Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Tuan Yang di-Pertua, kuorum. Kuorum, kuorum.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Saya minta Bentara panggil mereka yang ada di luar dan sebahagiannya dalam perjalanan. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Saya teruskan dengan menjemput Yang Berhormat Alor Gajah.
1. Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof [Alor Gajah] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan perancangan dan pendirian kerajaan dalam melaksanakan inisiatif ESG seperti yang digariskan di dalam rangka kerja United Nations.
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi semua. Terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah yang membangkitkan soalan pertama pada pagi ini. Mudah-mudahan Dewan kita berjalan dengan tenang, aman dan penuh lestari.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sentiasa menyokong aspirasi berasaskan Amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang dilihat sebagai pendekatan terkini untuk industri mencapai pembangunan yang mampan secara menyeluruh, terutamanya pascapandemik COVID-19. Amalan ESG merupakan kriteria yang diguna pakai untuk pelbagai sektor ekonomi dalam menilai, mengurus dan menzahirkan risiko berkaitan perubahan iklim.
Dengan pendekatan ESG, penerapan amalan lestari dan rendah karbon dalam operasi perniagaan mereka dapat dilaksanakan seperti penawaran produk dan penyelesaian hijau, pembinaan panel solar, pembangunan hijau, kereta elektrik dan hibrid serta produk insurans dan perlindungan sistem solar.
Secara umumnya, tiada dasar khusus berkaitan ESG di bawah kementerian memandangkan agenda ESG dipacu oleh pemain industri dan ekonomi, berpandukan dasar-dasar yang sedia ada di setiap kementerian yang menyokong kepada dasar pembangunan mampan.
Dasar-dasar pembangunan mampan ini pula adalah selari dengan pembangunan dan pelaksanaan Sustainable Development Goals (SDGs) di bawah Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu. Namun, sasaran dan indikator di bawah agenda SDGs ini adalah luas dan merentasi sektor dan kementerian-kementerian yang lain.
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Sebagai contoh, dengan kesan perubahan iklim yang semakin meluas dan ketara serta peningkatan impak kepada negara, ekonomi dan sistem kewangan kita, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah pun bekerjasama rapat dengan industri kewangan dalam membina sektor kewangan yang berdaya tahan terhadap perubahan iklim dan memberikan sokongan ke arah peralihan negara kepada ekonomi hijau dan amalan lestari.
Di samping itu, Kementerian Alam Sekitar dan Air melalui Pelan Kelestarian Alam Sekitar di Malaysia 2020-2030 turut memastikan bahawa Matlamat Pembangunan Mampan di bawah United Nations diterap dalam setiap dasar-dasar di bawah kementerian yang meliputi agenda kerajaan, dasar semasa kerajaan dan juga agenda-agenda pembangunan mampan negara. Pelan strategik ini turut meliputi amalan ESG yang mengintegrasi matlamat-matlamat SDGs di bawah PBB dengan menetapkan 35 inisiatif berdasarkan empat teras utama iaitu:
(i) pengukuhan governance sebagai langkah proaktif pemantapan institusi pelestarian di bawah kementerian melalui akta, peraturan dan dasar yang diolah untuk meningkatkan autonomi dan akauntabiliti Kementerian Alam Sekitar dan Air;
(ii) pertumbuhan hijau. Dibangunkan untuk memacu agenda pertumbuhan hijau yang menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar;
(iii) kolaborasi strategik. Dibangunkan untuk memastikan agenda kelestarian disokong oleh semua pemegang taruh; dan
(iv) keterangkuman sosial. Ia dibangunkan bagi memastikan elemen sosial diambil kira oleh semua pihak sebagai ejen perubahan kepada agenda pelestarian negara.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan soalan tambahan pertama.
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jawapan yang saya amat memahami dari dahulu lagi. Cumanya, kita dinampakkan terkial-kial dalam usaha, dalam inisiatif tertentu.
Disebutkan tadi, ini dipacu oleh industri. Kalau kita lihat di negara jiran contohnya, inisiatif itu membawa impak yang tinggi. Dia boleh berjaya hari ini, mendapat pendapatan dari platform-platform tertentu yang melibatkan diri dengan zero carbon emission trading. Sejauh mana langkah kerajaan untuk membantu industri ini dengan bekerjasama dengan platform-platform yang telah diwujudkan seantero dunia? Di bawah SDGs 17 menyatakan kerjasama itu yang boleh kita melibatkan diri dalam perubahan iklim. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah. Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Untuk makluman Dewan yang mulia, kita juga terlibat dengan urusan dan usaha bagi membangunkan platform carbon pricing negara.
Untuk makluman, kita juga telah mengadakan kerjasama dengan MOF, dengan Bursa Malaysia bagi membangunkan platform tersebut. Kerjasama kita di peringkat ini ialah menyiapkan beberapa asas kepada urus niaga tersebut dan kita pastikan bahawa semua elemen tadi yang dibangkitkan, dapat diterapkan sebagai satu elemen pemangkin kepada pematuhan kepada dasar yang dibuat di peringkat negara. Sama ada pematuhan kita, pelaporan kita di peringkat international dan kerjasama kita dengan pelbagai agensi dan kementerian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan. Saya beri soalan tambahan kedua. Sila, Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, soalan saya ini agak spesifik sedikit tetapi penting iaitu berkenaan alam sekitar. Soal udara.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Di Pasir Gudang, baru dibina dan mungkin sudah siap agaknya power plant, jana kuasa elektrik yang besar menggunakan gas asli. Seperti Yang Berhormat tahu, masalah pencemaran udara sangat serius di Pasir Gudang pernah berlaku dalam 2 tahun atau 3 tahun yang lalu. Jadi, apakah penggunaan power plant guna gas asli ini tidak menimbulkan pencemaran udara di kawasan industri terbesar di selatan Semenanjung di Pasir Gudang? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Pasir Gudang. Sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih. Dua perkara. Pertama sekali, dari sudut polisi kerajaan di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli cuba mengurangkan penggunaan arang batu dan bertukar kepada penggunaan gas asli yang lebih mesra alam dan lebih mematuhi kelestarian.
Walau bagaimanapun, kita di Pasir Gudang itu kita memasang satu sistem untuk memantau udara yang berada– hasil daripada insiden yang berlaku di Sungai Kim Kim dengan pemantauan tersebut dipantau secara rapi dan kerajaan telah belanja kos hampir lebih pada RM1 juta untuk membina sistem tersebut.
Pembangunan sistem itu akan memantau semua sistem ke ruang udara yang berada di kawasan Pasir Gudang. Jadi, kami yakin bahawa dengan pelaporan yang akan kita pantau dari semasa ke semasa dapat kita lihat tentang perkembangan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan.
Silakan Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri ya, bagi mengawal perubahan iklim kaedah macam mana kita menangani sampah kilang komersial dan juga sampah-sampah lain amatlah penting. Akan tetapi, masih ada pemilik-pemilik tanah menggunakan tanah mereka menjadi pembuangan sampah yang disebutkan.
Minta Yang Berhormat Menteri menyatakan apa langkah yang berkesan bagi menyelesaikan masalah ini sebab ia juga akan menyumbang kepada carbon emission yang akan menjadikan kita mematuhi dengan langkah-langkah yang ditetapkan oleh United Nations. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Tebrau.
Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Untuk pembinaan kilang dan sebagainya, mereka mesti mematuhi peraturan-peraturan ditetapkan oleh pihak berwajib sama ada di pihak PBT ataupun di peringkat kementerian ialah kawalan terhadap EIA dan sebagainya. Untuk sampah ini, untuk makluman, di bawah kementerian kita mengendalikan sampah terjadual manakala sisa sampah domestik di bawah Kementerian KPKT.
Walau bagaimanapun, kami bekerjasama erat di antara kedua pihak supaya apa dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi tidak berlaku. Kita memantau semua pusat pembuangan sampah ini supaya ia tidak mencemarkan kawasan sekitar apatah lagi kalau melibatkan punca air kita yang mengandungi loji-loji rawatan air di bawahnya. Sehingga setakat ini, kita pantau semua kilang melalui kerajaan tempatan, PBT dan juga kerjasama dengan pelbagai pihak. Terima kasih.
2. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [Tampin] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah peneroka FELDA yang mengusahakan tanam semula secara individu, apakah faktor yang mendorong mereka melaksanakan perkara tersebut dan apakah terdapat skim bantuan yang boleh diberikan oleh kerajaan bagi merangsang aktiviti tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Tampin, peneroka FELDA yang usahakan tanam semula secara individu berjumlah 17,304 orang iaitu 15.4 peratus daripada jumlah peneroka keseluruhan FELDA seramai 112,638 orang peneroka. Jumlah peneroka yang usahakan tanam semula bersama FELDA ialah 84.6 peratus.
Daripada 17,304 orang itu, jumlah peneroka yang tanam semula secara individu, seramai 8,501 orang peneroka menghantar hasil melalui FELDA paysheet iaitu 49.1 peratus. Manakala, selebihnya menghantar hasil mereka ke peraih di luar FELDA.
Faktor-faktor yang mendorong peneroka mengurus tanam semula secara individu adalah seperti berikut. Peneroka tidak ingin berkongsi pendapatan secara blok atau secara kumpulan. Isu pewarisan dan tiada kesepakatan waris untuk urus kebun. Ingin berdikari dan berpandangan mampu untuk urus kebun. Isu kekurangan buruh di ladang.
Anak peneroka yang kembali ke FELDA berhasrat untuk urus kebun sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, dasar FELDA ialah melaksanakan konsep kebersamaan peneroka bersama FELDA. Antaranya, konsep ini merangkumi hasil dihantar kepada FELDA dan peningkatan kecekapan pengurusan ladang.
Tuan Yang di-Pertua, usaha secara berterusan dilaksanakan oleh FELDA untuk meningkatkan keyakinan peneroka mengusahakan tanaman semula bersama FELDA.
Antara langkah-langkah diambil adalah seperti berikut. Sentiasa tambah baik pengurusan kebun dengan meningkatkan penggunaan mekanisasi dan insentif yang menarik kepada pekerja tempatan.
Memastikan benih dikeluarkan adalah bermutu tinggi. Menggalakkan peneroka untuk turut sama sebagai pekerja di ladang jika berkemampuan untuk mendapat pendapatan sampingan. Menggalakkan pengurusan ladang, pengurusan kebun secara berkelompok supaya kos dikawal di tahap yang optimum Seterunya, peneroka yang menghantar hasil secara konsisten ke kilang menggunakan paysheet FELDA, FELDA akan membantu dalam pembelian input pertanian seperti baja, racun dan lain-lain. Akhir sekali, Jawatankuasa Pengurusan Ladang Lestari dahulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Tanam Semula Rancangan digerakkan dengan lebih aktif dalam kempen tanam semula rancangan peneroka bersama-sama terlibat dalam kerja memantau, merancang dan meneliti perbelanjaan kos semasa tanam semula. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Menteri.
Sila, soalan tambahan yang pertama, Yang Berhormat Tampin.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang agak panjang lebar. Cumanya, satu persoalan yang saya hendak bangkitkan, di mana saya difahamkan antara faktor peneroka yang mengusahakan tanaman semula secara individu adalah dikhuatiri terbeban dengan hutang. Lebih-lebih lagi dalam kalangan mereka sudah lanjut usia.
Persoalan saya, berapakah hutang yang ditanggung oleh mereka sekiranya mereka menyertai tanaman semula bersama FELDA? Apakah tindakan dan cadangan yang akan dilakukan oleh FELDA kepada peneroka yang mengusahakan tanaman sendiri bagi menyelesaikan masalah mereka yang kadang-kadang tanamannya terbengkalai?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tampin, sila. Satu minit, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah melupuskan hutang sebanyak RM8.4 bilion kepada peneroka FELDA. Ini satu kelegaan
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
dan pada masa ini, seorang peneroka FELDA membayar antara RM250 hingga RM300.
Kalau mereka bersama FELDA, kalau kelapa sawit mereka cuma bayar RM250. Kalau tak bersama FELDA, maknanya jual di luar, mereka kena bayar RM300 sebulan.
Kos yang ditanggung untuk tanam semula sekarang ialah RM18,000 satu hektar bagi sawit, dulu RM14,000. Bagi getah ialah RM13,710 dan kalau dulunya hutang ini ataupun bantuan pinjaman diberikan hampir secara automatik dan hutangnya ada 6 tahun, 8 tahun. Sekarang ini bukan automatik, mereka perlu pohon dan kelayakan hutang kalau dulu sampai 8 tahun, sekarang 4 tahun saja. Ini langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan beban hutang para peneroka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Menteri.
Saya cari yang sebelah sini dulu. Sila Yang Berhormat, Jempol.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini masih lagi berkaitan dengan FELDA, peneroka dan generasi baharu FELDA. Berhubung dengan perumahan FELDA pula, oleh sebab ada kaitan dalam soalan yang jawapan dibuat oleh Yang Berhormat Menteri tadi di mana generasi baharu ataupun generasi muda di FELDA ini tidak mempunyai perumahan.
Yang Berhormat Menteri telah pun berjanji di mana untuk menyiapkan projek terbengkalai hampir 1,400 unit begitu lebih kurang jumlah RM204 juta. Berkaitan perumahan di Jempol ini, Palong 7 dan 8, Palong 14,15 dan 16 di mana Yang Berhormat Menteri telah berjanji untuk menyiapkan. Akan tetapi, sekarang ini hanya berlaku perlahan. Jadi, di manakah kesilapan kerana anak muda ini masih menanti?
Kedua pula, bilakah lot-lot kosong ini akan diberi sepertimana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan pada Hari Peneroka di Bera tempoh hari dan bila tindakan? Saya tahu tindakan ini agak perlahan. Jadi, saya memohon agar Yang Berhormat Menteri supaya memberi tindakan tuntas agar menyelesaikan isu perumahan dalam kawasan FELDA. Mohon jawapan daripada Menteri.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Dua perkara dibangkitkan. Pertama ialah Perumahan Generasi Kedua dan yang kedua ialah berkaitan dengan lot kosong. Seperti Yang Berhormat Jempol sedia maklum, perkara ini bukan sahaja semasa menyambut Hari Peneroka di Bera, sebelum itu juga di Johor sudah ada pengumuman dan tindakan akan diambil oleh sebab pengumuman telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa sambutan Hari Peneroka. Maka, tindakan akan diambil oleh Pengerusi FELDA dan juga pengurusan FELDA.
Berkaitan dengan perumahan yang belum siap, saya difahamkan bahawa Pengerusi sendiri telah pun melawat Jempol dan tindakan sedang diambil. Kita akan minta Pengerusi untuk mengadakan pertemuan berterusanlah dengan Yang Berhormat Jempol dan lain-lain Ahli Parlimen berkaitan Perumahan Generasi Kedua ini.
Kita faham ini satu isu yang besar tetapi langkah-langkah sedang diambil oleh FELDA untuk mengatasi masalah ini. Ada masalah-masalah yang berkaitan dengan kontraktor. Ya, kontraktor-kontraktor yang mungkin tidak berapa mampu dan kita akan minta Pengerusi FELDA untuk menangani perkara ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada dua Yang Berhormat Bukit Bintang ataupun Yang Berhormat Semporna. Saya jemput Yang Berhormat Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bukit Bintang ini tidak ada FELDA. Jadi, terima kasih banyak atas ruang kepada saya untuk bertanya. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri tentang dasar kerajaan membangunkan tanah untuk bersama dengan GLC seperti FELDA yang tujuan utamanya ialah untuk membasmi kemiskinan kepada masyarakat luar bandar.
Kalau itulah tujuan utamanya, penyertaan masyarakat luar bandar, mengapa berlaku sejumlah 260,000 hektar tanah yang diberikan oleh Sabah kepada FELDA, hanya
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
12,000 saja ekar tanah dimajukan dengan hanya sejumlah 2,000 orang peneroka saja.
Manakala di Pahang hampir 30,000 orang peneroka manakala di Negeri Sembilan seramai 7,000 orang peneroka. Di Sabah seluas tanah bagi 262,000 ekar tanah.
Adakah kementerian sedar dan bilakah agaknya? Jangan hanya beri tanah ini kepada FGV kerana kita hendak membasmi kemiskinan masyarakat kita. Kita beri tanah 260,000 hektar. Adakah Yang Berhormat Menteri, langkah dasar kerajaan dan info memastikan supaya basmi kemiskinan sebenar itu menjadi kenyataan? Terima kasih banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Semporna. Ini bukan kali pertama Yang Berhormat Semporna membangkitkan perkara ini di Dewan yang mulia ini. Pertama, benarlah di Sabah peneroka cuma terdapat di FELDA Sahabat dan lain-lainnya diusahakan oleh FGV. Itu benar.
Keduanya, benar bahawa program untuk membuka tanah FELDA ini ialah untuk menangani isu kemiskinan dan FELDA telah berjaya. Tidak ada miskin tegar dalam kawasan FELDA. Yang miskin mungkin ada tetapi akhir-akhir ini kita tahu bahawa apabila harga kelapa sawit kecuali dalam seminggu dua ini berada pada tahap yang melebihi RM5,000 ke RM6,000 satu tan. Maka, ada peneroka FELDA mendapat pendapatan purata RM7,000 hingga RM8,000 sebulan. Maka, FELDA telah berjaya untuk meningkatkan pendapatan-pendapatan peneroka FELDA. Jadi, daripada segi dasar untuk mengurangkan kemiskinan dan tidak ada miskin tegar, memang sudah berjaya.
Mengenai FGV, FGV sekarang ini memiliki hampir 82 atau 83 peratus oleh FELDA. Jadi, dividen yang diperoleh oleh FELDA, oleh FGV akan diterima oleh FELDA sudah pasti. Ini akan digunakan oleh FELDA untuk mengangkat martabat peneroka- peneroka yang masih lagi 112,000 yang di FELDA itu termasuk di FELDA Sahabat untuk meningkatkan pendapatan mereka.
Apabila dividen FGV bertambah kepada FELDA, sudah pastinya akan digunakan sebaik mungkin dalam usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan peneroka FELDA di seluruh negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri...
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Soalan saya ialah 262,000 ekar itu. Bila agaknya dibuka untuk peneroka-peneroka baru ya untuk membasmi kemiskinan yang lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Menteri sudah tidak menyampai– Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Tanjong Manis.
3. Tuan Haji Yusuf bin Abd. Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan berapa peruntukan tahunan untuk menyelenggarakan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak setelah projek LPB itu siap nanti. Apakah kerja-kerja penyelenggaraan itu akan diswastakan dan bagaimanakah syarikat penyelenggara itu akan dilantik?
Menteri Kanan Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek Lebuhraya Pan Borneo (Sarawak) merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk menambah baik secara berperingkat jaringan infrastruktur jalan raya di Sarawak sehingga Mei 2022. Status kemajuan fasa satu bermula daripada Telok Melano ke Miri sepanjang 786 kilometer adalah 84 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2023.
Menteri Kanan Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Beberapa pakej dan seksyen telah dibuka untuk pengguna jalan raya secara berperingkat seawal tahun 2019 seperti berikut:
(i) Pakej Telok Melano ke Sematan yang telah siap sepenuhnya pada 6 Januari 2019;
(ii) Seksyen Julau bagi Pakej Kerja 07, Persimpangan Bintangor ke Persimpangan Julau telah siap pada 28 Oktober 2021;
(iii) Seksyen Serian bagi Pakej Kerja 03 Bulatan Serian ke Balai Ringin telah siap pada 4 Disember 2021; dan
(iv) Seksyen Nyabau bagi Pakej Kerja 10 Simpang Nyabau ke Sungai Tanggap telah siap pada 26 Januari 2022.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sama seperti projek-projek kerajaan lain, prestasi kemajuan pembinaan projek Pan Borneo turut terkesan akibat oleh kekurangan pekerja bahan binaan susulan daripada wabak COVID-19 dan impak ekonomi global pada masa kini.
Sehubungan itu, pelbagai pelan mitigasi sedang dilaksanakan. Antaranya ialah penyelarasan semula jadual pembinaan dan lanjutan masa bagi memastikan kelancaran serta kelangsungan projek ini. Bagi pakej-pakej kerja dan seksyen yang telah siap dan masih dalam tempoh defect liability period, dengan izin, penyelenggaraan projek Lebuhraya Pan Borneo (Sarawak) akan dilaksanakan oleh kontraktor masing-masing di bawah seliaan JKR Sarawak selaku pegawai penguasa projek.
Manakala bagi penyelenggaraan projek Lebuhraya Pan Borneo (Sarawak) yang akan tamat tempoh defect liability period, kerajaan kini sedang meneliti kaedah dan model penyelenggaraan bersama agensi pusat dengan mengambil kira skop, kos dan level of service penyelenggaraan yang bersesuaian.
Proses penelitian tersebut dijangka akan dimuktamadkan sebelum tempoh defect liability period, tamat pada tahun 2025. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Okey, soalan pertama.
Sila Yang Berhormat Tanjong Manis.
Tuan Yusuf bin Abd. Wahab - Tanjong Manis
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kanan atas jawapan yang diberikan memandangkan kita tahu bahawa Jalan Raya Pan Borneo Sarawak tidak ada kutipan tol. Jadi, adalah penting soalan tadi disoal oleh saya.
Okey. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri Kanan juga berkenaan dengan penyelenggaraan jalan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri Kanan, berapakah bajet penyelenggaraan untuk jalan raya Persekutuan untuk tahun 2022 terutamanya di Sarawak dan adakah bajet tersebut mencukupi untuk memastikan keadaan jalan raya adalah sentiasa dalam keadaan baik? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri Kanan. Jawab satu minit.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis.
Keseluruhan peruntukan untuk penyelenggaraan jalan Persekutuan bagi tahun 2022 ialah RM84.2 juta. Ini merangkumi:
(i) kerja rutin iaitu sebanyak RM25.9 juta;
(ii) bekalan pavement sebanyak RM40.8 juta;
(iii) bekalan bukan pavement sebanyak RM16.10 juta;
(iv) pembaikan jambatan sebanyak RM700,000; dan
(v) lampu jalan sebanyak RM700,000.
Ini hanya merangkumi kawasan yang bukan di dalam skop pembinaan Pan Borneo. Maknanya jalan-jalan lama yang sudah siap yang merupakan jalan dua lorong,
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
dua hala. Maknanya empat loronglah. Keseluruhannya hampir 100 lebih kilometer yang telah dulu. Akan tetapi, bukan dalam skop Pan Borneo. Ini dalam penyelenggaraan yang diperuntukkan oleh kerajaan.
Memang kalau kita melihat sama ada cukup atau tidak, ia bergantung dengan keadaan jalan tersebut dan juga banyak mana kenderaan yang digunakan di kawasan itu sepertimana yang kita sedia maklum, tempoh hayat sesuatu jalan apabila dibina ialah antara lima ke tujuh tahun bergantung dengan penggunaan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan yang kedua...
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar, Papar.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
KK, KK.
Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya jemput Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan Papar juga ada kena mengena dengan Pan Borneo, di mana kalau Yang Berhormat Tanjong Manis menyoal berkenaan dengan penyelenggaraan, Papar juga ingin menyoal dan mengajukan berkenaan dengan penyelenggaraan.
Jadi, kalau misalnya penyelenggaraan ini akan dibuat oleh swasta, maka, kami orang-orang Papar dan orang-orang Sabah pun mahu juga ia diberi kepada kontraktor- kontraktor tempatan. Kedua, yang saya ingin ajukan di sini yang paling penting untuk saya ialah dua tiga kali sudah di Dewan ini saya pernah mengajukan berkenaan dengan U-turn di Kampung Kawang.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Di mana biarlah saya simpan di sini. Kalau dapat dilihat, di sini adalah U-turn yang sudah sedia ada. Hanya orang kampung Kawang ingin dapat melintasi di sini supaya mereka akan dapat melalui jalan ini untuk masuk ke kampung.
[Merujuk kepada dokumen] Kalau tidak, mereka akan terpaksa mengambil dua kilometer lagi untuk ke U-turn seterusnya. Ini membuang masa kepada mereka, begitu juga dengan dari segi petrol dan sebagainya.
Jadi, kalau ketika ini apa yang terjadi ialah yang berwarna kuning ini adalah laluan yang dipakai oleh orang-orang Kampung Kawang dan kampung-kampung di sekitarnya.
[Merujuk kepada dokumen] Di mana mereka ini sudah banyak kena tangkap dan didenda oleh pihak berkuasa. Jadi, ini saya tidak mahu berlaku dan berulang. Apa yang paling penting, kenapakah kerajaan susah sangat untuk mendapatkan cadangan jalan baharu di sini di, di tepi jalan sini.
[Merujuk kepada dokumen] Jadi saya mahu kerajaan ambil lah perhatian kepada orang ini.
Begitu juga dengan U-turn di Kampung Mook, di mana di Kampung Mook ini banyak kampung yang di sekitarnya. Apabila pagi mereka memang susah sekali, terlalu ramai dan banyak orang menggunakan jalan ini. Jadi, di sanalah kita melihat kesesakan untuk orang U-turn. Kita mesti tahu di highway adanya oncoming car, susah untuk mereka melimpas apabila oncoming car itu datang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Jadi apa soalannya?
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Jadi, saya ingin dan mahu kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk perkara ini. Tolong, saya betul-betul meminta tolong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Papar. Sila.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Tuan Yang di-Pertua, soalan itu mungkin keluar daripada asas persoalan tadi tetapi saya akan mengambil maklum apa yang dipersoalkan dan dihasratkan oleh Yang Berhormat Papar.
Cuma untuk makluman umum, bila kita membina satu highway yang dalam skop empat lorong iaitu dua hala. U-turn ini biasanya dalam technical drawing ia ialah jarak antara satu U-turn dengan satu U-turn memang dua kilometer. Sebab kalau kita buat lebih pendek daripada itu ia akan membahayakan pengguna jalan raya sebab bila highway, kenderaan akan bergerak laju dan Yang Berhormat Papar juga mengatakan tadi memang susah hendak keluar dan masuk bila adanya U-turn dan sebagainya.
Akan tetapi, apa pun, apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Papar tadi saya akan berbincang dengan JKR negeri Sabah untuk melihat aduan dan cadangan dan bagaimana kita dapat mengurangkan rungutan orang ramai berhubung kait dengan penggunaan jalan tersebut. Akan tetapi yang lebih utama keselamatan pengguna adalah lebih utama berbanding dengan keselesaan. Ini sebab keselamatan lebih utama dalam skop teknikal ini. Terima kasih.
Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Yang Berhormat Menteri, bawa juga isu pampasan tanah di Penampang, Pan Borneo. Terima kasih.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Satu tambahan lagi
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Satu tambahan lagi untuk Labuan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya bagi tambahan satu lagi Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Menteri Kanan Kerja Raya, soalan saya ini mengenai dengan jalan persekutuan FT22 dari Kota Kinabalu ke Sandakan bahagian dekat Telupid dan Beluran itu amat teruk, rosak dan sering kali ada TikTok yang viral di mana keadaan jalan raya di sana macam keadaan bumi di atas bulan.
So, baru-baru ini kerajaan sudah mengumumkan RM10.5 juta untuk disalurkan melalui Pan Borneo dan juga JKR Sabah untuk memperbaiki keadaan di sana. So, soalan saya dimaklumkan bahawa pengumuman itu dibuat selepas susulan lawatan kerja Menteri Kanan pergi ke Sabah pada bulan Mei.
So, soalan saya kalau Menteri tidak melawat ke tempat ini, apakah perancangan penyelenggaraan? Kenapa peruntukan itu baru diluluskan selepas susulan lawatan kerja Menteri ke kawasan itu?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, sila.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Yang Berhormat Sandakan patut ucapkan terima kasihlah sebab sudah ada tindakan untuk kita mengambil tindakan di atas aduan jalan tersebut.
Sebenarnya apa yang langkah jangka panjang yang kita buat sebab itu kita dulu rancangkan jalan Pan Borneo Sarawak dan Sabah. Ini sebab kalau kita hendak maintain jalan tersebut hanyalah— saya katakan tadi tempoh hayat sesuatu jalan lima ke tujuh tahun. Kalau kita lima ke tujuh tahun tempoh hayat itu sudah habis dan kita hendak maintain menjadi lebih mahal sebab kita terpaksa membuat tampalan sahaja dan sebagainya. Maknanya kita kena buat baharu.
Oleh sebab itulah jangka panjangnya, penyelesaiannya ialah buat jalan baharu dengan tingkatan kualiti dan standard jalan. Bukan sahaja daripada dua lorong menjadi empat lorong tetapi kekuatan jalan itu pun kita tingkatkan. Itu jangka panjang.
Oleh sebab itu, jangka sederhana dan jangka pendek kita buat ialah untuk kita selesaikan mana yang kritikal dulu. Oleh sebab itu, lanjutan daripada lawatan saya, so kita sudah tubuhkan satu jawatan task force dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk melihat sepanjang jalan di Sabah itu mana jalan yang kritikal untuk kita buat penyelenggaraan sementara supaya keadaan yang lebih selesa walaupun tidak
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
memenuhi standard sepenuhnya tetapi kita buat dulu. Ini langkah sementara. Sementara kita siapkan Pan Borneo. Itu strategi yang kita laksanakan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Menteri.
Kepada Ahli Parlimen yang tidak dapat laluan kerana terhad kepada dua atau tiga orang, boleh menulis terus kepada Menteri.
Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Datuk Ignatius Dorell Leiking, Penampang.
4. Datuk Ignatius Darell Leiking [Penampang] minta Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan impak perdagangan negara sejak perjanjian Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) berkuat kuasa di Malaysia bulan Mac yang lalu dan industri yang menjadi keutamaan kerajaan waktu ini.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, Perjanjian Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) untuk Malaysia telah mula dikuatkuasakan pada 18 Mac 2022. Memandangkan Malaysia hanya menguatkuasakan Perjanjian RCEP pada bulan Mac yang lalu, buat masa ini adalah masih terlalu awal untuk menilai kesan RCEP ke atas perdagangan negara.
Namun demikian, menurut satu kajian yang dikeluarkan oleh United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD) dengan izin yang telah diterbitkan pada 15 Disember 2021 bertajuk A New Centre of Gravity: The Regional Comprehensive Economic Partnership and Its Trade Effects, Malaysia dijangka menerima manfaat terbesar dalam kalangan negara-negara ASEAN dari segi eksport dengan unjuran nilai peningkatan eksport sebanyak USD200 juta melalui penghapusan serta pengurangan tarif bagi barangan dagangan serta penambahbaikan kemudahan eksport dan import barangan di kalangan negara-negara RCEP.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi membolehkan pengeksport atau pengimport memperoleh manfaat dalam bentuk pengecualian ataupun pengurangan duti import daripada sesuatu Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA, mereka perlu mempunyai Sijil Tempasal Berkeutamaan atau dengan izin Preferential Certificate of Origin (PCO).
PCO adalah dokumen perdagangan antarabangsa yang bertujuan untuk membuktikan bahawa barang-barang yang dieksport atau diimport menepati syarat-syarat yang ditentukan di dalam Bab Peraturan Tempasal atau dengan izin Rules of Origin sesebuah FTA. Ini termasuk sebagai pengesahan bagi pihak negara kastam negara pengimport untuk memberikan konsesi tarif di bawah FTA yang berkaitan.
Menurut data yang diperoleh dari sejak bermulanya penguatkuasaan Perjanjian RCEP pada bulan Mac sehingga 30 Jun 2022, sejumlah 73 sijil tempasal telah dikeluarkan dengan nilai eksport sebanyak RM31.9 juta bagi pengeksportan barangan di bawah Perjanjian RCEP. Bagi bulan Jun telah mencatatkan nilai eksport tertinggi iaitu RM21.5 juta.
Saya juga ingin berkongsi dengan Yang Berhormat Penampang, prestasi perdagangan luar Malaysia sehingga pertengahan tahun 2022 terus mengekalkan prestasi yang memberangsangkan. Pada bulan April, perdagangan negara mencatatkan RM231.44 bilion dengan eksport berjumlah RM127.49 bilion. Prestasi perdagangan terus meningkat pada bulan Mei dengan nilai RM228.37 bilion, di mana eksport mencatatkan RM120.49 bilion.
Pada bulan Jun 2022, negara telah merekodkan nilai tertinggi bagi perdagangan eksport dan import pada tahun ini, di mana perdagangan meningkat 43.4 peratus kepada RM270.39 bilion berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Menteri.
Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Penampang.
Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jawapan, I am satisfied with the answer and congratulation. Saya ingin tanya sebagai soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua, bahawa kita tahu Malaysia dan China. Malaysia ialah second largest trading partner dengan China selama 13 tahun dan kita juga dengar and we read bahawa Vietnam is the next manufacturing house or powerhouse dalam region kita.
Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Soalan saya adalah sejauh manakah Dasar Sifar COVID-19 atau Zero-COVID-19 Policy China yang dilaksanakan akan menjejas Malaysia dan rakan-rakan RCEP dan jenis industri yang akan terkesan di Malaysia dan juga langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi meningkatkan hubungan perdagangan dua hala dengan Vietnam?
Satu lagi Yang Berhormat Menteri, saya telah membangkit isu RCEP di DUN minggu lepas DUN Sabah dan saya ingin memohon bahawa MITI memberikan penerangan lebih mendalam berkenaan dengan RCEP kepada Kerajaan Negeri Sabah khususnya dengan Rules of Origin and Preferential Certificate. Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Terima kasih Yang Berhormat Penampang.
Saya bersetuju tentang situasi di negara China pada hari ini di mana kalau kita melihat banyak laporan dan kajian yang telah pun diterbitkan akan berlaku kesederhanaan ataupun kelembapan akibat Dasar Sifar COVID-19 yang diamalkan oleh negara China.
Sudah tentulah pergerakan dan penutupan sempadan itu memberikan kesan kepada facilitation of trade and investment di antara negara China dengan negara-negara anggota RCEP.
Namun seperti yang saya sebutkan tadi, kalau kita melihat trade performance bagi negara kita pada bulan Jun ini, ia berlaku peningkatan sebanyak 43.4 peratus kepada RM270.39 bilion dan perdagangan dengan negara China yang juga merupakan negara anggota RCEP telah mencatatkan pertumbuhan dua digit bagi 19 bulan berturut-turut.
Jadi, sementara dunia hari ini menghadapi kekangan dan juga cabaran yang besar, Malaysia akan terus menjalin hubungan kerjasama diplomatik dan juga perdagangan dan pelaburan dengan negara China dan juga negara-negara anggota RCEP.
Berhubung dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penampang tentang bagaimana MITI boleh memainkan peranan untuk memberikan penerangan dan kerjasama kepada kerajaan-kerajaan negeri, saya bersetuju sebab sebagai negara anggota RCEP, manfaat ini harus juga digarap dan dikecapi oleh kerajaan-kerajaan negeri. Ini kerana syarikat-syarikat dari negeri yang berkenaan harus diberikan penjelasan dan taklimat tentang obligasi dan manfaat yang boleh diperolehi melalui Rules of Origin yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penampang.
Saya akan meminta pegawai-pegawai untuk meneruskan usaha ini walaupun sebenarnya MITI telah mengadakan libat urus dengan kerajaan-kerajaan negeri tentang kebaikan dan manfaat RCEP supaya kita dapat bersama-sama memanfaatkan benefit dan menembusi pasaran yang lebih besar. Saya percaya Yang Berhormat Penampang sedia maklum sebagai bekas Menteri di MITI bahawa RCEP merupakan FTA yang terbesar di dunia pada hari ini yang mewakili satu pertiga daripada global GDP dan saya percaya pemain-pemain dan industri tempatan boleh memanfaatkan daripada RCEP yang telah pun dikuatkuasakan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Beaufort.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang. Kita mengalu-alukan pelaburan daripada luar negara untuk melabur di dalam negara kita termasuklah di negeri kami di Sabah.
Akan tetapi saya ingin tahu di sini daripada segi penyediaan tenaga kerja kita yang mana apabila kita meminta pelabur datang ke dalam negara kita membawa industri-
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
industri yang tertentu yang berbilion ringgit, maka perlunya ada tenaga kerja yang sesuai dalam negara kita supaya mereka akan datang ke negara kita, tidak ke negara lain.
Apakah tindakan yang telah dibuat oleh kerajaan bagi memastikan– telah mengenal pasti jenis pekerjaan yang kita perlu sediakan di dalam negara kita dan melatih tenaga kerja yang sesuai ini yang berkemahiran tinggi untuk menyediakan tenaga kerja yang mencukupi apabila ada pelaburan datang ke negara kita. Sejauh manakah kerajaan dan kementerian bekerjasama dengan kementerian-kementerian yang lain, agensi yang lain yang terlibat dalam bidang pendidikan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Ini satu pertanyaan yang penting untuk sama-sama kita fikirkan kerana ia ada kaitan dengan dasar pelaburan yang telah pun kita perkenalkan pada tahun yang lalu iaitu National Investment Aspiration (NIA) yang berteraskan pendekatan baharu berhubung teknologi tinggi dan juga pelaburan yang berkualiti.
Saya mengambil pendekatan supaya pelaburan-pelaburan yang masuk ke dalam negara pada hari ini bukan lagi bersifat labour intensive kerana negara kita harus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pekerja asing dan saya percaya bakat- bakat tempatan mempunyai potensi dan juga capabilities untuk memenuhi permintaan industri pada hari ini. Sebab itu kalau Yang Berhormat Beaufort dapat meneliti NIA yang telah pun kita luluskan, ia memberikan fokus kepada lima sektor baharu iaitu elektrik dan elektronik (E&E), farmaseutikal, ekonomi digital, kimia dan juga aeroangkasa.
Oleh kerana kita percaya pelaburan-pelaburan ini akan dapat mencipta pekerjaan-pekerjaan yang berkualiti dan berkemahiran. Sebab itu dalam pertemuan saya dan juga misi pelaburan dan juga perdagangan yang dianjurkan oleh MITI, MIDA dan MATRADE, kita sering dilontarkan persoalan, apakah Malaysia sudah bersedia untuk menerima pelaburan yang berkualiti ini dengan syarat-syarat tenaga kerja yang berkemahiran dan juga mempunyai bakat-bakat yang diperlukan oleh industri.
Maka hari ini, kita telah menjalankan banyak program-program bersama pihak universiti untuk memastikan tenaga pekerja tempatan mempunyai bakat-bakat tertentu bagi memenuhi industri yang berkualiti dan berteknologi tinggi ini. Terima kasih Yang Berhormat Beaufort.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin teruskan kerana masa panjang telah saya berikan. Saya dengan ini menjemput Yang Berhormat Dungun, Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli.
5. Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [Dungun] minta Perdana Menteri menyatakan perancangan Kerajaan Persekutuan untuk menggalakkan skim gaji anggota penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri di setiap negeri dinaikkan bersesuaian dengan cabaran bidang tugas mereka.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dungun. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan amat mengambil berat terhadap kebajikan semua pekhidmatnya yang terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan. Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia secara konsisten meneruskan segala usaha memperkasakan institusi penguatkuasaan agama yang terdiri daripada kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam iaitu daripada skim sosial yang dilantik untuk melaksanakan tugas sebagai penguat kuasa agama di negeri-negeri.
Namun begitu, kenaikan gaji adalah tertakluk kepada pekeliling semasa yang dikeluarkan oleh kerajaan dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk melihat semula keupayaan kewangan negara untuk menampung jumlah kenaikan skim gaji tersebut. Walau bagaimanapun, pada masa ini JAKIM sedang melaksanakan kajian untuk memperkasakan institusi penguatkuasaan syariah merangkumi penyelarasan fungsi-
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary
fungsi bahagian penguatkuasaan syariah dan kebajikan anggota penguat kuasa di seluruh negara.
Kajian menyeluruh sedang dilakukan oleh JAKIM bersama Jabatan Agama Islam Negeri bagi mencapai persefahaman dalam usaha menggalakkan skim gaji pegawai penguat kuasa agama di seluruh negara memandangkan sebahagian penguat kuasa agama merupakan penjawat awam dan lantikan negeri. Aspek penting yang sedang diteliti yang merangkumi:
(i) gred gaji;
(ii) perjawatan pegawai penguat kuasa agama sedia ada di setiap negeri;
(iii) bilangan anggota penguat kuasa agama; dan
(iv) statistik aduan kelakuan kesalahan jenayah.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Saya ingin untuk tahu adakah usaha-usaha lain yang diambil oleh pihak JAKIM untuk memperkasakan bidang penguatkuasaan agama dan yang kedua berapakah jumlah anggota penguat kuasa agama seluruh negeri setakat ini?
Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Dungun. Kerajaan melalui JAKIM sebagaimana saya nyatakan tadi sedang dalam kajian peringkat akhir untuk pertama, memperkasakan gred jawatan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama kepada gred 54.
Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary
Selaras dengan rumusan kajian memperkasakan Institusi Penguatkuasaan Syariah untuk mempertingkatkan gred jawatan KPPA kepada gred jawatan yang lebih tinggi.
Kedua, pelantikan pegawai penyiasat hendaklah terdiri daripada kalangan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam gred S29 dan Pembantu Hal Ehwal Islam gred 19.
Ketiga, cadangan untuk mewujudkan elaun khas dan insurans perlindungan secara berkelompok kepada Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri secara keseluruhannya sebagaimana sebahagian dari negeri telah pun melaksanakan skim insurans kelompok tersebut bagi melindungi dan menjaga kebajikan para penguat kuasa.
Berkaitan soalan Yang Berhormat, penguat kuasa mengikut pecahan setiap negeri. Saya akan bagi secara bertulis kerana ia melibatkan angka-angka yang agak panjang. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik. Soalan tambahan yang kedua, sila saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin bertanya berkenaan dengan perkembangan urusan Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) yang saya difahamkan kebanyakan jawatan-jawatan itu kontrak sejak beberapa tahun yang lalu.
Apakah perancangan kementerian Yang Berhormat terhadap mereka? Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary
Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Hulu Langat atas keprihatinan kepada Penggerak Masyarakat Orang Asli.
Memang semenjak dari dulu lagi, mereka ini adalah merupakan kakitangan kontrak dan ramai juga sukarelawan-sukarelawan yang bersama dalam menjalankan misi kepada perkampungan-perkampungan Orang Asli bagi menjaga kebajikan mereka dan juga keperluan-keperluan yang lain.
Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary
Satu pandangan yang baik daripada Yang Berhormat. Sebenarnya pihak kerajaan dalam pengetahuan pihak kami di JAKIM sedang dalam penelitian untuk lebih menjaga soal kebajikan mereka termasuk soal perjawatan dan juga imbuhan-imbuhan yang sepatutnya mereka terima kerana kita tahu bahawa mereka ini juga berdepan dengan soal risiko bilamana berada di pedalaman bagi melaksanakan tugas mereka. Insya-Allah dalam masa yang terdekat kita akan laksanakan pelbagai skim insurans yang dibolehkan untuk kebajikan mereka. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Lembah Pantai.
6. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan adakah kementerian bercadang meningkatkan jumlah bas percuma GoKL serta mewujudkan laluan khas bagi bas di Kuala Lumpur bagi menggalakkan lebih ramai warga Lembah Klang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dengan lebih selesa.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Seri Jalaluddin bin Alias
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Lembah Pantai di atas soalan yang dikemukakan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, perkhidmatan bas percuma GoKL ini telah pun beroperasi di 11 buah laluan di sekitar Kuala Lumpur yakni empat laluan last mile dan tujuh laluan first mile. Kekerapan bas adalah lima minit sehingga lapan minit di waktu puncak dan 15 minit sehingga 30 minit di luar waktu puncak dengan melibatkan 60 buah bas yang beroperasi yakni 33 buah unit bas electric vehicles dan 27 buah bas unit diesel.
Penggunaan bas ini dijangka dapat beroperasi sepenuhnya menjelang awal tahun 2023. Petunjuk prestasi utama ataupun KPI Kementerian Wilayah Persekutuan telah menetapkan bahawa dua laluan baharu perlu diwujudkan dan akan diwujudkan pada setiap tahun dan dijangka akan mula dilaksanakan pada awal Januari tahun 2023. Dengan bertambahnya dua laluan baharu ini, kita menjangkakan, maaf ya. Dengan bertambahnya dua laluan baharu ini, dijangkakan penambahan sebanyak 10 lagi buah bas GoKL diperlukan dan akan menjadikan jumlah bas yang beroperasi sebanyak 70 buah bas untuk tahun 2023.
Perwujudan laluan baharu bertujuan untuk memastikan hala tuju Kuala Lumpur ke arah membentuk jaringan pengangkutan awam yang bersepadu. Ini dilaksanakan melalui kerjasama kolektif dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Kementerian Pengangkutan dan Prasarana Malaysia Berhad. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas percuma GoKL adalah seramai 3.1 juta orang dari bulan Januari 2022 sehinggalah Mei 2022 berbanding dengan pada tahun 2019, seramai hampir 19 juta orang yang menggunakan perkhidmatan ini.
Dalam masa yang sama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang menaik taraf lorong-lorong bas sedia ada di jalan-jalan utama seperti Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut dan Jalan Dang Wangi. Kerja-kerja menaik taraf lorong bas ini juga akan turut diperluaskan ke jalan-jalan utama yang lain di sekitar ibu kota Kuala Lumpur. Kerja-kerja seperti mengecat semula lorong bas dan memasang papan tanda (signage) dengan izin sedang dilaksanakan oleh konduktor dan dijangka siap pada pertengahan bulan Ogos 2022.
DBKL kini sedang bekerjasama dengan Prasarana dalam menjalankan kajian mengenai tahap keberkesanan penggunaan lorong bas sedia ada secara maksimum dari segi tempoh masa perjalanan bas untuk tiba ke destinasi. Kajian yang dijalankan ini adalah diharapkan dapat memastikan tempoh masa ketibaan sesebuah bas itu dapat dicapai mengikut jadual yang telah ditetapkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Lembah Pantai, sila soalan tambahan pertama.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Kalau kita lihat Kuala Lumpur mempunyai penduduk seramai 1.8 juta tetapi setiap hari lima hingga enam juta orang keluar masuk termasuklah kita yang ada di sini. Mungkin tidak tinggal di Kuala Lumpur tetapi di Lembah Klang tetapi keluar masuk lima hingga enam juta. Kalau kita lihat LRT, MRT, monorel, komuter, RapidKL, bas GoKL keseluruhannya jumlah yang diangkut melalui pengangkutan awam mungkin dalam sejuta lebih. Maksudnya masih ada lima juta lebih kurang yang mengambil kenderaan persendirian.
Persoalan saya, adakah Kementerian Wilayah Persekutuan akan mempertimbangkan laluan khusus untuk bas yang mana kita tahu sekarang ini tidak ramai yang hendak naik bas sebab bas mungkin stuck dalam traffic jam. Jadi kalau LRT dan MRT, semuanya laluan khas. Kalau kita ada laluan khas untuk bas, itu pertama. Adakah itu boleh dipertimbangkan?
Kedua, kita tahu untuk mengoperasikan tram contohnya lebih murah daripada bas. Adakah ini salah satu perkara yang boleh dipertimbangkan oleh kementerian untuk memudahkan lebih ramai orang keluar masuk dari Kuala Lumpur menggunakan bukan kenderaan persendirian tetapi perkhidmatan pengangkutan awam dan kita tidak perlu membina struktur-struktur besar seperti stesen-stesen dan laluan-laluan di atas, in the air lebih kurang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas pandangan dan juga penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Lembah Pantai bahawa kapasiti ataupun kemudahan bas pengangkutan awam ini perlu kita pertingkatkan. Akan tetapi seperti yang telah saya jelaskan tadi, sedikit pembetulan Tuan Yang di-Pertua ya. Pengguna yang menggunakan bas ini bukan satu atau dua juta malah lebih daripada itu. Pada tahun 2019, saya sudah sebut 19 juta dan 2021...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Bukan, itu sehari.
Sehari.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias
Okey terima kasih. Jadi selebihnya itu Yang Berhormat, laluan lorong bas ini memang saya sudah sebut tadi kita akan naik taraf. Selain daripada itu, kita hendak tambah lagi laluan bas ini menjadikan ia kepada 14 laluan. Selain daripada itu, yang menjadi masalah sekarang ini ialah laluan ini tidak ada connection, ia putus. Jadi laluan itu terputus dan DBKL dalam proses untuk kita buat taping antara satu laluan kepada satu laluan yang lain.
Selain daripada, itu Yang Berhormat, bayaran yang dikenakan kepada pengangkutan awam ini termasuk RapidKL di bawah Prasarana dan sebagainya agak murah. Kita ada program My50, RM50 unlimited ride. Maknanya dia beli kad RM50, dia boleh guna sepanjang tempoh dan laluan yang disediakan untuk satu bulan.
Apa yang kita lakukan oleh pihak kementerian melalui DBKL Yang Berhormat ialah kita sudah bagi kepada, bulan Julai ya sebanyak 716 orang staf DBKL My50 secara percuma untuk menggalakkan mereka menggunakan perkhidmatan awam ini rather than menggunakan kenderaan persendirian. Ini yang dilakukan oleh DBKL. Saya harap supaya perkara ini menjadi ikutan kepada agensi dan juga jabatan yang lain.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Soalan saya fasal tram tadi.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Tram, tram.
Adakah kementerian akan mempertimbangkan?
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Jawapan bertulislah.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias
Ya, itu di dalam perancangan kita. Macam mana kita nak upgrade ataupun kita nak tambah tram kita sepanjang laluan yang telah kita sediakan. Cumanya sekarang ini Yang Berhormat, macam laluan lorong bas ini, saya perlu tambah sikit ya. Laluan lorong bas ini Yang Berhormat, kadang-kadang disalah guna.
Saya sudah membuat beberapa kenyataan, disalah guna oleh pengguna yang bukan bas.
Laluan bas ini cuma untuk lorong bas, teksi pun tak boleh guna sepatutnya.
Apatah lagi kalau mereka meletakkan kenderaan di laluan ini. Maka dengan itu, pihak DBKL akan lebih aktif dan lebih serius lagi dalam menjalankan penguatkuasaan supaya lorong ini tidak diganggu gugat oleh kenderaan lain untuk membolehkan public confidence sikitlah, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Bila guna bas, tak adalah lewat ke tempat kerja.
Macam itulah. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Ya, sebelah sini.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Labuan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Untuk soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Bukit Bintang.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Soalan dari sana.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Lepas KL, Labuan lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tidak apa, saya buat keputusan.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memandangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur ini amat teruk, sebagai sebuah ibu kota di negara kita, kementerian haruslah mencari jalan untuk mengatasinya. Walaupun bas ini boleh dijadikan satu cara untuk mengatasi kesesakan di Kuala Lumpur ini, saya ingin tanya, bagaimanakah kos operasi bas GoKL selama ini sejak memulakan servis percuma? Oleh kerana saya perhati, khidmat ini semacam kurang mendapat sambutan daripada rakyat di Kuala Lumpur ini. Minta penjelasan.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias
Yang Berhormat Bukit Bintang, kesesakan ataupun traffic jam di Kuala Lumpur ini, dengan izin, bukan kerana bas sahaja tetapi kerana pelbagai faktor lain. Antaranya ialah yang saya dah sebut dalam tempoh-tempoh yang lalu yakni kesesakan berlaku kerana kemasukan atau limpahan kenderaan luar masuk, kemudian sistem operasi tol kita, kenderaan berat memasuki waktu puncak dan beberapa perkara lain yang sekarang ini sedang di dalam proses ataupun sedang dalam tindakan penguatkuasaan yang lebih kerap lagi untuk mengurangkan kesesakan. Untuk makluman Dewan ya, Tuan Yang di-Pertua, saya maklumkan di dalam Dewan ini, sekarang ini kita tambah lagi tidal flow. Maknanya, laluan kontra yang boleh mengurangkan sikit traffic jam ini tetapi bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat tadi, kita belanja berapa? Tahun 2019, sebanyak RM8.2 juta kita bayar untuk GoKL sahaja. Tahun 2020 sebanyak RM12 juta, tahun 2021 sebanyak RM14 juta, tahun 2022 sebanyak RM24 juta dan tahun 2023, jangkaan kita ialah kita terpaksa berbelanja RM27 juta untuk bayar bas sahaja.
Akan tetapi seperti yang saya jelaskan dalam soalan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai tadi, now is the time for us to campaign, untuk menjalankan kempen, dengan izin, bagi warga kota menggunakan public transport supaya mereka dapat mengurangkan kemasukan kenderaan peribadi di dalam kawasan Bandar Raya Kuala Lumpur.
Insya-Allah Tuan Yang di-Pertua, kita akan jalankan pelbagai pendekatan dan juga usaha untuk mengurangkan. Bukan mencegah secara total dalam soal traffic jam ini tetapi mengurangkan traffic jam supaya at least, vehicle kita ini moving, ia tak stuck bumper-to-bumper untuk berhenti di laluan di dalam Kuala Lumpur ini. Insya-Allah. Terima kasih.
7. Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Kanan Pertahanan menyatakan:
(a) sejauh manakah tahap keupayaan tempur aset-aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM); dan
(b) sejauh manakah pemodenan aset-aset ATM telah dilaksanakan bagi mempertahankan keamanan negara daripada sebarang ancaman
Timbalan Menteri Pertahanan - Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih kepada sahabat saya, Yang Berhormat Parit. Tahniah kepada beliau yang telah dilantik menjadi Pengerusi SPNB yang baharu.
Menjawab soalan daripada Yang Berhormat Parit, untuk makluman semua dan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, Angkatan Tentera Malaysia melalui Tentera Udara Malaysia sedang melaksanakan Pelan Pembangunan Keupayaan Domain Udara bagi meningkatkan keupayaan pertahanan ruang udara melalui Pelan Perolehan bagi Long- Range Air Defense Radar System dan Medium Range Air Defense Missile System
(MIRAD), dengan izin, serta perancangan perolehan pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft. Keupayaan ini akan meningkatkan kapasiti ATM dalam mencegah sebarang bentuk ancaman udara di setiap kawasan lapisan berpadu, terutama di kawasan sempadan negara. Selain daripada itu, ATM juga sedang melaksanakan Pelan Pembangunan Keupayaan Domain Laut pula melalui Program Transformasi TLDM 15 to 5 (15-5) bagi menggantikan kapal-kapal lama dengan kelas kapal yang baharu. Kapal tersebut terdiri daripada Littoral Combat Ships (LCS), Littoral Mission Ships (LMS), Multi- Role Support Ships (MRSS), New Generation Battleships (NGBS), New Generation Patrol Vessel (NGPV) dan kapal selam.
Ini menjawab soalan Yang Berhormat Parit yang bertanya mengenai tahap keupayaan tempur aset-aset Angkatan Tentera Malaysia serta status terkini Program Pemodenan Aset-aset ATM bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan negara. Jadi pada masa yang sama, ATM juga sedang melaksanakan Pelan Pembangunan Keupayaan Keseluruhan Domain Darat, Laut, Udara dan Siber melalui perancangan angkatan masa hadapan yang tidak hanya tertumpu pada penggantian aset lama.
Akan tetapi turut melibatkan peningkatan teknologi terkini untuk mengukuhkan sistem pertahanan negara mengikut keutamaan berpandukan kepada strategi ketenteraan negara dan rancangan pembangunan keupayaan ATM atau dikenali sebagai Fourth Dimension of Malaysia Armed Forces. Pelan ini merupakan road map pembangunan keupayaan jangka panjang ATM yang turut mengintegrasi element man, machine dan method. Pembangunan keupayaan ATM merupakan peningkatan secara berterusan dengan perolehan aset dan kelengkapan yang berteknologi tinggi serta turut disepadukan dengan pembangunan modal insan yang berkualiti. Terima kasih.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kerajaan wajib untuk bersiap siaga dengan pelbagai aset yang mampu digeruni dan mampu mengawal, khususnya negara kita.
Soalan tambahan saya, sejauh manakah tahap kesiagaan aset-aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kita, terutamanya aset laut dan udara bagi menghadapi masalah pencerobohan perairan kita yang sentiasa berlaku di Laut China Selatan. Selain daripada kita melindungi syarikat PETRONAS, melaksanakan projek cari gali minyak di dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia, memandangkan kawasan ini dituntut dan dikatakan sebahagian dari kawasan perairan mereka. Terima kasih.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Parit atas soalan tambahan. Saya juga setuju perkataannya, ‘digeruni’ tapi saya nak tambah bukan sahaja digeruni, dan ‘dihormati’. Okey, untuk makluman Yang Berhormat Parit dan semua Ahli Dewan yang mulia ini, bagi memastikan kestabilan, kepentingan negara kita di Laut China Selatan yang sentiasa terjamin, Kementerian Pertahanan sentiasa bekerjasama dengan semua agensi keselamatan negara yang lain seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Laut Malaysia, Institut Maritim Malaysia (MIMA), Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Kementerian Luar Negara
(KLN), termasuklah Tentera Udara Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja (TLDM).
Kami sentiasa duduk bersama berbincang untuk memastikan kedaulatan, keselamatan dan hak kedaulatan Malaysia di Laut China Selatan kekal terpelihara.
Sebagaimana saya menjawab soalan yang pertama yang saya nyatakan tadi, pada masa ini, ATM juga sedang melaksanakan Pelan Pembangunan Keupayaan Domain Udara dengan perolehan bagi Long-Range Air Defense Radar System dan Medium Range Air Defense Missile System (MIRAD) serta perolehan pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLITLCA).
Keupayaan-keupayaan baru ini sudah pasti akan meningkatkan kapasiti ATM di dalam mencegah sebarang bentuk ancaman udara di Laut China Selatan. Pada masa yang sama, ATM juga sedang melaksanakan Pelan Pembangunan Keupayaan Domain Laut melalui Program Transformasi Armada TLDM bagi mengatasi cabaran kapal-kapal lama kepada kelas kapal baharu yang berteknologi tinggi mengikut keperluan operasi TLDM. Terima kasih.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Baru-baru ini Yang di-Pertua Agong telah membuat teguran terhadap hal veteran tetapi masih tidak ada apa-apa tindakan hanya kata-kata manis saja. Minggu lepas Menteri Pertahanan tunjuk jari kepada Yang Berhormat Kota Raja. Saya nak tanya Menteri Pertahanan sudah dua penggal pegang jawatan, mengapakah hal veteran sampai hari ini tidak diselesaikan?
Apa yang kita minta hanya penyelarasan pencen lama dengan pencen baharu, elaun untuk veteran yang tidak berpencen, elaun PJM yang janji manis-manis. Itu saja kita minta balik. Akan tetapi, terima kasih kepada Timbalan Menteri yang sentiasa ambil berat terhadap hal ehwal veteran.
Seterusnya soalan, saya mohon bertanya akan status perolehan pesawat light combat aircraft (LCA) dan medium-altitude long-endurance unmanned aerial surveillance untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan bilakah pengumuman perolehan ini dapat dibuat oleh Kementerian Pertahanan memandangkan agak sudah lama tarikh tender ditutup serta keperluan yang mendesak untuk TUDM, khususnya bagi memantau situasi di Laut China Selatan. Mohon beri penjelasan Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ada dua soalan, sila.
Timbalan Menteri Pertahanan - Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Lari tajuk fasal veteran ini. Tadi fasal aset tiba-tiba pergi ke veteran. Akan tetapi, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Padang Serai. Namun, saya minta maaf sahabat, saya tidak berapa setuju kenyataan− tidak setuju saya rasa tidak tepat apabila kata Yang Berhormat MENHAN. Ini kerana, saya tahu MENHAN memang cakna dan prihatin dengan veteran.
Malah tindakan pun kami telah ambil. Bukan kita duduk diam tengok. Kita memahami masalah-masalah yang dihadapi oleh veteran dan kita pun on going berinteraksi dengan veteran. Insya-Allah, ia mengambil masa. Bukannya boleh diselesaikan isu veteran ini boleh diselesaikan dalam masa yang terdekat. But, insya-Allah tindakan dan telah diambil oleh Yang Berhormat MENHAN dan juga MINDEF.
Mungkin menjawab soalan beliau, kementerian isu yang dia bangkitkan tentang FLIT dan MALE apabila pengumuman dibuat oleh Kementerian Pertahanan. Untuk
Timbalan Menteri Pertahanan - Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
pengetahuan semua, kementerian telah melengkapkan semua proses penilaian tender bagi perolehan FLIT-LCA dan juga MALE-UAS iaitu Medium-Altitude Long-Endurance Unmanned Aircraft System untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia. Ini kerana, saya tahu Yang Berhormat Padang Serai juga seorang veteran dan bekas anggota ATM.
Peringkat seterusnya bagi perolehan FLIT-LCA dan sekarang ini dalam proses rundingan harga kepada petender yang sudah di-shortlisted. Petender bersetuju akan dilaksanakan pemeriksaan fizikal sebelum kita muktamadkan oleh Kementerian Kewangan bagi memilih pihak yang berjaya.
Manakala untuk MALE-UAS pula, Lembaga Perolehan telah pun− untuk pengetahuan telah pun memperakui petender yang telah terpilih dan kita sekarang ini telah pun kemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk final decision. Secara keseluruhannya, Kementerian Pertahanan dan ATM akan memberi komitmen sepenuhnya untuk memastikan projek-projek semasa dan yang akan datang pada penyelarasan yang tepat bagi meningkatkan tahap kesiagaan ATM khususnya kepada perolehan ini untuk keperluan TUDM bagi meningkat keupayaan dan memantau situasi keselamatan di Laut China Selatan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya bagi sedikit soalan tambahan kepada Yang Berhormat Libaran. Soalan tambahan ketiga. Sila.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi laluan untuk soalan kepada Libaran. Tahniah juga kepada Yang Berhormat Menteri Kanan dengan jawapan yang diberi. Tuan Yang di-Pertua, ruang angkasa, laut dan darat ini merupakan aspek utama kedaulatan negara dan sememangnya juga memerlukan sebuah pasukan tinggi untuk memelihara daripada sebarang ancaman.
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya mohon penjelasan mengenai tindakan Kementerian Pertahanan terhadap salah laku dan pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kelewatan besar penyiapan kapal tempur pesisir pantai (LCS). Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila, Timbalan Menteri. Satu minit.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Libaran. Mengenai salah laku pihak yang bertanggungjawab...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yes.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Memang diakui aset ini memang pun telah terlewat daripada jadual yang sepatutnya. Kementerian Pertahanan − kita sudah tentulah memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada SPRM berhubung perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Libaran. Kementerian kita menyerah sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan jika terdapat salah laku yang menyebabkan kelewatan kapal ini, kapal LCS.
Saya mengalu-alukan mana-mana pihak sekiranya terdapat bukti baharu ataupun maklumat tambahan untuk melaporkan terus kepada pihak berkuasa. Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin telah berkali-kali menyatakan kami tidak akan sesekali mempertahankan serta berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan tindakan-tindakan tidak bertanggungjawab dalam proses perolehan LCS ini.
Untuk makluman semua juga, baru-baru ini pihak SPRM telah pun mengesahkan mereka mempunyai bukti yang mencukupi untuk membawa pertuduhan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam skandal LCS ini. Pihak SPRM, Yang Berhormat Libaran, juga dilaporkan telah menyelesaikan siasatan ke atas beberapa bahagian kes dan telah pun mencadangkan pertuduhan terhadap suspek. Oleh itu, kini sudah tentulah seterusnya di Jabatan Peguam Negara lah untuk memutuskan tindakan yang seterusnya.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Pertanyaan yang seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Datuk Liew Chin Jin @ Christina Liew, Tawau.
8. Datuk Liew Chin Jin @ Christina Liew [Tawau] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan memandangkan penduduk Tawau sudah berdekad-dekad mengalami banjir kilat, bolehkah empat pakej Projek Tebatan Banjir Tawau disegerakan dan disiapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) dan bukannya baki kos projek melibatkan jajaran lencongan banjir Sungai Tawau di Kg. Pasir Putih, Tawau, akan dimohon dalam RMKe-13 bagi perancangan total solution isu banjir di daerah Tawau.
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Parlimen Tawau. Untuk makluman Kementerian Alam Sekitar dan Air melalui jabatan pengairan dan saliran komited melaksana projek rancangan tempatan banjir sebaik saja kelulusan diterima dan segera tanpa mengabaikan soal kualiti soal kualiti pembinaan tersebut.
Bagi mengurangkan risiko banjir di sebahagian Sungai Tawau, kerajaan telah meluluskan di bawah Pelan RTB Sungai Tawau Sabah melibatkan dua fasa. Fasa 1 terbahagi kepada dua pakej yang berjumlahRM50 juta. Untuk makluman yang Dewan mulia pakej pertama ini dijangka siap pada tahun 2024.
Manakala, fasa 2 yang melibatkan dua pakej juga yang berjumlah RM150 juta.
Pakej kedua ini melibatkan kerja-kerja naik taraf Sungai Tawau daripada Sungai Tanjung outlet hingga ke Jambatan Sungai Apas. Pakej 2 daripada Fasa 2 ini melibatkan kerja- kerja naik taraf Sungai Tawau dari Jambatan Apas hingga ke Sungai Rakis outlet.
Fasa 2 ini kita jangka telah dimohon untuk RP-3 Rancangan Malaysia Ke-12. Ini bermakna kedua-dua fasa ini kita jangka dapat disiapkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 tidak masuk ke Rancangan Malaysia Ke-13 sebagaimana yang dibangkit oleh Yang Berhormat. Terima kasih
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan, sila Tawau.
Datuk Liew Chin Jin - Tawau
Terima kasih Menteri. Saya nak bertanya bolehkah Menteri menjamin bahawa ada pengawasan ketat oleh pihak berkuasa yang berkenaan bagi memastikan projek tebatan banjir dilaksanakan mengikut pelan dan spesifikasi yang diluluskan supaya tidak timbul apa-apa masalah kelak. Ini kerana, penduduk ... Tawau sudah cukup lama menderita akibat banjir kilat. Kita tidak boleh buat rakyat menunggu sehingga Rancangan Malaysia Ke-13 untuk penyelesaian menyeluruh kepada masalah banjir di Tawau dengan izin for total solution to the flood problem in Tawau.
Datuk Liew Chin Jin - Tawau
Bolehkah kerajaan melakukan satu rancangan yang terbaik untuk mempercepatkan projek tebatan banjir ini? Jika perlu, bolehkah kerajaan menggunakan dana kecemasannya or dengan izin emergency funds untuk tujuan tersebut.
Setahu saya, a Department of Irrigation and Drainage Tawau dengan izin juga telah mengemukakan cadangan supaya dua pakej lain disiapkan seperti disebut tadi dengan Yang Berhormat Menteri secepat mungkin bahawa Rancangan Malaysia Ke-12 boleh diselesaikan. Jadi, kita boleh tanya, tidak perlulah kita tunggu supaya Rancangan Malaysia Ke-13. Kita boleh gunakan special funds untuk implement package kedua.
Thank you.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tawau. Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih. Untuk makluman, banjir kilat ini banyak faktor yang boleh menyebabkan berlakunya banjir kilat. Bukan hanya berada di bawah kementerian tetapi pelbagai agensi termasuklah penyelenggaraan sistem perparitan, longkang dan sebagainya.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Untuk makluman tentang dana kecemasan, saya fikir tidak diperlukan sebab kita memang sudah masuk dalam pakej satu dan dua. Cuma, saya hendak maklum pada Dewan yang mulia, khususnya kepada Yang Berhormat Tawau, pakej pertama yang dijadualkan, asalnya siap pada April 2022 tetapi sedikit kelewatan berpunca pada isu pemberian tapak perumahan setinggan yang berada di kawasan tersebut. Proses memindahkan penduduk setinggan ini akan mengambil masa dan melibatkan banyak pihak.
Untuk makluman, kita ada 120 lot setinggan dalam pakej tiga dan mengambil masa untuk kita keluar proses mencari tapak baharu dan sebagainya. Walau bagaimanapun, alhamdulillah sehingga setakat ini kita telah berjaya membesarkan hampir keseluruhan. Cuma, tinggal 10 lot lagi daripada 102 yang masih dalam proses dan kita jangka dapat disiapkan dalam masa terdekat. Dengan harapan bahawa kalau siap semua proses dan berjalan mengikut jadual, kita akan dapat siapkan ikut EOT baharu adalah pada 28 Januari 2024. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Bintulu.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua bagi peluang sama saya atas soalan ini. Yang Berhormat Menteri, kementerian kita kenapa sampai hari ini banyak suka kita pergi bina tasik tadahan air ataupun pond, ponding sini sana. Kementerian banyak sukar tetapi tidak pernah mengambil masa fikir dan kaji ataupun study sungai-sungai yang ada sudah siltation semua sini sana sudah blockage. Kalau kita buat ponding sini sana, first round hujan boleh kita pertahankan.
Second round kita tidak boleh. Kalau second round means kalau hari-hari ada seminggu, tiga atau empat hari hujan rapat petang macam baru-baru ini Kuala Lumpur berlaku, habis, habisan kita. Kita habis. Walaupun kerajaan sudah kasi pampasan, kasi siapa-siapa meeting, akhir sekali kita tidak selesai masalah.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan
Soalan.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kenapa kita begitu kedekut buat dredging di sungai masing-masing di seluruh negara? Saya hendak tanya kita punya pegawai daripada kementerian kita. Selalu hendak cadang buat ponding. Kalau ponding sudah penuh, air mahu pam pergi mana? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih. Sistem takungan ini memang sebahagian daripada sponge city ataupun Pelan Pembangunan Bandar dan ia termasuk dalam perancangan MSMA kementerian. Dengan erti kata lain bahawa kita perlu ada kolam takungan bagi melambatkan proses aliran air di waktu mana hujan lebat yang turun kerana sungai kita tidak boleh menampung pada waktu itu.
Sekiranya tidak ada kolam takungan, banjir akan lebih besar lagi. Jadi, oleh kerana itu sistem kolam takungan ini sebahagian daripada projek MSMA di peringkat kementerian. Sekarang kita pergi bergerak ke arah dua fungsi takungan air pinggiran sungai (TAPS) sama ada ia menjadi bekalan air juga di samping untuk mengelakkan banjir. Jadi kaedah ini ia termasuk dalam sponge city yang dirancang di peringkat kementerian dan saya fikir ini satu kaedah yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara perlunya ada sistem takungan sementara kerana sungai tidak dapat menampung pada waktu tersebut. Terima kasih.
9. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan apakah rancangan dan kerjasama kementerian dengan negara China dalam bentuk teknologi inovasi, teknologi pertanian pintar, teknologi dron dan teknologi hijau karbon rendah.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Untuk makluman Yang Berhormat, kerjasama antara Malaysia dengan China dalam bidang sains, teknologi dan inovasi telah lama wujud. Hal ini diperkukuhkan dengan pemeteraian perjanjian persefahaman antara China dan Malaysia iaitu Agreement between The Government of People’s Republic of China and The Government of Malaysia on Science, Technology and Innovation Cooperation yang telah ditandatangani pada 4 Oktober 2013.
Susulan daripada itu, beberapa agensi di bawah MOSTI telah bekerjasama dengan negara China antaranya melalui Agensi Angkasa Malaysia di mana MYSA sebagai peneraju research and development bidang angkasa telah menjalinkan kerjasama dengan negara China melalui MoU yang ditandatangani pada 30 November 2021 iaitu Agreement Between The Government of Malaysia and The Government of People’s Republic of China on Space Cooperation and Peaceful Use on Outer Space. Fokus utama kerjasama dalam bidang tersebut adalah bidang sains angkasa, teknologi angkasa dan aplikasi angkasa dalam penerokaan. Untuk MIMOS Berhad bawah MOSTI, kerjasama MIMOS dengan Kerajaan China bertujuan membangunkan penyelesaian dan use case yang melibatkan 5G dan kecerdasan buatan. MOU ini telah ditandatangani pada 27 November 2020 di antara MIMOS, Maxis dan Huawei Malaysia.
Seterusnya, MIMOS juga telah menandatangani MOU bersama Huawei pada 28 April 2022 yang berkaitan dengan program latihan seperti upskilling for deep tech and future skill untuk meningkatkan kemahiran dan menempatkan tenaga kerja terlatih tempatan dalam industri deep tech.
Peserta yang terpilih telah berpeluang menyertai latihan di Huawei Malaysia Global Training Centre. Pusat ini merupakan hab latihan dalam bidang teknologi ICT dan pembangunan bakat yang pertama ditubuhkan di luar negara China. Bidang yang diberikan pensijilan profesional adalah seperti 5G, advanced intelligent system, augmented analytic dan technology data discovery. Melalui MRANTI Yang Berhormat, bawah MOSTI pun telah membuat kerjasama dengan pihak negara China melalui program pembangunan Drone Tech Malaysia, program yang melibatkan syarikat dron utama seperti DJI dan XAG di negara China. Kita tahu bahawa DJI merupakan pengeluar dron terbesar di dunia di mana Malaysia merupakan pasaran terbesar di Asia Tenggara. Dua buah persatuan dron Malaysia iaitu Malaysian UAV Development Association dan MyAIRA juga menjalinkan hubungan rapat dengan World UAV Federation yang berpangkalan di China.
MRANTI juga telah bekerjasama dengan satu syarikat yang berkaitan dengan inovasi dan juga start-up iaitu Two Star yang mempunyai rangkaian inkubator terbesar di China di bawah Global Market-Fit Program. Ini memungkinkan syarikat-syarikat start-up Malaysia untuk berkembang di negara China. Bidang yang telah pun dikenal pasti adalah seperti komunikasi, pendidikan, sukan, e-commerce, automotif, pelancongan, makanan dan minuman serta logistik dan pengangkutan.
Manakala MAVCAP Yang Berhormat, iaitu Malaysian Venture Capital Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan agensi pembiaya di China iaitu dalam bentuk pembiayaan industri. Setakat ini, dua bentuk kerjasama telah pun dijalankan iaitu pembiayaan Dana Asia Greentech dalam teknologi hijau.
Kedua, kolaborasi bersama fund manager dari China iaitu Gobi Partners dalam bidang teknologi dron. Akhir sekali Nano Malaysia telah pun meningkatkan kerjasama dengan syarikat daripada negara China termasuk dalam produk grafin bagi kita melaksanakan komunikasi dan pertukaran teknologi dan menyokong serta pensijilan bahan teknologi tersebut.
Kita merancang supaya Nano Malaysia Berhad dapat bekerjasama dengan lebih banyak pihak di negara China seperti Nanopolis Suzhou Technology dan juga Shanghai Industrial Technology Centre of Grafin yang mana boleh memungkinkan kita untuk melaksanakan banyak program bersama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Bintulu.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih atas jawapan diberi daripada Yang Berhormat Menteri begitu panjang lebar. Memang saya difahamkan kita banyak MoU sudah disigned tetapi sampai hari ini kita ada dapat hasil atau belum? Soalan satu lagi, apakah rancangan jangka panjang kementerian untuk memajukan industri kenderaan elektrik tempatan dan membangunkan infrastructures EV seperti sistem pengecasan?
Adakah kerjasama dilakukan bersama negara seperti China? Sekian.
Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba
Terima kasih Yang Berhormat. Hasil daripada rancangan yang telah pun kita laksanakan sejak tahun 2013. Apa yang telah saya maklumkan. Antaranya yang terbesar, bagaimana kita dapat bekerjasama dalam industri yang berkaitan dengan nanoteknologi. Untuk itu apa yang Yang Berhormat tanya berkenaan dengan EV, industri EV, pengecas serta rancangan keluasan electric vehicle di negara kita.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Dia telah pun diletakkan di bawah NanoMalaysia Berhad supaya bekerjasama dengan pihak EV industri di negara China. Pada tahun ini kita telah pun membuat kerjasama dengan pihak negara China melalui China Innovation Alliance of the Graphene Industry di mana pembuatan bateri dalam industri EV dapat dilaksanakan dan salah satu Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia iaitu Dr. Rezal Khairi Ahmad dilantik sebagai Penasihat Antarabangsa kepada China Graphene Industry Alliance yang telah mengeluarkan aktiviti membuat bateri di negara China, merupakan satu pengiktirafan kepada negara kita. Ini kerana kita telah berada di hadapan mereka ketika ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Soalan tambahan kedua Yang Berhormat Kubang Pasu. Silakan.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ini adalah berkenaan dengan teknologi pertanian pintar tetapi bukan yang ini daripada China. Saya difahamkan dalam jawapan yang diberikan Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam Dewan baru-baru ini. Terdapat banyak sistem yang sudah ready untuk diembraced oleh usahawan-usahawan tempatan kita.
Jadi saya hendak tanya, berapa banyakkah yang telah kita roll out dan diembraced oleh usahawan tempatan yang tentang teknologi pertanian pintar ini dan kalau kurang mendapat sambutan, apakah hambatan-hambatan yang ada yang menyebabkan ia sangat kurang diembraced oleh usahawan-usahawan tempatan kita dalam teknologi pintar pertanian ini? Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba
Terima kasih Yang Berhormat. Melalui Program Teknologi Pintar yang berkaitan dengan Malaysian modern agro farming system iaitu dilaksanakan oleh Agensi Angkasa Malaysia. Memang ada spesifik aplikasi digunakan untuk membantu petani-petani supaya mengamalkan pertanian pintar. Walau bagaimanapun saya telah maklumkan dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri dahulu bahawa 27 teknologi pertanian pintar sekarang boleh di rolled out dan daripada 46 teknologi yang sedia ada.
Antaranya Yang Berhormat, isu yang menjadi rungutan petani untuk melaksanakan pertanian pintar ialah kos awal teknologi tersebut yang menghambat mereka daripada untuk menggunakan teknologi seperti penggunaan smart farming, menggunakan IOT, menggunakan solar, menggunakan AI dan juga sensor-sensor dalam mengendalikan humidity, temperature dan juga angin. Jadi kalau kita boleh menolong membantu petani pintar ini supaya mereka mendapat capital expenditure untuk memperakukan mereka supaya dapat menggunakan teknologi pintar ini di awal pembangunan pertanian pintar mereka.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab lisan tamat]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
“Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan hingga jam 8.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis 28 Julai 2022.”
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada yang menyokong?
Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat semua sekarang saya kemukakan masalah pada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau, pengawalan periklanan, promosi dan penajaan, penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok dan larangan merokok, apa-apa produk tembakau atau produk pengganti tembakau dan larangan penggunaan peranti merokok oleh mana-mana orang yang lahir pada tahun 2007 dan seterusnya dan bagi perkara yang berkaitan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kesihatan [Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Makanan 1993; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kesihatan [Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang." [11 April 2022]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, penyata yang disiapkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas yang dilantik oleh Majlis pada 11 April 2022 untuk mengkaji Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 yang dibentangkan dalam Majlis ini sebagai kertas DR 7 tahun 2022 diperkenan mengikut Peraturan Mesyuarat 60 telah dibentang di atas meja semua Ahli-ahli Dewan Rakyat pada 18 Julai 2022 iaitu pada hari Isnin.
Sebagai komitmen kerajaan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri akan membentangkan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 berkenaan dengan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti yang mengandungi huraian syor serta cadangan pindaan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 dan mengenai peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Perdana Menteri - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rang undang-undang yang akan saya bentangkan ini bertujuan untuk meminda, memansuhkan peruntukan sedia ada serta memasukkan peruntukan baharu dalam Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti. Sebelum ini rang undang-undang mengenai pindaan kepada perlembagaan berkaitan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti ini telah
Perdana Menteri - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
dibentangkan oleh Yang Berhormat Santubong untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat pada 11 April 2022 yang lalu.
Kerajaan memandang serius tindakan bertukar parti atau lompat parti atau dengan izin defection party jumping atau floor crossing yang telah menimbulkan banyak perdebatan dan polemik dalam kalangan masyarakat umum. Ini kerana ia melibatkan mandat dan kepercayaan rakyat yang memilih wakil rakyat mereka di Dewan Rakyat.
Perdana Menteri - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tuan Yang di-Pertua, bagi membuktikan keseriusan kerajaan dalam perkara ini, Jemaah Menteri bersetuju untuk merealisasikan pindaan Perlembagaan berkenaan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti yang diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang). Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Santubong kerana telah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cemerlang.
Sebanyak 12 sesi libat urus yang komprehensif dengan pihak-pihak berkepentingan telah diadakan seawal 23 November 2021 hingga 10 April 2022, melibatkan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara. Berdasarkan input dan pandangan daripada semua sesi libat urus tersebut, serta keputusan kerajaan pada 11 Mac 2022 dan 6 April 2022, Sidang Khas Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat telah diadakan pada 11 April 2022.
Ini selaras dengan peraturan 11(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dibacakan kali pertama dan diikuti perbahasan dalam proses bacaan kali kedua. Dalam hal ini, saya ingin menarik perhatian, semua Ahli Yang Berhormat bahawa Sidang Khas Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat pada 11 April 2022 berpandangan bahawa pindaan asal Perlembagaan Persekutuan melalui rang undang-undang ini perlu diteliti semula daripada aspek penetapan dasar yang lebih jelas.
Pendirian Sidang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat tersebut diambil perhatian dan kerajaan berpendirian untuk menggubal peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti yang memenuhi ekspetasi semua pihak. Susulan perkara tersebut, sidang yang sama seterusnya meluluskan usul pembentukan jawatankuasa pilihan khas yang terdiri daripada pihak kerajaan dan pihak pembangkang.
Untuk membuat syor berhubung pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti di bawah peraturan 81(1), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membuat syor-syor mengenai:
(i) meneliti dan memberi pengkhususan ke atas tafsiran kepada larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti dengan merujuk kepada fasal (2)(c) dan fasal (3), sekatan-sekatan ke atas hak membentuk persatuan yang diberi oleh perenggan (c) fasal (1);
(ii) cadangan untuk memansuhkan Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan termasuk mana-mana pindaan lain kepada Perlembagaan Persekutuan yang dianggap perlu; dan
(iii) menyediakan satu penyata yang mengandungi cadangan rang undang-undang berkaitan dengan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti serta pindaan Perlembagaan berkaitan dalam tempoh satu bulan, dan jawatankuasa pilihan khas boleh melanjutkan tempoh ini sekiranya perlu.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang dijelaskan, kerajaan mendengar dan mempertimbangkan setiap pandangan serta input Ahli-ahli Dewan Rakyat termasuk ahli Jemaah Menteri terhadap keperluan menggubal peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti demi kelangsungan politik negara yang stabil.
Selaras dengan perkara ini, Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti telah mengadakan tujuh siri mesyuarat dan
Perdana Menteri - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
perbincangan bermula 15 April 2022 sehingga 12 Julai 2022 untuk melaksanakan tugasan sebagaimana syor-syor jawatankuasa pilihan khas.
Saya ingin memaklumkan, keahlian Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen itu terdiri daripada 11 orang Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Santubong, Dato' Sri Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar. Ahli-ahli Parlimen kerajaan yang menganggotai jawatankuasa itu terdiri daripada Yang Berhormat Pengerang (BN), Yang Berhormat Padang Rengas (BN), Yang Berhormat Larut
(BERSATU), Yang Berhormat Kota Bharu (PAS) dan Yang Berhormat Sibuti (GPS).
Manakala, wakil pembangkang pula terdiri daripada Yang Berhormat Puchong (PH), Yang Berhormat Sepang (PH), Yang Berhormat Tuaran (UPKO), Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu (PH) dan Yang Berhormat Penampang (WARISAN).
Jawatankuasa pilihan khas juga menerima pandangan bertulis daripada pelbagai pihak termasuk NGO, CSO, ahli-ahli akademik dan parti politik. Antaranya seperti The Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH), Transparency International Malaysia (TI- M) dan Malaysia Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR).
Kesemua input dan pandangan yang diterima daripada Ahli Jemaah Menteri, NGO, CSO, ahli akademik dan parti politik ini diteliti dan dibincangkan dalam mesyuarat- mesyuarat jawatankuasa pilihan khas. Secara umumnya, beberapa isu mengenai persoalan dan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti menjadi perdebatan dan perbincangan, bukan sahaja di media massa dan media sosial malah turut dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.
Antara persoalan-persoalan tersebut adalah:
(i) pendekatan ataupun approach terbaik dengan izin, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan sahaja atau pendekatan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan disusuli dengan suatu akta larangan bertukar parti yang khusus.
(ii) tafsiran yang jelas berkaitan dengan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti. Antaranya seperti:
(a) adakah Ahli Dewan Rakyat daripada suatu parti politik dan kemudiannya menjadi Ahli Dewan Rakyat bebas dianggap bertukar parti?;
(b) adakah Ahli Dewan Rakyat yang bertanding di atas tiket bebas dan kemudiannya menyertai suatu parti politik dianggap bertukar parti?; dan
(c) kedudukan Ahli Dewan Rakyat yang bertukar parti politik dalam parti gabungan yang sama dari parti gabungan yang berbeza, sama ada Ahli Dewan Rakyat yang dipecat dari suatu parti politik dianggap bertukar parti?.
(iii) keanggotaan dalam parti gabungan, pemakaian peruntukan larangan bertukar parti Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri;
(iv) pemansuhan peruntukan fasal 6, Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan bagi membenarkan Ahli Dewan Rakyat yang melepaskan keahliannya di dalam Dewan Rakyat boleh bertanding semula;
(v) rundingan dengan kerajaan negeri untuk menggubal perundangan berkaitan larangan ADUN bertukar parti; dan
(vi) mekanisme pemakluman kekosongan sebuah kerusi setelah Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.
Tuan Yang di-Pertua, pertimbangan sewajarnya dan perbincangan lanjut telah dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Khas terhadap kesemua persoalan berbangkit peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti termasuk implikasi penggubalan
Perdana Menteri - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
peruntukan-peruntukan tertentu berkaitan perkara ini kepada Ahli Dewan Rakyat. Oleh yang demikian, parameter penggubalan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan)
(No. 3) 2022, pindaan dalam jawatankuasa ini ditetapkan, antaranya seperti berikut:
(i) perundangan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti ini tidak akan terpakai secara retrospektif iaitu pelaksanaan akta mulai tarikh kuat kuasa akta;
(ii) pendekatan satu langkah (one-step approach) dengan izin, diambil dalam memperkenalkan undang-undang larangan bertukar parti, iaitu pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan;
Perdana Menteri - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
(iii) Ahli Dewan Rakyat yang keluar daripada parti politik dalam satu parti gabungan dan menyertai parti politik yang lain dalam gabungan yang sama atau berbeza adalah terhenti menjadi Ahli Dewan Rakyat;
(iv) keanggotaan seorang Ahli Dewan Rakyat merujuk kepada keanggotaan dalam sebuah parti politik tidak kira sama ada parti politik itu merupakan anggota sesebuah parti gabungan.
Selain daripada itu, keanggotaan seorang Ahli Dewan Rakyat juga merujuk kepada seorang Ahli Dewan Rakyat yang bukan anggota mana-mana parti politik yang membentuk suatu gabungan parti politik tetapi ialah anggota parti gabungan itu ataupun direct member of the coalition party dengan izin.
(v) keanggotaan Ahli Dewan Rakyat dalam parti gabungan tidak akan diambil kira kerana persoalan dasar utama yang menjadi asas dalam penggubalan undang-undang ini adalah keahlian seorang Ahli Dewan Rakyat dalam suatu parti politik;
(vi) penggunaan simbol parti politik atau simbol parti gabungan tidak akan diambil kira dalam rang undang-undang berkaitan dengan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti;
(vii) mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang bertukar parti politik atau mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang meninggalkan parti politik yang beliau menjadi calon semasa pilihan raya untuk menjadi Ahli Dewan Rakyat bebas akan terhenti menjadi Ahli Dewan Rakyat dan perlu mengosongkan kerusi; dan
(viii) pengecualian terhadap larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti sebagaimana berikut:
(a) Ahli Dewan Rakyat tidak terhenti menjadi Ahli Dewan Rakyat sekiranya parti politiknya terbubar atau dibatalkan pendaftarannya;
(b) pelepasan keanggotaan Ahli Dewan Rakyat daripada parti politik apabila dipilih menjadi Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak menyebabkan beliau terhenti menjadi Ahli Dewan Rakyat; dan
(c) pemecatan Ahli Dewan Rakyat daripada keanggotaan dalam parti politik dikecualikan dan Ahli Dewan Rakyat terhenti menjadi Ahli Dewan Rakyat.
Selaras dengan perkara ini, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan)
(No.3) 2022, pindaan dalam jawatankuasa yang digubal ini mengandungi empat perenggan dan enam fasal dengan perincian seperti berikut:
Perenggan 1 bertujuan untuk memasukkan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan berkenaan dengan fasal
Perdana Menteri - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
6 iaitu Yang di-Pertuan Agong boleh dengan persetujuan Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi suatu negeri menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa bagi fasal itu dalam negeri itu.
Dalam erti kata yang lain, perenggan ini memberi ruang kepada kerajaan negeri ataupun Dewan Undangan Negeri untuk melaksanakan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti melalui pindaan perlembagaan negeri termasuk persetujuan Raja atau Yang di-Pertua Negeri.
Perenggan 2 bertujuan untuk menggantikan perenggan (b) untuk membolehkan sekatan ke atas hak untuk menubuhkan persatuan berhubung dengan Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan mana-mana negeri dikenakan masing-masing oleh Perkara 49A dan seksyen 7A Jadual Kelapan.
Perenggan 3 bertujuan untuk memasukkan fasal baharu 3,4,5, dan 6 seperti berikut.
Fasal baharu 3 bertujuan untuk memotong fasal (6) Perkara 48. Pemotongan ini akan membolehkan mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang melepaskan keahliannya untuk bertanding semula pada bila-bila masa selepas dia melepaskan keahliannya dalam Dewan Rakyat dan dengan demikian, kehilangan kelayakan untuk menjadi Ahli Dewan Rakyat bagi tempoh lima tahun tidak lagi terpakai.
Fasal baharu 4 bertujuan untuk memasukkan fasal baharu 49A ke dalam Perlembagaan Persekutuan untuk memperuntukkan bahawa seorang Ahli Dewan Rakyat hendaklah terhenti menjadi Ahli Dewan itu dan kerusinya hendaklah menjadi kosong sebaik sahaja suatu tarikh kekosongan luar jangka dipastikan oleh Tuan Yang di-Pertua Dewan di bawah fasal (3) Perkara baharu 49A, jika telah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik, dia melepaskan keanggotaan atau terhenti menjadi anggota parti politik itu.
Perkara yang sama juga terpakai bagi calon bebas yang telah dipilih ke Dewan Rakyat menyertai suatu parti politik. Perkataan “Anggota suatu parti politik” yang disebut dalam Perkara baharu 49A hendaklah termasuk Ahli Dewan Rakyat yang bukan anggota mana-mana parti politik yang membentuk suatu gabungan politik tetapi ialah anggota gabungan itu.
Kekosongan luar jangka di Dewan Rakyat hendaklah dipastikan oleh Tuan Yang di-Pertua Dewan apabila menerima notis bertulis daripada mana-mana Ahli Dewan itu mengenai berlakunya kekosongan itu dan dia hendaklah memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya tentang kekosongan itu dalam tempoh 21 hari dari tarikh dia menerima notis bertulis itu.
Bagi maksud Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah menjalankan suatu pilihan raya dalam tempoh 60 hari dari tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya menerima pemberitahuan itu daripada Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Fasal baharu 5 bertujuan untuk memasukkan takrif baharu iaitu “parti politik” ke dalam fasal 2 Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dan fasal baharu 6 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 7A ke dalam Jadual Kelapan daripada Perlembagaan Persekutuan untuk memperuntukkan bahawa seorang Ahli Dewan Undangan hendaklah terhenti menjadi Ahli Dewan itu dan kerusinya hendaklah menjadi kosong sebaik sahaja suatu tarikh kekosongan di luar jangka dipastikan oleh Tuan Yang di-Pertua Dewan di bawah subseksyen (3) seksyen baharu 7A jika telah dipilih ke Dewan Undangan sebagai anggota suatu parti politik, dia melepaskan keanggotaan atau terhenti menjadi anggota parti politik itu.
Perkara yang sama juga terpakai bagi calon bebas yang telah dipilih ke Dewan Undangan menyertai suatu parti politik. Perkataan “Anggota Suatu Parti Politik” yang disebut dalam seksyen 7A hendaklah termasuk Ahli Dewan Undangan yang bukan anggota mana-mana parti politik yang membentuk suatu gabungan parti politik tetapi ialah anggota gabungan itu.
Seterusnya, seksyen baharu 7A juga memperuntukkan keadaan apabila seorang Ahli Dewan Undangan tidak terhenti menjadi Ahli Dewan Undangan itu. Kekosongan luar jangka di Dewan Undangan hendaklah dipastikan oleh Tuan Yang di-Pertua Dewan
Perdana Menteri - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
apabila menerima notis bertulis daripada mana-mana Ahli Dewan Undangan itu mengenai berlakunya kekosongan itu dan dia hendaklah memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya tentang kekosongan itu dalam tempoh 21 hari dari tarikh dia menerima notis bertulis itu.
Bagi maksud subseksyen (5) seksyen 9 Jadual Kelapan kepada Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah menjalankan satu pilihan raya dalam tempoh 60 hari dari tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya menerima pemberitahuan itu daripada Tuan Yang di-Pertua Dewan.
Perenggan 4 bertujuan untuk menggantikan implikasi kewangan rang undang- undang memandangkan kemasukan Perkara baharu 49A dan pindaan Jadual Kelapan kepada Perlembagaan Persekutuan akan melibatkan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan bagi maksud pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengisi kekosongan luar jangka Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan mana-mana negeri.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan dan mengulangi komitmen kerajaan bahawa penggubalan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022. Pindaan dalam jawatankuasa ini bertujuan memastikan kestabilan politik dan mengelakkan negara terus berdepan dengan krisis politik yang tiada berkesudahan.
Perdana Menteri - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Pindaan undang-undang ini juga untuk memberikan mesej yang jelas kepada setiap Ahli Dewan Rakyat supaya berpegang kepada prinsip parti yang diwakili untuk melindungi mandat rakyat yang telah memberi undi serta kepercayaan tinggi kepada Ahli Dewan Rakyat ketika proses pilihan raya.
Selain daripada itu, saya yakin rang undang-undang ini juga mampu menghentikan tindakan mana-mana pihak yang dipilih dan dilantik daripada bertukar parti tanpa sebab kukuh atau alasan munasabah sekali gus memastikan kestabilan politik negara untuk suatu jangka masa panjang.
Penggubalan rang undang-undang ini telah mengambil masa hampir setahun.
Sesungguhnya proses penggubalan bukanlah suatu proses yang mudah kerana ia melibatkan masa, tenaga dan komitmen semua pihak terlibat iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Peguam Negara dan Parlimen Malaysia.
Sehubungan dengan itu, sokongan semua Ahli Yang Berhormat kepada pindaan rang undang-undang ini amatlah penting memandangkan keperluan fasal (3), Perkara 159 yang tertakluk kepada fasal (4) Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan di mana satu rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan hanya dapat diluluskan jika mendapat sokongan kepada bacaan kali kedua dan bacaan kali ketiga tidak kurang daripada dua pertiga atau 148 jumlah minimum daripada jumlah Ahli Parlimen.
Besarlah harapan saya agar rang undang-undang ini dapat disokong dan diluluskan sebulat suara oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat sekalian.
[Tepuk] Rang undang-undang ini merupakan satu sejarah besar negara kerana ia dihasilkan melalui perundingan dan perbincangan di antara kedua-dua belah pihak iaitu pihak kerajaan dan pihak pembangkang. Semoga rang undang-undang ini berupaya melakar sekali lagi sejarah sepertimana pindaan Perlembagaan berkaitan Perjanjian Malaysia tahun 1963 yang memperoleh sokongan penuh daripada semua Ahli-ahli Parlimen.
Sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya dahulukan dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?
Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis sekarang ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dibacakan kali kedua sekarang dan penyata yang disiapkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas yang dilantik oleh Majlis ini pada 11 April 2022 untuk mengkaji Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.
2022 yang dibentangkan dalam Majlis ini sebagai Kertas DR 7 Tahun 2022, diperkenankan mengikut Peraturan Mesyuarat 60 terbuka untuk dibahas sekarang.
Saya mendapat senarai yang amat panjang untuk berbahas. Saya telah memperuntukkan lebih kurang 600 minit untuk perbahasan dan saya harap hari ini sehingga 8.30 malam kita dapat habis 35 orang dan esok dalam 15 atau 20 orang lagi.
Saya ingin memulakan perbahasan dengan menjemput Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang saya akan berikan masa serupa dengan masa yang diperuntukkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri 25 minit. Yang Berhormat, silakan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya bangun untuk menyokong pindaan Rang Undang-undang Perlembagaan ini dan mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pilihan Khas dan juga peranan Yang Berhormat Santubong dalam menyelenggarakan dan mempercepatkan proses ini.
Saya ingin memulakan dengan menyatakan bahawa pindaan ini dan undang- undang anti lompat atau bertukar parti, anti-hopping law ini merupakan di antara perkara pokok yang dimeterai dalam memorandum persefahaman Pakatan Harapan dengan Perdana Menteri. Kita telah tetapkan bahawa kalau tidak dibentangkan di Parlimen, kita anggap memorandum persefahaman itu terbatal. Jadi saya ucap tahniah kepada Perdana Menteri kerana menunaikan janji sepertimana dimeterai.
Perbincangan diadakan dengan teliti dan apa yang dibentangkan hari ini sebenarnya tidak sepenuhnya memenuhi tuntutan atau usul yang dikemukakan oleh wakil-wakil PH dalam mesyuarat. Walau bagaimanapun, kita mengambil kira beberapa pandangan lain dan kita anggap ini satu permulaan yang sangat bermakna, sangat bersejarah. Kesannya bukan dari segi undang-undang Perlembagaan tetapi pengertian moral, integriti Ahli Parlimen yang tidak dianggap sebagai penjual maruah dan khianat kepada amanah yang ditunjukkan Seperti kita tahu menurut kajian Kenneth Janda, Northwestern University sehingga 2009, 40 buah negara yang telah memperkenalkan undang-undang anti lompat parti ataupun anti pembelotan, anti-defection. Walaupun ia banyak menyentuh tentang negara-negara berkembang tetapi kita anggap seperti mana yang disebut oleh beliau, many nations enshrine anti-defection provisions in their constitutions, which are not depositories of temporary legislation supaya ia kekal mantap dalam sistem Perlembagaan dan politik dalam negara.
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana kita sedia maklum perkara pembelotan ini ataupun pengkhianatan ini bukan baharu. Ahli-ahli Yang Berhormat dari PAS tahu ia berlaku sejak 1961 yang menyebabkan jatuhnya Kerajaan PAS Terengganu tetapi ia tidak menjadi pengajaran kerana parti berkenaan juga kemudian bersengkokol dan mengizinkan hal ini berlaku.
Jadi kita anggap ini soal maruah atau integriti Ahli-ahli Parlimen sehinggakan ada yang diuar-uarkan Members of Parliament for sale. Soalnya bukan sahaja belot, khianat atau lompat parti, soalnya yang harus diketahui oleh Perdana Menteri dan diperhatikan oleh badan-badan seperti SRPM ialah kerana ia melibatkan rasuah, sogokan dan penipuan.
[Tepuk] Dengan pindaan ini, ia tidak menyelesaikan. Kita mahu menggunakan pindaan ini untuk bertanya SPRM, mengapa janji sogokan jawatan dan sogokan wang berjuta-juta ringgit dipadamkan dan tidak disiasat. Jadi, pindaan Perlembagaan ini memberikan gambaran bahawa ada sesuatu yang salah. Saya terima baik pandangan Perdana Menteri, ada yang salah. Kalau tidak, mengapakah hendak pinda Perlembagaan?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Mengapakah hendak hentikan cerita khianat dan belot dan tipu ini? Ini kerana isu maruah dan integriti Ahli Parlimen. Janji kepada rakyat kemudian tukar dan tukar itu alasan apa? Alasan wang, alasan jawatan yang menjanjikan dan yang menerima wang dan jawatan harus disiasat.
Sehingga hari ini belum ada siasatan. Jadi itu yang saya anggap hal yang mesti dikaitkan dengan pindaan Perlembagaan kerana dalam kes mutakhir Langkah Sheraton, itu banyak laporan yang dibuat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi tidak ada siasatan dan kenyataan susulan oleh SPRM.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Dakwaan ini bukan satu – saya tahu daripada beberapa Ahli Parlimen, termasuk Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Padang Serai dan tiga Ahli Parlimen daripada DAP dan Yang Berhormat Sekijang. Jadi, kalau laporan yang sebegini serius, yang menyentuh soal kedudukan dan maruah dan integriti Ahli Parlimen pun tidak diberi pertimbangan, saya anggap bukan sahaja ada kelemahan daripada segi amalan lompat atau belot ini tetapi daripada segi pengurusan dan kewibawaan badan-badan penguatkuasaan, termasuk SPRM.
Tuan Yang di-Pertua, kita juga mahu satu pengajaran kerana ada kesan dan anggapan, terutama dalam kalangan anak muda sekarang. Terhakisnya keyakinan terhadap orang politik dan sistem politik kerana ada yang menganggap pilihlah siapa pun, dia boleh dibeli. Jadi kita, terutama kalangan muda yang menyertai politik dan dilatih untuk faham Perlembagaan Persekutuan dan prinsip demokrasi, terhakis keyakinan mereka kerana amalan yang telah berlalu.
Betul kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ini percubaan sebahagian besar menghentikan rasuah dalam politik dan juga amalan pengkhianatan daripada orang yang diberi amanah, menerima amanah, berjanji dan berikrar dan bersumpah kepada rakyat kemudian dengan sewenang-wenangnya– dengan jutaan ringgit dan janji kedudukan, boleh meninggalkan itu semua.
Jadi, kita harus juga berusaha memulihkan keyakinan terhadap sistem politik. Isu ini Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja isu...
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Yang Berhormat Port Dickson, bolehkah saya mencelah? Boleh saya mencelah?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ya, ya. Isu ini bukan sahaja isu Perlembagaan Persekutuan tetapi isu moral. Saya sebut tentang integriti. Jadi, kita dalam perbahasan, jangan tinggalkan ini. Ini bukan soal technicalities of the law tetapi gambaran tentang politics and politicians seperti Herman Kahn ungkapkan, “becoming uncharismatic, low moral profession.” Uncharismatic profession itu di antara lain kerana tidak boleh dipercayai lagi janji mereka kepada puluhan atau ratusan ribu dan jutaan rakyat.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Boleh saya mencelah? Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Betul atau tidak Yang Berhormat Port Dickson, selepas Pilihan Raya 2008 kalau saya tidak silap, bahawa pernah masa itu Barisan Nasional kalah di beberapa buah negeri dan banyak kehilangan kerusi-kerusi juga di peringkat Parlimen. Saya sudah balik ke negeri, teringat atau tidak Yang Berhormat Port Dickson bahawa Yang Berhormat ada mengatakan dalam tempoh beberapa bulan lagi akan menubuhkan sebuah kerajaan yang baharu? Beberapa orang Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional terpaksa dibawa terbang ke negara Jepun, ke Tokyo untuk melarikan diri daripada Yang Berhormat. Betul atau tidak?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Yang Berhormat Beaufort ini dia rabun daripada segi fahaman politik. Kalau ikut kenyataannya, pada masa itu beberapa Ahli Parlimen menghubungi untuk menyokong Usul Undi Tidak Percaya. Ia tak ada kena mengena dengan lompat parti. Yang Berhormat Beaufort, minta faham sedikit. Oleh sebab itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada ketika itu enggan meluluskan, mengizinkan sidang Parlimen dan menerima Undi Tidak Percaya. Tuan Yang di-Pertua,
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
seperti biasa patuh kepada Perdana Menteri. Berhubung dengan itu, maka- Ahli Parlimen itu berada di sini, ada pesawat khas, bawa Ahli-ahli Parlimen untuk belajar pertanian di Taiwan.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Jadi, biar kita tahu faktanya. Tidak ada sogokan wang ringgit dan tidak ada kedudukan jaminan kepada mereka kerana ini 40 orang. Hendak janji 40 Menteri? Jadi oleh itu, saya hendak tegaskan– termasuk perkara terakhir, pengakuan bersumpah yang ditandatangani dan dikemukakan kepada Yang di- Pertuan Agong, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ya. Bukan lompat parti. Tidak lompat parti.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Datuk Seri Dr. Santhara
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Mereka kekalkan parti mereka.
Saya tidak usulkan mereka lompat parti. Ramai ada di sini– jangan tanya. Jadi, bila tidak lompat...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Akan tetapi saya hendak tunjukkan– sebentar, saya beri, saya beri.
Biar saya jawab dahulu. Saya hendak tunjukkan di sini Tuan Yang di-Pertua, kedudukan dan integriti politik itu begitu parah sehingga pengakuan bersumpah kepada Yang di- Pertuan Agong pun boleh dipermainkan oleh mereka. Ini tidak melibatkan pertukaran parti, hanya pendirian mereka menyokong Yang Berhormat Port Dickson sebagai calon Perdana Menteri. Ya.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Bagus lah itu, terima kasih. Saya ucap terima kasih. Cuma soalnya saya hendak sebut di sini, soal antilompat parti ini kita hendak betulkan supaya maruah politik negara ini dikembalikan. Supaya seperti yang saya sebutkan tadi kenyataan parah berlaku– kalau kita kaji, yang banyak pengalaman awal dahulu di India. Kemudian Romania, Brazil dan Itali.
Kita sekarang kalau Tuan Yang di-Pertua kaji daripada Wikipedia itu, terus Malaysia naik di antara negara yang melahirkan Ahli-ahli Parlimen tidak berprinsip, khianat dan boleh gadai prinsip mereka serta boleh dibeli kerana apa yang berlaku dalam Langkah Sheraton. Jadi, yang saya hendak tekankan Tuan Yang di-Pertua ialah masalah ini apa yang disebut existential problem dalam demokrasi. Apa yang dilakukan, ikhtiar yang terbaharu ini ialah percubaan menghindari perkara itu berterusan.
Ini kerana kalau ini berlaku, dibenarkan, orang yang maha kaya atau maha berkuasa boleh menentukan corak kerajaan semata-mata kerana wang ringgit mereka ataupun kerana kuasa yang ada pada mereka dan janji politik yang tidak ada honour. Ini disebut dalam politik ini mesti ada honour in politics. Apa yang dibawa ini ialah percubaan.
Saya hendak tegaskan, Yang Berhormat Santubong ada jasa beliau dalam bidang ini kerana terus secara konsisten membantu.
Akan tetapi saya hendak tegaskan, ia tidak mudah. Tidak mudah kerana ramai tidak mempersetujui dan orang-orang yang terlibat itu di antara yang mempersulit hal ini diluluskan. Hal yang terpaksa tangguh sekian lama, bermesyuarat sekian lama dan terpaksa ada beberapa provisions– kompromi sedikit. Hanya untuk meluluskan undang- undang antilompat ini. Jadi, kalau tanya saya, apa kita bersetuju sepenuhnya? Kita tidak bersetuju sepenuhnya. Oleh kerana ia tidak memenuhi prinsip integriti, mengelak daripada kemungkinan berlakunya lompat parti. Akan tetapi dalam keadaan yang sedia ada, kita anggap ini satu permulaan yang sangat baik...
Datuk Seri Dr. Santhara
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ia satu percubaan untuk mengelak daripada tendency ke arah authoritarianism, di mana seorang yang berkuasa atau percubaan...
Datuk Seri Dr. Santhara
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
...untuk membolot kekuasaan cara yang tipu helah.
Datuk Seri Dr. Santhara
Boleh saya minta laluan? Okey. Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Adakah...
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Dr. Santhara
Ini kes melibatkan semua Ahli Parlimen. Saya juga Ahli Parlimen. Saya hendak tanya soalan kepada Ahli Yang Berhormat, adakah...
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Pelik juga, Yang Berhormat Timbalan Menteri mencelah.
Datuk Seri Dr. Santhara
Adakah Yang Berhormat bersetuju juga...
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Ini ahli pentadbiran.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat. Sila.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Dr. Santhara
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Memang melibatkan dia sebab dia lompat.
Datuk Seri Dr. Santhara
Saya hendak tanya cara baik. Ada kala sebab ini lah orang keluar parti dan sebagainya. Sabar.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Mengaku juga.
Datuk Seri Dr. Santhara
Adakah Yang Berhormat setuju bahawa ada kalanya terdapat tekanan-tekanan tertentu yang melibatkan isu seperti ‘muwatanah’ iaitu isu mengenai kewarganegaraan dalam parti itu sendiri ataupun isu takwa, keadilan dalam parti.
Datuk Seri Dr. Santhara
Ini saya baca daripada buku saudara Syed Saddiq Fadzil merujuk kepada Surah Al-Maidah, Ayat 8. Ini mengatakan bahawa adalah kerana keadilan. Adakah kerana ada kalanya ketidakadilan ataupun sesuatu golongan itu ditindih, dia keluar.
Keduanya, saya hendak dapat sedikit penjelasan Yang Berhormat, saya memang sangat menghormati Yang Berhormat. Dia bukan semua yang keluar itu ambil duit. Ada yang satu sen pun tidak dapat. Akan tetapi kerana...
[Disampuk]
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Dapat jawatan Menteri dan Timbalan Menteri.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Dr. Santhara
...tetapi kerana wujudnya masalah antara Yang Berhormat Port Dickson dengan Yang Berhormat Langkawi, menyebabkan perkara itu berlaku. Masa itu di Sheraton. Itu sahaja, saya tidak salahkan siapa-siapa. Terima kasih...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Akan tetapi, keputusan untuk lompat bukan keputusan mereka. Itu keputusan you sendiri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Dr. Santhara
Saya hendak − Yang Berhormat satu sahaja...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Langkawi tidak lompat pun.
Datuk Seri Dr. Santhara
Saya tidak lompat...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Santhara
Saya tidak lompat. Saya hanya... [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, baik. Yang Berhormat.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Baik, terima kasih. Saya tidak kata setiap ahli ambil wang atau jawatan. Saya kata ‘remunerations’, kalau baca Malaysia Anti-Corruption Commission (MACC), rasuah itu termasuk janji jawatan dan janji wang.
Jadi, hal-hal yang menyebabkan keputusan dibuat kerana upah bertambah atau kedudukan bertambah. Jadi, kalau alasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Segamat itu bagi saya tidaklah munasabah kerana apa pun pergolakan dalam parti yang berlaku semuanya, itu tidak mengundang suatu pengkhianatan.
[Tepuk] Ia boleh mengundang bantahan atau keluar bantah, boleh. Akan tetapi, ini pakatan pengkhianatan. Baik. Kalau dibangkitkan soal Yang Berhormat Langkawi, saya setuju memang Yang Berhormat Langkawi melengah-lengahkan peletakan jawatan. Itu saya terima. Akan tetapi, mesti juga terima bahawa apabila diusulkan nama saya, akhirnya Yang Berhormat Langkawi tandatangan menyokong.
[Tepuk] Jadi, saya hendak jelaskan ini supaya perkara ini dibetulkan...
[Disampuk]
Datuk Seri Dr. Santhara
Yang Berhormat. Boleh?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Tidak. Kalau...
[Disampuk]
Datuk Seri Dr. Santhara
Saya tak nak menjatuhkan. Saya hendak betulkan sahaja.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
...soal...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak payahlah. Duduklah.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Gulung untuk kerajaan nanti.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
...reality to have to acknowledge.
Ada satu tindakan yang salah, kita harus terima. Kalau tidak, buat apa pinda ini? Pinda Perlembagaan sebab apa? Ini kerana, ada pembelotan. Ada pengkhianatan. Ada unsur- unsur yang tidak wajar yang berlaku. Saya tidak menyatakan tidak ada hak dalam mana- mana parti orang-orang membantah atau mempertikai tetapi tidak boleh kita izinkan perkara melanggar prinsip dan integriti ini diteruskan. Jadi, saya percaya dalam perbahasan kita ini...
[Disampuk]
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
...sementara menyokong...
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
...langkah-langkah...
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Ahli Parlimen Beaufort sebelum saya dahulu pada sebelum Pilihan Raya Umum 2013 itu, apakah dijanji oleh Yang Berhormat...
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ya, baik. Dengar...
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
...sesuatu yang cantik menyebabkan dia tinggalkan Barisan Nasional pada masa itu?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Tidak apa, tidak apa. Yang Berhormat Beaufort ini seperti yang saya kata dia rabun sedikit. Dalam kenyataan sejarah pun, tidak dapat dipertahankan. Soal pesawat khas ke Taiwan pun dia tafsir ikut dia. Patut dalam Parlimen ini, cuba bicara berdasarkan kenyataan yang benar.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Saya tidak mahu keluarkan lebih daripada itu kerana Ahli-ahli Parlimen yang hadir ada. Saya tidak berhajat untuk menyinggung mereka. Akan tetapi, jangan memaksa saya sebutkan nama-nama ini. Parah nanti.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ya, ya. Kalau dicabar sebut, saya sebut. Jangan sebelah sinilah. [Merujuk kepada Blok Pembangkang] Sebelah sana.
[Merujuk kepada Blok Kerajaan] Jangan. Ini kerana, tidak wajar. Bagi saya tidak. Yang penting ini Tuan Yang di-Pertua...
[Disampuk]
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan
Sebutlah.
Sebut.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat Kinabatangan ada, Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan
Sebut nama.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Yang penting ini...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Sebut. Sebut. Yang Berhormat Port Dickson sebut.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
...akhirnya bersetuju untuk membetulkan kesilapan yang lalu. Antara kesilapan besar adalah sistem politik dan tokoh- tokoh politik bukan sahaja bersekongkol tetapi lebih parah melakukan bertindak khianat kepada amanah, janji mereka kepada rakyat. Ini dalam pindaan Perlembagaan ini sekurang-kurangnya usaha awal untuk melurusi kepincangan, keterlanjuran yang berlaku.
Oleh sebab itu, kita menyokong bukan sahaja begitu, sepertimana yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, berulang kali selain daripada mesyuarat, dalam semua pertemuan kami dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, undang-undang ataupun pindaan Perlembagaan soal antilompat parti ini adalah antara perkara yang paling tegas yang kami tekankan dan akhirnya dapat dipersetujui.
Untuk merumuskan Tuan Yang di-Pertua, saya mengatakan bahawa dalam sistem demokrasi ini, mesti ada akauntabiliti, pertanggungjawaban. Parlimen saya ulangi, tidak harus dijadikan tempat di mana Ahli-ahli Parlimen menggondol kekayaan, menjual maruah semata -mata untuk mempertahankan kedudukan mereka. Apatah lagi dengan cara bertukar haluan parti dengan janji upah kedudukan dan wang ringgit.
Saya telah minta SPRM menyiasat. Ini sebagai pengajaran. Kalau tidak ada basis, ketelanjuran, salah laku dan pembelotan ini, maka tidak munasabah kita pinda Perlembagaan pada hari ini. Pindaan Perlembagaan ini berlaku dan dilakukan kerana semuanya akui ada kesilapan besar dalam sistem. Ada lompongan dalam sistem yang membolehkan ahli politik itu jadi bahan dagangan dijual dengan harga atau dengan kedudukan...
[Disampuk]
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
...dan ini saya katakan sekali lagi telah menyebabkan terhakisnya keyakinan rakyat, terutama orang-orang muda terhadap politik, ahli politik dan sistem politik.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Port Dickson. Ya.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Susulan daripada kita ini, langkah ini adalah untuk memastikan semua gerak kerja kita bersama untuk cuba memulihkan keyakinan ini dengan menekankan bahawa segala pengkhianatan atau rasuah ini diambil tindakan cara yang serius. Saya menyokong.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Port Dickson. Boleh saya mencelah?
Tuan Yang di-Pertua
Sudah habis. Tidak boleh mencelah.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Dia ada masa dia.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, tapi...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Port Dickson? Dia tidak perasan tadi.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Saya ada dua minit.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak ada apa yang perlu dicelah sebab sudah habis.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Dua minit. Dia bangun balik, Tuan Yang di-Pertua. Ya, baik. Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Saya ingin menyatakan sokongan yang penuh kepada apa yang telah disampaikan. Kita dapati bahawa soal sogokan jawatan selepas berlakunya ataupun semasa hendak dilakukan Langkah Sheraton itu dibuat secara terbuka dan tanpa perasaan segan dan silu.
Hasil daripada itu kita dapati bahawa satu kabinet yang ‘3XL’ telah dibentuk kerana hendak penuhi janji jawatan dan sogokan yang telah menjadi sebagai punca untuk membeli kesetiaan dan pembentukan kerajaan baharu selepas Langkah Sheraton. Kita dapati bahawa antara yang berlaku adalah persoalan parti politik itu sendiri melangkah keluar dan telah membawa semua Ahli-ahli Parlimen yang bersama dengan parti politik itu.
Saya agak kecewa kerana undang-undang ini tidak mentakrifkan pengeluaran keluarnya satu parti daripada gabungan sebagai lompat parti sedangkan ia tetap merupakan pengkhianatan kerana semua ahli-ahli parti daripada parti itu telah menang pilihan raya atas sebab sokongan yang dia telah peroleh daripada Pakatan Harapan. Ini saya maksudkan dengan izin dan penuh hormat, Parti BERSATU yang telah lompat keluar dengan segala Ahli-ahli Parlimennya kecuali beberapa yang berpegang kepada prinsip yang telah tinggal bersama dengan pembangkang. Apakah pandangan Yang Berhormat Port Dickson mengenai persoalan itu? Terima kasih.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Saya setuju Tuan Yang di-Pertua dan ini sebab saya mengatakan ada beberapa kelemahan dalam pindaan ini tetapi kita bersetuju akhirnya untuk membolehkan ia dibentangkan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Tidak sepenuhnya sepertimana yang kita tuntut. Ini kerana dalam tuntutan kita itu keseluruhan prinsip demokrasi ini adalah mandat yang diberikan dan prinsip kebertanggungjawaban. Kita janji kepada rakyat dan kalau kita tidak dapat tunai, kita kena kembali untuk rakyat putuskan di sebaliknya.
Oleh yang demikian, apa yang Yang Berhormat Shah Alam sebutkan itu tepat dan harus diberikan pertimbangan dalam pindaan-pindaan seterusnya kerana apabila keadaan itu berlaku secara kecoh, memang betul prestasi pun lemah, ekonomi merudum, cara-cara pengendalian beberapa tindakan itu tidak memuaskan. Apa yang bertambah hanya jawatan Menteri dan Timbalan Menteri dan duta-duta khas.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Selepas ini saya akan teruskan dengan Yang Berhormat Pengerang sehingga pukul 1 tengah hari. Selepas kita rehat, kita akan bermula pukul 2.30 petang. Senarai pembahas dari 2.30 petang adalah seperti berikut.
Yang Berhormat Langkawi, diikuti oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berikut, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Machang.
Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Teluk Intan dan Yang Berhormat Batang Lupar.
Itu 20 orang. Selepas itu kita akan announce lagi, ya. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pengerang sehingga pukul 1 tengah hari. Yang Berhormat, silakan.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai salah satu daripada Ahli Jawatankuasa JKPK yang mewakili blok kerajaan ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Majlis kerana membenarkan kewujudan JKPK ini yang diwakili oleh Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Yang Berhormat Santubong, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Penampang dan juga Pengerang.
Sebenarnya bila saya dengar ucapan perbahasan daripada Yang Berhormat Port Dickson, saya mendengar dengan begitu teliti dan menyedari bahawa perbahasan hari ini dan esok dalam isu lompat parti ini sesuatu yang begitu sensitif ya kerana banyak tuduh menuduh berlaku sesama kita. Akan tetapi, kita kena terima hakikat bahawa Yang Amat Berhormat Bera selaku yang menandatangani MoU bersetuju mewujudkan Akta Lompat Parti sebagai komitmen kita dalam negara kita untuk mewujudkan political resetting dalam negara kita.
Kita mesti menerima hakikat bahawa yang kita menderhaka sebenarnya adalah rakyat. Kita tahu bahawa rakyat mengundi kita kerana kita bertemu dengan rakyat lima tahun sekali paling lama. Itu sebabnya saya sendiri sebagai Ahli Parlimen Pengerang dengan ikhtiar sendiri mewujudkan Private Member’s Bill dengan izin pada 3 September 2021 kemudian ditolak kemudian dimasukkan 1 November 2021 juga ditolak atas alasan bahawa kewujudan kos.
Akan tetapi, di dalam Private Member’s Bill yang telah saya masukkan yang mana pada hari ini jawatankuasa telah berbincang, berbahas tetapi tidak dapat melaksanakan mungkin dalam masa depan bawah antara isu yang paling besar bila bercakap tentang lompat parti ialah kami yang berada dalam parti politik.
Kita harus menerima seksyen 18 di dalam Akta Persatuan, Societies Act dengan izin. Mewujudkan ouster clause dalam semua parti politik di mana kalau seorang Ahli Parlimen itu secara tidak langsung saya melihat Akta Lompat Parti ini dalam pindaan Perlembagaan mempunyai dua jenis lompatan. Voluntary jump dengan izin involuntary jump iaitu di mana lompat itu dipaksa secara tersirat ataupun tersurat.
Akan tetapi, sebagai ahli-ahli parti politik, di mana kah mereka boleh mendapatkan perlindungan? Itu sebabnya dalam perkara ini kami yang berada dalam dua-dua blok kerajaan dan pembangkang cuba mencari jalan tengah untuk memberikan bantuan kepada semua ahli politik sama ada bertanding atas tiket parti ataupun tiket bebas ataupun tiket gabungan supaya memberikan keyakinan kepada rakyat kerana kita tidak lari daripada kebenaran bahawa Pilihan Raya Negeri di Melaka dan juga di Johor, rakyat tidak keluar mengundi begitu ramai.
Rakyat marah dengan kita. Rakyat muak dengan kita. Apa alasan sekali pun kita berikan, hari ini saya sendiri melihat kejayaan apa yang saya dapat lihat daripada perjanjian MoU. Kejayaan yang paling utama ialah political resetting yang akan dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Bera.
Ini satu hakikat. Kalau ketua majlis tidak membenarkan mengikut daripada Standing Order yang kita ada sampai ke kiamat kita tidak dapat bincangkan Akta Lompat Parti ini. Akan tetapi, beliau berjiwa besar. Apa pun tuduhan demi tuduhan, demi tuduhan hari ini saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat sekalian, saya dengar dalam libat urus dari blok kerajaan dan blok pembangkang banyak mempersoalkan macam-macam isu. Bagaimanakah kalau dipecat? Bagaimanakah kalau gabungan dibuang?
Jawapan saya ini adalah undang-undang pindaan Perlembagaan untuk rakyat, dari rakyat, kerana rakyat. Tidak ada kena mengena kepada kita ahli politik. Hendak bercakap tentang orang politik takkan kita hendakkan adanya Akta Lompat Parti? Apa yang paling aneh pada hari ini bagi saya, saya dengar ucapan Yang Berhormat Port Dickson. Akan tetapi, yang memberikan saya ketakutan yang paling besar ialah bagaimana kalau negeri-negeri tidak mahu mengikat kepada pindaan yang sama?
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Oleh sebab kita harus menerima bahawa kerajaan negeri yang dipimpin oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan masing-masing mempunyai kebebasan mereka sendiri untuk tidak menerima kepada pindaan ini. Itu hak mereka. Kalau kita lihat di dalam pindaan yang hendak kita wujudkan ini juga, kita harus menerima antara cabaran yang paling besar dalam Akta Lompat Parti ini ialah bila kita membuang pindaan kepada Perkara 48(6) iaitu macam mana sekalipun alasan dikeluarkan, macam mana sekalipun alasan digugurkan daripada kerusi masih boleh bertanding semula. Itu adalah demokrasi. Kita memberikan perlindungan kerana yang paling penting di sini bagi saya ialah biarlah rakyat yang menentukan siapakah yang mereka hendak dan siapakah yang mereka tidak hendak.
Akan tetapi, kalau Perkara 48 tidak diubah, berkemungkinan mereka yang keluar dijadikan mangsa keadaan. Itu sebabnya Perkara 10 yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Bera dan juga Yang Berhormat Menteri, Santubong adalah The Enabling Act. Kalau kita tidak ubah kepada Perkara 10 dalam apa keadaan sekali pun kerana kita adalah negara dan kerajaan berperlembagaan, kemungkinan apa pun undang-undang, apa pun perjanjian akan didapati tidak dapat dilaksanakan.
Itu sebabnya saya melihat bahawa – saya selalu mewujudkan kata-kata daripada Winston Churchill dengan izin, Tuan Yang di-Pertua bahawa “The first duty of a member of a Parliament is for the honour and the safety of the county. The second duty is to his constituency and the third one is his duty to the party of the organization”. Cabaran kita yang ketiga. Saya berharap jawatankuasa akan mengkaji Perkara 43.
Sebenarnya Perkara 43 memberikan hak kepada kita di dalam Dewan ini untuk membuat keputusan bagi pengundi kita tidak kira kepada isu-isu parti politik. Ini kerana Perkara 43 Perlembagaan memberikan kenyataan bahawa setiap Ahli Parlimen, bukannya setiap Ahli Parlimen daripada mana-mana parti politik. Itu sebabnya jawatankuasa tidak mengkaji Perkara 43. Ini kerana Perkara 43 ialah di mana kita sebagai Ahli Parlimen memberikan keyakinan kepada seseorang sebagai mendapat majoriti daripada kita, menjadi pemimpin kepada kita sebagai ketua majlis.
Itulah Perkara 43. Selagilah pindaan kepada Perkara 43 tidak berlaku saya melihat bahawa apa pun yang kita bahaskan pada hari ini kita berhadapan dengan setiap Ahli Parlimen selepas mengangkat sumpah mempunyai hak untuk menentukan masa depan kawasan mereka masing-masing. Iaitu dalam erti kata Perkara 43 bererti setiap Ahli Parlimen tidak terikat kepada mana-mana arahan daripada mana-mana pihak apabila Ahli Parlimen tersebut telah mengangkat sumpah.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, kita mesti memahami bahawa dalam konsep apabila kita bercakap tentang selepas pilihan raya, kita tahu bahawa konsep pilihan raya ialah di mana kita membawa suara rakyat. Ada kawasan pengundinya 40,000 orang, ada kawasan pengundinya 100,000 lebih. Kawasan saya seramai 54,000 orang dengan adanya pengundi automatik dan pengundi muda.
Kita tahu bahawa hubungan antara rakyat dengan wakil rakyat itu dilihat melalui proses pengundian. Apabila jawatankuasa Tuan Yang di-Pertua tanya kepada pihak SPR ya, ya lah, Tuan Yang di-Pertua sendiri sebagai mantan Pengerusi SPR begitu pakar dalam undang-undang pilihan raya dalam negara kita.
Apabila ditanya tentang elemen yang disebut iaitu logo yang dibawa, logo yang dipertandingkan, kenapakah logo yang digunakan? Justifikasinya supaya pengundi mengenali siapa yang mereka undi sebab sebenarnya dalam pilihan raya dalam negara, kita tidak adanya wajah-wajah yang dipilih. Itu sebabnya proses itu apabila orang itu bebas kadang-kadang adanya ‘kunci’, kadang adanya ‘kereta’, kadang adanya ‘rumah’.
Apabila dia mewakili badan gabungan ataupun parti politik, logo tersebut diletakkan. Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, sebagai mantan kepada SPR menyedari bahawa apabila kita menawarkan diri kita bertanding dalam mana-mana kerusi pilihan raya, kita tidak boleh lari daripada elemen yang utama iaitu apabila seseorang mewakili sesuatu parti politik, kerusi yang dipertandingkan ialah kerusi parti politik tersebut. Ini disebabkan kerana hubungan antara parti politik dengan calon.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Saya sendiri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan sahabat-sahabat daripada politik, parti politik seperti UMNO, Barisan Nasional dengan keahlian yang begitu ramai iaitu seramai 3.5 juta orang. Kerusi Parlimen, 222 buah kerusi saja. Berebut semua orang hendak bertanding Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, apabila sudah bertanding, sudah menang dan sudah dibantu dengan semua pembantu, pelobi, segala-galanya. Kemudian, meninggalkan kerusi tersebut. Jadi, mengikut perkara 10, kita tidak boleh menghalang tetapi dengan pindaan hari ini, sekurang-kurangnya kita membenarkan parti politik tersebut mewujudkan perjanjian yang boleh dilihat sebagai sah dalam mahkamah iaitu kontrak sosial, kontrak antara yang bertanding dengan parti politik.
Akan tetapi, jawatankuasa menyedari bahawa ahli-ahli yang bebas mempunyai kebebasan. Jawatankuasa tidak mengawal ahli-ahli yang bebas kerana kalau dia bebas, dia bertanding tiket bebas, rakyat mengundi kerana dia bebas. Akan tetapi, kalau dia bergerak, maka gugurlah kerusinya. Ini dilihat sebagai justifikasi kerana apabila rakyat mengundi kepada yang bebas, rakyat mahukan kemungkinan suara yang tidak mewakili mana-mana parti politik.
Dalam perkara ini Tuan Yang di-Pertua, kita menyedari bahawa apabila rakyat mengundi Ahli-ahli Parlimen, mereka melihat kepada elemen hubungan egalitarianisme iaitu hubungan antara wakil rakyat dan rakyatnya. Itu sebabnya kami dipanggil wakil rakyat, mewakili rakyat. Kita tidak mempunyai sistem, proportional representation iaitu kita mengundi mengikut kepada jumlah rakyat yang saksama. Maknanya setiap kerusi mungkin mewakili 50,000 orang pengundi, tidak. Kita tengok kepada kawasan kita.
Dalam perkara ini, punca kepada segala kuasa ialah pindaan kepada perkara 10.
Jadi, jawatankuasa yang melaksanakan ini atas kebenaran Ketua Majlis dan saya memberi keyakinan dalam Dewan ini Tuan Yang di-Pertua, jawatankuasa yang diwujudkan disebabkan oleh MoU tersebut, diberikan penghormatan dan kebebasan oleh Kabinet di mana kerajaan tidak campur dalam perbincangan.
Ini bererti bahawa kami semua yang mewakili jawatankuasa tersebut, mewakili parti masing-masing. Kalau kita pada hari ini menolak pindaan Perlembagaan kepada Undi 148, maknanya mereka yang dalam jawatankuasa tersebut yang mewakili parti-parti politik mereka, tidak memaklumkan kepada parti mereka, kenapakah undi sokongan perlu diberikan?
Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, saya melihat kemungkinan masa depan negara kita akan bergerak kepada hala tuju yang sama iaitu kerajaan campuran. Saya juga melihat kemungkinan banyak MoU yang akan diwujudkan pada masa depan. Saya dengar juga dalam political resetting ya Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh menafikan bahawa dalam pindaan ini, kita tidak menghalang perjanjian post-election coalition agreement daripada mereka yang menang untuk bersama. Yang tidak dibenarkan ialah langkah memasuki parti politik yang lain, lompat parti.
Akan tetapi, perjanjian seperti MoU, perjanjian bersama iaitu post-election coalition agreement dibenarkan. Ini juga boleh dilihat sebagai ke belakang iaitu pre- election coalition agreement di mana mereka yang bertanding, boleh menandatangani perjanjian untuk bersama. Jadi, pindaan ini tidak menghalang tetapi punca kuasa membenarkan hubungan itu diwujudkan adalah di dalam pindaan kepada perkara 10. Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, saya berasa bertuah kerana dapat terlibat dalam proses sejarah. Saya cukup berterima kasih kerana kerajaan melalui Yang Amat Berhormat Ketua Majlis membenarkan sejarah ini dilaksanakan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Pengerang, boleh bertanya sedikit?
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Kalaulah ini lah caranya, ini adalah masa depan kepada negara kita dalam pelaksanaan dan membuat undang-undang terutama sekali pindaan Perlembagaan dalam sidang Parlimen kita. Dipersilakan Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, Yang Berhormat Pengerang diberikan masa 30 minit. Jadi, dalam masa 15 minit sudah berlalu ini, berilah Yang Berhormat berehat sekejap.
Saya ingin bertanya terhadap satu kekaburan daripada diri saya sendiri iaitu bagaimanakah kita dalam satu gabungan, mereka menggunakan lambang yang sama?
Sebagai contoh, lambang Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai antara lain PPBM dan PAS. Bagaimanakah mereka yang menggunakan lambang yang sama ketika pilihan raya, selepas pilihan raya, ahli PPBM itu bertukar parti kepada PAS atau ahli PAS tukar parti kepada PPBM.
Sebagai contoh yang lain, BN. BN, lambangnya tentu ‘dacing’. Kemudian, berlaku calon, katalah kita ada calon daripada Kongres India Muslim Malaysia, KIMMA, friends of BN, menggunakan lambang ‘dacing’, kemudian ahli KIMMA berpindah ke parti UMNO.
Jadi, dalam gabungan yang sama, adakah mereka itu dianggap melompat parti atau bertukar parti? Terima kasih Yang Berhormat Pengerang.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Memang benar bahawa dalam elemen gabungan, pergerakannya adalah melalui gabungan dan dia bertanding atas gabungan tersebut. Contoh sepertimana Yang Berhormat Pontian, yang menggunakan lambang Barisan Nasional dan kemudian dia bertanding atas tiket Barisan Nasional.
Kemudian, selepas dia menang, dia hendak keluar daripada Barisan Nasional.
Akan tetapi, disebabkan mereka adalah gabungan, dikatakan di dalam pindaan ini, gabungan bergerak itu dibenarkan. Itu sebabnya saya sebut tadi dalam perbahasan saya tentang pindaan kepada perkara 10.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Jadi, bolehlah.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Maknanya bolehlah sebab ia bergerak sebagai satu gerakan penuh. Yang– Dia bolehlah. Akan tetapi, dalam perkara ini, apabila perbincangan dalam jawatankuasa itu berbincang berkenaan dengan elemen gabungan, mereka melihat bahawa tindakan-tindakan syarat persetujuan antara parti-parti politik itu, disahkan dalam apa-apa bentuk perjanjian melalui pindaan kepada perkara 10.
Ini disebabkan perkara 10 inilah yang sebenarnya dapat mengesahkan kalau adanya hubungan seperti dengan izin Tuan Yang di-Pertua, breach of contract antara political parties. Ini disebabkan apa yang kita berhadapan ialah saya melihat dalam jangka masa panjang ya Yang Berhormat Pontian, kemungkinan lebih elok bertanding atas parti- parti politik masing-masing. Selepas sudah menang, baru duduk dan menandatangani perjanjian yang disebut sebagai post-election coalition agreement.
Ini disebabkan bagi saya, ini bererti bahawa hubungan itu macam okey, boyfriend dan girlfriend lah, ya. Macam orang hantar tanda tunang. Tunang pun dia boleh putus Tuan Yang di-Pertua. Bererti dalam perkara ini, tiada jaminan dalam kehidupan. There is no guarantee in life. Akan tetapi, kalau kita contohnyalah, saya beri contoh ya. Minta maaf.
Contohnya lah, kita ini bertanding beza-beza, kemudian kita bertemu selepas kita menang. Kan begitu indah dan cantik.
Tidak ada lah orang kata masuk atap, masuk bumbung, masuk tingkap. Ini pandangan saya lah. Akan tetapi, daripada segi undang-undang, tidak kisahlah apa pun kita panggil Tuan Yang di-Pertua, kalau perkara 10 tidak dipinda, alamat semua hubungan itu haram, pertama.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Keduanya, dalam perkara 48 ini yang paling penting. Perkara 48(6) ini menyatakan bahawa sesiapa dengan sukarela keluar daripada kerusi, dia hilang. Akan tetapi kita membuat pindaan pada 48(6) supaya kita membenarkan dia bertanding lagi.
Ini sebabnya Tuan Yang di-Pertua, saya percaya yang berlaku dulu dalam kami di Barisan Nasional ialah calon Barisan Nasional dari Johor Bahru, macam mana pun dia orang hendak ghaibkan dia Tuan Yang di-Pertua tidak ghaib-ghaib, hidup lagi. Lagi
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
didenda, lagi dihukum, lagi dibuang, lagi dia menang. Maknanya rakyat sayang kepada wakil rakyat tersebut. Itu yang kita hendak.
Akan tetapi ada juga kawan-kawan kita yang bertanding Tuan Yang di-Pertua atas tiket parti sebab parti kuat, parti kenal orang, parti letak bantuan kewangan. Tuan Yang di-Pertua sendiri sebagai bekas pengerusi SPR memahami. Bererti bahawa dalam perkara ini kita— dalam jawatankuasa kami cuba mewujudkan keseimbangan dan kita tidak boleh membuat undang-undang dalam bentuk draconian, terlampau semua tidak boleh. Ini sebab kita tahu bila seorang itu bertanding— saya tengok di sini Tuan Yang di- Pertua, di Sabah dan Sarawak dengan kawasan yang begitu besar, calonnya bukan calang-calang orang hendak menang.
Macam contohnya sahabat kami di Kinabatangan. Kalau Tuan Yang di-Pertua turun tengok sungai dengan ada buaya, gajah dan segala-galanya, bukan calang-calang orang boleh menang di Kinabatangan. Tidak ada dekat belakang ya?
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Yang Berhormat Pengerang?
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah
Boleh sikit?
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Sekejap ya. Macam juga sahabat saya Yang Berhormat Baling. Baling ini Tuan Yang di-Pertua, banjir ini, belum banjir pun sudah turun. Inilah Yang Berhormat Baling.
Maknanya— apa yang saya hendak cakap orang kata di Johor tadi letak songkok pun songkok menang. Dulu, sekarang tidak. Itu sebabnya kita ini Ahli Parlimen ini kadang- kadang pengundi kita lima tahun sekali, macam-macam— kitalah kontraktor, kitalah jadi pegawai kebajikan. Itulah alamat kita sebagai ahli politik.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Yang Berhormat Pengerang, Sungai Buloh minta penjelasan.
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah
Pencerahan sikit, penjelasan tadi persoalan daripada Yang Berhormat Pontian. Dia bagi contoh dalam gagasan Barisan Nasional ada Friends of BN, KIMMA. Selepas menang, ia lompat ataupun bertukar kepada UMNO. Adakah itu di bawah rang undang-undang yang dicadangkan? Terima kasih.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Yang Berhormat Pengerang, poin yang sama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian tadi. Itu soalan yang menarik. Itu memang akan dijawab oleh Tuan Yang di-Pertua pada masa itu berlaku.
Akan tetapi ikut pindaan sekarang sebab gabungan satu parti politik yang berdaftar— ini yang penting. Yang berdaftar dianggap sebagai parti politik. Kalau kita gunakan pendekatan itu, pergerakan dalam gabungan tidak akan mengakibatkan perlucutan kerusi.
Pergerakan di dalam Parti Pakatan Harapan pun didaftar macam Barisan Nasional didaftar sebagai parti politik. Mengikut apa yang diperuntukkan sekarang boleh ditafsirkan kesannya tidak mengakibatkan perlucutan. So, inilah yang boleh ditafsirkan begitu. Jadi movement dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dalam gabungan itu boleh ditafsirkan tidak akan mengakibatkan itu. Apa pandangan Yang Berhormat Pengerang?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Pengerang, Lembah Pantai sedikit.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Poin yang samalah.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Ya, poin yang sama.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Lain sikit, Lembah Pantai.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Poin yang sama lah? Is it the same point?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Bebas, bebas
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Untuk wakil rakyat bebas.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
No, is it the same point? I will answer it together.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Same point, cuma ya...
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Is it the same point on raised by Yang Berhormat Sungai Buloh?
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Basically, similar. Untuk wakil rakyat yang menang secara bebas. Apabila mereka menang dan mereka berhasrat untuk tubuhkan satu parti politik baharu, adakah mereka dengan automatik tidak layak menjadi wakil rakyat? Ini soalan saya.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Saya hendak jawab kepada Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Sungai Buloh dengan Yang Berhormat Alor Gajah.
Mudah sahaja, saya cakap dari tadi. Kalau gabungan itu merasakan bahawa fleksibiliti perlu ada, sebelum pilihan raya dia bertanding atas tiket gabungan tersebut. Itu sebab dia merasakan bahawa gabungan itu boleh memberikan dia kemenangan. Kemudiannya contohnya macam apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pontian, dia masuk di bawah Barisan Nasional, kemudiannya dia sudah menang dia lari.
Akan tetapi, pelarian dia itu pelarian secara satu blok. Itu yang disebut di dalam jawatankuasa bahawa kalau pergerakan itu ialah blok itu dilihat sebagai konsep gabungan. Akan tetapi, soalan yang perlu juga kita tanya nanti ialah adakah gabungan tersebut satu parti politik ataupun gabungan sebut hanya satu gabungan. Ini sebab perjanjian gabungan itu yang sangat penting.
Itu sebab saya melangkah balik kepada perkara 10 sebab perkara 10 di mana mahkamah boleh menilai perjanjian tersebut. Kalau perkara 10 tidak dipinda, apa pun perbincangan, apa pun gabungan dan apa pun gerakan bererti kesimpulannya mahkamah boleh tolak. Jadi, perjanjian tersebut tidak sah.
Saya berbalik apa persoalan Yang Berhormat semua tanya saya. Jawapan saya satu sahaja. Kalau kita bertanding, kita yakinkan rakyat atas diri kita, atas tiket itu semua, undang-undang pindaan hari ini adalah untuk rakyat, bukan untuk parti politik. Tidak ada kena mengena untuk parti politik. Sama ada gabungankah, bukan gabungankah atau bebas ialah ini adalah undang-undang rakyat.
Itu yang mana kerajaan memberikan kebenaran kepada jawatankuasa untuk duduk berbahas dan berbincang. Kalau kita tidak letak kepada rakyat, the voter’s right dalam anti-hopping law dengan izin bererti bahawa rakyat tidak akan keluar mengundi untuk pilihan raya.
Akan tetapi, ketakutan saya ialah peringkat negeri-negeri kerana saya melihat bahawa kita tidak boleh memaksa negeri-negeri. Akan tetapi, saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dari blok sebelah sana yang ada pegang negeri-negeri, mungkin di Selangor, mungkin di Pulau Pinang wajibkan negeri-negeri tersebut melaksanakan undang-undang ini.
Kalau tidak, seolah-olah Kerajaan Pusat, Federal tidak ada katak. Kerajaan negeri banyak katak dan kerajaan bertukar-tukar. Jadi, tidak begitu adil. Saya menganggap bahawa wakil-wakil dalam jawatankuasa— saya menganggaplah, mungkin saya salah.
Mereka telah membawa kefahaman ini kepada parti politik mereka.
Ini sebab perbincangan kita adalah perbincangan yang diwakilkan. Bagi saya hubungan sekarang ini hubungan antara gabungan ialah bagaimana gabungan tersebut hendak membincangkan dan hendak memperbahaskan hubungan mereka.
Saya hendak masuk pada topik yang paling akhir Tuan Yang di-Pertua ialah yang begitu dekat di hati saya ialah recall remedy. Tuan Yang di-Pertua, apa pun Yang Berhormat tanya saya pada hari ini breach of contract, article 10, article 48, article 49(8) saya hendak jawab satu sahaja. Recall remedy tersebut wajib.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Apakah sebenarnya recall remedy? Recall remedy ini ada tiga langkah. Recall remedy ini selalu dilihat dalam beberapa negara seperti satu insurans iaitu walaupun pilihan raya sudah berlepas dan wakil rakyat mewakili dalam masa lima tahun katakan.
Kalau rakyat membuat keputusan sama ada wakil rakyat tersebut tinggal ataupun keluar.
Bagi saya itulah ukuran yang terbaik.
Apabila kita bercakap tentang element of expulsion di mana seorang ahli politik dibuang daripada parti politik. Kita tahu bahawa seksyen 18, Akta Persatuan ia tidak boleh mencabar keputusan tersebut. Siapa yang dapat menilai sama ada dia dikehendaki ataupun tidak oleh rakyat tersebut? Itu sebabnya recall remedy dan kami mohon kepada Yang Berhormat Menteri dalam perbincangan.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Yang Berhormat Pengerang.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Kita harap mungkin jawatankuasa disambung Yang Amat Berhormat ketua majlis ada boleh mengkaji sama ada recall remedy boleh dijadikan sebahagian daripada langkah kedua dan fasa kedua dalam pindaan Perlembagaan ini. Silakan.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Dalam perbahasan Yang Berhormat Pengerang ada kerisauan kalau pindaan di Parlimen ini di peringkat Persekutuan tidak diikuti di peringkat negeri.
Ingin penjelasan merujuk Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan, “jika mana-mana undang-undang negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang Persekutuan, maka undang-undang Persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang negeri dan undang-undang negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu”. Adakah ini ada kaitannya?
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Pasir Gudang.
Kita ini ialah rakyat yang beradab dan kita tahu kerajaan negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar mempunyai Duli Yang Maha Mulia Sultan yang akan memberi pandangan mereka.
Itu sebabnya jawatankuasa menganggap bahawa kita perlu menghormati.
Walaupun kita tahu bahawa undang-undang Persekutuan melebihi. Dalam isu concurrent list antara state dengan Federal dalam Perlembagaan pun, isu alam sekitar, isu tanah dan macam-macam isu pun kita masih dalam mod perbincangan.
Disebabkan kerana— macam saya sebut tadi elemen peradaban kita sebagai satu negara Persekutuan. Dalam perkara ini, saya juga hendak merujuk kepada tentang recall remedy dengan izin Tuan Yang di-Pertua dalam masa dua minit yang tinggal ialah saya melihat bahawa recall remedy ini boleh dijadikan sebagai satu alternatif kepada kewujudan gabungan— cabaran yang dihadapi oleh gabungan-gabungan.
Akan tetapi, mungkin saya sebagai ahli parti yang begitu besar Tuan Yang di- Pertua, kefahaman saya hanya daripada mula bertanding sampai sekarang berkenaan komitmen kepada parti. Pada saya partilah segala-galanya. Tanpa parti, saya tidak menjadi Ahli Parlimen Pengerang. Ini saya sebagai Ahli Parlimen.
Akan tetapi, mungkin mereka yang bebas merasakan bahawa bertanding atas bebas memberikan mereka kekuatan. Itu sebabnya di dalam jawatankuasa ini, mereka yang bertanding bebas mempunyai lebih banyak kebebasan daripada ahli parti dan kemungkinan pada masa depan pilihan raya ke-15, 16, dan 17, mungkin lebih ramai ahli- ahli parti politik kita bertanding atas bebas.
Ini kerana rakyat merasakan tidak ada komitmen kepada parti politik— ada sesuatu yang lebih mudah untuk berbincang dan berbicara dan sebagai saya katakan di sini...
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Yang Berhormat Pengerang.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
...Bahawa apabila perkara 43 dalam Perlembagaan kita diwujudkan kalau kita tengok daripada laporan Suruhanjaya Reid. Mungkin kita melihat pada masa tersebut tidak pernah terfikir dalam civilization Westminster system tentang coalition government.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Kita tahu kerajaan campuran selalunya tidak lebih daripada 22 bulan. Hari ini pun kita wujud dalam negara kita pun kerana kompromi daripada kedua-dua pihak di bawah MOU ini. Itu sebabnya bagi sebahagian daripada kami dalam jawatankuasa, mungkin political resetting hari ini adalah pindaan Perlembagaan. Kemungkinan pada masa depan dengan kewujudan constituency development fund dengan kebebasan kepada Parliamentary Services Act, independent of the separation of powers. Mungkin itulah institutional reform Tuan Yang di-Pertua yang boleh kita melihat di negara kita betul-betul langkah ke hadapan. Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua saya dengan ini...
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Yang Berhormat Pengerang, boleh saya mencelah sedikit?
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Tinggal lapan saat.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
*Regarding the recall remedy.
Actually,* terima kasih kerana bangkitkan isu ini. Saya hendak tanya fasal recall election, is it true also the recall election is found mainly in developed countries, macam kita boleh nampak macam Taiwan and other places, you know. But not so much in developing countries. Itu satu.
Kedua, recall elections to my understanding and from my analysis, di dalam kawasan pedalaman maybe konsep itu is something that is not quite acceptable or not quite understood by many of those voters who may not have high education and also may have been categorized in maybe B40, you know, which may be susceptible to other influences other than the issue at hand. Yang Berhormat Pengerang bolehkah bagikan pandangan?
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat Julau. Sebenarnya recall election ataupun pilihan raya kecil itu lebih kurang konsepnya sama kecuali pilihan raya kecil itu selepas dia keluar daripada kerusi, kemudian Tuan Yang di-Pertua memberikan kata putus dan pilihan raya diadakan.
Recall election ini sebenarnya adalah di mana rakyat yang membuatkan penentuan bahawa pilihan raya itu perlu diadakan dan dalam civilization tertentu negara- negara Barat mungkin 40 percent, 30 percent and 20 percent terpulang kepada mereka daripada segi Perlembagaan ini.
Akan tetapi, yang lebih penting ialah daripada kita tunggu pada pilihan raya hujung, kita membenarkan rakyat membuat penentuan sama ada wakil tersebut perlu melalui pilihan raya ataupun tidak. Ini sebab saya macam contohnya Yang Berhormat Julau yang begitu kuat dalam kawasan, kemungkinan pengundi Julau mahukan Yang Berhormat masih kekal di Julau.
Walaupun Yang Berhormat sudah masuk parti dan sudah keluar daripada parti, mahu dikenakan akta lompat parti, Yang Berhormat mungkin dilihat sebagai oleh pengundi dalam kawasan Yang Berhormat lebih kurang 40 percent menyatakan mereka mahukan Yang Berhormat Tuan Larry Soon kekal sebagai Yang Berhormat untuk Julau.
Itu sebenarnya recall. Satu insurans yang dibuat di belah awal dan bukan di belah akhir seperti pilihan raya kecil.
Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, saya selaku Ahli Parlimen Pengerang dan ahli dalam Jawatankuasa PSAC menyokong sepenuhnya pindaan Perlembagaan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Bera. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Saya tangguhkan mesyuarat sehingga pukul 2.30 petang nanti. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat tengah hari semua.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan
Mesyuarat] Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Bismillahi Rahmani Rahim. Sebelum saya memulakan perbahasan pada petang ini, saya ingin mengingatkan kepada semua Yang Berhormat. Parlimen Malaysia terdiri dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Cokmar yang berada di depan kita adalah simbolik kurniaan Raja-raja Melayu. Tanpa keabsahannya, satu benda yang kita bincang pun di dalam Dewan ini tiada keabsahan.
Apa yang saya mohon dalam perbahasan di dalam Dewan yang mulia ini, peraturan-peraturan telah ditetapkan. Walaupun saya tahu Ahli-ahli Yang Berhormat semuanya faham tetapi walau bagaimanapun saya ingin mengingatkan beberapa perkara.
Peraturan Mesyuarat 35(1) Ahli bangun apabila dipanggil. Peraturan Mesyuarat 37(1)(b) bila minta penjelasan jika Ahli yang mempunyai floor membenarkan, barulah dibenarkan.
Ahli-ahli bercakap yang lain itu Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain itu mohon diam.
Mesyuarat hendaklah diam apabila Pengerusi bercakap. Keputusan Pengerusi adalah muktamad. Kelakuan degil sebut perkara yang tidak ada kena mengena boleh dihalang. Tidak senonoh, menghina, tidak endah Pengerusi boleh diperintah keluar.
Pertanyaan tidak boleh menjadi helah untuk berbahas. Ini adalah basic kepada peraturan- peraturan di dalam Majlis. Saya berharap kita dapat membincang dan membahas kepentingan-kepentingan rakyat dengan teratur. Dipersilakan sesi petang ini saya menjemput Yang Berhormat Langkawi.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Hari ini kita akan membahas berkenaan dengan satu perkara yang terdapat dalam Perlembagaan negara. Perlembagaan negara adalah undang-undang utama negara kita.
Sebab itu kita perlu hormati peruntukan undang-undang negara. Kalau ada sesuatu yang perlu dipinda dalam undang-undang negara, ia hendaklah mendapat sokongan daripada dua pertiga daripada Ahli Dewan yang hadir.
Saya dapati ada kalanya yang kita tidak menghormati undang-undang negara dalam Dewan ini. Saya ingin baca satu peruntukan yang menunjuk bahawa kita tidak patuh kepada undang-undang negara.
Perkara 48 (1)(e) tertakluk kepada peruntukan perkara ini, “seseorang hilang kelayakan untuk menjadi Ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal atau dia seorang bankrap atau dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan atau setelah dinamakan untuk pemilikan di mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dan dia telah disabitkan atas satu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan ataupun sebelum Hari Malaysia dan lain-lain dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan bebas”.
Ini peruntukan dalam Perlembagaan tetapi kita dapati orang yang telah didapati bersalah dan tidak ditakluk kepada undang-undang ini, masih ada dalam Dewan ini.
Sepatutnya walaupun dia membuat appeal tetapi mahkamah setakat ini menyatakan bahawa dia salah dan Mahkamah Rayuan juga berkata dia salah tetapi dia masih berada dalam Dewan ini, yang mana ini menunjuk bahawa kita tidak patuh kepada the letter and the spirit undang-undang ini dibuat. Kononnya kerana dia membuat appeal. Sebelum appeal itu selesai, dia masih bersalah sehinggalah appeal kata dia tidak bersalah.
Jadi nampak kita tidak patuh kepada Perlembagaan negara pun. Sekarang kita akan pinda undang-undang negara, Perlembagaan negara kerana ada keadaan yang
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
mana setelah rakyat memilih kerajaan dengan kerana tindakan beberapa orang lompat daripada parti kerajaan kepada parti lawan, kerajaan yang dipilih oleh rakyat tidak lagi menjadi kerajaan.
Ini bermakna bahawa tidak ada demokrasi dalam negara kita kerana orang yang kalah menang, orang yang menang kalah. Sebab itu pindaan perlu dilakukan dan tujuan pindaan ini saya percaya ialah supaya tidak akan berlaku lagi yang mana kerajaan yang dipilih oleh rakyat tidak lagi berkuasa.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
Kali ini kita dapati kerajaan yang dipilih oleh rakyat ini tidak berkuasa kerana lompatan daripada parti kerajaan kepada parti lawan supaya parti kerajaan hilang majoritinya dan tidak lagi dapat menjadi kerajaan. Jadi sebab itu lompatan seperti ini perlu ditegah. Saya ucap terima kasih kepada kerajaan kerana akhirnya kerajaan mengemukakan usul ini supaya pihak Dewan dapat berbahas dan membuat keputusan.
Sudah tentu kalau kita tidak ada acara lompatan ini, hari ini yang ada di sebelah sini masih lagi jadi kerajaan.
[Tepuk] Kalau parti mana juga yang menang, apabila ada lompatan, mereka tidak akan jadi kerajaan juga. Jadi sebab itu pindaan ini bukanlah untuk parti lawan hari ini sahaja tetapi untuk parti yang menang pada masa-masa hadapan.
Lompatan perlu ditegah tetapi ada kalanya yang perlu kita ada lompatan kerana dalam pilihan raya tidak ada sebuah parti pun yang mendapat lebih daripada 50 peratus kerusi supaya dapat mendirikan kerajaan, yang ada ialah parti-parti yang kurang daripada 50 peratus. Dalam keadaan itu, kalau ditubuhkan juga sebuah kerajaan minoriti, apabila datang ke Dewan, Dewan boleh menjatuhkan kerajaan minoriti itu dengan hanya mengundi tidak percaya kepada parti yang dijadikan kerajaan.
Dalam keadaan itu, kita boleh ada pilihan raya sekali lagi tetapi itu juga tidak akan menentukan. Jadi sebab itu ada perlunya lompatan dibenarkan supaya jumlah ahli cukup untuk menjadi kerajaan with majority. Akan tetapi kalau kita tegah kesemua lompatan, maka tidak dapatlah kita ada sebuah kerajaan yang berwibawa. Sebaliknya pilihan raya perlu diadakan. Untuk mengelak daripada itu, saya percaya bahawa kalau lompatan itu dilakukan oleh seluruh parti, masuk dalam mana-mana parti yang tidak cukup bilang tetapi dengan syarat lompatan itu dibuat dengan persetujuan parti mengikut undang-undang parti iaitu dibuat di peringkat kuasa tertinggi dalam parti, maka seluruh parti itu memutus untuk masuk bekerjasama dalam satu gabungan dengan parti yang kalah.
Kalau dengan itu, akan terdapat majoriti, maka lompatan itu tidaklah membawa kepada kehilangan kerusi iaitu sebuah parti pindah, tidak ada tindakan untuk melucutkan jawatan mereka sebagai wakil rakyat. Saya percaya ini dapat dipersetujui. Kalau tidak, kita akan hadapi masalah. Yang ditegah ialah apabila seseorang yang lompat masuk tanpa kelulusan oleh parti dan tidak disokong oleh parti. Kalau orang itu lompat masuk mana-mana parti, dia akan hilang kerusinya. Itu yang sepatutnya berlaku, satu, dua atau tiga orang boleh menjatuhkan parti apabila bilangan yang diperlukan tidak ramai.
Seperti yang berlaku baru-baru ini, yang mana sebilangan daripada wakil rakyat parti kerajaan telah lompat masuk parti lawan dan menjatuhkan kerajaan dan parti lawan dapat mendirikan kerajaan. Perkara ini patut dijelaskan dengan cukup jelas bahawa ini melibatkan tindakan yang tidak diizinkan oleh parti seluruhnya dan juga dengan kerana dorongan jawatan ataupun kewangan yang akan diberi kepada mereka yang sanggup melompat.
Itu perkara yang patut kita beri perhatian. Saya harap usul ini dapat sokongan dua pertiga kerana kita perlu tentukan segala peruntukan dalam usul ini ditimbang dan diluluskan oleh Dewan ini supaya tidak akan lagi terjadi keadaan yang mana kerajaan yang dipilih oleh rakyat ditolak, sebaliknya yang ditolak oleh rakyat menjadi kerajaan. Itu adalah satu perkara yang penting.
Kita perlu hormati undang-undang negara dan peraturan-peraturan Dewan supaya kita tidak dengan sewenang-wenangnya mengetepikan dari segi amalan. Ini kerana tidak ada dalam peruntukan Perlembagaan umpamanya bahawa kalau sesuatu
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
kes itu diappeal, maka dia masih lagi boleh jadi wakil rakyat. Sebaliknya, apabila mana- mana mahkamah mendapati seseorang itu bersalah, dia bersalah sehingga dia menang appeal. Jadi kalau dia bersalah, dia perlu jalankan hukuman yang dikenakan kepada dirinya.
Saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mengemukakan usul ini. Saya harap dengan perbahasan yang akan diadakan, kita akan dapat satu undang-undang yang mencegah perbuatan beberapa orang menaik dan menjatuhkan kerajaan sesuka hati mereka. Sekian terima kasih.
[Tepuk]
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Dipersilakan Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Berapa minit Tuan Yang di- Pertua?
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
10 minit.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya ingin merujuk kepada satu artikel yang disebut oleh Ketua Pembangkang ketika beliau berbahas tadi tetapi beliau tidak mengambil panjang tentang artikel ini. Oleh seorang yang bernama Kenneth Janda dari North Western University, Amerika Syarikat yang membuat kajian mengenai perundangan dalam Parlimen yang melibatkan anti pertukaran parti, melompat parti.
Ada 41 buah negara Tuan Yang di-Pertua, yang telah mempunyai undang-undang ini. Negara-negara demokrasi yang agak lama, negara-negaranya ialah India, Portugal, Trinidad and Tobago dan juga Israel.
Negara-negara yang demokrasi baru ialah Belize, Bulgaria, Ghana, Guyana, Hungary, Lesotho, Mexico, Namibia, Romania, Samoa, Senegal, Suriname dan Ukraine.
Negara-negara separuh demokrasi ialah Armenia, Bangladesh, Fiji, Gabon, Kenya, Macedonia, Malawi, Mozambique, Nepal, Niger, Nigeria, Papua New Guinea, Sierra Leone, Singapore, Sri Lanka, Tanzania, Uganda, Zambia, Congo, Pakistan, Thailand dan Zimbabwe.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Kita akan masuk dalam 41 buah negara yang mempunyai undang-undang mengenai Akta Lompat Parti ini dan disebut dalam artikel ini, Perlembagaan adalah lebih sukar untuk diubah. Maka, Undang-undang Antilompat Parti menjadi lebih kekal daripada sementara. Dalam bahasa Inggeris, because Constitutions are more difficult to change, Anti-Defection Legislations tend to be more permanent than temporary. Ini disebut oleh Kenneth Juanda yang menyebut bahawa eloklah dipinda Perlembagaan dan bukan hanya akta rang undang-undang seperti biasa. Apa yang kita buat ini kelihatannya daripada tulisan itu adalah satu langkah yang baik, pindaan Perlembagaan Larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.
Kita merakamkan ucapan banyak terima kasihlah kepada Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen seramai 11 orang. Sebelum Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas itu ditubuhkan, saya terlibat dalam tiga libat urus dan saya mengetahui sedikit sebanyak mengenai Akta Antilompat Parti ini. Pada 20 Disember 2018, Yang Berhormat Menteri, saya telah membuat cadangan. Iaitu sejak tahun 2018 dalam kenyataan media sosial saya bahawa kita perlu Akta Antilompat Parti ini kerana melompat mencemar demokrasi, melompat mengkhianati pengundi dan melompat melanggar etika parti. Saya mencadangkan jika lompat, automatik berlaku pilihan raya kecil. Ini cadangan pada tahun 2018 itu.
Saya juga mencadangkan bahawa yang melompat tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya kecil itu. Akan tetapi kelihatan apa yang kita nak pinda ini, kita akan membenarkan mereka yang telah melompat itu bertanding semula. Pada pandangan saya, perkara itu tidak wajar kerana kita perlu menghukum mereka yang melompat. Oleh
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
kerana kita perlu menghukum, maka sepatutnya kita tidak membenarkan mereka bertanding dalam pilihan raya. Itu cadangan saya yang pertama iaitu mereka yang telah melompat itu tidak dibenarkan untuk bertanding pada pilihan raya kecil.
Saya juga ingin mencadangkan bahawa sebelum mereka bertanding, ada perjanjian yang dibuat antara parti dan mereka yang ingin bertanding. Mereka yang melompat itu hendaklah memulangkan jumlah wang yang dibenarkan untuk pilihan raya, seperti contohnya Ahli Dewan Rakyat, tidak boleh lebih daripada RM200,000. Maka, dia kena pulangkan RM200,000 kepada partinya. Itu juga satu cadangan supaya mereka yang nak melompat ini berfikir banyak kali sebelum mereka nak melompat.
Kemudian, apa juga perkara yang ketiga yang saya ingin cadangkan di sini ialah supaya Ahli Dewan Negara juga akan dibuat Akta Antilompat Parti kepada Ahli Dewan Negara. Ahli Dewan Negara dipilih oleh Dewan Undangan Negeri yang ketuanya adalah ketua parti di dalam Dewan Undangan Negeri itu atau ketua parti yang menjadi Perdana Menteri misalnya, mencadangkan daripada partinya, nama-nama untuk menjadi Ahli Dewan Negara. Akan tetapi setelah mereka contohnya, daripada parti UMNO misalnya, menjadi Ahli Dewan Negara kemudian dia bertukar parti. Pada pendapat saya, satu ketika nanti kita hendaklah membuat dan menggubal undang-undang untuk Ahli Dewan Negara juga, bukan hanya untuk ADUN dan juga Ahli Dewan Rakyat sebagaimana yang kita buat sekarang ini. Itu cadangan yang ketiga.
Cadangan yang keempat, saya masih lagi ingin bertanya secara rasmi dalam ucapan saya di sini bahawa kekaburan masih lagi berlaku jika mereka menggunakan lambang yang sama. Lambang Perikatan Nasional (PN), dia bertanding atas PPBM tetapi kemudian dia menjadi ahli PAS. Adakah itu dianggap melompat parti? Itu saya ingin klarifikasi daripada pihak Yang Berhormat Menteri. Contohnya, daripada Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), dia bertanding atas tiket KIMMA logo BN, kemudian setelah dia menang, dia melompat kepada parti UMNO.
Adakah itu dianggap sebagai melompat parti? Akan tetapi kalau kita lihat contoh KIMMA, dia seorang tauke India Muslim, dia kaya dengan segala restoran dan sebagainya dan dia popular di satu-satu Dewan Undangan Negeri itu dan dia menang kerana dia dianggap sebagai India Muslim dari KIMMA. Akan tetapi apabila dia melompat parti UMNO, pada pandangan saya, ada dua pandanganlah. Satu, mengatakan dia melompat parti. Ada satu pandangan, dia tidak melompat parti kerana menggunakan lambang Barisan Nasional yang sama walaupun parti yang berbeza. Jadi, saya ingin penjelasan atas kekaburan ini.
Seterusnya, perkara yang kelima yang ingin saya tanyakan kepada Yang Berhormat Menteri ialah selama-lama ini kita membuat perjanjian antara parti-parti sebelum pilihan raya ataupun pre-election agreement. Akan tetapi kalau kita ingin membuat sesuatu yang berbeza iaitu post-election agreement, maka berlakulah satu bentuk kerajaan yang tidak mendapat sejumlah parti yang mencukupi, bercampur dengan parti yang sebelum itu mereka tidak sefahaman tetapi apabila lepas pilihan raya, mereka bergabung untuk mewujudkan kerajaan. Jadi, itu satu pandangan lagi yang saya mohon daripada Yang Berhormat Menteri untuk menjelaskan.
Apa yang penting sekali mengenai lompat tak melompat ini ialah mengenai kestabilan satu-satu kerajaan. Malaysia ini selamanya dikenali sebagai sebuah negara yang stabil. Oleh kerana itu, pelabur datang ke negara kita mencurah-curah dan kestabilan itu adalah perkara pertama yang menjadi sebab mereka memilih Malaysia selain daripada prasarana yang agak baik, insentif percukaian yang baik dan juga pekerja yang mahir yang mencukupi. Akan tetapi yang paling penting ialah kestabilan. Oleh kerana kita tidak stabil, jika dahulu Yang Berhormat Langkawi menjadi seorang Perdana Menteri dan ada empat Seri Paduka Yang diPertuan Agong ketika Yang Berhormat Langkawi menjadi Perdana Menteri.
Empat yang diPertuan Agong, satu Perdana Menteri. Akan tetapi sekarang ini satu Yang diPertuan Agong, empat Perdana Menteri. Ia terbalik, Tuan Yang di-Pertua.
Sekarang ini satu Yang diPertuan Agong yang sama, sudah ada tiga Perdana Menteri dan kemungkinan selepas pilihan raya, sama ada Perdana Menteri yang sama, dia menjadi Perdana Menteri yang keempat oleh di dalam satu Seri Paduka Baginda yang seorang.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Dia terbalik dengan apa yang berlaku ketika Yang Berhormat Langkawi. Empat Yang diPertuan Agong, seorang Perdana Menteri. Sekarang ini seorang Yang diPertuan Agong, empat Perdana Menteri.
Itu menunjukkan negara kita amat tidak stabil. Oleh kerana itu, penting sekali rang undang-undang ini kita luluskan. Saya harap lepas pukul 2.30 esok, ada berbondong- bondong Ahli Parlimen, bukan macam petang ini, tak cukup 148 orang. Akan tetapi harapannya esok ada 160 ke Ahli Parlimen datang supaya sama-sama kita menyokong, supaya kestabilan itu adalah menjadi perkara yang utama dalam negara kita. Ada orang mengatakan ‘Langkah Sheraton’ itu adalah satu perkara yang dianggap sebagai pelompatan besar-besaran. Akan tetapi saya ingin menyatakan di sini bahawa berlaku ‘Langkah Sheraton’ itu adalah kerana kita ketiadaan Perdana Menteri pada ketika itu.
Perdana Menteri, Yang Berhormat Langkawi meletak jawatan. Jadi, kita kena memilih Perdana Menteri baharu. Oleh kerana itu, berlakulah apa yang dipanggil sebagai ‘Langkah Sheraton’. Jadi pada pandangan saya, ‘Langkah Sheraton’ itu bukan satu pengkhianatan besar-besaran tetapi ‘Langkah Sheraton’ itu ialah kita terpaksa melakukan supaya kita ada kerajaan. Oleh itu pada pandangan saya, apa juga pandangan-pandangan oleh- Yang Berhormat Jerlun, silakan.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Tuan Yang di-Pertua, saya ingat Yang Berhormat Pontian kena semak balik kronologi itu. Perkara yang mana yang datang dahulu, ‘Langkah Sheraton’ dahulu ke peletakan jawatan Perdana Menteri?
Tengok dahulu tarikh-tarikh itu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Apa pun yang saya ingin nyatakan di sini bahawa jika kita ingin mewujudkan kestabilan, maka perkara-perkara yang berlaku itu kita jadikan rujukan dan sejarah untuk kita melangkah ke masa hadapan.
Kita tidak mahu mengulangi sejarah-sejarah apa yang telah berlaku itu. Oleh itu, saya kira antara dua pihak di sini, masing-masing akan membuat keputusan yang tepat dengan meluluskan pindaan Perlembagaan ini. Terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Seremban.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan syabas dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas yang telah bertungkus-lumus bekerja keras untuk membawa pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan yang sampai ke tahap kita membahaskan pindaan ini pada hari ini dan akan diundi pada hari esok. Saya sudah tentu hendak merakamkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Santubong kerana konsisten memperjuangkan pindaan ini dan beliau tidak pernah berputus asa.
[Tepuk] Walaupun mendapat rintangan, mendapat tentangan dalaman tetapi beliau begitu konsisten dalam perkara ini. Saya ucapkan tahniah.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Kedua, saya nak menyatakan bahawa – ini menunjukkan bahawa proses penggubalan undang-undang kita. Sepatutnya apa yang berlaku dalam proses pada kali ini dijadikan sebagai rujukan kepada penggubalan undang-undang kita pada masa hadapan kerana kita melihat apabila sesuatu rang undang-undang itu dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas, maka kita boleh memperincikan lagi pindaan tersebut. Kita dapat memperuntukkan pindaan tersebut. Apa yang penting apabila kita rujuk kepada satu Jawatankuasa Pilihan Khas bipartisan maka kita boleh mencapai consensus untuk membawa pindaan kepada sesuatu rang undang-undang itu. Ini merupakan satu proses yang progresif.
Ketiga Tuan Yang di-Pertua, saya nak merakam bahawa saya berdiri di sini mewakili parti saya DAP, untuk menyokong penuh terhadap pindaan Perlembagaan ini untuk membawa satu undang-undang anti lompat parti yang telah diperjuangkan selama
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
ini oleh pimpinan DAP sejak tahun 70-an lagi. Sejak Yang Berhormat Iskandar Puteri pada ketika itu merupakan Ketua Pembangkang dalam Dewan yang mulia ini dan juga tidak lupa kepada mendiang Dato’ Seri Utama Karpal Singh yang konsisten memperjuangkan antilompat parti ini sehingga akhir hayat beliau.
Pada hari ini, kita dapat lihat hasilnya bahawa satu pindaan Perlembagaan dapat dibawa dan ini merupakan satu hasil kepada persefahaman MOU di antara Pakatan Harapan dengan kerajaan yang tanpa persefahaman ini sudah tentu pindaan hari ini tidak mungkin dapat di adakan kerana kita tahu sebarang pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan majoriti dua per tiga. Pada hari ini, dalam konteks senario politik tanpa persefahaman antara Pakatan Harapan dengan kerajaan tidak mungkin sesuatu pindaan Perlembagaan dapat diadakan.
Ini merupakan satu keunikan Tuan Yang di-Pertua. Dalam politik negara kita yang tak stabil pada hari ini, kita ada persefahaman. Kita ada understanding di antara pembangkang dengan kerajaan. Parti yang digulingkan oleh pihak sana menjadi kerajaan mereka tetapi pada hari ini kita berlapang dada. Kita memberikan persefahaman kepada kerajaan untuk membawa pembaharuan, untuk membawa reform, untuk membawa perkara-perkara yang apa dikatakan oleh Yang Berhormat Pengerang pagi tadi sebagai political reset dan kita menyokong penuh political reset tersebut.
Saya nak menyatakan kepada Yang Amat Berhormat Bera secara terbuka supaya jangan tunduk kepada apa-apa tekanan dalaman parti beliau [Tepuk] . Bawalah pembaharuan, bawalah reform apa-apa undang-undang yang dapat kita memperkemaskan sistem politik negara kita ini, kita akan menyokong. Dalam baki beberapa bulan mandat parlimen ini, saya berharap Yang Amat Berhormat Bera berani untuk meninggalkan satu legasi untuk beliau sebagai Perdana Menteri yang dapat melaksanakan reform dengan sokongan penuh, sokongan kuat dari blok pembangkang khususnya Pakatan Harapan.
Saya yakin Yang Berhormat Santubong akan membantu beliau. Yang Berhormat Santubong juga amat progresif dalam pembaharuan undang-undang dalam melaksanakan reformasi institusi dalam negara kita ini. Saya yakin banyak lagi reform dapat dibawa dan dapat dilaksanakan dalam tempoh beberapa bulan ini sekiranya kita ada understanding, persefahaman antara pihak kerajaan dengan Pakatan Harapan.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya menyokong pindaan ini tetapi saya masih nak menegur bahawa pindaan ini masih tidak sempurna. Walaupun tidak sempurna kita tetap akan sokong kerana kita tahu ini adalah satu permulaan yang baik. Sebenarnya, saya lihat balik dalam laporan penuh ini, semua lampiran dalam Penyata Pilihan Khas ini yang saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Santubong kerana transparent meletakkan semua draf yang pernah dibawa yang dilampirkan dalam penyata ini. Saya lihat balik draf-draf yang dibawa dilampirkan di sini. Sebenarnya apa yang dicadangkan oleh pihak Menteri dan juga pihak AGC sebenarnya lebih luas termasuk dari segi soal pemecatan.
Saya anggap ia tidak sempurna kerana apa yang kita lihat pada hari ini dalam pindaan ini ialah bahawa seseorang Ahli Dewan Rakyat tidak terhenti menjadi Ahli Dewan itu menurut perkara ini hanya disebabkan oleh (c) pemecatannya daripada keanggotaan dalam parti politiknya. Ini bagi saya terlalu luas. Sebenarnya dalam draf AGC yang dilampirkan dalam penyata ini. Sebenarnya dia ada konteks. Ada keadaan di mana pemecatan itu boleh dianggap sebagai lompat parti kalau dalam beberapa keadaan tertentu.
Saya nak quote dalam Lampiran G muka surat 43 di mana ia berbunyi Perkara Kedua, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, *“A member of the House of Representatives shall not cease to be a member of that House. Pursuant to this article only by reason of
(c) His expulsion of his membership of his political party otherwise than for voting against the direction or resolution of his political party in the following circumstances:
(i) a motion of no confidence brought against the Prime Minister;
(ii) a word for the approval of the supply bill; or*
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
(iii) a word to amend provision of this Constitution. Maksudnya Tuan Yang di-Pertua, dalam tiga keadaan ini kalau seseorang Ahli Dewan Rakyat mengambil keputusan yang melanggar keputusan partinya dalam keadaan-keadaan begitu, maka dia boleh dipecat. Apabila dipecat dia kena mengosongkan kerusi itu tetapi malangnya saya tahu bahawa dia tidak mendapat consensus dalam Jawatankuasa Pilihan Khas dalam perkara ini. Jadi, ia tidak dimasukkan dalam pindaan Perlembagaan.
Akan tetapi saya nak menyatakan Tuan Yang di-Pertua bahawa ini sangat bahaya kerana kalau dengan satu pindaan yang general ini bahawa kalau pemecatan daripada keanggotaan dalam parti politiknya tidak dianggap sebagai lompat parti, maka Ahli-ahli Dewan Rakyat sebenarnya ada lagi loopholes yang dia boleh lakukan tanpa bertukar parti.
Dia kekalkan kerusinya tanpa bertukar parti umpamanya dia langgar keputusan parti.
Saya bagi contoh, kalau lepas Pilihan Raya yang Ke-15 nanti, ada seorang Ahli Parlimen DAP, keputusan DAP sokong Yang Berhormat Port Dickson sebagai Perdana Menteri. Akan tetapi Ahli Parlimen itu tidak mengikut keputusan parti dia sokong Yang Amat Berhormat Bera menjadi Perdana Menteri. Apakah kita boleh buat? Kalau kita pecat dia, dia kekal sebagai Ahli Dewan Rakyat. Dia tidak akan mendapat apa-apa kesan daripada tindakan itu melanggar keputusan parti. Perkara ini juga boleh berlaku di sebelah sana. Kalau sebelah sana ada Ahli Parlimen yang tidak menyokong Yang Amat Berhormat Bera sebagai Perdana Menteri, sokong Yang Berhormat Port Dickson sebagai Perdana Menteri. Maka kalau mereka dipecat, dia juga tidak akan mendapat kesan sebab kerusinya masih kekal.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tahu bahawa keputusan ini dibuat kerana tidak ada consensus dalam Jawatankuasa Pilihan Khas. Saya tahu bahawa kita memerlukan consensus daripada semua parti supaya kita ada dua per tiga. Akan tetapi saya rasa ada jalan keluar dia. Apa jalan keluar dia? Saya nak mendapatkan kepastian daripada Yang Berhormat Menteri semasa menggulung nanti ialah bahawa kalau seseorang Ahli Dewan Rakyat itu asas dia ialah keahlian keanggotaannya kepada parti. Apabila seseorang Ahli Dewan Rakyat itu asas dia kepada parti maka dia juga tertakluk kepada undang-undang tubuh parti ataupun perlembagaan parti. Saya nak bangkitkan dan supaya Yang Berhormat Menteri boleh jawab dalam perkara ini.
Kalau dalam perlembagaan parti, sesebuah parti politik diletakkan, dikhususkan bahawa kalau dalam keadaan-keadaan yang saya sebut tadi, umpamanya dari segi sokongan kepada Perdana Menteri, undian kepada belanjawan, undian dalam Perlembagaan Persekutuan, kalau seseorang Ahli Dewan Rakyat itu dia melanggar keputusan parti dan dalam perlembagaan parti ditulis secara jelas, kalau keadaan- keadaan sebegitu, Ahli Dewan Rakyat itu melanggar keputusan parti, maka he ceases to be a member ataupun keahliannya tergantung atau keahliannya terlucut secara automatiknya, tergugur secara automatiknya. Maka, bolehkah itu tidak dianggap sebagai pemecatan dan dia akan hilang kerusi apabila pimpinan parti menulis surat kepada Tuan Yang di-Pertua bahawa keahliannya sudah tergugur kerana dia melanggar perlembagaan parti. Jadi, itu bagi saya merupakan salah satu way out supaya parti-parti politik dapat kita ada safeguard yang lebih ketat.
Saya nak memberitahu kepada Yang Berhormat Menteri, kalau Yang Berhormat Menteri esok gulung mengatakan bahawa ini boleh dilaksanakan saya berjanji DAP akan merupakan parti politik yang pertama kita akan pinda perlembagaan parti untuk masukkan seksyen ini dalam perlembagaan parti kita. Sebab kita nak foolproof. Kita tidak mahu satu Perlembagaan dipinda bahawa ia tidak boleh dilaksanakan dengan foolproof. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri boleh jawab dalam penggulungan esok.
Perkara yang terakhir, saya tahu masa sudah habis. Saya ringkas sahaja iaitu berkenaan Jadual Kelapan. Jadual Kelapan ini merujuk kepada untuk dewan undangan negeri. Saya nak tanya sama ada walaupun ada pindaan kepada Jadual Kelapan ini, sama ada dewan-dewan undangan negeri boleh menggubal undang-undang anti lompat parti mereka, enakmen anti lompat parti mereka sendiri. Umpamanya di Pulau Pinang, sebenarnya sudah ada Enakmen Anti Lompat Parti. Kalau mereka tak ikut apa yang kita rangka sini, kalau dewan undangan negeri merangka undang-undangnya sendiri yang
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
mungkin lebih ketat, adakah dewan undangan negeri dibenarkan merangka ataupun menggubal enakmen undang-undang negeri mereka.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat boleh saya mencelah? Sekejap sahaja. Yang Berhormat, apa pandangan Yang Berhormat sebagai setiausaha agung satu parti yang begitu lama tentang kewujudan seksyen 18, Akta Persatuan. Adakah Yang Berhormat bersetuju dalam menyokong ucapan Yang Berhormat, seksyen 18 perlu dipinda ouster clause supaya siapa yang dipecat boleh saman parti mereka? Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Saya rasa itu merupakan Akta Pertubuhan yang mungkin kita perlu satu perbincangan lanjut, sama ada itu perlu dipinda. Setahu saya sebab dalam taklimat semalam pihak AGC quote Perlembagaan UMNO yang menyatakan bahawa sesiapa ahli UMNO yang membawa kes apa-apa kompelin parti kepada pihak mahkamah, maka parti boleh memecat seseorang itu. Ahli tersebut tidak ada remedi. Dia tidak boleh saman parti kerana itu merupakan seksyen 18 dalam Akta Pertubuhan.
Jadi, saya rasa itu boleh kita bincang sebab apa yang trigger saya mencadangkan perkara ini ialah sebab dalam taklimat semalam AGC mengatakan bahawa dalam kes UMNO, kalau orang itu bawa kompelin ke mahkamah, maka ia tergugur. Kalau ia tergugur, bukannya maksud dipecat. Jadi dalam keadaan itu, sama juga logiknya. Kalau kita membuat pindaan Perlembagaan parti kita, sesiapa yang melanggar keputusan parti maka tergugur keahliannya. Maka bukan pecat. Maka dia juga kena kosongkan kerusi dalam Dewan Rakyat. Ini kerana apa yang pentingnya saya setuju dengan pendirian Yang Berhormat Pengerang. Prinsipnya ialah kita berada di sini, dilantik sebagai ahli Dewan Rakyat atas kapasiti parti.
Kalau bukan parti, siapalah kita. Kecuali kita menang sebagai bebas. Kalau kita menang atas tiket parti, mesti kita pertahankan bahawa kita mesti berkhidmat untuk parti dan kita pegang kerusi ini atas kapasiti kita sebagai orang parti. Kalau kita tidak bersetuju dengan parti, keluar daripada parti, letak jawatan, buat pilihan raya kecil. Itu prinsip yang mesti kita pertahankan. Tidak boleh ada lagi lompat parti. Ini merupakan satu penghinaan kepada sistem demokrasi, penghinaan kepada mandat rakyat. Dengan kata-kata itu, saya sokong penuh pindaan tersebut. Terima kasih.
[Tepuk]
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Seremban. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan bagi melarang ahli parlimen melompat parti. Saya dimaklumkan bahawa perbahasan ini adalah berkenaan dengan Rang Undang-undang Perlembagaan. Kita telah pun melalui proses perbahasan ini pada bulan April baru-baru ini. Selepas tiga bulan, kita tahu bahawa telah wujud syor dan cadangan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dalam bentuk penyata selepas 12 sesi libat urus.
Saya ucapkan tahniah kepada pihak Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang telah pun memberikan komitmen yang cukup baik menjadikan perkara ini sebagai suatu kenyataan. Mesyuarat demi mesyuarat dilakukan dan pelbagai kemungkinan telah pun diperbahaskan. Saya juga terlibat dengan beberapa sesi taklimat kepada parti-parti yang telah pun dilaksanakan.
Kita melihat bahawa di sana adanya komitmen daripada kerajaan yang cukup baik. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri daripada Santubong yang telah begitu menunjukkan kesungguhannya dengan legasinya untuk meninggalkan satu legasi yang cukup baik. Inilah satu perkara yang bersejarah dalam negara kita di mana
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
kita perkenalkan undang-undang ini bukan untuk kepentingan sesiapa tetapi untuk kepentingan demokrasi di dalam negara kita, alhamdulillah.
Walaupun kerajaan pada hari ini disebut-sebut sebagai kerajaan tebuk atap, kerajaan pintu belakang dan sebagainya tetapi pada hakikatnya kerajaan inilah yang berani untuk memperkenalkan undang-undang seperti ini. Ini perkara yang perlu untuk diterima hakikatnya. Kita tahu bahawa undang-undang ini bukan undang-undang yang memberikan suatu faedah kepada sesiapa, tidak. Akan tetapi ia untuk menarik semula respek ataupun hormat daripada rakyat kepada ahli politik.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
[Bangun]
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tidak perlu untuk kita menuding jari kepada sesiapa. Setiap daripada kita sudah pun mungkin berasa cedera ataupun sakitnya apabila ahli-ahli kita sendiri lompat parti ataupun keluar daripada parti. Mungkin setiap daripada kita pun menerima keuntungan apabila berlakunya lompat parti.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
10 saat. Minta laluan sekejap Yang Berhormat Pasir Mas. 10 saat sahaja.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Ini perkara yang perlu. Ya sila.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga hendak tekankan di sini sama ada Yang Berhormat Pasir Mas setuju atau tidak bahawa antara pindaan Perlembagaan ini faktornya bukan sahaja kerana kerajaan tetapi juga kerana pihak pembangkang terutamanya Pakatan Harapan telah bersetuju untuk menandatangani MOU dan ini merupakan salah satu agenda reformasi yang kita masukkan dalam MOU. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Ya. Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya juga hendak sebut macam itu tetapi tidak sampai point lagi ini. Tahniah jugalah kepada pihak pembangkang yang telah pun bersetuju dan MOU yang telah kita tandatangan juga merupakan satu sejarah yang saya kira sejarah yang boleh tercatat dengan tinta emas satu saat di mana kita boleh berdiri bersama-sama untuk kita memberikan satu nyawa baru kepada demokrasi dalam negara kita.
Saya sebut tadi bahawa kita tidak perlu untuk menuding jari kepada sesiapa.
Selepas PRU 2018 yang lepas, beberapa orang Ahli Parlimen pembangkang juga melompat ke dalam parti kerajaan. Pada masa itu juga kerajaan menerima laba atau keuntungan daripada lompat parti. Begitu juga selepas berlakunya perubahan kerajaan pada Februari 2020 juga ahli-ahli Parlimen yang melompat daripada parti ke sana, ke sini ada pihak-pihak yang telah menerima keuntungan dan menerima laba.
Perkara-perkara seperti ini Tuan Yang di-Pertua, ia memberikan satu imej yang tidak baik kepada rakyat. Tadi Yang Berhormat Pengerang telah sebut bagaimana dalam PRN Johor, PRN Melaka orang tidak keluar mengundi. Anak-anak muda fed up dengan izin kepada ahli politik. Tidak kira daripada parti mana sekalipun. Saya sering bukalah TikTok ataupun Facebook daripada ahli-ahli politik kita. Kadang-kadang kita dikecam oleh orang tidak berparti pun.
Kita dikecam oleh orang yang tidak berparti. Ini kerana bagi mereka sama sahaja, orang politik ini sama sahaja. Cakap tidak serupa bikin dan mereka ini hanya bercakap untuk keuntungan mereka. Saya menyebut di sini kerana kita merupakan ahli politik dan kita Ahli Parlimen. Apabila respek daripada rakyat sudah tidak ada, maka kesannya kepada pilihan raya orang sudah tidak peduli.
Pilihlah sesiapa sekalipun, buatlah apa sekalipun, kami hendak jaga periuk nasi kami. Jadi, ini mentaliti yang ada kepada rakyat yang kita rasa ini merupakan satu perkara yang sangat membimbangkan kita pada hari ini.
Justeru, respek ataupun hormat daripada rakyat ini perlu untuk kita tarik semula.
Ahli politik hendaklah menjadi ahli politik yang konsisten, hendaklah menjadi seorang yang mempunyai prinsip yang tidak boleh diganggu gugat. Justeru, memperkenalkan rang undang-undang seperti ini dalam bentuk pindaan Perlembagaan, suatu bentuk kerjasama
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
daripada kerajaan dan pembangkang adalah merupakan sejarah baru dalam politik negara kita pada hari ini.
Kita telah tahu bahawa pindaan Perlembagaan ini telah lama tidak dilaksanakan iaitu sejak daripada kerajaan hilang dua per tiga majoriti tahun 2008, kita tidak melaksanakan pindaan Perlembagaan. Akan tetapi apabila berlakunya perubahan kerajaan tahun 2018, Yang Berhormat Muar sebagai Menteri Belia dan Sukan telah membuat satu langkah baru pada masa itu, kita pinda Rang Undang-undang Perlembagaan. Pada masa itu berkenaan dengan Undi18. Satu sejarah baru kepada negara kita apabila pindaan Perlembagaan kita luluskan dengan dua pertiga majoriti daripada Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk bahawa apa yang paling penting ialah soal integriti dan juga soal moral yang tidak boleh untuk kita dijual beli. Kelantan sebagai contoh tahun 2004. Kami bertahan kerajaan negeri di Kelantan cuma dengan tiga majoriti kerusi. Pilihan raya kecil berlaku tahun awal tahun 2006. Kerajaan negeri kalah pula pada masa itu. Pas pada masa itu kalah satu kerusi menyebabkan hanya satu kerusi sahaja majoriti di Kelantan tahun 2005, tahun 2006 sehingga tahun 2008 pada masa itu.
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua walaupun satu kerusi majoriti dan satu kerusi itu pun ada yang dimenangi dengan dua sahaja undi tetapi kerajaan negeri boleh bertahan sehingga ke akhir penggal, sehingga melalui pilihan raya yang berikutnya. Isunya ialah isu integriti, isunya ialah isu moral yang tidak boleh dijual beli. Dalam hal ini juga saya ingin melontarkan beberapa persoalan. Antara lain ialah daripada pembacaan ini kita dapat tahu bahawa syor daripada pihak jawatankuasa ialah pemecatan Ahli Parlimen ini akan membawa kepada pilihan raya kecil kepada kawasan Parlimen tersebut.
Pada saya inilah roh sebenar pindaan Perlembagaan ini. Kadang-kadang seseorang itu menyatakan bahawa saya dipecat oleh parti atau saya keluar daripada parti kerana ada prinsip-prinsip tertentu ataupun adanya kerana moral atau saya dipecat kerana sebab prinsip yang saya pertahankan. Ini sebagai contoh.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Kalau dia tidak diberikan peluang untuk bertanding sekali lagi, kita telah menghalang, menafikan hak yang telah pun kita berikan dalam Perlembagaan kita. Saya setuju dengan Yang Berhormat Pengerang bahawa orang seperti ini perlu diberikan peluang untuk bertanding sekali lagi. Sebagaimana yang pernah berlaku di Johor pada ketika dahulu yang melibatkan dengan izin saya menyebut— yang melibatkan Datuk Shahrir bin Abdul Samad pada masa itu yang telah diberikan peluang untuk bertanding dan beliau menang pilihan raya kecil tersebut dan kerana itulah dalam hal ini saya kira pindaan ini cukup baik iaitu memberikan peluang kepada orang itu untuk bertanding sekali lagi kerana ia menjamin kebebasan haknya untuk menjadi Ahli Parlimen sekali lagi.
Begitu juga saya membaca dalam cadangan ini pemecatan Ahli Dewan Rakyat dibuat melalui pemakluman kepada Ahli Dewan Rakyat yang lain melalui pemakluman oleh Ahli Dewan Rakyat yang lain kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. Saya berminat ingin tahu kalau Yang Berhormat Menteri dapat menyatakan apakah modus operandi secara spesifik bagaimana tindakan Ahli Dewan Rakyat yang lain itu perlu diusahakan dan dimulakan bagi melaporkan kepada SPR ini?
Begitu juga wujud perbincangan secara mendalam berkenaan di mana jika sesebuah parti politik turut melompat sebagai satu organisasi dari satu gabungan politik.
Sebagi contoh apa yang dilakukan oleh Parti BERSATU sebagai contoh, itu secara jelas yang keluar daripada Pakatan Harapan masuk yang menyertai ataupun menyebabkan Kerajaan Pakatan Harapan hilang majoriti pada masa itu. Jadi, ini juga saya rasa perlu untuk diperhalusi bagaimana gabungan sekiranya keluar ataupun mungkin logo yang kita gunakan dalam pilihan raya itu satu perkara yang tidak spesifik.
Dengan erti kata lain, adakah logo itu menjadi satu-satunya perkara yang perlu untuk kita jadikan parameter, lompat parti atau tidak. Sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Pontian tadi. Contohnya PAS kalau bertanding di atas tiket Perikatan Nasional, adakah logo Perikatan Nasional itulah yang perlu dipertahankan sehingga pilihan raya berikutnya? Atau UMNO di dalam tiket Barisan Nasional sebagai contoh. Kita
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
tahu UMNO parti yang paling besar dalam Barisan Nasional. Akan tetapi apabila mereka bertanding mereka bertanding menggunakan logo Barisan Nasional.
Jadi, logo mana yang perlu untuk dipertahankan yang mana kalau mereka tidak berpegang dengan logo ini menyebabkan mereka dikira melompat parti. Itu sebagai contoh dan sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan seluruh pihak jawatankuasa libat urus yang telah pun dilakukan sebelum daripada ini.
Tahniah kepada semua pihak dan saya harapkan supaya langkah ini tidak berhenti di sini.
Yang Berhormat Menteri masih ada di sini, saya hendak ambil peluang. Saya mengharapkan supaya selepas daripada ini, kita susuli dengan langkah-langkah dan reformasi yang lain. Antaranya ialah isu Akta Pendanaan Politik yang perlu untuk Yang Berhormat Menteri laksanakan menjadi realiti dibawa ke Dewan ini untuk menjadi legasi kita bersama, insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Dipersilakan Yang Berhormat Kota Raja.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sungguh gembira, terharu berada dalam Parlimen kali ini kerana soal moral menjadi satu isu besar kepada negara dan berlaku pindaan Perlembagaan ini soal isu moral. Bukan di sudut law semata-mata. Oleh sebab moral politik ini selalunya diamalkan oleh negara- negara Eropah dan juga Jepun. Akan tetapi di sebelah kita di sini, isu moral ini tidak menjadi isu utama. Memanglah pertukaran kerajaan berlaku sebelum ini di peringkat negeri akibat lompat parti seperti di Terengganu, di Perak, di Sabah. Hanya pertama kali berlaku di peringkat nasional melalui langkah syaitan— Langkah Sheraton yang berlaku.
Kita sebut soal moral, sepatutnya kita parti yang bermoral kena sokong parti yang bermoral. Bukan kita parti bermoral tetapi menyokong mereka yang menjadi pengkhianat untuk berada dalam kerajaan. Ertinya ini soal moral kita bercakap tetapi perlaksanaannya lain daripada apa yang berlaku. Paling penting hormat mandat rakyat dan juga coalition kita bersama. Hormat mandat rakyat ini cukup penting. Bila-bila kita menang misalnya di atas nama bertanding Barisan Nasional kah, Perikatan Nasional kah ataupun Pakatan Harapan kah, mesti kita hormat coalition kita itu.
Misalnya, saya apabila PAS mengambil keputusan berpisah dengan DAP. Hari keputusan itu diambil, hari itu juga saya meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Air Pulau Pinang kerana saya dilantik kerana saya berada dalam Pakatan Rakyat dan saya Timbalan Presiden PAS. Apabila berpisah pula dengan Keadilan, ertinya PAS solo. Akan tetapi rakan-rakan kami tidak meletakkan jawatan di Selangor pada waktu itu walaupun mereka telah bercerai dengan rakan yang berkongsi dalam Pilihan Raya 2013. Ini adalah soal moral.
Begitu juga kita lihat misalnya soal undang-undang. Boris Johnson tidak perlu meletakkan jawatan kalau dia mahu tetapi dia telah melanggar MCO dan dalam Parlimen dia minta maaf di atas kesalahannya melanggar kerana orang lain, rakyat dikurung, dia sendiri membuat parti di tempatnya. Maka dia meminta maaf dalam Parlimen. Akan tetapi bagi partinya, tidak cukup minta maaf itu. You must resign. Bukan datang daripada parti lawan tetapi partinya sendiri yang meminta dia resign. Akhirnya dia mengumumkan persaraannya dan akan berlaku perubahan Perdana Menteri tidak lama lagi di Britain.
Mereka berpegang kuat soal-soal moral ini tetapi bagi kita di sini, soal ini tidak menjadi perkara yang besar lagi.
Soal moral kepada rakyat pula. Kita kaum utama di samping Sabah dan Sarawak.
Saya bercakap soal Semenanjung, kaum utamanya ialah Melayu, Cina dan India. Lihat pula moral rakyat. Apabila berlaku skandal rasuah, penyelewengan waktu itu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin MCA dalam Koperasi Bersatu. Moral-moral rakyatnya, mereka menghukum MCA kerana terlibat dalam penipuan dan presidennya dipenjarakan kerana berlaku dalam Koperasi Bersatu pada waktu itu. Orang-orang Cina mengambil keputusan menghukum pemimpin-pemimpin mereka.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Skandal berlaku kepada Maika Holdings, bagaimana didedahkan dalam Parlimen dan di luar Parlimen. Jutaan ringgit disalahgunakan. Maka kaum India menghukum pemimpin mereka terutama pemimpin-pemimpin MIC.
Sekarang kita lihat pula orang Melayu. Bagaimana mereka hendak pergi maruah mereka? Ini yang disebut oleh Profesor Syed Hussein Al-Atas ataupun Profesor Dr. Kamal Hassan. Rasuah ini soal maruah suatu kaum. Skandal 1MDB didedahkan di seluruh dunia skandal yang terbesar. Ya, ada orang bukan Melayunya di situ Jho Low tetapi rata-ratanya pemimpinnya orang Melayu. Misalnya bekas KSN, menerima elaun RM30,000 sebulan selama enam tahun sekalipun tidak hadir mesyuarat. Pendedahan beli subang, beli gelang, beli itu, skandal seks dan sebagainya menggunakan wang rakyat. Apakah sikap moral orang Melayu untuk menghukum mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB ini?
Kalaulah orang Melayu tidak menghukum pemimpin yang terlibat dalam skandal ini, kita akan menjadi kaum yang cukup lemah pada masa akan datang. Ertinya moral orang-orang Melayu ke arah mana. Kita bimbang melalui pilihan raya kadangkalanya tidak boleh menukarkan kerajaan apabila sistemnya sebegitu rupa. Peruntukan Parlimennya, peruntukan DUN-nya.
Mungkin tidak boleh berubah seperti yang berlaku di Sri Lanka. Bila datang pilihan raya, golongan parti Ceylonese ataupun Sinhalese boleh menang dengan begitu hebat.
Raja paksa masuk pilihan raya, dia boleh cara psikologinya memaksa rakyat, psikologinya untuk memilih bumiputera untuk terus memimpin. Tidak cukup duit, pinjam. Rasuah berleluasa. Akhirnya, negara bankrupt. Apabila sudah bankrupt, baru rakyat ramai-ramai pergi mandi di kolam Perdana Menteri.
Kita bimbang di Malaysia juga akan jadi begitu. Datang pilihan raya, golongan kurap ini boleh menang juga. Dengan psychology effect, dengan isu kaum, jangan benarkan orang-orang bukan Melayu memerintah. Jangan mereka menang banyak.
Kurap pun kita kena sokong orang Melayu. Kena sokong orang Islam. Akhirnya, hutang negara bertambah. Indeks rasuah meningkat. Sampai negeri bankrupt, barulah rakyat hendak keluar pergi mandi di kolam Menteri-menteri. Ketika itu tidak berguna lagi Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Apa yang berlaku di Sri Lanka sekarang ini. Keadaan demografi Sri Lanka lebih kurang sama dengan kita. Di sini, di atas nama Melayu Islam, kita pertahankan kerajaan dan dihasut rakyat, “Rasuah pun tak apa, menyeleweng pun tak apa” sebab mereka ini Melayu dan Islam. Akhirnya, ayat-ayat yang dikumandangkan, [Membaca sepotong hadis] “Bukan golongan aku orang yang berjuang atas semangat asabiyyah.” Kata Nabi, kita lupakan ayat itu. Apa yang penting, ‘Melayu Isle’ mesti berkuasa.
Kalau sampai ke peringkat itu, kita tidak peduli etika-etika moral ini, dia akan menjadi seperti Sri Lanka. Na’uzubillah. Kita boleh membina Malaysia yang lebih baik pada masa hadapan. Kita yakin ini adalah permulaan. Selepas ini, kita lihat walaupun kita nak membina semula keyakinan rakyat kepada parliamentary democracy ini, bagi saya mungkin mengambil masa lima hingga 10 tahun lagi.
Bukan senang setelah dirosakkan melalui Sheraton Move atau pun gerakan syaitan itu yang menyebabkan lingkup habis sistem politik Malaysia ini. Ini perkara yang besar yang berlaku. Saya menghormati, misalnya, Ahli Parlimen Pasir Salak. Dia bercakap macam-macam tapi saya hormat. Dia ahli Parlimen yang menang melalui partinya dan kita mungkin tak suka pada dia tetapi dia membawa mandat rakyat.
Yang Berhormat Arau, masa dia backbencher dulu, apa dia tak bercakap.
Kemudian dia jadi Menteri, kemudian dia jadi backbencher balik dia bercakap, sekarang jadi Menteri. Saya hormat kerana dia mendapat mandat daripada rakyat dan dia datang bercakap di Parlimen. Begitu juga soal Yang Berhormat Kinabatangan. Mungkin kita tak setuju dengan cara dia dan sebagainya. Akan tetapi dia mewakili rakyat di Kinabatangan.
Ertinya, soal demokrasi, soal pilihan raya ini, perlu kita kena teruskan dan soal moral ini cukup penting. Jangan kita lihat apa yang berlaku di Jepun. Bila satu kesalahan besar, Menterinya letak jawatan. Di sini, berlaku kesalahan besar, diberi pula jawatan lagi,
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
dengan berbagai-bagai imbuhan dan sebagainya. Bila kerajaan dah makin teruk daripada segi kewangan, lantik Menteri ramai-ramai lagi.
Jadi, kita lihat pembaziran ini terus berlaku dan soal moral kita lihat tidak diambil perhatian di sini. Sebab itu, kita lihat misalnya Yang Berhormat Padang Rengas, dia berucap dari awal dulu, “Kami UMNO bersedia untuk menjadi pembangkang selama lima tahun tetapi berlaku Sheraton Move, kami tak boleh buat apa-apa.” Ertinya, pandangan Yang Berhormat Padang Rengas itu saya hormat. Ertinya, mereka ada kesungguhan.
Biarlah jadi pembangkang selama lima tahun tetapi masalahnya yang teringin sangat nak jadi Perdana Menteri ini, dia tak kira, bos dia pun dia sepak, yang teringin sangat. Kononnya, selepas itu, dia pula Perdana Menteri. Dia tak kira, dia boleh khianat Yang Berhormat Port Dickson dan sebagainya.
Akhlak-akhlak seperti ini supaya tidak ada lagi di masa hadapan, kita membina Malaysia baharu pada masa akan datang dengan lebih moral dan berakhlak, sistem demokrasi berparlimen di Malaysia dan Malaysia akan kembali mengepalai ASEAN pada masa yang akan datang. Jangan biarkan Vietnam dan Indonesia menguasai keadaan. Ini yang paling penting sekali pada kita semua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Kuala Krai untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 ini.
Saya memulakan ucapan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Bera, Perdana Menteri, kerana memberi kebenaran untuk ‘Rang Undang-undang Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti’ atau ‘Antilompat Parti’ ini dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Saya juga merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas yang merentas parti yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Santubong, Menteri Parlimen dan Undang-undang, yang telah berjaya menyiapkan RUU ini sehingga berjaya dibentang pada hari ini.
Ini adalah satu sejarah terbesar kepada perjalanan politik dalam negara kita.
Setelah 14 kali PRU berlangsung dengan pelbagai cerita lompat parti telah berlaku dan pelbagai alasan diberikan untuk menghalalkan lompatan tersebut. Saya yakin rakyat di bawah iaitu pengundi kita di kawasan Parlimen masing-masing juga amat gembira dengan perkembangan ini kerana setiap kali berlaku lompat parti sama ada oleh Ahli Dewan Rakyat atau pun Dewan Undangan Negeri, mereka di bawah turut berdukacita terutamanya jentera parti yang telah bekerja keras membantu untuk memenangkan Ahli berkenaan.
Bila berbincang isu lompat parti ini, sudah pasti sebuah sejarah yang tidak boleh dipadamkan. Menjadi rujukan kita semua pada hari ini, iaitu Pindaan Undang-undang Perlembagaan Kerajaan Kelantan pada tahun 1991, bagi memperuntukkan bahawa mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri yang menjadi ahli sesebuah parti politik yang keluar parti, dipecat atau tidak lagi menjadi ahli parti itu, atas apa-apa alasan adalah dianggap hilang keanggotaan dalam Dewan Undangan Negeri dan kerusinya adalah kosong.
Tuan Yang di-Pertua, namun begitu dalam kes kerusi dua ADUN Kelantan yang asalnya menang atas Parti Melayu Semangat 46, diisytiharkan kosong kerana telah melompat parti. Satu pilihan raya kecil diadakan di kedua-dua Dewan Undangan Negeri berkenaan. Mereka bertanding semula atas tiket Barisan Nasional tetapi kalah.
Seterusnya, mereka mencabar Peruntukan Perlembagaan Undang-undang Negeri Kelantan yang menghalang melompat parti. Mereka memenangi kes berkenaan dan kembali diisytiharkan sebagai ADUN oleh Mahkamah Agung di waktu itu.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Ini bermakna, Tuan Yang di-Pertua, Kelantan telah mendahului dalam isu ini 31 tahun lepas apabila telah memperkenalkan RUU tersebut. Hari ini barulah pindaan Perlembagaan Persekutuan ini berlaku. Walau bagaimanapun, saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Keluarga Malaysia kerana berjaya membentangkan RUU pada kali ini.
Dalam perbahasan ini, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, berkaitan dengan beberapa persoalan yang mungkin akan berlaku.
Pertama, apakah yang akan berlaku selepas PRU nanti jika tiada parti yang boleh membentuk kerajaan kerana kedua-dua pihak mempunyai kedudukan yang sama, iaitu 111 buah kerusi dan satu pihak lagi 111 buah kerusi? Parlimen mungkin tergantung.
Adakah satu pilihan raya baru perlu dibuat? Seperti mana yang kita ketahui, mengadakan sesuatu PRU memerlukan kepada perbelanjaan yang sangat besar. Apa akan terjadi kepada negara kita di waktu itu?
Kedua adalah dalam RUU ini, jika terdapat sebuah parti yang keluar daripada gabungan asal, tidak dikira sebagai lompat parti dan tidak tertakluk kepada undang- undang ini. Jadi, persoalannya, jika terdapat Ahli dalam parti berkenaan yang tidak bersetuju dengan perkara tersebut – parti yang lompat tetapi ada Ahli yang tidak setuju.
Dalam akta ini, parti ini tidak dikira lompat parti. Apa akan berlaku kepada ahli parti yang tidak bersetuju tersebut? Adakah beliau boleh dianggap sebagai melompat parti dan gugur kedudukannya sebagai Ahli Dewan Rakyat?
Ketiga Tuan Yang di-Pertua, jika mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang hanya memberi sokongan, beliau tidak keluar parti tetapi memberi sokongan kepada parti atau gabungan lain. Mungkin waktu itu, bagi sokongan pada parti kerajaan. Bagaimana kedudukan Ahli berkenaan? Adakah juga dikira gugur dan melompat parti?
Tuan Yang di-Pertua, apa yang menarik juga dalam RUU ini ialah terdapat Fasal
(3) baharu bagi memotong Fasal (6), Perkara 48 iaitu membolehkan mana-mana Ahli Dewan Rakyat atau pun Dewan Undangan Negeri yang melepaskan keahliannya sebagai Ahli Dewan untuk bertanding semula dalam pilihan raya pada bila-bila masa, tidak perlu tunggu lima tahun.
Ini bagi saya adalah satu perkara yang cukup menarik kerana memberi kebebasan kepada Ahli yang gugur itu bertanding semula, dan juga memberi peluang kepada pengundi untuk membuat pilihan dan menentukan kedudukannya semula. Biar rakyat atau pengundi yang menentukan, dan dia boleh tahu sokongan pengundi terhadapnya sama ada boleh menang dengan kedudukan yang baharu atau parti yang baharu atau pun bebas dan sebagainya. Dalam isu ini, saya mempunyai satu persoalan, Tuan Yang di-Pertua, iaitu jika sekiranya Ahli Dewan Rakyat atau pun Ahli Dewan Undangan Negeri mana-mana negeri meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan, adakah beliau boleh kembali bertanding sebagai calon dalam, sama ada PRK atau pun PRU yang terdekat, berdasarkan kepada pindaan ini?
Kesimpulannya, Tuan Yang di-Pertua, ialah RUU ini adalah sebuah sejarah yang saya pasti akan mendapat sokongan dua pertiga dengan mudah demi sebuah negara demokrasi yang lebih baik pada masa akan datang. RUU ini mesti segera direalisasikan agar ia menjadi satu manifestasi untuk memastikan hak pengundi sentiasa terpelihara dan dihormati.
Walaupun setiap Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri seharusnya mempunyai integriti yang tinggi dan juga moral yang terbaik, namun keperluan untuk RUU ini adalah sebagai pengikat agar Ahli Dewan Rakyat atau pun Dewan Undangan Negeri lebih berintegriti serta menghormati rakyat yang telah memilih wakil mereka dalam mana- mana PRU atau pun PRK.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Lebih penting ialah RUU ini akan dapat menjamin sebuah kerajaan lebih stabil pada masa hadapan agar negara ini dapat dipacu untuk kesejahteraan seluruh rakyat dan negara.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Menjadi kebimbangan kita semua kepercayaan orang ramai terhadap proses demokrasi akan terhakis dengan ketara seandainya lompat parti terus berlaku terutamanya di kalangan pengundi-pengundi baharu, anak-anak muda first time voters yang pertama kali bakal mengundi dalam PRU yang ke-15 akan datang.
Seandainya perkara ini terjadi, tentunya demokrasi negara ini akan menjadi lebih suram pada masa-masa akan datang. Mana-mana perundangan mestilah perlu disesuaikan dengan keperluan zaman dan mestilah sentiasa dinamik serta terkehadapan.
Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Krai menyokong pindaan ini, terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Dipersilakan Yang Berhormat Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi ruang kepada saya untuk terlibat dalam perbahasan rang undang-undang ini.
Saya terlebih dahulu mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar Yang Berhormat Santubong yang telah berupaya menjadikan rang undang-undang ini menjadi kenyataan dibawa ke sidang Parlimen ini walaupun berbagai-bagai sekatan, berbagai-bagai cabaran yang beliau lalui namun ini merupakan satu sejarah yang cukup penting kepada kita.
Apa juga perbezaan politik, ideologi kita, seharusnya kita selaku wakil rakyat harus memberi sokongan yang padu kerana perkara ini cukup penting kepada kita bukan hanya untuk masa depan negara ini bahkan juga banyak persoalan tentang nilai value moralnya integritinya. Akan tetapi, yang cakap pun persoalan pun kita boleh soalkan integriti dan moral mereka.
Kedua-dua pemerintahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ada bukanlah menerusi proses demokrasi yang ada. Demokrasi ini merupakan sistem di mana kehendak rakyat itu diterjemahkan melalui pilihan raya dan mereka menawarkan berbagai-bagai janji berbagai-bagai apa juga untuk supaya mendapat sokongan.
Setelah mendapat sokongan itu, sepatutnya mereka menunaikan janji yang mereka telah lakukan sehingga rakyat terikat dengan tangan mereka untuk mengundi ya kedua-dua Perdana Menteri yang ada sama ada di bawah Perikatan Nasional, sama ada di bawah Barisan Nasional is not a mandate.
Satu kerajaan yang tidak ada mandat daripada rakyat. Mana mungkin, yang mereka ini menjadi pembangkang menang menjadi kerajaan pada hari ini. Kenapakah ya?
Maka dengan itu, rang undang-undang ini pertama rang undang-undang kita bentangkan di Dewan ini there must be clarity baru enforceable yang penting kepada kita.
Kalau tidak ada clarity daripada segi undang-undang yang ada, maka tidak mudah untuk kita melaksanakan. Hendak enforce pun susah because there is doubt daripada segi rang undang-undang yang kita akan bawa pada hari ini. Itu yang saya sedar dan tahu oleh sebab walaupun mungkin ini kali pertama kita bawa ke undang-undang seperti yang saya sebutkan reform can be done tanpa baik mungkin di masa akan datang.
Rang undang-undang ini bukan hanya rang undang-undang bila dibentangkan kepada Parlimen dia berbentuk bukan hanya ia nya is a form of punitive in nature, hukuman yang kita letakkan supaya mengelakkan kejadian itu berlaku but it must be a form of deterrents undang-undang itu.
One, it must be kalau kita hendak deter orang untuk melakukan tabiat lompat- melompat there must be deterrents but how you can deter kalau rang undang-undang hukumannya tidak begitu punitive in nature ini. Jadi, saya melihat tentang perkara-perkara yang kita lakukan seperti apa yang telah pun dibahaskan tentang keadaan apa yang saya lihat begitu banyak kesamaran dia.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Satu, bab Undang-undang Perlembagaan kita yang satu membabitkan juga Undang-undang ROS yang ada kerana ini mengurus tadbir bukan hanya tingkah laku Ahli Politik yang ada Tuan Yang di-Pertua, bahkan juga amalan parti-parti yang ada.
Bayangkan hari ini gabungan parti berbagai-bagai gabungan.
Sudah bergabung PN lah, BN lah, BN lepas itu memorandum lagi you know yang dilakukan keadaan sehingga political crisis yang ada unstable dilihat dari luar negara ya dipandang rendah tentang keadaan politik negara kita.
Maka dengan itu, saya berharap rang undang-undang ini perlu ada kejelasan ya.
Perjanjian antara individu dengan partinya itu contohnya ya. Saya antara pihak yang telah menerima kesan yang cukup berat dalam politik ini. Parlimennya, ADUN nya, tahun 2018, tahun 2020 berbagai-bagai kelakuan yang ada sehingga tempiasnya.
Kita sedar walaupun kita mempunyai mandat yang ada tetapi malangnya oleh sebab kita hendakkan supaya balikkan kuasa itu kepada rakyat saya bubar Dewan bukan fasal apa? Bukan kita tidak boleh beli, bukan kita tidak boleh tawar dua, tiga orang pun ya. Boleh bukan tidak boleh tetapi itu kah yang kita hendakkan?
Nilai-nilai yang ada dalam kehidupan kita sebagai seorang pemimpin kononnya.
Bicara berbagai-bagai. Bayangkan bubar pilihan raya yang ada, bubar pilihan raya yang ada. Allah S.W.T bagi petunjuk kepada umat. Yang Berhormat Pasir Salak bangkitkan katakan bahawa ada persetujuan dengan Ketua Pembangkang.
Waktu itu bayangkan saya lawan dengan UMNO, saya lawan dengan Perikatan Nasional tetapi di belakang saya rakan saya pula sign untuk hendak menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ke manakah hala tuju keadaan ini?
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Oleh sebab saya akur dengan arahan parti.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Apa dia?
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ada Ketua Parti.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Ya lah kita akur pun kadang-kadang itu yang saya katakan nilai. Saya dahulu menjadi Naib Presiden pun bukan kita semata-mata akur kepada parti.
Saya tekan berbagai-bagai keadaan-keadaan yang Presiden UMNO ada sini dia dengar apa saya bahaskan di Dewan Kabinet yang ada. Kepentingannya, negara ini kerana itu janji kita. Manis sedap ahli politik ini bersuara rakyat dan negara tetapi kita hendak berani bersuara, kena berani bertindak untuk memastikan supaya jangan ada keadaan yang berlaku pada hari ini. Ini akibat daripada tindak tanduk kita.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa tidak mengizinkan saya berharap rang undang-undang ini beberapa perkara yang tidak begitu jelas ya contohnya yang kecil sahaja saya hendak sebutkan. Bila seseorang itu Dewan Negara dilantik, Senator, oleh parti sepatutnya hak ini diberikan kepada parti yang melantik mereka, tidak dibiarkan Senator itu termasuk Dewan Undangan Negeri yang ada.
Sepatutnya bilamana Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dilantik seumpama rang undang-undang di peringkat Negeri Sabah enam Dewan Undangan Negeri yang dilantik oleh kerajaan, oleh parti yang memerintah. Selepas itu, dia consistent masih lagi kekal kedudukan dia. Tidak ada uniformity. Jadi, itu yang saya cadangkan supaya kepada Yang Berhormat Menteri Undang- undang there must be kesaksamaan, uniformity daripada segi undang-undang yang ada.
Terima kasih banyak, apa yang dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tuan Yang di-Pertua pun akan ke Sabah dan pastikan it is not to say that it is an option for the state.
Every state in the country must implement rang undang-undang ini secepat yang mungkin untuk membolehkan supaya keadaan negara kita jangan hanya kita bagi option kepada negeri yang ada. Kita katakan it could be a must daripada segi undang-undang letak semua Artikel 76 yang ada.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Tuan Yang di-Pertua pun tahu tentang undang-undang. Disebutkan di sini di mana rang undang-undang Federal can supersede the state tetapi saya yakin kita perlu ada kerjasama dengan kerajaan negeri yang ada untuk membolehkan rang undang-undang itu dibentangkan di Dewan Undangan Negeri untuk dapat dilaksanakan bukan hanya membabitkan Ahli Parlimen bahkan juga Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang ada.
Tuan Yang di-Pertua, cukup jelas bahawa di sini persoalan tentang gabungan- gabungan tidak begitu terperinci daripada segi rang undang-undang ini. Gabungan yang dikatakan antara parti, antara Ahli-ahli yang ada bagaimana keadaan dia? It must be spelled out dalam keadaan pengurusan undang-undang yang ada ini. Jadi, saya berharap keadaan ini perlu kita jelaskan kepada rakyat.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Yang Berhormat Semporna, boleh minta ruang?
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
[Duduk]
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Okey, terima kasih Yang Berhormat Semporna. Apakah pandangan Yang Berhormat Semporna apabila contohlah selepas PRU ke-15 sekarang ada satu gabungan yang hanya memerlukan dua orang Ahli Parlimen sahaja untuk mereka membentuk kerajaan?
Ada dua orang Ahli Dewan Rakyat yang telah setuju untuk memberikan sokongan secara terbuka kepada gabungan tersebut sehingga memungkinkan mereka boleh membentuk kerajaan? Akan tetapi, dalam secara realiti dia dua orang wakil rakyat ini telah melanggar stand party dia.
Akan tetapi, daripada segi sudut perundangan kerajaan itu sah kerana sokongan individu di dalam Parlimen sah dari segi undang-undangnya untuk mana-mana individu untuk dilantik menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi, maknanya di sini undang-undang ini setuju kah Yang Berhormat Semporna dia masih tidak clear dalam sudut tersebut? Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Tuan Yang di-Pertua, yang saya jelaskan tadi itu there’s no clarity daripada segi rang undang-undang yang perlu ditekankan bahawa keadaan ini seharusnya tidak berlaku kerana itu suara individu tetapi suara parti berbeza membolehkan supaya kerajaan – Seperti juga yang berlaku hari ini.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Suara pembangkang sebetulnya tidak selari tetapi memorandum sudah signed, banyak penyakit yang datang, kansernya tetapi kita biarkan keadaan itu supaya dihalusi oleh Yang Berhormat Menteri, bagaimana membaikkan keadaan perundangan yang ada di negara kita ini.
Satu, daripada segi punitifnya. Apabila saya lihat rang undang-undang ini, tidak ada daripada segi– tidak begitu berat sangat persoalan dibangkitkan tentang seseorang itu sudah melompat, selepas itu dia boleh bertanding. Di Sabah, sampai dia bertanding– terkadang itu Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ada di antara mereka mendapat imbuhan. Saya tidak tahu betul kah tidak, RM5 juta, RM4 juta. Sudah dapat RM4 juta, RM5 juta, selepas itu apabila bubar Dewan, dia menggunakan duit RM1 juta, RM4 juta fixed deposit, letak di akaun dia, jadi business. Ke mana kita punya kaedah untuk hendak pastikan supaya tegah dia?
We must be very punitive. Maka dengan itu, saya cadangkan supaya satu penggal kepada Yang Berhormat melompat tidak boleh bertanding. Bukannya hukuman berat sangat, kita tidak mahu nanti ada Yang Berhormat seperti Yang Berhormat Keningau pun, contohnya. Rakan saya daripada sebelah sana. Daripada STAR, daripada PBS, daripada PBRS, daripada UPKO, macam-macam parti sudah. Sudah tujuh parti yang masuk, ke mana hala tuju kita? Individu kita kena urus, ahli-ahli politik ini, ROS kerana itu merupakan satu keadaan yang boleh mengawal gabungan parti-parti. Akan tetapi dalam perundangan ini juga, seorang individu perlu diurus oleh undang-undang yang ada ini. Tuan Yang di- Pertua...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Baling. Yang Berhormat Semporna, saya tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat Semporna.
Apakah Yang Berhormat setuju, ROS juga adakan dalam sistem CTOS. Makna kerja, kalau dia sudah masuk dalam parti ini, dia hendak pergi parti lain, tekan dalam CTOS itu, dia sudah blacklist sudah, tidak boleh pergi parti lain. I think ini juga patut kita fikirkan macam CTOS. Kalau tidak...
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Setuju, setuju. Ini saya setuju Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
...macam tujuh, lapan, sembilan, sepuluh parti kan? Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Semporna?
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporn
Memang saya ingat kalau perkara ini perlu kita halusi seperti yang dinyatakan. Walaupun banyak kepincangan rang undang-undang ini. Apabila saya halusi, membaca keadaannya, it is not a complete kind of law. Not only untuk mencegah, bukan hanya menjadi deterrent yang ada tetapi oleh kerana kita harus mempunyai pendekatan this is the law, kita kena bagi persetujuan, sokongan yang padu untuk memulakan titik permulaan kepada kita membendung keadaan, krisis politik di negara ini tercemar di peringkat dunia yang ada.
Terima kasih.
Banyak lagi perkara yang saya hendak sebutkan. Satu lagi yang saya terlupa.
Tidak disentuh tentang contohnya, bila mana seorang YB sudah bertanding, menang tetapi yang belanjanya parti. Dalam undang-undang, ada. RM100,000, RM200,000.
Dalam itu dibolehkan, undang-undang ada. Bawa pergi mahkamah. Apa yang kita bahaskan di mahkamah ialah bukan kerana kebebasan dia untuk hendak melompat sana sini. Akan tetapi kita hendak point out bahawa it is the contract that you have done with the party, that the party gave you money RM100,000, you must pay back to ensure that this is also a way yang kita hendakkan, pastikan pulangan balik kepada parti yang ada.
Bukan pasal persoalan duit, nilainya RM100,000, RM50,000 apa kah tetapi ini merupakan satu kerangka undang-undang yang komprehensif untuk membolehkan supaya rang undang-undang ini dapat kita laksanakan sebaik mungkin untuk kepentingan negara kita.
Banyak sebenarnya tetapi oleh sebab perkara ini– gabungan parti, saya hendak bahaskan tetapi masa tidak mengizinkan. Rakan-rakan yang lain pun hendak membahaskan. Terima kasih banyak. Saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Rengas yang telah berubah tempat dengan Yang Berhormat...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Tuan Yang di- Pertua...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Silakan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Asas kepada kita mewujudkan anti-hopping law ini ialah pertamanya kita tidak mahu pengkhianatan mandat rakyat, itu pertama ya. Keduanya, kita hendak membanteras rasuah. Jadi, ini merupakan asas kepada apa yang kita hendak buat di bawah anti-hopping law ini. Maka oleh sebab itu, saya hendak mencadangkan iaitu supaya apabila dimaksudkan satu penggal, one term means five years, full term five years. Kita tidak mahu di pertengahan itu boleh berlaku pertukaran kerajaan sebab kita mahu kita bercakap tentang stabiliti. Jadi oleh sebab itu, saya cadangkan supaya kita kata full term five years. Oleh kerana rakyat diberitahu bahawa dia memilih kerajaan itu untuk lima tahun. Kalau ada yang one term means five years, five years means five years, maka tidak adalah di tengah-tengah itu berlaku pertukaran kerajaan kah. Kita boleh membanteras rasuah, because it cannot happen, one term means five years. Jadi, rakyat pun pilih dia faham, aku pilih kerajaan ini untuk lima tahun, bukan untuk dua, tiga tahun.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Saya telah mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Semporna sebentar tadi berkenaan dengan PN ini kerajaan tebuk, BN kerajaan tebuk. Saya juga mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Kota Raja yang telah menyatakan iaitu bahawa saya pernah berkata iaitu bahawa UMNO-BN we are prepared to be opposition for five years. Jadi dalam hal ini, kita harus lihat apakah puncanya yang berlaku Kerajaan PH ini jatuh tengah-tengah? Ini kita kena tahu. Masalahnya iaitu kerana Yang Berhormat Langkawi letak jawatan. Kalau tidak, perkara ini tidak berlaku. Jadi, kalau kita ada five years, means five years. Sekalipun Yang Berhormat Langkawi letak jawatan, maka Perdana Menteri nya harus datang daripada PH. We are prepared five years to be an opposition. We don’t want menjadi kerajaan yang tidak mempunyai mandat rakyat. Jadi oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
[Bangun]
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Give me a chance bercakap ya. Jadi oleh sebab itu, saya hendak mencadangkan iaitu five years, means five years. Jadi bermakna, tidak dikhianati apa yang rakyat hendak iaitu bahawa kami pilih kerajaan ini untuk lima tahun. Jadi oleh sebab itulah– saya ingat hentikanlah yang mengatakan kerajaan tebuk kah, apa kah. Kita bukan hendak jadi kerajaan pun tetapi berlaku pertengahan, implosion, nothing to do with us. Akan tetapi apabila perkara ini berlaku, makna Yang Berhormat Langkawi letak jawatan dan di kalangan pimpinan PH pun mereka mengkhianati di antara satu sama lain, bukan masalah kami. It is not our problem, we don’t want. Jadi, itulah.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan supaya lima tahun, bermaksud lima tahun. Pertamanya, kita tidak akan mengkhianati mandat rakyat.
Keduanya, tidak ada ruang untuk kita hendak rasuah kah, apa kah, kerana tidak boleh lompat sudah. Jadi, ini cadangan saya supaya five years means five years. Kita tidak boleh bagi kesempatan kepada mana-mana parti ataupun kerajaan yang pegang pada ketika itu untuk menggunakan apa yang dikatakan, “Ekonomi tengah baik”. Jadi, dalam masa tiga tahun, “We do the elections now, we do it now”. Itu mengkhianati rakyat.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Padang Rengas.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Klang.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Padang Rengas. Quite taken up by the suggestions that you are making iaitu five years means five years. Kalau kita boleh mencadangkan satu cadangan baru sebagai satu reformasi Parlimen iaitu mengadakan fixed term Parliament. Bermaksud, if five terms is five terms, kita tetapkan bila pilihan raya yang akan datang ditetapkan sekarang juga. So therefore, there is no musim teka teki. Macam sekarang, kluster mahkamah mengatakan mereka hendak pilihan raya dengan cepat tetapi kalau kita ada fixed term parliament, maka teka teki ini boleh dibatalkan. Minta pandangan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Cadangan saya fixed term five years ini, five years. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Klang yang menyokong cadangan saya ini. So, I think after this we have to think iaitu bahawa fixed term is very important. Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Apakah pandangan Yang Berhormat Padang Rengas kalau kita melihat apa yang telah berlaku kepada negara kita selepas Pilihan Raya Ke-14 yang mana kita semua sedia maklum Yang Berhormat Kota Raja begitu akrab dengan Yang Berhormat Langkawi. Berbuka puasa Yang Berhormat Langkawi pergi ke rumah, masak bagi makan dan sebagainya. Akhirnya, apabila Yang Berhormat Kota Raja berada di luar negara atas nama Menteri Pertahanan di Sweden, balik-balik kerajaan sudah tidak ada. Selepas itu dia marah, dia kata, “Apa ini?”. Siap ada perkataan-perkataan yang disebut dan apa sudah jadi ini?
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Kacau lah you.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Bukankah– saya hendak tanya, adakah Yang Berhormat setuju bahawa Yang Berhormat Langkawi lah
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
yang mengkhianati Pakatan Harapan. Sehingga hari ini kita mendapat musibah dua, tiga, empat kerajaan. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Disebut di peringkat awal tadi iaitu bahawa kalau tidak berlaku peletakan jawatan, tidak mungkin kita terbabit dalam masalah ini. Akan tetapi kalau– daripada mana tadi? Yang Berhormat Kota Raja, dia memang chef. Saya pun tunggu dia panggil saya.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Belum lagilah.
Okey tak apa, no problem. Keduanya, saya hendak cadangkan iaitu bahawa Perdana Menteri ini cuma dua penggal sahaja. Bukan kerana apa, kerana kita benarkan Perdana Menteri boleh pergi sampai ke 10-20 tahun ke atas, apa yang akan berlaku ialah mungkin will lead to corruption. Ini disebabkan kita boleh culture the civil service, daripada KSN, KSU yang akhirnya mereka akan dengar cakap kita.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon****) mempengerusikan Majlis****] Akan tetapi, kalau kita bagi dia dua penggal sahaja, ini bermakna bahawa mereka tidak ada kesempatan untuk to create a culture of cronyism, kleptocracy-kah apabila – I meant tidak boleh diadakan. Jadi oleh sebab itulah saya juga mencadangkan supaya Perdana Menteri dua penggal sahaja. Ada sebenarnya kebaikan antaranya apabila di Amerika mereka hanya mengizinkan Presidennya menjadi Presiden selama dua penggal sahaja. Itu yang kedua.
Ketiga, saya hendak sokong Yang Berhormat Seremban sebentar tadi. Saya telah sebut pada peringkat awal, asas kepada kita mengadakan anti-hopping law ini ialah untuk memastikan jangan kita khianat mandat rakyat. Itu pertama. Keduanya, jangan beri ruang untuk rasuah boleh − kita kena banteras rasuah ini. Jadi oleh sebab itu, saya rasa cadangan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Seremban tadi adalah baik iaitu dalam hal-hal yang tertentu seperti a motion of no-confidence brought against the Prime Minister, a vote for the approval of the supply bill or a vote to amend provisions of the Constitution – ini kalau langgar, bermakna bahawa dia automatiklah. Apabila dia masuk dalam Perlembagaan setiap parti maka he will be dropped. Drop dengan pecat berbeza.
Dua perkara yang berbeza.
Jadi kalau dia di-dropped bermakna bahawa perlulah dia berhenti. Akan tetapi kita kena ingat, walaupun tadi Yang Berhormat Semporna kata jangan bagi peluang kepada orang yang melompat untuk bertanding balik tetapi bagi orang yang di-drop ini, dia resign atau kalau dia tak resign, dia dropped pun, beri peluang kepada dia. Kerusi kosong, beri peluang untuk dia bertanding balik kerana kita tidak boleh mengganti Ahli Parlimen itu.
Drop sahaja, kerusi kosong. Akan tetapi, kerusi kosong kena beri peluang orang yang kena drop itu untuk bertanding semula.
Oleh sebab itu, kita kena juga buang peruntukan yang tidak membenarkan siapa yang meletak jawatan tidak boleh bertanding. Ya, Yang Berhormat Seremban.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Seremban.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih lah kepada rakan saya Yang Berhormat Padang Rengas kerana menyokong apa yang saya sarankan. Cuma, saya rasa apa yang kita perlu buat ialah satu perbezaan yang jelas mesti diletakkan di dalam pindaan yang kita hendak hendak bawa ini. Sama ada dalam peringkat misalan ataupun dalam contoh-contoh. Maksudnya, kalau seseorang itu tergugur daripada keahliannya, dia bukan dipecat. Itu there must be a distinction there. Ini kerana, kalau kita pecat – saya faham hujahnya kata, kalau kita pecat, maka Presiden parti ataupun Ketua Parti ini akan menjadi maha berkuasa. Kalau dia tak
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
suka orang itu – macam Yang Berhormat Padang Rengas, kalau Presiden tak suka dia, pecat dia, dia hilang kerusi.
Maka kita tak boleh sewenang-wenangnya pecat. Akan tetapi, dalam keadaan tertentu yang dia melanggar keputusan parti, keputusan dasar parti maka dia tergugur sebagai keahlian tetapi itu tidak boleh ditakrifkan sebagai pemecatan. Adakah Yang Berhormat setuju supaya kita cuba cadangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri masukkan dalam misalan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Silakan Yang Berhormat Padang Rengas, rumuskan sekali. Rumuskan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Ini kerana, dia tidak dipecat. Ya, dia tidak dipecat, dia digugurkan. Akan tetapi, sekalipun dia digugurkan, kerusi itu tetap menjadi kosong. Bukan bermakna kalau dia di-drop kerusi tidak kosong.
Kena kosong sebab siapa penggantinya itu? Ini kerana, kita hendak balik − fasal waktu pilihan raya, dia telah menjadi Ahli Parlimen kerana lambang. Jadi, oleh sebab itu sekarang ini dia digugurkan, kita kena beri balik hak untuk dia bertanding untuk menunjukkan iaitu bahawa “Ya, aku digugurkan tetapi aku boleh bertanding”.
Ini kerana, kita tak ada parti ganti. Jadi kepada saya, saya setuju. Drop, supaya – tetapi kesannya sama juga. Maknanya kerusi itu akan kosong sebab kita tidak ada cara lain bagaimana hendak menggantikannya. Maka oleh sebab itulah saya setuju dengan cadangan apa yang Yang Berhormat sebut supaya kita tidak mahulah perkataan ‘dipecat’ akan menyebabkan dia menjadi duri dalam daging. Kalau dia stay on as a Member of Parliament, dia telah dipecat, maka dia stay on lagi. It is not fair-lah. Lebih baik kosongkan kerusi itu, sama ada pecat ataupun drop maka beri parti meletak orang lain untuk bertanding. Juga kesempatan kepada Ahli Parlimen itu untuk dia bertanding semula sebab this is democracy. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ucapkan tahniah kepada kita semua kerana insya-Allah saya percaya dalam pindaan Perlembagaan nanti semua kita akan menyokong anti-hopping law ini. Apa yang berlaku pada masa yang lepas, kita jadikan teladan sahaja. But today we are together to make sure that this thing will never ever happen again. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Jerlun.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Jerlun juga menyokong pindaan Perlembagaan ini dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Santubong kerana pushing ahead dengan pindaan-pindaan seperti mana yang kita bincangkan pada hari ini.
Secara umumnya, kita tahu bahawa ini adalah satu perkara yang sangat penting untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi yang kita amalkan.
Kalaulah terus dibenarkan atau dibiarkan aktiviti lompat melompat setelah seseorang itu dipilih menjadi Ahli Dewan Rakyat, maka tentunya pengundi itu sendiri rasa buang masa sahaja dia menggunakan haknya untuk keluar mengundi jika orang yang dipilih itu boleh membuat keputusan secara unilateral untuk mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat.
Saya terima baik peruntukan di mana Ahli Dewan Rakyat yang tinggalkan partinya terhenti sebagai Ahli Dewan Rakyat. Akan tetapi, apabila perkara ini berlaku dahulu, sebelum peruntukan ini diluluskan tidakkah perlu difahami sebelum itu kenapa seorang Ahli Dewan Rakyat mengambil tindakan untuk keluar parti? Mungkin kerana prinsip, mungkin kerana tidak setuju dengan keputusan kepimpinan partinya ataupun perkara- perkara lain. Sebentar tadi kita dengar Yang Berhormat Semporna bangkitkan perkara ini.
Sepatutnya disemak ataupun disiasat sedalam-dalamnya jika wujud penyelewengan seperti sogokan – baik duit ataupun jawatan dalam kerajaan ataupun jawatan dalam GLC
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
dan imbuhan-imbuhan yang lain untuk mendorong pihak Ahli Dewan Rakyat itu untuk melompat.
Ini sepatutnya menjadi tanggungjawab Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jangan SPRM pula yang diguna untuk beri tekanan kepada Ahli Dewan Rakyat supaya sokong ataupun tidak sokong pihak-pihak tertentu. Bagaimana pula dengan kes di mana seorang Ahli Dewan Rakyat itu tidak setuju dengan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan parti dia sendiri? Walhal, mungkin dia dapati bahawa kepimpinan parti yang terlibat dalam kes-kes rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, kleptokrasi dan sebagainya.
Jadi, dia tak boleh hendak meninggalkan partinya walaupun dia tidak setuju lagi dengan parti atau kepimpinan parti dan dia terpaksa tunggu sampai dia dipecat kalau dia hendak kekal sebagai Ahli Dewan Rakyat. Jadi, ini satu ketidakadilan dan perlu dicari satu mekanisme di mana seorang yang tidak lagi sehaluan atas prinsip, atas perkara-perkara yang munasabah boleh terus kekal dalam kerusinya walaupun dia tidak lagi menyokong parti.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Seterusnya, saya hendak bertanya berkenaan dengan peruntukan di mana kita kata tadi. Kalaulah sebuah parti itu membuat satu keputusan dan Ahli Dewan Rakyat tidak bersetuju, maka ini boleh dianggap sebagai tidak akur dengan keputusan parti, beberapa perlembagaan parti memperuntukkan supaya orang ini digugurkan keahliannya dan atas sebab itu dia terpaksa mengosongkan kerusi.
Akan tetapi saya ingat tidak kurang pentingnya ialah keputusan yang dicapai oleh parti itu mesti dibuat secara yang rasmi. Maksudnya setiap parti yang membuat keputusan baik untuk keluar dari satu gabungan, itu satu keputusan besar tentunya, mestilah membuat mesyuarat majlis pimpinan tertinggi parti itu sendiri. Bincang perkara itu sedalam-dalamnya, kemudian buat keputusan dan mengisytiharkan keputusan itu. Tidak boleh berlaku satu keadaan di mana seorang pemimpin parti itu sahaja yang membuat keputusan dan dia menganggap itu sebagai keputusan parti.
Dalam keadaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, sebelum berlakunya Langkah Sheraton, keputusan terakhir dalam majlis pimpinan tertinggi parti ialah tunggu dahulu.
Fikir dalam-dalam dahulu. Cadangan presiden parti itu iaitu Yang Berhormat Pagoh, untuk menarik keluar Bersatu ini daripada Pakatan Harapan. Akan tetapi sebaliknya presiden pula yang memecat pengerusi parti. Ini satu perkara yang sangat luar biasa dan ajaib saya ingat. Tidak pernah lagi saya dengar. Walhal dalam Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu sendiri jelas menyatakan bahawa pengerusi parti adalah supremo ataupun ketua parti.
Bukan setakat pengerusi sahaja, kami berenam semuanya yang dipecat dan ya lah kalau ikutkan peruntukan ini, kami akan kekal sebagai Ahli Dewan Rakyat tetapi yang saya hendak bangkitkan ialah keputusan parti yang mana satu yang terpakai. Adakah keputusan untuk mengeluarkan Bersatu daripada Pakatan Harapan itu menganggap sebagai keputusan rasmi parti walhal tidak pun diputuskan dalam majlis pimpinan tertinggi ataupun keputusan enam orang lagi termasuk pengerusi parti itu sendiri untuk tidak mengkhianati Pakatan Harapan itu yang dianggapkan rasmi. Silakan Yang Berhormat Seremban.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Seremban.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya cuma hendak mengambil peluang ini supaya Yang Berhormat Jerlun merakamkan rekod yang sebenarnya. Saya setuju bahawa apa sahaja keputusan parti mesti dibuat melalui sama ada dalam konteks DAP adalah CEC, dalam konteks parti lain, majlis tertinggi parti masing-masing. Saya hendak bertanya supaya Yang Berhormat Jerlun boleh jelaskan.
Sebelum Langkah Sheraton, Pakatan Harapan mengadakan Majlis Presiden dan dalam mesyuarat itu walaupun saya tidak hadir, tetapi saya tahu keputusannya ialah kita memberikan keputusan itu, memberikan mandat kepada – pada ketika itu pengerusi PH
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
iaitu Yang Berhormat Langkawi untuk membuat keputusan bila hendak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Mandat penuh diberikan oleh PH dan kemudian itu, Mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu mengatakan juga memberikan mandat kepada pengerusi untuk memutuskan sama ada hendak keluar daripada Pakatan Harapan atau tidak. Adakah that is the right version? Saya harap Yang Berhormat Jerlun boleh nyatakan dalam Dewan Rakyat pada hari ini bahawa Yang Berhormat Pagoh telah pun membelakangkan keputusan yang telah dibuat pada ketika itu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Silakan Yang Berhormat Jerlun.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Pada pandangan saya dan saya ingat benda ini dirakamkan melalui rakaman Mesyuarat MPT itu sendiri, memang diputuskan di dalam MPT terakhir yang kami hadir di Bersatu itu bahawa diserahkan kepada Yang Berhormat Langkawi tetapi sebaliknya...
[Disampuk]
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan
Tuan Yang di- Pertua ini mendedahkan minit mesyuarat meeting ke? Ataupun kita bincang soal lain?
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Sebaliknya apa yang berlaku ialah Ahli Dewan Rakyat daripada Bersatu yang diketuai oleh Yang Berhormat Pagoh sendiri dan juga beberapa daripada PKR yang diketuai oleh Yang Berhormat Gombak hadir...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Menarik juga cerita ini.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
... hadir di Sheraton.
Jadi soal keputusan parti saya hendak bertanya mungkin sebab Yang Berhormat Bagan Datuk pun ada di sini, boleh tanya Yang Berhormat Bagan Datuk sendiri sebagai ketua parti UMNO. Sebelum ini 15 daripada Ahli Dewan Rakyat daripada UMNO yang dikepalai oleh Yang Berhormat Bagan Datuk menarik sokongan daripada Yang Berhormat Pagoh.
Seramai 22 orang lagi kekal menyokong. Seramai 22 orang ataupun 27 orang. Seramai 22 orang saya ingat kekal menyokong Yang Berhormat Pagoh. Jadi, keputusan UMNO yang mana satu yang terpakai?
Seorang itu boleh dianggap tergugur keahliannya menurut perlembagaan parti kalau dia tidak menepati keputusan parti. Akan tetapi dalam hal itu, keputusan yang mana yang kita hendak ikut sebenarnya? Adakah keputusan yang dibuat bersama dengan presiden parti itu sendiri ataupun yang kebanyakannya kekal di dalam menyokong Yang Berhormat Pagoh sebagai Perdana Menteri. Akan tetapi akhirnya kita tahu, Yang Berhormat Pagoh jatuh dan Yang Berhormat Bera pula daripada parti yang sama iaitu UMNO diangkat sebagai Perdana Menteri.
Saya hendak sentuh juga komen rakan-rakan selalu sangat bangkitkan. Saya hendak ingatkan kita semua kepada 43(4). Kalau boleh saya baca, “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri, melainkan kalau untuk bubarkan Dewan.” Jadi Yang Berhormat Langkawi ketika itu setelah berlaku Langkah Sheraton telah pun hilang majoriti. Hilang majoriti kalau ikut Perlembagaan ini ia tidak ada pilihan selain daripada meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Sewaktu Yang Berhormat Pagoh menjadi Perdana Menteri pun, kita rasakan bahawa sebenarnya Yang Berhormat Pagoh tidak mempunyai majoriti dan majoriti itu tidak dapat diuji kerana Dewan tidak dapat bersidang. Sampai diisytiharkan darurat pun ada. Dewan tidak dapat bersidang untuk kita mencabar majoriti yang ada pada Yang Berhormat Pagoh.
Jadi kalau kita anggapkan bahawa sepatutnya Yang Berhormat Pagoh tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana tidak mempunyai majoriti, kenapa tidak kita faham bahawa Yang Berhormat Langkawi pun sudah hilang majoriti ketika itu dan mengikut Perlembagaan ini, dia mesti letak jawatan sebagai Perdana Menteri? Apa yang susah sangat hendak faham hal ini? Sudah memang termaktub di dalam Perlembagaan yang
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
kita junjung sekarang ini yang mana kita bincang sekarang ini untuk dipinda. Jadi, ditanya pula kawan-kawan sebelah sini pula, kenapa Yang Berhormat Langkawi tidak serah jawatan itu kepada Yang Berhormat Port Dickson? Apa yang dimaksudkan dengan serah?
Perlembagaan kita ...
[Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Jerlun, minta rumuskan.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
… jelas menyatakan – saya hendak cepat habiskan ini, bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat. Itu sebenarnya.
Bukan satu keputusan seorang Perdana Menteri hendak serah-serahkan jawatan. Tidak boleh. Adakah dengan menyerahkan jawatan itu, tanpa mendapat majoriti, boleh mengesahkan seorang sebagai Perdana Menteri?
Tambah pula apabila kita tahu Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Gombak hendak tarik sebilangan daripada Ahli Pakatan Harapan dia keluar daripada Pakatan Harapan ketika itu. Jadi, apa jaminan yang kita ada bahawa penyerahan jawatan itu boleh dilakukan secara automatik? Kalau tidak ikut apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan ini. Jadi sudah-sudahlah hendak bangkitkan polemik yang bukan-bukan itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Jerlun, masa sudah habis.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Tidak masuk akal.
Ikut Perlembagaan. Baca apa yang ditulis di dalam ini. Kalau boleh diizinkan masa, Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya ingat masa sudah tamat untuk...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya hendak tanya soalan.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Akan tetapi saya secara umumnya hendak nyatakan, tidak kiralah apa kritikan yang dilontarkan oleh pihak sana, kami sebenarnya menyokong pindaan Perlembagaan ini. Kami menyokong. Kalau kita tidak menyokong, kami berempat sahaja mungkin tidaklah jadi apa-apa. Akan tetapi kalau sebahagian besar yang sebelah sini tidak menyokong pun tidak lepas. Kita perlukan dua per tiga ini. Jadi, saya ingat kami berempat ini pun boleh dikira juga untuk menyokong pindaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Saya harap ia akan membawa kepada satu perubahan paradigma yang besar dalam cara kita mengendalikan demokrasi dalam negara kita ini yang betul-betul menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat, insya-Allah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kinabatangan, 10 minit.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita semua maklum bahawa foundation ataupun asas untuk kita mengadakan RUU ini jelas.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan
Matlamat kita iaitu untuk menstabilkan kerajaan selepas pilihan raya. Oleh sebab kita semua telah melalui proses yang panjang. Pertukaran demi pertukaran, pertukaran demi pertukaran.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, sayalah orang yang paling konsisten meminta kerajaan supaya akta ini dibawa ke Parlimen. Oleh sebab kalau saya– lompat-melompat ini berlaku di Sabah bermula pada tahun 70-an sudah. Oleh sebab itu kita semua sedar di Sabah ini walaupun kita merdeka ke belakang lambat tetapi kita sudah melalui PRN negeri yang ke- 16, ya. Di Sarawak baharu melalui PRN ke-12. Persekutuan baharu menuju PRU ke-15.
Bayangkan bagaimana kekerapan rakyat Sabah itu mahu pilihan raya, dia tukar kerajaan.
Tukar kerajaan bukan pilihan raya, lompat parti. Lompat sana, lompat sini.
Oleh sebab itu saya kata RUU ini merupakan satu paradigm shift kepada Ahli-ahli Parlimen, anjakan paradigma. Ahli Parlimen ini kena di martabatkan supaya mereka sedar bahawa mereka ada maruah yang perlu dipertahankan. Arwah mak saya berpesan, kamu boleh gadai apa sahaja. jangan gadaikan maruah kamu. Apabila suka lompat, dia gadaikan maruah.
Oleh sebab itu kita tidak mahu wakil rakyat kita menggadai maruah mereka. Wakil rakyat ini dipilih dalam kalangan rakyat itu. Ada 30 juta lebih orang, yang dipilih 222 orang.
Bukan semua boleh jadi wakil rakyat. Hanya orang-orang terpilih sahaja macam...
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Penjelasan.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Yang Berhormat Kota Raja.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Penjelasan kenapa tidak...
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Kota Raja. Dia memang spesies yang luar biasa. [Dewan ketawa]
Seorang Ahli
Macam saya.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Macam saya juga.
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Yang Berhormat Kinabatangan, boleh buat penjelasan sedikit?
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sekejap, bah.
Sekejap. Saya banyak isu saya mahu bawa ini.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Sedikit sahaja.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sekejap. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi saya ingin mahu cadangkan kepada kerajaan bawa lagi satu RUU baharu. Oleh sebab kalau kita wakil rakyat hendak diperkasakan, hendak di anjakan paradigma dia, parti juga kena ada maruah. Mana-mana parti yang menang dalam pilihan raya, membuat janji macam-macam, jadi kerajaan tidak tunai janji, maka di automatik boleh di dropped daripada kerajaan. Ini penting.
Oleh sebab salah satu faktor Pakatan Harapan gugur pada ketika itu mereka menipu rakyat. Janji banyak, beratus-ratus, semua percuma. Akan tetapi, rakyat tunggu tidak ada juga. PTPTN tidak juga. Minyak tidak juga. Itu tidak juga, ini tidak juga. Jadi, ini pun perlu saya minta kerajaan buat satu RUU baharu iaitu mana-mana parti yang menyertai dalam pilihan raya ia menang, janji banyak sama rakyat, jadi pemerintah tidak tahu apa ia buat.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Penjelasan Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia tipu rakyat.
Maka dua tahun, setahun ia gugur daripada kerajaan.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Penjelasan Yang Berhormat Kinabatangan. Sedikit.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sedikit tidak apa, ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Silakan.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.
Adalah Yang Berhormat sedar bahawa selepas pilihan raya tahun 1986 kerajaan yang mana waktu itu iaitu PBS telah meminda Perlembagaan negeri Sabah, Artikel 18 di mana satu undang-undang Anti Lompat Parti telah dimasukkan di sana, okey.
Akan tetapi, selepas itu mahkamah mengatakan bahawa itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan sebab Artikel 10 dalam Perlembagaan Persekutuan. Selepas itu apabila UMNO mengambil alih kerajaan selepas lompat-melompat 1994, UMNO pula meminda Perlembagaan Sabah itu dan membuang peruntukan anti lompat parti itu. Jadi, adakah Yang Berhormat sekarang Timbalan Ketua Menteri akan balik Sabah nanti supaya dipinda Artikel 18 itu dan dimasukkan balik anti lompat parti itu?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat, kan kita sudah membahaskan RUU ini. Pada kebiasaannya undang-undang Perlembagaan Persekutuan ini ia supersede dengan negeri-negeri.
Akan tetapi, kita biarlah minta kerajaan negeri itu masing-masing bawalah pergi ke Dewan masing-masing. Kalau sudah Ahli Parlimen kita martabatkan, ‘dimaruahkan’, hendak kah ADUN kita macam monyet lagi? Tidak boleh. ADUN kita pun kena ada maruah. Tidak boleh lompat sana, lompat sini.
Oleh sebab itulah Sabah mundur. ADUN ia suka lompat-lompat. Salah satu faktornya. Macam saya, tidak lompat sana sini, stand alone. Apakah masalah? Nda ada, jangan lompat. Apakah mahu lompat? Kita hormati pendirian rakyat. Itu yang kita mahu.
Sebagai contoh kita lihat, bagaimana Pakistan mengamalkan politik terbuka? Akan tetapi, apabila ia tidak ada Akta Lompat Parti ini, maka negara luar boleh beli 30 orang Ahli Parlimennya dibeli untuk menghancurkan kerajaannya. Apakah sudah jadi dengan Pakistan?
Oleh sebab itu kita perlu akta seumpama ini untuk kita memartabatkan di Dewan Rakyat kita. Saya percaya, nda ada satu orang pun yang menolak. Siapa yang menolak itu memang kita jaga-jaga. Jangan kasi calon lagi. Itu memang suka lompat punya. Ini kita mesti awas siapa yang menolak akta ini.
Saya rasa Yang Berhormat Port Dickson akan perhatikan dia punya Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada dalam sini esok hari. Mana tidak mengundi, bermakna dia memang ada cita-cita mahu melompat. Di sini jangan susah. Kita akan jaga. Kita akan kira mana kita– sebab kita mahu akta ini diterjemahkan di dalam Dewan ini.
Jadi, lain kali kalaulah Yang Berhormat Port Dickson menang biarlah dia menang.
Kita sokonglah. Apakah masalah? Kalau BN menang, Yang Berhormat Port Dickson sokonglah kita. Bagi pandangan yang baik. Masalah kita di Malaysia ini kita berpolitik 24 jam, Tuan Yang di-Pertua. Selepas pilihan raya politik, sebelum pilihan raya politik, sudah menang pun kita hentam kasi jatuh. Di negara lain mana ada ini macam. Sepatutnya selepas pilihan raya kita duduk berbincang how to progress economy, how to progress country. Bukan macam mana kita mahu potong ini orang. Ini masalah kita.
[Disampuk] Ya, dia potong kaki, potong kepala. Susahlah.
Yang Berhormat Shah Alam, mana Yang Berhormat Shah Alam? Ini mahu diawasi Yang Berhormat Shah Alam ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya melihat bahawa untuk menuju negara yang stabil, negara yang harmoni kita perlu ada undang-undang yang sesuai. Saya syorkan juga bukan hanya di Parlimen tetapi di negeri-negeri buatlah persidangan khas untuk memastikan bahawa akta yang sama dapat direalisasikan supaya kita dilihat orang ramai dihormati.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Oleh sebab wakil rakyat sebetulnya di mata orang ramai seorang yang dihormati sebab dia melindungi rakyat. Dia dimiliki rakyat. Bukan wakil rakyat yang saya pun tidak tahu. Jadi wakil rakyat ini bukan suatu kebanggaan tetapi ia tanggungjawab, amanah diberi oleh Allah. Kalau kita pikul, kita laksanakan dengan baik maka kita akan mendapat manfaatnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat. Akan tetapi, kalau kita tidak terjemah dengan baik, maka kitalah orang pertama yang akan disumbat dalam api neraka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Oleh itu Tuan Yang di-Pertua saya selalu memperingatkan diri saya bahawa sementara kita jadi pemimpin, maka jadilah pemimpin dengan lakukan yang terbaik untuk rakyat, negara, agama. Walaupun mungkin ada perkara-perkara yang kita lakukan sengaja atau tidak sengaja tetapi pada hakikatnya kita harus kepada landasan yang satu iaitu memelihara keharmonian dan juga memulihkan keyakinan rakyat kepada kita.
Kalau kerajaan yang adalah stabil selepas pilihan raya akan datang insya-Allah rakyat harmoni. Pelabur-pelabur luar akan datang melabur dan negara kita akan menjadi makmur dan perkasa.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya menyokong 100 percent usul undi RUU ini.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Muar. 10 minit.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Kita berada dalam keadaan yang paling susah di mana ketidakpercayaan rakyat kepada institusi politik, ahli politik, pemimpin politik pada kadar yang paling rendah sekali.
Rakyat di luar sana melihat ahli politik tidak kira dari kerajaan ataupun pembangkang sebagai mereka yang memakan gaji mereka, lumayan dapat GLC, berjawatan besar, kontrak besar bagi ahli keluarga.
Akan tetapi, keadaan rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup semakin lama semakin teruk. Lebih teruk keadaan ini apabila rakyat memberikan kepercayaan kepada ahli politik tersebut.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Kepercayaan yang sangat lumayan sekarang ini yang datang sekali setiap lima tahun tetapi secara tiba-tiba kerana ada yang diugut dan ada yang disogok kerana jawatan dan pangkat, mereka sanggup mengkhianati mandat yang begitu lumayan tersebut hanya kerana ingin membantu si pencatur kuasa kekal bermaharajalela.
Oleh sebab itu, pendirian MUDA dan Parlimen Muar jelas. Kita menyokong penuh usaha kerajaan untuk melaksanakan pindaan Perlembagaan untuk menghentikan kuasa si pencatur kuasa ini untuk terus bermaharajalela. Ini adalah permulaan penolakan sistem politik yang membenarkan si pencatur kuasa untuk terus bermaharajalela. Ini adalah permulaan untuk kita kembalikan semula kuasa kepada rakyat.
Naratif di mana rakyat yang berkuasa bukan si pencatur kuasa. Oleh sebab itu, kita perlu memberhentikan segala jenis politik lapuk, tua dan yang lepas. Old politics di mana mereka yang ingin berkuasa dengan sewenang-wenangnya boleh membeli undi dengan mereka yang berkuasa boleh menggunakan institusi kerajaan untuk terus ugut demi mendapat sokongan.
Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, sokongan ini walaupun adalah permulaan, tidak boleh dijadikan pengakhiran. Saya rasa apa yang telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui usaha dwipartisan ini perlu dipuji dan perlu diteruskan bagi inisiatif-inisiatif yang akan datang.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya ingin mencadangkan beberapa perkara yang baharu. Kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, teruskan membela rakyat, bawa reforms yang baharu. Usah fikirkan soal pilihan raya. Betulkan negara dahulu, bukan PRU. Rumah kita Malaysia sedang terbakar dihimpit dengan pelbagai jenis masalah-masalah yang baharu dengan inflasinya, kos sara hidupnya, sistem yang perlu ditambahbaikkan lagi.
Apabila rumah terbakar, kita yang diberikan mandat oleh rakyat perlu fokus bersama untuk pastikan bahawa kebakaran ini dapat dikendalikan dahulu. Akan tetapi, malangnya segelintir pimpinan daripada pihak kerajaan, UMNO khususnya bukan ingin fikirkan jalan untuk berhentikan api yang membakar ini tetapi ingin memikirkan dan bergaduh siapa yang ingin jadi ketua rumah kepada rumah yang sedang terbakar ini.
Saya ingin cadangkan kerajaan pembangkang sebelum fikirkan soal PRU, bawa reforms yang baharu. Akta Pendanaan Politik yang wajib dilaksanakan. Bawa dan hadkan kuasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada dua penggal. Bawa juga fixed term election supaya kita boleh adakan pilihan raya setiap lima tahun dan kerajaannya dipilih rakyat dapat diberikan fokus. Letakkan SPRM dan SPR bawah mandat Parlimen supaya tidak boleh disalahgunakan lagi. Institusikan blok pembangkang supaya Ahli Parlimen boleh dapat peruntukan yang adil dan saksama supaya tidak kira siapa yang jadi kerajaan dan pembangkang pada pilihan raya yang akan datang.
Sistem politik Malaysia itu adalah sistem politik yang prihatin rakyat supaya akhirnya kita boleh ada salah satu sistem politik di mana walaupun ada salah seorang pemimpin yang sangat kejam, jahat dan tidak baik sekalipun dipilih sebagai Perdana Menteri, sistem politik negara itu kukuh dan kuat untuk memastikan bahawa negara kita berada di landasan yang betul. Itulah ciri-ciri prasyarat untuk Malaysia diangkat sebagai negara yang maju, bermaruah dan berintegriti di mana kendalikan negara itu dan kejayaan negara itu tidak bersandarkan kepada satu sosok politik atau segelintir sosok politik. Akan tetapi, berdasarkan kepada institusi-institusi yang kuat dan baik, berintegriti dan maju.
I want to put in on record Tuan Yang di-Pertua kerana sebelum ini ada perbincangan yang agak panjang berkenaan apa yang berlaku semasa Gerakan Sheraton itu. Saya merupakan Yang Berhormat Menteri pada peringkat itu dan juga pengasas dan ketua parti yang saya rasa perlu dijadikan the biggest problem datang daripada parti tersebut. Saya ingat pada hari Ahad, pada Majlis Pimpinan Tertinggi, betul apa Yang Berhormat Jerlun katakan, tidak ada keputusan rasmi.
Keluar daripada mesyuarat tersebut. Saya tidak akan lupa saya dapat panggilan dalam pukul 7.00 untuk pergi ke Hotel Sheraton. Apabila saya dapat panggilan tersebut, saya tanya adakah ini keputusan muktamad parti. Saya tidak ingat ini dibincangkan. Dia kata tidak, semua pimpinan parti akan berada di sana pergi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun setuju. Saya tidak bersetuju. Saya ini anak muda, kaki lawan. Benda salah, jangan ikut sahaja.
Saya ingat saya semak dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada masa tersebut. Pergi ke rumahnya, Yang Berhormat Titiwangsa ikut saya sekali ke rumah dan di sana kita dapat kata putus di mana tidak ada persetujuan langsung dan saya tanya, “What should I do?” Yang Amat Berhormat Perdana Menteri katakan, *“Pergi ke mesyuarat.
Lawan dan jangan biarkan kesalahan ini untuk berterusan”.* Saya ingat apabila saya pergi ke sana, bukan cium-cium tangan orang. Saya pergi sana masuk mesyuarat di depan semua Ahli Parlimen BERSATU lain kata, *“This is wrong.
Tidak dapat pengesahan parti dan perkara ini membelakangkan mandat rakyat.”* Saya ingat pada detik itu telah saya dipandang serong. It is okay. Saya tahu kerana apa yang saya lakukan pada hari tersebut yang menyebabkan saya akhirnya digugurkan jawatan, dibuang parti, diugut. Sebelum diugut, disogok. I, my conscience is clear. Hilang jawatan Menteri, hilang. Kena buang parti, buang. Hendak ugut bawa ke mahkamah, bawa ke mahkamah.
Saya sebagai anak muda saya percaya institusi negara kita ini jauh lebih kuat and it overcomes any kind of political personalities. Akan tetapi, yang jelas apa yang saya katakan pada mesyuarat terakhir BERSATU jelas betul. Dengan lantang saya katakan, “Jikalau kamu tikam kawan yang bersama dengan kamu, kawan baharu kamu akan tikam
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
kamu”. Pada hari ini jelas apa yang saya katakan itu betul. Sudah tukar kerajaan bukan sekali tetapi berkali-kali. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun bertukar berkali-kali.
Akhirnya yang susah dan sakit, rakyat juga.
Oleh sebab itu, dalam bab ini, saya bukan hanya ingin menoleh belakang. The past is the past. I understand. Akan tetapi, kita perlu memahami sejarah itu supaya tidak berulang lagi. Saya rasa dengan adanya pindaan Perlembagaan ini, it is a beginning for a new Malaysia. Oleh sebab itu, saya berharap dan saya merayu kepada kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri, bring new changes to Malaysia supaya kita dapat berikan mandat sampai ke akhir penggal supaya perubahan yang dibawa itu akhirnya akan menyebabkan sesiapa pun yang dipilih untuk jadi kerajaan akan jadi kerajaan yang adil dan baik. Bukan kerajaan yang menekan musuhnya. Bukan kerajaan yang menekan rakyat. Institusi itu akhirnya akan jadi institusi semak imbang dan memastikan bahawa kuasa itu terletak di tangan rakyat dan bukan di tangan si pencatur kuasa politik.
Kita diberikan mandat dan kita berada dalam keadaan yang agak sukar di Malaysia. Apabila kita keluar sana pergi pasar malam, pasar pagi, jikalau orang lihat dan kenal kita orang politik, mudah untuk kita dikutuk begitu teruk. Ini kerana maruah orang politik itu, senang sekali dilihat boleh tergadai kerana kuasa dan jawatan.
This is our moment to change that once and for all supaya akhirnya rakyat lihat politik itu adalah untuk perubahan, untuk mereka dan bukan untuk si pencatur kuasa. Oleh sebab itu, saya merayu kepada kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, this is your chance. Leave a good legacy. Bukan sekadar untuk menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tempoh masa yang sangat singkat. Leave a legacy, Akta Lompat Parti, dua penggal kepada Perdana Menteri, Akta Pendanaan Politik dan banyak lagi yang boleh kita lakukan dalam tempoh masa yang singkat supaya akhirnya the reality dan idaman kita semua di mana Malaysia dapat diangkat sebagai negara yang maju, bermaruah dan berintegriti dapat direalisasikan.
Saya yakin, jikalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan ini dapat lakukan perkara tersebut, rakyat akan sokong dan kita di blok pembangkang juga akan angkat dan sokong kerana akhirnya walaupun kita berada di parti yang berbeza tetapi idaman kita untuk membina Malaysia yang maju itu adalah the common dream which we can do together. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Jempol. 10 minit.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022.
Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan yang komited untuk melindungi hak dan suara Keluarga Malaysia selaku pemilihan pemilih dalam pilihan raya. Terima kasih juga saya ucapkan kerana telah melakukan berbagai-bagai sesi libat urus yang menyeluruh bersama pihak yang berkepentingan, NGO, Ahli Parlimen kerajaan dan juga pembangkang serta rakyat.
Sesungguhnya, RUU ini merupakan proses penting dan titik bersejarah buat negara bagi memastikan kuasa rakyat sentiasa dipelihara dan tidak dipermainkan oleh ahli politik. Oleh yang demikian, RUU ini wajar disokong dan diluluskan dengan sebulat suara supaya dapat dilaksanakan dengan kadar segera.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Tuan Yang di-Pertua, pasca PRU-14 kita telah menyaksikan beberapa siri PRK yang telah dilaksanakan kerana kekosongan kerusi akibat kematian penyandang seperti di Parlimen Tanjung Piai. Bagi Cameron Highlands dan Kimanis pula PRK terpaksa diadakan kerana mahkamah memutuskan untuk membatalkan keputusan semasa PRU yang ke-14. Manakala, Parlimen Port Dickson PRK terpaksa dibuat kerana penyandang mahu memberi laluan kepada individu lain untuk diangkat sebagai Ahli Parlimen.
Merujuk kepada Fasal baharu 3 yang bertujuan untuk memotong Fasal (6) Perkara 48 iaitu membolehkan mana-mana Ahli Dewan Rakyat untuk melepaskan keahlian untuk bertanding semula dalam pilihan raya pada bila-bila masa. Saya bimbang perkara ini boleh menjadi liabiliti kerana terdapat ruang untuk ahli politik mengambil kesempatan demi kepentingan parti politik dan juga individu. Tindakan mengosongkan kerusi dan dibenarkan bertanding pada bila-bila masa boleh dianggap sebagai memainkan suara rakyat yang telah selesai membuat pilihan raya semasa pilihan raya yang diadakan.
Umum mengetahui kos perbelanjaan untuk mengadakan PRK menelan belanja yang besar dan mencecah jutaan ringgit. Contohnya, RM3.6 juta di Parlimen Port Dickson.
Mengosongkan kerusi sesuka hati demi agenda politik atau peribadi dan perlu mengadakan PRK, kos terpaksa ditanggung oleh kerajaan adalah tidak boleh diterima sama sekali. Adalah lebih baik wang tersebut dibelanjakan dan digunakan sepenuhnya oleh kerajaan untuk perkara yang lebih bermanfaat bagi melindungi kepentingan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Justeru itu, saya berharap agar kerajaan menimbangkan semula pemotongan Fasal (6) Perkara 48 ini atau mengadakan peruntukan baharu bagi Ahli Dewan Rakyat yang sengaja mengosongkan kerusi supaya amanah dan wang rakyat tidak dipermainkan.
Merujuk kepada Fasal 4 yang bertujuan untuk memasukkan Perkara baharu 49A ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini tersebut menggariskan bahawa seorang Ahli Parlimen Dewan Rakyat akan terlucut keanggotaannya apabila keluar daripada parti. Begitu juga dengan Ahli Parlimen Bebas yang menyertai parti politik setelah memenangi pilihan raya.
Walau bagaimanapun, situasi jika parti politik meninggalkan gabungan politik dan menyertai gabungan politik lain atau membentuk suatu gabungan baharu, keanggotaan Ahli Dewan Rakyat yang terlibat tidak terjejas. Saya berpendapat bahawa undang- undang ini tidak berlaku adil kepada Ahli Parlimen Bebas kerana Bebas tidak mempunyai option lain seperti Ahli Dewan Rakyat yang menyertai sesebuah parti politik.
Pada dasarnya jika seseorang calon bebas menangi pilihan raya bermakna sokongan diberi oleh pengundi adalah berteraskan kepada individu tersebut. Dalam konteks ini, Ahli Parlimen Bebas mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan mempunyai hak serta kebebasan untuk menyertai mana-mana parti politik atau gabungan politik melainkan jika Ahli Parlimen Bebas tersebut menyertai parti politik dan mengambil tindakan untuk keluar parti. Maka ia wajar dianggap melompat parti dan dilucutkan keanggotaan sebagai Ahli Dewan Rakyat.
Mengulas lanjut mengenai situasi jika parti politik meninggalkan gabungan politik dan menyertai gabungan politik lain atau membentuk suatu gabungan baharu. Soalan saya, bagaimanakah sekiranya Ahli Dewan Rakyat yang merupakan anggota suatu parti tidak mahu turut serta meninggalkan gabungan parti politik untuk menyertai gabungan parti politik baharu?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Penjelasan.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Apakah peruntukan ataupun perkara yang boleh memberikan keadilan terhadap Ahli Dewan Rakyat yang merupakan anggota parti dalam situasi tersebut?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Jempol?
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Hal ini...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Lembah Pantai.
Terima kasih, saya ingin minta penjelasan. Tadi Yang Berhormat mengatakan tentang wakil rakyat yang dipilih kalau bebas. Apakah pandangan Yang Berhormat sekiranya parti yang calon itu sertai turut bertanding dalam pilihan raya itu tetapi tidak dipilih, tidak disukai oleh penduduk daripada kalangan pengundi di situ?
Akan tetapi, setelah diberikan mandat tiba-tiba dia masuk ke parti itu? Bukankah itu boleh ditafsirkan sebagai membelakangi mandat yang telah diberikan oleh para pengundi. Apakah pandangan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai.
Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol
Ya, ini pun betul. Boleh masukan dalam saya punya teks. Jadi apakah peruntukan yang saya sebutkan tadi, apakah peruntukan ataupun perkara yang boleh memberi keadilan terhadap Ahli Dewan Rakyat yang merupakan anggota parti dalam situasi tersebut?
Hal ini kerana keputusan parti politik itu meninggalkan gabungan menyertai gabungan lain atau membentuk gabungan baharu berlaku selepas pilihan raya. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Lembah Pantai tadi.
Soalan saya, apakah keanggotaan sebagai Ahli Dewan Rakyat turut terlucut kerana tidak mengikuti keputusan parti politik yang dianggotai atau adakah Ahli Dewan Rakyat tersebut akan menjadi Ahli Parlimen Bebas?
Selain itu, kelonggaran yang membenarkan parti politik menyertai gabungan lain atau membentuk gabungan baharu bersama dengan parti politik lain selepas pilihan raya menunjukkan seolah-olah tidak ada keseriusan untuk menangani isu kepercayaan rakyat terhadap ahli politik.
Saya berpendapat bahawa undang-undang ini perlu mempunyai suatu garis panduan yang jelas bagi membolehkan menyertai gabungan parti politik atau membentuk gabungan parti politik yang baru dibuat. Maksudnya di sini sebuah parti politik tidak boleh meninggalkan gabungan menyertai gabungan lain atau membentuk gabungan baharu tanpa sebab yang kukuh seperti berlaku [Tidak jelas] . Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja daripada saya. Setakat ini saya mohon supaya pencerahan diberikan mengenai persoalan yang telah dibangkitkan sebentar tadi.
Saya mohon menyokong Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tuaran. Saya akan menjemput selepas daripada ini ialah Yang Berhormat Machang. Kemudian Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Teluk Intan, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Sepanggar dan Yang Berhormat Kemaman. Silakan Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Tuaran untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Antilompat Parti ataupun Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli-ahli Parlimen bertukar parti.
Tuan Yang di-Pertua, Tuaran menyokong penuh rang undang-undang ini. Malah, pembentangan rang undang-undang ini adalah merupakan satu perkara atau satu rang undang-undang yang sangat penting, sangat bersejarah bagi Dewan yang mulia ini dan tentunya setelah diluluskan nanti ia akan membuat suatu perubahan yang sangat besar bagi negara kita.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Ini adalah merupakan satu reformasi yang sangat penting. Apa yang penting ialah bagi kita untuk melihat rang undang-undang ini ialah kita telah mencapai pindaan ini sehingga dibentangkan pada hari ini hanya kerana kita ada MOU di antara Pakatan Harapan dan kerajaan. Tanpa MOU itu, tidak ada pembentangan pada hari ini.
Apa pun yang diperkatakan oleh rakan-rakan yang cuba menanamkan satu kebencian terhadap MOU itu tetapi terbukti pada hari ini. Apa pun diperkatakan hari ini terbukti bahawa MOU itu telah melahirkan satu reformasi yang sangat besar dan sangat penting.
Oleh sebab itu, saya menyokong penuh dan bersetuju dengan Yang Berhormat Pengerang bahawa pembentangan RUU ini adalah merupakan satu permulaan political resetting bagi negara kita Malaysia.
Mudah-mudahan selepas ini mereka yang ingin menjadi kepada mana-mana parti politik maka mereka perlu membuat semakan yang teliti terhadap falsafah, wawasan, objektif dan juga dasar-dasar yang dibawa oleh parti tersebut kerana selepas nanti dia menjadi ahli kepada parti tersebut maka seperti mana yang telah dibahaskan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat yang awal tadi bahawa tindakan ataupun undang-undang parti itu tersebut boleh mengakibatkan pelbagai perkara kepada ahli termasuklah tergugur sebagai ahli jika sekiranya dia bertindak bertentangan dengan kehendak perlembagaan parti dia sendiri.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Pembentangan rang undang-undang ini dan khusus kepada rakyat negeri Sabah tentunya bergembira kerana seperti mana yang saya tanya dengan Yang Berhormat Kinabatangan awal tadi bahawa selepas pilihan raya tahun 1986, Kerajaan Negeri Sabah pada ketika itu telah meminda Perlembagaan Negeri Sabah untuk memasukkan Artikel 18(1) Undang-undang Antilompat Parti. Walau bagaimanapun setelah dibawa ke mahkamah, ia dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Artikel 10 dan akhirnya ia tidak boleh beroperasi dan masih di situ sehingga selepas pembentukan Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1994 iaitu sebuah kerajaan telah ditubuhkan selepas ada lompat-melompat selepas pilihan raya tahun 1994 itu.
Kerajaan yang tertubuh daripada katak-katak itu akhirnya telah meminda Perlembagaan Negeri Sabah dan membuang peruntukan Artikel 18 itu. Pada hari ini, setelah kita lulus pindaan ini, maka Kerajaan Negeri Sabah perlu mengambil tindakan balik untuk mengembalikan apa yang telah diperuntukkan dalam Artikel 18 itu. Oleh sebab itu, pindaan seperti ini dalam apa yang telah kita telah dalam RUU ini bahawa terpulang kepada kerajaan-kerajaan negeri masing-masing sama ada mahu meminda ataupun memasukkan peruntukan larangan bertukar parti ini. Saya berharap bahawa di peringkat negeri khususnya negeri Sabah akan mengambil tindakan dan langkah yang sedemikian rupa.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai seorang ahli daripada Jawatankuasa Pilihan Khas rang undang-undang ini, saya sedar bahawa prinsip utama yang kita telah ambil untuk menggubal RUU ini adalah keahlian dalam parti politik ataupun political party membership- centric. Dalam proses perbincangan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas, pernah juga kami mempertimbangkan satu prinsip penggubalan iaitu party logo-centric. Dalam proses itu, sebenarnya pihak AGC telah mengalami pelbagai kesulitan dari segi menggubal dan mendraf peruntukan-peruntukan yang dikehendaki.
Akhirnya, pada ketika itu kalau kita berasaskan logo dan sebagainya, antara akibatnya ialah kalau sesebuah parti yang menganggotai sebuah gabungan parti politik pada ketika itu dikatakan itu adalah dianggap lompat. Akan tetapi oleh kerana kesulitan itu akhirnya Jawatankuasa telah mengambil pandangan, telah mengambil pendekatan untuk mengambil prinsip political membership-centric. Akhirnya apa yang telah berlaku ialah dengan ini akhirnya parti politik yang menganggotai satu parti gabungan dan kalau dia keluar daripada parti gabungan itu, dikatakan tidak dianggap lompat.
Proses ini bagi saya sangat penting. Proses dalam libat urus dalam satu Jawatankuasa Pilihan Khas yang melibatkan juga daripada stakeholders daripada luar.
Lessons gained daripada proses itu bagi saya ialah sebaik-baik mungkin ke setiap rang
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
undang-undang yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini perlu melalui proses Jawatankuasa Pilihan Khas. Beberapa rang undang-undang yang telah kita pertimbangkan beberapa hari yang lalu jika sekiranya melalui proses Jawatankuasa Pilihan Khas, saya ingat ia jauh lebih murni, jauh lebih baik rang undang-undang tersebut dan dapat memuaskan semua pihak terutama sekali stakeholders dan pada keseluruhannya rakyat dan kita sebagai legislator pun kita merasa berpuas hati terhadap hasil perundangan undang-undang yang kita telah hasilkan.
Jadi sebab itu pada hari ini dan melalui proses itu, saya sebagai di antara yang terlibat pada mulanya apabila rang undang-undang ini telah dibentangkan pada 11 April 2020 dahulu. Dalam rang undang-undang itu, selepas itu dirujuk pada Jawatankuasa Pilihan Khas. Antara draf yang paling awal yang telah dicadangkan daripada pihak kerajaan ialah parti politik daripada gabungan itu kalau dia keluar, dia tidak dianggap sebagai lompat. Akan tetapi selepas itu kita telah proses dalam perbincangan, akhirnya dia dianggap lompat dan sebagainya.
Akan tetapi akhirnya Tuan Yang di-Pertua, parti politik yang keluar daripada parti gabungan itu dianggap tidak lompat. Sebagai Presiden UPKO dan kami yang telah bertindak selepas pilihan raya pada tahun 2018, kita keluar daripada Barisan Nasional untuk menubuhkan Kerajaan Negeri Sabah bersama dengan WARISAN dan Pakatan Harapan, I feel vindicated dengan tindakan itu. Apa pun dikatakan yang kita ini katak, akhirnya dengan pindaan hari ini kita bukan katak sebab pada ketika itu Tuan Yang di- Pertua, keadaan selepas pilihan raya adalah hung Parlimen. Pihak Barisan Nasional dapat 29 buah kerusi dan pihak WARISAN dan Pakatan Harapan dapat 29 buah kerusi, tidak ada yang boleh membantu kerajaan. Kita telah bertindak keluar daripada Barisan Nasional dengan lima buah kerusi dan bersama-sama dengan WARISAN dan Pakatan Harapan kita telah berjaya menubuhkan Kerajaan Negeri Sabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Satu minit lagi.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Terima kasih. Saya fikir dalam pindaan pada kali ini juga, boleh menyelamatkan keadaan seperti itu. Kalau ada hung Parlimen dan oleh kerana kita dibolehkan keluar daripada gabungan itu untuk menubuhkan sebuah kerajaan, itu boleh menyelamatkan. Dengan itu, maka kita dapat pastikan yang kita akan dapat mempertahankan kestabilan politik dan tidak perlu lagi kita untuk mengadakan satu pilihan raya umum yang tentunya mahal dan melalui satu proses yang banyak lagi.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini point saya yang terakhir sebab kawan-kawan yang menyatakan juga bahawa kenapa Undang-undang Antilompat Parti ini dibuat melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan dan bukannya satu akta. Bagi saya, langkah untuk mengadakan rang undang-undang ini melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan jauh lebih superior sebab ini bererti bahawa kita menginstitusikan satu perundangan yang sangat penting iaitu Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan dua pertiga untuk meminda daripada hanya akta yang boleh dipinda-pinda dengan simple majority. Jadi ini satu permulaan untuk political resetting bagi Malaysia dan mudah-mudahan kita diberkati oleh Tuhan, negara kita ini dengan lebih stabil dan lebih makmur selepas ini. Saya mohon menyokong, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Machang.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita bercakap berkaitan dengan integriti. Soal maruah, soal amanah, soal kredibiliti dan semua sekali. Keterangkumannya amat luas sekali. Ia diibaratkan sebagai satu penyakit baharu yang mana para saintis sedang cuba berikhtiar untuk mencari ubat. Sebenarnya kes lompat parti ini bukan merupakan satu kes yang baharu malah ia berlaku sebelum daripada ini. Di peringkat Dewan Undangan Negeri
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
pun berlaku, di peringkat Parlimen juga ada berlaku tetapi tiada satu pun rang undang- undang yang dapat menyekat mana-mana Ahli Parlimen untuk melompat parti sebelum ini sama ada keluar parti atau tidak menyertai mana-mana parti dan bergelar bebas juga tidak mengikut mana-mana kumpulan.
Lazimnya, mana-mana Ahli Parlimen yang melompat parti akan menyokong pihak kerajaan, itulah lazimnya Tuan Yang di-Pertua apa yang berlaku sebelum ini. Hari ini, kita dan rakyat di luar sana menganggap bahawasanya ini adalah perbuatan yang tidak bermoral terutamanya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu, perkara yang kita bincangkan di Dewan yang mulia ini telah menjadi satu perkara yang menjadi tajuk utama perbincangan dan perdebatan di kalangan rakyat di luar sana. Benar, kita menganggap bahawasanya perbuatan ini adalah tidak wajar. Kita bertanya di mana moral kita? Di mana integriti kita? Di mana maruah kita? Apabila kita dipilih oleh rakyat melalui parti yang kita wakili, dalam masa yang sama kita membuat keputusan yang sebahagian besarnya adalah kerana kepentingan peribadi. Ini tidak dapat dinafikan Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Tuan Yang di-Pertua, walaupun ada yang mendakwa bahawasanya apa yang mereka lakukan ini bukan atas dasar kehendak peribadi dan pelbagai alasan boleh kita berikan tetapi yang jelasnya, perbuatan melompat parti ini adalah perbuatan yang bagi saya amat memalukan dan tidak boleh diterima. Kalau kita orang politik dijemput ke PIBG atau mana-mana perjumpaan, khususnya dengan pelajar-pelajar dan golongan muda, apa yang kita katakan kepada mereka, Tuan Yang di-Pertua? Kita akan kata, nasihat kepada orang muda, kepada pelajar sama ada di sekolah menengah, sekolah rendah ataupun di peringkat universiti. Jadilah orang yang berdisiplin, jadilah orang yang berintegriti, jadilah orang yang patuh pada janji, menepati janji, dalam masa yang sama kita sebenarnya juga berjanji kepada rakyat.
Apabila kita masuk pilihan raya, kita akan bawa lambang parti yang kita wakili dan yang mengkhianatinya juga sebenarnya diri kita sendiri. Kita sepatutnya merasa malu kerana kita mengkhianati ikrar kita kepada rakyat. Malah, yang lebih teruk sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kita berbohong kepada diri kita sendiri. Bagi saya, tepat kepada masanya, tepat pada waktunya, yang sangat diperlukan dalam cabaran politik pada hari ini dan juga ketidakstabilan yang dicetuskan dalam politik ini akan merencatkan urus tadbir kerajaan dan memberi gambaran negatif kepada negara luar tentang sistem pentadbiran yang ada dalam negara kita.
Akibat daripada ketidakstabilan ini juga, kerajaan tidak dapat menjalankan apa- apa dasar dengan sempurna dan tentunya yang terkesan ialah rakyat. Pelabur-pelabur tidak akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan mereka untuk membuat pelaburan. Di sini akan terdapat kelompangan kepada pengisian peluang pekerjaan dalam negara. Hasil-hasil tidak dapat dikutip, malah dengan sendirinya pendapatan negara akan berkurangan dan kita akan mengalami kekangan daripada segi perbelanjaan untuk rakyat. Inilah Tuan Yang di-Pertua, kesan besar kepada negara kita jika rang undang-undang ini tidak dibawa dan diluluskan di Dewan yang mulia pada hari ini.
Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah berani untuk membentangkan Rang Undang- undang Anti Lompatparti pada sebelah pagi tadi.
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini perlu dilihat secara lebih jauh iaitu keperluannya adalah untuk rakyat dan menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di dalam negara kita. Atas sifat kesedaran inilah, tidak munasabah kalau ada di kalangan kita yang tidak menyokong rang undang-undang ini. Ia bukan sahaja perlu disokong dan di dokong tetapi ia perlu dihayati oleh setiap Ahli Dewan. Ahli Dewan Rakyat yang dipilih untuk berada di kerusi kita hari ini. Kita berada di sini kerana rakyat yang menghantar kita di sini. Jadi, sikap lompat parti ini akan dapat diakhiri, insya-Allah dengan terbentuknya rang undang-undang ini.
Tuan Yang di-Pertua, pelbagai tanggapan dan gelaran diberikan kerajaan yang ada pada hari ini. Akan tetapi hakikatnya ialah akibat daripada sokongan kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat kepada pihak yang berbeza-beza. Selepas tertubuhnya tiga buah kerajaan
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
di dalam tempoh tidak sampai sepenggal pun pilihan raya, tidak pernah berlaku dalam negara kita. Inilah perkara yang berada di hadapan kita hari ini yang perlu kita lihat dengan penuh rasa bertanggungjawab.
Apa yang saya hendak lontarkan di Dewan yang mulia ini dan diharap akan dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri semasa penggulungan nanti. Yang Berhormat Menteri, saya lihat dengan begitu tekun, syabas dan tahniah. Pertama, sekiranya mana-mana parti yang memenangi pilihan raya dengan jumlah kerusi yang mewakili parti tersebut membuat sokongan kepada mana-mana pihak untuk menubuhkan kerajaan tetapi dalam masa yang sama, selepas sahaja terbentuk kerajaan mungkin ada perkara-perkara yang tidak memberi faedah dan manfaat atau tidak menepati cita rasa kepada kumpulan parti tersebut, maka tidak mustahil parti tersebut akan menarik sokongan secara end block sehingga runtuhnya kerajaan yang dibina selepas pilihan raya ini nanti.
Apakah cara kita hendak menyelesaikan perkara seperti ini? Jika berlaku di dalam pilihan raya akan datang ini, mungkin tidak akan ada single party yang mempunyai majoriti yang cukup untuk menubuhkan kerajaan. Bererti Tuan Yang di-Pertua, perlu ada penggabungan dan di dalam proses gabungan ini kita tidak akan menolak hakikat dan kenyataan bahawa kemungkinan akan ada proses tawar menawar. Kita sudah dengar dalam video yang disebarkan, *scheme of things.
[Tepuk]* Itu antara perkara yang jelas kepada kita. Perkara ini tidak harus berlaku kalau kita menghormati demokrasi, Tuan Yang di-Pertua. Sekiranya di separuh jalan pembentukan kerajaan ini ada berlaku rasa tidak puas hati, maka sudah tentu mereka berhak menarik sokongan kepada kerajaan yang ada. Maka, jawabnya kerajaan yang ditubuhkan selepas pilihanraya ini akan kembali runtuh. Akhirnya, akan jadi “wal asal balik hasil”, Tuan Yang di-Pertua. Perkara yang sama akan berulang, kerajaan akan jatuh.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang dipecat daripada parti, ada dua perkara. Pertama, Ahli Dewan Rakyat yang dipecat daripada parti adalah kerana mereka mungkin bertentangan dengan kehendak parti mereka. Kedua, mereka dipecat adalah kerana mereka memang sentiasa mencari jalan dan sengaja mencari jalan untuk dipecat. Sudut ini juga perlu diperhalusi dengan sebaik-baiknya.
Kalau mereka dipecat tetapi tidak digugurkan dan akhirnya mereka boleh bertanding mana-mana parti politik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Satu minit lagi minta rumuskan.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Terima kasih. Akhirnya, mereka masuk parti lain. Mereka buat hal lagi dalam parti tersebut. Akhirnya, pilihan raya kecil lagi. Bertanding, mereka boleh bertanding. Takkanlah sampai dua tiga kali di dalam penggal. Satu penggal lompat sana, masuk parti sini, keluar daripada parti sini kerana dipecat, masuk daripada parti sini. Takkanlah dalam satu kawasan Parlimen hendak sampai dua, tiga kali pilihan raya. Maka, kita mesti melihat balik rang undang-undang ini.
Sekali mungkin ya, untuk kedua kali, mereka ini mungkin tidak boleh, tidak diizinkan melalui rang undang-undang ini untuk bertanding waima atas nama mana-mana parti sekalipun.
Tuan Yang di-Pertua, saya berharap agar pihak kerajaan dapat membawa pindaan baru sesegera yang mungkin selepas pindaan Perlembagaan ini diluluskan. Ini cadangan saya, kalau apa yang ada ini pada pandangan saya sememangnya tidak akan menyelesaikan masalah seperti yang saya katakan tadi. Jika lompat parti ini ialah penyakit, ini ialah barah dan pindaan yang dicadangkan ini ialah ubatnya. Seterusnya, bagaimana- satu minit lagi Tuan Yang di-Pertua, saya gulung. Seterusnya, bagaimana pula dengan status Ahli Dewan Undangan Negeri? Kita harap apa yang kita putuskan pada hari ini akan disahut secepat mungkin oleh pihak negeri masing-masing. Perlu kalau ada saya menyokong Yang Berhormat Kinabatangan, kalau ada satu sidang khas di peringkat negeri juga, maka kita berharap akan dapat disegerakan.
Jadi kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, kita berharap langkah yang diambil di peringkat Dewan Rakyat ini akan turut diikuti dengan kata lainnya oleh Dewan Undangan Negeri. Saya mohon maaf sekiranya pandangan saya ini tidak bertepatan dengan cita
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
rasa pindaan rang undang-undang ini. Akan tetapi apa yang saya katakan ini lahir daripada isi hati saya, daripada rakyat yang saya wakili.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, kalau saya tidak bersetuju dengan parti saya, saya UMNO - Barisan Nasional. Kalau tidak bersetuju, saya boleh keluar daripada parti. Akan tetapi prinsip yang saya ambil kalau berlaku pada diri saya, saya akan kosongkan kerusi tersebut dan saya tidak akan bertanding lagi sehingga tempoh pilihan raya yang akan datang. Kita mesti ada prinsip, ada maruah, ada moral, jangan gadaikan keyakinan rakyat yang kita wakili. Terima kasih banyak, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Selangau.
Tuan Baru Bian - Selangau
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Lompat Parti. Ada beberapa sebab kenapa kita harus menyokong Rang Undang-undang Lompat Parti ini. Alasan pertama adalah untuk memastikan kestabilan dan ketahanan kerajaan. Undang-undang Anti Lompat akan menghalang pihak daripada melakukan sebarang aktiviti yang menentang amalan sistem berdemokrasi dan perbuatan lain dalam percubaan mereka untuk menggugat kestabilan kerajaan yang dipilih.
Tuan Baru Bian - Selangau
Tuan Yang di-Pertua, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia telah berhadapan dengan kerajaan yang tidak stabil, yang kronik dan banyak membawa kepada keburukan. Contoh amalan yang tidak diingini yang telah berlaku adalah seperti melepaskan jawatan dan melantik untuk mendapatkan sokongan. Ini mengganggu tumpuan anggota kerajaan daripada memberikan tumpuan dan keutamaan sepenuhnya kepada rakyat dalam menunaikan tanggungjawab mereka dalam portfolio yang dilantik.
Ketidakstabilan ini adalah hasil daripada ketiadaan prinsip dan protokol yang jelas mengenai pelantikan dan pemecatan kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh mengabaikan kes-kes di mana ahli kecewa dengan parti mereka. Contohnya, apabila kepimpinan menyimpang daripada objektif dan prinsip mereka. Walau bagaimanapun di negara ini, kebanyakan kes lompat parti didorong oleh motif lain yang kurang idealistik. Oleh itu, Rang Undang-undang Antilompat Parti ini adalah penting terutamanya ketika negara dan rakyat sedang melalui cabaran ekonomi yang getir.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dipilih oleh pengundi di kawasan mereka apabila mereka bertanding dalam pilihan raya di bawah panji parti mereka. Memang wajar jika mereka ingin meninggalkan parti mereka. Mereka harus meletakkan jawatan mereka, mereka balik ke rakyat untuk pilihan raya kecil untuk mendapatkan mandat baharu.
Saya percaya fasal pengecualian dalam Artikel 49A(2) baharu yang dicadangkan yang peruntukan bahawa ahli yang dipilih, yang dipecat oleh parti mereka atau yang partinya dibubarkan atau dibatalkan pendaftarannya tidak perlu mengosongkan kerusi mereka, adalah perlu untuk melindungi hak ahli tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, sebaik sahaja rang undang-undang ini diluluskan menjadi undang-undang, saya ingin mencadangkan agar Dewan ini melihat cara-cara untuk memperkukuhkan kestabilan dan kesahihan Parlimen. Salah satu langkah yang telah dicadangkan oleh pengulas politik ialah pelaksanaan undi percaya atau investiture vote dengan izin selepas pilihan raya dan motion of confidence and no-confidence dengan izin.
Tujuan investiture vote adalah untuk mengesahkan keyakinan Dewan terhadap Perdana Menteri yang baru dipilih. Peraturan tetap mesti dipinda untuk mewajibkan undi investiture vote dan usul keyakinan dan tidak percaya dan diundi sebelum sebarang urusan Parlimen boleh diteruskan.
Tuan Baru Bian - Selangau
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi bidang yang memerlukan peraturan yang lebih ketat ialah pembubaran Parlimen. Satu mekanisme perlu diwujudkan supaya Perdana Menteri dikehendaki mendapatkan resolusi daripada Dewan Rakyat sebelum boleh minta ataupun menasihati Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen untuk pilihan raya mengejut.
Mana-mana Ahli Parlimen juga mesti dibenarkan membawa usul mengarahkan Perdana Menteri meminta atau menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen. Ini dapat mengelakkan Yang di-Pertuan Agong daripada terlibat dengan politik kepartian yang tidak menyenangkan seperti yang berlaku sebelum ini iaitu menerima Akuan Berkanun dan menemu bual ahli individu berkenaan dengan kesetiaan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, terdapat kebaikan dan keburukan pengundian terbuka mengenai perkara yang dinyatakan dalam dua perenggan sebelumnya. Akan tetapi, saya percaya bahawa pengundian terbuka menawarkan lebih ketulusan dan akan menghentikan politik jubah dan keris, mesyuarat rahsia, membuat perjanjian dan akuan berkanun rahsia. Walaupun terdapat pindaan kepada Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan, kerajaan negeri juga harus memulakan perubahan kepada Perlembagaan Negeri mereka untuk mengelakkan lompat parti ADUN yang dipilih. Ini akan menjadi langkah positif.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun amat dikesalkan bahawa kita perlu menguatkuasakan moral politik di negara ini dengan meluluskan undang-undang lompat parti, ia telah menjadi satu keperluan yang ditanggung daripada politik wang dan mentaliti ‘cash is king’ yang disebarkan oleh pemain politik berakar umbi yang nampaknya beroperasi dalam kekosongan moral.
Perlu ada cara untuk menghalang pemain politik di negara ini daripada menganggap kedudukan mereka sebagai kartel atau barangan untuk dijual kepada pembida tertinggi supaya badan perundangan boleh mendapatkan semula tahap maruah dan mendapat penghormatan rakyat yang amat teruk dan semakin kurang pada masa ini.
Ketidaktelusan harus dihentikan dan kelulusan Rang Undang-undang Antilompat Parti ini adalah langkah pertama dalam proses yang panjang ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memuji Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dwipartisan kerana mengambil kira kebimbangan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen mengenai rang undang-undang pindaan awal pada persidangan sebelumnya dan untuk pindaan seterusnya yang dibuat kepada rang undang-undang itu.
Tuan Yang di-Pertua, Selangau ingin menyatakan sokongan penuh untuk Rang Undang-undang Antilompat Parti ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Selangau. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Lubok Antu.
Tuan Tambat @ Jugah a/k Muyang - Lubok Antu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya berucap dalam perbahasan Rang Undang- undang Antilompat Parti. Perkara utama yang saya bangkitkan ialah definisi ‘calon bebas’.
Bagi calon bebas yang bertanding atas tiket parti dan calon bebas yang bertanding atas bebas sendiri, jadi implikasinya memang ada. Kita nampak keperluan kerajaan untuk review hak kebebasan wakil rakyat yang menang atas tiket bebas harus menentukan hala tuju politik beliau tanpa dihalang oleh Akta Antilompat Parti.
Akta Antilompat Parti seharusnya tidak menyekat, menghalang kebebasan wakil rakyat yang menang daripada tiket bebas. Memilih sama ada masuk pembangkang ataupun kerajaan. Jika wakil bebas dipilih oleh rakyat kerana personaliti, beliau tidak harusnya dihukum jika hendak masuk parti.
Bagi pandangan saya, siapa wakil rakyat yang menang atas tiket bebas tidak seharusnya dihalang daripada masuk parti lain. Saya ingin menanyakan di Dewan ini, adakah ia relevan dengan terma dan syarat Akta Antilompat Parti.
Tuan Tambat @ Jugah a/k Muyang - Lubok Antu
Tuan Yang di-Pertua, dalam RUU ini parti dibenarkan bertukar sokongan dan gabungan selepas menang. Bukankah itu boleh juga menggugat kestabilan politik negara? Selain itu, calon bebas yang menang tidak boleh masuk mana-mana parti.
Perkara ini menidakkan maksud bebas dan prinsip demokrasi. Satu lagi yang agak pelik, sekiranya calon parti menang dan dipecat oleh partinya dan menjadi YB bebas, beliau boleh masuk mana-mana parti selepas itu dan tidak perlu mengosongkan kerusi bahkan itu − ini adalah double standard.
Bagaimana pula sekiranya satu parti ingin menukar sokongan dan alienation mereka ke satu gabungan secara majoriti tetapi ada satu atau dua YB dalam parti tidak bersetuju. Apakah alienation ini boleh diterima atau diguna pakai?
Tuan Yang di-Pertua, jika fasal klausa ini tidak dimasukkan − Tuan Yang di- Pertua, Ahli-ahli Parlimen daripada pihak pembangkang dan Ahli-ahli Parlimen di pihak Bebas hendaklah menerima jumlah peruntukan yang sama dan adil seperti diberikan kepada Ahli Parlimen Kerajaan. Hal ini kerana, setiap Ahli Parlimen yang dipilih oleh pengundi atau berkhidmat dan memiliki tanggungjawab besar sebagai wakil rakyat di kawasan Parlimen masing-masing, ini akan mengurangkan lagi dan mencegah amalan Ahli Parlimen dari blok pembangkang dan bebas untuk melompat atau bertukar parti daripada pembangkang atau sebagai bebas untuk menyertai blok kerajaan.
Tuan Tambat @ Jugah a/k Muyang - Lubok Antu
Jika fasal klausa ini tidak dimasukkan ke dalam RUU, maka RUU ini akan kehilangan insentif utama yang akan menyebabkan dan memaksa Ahli Parlimen untuk melompat atau menukar parti supaya dapat berkhidmat dengan penuh di kawasan Parlimen mereka. Oleh itu, rang undang-undang ini akan menjadi tidak lengkap dan tidak relevan.
Oleh yang demikian, Ahli Parlimen akan mengambil langkah untuk melompat.
Semua Ahli Parlimen ini dari semua pihak termasuk Bebas harus mempertimbangkan dan membahaskan perkara ini dalam perbahasan mereka untuk memastikan hasrat rang undang-undang itu memenuhi tujuannya. Saya tidak dapat bercakap banyak. Dengan itu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Santubong yang telah pun membawa rang undang- undang ini dan satu pindaan Perlembagaan, saya kira amat berani kerana untuk membawa rang undang-undang yang melibatkan Perlembagaan bukanlah satu yang mudah.
Kita juga mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Bera sebagai Perdana Menteri yang walaupun diasak, walaupun banyak halangan tetapi akhirnya berjaya untuk membawa rang undang-undang ini yang telah sangat lama kita tunggu sebenarnya. Ini kerana apa yang terjadi semua rakyat tahu apabila keberanian untuk mengadakan political resetting ini dan ini suatu yang amat ditunggu oleh rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat, sebagai orang politik, sekarang ini kita berhadapan dengan rakyat yang cukup menderita akibat kesengsaraan bukan sahaja COVID-19 tetapi juga disebabkan oleh keadaan ekonomi, disebabkan oleh pekerjaan, disebabkan oleh berbagai-bagai isu. Sebab itu indikasi-indikasi bagaimana mereka ini kecewa dapat kita lihat di bawah sana jumlah yang membunuh diri dan sebagainya.
Apatah lagi tindakan-tindakan ahli politik di Dewan Negeri atau di Dewan Rakyat menyaksikan perubahan-perubahan kerajaan disebabkan oleh tindakan-tindakan segelintir Ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Rakyat. Ini membuatkan rakyat begitu jemu dan lebih parah lagi Tuan Yang di-Pertua ialah tindakan ini telah pun menyebabkan anak-
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
anak muda khususnya merasa mereka tidak mahu terlibat dalam apa yang dikatakan politik.
Sebab itu kalau kita rata-rata kita bertanya dengan anak-anak muda, adakah kamu akan menyumbang? Adakah kamu akan memberikan pemikiran? Adakah kamu akan memberikan idea-idea dalam membangunkan negara? Apakah jawapan mereka?
Kami tidak kisah. Apa nak jadi, jadilah. Kerajaan mana pun naik kami macam ini lah. Ini menunjukkan bahawa terdapat daripada segi psikologi mereka sudah berasa jemu dan kita yakin kalau ini berpanjangan, sesuatu musibah yang besar sedang melanda negeri kita.
Dalam kajian yang dibuat terhadap 1,000 orang mahasiswa di universiti, didapati satu jumlah yang besar hampir 17 peratus daripada mereka menyatakan kalau mereka mempunyai peluang untuk disogok dengan rasuah mereka akan terima asalkan apa yang mereka hajati dapat. Apabila ditanya lagi, kenapakah kamu bersikap demikian? Mereka menjawab, sesungguhnya apa yang di depan mata kami itulah yang membenarkan apa yang kami fahami.
Maknanya dalam pemikiran anak-anak muda kita di universiti Tuan Yang di- Pertua, mereka merasakan bahawa menukar kedudukan walaupun mereka telah pun dilantik dan dipilih oleh rakyat dalam satu keadaan. Akan tetapi bagi mereka oleh sebab ada habuan duit dan juga jawatan kamu rela bertukar, kamu rela mengkhianati perjuangan kamu dan kamu rela memberikan apa juga yang telah kami berikan itu ditongsampahkan.
Maksudnya di sini Tuan Yang di-Pertua, kalaulah kami menjadi pemimpin seperti kamu, kami juga akan membuat apa yang kamu buat. Ini...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ya. Sekejap, habis ini...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan mengata dekat Tuan Yang di-Pertua. Seolah-olah mengata dekat Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
[Ketawa] Mohon, Lembah Pantai.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ya, sila Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Sungai Petani. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya lihat yang kita berbincang pada hari ini memang satu saat yang sangat bersejarah. Bukan hanya sebab bila kita dengar ucapan-ucapan yang diberi memberi satu gambaran kematangan di kalangan Ahli-ahli Parlimen yang senior dan yang junior, yang baharu dan yang lama bahawa business cannot go on as usual, dengan izin. Tidak boleh go on as usual. Ini sangat penting untuk memberikan satu signal reset politik yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi.
Saya ingin bertanya Yang Berhormat Sungai Petani kerana rata-rata bila kita berbahas ini, ia terpancar secara live. Rakyat melihat, rakyat meneliti apa yang kita sebut, siapa yang sebut. Apabila Yang Berhormat Segamat bangun tadi ada yang sebut macam- macam di Facebook dan sebagainya. Ada juga yang mengatakan pada ketika Yang Amat Berhormat Bera membuka ucapan, memberi ucapan di permulaan tadi Yang Berhormat Gombak tidak ada di situ.
Saya percaya bila kita mengundi esok, insya-Allah selepas Yang Berhomat Menteri menggulung, nama-nama kita yang mengundi, nama-nama kita yang tidak hadir, nama-nama kita yang abstain tidak mahu memilih, semua akan tercatat dalam Hansard buat selama-lamanya. Bermaksud there are no two ways about it. Either you are for this bill ataupun not for this bill.
Rakyat di luar sana akan tahu siapa sebenarnya yang menyokong satu pembaharuan kepada persada politik tanah air dengan adanya pindaan Perlembagaan ini dan siapa sebenarnya yang menjadi “gunting dalam lipatan”, yang “menjadi api dalam
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
sekam”, yang menjadi “musuh dalam selimut”. Rakyat akan lihat. Rakyat akan tahu dan kenal satu-persatu. Maka, itu akan menjadi signal bahawa dalam PRU yang akan datang, inilah yang perlu. Mereka inilah yang perlu – rakyat lakukan sesuatu. Apa pandangan Yang Berhormat Sungai Petani?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Silakan Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tidak ada khilaf. Tidak ada khilaf langsung. Masukkanlah ucapan beliau ke dalam ucapan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Teruskan Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, kebimbangan saya tentang anak-anak muda ini ialah bayangkanlah kalau Yang Berhormat Santubong tidak bawa rang undang-undang ini, bayangkanlah. Dalam pilihan raya akan datang ini, katakanlah tidak ada satu parti yang dominan, perbezaan cuma tiga atau empat sahaja.
Bayangkanlah Tuan Yang di-Pertua, kalau ada pihak yang kaya raya boleh membeli 10 atau 15 orang luar, orang luar yang boleh melabur RM200, RM300, RM400 ataupun RM1 bilion untuk mendapat 10 orang MP. Not impossible. Ini bukan sesuatu yang luar biasa.
Mereka boleh membeli 10 orang atau 15 orang MP dan akhirnya orang-orang inilah yang akan menentukan hala tuju kita. Jadi sebab itu, Yang Berhormat Santubong, terima kasih Yang Berhormat Santubong. Walaupun kita tidak dapat semua Yang Berhormat Santubong tetapi jangan buang semua. Saya tahu kawan-kawan dalam Dewan ini rasa tidak puas hati itu dan ini tetapi seperti pepatah kata kalau tidak dapat semua, jangan buang semua.
Maknanya kita mula dengan ini dulu. Lepas itu insya-Allah kita perbaiki dari semasa ke semasa. Apa yang pentingnya ialah inilah salah satunya undang-undang yang boleh menyekat kita daripada terus menjahanamkan negara kita. Tidak kiralah sama ada sebelah sini atau sebelah sana tetapi ini harus terhenti di sini.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
This is what we want sebab rakyat di luar sana sudah muak, Tuan Yang di-Pertua.
Rakyat sudah jemu, rakyat sudah rasa kami susah daripada segi ekonomi tetapi tindakan kamu itu membuatkan kami lebih susah. Jadi, sekali lagi saya Tuan Yang di-Pertua, ingin mengingatkan bahawa bukan sahaja kawan-kawan yang berada dalam select committee ataupun jawatankuasa-jawatankuasa yang telah dibentuk tetapi saya juga hendak merakamkan jutaan terima kasih saya kepada Yang Berhormat Padang Rengas.
Saya masih ingat lagi Tuan Yang di-Pertua sebaik sahaja Langkah Sheraton terjadi dan perubahan kerajaan terjadi, Yang Berhormat Padang Rengas menjemput kami daripada pelbagai parti berbincang, boleh tak kita reform satu caucus hendak bincangkan masalah ini.
Jadi, alhamdulillah waktu itu kita bincang dan akhirnya Yang Berhormat Santubong menjadi Menteri sekarang membawa rang undang-undang ini. Ini maknanya setiap orang walaupun waktu itu Yang Berhormat Padang Rengas mempunyai advantage kerana beliau telah menjadi pembangkang dan apabila berlakunya Langkah Sheraton, terdapat kawan-kawan daripada Barisan Nasional menjadi sebahagian daripada kerajaan tetapi beliau conscience beliau tidak terjejas.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Oleh sebab itu dia panggil kami dan bincang. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada semua yang melihat bahawa ini bukan masalah politik sekarang tetapi masalah
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
politik masa depan. Untuk itu, saya Tuan Yang di-Pertua menyokong penuh rang undang- undang ini. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Steady Yang Berhormat Padang Rengas. Dasyat.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Yang Berhormat Sibuti, silakan.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil bahagian dan juga mewakili Parlimen Sibuti untuk memberikan pandangan tentang rang undang-undang yang kita bahaskan pada petang ini.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat yang telah membentangkan rang undang-undang pagi ini dan atas keberanian beliau dan juga melalui MoU yang telah ditandatangani, maka kita dapat merealisasikan rang undang-undang ini.
Saya merasakan amat bertuah mewakili GPS atau Gabungan Parti Sarawak.
Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Larangan Antilompat Parti ini Yang Berhormat Menteri Santubong dan bersama dengan rakan-rakan jawatankuasa.
Saya sebagai Ahli Parlimen yang junior ataupun baru sangat bertuah dapat mendengar dan juga mempelajari. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada NGO- NGO. Saya dapati bahawa NGO-NGO di luar, masyarakat intelektual dan juga masyarakat biasa, marhaen banyak memberikan pandangan melalui e-mel-e-mel dan mesej yang saya perolehi.
Berdasarkan pengalaman-pengalaman daripada Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Kota Bharu. Mereka telah memberikan satu input yang baik. Begitu juga saya banyak mempelajari pandangan daripada Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu yang memberikan pandangan berkenaan tentang apakah keperluan- keperluan untuk memperkukuhkan rang undang-undang yang kita bentangkan pada petang ini.
Bagi saya, saya merasakan bahawa sebuah kerajaan tidaklah akan stabil sekiranya berlaku satu krisis dalaman. Apabila kita tidak mempunyai kesepakatan di dalam sebuah coalition ataupun gabungan. Sudah pasti akan ada serpihan-serpihan parti yang berada di bawah coalition tersebut akan cuba untuk mengundur diri ataupun keluar.
Ini juga yang menyebabkan dan mencetuskan krisis yang kita alami.
Sudah pasti GPS mempunyai naratif dan jalan cerita yang berlainan dengan Langkah Sheraton. Saya tidak ingin mengulas bagaimanakah kami terlibat secara langsung apabila kerajaan dikosongkan. GPS ingin melihat kerajaan ini diteruskan dan kita telah membuat pilihan.
Kerajaan ketika ini juga bukanlah kerajaan yang terbaik. Walaupun demikian saya dapat melihat usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita cuba ingin menjayakan dan Rang Undang-undang Antilompat Parti ini adalah merupakan satu medium yang akan membolehkan kita untuk menuju ke PRU-15 dengan keadaan yang lebih senang hati dan untuk menubuhkan kerajaan yang stabil.
Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Padang Rengas dan pandangan daripada Yang Berhormat Klang berkenaan dengan fixed term tempoh sesuatu Parlimen mempunyai satu tarikh yang tetap untuk kita sentiasa bersiap sedia tanpa mewujudkan satu spekulasi dan dapat mengadakan satu kempen yang lebih konsisten. Kita dapat memberikan fokus untuk pembangunan sesebuah negara dan memberikan fokus untuk membantu rakyat yang kini dalam keadaan yang agak susah.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Saya berpandangan dengan adanya Rang Undang-undang Antilompat Parti ini haruslah datang bersama dengan reform Parlimen. Saya masih ingat Yang Berhormat Padang Rengas bersama dengan Yang Berhormat Seremban pernah mengajak saya untuk menubuhkan satu caucus electoral reform di mana Yang Berhormat Padang Rengas banyak memberi idea-idea yang baik, yang saya rasa dapat memperkukuhkan lagi proses demokrasi di negara kita.
Kerajaan di dalam rang undang-undang ini, jawatankuasa telah mencadangkan fasal 6, Perkara 48 berkenaan tentang membolehkan mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang melepaskan keahlian untuk bertanding semula. Ini adalah merupakan salah satu fasal yang memberi keadilan pada pandangan saya yang membolehkan seseorang Ahli Parlimen menguji mandat beliau, menguji populariti beliau. Sekiranya Ahli Parlimen tersebut berniat untuk keluar dan juga untuk meninggalkan parti tersebut, beliau dapat menguji mandat beliau melalui pilihan raya.
Sudah pasti saya ingat apa yang disebut oleh Yang Berhormat Santubong bahawa sesebuah demokrasi sekiranya memerlukan implikasi kewangan untuk mengadakan pilihan raya, kita perlu mengadakan pilihan raya tersebut untuk memastikan rakyat mendapat keadilan dan juga memilih Ahli Parlimen yang selayaknya duduk di dalam Dewan ini.
Selain daripada itu, saya agak tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Semporna juga Yang Berhormat Jempol berkenaan tentang mengosongkan kerusi Parlimen tersebut. Terlintas idea dan juga pemikiran saya sekiranya ini dijadikan satu loophole kepada rang undang-undang ini di mana Ahli Parlimen dengan sengaja meninggalkan kerusi dan juga mengosongkan kerusi kerana mendapat tawaran yang lebih besar.
Ini mungkin akan menjadi satu a new form of political frog sekiranya loophole ini tidak diperbaiki. Kita mungkin perlu memperhaluskan sekiranya Ahli Parlimen tersebut dengan sengaja mengosongkan dan keluar dari parti hanya sekadar untuk memberikan laluan kepada orang yang membayar beliau untuk bertanding dalam sebuah pilihan raya kecil pada masa yang akan datang.
Selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh berkenaan untuk kestabilan sebuah negara. Ini seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Kita asyik memikirkan berkenaan tentang politik. Mungkin apa yang berlaku setelah 18 Mei, Barisan Nasional tumbang dan Gabungan Parti Sarawak telah mengambil keputusan untuk keluar daripada Barisan Nasional dan mengambil langkah berkecuali, friendly to the government ketika itu tetapi tidak menyertai coalition yang besar di dalam Pakatan Harapan.
Saya merasakan kesibukan untuk merancang, scheme of things ini akan membebankan masa depan rakyat terutama sekali golongan muda. Maka saya ingin mencadangkan dalam untuk kita memperkukuhkan rang undang-undang ini, alangkah baiknya untuk kerajaan menetapkan agar setiap Ahli Parlimen mempunyai peruntukan minimum ataupun kerajaan yang memenangi pilihan raya ini akan memberikan sejumlah peruntukan ataupun dana kepada parti-parti yang mempunyai kerusi. Dana ini akan dibahagi-bahagikan dengan sama rata ataupun diberikan kepada calon-calon yang mungkin kalah tetapi masih lagi menyelaraskan kawasan tersebut.
Setiap Ahli Parlimen memerlukan peruntukan sekurang-kurangnya untuk membayar pusat khidmat. Bagi membolehkan Ahli Parlimen berpolitik secara sihat, secara profesional maka kita janganlah membebani Ahli Parlimen yang kalah di dalam pilihan raya dalam blok pembangkang dengan menghukum tanpa memberikan satu peruntukan yang bermaruah untuk mengurus pusat khidmat, untuk membayar researcher, untuk membantu Ahli Parlimen mengeluarkan fakta-fakta dan berbahas dengan baik di Parlimen.
Juga saya memohon agar kita dapat menyokong rang undang-undang ini di mana dalam Jawatankuasa Larangan Antilompat Parti saya dapat melihat kami dapat duduk bersama, berbincang dan juga secara bipartisan. Ini adalah merupakan satu perkara yang sihat.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
[Bangun]
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Saya mendapati bahawa ini adalah merupakan mungkin kali pertama kita dapat membawa satu rang undang-undang, kita draf rang undang-undang dalam satu jawatankuasa dan membawa draf undang- undang ini ke dalam Dewan untuk dibincangkan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Sibuti, Lembah Pantai. Boleh? Apa pandangan Yang Berhormat tentang peruntukan sekiranya ada satu Suruhanjaya Parlimen contohnya dan peruntukan bagi Ahli Parlimen ini ditentukan oleh Parlimen itu sendiri supaya bukan di bawah belas ihsan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi Parlimen, kita yang set, kita yang tentukan, kita yang audit dan semua boleh dapat secara sama rata. Apa pandangan Yang Berhormat?
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya bersetuju dengan pandangan tersebut sekiranya dapat dijalankan dan juga ketika ini kita berada di dalam keadaan ihsan di mana MoU yang telah kita tandatangani membolehkan semua yang menandatangani MoU tersebut mendapat peruntukan.
Sekiranya kita mempunyai satu ekosistem dan juga mungkin kita dapat mewujudkan semula Parliament Services Act dan juga ataupun mana-mana rang undang- undang yang berkenaan tentang pendanaan politik ataupun constituency development fund diberikan secara khusus kepada Ahli-ahli Parlimen dan juga sudah pasti tidak akan wujud sentimen ataupun perasaan untuk keluar daripada satu parti.
Saya juga kena ingatkan bahawa perlunya ada clause berkenaan tentang kita mengosongkan kerusi ini kerana bagi saya daripada parti PBB (GPS), saya telah diangkat oleh parti PBB. Sekiranya saya digugurkan ataupun saya telah melanggar disiplin parti, seharusnya saya perlu mengosongkan kerusi tersebut dan juga sekiranya saya yakin bahawa saya adalah popular di kalangan rakyat, saya akan mencuba untuk mandat tersebut, mendapatkan mandat tersebut melalui pilihan raya kecil yang diadakan. Dengan ini, saya, Sibuti, menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Yang Berhormat Setiu, silakan.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah membentangkan RUU ini. Secara asasnya, kemenangan seseorang Ahli Dewan Rakyat dalam pilihan raya adalah hasil kepercayaan rakyat kepadanya untuk memimpin. Oleh itu, seseorang Ahli Parlimen tidak sewajarnya untuk mengkhianati kepercayaan serta amanah yang telah diberikan oleh rakyat demi kepentingan diri semata-mata.
Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa, ayat 58 [Membaca potongan ayat Al- Quran], maksudnya, “*Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya yang berhak menerimanya dan apabila kamu menjalankan hukum antara manusia, Allah menyuruh kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan suruhannya itu memberi pengajaran sebaik-baiknya kepada kamu.
Sesungguhnya Allah itu sentiasa maha mendengar lagi maha melihat*”.
Tindakan Ahli Dewan Rakyat yang melompat parti memberi implikasi yang amat besar sehinggakan sejak PRU Ke-14, Malaysia berlaku pertukaran Perdana Menteri sebanyak tiga kali. Ini menunjukkan bahawa negara kita amat memerlukan pindaan ini supaya semua Ahli Parlimen bertanggungjawab dengan parti yang telah dimenanginya dalam pilihan raya sekali gus mampu memulihkan kembali kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi berparlimen negara.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Tuan Yang di-Pertua, tujuan pindaan ini dijalankan adalah bagi menghalang wakil rakyat untuk menukar parti kepada parti politik lain sedangkan wakil tersebut dipilih secara sah dalam pilihan raya. Namun begitu, pindaan ini juga memerlukan definisi yang lebih jelas berkenaan gabungan parti yang menukar gabungannya kepada parti yang lain.
Sepertimana Ahli Parlimen yang lain, saya mencadangkan agar pindaan ini turut menyentuh larangan kepada parti yang melompat parti gabungannya dalam pilihan raya agar implikasi negatif kepada rakyat disebabkan tindakan parti tersebut dapat dielakkan.
Hal ini kerana apabila berlakunya penukaran gabungan parti sekali gus menjejaskan kerusi Perdana Menteri sehingga terpaksa melakukan penukaran kerusi tersebut yang jelas sekali membawa implikasi besar kepada rakyat. Perkara ini sememangnya akan memangsakan rakyat disebabkan keadaan politik negara yang tidak stabil kesan daripada tindakan parti tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya turut meneliti istilah yang digunakan di dalam pindaan ini merangkumi semua Ahli Parlimen termasuk Ahli Dewan Rakyat dan juga Ahli Dewan Negara sedangkan isu lompat parti oleh wakil rakyat di Dewan Rakyat semata-mata dan tidak melibatkan Ahli Dewan Negara. Oleh itu, saya mohon penjelasan berkenaan perkara ini dan mencadangkan agar istilah Ahli Parlimen digantikan dengan istilah yang lebih spesifik iaitu Ahli Dewan Rakyat yang dipilih oleh rakyat bukan parti.
Tuan Yang di-Pertua, saya meneliti pindaan yang dibuat dan saya ingin mendapatkan penjelasan adakah pindaan ini turut merangkumi syarat di mana wakil parti yang melompat parti dikenakan sekatan daripada bertanding selama lima tahun. Saya kira perkara ini seharusnya tidak dimasukkan dalam RUU ini kerana sekatan ini akan menyekat kuasa rakyat untuk memilih wakil rakyat mereka.
Oleh itu, jika seseorang wakil rakyat melompat parti, wakil tersebut tidak seharusnya dikenakan sekatan dan seharusnya boleh turut bertanding agar mandat rakyat untuk memilih tidak dihalang disebabkan tindakannya yang melompat parti pada pilihan raya sebelumnya.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat perlu percaya dengan demokrasi berparlimen.
Pembaharuan ini demi kebaikan masa depan agar wakil rakyat berpegang kepada prinsip dan bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan oleh rakyat. Namun pindaan ini juga perlu melibatkan kerjasama di peringkat negeri. Tadbir urus negara akan terpelihara sekiranya ia turut melibatkan semua peringkat kerajaan.
Saya juga mencadangkan agar diadakan libat urus dengan semua kerajaan negeri dan diguna pakai RUU ini kepada semua ADUN di peringkat negeri. Oleh itu, setiap negeri perlu meminda enakmen negeri masing-masing agar penyelarasan dapat dilakukan sekali gus mampu menghasilkan sistem pentadbiran yang lebih lancar.
Justeru, apakah mekanisme kerajaan bagi memastikan pindaan ini turut mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri? Tuan Yang di-Pertua, saya yakin melalui pindaan ini dapat membina semula keyakinan rakyat dan dalam masa yang sama mampu mengembalikan kestabilan politik demi kebaikan rakyat. Saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Stampin, silakan.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Antilompat Parti ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Santubong, Menteri yang menjaga undang-undang kerana keteguhan beliau yang menjadikan Rang Undang-undang Antilompat Parti itu menjadi satu hakikat dan hari ini kita boleh mencipta sejarah di mana kedua-dua pihak di sini selepas rundingan, mencapai satu persefahaman atas peruntukan-peruntukan rang undang-undang ini dan saya percaya bahawa ia akan sebulat suara disokong pada hari esok.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Rang Undang-undang Antilompat Parti ini memang merupakan satu syarat utama MoU yang ditandatangani oleh PH dengan kerajaan dan pada masa kita menandatangani MoU itu, ramai yang mengesyaki sincerity kerajaan untuk menunaikan apa yang dijanjikan dalam MoU itu bahkan sampai kita pun kadangkala dimarahi oleh penyokong kami, “boleh kah kamu orang percaya kepada kerajaan itu?” Selepas apa yang berlaku, Sheraton Move, kebanyakan rakyat kita tak percaya langsung kepada ahli politik. Bukan sahaja yang tidak lompat parti, memang yang 39 orang yang lompat parti itu yang menjatuhkan kerajaan yang diamanahkan dan dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya ke-14 itu, memang mereka dimarahi. Akan tetapi keseluruhannya, ramai pengundi dan ramai rakyat telah kehilangan keyakinan terhadap orang politik.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Kehilangan keyakinan terhadap institusi Parlimen bahkan demokrasi negara kita.
Apa gunanya kita undi lagi. Apa gunanya lagi kita memilih seorang wakil rakyat, menjadikan wakil rakyat itu boleh mengaut keuntungan dengan melompat parti. Position itu, jawatan Ahli Parlimen dijadikan satu komoditi for trading, macam daging, macam ayam di pasar untuk ditawar-menawar.
Oleh itu, ramai menunjukkan kemarahan mereka supaya sehingga...
[Disampuk] Ayam sekarang mahal tetapi ahli politik yang lompat parti, katak, lebih mahal lagi. Sampai ramai tak sudi keluar undi lagi. Oleh itu, apa yang kita bentangkan hari ini memang bermakna. Ia boleh memulihkan maruah...
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Yang Berhormat Stampin, sekejap. Terima kasih.
Setuju tidak Yang Berhormat Stampin, sekiranya RUU ini diluluskan, dibenarkan di Dewan mulia ini, saya cadangkan satu wall of katak, wall of Ahli Parlimen yang telah lompat dibina di Parlimen ini untuk mengingati tindakan mereka? Terima kasih.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Boleh, boleh, boleh.
[Ketawa] Memulihkan maruah Parlimen dan sistem demokrasi kita. Saya pun percaya bahawa proses untuk mencapai hari ini memang ada banyak halangan daripada pihak sebelah sana, khususnya daripada pihak sebelah UMNO. Segelintir daripada UMNO tidak sokong tetapi saya ingin memberi satu nasihat kepada Yang Amat Berhormat di sini, if you do the right thing, you’ll find more friends in PH than in UMNO.
So, ini memang merupakan satu langkah pertama terhadap reformasi, institutional reform dan saya percaya bahawa Yang Berhormat Santubong memang mempunyai banyak cadangan untuk membawa reform kepada bukan sahaja Parlimen tetapi sistem demokrasi negara kita. Beliau juga merupakan seorang yang berpengalaman dan berpengetahuan atas reform Parlimen.
Oleh itu, masih ada satu tahun, biarlah kita bekerjasama untuk membawa lebih lagi reform. Leave a legacy for the future generation. Apa yang telah dirosakkan oleh Barisan Nasional sebelum ini, biarlah kita bersama-sama membaik pulih sistem yang telah dirosakkan. So, satu soalan yang saya ingin tanya Yang Berhormat Santubong adalah Yang Berhormat Santubong juga datang dari Sarawak, juga merupakan seorang Ahli Parlimen dari GPS. Adakah Yang Berhormat akan push for the agenda of this anti-hopping law di Sarawak?
Kenapa saya tanya soalan ini adalah sebab memang keadaan politik berbeza di Sarawak, di mana GPS menguasai huge majority dalam DUN Sarawak. Oleh itu, walaupun ada orang lompat parti sini, sana. Mungkin tidak akan mengakibatkan pertukaran satu kerajaan. Akan tetapi ada lompatan parti di antara dalam, within the GPS yang berlaku. Kalau rang undang-undang ini diluluskan, dilaksanakan di Sarawak, sama ada macam SUPP, ADUN SUPP lompat ke PBB, adakah itu akan menyebabkan mereka kosongkan kerusi itu?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, saya kena tarik perhatian Yang Berhormat bahawa perkara-perkara yang melibatkan bidang kuasa negeri tidak sepatutnya disoal di dalam Dewan Rakyat.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Saya hanya nak tanya, sama ada Yang Berhormat akan menyelaraskan apa yang kita luluskan di Dewan ini supaya semua negeri akan selaraskan undang-undang mereka, khususnya di Sarawak kerana saya dengan Yang Berhormat Santubong dan Yang Berhormat Kapit, kita semua dari Sarawak. So, itu matter of interest...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
...Question of interest among us, Sarawakians. Saya juga nak tengok satu institusi DUN yang dihormati. Kalau anti-hopping law tidak dipanjangkan ke negeri Sarawak, it compromises the integrity and respect of the DUN institution.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Stampin, saya juga ingin mohon penjelasan. Kita lihat bahawa undang-undang ini tidak mempunyai apa-apa peruntukan yang membolehkan tindakan undang-undang dibawa terhadap Ahli- ahli Parlimen yang melompat parti. Apakah pandangan Yang Berhormat sama ada sepatutnya dijadikan satu kesalahan, juga kesalahan jenayah untuk melompat parti?
Terima kasih.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Untuk menjawab soalan ini, saya rasa seorang Ahli Parlimen yang melompat parti, memang prima facie itu adalah salah tetapi saya rasa biarlah kita balikkan kepada rakyat untuk buat undi lagi, untuk buat keputusan terhadap tindakan dia lompat parti.
Oleh itu, saya memang sokong sepenuhnya supaya satu pilihan raya kecil diadakan. Selepas itu, wakil rakyat itu lompat parti dan kerusinya dikosongkan. Dia diserahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan sama ada dia harus dihukum atau tak dalam pilihan raya kecil itu.
Oleh itu, saya rasa hukuman tambahan, criminal penalty itu, tak payah dikenakan.
Biarlah kita, our position comes from the rakyat, let the rakyat decide it again. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Stampin. Yang Berhormat Setiawangsa, silakan.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum* dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Setiawangsa mengalu- alukan pindaan yang telah kita tunggu sekian lama. Amalan ini memang satu amalan yang berlaku di banyak demokrasi-demokrasi dan banyak negara telah pun mengambil langkah untuk mengekang atau mengawal kelakuan atau kejadian seperti ini.
Kalau di India, fenomena lompat parti ini dipanggil... [Berucap dalam bahasa Tamil] Mungkin Jelutong, saya tak tahu Urdu dia macam mana atau Hindi dia. Akan tetapi Ram datang, Ram pergi. Maknanya, mereka hari ini masuk satu parti, kemudian mereka pergi ke parti yang lain dan seterusnya.
Yang Berhormat Pengerang ada menyebut bahawa pengundi di Malaysia ini pilih parti tetapi kita sebenarnya tidak ada satu sistem untuk kita ukur apa yang pengundi mahu.
Memang betul kita bertanding dengan logo parti yang kita wakili atau pun gabungan yang kita wakili, dengan nama kita. Saya percaya mungkin majoriti daripada rakyat memilih berdasarkan parti.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Akan tetapi, ada kes-kes di mana rakyat memilih berdasarkan susuk tubuh seseorang tokoh tersebut. Beza sistem negara kita beza daripada negara misalnya di Indonesia ataupun di Jerman. Pilihan Raya Bundestag di Jerman, pengundi ada dua undi.
Satu untuk Parti List dan satu untuk Ahli Parlimen secara individu.
Kita ada kes disebut juga oleh Yang Berhormat Pengerang sebentar tadi Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad Ahli Johor Bahru tahun 1978-1990 dan tahun 2004 sehingga tahun 2018. Beliau dipecat daripada UMNO ketika krisis team A dan team B dan meletak jawatan dan bertanding bebas.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Dia telah buktikan sokongan rakyat terhadapnya dan menang dalam pilihan raya tersebut. Mungkin juga ada timbul, kita bukanlah merasakan bahawa parti politik ini ada monopoly of truth atau wisdom dengan izin. Ada rakyat merasakan bahawa parti politik telah pun tersasar daripada perjuangan.
Maka, mekanisme yang ada pada dalam pindaan Perlembagaan ini yang membolehkan keputusan ini kembali kepada rakyat sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat Stampin daripada rakyat kita dipilih, maka kepada rakyat kita kembali.
Yang Berhormat Pengerang juga ada menyebut bahawa bagaimana dalam RUU ini dibezakan antara dengan izin pre dan post-election coalition. Di negara kita selama berpuluh-puluh tahun sejak merdeka kita sudah biasa dengan pre-election coalition tetapi kita lihat sejak tahun 2020, post-election coalition menjadi semakin lazim. Ini amalan di banyak negara lain.
Mungkin ada beberapa wakil rakyat sendiri menyebut kita bertanding pergi ke pilihan raya tidak ada yang mendapat majoriti kerusi. Saya ingat Yang Berhormat Pengerang tadi sebut apa? ‘Bercinta selepas kahwin?’ Jadi, bagi saya tidak ada masalah tentang perkara ini kerana kita perlu ada peluang supaya sebuah kerajaan stabil dapat dibentuk selepas pilihan raya.
Cuma, yang paling penting saya ingat tadi Yang Berhormat Port Dickson sebut tentang soal moral. Bagaimana kerusi Parlimen ataupun DUN bila pindaan dibuat juga di peringkat negeri, bukan kerusi-kerusi ini bukanlah barang jualan untuk didagang bukan komoditi. Ini adalah amanah besar daripada pengundi.
Saya ingat pilihan raya tahun 2018, kita kutip derma kalau kawan-kawan lama saya daripada PAS dalam tin milo misalnya. Kita kutip derma daripada rakyat, ada usaha kumpul duit untuk bawa pengundi-pengundi pulang dari luar termasuk luar negara. Yang pengundi minta tidak banyak, yang mereka minta ialah untuk wakil rakyat menghormati mandat yang mereka berikan dan tunai tanggungjawab tersebut.
Oleh sebab itu bila Yang Berhormat Machang sendiri sahabat saya sebut tadi tentang scheme of things. Ini sesuatu perkara yang sangat-sangat bagi saya hina dan memalukan. Kita sebagai wakil rakyat tengah-tengah pandemik rakyat hilang kerja, hilang mata pencarian tetapi di sini waktu itu Yang Berhormat Pagoh hendak agih-agihkan jawatan-jawatan kerajaan, jawatan-jawatan GLC seolah-olah ini kerajaan milik peribadi semata-mata untuk menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dalam Bahasa Tamil tadi kalau Yang Berhormat tanya saya dengan izin Tuan Yang di-Pertua orang-orang yang lompat ini dikatakan tidak ada, [Bercakap dalam bahasa Tamil] dalam bahasa Malaysia bermaksudnya tidak ada segan silu dan tidak bermoral.
[Bercakap dalam bahasa Tamil] dalam bahasa Tamil.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Terima kasih Yang Berhormat.
Nanti kita panggil Yang Berhormat berceramah di kawasan saya.
Keadilan dan UMNO merupakan sebenarnya mangsa lompat parti terbesar sejak tahun 2018. Saya masih ingat Februari tahun 2019, waktu itu Pakatan Harapan masih kerajaan dan saya bersuara ketika seramai tujuh Ahli Parlimen UMNO menyertai BERSATU. Ada yang dikatakan tidak payahlah hendak timbulkan masalah untuk kerajaan tetapi kita perlu akui bila kita bercakap soal lompat parti, ia berlaku dari waktu Pakatan Harapan juga.
Alasan yang digunakan ialah kita perlu untuk menguatkan sokongan pengundi Melayu dan sebagainya tetapi kita juga tahu di belakang waktu itu ada usaha untuk haramkan UMNO. Saya tidak pernah minat pada UMNO, tidak pernah masuk UMNO tetapi saya percaya bahawa kita perlu padang yang sama rata dalam politik.
Oleh sebab itu, antara perkara lain yang harus dilihat juga bila kita hendak bercakap tentang soal lompat parti perlu ada pindaan terhadap Akta Pertubuhan kerana
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
kuasa yang ada pada Yang Berhormat Menteri dalam negeri ini dengan izin is disproportionate yang selalu meletakkan parti-parti politik yang bukan dalam kerajaan atau hari ini yang di dalam kerajaan seolah-olah ada pistol di parti-parti politik tersebut.
Ketika ‘Langkah Sheraton’ berlaku, alasan yang digunakan oleh Yang Berhormat Gombak yang tidak ada pada hari ini ialah ia adalah satu langkah kanan untuk menyelamatkan negara. Saya kesian kepada Bentara Parlimen yang terus menerus kena tukar nama dan kerusi dalam Parlimen kerana banyak sangat bertukar sejak tahun 2020 atau sebelum itu lagi dari tahun 2019.
Apa yang konsisten tentang Ahli-ahli Parlimen yang melompat ini hanya satu perkara. Ada di antara mereka ini apa jadi pun mereka tetap dalam kerajaan. Sebelum tahun 2018 dalam kerajaan, kerajaan kalah pada tahun 2018 sekejap pembangkang selepas itu kerajaan balik. Selepas ‘Langkah Sheraton’ tetap dalam kerajaan.
Jadi, kebebasan melompat parti ini dia membuka ruang untuk habuan dan juga tekanan. Apa yang disebut sebagai carrot and stick terhadap wakil rakyat dengan izin.
Kita lihat bagaimana kes-kes SPRM terhadap wakil-wakil rakyat diumumkan selepas itu bila sudah melompat, kes-kes SPRM ini hilang.
Jadi, SPRM tadi saya bercakap tentang Akta Pertubuhan dan Pendaftar Pertubuhan tetapi bila kita bercakap tentang SPRM, ia juga disenjatakan ataupun weaponize untuk menekan wakil-wakil rakyat. Saya sendiri dan beberapa teman-teman daripada DAP dan KEADILAN, kami juga ditawarkan durian RM30. Kami terima SMS tersebut.
Lebih lucu, bila kita tidak melayan mereka tanya pula berapa pula kami boleh tawarkan dan mereka boleh bawa beberapa- saya tidak tahu siapa tetapi mereka boleh bawa pada wakil rakyat untuk menyokong belah sini. Jadi, sebab itu ia menjadi satu perkara yang bukan lucu bagi saya tetapi yang sangat memalukan.
Sebagai mana disebut oleh beberapa teman daripada dua-dua belah pihak saya, sampai masanya juga peruntukan Parlimen ini diberikan secara sama rata. Mungkin menerusi Suruhanjaya Parlimen atau sebagainya bukannya lagi sebagai selective kerajaan atau pembangkang ataupun yang tandatangan MoU ataupun tidak.
Namun, sedikit lagi Setiawangsa habis. Setiawangsa berharap bahawa apa yang berlaku pada hari ini menjawab persoalan tentang MoU yang kita tandatangan di peringkat Pakatan Harapan. Ramai juga mereka di dalam Dewan ini yang hari ini menyokong pindaan ini tetapi mencemuh Pakatan Harapan apabila kita tandatangan MoU.
Akan tetapi, kita merasakan selepas siri pertukaran demi pertukaran kerajaan, kita perlukan kestabilan tetapi kestabilan itu datang dengan harga beberapa reforms. Jadi, sebab itu kita menjadi pembangkang yang konstruktif dan berprinsip bukan opposition for opposition sake.
Dua sahaja persoalan yang Setiawangsa hendak ajukan kepada kerajaan.
Apakah akan berlaku sekiranya Ahli Parlimen ini dipecat selepas tiga tahun? Adakah pilihan raya kecil akan diadakan? Adakah kerajaan mampu ataupun ingin melihat juga tentang fixed-term Parliament Act disebut oleh beberapa Ahli Yang Berhormat tadi sebagai juga satu cara untuk menstabilkan Parlimen di negara kita.
Anak katak tingginya lompat, Melompat pula di tengah malam, Ramai manusia yang suka melipat, Umpama katak yang tidak hadir di dalam. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Sebelum kita teruskan, saya hendak umumkan senarai pembahas sehingga pukul 8.30 malam.
Mungkin kita boleh habis. Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Bukit Gelugor,
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Pokok Sena dan mungkin Yang Berhormat Rasah akhir sekali. Silakan Yang Berhormat Batang Lupar.
Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Keluarga Malaysia. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas kesempatan yang diberikan pada Batang Lupar untuk mengambil bahagian dalam perbahasan yang sangat penting ini. Terlebih dahulu, setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada kerajaan, terutamanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu Ahli Parlimen Bera dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Santubong atas keutamaan yang diberikan kepada pindaan ini dan ia menjadikan hari yang cukup bersejarah bagi dunia politik dan sistem demokrasi negara.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Antilompat Parti ini harus menjadi realiti secepat mungkin bagi memastikan ia tidak menghakis kredibiliti kerajaan pimpinan masa kini. Rata-rata rakyat mahukan RUU ini dikuat kuasa sebelum PRU ke-15. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kerajaan dalam memastikan segala perbezaan pendapat mengenai undang-undang ini diatasi dan ia diluluskan di Dewan Rakyat pada kadar yang segera.
Cadangan pindaan ini didesak kerana aktiviti lompat parti ini bukan sahaja menyebabkan sesebuah kerajaan yang telah dipilih melalui pilihan raya tumbang, malah ia juga memberi kesan kepada sistem demokrasi yang kita amalkan. Rakyat atau pengundi merasakan undi mereka tidak bernilai kerana apabila membuang undi, calon yang dipilih boleh berbuat sesuka hati.
Jika amalan lompat parti berterusan, kita akan berdepan dengan sebuah lagi kerajaan yang rapuh, yang tiada kuasa mutlak untuk mentadbir negara. Ugut mengugut akan diteruskan dan amalan melompat-lompat akan berlaku sehingga menumbangkan sesebuah kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, tindakan melompat parti adalah bertentangan dengan konsep asal atau mandat yang diberikan oleh pengundi ketika pilihan raya. Oleh kerana pengundi membuat keputusan untuk memilih calon yang menang adalah berdasarkan kapasiti atau kedudukan calon ketika itu. Apabila sudah berganjak dan berubah status kemenangan, maka dianggap bercanggah dengan kemahuan sebenar rakyat yang memilih ketika pilihan raya.
Selain itu, terdapat persetujuan dalam cadangan bahawa apabila lompat parti berlaku, maka pilihan raya perlu diadakan semula. Namun begitu, calon yang melompat tersebut boleh bertanding semula dan langkah ini dianggap mampu memberikan keadilan atau memberikan peluang kepada calon untuk bertanding dalam mana-mana tiket parti lain atau bebas. Walau bagaimanapun, adakah ini yang kita mahukan? Memandangkan keutamaan bagi Ahli Parlimen dan parti politik yang bertanding dan menang adalah untuk berkhidmat untuk rakyat demi kestabilan negara.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan ke atas Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan bersama RUU berkaitan Akta Antilompat Parti dilihat sudah mencukupi untuk mengekang amalan lompat parti dalam kalangan Ahli Parlimen di negara ini. Perkara 48, fasal 6 sebenarnya berkaitan dengan Ahli Parlimen yang meletak jawatan, bukannya dipecat atau keluar daripada parti.
Justeru, ia tidak meliputi Ahli Parlimen yang hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen tetapi hanya meliputi Ahli Parlimen yang meletak jawatan. Sekali gus tidak boleh bertanding dalam pilihan raya dalam tempoh yang berikutnya selama lima tahun. Dalam hal ini, peraturan ini dilihat bertujuan untuk mengelak mana-mana pihak menggunakan pilihan raya sebagai tempat untuk menguji kekuatan dan juga pengaruh masing-masing.
Oleh sebab itu, saya tidak fikir peruntukan ini iaitu Perkara 48 Fasal 6 boleh memberi kesan kepada Ahli-ahli Parlimen yang dipecat atau keluar parti dan tidak meletakkan jawatan. Ia hanya untuk mereka yang meletakkan jawatan sebagai Ahli
Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Parlimen. Penggubalan undang-undang antilompat perlu dibuat secara menyeluruh dengan perlu membabitkan sama Perkara 48 yang berkisar soal hilang kelayakan Ahli Parlimen.
Saya berpandangan bahawa pindaan Perkara 48 amatlah wajar, di samping ia membabitkan sama Perkara 10 yang perlu disertai dengan undang-undang anti lompat parti. Sekalipun Perkara 10 berjaya dipinda majoriti Dewan Rakyat, ia belum cukup mampu untuk mengekang amalan lompat parti wakil rakyat tanpa disertakan satu undang- undang menyekat perbuatan itu.
Tuan Yang di-Pertua, antara persoalan yang harus diperhatikan dan diambil tindakan ialah bagaimana pindaan ini boleh mengawal pertubuhan atau parti politik dan bukan sekadar individu yang bertanding. Dalam cadangan ini, mana-mana individu yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya di atas parti tertentu dan menang, beliau akan hilang kelayakan dan dikosongkan kerusi sekiranya beliau keluar parti atau dipecat daripada parti.
Begitu juga seorang calon bebas yang memenangi pilihan raya, kemudiannya menyertai mana-mana parti politik selepas memenangi pilihan raya. Ini semuanya melibatkan tindakan individu yang memenangi pilihan raya.
Bagaimanakah jika parti yang diwakili membuat keputusan sebaliknya? Apakah nasib individu yang mewakili parti tersebut? Apabila sesebuah parti berbuat demikian, bagaimanakah nasib calon yang memenangi pilihan raya atas nama parti tersebut, sama ada mereka mengikut keputusan parti atau enggan bersama parti? Yang lari itu parti tetapi yang menjadi mangsa ialah ahli.
Selain itu, cadangan bahawa individu yang dipecat daripada parti juga akan kehilangan kelayakan dan kerusinya diisytiharkan kosong, perlukan penelitian dan pertimbangan yang lebih rasional. Bagaimanakah sekiranya parti keluar dari sesebuah pakatan tetapi ahli enggan dan kemudiannya dipecat?
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Lompat Parti perlu memenuhi semua kriteria dan keperluan semasa. Pengabaian atau terlepas pandang aspek-aspek tertentu boleh mencacatkan rang undang-undang tersebut. Bagaimanapun untuk bergerak ke depan, maka definisi dan konsep asas lompat parti serta isu lompat parti yang berbangkit sekarang perlu diberikan tindakan dan langkah segera agar amalan lompat parti dan mengkhianati amanah rakyat tidak merebak. Manakala perkara-perkara belum lagi berlaku, boleh dipertimbangkan pada pindaan-pindaan pada masa akan datang.
Apa yang penting, rang undang-undang ini perlu dipercepatkan bagi memastikan amalan politik tidak sihat ini dibanteras segera. Oleh sebab itu, keputusan secara bersama dengan bersetuju melalui pembentangan RUU ini adalah sangat saya harapkan.
Mengambil kira semangat bipartisan, dengan mengetepikan fahaman politik demi kesejahteraan dan kestabilan negara. Justeru itu, saya daripada Parlimen Batang Lupar menyokong Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) (No. 3) 2022.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Yang Berhormat Kepong, silakan.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya untuk membahaskan RUU Antilompat Parti ini. Setelah berbulan lamanya menunggu, akhirnya kita sudah sampai ke salah satu kemuncak di dalam memorandum persefahaman di antara pihak pembangkang dan pihak kerajaan.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Perbahasan berkenaan RUU ini bukan sahaja dinanti-nanti oleh mereka yang berada di pihak pembangkang dan juga daripada pihak kerajaan. Saya pasti rakyat juga menunggu kata putus bagi RUU ini. Sudah terang lagi bersuluh RUU ini adalah perkara yang sangat perlu bagi mengubah dan mereformasi landskap politik negara. Keadaan
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
politik semasa sangat bercelaru dan berpecah-belah. Persengketaan politik yang dapat kita lihat kini semuanya bak retak menanti belah, baik di pihak pembangkang ataupun kerajaan.
Disebabkan perkara ini juga rata-rata rakyat juga sudah penat dengan keadaan politik semasa dan kebanyakan rakyat merasakan penglibatan mereka dalam sistem demokrasi negara tidak berbaloi dan tidak membuahkan hasil. Hak mereka sebagai pengundi dicabuli oleh Ahli-ahli Parlimen yang melompat parti.
Seterusnya, situasi politik yang kucar-kacir ini juga bukan sahaja menghakis kepercayaan orang ramai terhadap demokrasi negara secara menyeluruh. Kita sudah mulai melihat ramai orang meninggalkan Malaysia untuk membina kehidupan di negara- negara maju yang lain.
Undang-undang anti lompat parti ini sudah pun menjadi antara mekanisme utama di dalam memastikan kestabilan politik sesebuah negara berdemokrasi. Sekiranya kita merujuk kepada negara-negara maju lain seperti Singapura dan United Kingdom, walaupun mereka mempunyai masalah politik tersendiri, masalah lompat parti ini jarang atau tidak pernah berlaku. Itu juga adalah antara sebab mengapa sistem demokrasi negara mereka masih utuh. Tidak perlu saya berucap panjang mengenai keburukan daripada kegiatan lompat parti ini. Saya yakin dan pasti rakyat sendiri sudah dapat melihat perbuatan terkutuk ini dan mendapat tempias buruk daripadanya.
Apa yang perlu ditegaskan di sini adalah jika benar kita ingin mengubah politik negara, RUU ini perlu diluluskan. Rakyat sudah penat dengan politik Malaysia. Saya juga sudah penat menyebut perkara ini kerana pada saat ini, kenyataan ini adalah kenyataan yang kita sering dengar daripada setiap orang dan setiap Ahli di Dewan ini. Akan tetapi, tiada usaha kukuh yang digiatkan untuk membina semula kepercayaan mereka terhadap landskap politik negara serta proses demokrasi di negara ini.
Butiran rang undang-undang ini jelas untuk rakyat. Mana-mana individu yang sudah dipilih sebagai wakil rakyat tidak boleh lagi menukar parti mereka dengan sewenang-wenangnya seperti menukar seluar. Mereka perlu menghormati prinsip, visi dan misi parti yang mereka wakili serta menghormati setiap undi yang diberi kepada mereka.
Dengan adanya mekanisme seperti RUU ini, kita bakal melihat politik Malaysia yang lebih stabil, sihat dan berkiblatkan rakyat. Di sini juga orang ramai tahu bahawa penglibatan mereka dalam proses pilihan raya demokrasi negara ini tidak akan dikhianati dan dicabuli dengan sewenang-wenangnya.
Usaha untuk menguatkan lagi institusi demokrasi negara kita tidak seharusnya berhenti di RUU ini sahaja. Antara perkara-perkara lain yang boleh diperjuangkan pada masa hadapan adalah dengan inisiatif pilihan raya semula, dengan izin recall election.
Proses ini lebih telus, jelas dan memberikan kuasa penuh kepada rakyat yang ingin memilih calon mereka.
Dalam pada itu, kriteria-kriteria bagi perlunya pilihan raya semula (recall election) juga boleh dirangka dan diformulasikan. Misalannya, sekiranya seseorang Ahli Parlimen itu didapati bersalah apa-apa jenis kes rasuah atau jenayah yang berat, individu tersebut sewajarnya perlu melalui pilihan raya semula (recall election) walaupun beliau dalam proses rayuan mahkamah.
Perangkaan seperti ini penting kerana kita tidak mahu melihat seseorang Ahli Parlimen yang telah didapati bersalah mencuri berbilion-bilion ringgit daripada rakyat masih berjalan di sana-sini, menggambarkan diri mereka sebagai wakil rakyat. Kita mahukan landskap politik yang bersih, yang mana mereka yang dilantik juga adalah individu yang beramanah dan bertanggungjawab. Akhirnya sudah jelas rang undang- undang ini adalah rang undang-undang perlu diluluskan tanpa perbalahan dan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Percanggahan lagi. Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Kita lihat bahawa dalam Parti DAP kita mempunyai 42 Ahli Parlimen yang masih lagi bersama-sama dengan Pakatan Harapan. Ini menunjukkan bahawa Ahli- ahli Parti DAP masih setia dan menghormati mandat rakyat.
Berkenaan dengan perkara yang sedang dibincangkan pada hari ini, apakah pendapat Yang Berhormat bahawa sebelum seseorang itu dipilih menjadi Ahli Parlimen atau untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen, parti-parti sendiri yang menjadi parti gabungan dalam Pakatan Harapan harus mendidik dan memastikan kesetiaan seseorang itu yang dipilih untuk bertanding – untuk memastikan bahawa selepas dipilih, beliau akan setia bersama-sama dengan parti yang beliau wakili sama ada beliau menjadi kerajaan atau walaupun beliau menjadi pembangkang.
Ahli itu juga akan menghadapi apa-apa, sedia menghadapi apa-apa cabaran yang mungkin dilontarkan, yang dikenakan, tindakan undang-undang dan sebagainya yang boleh dikenakan ke atas beliau yang semata-mata untuk mengugut beliau untuk lompat parti. Apakah pandangan Yang Berhormat?
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Ya. Saya amat bersetuju cadangan Yang Berhormat. Saya juga mencadangkan Kementerian Pendidikan Malaysia merekodkan nama 42 Ahli Parlimen daripada DAP yang tak pernah lompat di dalam buku sejarah di sekolah.
[Ketawa] Bukan, ini sebagai wall of fame. Sekiranya pihak kerajaan dan pembangkang mahukan pembaharuan politik negara dan kestabilan ekonomi negara, RUU ini perlu diluluskan dengan sebulat suara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Seterusnya Yang Berhormat Julau, diikuti Yang Berhormat Pulai.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang dan peluang untuk berbahas dan mengutarakan pendapat saya berkenaan RUU Perlembagaan Persekutuan dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti.
Saya juga ambil peluang ini untuk bagi syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Santubong untuk mencapai dan membawa RUU ini yang bukan senang, very complex and politically sensitive but very brave. I would like to congratulate them for their courage. Dalam perbahasan saya pada kali ini, ada beberapa perkara penting yang saya ingin mengutarakan di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Untuk pertimbangan Yang Berhormat Menteri berkenaan RUU ini yang mungkin boleh ditambah baik.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menyentuh mengenai klausa perkara baharu 49A di bawah tajuk Pertukaran Parti Politik, Anggota dan Sebagainya.
Justifikasi di bawah Perkara 49A ini sedikit sebanyak ada menyentuh mengenai wakil rakyat berstatus bebas.
Saya mohon untuk menarik perhatian Yang Berhormat Menteri kepada Perkara 49A(1)(b) ini yang menyatakan dengan jelas, “Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seorang Ahli Dewan Rakyat hendaklah terhenti menjadi Ahli Dewan itu dan kerusinya hendaklah menjadi kosong sebaik sahaja suatu tarikh kekosongan luar jangka yang dipastikan oleh Tuan Yang di-Pertua di bawah fasal 3. jika – (b) setelah dipilih ke Dewan Rakyat bukan sebagai anggota suatu parti politik dia menyertai suatu parti politik sebagai anggota.” Mengenai perkara ini, pendirian saya kekal jelas dan teguh seperti mana perbahasan saya sebelum ini di mana saya minta agar Yang Berhormat Menteri dapat mempertimbangkan untuk beri pengecualian kepada mana-mana individu wakil rakyat
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
yang bertanding secara bebas untuk mereka kemudiannya menyertai atau menganggotai mana-mana parti politik kelak di suatu masa yang beliau rasakan sesuai.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Antara sebab mengapa saya meminta pengecualian ini diberikan kepada individu yang menang dengan tiket Bebas adalah kerana realiti suasana politik di tanah air kita ini ada pelbagai voting behaviour dengan izin. Ada pengundi untuk mengundi kerana atas sebab sokongan padu kepada parti yang mereka sokong berdasarkan fahaman, ideologi.
Ada juga yang memberi undi kepada sebuah parti kerana dirasakan parti tersebut mampu menawarkan pakej perkhidmatan rakyat yang meyakinkan kepada mereka.
Namun, tidak lupa juga ada pengundi yang mengundi calon Bebas berteraskan personaliti dan sahsiah yang baik boleh ditonjolkan oleh calon Bebas tersebut. Tidak dinafikan juga ada yang mengundi calon Bebas berdasarkan track record perkhidmatan yang cemerlang di kawasan masing-masing.
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya sudah – I have already checked the records dalam sejarah kita Malaysia daripada Independence, Hari Kemerdekaan sampai hari ini, di dalam sejarah Malaysia ada 20 orang Ahli Dewan Rakyat yang menang atas tiket Bebas dan saya boleh beritahu kepada semua dalam Dewan yang mulia ini, 19 orang Ahli Parlimen itu adalah dari Sabah dan Sarawak.
Seorang sahaja Ahli Parlimen Batu dari Semenanjung. Dia seorang sahaja dari seluruh sejarah kita menang atas tiket Bebas dan bukan kerana dia memang atas tiket Bebas sebelum dipilih parti dia – parti yang dia sedia ada sekarang sudah beri endorsement kepada dia. Oleh sebab itu, dia menang dan itu jadi satu sejarah. Akan tetapi kita boleh nampak fenomena ini memang ada di Sabah dan Sarawak kerana orang di Sarawak dan Sabah ada kelainan daripada Semenanjung. Kita mesti menghormati adat itu. We must respect the culture, *we must respect the...
[Disampuk]*
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
...political realities, we have to consider all the– all these factors. Saya tahu, saya difahamkan ...
[Disampuk]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
...di dalam select committee yang di bawah RUU ini tiada seorang Ahli Dewan Rakyat adalah seorang yang menang atas tiket Bebas dan saya juga sebelum itu orang Bebas, saya menang di atas tiket Bebas.
Saya hendak masuk ke select committee pun itu tidak jadi, tidak boleh.
So, saya rasakan ada sedikit kecewa kerana RUU ini, we must take into consideration all the stakeholders and all the factors behind this. I can say that this is very politically convenient. Kalau orang kerajaan dan orang pembangkang, dua-dua blok ini adalah daripada parti, blok orang Bebas keluar daripada– I mean to disadvantage them in this law, I can see the political reality but why this would happen. But, I hope the Minister will give due consideration into this matter.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Tuan Yang di-Pertua, saya fikir ...
[Disampuk]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Can I ask you a question?
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ketika Yang Berhormat menang, mungkin menang sebagai Bebas. Akan tetapi Yang Berhormat telah masuk parti PKR, betul? Ketika itu Yang Berhormat percaya dengan kepimpinan Yang Berhormat Port Dickson. Kenapa tiba-tiba tidak percaya dan lompat sebelah sana? Adakah Yang Berhormat menghadapi apa-apa tekanan dan mungkin dituduh oleh pihak SPRM? Adakah Yang Berhormat bersedia untuk melepaskan perjuangan itu, risau mengkhianati mandat rakyat? Saya mohon penjelasan.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Okey, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya hendak beritahu. *Today we are not making the law on the reason of one or two individuals. We’re making a law– a blanket law for the history of Malaysia, okay?
So,* apakah kerana saya melompat dari satu parti ke satu parti, saya beritahu di sini, saya menang atas tiket Bebas. Saya menang daripada mandate ke rakyat. Apabila saya keluar daripada parti yang saya masuk, selepas itu GE15, rakyat saya memanglah dipilih. Pertimbangkan apa yang betul atau salah dibuat saya. So, itulah saya tidak risau.
Tidak lama lagi, beberapa bulan lagi kita boleh tengok apakah keputusan itu Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Yang di-Pertua, saya fikir ramai antara Ahli Parlimen dan saya juga hendak beritahu di sini, saya rasa ada satu isu yang tidak berapa logik kerana kalau orang Bebas yang menang, dia tidak boleh sertai ke parti tetapi orang yang dari parti menang atas tiket parti, dia keluar kerana dipecat daripada parti dia sendiri, dia boleh sertai ke parti.
Saya rasa itu tidak berapa konsisten kerana apabila dia dipecat, dia memang automatically jadi orang Bebas. Adalah juga orang yang terus masuk ke satu parti ke satu parti tetapi dalam undang-undang ini dia memang disqualified, dia mesti dipilih baharu – no, unless he’s expelled then he can straightaway go to another party. But, ada pengecualian sometimes dia tidak, dia jadi Bebas juga. Akan tetapi apabila dia jadi Bebas, dalam RUU ini, tidak payahlah dia kosongkan kerusi.
So, saya rasa kalau dapat Tuan Yang di-Pertua kita mesti buat konsisten. Ini kerana dua-dua ini orang dalam Dewan Rakyat adalah Bebas dan kalau satu mesti kosongkan kerusi, saya rasa orang yang keluar kerana dia kena pecat memanglah sama mesti mengikut undang-undang itu dan kosongkan kerusi dia. Kalau tidak, dua-dua kekal ke kerusi. Itulah satu pandangan saya.
Seterusnya ada satu lagi last point. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan kenyataan media yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri baru-baru ini di mana beliau menyebut bahawa RUU ini hanya terpakai di Lower House sahaja, tidak terpakai di Upper House, iaitu untuk para Senator dan diberi penjelasan bahawa ketika ini, hanya fokus untuk Ahli Dewan Rakyat sahaja, untuk Senator Dewan Negara akan dilihat pada masa yang akan datang sekiranya perlu dibuat intervensi. Bahkan saya ingin bertanya mengapakah kita tidak boleh menyelesaikan sekarang juga?
Saya merasakan ini adalah ruang yang terbaik untuk kita selesaikan dua perkara dalam satu masa dan tidak perlu menunggu kerana kita hendak memperincikan punca kuasa RUU ini dengan jelas untuk diguna pakai ke atas setiap segenap Ahli Dewan tidak kira mereka di Dewan Rakyat mahupun di Dewan Negara.
Akhir sekali, saya ingin menutup perbahasan ini bahawa RUU ini adalah amat penting untuk dikuatkuasakan segera demi membentuk political stability di dalam negara kita selain dapat menyuburkan amalan demokrasi yang mulia dan mengembalikan semua keyakinan rakyat untuk terlibat dalam politik secara matang dan ikhlas. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Pulai, silakan.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana mengizinkan saya dan rakan-rakan berucap pada saat dan ketika yang bersejarah ini dan saya juga dan rakan-rakan yang lain merakamkan bahawa kita sebahagian daripada sejarah Parlimen Malaysia yang ingin menamatkan satu episod drama atau tragedi yang saya anggap sangat menjengkelkan iaitu perilaku melompat parti. Sudah petang-petang ini Tuan Yang di-Pertua, saya teringat pembikinan filem Tiga Abdul oleh Allahyarham P.Ramlee tahun 1964.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Dalam satu dialog yang kita masih ingat bagaimana Husin Lempoyang seorang saudagar unta, apabila P. Ramlee yang memegang watak Abdul Wahub membeli dua orang abangnya Abdul Wahid dan Abdul Wahab lalu saudagar ini mendapat keuntungan yang lumayan. Beliau berkata “Wow, meniaga manusia lebih untung daripada meniaga unta”. Jadi, saya nampak walaupun P. Ramlee ini bukan seorang ulama, ahli falsafah tetapi beliau nampak melalui karya-karya agungnya, filem-filemnya yang sangat dinamik dan banyak perkara berlaku pada hari ini hasil daripada ilham beliau walaupun dianggap suatu filem yang lucu ataupun komedi.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Undang-undang, Yang Berhormat Santubong dan merakamkan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Perdana Menteri dan juga Tuan Yang di-Pertua sebagai Speaker kerana pada 13 September 2021 di bangunan Parlimen inilah kita meterai perjanjian MOU di antara pembangkang dan pihak kerajaan yang pada waktu itu melihat bahawa kepentingan negara dan rakyat itu menjadi satu priority. Mesti menjadi suatu keutamaan dan kita boleh sama-sama hari ini menyatakan secara objektif dan secara konstruktif bahawa pindaan Perlembagaan ini adalah merupakan kemenangan kepada rakyat.
Kita harap rakyat akan keluar, kembali mengundi kita dalam PRU yang akan datang setelah kita belajar daripada pengalaman PRN Melaka dan Johor, walaupun COVID-19 antara faktor yang menyebabkan berlakunya terlalu rendah peratusan keluar mengundi. Akan tetapi, percayalah rakyat juga punya perasaan bosan dan muak terhadap perilaku orang-orang politik.
Walaupun undang-undang ini kita telah bahaskan di peringkat select committee saya juga terlibat dalam streering committee. Kita telah menjalani proses yang terbaik sebagai Ahli Parlimen pembuat dasar dan memang terdapat banyak lagi kelompangan, Tuan Yang di-Pertua, yang faham tentang proses pembuatan undang-undang, walaupun ia tidak sempurna pada hari pertama.
Akan tetapi, saya sangat yakin ia adalah merupakan satu watershed dengan izin.
Satu game changer yang akan menyaksikan insya-Allah kita meletakkan complete stop terhadap adegan-adegan yang sangat memualkan ini. Jangan takut untuk membuat perubahan ini. Kita semua pada hari ini menjadi saksi dan as time goes by dengan izin, akan ada lagi pindaan terhadap Perlembagaan negara.
Saya difahamkan di Amerika Syarikat sejak negara itu merdeka terdapat 29 kali pindaan Perlembagaan. Negara Malaysia sejak tahun 57 mengalami hampir 59 kali pindaan termasuk MA63 yang juga kita menjadi sebahagian sejarahnya untuk kepentingan kawan-kawan kita Sabah dan Sarawak. Demikian juga tentang kita berani untuk meminda kuasa Raja-Raja Melayu juga berlaku di sini. Ia memerlukan pindaan Perlembagaan yang mempertanggungjawabkan kita pada hari ini untuk masa depan rakyat dalam negara kita.
Demikian juga tokoh-tokoh besar dunia seperti Abraham Lincoln bila beliau membawa satu undang-undang untuk menghapuskan perhambaan di Amerika Syarikat sehingga beliau dibunuh oleh John Wilkes Booth atas perjuangannya yang tuntas itu.
Dibawa undang-undang itu pada tahun 1863, 1 Januari 1863. Undang-undang itu dinamakan Emancipation Proclamation. Ia dapat direalisasikan selepas beliau dibunuh beberapa tahun kemudian.
Oleh sebab itu apa yang kita lakukan pada hari ini adalah merupakan suatu kemenangan, suatu yang kita berikan keyakinan kembali kepada rakyat dan yang lebih penting daripada itu ialah kita menghantar satu mesej yang jelas pada masyarakat antarabangsa bahawa kita hari ini sedang bergerak untuk memulihkan negara kita. Apa pun yang berlaku sebelum ini saya rasa ramai kawan-kawan telah berucap tentang hal Sheraton Move, tentang hal bagaimana berlakunya lompat parti yang saya anggap Tuan Yang di-Pertua it is water over the dam yang tidak perlu kita ungkit lagi.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Akan tetapi, hari ini kita bergerak untuk memulihkan negara kerana kita telah hilang apa yang kita dikatakan we lost the trust deficit. Negara asing, negara luar hari ini hilang kepercayaan terhadap wibawa negara kita. MITI Boleh memberikan fakta-fakta yang lebih konstruktif, berapa ramai syarikat-syarikat multinasional yang telah mengalihkan destinasi mereka dari Malaysia ke Vietnam. Mereka beralih ke Jakarta yang ada pada hari ini melihat bahawa Presiden Jokowi yang lebih meyakinkan mereka.
Saya baharu selesai minum kopi dengan rakan-rakan diplomat dari Indonesia.
Apa mereka kata? Kita hendak share pada petang ini bahawa dalam satu penggal bapak Jokowi masuk ke dalam kantornya secara faktanya dia telah memasukkan, Tuan Yang di- Pertua, hampir 500 orang bekas Menteri, bekas gabenor, bekas tentera dalam penjara.
Maka dia telah menghantar satu isyarat yang jelas dan hari ini pelabur-pelabur, syarikat multinasional Toyota, Honda, Hyundai, dan Sony beralih ke Jakarta. Ini jangan dipandang ringan. Secara bergurau Tuan Yang di-Pertua, kita pernah berucap dahulu “Hati-hati”. Ya, negara kita hari ini menjadi syurga kepada orang asing untuk datang.
Orang Nepal datang, Bangladesh datang, Indonesia menghantar pekerja-pekerja mereka datang jadi maid dalam negara kita.
Satu hari esok kalau kita salah urus negara kita, kalau kita membiarkan semua ini berlaku, hilang wibawa. Pohon jangan berlaku. Kita bimbang esok cucu saya, cucu anda semua esok, mungkin mencari pekerjaan baharu di tanah besar Indonesia. Adakah ini satu perkara yang tidak boleh berlaku?
Saya harap adanya pindaan ini meyakinkan kembali negara kita. Insya-Allah bila berlakunya PRU mungkin tahun ini ataupun tahun depan, rakyat tidak lagi takut untuk keluar mengundi. Kita bina kembali keyakinan mereka untuk keluar mengundi, insya- Allah. Saya rasa apa pun yang akan berlaku selepas PRU yang akan datang kita boleh membina sebuah kerajaan yang lebih baik.
Walaupun saya mungkin boleh memberikan ramalan tidak ada parti yang mungkin akan mendapat majoriti dua pertiga. Amat sukar. Akan tetapi, atas undang-undang yang ada ini kita boleh lebih bertanggungjawab untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil.
Ia bukan lagi terlompat ke sana ke mari tetapi kita dapat menyaksikan esok insya-Allah wakil-wakil rakyat yang dipilih ini benar-benar bertanggungjawab dan punya suatu tanggungjawab untuk membina masa depan negara yang lebih baik, insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang dan kita hari ini menjadi sebahagian daripada sejarah Parlimen yang sama-sama kita dukung ini.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Alhamdulillah. Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Saya tidak nampak Yang Berhormat Tebrau. Jadi, saya persilakan Yang Berhormat Sepanggar.
Silakan.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tindakan dan tingkah laku kata politik ini bukan asing di Sabah. Sabah adalah negeri yang banyak terkesan disebabkan isu lompat parti ini.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kami telah pun bersetuju dengan rang undang- undang ini sejak tahun 1988 di mana Kerajaan Parti Bersatu Sabah pada ketika itu telah meluluskan Akta Anti Lompat Parti ini. Namun tidak dapat dikuatkuasakan kerana waktu itu, Kerajaan Persekutuan giat mencatur politik di Sabah demi kuasa dan pastinya demi hasil bumi Sabah.
Bila Sabah bersuara perlunya undang-undang ini pada waktu itu, Kerajaan Persekutuan menyatakan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, maka ia tidak boleh dikuatkuasakan. Sekarang, bila penyakit lompat si katak lompat sudah berjangkit di sini, barulah Kerajaan Persekutuan tersedar betapa sakitnya akibat daripada
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
tindakan pelompat- lompat ini. Kesannya, Kerajaan Persekutuan juga boleh berubah disebabkan oleh ketamakan para pelompat ini.
Tidak salah kalau saya katakan dan saya percaya ramai, rakyat Malaysia di luar sana bersetuju dengan saya bahawa pelompat-pelompat ini bolehlah kita gelarkan sebagai pengkhianat negara.
Seorang Ahli
Betul.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Tuan Yang di-Pertua, dalam satu perkara juga, saya tidak bersetujulah rang undang-undang ini kita panggil sebagai Rang Undang-undang Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti mahupun Anti Lompat Parti. Selagi mana kita memberikan ruang walaupun secebis zarah kepada pelompat-pelompat ini menjalankan fungsi-fungsinya sebagai pelompat. Memang agak kasar kenyataan saya ini tetapi itulah cerminan yang sepatutnya ditunjukkan dalam rang undang-undang ini.
Baiklah. Apa yang telah berlaku, biarlah ia menjadi lipatan sejarah. Memandang ke hadapan ini, hukuman sekadar hilang kerusi dan dibenarkan pula untuk bertanding semula dan berulang semula adegan yang sama jika pelompat ini masih tidak puas hati atau kerana nafsu poket belum terlunas, maka it really defeats the purpose. Justeru, saya menggesa agar Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan yang melarang Ahli Parlimen meletakkan jawatan untuk tempoh lima tahun, tidak dipotong, malah harus ditambah baik dengan memasukkan klausa Ahli Parlimen yang melompat parti. Bila ini berlaku Tuan Yang di-Pertua, barulah rang undang-undang ini boleh disebut sebagai Akta Anti Lompat Parti seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan dan orang ramai hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya zahirkan sekali lagi di sini, Perdana Menteri dilantik berpandukan sokongan majoriti Ahli Parlimen. Bermaksud, ia sokongan individu dan bukan parti politik. Saya zahirkan sekali lagi di sini seperti apa yang saya telah sebutkan semasa Yang Berhormat Semporna berbahas sebentar tadi. Dalam keadaan bila selepas PRU-15 kelak, satu gabungan hanya memerlukan contohnya dua wakil rakyat untuk menyokong bagi gabungan tersebut untuk membentuk kerajaan dan dua wakil rakyat yang bukan daripada gabungan tersebut telah melanggar pendirian partinya, telah menzahirkan sokongan kepada gabungan yang hanya memerlukan sokongan dua Ahli Parlimen. Mungkin disebabkan oleh kerana terdapat tawaran dan imbuhan dan dalam masa yang sama, dia juga telah menzahirkan bahawa dia tidak ingin keluar parti.
Secara teknikalnya, kerajaan boleh terbentuk kerana sokongan dua individu tersebut dan sah daripada segi Perlembagaan jika parti memecat individu tersebut kerana melanggar partinya. Bermakna, jika mengikut undang-undang ini, dia masih kekal sebagai Ahli Parlimen. Maknanya ada kelompangan terhadap rang undang-undang ini yang perlu dijelaskan oleh pihak kerajaan. Jangan sampai esok apabila berlaku isu ini selepas PRU- 15, kelak ia terpaksa pula dibawa ke mahkamah. Again, it is going to defeat the purpose dan clarity must be there before any law can be enforced, dengan izin.
Saya juga ada dengar beberapa rakan saya yang menyebut mengenai pindaan ke atas perlembagaan parti akan dilakukan secepat mungkin bagi memastikan rang undang-undang ini dapat dikuatkuasakan sepenuhnya. Namun, menjadi persoalan saya apabila kita meminda perlembagaan parti, adakah dalam rang undang-undang ini dengan jelas menyebut bahawa perlembagaan parti boleh digunakan untuk menjustifikasikan tindakan wakil rakyat mereka yang melompat parti?
Tuan Yang di-Pertua, ini penting kerana Perlembagaan Persekutuan adalah perundangan yang tertinggi negara dan tidak ada satu pun perundangan sama ada perundangan negeri ataupun perundangan biasa yang boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya sebutkan, mungkin kita boleh setuju bahawa ‘ibu’ segala alasan yang diberikan oleh wakil rakyat untuk melompat parti adalah kerana isu peruntukan Ahli Parlimen. Pusinglah sana, pusinglah sini. Bunga- bunga ayat yang paling cantik disediakan, kononnya mereka melompat kerana demi
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
rakyat. Kita boleh dengar kenyataan ini daripada wakil-wakil rakyat yang melompat sebelum ini. “Kami melompat kerana rakyat”. Akan tetapi realitinya Tuan Yang di-Pertua, dia melompat akhirnya kerana isu masalah peruntukan Parlimen yang ditidakkan apabila mereka menjadi Ahli Parlimen pembangkang. Saya yakin lompatan ini boleh dielakkan sekiranya setiap Ahli Parlimen tanpa mengira ideologi politik diberikan peruntukan sama rata. Reformasi Parlimen perlu dilakukan, bukan melalui MOU dan salah satunya berkaitan perihal peruntukan Ahli Parlimen ini dilaksanakan.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Celahan sedikit Yang Berhormat Sepanggar.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Kalau boleh saya cadangkan, untuk berlaku lebih adil. Peruntukan kepada Ahli Parlimen perlu dan wajib diuruskan oleh pihak Parlimen dan bukannya daripada peruntukan khas yang disediakan oleh Perdana Menteri. Silakan.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memberikan sedikit pandangan dalam perbahasan Yang Berhormat Sepanggar untuk sama-sama kita menyokong rang undang-undang ini.
Di kawasan saya juga sangat terkesan akibat pelompatan dua ADUN yang mana atas kerusi Parti Warisan. Ramai rakyat yang marah dan mengutuk tindakan pelompat- pelompat ini yang secara terang telah mengkhianati mandat yang diberikan semasa pilihan raya demi kepentingan diri sendiri. Mereka melompat tanpa merujuk kembali kepada pengundi sebelum membuat keputusan. Alasan demi rakyat adalah cerita karut demi menutup keputusan melompat parti. Pelompat ini hanya mementingkan poket sendiri Yang Berhormat dan tidak juga ramai rakyat yang dibantu dan pembangunan yang dilaksanakan selepas lebih setahun melompat. Apa yang jelas, taraf kehidupan wakil rakyat meningkat mendadak dengan penggunaan kereta mewah dan pemilikan hartanah.
Saya ingin bertanya, kenapakah pihak berkuasa tidak membuat siasatan terhadap wakil rakyat yang berubah kehidupannya selepas melompat? Apa yang selalu ditekan dan disiasat adalah wakil-wakil rakyat yang tidak melompat menyokong kerajaan. Adilkah kepada wakil rakyat yang ingin setia kepada perjuangan kepada parti yang mereka pilih dari awal?
Cadangan saya, kerajaan harus berlaku adil kepada semua wakil rakyat secara terang dipilih oleh rakyat untuk diberikan peruntukan sama rata agar wakil rakyat tidak terkial-kial pendiriannya jika tidak dapat memenuhi permintaan rakyat. Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Mohon bersetuju.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Tuan Yang di-Pertua, saya masukkan dalam teks ucapan saya.
Itulah yang saya maksudkan Tuan Yang di-Pertua. Kita ini dipilih oleh rakyat dan kita sering mendengar apabila pihak kerajaan menyatakan mereka menghormati keputusan rakyat. Kita menerima keputusan rakyat tetapi dalam masa yang sama, mereka menidakkan pula hak mereka yang telah mereka memilih, Ahli Parlimen yang mereka pilih itu ditidakkan peruntukan yang sewajarnya disalurkan melalui Ahli Parlimen yang mereka pilih.
Jadi oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya berharap agar pihak yang berada di sebelah sana perlu ingat bahawa selepas PRU-15 ini belum tentu yang duduk di sebelah sana akan kekal duduk di sebelah sana. Jadi, jangan esok apabila mereka sudah kembali duduk di sebelah sini, barulah meluahkan perkara kita perlu peruntukan yang sama rata.
Jadi kalau ingin melakukan reformasi Parlimen, lakukan bersama-sama dengan rang undang-undang ini. Saya yakin, isu-isu mengenai melompat parti ini setidak-tidaknya dapat kita elakkan.
Sebagai akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sampaikan mesej saya juga kepada rakyat yang ada di luar sana memandangkan kerana rakyatlah yang melihat
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
perbahasan ini pada hari ini. Peranan rakyat juga sebenarnya amat penting untuk kita menghapuskan budaya melompat parti ini.
Cadangan saya kepada rakyat yang ada di luar sana. Jika ada serial jumper yang bertanding dalam pilihan raya yang akan datang sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Semporna tadi pagi, Yang Berhormat Keningau, sudah tujuh parti dia lompat.
Pastikan dalam pilihan raya akan datang ini, jangan undi mereka. Rakyat kena menghukum mereka kerana kalau rakyat keep on voting for them, dan inilah yang berlaku.
Akhirnya mereka kembali kepada sistem demokrasi kita dan inilah yang akan memberikan imej yang tak baik kepada negara. Kalau ingin membersihkan Parlimen ini, rakyat kena memainkan peranan yang cukup dan jelas agar mesej rakyat yang bencikan lompatan, ahli-ahli politik yang melompat ini, mereka kena memainkan peranan mereka.
Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usul ini dan diharap akan ada penambahbaikan agar isu-isu yang menjadi persoalan dapat kita perjelaskan dengan lebih teliti dan jelas sebelum rang undang-undang ini kita kuatkuasakan. Sekian dan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Yang Berhormat Kemaman. Yang Berhormat, silakan.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertama, saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk sama- sama mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perlembagaan
(Pindaan) (No.3) 2022 pada petang ini.
Pertama, saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih juga kepada pihak kerajaan dan juga jawatankuasa pilihan khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Santubong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana dapat membawa rang undang- undang ini untuk dibincang dan dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Saya percaya rang undang-undang yang digubal ini menjadi titik permulaan kepada penggubalan akta bagi mencegah Ahli Dewan Rakyat melompat parti demi melindungi hak rakyat yang telah memberi undi dan juga kepercayaan yang tinggi kepada ahli-ahli politik ketika pilihan raya.
Saya yakin seperti mana Ahli-ahli Parlimen, rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain menyambut baik pindaan ini, dibuat demi kemaslahatan, kepentingan dan kestabilan politik negara untuk suatu jangka masa yang panjang. Saya berharap dengan adanya pindaan anti lompat parti ini, ketidakstabilan politik di negara kita tidak lagi berlaku yang boleh menjejaskan pembangunan ekonomi di negara kita.
Saya yakin menjadi satu keperluan terdesak untuk meluluskan pindaan ini bagi melarang mana-mana Ahli Dewan Rakyat dan juga Dewan Negeri dengan sewenangnya bertukar parti atas tujuan peribadi dan kepentingan politik. Selain itu, kewujudan pindaan ini juga dapat mengelakkan daripada berulang semula pembentukan Kerajaan Persekutuan sehingga beberapa kali seperti yang berlaku mutakhir ini.
Ketidakstabilan politik yang berlarutan sudah tentunya menyebabkan pemulihan dan pembangunan ekonomi negara terbantut. Dalam masa yang sama, rakyat terus menghadapi tekanan kehidupan. Malah, para pelabur juga tidak yakin dengan negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita sedia maklum, tujuan rang undang-undang ini dibahaskan untuk memastikan keseimbangan kuasa dalam parti politik dapat dikekalkan selain mewujudkan kerajaan yang stabil tanpa ada wakil rakyat yang melompat parti. Majoriti ahli politik yang dipilih sebagai wakil rakyat, sebagai Ahli Dewan Rakyat, mereka ini bertanding di atas tiket parti politik bukan atas nama individu. Sudah tentulah mana-mana ahli politik yang membuat keputusan untuk lompat parti demi kepentingan diri
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
sendiri telah mengkhianati rakyat yang mengundi dan menyokong mereka sebagai wakil yang dicalonkan oleh parti politik tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi penekanan berkaitan dengan integriti seorang ahli politik sebelum menjadi wakil rakyat dalam konteks kepimpinan integriti ini membawa erti pemimpin yang amanah, bertanggungjawab, telus dan jujur.
Oleh itu dalam konteks Islam, kita ada dosa dan pahalanya dalam memikul amanah ini dan yang disebutkan [Membaca sepotong hadis] , “Setiap kamu itu pemimpin dan kamu akan disoal oleh Allah SWT di hari akhirat”. Oleh itulah, hakikat budaya lompat parti ini memberi ruang dan peluang berlakunya sogokan politik dan ia amat memalukan sekiranya ada wakil rakyat yang melompat parti disebabkan termakan dengan sogokan dan sebagainya.
Persoalannya, adakah wakil rakyat seperti ini yang perlu diangkat sebagai ikon untuk generasi yang akan datang kerana ia menimbulkan pelbagai persepsi yang buruk di kalangan rakyat, khususnya para pengundi yang baru berdepan dengan situasi politik negara kita. Sehubungan itu, larangan Ahli Dewan Rakyat melompat parti amat diperlukan demi mengekang budaya rasuah dalam politik daripada berleluasa.
Isu lompat parti perlu dilihat daripada sudut kejujuran, kesetiaan dan juga disiplin.
Oleh itu, seseorang yang ada dalam kedudukan yang tinggi dalam sudut kepimpinan sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada orang lain di mana kita yang menjadi pemimpin ahli politik sudah tentu dilihat oleh rakyat dan menjadi mata dan telinga rakyat seluruhnya.
Satu bentuk pengkhianatan dan tidak setia sekiranya ada wakil rakyat yang menukarkan sokongan politik yang menjadikan penentang kepada parti yang mengangkat dirinya sebagai wakil rakyat. Oleh itu, pindaan larangan lompat parti ini tidak boleh dilabelkan sebagai undang-undang yang menghalang daripada kebebasan tetapi ia adalah pindaan yang bertujuan untuk mewujudkan politik yang bermaruah, berintegriti dan berprinsip demi menjaga kepentingan rakyat seluruhnya.
Akhir kata, suka untuk saya ingatkan dalam Dewan yang mulia ini, mana-mana pemimpin yang tidak amanah dan tidak berintegriti akan mengakibatkan rakyat berada dalam kesengsaraan yang sudah tentu kita semua tidak mahu melihat kesusahan, kesengsaraan rakyat demi kepentingan politik peribadi.
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Perkara baharu 49A(3), yang mana jika berlaku kekosongan luar jangka disebabkan mana-mana Ahli Dewan Rakyat keluar parti maka, pilihan raya kecil hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari. Kekosongan kerusi tersebut perlu diisi dalam tempoh 60 hari. Saya berpendapat bahawa pelaksanaan PRK ini, bakal memberi implikasi kewangan kepada kerajaan.
Justeru, saya ingin bertanya, adakah kerajaan membuat kajian mengenai alternatif lain yang lebih komprehensif bagi mengelakkan berlakunya pembaziran duit rakyat ini? Oleh itu, saya mencadangkan agar pemilihan Ahli Dewan Rakyat baharu dilaksanakan dengan cara parti politik asal yang memenangi kerusi menghantar calon wakil baharu daripada parti mereka kepada pihak yang berkenaan.
Oleh itulah, saya mengharapkan semoga semua, kita ahli politik, Ahli Dewan, Ahli- ahli Parlimen semua tanpa mengira kefahaman politik yang ada dalam Dewan yang mulia ini dapat memberi sokongan kepada rang undang-undang yang dibentangkan ini demi kestabilan politik di negara kita dan demi kepentingan rakyat keseluruhannya. Saya mengharapkan mudah-mudahan, ia memberi keyakinan kepada kita semua dengan sistem politik dan demokrasi di negara kita ini. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.
Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Kemaman. Dipersilakan Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua, yang memberi ruang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan untuk Rang
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti di Dewan Rakyat pada hari ini dan hari esok.
We have come a long way, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Pada 21 Mac 1978, tarikh yang sebelum saya lahir, Yang Berhormat Iskandar Puteri, yang pada masa itu, Ahli Parlimen Kota Melaka telah membawa ke dalam Dewan yang mulia ini, Rang Undang- undang Bersendirian ataupun Private Member’s Bill yang bertajuk Akta Ahli-ahli Parlimen Pencegahan Berpaling Tadah 1978. Bagi undang-undang anti lompat parti untuk menghalang rasuah politik dan untuk memastikan suasana politik yang lebih bersih. Itu 45 tahun yang lalu.
Untuk pihak DAP, kita tidak pernah meninggalkan perjuangan ini dan akhirnya pada tahun ini, tahun 2022 ini melalui MOU bersefahaman di antara kerajaan dan Pakatan Harapan, kita berjaya memastikan rang undang-undang ini dibentangkan di Parlimen oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri.
Saya ingin mengucapkan syabas kepada Santubong kerana Yang Berhormat Menteri Parlimen dan Undang-undang sudah memainkan peranan beliau yang begitu hebat supaya ini dapat direalisasikan. Namun, sepanjang perjuangan ini, banyak orang – tidak ada harapan, banyak sindiran dan banyak kritikan yang Pakatan Harapan dan DAP melalui. Seperti contoh, ada seorang pemimpin parti politik daripada pihak third force-lah.
Dia tulis dalam Facebook dia pada enam April, *“Big news. Cabinet has rejected the anti-hopping law Cabinet paper. Once again PH has been conned and cheated by BN.
So, actually BN has been cheating since 1957 but, PH still chooses to believe in BN by signing the MOU.”* Beliau mengatakan MOU telah signed dan kita dapat 100 of millions peruntukan itu tetapi antilompat parti tidak dapat dibuat. Akan tetapi hari ini kita membuktikan bahawa segala kritikan, segala tohmahan ini adalah palsu. Hari ini, kita menunjukkan yang kebenaran sudah sampai dan kita akan pastikan rang undang-undang ini mendapat super majoriti lebih dari dua pertiga untuk sama-sama kita mencapai persefahaman untuk memastikan political reset untuk Malaysia.
Akan tetapi, saya hendak masuk kenapa rakyat benci ahli politik yang lompat parti.
Biasanya kalau lompat parti ini, apa yang rakyat paling benci itu adalah akibat lompat parti itu akan membuat satu kerajaan dijatuhkan. So, maksudnya, kerana Malaysia ini mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Kita melalui ini, first, pass the post, kita memilih Ahli Dewan Rakyat dan melalui sokongan daripada Ahli Dewan Rakyat kepada seseorang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita baru membentuk kerajaan dengan seorang Perdana Menteri.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Apabila berlakunya pertukaran pendirian politik yang menyebabkan kejatuhan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ataupun kerajaan, ini yang paling dimarahi oleh rakyat. Ini pengalaman yang di Sabah ini kita pernah melalui semasa pemerintahan PBS pada tahun 1994. Akhirnya walaupun PBS ia menang tetapi dalam waktu yang singkat tidak sampai satu bulan, Kerajaan PBS jatuh akibat yang daripada penghijrahan ahli-ahli politik ini.
Rang Undang-undang Antilompat Parti peringkat negeri Sabah sudah di-revoked, dimansuhkan selepas Barisan Nasional mengambil alih pemerintahan sejak tahun 1994.
Sekarang kita dapat melihat. Sekarang kita buat satu rang undang-undang pindaan Perlembagaan di Persekutuan dan kita membuka jalan untuk kerajaan-kerajaan negeri apabila mereka membentuk akta-akta ini untuk antilompat ini tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. So, ini lah yang makna yang sejarahnya untuk hari ini.
Saya hendak membicarakan kenapa berlakunya yang lompat ini. Kenapakah ahli politik hendak melompat dari parti? Biasanya dikaitkan dengan wang peruntukan untuk kawasan-kawasan. Daripada akibat atau tindakan lompat-melompat ini akan menjatuhkan kerajaan dan apabila kerajaan bakal dijatuhkan kemungkinan Ketua Menteri kah atau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kah dia akan membuat pertimbangan sama ada mengadakan pembubaran sebelum kerajaan dia dijatuhkan.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
So, berasaskan daripada ini saya rasa selepas pindaan Perlembagaan untuk antilompat parti ini kita juga harus mengadakan reformasi-reformasi yang lain seperti Akta Penggal Tetap supaya satu kerajaan ia tidak terjatuh atau ia mesti mengikut pilihan pada masa yang ditetapkan, yang mengikut penggalnya. Selain itu, akta untuk memastikan kesamarataan peruntukan di antara ahli Parlimen tidak kira kerajaan kah atau pembangkang adalah amat penting kerana ini memastikan seseorang ahli Dewan Rakyat tidak payah bertukar pendiriannya kerana semata-mata untuk mendapatkan pembangunan yang sepatutnya kawasan dia layak untuk mendapatkan. Ini sesuatu contoh.
Saya sangat gembira apabila saya baca ini berita yang terbaru bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dia baru-baru mengatakan –Ini news yang baharu, just in. Dia mengatakan beliau masih ada banyak perkara yang hendak buat sebelum pembubaran Parlimen. Saya rasa salah satu pembaharuan atau reform yang beliau harus melakukan selain daripada apa yang dia mengatakan pendanaan politik ini yang tersebutlah yang akta untuk memastikan kesamarataan, peruntukan di kalangan ahli Parlimen dan kemungkinan akta untuk penggal tetap untuk sesebuah kerajaan harus juga dipertimbangkan.
Selain daripada itu, saya ingin juga memuji MoU. MoU yang dimeterai di antara Pakatan Harapan dan kerajaan ini, sekarang sudah membuahkan hasilnya. Salah satu yang dipinda Perlembagaan untuk ini rang undang-undang untuk antilompat parti dan kita tidak berhenti di situ. Kita masih ada dua lagi agenda yang belum dilaksanakan di bawah ini MoU. Itu akta untuk mengehadkan tempoh atau penggal Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak lebih 10 tahun dan juga lagi satu yang amat penting iaitu Akta Perkhidmatan Parlimen (the Parliament Services Act).
Saya hendak mencadangkan bahawa kemungkinan kesamarataan peruntukan ahli Parlimen ini bolehlah dimasukkan kepada Akta Perkhidmatan Parlimen supaya peruntukan-peruntukan untuk ahli Dewan Rakyat disalurkan melalui institusi Parlimen dan bukan melalui Jabatan Perdana Menteri.
Ini yang keluar tajuk sedikit cuma saya berhasrat reformasi yang akan dibawa oleh kita ini tidak berhenti di sini. Saya berdiri di sini saya bukan berjuang atas landasan untuk memastikan sesiapa yang akan menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Akan tetapi, apa yang lebih penting ini yang perjuangan untuk memastikan Malaysia kembali kepada landasan yang betul untuk sistem Demokrasi Berparlimen kita amat penting.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Dipersilakan Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersama-sama pada petang ini membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022. Saya bersetuju di atas pembentangan bagi RUU ini bagi kita melihat dengan lebih luas bagaimana peranan seorang ahli Parlimen dan ahli politik itu selari dengan Perlembagaan dan juga konsep khususnya di dalam Islam.
Konsep kejujuran berpolitik itu sangat penting yang disebut dengan jelas lima prinsip Maqasid Syariah itu iaitu menjaga:
(i) agama;
(ii) nyawa;
(iii) akal;
(iv) keturunan; dan
(v) harta.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ia adalah tunjang kepada tanggungjawab seorang ahli politik bahkan juga tanggungjawab kepada seluruh rakyat. RUU ini yang kita hari ini berbahas dan akan menyokongnya, sudah pasti akan memberi kesan yang besar kepada kestabilan politik di negara kita supaya kesejahteraan rakyat itu dapat terus kita realisasikan dari sudut ekonomi, sosial mahupun kemasyarakatan. Dalam masa yang sama boleh mengelakkan tindak tanduk yang boleh mengakibatkan perbalahan sesama kita, sehingga memudaratkan kebajikan rakyat keseluruhannya.
Tuan Yang di-Pertua, terdapat kira-kira 41 daripada 193 buah negara mempunyai undang-undang yang menyekat ahli Parlimen bertukar parti ketika berkhidmat. Akan tetapi, RUU ini perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas, di mana definisi bertukar ini hanya tertakluk bagi parti individu itu sendiri, tanpa melibatkan pertukaran sokongan antara parti yang membentuk suatu gabungan atau pakatan.
Secara umumnya jika sesuatu parti menarik diri daripada gabungan tersebut kerana merasakan prinsip asas perjuangan telah dicemari dan dikhianati, maka persoalan yang timbul adalah adakah tindakan ini turut dianggap sebagai perbuatan melompat parti?
Dalam keadaan ini, ahli Parlimen yang taat kepada prinsip kedaulatan undang-undang dan ketinggian Perlembagaan adakah juga mereka wajar dihukum dengan perlucutan keanggotaannya sebagai ahli Parlimen?
Selain itu, timbul juga persoalan yang mungkin akan dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri sama ada turut timbul sekiranya ahli Parlimen bertukar parti yang dianggotai kepada parti lain tetapi masih dalam gabungan atau pakatan yang sama. Tuan Yang di-Pertua, saya juga bersetuju dengan pindaan perkara 48(6) dibuang ‘(6)’ itu, dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan seseorang yang melepaskan keahliannya di dalam Dewan Rakyat hendaklah bagi tempoh lima tahun bermula daripada tarikh perlepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat.
Peruntukan serupa juga terdapat dalam Undang-undang Tubuh negeri-negeri yang terpakai kepada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan. Jadi, pemansuhan perkara 48 ini bertepatan dalam rangka luas bagi kita melaksanakan RUU ini. Oleh kerana peruntukan-peruntukan tersebut menghalang ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bertanding semula dalam tempoh lima tahun, mereka agak keberatan untuk melepaskan jawatan malah mereka terpaksa menunggu sehingga lima tahun daripada tarikh melepaskan jawatan itu, barulah mereka layak bertanding semula. Oleh kerana pilihan raya lazimnya diadakan antara empat hingga lima tahun sekali pada hakikatnya mereka mungkin terpaksa menunggu lebih dari lima tahun untuk bertanding semula dalam pilihan raya.
Tuan Yang di-Pertua, ada pandangan ahli perundangan yang mengatakan iaitu kehendak parti tidak boleh menjadi agenda mutlak kerana setiap ahli Parlimen bersumpah menurut Jadual Keenam Perlembagaan. Jadual Keenam menuntut taat setia untuk melindungi, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Dalam perkara ini, kehendak parti yang tidak bercanggah dengan kedaulatan undang-undang dan ketinggian Perlembagaan perlu dihormati oleh setiap ahlinya yang terpilih menganggotai Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri. Jadi, perkara ini juga perlu penjelasan daripada pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya merumuskan bahawa RUU yang kita akan luluskan ini ialah asas kepada kejujuran kita sebagai ahli politik sama ada kita ini boleh berubah-ubah sikap dan pendirian kita ataupun kita menjadi ahli politik yang sentiasa meletakkan asas, amanah dan tanggungjawab sebagai tunjang utama kepada kedudukan kita.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sudah pastilah mandat rakyat itu dan juga kebertanggungjawaban kita kepada lima prinsip yang saya sebut awal tadi ialah keutamaan kita menjadi seorang ahli politik.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya menyokong RUU ini. Sekian, terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Dipersilakan Yang Berhormat Lembah Pantai. Jika tidak ada, kita teruskan dengan Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita melihat kepada kepentingan Akta Antilompat Parti ini yang dulunya pernah berlaku pindaan-pindaan undang-undang tubuh kerajaan negeri-negeri iaitu melibatkan Sabah - 20 Mei 1986, Kelantan - 25 April 1991, Pulau Pinang - 1 November 2012 yang melibatkan lompat parti tetapi kerana terikat dengan keputusan Mahkamah Agung bahawa pindaan tidak selaras dan bertepatan dengan Perlembagaan. Maka, Tuan Yang di-Pertua, pindaan yang dicadangkan ini yang melibatkan Akta Anti Lompat Parti di Parlimen sebagai satu sejarah dalam politik negara. Di mana tujuan utama pindaan ini adalah untuk rang undang-undang Perlembagaan dipinda supaya bertujuan mengadakan sekatan menerusi undang-undang Persekutuan itu ditetapkan berkait keahlian mereka dalam parti politik.
Melalui satu transformasi dan kestabilan politik, maka MOU di antara Kerajaan Persekutuan dan juga pihak pembangkang dari PH pada 13 September 2021. Maka, cadangan kepada rang undang-undang dibentangkan di Parlimen, alhamdulillah hari ini dapat dilaksanakan. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Bera selaku Perdana Menteri kerana membentangkan rang undang-undang ini. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh Yang Berhormat Santubong selaku Menteri undang-undang dan Jawatankuasa Pilihan Khas yang sangat gigih melakukan libat urus dan konsultasi bagi memastikan pindaan ini menjadi matang dan realiti.
Namun, saya mempunyai beberapa persoalan tentang pindaan ini untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak Menteri. Pertama, saya ingin mengetahui apakah pindaan ini turut melibatkan status Ahli Dewan Rakyat yang bebas dan menyertai parti politik? Apakah dia turut akan dipecat? Ini kerana sebelum menjadi Ahli Dewan Rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya, calon-calon diterima sebagai calon bebas, lambang-lambang adalah daripada pilihan SPR untuk digunakan. Ia tidak melibatkan lambang-lambang parti. Jadi, bagaimana apabila rakyat memilih atas nama bebas itu dengan lambang daripada pilihan SPR yang diberikan kepada calon bebas.
Maka, setelah dipilih menjadi Ahli Dewan Rakyat, maka berlaku pindaan yang dicadangkan ini, bagaimana kedudukannya jika ia menyertai parti politik yang walaupun asal dia bertanding atas nama bebas?
Kedua, selain itu apakah pemecatan itu juga mempunyai kesan yang sama kepada pihak yang bertindak lompat parti dari parti yang mereka gunakan logo semata- mata semasa pilihan raya? Calon daripada sesuatu parti yang diwakili, biasanya untuk mendapatkan lambang parti di dalam cetakan kertas undi, pertama mesti mendapat watikah daripada parti tersebut. Pada kebiasaannya, ahli parti yang dipilih untuk menjadi calon mendapat watikah daripada parti itu dengan lambang yang dibenarkan untuk digunakan dan dicetak pada kertas undi pada sebelah namanya yang menjadi calon kepada parti tersebut. Akan tetapi ada juga calon-calon dari seseorang yang menggunakan lambang parti tetapi dia bukan ahli parti tetapi dipilih untuk menggunakan lambang, bertanding menggunakan lambang parti tersebut semasa pilihan raya. Jadi, ini juga dipohon penjelasan.
Ketiga, pindaan ini menyaksikan pengecualian, di mana Ahli Dewan Rakyat dipecat dari parti tidak akan dikosongkan kerusinya. Namun, apakah kerusinya akan kekal di bawah Ahli Parlimen jika dia bercadang masuk ke dalam parti lain kemudiannya?
Keempat, pindaan ini menerangkan bahawa pemecatan ini akan membawa kepada pilihan raya kecil bagi menggantikan Ahli Dewan Rakyat ini. Soalan saya, adakah tiada kajian dibuat bagi menggantikan konsep pilihan raya semula ini berikutan banyak kos dan tenaga yang akan dikeluarkan? Kelima, bagaimanakah pindaan ini akan memastikan Ahli Dewan Rakyat yang betul-betul melompat dengan kerelaan hati mereka dan tanpa sebarang elemen paksaan akan dipecat? Saya khuatir berlakunya unsur dan elemen
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
paksaan dari parti bagi menggantikan Ahli Dewan Rakyat. Ini kerana kadang-kadang di luar daripada berada sebagai keanggotaan Ahli Dewan Rakyat, sebagai ahli parti biasanya ada unsur-unsur dan elemen-elemen yang berlaku, pergeseran dan sebagainya.
Maka, daripada itu dibawa pula kepada apa yang berlaku dari unsur yang melibatkan Ahli Dewan Rakyat yang terpaksa mengambil pendirian yang berbeza dengan partinya.
Keenam, bagaimanakah pengurusan persaraan Ahli Dewan Rakyat akan dilakukan bagi seseorang yang dipecat mengikut prosedur akta ini? Ketujuh, selain melaksanakan akta ini, bagaimanakah usaha akan dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan sikap berintegriti dan beramanah diterapkan oleh ahli parti kepada Ahli Dewan Rakyat masing-masing? Saya ingin untuk kita lihat kepada apa yang kita faham daripada maksud rang undang-undang ini iaitu dengan jelas menyatakan, termasuk dalam kategori lompat parti iaitu mereka yang selepas memasuki Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti, melepaskan keanggotaan atau tidak lagi menjadi anggota parti itu atau mereka yang selepas memasuki Dewan Rakyat sebagai bebas, menyertai suatu parti.
Dengan apa yang dijelaskan ini, saya pohon penjelasan-penjelasan daripada persoalan-persoalan yang saya tanyakan supaya dapat memberi ruang kefahaman yang jelas mengenai undang-undang ini yang kita bahaskan. Saya ingin untuk menyokong rang undang-undang ini. Mudah-mudahan ia membawa kepada kestabilan dan transformasi politik dalam negara kita bagi masa yang akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih, Yang Berhormat Dungun. Dipersilakan, Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang telah diberikan. Saya ingin memulakan perbahasan saya dengan merujuk kepada satu ungkapan kata yang digunakan oleh seorang tokoh politik yang terkenal di tanah air tidak lain daripada parti DAP iaitu Mendiang Karpal Singh yang juga pernah menjadi Ahli Parlimen untuk kawasan Jelutong dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor.
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “In politics there are no permanent friends and there are no permanent enemies, but there must be permanent principles”. Saya juga ingin merujuk kepada pantun yang diberikan ataupun disediakan karyanya oleh Allahyarham Tok Guru Nik Aziz kerana kedua-dua tokoh ini Allahyarham Tok Guru Nik Aziz dan juga Mendiang Karpal Singh adalah dua tokoh yang masih saya simpan sebagai tokoh-tokoh yang memberi pengajaran sedikit sebanyak dalam kerjaya saya sebagai seorang ahli politik. Allahyarham Tok Guru Nik Aziz berkata seperti berikut:
*Ikan belanak ditutup saji, Saji dianyam oleh Pak Mahat, Orang khianat jangan dipuji, Makin dipuji makinlah jahat.
[Tepuk]* Dalam perbahasan pada hari ini saya tidak ingin merujuk kepada apa-apa peruntukan dengan izin yang rumit tetapi sebelum itu saya percaya ini adalah soal moral, soal prinsip, soal didik, soal akhlak kita sebagai seorang manusia biasa. Tidak perlu menjadi ahli politik. Namun sebelum itu saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih, merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih penghargaan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, Yang Berhormat Bera dan juga kepada Yang Berhormat Santubong atas inisiatif yang telah diambil untuk memastikan bahawa undang- undang ini digubal dan dibentangkan untuk perbahasan dan saya berharap akan diluluskan esok di Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua, perkara penting yang kita harus ingat adalah kita sebagai ahli politik perlu sentiasa menunjukkan perilaku yang baik. Perilaku ini adalah perilaku yang berasaskan kepada kejujuran, berasaskan kepada keikhlasan, berasaskan kepada
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
prinsip. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan walaupun sejak saya menjadi Ahli Parlimen saya selalu bertelagah dengan Ahli-ahli Parlimen daripada UMNO dan daripada PAS, saya tetap menghormati Ahli-ahli Parlimen daripada UMNO, daripada PAS kerana mereka mempunyai prinsip.
Dalam sesuatu peperangan, Yang Berhormat Paya Besar ada di sini tekun mendengar syarahan saya malam ini tetapi saya dukacitalah malam ini walaupun sudah lewat petang, saya dukacita Yang Berhormat Gombak tidak hadir, saya tengok Yang Berhormat Puncak Borneo baru lari keluar, Yang Berhormat Ampang tidak hadir, Yang Berhormat Segamat tidak hadir, Yang Berhormat Hulu Langat tidak hadir, ramai daripada yang telah lompat di sebelah sana tidak hadir.
[Merujuk kepada Blok Kerajaan] . Yang Berhormat Puncak Borneo baru lari keluar.
Namun demikian, saya di sini percaya bahawa kita perlu memberi mereka syarahan ataupun didikan mengenai politik berprinsip dan saya perlu mengulangi. Kita menghormati dalam sesuatu peperangan, perbalahan kita menghormati musuh yang berdepan dengan kita. Dalam sesuatu kancah peperangan politik kita menghormati musuh yang lawan kita dalam sesuatu pertandingan seperti pilihan raya. Akan tetapi, pengkhianat-pengkhianat yang mengkhianati kita..
Datuk Willie anak Mongin
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(6).
Yang Berhormat Jelutong bersangka jahat. Saya keluar pergi toilet dari pagi sampai petang tadi saya duduk dalam Dewan ini dia pun nampak saya ada, dia bagi sangkaan jahat saya tidak ada.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Okey.
Datuk Willie anak Mongin
Jadi saya hendak bagi Yang Berhormat Jelutong, kalau kita hendak bicara mengenai lompat parti ini, the ‘Grand Master’ of the Taiwan Moves in 2008 and also the ‘Grand Master’ of the Sabah Moves 1994...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya minta, I don’t want to waste my time.
Datuk Willie anak Mongin
*We should know who they are. So, is it worth for DAP and the rest that – to support this kind of leader?
[Pembesar suara dimatikan]*
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya minta masa ditambah satu minit kerana beliau telah membuang masa saya.
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Persoalan saya Tuan Yang di-Pertua kepada Menteri adalah kenapa tidak undang- undang ini digubal untuk juga menghukum seseorang yang mengkhianati dan melompat parti. Saya percaya Menteri merupakan seorang peguam.
Dalam seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Tuan Yang di-Pertua sendiri merupakan seorang bekas saya percaya seorang yang bertauliah yang pernah mendakwa kes-kes di mahkamah. Kalau seseorang itu menipu ataupun melakukan tindakan-tindakan yang tidak jujur, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, deception, dishonest behaviour and you cheat somebody, ia merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Kalau kita bertanding di bawah tiket DAP, tiket PKR, tiket AMANAH ataupun tiket UMNO dan selepas itu masa berkempen, kita berkempen kita berkata bahawa kita mewakili parti DAP mewakili parti PKR dan selepas menang pilihan raya kita lompat ke sebelah sana dan ke sebelah sini. Bukankah itu merupakan satu penipuan? Bukankah itu merupakan satu tindakan yang tidak jujur?
Kalau orang-orang yang menipu biasa, yang melakukan tindakan deception, dengan izin penipuan berlaku dengan tidak jujur (dishonest) boleh dihukum di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan, kenapakah Ahli-ahli Parlimen diberi kelonggaran, diberi layanan istimewa? Bukankah mereka berkempen, menipu rakyat, melakukan tindakan yang tidak jujur dan selepas itu bagi kepentingan diri sendiri, bagi kepentingan politik mungkin juga ingin mengelakkan daripada dituduh di mahkamah melompat dari sebelah sini ke sebelah sana tidak dikenakan tindakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini persoalan yang saya tanya kepada Menteri bagi pihak rakyat di luar sana kerana masa berkempen di Melaka, masa berkempen di Johor, saya percaya...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] .
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, menang memang menang, tetapi persoalan rakyat adalah kenapa tidak Ahli-ahli Parlimen ini boleh dihukum.
Kalau orang-orang biasa yang menipu boleh dihukum di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, a person who practices deception, a person who conducts himself dishonestly who cheats someone can be charged under section 420. Why are Members of Parliament given the privilege or privilege treatment and not charged in court for cheating voters. Ini adalah persoalan saya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau orang-orang biasa dituduh di bawah seksyen 420, kenapa tidak Ahli Parlimen yang menipu? Ini adalah perkara yang saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya percaya kalaulah undang-undang ini – saya menyokong undang-undang ini tetapi saya menuntut supaya kesalahan juga dimasukkan, boleh dipinda. Ia akan menjadi pengajaran kepada Ahli-ahli Parlimen seperti Yang Berhormat Gombak, seperti Yang Berhormat Ampang, seperti Yang Berhormat Segamat, seperti Yang Berhormat Puncak Borneo dan seperti Yang Berhormat Hulu Langat supaya tidak mempermainkan pengundi-pengundi. Kalau tidak...
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi I - Datuk Willie anak Mongin
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...mereka akan mengambil sambil lewa.
Datuk Willie anak Mongin
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(6). Dia selalu menyebut Puncak Borneo, Puncak Borneo tetapi bagaimana dengan Pakatan Harapan yang ada Buku Pakatan Harapan yang berjanji hendak menerima, bukankah itu menipu rakyat?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Willie anak Mongin
Satu pun janji Pakatan Harapan tidak boleh ditunaikan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa ini Tuan Yang di- Pertua?
Datuk Willie anak Mongin
Itu sepatutnya semua pemimpin wakil rakyat Pakatan Harapan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya Tuan Yang di-Pertua.
Kamu merupakan seorang pengkhianat.
Datuk Willie anak Mongin
...patut dipecat sebab dia mengkhianati mandat rakyat.
[Pembesar suara dimatikan]
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, sila bawa Peraturan berkenaan dan – sudahkan? Silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Baru tadi Tuan Yang di- Pertua memberi syarahan tentang peraturan. Ini standard Timbalan Menteri? Kasihanlah.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat.
Datuk Willie anak Mongin
*How can you every time mention people are traitors?
How about you?* Dengan izin.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
What?
Datuk Willie anak Mongin
Pakatan Harapan is also lying.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
*Who is the traitor?
[Pembesar suara dimatikan]*
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat berdua, sila maintain decorum. Berdebat dengan baik. Baik, Yang Berhormat Jelutong ataupun Yang Berhormat Puncak Borneo, duduk both of you.
[Dewan riuh]
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat, duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Yang Berhormat Jelutong, boleh saya tanya?
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Seminit.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sila, sila.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Kalau Pakatan Harapan tidak baik pemerintahannya, jatuh melalui pilihan raya bukan Sheraton Move, itu sahaja. Apa yang pentingnya demokrasi dan pilihan raya. Ini halnya.
Datuk Willie anak Mongin
Sabah tahun 1994 jatuh kerana pilihan raya. Who is the grand master of Taiwan Move 2008? Who is the grand master?
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Saya tidak tahu hal itu ...
[Pembesar suara dimatikan]
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, Yang Berhormat, please maintain decorum.
[Dewan riuh]
Datuk Willie anak Mongin
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, sila duduk. Yang Berhormat. Yang Berhormat, sila duduk.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
[Bercakap tanpa pembesar suara] Kalau kami sudah kena halau sudah. Bila Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak kena halau.
[Tepuk]
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, it’s not that, bukan itu. Yang Berhormat Jelutong, sila gulung.
[Dewan riuh]
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, maintain decorum.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ...
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya percaya bahawa hari ini merupakan hari ini dalam sejarah, begitu juga esok. Saya bangga dengan langkah-langkah yang telah diambil oleh di sebelah sana dan sebelah sini kecuali seorang dua Ahli Parlimen yang masih lagi menentang. Kita harus memastikan bahawa undang-undang ini diluluskan.
Saya bangun bersama-sama dengan semua Ahli Parlimen DAP untuk menyokong undang-undang ini.
Saya percaya apabila undang-undang ini diluluskan, kita akan pastikan bahawa kita menghormati mandat rakyat, kita menghormati undi yang diberi oleh rakyat dan kita akan juga berpegang kepada prinsip-prinsip asas, akhlak asas, moral values yang asas sebagai seorang manusia, tidak perlu jadi ahli politik. Saya tidak perlu jadi ahli politik untuk membaca ataupun mengetahui ataupun dididik mengenai moral values sebagai seorang manusia yang biasa. Kita berterima kasih di atas undang-undang ini dan saya berharap bahawa undang-undang ini akan memberi didikan sedikit sebanyak kepada yang telah melompat dan pergi ke sebelah sana terutamanya pengkhianat-pengkhianat. Saya mohon menyokong, terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Hulu Rajang, memandangkan Yang Berhormat Hulu Rajang tidak ada, Yang Berhormat Igan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Haji Zawawi - Igan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, Igan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada Igan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.
Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya pembentangan rang undang-undang ini amat dinanti-nantikan oleh bukan sahaja Ahli-ahli Dewan Rakyat yang ada di Dewan yang mulia ini. Akan tetapi pembentangan rang undang-undang ini juga saat yang dinantikan oleh seluruh rakyat di negara ini. Pembentangan rang undang-undang ini adalah suatu yang amat penting dan bersejarah dalam konteks politik dan demokrasi di negara kita.
Inilah pertama kali sebuah rang undang-undang digubal sendiri oleh Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang menerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua, Igan juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan kerana kesungguhan dan iltizam yang tinggi bagi memastikan Rang Undang-undang Anti Lompat Parti ini dibentangkan menjadi kenyataan dengan terbentuknya sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas yang terdiri daripada Ahli Dewan Rakyat kerajaan dan pembangkang. Penubuhan Jawatankuasa ini adalah manifestasi seriusnya pihak kerajaan menangani isu Ahli Dewan Rakyat melompat parti yang semakin mewabak jika tidak ditangani dengan segera.
Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas ini adalah amat komprehensif sekali kerana ia telah melibatkan pandangan pelbagai pihak seperti badan-badan bukan kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil, ahli-ahli akademik dan parti-parti politik serta melibatkan 12 sesi libat urus sejak 23 November 2021 hingga 7 April 2022 yang melibatkan lebih kurang 7,571 orang responden yang terdiri daripada orang awam dan juga Ahli-ahli Parlimen serta tujuh kali mesyuarat diadakan.
Tidak dapat dinafikan bahawa RUU ini masih ada kelompangannya. Akan tetapi rang undang-undang ini akan menjadi langkah pemula bagi mencegah dan mengekang tindakan keluar parti untuk melindungi hak rakyat yang telah mengundi dan meletakkan kepercayaan serta amanah yang tinggi kepada wakil rakyat berkenaan ketika pilihan raya.
Tuan Yang di-Pertua, semua maklum bahawa penggubalan Akta Anti Lompat Parti ini bertujuan untuk menjaga kestabilan politik negara dan mendukung sistem demokrasi berparlimen yang bermaruah, berintegriti, amanah yang penuh dengan kejujuran, kesetiaan dan keikhlasan. Sejarah juga telah menyaksikan akibat tindakan lompat parti telah menjadi punca ketidakstabilan politik negara dengan tiga orang Perdana Menteri dilantik sejak PRU ke-14 diadakan pada tahun 2018. Oleh sebab itu, kita mendengar kerajaan hari ini disebut dengan berbagai-bagai gelaran seperti ‘kerajaan tebuk atap’, ‘kerajaan pintu belakang’ dan sebagainya. Semua ini adalah kerana di Malaysia tidak ada undang-undang khusus yang boleh menghalang tindakan lompat parti di kalangan wakil rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, pembentangan Rang Undang-undang Perlembagaan
(Pindaan) (No. 3) 2022 ini bukan sahaja untuk melarang atau mengekang wakil rakyat bertukar parti tetapi yang lebih penting daripada itu ialah soal prinsip dan amanah yang telah diberikan oleh rakyat dan parti yang telah memilih seseorang wakil rakyat sebagai calon. Tindakan melompat parti adalah tindakan yang tidak bermoral dan bermaruah kerana telah mengkhianati mandat yang diberikan pengundi-pengundi di dalam pilihan raya. Tindakan mengkhianati amanah rakyat yang tidak beretika ini telah mengabaikan kepentingan rakyat, parti dan negara secara keseluruhannya semata-mata kerana kepentingan diri sendiri.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Haji Zawawi - Igan
Tuan Yang di-Pertua, di dalam setiap pilihan raya, pengundi memilih seseorang calon dengan harapan apabila menang mereka dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan menggalas tanggungjawab dengan amanah untuk rakyat. Akan tetapi apabila wakil rakyat itu melompat ke parti yang lain, sudah tentu akan mengecewakan harapan pengundi dan akibatnya pengundi ataupun rakyat akan marah serta hilang kepercayaan terhadap wakil rakyat mereka.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Haji Zawawi - Igan
Malah, reputasi dan akhlak wakil rakyat juga dipertikaikan. Wakil rakyat seperti ini dianggap telah menggadai dan mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat dan lebih mengecewakan rakyat apabila tindakan lompat parti ini telah mengakibatkan ketidakstabilan politik negara dan menjejaskan pembangunan negara secara keseluruhannya dan akhirnya seluruh rakyat akan terkesan.
Tuan Yang di-Pertua, pembentangan rang undang-undang ini bukan sahaja dapat menghalang seseorang wakil rakyat daripada mengkhianati amanah yang diberikan oleh pengundinya akan tetapi ia juga dapat memberikan keadilan kepada parti yang diwakilinya daripada pengkhianatan seorang wakil rakyat yang telah dipilih sebagai calon. Oleh sebab itu, penggubalan akta ini akan menjamin kedudukan seorang wakil rakyat dengan parti yang mereka wakili serta mengikat kesetiaan mereka kepada parti dan rakyat yang memilih. Seseorang wakil rakyat tidak sewenang-wenangnya menukar parti kerana rang undang-undang ini mengehendaki mereka mengosongkan kerusi yang dimenangi kerana kedudukan mereka sebagai wakil rakyat akan terlucut dengan sendirinya.
Tuan Yang di-Pertua, di dalam konteks politik Malaysia, pola pengundian para pengundi lebih cenderung memilih parti berbanding memilih personaliti calon pada pilihan raya. Rakyat di negara kita masih memilih parti berdasarkan reputasi dan rekod cemerlang serta prinsip perjuangan sesebuah parti. Oleh sebab itu, kesetiaan seseorang wakil rakyat terhadap parti wajar dipertahankan. Oleh sebab itu, bila wakil rakyat melompat parti, dia telah mengecewakan harapan pengundi dan mengkhianati parti yang telah bersusah payah dengan segala perancangan, kempen, janji manifesto malah membiayai daripada segi dana untuk berkempen.
Hakikat yang perlu diterima adalah pengaruh dan idealisme sesebuah parti politik lebih memberi kelebihan pada kemenangan seseorang calon semasa pilihan raya. Oleh sebab itu, kepentingan parti lebih besar daripada kepentingan individu. Oleh yang demikian, penggubalan akta ini akan memberi jaminan dan kelebihan kepada parti daripada dikhianati.
Tuan Yang di-Pertua, di dalam sistem politik negara yang pembentukan kerajaan berasaskan jumlah bilangan kerusi Dewan Rakyat, penggubalan akta yang menghalang lompat parti penting sekali kerana keputusan pilihan raya boleh digagalkan akibat tindakan keluar parti. Sudah diketahui semua bahawa tindakan lompat parti ini didorong oleh pelbagai faktor seperti tawaran jawatan, sogokan dan lain-lain. Seseorang wakil rakyat tidak boleh menyalahgunakan alasan kebebasan berpersatuan dalam sistem demokrasi untuk menghalalkan tindakan mereka yang tidak berintegriti. Oleh sebab itu, sudah tiba masanya tindakan lompat parti ini perlu dikawal dengan pembentangan rang undang- undang ini.
Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks negeri Sarawak, kerajaan negeri dan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak mengalu-alukan pembentangan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 ini. Ini supaya larangan bertukar parti ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri dalam rang undang-undang yang dicadangkan dikuatkuasakan di peringkat negeri setelah mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong dengan Yang di-Pertua Negeri dan Kerajaan Negeri Sarawak. Hasrat dan harapan Yang Amat Berhormat Premier sudah tentu untuk menjamin kestabilan politik dan keharmonian kehidupan rakyat di negeri Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, pembentangan Rang Undang-undang Perlembagaan
(Pindaan) (No.3) 2022 ini adalah satu keperluan yang mendesak demi menjamin kestabilan politik negara, keharmonian kehidupan Keluarga Malaysia dan menjunjung
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Haji Zawawi - Igan
prinsip ataupun sistem demokrasi berparlimen yang bermaruah dan adil. Dengan demikian Tuan Yang di-Pertua, Igan ingin mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Igan. Dipersilakan Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 pada petang ini dan saya juga ingin menyatakan pendirian saya untuk menyokong seperti mana rakan-rakan lain terhadap rang undang-undang ini. Sama-samalah esok apabila proses pengundian, kita mengundi, pastikan kita dapat luluskan rang undang-undang ini yang menunjukkan sesuatu yang sangat dinanti-nantikan, telah disebutkan sejak sekian lama bukan sahaja dalam Dewan yang mulia ini tetapi oleh rakyat dan akhirnya kitalah yang berjaya melaksanakannya.
Syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah membentangkan rang undang-undang ini dan usaha yang telah dilakukan oleh Yang Berhormat Santubong selaku Yang Berhormat Menteri dan juga Jawatankuasa Pilihan Khas yang terdiri daripada 11 orang daripada kedua-dua pihak yang bagi saya telah melakukan yang terbaik, telah bertungkus-lumus dalam jangka masa (time frame) yang terhad ini untuk melakukan yang terbaik.
Walaupun bukan semua permintaan ataupun cadangan daripada pihak Pakatan Harapan telah diterima tetapi sekurang-kurangnya ia adalah suatu permulaan, satu langkah kanan ke arah untuk menobatkan demokrasi berparlimen di negara kita.
Seterusnya, kita menghapuskan katak-katak politik pada masa akan datang agar prinsip kita menghormati rakyat, prinsip rakyat membuat keputusan dalam PRU dapat diangkat dan dijunjung ke satu tahap yang lebih tinggi selepas 65 tahun negara kita mencapai kemerdekaan daripada penjajah.
Kalau kita lihat tiga buah negeri iaitu Kelantan, Pulau Pinang dan Sabah, pernah melalui dewan undangan negeri masing-masing mahu membentuk ataupun menggubal enakmen masing-masing tetapi ianya tidak dapat dilaksanakan ataupun dikuatkuasakan disebabkan tiada peruntukan sedemikian di bawah Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi, the supreme law of this country. Jadi pada hari ini dan esok, kita sebenarnya membuka satu lembaran baru dalam sistem demokrasi kita. Bagi saya, ia amat penting. Saya memetik kata-kata daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika membentangkan RUU ini pada pagi tadi yang mengatakan bahawa bila wakil rakyat lompat parti, ia meminggirkan mandat dan kepercayaan rakyat. Betul! Rakyat ketika dalam PRU, dia pilih bukan sebab muka calon itu handsome ataupun lawa. Dia pilih kerana lambang parti, kerana rakyat percaya parti itulah yang difikirkan terbaik untuk mewakili sesuatu kawasan tersebut.
Jadi, wakil rakyat yang dipilih itu mempunyai tanggungjawab asasi dan juga amanah untuk memastikan kawasan itu untuk penggal ini diwakili oleh parti yang telah dipilih oleh pengundi dalam kawasan tersebut. Tak boleh main suka-suka, tak boleh main lompat-lompat. Itu yang bagi saya yang jelas dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menjadi aspirasi semua di kalangan kita pada hari ini dan esok.
Bagi saya, saya juga ucapkan terima kasih kepada jawatankuasa ini. Saya nampak banyak libat urus telah dilakukan dengan pelbagai pihak. Majlis Peguam, Bersih dan sebagainya, yang mana pandangan mereka saya percaya telah diberikan peluang untuk mereka ketengahkan alasan mereka.
Walaupun bukan semuanya diterima tetapi sekurang-kurangnya ia adalah langkah pertama ke arah untuk memperbaiki sistem yang kita sedia ada. Saya juga mengucapkan syabas kepada kedua-dua pihak, kerajaan yang diwakili oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga pimpinan utama Pakatan Harapan. Saya cukup yakin tanpa MoU yang telah ditandatangani pada 13 September 2021, tidak akan berlaku
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
apa yang berlaku pada hari ini dan esok dalam Dewan yang mulia ini sebab di antara kandungan utama yang menjadi substantif, inti pati utama dalam MoU tersebut adalah komitmen daripada kerajaan untuk melaksanakan Rang Undang-undang Antilompat Parti dalam tahun ini supaya demokrasi kita dapat diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi.
Jadi, dengan adanya Rang Undang-undang Antilompat Parti selepas Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 ini, ia juga menunjukkan bahawa satu lagi inti pati utama dalam MoU yang ditandatangani pada 13 September 2021 telah dipenuhi dan telah dijadikan sesuatu yang mungkin pada asalnya dikatakan impossible tetapi sekarang ini possible. Yang orang mungkin fikir tak mungkin terjadi, akhirnya terjadi.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jadi, bagi saya ia amat penting. Sebab apa? Sepanjang empat tahun yang lepas dalam Dewan yang mempunyai 222 kerusi ini, ikut fakta yang saya ada, seramai 39 orang wakil rakyat kita pernah tukar parti. Bayangkan 39 orang. Ia hampir 17.5 peratus. Suatu jumlah peratusan yang sangat tinggi, yang mana ia telah meruntuhkan semangat rakyat untuk mengundi.
Itu yang menyebabkan ketika PRN Johor pada bulan Mac yang lepas peratusan keluar mengundi hanya setakat bawah 55 peratus. Ia sudah tentu tidak sihat, tidak baik untuk sistem Demokrasi Berparlimen kita. Bayangkan apa yang akan terjadi tanpa rang undang-undang yang kita bahaskan hari ini. Pada PRU-15 akan datang, mungkin peratusan mengundi sekitar 50 peratus ke 55 peratus. Ia akan jauh jatuh berkurangan berbanding dengan 85 peratus yang kita capai dalam dua kali PRU sebelum ini iaitu PRU- 13 dan PRU-14.
Kita hendak rakyat buat keputusan. Keluar beramai-ramai ketika PRU tetapi rakyat tidak yakin. Sebab apa? 17.5 peratus atau 39 orang wakil rakyat yang dipilih boleh tukar parti dengan mudah sahaja. Tidak kiralah disebabkan oleh wang ringgit, durian RM30 juta ataupun jolokan jawatan dan sebagainya. Tidak kira apa sekali sebab pun, tindakan keluar parti adalah sesuatu yang tidak boleh dibenarkan.
Walaupun boleh dikatakan parti asalnya ada masalah dalaman dan sebagainya.
Itu tidak menjustifikasikan seseorang untuk keluar parti. Ini kerana mandat rakyat tidak dihormati. Itu prinsip yang kita kena pegang, itu prinsip yang kita kena junjung. Jadi, saya harap dengan adanya rang undang-undang ini dan selepas diwartakan, kita boleh mengucapkan selamat tinggal kepada katak-katak politik.
Jadi, untuk sesiapa yang bercadang untuk lompat, dalam bulan terakhir ini mungkin boleh lompat-lompat lagi. Saya pun dalam masa seminggu dua ini ada tengok, ada yang keluar parti. Kalau hendak terjun ke parti baharu, sempat lagi mungkin sebelum September, sebelum digazet. Akan tetapi janganlah. Nanti 39 orang itu jadi 40 orang pula.
Akan tetapi yang saya nampak petang ini yang ada dalam Dewan ini semua okey.
Semua ini memang wakil rakyat yang ada prinsip. Soal memang kalah, soal jadi kerajaan atau pembangkang itu tidak ada masalah. Kita boleh hormat-menghormati rakan-rakan kita daripada Pakatan Harapan ataupun parti yang berbeza sebab kita menjunjung demokrasi.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut dua benda yang singkat sahaja.
Artikel 48(6) telah dimansuhkan iaitu sekatan lima tahun. Memang betul ia patut dimansuhkan. Cuma saya hendak tanya, dengan pemansuhan Artikel 48(6) ini apabila wakil rakyat yang sudah keluar parti boleh tanding semula sama ada dia masih terikat tak dengan Artikel 54(1) iaitu bahawa dua tahun sebelum pembubaran Parlimen, tiada PRK akan diadakan. Saya rasa tadi ada rakan-rakan sebut. Mungkin Yang Berhormat Menteri esok apabila buat penggulungan itu boleh sebutkan perkara ini. Akan tetapi saya yakin benda itu masih terpakai sebab itu prinsip asas yang kita ada.
Kedua yang saya hendak sebut iaitu pindaan terhadap Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan. Ini berkenaan dengan Perlembagaan ataupun undang- undang tubuh di setiap negeri. Saya hendak tanya, setakat ini ada tak dibuat apa-apa perbincangan dan libat urus dengan semua kerajaan negeri? Tidak kira kerajaan negeri itu Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, Barisan Nasional, GPS, GIS dan sebagainya.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Oleh sebab bagi saya, keseragaman itu wajar kita laksanakan dan kalau boleh disegerakan. Kalau libat urus belum lagi, sama ada dengan kerajaan negeri ataupun Dewan Undangan Negeri masing-masing. Ini supaya kalau boleh dilakukan dalam masa terdekat yang akhirnya sebelum PRU-15. Bukan setakat di peringkat Parlimen, di peringkat Persekutuan kita ada rang undang-undang anti lompat yang baharu ini. Akan tetapi semua negeri ikut Jadual Kelapan yang disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan kita.
Bagi saya, satu yang saya hendak sebutkan pada petang ini adalah ada orang di luar itu, ada pihak-pihak tertentu dia mungkin fikir dengan adanya Rang Undang-undang Anti Lompat Parti ini ia akan menyekat kebebasan wakil rakyat untuk tukar parti. Bagi saya tidak timbul sebab apabila kita pilih untuk memasuki sebuah parti politik dan diberikan mandat ataupun watikah menjadi calon pilihan raya oleh parti berkenaan, komitmen terhadap parti tersebut mesti dipegang secara berterusan.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, sila gulung.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ya saya ambil seminit untuk merumuskan. Terima kasih. Komitmen terhadap parti tersebut yang telah memberikan watikah sebagai calon mesti diteruskan, mesti dipegang secara berprinsip sepanjang tempoh masa. Oleh sebab kita tahu rakyat ataupun pengundi yang mengundi pada hari ini— tadi seperti mana yang saya sebutkan bukan sebab muka kita handsome dan sebagainya. Sebab prinsip yang didukung oleh parti tersebut dan jentera parti yang membantu seseorang calon dalam sepanjang kempen ataupun urusan yang berkaitan dengan pilihan raya.
Jadi saya berharap pada hari ini dan esok, semua di kalangan kita akan sama- sama dapat memahat sejarah dalam Demokrasi Berparlimen kita. Ini supaya pada PRU yang akan datang, kita sama-sama memastikan tiada lagi kejadian-kejadian yang berlaku sebelum ini. Bukan setakat Langkah Sheraton di peringkat pusat Tuan Yang di-Pertua, di banyak negeri.
Kalau kita imbas kembali...
[Pembesar suara dimatikan]
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat. Yang Berhormat...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
...Di Perak, di Kedah, di Melaka, di Johor.
[Bercakap tanpa pembesar suara] Saya— sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, sila gulung.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya harap sebelum PRU-15, kita dapat pastikan bukan setakat di peringkat pusat tetapi semua negeri dengan adanya Akta Anti Lompat Parti ini. Oleh sebab dua tahun yang lepas, selain dari Langkah Sheraton, di Johor kita tengok ada yang lompat parti, ADUNnya Melaka, Perak, Kedah dan sebagainya.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jadi, saya harap sama-samalah kita mendukung undang-undang ini. Akhirnya ia akan menjadi undang-undang yang akan menjamin prinsip berparlimen, prinsip pengundian rakyat yang dihormati.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, amaran pertama.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Petang- petang sabar Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Memandangkan masa ada lagi setengah jam dan pembahas ada empat orang. Maka saya akan beri lima minit untuk setiap pembahas. Dalam senarai adalah Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Raub dan last sekali Yang Berhormat Tanjong Manis. Silakan Yang Berhormat Hulu Selangor.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua, Parit Buntar ada minta tadi Tuan Yang di-Pertua. Mohon Tuan Yang di-Pertua. Parit Buntar minta tadi ada. Ganti Yang Berhormat Pokok Sena. Sepatutnya Yang Berhormat Pokok Sena ada dalam list. Selepas itu saya minta ganti.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Okey baik. Beginilah, saya bagi ruang Yang Berhormat Parit Buntar sekali.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Bila itu?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Selepas Yang Berhormat Hulu Selangor.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Selepas Yang Berhormat hulu Selangor sebab saya sudah bagi awal tadi.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Saya baru makluman.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Silakan Yang Berhormat Hulu Selangor. Selepas ini Yang Berhormat Parit Buntar.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, I minta 10 minit tidak adillah kita tunggu sampai 8.30 malam ini hanya diberi lima minit sebab tadi Yang Berhormat Rasah sudah ambil masa panjang. Saya minta jasa baik Tuan Yang di-Pertua 10 minit sebab...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Hulu Selangor, lima minit itu sudah bagus saya bagi. Okey silakan.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Tuan Yang di-Pertua, Hulu Selangor mula perbahasan dengan menyatakan persetujuan terhadap penggubalan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022. Pindaan ini amat penting bagi kita mengekang bibit-bibit ketidakstabilan politik dari berulang kembali dalam arena politik negara sehingga menjadi seperti tragedi hitam Langkah Sheraton.
Tragedi tersebut telah memberikan tamparan berat buat negara kita apabila mandat yang diberikan oleh rakyat tidak dihiraukan oleh pencatur-pencatur politik demi memuaskan nafsu dan laba politik mereka. Pengkhianatan oleh katak-katak politik ini akhirnya mengakibatkan runtuhnya sebuah kerajaan yang telah diberi mandat oleh rakyat.
Lebih memalukan apabila sehingga kini oleh kerana percaturan demi percaturan baik daripada sebelah sana ataupun sini, dari sebelum mahupun selepas Langkah Sheraton, dalam masa empat tahun ini sahaja kita telah bertukar sehingga tiga Perdana Menteri.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Percaturan politik, rakyat hilang kepercayaan. Negara ini di mata dunia pula hilang kehormatan. Media tempatan mahupun media antarabangsa berlumba-lumba membuat liputan akan keburukan yang telah melanda negara. Sebagai ahli politik, saya juga rasa malu melihat senario ini. Lebih memalukan apabila melihat rakan-rakan yang sanggup menggadai prinsip dan perjuangan.
Tuan Yang di-Pertua, tetapi sekarang saya ingin puji dan ucap terima kasih atas kerjasama pihak jawatankuasa dan semua ahli politik dalam mengangkat isu lompat parti.
Seperti Yang Berhormat Port Dickson katakan tadi, kita semua akui ada kelompangan dalam sistem yang membolehkan ahli politik ini dijual beli dan pada hari yang bersejarah ini umpama “biduk lalu, kiambang bertaut” daripada pihak pembangkang dan kerajaan,
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
kita akan bersama memulakan langkah dan meminda Perlembagaan bagi meletakkan larangan buat Ahli Dewan Rakyat daripada melompat parti.
Tuan Yang di-Pertua, pertama, saya ingin bertanya pandangan Yang Berhormat Menteri. Adakah perlunya di masa hadapan untuk mewujudkan satu akta khususnya bagi larangan lompat parti? Sebagai contoh negara New Zealand mengguna pakai dengan izinnya Electoral (Integrity) Amendment Act 2018. Pandangan saya akta khusus perlu digubal bagi satu panduan buat negara kita. Ini bagi memastikan tiada ruang penyalahgunaan mahupun penindasan kepada berlakunya pelaksanaan larangan lompat parti. Secara tidak langsung, keyakinan rakyat terpelihara, demokrasi berparlimen terus dijunjung.
Saya juga ingin mendapatkan penjelasan, bagaimanakah mekanisme pengawalan undang-undang ini akan dilaksanakan? Adakah sekiranya berlaku konflik, siapakah pihak yang akan menentukan keputusan sama ada seseorang Ahli Dewan Rakyat itu perlu mengosongkan kerusi dan dilakukan pilihan raya untuk memilih semula pemimpin yang akan diberikan mandat?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan mengapa seorang Ahli Dewan Rakyat itu dipecat dari partinya, kemudian memilih untuk memasuki parti lain, situasi ini tidak dikira sebagai lompat parti? Sebagai contoh, sekiranya seorang Ahli Dewan Rakyat itu melanggar Perlembagaan parti, melakukan masalah prinsip maka parti memutus untuk memecat. Ini dilihat sebagai satu ruang penyalahgunaan pengecualian yang diberikan melalui pindaan ini. Ahli politik ini boleh menggunakan alasan dipecat daripada parti untuk memasuki parti lain. Sedangkan punca pemecatan itu adalah sikap ahli politik sendiri.
Maka kenapa situasi seperti ini tidak dapat dikelaskan sebagai lompat parti? Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meminta pandangan Yang Berhormat Menteri bagaimana dengan kes sekiranya ahli politik masih berdegil untuk melompat parti? Saya bersetuju atas prinsip bahawa pilihan raya perlu diadakan semula agar rakyat dapat memberi mandat baharu. Akan tetapi jika dilihat daripada faktor kewangan, bukankah akhirnya merugikan negara dan menanggung keseluruhan kos pilihan raya tersebut?
Adakah wajar sekiranya untuk kes-kes sebegini satu denda, satu penalti atau ganti rugi atau mungkin sebahagian kos pilihan raya itu dibenarkan kepada ahli politik tersebut sebagai satu bentuk pengajaran dan tanggungjawab untuk dipikul oleh mereka. Ia juga dilihat dapat memberikan signal kepada ahli-ahli politik bahawa perkara ini bukanlah perkara kecil boleh dimain-mainkan sewenang-wenangnya. Mohon pandangan daripada Yang Berhormat Menteri.
Sentuh tentang perihal lompat parti. Perlu kita renungkan juga kepada impak tidak langsung kepada rakyat. Situasi apabila ahli politik lompat parti mengakibatkan kesannya kerajaan tumbang kepada ahli politik pembangkang dinafikan peruntukan kawasan Parlimen. Peruntukan ini adalah untuk kesejahteraan rakyat. Ia daripada hasil kerajaan untuk membantu rakyat dan pembangunan sesuatu kawasan. Maka dalam kita meneliti skop larangan melompat parti, wajar juga menilai dan memperbetulkan semula kezaliman yang diamalkan sebelum ini apabila kesamarataan pembahagian peruntukan ini tidak berlaku dan yang akhirnya membawa penderitaan kepada rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, yang akhir saya juga senada dengan Yang Berhormat Port Dickson yang mahukan pihak SPRM menyiasat kes-kes rasuah yang terpalit semasa Langkah Sheraton. Pindaan ini pada asasnya untuk mengekang permasalahan di masa depan. Akan tetapi dalam masa yang sama juga.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, sila gulung.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Baik. Kita tidak boleh membiarkan apa yang telah terjadi dibiarkan berlaku lagi. Seolah-olah kita ini membenarkan kesalahan ini dilakukan lagi.
Tuan Yang di-Pertua, untuk itu saya menyeru sebagai penutup, saya juga menyokong usul Yang Berhormat Pengerang pindaan ini adalah daripada rakyat kerana rakyat dan untuk rakyat bukannya kepentingan ahli politik mahupun kepentingan parti-
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
parti politik. Untuk itu, saya menyeru agar negeri-negeri juga mengambil langkah proaktif dan sudah pastinya atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, Raja dan TYT yang dapat mengikut untuk bersama menggubal satu larangan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri daripada melompat parti. Sekian sahaja daripada saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Dipersilakan Yang Berhormat Parit Buntar.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama saya ucap kepada tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab. Saya perhati dari pagi tadi, beliau berada bersama. Saya kira cacatan- cacatan yang penting akan diambil kira dalam memberikan penggulungan sebentar nanti.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan pindaan ini dapat membawa kita kepada jalan ke hadapan ataupun way forward. Akan tetapi itu bukan bermakna kita harus terima way forward itu to forget of the past. Apa yang saya maksudkan di sini ialah saya ingin highlight-kan di Dewan yang mulia ini selain daripada isu teknikal yang dibangkitkan, kita perlu melihat mengapakah Ahli-ahli Parlimen melompat. Itu isu paling besar kerana dorongan melompat itu sendirilah yang telah memberikan gambaran yang buruk kepada ahli-ahli politik. Antaranya dorongannya ialah untuk kepentingan pangkat, kedudukan dan mungkin juga habuan-habuan kewangan dan sebagainya. Mungkin juga berlaku lompat itu kerana diugut oleh pihak-pihak tertentu.
Jadi bagi saya ini akta ini atau pindaan ini sangat baik untuk kita menelanjangkan wajah mereka sebenarnya di dalam politik dan inilah yang menyebabkan rakyat tidak mempercayai orang-orang politik. Saya ingin tegaskan di sini Tuan Yang di-Pertua bahawa apa yang kita lakukan dalam pindaan ini adalah sebagai mengembalikan balik kepercayaan rakyat kepada ahli-ahli politik. Kita perlu tolak ahli-ahli politik yang menipu rakyat kerana memberi tahu kononnya ada penyejajaran baharu politiklah kononnya.
Selepas itu guna isu perkauman. Oh ini untuk orang Melayu. Ini adalah untuk kita menolak orang Cina menguasai politik. Ini adalah satu gabungan penyejajaran yang terbesar politik orang Melayu.
Ini semua bukan sahaja menipu rakyat tetapi hakikat di sebalik semua itu adalah dorongan-dorongan kepentingan duniawi, kedudukan dan pangkat lalu mengheret seluruh negara dalam kancah perkauman, kebencian kaum di atas nama penyejajaran baharu.
Tiba-tiba hari ini, kita tengok adanya satu pindaan yang sebenarnya pindaan ini adalah untuk menelanjangkan isunya bukan penyejajaran baharu. Akan tetapi isunya ialah supaya kita memartabatkan demokrasi dalam negara ini dan saya ingin ulang tegas daripada kenyataan rakan-rakan bahawa ini akta bukan untuk parti politik.
Ini akta untuk rakyat supaya mereka kembali percaya kepada institusi politik yang mana hari ini orang politik sendiri yang membobrokkan politik dalam negara ini. Oleh sebab itu saya menyatakan Tuan Yang di-Pertua. Kita menyokong bagi menelanjangkan wajah-wajah ahli politik yang mereka lompat kerana dorongan-dorongan kepentingan peribadi dan menipu rakyat dengan menyatakan ini penyejajaran politik Melayu supaya orang Melayu dapat bergabung dalam satu gabungan politik besar. Itulah yang dimomok- momokkan.
Jadi tidak ada dorongan prinsip. Tidak ada dorongan yang mereka lakukan itu atas prinsip. Akan tetapi di atas kepentingan diri lalu menipu rakyat. Oleh sebab itu kami menyokong akta pindaan ini dan saya yakin pindaan ini adalah sebagai satu asas dan it is not the end kerana kita memerlukan akta selepas daripada ini. Apabila akta itu digubal maka kita yakin bahawa ia datang dari semangat Perlembagaan Persekutuan yang kita yakin tidak ada teknikaliti banyak sangat kerana ia akan di-liberate-kan di dalam akta. Oleh sebab itu saya menyatakan selain daripada sokongan kita kepada pindaan akta ini, kita juga kena melihat sistem secara menyeluruh.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Systemic yang berlaku hari ini orang terdorong kerana ditawarkan kedudukan, ditawarkan pangkat, jadi Yang Berhormat Menteri, jadi GLC. Oleh sebab itu kerajaan hari ini dia punya Kabinet besar sebab dia kena buat begitu. Kalau dia tidak buat begitu maka
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
akan berlaku huru-hara dan kelak tidak stabil. Apakah lebih baik kita buat pindaan ini daripada kita memberikan mereka tawaran-tawaran dan ini menjijikkan wajah kita di hadapan rakyat?
Jadi, saya ingin memetik akhirnya Tuan Yang di-Pertua bagi landing iaitu kenyataan Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi yang menyebut *“As much as we are troubled by what happened during the ‘Sheraton Move’ there is no perfect easy solution to the party hopping problem. You can call for an election and the same guy could again because money politics still exist. There will always be people who will find a loophole in every legal proposal. The law is as good as the people who administer it”.
So, this is not the end of the game, this is the beginning of the game for democratic Malaysia and to respect the democracy of the Parliament in this country. Thank you very much* Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Berikutannya kita mempersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya berdiri di sini untuk menyokong rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan berkaitan dengan usaha kita mencegah lompat parti.
Dalam masa yang sama, saya ingin memberi kepujian, penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Yang Berhormat Santubong.
Kedua, kepada Ketua Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dan Ketiga semua Jawatankuasa Pilihan Khas yang meneliti rang undang-undang ini.
Perbahasan saya dalam masa yang singkat ini menumpu kepada soal penalti.
Yang Berhormat Menteri, pada pandangan saya kesalahan lompat parti ini bukanlah kesalahan jenayah tetapi adakah dia merupakan kesalahan sivil ataupun tort.
Jadi, saya mengkhusus kepada penalti. Apakah penalti yang patut dikenakan kepada mereka melompat parti? Saya ada beberapa cadangan.
Pertama, orang yang melompat parti ini jangan dibenarkan dia bertanding semula dalam pilihan raya kecil berikut kekosongan kerusi itu. Bukan itu sahaja, dalam tempoh lima tahun mereka yang melompat parti ini tidak boleh bertanding seperti peruntukan yang ada dalam Perlembagaan sekarang.
Kedua, ini berkenaan pencen. Askar, veteran kita askar Angkatan Tentera dia sudah beri khidmat 10 tahun, 13 tahun, 18 tahun sebagai Angkatan Tentera. Tidak cukup 21 tahun, dia tidak dapat pencen tetapi Ahli Parlimen mungkin satu penggal sahaja lebih 3 tahun atau dia sudah dua tahun dua penggal kalau dia melompat parti, boleh dikaji. Ini supaya orang yang melompat parti ini hilang pencen dia.
Ketiga, saya mendengar taklimat Yang Berhormat Menteri begitu juga ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pagi tadi. Saya berpendapat rang undang-undang meminda Perlembagaan ini patut dikuatkuasakan secara retrospektif bermula daripada pilihan raya PRU ke-14 tahun 2018.
Yang tidak boleh penguatkuasaan retrospektif ialah kesalahan jenayah tetapi ini bukan kesalahan jenayah. Ini satu kesalahan sivil. Tadi semua sebut tidak bermorallah macam-macam. Jadi, perlu ada penalti.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri satu persoalan. Apa jadi kepada rang undang-undang meminda Perlembagaan ini sekiranya Parlimen dibubarkan sebelum sempat rang undang-undang ini diluluskan di dua-dua Dewan Parlimen ini, sebelum sempat Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan atau sebelum sempat diwartakan tiba-tiba Parlimen dibubarkan. Apakah jadi nasib rang undang-undang ini?
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Dalam masa satu minit ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bergerak ke hadapan.
Saya tidak kisahlah MOU ini akan berakhir 31 Julai atau bukan 31 Julai ada apa juga kerajaan yang sekarang ada beberapa bulan lagi atau yang akan datang fikirlah pindaan Perlembagaan.
Pertama, tentang dua penggal Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu perlukan dua per tiga majoriti.
Kedua, pemisahan antara jawatan Peguam Negara dan juga Pendakwa Raya mesti dipisahkan supaya dua orang yang berbeza memegang dua jawatan yang penting ini.
Ketiga, persempadanan Parlimen iaitu bilangan Parlimen 222 seluruh Malaysia ini perlu dibanyakkan, ditambah lagi. Kali terakhir penambahan Parlimen ini pada tahun 2004 sudah 18 tahun tiada pindaan tentang jumlah bilangan Parlimen ini merujuk kepada Perkara 113 Perlembagaan iaitu kerana takut tidak boleh dapatkan majoriti.
Jadi, perkara-perkara ini perlu difikirkan oleh Dewan Rakyat, terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Dipersilakan Yang Berhormat Raub.
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu saya juga ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Santubong dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat kerana berjaya membawa pindaan perlembagaan rang undang-undang kepada peringkat ini.
Seperti mana yang di hujah oleh sahabat-sahabat saya ataupun MPs yang lain tadi, walau bagaimanapun kita akui untuk melaksanakannya mungkin bukan senang tetapi sekurang-kurangnya dengan MOU antara Pakatan Harapan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ini adalah satu kejayaan untuk rakyat dan satu permulaan reformasi ke arah kebaikan.
Walaupun sebelum ini rakyat sedih dengan ‘Langkah Sheraton’ dan tidak berminat dalam PRK Melaka dan Johor pada PRK yang lalu. Dengan adanya RUU ini, akan memberi impak dan serta keyakinan balik kepada sistem demokrasi berparlimen kepada rakyat yang mana wakil rakyat yang mereka pilih dapat berkhidmat sehingga tempoh matang seperti dalam PRU yang akan datang di mana Dewan Rakyat tidak sewenang- wenangnya boleh menukar pentadbiran kerajaan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, benda ini berlaku pada saya sebenarnya. Untuk mengelakkan unsur rasuah ataupun korupsi di kalangan wakil rakyat yang tidak jujur dan mempunyai kepentingan peribadi. Ini terjadi pada diri saya selepas 24 Februari 2020 semasa kerajaan Pakatan Harapan mula rebah.
Saya didatangi oleh kawan-kawan sebelah sana supaya saya melompat ataupun menyokong mereka. Mungkin saya duduk sebelah sana mungkin jika saya terima tawaran tersebut mungkin juga saya seorang Yang Berhormat Menteri sekarang ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri ataupun seorang ahli GLC di pihak kerajaan.
Walaupun secara peribadi saya merasa dukacita apa yang berlaku, namun ada satu perkara yang tidak pernah saya fikirkan apa sebenarnya Allah merancang. Itulah yang tidak pernah saya fikirkan sebelum ini rupanya ada rahmat di sebalik itu. Dalam kedukaan para penyokong pendukung PH yang bersedih dan tidak kestabilan dalam kedua-dua PM ini maka lahirlah cadangan MOU yang salah satunya Rang Undang- undang Antilompat Parti.
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Ini ialah kemenangan rakyat dan juga penyokong PH di luar sana. Saya menyeru pada kesempatan ini supaya rakyat di luar sana dapat bersenang hati. Oleh kerana dengan usaha kerajaan yang ada dan juga persefahaman MOU dengan Pakatan Harapan, kita dapat pergi jauh ke hadapan ke arah demokrasi berparlimen yang lebih rakyat, untuk rakyat semua. Terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Raub. Sekarang tibalah kepada pembahas yang terakhir pada malam ini.
Dipersilakan Yang Berhormat Tanjong Manis.
Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan
(Pindaan) (No.3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak kerajaan, terutama sekali kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dan Yang Berhormat Ahli Parlimen Santubong kerana telah berjaya membentangkan RUU pada kali ini. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas yang terdiri daripada 11 orang Ahli Parlimen daripada pihak kerajaan dan bukan kerajaan kerana terlibat secara langsung dalam mengkaji RUU ini.
Saya percaya RUU ini mampu mengurangkan masalah ketidakstabilan dalam senario politik di negara kita seperti yang disebut-sebut oleh ramai Ahli Parlimen dalam ucapan mereka semasa membahaskan RUU ini. Saya percaya lulusnya pindaan RUU ini nanti akan menjadi satu sejarah dalam politik negara dan merupakan satu kemenangan kepada rakyat yang menjadi pengundi kepada semua wakil rakyat di negara ini. Rakyat sudah pasti akan merasa lebih yakin bahawa wakil rakyat yang mereka pilih semasa pilihan raya akan terus mewakili mereka di Dewan Rakyat. Rakyat memilih calon untuk menjadi wakil rakyat kerana prinsip dan perjuangan parti yang diwakili dan lambang parti semasa dia berkempen untuk dipilih sebagai wakil rakyat. Oleh yang demikian, sekiranya wakil rakyat tersebut melompat atau bertukar parti setelah menjadi wakil rakyat atas sebab-sebab tertentu, adalah tidak wajar sama sekali kerana telah mengkhianati kepercayaan rakyat yang telah memilih beliau dan adalah wajar beliau harus dilucutkan status sebagai wakil rakyat.
Dengan kestabilan politik, negara kita akan meyakinkan pelabur-pelabur asing untuk datang melabur di negara kita dan boleh membantu memulihkan ekonomi negara kita. Saya juga bersetuju dengan rakan saya Yang Berhormat Sibuti, yang mencadangkan supaya ditetapkan tempoh tetap ataupun fixed-term bagi penggal Parlimen selama lima tahun dan menetapkan tarikh PRU supaya memberi lebih peluang dan masa kepada Ahli- ahli Parlimen untuk berkhidmat sehingga akhir tempoh. Ini akan mengurangkan spekulasi PRU lebih awal dan menimbulkan ketidaktentuan dan kegelisahan rakyat dan juga mungkin akan menakutkan pelabur-pelabur asing untuk datang ke negara kita. Jadi, itu sahajalah sedikit sebanyak perbahasan saya berkenaan dengan RUU ini. Saya mohon menyokong RUU ini. Sekian, terima kasih daripada Tanjong Manis.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Maka, dengan itu Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 28 Julai 2022.
[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 8.34 malam]