Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi semua. Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan segala hormatnya ingin saya memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada saya pada 24 Mac 2022 supaya diadakan suatu Mesyuarat Khas pada hari ini selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Urusan Mesyuarat Khas ini adalah untuk membahaskan dan memutuskan Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2022 berkaitan Perkara 10(3) bagi membolehkan suatu undang-undang antilompat parti digubal.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Parlimen dan Undang-undang) [Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada mesyuarat ini.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi membolehkan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 ini dibacakan kali yang kedua dan ketiga pada Mesyuarat hari ini...
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Bacaan kali yang kedua dan selepas itu diserahkan kepada Select Committee Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Bagi membolehkan Rang Undang-undang Perlembagaan
(Pindaan) (No.3) 2022 ini dibacakan kali yang kedua dan ketiga pada Mesyuarat hari ini, maka Majlis perlu merentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 48 melalui usul Peraturan Mesyuarat 90(2). Oleh itu saya menjemput sekali lagi Yang Berhormat Menteri untuk
Tuan Yang di-Pertua
mengemukakan usul tersebut. Yang Berhormat Menteri, silakan untuk mengemukakan Usul Peraturan Mesyuarat 90(2).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 90(2), dan dengan persetujuan Tuan Yang di-Pertua, saya mengemukakan usul untuk merentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 48 di sepanjang tempoh perbahasan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022.”
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi membolehkan seramai mungkin Ahli Yang Berhormat dapat berbahas, adalah dicadangkan mesyuarat hari ini bersidang secara terus tanpa henti rehat. Oleh itu, saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk mencadangkan usul Peraturan Mesyuarat 12(1).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai.”
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dibaca kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang akan saya bentangkan bertujuan untuk meminda Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dengan maksud memasukkan Fasal (3A) selepas Fasal 3 bagi sekatan ke atas hak untuk membentuk Persekutuan yang diberikan oleh perenggan
(c) Fasal (1) yang berhubung dengan keahlian dalam parti politik Ahli Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri, boleh juga dikenakan oleh Undang-undang Persekutuan.
Pindaan ini turut memberikan punca kuasa ataupun enabling clause dengan izin, bagi membolehkan satu akta khususnya berhubung dengan larangan Ahli Dewan bertukar parti digubal dan diluluskan di Parlimen. Mesyuarat yang dipengerusikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri antara kerajaan dan Pakatan Harapan pada pagi ini tadi telah diadakan dan tiga perkara telah dipersetujui iaitu:
(i) pindaan yang ada di hadapan kita ini diperhaluskan berhubung dengan tafsiran bagi larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti;
(ii) cadangan untuk memansuhkan Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan termasuk mana-mana pindaan lain kepada Perlembagaan Persekutuan yang dianggap perlu; dan
(iii) menggubal satu rang undang khusus berkaitan larangan Ahli Dewan bertukar parti.
Perkara ini akan dikemukakan untuk dibincangkan dan dipertimbangkan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas yang dilantik oleh Dewan ini. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, sistem pentadbiran negara yang teratur, efisien dan efektif sentiasa menjadi fokus utama kerajaan memerintah.
Dalam hal ini, kesepakatan bersama kerajaan dan pembangkang adalah penting bagi mengembalikan kestabilan politik negara dalam keadaan semasa penularan wabak COVID-19 dan pada masa yang sama untuk memulihkan ekonomi negara dan sosial rakyat pasca pandemik COVID-19. Komitmen ini menjadi keutamaan kerajaan mengambil kira senario politik negara kebelakangan ini melibatkan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti dan dalam bahasa mudahnya ‘lompat parti’, istilah lain sering digunakan di negara luar berkaitan negara ini misalnya seperti defection, party jumping, floor crossing yang mana boleh diterjemahkan pembelot parti dan bertukar kesetiaan kepada parti lain.
Keadaan ini telah menimbulkan banyak perdebatan dan polemik dalam kalangan masyarakat umum kerana ia melibatkan mandat ataupun kepercayaan rakyat yang memilih ahli wakil rakyat. Saya ingin menarik perhatian semua Ahli Yang Berhormat bahawa semenjak Pilihan Raya Umum Ke-14, negara berhadapan dengan isu pergolakan politik sehingga berlaku pertukaran penyandang Perdana Menteri sebanyak tiga kali dan bilangan Ahli Parlimen Malaysia yang melompat parti telah mencecah sehingga 39 orang.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ini merupakan satu isyarat yang jelas menunjukkan bahawa amalan demokrasi negara kita kini adalah tidak sihat dan berada pada tahap membimbangkan.
Seorang Ahli
...Betul, betul.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Umumnya, tindakan Ahli Dewan Rakyat yang bertukar parti menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap Ahli Dewan Rakyat...
Seorang Ahli
...Betul!
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
...Yang dipilih melalui pilihan raya. Sikap dan tindakan bertukar parti oleh Ahli Dewan Rakyat secara langsung membuat rakyat menilai kesetiaan Ahli Dewan Rakyat terhadap parti yang diwakili dan pada masa yang sama memberikan kesan terhadap amalan demokrasi negara.
Justeru, sepertimana semua sedia maklum, usaha menambah baik sistem pentadbiran negara melalui pelbagai inisiatif transformasi pentadbiran secara kerjasama dwipartisan Kerajaan Pakatan Harapan telah diterjemahkan melalui Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik pada 13 September 2021. Antaranya, termasuk perkara 2.1 mengenai keperluan membentangkan dan meluluskan Rang Undang-undang Antilompat Parti di Parlimen.
Penggunaan istilah ‘antilompat parti’ ini sudah sementara. Dalam rang undang- undang itu nanti kita perhaluskan nama yang lebih wajar dan lebih elok.
Bagi menjayakan komitmen yang telah ditetapkan, kerajaan melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-undang dan Jabatan Peguam Negara telah mengadakan sesi libat urus yang komprehensif dan menyeluruh bersama pihak kepentingan seawal 23 November 2021 hingga 7 April 2022.
Dengan kerjasama BHEUU JPM dan Jabatan Peguam Negara, sebanyak 12 libat urus telah diadakan sepanjang tempoh tersebut sebagaimana berikut:
(i) kaji selidik awam berkaitan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat tukar parti awam dan Ahli Parlimen dengan seramai 7,571 responden iaitu 7,461 orang awam, dan 110 orang Ahli Parlimen;
(ii) kajian dasar berkaitan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti melibatkan undang-undang peringkat negeri.
Keputusan kes mahkamah yang berlaku di beberapa buah negeri melibatkan pelaksanaan perundangan berkaitan Ahli DUN bertukar parti dan semakan serta penelitian terhadap model perundangan beberapa buah negara seperti India, Singapura, New Zealand dan United Kingdom;
(iii) sesi pembentangan kajian dasar kepada pimpinan parti komponen;
(iv) sesi libat urus bersama Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara;
(v) sesi libat urus bersama Majlis Tertinggi Pemimpin Tertinggi Parti Gabungan Parti Sarawak, BERSATU, Gerakan Rakyat Sabah, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional; dan
(vi) sesi pembentangan draf rang undang-undang kepada Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal Transformasi dan Kestabilan Politik.
Berdasarkan input dan pandangan daripada semua Sesi Libat Urus tersebut serta keputusan kerajaan pada 11 Mac 2022, dan 6 April 2022 pindaan Perlembagaan Persekutuan melalui rang undang-undang ini melibatkan pindaan kepada Perkara 10 dengan memasukkan Fasal (3A), selepas Fasal 3 bagi sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) yang berhubung dengan keahlian dalam parti politik, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, boleh dikenakan oleh undang-undang Persekutuan.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ini merupakan satu punca kuasa, enabling clause, dengan izin Tuan Yang di- Pertua, bagi memberi kuasa untuk menggubal penggubalan akta baharu berkaitan dengan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti. Dalam hal ini, saya ingin menarik perhatian semua Ahli Yang Berhormat bahawa dengan pelaksanaan rang undang-undang ini juga, persoalan-persoalan dasar berkaitan larangan Ahli Dewan bertukar parti boleh diperincikan dan dijelaskan melalui akta baharu itu nanti.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kes Nordin Salleh melawan Dewan Undangan Negeri Kelantan 1992, 1 CLJ 343 Mahkamah Agung, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa undang-undang yang diwajibkan seseorang anggota dewan bertukar parti untuk mengosongkan kerusi bercanggah dengan prinsip kebebasan untuk seorang individu berpersatuan seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan harus dipinda bagi membolehkan penggubalan akta baharu berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti digubal dan diluluskan oleh Parlimen. Selaras dengan perkara ini, Rang Undang- undang Perlembagaan (Pindaan) ini mengandungi dua fasa dengan perincian seperti berikut.
Fasal 1 rang undang memperuntukkan tajuk ringkas akta yang dicadangkan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Fasal 2 rang undang-undang bertujuan untuk meminda Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan merangkumi:
(a) sub fasal (2)(a) bertujuan untuk meminda fasal (1) Perkara 10 berbangkit daripada kemasukan fasal baharu (3A) dalam subfasal
(2)(b); dan
(b) sub fasal (2)(b) bertujuan untuk memasukkan fasal baharu (3A) ke dalam Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan sekatan- sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang berhubung dengan keahlian dalam parti politik, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri boleh juga dikenakan oleh undang- undang Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 yang digubal ini akan menjadi langkah permulaan kepada penggubalan rang undang-undang bagi mencegah tindakan keluar parti demi melindung hak rakyat yang telah memberi undi serta kepercayaan tinggi kepada ahli politik ketika proses pilihan raya.
Selain itu, rang undang-undang ini juga mampu menghentikan tindakan mana- mana pihak yang dipilih dan dilantik melalui proses pilihan raya sah daripada bertukar parti tanpa sebab kukuh atas alasan munasabah, sekali gus memastikan kestabilan politik negara untuk suatu jangka masa panjang.
Selanjutnya, juga dimaksudkan penggubalan akta baharu berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, kerajaan pada 10 April telah bersetuju supaya satu Jawatankuasa Pilihan Khas bipartisan ditubuhkan dengan keahlian semua pihak berkepentingan termasuk pakar akademik, wakil parti pembangkang dan wakil kerajaan bagi meneliti dan menentukan dasar serta peruntukan terbaik untuk akta tersebut.
Rang undang-undang tersebut yang juga dijangka dibentang di Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-14 pada bulan Julai, ini telah dipersetujui akan dilaksanakan selepas hari raya ini nanti pada satu tarikh yang bakal ditetapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di bawah Peraturan 11(3).
Dengan ini, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Ahli Yang Berhormat semua, seramai 65 orang Ahli-ahli Yang Berhormat akan terlibat telah disenaraikan sebagai pembahas Rang Undang-undang Perlembagaan
(Pindaan) (No. 3) 2022 ini. Jadi, untuk membolehkan seramai mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat dapat berbahas, saya ingin meminta jasa baik Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat untuk mematuhi masa perbahasan yang ditetapkan supaya tidak ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang tercicir daripada senarai perbahasan.
Oleh itu, masa perbahasan saya terpaksa peruntukkan adalah lapan minit untuk ketua parti manakala lima minit untuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. So, diharap dapat kita patuhi masa yang sebegitu. Yang Berhormat Menteri dijangka akan menggulung pada pukul 5 petang. Sekian, terima kasih.
Dengan itu, saya ingin menjemput pertamanya, sebagai amalan kita yang biasa, Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Masa 20 minit, Yang Berhormat. Silakan.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya bangun untuk menyatakan pandangan tentang keperluan meneruskan dengan pindaan ini yang menyentuh juga soal yang asas dalam erti kebebasan dan demokrasi dalam negara.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Menteri yang berkenaan kerana telah mengambil langkah menerima pandangan dan menghormati semangat persefahaman yang kita meterai dalam Memorandum Persefahaman antara Kerajaan dan Pakatan Harapan.
Isu anti-lompat parti ini ataupun pemindahan kedudukan dalam parti adalah antara isu pokok yang menjadi bahan perkara yang disepakati oleh Pakatan Harapan dan kerajaan. Oleh yang demikian, kita telah sampai ke satu tahap yang menyenangkan kerana isu ini memang isu yang menarik minat rakyat. Ia melibatkan soal, pertama, menghormati mandat rakyat dan menolak apa-apa pengkhianatan terhadap mandat rakyat.
[Tepuk] Saya ucap terima kasih kerana Yang Berhormat Menteri dalam mengemukakan memang menyentuh perkara ini dengan agak jelas.
Kita telah mengusulkan dan berbincang dengan Perdana Menteri tentang kebimbangan kita bila diusulkan pindaan 10(3A) yang sebenarnya menghormati prinsip asas dalam Perlembagaan negara yang bebas dan demokratik, memberikan pengiktirafan tentang hak bersuara, hak berpersatuan. Oleh yang demikian, kita telah mengusulkan bersama dan ini akan diperincikan oleh Jawatankuasa Khas iaitu supaya Perkara 10(3A) itu memberikan suatu pengertian yang khusus kepada maksud kita mengadakan pindaan Perlembagaan ini.
Kerana, seperti biasa, kalau kita berikan ruang ini, seperti pengalaman dibahaskan di Lok Saba di India, bila ada pindaan perlembagaan yang luas, kemungkinan kerajaan yang ada majoriti kecil menggunakan pindaan itu untuk mengadakan pindaan- pindaan lain yang bertentangan dengan semangat mungkin berlaku.
Oleh yang demikian, kita mohon supaya Perkara 10(3A) itu diperkemaskan dan ini saya ucapkan terima kasih kerana dipersetujui prinsipnya oleh Perdana Menteri yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi supaya pindaan 10(3A) itu dikhususkan kepada soal defection atau pemindahan parti.
[Tepuk] Kedua yang dibangkitkan ialah tentang soal Perkara 48(6) kerana ia akan melibatkan, umpamanya, penafian hak seorang yang telah diberhentikan atau memilih
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
untuk berhenti kerana tidak boleh bertanding dalam tempoh lima tahun. Ini kita telah pun supaya— kalau kita hormat semangat Perlembagaan, mandat rakyat, maka biar rakyat yang tentukan. Maka, seseorang yang terkeluar atau dikeluarkan atau melompat parti, dia harus balik, kalau dia setuju, untuk dia berdepan dengan rakyat supaya rakyat memutuskan. Kalau faham saya, selalunya kalau orang khianat, akan ditolak oleh rakyat.
[Tepuk] Jadi, ini dua prinsipnya. Akan tetapi, satu prinsip yang asas juga dalam pindaan Perlembagaan ini adalah untuk mengetahui secara khusus apakah yang dimaksudkan dengan rang undang-undang yang akan dibentangkan. Sekarang ini kita tidak punyai peluang untuk melihat peruntukan-peruntukan itu secara terperinci. Walaupun saya akui jawatankuasa yang berkenaan dan jawatankuasa teknikal telah mempunyai sedikit maklumat, telah dibentangkan oleh Menteri berkenaan, tetapi bukanlah satu draf rang undang-undang yang muktamad.
Oleh yang demikian, kita juga mengusulkan supaya sesi berikutnya, harapannya selewat-lewatnya sebelum akhir Mei akan datang, saya harap Perdana Menteri memberikan persetujuan tersebut supaya pembentangan pindaan Perlembagaan ini dilakukan bersama dengan pembentangan rang undang-undang lompat parti ini. Supaya kita tahu pindaan ini bermaksud khusus memenuhi maksud kita dalam mengadakan rang undang-undang yang baharu ini supaya Ahli-ahli Yang Berhormat akan dapat kepastian yang dimaksudkan dengan pindaan ini, yang kita tahu adalah dengan menterjemahkannya dalam “Rang Undang-undang Antilompat” ini.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Semangat ini telah dipersetujui dan saya harap jawatankuasa yang berkenaan, Select Committee ini akan segerakan bermesyuarat dan mencari kesepakatan supaya dapat kita bentangkan dan bahaskan dan luluskan secepat mungkin. Tuan Yang di- Pertua, saya kaitkan dalam mukadimah tadi bahawa pindaan ini sebenarnya menyentuh soal yang asasi dalam negara kita. Kita tidak boleh nafikan bahawa ada persepsi yang negatif terhadap orang-orang politik umumnya sekarang.
Ada sebahagian rakyat, terutamanya elemen yang sedar dalam kalangan masyarakat yang berasa mual dengan kegelojohan politik yang sanggup umpamanya mengkhianati amanah semata-mata kerana janji sogokan sama ada wang atau kedudukan. Persepsi ini menyeluruh dan ini menyentuh kepada semua sehinggakan orang-orang yang tidak terlibat turut terpalit.
Di antara persepsi negatif ini ialah kerana adegan perilaku lompat parti itu menjadi satu gejala yang biasa sepanjang satu, dua tahun yang lalu ini atau beberapa tahun yang lalu. Pernah berlaku sebelumnya sepertimana yang kita lihat dalam kes mahkamah yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, Nordin Salleh yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Saya ada pandangan sendiri kerana Mahkamah Persekutuan mengambil kira hak seseorang itu, tetapi Mahkamah Persekutuan ketika membuat keputusan itu tidak menghormati atau menerima kenyataan hak rakyat yang memilih. Jadi, sepatutnya diseimbangkan hak individu dengan hak puluhan ribuan rakyat yang memilih. Dia pilih itu bukan kerana seseorang itu berdiri, tetapi dia pilih itu kerana janji seseorang itu terutama mewakili parti dan kalau dalam tradisi kita yang diputuskan oleh SPR– Tuan Yang di- Pertua lebih arif tentang hal ini– calon parti itu akan menerima watikah daripada parti.
Jadi, bagaimanakah kita boleh mengatakan ini keputusan yang boleh dilakukan sendiri yang boleh mengetepikan kepentingan parti? Ini keputusan Mahkamah Persekutuan yang saya percaya, sama ada pihak pembangkang atau kerajaan harus kemukakan semula dan sekarang ini memang sedang didengar, kalau tidak salah saya Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini untuk membahaskan semula tentang keputusan yang melibatkan Mahkamah Persekutuan yang menetapkan bahawa menghormati hak seorang individu sebagai ahli Dewan untuk memilih terima atau keluar. Akan tetapi, ini bagi saya lari daripada semangat demokrasi dan menghormati hak rakyat yang ramai dan oleh yang demikian, pindaan Perlembagaan ini dengan sendirinya akan mengetepikan keputusan Mahkamah Persekutuan 92 tersebut.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Tuan Yang di-Pertua, saya tegaskan semula bahawa – peringatan kita kepada rakyat bahawa tidak semua ahli-ahli politik, tidak semua orang-orang yang terjun ke gelanggang politik itu sanggup menggadaikan maruah dan diri mereka semata-mata kerana kedudukan dan wang ringgit. Oleh sebab itulah kita telah menggesa supaya hal ini diperaku, dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen. Mudah-mudahan dengan keputusan ini dan dengan mencerakin, memperincikan peruntukan dalam rang undang- undang yang akan dibentangkan bulan depan insya-Allah, maka kita beri gambaran kepada rakyat bahawa mereka harus pulihkan balik semangat, gunakan pindaan Perlembagaan dan rang undang-undang ini untuk menetapkan calon-calon yang mereka pilih itu benar-benar orang-orang yang tidak mungkin mengkhianati amanah yang diberikan.
[Tepuk] Saya percaya dengan ini juga insya-Allah akan memulihkan keyakinan bukan sahaja kepada orang politik, tetapi kepada sistem demokrasi dalam negara kita. Pindaan ini kalau kita lihat dalam sejarah kita di negara ini adalah antara usaha untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada sistem yang demokratik dan mandat rakyat dan keduanya untuk memperkukuh institusi pemerintahan itu sendiri.
Oleh sebab itu saya ingin menyatakan di sini ia berlaku kerana desakan yang kuat dalam memorandum persefahaman dan juga kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang memperaku dan bersetuju. Jadi, saya mohon hal ini diambil kira dan Yang Berhormat Menteri boleh usulkan supaya dibawa ke jawatankuasa, select commitee dan menetapkan nama-nama yang mewakili kerajaan dan pembangkang.
Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Sebelum saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari sebelah sini, saya ingin mengumumkan senarai pembahas sehingga nombor 20 terlebih dahulu. Selepas ini saya akan menjemput Yang Berhormat Padang Rengas, diikuti oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat berikut iaitu Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Pagoh.
Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Teluk Intan, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Selayang dan Yang Berhormat Sik. Itu sehingga nombor 20. Selepas itu saya akan umumkan yang lain. Saya mempersilakan Yang Berhormat Padang Rengas, selaku pembahas utama, 15 minit Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya hendak mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga kepada Yang Berhormat Menteri Undang- undang kerana dengan kesungguhan mereka insya-Allah apa yang kita hajatkan iaitu untuk menghentikan lompatan ini dapat dilaksanakan.
Saya hendak pergi terus kepada perkara yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, iaitu kalau kita baca dalam kertas biru ini, kita akan lihat iaitu – izinkan saya membaca, “By inserting of the clause (3), the following clause (3A) notwithstanding paragraph C of clause (2) and clause (3), restrictions on the right to form associations conferred by paragraph C of clause (1), relating to membership in the political party of members of the House of Representatives and Members of the State Legislative Assembly may also be imposed by Federal law.” Jadi, kalau kita faham daripada klausa ini, bermakna yang kita bicarakan ialah Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Akan tetapi, dalam sistem legislatif kita iaitu satu badan yang sama juga cukup penting ialah Dewan Negara, Senate. Dewan Rakyat bersendirian tidak boleh membuat keputusan bagi sesuatu rang undang-undang untuk dijadikan sebagai akta melainkan kalau ia juga diluluskan oleh Dewan Negara. Bermakna kita jangan menganggap iaitu bahawa Dewan Negara ini sebagai sebuah institusi yang tidak sama penting.
Kita lihat klausa ini, dengan izin, we have actually consigned Dewan Negara ini rendah daripada Dewan Undangan Negeri kerana kita tidak mengambil kira iaitu bahawa peranan mereka juga penting dalam menggubal undang-undang. Malah kalau kita lihat dari segi protokol Dewan Negara ini ialah atas daripada Dewan Rakyat walaupun mereka ini dikatakan sebagai pelantikan sahaja. Saya hendak sebut supaya ahli Dewan Negara juga mesti terikat dengan lompatan ini.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Ini kerana kita semua sedia maklum iaitu Ahli-ahli Dewan Negara, sebahagian daripada mereka adalah ahli yang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri dan ada juga yang mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan. Jadi, sebahagian besarnya itu secara tidak langsung sebenarnya adalah dipilih oleh rakyat.
Walaupun mereka tidak directly elected, tetapi mereka telah pun dilantik daripada Dewan Undangan Negeri yang telah pun dipilih oleh rakyat. Mereka juga merupakan Ahli-ahli Dewan Negara yang merupakan political appointee. Tidak mungkin kalau mereka tidak menjadi orang kuat parti, maka nama-nama mereka ini dicalonkan untuk menjadi Ahli Dewan Negara daripada peringkat negeri.
Jadi kepada saya, saya merasakan itu- untuk Ahli Dewan Negara yang telah dilantik oleh Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Labuan juga, maknanya juga menang jadi wakil tetapi khususnya kepada mereka yang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri. Senator-senator ini juga mesti perlu terikat dengan soal lompatan ini kerana dia pernah berlaku pada tahun 2018 dahulu, dalam PRU-14.
Sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negara lantikan Barisan Nasional telah beramai-ramai, mereka keluar dan menyokong kerajaan PH. Walaupun ada di kalangan Ahli Dewan Negara yang mengatakan iaitu bahawa mereka neutral, mereka adalah orang yang dilantik berdasarkan- mewakili kumpulan-kumpulan tertentu, tetapi apa yang berlaku ialah Ahli Dewan Negara yang dilantik oleh DUN telah pun tanpa dipaksa, tanpa disuruh, secara sukarela mereka melompat. Melompat dan akhirnya mereka juga telah menolak satu rang undang-undang fake news atau apa yang di mana kalau mengikut Kerajaan BN, sepatutnya mereka sokong.
Jadi, kita terkesan daripada sikap mereka. Maka oleh kerana itu, saya juga ingin mencadangkan supaya dimasukkan iaitu Ahli Dewan Negara juga dan boleh kita pastikan yang dilantik kerana mewakili kumpulan tertentu, kumpulan minoriti, ras kah mewakili profesion, itu okey, tidak mengapa kerana mereka bukan dilantik berdasarkan kepada parti. Akan tetapi yang Ahli Dewan Negara yang DUN, mesti terikat. Tidak ada sebab mengapa mereka harus terlepas daripada apa yang kita bincang pada hari ini.
Jadi, ini cadangan saya supaya dalam klausa ini dimasukkan juga iaitu supaya Ahli Dewan Negara yang merupakan lantikan negeri mesti juga terikat dengan apa yang hendak kita lakukan kepada ini iaitu mereka tidak juga boleh lompat. Sepertimana kita hendak tegaskan, Ahli Dewan Rakyat dan ADUN tidak boleh. Itu saya punya cadangan supaya jika boleh dipinda, dimasukkan Ahli Dewan Negara yang merupakan lantikan politik daripada Dewan Undangan Negeri.
Tuan Yang di-Pertua, saya jarang setuju dengan Yang Berhormat Port Dickson semenjak dia duduk dalam pembangkang ini. Dia tengah bercakap itu, tidak dengar. Akan tetapi hari ini saya sokong dia 100 peratus ya, sebab kita tidak boleh terima. Saya hendak tekankan di sini ialah bukan apabila kita berbincang tentang rang undang-undang anti- hopping, jangan kita terlalu banyak memusatkan perhatian kita kepada Ahli Dewan Rakyat yang melompat, hak dia. Eh! Don’t talk about dengan izin, his rights, dia sudah lompat.
Apa yang pentingnya, kita hendak bincangkan tentang hak rakyat. Itu yang penting. That is the most important. So, weight must be given dengan izin, kepada penafian hak asasi undian daripada orang ramai yang telah pun mengundi Ahli Dewan Rakyat itu.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Kita mesti tekankan tentang hak dia, jauh lebih penting daripada hak Ahli Parlimen yang telah melompat supaya kita jangan hilang panduan. Kita selalu bercakap tentang Ahli Parlimen ini ada haklah, freedom of the session, jadi kita kena fikir tentang dia. No, kita kena fikir tentang hak, yang penting ialah hak rakyat yang telah pun menaruh harapan kepada seseorang itu dipilih menjadi wakil rakyat, mewakili parti yang disokong oleh rakyat itu. Akan tetapi kalau Ahli Dewan Rakyat itu rasa dia hebat sangat, dia boleh menang, dia juga boleh bertanding bebas, lawanlah.
Akan tetapi saya hendak tekan di sini iaitu bahawa dalam apa yang kita bincang, kita kena menekankan tentang kepentingan rakyat dan saya mahu ownership of the sits belong to the party, ini penting. Ini very important sebab kerana parti itu telah pun memberi watikah seperti mana yang disebut oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi dan atas fahaman rakyat memahami iaitu bahawa kita pilih orang ini kerana dia adalah wakil parti, bukan kerana peribadi dia.
Jangan dok banggalah mengatakan saya, diri saya ini kuat. Kalau saya bertanding, menang. Kalau rasa kuat sangat, bertanding bebas. Kalau bebas, buat apa suka pun. Hendak lompat sana, lompat sini macam kera, katak, itu you punya fasal sebab you bebas. But kalau you mewakili parti, mesti ingat, semua apa yang kita lakukan sebagai Ahli Parlimen, kita mesti akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh parti kita. Itu yang paling penting.
Jadi, oleh sebab itu dalam perbincangan kita nanti insya-Allah, apabila Perlembagaan ini dipinda dan kemudian kita bincang anti-hopping law, saya harap kita akan bincang dan memikirkan tentang kepentingan hak orang ramai dan ownership of the sits belong to the party. Ini kita harus fikir bagaimana kita hendak pastikan iaitu bahawa apa sekalipun berlaku, parti itu ada hak ke atas kerusi yang telah dimenangi oleh orang yang telah diberi watikah untuk bertanding bagi pihak mereka.
Jadi, sebab itu saya rasa di sini iaitu bahawa banyak kita boleh bincang sebenarnya. Pada hari ini saya tidak berhajat untuk hendak bincang secara detail, tetapi saya ingin menekankan di sini iaitu bahawa dalam soal apa yang disebut oleh Yang Berhormat Port Dickson tadi iaitu kalau kita perlu pinda supaya kalau orang itu dia keluar, kemudian dia hendak bertanding, saya ingat that is the right thing to do ya. Kalau kita sudah keluar daripada parti, tidak setuju dengan dasarkah, kita resignlah.
Akan tetapi masalahnya pula bila resign, lima tahun tidak boleh bertanding. Jadi, ini saya setuju supaya kita pinda juga perkara ini dengan deleting, kita delete apa yang ada dalam, saya pun tidak ingat 48(6) atau apa, di mana kita delete iaitu bahawa seseorang itu kalau dia letak jawatan, maka dia tidak boleh bertanding selama lima tahun.
Delete itu ya, sebab kita hendak bagi tahu pada dia kalau dia sudah tidak puas hati sangat dengan parti, dia boleh resign, tetapi dia hendaklah diberikan hak untuk bertanding.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
[Bangun]
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Yang Berhormat Sungai Buloh hendak tanya?
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Pandangan boleh?
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Boleh, boleh.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Baik, terima kasih. Saya setuju 100 peratus dengan pandangan. Kita juga wajib meminda atau buang perkara 48(6) yang disebut oleh Yang Berhormat tadi adalah penghalang untuk wakil rakyat itu yang dilucutkan kerusi untuk bertanding baliklah. So, itu tidak adil pada dia. Akan tetapi yang lebih menarik adalah komen, pandangan daripada Yang Berhormat Padang Rengas tadi, kerusi itu adalah milik parti. Sebenarnya saya nampak dalam keadaan lompat parti ini, bila wakil rakyat lompat, milik kerusi itu adalah dalam tangan rakyat, pengundi. Ini sebab apa yang kita hasilkan dengan undang-undang ini, undang-undang lompat parti, kerusi itu akan dilucutkan dan wakil rakyat itu tidak lagi jadi wakil rakyat.
Jadi, lepas itu kita mesti ada pilihan raya kecil. Dengan itu, siapa akan menentukan siapa menang, bukan parti. Pihak yang akan menentukan ialah rakyat sendiri.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Jadi, mana-mana parti akan letak calon, pihak lain akan letak calon dan akhirnya rakyat yang menentukan siapa sepatutnya kekal di dalam kerusi itu. Itulah pandangan saya, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Padang Rengas.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Padang Rengas...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Yang Berhormat, nanti dahulu. Yang Berhormat Sungai Buloh ini saya tidak berapa faham apa Yang Berhormat tanya itu. Siapa yang mengendali?
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Komen bagi tadi bahawa kerusi itu adalah milik parti. Because dengan undang-undang ini bila wakil rakyat lompat kerusi itu akan dilucutkan. Dia akan dilucutkan kerusi itu, dia bukan lagi wakil rakyat dan pilihan raya kecil akan diadakan dan di dalam itu yang menentukan siapa jadi wakil rakyat baru dalam tempat itu ialah pengundi bukan parti. Parti tidak boleh ganti namalah, kalau itu maksud Yang Berhormat Padang Rengas.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Tidak. Saya ingat kalau macam kalau Ahli Parlimen itu dia sudah tidak percaya kepada parti dia. Dalam keadaan sekarang dia tidak boleh buat apa. Kalau dia kekal pun, dia akan menjadi duri dalam daging kepada parti. So, jalan yang paling baik dia resign lah. Bila dia resign ada pilihan raya kecil maka dia boleh bertandinglah bebas sebab dia rasa dia kuat, parti boleh letak calon yang lain bukan dia.
Jadi, maknanya jalan proses seperti biasa. Ya, dia boleh bertanding sebagai bebas dan parti boleh letak calon mereka sendiri. Jadi, saya ingat itu tidak menjadi masalah sebab kita hendak tahu betul kah dia ini ada sokongan atau parti yang sebenarnya letak calon yang baru yang benar-benar ada sokongan daripada rakyat.
Akhirnya, rakyat juga yang putuskan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Terima kasih, Yang Berhormat Padang Rengas. Saya hendak ucapkan tahniahlah, nombor satu kerana diberikan tanggungjawab untuk menjadi pembahas utama. Ini jauh lebih baik daripada yang menjadi pembahas utama bagi Titah Diraja paling kurang ada, sikitlah.
Hanya saya kagumlah dengan hujah-hujah yang dikemukakan tetapi saya rasa mungkin ini merupakan satu sikap yang baru dan pendirian yang baru, ketegasan yang ditunjukkan. Oleh sebab bagi saya, sebenarnya masalah lompat parti ini pun tidak akan berlaku dan jatuhnya kerajaan tidak akan berlaku kalau tidak ada orang yang sanggup hendak terima dan sambut.
So, maknanya kalau dalam zaman pada 2020 itu bila ada yang katak-katak yang lompat ini UMNO closed their doors. No, kita tidak akan kerjasama, tidak akan berlaku lompatnya. Apa pandangan Yang Berhormat Padang Rengas? So, sikap yang ditunjukkan memang cukup betul. Saya sokong 100 peratus. Seharusnya ia ditunjukkan awal lagi dan all these frogs dia tidak ada tempat hendak lompat. Dia lompat-lompat dia akan duduk di bawah tayar kereta fasal tidak ada orang hendak sambut. Apa pandangan Yang Berhormat Padang Rengas?
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Untuk makluman Yang Berhormat, sikap saya ini bukan baru. Waktu jadi Menteri dahulu pun saya mempunyai pandangan yang sama tetapi apabila kita sudah tidak jadi Menteri, is collective decision. Saya tidak boleh kata, saya pernah jadi Menteri Undang-undang dahulu, sembilan tahun jaga Parlimen, jaga undang-undang.
Jadi, kalau kita sudah buat keputusan collective, saya tidak boleh keluar mengatakan saya tidak setuju dengan keputusan itu. Kalau tidak setuju resign lah. Jadi, mungkin Yang Berhormat sahaja yang tidak tahu macam mana sikap saya.
[Ketawa] Sekarang saya backbencher. Backbencher ini saya tidak terikat dengan collective decision. Saya pun bebas macam Yang Berhormat juga. Saya boleh cakap tetapi jangan merapulah, jangan merapu.
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
. Kita cakap substance, kita cakap substance. Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat iaitu bahawa yang ada dalam Kabinet
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
pada hari ini adalah berdasarkan kepada kali pertama dahulu waktu Yang Berhormat Pagoh keluar, jadi pada ketika itu sudah buat keputusan. Bukan kita yang pemimpin, bukan UMNO ataupun BN yang menjadi Perdana Menteri pada ketika itu. Itu Yang Berhormat Pagoh cadang ambil kita semua kita ikutlah.
Akan tetapi selepas itu saya hendak on record tunjukkan itu bahawa apabila Yang Amat Berhormat Bera menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, selepas itu ada berlaku ada juga orang yang tidak bersetuju dengan PH sebab mungkin dia zalim, dictator kan.
[Ketawa]
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Yang Berhormat, saya bukan Menteri, saya tidak boleh bagi masa sudah. Jadi duduklah, duduk, duduk.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Pagoh jadi Perdana Menteri pun dengan sokongan hampa so janganlah cuci tangan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Tidak, tidak soalnya...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Please, don’t clean your hand.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Soalnya, Yang Berhormat kena fahamlah.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Ini sama-samalah tanggungjawab.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Tidak ada, tidak sama, tidak sama, tidak betul, tidak sama.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Collective responsibility.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Tidak sama. Oleh sebab, kita menjadi— kita hanya 42 kerusi sahaja yang dia orang ada lebih. Jadi kita ikut sahaja, pada ketika itu kita ikut. Akan tetapi, sekarang ini ada yang Ahli-ahli Parlimen yang berubah hati atas kezaliman PH maka mereka tinggal, ada sebab mereka tinggal.
Akan tetapi, mereka tidak menjadi ahli pentadbiran di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.
Ini fakta yang harus kita bezakan maknanya kalau dia hendak sokong kita hendak buat macam mana. Dia sudah meluat sangat tengok Yang Berhormat Shah Alam semua kan.
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Dia suka kita. Takkan kita hendak tahan. Jadi Yang Berhormat ada perbezaan dalam hal ini. Terima kasih waktu saya pun sudah habis.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Eh! Tadi cakap tidak boleh terima lompat parti sekarang ini kata boleh pula, mana boleh you are contradicting yourself.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Yang Berhormat, saya menyokong rang undang-undang ini.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
PAS pergi Amanah pun lompat.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Jadi kita fahamlah, tengoklah mengapa orang meluat dengan Shah Alam. Terima kasih. [Dewan riuh].
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Amanah lompat kerana PAS lompat.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Padang Rengas.
Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Seremban, lapan minit Yang Berhormat selaku ketua parti.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu Tuan Yang di-Pertua saya rasakan bahawa hari ini adalah suatu hari yang
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
bersejarah dalam Parlimen Malaysia kerana hari ini kita akan memulakan proses penggubalan satu rang undang-undang Akta Antilompat Parti iaitu kerana pindaan Perlembagaan ini merupakan satu enabler kepada suatu Akta Antilompat Parti digubalkan.
Saya melihat bahawa penggubalan ataupun permulaan proses pada hari ini adalah hasil persefahaman dan juga syarat utama dalam Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan. Ini membuktikan bahawa apabila Pakatan Harapan memeterai MoU dengan Kerajaan Persekutuan itu bukannya soal kita menjual prinsip kita ataupun menjual diri kira tetapi apa yang lebih penting dalam MoU ini ialah kerana kita hendak memperjuangkan agenda reformasi.
Antara syarat utama dalam MoU itu adalah menggubal satu Akta Antilompat Parti untuk mengembalikan kestabilan politik dan memberhentikan sebarang tindakan lompat parti ini.
[Tepuk] Itu merupakan inti pati yang paling utama dalam MoU di antara Pakatan Harapan dengan Kerajaan Persekutuan.
Akta Antilompat Parti ini sebenarnya telah pun diperjuangkan lama oleh pemimpin-pemimpin DAP yang terdahulu. Yang Berhormat Iskandar Puteri sejak tahun 1970-an telah memperjuangkan [Tepuk] dan menyatakan pendirian supaya Akta Antilompat Parti mesti digubal di Parlimen kita ini. Tidak lupa juga mendiang Yang Berhormat Karpal Singh [Tepuk] secara konsisten memperjuangkan Akta Antilompat Parti sehingga akhir hayat beliau.
[Tepuk] Oleh sebab DAP merupakan antara mangsa utama dalam lompat parti ini. Sejak Pilihan Raya Umum yang pertama, yang DAP tandingi pada tahun 1969. Selepas Pilihan Raya Umum 1969 hampir separuh daripada wakil rakyat yang menang atas tiket DAP melompat dan kita menjadi mangsa. Sebenarnya dalam konteks politik negara kita, hampir setiap politik pembangkang pernah menjadi mangsa kepada lompat parti.
Bukan sahaja DAP, malah PAS juga semasa menjadi pembangkang di peringkat Persekutuan mereka juga mangsa lompat parti. Malah, UMNO semasa jadi parti pembangkang juga merupakan mangsa lompat parti. Akan tetapi, dahulu tidak ada parti semasa Kerajaan Barisan Nasional tidak melihat keperluan untuk menggubal Akta Antilompat Parti ini sehinggalah tahun 2018 apabila UMNO sendiri menjadi pembangkang dan menjadi mangsa kepada lompat parti mereka sedar bahawa pentingnya dan perlunya Akta Antilompat Parti ini.
[Tepuk] Kecualilah parti yang menjadi Kerajaan Persekutuan tidak pernah menjadi mangsa kepada lompat parti kecuali Pakatan Harapan yang digulingkan kerana ada tindakan lompat parti di kalangan ahli-ahlinya yang menjadikan kita digulingkan dalam masa 22 bulan. Akan tetapi apa pun Tuan Yang di-Pertua, kita mengangkat semangat supaya negara perlu ada pembaharuan dari segi politik perlu ada kestabilan dan peri pentingnya bahawa Akta Antilompat Parti ini mesti kita gubal dalam Parlimen ini.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Ini merupakan harapan rakyat Malaysia. Kita nak melihat bahawa dengan penggubalan satu Akta Antilompat Parti ini mengembalikan keyakinan pengundi untuk membuang undi dalam Pilihan Raya Umum Yang Kelima Belas nanti. Kita melihat pindaan terhadap Perlembagaan yang dibawa dan ramai yang telah pun menyatakan pandangan dalam media sosial dan sebagainya dalam beberapa hari yang lepas bahawa pindaan kepada Artikel 10(3A) itu adalah terlalu luas. Ia agak membahayakan sekiranya pada masa-masa depan, siapa-siapa parti yang membentuk kerajaan boleh membuat akta-akta lain selain daripada Akta Antilompat Parti untuk menyekat kebebasan Ahli Parlimen.
Justeru itu, pada pagi tadi saya bersama dengan Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu telah pun berjumpa dengan Yang Berhormat Bera dan beberapa pimpinan dalam parti kerajaan.
Kita pun telah bersetuju untuk mencari satu konsensus bagaimana mengambil satu pendekatan yang lebih cermat untuk kita menggubal satu Akta Antilompat Parti iaitu bahawa Yang Amat Berhormat Bera juga bersetuju bahawa Perkara 10(3A) itu perlu diperhalusi dengan meletakkan perkataan-perkataan yang lebih khusus untuk menyekat
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
hanya untuk Akta Antilompat Parti. Ia tidak menjurus kepada perkara yang lain. Itu pertama.
Keduanya, juga kita bersetuju bahawa ada perlunya Perkara 48(6) dimansuhkan kerana prinsipnya kalau seseorang itu hendak melompat parti, dia boleh melompat parti.
Kalau dia tak bersetuju dengan pendirian partinya ataupun merasakan kepimpinan partinya telah pun rosak, maka seseorang Ahli Parlimen itu boleh memilih untuk melompat parti tetapi dengan syarat bahawa dia perlu meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimennya ataupun ADUNnya untuk mengembalikan mandat kepada rakyat. Ini seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Padang Rengas, kalau merasakan dirinya hebat, tak perlu ada parti, dia boleh bertanding sebagai bebas.
Akan tetapi pokoknya, kita mesti mengembalikan kebebasan itu kepada individu tersebut. Kalau dia merasakan bahawa partinya buat salah, dia tak nak ikut perintah partinya lagi, tak apa. Letak jawatan, kembalikan kepada mandat rakyat, buat pilihan raya kecil. Kalau beliau dapat meyakinkan rakyatnya, maka dia dah boleh terpilih sekali lagi untuk duduk dalam Dewan Rakyat. Akan tetapi, pokoknya ialah Perkara 48(6) mesti dimansuhkan.
Tuan Yang di-Pertua, kebebasan ini sebenarnya ada kepada rakyat Malaysia ataupun mana-mana individu sebelum tahun 1988. Tahun 1988 selepas Pilihan Raya Kecil Johor Bahru iaitu bekas Yang Berhormat Ahli Parlimen Johor Bahru, Shahrir Abdul Samad meletak jawatan daripada UMNO dan lepas itu bertanding dalam pilihan raya kecil dan menang sebagai calon bebas. Maka, pada ketika itu pindaan Perlembagaan Persekutuan diletak untuk mengehadkan seseorang itu kalau letak jawatan, maka lima tahun orang tersebut tak boleh bertanding dalam pilihan raya.
Kita rasa bahawa dalam semangat pindaan pada kali ini perlunya kebebasan itu dikembalikan kepada rakyat Malaysia. Mana-mana Ahli Parlimen yang letak jawatan, beliau bebas untuk bertanding semula. Jadi, kita mengharapkan bahawa Perkara 48(6) itu akan dimansuhkan dalam pindaan yang seterusnya.
Tuan Yang di-Pertua, kita juga berbincang pada pagi tadi bahawa kemungkinan juga ada perkara-perkara lain dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dilihat. Maka pendekatan yang paling cermat, yang paling baik ialah kita merujuk kepada satu Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee) untuk memperhalus segala bentuk pindaan yang diperlukan supaya Akta Antilompat Parti dapat digubal dan dapat dilaksanakan dengan baik. Justeru itu, kita bersetuju dan kita menyokong pendekatan ini supaya selepas perbahasan pada hari ini, kita menangguhkan bacaan kedua dan kita rujuk kepada satu Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee). Justeru itu bagi pihak DAP, saya mencadangkan Yang Berhormat Puchong mewakili DAP untuk duduk dalam jawatankuasa Select Committee ini untuk kita memperhalus segala pindaan yang diperlukan dan juga menggubal satu Akta Antilompat Parti. Akan tetapi, syaratnya Tuan Yang di-Pertua, kita juga menyebut pada mesyuarat pada pagi tadi iaitu bahawa rakyat nak lihat perkara ini dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat.
Saya rasa ada satu tempoh masa yang munasabah perlu diberikan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas ini dan suka saya mencadangkan supaya Jawatankuasa Pilihan Khas ini diberikan tempoh satu bulan untuk melaksanakan segala tanggungjawab ataupun tugasan yang diberikan dan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi.
Kita berharap bahawa sidang khas dapat diadakan sebelum penghujung Mei supaya kita bawa balik pindaan yang diperlukan untuk pindaan Perlembagaan dan juga draf Akta Antilompat Parti dibentangkan secara bersama supaya dalam sidang yang akan datang ini. Kita akan meluluskan sekali gus bukan sahaja pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan Akta Antilompat Parti tetapi Rang Undang-undang Akta Antilompat Parti itu juga dibentangkan dan diluluskan bersama dalam sidang khas tersebut.
Ini supaya selepas sidang khas nanti, Malaysia akan ada satu undang-undang yang khusus untuk melarang sebarang tindakan lompat parti dan ini saya amat yakin
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
bahawa akan dapat mengembalikan keyakinan orang ramai dan pengundi-pengundi terhadap sistem demokrasi dalam negara kita dan ada keyakinan penuh untuk membuang undi dalam Pilihan Raya Umum Kelima Belas.
Justeru itu, saya menyokong apa yang dicadangkan supaya Rang Undang- undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 ini dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Seremban. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pontian. Lima minit Yang Berhormat, silakan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Oleh sebab masa yang cukup suntuk, lima minit. Saya akan membaca tulisan yang saya tulis pagi ini.
Tujuan Akta Perlembagaan (Pindaan)(No. 3) 2022 pada hari ini adalah untuk mewujudkan peruntukan yang membolehkan sebagai punca kuasa bagi RUU Antilompat Parti agar dapat dibentangkan secepat mungkin di Dewan yang mulia ini. Pembuat dasar utama bagi parti saya UMNO iaitu Perhimpunan Agung UMNO pada 19 Mac 2022 telah dengan sebulat suara meluluskan usul yang berbunyi, “Menggesa melaksanakan transformasi institusi politik termasuk cadangan yang diperjuangkan agar Akta Antilompat Parti dan Pendanaan Politik dibentangkan di Dewan Rakyat serta memperkasakan institusi Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri”. Seawal 20 Disember 2018, dalam sebarang media sosial, saya sendiri menggesa agar Kerajaan PH pada waktu itu supaya membawa Akta Antilompat Parti atas tiga sebab:
(i) lompat mencemar demokrasi;
(ii) lompat mengkhianati pengundi; dan
(iii) lompat melanggar etika parti.
Saya secara peribadi turut mencadangkan pada tahun 2018, empat perkara;
(i) jika melompat, maka automatik berlaku pilihan raya kecil
(PRK);
(ii) yang melompat tidak dibenarkan bertanding dalam PRK itu;
(iii) denda kepada MP melompat sejumlah dana yang dibenarkan ketika PRU iaitu RM200,000 dipulangkan kepada parti berkaitan; dan
(iv) di peringkat negeri juga wajar diadakan undang-undang ini.
Itulah cadangan pada 2018 dan saya ulangi pada 30 Ogos 2021 tahun lepas sebelum MoU pada 13 September 2021 ditandatangani dalam kenyataan media sosial saya agar Kerajaan Keluarga Malaysia ini melaksanakannya. Saya juga menyebut bahawa Malaysia akan menjadi salah satu contoh demokrasi yang terbaik jika akta ini dibuat. Jangan cemari demokrasi mandat rakyat di negara ini dan hentikan perbuatan melompat parti.
Hari ini 11 April 2022 adalah satu hari yang tercatat dalam lembaran sejarah negara, tercatat dengan tinta emas kerana Dewan Rakyat ini akan membawa suatu usaha besar yang pertama. Langkah seribu tapak tentu dimulakan dengan langkah yang pertama pada hari ini. Kebebasan rakyat dalam Perlembagaan Malaysia, Perlembagaan Persekutuan Perkara 10 ialah kebebasan bercakap, berhimpun dan membentuk persatuan namun tiada satu hak yang benar-benar mutlak kerana Parlimen boleh menyekat atas apa-apa sebab yang dibenar oleh Perlembagaan.
Mahkamah telah menyatakan bahawa Parlimen boleh mengenakan sekatan yang perlu pada kadar berpatutan yang munasabah. Parlimen boleh menyekat hak dengan menggubal undang-undang jika perlu atau sesuai manfaat bagi tiga tujuan utama:
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
(i) keselamatan negara;
(ii) ketenteraman awam; dan
(iii) prinsip moral.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sekatan yang dicadangkan pada hari ini adalah ditujukan hanya pada Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Dalam kertas undi ketika PRU dan PRN, terdapat senarai nombor, nama calon dan logo parti yang bertanding. Pengundi telah memilih dengan memangkah di tempat kosong di kanan nama dan logo parti calon yang bertanding. Jumlah undi yang terbanyak menang dalam sistem First Past the Post yang merupakan amalan negara ini. Maka sesiapa yang menang dengan mandat pilihan rakyat, adalah wajar berada dalam parti yang berkaitan itu.
Kita berharap agar Rang Undang-undang Antilompat Parti akan dibentangkan secepat mungkin kerana sesi libat urus telah dilaksanakan banyak kali dalam tempoh beberapa bulan yang telah berlaku. Saya kira tentu akan di tafsir maksud lompat parti seperti:
(i) parti politik berbeza dalam gabungan yang sama;
(ii) parti politik berbeza dalam gabungan yang berbeza;
(iii) bebas menjadi ahli politik; dan
(iv) ahli parti politik keluar menjadi bebas.
Keputusan dalam sidang libat urus perlu dibuat kemudian Dalam Jawatankuasa Pilihan Khas yang akan dibentuk. Seterusnya, wajar pengecualian dalam tafsiran lompat parti. Contohnya berlaku seperti:
(i) pembubaran parti atau pembatalan pendaftaran parti;
(ii) selepas penggabungan parti asalnya dengan parti yang lain atau merger of political parties;
(iii) sekiranya Ahli Parlimen itu menjadi Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat atau ADUN menjadi Speaker DUN;
(iv) adakah jika seseorang yang dipecat daripada partinya wajar dikecualikan setelah pentafsiran dibuat?; dan
(v) adakah Ahli Dewan Senator Negara wajar dikecualikan?
Saya dengan ini menyokong cadangan Yang Berhormat Padang Rengas berhubung perkara itu.
Tuan Yang di-Pertua, kestabilan politik negara sangat bergantung pada kestabilan Ahli Dewan Rakyat dalam Dewan ini. Begitu juga kestabilan parti-parti politik dalam Dewan ini bergantung pada kestabilan kedudukan Ahli-ahli parti politik dalam Dewan ini. Oleh itu, saya menyokong agar apa yang hendak dibuat selepas ini dilaksanakan dengan secepat mungkin. Pantun.
*Sifat api membakar cepat; Terbakar padi tidak diambil.
Jangan MP melompat-lompat; Negara jadi tidak stabil.
Terbakar padi tidak diambil; Elok dijaga siramlah basah.
Negara jadi tidak stabil; Rakyat juga menjadi susah.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Pontian.
Tuan Yang di-Pertua
Seterusnya, Yang Berhormat Kota Raja selaku Ketua Parti, lapan minit Yang Berhormat.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, hari ini saya bernafas lega. Setelah lama berada dalam Parlimen, inilah berasa kelegaan jiwa apabila Parlimen bersetuju di bawah Perdana Menteri iaitu Yang Amat Berhormat Bera ini untuk meminda Akta Lompat Parti. Jiwa kita kacau dan sakit jiwa begitu lama. Tidak kira di pihak mana yang lompat, bukan bila pihak sana lompat kita gembira, pihak sini lompat sana pula gembira. Memang lompat ini boleh mengubahkan kerajaan.
Pada tahun 1961, kerajaan PAS yang majoritinya sedikit, bila melompat beberapa orang, bertukar kerajaan. Akan tetapi di Kelantan, bila Nordin Salleh melompat tidak bertukar kerajaan kerana majoritinya besar. Di Perak, beberapa kali tukar kerajaan kerana lompat parti dan yang lompat juga daripada kami, termasuk parti yang hebat DAP pun ada lompat. Jadi, lompat-melompat ini sudah jadi perkara biasa dalam politik Malaysia. Cuma paling berat bila berlaku lompat itu berubah Kerajaan Federal, barulah membuka mata semua pihak.
Akhirnya kerajaan ditubuhkan melalui 'Sheraton move' ini tidak stabil, tidak lama Perdana Menteri itu berkuasa tukar Perdana Menteri baru. Sekarang kalau kami mahu, Perdana Menteri ini pun boleh ditukar, if we want tetapi kami tidak mahu. Kami dah buat perjanjian MOU, jadilah Perdana Menteri, buatlah kebaikan untuk rakyat sehingga pilihan raya akan datang...
[Tepuk] Bagaimana sikap terbuka di pihak kami. Kalau kami mahu dengan majoriti yang sedikit ada di pihak sana, kita boleh offer beberapa jawatan kepada mereka, datang pula sebelah sini...
[Ketawa] Menteri pulalah aku tetapi kita bukan jenis itu.
Bagi kita, bila kita tandatangan MoU maka kita ikut dan kita harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga setakat ini, alhamdulillah kita lihat setia dengan MOU ini...
[Tepuk] Bolehnya diperbaiki dari semasa ke semasa.
Bayangkan kita lihat perubahan di Perak, beberapa kali berlaku perubahan. Bila berlaku, kami waktu itu Pakatan Rakyat menang, dua tiga orang melompat, bertukar kerajaan sehingga berlaku demonstrasi besar di depan Istana Kuala Kangsar yang melibatkan beberapa orang Ahli PAS didakwa di mahkamah. Akan tetapi kita marah bila berubah kerajaan, di pihak kita pergi kepada orang lain. Akan tetapi kita gembira bila kita ambil kerajaan orang lain melalui lompat parti. Ini sikap yang perlu diperbetulkan.
Alhamdulillah, selepas daripada pindaan ini dan akan berlaku, semua pihak akan gembira. Ertinya tidak akan berlaku lagi insya-Allah bertukar kerajaan bukan melalui pilihan raya ataupun kalau berlaku perubahan Wakil Rakyat, bukan kerana lompat tetapi kerana unsur-unsur lain yang dibenarkan dalam pindaan Perlembagaan ini. Oleh sebab itulah kita lihat kita semuanya berazam untuk membina satu suasana baru. Kita boleh bercakaplah apa sahaja kita hendak cakap tetapi semua dunia tahu keadaan politik Malaysia tidak stabil.
Baru-baru ini kita sedih mendengar bila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melawat UAE, ada perkara-perkara yang tidak kena di sudut protokol terhadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini merupakan Perdana Menteri yang hasilnya daripada lompat itu tetapi beliau Perdana Menteri, mesti dihormati, tidak boleh dibuat begitu semasa Perdana Menteri berada di Dubai. Yang Berhormat Menteri yang berkenaan mesti bertanggungjawab hal menjaga hal-hal Malaysia ini...
[Tepuk] Oleh sebab itu bagi saya, soal ini soal yang cukup penting.
Ini kerana apa? Mungkin tidak dihormati Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini kerana bukan menang melalui mandat rakyat.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat Menteri itu pun lompat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) - Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Saya minta sedikit sahaja. Yang
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) - Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Berhormat memberi gambaran seolah-olah lompat-melompat itu hanya di Semenanjung sahaja, tidak sentuh Sabah. Tahun 1994, kita PBS majoriti di DUN Sabah, tapi dalam tempoh tiga minggu, tinggal empat orang sahaja lagi. Kerajaan berubah kerana sifat lompat-melompat...
[Dewan riuh]
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Jadi sebab itulah dipinda akta ini pada hari ini supaya ia tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Sekarang kalau kita blame, belah kami blame belah sana, belah sana blame belah sini sebab lompat-melompat itu berlaku di kedua-dua pihak. Oleh itu, hendak memberhentikan ini semua, inilah satu Malaysia baru, Keluarga Malaysia baharu yang dikemukakan ini. Jangan bimbang, imej Malaysia akan kembali pulih selepas ini.
Rakyat akan kembali percaya kepada sistem Parliamentary democracy. Problem nya sekarang, semua rakyat benci kepada parti-parti politik, benci kepada Wakil Rakyat...
[Disampuk] dan ini yang kita lihat berlaku, mereka enggan keluar mengundi.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Kota Raja.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Saya yakin selepas daripada pindaan ini, rakyat akan kembali yakin terhadap sistem Parliamentary democracy.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Kota Raja, sedikit.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Seperti kata Yang Berhormat Padang Rengas tadi, kita hormat hak individu tetapi hak rakyat. Saya diundi oleh 90 ribu orang pengundi. Kalau saya lompat, ia hak asasi saya. Seramai 90 ribu orang yang mengundi saya itu, saya hendak letak di mana hak mereka?...
[Tepuk] Inilah yang paling penting.
Jadi sebab itulah siapa pun, mahkamah kah apa, kena pertimbangkan hal ini.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Kota Raja.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Hak rakyat. Ya, siapakah?
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Kota Raja, Kuala Selangor Yang Berhormat Kota Raja. Hebatlah hari ini Yang Berhormat Kota Raja, jadi malaikat sungguh hari ini...
[Ketawa] Yang Berhormat Kota Raja, di samping apa pun yang telah disebut oleh ramai pihak termasuk Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kota Raja sendiri, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Seremban dan semuanya, Yang Berhormat Kota Raja bersedia kah untuk melihat melangkaui daripada apa yang merupakan kekangan terhadap individu-individu yang melompat atas apa pun sebab. Antara perkara yang tidak disebut-sebut lagi saya kira adalah bagaimana seseorang itu disogok.
Justeru, kalau boleh saya simpulkan ringkasnya, kerana mereka sebagai Ahli Parlimen khususnya wakil rakyat di peringkat Parlimen ini, mereka tidak punya kewangan untuk membiayai apa pun keperluan di kawasan-kawasan mereka kerana mereka pembangkang, contohnya.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Sudah sampai waktunya institutional reform untuk memastikan fair allocation kepada semua itu menjadi satu amalan demokrasi di negara ini supaya tidak ada yang lompat kerana kemiskinan ataupun kerana ketidakcukupan dananya. Bagaimana Yang Berhormat Kota Raja?
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Ya, saya setuju sebab itulah...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ini kuncinya rasuah.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Kita bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Selangor dan sebab itulah MoU ini dibincangkan hal-hal seperti itu supaya wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat itu, mereka juga ada hak untuk membantu rakyat di
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
kawasan mereka dengan menggunakan wang kerajaan dan sudah tentulah wang mereka sendiri dan wang kerajaan. Ini sedang berjalan dan kita minta dapat diperbaiki lagi dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerang. Lima minit, Yang Berhormat.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam Ramadan kepada semua.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Majlis dan juga Yang Berhormat Menteri dan juga sahabat-sahabat Ahli- ahli Parlimen yang menghadiri Mesyuarat tadi pagi yang mana secara tidak langsung dipersetujui bahawa pindaan Perlembagaan hari ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya tanpa adanya pindaan— Kita tahu bahawa kita berbahas hari ini untuk pindaan Perlembagaan untuk akta lompat parti tetapi klausa (3A) yang dicadangkan oleh pihak kerajaan adalah terlampau luas yang mana menyatakan tentang yang berhubungan dengan keahlian dalam parti politik, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri boleh juga dikenakan oleh undang-undang Persekutuan.
Jadi, telah dibawa dalam perhatian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa perkataan ini tidak langsung menyentuh tentang perkataan “lompat parti”. Kedua, tidak ada langsungnya dalam bahasa Inggeris apa yang disebut tentang bila kita hendak membuat pindaan Perlembagaan perlu undang-undang baharu yang hendak kita wujudkan itu adalah lebih kepada concise, dengan izin, clarity dan juga tidak misleading ya.
Kita tidak boleh lari ya, Tuan Yang di-Pertua, bahawa Perkara 10 klausa (3A) baharu yang hendak dimasukkan ini mesti dibaca bersama dengan fasal 10(2)(c). Kerana kita tahu bahawa Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan adalah fundamental right, dengan izin, iaitu hak asasi kepada rakyat Malaysia iaitu kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
Itu sebabnya kes-kes mahkamah menyatakan bahawa kita tidak boleh menghalang ahli-ahli politik daripada lompat. Akan tetapi, cadangan daripada kerajaan hari ini ialah bahawa akta untuk wujudkan lompat parti perlu dibentangkan di Parlimen dan bila dibentangkan di Parlimen dapat dilihat sebagai satu akta yang memang menerus kepada aspek lompat parti sahaja.
Itu sebabnya pembacaan fasal 1 dalam Perkara 10(2)(c) menyatakan bahawa sekatan-sekatan yang perlu diadakan oleh mana-mana undang-undang yang menyentuh Perkara 10 boleh dibenarkan dengan syarat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam dan prinsip moral.
Maknanya, Tuan Yang di-Pertua, perlunya ada sekatan kepada undang-undang yang hendak kita buat. Ia tidak boleh terlampau luas kerana keluasan ini akan membawa kepada bukan sahaja kebinasaan kepada perkataan “hak asasi”, “basic universal right” dalam isu kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan tetapi lebih kita perlu mengingati bahawa kita tidak mahu adanya undang-undang yang mengawal Ahli-ahli Parlimen daripada menjalankan tugas.
Kita tahu, Tuan Yang di-Pertua, bila seorang Ahli Parlimen bertanding, kebanyakan kita bertanding atas tiket parti dan kita tahu yang melantik kita adalah rakyat dan kita juga tahu bahawa Ahli Parlimen tersebut boleh bergerak daripada parti menjadi bebas selepas dilantik. Kita tahu antara kuasa yang paling besar dari setiap Ahli Parlimen
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
selepas diangkat sumpah terdapat dalam Perkara 53, Perkara 62, Perkara 63, Perkara 66 hingga 68, Perkara 159 hingga 161E, Perkara 62, Perkara 73 hingga 79.
Bererti, kuasa Ahli Parlimen— kalau kita baca di sini, Perkara 43 sebagai contohnya, Jemaah Menteri. Kuasa yang paling besar bagi Ahli Parlimen ialah melantik Ketua Majlis, Perdana Menteri. Ia tidak menyebut dalam Perkara 43 pelantikan kerana kerusi parti. Ia menyatakan bahawa Ahli Parlimen itu sendirilah yang mempunyai kuasa untuk melantik Perdana Menteri. Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri dalam Perkara 43(4).
Bererti, Tuan Yang di-Pertua, Ahli Parlimen lah penentu. Seperti kata Yang Berhormat Kota Raja tadi, kata Yang Berhormat Port Dickson tadi, semua berkata bahawa ya MoU ini. MoU ini adalah di antara Ahli Parlimen bersama kerajaan. Kerana kita memberikan keyakinan bahawa Ahli Parlimen tahu yang akan disebut di dalam Dewan Parlimen, keputusan adalah untuk kestabilan bagi negara. Itu sebabnya undang-undang ini— saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Ketua Majlis kerana bersetuju untuk melihat semula klausa (3A).
Saya juga ingin menambahkan kepada Tuan Yang di-Pertua tentang persetujuan kerajaan bahawa Perkara 48(6) akan dibuang. Perkara 48(6) itu ialah mengehadkan Ahli- ahli Parlimen daripada bertanding lima tahun dalam apa keadaan sekali pun. Jadi, kebebasan ini ialah kalaupun mereka dipecat, dibuang, letak jawatan, mereka boleh bertanding. Itu adalah hak mereka untuk bertanding.
Saya juga hendak sentuh di sini dalam Jawatankuasa Khas yang akan ditubuhkan— dengan izin, tambah seminit kalau boleh Tuan Yang di-Pertua— tolonglah letakkan isu recall remedies ya. Kerana bagi saya, semua Ahli Yang Berhormat yang bercakap sebelum saya berkata bahawa undang-undang ini adalah kerana undang- undang rakyat. Rakyat menentukan Ahli Parlimen.
Jadi, recall remedies ini kalau kita buangkan Perkara 48(6), bererti Ahli Parlimen tersebut boleh bertanding banyak-banyak kali. Jadi, recall remedies ini walaupun orang kata mahal tetapi bagi saya, kalau Wakil Rakyat boleh bertanding selalu, bila dia bergerak ke mana tempat, kita mintakan supaya rakyat yang menentukan sama ada wakil rakyat itu bertanding ataupun tidak.
Saya harap Jawatankuasa Khas boleh mengkaji semula perkara ini dan dalam masa terdekat dia membawanya akta lompat parti, diwujudkan satu akta yang menyeluruh untuk memberikan kestabilan kepada negara supaya negara kita boleh jadi negara yang begitu maju.
Jadi, saya sekali lagi ingin mengucapkan kepada Yang Berhormat Menteri terima kasih dan juga kepada Yang Amat Berhormat Ketua Majlis kerana mendengar rintihan rakyat melalui wakil-wakil rakyat supaya klausa (3A) diberikan pembacaan dan pindaan yang lebih setimpal dan lebih narrow, dengan izin, dan tidak terlampau luas.
Dengan itu, Pengerang menyokong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Yang Berhormat Semporna, silakan. Lapan minit selaku ketua parti Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Definisi undang-undang anti-lompat ini mesti dijelaskan, diteliti sedalamnya dengan mengambil kira semua pandangan dan cadangan serta pertimbangan setiap kemungkinan kerana pada akhirnya, sama ada kita suka atau tidak, amalan demokrasi di negara ini akan terjejas.
Dalam banyak sistem undang-undang seperti sistem Presiden Amerika Syarikat, ia adalah bukan isu. Akan tetapi, di Westminster sistem Parlimen di mana hak untuk membentuk kerajaan bergantung kepada keyakinan majoriti anggota Dewan yang dipilih
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
melompat parti, pembelotan warkah atau melompat boleh menyebabkan kebangkitan dan kejatuhan kerajaan dan menggalakkan ketidakstabilan politik.
Lompat parti bukanlah perkara baharu di negara kita. Pada masa lalu, akibat daripada perubahan, lompat parti telah menyebabkan kejatuhan kerajaan di Terengganu pada tahun 1962, di Sarawak pada tahun 1966, di Kelantan pada tahun 1977, di Sabah pada tahun 1994, tahun 2018, 2020, di Perak pada tahun 2009, 2020, di Kedah pada tahun 2020, di Melaka pada tahun 2021 dan di Johor pada tahun 2022.
Di peringkat Persekutuan, Yang Berhormat Menteri Undang-undang ada menyatakan bahawa sejak tahun 2018, sebanyak 39 Ahli Parlimen telah bertukar kesetiaan politik. Jika tidak salah juga, ada di kalangan Ahli Parlimen yang melompat keluar masuk parti sebanyak lima kali.
Terbaharu pada tahun 2020, negara kita dikejutkan dengan agenda ‘Langkah Sheraton’ yang merupakan permulaan kepada ketidakstabilan politik yang berlaku pada hari ini. Jika dahulu Malaysia pernah menjadi contoh negara yang mempunyai kestabilan politik dan juga ekonominya, kini mengalami ketidakstabilan politik yang kronik.
Banyak persoalan. Kedua, bagaimanakah pula jika mana-mana ahli parti yang juga merupakan seorang Ahli Parlimen dipecat secara dalam sesuatu parti? Adakah mereka ini juga dikira sebagai melompat parti? Seterusnya jika ini berlaku, adakah kekosongan di Parlimen tersebut secara automatik yang memerlukan by-election diadakan?
Seperti contoh bagi diri saya sendiri, semasa saya menyuarakan tentang persoalan di Kabinet mengenai 1MDB waktu itu, bukan niat saya untuk keluar parti ketika itu tetapi untuk mempersoalkan tentang pentadbiran negara. Selepas itu, dipecat dari kerajaan, keluar dan dipecat daripada parti.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Persoalan yang ketiga, bagi sebuah parti politik itu adakah tindakan dikenakan kepada parti yang melompat menyertai parti lain? Bolehkah Undang-undang Antilompat Parti digunakan kepada sebuah parti politik seperti ini?
Keempat, jika ada penglibatan duit ataupun bayaran tertentu kepada Ahli Parlimen, adakah dikira melompat? Selain daripada duit, mungkin ada jawatan tertentu yang diberi sebagai imbuhan atau balasan kepada Ahli Parlimen yang meninggalkan parti mereka. Sekiranya, perubahan ini tidak dikira melompat dan tiada hukuman diberikan, untung kepada pelaku, lompat sana sini, boleh juga kumpul kekayaan.
Kelima, jika seorang Ahli Parlimen melepaskan keahliannya daripada parti politik ataupun mana-mana Ahli Parlimen yang mengundi atau tidak mengundi di dewan yang bertentangan dengan apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh parti politiknya tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu. Adakah mereka yang bakal diambil tindakan oleh parti seterusnya digugurkan menjadi ahli politik yang dimenanginya semasa pilihan raya?
Adakah mereka ini juga dikira melompat atau gugur sebagai Ahli Parlimen?
Akan tetapi di sini, terletak isu Ahli Parlimen dengan pandangan yang berbeza iaitu parti yang tidak lagi selaras dengan kehendak rakyat yang mengundi parti itu. Ahli- ahli Parlimen ini sama ada keluar parti atau dipecat daripada parti.
Jika Ahli Parlimen bebas menyertai mana-mana parti politik, Ahli Parlimen bebas itu sebaliknya boleh memilih sama ada menyokong kerajaan atau tidak. Kita perlu jelas bahawa tujuan Rang Undang-undang Antilompat Parti ini adalah untuk membawa kestabilan kepada kerajaan dengan tidak menggalakkan Ahli Parlimen daripada menukar parti, Rang Undang-undang Antilompat Parti tidak mengiktiraf perpecahan dalam parti perundangan tetapi mengiktiraf penggabungan. Pelbagai cara untuk menegah dan menghukum ahli-ahli yang melompat Tuan Yang di-Pertua, terdapat lapan buah negara di dunia yang mana perlembagaan di negara-negara ini mengandungi peruntukan anti-defection provisions untuk melindungi parti politik. Negara-negara tersebut adalah Belize, Namibia, Sierra Leone, Singapore, Zimbabwe dan banyak lagi.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Merujuk kepada Perlembagaan Malaysia, Perkara 10(1)(c) memberikan semua warga hak untuk kebebasan berpersatuan. Pada tahun 1992, dalam kes Dewan Negeri Kelantan iaitu berhubung kait dengan kes Dewan Undangan Negeri Kelantan & Anor v.
Nordin Salleh & Anor, kerajaan PAS di Kelantan telah menggubal anti-defection law.
Apabila seseorang ADUN melompat untuk menyertai UMNO, kerusinya diiktiraf kosong di bawah undang-undang. Dia pergi ke mahkamah dan Mahkamah Persekutuan berpendapat bahawa hak asasi dalam Perkara 10 hanya boleh dihadkan oleh Parlimen Persekutuan dan bukan Dewan Undangan Negeri.
Keputusan Nordin ini menjadi titik tolak kepada apa yang berlaku pada hari ini.
Situasi ini juga kita lihat mengapa Rang Undang-undang Antilompat Sabah 1987 dan di Pulau Pinang selepas PRU14 tidak memberi kesan. Oleh itu, Parlimen mesti memperkenalkan pindaan Perlembagaan mencapai perkara berikut:
(i) pindaan Perkara 10(2) untuk memasukkan perkataan ‘Parlimen’ dan ‘Dewan Undangan Negeri’. Ini akan membatalkan keputusan Nordin Salleh mengenai perkara ini dan membenarkan kerajaan negeri untuk membuat undang-undang Antilompat mereka sendiri. Secara tidak langsung perkara ini juga dilihat jelas menghormati autonomi negeri;
(ii) meminda Perkara 10(2)(c). Pindaan sub klausa ini juga dimasukkan selepas perkataan ‘moraliti‘. Perkataan termasuk ‘moraliti politik’ untuk membatalkan keputusan Nordin Salleh;
(iii) meminta Perkara 48(1) yang berkaitan dengan hilang kelayakan untuk menjadi Ahli Parlimen. Masukkan selepas klausa A, klausa baharu G bahawa setelah menjadi calon parti politik atau bergabung dan dipilih ke Dewan Rakyat sebagai calon parti politik atau gabungan itu dia mengundurkan diri dari parti ataupun gabungannya itu.
Cadangan untuk meminda Perkara 48(1) telah berlaku di Belize, Nigeria dan banyak lagi negara. Selain itu, Perkara 48(6) harus dimansuhkan untuk menghapuskan status kehilangan kelayakan selama lima tahun kepada ahli yang meletak jawatan mereka.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang melompat parti harus diminta untuk meletak jawatan bagi membolehkan Pilihan Raya Kecil diadakan dengan tujuan mengadakan mandat baharu daripada rakyat. Ini akan mencapai keseimbangan antara kebebasan untuk bersekutu atau keperluan untuk menghormati keputusan pilihan raya dan menghormati kepercayaan dan mandat rakyat.
Saya juga ingin mencadangkan supaya mana-mana Ahli Yang Berhormat yang telah didapati bersalah dengan bukti yang jelas oleh badan seliaan undang-undang antilompat ini, tidak dibenarkan bertanding atas mana-mana kerusi sama ada Parlimen atau DUN selama sekurang-kurangnya dua penggal.
Pindaan akta adalah keterlaluan kerana ia tidak jelas mengapa pindaan Perlembagaan kerajaan nombor 3 [Akta 22] merujuk kepada keahlian parti politik dan bukannya mengawal selia Akta Lompat Parti ini. Apa yang penting kepada kita ialah mengawal Ahli Parlimen hendak melompat, bukan ahli parti itu yang melompat. Ini perkara yang agak pokok, yang penting untuk kita lihat.
Oleh itu, adalah dicadangkan bahawa daripada kita pindaan Akta 10(3) harus meminda Perkara 10(2)(c), Perkara 48(4) dan Perkara 48(6) kita harus mengambil berat dengan peraturan keanggotaan Dewan Rakyat oleh Undang-undang Persekutuan dan keanggotaan DUN oleh Undang-undang Negeri dan bukan untuk mengawal ahli-ahli mereka dalam mana-mana perkara.
Tuan Yang di-Pertua, perkara ini amat penting. Suruhanjaya Pilihan Raya boleh bertindak– saya cadangkan sebagai pihak berkuasa penentu dalam kes-kes di mana Ahli- ahli Parlimen yang melompat parti alternatif. Parlimen juga boleh menubuhkan tribunal bebas yang diketuai oleh seorang hakim bersara Mahkamah Tinggi untuk memutuskan kes-kes secara adil ini.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Saya juga berharap agar perkara ini bukan hanya...
Menteri Pertanian dan Industri Makanan - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, celahan Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
...di peringkat ini ialah untuk– masa tidak mengizinkan. Untuk membolehkan supaya...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Warisan pun ambil orang melompat, Yang Berhormat di Sabah. Pencelahan...
[Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan
Mesyuarat] Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
...undang- undang yang ada pada hari ini – oleh sebab masa tidak mengizinkan. Yang Berhormat Menteri, sila duduk. Oleh sebab perkara ini berhubung kait dengan pindaan Perlembagaan dan selepas ini kita adakan undang-undang Persekutuan. Saya berharap...
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Semporna, sila gulung.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
...ia mesti kekal sebagai satu Perlembagaan negara ini, bukan Federal law. It must be a Constitutional law, dengan izin. Terima kasih banyak, Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Dipersilakan Yang Berhormat Pagoh.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, hari ini Dewan yang mulia ini akan meminda Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan sebuah Akta Parlimen digubal bagi mengadakan sekatan-sekatan ke atas hak kebebasan berpersatuan, berkaitan dengan keanggotaan parti Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undang Negeri di negara kita.
Pindaan ini tentunya akan memberikan kesan yang amat besar terhadap hak kebebasan berpersatuan bagi rakyat di negara ini yang selama ini dipertahankan dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.
Sekatan ke atas hak kebebasan asasi ini hanya dibuat oleh sebuah Akta Parlimen atas sebab keselamatan negara, ketenteraman awam dan moral. Tidak ada alasan lain yang boleh digunakan untuk menyekat hak kebebasan seorang wakil rakyat sama ada untuk menubuhkan sebuah parti politik, menyertai parti politik, meninggalkan parti politik atau tidak menyertai mana-mana parti politik.
Inilah precedent ataupun duluan kes yang menjadi prinsip undang-undang yang diterima di negara kita. Namun, jika Dewan yang mulia ini meluluskan Rang Undang- undang Perlembagaan (Pindaan) yang dibentangkan pada hari ini, maka hak kebebasan asasi untuk berpersatuan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan selama ini akan disekat dengan sekatan-sekatan yang diperincikan dalam sebuah akta yang akan digubal kemudian.
Tuan Yang di-Pertua, semua Ahli Yang Berhormat yang berada di dalam Dewan yang mulia pada hari ini, memikul suatu beban tanggungjawab yang besar untuk sentiasa melindungi hak kebebasan asasi rakyat termasuk hak kebebasan kita semua sebagai wakil rakyat.
Justeru, pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang ada di hadapan kita pada hari ini bukanlah satu perkara yang kecil. Ia bukan semata-mata suatu hal yang berkaitan dengan kepentingan politik ataupun kepentingan mana-mana parti, tetapi berkait dengan soal keadilan dan kebebasan yang mesti kita bela dan pertahankan.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh
Pertimbangan kita yang paling utama ialah adakah undang-undang yang akan diperkenalkan ini nanti adil atau sebaliknya? Adakah ia baik untuk rakyat dan negara atau ia hanya akan memberikan kelebihan kepada pihak-pihak tertentu sahaja atas tujuan kepentingan politik semata-mata? Apatah lagi rang undang-undang ini akan membatasi hak asasi kita semua sebagai seorang individu dan juga Ahli Parlimen yang dijamin oleh Perlembagaan. Dengan izin, we are now giving up our fundamental right as an individual, as a Member of Parliament that is guaranteed by the Constitution. Justeru, hujah-hujah yang dikemukakan oleh semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini hendaklah diambil kira dengan penuh teliti sebelum rang undang-undang ini diluluskan.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh
Tuan Yang di-Pertua, dalam siri libat urus mengenai rang undang-undang ini, saya telah menyatakan beberapa pandangan saya. Antaranya ialah saya telah meminta kerajaan mengkaji semula definisi ‘lompat parti’. Saya tidak bersetuju seorang Ahli Parlimen yang dipecat dari partinya ataupun meninggalkan partinya atas sebab-sebab tertentu dikira sebagai lompat parti dan perlu mengosongkan kerusinya serta-merta.
Ada banyak sebab seorang Ahli Parlimen dipecat daripada parti ataupun meninggalkan partinya. Ada yang dipecat kerana melanggar disiplin parti atau kerana dengan izin, cross the floor atau kerana menyatakan sesuatu yang hak, tetapi tidak disenangi oleh pemimpin parti lalu dipecat dari partinya atau kerana partinya telah lari dari landasan prinsip perjuangannya yang sebenar serta memudaratkan rakyat dan negara.
Keempat-empat situasi ini adalah berbeza Tuan Yang di-Pertua. Kalau sekiranya Undang-undang Antilompat Parti terpakai dalam semua keadaan tanpa pengecualian, maka undang-undang yang diperkenalkan ini adalah zalim. Maka, pengecualian dan perlindungan tertentu mestilah diberikan kepada mana-mana Ahli Parlimen yang akan terkesan dengan undang-undang ini nanti.
Dalam Perlembagaan Persekutuan, seorang yang didapati bersalah oleh mahkamah pun boleh terus kekal sebagai Ahli Parlimen sehingga kesnya diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dan sekiranya dia memohon untuk mendapatkan pengampunan sehingga petisyen pengampunannya diputuskan yang keseluruhan prosesnya mungkin memakan masa bertahun-tahun. Akan tetapi seorang Ahli Parlimen yang menyuarakan kebenaran dan dipecat oleh partinya mesti mengosongkan kerusinya serta-merta. Tidak ada ruang untuk Ahli Parlimen ini mencabar keputusan parti di mahkamah kerana adanya ouster clause dalam seksyen 18C, Akta Pertubuhan 1966.
Rayuan hanya boleh dibuat kepada Majlis Tertinggi parti yang tentunya akan dikawal oleh pemimpin-pemimpin parti. Adakah ini adil? Saya fikir sekiranya inilah kedudukan undang-undang yang akan terpakai, maka tidak akan ada Ahli Parlimen yang berani menegur pemimpin parti yang melakukan kesilapan dan juga kemungkaran, yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan kerana bimbang akan dipecat dari parti dan seterusnya hilang kerusi Parlimen yang disandang. Ini akan menjadi suatu titik hitam dalam sejarah amalan demokrasi di negara kita. Dengan izin, Members of Parliament who represent the will of the people, will be muted and silenced by the cabals who control a political party. We are putting the interest of a political party first before the people. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, sekiranya undang-undang ini diluluskan oleh Dewan yang mulia ini, saya ingin mencadangkan supaya ouster clause dalam seksyen 18C, Akta Pertubuhan 1966 dikaji semula untuk memberikan ruang kepada Ahli Parlimen yang terkesan dengan Undang-undang Antilompat Parti mendapat keadilan di mahkamah sebelum beliau dikehendaki mengosongkan kerusinya. Ini penting supaya mana-mana kerajaan yang memerintah pada masa akan datang tidak akan dengan sewenang-wenangnya menggunakan Undang-undang Antilompat Parti yang boleh dipinda dengan sokongan majoriti mudah bagi mendiskriminasikan mana-mana Ahli Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua, dalam apa jua keadaan pun...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Pagoh.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh
... Pertimbangan kita yang paling utama mestilah untuk menegakkan hak dan keadilan. Inilah fungsi utama...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Pagoh.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh
Minta maaf. Masa tidak cukup.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Sedikit sahaja.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh
...Perlembagaan dan undang-undang di negara kita dan kita sebagai Ahli Parlimen adalah penjaga dengan izin, custodian kepada Perlembagaan dan undang-undang.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Bukan mahkamah, rakyat mesti dirujuk kembali Yang Berhormat Pagoh. Bukan mahkamah, rakyat mesti dirujuk kembali.
Kalau dia lompat, dia letak jawatan, bertanding baliklah kerana dia dilantik oleh rakyat, bukan mahkamah.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Shah Alam duduklah.
Yang Berhormat Pagoh tidak bagi, duduklah.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh
Oleh itu, walaupun saya secara dasarnya bersetuju supaya pindaan Perlembagaan dibuat untuk membolehkan sebuah undang-undang yang menghalang tindakan lompat parti dalam kalangan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri digubal, pindaan Perlembagaan ini mestilah dibuat secara berhemah, teliti dan berhati-hati. Saya menyokong ia dibawa kepada sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas.
Pindaan kepada perkara 10, Perlembagaan Persekutuan mestilah jelas maksudnya iaitu untuk membuat sekatan hanya ke atas Ahli Parlimen yang merupakan ahli sebuah parti politik untuk meninggalkan partinya dan menyertai sebuah parti lain.
Pindaan ini tidak boleh merangkumi perkara-perkara yang lain yang boleh dikira menyekat kebebasan berpersatuan Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang dibenarkan oleh Perlembagaan dan undang-undang. Saya khuatir Tuan Yang di-Pertua, sekiranya pindaan perkara 10, Perlembagaan Persekutuan ini merangkumi maksud yang terlalu luas, maka ia boleh disalahgunakan di kemudian hari untuk menafikan hak dan kebebasan Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri untuk menyatakan kebenaran dan mengambil pendirian dalam hal yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Pagoh. Selanjutnya dipersilakan Yang Berhormat Langkawi.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini dengan kesedaran bahawa melompat parti ini menimbulkan banyak masalah dan ia menafikan sistem demokrasi iaitu wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat boleh tukar parti sesuka hati. Dengan itu, membawa kepada kejatuhan kerajaan pun dan dengan itu juga, kita lihat politik di dalam negara kita ini tidak stabil. Setelah ditukar kerajaan melalui lompatan, maka ada pula tindakan menarik sokongan daripada Perdana Menteri pintu belakang ini dan satu lagi Perdana Menteri dipilih. Perdana Menteri yang baharu ini pun tidak dapat banyak sokongan dan takut kemungkinan dia juga akan ditamatkan idahnya sebagai Perdana Menteri.
Oleh sebab itu, kita perlu ada satu undang-undang yang menghalang lompat parti, tetapi ada kalanya kita perlu kepada keadaan tertentu memerlukan lompatan dilakukan.
Umpamanya kalau dalam pilihan raya, tidak ada satu pun parti yang mendapat simple majority, maka untuk mendapat simple majority, parti lain hendaklah menyertainya dalam satu gabungan. Ini bukanlah acara lompat kalau keputusan itu dibuat oleh parti dan bukan oleh individu yang ditarik dengan kemungkinan dilantik sebagai Menteri umpamanya.
Semua ini perlu dikaji dengan teliti oleh badan tertentu seperti Select Committee supaya
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
dengan adanya undang-undang ini, hak asasi rakyat Malaysia menyertai mana-mana persatuan tidak diganggu oleh kerajaan yang diberi kuasa untuk menentukan sama ada dia melakukan lompatan atau pun tidak.
Kita harus tumpukan semata-mata kepada Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri termasuk jugalah dengan ahli Senate yang disebut oleh Yang Berhormat Padang Rengas tadi. Saya berpendapat bahawa kes seperti ini sudah pun berlaku di peringkat negeri seperti mana disebutkan oleh beberapa ahli tadi. Di Kelantan umpamanya apabila dua orang daripada parti PAS lompat keluar daripada parti PAS, maka dia dilucutkan jawatan. Akan tetapi apabila dirayu kepada mahkamah, mahkamah memegang kepada peruntukan dalam Perlembagaan yang menghalang tindakan melucutkan jawatan kerana ini adalah hak seseorang untuk menyertai mana-mana association yang mereka pilih. Akan tetapi dalam keadaan tertentu, ada kalanya ini dilakukan dengan sengaja untuk menjatuhkan kerajaan.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
Kadang-kadang mungkin diberi tawaran memegang jawatan tertinggi seperti Menteri dan sebagainya. Kadangkala mungkin melihat upah wang yang ditawar kepada mereka yang akan lompat. Hakikatnya ialah sekarang ini kita dapati acara lompat- melompat ini sudah menjadikan negara kita tidak stabil daripada segi politiknya dan pemerintahannya.
Kita tidak tahu sama ada seseorang Perdana Menteri itu benar-benar diiktiraf sebagai Perdana Menteri ataupun tidak. Oleh sebab itu ada negara-negara yang tidak iktiraf Perdana Menteri kita sebagai Perdana Menteri dan tidak memberi layanan yang sepatutnya.
Ini adalah oleh sebab kedudukan Perdana Menteri yang masuk daripada pintu belakang ini tidak begitu diiktiraf oleh masyarakat. Ini menunjuk bahawa Rang Undang- undang Antilompat Parti perlu diadakan tetapi dia mestilah terhad khusus kepada Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri dan mungkin juga Ahli Senat.
Kalau dihadkan kepada mereka sahaja dan pihak lain bebas untuk menukar association ataupun parti itu memelihara kan hak asasi mereka. Akan tetapi, bagi Ahli dalam Dewan Rakyat ini kesan daripada lompatan mereka ini amat besar sehingga menjadikan negara kita tidak stabil dan kerajaan kita tidak dihormati oleh negara-negara lain.
Ini adalah satu cabaran yang perlu diatasi oleh kita dan saya bersetuju supaya dikaji dengan mendalam soal lompat ini dan juga pindaan kepada Perlembagaan kerana kalau dipinda begitu sahaja mungkin hak asasi rakyat lain yang tidak terlibat dengan Dewan ini akan kehilangan.
Inilah sebabnya yang kita patut dipercepatkan proses menggubal undang-undang yang sesuai dengan keadaan yang dihadapi oleh kita. Mungkin apa yang kita buat itu tidak begitu lengkap dan mungkin juga akan disalahgunakan seperti sekarang undang-undang kerap kali disalahgunakan. Umpamanya sementara kita jamin hak seseorang untuk mengadakan persatuan ataupun menyertai mana-mana persatuan tetapi bagi kerajaan ada hak untuk tidak mendaftarkan kesatuan dengan itu hak rakyat kehilangan. Perkara yang semacam ini perlu kita beri perhatian.
Itulah pendapat saya iaitu kita perlu ada Rang Undang-undang Antilompat Parti ini setelah kita buat pindaan kepada Perlembagaan supaya ia tidak bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan. Sekian terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Selanjutnya dipersilakan Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut membahaskan Akta
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 yang ada kaitan dengan Rang Undang-undang Antilompat Parti.
Tuan Yang di-Pertua dapat kita berbahas satu pindaan kepada Perlembagaan Antilompat Parti pada hari ini semuanya kerana wujudnya memorandum persefahaman di antara Pakatan Harapan dan juga kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Walaupun MOU ini telah dipersoalkan, diperlekehkan dan dipersendakan oleh beberapa pihak yang mengatakan pelbagai tohmahan khususnya pihak Pakatan Harapan.
Akan tetapi, hal antilompat parti ini adalah antara perkara yang terkandung dalam MoU ini di mana kita cuba mencapai satu bentuk kestabilan politik di negara ini kerana untuk mencapai kestabilan politik ini kita perlukan reformasi. Akta Lompat Parti ini adalah salah satu daripada reformasi yang kita telah perjuangkan dan syukur tahniah hari ini kita dapat berbahas di dewan yang mulia ini.
Walau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua apabila kita melihat dengan rang undang-undang yang telah dibentangkan yang ada di atas meja kita pada pagi ini tentunya kita tidak dapat menerimanya sebab tidak ada perkataan antilompat di sana dan sepertimana juga yang dinyatakan oleh rakan-rakan sebentar tadi bahawa dia terlalu luas.
Apatah lagi apa dikatakan bahawa undang-undang Persekutuan yang dinyatakan itu tidak ada di tangan kita dan sebab itu kita tidak boleh meluluskan ataupun mengadakan, menerima begitu sahaja. Syukur dan terima kasih kerana apa yang telah dibentangkan, apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Undang-undang dalam pembentangannya telah menyatakan bahawa perkara ini akan dirujukkan kepada satu Jawatankuasa Pilihan Khas.
Saya menyokong langkah ini. Ini adalah sebaik-baik mungkin kita tidak perlu tergopoh-gapah dalam hal ini. Oleh sebab ini melibatkan hak kita sebagai Ahli Parlimen, melibatkan hak rakyat dan sebagainya. Dalam hal ini, apabila nanti digubal satu rang undang-undang Tuaran ingin mencadangkan supaya kita menumpukan perhatian hanya kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan sahaja, tidak perlu melibatkan rang undang- undang yang lain ataupun akta dan sebagainya.
Sepertimana yang kita lihat dalam kesemua akta ataupun Akta Antilompat Parti di mana negara lain. Lebih ada 40 buah negara yang terlibat yang mempunyai undang- undang seperti ini tidak ada akta yang telah digubal untuk ini kecuali pindaan dalam Perlembagaan sahaja.
Oleh sebab itu, Tuaran ingin mencadangkan agar kita tumpukan perhatian hanya kepada pindaan pada Perlembagaan Persekutuan seperti mana cadangan awal yang melibatkan Artikel Perkara 10, Artikel Perkara 3, Artikel Perkara 48(6) dan juga Artikel Perkara 160 kalau perlu dan takrifan dan sebagainya dan juga pada Jadual 8.
Tuan Yang di-Pertua dalam hal ini adalah sangat-sangat penting sebenarnya bagi kita untuk melibatkan rakyat, hak rakyat dan sebagainya dan cadangan seperti mengadakan akta contohnya supaya membolehkan recalled election dan sebagainya. Ini adalah sebaik mungkin yang terbaik kalau kita dapat laksanakan.
Akan tetapi ia yang melibatkan terlalu banyak pindaan undang-undang dan sebagainya dan mungkin juga mempunyai sumber yang jauh lebih besar daripada Suruhanjaya Pilihan Raya. Maka sebagai satu langkah yang terbaik, yang lebih praktikal dan sebagainya. Kita tumpukan perhatian hanya kepada Perlembagaan Persekutuan sahaja pada ketika ini dan boleh dipertingkatkan di masa akan datang. Walaupun ada kelemahan kita akui dalam beberapa perkara dalam hal ini.
Akan tetapi undang-undang ini boleh diperbaiki, boleh diperhalusi di masa akan datang. Apa yang pentingnya seperti mana yang telah dinyatakan oleh rakan-rakan yang lain sebentar tadi pada ketika ini negara kita memang memerlukan akta ataupun undang- undang antilompat parti supaya kita dapat menjamin kestabilan politik di semua peringkat sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri mahupun di peringkat Parlimen di Dewan Rakyat.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Padang Rengas agar Dewan Negara juga dimasukkan ataupun Senator-senator juga dilibatkan sebab di antara Ahli-ahli Dewan
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Negara ini, adalah mereka yang telah dipilih di peringkat Dewan Undangan Negeri dan sebagainya. Jadi, sebab itu biar dia lebih komprehensif melibatkan semua Ahli-ahli Parlimen Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan juga Dewan Undangan Negeri.
Tuan Yang di-Pertua, selain apa yang diperkatakan tadi tentang pelbagai keperluan untuk mengadakan pindaan ini ataupun undang-undang ini bagi negara kita Malaysia.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Saya ingat pada hari ini rakyat harus melihat langkah-langkah yang telah diambil seperti mana yang telah dinyatakan oleh rakan saya daripada Yang Berhormat Kota Raja yang menyatakan tentang niat baik pihak Pakatan Harapan bersetuju dengan mengadakan MOU itu. Ia sangat-sangat penting kerana pada ketika ini negara ini berhadapan dengan krisis kesihatan, krisis ekonomi dan sebagainya, kita memerlukan kestabilan tetapi janganlah ada pihak-pihak yang masih lagi meneruskan dengan berpolitik atau mempolitikkan perkara ini. Khususnya dengan hal-hal berkaitan dengan MOU yang hari ini kita lihat kebaikannya. Kalau kita dapat wujudkan akta ini, tentunya kita dapat bersama-sama untuk mewujudkan satu suasana stabil di negara kita ini dan akhirnya kita sebagai parti-parti politik, akhirnya kita akan didorong dengan dasar-dasar yang kita ingin perkenalkan dan sebagainya.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, minta laluan Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Silakan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua izinkan saya. Saya terpanggil dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tuaran tadi. Saya hendak tanya pendapat daripada Yang Berhormat Tuaran. Kita sebut berkenaan dengan wujudnya MoU yang menjadikan komunikasi antara kita dan pihak kerajaan lebih mudah.
Di sini kita lihat apabila ada cadangan untuk pindaan Perlembagaan khususnya cadangan yang telah pun dibentangkan hari ini, pindaan kepada Artikel 10(3) Perlembagaan Persekutuan, kita lihat bagaimana definisi yang telahpun dikemukakan, dicadangkan itu terlalu luas. Akan tetapi dengan adanya MoU ini, kita dapat berbahas, berbincang dengan pihak kerajaan supaya kita bersama-sama meneliti bagaimana kita boleh perketatkan apa yang disebutkan dalam artikel ataupun pindaan ini supaya ia lebih menjurus kepada apa yang kita perlu di dalam pindaan ataupun di dalam kita menggubal Akta Antilompat Parti.
Jadi di situ kita lihat kebaikan MoU ini. Kita ada satu peluang ataupun mekanisme di mana kita dapat memberikan pandangan kita. Kita hendak ubah definisi. Kita hendak deal dengan aturan 48(6) dan sebagainya. Ini menjadi satu, pada saya, pentas yang membolehkan kita ini membawa undang-undang efektif di dalam Dewan yang mulia ini supaya kita dapat melihat pembentangan Akta Antilompat Parti. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat Tuaran bahawa melalui kerjasama yang kita lihat di dalam MoU ini barulah melihat kita dapat melihat pindaan-pindaan yang perlu di mana ada keperluan untuk kita melihat kembali juga, ada pentas ataupun ada mekanismenya. Inilah satu kebaikan yang kita lihat yang kita dapat capai bersama-sama melalui MoU yang kita menandatangani dengan pihak kerajaan tempoh hari. Apakah pendapat Yang Berhormat Tuaran?
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Tuan Yang di-Pertua, masukkan pertanyaan tersebut sebagai sebahagian daripada ucapan saya sebab saya bersetuju dengan apa yang dinyatakan.
Itulah sebenarnya yang saya ingin nyatakan bahawa MoU itu penting. Pada hari ini, terbukti bahawa dengan pembentangan ini, walaupun kita telah melalui satu proses yang agak rumit, yang panjang libat urus dan sebagainya, tentunya telah banyak isu-isu yang telah perlu pertimbangan kerana ia melibatkan hak kita sebagai wakil-wakil rakyat, melibatkan hak rakyat dan sebagainya tetapi kita sampai ke tahap ini.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Saya bersetuju. Saya sangat berharap agar Select Committee atau Jawatankuasa Pilihan Khas yang telah ditubuhkan itu dapat menjalankan tugas sebaik- baik mungkin dan kita dapat bentangkan di Dewan ini secepat yang mungkin. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Julau. Silakan.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan saya peluang untuk berbahas mengenai usul untuk meminda Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang banyak menyentuh mengenai soal keanggotaan atau keahlian seseorang individu di dalam sebuah organisasi politik.
Saya melihat pindaan undang-undang ini adalah satu langkah yang straightforward dan hala tujunya jelas. Namun demikian, pelbagai implikasi besar yang mungkin boleh berlaku menerusi pindaan ini di mana yang akan datang sebelum kita betul-betul mula bersedia untuk menggubal satu akta mencegah lompat parti yang akan dibentangkan dalam masa terdekat selepas persetujuan daripada Select Committee.
Tuan Yang di-Pertua, setelah meneliti draf pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 10 ini, ada beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan. Pertamanya, saya melihat pindaan ini adalah satu pindaan yang jelas untuk dikenakan ke atas ahli wakil rakyat yang telah memenangi pilihan raya tidak kira sama ada di Parlimen ataupun di DUN. Pindaan ini berkuasa untuk menentukan sesuatu status atau kedudukan seorang ahli wakil rakyat itu sekiranya mereka tiba-tiba mengambil keputusan untuk keluar atau resign, dengan izin daripada parti.
Selain daripada Dewan Rakyat, kita semua sedia maklum bahawa Ahli Parlimen ini juga turut dianggotai oleh Ahli Dewan Negara. Komposisi Ahli Dewan Negara ini, selain daripada warga-warga teknokrat yang dilantik, ada juga dalam kalangan Senator yang datang daripada pencalonan parti politik itu sendiri. Oleh yang demikian, Ahli Senator Dewan Negara daripada pencalonan parti patut disertakan juga.
Kedua, saya juga ingin mendapat penjelasan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab persoalan saya mengenai satu situasi yang pernah berlaku di dalam negara kita ini ketika pilihan raya. Seperti mana kita lihat dalam pilihan raya yang lepas, berlaku rundingan antara sesama parti mengenai penggunaan logo parti untuk bertanding dalam pilihan raya.
Ada wakil calon daripada parti lain meminjam logo daripada parti lain untuk bertanding dan mempengaruhi keputusan pengundi di sesuatu kawasan. Sekiranya calon yang meminjam logo daripada parti lain dan beliau memenangi kerusi tersebut, apakah status calon tersebut? Dia calon daripada parti asal dia atau dia adalah calon daripada parti dipinjam logonya? Perkara ini harus jelas kerana kekeliruan mengenai status parti seseorang individu tidak boleh berlaku pada masa yang akan datang sekiranya berlaku pembelotan ataupun tindakan untuk menukar parti, bagaimanakah status mereka ditentukan?
Perkara tiga yang ingin saya bangkitkan di sini Tuan Yang di-Pertua, sekiranya calon daripada sesuatu parti itu di mana partinya terpaksa berhadapan dengan tindakan deregistered, dengan izin oleh Registrar of Societies (ROS) secara teknikalnya calon tersebut boleh dianggap sebagai calon bebas jika partinya benar-benar tidak lagi sah.
Adakah beliau perlu untuk mengosongkan kerusinya? Bagaimanakah pula jika partinya mengambil keputusan untuk bergabung dengan parti lain demi memastikan mereka boleh terus survive, dengan izin, apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah mereka perlu bertanya semula dengan mengambilkan kuasa kepada rakyat atau mereka dibenarkan untuk membuat gabungan dengan parti-parti lain?
Keempat, bagi ahli Yang Berhormat yang mengenai kerusi daripada bebas, saya rasa Tuan Yang di-Pertua, mereka sepatutnya diberikan pengecualian. Ini adalah sebab mandate mereka adalah daripada rakyat. Mereka menang atas kerusi mereka kerana of
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
their own personal credibility, bukan daripada parti. Bukan mereka guna logo parti, bukan mereka guna slogan ataupun naratif parti, bukan mereka terima funding daripada parti tetapi untuk daripada nama mereka sendiri.
So, saya rasa ini pun tidak berlaku selalu dalam sejarah kita. Di dalam PRU14 ini kita boleh melihat tiga orang ahli rakyat di dalam Dewan yang mulia ini boleh menang di atas tiket bebas. So, saya pun nampak kita dalam undang-undang ini, kita tidak kira, tidak termasuk orang yang memang atas bebas kerana di sebelah sana adalah pembangkang [Merujuk kepada blok pembangkang] , sebelah sini adalah orang kerajaan [Merujuk kepada blok kerajaan], tetapi tidak ada wakil untuk orang bebas di dalam Select Committee. Kita tidak boleh, we shouldn’t take the opportunity to block them from allowing them to be associated with any other party after they win atas calon tiket bebas.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat...
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
So, saya rasa this is something yang penting.
[Disampuk]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Boleh tanya soalan?
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Minta maaf, saya ada dua minit sahaja. Saya rasa ini adalah sesuatu isu yang penting kerana apabila kita nampak di dalam pilihan raya ini dan pilihan raya yang akan datang, tiap-tiap kali ada ratusan orang bebas bertanding. Kita mesti consider their interest because their interest is the aspiration of rakyat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, kalau bebas kena kekal bebas Yang Berhormat. Tidak boleh lompat sini, lompat sana, kena kekal bebas...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Apa yang penting undang- undang ini...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Baru ada prinsip!
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
No, no Yang Berhormat. Kita mesti melihat bahawa ini- the law is here not to protect the party but to protect the mandate of the people. Itu yang penting. The mandate of the people. Selalunya bila mereka orang Bebas yang berdiri...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, you cannot play with the mandate of the people!
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tolong.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Apa yang penting kita mesti tahu, kenapa rakyat undi orang Bebas. Bukanlah mereka tidak ada prinsip tetapi kita mesti tahu, orang Bebas menang atas tiket Bebas, kerana they have own credibility, their own political stand and most of the time, they always going to form their own judgements to move on to next party- political party. Itulah asas daripada asal...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, there is a different between independent and a frog Yang Berhormat. Cannot be a frog...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
From the history, daripada sejarah kita Malaysia, has always been a case. Ya, kita sekarang hari ini I believe, saya setuju dengan akta ini. Saya setuju 100 percent but kita mesti bagi pengecualian kepada orang Bebas because their situation is different from orang yang menang atas watikah parti. Akhir kata dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong pindaan ini dan berharap ia akan diluluskan secara majoriti 2/3 partisanship. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Julau. Seterusnya, Yang Berhormat Muar. Lapan minit selaku Ketua Parti, Yang Berhormat.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rata-rata apabila saya berbual dan berdiskusi dengan anak-anak muda tidak kira dalam ataupun luar universiti, mereka berkongsi pengalaman yang sama dan pandangan yang sama berkenaan landskap politik negara. Bahawa mereka ingin menjauhi politik, mereka benci politik dan mereka muak dengan ahli politik.
Ini tidak kira parti UMNO kah, pembangkang, kerajaan dan bebas, ia melibatkan semua kerana mereka melihat politik itu sebagai politik yang tidak berprinsip, yang didorong oleh kuasa, pangkat dan wang. Apabila mereka ada fahaman seperti itu, demokrasi di Malaysia secara keseluruhan menjadi semakin lemah. Di mana anak-anak muda yang akan mewarisi negara tercinta akhirnya mengibarkan bendera putih awal, tidak ingin menyertai proses pengundian kerana mereka melihat ahli politik yang mereka undi akhirnya boleh lompat pada bila-bila masa.
“Buat apa saya ingin keluar mengundi apabila akhirnya undian saya itu akan dibazirkan kerana politik pangkat, wang dan kedudukan.” Mereka yang tidak melompat akan diugut, tawaran untuk disogok dan mereka yang tidak berprinsip dengan melompat ditawarkan Menteri, jawatan GLC dan beg-beg duit. Politik yang tidak berprinsip ini perlu diberhentikan dan jalan terbaik ialah dengan sokongan kepada akta ataupun pindaan Perlembagaan yang telah dibawa melalui usaha dwi-partisan ini.
Saya ingin berkongsi kisah peribadi kerana ‘Langkah Sheraton’ itu sendiri yang membawa kepada pengenalan akta ini melibatkan parti yang saya pernah asaskan pada satu ketika dahulu. Parti yang saya yakin bersama-sama dengan Pakatan Harapan akhirnya berjaya mencipta sejarah yang baharu pada tahun 2018, di mana kekuatan itu dikongsi bersama dan kelemahan itu turut dikongsi bersama.
Akan tetapi selepas kekalahan beberapa pilihan raya kecil ada beberapa pihak yang mula menukar pandangan dan percaya bahawa, jikalau kita tidak angkat kaki sekarang, akhirnya lenyaplah parti itu apabila pilihan raya umum yang akan datang.
Prinsip saya kekal. Walaupun kita tewas, lebih baik kita tewas di tangan rakyat kerana jawatan Menteri, Ahli Parlimen itu hanya sementara, dan biarlah kita kalah tetapi kalah bermaruah, daripada kita menang dengan membelakangkan mandat rakyat itu.
Saya ingat pada peringkat tersebut, saya ingatkan dan nasihatkan sahabat- sahabat saya, apabila kita menikam kawan, akhirnya kita juga yang akan ditikam dan sejarah telah terbukti, yang menikam akhirnya ditikam semula. Saya kongsi ini bukan kerana saya ingin memperlekeh sahabat-sahabat yang lama tetapi sekadar untuk mengingatkan ahli-ahli politik muda, atau mereka yang ingin menyertai politik pada masa yang akan datang.
Saya berharap dengan pindaan akta ini, tidak perlu lagi sejarah hitam ini berulang kerana akhirnya kita dapat mengangkat politik yang matang, bermaruah, tidak perlu ugut mengugut, tidak perlu tawar menawar kerana akhirnya kuasa itu terletak di tangan rakyat dan akhirnya dikembalikan semula kepada rakyat, dan bukan kepada segelintir pencatur elit politik semata-mata. Kepada mereka yang sudah diugut, pernah diugut atau akan diugut, nasihat saya agar berani kerana benar, kerana kita hanya sekadar kenderaan kepada aspirasi rakyat.
Kepada mereka yang mengugut, bertaubatlah kerana akhirnya kuasa Allah dan kuasa rakyat itu jauh lebih besar, dan akhirnya timbal balas itu tidak datang daripada manusia tetapi akan datang juga. Oleh sebab itu, melalui akta ini...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bangun]
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Beri laluan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, saya minta laluan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Sila.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Yang Berhormat Muar.
Tuan Yang di-Pertua, pada 9 Februari tahun ini, ada satu kenyataan dikeluarkan oleh Ketua SPRM yang berbunyi sebegini, “Sukar buktikan tawaran wang kepada Wakil Rakyat lompat” dan dalam rencana itu Ketua SPRM menerima bahawa- SPRM menerima report yang telah pun dibuat terhadap Wakil Rakyat di mana ia menyatakan bahawa Wakil Rakyat itu melompat kerana diberikan tawaran kewangan. Itu satu.
Keduanya Tuan Yang di-Pertua, kita juga ada keadaan-keadaan di mana seseorang itu lompat kerana beliau diugut akan diambil tindakan untuk kes-kes tertentu dan sebagainya di mana laporan-laporan dibuat. Ini ialah satu kenyataan yang kita lihat, saya boleh namakan dua atau tiga daripada Ahli-ahli Parlimen yang telah pun dengan cukup jelas menyatakan bahawa mereka disiasat dan diugut kalau tidak memberi sokongan kepada pihak-pihak tertentu maka tindakan akan diambil terhadap mereka.
Tuan Yang di-Pertua, jadi kita bincang berkenaan dengan Akta Antilompat Parti.
Lompat parti itu boleh berlaku apabila seseorang itu secara sukarela hendak lompat parti tetapi ada juga keadaan di mana seseorang itu secara tidak sukarela, kerana ada ugutan, kerana ada bayaran dan sebagainya beliau lompat parti.
Jadi, saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Muar, apakah kita juga harus melihat kepada keadaan sedemikian? Di mana seseorang itu di bawah ugutan ataupun diberi sogokan untuk lompat parti, dalam hal kita bincangkan perlunya kita ada undang-undang yang menyekat apa yang kita sebutkan- kegiatan lompat parti sedemikian rupa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih. Yang Berhormat Puchong, saya ada dua jawapan.
Kepada sahabat-sahabat saya yang amanah dan berintegriti dalam SPRM dan ramai di antaranya begitu, jalankan amanah dengan baik. Jangan sesekali cepat tunduk kepada si pencatur kuasa...
[Tepuk] Ini kerana masa akan membuktikan bahawa kebenaran itu akhirnya akan menang. Mungkin bukan pada tahun 2020 tetapi pada tahun 2025 ataupun tahun 2030.
Contohnya mudah, sebelum pilihan raya keempat belas mereka atau segelintir, bukan semua di SPRM berkata bahawa, tidak ada salah laku langsung. Mereka sudah berjumpa dengan penderma Arab tetapi sebaik sahaja tamat pilihan raya, tukar terus dan sampai ke hari ini kekal pendirian mereka dan di mahkamah sebegitu.
Oleh sebab itu, kebenaran akan menang juga, dan saya berharap ahli yang di dalam SPRM itu sendiri, pemimpin yang baik, amanah dan integriti yang harus diangkat dan mereka yang bersekongkol akhirnya akan dibogelkan juga dengan kebenaran pada masa yang akan datang.
Kedua, berkenaan politik, ugut mengugut ini. Saya rasa dalam bab ini nasihat saya sama juga iaitu kita lihat mereka yang ditekan untuk melompat akan terus ditekan tetapi mereka yang melompat akan diangkat dan diberikan jawatan dan kemewahan. Oleh sebab itu Akta Lompat Parti ini penting kerana apabila ada kestabilan tidak wujud lagi keperluan untuk si pencatur kuasa untuk menggunakan atau, dengan izin, to weaponized democratic institution to consolidate their own personal interest. Oleh sebab itu, saya berharap Akta Lompat Parti ini ialah permulaan kepada banyak lagi reforms yang akan datang. Mesej saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, pertama sekali, tahniah kerana berjaya untuk menyatukan kerajaan dan pembangkang melalui usaha dwi-partisan untuk mengangkat Akta Lompat Parti ini.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Akan tetapi, harapan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah supaya kita tidak terbantut hanya dengan reform ini. Jikalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh jadi Perdana Menteri yang pertama bukan sahaja berjaya
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
meluluskan Akta Antilompat Parti tetapi turut untuk membawa Akta Pendanaan Politik- Political Funding Act supaya akhirnya kita dapat membersihkan Malaysia landscape politic daripada politik wang, percaturan elit dan akhirnya kita dapat mengembalikan semula kuasa kepada rakyat. Kurangkan pengaruh wang, kuatkan kuasa rakyat.
Saya rasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berada di kedudukan yang terbaik. Usually in times of crisis will a person be truly tested, and that test will make our country stronger. Saya berharap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat menyahut cabaran ini. Tahniah, dan saya berharap pembaharuan ini akan terus dibawa kerana kita masih ada lagi to reset Malaysia, selamatkan Malaysia bukan untuk parti politik tetapi untuk rakyatnya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Seterusnya Yang Berhormat Jerlun. Silakan, lapan minit.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Jerlun juga berdiri di sini untuk setuju secara prinsipnya perlu ada undang-undang untuk menghindari daripada aktiviti lompat parti yang boleh menjatuhkan kerajaan khususnya kalau ada unsur-unsur sogokan seperti jawatan kerajaan, GLC atau habuan-habuan yang lain.
Sebenarnya tindakan lompat parti ini memberi lebih banyak kesan kepada sebuah kerajaan kerana kerajaan itu boleh tumbang jika Ahli Parlimen daripada pihak kerajaan itu sendiri yang menyeberangi lantai. Lompat parti daripada pembangkang pula seperti mana yang berlaku dari UMNO ke Bersatu hanya menambah jumlah Kerusi Parlimen di pihak kerajaan. Kita mesti ingat secara lazimnya pembangkang tidak boleh jatuh, hanya kerajaan yang boleh tumbang.
Tindakan lompat parti ini kerana sogokan adalah gejala yang paling berbahaya yang mengancam demokrasi negara ini. Namun, sangat penting diperhalusi butiran- butiran dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan ini dan penggubalan rang undang- undang baharu supaya ia betul-betul tepat mengambil kira semua kemungkinan dan mencapai matlamat.
Ironisnya, kerajaan yang pada hari ini ingin membentangkan pindaan Perlembagaan juga terbentuk kerana tindakan lompat sebilangan Ahli Parlimen daripada gabungan Pakatan Harapan pada Februari 2020 waktu mana lebih kurang 41 Ahli Parlimen daripada Bersatu dan PKR merentas lantai untuk tubuhkan gabungan baharu Perikatan Nasional khususnya bersama UMNO, PAS dan GPS. Kami di Pejuang sangat berharap tidak ada klausa di mana Ahli-ahli Parlimen yang dipecat dari parti kerana enggan turuti tindakan parti untuk lompat daripada satu gabungan ke satu gabungan yang lain juga perlu mengosongkan kerusinya dan dilaksanakan pilihan raya kecil.
Tidakkah bila sebuah parti lompat, itu juga boleh dianggap sebagai mengkhianati mandat rakyat? Kenapakah Ahli Parlimen yang tidak turuti tindakan parti untuk melompat itu pula yang perlu mengosongkan kerusi kerana dipecat walhal mereka tidak mengkhianati mandat rakyat pada pilihan raya umum? Ini yang telah berlaku kepada enam daripada kami yang asalnya daripada Bersatu.
Perbahasan hari ini menyatakan bahawa, Ahli Parlimen mesti akur kepada keputusan partinya sendiri. Akan tetapi kita perlu ingat, pada Julai dan Ogos 2021, seramai 15 orang Ahli Parlimen daripada UMNO yang dikepalai oleh Yang Berhormat Bagan Datuk sendiri telah tarik sokongan daripada Yang Berhormat Pagoh sebagai Perdana Menteri, walhal ada 27 lagi Ahli Parlimen UMNO yang tidak turuti tindakan Presiden parti mereka.
Jadi, siapakah yang dianggap mengikut ketetapan parti? Sebenarnya apa ketetapan UMNO ketika itu? Kesudahannya, seperti mana yang kita tahu, Ahli Parlimen Bera daripada UMNO juga yang menjadi Perdana Menteri baharu.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Jerlun sangat mengharapkan semua di antara kita ikhlas dalam mengehendaki undang-undang ini dan tiada yang akan sengaja gunakan peluang ini untuk memaksa Dewan Rakyat ini dibubarkan sebelum lompat parti tidak dikekang melalui undang-undang baharu bagi meyakinkan rakyat. Seperti mana yang kita dengar tadi, ramai di kalangan rakyat tidak yakin dengan sistem demokrasi kita apabila tindakan lompat-melompat ini masih lagi dibenarkan.
Kita boleh agak siapa agaknya yang akan untung jika pilihan raya umum diadakan dengan peratusan keluar mengundi yang rendah kerana rakyat tak yakin dengan sistem demokrasi yang tergugat gejala lompat ini.
Jerlun mengalu-alukan usaha untuk pinda Perlembagaan sesuai dengan rang undang-undang anti-lompat parti setelah diperincikan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang. Kami sangat berharap Pejuang juga akan dijemput untuk menyertai perbincangan ini dan kita akan lakukan yang terbaik untuk pastikan bahawa gejala lompat-melompat ini tidak sampai ke tahap boleh menjatuhkan kerajaan ataupun menggugat demokrasi yang kita amalkan dalam negara kita ini.
Suka juga saya menyentuh mengenai apa yang telah dibangkitkan rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain yang telah bahas sebelum ini. Kadang-kadang tindakan melompat itu adalah berlaku atas sebab-sebab tertentu. Ada kalanya seorang Ahli Parlimen itu cuai di dalam mengendalikan urusannya ataupun tanggungjawabnya mewakili partinya sendiri ataupun terlibat dengan jenayah-jenayah yang tertentu yang menyebabkan partinya memecat dia daripada parti. Maka sudah tentu Ahli Parlimen seperti itu seharusnya mengosongkan kerusinya, dan dilaksanakan pilihan raya.
Ada pula keadaan di mana Ahli Parlimen itu sendiri yang tidak lagi setuju dengan ketetapan kepimpinan partinya. Contohnya, kalaulah didapati bahawa kepimpinan partinya melakukan curang seperti kleptokrasi dan sebagainya, partinya sendiri tidak mengambil tindakan terhadap kepimpinan parti dan rakyat yang mengundi Ahli Parlimen tersebut juga rasa sangsi dengan keadaan itu dan mendesak supaya Ahli Parlimen itu lompat atau keluar daripada partinya.
Jadi dalam keadaan seperti ini, adakah patut Ahli Parlimen yang ingin menegakkan prinsip, yang ingin menegakkan integriti itu pula yang diambil tindakan untuk mengosongkan kerusi?
Jadi inilah antara perkara-perkara yang saya fikir perlu diperhalusi oleh Jawatankuasa Pilihan Khas yang bakal membincangkan mengenai rang undang-undang anti-lompat parti ini. Moga-moga ia akan membawa kebaikan kepada semua dan sistem demokrasi yang kita amalkan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Seterusnya Yang Berhormat Batang Lupar. Lima minit, Yang Berhormat.
Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Keluarga Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas kesempatan yang diberikan pada Batang Lupar mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan dengan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 berkaitan Perkara 10(3).
Terlebih dahulu, setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada kerajaan terutamanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob atas keutamaan yang diberikan kepada pindaan ini dan ia menjadi hari yang cukup bersejarah di mana dengan pindaan yang dicadangkan akan membolehkan suatu rang undang-undang anti-lompat parti digubal kelak.
Tuan Yang di-Pertua, isu lompat parti bukanlah perkara baharu di negara ini kerana tindakan bertukar parti ini telah menyebabkan kejatuhan kerajaan antaranya di Terengganu pada tahun 1962, di Sarawak pada tahun 1966, di Kelantan pada tahun 1977
Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
dan Kerajaan Persekutuan dua tahun lalu sehingga menyebabkan ketidakstabilan yang kronik kepada negara bukan sahaja kepada aspek politik malah ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Pindaan bagi rang undang-undang ini jelas bertujuan bagi membolehkan sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan dikenakan terhadap Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri yang mana sekatan menerusi undang-undang Persekutuan itu ditetapkan berkait keahlian dalam parti politik.
Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang bakal kita lakukan sekarang, pembentukan RUU Akta Antilompat Parti pasti kelak menyusul seperti mana desakan daripada kebanyakan kita dan juga rakyat. Saya melihat bahawa kemasukan Fasal 3(a) ini bertujuan bagi membolehkan sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang berhubungan dengan keahlian dalam parti politik Ahli Dewan Rakyat dan ADUN yang boleh juga dikenakan oleh undang-undang Persekutuan.
Isunya di sini, selagi Perlembagaan ini tidak dipinda, pembentangan RUU yang berkaitan antilompat parti tidak boleh diteruskan kerana undang-undang jelas menyatakan bahawa mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan, maka secara automatik ia akan terbatal dan tidak sah.
Jadi, jelas di sini bahawa pindaan Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan menjadi titik permulaan untuk suatu RUU Antilompat Parti diangkat di Dewan yang mulia ini nanti insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, menjadi harapan saya agar RUU ini dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan kredibiliti kerajaan tidak terhakis yang jelas turut memperuntukkan perkara ini di dalam MoU secara bipartisan sebelum ini. Rata- rata kita dapat melihat bahawa rakyat mahu RUU dikuatkuasakan sebelum PRU15.
Justeru, kerajaan harus memastikan segala perbezaan pendapat mengenai rang undang- undang ini diatasi dan ia diluluskan pada kadar segera bertitik tolak dengan pindaan pada hari ini.
Bagi saya keputusan tidak membentangkan Rang Undang-undang Antilompat Parti pada mesyuarat khas Dewan Rakyat hari ini bagi memberi laluan kepada pindaan Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mencerminkan ketelitian kerajaan.
Langkah memberi keutamaan kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan penggubalan punca kuasa di bawah Perkara 10 bagi memberi kuasa untuk penggubalan akta baharu berkaitan larangan Wakil Rakyat bertukar parti bukanlah bermaksud kerajaan bermain tarik tali. Saya bersama kepimpinan Sarawak di bawah Yang Amat Berhormat Premier Tan Sri Datuk Patinggi Dr. Abang Haji Abdul Rahman Johari Tun Abang Haji Openg dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut bersama menyokong penuh RUU yang akan dibentangkan sebentar nanti.
Oleh sebab itu keputusan secara bersama dengan bersetuju melalui pembentangan RUU ini adalah sangat saya harapkan, mengambil kira semangat bipartisan dengan mengetepikan fahaman politik demi kesejahteraan dan kestabilan negara. Justeru Tuan Yang di-Pertua, Batang Lupar menyokong Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) (No. 3) 2022 berkaitan Perkara 10(3). Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Batang Lupar. Seterusnya Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Silakan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan Yang di-Pertua.
Pertamanya, saya bersyukur kerana akhirnya usaha permulaan ke arah mengadakan satu undang-undang bagi mengawal antilompat parti ini diadakan. Ini kerana sejak beberapa minggu kebelakangan ini tajuk ini semacam menjadi roller coaster, dengan izin. Sekejap jadi, sekejap tidak jadi. Tarikh hari ini, dipinda hari ini.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Akan tetapi, hari ini terhenti. Roller coaster itu terhenti dan ada clarity, ada satu kepastian ke mana jalur yang hendak kita tuju. Jadi, apabila kita sudah sampai ke tahap ini, saya harus nyatakan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Bera dan juga Yang Berhormat Menteri kerana pertama, berpegang kepada prinsip MoU yang isi kandungannya termasuklah komitmen untuk mengadakan akta ini.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai orang yang terlibat secara langsung bagi pihak Pakatan Harapan, bermula dengan MoU membawa kepada terbentuknya Jawatankuasa Pemandu dan kemudian Jawatankuasa Teknikal, saya dapati bahawa sesi libat urus itu sebenarnya sangat menyeluruh dan hampir kesemua yang dilibat urus itu bersetuju peri pentingnya akta ini diadakan dan memahami tentang sentimen rakyat yang mengehendakinya itu berlaku.
Perkara yang berbeza, cuma daripada segi takrif ataupun definisi hopping atau lompat itu. Sebab itu di peringkat perbincangan itu ada beberapa kategori yang kita bincang dan itu sudah tentu tertakluk kepada perbincangan di peringkat selanjutnya.
Pertama, yang kita bersetuju seorang individu Ahli Parlimen tinggalkan parti sendiri masuk parti lain; yang itu semua setuju untuk kita masukkan dalam perkara sebagai berlaku lompat parti.
Kedua, kedudukan tentang Ahli Parlimen yang dipecat; secara prinsip dia dipecat seperti diulas oleh Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Jerlun tadi ataupun seseorang yang dipecat kerana mengundi di dalam Parlimen bertentangan dengan keputusan Whip partinya. Masih ada, contohnya New Zealand, Britain, India dan sebagainya. Masih ada ruang dan kita masih ada masa.
Ketiga, seorang Ahli Parlimen yang menang daripada satu parti kemudian pilih jadi parti Bebas ataupun MP bebas ataupun seorang individu Ahli Parlimen Bebas kemudian menyertai satu parti politik. Ini antara syor yang kita sudah mulakan dan sudah sampai tahap itu. Di sana juga perbincangan ikut berbicara tentang kalau sesebuah parti itu terbubar, adakah Ahli Parlimennya kekal ataupun dianggap lompat juga sebab dia sudah jadi Bebas, umpamanya. Perkara yang itu kita anggap tidak boleh masuk dalam kategori hopping sebab itu berkaitan dengan parti.
Parti politik yang meninggalkan satu- badan gabungan. Katalah hari ini dengan izin, PAS gabungan Perikatan Nasional. Esok lusa memilih masuk Barisan Nasional. Itu pun kita bincang apakah perlu dianggap hopping ataupun tidak. Sementara Senator disebut oleh Yang Berhormat Padang Rengas itu ikut disyorkan termasuk, kita berbincang bahawa ahli majlis tidak tertakluk dalam perkara ini sebab kita ada tiga peringkat kerajaan sebab di peringkat PBT tidak berlaku pilihan raya. Mesej saya Tuan Yang di-Pertua, perbincangan kita sangat menyeluruh. Apabila kita bersetuju dengan pembentukan PAC pada hari ini, saya percaya proses PAC ini menjadi ringan dan tidak terbeban kerana kita tidak bermula dengan zero, kita tidak bermula dengan vakum.
Sebab itu apabila komitmen diberi oleh kerajaan untuk mengadakan satu sidang khas pada akhir Mei, saya anggap ia satu tempoh yang agak munasabah untuk kita lakukan bersama. Komitmen Pakatan Harapan Tuan Yang di-Pertua, kalau nanti diluluskan di peringkat Parlimen melalui pindaan Perlembagaan dan juga meluluskan Rang Undang-undang Antilompat Parti, pendirian kita tidak berubah, kita kekal menyokong usaha untuk mewujudkan undang-undang ini melalui two tiers; pinda Perlembagaan kemudian lulus rang undang-undang; ataupun one tier, itu tidak jadi isu.
Bahkan komitmen kita akan mengusahakan pula negeri-negeri di bawah kawalan Pakatan Harapan untuk segera pula meluluskan enakmen di peringkat negeri, macam Pulau Pinang sudah lulus, Selangor, Negeri Sembilan atau negeri-negeri yang kami ada wakil rakyat, komitmen kami untuk rakyat di luar sana kita akan berusaha untuk mewujudkan pula undang-undang di peringkat negeri sejurus selepas kelulusan diperoleh di peringkat Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua, kesemuanya ini, penutup saya ialah kerana kita sedar secara prinsipnya seperti diungkap oleh ramai rakan Ahli Yang Berhormat yang lain, perbuatan lompat parti itu sebenarnya mengkhianati mandat rakyat dan mencemar prinsip demokrasi dan ia membawa kepada ketidakstabilan politik dan itulah yang kita alami pada
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
penggal ini. Oleh sebab itu, saya percaya mewakili Parti Keadilan yang agak parah terpukul kerana ahli Parlimennya keluar. Begitu juga dengan rakan-rakan saya daripada UMNO.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Saya percaya inilah masanya untuk kita memulakan langkah ini dan meneruskan sehingga berjaya. Insya-Allah sebelum sidang ini tamat, pada hari ini juga Pakatan Harapan dan blok pembangkang, kita akan menamakan lima orang wakil kita seperti mana yang dipersetujui dalam pertemuan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pagi tadi untuk menganggotai Jawatankuasa Khas ini bagi melunaskan tanggungjawab dan urusan mereka sehingga membolehkan sidang khas dipanggil nanti untuk mewujudkan Akta Antilompat Parti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sibuti ingin mengambil bahagian untuk membahas berkenaan tentang suatu akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan pada hari ini yang berhubung kait dengan Rang Undang-undang Antilompat Parti. Juga, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Muar bahawa ramai di kalangan anak-anak muda dan juga masyarakat ketika ini sudah muak dengan keadaan politik semasa.
Kita baca sahaja komen-komen yang terdapat di kalangan netizen, setiap kali mencaci tidak kira parti kerajaan ataupun politik pembangkang. Juga saya mewakili GPS Sarawak ingin berkongsi berkenaan tentang pandangan Akta Antilompat Parti ini. Juga apa yang saya ingin tanya kepada kerajaan adalah bagaimanakah status kepada parti yang berpecah dan juga telah mewujudkan satu parti baharu dan adakah mereka dianggap sebagai lompat parti?
Juga, Rang Undang-undang Antilompat Parti ini adalah harus dilaksanakan memandangkan kita tidak ingin membiarkan personalism di dalam parti politik semasa.
Juga berkenaan tentang cadangan daripada Yang Berhormat Julau yang mempertahankan kedudukan beliau sebagai seorang Ahli Parlimen Bebas kerana dipilih oleh rakyat, saya melihat adalah wajar untuk mendefinisikan kedudukan Ahli Parlimen Bebas di mana apakah yang berlaku sekiranya Ahli Parlimen Bebas tersebut membentuk suatu parti baharu dan juga menyertai parti-parti kerajaan ataupun menyertai parti kerajaan. Adakah mereka dianggap sebagai lompat parti?
Juga saya ingin bertanya kepada Menteri, bagaimana status kepada sebuah parti yang keluar daripada coalition sesuatu parti seperti apa yang berlaku kepada GPS ketika pada tahun 2018, kami keluar daripada Pakatan Harapan ataupun coalition Barisan Nasional dan tidak menyertai kerajaan dan juga mengisytiharkan friendly kepada mana- mana coalition, adakah ini juga dianggap sebagai lompat parti?
Itu adalah merupakan perkara-perkara yang telah banyak dibangkitkan dan juga komen-komen daripada pengundi-pengundi yang melihat bahawa sudah penting Akta Antilompat Parti ini dijalankan dan juga hari ini saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah mengambil pendekatan dan juga telah berbincang dan juga Menteri turut berjumpa dengan semua ketua parti untuk bertanyakan apakah pandangan-pandangan yang bersesuaian.
Juga saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Pengerang yang telah memperkenalkan ataupun mencadangkan recall remedy. Juga saya secara peribadi bersetuju sekiranya recall election ini dapat dimasukkan ke dalam Rang Undang-undang Antilompat Parti. Walaupun recall remedy ini akan menyebabkan kos yang meningkat untuk mengadakan by election, sekurang-kurangnya kita menyerahkan semula Kerusi yang Ahli Parlimen pegang tersebut kepada rakyat memandangkan rakyatlah yang memilih kita.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Juga berkenaan dengan pemecatan di dalam parti. Saya merasakan sebagai seorang Ahli Parlimen dan juga ahli politik, saya memerlukan parti adalah untuk mempunyai jentera, untuk mempunyai strategi, untuk bertanding dalam pilihan raya.
Sekiranya kita tidak berdisiplin dan juga tidak mematuhi arahan parti, sudah pasti kita tidaklah sesuai lagi berada di dalam parti tersebut.
Juga walaupun kita dipecat di dalam parti, saya sangat bimbang sekiranya rang undang-undang ini melibatkan pemecatan Ahli di dalam parti dan juga kehilangan Kerusi sebagai Ahli Parlimen, saya merasakan adalah wajar untuk Artikel 48(6) ini dimansuhkan.
Sekurang-kurangnya orang yang tidak dapat berdisiplin di dalam parti ataupun tidak bersetuju dengan arahan parti dapat keluar dan juga melepaskan Kerusi beliau dan bertanding semula dan dibenarkan tanpa halangan dalam Artikel 48(6) tersebut.
Dengan ini, saya rasa banyak pandangan-pandangan yang kita dapat dengar daripada Ahli-ahli Parlimen dan juga cukup kegeraman Ahli-ahli Parlimen untuk bersetuju dengan pindaan Perlembagaan pada hari ini dan seterusnya kita akan mengorak langkah untuk mengadakan satu rang undang-undang bagi kesejahteraan Malaysia pada masa hadapan. Itu sahaja daripada saya Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Teluk Intan.
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan Teluk Intan peluang untuk bangun membahaskan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan pada pagi yang penuh berkat ini.
Tuan Yang di-Pertua, demokrasi perkataan berasaskan daripada bahasa Greek iaitu demos kratos. Demos bermaksud rakyat dan kratos bermaksud peraturan, iaitu segala peraturan sepatutnya dilakar, dibuat demi kepentingan rakyat. Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln pernah berhujah, dengan izin, “*The only government legitimate in the world is the government by the people for the people and from the people”...
[Tepuk]* Jelas acara lompat-melompat sebenarnya telah membelakangi prinsip demokrasi.
Ia merupakan pengkhianatan kepada mandat rakyat. Apa dalih, alasan, semua tidak boleh diterima. Dalam konteks negara kita, bak kata pepatah Melayu berbunyi, *“Binatang pegang kepada tali, manusia pegang kepada janji, kerajaan pegang kepada integriti”...
[Tepuk]* Sekiranya sebuah kerajaan adalah sebuah kerajaan pintu belakang yang terdiri daripada jaguh katak, maka dia tidak mempunyai integriti.
Oleh itu, hari ini merupakan hari dalam sejarah. Teluk Intan ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri Undang-undang kerana menghormati dan melunaskan tanggungjawab di bawah Memorandum Persefahaman Transformasi Politik yang ditandatangani oleh pihak kerajaan dan Pakatan Harapan.
Seperti yang diumumkan pagi ini, sejak MoU ditandatangani, kerajaan telah memulakan proses libat urus sejak 23 November tahun lepas dan 12 kali libat urus telah pun diadakan. Terbukti tanpa MoU, saya rasa kita tidak akan adakan sidang khas pagi ini...
[Tepuk] Seperti yang dikatakan oleh Lao Tzu, the great philosopher of Chinese, “One thousand miles journey begins with a single step”. Langkah kecil Dewan Rakyat pagi ini merupakan satu langkah yang cukup besar dalam merombak dan menghidupkan semula semangat demokrasi, sistem negara kita yang tercinta ini. Kita perlukan langkah demokrasi, tetapi bukan langkah Sheraton.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya adalah amat penting sekali apa-apa pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan, bahasanya perlu spesifik, jelas tanpa keraguan dan menepati tujuannya. Oleh sebab itu, pindaannya bukan sahaja melibatkan perkara 10, ia juga haruslah masukkan Perkara 48(6), Jadual Kelapan dan juga perkara berkaitan lain termasuk akta persatuan supaya tujuan utama, tujuan murninya untuk memastikan supaya tidak ada lagi katak politik dalam negara kita.
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kita mengimbas kembali sejarah tanah air kita, sekurang-kurangnya lapan kali akibat kemaruk kuasa katak politik yang mengkhianati rakyat, lapan kali kerajaan negeri termasuk Persekutuan runtuh, jatuh akibat daripada perbuatan khianat tersebut. Ini bermula daripada mengikut ingatan saya, if my memory serves me correct. Ia bermula dari tahun 1962 di Terengganu, tahun 1977 di Kelantan, tahun 1994 di Sabah, tahun 2009 di Perak, tahun 2020 sekali lagi di negeri Perak Darul Ridzuan, tahun 2000 di Sabah dan termasuk ‘Langkah Sheraton’ pada tahun 2020.
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Maka, soal prinsipnya cukup penting. Sudah tiba masanya kita menghentikan kegilaan katak politik ini yang telah pun menjauhi tersasar daripada prinsip demokrasi berparlimen. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memastikan supaya sebagai penutup, sebelum kita mengakhiri persidangan pada pagi ini, saya ingin meminta jasa baik daripada Yang Berhormat Menteri Undang-undang, kita tidak sempat meluluskan akta yang begitu penting ini sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak yang suci, maka marilah kita memastikan tarikh persidangan khas akan datang diumumkan hari ini juga sempena Bulan Syawal...
[Tepuk] Ia mesti diumumkan untuk memberikan ketentuan certainty supaya tidak ada lagi spekulasi-spekulasi yang tidak diperlukan. Kedua, berkaitan dengan tarikh kuat kuasa.
Pindaan pagi ini telah pun jelas menunjukkan akta ini bermula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam warta.
Saya mahu kerajaan memberikan jaminan supaya tarikh kuat kuasa Akta Antiompat Parti ini wajib, bukan wajar- wajib dikuatkuasakan sebelum pembubaran Parlimen Dewan Rakyat ini.
Ketiga, amat penting sekali adalah sebenarnya sesi sidang khas ini juga termasuk kita ada usul untuk hadkan jawatan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada dua penggal. Saya berharap supaya pada sidang khas sempena Bulan Syawal yang penuh murni ini perkara ini juga akan dimasukkan supaya sidang khas tersebut, dengan izin, let the special session be really special for the right reason. Dengan ini, sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai silakan.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. *Bismillahi Rahmani Rahim, alhamdulillah...
[Membaca sepotong ayat al-Quran]* Tuan Yang di-Pertua, PAS dari awal lagi komited dengan antilompat parti ini.
Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 1991, telah meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi memperuntukkan bahawa mana-mana ADUN yang menjadi ahli sesebuah parti politik yang keluar parti, dipecat atau tidak lagi menjadi ahli parti itu atas apa-apa alasan dianggap hilang keanggotaan dalam DUN, dan Kerusinya adalah kosong.
Pada tahun 1992, Mahkamah Agung, pada waktu ini Mahkamah Persekutuan memutuskan undang-undang Antilompat Parti yang ada dalam Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan sebagai tidak sah kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 10(1)(c) berkaitan kebebasan berpersatuan. Dalam kes itu, dua Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan daripada Parti Melayu Semangat 46 melompat kepada Barisan Nasional.
Kerusi kedua-dua ADUN berkenaan diisytiharkan kosong dan pilihan raya kecil diadakan di kedua-dua DUN berkenaan. Mereka bertanding di atas tiket BN tetapi kalah.
Seterusnya, mereka mencabar peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan yang menghalang lompat parti, tetapi akhirnya mereka memenangi kes berkenaan dan kembali diisytiharkan sebagai ADUN oleh Mahkamah Agung, atau Mahkamah Persekutuan.
Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, pindaan Perlembagaan yang dicadangkan ini tepat pada masanya walaupun agak terkebelakang. Lebih 30 tahun yang lalu, setelah Dewan Undangan Negeri Kelantan meminda undang-undang tubuhnya. Terdapat kira-kira 41
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
daripada 193 buah negara yang mempunyai Undang-undang Anti Pembelotan antaranya India dan Singapura. Di Malaysia sendiri negeri Kelantan telah memulakannya dan Sabah dan juga Pulau Pinang yang telah cuba bereksperimen dengan undang-undang itu.
Tuan Yang di-Pertua, kes Kelantan ini telah menjadi precedence case sehinggalah ia menjadi antara sebab utama pada kali ini kenapa pindaan ini perlu dibuat walaupun terdapat dan berlaku dalam PAS lompat parti, khususnya pada tahun 2015 secara beramai-ramai daripada kalangan Ahli-ahli Parlimen dan ADUN, tetapi hakikatnya PAS berusaha melalui pelbagai cara bagi memastikan Wakil Rakyat PAS tetap beristiqamah dengan PAS dalam ketiadaan akta yang boleh mengikat Ahli-ahli Parlimen dan juga ADUN daripada melompat parti.
Contoh yang paling kuat dan kukuh yang menjadi sejarah sehingga ke hari ini ialah selepas PRU tahun 2004, Kerajaan Negeri Kelantan tetap bertahan sehingga tamat penggal pada tahun 2008 walaupun hanya dengan lebihan dua Kerusi, dan kemudiannya tinggal satu Kerusi selepas PRK Pengkalan Pasir pada tahun 2005. Walaupun terdapat salah satu Kerusi yang hanya menang dengan majoriti dua undi sahaja, tetapi boleh bertahan sehingga Parlimen dibubarkan dan DUN juga turut dibubarkan pada tahun 2008.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, bahawa di dalam Islam terdapat panduan jelas agar setiap kita tetap berpegang dan setia dengan amanat yang di janji yang diberikan dan tidak berlaku pembelotan kerana berat balasan di akhirat nanti. Antaranya ayat dalam Surah Al-Baqarah ayat 27, dalam Surah Al-Nahl ayat 91 dan juga ayat 92 yang mungkin saya baca satu iaitu antaranya... [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu merombak yakni mencabuli sumpah kamu...
[Disampuk]
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Boleh tanya, boleh tanya?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
*“...Dengan nama Allah sedangkan kamu telah menjadikan Allah sebagai penjamin kebaikan kamu.
Sesungguhnya Allah sahaja mengetahui akan apa yang kamu lakukan.”*
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Boleh tanya? Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Minta maaf Yang Berhormat masa tidak ada. Bahkan banyak ayat yang al-Quran yang menyelar tindakan...
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Apa yang pastinya DAP, Keadilan kenapa?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
...Melanggar janji dan ia ciri-ciri golongan Yahudi. Antara ayat 40 hingga 100...
[Disampuk]
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Menang atas Pakatan Rakyat, kemudian lari.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
...Surah Al-Baqarah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
PAS yang lari. Bukan mereka yang ditinggalkan itu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Kota Raja yang lari.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tuan Yang di-Pertua. saya tidak benarkan dan saya tidak izin. Saya tidak izinkan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tolong.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Tidak bolehlah macam itu.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Di akhir ucapan ini, saya ingin mencadangkan...
[Disampuk]
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Kita kena cari kemesraan, bukan...
[Rakaman kurang jelas]
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
...Beberapa cadangan kepada Dewan yang mulia ini ialah pertama...
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Saya bercakap saya hendak bantai orang boleh. Akan tetapi, saya tidak ambil line itu.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
...Ahli Parlimen, ADUN [Sistem pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pokok Sena...
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Dia makan cili, dia rasa pedaslah Yang Berhormat.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Selalu ustaz-ustaz PAS ini memang teruklah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pokok Sena, oh, sorry. Bukan, Yang Berhormat Kota Raja. Maaf...
[Ketawa]
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Dia makan cili lah itu.
Ahli Parlimen- ini cadangan saya Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak izinkan. Saya tidak ada masa Ahli Parlimen, ADUN ini cadangan saya kepada Dewan yang mulia ini, Ahli Parlimen atau ADUN sepatutnya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan untuk memberi alasan yang munasabah untuk pembelotan ataupun tukar parti. Jawatankuasa Pilihan mestilah dalam bilangan perwakilan yang ganjil termasuk Speaker, Jawatankuasa hendaklah mengundi sama ada Kerusi itu boleh dikekalkan ataupun akan dikosongkan.
Kedua, Ahli Parlimen ataupun ADUN perlu mengosongkan Kerusi mereka, tetapi dibenarkan bertanding semula.
Ketiga, Ahli Parlimen ataupun Adun tidak seharusnya mengosongkan Kerusi mereka, tetapi tidak akan dibenarkan untuk bertanding semula dalam tempoh lima tahun akan datang.
Terakhir, cadangan saya Ketua Parti yang diwakili oleh Ahli Parlimen hendaklah mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kepada Speaker untuk kekosongan Kerusi sekiranya Ahli Parlimen ataupun ADUN telah dipecat daripada parti.
Tuan Yang di-Pertua, tidak akan ada penyelesaian yang sempurna seperti dalam kehidupan. Jadi dalam isu undang-undang, kita perlu mengambil jalan tengah dan mencapai keputusan yang paling kurang merugikan. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong pindaan ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Maaf Yang Berhormat Pokok Sena, silap panggil tadi. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Selayang, saya ingin memaklumkan senarai pembahas yang berikutnya.
Selepas ini Yang Berhormat Selayang, diikuti dengan Yang Berhormat-Yang Berhormat berikut. Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Sungai Buloh, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Petaling Jaya dan Yang Berhormat Bukit Bendera. Seterusnya, akan dimaklumkan selepas itu ya.
Saya mempersilakan Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Port Dickson, dan lain-lain bahawa sekatan-sekatan Fasal 3A perlu dikhususkan kepada isu melompat parti dan juga Perkara 48(6) dimansuhkan.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Tujuan Rang Undang-undang Antilompat Parti ialah Ahli Dewan Rakyat atau ADUN yang bertukar parti perlu melepaskan keahlian Dewan Rakyat atau DUN dan bertanding semula dalam pilihan raya kecil supaya pengundi-pengundi kawasan setuju atau tidak dengan pertukaran parti yang dilakukan. Saya ada dua perkara dan saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan penjelasan.
Perkara yang pertama iaitu sama ada keutamaan hendak diberikan kepada mandat rakyat memilih kerajaan mengikut parti atau kepada kebebasan individu wakil rakyat. Selalunya, mereka menggunakan alasan ucapan Edmund Burke bahawa wakil rakyat perlu bertindak mengikut hati nurani- work according to his conscience tetapi ini politik pada zaman 1774 dan tidak lagi terpakai dan tidak lagi sesuai dengan perkembangan parti politik pada zaman moden ini.
Mahkamah yang tertinggi di India, Australia, England dan Komanwel telah memberikan keutamaan dan hendak menahan mandat rakyat pilihan parti untuk menjadi kerajaan. Dalam kes Supreme Court India, Kihoto Hollohan melawan Zachillhu yang dilaporkan pada [1992 SCR(1)686] muka surat 66. Hakim berkata demikian, “…but the political party function on the strength of shared believes to abstain from voting when required by the party to vote is to suggest a degree of unreliability. To work against the party is disloyalty, to joined with others in abstention of voting with the other side smacks of conspiracy”. Ini merupakan pengkhianatan yang kita kata telah dilakukan kepada rakyat.
Perkara yang kedua ialah pindaan fasal 3A tidak akan menjejaskan kerangka asal atau dengan izinnya, a violation of the basic structure of the Federal Constitution. Pindaan ini adalah untuk membetulkan beberapa kesilapan yang telah berlaku dalam kehakiman Mahkamah Persekutuan Dewan Undangan Negeri Kelantan berlawan Nordin Salleh- Nordin Salleh’s Case. Kesilapan pertama ialah bahawa Undang-undang Antilompat Parti tidak melanggar hak kebebasan kemanusiaan atau Perlembagaan sistem Westminster.
Kajian-kajian seperti yang dibuat oleh G. C. Malhotra melaporkan bahawa 40 buah negara Komanwel, 20 buah negara atau 50 peratus ada Undang-undang Antilompat Parti.
Perkara kedua ialah Mahkamah Persekutuan dalam Kes Nordin Salleh tidak mengambil kira masalah ketidakstabilan politik mengikut melompat parti yang menjejaskan sistem demokrasi kita. Sebelum PRU-14, kita telah melihat beberapa buah kerajaan negeri telah tumbang. Pada 1961 Negeri Terengganu, tahun 1977 Negeri Kelantan.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Minta laluan.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Tahun 1994 negeri Sabah, tahun 2009 negeri Perak dan sebagainya. Kesilapan yang ketiga ialah mahkamah tidak mengambil kira Perkara 10 fasal 2C iaitu kesekatan Parlimen untuk membuat undangan di mana ketenteraman atau morality...
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Minta laluan Yang Berhormat.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Ya.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Setiawangsa.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Sudah habis masa, tujuh saat saja.
Saya meminta bahawa tidak mengikut parti juga adalah seperti yang dikatakan dalam kes Mian Bashir Ahmad, “The Member who defects commits political immorality and the whole action is indecent and in most cases than not it tends to create public disorder”. Maknanya, sebelum mengadakan pindaan ini, Mahkamah Persekutuan di Nordin Salleh telah
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
melakukan kesilapan tidak mengambil kira sekatan yang boleh digunakan dalam fasal 10(2C). Masa telah habis, saya ucapkan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Silakan Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersama-sama pada hari ini akan membahaskan Akta Perlembagaan (Pindaan)(No. 3) 2022 yang berkaitan kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
Tuan Yang di-Pertua, jawatan pemerintah tertinggi, sangat penting untuk merealisasikan kewujudan sebenar sebuah kerajaan yang berdaulat. Oleh itu, pemerintah mesti diwujudkan dan dilantik untuk memimpin rakyat seluruhnya. Antara tanggungjawab terbesar yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada hamba-hambanya adalah supaya mereka bersatu dengan cara berpegang kepada agama Allah SWT dan tidak berpecah atau bertelagah sesama sendiri.
Kedudukan pemerintah dalam kalangan semua individu umat pula adalah umpama paksi pada sesuatu bulatan. Maka, jawatan sebagai pemerintah atau pemimpin adalah amat diperlukan demi kestabilan undang-undang dan keharmonian keadaan.
Maka, kata kunci kepada pindaan ini dan pindaan-pindaan yang lain adalah berdasarkan prinsip kestabilan politik dalam pentadbiran negara. Kestabilan politik bagi sesebuah negara amat penting kerana ia memberikan kesan besar kepada ekonomi untuk terus berkembang dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat.
Pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan ini memerlukan ketelusan dalam mentadbir dasar dan amalan politik yang murni. Saya ingin memetik kata-kata Imam Al- Ghazali...
[Membaca sepotong ayat dalam Bahasa Arab] Maksudnya, “Agama itu asasnya sedangkan pemerintah sebagai pengawalnya. Apa yang tidak ada asasnya nescaya boleh membawa keruntuhan dan apa yang tidak ada pengawalnya akan menjadi hilang”. Tuan Yang di-Pertua, dalam situasi di mana parti yang diwakili oleh ahli politik tersebut telah menyimpang daripada prinsip asas perjuangan termasuklah bergelumang dengan rasuah dan salah guna kuasa, adakah wujudnya ruang bagi Ahli Parlimen tersebut yang setia dengan prinsip dan integriti untuk keluar daripada parti itu dan seterusnya menyertai parti lain yang lebih telus untuk mentadbir negara ini? Begitu juga halnya bagi parti-parti yang membentuk satu gabungan dan mengambil keputusan untuk menarik diri parti tersebut daripada meneruskan gabungan. Hal ini perlu dipertimbangkan sekiranya ia melibatkan isu-isu yang menyentuh sensitiviti masyarakat yang turut mencetuskan situasi cemas dalam kalangan rakyat.
Saya ingin menegaskan bahawa jawatan yang diperoleh melalui undian pilihan raya adalah berkaitan dengan soal amanah, kejujuran, integriti dan berprinsip sebagai ahli politik. Justeru, persoalan timbul sama ada perlunya peletakan Ahli Yang Berhormat itu sendiri dan seterusnya Kerusi tersebut perlu disahkan kosong bagi memberi laluan kepada pilihan raya. PAS sendiri pernah melalui detik-detik sukar dalam sejarah dalam parti apabila sebahagian ahlinya terkeluar daripada parti pada tahun 2015 dan seterusnya membentuk parti yang baharu.
Sejarah di Malaysia memperlihatkan bahawa mekanisme yang diambil bagi melompat ke satu parti dengan memisahkan diri setelah keluar daripada parti asal dan kemudian menjadi Ahli Parlimen bebas. Setelah beberapa waktu, barulah Ahli Yang Berhormat tersebut akan memilih haluan melalui penyertaan keahlian dalam parti yang baharu. Dalam langkah kerajaan menangani isu lompat parti ini, langkah ini harus dicegah daripada diambil oleh ahli-ahli politik daripada mana-mana parti sekalipun. Saya bersetuju apabila langkah yang akan diambil dan seterusnya oleh kerajaan dengan mewujudkan akta khusus atau Akta Antilompat Parti ini.
Namun demikian, Akta Parlimen tersebut memerlukan definisi yang tepat, pelaksanaan yang terang dan penjelasan yang konkrit bagi mengelakkan kekeliruan,
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
penyalahgunaan kuasa dan keputusan berat sebelah sehingga menyebabkan ketempangan yang lebih parah dalam pengamalan demokrasi di negara kita. Hal ini sangat penting untuk mengelakkan pihak-pihak yang berkepentingan mencabar di mahkamah, akan menimbulkan polemik dan permasalahan yang lebih rumit sehingga menjejaskan keharmonian dan kestabilan politik negara.
Kerajaan juga perlu meneliti agar pindaan Perkara 10 kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan ini tidak berlaku seperti mana yang dirisaukan oleh sesetengah pihak seperti disebut memberi cek kosong kepada kerajaan memerintah untuk mengawal penyertaan Ahli Parlimen dan ADUN dalam parti politik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Dalam maksud akan menyekat ahli politik yang lantang dan mengkritik kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Pasir Mas silakan. Yang Berhormat Pasir Mas pun tidak ada. Yang Berhormat Pulai silakan.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan izin untuk saya turut berbahas tentang suatu akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Saya bermula dengan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Bera, dan juga Yang Berhormat Santubong sebagai anggota Steering Committee. Saya mengakui betapa sukarnya kita melalui detik-detik yang mendebarkan sehinggalah rang undang-undang ini ataupun bill ini dibentangkan dalam Parlimen.
Satu kejayaan memorandum persefahaman di antara Pakatan Harapan dan kerajaan bukan sekadar melihat kepada stabiliti pada hari ini tetapi lebih jauh merangkumi, melampaui pada masa akan datang untuk kebaikan demokrasi dalam negara kita. Saya rasa kita telah menunjukkan sedikit keberanian apabila kita berdepan dengan pelbagai hujah terutama apabila kita menyebut tentang Artikel 10, tentang Artikel 48(6) yang kita faham, kalau kita ingin berdebat sekarang, we can debate it until the cow come homes, dengan izin.
Akan tetapi kita telah menunjukkan keberanian untuk kita membawa isu ini kerana kita tidak boleh lagi melihat tingkah laku, perangai orang politik yang membosankan sehingga berlakunya jenayah demokrasi. Mandat yang diberikan boleh dijual beli dan kemudian meruntuhkan kerajaan yang dipimpin oleh rakyat daripada rakyat. Ini yang mesti kita hapuskan dan kita mesti meletakkan a complete full stop on this, dengan izin.
Apabila kita berbincang tentang kesempurnaan sesuatu undang-undang itu Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua juga seorang pengamal undang-undang, ia tidak mungkin dapat mencapai kesempurnaan pada hari pertama. Abraham Lincoln, apabila beliau membawa apa yang dikatakan Emancipation Proclamation pada 1 Januari 1983 yang akhirnya menjadi undang-undang untuk menghapuskan perhambaan di Amerika Syarikat. Kejayaannya hanya selepas tiga tahun selepas beliau dibunuh oleh John Wilkes Booth barulah undang-undang itu mencapai hasratnya dan menghapuskan sistem perhambaan di Amerika Syarikat.
Demikian juga apa yang kita bincang dan bahas pada hari ini. Rang Undang- undang Antilompat Parti ini kemungkinan akan melalui beberapa fasa lagi tetapi kita telah buktikan kepada rakyat bahawa kami Ahli-ahli Parlimen pada hari ini bertanggungjawab untuk membawa akta ini untuk kebaikan masa depan. Inilah yang telah kita buktikan. Kita tidak bermain-main, kita tidak menipu rakyat dan kita tidak sekali-kali menggunakan MoU itu untuk mencapai habuan peribadi tetapi kemuncak daripada persefahaman MoU itu adalah wujudnya ‘Akta Lompat Parti’ dan kita buktikan kepada rakyat adalah lebih baik kita masuk pilihan raya pada masa akan datang dengan adanya akta ini ataupun kita masuk pilihan raya akan datang dengan tidak ada akta ini. Manakah lebih baik?
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Maka dengan itu Tuan Yang di-Pertua, tentang definisi kita boleh berbincang, yang dikatakan tadi kami daripada PAS dahulu melompat parti. Kita tidak melompat parti hingga tumbangnya kerajaan. Itu ada perbezaan yang jelas. Kita tidak macam Yang Berhormat Pagoh yang mengatakan bahawa dia melompat parti, dia dipecat oleh sebab dia melawan 1MDB pada waktu itu tetapi pada nafas yang sama bersetuju dengan ‘Langkah Sheraton’. Ini tidak boleh kita terima.
Tuan Yang di-Pertua, oleh itu saya mengambil kesempatan ini untuk kita mengabadikan suatu momen atau detik bersejarah ini supaya kita tampil ke hadapan, kita berani untuk membuat suatu perubahan, kita menempuh pelbagai liku perjuangan. Paling penting MOU ini bagi saya berjaya, insya-Allah mewujudkan Akta Lompat Parti untuk kebaikan Parlimen dan demokrasi di Malaysia pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas, selepas itu Yang Berhormat Bagan.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya. Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan kerajaan untuk membentangkan pindaan Perlembagaan pada hari ini untuk memberikan laluan kepada Rang Undang-undang Antilompat Parti dan pindaan ini sebagai satu enabler terhadap pindaan ataupun rang undang-undang yang akan dibentangkan nanti.
Sokongan daripada pihak pembangkang pada hari ini menunjukkan bagaimana dalam sejarah keputusan yang besar boleh dicapai apabila kita berunding dengan bijaksana dan rundingan ini berjaya dilaksanakan. Satu perkara yang menjadi rekod dalam sejarah, bagaimana kerajaan hari ini yang berada dalam majoriti yang tipis boleh mengadakan rundingan yang begitu baik dengan pembangkang dan juga bagaimana pembangkang dengan hati yang terbuka telah pun bertindak untuk memberikan sokongan terhadap apa yang dibentangkan oleh kerajaan.
Ini menunjukkan bahawa kestabilan ini boleh dicapai dengan rundingan. Tidak perlu untuk kita hendak buat pilihan raya baru hendak stabil walaupun majoriti tipis tetapi apabila berlakunya rundingan, kerajaan tetap stabil.
Justeru, kita menyokong bahawa Perdana Menteri yang ada pada hari ini perlu kekal sehingga ke akhir penggal bagi memberikan laluan kepada agenda-agenda yang lebih penting untuk rakyat dan tidak tunduk kepada usaha-usaha untuk mengadakan pilihan raya dengan segera, yang tidak memberikan manfaat pun kepada negara. Saya fikir, ini mesej yang penting di sebalik apa yang telah kita capai pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, isu lompat parti ini telah melukakan hati kita dan rakyat keseluruhannya. Disebut tadi bagaimana di Terengganu, di Perak dan di Kelantan tahun 1970-an dan sebagainya, semuanya itu mempunyai dimensi atau senarionya yang tersendiri. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pulai tadi iaitu senario pada PAS yang mana Ahli-ahli Parlimennya keluar pada tahun 2015 dan sebagainya.
Jadi, isu-isu seperti ini perlu untuk ditakrifkan semula di dalam pindaan yang akan datang. Paling penting, kita melihat sejarah itu bukannya untuk kita menyalahkan sesiapa tetapi untuk kita melihat itu sebagai lesson learn untuk kita moving forward atau pergi ke depan bagi memastikan pindaan Perlembagaan ataupun akta yang akan kita bentang nanti tidak akan mengundang kepada krisis Perlembagaan.
Paling penting, kalau wakil rakyat ini ada integriti, mereka tidak akan lompat parti.
Di Kelantan, Dewan Undangan Negeri Kelantan pernah bertahan dengan satu majoriti sahaja. Tahun 2004, apabila PAS di Kelantan cuma bertahan dengan tiga majoriti, kemudian berlaku pilihan raya kecil tahun 2005 dan dimenangi oleh pembangkang di Kelantan pada masa itu menyebabkan kerajaan negeri bertahan dengan satu majoriti.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Akan tetapi dengan satu majoriti itu berjaya bertahan sehingga ke akhir penggal.
Bagaimana integriti dan juga suatu harga diri yang mahal telah pun ditunjukkan sehingga kerajaan negeri tidak rebah pada masa itu. Dalam situasi ini, saya ingin melontarkan beberapa keadaan yang boleh untuk kita fikirkan dalam kita memperhalusi ataupun membuat pembentangan rang undang-undang selepas daripada ini.
Pertamanya, adakah seseorang yang dipecat daripada parti terus hilang kelayakan seperti yang disebut tadi? Jika begitu, contoh saya bagi, adakah apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memilih mana-mana Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri yang difikirkan mempunyai kelayakan ataupun kepercayaan dan majoriti dan kebetulan Ahli Parlimen yang dipilih itu bukan ketua parti, adakah pada masa itu parti yang di mana Perdana Menteri itu sebagai ahli kepada parti tersebut boleh buat keputusan untuk memecat Ahli Parlimen tersebut atau memecat Perdana Menteri?
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Dalam hal ini menyebabkan Perdana Menteri itu sudah tidak menjadi Ahli Parlimen dan sudah hilang kelayakan sebagai Perdana Menteri. Adakah itu bermaksud bahawa kuasa parti telah pun mengatasi kuasa Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu untuk memilih Perdana Menteri?
Ini situasi yang perlu untuk kita- walaupun nampak macam mustahil, tetapi ia boleh berlaku. Hatta pada hari ini pun ia boleh berlaku kalau ia hendak berlaku kalau pindaan ini diluluskan. Itu senario yang perlu untuk difikirkan.
Begitu juga kalau berlaku contohnya, dalam 222 Kerusi tiba-tiba berlaku kemenangan yang sama banyak, 111 Kerusi lawan 111 Kerusi, sama-sama banyak. Pada ketika itu, untuk membentuk kerajaan, mana-mana Ahli Blok perlu untuk mengundi Blok yang bertentangan bagi membolehkan Perdana Menteri untuk dilantik. Adakah ketika itu, Ahli Parlimen itu telah membuat keputusan yang melanggar partinya dan partinya boleh memecatnya sebagai Ahli Parlimen?
Jadi, ini beberapa pindaan atau senario yang perlu untuk kita fikirkan dan saya yakin, insya-Allah selepas daripada ini akan diperhalusi oleh jawatankuasa yang akan dibentuk selepas daripada ini.
Saya juga ingin mengakhiri ucapan ini dengan mencadangkan supaya Perkara 48A ini perlu untuk ditambah lagi iaitu dalam bab kesetiaan seseorang Ahli Parlimen dipilih dalam pilihan raya di mana dari sudut kekosongan Kerusi ataupun hilang kelayakan perlu ditambah. Iaitu dia boleh hilang kelayakan dengan keluar daripada parti di mana dia bertanding ketika pilihan raya atau mengundi di Parlimen secara bertentangan dengan kehendak parti itu di mana ia tertakluk kepada kewujudan ikrar bertulis dan bertandatangan oleh Ahli Parlimen tersebut. Ini boleh diperhalusi selepas daripada ini.
Yang penting bagi kita, kita menyokong saat yang bersejarah ini. Terima kasih kerajaan dan tahniah kepada pembangkang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat Bagan, silakan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersama dengan rakan-rakan daripada PH dan DAP menyokong sebarang pindaan Perlembagaan Persekutuan yang hanya bermakna sekiranya berjaya mengharamkan tindakan lompat parti yang tidak bermoral, tidak beretika dan tidak demokratik yang mengkhianati mandat rakyat seperti ‘Langkah Sheraton’ yang telah pun mencetuskan tiga orang Perdana Menteri dalam tempoh tiga tahun ini.
Ia merupakan satu langkah bersejarah hasil muafakat di antara Kerajaan Malaysia dan Pakatan Harapan menerusi tandatangani memorandum persefahaman
(MoU) yang merupakan satu langkah hadapan memupuk budaya demokrasi yang sihat...
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
...Dan memulihkan keyakinan orang ramai terhadap proses pilihan raya.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Yang Berhormat Bagan, dalam saya sebut tadi kita gembira apabila orang lompat ke kita, kita marah apabila orang kita yang lompat. Perbincangan hari ini bukan hendak blame yang dahulu. Kita membina masa hadapan. Ini kerana orang lompat, PAS dapat tubuh kerajaan di Kedah. Bukan kerana dia kuat tapi kerana lompat. Di sini dia kecam dahulu orang yang melompat, padahal dia tubuh kerajaan di Kedah kerana peristiwa lompat. Peristiwa yang bermula daripada ‘Langkah Sheraton’ yang bermula di Petaling Jaya.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ya, saya memang setujulah dan ia boleh jadi sebahagian daripada ucapan saya.
Keputusan rakyat menerusi undi mereka memilih wakil rakyat daripada parti politik yang mencalonkannya mesti mengatasi segala-galanya dan amanah rakyat dihormati sepenuhnya. Selepas ini, maka nilai undi tidak akan dirosakkan atau ditidakkan dengan pengkhianatan Wakil Rakyat yang melompat parti selepas dipengaruhi oleh tawaran jawatan ataupun dana kewangan.
Marilah kita menyokong penggubalan akta anti-lompat parti yang meletakkan kepentingan awam lebih daripada keuntungan peribadi bagi menggalakkan integriti, akauntabiliti dan untuk mengembalikan kuasa rakyat. Sama penting juga, ia akan membawa kepada kestabilan politik di mana wakil rakyat tidak akan lagi dijual beli.
Kita tidak mahu menyaksikan lagi negara dalam keadaan huru-hara apabila berlakunya perampasan kuasa bukan menerusi peti undi, tetapi melalui perbuatan pengkhianatan amanah rakyat seperti yang berlaku dalam ‘Langkah Sheraton’ yang membawa kerajaan ‘pintu belakang’ pada tahun 2020 di peringkat Kerajaan Persekutuan, negeri Johor, Melaka, Perak dan Kedah, serta pada tahun 1962 di Terengganu, tahun 1966 di Sarawak, tahun 1977 di Kelantan, tahun 1994 di Sabah dan tahun 2009 di Perak.
Saya hendak syorkan Akta Antilompat Parti boleh mengikut apa yang dilakukan di Pulau Pinang. Di mana satu pindaan Perlembagaan Pulau Pinang diluluskan pada tahun 2012 yang berbunyi, “Ahli yang menukar parti politik yang menghendaki seseorang ADUN dari parti tertentu yang dipilih oleh rakyat untuk mengosongkan Kerusinya jika dia bertukar parti atau berhenti menjadi ahli parti atas apa jua alasan. Seseorang yang dipilih sebagai ahli bebas juga mesti mengosongkan Kerusinya jika orang itu menyertai sesebuah parti politik. Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada wakil rakyat yang mengosongkan Kerusinya jika keahliannya berakhir kerana pembubaran parti ataupun pembatalan pendaftarannya dalam parti dan juga apabila dia dipilih sebagai Speaker untuk Dewan tersebut”.
Pindaan sedemikian tidak harus menjejaskan hak kebebasan berpersatuan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dengan mendukung tiga prinsip utama.
Pertama, kedaulatan rakyat di bawah sistem Demokrasi Berparlimen dengan rakyat mempunyai hak untuk memilih wakil mereka.
Kedua, kebebasan berpersatuan bagi wakil yang dipilih tetapi dia perlu mengosongkan Kerusinya jika melompat parti.
Ketiga, bagi prinsip akauntabiliti, wakil rakyat mesti bertanggungjawab kepada pengundi mereka.
Saya menyokong syor untuk merujuk pindaan Perlembagaan dan akta anti-lompat parti kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sebelum ia dibentangkan kepada Parlimen dan diluluskan pada bulan Mei ini. Ini kerana kita harus pastikan bahawa Fasal 10, Perlembagaan Persekutuan mestilah dipelihara supaya tidak menjejaskan hak asasi kebebasan berpersatuan ini.
Saya harap bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri harus mengumumkan secara spesifik tarikh sidang khas baharu pada bulan Mei serta bila ia
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
akan diwartakan untuk dikuatkuasakan supaya mengelakkan sebarang undang-undang menjadi tertangguh atau tergantung. Tidak guna ia diluluskan kalau ia tidak dikuatkuasakan.
Sebagai rumusan, marilah kita padamkan malapetaka demokrasi hitam ‘Langkah Sheraton’ dengan langkah anti-lompat parti yang bersejarah ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Seterusnya Yang Berhormat Tebrau. Silakan.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, terdapat banyak isu yang perlu kita perhalusi untuk memastikan pindaan rang undang-undang ini adil dalam semua situasi. Pindaan yang dilakukan mestilah mencapai objektif untuk menghalang tindakan lompat parti yang menguntungkan satu pihak atau tindakan yang mendapatkan ganjaran dan pangkat demi kepentingan sendiri berbanding tindakan yang memberi kelebihan dan manfaat kepada rakyat yang diwakili seorang Ahli Dewan Rakyat.
Dalam masa yang sama, kita mesti pastikan pindaan ini tidak memberi lebih kuasa kepada mana-mana presiden parti politik untuk memecat Ahli Dewan Rakyat yang bersuara untuk kebaikan parti ataupun negara. Pentakrifan kepentingan sendiri juga mesti diterjemahkan dengan baik untuk mengelakkan situasi di mana seseorang presiden dalam usaha mencapai kepentingan diri sendiri memecat keahlian Ahli Dewan Rakyat yang berani menentang presiden yang tidak meletakkan kepentingan nasional di hadapan parti.
Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju sepenuhnya bahawa sesebuah kerajaan tidak sepatutnya dijatuhkan disebabkan Ahli Dewan Rakyat yang mementingkan diri meninggalkan parti. Akan tetapi, bagaimanakah dengan parti politik secara keseluruhan yang meninggalkan satu gabungan untuk membentuk kerajaan baharu dengan parti politik atau pakatan lain? Kedua-dua tindakan itu sesuai dengan gambaran pengkhianatan terhadap mandat rakyat. Bukankah begitu?
Oleh yang demikian, definisi atau maksud ‘lompat parti’ mestilah merangkumi tindakan parti yang membentuk pakatan dengan kumpulan lain dan menyebabkan kejatuhan kerajaan dan pembentukan kerajaan baharu seperti, ‘Langkah Sheraton’.
Ketetapan pengosongan Kerusi Parlimen secara automatik setiap kali berlakunya tindakan lompat parti juga perlu dilihat daripada perspektif yang lebih luas serta adil kepada semua orang, bukan sahaja parti individu yang berkenaan, tetapi juga rakyat. Ini kerana ia melibatkan perbelanjaan wang negara yang banyak dan memaksa rakyat untuk pergi mengundi lagi.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Pada hemat saya, ketetapan untuk membentuk agar satu recall election, dengan izin, diadakan sekiranya berlakunya tindakan lompat parti adalah lebih adil berbanding dengan adakan pilihan raya kecil secara automatik dalam masa 60 hari daripada tarikh berlakunya tindakan lompat parti.
Namun, persoalan saya selanjutnya bagaimana pula sekiranya tindakan lompat parti berlaku selepas tiga tahun Pilihan Raya Umum yang terakhir, Perkara 54(1) memperuntukkan bahawa tidak perlu mengisi kekosongan biasa atau casual vacancy, dengan izin, yang berlaku selepas tahun ketiga.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya cadangkan agar Perkara 54(1) juga dipinda sekali supaya Rang Undang- undang Antilompat Parti yang memerlukan Pilihan Raya Kecil dan bukan recall election, dengan izin, supaya pembentangan untuk meminda undang-undang lebih menyeluruh dalam menghalang seseorang Ahli Dewan Rakyat daripada melompat.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Tuan Yang di-Pertua, Ahli yang melompat dan mencetuskan Pilihan Raya Kecil atau pilihan raya semula akan hilang kelayakan untuk mempertahankan Kerusi di bawah Perkara 48(6).
Justeru, saya bersetuju agar Perkara 48(6) perlu dikaji semula bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan pindaan kepada Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan dan cadangan Rang Undang-undang Antilompat Parti yang bakal dibentangkan.
Saya juga perlu tahu, apa jalan keluar sekiranya berlaku hung parliament, dengan izin, yang tiada komponen parti ada majoriti jika Rang Undang-undang Antilompat Parti diluluskan kerana tidak ada yang seharusnya melompat.
Adakah kita perlu meminta beberapa orang Ahli yang menang untuk mengosongkan Kerusi mereka untuk membuka jalan untuk pilihan raya kecil untuk menyelesaikan masalah hung Parliament? Bagaimanakah jika pilihan raya kecil masih menghasilkan satu hung Parliament?
Semoga lontaran soalan-soalan saya dapat membantu Yang Berhormat Menteri menyediakan pindaan RUU yang lebih terperinci dan memastikan tiada kelompangan yang boleh membuat RUU ini tidak efektif dalam menyekat tindakan lompat parti.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga bersetuju dengan pendapat ramai bahawa Rang Undang-undang Antilompat Parti boleh menyelesaikan beberapa masalah tetapi menimbulkan masalah lain. Pada masa yang sama, mungkin kita harus melihat kembali ke dalam sistem pemilihan kita untuk menjauh daripada sistem first-past-the-post, dengan izin.
Mungkin kita hanya perlu memilih parti yang bertanding dan Kerusi di Dewan Rakyat dibentuk mengikut jumlah undi populariti yang diperoleh oleh setiap parti. Sebagai contoh, sekiranya parti ‘A’ memperoleh undi 10 peratus undi populariti keseluruhannya, maka parti ‘A’ boleh melantik 22 Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat.
Parti kemudian boleh menggantikan sesiapa sahaja daripada mereka pada bila- bila masa sekiranya berlaku kematian, hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen atau tidak perform. Ini akan menghalang lompat parti dan usaha hentam-menghentam bagi tujuan menjatuhkan seseorang ahli politik lawan.
Sistem ini juga akan menghalang parti yang memperoleh kurang daripada 50 peratus undi populariti membentuk kerajaan dengan majoriti lebih dua per tiga. Sistem ini membolehkan pengundi memberi tumpuan kepada visi dan misi setiap parti yang bertanding.
Oleh itu, pengundi boleh memilih parti yang paling mewakili kepentingan mereka dan diwakili di Dewan Rakyat. Oleh sebab masa tidak cukup...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Masa sudah tamat.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
...Saya henti di sini dan saya ingin menyokong RUU ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Tebrau. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat Kota Belud tidak ada.
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Alhamdulillah...
[Membaca selawat] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pindaan berkenaan Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh kepada kebebasan berpersatuan.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Kita mengambil keberkatan pada bulan yang mulia ini di sidang khas ini dengan membahaskan pindaan perlembagaan ini. Pindaan ini dibuat bagi memastikan pembentangan Akta Antilompat Parti dapat diluluskan dengan mudah selepas ini.
Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati, saya ingin menyentuh berkenaan dengan pindaan ini yang menyaksikan aktiviti berpersatuan dalam Perkara 10 ini dipinda dengan penambahan fasal yang menyebut kewujudan sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang berhubungan dengan keahlian di dalam parti politik Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri boleh juga dikenakan oleh undang- undang Persekutuan.
Saya ingin untuk meminta penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri apakah wujud sekatan-sekatan lain yang mungkin wujud berhubung keahlian dalam parti politik selain daripada sekatan ke atas mereka untuk melompat parti?
Soalan saya ini berasaskan pada kerisauan sekatan yang lain yang akan mengganggu gugat tugas seorang wakil rakyat daripada melaksanakan tugas secara sempurna sebagai individu yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya apatah lagi sebagai tugas asasi penggubal undang-undang juga terlibat dalam proses semak imbang kepada dasar dan polisi yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan.
Ini kerana kadang-kadang pandangan daripada wakil rakyat mengikut kehendak rakyat berdasarkan kepada situasi semasa tetapi kadang-kadang bercanggah dengan kehendak parti. Maka, akan menimbulkan kegerunan dan ketakutan wakil rakyat untuk menyatakan kebenaran semasa berasaskan kepada bimbang dikenakan tindakan oleh parti.
Maka, yang manakah hendak didahulukan? Kepentingan rakyat yang memilihnya dalam pilihan raya atau kepentingan parti yang melantiknya sebagai calon dalam pilihan raya?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyebut bahawa salah satu langkah yang berbentuk teknikal di peringkat legislatif bagi memastikan sekatan dikenakan kepada Ahli Parlimen atau ADUN yang cuba membawa Kerusi yang dimenanginya dalam pilihan raya kepada parti yang bakal disertainya.
Dilaporkan bahawa seramai 60 orang Ahli-ahli Politik telah lompat parti sejak Pilihanraya Umum Keempat Belas tahun 2018 dan setiap kali berlaku lompatan, wujud tuduhan yang berbentuk menyatakan ia adalah kerana unsur politik wang atau tawaran jawatan.
Oleh itu, kita mesti kembali kepada tujuan yang utama menyertai politik untuk kepentingan dan pengurusan membela rakyat. Oleh itu, apa-apa rang undang-undang yang berkait dengan ‘Akta Lompat Parti’ mestilah mengambil kira kepentingan rakyat.
Oleh itu, saya mohon supaya suatu keputusan yang melibatkan kepentingan rakyat sentiasa diambil kira dalam apa-apa Jawatankuasa Khas yang diwujudkan yang melibatkan kepentingan ini kerana ia melibatkan lebih daripada seramai 30 juta orang- rakyat Malaysia yang amat bergantung kepada setiap tindak tanduk kita selaku Wakil Rakyat di dalam Dewan yang mulia ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong pindaan Perlembagaan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Dungun.
Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahi Rahmani Rahim. Merdeka dalam erti kata sebenar hanya mampu dinikmati oleh Sabah selama dua minggu.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Menjadi salah satu wilayah yang menubuhkan Malaysia; dari awal lagi dominasi Kuala Lumpur terhadap Sabah sangat ketara. Kuala Lumpur melihat perlunya Sabah dikawal untuk hasil buminya.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Gradual control was achieved menerusi maneuvering pecah dan perintah dengan menganjur crossovers atau lebih dikenali sebagai ‘lompat katak’ bagi menyenangkan agenda Kuala Lumpur. Sangat memualkan bila mana alasan standard yang sering diberi untuk menghalalkan lompatan ini adalah demi kemajuan rakyat dan negeri Sabah. Then, today Sabah is languishing among the least developed region in Malaysia. Of course Kuala Lumpur, now Putrajaya is not remorseful of how badly Sabah is written. Tun Mustapha was sideline Pairin broke down by crossovers and so was Shafie. Apabila Singapura terkeluar dari Malaysia, Tun Fuad Stephens meminta dikaji semula Perjanjian Malaysia menyebabkan beliau telah tersingkir secara halus daripada jawatannya. Tun Mustapha menggantikan Tun Fuad, juga tidak mampu bertahan lama dengan keengganan beliau berunding soal petroleum. Tun Mustapha disingkir secara cynical menerusi parti BERJAYA. Apa yang sedihnya, didukung oleh rakan-rakan Sabahan.
BERJAYA pun hanya bertahan dua penggal, kemudian tewas kepada PBS. Di sinilah titik mula keterencatan pembangunan di Sabah. Hingga ke hari ini, Sabahan masih dianjur bersabung sesama sendiri. Bila bah kita Sabahan dapat berfikir dan terjemahkan kesatuan etnik dan budaya yang kita banggakan sebagai bargaining power untuk kebaikan dan kebajikan Sabahan? Dia orang kasi ketawa kita ini. Bangunlah!
Tuan Yang di-Pertua, apa yang mendorong kepada lompat parti? Ini kerana ada ganjaran daripada si penganjur, yang pastinya yang mendapat lonjakan hanya yang melompat, yang mendapat keuntungan hanyalah pihak yang dibeli. Begitu sahajakah harga kita?
Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada artikel 10 ini tidak mencerminkan keseriusan kerajaan untuk melaksanakan antilompat parti. Saya selaku Ahli Parlimen Kota Belud, WARISAN mahukan antilompat parti ini dilaksanakan. Pindaan Perlembagaan perlu jelas dan lengkap. Kenapa kita tidak once and for all menyelesaikan masalah ini dengan memasukkan definisi lompat parti di dalam Perlembagaan?
Kita perlu utamakan pindaan Perlembagaan kerana ianya sukar untuk diubah mahupun ditukar dengan sewenang-wenangnya berbanding mewujudkan sebuah perundangan baharu yang boleh diubah mengikut kehendak parti pemerintah dengan hanya sokongan simple majority.
Pindaan artikel 10 harus bersekali dengan draf anti-hop harus dilampir bersama.
Mesti bentang dengan syarat pindaan Perlembagaan berkaitan patut dibuat dalam Perlembagaan. Hari ini saya kira seolah-olah kita sign blank cheque. Kenapa kita tidak kerja terus, bersungguh-sungguh sepenuhnya? Jangan kerja sekerat-sekerat. Jangan jadikan lompat parti ini dianggap perkara biasa. Wakil rakyat harus punya moral dan integriti yang tinggi, sesuai dengan lafaz sumpah yang kita angkat di Dewan yang mulia.
Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan dalam Rang Undang-undang Antilompat Parti nanti bukan sahaja yang melompat itu dihukum, tetapi juga penganjur.
Even the sitting Prime Minister digulingkan dengan kaedah lompatan. Kalau betul ada keperluan, buatlah dengan proses yang betul seperti undi tidak percaya. Jangan anjur lompat-lompat, itu...
[Tidak jelas] My fellow MPs, Malaysia sedang menjunam ke arah sebuah negara yang gagal.
Tanggungjawab kita semua Ahli-ahli parlimen baik dari Borneo dan Tanah Melayu untuk membaik pulih keadaan ini. Tamak haloba kita harus singkir jauh-jauh. Let all of us stand to steer this nation of great potential to the promise in one head. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Sungai Buloh. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Kuala Nerus. Sila Yang Berhormat Sungai Buloh.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi saya ruang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. Hari ini memang bersejarah, di mana seingat saya dalam sejarah Dewan ini, kerajaan dan pembangkang bekerjasama untuk lulus, untuk usaha bersama-sama membentuk satu akta untuk menghalang lompat parti. Hari ini kita menyaksikan langkah pertama dan seterusnya kita difahamkan kita akan tangguh sebulan, kita akan tubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas dan lepas itu kita kembali dengan apa-apa pindaan yang lain termasuk pindaan Perlembagaan kalau perlu, untuk luluskan satu undang-undang yang menghalang lompat parti.
Akan tetapi pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, matlamat itu kita sokong penuh dan tetapi cara dia mungkin kita kena kaji semula. Sekarang, hari ini kita bahas pindaan kepada Perlembagaan dengan tambahan perkara (3A). Saya melihat perkara
(3A) sebagai satu sekatan tambahan kepada sekatan-sekatan yang sedia ada di Perlembagaan, khususnya 10(3) di mana untuk kebebasan berpersatuan ada sekatan boleh dibuat atas nama keselamatan, ketenteraman awam dan moral dan juga ada perkara yang disebut. Kebebasan berpersatuan ini boleh disekat dengan undang-undang berkenaan dengan pendidikan dan buruh.
Jadi, ada banyak skop already sekarang, kita tambah lagi. Apa yang saya tidak setuju ialah bahasa yang digunakan dalam cadangan pindaan sekarang adalah terlalu luas dan perlu dihalusi. Inilah tanggungjawab Jawatankuasa Pilihan Khas supaya klausa ini tidak boleh disalah gunakan oleh bakal kerajaan, mana-mana kerajaan pada masa hadapan untuk membuat undang-undang lain untuk menyekat kebebasan berpersatuan.
Ini penting.
Kita kena pastikan ada spesifik rujukan dengan izin, kepada defection lompat parti atau keluar daripada parti dan sebagainya supaya klausa ini tidak boleh digunakan untuk menggubal undang-undang selain daripada akta untuk menghalang lompat parti. Ini poin saya yang pertama. Bagi saya, saya ingin mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini, kita kembali balik kepada pendekatan yang asalnya dicadang oleh kerajaan dan disetujui oleh pembangkang iaitu kita jangan gunakan kaedah ini.
Kita buat satu pindaan kepada Perlembagaan di mana kita masukkan kandungan Rang Undang-undang Antilompat Parti itu di dalam Perlembagaan. Definisi lompat parti dan beberapa perkara yang lain termasuk perkara 48(6) yang telah disetujui. Itu penting sebab kita mesti membenarkan yang dipecat itu bertanding semula dalam Pilihan Raya Kecil.
Jadi, sebab ini yang dimulakan oleh kerajaan sendiri, tetapi tiba-tiba pendekatan ditukar kepada cara macam kita ada di hadapan kita hari ini. Saya ingin mencadangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas, kita kembali kepada pendekatan yang asal itu di mana kita masukkan semua dan kita tidak ada isu-isu yang timbul daripada tambah sekatan lagi seperti yang dicadang ini melalui perkara baharu (3A). Itulah cadangan saya kepada Dewan yang mulia dan saya setuju. Inilah cara yang digunakan di Singapura, di India di mana undang-undang yang menghalang lompat parti itu ada di dalam Perlembagaan, bukan sebagai undang-undang yang berpaksikan.
Saya faham ada keraguan tentang definisi lompat parti itu, di mana ada rujukan kepada pemecatan dan sebagainya. Negeri-negeri berbeza. Dalam dunia ini, kita ada Rang Undang-undang Antilompat Parti, halang lompat parti di beberapa negara, India, Afrika Selatan, New Zealand, Singapura dan sebagainya. Setiap negara ada pendekatan berbeza. Akan tetapi untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebagai contoh New Zealand dengan India, tidak ada rujukan kepada pemecatan. Di India, pemecatan yang dianggap lompat parti ialah pemecatan dalam konteks di mana Ahli Parlimen itu or wakil rakyat itu melanggar arahan spesifik daripada parti berkenaan dengan undian dalam Dewan.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
So dia langgar arahan itu. Ternyata dalam konteks itu, dia dipecat dan dalam konteks pemecatan itu, dia dianggap sebagai lompat parti tetapi bukan dalam konteks pemecatan-pemecatan lain.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Jadi, inilah patut dirunding dengan detailed, secara terperinci di Jawatankuasa Pilihan Khas dan bagi saya, isu-isu ini bukan besar. Isu ini boleh diselesaikan. Sudah ada untuk mendapat satu consensus, bukan isu. Isu dengan Ahli Parlimen Bebas juga dianggap lompat parti apabila mereka masuk parti pun, bagi saya bukan isu-isu yang besar. Kita boleh keluarkan itu daripada apa-apa draf yang kita bentang.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya rumuskan dengan menegaskan sekali lagi, Perkara (3A) yang dicadangkan hari ini adalah terlalu luas dan tidak boleh dipersetujui.
Kalau kita teruskan dengan pendekatan ini, kita mesti dengan secara nyata sebut perkataan lompat atau dalam English, dengan izin we must have a specific reference to defection semua dalam Perkara (3A), baru kita selamat daripada penyalahgunaan perkara ini pada masa hadapan.
Apa yang lebih baik, kita kembali kepada pendekatan asal daripada kerajaan dan pembangkang iaitu buat undang-undang baharu ini dalam Perlembagaan. Jadi, kita tidak perlu enabling cross, dengan izin dalam bentuk (3A) dan sebagainya. Bagi saya, kandungan definisi lompat parti semua boleh diselesaikan. Bukan halangan yang besar.
Jadi, itulah cadangan-cadangan saya Tuan Yang di-Pertua kepada Dewan ini dan saya harap boleh dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus. Tidak ada di dalam Dewan? Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahas rang undang-undang yang cukup penting ini iaitu Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022.
Selain daripada apa yang telah pun dibahaskan oleh ramai Ahli Parlimen pagi ini, saya tidak ingin ataupun berniat untuk mengulangi perkara-perkara tersebut tetapi apa yang perlu kita tekankan di sini Tuan Yang di-Pertua, adalah kita are here dengan izin dealing with a fundamental liberty. Dalam keadaan tersebut, kita perlu faham bahawa sesuatu kerajaan itu perlu mengambil berat sekiranya mahu menyekat apa-apa fundamental liberty. A government or a democracy, dengan izin should be slow to interfere and restrict fundamental liberties until and unless it’s satisfied that is absolutely necessary to do so. Sekiranya adalah perlu sahaja kita memperkenalkan sekatan kepada fundamental liberty. Dalam kes ini, kita membincangkan the rights to associate.
Dalam kes Nordin bin Salleh yang telah pun diputuskan dalam tahun 90-an, dinyatakan bahawa the rights to associate includes the rights to disassociate. Maksudnya ia membenarkan seorang itu atau kita panggil ‘katak’ itu melompat dari satu parti ke parti yang lain oleh sebab beliau mempunyai hak untuk disassociate. Akan tetapi, itulah tujuan kami di Dewan yang mulia ini mengambil pendekatan bahawa the time has come. Masa telah pun tiba untuk kita melarang ataupun outlaw party hopping.
Kerajaan Pakatan Harapan telah pun komited dengan memasuki MoU ini dengan tujuan utama untuk memperkenalkan undang-undang ini. Akan tetapi, undang-undang ini setakat yang mana saya telah lihat saya merupakan seorang ahli Jawatankuasa Teknikal yang telah pun menghalusi beberapa pindaan ataupun peruntukan dan cadangan di belakang pindaan ini dan sebelum Hari Rabu minggu lepas, kita semua tahu bahawa kerajaan sendiri setuju bahawa pindaan-pindaan yang sepatutnya dibuat dalam konteks ini boleh dibuat melalui pindaan-pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan sendiri.
Bukannya perlu kita ada satu enabling law ataupun Federal Law untuk membolehkan anti- hopping. Jadi, saya pun sedikit hairan kenapa kita memerlukan Federal Law, memandangkan kita boleh membuat pindaan yang sewajarnya kepada peruntukan- peruntukan di dalam Perlembagaan sendiri. Ini adalah penting Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab seperti yang saya katakan tadi, we are dealing with fundamental liberties.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Sekiranya, kita ingin menyekat fundamental liberties, perlu kita mempunyai satu majoriti dua pertiga. We cannot allow such fundamental liberties to be restricted with a simple majority, dengan izin. Oleh sebab itu, boleh membuka flood gate kepada penyalahgunaan kuasa ataupun abuse in the future. Ini merupakan satu perkara yang saya berharap bahawa jawatankuasa yang ditubuhkan selepas ini akan mengambil dengan serius. Whether or not it is necessary to pass Federal Law or whether or not amendments to the Constitution itself by way of a two- third majority would suffice? Saya berpendapat itu boleh dibuat.
Kedua Tuan Yang di-Pertua, kita perlu— saya tidak ada banyak masa, ada banyak perkara saya ingin timbul tetapi saya akan habiskan dengan ini. Seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Teluk Intan tadi, saya setuju bahawa adalah perlu kita menyelesaikan perkara ini di dalam satu tempoh masa yang ditetapkan. *We need to have certainty. We cannot come back in July because many things can happen from now until July. Sheraton move can happen. A general election can happen.
All these things can happen which can scuttle this effort to introduce anti-hopping laws.* Saya berharap bahawa pihak kerajaan juga pihak pembangkang dan stakeholders yang lain yang terlibat dalam usaha ini akan memastikan bahawa undang-undang ini akan diluluskan at the most pada bulan lima. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong pindaan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Yang Berhormat Bukit Gelugor. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perubahan Perlembagaan ini terpaksa dibuat sebab senario politik negara kita terlalu berbeza, terlalu memalukan.
Tuan Yang di-Pertua, sayalah seorang Ahli Parlimen yang konsisten menentang lompat parti ini sebab lompat parti ini perbuatan khianat. Tidak bermaruah. Tidak berintegriti. Dengan apa alasan sekalipun sama ada sukarela kah, dipaksa kah, itu penipuan dan pembohongan semata-mata. Mereka melompat kerana kepentingan diri mereka sendiri untuk mendapat jawatan, kuasa dan sebagainya.
Apa takut? Dalam politik ini Tuan Yang di-Pertua, ada pepatah menyatakan, “kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai”. Kita ini masuk ahli politik, kaki sebelah kita sudah hampir-hampir masuk penjara. Diri kita ini 80 peratus kita dedahkan kepada fitnah, tohmahan dan sebagainya. So, we must be ready. Why worried?
Kalah, kalahlah. Respeklah yang menang. Ini lompat. Apa yang aneh pula hari ini, banyak yang lompat parti pula berbahas. Saya pun tidak tahu. Mudah-mudahan mereka ada keinsafan.
[Ketawa]
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Sokong. Sokong.
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Mudah- mudahan mereka ada keinsafan sebab perbuatan merekalah negara ini jadi kucar-kacir.
Malu di peringkat antarabangsa. Anak-anak cucu kita, anak-anak kecil pun pandai, “Daddy, apa itu lompat parti?” What is this? Saya harap bulan Mei ini, saya pun setuju dengan rakan-rakan di sana. Kita settle down isu ini, baru kita pilihan raya.
Kalau tidak, rakyat di luar sana mereka menunggu ini. Apa yang kita buat? Sudah ada di sini. Cukup-cukuplah. Tidak perlu lagi lompat. Mereka yang ada kes mahkamah, hadapilah. Macam saya, apa juga— banyak juga tekanan untuk lompat sana, lompat sini.
Saya kata tidak. Dari dahulu prinsip saya tidak ada lompat-lompat. Kalah, kalahlah.
Menang, menanglah. Apa mahu? This is democracy. Rakyat tolak kita, tolaklah sebab ada kesalahan, kelemahan yang kita buat.
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya mengharap dalam jawatankuasa nanti, putuskan yang terbaik dan saya menawarkan diri untuk masuk jawatankuasa itu.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Apa yang ketawa sangat? What is funny? You ingat you qualified kah? You are so not qualified. Haiya!
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kita cakap, ketawa macam monyet. Itulah Tuan Yang di-Pertua, saya harap, saya minta, saya menyeru kalau boleh...
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Yang Berhormat. Yang Berhormat. Kepong mencelah, sikit. Terima kasih. Setuju tidak Yang Berhormat, kelakuan Ahli Parlimen atau wakil rakyat melompat parti dijadikan satu kesalahan jenayah di Malaysia. Terima kasih.
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau Yang Berhormat bentang itu undang-undang, saya setuju sebab mereka ini penjenayah, pengkhianat dan penipu. Tipu rakyat, tipu parti. Dia bertanding guna parti, duit parti, menang lompat. Apa itu lompat-lompat? Kalau lompat mahu kasi tiup itu video monyet, lompat tinggi-tinggi.
Cukuplah, we stop with this perubahan, lompat-lompat ini. Mereka lompat jatuh ke bawah biar rakyat hukum mereka. Kita tidak perlu lagi wakil rakyat yang tidak ada integriti tetapi bercakap wah! Parti dia tetapi lihai juga menerima orang lompat-lompat.
Apa ini, nasib tidak boleh mencelah terlampau. Saya tidak minatlah, saya tidak suka pemimpin “cakap tetapi tidak serupa bikin”. Kalau mahu stand tidak ada lompat parti, jangan terima. Buat apa terima?
Mereka ini tidak berintegriti, tidak bermaruah langsung dan pengkhianat. Jadi, mahu kah kita ada pengkhianat dalam rumah kita? Ada pengkhianat dalam keluarga kita.
Demikianlah juga Tuan Yang di-Pertua, jawatankuasa nanti akan kita putuskan. Kita terma-terma yang tepat, kita jua tidak mahu ada unsur-unsur penghinaan, penganiayaan kepada mana-mana Ahli Parlimen dan undang-undang ini mesti melibatkan juga Ahli Dewan Undangan Negeri dan kalau boleh juga Ahli-ahli Senate yang dicadangkan oleh parti.
Hal ini sebab mereka juga Ahli-ahli Senator mesti juga berintegriti walaupun keputusan mereka lompat atau tidak, tidak mempengaruhi apa-apa kerajaan tetapi itu penting supaya mereka juga diberi punishment supaya jangan suka lompat-lompat parti.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong dan pastikan bulan Mei ini kita mengadakan sidang khas untuk membincangkan Akta Antilompat Parti pula seterusnya.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Lembah Pantai, tidak ada dalam Dewan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk terlibat sama dalam perbahasan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) berkaitan dengan kebebasan berpersatuan yang diperuntukkan di bawah Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan.
Pindaan yang dikemukakan pada hari ini dilakukan bagi membolehkan penggubalan Rang Undang-undang Antilompat Parti kemudiannya. Isu dan permasalahan aktiviti lompat parti sebenarnya sudah lama berlaku dalam negara seawal tahun 60-an lagi dan menyebabkan ketidakstabilan politik yang tidak menguntungkan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya hari ini bercakap dengan memposisikan diri saya sebagai salah seorang wakil rakyat dari negeri Kelantan yang pernah menyaksikan Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan satu pindaan terhadap Undang-undang
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tubuh Kerajaan Kelantan pada tahun 1991 sepertimana yang telah disebut dengan detail oleh Yang Berhormat Kuala Krai tengah hari tadi.
Negeri Kelantan merupakan negeri kedua selepas Sabah dalam melakukan pindaan terhadap peruntukan berkaitan antilompat parti disusuli kemudiannya oleh Pulau Pinang yang berbuat demikian pada tahun 2012. Roh peruntukan yang sama dibawa pada hari ini dalam peruntukan undang-undang yang diwartakan di peringkat negeri Kelantan sebelum ini, menjelaskan bahawa seseorang Ahli Badan Perundangan Negeri perlu mengosongkan kerusinya jika seseorang itu dipecat atau melepaskan keahliannya dalam sesuatu parti yang dianggotainya.
Walau bagaimanapun, peruntukan tersebut dicabar dalam kes Noreen Salleh yang telah menyertai UMNO selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang di Tumpat di bawah bendera Parti Semangat 46 ketika itu. Mahkamah Agung ketika itu memutuskan bahawa meskipun peruntukan yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak menghalang kebebasan berpersatuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan. Namun, kesan langsung daripada tindakan melompat parti yang mendorong kepada pengosongan kerusi tersebut menyebabkan hak berpersatuan tersebut menjadi terbatas.
Oleh sebab itu, pada hari ini kita menyaksikan langkah proaktif kerajaan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan terlebih dahulu bagi membuka ruang kepada penggubalan Rang Undang-undang Antilompat Parti kelak. Langkah ini merupakan satu langkah rentetan dasar dan polisi kerajaan yang diketengahkan demi memastikan hak rakyat terus terpelihara. Kita semua meyakini bahawa ketidakstabilan politik bukan sahaja menatijahkan ketidakstabilan pentadbiran bahkan mengancam ekonomi negara.
Jadi, di sini kita merasakan betapa perlunya ada sekatan bagi mencegah langkah lompat parti yang berleluasa pada masa ini. Persoalannya bagaimana? Tuan Yang di- Pertua, walaupun kita semua mungkin sependapat dalam isu antilompat parti ini, namun izinkan saya untuk meluncurkan beberapa pandangan yang sewajarnya menjadi complimentary view terhadap isu ini supaya kita dapat mencermati perbahasan antilompat parti nanti dengan lebih mendalam dan terperinci khusus perbincangan dalam jawatankuasa khas yang bakal dibentuk nanti.
Saya meyakini prinsip utama terhadap isu lompat parti ialah soal kematangan pengamalan demokrasi dalam negara. Kematangan ini berkait dengan kematangan sistem parti politik yang ada dalam negara. Kematangan institusi-institusi mendukung demokrasi serta kematangan perjalanan politik negara. Bahkan, lebih penting ialah kematangan ini juga bertitik tolak kepada kematangan para pengundi atau rakyat dalam penyertaan mereka terhadap pesta demokrasi negara serta kemuncaknya ialah kematangan ahli politik serta wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, aspek kematangan ini bukan sahaja kepada perbincangan tindakan seorang Ahli Parlimen melompat parti tetapi juga melibatkan kematangan perjuangan sesebuah parti yang diberikan mandat oleh rakyat untuk memerintah. Ketika negara di bawah pemerintahan kerajaan terdahulu yang dipilih oleh majoriti rakyat dalam pilihan raya umum, pelbagai aspek yang menjadi tiang seri negara menjadi perbahasan dan pertikaian yang panjang.
Janji-janji manis pilihan raya dibakulsampahkan, menggunakan alasan ‘manifesto bukan kitab suci’. Kesemua ini ialah satu pengkhianatan kepada mandat rakyat bukan sahaja lompat parti. Sebelum ada pihak yang dituduh khianat kerana melompat daripada gagasan gabungan parti tersebut untuk membentuk gabungan parti yang lain. Jika ahli politik sendiri gagal menganggap perjuangan parti mereka selaras dengan nilai-nilai teras yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, maka jauh lagi jika kita mahu bercakap soal lompat parti.
Oleh sebab itulah, saya melihat soal kematangan ahli politik menjadi tunjang dalam setiap perbahasan reformasi, demokrasi yang kita bawa termasuklah pindaan Perlembagaan Persekutuan yang kita ketengahkan pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua ialah soal integriti Ahli Parlimen yang perlu dicermati dengan mendalam. Kepercayaan terhadap perjalanan demokrasi dalam negara,
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
tidak hanya tercemar dengan perbuatan melompat parti semata-mata, bahkan lebih substantive ialah kerana sebahagian ahli politik yang dipilih oleh rakyat telah terpalit dengan kes-kes rasuah dan penyelewengan. Oleh sebab itu, saya berpandangan sistem demokrasi di negara ini perlu direboot semula, perlu dilakukan aspek cleaning process untuk bersihkan demokrasi negara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 kelak. Jika tidak kita hanya menutup satu lubang besar tetapi beberapa lubang kerosakan lain akan terbuka dan sukar untuk dibendung.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan daripada apa yang telah saya kemukakan itu ingin saya tegaskan bahawa cadangan transformasi dan kestabilan politik negara perlu dilaksanakan dengan pindaan undang-undang yang sedia ada berasaskan pindaan Perlembagaan yang perlu dijaga dengan penuh hemat. Pergolakan politik perlu ditangani dengan bijaksana dan berpandangan jauh bukan hanya menyelesaikan masalah semasa yang dialami tanpa berfikiran terbuka dan matang.
Jangan pula nanti ditafsirkan pindaan Perlembagaan berlaku kerana ada pihak yang kecewa kerana dia rasakan berlaku rampasan kuasa dan mengambil kesempatan politik semasa untuk mengubah Perlembagaan.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Saya yakin apa yang dicadangkan bersifat ikhlas untuk kita sama-sama membina sistem demokrasi yang berprinsip, mengukuhkan dan menjamin hak rakyat demi negara tercinta. Saya dan parti yang saya sayangi, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendukung cita-cita murni yang selari dengan kehendak Islam. Saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Seterusnya, saya kembali semula kepada Yang Berhormat Lembah Pantai. Selepas ini adalah Yang Berhormat Kepong, kemudian Yang Berhormat Libaran, kemudian Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut bangun untuk membahaskan satu rang undang-undang yang ada di hadapan kita dan saya rasa seperti ramai yang telah sebut sebelum ini dengan izin, this is a very timely bill. Walau bagaimanapun, seperti yang kita telah dengar daripada Ketua Pembangkang, daripada Yang Berhormat Menteri, ada beberapa perkara yang perlu kita teliti. Sebagai salah seorang yang terlibat dalam perbincangan-perbincangan di peringkat Jawatankuasa Pemandu MoU, memang banyak yang kita telah saksikan, yang kita telah bincangkan tetapi masih banyak yang perlu kita usahakan.
Keterbukaan pihak kerajaan untuk menerima pandangan daripada Pakatan Harapan khusus berkait usaha untuk memastikan Rang Undang-undang Antilompat Parti ini walau apa pun namanya nanti adalah satu usaha yang baik dan bagi saya ini membuka satu lembaran baru buat politik tanah air dan juga satu hari yang bersejarah untuk Parlimen Malaysia. Yang penting pada waktu ini Tuan Yang di-Pertua, penting kita kena ingat dalam keadaan politik Malaysia, kita dengar bagaimana Yang Berhormat Seremban menyebut semua parti telah alami keadaan di mana anggota parti mereka, Ahli-ahli Parlimen mereka, wakil rakyat mereka telah melompat parti sejak tahun 1961 lagi dan ia berulang.
Setiap kali selepas pilihan raya, sudah pasti akan berlaku satu keadaan di mana Ahli-ahli Parlimen ini melompat. Maka, perlu kita tanya juga kenapa Ahli-ahli Parlimen ini terasa ada keinginan untuk melompat dan saya percaya kalau kita buat satu tesis, kita buat satu kajian khusus di kalangan– saya minta maaflah Tuan Yang di-Pertua tetapi ini mungkin terpakai untuk Tuan Yang di-Pertua juga. Kenapa di kalangan kita ada hasrat, ada niat, ada keinginan, ada kemahuan untuk lompat. Nak tak nak, kita perlu lihat kepada perkara ini.
Saya lihat mungkin kita tidak boleh hanya mengharapkan kepada Rang Undang- undang Antilompat Parti sahaja tetapi ia juga berkait dengan perkara-perkara seperti
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
pengisytiharan aset. Itu penting dan saya rasa sekiranya kita boleh secara terbuka memastikan bahawa institusi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan menghalang daripada kejadian-kejadian ini berlaku malah kita tidak boleh menyaksikan SPRM menjadi alat, menjadi seperti pembantu untuk memastikan Ahli-ahli Parlimen ini melompat.
Jadi, ke depan, bukan setakat kita mahukan pindaan Perlembagaan ataupun Rang Undang-undang Antilompat Parti tetapi budaya politik itu, the very fabric of our political culture dengan izin, itu perlu kita teliti dan perlu kita ubah. Budaya ugut-mengugut, budaya tawar menawar seperti itu harus menjadi sejarah silam. Harus kita letakkan titik noktah sama ada ia boleh dan mampu kita lakukan bergantung pada usaha 10 Ahli Parlimen dan seorang Yang Berhormat Menteri yang akan memegang ataupun akan mewakili kita semua dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang akan meneliti dalam masa sebulan ini bentuk rang undang-undang yang akan dibawa supaya ia memenuhi bukan cita rasa tetapi setidak-tidaknya memenuhi kehendak semua pihak. Kita letak dan kita bentang, harapan kita sebelum bulan Julai, kalau boleh pada bulan Mei selepas hari raya.
Lepas hari raya kita tak nak pilihan raya. Lepas hari raya, kita nak datang balik ke Dewan yang mulia ini untuk kita dengar, kita bahas dan kita luluskan pindaan Perlembagaan dan juga Rang Undang-undang Antilompat Parti. Akan tetapi yang saya sebut tadi Tuan Yang di-Pertua, sangat penting kita lihat di mana ada kelompangan- kelompangan lain dalam undang-undang sedia ada, akta-akta sedia ada untuk memastikan niat untuk melompat itu, cukuplah kita ugut-mengugut.
Maka nak tak nak, kita mesti lakukan satu usaha, satu reformasi yang menyeluruh termasuk dengan memastikan setiap Ahli Parlimen tidak kira parti mana mendapat peruntukan yang sama dan ini hanya boleh berlaku sekiranya satu lagi perkara dalam MoU terlaksana iaitu Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen atau Parliamentary Services Act. Itu perlu kita pastikan dapat kita luluskan juga sebelum tamat MoU supaya Parlimen lah menjadi tempat di mana perkara-perkara seperti Constituency Development Fund, peruntukan Ahli Parlimen itu dapat kita bincang dan kita putuskan. Bukan lagi menjadi belas ihsan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi ia adalah wang rakyat dan Dewan yang mulia inilah yang akan menentukan siapa mendapat berapa untuk kebaikan semua, insya-Allah. Sekian, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rang Undang- undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 adalah RUU yang sudah dinanti-nantikan semenjak termeterainya memorandum persefahaman (MoU) di antara pihak pembangkang bersama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sejujurnya, pembentangan rang undang-undang ini telah memakan masa yang agak lama.
Sewajarnya, pembentangan rang undang-undang ini adalah dilakukan dengan secepat yang mungkin kerana ini adalah salah sebuah pembaharuan institusi yang paling penting bagi membaiki semula landskap politik negara yang kini kucar kacir.
Tidak dapat dinafikan lagi keadaan politik semasa sangat bercelaru dan berpecah belah. Persengketaan politik yang dapat kita lihat kini bukan sahaja terjadi di antara pihak kerajaan dan juga pembangkang malahan kita dapat juga melihat pergaduhan dalaman yang berlaku di dalam parti masing-masing. Semuanya bak retak menanti belah. Baik di pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. Disebabkan perkara ini juga, rata-rata rakyat juga sudah penat dengan keadaan politik semasa dan kebanyakan mereka merasakan penglibatan mereka di dalam sistem pilihan raya demokrasi negara ini tidak berbaloi dan tidak membuahkan hasil.
Dalam tempoh dua tahun sahaja, kita dapat menyaksikan pertukaran dua Perdana Menteri dan empat pilihan raya negeri. Mengikut laporan yang disediakan oleh
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Suruhanjaya Pilihan Raya, sebanyak RM420 juta telah dibelanjakan untuk keempat- empat pilihan raya negeri yang berlangsung beberapa bulan lepas. Tatkala orang ramai sedang membina semula hidup mereka yang terkesan dek pandemik COVID-19, ada ahli politik yang tamak haloba mengaturkan pelbagai jenis strategi untuk kekal berkuasa.
Dalam pada itu, kegiatan melompat parti yang berlaku dalam kalangan Ahli Parlimen dan wakil rakyat juga mengeruhkan lagi keadaan politik semasa.
Hanya kerana pangkat, kuasa dan harta, prinsip parti dan perikatan ditolak tepi dan sokongan pengundi mereka dicabuli. Ini adalah politik yang jijik dan perlu diubah dengan secepat mungkin. Sekiranya kita mahu mengangkat martabat demokrasi berperlembagaan Malaysia, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) ini dan Rang Undang-undang Antilompat Parti adalah rang undang-undang yang perlu dipersetujui oleh semua Ahli Dewan Rakyat yang mulia ini.
Rakyat sudah penat dengan keadaan politik semasa. Saya juga sudah penat menyebut perkara ini kerana di saat ini, kenyataan ini adalah kenyataan yang kita sering dengar daripada setiap rakyat tetapi tiada usaha kukuh dan utuh yang digiatkan untuk membina semula kepercayaan mereka terhadap politik dan proses demokrasi di negara ini.
Tujuan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) ini dan Rang Undang- undang Antilompat Parti adalah jelas untuk rakyat. Mana-mana individu yang sudah dipilih sebagai wakil rakyat tidak boleh lagi menukar parti mereka dengan sewenang-wenangnya seperti menukar baju.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Mereka perlu menghormati prinsip, visi dan misi parti yang mereka wakili serta mewakili setiap undi yang diberikan kepada mereka. Dengan adanya mekanisme seperti ini, kita bakal melihat politik Malaysia yang lebih stabil, sihat dan berkiblatkan rakyat. Di sini juga orang ramai tahu bahawa penglibatan mereka di dalam proses pilihan raya negara ini tidak bakal dikhianati dan dicabuli dengan sewenang-wenangnya.
Sudah tiba masanya Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) ini dan satu Rang Undang-undang Antilompat Parti perlu diluluskan tanpa perbalahan dan percanggahan lagi. Sekiranya pihak kerajaan dan pembangkang mahukan pembaharuan landskap politik negara dan kerjasama merentas parti di masa akan datang juga, pemindaan Perlembagaan ini perlu diluluskan dengan sebulat suara. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Libaran. Tidak ada dalam Dewan. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, seluruh rakyat Malaysia menunggu rang undang-undang dan pemindaan kepada Perlembagaan ini diluluskan hari ini. Akan tetapi sayangnya, ada sebab-sebab yang tertentu yang saya faham dan perlu dihalusi oleh Jawatankuasa kelak, maka ia akan ditunda kepada satu tarikh yang sesuai.
Akan tetapi, perkara yang mustahak, yang pokok, Tuan Yang di-Pertua, adalah there is an elephant in the room. Kita sebenarnya bukan tidak tahu bahawa gajah ada di dalam, di room ini dan ini adalah masalah yang besar, yang kontroversial dari banyak lama dan saya hairan ia mengambil banyak masa sampai sekarang baru kita bangun, kita rasa perlu membawa pemindaan kepada Perlembagaan.
Pada tahun 2022 bulan Jun, Julai, saya telah membawa resolusi mengenai meminda anti-hoping law ini dan juga Tuan Yang di-Pertua telah mencadangkan bahawa meminda Perlembagaan. Saya sangat suka hati kerana sekarang perkara itu terjadi.
Akan tetapi, ini pun telah dilambat-lambatkan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Perkara yang berkaitan, Tuan Yang di-Pertua, adalah kita tahu semua ini adalah disebabkan kerana, seperti yang dikatakan oleh semua Ahli Parlimen di sini di mana tidak ada integriti, tidak ada moraliti dan tidak ada fahaman bahawa rakyat memilih seorang bukan atas kepercayaan kepada dia sendiri tetapi sebenarnya kepercayaan kepada parti politik. The symbol matters a lot. Akan tetapi, ramai di antara Ahli Parlimen percaya bahawa kekuatan dia, kebolehan dia yang luar biasa. Kalau sedemikian, kita tahu banyak Ahli-ahli Parlimen yang keluar parti yang hilang deposit semasa pilihan raya selepas itu. Ia menunjukkan bahawa ramai di antara rakyat di negara ini, pengundi-pengundi memberi harapan kepada parti politik dan itulah adalah prinsip yang sangat mustahak.
Tuan Yang di-Pertua, saya percaya satu di antara faktor yang menyebabkan semua masalah sekarang adalah Sheraton Move. Saya tidak mahu masuk banyak dalam hal itu tetapi hakikatnya apa yang dibuat di Sheraton Move itu bukan sahaja tidak boleh diterima tetapi satu perkara yang perlu dikondem sedalam-dalamnya kerana orang-orang yang berbuat sedemikian adalah orang-orang yang tidak berprinsip. Saya pun hairan orang-orang ini hari ini berdiri di sini dan juga terlibat dalam perbahasan. Tidak tahu hala tuju apakah mereka buat semasa Sheraton Move itu yang menguntungkan mereka sendiri dan membawa bermacam-macam jawatan menteri, timbalan menteri dan sebagainya.
Saya harap selepas rang undang-undang dan juga pemindaan kepada Perlembagaan, ia akan menyekat dan menghapuskan semua kejadian kelakuan yang tidak boleh diterima di arena politik.
Tuan Yang di-Pertua, semasa banyak kali saya pergi ke market, ramai di antara orang yang datang ke market bertanya saya apakah asas kita mengundi seseorang masuk ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dan kenapa dia boleh mengalih dari satu parti ke lain parti sesuka hatinya tetapi tidak balik untuk mendapat lagi satu fresh mandate. Itulah perkara-perkara prinsip yang perlu diambil kira.
Saya percaya, Tuan Yang di-Pertua, tiga perkara yang mustahak yang perlu diambil kira dalam menggubal rang undang-undang ini adalah prinsip kritikal seperti berikut– Pertama, prinsip undang-undang anti-lompat parti harus dirumuskan daripada perspektif pengundi.
Kedua, perspektif pengundi adalah kritikal.
Ketiga, keberkesanan sesebuah kerajaan dalam pemerintahan dan pentadbiran amatlah berkait dengan tingkah laku dan integriti Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Mandat kerajaan untuk mentadbir dalam tempoh lima tahun seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan negara haruslah diakui dan dipatuhi.
Dalam hal ini, Tuan Yang di-Pertua, semasa jawatankuasa mengadakan mesyuarat, saya cadangkan dua perkara yang lain yang perlu diambil kira. Satu adalah Artikel 57(1)(b) di mana kita perlu to increase the number of Deputy Speakers dari dua yang sedia ada kepada tiga. Tidak perlu kita membawa pemindaan Perlembagaan setiap kali untuk perkara-perkara yang boleh dibuat sekali gus. Saya harap itu boleh diambil kira.
Kedua adalah Artikel 48(1)(e) iaitu pada tahun 1957, Tuan Yang di-Pertua, kalau seorang Ahli Parlimen didenda RM2,000 atau dijatuhi hukum lebih daripada satu tahun, dia kehilangan kerusi. Saya setuju. Akan tetapi, RM2,000 pada tahun 1957 ke masa sekarang sangat beza. Seorang guru yang mengajar pada tahun 1957 hanya mendapat RM150, sekarang sekurang-kurangnya RM5,000 ke RM6,000. Saya harap perbandingan ini akan diambil kira dan kita perlu meningkatkan wang RM2,000 ini ke suatu jumlah yang lebih pada saat sekarang.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Allah Taala berfirman...
[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan kebenaran, menegakkan keadilan dan menjadi saksi bagi Allah SWT walaupun ke atas diri kamu dan juga ibu dan bapa dan juga kaum kerabat.” Apa yang kita bincang pada hari ini ialah tentang pindaan Perlembagaan yang nanti akan memberi laluan untuk satu rang undang-undang melibatkan lompat parti. Saya sangat menyokong usaha yang dibuat oleh kerajaan pada hari ini melihat kepada hakikat keadilan yang diberikan kepada semua pihak.
Saya bacakan di awal tadi satu ayat yang mengajar kepada kita untuk menegakkan keadilan kepada semua orang. Bagi saya, apa yang dibuat ini adalah adil kepada rakyat, kedua, adil kepada parti dan ketiga, adil kepada Ahli Parlimen itu sendiri.
Adil kepada rakyat kerana, pertamanya, seorang Ahli Parlimen yang diundi tentulah berdasarkan parti yang digunakan logo ketika mana berlaku pilihan raya. Parti itu bilamana berlaku perbezaan pendapat di kalangan Ahli-ahli Parlimen dengan partinya sendiri, maka dia keluar daripada partinya, maka sangat layak untuk dia kembalikan semula kepada rakyat untuk mereka kembali memilih Ahli Parlimen yang baharu.
Ini yang saya katakan sebagai adil kepada rakyat yang mengundi kerana yang mengundi itu barangkali ahli-ahli parti, yang mengundi itu barangkali orang atas pagar, yang mengundi barangkali kerana peribadi seorang Ahli Parlimen. Maka, apa pun keadaannya, bilamana berlaku keadaan seumpama itu, maka wajarlah dikembalikan hak kepada rakyat untuk memilih Ahli Parlimen yang baharu. Itu yang pertama.
Kedua, adil kepada parti. Kenapa? Kerana parti telah memberikan watikah, parti juga memberikan dana, parti juga menyediakan jentera-jentera yang bekerja untuk memenangkan seseorang Ahli Parlimen. Maka apabila Ahli Parlimen itu keluar daripada partinya ataupun melepaskan keahliannya, maka sangat wajar untuk diberikan hak kepada parti untuk memilih seorang Ahli Parlimen yang baharu yang diingini oleh parti di mana seorang Ahli Parlimen itu menang.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Oleh sebab itu, saya katakan bahawa ini adalah memberikan hak dan keadilan kepada parti di mana seorang ahli yang pernah bertanding dan menang dalam pilihan raya tersebut. Ketiga, ia juga adil kepada Ahli Parlimen kerana barangkali seorang Ahli Parlimen ada pendirian tersendiri, ada prinsip tersendiri, kerana itu dia masuk politik, ada pandangan tersendiri dan mungkin berlaku suatu perbezaan pendapat dengan parti sendiri menyebabkan dia terpaksa mengambil kaedah, [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “Sesiapa yang melihat kemungkaran dia menukar, dia mengubah dengan tangannya ataupun dengan lidahnya”. Itu merupakan hak kepada seorang Ahli Parlimen.
Maka apabila mana seorang Ahli Parlimen itu memilih untuk melepaskan keahlian ataupun dipecat daripada partinya kerana perbezaan pendapat, maka itu adalah hak yang patut kita berikan kepada Ahli Parlimen tetapi hak itu kita pulangkan di kala mana dimulakan balik pilihan raya semula untuk Ahli Parlimen terbabit masuk pilihan raya dan menawarkan diri kepada rakyat untuk dipilih kali yang seterusnya.
Oleh sebab itu saya katakan bahawa rang undang-undang yang kita cadangkan nanti adalah suatu keadilan kepada semua. Adil kepada rakyat, adil kepada parti dan adil kepada Ahli Parlimen terbabit. Apa yang kita buat hari ini sebagai suatu usaha yang baik daripada kerajaan untuk pastikan bahawa semua pihak mendapat hak dan tidak ada yang terasa hati, tidak ada yang merasa terkilan dan sebagainya maka saya sangat menyokong rang undang-undang yang dibentangkan pada hari ini dan juga undang-undang seterusnya nanti kita bentangkan untuk melibatkan Akta Antilompat Parti. Terima kasih, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Nerus. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Pokok Sena, saya sambungkan senarai pembahas-pembahas. Selepas Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Sepanggar, kemudian Yang Berhormat Permatang Pauh, kemudian Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Kota Kota Kinabalu, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Beruas, setakat itu tetapi ada tambahan lagi lebih kurang lapan orang lagi. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Hari ini tercipta satu sejarah baharu untuk Malaysia di mana Parlimen pada hari ini persetujuan dapat dicapai antara pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang khususnya daripada Pakatan Harapan untuk kita sama-sama menolak perbuatan jenayah politik iaitu jenayah politik yang tidak bermaruah iaitu jenayah lompat khianat kerajaan mandat rakyat.
Ini adalah merupakan titik tolak daripada Langkah Sheraton yang semua orang telah mengulangi dan hari ini kita memulakan langkah baharu iaitu bermula daripada Langkah Malaysia Baharu untuk ke hadapan bagi memastikan supaya kerajaan mandat rakyat itu tidak akan tergugat. Kerajaan mandat rakyat itu tidak akan tergugat oleh perbuatan-perbuatan jenayah khianat kerajaan mandat rakyat yang dilakukan oleh ahli- ahli politik, khususnya Ahli-ahli Parlimen ataupun Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
Hari ini kita seperti semua Ahli Parlimen yang ada termasuk daripada pelompat- pelompat bersetuju, bersepakat bahawa Langkah Sheraton adalah merupakan langkah yang sangat tidak bermaruah dan akhirnya menjadikan Parlimen seperti sarang pelacuran kepada politik dalam negara kita ini.
Jadi – sebab bagi saya bahawa Langkah Sheraton adalah langkah yang bermula dengan scheme of thing, tawaran, jawatan dan berbagai-bagai lagi sehinggalah sampai kepada peringkat kita melihat apa yang berlaku di Sabah yang diperakui sendiri oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador berlakunya hal-hal yang sangat menjelikkan apabila ahli-ahli politik khususnya ADUN-ADUN yang dibeli dengan wang ringgit.
Hari ini kita sepakat bahawa ini perbuatan yang seharusnya ditolak dan dibenci untuk memastikan supaya tidak berlaku lagi perbuatan– jangan melompat, jangan merampas kuasa kerajaan mandat rakyat. Jangan tawar dan beli ahli-ahli politik dan ahli- ahli politik tidak seharusnya menyerahkan diri untuk menjadi pelacur-pelacur politik di dalam negara kita ini.
Apa yang lebih penting kepada kita ialah untuk perlu kepada sebuah ataupun suatu undang-undang yang jelas seperti mana yang telah pun diperakui semua bahawa suatu akta baharu yang perlu diwujudkan bagi memastikan keadaan ini tidak berlaku.
Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang perlu dilihat oleh pihak kerajaan ialah supaya isu ini, kerana berlaku di Mahkamah Persekutuan dalam kes Menteri Besar Perak dahulu di mana Mahkamah Persekutuan telah pun endorsed bahawa, “Kehilangan sokongan kepada MB itu boleh dibuat di luar daripada DUN termasuk melalui Surat Akuan Berkanun kepada MB yang baharu”.
Maknanya Surat-surat Akuan Berkanun dan ini yang menyebabkan berlakunya yang berkaitan dengan soal lompat-melompat dan sebagainya. Jadi oleh sebab itu, kita perlu kepada suatu peraturan yang jelas, yang berkaitan dengan usul undi tidak percaya ataupun usul percaya yang perlu ada satu peraturan sehingga kita di dalam Dewan ini pun pernah dikemukakan tetapi Tuan Yang di-Pertua boleh mengelak daripada usul tersebut untuk dinaikkan ke atas bagi dikemukakan usul tersebut. Kalau ini boleh berlaku di dalam
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Dewan, saya percaya bahawa isu-isu yang berkaitan dengan lompat-melompat ini tidak mungkin boleh berlaku.
Keduanya ialah juga perlu dilihat di sini ialah bagaimana isu kita hendak mengatasi sebuah parti gabungan itu keluar daripada gabungan tersebut sedangkan dia bertanding atas nama gabungan dan menggunakan lambang gabungan tersebut pada suatu ketika dia lompat membentuk gabungan yang baru.
Ini juga harus dilihat bahawa sesuatu yang boleh menyebabkan khianat kepada mandat rakyat itu iaitu kerajaan yang telah terbentuk melalui mandat rakyat. Jadi, inilah yang saya harapkan supaya satu kesedaran baharu, budaya politik baharu untuk kita mengelak daripada menjadi pelacur politik dalam negara kita. Terima kasih, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Sepanggar.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Sejarahnya Sabah adalah wilayah yang banyak menjadi mangsa kepada kejadian lompat. Rakan saya Yang Berhormat Kota Belud tadi telah sebut, “One state government after another tumbang kerana lompatan.” Malah lebih jijik lagi ada yang menyamakan wakil rakyat Sabah seumpama kraf tangan yang cantik-cantik, gambaran betapa mudahnya dibeli wakil-wakil rakyat Sabah. Malah hari ini sinonim rakyat melihat pemimpin di Sabah kaya-raya namun rakyatnya miskin.
Tuan Yang di-Pertua, the first step has to be the right step. Itulah yang disebut oleh Ahli Parlimen dari Sarawak semasa mereka memutuskan untuk berkecuali semasa pindaan Perlembagaan tahun 2019 berkaitan Sabah dan Sarawak. Namun langkah pertama yang dibuat oleh kerajaan pada hari ini yang dahulunya berada di blok pembangkang pula berlaku sebaliknya.
Kita berbahas hari ini bukanlah bertujuan untuk menghenti dan menghalang tindakan lompat parti. Sekali lagi tidak ada satu patah perkataan pun berkenaan lompat parti di dalam pindaan ini sama ada dalam versi bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.
Daripada banyak-banyak pindaan yang dicadangkan, hari ini hanya satu sahaja pindaan yang dibentangkan.
Bukan itu sahaja, Rang Undang-undang Antilompat Parti yang dicadangkan juga tidak ada di atas meja kita. Therefore, why are we here? Saya ingat sidang khas ini bertujuan untuk Rang Undang-undang Antilompat Parti. Sekarang entah betul entah tidak akan ada sidang khas lagi. Kenapakah panggil hari ini? Kenapakah tidak sekalikan sahaja? Sedarkah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tiket kapal terbang dari Sabah ke Kuala Lumpur hari ini jauh lebih mahal berbanding ke negara-negara Eropah. Saya takut hari raya nanti ramai rakyat Sabah tidak dapat pulang disebabkan tiket kapal terbang yang terlalu mahal.
Malah bill ini juga memberi kuasa yang besar dan luas yang bakal diberikan kepada kerajaan melalui pindaan Perkara 10 hari ini. Berkemungkinan besar akan disalah guna dan menindas wakil rakyat yang tidak bersalah.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini saya selaku Ahli Parlimen Warisan ingin mengulangi pendirian bahawa kami menyokong penuh usaha kepada langkah yang diambil bagi memastikan tindakan lompat parti oleh wakil rakyat ditamatkan sepenuhnya once and for all. Namun usaha ke arah itu perlu jelas, perlu terang dan perlu lengkap bukan dengan tindakan kerja separuh jalan. Hari ini pinda satu, dua bulan lagi dari siri hari ini pinda lagi.
Pada akhirnya nanti adakah objektif untuk memastikan lompat parti dihalang ataupun dihukum.
Tuan Yang di-Pertua, Perkara 48(1) di dalam Perlembagaan ada menyebut, “Subject to the provisions of these Article,...” dengan izin, “...a person is disqualified for being a member of either House of Parliament if––”.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Di sana ada subfasal (a) hingga (f), jelas dinyatakan enam situasi yang menyebabkan seseorang itu hilang kelayakan menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen. Persoalan saya, mengapa kerajaan tidak meminda sahaja perkara 48(1) ini dengan menambah subfasal baharu yang jelas menerangkan berkenaan dengan tindakan lompat parti bersama dengan definisi yang jelas. Saya berpandangan sekiranya Perkara 48(1) ini dipinda, tidak perlu untuk kita menyentuh kebebasan berpersatuan di bawah perkara 10 kerana objektif utama kita menghalang dan menghukum wakil rakyat yang melompat parti telah pun tercapai melalui pindaan perkara 48(1).
Tuan Yang di-Pertua, mengapakah tergesa-gesa? Bukanlah satu rahsia bahawa pindaan Perlembagaan yang dibuat pada hari ini adalah satu pindaan yang dibuat secara tergesa-gesa. Buktinya apabila bukan sahaja parti pihak pembangkang melahirkan kerisauan, malah pihak kerajaan juga menyatakan perkara yang sama. Daripada banyak- banyak pindaan yang dicadangkan dan dipersetujui, akhirnya hari ini kita dibentangkan dengan hanya satu pindaan sahaja, malah difahamkan juga entah betul entah tidak tiada undian.
Janganlah hanya kerana ingin menyelamatkan muka ataupun safe face, manakala pihak kerajaan pula takut diugut dan takut kehilangan kuasa, proses penting untuk memastikan demokrasi kita dijunjung diambil mudah sehingga perkara-perkara penting di dalam pindaan Perlembagaan ini tidak dipinda.
Tuan Yang di-Pertua, mengapakah kami daripada parti WARISAN dengan tegas menyatakan bahawa MoU antara pihak kerajaan dengan pembangkang tidak perlu?
Lihatlah hari ini, kami yang tidak menandatangani sebarang MoU bersedia untuk meluluskan sebarang undang-undang yang menghalang tindakan lompat parti demi kebaikan rakyat dan negara kita, boleh seia dan sekata tanpa perlu sebarang syarat- syarat yang mengikat.
Namun apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja kami dari WARISAN kecewa, ahli rakan-rakan kami dalam blok pembangkang juga kecewa apa yang ditulis di dalam MoU tidak dapat dilaksanakan. Apakah kesannya? Walaupun saya tahu jawapannya, saya ingin tujukan soalan ini kepada kerajaan mahupun rakan-rakan saya di sebelah sini, tepuk dada tanya selera.
Tuan Yang di-Pertua, reformasi Parlimen ini juga telah disebut oleh ramai rakan- rakan kita. Kalau boleh, saya harap Parlimen ini apa yang disebut bahawa what lead to lompat? Jawapan dia, kerana tidak ada peruntukan-peruntukan Parlimen dipegang oleh pihak kerajaan. Oleh sebab itu jika ada reformasi Parlimen kita lakukan bahawa jangan diikat Ahli Parlimen ini dengan menggunakan kaedah apa yang berlaku pada hari ini.
Kalau tidak sign MoU, tidak ada peruntukan. Inilah di antara perkara-perkara yang boleh mengakibatkan lompat.
Prevention is better than cure. Yang Berhormat Ketua Pembangkang hari ini ada menyebut mengapa kita mempertahankan hak seseorang sedangkan kita mengetepikan hak mereka yang lebih ramai. Saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan saya berharap kerajaan dapat melihat perkara ini bahawa kami walaupun dalam blok pembangkang, kami juga dipilih oleh majoriti rakyat di kawasan kami. Oleh dengan itu, jangan ketepikan hak rakyat yang telah mengundi kami sebagai Ahli Parlimen sewaktu pilihan raya. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Permatang Pauh.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Bismillahi Rahmani Rahim.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam hormat. Saya rasa di sini kita harus tekankan dalam perbahasan pindaan Perlembagaan walaupun tidak ada undian dibuat pada hari ini, kita sambut baik penggunaan Jawatankuasa Pilihan Khas. Saya fikir sebagai sebuah Dewan Rakyat yang memperakui
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
dan memberi penghormatan kepada semua anggotanya, kurang-kurang kita kena maknakan menerusi aksi atau tindakan yang kita ambil.
Hakikatnya Tuan Yang di-Pertua, padang demokrasi di Malaysia memang tidak sama rata. Jadi, kami semua menyokong keperluan sebuah rang undang-undang untuk menghentikan lompatan, tetapi kita juga tidak mahu ia menjadi pintu yang dibuka besar bagi mengurangkan lagi kuasa ataupun ruang kepada pembangkang. Dihadkan lagi kerana sebarang kuasa yang diberi kepada parti pemerintah haruslah dibuat dengan berhati-hati. Sepatutnya selepas pilihan raya, kita ada lima tahun untuk memerintah dan inilah yang harus kita tekankan bahawa menjadi pembangkang itu sebenarnya tanggungjawab yang asas walaupun ada segelintir seolah-olah macam menjadi cacing kepanasan, tidak tahan.
Pada saya, tanggungjawab ahli politik, dia sebagai pembangkang juga, itulah kelengkapan kepada satu sistem demokrasi. Keutamaan kerajaan, bimbang saya dia seperti pasir yang berubah. Dia lebih mengutamakan supaya dapat kekal jadi parti pemerintah, bukannya untuk memberi rakyat keutamaan dan kebajikan.
Tahun 1998 Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Port Dickson dipecat oleh Yang Berhormat Langkawi. Ditekan dengan seluruh institusi demokratik negara mencetuskan political and financial crisis. Memberi kesan besar kepada perkembangan politik negara dan tanah air, tetapi juga mencetus gerakan reformasi. Ada dukungan daripada parti PAS, daripada parti UMNO juga, segelintir pimpinan yang juga dipecat dan Ketua AMANAH dan DAP.
Akan tetapi antara tuntutan yang saya fikir relevan untuk mendesak supaya wujudnya pengasingan kuasa dalam kerajaan. Anggota Dewan Rakyat dia fokus dengan penggubalan rang undang-undang. Pihak eksekutif dia fokus memerintah dan institusi kehakiman berdiri secara independent. Kita tidak mahu berlaku salah guna kuasa, semua sudah kena ya. Saya pasti semua parti politik, bila ROS ketika itu menghalang perwujudan parti politik baharu.
Justeru, bila dua dekad selepasnya, kita sampai ke saat ini. Saya fikir bila bercakap tentang sebuah rang undang-undang yang akan beri kesan kepada semua Ahli Parlimen, wajiblah sertakan satu salinan kepada kami semua. Memang kita ada perwakilan, tetapi dalam Jawatankuasa Pilihan Khas, kalau kita mahu buat semangat secara terbuka, maka jumlah anggota Parlimen pembangkang dan juga kerajaan harus sama rata.
Saya tidak mahu pengulangan pada tahun 2012, kita ada Jawatankuasa Pilihan Khas berkait dengan reformasi pilihan raya. Perwakilan daripada kerajaan lima daripada Barisan Nasional ketika itu, tiga sahaja daripada pembangkang dan seorang Ahli Parlimen independent. Akan tetapi, akhirnya persetujuan tidak dapat diurai dan pihak pembangkang terpaksa mewujudkan laporan minoriti atau the minority report.
Kita pun tahu bukan semua rekomendasi yang diluluskan dalam Dewan Rakyat untuk mereformasi sistem pilihan raya kita dilakukan sepenuhnya. Justeru, pada hari ini saya pinta - kita tidak boleh ucap tahniah lagi kerana tidak sampai lagi, tidak dibuat lagi walaupun kita sambut baik ada Jawatankuasa Pilihan Khas. Dalam kewujudan jawatankuasa tersebut, bukan sahaja daripada segi penganggotaan.
Kedua, saya tidak mahu kita terikat dengan Hobson’s choice, tidak ada pilihan pun, hanya diputuskan oleh kerajaan. Saya harap memandangkan Yang Berhormat Pengerang sudah siapkan sebuah rang undang-undang untuk diambil kira, kita kena pastikan Rang Undang-undang Antilompat Parti membawa cadangan bukan sahaja daripada Yang Berhormat Pengerang, bawa juga cadangan daripada BERSIH supaya dia saling melengkapi dan you compare what is the best outcome semasa rundingan yang berlangsung selama satu bulan, insya-Allah.
Kedua, perlu juga dirunding dengan kesemua kerajaan negeri. Semua kerajaan negeri akan mendapat kesan daripada kelulusan undang-undang ini. Maka dalam proses, tidak boleh dinafikan peluang untuk menjelaskan di peringkat negeri Selangor, Kelantan, Pulau Pinang. Semua ini harus dibuat dalam masa di mana kita semua mendapatkan persetujuan bagi sebuah sistem demokrasi yang lebih baik daripada sebelumnya.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya hanya tekankan dalam usaha kita untuk memberikan makna sebenar kepada undi rakyat, kita juga harus faham, memang hendak pastikan tidak berlaku lompatan. Itu kita setuju penuh, tetapi kita gunakan maksimumkan setiap parameter fungsi Dewan Rakyat dimaksimumkan sepenuhnya. Sama jugalah dengan Jawatankuasa Pilihan Khas supaya kita dapat benar-benar memberikan maruahlah sebenar kepada perwakilan, jawatan dan juga kerja kita selaku Ahli Dewan Rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selama 14 tahun yang lepas, saya telah diberikan kepercayaan oleh parti saya DAP dan diberikan mandat oleh pengundi-pengundi di kawasan DUN Canning Perak untuk menjadi wakil rakyat kali pertama. Pertama kali saya menjadi wakil rakyat juga pertama kali Pakatan Rakyat menjadi kerajaan di negeri Perak. Namun, kerajaan tersebut telah jatuh selepas 11 bulan. Sebab kejatuhan kerajaan, tidak lain daripada disebabkan oleh tiga orang ADUN yang melompat parti pada ketika itu.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Peristiwa ini telah menyebabkan satu krisis Perlembagaan Negeri Perak yang telah berlangsung hampir dua tahun sehingga Mahkamah Persekutuan membuat keputusan terakhir, siapakah Menteri Besar yang sah pada ketika itu.
Pada tahun 2018, saya diberikan kepercayaan oleh parti saya, DAP dan diberikan mandat oleh pengundi-pengundi saya di kawasan Ipoh Timur untuk menjadi Ahli Parlimen bagi kali pertama. Pertama kali saya menjadi Ahli Parlimen juga kali pertama Pakatan Harapan menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan. Namun, kerajaan tersebut telah jatuh selepas 22 bulan. Sekali lagi sebab kejatuhan kerajaan adalah tidak lain daripada golongan-golongan yang telah pun mengkhianati mandat rakyat.
Peristiwa ini telah pun menyebabkan ketidakstabilan politik dan keadaan bertambah teruk apabila negara sedang dilanda pandemik COVID-19. Ini menyebabkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun bertukar tiga kali dalam satu tempoh empat tahun yang singkat.
Jelas, adalah menjadi harapan daripada rakyat demi memastikan pilihan rakyat dalam pilihan raya adalah terjamin, suatu Undang-undang Antilompat Parti sama ada dalam bentuk pindaan Perlembagaan atau dalam bentuk akta haruslah digubal. Undang- undang Antilompat Parti sememangnya sesuatu yang telah pun diketengahkan oleh Ahli- ahli Parlimen DAP sejak dahulu lagi.
Saya mengambil hari ini sebagai hari yang bersejarah yang mana usaha pembentangan Undang-undang Antilompat Parti berlaku bagi kali pertama dalam sejarah Malaysia. Hasil tidak lain daripada menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik antara Pakatan Harapan dengan Kerajaan Malaysia pada bulan September 2021 yang lepas. Walaupun saya berpandangan bahawa pindaan Perlembagaan ini pada hari ini haruslah diperbaiki dalam bentuk Undang-undang Antilompat Parti juga harus diperhalusi.
Pindaan Perlembagaan Persekutuan pada hari ini walaupun bertujuan sebagai suatu an enabling provision memandangkan kebimbangan kuasa yang terlalu luas diberikan kepada kerajaan yang memegang kuasa, government of the day, saya berpandangan bahawa sekiranya kesemua Ahli-ahli Kabinet dalam kerajaan mempunyai tekad untuk menggubal dan meluluskan satu Undang-undang Antilompat Parti, kerajaan tidak perlu mengambil langkah two steps dengan izin iaitu pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Rang Undang-undang Antilompat Parti tetapi kesemuanya boleh dilakukan dengan suatu pindaan Perlembagaan Persekutuan iaitu pindaan terhadap klausa Artikel 48, Perlembagaan Persekutuan.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Kerajaan telah menyatakan lebih daripada 20 sesi libat urus telah diadakan bermula pada bulan November yang lepas pada semua masa. Ahli-ahli Parlimen adalah diberitahu bahawa Undang-undang Antilompat Parti ini akan dilaksanakan dengan pindaan terhadap Artikel 48 dengan menyatakan bagaimana seseorang Ahli Parlimen itu boleh kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen.
Selaku seorang pengamal undang-undang, saya berpendapat bahawa pindaan Artikel 48 ini merupakan bentuk yang paling baik yang mana isu penting seperti antilompat parti haruslah termaktub dalam undang-undang tertinggi negara dengan sebarang pindaan pada masa depan hanya boleh dilakukan dengan suatu undi majoriti dua pertiga dan bukan majoriti 51 peratus.
Daripada perbahasan rakan-rakan saya dalam Dewan ini, biarpun dari sebelah sini ataupun sebelah sana sememangnya Dewan ini mempunyai satu konsensus secara dasar iaitu perlunya satu Undang-undang Antilompat Parti digubal bagi tujuan memastikan pilihan rakyat adalah terjamin dan terlindung.
Apa yang mungkin menjadi perbezaan adalah nombor satu definisi lompat parti untuk mereka yang dipecat dari parti dan definisi lompat parti untuk mereka yang dipilih atas tiket bebas. Dari sekarang sampai sidang khas yang akan datang mungkin dalam masa satu setengah bulan kita tidak mahu nampak ada insiden lompat parti lagi walaupun kita tidak ada suatu Undang-undang Antilompat Parti yang in place.
Saya mencadangkan, walaupun ketiadaan Undang-undang Antilompat Parti sekarang, kesemua parti yang mempunyai ahli dalam Dewan ini harus mengambil satu pendirian politik menolak pengambilan segala wakil rakyat biarpun Ahli Parlimen ataupun ADUN yang asal daripada parti lain ke dalam partinya. Ini adalah penting untuk membuktikan komitmen setiap parti politik mendukung semangat antilompat parti dan sekali gus mengakhiri hayat sesiapa yang hendak menjadi katak politik.
Kerajaan telah mencadangkan supaya pindaan Perlembagaan ini dirujuk kepada suatu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Ini supaya pindaan ini dapat diperhalusi dan dipersetujui oleh suatu Jawatankuasa Pilihan Khas bipartisan. Kita perlu faham, draf pindaan Perlembagaan pada Artikel 48 Perlembagaan telah pun dipersetujui oleh Jawatankuasa Teknikal MoU Kestabilan Politik. Draf yang dikemukakan oleh kerajaan sendiri dipersetujui oleh pihak pembangkang tetapi pada akhirnya telah tidak dipersetujui oleh Kabinet sendiri. Perkara ini tidak harus berlaku.
Maka, kesimpulan dan persoalan saya adalah sama ada kerajaan akan memberikan komitmen bahawa Kabinet akan bersetuju atas segala keputusan yang telah pun dicapai di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Komitmen ini adalah amat penting kerana sekiranya Jawatankuasa Pilihan Khas menggunakan masa katakanlah sebulan untuk mencapai suatu cadangan yang dapat dipersetujui, apabila masuk ke dalam Kabinet pula tidak dapat dipersetujui.
Maka, dalam penggulungan nanti saya berharap kerajaan harus memaparkan komitmen kerajaan bahawa Kabinet akan bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Dengan itu, sekian daripada saya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya rasa sebenarnya kita tidak perlu membentangkan tentang pindaan Perlembagaan atau Akta Antilompat Parti jika semua wakil rakyat, mantan dan memahami tanggungjawab mereka kepada mandat rakyat.
Langkah Sheraton yang merupakan sesuatu yang tidak pernah terjadi sebelum ini dalam sejarah Malaysia telah menyebabkan dua penukaran kerajaan sebelum ini kerajaan berpunca wakil rakyat yang hanya hendak mementingkan diri sendiri, mendapat
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
tawaran keistimewaan atau ada jawatan berpangkat yang telah dijanjikan dan melupakan Ahli Parlimen bahawa mereka dipilih dengan mandat rakyat semasa pilihan raya.
Sejak Langkah Sheraton, kestabilan politik Malaysia telah terkesan oleh dua pertukaran kerajaan tanpa sebarang mandat rakyat. Pada penghujung hari, rakyat menderita kerana pemimpin seolah-olah beralih arah semata-mata untuk mendapatkan jawatan dan sebagainya.
Oleh sebab itu, pada masa ini kita berada di sini untuk membahaskan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan bukan ini hanya untuk menghalang dan menamatkan Ahli Parlimen, dengan izin political frogs tetapi juga mempertahankan mandat rakyat dan juga meningkatkan demokrasi yang kita ada di negara kita.
Saya harap kerajaan boleh menimbang semula tentang pindaan Perlembagaan ini. Apa yang didrafkan ada implikasi yang terlalu luas dan memberi peluang untuk menyalahgunakan kuasa. Ini adalah cadangan daripada saya dan juga daripada BERSIH 2.0 dan saya juga setuju dengan cadangan mereka.
Pertama ialah cadangan untuk pindaan kepada Perkara 10 seperti berikut. Ini adalah cadangan yang baharu walaupun fasal 2 sekatan ke atas hak yang menubuhkan persatuan yang dinyatakan oleh perenggan fasal 1, Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan dengan perubahan parti politik mereka selepas pilihan raya boleh dikenakan oleh Perlembagaan ini.
Ini adalah cadangan dengan mengecualikan penyingkiran parti daripada definisi lompat parti, ia sememangnya akan melemahkan kuasa Akta Antilompat Parti kerana Ahli Parlimen atau ADUN yang pada hakikatnya telah pun bertindak mengkhianati parti mereka tidak akan meletakkan jawatan tetapi sebaliknya akan menunggu untuk dipecat supaya dapat mengekalkan kerusi mereka dalam Dewan. Kalau definisi tidak jelas, ini akan menjadikan pindaan ini tidak efektif dan tidak boleh digunakan.
Kedua ialah cadangan yang mana di bawah Perkara 48 atau mengadakan Perkara 49(A) baharu yang saya cadangkan perkara yang berikut.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Tertakluk kepada peruntukan perkara ini, seorang Ahli Dewan Rakyat dan ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya sekiranya:
(i) setelah dipilih sebagai calon parti politik dan dia hendak meletakkan jawatan atau berhenti atas apa-apa sebab sekalipun kecualian penyingkiran menjadi ahli parti tersebut dalam penggal perkhidmatannya atau; dan
(ii) setelah memenangi pilihan raya selain sebagai calon parti politik, dia menyertai parti politik dalam tempoh perkhidmatannya yang berkaitan. Sebarang Akta Parlimen yang hanya akan merumitkan perkara ini tidak diperlukan sama sekali.
Ketiga, ialah bagi maksud menimbang Rang Undang-undang Perlembagaan dan Rang Undang-undang Antilompat Parti diserahkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas dan saya hendak mencadangkan supaya ahli-ahli dalam jawatankuasa ini diperluaskan termasuk penasihat, pakar ataupun perunding untuk menerima atau mendapatkan maklumat nasihat dan keterangan lain yang dianggap perlu bagi melaksanakan tugasnya.
Saya harap untuk memperkenalkan pindaan ini akan membolehkan pemimpin pelapis mengambil alih tugas sebagai kerajaan dan yang paling penting dapat membendung penyalahgunaan kuasa yang berlebihan di tangan individu seperti yang dilihat pada masa lalu.
[Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Petaling Jaya, sila gulung.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Ya. Saya juga harap Ahli Parlimen dan juga ADUN akan dapat taklimat dan dibagi masa untuk meneliti pindaan Perlembagaan dan juga RUU sekurang-kurangnya seminggu sebelum sidang Parlimen.
Sekian, terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Berikutnya, Majlis mempersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022.
Sebelum ini Menteri telah memberi tahu bahawa sejak Pilihan Raya Umum 2018, terdapat 39 orang Ahli Parlimen keluar parti atau lompat parti. Bilangan Ahli Undangan Negeri yang lompat parti tidak diketahui nombornya. Saya jangka berpuluh-puluh dan ini telah merupakan satu masalah yang sangat besar. Ini kerana, kerajaan yang sah tumbang akibat tindakan tidak bertanggungjawab katak-katak tersebut, tidak bertanggungjawab.
Legitimate government tumbang berikut Sheraton Move tahun 2020. Sebelum itu Sabah tahun 2018, Johor, Melaka, Perak, Kedah tahun 2020.
Ini merupakan satu perkara yang amat mendukacitakan kerana pengundi- pengundi mengharapkan apabila mereka mengundi, mereka– wakil rakyat sebagai pemegang amanah kepada pengundi-pengundi. Di bawah blue bill ini, saya rasa dia masih mentah lagi, masih terlalu raw dan tidak boleh kita terima pada masa ini. Seperti yang dikatakan, rujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas.
Perkara-perkara yang perlu kita perhalusi kerana sekatan terhadap freedom of association and disassociation. Sekatan ke atas hak kebebasan berpersatuan berkaitan parti politik itu perlu kelulusan dua pertiga dan tidak boleh diturunkan kepada satu Federal Law yang hanya memerlukan simple majority. Saya tadi mendengar bahawa Yang Berhormat Ipoh Timur menyatakan bahawa tumbangnya Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2009. Berikutan perkara tersebut, kita ambil iktibar apabila saya menjadi ADUN di Pulau Pinang, pada tahun 2012, satu Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012 telah dibuat dengan detail tentang bagaimana kita hendak buat antilompat parti dan telah diwartakan 14 Februari 2013. Sembilan tahun lalu DUN Negeri Pulau Pinang ketika saya menjadi seorang ahli ADUN kita telah meluluskan dan juga mewartakan terhadap antilompat parti di State Constitution di Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.
Apa yang saya hendak highlight pada hari ini ialah bahawa bagaimana– kerana sebelum ini kita hendak dengar dengan peringatan Menteri, bagaimana kuasa-kuasa negeri daripada segi satu fasal antilompat parti di State Constitution, bagaimana ia dapat – dengan pindaan Federal Constitution ini bagaimana ia boleh mengatasi masalah dengan State Constitution. Ini kerana kita harus ingat bahawa Perlembagaan Persekutuan fundamental structure of the Federal Constitution, kita perlu juga menghormati State Constitution, perlu juga menghormati State Legislative Assembly. Parlimen boleh regulate terhadap komposisi terhadap Federal Parliament tetapi state legislative. Saya rasa perlu diberikan perhatian yang serius dan sebelum ini kita perlu ubah Perkara 49A dengan aspek tindakan Ahli Parlimen yang dianggap lompat parti.
Kalau kita– proses-proses ubahan pindaan undang-undang ini, kita juga perlu lihat kepada Artikel 71 Federal Guaranty of State Constitution dalam Jadual Kelapan. Sebelum ini libat urus provision to be inserted in to State Constitution apakah prosedur-prosedurnya.
Consultation dengan Gabenor, consultation state government, consultation dengan Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia.
Apakah safeguard terhadap State Legislative Assembly? Ini kerana saya waktu dahulu ADUN dan sekarang Ahli Parlimen dan saya juga telah berikrar untuk
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
mempertahankan Federal Constitution dan pada masa yang sama State Constitution juga.
Bagaimana kita kuasa-kuasa negeri dengan kuasa-kuasa Persekutuan dalam scheme of thing sedang kita laksanakan, yang sedang kita bincangkan pada hari ini.
Saya harap bahawa Federal Law– Akta Parlimen kita harus menetapkan kuasa sekatan-sekatan itu di peringkat Perlembagaan Persekutuan. Federal Law hanya untuk prosedur-prosedur tentang bagaimana kita memaklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua sama ada Setiausaha Agung memaklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua kekosongan tersebut, bagaimana Tuan Yang di-Pertua memaklumkan kepada SPR, bagaimana proses SPR memulakan pilihan raya apabila ada kekosongan – Procedure-wise boleh diletakkan dalam Federal Act.
Akan tetapi, kuasa-kuasa sekatan terhadap hak berpersatuan perlu dipinda dalam peringkat Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh satu Akta Parlimen. Ini kerana hak iaitu dua pertiga perlu diletakkan dalam Federal Constitution tetapi Act of Parliament hanya satu simple majority sahaja.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, sila gulung.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera, seterusnya kita mempersilakan Yang Berhormat Parit Buntar.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebagai seorang Muslim yang berada di dalam medan demokrasi, saya tidak terelak untuk beriman dengan satu keadaan iaitu [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Surah Al-Baqarah, ayat 216. Maksudnya Tuan Yang di-Pertua, ada perkara yang Allah SWT berfirman, “...Kamu tidak suka, tetapi ia lebih baik untuk kamu sebenarnya. Dan juga ada perkara yang kamu sangat suka, tetapi sebenarnya ia mungkin tidak baik bagi kamu, Allah SWT lebih mengetahui dan kamu tidak berpengetahuan tentangnya”. Apa yang hendak dikaitkan dengan perbahasan kita pada petang ini adalah segala latar belakang politik yang berlaku dalam negara kita, kemungkinan bagi sesetengah merasakan ia perkara yang dia tidak suka. Sudah tentu bagi Pakatan Harapan, perkara ini akan lebih terasa ke atas kami sebagai kerajaan yang telah memerintah mengikut lunas demokrasi berpilihan raya, tetapi terpaksa mengakui keadaan.
Apa yang kita lihat pada petang ini dan segala pengalaman yang dilalui itu membawa kita kepada satu keadaan yang memberi berita gembira kepada semua dengan bersikap terbuka, berjiwa besar yang mana saya konsisten dalam ucapan saya, penulisan saya, debat saya, bahawa akhirnya konsensus nasional itulah yang menjadi perkiraan.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Dalam hal ini, di atas MoU Pakatan Harapan yang melihat kepada mencapai konsensus nasional itu lebih utama, hari ini kita berjaya mengadakan satu sidang khas yang saya kira rentas parti bagi mencapai konsensus untuk menstabilkan politik negara.
Masalah asasi yang harus kita tangani bukan isu lompat tetapi apa yang terlipat dalam lompatan itu. Apa yang saya maksudkan ialah sogokan, apa yang saya maksudkan adalah ugutan, apa yang saya maksudkan iaitu ancaman-ancaman.
Ini secara terang telah menunjukkan bahawa lompatan itu berlaku dan terdorong atas perkara-perkara yang keji, yang lebih buruk daripada itu, membawa kesan yang besar sehingga jatuhnya sesebuah kerajaan yang telah mendapat mandat. Itu perlu diatasi. Selagi pindaan ini tidak mencapai maksud mengharamkan perbuatan dari sudut menjenayahkan semua kekejian moral politik ini, maka tidak ada gunanya pindaan ini.
Saya juga berpendapat Tuan Yang di-Pertua, bahawa bagi pandangan saya, nanti jawatankuasa harus melihat bahawa yang lebih afdal dalam kita membuat pindaan, yang
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
lebih baik, yang kita buat pindaan ialah melalui pindaan Perlembagaan itu sendiri daripada an Act of Parliament. Ini bagi menjamin bahawa jikalau ia merupakan an Act of Parliament, kita hanya memerlukan simple majority dan kemungkinan di masa hadapan akan mengakibatkan kesan yang buruk apabila lahirnya pemimpin-pemimpin yang akan menjadikan akta itu untuk kepentingan dirinya atau kelompoknya.
Manakala kalau kita jadikan pindaan Perlembagaan itu sebagai satu keadaan yang mengawal isu lompat parti ini maka keperluan untuk meminda seterusnya hanya akan dibuat jikalau ada two-third majority. Jadi, dengan itu kita dapat menjamin kebebasan pada waktu yang sama dan termaktub cara kita mengendalikan lompat parti ini melalui pindaan Perlembagaan dan bukan sebagai satu akta baru di Parlimen yang terdedah kepada pelbagai manipulasi di masa hadapan.
Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, segala isu seperti apa definisi lompat dan sebagainya boleh kita deliberatekan di dalam perkara-perkara dalam Perlembagaan seperti 160, begitu juga dalam 48(6) boleh kita letakkan masalah lompat parti ini tanpa kita memerlukan satu akta baru. Akan tetapi itu terpulang kepada perbincangan, saya menyatakan pendirian saya. Yang penting hari ini, hari bersejarah di mana kita telah mencapai konsensus nasional yang sudah lama hilang dalam diri politik dan juga mengembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi politik dalam negara ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Dipersilakan Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih...
[Bercakap dalam bahasa Mandarin] Saya sebagai Ahli Parlimen Papar, ingin menyatakan di sini bahawa saya menyokong penuh sebarang perundangan yang dapat menghalang dan mengharamkan aktiviti melompat parti di kalangan Wakil Rakyat. Namun, jika ia sepertimana yang dibentangkan pada hari ini saya amat kecewa akan pindaan pada hari ini. Mengapakah?
Ia kerana pindaan Perlembagaan yang dibuat pada hari ini, bagaikan “melepaskan batuk di tangga”, semberono sahaja dan berniat ingin mengelirukan rakyat bahawa kerajaan telah melakukan sesuatu bagi menyekat aktiviti parti.
Adakah Blue Bill hari ini ada menyebut dengan jelas bahawa ia bertujuan untuk menggubal Rang Undang-undang Antilompat Parti? Sekali lagi saya katakan bahawa tidak disebut perkataan lompat parti dalam pindaan ini. Malah pindaan ini juga seperti yang dikatakan oleh rakan-rakan tadi, ia memberi tafsiran yang luas dan berbahaya kerana memberi kuasa kepada kerajaan untuk menggubal satu undang-undang yang boleh menekan, menyekat mahupun mengawal kebebasan seorang Ahli Parlimen yang ikhlas berjuang demi rakyat dan negara.
Reformasi Parlimen juga harus dibuat di mana semua MP, baik kerajaan ataupun pembangkang harus diberikan peruntukan yang sama rata kerana peruntukan inilah yang menyebabkan ramai wakil rakyat yang menjadi ‘katak’ demi untuk menangani keperluan kawasan masing-masing yang diwakili. Saya yakin dan percaya ‘katak-katak’ ini akan duduk diam kalau diberi peruntukan yang adil dan saksama.
Isu yang perlu kita jelaskan di sini adalah tiada jaminan bahawa perundangan yang bakal digubal oleh kerajaan kelak adalah hanya semata-mata bagi menghalang wakil rakyat daripada melompat ke parti lain tanpa ada sebarang tujuan lain. Walau bagaimanapun, semalam Yang Berhormat Menteri telah mengeluarkan satu kenyataan media Rang Undang-undang Antilompat Parti akan dibentangkan di Parlimen pada sesi Julai tetapi pagi ini Pakatan Harapan mahu dibuat pada hujung bulan Mei ini. Adakah kita boleh mempercayai ini semua kerana selepas satu tarikh ke satu tarikh, last kita juga yang lugai-lugai. Saya ingin tahu, apa sebenarnya agenda kerajaan untuk membentangkan pindaan yang tidak lengkap ini? Tiada ketelusan yang dapat dilihat. Kedua, saya juga ingin
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
tahu mengapakah draf pertama pindaan Perlembagaan Persekutuan bertarikh 4 Mac 2022 ditolak oleh Kabinet?
Ketiga, mohon Yang Berhormat Menteri menyatakan dengan jelas, siapakah Menteri yang menolak pindaan Perlembagaan ini dan atas alasan apa yang diberi?
Keempat, adakah benar bahawa pindaan Perlembagaan yang asal ditolak Kabinet kerana kuasa penuh akan diberi kepada pihak parti politik untuk memecat seseorang Perdana Menteri.
Kelima, mengapakah Perkara 48 tidak dipinda sekali pada hari ini memandangkan ia jelas berkaitan dengan kehilangan kelayakan seseorang Ahli Parlimen? Adakah kita akan sekali lagi menyaksikan pindaan Perlembagaan pada masa akan datang? Berapa banyak kali dan berapa lama? Berapakah lagi mesyuarat yang akan diadakan?
Mengapakah perlu buat separuh jalan?
Yang Berhormat Menteri ada mengatakan bahawa satu jawatankuasa khas akan dibentuk untuk memperhalusi Akta Antilompat Parti. Kami di pihak pembangkang yang tidak bersama PH juga ingin diberi peluang dan ruang untuk melibatkan diri memberi idea yang bernas supaya rang undang-undang yang akan datang ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak demi rakyat. Kami, parti pembangkang kecil juga ingin ikut serta dalam jawatankuasa khas yang akan dibentuk untuk menggubal Rang Undang-undang Antilompat Parti. Mohon diberi pertimbangan yang sewajarnya.
Di Sabah, melompat parti sudah menjadi barah yang parah, dijaja bahawa tindakan lompat parti merupakan satu keperluan di Sabah kerana ia perlu selari dengan Kerajaan Persekutuan demi kestabilan dan kemajuan rakyat Sabah. Namun, setelah hampir 60 tahun Sabah di dalam Malaysia yang mana acuan politik diatur dan dicorakkan oleh Kuala Lumpur. Di manakah kedudukan kami ketika ini? Paling maju kah? Paling kaya kah? Jadi, di manakah relevannya lagi Wakil Rakyat Sabah selari dan sealiran dengan parti Malaya? Adakah rakyat Sabah mahu tunggu 50 tahun lagi? Kalau bukan kita sendiri yang mengubah nasib kita, siapakah lagi? Mahu harapkan parti dari Malaya lagi dan ini semua orang Sabah yang akan dapat menguruskannya.
Kita di Sabah, sepertimana yang kita tahu terutamanya di P.175 Papar sangat- sangat ketinggalan daripada segi pembangunan infrastruktur, pembangunan pendidikan, pembangunan ekonomi, kesihatan dan lain-lain kedaifan ekonomi masyarakat di daerah saya. Mereka yang terkesan ini merupakan nelayan-nelayan pantai, petani, penoreh getah, ibu-ibu tunggal dan juga peniaga-peniaga kecil dan sederhana. Dalam keadaan ekonomi kita sekarang ini di mana harga barang naik melonjak secara mendadak, saya mahu kerajaan menumpukan perhatian untuk membantu mereka ini selain kita mahu membuat pindaan Perlembagaan yang kita buat pada hari ini.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Adalah amat penting agar segala pindaan Perlembagaan dan perundangan baharu yang bakal dibuat tidak membuka kepada satu masalah yang lebih besar sekali gus bakal menyekat tanggungjawab Ahli Parlimen untuk menabur bakti kepada rakyat dan negara Malaysia yang kita cintai.
Terima kasih. Papar mengundur diri.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Dipersilakan Yang Berhormat Simpang Renggam. Jika tidak ada, saya mempersilakan Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya berdiri di sini dan saya memang menyokong tentang keperluan untuk kita menggubal suatu akta lompat parti untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi kita.
Lompat parti ini adalah bagaikan satu barah yang telah menjangkiti negara kita dan seperti penyakit yang ada, kita haruslah memberikan ubat yang betul, ubat yang
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
spesifik supaya kita betul-betul merawat penyakit tersebut dan tidak menimbulkan sebarang reaksi negatif atau pun kemudaratan yang lain.
Jadi, saya tidak ingin mengulangi apa yang telah diperkatakan oleh banyak rakan seperjuangan saya. Akan tetapi, saya ingin tegaskan satu kebimbangan yang saya ada.
Mendiang Karpal Singh pernah berkata kalau kita dengan Perlembagaan, jangan main- main.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua. Itu waktu tidak jalan. Jam tidak jalan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Eh! Apa you sabotaj saya? Bagilah saya chance.
[Ketawa] Okeylah, tidak apa.
[Disampuk] Biarlah. Bagi saya chance. Sabah tolonglah Sarawak.
[Ketawa] Kita jangan main-main dengan Perlembagaan. Jikalau kita hendak pinda Perlembagaan, kita kenalah buatlah dengan betul, kita kenalah bagi ubat yang betul. Jadi dalam Perlembagaan yang saya nampak ini, pindaan tersebut, memang kita tidak akan menyokong kerana ini melibatkan fundamental liberties. Artikel 10 itu fundamental liberties kita sebagai rakyat Malaysia dan jika kita buat satu pindaan seperti ini, it is main-main dengan Perlembagaan.
Oleh itu, saya memang menyokong keputusan untuk menyerahkan pindaan ini ke jawatankuasa yang akan meneliti dan memperhalus pindaan tersebut dan juga satu akta yang juga akan dibentangkan bersama Perlembagaan ini.
Akan tetapi, saya ada satu kebimbangan kerana bagi saya, jika memperhalus Artikel 10 untuk memastikan ia hanya dengan memasukkan operative word “defection” atau memastikan hanya akta antilompat parti akan digunakan dalam Artikel 10, kalau definisi itu tidak dimasukkan dalam Perlembagaan tersendiri, bagi saya, that it’s not enough safeguard. Jika definisi lompat parti dalam akta, mana-mana kerajaan yang masa akan datang jika mereka hendak tukar definisi tersebut, mereka hanya perlukan satu simple majority dan setiap kerajaan yang ada memang ada simple majority. Jadi, bagi saya, definisi lompat parti atau defection tersebut haruslah dimasukkan sebagai fundamental structure dalam Perlembagaan Persekutuan untuk memberikan perlindungan dua pertiga.
The safeguard to that definition itself. Sebenarnya, bagi saya, keperluan akta itu sebenarnya tidak perlu. Jika akta tersebut telah dipersetujui oleh semua pihak, kenapakah akta tersebut tidak boleh dimasukkan terus dalam Perlembagaan Persekutuan? Itu memberikan satu perlindungan yang sepatutnya supaya ia tidak disalahgunakan oleh mana-mana kerajaan yang akan datang.
Jadi, saya ingin minta penjelasan. Saya berharap dalam komiti teknikal tersebut jika telah bersetuju dengan akta tersebut, masukkanlah terus ke dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ini melibatkan satu isu yang sangat penting dan kita perlu pastikan ia tidak lagi disalahgunakan pada masa hadapan.
Dengan itu, saya mengucapkan terima kasih dan sebagai seorang anak muda, saya mahu melihat ini dilakukan secepat mungkin. Sebenarnya walaupun di-refer ke satu komiti, saya tidak mahu ia dilengah-lengahkan lagi. Jika boleh, sebelum Mei lakukan secepat mungkin kerana dalam masa enam bulan ini steering committee, technical committee, mereka telah banyak buat langkah kerja. They have done their legwork. So, there is no excuse that it can be delay any future. Dengan itu, sekian, terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Kita mempersilakan Yang Berhormat Setiawangsa.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Setiawangsa bangun untuk membahaskan perkara ini kerana kita tahu bahawa amalan lompat parti ini satu amalan yang sangat serius dan ia telah menghakis
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
kepercayaan rakyat. Saya sendiri pernah bangkitkan, semua di kalangan kita, saya yakin katak dan juga bukan katak, bila kita turun ke bawah bertemu rakyat, kita berdepan dengan kemarahan rakyat.
Kalau dalam bola sepak sekalipun, mungkin mereka yang sebaya dengan saya atau sedikit tua akan teringat perpindahan seorang pemain hebat Luis Figo daripada Barcelona ke Real Madrid. Apabila dia pulang bermain di stadium Barcelona, beliau telah dibooed dengan hebat oleh penyokong-penyokong sehingga tidak dapat bermain dengan baik. Itu baru bola sepak. Inikan politik. Soal masa depan negara, soal hidup mati rakyat, soal anak-anak kita.
Kita juga kena mengaku sebagaimana yang banyak dibangkitkan tadi, antara perkara yang menjadi punca amalan melompat parti ini ialah pengagihan peruntukan Ahli Parlimen yang tidak adil. Ini menjadikan amalan lompat parti berleluasa. Kita juga kena jujur di pihak Pakatan Harapan, kita tidak selesaikan perkara ini ketika kita menjadi kerajaan.
Oleh sebab itu, permulaan ketika kita adakan MoU dengan pihak kerajaan, kita harus jadikan pengagihan peruntukan Parlimen ini untuk semua wakil rakyat sama ada mereka tandatangan MoU ataupun tidak kerana ini antara asas ataupun perkara basic di dalam demokrasi.
Namun, Setiawangsa juga menerima bahawa bukan semua amalan melompat parti itu negatif. Ada ketika yang mana wakil rakyat merasakan bahawa parti telah lari daripada matlamat perjuangan. Sebagai contoh di negara kita, Tan Sri Shahrir Abdul Samad telah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen UMNO di Johor Bahru pada tahun 1988 dan bertanding bebas di atas logo kunci dan menang dengan majoriti yang lebih besar ketika beliau bertanding di atas tiket UMNO. Beliau protes, ketika itu, dalam soal krisis perundangan dan juga perpecahan UMNO yang berlaku.
Maka, saya tidak merasakan masalah untuk Ahli Parlimen yang melompat diberi ruang untuk pertahan kerusi. Yang menjadi asas ataupun fokus ialah kuasa ini mesti dikembalikan kepada pengundi. Sama ada mereka kekal mahukan wakil rakyat yang mereka pilih sebelum itu ataupun mahu kembalikan mandat kepada parti yang asal. Saya yakin daripada berpuluh-puluh nama yang kita dengar telah melompat sejak PRU-14, tidak ramai yang seperti Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Yang kita kena berhati-hati, sidang Dewan sekalian, ialah soal pindaan Artikel 10.
Ini telah dibangkitkan tadi oleh Ketua Pembangkang dan juga beberapa Ahli Parlimen yang lain. Ia harus spesifik tentang soal lompat parti, bukan keanggotaan parti politik secara luas. Kita mungkin melihat perkara ini akademik pada hari ini. Namun, kita tidak tahu bagaimana rupa bentuk kerajaan di masa akan datang dan mungkin sekiranya pindaan dibuat terlalu luas, ia akan memberi ruang kepada salah guna kuasa.
Pada masa yang sama, pindaan ini harus juga ditumpukan kepada Perlembagaan, jangan pada akta kerana Perlembagaan ada safeguard dua pertiga majoriti berbanding dengan akta yang boleh dipinda dengan hanya majoriti Ahli Parlimen yang hadir.
Akhir sekali sebagai penutup, Setiawangsa merasakan bahawa MoU setakat ini telah membuahkan beberapa hasil. Undi 18, pendaftaran automatik dan mendaulatkan kedudukan istimewa Sabah dan Sarawak di dalam Perlembagaan kita, kedudukan seimbang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Maka, kita merasakan kita perlu menjadikan Undang-undang Antilompat Parti ini sebagai realiti untuk meneruskan semangat MoU antara pihak kerajaan dan Pakatan Harapan.
Setiawangsa mahu Jawatankuasa Pilihan Khas kembali dengan draf rang undang-undang dalam jangka masa yang ditetapkan dan sidang Parlimen pada bulan Mei untuk meluluskan perkara ini. Sekiranya kita gagal, demokrasi akan mati di negara kita dan ini amat malang selepas usaha kita dalam Undi 18 dan pendaftaran automatik untuk meluaskan demokrasi di negara kita. Terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Berikutannya kita mempersilakan – Majlis mempersilakan Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. So, saya berasal dari Sabah dan isu lompat melompat ini amat dekat dengan hati saya kerana sampai sekarang Sabah masih selalu terganggu oleh isu lompat melompat ini. Baru-baru ini ada dua orang ahli Dewan Undangan Negeri DAP meninggalkan parti kita jadi ADUN Bebas beberapa minggu sebelum memasuki Warisan. So, ini kes lompat melompat yang terbaharu.
Sabah ini antara negeri yang paling awal mengadakan anti-hopping law, undang- undang untuk melarang lompat melompat ini. Ini balik kepada sejarah 1986. Pada tahun 1985, Parti Bersatu Sabah (PBS) walaupun menang pilihan raya tetapi berlakunya lompat parti daripada PBS sehingga Ketua Menteri PBS pada masa itu Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan terpaksa bubar DUN Sabah pada tahun 1986.
Pada tahun 1986, PBS menang besar sehingga mendapatkan lebih dua per tiga majoriti dalam DUN Sabah dan pada masa itu PBS telah meluluskan *Constitutional
(Amendment) Enactment (No.3) 1986* yang menambah klausa (2)(d) kepada Artikel 18 Constitution of the State of Sabah. Pada 20 Mei 1986, Yang di-Pertua Negeri Sabah telah memberikan perkenan terhadap Undang-undang Antilompat Parti tersebut. Amat sedihnya, Artikel 18(2) Perlembagaan Negeri Sabah ini telah pun dibuang pada tahun 1995 setelah UMNO berkuasa di Sabah selepas disertai oleh ‘katak-katak’ politik yang berhijrah daripada PBS dan menubuhkan parti masing-masing.
Inilah sejarah politik ‘katak’ di Sabah. Daripada ini pada tahun 1986, satu kes di mahkamah sudah berlaku akibat dengan kelulusan DUN Sabah ini untuk adakan akta antilompat ini iaitu kes mengenai seorang ADUN Bongawan, Karim Ghani. Karim Ghani telah dipecat oleh partinya USNO kerana beliau cuba membawa UMNO masuk ke Sabah.
So, beliau dipecat oleh USNO selepas itu ia triggered a by-election. Dia sudah triggered satu pilihan raya kecil untuk diadakan untuk kawasan Bongawan.
Karim Ghani pernah bawa kes ini ke mahkamah dan mahkamah akhirnya buat keputusan bahawa, “There is no doubt in my mind that the subject of disqualification of a member of the Federal Parliament is a Federal subject. The subject of disqualification of a member of the Legislative Assembly of the State is a state subject.” So, ini satu hukuman, perintah mahkamah bahawa sepatutnya undang-undang untuk mengenakan sekatan-sekatan kepada lompat melompat untuk ADUN ini sebenarnya terletak di tangan atau bidang kuasa Dewan Undangan Negeri.
Apabila saya membaca draf blue bill ini di mana Artikel (3A) yang hendak ditambah ini, walaupun apa perenggan (c) fasal (2) dan fasal (3), sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) fasal (1) yang berhubungan dengan keahlian dalam parti politik ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri boleh juga dikenakan oleh undang-undang Persekutuan.
Saya amat tidak selesa dengan pindaan yang macam ini, yang berbunyi macam ini, kerana saya berpendapat bahawa undang-undang Persekutuan tidak boleh mencabuli bidang kuasa kerajaan negeri. Tidak boleh mencabuli bidang kuasa Dewan Undangan Negeri dan saya harap apabila masuk kepada jawatankuasa, ayat ini harus ditambah.
“...dengan keahlian dalam parti politik ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri boleh juga dikenakan oleh undang-undang Persekutuan dan negeri”.
Ini supaya apabila kita buat akta ini, jangan ingat Parlimen sahaja yang akan mengatasi segalanya kerana Malaysia merupakan sebuah persekutuan. Untuk mempertahankan kedaulatan Dewan Undangan Negeri, kuasa kita di Sabah ini, saya mohon kerajaan untuk draf balik butiran di sini. Sekian, terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Kinabalu. Kita persilakan seterusnya, Yang Berhormat Lumut.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullah. Kita sudah melihat bahawa isu lompat parti ini bagi sesetengah orang ia malapetaka. Bagi sesetengah orang yang lain, menjadi kegembiraan. Akan tetapi, bagi ramai yang di luar sana, ia sudah merupakan jenaka dengan jolokan-jolokan, panggilan- panggilan ‘katak’ dan sebagainya.
Jadi, seharusnya sebagai sebuah negara yang berwibawa, kita harus menamatkan isu ini supaya tidak lagi dimomok-momokkan dan ini memerlukan tindakan kita di dalam Dewan ini. Kita tadi digambarkan beberapa bentuk lompat parti dan parti kami Parti Amanah ditubuhkan kerana kami keluar daripada PAS yang pada ketika itu sudah mula menunjukkan usaha-usaha untuk rapat dengan UMNO yang menjadi musuh politik begitu lama. Jadi, orang PAS hari ini patut berterima kasih kerana apabila kami keluar, hasrat hendak bekerjasama dengan UMNO itu telah dapat dilaksanakan. Akan tetapi, hari ini bergaduh balik ya?
Seterusnya kita juga memahami bahawa lompat parti ini adalah kesan daripada sifat insecurity wakil-wakil rakyat, rasa ineffective, tidak berkesan kerana peruntukan yang berkurang, kurang daripada yang lain contohnya pada MP kerajaan. Akan tetapi, kita harus ingat ramai daripada pemimpin-pemimpin kita yang menjadi Ahli Parlimen yang berada di dalam Dewan ini di sebelah pembangkang kekal berada, dipilih lagi walaupun tiada peruntukan. Tentulah ada ciri-ciri yang harus kita belajar daripada senior-senior kita ini. Mengapa mereka boleh terus dipilih walaupun tidak melayan pengundi dan penduduk mereka dengan bentuk kewangan.
Jadi, cara kita berkhidmat sebagai wakil rakyat harus mengambil kira langkah- langkah lain yang boleh membawa perubahan kepada masyarakat, tidak semestinya dengan membawa wang ringgit untuk projek-projek dan sebagainya. Itu tugas kerajaan.
Itu tugas kakitangan awam yang telah diberikan amanah untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut.
Ketiganya Tuan Yang di-Pertua, disebut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tadi, ada jawatankuasa ataupun Special Select Committee 2012 yang saya menjadi ahlinya dan kita telah merumuskan banyak perkara dan mencadangkan banyak perkara.
Hampir semua cadangan kita ini diterima walaupun kita tidak memberi satu jadual bila hendak dilaksanakan. Dakwat kekal terus dilaksanakan. Pemerhati pilihan raya dibenarkan. Media semakin terbuka contohnya. Akan tetapi, ada juga yang lain yang lambat dibuat contohnya undi automatik – pun sudah dilaksanakan dan juga Undi 18 tahun. Ertinya peranan Select Committee ini cukup penting.
Ada lagi cadangannya iaitu mencadangkan dan diterima oleh Dewan ini juga iaitu perubahan sistem daripada first-past-the-post kepada proportionate representation walaupun itu tidak diputuskan tarikh bila hendak dilaksanakan namun sudah difikirkan dan mendapat consensus daripada kita di dalam Dewan ini. Begitu juga pemisahan antara urusan pilihan raya, urusan daftar pemilih dan juga urusan persempadanan dibahagi tiga.
Bukan hanya satu di bawah satu Suruhanjaya Pilihan Raya. Ini juga sudah direkodkan di dalam jawatankuasa tersebut dan diputuskan diterima walaupun tidak ada satu jadual bila ia hendak dilaksanakan.
Jadi, saya rasa peranan Jawatankuasa Pilihan Khas ini sangat penting dan kita harap jawatankuasa yang bakal ditubuhkan ini akan dapat melaksanakan dengan baik dan meninggalkan kesan yang positif.
Di samping itu, kita juga merasa bahawa pindaan ini yang akan dilaksanakan pada bulan Mei akan datang harus dilaksanakan sebagai satu pindaan perlembagaan yang menyeluruh, bukan hanya dalam konteks memasukkan terms tertentu untuk Perkara 10 begitu juga pindaan 48(6) harus dimasukkan dan kita mengambil kesempatan ini juga dalam pindaan perlembagaan ini untuk membawa usul pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri seperti yang telah kita uar-uarkan sebelum ini akan dilaksanakan. Ini juga merupakan antara apa yang telah dicadangkan oleh Pakatan Harapan dahulu.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Jadi, kita harap semua ini akan dimanfaatkan apabila kita membentangkan suatu pindaan Perlembagaan yang lebih tuntas, yang lebih jelas termasuk yang khusus tentang kategori-kategori lompat parti. Macam mana yang dikatakan lompat parti individu, parti- parti kelompok ataupun komponen, yang ini Tuan Yang di-Pertua, harus diputuskan. Saya ucap terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Majlis mempersilakan Yang Berhormat Kangar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Bismillahi Rahmani Rahim. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Tuan Yang di-Pertua, usul yang kita bahaskan pada hari ini bagi saya sangat fundamental kerana ia menyentuh ciri penting demokrasi iaitu hak kebebasan asasi sebagaimana dijamin oleh Perlembagaan.
Di negara yang lebih maju, isu lompat parti kurang diberi perhatian kerana parti politik yang ada sudah lebih tersusun di mana hak demokratik di negara mereka lebih terjamin. Ahli Parlimen berpeluang untuk menjalankan undi tidak percaya, berpeluang untuk melakukan undi mengikut hati nurani ataupun kita sebut sebagai conscience vote dan sebagainya. Akan tetapi di sesetengah negara, lompat parti ini sama sepertimana negara kita kini iaitu ia menjadi sebuah perkataan yang jelik di mana di banyak negara yang mempunyai undang-undang bagi membendung lompat parti ini, ia berhasil dapat memberikan sedikit kestabilan dan juga mendorong sistem kepartian yang lebih tersusun.
Dalam sejarah politik negara kita, lompat parti bukanlah perkara baharu. Seawal Parlimen pertama selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Kerajaan Negeri Terengganu pernah jatuh selepas seorang wakil rakyat daripada Perikatan dan yang disokong oleh tiga orang wakil rakyat daripada DUN Parti Negara membuat undi tidak percaya kepada Menteri Besar Terengganu pada waktu itu.
Persoalan saya yang minta Yang Berhormat Menteri jawab ialah adakah dengan pindaan Perlembagaan dan rang undang-undang yang akan dikemukakan berkaitan hal ini akan menjadikan peruntukan Perlembagaan di mana-mana negara demokrasi yang mengizinkan undi tidak percaya dibuat menjadi tidak berguna? Jadi, seolah-olah selepas ini tidak akan ada lagi peluang untuk buat undi tidak percaya kerana sudah tentulah wakil rakyat yang mahu berbuat demikian mungkin dibuang terlebih dahulu.
Sebelum ini ada negeri-negeri yang telah meluluskan enakmen untuk mengekang lompat parti, tetapi ia tidak dapat dikuatkuasakan kerana ditafsirkan sebagai bercanggah dengan kebebasan berpersatuan sebagaimana kes Nordin Salleh yang dipetik oleh Yang Berhormat Menteri dalam usulnya pada pagi ini. Bagi saya, lompat parti tidak bercanggah dengan kebebasan berpersatuan. Pandangan ini adalah berdasarkan titik masuk (point of entry) sesebuah pertubuhan secara mudahnya ialah dengan cara kita mengisi borang, membayar yuran dan juga mengikut ataupun menjalankan aktiviti persatuan tersebut. Jika mahu keluar, caranya ialah dengan kita menulis surat ataupun membuat pengumuman terbuka.
Seseorang bebas untuk keluar masuk persatuan mengikut tertibnya, namun membawa bersama kerusi Parlimen ialah isu berbeza. Ini kerana titik masuk (point of entry) tadi sebagai Ahli Parlimen ialah melalui majoriti undi di kawasan di mana seseorang bertanding. Lazimnya hampir semua yang menang bertanding menggunakan watikah parti.
Justeru itu, hak rakyat dalam hal ini bukan hanya sekadar undi, tetapi juga untuk memastikan perbelanjaan negara tidak dibazirkan dengan siri pilihan raya yang tidak perlu ataupun juga hak parti dan juga hak Dewan ini yang sudah tentu terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen yang tentunya mempunyai pendirian peribadi dalam sejumlah hal tertentu mesti diperhitungkan dalam kita melakukan pindaan ini dan seterusnya menggubal rang undang-undang berkaitan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Dalam kaedah mudah, kita mesti disincentivize dengan izin, ataupun menyukarkan lompat parti ataupun pemecatan tanpa alasan yang sah. Manakala pelbagai senario mungkin merumitkan, asasnya pertukaran parti hanya mungkin berlaku dengan cara lompat parti atau dipecat sahaja. Jika boleh saya usulkan dalam menentukan seseorang Ahli Parlimen hilang jawatan kerana lompat parti atau dipecat ialah dengan kaedah-kaedah berikut.
Pertama, seseorang Ahli Parlimen yang membuat keputusan lompat parti ataupun parti yang membuat keputusan memecat mestilah dianggap sebagai first mover dengan izin, ataupun pencetus. Jadi sebaik sahaja tindakan tersebut diambil, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuka kaunter bantahan daripada pengundi di kawasan terjejas selama 14 hari. Sekiranya terdapat majoriti pengundi membantah keputusan lompat parti, maka Ahli Parlimen tersebut hilang jawatan dan parti yang menang berhak menamakan pengganti beliau.
Dengan cara ini, kita dapat menjimatkan kos pilihan raya. Jika dalam tempoh tersebut majoriti pengundi tidak membantah, maka Ahli Parlimen tersebut akan kekal sebagai Ahli Parlimen. Dalam kes kedua, sekiranya majoriti pengundi membantah keputusan pemecatan seseorang Ahli Parlimen daripada partinya, maka Ahli Parlimen tersebut kekal memegang jawatannya. Jika tidak ada majoriti membantah keputusan pemecatan tersebut, maka parti itu berhak menamakan pengganti beliau.
Pandangan saya ini ialah sejenis variasi daripada apa yang kita sebut tadi oleh Yang Berhormat Pengerang, sebagai recall remedy yang mana hak rakyat juga diberikan supaya keputusan ini tidaklah dibuat secara uniliteral ataupun Ahli Parlimen ataupun parti tertentu membuat keputusan mengikut kehendak mereka semata-mata tanpa mempertimbangkan hak rakyat dan juga tanpa mempertimbangkan kos yang bakal ditanggung oleh negara.
Jadi, saya harap ini dapat diperhalusi bersama. Demikianlah pandangan saya Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini menyokong sekiranya kita dapat melaksanakan sekatan untuk berlakunya lagi lompat parti pada masa akan datang.
Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Majlis mempersilakan Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, atas peluang yang diberikan dan saya ambil kesempatan pada petang ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan yang beragama Islam. Hari ini, Dewan ini memahat satu sejarah baharu sebab ia ialah satu langkah yang sangat penting, langkah pertama ke arah untuk menggubal Rang Undang-undang Antilompat Parti yang akan menyusul selepas ini.
Jadi, langkah pertama ini ialah langkah yang bagi saya sangat sesuai dan peluang untuk saya berada di sini untuk bersama-sama membahaskan akta Perlembagaan pada hari ini juga merupakan satu penghormatan daripada pengundi Rasah yang sudah pasti dan sudah tentunya pengundi Rasah sendiri sangat menghormati dan mengharapkan supaya akta ini dapat diluluskan bersama dalam Dewan yang mulia ini.
Sudah tentu kejayaan kita hari ini membawa perundangan dalam Dewan yang mulia ini pada ketika ini, pada hari ini banyak bergantung kepada kejayaan MoU yang telah ditandatangani oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dengan Pakatan Harapan pada 13 September tahun lepas. Jadi, sekalung tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga pimpinan utama Pakatan Harapan.
Walaupun pembangkang, walaupun kerajaan asal mandat untuk Pakatan Harapan yang dicuri oleh mereka yang mengkhianati mandat rakyat, tetapi Pakatan Harapan cukup berlapang dada, cukup berbesar hati untuk bekerjasama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk merealisasikan supaya Akta Antilompat Parti ini menjadi kenyataan dalam politik Malaysia suatu hari nanti. Jadi, tahniah kepada kedua- dua pihak.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Pada petang ini juga saya hendak ambil kesempatan untuk mengutarakan dua perkara yang singkat iaitu berkenaan dengan kenapa artikel 48(6) tidak dipinda bersama- sama. Satu lagi perkara yang disebutkan dalam MoU iaitu mengehadkan tempoh masa 10 tahun untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak disebut, tidak dipinda bersama sebab kedua-dua perkara ini bagi saya ia juga ialah perkara yang essential, mustahak berkenaan dengan Akta Lompat Parti dan juga MoU yang ditandatangani bersama.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Shah Alam, saya bagi 30 saat sahaja.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Okey, 30 saat. Saya ucapkan terima kasih kerana diberikan ruang. Ramai yang mengkritik MoU ini, tetapi semua hendakkan Rang Undang-undang Antilompat Parti. Akan tetapi mereka kritik kita tandatangan MoU, tetapi mereka tidak kemukakan cadangan bagaimana hendak dapatkan Rang Undang- undang Antilompat Parti ini tanpa MoU.
[Tepuk] Sedangkan ini merupakan bipartisan approach dan banyak Select Committee, banyak yang telah dilakukan tetapi ramai mengkritik. Tidakkah ini merupakan satu perkara yang agak pelik? Kritik MoU, tetapi MoU lah yang membuka laluan untuk rang undang-undang ini diluluskan. Apa pandangan Yang Berhormat Rasah?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Shah Alam. Betul, MoU itu yang membuka laluan, yang membolehkan kita membahaskan akta pindaan Perlembagaan pada hari ini sebab ia membolehkan kerjasama yang matang bipartisan daripada kedua-dua pihak.
Saya cukup terkejut walaupun kita sudah tahu fakta, Yang Berhormat Menteri tadi ketika membentangkan akta ini menyatakan bahawa seramai 39 orang Ahli Parlimen telah lompat parti sejak PRU-14. Hampir 20 peratus, ia sesuatu yang sudah pasti bukan sahaja tidak menghormati proses demokrasi, tetapi jauh lebih penting adalah ia seolah-olah mencalarkan prinsip demokrasi, cara pilihan raya kita adakan. Ia suatu yang kita tidak boleh maafkan dan kita tidak boleh benarkannya terus berlaku.
Jadi saya berharap dengan adanya pindaan ini, kenapa ia penting. Pertama, ia membolehkan mandat rakyat, yang sokong parti mana dalam pilihan raya kekal untuk sekurang-kurangnya lima tahun. Kalau hendak tukar parti, biar rakyat yang buat keputusan. Biar mandat kuasa itu kita kembali kepada rakyat.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya bagi contoh. Pengundi Ampang telah bagi sokongan kepada calon Pakatan Harapan dalam PRU yang lepas. Sepatutnya Ahli Parlimen Ampang itu kekal dengan Pakatan Harapan. Kalau hendak tukar itu, tukar bila? Dalam PRU15 bukannya tebuk atap, bukannya ikut pintu belakang. Setuju atau tidak?
Oleh sebab itu, saya katakan mandat itu kita kena kekalkan. Rakyat boleh tukar, tunggu PRU. Kita tengok PRK Cameron Highlands, Yang Berhormat menang kita hormati.
Itu caranya, itu yang dikatakan mandat rakyat. Jadi, saya harap kerjasama yang matang pada kali ini bukan sahaja untuk proses demokrasi negara kita tetapi jauh lebih penting adalah supaya kita membawa satu mesej kepada rakyat. Apakah mesejnya? Tuan Yang di-Pertua, saya memohon satu minit tambahan sebab mesej ini sangat penting.
Ada parti tertentu ia kata kalau hendak jadi kerajaan yang efektif, kalau hendak jadi kerajaan yang berkesan untuk membawa kepentingan rakyat kena ada majoriti dua per tiga. Jawabnya tidak. Walaupun pindaan Perlembagaan Persekutuan di bawah Artikel 159 menyatakan perlu majoriti dua pertiga.
Saya percaya benda yang untuk kepentingan rakyat boleh dapat dua pertiga.
Undi18 tempoh hari dan selepas itu berkenaan dengan wilayah Sabah dan Sarawak dan hari ini kita boleh bekerjasama secara matang antara kerajaan dengan pembangkang.
Jadi, majoriti dua pertiga tidak diperlukan untuk membentuk kerajaan yang stabil untuk kepentingan rakyat. Kepentingan rakyat tetap dapat didukung, dihormati, malahan lebih
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
berkesan dengan adanya kerjasama bipartisan yang menguji kematangan berpolitik kedua-dua pihak. Ini buktinya.
Saya nampak rakan-rakan yang telah berbahas sejak pagi tadi sehingga sekarang daripada kedua-dua pihak tidak ada yang membantah padahal kerajaan hanya ada majoriti yang tipis. Pakatan Harapan bersama dengan rakan-rakan pembangkang yang lain sama-sama mendukung pindaan ini supaya akhirnya ia menjadi kenyataan untuk kepentingan bersama.
Saya juga menyeru semua Dewan Undangan Negeri di Malaysia, kalau Sabah sudah buat, Kelantan sudah buat, Pulau Pinang sudah buat, macam mana dengan negeri lain? Sama-sama kita mendukung satu kerja ataupun satu pendirian agar Rang Undang- undang Antilompat Parti ini bukan sahaja diluluskan di Parlimen ini pada bulan depan tetapi di dalam semua Dewan Undangan Negeri di Malaysia untuk sama-sama kita katakan “Sayonara. No” kepada katak-katak politik yang ada di bumi Malaysia. Itu yang perlu kita lakukan.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua di atas tambahan masa. Oleh sebab ini bulan puasa— ya, terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Rasah, satu minit lagi.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ya, ya. Terima kasih atas satu minit tambahan yang diberikan. Nanti satu hari bulan kita jumpa dekat Pusat Khidmat Yang Berhormat Cameron Highlands. Terima kasih atas peluang itu.
Saya berharap kita mulakan langkah kanan, langkah yang baik pada bulan Ramadan kali ini dan kita mengakhirinya pada bulan Syawal tahun ini. Bukan bulan Syawal tahun depan, bulan Syawal lepas raya ini. Kalau boleh kita kembali ke dalam Dewan yang mulia ini selepas raya pada bulan Syawal, 1443H supaya akhirnya pindaan ini selepas dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dengan pindaan-pindaan yang sewajarnya diluluskan di dalam Dewan ini bersama dengan Akta Antilompat Parti yang kita harapkan, yang rakyat harapkan.
Saya percaya dengan adanya akta tersebut ia akan membolehkan rakyat kembali berkeyakinan bahawa politik di Malaysia adalah menjunjung dan mendukung prinsip Demokrasi Berparlimen sebagai mana yang disebut ataupun termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas masa tambahan yang diberikan.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Majlis mempersilakan Yang Berhormat Tangga Batu.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri.
Hak kebebasan asasi yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara, diperuntukkan dari Perkara 5 hingga Perkara 13. Hak-hak ini tidak mutlak dan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dinyatakan secara spesifik di bawah fasal-fasal artikel dan perkara-perkara tersebut.
Kita berbahas tentang Perkara 10 mengenai hak berhimpun, mengeluarkan pendapat dan juga berpersatuan. Hari ini kita perlu timbangkan antara hak asasi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan dengan hak asasi rakyat Malaysia yang telah melaksanakan hak asasi mereka apabila mengundi.
Kita berada di Dewan ini, di Dewan Rakyat ini bukan sesuka hati kita. Secara majoriti kita memasuki pilihan raya apabila diberikan watikah oleh Presiden parti masing- masing. Kita berjanji dan bertanding berdasarkan manifesto. Rakyat memilih atas prinsip- prinsip yang dipegang oleh parti yang kita anggotai. Hanya individu yang kuat perlu menganggotai parti dan yang berani bertanding secara bebas. Jarang kita dapat orang
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
yang bertanding secara bebas kerana kekuatannya sendiri. Pun rakyat memilih atas prinsip dan janji-janji yang dilaungkan.
Jadi, jika mereka menyokong apakah prinsip-prinsip dinyatakan oleh yang bebas itu maka mereka akan sokong calon ini. Rakyat setuju memberikan undi atas prinsip- prinsip yang diperjuangkan namun apabila cinta beralih arah yang bermaksud seseorang wakil rakyat mengubah pendiriannya atas pelbagai sebab sama ada sudah tidak setuju dengan pendirian parti yang diwakilinya kerana ingin mendapatkan kedudukan peribadi yang menjanjikan keuntungan peribadi yang lebih menarik atau merasa tidak dapat mengekalkan status quo jika kekal dalam parti yang sama maka mereka pun melompat parti.
Saya juga sebenarnya telah ditawarkan untuk lompat parti pada Jun 2020. Akan tetapi, saya tidak dedahkan kerana di Malaysia ini apabila kita mengadu, kita yang disiasat. Bukan orang yang membuat salah itu disiasat. Ada yang amalannya begitu. Saya dinyatakan di mesej ataupun diberikan pesanan WhatsApp, adakah ia hendak membuat horse-trading? Saya dengan naifnya, dengan izin mengingatkan horse-trading itu apa projeknya? Kita sudah bukan kerajaan tidak ada duit hendak bagi peruntukan. Rupanya sayalah kuda yang hendak dibeli dalam hal itu.
[Tepuk] Siapa yang tidak terkesima jika ditawarkan puluhan juta ringgit bukan rupiah, ya atau jawatan GLC yang menjanjikan elaun puluhan ataupun ratusan ribu sebulan. Namun yang teguh berprinsip dan tidak berganjak pendirian adalah sebenarnya pahlawan- pahlawan walaupun kehilangan jawatan dan kedudukan.
Satu teguran kepada kerajaan apabila ingin meminda undang-undang maka notis dan dokumen hendaklah diberikan kepada kami untuk diteliti dan dibahaskan secara berkualiti dengan jangka masa yang munasabah demi integriti Parlimen dan dapat dihormati seantero negeri.
Sehingga semalam ramai di antara kami seolah-olah meneka dalam kesamaran apakah butir-butir terperinci pindaan Perlembagaan ini? Mujurlah telah mendapat persetujuan agar ia bincang dan diperhalusi dalam Jawatankuasa Pilihan Khas. Saya akhiri dengan dua rangkap pantun.
*Mandat rakyat telah dikhianati, Pindaan undang-undang untuk memperbaiki, Agar yang melompat sedar diri, Di dunia selamat, di akhirat mana hendak pergi.
Kerbau dipegang dengan tali, Manusia diikat dengan janji, Tolong kembalikan keyakinan pengundi, Bersetujulah dengan pindaan ini.* Tuan Yang di-Pertua, Tangga Batu menyokong. Terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Berikutannya Majlis mempersilakan Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Seterusnya saya ingin menyatakan selalu mendapat akhir mengenai isu lompat parti ini. Kepada semua Ahli Parlimen kita mesti sedar bahawa tugas kita adalah untuk menjaga kebaikan rakyat dan negara.
Jangan pernah kita meletakkan kepentingan individu lebih tinggi daripada perkara ini. Saya ingin mencadangkan bahawa mana-mana Ahli Parlimen yang ingin lompat parti untuk tidak dibenarkan bertanding selama dua penggal.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Ini bagi dalam politik. Kalau dalam tentera sekiranya kita perang Tuan Yang di- Pertua kita akan tembak mati. Ini penting dalam memberi pengajaran kepada mana-mana Ahli Parlimen yang mengutamakan kepentingan individu daripada kepentingan rakyat dan negara. Ini perlu dalam memastikan tidak lagi kumpulan yang cuba mempermainkan kuasa rakyat.
Akan tetapi, asas yang ingin saya tekankan di sini adalah mengenai hak rakyat dan kuasa rakyat perlu berada pada keadaan tertinggi dalam menentukan pergerakan politik negara. Kita mesti ingat bahawa demokrasi bermaksud kuasa rakyat. Jangan lupakan perkara tersebut kerana ini penting dalam kita mengembalikan hak memilih kepada rakyat dalam menentukan siapa yang akan memilih kerusi di kawasan tersebut.
Biar rakyat yang menentukan siapa yang layak untuk mengambil tanggungjawab untuk menjaga kebajikan mereka.
Isu lompat parti melibatkan kepercayaan rakyat. Saya ingin menegaskan bagi Rang Undang-undang Antilompat Parti kelak kerana mana-mana individu yang ingin tukar kepada pihak berlainan mestilah mengosongkan kerusi yang disandang.
Mengambil contoh negara New Zealand yang telah meluluskan Akta Antilompat Parti pada 2018. Saya yakin oleh politik negara mampu menunjukkan satu contoh teladan yang baik kepada rakan sekerja dalam politik dan mengangkat pimpinan setempat melalui teladan. Itu penting dan menjadi ikutan rakyatnya.
Saya bersetuju dengan pindaan dalam Perlembagaan dalam memastikan RUU Antilompat Parti dapat menggerakkan bagi saya kuat kuasa undang-undang melawan salah laku itu lagi mustahak bagi menawan golongan yang memberi rasuah tidak kira faktor umur dan jawatan.
Oleh itu, bersetuju bahawa pindaan ini perlu dibuat di peringkat Persekutuan. Ini sudah pasti akan membuat politik negara tidak stabil seterusnya mengganggu perkembangan ekonomi negara. Kestabilan politik amat penting dalam memastikan kesejahteraan, kehidupan rakyat terjamin dan terpelihara.
Isu lompat dan beli Ahli Parlimen merupakan satu barah kepada kestabilan politik tanah air. Cuba bayangkan kerajaan dipilih oleh rakyat boleh tumbang apabila ada Ahli Parlimen yang tidak ada berintegriti membunuh, kepercayaan diberikan kepada mereka.
Apa yang dijelaskan mandat kepada pemimpin telah dikhianati demi wang ringgit mahupun kuasa.
Saya tidak mahu mengambil peluang ini untuk membahaskan secara teknikal mengenai perkara ini kerana sudah dan akan diterangkan lagi oleh Ahli-ahli Parlimen lain tetapi apa yang saya ingin bahaskan adalah mengenai penyelesaian kepada kemelut politik di Malaysia.
Seterusnya, saya akhirkan dengan sebuah pantun.
Hati berbunga bila dilamar, Hidup umpama dilanda badai, Kerana rasuah maruah negara tercemar, Kerana lompat parti maruah diri tergadai.
Sekian terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Majlis mempersilakan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, saya turut berterima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk berbahas. Saya mulakan dengan ungkapan kata-kata dalam bahasa Inggeris yang diajar dan dididik dan saya masih lagi berpegang. Tokoh yang saya masih hormati dan
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
geruni sehingga hari ini adalah mendiang Yang Berhormat Karpal Singh, Ahli Parlimen Jelutong dan juga Ahli Parlimen Bukit Gelungor.
Dalam erti kata – dalam bahasa beliau sendiri dalam bahasa Inggeris dengan izin saya gunakan ungkapan, “There is cannot be any permanent friends or no permanent enemies but there must be permanent principles”. Prinsip-prinsip perjuangan kita dalam politik haruslah tetap dan salah satu perkara yang saya belajar daripada mendiang Karpal adalah in politic, loyalty is very important. Yang Berhormat Port Dickson ada di sini. Saya pernah melihat ketika Yang Berhormat Port Dickson berada di barisan kerajaan, apabila berbahas dengan Yang Berhormat Jelutong mereka bertikam lidah tetapi apabila Yang Berhormat Port Dickson dipecat dan dizalimi oleh Kerajaan Barisan Nasional mendiang Karpal merupakan salah satu tokoh parti politik yang pertama yang menghulurkan bantuan dan sehinggalah saat- saat terakhir kes Yang Berhormat Port Dickson berlangsung di mahkamah, Yang Berhormat mendiang Karpal Singh adalah peguam yang membela beliau dalam pertuduhan di mahkamah.
Saya memegang kepada prinsip yang sama. Hari ini merupakan hari yang bersejarah. Dalam politik, kita harus memastikan bahawa kesetiaan kita kepada parti dan rakan-rakan seperjuangan sentiasa kekal walaupun saya pada hari ini mendapati pindaan-pindaan ini adalah sesuatu bukan seperti yang kami mengharapkan tetapi saya berdiri pada hari ini untuk menyokong kerana saya rasa finally dengan izin Timbalan Yang di-Pertua there is light at the end of the tunnel. Saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk bersuara untuk rakyat yang telah keluar mengundi beramai-ramai pada pilihan raya umum yang lalu mengharapkan pertukaran dalam kerajaan. Mereka mengharapkan kita dapat menumbangkan kerajaan yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pekan dan melantik kerajaan yang baharu untuk mentadbir di Putrajaya.
Apakan daya dalam masa 22 bulan, pengkhianat-pengkhianat dan katak-katak telah pun menderhaka– saya gunakan istilah ‘menderhaka’ kerana apabila kita meninggalkan sesuatu parti politik dan kita lompat ia adalah seolah-olah kita menderhaka kepada ibu kita sendiri. Itu adalah prinsip yang dinyatakan dalam ajaran-ajaran agama Hindu juga.
Kita boleh memaafkan seorang musuh berlawan berdepan dengan kita tetapi tidak boleh memaafkan – bila-bila masa tidak boleh memaafkan seorang pengkhianat yang berada bersama-sama dengan kita dan menikam kita daripada belakang.
[Tepuk] Saya ingin tanya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada di sini, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Nibong Tebal, Yang Berhormat Pagoh sudah meninggalkan Dewan. Dia kata undang-undang ini zalim. Kenapa mengkhianati kami?
Kenapa mengkhianati perjuangan? Yang Berhormat Ampang memperjuangkan pimpinan Port Dickson 22 tahun tetapi kenapakah pada saat-saat terakhir mengkhianati beliau.
Yang Berhormat Nibong Tebal ada sini, Yang Berhormat Gombak, adakah ini prinsip- prinsip kita dalam perjuangan?
Kalau kita perlu berjuang dalam medan peperangan, kalau ada risiko untuk rakan- rakan kita, kita perlu berdiri di depan untuk menerima peluru itu tersebut untuk menyelamatkan rakan-rakan kita.
So, saya di sini ingin menyatakan bahawa antara parti politik yang selalu memperjuangkan Undang-undang Antilompat Parti ini adalah parti DAP. Saya di sini bangga untuk menyatakan seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Seremban bahawa pemimpin-pemimpin kita seperti Yang Berhormat Iskandar Puteri, mendiang Yang Berhormat Karpal Singh adalah tokoh-tokoh politik dalam parti DAP yang memperjuangkan Anti-Hopping Law atau undang-undang yang melarang seorang ahli politik daripada lompat daripada satu parti politik ke parti politik yang lain.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dalam Dewan yang mulia ini saya ingin menyatakan Yang Berhormat Mendiang Karpal Singh merupakan salah seorang mangsa. Kalau Dewan yang mulia ini masih ingat
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
lagi Yang Berhormat Mendiang Karpal telah pun dituduh di bawah Akta Hasutan kerana ketika berlakunya krisis di Perak, Yang Berhormat Mendiang Karpal telah mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu yang dilantik, yang dipilih oleh rakyat. Disebabkan oleh sidang akhbar yang diadakan oleh Yang Berhormat Mendiang Karpal, beliau telah diheret ke mahkamah dan dipertuduhkan di mahkamah.
So, perjuangan parti DAP adalah perjuangan yang cekal, perjuangan yang selalu kekal. Saya di sini ingin sekali lagi menyeru Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya patut berterima kasih kepada beliau kerana inisiatif yang telah diambil oleh beliau ini merupakan satu inisiatif yang benar-benar ikhlas berbanding dengan Yang Berhormat Pagoh. Ini kerana kita lihat tetapi memang merupakan satu kenyataan. Yang Berhormat Bera mungkin menyedari bahawa virus lompat parti ini telah menjadi begitu serius sehingga ia menyebabkan masalah kepada UMNO.
Walau bagaimanapun, saya menggunakan kesempatan ini untuk merayu kepada Yang Berhormat Bera supaya kita menggubal undang-undang itu selepas jawatankuasa Select Committee telah meneliti cadangan-cadangan untuk mengadakan satu sidang Dewan Rakyat dengan segera supaya undang-undang itu dapat digubal.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong, satu minit, gulung.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Undang-undang itu dapat digubal dan undang-undang itu dapat diluluskan dengan serta-merta. Ini adalah penting kerana rakyat di luar sana seperti yang saya lihat semasa pilihan raya kecil di Johor tidak keluar mengundi kerana sudah pun meluat, sudah pun marah dengan kerenah ahli-ahli politik, terutamanya Ahli-ahli Dewan Rakyat yang selalu lompat sana dan lompat sini.
Saya di sini mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi merayu kepada kerajaan yang ada sekarang dan saya perlu juga menyatakan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Menteri. Memang inisiatif yang telah diambil oleh Yang Berhormat Menteri untuk membentangkan undang-undang ini adalah sesuatu yang perlu kita hormati dan berterima kasih. Di samping itu, menyeru Yang Berhormat Menteri untuk menyegerakan pindaan- pindaan selepas diteliti oleh jawatankuasa...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong, sila gulung.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Untuk dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini dengan segera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Selepas Yang Berhormat Jelutong membahas, ini adalah senarai- senarai yang akan berbahas:
(i) Yang Berhormat Bayan Baru;
(ii) Yang Berhormat Beruas;
(iii) Yang Berhormat Merbok;
(iv) Yang Berhormat Kuala Kedah;
(v) Yang Berhormat Hang Tuah Jaya;
(vi) Yang Berhormat Balik Pulau;
(vii) Yang Berhormat Pasir Gudang;
(viii) Yang Berhormat Kapar; dan
(ix) Yang Berhormat Batu.
Selanjutnya, kita persilakan Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hari ini saya cukup bangga mewakili Bayan Baru untuk membahaskan suatu rang undang- undang dalam pindaan Perlembagaan yang cukup bersejarah. Tujuan kita kalau kita lihat dengan konteks yang lebih besar iaitu untuk mencari penyelesaian kepada ketidakstabilan politik yang berada di dalam negara kita. Jadi, Akta Antilompat Parti ini hanyalah salah satu akta yang perlu digubal untuk mencari penyelesaian kepada ketidakstabilan politik.
Jadi, kalau kita lihat kepada alasan-alasan yang biasanya mengapa Ahli-ahli Parlimen lompat parti. Selalu yang diberikan kita tahu, nombor satu adalah ditawarkan dengan jawatan Menteri, Timbalan Menteri, Pengerusi GLC, Chairman GLC dan sebagainya. Ada pula kes-kes seperti Yang Berhormat Pagoh yang lompat selepas itu menjadi Perdana Menteri. Inilah yang menyebabkan ketidakstabilan politik.
Kedua, adalah peruntukan kawasan. Ramai antara yang lompat selalu memberikan alasan bahawa peruntukan kawasan tidak mencukupi dan mereka memerlukan peruntukan daripada kerajaan. Jadi, mereka terpaksa lompat.
Ketiga, selalunya tiada proses rundingan kerajaan dengan pembangkang. No bipartisanship. Sebelum MoU ini, kita tahu bahawa kerajaan jarang-jarang berunding dengan pihak pembangkang daripada segi dasar, daripada segi perundangan. Selalunya Ahli Parlimen diberi blue bill ini last minute, tidak boleh baca, belum baca, belum ready sudah terpaksa diundi. Jadi ini adalah menyebabkan that kind of winners take all. Winners take all ini menyebabkan pembangkang ini merasa dipinggirkan walaupun kami diundi oleh rakyat.
Ada juga alasan pula yang kita tahu adalah sogokan wang atau politik wang. Jadi, kerajaan boleh dapat pelbagai jenis sogokan dan sebagainya. Ada pula Ahli-ahli Parlimen yang lompat kerana mereka hendak menyelesaikan kes-kes rasuah mereka yang dikenakan ke atas mereka atau kes-kes jenayah yang lain. Ini adalah salah satu push factor or pull factor untuk mereka tukar kepada kerajaan.
Akhir sekali adalah Ahli-ahli Parlimen pembangkang ini selalunya juga apabila menjadi pembangkang, selalu ditindas dengan pelbagai akta yang zalim. Akta Peaceful Assembly Act for example ya, selalunya Ahli Parlimen pembangkang yang kena, disiasat, didakwa dan akhirnya, mereka rasa bahawa mereka ditindas. Jadi ini isu-isu yang menyebabkan ketidakstabilan politik yang berada dalam Malaysia.
Jadi, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan dan juga kedua-dua pihak kerana kedua-dua pihak mungkin menjadi kerajaan pada satu hari nanti. Kita harus menyelesaikan fundamental issues. Akta Lompat Parti hanya salah satu penyelesaian kepada ketidakstabilan politik dalam negara.
Saya juga ingin mencadangkan kepada Parlimen ini bahawa we have to have a fix term Parliament Act seperti di UK, di mana Parlimen tidak akan bubar lima tahun. Ini supaya tidak ada selalunya ugut untuk bubar Parlimen, ugut untuk tukar, bubarkan Parlimen supaya election dipercepatkan.
Ketiga, adalah Akta Peruntukan Ahli Parlimen Saksama. Kalau ada peruntukan saksama, peruntukan constituency funding secara saksama, tidak ada masalah. Hendak jadi pembangkang boleh jadi pembangkang. Tidak payah – tidak ada push or pull factor untuk lompat.
SPRM yang betul-betul independent. Kita tahu bahawa ada kes-kes di mana mereka lompat, selepas itu kes senyap. Sebelum itu ada serbuan untuk menangkap seseorang, selepas itu sudah lompat, kes sudah senyap. Banyak kes dan ada pula kes yang sudah lompat itu dilepaskan. Menjadi kerajaan, kes-kes SPRM dilepaskan. AG tidak appeal kepada High Court. Ini berlaku Tuan Yang di-Pertua.
Saya mujurlah kerana semangat MoU ini, kita ada bipartisanship daripada segi Parliament Special Select Committee yang bersidang supaya mencari penyelesaian kepada negara di mana ada dialog untuk dasar-dasar dan sebagainya.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Akan tetapi saya hendak beritahu bahawa this is not a guarantee untuk kerajaan akan datang. Kalau kita masuk pilihan raya, menang. Ini tidak semestinya not cast in stone. Jadi, kalau berlaku ini, semangat bipartisanship ini sudah tidak ada. Jadi ini akan mewujudkan ketidakstabilan semula. Jadi, saya minta supaya Menteri Undang-undang yang berada di sini, saya sangat respect kepada beliau kerana beliaulah yang betul-betul melaksanakan all this reform, bertungkus-lumus.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
We have to muktamadkan. Kita harus memuktamadkan bahawa the spirit of bipartisanship in this House melalui Parliament Select Committee on important bills, Constitutional amendments itu kita harus muktamadkan dalam standing order kita. Kita kena selesaikan benda-benda ini sebelum Parlimen bubar supaya the next Parliament, there is no this kind of very heated, very musuh-memusuhi antara pihak kerajaan dengan pembangkang. Ini yang penting.
Saya juga ingin— untuk menyelesaikan masalah sogokan politik wang ini, we have to have political finance by the state. Political financing ini...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, sila gulung.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ya, terima kasih. Political financing ini kalau kita teruskan ia untuk bagi parti-parti politik mendapat derma, 1MDB akan berlaku sekali lagi. Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini, pembiayaan parti-parti politik harus dilaksanakan oleh kerajaan. Contohnya seperti Germany model, negara Jerman di mana semua aktiviti political party dibiayai oleh kerajaan. Maka, ia akan reduce the nexus between the politics and corporate sector. Jadi tak adalah under table, tak adalah sogokan wang dan sebagainya. Ini harus, kalau boleh saya cadangkan kepada kerajaan untuk melaksanakan ini dalam sesi Parlimen sebelum pilihan raya juga.
Akhir sekali, Bayan Baru sokong secara prinsip tentang akta lompat parti dan juga penggubalan Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, we have to be careful. Kita kena memperhalus kerana kita tak mahu tergesa-gesa untuk meluluskan satu undang-undang a bad Constitutional amendments. We need to be careful, have due diligence, work harder everyday untuk mendapatkan satu penyelesaian bipartisan untuk mencapai kestabilan politik negara. Sekian, terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Dipersilakan Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya membahas Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022.
Tuan Yang di-Pertua, selepas lebih kurang lapan bulan pihak kerajaan berbincang dan memberi taklimat kepada Ahli-ahli Parlimen, malangnya kerajaan masih tidak dapat mencapai satu persetujuan kedua-dua pihak, daripada pihak kerajaan dan pihak pembangkang, berkenaan dengan undang-undang pindaan Perlembagaan yang hendak kita pinda. Sungguhpun matlamat kita adalah sama iaitu kita mahu menghentikan wakil- wakil rakyat daripada melompat parti bertentangan dengan hasrat atau kehendak rakyat yang memilih mereka.
Untuk menyelesaikan kebuntuan atau impasse ini, saya hendak membuat cadangan bagaimana kita boleh menyelesaikan isu ini. Pertama, saya cadangkan memandangkan susah untuk undang-undang menghukum mana-mana parti yang mengkhianati, kita biarlah parti diberikan kebebasan untuk membuat apa-apa gabungan baharu. Jika mereka rasa itulah dianggap satu tindakan yang betul, biarlah tindakan mereka. Masa dan rakyatlah menghukum mereka.
Sebagai contoh Sheraton Move ini, Parti Bersatu yang memang dicintai, dihormati, dijaga oleh Pakatan Harapan telah mengkhianati Pakatan Harapan. Mereka pula pergi berkawan dengan lawan, dengan UMNO. Akhirnya sekarang kita nampak dia
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
direjected, dengan izin, oleh UMNO tetapi hendak pulang kepada Pakatan Harapan pun susah untuk kita terima mereka. Ini adalah akibat pengkhianatan mana-mana parti.
Kedua ialah dalam hal kebebasan parti untuk membuat gabungan baharu, juga ada, dengan izin, internal control ataupun kawalan dalaman dalam parti-parti tersebut iaitu oleh ahli-ahli parti mereka.
Ketiga, dalam isu ini, banyak negara memberi kebebasan kepada parti-parti politik untuk bergabung dengan gabungan baharu kerana itu satu daripada ciri-ciri politik berdemokrasi.
Marilah kita tumpukan undang-undang yang hendak kita pinda ini kepada undang- undang lompat parti oleh individu-individu Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN. Untuk lompat parti individu Ahli Parlimen atau ADUN, saya cadangkan ia diuruskan di antara parti dan ahli-ahlinya dan kita meminda Perlembagaan Persekutuan supaya ia boleh dibuat kerana kini dikatakan ia melanggar polisi awam dan melanggar hak berpersatuan. Jadi, perjanjian-perjanjian tersebut dikatakan tidak sah.
Saya cadangkan kita pinda dengan memasukkan perkara (3A) baharu dengan perkataan-perkataan berikut dan bukan seperti yang telah dicadangkan oleh pihak kerajaan dalam bill pindaan ini. Di bawah Perkara 10, dengan izin, saya baca dalam bahasa Inggeris cadangan saya. Di bawah topik heading: Freedom of Speech, Assembly and Asssociation. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan (1) menyatakan “Subject to clauses paragraph (2), subparagraph (3) and subparagraph (4)” di bawah (c), “All citizen have the right to form association”. Saya cadangkan Perkara 10 dipinda dengan menambah (3A) seperti berikut:
“*All agreements made by members of political parties, members of Parliament and members of State Legislative Assemblies restricting the association with other political parties, or their members shall not be considered as infringing the right conferred by paragraph (c) of clause (1).
All the terms of the aforesaid agreement including compensation payable, if any, and the obligation to resign and to vacate the seats in Parliament and/or State Legislative Assemblies shall be valid and enforceable and shall not be made invalid on the ground of infringing paragraph (c) of clause (1).*” Dengan adanya kebebasan di antara Ahli-ahli Parlimen dengan parti mereka, mereka boleh mengenakan terma seperti denda ataupun bayaran pampasan RM10 juta katakan. Kalau ada tawaran daripada pihak yang lain, mereka tidak akan melompat kerana mesti membayar pampasan RM10 juta itu. Ataupun mereka telah pun menandatangani surat letak jawatan, mereka mesti letak jawatan.
Dengan pindaan ini, saya pun cadangkan mereka ada hak untuk bertanding semula. Saya cadangkan Perkara 48(6) hendaklah dimansuhkan agar mereka yang merasa partinya sudah tidak sehaluan dengan kehendak rakyat boleh letak jawatan dan bertanding semula.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Sila gulung.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Itulah cadangan saya. Harap cadangan ini dapat menolong menyelesaikan kebuntuan yang kita hadapi sekarang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Majlis mempersilakan Yang Berhormat Merbok.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil peluang dan ruang yang bersejarah ini dalam perbahasan rang undang- undang anti-lompat parti sebagai satu titik mula proses mereformasi institusi berparlimen agar lebih dihormati oleh pemegang taruh yang utama iaitu rakyat itu sendiri.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Seperti yang telah kita maklumi, Ahli Parlimen yang melompat parti selepas Pilihan Raya Umum 14 yang mencecah 39 orang— bukan tiga atau sembilan orang tetapi 39 orang— kira-kira 17.56 peratus daripada 222 Ahli Parlimen. Ini adalah sejarah rekod Ahli Parlimen lompat yang teramai sejak 60 tahun yang lalu. Jadi ini adalah isyarat yang sangat jelas bahawa amalan demokrasi kita sebenarnya adalah tidak sihat dan sangat membimbangkan.
Amanah rakyat seolah-olah dilihat seperti dipermainkan. Gunakanlah apa sahaja alasan untuk justify, dengan izin, atau membenarkan tindakan kita tetapi ia tetap melanggar prinsip atau nilai amanah yang telah rakyat berikan dalam satu proses pilihan raya yang bukan sahaja sukar tetapi yang sangat panjang.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Saya sebenarnya suka untuk merujuk kepada kenyataan Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, Timbalan Pengerusi Dakwah 3 PAS merangkap Timbalan Ketua Dewan Ulama Selangor pada tahun 1440 Hijrah, tiga tahun yang lalu yang telah disebarluaskan.
Saya suka hendak – terkait lompat parti ini kerana yang pertama dia kata, “Seseorang yang mengisi borang menjadi ahli parti dan parti melantik mewakili ahli organisasi memasuki pilihan raya dan menang, dapat sokongan.” Itu satu. Kedua, “Kemenangan itu atas kemenangan parti bukan individu yang menjadi MP atau ADUN tetapi mereka melompat parti maka ini dinamakan pengkhianatan.” [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****] Ketiga – ini yang dia sebut ya. “Ini adalah pengkhianatan dan dosa dikeranakan melompat dan meninggalkan parti yang diwakili daripada kemenangan yang diperoleh bukan atas kapasiti diri tetapi mewakili parti atau jemaahnya.” Keempat dia sebut, “Melompatlah kepada parti lain di saat kalian sudah meletakkan jawatan sebagai MP atau ADUN yang dimenangi daripada parti atau jemaah yang diwakili.” Jadi, saya nak sebut bahawa ini adalah panduan yang diberikan oleh rakan-rakan kita daripada PAS di sebelah sana sebagai panduan bersama.
Maka saya sangat bersetuju dengan semangat itu. Maka adalah wakil rakyat itu wajib meletak jawatan dan masuk pilihan raya semula dan mengembalikan mandat rakyat kepada rakyat semula.
Tuan Yang di-Pertua, pilihan raya adalah proses demokrasi untuk rakyat memilih siapa yang boleh mewakili suara mereka di Dewan yang mulia ini. Tragedi Februari 2020 menjadikan demokrasi kita sebenarnya cacamarba. Pihak yang kalah jadi kerajaan, yang menang jadi pembangkang. Kita juga sebenarnya menghantar mesej pendidikan ataupun tarbiah demokrasi yang mengelirukan kepada rakyat dan juga generasi muda kerana logika yang sangat sukar dihadam oleh akal kita yang waras.
Apa sahaja alasan yang diberikan oleh Ahli Parlimen untuk melompat parti, keluar parti untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas, menyokong blok berlawanan ataupun dipecat oleh parti sendiri seperti Yang Berhormat Setiawangsa sebutkan tadi antaranya adalah disebabkan oleh peruntukan. Sebab itu, saya rasakan mereformasikan sistem institusi berparlimen ini harus berlaku dan perlunya memberikan keadilan kepada Ahli-ahli Parlimen yang dipilih rakyat tanpa melihat latar belakang parti termasuklah peruntukan- peruntukan di kawasan untuk kepentingan pembangunan rakyat.
Saya juga ingin menyentuh dalam RUU ini, isu pokok yang harus kita sepakati bersama adalah menghormati mandat rakyat. Maka biar rakyat yang tentukan, harus dikembalikan kepada rakyat. Persepsi negatif sebenarnya turut dirasai oleh mereka yang tidak melakukan. Hak rakyat yang memilih bahkan apabila kita menang menjadi wakil rakyat, kita wajib tolong rakyat bukan tolong orang-orang parti yang diwakili oleh wakil rakyat itu sahaja. Bantu mereka yang layak dan berhak kerana kebajikan bukan politik murahan. Mentaliti inilah yang perlu diperbetulkan. Budaya memberi surat sokongan, rekomendasi, guna kabel harus kita tinggalkan.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Sebelum saya akhiri perbahasan saya, saya ingin akhiri dengan serangkap pantun.
Hari raya makan ketupat, Ketupat dimakan bersama pengat, Hentikan budaya lompat-melompat, Jangan khianati mandat rakyat. Dengan ini, Merbok menyokong RUU Antilompat Parti setelah benar-benar diperhalusi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Merbok. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya turut sama dalam perbahasan yang bersejarah ini. Saya gembira kerana dapat bersama turut menyumbangkan pandangan pada isu yang sangat penting kepada negara kita pada ketika ini dan ini saya percaya adalah satu langkah besar kita yang akan merintis jalan kepada satu undang-undang yang komprehensif dan yang adil sifatnya dalam menghalang daripada berlaku lompatan parti iaitu Rang Undang-undang Antilompat Parti.
Tuan Yang di-Pertua, untuk berbincang dan berbahas isu ini, kita hendaklah kembali kepada asas. We have to go back to the basic, dengan izin. Asasnya adalah politik untuk kebaikan. Ahli politik pula hendaklah memperjuangkan perkara-perkara yang tinggi dan murni nilainya ini seperti untuk memperjuangkan hak-hak rakyat, memperbaiki kehidupan rakyat, menyatupadukan rakyat dan masyarakat dengan harmoni, mencari sumber-sumber kekayaan untuk rakyat, negara dan sebagainya, dan mempertahankan negara dan rakyat. Itulah dia nilai-nilai dan perkara-perkara yang hendaklah kita perjuangkan dan dalam memperjuangkan perkara-perkara itu, ahli-ahli politik atau wakil- wakil rakyat khususnya Ahli-ahli Parlimen hendaklah mempunyai nilai-nilai yang murni dan tinggi juga.
Pertamanya, kena ada integriti. Kena bersifat adil kerana cinta kepada rakyat dan negara kena sedia berkorban. Kalau itu semua berlaku, maka kita tidak sangat memerlukan undang-undang yang keras untuk menghalang lompat parti ini. Akan tetapi, ia akan berlaku Tuan Yang di-Pertua, kerana kita semua manusia biasa. Kerana itulah maka satu undang-undang yang bersesuaian dengan Perlembagaan kita perlu diadakan dan sekiranya perlu, sebahagian daripada Perlembagaan kita itu hendaklah diubah atau dipinda. Untuk itu, kita ada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan dan kita ada kes Nordin Salleh di Kelantan yang mana Mahkamah Tinggi memutuskan tidak boleh kita menghalang seseorang itu lompat parti.
Saya juga berpandangan bahawa lompat parti untuk tujuan-tujuan yang tidak tinggi nilainya, tidak murni tadi, tujuan-tujuan jelik umpamanya kebendaan, keduniaan dan semata-mata kepentingan peribadi itu hendaklah dihalang. Sekiranya dapat dibuktikan bahawa lompat parti itu berlaku semata-mata kerana nilai-nilai, kerana perkara-perkara yang tidak tinggi nilainya tadi, perkara-perkara jelik tadi iaitu kerana wang, kerana pangkat, kerana harta dan kerana dia itu seorang yang bersalah, dia itu terlibat dengan rasuah untuk melindungi dirinya, maka dia lompat parti kepada satu parti yang dapat menjamin dia terselamat daripada rasuah, apabila dia sudah dibuktikan dan diambil tindakan, orang sedemikian hendaklah diambil tindakan di mahkamah dan tindakan juga dalam dia dihalang berpolitik kerana dia merupakan seorang yang tidak ada nilai tinggi. Tidak memberikan kebaikan kepada negara dan rakyat jika dia terus berpolitik.
Sebaliknya ada ketika kita perlu membenarkan lompat seperti selepas pilihan raya, sekiranya kita perlu membentuk satu gabungan baru maka parti politik hendaklah dibenarkan membentuk gabungan. Kita tidak boleh membiarkan negara tergantung- gantung, tidak ada kerajaan yang cukup stabil untuk terus memerintah. Kita juga
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
hendaklah tidak menghukum ahli politik yang melompat kerana mereka menentang kepimpinan parti yang rasuah, yang kleptocratic misalannya. Kalau kerana parti itu zalim, dia menekan rakyat, kita boleh lompat keluar atau menjatuhkan dan menentang kepimpinan tadi walaupun kita hilang kedudukan dalam Parlimen. Kita hendaklah memberi mereka ruang dan peluang untuk mempertahankan prinsip mereka.
Lompatan kerana prinsip untuk mempertahankan nilai-nilai tinggi dan murni tadi, itu saya sokong dan kita kena ada satu undang-undang yang memberikan perbezaan antara orang yang lompat oleh kerana sebab-sebab yang hina, kepentingan peribadi, rasuah dan wang ringgit, harta dan pangkat dan dalam masa yang sama, kita tidak boleh menghukum semberono orang-orang yang melompat kerana mempertahankan nilai-nilai yang tinggi, kemanusiaan, perjuangan dan nilai-nilai tinggi dan murni kehidupan.
Selain itu, saya juga menyokong supaya orang yang melompat tadi diberikan peluang bertanding kembali dan kita biarkan kepada rakyat menentukan tindakan beliau itu sama ada rakyat memberikan sokongan atau tidak. Itu pada saya, ialah fair dan hendaklah dimasukkan dalam undang-undang yang baru itu. Kerana itu Tuan Yang di- Pertua, saya menyokong penuh penubuhan apa yang disebutkan sebagai satu Jawatankuasa Pilihan Khas untuk membuat syor-syor yang lebih kemas, teratur dan komprehensif bersesuaian dengan Perlembagaan kita dalam masa yang telah dan akan kita tetapkan. Masa-masa tertentu yang kita tetapkan dan munasabah. Terima kasih atas peluang yang diberikan, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Kedah. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebenarnya pada hari ini, kita sebagai anggota Dewan Rakyat sepatutnya berasa malu kerana kita terpaksa membahaskan satu pindaan Perlembagaan yang memungkinkan nantinya satu undang-undang khas untuk regulate, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, sikap dan tingkah laku ahli-ahli politik terutamanya Ahli-ahli Parlimen yang pada hemat saya, maaf kalau bahasa ini kasar tetapi merupakan Ahli-ahli Parlimen yang serakah dengan nafsu politik mereka dan terpaksa mengambil tindakan yang memungkinkan berlakunya pengkhianatan ataupun dalam erti kata yang lain, menyebabkan jatuhnya kerajaan.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Daripada sebab itu, kita semua membuka mata dan oleh kerana dalam keadaan sekarang kita lihat kerajaan tidak mempunyai dominasi yang penuh seperti mana dulu- dulu, ada dua pertiga. Sekarang ini pembangkang dan juga kerajaan sama kuat. Maka, sewajarnya kita memanfaatkan situasi ini untuk menambah baik sistem yang ada.
Pada saya Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat negara Papua New Guinea.
Papua New Guinea ini sejak merdeka tahun 1975, tidak pernah kerajaan itu bertahan satu penggal lima tahun, pasti akan ada pergolakan, lompat parti dan sebagainya. Seperti mana yang dilihat ataupun dinilai oleh seorang pakar sains politik, Benjamin Riley. Dia menilai tentang keadaan di Papua New Guinea ini. Walaupun negara demokrasi dan sebagainya, tetapi tidak pernah boleh bertahan lima tahun satu penggal, mesti bertukar kerana lompat. Apa observation dia?
Dia kata because dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “because most political parties are simply vehicle for achieving and then maintaining political power and have little in the way of a common ideology or policy agenda. There is a great deal of party hopping by elected Parliamentarian moving from one party level or camp to the next often in exchange for rewards such as the promise of a Ministry or more direct financial inducement”. Ini pada saya pandangan yang boleh kita kongsi di dalam Dewan ini.
Cumanya saya tidak mahulah diletakkan standard Malaysia ini sama macam Papua New Guinea. Akan tetapi apa yang dilihat, apa yang dinilai oleh pakar sains politik ini tentunya
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
mengingatkan kita tentang beberapa insiden dan peristiwa politik yang berlaku di dalam negara kita.
Saya ingin menarik perhatian Dewan melihat perkembangan misalnya baru-baru ini di Pakistan, Imran Khan, Perdana Menteri hilang jawatan kerana kalah. Buat pertama kali dalam sejarah politik Pakistan, seorang Perdana Menteri kalah undi percaya ataupun kalah undi tidak percaya di dalam Dewan Rakyat. Kenapa berlaku begitu? Ini kerana komponen parti PTI (Parti Tehreek-e- Insaf) ini, gabungan yang membentuk kerajaan itu, empat, lima parti itu lompat menyebabkan parti pimpinan Iman Khan, walaupun setelah mentadbir hampir tiga tahun setengah, akhirnya digulingkan ataupun berlakunya sejarah dalam politik mereka.
Oleh sebab itulah saya ingin mengajak perhatian rakan-rakan semua, Ahli-ahli Parlimen, apa yang berlaku di Pakistan berlaku juga di negara-negara yang lain. Ini kerana pada hari ini kita harap dengan input-input ini, walaupun Yang Berhormat Menteri tidak ada di dalam Dewan, tetapi saya percaya pegawai-pegawai dan Timbalan Menteri ada, supaya kita dapat tengok susulan daripada pindaan yang kita akan buat artikel 10 ini dan juga artikel 48(6), di sana kita akan masukkan dengan satu undang-undang berkaitan dengan anti-hopping ini, rang undang-undang untuk mencegah lompat parti. Saya hendak ambil pengalaman India. Tahun 1985 mereka buat pindaan terhadap Jadual Kesepuluh Perlembagaan India yang menyatakan bahawa tidak boleh lompat parti, tetapi lebih ramai lagi lompat lepas itu sebab undang-undang itu bermasalah.
Di Afrika Selatan, dia tiru India. Undang-undang itu jadi lapuk dan tidak relevan kerana mereka ada cara untuk lari daripada undang-undang ini. Ini kerana kita tahu apabila undang-undang sudah ada, dibentangkan, maka di sana ada kumpulan-kumpulan tertentu yang akan mencabar undang-undang ini di mahkamah. Jadi saya ingin nyatakan bahawa di dalam Dewan ini saya ingin rekodkan, mari kita ambil pengalaman negara- negara yang telah pun ada anti-hopping ini.
Negara seperti Australia, New Zealand yang boleh kita jadikan sebagai panduan supaya hasrat ataupun dengan izin, intention of the framers, intention legislators, intention Ahli-ahli Dewan Rakyat yang membuat undang-undang ini, tujuannya untuk menghalang lompat parti. Jangan dengan ada undang-undang ini, ada loophole yang dicari supaya lepas daripada hasrat dan niat murni Ahli-ahli Dewan ini untuk pastikan supaya tidak berlaku lompat parti ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tutup dengan menyatakan atau memberikan pandangan sedikit kalau boleh, saya hendak kalau boleh Yang Berhormat Menteri tolong jawab soalan ini sebab saya seorang peminat tegar seorang ahli politik dan juga ahli falsafah politik Edmund Burke daripada UK. Dia hidup tahun 1729. Dia ketika menjadi ahli politik, Ahli Parlimen, dia memberikan satu hujah bahawa wakil rakyat, elected representative, wakil rakyat ini, kita meletakkan kita punya sokongan ini kerana rakyat itu memberikan kepercayaan kepada kita untuk membuat keputusan bagi pihak mereka.
Kalau Ahli Parlimen membuat keputusan yang terbaik untuk lompat untuk rakyat, maka dia lompatlah. Terutamanya dalam hal-hal yang berkait dengan vote of conscience, membuat undi mengikut naluri, mengikut pendirian. Jadi oleh kerana Menteri ada di sini, saya hendak minta penjelasan sedikit. Apakah di sana ada ruang untuk vote of conscience kalau ia bercanggah dengan pendirian-pendirian? Misalnya kalau kita tengok Winston Churchill, Perdana Menteri UK, dia lompat parti, dekat UK dia panggil rat, ratting, sini panggil frogging, lompat.
UK panggil ratting, 1901 lagi dia telah rat, maknanya telah lompat parti lain.
Kerana apa? Ini kerana dia merasakan prinsip parti pada ketika itu bercanggah dengan prinsip dia, maka dia kalih ke tempat lain. Oleh sebab itu dia ada kaitan dengan apa yang saya hujahkan ini ialah apakah di sana ada ruang untuk vote of conscience ini? Apakah dengan voting itu dia bercanggah dengan pendirian parti tertentu yang diwakili? Apakah ia dengan keadaan itu, dia terpaksa meletakkan jawatan dia dan kemudian adanya pilihan raya semula di kawasan tertentu?
Jadi ini perkara-perkara yang saya ingin nyatakan kerana saya tahu Tuan Yang di-Pertua boleh memahami apa yang saya sebutkan ini kerana Tuan Yang di-Pertua pun
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
dulu dia lompat juga. Jadi mungkin waktu itu pertimbangannya ialah hendak jaga pengundi. Jadi, ini perkara-perkara yang saya tidak bersetuju dengan pendirian itu, tetapi ini perkara-perkara yang mungkin menjadi hujah yang mempertahankan bahawa hopping ini dibenarkan dan sepatutnya dibenarkan.
Jadi, ini perkara-perkara yang saya percaya boleh dijadikan sebagai panduan untuk Yang Berhormat Menteri membuat penggulungan dan memberikan jawapan- jawapan yang baik supaya kita tahu bila dibawa kepada jawatankuasa Select Committee, segala hujah, hampir 58 Ahli-ahli Parlimen yang berbahas ini, hujah-hujah ini boleh diteliti dan ditelaah agar kita dapat kemukakan satu rang undang-undang yang komprehensif, yang tidak boleh dipermainkan, yang akan menyampaikan hasrat dan niat Ahli-ahli Parlimen hari ini supaya tidak lagi berlaku insiden lompat parti ataupun kalih parti dalam sistem politik kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Sekarang saya jemput seterusnya pembahas yang ke-59, Yang Berhormat Balik Pulau, mungkin tidak ada. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Kapar. Sila Yang Berhormat Kapar.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terkejut saya dibuatnya kerana giliran saya dianjakkan. Terima kasih kerana memberi ruang untuk saya menyertai perbincangan berkenaan dengan akta lompat parti ini. Merungkaikan derita dan kemarahan rakyat tatkala mereka keluar mengundi dan memberikan sokongan kepada suatu parti dengan mengilhamkan supaya ia menjadi kenyataan untuk dibuat pembaharuan. Berasa tidak puas hati atas sifat itu, maka pemilihan itu dipilih yang terbaik untuk mereka lakukan. Rakyat yang belajar di Amerika, yang pulang daripada United Kingdom, Australia, Singapura, New Zealand, kembali untuk mengundi.
Tiba-tiba bila mereka telah mengundi, diberitakan bahawa 39 Ahli Parlimen telah lompat daripada parti asal mereka seperti mana mereka telah mengkhianati apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Ini telah pun berlaku. Alhamdulillah dengan izin Allah maka MOU dimeterai. MOU ini adalah landasan mengarahkan daripada kegelapan kepada kecerahan. Kegelisahan kepada keselesaan, maka MoU itu telah menghasilkan iaitu banyak perkara yang luar biasa.
Di sini saya menujukan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Undang- undang dalam masa tatkala beliau memegang jawatan, dua perkara pokok besar yang telah pun dipersetujui iaitu satu, M63 dan hari ini Akta Antilompat Parti. Sebelum itu Undi18, banyak perkara yang merungkaikan dalam MoU yang begitu cemerlang hasilnya.
Akan tetapi yang lebih baik ialah untuk mengelak daripada kesengsaraan pengundi yang begitu marah dengan ahli politik kerana mereka telah melacurkan hasil kepercayaan yang telah diberikan kepada mereka. Inilah di antara yang diperlukan untuk kita menggarapkan kekuatan dan juga hak rakyat yang beri kepercayaan kepada kita.
Sudah, sudahlah! Rakyat begitu sengsara dan menyampah dengan perangai-perangai ahli politik yang boleh dijual beli dengan begitu murah seperti kata dalam rangkaian lakonan P.Ramlee, “Jual manusia itu lebih menguntungkan daripada jual unta”. Jadi ini, Tiga Abdul, Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, itulah yang memetik kata-kata itu menginsafi saya bahawa keperluan untuk kita hendak mewujudkan Akta Antilompat Parti dan juga menyeragamkan Artikel 48(6) itu amat-amat diperlukan tanpa berkompromi dan inilah yang saya kira satu kejayaan MoU yang sebelum ini diberitakan macam-macam keluhan, macam-macam serangan dikenakan kepada Pakatan Harapan.
Setelah hasil demi hasil berlaku dan inilah daripada perkara-perkara pokok yang kita rungkaikan daripada titah Kebawah Duli Tuanku, Majlis Raja-raja dan Kebawah Duli
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Tuanku untuk kita stabilkan politik dahulu. Jangan dok fikirkan pilihan raya-pilihan raya.
Masak otak rakyat menyampahlah. Sedikit-sedikit hendak pilihan raya. Tumpukan kepada kestabilan politik, perkukuhkan ekonomi, selesaikan masalah COVID-19 dan pastikan perkara-perkara pokok asas itu diselesaikan barulah kita bicara soal pilihan raya, dok kelam kabut hendak pilihan raya sedangkan perkara-perkara pokok penting pilihan raya esok lompat lagi, pilihan raya esok dia jadi macam main catur. Sekejap itu sekejap ini.
Jadi, perkara ini tidak akan selesai-selesai sampai bila-bila. Maka saya mengucapkan sekalung tahniah walaupun ada beberapa perkara yang perlu dirungkaikan oleh Yang Berhormat Menteri tetapi saya bersyukur sekurang-kurangnya langkah untuk menyelamatkan maruah negara yang tidak akan berlaku lagi satu penggal tiga Perdana Menteri akan berulang.
Saya percaya dan saya yakin dengan komitmen dan juga kesungguhan, saya mengucapkan sekalung tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang begitu komited dan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan dan memastikan negara bermaruah, rakyat tidak kecewa dan marah dengan ahli politik. Ini akan membuahkan hasil yang tidak stabil kepada otak-otak rakyat Malaysia yang sekarang telah diganggu-gugat. Sekian, Tuan Yang di-Pertua menyokong penuh usul yang dibawa.
[Dewan riuh]
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Kapar. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Undang-undang kerana berjaya membentangkan rang undang-undang ini untuk dibahaskan.
Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri dan Jawatankuasa Pilihan Khas yang akan mengkaji perkara berkenaan Rang Undang-undang Akta Antilompat Parti. Tujuan kita di Dewan ini ialah untuk mengatasi kejadian Ahli-ahli Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat melompat parti.
Pada pandangan saya, tidak perlu kita meminda Perkara 10 Perlembagaan, ini perkara asas kebebasan rakyat bercakap, kebebasan rakyat berhimpun, kebebasan rakyat berpersatuan. Ertinya tidak ada kena-mengena secara khusus tentang gejala melompat parti. Manakala Tuan Yang di-Pertua, dalam Perlembagaan kita ini ada hal yang khusus mengenai kelayakan seorang Ahli Parlimen itu di mana kelayakan Ahli Parlimen itu boleh hilang. Ada dalam Perlembagaan Perkara 48 daripada 48(1) hingga
(6).
Dalam perkara 48(1) itu dinyatakan dengan jelas contoh-contoh Ahli Parlimen hilang kelayakan. Pertama, tidak sempurna akal. Kedua, seorang bankrap. Ketiga, kalau ada jawatan berpendapatan. Keempat, tidak serah penyata perbelanjaan pilihan raya selepas menang. Kelima, sabit kesalahan di mahkamah. Hukum tidak kurang daripada satu tahun, denda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak dapat pengampunan. Ada lima yang dinyatakan dalam Perlembagaan hilang kelayakan.
Jadi, saya fikir mungkin Yang Berhormat Menteri boleh tidak setuju dengan saya iaitu kita hanya perlu tambah satu klausa baru, masukkan sahaja klausa baru di bawah Perkara 48 ini kita katakan, “Apabila seseorang Ahli Parlimen yang telah dipilih rakyat melompat parti atau keluar parti, maka kerusinya secara automatik dikosongkan untuk diadakan pilihan raya semula dan rakyat boleh pilih semula dan Ahli Parlimen itu diberi kebebasan untuk bertanding semula sebagai calon”.
Kalau ini kita masukkan ke dalam Perlembagaan, tidak payah hendak ganggu kacau Perkara 10. Kalau di bawah Perkara 48 kita masukkan klausa yang baru, hak Perlembagaan Ahli Parlimen yang keluar hilang kerusi itu dia dapat balik sebab dia boleh bertanding semula. Ertinya, misalnya pada tahun 1988 apabila Ahli Parlimen Johor Bahru, Yang Berhormat Datuk Shahril Samat dia tidak setuju dengan kepimpinan partinya waktu
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
itu dan dia mengambil tindakan gentlemen dia undur bukan dia melompat, dia undur daripada parti dia dan Pilihan Raya Kecil Johor Bahru diadakan semula dan dia dibenarkan bertanding dan dia menang.
Ertinya dikembalikan semula hak rakyat memilih dan rakyat suka dia, dia dipilih semula. Akan tetapi, malangnya Parlimen kemudian buat Perkara 48(6), “Orang yang diisytiharkan keluar parti lima tahun tidak boleh jadi calon lagi”. Jadi yang ini pun mesti dilupuskan.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Menteri dan Jawatankuasa jangan kacau, jangan ganggu perkara asas kebebasan rakyat di bawah Perkara 10. Apa yang kita perlu fokus ialah Perkara 48 ada dalam Perlembagaan. Kalau ini kita dapat buat, tidak payah ada akta baru, antilompat parti, itu sudah tidak relevan sebab dalam Perlembagaan itu yang akan diluluskan dengan dua pertiga majoriti sudah memasukkan syarat-syarat kelayakan yang kita boleh kawal gejala-gejala lompat parti itu. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Gudang. Seterusnya saya menjemput pembahas terakhir, Yang Berhormat Batu.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua untuk memberi ruang kepada Batu untuk berbahas.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Sepertimana saya mewakili pengundi dan masyarakat Parlimen Batu, saya rasa bangga untuk membahaskan pindaan Akta Perlembagaan Persekutuan. Saya juga kena ucap terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang komited untuk membentangkan akta ini. Walaupun akta ini akan masuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas tetapi saya harap Jawatankuasa Pilihan Khas dapat melahirkan satu akta yang adil supaya semua Ahli Parlimen dan juga pengundi dapat satu akta yang adil dan menjaga hak asasi semua.
Saya memang menyokong pindaan Perlembagaan ini tetapi saya dengar perbahasan daripada Ahli-ahli Parlimen lain dan saya juga ingin berkongsi pengalaman saya sendiri yang melalui proses ataupun politik yang berlaku dua tahun lepas. Semua orang tahu, rakyat Malaysia tahu punca ketidakstabilan politik adalah Langkah Sheraton pada 2020, bulan Mac kalau tidak silap saya. Selepas Langkah Sheraton, kita dilanda wabak COVID-19 dan negara kita pun menjalani lockdown. Semasa lockdown, ada ramai Menteri, Timbalan Menteri, orang politik, presiden parti ada approach saya untuk minta saya lompat ke sana, ini semasa lockdown.
Masa dahulu mereka ingat saya ini Ahli Parlimen yang muda, saya tidak berprinsip, saya tidak ada hala tuju dalam politik, mungkin mereka boleh dengan izin influence saya untuk lompat ke kerajaan tetapi mereka gagal. Saya lebih bermaruah, berprinsip daripada 39 orang Ahli Parlimen yang melompat menjadi katak semasa itu.
[Tepuk] Saya juga kena berterima kasih kepada kerajaan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri khususnya yang mengadakan MoU yang memastikan tiada lagi Ahli Parlimen melompat ke sini ke sana dengan peruntukan yang adil dan layanan yang adil seperti Ahli Parlimen kerajaan juga.
Saya ingin memberitahu di sini bahawa ini bukan satu contoh yang baik sebab saya ini Ahli Parlimen paling muda dalam sejarah. Apabila senior-senior politician ini memujuk saya dengan gula-gula politik, ada yang ugut – gula-gula politik ini lagi dahsyat.
Ada yang orang politik beritahu saya, you hendak GLC mana you pilih, saya boleh bagi.
Ini semua perkataan daripada ahli-ahli politik yang pujuk saya untuk melompat. Ada yang offer projek, ada yang offer jawatan Menteri tetapi saya tidak pernah sekali fikir fasal jawatan ataupun duit sebab saya percaya dan loyal to my voters. Saya harap dengan Akta Perlembagaan (Pindaan) Antilompat Parti, perkara ini dengan izin permanently won’t has any frauds at all.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Jadi saya dengan ini menyokong penuh akta ini supaya diluluskan dengan two- third majority. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Ahli-ahli Yang Berhormat, seramai 59 orang Ahli Yang Berhormat telah berbahas. Maka dengan ini, saya ingin meminta dan menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab, 30 minit.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Alhamdulillah, 59 orang telah membahas rang undang-undang untuk kita meminda Perlembagaan Persekutuan Perkara 10. Sebenarnya sebelum saya membaca teks ucapan ini, saya hendak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang telah membahaskan rang undang-undang ini dan memberi cadangan dan pandangan mereka sendiri.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, tidak mungkin boleh dalam masa setengah jam ataupun satu jam saya hendak jawab semua persoalan dan memberi ulasan kepada semua cadangan yang telah diberi oleh Ahli-ahli Parlimen yang sebanyak itu. Jadi sebaliknya pula, adalah tidak wajar juga saya membuat keputusan sendiri di Dewan pada ketika ini kerana kita telah bersetuju bahawa selepas ini nanti kita mengusulkan penubuhan jawatankuasa untuk meneliti.
Jadi dengan penelitian sedemikian itu, makanya adalah amat baik sekali supaya teks ucapan ini nanti akan disediakan dan diserahkan kepada jawatankuasa itu nanti apabila diluluskan dan merekalah yang akan meneliti dan mengkaji untuk melihat jenis rang undang-undang yang kita bakal buat selepas ini. Akan tetapi, sebagai penjelasan yang pertama supaya ia lebih jelas lagi, apabila draf blue bill ataupun rang undang-undang yang warna biru itu diberi kepada Ahli-ahli Parlimen, maka terdapat komen daripada semua pihak sama ada daripada pihak pembangkang dan pihak kerajaan sendiri mengatakan bahawa rang undang-undang itu perlu ditilik semula. Ia ditilik semula oleh kerana ruang lingkup dan ruang parameternya terlalu luas.
Jadi dalam keadaan sedemikian, maka kita bekerja secara macam emergency- lah Tuan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jemput Pakatan Harapan dan pemimpin dan juga wakil daripada pihak kerajaan bersama beliau pukul 9.00 pagi tadi. Jadi, di situlah tercetusnya satu idea untuk menubuhkan Select Committee untuk membuat kajian bahkan Tuan Yang di-Pertua sendiri, SUDR, semua orang terperanjat taken of guard sebab untuk memperbaiki rang undang-undang yang wujud pada ketika itu, tidak diluluskan sebegitu sahaja dan bimbang kerajaan akan menyalahgunakan rang undang-undang yang dirangka awal tadi.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin untuk sedikit permasalahan yang saya ingin bangkitkan dan untuk makluman Yang Berhormat Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus Parlimen ini dan undang-undang.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap agar pengurusan perjalanan Dewan Rakyat ini diurus dengan baik. It is not a market. Kalau sekiranya perjalanannya daripada awal kita hendak bentangkan rang undang-undang, selepas itu hari ini kita datang, lepas itu tidak ada pula. Kita tahu kita setuju bahawa perkara ini ada Select Committee. Cuma saya minta pengurusan...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
No for god sake, don’t make a mockery of you all as a Member of Parliament. Pengurusan pentadbiran Parlimen ini kena – ini antara pillar yang cukup penting di negara kita. Kalau pengurusan pentadbirannya on and off less than one day. Hari ini tidak boleh, sidang Dewan Negara batal, sepatut ada undi, tidak jadi undi.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
This is Perlembagaan yang cukup penting kepada negara kita, kepada rakyat.
Terkadang itu kita tidak faham dan kita tidak andaikan bahawa no, we are always right. Rakyat di bawah is laughing at us. Parlimen – sedangkan Parlimen pun kita tidak boleh urus dengan begitu baik, takkan notis tidak beri dengan awal. Kita dah sedar, berpuluh tahun dah rang undang-undang ini sepatutnya dibawa ke Parlimen.
Jadi, saya berharap daripada segi pengurusan pentadbiran Parlimen khususnya, pindaan Perlembagaan akta-akta yang ada khususnya yang penting apabila notis dah diberi, kita diberi masa lapan minit berucap. Selepas itu diminta untuk membahaskan perkara-perkara yang penting. Banyak yang kita hendak bincangkan tentang Perlembagaan. This is not just Federal law. That is why dalam ucapan saya dengan izin, undang-undang ini must confined in two Constitution, it’s not Federal law.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Jadi, saya berharap Yang Berhormat Menteri selaku Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus Parlimen dan juga Tuan Yang di-Pertua mengambil perhatian walaupun suara yang begitu, mungkin dari kampung. But please urus dengan baik Parlimen ini, bagi notis awal, agendanya. Ini tak, how many standing order kita sudah suspend, first reading, second reading, third reading, suspend standing order yang ada.
Jadi saya berharap, saya minta kepada Yang Berhormat Menteri Undang-undang dan juga Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus Parlimen ini urus dengan baik untuk membolehkan supaya kita boleh menjalankan pentadbiran negara ini secara peraturan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ambil perhatian tetapi saya ingin juga tegaskan di sini bahawa kita kena lihat. Semenjak saya mengambil alih jawatan sebagai Menteri yang menjaga urusan kerajaan dalam Parlimen, istilah itu saya gunakan bahawa saya tidak mentadbir Parlimen.
Saya hanya menguruskan urusan kerajaan yang dilaksanakan di Parlimen.
Jadi, setakat ini alhamdulillah kita memanggil satu persidangan oleh Yang Amat Berhormat di bawah Peraturan Mesyuarat 11(3) adalah mengikut notis-notis tertentu dan teratur dan dipersetujui oleh Tuan Yang di-Pertua dan Tuan Yang di-Pertua memanggil semua Ahli Parlimen. Akan tetapi memang ada sedikit kalau kita lihat jarang berlaku tetapi tidak ada melakukan kesalahan sebenarnya kepada mana-mana peraturan apabila Yang Amat Berhormat mengatakan – saya sambung saya cerita tadi, mengatakan perkara ini baru diserahkan ke Select Committee kerana bantahan terlalu luas pindaan itu untuk diberi kepada pihak kerajaan.
Lagipun teks untuk lompat parti belum diwujudkan, diberi kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat, maka amat sesuai sekali dan atas persetujuan itu maka saya mengutuskan surat kepada Tuan Yang di-Pertua supaya mengatakan kita akan buat satu usul. Ini semua peringkat yang perlu dibuat dan kita telah buat. Alhamdulillah, usul juga telah disediakan, selepas ini kita bentang.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, biarlah saya terus kepada perbincangan ini. Terlebih dahulu sekali lagi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022. Segala Cadangan dan pandangan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat itu amat dihargai dan akan diberi perhatian sewajarnya, sebagaimana saya sebutkan tadi oleh pihak Select Committee itu sendiri nanti, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Negeri Sembilan, Yang Berhormat Sungai Buloh, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Parit Buntar telah membangkitkan mengenai isu Perkara 10, Fasal (3A) yang dikatakan tidak mengkhusus kepada cadangan gubalan akta larangan Ahli Dewan Rakyat
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
bertukar parti. Ini yang dikatakan tadi a little bit too wide, dengan izin. Kita hendak narrow down. Jadi, semua pihak mengatakan sedemikian.
Ahli Yang Berhormat Pengerang juga turut menimbulkan persoalan yang sama, mengatakan bahawa cadangan pindaan Perkara 10, Fasal (3A) adalah terlalu luas dan tidak jelas, lack clarity, boleh menimbulkan kekeliruan. Terdapat cadangan kepada Ahli- ahli Yang Berhormat untuk memasukkan tafsiran larangan tukar parti dalam Perlembagaan Persekutuan supaya pindaan yang akan dilaksanakan tidak memberikan kuasa yang besar kepada mana-mana pihak untuk menggubal rang undang-undang lain yang akan mengehadkan kebebasan Ahli Parlimen.
Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Parit Buntar dan Yang Berhormat Rasah turut mengemukakan persoalan mengenai keperluan Perkara 48(6) itu tempoh masa bertenang selama lima tahun kepada Ahli Parlimen dimansuhkan dan mandat dikembalikan kepada rakyat.
Ingin saya nyatakan di sini bahawa keputusan dasar asal adalah untuk mengecualikan pemakaian 48(6). Walau demikian, kita ada Select Committee, kita juga serah dengan Select Committee untuk pertimbangan kepada Ahli Dewan Rakyat yang kehilangan kerusi akibat bertukar parti. Bermakna tempoh bertenang lima tahun tidak terpakai kepada Ahli-ahli yang bertukar parti. Mereka boleh bertanding semula untuk pilihan raya seterusnya.
Dengan kata ringkas, sama ada orang itu berpindah daripada satu parti ke satu parti yang lain ataupun dia meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen untuk apa alasan sekalipun, dia dibolehkan lagi bertanding dalam kawasan yang sama dan mewakili mana- mana pihak selepas itu. Ini dalam pertimbangan juga kepada pihak jawatankuasa yang bakal dipilih itu nanti.
Ahli Yang Berhormat Pagoh telah membangkitkan persoalan mengenai keperluan untuk mengkaji semula ouster clause dalam seksyen 18C, Akta Pertubuhan 1966 yang menjelaskan bahawa apa keputusan daripada parti politik adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah atas apa jua alasan. Dalam hal ini, Jawatankuasa Pilihan Khas juga akan meneliti perkara ini. Sebenarnya saya telah mengetahui hal ini daripada dahulu lagi dan kita lihat sebabnya itulah kenapa pindaan Perlembagaan untuk mengehadkan orang yang dikeluarkan daripada parti oleh partinya sendiri itu sebenarnya dengan izin, bahasa Inggerisnya ...compare dengan 18C ini dalam Societies Act. Saya juga ingin menarik perhatian persoalan Ahli Yang Berhormat Pengerang dan Yang Berhormat Sibuti mengenai cadangan remedi recall election atas alasan supaya mandat diserah semula kepada rakyat untuk menentukan Ahli Dewan Rakyat. Ingin saya nyatakan bahawa perkara ini memerlukan kajian yang mendalam supaya isu yang lain berbangkit, boleh diteliti terutamanya dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya. Cadangan ini juga diambil kira dan diteliti oleh Jawatankuasa Pilihan Khas.
Tuan Yang di-Pertua, ingin saya beri penjelasan sedikit tambahan. Sebenarnya apabila Britain, United Kingdom menggubal undang-undang Right to Recall, the recall Law pada tahun 2015, tidak ada pengkhususan berhubung dengan pemecatan berlandaskan undang-undang tetapi adalah hanya berlandaskan recall sahaja. Akan tetapi pada minggu lepas, bacaan kali pertama dia akan masuk. Maknanya ada dua ciri. Satu voter centric iaitu recall law dan kedua ialah legal centric iaitu berhubung dengan pemecatan berlandaskan syarat-syarat yang tertentu sebagaimana yang kita cadangkan di sini.
Jadi, maknanya kita boleh fikir juga berhubung dengan undang-undang recall ini pada suatu ketika nanti, mungkin biarlah jawatankuasa itu memikirkannya.
Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kinabatangan telah mencadangkan supaya larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti hanya dilaksanakan melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan sahaja tanpa perlu digubal satu akta khusus. Saya mengambil maklum dan akan membawa perkara ini kepada jawatankuasa khas memandangkan Jabatan Peguam Negara telah pun menyediakan draf awal Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) yang komprehensif sebelum ini berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Justifikasi pada ketika itu adalah untuk memastikan suatu peruntukan yang kukuh, yang tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak. Sebenarnya itu adalah cadangan asal.
Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Julau dan Yang Berhormat Langkawi menyatakan bahawa Ahli Dewan Negara perlu diambil kira dalam peruntukan larangan pertukaran parti ini kerana terdapat Ahli Dewan Negara yang dilantik atas penglibatan mereka dalam parti politik. Saya perlu nyatakan bahawa dasar kerajaan sebelum ini tidak mengambil kira pendekatan ini untuk Ahli Dewan Negara.
Ini adalah kerana wakil Dewan Negara dilantik Yang di-Pertuan Agong dan ramai juga yang dilantik atas kecemerlangan dalam profesion masing-masing tanpa sebarang kaitan dengan parti politik.
Walau bagaimanapun, terdapat juga Ahli Dewan Negara yang dilantik negeri dan rata-ratanya mempunyai kaitan dengan parti politik masing-masing. Oleh itu, Jawatankuasa Pilihan Khas boleh meneliti keperluan pemakaian akta ini kepada sesetengah Ahli Dewan Negara yang ada kaitan dengan parti politik.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli Yang Berhormat Julau dan Yang Berhormat Kuala Nerus turut menimbulkan beberapa persoalan mengenai penggunaan lambang, logo oleh Ahli Dewan Rakyat ketika pilihan raya tidak bermakna ahli tersebut melompat parti.
Jika seseorang hanya mengguna logo sebuah parti politik untuk pilihan raya seperti mana dipersetujui parti politik dan gabungan tersebut melalui peruntukan sub peraturan 11(2) Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 [P.U. (A) 386/81
(81)] yang tidak memperuntukkan secara nyata seorang calon perlu menjadi ahli kepada parti politik tersebut sebelum diperuntukkan SPR satu sivil parti politik dan ini bukan bermakna seorang melompat parti. Jadi, banyak contoh yang kita sudah kaji dan kita sudah lihat perkara ini dan belum lagi dipertimbangkan sebagai lompat parti. Jadi maknanya, tidak termasuk.
Ahli Yang Berhormat Julau juga telah membangkitkan isu mengenai penggabungan parti politik dan pembatalan pendaftaran parti politik.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada asalnya, kedua-dua perkara ini telah dikecualikan daripada dianggap sebagai ahli keluar parti dan merupakan antara pengecualian ataupun exception kepada tindakan larangan seorang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti. Walau bagaimanapun, perkara ini akan diteliti juga oleh ahli Jawatankuasa Khas ini nanti apabila ditubuhkan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas telah mencadangkan bahawa Ahli Dewan yang mengundi bertentangan dengan kehendak parti politik di Parlimen yang dikategorikan sebagai lompat parti. Ingin saya nyatakan bahawa kebebasan diberi kepada Ahli Parlimen di mana mereka masih boleh menyokong apa-apa usul yang dikemukakan dalam Parlimen.
Walau bagaimanapun, cadangan ini akan dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas kerana mereka boleh melihat contoh-contoh di India, di England yang mana kalau whip memberi arahan dan dia masih mengundi bertentangan dengan kehendak whip, dia juga boleh dikatakan telah lari daripada itu dan boleh di-expelled dan boleh dikatakan melompat parti.
Yang Berhormat Sepanggar dan Yang Berhormat Ipoh Timur menimbulkan persoalan mengenai keperluan untuk hanya Perkara 48(1) Perlembagaan Persekutuan berkaitan hilang kelayakan Ahli Dewan dipinda sebagaimana yang telah juga dibangkit oleh Yang Berhormat dari Pasir Gudang baru sekejap tadi. Ahli Dewan dipinda dengan memasukkan sub fasal baharu berkaitan dengan larangan ahli bertukar parti.
Dalam hal ini, pertimbangan sewajarnya oleh Jawatankuasa Pilihan akan dibuat untuk meneliti cadangan ini. Ini kerana cadangan ini telah dibuat dalam cadangan yang asal, Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Bendera dan Yang Berhormat Permatang Pauh telah menimbulkan persoalan bahawa kerajaan negeri harus diberikan kebebasan untuk meminda perlembagaan negeri masing-masing supaya peruntukan larangan pindaan parti ini boleh juga dilaksanakan di negeri-negeri.
Bagi menjawab soalan ini, cadangan daripada Yang Berhormat, ingin saya nyatakan bahawa Jabatan Peguam Negara sedang mengkaji pemakaian peruntukan larangan bertukar parti ini di peringkat kerajaan negeri. Kebebasan diberi kepada negeri untuk menggubal rang undang-undang selaras dengan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Walau bagaimanapun, keputusan dasar tertakluk kepada persetujuan kerajaan negeri dan perintah. Saya ambil maklum dalam perkara ini dan akan mencadangkan Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan nanti mempertimbangkannya. Terdapat keperluan jawatankuasa ini akan mengadakan sesi libat urus dengan kerajaan negeri.
Walau bagaimanapun, kalau dilihat daripada Perlembagaan Perkara 10, hanya undang-undang Persekutuan yang boleh mengecualikan ataupun merealisasikan kehendak-kehendak negeri untuk membuat satu pengecualian kepada peruntukan di bawah Perkara 10 itu sendiri dan bukan dibuat menerusi undang-undang kerajaan negeri.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit Buntar menimbulkan persoalan berkenaan draf Rang Undang-undang Perlembagaan yang telah disediakan oleh Jabatan Peguam Negara 4 Mac 2022 dan pada 11 Mac 2022, saya telah membentang draf Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) dalam mesyuarat Kabinet yang boleh saya katakan adalah terdapat beberapa ahli Kabinet yang menganggap bahawa cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang dikemukakan masih memerlukan penelitian lanjut daripada aspek dasar. Misalnya, tafsiran yang jelas mengenai tindakan tukar parti.
Oleh yang demikian, kerajaan pada 6 April memutuskan mengenai keperluan untuk suatu akta yang khusus diwujudkan bagi maksud tersebut. Maka itulah kenapa pindaan kepada Perkara 10 sahaja dibawa di sini dan akta itu akan— berlandaskan arahan daripada Kabinet pada 6 April tersebut.
Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Petaling Jaya dan Yang Berhormat Permatang Pauh, suka saya nyatakan bahawa keahlian Jawatankuasa Pilihan Khas akan merangkumi wakil-wakil daripada pelbagai parti politik daripada pihak kerajaan dan pembangkang. Usul berkaitan ahli Jawatankuasa Pilihan Khas akan saya perincikan sebentar lagi.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membuat persetujuan kepada Ahli Yang Berhormat Hang Tuah Jaya yang menyatakan bahawa vote of conscience adalah penting dalam suatu sistem demokrasi berparlimen. Perkara ini adalah suatu yang sentiasa saya tekankan dalam semua sesi libat urus saya dengan semua pihak berkepentingan. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, menurut Edmond Burke— saya ini peminat penulisan Edmond Burke dan saya mendengar perbahasan selama tiga hari di House of Common in 1979 hingga 1981 berhubung dengan the vote of conscience yang dipelopori oleh Edmond Burke. Akan tetapi, pada masa ini, banyak perlembagaan, perundangan di seluruh negara Komanwel telah tidak sebati lagi dengan pandangan Edmond Burke pada tahun 1750-an dahulu. Jadi, maknanya kita kena berpandu dengan perlembagaan kita sendiri.
Jadi, atas alasan sedemikian, maka lagi saya akan bawa perkara ini juga kepada pihak Jawatankuasa sama ada soalan the vote of conscience ini perlu dibuat. Akan tetapi, whip mesti memainkan peranan yang proaktif untuk melaksanakannya. Dengan izin, menurut Edmond Burke, “All governments, indeed, every human benefit and enjoyment, every virtue, and every prudent act, is founded on compromise and barter.” Saya ingin menekankan bahawa dalam proses libat urus yang akan diadakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas ini, semangat tolak ansur perlulah diterapkan supaya kita boleh mencapai satu kata sepakat dalam kandungan rang undang-undang tersebut.
Saya ingin— belum lagi mengakhiri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, mengenai semangat tolak ansur. Sebelum itu, dalam perbahasan saya, saya berterima kasih
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
kepada Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Akan tetapi, saya telah meneliti ucapan oleh Yang Berhormat Pagoh yang menggunakan istilah ‘zalim’ mengenai undang-undang ini. Persoalan saya, adakah ada apa-apa tentangan daripada Yang Berhormat Pagoh dan Ahli-ahli Parlimen daripada Bersatu tentang undang-undang ini? Bagaimanakah kita ingin mengatasi masalah itu? Kalau ada apa- apa tentangan. Bercakap tentang isu tolak ansur. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya— tak apalah. Biarlah apa yang diucap oleh Yang Berhormat Jelutong itu tak dapat saya hendak jawab. Walau bagaimanapun, tiap-tiap parti yang mempunyai keahlian yang besar ada diwakili dalam Select Committee itu nanti. Selepas ini, Yang Berhormat, di atas meja Yang Berhormat itu ada green paper, sudah ada senarai ahli-ahli Select Committee yang akan meneliti apa sahaja perbincangan yang kita sebut di sini.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sudah ada senarai ahli-ahli Select Committee yang akan meneliti apa sahaja perbincangan yang kita sebut di sini. Walau bagaimanapun sebagaimana yang saya telah sebutkan tadi bahawa saya tidak akan bercakap panjang sangat sebab saya tidak hendak mengongkong Select Committee itu sendiri dengan ucapan-ucapan saya sebagai ucapan dasar daripada kerajaan.
Jadi, saya ingin juga menyebut bahawa satu ucapan yang amat bermakna daripada Winston Churchill. “Success is not final, failure is not fatal; it is the correct to continue the counts.” Sebelum saya mengakhiri, saya lagi menyentuh Ahli Yang Berhormat Teluk Intan, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Lumut telah bertanya mengenai status penggubalan rang undang-undang berkaitan tempoh jawatan Perdana Menteri hingga 10 tahun.
Itu sama ada pindaan tersebut akan dibawa dalam sidang khas yang sama dengan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti selepas Aidilfitri ini nanti.
Saya dimaklumkan perkara ini juga kita akan rujuk kepada Select Committee ini. Jadi, kalau Select Committee ini bersetuju perkara itu tidak ada contentions sangat. Ia tidak ada itu sangat antara kita. Dua-dua pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang tidak ada banyak persoalan pasal perkhidmatan 10 tahun Perdana Menteri.
Jadi, dalam keadaan sedemikian saya cukup yakin ia boleh dirujuk pada jawatankuasa itu nanti untuk dipertimbangkan. Jadi, saya ingin mengakhiri ucapan saya ada...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, sedikit Bayan Baru.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya hendak ingatkan bahawa usul kita telah terima untuk menghabiskan sesi sampai 5.30 maksimum 5.45. So, silakan Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, saya ada tanya Yang Berhormat Menteri tentang kestabilan politik yang bukan sahaja Akta Antiompat Parti sahaja tetapi isu peruntukan kawasan dan juga bipartisanship dalam Dewan Parlimen dan juga MACC yang lebih independent ya. Mohon Yang Berhormat Menteri kalau boleh juga dimasukkan dalam perbincangan Select Committee ini supaya kita boleh address isu-isu ketidakstabilan politik yang lebih substantive, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Bayan Baru.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya ucapkan terima kasih. Saya memang dengar semua ucapan Yang Berhormat tadi dari mula sampai habisnya dan saya secara peribadi saya setuju Yang Berhormat dengan apa yang dicadangkan.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Jadi, insya-Allah saya akan peringatkan pihak jawatankuasa supaya perkara itu juga dibangkitkan dan disebut supaya tiap-tiap Ahli Parlimen mendapat kemudahan yang sama, diberi oleh pihak kerajaan dalam apa-apa sudut untuk membantu mereka membuat aktiviti di kawasan masing-masing dan begitulah seterusnya.
Maka dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon berhenti di sini sahaja dan ucapkan terima kasih kepada semua sekali lagi kepada semua Ahli Parlimen yang telah keseluruhannya menyokong walaupun Yang Berhormat dari Semporna very tough talking tadi tetapi menyokong, insya-Allah. Terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya akan membacakan seperti biasa mengenai masalah tetapi tidak perlu diputuskan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Silakan Usul.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan; “Bahawa berdasarkan kepada Peraturan 54(2) dan Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas di bawah Peraturan 81(1) satu usul bagi menyerahkan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 kepada Jawatankuasa Pilihan yang dinamakan Jawatankuasa Pilihan Khas untuk membuat syor mengenai:
(i) meneliti dan memberi pengkhususan ke atas tafsiran daripada larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti dengan merujuk kepada Fasal 2(c) dan Fasal 3 sekatan ke atas hak membentuk persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal 1;
(ii) cadangan untuk memansuhkan Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan termasuk mana-mana pindaan lain kepada Perlembagaan Persekutuan yang dianggap perlu; dan
(iii) menyediakan satu penyata yang mengandungi cadangan rang undang-undang berkaitan dengan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti serta pindaan Perlembagaan berkaitan dalam tempoh satu bulan.
Jawatankuasa Pilihan Khas boleh melanjutkan tempoh ini sekiranya perlu.
Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut hendaklah terdiri daripada anggota seperti berikut:
(i) Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Parlimen dan Undang-undang) sebagai Pengerusi;
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
(ii) Yang Berhormat Dato’ Sri Azalina Othman Said dari Pengerang;
(iii) Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz dari Padang Rengas;
(iv) Yang Berhormat Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin dari Larut;
(v) Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan dari Kota Bharu;
(vi) Yang Berhormat Tuan Lukanisman bin Awang Sauni dari Sibuti;
(vii) Yang Berhormat Tuan Tuan Gobind Singh Deo dari Puchong;
(viii) Yang Berhormat Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin dari Sepang;
(ix) Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dari Tuaran;
(x) Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail dari Kulim-Bandar Baharu; dan
(xi) Yang Berhormat Datuk Ignatius Dorell Leiking dari Penampang.
Bagi tujuan tersebut yang di atas, Jawatankuasa Pilihan Khas boleh menjemput mana-mana pihak seperti Ahli-ahli Parlimen, pakar-pakar perundangan dan perlembagaan, badan-badan bukan berkepentingan iaitu NGO dan masyarakat madani, civil society serta individu-individu lain untuk hadir dalam persidangan Jawatankuasa Pilihan Khas dari semasa ke semasa.
Jawatankuasa ini berhak untuk menentukan penjadualan persidangan mereka sendiri sama ada diadakan di Parlimen ataupun di mana-mana tempat lain mengikut kesesuaian.
Ketua Pentadbir Parlimen perlu menyediakan perbelanjaan kewangan serta segala keperluan mesyuarat seperti penyediaan tempat, peralatan, makan minum dan sebagainya.” Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Mengikut Peraturan Mesyuarat 54(2) Usul ini hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibahas. Masalahnya ialah bahawa Usul seperti yang dikemukakan sebentar tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat hari ini ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang tidak ditetapkan. Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat semua.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.38 petang]