah kepercayaan rakyat kepada sistem demokrasi berparlimen di negara kita. Pindaan rang undang-undang ini bukan hanya untuk ahli politik, namun ia adalah untuk semua rakyat Malaysia. Masyarakat umum harus mengambil tahu akan pembaharuan yang digubal ini kerana setiap pembaharuan dan transformasi yang kita bawa pada hari ini adalah untuk generasi masa hadapan negara kita yang tercinta ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum merumuskan huraian perbahasan saya, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun; Lompat si katak lompat, Jangan lompat ikut rama, Menabur budi biar tempat, Jangan sekadar mencari kuasa. Sekian terima kasih.

final • 3:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Bukit Gelugor, tidak ada dalam Dewan, Yang Berhormat Rompin tidak ada dalam Dewan. Seterusnya saya menjemput yang Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 3:12 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang memberikan kesempatan untuk saya juga turut terlibat dalam usul ini.

Saya ingin merakamkan tahniah kepada semua Ahli-ahli Parlimen yang saya kira tidak ada yang tidak bersetuju dengan usul yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kita bersetuju supaya tidak lagi berlaku krisis yang membabitkan kepada pengkhianatan, kepada kedaulatan kuasa rakyat. Jadi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang bersetuju di atas - bermula daripada perjanjian di dalam MOU yang telah pun dipersetujui bersama antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Pakatan Harapan.

Ini merupakan sesuatu yang sangat dibanggakan ke arah untuk satu politik baharu kepada masa hadapan negara kita ini. Saya kira bahawa ini adalah sesuatu untuk kita mengangkat kembali kedaulatan rakyat supaya setiap ahli-ahli politik ini mesti menghormati kedaulatan rakyat. Kuasa rakyat yang membuat penentuan kepada siapa bagi menerajui masa hadapan sesebuah negara, khususnya negara Malaysia ini.

final • 3:18 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ini telah menjadi satu sejarah kepada kita bagaimana krisis yang berlaku pada satu ketika dahulu yang dikenali sebagai ‘Langkah Sheraton’ telah membawa kepada keadaan krisis yang berpanjangan sampai kepada hari ini. Seharusnya, bagi saya Tuan Yang di-Pertua, sudah ada satu keinsafan kepada kita semua untuk memastikan bahawa keutamaan kepada negara dan rakyat adalah segala-galanya bukan untuk kepentingan diri kita semua ini.

Jadi, seharusnya ada keinsafan kepada semua akibat daripada ‘Langkah Sheraton’ itu telah membawa kepada krisis yang berpanjangan yang menunjukkan bahawa kita bukan lagi berpolitik kepada mengisi perut rakyat khususnya tetapi kita hendak mengisi kepada kedudukan perut sendiri.

Contoh, saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat. Hari ini keluar satu kenyataan daripada Setiausaha Agung Perikatan Nasional iaitu kenyataan media bahawa Mesyuarat MT Perikatan Nasional pada 27 Julai semalam telah dipengerusikan oleh Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md. Yasin dan dihadiri oleh semua presiden parti anggota iaitu Tan Sri Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang, Presiden PAS, Datuk Seri Panglima Dr.

Jeffrey G. Kitingan, Presiden STAR, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Presiden SAPP dan Yang Berhormat Senator Datuk Dominic Lau, Presiden Gerakan.

Apa yang disebutkan dalam kenyataan ini ialah dalam fasal perkara 3, “Mesyuarat juga melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam memenuhi terma-terma penting yang terkandung dalam perjanjian antara beliau dengan Perikatan Nasional”.

Jadi semua orang tahu bahawa isunya ialah terma-terma perjanjian penting ini ialah isu jawatan Timbalan Perdana Menteri. Jadi masih lagi − saya hendak sebut bahawa ini adalah krisis yang berpanjangan sehingga hari ini krisis. Ini kerana perebutan kedudukan, perebutan kuasa, perebutan kedudukan satu-satu pihak dalam kerajaan.

Ini suatu yang sangat malang yang seharusnya dilihat oleh semua khususnya oleh rakyat jelata di luar sana tentang bagaimana duduk dalam satu kerajaan masih ada perasaan kecewa tidak puas hati terhadap Perdana Menteri. Ini menunjukkan bahawa kerajaan ini kerajaan yang ibarat kapal hanyut yang tidak tahu di mana pelabuhan ia hendak berlabuh.

final • 3:20 PM

Seorang Ahli

Kompas sudah rosak.

final • 3:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya, kompas sudah rosak. Jadi bagi saya bahawa satu perkara yang sangat memalukan apabila sehingga saat kita hendak menguruskan supaya diluluskan usul ini ada pihak yang masih hendak menuntut itu, hendak menuntut ini − semua menunjukkan bahawa ‘Langkah Sheraton’ dahulu adalah langkah untuk kepentingan diri bukan kepada kepentingan rakyat. Yang Berhormat Shah Alam, ada apakah?

final • 3:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Kita rasa agak peliklah bagi Perikatan Nasional khususnya BERSATU untuk menimbulkan persoalan ini kerana ia sendiri telah melanggar apa yang telah wujud dalam terma apabila kita tubuhkan Pakatan Harapan.

Alasan yang diberikan oleh BERSATU untuk meninggalkan Pakatan Harapan kerana tidak hendakkan DAP, tidak hendakkan Anwar sedangkan apabila Pakatan Harapan hadapi pilihan raya semua itu pun diketahui adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan dan janji dalam Pakatan Harapan. Ia telah peroleh mandat daripada rakyat. Itu adalah asas yang lebih kukuh untuk janji-janji itu dipenuhi.

Akan tetapi, wujudnya di DAP dalam Pakatan Harapan, Anwar sebagai calon Perdana Menteri selepas Tun, dipertikaikan dan digunakan sebagai alasan untuk BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan, sedangkan itu mandat rakyat.

Lalu benda yang dia orang buat janji dengan Perdana Menteri sekarang iaitu Timbalan Perdana Menteri daripada BERSATU itu tidak ada mandat daripada sesiapa tetapi dia hendak tuntut. Lalu ini satu kepelikan. Dia tidak sedar dia sudah langgar janji yang telah mendapat mandat rakyat, menuntut satu janji yang langsung tidak dapat mandat daripada sesiapa. Apa pandangan Yang Berhormat Pokok Sena?

final • 3:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat Shah Alam. Sekali khianat, terus mengkhianati. Itulah jawapan, sekali khianat dia terus mengkhianati...

final • 3:20 PM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Yang Berhormat Pokok Sena boleh tambah sikit.

final • 3:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tabiat. Dia ada sudah satu tabiat dan akhirnya sama-sama pun − kita lihatlah bahawa dulu mereka mengkhianat kepada Pakatan Harapan. Kemudian bersama dengan kleptokrat. Kemudian kleptokrat mengkhianat mereka. Jadi, sekarang mereka merasa tidak puas hati terhadap kerajaan yang didukung oleh sebahagian besar kleptokrat ini yang tidak memenuhi kononnya janji mereka dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Pokok Sena, Baling boleh.

final • 3:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ini satu benda yang sangat tidak wajar.

final • 3:20 PM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Yang Berhormat Pokok Sena sikit.

final • 3:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya.

final • 3:20 PM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Terima kasih, saya hendak sambung apa yang Yang Berhormat Shah Alam bagi tahu itu tentang janji-janji ini. Setujukah Yang Berhormat kerbau dipegang dengan tali, manusia diikat dengan janji. Jika manusia yang dianugerahkan tuhan ini akal, iman malahan banyaknya masuk universiti memungkiri janji dengan melompat parti, maka mereka ini lebih teruk daripada kerbau. Setuju tidak?

final • 3:20 PM

Beberapa Ahli

Setuju.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Pokok Sena, topik yang sama Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 3:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya tidak hendaklah kata apa.

final • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Pokok Sena, Sik hendak juga.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Topik yang sama. Orang kampung, bolehlah, topik yang sama.

final • 3:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sikit sahaja, 10 saat sahaja.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Saya setuju Yang Berhormat Pokok Sena ini memang hebat dan berani. Adakah apa yang Yang

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Berhormat sebut tadi kita boleh iktirafkan Yang Berhormat Langkawi pun sama lebih kurang macam itu sebab itu puncanya. Setuju atau tidak?

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, sila Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 3:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Puncanya adalah apa nama hat yang saya sebut tadi − kenyataan media ini. Inilah puncanya. Itulah puncanya Yang Berhormat Pagoh. Yang Berhormat Pagohlah puncanya. Tidak apalah.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Langkawi berhenti dengan tiba-tiba tidak bagi tahu Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Langkawi itu bapa angkat Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 3:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak apa. Saya kira bahawa Yang Berhormat Pagohlah yang memulakan. Jadi, ini suatu...

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tengok tidak boleh jawab. Tadi baru saya kata gentleman, tidak berani jawab. [Membaca sepotong hadith], “Bercakaplah kamu benar walaupun pahit”.

final • 3:20 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II - Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh

Tidak boleh jawab sudah.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Pokok Sena ada seminit lagi.

final • 3:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya, saya pun agak terkejut apabila Presiden PAS juga turut menyatakan rasa agak kecewa...

final • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Pokok Sena, Sik hendak tanya juga, bagi sikit?

final • 3:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...rasa kecewa mereka terhadap Perdana Menteri...

final • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 3:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...sedang sebelum itu Presiden PAS kata tidak ada perjanjian tentang Timbalan Perdana Menteri.

final • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Pokok Sena, Sik hendak tanya.

final • 3:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Hari ini − Oh, kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak memenuhi, tidak bersungguh-sungguh untuk memenuhi terma-terma perjanjian yang terkandung di dalam perjanjian antara PM dengan Perikatan Nasional.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Pokok Sena, boleh?

final • 3:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Pokok Sena bagi saya jugalah, Yang Berhormat Shah Alam sahaja. Yang Berhormat Pokok Sena sikit sahaja.

final • 3:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena. Tuan Yang di-Pertua, saya agak hairan tengok orang yang hendak salahkan Yang Berhormat Langkawilah, inilah, itulah. Sebenarnya, yang hendak tebuk atap itu ada orang pinjamkan tangga, ada orang bagikan tukul. Lalu dia dapat tebuk atap. Dia tebuk atap dia masuk rumah dia buka pintu, yang bagi tangga dan yang bagi tukul masuk dalam rumah. Tiba-tiba...

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Shah Alam rumah sudah hanyut, tsunami bawa hanyut mana tebuk-tebuk − rumah sekali sudah hanyut.

final • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Pokok Sena pun khianat PAS dulu.

final • 3:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Shah Alam pun khianat PAS dulu.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Sebab itu hanyut.

Yang Berhormat Langkawi buat hanyut. Yang Berhormat Shah Alam tidak berani tegur Yang Berhormat Langkawi.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Pokok Sena, 28 saat lagi. On-kan balik mic.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sikitlah Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 3:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Shah Alam tadi. Jadi, saya agak terkejutlah dengan kenyataan yang dibuat oleh Parti Perikatan Nasional pada hari ini sedangkan Pengerusi Perikatan Nasional itu pernah menjawat jawatan Perdana Menteri yang sepatutnya dia berfikir tentang kepentingan negara dan rakyat pada saat ini. Bukan kepentingan parti komponen mereka untuk mengisi kedudukan jawatan.

Akhir, saya lihat bahawa usul ini kita persetujui untuk membersihkan negara kita daripada imej sarang pelacuran politik dalam negara kita. Jadi ini satu benda seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Gua Musang tempoh hari kerana ada parti politik dianggap sebagai pelacur-pelacur politik. Jadi saya harap selepas kita dapat membersihkan imej negara kita daripada menjadi sarang pelacuran politik ini maka kita harap PAS juga akan bersih...

final • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Pokok Sena pun kena bersih juga khianat PAS itu.

final • 3:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...di belakang [Pembesar suara dimatikan] ...

final • 3:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...banyak lagi pelacur-pelacur, insya-Allah.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena. Ahli Yang Berhormat seterusnya saya tadi ada memanggil Yang Berhormat Rompin dan juga Yang Berhormat Bukit Gelugor. Mereka baru masuk. Saya bagi peluang mereka untuk berbahas.

Untuk makluman, Menteri akan menjawab tepat pada pukul empat petang. Oleh itu, saya jemput Yang Berhormat Rompin kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Silakan Yang Berhormat Rompin. Switch on your mic.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk membahaskan satu rang undang-undang yang begitu bersejarah dalam sistem Raja Berperlembagaan.

final • 3:29 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Pilihan Raya ke-14 menyaksikan suatu perubahan kuasa di antara Barisan Nasional yang memerintah lebih 60 tahun dalam negara kita ini. Ini merupakan satu keputusan yang dibuat oleh rakyat bagi melihat demokrasi terus subur di negara kita ini dan adanya check and balance dalam sistem demokrasi.

Saya sangat percaya kepada two-party system di mana sebuah kerajaan yang bagus akan terus memerintah jika ada dalam satu sistem dua parti sistem dalam sesebuah negara. Keadaan ini berlaku di negara barat dalam sistem demokrasi moden di mana sistem dua parti ini menyebabkan kestabilan kepada politik sesebuah negara dan menyebabkan tumpuan pemerintah untuk memerintah dan membangunkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat dapat dilakukan dengan begitu baik sekali seperti di negara Amerika umpamanya, Britain dan di negara barat.

Di negara-negara yang maju tidak banyak parti politik dan mereka juga tidak banyak ahli parti. Mereka banyak supporters ataupun subscribe parti-parti yang mereka rasa bagus memerintah sesebuah negara itu.

Pilihan Raya ke-14 menyaksikan satu perubahan kuasa. Saya melihat inilah peluangnya kalaupun akan berlaku two-party system dalam negara kita ini di mana Pakatan Harapan telah diberi kesempatan untuk memerintah negara kita ini dan Barisan Nasional menjadi pembangkang ketika itu.

Akan tetapi hendak dikatakan politik kita tidak matang dan tidak lama, sudah lebih 60 tahun kita merdeka. Akan tetapi nampaknya apabila PH mengambil alih, tidak ada satu kestabilan politik nampaknya ketika itu di kalangan mereka sama ada kegagalan mereka untuk membentuk satu kesepakatan yang mantap untuk memerintah negara ini ataupun sebab mereka tidak dapat melaksanakan janji-janji pilihan raya yang telah mereka kemukakan semasa dalam...

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Rompin, boleh?

Boleh ya?

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Sedikit sahaja.

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Rompin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hendak tanya satu.

Tadi Yang Berhormat Rompin kata semasa PH memerintah tidak ada kestabilan politik.

Adakah setelah berlakunya Langkah Sheraton dan telah membentuk kerajaan berlakunya kestabilan politik? Itu yang pertama. Keduanya ....

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Tunggu, tunggu. Itu bab kedualah.

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Keduanya Yang Berhormat, kalau Pakatan Harapan tidak langgar manifesto memang parti yang lompat ini tidak akan langgar manifesto sebab tidak ada manifesto yang hendak langgar. Sekian, terima kasih.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Sepang.

Yang Berhormat Rompin teruskan.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Tak, itu bab kedua nanti. Bab kedua saya hendak cerita nanti. Yang Berhormat Sepang ini cepat sangat mengambil kesimpulan.

Jadi, apa yang saya harapkan adalah satu two-party system dalam negara. Presiden PKR pun ada di sini. Seorang yang lama dalam politik. Tidak akan berlaku kestabilan jika presiden parti yang besar bukan Perdana Menteri.

Sekarang pun berlaku seperti itu juga. Perdana Menteri bukan presiden parti. Dia hampir yang sama. Sebenarnya analogi ini kita melihat kembali, Presiden PKR parti yang terbesar bukan Perdana Menteri. Sekarang suasana ini berlaku sedemikian rupa dan kestabilan itu tidak akan berlaku ketika itu di mana Pakatan Harapan tidak dapat membuat dasar-dasar yang sepatutnya dibuat oleh presiden parti iaitu mengembalikan satu pemerintahan.

Jadi berlakulah keadaan yang tidak stabil. Apatah lagi saya harus secara jujur mengatakan bahawa manifesto-manifesto pilihan raya tidak dilaksanakan dengan begitu

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

baik. Akhirnya rakyat akan memberontak, rakyat akan menimbulkan satu keadaan yang tidak stabil dalam masyarakat kita.

Di kalangan parti ketika itu juga tidak mampu untuk membuatkan dasar-dasar yang lebih toleransi. Sebagai sebuah negara Malaysia yang berbagai-bagai bangsa dan agama, dasarnya harus toleransi dan harus melihat daripada sejarah, harus melihat perlembagaan itu sendiri sebagai tonggak kepada pemerintahan negara dan apabila ia keluar daripada itu akan berlakulah ketidakstabilan.

Seterusnya akan berlalu lagi perubahan, Perikatan Nasional memerintah tidak juga stabil ketika itu.

final • 3:30 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Rompin, boleh saya tanya? Boleh saya tanya?

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Masa saya sedikit.

final • 3:30 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Sedikit sahaja. Saya hendak tanya sedikit sahaja.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, sila Yang Berhormat Shah Alam.

final • 3:30 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Baik terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Rompin memberikan gambaran bahawa Kerajaan Pakatan Harapan ditolak oleh rakyat kononnya oleh kerana tidak melaksanakan manifesto. Akan tetapi itu bukan hakikat dan kebenaran.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Silap. Suasana tidak stabil. Bukan ditolak oleh rakyat. Analogi itu kena betul.

final • 3:30 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Ya, ya tadi disebut. Rakyat akan memberontak dan sebagainya. Hakikatnya Pakatan Harapan jatuh oleh kerana pengkhianatan. Lompat parti ini poin saya yang terakhir ya. Lompat parti ini tidak akan berlaku kalau UMNO dan PAS tidak sekongkol dan sanggup terima katak-katak ini untuk membentuk kerajaan.

So, saya harap pembahas-pembahas sama ada daripada PAS ataupun daripada UMNO janganlah berlagak macam hero hendak mempertahankan mandat rakyat.

[Tepuk] Kamulah yang telah mengkhianati mandat rakyat kerana kamu telah menerima katak- katak ini untuk membentuk kerajaan. Sedangkan kamu tahu rakyat telah memberi mandat kepada Pakatan Harapan. Apa pandangan Yang Berhormat Rompin?

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Analogi saya begini. Suasana itu akan timbul apabila desakan daripada rakyat bawahan ini. Ahli Parlimen tidak akan berani.

final • 3:30 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Mana ada desakan daripada rakyat.

Mana ada desakan daripada rakyat Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Desakan daripada pengundi. Ya itulah.

final • 3:30 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Rakyat sanggup terima Pakatan Harapan dan manifesto sedang dilaksanakan. So, janganlah ubah history, hendak ubah sejarah. Itu tidak betul.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Saya membuat analogi secara rasional dalam Dewan yang mulia ini kenapa perlunya satu kestabilan politik two-party system dan dari segi budaya, dari segi perlembagaan, agama, perkara-perkara yang sensitif tidak harus dipermainkan. Bagi membentuk satu kerajaan yang stabil, dari segi budayanya, perlembagaannya harus melihat dan jangan sentuh perkara-perkara yang sensitif.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit Yang Berhormat Rompin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada awal tadi saya memang tertarik dengan penghujahan Yang Berhormat Rompin ini yang mengakui setelah kalahnya UMNO dan UMNO tumbang dengan hanya tinggal 49 kerusi dan hari ini tinggal 39 selepas 10 melompat. Kita berdepan dengan satu landskap politik yang baharu, two- party system.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Cumanya dalam naratif butiran Yang Berhormat Rompin tadi menyalahkan Pakatan Harapan pula kerana ia belum lagi ditolak rakyat. Rakyat akan tolak selepas lima tahun dalam pilihan raya. Yang tolak, yang lompat dan yang khianat adalah Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Gombak dan kawan-kawan. Jadi, apabila UMNO dan PAS bersekongkol itulah gagalnya kita membina dua parti sistem dan Yang Berhormat Rompin mahukan. Itu naratif yang sebenarnya Yang Berhormat Rompin. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Silakan Yang Berhormat Rompin. Yang Berhormat Rompin, minta rumuskan Yang Berhormat Rompin.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Yang Berhormat juga silap. Saya tidak menyalahkan Pakatan Harapan tetapi yang saya katakan suasana politik ketika itu dan saya bandingkan ketika itu dan ketika sekarang ini.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Bagaimana kalau kita melihat sebuah parti seperti UMNO yang hanya 49 kerusi menjadi Perdana Menteri oleh kerana suasana dalam keadaan normal, ia tidak akan berlaku. Dalam sistem demokrasi biasa tidak akan berlaku tetapi suasana politik negara, kekacauan politik dalam negara membolehkan perkara itu berlaku kerana kehendak. Demi kestabilan politik, parti-parti seperti PAS, seperti BERSATU dan parti-parti lain merasakan perkara utama sekarang ialah menentukan kestabilan politik dan menerima Perdana Menteri daripada parti UMNO yang hanya 49 kerusi ketika ini.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Rompin.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Tidak stabil, tidak stabil.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Betul Yang Berhormat Rompin, betul. Kamilah yang mengutamakan kestabilan...

final • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Khianat tidak akan stabil.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

...politik dengan MOU yang kami tandatangani. Itu sebenar-benarnya ialah hujah kami.

final • 3:40 PM

Dato' Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Ya, saya hendak cabut ini, belum. Oleh sebab itulah...

final • 3:40 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Menstabilkan dan menuruti Titah Paduka Agong.

final • 3:40 PM

Dato' Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Ya, sebab itulah Presiden Ketua Pembangkang dengan kemuliaan hatinya sanggup menandatangani satu perjanjian persefahaman kerana kita mementingkan kestabilan. Oleh sebab, itu fakta.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Rompin, masa sudah tamat.

final • 3:40 PM

Dato' Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Itu fakta yang harus kita akui kerana dalam keadaan sekarang semua orang mahu melihat satu kestabilan politik sebelum kita menghadapi pilihan raya.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Rompin.

final • 3:40 PM

Dato' Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Akan tetapi pokok yang saya hendak katakan bahawa undang-undang ini dibuat oleh sebab kegagalan kita semua dalam Parlimen ini untuk mewujudkan satu suasana politik...

final • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Kegagalan UMNO dan PAS menghormati mandat rakyat

final • 3:40 PM

Dato' Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Nampaknya undang-undang ini perlu diadakan oleh sebab kegagalan kita semua lah membentuk satu budaya demokrasi yang ada hari ini.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Rompin, Terima kasih Yang Berhormat Rompin.

final • 3:40 PM

Dato' Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Saya percaya dengan adanya undang- undang ini mungkin sesuai dalam sebuah negara yang pelbagai bangsa, pelbagai agama kerana soal-soal sensitif, soal-soal agama tidak perlu dibangkitkan dalam politik negara.

Undang-undang ini menyekat semua orang untuk menggunakan perkara-perkara yang sensitif, yang bertentangan dengan Perlembagaan, yang bertentangan dengan sensitiviti agama dan Ahli-ahli Parlimen tidak sewenang-wenangnya keluar parti...

final • 3:40 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rompin bercakap ini lebih baiklah daripada orang lain. Bagi sayalah. Eloklah sikit dari yang lain-lain itu.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Rompin, masa sudah tamat Yang Berhormat Rompin.

final • 3:40 PM

Dato' Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Oleh itu, saya menyokong rang undang- undang ini dan kita berharap undang-undang ini dapat membentuk satu kerajaan yang lebih stabil pada akan datang. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 3:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk berbahas pindaan ini yang amat penting berkenaan dengan undang-undang antilompat yang telah pun menjadi satu isu yang amat- which applies dalam negara ini sejak pilihan raya ataupun pilihan raya GE 14 pada 2018. Kami di sini, di Pakatan Harapan telah pun menang pilihan raya tersebut. Akan tetapi sejak 2018, terdapat tiga buah kerajaan, it is a Federal Government. Now, kita perlu- saya mengalu-alukan pindaan ini. It’s a good step in the right direction, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Di Pulau Pinang, kita juga mempunyai Anti Hopping Law. Now, di Pulau Pinang juga terdapat satu insiden di mana terdapat isu lompat dan sebagainya, di mana the anti hopping law di Pulau Pinang sekarang di bawa ke Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan sama ada anti hopping law Pulau Pinang tersebut adalah berperlembagaan atau tidak.

Now Tuan Yang di-Pertua, apa ini bermaksud adalah, sebelum keputusan ini ataupun pada masa ini, keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Nordin Saleh adalah terpakai. Di mana diputuskan di sana bahawa the right to associate is a Constitional right and so is the right to, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, disassociate. Maksudnya, katak-katak boleh melompat. Itu dalam senang katalah. Tidak perlu kita baca Federal Court Judgement dan sebagainya. It just means that frogs are allowed to jump. Sana ada banyak katak.

final • 3:43 PM

Seorang Ahli

[Ketawa]

final • 3:43 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya boleh tengok ada, I think at least, satu sana. Satu sana, adakah lagi?

final • 3:43 PM

Seorang Ahli

Ada lagi. Yang Berhormat Ampang ada.

final • 3:43 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, jangan tunjuk tangan ya.

final • 3:43 PM

Seorang Ahli

Tidak payahlah tunjuk-tunjuk.

final • 3:43 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Berapa katak sini?

Katak berdiri.

final • 3:43 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 3:43 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Berani berdiri atau tidak?

final • 3:43 PM

Seorang Ahli

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:43 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Berdiri, stand. You know you are a frog.

final • 3:43 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat, kalau katak melompat, bukan berdiri.

final • 3:43 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 3:43 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Oh, lompat.

[Ketawa] Dia akan lompat sini. Kita lompat sana.

final • 3:43 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Nanti Tuan Yang di-Pertua marah, nanti Tuan Yang di-Pertua marah.

final • 3:43 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

That is the reality. Itu hakikatnya, Tuan Yang di-Pertua. Hakikatnya ialah kerajaan boleh tumbang...

final • 3:43 PM

Seorang Ahli

Betul.

final • 3:43 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

...akibat...

final • 3:43 PM

Seorang Ahli

Khianat!

final • 3:43 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

...katak.

final • 3:43 PM

Seorang Ahli

Khianat!

final • 3:43 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Jadi, kita berharap bahawa keputusan...

final • 3:43 PM

Seorang Ahli

Khianat!

final • 3:43 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Kita berharap Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:43 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Ini penyokong katak.

final • 3:43 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Kita berharap keputusan Mahkamah Persekutuan yang kita tunggu sekarang berkenaan dengan undang-undang anti-hopping di Pulau Pinang itu akan reverse ataupun memutuskan bahawa anti-hopping is indeed tidak berperlembagaan ataupun unconstitutional. Itu akan menjadi konsisten dengan pindaan undang-undang ini. Pindaan undang-undang ini dialu- alukan. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang berkenaan. I think we were also in the technical committee dulu. The committee comprising Datuk Seri the Minister and so on, kita mengalu-alukan. Akan tetapi kita juga perlu lihat dari segi sama ada ianya akan menangani masalah *coalition hopping.

Coalition hopping* tidak ditangani oleh undang-undang ini.

final • 3:43 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor bahawa lompat politik, katak politik dan sebagainya ini ialah satu perkara yang salah, jahat dan patut dikeji. Memang kita adakan pindaan Perlembagaan begini dan juga mungkin lepas ini keputusan mahkamah akan mencerminkan kehendak Parlimen iaitu We are Parliament. Akan tetapi setujukah Yang Berhormat Bukit Gelugor bahawa selain daripada undang-undang yang kita buat di Parlimen, selain daripada keputusan mahkamah, satu perkara yang amat penting dalam isu lompat katak politik ini ialah scheme of things, rasuah, itu satu. Keduanya, juga ada berlaku isu lompat katak ini dan sebagainya kerana insentif menjadi kerajaan terlalu besar. Hak dan kuasa kerajaan terlalu besar. Jadi, saya harap mungkin selepas ini bagi mencerminkan kehendak Parlimen bahawa kita menolak katak politik.

Kita harus meratakan hak sama ada Ahli Parlimen pembangkang ataupun Ahli Parlimen di sebelah kerajaan. Contohnya, ada katak-katak politik. Memang alasan jahat yang tidak patut diterima. Ini memang justifikasi mereka tetapi ada juga katak-katak politik kata, konon hendak melompat mendapat peruntukan. Jadi, kita di sini harus selepas ini

final • 3:43 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

menginstitusikan hak-hak Ahli Parlimen. Contohnya, mendapatkan peruntukan yang sama rata, tidak kiralah di sebelah kerajaan ataupun pembangkang.

final • 3:43 PM

Seorang Ahli

Sokong.

final • 3:43 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Contohnya, Ahli Parlimen pembangkang sebagai Pengerusi PAC seperti sekarang. Kita jangan kata bergantung kepada siapa jadi Perdana Menteri. Kalau PH jadi Perdana Menteri, memang kita akan bagi ahli pembangkang jadi Pengerusi PAC. Akan tetapi kita institusikannya supaya tidak kira siapa jadi kerajaan sekalipun, kita dapat memastikan bahawa ada persamaan daripada segi hak sebagai Ahli Parlimen. Semangat MOU ini memang patut kita kembangkan, kita patut institusikan. Jangan seperti Yang Berhormat Pagoh dulu, sudah sampai nyawa-nyawa ikan, sudah hampir mati katak, baru hendak minta nyawa, buat MOU. Kita buat macam sekarang, saya nampak amat bagus.

final • 3:43 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Pindaan undang-undang ini juga dilaksanakan dengan baik. Ada konsultasi bersama dengan pembangkang. Ada proses yang begitu baik dan teliti. Saya rasa semua ini patut diinstitusikan. Bukan sahaja kita buat undang-undang melarang lompat parti tetapi kita harus lawan rasuah, kita harus meratakan ataupun menyamaratakan hak Ahli Parlimen, tidak kira pembangkang ataupun kerajaan.

final • 3:50 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

[Bangun]

final • 3:50 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam, sila...

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Ledang ya? Terima kasih. Tadi disebutkan oleh rakan saya Yang Berhormat dari Bukit Mertajam tentang rasuah juga.

Saya ingat ada disebutkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang, ada 40 buah negara yang turut mengamalkan penetapan undang-undang antilompat parti ini. Jika kita rujuk silangkan dengan Indeks Persepsi Rasuah, lebih ataupun hampir 80 peratus daripada 40 buah negara ini menduduki tempat yang tercorot dalam Indeks Persepsi Rasuah.

Jadi kalau kita lihat ini, kita hendak pinda undang-undang ini, kita hendak buat pindaan tentang lompat parti, setujukah Yang Berhormat Bukit Gelugor bahawa kita mesti pastikan kita banteras rasuah yang menjadi perosak kepada negara, yang menjadi perosak kepada sistem demokrasi negara ini. Kita kena banteras, terutamanya kerja-kerja oleh SPRM untuk memastikan tidak ada lagi mereka yang rasuah politik, yang rasuah sogok, ugut dan sebagainya. Setuju kah Yang Berhormat Bukit Gelugor? Terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Bukit Gelugor, ada seminit 40 saat. Minta rumuskan.

final • 3:50 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ya, saya bersetuju dengan kedua-duanya, Yang Berhormat Bukit Mertajam dan juga Yang Berhormat Ledang. Memang rasuah itu merupakan punca, the problem yang kita hadapi. In fact Yang Berhormat Pagoh dahulu sebagai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun ada saya ingat siaran, di mana dia mengatakan dia akan bagi position ataupun lantikan kepada beberapa ahli yang ingin scheme of things, join him.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, apa yang ingin saya katakan di sini adalah berkenaan dengan coalition hopping. Itu merupakan masalah utama sekarang. Sheraton Move itu berpunca daripada coalition hopping di mana satu parti, keseluruhan parti telah pun melompat ke satu coalition yang lain, yang telah pun mengakibatkan kejatuhan Pakatan Harapan pada masa itu. Bagaimanakah kami dapat mengelakkan perkara ini?

Saya faham bahawa the right to disassociate juga merupakan fundamental right.

Akan tetapi mungkin kita boleh mengambil petua, contoh dari India, di mana di India terdapat undang-undang di sana di mana sekiranya dua pertiga ataupun at least dua pertiga ahli-ahli dari sebuah parti melompat maka ia tidak merupakan hopping. Akan tetapi kalau kurang dua pertiga ahli melompat, itu akan menjadi party hopping.

final • 3:50 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, ini akan discourage mereka, coalition from hopping entirely to a different party. Ini mungkin satu perkara yang boleh diambil kira oleh pihak kementerian dan saya berharap, seperti yang saya katakan tadi, we have – this is the step in the right direction but undang-undang ini perlu diimprove ataupun dibaiki untuk mengelakkan ataupun outlaw coalition hopping. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bukut Gelugor. Yang Berhormat, untuk kita mencapai pukul 4 petang, ada lebih kurang tujuh minit. Tadi kita ada dua orang pembahas lagi iaitu Yang Berhormat Jerantut dan Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya berikan masa empat minit seorang. Silakan Yang Berhormat Jerantut.

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Keluarga Malaysia. Izinkan saya menyampaikan serangkap pantun untuk permulaan.

Lompat melompat berlalu sudah; Akibatnya parti rata-rata tidak stabil; Undang-undang lompat dibentang sudah; Semoga negara terus stabil, insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini sejarah baharu, insya-Allah akan tertulis dalam negara kita di mana undang-undang anti lompat insya-Allah akan kita sama-sama sokong untuk keamanan dan kestabilan negara kita. Saya hendak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, UMNO, Barisan Nasional dan juga Menteri Undang-undang, PBB, GPS serta semua parti-parti yang ada di negara kita ini dan tidak terkecuali daripada rakan-rakan Ahli Parlimen sekalian yang telah turut berbahas selama dua hari, membuktikan betapa pentingnya undang-undang ini demi kestabilan negara kita.

Hasrat, tindakan serta terjemahan hasil daripada perbahasan selama dua hari ini, saya lihat semuanya kita boleh sepakat bahawa undang-undang ini sangat perlu. Cuma ia bukanlah undang-undang yang syumul, yang seolah-olah tidak ada salah, tidak ada cacat di mana-mana, tetapi ianya boleh diperbaiki daripada semasa ke semasa, hasil daripada perbincangan secara terbuka, tulus ikhlas antara kita. Biasalah ada sedikit- sedikit dilemparkan kritikan-kritikan di mana-mana tetapi saya nampak rata-rata kita boleh menerimanya. Umumnya kita mengetahui seperti mana rakan-rakan yang lain, PRU ke- 14 memberi kesan yang sangat berat kepada kita dan juga rakyat Malaysia seluruhnya di mana ada dalam sejarah lagi, ada tiga kerajaan dalam satu penggal Parlimen.

Kali inilah yang menyaksikan begitu keadaannya dan ini mengakibatkan negara kita berada dalam keadaan ekonominya tidak sebaik sebelum-sebelum ini dan paling terkesan ialah rakyat di luar sana, yang terhimpit kehidupan mereka akibat daripada mungkin keputusan-keputusan kita sebelum ini. Jadi, mudah-mudahan ianya bagi saya satu pengajaran yang amat bermakna kepada kita. Mudah-mudahan juga ia tidak akan kita ulang lagi sebab macam saya katakan tadi, natijahnya ialah negara dan rakyat menjadi sengsara.

Apabila kita lihat keadaan ekonomi tidak seimbang, tidak stabil, pelabur pun tidak berani. Kalau kita sendiri pun, hendak melabur dalam keadaan kerajaan yang sukar untuk diramal, sudah pasti tidak akan ada pelabur yang datang. Jadi, kalau kita dapat melihat kebersamaan walaupun kita berbeza tetapi kebersamaan dalam memutuskan kepentingan negara ini saya amat kagumi kepada rakan-rakan daripada semua kita ini, sama ada kerajaan mahupun pembangkang. Cuma Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan agar semangat yang ditunjukkan dalam Dewan Rakyat ini dalam pelbagai perbezaan kita tetapi kita boleh bersatu, kita boleh bersama.

final • 3:53 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Harapnya ia juga akan diikuti oleh kerajaan-kerajaan negeri. Memandangkan kerajaan-kerajaan negeri pun diperintah oleh parti-parti yang sama yang ada di Dewan ini.

Biarlah ia selaras, di peringkat Kerajaan Pusat kita ada undang-undang yang sebegini.

Maka ia lebih elok kalau kerajaan-kerajaan negeri juga mengikuti agar semuanya selari, tiada berbeza. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya rasa cukuplah di situ kerana saya tak nak ambil masa rakan saya nanti, saya menyokong. Terima kasih banyak.

final • 3:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Pembahas terakhir, saya jemput Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 3:53 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut berbangga dapat bersama membahaskan rang undang- undang yang sangat bersejarah dan significant ini. Ramai di luar sana yang mengatakan kita tidak akan sampai ke saat ini. Ramai yang menafikan, malah ada yang mencerca, mengejek, mengatakan “Tiada gunanya Pakatan Harapan sign MoU, mereka semua ini akan perlakukan kita sedemikian rupa. Dia akan cakap sahaja tetapi dia tidak akan melakukan.” Saya hendak rekod di sini bahawa ini tidak boleh berlaku sekiranya kita tidak bekerjasama dengan Yang Berhormat Menteri yang telah membantu memacu menjadi pengemudi dalam usaha ini dan semestinya pandangan daripada begitu ramai yang telah memberikan idea dan sebagainya. Cuma yang saya ingin tegaskan semalam saya ada sebut, saat ini saat yang sangat bersejarah. Harapan saya daripada 220 orang Ahli Parlimen yang hadir, semaksimum mungkin kita perlukan, lebih daripada 148 orang Ahli untuk kita luluskan pindaan Perlembagaan ini.

Kenapa penting Tuan Yang di-Pertua? Kerana rakyat akan kenal, akan lihat, akan tahu nama-nama semua yang mengundi pada hari ini dan nama-nama ini akan direkodkan selama-lamanya di Hansard atau Penyata Rasmi kita. Rakyat juga akan dapat melihat siapa yang tidak hadir, siapa yang tidak menyokong dan kita mengharapkan semua yang ada di sini, kita telah lalui saat yang sangat kelam, saat yang sangat getir dalam politik negara kita. Kita tidak hendak lalu lagi perkara seperti itu. Cukuplah sampaikan kita diperlekeh, ada lukisan yang menunjukkan kita ini seperti binatang, seperti katak, monyet, kera dan sebagainya. Di manakah kemuliaan Dewan ini sekiranya kita tidak memuliakannya? Ia bermula dengan kita.

final • 3:58 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Jadi, harapan saya, Tuan Yang di-Pertua, di dalam minit-minit yang terakhir ini, sudah masuk jam 4.00 dan kita pun hendak Yang Berhormat Menteri teruskan dengan jawapan beliau, cuma harapan saya, ini adalah titik permulaan. Banyak lagi yang perlu kita lakukan. Yang penting hendak tegaskan di sini, MoU tidak tamat 31 Julai. Perkara 2.1 dalam MoU telah ditandatangani pada 13 September 2021 menyatakan bahawa MoU ini kekal berkuat kuasa sehingga Parlimen dibubarkan. Parlimen boleh dibubarkan bila- bila masa selepas 31 Julai. Maka bermaksud selagi mana Parlimen tidak bubar, selagi itulah MoU itu akan berkuat kuasa, selagi itulah kita akan bekerjasama untuk memastikan reformasi yang diperlukan dapat kita laksana demi tanah air tercinta.

[Tepuk] Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk memberi jawapan dalam tempoh masa 40 minit. Silakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 4:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

40 minit ya?

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ya.

final • 4:00 PM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam bahagia, salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai pendahuluan, terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah membentang rang undang-undang ini yang menunjukkan komitmen beliau untuk melaksanakan rang undang-undang defection law ini, pindaan dalam Perlembagaan, bersama dengan Ahli-ahli Dewan Rakyat pada 20 Julai 2022 semalam.

Sebelum saya menjawab pertanyaan-pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, ingin saya nyatakan di sini walau apa jua hujah-hujah perbahasan yang dilontarkan oleh Ahli Yang Berhormat, berkenaan isu-isu berkaitan dengan bertukar parti ini, semua Ahli Yang Berhormat harus sedar bahawa kita berada di sini atas sebab yang sama iaitu bertanggungjawab untuk menjalankan amanah kepada rakyat melalui sistem Demokrasi Berparlimen.

Berteraskan kepada perkara itu juga, hasilnya rang undang-undang ini yang telah diteliti bersama melalui sesi libat urus, pandangan serta melalui Jawatankuasa Pilihan Khas secara bipartisan, dengan izin, oleh wakil-wakil parti utama dalam Dewan yang mulia ini. Dengan itu, izinkan saya juga, Tuan Yang di-Pertua, untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Undang-undang, AG Chambers dan khususnya kepada Select Committee Khas yang telah dilantik oleh Dewan.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Ini kerana, betul, saya bersetuju dengan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa kita boleh duduk semeja dan berbincang dan melaksanakan satu matlamat yang penting untuk rakyat. Itulah makanya bermacam-macam perbahasan kita buat dalam jawatankuasa dan komprominya menghasilkan rang undang-undang ini.

Jadi, saya bersetuju dengan ada Ahli-ahli Yang Berhormat mengatakan bahawa rang undang-undang ini bukanlah penyelesaian 100 peratus kepada semua masalah kita tetapi sebagai the first step, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana juga Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sebut.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih lagi sekali. Seramai 54 orang Ahli Yang Berhormat yang telah menyertai sesi perbahasan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 pindaan dalam jawatankuasa. Segala cadangan dan pandangan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat amat dihargai dan akan diberi perhatian yang sewajarnya. Walaupun sebenarnya kita menerima lebih daripada itu jumlah yang hendak berucap tetapi oleh kerana masa yang telah ditetapkan, maka bersyukurlah 54 orang itu cukup ramai.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Hulu Selangor telah membangkitkan isu berkaitan keperluan penggubalan suatu rang undang-undang khusus berkaitan dengan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti bagi mengatasi kelompong atau kekurangan yang wujud dalam rang undang-undang ini.

Dalam hal ini, sebagaimana dijelaskan oleh Yang Berhormat Tuaran dan Yang Berhormat Pengerang yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, saya ingin menarik perhatian semua Ahli Yang Berhormat bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen telah mempertimbang dan bersetuju mengenai pemilihan pendekatan satu langkah (one-step approach), dengan izin, dalam memperkenalkan undang-undang larangan bertukar parti melalui pindaan kepada Perlembagaan.

Ini kerana pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan akan memastikan peruntukan larangan bertukar parti ini tidak dapat diubah dengan sewenang-wenangnya melalui simple majority kerana pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan memerlukan sokongan undi dua pertiga pada bacaan kali kedua, ketiga di setiap Majlis Parlimen. Pada

final • 4:00 PM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

peringkat ini, tidak ada keperluan untuk suatu rang undang-undang yang khusus berkaitan dengan larangan Dewan Rakyat bertukar parti digubal.

Selain itu, terdapat persoalan apakah justifikasi pindaan kepada Perkara 10 dibuat. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda kerana Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan adalah peruntukan bagi kebebasan berpersatuan.

Sehubungan dengan itu, pindaan terhadap Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan perlu untuk memasukkan peruntukan untuk menjadikan perenggan (c) fasal (1) Perkara 10 berhubung dengan Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Persekutuan dan mana-mana negeri tertakluk masing-masing kepada Perkara baharu 49A dengan seksyen baharu 7A Jadual Kelapan.

Penggubalan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan ini turut dipertimbangkan pemakaian peruntukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri. Persoalan ini dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Tampin dan Yang Berhormat Bagan.

Saya ingin merujuk kepada fasal 1 dan fasal 2 rang undang-undang ini yang telah memperuntukkan larangan bertukar parti ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri melalui cadangan pindaan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan. Pindaan ini membolehkan semua Dewan Undangan Negeri meminda Perlembagaan negeri masing- masing agar selaras dengan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

Walau bagaimanapun, pemakaian peruntukan larangan Ahli Dewan Undangan Negeri bertukar parti hanya akan dikuatkuasakan di suatu negeri pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan Raja-raja atau Yang di- Pertua Negeri. Dalam hal ini, rujukan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengenai kuasa DUN Pulau Pinang untuk mewujudkan undang-undang larangan bertukar parti tidak akan menjejaskan rang undang-undang ini.

Berdasarkan perbahasan yang telah berlangsung, saya dapati masih ramai Ahli Yang Berhormat kurang jelas mengenai tafsiran Ahli Dewan Rakyat bertukar parti terutama dalam situasi tertentu melibat aspek keanggotaan Ahli Dewan Rakyat dalam parti politik atau parti gabungan.

final • 4:00 PM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Antara persoalan berbangkit adalah seperti berikut...

final • 4:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak balik kepada berkenaan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri sebelum bertukar kepada tajuk lain. Saya hendak tanya sama ada pindaan Jadual Kelapan itu, kalau sekiranya Sultan ataupun Raja ataupun ketua sesebuah negeri menerima pakai Jadual Kelapan ini. Maksudnya tidak perlu ada pindaan di peringkat negeri ataupun DUN masing-masing, masih perlu membawa satu pindaan ke Dewan Undangan Negeri masing-masing sebelum Jadual Kelapan ini terpakai. Boleh perjelaskan atau tidak Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

final • 4:10 PM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sebenarnya Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat perhatikan jawapan itu tadi memang perlu mengatakan dipinda semula di peringkat negeri untuk membuat undang-undang itu terpakai di peringkat negeri. Kalau tidak, ia tidak terpakai. Akan tetapi walau bagaimanapun, saya juga ingin menjelaskan berhubung dengan kes rayuan ataupun review untuk kes Nordin Salleh.

Jikalau kes Nordin Salleh ini- apa sahaja pihak kes Nordin Salleh, kalau affirm keputusan yang asal, maknanya rang undang-undang ini akan terpakai di peringkat negeri.

Maknanya negeri tidak boleh meminda melainkan ada pindaan kepada peringkat Persekutuan dengan rang undang-undang Parlimen. Jadi kalau kes review ini mengatakan kes itu adalah tidak betul dan dia membolehkan pihak negeri untuk menggubal rang undang-undangnya sendiri. Pertanyaan Ahli Yang Berhormat...

final • 4:10 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Yang Berhormat Menteri, tajuk yang sama secara ringkas. Tadi Yang Berhormat Menteri telah sahkan pindaan kepada

final • 4:10 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Perlembagaan negeri masing-masing perlu dibuat. Adakah fahaman saya betul pindaan mesti dibuat di Perlembagaan setiap negeri untuk incorporate apa peruntukan dalam 7A kepada Jadual Kelapan. Maksudnya setiap negeri perlu buat enakmen di Dewan Undangan Negeri dan luluskan itu. Jadi soalan saya ialah apakah time frame dengan izin di mana kerajaan sekarang rancang supaya semua lain negeri kena buat sebab untuk pastikan undang-undang ini, I mean pindaan ini larangan kepada lompat parti ini berkuat kuasa di semua negeri sebelum PRU akan datang. Adakah time frame yang dirancang oleh kerajaan?

final • 4:10 PM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya persoalan ini dibangkit dalam select committee sama ada kita memaksa pihak negeri dalam masa yang tertentu untuk melaksanakan pindaan yang sama. Jadi jawapan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas ialah supaya Yang di-pertuan Agong membuat engagement-nya dengan Sultan-sultan dan TYT-TYT dahulu. Selepas itu kalau masih ada keperluan, baru kementerian BHEUU akan membuat engagement dengan negeri untuk atau persuade ataupun meminta, memohon pihak negeri menyelaraskan bersama rang undang-undang.

Walaupun kita mempunyai peruntukan dalam Perlembagaan untuk menyelaraskan, setakat ini kita hanya memohon kepada pihak negeri supaya undang- undang ini diseragamkan di seluruh negara Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Itu saya faham. Saya tanya tentang timeframe sebab kita perlu menjadikan pindaan ini satu realiti di semua negeri, baru berkesan sebab ada banyak kes lompat ini yang berlaku di peringkat DUN. Jadi itulah saya tanya sahaja, adakah gambaran time frame itu?

final • 4:10 PM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kalau kita lihat sekarang, kita mempunyai sekurang-kurangnya empat buah negeri sudah ada undang-undang yang sama Yang Berhormat sebenarnya. Walaupun undang-undang di Sabah telah dimansuhkan dan saya cukup yakin Sabah akan memperkenalkan semula. Sarawak sudah ada, Pulau Pinang sudah ada, Kelantan, mana satu lagi, Sabah. Jadi maknanya saya cukup yakin negeri-negeri lain pun bakal akan mengikut langkah yang sama. Kalau tidak, kita akan ambil tindakan untuk libat urus dengan pihak negeri. Terima kasih Yang Berhormat.

Pertanyaan Ahli Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Jempol dan Yang Berhormat Setiawangsa mengenai sama ada seorang Ahli Dewan Rakyat bertindak keluar parti dalam gabungan yang sama dianggap sebagai bertukar parti.

Dalam konteks ini, Jawatankuasa Pilihan Khas telah bersetuju dan mengesyorkan bahawa Ahli Dewan Rakyat yang keluar dari satu parti politik dalam satu gabungan dan menyertai parti politik yang lain dalam parti gabungan yang sama atau berbeza, maka Ahli Dewan Rakyat tersebut terhenti menjadi Ahli Dewan Rakyat dan perlu mengosongkan kerusi.

Ini kerana keanggotaan seorang Ahli Dewan Rakyat merujuk kepada keanggotaan dalam sebuah parti politik dan tidak kira sama ada parti politik itu merupakan anggota sesebuah parti gabungan atau tidak. Selain itu, keanggotaan seorang Ahli Dewan Rakyat juga merujuk kepada seorang Ahli Dewan Rakyat, bukan anggota mana-mana parti politik yang membentuk sesuatu gabungan parti politik tetapi ialah anggota parti gabungan itu (direct member of the coalition party).

Dalam hal ini, Ahli Dewan Rakyat yang merupakan direct member of coalition party yang berdaftar di bawah Undang-undang Persekutuan akan dianggap bertukar parti jika beliau keluar daripada gabungan tersebut.

Pertanyaan Ahli Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Setiu dan Yang Berhormat Lubok Antu mengenai kedudukan Ahli Dewan Rakyat sekiranya parti politik diwakili keluar daripada gabungan dan menyertai gabungan lain. Saya ingin menarik perhatian semua Ahli Yang Berhormat bahawa prinsip larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti berpegang kepada keahlian Dewan Rakyat dalam sebuah parti politik. Oleh yang demikian, sebarang

final • 4:10 PM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

tindakan suatu parti politik termasuk keluar daripada satu gabungan menyertai gabungan lain tidak dianggap sebagai tindakan bertukar parti.

Mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang kekal dalam parti gabungan sedia ada juga tidak dianggap bertukar parti. Sebagai contoh, jika sebuah parti keluar daripada gabungan dan menyertai gabungan yang lain tetapi salah seorang anggota parti tersebut iaitu tidak bersetuju dengan tindakan tersebut, apakah status beliau? Dalam situasi ini, statusnya bergantung pada kedudukan dia dalam parti tersebut. Perkataan di sini gunakan nama fictitious nama, Amira. Contohnya tadi ialah:

(i) Amira tidak bersetuju dengan tindakan tersebut, maka status beliau dalam situasi ini Amira tergantung kepada kedudukan Amira dalam parti. Sekiranya Amira kekal sebagai anggota dalam parti, dia tidak dianggap sebagai bertukar parti;

(ii) tindakan Amira untuk tidak mengikut keputusan parti keluar daripada gabungan tersebut menyebabkan Amira dipecat daripada parti tersebut. Maka Amira tidak dianggap sebagai bertukar parti; dan

(iii) tindakan Amira untuk tidak mengikut parti tersebut keluar daripada gabungan tersebut merupakan satu tindakan bawah perlembagaan parti yang akan menyebabkan keanggotaan Amira terhenti dengan sendirinya. Maka Amira dianggap sebagai bertukar parti.

Persoalan Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Bagan...

final • 4:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:10 PM

Seorang Ahli

[Bangun]

final • 4:10 PM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

...Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Pontian. Saya masih kabur lagi sebenarnya.

final • 4:10 PM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Bagi dulu, selepas itu Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Pontian sentiasa kabur.

[Ketawa]

final • 4:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Shah Alam ini memang, tidak apalah. Sebagai contoh, kita contoh parti yang ada dalam Dewan inilah.

Perikatan Nasional, lambangnya Perikatan Nasional.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Kita ambil dua contoh parti, jika ada ahli PPBM, dia masuk PAS. Dia meninggalkan PPBM tetapi masuk PAS ataupun daripada PAS masuk PPBM itu. Adakah itu dianggap melompat parti dan bertukar parti? Itu, itu. Kalau kita bagi contoh yang ada dalam Dewan ini, mudah sikit. Jadi Amira dan sebagainya itu, dia menyebabkan kabur.

Yang Berhormat Shah Alam pun kabur juga sebenarnya.

final • 4:20 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Boleh saya sambung? Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya nak tanya, sebab contoh yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi dalam keadaan (c) tadi iaitu kalau seseorang itu melanggar keputusan parti dan dalam perlembagaan partinya mengatakan bahawa kalau dia melanggar keputusan parti, maka keanggotaannya akan terlucut ataupun cease to be a member. Adakah itu dianggap sebagai bertukar parti sebab itu ada hubung kait dengan perbahasan saya. Saya nak tanya kepastian daripada Yang Berhormat Menteri. Sebab kalau itu dianggap sebagai bertukar parti, maka implikasinya ialah kalau pindaan kepada Perlembagaan parti dibuat, maka seseorang itu akan hilang jawatannya sebagai Ahli

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Dewan Rakyat kalau dia melanggar keputusan parti. Saya harap itu dapat kepastian sebab itu akan memberikan implikasi kepada parti-parti politik supaya mengambil tindakan susulan. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya jawab itu dahulu, Yang Berhormat. Pertama, parti dalam satu gabungan, ahli dia bertukar daripada satu parti ke satu parti lain, dia dianggap keluar parti, lompat parti. Oleh sebabnya di sini adalah keluar parti, gabungan itu tidak termasuk dalam equation perancang undang-undang ini. Ha! Itu yang pertama. Jawapan kepada Yang Berhormat ini, begitulah hakikatnya. Kalau Perlembagaan parti itu mengatakan apa sahaja tindakan ahli itu tadi dan akhirnya dia tergugur keahlian dia daripada parti itu, maka dia dianggap lompat parti.

Jadi persoalan Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya mengenai situasi seorang Ahli Dewan Rakyat memberikan sokongan kepada parti politik lain daripada parti politik yang diwakilinya. Adakah tindakan ini dianggap bertukar parti?

Ahli Dewan Rakyat yang memberi sokongan kepada ahli parti politik lain diwakilinya tidak dianggap bertukar parti. Ini kerana Ahli Dewan Rakyat tersebut masih kekal sebagai ahli parti politik yang diwakilinya. Jadi Yang Berhormat, saya nak ulas panjang sikitlah ini ya. Kita bincang pun soalan ini panjang lebar juga dalam jawatankuasa pilihan khas. Kalau kita lihat dalam Perlembagaan, ia menumpukan kepada Ahli Parlimen.

Soalan ahli politik itu tidak terbangkit ya. Itu yang pertama.

Jadi, dia hanya menyokong. Contohnya kalau menyokong apa-apa usul yang dibawa oleh kerajaan, parti pembangkang tetapi dalam parti itu tidak ada menghalang dia untuk menyokong. Akan tetapi kalau dia ada halangan daripada parti itu yang melarang dia menyokong dan perlembagaan partinya mengatakan dia akan tergugur keahliannya, itu dah lain cerita, Yang Berhormat. Maknanya dia boleh sokong mana-mana usul, mana- mana tindakan, apa sahaja pihak kerajaan atau pihak pembangkang tidak akan menjatuhkan keahliannya melainkan dia join parti itu.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Celahan, celahan Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya betul-betul hendak dapat kepastian daripada sesi penggulungan Menteri ini. Saya buat analogi begini ya, satu gambaran. Seorang Ahli Parlimen yang membuat keputusan di dalam Parlimen yang bertentangan dengan keputusan Whip party-nya, dalam perkara misalnya financial bills ataupun undi percaya, undi tak percaya.

Maknanya mengikut rang undang-undang kita ini, seorang anggota itu tidak dianggap sebagai hopping, tak timbul isu hopping kecuali perlembagaan partinya itu ada tercatat perbuatan seperti itu dianggap keahliannya tergugur dengan sendiri, barulah dia masuk dalam kategori hopping. Am I right?

final • 4:20 PM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya betul. Sebenarnya latar belakangnya begini Yang Berhormat, apabila kita menggubal rang undang-undang ini dahulu, kita lihat contoh di India. Kita juga melihat contoh di UK yang mana arahan-arahan whip itu sendiri menjadi pokok pangkal kehilangan kedudukan. Jadi kalau seseorang Ahli Parlimen di India, dia tidak mengikut apa kata whip dia, tak ada dalam Perlembagaan parti pun, tidak ikut arahan whip dia, dia buat pengundian yang berlainan, maka dia akan tergugur keahliannya dan gugur menjadi Ahli Parlimen.

Itu juga berlaku di England yang bakal dilaksanakan sekarang. Jadi, begitulah.

Akan tetapi kita tidak menggunakan contoh England, UK dan tidak juga menggunakan contoh di India menggubal rang undang-undang ini. Jadi, kita gunakan contoh kita sendiri berlandaskan parti punya kedudukan.

final • 4:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Yang Berhormat Menteri, Kulai sini, sini, sini, depan.

final • 4:20 PM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Jerlun minta dulu, bagi Yang Berhormat Jerlun ini dahulu.

final • 4:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Boleh. Selepas itu, Yang Berhormat Kulai ya?

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri dua perkara. Satu, tadi disebut bahawa perlu ada satu arahan daripada whip yang patut dituruti oleh Ahli Dewan Rakyat yang mewakili parti-parti tersebut. Arahan itu tentunya mestilah satu arahan yang rasmi dan juga keputusan yang dibuat secara rasmi oleh parti yang diwakili kerana kalau samar- samar mengenai keputusan parti, maka Ahli Dewan Rakyat itu tak pasti keputusan mana yang dia hendak turuti. Itu yang pertama.

Keduanya, walaupun seorang Ahli Dewan Rakyat itu mewakili partinya bertanding dalam kawasan masing-masing tetapi dia masih dipilih oleh pengundi dalam kawasan itu.

Kadangkala Ahli Parlimen itu mesti menyuarakan isi hati pengundi dalam kawasan dia dan tak semestinya menepati kehendak parti dia sendiri.

Kita berada di sini saya tahu mewakili parti tetapi kami juga diletak di sini oleh pengundi-pengundi kami. Atas sebab itu yang kami menang itulah yang sebabnya kita ada dalam Dewan Rakyat ini. Jadi kalau kita tidak boleh bersuara, mungkin dengan sedikit kebebasan, sedikit independent daripada kehendak parti, saya rasa kita tidak menepati tanggungjawab kita sebagai Ahli Dewan Rakyat. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tunggu Yang Berhormat ya, saya nak jawab ini dahulu. Sebenarnya cukup tepat Yang Berhormat. Sebenarnya apa sahaja keputusan parti, kalau dalam parti itu tidak ada dalam Perlembagaan dia mengatakan Yang Berhormat akan kehilangan keahlian, gugur keahlian oleh kerana melawan kehendak parti dalam tindakan di Parlimen itu, tidak menjadi apa-apa Yang Berhormat.

Ini teori daripada Edmund Burke, tahun 1750, penulisannya. Jadi, maknanya Ahli Parlimen itu bebas menyuarakan apa sahaja irrespective of party dia kata, irrespective apa juga rakyat dia kata, naluri dia sendiri, based on his own wisdom dengan izin Tuan Yang di-Pertua, akan membuat satu-satu keputusan. Jadi, kita ambil kira juga perkara- perkara yang sedemikian ini. Jadi okey itu Yang Berhormat, tak ada menjadi masalah itu, Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hanya nak tanya sikit lagi. Saya nak bagi satu contoh lagi. Kalau seseorang Ahli Parlimen melanggar arahan daripada parti tetapi sign SD untuk seorang calon PM yang lain. Saya nak dapat kepastian daripada Yang Berhormat Menteri, sama ada SD itu masih terpakai atau tidak kerana dari saat dia sign SD itu untuk calon Perdana Menteri yang lain sebenarnya, adakah membership dia, keahliannya dengan parti tersebut telah tergugur ataupun calon PM tersebut masih boleh guna pakai SD tersebut dan juga angkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Itu satu contoh yang saya hendak bagi kepada Yang Berhormat Menteri. Harap boleh dapat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Soalan SD memang tak ada dalam undang-undang ini, Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Walau bagaimanapun, apa yang Yang Berhormat sebut itu, memang seorang Ahli Parlimen membuat keputusan bertentangan dengan kehendak parti dia. Akan tetapi, sebagaimana yang telah disebut tadi saya ada beri penjelasan dengan Yang Berhormat bahawa kalau Perlembagaan parti tidak mengatakan yang keahliannya akan tergugur oleh kerana tindakannya bertentangan dengan tindakan parti terhadap parti, maka dia masih kekal— tidak akan menjejaskan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Rakyat.

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri isu berkenaan dengan keadaan- keadaan di mana seseorang itu digugurkan keahlian beliau dalam parti politik menjadi penting buat tujuan pindaan-pindaan yang baharu ini.

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Di situ soalan-soalan yang dikemukakan tadi, ada yang risau berkenaan dengan definition. Saya rujuk Yang Berhormat Menteri kepada perkara yang baharu 49A dan di situ Tuan Yang di-Pertua, kalau dibenarkan saya hendak membuat rujukan kepada dua perkara. Kita melihat perbezaan antara perkataan yang digunakan dalam pindaan ini. Dua keadaannya iaitu 49A(1)(a) yang menyatakan seperti berikut; “...setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota satu-satu parti politik satu − (i) dia melepaskan keanggotaan parti politik” dan kemudian perkataan yang berbeza, “(ii) dia tidak lagi menjadi anggota parti politik itu atau...”. Itu menunjukkan keadaan yang berbeza.

Pertama, bila membuat keputusan sendiri untuk melepaskan keahlian dan di situ saya rasa ada dimasukkan ‘(ii)’ di mana berlaku satu keadaan di mana beliau tidak menjadi anggota parti politik itu mungkin kerana melanggar syarat Perlembagaan parti atau sebab-sebab yang lain tetapi ia general atau am.

Itu boleh juga merangkumi keadaan-keadaan yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Sekiranya, perlembagaan parti tidak membenarkan sesuatu perkara dan di situ menyatakan sekira anggota itu melakukan perkara tersebut, keahlian beliau akan dilucutkan atau digugurkan. Maka, bukankah di situ ‘(ii)’ terpakai Yang Berhormat Menteri?

Saya minta penjelasan.

final • 4:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Bersetuju Yang Berhormat.

Itu sebenarnya tujuan ‘(ii)’ itu untuk mengatasi masalah situasi-situasi yang begini, terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, saya hanya hendak menegaskan point yang sama. Ini bererti bahawa semua parti politik mesti menentukan bahawa dalam perlembagaannya ada klausa-klausa yang jelas yang mengatakan kalau Ahli Parlimen ambil tindakan sekian-sekian, maka dengan sendirinya gugur.

So, we must have that dengan izin, we must have that with our constitution supaya dia akan gugur secara automatik dan dengan itu dia hilang kerusi dia kerana kalau dia dipecat, dia tidak hilang kerusinya. So, our constitution must be clear on this. Is that right?

Ya, dengan izin the party constitution, is that right? Yang Berhormat Menteri ya?

final • 4:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]

Secara ringkas, right.

final • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]

[Ketawa] Terima kasih, persoalan Ahli Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Dungun, dan Yang Berhormat Machang mengenai situasi sekira seseorang Ahli Dewan Rakyat mempunyai prinsip yang bertentangan dengan prinsip parti politik yang diwakilinya.

Merujuk kepada persoalan ini, sekiranya seorang Ahli Dewan Rakyat mempunyai prinsip yang bertentangan dengan prinsip parti dan menyebabkan keahlian beliau digugurkan berdasarkan perlembagaan parti itu— itu cease to be member, maka Ahli Dewan Rakyat tersebut dianggap telah bertukar parti dan perlu mengosongkan kerusinya.

Yang itulah Yang Berhormat.

[Ketawa] Ini adalah sekiranya perlembagaan parti politiknya memperuntukkan bahawa perbuatan Ahli Dewan Rakyat tersebut yang tidak mengikut prinsip parti melanggar arahan whip, akan terjumlah kepada beliau tidak lagi menjadi anggota parti politik. Cease to be a member tersebut dengan sendirinya.

Merujuk kepada perkara ini, perlembagaan sesuatu politik menentukan tindakan terhadap Ahli Dewan Rakyat tersebut. Oleh itu, terdapat keperluan untuk pindaan dilaksanakan terhadap perlembagaan satu-satu parti politik yang memastikan ia selaras dengan rang undang-undang ini.

Walau bagaimanapun, jika seorang Ahli Dewan Rakyat dipecat dan melalui proses pemecatan— lalui proses pemecatan. Ini merupakan satu pengecualian yang diberi dalam pindaan ini. Jawatankuasa pilihan khas telah bersetuju dan mengesyorkan agar pemecatan tidak sepatutnya dikategorikan sebagai tindakan bertukar parti. Antara perkara yang dipertimbangkan adalah seperti berikut:

final • 4:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]

(i) pemecatan disebabkan Ahli Dewan Rakyat mempunyai masalah disiplin atau masalah dalam parti politik dan dipecat oleh parti politik beliau;

(ii) hal pemecatan memerlukan pendekatan yang berbeza supaya parti politik tidak menyalahgunakannya; dan

(iii) hal pemecatan adalah satu perkara yang di luar kawalan Dewan Rakyat.

Seterusnya, pertanyaan Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Dungun, dan Yang Berhormat Rasah mengenai sama ada kedudukan Ahli Dewan Rakyat yang menggunakan simbol parti politik lain dalam satu parti gabungan boleh dianggap bertukar parti.

Terdapat persoalan bahawa mandat rakyat yang diberi kepada Ahli Dewan Rakyat adalah berdasarkan kepada simbol parti politik yang digunakan Ahli Dewan Rakyat ketika pilihan raya. Dalam hal ini, penggunaan simbol parti politik atau simbol parti gabungan tidak diambil kira dalam rang undang-undang ini.

Ini bermaksud jika seseorang menggunakan simbol sesuatu parti politik, mereka tidak akan dianggapkan sebagai bertukar parti jika mereka kembali kepada parti mereka atau kekal bebas. Kalau dia bertanding bebas, orang dekat luar sana dia meminjam simbol parti, parti itu setuju dia gunakan simbol itu— kita sebut namalah dalam perbincangan kita dalam jawatankuasa pilihan khas itu ada orang yang buat itu di Kelantan, saya dimaklumkan. Jadi, dia menang dia kekal sebagai bebas, tidak ada masalah. Jadi, tidak ada pertukaran parti.

Tuan Yang di-Pertua, secara amnya terdapat dua situasi berkenaan Ahli Dewan Rakyat bebas. Ahli Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Julau dan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya telah membangkitkan persoalan sama ada Ahli Dewan Rakyat daripada sesuatu parti politik yang kemudiannya menjadi Ahli Dewan Rakyat bebas dianggap bertukar parti.

Merujuk kepada perkara ini, tindakan Ahli Dewan Rakyat dianggap bertukar parti kerana Ahli Dewan Rakyat yang menang atas kerusi sesuatu parti politik telah diberi mandat oleh rakyat melalui pengundian semasa pilihan raya berdasarkan parti politik yang diwakilinya.

Selain itu, seorang Ahli Dewan Rakyat bukan merupakan anggota mana-mana parti politik iaitu Ahli Dewan Rakyat bebas— guna kunci ke guna payung ke dia punya simbol. Boleh menyokong mana-mana parti politik atau parti gabungan tetapi mesti kekal sebagai Ahli Dewan Rakyat bebas dan tidak boleh menyertai mana-mana parti politik.

Sekiranya, beliau hendak bertindak menyertai satu parti politik, maka beliau dianggap bertukar parti. Makna, dia mesti daftar menjadi ahli mana-mana political party dan dia dianggap telah bertukar parti serta hilang kedudukan sebagai Ahli Dewan Rakyat.

Ini kerana mandat yang diberi rakyat atas tiket bebas. Sekiranya mandat tidak dipenuhi, maka kedudukan Ahli Dewan Rakyat harus kembali kepada rakyat melalui pilihan raya.

Pada masa yang sama...

final • 4:30 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan sedikit.

final • 4:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 4:30 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Lumut minta penjelasan sikit ya. Sini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam kes yang diberikan contoh kepada Yang Berhormat Menteri tadi seseorang yang bukan ahli parti dibenarkan menggunakan lambang parti untuk pertandingan.

final • 4:30 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Itu kalau kita yang bukan sebahagian daripada organisasi tersebut mungkin tidak tahu itu berlaku. Akan tetapi apabila si pengguna lambang itu berpindah parti. Maka parti yang memberi pinjam itu mungkin berasa tidak puas hati dan melaporkan bahawa dia

final • 4:40 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

adalah ahli parti yang telah keluar. Bagaimana remedi kepada orang sebegini untuk kekal sebagai wakil rakyat? Clear ya.

final • 4:40 PM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Nombor satu Yang Berhormat. Soalan simbol itu tadi. Pemakaian itu memang ada kebenaran daripada parti.

Jadi hakikatnya orang yang memakai lambang dia itu, bukan ahli parti dia. Jadi hakikatnya dia kena terima, parti itu kena terima hakikat bahawa orang ini akan buat sesuka hati dia.

Dia bebas sebenarnya. Jadi itulah kenapanya dia tidak dianggapkan sedemikian Yang Berhormat. Jadi kita tidak ada control apa yang berlaku kepada parti. Dewan Rakyat tidak boleh control parti itu Yang Berhormat. Tindakan parti itu.

final • 4:40 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Ya betul. Sebagai mohon penjelasan lanjut ya. Kepada calon tersebut, dia akan minta berubahlah tetapi bagi parti tersebut setelah menanglah calon bebas itu tadi di bawah lambang dia. Dia hendak peganglah wakil rakyat itu. Jadi bagaimana si calon tadi itu hendak mendapat ataupun kelulusan daripada parti sedangkan parti tidak benarkan? Kamu kena remain in our party.

Jadi dia hendak remedi macam mana dia hendak laporkan kepada siapa ROS ataupun Parlimen dan situ akan ada pertelagahan yang mana yang benar? Siapa yang akan memberikan jalan jawapannya? Mungkin Tuan Yang di-Pertua kot.

[Ketawa]

final • 4:40 PM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Itulah tadi sebab dia perkara yang di luar bidang kuasa Dewan Rakyat itu mungkin ROS, mungkin SPR bagi kebenaran yang menggunakan lambang itu. Jadi itu di luar bidang kuasa Dewan Rakyat.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat berapa lama lagi Yang Berhormat? Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Yang Berhormat Menteri, ada satu lagi.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, berapa lama lagi? Sebab kita hendak adakan undian belah bahagian dan saya hendak...

final • 4:40 PM

Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Penjelasan.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

...Saya hendak tamatkan Majlis pada hari ini 5.30 petang atau sebelum kerana kita semua hendak balik ke kawasan masing-masing.

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

So, berapa lama Yang Berhormat?

final • 4:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Sokong Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Lima minit boleh?

final • 4:40 PM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya...

final • 4:40 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Satu sahaja.

final • 4:40 PM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya masih ada tujuh muka.

final • 4:40 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Satu sahaja. Nanti minta semua yang lompat parti juga sokong undi ya.

[Ketawa]

final • 4:40 PM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kalau saya mendapat arahan daripada mereka. Insya-Allah saya boleh berhentilah dan jawapan-jawapan ini saya boleh beri dengan itu kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Tuan Yang di-Pertua, ada satu penjelasan saya minta.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Tuan Yang di-Pertua.

Saya mohon.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Tuan Yang di-Pertua, minta maaf.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, ya.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Saya fikir ini satu pindaan Perlembagaan yang sangat penting. Biarlah kita habis berbahas ataupun mendengar penggulungan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya boleh duduk sampai 8.30 malam. Tidak ada masalah.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Akan tetapi saya ingat tidak perlu tergesa-gesa.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi saya yakin dengan keperluan Ahli-ahli Yang Berhormat yang perlu pulang ke kawasan masing-masing.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Tidak apalah.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hendak naik kapal terbang dan sebagainya.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Saya ingat mereka boleh diyakinkan untuk terus kekal dalam Dewan ini untuk mendengar.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf. Saya minta maaf. Saya rasa keperluan majoriti Ahli- ahli Yang Berhormat di sini saya rasa lebih. Jadi terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Maaf Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa Usul atas nama Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas menimbang Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan mengenai Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan bahawa Penyata yang disiapkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas yang dilantik oleh Majlis ini pada 11 April 2022 untuk mengkaji Rang Undang-undang Perlembagaan

(Pindaan) (No. 3) 2022, yang dibentangkan dalam Majlis ini sebagai Kertas DR 7 Tahun 2022, diperkenankan mengikut Peraturan Mesyuarat 60 disetujukan. Ya, ini usul itu dahulu ya.

final • 4:40 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Bacaan kali yang kedua. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Oleh sebab mengikut Peruntukan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 ini memerlukan sokongan pada bacaan kali kedua dengan undi sebanyak tidak kurang daripada dua per tiga (2/3) daripada jumlah bilangan Ahli Majlis Dewan ini. Maka mengikut Peruntukan Peraturan Mesyuarat 46(5), saya memerintahkan supaya satu belah bahagian diadakan sekarang.

Dua per tiga undi itu adalah bersamaan dengan 148 undi Ahli-ahli Yang Berhormat semua daripada 222 Ahli Majlis.

Setiausaha sila bunyikan loceng selama dua minit.

[Loceng dibunyikan]

final • 4:40 PM

[Dewan berbelah bahagi]

Tuan Yang di-Pertua

[Pengundian dijalankan]

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat inilah keputusannya. Syabas kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mencipta sejarah hari ini.

Undi yang bersetuju 209 orang.

[Tepuk]

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak hadir 11 orang.

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Maka lebih dua per tiga (2/3) undi majoriti yang bersetuju, rang undang-undang ini dibacakan buat kali yang kedua sekarang.

[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua]

final • 5:00 PM
Ahli-Ahli Yang Bersetuju:

  1. YAB. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) 2. YB. Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak) 3. YB. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (Sembrong) 4. YB. Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof (Petrajaya) 5. YB. Dato' Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong) 6. YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) 7. YB. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Kubang Kerian) 8. YB. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin (Larut) 9. YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi (Kapit) 10. YB. Dato' Takiyuddin bin Hassan (Kota Bharu) 11. YB. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau) 12. YB. Datuk Seri Dr. Adham bin Baba (Tenggara) 13. YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed (Jeli) 14. YB. Dato' Sri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 15. YB. Dato' Sri Hajah Nancy Shukri (Batang Sadong) 16. YB. Tan Sri Noh bin Haji Omar (Tanjong Karang) 17. YB. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim (Arau) 18. YB. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 19. YB. Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) 20. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah (Jasin) 21. YB. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (Padang Besar) 22. YB. Dato' Mohd Rashid bin Hasnon (Batu Pahat) – Timbalan Tuan Yang di-Pertua 23. YB. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 24. YB. Datuk Seri Panglima Dr.Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu) 25. YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa (Ketereh) 26. YB. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican (Kepala Batas) 27. YB. Dato' Dr. Noraini Ahmad (Parit Sulong) 28. YB. Datuk Seri Rina binti Mohd Harun (Titiwangsa) 29. YB. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad (Mersing) 30. YB. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid (Padang Terap) 31. YB. Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin (Ampang) 32. YB. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique (Kota Tinggi) 33. YB. Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad (Lipis) 34. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib (Maran) 35. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) 36. YB. Datuk Mastura binti Mohd Yazid (Kuala Kangsar) 37. YB. Dato' Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak) 38. YB. Datuk Muslimin bin Yahaya (Sungai Besar) 39. YB. Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali (Bagan Serai) 40. YB. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Hj. Samsudin (Masjid Tanah) 41. YB. Dato' Rosol bin Wahid (Hulu Terengganu) 42. YB. Datuk Jonathan bin Yasin (Ranau) 43. YB. Dato' Seri Dr. Santhara (Segamat) 44. YB. Dato' Mansor Othman (Nibong Tebal) 45. YB. Datuk Ali bin Biju (Saratok) 46. YB. Datuk Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) 47. YB. Dato' Henry Sum Agong (Lawas) 48. YB. Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit) 49. YB. Dato' Hajah Hanifah Hajar Taib (Mukah) 50. YB. Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah (Limbang) 51. YB. Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan)

final • 5:00 PM

  1. YB. Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary (Pengkalan Chepa) 53. YB. Datuk Haji Awang bin Hashim (Pendang) 54. YB. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu) 55. YB. Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) 56. YB. Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) 57. YB. Dato' Haji Jalaluddin bin Alias (Jelebu) 58. YB. Datuk Mohamad bin Alamin (Kimanis) 59. YB. Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa (Sipitang) 60. YB. Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh (Pasir Puteh) 61. YB. Tuan Che Alias bin Hamid (Kemaman) 62. YB. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir (Setiu) 63. YB. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni (Sibuti) 64. YB. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi (Igan) 65. YB. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) 66. YB. Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (Keningau) 67. YB. Dato' Sri Hasan bin Arifin (Rompin) 68. YB. Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam (Kuala Langat) 69. YB. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (Padang Rengas) 70. YB. Tuan Sabri bin Azit (Jerai) 71. YB. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Sik) 72. YB. Dato’ Ramli Bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) 73. YB. Tuan Yusuf bin Abd Wahab (Tanjong Manis) 74. YB. Tuan Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau) 75. YB. Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang (Kota Samarahan) 76. YB. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya (Tasek Gelugor) 77. YB. Tuan Jugah Ak Muyang @ Tambat (Lubok Antu) 78. YB. Dato' Masir Kujat (Sri Aman) 79. YB. Tuan Anyi Ngau (Baram) 80. YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi (Bagan Datuk) 81. YB. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Pekan) 82. YB. Tan Sri Mahiaddin bin Mohd Yassin (Pagoh) 83. YB. Dato' Sri Azalina Othman Said (Pengerang) 84. YB. Dato' Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem (Serian) 85. YB. Datuk Seri Mohd Redzuan bin Yusof (Alor Gajah) 86. YB. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Putrajaya) 87. YB. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah (Lenggong) 88. YB. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz (Bachok) 89. YB. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) 90. YB. Dato' Seri Tiong King Sing (Bintulu) 91. YB. Dato' Sri Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) 92. YB. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh (Besut) 93. YB. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman (Pasir Salak) 94. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (Pontian) 95. YB. Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim (Batang Lupar) 96. YB. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub (Machang) 97. YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim (Baling) 98. YB. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari (Pasir Mas) 99. YB. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli (Dungun) 100. YB. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman (Kuala Krai) 101. YB. Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Haji Mohd Dun (Beaufort) 102. YB. Datuk Abd. Rahim bin Bakri (Kudat) 103. YB. Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (Hulu Rajang) 104. YB. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh (Sabak Bernam) 105. YB. Dato' Haji Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Jempol) 106. YB. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria (Parit) 107. YB. Datuk Zakaria bin Mohd Edris (Libaran) 108. YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris (Jerantut) 109. YB. Datuk Robert Lawson Chuat (Betong)

final • 5:00 PM

  1. YB. Tuan Kesavan a/l Subramaniam (Sungai Siput) 111. YB. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Jelutong) 112. YB. Puan Wong Shu Qi (Kluang) 113. YB. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) 114. YB. Puan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) 115. YB. Puan Hajah Natrah Binti Ismail (Sekijang) 116. YB. Puan Rusnah Binti Aluai (Tangga Batu) 117. YB. Tuan Cha Kee Chin (Rasah) 118. YB. Puan Noorita Binti Sual (Tenom) 119. YB. Tuan Haji Ahmad bin Hassan (Papar) 120. YB. Datuk Rozman bin Isli (Labuan) 121. YB. Tuan Baru Bian (Selangau) 122. YB. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Langkawi) 123. YB. Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir (Jerlun) 124. YB. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) 125. YB. Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah (Kubang Pasu) 126. YB. Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh (Sri Gading) 127. YB. Tuan Su Keong Siong (Kampar) 128. YB. Dr. Azman bin Ismail (Kuala Kedah) 129. YB. Tuan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) 130. YB. Tuan Chan Ming Kai (Alor Setar) 131. YB. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh (Bukit Gelugor) 132. YB. Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus (Hulu Langat) 133. YB. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ledang) 134. YB. Puan Kasthuriraani a/p Patto (Batu Kawan) 135. YB. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Setiawangsa) 136. YB. Tuan Wong Kah Woh (Ipoh Timur) 137. YB. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli (Lumut) 138. YB. Tuan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) 139. YB. Datuk Christina Liew Chin Jin (Tawau) 140. YB. Tuan Charles Anthony Santiago (Klang) 141. YB. Tuan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) 142. YB. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Segambut) 143. YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor) 144. YB. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Balik Pulau) 145. YB. Tuan Chan Foong Hin (Kota Kinabalu) 146. YB. Puan June Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor) 147. YB. Tuan Wong Hon Wai (Bukit Bendera) 148. YB. Tuan Hassan bin Abdul Karim (Pasir Gudang) 149. YB. Tuan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) 150. YB. Tuan Noor Amin bin Ahmad (Kangar) 151. YB. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom (Tampin) 152. YB. Puan Maria Chin binti Abdullah (Petaling Jaya) 153. YB. Tuan Awang Husaini bin Sahari (Putatan) 154. YB. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Farkharudy (Kota Belud) 155. YB. Tuan Prabakaran a/l M. Parameswaran (Batu) 156. YB. Tuan Pang Hok Liong (Labis) 157. YB. Datuk Wira Haji Mohd Anuar Mohd Tahir (Temerloh) 158. YB. Tuan Wong Ling Biu (Sarikei) 159. YB. Tuan Karupaiya a/l Mutusami (Padang Serai) 160. YB. Tuan Ma'mun bin Sulaiman (Kalabakan) 161. YB. Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) 162. YB. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan) 163. YB. Puan Nurul Izzah binti Anwar (Permatang Pauh) 164. YB. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) 165. YB. Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat) 166. YB. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Wangsa Maju) 167. YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) 168. YB. Dr. Lee Boon Chye (Gopeng)

final • 5:00 PM

  1. YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa (Parit Buntar) 170. YB. Datuk Ignatius Darell Leiking (Penampang) 171. YB. Tuan William Leong Jee Keen (Selayang) 172. YB. Tuan Tan Kok Wai (Cheras) 173. YB. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena) 174. YB. Tuan R. Sivarasa (Sungai Buloh) 175. YB. Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) 176. YB. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kapar) 177. YB. Tuan Ong Kian Ming (Bangi) 178. YB. Tuan Wong Chen (Subang) 179. YB. Puan Yeo Bee Yin (Bakri) 180. YB. Puan Nor Azrina binti Surip (Merbok) 181. YB. Tuan Lim Lip Eng (Kepong) 182. YB. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (Port Dickson) 183. YB. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja) 184. YB. Tuan Loke Siew Fook (Seremban) 185. YB. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal (Semporna) 186. YB. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) 187. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail (Kulim Bandar Baharu) 188. YB. Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub (Pulai) 189. YB. Tuan Gobind Singh Deo (Puchong) 190. YB. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (Muar) 191. YB. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 192. YB. Dato' Johari bin Abdul (Sungai Petani) 193. YB. Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) 194. YB. Tuan Lim Kit Siang (Iskandar Puteri) 195. YB. Tuan Chong Chieng Jen (Stampin) 196. YB. Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir (Johor Bahru) 197. YB. Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan) 198. YB. Tuan Khalid bin Abd. Samad (Shah Alam) 199. YB. Tuan Tony Pua Kiam Wee (Damansara) 200. YB. Dr. Michael Teo Yu Keng (Miri) 201. YB. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (Raub) 202. YB. Datuk Mohd Azis bin Jamman (Sepanggar) 203. YB. Puan Teo Nie Ching (Kulai) 204. YB. Datuk Seri Shamsul Iskandar @Yusre bin Mohd Akin (Hang Tuah Jaya) 205. YB. Dato' Ngeh Koo Ham (Beruas) 206. YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) 207. YB. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin (Sepang) 208. YB. Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Tuaran) 209. YB. Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Batu Gajah)

final • 5:00 PM
Ahli-Ahli Yang Tidak Hadir:

  1. YB. Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu (Tambun) 2. YB. Dato’ Eddin Syazlee bin Shith (Kuala Pilah) 3. YB. Datuk Seri M. Saravanan (Tapah) 4. YB. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) 5. YB. Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang (Marang) 6. YB. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi (Tumpat) 7. YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi (Lahad Datu) 8. YB. Tuan Teh Kok Lim (Taiping) 9. YB. Dr. Maszlee bin Malik (Simpang Renggam) 10. YB. Tuan Wong Tack (Bentong) 11. YB. Tuan Mordi anak Bimol (Mas Gading)

final • 5:00 PM
Bacaan Kali Yang Ketiga

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa satu akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan telah ditimbang dan dipersetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

final • 5:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, ada yang menyokong?

final • 5:01 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Saya menyokong.

final • 5:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga sekarang dan oleh sebab mengikut peruntukan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 ini memerlukan sokongan pada bacaan kali yang ketiga juga dengan undi sebanyak tidak kurang daripada dua per tiga (2/3) daripada jumlah bilangan Ahli Majlis Dewan ini. Maka mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 46(5), saya sekali lagi memerintahkan supaya satu belah bahagian diadakan sekarang.

Kira. Silakan penghitung dan pemerhati seperti yang diumumkan tadi ambil tempat masing-masing.

final • 5:01 PM

Dato' Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Tuan Yang di-Pertua, cokmar, cokmar.

final • 5:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila bunyikan loceng juga dua minit. Tidak payah loceng.

Oleh sebab semua yang ada, tidak payah loceng lah ya. Yang Berhormat Lumut, tolong ambil pen. Sudah sedia semua? Kalau sudah sedia maka undian dijalankan sekarang.

final • 5:01 PM

[Dewan berbelah bahagi]

Tuan Yang di-Pertua

[Pengundian dijalankan]

final • 5:01 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, ada peraturan mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada Peraturan Mesyuarat 60 yang menjadi peraturan mesyuarat yang dipakai sekarang, ia merujuk kepada report from select committee. Sekiranya laporan itu telah pun direcommitted, perkataan digunakan ‘recommitted’, maka ada disebut di situ Peraturan Mesyuarat 60(4) terpakai. Peraturan Mesyuarat 60(4) menyatakan, “A Committee of the whole House upon a Bill recommitted...”

final • 5:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tadi itu Peraturan berapa?

final • 5:01 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sorry, 60(4).

final • 5:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

60(4).

final • 5:01 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yes Sir. I am sorry, you got that 60(4).

final • 5:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Oh! Okey.

final • 5:01 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

So, kalau kita lihat 60(1), “When a Bill has been reported from a Select Committee, the House shall proceed to consider the Bill as reported from the Select Committee upon a motion ...” and a motion dinamakan di situ.

Then of course 60(2), “If that motion is agreed to without amendment, the House may proceed to the third reading of the Bill as reported from the Select Committee.”

final • 5:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Motion yang kita lulus tadilah.

final • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

That was not the third reading. That was the second reading.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

That was the second reading. The records will show that, Tuan Yang di-Pertua. Then, we have (4), which talks about, “A Committee of the whole House upon a Bill recommitted under the provisions of this Order shall proceed in accordance with the provisions of paragraph (2) or (3) of Standing Order 59”.

So, Standing Order 59, Tuan Yang di-Pertua, takes us back— Standing Order 59(2) says, “When the whole Bill has been recommitted, the Committee shall go through the Bill as provided in Standing Order 57”. And Standing Order 57, Tuan Yang di-Pertua, requires us to go through each of the provisions as we do with all Bills. Provision 57 of the Standing Order. That is when we go into Jawatankuasa, and then Tuan Yang di-Pertua becomes a Pengerusi and all that. I am just concerned, Tuan Yang di-Pertua, *because we have not done that.

So, ordinarily there are three stages. Second reading, then after that, it goes to Jawatankuasa. Second reading, I stand corrected*, untuk second reading, you need two- thirds. Jawatankuasa, *not necessary. And then finally the third reading, you need two third again.

We have not gone through the process of* Jawatankuasa when we refer to each fasal individually. So, I am just seeking guidance, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, all right. Tadi sebenarnya ada dua bahagian. Satu, usul untuk memperkenankan Penyata Special Select Committee. Itu sudah kita undi tadi.

Bersuara sahaja, tidak perlu two-thirds.

Kemudian, oleh sebab ini rang undang-undang ini dirujuk kepada Special Select Committee, maka peraturan yang terpakai ialah P.M.60(1) dan 60(2). Oleh kerana Yang Berhormat Puchong merujuk kepada bahasa Inggeris, saya akan merujuk kepada bahasa Inggeris. P.M.60(1) mengatakan, “When a Bill has been reported from a Select Committee, the House shall proceed to consider the Bill as reported from the Select Committee upon a motion “That the report of the Select Committee be approved”. Diperkenankan. Yang tadilah usul yang kita telah luluskan.

Oleh sebab itu, P.M.60(2) terpakai. P.M.60(2) kata, “If that motion is agreed…”— yang tadi sudah agreed ya— “Without amendment, the House may proceed to the third reading…”-— straight away. Ia tidak payah Jawatankuasa Dewan lagi.

[Tepuk] Peruntukan 60(4) Yang Berhormat Puchong bangkitkan tadi merujuk kepada Committee of the whole house, bukan Special Select Committee. Yang kita undi sekarang ini ialah Special Select Committee. Manakala P.M.60(4)...

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Mana-mana pun asal okeylah, Tuan Yang di-Pertua.

[Ketawa]

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Tidak bolehlah macam itu. P.M.60(4) merujuk kepada Committee of the whole House. This is not a Committee of the whole House.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Yang Berhormat Kinabatangan hendak cepat balik sahaja.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Puchong kerana memberi saya peluang menerangkan.

final • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:10 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Kita tahu malam Jumaat tetapi tidak boleh cincai-cincai. Kena pastikan katak tidak wujud lagi.

[Ketawa]

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini adalah keputusan bacaan kali yang ketiga.

Ahli Yang bersetuju ialah 209 orang.

[Tepuk] Ahli Yang tidak hadir 11 orang.

[Tepuk]

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Maka lebih dua pertiga (2/3) undi yang bersetuju, maka rang undang-undang ini dibacakan buat kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

final • 5:10 PM
Ahli-Ahli Yang Bersetuju:

  1. YAB. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) 2. YB. Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak) 3. YB. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (Sembrong) 4. YB. Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof (Petrajaya) 5. YB. Dato' Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong) 6. YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) 7. YB. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Kubang Kerian) 8. YB. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin (Larut) 9. YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi (Kapit) 10. YB. Dato' Takiyuddin bin Hassan (Kota Bharu) 11. YB. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau) 12. YB. Datuk Seri Dr. Adham bin Baba (Tenggara) 13. YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed (Jeli) 14. YB. Dato' Sri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 15. YB. Dato' Sri Hajah Nancy Shukri (Batang Sadong) 16. YB. Tan Sri Noh bin Haji Omar (Tanjong Karang) 17. YB. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim (Arau) 18. YB. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 19. YB. Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) 20. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah (Jasin) 21. YB. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (Padang Besar) 22. YB. Dato' Mohd Rashid bin Hasnon (Batu Pahat) – Timbalan Tuan Yang di-Pertua 23. YB. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 24. YB. Datuk Seri Panglima Dr.Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu) 25. YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa (Ketereh) 26. YB. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican (Kepala Batas) 27. YB. Dato' Dr. Noraini Ahmad (Parit Sulong) 28. YB. Datuk Seri Rina binti Mohd Harun (Titiwangsa) 29. YB. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad (Mersing) 30. YB. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid (Padang Terap) 31. YB. Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin (Ampang) 32. YB. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique (Kota Tinggi) 33. YB. Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad (Lipis) 34. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib (Maran) 35. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) 36. YB. Datuk Mastura binti Mohd Yazid (Kuala Kangsar) 37. YB. Dato' Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak) 38. YB. Datuk Muslimin bin Yahaya (Sungai Besar) 39. YB. Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali (Bagan Serai) 40. YB. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Hj. Samsudin (Masjid Tanah) 41. YB. Dato' Rosol bin Wahid (Hulu Terengganu) 42. YB. Datuk Jonathan bin Yasin (Ranau) 43. YB. Dato' Seri Dr. Santhara (Segamat) 44. YB. Dato' Mansor Othman (Nibong Tebal) 45. YB. Datuk Ali bin Biju (Saratok) 46. YB. Datuk Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) 47. YB. Dato' Henry Sum Agong (Lawas) 48. YB. Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit) 49. YB. Dato' Hajah Hanifah Hajar Taib (Mukah) 50. YB. Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah (Limbang) 51. YB. Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) 52. YB. Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary (Pengkalan Chepa) 53. YB. Datuk Haji Awang bin Hashim (Pendang) 54. YB. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu)

final • 5:10 PM

  1. YB. Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) 56. YB. Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) 57. YB. Dato' Haji Jalaluddin bin Alias (Jelebu) 58. YB. Datuk Mohamad bin Alamin (Kimanis) 59. YB. Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa (Sipitang) 60. YB. Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh (Pasir Puteh) 61. YB. Tuan Che Alias bin Hamid (Kemaman) 62. YB. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir (Setiu) 63. YB. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni (Sibuti) 64. YB. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi (Igan) 65. YB. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) 66. YB. Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (Keningau) 67. YB. Dato' Sri Hasan bin Arifin (Rompin) 68. YB. Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam (Kuala Langat) 69. YB. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (Padang Rengas) 70. YB. Tuan Sabri bin Azit (Jerai) 71. YB. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Sik) 72. YB. Dato’ Ramli Bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) 73. YB. Tuan Yusuf bin Abd Wahab (Tanjong Manis) 74. YB. Tuan Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau) 75. YB. Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang (Kota Samarahan) 76. YB. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya (Tasek Gelugor) 77. YB. Tuan Jugah Ak Muyang @ Tambat (Lubok Antu) 78. YB. Dato' Masir Kujat (Sri Aman) 79. YB. Tuan Anyi Ngau (Baram) 80. YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi (Bagan Datuk) 81. YB. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Pekan) 82. YB. Tan Sri Mahiaddin bin Mohd Yassin (Pagoh) 83. YB. Dato' Sri Azalina Othman Said (Pengerang) 84. YB. Dato' Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem (Serian) 85. YB. Datuk Seri Mohd Redzuan bin Yusof (Alor Gajah) 86. YB. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Putrajaya) 87. YB. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah (Lenggong) 88. YB. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz (Bachok) 89. YB. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) 90. YB. Dato' Seri Tiong King Sing (Bintulu) 91. YB. Dato' Sri Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) 92. YB. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh (Besut) 93. YB. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman (Pasir Salak) 94. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (Pontian) 95. YB. Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim (Batang Lupar) 96. YB. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub (Machang) 97. YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim (Baling) 98. YB. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari (Pasir Mas) 99. YB. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli (Dungun) 100. YB. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman (Kuala Krai) 101. YB. Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Haji Mohd Dun (Beaufort) 102. YB. Datuk Abd. Rahim bin Bakri (Kudat) 103. YB. Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (Hulu Rajang) 104. YB. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh (Sabak Bernam) 105. YB. Dato' Haji Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Jempol) 106. YB. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria (Parit) 107. YB. Datuk Zakaria bin Mohd Edris (Libaran) 108. YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris (Jerantut) 109. YB. Datuk Robert Lawson Chuat (Betong) 110. YB. Tuan Kesavan a/l Subramaniam (Sungai Siput) 111. YB. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Jelutong) 112. YB. Puan Wong Shu Qi (Kluang) 113. YB. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching)

final • 5:10 PM

  1. YB. Puan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) 115. YB. Puan Hajah Natrah Binti Ismail (Sekijang) 116. YB. Puan Rusnah Binti Aluai (Tangga Batu) 117. YB. Tuan Cha Kee Chin (Rasah) 118. YB. Puan Noorita Binti Sual (Tenom) 119. YB. Tuan Haji Ahmad bin Hassan (Papar) 120. YB. Datuk Rozman bin Isli (Labuan) 121. YB. Tuan Baru Bian (Selangau) 122. YB. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Langkawi) 123. YB. Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir (Jerlun) 124. YB. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) 125. YB. Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah (Kubang Pasu) 126. YB. Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh (Sri Gading) 127. YB. Tuan Su Keong Siong (Kampar) 128. YB. Dr. Azman bin Ismail (Kuala Kedah) 129. YB. Tuan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) 130. YB. Tuan Chan Ming Kai (Alor Setar) 131. YB. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh (Bukit Gelugor) 132. YB. Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus (Hulu Langat) 133. YB. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ledang) 134. YB. Puan Kasthuriraani a/p Patto (Batu Kawan) 135. YB. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Setiawangsa) 136. YB. Tuan Wong Kah Woh (Ipoh Timur) 137. YB. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli (Lumut) 138. YB. Tuan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) 139. YB. Datuk Christina Liew Chin Jin (Tawau) 140. YB. Tuan Charles Anthony Santiago (Klang) 141. YB. Tuan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) 142. YB. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Segambut) 143. YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor) 144. YB. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Balik Pulau) 145. YB. Tuan Chan Foong Hin (Kota Kinabalu) 146. YB. Puan June Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor) 147. YB. Tuan Wong Hon Wai (Bukit Bendera) 148. YB. Tuan Hassan bin Abdul Karim (Pasir Gudang) 149. YB. Tuan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) 150. YB. Tuan Noor Amin bin Ahmad (Kangar) 151. YB. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom (Tampin) 152. YB. Puan Maria Chin binti Abdullah (Petaling Jaya) 153. YB. Tuan Awang Husaini bin Sahari (Putatan) 154. YB. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Farkharudy (Kota Belud) 155. YB. Tuan Prabakaran a/l M. Parameswaran (Batu) 156. YB. Tuan Pang Hok Liong (Labis) 157. YB. Datuk Wira Haji Mohd Anuar Mohd Tahir (Temerloh) 158. YB. Tuan Wong Ling Biu (Sarikei) 159. YB. Tuan Karupaiya a/l Mutusami (Padang Serai) 160. YB. Tuan Ma'mun bin Sulaiman (Kalabakan) 161. YB. Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) 162. YB. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan) 163. YB. Puan Nurul Izzah binti Anwar (Permatang Pauh) 164. YB. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) 165. YB. Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat) 166. YB. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Wangsa Maju) 167. YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) 168. YB. Dr. Lee Boon Chye (Gopeng) 169. YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa (Parit Buntar) 170. YB. Datuk Ignatius Darell Leiking (Penampang) 171. YB. Tuan William Leong Jee Keen (Selayang) 172. YB. Tuan Tan Kok Wai (Cheras)

final • 5:10 PM

  1. YB. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena) 174. YB. Tuan R. Sivarasa (Sungai Buloh) 175. YB. Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) 176. YB. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kapar) 177. YB. Tuan Ong Kian Ming (Bangi) 178. YB. Tuan Wong Chen (Subang) 179. YB. Puan Yeo Bee Yin (Bakri) 180. YB. Puan Nor Azrina binti Surip (Merbok) 181. YB. Tuan Lim Lip Eng (Kepong) 182. YB. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (Port Dickson) 183. YB. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja) 184. YB. Tuan Loke Siew Fook (Seremban) 185. YB. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal (Semporna) 186. YB. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) 187. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail (Kulim Bandar Baharu) 188. YB. Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub (Pulai) 189. YB. Tuan Gobind Singh Deo (Puchong) 190. YB. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (Muar) 191. YB. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 192. YB. Dato' Johari bin Abdul (Sungai Petani) 193. YB. Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) 194. YB. Tuan Lim Kit Siang (Iskandar Puteri) 195. YB. Tuan Chong Chieng Jen (Stampin) 196. YB. Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir (Johor Bahru) 197. YB. Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan) 198. YB. Tuan Khalid bin Abd. Samad (Shah Alam) 199. YB. Tuan Tony Pua Kiam Wee (Damansara) 200. YB. Dr. Michael Teo Yu Keng (Miri) 201. YB. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (Raub) 202. YB. Datuk Mohd Azis bin Jamman (Sepanggar) 203. YB. Puan Teo Nie Ching (Kulai) 204. YB. Datuk Seri Shamsul Iskandar @Yusre bin Mohd Akin (Hang Tuah Jaya) 205. YB. Dato' Ngeh Koo Ham (Beruas) 206. YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) 207. YB. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin (Sepang) 208. YB. Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Tuaran) 209. YB. Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Batu Gajah)

final • 5:10 PM
Ahli-Ahli Yang Tidak Hadir:

  1. YB. Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu (Tambun) 2. YB. Dato’ Eddin Syazlee bin Shith (Kuala Pilah) 3. YB. Datuk Seri M. Saravanan (Tapah) 4. YB. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) 5. YB. Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang (Marang) 6. YB. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi (Tumpat) 7. YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi (Lahad Datu) 8. YB. Tuan Teh Kok Lim (Taiping) 9. YB. Dr. Maszlee bin Malik (Simpang Renggam) 10. YB. Tuan Wong Tack (Bentong) 11. YB. Tuan Mordi anak Bimol (Mas Gading)

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mencipta sejarah pada hari ini.

[Tepuk]

final • 5:10 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini ditangguhkan sekarang dan selepas itu Majlis Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 1 Ogos 2022.

final • 5:14 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

final • 5:14 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Saya menyokong, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:14 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 5:14 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Mesyuarat ditangguhkan sehingga hari Isnin jam 10.00 pagi, 1 Ogos 2022. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

final • 5:14 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.15 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026