Jul252022

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat pagi semua. Sebelum kita mula, saya ingin mengingatkan, harap kita semua dapat kurangkan sedikit mukadimah dalam soalan iaitu soalan tambahan serta juga jawapan. Yang Berhormat Kuantan telah membangkitkan perkara ini pada hari yang lepas. Kata beliau, tidak adil kepada penyoal-penyoal dan penjawab-penjawab yang tersenarai di belakang kalau kita mengambil masa panjang yang ke hadapan ini.

final • 10:00 AM

1. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [Machang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan adakah kementerian bercadang untuk meneruskan subsidi minyak masak tulen botol sehingga penghujung tahun ini bagi mengurangkan bebanan rakyat berikutan kos barangan mentah kini yang mengalami kenaikan mendadak.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya daripada Machang yang bertanya berkaitan dengan subsidi minyak botol. Tuan Yang di- Pertua, sebagaimana yang semua sedia maklum, kerajaan telah bersetuju supaya subsidi minyak sawit tulen dalam botol tidak lagi diteruskan bermula 1 Julai 2022. Untuk makluman, kerajaan yang cakna sebelum ini telah memutuskan untuk memberi subsidi sementara bagi minyak masak botol satu kilogram hingga lima kilogram bermula Ogos 2021 sehingga Jun 2022.

Tujuannya ialah untuk mengurangkan beban rakyat berikutan cabaran pandemik COVID-19 dan kenaikan mendadak harga minyak sawit mentah di pasaran global yang memberi kesan langsung kepada jualan harga minyak sawit tulen dan botol dalam pasaran tempatan. Ketika itu, harga untuk minyak lima kilogram ialah di bawah RM30 iaitu RM29.70 sahaja.

Penamatan ini tidak bermakna kerajaan tidak prihatin terhadap apa yang dialami oleh rakyat ketika itu dan untuk makluman juga, sehingga kini kerajaan masih meneruskan program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) untuk subsidi minyak masak polybag satu kilogram dengan harga runcit RM2.50 satu kilogram. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih sekali lagi kepada Tuan Yang di-Pertua.

Bercakap soal subsidi, sejumlah 60,000 metrik tan sebulan untuk subsidi minyak masak sedangkan dalam masa yang sama, keperluan untuk minyak masak yang disubsidikan ini

final • 10:00 AM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

hanyalah 55,000 metrik tan. Bererti ada lebihan 5,000 metrik tan. Kalau nak dikira 720,000 metrik tan setahun yang telah diberikan subsidi oleh pihak kerajaan.

Persoalannya Tuan Yang di-Pertua, daripada segi penguatkuasaan. Kita faham kerajaan telah melakukan pelbagai cara dan kaedah untuk menguatkuasakan kebocoran ataupun ketirisan subsidi minyak masak ini. Kalau ada indeks atau tidak di peringkat kementerian? Kalau ada indeks ketirisan ini, berapa peratuskah penurunannya.

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, berapa banyakkah syarikat-syarikat yang telah didapati menyeleweng subsidi minyak masak ini ditarik balik kuota mereka. Satu lagi ialah, apakah kerajaan bercadang untuk memberi peranan kepada GLC untuk melaksanakan program kuota minyak masak ini untuk membolehkan GLC ini mengambil tanggungjawab sosial di dalam menangani isu ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Dato’ Rosol bin Wahid

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Machang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan persoalan-persoalan yang dikemukakan tersebut, soalan asalnya berkaitan dengan minyak botol. Walau bagaimanapun, saya cuba menjawab. Kalau tak mampu di sini, saya akan jawab secara bertulis.

Berkaitan dengan indeks ketirisan, setakat ini kita tidak ada indeks. Cuma berkaitan mereka yang telah ditarik balik, maklumat sehingga kini saya difahamkan lebih daripada 14 syarikat dalam proses penghakiman di mahkamah berkaitan dengan ketirisan ataupun penyeludupan minyak bersubsidi ini ke negara jiran. Peranan GLC untuk menjadi pembungkus ataupun repacker kepada minyak ini, kita cuba lihat cara bagaimana untuk memastikan mereka ini boleh menyumbang untuk mengatasi masalah ketirisan ataupun kebocoran minyak ini ke luar negara. Itu yang mampu saya jawab setakat ini, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, isunya adalah tanggungan subsidi kerajaan semakin membengkak, kemudian sasaran minyak masak ini untuk dibeli kepada golongan berpendapatan rendah itu tersasar, bocor dan sebagainya.

Kemudian, aspek penguatkuasaan. Terhadap tiga perkara ini, nak mengoptimumkan perbelanjaan subsidi, nak pastikan ia sampai kepada kumpulan sasaran dan nak pastikan keberkesanan penguatkuasaan. Setakat sekarang ini, apakah ikhtiar kementerian kepada tiga perkara itu. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Rosol bin Wahid

Terima kasih sahabat saya daripada Kulim-Bandar Baharu. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan apa yang diungkit atau yang dibangkitkan oleh Yang Berhomat Kulim-Bandar Baharu tadi, kita menjalankan program untuk yang pertama seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, dulu untuk dua harga- iaitu harga dalam negara dan harga luar negara untuk minyak ini.

Setakat ini kita telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dan masih belum ada satu kata sepakat lagi berkaitan dengan hal tersebut. Berkaitan dengan penguatkuasaan dan kebocoran ini, kita mempertingkatkan lagi penguatkuasaan, intipan dan sistem audit di semua syarikat yang telah diberi kebenaran untuk membungkus minyak ini untuk pastikan tidak ada kebocoran.

Kebocoran tersebut disebabkan antaranya dikesan ada daripada repacker kepada luar negara dan ada juga daripada pemborong kepada luar negara.

Jadi dengan sistem audit yang kita buat ini, kita akan dapat melihat di mana berlakunya kebocoran tersebut. Insya-Allah ia akan dapat kita atasi dalam masa terdekat walaupun tak dapat diatasi sepenuhnya tapi kita cuba mengurangkan. Tambahan pula, dengan harga komoditi hari ini sudah mula berkurangan dan mungkin penyeludupan ini sudah makin berkurangan di samping dengan penguatkuasaan kita yang semakin ketat sekarang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Soalan tambahan, Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Sebelah sini.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya kena sebelah sini dulu. Ada soalan tambahan sebelah sini, tiada? Kalau tiada, Yang Berhormat Padang Serai, silakan.

final • 10:10 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Menteri, barang semua sudah naik. Ikan kering pun naik. Itu makanan orang kampung. Saya rasa sedih betul. Bolehkah kerajaan nyatakan dengan jelas, berapa banyakkah subsidi yang kerajaan tanggung bagi barang keperluan asas dan adakah kerajaan bercadang untuk meningkatkan subsidi dalam mengawal inflasi? Mohon beri jawapan. Tolong kawal harga, Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Memang kita akui oleh sebab masalah pandemik, masalah peperangan, isu kenaikan harga barang ini merupakan isu global. Cuma data tidak ada kerana soalan yang ditanya itu tadi luar daripada soalan asal yang ditanya.

Walau bagaimanapun, untuk makluman subsidi yang diberi oleh kerajaan untuk minyak masak, satu, tiga dan lima kilogram sehingga Jun 2022- kerajaan membelanjakan atau memperuntukkan sebanyak RM382,102,451.71. Itu untuk 11 bulan sahaja. Ini untuk minyak sahaja. Barang-barang lain, untuk gas, petrol, gula dan sebagainya lebih banyak lagi. Ini untuk 11 bulan sahaja lebih daripada RM380 juta. Itu maklumat yang saya ada.

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Boleh ini satu lagi tajuk utama sekarang?

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf Yang Berhormat Pontian. Tiga sahaja saya boleh benarkan.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Tiga dah?

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, maaf.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Saya cuma nak tanya barang-barang yang telah turun harga. Senarai barang yang turun harga. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tenom, Puan Noorita binti Sual.

final • 10:10 AM

2. Puan Noorita binti Sual [Tenom] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan, kaedah-kaedah bagi memastikan setiap peruntukan pembangunan projek, program dan aktiviti tahunan yang diperuntukkan oleh kementerian di negeri Sabah dapat digunakan sepenuhnya pada tahun semasa berkenaan.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tenom yang bertanyakan soalan.

Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sentiasa fokus dan komited dalam merealisasikan pelaksanaan program dan projek di luar bandar bagi memenuhi kehendak dan keperluan penduduk di luar bandar selaras dengan dasar pembangunan luar bandar.

Justeru itu, bagi memastikan pelaksanaan program, projek tersebut berjalan lancar dan peruntukan yang disalurkan dapat dibelanjakan mengikut perancangan kementerian melalui pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah

(Persekutuan) telah diberikan peranan yang penting dalam melaksanakan aktiviti pemantauan ke atas setiap program projek di Wilayah Sabah sehingga siap pelaksanaan dan selesai perbelanjaan.

Aktiviti pemantauan projek-projek ini diadakan secara bersama dengan jabatan agensi di bawah kementerian di Wilayah Sabah melalui pelbagai kaedah pemantauan

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad

termasuklah mesyuarat-mesyuarat bulanan, mesyuarat tapak berkala serta lawatan- lawatan ke projek melibatkan peringkat negeri sehinggalah ke peringkat pengurusan tertinggi kementerian.

Di samping itu bagi memastikan semua perancangan pelaksanaan dan pemantauan projek-projek di Sabah dapat diselaraskan dan dipantau dengan lebih rapi.

Terdapat tiga peringkat jawatankuasa bersama perancangan dan pemantauan projek kementerian dan wilayah Sabah yang telah ditubuhkan.

Pertama, Jawatankuasa Tertinggi Bersama. Pengerusi bersama ialah Yang Berhormat Menteri KPLB dan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah. Kedua, Jawatankuasa Kerja Bersama. Pengerusi bersama ialah Ketua Setiausaha KPLB dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. Ketiga ialah Jawatankuasa Teknikal Bersama.

Pengerusi bersama ialah Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan KPLB dan Setiausaha tetap KPLB Sabah.

Jawatankuasa Kerja Bersama ini berfungsi sebagai satu mekanisme penyelaras dan pemantauan program projek pembangunan luar bandar di wilayah Sabah di samping turut menyelesaikan isu-isu pelaksanaan program projek tersebut melalui pelbagai medium dan kaedah pemantauan ini.

Kementerian dapat memastikan sebarang isu dan cabaran yang berlaku di lapangan dapat dipantau dan ditangani sebaiknya bagi memastikan pelaksanaan program projek berjalan lancar dan setiap peruntukan tahunan yang telah diluluskan dapat dibelanjakan mengikut perancangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama Yang Berhormat, silakan.

final • 10:10 AM

Puan Noorita binti Sual - Tenom

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya timbulkan soalan ini kerana kawasan luar bandar khususnya di Sabah ini sangat memerlukan kemudahan infrastruktur. Jadi memang kita perlukan ada satu sistem pemantauan dan pelaksanaan yang lebih efektif.

Soalan tambahan saya, sejauh manakah keberkesanan kaedah atau langkah- langkah yang telah diambil oleh kementerian dalam mengatasi isu dan masalah ini?

Dalam lima tahun ke belakang dah melalui kaedah yang telah diguna pakai oleh kementerian, adakah improvement dalam isu ini, khususnya di Sabah?

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Setakat hari ini, sebenarnya kita di Sabah, di KPLB tidak mempunyai masalah yang begitu besar daripada segi pelaksanaan projek. Setakat hari ini kita tidak mempunyai projek sakit di KPLB. Kita hanya ada dua sahaja projek yang sedikit perlahan iaitu tidak melebih lima peratus yang perlahannya. Jadi daripada segi jawapannya, pemantauannya yang kita lakukan bersekala sebagai mana jawapan saya sebentar tadi.

Daripada segi pemantauan dan sebagainya, kita tidak mempunyai masalah daripada segi KPLB dan kita berurusan dengan baik dengan Kerajaan Negeri Sabah sehingga projek kita boleh dilaksanakan berjalan begitu lancar sekali lagi.

Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat kerana menanyakan soalan, dapatlah kita perjelaskan bahawa di Sabah yang pertama- yang keseluruhan dalam negara kita mempunyai projek yang paling banyak peruntukan, dan dapat kita laksanakan dengan baik sekali mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak kita.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jempol, silakan.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang baik hati. Pada tahun ini kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM361 juta untuk PPRT seluruh negara, RM178 juta untuk membina 252,500 buah rumah baharu dan RM180 juta untuk tujuan baik pulih sebanyak 11,353 buah rumah.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Saya difahamkan anggaran bagi sebuah rumah PPRT bernilai RM56 ribu di Semenanjung Malaysia dan baik pulih sebanyak RM13 ribu. Jadi dalam keadaan hari ini VOP hanya diberi 11 barang di mana barang ini perubahan daripada segi harga.

Jadi soalan saya, di mana barang tersebut, simen, batu, pasir, kaca, bahan bumbung, besi dan sebagainya, 11 items. Saya mohon supaya adakah perkara ini kementerian meningkatkan peruntukan bagi tahun hadapan. Maknanya adakah RM56 ribu ini boleh menyiapkan sebuah rumah seperti mana yang diharapkan ataupun ia juga membubarkan kontraktor kerana tidak mampu buat rumah kerana VOP ini tidak bermula untuk rumah PPRT? Mohon pandangan Menteri. Mohon jawapan Menteri yang terbaik.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan yang dibangkitkan oleh Jempol ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, dia dah keluar daripada tajuk...

[Ketawa] Walau bagaimanapun, saya tetap menjawab persoalan yang dibangkitkan daripada sahabat saya dari Jempol.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Ini luar bandarlah.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad

Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang ditimbulkan oleh Jempol sangat baik sekali kerana kita dapat berbincang dalam dewan yang mulia ini. Jadual kadar harga yang ditetapkan adalah datangnya daripada Kementerian Kerja Raya dan KPLB mengikut jadual kadar harga yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kerja Raya.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad

Walau bagaimanapun, memang kita akui harga yang diberikan oleh Yang Berhormat Jempol sebentar tadi memang tidak boleh dilaksanakan sekarang ini, tidak boleh dengan kadar harga RM56 ribu sebuah rumah PPRT yang sekarang ini memerlukan lebih kurang dalam RM67 ribu kalau untuk pelaksanaan.

Tidak ada kontraktor yang sanggup membina pada masa ini. Kita, pihak KPLB sedang membincangkan, dan kita membuat garis panduan yang baharu untuk kita angkat dalam Kabinet untuk bagi memastikan bahawa projek kita dapat dilaksanakan dalam bermula tahun ini, juga kerana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jempol itu adalah kerana disebabkan harga yang tidak boleh kita laksanakan.

Tidak ada kontraktor yang sanggup membina dengan kadar harga RM56 ribu.

Puas kita pujuk Tuan Yang di-Pertua, tidak hendak mereka membina. Jadi kita sedang membincangkan, bagaimana kita hendak mendapatkan harga baharu bagi sesebuah rumah PPRT tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Jempol yang menanyakan soalan.

Saya sudah lama sebenarnya hendak menjawab soalan ini.

final • 10:20 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak tahu, bagaimana boleh jadi sangat baik apabila di luar tajuk?..

[Ketawa] Maaf, dua sahaja.

Yang Berhormat Tuan Sabri bin Azit, silakan.

final • 10:20 AM

3. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah tindakan pemantauan telah dibuat bagi menangani doktor media sosial yang berleluasa melariskan jualan kosmetik hingga menyebabkan kesan sampingan kepada para pengguna.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

[Membaca sepotong doa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

KKM amat prihatin, sangat serius serta komited tentang iklan dan jualan online ini supaya ia menepati standard atau kualiti. Pengguna merupakan nombor satu bagi KKM dan kita sangat-sangat mengharapkan kerjasama daripada pengguna.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Tuan Yang di-Pertua, kosmetik adalah sediaan yang digunakan secara luaran sahaja. Maknanya pada kulit, rambut dan kuku. Luaran sahaja bertujuan untuk membersihkan, mewangi ataupun mencantikkan dan dia di bawah kawalan Peraturan- peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik (KKDK) 1994, dan di bawah kawalan ini, semua kosmetik perlu dinotifikasikan, ini penting, kepada Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ia dikilangkan, diimport atau dijual.

KKM sentiasa menjalankan pemantauan secara berterusan atau istiqamah terhadap kosmetik bernotifikasi di pasaran melalui aktiviti surveillance seperti aktiviti pemantauan kualiti kosmetik bernotifikasi termasuk pemantauan iklan kosmetik yang disiarkan dalam media cetak, elektronik, media sosial dan platform e-dagang.

Jadi aktiviti pemantauan kualiti kosmetik bermakna kita katakan ialah post- marketing surveillance iaitu ia buat persampelan, penyemakan label, pengendalian aduan, pengujian makmal dan pemantauan iklan di platform e-dagang dan penyaringan kandungan bahan dan info produk dan juga audit fail maklumat dan juga audit premis atau kilang.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada Guideline for Cosmetic Advertisement yang dikeluarkan oleh NPRA, penggunaan gelaran profesional seperti “doktor” tidak dibenarkan. Tindakan regulatori seperti amaran iklan dan pembatalan notifikasi kosmetik akan diambil sekiranya kosmetik didapati diiklankan dengan tuntutan perubatan ataupun tuntutan yang melampau skop takrifan kosmetik.

Berdasarkan satu statistik tahun 2021 sehingga Jun tahun ini, 1,775 iklan kosmetik telah dipantau, 283 telah diberi amaran dan 104- kosmetik telah dibatalkan status notifikasinya. Selain itu, pihak KKM juga sentiasa menjalankan tindakan pemeriksaan dan operasi serbuan secara berterusan ke atas premis dan penjual termasuk di media sosial untuk mengekang penjualan ini. Syarikat yang tidak mengikut undang- undang akan disiasat dan didakwa di mahkamah di bawah Akta Jualan Dadah 1952.

KKM melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi telah menerima sebanyak 86 aduan mengenai penjualan kosmetik tidak bernotifikasi, dan sejak tahun 2021 sehingga Jun 2022. Berdasarkan kepada pengesahan aduan yang dijalankan, 444 buah premis telah diserbu dengan rampasan RM4,338,629.00. Sekiranya penjualan melibatkan orang profesional seperti doktor, maka maklumat akan disalurkan kepada badan profesional yang mengawal selia amalan doktor untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat, silakan.

final • 10:20 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya yang seterusnya, apakah kaedah pemantauan yang lain yang dapat diguna pakai bagi membendung isu ini kerana mengikut satu kajian, 70 peratus pesakit buah pinggang di negara ini ada mengambil makanan tambahan sebelum disahkan menghidap penyakit tersebut. Sekian.

final • 10:20 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih Yang Berhormat Jerai yang begitu prihatin tentang kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh syarikat ini. Di samping apa yang kita buat, yang saya terangkan tadi – tindakan regulatori iaitu memberi amaran, membatalkan notifikasi dan juga kita membuat pemantauan, dan membuat serbuan dan pemeriksaan di premis yang mana bagi mereka- syarikat yang tidak bernotifikasi, tidak berdaftar dengan PBKD, maka siasatan akan dibuat dan akan dibawa ke mahkamah.

KKM juga melancarkan kaedah pembelajaran atau pendidikan kepada rakyat.

Kita ada buat duta ubat, kempen kenali ubat, kempen waspada supaya kita jangan tertipu dengan jualan online yang menyimpang jauh. Jadi rakyat ataupun pengguna memahami dan mereka buat aduan kepada KKM. Ini yang kita hendak lakukan hari ini. Insya-Allah mudah-mudahan masalah serious side effects tidak akan berlaku jika kita bekerjasama.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau kita lihat KKM telah mencatat nilai rampasan hampir RM25 juta dan juga telah membuat sitaan kepada hampir 8,145 buah iklan.

Saya ingin mengajak supaya – sejauh mana Kementerian Kesihatan dan kementerian-kementerian yang berkenaan membantu pengusaha-pengusaha kosmetik di luar sana kerana negara kita kaya dengan mewarisi kosmetik-kosmetik tradisional yang bagus dan sehingga wanita-wanita di luar sana dilihat anggun dan begitu ceria.

Akan tetapi, sejauh mana kementerian ini mengambil langkah untuk memberikan penerangan dan galakan kepada pengusaha-pengusaha di luar sana supaya mengikuti SOP kementerian dan akhirnya menambahkan lagi kenaikan pendapatan ekonomi negara. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih, Yang Berhormat. Kita hendak rakyat kita ini handsome dan anggun, untuk jaga kesihatan terutamanya. Jadi seperti yang saya sebut tadi, pertamanya kepada rakyat. Kita membuat ceramah, dialog, kita membuat kempen-kempen berterusan istiqamah, ini ceritanya.

Maknanya bukan sahaja pemantauan yang dibuat kepada syarikat apabila mendaftar tetapi apabila dia meneruskan perniagaannya maka kita membuat pemantauan berterusan. Itu sebab ada kes yang umpamanya didapati menyalahi undang-undang akan disiasat dan akan diambil tindakan.

Contohnya, jika kita mendapati ada produk kosmetik ataupun ubat-ubatan yang mengandungi bahan-bahan bahaya ataupun barang-barang terlarang seperti hydroquinone, tretinoin, merkuri dan sebagainya. Memang ada, ada rampasan yang dibuat, maka kita akan meminta syarikat ini untuk membuat panggil balik, callback produk- produk ini di lapangan.

Jika mereka boleh buat secara sukarela ataupun arahan daripada KKM. Juga jika mereka tidak diberikan tahap atau paras, maka syarikat-syarikat ini perlu mewujudkan satu buah Jawatankuasa untuk memberikan tatacara yang detailed, bagaimana dia hendak handle perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, maksud saya macam ini. Jika ada bahan terlarang yang sangat bahaya, maka pada tahap satu, dia kena buat panggil balik atau callback- aktiviti panggil balik ini, dalam tempoh 24 jam. Kalau risikonya kecil, maka dalam tempoh 72 jam.

Tahap dua dan tahap tiga, iaitu dalam masa 30 hari. Parasnya di mana kita hendak panggil, Tuan Yang di-Pertua, kita hendak syarikat ini membuat panggil balik- callback ini, pada tahap paras pertamanya ialah untuk semua pengguna. Makanya pengguna yang akhir kita kena callback sebab sangat bahaya. Ataupun keduanya, paras kedua kita memanggil semua yang mengeluarkan produk ini. Contohnya hospital, klinik dan sebagainya.

Ketiga, panggil balik ini kita lakukan kepada syarikat-syarikat yang mengilang dan mengedarkan perkara ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Lumut.

final • 10:20 AM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan penting ya. Selain daripada sosial media, saya memerhatikan bahawa media utama, radio di RTM sendiri mempromosi bukan sahaja kosmetik tetapi katanya makanan tambahan dan sebagainya.

Akan tetapi merujuk kepada kesannya terhadap kesihatan, kencing manis, darah tinggi dan mengemukakan nama-nama seperti kunyit hitam, peria katak dan sebagainya.

Adakah kementerian memerhati dan menilai iklan-iklan dalam media utama kita ini supaya bukan hanya kita memerhatikan masalah keselamatan tetapi etika itu sendiri, boleh atau tidak? Apakah tindakan kementerian? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, silakan Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih Yang Berhormat Lumut.

Soalan yang penting sebenarnya dan saya telah menyatakan tadi dalam jawapan saya bahawa dalam Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, mereka tidak boleh menggunakan profesional, doktor umpamanya, untuk hadir dalam iklan itu dan mengesyorkan produk itu. Ia seolah-olah memberikan endorsement. Jadi, itu adalah salah.

Jadi, kalau berlaku itu, kita akan siasat dan tindakan akan diambil. Doktor yang terlibat pula, kita akan salurkan informasi ini kepada badan profesional yang menyelia amalan seorang doktor umpamanya.

Saya percaya kalau di televisyen mainstream umpamanya, tentulah kementerian berkenaan akan memanggil tindakan yang selanjutnya. Kita sepatutnya lebih prihatin kepada perkara-perkara begini. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Lumut. Itu ialah perkara yang kita perlu ambil tindakan. Terima kasih

final • 10:30 AM

4. Puan Hajah Natrah Ismail [Sekijang] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan:

(a) jumlah KRT yang telah dan masih belum memilik kabin pejabat di seluruh negara; dan

(b) tahap keberkesanan KRT ini dalam mewujudkan integrasi antara kaum di satu-satu kawasan.

final • 10:30 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Sekijang.

Menjawab kepada persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat.

Berapakah jumlah KRT yang masih belum memiliki kabin pejabat di seluruh negara? Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, sehingga Jun 2022 sebanyak 470 KRT telah pun memiliki kabin. Ada KRT yang bukan memiliki kabin tetapi memiliki, beroperasi di pusat-pusat rukun tetangga. Ada KRT yang beroperasi di Pusat Aktiviti Perpaduan dan ada juga KRT yang beroperasi di Kompleks Perpaduan.

Secara keseluruhannya Tuan Yang di-Pertua, 1,246 KRT telah pun memiliki premis-premis. Maknanya, pejabat, tempat beroperasi dan sebagainya. KRT yang lain- lain, ia berada di pusat-pusat yang telah pun saya nyatakan tadi. Ya, Yang Berhormat, di Pusat Rukun Tetangga, Pusat Aktiviti Perpaduan dan sebagainya.

Saya juga ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, keutamaan kabin ini akan kita berikan kepada KRT-KRT yang aktif yang telah ditubuhkan lebih daripada 10 tahun. Itu pun tertakluk kepada peruntukan yang kita akan terima.

Keduanya, menjawab kepada soalan Yang Berhormat tentang tahap keberkesanan KRT ini dalam mewujudkan integrasi antara kaum di satu-satu kawasan.

Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, sebagaimana yang kita ketahui, KRT ini adalah merupakan satu institusi sosial dalam komuniti.

Jadi, sebab itu kita kata komuniti Rukun Tetangga, dalam kawasan Rukun Tetangga yang melaksanakan pelbagai aktiviti dengan menggalakkan penglibatan masyarakat tanpa mengira kaum, latar belakang agama, umur, bahasa dan budaya.

Aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan dengan melibatkan pemimpin-pemimpin tempatan.

Apa yang paling penting Yang Berhormat, peranan KRT ini dalam komuniti adalah untuk kita laksanakan program bagi meningkatkan lagi kualiti hidup dengan mengukuhkan perpaduan dalam kepelbagaian dalam masyarakat setempat. Kedua, untuk kita terus memperkasakan masyarakat setempat dalam melindungi diri daripada apa-apa aktiviti yang mungkin tidak sihat.

Ketiga adalah untuk kita menjadi perantara bila berlaku apa-apa perkara yang boleh mencetuskan sedikit deficit social dalam masyarakat itu. Maka, KRT boleh menjadi

final • 10:30 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

pendamai untuk menyelesaikan sedikit sebanyak perselisihan yang ada dalam masyarakat.

Saya berharap Yang Berhormat juga akan dapat memainkan peranan bersama dengan KRT. Oleh kerana bagi negeri Johor, kita ada sebanyak 837 KRT, Segamat kita ada 64 KRT dan bagi kawasan Yang Berhormat, kita ada 17 KRT. Terima kasih banyak.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, silakan Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang

Terima kasih. Umum sedia maklum kewujudan KRT lebih tertumpu kepada kawasan perumahan. Namun, tidak di kawasan kampung-kampung dan juga kampung baharu. Soalan saya, bagaimanakah kementerian dapat memastikan bahawa KRT dapat juga diwujudkan di kawasan lain supaya matlamat dan peranan asal penubuhan KRT ini dapat diperluaskan di setiap pelosok kawasan penempatan? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, kawasan-kawasan rukun tetangga ini kita wujudkan dalam kawasan penempatan dalam kawasan perbandaran, di kawasan taman- taman. Jadi, kalau dulu 1,500 buah rumah boleh buat permohonan mewujudkan satu KRT.

Sekarang kita dah turunkan daripada 1,500 ke 1,000 buah rumah. Setiap 1,000 buah rumah dalam satu-satu kawasan taman atau pun taman yang berkelompok dalam satu-satu kawasan boleh memohon penubuhan satu KRT.

Jadi, menjawab kepada soalan Yang Berhormat tadi, adakah kita akan mewujudkan KRT di kawasan-kawasan luar bandar dan sebagainya, di kampung baharu.

Tidak, ia dalam kawasan perbandaran. Kita bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menjaga keselamatan dan sebagainya. Jadi, perkara itu perlu diwujudkan.

Kerjasama bersama-sama dengan pihak berkuasa tempatan dengan ahli-ahli majlis yang ada dalam satu-satu kawasan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Baling bangun dulu.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kementerian Yang Berhormat, khususnya pada Yang Berhormat Menteri sendiri yang turun padang ke Baling dalam masa usaha misi membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan saya, khususnya, di kawasan Cina Kampung Baru, Yang Berhormat telah meluluskan banyak peruntukan. Terima kasih.

Keduanya, antara keberkesanan mewujudkan integrasi di antara kaum ini.

Lagipun, kalau kita lihat pada hari ini, banjir sudah bukan di kawasan kampung dah, banjir di taman. Kalau di Selangor, terutama di Taman Sri Muda pun dah tenggelam dan sebagainya.

Apakah wujud ataupun ada cadangan daripada kementerian Yang Berhormat untuk mewujudkan kaedah-kaedah integrasi kaum tadi ini, yang nak mengukuhkan integrasi kaum ini? Apakah semangat sukarelawan ataupun team sukarelawan akan diwujudkan selain menjaga keselamatan untuk membantu mangsa-mangsa banjir?

Kalau kita tengok hari ini, kita mengharapkan ketua kampung, JKK. Kita juga boleh mewujudkan dalam Kementerian Perpaduan Yang Berhormat Menteri ini, di antara KRT juga boleh memainkan peranan untuk usaha membantu mangsa-mangsa banjir dalam masa yang cepat dan pantas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih pada Yang Berhormat Baling. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Baling. Sepanjang tempoh banjir yang berlaku di Baling ini Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Baling ini berkampung di kawasannya. Daripada mula sehingga selesai kepada membantu masyarakat pengundi di kawasan. Saya turun, saya pergi tengok setiap tempat. Saya turun pergi tengok gudang yang penuh dengan macam-

final • 10:30 AM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

macam barang untuk diagihkan untuk bantu kepada masyarakat tempatan. Jadi, tahniah kepada Yang Berhormat.

Saya ingin memaklumkan, tadi apabila saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat dari kawasan Sekijang, daripada segi penubuhan Yang Berhormat, ia dalam kawasan perbandaran. Kita hendak mewujudkan satu komuniti yang terdiri daripada berbilang kaum, di mana lantikan pengerusi-pengerusi KRT ini dibuat oleh komuniti tersebut.

Merancang pelbagai agenda berasaskan pada pelan pembangunan, pelan pemerkasaan, kepimpinan KRT yang telah pun kita bangunkan. Selain daripada Buku Gerak Kerja Agenda ‘RT4All’ yang merangkumi empat gerak kerja yang perlu dilaksanakan oleh KRT dalam kawasan masing-masing.

Dalam pada itu Yang Berhormat, ia tidak membataskan pergerakan, sumbangan yang perlu diberikan oleh KRT sebagai satu lagi badan yang bukan bersifat NGO tetapi badan yang melibatkan kepelbagaian entiti masyarakat yang ada dalam satu-satu kawasan.

final • 10:30 AM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Jadi, tidak ada batasan kerana pada waktu banjir besar berlaku di Taman Sri Nanding, pada waktu banjir besar berlaku di Taman Sri Muda, KRT telah pun digerakkan bukan sahaja di kawasan itu, termasuk di kawasan perkampungan telah pun digerakkan dan kita mulakan dengan menggerakkan Skuad-skuad Uniti kita untuk hantar bekalan makanan dan sebagainya.

Kita wujudkan juga dapur-dapur komuniti yang diuruskan oleh KRT termasuk di kawasan Yang Berhormat, untuk kita masak bekalan makanan untuk kita agihkan kepada mangsa-mangsa bencana. Selain daripada itu, untuk merapatkan perhubungan antara KRT dengan badan-badan bukan kerajaan yang juga turun untuk memainkan peranan membantu masyarakat yang memerlukan pertolongan.

Jadi, saya harap mudah-mudahan kita Ahli-ahli Yang Berhormat, kita semua— Yang Berhormat Tampin ini dia memang minat dengan KRT. Kita semua berada dalam kawasan kita dan semua kawasan kita ada KRT. Jadi, saya harap kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, bekerjasamalah dengan KRT. Ambillah KRT ini sebagai satu bentuk pergerakan yang boleh kita lakukan tanpa agenda politik, tanpa melibatkan apa-apa agenda politik, tetapi untuk kepentingan masyarakat secara bersama. Kalau ada peruntukan, sila salurkanlah peruntukan itu kepada KRT. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan.

Yang Berhormat Menteri, dalam usaha untuk hendak mewujudkan integrasi masyarakat pelbagai kaum di negara ini, adakah pihak kerajaan mengambil langkah- langkah reforming the liberty system of the government dengan menggunakan kaedah- kaedah bukan hanya seperti down the line the KRT, bahkan juga landasan seperti yang kerajaan punya.

RTM, media sosial yang ada, sekolah-sekolah, universiti-universiti yang ada iaitu reform yang kita hendakkan, kita tidak mahu contohnya RTM. Cuma saluran ini digunakan sebahagiannya untuk mungkin orang Melayu sahaja saya nampak sebahagian besar budaya culture everything. RTM 1, RTM 2 mungkin kita serahkan untuk kepelbagaian kaum yang ada, TV3, Astro dan lain-lain. Selain daripada itu, di sekolah dan juga universiti yang ada.

Selain daripada KRT, kita menggunakan kaedah ini to reform the system supaya kita di peringkat awal, adakah pihak kerajaan menggunakan sekolah, universiti di peringkat awal molding the mind of the young, so that they can be integrated. Terima kasih banyak.

final • 10:40 AM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada kekanda saya orang lama, Yang Berhormat dari Semporna.

final • 10:40 AM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Yang Berhormat, bila kita sebutkan KRT tadi, KRT ini dia ada akta dia ya, Akta 751, akta 2012. KRT ini dia bukan NGO yang berdaftar dengan ROS dan sebagainya. Ia termaktub dalam akta dan maka kerana itu, bila kita rancangkan pergerakan yang perlu dilakukan, peranan yang perlu dilaksanakan oleh KRT berlandaskan pada pelan yang saya sebutkan tadi ya, kepada aktiviti, agenda kerja yang telah pun kita rancangkan selain daripada perkara-perkara baharu, inisiatif yang boleh difikirkan oleh KRT yang sesuai dengan kawasan komuniti mereka.

Kita di peringkat kementerian Yang Berhormat, kita bekerjasama dengan sangat rapat dengan kementerian-kementerian yang lain. Contoh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), sangat rapat urusan perhubungan dalam pada kita hendak menyemarakkan lagi, merakyatkan perpaduan masyarakat Keluarga Malaysia dalam bentuk kepelbagaian yang ada tanpa batasan agama dan kaum dan sebagainya.

Jadi maka kerana itu Yang Berhormat, ahli-ahli jawatankuasa KRT ini bila komuniti buat pelantikan kepada Pengerusi KRT, ahli-ahli jawatankuasanya itu perlu terdiri daripada pelbagai kaum. Kita ada letakkan kuota. Jadi, kita tidak hendak satu kaum sahaja yang pegang KRT, tetapi kepelbagaian kaum. Melayu, Cina, India, semua mesti ada termasuklah di Sabah dan Sarawak kepada kaum-kaum yang lain.

Kerjasama dengan pihak RTM sangat rapat. Saya sudah sebutkan tadi dengan kementerian K-KOMM. Kerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga kita wujudkan. Kerjasama dengan kementerian MAFI juga kita wujudkan.

Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas cadangan itu.

Mungkin kita boleh perhebatkan lagi supaya apa juga program agenda perpaduan nasional ini dapat digambarkan dengan lebih menyerlah lagi bukan sahaja melalui media- media sosial, termasuklah kepada kemudahan yang ada di peringkat Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Bagi sekolah-sekolah Yang Berhormat, kita wujudkan kelab-kelab Rukun Negara di sekolah rendah, di sekolah menengah. Kita ada 6,012 kelab-kelab Rukun Negara. Kita wujudkan Sekretariat Rukun Negara (SRN) di universiti, di IPT, IPTS. Ini semua merangkumi kerja yang perlu kita laksanakan untuk kita lebih memantapkan perhubungan antara kita sesama kita dan dia adalah untuk menterjemahkan Agenda Perpaduan Nasional Keluarga Malaysia itu.

Jadi, saya ucapkan terima kasih banyak.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun.

5. Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [Beaufort] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah tindakan kementerian agar pembeli rumah pertama, tidak terbeban dengan caj penuh bayaran balik pinjaman bank akibat projek rumah tergendala yang semakin menjadi-jadi pasca COVID-19.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttali

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Beaufort.

Tuan Yang di-Pertua, Agenda Perumahan Negara sentiasa menjadi fokus utama Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan dalam menyediakan perumahan yang berdaya huni kepada Keluarga Malaysia. Namun, semenjak pandemik COVID-19 melanda mulai tahun 2021, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP) bagi mengekang pandemik COVID-19.

Pelaksanaan PKP ini secara tidak langsung telah menjejaskan ekonomi di mana ia mengehadkan pergerakan rakyat serta melarang pengoperasian sektor-sektor bukan

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttali

kritikal termasuk sektor pembinaan industri perumahan. Ini menyebabkan pembinaan projek perumahan tidak dapat disiapkan ataupun tergendala.

Selain itu, pandemik COVID-19 ini telah menyebabkan rakyat berhadapan dengan masalah kewangan disebabkan keupayaan dan sumber pendapatan isi rumah yang terjejas. Ini telah menimbulkan kegelisahan kepada rakyat khususnya golongan pembeli rumah. Menyedari kebanyakan projek perumahan yang sedang berjalan tidak dapat disiapkan mengikut tempoh seperti termaktub dalam Perjanjian Jual Beli (PJB), kerajaan telah memberikan tempoh pengecualian kepada pemaju projek-projek tersebut di bawah Akta 829 dan Akta A1641 oleh Jabatan Perumahan Negara, KPKT berdasarkan justifikasi yang dibenarkan.

Pemberian tempoh pengecualian ini menyebabkan tarikh serahan milik kosong yang asal berubah kepada tarikh baharu. Senarai pemaju memperoleh kelulusan pengecualian tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi pemajuan yang terjejas kerana penularan wabak COVID-19 boleh dimuat naik dan melalui laman sesawang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Bagi membantu meringankan beban rakyat yang telah membeli rumah tetapi terbeban dengan bayaran pembiayaan bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19, kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia telah melaksanakan pemberian moratorium menerusi institusi kewangan bagi tempoh enam bulan dan dilanjutkan kepada moratorium bersasar untuk tempoh tiga bulan atau pengurangan bayaran ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan. Melalui inisiatif ini, rakyat boleh melaksanakan penstrukturan semula pembiayaan yang dibuat.

Kerajaan juga menyedari keresahan yang dialami oleh penjawat awam yang merupakan pembeli bagi perumahan ini dan terpaksa membayar ansuran bulanan walaupun rumah yang dibeli tersebut masih dalam pembinaan. Dalam hal ini, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam memainkan peranan penting untuk menyediakan kemudahan pembiayaan kepada penjawat awam yang ingin membeli rumah.

Atas keprihatinan tersebut, KPKT dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam telah memperkenalkan skim bantuan khas iaitu penangguhan bayaran balik ansuran bulanan selama enam bulan kepada peminjam LPPSA yang layak.

Permohonan untuk mendapatkan skim bantuan khas ini dibuka mulai 4 Februari 2022 sehingga 31 Disember 2022 melalui portal rasmi LPPSA. Sehingga 5 Julai 2022, sebanyak 1,683 permohonan telah diterima dan 1,613 permohonan telah diluluskan oleh LPPSA. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd Dun - Beaufort

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan. Saya ucapkan tahniah kepada pihak kementerian dan kerajaan yang telah mengambil langkah yang proaktif untuk membantu mereka yang terjejas disebabkan oleh perumahan yang terbengkalai ini.

Kalau mengikut data yang diberikan di sini, saya dapati bahawa lebih kurang 11,800 orang pembeli yang telah terjejas disebabkan perumahan yang terbengkalai ini.

Makluman daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri juga bahawa pada 14 Mac yang lalu, KPKT telah menubuhkan war room dalam usaha untuk menyelesaikan isu rumah terbengkalai melibatkan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Saya ingin tahu di sini berkenaan dengan yang bukan PPR sebanyak 11,800 yang terjejas ini. Walaupun tadi ada usaha dan 1,400 lebih orang pegawai kerajaan yang telah menerima manfaat dalam program tetapi jumlah ini kalau dibandingkan dengan mereka yang terlibat dan terjejas disebabkan terbengkalai ini adalah kecil, lebih besar lagi yang belum menerima manfaatnya. Jadi, adakah pihak kementerian juga mahu menubuhkan war room untuk tujuan melihat bagaimana dapat menolong atau membantu mereka yang

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd Dun - Beaufort

terjejas ini yang saya difahamkan 75 buah projek perumahan yang terbengkalai ini. Ini adalah satu jumlah yang besar.

Saya ingin mendapat maklumat daripada kementerian bagaimana untuk membantu mereka ini sebab ada di antara mereka ini, pembeli yang pertama ini menunggu rumahnya tidak siap dan dalam masa yang sama dia kena membayar sewa rumah pula di tempat dia menyewa buat masa ini. Ini tentunya akan double trouble kepada mereka. Jadi, bagaimana caranya kementerian dapat membantu mereka meringankan beban ini kerana kalau tidak, mereka akan tergolong dalam golongan yang bankrap.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan.

final • 10:50 AM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas pandangan dan juga sensitiviti Yang Berhormat terhadap masalah pembeli- pembeli rumah. Suka saya maklumkan bahawa war room pemantauan pemajuan projek perumahan swasta bagi mendapatkan penyelesaian melalui pemantauan penguatkuasaan, menyenaraikan pendek projek sakit yang boleh dipulihkan serta menggariskan langkah-langkah pemulihan dan penyelesaian terbaik bagi isu-isu berkaitan projek perumahan sakit dan terbengkalai di seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya kita mempunyai lebih kurang 15 ACC ataupun agensi yang terlibat dengan pembinaan rumah- rumah ini, bukan sahaja Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Jadi sebab itulah dalam sasaran kerajaan untuk membina 500,000 buah rumah dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini, 15 buah agensi ini terlibat. Oleh sebab itulah kita merancang untuk mewujudkan sebuah badan khusus yang akan menyelaraskan pelaksanaan pembinaan perumahan rakyat ini.

final • 10:50 AM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

[Bangun]

final • 10:50 AM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

[Bangun]

final • 10:50 AM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

[Bangun]

final • 10:50 AM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Bagi rumah-rumah yang terbengkalai ataupun rumah sakit ini, sebenarnya kita ada tiga di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Yang Berhormat kena maklum bahawa sebahagian projek perumahan ini dibiayai oleh kerajaan negeri, kementerian-kementerian lain, begitu juga swasta. Jadi saya prihatin dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu.

Oleh sebab itulah melalui war room yang kita adakan ini, bukan sahaja kita telah mengenal pasti syarikat-syarikat yang boleh membantu untuk menyelamatkan projek-projek yang terbengkalai ataupun sakit ini.

Jadi melalui cara ini, di samping inisiatif lain yang telah pun saya sebutkan tadi moratorium dan sebagainya. Jadi saya kira insya-Allah, kita akan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat di negara kita. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf Yang Berhormat Kapar, hari ini belum ada Yang Berhormat wanita yang bertanyakan soalan tambahan kedua. Saya hendak jemput Yang Berhormat Merbok.

final • 10:50 AM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya, berdasarkan Statistik Projek-projek Perumahan Swasta mengikut kategori yang dikeluarkan oleh Jabatan Perumahan Negara, ada 539 projek sakit setakat 30 April berbanding 328 projek sakit pada 30 April 2019. Ini menyaksikan peningkatan sehingga 64.33 peratus.

Kemudian, saya lihat juga dari Pusat Maklumat Hartanah Negara menunjukkan nilai terkini keseluruhan hartanah sudah siap tetapi tidak terjual ialah RM42.9 bilion. Jadi, apakah usaha drastik kerajaan agar khususnya terkait projek-projek sakit atau terbengkalai ini yang melibatkan implikasi perundangan dan kewangan kepada pemaju khususnya kepada pembeli? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat yang bertanya. Sepertimana saya sebutkan, kita telah menubuhkan war room dan kita telah mencari jalan bagaimana kita boleh membantu projek-projek yang sakit ini ataupun dalam istilah orang ramai dikata terbengkalai.

Mungkin bagi kita, kita anggap projek sakit dan sebagainya. Jadi sebab itulah Jabatan Perumahan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengenal pasti pemaju-pemaju yang mempunyai keupayaan untuk mengambil alih ataupun kita berikan tanggungjawab untuk memulihkan projek perumahan sakit ini.

Mereka melaksanakan pemulihan projek-projek perumahan swasta terbengkalai ini terutamanya bagi kategori kos rendah dan kos sederhana melalui peruntukan yang disediakan oleh kerajaan. Maknanya kerajaan terpaksa mungkin menampung sedikit lagi peruntukan akibat daripada terbengkalai ini. Saya kira Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah beri ruang kepada kita untuk kita membantu dan kita mendapat kerjasama daripada syarikat-syarikat penyelamat ini tadi dalam memulihkan rumah-rumah terbengkalai.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua, ini isu yang penting.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelah sini Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Boleh izinkan satu soalan lagi?

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelah sini, Yang Berhormat Pontian, silakan.

final • 10:50 AM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Okey.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Saya ingin mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, syarikat-syarikat yang melaksanakan projek tetapi tidak berupaya ini disenaraihitamkan. Oleh sebab mereka juga dianggap sebagai menipu rakyat dan pengguna, mula-mula apabila iklan bukan main lagi boleh siap dalam masa tiga tahun dan sebagainya tetapi tidak siap. Bawa mereka ini ke mahkamah dan pengadilan dan pastikan mereka membayar balik kepada pengguna-pengguna yang menjadi mangsa kepada projek rumah sakit ini. Senarai hitam dan bawa ke mahkamah.

final • 10:50 AM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib

Terima kasih Yang Berhormat Pontian dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya pandangan Yang Berhormat cukup baik dan tindakan undang-undang memang kita ambil terhadap syarikat-syarikat yang telah melanggar perjanjian yang mereka lakukan. Perkara ini bukan sahaja menjejaskan kepada pembeli rumah tetapi juga memberikan kerugian kepada kerajaan kerana apabila kita memulihkan rumah ini dan memberi kepada syarikat yang berkeupayaan sebagai penyelamat, maka sudah tentulah kita terpaksa menampung sedikit tambahan peruntukan.

Jadi terima kasih Yang Berhormat, mungkin saya ada maklumat-maklumat, mungkin saya akan bekalkan kepada Yang Berhormat tentang berapakah tindakan yang telah pun kita ambil kepada syarikat-syarikat yang ingkar janji yang bukan sahaja merugikan kepada pembeli tetapi kepada negara keseluruhan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim, silakan.

final • 10:50 AM

[Soalan No. 6 – YB. Tuan Mordi anak Bimol (Mas Gading) tidak hadir]

7. Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim [Batang Lupar] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan adakah undang- undang bawah kawal selia kementerian bersedia menangani cabaran semasa seperti isu catut dan adakah kementerian bersedia untuk menambah baik undang-undang sedia ada bagi tujuan fasilitasi perdagangan dalam negeri.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato' Rosol bin Wahid

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar yang bertanyakan berkaitan dengan isu pencatutan.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah mengguna pakai Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 untuk menangani isu melibatkan manipulasi harga dan pencatutan. Akta ini memfokuskan kepada dua asas tindakan iaitu:

(i) menentukan harga maksimum bagi barang keperluan pada musim-musim perayaan atau situasi tertentu yang difikirkan perlu; dan

(ii) penentuan pencatutan ke atas mana-mana peniaga yang membuat keuntungan tinggi yang tidak munasabah.

Kementerian juga telah menguatkuasakan mekanisme penentuan pencatutan melalui Peraturan-peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018 di mana setiap peniaga atau syarikat yang menjual atau menawarkan suatu barangan ataupun caj perkhidmatan perlu mematuhi peraturan tersebut. Ia merupakan satu mekanisme kawalan di peringkat kementerian untuk peniaga dan syarikat.

Untuk makluman, pada masa yang sama sesi libat urus juga sentiasa diadakan antara pihak peniaga dan syarikat dengan kementerian yang mana ia melibatkan persatuan pengguna, persatuan perniagaan, perwakilan perniagaan, syarikat-syarikat perundangan, syarikat-syarikat cukai dan kastam. Kita memang sentiasa mencari jalan untuk menambah baik akta ini untuk kebaikan kita bersama. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama.

final • 10:50 AM

Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar

Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan. Bagaimanakah peraturan-peraturan sedia ada dapat mengekang isu dan situasi kritikal seperti baru-baru ini yang mana ketidakcukupan bekalan bahan asas makanan di pasaran dan peningkatan harga barangan yang mendadak hingga menjejaskan pengguna? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Rosol bin Wahid

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk mengatasi masalah yang dinyatakan tadi, kita mengadakan operasi sebagaimana contoh bermula 1 hingga 24 Julai, kita mengadakan operasi pemeriksaan di 12,417 buah premis iaitu dinamakan Operasi ATM atau Operasi Ayam, Telur dan Minyak Masak. Kemudian, kita juga mengadakan Operasi Anti Sorok.

Operasi bersepadu diadakan juga bersama dengan ATM, PDRM dan juga agensi kawal sempadan.

Untuk makluman, operasi tersebut, 100 kes telah dihasilkan meliputi nilai rampasan sebanyak RM2.2 juta iaitu kesalahan menyeleweng, ketirisan bekalan minyak bersubsidi dan setakat 24 Julai, kita telah menerima 117 aduan berkaitan dengan operasi tersebut. Untuk ayam dan telur kerana ayam telah ditentukan harga maksimumnya RM9.40, bermula 1 Julai hingga 24 Julai sebanyak 10,302 buah premis telah diperiksa.

Telah menghasilkan sebanyak 157 kes dan nilai rampasan sehingga kini ialah RM22,677.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Labuan, silakan.

final • 11:00 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, adakah kementerian sedar bahawa terdapat kekurangan bekalan ubat- ubatan asas seperti ubat demam, selesema dan antibiotik di pasaran? Adakah kerajaan akan melakukan kawalan harga terhadap ubat-ubatan seperti yang disarankan oleh Presiden Persatuan Farmasi Malaysia? Mohon jawapan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Rosol bin Wahid

Terima kasih Yang Berhormat Labuan sahabat saya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan ubat, kita menyedari hakikat tersebut kerana di bawah Jawatankuasa Jihad Tangani Inflasi dipengerusikan oleh K-KOM, kita

final • 11:00 AM

Dato’ Rosol bin Wahid

berbincang hal tersebut. Walau bagaimanapun, hal ini di bawah penguasaan ataupun di bawah kawalan Kementerian Kesihatan Malaysia dan saya difahamkan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil tindakan untuk mengatasi persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labuan sebentar tadi. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa.

final • 11:00 AM

8. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, berapa jumlah majikan yang didakwa tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum 2022 yang berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022.

final • 11:00 AM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya menjawab soalan nombor lapan daripada Yang Berhormat Parit Buntar bersekali dengan soalan nombor 50 daripada Yang Berhormat Lenggong.

Sehingga 30 Jun 2022 masih belum ada majikan yang didakwa kerana gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum 2022, ini kerana gaji minimum telah berkuat kuasa pada 1 Mei dan gaji bulan Mei 2022 hanya mula diterima oleh pekerja pada awal bulan Jun 2022.

Statistik majikan yang telah mematuhi dan tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum masih tidak dapat disediakan berikutan kuat kuasanya perintah gaji tersebut pada 1 Mei dan pematuhan hanya dapat dikenal pasti melalui pemeriksaan berkanun. Penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,500 sebulan hanya terpakai kepada majikan yang menggaji kurang daripada lima orang pekerja.

Ini adalah bagi memberi peluang kepada majikan kategori ini membuat persediaan sewajarnya. Kerajaan melalui Kementerian Sumber telah memutuskan tiada perundangan diberi kepada mana-mana sektor ekonomi atau jenis pekerjaan ini kerana bantuan kepada majikan melalui pakej bantuan COVID-19 seperti Program Subsidi Upah telah berupaya mengekalkan perniagaan dan pekerjaan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan semua pekerja di Malaysia mendapat manfaat daripada Perintah Gaji Minimum 2022, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia sentiasa menjalankan pemeriksaan berkanun atau pemeriksaan mengejut ke atas majikan. Sehingga 30 Jun 2022, sebanyak 20,452 orang majikan telah diperiksa.

Bagi bulan Jun 2022 sahaja sebanyak 3,049 buah tempat pekerjaan telah diperiksa di seluruh negara. Selain daripada itu, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia juga akan menjalankan siasatan sekiranya aduan diterima daripada pihak pekerja.

Pada bulan Jun, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah menerima sebanyak 157 aduan berkaitan dengan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum dan hasil siasatan mendapati 118 orang majikan tidak mematuhi perintah tersebut. Nasihat telah diberikan kepada majikan untuk mematuhinya. Sekiranya gagal, tindakan perundangan akan diambil ke atas mereka.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Pertanyaan Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Nanti dulu, kalut Yang Berhormat Ipoh Barat. Bagi saya tanya dulu.

Terima kasih pada Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri dari Tapah. Bila melaksanakan dasar gaji minimum ini jangan gelabah sangatlah sebab saya rasa ada isu di kalangan peniaga-peniaga mikro dan perusahaan sederhana ini khususnya daripada mikro ada lebih kurang 78 peratus yang terlibat, yang mereka ini dikecualikan. Saya tidak menolak keperluan gaji minimum kerana itu memang kita perjuangkan.

Jadi, apa yang saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri ialah apakah mereka yang kita kekalkan RM1,200 sebagai gaji yang tetap di kalangan mikro ini tetapi

final • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

kerajaan ada hasrat atau tidak untuk menambah RM300 lagi supaya mereka dapat juga RM1,500? Untuk memberi keadilan kepada majikan dan pada waktu yang sama membela pekerja-pekerja yg dikecualikan ini dan tempoh itu pun bukan kita hendak buat selamanya, mungkin setahun, 12 bulan, kita boleh bela majikan dan pada waktu yang sama mendapat hak di kalangan para pekerja. Saya mohon penjelasan. Jumlah RM300 itu ada tidak nak bagi? Itu soalan dia.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia dan jawatankuasa khas telah mengkaji secara mendalam, bagi sektor kurang daripada lima orang, kita beri kelonggaran sehingga 31 Disember, di mana yang lain akan berkuat kuasa dengan kadar segera pada 1 Mei. Selain daripada itu kurang daripada lima orang akan berkuat kuasa pada 1 Januari, gaji minimum RM1,500. Selain daripada itu, RM300 itu belum lagi ada sebarang keputusan. Kita akan mengkaji sekiranya perlu.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Maksudnya yang RM1,200 itu kena tetapkan tetapi RM300 itu kerajaan ada hasrat untuk tambah supaya mereka tetap dapat RM1,500?

final • 11:00 AM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Belum lagi ada sebarang keputusan.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Itu soalan saya.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Okey.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tebrau, ya.

final • 11:00 AM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab soalan dari Yang Berhormat Parit Buntar. Soalan tambahan saya adalah memandangkan orang yang bergaji rendah berkeluarga besar. Saya minta pandangan Yang Berhormat Menteri adakah gaji minimum RM1,500 mencukupi untuk menanggung sara hidup mereka?

Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk meningkatkan gaji minimum lagi tetapi pada masa yang sama tidak akan membebankan majikan? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kita lihat keseluruhan dengan kos sara hidup yang sedia ada, memang RM1,500 tidak mencukupi.

Akan tetapi kita perlu melihat keseluruhan, daripada segi pertumbuhan ekonomi negara dan sebagainya, baru kita boleh buat sebarang keputusan. Namun buat masa ini pendekatan kementerian ataupun keputusan muktamad merupakan gaji minimum daripada RM1,200 naik ke RM1,500. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

[Bangun]

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 11:00 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya adalah bila kita meningkatkan gaji minimum, itu bagus, itu atas dasar Pakatan Harapan juga untuk meningkatkan setiap tahun RM100. Akan tetapi tidak ada apa-apa dasar dan inisiatif, bila kita naikkan gaji minimum hanya untuk mengambil kira kos hidup mereka. Where is the productivity level?

Macam di Singapura, saya kerap kali membangkitkan perkara ini Progressive Wage Model, di mana kita memberi sedikit pertolongan kepada pekerja-pekerja mendapat skill training, upskilling, cross-skilling. Itu tidak ada, nampaknya tidak ada dasar dalam sistem penglibatan meningkatkan gaji minimum. Kenapa ia diabaikan, kerana kalau kita naikkan gaji sahaja Tuan Yang di-Pertua, it will have no effect, or it will drastically affect the employer. Yang kita mahu adalah di mana kita juga memberi dorongan.

Kita ada banyak institut, di bawah Kementerian Sumber Manusia. Kita ada lebih kurang 33 buah institut yang boleh memberi penekanan, memberi pertolongan kepada pekerja-pekerja. Adakah kerajaan akan meneliti dan jika boleh bila ia akan diimplementasikan? Ini bukan baru. Semasa kita menerajui kerajaan, we were already near there to implement but bila kerajaan diambil sekarang 28 hari bulan...

final • 11:00 AM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Sudah mulalah Yang Berhormat Ipoh Barat punya sandiwara politik.

final • 11:10 AM

[Dewan ketawa]

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Tuan Yang di-Pertua, kita telah membudayakan reskilling dan upskilling. Oleh sebab itu, apabila kementerian memperluaskan pungutan levi daripada HRD Corp., itu adalah dengan niat. Walaupun ada yang tidak bersetuju kita memperluaskan pungutan levi tetapi itu niat untuk membudayakan reskilling dan upskilling. Mungkin Yang Berhormat Ipoh Barat tidak lihat. Mungkin saya kena beri penjelasan khas kepada beliau. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang

Boleh tambah satu lagi, Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tiga sahaja, maaf. Yang Berhormat Tuan Nik Mohamad Abduh, silakan.

final • 11:10 AM

9. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Bachok] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan perancangan kementerian bagi mengatasi situasi pencerobohan nelayan asing yang sering berlaku di perairan negara sehingga mengancam keselamatan dan hasil laut negara.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Datuk Jonathan bin Yasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Tuan Yang di-Pertua, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengambil langkah-langkah yang serius dan berterusan dalam usaha membanteras pencerobohan bot nelayan asing yang menangkap ikan di kawasan perairan Malaysia.

Berdasarkan rekod APMM, sebanyak 1,600 buah bot nelayan asing telah berjaya ditahan oleh pihak APMM sejak tahun 2006. Jumlah tertinggi bot nelayan asing yang ditahan adalah dari negara Vietnam iaitu sebanyak 1,057 buah bot yang merangkumi 66 peratus daripada jumlah keseluruhan tangkapan bot nelayan asing yang direkodkan.

Pihak APMM sentiasa komited dalam memantau kawasan titik panas (hotspot) yang telah dikenal pasti dan akan terus menguatkuasakan undang-undang semasa sekiranya negara terlibat masih meneruskan aktiviti mereka di kawasan perairan negara, terutamanya dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ).

Pelbagai usaha dan langkah telah dilaksanakan oleh APMM bagi memastikan perairan negara bebas daripada pencerobohan bot nelayan asing seperti berikut.

Pertama, memantapkan rondaan harian. APMM melaksanakan rondaan harian dan penguatkuasaan boleh pengoperasian sebanyak 4 prima buah vessel laut dan juga aset udara dengan sasaran rondaan sebanyak 180,000 jam setahun.

Ini adalah untuk memastikan keselamatan dan kedaulatan Zon Maritim Malaysia sentiasa terjamin dan terpelihara daripada sebarang pencerobohan bot nelayan asing yang giat mencuri hasil laut di kawasan perairan negara.

Kedua, APMM juga mengoptimumkan penggunaan aset bersaiz besar. Operasi dua buah kapal khas OPV iaitu KM Pekan dan KM Arau di perairan laut dalam hingga 200 batu nautika atau 370.4 kilometer telah dioptimumkan kemampuannya untuk belayar dalam tempoh yang lama, khususnya di perairan Laut China Selatan. Ini terbukti dengan peningkatan jumlah tangkapan bot nelayan asing yang ada pada tahun 2017 iaitu sebanyak 148 tangkapan dibuat berbanding 108 tangkapan pada tahun sebelumnya.

Ketiga adalah mengenal pasti kawasan titik panas (hotspot) aktiviti bot nelayan asing. APMM juga sentiasa mengemas kini maklumat kawasan pencerobohan ini di mana tempat atau kawasan modus operandinya sentiasa berubah-ubah. Selain itu kerjasama komuniti maritim dalam menyalurkan maklumat terkini adalah amat dialu-alukan dalam usaha APMM menguatkuasakan undang-undang sedia ada.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Datuk Jonathan bin Yasin

Keempat adalah melalui pemantauan radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA).

Pengawasan dan pemantauan melalui radar SWASLA telah banyak membantu dalam membuat tangkapan di perairan negara. APMM bertekad untuk meningkatkan keupayaan radar SWASLA yang sedia ada di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan juga di bahagian barat Sabah. APMM juga merancang untuk menempatkan radar SWASLA di Sarawak pada Timur Semenanjung Malaysia kerana melalui melalui penggunaan radar SWASLA ini, aset laut dan udara dapat digerakkan bagi memintas objek curiga dengan cepat dengan cara pandu tuju dengan lebih cepat dan tepat.

Kelima adalah melalui pelaksanaan program Sahabat Maritim. Program mesra rakyat maritim bersama persatuan-persatuan nelayan serta komuniti selain daripada nelayan, pihak swasta yang dianjurkan yang melibatkan isu-isu keselamatan dan perlanggaran undang-undang yang perlu dititikberatkan semasa berada di laut. Program ini juga berperanan untuk menggalakkan komuniti maritim sebagai mata dan telinga pada agensi dalam menyalurkan maklumat yang sahih agar dapat membantu APMM melaksanakan tugas.

Di samping itu, keenam adalah operasi bersepadu yang melibatkan antara APMM, polis, pihak agensi-agensi yang lain di bawah KDN. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, silakan soalan tambahan pertama.

final • 11:10 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberi jawapan yang agak panjang.

Negara kita sebenarnya telah kerugian berpuluh bilion ringgit akibat pencerobohan nelayan asing ke atas perairan negara kita. Ini belum lagi dikira dengan kerugian yang jauh lebih besar akibat kerosakan kekal yang berlaku ke atas kehidupan laut dan sistem kultur laut yang pastinya akan menjejaskan jaminan makanan negara pada generasi akan datang.

Kita amat faham dengan usaha-usaha penguatkuasaan yang telah dilakukan oleh pihak APMM dan kejayaan yang telah dicapai sebagaimana yang telah disebutkan tadi tetapi hakikatnya, kita masih gagal dan belum pernah lagi kita berani mengisytiharkan kejayaan ke atas penceroboh daripada negara Vietnam tersebut.

Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, dengan segala kekangan dan faktor-faktor yang menghalang kita mencapai kejayaan dalam penguatkuasaan seperti kekurangan aset-aset moden untuk dimiliki oleh pihak maritim, masalah awak-awak asing yang bekerja dengan pengusaha bot-bot tempatan dan banyak lagi isu-isu berkaitan. Tidakkah sudah tiba masanya kerajaan mengisytiharkan satu jihad besar yang lebih holistik dan berterusan sehingga ribuan bot nelayan asing tersebut mula serik dan perit untuk menceroboh perairan negara kita akibat kerugian besar yang terpaksa pula ditanggung oleh pihak mereka sendiri. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:10 AM

Datuk Jonathan bin Yasin

Terima kasih atas spot pertanyaan daripada Yang Berhormat Bachok. Kita sedia maklum bahawa memang daripada pencerobohan yang dilakukan oleh nelayan-nelayan asing pada negara kita yang mempunyai implikasi yang besar daripada segi ekonomi, daripada segi keselamatan dalam negara dan perkara ini memang sudah semestinya dalam perhatian pihak KDN sendiri. Terutamanya kita tahu bahawa nelayan-nelayan asing ini semakin bertambah berani.

Namun Tuan Yang di-Pertua, kerajaan kita melalui KDN juga berusaha untuk mempertingkatkan dan menjaga kawasan perairan negara dengan menambahkan aset- aset yang penting bagi menjaga kepentingan negara. Antara yang dilakukan oleh kerajaan ialah dengan menambahkan perolehan sistem C4ISR dan juga melalui pemerolehan sebuah kapal multi-purpose mission ship, tiga buah kapal offshore patrol vessel, empat buah helikopter jenis medium lift, 30 buah rigid hull fender boat, radar di Abu Bakar Maritime Base di bawah MKN dan perolehan radar remote sensor site dan area control centre di Sandakan di bawah ESSCOM. Juga, perolehan pembekalan jentera utama bagi

final • 11:10 AM

Datuk Jonathan bin Yasin

program repowering kapal Kelas Langkawi, Kelas Gagak, Kelas Ramunia dan Kelas Kimia.

Ini juga termasuk ada tiga lagi kapal offshore patrol vessel yang sedang kita nantikan iaitu KM Tun Fatimah, KM Tun Teja dan juga KM Tun Putih. Kita berharap bila ia telah disiapkan sepenuhnya dan diserahkan kepada kerajaan kita akan dapat menjaga lebih baik kawasan persekitaran di kawasan perairan kita supaya nelayan-nelayan asing ini dapat dicegah. Berkenaan dengan jihad atas mereka ini sudah tentunya akan dibawa dalam perhatian KDN untuk dibincangkan bersama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bayan Baru. Selepas Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Bukit Bintang.

final • 11:10 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mengucapkan terima kasih kepada APMM kerana menjaga perairan negara kita.

Akan tetapi, pada masa yang sama, kita pun perlu ada perhatian kepada nelayan Malaysia yang dikatakan ditarik oleh pihak berkuasa atau ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia. Kita tahu bahawa di Malaysia dengan Indonesia ada disputed water. Selalunya nelayan kerana perairan Selat Melaka itu agak sempit maka ada bot-bot nelayan terutamanya bot ‘C’ mereka membuat tangkapan ikan di kawasan disputed water. Pada nelayan, mereka kata itu adalah sempadan Malaysia tetapi untuk Indonesia mereka kata itu perairan Indonesia.

final • 11:10 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Maka selalunya nelayan kita ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia. Apabila mereka meminta bantuan daripada APMM, lambat sampai. Akhirnya mereka kerugian bot mereka. Bot itu berjumlah jutaan Ringgit Malaysia. Maka kerugian yang sangat besar.

Kalau selalu setiap tahun ada mungkin lebih daripada 10 bot atau puluhan bot yang ditahan, kerugian itu akan passing kepada rakyat Malaysia kerana kenaikan harga ikan.

Ini kerana mereka nelayan mengalami kerugian maka mereka passing kepada rakyat.

Jadi, saya rasa itu adalah kerugian yang besar dan perlu ada APMM selalu berhubung rapat dengan nelayan dan juga bertindak cepat untuk menyelamatkan bot negara Malaysia. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Jonathan bin Yasin

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Pertama Tuan Yang di-Pertua, kita akui bahawa Malaysia juga mempunyai isu-isu berkaitan dengan persempadanan dengan beberapa buah negara termasuklah dengan negara Indonesia terutamanya di kawasan sebelah Tawau, bawah Sabah. Kita akui memang ada terdapat percanggahan pertindihan tuntutan kawasan.

Jadi, dalam soal ini untuk mengelakkan nelayan-nelayan kita supaya tidak mencerobohi di mana kawasan disputed area ini, saya petik, kita akan berusaha untuk bekerjasama dengan pihak nelayan di Malaysia khususnya di Sabah supaya mereka tidak mencerobohi kawasan-kawasan ini pada masa-masa akan datang.

Kita akui dan memang kita cuba untuk selesaikan kerana ini melibatkan banyak perkara Tuan Yang di-Pertua. Melibatkan hubungan diplomatik dengan negara Indonesia di mana persempadanan dan kita akui masih wujud tempat-tempat tertentu di mana persempadanan ini perlu dapat diselesaikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Bintang.

final • 11:20 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Memandangkan pencerobohan rakyat asing yang sering berlaku di perairan negara, saya ingin tanya bagaimanakah jumlah kes dan nilai tangkapan hasil laut yang dirampas daripada nelayan asing yang mencerobohi negara kita? Minta penjelasan.

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Jonathan bin Yasin

Tuan Yang di-Pertua, detil maklumat terperinci saya tidak ada pada masa ini. Namun, kita akan bagi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat Bukit Bintang.

final • 11:20 AM

10. Puan June Leow Hsiad Hui [Hulu Selangor] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah bentuk bantuan yang diberikan kepada atlet sukan setelah mereka bersara dari arena sukan negara dan apakah syarat yang ditetapkan bagi melayakkan mereka menerima bantuan tersebut.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Sri Ti Lian Ker

Tuan Yang di- Pertua, saya memohon untuk menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Hulu Selangor bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Kangar bertarikh 26 Julai 2022 kerana pertanyaan yang dibangkitkan juga menyentuh isu yang sama.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tugas dan tanggungjawab menjaga kebajikan bekas-bekas atlet negara adalah di bawah penyeliaan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan ataupun YAKEB, manakala kebajikan atlet-atlet semasa di dalam program pula diserahkan kepada Majlis Sukan Negara ataupun MSN di bawah program Malaysian Athlete Career and Education ataupun MACE yang bertujuan untuk mengendalikan urusan pendidikan, kerjaya dan kebajikan setiap atlet yang berada di bawah program MSN.

YAKEB ditubuhkan pada 15 Julai 2007 dan mula beroperasi sepenuhnya pada penghujung tahun 2008. Matlamat penubuhan YAKEB adalah untuk membantu menguruskan kebajikan bekas atlet termasuk daripada kalangan bekas atlet kelainan upaya ataupun para. Matlamat penubuhan YAKEB sebagai mengenang jasa serta pengorbanan atlet-atlet kepada negara.

Pada tahun 2019, pihak KBS telah memperkenalkan Skim Perubatan Khas Atlet dan bekas atlet kebangsaan. Melalui skim ini, bekas atlet yang berdaftar dengan YAKEB layak mendapat pengecualian caj perubatan apabila mendapatkan perkhidmatan di wad kelas dua di hospital kerajaan. Bekas atlet yang ingin menggunakan Skim Perubatan Khas ini hanya perlu menunjukkan kad pendaftaran ataupun kad keahlian YAKEB semasa proses pendaftaran di hospital yang terlibat.

Bantuan lain juga ditawarkan secara tahunan termasuk bantuan pembiayaan rawatan perubatan pesakit luar, bantuan pembiayaan peralatan sokongan kesihatan contohnya kerusi roda, katil hospital dan sebagainya, bantuan kewangan bulanan, bantuan bencana alam, bantuan melanjutkan pelajaran, bantuan kerjaya dan pelbagai lagi.

Selain daripada itu, ahli keluarga bekas-bekas atlet menerima kuota khas YAKEB untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh yang ditawarkan kepada anak bekas atlet negara yang layak. Begitu juga dengan sumbangan khairat kematian yang disediakan khas untuk waris yang tinggal.

Bantuan yang disalurkan YAKEB bukan sahaja bersifat jangka pendek malah juga jangka panjang. Pelaksanaan kursus dan latihan yang bertujuan untuk membantu melengkapkan diri bekas atlet dengan ilmu asas kemahiran dan keusahawanan. Melalui ilmu kemahiran yang dibekalkan berserta dengan bantuan asas peralatan perniagaan yang bersesuaian yang telah diberikan, diharapkan mereka mampu membantu bekas atlet untuk berdikari dan terus menjana sumber pendapatan baharu atau sampingan. Ini sekali gus meringankan beban yang ditanggung oleh wira dan wirawati sukan negara ini.

Untuk melayakkan bekas atlet mendapatkan semua bantuan dan kemudahan tersebut, mereka hanya perlu berdaftar secara percuma. Syarat pendaftaran adalah bekas atlet itu perlu sekurang-kurangnya mewakili negara ke temasya Sukan SEA, Sukan Komanwel, Sukan Asia ataupun Sukan Olimpik. Mereka yang pernah mewakili negara ke kejohanan dunia yang diiktiraf juga layak untuk memohon menjadi ahli YAKEB.

Bagi memastikan masa depan atlet-atlet negara terjamin, MACE mengandungi tiga komponen utama yang diberikan penekanan iaitu pendidikan, kerjaya dan kebajikan.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Sri Ti Lian Ker

Selain daripada itu juga, pihak kementerian menerusi MSN juga turut memberikan insentif Skim Imbuhan Tetap Olimpik bagi menghargai pengorbanan atlet-atlet negara yang telah memenangi pingat di temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik.

Mereka akan menerima elaun bulanan sepanjang hayat di mana pemenang pingat emas akan menerima elaun sebanyak RM5,000 dan pingat perak sebanyak RM3,000 dan pingat gangsa sebanyak RM2,000. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Jika kita lihat apa yang disebutkan adalah sebab ramai lagi kita lihat pesara atlet ini menghadapi tekanan daripada kos sara hidup.

Kita juga lihat yayasan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri itu adalah seperti janji kosong. Oleh sebab kita lihat juga ada atlet yang bersara ini dia jual tisu di kedai kopi. Ini pernah diviralkan di media.

Soalan daripada Hulu Selangor adalah, apakah kerajaan bersedia untuk melaksanakan caruman seperti skim insurans khas, skim perlindungan PERKESO, skim KWSP sebagai usaha tambahan untuk memberi perlindungan tambahan dan jaminan masa depan yang lebih baik untuk para atlet kebangsaan?

Saya ambil peluang ini mengucapkan kepada tahniah saudari Tahira Najmunissa yang memenangi pingat perak dalam kategori duathlon wanita Sukan SEA di Hanoi baru- baru ini. Oleh sebab bapanya adalah anak jati daripada Kampung Selisik, Hulu Selangor.

Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Ti Lian Ker

Sebenarnya MSN juga menyediakan skim perlindungan kemalangan diri berkelompok dan Skim Kebajikan Atlet Kebangsaan untuk atlet-atlet di bawah program MSN. Yang Berhormat Hulu Selangor agaknya tidak mengikut perkembangan kes para atlet yang dikatakan itu, Koh Lee Peng menjual tisu.

Sebenarnya atlet berkenaan telah memilih untuk menjual tisu dan tisu yang dijual bukanlah semata-mata menjual tisu. Yang Berhormat, ahli Paralimpik itu adalah datang dari Pulau Pinang, menetap di Pulau Pinang dan Cuma datang ke Kuala Lumpur sebentar dengan kawannya sementara itu menjual tisu. Itu urus niaga yang dilakukan oleh beliau setiap masa. Semasa dekat Pulau Pinang juga berlaku tetapi ADUN dan wakil rakyat pada masa itu, Ahli Parlimen pun tidak menghiraukan beliau.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Ti Lian Ker

Apabila beliau sampai di Bukit Bintang pula, diviralkan. Seakan-akan ahli Paralimpik itu dianiayai ataupun tidak dijaga oleh kerajaan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****] Walhal apabila saya berjumpa dengan atlet berkenaan, beliau amat puas dengan apa yang dilakukan oleh beliau dan beliau juga memohon, meminta orang ramai jangan kacau dia, itu ialah pilihan dia. Dia dapat melakukan urus niaga dia dapat pendapatan yang baik. Mengapakah pula dijadikan isu seakan-akan itu ialah masalah kerajaan?

Walhal itu ialah pilihan.

Kita memang ada program-program yang telah diadakan dan beliau memilih untuk menjual tisu kerana pendapatan yang banyak.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan yang kedua.

final • 11:30 AM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Bekas KBS.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Boleh saya jemput Yang Berhormat Bukit Mertajam. Sila.

final • 11:30 AM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya tidak tahu bila Yang Berhormat Timbalan Menteri KBS berjumpa dengan saudari

final • 11:30 AM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Koh Lee Peng. Saya baru jumpa dia Isnin yang lalu. Beliau memang mengeluhlah nasibnya. Janganlah KBS pula, lontar bola ini tendang kepada kerajaan negeri. Ini memang tugas KBS.

Akan tetapi soalan saya di sini ialah MSS, saya tahu memang ada memberikan peluang kepada bekas atlet untuk menjadi jurulatih, pegawai sukan dan sebagainya.

Soalan saya di sini ialah adakah MSN mempunyai rancangan untuk juga memberikan contohnya pekerjaan ataupun kontrak perolehan kepada atlet seperti Koh Lee Peng, yang bukan hendak jadi jurulatih tetapi mereka hendak jual kraf tangan mereka.

Mungkin KBS boleh beli kraf tangan itu sebagai cenderahati untuk diberikan semasa temasya sukan ataupun aktiviti-aktiviti kerajaan, bukan sahaja untuk KBS tetapi untuk Kerajaan Malaysia. Saya minta mungkin satu pandangan tentang cadangan saya ini. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bukti Mertajam. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Ti Lian Ker

Sebenarnya saya bukanlah menolak kepada kerajaan negeri ataupun Ahli Parlimen dan ADUN setempat. Saya pernah jadi ADUN atau wakil rakyat. Bila ada isu-isu kes sebegini, saya membantu melalui platform yang saya ada dan juga kita facilitate kemudahan dan sebagainya.

Jadi apa yang berlaku kepada Koh Lee Peng...

final • 11:30 AM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Minta jawab soalan saya. Minta jawab soalan saya. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Ti Lian Ker

Apa yang berlaku pada Koh Lee Peng ialah dia memang sudah puas, memang dia masih ada lagi savings. She says, “I’m very happy with what I’m doing. Don’t disturb me.’’ Kalau hendak bantu, tolong. Baguslah Ahli Parlimen bila ada isu itu di-viral-kan dia pergi jalan raya untuk ‘pau’ semua barangan yang dia jual. Itu sekali gus ataupun sepanjang tahun?

final • 11:30 AM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tidak menjawab soalan saya. Tadi cadangan saya pada kerajaan, kepada KBS. Dia langsung tidak jawab soalan saya. Saya baru jumpa Koh Lee Peng, Isnin yang lalu.

Dia kata puas hati, saya tidak rasa mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri berjumpa sekali dia sudah rasa puas hati. Ini mungkin sikap kerajaanlah, puas hati dengan semua benda. Betul atau tidak betul, semua lepas tangan.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Ti Lian Ker

Yang Berhormat pernah menjadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan selama 22 bulan. Yang Berhormat, tolong pun melalui YAKEB. Apakah peranan dan bantuan Yang Berhormat sebagai Ahli Parlimen kepada pengundi setempat?

final • 11:30 AM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Saya minta sekarang jawab...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya tidak benarkan.

Ini ialah sesi soal jawab Yang Berhormat. Baik, dia telah...

final • 11:30 AM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Saya setuju sesi soal jawab tetapi jawapan langsung tidak diberikan. Tidak akan Timbalan Menteri KBS tidak boleh bagi satu jawapan yang mudah, sama ada terima cadangan saya atau tidak.

final • 11:30 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Timbalan Menteri pula tanya soalan.

final • 11:30 AM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tidak terima cakap sahaja tidak terima.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam.

final • 11:30 AM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Ini langsung tidak menjawab soalan saya.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada hendak menjawab? Kalau tidak saya tamatkan.

final • 11:30 AM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Jawablah.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Ti Lian Ker

Saya pun telah menjawab tadi.

[Ketawa]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

Telah menjawab.

Ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Usul.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, Selasa, 26 Julai 2022.”

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ada yang menyokong?

final • 11:34 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Mastura binti Tan Sri Dato' Mohd Yazid

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah pada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:34 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Peraturan mesyuarat.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 11:34 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin bangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(4), berhubung dengan kenyataan seorang Ahli Parlimen di Dewan ini yang telah mengeluarkan bahasa kurang sopan atau membuat pernyataan yang seksis.

Tuan Yang di-Pertua, minggu lepas saya telah menghantar sepucuk surat kepada Tuan Yang di-Pertua, untuk memohon beliau memanggil Ahli Parlimen Pasir Salak agar memohon maaf dan menarik balik penggunaan kata-kata lucah dalam Dewan yang mulia ini.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 11:34 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, kita diperanjatkan dengan satu kelakuan yang amat tidak senonoh dan tidak boleh diterima oleh mana-mana Ahli Parlimen, sama ada di sebelah sini atau di sebelah sana.

Di masa kita ingin menggalakkan anak-anak muda dan wanita untuk menjadi wakil rakyat yang berintegriti, yang ada kualiti seorang wakil rakyat, kita dihadapkan dengan seorang Ahli Parlimen di sebelah sana yang telah mengeluarkan kata-kata ini.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 11:34 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Pada masa itu, Tuan Yang di- Pertua mempengerusikan Mesyuarat dan hanya melepaskan beliau dengan sekadar amaran sahaja. Saya rasa kecewa dengan keputusan yang telah dibuat dan dengan sembilan Ahli Parlimen yang telah menjadi saksi pada hari itu apabila Yang Berhormat Pasir Salak mengeluarkan kata-kata lucah tersebut semasa mikrofon dia ditutup, menjadi bukti bahawa sama ada dengan mikrofon on atau tidak, maka ia telah berlaku dan ada sembilan orang saksi Ahli-ahli Parlimen yang telah mendengar dan melihat beliau melakukan perkara terkutuk tersebut.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

final • 11:34 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, perkara ini bukan sekadar sekali sahaja berlaku. Beliau dengan izin ialah seorang repeat offender.

final • 11:34 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 11:34 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Sekiranya Tuan Yang di-Pertua tidak menggunakan kerusi tersebut, jawatan tersebut, privilege tersebut untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap Ahli-ahli Parlimen mulut celopar seperti ini.

[Tepuk]

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 11:34 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Maka ia akan menjadi satu precedent yang sangat berbahaya dan sangat buruk dalam sejarah Dewan yang mulia ini.

Saya mohon satu petua daripada Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 11:34 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, kalau saya boleh bantu.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tidak.

final • 11:34 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sekejap sahaja. Sikit sahaja.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Kalau hendak peraturan mesyuarat saya boleh panggil Yang Berhormat Batu Kawan. Kalau usul yang sama, I just refer kepada...

final • 11:34 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Bukan, bukan. Sedikit membantu Yang Berhormat Batu Kawan. Saya tahu Tuan Yang di-Pertua masa itu mungkin tidak dengar kerana jauh dari tempat Yang Berhormat Pasir Salak.

Walau bagaimanapun, kita tahu bahawa ada ramai bentara, bentara ada di sana.

Kalau Tuan Yang di-Pertua boleh memanggil bentara, memberikan keterangan supaya membantu Tuan Yang di-Pertua, ascertain, confirm adakah Yang Berhormat Pasir Salak mengatakan kata-kata yang unparliamentary.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

final • 11:34 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jadi itu akan membantu Tuan Yang di-Pertua untuk membuat keputusan. Saya cadangkan kepada Tuan Yang di-Pertua, supaya panggillah bentara. Check dulu.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

final • 11:34 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Kawan. Sebagaimana cadangan saya pada waktu itu untuk menulis kepada Tuan Yang di-Pertua dan surat telah pun dihantar kepada Tuan Yang di-Pertua dan saya pun menerima surat itu kerana Tuan Yang di-Pertua meminta untuk saya mengendalikannya.

Jadi saya baru terima surat tersebut dan sedang dalam proses. Sebahagian daripada saksi telah pun saya aturkan pertemuan dengan mereka dan saya akan membuat rumusan keseluruhannya dan saya akan berikan jawapannya dalam minggu ini.

Selewat-lewatnya mungkin esok untuk saya buat keputusan.

final • 11:34 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya terima perkara yang dimaklumkan tetapi untuk rekod Tuan Yang di-Pertua perlu memberi perhatian bahawa perkara ini berlaku pada hari Rabu dan telah menjadi isu sejak hari Rabu.

Sehingga hari ini Yang Berhormat Pasir Salak tidak membuat sebarang penafian tentang perkara ini.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Faham.

final • 11:34 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jadi...

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

final • 11:34 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jadi ia ialah secara tidak langsung merupakan bukti bahawa beliau tidak menafikan mengeluarkan perkataan- perkataan lucah.

Beliau tidak mengadakan sebarang sidang akhbar ataupun membuat sebarang penafian tentang perkara itu. Jadi, saya minta perkara itu diambil perhatian. Terima kasih.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Dalam perhatian.

final • 11:34 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon saya harapkan bukan disebabkan setitik nila habis susu sebelanga. Kami Ahli-ahli Parlimen di sini, mohon dan mengharapkan— we have great hopes on you Tuan Yang di- Pertua, untuk mengambil satu keputusan yang bijak.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 11:34 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Because it’s a privilege to be sitting in that chair and saya harap satu precedent baru boleh dikemukakan. Saya ingin lihat Yang Berhormat Pasir Salak mohon maaf dan tarik balik atas kata-kata lucah yang telah dikeluarkan tempoh hari itu. Itu sahaja yang kami mohon.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya faham.

final • 11:34 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:34 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

An apology and retraction. Terima kasih.

final • 11:34 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, please stand up for the ladies.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tunjukkan Tuan Yang di- Pertua berani mempertahankan, melindungi wanita. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Baik.

final • 11:40 AM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Peraturan mesyuarat.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Bukit Mertajam.

final • 11:40 AM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya dengan ini merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18(1). Siapa-siapa Ahli selain Yang Berhormat Menteri, bolehlah berdiri di tempatnya dan meminta kebenaran untuk merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan dengan membaca teks usul yang telah diluluskan oleh Tuan Yang di-Pertua.

Pada 20 Julai 2022 minggu lalu pada hari Rabu, setelah saya membaca tentang Laporan Pemerdagangan Orang Jabatan Amerika Syarikat 2022, saya telah menulis surat untuk membangkitkan notis Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) pada Tuan Yang di- Pertua. Antaranya untuk membahaskan isu tentang kedudukan Malaysia di Tier 3, Laporan Pemerdagangan Orang Jabatan Amerika Syarikat 2022 itu memandangkan perkara ini amat penting sebab melibatkan bukan sahaja nama negara, melibatkan ekonomi kita dan melibatkan jenayah yang serius terhadap rakyat Malaysia dan juga warga asing secara umumnya.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, ini merupakan tahun kedua secara berturut-turut Malaysia telah dijatuhkan ke Tier 3 dalam laporan tersebut. Tier 3 merupakan status yang paling teruk sekali dalam laporan itu. Sebenarnya Malaysia telah pun berada dalam Tier 3 selama tiga tahun sebagai negara yang tidak memenuhi piawaian minima Undang-undang Pelindungan Mangsa Pemerdagangan Orang sebelum kita dijatuhkan ke Tier 3 pada tahun 2021 iaitu tahun lepas.

Kemudian tahun ini masih lagi kekal dalam Tier 3. Tanpa sebarang tindakan serius daripada kerajaan, negara kita akan terus menjadi sebuah negara di mana industri gelap ini akan berleluasa. Mengikut laporan tersebut, antara kegagalan kerajaan ialah kerajaan gagal menurunkan ataupun kerajaan telah menurunkan jumlah siasatan kes. Kes sebenarnya bertambah teruk tetapi siasatan kes menurun. Kerajaan gagal untuk mendakwa dan menjatuhkan hukuman ke atas pegawai kerajaan terlibat, ada pegawai kerajaan yang terlibat.

Gagal untuk mengambil tindakan terhadap maklumat yang boleh diyakini daripada pelbagai sumber, bukan sahaja satu sumber, boleh diyakini daripada pelbagai sumber, terutamanya tentang pemerdagangan orang, buruh dalam industri seperti pembuatan, getah dan sektor kelapa sawit. Kegagalan melindungi mangsa pemerdagangan orang menyebabkan ada antara mangsa-mangsa ini sebaliknya didakwa pula.

Mereka sudah menjadi mangsa pemerdagangan orang tetapi sebaliknya mereka didakwa. Kegagalan memberikan perlindungan juga menyebabkan ramai mangsa yang memilih untuk tidak terlibat dalam prosiding jenayah. Jadi, laporan ini yang paling serius menyebut tentang seorang bekas Timbalan Perdana Menteri negara kita, kerajaan kita yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri ketika itu, yang kini telah didakwa atas 40 tuduhan rasuah, termasuk menerima imbuhan berikutan kontrak pengeluaran visa pekerja migran.

Bagaimana kita hendak selesaikan masalah ini sekiranya pegawai kerajaan, termasuk di peringkat yang paling tinggi- Yang Berhormat Pekan ada di sini, mungkin Timbalan Perdana Menteri itu merupakan Timbalan Perdana Menteri zaman Yang Berhormat Pekan. Kalau...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Boleh ringkaskan.

final • 11:40 AM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

...pegawai kerajaan tertinggi tidak diambil tindakan. Tahun lepas kita baru meminda Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021 untuk mengenakan penjara seumur hidup kepada pesalah laku.

Sehingga kini, adakah siapa-siapa dijatuhkan kesalahan dan di kenakan hukuman maksimum ini? Sudah setahun. Jangan Menteri susah-susah- Menteri Dalam Negeri tahun lepas susah-susah membentangkan pindaan undang-undang di Parlimen. Kita bahas susah-susah, kita luluskan tetapi lepas itu tidak ada pesalah yang kena tahan, tidak ada yang didakwa, tidak ada yang dijatuhkan hukuman. Pi mai, pi mai, tang tu. Saya dapat surat daripada Speaker. Speaker kata saya tidak bagi...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Telah ditolak.

final • 11:40 AM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

...penjelasan mengapa usul ini merupakan perkara yang berkepentingan awam. Saya hendak bagi satu sahaja sebagai penghujung saya, penutup kepada ini saya. Status Tier 3 ini bukan sahaja memburukkan nama Malaysia sebagai negara yang mempunyai industri gelap pemerdagangan orang.

Ini adalah satu industri yang kejam, tidak berperikemanusiaan, malah ia mendatangkan pelbagai masalah ekonomi dan sosial kepada rakyat Malaysia.

Banyak negara penghantar pekerja sekarang menyekat penghantaran pekerja sehingga industri kita menghadapi masalah kekurangan pekerja. Baru minggu lepas, Parlimen ini telah mendengar bahawa industri perladangan sawit negara kerugian RM10.46 bilion hanya dalam tempoh lima bulan terawal tahun ini.

Ini bermaksud, setiap hari kita rugi hampir RM70 juta hanya untuk sektor ladang sebab kerana isu tidak cukup pekerja. Pelabur dan syarikat MNC akan melarang dan memboikot produk buatan Malaysia dengan alasan bahawa kita ada industri gelap pemerdagangan orang.

Dalam tempoh dua tahun ini sudah berlaku pun, lapan buah syarikat Malaysia, termasuk syarikat berkaitan kerajaan telah dikenakan larangan import ke Amerika Syarikat atas dakwaan penggunaan buruh paksa. Masalah seperti rasuah, pelacuran, jenayah terhadap orang awam juga akan menjadi berleluasa.

Pada April tahun ini, kalau kita masih ingat lagi, ada 700 orang pendatang tanpa izin telah meloloskan diri daripada depot imigresen di Kedah, walaupun sudah ditahan semula. Ada yang meninggal dunia ketika cuba melarikan diri, dengan 1.14 juta orang migran asing yang sah dan lebih ramai lagi pendatang migran yang tanpa dokumen di Malaysia ini. Ini merupakan bom jangka (time bomb), dengan izin,...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 11:40 AM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

...yang amat berbahaya kepada masyarakat kita. Jadi, saya rasa...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

...perkara ini amat penting untuk kita bahaskan sebab sudah dua tahun berturut-turut kita berada di Tier 3. Maksudnya, kerajaan langsung tidak mengambil apa-apa tindakan untuk memperbaiki keadaan. Saya minta supaya Tuan Yang di-Pertua memberikan satu petua membenarkan usul ini dibahaskan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1). Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Sebagaimana disebutkan tadi, sebenarnya Ahli Yang Berhormat telah pun menerima surat jawapan daripada Tuan Yang di-Pertua, telah pun menolak usul ini tetapi saya beri ruang tadi untuk berucap mengenainya. Jadi, kalau sekiranya Ahli Yang Berhormat tidak puas hati, boleh membuat rayuan kepada usul ini.

Akan tetapi apa-apa pun...

final • 11:40 AM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Patut dibahas.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

...usul ini telah pun ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam.

final • 11:40 AM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Saya mohon untuk dipertimbangkan semula Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) yang ditadbir urus oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merupakan satu rang undang-undang yang menyediakan faedah-faedah seperti elaun mencari pekerjaan, elaun bekerja semula awal, elaun pendapatan berkurangan, elaun latihan dan fi latihan serta program penempatan pekerjaan semula kepada pekerja sekiranya berlaku kehilangan pekerjaan.

Akta ini terpakai kepada pekerja berstatus warganegara dan pemastautin tetap.

Akta ini merupakan Program Jaringan Keselamatan Sosial yang terdiri daripada dua komponen utama iaitu insurans pekerjaan dan perkhidmatan pekerjaan.

Insurans pekerjaan membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan dengan menyediakan faedah-faedah berbentuk bantuan tunai sementara. Perkhidmatan pekerjaan pula menyediakan bantuan carian pekerjaan, penempatan pekerjaan, kaunseling kerjaya dan program latihan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan bagi membantu mereka mendapat pekerjaan baru.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini Akta 800 meliputi pekerja tanpa mempunyai had gaji dan tertakluk kepada pekerjaan yang mempunyai hubungan, dengan izin, [Tidak jelas] …only. Walau bagaimanapun, siling caruman adalah tertakluk kepada siling gaji sehingga RM4,000 sebulan sahaja seperti di ketetapan dalam Jadual Kedua Akta 800 sepertimana cadangan pindaan Akta 4 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Sumber Manusia pada 21 Julai 2022. Peningkatan siling gaji untuk caruman dari RM4,000 kepada RM5,000 di bawah Akta 800 adalah selaras dengan pengumuman Bajet 2022.

Sehubungan itu, satu pindaan ke atas Akta 800 perlu dilaksanakan. Peningkatan siling gaji bulanan RM5,000 akan mewujudkan caruman yang baru bagi lingkungan gaji bulanan daripada RM4,000 sehingga RM5,000. Peningkatan ini seterusnya dapat menambah baik perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO dengan meningkatkan faedah-faedah seperti elaun mencari pekerjaan, elaun bekerja semula awal dan lain-lain berkaitan.

Bagi menjelaskan lagi perkara ini, saya memberikan contoh. Pada masa ini, seorang pekerja yang bergaji melebihi RM4,000 dan layak menerima elaun mencari pekerjaan selama enam bulan. Pengiraan bayaran elaun mencari pekerjaan bagi pekerjaan tersebut mengikut siling gaji sedia ada berjumlah RM10,665.

final • 11:47 AM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Dengan pindaan baharu siling gaji kepada RM5,000, pekerja ini akan menerima sejumlah RM13,365. Dalam hal ini, terdapat peningkatan sebanyak 25.3 peratus bagi siling gaji baharu berbanding siling gaji yang sedia ada. Dalam proses menggubal pindaan ini, terdapat beberapa Sesi Libat Urus telah dijalankan bersama Kementerian Kewangan dan pihak-pihak berkepentingan.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaan ini melibatkan pindaan kepada subseksyen 16(2), Jadual Kedua dan Jadual Ketiga. Pindaan kepada peruntukan sedia ada. Peruntukan-peruntukan sedia ada Akta 800 yang dipinda melibatkan fasal-fasal berikut.

final • 11:50 AM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Pertama, subseksyen 16(2), had siling gaji. Subseksyen 16(2) dipinda bagi menaikkan had maksimum, dengan izin, insurability, kebolehinsuransan amaun gaji pekerja di bawah Akta 800 daripada RM4,000 kepada RM5,000.

Jadual Kedua perenggan 2, kadar caruman jenis pertama dan kedua. Jadual ini menyatakan kadar caruman bagi majikan dan pekerja yang dihitung berdasarkan gaji bulanan. Peningkatan siling gaji bulanan sehingga maksimum RM5,000 melibatkan pindaan kepada Jadual Kedua perenggan 2.

Jadual Ketiga perenggan 8, kadar faedah. Jadual ini menyatakan kadar faedah yang merangkumi kadar bagi elaun mencari pekerjaan, kadar bagi elaun bekerja semula awal, kadar bagi elaun pendapatan berkurangan, elaun latihan dan fi latihan.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan baharu. Peruntukan-peruntukan baharu melibatkan 10 butiran baharu dalam Jadual Kedua perenggan 2. Peruntukan baharu ini menunjukkan caruman baharu bagi gaji bulanan RM4,100 sehingga gaji bulanan melebihi RM5,000. Pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan merupakan satu elemen penting dalam memastikan pasaran buruh Malaysia kekal dinamik, efisien dan responsif kepada perubahan persekitaran.

Bagi golongan pekerja, Sistem Insurans Pekerjaan memberi perlindungan dan jaminan pendapatan berterusan, bantuan berterusan untuk pencarian dan penempatan pekerjaan. Bagi orang berinsurans yang telah kehilangan pekerjaan, Sistem Insurans Pekerjaan dapat mengurangkan kesusahan dan kemiskinan, dengan izin, ensure their food is on the table untuk menyara hidup dan keluarga sementara mendapat pekerjaan baharu. Mereka juga akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapatkan pekerjaan semula dan sesuai khususnya melalui peningkatan kemahiran dan latihan semula.

Dengan jaminan pendapatan semasa mencari pekerjaan baharu, Sistem Insurans Pekerjaan dapat mengurangkan tekanan dan masalah sosial sereta mengelakkan masalah kewangan yang boleh menyebabkan konflik keluarga.

Kerajaan berharap supaya Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan

(Pindaan) 2022 ini dapat memberi nilai impak yang bersasarkan iaitu menjamin kesejahteraan sosial penerima faedah dan manfaat sedia ada serta baharu.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama untuk menjayakan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2022 ini.

Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf mencelah pada peringkat ini sebab kita biasa tidak buat ini.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tidak, sebelum itu saya...

final • 11:50 AM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Saya minta Yang Berhormat Menteri sebelum undur ataupun berhenti ucapan, bagi fakta-fakta asas kepada kita untuk membantu perbahasan. Sebagi contoh, jumlah telah dikutip dan masih ada sebagai dana.

Jumlah pekerja telah dibantu? Apa- macam purata bayaran kepada mereka? Semua ini akan bantu perbahasan. Boleh kita dapat itu maklumat asas itu dibentangkan, di Dewan Rakyat sebelum perbahasan dimulakan?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tidak apa, Yang Berhormat Sungai Buloh boleh bangkitkan semasa perbahasan.

final • 11:50 AM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Memang, kita boleh soal...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 11:50 AM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Akan tetapi kita soal, kita tidak tahu fakta itu, kita kena tunggu penggulungan oleh Yang Berhormat Menteri. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri bantu perbahasan.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 11:50 AM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Bentang fakta asas dahulu supaya kita tahu.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Tuan Yang di-Pertua, ini melibatkan statistik yang begitu besar. Saya hanya boleh bagi jawapan apabila dibahas nanti.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?

final • 11:50 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya akan memanggil, menyenaraikan pembahas-pembahas di peringkat awal ini. Yang Berhormat Pasir Mas, lima minit. Yang Berhormat Ipoh Barat, 10 minit. Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Kemaman dan Yang Berhormat Lembah Pantai.

Dengan itu, saya menjemput Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 11:50 AM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, saya dimaklumkan bahawa Sistem Insurans Pekerjaan ini bermula sejak Januari 2018. Ia dirancang untuk membuat satu jejaring keselamatan sosial untuk membantu golongan pekerja yang hilang punca pendapatan. Kita tahu bahawa pindaan kali ini akan menyaksikan kadar caruman ditambah seiring dengan keperluan semasa untuk membantu seorang individu jika mereka kehilangan pekerjaan mereka.

Saya menyokong usaha ini bagi memastikan akta ini kekal relevan. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan pasukannya. Saya mendapat tahu bahawa seorang individu akan mula mendapat faedah daripada akta ini, paling awal selepas tujuh hari daripada kehilangan pekerjaan dengan syarat segala dokumentasi telah lengkap. Kita difahamkan bahawa telah tersedia elaun bekerja semula awal untuk menggalakkan mereka segera kembali bekerja. Cuma, beberapa soalan yang ingin saya timbulkan.

Pertama, selain elaun bekerja semula awal, bagaimana kementerian dan PERKESO memastikan seseorang penerima faedah daripada akta ini meneruskan usaha untuk mencari pekerjaan bagi memastikan tempoh pengangguran itu tidak berlangsung dalam tempoh yang lama? Ini kerana kita tidak mahu mereka hanya sekadar bergantung kepada elaun ini, tetapi mereka tidak memulakan usaha untuk mencari pekerjaan ataupun dibantu oleh kerajaan.

Elaun akan dibayar dalam masa pencarian kerja antara tiga sampai ke-enam bulan. Dalam suasana ekonomi global yang masih lagi lembap pada ketika ini, apakah kementerian akan mempertimbangkan agar elaun pencarian pekerjaan ini dilanjutkan sehingga kesembilan bulan?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut salah satu usaha yang dilakukan oleh PERKESO mengikut akta ini adalah menyediakan Program Penempatan Pekerjaan Semula kepada individu yang memohon faedah ini. Cuma saya ingin tahu beberapa persoalan.

Sehingga kini, berapa ramai rakyat yang berjaya dibantu dengan Program Penempatan Pekerjaan Semula? Sektor apakah yang paling tinggi untuk diisi oleh Program Penempatan Pekerjaan Semula sehingga kini? Bagaimanakah PERKESO

final • 11:55 AM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

menyelesaikan masalah ketidaksepadanan pekerjaan dengan latar belakang pendidikan dan pengalaman individu dalam program ini?

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk pada satu kenyataan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa bilangan pemohon sejak 18 Mac 2020 sehingga 5 November 2021 sebanyak 148,926 dengan 119,500 permohonan diluluskan. Maksud saya ialah permohonan SIP yang disebut sebentar tadi.

Namun, jika kita lihat pada data terakhir dipaparkan pada tahun 2018, hanya 292,250 orang majikan yang telah terlibat dalam caruman ini, sedangkan sasaran itu ialah 403 ribu orang majikan. Jadi saya ingin bertanya, berapakah bilangan majikan yang sudah pun terlibat dalam skim ini selepas empat tahun ia diperkenalkan?

Saya percaya ada keperluan untuk memastikan caruman ini wajib diperkenalkan oleh seluruh syarikat di Malaysia kepada pekerja-pekerja. Namun mengikut datanya, hanya mungkin kita dapat mengandaikan bahawa hanya separuh sahaja syarikat-syarikat yang berdaftar ini yang menggerakkan usaha ini. Jadi, perkara ini bukan satu perkara yang kecil Tuan Yang di-Pertua.

Sejak COVID-19, 800 ribu orang pekerja hilang pekerjaan, tetapi yang memohon untuk elaun di bawah SIP ini hanya 148,926 orang pekerja. Jadi seandainya seluruh pekerja ini diberikan peluang caruman ini, kerajaan boleh kurangkan impak sesebuah krisis seperti COVID-19 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Saya ingin melontarkan suatu isu iaitu isu soal cuti tidak bergaji. Ada kes di mana pekerja dipaksa bercuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji. Soalan saya, apakah perlindungan yang diberikan oleh kerajaan dalam kes-kes seperti ini dalam pelbagai sektor ketika PKP diperkenalkan? Dalam sektor kedai makan, kedai runcit dan pelbagai sektor. Malah bagi pekerja asing di Malaysia, mereka tersekat dalam syarikat perkilangan atau pertanian mereka. Kilang tidak beroperasi, pekerja dicutikan tanpa gaji dan majikan berikan syarat seandainya mereka ingin berhenti, mereka perlu membayar pampasan terhadap kos kemasukan mereka ke Malaysia.

Saya- mungkin di pihak Kementerian Sumber Manusia (KSM) mempunyai data- data yang boleh disebut di dalam Dewan ini, tetapi ia seolah-olah menjadi suatu rahsia yang terbuka. Kita boleh tanya mana-mana pekerja asing di Malaysia pada hari ini, mereka seolah-olah mengalami penindasan seperti yang telah saya sebutkan tadi.

Mungkinkah itu juga menyumbang kepada bagaimana kita telah diturunkan taraf kepada Tier 3 dalam laporan yang telah disebut dalam media minggu lepas yang disebut juga oleh sahabat saya dari Yang Berhormat Bukit Mertajam sebentar tadi.

final • 11:55 AM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya terdengar bagaimana alasannya seolah-olah kita kata bahawa bukan kita sahaja yang menerima pekerja, contohnya dari Bangladesh. Bangladesh juga hantar pekerja ke negara-negara lain. Jadi, ada yang menyatakan bahawa penindasan itu ialah bermula di negara asal mereka. Bukan kita sebagai negara penerima.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Minta rumuskan Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Soalannya, mengapa hanya kita yang diturunkan di Tier 3? Negara lain, Saudi sebagai contoh. Mereka menerima pekerja dari Bangladesh lebih ramai daripada kita. Akan tetapi mereka tidak mengalami nasib yang sama sebagaimana Malaysia.

Jadi, isunya penindasan itu boleh dikatakan atau boleh kita sebut berlaku dalam negara kita dalam keadaan mungkin kita terlepas pandang di pihak kerajaan untuk melihat apakah punca sebenar kita berada di Tier 3 ini.

Apabila kita berada di Tier 3 ini Tuan Yang di-Pertua, isunya ialah barang-barang yang kita keluarkan daripada produk kita ini akan sukar menembusi ke pasaran-pasaran seperti negara Amerika Syarikat kerana mereka melihat sesuatu produk itu dihasilkan dengan antara lain ialah berhasil dari soal atau isu perdagangan manusia dan mereka

final • 12:00 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

menolak untuk menerima produk-produk seperti ini dan kita akan tergendala dari sudut eksport barang-barang yang kita hasilkan di Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Ipoh Barat. 10 minit.

final • 12:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pada Bajet 2022, sebanyak RM2 bilion telah diagihkan untuk menolong 300 orang untuk mencari kerja dan lain-lain dan juga berhasrat untuk menolong majikan.

Akan tetapi kalau kita tengok rekodnya, hanya wang yang diagihkan dekat RM2 bilion, hanya 17 peratus sahaja diguna pakai dan bakinya tidak langsung diguna pakai.

Statistik yang saya ada menunjukkan bahawa untuk mencari pekerja am hanya sebanyak 24,966 orang yang telah layak. Perantisan hanya 8,366 orang. Golongan muda terjejas, OKU, SIP, Orang Asli hanya 6,271 orang. Penggantian pekerja asing dengan pegawai dagang hanya 6,804 orang. Wanita hanya 3,488 orang dan pelancongan 899 orang sahaja.

Ini menunjukkan sasaran yang dicadangkan oleh kerajaan semasa Bajet 2022 dibentangkan tidak langsung dicapai. If only 17 percent. Jadi, mereka yang mengusahakan termasuk Menteri patut mendapat gaji 17 peratus sahaja kerana kerja hanya 17 peratus. Lain semua tidak ada kerja. Tidak ada habis. Jadi, ini menjadikan kita ada masalah pengangguran yang rumit. Macam mana duit yang sedia ada tidak diguna pakai?

Seperti yang saya kata pada hari Khamis dahulu, Penjana Kerjaya ini adalah satu program yang besar juga, Tuan Yang di-Pertua. Hasratnya adalah untuk menolong pekerja-pekerja dan juga insentif-insentif yang saya kata sebelum ini skills, training dan sebagainya. Ada penyelewengan telah berlaku dan penyelewengannya bukan sedikit.

Saya pohon agar kementerian dan kerajaan bersetuju untuk mengadakan forensic investigation dalam penggunaan wang yang diagihkan kepada SIP. Apakah semua ini yang diagihkan wang ini banyaknya telah diselewengkan (has been abused) daripada ahli-ahli politik? Ini sangat dukacita Tuan Yang di-Pertua kerana...

final • 12:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, minta laluan sedikit. Kita telah dengar isu penyelewengan dari dulu lagi. Bermula dengan skandal Maika melibatkan parti MIC. Baru-baru ini dalam persidangan ini kita berbincang tentang MITRA, juga melibatkan MIC. Belum selesai, ada pula skandal PENJANA, juga melibatkan pemimpin-pemimpin MIC. Tidakkah apa-apa penjelasan atau penyelesaian untuk masalah ini? Duit yang diserahkan oleh kerajaan, diniatkan untuk membantu orang- orang miskin disapu habis oleh pemimpin-pemimpin parti MIC.

final • 12:01 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Jelutong, sebenarnya bukan dari Maika Holdings. Sebelum itu Telekom skandal RM10 juta. Selepas itu, Maika Holdings, selepas itu MITRA. Semua nampaknya Yang Berhormat Jelutong ada DNA.

Macam mereka ini kerap kali yang mengendalikan wang ini dari satu parti. Nampaknya mereka yang misused the fund.

final • 12:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, boleh kah kita minta Yang Berhormat Tapah berani memberi penjelasan. Kalau MIC tidak terlibat, beri penjelasan dalam Dewan ini.

final • 12:01 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

No. Saya telah baca sebelum ini. Yang Berhormat Menteri sendiri telah mengatakan dekat satu online news. Di mana saya baca apa yang Yang Berhormat kata. Saya pergi tengok penafian tidak ada, di mana ini saya baca. “Human Resources Minister, Datuk Seri M. Saravanan a/l Murugan had said that the employers and training providers who admit false claim should refund the money to avoid severe action been taken against them”. Ini tidak masuk akal, Yang Berhormat.

final • 12:01 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Nombor satu, kalau kesalahan telah jadi, take the due cost. Kalau dia kembalikan wang itu, nampaknya tidak ada salah. Salah juga. Tidak boleh lari. Itu hakikat daripada segi undang-undang. Mungkin Yang Berhormat tidak arif dalam perkara ini.

Kedua, Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia juga kata, “he also said there was a possibility that several individuals from MIC are involved in the PenjanaKerjaya scandal. Menunjukkan satu keikhlasan Yang Berhormat Menteri kerana mengakui ada wrongdoing dalam penyelewengan dan sebagainya.

Jadi, saya rasa ini adalah forum yang bagus sekali untuk Yang Berhormat, berkaitan dengan SIP. Untuk Yang Berhormat to clear the name, to clear the masalah yang ramai di antara majikan dan pekerja yang berjumpa dengan saya mengatakan ini ialah satu skandal yang sama besar dengan Maika Holdings, dengan MITRA dan sebagainya.

Saya tahu kerajaan yang sedia ada dia mungkin lembap, tidak berani mengambil tindakan. Kalau ambil tindakan terhadap Yang Berhormat Menteri, kurang satu orang.

Kerajaan mungkin tumbang. Jadi, itu menjadi masalah yang besar. Akan tetapi masalah sedia ada. Jadi, saya harap Yang Berhormat oleh sebab ia berkenaan dengan Penjana Kerjaya. Ini adalah berkaitan dengan amaun yang telah diagihkan. Seperti Yang Berhormat Sungai Buloh kata, kalau kita ada semua statistik dan juga macam mana wang itu diagihkan, macam mana ia diguna pakai, siapa yang menyeleweng dan sebagainya.

Yang Berhormat ada semua...

final • 12:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:01 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Dalam satu page. All semua itu boleh diberitahu kepada kita. Yang Berhormat, saya hendak alih kepada...

final • 12:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 12:01 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Sekejap ya.

final • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Hanya tinggal tiga minit lebih sahaja lagi. Masa, masa 10 minit ada tadi. Teruskan. Saya cuma hendak remind.

final • 12:01 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Penjana Kerjaya bukan sahaja di SIP, juga dengan HRDC dan juga lain-lain organisasi. Saya difahamkan bahawa di HRDC pun sama juga. Kalau itu adalah perangai ahli politik di SIP, semestinya saya boleh guarantee semestinya HRDC pun sama juga. Beratus-ratus million yang telah diagihkan untuk pekerja dan majikan telah disalah guna. Ini satu anggapan yang tidak boleh dinafikan.

Jadi, apakah Menteri akan membuat penyiasatan di sana juga kerana kita tahu CEO dan di sana semua kawan Yang Berhormat Menteri? Baru-baru ini saya difahamkan gaji beliau pun dinaikkan walhal seluruh negara menghadapi krisis. Macam mana seorang CEO boleh mendapat kenaikan gaji mereka? Saya hairan.

final • 12:01 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Point of order 36(6). Sangkaan jahat. Kata kawan Menteri. Kalau naik gaji itu tidak apa. Kawan Menteri itu sangkaan jahat.

final • 12:01 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Ketawa]

final • 12:01 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Boleh tarik balik, dia tidak boleh buat macam itu lah. Ini bahas ini saya tengok sudah lari tajuk.

final • 12:01 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Macam mana Yang Berhormat tahu?

final • 12:01 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Perbahasan ini sudah lari tajuk. Sepatutnya bahas berkaitan dengan insurans.

final • 12:01 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Your sidekick has got it wrong.

final • 12:01 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tak payahlah sampai lari tajuk, menuduh. Ini sangkaan jahat.

final • 12:01 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat, jadi ini alegasi perlu diambil tindakan. Tidak ada asas dia hendak kata.

final • 12:01 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Jadi kalau kita balas balik, kita pun ada juga isu-isu lain. Kita boleh bahas isu terowong dan sebagainya.

Banyak isu ada.

[Tidak jelas] ...ini tak sebut.

final • 12:01 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Ini...

[Tidak jelas] Boleh bahas.

final • 12:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Diamlah Yang Berhormat Baling.

final • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

Yang Berhormat Baling, tidak apa Yang Berhormat Baling. Baik.

final • 12:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, tambah waktu. Yang Berhormat Baling buang masa.

final • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila. Ada seminit setengah lagi.

final • 12:01 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ini tidak ada asas dia hendak bagi tahu. Kita ada asas bila kita kata dia adalah kawan Yang Berhormat. Itu tidak salah.

final • 12:01 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Dahulu waktu Yang Berhormat jadi Menteri pun, semua kawan you juga CEO itu semua. Jadi, tidak bolehlah anggap kawan.

final • 12:01 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat, Yang Berhormat punya masalah adalah seorang Yang Berhormat Menteri sekarang.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

On merit. Apa yang berlaku is on merit.

final • 12:10 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Ikut Peraturan 37.

final • 12:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Jadi, Yang Berhormat, bila kita sudah bagi satu gambaran yang penuh mengenai Penjana Kerjaya ini di mana sasarannya Jamin Kerja adalah 600,000 orang, tetapi itu tidak dicapai. Sebenarnya Yang Berhormat perlu senaraikan semua itu supaya kita dapat tahu.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada program SIP. Nampaknya apa yang dibuat, peningkatan dan sebagainya melalui undang-undang yang dibawa hari ini, kita setuju bahawa itu adalah yang bagus, kita bersetuju kepada cadangan tersebut.

Akan tetapi, dalam hal itu, kita juga hendak tahu, berapa banyakkah yang telah mendapat manfaat dan apakah insentif itu betul-betul mendapat manfaat?

Ini kerana banyak di antara skill training ini adalah skill training secara teori sahaja seperti HRDC juga yang sekarang kena caj setiap pemohon RM300. Saya rasa ini adalah tidak adil langsung dan ramai di antara majikan telah memanggil saya, memberitahu kepada saya.

Saya berharap, Yang Berhormat Menteri, kita perlu widen our scope perlu mengambil tahu bahawa kesalahan-kesalahan dan penyelewengan kewangan telah berlaku. Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa PERKESO dan MACC terlibat dalam penyiasatan ini. Tidak cukup. Ini kerana ini nampaknya ada sesuatu yang tidak kena. Apa yang perlu, Yang Berhormat, adalah kita perlu forensic examination, kita perlu memberi repot formal seperti yang saya buat semasa saya menjadi kerajaan.

Saya telah mengadakan satu penyiasatan di HRDC tetapi sehingga hari ini, ia tidak diimplementasikan oleh Yang Berhormat Menteri. Mungkin kerana ada sekatan- sekatan yang tertentu. Saya ada beritahu bahawa semua perkara yang dibuat oleh HRDC

final • 12:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

dan lain-lain agensi kerajaan perlu disenaraikan supaya rakyat tahu. Online. Semasa saya menjadi Menteri, kita telah memulakannya tetapi tidak difollowed oleh kerajaan.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Jadi saya harap apabila menjawab, Yang Berhormat Menteri dapat merangkumi semua perkara yang dibangkitkan kerana ini adalah hal ehwal berkaitan dengan masyarakat dan kewangan di mana lebih daripada RM2 bilion dalam hal ini. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Tebrau.

final • 12:10 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya menyertai perbahasan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 digubal bertujuan mewujudkan dana insurans pekerjaan dengan caruman dikumpul daripada majikan dan pekerja bagi menyediakan elaun gantian pendapatan dan insentif kewangan kepada pekerja yang diberhentikan.

Oleh sebab peningkatan kos sara hidup yang begitu ketara khususnya selepas bulan Mac tahun ini, sudah tentunya menyebabkan amaun elaun mencari pekerjaan, amaun elaun pendapatan berkurangan dan amaun elaun bekerja semula awal yang ditetapkan pada tahun 2017 di bawah perenggan 1 hingga 5 Jadual Ketiga dan di bawah Jadual Keempat tidak mencukupi dan perlu dikaji semula.

Pindaan rang undang-undang yang dicadangkan bertujuan untuk menambah baik liputan keselamatan sosial yang akan memberi manfaat kepada pekerja dan sangat saya alu-alukan. Walau bagaimanapun, saya dapati hanya satu perkara yang diusul untuk dibuat pindaan iaitu meningkatkan amaun caruman dan faedah apabila gaji bulanan melebihi RM4,000 sebulan.

Persoalan saya yang pertama. Adakah pindaan yang diusulkan munasabah dan wajar dalam keadaan sekarang dengan kenaikan kos sara hidup yang ketara? Walaupun itu bukan satu kegagalan kerajaan tetapi berpunca daripada pandemik COVID-19 dan juga perang Rusia-Ukraine yang membuat seluruh dunia mengalami inflasi yang teruk, tetapi negara kita bukan teruk sangat dengan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan kita untuk membendung inflasi. Akan tetapi, adakah pindaan ini munasabah dan wajar?

Kedua, adakah kajian dan rujukan dibuat sebelum cadangan-cadangan dalam rang undang-undang ini disediakan supaya ia memang sesuai dalam keadaan sekarang?

Ketiga, adakah gantian pendapatan tiga sehingga enam bulan itu mencukupi secara amnya dan apakah dasar penetapan gantian pendapatan tiga sehingga enam bulan itu dikekalkan? Mengapa tidak meningkatkan kepada sembilan bulan dan sebagainya? Jadi, saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh menjawab, apakah dasarnya untuk mengekalkan pendapatan itu?

Jadi, saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri untuk kemukakan statistik bilangan pekerja yang didaftarkan dalam EIS dan jumlah caruman sehingga 31 Disember 2021. Saya juga memohon kepada Yang Berhormat Menteri untuk memaklumkan kepada Dewan ini jumlah pekerja serta jumlah amaun gantian pendapatan telah dibayar selepas dihentikan kerja daripada tarikh akta ini mula berkuat kuasa.

Akhir kata, Tebrau sudi menyokong rang undang-undang ini sekiranya diberikan penjelasan kepada soalan-soalan yang dikemukakan. Terima kasih.

final • 12:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 12:12 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Sumber Manusia yang membentangkan pindaan Akta SIP ini. Saya fikir bahawa tidak ada masalah untuk kita memberikan dukungan dan sokongan kepada pindaan ini kerana ia bertujuan untuk memperluaskan ataupun memperbanyakkan lagi golongan pekerja yang akan mendapat perlindungan daripada sistem insurans pekerjaan ini.

Akan tetapi, perkara yang saya hendak utarakan ialah bagaimana kita harus melihat kepada perlindungan ataupun melindungi pekerja-pekerja yang dibuang secara yang tidak sah. Terkandung dalam akta ini ialah mereka yang kehilangan pekerjaan ataupun dibuang secara yang konstruktif sahaja.

Akan tetapi, ada juga golongan pekerja yang berdepan dengan manipulasi kontrak kerja tetap daripada pihak majikan. Ini harus dilihat oleh kerajaan khususnya oleh Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan mereka ini juga perlu diberikan perlindungan untuk memastikan supaya mereka mendapat perlindungan daripada segi imbuhan, faedah itu sendiri dan kemudian, mereka juga akan mendapat peluang untuk mendapat pekerjaan baharu.

final • 12:17 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 12:17 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ini kesulitan yang dihadapi oleh golongan ini kerana apabila mereka dibuang kerja secara tidak sah, mereka menghadapi kesulitan untuk mendapat pekerjaan baharu. Ya, sila.

final • 12:17 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih. Saya tertarik beberapa isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena khususnya dengan melindungi pekerja. Di hadapan saya ada satu memorandum of understanding di antara Government of Republic of Indonesia dan Government of Malaysia. Ini adalah employment and protection of Indonesian domestic migrant workers in Malaysia, Yang Berhormat.

Dalam muka surat 15, jelas mengatakan bahawa ini— on top itu, responsibility ataupun tanggungjawab Kerajaan Malaysia ialah untuk, dengan izin, “Ensuring an effective implementation of one channel system as the only legally recognized mechanism to recruit, place and employ Indonesian domestic workers in Malaysia and ensuring that other mechanisms are not allowed”. So, ini jelas bahawa hanya one channel system harus digunakan dan dipersetujui oleh kedua-dua negara.

Akan tetapi malangnya, yang diguna pakai adalah MAID online system oleh KDN yang apabila Menteri ditanyakan, dia kata is a misunderstanding. Macam mana boleh ada misunderstanding apabila tertera ada jelas dekat sini bahawa hanya online system?

final • 12:17 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Kerajaan kata, we have to fight against trafficking and also fight against buruh paksa. But this allows buruh paksa. It’s something wrong with the KDN.

final • 12:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Okey, terima kasih. Saya harap menjadi sebahagian daripada ucapan saya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang tadi kerana itu krisis yang berlaku. Dalam isu ini, ia agak memalukan negara kita dan harus diberikan penjelasan yang tepat oleh pihak kerajaan.

Kedua, yang saya hendak bangkitkan ialah berkaitan dengan caruman-caruman dalam PERKESO ini. Kita harus juga berfikir selepas daripada ini ialah bagaimana seseorang yang mencarum tetapi sepanjang pekerjaan dia, sama ada dalam Akta 4 ataupun dalam SIP ini ataupun dalam yang lain, sepanjang pekerjaan sampailah dia berhenti kerja dia tidak pernah buat apa-apa tuntutan. Dia tidak ada kes. Tidak ada kes untuk dia buat tuntutan, tidak ada kemalangan dan sebagainya, tidak pernah buat apa tuntutan. Jadi, sedangkan caruman dia itu sangat banyak. Kalau dikatakan 30 tahun dia bekerja dan sebagainya, sudah tentulah besar dia punya caruman walaupun caruman tiap-tiap bulan itu terlalu kecil.

Jadi, kita juga harus berfikir untuk orang seperti ini mendapat apa-apa faedah yang perlu diberikan sedikit apabila dia tamat pekerjaan. Maknanya, dia sudah berhenti

final • 12:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

kerja dan dia perlu diberikan apa-apa sedikit faedah seperti macam dividenkah atau sebagainya untuk dia mendapat manfaat daripada caruman dia sebab dia tidak pernah mendapat apa-apa, dia tidak pernah buat apa-apa tuntutan. Ini yang harus dilihat oleh pihak kerajaan.

Seterusnya ialah saya juga mohon pertimbangan untuk memanjangkan tempoh untuk membuat laporan kehilangan pekerjaan bagi tujuan tuntutan SIP ini daripada 60 hari kepada 90 hari sebab ramai pekerja yang kurang maklumat berkenaan dengan SIP ini.

Saya harap perlu diperbanyakkan lagi penerangan kepada golongan-golongan seperti ini.

Ini untuk membolehkan mereka ada ruang yang lebih panjang untuk membuat laporan kepada pihak PERKESO. Saya mohon untuk mendapat penjelasan.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Masa sudah tamat.

Sila rumuskan.

final • 12:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sikit saja, hendak habis sudah.

Berapakah ramai pekerja yang telah berjaya mendapat pekerjaan semula di bawah return to work dan module reskilling dan upskilling di bawah SIP ini? Ini− saya perlu untuk mendapatkan maklumat yang seperti ini. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan, macam mana dalam modul SIP ini antaranya ialah kaitan dengan PenjanaKerjaya itu sendiri.

Saya baru ada kes SPRM baru ini, saya juga ingin mendapat penjelasan macam mana kita tidak dapat kesan daripada awal tuntutan itu, tiba-tiba kita bayar kepada mereka. Jadi, ini menunjukkan ada kelemahan dan ini harus diperjelaskan oleh pihak Menteri untuk kita dapat lihat di mana kelemahan-kelemahan tersebut supaya tidak berlaku masalah.

Sekarang ini duit sudah hilang. Duit sudah hilang. Kalau pergi ke mahkamah pun, saya pun tidak tahulah sama ada mereka boleh bayar ataupun tidak boleh bayar. Akan tetapi, apa yang penting ialah kita hendak pastikan duit itu tidak hilang dulu. Akan tetapi, apabila duit sudah hilang kerana bukan sahaja kesilapan ataupun maklumat yang salah yang mereka beri ataupun mereka buat tuntutan palsu, tetapi di peringkat kita sendiri, di peringkat PERKESO sendiri tidak teliti tentang tuntutan-tuntutan yang dibuat. Ini kesilapan kita sendiri. Jadi, ini yang perlu diperjelaskan. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Seterusnya Yang Berhormat Pontian.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih. Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) ini telah dimulakan oleh Yang Berhormat Pekan pada Ogos 2017. Yang Berhormat Pekan juga telah bersetuju untuk memperuntukkan pada ketika itu kepada PERKESO sejumlah RM70 juta untuk pembayaran faedah kewangan bagi tahun 2018.

[Disampuk]

final • 12:23 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Pekan juga rompak duit berbilion. Jangan lupalah sebut itu.

[Ketawa]

final • 12:23 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Sudah makan ubatkah Yang Berhormat Sepang? Macam tidak makan ubat saja. Dengan pindaan Sistem Insurans Pekerjaan 2022 ini, Akta 800 ini maka ditingkatkan daripada RM4,000 dan kepada RM5,000 dan juga dipinda Jadual Kedua-Kadar Caruman dengan ada pengiraan kadar caruman dan juga pindaan Jadual Ketiga-Kadar Faedah dengan ada gaji bulanan dan sebagainya.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Menteri kerana dengan adanya pindaan ini, maka mereka yang mendapat jumlah Elaun Mencari Pekerjaan daripada RM10,665 dinaikkan kepada RM13,365. Elaun Pendapatan Berkurangan sebelum pindaan cuma RM10,665 dan selepas pindaan, naik kepada RM13,365. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) daripada RM987.50 dinaikkan kepada RM1,237.50. Ketiga-tiga kenaikan ini selepas pindaan, jumlahnya ialah 25.3 peratus dan ini adalah satu perkara yang baik untuk pekerja kita di seluruh negara.

final • 12:23 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Apa yang ingin saya tanyakan ialah dinyatakan bahawa ada mereka yang boleh menuntut dan ada mereka yang tidak boleh menuntut. Ini sebagaimana yang ada disebut bahawa yang tidak boleh menuntut itu jika pekerja yang berhenti secara sukarela, pekerja yang bersara wajib, pekerja yang diberhentikan akibat salah laku dan pekerja yang tidak berdaftar. Saya ingin menyentuh tentang pekerja yang tidak berdaftar di bawah Akta Sistem Insurans ini. Oleh sebab kita ada dua jenis pekerjaan, satu pekerjaan yang ada majikan dan satu lagi ialah pekerjaan secara yang tidak formal, bagaimanakah Sistem Insurans Pekerjaan ini boleh membantu untuk disebarluaskan kepada pekerja-pekerja yang berada dalam sektor pekerjaan yang tidak formal?

Seterusnya, saya juga ingin bertanya, sekiranya pencarum kehilangan pekerjaan akibat majikan muflis ini, berapa ramai yang telah menerima dan berapakah jumlah yang terlibat tentang Sistem Insurans Pekerjaan sejak ia dimulakan. Seterusnya, sekiranya pencarum mempunyai insurans peribadi dan dalam masa yang sama mencarum dengan SIP ini, jika berlaku kemalangan apakah pencarum boleh menuntut kemudahan atau ganti rugi sekali gus?

Soalan seterusnya, situasi sekarang ada yang melakukan dua pekerjaan.

Sekiranya pencarum terlibat dengan kemalangan, apakah boleh menuntut faedah daripada SIP yang sama? Jika tidak, perlukah pencarum mencarum untuk jenis pekerjaan yang kedua? Perkara yang seterusnya pertanyaan saya ialah apakah perlindungan yang diperoleh oleh mereka yang bergaji lebih daripada RM5,000? Adakah mereka juga ditawarkan faedah perlindungan yang hampir sama? Seterusnya, berapa lama proses untuk pencarum untuk mendapat bayaran daripada setiap tuntutan yang telah dibuat?

Jadi, itu sahaja yang ingin saya bangkitkan.

final • 12:23 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Pontian.

final • 12:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pontian.

final • 12:23 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Pontian, penjelasan.

Penjelasan boleh? Bolehlah.

final • 12:23 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Penjelasan.

final • 12:23 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Okey. Sebenarnya saya – beberapa pandangan yang tadi dikemukakan adalah bagus saya fikir. Satu saya hendak minta pandangan Yang Berhormat ialah sekarang kalau seseorang itu dipecat kerja dan dapat SIP, bulan pertama dia akan dapat RM1,200 dan selepas itu RM750 dan dalam enam bulan yang following itu akan jatuh kepada RM450. So, soalan saya kepada Yang Berhormat Pontian ialah adakah kerajaan mesti menukar dasar ini supaya pampasan yang diberikan pada setiap bulan itu untuk enam bulan berturut-turut adalah tidak kurang daripada gaji minimum iaitu RM1,500? Minta pandangan.

final • 12:23 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ya, Yang Berhormat Klang.

Terima kasih saya berikan soalan itu kepada Menteri untuk menjawab. Akan tetapi, apa yang baik maka bolehlah difikirkan. Terima kasih.

final • 12:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Silakan Yang Berhormat Johor Bahru, kemudian Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Menteri akan menjawab 2.30 petang selepas break. Terima kasih. Sila.

final • 12:23 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Okey baik.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana beri ruang kepada Johor Bahru untuk sama-sama bahas RUU Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Pindaan). Yang Berhormat Menteri ada di dalam Dewan ini. Point saya agak mudah. Ada dua tumpuan yang saya harap Yang Berhormat Menteri dapat teliti.

final • 12:29 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Pertama, adalah soal kelangsungan. Saya faham bahawa Skim Insurans Pekerjaan ini adalah sebahagian daripada jaringan keselamatan sosial yang kita ada. Ini untuk kita lindungi daripada selepas persaraan, pengangguran, sakit hilang pekerjaan, kematian dan sebagainya. Cuma, dalam kes ini Yang Berhormat Menteri, saya difahamkan bahawa di bawah SIP ini ada Elaun Mencari Pekerjaan sebagai contoh yang mana telah diumumkan dalam Belanjawan 2022.

final • 12:29 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Apa yang saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah untuk kita memastikan faedah ataupun manfaat yang kita berikan kepada rakyat ataupun pekerja ini, dapat ditampung dengan jumlah caruman yang kita kutip?

Maksudnya, dalam melangsungkan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), adakah kerajaan terpaksa menampung ataupun menambah dan memberikan sumbangan untuk memastikan program itu terlaksana? Saya menekankan isu kelangsungan ini sebab sebagai contoh, kita telah mengganggu jaringan keselamatan sosial yang terbesar iaitu KWSP.

Apabila kita benarkan pengeluaran tempoh hari, pemahaman saya kalau Yang Berhormat Menteri boleh bantu iaitu kalau sebelum ini, tahun 2021 sahaja, hampir 2.6 juta orang rakyat Malaysia mempunyai simpanan bawah RM1,000 berbanding dengan tahun April 2020, RM1.4 juta. Peningkatan hampir 80 peratus. Ketika ini, berapa ramai sebenarnya yang jatuh di bawah paras simpanan RM1,000 untuk KWSP?

Saya teliti soal kelangsungan jaringan keselamatan kita ini. Penjelasan daripada pihak KWSP adalah untuk meningkatkan pelaburan. Akan tetapi, kita tahu juga pasaran saham ketika ini berada pada tahap yang agak sukar ataupun ada risiko yang besar. Jadi, bagaimanakah, sementara Yang Berhormat Menteri ini masih memegang tampuk kepimpinan, bagaimanakah hendak memastikan kelangsungan seperti KWSP, SIP ini dapat diteruskan?

Perkara yang kedua untuk pemerhatian Yang Berhormat Menteri. Apabila kita sebut soal kelangsungan, perkara kedua yang menjadi kekhuatiran dalam mana-mana jaringan keselamatan sosial kita adalah soal kelompangan. Kelompangan sistem itu menyebabkan mungkin berlaku ketirisan yang sudah terbukti berlaku. Kedua, berlaku mungkin pihak yang tercicir ataupun keciciran sementara pihak SPRM menjalankan siasatan.

Apa yang saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Menteri untuk bantu adalah kita tahu bahawa masalah penyelewengan itu berlaku dengan PenjanaKerjaya. Ini yang telah diumumkan dalam media dan sebagainya. Akan tetapi, saya difahamkan oleh cakap-cakap dalam industri bahawa ia ada terkait juga dengan Elaun Mencari Pekerjaan.

Sebagai contoh yang saya dapat maklumat, ada individu untuk mendapatkan manfaat Elaun Mencari Pekerjaan, maka dia pergi interview. Saya difahamkan sampai dua atau tiga interviews. Sepatutnya dapat balik elaun.

Masalahnya, apabila disemak namanya sudah ada namanya dalam syarikat lain yang mana berlakunya tuntutan palsu. Oleh sebab itu, ketirisan yang berlaku dalam PenjanaKerjaya ini ada kesan kepada pekerja ataupun mereka yang menganggur di mana patutnya dapat manfaat elaun tetapi tidak dapat. Jadi, kalau pihak Yang Berhormat Menteri dapat bantu untuk terangkan untuk kita elak kelompangan sistem ini supaya bukan hanya soal pertindihan tetapi ada lubang-lubang yang menyebabkan beberapa orang individu mungkin dapat manfaat tetapi rakyat biasa yang sebenarnya menganggur mencari kerja sepatutnya ada manfaat daripada pihak kerajaan tetapi tidak dapat.

Kedua, daripada soal isu untuk mengelakkan kelompangan tadi, soal keciciran.

Terima kasih sebab selepas ini akan ada RUU untuk membela suri rumah untuk memastikan ada caruman kepada mereka. Saya juga sebelum ini bersuara soal pekerja gig supaya mereka juga mendapat manfaat caruman daripada SIP mahupun KWSP ataupun PERKESO.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Cuma, persoalan kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimana Yang Berhormat Menteri untuk membantu kita kurangkan keciciran pekerja yang mungkin terkeluar daripada mana-mana dasar kerajaan yang ada, pasti ada kumpulan yang tercicir.

Jadi, saya harap dan saya tahu di pihak kerajaan ada majlis untuk bincang soal keselamatan sosial ini tetapi saya rasa kena ada dasar yang lebih proaktif daripada pihak sumber manusia supaya dalam isu pekerjaan ini, tidak ada yang ambil peluang soal kelompangan tadi dapat pula berlaku ketirisan, ambil tuntutan palsu sampai hilang ketirisan ratusan juta ringgit tetapi pada masa yang sama, kita kena pastikan kesemua para pekerja kita terutamanya mereka yang wajar untuk kita bantu dan untuk kita lindungi dapat perlindungan sebaik mungkin. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Jerai.

final • 12:30 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Waalaikumussalam.

final • 12:34 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai sesi perbahasan bagi Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan. Semua sedia maklum, sistem ini adalah salah satu dasar yang menjadi medium utama dalam melindungi kebajikan para pekerja daripada pelbagai sektor terutamanya mereka yang kehilangan pekerjaan bermula 1 Januari 2018.

Mereka boleh membuat permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO atau SIP. Melalui program ini, bantuan kewangan segera semua warganegara Malaysia yang mencarum dengan PERKESO layak memohon SIP kecuali mereka yang hilang pekerjaan akibat salah laku, peletakan jawatan sukarela, tamat kontrak atau bersara. Selain itu, program ini juga membantu pencarum PERKESO yang hilang pekerjaan mendapat pekerjaan baharu melalui program penempatan semula pekerjaan termasuk bantuan mobiliti.

RUU SIP ini dirangka dengan mengambil kira untuk membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk bekerja secepat mungkin. Jika dilihat dari sudut negatif, ia seolah-olah membebankan pencarum. Namun begitu, ia perlu dinilai secara lebih mendalam dan teliti. Bagi jangka masa yang panjang, sistem ini sangat membantu terutama individu yang bergelar pekerja. Sebagai contoh, semasa COVID-19 mula melanda negara pada tahun 2019.

Ramai majikan yang “gulung tikar” akibat Perintah Kawalan Pergerakan dan memaksa mereka menutup perniagaan dan seterusnya terpaksa memberhentikan pekerja ataupun memberi cuti tanpa gaji. Kita ambil iktibar atas kejadian COVID-19 yang lalu yang melumpuhkan hampir kesemua sektor ekonomi negara dan dengan adanya Sistem Insurans Pekerjaan ini, ia sangatlah membantu para pencarum bagi mengharungi tempoh sukar yang dihadapi sementara mendapat pekerjaan baharu.

Sistem baharu ini juga mampu menyelesaikan masalah tekanan sosial yang sering kita dengar saban hari. Kini kita boleh lihat peratus bunuh diri dan juga masalah tekanan perasaan akibat masalah kewangan yang semakin meningkat. Oleh itu, dengan wujudnya SIP ini, dilihat mampu untuk mengurangkan bebanan dalam masyarakat kita.

Keduanya, adalah berkaitan Elaun Berpindah Tempat Kerja. Adakah dimasukkan sekali dalam Sistem Insurans Pekerjaan ini? Kita faham dengan keadaan endemik pada ketika ini, ramai di antara kita yang dicutikan tanpa gaji dan dibuang kerja dan terpaksa mencari pekerjaan baharu. Namun, lokasi mungkin berubah ke tempat lain yang lebih jauh yang memaksa individu supaya membawa keluarga berpindah rumah ke lokasi baharu.

Kos yang terpaksa dikeluarkan juga agak tinggi seperti perpindahan, persekolahan anak-anak, pengangkutan, sewa rumah dan sebagainya. Jadi, saya memohon supaya diwujudkan sekali secara one-off elaun berpindah tempat kerja, sama syaratnya seperti elaun-elaun lain di bawah SIP.

final • 12:34 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Bayangkan, pekerja yang hilang upaya kekal. Jika tidak mencarum, mereka akan kehilangan terus punca pendapatan. Namun, jika mereka menjadi pencarum sekurang- kurangnya nasib mereka akan terbela. RUU SIP ini juga bertujuan membantu mereka yang kehilangan pekerjaan mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu. Diharap kerajaan akan membuat tindakan yang lebih tegas kepada majikan yang masih belum mendaftar SIP ini bagi melindungi pekerja mereka.

Sehingga 30 Jun 2020, sebanyak 319 ribu permohonan melibatkan dua juta orang pekerja dengan pembayaran berjumlah RM5.2 bilion. Ia merupakan satu angka yang dikira amat memberangsangkan kerana telah membantu ramai orang untuk meneruskan masa sukar mereka. Jika dilihat dengan teliti, SIP ini sangat membantu para pencarum.

Dengan ini, saya menyokong penuh sekiranya RUU SIP ini dikekalkan atau ditambahbaikkan. Sekian, terima kasih.

final • 12:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Silakan Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 12:34 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan tentang rang undang-undang meminda Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Seperti yang dinyatakan Yang Berhormat Menteri, inti pati ialah menaikkan had maksimum ke boleh insurans amaun gaji pekerja daripada RM4,000 sebulan kepada RM5,000 sebulan.

Saya ingin mendapat satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Sejak pelaksanaan Akta SIP ini, dari tahun 2017 atau tahun 2018, empat tahun lebih pelaksanaan ini, bagaimanakah assessment ataupun penilaian daripada segi kewangan sama ada funding ini boleh self-sustainable tanpa pelaburan tambahan daripada kerajaan? Ini penting kerana walaupun SIP ini, kali ini menaikkan had maksimum ke boleh insurans tetapi saya membaca bahawa pemakaiannya di bawah seksyen 22 akta asal, akta ini tidak terpakai bagi orang-orang yang diperihalkan dalam Jadual Pertama.

final • 12:38 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Dia tidak terpakai bagi mana-mana pekerja yang melebihi umur 60 tahun. Itu isu yang penting kerana seperti Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa selepas COVID-19 pengeluaran dibenarkan di bawah KWSP, i-Sinar dan sebagainya, ramai telah mengeluarkan wang persaraan mereka.

So, apakah perancangan retirement security ataupun sekuriti persaraan sekiranya SIP ini tidak cover untuk mereka yang berumur melebihi 60 tahun? Apabila mereka yang berumur melebihi 60 tahun hilang kerja, maka tidak dilindungi. Hari itu kita telah membahaskan pindaan terhadap Akta PERKESO, tidak juga dilindungi untuk mereka yang melebihi umur 60 tahun. Ini kerana pengeluaran KWSP yang begitu ramai mengeluarkan wang tersebut. Dijangkakan mereka perlu bekerja barangkali sampai umur 70 tahun. Bagaimana dengan retirement security kerana SIP tidak cover untuk mereka yang berumur melebihi 60 tahun.

Saya juga baca dalam Jadual Pertama ini, “mana-mana pekerja mencapai umur 57 tahun dan yang berkenaannya tiada caruman maka dia juga tidak dapat layak”. Saya rasa ini perlu diperbaiki.

final • 12:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

[Bangun]

final • 12:40 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Silakan Yang Berhormat Klang.

final • 12:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera. Tuan Yang di-Pertua, pada masa sekarang Yang Berhormat Bukit Bendera, peruntukan untuk retraining pekerja-pekerja telah hilang kerja hanya RM4,000. Ini tidak clear, tidak cukup.

So, saya minta pandangan Yang Berhormat Bukit Bendera supaya, masa sudah sampai kita untuk meningkatkan RM4,000 kepada RM10,000 supaya pekerja-pekerja

final • 12:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

yang harus memasuki retraining ini boleh mendapat retraining yang bagus dan canggih.

Minta pandangan.

final • 12:40 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Ya, terima kasih cadangan tersebut.

Saya rasa cadangan tersebut boleh diberi perhatian serius oleh kerajaan. Ini kerana saya baca juga dalam surat akhbar bahawa terdapat begitu banyak false claims di bawah PenjanaKerjaya sehingga SPRM masuk RM423 juta false claims. Walaupun Yang Berhormat Menteri hari itu telah menyatakan bahawa yang PERKESO lah yang membuat laporan SPRM dan sebagainya.

Akan tetapi, bagaimana, what is your internal governance, kawalan dalaman PERKESO sehinggakan RM423 juta false claims berlaku.

Saya ingin mendapatkan penjelasan dari Yang Berhormat Menteri juga, dalam jawapan Yang Berhormat Menteri kepada Yang Berhormat Kota Melaka bahawa Program JaminKerja, walaupun telah dibajetkan RM2 bilion bagi 300,000 orang tetapi hanya digunakan 1.23 percent sahaja, yang benefit 17 percent daripada sasaran sahaja.

Pada satu pihak, bajet memberikan RM2 bilion bajet untuk Program JaminKerja dan dalam satu pihak lagi PenjanaKerjaya— ketirisan, terdapat false claims lebih banyak dan satu pihak lagi dibawa hari ini SIP yang kita tidak meluaskan ruang lingkup (coverage) untuk SIP. Tadi saya kata umur 60 tahun. Saya baca juga ia tidak cover untuk domestic workers, pekhidmat rumah tangga tidak dilindungi di bawah SIP.

Begitu juga, pekerja yang bersifat sambilan, the gig worker— tidak ada protection under SIP. Juga, beberapa isu— umur yang belum mencapai umur 18 tahun juga tidak di- cover SIP. Pada satu pihak, kerajaan memperuntukkan begitu besar dan Program JaminKerja yang tidak ada kawalan selia yang bagus. Pada satu pihak lagi pembaziran, false claims dan sebagainya. Pada pihak lain lagi, kita pula tidak meluaskan ruang lingkup lebih besar.

Saya cadangkan supaya meningkatkan umur daripada 60 tahun di bawah coverage SIP kepada sekurang-kurangnya 65 tahun ataupun 70 tahun supaya ia lebih membantu mereka yang warga emas yang terpaksa bekerja kerana tidak ada retirement security yang telah keluarkan wang KWSP untuk memberikan coverage kepada mereka.

Saya rasa pemuda-pemudi kita sudi untuk membayar supaya mereka yang berumur melebihi 60 tahun diberi perlindungan di bawah SIP ini. Saya meminta satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kemaman.

final • 12:40 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2022.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya menyambut baik pindaan akta ini yang bertujuan untuk menambah baik keselamatan sosial dari semasa ke semasa dengan memberi manfaat, khususnya kepada golongan pekerja yang telah hilang pekerjaan.

Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) ada satu inisiatif kerajaan dan merupakan satu dana keselamatan sosial yang menyediakan bantuan kewangan dan perkhidmatan carian pekerjaan untuk membantu golongan pekerja yang hilang pekerjaannya.

Saya percaya dengan inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui Sistem Insurans Pekerjaan benar-benar dapat membantu mana-mana pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk menyara tanggungan mereka sehinggalah mereka ini mendapat pekerjaan yang baharu.

final • 12:45 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Kita sedia maklum bahawa Sistem Insurans Pekerjaan ini adalah untuk pekerja swasta dan ia telah dilaksanakan pada Januari 2018 lagi sebagai satu jaringan keselamatan sosial bagi tujuan meningkatkan peluang pekerjaan dan membantu pekerja yang hilang pekerjaan melalui program latihan mahupun latihan vokasional.

Soalan saya kepada pihak kementerian, bagaimanakah pula dengan pihak penjawat awam yang diberhentikan kerja? Adakah ia boleh dibuat skim ini untuk membantu mereka dalam bentuk program mahupun latihan selepas diberhentikan?

Tuan Yang di-Pertua, seiring dengan Revolusi Industri 4.0, platform ekonomi gig menjadi segmen pekerjaan semakin meningkat dan menjadi pilihan, terutamanya generasi muda yang tinggal di kawasan bandar di Kuala Lumpur ataupun bandar sekitarnya.

Apatah lagi, kebanyakannya yang telah kehilangan pekerjaan berikutan dengan pandemik COVID-19 baru-baru ini telah menceburi platform ekonomi gig yang dianggap lebih fleksibel dan lebih mudah.

Antara sektor yang mewakili pekerjaan ekonomi gig adalah sektor e-hailing, pengangkutan makanan dan barangan seperti Grab dan Foodpanda serta perniagaan dalam talian. Pada ketika ini rakyat juga banyak bergantung pada ekonomi gig ini dalam pembelian barangan keperluan harian dan makanan.

Oleh itu, permasalahan yang timbul apabila kebanyakan pekerja dalam sektor gig ini tidak mempunyai perlindungan diri yang khusus, termasuk mencarum dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) iaitu sekiranya berlaku kemalangan, ia menjadikan mereka ini tidak mempunyai perlindungan insurans sama sekali.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, berlaku peningkatan terhadap permintaan ke atas perkhidmatan ini dan pekerjaan berlandaskan ekonomi gig ini. Seterusnya, meningkatkan risiko kemalangan kepada mereka yang terlibat dalam sektor ini.

Sehubungan itu, pada Jun 2020, kerajaan telah mewujudkan satu bantuan dana padanan bagi platform ekonomi gig atau dikenali sebagai PenjanaGig melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara bagi menjamin keselamatan sosial, kebajikan golongan orang bekerja sendiri (OBS) yang melibatkan aktiviti pekerjaan ekonomi gig ini.

Soalan saya, menerusi Program PenjanaGig PERKESO, berapakah jumlah pekerja ekonomi gig yang mencarum dengan PERKESO ini? Apakah mekanisme yang digunakan oleh pihak kerajaan dengan kerjasama pemain industri ekonomi gig ini bagi meningkatkan kesedaran kepada pekerja ekonomi gig di seluruh negara untuk mencarum dengan PERKESO?

Di samping itu, saya ingin mengetahui juga apakah inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam memperluaskan sistem insurans kepada pekerja ekonomi gig memandangkan platform pekerjaan ini menjadi suatu trend dan cukup popular pada masa ini? Sekian terima kasih, saya mohon menyokong.

final • 12:45 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kemaman. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 12:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Lembah Pantai turut bersama untuk membahaskan rang undang-undang meminda Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Seperti ramai yang telah sebut tadi, banyak sebenarnya yang perlu kita teliti. Akan tetapi saya ingin mulakan dengan penemuan Laporan Ketua Audit Negara yang telah diterbitkan tahun 2019 iaitu Laporan Ketua Audit Negara 2018 yang menyatakan pada waktu itu jumlah sebanyak RM40.35 juta Geran Pembangunan SIP telah diguna tanpa menepati tujuan.

final • 12:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Bila kita baca perkara ini Yang Berhormat Menteri, bersama-sama dengan isu-isu yang bangkit sekarang berkenaan PenjanaKerjaya dan tangkapan yang telah dilakukan, jumlah yang dikatakan terlibat. Bagi saya, isu yang disebut oleh beberapa orang rakan tadi mengenai governance ataupun tatakelola, amat mencemaskan. Apatah lagi bila kita lihat dan kita faham bahawa niat yang begitu baik dalam Skim Insurans Pekerjaan ini adalah untuk membantu mereka yang telah hilang kerja ataupun mengalami keadaan kekurangan pendapatan ataupun bermacam-macam masalah yang lain untuk kembali berdiri di atas kaki sendiri.

Namun yang kita lihat, berlaku keadaan, “mengharapkan pegar, pegar makan padi”. Mereka yang ditugaskan untuk menjaga dana ini, nampaknya tidak semua dana ini telah digunakan sebaik mungkin. Malah, ada yang mungkin masuk ke kocek sendiri. Ini yang menjadi perbualan ramai di luar sana. Siapa yang terlibat, siapa yang bersubahat– mereka ini perlu dihadapkan ke muka pengadilan.

Saya lihat daripada penemuan Ketua Audit Negara 2018, laporan pada tahun itu seperti tidak ada penambahbaikan. Sekiranya pada waktu ini, saat ini, berlaku pecah berita yang menyatakan sejumlah yang sangat besar telah disalah guna, maka yang saya ingin ajukan, adakah Yang Berhormat Menteri bersedia untuk melakukan audit forensik

(forensic auditing) terhadap sama ada PenjanaKerjaya ataupun SIP itu sendiri? Ini sebab kita lihat memang ada empat perkara – mencari pekerjaan, membantu bekerja semula awal, pendapatan yang berkurangan dan elaun dan fi latihan.

Ramai seperti Yang Berhormat Johor Bahru sebutkan tadi, ada berlaku insiden- insiden yang didakwa, yang mengatakan pekerja itu pergi untuk mendapatkan latihan dan sepatutnya mendapat elaun tetapi orang lain telah menggunakan nama dia dalam syarikat yang lain. Adakah Yang Berhormat Menteri boleh mengesahkan keadaan ini berlaku ataupun tidak? Sekiranya ia berlaku, apakah tahap– how critical is this issue? Adakah ia berada pada satu tahap yang sangat membimbangkan? Siapakah yang terlibat?

Perkara-perkara seperti ini sangat membimbangkan kerana seperti yang saya sebut, kita berada dalam fasa memasuki endemik dan ramai dalam kalangan rakyat sangat terkesan akibat kenaikan harga barang. Maka, semestinya perkara yang membantu pekerja itu perlu diutamakan. Jangan ada- pegar-pegar yang makan padi ini perlu dirobohkan, dimasuk, dihumban ke dalam penjara.

Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh berikan satu komitmen yang jelas.

Audit forensik terhadap PenjanaKerjaya dan juga semua skim pemberian elaun yang melibatkan Sistem Insurans Pekerjaan. Kedua, berkenaan peningkatan siling daripada RM4,000 ke RM5,000. Saya ingin bertanya. Saya dengar tadi sahabat saya dari Klang menyatakan bahawa mungkin perlu dinaikkan lagi ke RM10,000.

Kita tahu, kita sedar bila kita lihat kepada consumer price index (CPI) contohnya dan berlaku inflasi pada waktu ini, maka bila setiap kali kita bawa perkara ini ke Parlimen, mungkin dari tahun 2017 hingga sekarang, mungkin dalam masa lima tahun, adakah kita perlu lima tahun lagi bawa peningkatan yang baharu ataupun adakah boleh diletakkan satu mekanisme yang lebih efisien? Sama ada kita letakkan siling yang lebih tinggi ataupun pada kuasa Yang Berhormat Menteri, perlu dipertimbangkan oleh satu Jawatankuasa yang lain ataupun majlis yang bersesuaian?

Ini sebab kita lihat setiap tahun harga barang akan naik. Gaji pekerja juga perlu naik. Jadi, siling ini juga tidak boleh kita tunggu setiap lima tahun kita hendak perbaiki, bawa ke Dewan yang mulia ini untuk kita luluskan untuk dinaikkan. Jadi, cadangan saya Yang Berhormat Menteri ialah mekanisme yang berbeza, di mana peningkatan siling ini boleh ditentukan melalui satu jawatankuasa secara berkala. Mungkin setiap tahun perlu direview, dengan izin. Setakat ini dahulu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai.

Kalau ikut senarai Yang Berhormat, ada satu lagi pembahas. Yang Berhormat Parit tidak ada, Yang Berhormat Kepong tidak ada. Saya bersedia untuk memanggil Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Akan tetapi tengok Yang Berhormat Sepang pun ada. Jadi, saya hendak bagi antara dua. Yang Berhormat Sepang ataupun Yang Berhormat Hang

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tuah Jaya? Sila, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Pembahas terakhir. Berhenti pada jam 1.00 tengah hari. Sila Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Menteri, rang undang-undang ini sepertimana yang dibentangkan pada tahun 2017, bertujuan untuk memberikan safety net, dengan izin.

Banyak perkara telah dibangkitkan tadi, terutama daripada segi tatakelola yang untuk menguruskan contributions ataupun sumbangan pihak-pihak ke dalam tabung ini.

Saya ingin bertanya secara terus terang. Pada hari ini saya percaya Yang Berhormat Menteri boleh menjernihkan keadaan dengan memberitahu kepada Dewan, bagaimanakah pendekatan semak dan imbang yang digariskan di dalam SOCSO ataupun PERKESO ini supaya perkara-perkara berkait dengan tatakelola mereka yang cuba menyeleweng ataupun memesongkan dana ini dapat diatasi dengan segera dan supaya tidak timbul lagi isu-isu berkait tentang Laporan Ketua Audit Negara?

Kedua, saya percaya di peringkat awal ketika undang-undang ini dibentangkan, ada beberapa isu yang berbangkit, terutamanya dengan Malaysian Employers Federation. Oleh kerana kita tahu, ini ialah undang-undang yang akan memberikan kebajikan kepada pekerja. Sudah pasti yang memberi kerja atau berikan peluang pekerjaan ini sudah pasti akan timbul isu bagaimana mereka terpaksa berdepan dengan kos tambahan.

Jadi, soalan saya ialah bagaimana pihak kementerian, terutamanya maneuver ataupun engineer perkara ini dengan membuat beberapa engagements? Apakah dapatan-dapatan engagements tersebut supaya Dewan boleh dapat satu penjelasan, agar apabila kita kemukakan undang-undang sebegini, ia memberikan keadaan, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, win-win situation antara pekerja dan mereka yang memberikan pekerjaan.

Ketiga Yang Berhormat Menteri, dalam pindaan ini, terutamanya dalam seksyen 16, diletakkan ataupun dinaikkan threshold itu kepada RM5,000. Saya ingin tanya di peringkat kementerian, apakah di sana wujud satu kajian kenapa dinaikkan RM4,000 ke RM5,000? Kenapa tidak lebih daripada itu lagi? Apakah perkara-perkara yang menyebabkan kementerian mencadangkan rang undang-undang ini terbatas hanya kepada RM5,000? Ini sebab tadi ada juga pandangan rakan-rakan yang minta supaya dinaikkan ke RM10,000.

Jadi, perkara-perkara seperti ini perlu satu penjelasan. Oleh kerana saya fikir, sekarang dalam sementara kita ingin bersama-sama memastikan kebajikan pekerjaan, kebajikan para pekerja ini, saya percaya di situ terdapat juga perkara yang kita tidak buat semata-mata untuk buat, Tuan Yang di-Pertua. Sudah pasti ada sebabnya dan kalau boleh kita buat lebih baik, why not kita pinda lebih baik? Ini adalah kerana kalau tidak, esok kalau terdapat keperluan, saya bimbang ia akan dibawa balik ke dalam Dewan ini dan dibuat pindaan yang seterusnya.

Perkara-perkara seperti ini Yang Berhormat Menteri, saya percaya banyak isu Yang Berhormat Menteri terpaksa hadapi sekarang ini. Saya boleh tumpang simpati. Akan tetapi boleh tolong gunakan Dewan ini untuk menjelaskan isu-isu yang berbangkit yang berkaitan dengan hal ehwal pekerja. Tidak hanya tertakluk kepada insurans pekerjaan ini tetapi juga pada isu-isu yang lain yang tentunya sedikit sebanyak mencemarkan nama Malaysia. Sebagai Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat, saya percaya perkara-perkara ini, perkara-perkara yang legitimate Yang Berhormat Menteri untuk dijelaskan supaya kita dapat tahu duduk sebenarnya hal-hal yang berkait dengan pengurusan sumber manusia, terutamanya pekerja di dalam negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Ahli Yang Berhormat, jam telah menunjukkan pukul 1.00 tengah hari. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya ialah pembahas yang terakhir. Kita akan kembali semula pada pukul 2.30 petang, Yang Berhormat Menteri untuk menjawab 15 minit. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 12:55 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.59 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sambung perbahasan dengan saya menjemput Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia untuk menjawabnya dalam masa 15 minit.

final • 2:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, saya belum lagi berbahas. Ada lagi beberapa orang belum bahas.

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tak, tak sempat dah.

Saya dah tutup perbahasan pukul 1 tengah hari tadi.

final • 2:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tak adillah Tuan Yang di-Pertua.

Saya dah bagi nama tadi.

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 2:30 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak Kementerian Sumber Manusia, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2022. Kementerian menghargai semua pandangan, saranan dan cadangan mahupun teguran Ahli-ahli Yang Berhormat. Jawapan saya adalah berkaitan dengan Rang Undang- undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2022 hari ini.

Seramai 11 orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Lembah Pantai dan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya telah membangkitkan isu-isu berkaitan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2022.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas.

Setakat 15 Julai 2022, jumlah penempatan pekerjaan semula adalah sebanyak 111,131 orang, manakala bagi tahun 2021 adalah sebanyak 320,864 orang. Antara sektor yang paling tinggi bagi setakat 15 Julai 2022 adalah sektor pembuatan, sektor runcit dan perdagangan serta sektor perkhidmatan kesihatan awam. Selain daripada itu, Elaun Mencari Pekerjaan PERKESO menawarkan faedah latihan upskilling dan reskilling bagi tujuan peningkatan dan pertukaran kemahiran dengan fi latihan berjumlah RM4,000 dan elaun latihan sebanyak RM10 hingga RM20 sehari.

Pemantauan data kemahiran yang diminta oleh majikan, syarat kemahiran yang ditawarkan oleh pencari kerja sentiasa dipantau oleh PERKESO melalui MYFutureJobs.

Kes-kes penempatan pekerjaan dipantau secara langsung melalui modul pengurusan kes oleh lebih daripada 800 orang pengurus kes PERKESO. Daripada segi pengurusan dasar, Kementerian Sumber Manusia bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dalam kesepadanan dan penyelarasan standard pekerjaan melalui penyelarasan MASCO dan standard pendidikan Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Seterusnya mengenai isu penerima faedah pencari pekerjaan adalah menyertai Program Penempatan Pekerjaan Semula di bawah Akta 800 untuk melakukan aktiviti pencarian pekerjaan bagi memastikan mereka terus aktif dalam pasaran buruh.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat dan juga beberapa Ahli Yang Berhormat. Kebetulannya jumlah lebih

final • 2:35 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

kurang 45,379 buah syarikat telah mengambil bahagian dalam PenjanaKerjaya. Daripada jumlah 45,379 buah syarikat itu, hanya 66 buah syarikat dikenal pasti telah terlibat dalam penyelewengan. Itu yang pertama.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya lihat hal ini yang dimulakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, ramai cuba mengelirukan Dewan yang mulia ini. Kebetulannya Kementerian Sumber Manusia melalui agensi PERKESO telah menggunakan forensic investigation, dengan izin. We investigate, bukan kita gunakan orang luar mengenal pasti.

Pihak yang mengenal pasti ada penyelewengan adalah PERKESO sendiri setelah mengadakan satu siasatan dalaman.

Kita yang melaporkan kepada pihak SPRM untuk bantu kita. Sekiranya saya hendak mempertahankan mana-mana individu tak kira sama ada orang politik atau tidak, kita tak akan lapor kepada SPRM. Ini, kita yang secara volunteer lapor kepada SPRM supaya mengambil tindakan tanpa mengira ideologi politik. Tak kiralah mereka daripada syarikat itu ada kepentingan dengan parti-parti politik atau tidak. So, itu yang saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini.

Seterusnya...

final • 2:35 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua, just satu soalan berkaitan dengan PenjanaKerjaya ini. Banyak laporan di media yang kita baca, jumlah syarikat saya tidak tahu tetapi kita terima 66 buah syarikat tadi. Akan tetapi jumlah wang yang hilang, yang dicuri kononnya ialah RM100 juta. Boleh Yang Berhormat Menteri sahkan itulah jumlah duit yang hilang sekarang daripada tabung?

final • 2:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh.

final • 2:35 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Tuan Yang di-Pertua, kebetulannya ramai tak faham di luar. Jumlah masih belum diketahui lagi sebab ada syarikat menuntut untuk program-program PenjanaKerjaya. Sama ada mereka betul-betul mahu memberi peluang pekerjaan atau tidak, kita belum ketahui, masih dalam siasatan. Maka, ini terlalu awal untuk menentukan jumlah. Mungkin ada syarikat, dia ambil kutipan sebanyak untuk 100 orang pekerja, tetapi mungkin pekerja hanya ada 50 orang sahaja dan 50 orang belum ada lagi. So, kita tengah siasat. Akan tetapi kita menyedari ada angka-angka yang tidak sesuai, kita yang melaporkan kepada pihak SPRM supaya ambil tindakan. Itulah saya hendak memberitahu Dewan yang mulia ini.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua...

final • 2:35 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Yang Berhormat Menteri, Lembah Pantai.

final • 2:35 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Memandangkan Yang Berhormat Ipoh Barat tidak berada dalam Dewan, saya akan bagi secara bertulis.

final • 2:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Secara bertulis, ya.

final • 2:35 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Yang Berhormat Menteri, Lembah Pantai.

final • 2:35 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Nanti, saya akan jawab Yang Berhormat Lembah Pantai, baru bangkitkan.

final • 2:35 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Baik.

final • 2:35 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Tebrau.

final • 2:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Tebrau tidak ada dalam Dewan.

final • 2:35 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Saya akan bagi secara bertulis. Yang Berhormat Pokok Sena?

final • 2:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tiada dalam Dewan.

final • 2:35 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Secara bertulis.

final • 2:35 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, sebenarnya saya telah tanya satu soalan menerusi Yang Berhormat Pokok Sena. Boleh jawab?

final • 2:35 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Sila ulang.

final • 2:35 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Ulang soalan? Soalan itu adalah berkait dengan pembekuan pengambilan pekerja-pekerja domestik dari Indonesia ke Malaysia dan jelas bahawa dalam agreement MoU di antara Malaysia dengan Indonesia, jelas bahawa hanya One Channel System harus digunakan, tidak lagi ada apa-apa sistem lain yang boleh digunakan. Akan tetapi malangnya, KDN hanya menggunakan MAID Online System. Satu, MAID Online System tidak diterima oleh pihak Indonesia oleh kerana yang pertama, ia melanggar undang-undang Indonesia. Kedua, it promotes false labour and number three, also trafficking of people. So oleh kerana itu, mereka marah dan membekukan. Bukankah itu memalukan Malaysia? Juga, saya tak faham coordination di antara KSM dan KDN dan nampaknya KDN sabotaj proses ini. Saya minta pandangan.

final • 2:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 2:35 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Saya tekun mendengar penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Saya berterima kasih Yang Berhormat Menteri mengambil kesempatan tiap-tiap orang yang bertanya soalan, diberi jawapan.

Saya juga telah mengambil kesempatan semasa Yang Berhormat Ipoh Barat berucap tadi untuk bertanyakan tentang isu PenjanaKerjaya. Adakah hasil siasatan daripada kes PenjanaKerjaya ini akan dimaklumkan kepada Dewan? Pihak-pihak yang terlibat, siapakah yang terlibat? Berapakah jumlah yang terlibat dan apakah tindakan- tindakan yang akan diambil akan dimaklumkan kepada Dewan kemudian?

final • 2:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sila.

final • 2:35 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Yang Berhormat Menteri, tambahan sikit.

Saya meminta satu Kertas Putih dibentangkan di Parlimen selepas semua siasatan ini untuk makluman Dewan kerana begitu penting dan begitu banyak implikasinya.

final • 2:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sila Yang Berhormat Menteri, jawab.

final • 2:35 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Tuan Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang, kebetulannya apa yang disebut oleh Yang Berhormat adalah betul. Apabila kita menandatangani MoU, permintaan daripada pihak Jakarta untuk menggunakan One Channel System. Itu sebuah saluran bukan sistem, itu saluran.

Permintaan ini telah pun dikemukakan kepada Kuala Lumpur sebab sebelum ni kita ada MAID Online, di mana mereka menyatakan mereka tidak tahu di manakah perginya warga Indonesia datang ke Malaysia setelah diberi permit kerja mereka tidak— they are not in the know dengan izin.

Akan tetapi baru-baru ini perbincangan bersama Kementerian Sumber Manusia, KDN dan pihak Indonesia dari segi dasar telah bersetuju untuk mengintegrasikan sebab kita menggunakan MAID Online ini untuk 14 negara sumber. Cuma dia hendak hapuskan untuk satu negara memang mustahil. Maka kita telah cari satu penyelesaian di mana kita akan integrasikan kedua-dua sistem. Ini adalah cadangan Kuala Lumpur kepada Jakarta.

Kita akan dapat maklum balas pada hari Khamis ini.

Seterusnya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong.

final • 2:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri. Sebelum pergi ke Yang Berhormat Jelutong, [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak follow up berkait dengan

final • 2:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

penggunaan MAID Online system ini. Sebenarnya accusation against MAID Online system ini ada dua. Pertama, it promotes or it allows forced labour ataupun buruh paksa dan juga *trafficking.

So,* kalau online system yang diguna pakai oleh KDN melonggarkan ataupun causes the problem— mengakibatkan buruh paksa dan sebagainya, cancel it because you’ve signed a document mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia akan komited untuk membasmi forced labour. So, saya tidak faham mengapa kita masih menggunakan.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Menteri.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas pandangan Yang Berhormat Klang dan seterusnya kita kembali kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong.

Apabila Kementerian Sumber Manusia melalui agensi membuat keputusan untuk melaporkan penyalahgunaan oleh 66 buah syarikat, maka kami tiada halangan untuk mengumumkan keputusan siasatan. Saya percaya SPRM akan tetap membuat pengumuman daripada segi hasil siasatan.

Seterusnya mengenai Kertas Putih, di luar daripada kawalan saya, Tuan Yang di- Pertua dan seterusnya isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian, memandangkan Yang Berhormat Pontian bersama-sama kita. Bagaimana Akta Sistem Insurans Pekerjaan [Akta 800] boleh diperluaskan kepada sektor informal?

Tuan Yang di-Pertua buat masa ini, Akta Sistem Insurans Pekerjaan [Akta 800] tidak melindungi pekerja-pekerja di bawah sektor informal. Walau bagaimanapun. mereka dilindungi di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789]. Pihak kementerian mengambil maklum atas cadangan ini dan akan memperhalusi pekerja sektor informal untuk diperluaskan di bawah Akta 800.

Mengenai berapa ramaikah yang terlibat dalam Sistem Insurans Pekerjaan sejak ia dimulakan. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2019 ia melibatkan 40,084 orang dengan bayaran RM107 juta. Tahun 2020, sebanyak 107,000 orang melibatkan RM366 juta. Bagi tahun 2021, sebanyak 61,360 orang melibatkan RM367 juta dan bagi setakat ini tahun 2022, sebanyak 19,470 orang melibatkan RM117 juta.

Berdasarkan piagam pelanggan PERKESO, tempoh pemprosesan tuntutan faedah SIP bermula daripada tarikh dokumen lengkap sehingga bayaran yang dibuat adalah selama tujuh hari. Pihak kementerian mengambil maklum atas cadangan yang dibangkitkan mengenai cadangan bagi elaun latihan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang. Cadangan bagi elaun latihan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan ataupun Akta 800 dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM10,000.

Pihak kementerian mengambil maklumat atas cadangan yang dibangkitkan dan akan memperhalusi perkara ini untuk tindakan selanjutnya setelah kajian dilaksanakan mengambil kira kemampanan dana. Walau bagaimanapun apabila kita membuat keputusan, kita perlu mengambil kira kelembapan ekonomi yang sedia ada selepas COVID-19, Tuan Yang di-Pertua.

Seterusnya, Yang Berhormat Johor Bahru ada?

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Tidak ada.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Bagi secara bertulis. Yang Berhormat Jerai?

final • 2:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, satu lagi cadangan saya telah lontarkan melalui Yang Berhormat Pontian ialah untuk pampasan sekarang adalah RM1,200 pada bulan pertama dan sampai bulan keenam itu RM450. Ini tidak cukup untuk menampung keluarga. So, cadangan tadi ialah untuk mengadakan minimum pampasan sebulan itu sebanyak RM1,500 iaitu gaji minimum. Minta pandangan Yang Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Kita akan mengkaji secara mendalam mengikut kemampanan kewangan yang sedia ada, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Jerai?

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Jerai tidak ada.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Yang Berhormat Bukit Bendera?

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Bukit Bendera ada.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Ada. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Semasa Yang Berhormat telah membangkitkan semasa pelaksanaan SIP, bagaimanakah kerajaan menjalankan penilaian kewangan agar dana lebih sustainable ataupun mampan tanpa memerlukan peruntukan daripada kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan kerajaan adalah untuk program-program pentadbiran sementara bagi maksud mengatasi tempoh COVID-19, seperti Program Subsidi Upah, PenjanaKerjaya, SIP Gig dan SIP Elaun Mencari Pekerjaan. Dalam melaksanakan Akta 800, PERKESO telah melaksanakan libat urus dalam laporan aktuari agar dana PERKESO sentiasa mampan. Kumpulan Wang Insurans Pekerjaan di bawah Akta 800 adalah tertumpu kepada perbelanjaan yang dibenarkan di bawah akta dan PERKESO diberi kuasa untuk melaksanakan kajian bagi mengkaji sistem ini dari semasa ke semasa bagi menjamin kemampanan dana.

Kedua, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bendera, apakah rancangan kerajaan untuk persaraan jika SIP tidak meliputi individu melebihi 60 tahun.

Kementerian Sumber Manusia mengambil maklum akan cadangan memperluaskan untuk diteruskan kepada semua golongan pekerja termasuk perlindungan old age care. Untuk makluman, kajian akan diteruskan untuk memperkasa sistem perlindungan negara.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan itu adalah satu cadangan baik.

Memandangkan dalam tempoh 10 tahun akan datang, kita akan menghadapi nasib yang sama seperti Jepun di mana aging population dengan izin, akan meningkat. Maka itu adalah satu cadangan yang baik dan memang Kementerian Sumber Manusia komited untuk mengkaji secara mendalam untuk mengatasi masalah ini.

final • 2:40 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya...

final • 2:40 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Masa begitu singkat...

final • 2:40 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Ringkas sahaja. Boleh?

final • 2:40 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Saya belum menjawab Yang Berhormat Lembah Pantai lagi. Kes penyelewengan PENJANA.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Lembah Pantai dahulu.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Maklumat kawalan dalam SIP sehingga boleh berlaku. Tuan Yang di-Pertua, ini saya telah memberi maklumat bahawa kita telah menyiasat menggunakan forensic investigation dalaman dan mengenal pasti daripada empat— bukan begitu senang Tuan Yang di-Pertua. Untuk mengawal 45,000 buah syarikat yang mohon PenjanaKerjaya. Dalam 45,000 buah syarikat, ada juga terlepas pandang satu atau dua tetapi kita yang mengenal pasti.

Kita yang mencari betul-betul sehingga kita dapat dan buat keputusan untuk lapor kepada SPRM tanpa mengira sepertimana saya sebut, tanpa mengira ideologi politik.

Kalau tidak, kalau kita hendak sweep everything under the carpet, mungkin saya sudah arahkan PERKESO supaya jangan laporkan kepada SPRM. Ini kita yang lapor. Tidak perlu putar belitkan Dewan yang mulia ini.

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Jadi, ahli dari MIC ada lah...

final • 2:40 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Tuan Yang di-Pertua, dia dahulu jadi Menteri, satu paku pun dia tak ada tarik. Sekarang kata menyelewengkan...

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Betul ke? Skandal kita ada lapor.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Kalau ada MIC— Okey Yang Berhormat.

Orang MIC mungkin ada, tetapi kita belum tahu lagi. Akan tetapi Yang Berhormat Bagan pernah charged di mahkamah atas tuduhan dua lot tanah 31 juta, satu dunia tahu.

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Itu Bagan, sudah charge lain...

final • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Isu Yang Berhormat Bagan— itu perkara di mahkamah, jangan dibangkitkan.

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ini di bawah kawalan Yang Berhormat. You are responsible...

final • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Standing order is very clear, Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Kalau ada orang MIC...

[Tidak jelas] Jangan cakap macam malaikat. DAP sudah buktikan di-charged. Penyelewengan dua lot tanah.

final • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bukan. Saya minta Tuan Yang di-Pertua. Saya minta Yang Berhormat Tapah tarik balik lah. Ini perkara— isu melibatkan— standing order, Yang Berhormat Tapah. Yang Berhormat Menteri, *not fair.

Come on* Yang Berhormat Tapah.

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

He is innocent until it’s proven.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Tidak payahlah Yang Berhormat Ipoh Barat bercakap macam malaikat.

final • 2:40 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Okey, sekarang kita...

final • 2:40 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Tuan Yang di-Pertua seterusnya...

final • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya tidak benarkan perbahasan seperti ini. Ini adalah sesi untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan perbahasan tadi. Saya minta Yang Berhormat Menteri, masa pun sudah tamat. Boleh on mic.

final • 2:40 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, saya tidak faham apa yang dimaksudkan dengan paku ditarik apa itu?

[Ketawa]

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

On kan mic.

final • 2:40 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

[Berucap dalam bahasa Tamil]

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

My record speaks for itself.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Lembah Pantai jawab.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin...

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tak mahu jawab soalan perkara yang saya bangkitlah? Takut?

final • 2:40 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab soalan Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Segan?

final • 2:40 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Dia sudah lama duduk dalam Dewan yang mulia ini, tidak tahu peraturan lagi.

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Peraturan tahu. Yang Berhormat, bila peraturan tidak diikut oleh Yang Berhormat Menteri...

final • 2:40 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Yang Berhormat, tolong duduk. Apabila Menteri tidak bagi laluan, tolong duduk.

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat tidak bagi jalan tidak apa.

Rakyat di luar...

final • 2:40 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Saya tak payah sekolahkan, Yang Berhormat. Sila duduk.

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Rakyat di luar tanya soalan...

final • 2:40 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Rakyat tahu macam mana TikTok you.

Tidak payah risau.

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Jangan, jangan.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

You dulu ada jawatan tak ada buat apa-apa.

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Jawab sahaja perkara yang saya bangkit.

Senang sahaja Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ya, sila teruskan.

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Okey, okey. Selepas Yang Berhormat Lembah Pantai, tengok.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Menteri, saya beri dua minit sahaja lagi.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Okey, dua minit. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, tiada ketirisan ataupun penyalahgunaan dana peruntukan geran pembangunan Akta 800 sebanyak RM40.35 juta. Memandangkan syarat geran yang terbabit tidak dinyatakan daripada awal oleh Unit Perancangan Ekonomi— memandangkan dana ini datang daripada Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri bagi tujuan pembayaran mengurus.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Berikutan sekatan perbelanjaan yang dimaklumkan setelah exit conference dijalankan bersama Ketua Audit Negara pada tahun 2019, PERKESO telah membuat pelarasan bagi perbelanjaan untuk amaun RM40.35 juta tersebut menerusi bayaran faedah full-fledged SIP pada tahun 2019.

Seterusnya, satu lagi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hang Tuah Jaya— ada?

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tidak ada.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan isu- isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat lain akan diberikan secara bertulis, akhir kata sekali lagi...

final • 2:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Yang Berhormat Menteri...

final • 2:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat, perkara khusus yang saya...

final • 2:50 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

...Saya mengucapkan terima kasih...

final • 2:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ada masa satu minit lagi Yang Berhormat Menteri...

final • 2:50 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

...Kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat di atas pandangan...

final • 2:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat, ada lagi satu minit.

Janganlah segan, Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Saranan dan teguran Ahli-ahli Yang Berhormat akan diberikan perhatian dalam merangka dasar...

final • 2:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Lembah Pantai.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Hantar bentara kasi keluar ini Yang Berhormat Ipoh Barat.

[Ketawa]

final • 2:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Lembah Pantai.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Sudah lama, sudah lama— Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Lembah Pantai, sikit sahaja.

final • 2:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya. Sebenarnya dalam perbahasan tadi, saya hendak tanya satu perkara yang saya percaya ramai di kalangan Ahli-ahli Parlimen hadapi masalah yang sama iaitu kita tidak tahu berapa ramai daripada kalangan warga di kawasan Parlimen kami yang telah hilang kerja, yang hadapi masalah hendak cari kerja.

Boleh tidak Yang Berhormat Menteri minta pegawai tolong maklumkan kepada setiap Ahli Parlimen secara bertulis pada waktu ini di kawasan Parlimen, bahagian Parlimen masing-masing berapa ramai yang tidak ada kerja supaya kami boleh lihat apa yang kami boleh membantu.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas cadangan Yang Berhormat Lembah Pantai. Inilah fungsi dan peranan seorang Ahli Parlimen. Bukan macam Yang Berhormat Ipoh Barat, drama.

final • 2:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Takut, Yang Berhormat. Apa drama? You are the dramatist.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Yang Berhormat, rangka dasar dan hala tuju kerajaan dengan lebih cekap, berkesan. Di atas keprihatinan Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

final • 2:50 PM

Fasal-fasal 1 hingga 4- Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Pengerusi, saya hendak bahas.

final • 2:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Pengerusi.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila, Yang Berhormat Ipoh Barat. Bagi rujukan.

final • 2:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Pengerusi, oleh kerana Yang Berhormat Menteri enggan menjawab soalan-soalan yang saya bangkit dahulu, maka saya terpaksa— kalau mahu, setiap seksyen, setiap sumbangan wang itu saya boleh tanya supaya you cannot run away. Sedikit-sedikit mahu jawab. We are experienced enough to do that.

Yang Berhormat, sedikit sahaja. Saya bukan hendak salahkan sesiapa. Saya rasa apa yang telah terjadi setakat ini, penyelewengan kewangan dan sebagainya, mungkin juga di lain-lain department juga.

Akan tetapi, saya khuatir, Tuan Pengerusi, ini di mana meningkatkan coverage ke RM5,000, apakah yang boleh dipastikan bahawa apabila sumbangan itu diambil, maka wang itu tidak akan diselewengkan seperti yang berlaku sebelum ini? Bolehkah saya cadangkan bahawa semua itu disenaraikan di website? Supaya kita dapat tahu apakah wang-wang ini diagihkan untuk siapa dan berapa dan supaya rakyat dapat tahu kontrak- kontrak yang diberikan.

Ini adalah kerana yang disenaraikan di sini daripada RM4,000 ke RM5,000. Lain kalau Yang Berhormat jawab dengan bagus, saya tidak perlu tanya. Kalau tidak, saya akan tanya.

final • 2:52 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 2:52 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Pengerusi.

final • 2:52 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Menteri, sekejap. Kita panggil yang kedua. Sebutkan fasal-fasal mana ya.

final • 2:52 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tidak apa, Tuan Pengerusi, tidak apa. Tuan Pengerusi, terima kasih kerana membenarkan saya untuk berbahas.

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Dua minit ya.

final • 2:54 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tidak apa, dua minit pun kita boleh jatuhkan PN ini.

Tuan Pengerusi, saya hendak beritahu Tuan Pengerusi, saya hendak tanya satu soalan kepada Yang Berhormat Menteri. Apabila kita naikkan daripada RM4,000 kepada RM5,000 ini, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, ada tidak kajian dibuat oleh pihak kementerian, bagaimana kalau sekiranya mereka-mereka yang mencarum ini kemudiannya mereka tidak membuat satu tuntutan? Adakah kerajaan bersedia untuk memulangkan balik duit caruman mereka? Itu satu, yang pertama.

Yang keduanya, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, setelah seseorang itu dibuang kerja, kita tahu tujuan akta ini untuk melindungi mereka, tetapi bagaimana pula dengan— ada tidak pihak kementerian mengadakan satu hubungan dengan pihak bank, sebagai contoh, macam mana mungkin boleh minta mereka

final • 2:54 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

tangguhkan dari segi tindakan-tindakan mahkamah dan sebagainya? Adakah adanya satu hubungan dibuat antara pihak PERKESO dengan pihak-pihak lain ini?

Yang ketiga, saya hendak minta kalau boleh Yang Berhormat berikan butiran mengenai keadaan di Sepang, khususnya pekerja-pekerja yang dibuang daripada MAS.

Apa yang mereka dapat daripada skim ini? Sekian, terima kasih.

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

final • 2:54 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Tuan Pengerusi, Sungai Buloh minta.

final • 2:54 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Mengenai apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat...

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sekejap, sekejap. Satu lagi.

Yang Berhormat Sungai Buloh. Ini peringkat jawatankuasa. Sebut fasal-fasal.

final • 2:54 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Terima kasih. Soalan saya yang pertama ialah berkaitan dengan fasal 3 dan 4 dengan ayat, “3(b) 55. Apabila gaji melebihi RM5,000”. Ini agak mengelirukan sedikit sebab— soalan saya secara ringkas adalah, adakah manfaat ini didapati oleh pekerja-pekerja yang mendapat gaji lebih daripada RM5,000? Apakah jumlah yang mereka dapati? Ini agak tidak jelas.

Yang kedua adalah berkaitan dengan huraian, saya ada soalan tentang implikasi kewangan. Saya baca dahulu. “Rang Undang-undang ini...”— yang kerajaan sebut sekarang— “Tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.” Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Yang Berhormat Menteri, kita kata undang- undang macam ini iaitu Akta Sistem Insurans Pekerjaan ialah social protection, perlindungan sosial. Akan tetapi, realitinya apa? Kita swastakan social protection. Sebab, semua dibayar oleh pekerja dan majikan. Kerajaan tidak bayar.

So, bagi saya, kerajaan mesti memikirkan— ini satu permulaan yang baik. Saya sokong secara prinsip permulaan akta ini pada 1 Januari 2018. So, ini kali pertama dalam sejarah Malaysia apabila seorang pekerja dijadikan redundant, dengan izin, atau dipecat semua, at least dia ada sekurang-kurangnya enam bulan gaji dengan sebahagian gaji itu dia bagilah sebagai satu cushion, financial cushion.

Akan tetapi, duit ini semua datang daripada pekerja dan majikan. Jadi, apabila kita lihat daripada sistem-sistem negara lain, jelas perlindungan sosial macam ini datang juga daripada dana kerajaan, daripada cukai. Akan tetapi, di sini semua diswastakan.

Social protection, dengan izin, cannot be completely privatized. The government must play its role.

Jadi, apakah cadangan atau rancangan daripada kerajaan untuk meluaskan skop undang-undang ini yang baik dengan sumbangan yang sesuai daripada pihak kerajaan selaras dengan skim-skim yang sama di negara-negara lain? Terima kasih.

final • 2:56 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Sila Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 2:56 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Tuan Pengerusi, bagi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, kita memang sedang mengambil langkah-langkah untuk memperketat. Setelah kita mengenal pasti 66 syarikat telah terlibat dalam isu penyelewengan, masih dalam siasatan, kita telah mengenal pasti beberapa kelemahan yang sedia ada. Saya bagi jaminan, kita akan memperketat peraturan-peraturan yang sedia ada supaya perkara ini tidak diulangi.

final • 2:58 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Bagi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepang, terima kasih. Saya akan bagi secara bertulis dari segi ikut Parlimen, berapa ramai yang sudah hilang pekerjaan.

Yang kedua mengenai wang caruman yang tidak dituntut. Ia tidak dapat dipulangkan berdasarkan konsep pulling, social sharing, ada risk untuk membayar untuk masa hadapan.

Yang ketiga, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Buloh. Satu cadangan yang baik. Yang Berhormat, kita lihat ini adalah satu perkara yang penting memandangkan dalam masa sepuluh tahun, negara akan mencapai status ageing population. Maka, kita telah mengkaji modul yang telah diperkenalkan di Jepun di mana semua, tidak kira— hari ini kita lihat di Malaysia, penjawat awam mendapat pencen. Akan tetapi, kita lihat modul yang dicadangkan di Jepun, kedua-dua pihak mendapat pencen untuk memberi safety net dan juga pendapatan.

final • 2:58 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Maka dalam masa 10 tahun, satu keputusan perlu dibuat secara menyeluruh dan kita akan ambil pandangan dan cadangan Yang Berhormat daripada segi sumbangan daripada kerajaan untuk menghadapi perkara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

[****Fasal-fasal 1 hingga 4** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia (Datuk Haji Awang bin Hashim) dan diluluskan]

final • 3:00 PM
RANG UNDANG-UNDANG KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, suri rumah merupakan sebahagian dari guna tenaga dalam negara yang secara langsung atau tidak langsung membantu menjana ekonomi negara.

Seorang suri rumah melakukan kerja-kerja di rumah seperti menjaga anak, memasak dan menguruskan rumah. Aktiviti-aktiviti ini, mendedahkan suri rumah kepada risiko bahaya yang selama ini tidak dilindungi dengan sebarang jenis perlindungan keselamatan sosial melainkan sekiranya suri rumah tersebut mempunyai insurans konvensional.

Namun, tidak semua suri rumah mampu berbuat demikian kerana kadar premium insurans konvensional yang tinggi. Pada masa ini, berdasarkan laporan survei Tenaga Buruh Malaysia 2021 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan seramai 4.95 juta atau 68.3 peratus populasi wanita di Malaysia masih di luar tenaga buruh dan tidak mempunyai liputan perlindungan sosial.

Oleh itu, rang undang-undang ini dapat memastikan suri rumah turut dilindungi, dengan izin, no one left behind. Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah

final • 3:02 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

menyediakan jaringan keselamatan sosial melalui Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah atau SKSSR yang akan ditadbir oleh PERKESO.

Rang undang-undang ini bertujuan untuk menjaga kebajikan suri rumah akibat apa-apa kejadian semasa mengurus rumah tangga serta melindungi mereka daripada apa-apa penyakit yang menjejaskan kerja sebagai seorang suri rumah. Rang undang- undang ini mengiktiraf penglibatan suri rumah yang menjadi sebahagian daripada dengan izin, care economy yang terlibat secara langsung dalam pembangunan institusi keluarga.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tafsiran suri rumah meliputi perempuan sama ada berkahwin atau belum dan menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau separuh masa. Ini termasuklah isteri, janda dan balu yang perkahwinannya didaftarkan serta ibu yang mempunyai anak atau ibu tunggal. Suri rumah yang layak diliputi ialah warganegara Malaysia dan pemastautin tetap. Liputan ini terpakai kepada suri rumah yang berumur kurang 55 tahun.

Rang undang-undang ini tidak terpakai bagi suri rumah yang telah mencapai umur 54 tahun dan tidak pernah mencarum dalam SKSSR. Pemakaian rang undang-undang ini adalah secara sukarela. Suri rumah, suami atau mana-mana orang boleh mendaftarkan suri rumah di bawah rang undang-undang ini. Suami suri rumah, keluarga atau mana- mana orang boleh membayar caruman bagi pihak suri rumah tersebut.

Suami atau suri rumah boleh memberi keizinan kepada majikannya untuk membuat potongan gaji bagi maksud pembayaran caruman. Sekiranya suami memilih untuk membuat caruman, dengan izin, “Once in, Always in” akan terpakai kepada suami untuk memastikan perlindungan adalah berterusan.

Sekiranya suami tidak berupaya untuk meneruskan caruman, beliau hendaklah memaklumkan perkara tersebut kepada PERKESO dalam tempoh masa 60 hari sebelum tamat tempoh caruman yang sedia ada. Caruman hendaklah dibayar terlebih dahulu pada kadar RM120 setahun bagi tempoh 12 bulan untuk memastikan mereka memenuhi syarat kelayakan menerima faedah.

Untuk tidak membebankan suri rumah, khususnya, golongan suri rumah yang mudah terjejas seperti miskin dan miskin tegar, seramai 150,000 orang wanita yang berdaftar di bawah i-Suri akan dicarumkan oleh kerajaan selaras dengan Bajet 2022.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, rang undang-undang ini menyediakan dua jenis faedah iaitu faedah hilang upaya dan faedah keilatan.

Faedah hilang upaya ialah:

(i) faedah perubatan,

(ii) faedah hilang upaya kekal;

(iii) elaun layanan sentiasa;

(iv) pencen penakat; dan

(v) faedah pengurusan mayat.

Manakala di bawah faedah keilatan ialah:

(i) elaun keuzuran;

(ii) elaun layanan sentiasa;

(iii) pencen penakat; dan

(iv) faedah pengurusan mayat.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, rang undang-undang ini mengandungi 11 bahagian, 97 fasal dan lapan jadual. Butiran terperinci adalah seperti berikut.

Bahagian I, permulaan atau preliminary, fasal 1 hingga 3. Bahagian ini mengandungi 3 fasal. Fasal 1 hingga 3 yang memperuntukkan tajuk ringkas. Permulaan kuat kuasa, pemakaian rang undang-undang serta tafsiran perkataan dan ungkapan

final • 3:02 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

tertentu yang digunakan dalam rang undang-undang ini. Antara peruntukan tafsiran utama di bawah rang undang-undang ini adalah seperti berikut.

Caruman ertinya jumlah wang yang kena dibayar kepada pertubuhan oleh atau bagi pihak seorang suri rumah mengikut akta ini. Tafsiran ini menetapkan pembayaran caruman oleh suri rumah, suami atau mana-mana orang. Kumpulan wang ertinya kumpulan wang keselamatan sosial suri rumah yang ditubuhkan di bawah fasal 52.

Tafsiran ini menetapkan penubuhan kumpulan wang yang khusus bagi SKSSR untuk dimasukkan apa-apa wang yang diterima dan mengeluarkan apa-apa wang bagi tujuan pelaksanaan SKSSR.

Suri rumah ertinya mana-mana perempuan sama ada telah berkahwin atau belum berkahwin yang menguruskan rumah tangga atas dasar sepenuh masa atau tidak dan termasuklah, seorang isteri, janda atau balu yang perkahwinannya didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis ataupun seorang ibu kepada seorang anak atau lebih termasuk ibu tunggal. Tafsiran ini menetapkan syarat kelayakan seorang perempuan yang boleh mendaftar dan mencarum dengan akta ini.

Bahagian II, Pentadbiran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah atau Administration of Housewives Social Security Scheme. Fasal 4 hingga 7. Bahagian ini mempunyai empat fasal. Fasal 4 hingga 7 tentang penubuhan SKSSR yang ditadbir urus oleh PERKESO, punca kuasa lembaga PERKESO bagi mentadbir SKSSR ini. Lantikan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah, kuasa PERKESO memegang harta serta perjalanan kuasa dan fungsi PERKESO oleh Ketua Pengarah dan perwakilan kuasa kepada pegawai lain.

final • 3:02 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

Bahagian III, Jawatankuasa ataupun Committees, fasal 8 hingga 12. Bahagian ini mempunyai lima fasal. Fasal 8 hingga 12 yang memperuntukkan tentang penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Sosial Suri Rumah (JKSSR) dan kuasa Lembaga untuk menubuhkan jawatankuasa lain bagi membantu pelaksanaan fungsi di bawah rang undang-undang ini.

Bahagian ini juga menggariskan kelayakan dan peruntukan pemberhentian keanggotaan jawatankuasa serta mendedahkan kepentingan anggota jawatankuasa jika terlibat dalam hal yang dipertimbangkan. Pengerusi jawatankuasa ini hendaklah bukan daripada mana-mana Ahli Majlis Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yang akan dilantik oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia.

Selaras dengan prinsip tripartism, keanggotaan JKSSR terdiri daripada wakil- wakil kerajaan dan anggota lain yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang munasabah dalam perkara yang berhubungan dengan kesejahteraan dan pemulihan suri rumah.

Bahagian IV, pelaksanaan pendaftaran dan caruman, fasal 13 hingga 19.

Bahagian ini mempunyai tujuh fasal, fasal 13 hingga 19 yang memperuntukkan tentang pelaksanaan kepada pendaftaran dan caruman suri rumah yang layak dilindungi di bawah rang undang-undang ini.

Bahagian V iaitu faedah (benefit) fasal 20 hingga 45. Bahagian ini mengandungi 26 fasal, fasal 20 hingga 45 tentang faedah yang perlu dibayar dan kelayakan seseorang terhadap faedah itu. SKSSR menyediakan manfaat di bawah faedah hilang upaya kepada suri rumah berinsurans. Jika mengalami bencana domestik semasa menguruskan rumah tangga seperti berikut:

(i) faedah perubatan - fasal 23;

(ii) faedah hilang upaya kekal – fasal 25;

(iii) faedah elaun layanan sentiasa – fasal 30;

(iv) pencen penakat – fasal 36; dan

(v) faedah pengurusan mayat – fasal 29.

final • 3:10 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

Di bawah faedah keilatan, faedah-faedah yang diberi kepada suri rumah berinsurans jika diperakukan menghidapi keilatan adalah seperti berikut:

(i) elaun keuzuran – fasal 31;

(ii) elaun layanan sentiasa – fasal 30;

(iii) pencen penakat – fasal 36; dan

(iv) faedah pengurusan mayat – fasal 29.

Bahagian VI, penentuan semakan semula dan rayuan (determination, review and appeal) fasal 46 hingga 51. Bahagian ini mengandungi enam fasal, fasal 46 hingga 51 tentang penentuan persoalan hilang upaya kekal dan keilatan oleh penilai perubatan.

Bahagian ini juga memperuntukkan tentang semakan semula dan rayuan kepada penilai perubatan dan jemaah doktor rayuan.

Bahagian VII, peruntukan kewangan (financial provision) fasal 52 hingga 64.

Bahagian ini mengandungi 13 fasal, fasal 52 hingga 64 tentang peruntukan kewangan antaranya Kumpulan Wang Keselamatan Sosial Suri Rumah, kuasa untuk menerima pemberian atau derma, kuasa labur, audit dan laporan tahunan.

Bahagian VIII, Tribunal Keselamatan Sosial Suri Rumah (The Housewife Social Security Tribunal), fasal 65 hingga 74. Bahagian ini mengandungi 10 fasal, fasal 65 sehingga 74 memperuntukkan tentang penubuhan kuasa dan prosiding Tribunal Keselamatan Sosial Suri Rumah.

Bahagian IX, Penguatkuasaan dan Penyiasatan (Enforcement and Investigation), fasal 74 hingga 77. Bahagian ini mengandungi tiga fasal, fasal 75 hingga 77 yang memperuntukkan tentang penguatkuasaan dan penyiasatan. Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan pemeriksa diberi kuasa di bawah rang undang-undang ini, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4] dan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

Bahagian X, Kesalahan dan Penalti (Offences and Penalties), fasal 78 hingga 83.

Bahagian ini mengandungi enam fasal, fasal 78 hingga 83 memperuntukkan tentang kesalahan dan penalti.

Bahagian XI, Am (General), fasal 84 hingga 97. Bahagian ini mengandungi 14 fasal, fasal 84 hingga 97 yang memperuntukkan tentang peruntukan am.

Jadual Pertama (First Schedule) rang undang-undang ini memperuntukkan kategori suri rumah yang dikecualikan daripada pemakaian rang undang-undang. Rang undang-undang ini tidak terpakai bagi suri rumah yang telah mencapai umur 55 tahun atau 54 tahun dan tidak pernah mencarum dalam SKSSR.

Jadual Kedua (Second Schedule) rang undang-undang ini memperuntukkan jumlah bayaran sekali gus yang akan dibayar kepada suri rumah berinsurans mengikut jenis hilang upaya kekal.

Jadual Ketiga menyenaraikan kadar caruman yang perlu dibayar terlebih dahulu pada kadar RM120 setahun bagi tempoh 12 bulan bagi pendapatan bulanan anggapan sebanyak RM600.

Jadual Keempat (Fourth Schedule) memperuntukkan kadar pencen penakat sehingga umur 55 tahun iaitu sebanyak RM300 sebulan kepada mereka yang layak.

Jadual Kelima (Fifth Schedule) ini memperuntukkan jumlah bantuan kewangan bagi kegagalan ginjal tahap akhir iaitu RM200 sebulan.

Jadual Keenam memperuntukkan kadar faedah pengurusan mayat sebanyak RM2,000.

Jadual Ketujuh dan kita melihat Jadual Ketujuh memperuntukkan kadar elaun layanan sentiasa iaitu RM250 sebulan.

Jadual Kelapan memperuntukkan amaun maksimum bagi pemulihan jasmani sebanyak RM50,000 dalam satu tempoh caruman dan rawatan dialisis sebanyak RM200 setiap bulan atau menurut Akta Fi 1951 mengikut mana-mana yang lebih rendah.

final • 3:10 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan berharap supaya Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 ini dapat memberi nilai impak yang disasarkan iaitu menjamin kesejahteraan sosial suri rumah, keluarganya dan masyarakat sejagat. Pelaksanaan SKSSR oleh PERKESO melalui rang undang-undang ini merupakan perluasan jaringan keselamatan sosial kepada kumpulan masyarakat yang tidak dilindungi selama ini.

Golongan ini turut sama terdedah kepada pelbagai masalah seperti kemalangan, penyakit, keilatan, masalah rumah tangga atau kenaikan kos sara hidup tanpa sokongan daripada aspek bantuan kewangan dan penjagaan kebajikan. Golongan ini juga perlu diberi perlindungan sewajarnya kerana mereka merupakan tulang belakang kepada ahli keluarga dan masyarakat dalam meneruskan kehidupan seharian dan menyumbang kepada keharmonian rumah tangga.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama untuk menjayakan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 3:10 PM

Timbalan Menteri Kesihatan II - Datuk Aaron Ago Dagang

Saya menyokong.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis adalah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi keselamatan sosial bagi suri rumah berinsurans dalam bentuk faedah tertentu bagi peningkatan kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan suri rumah dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ada senarai yang telah memohon untuk berbahas.

Bermula dengan Yang Berhormat Pontian lima minit, kemudian Yang Berhormat Ipoh Barat sepuluh minit, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya dan Yang Berhormat Segambut.

Dipersilakan Yang Berhormat Pontian.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya pertamanya menyokong sangatlah Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 ini yang saya kira adalah suatu langkah ke hadapan, langkah yang baik yang ingin kita laksanakan dan kita tahu bahawa suri rumah adalah kerjaya yang mulia, bekerja dalam konteks mereka 24 jam tujuh hari seminggu, pagi petang siang malam. Kerja yang menumpukan perhatian untuk anak-anak dan untuk suami.

final • 3:19 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Kerja yang menumpukan perhatian untuk anak-anak dan untuk suami. Suri rumah bekerja tanpa dibayar gaji sebagai mana yang difahamkan orang sebagai gaji, kecualilah diberi oleh suami. Tidak berkerjaya seperti rakan-rakan mereka yang lain dan kadang- kadang menghadapi permasalahan apabila terpaksa pula mengambil tugas jika suami berlaku musibah atau bencana terhadap suami. Maka, suri rumah yang kemungkinan terabai setelah suami merupakan ketua keluarga, hilang mata pencarian, amat perlu kepada apa yang kita ingin luluskan daripada segi Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 ini.

Antara perkara yang disebut di sini ialah untuk meningkatkan kesihatan, meningkatkan keselamatan, meningkatkan kebajikan dan kebajikan suri rumah. Itu sebab

final • 3:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

saya tentunya menyokong supaya apa yang disebut bahawa no one is left behind dan dalam penglibatan suri rumah dalam care economy untuk pembangunan institusi keluarga.

Walaupun demikian, ada beberapa perkara yang ingin saya tanyakan. Pertama, disebut 150,000 orang golongan wanita di bawah eKasih akan dicarumkan oleh kerajaan.

Adakah 150,000 ini angka yang tepat? Sepatutnya mungkin lebih daripada 150,000.

Disebut juga pemakaian rang undang-undang ini secara sukarela. Pendaftaran oleh suri rumah, suami atau orang lain.

Oleh sebab sudah ada data-data 150,000 orang ini, saya kira kementerian perlu sahaja terus mendaftarkan, PERKESO terus sahaja mendaftarkan dan kemudian maklumkan kepada mereka yang sudah didaftarkan. Biarlah kita bekerja secara proaktif, bukan menunggu mereka mendaftar tetapi kita mendaftarkan secara automatik dan kemudian mereka yang telah didaftarkan ini kita maklumkan secara bersurat.

Seterusnya, liputan ini terpakai sehingga umur 55 tahun. Saya hendak tahu kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, umur pencen kita 60 tahun, kenapa dipilih umur 55 tahun ini? Kenapakah kita tidak boleh tambah umur 55 tahun ini kepada 60 tahun supaya selaras dengan umur pencen?

Satu lagi ialah tafsiran suri rumah ini. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut bahawa perempuan berkahwin atau belum berkahwin? Jadi, yang belum berkahwin ini agak menarik juga. Kalau mereka juga diberikan, dianggap sebagai suri rumah sebab mereka belum berkahwin. Jadi, mereka ini suri rumah kepada orang rumah mana ya? Jadi, itu satu perkara yang ingin yang saya tanyakanlah.

Kemudian, terima kasih kerana Skim Hilang Upaya Bencana Domestik, Skim Keilatan dengan misalnya, bayaran pukal sehingga RM30,000 mengikut jenis kecederaan.

Disebut sini faedah pengurusan mayat RM2,000 sekali sahaja. Apa yang saya hendak tanya, siapa yang meninggal, Yang Berhormat Timbalan Menteri? Adakah suami yang meninggal ataupun dia yang meninggal ataupun siapa yang meninggal ini? Ini kena nyatakan juga ya.

Okey, satu lagi soalan yang seterusnya saya ingin bertanyakan ialah apakah suri rumah masih layak menerima faedah sekiranya berlakunya perceraian dan pihak suami menghentikan caruman?

Soalan seterusnya, apakah jumlah ini mengambil kira golongan M40 yang telah jatuh ke kelompok B40 akibat pandemik COVID-19? Bererti, yang saya sebut 150,000 itu mungkin akan bertambah bilangannya. Seterusnya, apakah caruman dikira aktif jika pembayaran dilakukan secara tidak tetap? Sebagai contoh, pembayaran dilakukan kepada bulan Januari, Februari, Mac tetapi tidak bayar pada bulan April, Mei, kemudian dibayar pula pada bulan seterusnya bersama tunggakan. Ini apa– ini secara teknikal lah.

Apakah akan ada kenaikan pembayaran pada masa hadapan? Oleh kerana pembayaran secara prepaid RM120 ini bagi tempoh dua belas bulan, ada yang berpandangan ia dikira rendah berbanding kos perubatan yang semakin meningkat.

Seterusnya, sekiranya suami berpoligami, apakah isteri kedua, ketiga, keempat layak menerima faedah tersebut? Akan tetapi daripada segi logiknya, jika mereka membayarkan kepada dua, tiga, empat, semuanya logiklah dan boleh dapat ya.

Soalan lagi, apakah kaedah perubatan di bawah Skim Hilang Upaya ini merangkumi kos perubatan yang melibatkan pembelian ubatan dan peralatan, termasuk operasi pembedahan? Seterusnya yang akhir, sekiranya caruman dibuat, bilakah tarikh perlindungan bermula dan berapa lama kah tempoh suri rumah menerima faedah bayaran setelah dibuat permohonan? Itulah soalan-soalan yang ingin saya tanyakan, terima kasih.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 3:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya memulakan perkara membahaskan ini, saya hendak beritahu untuk semua Ahli Parlimen di sini mengenai latar belakang akta ini, rang undang- undang ini. Sebenarnya, ini adalah dalam manifesto Pakatan Harapan. Mungkin Yang Berhormat lagi ingat bahawa– dan tidak lupa Yang Berhormat Menteri pun kita ingatkan sekarang. Ini adalah di mana kita dasarnya i-Suri, sumbangan kepada KWSP. Akan tetapi masa perkara itu dibincangkan, kita telah membawa ke Kabinet dan mendapat kebenaran supaya RM10 daripada pembayaran kepada KWSP itu akan diguna pakai untuk dibayar ke SOCSO. Itulah sejarah ia, itu adalah nyata.

Masa kita menerajui kerajaan, rang undang-undang ini sudah pun 99 percent siap.

There’s nothing they have baked in the oven is new. It’s all lama punya cerita. Jadi, ini ialah satu sumbangan kita kepada negara dan ini adalah untuk kebaikan semua suri rumah di negara ini.

Akan tetapi nampaknya, walaupun rang undang-undang ini ada kebaikan yang banyak tetapi ada satu yang tercicir daripada rang undang-undang ini. Ini adalah di mana sumbangan kerajaan dalam Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 ini tidak ternyata dalam rang undang-undang ini. Itu saya khuatir kerana tidak ada macam obligasi atau an undertaking dari kerajaan bahawa wang ini akan dibayar setiap tahun kepada SOCSO. Ini beza dengan Pakatan Harapan, di mana dengan nyata kita mengatakan bahawa semua sumbangan kerajaan mengakui tanggung untuk membiayai projek ini. Ini adalah kerana khusus kepada B40, di mana kita perlu mengambil kira kesusahan mereka. Maka, pertolongan perlu diberi kepada mereka. Itu ia punya hasrat.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya dengan sangat tidak senang hati bila satu di antara keperluan untuk menjadi ahli di sini di B40, selain daripada menjadi ahli B40- seorang miskinlah, seorang susahlah. Lagi kerajaan cakap, “You mahu dapat eKasih meluluskan”. Ini eKasih ini banyak jahat. Banyak jahat, Tuan Yang di-Pertua. Kalau Yang Berhormat dalam kawasan Yang Berhormat pergi register dengan eKasih, ia ambil dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh bulan, tidak masuk akal langsung.

Jadi, dalam masa itu menyusahkan masyarakat madani, masyarakat yang biasa.

Saya rasa itu perlu diambil kira oleh SOCSO supaya kita mengatasi masalah ini. Kalau kita ada mekanisme dalam PERKESO sendiri supaya kita dapat merangkumi semua orang ini, supaya tidak perlu mereka mendapat macam diperhalusi oleh eKasih.

final • 3:24 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 3:24 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, inilah masyarakat- inilah masalah di negara ini. Kita ada macam-macam department...

final • 3:24 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 3:24 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...yang mengambil macam filtering proses.

Filtering bukan satu proses, ia ada empat, lima, enam. Sudahlah miskin, ramai di antara di kawasan saya Tuan Yang di-Pertua, di mana sangat miskin, susah hendak pergi ke department untuk mendapat kebenarannya.

final • 3:24 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

Yang Berhormat Ipoh Barat, hendak minta mencelah.

final • 3:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, sila Yang Berhormat Kampar.

final • 3:24 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

Yang Berhormat Ipoh Barat setuju kah dengan saya bahawa eKasih ini dikendalikan oleh Kementerian Kewangan? Langsung tidak berkaitan dengan Kementerian Sumber Manusia. Jadi, bagaimana Kementerian Sumber Manusia boleh memastikan orang hendak masuk kepada eKasih ini boleh dimasukkan kerana bukan dikendalikan oleh mereka?

final • 3:24 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Setuju Yang Berhormat Kampar. Saya sendiri pergi register sudah berbulan-bulan belum dibuat. Jadi, sistem menghalusi ini nombor satu, mengambil banyak orang, kita perlu employ in the civil service banyak orang,

final • 3:24 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

macam tidak ada kerja, kita kasi dia kerja. Ini perlu difikir. Saya rasa kita perlu hapuskan eKasih, biar PERKESO sendiri menengoknya dan menganalisis ia.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, kita telah memberi bahawa pada tahun 2020 bulan Mac, rang undang-undang akan diluluskan. Akan tetapi hari ini bila saya berdiri di sini Tuan Yang di-Pertua, di satu online petition, change.org, kita telah mendapat lebih kurang 27,000 orang lebih yang telah menandatangani, mendesak kerajaan membawa rang undang-undang ini ke Parlimen.

final • 3:24 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Maka, ini saya rasa adalah satu di antara perhatian dan sumbangan yang dibuat oleh orang ramai di negara ini. Akan tetapi, mai kita tengok apa yang dibuat oleh Kementerian Sumber Manusia yang diterajui oleh Menteri. Menteri kata tahun dulu bahawa sebelum November 2021, rang undang-undang ini akan diluluskan tetapi tidak.

Hanya lebih kurang beberapa bulan sekarang.

Jadi soalan saya Tuan Yang di-Pertua, dari bulan November sampai ia akan digazet, berapa ratus orang telah tercedera, berapa ratus orang telah mati, telah incapacitated dan sebagainya? Adakah PERKESO akan memberi sumbangan atau menolong mereka kerana jika kita menerajui kerajaan, Mac tahun 2020, ini sudah jadi undang-undang. Lebih kurang sekarang, dua tahun lebih, 28 bulan, kerajaan ini tidur.

Tidak membawa rang undang-undang. Satu perkara yang telah pun kami siapkan, hanya perlu bawa ke Parlimen. Ini menunjukkan ketidakseriusan.

Tuan Yang di-Pertua, saya petik dari akta SOCSO ini, kita nampak ada beberapa perkara sahaja yang diberi perhatian. Saya harap lebih dari itu, saya baca Tuan Yang di- Pertua, “Kita perlu polisi sosial di negeri ini lebih-lebih lagi sejak kejadian pandemik COVID-19 di mana sustainable dan durable social security diperlukan. Kerajaan perlu ada satu charter on policy di mana kita boleh evaluation of our social security policies irrespective of who governs the country”.

Dalam perkara ini saya hendak petik sedikit dari European Union Tuan Yang di- Pertua. “*European social policies aim to promote employment, improve living and working conditions, provide adequate social protection and combat social exclusion. European Social Charter, it guarantees a broad range of everyday human rights related to employment, housing, health, education, social protection and welfare.

The Charter lays specific emphasis on the protection of vulnerable persons such as elderly people, children, people with disabilities and migrants. An authentic social security covers all segments of society and not merely the formal registered workers”.*Ini perlu diberi perhatian dan saya sangat seronok bahawa rang undang-undang ini dibawa hari ini walaupun lambat, biar lambat asalkan selamat. Akan tetapi ada sesuatu yang tidak kena, mungkin perlu diberi penjelasan.

Lagi satu adalah Nordic model of social security. “The modern Nordic model is characterized by a public sector that provides its citizens with welfare services and a social security net. Specifically, this includes child benefits, parental leave, health services and hospitals, all of which are free at the point of delivery”.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, PERKESO telah memulakan, mengadakan, menyediakan satu hospital. Ini rehabilitation centre di Melaka. Semasa kita menerajui kerajaan, kita cadangkan di Meru, di Ipoh, di kawasan Tambun. Hospital ini adalah satu cadangan yang bagus. Di Iran, di India, di banyak negara di Eropah, ada hospital-hospital hanya khusus untuk pekerja.

Saya harap kerajaan akan memperluaskan pembinaan hospital dan lebih mustahak adalah mengadakan macam-macam pengubatan dan sebagainya. Macam cancer treatment yang spesifik untuk pekerja-pekerja yang dapat mengatasi masalah tersebut lebih baik daripada hospital biasa. Kita ada macam Mitsubishi di Jepun, di mana telah memberi cadangan untuk membina dan sistem itu di Malaysia untuk diguna pakai oleh pekerja-pekerja negara ini.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih dan saya harap rang undang-undang ini bukan sahaja diluluskan, kita daripada pembangkang semestinya akan menerima ini. Akan tetapi lebih mustahak adalah mengetahui sejarah dan sumbangan Pakatan Harapan dalam negara ini. Kalau kita menerajui kerajaan, undang-undang ini sudah ada 28 bulan dahulu. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Jempol.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.

Pertamanya, saya mengucapkan tahniah kementerian khususnya kepada PERKESO yang telah berjaya menggubal rang undang-undang bagi melaksanakan hasrat kerajaan di bawah Bajet 2022. Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang telah bertungkus-lumus mewujudkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR). Secara umumnya saya menyokong segala usaha, komitmen kerajaan untuk menyediakan jaringan keselamatan sosial suri rumah berinsurans (SRB) bagi meningkatkan kesihatan, keselamatan, kebajikan dan juga kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Merujuk kepada fasal 3 yang mengandungi tafsiran, perkataan yang diungkap tentunya dalam fakta ini iaitu suri rumah. Suri rumah yang dimaksudkan adalah perempuan sama ada telah berkahwin ataupun belum berkahwin yang menguruskan rumah tangga atas dasar sepenuh masa ataupun tidak dan termasuklah seorang isteri, janda ataupun balu yang berkahwin didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang yang bertulis.

Seorang ibu kepada seorang anak ataupun lebih, itulah termasuk ibu tunggal.

Realiti pada hari ini fenomena lelaki bergelar suami menjadi suri rumah sepenuh masa bukan lagi perkara asing, mula diterima dalam kalangan masyarakat. Situasi tersebut semakin meningkat melalui persetujuan bersama atas berbagai faktor tidak dapat dielakkan seperti pendapatan isteri lebih tinggi berbanding suami dan suami kehilangan pekerjaan akibat COVID-19.

Terdapat juga isteri berkerjaya yang turut memberi sumbangan elaun kepada suami mereka sebanyak RM2,000 sebulan untuk menguruskan anak-anak dan rumah tangga seperti yang telah dipohon baru-baru ini. Soalan saya, mengapakah kementerian tidak meluaskan tafsiran suri rumah ini bagi membolehkan ia juga terpakai kepada kaum lelaki yang menjadi suri rumah sepenuh masa? Pada hemat saya, kementerian juga perlu melihat situasi tersebut supaya lelaki menjadi suri rumah sepenuh masa pada hari ini tidak didiskriminasikan dan seterusnya layak mendapat perlindungan.

Saya difahamkan SKSSR yang bersifat sukarela berbanding skim keselamatan sosial pekerja yang kini dibahaskan minggu ini. Walaupun bagaimanapun, caruman SKSSR ini boleh dibuat mana-mana pihak ketiga. Soalan saya, apakah situasi kajian dibuat oleh kementerian untuk melihat kepada kelebihan dan kekurangan sekiranya tidak diwajibkan SKSSR ini?

Berapakah anggaran jumlah wang terlibat setiap bulan ataupun tahunan sekiranya hendak memastikan setiap suri rumah di Malaysia dilindungi menerusi SKSSR ini? Apakah perancangan kementerian sekiranya berlaku situasi di luar jangka iaitu bilangan pencarum tidak mencapai seperti mana yang diharapkan?

Saya berpendapat hasrat negara untuk menyediakan perlindungan keselamatan yang komprehensif kepada semua suri rumah akan sukar dicapai sekiranya SKSSR ini tidak diwajibkan. Hal ini kerana melibatkan komitmen iaitu sejumlah wang yang diperlukan

final • 3:34 PM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

untuk dicarumkan atas kesedaran masyarakat terhadap kepentingan untuk mempunyai perlindungan.

Walau bagaimanapun, saya ingin berterima kasih kepada kementerian kerana memberi pilihan supaya pencarum SKSSR ini boleh dibuat di mana-mana pihak ketiga.

Pilihan ini boleh dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh setiap Ahli Parlimen di kawasan masing-masing untuk mengenal pasti individu yang tidak mampu, yang tidak berkemampuan dan membantu mereka supaya dilindungi menerusi SKSSR...

final • 3:34 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Jempol, minta sikit pencelahan.

final • 3:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:34 PM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Merujuk kepada...

final • 3:34 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Jempol, pencelahan.

final • 3:34 PM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Sikit.

final • 3:34 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya ingat Tuan Yang di-Pertua, perlu ada pembetulan. Suri rumah ini untuk perempuan. Kalau lelaki, tidak sesuai. Jadi Yang Berhormat Jempol, kena cari istilah yang sesuailah.

final • 3:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:34 PM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Okey, terima kasih. Jadi, tidak apa. Ini boleh menambah baik, suri apakah tidak kisahlah. Apa yang penting suri...

[Disampuk] Seri lelaki.

[Ketawa] Boleh pakailah, seri lelaki.

Merujuk kepada subseksyen 15(3) dan 15(4) yang mengehendaki suri rumah— pencarum hendaklah dibayar terlebih dahulu pada 12 bulan berturut-turut pada kadar sebagaimana dinyatakan di dalam Jadual Ketiga. Hal ini bermaksud caruman SKSSR perlu dibuat sebanyak RM120 setahun secara prepaid untuk tempoh 12 bulan bagi memastikan pencarum memenuhi syarat kelayakan menerima faedah perlindungan.

final • 3:34 PM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Soalan saya, mengapakah kementerian tidak memperkenalkan caruman secara bulanan? Adakah kajian tersebut dibuat terlebih dahulu oleh kementerian? Saya bimbang kaedah caruman sebegini akan menyebabkan SKSSR ini kurang popular dan tidak mendapat sambutan daripada suri rumah yang sepatutnya menerima perlindungan. Hal ini kerana RM120 pada masa ini bukanlah suatu nilai yang kecil bagi suri rumah yang tidak bekerja dan sesebuah keluarga yang berpendapatan rendah khususnya B40.

Umum mengetahui negara sedang berdepan dengan krisis inflasi, kenaikan harga barang dan kos sara hidup. Meskipun perlindungan merupakan perkara yang penting, wang sejumlah RM120 ini sudah tentulah akan diutamakan kepada perkara-perkara yang lebih mustahak.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Masa sudah tamat.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Justeru itu saya berharap agar kementerian memperhalusi perkara ini dan mempertimbangkan supaya pencaruman secara bulanan diperkenalkan bagi membolehkan suri rumah yang tidak mampu mendapat perlindungan. Sekian sahaja daripada saya. Saya harap segala perkara yang telah disampaikan sebentar tadi diberi perhatian oleh kementerian. Saya mohon menyokong Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022. Sekian, terima kasih.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 3:40 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Yang Berhormat Pokok Sena. Tuan Yang di-Pertua, sebelum Yang Berhormat Pokok Sena mula, boleh saya sahkan senarai pembahas yang dibaca tadi adalah senarai yang muktamad dan tidak ada pembahas yang akan ditambah?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Tidak.

final • 3:40 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

So, ini muktamadlah?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Semuanya yang telah dihantar kepada ketua-ketua.

final • 3:40 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Senarai yang dibaca tadi adalah hanya boleh bahas?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang?

final • 3:40 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Senarai itu sahaja yang boleh bahas?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Setakat ini masa yang diberikan up to sehingga yang telah saya sebutkan nama-namanya tadi.

final • 3:40 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Okey.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh.

final • 3:40 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Baik terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak daripada segi sokongan sudah tentu saya akan memberikan sokongan sepenuhnya terhadap pembentangan ini kerana inilah perjuangan sejak Kerajaan Pakatan Harapan menerajui. Insya-Allah saya percaya Yang Berhormat Kinabatangan, dia kena carum untuk dua orang ya.

[Ketawa] Mesti carum dua orang, kena pastikan. PERKESO kena pastikan. Kalau dia tidak carum, kena ambil tindakan kepada beliau.

[Ketawa] Baik Tuan Yang di-Pertua, cuma yang saya hendak dapatkan penjelasan ialah kalau kita lihat skim-skim ataupun sistem dalam PERKESO yang lain, ia ada ruang lingkup tempat-tempat kejadian yang membolehkan seseorang itu mendapat faedah-faedah daripada caruman mereka, maknanya di tempat bekerja. Jadi bagaimana dalam konteks rang undang-undang ini, adakah dihadkan keadaan-keadaan tertentu sahaja? Contoh, di dalam rumah sahaja ataupun di luar rumah semasa suri rumah itu menjalankan kerja- kerjanya yang boleh mereka ini membuat tuntutan bagi mendapat apa-apa faedah daripada apa yang telah pun ditetapkan.

Contohnya kalau seorang pekerja di kilang, dia hanya akan dibayar apabila berlaku dalam kejadian ataupun dia balik atau datang bekerja, barulah PERKESO akan mempertimbangkan untuk diberikan faedah. Jadi yang ini bagaimana? Adakah di mana sahaja? Kalau seluas itu, saya sangat-sangat mengalu-alukanlah sebab suri rumah ini kalau dia mengasuh anak bawa ke tepi pantai untuk memujuk anaknya, itu juga merupakan tugasnya sebagai suri rumah. Jika berlaku keadaan yang tidak diingini sewaktu dia membawa anaknya untuk berehat di tepi pantai, maka sudah tentu dia harus mendapat faedah daripada kejadian-kejadian yang tidak diduga ini. Jadi ini perlu kepada penjelasan.

Keduanya ialah dalam i-Suri juga ada peruntukan yang berkaitan dengan bantuan hilang upaya. Jadi bagaimana yang kata tadi ini, yang i-Suri ini yang RM150 ribu itu akan secara automatiknya diserap dan di carum oleh kerajaan dalam skim ini. Jadi adakah nanti i-Suri ini akan dimansuhkan atau bagaimana? Ataupun dia sudah tidak dapat lagi faedah hilang upaya dalam i-Suri. Kalau berlaku keadaan yang tidak diingini dan tidak diduga ini kepada dia, dia hanya akan mendapat faedah berkaitan hilang upaya itu dalam sistem yang ada dalam PERKESO dan tidak lagi dalam i-Suri. Ini satu perkara yang perlu diberikan penjelasan.

final • 3:42 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kemudian, saya percaya bahawa kerajaan telah pun menganggarkan, sudah ada anggaran 3.13 juta orang wanita yang tidak bekerja disebabkan kerja rumah ataupun tanggungjawab keluarga. Jadi saya fikir saya boleh bersetuju dengan rakan saya Yang Berhormat Pontian tadi. Jadi kalau kerajaan sudah ada rekod 3.13 juta ini, tidak perlu mereka ini menunggu untuk membuat pendaftaran. Ini untuk menggalakkan mereka terus diserapkan dan didaftarkan secara automatik oleh kerajaan kemudian memaklumkan kepada mereka untuk memastikan supaya ada orang yang bertanggungjawab sama ada diri sendiri, suami, anak atau sebagainya untuk mencarum bagi pihak mereka.

Jadi ini yang harus dibuat secara yang lebih proaktif untuk memastikan bahawa wanita di Malaysia ini akan mendapat pembelaan yang terbaik. Akan tetapi walau apa pun bagi saya, keadaan-keadaan ini sudah tentulah kita tidak menginginkan seorang wanita itu akan menyebabkan dia hilang jari contohnya, untuk hendak dapat RM30 ribu, contoh ya. Hendak dapat RM30 ribu, hilang jari ini boleh dapat RM30 ribu.

Saya ingat lebih kurang begitulah ayat-ayat yang saya baca tetapi dia kena hilang jari dulu. Sudah tentulah kita tidak menginginkan seseorang itu hilang jari. Jadi dalam konteks ini, kita harus seimbangkan antara pendidikan keselamatan diri mereka itu perlu diberikan untuk memastikan bahawa mereka boleh mencarum, kalau berlaku dia dapat tetapi adalah lebih baik dia tidak hilang jari, dia tidak cedera dan sebagainya kerana itu adalah kehidupan yang lebih sempurna.

Akhir sekali, saya juga ingin menuntut supaya seperti rakan saya Yang Berhormat Jempol tadi, suri rumah ini ramai lelaki sekarang ini yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Kalau di Korea sekarang ini sudah melebihi 200 ribu orang masyarakat Korea, suami menjadi suri rumah.

final • 3:42 PM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bukan suri rumah, pembantu rumah.

final • 3:42 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Di Malaysia juga keadaan sebegitu kerana suami dan isteri ini mempunyai kata sepakat. Mereka hendakkan ada perhatian sepenuhnya kepada anak. Jadi mereka berfikir, isteri mempunyai gaji yang lebih tinggi, pendapatan yang lebih tinggi, suami gaji yang lebih rendah. Mana yang lebih baik untuk keuntungan keluarga untuk mereka berhenti daripada bekerja. Jadi mereka memilih bahawa suami berhenti bekerja kerana gajinya lebih rendah untuk memastikan pendapatan daripada isteri dengan pendapatan yang lebih itu akan menampung kehidupan keluarga.

Jadi saya fikir bahawa ini juga harus diberikan perhatian untuk memastikan seorang suami yang berkhidmat sepenuh masa sebagai suri rumah untuk memasak, jaga anak dan sebagainya untuk dia juga dilindungi jika berlaku sesuatu keadaan yang tidak diingini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tebrau.

final • 3:42 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya sertai perbahasan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 akan mewujudkan satu skim yang memperuntukkan keselamatan sosial kepada suri rumah berinsurans dalam bentuk faedah tertentu, meningkatkan kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan suri rumah yang dikenali sebagai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah. Pembentangan rang undang-undang ini tepat pada masanya. Namun saya ingin mendapatkan penerangan lanjut berhubung rang undang-undang ini daripada Yang Berhormat Menteri.

Pertama, ini sudah dibahaskan dan ditimbulkan oleh Yang Berhormat Jempol dan Yang Berhormat Pokok Sena. Jadi saya pun sama pendapat iaitu di bawah fasal 3 – suri

final • 3:47 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

rumah ditafsirkan sebagai mana-mana perempuan sama ada telah berkahwin atau belum berkahwin yang menguruskan rumah tangga atas dasar sepenuh masa atau tidak.

Jadi bagaimana pula kepada seorang lelaki sedangkan pada masa ini ramai suami yang menguruskan rumah tangga kerana isteri mereka bekerja. Pada masa sekarang, ramai juga kaum lelaki menjadi suri rumah. Jadi saya berharaplah Yang Berhormat Jempol dan Yang Berhormat Pokok Sena bersama pendirian saya dapat diambil kira.

Kedua, menurut fasal 20(3) rang undang-undang ini, tuntutan bagi faedah di bawah rang undang-undang itu hanya boleh dibuat sekiranya kejadian berkaitan berlaku dalam negeri. Bagaimanakah pula suri rumah yang berada di luar negara atas apa-apa sebab dan berlaku kejadian kepada mereka? Dalam fasal ini, mereka tidak berhak menuntut faedah-faedah yang digariskan sedangkan mereka juga mencarum.

final • 3:47 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Ketiga, saya juga setuju dengan Yang Berhormat Pontian yang perlindungan buat masa sekarang hanya sehingga umur 55 tahun dan ini tidak selaras dengan umur pencen.

Saya harap pihak Yang Berhormat Menteri akan ambil kira juga dan membuat pindaan kalau itu adalah wajar.

Keempat dan yang terakhir. Sebagai permulaan, saya tidak tahu berapa caruman sebulan. Akan tetapi yang dikongsi oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, dan juga Yang Berhormat Jempol, maka nampaknya caruman sebulan RM10. Jadi, soalan saya adalah, adakah ini wajar dan cukup untuk menanggung semua faedah yang dijangka akan dituntut oleh pencarum sekiranya berlaku kejadian?

Saya berharap ini dapat diambil kira supaya ia munasabah. Caruman mencukupi untuk menanggung...

final • 3:50 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Yang Berhormat Tebrau, boleh minta penjelasan sedikit sebelum masa habis?

final • 3:50 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Okey, okey.

final • 3:50 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Terima kasih. Yang Berhormat Tebrau, soalan saya atau penjelasan saya minta, berkaitan dengan keperluan dalam seksyen 15, akta baharu ini supaya apabila suri rumah tangga itu daftar di bawah skim ini, dia terpaksa sumbang ataupun suami kena sumbang 12 bulan secara advance. Ini yang bagi saya merupakan satu masalah. Mungkin ramai tidak mampu bayar macam itu.

Jadi, saya ingin cadangkan, macam kritikan saya tadi kepada Akta Sistem Insurans Pekerjaan- kita kata ini social protection, perlindungan sosial atau keselamatan sosial, tetapi kerajaan- swasta, kan semua ini? Maksudnya tidak dibayar oleh kerajaan, dan dibayar oleh pekerja sendiri. Sekarang sini dibayar oleh suami atau isteri.

Jadi, saya ingin cadangkan untuk 12 bulan yang mula itu, kerajaan patut bayar.

RM120 sahaja seorang. Apabila seseorang suri rumah itu sudah daftar, kerajaan bayar RM120 sebagai sumbangan daripada public purse, dengan izin, sebab kerajaan kena ambil tanggungjawab juga dalam Skim Perlindungan Sosial ini. Selepas itu, kita minta suri rumah tangga itu atau suami, sesiapa yang bertanggungjawab atau pihak lain, membayar kadar RM10 sebulan. Apakah pandangan Yang Berhormat Tebrau atas cadangan ini?

final • 3:50 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Pandangan Yang Berhormat Sungai Buloh, saya terima. Saya pun berpendapat- apa-apa pun, kita tidak harus membebankan rakyat kalau tujuan adalah untuk memberi perlindungan dan untuk meringankan kos sara hidup mereka. Jadi, saya mohon untuk masukkan perbahasan Yang Berhormat Sungai Buloh dalam perbahasan saya.

Akhirnya, saya mohon jawapan kepada soalan-soalan saya daripada Yang Berhormat Menteri. Sekiranya boleh diambil kira semua pendapat Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan yang perlu dibuat pindaan, saya haraplah dapat dipertimbangkan. Dengan ini, saya ingin menyokong rang undang-undang ini sekiranya Menteri boleh ambil kira semua pandangan. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 3:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam hormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ruang untuk turut berbahas Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.

Wanita, Tuan Yang di-Pertua, secara asasnya mengalami kemiskinan atau penyisihan daripada pelbagai dimensi jauh lebih tinggi berbanding lelaki secara purata.

Jadi, poin yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol tadi walaupun we take note, tetapi kalau lihat kepada nisbah dan keperluan, memang kita pergi kepada aulawiyatnya suri rumah lebih memerlukan Skim Perlindungan Sosial. Daripada segi pendapatan, akses kepada pendidikan, kemudahan asas, perumahan dan keselesaan, keselamatan dan juga kesihatan- banyak dimensi lain.

Justeru, saya sambut baik cadangan SKSSR menerusi PERKESO. Sudah tentu ia akan memberi pelbagai manfaat meliputi faedah hilang upaya. Kita dengar tadi disenaraikan buat suri rumah. Ia memastikan, insya-Allah mereka dapat perlindungan daripada sebarang kejutan walaupun ada beberapa masalah daripada segi pelaksanaan.

Cadangan Yang Berhormat Ipoh Barat tadi penting untuk diambil kira kerana kalau kita harapkan cukup untuk setiap suami mencarum, ini adalah kadangkala- is a faulty assumption, tidak mengambil kira apa yang berlaku di bawah.

Golongan suri rumah, Tuan Yang di-Pertua, dianggarkan 2.99 juta orang. Seramai 150 ribu daripada isi rumah miskin bawah PGK iaitu bawah Paras Garis Kemiskinan RM2,208 di bawah eKasih. Ini akan dicarumkan oleh kerajaan. Akan tetapi, dengan pasca pandemik, kita pun tahu ramai golongan M40 jatuh kepada B40. Maka PGK pun tidak mencerminkan realiti semasa, dan data dalam eKasih, serta data dari Jabatan Perangkaan, ia tidak mungkin memberikan kesan atau angka sebenar suri rumah dan isi rumah miskin yang perlu dilindungi. Saya rasa lebih daripada 150 ribu orang since it will not catch everybody.

Dalam pembentangan KWSP, dimaklumkan kepada Ahli-ahli Parlimen yang mereka juga menggalakkan suri rumah atau rakyat Malaysia mana-mana pun mendaftar dengan Skim i-Saraan. Malangnya, i-Saraan pun syaratnya kena pastikan kita yang perlu daftarkan mereka yang layak dalam data eKasih.

Jadi, the social charter Yang Berhormat Ipoh Barat sebutkan, ini maksud eKasih tidak menyeluruh. Ia menunjukkan kalau kita mahu data, ia tidak ada integrasi antara apa yang ditawarkan skim-skim sama ada KWSP ataupun rang undang-undang ini. Ini akan menjadikan lebih ramai lagi yang tergelincir dan kerja kerajaan pun lebih berat, pada saya.

Tuan Yang di-Pertua, kajian UNICEF mahupun kajian kemiskinan pelbagai dimensi Permatang Pauh menyimpulkan ketua isi rumah wanita jauh lebih memerlukan bantuan berbanding isi rumah biasa. Saya tekankan dalam Dewan Rakyat ini, ibu tunggal seisi rumah selalunya mendapat RM680 kurang daripada isi rumah biasa. Itu bagi kohort di Permatang Pauh. Jadi, kita hendak pastikan di seluruh Malaysia, kita boleh ambil kira evidence-based ini. Ini kerana kalau tidak, kita tidak ada kajian kesinambungan data yang boleh dipraktikkan oleh mana-mana Kerajaan Pusat ataupun negeri.

Saya beri contoh. Kalau boleh rang undang-undang ini, 28 bulan, Yang Berhormat Ipoh Barat tekankan. Rang Undang-undang Antigangguan Seksual, of course longer. Jadi, maksudnya the institutional memory boleh diguna pakai oleh mana-mana kerajaan untuk membantu melaksanakan dasar yang baik.

Saya rujuk kepada dokumen Gender Budgeting in Malaysia. Dengar itu mungkin kita ingat baharu. Tahun berapa Tuan Yang di-Pertua? Tahun 2005. Maksudnya, tahun 2005 sudah ada Gender Budgeting in Malaysia document kelolaan kerajaan ketika itu dengan UNDP, tetapi sehingga ke hari ini- rang undang-undang ini permulaan yang baik tetapi ia tidak menggunakan lensa ataupun pendekatan gender dalam pelaksanaan ataupun penurunan belanjawan.

final • 3:54 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Kenapakah ini penting? Saya ambil dua contoh sahaja kerana masa tidak banyak.

Contoh pertama, kalau dilihat daripada 21 ribu lebih orang pelajar-pelajar SPM yang memutuskan tidak mahu meneruskan pendidikan dan peperiksaan tersebut- so, from that number, how many are women? Apa yang dilakukan oleh kerajaan atau kementerian untuk memastikan anak perempuan, anak lelaki ada minat yang lebih, supaya mereka tidak terus tercicir?

Kedua, bawah Kementerian Kesihatan. Saya rujuk dalam beberapa saat, if I may, Tuan Yang di-Pertua, quite important, di mana disebut male patients- pesakit lelaki akan mengalami lebih banyak kemalangan.

final • 3:54 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi orthopedic ward, dia akan tumpukan bagi keperluan pesakit lelaki.

Sedangkan wanita ada osteoarthritis problem. Jadi harus diberikan dana bagi memenuhi pesakit tersebut. Jadi ,perancangan ini menyelamatkan dana kerajaan, because you are more specific, inclusive and targeted based on gender. Maka akhir kata, skim SKSSR ini, ia meliputi caruman daripada kerajaan juga secara sukarela. Ia adalah langkah pertama yang progresif tetapi akhirnya kita perlukan liputan perlindungan yang lebih universal yang memastikan tidak ada sesiapa yang tergelincir. Saya akhiri, I hope that government will take a look into implementing the social charter sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat dari Ipoh Barat. This is only the beginning, not the beginning of the end. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:00 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya. Saya teruskan kepada persoalan yang ingin saya timbulkan iaitu – Ya, rang undang-undang ini satu langkah yang cukup bagus. Apakah usaha yang telah dilakukan oleh kementerian bagi mempromosikan dan menggalakkan caruman sama ada dipihak suami dan suri rumah itu sendiri selepas daripada ini?

Persoalan berikutnya, saya ingin menyebut tentang pembayaran dalam ini boleh dituntut sekiranya bencana berlaku kepada suri rumah semasa menguruskan rumah tangga dan bukan uruskan perusahaan dan perniagaan?

Tuan Yang di-Pertua, situasi pada hari ini ramai suri rumah yang mereka kadang- kadang mendaftar untuk hendak mengusahakan jualan secara online dengan izin atas talian. Mereka jual barang, jadi dropship dan sebagainya. Jadi, apabila mereka daftarkan dalam SSM, kalau mengikut akta ini mereka sudah tidak layak untuk menerima caruman tersebut sedangkan mungkin pendaftaran itu hanyalah sekali gus tetapi mereka sudah tidak aktif dan tidak ada apa-apa income kepada mereka.

Jadi, soalan saya adalah suri rumah yang bekerja dari rumah sebagai online seller ini untuk melakukan − Mereka masih lagi layak untuk melakukan tuntutan seperti ini. Kalau mereka tidak layak, saya suka untuk mencadangkan supaya suatu proses double check ataupun suatu proses untuk pemeriksaan semula menentukan adakah mereka ini seorang suri rumah ataupun seorang pengusaha walaupun mereka berdaftar dengan SSM? Ini kerana mungkin syarikat yang mereka daftar itu sudah tidak aktif lagi.

Berikutnya, saya dimaklumkan melalui rang undang-undang ini suri rumah ini menikmati rawatan di hospital awam di bawah akta ini. Namun, kadang-kadang hospital- hospital milik kerajaan sentiasa penuh dan sesak. Jadi soalan saya, bolehkah juga diperluaskan untuk pencarum memilih menerima rawatan di klinik-klinik kecil swasta dengan bayaran-bayaran yang agak minimum. Kadang-kadang untuk demam, sedikit sebanyak ambil Panadol dan sebagainya Mungkin hanya sekadar RM10 atau RM15.

final • 4:01 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Adakah di sana adanya suatu langkah untuk kita perluaskan kepada rawatan-rawatan seperti ini?

Begitu juga dalam persoalan saya dalam seksyen 27 dalam akta ini juga yang menyatakan jika pencarum ini meninggal dunia selepas menuntut faedah hilang upaya kekal atau faedah keuzuran, ia tidak akan diterima oleh penama atau waris. Ini saya rasa satu perkara yang perlu untuk diperbaiki. Sebagai contoh, katalah seorang pencarum itu yang layak untuk menuntut wang caruman dan apabila dibuat tuntutan dan dalam proses wang ini hendak sampai kepada dia tiba-tiba dia meninggal dunia.

Apa yang saya faham dalam seksyen 27 ini, dia sudah tidak layak untuk menerima wang tersebut. Ini saya kira perlu untuk diperhalusi balik kerana apabila dia sudah layak untuk menerima tetapi tinggal lagi dia masih belum menerima wang tersebut, wang itu sepatutnya sudah menjadi miliknya. Kalau dia meninggal dunia, sepatutnya wang itu jatuh kepada warisnya, anak-anak dan sebagainya. Kalau mengikut seksyen ini, dia sudah tidak layak lagi untuk menerima walaupun pada waktu dia membuat tuntutan dia layak untuk menerima wang tersebut. Pada saya, ia perlu untuk diperhalusi balik oleh pihak kerajaan tentang bagaimana untuk kita memberikan keadilan dan meletakkan keadilan kepada yang sepatutnya.

Ini kerana, kita faham bahawa suri rumah ini ialah manusia yang sering berkorban untuk kelangsungan rumah tangga. Satu pekerjaan yang tidak ada cuti. Satu pekerjaan yang tidak boleh anda minta cuti. Satu pekerjaan yang tidak ada cuti sepanjang tahun.

Anda bekerja 365 hari, 24 jam, 7 hari tanpa henti itulah pekerjaan yang namanya suri rumah. Oleh sebab itulah, sesetengah penulis mereka mentafsirkan suri rumah ini sebagai ‘domestic manager’ atau pengurus urusan domestik kerana mereka bukan hanya menguruskan rumah semata-mata tetapi mereka menguruskan rumah tangga untuk kelangsungan kebahagiaan.

Saya juga ingin memetik apa yang telah disebut oleh MP − rakan saya daripada Yang Berhormat Tebrau tadi iaitu apabila perkara ini berlaku di luar negara, mengikut pindaan akta ini − mengikut akta yang hendak dibentangkan ini, kalau sekiranya perkara itu berlaku di luar negara, maka dia tidak boleh hendak cover ataupun waris ataupun pencarum tidak boleh buat tuntutan.

Jadi, ini saya kira perlu diperhalusi kerana kadang-kadang apabila ia berlaku di luar negara sekali pun tetapi kesannya itu dapat dirasai sehingga ke dalam negara dari sudut kelangsungan rumah tangga. Jadi, saya kira ia perlu diperluaskan sehingga apa- apa kejadian yang berlaku sama ada kecacatan, kematian dan sebagainya perlu turut di- cover ataupun turut dilindungi oleh skim yang hendak kita perkenalkan ini.

Denda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun. Saya sokong denda untuk suami. Suami yang liat untuk membayar caruman ini tetapi denda sekali gus RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun ini pada saya kalau sekiranya dilaksanakan sekali gus ia memberikan kesan yang agak tidak baik. Jadi, oleh demikian bolehkah ia ditukar kepada mungkin kalau hendak didenda, denda dengan bayaran dua tahun secara lump sum atau tiga tahun secara lump sum. Itu lebih baik untuk kebaikan suri rumah itu sendiri.

Pada akhirnya, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan menjadikan rang undang-undang ini sebagai suatu realiti walaupun tadi Yang Berhormat Ipoh Barat menyatakan ia dimulakan pada zaman Kerajaan Pakatan Harapan. Tinggal satu peratus sahaja lagi tetapi ia adalah kejayaan kita bersama, tidak kira mana-mana kerajaan yang membentangkan. Pada saya ia kebaikan untuk kita bersama. Suri rumah yang menjadi penyeri kepada rumah tangga. Terima kasih.

final • 4:01 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Dipersilakan Yang Berhormat Labuan.

final • 4:01 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk sama-sama berbahas dalam Rang Undang- undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.

final • 4:06 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Tuan Yang di-Pertua, menggalas tugas sebagai suri rumah sepenuh masa memberi makna seorang wanita itu perlu bekerja hampir 24 jam. Setiap waktunya ada sahaja pekerjaan baharu yang ingin dibuat dan semua itu tidak ada penghujungnya.

Apabila seorang isteri mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi menjadi suri rumah sepenuh masa, ini merupakan satu pengorbanan besar kepada keluarga dan seorang suami sepatutnya bersyukur dan menghargai pengorbanan tersebut.

Oleh itu, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan dan kementerian kerana telah mengorak langkah bagi membela nasib suri rumah yang dianggarkan berjumlah 3 juta orang, daripada kerajaan sebelum ini hinggalah kerajaan sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ingin menyentuh banyak berkenaan rang undang-undang ini kerana saya menyokong penuh akta yang akan memberikan kegembiraan kepada ibu-ibu di seluruh Malaysia. Cuma, ada dua persoalan yang saya minta kerajaan jelaskan.

Pertama, saya ingin tahu memandangkan kerajaan meletakkan pilihan kepada suami untuk mencarum PERKESO untuk isteri mereka. Apakah sasaran yang diletakkan oleh kerajaan sama ada dua tahun pertama atau lima tahun pertama? Daripada 3 juta orang suri rumah di Malaysia, berapa ramaikah suri rumah dijangka akan dicarum dalam skim PERKESO? Sekiranya sasaran tersebut tidak tercapai atau sambutan yang diterima menghambarkan, adakah kerajaan akan mewajibkan skim PERKESO suri rumah ini?

Kedua, melalui caruman ini kerajaan akan memperoleh rekod dan data berkenaan background suri rumah di seluruh Malaysia. Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya apakah perancangan kerajaan melalui PERKESO bersama-sama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi mengoptimumkan peranan mereka dan melahirkan golongan suri rumah yang boleh membantu dan meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga. Saya mohon penjelasan kepada dua perkara tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, pengorbanan suri rumah sangat besar, tidak boleh dibalas dan dinilai dengan wang ringgit. Namun saya percaya dengan kewujudan akta ini, ia dapat membuka mata para suami agar mula mengambil serius dalam memberi perlindungan kepada isteri. Sehubungan dengan itu, saya menyokong penuh rang undang-undang ini.

Terima kasih.

final • 4:06 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 4:10 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahi Rahmani Rahim.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Kuala Krai untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.

Tuan Yang di-Pertua, Islam membawa satu perubahan besar dan sangat signifikan terhadap kaum wanita. Sebelum kedatangan Islam, wanita sangat dipandang hina. Kelakuan orang Quraisy bukan Islam terhadap wanita sangatlah keji. Wanita seolah- olah tidak berhak untuk hidup bahkan ada keluarga yang membunuh anak perempuan yang baru dilahirkan itu. Dikenali dengan perlakuan wa’dul banat.

Dalam Firman Allah SWT dalam surah An-Nahl. [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “*Apabila dikhabarkan kepada seseorang daripada mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari kerana menanggung dukacita.

Sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati. Dia bersembunyi daripada orang ramai kerana merasa malu disebabkan berita buruk yang disampaikan kepadanya tentang ia beroleh anak perempuan. Sambil dia berfikir adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina atau ia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah. Ketahuilah sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu*.”

final • 4:10 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang disebut oleh rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain, menurut data yang dikeluarkan oleh laporan survei Tenaga Buruh 2021. Ia dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat sebanyak 3.13 juta ataupun 68.3 peratus wanita yang tidak bekerja disebabkan kerja rumah atau tanggungjawab keluarga.

Manakala sebanyak 137,000 wanita yang hanya bekerja kurang daripada 30 jam seminggu dan 3.84 juta wanita yang bekerja dengan status berkahwin ataupun balu, bercerai yang akhirnya berpotensi sebagai suri rumah sepenuh masa.

Dalam data-data di atas adalah amat menunjukkan bahawa RUU yang bakal diluluskan di Dewan yang mulia ini amat bertepatan dan bersesuaian untuk wanita.

Dengan berlandaskan empat prinsip utama iaitu:

(i) mengiktiraf penglibatan suri rumah dalam care ekonomi dan pembangunan institusi keluarga;

(ii) menyediakan perlindungan keselamatan sosial yang komprehensif supaya tidak ada orang yang ketinggalan, no one left behind;

(iii) merapatkan jurang perlindungan sosial dan menjaga kesejahteraan suri rumah; dan

(iv) menyokong kepentingan tanggungjawab suri rumah dalam keadaan tidak terduga seperti pandemik COVID-19 dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, dengan hanya bayaran sebanyak RM120 setahun secara prepaid bagi tempoh 12 bulan adalah amat bersesuaian dan tentunya tidak membebankan. Saya yakin kebanyakan suami akan dengan rela hati untuk mencarumnya.

Kepada yang tidak mampu, saya mencadangkan kepada NGO atau melalui pusat khidmat Ahli-ahli parlimen supaya dapat mencari dana untuk mencarum kepada ibu tunggal atau kepada mereka yang tidak mampu. Dalam masa yang sama, di sana terdapat juga di kalangan suami atau lelaki yang mempunyai maksud yang sama dengan wanita- wanita di atas. Contohnya seperti tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga ibu bapa.

Berhenti kerja, asal kerja tetapi berhenti kerja kerana jaga ibu bapa. Menjaga anak, diberhentikan kerja dan tidak lagi dapat bekerja.

Adakah pihak kerajaan akan menyediakan kepada mereka peluang yang sama, sama ada melalui RUU yang berasingan atau dimasukkan di dalam RUU ini?

final • 4:10 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Yang Berhormat Kuala Krai, Sungai Buloh minta penjelasan. Boleh sekejap?

final • 4:10 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat, minta maaf Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Beri laluan, jika Yang Berhormat Kuala Krai beri laluan.

final • 4:10 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tuan Yang di-Pertua, apakah yang akan berlaku...

final • 4:10 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Yang Berhormat beri laluan? Bolehkah tanya soalan?

final • 4:10 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Apakah yang akan berlaku jika pasangan yang telah bercerai. Adakah bekas suami masih mempunyai tanggungjawab untuk terus membayar caruman tersebut kepada bekas isteri?

final • 4:10 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua boleh? Minta Yang Berhormat Kuala Krai beri laluan.

final • 4:10 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Sungai Buloh, Yang Berhormat Kuala Krai tidak beri laluan.

final • 4:10 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Masa tidak cukup Yang Berhormat Sungai Buloh. Masa tidak cukup, masa tidak cukup.

final • 4:10 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Ini tentang pandangan Yang Berhormat Kuala Krai tadi tentang bayaran RM120. Saya rasa tadi ada pembahas sebut jika kita ada 3 juta suri rumah tangga di Malaysia. Kita hendak galakkan hampir semua daftar supaya dapat manfaat. Kita setuju dengan akta ini dan pindaan dia tetapi ramai – saya kurang setuju apabila Yang Berhormat kata semua boleh tanggung RM120. Ramai tidak boleh.

Jadi, saya cadang tadi kepada Yang Berhormat Tebrau bukan kah lebih sesuai kerajaan bayar yang RM120 ini. Kita buat pengiraan, katakan 2 juta sahaja yang daftar, RM240 juta untuk mendaftar mereka. Bayangkan tadi kita dengar daripada Sumber Manusia, RM100 juta telah diselewengkan daripada satu projek itu.

final • 4:10 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Masa tidak ada Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Kuala Krai?

final • 4:10 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Okey, terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Kerajaan sumbang RM240 juta.

final • 4:10 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Apa yang baik saya menyokong dan berdasarkan kepada kemampuan masing-masing dan yang tidak mampu itu, saya ada sebut tadi mungkin melalui NGO atau pun kerajaan boleh turut membantu sama.

final • 4:10 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Tambahan satu minit.

final • 4:10 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tuan Yang di-Pertua, saya diambil masa oleh Yang Berhormat Sungai Buloh, sekejap lagi saya habiskan.

final • 4:10 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Tambahan satu minit untuk Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 4:10 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Soalan terakhir. Apakah ruang lingkup perlindungan kepada suri rumah sekiranya berlaku kemalangan ataupun kecelakaan? Ini adalah jelas bahawa PERKESO adalah pertubuhan yang menyediakan jaringan keselamatan sosial kepada pekerja seandainya suatu kemalangan berlaku terhadap mereka. Bagaimana pula dengan suri rumah? Saya kira perlindungan ini sangat penting tetapi ia harus diterangkan dengan jelas agar difahami. Adakah perlindungan sama dengan skim-skim lain yang ditawarkan oleh PERKESO daripada segi kuantum dan juga pampasan?

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, RUU ini sangat baik dan tepat pada masanya. Ia amat bertepatan dengan slogan Keluarga Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri kita. Sudah sampai masanya golongan suri rumah ini diberi penghargaan dan jaminan agar mereka tidak terpinggir dan mendapat pembelaan yang sepatutnya.

Saya juga yakin RUU ini dapat mengangkat martabat menjadi wanita lebih baik dan tinggi dengan pembelaan yang lebih sempurna. Dalam masa yang sama, pihak kerajaan perlu menyebar luaskan perkara ini agar program ini akan mendapat sambutan dan diketahui oleh golongan sasar khususnya suri rumah perlu diberi kesedaran tentang program yang amat baik ini.

Dengan itu Kuala Krai menyokong RUU ini sepenuhnya. Saya sangat berharap RUU ini mampu membantu golongan suri rumah agar menjadi lebih terjamin dan terbela.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:10 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Yang Berhormat Jelutong tiada. Silakan Yang Berhormat Jerai.

final • 4:10 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022. Tangan yang menghayun buaian itu mampu dan telah pun menggoncang dunia. Ia juga adalah teras yang memacu dan membina negara.

Mengimbas kembali jasa suri rumah kepada keluarga dan pembangunan negara, wajarlah kiranya golongan ini dihargai dan diangkat serta diberikan hak selayaknya berikutan kos-kos sara hidup dan bayaran asuhan yang tinggi pada masa kini yang telah menyebabkan ramai golongan ini memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa daripada keluar bekerja dengan gaji minimum yang ditetapkan.

Namun begitu keputusan mereka untuk menjadi suri rumah seolah-olah pengorbanan yang hanya dipandang sepi. Jika mereka dianugerahkan suami atau keluarga yang bertanggungjawab, itu adalah rezeki yang sangat bernilai buat mereka.

Sehubungan itu, Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 yang bertujuan mengadakan peruntukan bagi keselamatan sosial kepada suri rumah berinsurans dalam bentuk faedah tertentu meningkatkan kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan suri rumah cukup tepat pada masanya.

Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Pontian tadi agar 150,000 orang dalam suri rumah dalam eKasih dicarum secara automatik oleh pihak kerajaan sekali gus meringankan persepsi terhadap golongan yang ada dalam eKasih.

Rang undang-undang ini juga menyatakan suri rumah yang mencarum dalam skim ini berhak mendapat faedah hilang upaya seperti faedah perubatan, faedah hilang upaya kekal, elaun layanan sentiasa, pencen penakat dan faedah pengurusan mayat.

Suri rumah berinsurans ataupun tanggungan juga berhak kepada faedah keilatan iaitu elaun keuzuran, elaun layanan sentiasa, pencen penakat serta faedah pengurusan mayat. Perkara ini sangat memberi makna yang sangat besar buat mereka yang sebelum ini tidak mempunyai pendapatan dan bergantung penuh kepada ihsan suami.

Rang undang-undang ini antara lain mencadangkan amaun maksimum bagi faedah hilang upaya kekal ialah RM30,000 dibayar dalam satu tempoh caruman suri rumah terbabit. Menurut rang undang-undang itu, caruman berkenaan boleh dibayar oleh suami dan juga boleh dibayar oleh suri rumah itu sendiri.

Pendek kata dengan adanya RUU ini, nasib para isteri terbela dan mereka boleh menarik nafas lega sekiranya ditimpa apa-apa musibah. Dengan adanya RUU ini juga maka peratus permohonan bantuan daripada agensi tertentu seperti zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat dikurangkan dan agensi ini boleh memfokuskan pada prospek yang lain yang lebih penting.

Tuan Yang di-Pertua, saya sangat bersetuju dengan perkara yang dibentangkan dalam Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 pada bacaan kali pertama oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Saravanan a/l Murugan sebelum ini.

Suami yang gagal membayar caruman setelah mendaftar isteri sebagai pencarum di Pertubuhan Keselamatan Sosial boleh didenda maksimum RM10,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. Namun begitu, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Mas, perkara ini perlu diperincikan dengan lebih mendalam. Sewajarnya hukuman berkenaan tidak perlu dilaksanakan ekoran bebanan si suami yang sedia ada sudah tidak tertanggung. Sekiranya sehingga sampai hukuman dipenjarakan, keluarga berkenaan akan hilang tempat bergantung.

final • 4:16 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Oleh itu, kerajaan perlu meneliti semula akan hukuman yang perlu dikenakan kepada mereka yang telah gagal mencarum setelah mendaftar. Selain itu, mungkin pihak kerajaan juga boleh memberi insentif tambahan kepada suami yang mencarum buat isteri seperti pelepasan bayaran cukai.

final • 4:20 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Secara tidak langsung ia akan menggalakkan lagi para suami di luar sana untuk mendaftar sebagai pencarum. Hal ini bagi memastikan nasib wanita yang bergelar sebagai suri rumah terbela meskipun mereka ditimpa musibah seperti kematian suami, mahu pun bercerai dan sebagainya.

Pampasan yang mereka peroleh boleh digunakan untuk memulakan kehidupan baharu yang sangat mencabar dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Saya dengan ini menyokong penuh Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022. Sekian, terima kasih.

final • 4:20 PM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Jerai, dipersilakan Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 4:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut bersama membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022, yang merupakan satu rang undang-undang baharu.

Pertama, saya ingin menegur ataupun membangkitkan isu yang ada disebut beberapa orang rakan-rakan Ahli Parlimen berkenaan tafsiran. Kalau kita lihat dalam tafsiran bagi bahasa Inggeris, “housewife” dengan izin, “*means any female whether married or unmarried, who manages a household on a full time basis or not, and includes—

(a) a wife, divorcee or widow whose marriage has been registered under any written law; or

(b) a mother of a child or more including a single mother*.” Maksudnya dalam tafsiran bahasa Inggeris, suri rumah lelaki ataupun lelaki yang bekerja sepenuh masa sebagai suri rumah ataupun boleh kita sebut pengurus rumah tangga, tidak layak mencarum. Jadi saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri pertimbangkan, kita ada masa. Mungkin boleh kita perbetulkan supaya lelaki juga termasuk dalam senarai ini.

Ini kerana kalau kita lihat pada tahun 2017, statistik yang telah diterbitkan oleh Kementerian Sumber Manusia mengakui bahawa daripada 2.91 juta orang domestic workers pada waktu itu dengan izin, 60,000 orang suami menjadi suri rumah. Bermaksud kita perlu lihat bagaimana akta ini nanti boleh juga melindungi suami yang berkhidmat sebagai pengurus rumah tangga ataupun “seri rumah”. Mungkin itu satu lagi sebab tiang seri bagi rumah, iaitu cadangan.

Kedua, kita dengan melihat kepada tafsiran ini sebenarnya ada beberapa perkara lain yang penting tetapi keutamaan saya rasa perlu diberikan iaitu sama ada gender audit ataupun gender responsive budgeting, bermaksud kita perlu lihat rang undang-undang yang kita bentang, yang kita gubal, yang kita bawa ke Parlimen ini, melalui satu lensa di mana tidak ketinggalan mana-mana pihak termasuklah golongan lelaki ataupun wanita.

Ini bukan bermaksud gender responsive budgeting dan gender audit ini hanya melibatkan wanita tetapi juga seperti yang saya sebutkan tadi, lelaki juga terlibat. Kita tidak mahu ada kumpulan-kumpulan yang tertinggal.

Saya ingin merujuk juga beberapa perkara contohnya, isu orang tanggungan tafsiran. Dalam pengalaman saya sebagai Ahli Parlimen, saya lihat ada suri rumah yang mana di kalangan tanggungannya bukan anak, suami ataupun ibu bapa tetapi juga ada ahli-ahli keluarga yang terdekat yang tinggal bersama yang menjadi tanggungan.

Contohnya, adik ataupun abang yang tidak sihat, sakit terlantar yang mana mereka juga, suri rumah itu juga menjadi penjaga (primary caregiver) kepada orang yang seperti itu.

Jadi saya mohon, dipertimbangkan penyelarasan kepada tafsiran tersebut.

Saya ingin juga membangkitkan satu perkara berkenaan caruman. Tadi ada beberapa Ahli Parlimen yang mencadangkan agar caruman bagi tahun pertama, 12 bulan yang pertama itu sama ada dipertimbangkan semula, bukan lump sum RM120, RM10 sebulan tetapi mungkin dengan cara-cara yang lain. Akan tetapi tambahan, cadangan untuk daripada senarai eKasih dibantu secara terus.

final • 4:21 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Saya ingin lihat sama ada boleh dipertimbangkan, contohnya senarai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat juga dimasukkan dan juga penerima bantuan zakat Baitulmal.

Kumpulan-kumpulan ini bukan setakat eKasih, boleh dikembangkan dan mungkin daripada dana yang sedia ada, boleh diberi secara one-off agar suri rumah, seri rumah ataupun pengurus rumah tangga ini mendapat manfaat daripada skim keselamatan sosial yang kita bincang pada hari ini.

Jadi akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan penting adanya akta seperti ini ia sebagai pelengkap kepada usaha yang telah dimulakan satu ketika dahulu oleh Kerajaan Pakatan Harapan melalui Skim i-Suri. Kita lihat dengan adanya akta ini maka kita akan pastikan bahawa kedudukan suri rumah ataupun pengurus rumah tangga ini akan mendapat sepenuhnya pengiktirafan sebagai satu pekerjaan.

Saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 4:21 PM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Lembah Pantai, you’ve got a point there on this definition. I agree. Yang Berhormat Menteri, take note of that. Selanjutnya, dipersilakan Yang Berhormat Parit.

final • 4:21 PM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta berbahas Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.

Pindaan bagi rang undang-undang ini sangat penting kerana ia bertujuan mengadakan peruntukan bagi keselamatan sosial kepada suri rumah dalam bentuk faedah tertentu, meningkatkan kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan suri rumah. Ini satu pendekatan berani dan baharu yang banyak memanfaatkan kelompok suri rumah ini. Mereka inilah frontliners dalam keluarga kita sebenarnya. Oleh kerana itu, saya percaya Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah ini akan memberi manfaat yang cukup besar.

Tuan Yang di-Pertua, saya yakin sudah tiba masanya suri rumah yang mencarum dalam skim itu berhak mendapat faedah hilang upaya seperti faedah perubatan, faedah hilang upaya kekal, elaun layanan sentiasa, pencen penakat dan faedah pengurusan mayat. Cuma ada beberapa perkara yang ingin saya sebutkan iaitu menyentuh pada fasal 13, yang ada menyebut memberi pertubuhan kuasa untuk melaksanakan skim kepada suri rumah dan sebagainya.

Saya hendak bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan pertubuhan yang diberi kuasa ini? Adakah pertubuhan ini akan mempunyai kaitan dengan NGO-NGO berkaitan atau satu pertubuhan yang baharu untuk menjalankan apa-apa program, aktiviti atau bekerjasama dengan mana-mana orang bagi maksud pelaksanaan skim?

Saya juga sangat sensitif mengenai bayaran caruman dan peningkatan kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan mana-mana suri rumah. Masih timbul kekeliruan di bawah subfasal 15(1) dan 15(2) yang mana bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi bayaran caruman oleh suami berkenaan dengan seorang suri rumah yang telah berdaftar dengan pertubuhan atau oleh suri rumah itu sendiri, jika suami tidak memilih untuk membayar atau sekiranya suri rumah itu tidak mempunyai suami.

Soal yang saya sebutkan ini agak mencabar, di mana bila timbul isu penceraian, kes mahkamah berpanjangan, kes suami tinggal begitu sahaja dan siapakah yang hendak bertanggungjawab untuk memastikan caruman untuk suri rumah ini berterusan dan terbela? Siapakah pula pertubuhan atau NGO yang akan membantu suri rumah ini?

Tuan Yang di-Pertua, seperti di fasal 16, bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi suri rumah untuk terus dilindungi di bawah akta yang dicadangkan sehingga tamat tempoh caruman itu jika perkahwinan berakhir dengan penceraian dan lain-lain. Saya hendak tahu suami hanya wajib membayar caruman untuk isterinya jika beliau memilih untuk berbuat demikian dan perlu memaklumkan kepada PERKESO.

final • 4:25 PM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Cuma saya hendak tahu setakat mana ketegasan dan kebenaran ini boleh menjadi suatu kesalahan kepada suami, jika gagal membayar caruman berkenaan dan sabit kesalahan suami boleh didenda maksimum RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Mohon penjelasan.

Seperti yang dinyatakan awal tadi, jika pasangan tersebut bercerai atau suami terbabit tidak mampu membayar caruman isterinya akibat hilang punca pendapatan atau seumpamanya, maka komitmen beliau untuk membayar caruman adalah terbatal dalam hal ini. Bagaimanakah kementerian atau pertubuhan hendak membantu?

Tuan Yang di-Pertua, di bawah fasal 9 yang mana bertujuan untuk memberi pertubuhan kuasa untuk melantik ejen untuk memungut dan menerima bayaran caruman bagi pihak pertubuhan. Ini juga perlu diberikan perhatian kepada ejen yang dilantik, setakat mana lantikan itu dibuat. Siapakah ejen ini? Malahan saya khuatir ejen ini boleh bertindak seperti along pula apabila ada suri rumah berinsurans atau bagi pihak suri rumah berkenaan disebabkan kegagalan untuk membayar caruman yang mengakibatkan suatu kesalahan.

final • 4:25 PM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Kita kena ingat mereka ini golongan suri rumah dan bergantung pada suami. Akan tetapi yang tidak bergantung individu dan bagi pihak semua perkara ini perlu diambil kira.

Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya menyokong. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Parit. Dipersilakan Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 4:30 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk Batu Kawan membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022. Tuan Yang di-Pertua, sumbangan suri rumah sememangnya tiada nilai bandingan. Tiada cuti kecemasan (emergency leave), tiada cuti tahunan (annual leave), tiada cuti sakit (medical leave), kerja lebih masa (overtime), termasuklah tiada gaji atau upah.

Gautam Bakhtiar, seorang pakar undang-undang dari India menyatakan kerja rumah yang tidak berbayar umpama buruh paksa atau, dengan izin, forced labour. Kebiasaannya suri rumah dikaitkan dengan golongan wanita dan penjana rezeki merupakan lelaki yang sering dianggap sebagai ketua keluarga.

Walaupun dengan perubahan masa, kini konsep, dengan izin, shared responsibility ataupun kebertanggungjawaban bersama. Namun realitinya, kebanyakan wanita yang bekerja sebagai suri rumah mengharapkan ketua keluarga sebagai sumber atau punca rezeki mereka. Melainkan mereka sendiri seorang ketua keluarga. Mengikut Laporan ILO 2018, wanita bekerja empat kali ganda lebih daripada lelaki di Asia dan Pasifik dalam aspek penjagaan atau care work. Maka, memang wajib untuk satu rang undang-undang dibahaskan di dalam Dewan yang mulia ini untuk melindungi suri rumah di Malaysia. Di banyak negara lain, kerajaan menyediakan satu jaringan keselamatan bagi golongan suri rumah yang bekerja tanpa akreditasi atau pengiktirafan, mahupun bekerja tanpa terima kasih supaya mereka boleh meneruskan kehidupan mereka walaupun sumber pendapatan mereka sudah tiada.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Pakatan Harapan memberikan fokus yang penting kepada unsung heroes atau heroins di rumah iaitu suri rumah agar mereka tidak ketinggalan daripada menikmati jaringan keselamatan ini. Malangnya, musibah Langkah Sheraton melanda dan kerajaan bertukar. Akan tetapi saya berasa gembira untuk melihat rang undang-undang ini dengan perincian mengenai caruman insurans dan juga untuk tujuan kesihatan dan sebagainya. Namun, saya ada beberapa persoalan yang saya harap akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri nanti.

Malaysia sebagai middle-income nation mempunyai potensi yang tinggi untuk melakukan yang terbaik bagi suri rumah dan saya harap cadangan kami ini semua akan

final • 4:31 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

dipertimbangkan. Memandangkan caruman bagi skim insurans boleh dibuat oleh suri rumah sendiri, sekiranya beliau bankrap atau muflis, mungkin sebagai guarantor atau perniagaan yang telah lingkup, lebih-lebih lagi selepas COVID-19, bagaimanakah mereka akan membuat caruman tersebut?

Saya ingin tahu mekanisme untuk sama ada insurans yang akan dibayar ataupun diberi perlindungan ataupun akaun bank, semua details ini tidak termasuk dalam rang undang-undang ini. Maka, saya ingin tahu sebab hari ini sekiranya seseorang itu bergelar bankrap ataupun muflis, maka tidak boleh buka akaun pun. Tidak boleh membeli insurans.

So, adakah label bankrap atau muflis ini terguna pakai ke atas suri rumah yang sudah bankrap atau muflis? Pada masa yang sama, saya mohon statistik daripada Yang Berhormat Menteri.

Berapakah suri rumah mengikut pecahan kaum dan agama yang bergelar muflis dan bagaimanakah pihak kerajaan akan mengatasi situasi ini? Seorang yang bankrap tidak dibenarkan untuk dilantik sebagai seorang jawatankuasa keselamatan sosial suri rumah mengikut perincian dalam rang undang-undang ini. Jadi, apakah nasib suri rumah yang bankrap? Pada masa yang sama, walaupun kurang berbanding dengan wanita, namun bagaimana pula dengan bapa yang berstatus duda, bapa tunggal dan sebagainya?

Apakah jaringan keselamatan bagi mereka? Bukankah kepentingan mereka juga perlu dijaga? Perkara 8(1) dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Maka, bukan kah duda dan bapa tunggal juga sewajarnya dilindungi oleh skim insurans ini?

Saya juga ingin membawa perhatian Yang Berhormat Menteri kepada point faedah nombor lima yang menyatakan, “memaksa suri rumah berinsurans dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa kelakuan atau perbuatan berbentuk seksual ataupun selainnya”. Saya ingin cadangkan agar kementerian mendalami jenayah rogol dalam perkahwinan, dengan izin, marital rape dan memasukkannya juga di dalam point 5(b) ini. Adakah jenayah rogol dalam perkahwinan juga termasuk dalam perlindungan skim ini?

Tuan Yang di-Pertua, negara India melalui satu cadangan dari sebuah parti politik dalam usaha untuk mengira nilai kerja rumah oleh suri rumah telah dibentangkan. Maka, saya ingin bertanya di Malaysia ini. Apakah mekanisme oleh kerajaan untuk melaksanakan skim ini? Saya membawa isu ini kerana di bawah PeKa B40, RM5.8 juta telah diperuntukkan. Namun, hanya 670 ribu sahaja yang menggunakan kemudahan PeKa B40 ini. Ini lebih daripada setahun, dua tahun it has come to effect. Maka, saya ingin tahu. Apakah mekanisme? Let’s talk about reality. What is a realistic mechanism dalam bahasa kita perlukan pegawai untuk menjelaskan skim ini kepada wanita di luar sana dan juga untuk lelaki? Sekiranya kerajaan mempertimbangkan untuk masukkan juga bukan sahaja wanita walaupun bilangan wanita jauh lebih daripada lelaki menjadi suri rumah. Akan tetapi kita lihat perincian penggunaan ibu tunggal, balu, it’s the same as bapa tunggal dan duda.

So, jadi saya harap kementerian akan mempertimbangkan cadangan ini. Saya juga ingin tahu nama syarikat insurans yang akan dilantik untuk mengendalikan skim insurans ini. Apakah keuntungan mereka daripada perhubungan mereka ini bersama dengan kerajaan? Adakah ia CSR, zero interest ataupun ada apa-apa keuntungan? Saya juga ingin tahu sama ada perlindungan ini cover dialisis dan juga kanser yang kedua- duanya merupakan penyakit yang memang it is very high cost untuk kos perubatan mereka. Saya juga bersetuju dengan Ahli-ahli Parlimen bahawa saya rasa RM120 itu bagi golongan B40 yang memang fakir miskin, yang asnaf, untuk mereka bayar RM120 itu memang susah. Saya tahu.

Maka, saya juga bersetuju dengan Ahli-ahli Parlimen bahawa kerajaan yang harus memulakan, dengan izin, to start the ball rolling. Saya harap kerajaan akan berprihatin dengan tema Keluarga Malaysia, untuk memastikan bahawa dana yang ada dengan kerajaan sekarang digunakan dengan sebaik mungkin. Kerajaan mulakan

final • 4:31 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

pelaburan itu. Let the government start the ball rolling, a small amount. Baru suami ataupun suri rumah itu sendiri boleh melabur dalam skim insurans tersebut.

Jadi, saya menggunakan peluang ini untuk mengucapkan terima kasih. Walaupun semangat untuk rang undang-undang ini datang daripada idea Pakatan Harapan melalui i-Suri tetapi hari ini menjadi satu undang-undang. I think credit should be given where it’s due. Terima kasih kepada pimpinan Pakatan Harapan sebelum ini dan kepada Yang Berhormat Menteri hari ini. Terima kasih.

final • 4:31 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Yang Berhormat Baling, silakan.

final • 4:31 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Alhamdulillah. Baling diberi peluang untuk bersama-sama dalam membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022, Kementerian Sumber Manusia.

Hari ini kita telah mendengar semua rakan telah berbahas mengatakan suri rumah antara kerja yang paling mulia di sisi Allah SWT. Tiada tolok bandingnya perjuangan yang telah mereka lakukan. Jadi, amatlah berpatutan. Saya hendak ucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan tahniah kepada Perdana Menteri yang memperjuangkan Keluarga Malaysia. Hari ini Kerajaan Keluarga Malaysia dapat melaksanakannya. Insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua, ramai telah memperkatakan beberapa isu. Saya ingin membawa Dewan ini untuk menyatakan bahawa beberapa perkara yang harus kita teliti dan memastikan ia dapat memanfaatkan kepada mereka. Tiada gunanya kita bahas, akhirnya kita tidak dapat sampai ke matlamat.

Antara perkara yang kita lihat pada hari ini adalah berkaitan dengan bayarannya.

Macam kita sebut, no one left to behind. Ini adalah satu care economy. Jadi, saya tengok ada beberapa perkara boleh ditambahbaikkan. Di antaranya, contoh mereka yang berumur 54 tahun, hari ini boleh belikan insurans ini sehingga 55 tahun, satu. Keduanya, maximum for them to purchase 54 tahun.

Apakah kerajaan boleh memikirkan untuk membawa turun ke 45 tahun kerana mereka ini tidak pernah sama sekali ada insurans selain daripada khairat kematian? Di kawasan luar bandar ini, ini lah yang mereka lazimnya memberi sumbangan ataupun mereka membayar dalam khairat kematian. Sekiranya berlakunya kematian, mereka akan dapat di antara RM2,000 hingga RM5,000 di kawasan masing-masing.

final • 4:38 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Jadi, adakah boleh kerajaan memikirkan dalam kita merangka rang undang- undang ini 45 tahun, bermulanya daripada 45 tahun, for the first-timer yang tidak pernah ada insurans atau apa-apa sosial dalam suri rumah ini?

Keduanya, ya, kita mendengar ramai kawan menyatakan bahawa, kerajaan start the ball rolling bayarkan RM120. Jadi, yang ini pun saya ada fikirkan- kerajaan terpaksa keluar lebih kurang RM20 lebih juta. Kalau ikutkan hendak bayar untuk semua orang ini, RM200 lebih juta. Akan tetapi memandangkan kekangan ekonomi pada hari ini yang sangat mencabar, adakah boleh kerajaan memikirkan bayar 50 peratus, RM60 dulu. Nilai RM120 itu yes, saya setuju. Di kawasan saya pun, di kawasan Baling pun kemungkinan susah untuk mereka hendak bayar RM120 untuk permulaan. They can start with RM60- enam bulan sekali. Insurans pun ada tiga bulan atau pencaruman empat bulan sekali dan enam bulan sekali.

Satu lagi yang saya fikirkan pada hari ini adalah, mencapai caruman yang perlu dibayar itu hendaklah terhenti apabila suri rumah berkenaan telah mencapai umur 55 tahun atau meninggal, mengikut mana-mana yang lebih awal. Saya juga ingin mencadangkan dalam Dewan yang mulia ini, apa salah dan kiranya kalau kita consider 65 tahun, sebab lazimnya suri rumah di rumah itu mereka kalau selepas umur 55 tahun

final • 4:40 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

barulah hendak kena kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan sebagainya. Jadi, apalah salahnya kalau kita berikan kepada daripada 55 tahun ke-65 tahun.

Kalau kita tengok faedah ini cukup bagus. Faedah yang telah ditawarkan kepada suri rumah ini yang mencarum skim tersebut mengandungi faedah-faedah yang bagus.

Hilang upaya, perubatan, faedah perubatan, hilang upaya kekal, elaun layanan sentiasa, pencen penakat dan faedah pengurusan mayat dan sebagainya. Jadi, saya harap apa yang kita bahaskan dan kita bincangkan benar-benar mendapat manfaat.

Saya juga ingin pergi kepada dua lagi poin Sir. Antaranya adakah kerajaan mempertimbangkan kepada suami-suami yang gajinya RM3,000 untuk memberi pemotongan terus RM10? Rokok pun hari ini lebih RM20 Tuan Yang di-Pertua. So, RM10 I think is yang kepada mereka, suami-suami yang gaji RM3,000 ke atas ini, I think the government should emphasize kementerian, pemotongan gaji untuk mereka bayar. Setiap tahun awal bulan Januari, potong RM120.

Keduanya, apakah kerajaan mempertimbangkan pada masa depan untuk mewujudkan pakej di bawah skim ini? Maksudnya berbeza pakej, berbeza jumlah caruman dan berbeza jumlah pampasan macam RM30, RM50 kepada mereka yang sayang kepada isteri, yang tidak mampu hendak beli insurans, they can contribute RM30 to RM50.

Last point sir, adakah kerajaan ingin melalui kementerian ataupun mengadakan libat urus bersama-sama syarikat-syarikat GLCs supaya dapat memberikan idea ini dan menyumbangkan kepada penambahbaikan skim-skim caruman? Macam kami di kawasan Baling, kami ada banyak kilang. Di Kulim banyak kilang, suami kerja cemerlang. They can even pay for the wife. Apabila suami itu cemerlang, dia mencarumkan atas imbuhan, atas kecemerlangan suami itu, they contribute to the wife.

Satu tahun baru RM120, kalau 10 tahun baharu RM1,200. If any syarikat boleh bagi sebab suami dia pekerja yang cemerlang dan dia boleh bayarkan RM1,200 untuk 10 tahun. Dia bukan bayar setahun, boleh bayarkan 10 tahun sekali. Ramai wakil rakyat macam kita juga boleh mencari dana untuk membayarkan mereka ini yang benar-benar fakir miskin, B40, ibu tunggal, we can pay RM1,200 untuk 10 tahun. Selepas 10 tahun, kita boleh cari lagi 10 tahun. Tempoh 20 tahun is very sufficient.

Last but not least sir, saya juga ingin untuk melihat balik seksyen 15(11) dan seksyen 15(12) ini yang mana dendanya RM10 ribu. Adakah kerajaan di bawah kementerian boleh memikirkan, memberi amaran terdahulu. Saya takut ini yang membuat lelaki atau suami shy away. Dia kata nak bayar RM10, tiba-tiba kena tangkap masuk penjara. Jadi, kalau boleh kita mulakan dengan amaran dulu, kita bagi warning.

Selepas warning pertama dia ingkar, then we go to the RM10,000. Kalau RM10,000 dia ingkar, then kita penjarakan. I think that is a very fair treatment to all the husbands yang ada untuk membantu dan membeli insurans. Kalau dia membeli, tiba-tiba dia kena buang kerja ataupun dia hendak cari kerja lain dan sebagainya, ini akan menjadi masalah untuk si suami sehingga mereka takut untuk bersama-sama untuk mencarumkan.

Thank you very much sir. Baling memohon menyokong. Thank you sir.

final • 4:40 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Dipersilakan Yang Berhormat Kubang Pasu.

final • 4:40 PM

Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kubang Pasu juga ingin menarik perhatian dan ingin mengucapkan tahniah. Tidak apalah, siapa hendak ambil kredit pun, siapa yang mula dan siapa yang akhirnya dapat membawa rang undang-undang ini dan diluluskan. Cuma saya hendak ingatkan bahawa ya, sebelum ini kita sudah ada i-Suri ya.

final • 4:45 PM

Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu

i-Suri yang bersama dengan KWSP mula diperkenalkan dan dikuatkuasakan pada 15 Ogos 2018 dan sekarang ini diberi jenama baharulah- Program Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP 2022, kena ada juga nama Keluarga Malaysia itu. Akan tetapi saya hendak sebutkan bahawa dalam program ini, faedah yang diberikan walaupun RM5 merupakan caruman dalam i-Suri itu, ia dapat dividen tahunan, bantuan hilang upaya, bantuan kematian yang lebih tinggi sebenarnya daripada apa yang kita cadangkan di bawah Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah ini iaitu RM2,000 sahaja.

Had umur pula, maknanya 60 tahun berbanding di sini yang dikatakan 55 tahun dan yang paling baiknya Tuan Yang di-Pertua, iaitu kerajaan memberi insentif RM480 setahun untuk skim i-Suri ini.

Saya hendak kaitkan ini dengan apa yang kita cadangkan di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah ini. Tadi ramai kawan yang sebut tentang had 55 tahun.

Kita hendak tanya, kenapakah 55 tahun diletakkan di situ? Disebut dalam ini, fasal 29- Pengurusan Mayat. Kalau mati selepas 55 tahun, tidak dapat apa sudah. Akan tetapi, kalau sebelum itu dapat RM2,000. Fasal 30(2)- Elaun Layanan Sentiasa. Kemudian Elaun Keuzuran, fasal 33(1) dan 34(1). Semua sebut tentang 55 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, life expectancy, dengan izin, di Malaysia ini untuk wanita sekarang ini umur 77 tahun ya, 77 tahun. Kalau kita buat assumptionlah dan lelaki 72.6 tahun. Kalau kita buat assumption kata 10 tahun sebelum suami dia meninggal, dia masih lagi menjadi seorang suri rumah, menjaga suaminya dan sebagainya.

Definitely 55 tahun itu merupakan satu had yang terlalu awal diletakkan di situ.

Saya ingin mencadangkan supaya had ini ditingkatkan sehingga 65 tahun ya. Bila ada coverage yang sedemikian, baharulah sebenarnya hasrat kita untuk membantu suri rumah yang kita kata the unsung heroines ini atau mungkin sebahagiannya heroes ini, dapat kita berikan ya. Kenapakah 55 tahun itu menjadi sekatannya ya?

Kita kena ingat bahawa RM480 yang diberikan di bawah i-Suri itu sebenarnya RM120 itu, boleh kita ambil dan letakkan sebagai caruman yang dibayar awal 12 bulan itu, RM120 itu sebahagiannya dengan- jadi, maknanya tidak ada masalah. Semua yang B40 yang berdaftar dengan eKasih dan sebagainya itu, dapat kita cover di bawah skim ini.

Saya kira perlu revisit. Saya difahamkan, kenapa the magic age 55 tahun diletakkan ini sebab, ini merupakan skim insurans. Jadi, actuaries pun masuk. Masuk formula gedebuk- gedebak apa semua, tiba-tiba letak 55 tahun. Jadi, saya rasa ini perlu dilihat semula.

Juga kepada perkara-perkara yang diberikan, pampasan yang diberikan.

Contohnya, bagi pemulihan jasmani ataupun dialisis, maksimum RM50 ribu sahaja ya dan bagi dialisis RM200 sebulan.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, orang kalau yang dia tidak dapat rawatan dialisis di hospital kerajaan sebab queue panjang dan sebagainya, seminggu Tuan Yang di-Pertua, belanjanya RM1,000 ya. Sebulan kena bahagi empat minggu.

final • 4:45 PM

Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu

So, it’s actually RM4,000 dengan dapat RM200 ini, tersangat sedikitlah bagi saya supaya ini dapat juga dilihat semula supaya akhirnya intention kita untuk membantu mereka ini dapat tercapai.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingat itu yang ingin saya tekankan iaitu tentang had umur dan juga pampasan yang diberikan itu supaya kita naikkan sedikit supaya hasrat untuk membantu mereka yang memerlukan ini atas dasar mereka telah memberikan khidmat yang cemerlang kepada keluarga dan seterusnya kepada negara akan dapat kita realisasikan. Sekian, terima kasih.

final • 4:50 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Nerus.

final • 4:50 PM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, [Membaca sepotong doa] Terima kasih kepada Tuan Yang

final • 4:51 PM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

di-Pertua. Allah SWT berfirman [Membaca ayat al-Quran] , “...dan menjadi kewajipan kepada suami dilahirkan untuknya anak, memberi rezeki kepada isteri-isteri mereka dan juga pakai kepada mereka dengan cara yang baik”.

Saya menyokong penuh hasrat kerajaan untuk membentangkan Rang Undang- undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 ini dan bagi saya, ini adalah satu langkah ke hadapan untuk kita mengiktiraf tugasan seorang wanita yang dipanggil sebagai suri rumah. Perkataan ‘suri’ kalau kita lihat dalam Kamus Dewan bermaksud raja atau permaisuri, menggambarkan begitu besarnya kedudukan isteri dalam rumah kerana menguruskan rumah tangga bagi seorang suami.

Kita berharap ini adalah langkah awal yang membawa kepada langkah-langkah besar lagi untuk kita mengiktiraf suri rumah sebagai satu pekerjaan, bukan hanya untuk kita berikan mereka pampasan di kala berlakunya ilat dan sebagainya tetapi juga untuk memberikan hak yang besar lagi kepada mereka agar suri rumah menjadi satu pekerjaan yang diiktiraf dan diberikan gaji, elaun dan sebagainya.

Cuma perkara berbangkit daripada apa yang kita bentangkan pada hari ini ialah pertama tentang kempen kesedaran. Ini kerana apa yang kita bentangkan ini lebih bersifat sukarela bukan satu paksaan, bukan suatu yang diwajibkan kepada para suami.

Sedangkan, kalau kita lihat dari sudut skim yang lain sebelum ini contohnya Skim Keselamatan Sosial dan Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang dilancarkan pada tahun 2017.

Sehingga hari ini baru mendapat sambutan 20 persen daripada mereka yang bekerja sendiri.

Saya bimbang keadaan sama juga akan berlaku kepada skim yang baharu ini iaitu penglibatan tidak besar sedangkan sepatutnya skim ini menjadi hak kepada para isteri yang menjaga anak-anak, yang menjaga keluarga mereka. Tidak wajar satu orang perempuan, suri rumah yang tersekat atau terhalang untuk mendapat faedah seumpama ini disebabkan suami yang tidak ada kesedaran. Maka, saya minta untuk kementerian melihat kempen jangka masa panjang yang kuat dan berkesan untuk kita pastikan sasaran yang besar hingga boleh merangkumi seluruh yang dipanggil suri rumah tadi.

Kalau kita lihat, kita ada kakitangan awam yang mereka bekerja dengan kerajaan, kenapa tidak kita pecah-pecahkan ada pihak yang compulsory secara wajib mesti mencarum untuk isteri mereka ini iaitu mereka yang mendapat gaji yang tetap, kakitangan awam dengan kadar hanya RM10 sebulan untuk dipotong, itu kecil berbanding gaji mereka dapat RM1,500, RM2,000 dan sebagainya. Bahkan juga kakitangan yang bekerja tetap swasta juga boleh dibuat potongan. Apa yang kita perlu bahaskan lagi ialah tentang mereka yang tidak ada pekerjaan tetap iaitu merujuk kepada mereka yang berdaftar dengan eKasih dan sebagainya, lebih banyak cadangan diberikan untuk kita selesaikan masalah ini. Itu perkara-perkara utama berkaitan kempen.

Kedua, dari sudut pelaksanaan. Saya sangat bimbang kadang-kadang pelaksanaannya lebih menyukarkan kepada mereka yang ingin membuat tuntutan. Kena ambil kaedah, [Bercakap dalam bahasa Arab] bagi mudah jangan buat payah. Maka perlu ada sesuatu dalam akta kita ini yang menggambarkan kemudahan untuk membuat tuntutan apabila berlaku sahaja kes-kes pampasan dan potongan yang dibuat oleh mereka yang terlibat dengan i-Suri ini.

Cuma satu lagi saya hendak menarik perhatian tentang takrifan yang diberikan kepada suri rumah tadi juga melibatkan anak. Ada satu keadaan di mana dia tidak ada suami tetapi dia menjaga anak saudara yang kematian ibu dan ayah. Anak saudara yang tidak ada ibu ayah ini ataupun anak yatim ini selalu dijaga oleh ibu saudara kerana Nabi sebut dalam hadis [Membaca sepotong hadis] ibu saudara seperti kedudukan ibu dan yang menanggung mereka ini adalah adik beradik dia atau bapa saudara mereka yang lelaki, yang ada keluarga.

Akan tetapi dijaga oleh seorang perempuan, ibu saudara yang tidak berkahwin.

Maka adakah ruang untuk kita masukkan golongan ini yang sebenarnya tidak sedikit dalam masyarakat kita untuk mereka juga dimasukkan dalam takrifan ini agar mereka juga mendapat peluang untuk mendapat ruang-ruang yang baik yang kita tawarkan menerusi skim SKSSR yang kita bentangkan pada hari ini.

final • 4:51 PM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Terakhir, saya hendak sebut juga tentang peluang kepada ibu - suri rumah ini.

Ada kalangan suami mereka yang bekerja sendiri, berniaga apabila dia habis berniaga di pasar malam dan sebagainya, dia balik rumah, yang menguruskan semua, membersihkan kelengkapan perniagaan semua ialah isteri, yang masak kuih pun isteri. Adakah ia akan memberi kesan kepada takrifan bencana domestik ataupun takrifan pengurusan rumah tangga yang nanti akan diberikan takrifan yang lebih detil oleh kementerian untuk akta ini.

Ini kerana ramai yang menjadi suri rumah, membantu suami meneruskan perniagaan bimbang kerja-kerja mereka dan akhirnya berlaku ilat dan sebagainya kerana kerja-kerja mereka itu lalu terkeluar daripada takrifan yang diberikan oleh akta ini. Itu sahaja daripada saya, terima kasih. Saya menyokong penuh. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 4:51 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Dipersilakan Yang Berhormat Sepang.

final • 4:51 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk berbahas. Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa undang-undang ini yang namanya sosial sekuriti ini adalah sebahagian daripada safety net ataupun jaringan keselamatan untuk– dalam kontak kes ini ialah melibatkan suri rumah.

Cuma saya ingin bertanya kepada pihak Menteri ataupun Timbalan Menteri, kalau kita lihat kepada seksyen 2 dalam tafsiran housewife, izinkan saya baca dalam bahasa Inggeris ya, “means any female whether married or unmarried”.

Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, oleh sebab termasuk housewife adalah orang yang tidak berkahwin (unmarried), adakah ini bermakna sekiranya katakan seorang kadang-kadang orang-orang kaya ini dia ada care ataupun caretaker untuk menjaga mereka ini. Jadi adakah mereka ini mungkin akan dilindungi juga ataupun termasuk dalam pengertian housewife, itu yang pertama.

Kedua, saya juga ingin mengucapkan tahniah kerana dalam undang-undang ini ada satu peruntukan mengenai disclosure of interest. Izinkan saya merujuk Tuan Yang di- Pertua, di bawah fasal 12 iaitu, “mana-mana anggota jawatankuasa hendaklah kalau mereka mempunyai kepentingan secara direct atau indirect mengisytiharkan kepentingan kepada pihak chairman ataupun pengerusi committee”. Saya ingin bertanya, apa kesan kalau sekiranya mereka gagal melakukan hal tersebut?

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya selepas kes yang melibatkan Yang Berhormat Pekan, memang saya rasa amat perlu diadakan peruntukan seperti ini. Ini kerana apa Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya merujuk kepada kes Najib vs PP 2021 MLJ 248, keputusan Mahkamah Rayuan di mana dalam kes ini Tuan Yang di-Pertua, antara lain izinkan saya merujuk kepada paragraph 42 dalam judgement of the Court of Appeal. Antara lain mengatakan, izinkan saya membaca dalam bahasa Inggeris, “on 17th of August 2011, the appellant – sorry. The first government guarantee was approved at the Cabinet meeting, chaired by the appellant”, iaitu Yang Berhormat Pekan.

final • 4:56 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini menunjukkan bahawa walaupun dia seorang yang ada kepentingan dalam guarantee agreement itu tetapi dia sendiri yang telah mempengerusikan mesyuarat dan dia juga telah approved. Seterusnya, dalam perenggan 44, izinkan saya baca, “The appellant had on 28th of February 2012 tabled the Cabinet or MJM’s papers for approval of the second guarantee for the second loan of RM2 billion”. Selepas itu, dia juga yang telah tandatangan second guarantee itu. Ini semua menunjukkan contoh kes-kes apabila seseorang itu ada kepentingan tetapi gagal untuk isytihar kepentingan itu seperti mana yang dilakukan oleh Yang Berhormat Pekan dalam kes 1MDB.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Jadi, apabila ada peruntukan ini, saya amat bersetuju dan saya rasa kita kena mungkin untuk kita kuatkan lagi, seboleh-bolehnya selepas ada peruntukan itu, kita juga peruntukkan bagaimana kita boleh meletakkan satu peruntukan lain apabila seseorang itu gagal seperti mana dalam kes yang melibatkan Yang Berhormat Pekan itu gagal untuk isytihar kepentingan yang mengakibatkan kita semua merana— apakah kesannya?

Apakah kesan kepada kegagalan itu? Adakah ia dianggap sebagai tindakan criminal ataupun macam mana? Ataupun apakah kesan kepada kelulusan itu? Jadi, saya harap pihak kerajaan dapat menerangkan benda itu.

Seterusnya, saya juga ingin bertanya kepada kerajaan, kenapakah dihadkan kepada umur 55 tahun sahaja? Ini seolah-olah kita tidak pro kepada wanita-wanita yang tua. Sedangkan ramai juga mungkin wanita ini yang mungkin sudah berumur lebih daripada 55 tahun tetapi mereka juga memerlukan perlindungan. Jadi, kenapakah kita hadkan kepada 55 tahun sahaja?

Terakhir, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada kerajaan, apabila kita buat undang-undang ini, saya harap ya, ini saya beri cadangan, supaya kita kena bersikap mungkin ada sikit, kata orang itu, justice must be tempered with mercy. Sebab, kita tahu dalam kes ini, kita tidak ada satu peruntukan mewajibkan suami untuk mencarum. Bagi saya, secara peribadi, saya bersetuju tidak ada suatu kewajipan kerana kalau kita wajibkan seorang suami untuk mencarum, dikhuatiri mungkin akan mengakibatkan masalah rumah tangga. Sebab, apabila suami gagal bayar, dia tidak ada duit, mungkin akan berlaku keretakan rumah tangga, pergaduhan dan sebagainya. Mungkin akan meningkatkan tragedi domestic violence dan sebagainya.

Jadi, saya harap dalam melaksanakan undang-undang ini, apabila kita enforce the law, dengan izin, saya harap pihak-pihak yang selalunya PERKESO ini— memang dalam Malaysia ini selalunya, Tuan Yang di-Pertua, apabila tiba enforce undang-undang ini, nampaknya kita ramai orang yang overzealous. Akan tetapi, apabila kita hendak dapat duit, memang susah. Hendak claim duit PERKESO punyalah susah tetapi apabila kita tidak bayar, dia kejar sampai ke lubang cacing.

Jadi, saya harap supaya kerajaan kena ada sikit pertimbanganlah. Sebab, ini suami yang beri ini. Kalau kiranya kita hukum mereka, kita kejar mereka sepertimana kita kejar orang-orang tidak bayar caruman PERKESO, kita khuatir nanti suami ini mungkin akan melakukan sesuatu kepada isterinya. “Kadang-kadang awak punya pasallah, saya terpaksa kena kejar oleh PERKESO”. Jadi, kita harap ada satunya pertimbangan juga untuk melihat perkara ini. Sekian, terima kasih.

final • 5:00 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Dipersilakan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hang Tuah Jaya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Ipoh Barat sebagai mantan Menteri Sumber Manusia dan juga Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia sekarang ini yang meneruskan inisiatif yang baik yang membolehkan kita di Dewan ini membahaskan satu Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang berada di dalam Dewan ini, ada satu laporan Bank Negara yang harus saya bawa ke dalam Dewan ini untuk perhatian yang mengungkapkan, “A vision for social protection in Malaysia”, dengan izin. Ini di mana Bank Negara dalam artikel ini telah pun memberikan peringatan bahawa program-program jaringan keselamatan sosial ini adalah kurang efektif ataupun kurang berkesan. Sebabnya ialah kerana diuruskan oleh agensi-agensi yang pelbagai di peringkat Persekutuan dan juga negeri. Bermaksud, ada red tapes, ada perkara-perkara yang menjadi halangan kepada keberkesanan program ini.

Justeru, saya ingin bertanya kepada kementerian, saya percaya di peringkat kementerian sudah pasti mempunyai strategi bagaimana untuk menjayakan skim ini. Ini

final • 5:03 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

kerana cabaran besar yang boleh saya lihat dalam program ini adalah sebab ia dilakukan secara sukarela (volunteer). Justeru, perlu satu penjelasan dibuat di dalam Dewan ini kerana kalau mengikut rang undang-undang ini, di sana terdapat satu peruntukan ataupun satu nota yang menyatakan bahawa kita akan melibatkan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan.

Itu menjurus saya kepada persoalan kedua. Memandangkan ada unjuran ataupun ada perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan, saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah unjuran perbelanjaan yang akan ditanggung oleh kerajaan daripada taxpayers’ money, dengan izin, untuk menjayakan skim ini?

Tadi disebut soal 150,000 orang yang berdaftar dengan eKasih. Saya setuju dengan beberapa pandangan ahli wakil rakyat bahawa saya percaya ada kekangan dalam eKasih ini. Justeru, saya minta Kementerian Sumber Manusia, khususnya Yang Berhormat Timbalan Menteri dan pasukannya untuk cuba lihat bagaimana kita boleh memastikan agar mereka yang benar-benar layak itu yang mungkin tidak berdaftar dengan eKasih tetapi juga masuk dalam program social safety net dalam Rang Undang- undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 ini.

Yang ketiganya ialah berkait tentang tafsiran di bawah seksyen 2 ataupun pemakaian undang-undang ini ataupun rang undang-undang ini iaitu ramai yang telah memberikan tafsiran tadi tentang suri rumah dan sebagainya. Ada yang mencadangkan supaya di-cover sekali ataupun dimasukkan sekali lelaki.

Saya hendak berikan satu senario kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ya.

Kalaulah suami dan isteri itu bekerja dan mereka mengambil seseorang wanita untuk menguruskan rumah tangga mereka seperti menjaga anak dan sebagainya. Yang digajikan itu mungkin berkahwin atau mungkin juga belum berkahwin. Apakah orang gaji ini ataupun pembantu rumah ini boleh dicarumkan dalam rang undang-undang ini?

Ini kerana tadi disebut secara umum ya tafsiran mengenai suri rumah. Jadi, mungkin ada keadaan di mana suami dan isteri bekerja, mereka perlukan pengurus untuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan di sana apakah ia tertakluk di bawah rang undang-undang ini? Ini kerana kalau tertakluk, bermakna kita boleh memanfaatkan rang undang-undang ini untuk membantu mereka yang mempunyai orang gaji.

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, ini berkaitan tentang laporan ya. Di bawah seksyen 61, laporan tahunan. Saya sesungguhnya ingin menyaksikan program ini berjaya kerana ia satu program safety net yang baik. Namun, saya beritahu daripada awal tadi, masalah saya ialah bagaimanakah untuk memastikan ia berjaya? Tentunya ada laporan tahunan.

Cuma, saya ada sedikit masalah di sini kerana laporan tahunan ini hanya dikemukakan kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ingin cadangkan program berskala nasional seperti ini adalah munasabah ataupun bijaksana untuk laporan-laporan ini dibentangkan di dalam Dewan ini ataupun diletakkan di atas meja Ahli-ahli Parlimen supaya kita dapat manfaatkan dan diberikan maklum balas secara terus.

Ini kerana saya tahu bahawa kalau kita ikut laporan United Nations Population Fund, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, 57 percent female households are not protected. Jadi, bayangkan, lebih 57 peratus wanita-wanita kita tidak diberikan perlindungan. Jadi, sudah pasti ini perkara yang agak fundamental dan dengan adanya laporan ini sudah pasti Ahli Parlimen boleh melihat dan mengikuti perkembangannya sama ada berjaya ataupun tidak.

Dengan itu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hang Tuah Jaya mohon terima kasih.

final • 5:03 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Saya mempersilakan Yang Berhormat Segambut.

final • 5:03 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Segambut mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan saya hendak mulakan perbahasan saya dengan menyatakan sokongan saya terhadap semangat undang-undang ini.

final • 5:09 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Akan tetapi kalau saya lihat undang-undang ini, ada banyak ruang untuk penambahbaikan dan saya akan jelaskan kenapa saya hendak minta supaya undang- undang ini ditangguhkan sehingga penambahbaikan dilakukan.

Pertamanya, rang undang-undang ini adalah penambahbaikan (upgrade) terhadap program i-Suri yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang memberi pengiktirafan kepada suri rumah tangga yang melakukan kerja sebagai jasa mereka untuk membina negara kita melalui kerja domestik, membantu menjaga anak serta keadaan rumah.

Akan tetapi, kalau kita melihat rang undang-undang ini sekarang, pertamanya adalah takrifan— ramai kawan saya telah mengatakan bahawa ini sepatutnya merangkumi suami rumah (househusband). Kalau kita lihat fasal 3 dan fasal 14 untuk tafsiran kalau saya boleh saya hendak cadangkan untuk masukkan sekali takrifan ‘suri rumah’ ini ertinya, “*Mana-mana perempuan ataupun lelaki sama ada telah berkahwin atau belum berkahwin yang menguruskan rumah tangga atas dasar sepenuh masa atau tidak dan termasuklah—

(a) seorang orang suami ataupun isteri, janda atau balu ataupun duda; dan

(b) seorang ibu atau bapa kepada seorang anak atau lebih termasuklah ibu tunggal*,” Hal ini kerana data kita tahun 2020 telah menunjukkan bahawa wanita yang bekerja sekarang hanya 55.3 peratus dan lelaki yang bekerja, bukan melebihi 90 peratus pun tetapi hanya 80.6 peratus. Jadi, ada banyak ruang untuk kita menggalakkan supaya apabila ada satu suami atau isteri pergi bekerja, spouse itu boleh tinggal dekat rumah dan bantu jaga anak.

Kalau kita lihat geran taska yang kita bagi kepada agensi kerajaan semasa Pakatan Harapan mentadbir, dasar itu apabila kita bagi duit itu kepada agensi yang mempunyai ramai anggota lelaki seperti PDRM, jawapan kementerian kepada mereka adalah walaupun kementerian ini ramai lelaki tetapi tolong mohon untuk geran taska kerana tanggungjawab menjaga anak ini kita hendak normalize bahawa lelaki juga patut mempunyai tanggungjawab untuk menjaga anak. Ini semangat baharu kerajaan yang kita lahirkan pada masa itu untuk pastikan kita berlaku adil kepada wanita dan lelaki. Jadi, saya minta kalau boleh tambah takrifan ini supaya ‘suami rumah’ juga mempunyai perlindungan.

Keduanya, stereotaip bahawa wanita sahaja boleh buat kerja rumah mesti dihentikan. Jadi kalau boleh, kalau kita masukkan ini kita akan melahirkan ramai lelaki yang bertanggungjawab sebagai seorang bapa dan sebagai seorang suami. Kerja rumah kena berlaku adil, semua kena berkongsi.

Ketiganya, adalah isu pampasan terlalu rendah. Kalau kita lihat Jadual Kedua, amaun maksimum kalau hilang tangan bayaran sekali gus hanya RM30,000. Kalau kita lihat pendedahan baru-baru ini elaun empat orang duta khas yang keluar negara hampir RM1 juta. Duit itu yang kita bazirkan seperti itu sebenarnya boleh bantu 30 orang wanita untuk dapat pampasan penuh. Jadi, saya lihat walaupun kita hendak bagi perlindungan tetapi pampasan yang kita letak di sini kehilangan dua-dua tangan hanya RM30,000.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 5:10 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Yang Berhormat Kuala Selangor hendak mencelahkah?

final • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kalau boleh, dengan izin Tuan Yang di-Pertua?

final • 5:10 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, saya minta pembahas terakhir bagi saya sedikit masa.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ya, saya tidak berpeluang untuk berbahas Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:10 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Silakan.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kalaulah dalam rangka ini juga Yang Berhormat Segambut, apakah sudah sampai waktunya supaya perkara-perkara ini, peruntukan-peruntukan atau skema-skema ini dilihat dalam rangka lebih besar dengan izin social protection floor ataupun asas lantai keselamatan untuk wanita khasnya untuk suri rumah yang mana i-Suri kita dahulukan dulu— predating us ataupun mendahului dan sekarang ini Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) ini perlu difikirkan dengan satu pendekatan yang lebih holistik bukan sahaja dilihat secara runcit-runcit. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Saya setuju Yang Berhormat Kuala Selangor dan saya hendak habiskan poin ini berkaitan dengan poin terakhir saya iaitu rujukan kepada Jadual Ketiga iaitu Kadar Caruman. Kalau kita lihat perkataan yang kita gunakan dalam rang undang-undang ini kadar bayaran caruman yang dibayar terlebih dahulu adalah berdasarkan amaun pendapatan bulanan anggapan bagi suri rumah dan anggapan ini RM600 untuk nilai kerja seorang suri rumah.

Kalau kita lihat perkataan Inggeris yang kita ada di sini. Saya rasa sangat menghina, “The rates of payment for contribution paid in advance is based on the amount of presumed monthly income for housewives, RM600 a month”. Kalau kita lihat gaji minimum yang baru diperkenalkan oleh ini, gaji minimum satu bulan RM1,500. Kalau kita pergi coffee shop sekarang warga asing yang membuat minuman, gaji minimum mereka sudah mencecah RM3,000 tetapi untuk suri rumah, wanita kita, golongan ibu kita amaun anggapan bulanan RM600.

[Tepuk] Perkataan ini sangat menghina.

Itu sebab saya meminta kalau boleh kita tangguhkan, kerana perkataan seperti ini walaupun semangat kita adalah untuk melindungi golongan wanita tetapi perkataan yang kita gunakan ini sangat menghina kerja mereka. Kita lihat, kalau RM600 sebulan Tuan Yang di-Pertua bermaksud, dalam satu bulan 30 hari, satu hari gaji minimum mereka seorang suri rumah RM20. Nasi campur di Kuala Lumpur sekarang satu pinggan RM10.

Bermaksud kalau suri rumah dapat RM20 sehari, kais pagi makan pagi, buat kerja rumah pagi, tengah hari dan malam dapat dua pinggan makan, dua pinggan nasi. Saya rasa ini tidak sepatutnya berlaku. Kalau kita lihat rokok, satu kotak rokok sekarang sudah mencecah RM17. Ini untuk Marlboro. Rothmans RM12 sekotak. Winston RM15 sekotak.

Gaji ibu satu hari RM20. Sangat-sangat menghina.

So, saya minta Timbalan Menteri yang akan menjawab nanti. Kalau boleh— saya menyokong undang-undang ini tetapi saya rasa perkataan ini kalau kita biarkan seperti ini dalam Hansard sangat menghina golongan yang sepatutnya melindungi. Segambut mohon membahas. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Segambut. Kalau ikut senarai ini Yang Berhormat Segambut adalah yang terakhir. Dengan izin, I am willing to go for another three, all right. Okay, on the basis who stands first. Silakan Yang Berhormat, five minutes.

final • 5:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya ingin membangkitkan beberapa isu kerana saya rasa ini adalah undang-undang yang sangat baik untuk warga suri rumah kerana kita tahu bahawa ibu dan isteri kita, kerja mereka bukan setakat 9-to-5 tetapi 24/7 jaga kita dan jaga anak kita.

final • 5:17 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jadi, apabila Pakatan Harapan, saya dulu sebagai salah satu ahli dalam manifesto Pakatan Harapan, kami drafkan i-Suri dan selepas ini KSSR ini. Itu adalah satu penghormatan kepada ibu-ibu kita dan kepada isteri-isteri kita yang menyumbangkan segala hidup mereka untuk keluarga kita. Nilai mereka tidak harus dinilaikan dengan RM600. Saya setuju dengan Yang Berhormat Segambut. Kita selalu kira GDP-GDP, tetapi sebenarnya mereka— contribution of housewives kepada negara kita jauh lebih besar daripada RM600. Ia sebenarnya sangat besar.

Jadi, saya ingin memohon kerajaan— this is the first step dan saya sokong tentang rang undang-undang ini dan saya harap bahawa ia diperbaiki kerana intention Pakatan Harapan itu baik tetapi kita nampak rang undang-undang ini jadi very— not properly drafted. Walaupun intention bagus tetapi not properly drafted. Saya harap kerajaan sekarang itu do a better job. Saya ingin touch on tentang RM120 satu tahun dan ia hanya one-size-fits-all. Maksudnya, setiap ini i-Suri itu RM10 dikeluarkan untuk mencarum KSSR. Itu adalah untuk group B40.

final • 5:17 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Akan tetapi kalau saya ingin mencarum kepada isteri saya, lebih daripada RM120 kenapa tidak boleh? Kena ada pakej yang baharu, pakej yang lebih supaya isteri saya boleh mendapat protection yang lebih. Kenapa hanya stop at RM10 per month? Ini persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri supaya kaji balik cadangan kita supaya ada pakej-pakej supaya seperti di dalam PERKESO. Perlindungan pekerja boleh sampai RM5,000 ya. Siapa yang boleh sampai RM5,000, mereka carumlah. Akhirnya kalau yang bayar lebih, dia dapat protection yang lebih, yang kurang dapat protection yang kurang.

Saya juga nampak bahawa akta ini dia biased against men. Sebenarnya saya nampak bahawa in a modern family sekarang ada lelaki yang stay home jaga anak. Saya tahu bahawa ada beberapa rakan saya yang betul-betul full-time homemaker untuk menjaga keluarga. Mereka kalau boleh kita extend ini kepada mereka tetapi sekarang kita nampak akta ini hanya kepada wanita bukan lelaki. Jadi saya harap bahawa kerajaan boleh pertimbangkan untuk lelaki juga.

Akhir sekali adalah outreach. Saya nampak bahawa program ini sekarang mandatori untuk golongan yang dalam e-Kasih. Akan tetapi untuk ramai di luar lagi kita perlukan program yang lebih baik untuk menarik lebih ramai suri rumah dan juga commit husband untuk memberi caruman. Ini adalah kerana saya rasa walaupun kita lulus dalam Dewan yang mulia ini tetapi apabila program ini hendak sampai ke pedalaman katakan di Sabah dan Sarawak sehinggakan di Pulau Pinang pun, bukan senang kita outreach kepada mereka. Saya harap bahawa setiap Ahli Parlimen memainkan peranan masing- masing untuk mempromosikan program ini kepada suri rumah di luar sana. Sekian, terima kasih.

final • 5:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. The next one sila Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:22 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

I’ve got to cut short, three minutes.

final • 5:22 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ya, baik. Saya cuba sebab apa saya tidak akan mengulangi penghujahan kawan-kawan saya daripada Yang Berhormat Segambut dan juga daripada Yang Berhormat Bayan Baru.

Sekadar untuk saya menekankan kembali Tuan Yang di-Pertua sementara saya menyokong rang undang-undang ini, Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 atau KSSR ini, saya cenderung untuk menegaskan bahawa apakah ia lebih baik kalau ia diwajibkan ke atas para suami. Bukan sekadar ia satu yang sifatnya sukarela.

final • 5:22 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Dengan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Parlimen yang tadi, khasnya Yang Berhormat Segambut, dengan andaian angka dan kuantum yang begitu maaf cakap, menghina kedudukan suri ataupun isteri dengan andaian RM600 as part of – sangat rendah, lebih rendah daripada gaji minimum.

Itu kalau angka-angka itu diambil kira saya bersedia untuk menyokong rang undang-undang ini. Adapun perkara yang saya ingin tegaskan sekali lagi, mungkin sudah sampai waktunya supaya perkara ini dilihat dengan mengambil pendekatan apa yang diistilahkan menggunakan istilah tadi dengan frasa, dengan izin social protection floor ataupun asas lantai keselamatan yang merupakan satu pendekatan global, satu social policy yang sudah pun bersifat global ataupun diterima sebagai benchmark yang mana setiap negara atau jurisdikasi membuat apa yang dikatakan sebagai pentakrifan mereka.

Nationally derived set of basic guarantees, dengan izin. Jaminan-jaminan yang diiktiraf dan ditetapkan sendiri oleh sebuah kerajaan itu.

Oleh kerana itu, perkara-perkara ini tidak dilihat semacam tidak teratur. Bahkan ia dirangkumkan dengan apa yang diistilahkan sebagai menetapkan satu social protection floor yang diputuskan di Parlimen ini dan diangkat dengan segala kemuliaan sesuai dengan kedudukan wanita selaku ratu, permaisuri apa yang diistilahkan dalam lisan ataupun dalam lidah Nabi sebagai, [Berucap dalam bahasa Arab] “Wanita itu adalah pasangan lelaki yang sebenar-benarnya dalam mendirikan rumah tangga dan mahligai mereka”. Sepatutnya kita mengarah ke situ sebenarnya untuk kita juruskan mendapatkan social protection floor untuk seluruhnya, skema-skema seumpamanya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas kesempatan ini.

final • 5:22 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Dipersilakan Yang Berhormat Batu.

final • 5:22 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:25 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Last speaker before Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 5:25 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk bagi ruang kepada Batu. Last pembahas untuk rang undang-undang ini. Bagi saya Batu juga menyokong penuh Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 di mana akta ini adalah satu akta yang bagus bagi rakyat Malaysia terutamanya kebanyakan wanita yang menjadi suri rumah sepenuh masa.

Namun begitu terdapat beberapa pertanyaan tentang rang undang-undang ini yang dilihat sedikit pincang. Pencarum hanya boleh mencarum sehingga umur 55 tahun sedangkan kakitangan awam berpencen ketika berumur 60 tahun. Permohonan untuk i- Suri ini juga kelihatan agak sukar dan perlu mengurangkan kerenah birokrasi. Kerajaan juga harus sedar negara menuju ke arah negara menua di mana rakyat Malaysia dijangka meningkat 1.4 peratus daripada 32.6 juta pada tahun 2019 kepada 38.1 juta pada tahun 2030.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Dianjurkan 15 peratus akan berusia 60 tahun dan ke atas apabila Malaysia menghampiri status negara tua pada tahun 2030 berbanding 10 peratus pada tahun 2019.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) turut menggambarkan tiga cabaran utama bagi penuaan penduduk iaitu kurang simpanan hari tua, kehidupan kurang sihat dan kesunyian. Oleh itu akta ini sepatutnya perlu fokus kepada negara menua yang kita hadapi tidak lama lagi namun kita masih tidak bersedia apabila caruman hanya terhad sehingga umur 55 tahun.

Apakah relevan untuk meletakkan had pencarum sehingga umur 55 tahun sedangkan negara bakal menghadapi masyarakat penuaan menjelang tahun 2030. Jika

final • 5:25 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

soalan ini dapat dijawab daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ataupun perbetulkan akta ini memang Batu menyokong. Terima kasih.

final • 5:25 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Batu. Dengan itu tamatlah perbahasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk rang undang-undang ini. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. 30 minit Yang Berhormat.

final • 5:25 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak Kementerian Sumber Manusia terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022. Kementerian menghargai semua pandangan, saranan, cadangan mahupun teguran daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Jawapan saya adalah berkaitan dengan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.

Seramai 19 Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Jempol sehinggalah ke Yang Berhormat Batu yang terakhir.

Yang Berhormat Pontian membangkitkan berkenaan dengan peruntukan kerajaan memberi perlindungan keselamatan sosial seramai 150,000 orang suri rumah yang layak mendaftar di bawah e-Kasih sebagai kesinambungan kepada suri rumah yang berdaftar di bawah program i-Suri yang kita ambil daripada sistem KWSP.

Ia merupakan satu penambahbaikan kepada program i-Suri. Pada masa ini terdapat 180,000 suri rumah yang berdaftar di bawah i-Suri. Mereka yang layak akan didaftarkan secara automatik setelah mendapat senarai nama mereka daripada agensi yang berkenaan. Pihak kementerian akan berusaha untuk memohon pihak kerajaan menambah perlindungan kepada suri rumah di bawah iSuri dan kita akan menambah baikkan sistem yang ada daripada semasa ke semasa selepas pelaksanaan ini.

Yang Berhormat Pontian juga membangkitkan berkenaan dengan penyertaan suri rumah adalah secara sukarela termasuk oleh suaminya. Walau bagaimanapun, sekiranya suami...

final • 5:27 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Penjelasan sedikit.

final • 5:27 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

Sekejap.

Saya akan jawab yang Yang Berhormat Ipoh Barat. Nanti boleh bangkit tanya yang berkaitan dengan sini– Penyertaan suri rumah adalah secara sukarela termasuk oleh suaminya.

final • 5:27 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

Walau bagaimanapun, sekiranya suami tersebut memilih untuk mendaftar dan membayar caruman bagi suri rumah dalam skim ini, maka suami diwajibkan membayar caruman tersebut sebelum tempoh perlindungan tamat untuk memastikan kesinambungan perlindungan.

Dibangkitkan juga berkenaan dengan umur 55 tahun. Pembayaran kenapa tidak kepada 60 tahun? Umur 55 tahun dipilih sebagai liputan perlindungan dan bukannya umur 60 tahun adalah supaya skim ini diselaraskan dengan program i-Suri KWSP. Selain itu, KSM juga mengambil kira bahawa suri rumah yang mempunyai simpanan KWSP boleh mengeluarkan simpanan KWSP mereka apabila mereka mencapai umur 55 tahun.

Manakala bagi suri rumah yang mempunyai anak, anak mereka adalah cukup dewasa untuk menyara suri rumah yang berkenaan.

Yang Berhormat Pontian juga membangkitkan terdapat faedah pengurusan mayat yang dibayar sekiranya suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 55 tahun sebanyak RM2,000. Walau bagaimanapun, tiada faedah pengurusan mayat yang dibayar jika suami meninggal. Yang Berhormat Pontian, banyak soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian.

Adakah suri rumah layak menerima faedah selepas bercerai dengan suaminya?

Seorang suri rumah yang sedang menerima faedah akan terus menerima faedah

final • 5:30 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

sekiranya layak dalam tempoh perlindungan walaupun telah bercerai dengan suaminya tertakluk dengan syarat...

final • 5:30 PM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Jawab yang ada sahaja.

final • 5:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

...Bencana domestik atau keilatan yang menimpa suri rumah berlaku dalam tempoh perlindungan tersebut.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Pontian tidak ada. Jawab yang ada sahaja.

final • 5:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Oh! Kalau tidak ada, saya skip sahajalah.

final • 5:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sikit, sikit. Pasal umur tadi, umur tadi itu.

final • 5:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Sekejap, sekejap.

final • 5:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Fasal kalau saya check dalam i-Suri ini, kelayakan dia belum mencapai umur 60 tahun, bukan 55 tahun, sebab kata Yang Berhormat tadi hendak selaras dengan i-Suri dalam sistem KWSP, sedangkan i-Suri 60 tahun.

final • 5:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Akan tetapi apa yang dirasmikan KWSP setakat 55 tahun, yang disambung sampai umur 60 tahun itu opsyen. Sekarang ini umur 55 tahun.

Kita boleh claim bila kita cukup 55 tahun. Mengikut akta yang lama, kita boleh mengeluarkan duit kita bila cukup umur 55 tahun. Apa yang sampai 60 tahun seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, itu opsyen. Kita boleh tidak ambil dan kita boleh simpan dekat KWSP tetapi daripada segi akta, perjanjian kita masa bekerja, 55 tahun. Jadi, walau bagaimanapun...

final • 5:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ini yang i-Suri ini daripada eKasih.

Maknanya mereka ini bukan daripada golongan yang bekerja tetapi ada juga yang tidak bekerja. Jadi maknanya mereka itu boleh carum sampai umur berapa?

final • 5:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Ini sebab akta ini kita ambil daripada KWSP untuk kita selaraskan. Perkara yang ini nanti kita akan, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena ini boleh kita semak semula tetapi sekarang sebagai rujukan awal, ini merupakan akta baharu yang kita laksanakan.

final • 5:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya harap kena rujuk semula sebab jelas dalam i-Suri ini Tuan Yang di-Pertua, kelayakan, siapa yang layak untuk mencarum dalam i-Suri maknanya. Belum mencapai umur 60 tahun. Ini clear, clear-cut.

Jadi macam mana di sini dikatakan selaras dengan i-Suri tetapi diletakkan umur 55 tahun.

Jadi nampak ada satu percanggahan. Perlu semak semula.

final • 5:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

i-Suri merupakan satu skim yang lain. SKSSR ini skim yang lain. Jadi kalau dia sudah masuk i-Suri pun, apa-apa berlaku, dia dapat.

Begitu juga dengan SKSSR. Dia tidak bertindih daripada segi tuntutan yang dia dapat.

Cuma kita mengambil iktibar daripada KWSP yang memberi garis panduan untuk keluarkan pada umur 55 tahun. Kalau dia hendak lanjutkan kepada 60 tahun, itu opsyen.

Tidak ada compulsory tetapi sebelum umur 55 tahun, KSWP tidak boleh keluar. Ha! Ini yang kita ambil. Jadi tidak mengapa, yang ini peringkat awal yang kita laksanakan pada ketika ini. Ini merupakan skim baharu yang dilaksanakan, tidak pernah ada lagi.

final • 5:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya rasa 55 tahun itu bawa keluar duit simpanan. Dalam PERKESO, kita tidak boleh bawa keluar duit. Kita carum itu, kita tidak boleh bawa keluar duit itu. Itu hanya untuk kalau berlaku kes-kes kejadian seperti yang terkandung dalam akta ini, maka kita akan mendapat faedah tunai dan sebagainya.

Kita tidak bawa keluar duit. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat, ikut KWSP, umur 55 tahun baru dia boleh bawa keluar simpanan.

final • 5:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Ya, ya. Tidak mengapa. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi, ini sebenarnya benda yang berlainan. i-Suri, umur 60 tahun. Jadi bagi saya, elok kita selaraskan bahawa umur 60

final • 5:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

tahun dan umur orang pencen pun 60 tahun. Jadi, elok untuk kita selaraskan dalam ini.

Itu sahaja yang saya minta, supaya diselaraskan.

final • 5:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Okey, okey. Terima kasih sahabat saya daripada Pokok Sena sebab sekarang ini kita mendasarkan kepada tuntutan yang berumur 55 tahun, begitu juga dengan pengeluaran KWSP bila kita mencapai umur 55 tahun. Jadi, tidak mengapa. Ini kita boleh review balik. Ini sebab saya katakan tadi, ini merupakan skim yang pertama dilaksanakan, sebelum ini tidak ada. Ini skim baharu, akta baharu yang kita akan laksanakan. Terima kasihlah. Perkara yang ini kita biasalah, peringkat awal. Ada lagi?

Ini pun tadi dikatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, lambat. Kami 22 bulan, lepas itu 28 bulan, tolak dengan 10 bulan, tinggal 10 bulan baharu kami- kerajaan bertukar tiga kali ini. Sepuluh bulan telah laksanakan, telah kita table up this proposal, dengan izin, dalam House of Parliament ini. Tapi tidak mengapa.

Peruntukan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, apakah yang dikatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat berkenaan dengan adakah kerajaan akan memberi sumbangan dalam skim ini atau peruntukan setiap tahun ditanggung oleh kerajaan? Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk memberikan perlindungan di bawah skim SKSSR ini yang mana senarai suri rumah yang diambil daripada golongan suri rumah miskin tegar daripada i-Suri KWSP untuk tahun pertama caruman. Permohonan peruntukan perlu diminta setiap tahun untuk memastikan mereka layak dilindungi untuk tahun berikutnya.

Seterusnya, Yang Berhormat Ipoh Barat juga membangkitkan bagaimana mekanisme PERKESO untuk merangkumi lebih ramai ataupun mekanisme untuk memastikan proses lebih cepat dan tidak ada golongan tercicir. PERKESO akan mengambil tindakan proaktif dengan mengadakan lebih banyak sesi libat urus dengan pihak berkepentingan bagi memastikan lebih ramai menyertai skim ini. Sila sahabat saya, Yang Berhormat Ipoh Barat. Apakah tadi yang hendak dibangkitkan?

final • 5:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya yang pertama adalah di mana tiap-tiap tahun kerajaan...

final • 5:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Oh! Yang itu saya sudah jawab.

final • 5:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ya, itu sudah jawab tetapi...

final • 5:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

The new one, yang you sudah tanya tadi, tidak payah tanya lagilah.

final • 5:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Itu jawapan sangat berbeza dengan apa yang diberitahu semasa kita membuat keputusan.

final • 5:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Apakah dia yang diberitahu dahulu?

final • 5:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Semasa menerajui kerajaan, kerajaan kata ia akan dinyatakan dalam rang undang-undang ini. Saya khuatir Tuan Yang di-Pertua kerana kalau tidak nyatakan dalam rang undang-undang ini, bermakna they are holding the B40 sebagai vote bank. Dia kata kamu undi kepada kita, kita akan bagi ini wang. Kalau tidak, kita tidak bagi. That is the impression. Jadi, Pakatan Harapan kata no issue. Tiap- tiap tahun dalam rang undang-undang ini, kita akan masukkan...

final • 5:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Tidak, tidak. Saya hendak tanya apa beza yang you dapat taklimat awal dengan yang saya beri ini? Jangan terlalu politik bercakap sangat.

Ini bukan tempat ceramah.

final • 5:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

No, taklimat. Saya yang terlibat dalam membuat rang undang-undang ini, satu di antaranya.

final • 5:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Apakah yang bezanya? Saya hendak tahu yang itu sahaja.

final • 5:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya berterima kasih kepada CEO, Datuk Dr. Azman. Dia tahu. Jadi ini, the whole idea is defeated. Itu nombor satu.

final • 5:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

You tidak deliver apa yang you blamed.

final • 5:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Nombor dua Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berapa faham.

final • 5:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

No, no. Sekarang kita clear RM20 juta sekarang...

final • 5:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Bukan, bukan. Yang Berhormat kata 10 bulan, hanya 10 bulan berkuasa. Saya tidak fahamlah. Semua orang daripada dunia ni tahu 28 bulan. Jadi, 10 bulan saya bekerja? Yang Berhormat berkata 10 bulan saya ada untuk membawa rang undang-undang ini?

final • 5:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Saya hendak jawablah ini. You tidak bagi peluang dekat saya hendak jawab, tidak boleh. Kita sudah ada tiga kali pertukaran kerajaan, yang pertama, 22 bulan. Perdana Menteri yang kedua, 18 bulan, yang ketiga, 10 bulan. Jadi, Keluarga Malaysia ini kita buat 10 bulan ini. Dalam masa 10 bulan, kita buat. Satu lagi saya hendak tahu, semasa saya ambil alih...

final • 5:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, this is very comical.

final • 5:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Sekejaplah.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak mengapa, tidak mengapa.

[Pembesar suara dimatikan] [Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Yang Berhormat Ipoh Barat bercakap tanpa pembesar suara]

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

I tahu you ada sifat dendam dekat kementerian because masa you pergi Bangladesh, you masih jadi Menteri. Akan tetapi masa you balik, you sudah tidak ada jawatan Menteri. Itu yang you sangat kritikal dengan KSM. Okeylah.

Saya tak nak bagi.

final • 5:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Bukan, tukar kerajaan.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah, cukup-cukup. Mari kita fokus kepada akta, okey?

Ini akta yang amat penting.

[Yang Berhormat Ipoh Barat bercakap tanpa pembesar suara]

final • 5:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya lah, siapakah yang curi kerajaan? Siapakah curi kerajaan?

final • 5:30 PM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Yang Berhormat Menteri, jawab Jempol lah.

final • 5:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Okey, soalan saya yang terus terang, kita sudah pun siapkan rang undang-undang ini pada bulan Februari tahun 2020. Jadi, mengaku sahajalah kamu lambat membawa. Lagi pun tahun dahulu ada Yang Berhormat Menteri yang gagal datang hari ini untuk menjawab, katakan ia akan dibawa ke Parlimen pada November tahun lepas. Mengaku sahajalah, lepas itu we go on.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak mengapa.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Tidak payah jawab, tidak payah jawab ini. Jawab Jempol.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila jawab Yang Berhormat Jempol.

final • 5:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Okey, okey. Saya hendak jawab, incomplete draft. Kita terpaksa kena hantar, naik turun ke AGC, ke Kabinet untuk kita semak semula.

Jadi, ambil masa-lah. Itu biasalah, 22 bulan pun tidak sempat buat apa, apatah lagi sepuluh bulan.

Okey, soalan yang seterusnya daripada Yang Berhormat Ipoh Barat...

final • 5:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Putar belit.

final • 5:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Okey Yang Berhormat Ipoh Barat, *you are my friend.

[Ketawa]* Bagaimana mekanisme PERKESO tadi, jadi bagi memastikan lebih ramai diliputi di bawah PERKESO dan memastikan proses lebih cepat dan tercicir, PERKESO sentiasa menambah baik pendaftaran dan proses yang telah dilaksanakan pada masa ini termasuk melalui program Skuad Prihatin dan Social Synergy.

Seterusnya Yang Berhormat Ipoh Barat membangkitkan dicadangkan PERKESO ditubuhkan hospital khusus untuk pekerja ataupun pusat rehabilitation yang ada di Melaka. Terima kasih, yang ini saya bersetuju. Kementerian ini menyambut baik cadangan Yang Berhormat dan akan memperhalus cadangan ini dengan membuat kajian dan libat urus yang berkaitan bagi memenuhi hasrat mewujudkan hospital khusus kepada pekerja.

Pada masa ini, PERKESO telah mewujudkan pusat rehabilitasi di Melaka dan akan datang di Ipoh, Perak dan juga kita ada pusat satelit di Terengganu dan beberapa tempat yang akan kita cadangkan lagi. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat kerana mencadangkan suatu yang baik untuk semua.

Seterusnya dicadangkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat berkaitan dengan eKasih dan PERKESO harus cara sepenuhnya. Maknanya hapuskan sistem eKasih dan PERKESO diurus secara sepenuhnya. Kementerian mengambil maklum cadangan Yang Berhormat dan akan memperhalus kaedah yang sesuai melalui sesi libat urus dengan pihak yang terlibat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, KWSP dan sebagainya.

Seterusnya, kerajaan mengambil maklum apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat berkenaan dengan charter for social protection expansion dengan izin, untuk memperluaskan perlindungan kepada semua. Kerajaan mengambil maklum atas cadangan Yang Berhormat. Untuk makluman, setakat ini kerajaan melalui PERKESO telah melindungi pekerja informal sector, pekerja asing, pekerja domestik dan terkini, suri rumah. Dalam masa akan datang, PERKESO akan terus menambah baik perlindungan sosial dari semasa ke semasa mengikut keperluan negara untuk golongan yang belum dilindungi di bawah perlindungan keselamatan sosial.

Banyak juga soalan daripada Yang Berhormat Ipoh Barat. Dari bulan November sehingga rang undang-undang digazetkan, berapa ramai suri rumah yang telah cedera, mati dan dibayar pampasan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Pada masa ini, PERKESO tidak mempunyai data berhubung suri rumah yang telah cedera, mati dan dibayar pampasan.

Namun demikian, mana-mana suri rumah yang pernah mencarum di bawah Akta 4 dan Akta 789, mereka layak mendapat faedah dan dilindungi di bawah akta ini. Bagi suri rumah yang termasuk dalam kategori i-Suri, mereka sedang menerima insentif kewangan daripada kerajaan sebanyak RM40 sebulan ke dalam simpanan KWSP mereka. Ini kerana ini dibangkitkan adakah mereka ini dibantu sementara menunggu kelulusan rang undang- undang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 5:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Perkara yang saya bangkit bukan mengenai siapa yang mendapat pampasan. Soalan saya mungkin salah faham. Kalau akta itu telah diluluskan pada bulan Mac 2020, tetapi sehingga sekarang 28 bulan. Ratusan orang yang cedera, mati dan kecacatan semua tidak mendapat manfaat. Ini adalah kerana kegagalan kerajaan membawa akta ini lambat.

Maka soalan saya adalah, adakah kerajaan akan berusaha untuk memberi pampasan atau menolong keluarga mereka because some of them are pensionable, they would have got it kerana kegagalan-kegagalan ini because they are B40 Tuan Yang di- Pertua. Itu sebab hakikat kita membawa ini untuk menolong mereka...

final • 5:40 PM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Banyak lagi soalan tidak jawab Yang Berhormat Menteri. Banyak lagi soalan tidak dijawab, baru soalan nombor dua ini.

final • 5:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

My floor, you don’t understand...

final • 5:40 PM

Datuk Seri Haji Mohd Salim Sharif - Jempol

Kita pun tanya soalan, bagi peluanglah. Asyik you hendak tanya sahaja, kita pun tidak jawab lagi. Kita ada dalam Dewan. Sabarlah. You sudah jadi Yang Berhormat Menteri, sudahlah. Sudah rasa.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jempol, sebenarnya Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi laluan.

final • 5:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Okey baik, terima kasih. Saya membangkitkan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol. Kenapa kementerian tidak meluaskan taksiran suri rumah kepada lelaki? Kerajaan secara kolektif telah bersetuju agar pelaksanaan rang undang-undang ini hanya meliputi golongan perempuan sahaja buat permulaan pelaksanaan. Walau bagaimanapun, Kementerian Sumber Manusia akan mempertimbangkan dan memperhalus liputan rang undang-undang ini kepada golongan lelaki pada masa akan datang. Banyak yang dibangkitkan, jadi saya tidak sentuh sudah soalan yang sama.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

[Bangun]

final • 5:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Sila.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih...

final • 5:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Minta kepada Tuan Yang di-Pertua, dia bagi, saya bagilah.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi, Tuan Yang di-Pertua akan bagi. Terima kasih. Saya ada bahaskan beberapa perkara yang agak penting. Di antaranya kalau kita tengok skim SKSSR ini, dia terhenti waktu umur 55 tahun. Kalau kita semua tahu, wanita ini lepas 55 tahun lazimnyalah yang mula dapat berpenyakit. Jadi kalau lepas 55 tahun tidak dapat mencarum, jadi kalau mereka sakit dan sebagainya, itu satu masalah. Itu sebab saya cadangkan ke-65 tahun.

Keduanya berkaitan dengan libat urus ataupun roundtable dengan syarikat- syarikat dan sebagainya untuk educate mereka iaitu tadi disebutkan - Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi bahawa PERKESO akan duduk. Saya cadangkan, saya bagi satu contoh senang, di kawasan saya kita ada kilang besar seperti Inokom ataupun Aspen yang mana lebih ramai rakyat Baling bekerja di situ. Ini juga boleh mendidik syarikat-syarikat tersebut untuk membiayai sebab kerajaan sekarang ini ada masalah kewangan sebabkan kita- Kita RM20 juta pun dah alhamdulillah.

Sepatutnya RM200 juta, tetapi kekangan kewangan ini, jadi kita boleh minta panjangkan perkara ini dalam program usaha libat urus ini minta GLCs, syarikat-syarikat besar untuk menyumbangkan. Kalau kita tengok 10 tahun baharu RM1,200, 20 tahun baharu RM2,400. Jadi 20 tahun, dia orang boleh mampu bayar atas suami tadi ini bekerja, pekerja-pekerja cemerlang bagi insentif kepada isteri mereka.

Satu lagi last, yang tadi ini semua rakan belah sana pun sebut berkaitan dengan bayaran. Jumlah RM120 agak tinggi untuk orang B40 ini. Ada yang mencadangkan kerajaan bayar. Kerajaan sudah keluar RM20 juta, Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah sebutkan tadi. Saya ingin mengesyorkan, apalah salah dan kiranya ambil enam bulan sekali macam insurans. Jumlah RM60 itu agak tidaklah tekanan yang besar, setahun dua kali mereka boleh bayar RM120. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Baling. Kita take note atas pandangan yang baik. Perkara-perkara yang baik kita akan beri perhatian.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih. Maaf, sorry sir. Take note okey, tetapi kita hendak luluskan rang undang-undang ini. Jadi kita mesti kalau boleh ada satu dalam yang rang undang-undang ini kita boleh letakkan sesuatu ayat yang mengatakan akan di-consider.

Ini very penting. Oleh sebab apa, kalau tidak, mereka akan ulang-ulang. Ini idea dia, idea dia, idea dia.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tempoh 22 tahun tidak boleh buat, they all semua kena tipu dengan Yang Berhormat Langkawi, selepas itu hendak tuduh kita. I think it’s not fair. Sepuluh bulan kerajaan yang menyayangi, menyantuni kerajaan rakyat iaitu Keluarga Malaysia ini, Kerajaan Keluarga Malaysia ini ten months dapat melaksanakan. Satu tepukan gemuruh untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan semua kementerian yang dapat lakukannya.

final • 5:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Sebelum itu sudah siap awal.

final • 5:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Sendiri syoklah.

final • 5:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Terima kasih sahabat saya dari Baling. Tadi saya sudah sebut, kita akan mempertimbangkan. Itu ayat. Kita akan mempertimbangkan dan memperhalus liputan rang undang-undang ini.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Thank you, thank you. Rakyat sedang memerhati. Rakyat sedang memerhati kerajaan yang janji tidak ditepati, kerajaan yang dapat melaksanakan. Hari ini pelaksanalah yang dapat undi esok dengan rakyat. We walk the talk. Oleh sebab itu saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri pastikan benda ini masuk.

final • 5:40 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Jangan tembak kapurlah.

final • 5:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Terima kasih. Ada dalam jawapan yang dibekalkan dalam teks yang dibekalkan kepada saya, mempertimbangkan dan memperhalus.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada sembilan minit lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Terima kasih. Untuk seterusnya jawapan dari Yang Berhormat Jempol, berkenaan dengan mengapa tidak memperkenalkan caruman secara bulanan, dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol. Jadi, penilaian actuary untuk pelaksanaan caruman secara tahunan adalah sama dengan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 yang dilaksanakan memandangkan suri rumah atau golongan bekerja sendiri tidak mempunyai majikan.

Caruman perlu dibayar terlebih dahulu bagi 12 bulan berturut-turut bagi memastikan mereka memenuhi syarat kelayakan menerima faedah. Selain daripada itu, caruman secara tahunan adalah juga untuk menjamin perlindungan- saya sedang menjawab ini. Selain daripada itu, caruman secara tahunan adalah juga untuk menjamin perlindungan secara berterusan kepada suri rumah.

Soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol lagi, apakah kajian dibuat untuk melihat kelebihan atau kekurangan untuk mewajibkan caruman. Libat urus dan kajian actuary telah dilaksanakan bagi menetapkan kadar caruman untuk tidak membebankan suri rumah yang mungkin tidak mempunyai pendapatan. Bukan semua suri rumah ada pendapatan. Untuk pelaksanaan permulaan, caruman dibuat secara sukarela sebab bukan semua ada permulaan dan kita fokus kepada golongan yang susah ataupun marhaen, B40 ini.

Seterusnya, Yang Berhormat Jempol juga membangkitkan berapa jumlah wang yang diperlukan untuk melindungi suri rumah bagi situasi luar jangka. Secara keseluruhan, kerajaan telah memperuntukkan - sekali lagi saya sebut, RM20 juta bagi melindungi 150,000 suri rumah.

final • 5:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Kementerian Sumber Manusia akan memohon kepada Kementerian Kewangan bagi peruntukan seterusnya. Faedah yang disediakan adalah perlindungan faedah Skim Hilang Upaya dan Skim Keilatan yang termaktub dengan terperinci dalam Rang Undang- undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022. Yang Berhormat Jempol juga- sudah habis. Seterusnya, sahabat saya Yang Berhormat Pokok Sena membangkitkan, adakah dihadkan keadaan-keadaan tertentu untuk mendapat atau melayakkan faedah di bawah

final • 5:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah ini? Adakah di dalam rumah sahaja? Mohon penjelasan.

Kalau di luar rumah, macam mana? Dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Bagi bencana domestik, kejadian sehingga hilang upaya kekal atau kematian untuk melakukan apa-apa aktiviti sebagai suri rumah normal mestilah berlaku semasa suri rumah itu menjalankan aktiviti menguruskan rumah tangga dan dalam tempoh caruman.

Permohonan ini hendaklah dikemukakan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh bencana domestik berlaku.

Bagi keilatan iaitu penyakit, keuzuran tertentu sehingga tidak mampu melakukan sebahagian besar sepenuhnya aktiviti sebagai suri rumah normal ataupun kematian, keilatan itu mestilah dihidap dalam tempoh perlindungan dan permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 24 bulan daripada suri rumah itu menghidap keilatan.

Seterusnya, Yang Berhormat Pokok Sena membangkitkan, dicadangkan 3.13 juta diserapkan secara automatik ke dalam skim ini, 150,000 daripada eKasih akan didaftar secara automatik kepada Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah, manakala suri rumah yang lain boleh berdaftar secara sukarela di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah menerusi caruman sendiri, suami atau mana-mana pihak yang lain.

Seterusnya, perlindungan i-Suri dibangkitkan. Apakah faedah hilang upaya di bawah i-Suri akan dimansuhkan dengan digantikan, dibayar faedah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah PERKESO ini? Saya ingat tadi saya sudah jawab, ia tidak ada pertindihan di antara i-Suri dengan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah ini.

Di bawah perlindungan i-Suri, diberikan kepada warga tua bagi tujuan persaraan di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, manakala perlindungan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah di bawah PERKESO adalah kepada suri rumah akibat kemalangan, bencana domestik dan keilatan, dua perkara yang berbeza. Dibangkitkan juga, dicadangkan kesedaran dan pendidikan keselamatan diberikan kepada suri rumah.

Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO telah terus melaksanakan sesi libat urus dan penerangan berkaitan kesedaran dan pendidikan keselamatan kepada suri rumah melalui program-program berkaitan seperti promosi kesedaran dan roadshow.

Seterusnya, kerajaan secara kolektif telah bersetuju agar pelaksanaan rang undang- undang ini hanya meliputi golongan perempuan sahaja buat permulaan pelaksanaan, sudah dua kali dijawab benda ini. Walau bagaimanapun, Kementerian Sumber Manusia akan mempertimbangkan sekali lagi dan memperhalusi golongan lelaki pada masa hadapan.

Seterusnya, Yang Berhormat Tebrau membangkitkan, ingin penerangan lanjut berkaitan dengan perluasan perlindungan kepada lelaki yang berperanan sebagai suri rumah. Kerajaan secara kolektif telah bersetuju agar pelaksanaan rang undang-undang ini hanya meliputi golongan perempuan. Walau bagaimanapun, Kementerian Sumber Manusia akan pertimbangkan dan memperhalusi liputan rang undang-undang ini pada golongan lelaki.

final • 5:50 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya minta boleh jangan ulang tidak poin yang sama kerana ada ramai lagi. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Ya, ya. Terima kasih. Fasal saya baca satu-satu tadi ini. Soalan berulang-ulang, sepatutnya soalan pun jangan ulanglah.

[Ketawa] Bila soalan ulang, jawapan ulang. Terima kasih.

Jadi, untuk seterusnya saya baca lagi tuntutan bagi faedah hanya boleh dibuat sekiranya kejadian berlaku dalam negeri. Adakah perlindungan diberi sekiranya berlaku di luar negara? Ini soalan yang baik.

Kalau berlaku di luar negara, buat masa ini rang undang-undang hanya memberi liputan keselamatan sosial kepada suri rumah di dalam negara sahaja. Dalam negara sahaja buat masa ini. Okey, baik.

Seterusnya, perlindungan sehingga 55 tahun, tadi sudah jawab. Kenapa tidak sampai 60 tahun? Yang Berhormat Segambut sudah warning saya, jangan jawab dua kali, saya pun ikut takut dekat Yang Berhormat Segambut. Saya tidak jawablah.

final • 5:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Jadi, adakah caruman RM10 sebulan cukup untuk menanggung semua faedah yang ditawarkan? Jadi, RM10 minta macam-macam. Tidak ada sudah insurans yang RM10 dalam dunia ini saya rasa.

[Ketawa] Jadi, kajian aktuari telah membuat dan telah mengambil kira semua faedah yang disediakan di bawah kedua-dua perlindungan di bawah perlindungan bencana domestik dan juga keilatan dalam menentukan caruman RM10 sebulan atau RM120 sebulan.

Seterusnya, ini tadi dicelah oleh Yang Berhormat Sungai Buloh berkenaan dengan kemampuan suami. Kerajaan akan menanggung bayaran caruman bagi 150,000 orang suri rumah di bawah kategori i-Suri, manakala suri rumah yang lain dibayar caruman oleh suami secara pilihan atau dibayar sendiri oleh suri rumah tersebut.

Seterusnya, berkenaan dengan Yang Berhormat Permatang Pauh, tidak ada.

Yang Berhormat Pasir Mas? Tidak ada, tidak payah jawab. Yang Berhormat Labuan?

Tidak ada. Yang Berhormat Kuala Krai, tidak ada. Yang Berhormat Jerai, tidak ada.

Cepat habis ini. Yang Berhormat Lembah Pantai, ada. Okey, baik.

Terima kasih, Yang Berhormat Lembah Pantai kerana bagi saya masa untuk jawab. Dibangkitkan, pertimbangkan supaya lelaki diterima sebagai suri rumah. Saya sudah jawab sudah yang itu.

Yang Berhormat Lembah Pantai juga membangkitkan tafsiran orang tanggungan, ada di kalangan ialah ahli keluarga. This is the best question raised up by Yang Berhormat Lembah Pantai, dengan izin, terima kasih.

Tafsiran ‘orang tanggungan’ adalah sama dengan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789] berdasarkan elemen kebergantungan kepada suri rumah berinsurans dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 [Akta 800]. Ini ia ada relate dengan Akta 800. Itu ia punya tafsiran ‘orang tanggungan’.

final • 5:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Jika boleh, saya pohon dipertimbangkan untuk dikaji perkara ini sebab realiti bila kita terus ke- ini keadaannya.

final • 5:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Betul, betul. Tadi Timbalan Yang di-Pertua pun note you punya apa ini...

final • 5:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Fasal housewife punya isu. Itu pun, tafsiran itu pun.

final • 5:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Fasal itu tadi. Ya, ya. Itu pun kita sudah rujuk dua, tiga kali, masih ada lagi kelompangan. Biasalah kan, pertama kali kita bentang benda ini. Insya-Allah. Okey, baik.

Seterusnya, dibangkitkan berkenaan dengan tanggungan caruman secara bulanan. Saya sebulan RM10, ini sebab itu kita fokus kepada orang yang susah. Saya yang jadi lelaki, kalau yang hisap rokok sehari RM17, berhenti hisap rokoklah.

[Ketawa] Kasihan ini untuk orang rumah kita tadi dibangkitkan. Emak kita, ibu kita, anak-anak perempuan kita semua perempuan, ia akan menjadi suri rumah. Jadi, inilah satu pembelaan kepada golongan wanita, terutamanya bila kita fokus untuk suri rumah ini.

Jadi, kita melihat kepada penilaian aktuari untuk pelaksanaan pembayaran caruman secara bulanan adalah sama dengan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri iaitu pada 2017 dilaksanakan, memandangkan suri rumah tidak mempunyai majikan. Pembayaran caruman secara tahunan yang juga penting untuk memastikan penerusan perlindungan keselamatan sosial kepada suri rumah, terutamanya pembayaran faedah yang dapat diperolehi. Kita korbanlah, kita orang lelaki. Caruman eKasih dicadangkan untuk dimasukkan di dalam penerimaan zakat untuk menerima manfaat.

Kementerian Sumber Manusia akan bekerjasama dengan Lembaga Zakat dan Sosial Sinergi melalui program yang dilaksanakan oleh PERKESO pada masa ini untuk memastikan suri rumah yang layak dapat dibantu untuk mendapatkan perlindungan di bawah Akta Keselamatan Sosial.

final • 5:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Seterusnya, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit. Ada atau tidak ada?

Yang Berhormat Parit, tidak ada. Seterusnya, Yang Berhormat Batu Kawan ada. Tahniah, Yang Berhormat Batu Kawan. Sekiranya suri rumah bankrap, bagaimana caruman bayaran sendiri boleh dilakukan? Memandangkan seorang yang bankrap tidak boleh membuka akaun bank. Sekiranya suri rumah bankrap, bayaran caruman boleh dibuat melalui saluran lain seperti tunai melalui kaunter PERKESO atau cara lain yang bersesuaian. Seterusnya...

final • 5:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh nyatakan di sini, apakah cara lain yang bersesuaian? Oleh sebab ini rang undang-undang yang baru, kami sendiri pun tidak tahu. Jadi, kalau mereka sendiri tidak ada duit, macam contoh mereka bankrap tetapi suami hendak buat caruman di atas nama mereka. Bagaimana proses itu boleh berlaku?

final • 5:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Terima kasih, nanti saya akan jawab bertulis kaedahnya. Masih di dalam- ini dia– syarah dia sekarang ini masih lagi dalam standard operating procedure (SOP) yang akan dilaksanakan oleh PERKESO. Ada berapa banyak lagi. Akan tetapi terima kasihlah bangkit benda-benda macam itu sebab kita hendak buat clarify. Selepas ini kita hendak balik kempen ke kawasan kita untuk hendak terang, untuk skip...

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat perlu berapa lama lagi?

final • 6:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Saya tengok tidak lama dah, sedikit lagi. Sudah habis masa?

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Lima minit.

final • 6:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Lima minit, okey. Saya yang tak sempat jawab, saya jawab bertulis boleh? Okey.

Seterusnya berapakah suri rumah ikut bangsa dan agama yang muflis? Setakat ini pendaftaran suri rumah berdasarkan penerimaan data senarai i-Suri belum dilaksanakan sebelum rang undang-undang ini diluluskan. Data tersebut boleh disediakan setelah rang undang-undang ini diluluskan dan skim boleh dilaksanakan apabila kita mula melaksanakan skim ini. Minta Yang Berhormat Batu Kawan bangkit lagi sekali dalam mana-mana atau persoalan selepas kita diluluskan nanti, okey.

Bagaimanakah status bapa tunggal atau duda? Apakah perlindungan yang disediakan kepada mereka? Ini dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Batu Kawan.

Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO akan meneliti cadangan ini bagi memastikan tiada golongan yang tertinggal seperti bapa tunggal dan duda. Namun, jika mereka telah berdaftar di bawah Akta 4 dan Akta 789, maka mereka dilindungi di bawah akta tersebut.

Seterusnya, Yang Berhormat Batu Kawan juga membangkitkan cadangan supaya kerajaan mendalami jenayah rogol. Adakah kecederaan akibat jenayah rogol dalam perkahwinan termasuk dalam skop perlindungan SKSSR? Perlindungan Keselamatan Sosial Suri Rumah melindungi suri rumah daripada insiden bencana domestik dan keuzuran atau penyakit kritikal yang tidak mungkin sembuh. Kecederaan yang dialami oleh suri rumah semasa melakukan household activity dengan izin termasuk kecederaan akibat jenayah rogol akan dilindungi oleh SKSSR.

Apakah mekanisme yang ditentukan oleh kerajaan untuk memberi penerangan skim SKSSR kepada golongan wanita? Kementerian Sumber Manusia melaksanakan sesi libat urus, promosi dan roadshow bersama pihak-pihak berkaitan dalam memberi penerangan dan awareness kepada suri rumah di samping melalui tindakan proaktif PERKESO melalui Skuad PERKESO Prihatin, Sosial Sinergi dan Sahabat Skuad Prihatin.

Nama syarikat insurans...

final • 6:00 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Bila hendak mai Batu Kawan Yang Berhormat?

final • 6:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

...yang akan dilantik.

final • 6:00 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Bila hendak mai Batu Kawan?

final • 6:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Nama syarikat insurans yang akan dilantik mengendalikan skim insurans ini. Tiada syarikat insurans yang kita lantik untuk mengendalikan SKSSR ini, hanya dikuatkuasakan sepenuhnya oleh PERKESO yang akan mengendalikan, insya-Allah. Kita tidak akan outsource.

final • 6:00 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Yang Berhormat Timbalan Menteri, nanti jangan lupa isu anggapan gaji minimum.

final • 6:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Okey, okey last sekali, maknanya kita ada berapa minit? Dua minit. Saya pergi teruslah. Saya pergi terus kepada yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Segambut tadi.

final • 6:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Juga Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tanya adakah kita boleh bagi pakej lain selain daripada RM10 satu bulan kerana kalau katakan saya lebih...

final • 6:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Minta masa dekat Tuan Yang di-Pertua, saya akan jawab sampai esok pagi pun boleh.

final • 6:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tidak, tidak, saya ada tanya soalan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya. Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 6:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Ini fasal masa tidak ada, saya hendak jawab.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila.

final • 6:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Saya hendak jawab tetapi masa tidak ada.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Segambut dulu, Yang Berhormat Segambut dulu.

final • 6:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Okey baik. Yang Berhormat Baling, buat masa ini umur kelayakan adalah tadi saya dah jawab dah 55 tahun. Selepas itu dibangkitkan juga, saya akan jawab Yang Berhormat Segambut, yang last itu saya agak penting juga anggapan itu.

Apakah kerajaan boleh membawa turun umur kemasukan pada kali pertama kepada umur 45 tahun? Kementerian Sumber Manusia mengambil maklum dan cadangan ini akan kita perhalusi melalui kajian atau sesi libat urus yang bersesuaian dari semasa ke semasa.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Last, satu sahaja Yang Berhormat. Yang gaji RM3,000 ke atas, adakah kerajaan bercadang untuk membuat pemotongan sebab harga rokok pun Yang Berhormat sebut tadi dah RM17.50. Jadi kalau boleh yang gaji RM3,000 ke atas ini apalah salah kiranya pemotongan RM120 demi isteri tercinta, let them deduct. Adakah cadangan untuk membuat pemotongan kepada PERKESO sebab ini satu program yang sangat mulia untuk membela wanita-wanita di luar sana.

final • 6:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Kita melihat keseluruhan. Memanglah kalau kita melihat golongan yang - keseluruhan ini maksudnya tidak kiralah dia gaji RM3,000, RM5,000, RM10,000 ataupun gaji RM1,000 atau RM800, RM1,500 dan sebagainya tetapi kita melihat kepada golongan yang marhaen. Memang kalau kita terus buat satu segmentasi berkenaan dengan pendapatan gaji, ia akan jadi satu compulsory. Buat masa sekarang kita cadangkan untuk kita laksanakan ini dahulu, untuk kita membela golongan suri rumah ini. Okey, terima kasih.

Seterusnya saya akan terus kepada - yang lain-lain saya akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Kubang Pasu tidak ada. Yang Berhormat Kuala Nerus tidak ada.

Yang Berhormat Sepang tidak ada. Seterusnya saya jawab Yang Berhormat Segambut.

Mohon undang-undang ditangguhkan sehingga penambahbaikan diambil, minta ditangguhkan. Tadi pun Yang Berhormat Ipoh Barat cakap lambat, kalau kita tangguh lagi, lambat lagilah, teruk lagilah KSM kena.

[Ketawa] Ia adalah hasrat kerajaan bagi

final • 6:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

memulakan liputan keselamatan sosial kepada suri rumah yang layak dalam masa yang terdekat terutamanya suri rumah di bawah i-Suri kerana RM20 juta telah diperuntukkan kepada PERKESO sebagaimana Bajet 2020. Jadi kita terus buat bila bajet telah diperuntukkan kepada kita.

Cadangan untuk diperluaskan dan melibatkan lelaki, tadi dah jawab yang itu.

Pampasan diberikan adalah terlalu rendah iaitu amaun maksimum RM30,000.

Berdasarkan konsep pooling of resources and sharing of risk dengan izin, tertakluk kepada pendapatan bulanan anggapan sebanyak RM600. Maka ia adalah bersesuaian untuk permulaan pelaksanaan rang undang-undang ini berdasarkan caruman RM10 sebulan atau RM120 setahun. Namun jika pampasan ini dinaikkan, maka kadar caruman perlu juga ditingkatkan.

Jadi kita tidak ada niat hendak menghina mana-mana pihak. Buat masa ini kita fokus kepada golongan marhaen, golongan B40 yang susah. Kadang-kadang dia tidak ada apa langsung tetapi dia suri rumah. Jadi kita hendak membela mereka ini dengan - kalau kita letak sebulan RM50 atau RM60 lebih baik masuk insurans lain. Ini RM10 ini the minimum cost of insured for the beneficiary yang akan dapat benda ini. Okey, terima kasih.

Seterusnya, last but not least. Jadi saya dah jawab gaji minimum tadi RM1,500.

final • 6:00 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

So, berdasarkan RM10?

final • 6:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Ya, ya, ya. RM10 sahaja yang kita buat setiap bulan. Jadi rasanya tidak membebankan mana-mana pihaklah RM10 sebulan, bukan sehari.

final • 6:00 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Ya, tapi perkataan “anggapan” gaji minimum kerja itu, saya mintalah dalam peringkat Jawatankuasa mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh masukkan mukadimah supaya bila orang hendak check Hansard nanti, mereka tahu ini bukan “anggapan” kerajaan terhadap nilai kerja yang dilakukan oleh suri rumah satu bulan RM600.

final • 6:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Okey, terima kasih Yang Berhormat Segambut.

Ya, insya-Allah kita akan rujuk balik untuk kita bincang balik berkenaan dengan perkataan “anggapan” tetapi kita minta lulus yang ini dahulu sebab kalau dah kata bagi pandangan Yang Berhormat Segambut “anggapan” ini adalah satu word penghinaan. Jadi, insya-Allah kita akan tengok balik tetapi kita minta yang ini disokong dahulu dan kita boleh review pindaan dari masa ke semasa, tiada masalah. Ini kita just fokus untuk kita bagi perlindungan kepada suri rumah, yang ini dahulu yang kita lihat sebab ini pun lama.

Kita naik turun pergi AGC, pergi apa semua, masih ada lagi libat urus dengan semua pihak kita buat. Akan tetapi masih ada lagi lompangan yang kita perlu perbaiki dari masa ke semasa. Okey, terima kasih. Insya-Allah Yang Berhormat Segambut, saya ingat itu sahaja pembentangan saya. Yang lain-lain saya akan jawab secara bertulis dekat Yang Berhormat Segambut sebab dia ada, dekat Yang Berhormat Batu Kawan dan Yang Berhormat Jelutong tidak cakap tadi kan? You tidak ada kan?

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sokong.

final • 6:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Oh! Sokong tapi you tidak bahas kan? Ha dak, dak, terima kasih. Okey baik, Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, akhir kata sekali lagi bagi pihak kementerian saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat atas pandangan, saranan dan teguran Ahli-ahli Yang Berhormat akan diberi perhatian dalam merangka dasar dan program-program kementerian dengan lebih cekap dan berkesan kerana ini adalah rang undang-undang yang pertama dibentangkan, belum ada lagi precedent yang pernah dibuatkan. Jadi maafkanlah kami di atas apa kelemahan-kelemahan ini. Di atas keprihatinan Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

final • 6:00 PM

Fasal-fasal 1 hingga 97- Tuan Pengerusi

Silakan. Yang Berhormat Pasir Gudang dulu.

final • 6:10 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin merujuk kepada fasal 3 berkenaan tafsiran.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, rang undang-undang ini bagus. Akan tetapi, dalam budaya kita ada sebut, “Mana gading yang tidak retak”. Sudah bagus itu pun ada juga kita lihat yang perlu diperbaiki. Saya bimbang jika rang undang-undang ini tidak dikaji dengan baik, ada kemungkinan rang undang-undang ini kalau jadi undang-undang akan dicabar di mahkamah berkenaan tafsiran iaitu suri rumah itu ditafsirkan sebagai golongan perempuan sahaja. Kita faham maksud kementerian ya.

Ini bercanggah dengan Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi, “Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.” Ertinya, jika pada hari ini diluluskan khusus untuk wanita, perempuan, akan datang nanti dipinda untuk lelaki, mana tahu ada suri rumah, penyelaras rumah pun kaum lelaki ini dia ambil tindakan class action di mahkamah, cabar kerajaan. Undang-undang yang kita lulus ini ultra vires kerana bercanggah dengan Perlembagaan.

Jadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya setuju dengan Yang Berhormat Segambut dalam mungkin perkara yang berbeza. Saya fokus pada undang-undang.

Jangan kita gopoh gapah. Di luar sana ramai orang yang bijak pandai undang-undang, pakar undang-undang dan sebagainya. Jadi, tidak elok kalau dilihat Parlimen yang bersidang hari ini tidak berapa cermat. Jadi, itu saja, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, ada lagi. Yang Berhormat Pokok Sena, silakan.

final • 6:10 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Baik, terima kasih Tuan Pengerusi.

Fasal 36, pencen penakat. Saya hendak dapatkan penjelasan, sebab disebut ini pencen penakat itu bila isteri itu mati, maka pencen penakat itu akan dibayar kepada duda, kepada suami dialah, sehingga duda itu berkahwin semula atau mencapai umur 55 tahun atau mati mengikut mana yang lebih awal.

Jadi, saya hendak dapatkan penjelasan. Fasal apa bila sudah kahwin- duda itu kahwin, dia tidak dapat pencen penakat arwah isteri dia itu, apakah masalah? Fasal apa tidak boleh?

Sedangkan dalam perkhidmatan awam pun kalau kita lihat, dalam perkhidmatan awam, kalau mati, dia kahwin lain pun, dia dapat lagi. Dia dapat. Kalau suami mati, pencen penakat itu dapat kepada isteri. Isteri itu kahwin lain. Kahwin pula dengan pegawai kerajaan- mati. Dapat lagi pencen.

Jadi, takkanlah hat yang ini hanya- pencen penakat pun bukanlah banyak mana, dalam RM300 sebulan saja. Tiba-tiba bila suami itu sendiri dia kahwin lain, dia hendak hidup seorang dia- takkanlah tidak ada orang bancuh kopi dekat dia? Jadi, itu yang perlu penjelasan. Kenapakah kita tidak boleh bagi? Walaupun dia berkahwin tapi dia masih

final • 6:13 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

dapat pencen daripada arwah isteri dia untuk dia terus boleh buat kebajikan kepada isteri dia.

final • 6:13 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

final • 6:13 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak rujuk kepada Jadual Pertama ini yang dinyatakan pemakaian rang undang-undang. Saya hendak dapatkan penjelasan daripada Menteri sebab ada dua situasi di sini iaitu suri rumah yang telah mencapai umur 55 tahun, dan suri rumah yang telah mencapai umur 54 tahun. Jadi, mungkin boleh dijelaskan, kenapa 55 tahun, dan kenapa ada umur 54 tahun? Sebab, ia beza setahun saja ini.

Mungkin akan timbul kekeliruan nanti di kemudian hari. Saya pun sebenarnya kurang faham di sini. Minta pencerahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Yang kedua, Tuan Pengerusi, ialah berkaitan tentang Jawatankuasa Keselamatan Sosial Suri Rumah terutamanya di fasal 8(10) iaitu di mana dalam ini dinyatakan, “Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Jawatankuasa bagi maksud menasihati Jawatankuasa mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu”.

Saya ingin minta pandangan kementerian. Walaupun saya tahu bahawa dalam senarai ataupun rang undang-undang ini, jawatankuasa bagi pengerusinya bukanlah mana-mana Ahli Majlis Parlimen, tetapi dalam Parlimen kita, kita ada Select Committee on Women and Children Affairs and Social Development, dengan izin. Jadi, saya ingin cadangkan, adakah kementerian bersedia untuk mempertimbangkan bahawa bagi peruntukan rang undang-undang fasal 8(10) ini menjemput mana-mana jawatankuasa dalam select committee kita untuk hadir sekali dalam Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Suri Rumah ini?

Yang ketiganya ialah berkait tentang mengenai semakan semula penentuan oleh penilai perubatan ataupun jemaah doktor rayuan. Antara isu yang sering kita hadapi di dalam kawasan ini adalah tentang keputusan penilai perubatan. Biasanya keputusan ini muktamad. Yang Berhormat Timbalan Menteri pun faham. Kadang-kadang kita didatangi oleh mereka yang berhadapan dengan masalah ini meminta kita membuat rayuan.

Kadang-kadang bila kita pergi tengok keadaan, Tuan Pengerusi, keadaan orang itu memang teruk sangat. Kadang-kadang mesej atau maklumat yang didapati oleh penilai perubatan dengan, on the ground itu berbeza.

Jadi, saya ingin tanya, adakah di sana terdapat ruang, misalnya ketika rayuan itu dibuat, ada pandangan-pandangan lain, misalnya daripada Wakil Rakyat ataupun pegawai kebajikan dan sebagainya, untuk melihat semula kedudukan itu? Supaya maklumat yang sebenar dapat disampaikan dan keputusan akhir jemaah doktor rayuan itu dapat diselaraskan berdasarkan maklumat sebenar di lapangan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:14 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, silakan.

final • 6:14 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang bangkit. Daripada Yang Berhormat Pasir Gudang tadi yang dicadangkan dikaji semula tafsiran suri rumah, insya-Allah, untuk makluman Yang Berhormat Pasir Gudang, berkenaan dengan tafsiran suri rumah ini, kita akan kaji semula. Kita perhalusi, dan kita akan kaji semula daripada segi tafsiran. Buat masa ini, kita tumpu kepada suri rumah dahulu. Akan tetapi, memang banyak dibangkitkan tadi, memang kena kita kaji semulalah, insya-Allah.

Okey, seterusnya Yang Berhormat Pokok Sena. Faedah yang dibangkitkan tadi berkenaan dengan pencen penakat berhenti setakat 55 tahun. Faedah ini telah

final • 6:17 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

mengambil kira kemampuan dana dan kajian aktuari untuk duda ataupun suami. Kalau sudah duda ataupun suami sudah berkahwin, tiada lagi isu kebergantungan kepada suri yang telah meninggal dunia, okey? Tidak lagi bergantung kepada suri yang telah meninggal dunia.

final • 6:17 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Okey, baik.

final • 6:17 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Cuma, pencen ini bila dia sudah kahwin, makna dia tidak bergantung lagi kepada suri ini. Dia kahwin, dia bergantung kepada isteri yang lain pulalah. Dia kena tanggung, bayar pula pada isteri yang baharu.

final • 6:17 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Pengerusi, macam mana kita hendak tahu dia kata dia kahwin lain ini?

final • 6:17 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Dia akan buat laporan bila dia hendak kena daftar.

final • 6:17 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ha, ha?

final • 6:17 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Isteri yang baharu.

final • 6:17 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak. Kalau isteri yang baharu, anak itu tolong carum sebab bukan suami yang mesti carum. Anak dia. Anak tiri kepada duda ini.

final • 6:17 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Isteri bukan baharu, isteri kedua.

final • 6:17 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Isteri kedua.

final • 6:17 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Betulkan ayat.

final • 6:17 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi, anak tiri kepada duda ini tolong carum bagi pada mak dia. Siapakah tahu?...

[Ketawa]

final • 6:17 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Ya lah. Akan tetapi yang ini dalam ikatan ketika ini....

final • 6:17 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kata kalau Tuan Pengerusi nikah...

final • 6:17 PM

Tuan Pengerusi

Eh, janganlah.

final • 6:17 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Ketawa]

final • 6:17 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Tapi yang kaitan ini ialah suami.

final • 6:17 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Mana tahu.

final • 6:17 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Kita tidak terikat dengan anak-anak yang mencarum bagi pihak siapa-siapa yang mencarum. Ikatan dia walaupun anak mencarum ataupun siapa-siapa mencarum, tapi ikatan dia dengan suami. Okey? Okey, baik.

final • 6:17 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Ikatan dia dengan suami walaupun anak mencarum, anak tiri mencarum kah, ataupun mana-mana orang yang mencarum bagi pihak suami yang tidak berkemampuan.

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Anak dia mencarum tetapi anak ini tidak habaq kata, emak dia kahwin lain.

final • 6:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Dak, ini untuk suami. Soalan dia ini.

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi, anak dia tidak habaq kata, emak dia itu kahwin lagi.

final • 6:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Ya, ya, ya.

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Suami itu tadi suami dia hat baharu ini duda ini tadi rekod dia masih dudalah. Rekod dia masih duda.

final • 6:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Ya, ya, ya. Ya, tidak apalah yang ini kita akan tengok balik kepada dia punya pendaftaran perkahwinan- ada, kita akan rekod. Kalau tidak

final • 6:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

ada, kita akan teruskan tetapi bila kita dapat maklumat, kita akan habis, kita akan terminate lah. Dia...

[Disampuk] Akan bocor.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Sembang teh tarik dekat luar.

final • 6:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Okey baik, tetapi semakan akan berlaku daripada semasa ke semasa.

Okey, seterusnya berkenaan dengan fasal 3 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang tadi. Pihak kerajaan tidak dapat menghalang mana-mana pihak mencabar kerajaan atas ultra vires sebab tidak memasukkan pihak lelaki ke dalam, sebagai mana permulaan ini dan meliputi seorang perempuan sebelum meliputi lelaki mengikut tanggungjawab seorang lelaki yang mencari nafkah untuk keluarganya. Itu berkenaan dengan fasal 3 tadi.

Seterusnya Yang Berhormat Hang Tuah Jaya membangkitkan berkenaan dengan- kenapa umur 55 dan 54? Liputan adalah sehingga 55 tahun bagi skim ini. Walau bagaimanapun, bagi yang belum masuk skim ini jika telah keluar mencapai 54 tahun.

Jadi, beginilah yang orang ini tulis ini payah juga hendak baca. Saya tidak tahu baca. Tulis macam belut. Umur 54 ini- bila dia 54 tahun dia hendak mencarum sudah tidak boleh sebab tempoh untuk dia mendapat kelayakan mencapai 55 itu. Kalau dia 53 tahun 8 bulan, 9 bulan, memang dia boleh masuk sebab dia sudah cukup layak setahun 12 bulan untuk melayakkan dia dapat mencarum dalam skim ini mengikut tuntutan.

Seterusnya, fasal 8. Fasal 8 dan fasal 10 untuk mana-mana orang memohon menjadi jawatankuasa tadi iaitu jawatankuasa untuk mendapatkan daripada- ish ya Allah, tulisan tidak boleh baca...

[Ketawa]

final • 6:20 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Saya tanya select committee boleh mohon kah?

final • 6:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Dia kira select committee setakat sekarang apa yang disebut dalam pembentangan rang undang-undang tadi, mereka inilah yang layak menjadi Jawatankuasa Keselamatan Sosial Suri Rumah, setakat hari ini.

Jadi, kalau cadangan select committee nanti dibawa baliklah, diangkat naik supaya kita boleh buat review balik- kalau ada sokongan dan keperluan, maka kita masukkanlah itu seterusnya. Saya ingat setakat itu jawapan daripada Tuan Yang di- Pertua.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat semua.

[Fasal-fasal 1 hingga 97 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]

final • 6:20 PM

Jadual - Tuan Pengerusi

Tidak ada...

final • 6:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Saya hendak bahas Jadual Ketiga, boleh tidak?

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Jadual ya, Jadual.

final • 6:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Jadual Ketiga tadi Yang Berhormat Pendang seperti yang saya katakan, saya minta kalau dalam jawapan Yang Berhormat Pendang boleh masukkan bahawa, kerajaan memang mengiktiraf bahawa nilai sumbangan kerja rumah suri rumah melebihi RM600 tetapi sebagai permulaan, supaya kalau kita tidak letak perkataan seperti ini dalam Hansard, nanti dia akan jadi benchmark bahawa nilai kerja rumah RM600 sebulan.

Saya minta Yang Berhormat menambah perkataan- kerana orang di luar bila mereka hendak buat research, kajian, semua mereka akan cari Hansard. Kalau kita tidak betulkan di sini, nanti dekat luar nilai kerja rumah itu RM600 sahaja padahal sekarang ini

final • 6:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

warga asing buat kerja rumah pun satu jam sudah melebihi RM20. Saya minta Yang Berhormat Pendang boleh pertimbangkan. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Tuan Pengerusi, Jadual, boleh ya?

Terima kasih Tuan Pengerusi. Jadual Keenam ini Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang pengurusan mayat. Saya hendak bagi notis dalam Dewan ini sebab kita sedia maklum bahawa untuk faedah Pengurusan Mayat bagi yang bukan Islam ia kadang- kadang melebihi jumlah RM2,000 ini.

Jadi, untuk masa-masa yang akan datang, ini telah pun diluluskan sebab tiada pindaan. Jadi, untuk makluman kementerian, RM2,000 tentunya tidak mencukupi untuk mereka yang bukan beragama Islam.

Kedua, berkaitan tentang- saya percaya tadi telah dibangkitkan mengenai dialisis ya di Jadual Kelapan ini. RM200 ini pada saya begitu sangat rendah kalau banding dengan komitmen bulanan untuk mereka yang betul-betul berhadapan dengan dialisis ini.

Jadi, tolong Yang Berhormat Timbalan Menteri, ambil maklum perkara ini. Review balik supaya ada jumlah yang munasabahlah untuk membantu mereka ini. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Tuan Pengerusi.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Ya, Yang Berhormat Dungun.

final • 6:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Mohon untuk Jadual yang melibatkan Jadual Ketiga, boleh diketahui asas timbangan pendapatan bulanan anggapan RM600 ini kerana apabila kita bincang, tugas-tugas suri rumah sangat besar dan banyak.

Ini kerana kalau kita bincang tentang- merekalah tukang masak, merekalah juga jadi jaga di rumah. Merekalah juga tukang basuh, tukang gosok dan lain-lain. Jadi apa asas nilai yang dalam RM600- ini sangat rendah. Jadi, saya mohon dibuat kajian sebenar mengikut tugasan mereka di rumah.

Kedua, ialah berkaitan dengan Jadual Keenam. Bayaran sekali RM2,000 itu mungkin penilaian terhadap kaedah pengurusan mayat orang-orang Islam sahaja tetapi hakikatnya kalau kita turun ke lapangan sebenar pengurusan mayat ini sangat besar bagi mereka yang bukan Islam. Jadi, mohon dibuat kajian dan penilaian yang tepat bagi kepentingan bersama. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Sebenarnya Yang Berhormat Segambut saya boleh- Yang Berhormat Segambut, sebenarnya saya rasa bila saya baca Translation Schedule itu, saya tahu jawapan kepada soalan Yang Berhormat Segambut tetapi saya “Tuan Pengerusi”, jadi saya tidak boleh jawablah. Yang Berhormat Timbalan Menteri, silakan.

final • 6:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak respons kepada Yang Berhormat Segambut tadi.

Jadual Ketiga untuk gaji bulanan anggapan sebanyak RM600 boleh ditingkatkan oleh kuasa Yang Berhormat Menteri. Boleh dipertingkatkan dengan kuasa Yang Berhormat Menteri bagi menetapkan jumlah faedah yang lebih baik dalam masa yang akan datang berdasarkan kemampuan dana.

Seterusnya, berkenaan dengan jenazah yang dibangkitkan berkenaan- dengan hanya jumlah RM2,000. Sudah memanglah sekarang ini, semua perbelanjaan meningkat.

Jadi jumlah RM2,000 ini untuk meringankan bebanan mereka yang menguruskan jenazah sebagai permulaan dalam skim ini kita laksanakan. Di peringkat-peringkat luar bandar- saya rasanya boleh melegakan mereka yang ditimpa musibah itu.

Berkenaan dengan dialisis...

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh mencelah Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 6:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Ya.

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tentang apa nama pendapatan bulanan anggapan itu kan kuasa Yang Berhormat Menteri. Kalau kita lihat pada sistem caruman persendirian kan...?

final • 6:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Ya.

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Dia ada empat kategori. Jadi setiap orang itu boleh pilih anggapan pendapatan dia banyak mana. Kalau pendapatan dia yang ‘a’ ini sekian bayarannya banyak ini, caruman dia banyak ini. Sampailah kepada yang tertinggi.

Jadi, kalau dia carumnya tinggi itu, dia akan dapat lebihlah. Jadi saya fikir sepatutnya bukan satu tangga sahaja, perlu ada tiga, empat- tangga, macam caruman persendirian itu.

final • 6:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Oleh sebab sekarang ini agak susah kita hendak segmentize gaji-gaji yang kita bawa. Kita fokuskan kepada suri rumah ini yang mana kita tumpukan kepada golongan yang berpendapatan rendah, B40 ini.

Jadi, sebab itu kita kata kita letakkan, boleh ditingkatkan dengan kuasa Yang Berhormat Menteri bagi menetapkan jumlah faedah yang lebih baik. Oleh sebab, ya lah ada yang RM3,000 ada yang RM4,000 ada yang RM2,500.

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Isteri Tuan Pengerusi, dia tidak bekerja tetapi tentulah suami bagi- anggapan begitulah. Tentulah pendapatan itu lebih.

Suami itu bagi bulanannya kepada dia lebih, jadi atas itulah dia boleh kita buat pengiraan.

final • 6:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Tidak, sekarang ini kita hanya meletakkan RM10 sebulan. RM10 sebulan ini the minimum cost sahaja.

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Itu lebih dia boleh carum lebih, dia boleh carum lebih maknanya dia akan dapat...

[Rakaman kurang jelas] Faedah.

final • 6:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Ya, ya, ya saya faham kalau dia hendak carum lebih dia masuk insurans lainlah, dia masuk insurans lain. Ini kita fokus RM10 sebulan ini untuk golongan B40 yang marhaen, yang banyak, susah, yang kita tengok sampai hendak bayar RM10 pun tidak mampu.

final • 6:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Kalau kita bandingkan semua yang boleh masuk ini, gaji yang RM4,000 hingga RM5,000 jadi...

final • 6:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Akan tetapi yang ini ia terbuka kepada semua.

final • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Terbuka kepada semua.

final • 6:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Bukan ia hanya untuk B40, ia terbuka kepada semua.

final • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Ya, yang ini kita memang terbuka kepada semua tetapi tumpu kepada B40 yang marhaen, ada yang tidak mampu, banyak yang tidak mampu.

final • 6:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

B40 yang eKasih itu, itu yang kerajaan bantu.

final • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Tidak, ini bukan eKasih, ini Skim SKSSR.

final • 6:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Betullah tetapi...

final • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Ia berlainan.

final • 6:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

SKSSR yang seramai 180 ribu orang itu, yang itu kerajaan tolong bayar dalam skim ini, dalam skim yang sama ini.

final • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Saya tidak hendak bahaslah benda ini.

final • 6:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Apa yang lain itu bukan daripada eKasih punya, bukan daripada i-Suri punya.

final • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Ya, saya faham. Jadi kalau kita hendak ambil, ada gaji RM60 ribu pun kita kena masuk yang ini. Bukan setakat yang B40 sahaja, RM60 ribu pun boleh masuk dalam ini. “Saya mampu,” dia kata RM60 ribu, “Saya hendak bayar lebih”. Jadi, “Saya hendak tuntut lebih.” Memang bolehlah.

Hal yang ini kita tumpu khusus, yang RM10 yang paling minimum dalam keadaan sekarang untuk membantu suri rumah, yang lebih tidak mengapalah. Dia hendak bayar lebih, skim lain banyak lagi dia boleh masuk. Insya-Allah, jadi untuk jadual ketiga tadi ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Segambut, saya bangkitkan yang itu.

Seterusnya berkenaan dengan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Dungun...

final • 6:30 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Asas yang tadi.

final • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Hal yang kajian yang tadi yang RM200 dialisis yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hang Tuah Jaya tadi.

Kementerian akan meneliti perkara ini dengan mengambil kira kemampuan dalam dana yang kita deposit setiap bulan sebanyak RM10 dalam SKSSR skim ini dan kita akan membuat kajian aktuari dan memang betul, kebetulan. Di bawah KSM, di bawah PERKESO kita ada pusat rehabilitasi yang mana kita akan memberi perkhidmatan- servis kepada ahli-ahli yang mencarum dalam PERKESO boleh mendapat dialisis secara percuma.

Sudah dibuat pun di Melaka sekarang dan sekarang second plan kita di Ipoh yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi berkenaan dengan hospital untuk pekerja-pekerja iaitu disebut pusat rehabilitasi untuk pencarum-pencarum PERKESO.

Seterusnya, dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dungun, berkenaan dengan asas pertimbangan pendapatan anggapan pada RM600. Saya ingat sama dengan Yang Berhormat Segambut tadi, sudah dijawab. Sama dengan Yang Berhormat Segambut tadi, insya-Allah. Ada kuasa meningkatkan pembayaran.

final • 6:30 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Yang Berhormat Timbalan Menteri, mohon penjelasan sikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah akan ada anggaran kenaikan kerana tugasan, bukan hanya kita letakkan pada RM600.

Hal ini kerana kalau kita lihat dengan tugasan yang begitu banyak, tidak munasabah pendapatan bulanan anggapan suri rumah ini RM600. Adakah kemungkinan akan naik anggaran yang kita letakkan supaya caruman itu juga akan berubah?

final • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Pendapatan dibuat berdasarkan kadar caruman RM10 yang ditetapkan untuk dibiayai oleh kerajaan bagi suri rumah iaitu i-Suri. Penetapan ini disokong dengan kajian aktuari PERKESO.

Kementerian Sumber Manusia akan meneliti semula kadar pendapatan anggapan yang lain pada masa hadapan mengikut keperluan semasa.

[****Jadual** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] *[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)

(Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid) dan diluluskan]*

final • 6:30 PM
RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH KEHAKIMAN (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Mahkamah Kehakiman

(Pindaan) 2022 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat. Cadangan pindaan kepada Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91] melibatkan dua perkara utama iaitu mengehadkan rayuan untuk kes-kes interlokutori sivil dan penyediaan dokumen dan rekod rayuan bebas kertas dalam prosiding perbicaraan rayuan jenayah.

Komitmen badan kehakiman ialah untuk melakukan reformasi substantif dalam mekanisme kehakiman bagi memperkenalkan kaedah untuk meningkatkan kecekapan dan juga produktiviti berkaitan beban tugas kehakiman.

Ucapan Yang Amat Arif, Ketua Hakim Negara, semasa Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2020, telah pun menyatakan, dengan izin, “The Judiciary has to constantly introduce measures to meet the constantly evolving problems arising in terms of the workload of the Judiciary. A perennial problem is the increasing case load. The ever increasing interlocutory appeals affect the Court of Appeal the most. In fact, the Court of Appeal has become so inundated with interlocutory appeals, which currently stand at around 1,200 appeals that the Judiciary needed to co-opt special Court of Appeal panels comprising Federal Court judges to reduce the heavy workload in the Court of Appeal.” Kaedah perubahan substantif yang dicadangkan ialah dengan mengehadkan rayuan dari Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi dan dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan dengan mengehadkan rayuan dalam kes-kes permohonan interlokutori yang tidak memprejudiskan hak pihak-pihak.

Bagi maksud ini, kes interlokutori sivil yang dicadangkan untuk dihadkan rayuannya adalah seperti berikut:

(i) permohonan penghakiman terus yang ditolak oleh mahkamah;

(ii) permohonan untuk membatalkan apa-apa writ ataupun pleading yang ditolak oleh mahkamah; dan

(iii) permohonan untuk mengetepikan satu penghakiman ingkar yang dibenarkan oleh mahkamah.

Cadangan pindaan ini telah pun dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kaedah-kaedah sejak tahun 2019 lagi. Jawatankuasa Kaedah-kaedah Mahkamah dibentuk di bawah seksyen 17 [Akta 91], dan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara.

Manakala ahlinya terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi, wakil Peguam Negara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Presiden Majlis Peguam Malaysia, Presiden Persatuan Peguam Bela Sabah dan Presiden Peguam Bela Sarawak.

Mesyuarat Jawatankuasa Kaedah-kaedah antara lainnya, pada tahun 2019 dan tahun 2020 bersetuju supaya Akta 91 ini dipinda bagi memperuntukkan mengenai had untuk merayu bagi kes-kes interlokutori sivil seperti yang dinyatakan di atas dan cadangan itu tidaklah akan melupuskan hak pihak-pihak yang merayu dan didengar.

Hal ini kerana pihak masih lagi mempunyai ruang untuk menghujahkan kes dalam perbicaraan penuh dan mahkamah akan memberikan penghakiman bagi berdasarkan merit sesuatu kes dengan asas ataupun fundamentals iaitu akses kepada keadilan masih kekal dan tidak terjejas.

final • 6:35 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Di samping itu, pindaan ini juga merupakan dihasratkan supaya judicial time dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya iaitu dengan memfokuskan kepada perkara-perkara yang lebih substantif, sebagai contoh penulisan alasan penghakiman.

Oleh yang demikian adalah high time, dengan izin, cadangan pindaan ini direalisasikan dengan meminda Akta 91, bagi mengehadkan rayuan bagi kes-kes interlokutori sivil daripada Mahkamah Rendah kepada Mahkamah Tinggi dan daripada Mahkamah Tinggi kepada Mahkamah Rayuan.

final • 6:35 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Kesan kepada pindaan ini akan memperlihatkan, hanya kes yang mempunyai merit sahaja yang akan didengarkan di Mahkamah Rayuan, dan menjadikan pentadbiran kehakiman lebih efektif dan masa serta kos pihak-pihak yang terlibat kini dapat dijimatkan tanpa menjejaskan keadilan dan hak mana-mana pihak.

Selanjutnya, badan kehakiman juga komited dalam memastikan akses kepada keadilan dengan meningkatkan tahap kecekapan proses mahkamah melalui penggunaan teknologi. Dalam ucapan yang sama, Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara menyatakan, dengan izin, “Modern technological advancements serve primarily to boost access to justice. Developing the process is therefore absolutely necessary. This is one reality the Judiciary and the rest of the justice system must accept if we are to keep up to the rapid onslaught of the Fourth Industrial Revolution”. Ke arah itu, badan kehakiman melalui Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) telah pun merangka pelbagai inisiatif untuk meningkatkan penggunaan teknologi dalam operasi pentadbiran dan penyampaian kehakiman, termasuklah memperluaskan sistem e-Kehakiman yang merupakan sistem aplikasi mahkamah yang dibangunkan oleh PKPMP dan memperkenalkan projek-projek yang menggunakan platform teknologi dan juga pendigitalan. Pada masa ini, di bawah peruntukan undang-undang sedia ada, setiap Notis Rayuan bagi kes jenayah yang difailkan hendaklah mengandungi inti pati rayuan terhadap penghakiman yang dirayu dan alamat untuk sebarang notis ataupun dokumen yang berkaitan dengan rayuan tersebut boleh disampaikan kepada perayu ataupun peguamnya serta bertanda tangan.

Pindaan yang dicadangkan adalah bagi penambahan alamat melalui cara komunikasi elektronik untuk turut disertakan dan dinyatakan di dalam notis rayuan bagi menyediakan kaedah alternatif kepada kaedah sedia ada bagi tujuan penyampaian sebarang notis ataupun dokumen yang berkaitan dengan rayuan kepada perayu ataupun peguamnya. Selanjutnya, pindaan juga dicadangkan bagi suatu peruntukan tanggapan bahawa apa-apa notis atau dokumen yang dihantar kepada alamat elektronik perayu ataupun peguam perayu itu disifatkan telah disampaikan dan diserahkan apabila salinan itu dihantar ke alamat elektronik perayu atau peguam perayu.

Pada masa ini juga terdapat keperluan untuk memfailkan petisyen rayuan sebanyak lima keping salinan kepada Pendaftar Mahkamah yang berkenaan dalam tempoh 10 hari selepas penyampaian notis yang disebut dalam subseksyen 52(2). Melalui sistem e-filing, rekod prosiding, notis rayuan dan petisyen rayuan akan dihantar ke Mahkamah Rayuan melalui case management system (CMS). Oleh itu, tiada keperluan untuk mengekalkan amalan sedia ada. Justeru, pindaan yang dicadangkan adalah untuk menggantikan keperluan untuk menghantar lima salinan petisyen rayuan dengan hanya memuat naik dan menghantar dokumen berkenaan secara dalam talian sahaja.

Kesan langsung kepada pembaharuan ini memberikan alternatif kepada pihak- pihak berkaitan serahan rekod dan dokumen berkaitan rayuan jenayah secara dalam talian. Ini bermakna, pihak perayu mempunyai alternatif untuk membuat serahan Notis Rayuan dan dokumen lain berkaitan prosiding rayuan secara dalam talian. Dengan pembaharuan yang dicadangkan, bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kecekapan operasi pentadbiran kehakiman secara keseluruhan tetapi pada masa yang sama akan mengurangkan kadar penggunaan kertas yang drastik. Ini akan mengurangkan kos pembelian kertas. Pada masa yang sama, merupakan solidariti badan kehakiman terhadap Dasar Alam Sekitar Negara untuk memastikan kelestarian alam sekitar demi

final • 6:40 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

mewujudkan alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan juga masa depan.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta 91 ialah satu akta yang berhubung dengan mahkamah kehakiman atasan dan mula berkuat kuasa di seluruh Malaysia pada 16 Mac 1964. Antara perkara yang diperuntukkan dalam Akta 91 adalah berkenaan bidang kuasa Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi, termasuk bidang kuasa rayuan jenayah.

Pindaan yang dicadangkan adalah untuk dibuat kepada peruntukan Akta 91 berkenaan dengan mengehadkan rayuan untuk kes-kes interlocutory civil dan penyediaan dokumen dan rekod rayuan bebas kertas dalam prosiding perbicaraan rayuan jenayah melibatkan enam peruntukan sedia ada dan pengenalan satu peruntukan baharu.

Seterusnya, saya akan menjelaskan cadangan pindaan tersebut yang dimasukkan ke dalam fasal-fasal rang undang-undang.

Pertamanya, “tajuk ringkas” dan “permulaan kuat kuasa.” Fasal 1 adalah berkenaan tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa rang undang- undang ini.

Keduanya, berkenaan pindaan seksyen 28. Fasal 2 rang undang-undang bertujuan untuk meminda seksyen 28, Akta 91 untuk mengehadkan hak untuk merayu dari mahkamah rendah ke Mahkamah Tinggi dalam kes sivil, dalam hal keadaan jika mahkamah rendah itu menolak mana-mana permohonan untuk penghakiman terus atau mana-mana permohonan untuk membatalkan mana-mana writ ataupun pliding atau membenarkan mana-mana permohonan peruntukan mengetepikan penghakiman ingkar.

Ketiga, pindaan seksyen 51. Fasal 3 bertujuan untuk meminda subseksyen 51(2), Akta 91 bagi mengehendaki apa-apa notis atau dokumen yang berhubung dengan satu rayuan mengandungi alamat surat-menyurat atau alamat elektronik perayu atau peguam perayu.

Pindaan seksyen 52. Fasal 4 bertujuan untuk meminda subseksyen 52(2) Akta 91 bagi mengehendaki Pendaftar untuk menyebabkan supaya disampaikan satu- notis bahawa salinan rekod prosiding telah tersedia kepada perayu atau peguam perayu di alamat surat-menyurat atau alamat elektronik perayu atau peguam perayu.

Seterusnya, seksyen baharu 52A.

Fasal 5 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu itu 52A ke dalam Akta 91 untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa notis atau dokumen yang berhubung dengan suatu rayuan yang dihantar ke alamat elektronik perayu atau peguam perayu disifatkan telah disampaikan dan diserahkan apabila notis atau dokumen itu dihantar ke alamat elektronik perayu atau peguam perayu melalui apa-apa cara elektronik, contohnya melalui e-mel.

Seterusnya, pindaan seksyen 53 dan seksyen 55. Fasal 6 dan Fasal 7 bertujuan untuk meminda subseksyen 53(1), dan subseksyen 55(1), Akta 91 supaya selaras dengan sistem e-filing yang mengehendaki hanya satu salinan apa-apa dokumen yang berhubung dengan satu rayuan untuk difailkan.

Pindaan seksyen 68. Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 68, Akta 91 bagi mengehadkan hak untuk merayu dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan dalam kes sivil, dalam hal keadaan Mahkamah Tinggi itu menolak mana-mana permohonan untuk penghakiman terus mana-mana permohonan untuk membatalkan mana-mana writ ataupun pliding dan membenarkan mana-mana permohonan untuk mengetepikan penghakiman ingkar.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan kepada pindaan Akta 91 berkenaan dengan mengehadkan rayuan untuk kes-kes interlocutory civil dan penyediaan dokumen dan rayuan bebas kertas dalam prosiding perbicaraan rayuan jenayah adalah selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan undang-undang semasa. Diharapkan dengan pindaan prosiding di mahkamah dapat dijalankan dengan lebih teratur, efisien dan berlandaskan peruntukan undang-undang.

final • 6:40 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Badan kehakiman juga telah mengadakan perbincangan dan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan seperti Jabatan Peguam Negara dan juga Majlis Peguam mengenai cadangan pindaan kepada Akta 91 ini.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, semua pihak berkepentingan- tiada halangan, dan bersetuju dengan pindaan yang dicadangkan.

Akhir kata, kerajaan berharap cadangan pindaan ini dapat memantapkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan badan kehakiman negara secara amnya demi memastikan akses kepada keadilan yang optimum kepada rakyat dapat dilaksanakan.

Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?

final • 6:40 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang yang bernama suatu akta untuk meminda Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya telah mendapat senarai pembahas. Asalnya ada 10, tetapi dua orang tidak ada dalam Dewan. Akan dimulakan oleh Yang Berhormat Libaran, diikuti oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat berikut. Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Pasir Gudang dan akhir sekali Yang Berhormat Padang Serai.

Dipersilakan Yang Berhormat Libaran, lima minit.

final • 6:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Padang Serai tarik balik tarik balik Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai tarik balik.

final • 6:50 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua, Libaran menyokong Rang Undang-undang Mahkamah Kehakiman- pindaan ini dan merasakan pindaan ini adalah pindaan untuk memantapkan lagi sistem penyampaian kehakiman secara amnya.

Saya hanya ingin menyentuh mengenai isu pertama ialah penyediaan dokumen dan rekod rayuan secara paperless bagi kes rayuan jenayah. Saya difahamkan juga untuk dokumen dan rekod rayuan bagi kes sivil dijalankan secara paperless dan tiada apa-apa masalah yang timbul. Maka bagi maksud rayuan jenayah, pindaan dibuat secara fasal 3,4,5,6 dan 7, Rang Undang-undang Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2022.

Dalam perkara ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, mengapa pindaan berkaitan dengan rayuan ini tidak dibuat serentak dengan pemakaian paperless dalam kes sivil. Namun, saya mengucapkan tahniah, akhirnya pindaan yang sama ada dibuat kepada undang-undang. Mungkin pihak mahkamah memerlukan masa kerana banyak technicality bagi kes jenayah berbanding kes sivil.

Selain daripada itu, bolehkah saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapakah anggaran penjimatan oleh mahkamah memandangkan tiada lagi kos pencetakan dan pembelian kertas serta dakwat pencetak? Saya berpandangan selaras dengan inspirasi kerajaan untuk langkah-langkah penjimatan ini yang diumumkan baru- baru ini.

final • 6:50 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, apakah impak perbicaraan dan rayuan jenayah yang paperless ini dapat provision untuk undang-undang? Saya dapati ada pengamal undang-undang yang masih memerlukan printed copy, tetapi kita ini perlu maju ke hadapan dan seiring dengan kemajuan teknologi yang ada. Saya juga difahamkan bahawa mahkamah telah menyediakan platform yang bagus dan baik untuk prosiding dijalankan secara paperless ini.

Tuan Yang di-Pertua, Libaran menyokong rang undang-undang ini.

final • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Yang Berhormat Sepang, silakan.

final • 6:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa pindaan ini saya ada some reservation, dengan izin, khususnya mengenai peruntukan di bawah fasal 28- pindaan kepada seksyen 28, dan juga seksyen 68.

Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa dalam mana-mana perbicaraan di mahkamah ini, isunya adalah bagaimana kita boleh memastikan keadilan ditegakkan.

Bukan sahaja keadilan itu ditegakkan, tetapi keadilan dilihat ditegakkan. So, saya dapati pindaan yang cuba dibuat di bawah seksyen 28, dan seksyen 68, saya merasakan ada beberapa isu yang mungkin saya boleh bangkitkan di sini untuk dipertimbangkan oleh pihak Timbalan Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya membaca berkenaan seksyen 28(1)(b),(c) dan

(d) di mana dalam tiga keadaan itu, “No appeal shall lie to the High Court in any of the following cases; (b) where a subordinate court dismissed any application for a summary judgement”. Tuan Yang di-Pertua, daripada segi teorinya, kita boleh bersetuju bahawa apabila sesuatu permohonan yang berkaitan dengan summary judgement ini atau penghakiman terus ini ditolak oleh mahkamah, pihak plaintif masih ada lagi remedi. Mereka masih boleh pergi ke perbicaraan penuh.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, apabila kita ada undang-undang macam ini, kita membuat satu macam- satu anggapan bahawa setiap penghakiman itu mestilah dikira betul. Tidak ada pandangan yang kedua untuk check kehakiman itu.

Bagi saya, ini satu masalah juga daripada segi kita menegakkan keadilan kerana di bawah Order 1A Rule of Court Tuan Yang di-Pertua, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya baca, “In administering these rules, the court and the Judge, shall have regard to the overriding interest of justice”. Jadi, keadilan ini bukan mesti kepada pihak defendan. Walaupun saya Tuan Yang di-Pertua, semasa menjadi lawyer dahulu, memang banyak mewakili defendan, saya rasa memang saya lebih suka undang-undang ini kalau saya mewakili defendan. Akan tetapi kita kena faham bahawa undang-undang ini mestilah memberikan keadilan kepada kedua-dua pihak. Itu saya punya concern. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu (b), (c), “where a subordinate court dismissed any application to strike out...”, yang biasa kita kata ‘Oder of the Rule 19’ ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa- Tuan Yang di-Pertua sebagai peguam pun tahu bahawa dalam permohonan untuk membatalkan sesuatu pleading itu, ia boleh dibuat oleh kedua-dua pihak sama ada plaintif atau defendan. Berbeza dengan summary judgement yang biasanya hanya difailkan oleh pihak plaintif, tidak mungkin defendan memfailkan summary judgement. Jadi Tuan Yang di-Pertua, keadaan mungkin akan menjadi satu- kegawatan akan timbul apabila sekiranya permohonan pihak defendan dibenarkan. Kalau sekiranya ditolak, tidak ada masalah. Kalau dibenarkan, jadi macam mana keadaan itu?

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, kita lihat kepada undang-undang berkaitan dengan set aside judgment in default. Tuan Yang di-Pertua, bagi saya mungkin daripada

final • 6:53 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

segi teorinya kita boleh bersetuju bahawa dalam kes ini kalau sekiranya satu permohonan itu ditolak ataupun dibenarkan, pihak plaintif masih lagi boleh meneruskan tindakan itu, kerana kes itu hanya mengetepikan penghakiman tanpa perbicaraan.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, seperti Tuan Yang di-Pertua tahu bahawa dalam judgment in default ini ada dua kategori. Satu di mana permohonan itu disiasat, dibenarkan atas alasan teknikal- kerana alasannya penghakiman itu irregular, di mana permohonan itu boleh diketepikan ex debito justitiae [as a matter of right] , bukan kerana merit.

Hari ini memang petang ini bincang undang-undang Tuan Yang di-Pertua...

[Ketawa] Jadi saya rasa Tuan Yang di-Pertua, kalau sekiranya satu permohonan itu dibenarkan atas alasan penghakiman itu irregular sedangkan kemungkinan defendan tidak ada merit, jadi bagaimana keadaan itu? Adakah wajar plaintif ditutup dia punya pintu daripada membuat rayuan sedangkan defendan mungkin sedar bahawa dia tidak ada merit. Jadi, sekali gus kita mungkin akan menggalakkan juga sebenarnya kes akan menjadi- kita punya idea untuk reduce backlog akan menjadi masalah Tuan Yang di- Pertua, sebab kita akan membenarkan sesuatu kes di mana pembelaan tidak bermerit akan dibenarkan juga untuk dibicarakan.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengharapkan Tuan Yang di-Pertua, dalam kita hendak membuat apa-apa ini, kita memastikan Tuan Yang di-Pertua, bahawa interest of litigant mesti dijaga Tuan Yang di-Pertua. Ini sebab saya rasa Tuan Yang di- Pertua, apabila kita membenarkan rang undang-undang ini sebagai contoh di bahagian ketiga-tiga ini, saya rasa ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, ibarat kita nak tiru undang- undang jenayah. Dalam undang-undang jenayah Tuan Yang di-Pertua, yang saya biasa buat dalam kes-kes jenayah Tuan Yang di-Pertua, apabila dalam the end of prosecution case, sekiranya pihak Pendakwa gagal membuktikan prima facie case, dan pihak mahkamah membenarkan OKT dibebaskan, pihak prosecution boleh membuat rayuan.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, kalau sekiranya permohonan pihak pembela untuk mengatakan bahawa tidak ada prima facie case dan mahkamah mengatakan ada prima facie case, ketika itu pihak pembela tidak boleh memfailkan rayuan. Ini kerana dianggap itu adalah interlocutory in nature, sedangkan Tuan Yang di-Pertua, apabila tidak ada prima facie, tidak ada prima facie-lah, sepatutnya boleh rayu.

Jadi kesemuanya Tuan Yang di-Pertua, saya rasa asas tidak betul. Asasnya ialah kita menganggap bahawa sebarang permohonan pihak plaintif dan defendan dikira- penghakiman dikeluarkan hakim dikira betul. Sedangkan Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya bagi saya cara terbaik ialah kita benarkan kedua-dua pihak merayu, tetapi kita memudahkan proses rayuan itu.

final • 6:53 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sebagai contoh mungkin rayuan itu boleh didengar dalam masa seminggu dan sebagainya. Instead of kita tutup segala pintu. Tidak boleh Tuan Yang di-Pertua kalau tutup segala pintu ini bagi saya tidak adil. Sekian, terima kasih.

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Tebrau, silakan. Lima minit.

final • 7:00 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya sertai perbahasan Rang Undang-undang Mahkamah Kehakiman. Rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Kehakiman 1964 melibatkan pindaan dan penambahan seksyen dan subseksyen dan juga cadangan seksyen baharu.

Fasal 2 bertujuan untuk mengehadkan hak untuk merayu dari Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi, dan fasal 8 dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan dalam kes sivil apabila Mahkamah Rendah menolak mana-mana permohonan untuk

final • 7:00 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

penghakiman terus atau mana-mana permohonan untuk membatalkan writ atau membenarkan permohonan mengetepikan penghakiman ingkar.

Saya difahamkan ini adalah pindaan kepada akta di mana tiada rayuan dari Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi dan juga dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan untuk penghakiman terus dan perkara lain-lain di mana jumlah kes adalah di bawah RM10 ribu melainkan isu undang-undang.

Secara ringkas sekiranya penghakiman terus dan perkara lain-lain ditolak, ini bermakna kes diputuskan dalam perbicaraan penuh, tidak perlu membazirkan masa lagi membuat rayuan di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan. Manakala jika penghakiman terus dan perkara lain-lain dibenarkan, ini jelas menunjukkan kes ini merupakan isu yang bermerit.

Saya difahamkan pindaan rang undang-undang ini adalah bertujuan untuk memastikan kes-kes akan dijalankan dengan cepat dan seterusnya menyelesaikan serta mengurangkan kes-kes tertunggak yang sedia ada. Saya mohon Yang Berhormat Menteri memaklumkan kepada Dewan ini, sudah kah libat urus diadakan dengan semua pihak berkepentingan sebelum rang undang-undang ini digubal? Ini kerana melibatkan banyak pihak.

Saya pasti pihak peguam berkemungkinan besar tidak bersetuju dengan rang undang-undang ini. Akan tetapi saya dari Tebrau akan menyokong sekiranya Yang Berhormat Menteri boleh bagi penjelasan bahawa semua libat urus sudah dilakukan dan semua pihak yang berkepentingan sudah bersetuju untuk menyokong rang undang- undang ini.

Itu sahaja daripada saya. Saya mohon menyokong sekiranya dapat penjelasan yang sewajarnya. Terima kasih.

[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan

final • 7:00 PM

Mesyuarat] Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Dipersilakan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bagi Rang Undang-undang (Pindaan) Court of Judicature Act ini, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri- seperti mana yang kita tahu bahawa kes-kes yang dibuat permohonan interlocutory ini bertujuan untuk menjimatkan masa mahkamah, dan ada proses yang tertentu, dan kita sedia maklum bahawa bagi kes-kes misalnya untuk mendapat summary judgement mestilah dibuktikan bahawa pihak defendan tidak mempunyai pembelaan sama sekali, dan tidak ada apa-apa isu yang boleh dibicarakan.

Begitu juga dengan judgement in default atau penghakiman ingkar. Bermakna dalam konteks ini ada ruang dalam sistem kehakiman kita membenarkan pihak-pihak untuk menjimatkan masa mahkamah dan memasukkan permohonan-permohonan ini dengan panduan-panduan yang ketat agar pihak yang satu lagi itu mendapat pembelaan dan keadilan yang sewajarnya. Saya percaya itulah tujuan asal kita ada permohonan interlocutory ini.

Namun tadi seperti mana yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, ia melihatkan bahawa dengan prosedur ini terbukti bahawa terdapat juga kes atau backlog cases, dengan izin, yang agak banyak akibat daripada prosedur ini dan sebagai jalan pintas setelah dibincangkan di peringkat the best legal brains, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, maka permohonan-permohonan seperti ini sekiranya sudah ada sesuatu keputusan tidak boleh dirayu ke mahkamah yang lebih tinggi lagi.

final • 7:04 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah alasan selain daripada alasan bahawa ada backlog cases? Oleh sebab saya lihat ada ruang ini kerana kita punya sistem kehakiman adalah the judge sitting alone, dengan izin, hanya hakim seorang yang buat keputusan. Kalau-kalau tersilap daripada segi keputusan maka ia akan menafikan hak ataupun pihak satu lagi untuk membuat rayuan yang mana dalam konteks ini ia boleh menjimatkan masa mahkamah sekiranya perkara itu boleh di- dispose, dengan izin, perkara itu boleh diselesaikan pada peringkat interlocutory lagi.

Jadi, ini perkara yang saya fikir harus dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini kerana saya juga ingin membawa perhatian Dewan ini terhadap kenyataan Ketua Hakim Negara yang menyatakan bahawa yang mengingatkan juga para hakim the important aspect of the judicial job is to provide the grounds of judgement for the cases that have been decided, dengan izin.

Maknanya dalam konteks ini Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara menggesa hakim-hakim supaya menyegerakan alasan kehakiman ini. Ini perkara yang pada saya penting, fundamental kerana apa jua permohonan, apa jua perbicaraan sekiranya keputusan itu lambat maka tentunya menyukarkan pihak-pihak untuk merayu. Apakah perkara ini juga dipertimbangkan dalam perbincangan bersama-sama dengan hakim- hakim yang telah pun disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi?

Kedua, Tuan Yang di-Pertua ialah berkait tentang the notice seksyen baharu 52A iaitu dalam hal ini dimasukkan melalui cara-cara elektronik. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah cara-cara elektronik ini termasuk misalnya menghantar notis melalui WhatsApp? Ini kerana kita tahu bahawa apabila kita hantar notis, kita mesti sahkan bahawa notis itu telah pun diserahkan kepada orang itu.

Kita lihat dalam konteks ini kalau menggunakan pendekatan e-mel, ia kita tidak boleh sahkan yang kita hantar itu sudah diterima atau pun tidak. Akan tetapi kalau kita gunakan pendekatan elektronik seperti WhatsApp dan sebagainya, kita boleh sahkan dengan gambar dan segala macam.

Ketiga, Tuan Yang di-Pertua ialah tentang penekanan yang diberikan oleh Ketua Hakim Negara. Ini mungkin tidak ada kaitan sedikit dengan Court of Judicature Act yang kita bahaskan ini tetapi berkait tentang interference Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang mana dinyatakan dengan tegas oleh Ketua Hakim Negara tidak boleh mana-mana pihak melakukan interference, dengan izin, terhadap hakim-hakim yang sedang membuat keputusan ataupun yang telah membuat keputusan.

Dalam kes ini, saya hendak tanya terus kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang Hakim Nazlan yang tentunya menjadi satu tarikan dunia terhadap sistem kehakiman kita. Laporan polis telah dibuat. Apakah keputusannya setakat ini yang telah pun dilakukan oleh pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri? Adakah apa-apa update tentang intermediation yang kita lihat berlaku kepada Hakim Nazlan yang membuat keputusan dalam kes Yang Berhormat Pekan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:04 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Dipersilakan Yang Berhormat Jelutong.

final • 7:04 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk membahaskan beberapa peruntukan dalam rang undang-undang ini yang dibentangkan.

final • 7:09 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tertarik dengan mukadimah yang diberikan oleh Timbalan Menteri. Saya yakin bahawa rang undang-undang ini adalah berhasrat untuk memantapkan lagi dan juga membuat reformasi substantif di dalam bidang kehakiman. Akan tetapi, Tuan Yang di- Pertua, perlu juga mengambil perhatian bahawa reformasi substantif kosmetik sahaja tidak memadai.

final • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kita menyanjung dan juga menghargai the three different tiers of democracy, dengan izin, iaitu pihak legislatif, pihak eksekutif dan pihak judiciary. Dalam kes ini, Parlimen memainkan peranan penting di dalam menggubal undang-undang bagi tujuan mempertahankan sistem kehakiman sesuatu negara.

Saya di sini mengambil kesempatan untuk bertanyakan soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Pertamanya, apa yang dilakukan oleh kerajaan kita, apakah yang dilakukan oleh kementerian untuk mempertahankan hakim-hakim yang diserang berulang kali?

Kita di sini berbincang tentang hakim Yang Arif Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang telah menghadapi beberapa pertuduhan fitnah dan sebagainya. Saya mengambil kesempatan ini juga untuk menuntut satu penjelasan diberikan secara terbuka oleh pihak Timbalan Menteri kepada Dewan yang mulia ini tentang langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mempertahankan beliau.

Kita tahu pada tahun lebih kurang tahun 1987, 1988, negara menghadapi krisis sejarah hitam di mana seorang Ketua Hakim Negara telah dipecat. The history of Tun Salleh Abas merupakan perkara yang tidak boleh kita lupakan. Saya lihat bahawa ada percubaan untuk mengganggu dan menggugat seorang hakim yang masih sedang mendengar kes-kes yang telah pun dinaikkan pangkat dari Mahkamah Tinggi elevated, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ke Mahkamah Rayuan.

Saya berterima kasih kepada Timbalan Menteri kerana telah bersedia untuk menerima memorandum yang telah diserahkan oleh pihak Majlis Peguam. Saya menggunakan kesempatan ini juga untuk mengecam langkah-langkah yang diambil oleh Polis Diraja Malaysia untuk menyekat peserta-peserta himpunan awam daripada Majlis Peguam yang mempertahankan bidang kehakiman. Saya sebagai seorang peguam, mengambil kesempatan ini untuk merayu kepada kerajaan supaya memberhentikan segala tindakan siasatan yang telah dimulakan terhadap semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam, dengan izin, ‘Walk for judicial independence’ yang diadakan pada 17 Jun 2022.

Saya berterima kasih, Tuan Yang di-Pertua, kepada Timbalan Menteri yang sudi menerima memorandum dan saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk menuntut penjelasan, apa tindakan atau langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan, oleh pihak Perdana Menteri, oleh pihak Timbalan Menteri untuk menyiasat perkara ini dan untuk mengambil langkah-langkah supaya kita pertahankan the independence- kebebasan badan kehakiman?

Saya telah sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, membuat satu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 untuk membincangkan tindakan pihak polis yang menghalang peserta-peserta yang ingin menghantar memorandum ke Parlimen pada 17 Jun 2022 tahun ini. Namun demikian, Usul saya telah ditolak. Akan tetapi, saya menggunakan kesempatan ini untuk menuntut penjelasan daripada pihak Timbalan Menteri.

Saya di sini sekali lagi ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan bahawa kita tidak boleh sekadar membahaskan rang undang-undang. Tidak guna kita membahaskan rang undang-undang tentang pindaan kepada akta kehakiman sekiranya kita tidak berani untuk melindungi hakim-hakim yang sedang mendengar kes-kes kontroversi terutamanya yang melibatkan Yang Berhormat Pekan dan Yang Berhormat Bagan Datuk.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan untuk memperingati semua. Dengan izin, badan kehakiman seharusnya sentiasa bebas dan diberi perlindungan supaya mereka boleh menjalankan tugas-tugas mereka.

Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 7:10 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Diteruskan dengan mempersilakan Yang Berhormat Selayang.

final • 7:10 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya sokong rang undang-undang ini untuk mengehadkan rayuan Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi, dan dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan dalam kes sivil untuk permohonan penghakiman terus, permohonan untuk membatalkan mana-mana writ atau pliding atau membenarkan permohonan untuk mengetepikan penghakiman ingkar.

Saya setuju kerana pindaan-pindaan ini tidak akan menjejaskan hak pihak-pihak dalam bicara kerana mereka masih dapat keadilan dalam perbicaraan penuh. Saya setuju kerana objektif untuk mengehadkan rayuan interlocutory ialah untuk ada sistem perbicaraan yang lebih efisien. Dengan ini, keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman dapat ditingkatkan.

Saya meminta penjelasan. Apakah sistem yang akan dilakukan oleh mahkamah dengan mengehadkan rayuan interlocutory? Supaya perbicaraan kes penuh dapat dijalankan dalam masa yang singkat dan kalau boleh, sudah lebih daripada sembilan bulan. Ini dapat dilakukan dengan sistem fast track. Dahulu sebelum tahun 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Bahagian Komersial ada backlog sebanyak 6,490 kes.

Akan tetapi, dengan adanya sistem fast track, 95 peratus dapat dilupuskan dalam tempoh sembilan bulan dan yang lain dalam satu tahun.

Yang penting ialah sistem dapat dilakukan. Ada sistem ini boleh dilaksanakan di seluruh Malaysia supaya kita boleh menggunakan tempoh masa supaya kita dapat memberikan peluang kepada plaintif, walaupun mengehadkan dengan interlocutory appeal tetapi kes mereka dapat diselesaikan atau dilupuskan dalam masa yang singkat.

Dalam perkara yang kedua ialah tentang serangan yang telah dibuat kepada badan kehakiman. Kalau objektif pindaan ini ialah untuk meningkatkan keyakinan rakyat kepada badan kehakiman, apa yang telah dikatakan oleh rakan saya Yang Berhormat Hang Tuan Jaya dan juga Yang Berhormat Jelutong adalah juga penting kerana di mahkamah, hakim tidak dapat membela diri. Pandangan saya, dan kesemua Ahli Parlimen di sebelah sini ialah kita akan mempertahankan badan kehakiman dan hakim daripada serangan yang tidak berasas.

final • 7:16 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Dengan izin, when criticism on judges crosses the line into personal attacks or intimidation, public respect for our system of justice is undermined. It is creating risk to our Constitutional bedrock and the preservation of liberty. All Malaysians and elected representatives must be mindful of their cherished principles. Saya menyeru kepada hakim-hakim jangan putus asa. Sila, menjalankan tugas without fear or favour.

Rakyat dan juga Ahli Parlimen akan mempertahankan hakim-hakim daripada serangan keterlaluan. Apa yang penting adalah seperti apa Yang Berhormat Jelutong katakan “Adakah Perdana Menteri, Menteri dan kerajaan akan mempertahankan badan kehakiman dan mengeluarkan satu kenyataan dalam ucapan penggulungan selepas ini untuk mengetuk mereka yang telah membuat serangan kepada badan kehakiman yang tidak berasas”. Sekian, terima kasih.

final • 7:20 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat selayang. Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 7:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya menyokong rang undang-undang ini berkenaan pindaan pada seksyen 28, dan seksyen 68, berkenaan penghakiman terus. Kedua, berkenaan pembatalan writ dan pliding. Ketiga, mengetepikan penghakiman ingkar. Maknanya, walaupun perkara ini tidak boleh dirayu tetapi perbicaraan boleh diteruskan. Jadi, dua-dua pihak dapat peluang perbicaraan. Okey.

Kedua, saya melihat sama ada di mahkamah rendah atau di Mahkamah Tinggi, kalau tidak boleh rayu lebih tinggi tetapi seelok-eloknya penghakiman bertulis- written

final • 7:21 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

judgement mesti diberi pada hari waktu keputusan dibuat oleh Majistret atau oleh hakim Mahkamah Sesyen atau hakim Mahkamah Tinggi supaya pihak yang kalah atau pihak yang menang tahu mengapa kes mereka anak guam mereka kalah atau mengapa mahkamah memihak kepada pihak yang lagi satu.

Jadi, written judgement atau penghakiman bertulis perlu dibuat bukan seminggu atau sebulan kemudian tetapi pada hari itu juga. Tidak perlu panjang-panjang iaitu ringkasan alasan penghakiman mengapa keputusan itu diberi.

Satu lagi, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, dalam penjelasan awal mukadimah Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut tadi soal kes sivil dan juga kes jenayah berkenaan rayuan. Walaupun apa yang kita bincang ini berkenaan kes-kes sivil, tetapi mungkin sudah sampai masanya, mungkin kementerian jabatan undang- undang memikirkan proses permohonan interlocutory juga perlu dikaji semula di bahagian bidang mahkamah jenayah.

Maksud saya, saya berpendapat pihak kehakiman mesti membuat satu peraturan yang baharu. Kalau dalam kes jenayah seseorang itu telah dijatuhkan hukum, misalnya di Mahkamah Sesyen ataupun Mahkamah Tinggi didapati bersalah dan dihukum penjara misalnya, maka proses interlocutory ini perlu ditimbangkan iaitu mereka yang telah didapati salah dan dipenjarakan itu mesti jangan dibenarkan stay penggantungan hukuman itu.

Masuk dulu penjara. Jangan dibagi proses interlocutory untuk stay of execution, jangan bagi. Hak dia nak merayu boleh, boleh merayu ke Mahkamah Rayuan atau ke Mahkamah Persekutuan, boleh. Akan tetapi, mesti jalani hukuman itu dahulu, hukuman penjara dan denda kalau telah dijatuhkan hukum. Ini kerana, kalau tidak, bertahun-tahun kes itu bermula di satu- mahkamah, selepas satu pilihan raya sampai hendak pilihan raya akan datang, tidak selesai-selesai juga.

Jadi, ini akan mengecewakan rakyat seolah-olah mahkamah ini hanya untuk hukum rakyat miskin, golongan bawahan, curi beberapa paket milo, curi beberapa keping papan petai tetapi golongan kaya, golongan kayangan ini ada duit, ada pasukan peguam, boleh heret kes dia bertahun-tahun. Tolong Yang Berhormat Timbalan Menteri kaji hal ini.

Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:21 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Dengan tersebut, maka berakhirlah pembahas. Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab, 10 minit ya.

final • 7:21 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam sesi perbahasa RUU Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2022 iaitu Yang Berhormat Libaran; Yang Berhormat Sepang; Yang Berhormat Tebrau; Yang Berhormat Hang Tuan Jaya; Yang Berhormat Jelutong; Yang Berhormat Selayang; dan yang terakhir sekali Yang Berhormat Pasit Gudang.

Tuan Yang di-Pertua, saya hanya akan menjawab isu ataupun persoalan yang berkaitan dengan RUU yang dibentangkan sahaja.

Untuk soalan yang pertama yang diberikan oleh Yang Berhormat Libaran berkenaan dengan mengapa pindaan rayuan tidak dibuat serentak dengan pemakaian paperless dalam kes sivil. Bagi kes sivil Yang Berhormat, tatacara rayuan diperuntukkan dalam Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 yang telah pun dipinda pada tahun 2020. Bagi rayuan kes sivil ke Mahkamah Rayuan ataupun Mahkamah Persekutuan, peruntukan yang sama terpakai secara mutatis mutandis.

Seterusnya, Yang Berhormat Libaran juga ada bertanyakan soalan berkenaan impak perbicaraan dan juga rayuan jenayah yang paperless, bebas kertas kepada provision undang-undang.

final • 7:27 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Untuk makluman Yang Berhormat, perbicaraan dijalankan seperti biasa. Hanya rujukan kepada dokumen dibuat kepada dokumen digital dalam sistem dan bukan lagi melalui hard copy document. Terdapat penjimatan daripada aspek kos, masa dan juga tenaga dalam penyediaan rekod-rekod jenayah dan juga mahkamah. Oleh itu, impaknya kepada provision undang-undang, pasti ia dapat mengurangkan rujukan serta penyediaan dokumen-dokumen hard copy agar sesuatu kes jenayah dapat didengar dengan cepat dan juga lebih efektif Yang Berhormat.

Seterusnya, soalan daripada Yang Berhormat Libaran juga berkenaan projection penjimatan oleh mahkamah memandangkan tiada lagi kos percetakan dan juga pembelian kertas serta dakwat pencetak. Yang Berhormat, memang betul apabila melibatkan kes mahkamah ini terutama apabila kes yang agak panjang dan juga agak besar, macam ada satu kes yang baru dibicarakan, saya difahamkan ada satu kes sahaja yang memakan hingga kertas 220 ribu helai kertas. Itu jumlah yang cukup besar sekali.

Dalam tempoh setahun Yang Berhormat, anggaran penjimatan kalau – penggunaan kertas dan juga dakwat cetak merupakan RM2.2 juta yang dapat kita jimatkan, apabila kita menggunakan bebas kertas ini.

Terima kasih juga untuk soalan daripada Yang Berhormat Sepang berkaitan dengan seksyen 28, dan juga seksyen 68, yang mana pindaan ini ada isu yang boleh dibangkitkan untuk dipertimbangkan.

final • 7:27 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Yang Berhormat Sepang menyatakan, kita beranggapan semua penghakiman adalah betul, tidak ada pihak semak perintah tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, pindaan ini masih ada proses untuk semakan dan juga check kerana jika keputusan merupakan satu keputusan yang muktamad dan juga mengikat pihak-pihak, keputusan tidak boleh dirayu merupakan keputusan interlocutory- dalam fasal yang telah pun kita nyatakan.

Persoalan kedua berkenaan dengan permohonan pembatalan pliding boleh dibuat oleh kedua-dua pihak, jadi ada timbul kegawatan apabila permohonan defendan itu dibenarkan. Maka jawapannya permohonan untuk striking out jika dibuat oleh defendan merupakan satu keputusan yang boleh dirayu kerana defendan telah pun mendapat keputusan muktamad.

Berkenaan dengan setting aside JID iaitu penghakiman ingkar, daripada segi teori boleh bersetuju, plaintif boleh teruskan tindakan jika JID itu ditolak tetapi JID ini terbahagi kepada dua kategori, yang pertama ditolak kerana masalah teknikal dan ia tidak mempunyai merit. Jika JID dibenarkan kerana irregular dan bukan merit, adakah wajar hendak plaintif diketepikan? Di sini Yang Berhormat, jika JID melibatkan teknikaliti secara amnya, pihak-pihak boleh memfailkan semula, without liberty to file afresh maksudnya boleh failkan semula.

Yang Berhormat Tebrau bertanya tentang sudahkah sesi libat urus diadakan dengan semua pihak berkepentingan? Untuk makluman Yang Berhormat, pindaan ini telah pun dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa kaedah- kaedah sebagaimana yang saya nyatakan awal tadi yang dipengerusikan oleh Yang Arif Ketua Hakim Negara. Manakala ahli-ahlinya terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi, wakil Peguam Negara, hakim kanan Mahkamah Sesyen, Presiden Bar Council Malaysia, Presiden Persatuan Peguam Bela Sabah dan Presiden Peguam Bela Sarawak sejak tahun 2019.

Polisi ini telah pun dibincangkan, diperhalusi selama bertahun-tahun dan dipersetujui beberapa kali melalui Jawatankuasa Kaedah-kaedah ini...

final • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 7:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Ya.

final • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih kerana masih di sini memberi penjelasan.

Cuma saya ingin merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan jawapan. Timbalan Menteri telah menyatakan bahawa hanya akan memberi penjelasan tentang perkara-perkara berkaitan. Akan tetapi saya yakin bahawa Timbalan Menteri di dalam memberi jawapan telah berulang kali merujuk kepada Ketua Hakim Negara.

Sedarkah Timbalan Menteri bahawa Ketua Hakim Negara sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa serangan-serangan peribadi yang dibuat terhadap hakim-hakim merupakan sesuatu yang keterlaluan. Jadi saya minta supaya – dan memandangkan Timbalan Menteri juga telah pun magnanimously, dengan izin, sanggup menerima petisyen ataupun memorandum yang dikemukakan oleh pihak Majlis Peguam, saya sekali lagi menyeru menggunakan platform ini untuk bertanyakan kepada Timbalan Menteri, apa tindakan yang telah diambil oleh kerajaan, oleh Perdana Menteri kita untuk mempertahankan bidang kehakiman dan hakim-hakim yang terlibat?

Ini merupakan perkara yang saya minta Timbalan Menteri memberi penjelasan.

final • 7:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Jelutong seorang peguam yang bijaksana, dan saya pun juga telah bertemu dengan beliau di Padang Merbok sewaktu perarakan itu tetapi Yang Berhormat, saya ingin menegaskan bahawa saya hanya akan menjawab berkaitan dengan RUU ini, yang mana di bawah Peraturan 36(1) yang hanya berkaitan dengan RUU ini sahaja. Yang Berhormat...

final • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pembetulan Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tidak hadir di Padang Merbok kerana kebetulan hari itu, saya terlibat dalam kemalangan...

final • 7:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Oh, minta maaf.

final • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Saya dalam perjalanan untuk menghadiri perhimpunan di Padang Merbok untuk menyokong Majlis Peguam untuk mempertahankan hakim-hakim di Malaysia.

final • 7:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Terima kasih...

final • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Walaupun saya terlibat dalam kemalangan pada hari itu.

final • 7:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Minta maaf Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, kita tetap akan sama dalam isu untuk mempertahankan institusi kehakiman negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk meneruskan soalan daripada Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, ada di sana iaitu persoalan berkaitan elektronik, adakah termasuk dengan serahan secara WhatsApp. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini apa-apa dokumen rasmi mahkamah tidak dibenarkan melalui WhatsApp, hanya alamat e-mel yang berdaftar dalam sistem CMS sahaja yang dibenarkan.

Seterusnya soalan daripada Yang Berhormat Hang Tuah Jaya juga iaitu, adakah alasan pindaan seksyen 28, dan seksyen 68, adakah disebabkan oleh backlog cases.

Untuk makluman Yang Berhormat, pindaan yang dicadangkan tidak dibuat kerana backlog cases tetapi ia merupakan polisi badan kehakiman untuk menjadi dan juga meningkatkan kecekapan dan juga produktiviti berkaitan dengan tugas kehakiman. Jadi soal untuk backlog cases itu tidak timbul...

final • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Menteri, satu lagi perkara...

final • 7:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Ya.

final • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Berkaitan. Mungkin tidak berkaitan- adakah kerajaan akan memberhentikan siasatan terhadap Majlis Peguam dan peserta-peserta yang terlibat dalam perhimpunan awam di Padang Merbok? Itu merupakan perkara yang saya tuntut. Saya cuma merayu siasatan diberhentikan kerana Majlis Peguam datang ke situ hanya untuk mempertahankan para hakim dan bidang kehakiman. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Terima kasih Yang Berhormat. Kita akan memberi perhatian tentang perkara tersebut, Yang Berhormat Jelutong.

Untuk Yang Berhormat Selayang, soalan yang dinyatakan, apakah sistem yang dilakukan bagi kes bicara agar dapat dijalankan dengan lebih singkat? Untuk makluman Yang Berhormat, bermula pada tahun ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dan juga Mahkamah Tinggi Shah Alam telah pun mewujudkan satu sistem iaitu sistem OCvC iaitu ‘old civil cases’, dan juga NCvC iaitu ‘new civil cases’ yang mana OCvC tidak menerima pendaftaran baharu tetapi fokus kepada pelupusan untuk kes pra 2021. NCvC pula fokus untuk pengendalian kes yang didaftarkan mulai dari tahun 2022. Di Kuala Lumpur terdapat enam buah mahkamah NCvC dan juga enam buah mahkamah OCvC.

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang yang bertanyakan tentang soalan interlocutory untuk kes jenayah tidak perlu dibenarkan dirayu. Jadi, untuk ini pindaan yang dicadangkan adalah untuk kita sama-sama memberikan fokus kepada interlocutory civil sahaja dan tidak berkaitan jenayah.

Untuk makluman Yang Berhormat, untuk kes interlocutory civil ini tiga sahaja iaitu yang telah disebut. Sebenarnya ada terdapat banyak kategori. Ada lebih kurang 50 kategori yang terlibat tetapi kita hanya buat untuk tiga sahaja.

Persoalan daripada Yang Berhormat Pasir Gudang juga, adakah Mahkamah Rendah dan juga Mahkamah Tinggi boleh menyediakan alasan penghakiman bertulis pada hari yang sama?

Untuk makluman Yang Berhormat, majistret, Hakim Mahkamah Sesyen dan juga Mahkamah Tinggi memang sudah pun disarankan untuk menyediakan alasan penghakiman bertulis secara ringkas pada hari keputusan diberikan.

Saya rasa itu sahaja Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab pada persoalan- persoalan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat pada isu-isu yang dibangkitkan. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 7:30 PM
Fasal-fasal 1 hingga 8 -

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Tuan Pengerusi.

final • 7:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)

Silakan.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagi pindaan seksyen 68, ringkas sahaja.

Di item 8(c), (g) ya, di mana akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (d), perenggan yang berikut, (e), (f), (g) “Where a High Court allowed any application to set aside a Judgment in Default.” JID. Saya ingin tanya, apakah ini terpakai juga kepada Order In Default? Terima kasih.

final • 7:39 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)

Ada yang lain? Jika tidak, Yang Berhormat Menteri menjawab.

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 7:40 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Okey terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Untuk persoalan ini- sekejap. Di bawah subseksyen 68(1) yang sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi berkaitan dengan Order in Default. Order in Default ini adalah untuk orders lain yang tidak terpakai. Maka, ia Judgement in Default (JID) adalah sama sahaja dengan Order in Default, Yang Berhormat.

Terima kasih.

[****Fasal-fasal 1 hingga 8** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Perpaduan Negara (Datuk Halimah binti Mohamed Sadique) dan diluluskan]

final • 7:40 PM
RANG UNDANG-UNDANG KANUN TATACARA JENAYAH (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah

(Pindaan) 2022 dibacakan kali kedua sekarang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] ini adalah pindaan susulan daripada Rang Undang-undang Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2022 yang melibatkan perkara dalam penyediaan dokumen dan rekod rayuan bebas kertas dalam prosiding perbicaraan rayuan jenayah. Ini kerana tatacara penyediaan dokumen dan rekod rayuan jenayah adalah termaktub dalam Akta 593.

Pindaan ini juga merupakan satu komitmen badan kehakiman dalam memastikan akses kepada keadilan dengan meningkatkan tahap kecekapan proses mahkamah melalui penggunaan teknologi, termasuklah memperluaskan sistem eKehakiman yang merupakan sistem aplikasi mahkamah yang dibangunkan oleh PKPMP dan memperkenalkan projek-projek yang menggunakan platform teknologi dan pendigitalan.

Pada masa ini di bawah peruntukan undang-undang sedia ada, setiap notis rayuan bagi kes jenayah yang difailkan hendaklah mengandungi alamat untuk sebarang notis atau

final • 7:43 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

dokumen yang berkaitan dengan rayuan tersebut boleh disampaikan kepada perayu ataupun peguamnya.

Pindaan yang dicadangkan adalah bagi penambahan alamat elektronik untuk turut disertakan dan dinyatakan di dalam notis rayuan untuk menyediakan kaedah alternatif kepada kaedah sedia ada bagi tujuan penyampaian sebarang notis atau dokumen yang berkaitan dengan rayuan kepada perayu ataupun peguamnya.

Selanjutnya, pindaan juga dicadangkan bagi suatu peruntukan tanggapan bahawa salinan bertandatangan alasan keputusan yang dihantarkan ke alamat elektronik perayu atau peguam perayu disifatkan sebagai telah disampaikan dan diserahkan apabila salinan itu dihantar ke alamat elektronik perayu ataupun peguam perayu.

Kesan langsung kepada pembaharuan ini dapat memberikan alternatif kepada pihak-pihak berkaitan dengan serahan notis dan juga dokumen berkaitan dengan rayuan jenayah secara dalam talian. Dengan pembaharuan yang dicadangkan bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kecekapan operasi pentadbiran kehakiman secara keseluruhan tetapi pada masa yang sama dapat mengurangkan kadar penggunaan kertas yang drastik sebagaimana yang telah saya nyatakan tadi yang mana ia akan mengurangkan kos pembelian kertas dan pada masa yang sama solidariti terhadap badan kehakiman, terhadap Dasar Alam Sekitar Negara untuk pastikan kelestarian alam sekitar bagi mewujudkan alam sekitar bersih, selamat, sihat dan produktif untuk generasi masa kini dan juga masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta 593 ini merupakan satu akta yang berhubungan tatacara jenayah yang mula berkuat kuasa di seluruh Malaysia pada 10 Januari tahun 1976. Antara perkara yang diperuntukkan dalam Akta 593 adalah berkenaan perbicaraan jenayah termasuklah rayuan dan penyemakan.

Pindaan yang dicadangkan untuk dibuat kepada beberapa peruntukan Akta 593 adalah berkenaan dengan penyediaan dokumen dan rekod rayuan bebas kertas dan prosiding perbicaraan rayuan jenayah yang melibatkan kepada satu peruntukan sedia ada. Seterusnya, saya akan menjelaskan cadangan pindaan tersebut yang dimasukkan dalam fasal-fasal RUU.

Fasal 1 adalah berkenaan dengan tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa RUU ini.

Kedua, pindaan seksyen 307 iaitu fasal 2, RUU bertujuan untuk meminda seksyen 307 Akta 593 bagi memperluaskan cara penyampaian satu salinan bertandatangan alasan keputusan dengan menghantar salinan itu ke alamat elektronik perayu atau peguam perayu sebagai tambahan kepada amalan sedia ada dengan meninggalkan salinan itu atau menghantar salinan itu melalui pos daftar ke alamat surat-surat perayu atau peguam perayu.

Fasal ini juga bertujuan untuk memasukkan subseksyen 307(3A), ke dalam Akta 593 bagi mengadakan peruntukan bagi salinan bertandatangan alasan keputusan yang dihantar ke alamat elektronik perayu atau peguam perayu disifatkan telah disampaikan dan diserahkan apabila salinan itu dihantar ke alamat elektronik perayu atau peguam perayu melalui apa-apa cara elektronik, contohnya melalui e-mel.

Fasal ini juga bertujuan untuk meminda perenggan 307(5)(b), Akta 593 berbangkit daripada pindaan yang dicadangkan kepada subseksyen 307(2), Akta 593.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, cadangan pindaan kepada Akta 593 berkenaan dengan penyediaan dokumen dan rekod rayuan bebas kertas dalam prosiding perbicaraan rayuan jenayah adalah selaras dengan perkembangan teknologi dan juga keperluan undang-undang semasa dan diharapkan agar dengan pindaan ini, prosiding mahkamah dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, efisien dan juga berlandaskan kepada peruntukan undang-undang.

Akhir kata, kerajaan berharap cadangan pindaan ini dapat memantapkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan badan kehakiman negara secara amnya demi memastikan akses kepada keadilan yang optimum kepada rakyat dapat kita laksanakan.

Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 7:43 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Ada Yang Berhormat menyokong?

final • 7:43 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 7:43 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah dibaca kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Mengikut senarai pembahas, terdapat adalah seperti turutan berikut: Yang Berhormat Tebrau; Yang Berhormat Hang Tuah Jaya; Yang Berhormat Sik; Yang Berhormat Sepang; Yang Berhormat Dungun; Yang Berhormat Jelutong; Yang Berhormat Libaran; Yang Berhormat Shah Alam; Yang Berhormat Selayang; Yang Berhormat Pokok Sena- minta maaf. Yang Berhormat Pokok Sena tiada; dan Yang Berhormat Padang Serai.

Waktu...

final • 7:43 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Padang Serai tarik balik.

final • 7:50 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Padang Serai?

final • 7:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Tarik balik Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:50 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Tarik balik?

final • 7:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Ya. Saya tidak...

final • 7:50 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Tidak mahu bercakap?

final • 7:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Ya, terima kasih.

final • 7:50 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Okey, Yang Berhormat hendak bercakap atau tidak?

final • 7:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Tidak.

final • 7:50 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Okey. Baik, kita mulakan lima minit.

Dipersilakan Yang Berhormat Tebrau.

final • 7:50 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya sertai perbahasan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah.

RUU ini bertujuan untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah berupa pindaan, penggantian dan penambahan seksyen dan subseksyen dan juga sub-subseksyen baharu.

Pembentangan RUU ini sangat sesuai kerana memudahkan urus selia pengurusan untuk memperluaskan cara penyampaian dokumen dan seiring dengan pembangunan teknologi maklumat, pendigitalan dokumen dan urus selia pengurusan secara online, dengan izin.

Namun, terdapat kegusaran di pihak saya apabila melihat kepada kebolehupayaan sistem penyimpanan maklumat yang sedia ada seperti di kementerian dan agensi kerajaan lain yang menyebabkan kesulitan mengakses sistem online, dengan izin, khasnya ketika ramai pengguna yang melayari dan mengakses sistem tersebut.

Saya mohon Menteri untuk memaklumkan kenapa pelaksanaan RUU ini tidak memerlukan perbelanjaan wang tambahan bagi memastikan pindaan yang dilakukan dapat dilaksanakan dengan efektif dan efisien. Adakah sistem yang sedia ada sudah

final • 7:50 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

mencukupi untuk memastikan pelaksanaan RUU ini akan dilaksanakan dengan cara yang lancar dan mencepatkan semua proses? Tebrau setuju untuk menyokong RUU ini selepas mendengar pencerahan kepada soalan saya. Terima kasih.

final • 7:50 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Dipersilakan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Yang Berhormat Menteri, dalam mukadimah pindaan Kanun Tatacara Jenayah telah pun menyatakan di dalam Dewan ini alasan yang utama untuk dimasukkan pindaan- pindaan ini adalah untuk memastikan agar pihak badan kehakiman cakna ataupun selari dengan hasrat kerajaan untuk memastikan agar kita dapat mematuhi keinginan negara agar kita dapat menjimatkan ataupun menjaga alam sekitar dengan tidak mencetak lebih banyak lagi kertas-kertas permohonan dan sebagainya.

Saya hendak terus pergi kepada fasal ataupun pindaan fasal 2 iaitu dalam huraian tentang fasal 2 ini menceritakan tentang pindaan seksyen 307 adalah untuk memperluaskan cara penyampaian, satu- salinan alasan keputusan iaitu dengan menghantar ke alamat elektronik.

Saya ingin tanya kepada Timbalan Menteri, adakah ini bermaksud dalam kes-kes yang mana pihak OKT mempunyai peguam, memadai hanya sekadar dihantar melalui e- mel dan tidak perlu lagi hantar macam disebut dalam undang-undang ini kena hantar at the posted address of the appellant or his advocate, satu. Registered post address or sending it to the electronic address of the appellant or his advocate. Jadi kalau ikut di sini sefaham saya kena hantar semualah. Kalau hantar semua Tuan Yang di-Pertua, itu tidak mencapai maksud hendak jaga alam sekitar dan sebagainya ini. Kena juga ada penggunaan kertas. Jadi bagi kes-kes yang membabitkan ada peguam, adakah memadai bagi maksud pindaan ini ia hanya sekadar menghantar ke alamat e-mel.

Kenapakah saya asingkan peguam dan yang bukan peguam? Ini kerana kita tahu dalam kes-kes jenayah ini kadang-kadang ini membabitkan kes-kes yang petty ataupun kes-kes yang kita bicarakan di Mahkamah Majistret di bawah ini yang kadang-kadang mereka tidak ada peguam, mewakili diri sendiri.

Jadi bila mewakili diri sendiri ada masalahnya. Masalahnya daripada segi akses kepada alamat misalnya ataupun e-mel. Apakah mereka ini mempunyai e-mel?

Bagaimanakah pihak badan kehakiman ingin menentu sahkan bahawa e-mel inilah yang akan dipakai sepanjang tempoh perbicaraan? Ini kerana saya percaya tidak semua rakyat Malaysia Tuan Yang di-Pertua, ada e-mel. Sekarang ini dengan adanya WhatsApp dan sebagainya, mereka lebih cenderung untuk tengok WhatsApp, dan sebagainya.

Oleh sebab itu, saya nyatakan tadi sama ada pindaan ini, adakah selari dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini on the ground. Ini kerana kita juga sebagai mereka yang menjadi peguam sebagainya mereka mewakili dan juga rakyat yang berada di bawah ini yang kadang-kadang ada di kalangan orang yang kena tuduh tidak mampu untuk engage peguam, mereka mewakili diri sendiri dan apabila mewakili diri sendiri merupakan masalah-masalah teknikal yang terpaksa mereka hadapi.

Jadi sebab itu, saya agak bimbang kerana dengan adanya pindaan subseksyen

(3A) di mana dinyatakan, “The signed copy of the grounds of decision which is sent by electronic means referred to in paragraph (3)(c) shall be deemed’. Ini ialah “deeming provision” seperti mana yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri tadi peruntukan tanggapan.

Jadi bila peruntukan tanggapan ini saya ada sedikit kebimbangan.

Kebimbangannya saya apa, maknanya justice is not being served. Keadilan itu tidak

final • 7:53 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

dicapai kepada orang yang biasa, orang yang membela diri sendiri di dalam mahkamah, tidak ada peguam. Jadi kita hantar kepada dia kerana Notice of Appeal ini Tuan Yang di- Pertua, ia ada ia punya tempoh, kena appeal dalam tempoh tertentu dan sebagainya. Jadi sudahlah mereka ini tidak ada peguam, mereka buat kes sendiri dan ada deeming provision, hantar notis ini, hantar ground of judgement dan sebagainya itu dianggap telah pun serah kepada mereka.

Jadi perkara-perkara seperti ini saya ingin nyatakan kepada Timbalan Menteri, kita tahu bahawa kita sedang bergerak selari dengan peredaran zaman yang memerlukan pendekatan digital. Akan tetapi, dalam masa yang sama, kita kena akui bahawa kes mahkamah-mahkamah terutamanya yang membabitkan kes-kes jenayah ini, ia- kita bercakap tentang kes di Mahkamah Rajang, mahkamah di sebelah Sarawak, sebelah Sabah yang tentunya berdepan dengan cabaran realiti akses kepada line digital, dan sebagainya.

Apatah lagi melalui e-mel. Saya meraguilah berdasarkan pengalaman saya yang terbatas ini, saya meragui orang-orang biasa ini mereka mempunyai e-mel yang tersendiri.

Jadi sebab itulah saya minta Timbalan Menteri tengok balik pindaan-pindaan ini biar selari.

Saya sebenarnya tidak ada masalah Tuan Yang di-Pertua, kalau notis ini hantar melalui WhatsApp, ada alamat PDF-nya boleh hantar PDF memang tidak boleh hendak alter, ada cop rasminya.

Ini perkara-perkara yang sedang berlaku sekarang ini, dan ini lebih mudah dan lebih accessible kepada rakyat biasa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:53 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Dipersilakan Yang Berhormat Sik.

final • 7:53 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya bersama untuk menyokong pindaan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] ini.

Saya memberi beberapa persoalan untuk pihak Menteri menjelaskan bagaimana pindaan fasal ini khususnya fasal 2 ini. Pertamanya, adakah kaedah penyampaian yang kita akan ubah melalui elektronik ini adakah bersifat pilihan ataupun perlu penyampaian itu juga dilaksanakan dalam kaedah konvensional yang sebelum ini yang melalui pos dan dokumen secara bertulis ataupun hard copy ini?

Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya berkaitan dengan definisi alamat elektronik itu. Adakah hanya dalam bentuk e-mel ataupun juga bagaimana aplikasi- aplikasi yang lain? Contohnya WhatsApp, Telegram, Messenger, Facebook dan sebagainya. Jadi ini juga, adakah termasuk dalam definisi alamat elektronik itu?

Ketiga, bagaimanakah juga justifikasi penerimaan dokumen itu oleh pihak yang menerima? Bagaimanakah kita hendak menentukan pengesahan bahawa ia telah menerima sebarang dokumen yang kita hantar melalui elektronik itu?

final • 7:58 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Pada situasi ini mungkin perlu ada satu kaedah yang sangat jelas bahawa kita telah mendapat pengesahan bahawa telah menerima sebarang dokumen yang dihantar oleh pihak mahkamah dan sebagainya.

Ketiga, soalan saya bagaimanakah kita hendak mengelakkan akan berlaku juga alamat elektronik yang palsu yang mungkin akan adalah diwujudkan oleh pihak-pihak yang ada kepentingan ketika mana dia menghadapi proses di mahkamah itu. Sudah pasti juga hari ini pelbagai rencam scammers di luar sana yang menipu daripada segi online dan sebagainya, maka sudah pasti juga ini kita terdedah dengan penipuan daripada segi alamat elektronik ini.

Keempat, saya bersetuju tadi dengan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, bagaimana kita hendak memastikan bahawa penerimaan dokumen itu maknanya secara

final • 8:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

adilnya juga dapat diakses sepenuhnya oleh semua pihak termasuk OKT dan mahkamah yang mungkin menghadapi daripada segi akses internet itu sendiri. Ini juga termasuk saya di kawasan Sik sebagainya, ada ketikanya kita akan menghadapi masalah daripada segi akses internet itu ketika mereka hendak membuka e-mel dan sebagainya.

Jadi, ini juga perlu dilihat kaedah-kaedah yang lebih tepat ketika mana kita hendak memastikan bahawa pindaan rang undang-undang ini bagi kita melancarkan dari segi sistem dokumen kita dan juga hendak melaksanakan secara sempurnanya e-Kehakiman itu bagi memastikan kelancaran sebarang proses yang kita akan jalankan dalam kehakiman ini.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih.

final • 8:00 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Dipersilakan Yang Berhormat Sepang.

final • 8:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, bagi saya apabila kita bercakap tentang soal criminal law ini, ataupun soal undang-undang jenayah ini, kita tidak sepatutnya memikirkan fasal isu kertas sahaja sebab ini isu yang lebih penting lagi, isu keadilan kepada semua pihak.

Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebenarnya access to justice adalah sebahagian ataupun ‘sine qua non’ orang kata, essential elements of rule of law. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, di England mereka ada satu akta khas dipanggil Access to Justice Act 1999 menunjukkan betapa pentingnya mana-mana pihak mempunyai akses kepada justice, kepada keadilan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat bahawa pindaan yang diberikan ini bagi saya kalau niat kita untuk facilitate justice, saya tiada masalah. Akan tetapi kita takut nanti sekiranya kita terlampau hendak menjaga sebagai contoh, isu environment dan sebagainya instead of facilitating justice kita akan frustrating justice.

Jadi, saya harap pihak kerajaan kena berhati-hati sebab dalam kes jenayah ini ada beberapa prinsip Tuan Yang di-Pertua, yang tidak boleh kita kompromi. Sebagai contoh, presumption of innocence, burden of proof dan sebagainya. Oleh sebab itu dalam kes jenayah ini Tuan Yang di-Pertua, sebagai seorang peguam yang saya banyak- hampir 25 tahun jadi peguam jenayah ini, saya hendak katakan bahawa jangan kita ambil mudah dalam soal justice ini.

Sepertimana yang dikatakan tadi Yang Berhormat Hang Tuah Jaya tadi, di Sabah dan Sarawak ini Tuan Yang di-Pertua, kita berhadapan bukan masalah mereka hendak dapatkan dokumen dalam secara pos ataupun secara by hand ini. Let alone by email dengan izin. Hendak adakan mahkamah pun satu hal yang problematic di Sabah dan Sarawak.

Oleh sebab itu saya masih ingat semasa saya jadi Timbalan Menteri Undang- undang dahulu, bersama dengan mantan Ketua Hakim Negara iaitu Tan Sri Richard Malanjum, memang kita cuba sedaya supaya untuk pergi ke kawasan-kawasan pedalaman itu untuk memastikan orang-orang masyarakat di bawah ini dapat access to justice.

Sekarang ini apabila kita hendak buat sistem ini, apa sistem kita hendak buat Tuan Yang di-Pertua? Kita mesti memastikan kita sudah ada preparation yang– sudah ada satu persiapan yang memang sudah canggih, apa sahaja sistem. Sebagai dahulu kita pernah hendak buat satu sistem di mana kita memperkenalkan bahasa Inggeris. Akan tetapi kita kena bezakan antara pihak-pihak di luar bandar dengan pihak di bandar. Di luar bandar Tuan Yang di-Pertua, mereka bukan masalah hendak belajar bahasa Inggeris, mereka hendak pergi sekolah pun ada masalah.

Sebagai contoh, saya diberitahu oleh cikgu-cikgu yang bertugas di negeri Kelantan, ada pelajar tidak pergi sekolah kerana apa – cikgu, rumah saya banjir dan sebagainya. Jadi, ini bukan masalah hendak belajar dalam bahasa Inggeris. Hendak

final • 8:01 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

belajar pergi sekolah itu pun ada masalah. Sekarang ini kita bercakap tentang e-mel untuk jaga environment dan sebagainya. Itu pun satu yang baik, tiada masalah. Akan tetapi, masalahnya adakah kita sudah bersedia? Unless kita hendak tegakkan keadilan ini untuk masyarakat tertentu sahaja, masyarakat bandar sahaja.

Jadi saya harap Tuan Yang di-Pertua, supaya pihak kerajaan dapat fikirkan ini dengan serius. Mungkin kita perlu adakan pengecualian-pengecualian, exemption dengan izin, kepada pihak-pihak yang mungkin kita rasa akan menghadapi masalah untuk mematuhi peraturan ini.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya hendak katakan bila kita bercakap soal appeal di sini, di bawah seksyen 307 ini. Tuan Yang di-Pertua, a right to appeal ini ialah satu right, inherent right of any accused. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, dalam mana-mana kes apabila seseorang itu dibebaskan oleh mahkamah dengan izin, court of first instance iaitu mahkamah yang mula-mula membicarakan kes itu, kita mesti memastikan orang itu betul-betul diberikan kebebasan mereka iaitu dengan bila mereka dibebaskan oleh mahkamah, mesti dibebaskan.

Oleh sebab itu kita menentang SOSMA. Sekarang di bawah seksyen 30, walaupun seseorang itu didapati tidak bersalah oleh mahkamah High Court, tidak boleh dilepaskan. Pihak pendakwa boleh bangun dan kata Yang Arif, saya mohon supaya mereka itu terus direman. Ini adalah bertentangan dengan konsep kebebasan itu, rule of law. Oleh sebab itu kami menentang SOSMA.

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, dalam ini bila kita menentukan tentang ada notice of appeal, bermakna baiklah. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, bagi saya dalam sebarang perbicaraan jenayah di Malaysia ini mesti kita perkasakan CPC ini. Kita mesti memastikan hanya CPC yang *regulate all the criminal crimes in Malaysia, no other law.

Let alone SOSMA,* dengan izin.

Jadi, saya harap Tuan Yang di-Pertua, segala poin yang kami share di sini Tuan Yang di-Pertua, sebab kami ada pengalaman. Saya seorang peguam yang 25 tahun mengamalkan guaman khususnya kes jenayah Tuan Yang di-Pertua. Kita hendak share segala pengalaman ini supaya kerajaan dapat membuat undang-undang yang baik. For the betterment of Malaysia, dengan izin. Jadi saya harap Tuan Yang di-Pertua, segala poin kita ini ambil dengan serius. Sekian, terima kasih.

final • 8:01 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. The points that Yang Berhormat Sepang said, pengalaman saya almost 12 tahun sebagai pendakwa di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen, he got a point there. Dipersilakan Yang Berhormat Dungun.

final • 8:01 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk berbahas dalam pindaan Kanun Tatacara Jenayah.

Saya ingin untuk kita meletakkan kepentingan dalam memberikan keadilan dan kesaksamaan kepada semua pihak yang terlibat dalam perkara yang melibatkan tatacara jenayah ini.

Oleh kerana kita berada dalam IR4.0, salah satu daripadanya internet of things atau dalam umumnya ialah digital. Maka, keperluan kepada pindaan yang dibuat daripada rang undang-undang ini adalah sangat tepat pada masanya. Akan tetapi, prasarana keperluan untuk kita melihat kepada kepentingan menggunakan digital ini juga mesti disiapkan. Oleh itu, berbalik juga kepada perkara yang melibatkan secara amalan sedia ada penyampaian maklumat dan penerimaan maklumat serta perakuan maklumat itu adalah juga penting untuk kita gunakan...

final • 8:07 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Dungun, pohon dapat dekatkan sedikit mike kerana pegawai-pegawai kerajaan di belakang itu kurang dapat mendengar. Terima kasih.

final • 8:07 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jadi, kita mesti juga melihat kepada perkara yang melibatkan kepentingan penyampaian maklumat, penerimaan maklumat dan pengesahan maklumat untuk keadilan kepada semua.

Contohnya kalau kita ambil kekosongan satu-satu kerusi Dewan Undangan Negeri ataupun kerusi Parlimen, walaupun kita kadang-kadang tahu lebih awal, tetapi selagi tidak sampai makluman kepada Speaker untuk dimaklumkan secara rasmi, maka pihak Suruhanjaya Pilihan Raya tidak boleh mengambil apa-apa perjalanan.

final • 8:07 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Ini menunjukkan kepentingan kepada sistem ini ialah berasaskan kepada cara digital yang baharu. Kita sangat menyokong tetapi siapkan juga prasarana-prasarana perlu. Kemudian saya ingin juga untuk membangkitkan kepada akta asal, akta Ibu yang melibatkan urusan plea bargaining, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dalam akta ini yang melibatkan tertuduh, timbalan pendakwa raya dan mahkamah seperti tertera dalam seksyen 272(c). Saya dimaklumkan plea bargaining ini adalah rundingan bagi pengakuan bersalah diadakan di antara pihak pendakwaan dan pembelaan sebagai insentif bagi tertuduh yakni orang kena tuduh, memilih untuk mengaku salah tanpa perlu melalui proses perbicaraan.

Namun soalannya, mengikut rungutan daripada pihak peguam adalah pihak yang terbabit dalam proses ini seperti pihak mahkamah dan pendakwa raya, kurang berminat terlibat dalam urusan ini walaupun pihak tertuduh dan peguam bersedia membuat pengakuan bersalah. Saya pohon jasa baik pihak kementerian untuk menyiasat adakah benar dakwaan ini. Saya juga ingin menyentuh tentang seksyen 175 dalam akta ibu yang asal yang mana ia menyatakan bahawa jika mahkamah mendapati wujud pertuduhan palsu atau remeh daripada pengadu, pengadu boleh didenda sebanyak RM25 sahaja.

Saya berpendapat bahawa bagi mengekang pertuduhan palsu kepada pihak tertuduh, seharusnya denda dinaikkan sehingga ribuan ringgit bagi menimbulkan perasaan takut dan insaf kepada pengadu. Saya berpendapat justifikasi denda ini perlu dinaikkan sehingga ribuan Ringgit kerana integriti, nama baik dan maruah pihak tertuduh telah tercemar semasa tuduhan tersebut dilemparkan kepadanya. Saya juga ingin menyebut tentang seksyen 254 akta ibu di mana pendakwa raya telah melepaskan tertuduh daripada tuduhan, namun tertuduh masih lagi berpeluang dituduh kembali pada bila-bila masa. Saya berpendapat bahawa perlunya ada had masa yang membenarkan tertuduh betul-betul bebas tanpa risau mereka akan dituduh semula pada bila-bila masa yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai akhirnya saya ingin mencadangkan kepada kementerian supaya memikirkan satu usaha jangka masa panjang bagi mengelakkan pesalah-pesalah bagi kesalahan tidak serius supaya mereka tidak dimasukkan ke penjara.

Cadangan saya ini saya kemukakan kerana kita melihat keadaan penjara yang sudah sangat sesak sekarang ini. Apatah lagi kos kehidupan banduan setiap hari di seluruh negara bertambah dan mungkin kalau berlaku pada masa-masa akan datang, pertambahan perbelanjaan kerajaan akan meningkat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:10 PM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Hanya saya ingin mengingatkanlah, perkara Paraturan 36(1) itu, concise to the act, pindaan. Tak apa, saya teruskan kepada Yang Berhormat Jelutong.

final • 8:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut berterima kasih di atas kesempatan yang diberikan untuk saya membahaskan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2022.

Memandangkan ini adalah pada tahap dasar, saya mengambil kesempatan ini sekali lagi untuk menyeru kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya lihat Yang Berhormat Menteri pun ada dan menarik perhatian berkenaan dengan beberapa perkara yang melibatkan perundangan jenayah di negara kita.

final • 8:13 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dalam konsep Keluarga Malaysia, saya sebagai Ahli Parlimen DAP, sebagai pembangkang memang mengesahkan bahawa kita tidak boleh membenarkan mana- mana pihak menghina mana-mana agama. Dalam konteks ini, kita perlu menghormati satu sama lain, menghormati semua agama, menghormati semua kaum di negara kita. Dalam konteks ini, saya menarik perhatian kepada tindakan yang telah diambil kepada Siti Nuramira Abdullah dan teman lelakinya V. Alexander Navin baru-baru ini yang terlibat dalam satu kes yang dikatakan menghina agama Islam.

Dalam konteks yang sama, saya ingin tanya apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap seorang Timbalan Presiden UMNO iaitu Mohamad Hasan yang telah mengeluarkan perkataan- perkataan menghina agama Hindu dalam satu temu ramah dalam Asia Times, di mana beliau menghina penganut-penganut agama Hindu dengan mengatakan bahawa orang- orang India atau orang-orang beragama Hindu membawa kavadi.

Saya di sini sekali lagi ingin menyeru Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita menyokong pindaan-pindaan yang dibuat kepada Kanun Tatacara Jenayah. Memang pindaan-pindaan ini adalah sesuatu yang diperlukan tetapi pindaan-pindaan kepada akta ini sahaja tidak memadai sekiranya terdapat, dengan izin, abuse, penyalahgunaan ataupun ketidaksamaan, ketidakseimbangan di dalam menguatkuasakan undang-undang jenayah. Saya merayulah kepada Yang Berhormat Menteri Kanan, Yang Berhormat Menteri berkenaan dan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk membawa perkara ini kepada Kabinet dan untuk membawa perkara ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.

Kalaulah betul kita mendukung Kerajaan Keluarga Malaysia, sepatutnya tindakan diambil terhadap Yang Berhormat ataupun Timbalan Menteri Presiden UMNO, Mohamad Hasan di atas kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh beliau. Saya lihat bahawa ada perkara-perkara yang juga amat memeranjatkan sehingga kerajaan juga mengambil tindakan terhadap Siti Aishah Shaik Ismail, seorang anggota parti PKR, dahulunya Timbalan Srikandi, di atas TikTok yang dibuat oleh beliau mengenai penghapusan ataupun pemberhentian subsidi minyak masak. Sehinggakan TikTok juga, penyediaan TikTok juga diambil tindakan.

So, saya di sini meminda Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri dan kerajaan supaya memastikan bahawa penguatkuasaan undang-undang jenayah ini adalah tidak memilih kasih ataupun tidak melihat bulu supaya tindakannya diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat sama rata sahaja supaya di luar sana seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang tadi, orang-orang yang mencuri milo dan petai dikenakan hukuman penjara tetapi yang mencuri berbilion-bilion Ringgit seperti Yang Berhormat Pekan, diberikan, dengan izin, stay of execution dan dibenarkan untuk melilau ke sana dan ke sini.

So saya menyokong, saya menyokong undang-undang ini tetapi kita harus menghayati bahawa terdapat persepsi di luar sana, di kalangan masyarakat Malaysia sekarang bahawa orang-orang kenamaan ataupun orang-orang yang mempunyai perlindungan ataupun mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan kerajaan, mendapat layanan istimewa daripada pihak mahkamah. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 8:13 PM

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Seterusnya, Yang Berhormat Libaran.

final • 8:13 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Libaran untuk turut sama membahas Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2022. Penyediaan dokumen dan rekod rayuan secara paperless bagi kes rayuan jenayah dari mahkamah rendah ke mahkamah tinggi. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan untuk dokumen dan rekod rayuan jenayah bagi kes sivil telah dijalankan secara paperless dan tiada apa-apa masalah yang timbul.

final • 8:18 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Maka, bagi maksud rayuan jenayah, pindaan dibuat seperti dalam fasal 2 Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2022 bagi rayuan jenayah mahkamah rendah ke mahkamah tinggi. Tuan Yang di-Pertua, dalam perkara ini saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, mengapa pindaan berkaitan dengan rayuan jenayah tidak dibuat secara serentak dengan pemakaian paperless dalam kes sivil ini?

final • 8:18 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Namun, saya mengucapkan tahniah kerana akhirnya pindaan yang sama ada dibuat kepada undang-undang. Mungkin juga pihak mahkamah memerlukan masa kerana banyak technicality bagi kes jenayah berbanding kes sivil.

Boleh saya tanya Yang Berhormat Menteri, berapakah projection penjimatan oleh mahkamah memandangkan tiada lagi kos pencetakan dan pembelian kertas serta dakwat pencetak? Saya berpandangan bahawa ini selaras dengan aspirasi kerajaan untuk langkah-langkah penjimatan yang telah diumumkan baru-baru ini.

Selain daripada itu, saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah impak perbicaraan dan rayuan jenayah yang paperless ini kepada provision undang-undang? Ini kerana saya dapati pengamal undang-undang masih juga memerlukan printed copy tetapi kita semua perlu maju ke hadapan seiring degan kemajuan teknologi masa kini. Saya juga difahamkan bahawa mahkamah telah menyediakan platform yang bagus dan baik untuk prosiding dijalankan secara paperless ini.

Akhir sekali, saya juga memohon Yang Berhormat Menteri menerangkan satu persatu tatacara rayuan jenayah bagi OKT yang tidak diwakili, sebab saya takut jika OKT ini diperjudiskan haknya. Saya faham rang undang-undang ini masih lagi mengekalkan proses pemfailan rayuan jenayah yang konvensional. Juga, adakah rang undang-undang ini mengambil kira OKT yang tiada akses kepada perkhidmatan internet pada masa kini?

Tuan Yang di-Pertua, Libaran menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 8:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Dengan sedemikian, maka berakhirlah pembahas-pembahas bagi pindaan akta. Minta Yang Berhormat Menteri menjawab 10 minit.

final • 8:20 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya berbahas? Selayang.

final • 8:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Oh! Ada. Sebentar, Yang Berhormat Menteri. Saya ingat tadi tidak ada. Tidak nampak tadi. Alright, dipersilakan, Yang Berhormat Selayang.

final • 8:20 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan kepada saya peluang yang terakhir untuk membahaskan rang undang-undang ini. Saya menyokong rang undang-undang ini. Akan tetapi, saya ada tiga perkara yang saya meminta penjelasan.

Perkara pertama sudah disentuh oleh beberapa orang pembahas sebelum ini iaitu bagaimana memastikan bahawa alasan penghakiman yang akan dihantar melalui internet dapat diterima oleh perayu? Kemungkinan besar pada waktu itu perayu sudah ada di penjara. Dalam pengalaman saya, ada satu kes pembicaraan jenayah di Mahkamah Temerloh. Pada hari perbicaraan, pendakwa berkata tidak dapat cari perayu, anak guam saya di Penjara Kuantan.

Akan tetapi, sebenarnya dia ada di Penjara Pudu pada waktu itu. Kalau itu dapat berlaku, ini juga boleh berlaku apabila perayu itu bukan dalam reman tetapi sudah dipenjarakan dan tidak ada akses kepada internet. Bagaimana kita boleh mengadakan satu sistem di mana kita boleh memastikan bahawa internet itu dapat digunakan, diakses oleh perayu?

final • 8:23 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Perkara kedua ialah pindaan ini bertujuan untuk melancarkan rayuan. Akan tetapi, yang lebih penting daripada menghantar salinan alasan penghakiman ialah hakim hendak menulis alasan itu. Bagaimana kita dapat memastikan bahawa hakim akan menulis alasan dalam masa dan tempoh yang ditetapkan supaya rayuan ini dapat dijalankan dengan lancarnya?

Ketiga ialah dengan new normal, rayuan jenayah juga dijalankan secara atas talian. Ketua Hakim juga dalam ucapan beliau telah berkata mengalami masalah di mana rayuan jenayah hendak ditangguh kerana perayu ada di dalam penjara dan penjara tidak ada kemudahan internet atau mengadakan internet yang stabil. Adakah kerajaan bercadang untuk memberikan dana supaya semua penjara dapat mengadakan kemudahan internet atau mendapat internet yang stabil? Ini supaya akhirnya rayuan itu dapat dijalankan dengan lancar dan dalam tempoh masa dan jadual yang telah ditetapkan.

Dengan itu, saya mengakhiri ucapan saya bahawa saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

final • 8:23 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab lapan minit.

final • 8:23 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2022. Segala cadangan dan juga pandangan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat itu amat dihargai dan akan diberikan perhatian sewajarnya. Memandangkan masa agak singkat, saya hanya akan menjawab untuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan.

Pertamanya berkenaan dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tebrau berkenaan dengan kegusaran beliau terhadap sistem penyampaian maklumat sedia ada terutama akses kepada penggunaan sistem dan kenapa pindaan ini tidak memerlukan kos.

Untuk makluman Yang Berhormat, sistem kehakiman kita telah pun ada e- Kehakiman yang telah pun sedia ada dan digunakan oleh pihak mahkamah.

Pembangunan sistem ini adalah termasuk dalam belanja mengurus sedia ada. Oleh itu, pindaan ini tidak melibatkan apa-apa kos yang lain. PKPMP daripada semasa ke semasa akan sentiasa menambah baik sistem kehakiman secara keseluruhannya.

Seterusnya tentang soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Yang pertamanya, adakah perlu menghantar melalui semua kaedah yang dinyatakan dalam peruntukan. Untuk makluman Yang Berhormat, pemakaian peruntukan itu adalah salah satu iaitu ‘atau’ ya. Maksudnya, is either one mana yang kita hendak gunakan.

Dan yang keduanya, persoalan untuk anak guam yang tidak diwakili.

Jawapannya, jika OKT itu tidak diwakili oleh peguam, maka mahkamah ada menyediakan perkhidmatan servis biro dan jika tiada alamat e-mel dalam servis biro, serahan akan dibuat secara fizikal sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam akta dan tiada keperluan untuk menghantar melalui e-mel.

Persoalan ketiga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hang Tuah Jaya berkenaan dengan deeming provision, peruntukan anggapan. Peruntukan anggapan ini hanya terhad kepada penyampaian secara elektronik sahaja iaitu para (3)(c).

Seterusnya, untuk persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dungun, prasarana keperluan perlu disiapkan berhubung dengan penyampaian penerimaan dan pengesahan maklumat. Untuk makluman Yang Berhormat, prasarana penyampaian secara elektronik adalah dibangunkan melalui sistem e-Kehakiman yang mana sistem e- kehakiman ini dibangunkan untuk kegunaan warga mahkamah dan juga pengguna mahkamah yang mana telah dibuat sejak tahun 2010 bermulanya untuk sivil dan pada

final • 8:25 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

tahun 2017 ianya dibangunkan sivil dan juga untuk jenayah yang digunakan di semua peringkat mahkamah.

Saya terus kepada persoalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Libaran berkenaan dengan perkhidmatan kos melalui paperless. Sebagaimana yang telah saya nyatakan tadi, dapat dijimatkan kos sebanyak RM2.2 juta setahun apabila kita dapat menjimatkan kos kertas dan dakwat cetak.

Begitu juga dengan persoalan oleh Yang Berhormat Libaran berkenaan dengan tatacara rayuan jenayah yang tidak diwakilli oleh peguam. Untuk makluman Yang Berhormat, mahkamah masih menyediakan perkhidmatan servis biro sebagaimana jawapan yang telah saya berikan tadi, iaitu sebagai salah satu cara kaedah pemfailan bagi pihak yang tidak diwakili oleh peguam dan tidak mempunyai capaian internet. Jadi, bagi OKT yang berada di penjara, mahkamah akan mengguna pakai posted address di penjara.

Saya rasa itu sahaja, Yang Berhormat, untuk jawapan.

final • 8:25 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak menjawab soalan yang saya bangkitkan. Saya yakin Yang Berhormat Timbalan Menteri akan memberi perhatian seperti selalu.

final • 8:25 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Ya, saya akan beri perhatian.

Akan tetapi, saya rasa itu tidak berkaitan dengan perbincangan ataupun kita punya rang undang-undang ini. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 8:25 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Perpaduan Negara (Datuk Halimah binti Mohamed) dan diluluskan]

final • 8:25 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 26 Julai 2022.

final • 8:25 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.34 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026