Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen Keempat Belas dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas yang lalu seperti berikut:
Akta Paten (Pindaan) 2022; 2. Akta Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2022; 3. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022; dan 4. Akta Petunjuk Geografi 2022.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ada pemakluman yang ingin saya maklumkan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Tan Sri Yang di-Pertua telah menerima satu cadangan daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk mewajibkan pemeriksaan kesihatan (medical check-up) bagi semua Ahli Parlimen. Dalam memastikan kesejahteraan kesihatan kita semua, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Negara menyokong akan inisiatif ini.
Sehubungan itu, mekanisme pemeriksaan kesihatan ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dan akan dimaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon Rang Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022, Rang Undang- undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021, Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2021, Rang Undang-undang Antigangguan Seksual 2021, Rang Undang- undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021, Rang Undang-undang Racun (Pindaan) 2022, Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022, Rang Undang-undang Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 seperti yang tertera di nombor 5 hingga 13 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul pada hari ini ditangguhkan bacaan kali kedua dan ketiga dan dibawa ke Mesyuarat akan datang.”
Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Saya menyokong, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baiklah.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan sedikit. Ini D.R 12/2020 – Independent Police Conduct Commission telah ditundakan banyak kali. Macam tidak ada hasrat oleh kerajaan untuk membawa pembaharuan dengan polis. Orang ramai tidak fahamlah kenapa kerap kali Parlimen bersidang, akta ini ditunda. Apa dia punya asas? Saya hendak tahu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tadi telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri akan dibawa ke mesyuarat yang akan datang.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih, tetapi itu yang dikatakan sebelum itu juga, dan sebelum itu juga, dan sebelum itu juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya. Terima kasih.
1. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan apakah langkah segera kementerian dalam menangani konflik antara manusia dengan hidupan liar khususnya harimau kerana kebelakangan ini ‘pak belang’ semakin kerap muncul berkeliaran di Dungun.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Dungun yang mengemukakan soalan berkaitan dengan harimau yang merupakan topik yang agak popular di Dewan ini dan juga di Dewan Negara.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sentiasa mengambil serius soal konflik antara manusia dan hidupan liar khususnya harimau.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Dalam soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Dungun tadi, memang baru-baru ini dilaporkan dan disahkan ada kemunculan harimau di kawasan kampung khususnya di Kampung Santong, Paka di Dungun yang mana Jabatan PERHILITAN telah pun mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya untuk menyiasat dan seterusnya mengatasi masalah yang berlaku ini.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Antara langkah yang diambil adalah pertama, PERHILITAN telah menempatkan lima orang kakitangan daripada daerah Dungun dan dibantu oleh 13 orang renjer hidupan liar di bawah program yang dipanggil BP3 ataupun Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (Biodiversity Protection and Patrolling Programme) yang membuat rondaan pemantauan dan siasatan di lokasi aduan.
Kedua, tindakan telah diambil untuk memasang sebanyak dua unit perangkap kamera di sekitar kawasan Bukit Bauk yang juga merupakan salah satu kawasan tumpuan rekreasi orang awam bagi memantau kehadiran Harimau Malaya di kawasan konflik serta menambah sebanyak 20 unit lagi perangkap kamera di kawasan sekitar sebagai langkah pemantauan jangka panjang.
Ketiga, PERHILITAN juga telah memasang dua unit perangkap harimau di dalam kawasan ladang Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Hulu Paka, Terengganu.
Seterusnya, langkah diambil untuk mendapatkan kerjasama dengan pihak pengurusan dan pekerja ladang untuk melaporkan kepada PERHILITAN sekiranya mereka ternampak kelibat harimau di kawasan tersebut.
Akhirnya PERHILITAN juga telah mengambil inisiatif memberikan khidmat nasihat kepada penduduk kampung dan pekerja ladang yang terlibat di kawasan itu supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak bertindak sendiri dalam menangani konflik harimau di kawasan ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Apakah yang rakyat perlu lakukan apabila berlakunya situasi harimau masuk ke kampung dan juga kawasan penempatan awam kerana kita perlu melindungi nyawa manusia dan pada masa yang sama memelihara hidupan liar yang kian pupus itu. Terima kasih. Mohon jawapan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Dungun yang mengemukakan soalan yang cukup baik. Ini menunjukkan keprihatinan Yang Berhormat terhadap masalah ini yang berlaku di kalangan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, KeTSA melalui PERHILITAN sekali lagi amat prihatin terhadap isu konflik manusia dengan hidupan liar ini terutamanya Harimau Malaya serta keperluan co-existence dengan izin, antara manusia dan Harimau Malaya ini.
Tindakan ini penting untuk menyelamatkan Harimau Malaya serta pada masa yang sama mengelakkan berlakunya konflik antara manusia dengan Harimau Malaya yang lebih serius di masa akan datang.
Jabatan PERHILITAN sering kali menasihati penduduk kawasan perkampungan di kawasan merayau Harimau Malaya terutamanya yang telah dikenal pasti agar mengambil beberapa langkah seperti pengurusan kebun yang baik untuk mereka yang berkebun, pemasangan pagar di kawasan kebun dan pemasangan lampu di sekeliling rumah pada waktu malam. Ini semua untuk mengelakkan harimau menghampiri kawasan kebun atau kawasan rumah ini.
Apabila berlaku situasi Harimau Malaya masuk ke kampung atau kawasan penempatan awam, beberapa langkah diharap dapat diambil oleh orang awam antaranya segera menghubungi Jabatan PERHILITAN di talian hotline yang sedia ada 1-800-88- 5151 ataupun menghubungi segera pihak Polis Diraja Malaysia. Kedua mereka harus melindungi diri masing-masing dengan duduk di dalam rumah dan di mana-mana tempat yang selamat sementara menunggu kehadiran pihak berkuasa. Seterusnya tidak – ini penting. Tidak membuat sebarang provokasi dan juga tindakan-tindakan sendiri yang sering kali dibuat juga oleh sesetengah orang seperti cuba mendekati harimau, cuba untuk menghalau harimau, membaling objek dan sebagainya apatah lagi kalau ada tindakan
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
menembak atau membunuh harimau tersebut. Ini bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini seperti diserang ataupun diterkam oleh harimau ini.
Keprihatinan dan kesedaran orang awam terhadap spesis hidupan liar yang dilindungi seperti Harimau Malaya adalah sangat penting bagi memastikan kelangsungan hidupnya. KeTSA berharap isu konflik manusia dan Harimau Malaya akan dapat ditangani dengan baik tanpa menjejaskan keselamatan harimau dan pada masa yang sama kita mengekalkan spesies ikon negara iaitu Harimau Malaya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Kesavanan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Tuan Yang di-Pertua mohon soalan tambahan ketiga.
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Soalan tambahan saya ialah National Tiger Survey 2018 menyatakan jumlah Harimau Malaya di Malaysia adalah sebanyak 200 ekor. Ini menjadikan ia spesies terancam. Apakah langkah-langkah spesifik yang diambil oleh kementerian dan PERHILITAN supaya ia tidak dibunuh oleh manusia supaya ia seterusnya menjadi ikon dan tidak menjadi endangered species. Apakah langkah-langkah spesifik daripada kementerian? Terima kasih.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Balik Pulau. Soalan yang cukup baik dalam hal ini. Sebagaimana yang dimaklumkan secara umum bahawa memang kerajaan amat prihatin ke arah untuk mengekalkan kewujudan Harimau Malaya yang menjadi ikon negara ini. Antaranya kita telah menubuhkan satu organisasi yang dinamakan Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya, National Tiger Conservation Task Force ataupun (MyTTF) yang mana Pengerusinya adalah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri yang telah pun mengadakan beberapa kali mesyuarat.
Antara langkah yang diambil adalah untuk antaranya mempergiatkan pengawasan di lapangan ataupun boots on the ground yang melibatkan PERHILITAN, PDRM, ATM, Agensi Penguat kuasa, Veteran ATM, Veteran PDRM dan Komuniti Orang Asli. Ini adalah untuk menjaga kewujudan Harimau Malaya ini di habitatnya terutamanya.
Kedua mengekal dan mengukuhkan habitat Harimau Malaya melalui pengurusan guna tanah yang mampan dan menghentikan sebarang kegiatan pencerobohan serta aktiviti pemburuan haram. Ketiga juga langkah diambil untuk meningkatkan kawasan berhutan yang mana sedia ada di Semenanjung Malaysia sekarang ini sekitar 43.4 peratus, Rancangan Fizikal Negara keempat menetapkan pada menjelang tahun 2040, negara kita perlu ada kawasan berhutan sebanyak 50 peratus.
Di samping itu langkah yang seterusnya adalah untuk memperkasakan instrumen kewangan inovatif sebagai tambahan kepada insentif kepada negeri-negeri yang menjaga hutan mereka dan pada masa yang sama melaksanakan skim akreditasi habitat Harimau Malaya ini iaitu insentif yang dinamakan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) yang diperuntukkan di dalam belanjawan setiap tahun akan diagihkan kepada negeri-negeri melalui kajian sejauh mana mereka menjaga hutan-hutan. Ini semua Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adalah untuk melakukan tindakan ke arah mengekalkan kewujudan Harimau Malaya di dalam negara kita ini yang kini dikatakan jumlahnya tidak lebih daripada 150 ekor sahaja buat masa ini. Terima kasih.
2. Tuan Jugah a/k Muyang @ md sale [Lubok Antu] minta Perdana Menteri menyatakan apakah perancangan Kerajaan Persekutuan dalam mempercepatkan pelaksanaan Borneanisasi selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 dan 20 Perkara
(Sabah) dan 18 Perkara (Sarawak). Mohon juga nyatakan sehingga kini berapa ramai pegawai Sabahan dan Sarawakian yang memegang jawatan Ketua Jabatan, Jabatan Persekutuan di negeri Sabah dan Sarawak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) - Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu. Sebagai latar belakang, perkara Borneanisasi merujuk kepada antara safeguard atau perlindungan-perlindungan yang telah ditetapkan oleh pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak yang termasuk di dalam Perkara 20 untuk Sabah dan Perkara 18 untuk Sarawak sebagai antara syarat-syarat bagi negeri Sabah dan negeri Sarawak menyertai penubuhan Persekutuan Malaysia.
Allahyarham Tunku Abdul Rahman semasa berucap di persidangan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu 16 September 1961 pada masa beliau mengajak, mempelawa Sabah dan Sarawak menyertai Projek Malaysia, dengan izin saya petik ucapan beliau, “Moreover, in our future Constitution arrangement, the Borneo people can have a big say in matters which they feel strongly iaitu matters such as immigration, customs, Borneonization and control of this state franchise”. Seterusnya, di dalam Memorandum on Malaysia Solidarity Consultative Committee (MSCC) yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962 dan saya petik dengan izin, “In the case of public services, the committee will come assurance given by the Prime Minister of the Federation of Malaya on 6 January in Kuala Lumpur meeting of the committee when he said, I can give government assurance that they will be a progressive Borneonization of the public services in the Borneo territories and in addition, the people of the Borneo territories would have new opportunities to serve high appointment in the Federal service”. Tuan Yang di-Pertua, setelah Majlis Khas MA63 ditubuhkan, cadangan berhubung pelaksanaan Borneonisasi pertama sekali telah dibentangkan dalam jawatankuasa kerja di bawah Majlis iaitu Jawatankuasa Sosioekonomi pada 18 Februari 2022. Daripada segi perancangan, antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai keutamaan pengambilan dan peningkatan penyerapan anak-anak muda Sabah dan Sarawak dalam perkhidmatan awam Persekutuan.
Pelaksanaan dasar berhubung pengisian Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Sabah dan Sarawak diberikan keutamaan supaya diisi oleh anak-anak Sabah dan bumiputera Sarawak, masing-masing untuk makluman sehingga ini, maklumat pengisian Ketua Jabatan Sabah – Sikit sahaja lagi. Persekutuan di Sabah dan Sarawak adalah seperti berikut – Bagi negeri Sabah, terdapat 109 perjawatan Ketua Jabatan di jabatan-jabatan Persekutuan di Sabah. Ini tidak termasuk maklumat daripada segi badan-badan berkanun.
Semua perjawatan Ketua Jabatan di jabatan-jabatan Persekutuan negeri Sabah telah diisi 100 peratus.
Daripada 109 perjawatan Ketua Jabatan di jabatan-jabatan Persekutuan di Sabah, 49.5 peratus diisi oleh rakyat tempatan. Pecahan adalah seperti berikut iaitu seramai 54 pegawai dari Sabah, 53 pegawai dari Semenanjung. Ertinya, 49.5 peratus adalah dari Sabah, 48.6 peratus adalah dari Semenanjung.
Bagi Sarawak, secara keseluruhan, terdapat 117 perjawatan Ketua Jabatan Persekutuan di negeri Sarawak dan sebanyak 109 telah diisi. Daripada 109 perjawatan Ketua Jabatan di jabatan-jabatan Persekutuan di negeri Sarawak, yang telah diisi adalah 64 pegawai terdiri dari rakyat anak Sarawak – Maklumat seterusnya 68 pegawai dari Sarawak, 39 pegawai dari Semenanjung, ertinya 64 dari Sarawak dan 35, 36 adalah dari Semenanjung.
Tuan Jugah a/k Muyang @ md sale - Lubok Antu
Ya. Soalan tambahan saya Menteri, berapakah orang Sarawak dan Sabah sudah memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian untuk strategic agency seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pertahanan. Mohon Menteri menyenaraikan statistik berkenaan. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak dapat membekalkan maklumat serta-merta. Saya nanti berbincang dengan pihak JPA untuk mendapat data-data yang terkini dalam ruang PTD khasnya dan dalam ruang di peringkat Ketua Setiausaha ataupun Timbalan Ketua Setiausaha dan seterusnya.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Maklumat-maklumat seperti ini memang hanya boleh diperoleh melalui soalan Parlimen, tetapi saya nanti berunding dengan pihak JPA. Ini bukan di dalam kawasan penjagaan saya. Saya akan bekalkan dengan bertulis. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan kedua, Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan Papar senang sahaja mahu dijawab. Setakat ini, berapa kalilah Jawatankuasa Majlis Khas MA63 mengadakan mesyuarat sejak ia ditubuhkan? Apakah pencapaian dalam tuntutan Sabah dan Sarawak mengenai MA63 yang telah dicapai dan dipersetujui oleh majlis ataupun jawatankuasa MA63 ini? Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Saya telah jawab beberapa kali soalan yang seperti Yang Berhormat Papar sentuh. Soalan hari ini terfokus khas kepada perkara Borneonisasi, satu daripada syarat-syarat yang ditentukan dalam MA63.
Seperti mana saya katakan, kita telah bermesyuarat Majlis tiga kali dan dalam tempoh dua minggu ini dijangka mesyuarat yang pertama nanti bagi tahun ini. Ada empat jawatankuasa di bawah Majlis dan ini telah bermesyuarat – Setiap jawatankuasa bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali. Jadi kalau empat jawatankuasa, ertinya sampai 12 kali sudah bermesyuarat. Nanti maklumat terperinci, selepas mesyuarat Majlis Khas yang keempat kali. Nanti maklumat akan dibekalkan kepada satu, kepada awam dan biasanya saya lapor balik kepada Parlimen melalui jawapan ditanya oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dari Sabah dan Sarawak. Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, bagaimana pula dengan pencapaiannya ataupun persetujuan yang telah di...
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Soalan mengenai...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya tak benarkan soalan tambahan kedua daripada Yang Berhormat Papar. Ada sedikit masa lagi, saya bagi peluang Yang Berhormat Stampin, a quick one.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Bonus. Terima kasih Yang Berhormat.
Memandangkan Yang Berhormat Menteri tak ada jawapan terperinci, tetapi saya ada terima satu jawapan kepada soalan saya iaitu jawapan itu adalah bahawa antara 25,000 orang yang memegang Gred 54 ke atas, hanya 1,700 lebih daripadanya adalah dari negeri asal dari Sarawak dan Sabah. Ini merupakan lebih kurang tiga peratus daripada angkanya.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Jawapan selepas saya bangkitkan isu ini, jawapan yang diberi oleh JPM adalah bahawa tidak ada apa-apa rancangan daripada JPM untuk meningkatkan peratusan orang Sabah dan Sarawak yang memegang jawatan Gred 54 dan ke atas.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan?
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Maka, soalan saya adalah kalau kerajaan atau JPM tidak ada apa-apa rancangan untuk meningkatkan peratusan orang Sabah dan Sarawak yang memegang jawatan Gred 54 dan ke atas, bagaimana kita hendak mencapai matlamat kita di bawah MA63 berkenaan dengan Borneanisasi?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Itu soalan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Thank you. Sila Menteri. Secara ringkasnya jawapan.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang Berhormat, satu soalan yang begitu penting. Itulah yang saya laporkan tadi di bawah Jawatankuasa
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Sosioekonomi, perkara Borneasasi pertama kali disentuh sebagai asas untuk di bincang daripada segi jumlah pegawai dari various kategori dan juga soal-soal elaun yang berbeza dan seterusnya. So, apa yang kita bincangkan adalah di bawah Jawatankuasa Sosioekonomi itu, kita akan deal dengan perkara Borneanisasi sebab biasanya, perkara Borneanisasi ini adalah di bawah tanggungjawab dan perbincangan JPA. It goes under one, it goes under I think soal hak dan soal Malaysia Agreement. There is only say takkan tadi semuanya apa tunggu Ahli Yang Berhormay cakap, maka it can go uncover the peraturan-peraturan dan juga agreement yang diperlukan untuk memberi peluang lebih luas kepada pegawai-pegawai dari Sabah dan Sarawak khasnya di dalam perkhidmatan awam. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Menteri.
Pertanyaan-pertanyaan jawab Menteri seterusnya saya jemput Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
3. Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [Hang Tuah Jaya] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan sejauh manakah inisiatif pengajian sepanjang hayat melalui kaedah APEL (Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Terdahulu) mendapat sambutan di kalangan masyarakat memandangkan ianya telah lama diwujudkan dan setakat mana pengiktirafan diberikan kepada mereka yang mengambil jalur ini untuk mendapat ijazah sarjana dan kedoktoran.
Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Hang Tuah Jaya dan juga terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua.
Sejak penubuhan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada tahun 2007, MQA telah menjalankan pelbagai peranan penting dalam menyelaraskan kualiti dan memperakui setiap ijazah, diploma dan sijil yang telah dikeluarkan oleh semua institusi pendidikan tinggi di negara ini. Selaras dengan agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat
(PSH) serta agenda global berkenaan matlamat pembangunan lestari, Kementerian Pengajian Tinggi melalui MQA telah memperkenalkan satu medium pengiktirafan yang fleksibel untuk pekerja yang telah lama bekerja di alam pekerjaan. Medium pengiktirafan yang fleksibel ini dinamakan sebagai Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).
Dalam hal ini, akses ataupun APEL.A telah pun bermula sejak tahun 2011.
Sepanjang tahun 2021 hingga Mac 2022, MQA telah melaksanakan pelbagai program dan promosi melibatkan PSH melalui APEL. Sebanyak 367 promosi di media cetak, media elektronik dan sesi wawancara. Dengan 14 daripadanya berkaitan APEL telah dilaksanakan. Hasilnya, sambutan yang diterima adalah sangat menggalakkan dan MQA telah menerima sebanyak 5,737 permohonan secara keseluruhannya. Daripada jumlah tersebut, 4,111 permohonan adalah daripada sektor-sektor seperti kerajaan, badan berkanun, swasta multinasional, swasta tempatan, perusahaan sendiri, syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain.
Dalam tempoh yang sama, sebanyak 1,302 calon yang telah lulus penilaian APEL.A dalam pelbagai tahap kemasukan iaitu tahap sijil tahap empat, diploma tahap enam. Bagi ijazah sarjana muda tahap tujuh. Bagi ijazah sarjana. Daripada jumlah ini, seramai 4,047 merupakan calon tahap tujuh ataupun ijazah sarjana.
Antara kejayaan penting yang KPT boleh kongsikan di dalam Dewan ini:
Pertama, terdapat tiga badan profesional yang telah menerima APEL sebagai salah satu daripada syarat kemasukan ke program pengajian iaitu MBOT ataupun Lembaga Teknologis Malaysia, Lembaga Jurutera Malaysia dan Lembaga Perancang Bandar Malaysia. secara tidak langsung menunjukkan bahawa program ini mendapat sambutan dalam kalangan pemegang taruh dan masyarakat umum; Keduanya pula Yang Berhormat, adalah susulan daripada sambutan yang menggalakkan oleh masyarakat terhadap APEL.A, maka MQA telah memperkenalkan
Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
APEL.C pada tahun 2016 yang membolehkan pengalaman kerja dipindahkan kredit sewaktu pengajian. Sepanjang tahun 2021 sahaja, seramai 1,407 pelajar telah mengemukakan permohonan pemindahan kredit bagi mekanisme APEL.C di institusi masing-masing. Jumlah kredit yang telah diluluskan adalah sebanyak 1,883 kredit; Manakala yang ketiga pula, MQA telah melaksanakan APEL bagi tujuan penganugerahan kelayakan akademik ataupun APEL.Q bermula pada Julai 2021. Ini berdasarkan kejayaan dalam pelaksanaan APEL.A dan APEL.C sebelumnya dan selain daripada melengkapkan, ia juga dianggap sebagai melengkapkan kitaran APEL.
Satu advisory note berkaitan panduan lantikan staf akademik graduan APEL telah dikeluarkan pada 7 Disember 2021. Sejajar dengan peningkatan bilangan graduan APEL ini dan untuk makluman Dewan juga, MQA telah melantik beberapa personaliti sebagai ikon APEL. Antaranya adalah YM Raja Zulkarnain Raja Mohd Yusof iaitu Presiden Persatuan Gambus Malaysia, saudara Izzat Dato’ Azhar Mansor, usahawan dan perunding dan juga merupakan anak pelayar negara dan Yang Berusaha Dr. Jamsari Atan, seorang orang kurang upaya, pemilik syarikat JBA Training and HRD Consultancy.
Akhir sekali, selain daripada pasaran domestik, MQA juga telah berjaya melebarkan pelaksanaan APEL ke luar negara melalui kerjasama dengan negara-negara seperti United Arab Emirates, Australia, Hong Kong, Perancis, UK dan negara-negara ASEAN di bawah ASEAN Quality Assurance Network. Itu sahaja. Terima kasih banyak Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Menteri.
Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri. Tadi seperti mana Yang Berhormat Menteri nyatakan, permohonan ini mencecah 5,737 permohonan. Satu jumlah yang saya kira amat memberangsangkan.
Namun saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian bersedia untuk facilitate, dengan izin Tuan Yang di-Pertua Ahli-ahli Parlimen pula untuk menjayakan APEL ini? Misalnya, Ahli Parlimen Pokok Sena. Beliau sudah di Parlimen sejak tahun 1999 lagi. Sudah 23 tahun dah. Boleh dapat doktor dalam Sains Politik. Begitu juga Speaker, begitu juga Kapar. Bagaimana pula kementerian memperkenalkan apa yang dipanggil sekarang ini kelayakan mikro ataupun micro-credentials sebagai tambahan kepada program Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Terdahulu ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Sila Menteri, dua minit 30 saat.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat atas keprihatinan Yang Berhormat. Memang saya mengalu-alukan cadangan Yang Berhormat supaya MQA ini memudah cara dan memberikan kerjasama kepada semua Ahli Parlimen yang hendak menjayakan APEL.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, kami di Kementerian Pengajian Tinggi melalui MQA telah mengadakan pelbagai kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan juga swasta dan sudah semestinya kita boleh mengaturkan satu sesi khas bagi menawarkan laluan ini kepada semua termasuk Ahli-ahli Parlimen. Kalau Tuan Yang di- Pertua dan juga pentadbiran Parlimen membenarkan, kami juga ingin membuat ataupun menyediakan satu kaunter khas dan membuat sebagai contoh hari terbuka kepada Ahli- ahli Parlimen yang berminat untuk menyertai atau mengikuti program ini kalau sekiranya diizinkan oleh pihak Parlimen dan juga pihak Speaker.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Berkaitan dengan micro-credentials ini KPT melalui MQA memang menggalakkan IPT di Malaysia menawarkan micro-credentials melalui penerbitan garis panduan micro- credentials dan usaha ini alhamdulillah kita nampak telah menunjukkan sedikit sebanyak hasil dan untuk makluman Yang Berhormat juga Malaysia berada di kedudukan yang kedua selepas Australia dari segi keterlibatan dalam bidang micro-credentials ini.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Untuk makluman Yang Berhormat juga, APEL micro credentials (APEL.M) ini yang kami dipihak MQA ingin laksanakan adalah insya-Allah menjadi satu produk terkini yang membolehkan individu yang berminat mengumpulkan sejumlah micro-credentials untuk mendapatkan penganugerahan kelayakan akademik. Insya-Allah juga Yang Berhormat, produk ini akan kita tawarkan pada penghujung tahun ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan yang kedua saya jemput yang Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri KPT dan saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah atas usaha menyediakan inisiatif yang cukup baik ini bagi memberi peluang kepada masyarakat umum meneruskan pengajian sepanjang hayat ini.
Soalan saya ialah minta Yang Berhormat Menteri nyatakan status terkini pelaksanaan program Pengkreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu
(APEL) bagi tujuan Penganugerahan Kelayakan Akademik (APEL.Q) yang diperkenalkan pada tahun 2021. Sejauh manakah kementerian dapat memastikan pelaksanaan micro- credential dapat memanfaatkan masyarakat terutamanya golongan yang tidak berpeluang untuk menyambung pengajian. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Silakan Yang Berhormat Menteri. Dua minit 30 saat.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih atas soalan dan keprihatinan Yang Berhormat juga.
MQA telah melaksanakan APEL ini bagi macam saya katakan mengenai tujuan kita hendak menganugerahkan kelayakan akademik bermula pada Julai 2021. APEL.Q ini tujuan ia adalah untuk mempromosikan PSH melalui pengiktirafan pembelajaran melalui pengalaman terdahulu individu-individu sama ada di tempat kerja kah, pendidikan kah atau latihan. Macam tadi Yang Berhormat Hang Tuah Jaya memaklumkan mengenai Yang Berhormat Pokok Sena yang boleh juga memohon untuk mengikuti APEL ini secara formal dan secara tidak formal juga kita boleh kumpulkan pengalaman-pengalaman mereka.
MQA telah laksanakan projek rintis dengan enam buah pusat pendidikan tinggi iaitu di UKM, UPSI, Universiti HELP, Universiti Terbuka Malaysia, Universiti SEGi, Asia e University dan melalui projek rintis ini calon APEL.Q itu akan melalui satu proses penilaian portfolio dan dia bukan hanya award dia sahaja dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Dia juga melalui proses lawatan lapangan, pengesahan serta ujian cabaran dan APEL.Q juga wajib mengikuti dan lulus kursus komponen terakhir iaitu berbentuk projek yang disertai dengan kursus-kursus berkenaan.
Alhamdulillah sebanyak 448 permohonan telah diterima daripada pihak awam yang melibatkan 12 program pengajian yang telah melepasi rintis dan ia dibuka untuk permohonan mulai September 2021. Mengenai APEL.M yang kita cadang untuk laksanakan hujung tahun ini tadi saya sudah jawab juga melalui jawapan yang telah saya berikan kepada Yang Berhormat Hang Tuah Jaya dan yang lain-lain saya akan berikan secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Untuk makluman juga untuk rekod Dewan, Yang Berhormat Kuala Krai adalah salah seorang yang telah memohon untuk mengikuti kursus APEL ini. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Tambahan sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Masa tidak mencukupi. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan:
(a) mengapa agensi-agensi pelancongan besar terkemuka seperti Agoda, Trivago, Traveloka, Booking.com dan agen-agen pelancongan yang lain beroperasi di Malaysia ini tidak berdaftar dengan kementerian di bawah lesen Tour Operating Business and Travel Agency Business (TOBTAB); dan
(b) tindakan kementerian untuk mengawal selia operasi syarikat agensi pelancongan luar di dalam negara Malaysia.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Julau. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bertanggungjawab mengawal selia aktiviti pengusaha pelancongan melalui Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) dan peraturan-peraturannya. Berdasarkan peruntukan Akta 482 ini tidak ada seorang pun boleh pertama, menjalankan atau mengendalikan perniagaan pengendalian pelancongan atau dengan izin Tour Operating Business (TOB).
Kedua, perniagaan agensi pengembaraan atau dengan izin Travel Operating Business and Travel Agency Business (TOBTAB) selalu kita sebut melainkan jika ia adalah suatu syarikat dan memegang lesen sah yang diberikan oleh MOTAC. Selaras dengan arus perkembangan teknologi, kini telah muncul agensi pelancongan dalam talian atau dengan izin online travel agency (OTA) iaitu pasaran berasaskan web yang membolehkan pengguna menempah produk dan perkhidmatan pelancongan termasuk hotel, penerbangan, kereta, pengembaraan, pelayaran, aktiviti dan banyak lagi secara langsung dengan pembekal pelancongan.
OTA ini menawarkan aktiviti, perkhidmatan dan kemudahan pelancongan menerusi laman web berbeza dengan dahulunya hanya dilaksanakan oleh TOBTAB yang secara tradisinya menjalankan perniagaan mereka secara fizikal seperti mempunyai premis pejabat dan kakitangan sokongan yang membolehkan pelanggan untuk hadir dan berurusan secara bersua atau fizikal.
Beberapa OTA terkemuka yang disebutkan dalam pertanyaan Yang Berhormat merupakan syarikat-syarikat milikan pegangan asing sepenuhnya yang berpangkalan di luar negara. Walaupun aktiviti perniagaan mereka ini adalah termaktub dalam Akta 482, namun sifat peniagaan mereka yang beroperasi secara dalam talian tanpa membuka sebarang pejabat atau premis secara fizikal di Malaysia menyukarkan MOTAC untuk mengambil tindakan perundangan atau penguatkuasaan ke atas mereka.
MOTAC lebih cenderung untuk mengambil pendekatan menyokong aktiviti yang boleh merangsang industri pelancongan untuk lebih berkembang dan berdaya maju. Atas dasar ini Tuan Yang di-Pertua, MOTAC telah mengadakan libat urus dengan beberapa OTA antarabangsa yang menawarkan pakej atau perkhidmatan pelancongan di negara ini untuk mematuhi Akta 482 dan berdaftar untuk beroperasi dengan memiliki lesen TOPTAB. Hasilnya terdapat OTA syarikat-syarikat asing telah membuka anak syarikat di negara ini dan dilesenkan oleh MOTAC seperti Klook Travel Technology Sdn Bhd, Traveloka Sdn Bhd dan Bex Travel Malaysia Sdn Bhd. Garis panduan syarikat Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan (TOBTAB) yang menjalankan atau mengendalikan atau menganjurkan perniagaan dalam talian telah dibangunkan oleh MOTAC untuk melesenkan syarikat yang menawarkan pakej pelancongan di negara ini secara atas talian. Pelaksanaan garis panduan ini adalah langkah awal MOTAC untuk memperkemas dan memperkukuh kawal selia aktiviti penawaran pakej pelancongan di negara ini secara atas talian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila Yang Berhormat Julau. Soalan tambahan pertama.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi, soalan tambahan saya adalah adakah pihak kementerian mempunyai perancangan atau bersedia untuk mempertimbangkan bersama Kementerian Kewangan agar digital tax, payment tax dapat dikenakan untuk dicaj bagi setiap keuntungan yang diperoleh oleh syarikat online travel agency?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat bertanya. Itu adalah satu bidang di bawah kementerian lain, namun begitu saya mengambil ini sebagai satu saranan yang mungkin boleh dipertimbangkan bersama oleh MOTAC untuk dibincangkan bersama dengan Kementerian Kewangan nanti. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya berkaitan dengan Kementerian Pelancongan. Apakah usaha-usaha kementerian Yang Berhormat dalam membangun ataupun menjaga bagi penggiat-penggiat seni budaya tradisional bagi kaum India. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri. Soalan lari sikit.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Terima kasih. Walaupun itu satu soalan yang luar daripada skop ini namun begitu, saya nak nyatakan di sini. Saya baru sahaja melancarkan Geran Sempadan. Geran Sempadan ini pertamanya untuk aktiviti pelancongan dan juga acaranya dan juga aktiviti kebudayaan, seni dan budaya. Maka ianya bermula pada 1 April ini, bolehlah memohon melalui online, kita punya website untuk mendapat permohonan untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti kesenian dan juga kebudayaan ini.
Sebenarnya ini adalah satu masa yang begitu baik sekali untuk kita memulakan permohonan ini kepada mereka yang berminat. Jadi, itulah salah satu daripada caranya terutama sekali tahun ini, kita hendak menguar-uarkan program seni dan budaya dengan lebih rancak lagi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya buka soalan tambahan ketiga. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini saya ada bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan berkenaan dengan cukai pekerja-pekerja asing yang bekerja dalam negara ini dan saya juga ada merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tahun lepas yang mengatakan bahawa peraturan hotel dan juga Airbnb akan diseragamkan hujung tahun ini untuk memastikan bahawa kita boleh dapat cukai daripada mereka.
Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri Pelancongan, adakah kerajaan berhasrat untuk mewujudkan satu cukai baru kepada agen-agen carian luar negara yang menyenaraikan hotel-hotel di Malaysia sebagai satu langkah untuk meningkatkan hasil pendapatan negara dan mengurangkan aliran tunai Ringgit Malaysia ke luar negara.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Saya agak keliru dengan soalan tadi. Tadi yang pertama, bercakap mengenai Airbnb lepas itu hotel-hotel yang mereka hendak promosikan ke luar negara. Boleh saya dapat penjelasan yang lebih tepat lagi soalan itu sebab ianya agak keliru.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Soalan saya ialah sejauh mana kementerian ini berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk mengenakan cukai-cukai kepada agen-agen di luar negara yang beroperasi di dalam negara dalam mempromosikan hotel-hotel dalam negara kita.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, itu lebih daripada segi aktiviti TOBTAB tadi ya, yang hendak mendaftarkan hotel mereka. Jadi, saya ada menjawab tadi mengenai macam salah satu daripada travel agent yang dari luar negara yang mendaftarkan hotel-hotel melalui syarikat mereka.
Kebanyakan mereka tidak berdaftar dengan kita namun begitu, kita berusaha untuk berbincang dengan mereka malah ada juga kalau mereka ada yang sudah mendaftar dengan kita kerana mereka diminta untuk mengadakan fizikal premis, pejabat mereka di dalam negara kita.
Jadi, mudah untuk kita berbincang tetapi pada masa yang sama Yang Berhormat, seperti yang saya nyatakan tadi, kita memang menggalakkan mereka supaya berdaftar dengan kita. Jadi pada masa ini, kita lebih mengambil tindakan karot daripada kita hendak merotan orang. Jadi kita sentiasa berbincang sehingga ada yang sudah bermula bersama dengan kita untuk mendaftarkan syarikat mereka di sini supaya mereka dapat kita cukaikan pendapatan mereka daripada syarikat mereka yang mendaftarkan hotel-hotel dalam negara dan juga luar negara.
Jadi kita pada masa ini, kita hendak memperbaiki lagi dasar kita supaya kita dapat menggalakkan lagi daripada sudut travel agent kita supaya mereka dapat juga melakukan apa yang mereka dari luar negara ini lakukan di dalam negara kita secara online. Terima kasih.
2. Puan Teo Nie Ching [Kulai] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan jumlah murid dan kapasiti sekolah bagi SJKC-SJKC di kawasan Kota Masai dan sama ada kawasan tersebut mempunyai keperluan mendesak untuk sebuah SJKC yang baharu.
Timbalan Menteri Pendidikan II - Datuk Mohamad bin Alamin
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan salam Keluarga Malaysia. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kulai.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di kawasan Kota Masai, Johor iaitu SJK(C) Ladang Grisek. Sekolah ini merupakan sekolah bantuan kerajaan (SBK) yang beroperasi secara satu sesi. Sekolah tersebut mempunyai 25 bilik darjah dan enrolmen murid sehingga 15 Mac 2022 adalah seramai 701 orang.
Selain itu, di kawasan Kota Masai juga mempunyai tiga buah sekolah kebangsaan dan sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT). Salah satu sekolah yang diluluskan pembinaan pada tahun 2017 adalah SJK(C) Sim Mow Yu di kawasan Kota Masai. Namun kelulusan pembinaan sekolah tersebut ditangguhkan pada tahun 2019 kerana tiada keperluan mendesak pada ketika itu. Namun KPM sentiasa meneliti keperluan pembinaan sekolah dari semasa ke semasa dengan mengambil kira enrolmen murid di sekolah- sekolah berdekatan serta pertumbuhan penduduk setempat susulan projek perumahan dan pembangunan yang sedang giat dijalankan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam konteks pembinaan sekolah baharu, KPM sentiasa mendapat input dan cadangan daripada jabatan pendidikan negeri
(JPN). Seterusnya KPM akan melaksanakan analisis keperluan pembinaan sekolah baharu secara terperinci. Antara perkara yang diambil kira adalah bilangan dan kapasiti sekolah sedia ada, kepadatan penduduk di kawasan sekitar, liputan kawasan tadahan
Timbalan Menteri Pendidikan II - Datuk Mohamad bin Alamin
penduduk ataupun catchment area serta perancangan pembangunan kawasan tersebut berdasarkan perbincangan bersama-sama pihak berkuasa tempatan (PBT) Permohonan ini tertakluk kepada pertimbangan serta kelulusan agensi pusat dengan mengambil kira keutamaan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila, Yang Berhormat Kulai.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri tak jawab soalan saya secara terus terang sama ada kawasan Kota Masai sekarang ada keperluan mendesak untuk sebuah SJKC. Ya atau tidak. Sekarang ada keperluan mendesak atau tidak dan selain daripada itu, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri senaraikan tempat-tempat yang ada keperluan mendesak untuk SK, SJKC dan juga SJKT dan rancangan KPM untuk pastikan kawasan-kawasan tersebut akan mendapat sekolah yang mereka perlukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kulai. Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Saya telah menjawab secara berterus terang tadi, Tuan Yang di-Pertua bahawa SJK(C) Sim Mow Yu itu adalah sekolah yang berada di Kota Masai tetapi ianya belum mendesak pada waktu itu. Saya katakan tadi bahawa kita berdasarkan kepada keperluan dari semasa ke semasa. Sekiranya ia memang mendesak, kita akan terus teliti dan kita akan pertimbangkan dan saya katakan tadi...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
[Bangun]
Datuk Mohamad bin Alamin
Duduk, duduk sekejap. Saya katakan tadi bahawa KPM akan terus membuat penelitian dan pertimbangan berdasarkan keadaan semasa di kawasan tersebut. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, KPM sangat komited. So, jangan kata kita tidak berterus terang memberi jawapan. Yang Berhormat sebagai mantan Timbalan Menteri Pendidikan juga tahu tentang keadaan semasa di sana. Kita sedar dan kita ambil maklum tentang kepadatan penduduk, tentang projek-projek pembangunan perumahan di sana. Banyak kita ambil maklum semua perkara ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kota Masai adalah di bawah kawasan Tebrau.
Soalan saya, di kawasan Tebrau, yang mendesak bagi sayalah adalah di kawasan seperti Setia Indah, Setia Indah Eco Cascadia dan Mount Austin. Memang sebelum ini ada sebuah sekolah yang dinamakan SJK(C) Foon Yew. Apa status sekolah ini dan bila akan siap dibina supaya ia boleh menampung peningkatan pelajar-pelajar di tempat itu. Sekarang di semua sekolah Cina di sekitar sana sudah tidak boleh menampung pelajar-pelajar yang makin meningkat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya mengambil maklum dan kita akan mendapatkan perincian tentang sekolah yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi dan kita akan bekalkan jawapan secara bertulis.
Akan tetapi, tentang keperluan sekolah itu, sebagaimana saya sebutkan tadi, Tuan Yang di-Pertua, KPM akan sentiasa melihat tentang keperluan dari semasa ke semasa untuk membina mana-mana sekolah di negara. Terima kasih.
3. Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan strategi-strategi kementerian dalam Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia (MyRER) dalam usaha mencapai misi negara adalah untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon dioksida oleh sektor penjanaan tenaga sebanyak 45 peratus pada tahun 2030 dan 60 peratus pada tahun 2035.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih sahabat saya dari Baling yang bertanyakan mengenai Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, bagi mencapai sasaran pengurangan kadar pelepasan karbon dioksida dalam sektor bekalan elektrik sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030 dan 60 peratus menjelang tahun 2035 berbanding kadar pada tahun 2005, kerajaan kita telah melaksanakan satu dasar yang dipanggil Malaysia Renewable Energy Roadmap
(MyRER) yang telah menggariskan kerangka strategik bagi meningkatkan campuran tenaga boleh baharu dalam pembekalan elektrik negara melalui pelaksanaan empat tonggak berasaskan teknologi iaitu yang pertamanya, solar― seperti mana kita tahu, solar ini adalah daripada tenaga solar; keduanya, bio tenaga― bio tenaga ini terdiri daripada bio gas dan juga bio jisim iaitu bakaran daripada benda-benda organik; ketiganya daripada hidro, sebagaimana yang kita tahu daripada jana kuasa hidro; dan yang keempatnya adalah sumber-sumber baharu yang terdiri antaranya daripada sumber hidrogen, sumber concentrated solar panel (CSP) dan juga yang dipanggil wave tidal energy ataupun tenaga daripada ombak. Ini adalah sumber-sumber baharu.
Pelaksanaan kesemua tonggak yang digariskan ini akan didukung oleh empat strategi pemangkin yang berperanan sebagai pemboleh daya ke arah usaha peningkatan kapasiti TBB negara serta pengurang pelepasan karbon dioksida. Empat strategi pemangkin tersebut adalah:
(i) memanfaatkan peluang dalam pasaran bekalan elektrik;
(ii) menambah baik akses kepada pembiayaan;
(iii) pembentukan modal insan dan pembangunan infrastruktur; dan
(iv) peningkatan keanjalan sistem grid pembekalan elektrik.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan pertama. Sila.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Satu penjelasan jawapan yang jelas dari seorang peguam.
Tahniah.
Seperti kita sedia maklum, Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia secara langsung akan dapat menghasilkan limpahan ekonomi melalui nilai pelaburan yang berpuluh bilion. Dalam dasar Yang Berhormat sebutkan tadi, empat pelan tadi, saya tertarik dengan peluang dan modal insan.
Bagaimanakah perkembangan dalam bidang tenaga boleh baharu (TBB) ini dapat memberi peluang pekerjaan anak-anak tempatan? Apakah perancangan kerajaan untuk memastikan anak-anak tempatan diberi pendedahan untuk meneroka bidang ini di institut pengajian tinggi awam dan swasta supaya mereka berkelayakan menjadi pemain-pemain industri utama berbanding hanya menjadi pekerja kelas bawahan dan pertengahan sahaja dalam bidang ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri. Satu minit.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak kepada sahabat saya, sekali lagi Yang Berhormat Baling yang cukup prihatin. Bukan sahaja meminta mengenai perancangan untuk meningkatkan nilai pelaburan tetapi juga
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
kepada peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan. Satu soalan yang cukup penting kepada rakyat jelata.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan unjuran MyRER, pembangunan industri TBB negara kita ini akan menghasilkan― ini penting ya― limpahan ekonomi dengan mewujudkan potensi nilai pelaburan berjumlah RM33 bilion serta pada masa yang sama boleh mewujudkan lebih daripada 46,000 peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan dalam industri TBB negara kita.
Bagi memastikan anak-anak tempatan yang menceburi bidang ini mempunyai kompetensi dan kemahiran teknikal yang berkaitan, KETSA melalui Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia telah bekerjasama dengan IPTA dan pusat- pusat latihan kemahiran tempatan bagi menyediakan kursus-kursus berkaitan reka bentuk serta pengoperasian sistem penjanaan TBB kepada mereka yang berminat. Antara kursus kemahiran teknikal yang disediakan termasuklah:
(i) Reka Bentuk Sistem Fotovolta Tersambung Grid (Grid Connected Photovoltaic System Design);
(ii) Sistem Fotovolta Tersambung Grid bagi Pendawai dan Penjaga Jentera Elektrik;
(iii) Pemasangan dan Penyelenggaraan Fotovolta Tersambung Grid;
(iv) Reka Bentuk Sistem Fotovolta Luar Grid; dan
(v) Pengoperasian Penyelenggaraan Jana Kuasa Bio Gas.
Itulah antara kursus yang ditawarkan untuk memberikan kemahiran, kepakaran kepada anak-anak tempatan yang sememangnya mempunyai bakat yang tinggi untuk menyertai bidang TBB dalam negara kita ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Lumut.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baling dan juga Kedah antara kawasan-kawasan yang dikatakan amat baik untuk membuka solar farm sebagai punca tenaga boleh baharu ini. Dulu kita dimaklumkan ada syarikat yang ingin membuka usaha tersebut di sana dengan melibatkan anak-anak muda sebagai komponen usahawan di dalam projek-projek tersebut.
Saya hendak bertanya, adakah kementerian pada hari ini mempunyai cadangan- cadangan tersebut di kawasan-kawasan seperti yang saya sebutkan tadi? Terima kasih.
Ini kalau Yang Berhormat Alor Gajah hendak tanya soalan pun lebih kurang sama.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Yang Berhormat Lumut, sebut fasal Baling. Terima kasih.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Lumut yang sentiasa ceria.
Tuan Yang di-Pertua, KETSA memang memberikan penekanan kepada peluang diberikan kepada usahawan-usahawan muda terutamanya untuk menceburi bidang solar ini. Malahan di bawah Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai satu skim yang dinamakan Usahawan Solar yang mana setiap usahawan itu akan diberikan dalam jumlah yang munasabah satu megawatt, dua megawatt― dan insya-Allah, kalau Yang Berhormat Lumut berminat, kita boleh uruskan― yang diberikan kepada terutamanya siswazah- siswazah yang mempunyai kepakaran misalnya di bidang kejuruteraan dan sebagainya.
Mereka mempunyai potensi untuk membangunkan industri solar ini.
Jadi, inilah antara perkara yang sedang dibuat dan diterokai oleh kementerian ini untuk menjamin segala elemen TBB ini akan dapat diperkasakan terutamanya untuk memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda kita. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan ketiga. Sila, seringkasnya, Yang Berhormat Alor Gajah.
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah
Pendek sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cuma saya hendak memohon supaya dapat perkongsian maklumat. Kalau disebutkan rancangan itu jelas, pelan-pelan yang disebutkan tadi amat memberangsangkan. Apa pun, kita kena ada tanda aras.
Saya hendak memohon supaya Yang Berhormat Menteri berkongsi maklumat.
Berapakah hari ini penjanaan karbon dioksida ke udara di negara kita secara keseluruhan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah. Sila, Yang Berhormat Menteri. Satu minit.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawa setakat ini, kita mempunyai rekod yang agak terperinci dari segi penjanaan, sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Alor Gajah tadi, iaitu― sekejap ya, teknikal sedikit.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Fizik itu. Jawapan bertulislah. Jawapan bertulis. Itu fizik itu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Kita mempunyai kuota terutamanya kalau sekiranya disebutkan mengenai solar melalui Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik tahun 2020 sehingga 2039 (Power Development Plan) telah meletakkan pertambahan kapasiti solar sebanyak 1,178 megawatt dari tahun 2020 sehingga tahun 2025 iaitu dalam tempoh lima tahun. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 500 megawatt ditawarkan melalui program-program seperti Net Energy Metering 3.0. Manakala 400 megawatt akan ditawarkan sehingga tahun 2025 melalui program-program TBB yang lain.
Jadi untuk menjawab soalan Yang Berhormat Alor Gajah tadi, kementerian ini sedang membuat suatu perancangan supaya segala program untuk penjanaan elektrik melalui pelbagai sumber sama ada sumber yang sedia ada iaitu daripada gas dan juga arang batu dan juga sumber-sumber TBB ini akan dirancang supaya ia memastikan kestabilan pembekalan elektrik negara.
Untuk soalan spesifik itu saya perlukan masa sedikit Yang Berhormat Alor Gajah untuk saya berikan jawapan bertulis dan – ya, ini baru sampai. Pengupayaan 40 peratus menjelang tahun 2025 sebagaimana saya sebutkan tadi dan 60 peratus untuk tahun 2035.
Buat masa ini, kita sudah pun mencapai sekitar 26 peratus pengupayaan, Yang Berhormat Alor Gajah. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu, Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah.
4. Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah [Kubang Pasu] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada pihak kerajaan bercadang untuk menyemak semula harga minyak di pam memandangkan harga minyak mentah meningkat ke USD95 setong
(harga Brent pada 7 Februari 2022). Jika harga tidak disemak, berapa banyak subsidi yang perlu ditanggung. Berapa banyak pendapatan tambahan kerajaan dengan kenaikan harga minyak mentah tersebut (dari Petronas).
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Kubang Pasu.
Sejak awal tahun 2021, harga minyak mentah Brent telah menunjukkan trend peningkatan yang signifikan. Harga minyak mentah bagi bulan Januari 2022 adalah pada kadar USD85 setong iaitu meningkat berbanding Januari 2021 sebanyak USD55 setong.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Berikutan kenaikan ini kerajaan terpaksa menanggung peningkatan subsidi petrol, diesel dan gas cecair memasak (LPG) yang ketara sehingga sepuluh kali ganda iaitu meningkat daripada RM200 juta untuk Januari 2021 kepada lebih daripada RM2 bilion untuk Januari 2022.
Sungguhpun begitu buat masa ini, kerajaan masih mengekalkan harga jualan runcit petrol RON95 dan diesel pada paras harga siling yang telah dilaksanakan sejak tahun 2021. Pengguna masih lagi membayar hanya RM2.05 seliter untuk petrol RON95 berbanding harga sebenar bulan Mac yang telah mencecah RM3.70 seliter. Bagi diesel pula, pengguna hanya membayar RM2.15 seliter sementara harga sebenar telah melebihi RM4.00 seliter.
Begitu juga jika dibandingkan dengan negara-negara pengeluar yang lain, harga runcit produk petroleum di Malaysia adalah sangat rendah. Contohnya harga runcit petrol di Arab Saudi adalah RM2.61 seliter sementara di negara-negara jiran pula harga runcit petroleum petrol di Thailand adalah RM6.00 seliter, di Indonesia RM3.78 seliter manakala di Singapura pula adalah RM9.20 seliter.
Berdasarkan senario semasa Yang Berhormat, peningkatan harga komoditi minyak mentah dunia, kerajaan dijangka menanggung perbelanjaan subsidi tambahan bagi mengekalkan harga jualan petrol dan diesel di pasaran. Jumlah subsidi produk petroleum bagi keseluruhan tahun 2022 dijangka mencecah sehingga RM28 bilion sekiranya harga minyak mentah dunia kekal melebihi USD100 setong berbanding RM11 bilion bagi tahun 2021.
Tuan Yang di-Pertua, dengan kenaikan kos subsidi bagi produk petroleum ini, ia akan memberi tekanan kepada kedudukan fiskal kerajaan kerana komitmen pertambahan kos subsidi sepatutnya boleh digunakan untuk manfaat pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Kerajaan juga tidak boleh meminjam untuk membiayai belanja mengurus seperti kos subsidi. Maka kenaikan kos subsidi hendaklah diimbangi dengan pertambahan hasil dan penjimatan perbelanjaan. Namun adalah dijangkakan peningkatan jumlah tanggungan subsidi ini boleh ditampung sebahagiannya oleh potensi peningkatan hasil berkaitan komoditi.
Bajet 2022 menganggarkan hasil berkaitan petroleum sebanyak RM44 bilion berdasarkan kepada purata harga minyak mentah Brent pada paras USD67 setong.
Sehingga 14 Mac 2022, purata harga minyak mentah Brent berada pada sekitar USD96 setong. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi setiap kenaikan USD1 harga minyak mentah, impak kepada hasil berkaitan petroleum adalah sekitar RM300 juta. Jumlah ini Yang Berhormat, tidak mengambil kira kesan kepada dividen daripada Petronas. Walau bagaimanapun, memandangkan konflik Rusia dan Ukraine masih berterusan, kerajaan belum membuat unjuran sebenar peningkatan pendapatan tersebut berbanding implikasi kewangan yang perlu ditanggung melalui pemberian subsidi.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sememangnya sedang mengkaji semula mekanisme pemberian subsidi produk petroleum supaya dapat dilaksanakan secara lebih bersasar dan menumpukan bantuan subsidi kepada Keluarga Malaysia yang benar-benar memerlukan. Insya-Allah Yang Berhormat, pelaksanaan subsidi bersasar dijangka akan dapat mengoptimumkan sumber kewangan kerajaan dan penjimatan yang dicapai dapat diagihkan semula untuk program yang lebih berkesan dalam menyumbang kesejahteraan Keluarga Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila Yang Berhormat Kubang Pasu, soalan tambahan pertama.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sejak dua menjak ini duduk tengok Yang Berhormat Timbalan Menteri sahaja yang hadir, Menteri tidak nampak sudah selepas pengeluaran KWSP diluluskan itu.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Menteri pencen.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Tidak apa soalan saya..
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila berikan soalan.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Ya, ya okey.
Soalan dia. Melihat dari apa yang telah dibentangkan tadi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, tahun 2022 sebenarnya dengan anggaran minyak dalam USD55 setong, ia RM3.7 bilion sahaja jumlah jangkaan subsidi tetapi dengan harga sekarang melebihi USD100 setong dan hari ini Tuan Yang di-Pertua, sudah USD122.69 per barrel. Jadi, jangkaan untuk tahun ini mungkin naik sampai RM28 bilion yang disebutkan tadi.
Jadi soalan tambahan saya ialah bilakah – tahu kata sedang duduk tengok cara untuk membuat subsidi secara bersasar ini, bila yang hendak kita laksanakan. Oleh sebab Tuan Yang di-Pertua, RM28 bilion versus RM3.7 juta, hampir-hampir RM25 bilion ekstra subsidi yang perlu diberikan yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri yang boleh kita gunakan untuk bina sekolah, hospital dan macam-macam yang diminta oleh rakyat. Jadi bila hendak dilaksanakan dan apakah yang hendak dilakukan untuk meminimumkan impak sebab bila harga minyak naik, sudah tentu harga barang juga akan dinaikkan dan bagaimana ini dapat kita minimumkan impaknya itu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Panjang soalan.
Sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab, saya ingin membawa satu pemakluman kehadiran tetamu kita. Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan bahawa hadir bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini ialah delegasi daripada *The National Assembly of The Republic of Korea.
[Tepuk]* Diketuai oleh Tuan Yang Terutama, Park Byeong-Seug Kepada Tuan Yang Terutama Park Byeong-Seug dan delegasi, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran tuan dan delegasi ke Dewan yang mulia ini. Semoga kehadiran Tuan Yang Terutama Park Byeong-Seug dan delegasi ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan dan hubungan Malaysia dengan Republik Korea. Malaysia semalam persahabatan menang 2-0 dengan Singapura.
[Ketawa] Head coachnya adalah daripada Korea.
[Tepuk] Let me speak in English, *Honorable Members, it is with great pleasure I would like to inform the August House that together with us today is the delegation from National Assembly of Republic of Korea, [Tepuk] led by His Excellency Park Byeong-Seug, Speaker of The National Assembly of The Republic of Korea. To His Excellency Park Byeong-Seug and delegation, welcome to this August House. We hope that this visit will further strengthen the friendship and relation between Malaysia and The Republic of Korea, thank you.
[Tepuk]* Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu atas persoalan. Semasa Yang Berhormat sebagai Timbalan Menteri Kewangan pun saya nampak Yang Berhormat yang banyak menjawab. Jadi saya kira perkara itu tidak menjadi isu yang besar kerana Yang Berhormat Menteri Kewangan sedang berada di luar negara untuk memastikan pelabur-pelabur yakin dengan apa yang ada dan prestasi akan datang...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Alhamdulillah, [Tidak jelas] tidak pencen, ingatkan pencen sudah.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
...yang sedang dilakukan oleh kerajaan supaya tahun 2022 mencapai tahap pemulihan sebenar. Terima kasih, Yang Berhormat.
Berbalik kepada persoalan Yang Berhormat bangkitkan tadi adalah berkaitan tentang jumlah subsidi dengan hasil negara. Itu sebabnya kita melihat bahawa sekiranya
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
subsidi bersasar yang dicadangkan oleh kerajaan terdahulu juga boleh diguna pakai dalam kita mengawal kesan dan mengurangkan kekangan kepada fiskal negara.
Itu sebabnya Kementerian Kewangan telah diberi mandat oleh Jemaah Menteri untuk mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai agensi dan syarikat berkaitan untuk memperincikan kaedah pelaksanaan rasionalisasi subsidi petrol. Itu sebabnya kita berjumpa dengan semua syarikat petroleum untuk kita berbincang dahulu.
Bukan seperti kerajaan terdahulu, kita cadang baru panggil oil company. Akan tetapi, kita panggil oil company dulu untuk kita bincang dan melihat apakah kaedah yang terbaik untuk kita laksanakan supaya subsidi bersasar ini dapat kita laksanakan dengan baik sekali.
Ini kerana, kalau kita lihat seperti mana yang Yang Berhormat sebut tadi, betul memang ada kenaikan harga petroleum. Kalau kita ambil kira USD100 per barrel kita mungkin akan dapat anggaran 8.5 pertambahan hasil tetapi seperti mana yang saya sebut dalam jawapan asal tadi iaitu kenaikan USD1 per barrel kita akan ada hasil RM300 juta.
Akan tetapi, masalah kita kenaikan USD1 per barrel juga akan memberi implikasi subsidi sebanyak RM600 juta. Jadi ia tidak break-even kerana kita melaksanakan harga syiling. Harga syiling yang kita laksanakan sebagai contoh RON95 kita jual di pasaran RM2.05 tetapi harga sebenar RM3.70, kerajaan tanggung RM1.65 per liter. Diesel RM2.05, di pasaran harga sebenar adalah RM4.00, kerajaan tanggung RM1.85.
Itu sebabnya kita faham tentang bagaimana kita hendak menguruskan perkara ini dan insya-Allah selepas sesi libat urus juga akan melibatkan Yang Berhormat dari pihak pembangkang untuk kita sama-sama melihat bagaimana kaedah terbaik untuk selesaikan perkara ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Jempol.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua yang baik hati. Hasil negara amat penting bagi kemakmuran negara dan membantu rakyat yang terkesan akibat COVID-19 dalam bentuk subsidi. Soalan saya apakah perancangan kerajaan untuk meningkatkan hasil cukai negara sumber kewangannya diperlukan menampung kos subsidi yang begitu besar?
Keduanya, bagaimana kaedah dan cara untuk bagi subsidi agar mereka ini dapat memperoleh subsidi bersasar bukan tersasar? Jadi apa yang berlaku hari ini ialah tersasar. Orang yang sebenarnya perlu dapat dia tidak dapat malah mereka yang tidak layak dapat kita beri sama. Jadi apakah kaedah Yang Berhormat Menteri untuk laksanakan pada tahun ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Jempol, sila Timbalan Menteri.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih, Yang Berhormat Jempol atas persoalan yang agak signifikan. Kerajaan sebenarnya daripada dulu melaksanakan MTRS untuk tiga ke lima tahun melalui Strategi Hasil Jangka Sederhana. Juga kita laksanakan Semakan Semula Perbelanjaan Awam (Public Expenditure Review) dengan izin bagi kita menambah baik asas hasil dan kita memastikan kecekapan perbelanjaan kerajaan.
Melalui MTRS Yang Berhormat kerajaan akan turut mempertimbangkan beberapa langkah cukai jangka sederhana termasuk pilihan untuk mengurangkan pergantungan kepada cukai langsung dan meluaskan asas hasil dengan beralih kepada cukai berasaskan penggunaan seperti;
(i) mengkaji skop cukai dan kadar cukai SST sedia ada;
(ii) memilih asas cukai pengguna yang lebih dipercayai seperti cukai nilai tambah; dan
(iii) meneroka sumber baharu hasil cukai seperti cukai atas keuntungan modal dan ekonomi digital.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Soalan Yang Berhormat yang kedua adalah berkaitan bagaimana kaedah kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar. Seperti mana yang telah saya nyatakan dalam soalan tambahan Yang Berhormat Kubang Pasu tadi, kerajaan sedang mengkaji semula mekanisme pemberian subsidi produk petroleum supaya dapat dilaksanakan seperti mana Yang Berhormat nyatakan tadi.
Sebarang kaedah pemberian subsidi Yang Berhormat akan dikenal pasti terlebih dahulu diperhalusi dengan mendalam seperti mana yang saya sebutkan tadi kita bertemu dengan syarikat petroleum terlebih dahulu untuk memastikan pemberian subsidi dapat memberi manfaat secara terus kepada Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya bagi peluang Yang Berhormat Pontian untuk soalan tambahan ketiga.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Ini subsidi terbalik Timbalan Menteri, patut orang kaya dapat sedikit, orang miskin dapat banyak. Akan tetapi subsidi minyak ini orang kaya dapat banyak, orang miskin dapat sikit. Jadi saya hendak tahu berapa peratus kumpulan T20 yang mendapat subsidi ini, M40 dapat berapa peratus, B40 dapat berapa peratus daripada RM28 bilion subsidi itu.
Jika tidak ada data boleh bertulis.
Kedua ialah langkah-langkah untuk pengurangan penyeludupan bukan hanya RON95 tetapi juga minyak kelapa sawit atau minyak masak kerana di Malaysia RM2.05, Indonesia RM3.78 seliter, Thailand RM6.00 seliter, Filipina RM5.27 seliter, Singapura RM9.20 seliter yang menyebabkan penyeludupan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, sila Timbalan Menteri, satu minit.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Ada dua persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian Tuan Yang di-Pertua, pertama bagaimana kita hendak mengelakkan ketirisan berlaku. Itu sebabnya Kementerian Kewangan telah menubuhkan dan memperkasakan Multi-Agency Task Force Yang Berhormat.
Melalui Multi-Agency Task Force dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, saya sebagai Timbalan Pengerusinya. Kita melihat daripada segi perspektif yang holistik dan kita juga melihat bagaimana border control untuk memastikan tidak ada ketirisan berlaku di sepanjang sempadan.
Soalan yang pertama Yang Berhormat, minta penjelasan tadi adalah berkaitan bagaimana kategori itu. Kita akui seperti mana sedia maklum memanglah seperti mana Yang Berhormat sedia maklum yang mendapat manfaatnya ialah kebanyakannya yang berada di atas. Akan tetapi itu sebabnya kita membuat sesi libat urus bagi kita memperkenalkan kaedah pelaksanaan subsidi yang bersasar yang lebih baik supaya yang betul-betul memerlukan dapat bantuan yang tidak memerlukan mereka hanya menggunakan apa yang mereka ada. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
5. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [Besut] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan langkah-langkah kementerian dalam mengurangkan kos bahan mentah untuk memproses makanan ayam yang diimport seperti jagung dan kacang soya, termasuk usaha mengetengahkan sumber tempatan seperti dedak padi dan sisa sawit
(palm kernel).
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I - Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mohon pertanyaan ini dapat dijawab bersekali dengan empat lagi pertanyaan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini iaitu pertanyaan daripada Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Sarikei.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I - Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian menyedari kekurangan bekalan ayam dan telur yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Antara faktor-faktor yang telah menyebabkan berlakunya penurunan bekalan ayam tersebut adalah seperti berikut;
(i) pengurangan pengeluaran ayam oleh pihak industri bagi mengelakkan kerugian berikutan peningkatan kos makanan ayam.
Peningkatan ini dipengaruhi oleh peningkatan harga pasaran dunia bagi jagung bijian dan soya serta kadar tukar mata wang yang di luar kawalan pengimport. Faktor lain yang mempengaruhi kenaikan harga ayam adalah peningkatan kos operasi sepanjang rantaian seperti kos logistik, kos pekerja dan kadar tukaran mata wang asing;
(ii) peningkatan permintaan yang mendadak berikutan pembukaan semula sektor ekonomi terutamanya perhotelan, restoran dan juga katering pasca-Perintah Kawalan Pergerakan mulai Oktober 2021;
(iii) bencana banjir pada penghujung tahun 2021 yang telah menjejaskan industri ternakan ayam; dan
(iv) pengurangan kemasukan anak ayam oleh pihak industri semasa musim hujan bagi mengurangkan risiko penyakit yang berjangkit seperti sampar ayam.
Menyedari akan masalah kenaikan harga ayam yang berkait rapat dengan kenaikan harga makanan ternakan ini, MAFI melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar sentiasa berusaha bagi mengurangkan kebergantungan import dengan melaksanakan pelbagai langkah iaitu langkah jangka pendek dan langkah jangka panjang seperti berikut untuk jangka pendek;
(i) untuk memberikan kebenaran mengimport ayam daripada luar negara; dan
(ii) memberikan subsidi sebanyak RM528.52 juta kepada penternak- penternak.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I - Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Untuk jangka panjang, kita mahu mengurangkan kebergantungan kepada sumber jagung import iaitu dengan penanaman jagung bijian dalam negara.
Kedua, menjalankan kajian bagi menghasilkan bahan mentah gantian dari sumber tempatan seperti PKC dan PKE. Seterusnya, untuk menyediakan bantuan geran dan terakhirnya, untuk menawarkan geran pinjaman mudah sebanyak RM200 juta melalui AgroBank. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Kalau ikut di sini Yang Berhormat Besut.
Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh - Besut
Soalan tambahan.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Soalan tambahan.
Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh - Besut
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat ada sebut tadi tentang pencapaian penyelidikan dan saya hendak tanya ada tidak ada simulasi yang sesuai dalam penggunaan bahan tempatan seperti dedak dan PKC untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada jagung bijian dan juga soya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pihak MAFI sentiasa menjalankan berbagai- bagai usaha bagi memastikan supaya kebergantungan kita kepada barang-barang makanan haiwan yang diimport ini dapat dikurangkan.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini memang terdapat usaha untuk meningkatkan penggunaan sumber barangan tempatan seperti dedak, beras hancur ataupun temukut atau rice bran dan juga PKC. Jadi, kita telah menghasilkan satu formulasi
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
makanan ayam yang telah pun dibangunkan oleh MARDI sebagai sumber baharu. Walau bagaimanapun, ia terdapat sedikit kekangan seperti kandungan nutrien. Dalam sumber ini, kita dapati karbohidrat dan protein tenaganya adalah banyak kekurangan dan seterusnya tidak dapat memenuhi apa juga keperluan rutin harian ayam kerana kandungan serat yang agak tinggi iaitu daripada lapan ke 13 peratus yang menjadi sukar untuk dicerna oleh sistem penghadaman ayam.
Bagaimanapun, kajian terus giat dilaksanakan oleh MARDI dengan sebuah syarikat swasta yang lain melalui penggunaan teknologi mikrob dan juga teknologi bioteknologi supaya kandungan nutriennya dapat dikurangkan— kandungan ini dapat ditingkatkan lagi. Kita seharusnya– kandungan peratus nutrien ini yang diperlukan oleh ayam dapat dihasilkan seperti yang kita harapkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Kulim.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Rasah.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Assalamualaikum. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya ialah konflik Rusia-Ukraine memberi kesan langsung kepada negara kita. Ini kerana Rusia merupakan pengeksport baja terbesar dunia dan kita beli baja dari Rusia hampir 700 juta setahun. Dari Belarus 150 juta. Sejak konflik ini berlaku harga urea naik sehingga 40 peratus. Harga baja DAP. Ada baja DAP ya. Baja diammonium phosphate naik 15 peratus. Akibatnya, purata harga baja di negara kita ini dah naik average 50 peratus. Ini bagi kesan kepada 700,000 pekebun kecil dan lebih 200,000 penanam padi.
Soalan saya, kalau itu kenyataan masalahnya dan itu sedang dirasai di bawah oleh pekebun kecil dan penanam padi. Apakah langkah penyelesaian segera kementerian untuk melegakan keadaan ini? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Terima kasih sahabat saya. Untuk makluman Yang Berhormat, pada ketika ini soalan asal kita adalah berhubung dengan kita membincangkan tentang bahan mentah untuk makanan ayam iaitu jagung dan juga soya bean. Apa pun ia ada hubung kait dengan pertanian. Memang kita sangat bergantung pada barangan-barangan ataupun bahan mentah dari luar negara yang ketika ini kenaikannya cukup ketara sekali. Seperti jagung, kenaikan ia sebanyak 110 peratus.
Begitu juga soya, sebanyak 87 peratus dari tahun 2020 berbanding dengan sekarang ini.
Jadi, kenaikan ini yang telah menyebabkan satu bebanan yang ketara yang ditanggung oleh penternak-penternak. Hasil daripada kenaikan tersebut harganya ditanggung oleh pengguna. Maka, sekarang pada ketika ini kerajaan telah mengambil beberapa langkah proaktif melalui DVS ataupun veterinar dengan kerjasama MARDI dan kita juga ada kolaborasi dengan syarikat-syarikat luar dengan juga MPOB dan juga syarikat-syarikat perladangan yang lain untuk memastikan supaya penemuan kita untuk mendapatkan satu makanan yang berkhasiat kepada ternakan ayam kita. Pada ketika ini, permintaan cukup tinggi. Kita tidak sangka. Selepas sahaja pembukaan ekonomi, selepas PKP permintaan tiba-tiba meningkat.
Jadi, kita terpaksalah mempertingkatkan usaha kita membantu penternak- penternak dengan menyediakan berbagai-bagai insentif dan dalam yang sama kita hendak cari apakah sumber-sumber alternatif yang kita boleh dapat pastikan menggantikan bahan-bahan mentah ataupun makanan dari luar negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Boleh saya satu soalan?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Rasah.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
...Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk soalan tambahan. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ketika menjawab soalan asal. Berkenaan dengan langkah-langkah jangka panjang khasnya untuk menjadikan dedak padi dan juga sisa sawit sebagai sumber
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
makanan utama untuk ayam. Saya menyambut baik usaha tersebut. Cuma, saya hendak mohon ataupun tanya kepada kementerian sama ada dengan apa yang berlaku di Ukraine–Rusia ini boleh tidak kita membuat satu planning atau satu perancangan supaya pada masa akan datang mungkin tiga tahun ataupun empat tahun dari sekarang keseluruhan makanan untuk ayam itu local made. Semuanya produk tempatan. Kita tidak bergantung pada senario di dunia. Orang hendak perang kah apa, dia punya fasal lah.
Janji kita ada.
Oleh sebab, sumber ini kita ada. Dengan cuaca yang kita ada dan kita tahu sumber itu ada. Jadi, kita cuma buat pemprosesan yang memastikan supaya makanan untuk ayam itu 100 percent produk Malaysia. Minta jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Apa yang saya sebut tadi, bahkan MAFI pada ketika ini bukan sahaja giat menjalankan berbagai-bagai penyelidikan bahkan telah berjaya menghasilkan makanan ternakan seperti ayam ataupun unggas yang telah dihasilkan oleh pihak MARDI.
Akan tetapi, kita masih lagi menjalankan kajian supaya kita dapat menambah baik seperti yang saya sebutkan tadi kita hendak imbangkan kandungan nutrien supaya makanan yang kita bagi ini betul-betul berkhasiat kepada ayam-ayam yang kita bela.
Yang Berhormat ada sebut tadi tentang apakah langkah-langkah jangka panjang yang kita buat. Maknanya sekarang selain daripada kajian atau yang telah kita jalankan mengurangkan kebergantungan makanan asing ataupun sumber daripada luar bahkan kita sekarang mahu mengurangkan lagi kebergantungan kita terutama pada jagung dengan penanam jagung sekarang secara besar-besaran. Kita punya unjuran menjelang tahun 2033 kita mempunyai sebanyak 80,000 hektar tanaman jagung. Iaitu kita tidak lagi bergantung pada sumber daripada luar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Majlis mempersilakan Yang Berhormat Lumut.
6. Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Lumut] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan senarai jumlah pengambilan calon pasca siswazah (sarjana dan doktor falsafah) mengikut tahun bagi universiti awam dari tahun 2018-2022.
Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Lumut atas soalan yang telah dikemukakan.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan sistem MyMoheS yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi secara keseluruhannya bilangan kemasukan pelajar ke universiti awam pada 2021 adalah seramai 181,901 pelajar. Meningkat sebanyak 2.4 peratus berbanding tahun 2020. Manakala, bilangan kemasukan pelajar ke universiti awam bagi pelajar pascasiswazah di peringkat doktor falsafah dari tahun 2018 hingga 2022 menunjukkan peningkatan setiap tahun. Pada tahun 2018, seramai 6,855 pelajar menyambung pengajian dalam bidang doktor falsafah. Pada tahun 2019 terdapat peningkatan sebanyak 6.3 peratus pelajar menyambung pengajian dalam bidang doktor falsafah berbanding tahun 2018.
Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Manakala pada tahun 2020 meningkat sebanyak 7.5 peratus berbanding tahun 2019. Pada tahun 2021, terdapat peningkatan sebanyak 44 peratus berbanding tahun 2020. Manakala bilangan kemasukan pelajar ke universiti awam bagi pelajar pascasiswazah di peringkat sarjana pada tahun 2018 adalah seramai 20,081 orang pelajar. Manakala bagi tahun 2019, seramai 20,108 orang pelajar. Pada tahun 2020, terdapat penurunan sebanyak 9.7 peratus berbanding tahun 2019 iaitu seramai 18,162 orang pelajar. Namun demikian, pada tahun 2021 terdapat peningkatan sebanyak 16.9 peratus iaitu seramai 21,235 orang pelajar berbanding tahun 2020.
Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Secara keseluruhannya, kemasukan pelajar bagi kedua-dua peringkat pascasiswazah ini menunjukkan peningkatan pada tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya dengan pelajar sarjana dan doktor falsafah masing-masing meningkat sebanyak 16.9 peratus dan 44 peratus. Terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Lumut.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
[Bangun]
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas maklumat ini. Soalan ini dibangkitkan dalam keadaan ada maklumat bahawa pada tahun lepas jumlah graduan pascasiswazah PhD terutamanya, beratus-ratus keluar daripada universiti kita. Jadi, ini menimbulkan persoalan sama ada kita sudah sampai ke tahap sedemikian, ataupun kita memang mendapat permohonan yang banyak.
Soalan saya adakah jumlah pelajar pascasiswazah itu berbanding dengan jumlah penyelia-penyelia atau pensyarah-pensyarah mereka berpadanan dengan syarat-syarat sebuah universiti dari sudut kualiti untuk melahirkan pelajar-pelajar pascasiswazah ini?
Begitu juga – adakah jumlah ini pelajar dalam negara ataupun pelajar luar negara? Kalau berbeza, apakah peratusan kedua-duanya? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih DI atas keprihatinan Yang Berhormat Lumut. Sebenarnya kalau daripada aspek jaminan kualiti, MQA memang menjalankan penilaian akreditasi berdasarkan Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA) di bawah bidang penilaian staf akademik. PPT memang bertanggungjawab untuk memastikan standard yang telah ditetapkan. Berkaitan dengan nisbah pula – tadi Yang Berhormat secara tidak langsungnya bertanya mengenai nisbah. Nisbah staf akademik dan pelajar setiap tahun sudah semestinya perlu sesuai dengan kaedah-kaedah PdP.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Mengenai nisbah juga Yang Berhormat, MQA telah keluarkan satu Garis Panduan Beban Staf Akademik sebagai rujukan dan panduan bagi memudahkan dalam urusan penyelarasan beban staf akademik.
Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Saya hendak maklumkan bahawa bagi program pascasiswazah mod kerja kursus, sebagai contohnya dalam sains sosial, nisbah pensyarah kepada pelajar untuk peringkat sarjana adalah 1:20, dan peringkat kedoktoran pula adalah 1:12. Manakala bagi program pascasiswazah mod penyelidikan, sebagai contohnya dalam bidang – saya akan berikan secara detailed kepada Yang Berhormat, tetapi saya hendak maklumkan secara – sebagai contoh bagi bidang perniagaan dan pendidikan pula nisbahnya adalah 1:10 dan bidang pengkomputeran, seni reka dan kreatif multimedia pula nisbahnya adalah 1:7.
Nisbah ini terguna pakai untuk pelajar pascasiswazah dari dalam dan luar negara.
Untuk – berdasarkan sistem MyMoheS juga, jumlah pelajar yang sedang mengikuti pengajian universiti awam berjumlah 589 ribu lebihlah, di mana 6.6 peratus adalah pelajar bukan warganegara, Yang Berhormat. Dari segi pengambilan peringkat pengajian pula, pelajar pascasiswazah di universiti awam bagi warganegara adalah seramai 72,173 orang manakala bukan warganegara pula seramai 27,309 orang. Dari segi nisbah-nisbah itu, saya akan bagi maklumat kepada Yang Berhormat secara bertulis. Terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Dipersilakan Yang Berhormat Parit.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri atas usaha-usaha berterusan untuk kita melahirkan khususnya golongan untuk – mereka dari segi sarjana dan juga PhD.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah perancangan dan strategi kementerian dalam mempertingkatkan program penajaan bagi menggalakkan
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
lebih ramai anak-anak muda bagi melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan juga PhD? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Parit, saya ucapkan atas soalan yang dikemukakan. Sasaran daripada KPT adalah apabila menjelang 2025, KPT menyasarkan enrolmen pelajar sarjana dan juga PhD ini sebanyak lapan peratus daripada populasi pelajar aktif yang berusia 88 hingga 22 tahun. Ini berasaskan standard antarabangsa, Yang Berhormat. Perkara ini adalah selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Sehingga tahun 2021 iaitu sehingga tahun lepas, pencapaiannya adalah sebanyak 5.1 peratus, masih lagi belum mencapai sasarannya. Oleh sebab itulah kementerian membuat pelbagai inisiatif dan usaha untuk meningkat enrolmen pelajar dengan memberi galakan kepada masyarakat untuk menyambung pelajaran mereka melalui secara part-time atau full-time mahupun secara – mekanisme laluan yang kita permudahkan melalui APEL.A, APEL.Q dan – APEL.Q-lah terutamanya. Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) dan Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) dan juga MyBrain ini adalah antara usaha yang digunakan untuk membantu sebagai sebahagian daripada biasiswa untuk membantu pelajar-pelajar untuk menyambung pelajaran mereka. Terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Dipersilakan, Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Sebelum saya meneruskan, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia, terutamanya di P.175 Papar.
Soalan saya, dalam perancangan kerajaan untuk memperkasakan modal insan yang berpelajaran dan berwawasan untuk maju ke hadapan, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan kolej komuniti yang sudah ada bangunannya tetapi disewa. Adakah kerajaan berhajat untuk membina sebuah bangunan khas untuk kolej komuniti di Papar? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, soalannya agak lari daripada soalan asal. Akan tetapi untuk makluman ada sedikit info yang saya akan maklumkan di dalam Dewan ini.
Sebenarnya, projek Kolej Komuniti Papar itu sudah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 Yang Berhormat, dalam Rolling Plan Kedua tahun 2017. Untuk makluman Yang Berhormat, betul tadi Yang Berhormat maklumkan bahawa mengenai perolehan bangunan empat tingkat dengan keluasan 43,000 kaki persegi lebih kurang, dan lokasinya adalah di Sri Alam Perdana Commercial Centre, Kampung Takis, Papar. Ia sudah pun selesai dan sedang dalam perolehan ubah suai bangunan tersebut, Yang Berhormat.
Saya telah membuat lawatan itu seperti yang saya maklumkan juga kepada Yang Berhormat dan dihadiri oleh Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan JKR. JKR memberi komitmen melalui proses ubah suai ini dijangka akan siap pada tahun 2024, Yang Berhormat.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih, terima kasih.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih. Terima kasih banyak, Yang Berhormat.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Papar, soalan anda sudah lari daripada apa yang patut skop dijawab tetapi walau bagaimanapun Yang Berhormat Menteri berbudi bicara menjawab. Sila ambil maklum.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Berikutannya, soalan seterusnya Majlis mempersilakan Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof, Yang Berhormat Alor Gajah.
7. Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof [Alor Gajah] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk menawarkan kadar cukai korporat yang lebih rendah bagi menarik lebih banyak pelaburan asing.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah.
Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk menurunkan kadar cukai korporat bagi menarik lebih banyak pelaburan asing. Berhubung perkembangan kadar cukai korporat di Malaysia, kerajaan telah menurunkan kadar cukai sebanyak satu mata peratusan— daripada 25 peratus kepada 24 peratus pada tahun taksiran 2016.
Untuk makluman Yang Berhormat, bagi syarikat yang lebih kecil modal berbayar RM2.5 juta dan ke bawah, kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan bercukai RM500,000 yang pertama diturunkan daripada 18 peratus kepada 17 peratus mulai tahun taksiran 2019. Manakala untuk tahun taksiran 2020 dan seterusnya, kerajaan telah menambah baik syarat sedia ada di mana syarikat yang berpendapatan kasar RM50 juta juga dapat menikmati kadar cukai korporat khas tersebut. Selain itu, pendapatan bercukai yang dikenakan pada kadar 17 peratus juga dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM600,000 yang pertama.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan mendapati cadangan untuk menurunkan kadar cukai korporat pada masa ini sudah pasti akan memberikan implikasi secara langsung kepada hasil kutipan kerajaan yang sedia terkesan akibat pandemik COVID-19. Walaupun kadar cukai korporat pada 24 peratus, namun cukai dibayar berdasarkan kadar cukai efektif dengan izin effective tax rate yang mana lebih rendah berikutan insentif yang diberikan dan ia menjadikan Malaysia lebih masih kompetitif dan setanding dengan negara serantau.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan akan secara berterusan meneliti pandangan dan cadangan untuk menstrukturkan sistem percukaian yang seimbang, adil dan saksama dan dapat menyokong serta memantapkan lagi penjanaan pendapatan negara, di samping inisiatif berterusan untuk menarik pelaburan asing ke Malaysia.
Kerajaan juga Yang Berhormat, sentiasa memberi perhatian ke atas pengumuman perubahan layanan percukaian oleh negara-negara serantau termasuk penglibatan secara aktif di peringkat antarabangsa bagi memastikan Malaysia kekal berdaya saing.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Alor Gajah, soalan tambahan pertama.
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cumanya saya hendak mengambil maklum balsa daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan. Apa sahaja perbincangan untuk menarik pelaburan asing?
Adakah pendekatan lebih kita bawa kepada memberi insentif menuju kepada ESG dan juga GSG? Kalau kita lihat hari ini ramai pelabur luar mahupun di dalam negara mahu melabur di projek-projek yang membawa kaedah environmental, social dan governance dan juga the green house carbon effect. Terima kasih. Adakah insentif sedang diperhalusi? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah. Itu sememangnya Yang Berhormat Kementerian Kewangan amat progresif dan dinamik dalam melihat sistem percukaian negara. Seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat, ESG dan SDG itu juga diambil kira dalam kita membuat langkah-langkah
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
pembaharuan cukai yang akan kita laksanakan dalam masa yang terdekat. Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Tuan Yang di-Pertua, boleh?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan terhadap soalan asal daripada Yang Berhormat Alor Gajah tadi. Memang pendirian kerajaan saya rasa kekal pada 24 peratus. Cuma saya harap— sebab untuk tahun taksiran 2022 ini ia merujuk kepada pendapatan syarikat, pendapatan korporat pada tahun lepas. Tahun lepas kita sedia maklum, negara kita ada PKP dan sebagainya. Memang kesan pandemik sangat teruk. Kita percaya tahun ini mungkin lebih elok sebab kita di fasa peralihan endemik.
Cuma saya hendak tanya boleh tak kalau kekalkan 24 percent yang diumumkan Yang Berhormat Timbalan Menteri, rebat itu kita tambahkan rebat. Ada tak dari segi kemungkinan untuk tambahkan rebat supaya cukai yang dibayar itu boleh dikurangkan untuk membantu syarikat khasnya IKS supaya mengharungi tempoh yang sukar, yang sama-sama kita untuk— kita tidak mahu ada orang bankrap. Kita tak mahu ada orang gulung tikar. Kita hendak kalau syarikat kecil itu, biar dia melalui tempoh ini bersama.
Sebab kita tak mahu mereka dibebani dengan pelbagai cukai ataupun cukai yang terlalu tinggi.
Jadi mohon penjelasan ataupun huraian daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Yang Berhormat Rasah.
Yang Berhormat, sememangnya sistem percukaian negara kita adalah adil. Kita hanya cukaikan kepada keuntungan— sekiranya syarikat itu membuat keuntungan, sudah pasti mereka akan dicukai bagi tahun taksiran yang berikutnya. Akan tetapi apa Yang Berhormat sebutkan tadi adalah berkaitan adakah kerajaan mengambil kira tentang kesan daripada pandemik dan kesan keuntungan kepada syarikat. Itu sebabnya saya memberitahu kepada Yang Berhormat, sekiranya kita menurunkan satu mata peratusan, 24 kepada 23, kehilangan hasil negara adalah berjumlah RM3.3 bilion bagi penurunan satu mata peratusan.
Akan tetapi walaupun kita meletakkan cukai korporat itu 24 peratus Yang Berhormat, kita mengutip atau berdasarkan kepada effective tax rate (ETR) atau dipanggil kadar cukai efektif iaitu 17 peratus kerana sepatutnya mereka 24 peratus tetapi insentif- insentif yang kita umumkan dalam langkah-langkah pakej rangsangan ekonomi dan langkah-langkah belanjawan, sebenarnya purata syarikat-syarikat korporat yang di Malaysia ini hanya membayar pada kadar purata 17 peratus. Itu kita ada kehilangan hampir RM22 bilion kerana memberi insentif kepada syarikat-syarikat. Walaupun RM22 bilion itu cukup besar tetapi demi memastikan syarikat-syarikat ini dapat kita perkasakan dalam tempoh-tempoh mendatang, sudah pasti kerajaan akan lakukan kerana kerajaan amat prihatin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Tuan Yang di-Pertua, boleh satu soalan? Ringkas.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Sebelah kanan? Jika tidak ada, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Sebentar giliran sebelah kanan. Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih. Jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan. Soalan saya adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri setuju kadar cukai bukan adalah satu kaedah yang buat ekonomi kita merosot tetapi adalah birokrasi yang buat pelabur-pelabur asing kecewa dengan negara
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
kita kerana masa mereka berurusan untuk melabur di sini tetapi mengambil masa panjang sebelum mereka boleh beroperasi dan buat mereka kecewa. Bukan kadar cukai yang mengecewakan mereka. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat bercakap tentang daripada segi pentadbiran.
Sekiranya Yang Berhormat ada kes-kes yang terpencil atau kes-kes khusus yang berkaitan seperti mana Yang Berhormat nyatakan tadi, sudah pasti Yang Berhormat bercakap ada asasnya. Yang Berhormat boleh salurkan kepada saya, saya akan minta...
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Okey saya akan sampaikan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Yang bahagian cukai Kementerian Kewangan akan menyiasat dan meneliti sebarang keluh resah Yang Berhormat bangkitkan.
Cumanya izinkan saya sedikit tambah untuk Yang Berhormat Rasah. Untuk PMKS kita tidak kenakan pada kadar 24 peratus. Seperti mana jawapan asal saya, kita kenakan pada 17 peratus dan kita kurangkan kepada 16 peratus. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Soalan berikut adalah soalan terakhir bagi sesi ini. Dipersilakan Yang Berhormat Puan June Leow Hsiad Hui, Yang Berhormat Hulu Selangor.
8. Puan June Leow Hsiad Hui [Hulu Selangor] minta Menteri Pengangkutan menyatakan hala tuju kementerian dalam memacu perkembangan dan pembangunan industri logistik di Malaysia yang secara tidak langsung bersangkutan dengan kecekapan sistem pengangkutan di negara ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Dato’ Henry Sum Agong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Hulu Selangor yang menanyakan soalan.
Tuan Yang di-Pertua, berpandukan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe- 12) dan Dasar Pengangkutan Negara (DPN), Kementerian Pengangkutan amat komited dalam memastikan perancangan untuk menjadikan Malaysia sebagai dengan izin, the preferred logistics gateway to Asia. Dalam melaksanakan matlamat tersebut, Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan (LNTF) dan empat Kumpulan Kerja Kluster (CWG) telah ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan inisiatif yang menyokong pembangunan sektor logistik negara.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Dato’ Henry Sum Agong
Objektif utama penubuhan NLTF adalah untuk memastikan seamless movement of goods through better connectivity. Ini adalah seiring dengan kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat iaitu kecekapan sistem pengangkutan juga penting dalam memacu perkembangan dan pembangunan sektor logistik. Di antara inisiatif yang dijalankan adalah seperti projek East Coast Rail Link (ECRL).
Sekian, terima kasih.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita sedia maklum kepesatan industri logistik di Port Klang pasti akan berlaku di Hulu Selangor berikutan projek ECRL seperti tadi yang dimaklumkan, berikutan dengan projek ECRL yang melibatkan Serendah Bypass. ECRL menyasarkan 70 peratus penggunaan adalah dalam pembangunan industri logistik iaitu kargo.
Soalan dari Hulu Selangor, adakah pihak Kementerian Pengangkutan dapat mengesahkan kerajaan untuk menaiktarafkan sistem jalan raya yang berkaitan seiring dengan pembangunan ECRL khususnya di Hulu Selangor? Sebagai contoh, jalan FT.01 di Hulu Selangor agak kesesakan jalan raya supaya dapat diatasi pada masa akan datang
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
serta tidak membebankan pengguna jalan raya yang sedia ada dan juga daripada isu keselamatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Henry Sum Agong
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat. Soalan agak terkeluar daripada soalan asal.
Walau bagaimanapun, mengenai status projek ECRL yang sedang giat dilaksanakan, Kementerian Pengangkutan amat komited untuk memastikan projek ECRL ini dilaksanakan mengikut jadual iaitu pada akhir tahun 2026 dan perkhidmatannya dapat disediakan kepada segenap lapisan masyarakat secepat mungkin. Komitmen ini dibuktikan apabila sehingga Februari 2020, pembinaan keseluruhan projek ini telah mencapai kemajuan sebenar sebanyak 27.82 peratus berbanding jadual sebanyak 33.7 peratus iaitu sedikit sahaja lewat daripada jadual. Sekian, terima kasih.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya berhubung dengan pergerakan rel barangan yang mana buat masa ini hanya menggunakan 30 peratus daripada kapasiti landasan rel dan kurang daripada lima peratus kargo darat diangkut menggunakan kereta api.
Sebagaimana yang kita faham, di peringkat global, penghantaran barangan yang berbahaya menggunakan rel telah diiktiraf sebagai satu kaedah yang paling selamat dalam memindahkan barangan berasaskan kimia dalam kuantiti yang besar untuk jarak yang jauh.
Jadi, soalan saya ialah apakah usaha kerajaan bagi meningkatkan kualiti rel ke pelabuhan dan dalam kawasan pelabuhan bagi melancarkan lagi pergerakan barangan- barangan industri dalam negara kita? Terima kasih.
Dato’ Henry Sum Agong
Tuan Yang di-Pertua, dalam jawapan asal saya tadi, dikatakan pihak kementerian mewujudkan empat kluster CWG bertujuan untuk meningkatkan atau memperbaiki apa yang kita rasakan kurang sekarang.
Mengenai kluster CWG yang pertama iaitu mengenai rangka kerja institusi dan peraturan, skop jawatankuasa ini menyelaras proses mengkaji dan menambah baik peruntukan undang-undang atau prosedur kerangka institusi yang sedia ada untuk memacu pertumbuhan industri logistik.
Sementara CWG kedua, skop jawatankuasa ini ialah memperkemas proses dan prosedur yang berkaitan pelesenan dan fret perdagangan dan mempertingkatkan keefisienan proses import dan eksport agar pergerakan barang masuk dan keluar dari Malaysia berjalan dengan lancar.
Sementara CWG yang ketiga, skop jawatankuasa ini meliputi pelaksanaan inisiatif untuk menyelesaikan isu debottlenecking, mewujudkan consolidation centers sebagai hab logistik dan menyediakan platform bagi perkongsian data fret sebagai pemacu pembangunan logistik berasaskan data.
CWG yang keempat, skop jawatankuasa ini adalah menyelaras inisiatif pembangunan sumber manusia dan inovasi dengan mengambil kira keperluan industri logistik.
Sekian, terima kasih.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ini soalan tambahan yang terakhir sesi ini.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar. Papar hendak menutup.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita― relevan ini kepada rakyat sebab sekarang keadaan kenaikan harga barang yang di luar kawalan. Jadi, apakah langkah yang telah diambil oleh kementerian yang terkait dengan isu logistik yang menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga barang yang luar kawalan? Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar boleh menutup tidak?
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Saya benarkan hanya tiga. Yang Berhormat Papar pun sudah dapat tadi ruang.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Boleh? Boleh?
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Henry Sum Agong
Tuan Yang di-Pertua, untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku iaitu mengenai kos pengangkutan, ia senantiasa dipacu oleh permintaan pasaran ataupun market driven. Atas sebab yang sama, kerajaan tidak menetapkan sebarang kawalan kepada kos pengangkutan.
Walau bagaimanapun, semakan kementerian mendapati secara umumnya tidak terdapat peningkatan kos pengangkutan darat dan udara yang ketara. Kos pengangkutan air dan udara berada di kadar yang sama disebabkan pada ketika ini sektor pengangkutan sedang melalui fasa pemulihan ekonomi dan kebanyakan pengusaha sedang bersaing untuk kekal di dalam industri. Kedua, sektor logistik menerima impak yang kecil ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memandangkan ia dikira sebagai essential services ketika ini. Sekian, terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Untuk makluman Dewan, soalan hanya dibenarkan tiga mengikut Peraturan Mesyuarat 24(3).
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Sekian, terima kasih.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan
Yang di-Pertua
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2022, Rang Undang-undang Syarikat Labuan
(Pindaan) 2022, Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan (Pindaan) 2022 di Nombor 1 hingga 4 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.”
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia [Datuk Haji Awang bin Hashim]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia [Datuk Haji Awang bin Hashim]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia [Datuk Haji Awang bin Hashim]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang bernama suatu Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022 dibacakan kali kedua sekarang.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Ada sesiapa menyokong?
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang yang akan saya bentangkan adalah Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2022. Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 ini bertujuan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengecualikan pendaftaran pemilih secara automatik kepada Raja-raja pemerintah dan pasangan, Yang di-Pertua Negeri dan pasangan, bakal Raja, waris ganti dan waris lain Raja dan pasangan dan mana-mana orang lain.
Sebelum Rang Undang-undang ini dibentangkan, cadangan pindaan ini lebih dahulu telah disetujui bersama antara semua kerajaan negeri. Cadangan pindaan ini juga telah dipersetujui di peringkat Jemaah Menteri pada 4 Mac 2022 dan juga telah dibentangkan dan dimuktamadkan dalam Majlis Raja-raja pada 8 hingga 12 Mac 2022.
Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Peguam Negara mencadangkan agar pindaan RUU sahaja dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Majlis Raja-raja dan Parlimen.
Senarai pengecualian setiap negeri akan dibawa melalui suatu perintah yang akan diwartakan kemudian selepas mendapat persetujuan Majlis Raja-raja. Rang Undang- undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 yang digubal bertujuan untuk meminda Perlembagaan melalui penambahan Perkara baharu 119A selepas Perkara 119.
Tuan Yang di-Pertua, Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan pada 4 September 2021 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan atas Rang Undang-undang (Pindaan) 2019 iaitu ia seterusnya telah diwartakan sebagai Akta Perlembagaan Pindaan (2019) Akta A1603 pada 10 September 2019 dan pindaan kepada Perkara 47 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan telah dikuatkuasakan pada 11 September 2019. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Yang Agong juga telah berkenan untuk menguatkuasakan pindaan kepada Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan pelaksanaan kelayakan umur mengundi 18 tahun dan perantaraan pemilih secara automatik pada 15 Disember 2021.
Seterusnya Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) Pindaan 2021 dan Peraturan-peraturan Pilihan Raya, Perjalanan Pilihan Raya Pindaan 2021 telah diwartakan pada 30 November 2021 dan telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 8 Disember 2021 bagi membolehkan prosedur baharu pendaftaran pemilih dilaksanakan bermula 15 Disember 2021.
Penambahan Perkara baharu 119A Perlembagaan Persekutuan lanjutan daripada pelaksanaan kelayakan umur mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik. Setiap warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas yang memenuhi syarat kelayakan akan didaftar secara automatik tanpa sebarang pengecualian. Perkara ini turut merangkumi Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu dan pasangan, pewaris dan pasangan serta Yang di-Pertua Negeri dan pasangan. Perkara ini telah menimbulkan persoalan mengenai keperluan pengecualian untuk Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu dan pasangan, pewaris pasangan serta Yang di-Pertua Negeri dan pasangan daripada data sebagai pemilih secara automatik supaya kekal berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti. Maknanya above politik Tuan Yang di- Pertua. Maka maksud pengecualian tersebut satu pindaan kepada Perlembagaan perlu dilaksanakan dan perkara ini telah dimaklumkan kepada Jemaah Menteri pada 12 November 2021.
Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan beberapa siri sesi libat urus dengan pelbagai pihak seperti berikut:
(i) surat permohonan maklumat tambahan berkaitan cadangan pengecualian pelaksanaan pengundian 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik melibat Raja-raja Melayu dan telah dikemukakan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang berkaitan untuk mendapatkan pandangan perundangan setiap negeri pada 8 November 2021; dan
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
(ii) mesyuarat penyelarasan cadangan pindaan dan penggubalan perundangan subsidiari berhubung dengan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan bersama menyimpan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, wakil semua kerajaan negeri, wakil Suruhanjaya Pilihan raya, wakil bahagian Kabinet, Perlembagaan dan hubungan antara kerajaan serta wakil Jabatan Peguam Negara pada 26 Januari 2022.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Pada dasarnya semua kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan pindaan ini dan telah mengemukakan input masing-masing. Oleh yang demikian, pindaan RUU dicadangkan melalui perkara baharu 119A adalah seperti berikut, iaitu ketidakpakaian Perkara 119 kepada Raja-raja yang lain-lain melalui Perintah 119A yang berbunyi; “Walaupun Perkara 119, Yang di-Pertuan Agong boleh dengan persetujuan Majlis Raja- Raja melalui perintah yang disiar dalam Warta menetapkan suatu pengecualian kepada mana-mana Raja dan Isterinya, mana-mana Yang di-Pertuan Negeri dan Isterinya, mana- mana bakal raja, pewaris ganti dan waris lain raja dan isteri mereka dan mana-mana orang lain daripada pemakaian Perkara 119 dan apa-apa undang-undang berkaitan dengan pendaftaran pemilih”. Secara dasarnya, pengecualian pendaftaran pemilih secara automatik kepada Raja, pemerintah dan pasangan, Yang di-Pertuan Negeri dan pasangan, bakal raja, pewaris ganti raja dan pasangan dan mana-mana orang lain adalah perlu bagi memastikan terdapat proses semak dan imbang dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Perkara ini juga selaras dengan keistimewaan dan kewibawaan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kedudukan Yang di-Pertua Tuan Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri seperti yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan ataupun Undang-undang Tubuh Negeri. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Lagi sekali Majlis bertanya ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Ahli-ahli Yang Berhormat, Masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas.
Majlis telah menetapkan senarai perbahasan selama lima minit mengikut senarai berikut; Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Kuala Selangor. Perbahasan dimulakan.
Dipersilakan Yang Berhormat Seremban, lima minit.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu Tuan Yang di-Pertua, ini merupakan ucapan sulung saya sebagai Setiausaha Agung DAP, kalau boleh tambah masa sedikit.
[Tepuk] Kalau boleh ikut budi bicara, tambah lima minit lagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertamanya, saya hendak mengatakan dengan tepat dan tanpa apa-apa syarat bahawa pihak kita daripada parti saya dan juga Pakatan Harapan, kita menyokong penuh pindaan Perlembagaan ini kerana ini merupakan satu daripada perkara yang telah pun kita persetujui dan saya sahkan bahawa ada rundingan antara pihak Yang Berhormat Santubong dengan pihak kita.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Ini adalah sebahagian daripada agenda Undi 18 iaitu kita meletakkan pendaftaran automatik tetapi perlu diberikan pengecualian kepada Yang di-Pertuan Agong dan juga kepada Raja-raja selari dengan prinsip sistem Raja Berperlembagaan dan kita mahu supaya Agong dan Raja-raja above politics. Itu prinsip yang mesti kita guna pakai dan juga tidak baik dan tidak elok kalau nama dan juga nombor kad pengenalan, butir-butir Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja dipaparkan secara umum kepada orang ramai. Itu pertama.
Kedua, saya hendak mengatakan bahawa ini juga selari dengan apa yang kita persetujui dalam MoU antara Pakatan Harapan dengan Kerajaan Persekutuan. Saya hendak menggunakan perbahasan pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, untuk menyentuh sedikit berkenaan dengan MoU kita antara Pakatan Harapan dengan kerajaan. Ini jelas menunjukkan bahawa walaupun kita ada MoU antara PH dengan kerajaan, tidak bermaksud bahawa kita menyokong semua ataupun kita membangkang semua. Ada perkara yang kita persetujui bersama, kita sokong. Ada perkara yang kita tak bersetuju, kita membangkang kerana itu adalah hak kita sebagai pembangkang, sebagai Ahli-ahli Dewan Rakyat.
Itu ditunjukkan melalui usul SOSMA semalam yang di mana konsistennya kita tidak bersetuju secara dasar berkenaan dengan SOSMA tersebut.
[Tepuk] Itu sebabnya kita menolak usul semalam untuk melanjutkan satu peruntukan untuk akta SOSMA ditahan selama 28 hari tanpa dibawa ke mahkamah. Itu prinsip yang kita telah pertahankan, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga hendak memperbetulkan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ketereh semalam dalam Facebook.
Yang Berhormat Ketereh mengatakan bahawa kita telah membatalkan MoU kerana kita tolak usul tersebut. Dia menggunakan peruntukan 3.3(b) MoU kita yang berbunyi; “Tertakluk kepada penunaian dan pelaksanaan transformasi di dalam Memorandum Persefahaman ini, Pakatan Harapan mengambil pendirian menyokong atau berkecuali dalam proses meluluskan apa-apa usul kerajaan atau rang undang-undang”. Dia berhenti kat sana tetapi ayat dalam MoU itu ada lagi sambungan dia yang berbunyi, “Rang undang-undang lain yang kegagalan meluluskannya merupakan suatu bentuk ketidakpercayaan atau tiada keyakinan kepada kerajaan selepas proses penggubalan rang undang-undang tersebut dirunding dan dipersetujui secara bersama pada dasarnya”. Usul SOSMA itu tidak dirunding bersama dengan kita. Kita tidak bersetuju dengan usul SOSMA tetapi adakah bermaksud usul SOSMA itu ditolak maka Yang Amat Berhormat Bera hilang kepercayaan? Jawabnya tidak kerana obligasi kita ialah meluluskan Belanjawan 2022 yang kita telah tidak panggil belah bahagian sepanjang perbahasan Belanjawan pada tahun lepas. Kalau sekarang siapa-siapa yang mempertikaikan, ada persoalan bahawa Yang Berhormat Bera sudah hilang kepercayaan, bawalah satu usul kepercayaan ke Dewan Rakyat ini, kita akan berkecuali dan pastikan usul kepercayaan itu diluluskan.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Yang Berhormat Seremban.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Jadi usul soal kepercayaan itu tidak timbul sama sekali.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, semalam sebenarnya satu kemenangan kepada Parlimen menunjukkan bahawa bukan semua usul yang dibawa oleh Eksekutif boleh diluluskan. Parlimen bukannya rubber stamp [Tepuk] , itu pertama.
Keduanya, semalam sebenarnya saya tak expect bahawa kerajaan akan gagal dalam usul tersebut ataupun kalah dalam usul tersebut sebab kerajaan tidak hilang majoriti. Pihak bawah kerajaan ada 114 ataupun 115 Ahli Parlimen, yang hadir semalam di pihak bawah kerajaan adalah 84 orang sahaja. Kita ada 86 orang. Ada 30 orang yang tak hadir. Jadi yang gagalkan usul itu, jangan salahkan kita. Yang gagalkan usul semalam itu ada 30 Ahli Parlimen di bawah kerajaan yang tak hadir termasuk Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Bagan Datuk, Yang Berhormat Pontian dan sebagainya.
Yang hadir saya nampak Yang Berhormat Padang Rengas, semalam pertahankan kerajaan. Yang hadir, Yang Berhormat Jempol. Okey, saya bagi laluan kepada Yang Berhormat Jempol. Dah bangun dah.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Terima kasih Yang Berhormat Seremban.
Saya mendengar penjelasan Yang Berhormat Seremban sebentar tadi mengenai 3.3(b) bahawa MoU yang digariskan bahawa boleh kita mengambil kira pendirian menyokong ataupun berkecuali. Kenapa keadaan ini, Yang Berhormat Seremban tidak pilih untuk bersetuju dengan pindaan? Jadi seolah-olah rakyat di luar sana mahukan pilihan raya itu dipercepatkan. Apakah pandangan Yang Berhormat Seremban?
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Yang Berhormat Jempol ini orang kanan kepada Yang Amat Berhormat Bera. Saya tahu sebab apabila Yang Amat Berhormat Bera menjadi Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri, tempat pertama dia lawat ialah dekat kawasan Jempol, dekat Bahau [Tepuk] . Itu saya tahulah orang kanan kepada Yang Amat Berhormat Bera, nak mempertahankan Yang Amat Berhormat Bera.
Yang Berhormat Jempol, perkara ini saya dah nyatakan. Ia tidak dirunding bersama dengan kita, tidak ada rundingan berkenaan dengan SOSMA. Baru semalam kita tahu bahawa ada satu usul nak melanjutkan peruntukan tersebut dalam akta SOSMA.
Satu perkara lagi, apabila kita menolak usul itu, tidak bermaksud akta SOSMA itu sudah tidak ada. SOSMA itu tidak dimansuhkan.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
SOSMA itu masih ada. Cuma peruntukan untuk menggunakan 28 hari untuk menahan seseorang itu tidak dapat dilanjutkan selepas 31 Julai melalui usul tersebut.
Jadi, perkara itu tidak menggugat kerajaan. Saya tengok sekarang ini heboh satu Malaysia, ramai pemimpin terutamanya daripada pihak parti UMNO termasuk presidennya mengatakan bahawa sekarang ini MoU batal, patutlah bubar Parlimen hendak adakan pilihan raya. Itu agenda mereka. Bagi kita, kita berpegang kepada prinsip bahawa ada perkara dasar yang kita tidak bersetuju, dalam perkara SOSMA ini kita nyatakan kita tidak bersetuju tetapi ada perkara yang kita setuju.
Kita hendak pastikan kestabilan kerajaan, sampai satu tempoh di mana kita boleh buat pilihan raya. Itu kita kekal, komited, kita kekal dengan prinsip kita. Apabila dibawa pindaan Perlembagaan Akta Anti Lompat Parti kita akan sokong sepenuhnya. Hari ini rang undang-undang ini, kita akan sokong sepenuhnya...
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
...Supaya kerajaan ada dua pertiga. Akan tetapi ada perkara dasar...
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Seremban, satu minit dan gulung.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Yang Berhormat Seremban, sedikit.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Sila.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Yang Berhormat Seremban. Yang Berhormat Seremban, Titah Yang di-Pertuan Agong pada 28 Februari yang lalu sewaktu sesi pembukaan telah mengingatkan semua Ahli Parlimen cukuplah siang dan malam bicara percaturan politik. Jadi, Perhimpunan Agong UMNO seolah-olah mengingkari peringatan Yang di-Pertuan Agong untuk mengelakkan pembubaran Parlimen. Setujukah Yang Berhormat Seremban?
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Apa-apa percaturan itu kita biarkanlah. Kita tidak hendak terlibat dalam apa-apa percaturan mereka. Akan tetapi bagi kita, dalam kerjasama antara pembangkang dan kerajaan itu jelas. Ada perkara yang kita boleh setuju dan ada perkara yang kita tidak setuju. Itu namanya bipartisanship. Itu tidak menidakkan hak kita dan juga peranan kita sebagai pembangkang. Dalam MoU disebut, pihak Pakatan Harapan sebagai pembangkang dalam Dewan Rakyat ini masih ada ruang menjalankan tanggungjawab semak dan imbang (check and balance) kepada kerajaan.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Jadi, itu yang telah kita laksanakan dan apa yang berlaku semalam dalam usul SOSMA adalah satu kemenangan kepada Dewan Rakyat, kemenangan kepada institusi Parlimen dan kita mengangkat semangat dalam MoU bahawa ada perkara yang kita setuju dan ada perkara yang kita tidak setuju. Hari ini, saya hendak menyatakan dengan tegas sekali lagi bahawa blok kita akan memberikan undi sokongan tanpa berbelah bagi untuk pindaan Perlembagaan pada hari ini dan akan ada dua pertiga nanti. Terima kasih.
[Tepuk] Saya menyokong, Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Seremban. Berikutannya, saya mempersilakan Yang Berhormat Tebrau, lima minit.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya Ahli Parlimen Tebrau tetap menyokong rang undang-undang bagi meminda Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan yang disebutkan dalam kertas rang undang- undang di hadapan kita.
Tuan Yang di-Pertua, Dewan ini adalah untuk buat apa-apa yang baik untuk rakyat. Jadi, saya hendak ambil kesempatan ini untuk menyentuh perkara yang berkenaan dengan kewarganegaraan. Bahagian II Jadual Kedua di bawah Artikel 14(1)(b), saya berharap kerajaan pada masa yang akan datang akan membawa satu usul untuk membuat pindaan juga khususnya di bawah 1(b) dan (c) di bawah Bahagian II Jadual Kedua ini supaya ‘bapa’ ditukar kepada ‘bapa atau ibu’. Ini adalah untuk memastikan perkara-perkara yang tersebut di atas tidak bercanggah dengan Artikel 8(2) yang diputuskan di Mahkamah Tinggi pada bulan September 2021 bahawa ibu ada hak yang sama dengan bapa untuk mewariskan kewarganegaraan kepada anak mereka.
Artikel 15(2) adalah jelas bahawa seseorang yang di bawah 21 tahun yang ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia, maka kerajaan boleh mendaftarkan anak itu sebagai warganegara. Bagi saya, ini harus dipinda juga untuk dari ‘boleh’ ke ‘hendak’ mendaftarkan anak itu supaya ini dapat menyelesaikan kesemua anak yang lahir kepada bapa yang adalah warganegara tetapi tidak diberi kewarganegaraan.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Tebrau, izinkan saya mencelah sedikit?
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Okey.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua? Okey, terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Tebrau itu amat signifikan dan ia mempunyai implikasi dalam perkara- perkara lain. Saya ingin merujuk kepada isu pendidikan. Anak-anak tanpa dokumen seperti yang dirujuk oleh Yang Berhormat Tebrau iaitu ibunya warganegara tetapi bapanya tidak berwarganegara. Maka anak-anak ini dikategorikan sebagai anak-anak bukan warganegara, tiada dokumen. Masalahnya mereka tidak mendapat akses kepada pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan.
Pada zaman pemerintahan PH melalui pelbagai inisiatif terutamanya di bawah lembayung Polisi Penolakan Sifar (Zero Reject Policy), kita memanggil anak-anak ini supaya masuk ke sekolah dan dimudahkan urusan mereka belajar. Kita gerakkan PPD kita, kita gerakkan JPN dan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara sendiri.
Begitu juga terdapat inisiatif-inisiatif lain di bawah kerangka pendidikan untuk semua.
Maka, saya kira tadi Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan Parlimen telah bincang, kita melihat perlunya ada kesungguhan (political will) di pihak kerajaan untuk memastikan akses kepada pendidikan berkualiti tanpa diskriminasi kepada kanak-kanak tanpa mengira warganegara ataupun yang tidak berdokumen daripada kalangan anak warga kita.
Ini kerana pendidikan berkualiti akan memastikan bukan sekadar isu keselamatan, malah juga isu ekonomi dan juga isu masa depan Malaysia dan juga rakyat Malaysia. Maka kami daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan menegaskan
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
kerajaan perlu serius, bukan hanya KPM tetapi dengan kerjasama KDN dan pihak-pihak lain untuk memastikan akses kepada pendidikan berkualiti kepada anak-anak yang tidak berdokumen ini diberikan perhatian. Kita tidak mahu KPM bergerak dalam silo, KDN tidak memberikan kerjasama, kita mahu setiap pihak digembleng untuk memastikan akses kepada pendidikan berkualiti kerajaan dapat dinikmati oleh anak-anak. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau dan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Okey terima kasih. Boleh masuk dalam perbahasan saya. Saya cuba mengakhiri.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Tebrau dan Yang Berhormat di dalam Dewan, inilah bahayanya jika anda memberi ruang, pertimbangkan ya.
[Dewan ketawa]
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Saya tidak boleh, paling kuat saya akan cuba accommodate tetapi jangka masa itu ada. Memandangkan perkara ini telah berlaku, saya beri ruang dua minit sahaja.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Okey, okey.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat Simpang Renggam potong Yang Berhormat Tebrau semacam saja.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Ya, bagi saya untuk menyelesaikan masalah adalah buat satu pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan supaya anak-anak adalah mangsa kita orang dewasa. Jadi, saya berharap ada kesungguhan daripada pihak kerajaan untuk buat pindaan memandangkan sudah ada keputusan dalam mahkamah untuk memastikan mereka yang layak jadi warga, diberikan kewarganegaraan supaya isu sosial boleh diselesaikan dan juga mereka akan jadi tenaga kerja di negara kita supaya kita boleh kurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sebelum itu ada pengumuman. Penambahan senarai, nombor 14 Yang Berhormat Jerlun. Okey selanjutnya kita persilakan Yang Berhormat Pulai.
Dato' Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya rasa spirit ataupun semangat kepada pindaan ini tidak pernah mempertikaikan hak Yang di-Pertuan Agong ataupun mana-mana Raja Melayu untuk mengundi.
Dato' Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Saya rasa bukan isu itu yang rakyat mahu dengar ataupun sejak negara merdeka isu itu tidak pernah berbangkit sama ada Yang di-Pertuan Agong mengundi, Raja-raja Melayu mengundi ataupun isteri dan kerabatnya, saya rasa it’s not an issue, Tuan Yang di-Pertua.
Akan tetapi saya faham berdasarkan kepada pindaan ini kita mahu meletakkan institusi Raja-raja Melayu ini above politic or beyond politic dan hasrat murni ini harus kita sokong supaya institusi Raja-raja yang kita nobatkan sebagai pihak yang menjadi payung kepada negara dan kita rakyat yang dicerminkan melalui Parlimen yang dipilih oleh rakyat itu berjalan seiring dan pada masa hadapan ia akan menjadi sebuah institusi yang diperkukuhkan.
Saya sekadar ingin melihat kembali kepada cerita lama klasik Melayu, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Akhirnya peristiwa ini menyebabkan lahir satu peribahasa, “Yang kalah menjadi abu, yang menang menjadi arang”. Moral ceritanya adalah jangan ada pertembungan di antara rakyat yang diwakili oleh Parlimen atau di peringkat negeri, Dewan Undangan Negeri dengan institusi Raja-raja Melayu kerana Perlembagaan Negara dan negeri jelas memberikan hak kepada mana-mana pihak menjaga garisan ini dan jangan ada dalam kalangan kita yang melanggar garisan merah itu. Kalau ia berlaku ia akan mencerminkan suatu kecacatan hari ini dan masa depan negara.
Pada tahun 1649 berlaku The First Civil War sebagai contoh dan rujukan kita yang mana Oliver Cromwell telah bertarung dengan King Charles yang pertama. Sejarah ini
Dato' Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
abadi kalau kita hari ini melihat tentang keagungan House of Commons, Ratu England yang bertakhta hari ini ia juga melalui satu proses pertembungan pihak istana dan gereja dan rakyat dan satu filem yang jelas menggambarkan adalah Robinhood walaupun difilemkan tetapi ia menjadi suatu yang perlu kita ambil iktibar.
Kita menyokong rang undang-undang ini untuk meminda Perlembagaan ini sebagai satu usaha Parlimen dan kita yang dipilih pada hari ini untuk memastikan Raja ini benar-benar adil. Kita menghormatinya di sepanjang zaman, diterima pakai oleh semua kaum dan agama dalam negara kita dari Perlis sampai ke Sabah kita akan menghormati institusi ini. Rakyat mahu melihat kepada suatu keadilan kalau Parlimen dan Dewan Undangan Negeri telah membuat pilihan maka dengarlah suara itu dan demikian juga rakyat akan diminta untuk menghormati Raja-raja Melayu ini yang termaktub dalam Perlembagaan. Jangan ada siapa-siapa yang cuba melanggar garis merah ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa dalam kita menyokong rang undang-undang ini ataupun pindaan ini, sekali lagi saya menegaskan supaya apa pun yang berlaku pada masa akan datang rakyat yang diwakili keanggotaannya dalam Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri hanya mahu suatu keadilan. Nasihat Perdana Menteri dan nasihat Menteri Besar ataupun Ketua Menteri itu mesti berjalan di atas lunas-lunas Perlembagaan yang telah kita capai.
Oleh sebab tidak boleh, Tuan Yang di-Pertua kalau seorang Raja itu mengeluarkan kenyataan politik sebagai contoh. Apakan daya rakyat macam kita hendak berlawan. Hendak berlawan di khalayak, hendak berlawan di media sosial sangat buruk rupanya kecuali kita kembali menghayati semangat yang ada dalam Perlembagaan supaya institusi rakyat yang diwakili oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dan institusi Raja-raja yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong itu terpelihara, murni dan abadi dalam sistem Raja Berperlembagaan dalam negara kita. Sekian, terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih, Yang Berhormat Pulai. Selanjutnya dipersilakan, Yang Berhormat Padang Rengas.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu itu bahawa amalan kita sejak merdeka sehingga sekarang, Raja-raja Melayu telah pun menjalankan tanggungjawab mereka dengan betul iaitu mereka adalah above politics dan juga mereka berkecuali dalam soal-soal politik ini. Ia langsung tidak dipertikaikan cuma ia menjadi suatu isu pada hari ini adalah kerana automatic registration. Bila automatic registration mereka berdaftar sebagai warganegara maka sudah tentulah nama mereka itu akan dimasukkan di dalam apa yang dikatakan pendaftaran pengundi. Jadi suka atau tidak suka ia akan muncul.
Oleh sebab itu saya kira pindaan ini wajib dan perlu dan saya menyokong. Akan tetapi dalam soal neutrality ini ada prinsip dalam undang-undang yang boleh kita ikut iaitu selalu dalam mahkamah kita mengatakan, ‘Justice must not only be done but must be seen to be done’. Jadi kalau kita tidak pinda Perlembagaan ini bermakna iaitu bahawa akan berlaku tanda tanya oleh sebab ia didaftarkan sebagai pengundi apakah raja ini akan mengundi kerana dia tidak boleh mengundi selama hari ini.
Jadi kepada saya dalam soal neutrality ini juga, neutrality must not only be done by the Raja-raja Melayu but must be seen to be done. Jadi dengan adanya pindaan ini maka kita hapuskanlah apa juga syak wasangka yang mungkin ada kepada kita iaitu bahawa Raja-raja boleh mengundi, apakah mungkin dia mengundi tetapi dengan adanya pindaan ini sahlah iaitu Raja-raja Melayu dan waris-warisnya dan juga Yang di-Pertua- Yang di-Pertua Negeri mereka tidak akan mengundi.
Saya hendak berbalik kepada ucapan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Seremban sebentar tadi. Saya ucap terima kasihlah atas penjelasan yang telah dibuat dan beliau telah mengatakan itu bahawa ini suatu kemenangan demokrasi yang menunjukkan itu bahawa demokrasi Malaysia ini ada ketikanya menang usul ada ketikanya kalah usul oleh kerajaan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Akan tetapi demokrasi juga menuntut iaitu kalau kita kalah dalam mana-mana usul ataupun rang undang-undang walaupun kita tidak ada precedent tetapi jalan yang betul kalau kita ikut cara yang dilakukan dan dilaksanakan di United Kingdom, kalau kita kalah usul dalam kala ataupun rang undang-undang dalam kala kita mempunyai majoriti dan kita kalah. Itu bermakna kalau di England itu you have to go, balik kepada go back to the country to get the support of the voters. Oleh sebab dengan majoriti yang ada you juga kalah, ini bermakna itu bahawa you have to go to the country lah. Jadi sebab itu kita kena ingat juga iaitu betul Yang Berhormat datang di sini memberikan penjelasan. You are telling the truth sebab kita ada MoU dan dalam MoU itu jelas mengatakan bahawa boleh buat ini dan boleh buat itu.
Akan tetapi saya hendak sebut di sini, politic is also about perception. Politic is about perception. Jadi persepsi rakyat iaitu bahawa dengan majoriti yang ada kita kalah.
Tidak kiralah kerana orang tidak datang mengundi kah, apakah tetapi the fact is you know we lost in the usul and the right thing to do now is to go back to the country iaitu kita mempunyai alasan sekarang untuk mengadakan PRU dan ini bukan keputusan saya, ini adalah keputusan parti saya. Kalau mereka fikirkan itu bahawa they have to go back to the country and to ask for the voters to vote, it is their right.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Because we lost and also because of the MoU yang tidak diikuti walaupun mereka kata mereka akur tetapi pada pihak kita tidak akur dan bagi rakyat biasa mereka tengok perception, the government lost. Kalau the government lost macam mana pada masa- masa akan datang nanti kita hendak buat rang undang-undang yang tidak akan dapat diluluskan.
Jadi pada saya dalam soal perception dan juga dalam soal ini. Saya rasa we have no moral ground to be the government. So, saya serahkan kepada parti saya untuk buat keputusan. Baru-baru ini pun mereka telah membuat desakan, pada ketika itu saya pertahankan jangan ada PRU sebab tidak ada sebab, sebab kita MoU. But today I have no moral ground to stand here and say that kita tidak perlu membubarkan Parlimen.
Akan tetapi, ini bukan keputusan sayalah. Itu terpulang kepada parti saya apa yang mereka hendak buat, saya bukan pemimpin. Saya cuma akur dan pada hari ini saya rasa pada pandangan saya it is difficult for us to stand here today to run the government because we have lost the moral ground and we have lost the usul. Itu sahaja. Saya menyokong rang undang-undang.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih, Yang Berhormat Padang Rengas. Berikutan ini saya persilakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan adalah daripada hal fungsi SPR untuk mendaftar warganegara Malaysia sebagai pemilih. Kemudian melalui beberapa perubahan, kalau asalnya mula setahun daftar cuma 21 hari hingga 42 hari. Kemudiannya berubah menjadi pendaftaran sepanjang tahun. Kemudian bila kita pinda 119(4) Perlembagaan Persekutuan ia menjadi pendaftaran automatik.
Namun rang undang-undang hari ini memohon kelulusan Dewan untuk ada pengecualian dan memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk sejumlah orang dalam kategori tertentu diberi pengecualian.
Saya setuju dengan Yang Berhormat Pulai dan Yang Berhormat Seremban tentang kemuliaan institusi raja-raja dalam sistem demokrasi memang mereka ada kedudukan dan peranan tersendiri. Jadi tidak ada masalah untuk kita menyokong perkara ini.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Satu perkara yang saya mohon Yang Berhormat Menteri berikan penjelasan adalah serentak dengan perubahan undi 18 yang layak untuk didaftar automatik. Dalam amalan sekarang Dewan Negara layak jadi senator ini orang yang mesti umur 30 tahun ke atas. Jadi ketika layak jadi pengundi dan layak jadi calon tetapi untuk senator masih 30 tahun. Apakah kerajaan ada rancangan untuk seragamkan?
Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar sahabat saya Yang Berhormat Padang Rengas yang mengulas bahawa dari sudut persepsinya kerajaan khususnya Perdana Menteri sudah hilang kepercayaan semalam. Dalam Perhimpunan Agung UMNO minggu lepas mood-nya adalah untuk meminta pembubaran. Cuma ucapan penutupannya itu saya baca melalui media jalan keluar yang dianjurkan adalah tentang tarikh pembubaran yang akan dicadangkan kepada Perdana Menteri adalah top five dalam kepimpinan parti yang akan berbincang.
Jadi dia lega di situ. Presiden UMNO Yang Berhormat Bagan Datuk pun sebut kita akan hormati MoU, perkara bubar tidak akan berlaku sehinggalah Julai tahun ini.
Kalau itu semangatnya sepatutnya semalam tidak berlaku ketidakhadiran di pihak kerajaan yang menyebabkan 84 orang sahaja dan itu menyebabkan rang undang-undang itu tidak dapat diteruskan.
Tuan Yang di-Pertua, kebetulan saya menduduki pengerusi bersama dengan Yang Berhormat Larut dalam Jawatankuasa MoU. Saya mewakili Pakatan Harapan dan Yang Berhormat Larut mewakili pihak kerajaan.
Dalam rang undang-undang yang kita bincang sekarang memang sah dan sahih kita teliti pembentangan bersama oleh Yang Berhormat Menteri tanpa khilaf, begitulah amalannya. Sebelum ini pun ketika pembentangan bajet Yang Berhormat Menteri Kewangan juga mengadakan libat urus tidak kurang sembilan kali sesuai dengan semangat MoU kita.
Semalam waktu bertemu Perdana Menteri pun kita maklumkan bahawa untuk usul semalam hal itu tidak berlaku. Oleh sebab itu, kita nyatakan terus terang pendirian kita mengenai keputusan semalam. Jadi ada dua perkara yang harus kita bezakan.
Pertama, adalah tewasnya rang undang-undang untuk soal SOSMA itu. Penolakan kita berasaskan prinsip.
Pertama, pihak yang tertuduh mesti dinyatakan pertuduhan. Kedua, dia mesti dibicarakan di mahkamah terbuka. Ketiga, dia diberi peluang untuk mengatur pasukan pembelaan. Keempat, jika didapati bersalah ada ruang untuk dia membuat rayuan.
Kesemua prinsip keadilan sejagat ini tidak terpakai untuk SOSMA. Jadi itu asas penolakan kita berasaskan prinsip. Jadi ini juga sesuai dengan peranan Ahli Parlimen, peranan semak dan imbang, peranan oversight rule, pemantauan dan peranan untuk menggubal dasar dan polisi. Jadi perkara itu sangat terang. MoU sekali pun kalau ada yang masih beranggap bahawa itu mematikan ketangkasan pihak pembangkang ternyata tidak betul.
Akan tetapi dalam soal yang kita rasa munasabah di mana pihak kerajaan betul- betul menghormati semangat MoU. Mekanisme perbincangan itu diadakan begitu intensif, saya harus akui secara jujur Yang Berhormat Menteri ini menjalankan kewajipannya, memberikan penjelasan.
Seperti juga Akta Lompat Parti, apabila ruang diberi kepada kami untuk berdialog dengan Peguam Negara. Dibincangkan perkara-perkara yang perlu dimuktamadkan, diatasi daripada segi tafsirannya, dari sudut definisinya, dari sudut konteks undang- undang yang hendak kita kemukakan. Kita wujudkan Jawatankuasa Teknikal di antara kedua pihak.
Semalam waktu perbincangan dengan Perdana Menteri, beliau akui ada beberapa perkara lagi yang bukanlah substantif tetapi perlu lagi diberi perhatian. Kita akan mengadakan lagi sesi libat urus ini sebab komitmen kita adalah dalam MoU ini semua perkara besar telah terlaksana MA63 berjalan, undi 18 sempurna sudah, had Perdana Menteri 10 tahun dalam pembikinan dan Akta Lompat Parti sudah pun selesai kecuali beberapa aspek yang perlu diperhalusi.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Jadi saya beranggapan bahawa ada progress sebab itu apabila kita persetujui semalam dalam pertemuan dengan Perdana Menteri bahawa Ramadhan bulan suci, bulan mulia mudah-mudahan kita dapat selesaikan urusan kita waktu itu. Komitmen kita adalah untuk mempermudah bukan mempersulit. Kalau ada halangan dan kekangan bawa berbincang dan uruskan.
Pentingnya ialah kita hendak outlaw hopping itu prinsipnya. Kita tidak mahu persulitkan. Oleh sebab itu, Tuan Yang di-Pertua kami mengambil ketetapan dan pendirian bahawa cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 119 ini kami akan mengambil pendirian tanpa ragu untuk ikut menyokong sepenuhnya.
Terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Pembahas yang berikut yang terakhir sebelum kita berehat tengah hari, dipersilakan Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan yang amat penting, amat mustahak dan amat signifikan pada tengah hari ini iaitu Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022.
Sebelum saya memulakan perbahasan saya, saya hendak menyatakan sama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat tadi menyatakan sokongan penuh saya, unconditional support terhadap pindaan kali ini yang bagi saya ia adalah sesuatu yang wajar, sepatutnya dan munasabah untuk kita mengekalkan atau mengangkat kedudukan raja-raja kita yang berkecuali dan lebih tinggi daripada parti politik, dan tidak memihak kepada mana-mana politik. Ia selaras dengan kedudukan raja-raja dan kerabat diraja yang menjadi payung naungan kita selama ini. Jadi tidak ada masalah untuk menyokong.
Cuma saya hendak sebutkan satu perkara di sini, di bawah ayat dalam Artikel 119A yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri JPM (Undang-undang) tadi, bagaimana situasi atau kedudukannya untuk mantan Tuan Yang Terutama Yang di- Pertua Negeri untuk Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang.
Ini sebab kita faham sistem Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri untuk empat negeri atau wilayah ini dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ada tempoh masa khidmat Tuan Yang Terutama dan bila tamat tempohnya, bagaimanakah mekanisme tersebut? Apakah automatik dimasukkan ke dalam senarai daftar pemilih atau ada prosedur tertentu? Jadi saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri ketika menggulung nanti sebab ini saya rasa perkara yang kita perlu jelaskan supaya rakyat pun faham sistem sedia ada untuk sama-sama kita sokong perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, pada kesempatan pada hari ini, sebenarnya pindaan ini kita boleh ataupun sewajarnya disekalikan dengan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan kita yang rakyat nanti-nantikan. Saya rasa bukan sahaja Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini tetapi rakyat Malaysia secara umumnya sejak awal tahun atau sejak hujung tahun lepas menanti-nantikan bahawa sesi empat minggu kali ini terutamanya dalam minggu terakhir sebelum kita tamatkan 16 hari persidangan ada pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.
Namun ia hanya berlaku kepada Artikel 119A yang baharu, tidak berlaku kepada Artikel 10 dan Artikel 48(6) yang mana pindaan dua artikel tersebut ia ada berkaitan dengan Akta Anti Lompat Parti tersebut. Jadi ia nampak keadaan macam mana apa yang diharapkan belum kesampaian. Saya tidak mahu kata tidak kesampaian, saya kata belum kesampaian sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberikan komitmen bahawa bulan depan kita akan bertemu kembali dalam Dewan yang mulia ini untuk kita melangsungkan ataupun melakukan pindaan tersebut bersekali dengan adanya penggubalan Akta Anti Lompat Parti yang baharu.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jadi saya berharap supaya pindaan tersebut dapat dilakukan segera sebab itu yang saya rasa boleh menjunjung prinsip demokrasi supaya suara rakyat sentiasa diangkat, didukung dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita telah mulakan sejak kita merdeka. Kita tidak mahu lagi esok ada mana-mana Ahli-ahli Yang Berhormat yang berlaku langkah-langkah tertentu. Kalau dua tahun dulu ada langkah Sheraton selepas itu kita tidak tahulah ada langkah apa seterusnya. Selepas itu keluar, ada tebuk atap, pintu belakang dan sebagainya. Kita tidak hendak perkara ini.
Jadi pindaan terhadap Artikel 10 itu amat mustahak dan kita berharap ia dapat direalisasikan dengan satu cara yang terbaik dan mekanisme yang terbaik pada bulan Ramadhan sebelum kita menyambut Aidilfitri pada awal Mei.
Jadi itu sahaja ucapan ringkas saya dan saya juga ambil kesempatan pada tengah hari ini selamat menyambut ibadah puasa kepada Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua bagi saya dua kali peluang soalan tambahan tadi, tidak pernah empat tahun saya duduk sini. Ini hari cukup bersejarah untuk saya dua kali dapat soalan tambahan.
[Tepuk] Di mana soalan asal itu bukan soalan saya.
Jadi terima kasih Tuan Yang di-Pertua, selamat berpuasa untuk bulan Ramadhan yang bakal menjelang, saya rasa dalam 10 hari. Bukan sahaja kepada Tuan Yang di- Pertua tetapi untuk semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang beragama Islam dan semua rakyat Malaysia terutamanya penduduk Rasah yang beragama Islam yang akan menyambut kedatangan satu Ramadhan dalam masa 10 hari lagi. Jadi sekian terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih, Yang Berhormat Rasah. Ahli-ahli Yang Berhormat memandangkan sekarang jam telah melewati 1.00 tengah hari. Saya menangguhkan mesyuarat sekarang ini dan akan bersambung semula pada jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.04 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Meminda Keputusan Belah Bahagian Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat sejahtera dan selamat tengah hari semua. Sebelum kita sambung perbahasan, saya ada sedikit pemakluman yang agak penting.
Ahli-ahli Yang Berhormat semua, Yang Berhormat Jempol telah memaklumkan berkenaan senarai undi bagi Blok D1 semasa undi belah bahagian bagi Usul Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang dijalankan semalam; hari Rabu, 23 Mac 2022.
Beliau yang merupakan penghitung undi bagi Blok D1 memaklumkan telah terkhilaf menandakan Yang Berhormat Besut tidak hadir dalam senarai undi walaupun sebenarnya Yang Berhormat Besut hadir semasa undian tersebut.
Oleh itu, saya menggunakan Peraturan Mesyuarat 100 untuk meminda keputusan belah bahagian bagi Usul Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri tersebut daripada seramai 84 orang bersetuju kepada 85 orang bersetuju, dan tidak hadir dipinda daripada 50 orang kepada 49 orang sahaja. Manakala 86 orang tidak bersetuju tetap sama.
Sekian, terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Saya.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Lembah Pantai.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Jika boleh, sedikit petua daripada Tuan Yang di-Pertua. Ini kali kedua dalam Parlimen, sejarah yang terbaharu ini, di mana kita lihat berlaku kekhilafan sebegini. Kali terakhir dahulu, saya pernah tegur. Ini kali kedua.
Saya rasa mungkin, sekiranya Tuan Yang di-Pertua boleh pertimbangkan, satu penambahbaikan transformasi ataupun reformasi di mana cara kita membuang undi itu ditambah baik. Kerana sekarang ini masih manual. Berlaku, kita dengar, ada Ahli Parlimen yang tidak ada tetapi hampir ditandakan ada, kecuali ada pemerhati.
Jadi, mungkin kita kena kaji apa yang kita boleh lakukan...
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya dapatkan penjelasan?
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Memang kami ambil maklum apa yang telah diberitahu oleh Tuan Yang di-Pertua, tetapi kami rasa seperti apa yang dicakapkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai, kita perlu ada satu penambahbaikan. Macam sekarang, adakah kita sudah dapat keputusan muktamad ataupun esok ada lagi kata kesilapan? Ini kita tidak hendak. It would be a mockery, Tuan Yang di-Pertua. So, I think we need to have a finality.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, betul.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tuan Yang di-Pertua, Kangar.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Hulu Langat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kangar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kita adakan pemerhati selepas saya melaporkan kepada Tuan Yang di-Pertualah tentang kekhilafan sebelum ini. Cuma, saya tengok dalam proses kiraan semalam, ia bergantunglah. Kalau pemerhati― sebab dalam borang pengesahan akhir itu, mungkin kita boleh masukkan semakan, “Disemak oleh pemerhati”. Jadi, kalau ada perubahan- perubahan ini, tidak sepatutnya berlakulah sebab ia sudah disemak dua kali ya.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Tuan Yang di-Pertua, Hulu Langat.
Tuan Yang di-Pertua
Akhir, akhir. Ya.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Saya ingin bertanya kepada Tuan Yang di-Pertua, adakah ketika Tuan Yang di-Pertua hendak buat pengumuman tentang pembetulan itu, Tuan Yang di-Pertua ada merujuk kepada pemerhati yang bertugas di blok tersebut?
Tuan Yang di-Pertua
Dirujuk?
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Saya rasa tidak ada dirujuk kepada pemerhati yang bertugas.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Tuan Yang di-Pertua, sedikit.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Sebenarnya, pemerhati dari Hulu Langat ada.
Dia tidak ditandakan sedangkan itu hadir. Sebab, kita bersama-sama. Jadi, ada error sedikit di situ. Dan yang tiga orang, kalau kita boleh ambil kira, yang tiga orang itu pun berada di sini, dalam proses pengiraan undi itu. Kalau boleh, tiga orang ini kita ambil kira jugalah mereka hadir. Itu yang sebenarnya.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak apa, tidak apa.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Sahabat saya Yang Berhormat Jempol, saya tidak mempertikaikan content apa yang dibangkitkan. Akan tetapi, adakah ia dirujuk kepada pemerhati yang turut hadir mengira ketika itu? Sekurang- kurangnya, rujuklah kepada saya dahulu sebelum buat pengumuman. Terima kasih.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Yang Berhormat Hulu Langat ada bersama semasa pengiraan. Jadi, sudah pastilah Yang Berhormat Hulu Langat memastikan benda itu bersama.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
[Bangun]
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Saya tidak mempertikaikan content. Saya mempertikaikan perlu dirujuk bersama untuk membuat pengumuman ini.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak apa. Saya sebenarnya dimaklumkan oleh Tuan Setiausaha Dewan Rakyat dan beliau pun telah check CCTV semualah, sebenarnya.
Jadi, telah dipastikanlah bahawa Yang Berhormat Besut sememangnya hadir.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Lembah Pantai― cukuplah, cukup. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya rasa proses undian ini perlu dibaikilah kerana hari itu pun kita buat pemerhati itu untuk memberikan sedikit lebih kesahihanlah kepada proses pengambilan undian itu.
Saya terbuka untuk apa-apa cadangan. Kalau Yang Berhormat Lembah Pantai pun ada cadangan untuk proses undian yang lebih baik, maka boleh jadi kita perlu meminda, maka saya akan bawa kepada Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat. Salah satu proses undian itu yang kita buat semasa untuk hybrid sitting yang saya cadangkan itu pun kita boleh implement di sini pun sebenarnya kerana teknologinya ada. Boleh kita bincang samalah, Yang Berhormat. Saya sedia menerima apa-apa cadangan ya.
Boleh kita mulakan sekarang?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Maaf. Ada seperkara lagi berkenaan dengan keputusan kerana Hansard yang merakam. Saya ada terima satu pandangan daripada rakan-rakan wartawan menyatakan bahawa cara nama- nama itu disenaraikan, saya tidak pasti sama ada ia ada menamakan siapa yang mengundi, menyokong, dan mengundi tidak.
Tuan Yang di-Pertua
Itu tidak di-publish-kan. Ada published? [Merujuk kepada Setiausaha] Oh, ada published.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Ada published ya.
Dan ada menyatakan yang tidak hadir? Baik, baik. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ada published. Baiklah, terima kasih semua. Ya, saya terima apa-apa sahaja cadangan untuk menambah baik proses undian itu. Saya rasa kita boleh tambah baiklah.
Jadi, tanpa melengahkan masa, untuk meneruskan perbahasan Rang Undang- undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 ini, saya ingin menjemput Yang Berhormat Pokok Sena. Silakan, Yang Berhormat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Pindaan Perlembagaan ini, seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi ya, ialah bertujuan untuk hendak mengelak daripada dilihat ada kecenderungan raja-raja
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
ataupun waris ataupun kerabat diraja terhadap politik dan juga terhadap parti-parti politik, terhadap orang-orang politik. Itu satu benda yang sangat jelas.
Namun, dalam situasi apa yang sedang berlaku sekarang ini pun, kita lihat persepsi ramai bahawa ada kecenderungan daripada kerabat ataupun waris raja-raja ini, keluarga raja-raja ini yang mempunyai kecenderungan terhadap politik, sama ada kecenderungan daripada kenyataan-kenyataan yang dilihat memihak pada satu-satu pihak ataupun menempelak satu-satu pihak.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Itu persepsi yang dilihat daripada pembacaan apa yang berlaku dalam media sosial sekarang ini. Jadi, bagi saya bahawa apa yang menimbulkan satu persoalan ialah kenapa dalam pindaan ini juga kita tidak memasukkan satu peruntukan. Oleh sebab, pindaan ini Perkara 119A ini ialah memberikan kuasa kepada Yang Di-Pertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-raja untuk menentukan siapa di kalangan yang disebut di dalam pindaan ini untuk dikecualikan daripada pemakaian 119 itu, dalam 119.
Jadi, persoalan saya ialah kerana ada persepsi terhadap raja dan waris raja-raja dan keluarga diraja ini mempunyai kecenderungan politik memihak ataupun menempelak terhadap satu-satu pihak. Kenapa kita tidak juga memasukkan supaya diberikan hak ruang kepada Yang Di-Pertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-raja untuk menentukan mana-mana keluarga waris raja-raja yang mempunyai minat kecenderungan dengan politik ini untuk mereka ini menyertai politik, secara sah. Untuk mengelak daripada persoalan ada kritikan yang tidak sepatutnya terhadap mereka ini daripada keluarga diraja dan akhirnya menyebabkan orang yang mengkritik itu akan diambil tindakan kerana ada masalah undang-undang yang dikatakan bahawa tidak boleh mengkritik raja ataupun keluarga diraja ataupun waris-waris diraja.
Jadi, ini bagi saya bahawa lebih elok. Ini kerana bila keluarga diraja menyertai politik, contoh adinda kepada Almarhum Sultan Ahmad Shah, Tengku Azlan. Pernah menjadi Ahli Parlimen Jerantut dan Timbalan Perdana Menteri. Adinda kepada Raja Perlis pernah menjadi Ahli Parlimen Arau dan juga pernah menjadi EXCO kerajaan negeri dan juga Ahli Undangan Negeri. Jadi, lebih mudah untuk kita bertempur daripada sudut politik itu. Kalau ada orang hendak mengkritik mereka, dia bukan mengkritik kerana dia waris diraja ataupun keluarga diraja. Akan tetapi, kita mengkritik dia kerana dia seorang Ahli Politik. Kita menegur dia dengan kerana soal dia Ahli-ahli Politik. Timbalan Menteri yang terdedah kepada soal kesilapan dan sebagainya. Jadi, ini tidak menimbulkan persoalan soal mengkritik raja dan akhirnya orang mengkritik raja itu diambil tindakan.
Jadi, ini yang saya fikir sepatutnya dimasukkan satu klausa ialah supaya Yang Di- Pertuan Agong boleh dengan persetujuan Majlis Raja-raja untuk menentukan mana-mana dia perhati kalau ada waris diraja atau kerabat diraja yang berminat dengan politik, okey sertai politik. Jangan buat kenyataan-kenyataan yang menyusahkan orang lain untuk membuat teguran dan sebagainya. Kemudian, saya juga ingin mendapatkan satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab, di sini juga disebut dalam cadangan pindaan ini iaitu Yang Di-Pertuan Agong dan juga dengan persetujuan Majlis Raja-raja untuk menetapkan suatu pengecualian kepada mana-mana raja dan isterinya, mana-mana Yang di-Pertua Negeri dan isterinya dan yang mana-mana bakal raja, waris ganti dan waris lain raja dan isteri mereka dan mana-mana orang lain.
Ini saya fikir satu benda yang terlalu luas, “mana-mana orang lain”. Siapa dia orang lain itu? Siapa dia orang lain itu? Oleh sebab, yang lain itu disebut perkataan raja.
Raja, keluarga, isteri dan sebagainya. Akan tetapi, disebut mana-mana orang lain yang tidak dinyatakan secara jelas. Adakah boleh nanti Yang Di-Pertuan Agong dengan Majlis Raja-raja untuk melengkapkan bahawa, ‘Oh, Mahfuz Haji Omar dikecualikan daripada Perkara 119 ini.’ Jadi, akhirnya terkuburlah saya sebagai seorang pemilih. Jadi, ini perlu penjelasan bahawa mana-mana orang itu siapa? Adakah termasuk juga kita katakan tukang masak istana? Tukang kebun istana? Ataupun polis pengiring istana? Pun dikirakan sebagai orang yang perlu dikecualikan daripada pemakaian 119 ini.
Jadi, itu yang saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dan saya tidak ada masalah untuk menyokong kerana saya ucapkan tahniah kepada Yang
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Berhormat Menteri yang sentiasa terbuka membuat rundingan dengan pihak PH untuk memastikan supaya perkara ini disepakati bersama. Oleh sebab, dia Yang Berhormat Menteri jaga undang-undang ini dia hendak undang-undang yang lebih mesra. Tidak semacam yang semalam. Dia Yang Berhormat Menteri KDN. Jadi, KDN ini dia ada polis, dia ada penjara. Dia hendak tangkap orang, dia hendak masuk orang dalam penjara. Jadi, tidak mahu berunding dengan siapa-siapa.
Jadi, ini satu yang saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang jaga Hal Ehwal Undang-undang dan juga Hal Ehwal Parlimen. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Silakan sekarang Yang Berhormat Pasir Gudang. Silakan.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya ingin menyatakan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Undang-undang yang telah membentangkan rang undang-undang ini selepas mengadakan pelbagai libat urus dengan semua pemegang taruh termasuklah Majlis Raja- raja, Peguam Negara dan juga wakil-wakil daripada Parti Pembangkang.
Yang Berhormat Menteri, saya tidak mahu terlalu awal untuk menyatakan sokongan. Oleh sebab, kita sebagai penggubal undang-undang dan Yang Berhormat Menteri pun seorang peguam. Kita dilatih supaya profesional dan teliti betul-betul. Oleh sebab, apa yang kita bincangkan ini bukan perkara mudah. Bukan perkara simple. Ini melibatkan Institusi Raja-raja dan juga Perlembagaan Negara. Saya tidak banyak isu. Ada satu sahaja isu Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua, iaitu isu keperlembagaan.
Saya percaya raja-raja kita, raja pemerintah, waris-waris raja adalah warganegara kita. Sebagai warganegara, mereka dilindungi ada hak di bawah Perkara 8 Bahagian II Perlembagaan Kesamarataan. Izinkan saya membaca Perlembagaan kita. Perkara 8(1) menyebut, “Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang”. Perkara 8(2) menyatakan, “Tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas sebab antaranya keturunannya”. Saya faham objektif di sebalik pembentangan rang undang-undang ini iaitu kita mahu Institusi Raja-raja ini berkecuali daripada politik dan berada di tahap yang tinggi.
Akan tetapi, soalnya ialah apabila undang-undang ini Perlembagaan ini diluluskan, ini membawa makna hak raja pemerintah, raja-raja, isterinya dan sebagainya telah dicabut hak mereka daripada yang diakui, yang diiktiraf oleh Perlembagaan. Jadi, mungkin Yang Berhormat Menteri sudah mendapat pandangan daripada Peguam Negara. Akan tetapi, saya suka menyatakan Peguam Negara bukannya maksum. Kita penggubal undang- undang di sini. Adakah kita meluluskan rang undang-undang ini bermakna kita bergerak ke depan dari segi demokrasi sebagai sebuah masyarakat yang progresif atau apabila kita cabut hak kesamarataan, hak pemilih kepada raja-raja ini. Kita sebenarnya berundur ke belakang. Regresif.
Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan perkara ini. Ini kerana ini hak mereka. Hak baginda. Hak raja-raja.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Jadi, ini Dewan Rakyat bukannya Dewan Raja. Adakah Dewan Rakyat ini pada hari ini kita hendak mencabut hak asasi kebebasan Raja-raja ini, isterinya dan sebagainya? Saya tidak mahu pada lima tahun akan datang, 10 tahun akan datang waris Raja-raja ini akan berarak Bersih 7, Bersih 8 untuk tuntut hak mereka sebagai pemilih yang diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan. Jadi...
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Yang Berhormat Pasir Gudang, minta sikit?
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ya.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mohon pandangan Yang Berhormat Pasir Gudang adakah Yang Berhormat Pasir Gudang boleh beranggapan sama kalaupun kita luluskan pada hari ini – mengecualikan pihak Raja-raja dan kerabat, mereka masih boleh memasukkan nama mereka dengan memohon secara aktif. Ertinya apply to be a voter. Terima kasih.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Yang Berhormat Menteri, kalau soalnya nama, nombor kad pengenalan, IC, alamat Raja-raja pemerintah itu tak mahu kita senaraikan, mencemar duli dalam daftar pengundi, mungkin kita boleh buat satu kaedah yang lain dibenarkan. Ini kerana, mengundi ini tidak wajib di negara kita sekarang, tak pergi mengundi tak salah. Jadi apa hendak perlu dibimbangkan. Jadi, masa pun sudah habis Tuan Yang di-Pertua. Jadi kalau Yang Berhormat Menteri dapat menjelaskan kemusykilan saya dalam soal Perlembagaan itu, insya-Allah saya akan menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Yang Berhormat Sepang, silakan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana membenarkan saya untuk turut sama berbahas mengenai satu pindaan Perlembagaan yang amat penting ini iaitu berkaitan dengan Perkara 119A yang baharu.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin nyatakan di sini bahawa pindaan ini, 119A adalah termasuk dalam dipanggil Part VIII atau Bahagian VII Perlembagaan Persekutuan berkisar tentang pilihan raya (election), bermula daripada Article 113 of the Federal Constitution, dengan izin.
Mungkin saya hendak mulakan begini Tuan Yang di-Pertua, apabila Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan satu peruntukan khas – ada beberapa artikel mengenai election, secara tersirat kalau kita memahami philosophy Perlembagaan Persekutuan dan sebagainya, ia menggambarkan bahawa dalam sistem demokrasi ini tidak boleh mana-mana kerajaan dibentuk melalui pintu belakang ataupun tebuk atap. Itu sebabnya rasional kenapa ada peruntukan mengenai election ini. Akan tetapi, oleh sebab di Malaysia ini ada orang-orang ‘jakun’ yang masih lagi tak faham lagi tentang spirit Perlembagaan Persekutuan ini, mereka tidak ada masalah.
Ini kerana, saya hendak kembali kepada ucapan daripada Yang Berhormat Padang Rengas tadi. Beliau mengatakan apabila dalam amalan konvensyen demokrasi ataupun Westminster ini, kalau sesuatu usul itu ditolak sepatutnya kita pergi kepada rakyat untuk pilihan raya.
[Ketawa] Jadi, saya kata tadi ‘jakun’ itu bukan saya hina Orang Jakun.
Saya hendak kata perbuatan itu, perbuatan orang-orang yang bagi saya macam – saya guna kartunlah. Ini kerana, kartun ini kadangkala sudah mati hidup balik, mati hidup balik.
Macam itulah. Tak apa saya tarik baliklah yang ‘jakun’ itu. Saya minta maaf kepada Orang Jakun, tak ada niat untuk menghina mereka.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tak apa kalau kita salah kita minta maaf, tak macam you all. Sudah salah pun masih tak nak minta maaf. Jenis kata orang, kepala batu.
Beberapa Ahli
[Ketawa] .
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
So, jangan cuba kacau sayalah.
Nanti kena susah. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Tuan Yang di-Pertua saya hendak kata begini – seksyen 119A ini bagi saya satu seksyen yang memang orang tanya kenapakah seolah-olah kita mewujudkan diskriminasi. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, memang dalam undang-undang man-made law ini – dalam istilah perundangan Islam dikatakan al-Hukm al-Wad'i Tuan Yang di-Pertua, memang tak boleh lari daripada secara imbas nampak macam diskriminasi. Di Parlimen sendiri sebagai contoh, memang ada elemen diskriminasi. Sebagai contoh dalam Parlimen kita boleh bercakap dan tidak boleh disaman kerana fitnah. Mereka yang terlibat dengan kerja-kerja dengan pihak kedutaan
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
sebagai contoh. Mereka adalah kebal. Jadi ini memang ada satu pemakaian yang telah diterima di peringkat antarabangsa.
Jadi dalam konteks Raja-raja ini, ada satu maxim yang dipanggil izinkan saya baca dalam bahasa Latin, rex non-potest peccare iaitu king can do no wrong. Ini prinsip yang boleh dikatakan diterima pakai oleh banyak jurisdiction atau bidang kuasa ataupun jurisprudence mana-mana negara lain. Jadi Tuan Yang di-Pertua, bagi saya memang saya boleh terima rasional kenapa kita mengadakan 119A ini. Ini kerana, tidak manislah sekiranya nama Yang di-Pertuan Agong, nama Raja, nama kerabat diraja masuk dalam daftar pemilih. Tulis sekali dengan IC. Ia mungkin menimbulkan isu keselamatan dan sebagainya. Jadi, saya boleh terima rasional itu.
Cumanya, saya rasa memang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena itu boleh juga diambil kira di mana sekiranya kita betul-betul hendak mempertahankan doktrin Constitutional Monarchy ini, kita mesti memastikan masa dia tidak memihak kepada kita pun kita mesti kekalkan ataupun kita mesti mempertahankan visi itu. Jangan masa bersama kita, masa Constitutional Monarchy memihak kepada kita, kita akan sokong. Apabila tidak memihak kepada kita, kita tidak sokong. Itu saya rasa tidak betul lah dan saya rasa ini perkara yang tidak patut berlaku dalam negara kita.
Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, dalam – tadi kata Yang Berhormat Seremban, semalam ialah kemenangan Parlimen. Saya hendak beritahu Tuan Yang di- Pertua pada 9 Mei 2018 kemenangan demokrasi di dalam negara kita apabila rakyat memilih Pakatan Harapan untuk sebagai kerajaan melalui peti undi. Akan tetapi, malangnya Tuan Yang di-Pertua kemenangan demokrasi itu dikalahkan ataupun dirampas oleh pihak yang tamak haloba yang tak boleh mengaku kalah. Apabila mereka kalah mereka rasa mereka boleh jadi orang gila Tuan Yang di-Pertua. Mereka gila kuasa.
Apabila mereka gila Tuan Yang di-Pertua, orang gila kita layanpun susah.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak katakan Tuan Yang di-Pertua bahawa biarlah kalau kita hendak cakap Constitutional Monarchy, kita betul-betul we are faithful to that doctrine because dalam prinsip Perlembagaan Persekutuan Tuan Yang di-Pertua, ada prinsip dipanggil indigenous elements dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Constitutional Monarchy.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua sebelum saya tamatkan, tadi saya rasa ada satu pertanyaan yang baik daripada Yang Berhormat Pokok Sena mengenai perkataan ataupun frasa “...dan mana-mana orang lain” yang memang Tuan Yang di-Pertua saya rasa memang kalau orang yang tidak belajar undang-undang mungkin mereka akan merasakan itu satu perkara yang mungkin menimbulkan satu pertanyaan.
Akan tetapi saya sendiri Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Yang Berhormat Menteri Undang-undang boleh sahkan, adakah Yang Berhormat Menteri hendak mengatakan mana-mana orang ini akan ditafsirkan secara dengan izin ejusdem generis iaitu of the same kind. Ini kerana, Tuan Yang di-Pertua kalau kita menterjemahkan ini, “...dan mana- mana orang lain”, sudah tentulah secara logiknya kita mesti mana-mana orang lain itu daripada kalangan of the same kind iaitu mana-mana orang yang terlibat dalam institusi diraja juga. Itu bagi saya adalah satu tafsiran yang munasabah.
Akan tetapi sekiranya tidak begitu, saya harap perlu ada satu tafsiran tambahan terhadap mana-mana orang lain itu. Akan tetapi, saya merasakan kemungkinan besar – kerana apa, Jabatan Peguam Negara tidak menjelaskan “...mana-mana orang itu” sebab mereka merasakan ini adalah satu tafsiran yang perlu diambil kira mengikut prinsip ejusdem generis. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Silakan Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahaskan pindaan
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Perlembagaan Persekutuan ini kepada Artikel 119 untuk memperkenalkan satu artikel baharu iaitu 119A. Minta maaf.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berniat untuk membahaskan dengan panjang lebar oleh sebab kebanyakan daripada isu yang ingin dibangkitkan dalam isu ini sudahpun dibangkitkan. Saya ingin hanya menyatakan Tuan Yang di-Pertua bahawa niat di belakang pindaan ataupun cadangan pindaan ini adalah to do with the right to vote.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Now, dalam Artikel 119 Tuan Yang di-Pertua, right to vote is given to a citizen who is registered dan ini adalah satu had di mana ia merupakan satu entitlement seperti perkataan yang digunakan dalam Artikel 119 tersebut sendiri. Now, ada beberapa negara di dunia ini yang mengamalkan compulsory voting. Ini menunjukkan betapa pentingnya kita perlu memberikan kesempatan ataupun peluang kepada seseorang itu untuk mengundi.
Jadi, dalam kes ini saya faham bahawa terdapat concerns berkenaan dengan identiti dan sebagainya dan pengecualian ini adalah bertujuan untuk safeguard perkara- perkara tersebut. Akan tetapi juga kita ingin atau perlu balance isu-isu sama ada kami akan mengambil daripada pihak diraja ini the right to vote.
Now, ini adalah satu-satu perkara yang perlu kita fikir because they also have the right to vote, they have the right to vote just like seperti mana yang dikatakan oleh rakan saya tadi Yang Berhormat Pasir Gudang. Jadi, ini adalah satu aspek yang kita perlu fikir.
Are we taking away their right to vote because that is the constitutional right yang diberi kepada semua rakyat. Jadi, saya bimbang kalau ini akan menimbulkan satu perkara yang tidak diingini di mana pihak diraja mungkin ingin enforce their right to vote. Jadi, itu adalah satu perkara yang perlu diambil kira.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat. Yang Berhormat. Saya ada satu soalan kepada Yang Berhormat. Kita menyokong pindaan Perlembagaan ini. Apa kata kalau pada satu masa yang akan datang ada ahli-ahli keluarga kerabat diraja yang ingin juga menjadi ahli politik menyertai mana-mana parti politik? Adakah ia juga akan menafikan mereka hak untuk menyertai dan juga memberi pandangan dan juga terlibat dalam apa-apa arena politik? Adakah Perlembagaan ini akan menyekat mereka Yang Berhormat? Apa pandangan Yang Berhormat?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Ya, ini adalah satu juga concern yang valid yang ditimbulkan oleh rakan saya Yang Berhormat Jelutong. Saya pohon untuk dimasukkan ke dalam perbahasan saya. Akan tetapi sama ada mereka have the right to participate in politic itu adalah satu isu juga terpulang kepada mereka. They have the right to do so if they wish to. Of course subject to certain qualification. Akan tetapi adakah kami di sini mempunyai hak untuk mengambil daripada mereka hak-hak tersebut? Itu saja Tuan Yang di-Pertua. Saya berharap bahawa— of course kita telah pun memberi sokongan kami kepada rang undang-undang ini, itu tidak bertukar. Saya berharap bahawa isu-isu yang saya telah pun timbulkan ini dipertimbangkan dengan sewajarnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Seterusnya Yang Berhormat Lembah Pantai. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut bersama membahaskan rang undang-undang ini pindaan Perlembagaan yang sebenarnya sebahagian daripada apa yang kami bincangkan dalam Jawatankuasa PEMANDU MOU dalam melaksanakan Undi 18 dan juga pendaftaran automatik. Saya ingat lagi sebab perkara ini dibincangkan beberapa bulan yang lalu, pada Disember yang lalu dan pada waktu merupakan salah satu kekangan untuk melaksanakan Undi 18 dan juga pendaftaran pengundi secara automatik.
Tuan Yang di-Pertua
Alhamdulillah hari ini kita ada rang undang-undang ini di hadapan kita. Cuma harapan saya apa yang berlaku semalam di mana 31 Ahli Parlimen penyokong kerajaan tidak dapat hadir, ada di kalangan mereka yang mungkin terkena COVID-19, ada yang berada di luar negara tetapi mereka yang mungkin tidak tahu sama ada akan ada undi ataupun tidak. Saya rasa proses bagi usaha meminda perlembagaan itu sangat jelas, memang akan ada undi belah bahagi.
Maka, saya pohon ya mungkin pejabat Whip kerajaan yang bila kita lalu pernah sebelum ini seorang Ahli Parlimen menyentuh bagaimana ada bau, bau asap, bau rokok bila kita lalu di hadapan pejabat Whip itu. Saya harap berusaha untuk memastikan mereka yang ada dalam negara tidak ada kes mahkamah pada hari ini dapat hadir. Mereka tahu dan mereka hadir kerana kami di pihak pembangkang khususnya dalam Pakatan Harapan yang telah menandatangani MOU dengan kerajaan menyatakan dengan jelas bahawa kami akan menyokong pindaan ini. Cuma saya harap pisang tidak berbuah dua kali dan tidak ada alasan-alasan yang tidak munasabah kenapa ada pihak yang mungkin sengaja tidak mahu hadir pada petang ini. Harapan kita tidak berlaku seperti itu.
Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar hujah daripada sahabat-sahabat yang menyentuh sama ada hak bagi sultan dan juga kerabat diraja untuk berpolitik ataupun untuk mengundi. Saya percaya yang ada di hadapan kita hanyalah untuk memastikan mereka tidak didaftarkan secara automatik. Akan tetapi sekiranya ada keperluan atau keinginan di masa hadapan di kalangan mereka yang telah diklasifikasikan untuk tidak didaftarkan secara automatik, sekiranya mereka mahu, saya tidak lihat bagaimana pindaan ini boleh menghalang mereka dari mendaftar sebagai pengundi. Maka itu bagi saya tidak timbul.
Akan tetapi yang lebih penting dan sebenarnya dengan ada Yang Berhormat Menteri Undang-undang di sini, saya ingin pohon kerana kita lihat di Johor contohnya bila berlaku pilihan raya negeri mereka yang telah didaftarkan— selamat datang Yang Berhormat Pontian. Insya-Allah boleh mengundi petang ini. Yang Berhormat Menteri Undang-undang, seperti yang saya sebutkan di Johor, bila kita telah memasukkan 750,000 orang pengundi baharu, ada di kalangan mereka yang tidak tahu mereka telah didaftarkan.
Jadi, saya pohon pihak kerajaan memandang perkara ini secara serius.
Lakukanlah kempen besar-besaran memaklumkan semua yang berusia 18 tahun ke atas telah didaftarkan secara automatik sebagai pengundi. Buka kaunter-kaunter pendaftaran, kerahkan unit-unit SPR untuk turun pergi ke kampung-kampung, pergi ke bandar-bandar, pergi ke desa-desa, pergi ke flat-flat PPR, maklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa mereka sekarang ini sekiranya 18 tahun ke atas sudah boleh berpatisipasi, sudah boleh terlibat dalam proses pilihan raya. Bukan setakat mereka tahu mereka boleh keluar mengundi tetapi kita usahakan supaya mereka faham apa yang berlaku pada hari mengundi itu. Jadi, saya pohon pihak kerajaan timbangkan dengan serius perkara ini.
Akhir kalam, saya berharap pada petang ini kita akan dapat mencapai lebih daripada 148 undi untuk memastikan pindaan Perlembagaan ini dapat kita jayakan bersama demi masa depan rakyat Malaysia. Sekian , terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Sekarang saya persilakan Hang Tuah Jaya. Silakan.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil mukadimah ini dengan memanjangkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana berterusan melakukan libat urus dengan Ahli-ahli Dewan Rakyat dalam memastikan Rang Undang- undang Perlembagaan (Pindaan) ini dapat dibahaskan dengan baik dan kemudiannya akan diluluskan.
Saya percaya ini tentunya berkaitan dengan mauduk ataupun prinsip kita yang bertujuan untuk memartabatkan institusi Parlimen itu seperti mana sesuai dengan
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
persefahaman antara pembangkang dan juga kerajaan di mana Yang Berhormat Menteri juga salah seorang juru runding. Saya punya pengalaman bermesyuarat beberapa kali dengan Yang Berhormat Menteri. Kita tahu spirit dan semangatnya. Kita lihat surat diberi, e-mel diberi dalam usaha untuk melakukan libat urus.
Pindaan ini Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua adalah penting dan signifikan. Memandangkan Isnin lepas kita mendengar Titah Raja Nazrin yang menyatakan dengan jelas agar proses pilihan raya itu dapat dilaksanakan dengan bebas dan juga adil.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Ini dua kata kunci yang penting, bebas dan adil bagi menjamin kesuburan amalan demokrasi. Justeru dalam hal ini tentulah kita tertanya-tanya dalam pindaan ini bukan hanya pengecualian diberikan kepada Raja dan Permaisuri, tetapi juga waris dan yang lain-lain dan sebagainya. Saya percaya sudah pasti wujud libat urus perbincangan bersama Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu dalam Mesyuarat Raja-raja.
Mungkin saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri kalau tidak ia nya sensitif untuk direkodkan di dalam Dewan ini sewaktu penggulungan nanti. Apakah sebenarnya poin ataupun isu-isu yang dibangkitkan dalam perbincangan tersebut berkait tentang pengecualian ini yang saya fikir begitu luas konsepnya, begitu luas dia punya jajaran dia. Kalau kita lihat pengalaman negara-negara Komanwel, saya percaya sudah pasti Yang Berhormat Menteri akan memberikan pandangan-pandangan tentang amalan negara-negara Komanwel.
Sefaham saya, di United Kingdom hanya Queen Elizebeth sahaja yang tidak mengundi kerana dibimbangi dan dikhuatiri akan mempengaruhi sentimen politik ini. Jadi apakah dalam konteks kita, ya saya setuju di Malaysia nuansa kita berbeza. Kita ada sembilan Raja-raja Melayu. Akan tetapi apakah ia nya harus diletakkan pengecualian itu hanya kepada Raja-raja dan tidak kepada yang lain. Jadi di sini saya hendak tengok bagaimana perbahasan di dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja ini tentang isu ini kerana kita tahu di kalangan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu mereka sentiasa prihatin dan peka terhadap perkembangan politik apatah lagi dalam hal berkait tentang pilihan raya ini.
Seperkara lagi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tanya apakah relevan sebenarnya pindaan ini. Kita bercakap tentang pindaan Perlembagaan. Perlembagaan ini bukannya hiasan. Perlembagaan ini adalah satu rangka yang akan memegang kita dari segi paksi dan undang-undang negara. Jadi saya ingin tanya apakah relevan dibentangkan sekarang? Ini kerana yang kami minta di barisan pembangkang ini adalah undang-undang berkaitan dengan anti-hopping, berkenaan undang-undang mengehadkan terma ataupun term Perdana Menteri. Apa yang dihidangkan kepada kita dalam sidang ini adalah pindaan yang pada saya terlalu kecil, lebih bersifat pentadbiran.
Jadi saya ingin tanya kerana saya difahamkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun menyatakan persetujuan ingin diadakan sidang khas pada bulan Ramadhan ini berkait tentang dua perkara ini, anti-hopping atau Akta Anti Lompat Parti dan juga mengehadkan masa pemerintahan Perdana Menteri, term prime ministership. Jadi apakah boleh kita sekalikan sebenarnya kerana sudah pasti apabila kita sebut tentang Akta Anti Lompat Parti ini ia berkait juga tentang pindaan Perlembagaan.
Jadi kenapa dibuat sekarang dan kenapa kita tidak boleh tunggu sekali nanti dipanggil persidangan khas itu dan kita boleh manfaatkan masa yang ada ini untuk bahas undang- undang yang lain yang saya percaya lebih relevan dan penting buat rakyat.
Saya sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, saya lihat beberapa perbahasan tadi di blok kerajaan seolah-olah hendak bawa semangat Mesyuarat UMNO ini di dalam Dewan Rakyat, yang semalam itu kalah dua undi disebabkan masalah di peringkat kerajaan.
Memang suasana UMNO ini hendak pilihan raya cepat. Pada saya dalam hal ini jangan bawa semangat mesyuarat itu di dalam Dewan Rakyat ini kerana kita tahu kadang-kadang benda sedikit seperti ini dianggap menggugat pentadbiran kerajaan.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Jadi pada saya, saya hendak tutup di sini Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bawa Dewan ini kepada cerita Hikayat Merong Mahawangsa. Hikayat Merong Mahawangsa ini ada banyak cerita, tetapi cerita ini paling menarik kerana ada cerita tentang burung garuda yang bercakap takbur. Burung garuda ini dia bangga dengan kekuatan fizikal dia, hebat dengan tindakannya, menang banyak pilihan raya negeri.
Garuda ini tidak masuk pilihan raya negeri lah dan dapat lakukan sehendak hati dia kepada rakyat yang lemah.
Dia lupa bahawa Allah SWT itu lebih berkuasa di alam maya ini. Akhirnya dalam hikayat ini, burung garuda ini kecundang kerana kesombongannya lalu dibuang ke Laut Qalzum, Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya bentangkan ini untuk peringatan kita lah, jangan rasa bangga sangat kerana kita tahu di luar sana rakyat sedang menuntut kita sebagai pemimpin untuk memperbetulkan negara, mengemudi ekonomi dan kemudian barulah masa yang sesuai dilakukan pilihan raya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Hikayat pasal negeri saya itu, Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Selangor, silakan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera semuanya. Selaku pembahas yang terakhir, Kuala Selangor bangkit untuk tetap bangun untuk menyatakan kesediaan saya dan rakan-rakan di sebelah sini untuk memberikan sokongan yang padu kepada pindaan Perlembagaan ini yang pastinya disokong oleh hampir semua pihak sebelah sini, mungkin sebelah sana akibat antara lainnya hasil daripada keterlibatan dan engagement yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Menteri yang sangat peka dan prihatin tentang perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya kira hampir semua telah disebutkan kecuali saya juga ingin merakamkan persoalan besarnya saya kira-kira meneliti perkara ini, mungkin tidak hanya sekadar memberikan pengecualian itu sebagai the underlying premise pada penghujahan ini. Menjaga dan menjunjung kemurnian dan kesucian institusi Raja ini bukan hanya dengan cara untuk kita mengecualikan mereka daripada mengundi kerana antara lainnya, beberapa negara Nordic Countries, Sweden, Denmark dan the benchmark of Westminster Democracy itu Ratu England, Queen Elizabeth dan kerabatnya.
Kalau tidak silap saya setiap kali pilihan raya umum, mereka keluar mengundi.
Pokoknya Tuan Yang di-Pertua, yang tersirat kalaupun tidak dimaksudkan dengan lebih jelas daripada yang tersurat itu, adalah apa yang boleh saya sebutkan sebagai quid pro quo dari segi timbal-balik apa pula yang kami harapkan, yang rakyat mahukan daripada ketidak berpihaknya institusi Raja dalam tidak menyatakan dan mencampur ataupun mencemar duli mereka dalam hal politik rakyat, politik kepartian rakyat yang mesti dilindungi dan mereka selaku payung kepada seluruh rakyat dan negara ini tidak menunjukkan dan tidak sewajarnya menunjukkan kecenderungan kepada mana-mana pihak dalam keadaan yang mereka memberikan segala-galanya belaian mereka dan naungan mereka kepada semua. Saya tidak mahu menyebut mana-mana nama sebagai contoh. Saya kira ini satu yang menjadi tuntutan rakyat seluruhnya.
Itu saya kira yang lebih penting supaya institusi Raja remain neutral supaya segala apa pun persaingan di antara parti, koalisi dan sebagainya itu diberikan segala ruang untuk mereka bersaing secara sihat, bersaing dengan apa yang dikatakan sebagai contestation of policies and ideas dan mereka kekal neutral tidak berpihak. Saya kira itu yang menjadi maqasid yang menjadi maksud tujuan dan inilah yang saya harap akan dapat diperhatikan.
Adapun selebih baki waktu yang ada saya ingin sebutkan sedikit Tuan Yang di- Pertua, semalam disebut-sebutkan dan kerap juga Dewan ini mendengar tentang persoalan maqasid. Yang Berhormat Menteri semalam cuba untuk berhujah mengizinkan ataupun melanjutkan SOSMA dengan bersandarkan kepada maqasid, penjagaan nyawa, akal, nasab keturunan, harta dan agama itu tanpa membawa sebenar-benarnya maksud tujuan tertinggi maqasid yang mesti digabung jalinkan dengan dua lagi kemestian yang
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
digagaskan oleh pemikir-pemikir kontemporari terutamanya, kalau tidak kontemporari pun ia adalah juga pemikir silam seperti Ibn Ashur contohnya yang hidup sehingga tahun 1973 dan yang kontemporarinya Profesor Rahman Raishuni daripada Morocco dan Syeikh Yusuf al-Qaradhawi membawa selain daripada lima yang kita selalu dengar itu apa yang dikatakan penjagaan hifzul hurriyah dan hifzul ‘adalah. Penjagaan freedom, penjagaan kebebasan beragama dan sebagainya itu dan juga kebebasan apa yang dikatakan sebagai ‘adalah keadilan, menjaga – hifzul ‘adalah, menjaga keadilan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Di sinilah yang saya kira, saya mewakili parti Amanah dan juga kawan-kawan di sebelah sini kerap mengingatkan kepada pihak sebelah sana dan saya ingatkan kepada semua, sana dan sini bahawa akhirnya, kita selaku Ahli Parlimen, sebagai parti sama ada pembangkang mahupun pemerintah, kita bersilih ganti sebenarnya, jangan sampai ini terkorban. Jangan sampai ultimate objective of syariah yakni menjaga kemaslahatan seluruhnya dikorbankan kerana kononnya atas nama agama, kaum, ketidakadilan itu berlaku berterusan Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingat perkara ini saya perlu sebut sebab apa, kita kerap menyebutkan tentang maqasid lima perkara itu tetapi kita lupa bahawa di sana pemikiran mutakhir dan kontemporari, penjagaan keadilan, penjagaan kebebasan dan penjagaan keadilan itu adalah sangat penting untuk kita bangunkan kembali to refound our nation state ini, untuk kita kembali membina negara yang kita sayangi semua ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas peluang ini. Terima kasih. Saya menyokong, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Akhir sekali, saya menjemput Yang Berhormat Jerlun. Silakan Yang Berhormat Jerlun.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mendengar ucapan sebentar tadi oleh Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan pindaan Perlembagaan 2022 ini. Saya faham bahawa antara lain tujuan paling utamanya ialah untuk memastikan bahawa tidak ada campur tangan oleh pihak istana khususnya Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu dan kerabatnya dengan sistem demokrasi yang kita amalkan dalam negara ini.
Walaupun begitu, saya kira sebenarnya undi itu rahsia. Sepatutnyalah undi itu rahsia kalaupun raja-raja kita dibenarkan untuk mengundi tentunya, siapa mereka pilih itu tidak akan diketahui oleh orang ramai. Saya harap begitulah dengan semua undi kita bukan hanya undi-undi daripada raja-raja kita. Saya kira kalaulah tujuannya adalah untuk mengelakkan daripada campur tangan istana terhadap sistem demokrasi khususnya pilihan raya yang kita amalkan ini, undi sahaja tidaklah membantu untuk mengehadkan keadaan itu. Sebenarnya kita harus juga lihat soal lantikan baik Perdana Menteri mahupun menteri-menteri besar dan ketua menteri mestilah juga mengikut siapa yang dicadangkan oleh parti ataupun gabungan yang menguasai jumlah kerusi yang terbanyak.
Perkara 43(2)(a) dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong perlu melantik sebagai Perdana Menteri seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat itu. Ada dua perkataan yang memberikan banyak ruang budi bicara kepada Yang di- Pertuan Agong dalam melantik Perdana Menteri iaitu perkataan ‘pada hematnya’ dan juga ‘mungkin’. Akan tetapi bagi memastikan keputusan Yang di-Pertuan Agong menepati kehendak rakyat yang teramai melalui proses demokrasi iaitu pilihan raya, maka proses memilih Perdana Menteri di peringkat nasional dan menteri besar dan ketua menteri di peringkat negeri itu perlulah dilakukan dengan penuh sensitif dan berhemah.
Saya sangat tertarik dengan Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak baru-baru ini. Baginda menyatakan bahawa SPR sebagai badan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong wajib menjunjung titah ketaatsetiaan dengan menguruskan pilihan raya secara boleh dipercayai, bebas dan adil, berkecuali dan tanpa memihak serta mengamalkan kesaksamaan yang tidak boleh dipertikaikan dan ketulusan yang tidak akan
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
diragui. Jadi ini satu nasihat yang sangat-sangat penting yang kita anggap sebagai perkara yang sepatutnya we take for granted dengan izin.
Akan tetapi, kalaulah seorang Raja Melayu, Sultan Perak sendiri menitahkan perkara ini mungkin ada sangkaan bahawa SPR itu tidak dilihat sebagai betul-betul menepati ketaatsetiaan seperti mana yang dititahkan oleh Baginda.
Baru-baru ini, kita mendengar, kita tidak tahulah ada buktinya ataupun tidak. Kita dengar di Pilihan Raya Negeri Johor ada juga keadaan di mana pengundi diminta untuk mengambil gambar kertas undi setelah dia pangkah parti-parti tertentu supaya apabila ditunjukkannya gambar itu kepada pihak-pihak tertentu di luar dewan mengundi mungkin ada habuan-habuan yang mereka terima. Saya kira sudah tiba masanya SPR memastikan bahawa telefon bimbit ini tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik mengundi supaya kita elakkan keadaan-keadaan seperti ini.
Ketiganya, saya hendak membangkitkan mengenai undi 18 tahun. Semua warga berumur dari 18 ke atas berhak mengundi. Dengan peratusan undi yang sangat rendah, hanya 55 peratus sahaja yang keluar mengundi di PRN Johor baru-baru ini Tuan Yang di- Pertua, bermakna mungkin sebahagian memang tidak minat untuk mengundi atas sebab- sebab mereka sendiri. Akan tetapi ada juga sebahagian yang tidak tahu pun mereka layak mengundi. SPR sepatutnya lebih proaktif mempromosikan kepada pengundi-pengundi muda khususnya akan kelayakan mereka untuk mengundi tanpa perlu berdaftar sebagai pengundi. Dari Tingkatan 5 lagi, mereka perlu didedahkan kepada sistem Demokrasi Berparlimen supaya apabila tibanya masa PRU nanti, mereka faham hak mereka untuk menentukan hala tuju negara.
Akhir sekali, sebentar tadi saya mendengar Yang Berhormat Pokok Sena membangkitkan mengenai mana-mana orang lain yang disebutkan dalam pindaan tersebut. Saya juga rasa penting untuk difahamkan undang-undang mana yang dimaksudkan dengan kenyataan “mana-mana undang-undang” yang berhubungan dengan pendaftaran pemilih kerana mungkin ada implikasi lain yang perlu dipertimbangkan dalam Dewan Rakyat ini. Itu yang disebutkan dalam pindaan kali ini.
Juga dengan undi 18 dan pendaftaran automatik, apa yang dimaksudkan oleh pendaftaran pemilih yang disebutkan dalam pindaan ini. Walaupun begitu apa yang saya bangkitkan tadi tetap kami menyokong pindaan ini sepenuhnya dan akan mengundi untuk menyokongnya, insya-Allah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Dengan itu, perbahasan rang undang-undang ini tamat. Sekarang, saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab, 20 minit Yang Berhormat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Minta maaf, suara saya masih terjejas sedikit tetapi alhamdulillah doktor kata takkan mengeluarkan virus.
Saya bagi pihak semua ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada 14 orang Ahli Parlimen yang telah berucap tadi. Saya mendapati bahawa ucapan-ucapan yang telah diluahkan di Dewan ini sangat berkualiti tinggi dan soalan-soalan yang memang relevan tetapi adalah sedikit juga yang tidak kena mengena dengan rang undang-undang di hadapan kita ini.
Jadi, dengan itu Tuan Yang di-Pertua saya juga memohon kalau dapat diberi panjang sedikit masa itu oleh sebab jawapan itu banyak – ada yang berperingkat falsafah soalan-soalannya yang perlu juga dijawab sedemikian rupa sedapat yang saya boleh.
Jadi, segala cadangan dan pandangan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat itu amat kami hargai dan akan diberi perhatian yang sewajarnya.
Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, rang undang-undang pada hari ini adalah merupakan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan di mana Perkara 119A dimasukkan sebagai mengecualikan pemakaian Perkara 119 kepada raja-raja dan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
pasangan Yang Dipertua Negeri dan pasangan, bakal raja, waris ganti dan waris lain raja dan pasangan dan mana-mana orang lain. Ini juga ada menarik perhatian termasuk saya sendiri pun Tuan Yang di-Pertua, menarik perhatian berhubung dengan mana-mana orang lain ini. Penekanan pelaksanaan pindaan ini adalah wajar bagi memastikan raja- raja dan sebagainya kekal berkecuali, tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Seremban telah membangkit soalan mengenai butir-butir yang perlu dipaparkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, SPR sentiasa berusaha untuk memastikan para pengundi mendapat maklumat yang tepat. Dalam hal ini, SPR telah memastikan maklumat berkaitan daftar pemilih dipaparkan secara atas talian dan boleh diakses oleh semua rakyat yang layak sebagai pengundi melalui kaedah berikut― Tuan Yang di-Pertua, ingin saya beritahu juga tadi, semasa perbincangan saya berterusan dengan SPR, bahawa bukan semua orang ini celik soalan teknologi, komunikasi, perkara-perkara canggih yang digunakan oleh pihak kerajaan. Jadi, masih banyak, saya kata, bahawa orang yang belum menggunakan teknologi- teknologi tinggi ini yang perlu maklumat yang terperinci, lebih tepat lagi dan lebih mendalam lagi ataupun lebih meluas lagi.
(a) Portal SPR di pautan www.spr.gov.my ataupun mysprsemak.spr.gov.my;
(b) Portal Rasmi Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan ppn.spr.gov.my;
(c) aplikasi dalam talian di pautan myspr.spr.gov.my;
(d) aplikasi mudah alih di pautan mysprsemak.spr.gov.my; atau
(e) the hotline SPR di talian 03-88927018.
Ahli Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu telah membangkitkan persoalan berkaitan umur Ahli Dewan Negara yang masih berumur 30 tahun di atas dan sama ada terdapat perancangan kerajaan agar perkara ini dipinda. Perkara 47(a) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan Ahli Dewan Negara hendaklah berumur tidak kurang daripada 30 tahun. Peruntukan ini hendaklah dibaca bersama dengan Perkara 45(1) dan Perkara 45(2) Perlembagaan Persekutuan lain.
*“(a) dua orang ahli setiap negeri hendaklah dipilih mengikut Jadual Ketujuh Perlembagaan Persekutuan; dan
(aa) dua orang ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang Ahli Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; dan
(b) empat puluh orang ahli hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.”* Selaras dengan pindaan ini, umur ADUN dan pengundi kepada 18 tahun, cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mereka yang dipilih oleh ADUN sebagai Senator merupakan persoalan dasar dan keputusan boleh dibuat oleh pihak negeri.
Namun, kriteria bagi pemilihan Senator yang dilantik oleh YDP hendaklah orang yang pada pendapatnya telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau telah mencapai keunggulan dalam profesion perdagangan, perindustrian, pertanian, aktiviti kebudayaan ataupun perkhidmatan sosial ataupun yang mewakili ras minoriti atau berkebolehan mewakili kepentingan Orang Asli selaras dengan Perkara 45(2) Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, cadangan untuk menyelaraskan umur Senator kepada 18 tahun perlu dipertimbang daripada aspek ini juga, Tuan Yang di-Pertua.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Padang Rengas, ingin mengulas bahawa pengecualian ini adalah secara automatik. Cadangan nama-nama yang akan diberi pengecualian perlu dipersetujui oleh Majlis Raja-raja terlebih dahulu sebelum perintah dikeluarkan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Rasah telah membangkitkan persoalan berkaitan Tuan Yang Terutama Negeri yang tidak lagi berkhidmat dan adakah beliau akan didaftar semula dalam daftar pemilih. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pendaftaran semula bagi Tuan Yang Terutama Negeri yang tidak lagi berkhidmat berserta pasangan akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebaik sahaja pemakluman diberikan kepada SPR.
Ahli Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Pasir Gudang telah membangkitkan persoalan berkaitan kecenderungan ahli keluarga kerabat untuk menyertai politik dan bagi membenarkan waris-waris untuk menyertai politik. Saya tidak menafikan hak setiap individu termasuk kerabat diraja untuk menyertai politik. Walau bagaimanapun, dalam hal ini, persetujuan boleh diperoleh melalui maklum balas dari setiap negeri dan Majlis Raja-raja. Perkara ini akan dimasukkan ke dalam perintah. Jadi, perintah ini boleh diubah daripada semasa ke semasa, Yang Berhormat.
Saya juga ingin memberi respons kepada isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian berkaitan dengan MoU dan rang undang-undang anti-lompat parti. Saya ingin mengulas berkaitan pandangan Yang Berhormat Seremban berkaitan MoU. Bagi negara seperti United Kingdom, New Zealand, Australia, MoU seperti ini lebih dikenali sebagai Confidence and Supply Agreement. Kita bersetuju untuk menggunakan terminologi dalam perbincangan Jawatankuasa Pemandu. Kita bersetuju untuk menggunakan pengistilahan yang lain bagi terminology memorandum of understanding. Tujuannya ialah supaya lebih fleksibel, tidak boleh menekankan sangat dan boleh diperbincangkan dari semasa ke semasa. Itulah maknanya kenapa kita gunakan pengistilahan lain dan tidak menggunakan CSA dalam kita punya memorandum itu sendiri iaitu supaya satu kerjasama strategik dapat dicapai.
Dalam isu ini, yang penting adalah semangat setia kawan atau spirit di mana kedua-dua kerajaan dan pembangkang ingin mengadakan satu kesefahaman dalam dasar kerajaan bagi memastikan kestabilan politik. Jika kita lihat Perkara 3.3(b), sebarang usul kerajaan atau rang undang-undang perlu dirunding dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Oleh itu, kerjasama kedua-dua pihak adalah amat penting untuk menjayakan satu usul dan rang undang-undang.
Selain itu, saya berpandangan berkaitan Perkara 4.1 MoU ini di mana ia tidak akan tamat secara automatik sekiranya sesuatu usul tidak dipenuhi jika Perkara-perkara 3.1 sampai 3.3 Lampiran 1 di MoU tidak dipenuhi dan masih terbuka untuk rundingan bersama kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang. Ini bermakna kalau ada percanggahan dibuat, contoh macam apa yang berlaku semalam, belum secara automatik MoU itu akan tamat. Ia akan tamat apabila kedua-dua pihak bersetuju tidak menamatkan MoU itu sendiri.
[Tepuk] Bagi perkara berkaitan dengan rang undang-undang anti-lompat parti, saya ingin mengulas bahawa cadangan asal kerajaan adalah untuk membawa ketiga-tiga perkara berkaitan pindaan Perlembagaan Persekutuan bersekali. Walau bagaimanapun, kerajaan berpandangan sesi libat urus yang dibuat untuk rang undang-undang anti-lompat parti dan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri masih dapat kekurangan. Oleh itu, kerajaan akan membawa rang undang-undang tersebut di sidang Parlimen khas yang dijangka akan diadakan dalam masa yang terdekat setelah semua sesi libat urus diadakan.
[Tepuk] Yang Berhormat Bukit Gelugor telah membangkitkan semula persoalan berkaitan hak untuk mengundi. Kita tidak berhasrat untuk menarik hak mereka tetapi ia merupakan suatu yang telah dirunding dengan pihak negeri serta Majlis Raja-raja sendiri. Dari sudut pelaksanaan, nama-nama yang diberi pengecualian akan dimasukkan ke dalam suatu perintah yang akan mendapat persetujuan Majlis Raja-raja. Maknanya apabila seseorang itu tidak mahu namanya dikecualikan, maka dia boleh tidak dikecualikan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sebentar tadi Ahli Yang Berhormat Pokok Sena telah membangkitkan juga persoalan berkaitan pengecualian kepada mana-mana orang lain. Sudi saya mengingatkan bahawa pengecualian kepada mana-mana orang lain itu diperuntukkan dalam Perkara 119A adalah dihasratkan untuk merujuk kepada golongan kerabat diraja sahaja.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ini juga menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sepang tadi. Sebenarnya kita mengikut garis panduan undang-undang yang Yang Berhormat sebut tadi. Dia bukan kepada Wan Junaidi ataupun kepada sesiapa yang lain. Dia hanya ada hubung kait dengan waris-waris diraja yang mungkin title berubah pada semasa ke semasa.
Ahli Yang Berhormat Lembah Pantai membangkitkan isu pengundi muda yang didaftarkan secara automatik. Dalam hal ini Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia melalui Akademi Pilihan Raya telah menjalinkan kerjasama strategik dengan beberapa kementerian untuk melaksanakan Program Pendidikan Pengundi ( Voter Education) dengan izin bertujuan untuk memberi kefahaman terhadap proses pilihan raya yang dijalankan di Malaysia dan mempersiap siaga golongan belia agar menjadi warganegara yang bertanggungjawab dengan melibatkan diri dalam pilihan raya.
Jadi ingin saya hendak sebutkan di sini Tuan Yang di-Pertua, bahawa dahulunya mengikut timeline yang kita ada adalah kita laksanakan undang-undang undi automatik ini pada bulan September 2022.
Oleh sebab arahan dari mahkamah di Kuching pada 3 September, maka kita percepatkan. Jadi, libat urus kepada umum dan penyebaran kepada umum itu telah tergendala oleh sebab berlakunya masalah COVID-19.
Jadi sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini dan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan, APR telah memperkenalkan Program Pendidikan Pengundi Secara Maya (Virtual Voter Education) dengan izin, sebagai alternatif dalam melaksanakan Program Pendidikan Pengundi ini yang dilaksanakan secara bersemuka...
[Disampuk]
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
...Sebelum pandemik COVID-19 berlaku.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Menteri, penjelasan.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Lagi-lagi saya hendak tambahkan di sini – Yang Berhormat tunggu sekejap okey?
Tambahkan di sini bahawa program asal yang kita hendak laksanakan dahulu akan kita laksanakan juga bila redanya COVID-19 ini nanti. Ini adalah alternatif kepada yang dicadangkan itu tadi. Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ambil maklum apa yang disebut – penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri dan juga perubahan garis masa memandangkan asalnya ini dahulu September 2022 kini sejak 1 Januari 2022.
Walau bagaimanapun seperti yang pernah disebut oleh Yang Berhormat Yang Berhormat Timbalan Menteri sebelum ini, akademi tersebut hadapi pelbagai kekangan.
Bukan sahaja daripada segi COVID-19 tetapi jumlah pelatihnya. Saya sebelum ini pernah mencadangkan agar Ahli-ahli Parlimen turut dilibatkan dan ia adalah kegiatan merentas parti tanpa memikirkan tentang isu politik, ini adalah isu demokrasi dan kami sedia membantu di kawasan masing-masing untuk proses pendemokrasian ataupun memahamkan golongan belia ataupun mereka yang baharu sahaja mendaftar, didaftarkan sebagai pengundi untuk proses tersebut. Jadi saya pohon pihak kerajaan pertimbangkan.
Libatkanlah kami, kami sedia untuk membantu. Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya perancangan oleh pihak SPR adalah... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Minta maaf. Insya-Allah kita akan melibatkan tiap-tiap wakil rakyat termasuk Ahli Parlimen dan ADUN, kita libatkan untuk pendedahan ini kepada masyarakat umum. Ini saya janji dan saya berharap kita redalah sedikit COVID-19 ini nanti, kita boleh laksanakan secara berhadapan, bukan secara maya seperti mana yang telah dibuat sekarang yang masih dalam sudutnya, saya sendiri menerima hakikatnya bahawa ada kelemahan menggunakan advanced technology, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, pendaftaran pengundi baharu memberi satu nafas yang baharu kepada demokrasi. Akan tetapi kita nampak di PRU di Johor, pengundi-pengundi muda banyak orang yang datang untuk mengundi. Adakah cadangan yang dibuat oleh beberapa orang bahawa kita mengadakan compulsory voting, satu cadangan supaya semua pengundi semestinya mengundi. Kalau tidak mengundi, perlu memberi alasan seperti di Australia dan negara- negara lain.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Setakat ini Yang Berhormat saya ingin menjawablah yang saya ketahui dengan perbincangan saya dengan pihak SPR. Belum lagi ada perancangan kita bincang walaupun sepintas lalu kita memikirkan juga supaya kita meningkatkan penglibatan pengundi-pengundi untuk terlibat dalam pengundian semasa pilihan raya ini tetapi oleh sebab juga kita melihat keadaan muka bumi kita, kalau kita lihat di Australia, hanya kurang daripada lima peratus masih duduk di luar bandar. Hanya sebilangan kecil sahaja. Begitulah juga negara-negara advanced lain contohnya macam di England dan pelbagai lagi.
Akan tetapi kalau kita lihat di Malaysia ini, masih ramai sangat khususnya di negeri Sabah dan Sarawak kita lihat 45 peratus orang masih duduk – penduduk masih duduk di luar bandar yang tidak mempunyai kemudahan-kemudahan yang tertentu dan begitu juga pencapaian connectivity kita kepada pihak ini. Kita bimbang kalau kita laksanakan dengan secepat mungkin, dengan tidak ada libat urus, perbincangan menyeluruh supaya tiap-tiap negeri bersedia untuk menerima soalan automatik ini kita boleh perbincangkan. Ini kerana hala tujunya Tuan Yang di-Pertua, sebabnya saya melihat – saya terlibat kajian dahulu, kenapa di England itu sehingga sampai hanya 60 peratus sahaja pengundian keluar padahal keadaan muka buminya, orangnya, kebijaksanaan literacy-nya semua sudah meningkat tetapi tidak juga boleh mencapai.
Sebenarnya bukan soalan itu, apabila kajian itu dibuat, kita terima bahawa ialah orang telah disillusioned dengan keadaan politik negara-negara tersebut. Jadi orang- orang tidak hendak lagi terlibat dengan soalan demokrasi ini.
Ramai antara pihak-pihak tertentu di negara-negara yang subject matter kajian itu menunjukkan bahawa bukan soalan fizikal, bukan soalan lain tetapi ialah disillusionment kepada proses pengundian dan demokrasi itu sendiri.
Jadi saya ingin lagi menekankan tentang Tuan Yang di-Pertua contohnya Yang Berhormat Pasir Gudang equality before the law dan sebagainya, itu dan hak raja-raja.
Sebenarnya saya tekankan di sini bahawa kita tidak menarik kuasa mana-mana pihak termasuk hak Raja-raja Melayu, tidak menarik hak-hak mana kerabat ataupun TYT kerana mereka boleh membuat pilihan. Kalau mereka mahu pilihan itu bahawa mereka tidak hendak masuk ke dalam senarai dalam perintah itu nanti maka mereka masih berhak untuk terlibat dengan pengundian itu sendiri.
Ini adalah satu fasiliti saja diberi kepada pihak ini makanya bahawa dia ada pilihan macam biasa juga untuk mengundi ataupun tidak mengundi, ataupun mendaftar dikecuali ataupun tidak berkecuali, semua itu masih berbalik kepada mereka sendiri. Pilihan mereka sendiri.
Ini kerananya Tuan Yang di-Pertua, selepas ini insya-Allah sebagaimana yang sokongan yang lihat tadi, kita dapat meluluskan rang undang-undang ini, libat urus sekali lagi dibuat dengan kerajaan negeri-negeri dan libat urus semula dengan pihak Majlis Raja- raja dan sebelumnya, peraturan dibuat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Pertuan Agong sebagai perintah untuk mengatakan siapa senarai mereka mengikut negeri masing-masing yang boleh dimaafkan daripada mengundi ini.
Jadi dalam keadaan sedemikian, kita tidak menarik apa-apa hak mana-mana orang lain termasuklah raja-raja. Ini termasuklah jawapan saya kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor yang juga membangkitkan perkara yang sama. Hak ini tidak...
[Disampuk]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
...Ditarik balik oleh kerajaan menerusi keputusan di dalam Dewan ini.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Silakan Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ringkas sahaja. Saya amat mengalu-alukan penjelasan yang diberikan Yang Berhormat berkaitan dengan cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dan juga jaminan tadi bahawa satu sesi khas akan diadakan pada bulan hadapan berkenaan dengan Akta Anti Lompat Parti. Saya ucapkan terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang usaha sedemikian.
Sudah tentu, kita - seperti yang dinyatakan oleh rakan-rakan saya tadi, kami akan sokong pindaan Perlembagaan ini sebagai satu tanda jelas bahawa kita mahu kepentingan negara diutamakan.
Bolehkan berikan tarikh bilakah sesi khas ini akan diadakan, supaya sama-sama kita boleh membuat persiapan. Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat sebenarnya saya tidak dapat buat pengumuman melainkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata ‘beri pengumuman’. Boleh? Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua saya tadi sudah ada berkesempatan berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kita telah bersetuju bahawa persidangan pada 11 April ini diadakan untuk kita membahaskan Rang Undang- undang Antilompat Parti. Kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 11(3) ini memang kuasa hak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan berbincang dengan Tuan Yang di-Pertua tetapi tarikh itu ditetapkan dalam masa 14 hari oleh kerana peluang hendak jemput semua Ahli Parlimen datang pada hari Ahad untuk persidangan pada hari Isnin 11 hari bulan itu nanti.
Jadi Yang Berhormat jangan bimbang bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberi assurance kepada saya tadi bahawa kita akan bentangkan rang undang-undang ini. Biarlah Ahli Parlimen buat keputusan sendiri hendak sokong atau tidak sokong.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun cakap kalau tidak habis satu hari, dua hari pun boleh sidang khas ini.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Kita tidak bermasalah berhubung dengan bulan puasa ini.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Dua harilah baru padan.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Zaman dahulu kita bulan puasa bersidang. Hanya sekarang sahaja bulan puasa kita tidak bersidang. Saya bagi tahu dengan semua pihak termasuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak ada masalah langsung bersidang bulan puasa ini. Orang Islam sepatutnya boleh melaksanakan apa tugas malah bulan puasa seperti mana bulan-bulan lain juga... [Dewan riuh]
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Sokong. Papar minta laluan.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Jadi saya ingat banyak jawapan yang masih di sini Tuan Yang di-Pertua – saya diberi singkat masa. Jawapan saya boleh bagi secara bertulis yang lain itu. Hakikatnya, bahawa rang undang-undang ini kita bentangkan untuk memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
pengecualian selepas perbincangan dengan Majlis Raja-raja dan input daripada semua pihak di negeri-negeri masing-masing. Bahkan...
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Yang Berhormat Menteri, Papar minta laluan.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Satu lagi persoalan yang saya hendak jawab iaitu ada persoalan membangkit bahawa macam mana kalau seorang TYT itu sudah retire. Dia tidak lagi dilantik menjadi TYT jadi bagaimanakah tindakan. Itulah kenapa maka apabila kita mencadangkan pindaan kepada Perlembagaan, dia hanya bertahap prinsip sahaja untuk memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong. Maknanya apabila sahaja TYT itu memberi notis tidak ada lagi dilantik menjadi TYT maka secara automatik pihak SPR akan mengembalikan nama mereka ke dalam senarai untuk mengundi semula.
Dalam keadaan sedemikian Yang Berhormat sekalian, bahawa tidak ada dalam kita melihat penggubalan rang undang-undang ini – memang saya sangat bersetuju bahawa Raja-raja mesti bersikap neutral dalam semua sudut itulah semangat dan hakikat rang undang-undang ini. Dalam keadaan sedemikian kita memberi ruang dan peluang supaya pihak istana melihat sendiri neutral dalam semua sudut.
Kita memberi ruang dan peluang juga supaya tidak ada persoalan sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Rengas sama ada Raja ini boleh mengundi ataupun tidak mengundi kalau nama dia keluar dalam senarai. Akan tetapi, kalau ada undang-undang yang khusus membolehkan mereka dikecualikan, maka pengecualian itu dibuat secara undang-undang persoalan tidak lagi was-was dibangkitkan oleh mana-mana pihak berhubung dengan menjadi seorang pengundi.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar minta laluan.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Boleh habiskankah Yang Berhormat Menteri?
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar. Papar.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri boleh habiskan?
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Satu lagi Tuan Yang di- Pertua, saya berterima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam perbahasan ini. Saya melihat bahawa oleh sebab diberi lima minit sedikit seorang bercakap jadi semuanya very solid, full of substance dan tidak ada banyak sangat soal politik. Dia macam betul-betul di negara-negara yang maju iaitu apabila dikhaskan perbahasan itu kepada satu peringkat sahaja, maka kuranglah politk dalam Dewan Rakyat.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Banyak persoalan yang relevan, soalan yang bagus, soalan yang ada hubung kait terus kepada itu. Akan tetapi yang banyak bangkitkan ialah soalan pengundi – senarai pengundi, pendedahan pengundi publisiti untuk pengundi ini sebagaimana Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Jerlun semua sudah bangkit, insha-Allah kita akan perkemaskinikan lagi pendekatan oleh pihak SPR. Saya cukup yakin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengetahui apakah kewangan yang diperlukan oleh pihak SPR untuk mendedahkan pengundi-pengundi dan memberi pendidikan kepada pihak khususnya anak-anak sekolah yang dalam peringkat tingkatan lima dan tingkatan enam sebelum masuk ke universiti.
Ini semua dalam perancangan SPR sebenar untuk pendedahan dan pengalaman supaya mereka sebelum menjadi masyarakat biasa di luar sana nanti, supaya dapat menjadi pengundi dan menyokong amalan demokrasi di negara ini. Insha-Allah dapat memainkan peranan. Di Dewan ini Yang Berhormat kita cuba buat fasiliti dan di luar akan melaksanakannya nanti. Tuan Yang di-Pertua sekian sahaja ucapan saya...
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Boleh Papar sekejap?
[Dewan riuh]
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Papar, apa lagi?
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang dan oleh sebab mengikut peruntukan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan maka
Tuan Yang di-Pertua
Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2020 ini memerlukan sokongan pada bacaan kali yang kedua dengan undi sebanyak tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan Ahli Majlis Dewan ini. Maka mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 46(5), saya memerintahkan supaya satu belah bahagian diadakan sekarang...
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu...
Tuan Yang di-Pertua
Dua pertiga undi adalah bersamaan 148 daripada 222 Ahli Dewan Rakyat.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Tuan Yang di-Pertua sebelum itu Peraturan Mesyuarat. Sebelum itu...
Tuan Yang di-Pertua
Setiausaha sila bunyikan loceng selama dua minit.
[Loceng dibunyikan]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Oleh sebab saya rasa Dewan telah penuh dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat di premis Parlimen saya rasa sudah berada di Dewan, maka saya tidak bercadang untuk menangguhkan selama 10 minit.
Senarai nama penghitung undi dan pemerhati bagi pengundian belah bahagian ini adalah seperti berikut; • Blok A, Yang Berhormat Santubong. Pemerhati, Yang Berhormat Tanjong Malim.
• Blok B, Yang Berhormat Kepala Batas. Pemerhati, Yang Berhormat Batu Gajah.
• Blok C, Yang Berhormat Hulu Terengganu. Pemerhati, oleh Yang Berhormat Kangar.
• Blok D1, Yang Berhormat Jempol. Pemerhati, Yang Berhormat Kuala Langat.
• Blok D2, Yang Berhormat Kluang. Pemerhati, Yang Berhormat Sabak Bernam.
• Blok E, Yang Berhormat Lumut. Pemerhati, Yang Berhormat Tebrau.
• Blok F, Yang Berhormat Lanang. Pemerhati, Yang Berhormat Parit.
• Blok G, Yang Berhormat Sungai Petani. Pemerhati, Yang Berhormat Sibuti.
Saya harap pihak penghitung undi dan juga pemerhati betul-betul melihat dan mengesahkan keputusan. Saya tidak mahu ada lagi kesalahan yang dilakukan seperti semalam. Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai penghitung undi, sila ambil tempat masing- masing di hadapan blok Yang Berhormat semua.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Pintu tak payah kuncilah.
Tuan Yang di-Pertua
Para penghitung sila membuang undi dahulu.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Baiklah. Kalau semua telah bersedia, undian dijalankan sekarang.
[Dewan berbelah bahagi]
Tuan Yang di-Pertua
[Pengundian dijalankan]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Keputusan belah bahagian adalah seperti berikut iaitu bersetuju, 181 orang.
[Tepuk] Tidak hadir, 39 orang. Tiada yang tidak bersetuju. Jumlah undi semuanya 220.
YAB. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) 2. YB. Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak) 3. YB. Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof (Petrajaya) 4. YB. Dato' Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong) 5. YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) 6. YB. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Kubang Kerian) 7. YB. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin (Larut) 8. YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi (Kapit) 9. YB. Dato' Takiyuddin bin Hassan (Kota Bharu) 10. YB. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau) 11. YB. Datuk Seri Dr. Adham bin Baba (Tenggara) 12. YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed (Jeli) 13. YB. Dato' Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 14. YB. Dato' Sri Hajah Nancy Shukri (Batang Sadong) 15. YB. Tan Sri Noh bin Haji Omar (Tanjong Karang) 16. YB. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim (Arau) 17. YB. Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu (Tambun) 18. YB. Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) 19. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah (Jasin) 20. YB. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (Padang Besar) 21. YB. Dato’ Eddin Syazlee bin Shith (Kuala Pilah) 22. YB. Dato' Mohd Rashid bin Hasnon (Batu Pahat) 23. YB. Datuk Seri Panglima Dr.Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu) 24. YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa (Ketereh) 25. YB. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican (Kepala Batas) 26. YB. Dato' Dr. Noraini Ahmad (Parit Sulong) 27. YB. Datuk Seri Rina binti Mohd Harun (Titiwangsa) 28. YB. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad (Mersing) 29. YB. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid (Padang Terap) 30. YB. Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin (Ampang) 31. YB. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique (Kota Tinggi) 32. YB. Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad (Lipis) 33. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib (Maran) 34. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) 35. YB. Datuk Mastura binti Mohd Yazid (Kuala Kangsar) 36. YB. Tuan Muslimin bin Yahaya (Sungai Besar) 37. YB. Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali (Bagan Serai) 38. YB. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Hj. Samsudin (Masjid Tanah) 39. YB. Dato' Rosol bin Wahid (Hulu Terengganu) 40. YB. Tuan Jonathan bin Yasin (Ranau) 41. YB. Dato' Seri Dr. Santhara (Segamat) 42. YB. Datuk Ali bin Biju (Saratok) 43. YB. Datuk Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) 44. YB. Dato' Henry Sum Agong (Lawas) 45. YB. Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit) 46. YB. Dato' Hajah Hanifah Hajar Taib (Mukah) 47. YB. Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah (Limbang) 48. YB. Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) 49. YB. Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary (Pengkalan Chepa) 50. YB. Datuk Haji Awang bin Hashim (Pendang)
YB. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu) 52. YB. Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) 53. YB. Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) 54. YB. Dato' Haji Jalaluddin bin Alias (Jelebu) 55. YB. Datuk Mohamad bin Alamin (Kimanis) 56. YB. Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa (Sipitang) 57. YB. Tuan Che Alias bin Hamid (Kemaman) 58. YB. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir (Setiu) 59. YB. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni (Sibuti) 60. YB. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi (Igan) 61. YB. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) 62. YB. Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam (Kuala Langat) 63. YB. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (Padang Rengas) 64. YB. Tuan Sabri bin Azit (Jerai) 65. YB. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Sik) 66. YB. Tuan Ramli Bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) 67. YB. Tuan Yusuf bin Abd Wahab (Tanjong Manis) 68. YB. Tuan Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau) 69. YB. Puan Rubiah binti Wang (Kota Samarahan) 70. YB. Tuan Jugah Ak Muyang @ Tambat (Lubok Antu) 71. YB. Tuan Anyi Ngau (Baram) 72. YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi (Bagan Datuk) 73. YB. Dato' Sri Azalina Othman Said (Pengerang) 74. YB. Dato' Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem (Serian) 75. YB. Datuk Seri Mohd Redzuan bin Yusof (Alor Gajah) 76. YB. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah (Lenggong) 77. YB. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz (Bachok) 78. YB. Dato' Seri Tiong King Sing (Bintulu) 79. YB. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh (Besut) 80. YB. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman (Pasir Salak) 81. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (Pontian) 82. YB. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub (Machang) 83. YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim (Baling) 84. YB. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari (Pasir Mas) 85. YB. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli (Dungun) 86. YB. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman (Kuala Krai) 87. YB. Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Haji Mohd Dun
(Beaufort) 88. YB. Datuk Abd. Rahim bin Bakri (Kudat) 89. YB. Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (Hulu Rajang) 90. YB. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh (Sabak Bernam) 91. YB. Dato' Haji Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Jempol) 92. YB. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria (Parit) 93. YB. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi (Tumpat) 94. YB. Datuk Zakaria bin Mohd Edris (Libaran) 95. YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris (Jerantut) 96. YB. Datuk Robert Lawson Chuat (Betong) 97. YB. Tuan Kesavan a/l Subramaniam (Sungai Siput) 98. YB. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Jelutong) 99. YB. Puan Wong Shu Qi (Kluang) 100. YB. Puan Rusnah Binti Aluai (Tangga Batu) 101. YB. Tuan Cha Kee Chin (Rasah) 102. YB. Tuan Teh Kok Lim (Taiping) 103. YB. Puan Noorita Binti Sual (Tenom) 104. YB. Tuan Haji Ahmad bin Hassan (Papar) 105. YB. Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir (Jerlun) 106. YB. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) 107. YB. Dr. Maszlee bin Malik (Simpang Renggam)
YB. Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah (Kubang Pasu) 109. YB. Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh (Sri Gading) 110. YB. Tuan Su Keong Siong (Kampar) 111. YB. Dr. Azman bin Ismail (Kuala Kedah) 112. YB. Tuan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) 113. YB. Tuan Chan Ming Kai (Alor Setar) 114. YB. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh (Bukit Gelugor) 115. YB. Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus (Hulu Langat) 116. YB. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ledang) 117. YB. Puan Kasthuriraani a/p Patto (Batu Kawan) 118. YB. Tuan Wong Kah Woh (Ipoh Timur) 119. YB. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli (Lumut) 120. YB. Tuan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) 121. YB. Tuan Charles Anthony Santiago (Klang) 122. YB. Tuan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) 123. YB. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Segambut) 124. YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor) 125. YB. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Balik Pulau) 126. YB. Tuan Chan Foong Hin (Kota Kinabalu) 127. YB. Puan June Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor) 128. YB. Tuan Wong Hon Wai (Bukit Bendera) 129. YB. Tuan Hassan bin Abdul Karim (Pasir Gudang) 130. YB. Tuan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) 131. YB. Tuan Noor Amin bin Ahmad (Kangar) 132. YB. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom (Tampin) 133. YB. Tuan Wong Tack (Bentong) 134. YB. Puan Maria Chin binti Abdullah (Petaling Jaya) 135. YB. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Farkharudy (Kota Belud) 136. YB. Tuan Prabakaran a/l M. Parameswaran (Batu) 137. YB. Tuan Pang Hok Liong (Labis) 138. YB. Datuk Wira Haji Mohd Anuar Mohd Tahir (Temerloh) 139. YB. Tuan Wong Ling Biu (Sarikei) 140. YB. Tuan Tan Kok Wai (Cheras) 141. YB. Puan Nurul Izzah binti Anwar (Permatang Pauh) 142. YB. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) 143. YB. Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat) 144. YB. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Wangsa Maju) 145. YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) 146. YB. Dr. Lee Boon Chye (Gopeng) 147. YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa (Parit Buntar) 148. YB. Datuk Ignatius Darell Leiking (Penampang) 149. YB. Tuan William Leong Jee Keen (Selayang) 150. YB. Tuan Loke Siew Fook (Seremban) 151. YB. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena) 152. YB. Tuan R. Sivarasa (Sungai Buloh) 153. YB. Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) 154. YB. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kapar) 155. YB. Tuan Ong Kian Ming (Bangi) 56. YB. Tuan Wong Chen (Subang) 157. YB. Puan Yeo Bee Yin (Bakri) 158. YB. Puan Nor Azrina binti Surip (Merbok) 159. YB. Tuan Lim Lip Eng (Kepong) 160. YB. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja) 161. YB. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) 162. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail (Kulim Bandar Baharu) 163. YB. Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub (Pulai) 164. YB. Tuan Gobind Singh Deo (Puchong) 165. YB. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (Muar) 166. YB. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang)
YB. Dato' Johari bin Abdul (Sungai Petani) 168. YB. Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) 169. YB. Tuan Chong Chieng Jen (Stampin) 170. YB. Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir (Johor Bahru) 171. YB. Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan) 172. YB. Tuan Tony Pua Kiam Wee (Damansara) 173. YB. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (Raub) 174. YB. Datuk Mohd Azis bin Jamman (Sepanggar) 175. YB. Puan Teo Nie Ching (Kulai) 176. YB. Datuk Seri Shamsul Iskandar @Yusre bin Mohd Akin (Hang Tuah Jaya) 177. YB. Dato' Ngeh Koo Ham (Beruas) 178. YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) 179. YB. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin (Sepang) 180. YB. Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Tuaran) 181. YB. Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Batu Gajah)
YB. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (Sembrong) 2. YB. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 3. YB. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 4. YB. Datuk Seri M. Saravanan (Tapah) 5. YB. Dato' Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak) 6. YB. Dato' Mansor Othman (Nibong Tebal) 7. YB. Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh (Pasir Puteh) 8. YB. Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (Keningau) 9. YB. Dato' Sri Hasan bin Arifin (Rompin) 10. YB. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) 11. YB. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya (Tasek Gelugor) 12. YB. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Pekan) 13. YB. Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang (Marang) 14. YB. Tan Sri Mahiaddin bin Mohd Yassin (Pagoh) 15. YB. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Putrajaya) 16. YB. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) 17. YB. Dato' Sri Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) 18. YB. Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim (Batang Lupar) 19. YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi (Lahad Datu) 20. YB. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) 21. YB. Puan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) 22. YB. Puan Hajah Natrah Binti Ismail (Sekijang) 23. YB. Datuk Rozman bin Isli (Labuan) 24. YB. Dato' Masir Kujat (Sri Aman) 25. YB. Tuan Baru Bian (Selangau) 26. YB. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Langkawi) 27. YB. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Setiawangsa) 28. YB. Datuk Christina Liew Chin Jin (Tawau) 29. YB. Tuan Awang Husaini bin Sahari (Putatan) 30. YB. Tuan Mordi anak Bimol (Mas Gading) 31. YB. Tuan Karupaiya a/l Mutusami (Padang Serai) 32. YB. Tuan Ma'mun bin Sulaiman (Kalabakan) 33. YB. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan) 34. YB. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (Port Dickson) 35. YB. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal (Semporna) 36. YB. Tuan Lim Kit Siang (Iskandar Puteri) 37. YB. Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) 38. YB. Tuan Khalid bin Abd. Samad (Shah Alam) 39. YB. Dr. Michael Teo Yu Keng (Miri)
Tuan Yang di-Pertua
Dengan itu, rang undang-undang ini diluluskan dan akan dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Tepuk] [Masalah disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Tuan Pengerusi, Peraturan Mesyuarat.
Tuan Pengerusi
Ya.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Peraturan Mesyuarat mengenai 36(12). Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana telah pun sudi memasukkan usul saya untuk merujuk Ahli Parlimen Pekan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mengikut Perkara 36(12) Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat atas sebab ucapan beliau pada 2 Mac 2022. Ini menunjukkan ...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sudah kalah duduklah.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Damansara sudah kalah, duduklah.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Ini menunjukkan bahawa setelah tiga minggu surat-menyurat penjelasan yang telah pun diberikan daripada pihak Kementerian Kewangan daripada Yang Berhormat Pekan dan juga daripada saya.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Tan Sri Noh bin Haji Omar
Ini ruling apa ini? Apa kena mengena usul dengan ini?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Tuan Pengerusi yang menimbangkan segala penjelasan ini telah pun mendapati bahawa memang ada ...
Tan Sri Noh bin Haji Omar
Patutlah kalah bertanding di sana, DAP tak faham peraturan.
Tuan Pengerusi
Tolong.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Memang ada kes prima facie bahawa Yang Berhormat Pekan patut dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Tan Sri Noh bin Haji Omar
Apa ini Tuan Pengerusi?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Dan perlu ...
Tan Sri Noh bin Haji Omar
Peraturan apa ini?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Dan perlu ditetapkan dan dipastikan dalam Dewan ini.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat.
Tan Sri Noh bin Haji Omar
Apa?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Masalahnya usul ini merupakan usul di hujung kesemua usul-usul dan seperti amalan yang biasa, ia tidak akan dikemukakan dalam Dewan ini pada sesi ini. Saya rasa ini merupakan satu perkara ...
Tan Sri Noh bin Haji Omar
Not relevant.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Saya rasa ini merupakan satu perkara yang Tuan Pengerusi boleh putuskan.
Tan Sri Noh bin Haji Omar
Tak ada kaitan. Tak ada kaitan.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Dan berkuasa untuk putuskan untuk memastikan supaya keadilan dapat dicapai dalam Dewan ini.
Tuan Pengerusi
Baik.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Saya ingin menyebut ..
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, tolong habiskan.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Saya berkata demikian kerana usul 36(12) telah banyak kali dibentangkan dan diundi dalam Dewan ini semasa kerajaan telah pun membawa usul ini ke atas Yang Berhormat Permatang Pauh, sekarang Yang Berhormat kawasan Port Dickson, ke atas Yang Berhormat Gelang Patah, sekarang Yang Berhormat kawasan Iskandar Puteri. Kepada Yang Berhormat Sungai Buloh dulu Yang Berhormat kawasan Subang dan kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor yang lalu.
Tuan Pengerusi
Baik Yang Berhormat, tolong.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
So, kesemua perkara ini telah pun dibawa ke Dewan dan diundikan.
Tuan Pengerusi
Sudahlah, sudahlah.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Kalaulah pihak di sebelah sana berhak membawa usul 36(12) ke Dewan ini.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Peringkat Jawatankuasa sekarang ini Tuan Pengerusi, Jawatankuasa.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Dan sebelah sini untuk atas perkara yang sama tidak boleh, ini telah menunjukkan bahawa ...
Tuan Pengerusi
Okey, Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Ada ketidakadilan berlaku dalam Dewan.
Timbalan Menteri Kewangan I - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Tidak habis lagi, tidak habis lagi.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
... dan ini mesti diperbetulkan kerana ini merupakan institusi keadilan yang paling penting sekali di Malaysia. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Macam mana boleh kalah ya?
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, sebenarnya Majlis sedang dalam Jawatankuasa ini. Akan tetapi itulah mengikut Peraturan Mesyuarat 14, urusan kerajaan diberi prioriti dan usul-usul persendirian datang terkemudian dan hanya Yang Berhormat Menteri yang dapat memperbaiki perkara itu.
Oleh itu, Majlis dalam Jawatankuasa.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Macam mana kita hendak minta supaya Yang Berhormat Menteri memperbaiki perkara itu supaya.... [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, saya telah jawab Yang Berhormat. Saya telah jawab. Tuan Setiausaha, silakan. Maaf.
[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highland) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi
[Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) **mempengerusikan Mesyuarat****] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan]
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Oleh sebab mengikut peruntukan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 ini memerlukan sokongan pada bacaan kali yang ketiga dengan undi sebanyak tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan Ahli Majlis Dewan ini. Maka mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 46(5), saya memerintahkan supaya satu belah bahagian diadakan sekarang.
Setiausaha, sila bunyikan loceng selama dua minit.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Tuan Yang di-Pertua, tidak kah boleh dibuat undian suara sahaja kerana tadi dah dibuat belah bahagi. Bolehkah kita buat undian suara sahaja?
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Majlis memutuskan prosedur diikut.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat Jerlun dalam Perlembagaan, kena buat semula.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Perkara ini jelas dalam Perlembagaan 159.
[Loceng masih dibunyikan]
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai penghitung undi sila ambil tempat masing-masing di hadapan blok Yang Berhormat.
[Dewan berbelah bahagi]
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
[Pengundian dijalankan]
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Maka dengan ini saya mengisytiharkan keputusan pengundian; Bersetuju, 178 orang...
[Tepuk] Tidak hadir 42 orang, termasuk saya.
[Tepuk]
YAB. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) 2. YB. Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak) 3. YB. Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof (Petrajaya) 4. YB. Dato' Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong) 5. YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) 6. YB. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Kubang Kerian) 7. YB. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin (Larut) 8. YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi (Kapit) 9. YB. Dato' Takiyuddin bin Hassan (Kota Bharu)
YB. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau) 11. YB. Datuk Seri Dr. Adham bin Baba (Tenggara) 12. YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed (Jeli) 13. YB. Dato' Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 14. YB. Dato' Sri Hajah Nancy Shukri (Batang Sadong) 15. YB. Tan Sri Noh bin Haji Omar (Tanjong Karang) 16. YB. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim (Arau) 17. YB. Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu (Tambun) 18. YB. Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) 19. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah (Jasin) 20. YB. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (Padang Besar) 21. YB. Dato’ Eddin Syazlee bin Shith (Kuala Pilah) 22. YB. Dato' Mohd Rashid bin Hasnon (Batu Pahat) 23. YB. Datuk Seri Panglima Dr.Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu) 24. YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa (Ketereh) 25. YB. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican (Kepala Batas) 26. YB. Dato' Dr. Noraini Ahmad (Parit Sulong) 27. YB. Datuk Seri Rina binti Mohd Harun (Titiwangsa) 28. YB. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad (Mersing) 29. YB. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid (Padang Terap) 30. YB. Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin (Ampang) 31. YB. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique (Kota Tinggi) 32. YB. Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad (Lipis) 33. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib (Maran) 34. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) 35. YB. Datuk Mastura binti Mohd Yazid (Kuala Kangsar) 36. YB. Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali (Bagan Serai) 37. YB. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Hj. Samsudin (Masjid Tanah) 38. YB. Dato' Rosol bin Wahid (Hulu Terengganu) 39. YB. Tuan Jonathan bin Yasin (Ranau) 40. YB. Dato' Seri Dr. Santhara (Segamat) 41. YB. Datuk Ali bin Biju (Saratok) 42. YB. Datuk Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) 43. YB. Dato' Henry Sum Agong (Lawas) 44. YB. Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit) 45. YB. Dato' Hajah Hanifah Hajar Taib (Mukah) 46. YB. Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah (Limbang) 47. YB. Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) 48. YB. Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary (Pengkalan Chepa) 49. YB. Datuk Haji Awang bin Hashim (Pendang) 50. YB. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu) 51. YB. Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) 52. YB. Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) 53. YB. Dato' Haji Jalaluddin bin Alias (Jelebu) 54. YB. Datuk Mohamad bin Alamin (Kimanis) 55. YB. Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa (Sipitang) 56. YB. Tuan Che Alias bin Hamid (Kemaman) 57. YB. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir (Setiu) 58. YB. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni (Sibuti) 59. YB. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi (Igan) 60. YB. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) 61. YB. Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam (Kuala Langat) 62. YB. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (Padang Rengas) 63. YB. Tuan Sabri bin Azit (Jerai) 64. YB. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Sik) 65. YB. Tuan Yusuf bin Abd Wahab (Tanjong Manis) 66. YB. Tuan Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau) 67. YB. Puan Rubiah binti Wang (Kota Samarahan)
YB. Tuan Jugah Ak Muyang @ Tambat (Lubok Antu) 69. YB. Tuan Anyi Ngau (Baram) 70. YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi (Bagan Datuk) 71. YB. Dato' Sri Azalina Othman Said (Pengerang) 72. YB. Dato' Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem (Serian) 73. YB. Datuk Seri Mohd Redzuan bin Yusof (Alor Gajah) 74. YB. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah (Lenggong) 75. YB. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz (Bachok) 76. YB. Dato' Seri Tiong King Sing (Bintulu) 77. YB. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh (Besut) 78. YB. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman (Pasir Salak) 79. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (Pontian) 80. YB. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub (Machang) 81. YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim (Baling) 82. YB. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari (Pasir Mas) 83. YB. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli (Dungun) 84. YB. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman (Kuala Krai) 85. YB. Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Haji Mohd Dun
(Beaufort) 86. YB. Datuk Abd. Rahim bin Bakri (Kudat) 87. YB. Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (Hulu Rajang) 88. YB. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh (Sabak Bernam) 89. YB. Dato' Haji Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Jempol) 90. YB. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria (Parit) 91. YB. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi (Tumpat) 92. YB. Datuk Zakaria bin Mohd Edris (Libaran) 93. YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris (Jerantut) 94. YB. Datuk Robert Lawson Chuat (Betong) 95. YB. Tuan Kesavan a/l Subramaniam (Sungai Siput) 96. YB. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Jelutong) 97. YB. Puan Wong Shu Qi (Kluang) 98. YB. Puan Hajah Natrah Binti Ismail (Sekijang) 99. YB. Puan Rusnah Binti Aluai (Tangga Batu) 100. YB. Tuan Cha Kee Chin (Rasah) 101. YB. Tuan Teh Kok Lim (Taiping) 102. YB. Puan Noorita Binti Sual (Tenom) 103. YB. Tuan Haji Ahmad bin Hassan (Papar) 104. YB. Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir (Jerlun) 105. YB. Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah (Kubang Pasu) 106. YB. Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh (Sri Gading) 107. YB. Tuan Su Keong Siong (Kampar) 108. YB. Dr. Azman bin Ismail (Kuala Kedah) 109. YB. Tuan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) 110. YB. Tuan Chan Ming Kai (Alor Setar) 111. YB. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh (Bukit Gelugor) 112. YB. Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus (Hulu Langat) 113. YB. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ledang) 114. YB. Puan Kasthuriraani a/p Patto (Batu Kawan) 115. YB. Tuan Wong Kah Woh (Ipoh Timur) 116. YB. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli (Lumut) 117. YB. Tuan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) 118. YB. Tuan Charles Anthony Santiago (Klang) 119. YB. Tuan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) 120. YB. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Segambut) 121. YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor) 122. YB. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Balik Pulau) 123. YB. Tuan Chan Foong Hin (Kota Kinabalu) 124. YB. Puan June Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor) 125. YB. Tuan Wong Hon Wai (Bukit Bendera)
YB. Tuan Hassan bin Abdul Karim (Pasir Gudang) 127. YB. Tuan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) 128. YB. Tuan Noor Amin bin Ahmad (Kangar) 129. YB. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom (Tampin) 130. YB. Tuan Wong Tack (Bentong) 131. YB. Puan Maria Chin binti Abdullah (Petaling Jaya) 132. YB. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Farkharudy (Kota Belud) 133. YB. Tuan Prabakaran a/l M. Parameswaran (Batu) 134. YB. Tuan Pang Hok Liong (Labis) 135. YB. Datuk Wira Haji Mohd Anuar Mohd Tahir (Temerloh) 136. YB. Tuan Wong Ling Biu (Sarikei) 137. YB. Tuan Tan Kok Wai (Cheras) 138. YB. Puan Nurul Izzah binti Anwar (Permatang Pauh) 139. YB. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) 140. YB. Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat) 141. YB. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Wangsa Maju) 142. YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) 143. YB. Dr. Lee Boon Chye (Gopeng) 144. YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa (Parit Buntar) 145. YB. Datuk Ignatius Darell Leiking (Penampang) 146. YB. Tuan William Leong Jee Keen (Selayang) 147. YB. Tuan Loke Siew Fook (Seremban) 148. YB. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena) 149. YB. Tuan R. Sivarasa (Sungai Buloh) 150. YB. Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) 151. YB. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kapar) 152. YB. Tuan Ong Kian Ming (Bangi) 153. YB. Tuan Wong Chen (Subang) 154. YB. Puan Yeo Bee Yin (Bakri) 155. YB. Puan Nor Azrina binti Surip (Merbok) 156. YB. Tuan Lim Lip Eng (Kepong) 157. YB. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja) 158. YB. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) 159. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail (Kulim Bandar Baharu) 160. YB. Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub (Pulai) 161. YB. Tuan Gobind Singh Deo (Puchong) 162. YB. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (Muar) 163. YB. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 164. YB. Dato' Johari bin Abdul (Sungai Petani) 165. YB. Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) 166. YB. Tuan Chong Chieng Jen (Stampin) 167. YB. Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir (Johor Bahru) 168. YB. Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan) 169. YB. Tuan Tony Pua Kiam Wee (Damansara) 170. YB. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (Raub) 171. YB. Datuk Mohd Azis bin Jamman (Sepanggar) 172. YB. Puan Teo Nie Ching (Kulai) 173. YB. Datuk Seri Shamsul Iskandar @Yusre bin Mohd Akin (Hang Tuah Jaya) 174. YB. Dato' Ngeh Koo Ham (Beruas) 175. YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) 176. YB. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin (Sepang) 177. YB. Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Tuaran) 178. YB. Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Batu Gajah)
YB. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (Sembrong) 2. YB. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 3. YB. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 4. YB. Datuk Seri M. Saravanan (Tapah) 5. YB. Dato' Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak) 6. YB. Tuan Muslimin bin Yahaya (Sungai Besar) 7. YB. Dato' Mansor Othman (Nibong Tebal) 8. YB. Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh (Pasir Puteh) 9. YB. Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (Keningau) 10. YB. Dato' Sri Hasan bin Arifin (Rompin) 11. YB. Tuan Ramli Bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) 12. YB. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) 13. YB. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya (Tasek Gelugor) 14. YB. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Pekan) 15. YB. Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang (Marang) 16. YB. Tan Sri Mahiaddin bin Mohd Yassin (Pagoh) 17. YB. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Putrajaya) 18. YB. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) 19. YB. Dato' Sri Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) 20. YB. Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim (Batang Lupar) 21. YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi (Lahad Datu) 22. YB. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) 23. YB. Puan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) 24. YB. Datuk Rozman bin Isli (Labuan) 25. YB. Dato' Masir Kujat (Sri Aman) 26. YB. Tuan Baru Bian (Selangau) 27. YB. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Langkawi) 28. YB. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) 29. YB. Dr. Maszlee bin Malik (Simpang Renggam) 30. YB. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Setiawangsa) 31. YB. Datuk Christina Liew Chin Jin (Tawau) 32. YB. Tuan Awang Husaini bin Sahari (Putatan) 33. YB. Tuan Mordi anak Bimol (Mas Gading) 34. YB. Tuan Karupaiya a/l Mutusami (Padang Serai) 35. YB. Tuan Ma'mun bin Sulaiman (Kalabakan) 36. YB. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan) 37. YB. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (Port Dickson) 38. YB. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal (Semporna) 39. YB. Tuan Lim Kit Siang (Iskandar Puteri) 40. YB. Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) 41. YB. Tuan Khalid bin Abd. Samad (Shah Alam) 42. YB. Dr. Michael Teo Yu Keng (Miri)
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
We proceed with our business. Rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
[Rang Undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(12). Peraturan Mesyuarat 36(12). Sepanggar, Sepanggar.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Ya. Peraturan Mesyuarat berapa?
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Peraturan Mesyuarat 36(12).
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Ya, Yang Berhormat Sepanggar, silakan Yang Berhormat.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Okey, Tuan Yang di-Pertua saya bangun di sini di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) pada hari ini kita telah menyaksikan satu proses pindaan Perlembagaan yang dilakukan secara teratur. Saya sokong proses ini dan saya ingin dedahkan bahawa Perlembagaan Persekutuan kita merupakan dokumen penting yang perlu kita junjung.
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan berkisah kepada permohonan penjelasan saya tentang mengelirukan Dewan sebelum ini. Saya telah mendapat reply daripada Kementerian Kewangan.
Berpandukan daripada jawapan Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya telah memperoleh satu dokumen yang saya rasa agak terkejut kerana dokumen ini merupakan satu Warta Kerajaan yang diletakkan sebagai rahsia. Bila— iaitu satu dokumen yang menyentuh tentang hak dan kepentingan negeri Sabah. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Saya minta pendirian daripada Ahli-ahli Parlimen dari Sabah khususnya apabila pewartaan ini telah dilakukan tanpa pengetahuan rakyat negeri Sabah. Apabila saya memeriksa pewartaan ini di dalam laman web pewartaan kerajaan, kami tidak memperoleh dokumen ini. Dokumen ini langsung tidak diberikan kepada pengetahuan umum.
Apabila saya memeriksa Perlembagaan Persekutuan, Tuan Yang di-Pertua.
Pewartaan ini melibatkan pindaan Perlembagaan di mana 40 peratus cukai yang dipungut di Sabah sudah tidak terpakai. Akan tetapi, pewartaan ini apabila saya rujuk dalam Perlembagaan tidak ada langsung dipinda Perlembagaan ini di dalam Majlis ini. Oleh sebab, seingat saya apabila berlaku pindaan Perlembagaan, ia perlu dilakukan sebagaimana yang kita lakukan sebentar tadi. Akan tetapi, apa yang berlaku kami tidak melihat sebarang pindaan Perlembagaan dan apa yang berlaku perompakan terhadap hak dan kepentingan Sabah telah dilakukan oleh kerajaan tanpa pengetahuan rakyat negeri Sabah.
Maka dengan itu, saya merujuk Kementerian Kewangan khususnya di atas perkara yang mereka telah lakukan terhadap hak dan kepentingan negeri Sabah. Saya bagi amaran kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan ini merupakan satu rompakan yang jelas telah melanggar Perlembagaan Persekutuan Negara dan saya merujuk beliau untuk memberi penjelasan terhadap perkara ini. Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
[Bangun]
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, Kota Belud.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Kota Belud. Atas peraturan baru saya benarkan. Sebutkan peraturan apa itu?
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Peraturan Mesyuarat 36(12) bersama dengan Yang Berhormat Sepanggar tadi.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Dua minit.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Oleh sebab perkara ini Tuan Yang di-Pertua adalah melibatkan Perlembagaan Persekutuan.
Kita sudah berbahas bertanyakan perkara ini. Berkali-kali saya bertanya kepada Kementerian Kewangan. Akan tetapi, tidak dinyatakan.
Kemudian, hari ini kita dikejutkan. This is a shocking revelation, Tuan Yang di- Pertua. Bahawa ada warta yang dirahsiakan daripada pengetahuan umum terutamanya orang-orang Sabah. Ini rompakan. Rompakan kepada orang-orang Sabah, Tuan Yang di- Pertua.
[Tepuk] Jadi, saya minta pembelaan. Ini bukannya kes main-main. Perlembagaan. Tidak dinyatakan dan hari ini kita diberi jawapan kepada Yang Berhormat Sepanggar. Oleh sebab, saya juga berbahas tentang isu ini. Perkara 112C dan hari ini ia shocking revelation kepada kami terutamanya wakil orang Sabah ini. Saya minta Tuan Yang di-Pertua, tolong
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Perlembagaan ini. Ini isu Perlembagaan. Kita kena ada proses yang betul. Kenapa kalau dirahsiakan kenapa pada tahun 2011...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat duduk. Saya telah mendengar Yang Berhormat Sepanggar dan juga Yang Berhormat. Jika tidak puas hati atas jawapan daripada Dewan, sila ikut Peraturan Mesyuarat 43 dan buat rayuan. Saya hendak menjalankan urusan Majlis ini dan saya tidak mahu ada apa-apa gangguan lagi. Setiausaha Dewan.
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 441] dibacakan kali kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum tujuan utama penubuhan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) adalah untuk memajukan Labuan sebagai satu Pusat Perniagaan dan Perkhidmatan Kewangan Antarabangsa (LIBFC) dan Labuan FSA sentiasa berusaha untuk menambah baik akta- akta yang ditadbir supaya lebih efektif, terkini dan boleh memenuhi keperluan sektor kewangan yang sentiasa berubah sama ada di peringkat domestik mahupun di peringkat global.
Oleh itu, Rang Undang-undang Syarikat Labuan (Pindaan) 2022 yang dicadangkan pada hari ini pertamanya akan memperkukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai negara yang menerima pakai piawaian dan amalan kewangan antarabangsa yang terbaik berkaitan langkah pencegahan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan oleh Financial Action Task Force (FATF) dan amalan percukaian yang disarankan oleh Organization for Economic Co-operation and Development (OECD) dan ia juga melunaskan komitmen kerajaan kita.
Pada 2017, kepada OECD untuk membuat pindaan berbangkit ke atas undang- undang Labuan bagi memansuhkan amalan cukai yang memudaratkan. Pindaan berkaitan hal ini akan dikuatkuasakan ke belakang mulai 1 hari bulan Januari 2019 dan ia juga akan memodenkan dan mengemas kini perundangan LIBFC.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Syarikat Labuan (Pindaan) 2022 melibatkan 61 fasal keseluruhannya. Secara ringkasnya kesemua fasal ini dipinda selaras dengan objektif seperti berikut; Pertama ialah untuk menerima pakai piawaian dan amalan kewangan antarabangsa yang terbaik khususnya berkaitan langkah-langkah pencegahan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan yang melibatkan fasal 5, 7, 8, 9, 11,12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 26, 27,28, 30, 33, 34, 36, 38, 39, 40, 41, 42, 43, 44, 46, 52 dan 53. Untuk melunaskan komitmen Malaysia bagi memastikan pematuhan kepada piawaian percukaian antarabangsa dalam membanteras amalan percukaian yang memudaratkan ia melibatkan Fasal 1, 4 dan 7. Untuk memodenkan dan mengemas kini perundangan Labuan LIBFC yang melibatkan juga fasal 6, 10, 17, 24, 25, 29, 31, 32, 35, 37, 44, 49, 51, 54, 55, 56, 57 dan 58 dan fasal-fasal lain melibatkan juga pindaan bersifat editorial iaitu fasal 2, 3, 4(a), 45, 47, 48, 50, 56, 59 dan 60 dan fasal 61 adalah juga bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengecualian dan perolehan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Ada siapa menyokong?
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Syarikat Labuan 1990 dibaca kali yang kedua. Sekarang terbuka untuk dibahaskan. Dalam senarai ada lima pembahas dan senarai berikut adalah Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Sepang.
Waktu allocated lima minit. Silakan.
Tuan Wong Chen - Subang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong pindaan ini kerana ia memperbaiki dan membawa improvement kepada governance syarikat-syarikat offshore yang bertapak di Labuan. Labuan offshore telah ditubuhkan pada tahun 1990. Saya masih ingat pada zaman itu, 1990-an saya bekerja sebagai peguam korporat dan kita sering dengar bahawa Labuan offshore ditubuhkan untuk membasuh dan membersihkan wang-wang rasuah dan salah guna kuasa. Dengan izin, those were the corporate cowboy days. Saya rasa walaupun sudah 30 tahun berlalu, saya harap satu hari kelak kita akan membuat penyiasatan sebenar apakah tujuan dan matlamat utama pertubuhan Labuan offshore.
Tuan Wong Chen - Subang
Dengan izin, was it set up for legal international trade and financial services or was it to launder money, evade tax and avoid tax like many other offshore havens? Ini soalan dasar. Semua rekod ownership transaksi 30 tahun lalu boleh dan perlu didedahkan serta disemak.
Tuan Yang di-Pertua, saya bukannya hendak membuat apa-apa tuduhan tetapi saya rasa siasatan aktiviti dan sejarah Labuan 30 tahun dahulu perlu dibuat secara telus, dengan izin, in order for us to move forward and improve, we need to examine and acknowledge the past. Tuan Yang di-Pertua, reputasi Labuan Offshore pada hari ini adalah memang berlainan dan memang baik. Namun, reputasi kesemua tax haven di dunia ini seperti Switzerland, Singapura, British Virgin Islands, Cyprus, Panama, Isle of Man adalah dipersoalkan oleh banyak badan NGO dan media. Pendedahan Panama Papers dan Pandora Papers oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) menunjukkan bahawa walaupun offshore tax haven bukannya haram dan tidak menyalahi undang-undang, banyak unsur kewangan orang kaya yang menggunakan tax haven memang diragui dan memang ada bukti berpunca daripada rasuah dan jenayah.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai syarikat tax haven, saya ingin lari sedikit daripada topik pindaan ini. Mengikut laporan The Edge semalam, dalam kes 1MDB di New York, Tim Leissner memberi keterangan bahawa wang sogokan sebanyak RM45 juta telah dibayar kepada seorang tokoh perniagaan daripada keluarga Genting, ‘the Lim family’ melalui syarikat World Merit Management dan Vielle International. Kedua-dua syarikat berkait dengan Genting Power Holdings Ltd., sebuah syarikat tax haven Isle of Man.
Sekiranya benar, bayaran sogokan adalah satu kesalahan besar di bawah securities law. Oleh itu, saya ingin bertanya sama ada Yang Berhormat Menteri akan mengarahkan Securities Commission untuk menyiasat perkara ini dan memberi sokongan penuh kepada MACC sekiranya tindakan sewajarnya perlu dilakukan. Baik, saya kembali kepada isu pindaan ini. Soalan dasar saya adalah sama ada pindaan-pindaan ini boleh benar-benar membanteras wang haram dan wang rasuah dan membaiki governance syarikat-syarikat di Labuan?
Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, allow me to set the record straight. Dalam kalangan bankers dan lawyers, Labuan tidak merupakan satu tax haven of choice bagi
Tuan Wong Chen - Subang
perkara-perkara rasuah dan wang haram. Sistem ‘Know Your Customer’ (KYC) adalah cukup baik. Hendak buat – hendak buka syarikat di Labuan sekarang bukannya senang dan kebanyakan pengguna adalah syarikat insurans, bank-bank besar dan juga syarikat- syarikat petroleum. Aktiviti yang dibenarkan adalah juga restrictive. Ini adalah baik.
International trade dibenarkan, domestic trade tidak dibenarkan langsung dan aktiviti perdagangan antara syarikat Malaysia tidak dibenarkan.
Saya lihat pindaan-pindaan mengenai status pengarah syarikat, disclosures dan juga hukuman penalti adalah juga baik demi memperbaiki governance. Kesemua ini baik dan ini kita kena berterima kasih kepada Bank Negara Malaysia. Walaupun saya kerap kali menimbulkan soalan tentang 1MDB dan mantan Gabenor Tan Sri Datin Paduka Dr.
Ungku Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz, saya masih percaya bahawa Bank Negara Malaysia sekarang selepas skandal 1MDB telah bertambah lebih baik.
Soalan kedua saya kepada Yang Berhormat Menteri adalah berikut. Kita tahu pada masa ini Labuan Offshore mempunyai governance yang baik. Dahulu pada tahun 1990-an, pertubuhan itu – tidak tahulah, kita kena siasat. Selepas pindaan ini, governance ini akan menjadi lebih baik. Itu yang penting. Akan tetapi, ini juga bermakna Labuan Offshore akan menjadi lebih konservatif dan ia tidak seramah offshore havens yang lain.
Soalan saya, adakah hasil tiga peratus cukai Labuan Offshore cukup untuk menampung kos operasi Labuan sebagai an offshore centre? In other words, dengan izin, I am asking for a cost-benefit analysis of maintaining Labuan as an offshore entity. Apakah keuntungan kerajaan dari Labuan dan apakah kos-kos kerajaan. Kita tahu Labuan is still a quiet and peaceful town – I don’t want to say sleepy-lah. Jadi, hasil pelancongan dan aktiviti hiburan adalah tersangat kecil. Adakah Labuan Offshore masih fiscally viable? Kalau tidak, apakah yang boleh dilakukan untuk memasarkan Labuan sebagai sebuah financial centre yang konservatif, yang baik tetapi juga berpotensi daripada segi pelancongan dan hiburan supaya ekonomi tempatan naik dan juga hasil kerajaan pusat meningkat? Itu sahaja ucapan saya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Subang. Dipersilakan, Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya menyertai perbahasan RUU Syarikat Labuan (Pindaan) 2022.
Tuan Yang di-Pertua, Akta Syarikat 1965 sudah dikemas kini pada tahun 2016 dan sudah berkuat kuasa mulai awal tahun 2017. Maka, Akta Syarikat Labuan telah lama tertunggak untuk dikemas kini. Jadi, usaha daripada kerajaan untuk mengemas kini RUU ini adalah tepat.
Ada empat perkara untuk dikemas kini dan ini akan buat syarikat Labuan lebih sesuai mengikut perkembangan dalam komuniti business masa sekarang. Satu perkara yang dipinda adalah untuk menghapuskan peruntukan yang melarang syarikat Labuan daripada berurusan dengan pemastautin dan dalam ringgit. Jadi, ini adalah satu langkah yang baik tetapi masalahnya bagi saya adalah apakah bezanya selepas pindaan ini, syarikat Labuan ini, apakah bezanya dengan syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 yang berkuat kuasa pada tahun 2017?
Saya tidak nampak apa ada bezanya. Jadi, apakah tujuan untuk – bagi sesebuah syarikat, mereka akan pilih untuk ditubuhkan di Labuan atau di bawah Akta Syarikat yang biasa ini, saya tidak nampaklah ada perbezaan yang besar untuk mereka buat pilihan.
Kedua, saya nampak ini adalah satu langkah yang baik untuk membanteras pengubahan wang haram iaitu dengan satu seksyen baharu 46A bersama dengan 108B dan juga 108H. Ini menghalang syarikat Labuan menerbitkan apa-apa syer pembawa
(bearer share) atau waran syer pembawa. Ini pastilah akan mencegah atau membanteras pengubahan wang haram. Akan tetapi, soalan saya adalah sebelum ini – tadi Yang Berhormat Subangpun ada kata, Labuan memang ada buktilah dijadikan satu tempat untuk pengubahan wang haram.
Jadi, adakah kerajaan ada maklumat berapakah kes pengubahan wang haram sudah berlaku dan apakah tindakan yang akan diambil terhadap mereka? Hal ini kerana, kes jenayah tidak ada time limit-lah untuk buat tindakan atau tuduhan. Jadi, saya minta
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
pencerahan dan apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan negara kita bebas daripada pengubahan wang haram.
Ketiga, pindaan ini saya nampak ia selaras dengan apa yang sudah berkuat kuasa di bawah Akta Syarikat 2016, iaitu memperuntukkan kelayakan seseorang untuk dijadikan seorang pengarah di syarikat Labuan. Jadi, gerakan yang sudah ditetapkan – ini adalah satu tindakan yang bagus dan juga pelantikan atau penggantian setiausaha yang bermastautin juga adalah satu langkah yang baik.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Cuma saya hendak tanya adalah sekiranya mereka tidak mematuhi syarat-syarat atau peruntukan di bawah RUU ini, denda yang dijatuhkan kepada mereka bagi saya amat tinggi kerana di tahap RM1 juta atau penjara selama lima tahun.
Jadi ini pun sama dan bersama dengan Akta Syarikat 2016. Di situ pun ramai pengarah dan juga perusahaan-perusahaan sudah mengutarakan luahan. Ini tidak adil kepada mereka kerana terlalu tinggi dan mereka ramai tidak nampak ini adalah sewajar untuk jatuhkan hukuman yang berat atau denda yang begitu tinggi.
Jadi, akhirnya saya sokong pindaan yang disebut dalam RUU ini tetapi saya berharap selepas pelaksanaan atau sudah diwartakan, saya berharap masalah-masalah yang sedia ada di bawah agensi-agensi kerajaan tidak berlaku di Labuan kerana di Semenanjung atau di syarikat-syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 mengalami masalah dengan agensi-agensi kerajaan. Di bawah Akta Syarikat 2016 sudah mengizinkan satu syarikat hanya memerlukan satu pengarah dan tidak memerlukan mengadakan memorandum dan artikel dan juga common seal tetapi pejabat tanah sampai kini...
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat sila duduk.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
...Masih memerlukan dokumen memorandum, artikel dan common seal dan memerlukan dua orang pengarah untuk mengesahkan satu dokumen atau menandatangani perjanjian.
Jadi saya berharap ini tidak akan berlaku dan apa yang berlaku di bawah Akta Syarikat 2016 dapat di selesai juga, terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih, Yang Berhormat Tebrau. Dipersilakan Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pusat kewangan Labuan telah ditubuhkan oleh kerajaan pada awal tahun 1990-an bagi melengkapi aktiviti pasaran kewangan domestik negara. Dengan insentif cukai yang menarik, Labuan telah menarik banyak syarikat antarabangsa untuk menjalankan operasi dalam sektor perbankan, insurans dan perniagaan yang berkaitan lain.
Malah sehingga tahun 2017, dianggarkan lebih 13,000 buah syarikat berdaftar dengan Labuan IBFC. Namun begitu, keperluan kepada pematuhan sistem percukaian antarabangsa iaitu bagi mengelakkan BEPS (base erosion and profit shifting) iaitu daripada membayar cukai tax ceiling RM20,000 kepada bayaran pada kadar tiga peratus keuntungan bersih telah menyebabkan sistem cukai pusat kewangan Labuan telah dirombak semula dan sudah tentu perubahan ini memberi impak kepada Labuan sekali hab kewangan luar pesisir.
Justeru, saya ingin mendapatkan maklumat daripada kerajaan semenjak berlakunya perubahan kepada sistem percukaian di Labuan ini, berapakah syarikat bank dan insurans yang telah menutup operasi mereka dan meninggalkan Labuan IBFC?
Selain itu adalah wajar juga untuk dijelaskan dalam Dewan ini, selain daripada pindaan kepada akta berkaitan bagi memenuhi syarat percukaian baharu ini. Apakah
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
pelan jangka panjang pihak Labuan IBFC untuk mengekalkan Labuan sebagai destinasi pelaburan? Saya kira jika syarat dan rangka operasi syarikat di Labuan hampir sama dengan syarikat-syarikat di industri kewangan di Kuala Lumpur, apakah yang menyebabkan pelabur berminat untuk terus berada di Labuan? Ini juga mengambil kira keadaan infrastruktur di Lembah Klang yang jauh lagi ke hadapan.
Walaupun sedemikian, Labuan boleh terus menjadi peneraju sebagai sebuah IBFC jika ia mempunyai niche business yang tersendiri. Saya difahamkan ia menjadi destinasi tumpuan kepada risk and reinsurance wholesale intermediation market dengan lebih 220 orang pemegang lesen serta satu-satunya di Asia yang membenarkan struktur Protected Cell Company (PCC) dengan lebih 10 lesen dibenarkan.
Begitu juga, dengan segmen captive insurance. Tuan Yang di-Pertua, sektor kewangan konvensional Labuan juga seharusnya menumpukan kepada mempromosikan kewangan Islam di rantau ini. Ini saya kira sebagai satu lagi niche yang perlu Labuan IBFC mainkan selain daripada industri takaful yang amat popular di Labuan. Kerajaan juga patut memberi penekanan kepada pertumbuhan bank-bank berteraskan syariah yang dapat menawarkan pembiayaan perdagangan yang patuh syariah.
Saya juga berpandangan tumpuan kerajaan terhadap memperkasakan kewangan Islam semakin perlahan berbanding sebelum ini. Negara jiran Indonesia dilihat lebih berusaha untuk menjadikan negara mereka sebagai hab kewangan Islam menerusi pelan utama ekonomi Islam yang dilancar pada tahun 2019.
Untuk terus kekal kompetitif, Labuan harus lebih inovatif dalam produk-produk kewangan Islam yang ditawarkan. Alhamdulillah, setakat ini Labuan telah mengeluarkan the first USD denominated exchangeable sukuk yang menjadikan Malaysia terus unggul sebagai global leader dalam pengeluaran sukuk. Penglibatan dalam bidang FinTech dan juga Islamic Green Financing akan terus melonjakkan Labuan sebagai hab pesisir pantai yang diidamkan.
Sekiranya kerajaan membangunkan sesuatu kawasan sebagai hab antarabangsa, ia perlu juga mengambil kira kesan ekonomi kepada penduduk sekitar.
Labuan IBFC menyumbang sebanyak RM4.6 bilion kepada hasil kutipan fiskal negara bagi tahun 2019 dan 2020. Adalah wajar sumbangan ini kembali tumpah kepada penduduk di Labuan yang berjumlah 100,000 orang ini. Sekarang ini mempunyai kadar pengangguran 7.2 peratus berbanding kadar purata nasional 4.5 peratus.
Justeru, sejauh manakah sumbangan ekonomi memberi manfaat kepada penduduk setempat Labuan? Adakah ia hanya memberi manfaat kepada pelabur sahaja tanpa memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat? Latihan khusus mesti diberikan anak tempatan bagi memenuhi peluang-peluang pekerjaan dalam bidang yang berkaitan. Kita tidak mahu lagi dengar Ahli Parlimen Labuan menjerit saban tahun tentang masalah bekalan air domestik, banjir yang sering melanda dan keadaan infrastruktur yang tidak terurus dengan baik.
Adalah diharap dengan segala cadangan pindaan yang dikemukakan dalam RUU Akta Syarikat Labuan 1990 akan memenuhi kehendak ke arah mewujudkan suasana yang kondusif untuk syarikat-syarikat beroperasi di Labuan IBFC dan seterusnya menjadikannya sebagai destinasi idaman syarikat-syarikat, menjadikan Labuan IBFC unggul di mata dunia untuk membuat business dan bukannya urusan-urusan songsang yang lain seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Subang tadi.
Saya menyokong pindaan kepada rang undang-undang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih, Yang Berhormat Kubang Pasu. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu meneruskan sedikit sahaja perbahasan ini atas beberapa bill khususnya Rang Undang-undang Syarikat Labuan (Pindaan) 2022 yang tentunya bagi
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
kita sebagai Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat wajar memberikan segala sokongan atas segala usaha penambahbaikan tadbir urus korporat, good governance, fiduciary responsibility dan segala-galanya.
Namun, saya mulakan dengan ringkas sahaja Tuan Yang di-Pertua. Hal-hal tentang Akta Syarikat Labuan ini, kita dapati terdapat banyak laporan yang menunjukkan bahawa syarikat-syarikat yang terlibat dalam kegiatan haram atau dengan kata lain mudah money laundering atau pengubahan wang haram, berdaftar di— membuat pendaftaran.
Pembukaan pendaftaran syarikat di Labuan.
Antara sebabnya adalah kerana pendaftaran syarikat di Labuan adalah di luar pemerhatian Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Kesannya ialah sukar untuk maklumat awam atas syarikat-syarikat ini untuk diakses oleh rakyat di mana laporan berkenaan bersabit dengan aset syarikat, pengarah syarikat yang berdaftar di Labuan tidak mudah kita akses dan kita temui, kita dapati.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Saya dengan itu juga memohon agar satu portal carian syarikat pelabuhan yang juga dapat dibangunkan agar Labuan tidak lagi menjadi safe heaven yang mempunyai – yang dubious yang shadowy yang mempunyai banyak persepsi yang buruk.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai contoh kalau boleh sebutkan bersabitan dengan 1MDB ini salah satu syarikat 1MDB entiti yang linked kepada isu 1MDB ini adalah 1MDB Energy Limited yang telah menerbitkan bond offering mereka dan ini adalah syarikat yang didaftar di Labuan. Jadi adalah sangat mustahak kita atas disclosure, regime dan sebagainya daripada 11,000 lebih tidak silap saya syarikat yang mendaftar ini, kita masih lagi tidak punya satu carian ataupun satu portal tidak silap saya. Maaf kalau saya silap tetapi ini akan meletakkan transparency, accountability dan persepsi terhadap tax heaven yang khasnya kalau kita ambil khasnya setelah Pandora Papers, Panama Papers, sedikit masa dahulu semuanya menunjuk kepada kegiatan-kegiatan yang agak dubious paling tidaknya.
Pada tahun 2013 juga Labuan Financial Services Authority telah memberikan amaran dan perhatian serius kepada dakwaan bahawa terdapat pengaliran wang tunai melalui akaun offshore untuk mendana aktiviti politik dan kegiatan keganasan. Ini adalah persepsi terhadap kita. LFSA telah memberikan jaminan bahawa perkara ini tidak akan berulang. Namun begitu setakat manakah kepercayaan ini, sedangkan bekas Pengerusi LFSA sekarang ini sedang berhadapan tuduhan menerima suapan rasuah dan menyalahgunakan kedudukannya untuk melindungi syarikat Kensington daripada dikenakan tindakan.
Apakan jaminan integriti di Labuan sudah memadai sedangkan salah laku sedang dan masih lagi berlaku Tuan Yang di-Pertua? Dengan kemunculan pendedahan skandal antarabangsa seperti Pandora Papers yang saya sebutkan lebih awal tadi, melibatkan offshore banking seperti apa yang telah terpakai di Labuan sendiri. Saya percaya terdapatnya satu kepentingan untuk kita memasukkan elemen public disclosure untuk mengatasi banking secrecy atau kerahsiaan bank yang dinikmati di Labuan juga turut dinikmati di Labuan sebagai satu offshore - tax heaven ini.
Dengan peruntukan undang-undang yang bersesuaian sebagai contoh, kita boleh ambil sebagai benchmarking di Australia mereka mempunyai seksyen 137AAA (5) – Australian Treasury Amendment Enhance Whistleblower Protection Act 2019 untuk membenarkan pendedahan umum berkaitan kegiatan perbankan offshore sekiranya ada kepentingan awam. Bukankah langkah ini akan menjadikan Labuan sebagai pusat offshore yang maju dan berdaya saing dan lebih bersih dan transparent. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekian, itu sahaja.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Dipersilakan Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk turut sama berbahas mengenai pindaan ke atas Akta Syarikat Labuan 2022 ini.
Tuan Yang di-Pertua, tidak seperti sahabat saya Yang Berhormat Subang, saya bukan seorang peguam korporat. Saya peguam orang melarat. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya rasa terpanggil untuk berbahas ini sebab selepas berlakunya kita boleh katakan skandal 1MDB ini, bagi sayalah secara peribadi saya melihat offshore business ini telah mendapat satu nama yang buruk. Oleh sebab Labuan ini termasuk dalam destinasi tax heaven ataupun tempat-tempat di mana orang ingin berniaga khususnya foreign company ini, maka saya berpendapat Tuan Yang di-Pertua, kerajaan kena begitu peka terhadap apa yang berlaku ini sebab kita khuatir dengan apa yang berlaku pada 1MDB ini ia mengakibatkan industri-industri offshore ini juga akan terjejas dengan teruk.
Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar perbahasan daripada sahabat saya Yang Berhormat Kuala Selangor tadi yang meminta supaya ada satunya keterbukaan ataupun transparency. Di sinilah saya meminta pihak Menteri supaya memberikan satu respons bagaimanakah pihak kerajaan ini mendekati isu ini sebab Tuan Yang di-Pertua saya kata begini, sebab secara naturalnya, syarikat-syarikat yang ingin berurus niaga di offshore punya industri ini, mereka inginkan satu anonymity dengan izin ataupun satu protection terhadap privacy.
Jadi macam mana kita hendak balance-kan itu dari segi mereka hendak pastikan kalau boleh segala maklumat berkenaan syarikat, shareholders dan sebagainya tidak didedahkan. Dalam masa yang sama juga kita ingin membudayakan satu budaya transparency ataupun ketelusan.
Saya hendak bagi contoh Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat dalam seksyen 108B, “Power of company to require disclosure of beneficial ownership information”. Apa yang saya tidak pasti adakah apabila kita wujudkan provision seperti ini dia akan melibatkan tarikan untuk kita menarik syarikat-syarikat luar untuk berniaga ataupun mengadakan urusan perniagaan di Labuan ini mungkin terjejas atau tidak. Saya tidak pasti jadi saya minta kerajaan boleh berikan jawapan.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada saya ingin bertanya kepada pihak Menteri, kalau kita lihat kepada seksyen 108B itu di perenggan 108B subseksyen 6, izinkan saya baca Tuan Yang di-Pertua, “If default is made in complying with this section, the Labuan company, foreign Labuan company and every officer of the company who is in default commits an offence under this Act”.
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat pada pindaan ini tidak dinyatakan berapakah hukuman yang akan dikenakan sedangkan kalau kita lihat pindaan kepada seksyen 91 iaitu pindaan di seksyen 33 itu, dia ada nyatakan bahawa hukuman ke atas non compliance dengan izin, sebanyak RM3 million ataupun hukuman penjara tidak melebihi lima tahun ataupun kedua-duanya. Akan tetapi, dalam seksyen 108B (6) tidak dinyatakan apakah penalti yang akan dikenakan. Jadi saya minta penjelasan daripada pihak kerajaan. Itu yang pertama.
Kedua, saya juga ingin tanya kepada kerajaan berkaitan dengan amendment to section 130T iaitu dinyatakan bahawa dimasukkan satu provision baharu (1A) – “Where a Labuan protected cell company makes any allotment of its cell shares, the protected cell company shall, within thirty days, lodge with the Authority the information of such allotment”. Saya hendak tanya kepada kerajaan, bagaimana kalau sekiranya berlakunya ketidakpatuhan ke atas perkara ini. Sekali lagi tidak ada dinyatakan adakah akan ada hukuman atau apa hukuman dia dan apakah ia menjadi satu offence atau tidak. Saya ingin minta penjelasan daripada kerajaan supaya kerajaan dapat memberikan apakah yang saya bangkitkan, sekian terima kasih .
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Sekarang tiba masanya untuk Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, 10 minit.
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya izinkan saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-undang Syarikat Labuan (Pindaan) 2022 iaitu Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Sepang. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada atas cadangan dan pandangan, syor dan rujukan serta idea dan teguran yang diberi.
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana Ahli Yang Berhormat semua maklum, industri kewangan pada masa kini semakin menjadi kompleks dan dinamik dengan kemunculan teknologi dan inovasi baharu, globalisasi, penukaran dari segi demografik serta persekitaran pasaran yang sering berubah. Ini juga memberi peluang dan juga cabaran baharu kepada sektor kewangan Malaysia.
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Oleh itu, kita membuat pindaan pada hari ini ialah untuk memastikan akta-akta di bawah Labuan ini jadi lebih efektif terkini dan boleh memenuhi keperluan sektor kewangan yang sentiasa berubah.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan penilaian risiko yang dibuat ke atas Malaysia termasuk Labuan IBFC di bawah ME FATF pada tahun 2014. FATF telah mencadangkan agar Akta 441 dipinda untuk dimasukkan beberapa peruntukan bagi memenuhi piawaian antarabangsa berkaitan anti-money laundering dan CFT counter terrorism. Secara khususnya pindaan pada akta ini adalah berkaitan pelaksanaan beberapa cadangan pelan tindakan di bawah National Strategic Action Plan (NSAP) yang perlu dilaksanakan dalam tempoh tahun 2015 hingga tahun 2020.
Sehubungan itu, Malaysia termasuk Labuan IBFC akan dinilai sekali lagi oleh FATF pada tahun 2024 dan tahun 2025 di mana penilaian semula tersebut akan melihat pada segi pelaksanaan cadangan-cadangan yang digariskan di bawah NSAP yang disyorkan di bawah action plan under the National Coordinating Committee to Counter Money Laundering Roadmap 2021 dan 2023. Sehubungan itu, pindaan yang dicadangkan perlulah diberi keutamaan supaya penarafan Malaysia berkaitan kepada pematuhan kepada piawaian antarabangsa berkenaan anti-money laundering dan counter terrorism ini tidak terjejas.
Antara pindaan yang kita buat on Akta 441 ialah pertamanya melarang pengeluaran warrant share pembawa....
[Tidak jelas] share warrant oleh mana-mana syarikat di Labuan. Kita juga memperkenalkan peruntukan mengenai ketelusan maklumat pemunya atau beneficial owner khususnya keperluan bagi syarikat Labuan untuk memperoleh dan menyimpan dan mengemas kini maklumat-maklumat tersebut.
Meningkatkan atau menyelaras jumlah hukuman bagi pelbagai kesalahan dan peruntukan sedia ada bagi memperkemaskan dan menyeimbangkan jumlah hukuman dengan tahap keseriusan dan kemudaratan setiap kesalahan tersebut.
Dalam usaha Tuan Yang di-Pertua, menangani masalah ketirisan hasil cukai dan pemindahan keuntungan, OECD dan kumpulan negara G20 telah memperkenalkan piawaian percukaian antarabangsa yang dikenali sebagai Base Erosion and Profit Shifting
(BEPS) Action Plan. Sebagai ahli bersekutu, kita Malaysia sebagai....
[Tidak jelas] member, inclusive framework on base erosion and profit shifting (IF) dengan izin tersebut, kita kena memenuhi keperluan piawaian minimum yang salah satunya adalah pelan tindakan lima, BEPS Action 5 iaitu countering harmful tax practices. Pada tahun 2017, insentif percukaian Malaysia telah dinilai oleh Forum on Harmful Tax Practices (FHTP) termasuk insentif percukaian Labuan IBFC. Bagi memenuhi
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
piawaian percukaian antarabangsa di bawah BEPS Action 5 OECD, Akta 445 telah dipinda melalui Akta Kewangan 2018, Akta 812 dan memansuhkan sekatan transaksi dalam mata wang Ringgit Malaysia dan transaksi antara pemastautin Malaysia dengan entiti Labuan. Jadi, selaras dengan pindaan tersebut, perundangan subsidiari bagi pematuhan keperluan substantif iaitu pekerja sepenuh masa dan perbelanjaan operasi tahunan Labuan juga turut diwartakan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019.
Malaysia juga telah memberi komitmen untuk membuat pindaan berbangkit ke atas undang-undang Labuan yang berkaitan untuk dikuatkuasakan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2018 bagi memastikan insentif pencukaian Labuan menepati piawaian percukaian antarabangsa. Walau bagaimanapun, Labuan IBFC telah mengambil sikit masa bagi meneliti keadaan pelaksanaan dan mendapatkan kelulusan menyeluruh bagi pindaan ini memandangkan terdapat keperluan untuk menjalankan kajian terhadap peruntukan-peruntukan undang-undang yang perlu dipinda dalam proses penandaarasan atau benchmarking yang dijalankan dalam mengkaji rangka kerja perundangan yang lain domestik dan antarabangsa. Cadangan...
Tuan Wong Chen - Subang
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Ya?
Tuan Wong Chen - Subang
Boleh? Subang.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Boleh, boleh.
Tuan Wong Chen - Subang
Terima kasih. Saya ada dua soalan. Soalan pertama itu ialah tentang kes Genting Power ya. Seperti yang saya katakan tadi, The Edge sudah report bahawa ini berkaitan dengan 1MDB ya— Tim Leissner punya keterangan bahawa terdapat bayaran sogokan kepada seorang tokoh peniaga daripada Genting.
Soalan saya ialah sama ada kementerian akan mengesyorkan ataupun meminta Securities Commission untuk membuat siasatan dan tolong MACC sekiranya apa yang dikatakan oleh Tim Leissner itu benar. What is your position? Are you going to ask the Securities Commission to do something? Sebab nama baik negara kita ini habislah tiap-tiap hari dapat cerita tentang Tim Leissner ini keluar, keluar, keluar. Semestinya semua dokumen dalam DOJ itu ada. They are showing the proof, the evidence ya untuk World Merit Management, World Merit itu semua ada. So, I want to ask your view on this. Terima kasih.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Sebab I think your question is out of context of what we are trying to do here because kita ini cerita fasal Labuan. You’re talking about Genting Power and 1MDB and what not yang someone in US kita...
Tuan Wong Chen - Subang
No, no. I agree tetapi isu dia ialah menggunakan tax haven. Jadi, dia sebagai isu dasar, it is relevant in that sense-lah ya. Saya tidak ada isu tentang pindaan. Saya memang setuju. Saya sudah cakap kita sokong pindaan ini tetapi side isunya ialah sekarang ada evidence baharu, saya cuma hendak tahu. If someone produces evidence, what is the Ministry of Finance’s position? Tidak kira? Duduk sahaja? Senyap? Tidak boleh macam itu, you know. Jadi, mintalah. Kalau bolehlah if it is within your power to say so or you want to wait for Tengku Zafrul to reply. Up to you, thank you.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Thank you. I think we will wait for the Minister to answer the question. Akan tetapi I think I want to touch juga yang Yang Berhormat Subang punya pertanyaan tentang yang related yang adakah hasil tiga peratus misalnya cukup untuk menampung kos Labuan FSA. Labuan FSA Yang Berhormat adalah badan yang self-financing dan kutipan hasil daripada fi tahunan dan fi lesen mencukupi untuk menanggung operasi LFSA pada setakat ini. Sejak keperluan substantif diperkenalkan di Labuan, kerajaan dijangka akan mengutip cukai sebanyak RM856 juta bagi tahun 2021 dan hasil ini juga dapat digunakan untuk pembangunan Labuan.
I think you also ask about adakah pindaan boleh meningkatkan governance syarikat Labuan dan mencegah penggubahan wang haram dan pembiayaan pengganas.
Malaysia termasuk dalam pusat perniagaan dan kewangan Labuan IBFC telah diberi
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
penarafan 20 compliance— tangga 18....
[Tidak jelas] compliance dan two partially compliance bagi 40 syor FATF oleh APG pada tahun 2018. Syor tersebut adalah berkaitan dengan pencegahan penggubahan wang haram dan pembiayaan aktiviti keganasan.
Sungguhpun itu, Labuan FSA akan terus berusaha saya rasa untuk menambah baik kerangka perundangan Labuan IBFC dari semasa ke semasa akan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh badan-badan penarafan antarabangsa. Antara usaha terkini yang sedang dilaksanakan oleh Labuan FSA ialah untuk mematuhi syor FATF adalah dengan mencadangkan pindaan ke atas tiga Akta Labuan IBFC iaitu yang akta kita sekarang dan Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 dan Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010. Ini adalah penting seperti yang saya katakan tadi tentang beneficial owner, warrant share dan sebagainya.
Di samping itu, saya sudah touch fasal pelan risiko. Pindaan yang dicadangkan ini juga akan memastikan kedudukan Labuan sebagai suatu wilayah yang mematuhi amalan dan piawaian antarabangsa berkenaan sektor kewangan dan perniagaan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Boleh jelaskan sikit?
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Okey.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, selepas berlakunya skandal 1MDB ini, adakah pihak kerajaan ada mengambil apa-apa inisiatif untuk memastikan Labuan tidak menjadi satu lagi tempat ataupun destinasi yang mungkin boleh menjadi satu catalyst kepada isu-isu seperti 1MDB ini.
Saya hendak tanya juga, adakah pindaan yang dibuat sekarang ini sebahagian daripada ke arah untuk memastikan perkara-perkara itu tidak berlaku. Sebab saya lihat ada beberapa amendment dalam pindaan ini yang saya rasa memang seolah-olah— kan saya cakap seolah-olah macam ada satu hendak cuba hendak compromise elemen- elemen anonymity dan sebagainya. Jadi, saya rasa adakah itu sebahagian daripada tindakan kerajaan?
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Terima kasih Yang Berhormat Sepang.
Sememangnya pemindahan ini ialah untuk memastikan yang kita menepati piawaian antarabangsa dan kita tidak mahu kita nanti disenaraihitamkan oleh badan-badan penarafan antarabangsa sebagai salah satu jurisdiction yang membolehkan perkara- perkara seperti penggubahan wang haram dan counter-terrorism itu kita masuk sebagai senarai hitam yang boleh dilakukan. Maka itu kita buat pindaan pada hari ini untuk memastikan perkara-perkara seperti itu tidak berlaku, Yang Berhormat.
Mungkin saya ingin touch juga tentang kejayaan Labuan IBFC dan Labuan FSA yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Kubang Pasu tadi. Sudah tentu seperti Yang Berhormat Kubang Pasu mentioned sebentar tadi, semenjak tahun 2020, industri captive telah berkembang dan Labuan IBFC merupakan tuan rumah kepada 55 syarikat insurans captive dan Labuan telah dianugerahkan juga sebagai pemenang Pusat Captive Antarabangsa oleh European Captive Review Award pada bulan November 2021 atas dasar peraturan yang moden, fleksibel dan inovatif. Ini merupakan satu pencapaian yang agak baik oleh Labuan dan ia menunjukkan yang ia boleh menjadi satu pusat kewangan yang mempunyai pengawalseliaan yang teratur dan mempunyai struktur captive yang tersendiri seperti juga Hong Kong dan Singapura.
Sektor ini sebenarnya akan terus berkembang dan akan wujud peningkatan permintaan baik dari pelbagai struktur yang ditawarkan oleh Labuan IBFC yang terdiri daripada captive tunggal atau pure single captive dalam persatuan captive bersama (mutual association captive) dan captive sewaan (rental captive). Jadi, jumlah premium kasar bagi perniagaan insurans captive di Labuan telah meningkat sebanyak 8.7 peratus kepada USD497.5 juta, di mana pada tahun 2019 ia USD457 juta di mana 65.4 percent daripada jumlah premium tersebut adalah daripada pasaran antarabangsa.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Labuan IBFC telah mengembang lebih 10 kali ganda semenjak 25 tahun dahulu di mana kini lebih daripada 5,000 syarikat yang berasal daripada 125 buah negara yang beroperasi di Labuan dan jumlah ini termasuk hampir 900 entiti berlesen seperti bank, insurans, pengurus dana dan syarikat amanah Labuan dan sebagainya.
Agak menarik juga, penubuhan entiti yang menjalankan perkhidmatan di Labuan adalah juga kewangan digital dan setakat tahun 2020, sebanyak enam buah bank Labuan dan juga bank pelaburan Labuan yang menawarkan perkhidmatan perbankan digital yang telah dilesenkan.
Di samping itu, kita di Labuan juga mempunyai dua buah bursa saham digital yang juga telah diluluskan. Secara keseluruhannya, sebanyak 90 entiti berlesen yang telah dilesenkan untuk menyediakan perkhidmatan kewangan digital di mana 33 daripadanya adalah terlibat dalam aktiviti pembrokeran.
Aktiviti pembrokeran insurans Labuan juga, jumlah penempatan premium oleh broker insurans Labuan telah meningkat sebanyak 24.8 peratus, Tuan Yang di-Pertua, kepada RM1.1 bilion dan perniagaan insurans am telah menyumbang sebanyak 86.3 peratus daripada jumlah penempatan premium yang sebahagian besarnya diperoleh oleh pasaran antarabangsa. Fi pembrokeran yang diperoleh oleh broker insurans Labuan turut meningkat sebanyak 13.4 peratus kepada USD56.7 juta.
Industri takaful am juga menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan mencatatkan pertumbuhan sumbangan kasar sebanyak 13.8 peratus iaitu bersamaan dengan RM114.5 juta bagi tahun 2020 dan sumbangan kasar bagi sektor takaful semula diterajui oleh sektor motor pada kadar 58.2 peratus atau USD66.7 juta.
Labuan juga telah melancarkan perancangan rangka kerja perbankan digital Labuan untuk menarik pemain baharu ke dalam ruang perbankan digital dan berupaya untuk bersaing dengan pusat kawalan antarabangsa utama yang lain. Ini adalah selaras dengan pendekatan Labuan IBFC yang progresif dan memudahkan inovasi kewangan serta mencipta persekitaran yang kondusif secara digital. Labuan IBFC akan juga terus berusaha untuk menarik perniagaan kewangan digital dari Asia dan terus meluaskan jangkauannya untuk menarik ramai lagi pemain baharu dari rantau ini.
Sungguhpun begitu...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada celahan ya.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Terima kasih.
Cuma saya ingin bertanya, adakah perkembangan dalam FinTech di Labuan ini terdapat sandboxes yang dibenarkan untuk memastikan bahawa ia akan dapat berjalan without leak dan sebagainya? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya tidak pasti kalau ada sandbox untuk dia orang to do simulation dan sebagainya untuk membuat FinTech. Akan tetapi, ada lah syarikat yang berasaskan FinTech juga beroperasi di Labuan.
Maka, Labuan FSA dengan kerangka perundangan ini akan menambah baik dari semasa ke semasa agar, yang pentingnya, mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh badan-badan penarafan antarabangsa kerana kita juga bersaing dengan pusat-pusat kewangan yang lain. Kita ingin memastikan yang pusat kewangan Labuan ini biarpun banyak yang pernah datang sana― mungkin Yang Berhormat Subang cakap ‘sleepy town’ tetapi I think ia boleh serve finance itu and they can contribute to kita punya tax and all that. I think we should allow them to do it lah.
Ada juga langkah-langkah yang diterajui oleh kerajaan iaitu kita buat pelan transformasi, kita sudah patuhi piawaian antarabangsa dan kita juga buat satu Pelan Strategik Labuan 2022-2026 yang direncanakan oleh Labuan FSA.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ada panjang lagi, Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Ya, saya akan gulung.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila gulung.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Secara kesimpulannya, Rang Undang- undang Syarikat Labuan (Pindaan) 2022 ini di bawah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan ini adalah perlu dan penting untuk memenuhi komitmen dan obligasi Kerajaan Malaysia dalam mematuhi kehendak piawaian yang telah ditetapkan oleh FTAF dan OECD berkaitan dengan pencegahan penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan...
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
...Serta membanteras...
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Sebelum hendak gulung itu, tadi yang isu ‘sleepy town’ yang disebutkan oleh Yang Berhormat Subang dan sebagainya. RM4.5 bilion tahun 2019 dan 2020 yang disumbangkan kepada fiskal kita.
Saya ingat ini adalah satu angka yang besar. Macam saya sebut tadi, jangan kita biarkan Labuan menjadi ‘sleepy town’ lagi. Perkara-perkara yang berkaitan dengan bekalan air domestik, banjir yang sering berlaku, saya ingat selalu MP Labuan duduk jerit fasal benda ini. Saya ingat perlu diberikan perhatian. Yang Berhormat belum sentuh lagi itu. Itu yang saya hendak tanya itu. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya bangkitkan tentang the public register of trust tadi itu yang masih lagi tidak disinggung. Apakah kedudukannya sekarang? Terima kasih.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Maaf, Yang Berhormat. Apa tadi?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ulang balik.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Ulang balik. Tak dengar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Switch on mic.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Maaf. Kewujudan satu portal sebagai to keep the register of public trust and companies, private foundations dan sebagainya yang ditubuhkan di Labuan itu. Apakah benar ia masih tidak ditubuhkan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Okey, tadi tanya fasal ‘sleeping town’.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kubang Pasu.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Ya, Yang Berhormat Kubang Pasu tanya tadi, tapi I think kalau kita pastikan semua perundangan yang baik kita amalkan seperti pindaan pada hari ini, kita tidak boleh panggil ia ‘sleepy town’. Mungkin kita boleh panggil ia ‘sleeping giant’. Harapan kita adalah untuk pastikan pusat kewangan Labuan ini boleh bersaing dengan pusat-pusat kewangan yang lain di seluruh dunia.
Yang Berhormat Kuala Selangor touch fasal portal. Saya akan cuba― saya tidak mempunyai penjelasan kalau ada portal. Akan tetapi, kita akan ambil maklum tentang perkara ini.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Sangat penting perkara itu dimajukan kerana kita sudah agak lama ini. Of 30 years of existence ya. Inilah di antaranya yang menjadikan LFSA kita tidak kompetitif. Forget about other things yang agak canggih tentang FinTech dan sebagainya.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Even a portal is also not in existence dengan izin. Satu yang menjadikan kita malu untuk kita menyebutkan untuk benchmark dengan Hong Kong, Singapore dan sebagainya tetapi we are also a financial center yang punya visi, punya kehendak dan punya kemahuan yang tinggi, punya vision yang tinggi tetapi if we are not doing it sepertimana yang harus ia diberikan pacuan dan segala sokongan dan dukungan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Kuala Selangor, kita akan ambil maklum. Akan tetapi dalam pindaan ini, memang kita telah pun menyimpan rekod-rekod yang penting yang akan juga diberikan akses kepada mereka yang – kepada public dan kita harap ia juga akan boleh dibuat secara portal. Kita akan advise IBFC untuk melakukan perkara ini.
Jadi, seperti saya katakan tadi pindaan ini amat penting untuk memastikan Labuan IBFC kekal relevan untuk beroperasi sebagai pusat kewangan antarabangsa.
Namun demikian, terdapat keperluan untuk membentangkan pindaan-pindaan ini secepat mungkin di mesyuarat kita pada hari ini berikut dengan komitmen yang kita beri pada FATF. Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini mohon mencadangkan, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 61** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] *[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, dan disokong oleh Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (Datuk Dr.
Hajah Zuraida binti Kamaruddin) dan diluluskan]*
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 (Akta 704) dibacakan kali yang kedua sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri, huraian.
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang saya akan huraikan sebentar lagi dalam pembentangan RUU Syarikat Labuan Pindaan 2022 sebentar tadi, asas-asas pertimbangan yang sama adalah turut terpakai bagi RUU Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan (Pindaan) 2022. Ini khususnya telah menerima pakai piawaian dan amalan kewangan antarabangsa terbaik yang disarankan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) dan melunaskan komitmen yang telah diberikan pada 2017 kepada OECD untuk membuat pindaan berbangkit ke atas undang-undang Labuan bagi memansuhkan amalan cukai yang memudaratkan.
Pindaan ini juga akan dikuatkuasakan ke belakang mulai 1 Januari 2019. Tuan Yang di-Pertua, RUU Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan (Pindaan) 2022 ini mempunyai empat fasal.
Fasal yang pertama adalah berkenaan dengan tarikh kuat kuasa pindaan itu pada 1 Januari 2019.
Fasal 2 dan 4 adalah berkenaan pindaan untuk memansuhkan peruntukan yang melarang transaksi antara pemastautin Malaysia dengan entiti Labuan dan sekatan untuk berurusan dalam Ringgit Malaysia.
Fasal 3 ialah meminda takrif perniagaan insurans Labuan dalam seksyen 101, Akta 704 untuk menghapuskan elemen yang menyekat urusan perniagaan insurans dan takaful domestik dengan pemastautin.
Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ada sesiapa yang menyokong?
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya ada senarai. Mulanya ada dua nama tetapi tinggal satu, saya jemput Yang Berhormat Tebrau. Sila, lima minit.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan-pindaan ini saya memang hendak sokong tetapi soalan saya adalah selepas pindaan atas Akta Syarikat Labuan dan pindaan yang kita berbahas sekarang adalah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan dan kemudian adalah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan.
Jadi selepas pindaan-pindaan ini dibuat dan setelah kita sudah mendengar hujah- hujah yang diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang pada masa kita membahaskan Akta Syarikat Labuan, adakah Labuan masih ada satu financial center dengan izin yang akan dipilih oleh pelabur-pelabur selain daripada negara lain seperti Hong Kong atau Singapore. Adakah ini adalah sebuah destinasi yang terbaik untuk mereka? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Ada pembahas lain? Tidak ada. saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada memperkukuhkan aktiviti perniagaan sedia ada yang ditawarkan di Labuan IBFC, tumpuan juga diberikan terhadap empat sektor utama yang dijangka akan dapat menjana lebih banyak aktiviti di Labuan IBFC. Salah satu sektor
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
tersebut ialah perniagaan kewangan berasaskan digital, insurans kaptif iaitu insurans dalam kumpulan kendiri dan kewangan Islam secara digital.
Yang Berhormat, Labuan IBFC juga akan sentiasa melihat sebarang peluang bagi memperluaskan pangkalan agihan di Labuan dalam menggalakkan lebih banyak syarikat- syarikat amanah dan ejen pendaftaran antarabangsa menubuhkan kewujudan syarikat mereka secara fizikal di Labuan.
Seperti saya katakan tadi, Labuan IBFC telah mempunyai dua bursa digital untuk beroperasi dan kedua-dua bursa menawarkan penyenaraian utama bagi sekuriti digital seperti ekuiti bon, derivative, dana dan class asset alternatif untuk hartanah dalam pendekatan inovatif dan menggalakkan dan kos operasi lebih rendah dengan kecekapan lebih tinggi.
Pada tahun 2020, sebanyak 30 lesen perniagaan kewangan digital telah diluluskan yang terdiri daripada bank, broker wang, *....
[Tidak jelas]* kredit, penganalisis dan pembayaran. Sejak tahun 2021, terdapat sebanyak 89 lesen perniagaan kewangan digital yang telah diluluskan.
Tuan Yang di-Pertua, potensi Labuan ini masih ada dan saya rasa dengan pindaan ini, ia akan dapat memacukan lagi kemajuan Labuan IBFC. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin) dan diluluskan]
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Tuan Yang di-Pertua, ini Rang Undang-undang Syarikat Labuan (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan (Pindaan) 2022 sebentar tadi mempunyai asas-asas pertimbangan yang sama sebenarnya dan ia turut terpakai dalam Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan
(Pindaan) 2022. Ini juga khusus dalam menerima pakai piawaian dalam kewangan antarabangsa terbaik yang disarankan oleh OECD dan melunaskan komitmen kerajaan yang diberikan kepada OECD pada tahun 2017 untuk membuat pindaan yang berbangkitkan ... Labuan bagi memansuhkan amalan cukai yang memudaratkan. Pindaan ini juga akan dikuatkuasakan ke belakang mulai 1 Januari 2019.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan (Pindaan) 2022 juga mempunyai empat fasal pindaan.
Fasal 1 ialah berkenaan dengan tarikh kuat kuasa pindaan itu pada 1 Januari 2019.
Fasal 2 dan 4 merupakan pindaan untuk melunaskan komitmen Kerajaan Malaysia kepada OECD dengan memansuhkan peruntukan yang menyekat transaksi antara pemastautin Malaysia dengan entiti Labuan dan menjalankan transaksi dalam mata wang Ringgit Malaysia.
Fasal 3 ialah minta takrif ‘Perniagaan Takaful Labuan' dalam seksyen 76 [Akta 705] untuk menghapuskan elemen yang menyekat urusan perniagaan takaful domestik dan pemastautin yang dikenal pasti sebagai amalan percukaian yang memudaratkan.
Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya juga mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Siapa menyokong?
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
[Tiada perbahasan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya teruskan. Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin) dan diluluskan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum kita bersurai, ada nota penutup daripada kami, Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sidang Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas telah berlangsung selama 16 hari mulai daripada Isnin, 28 Februari hingga Khamis, 24 Mac 2022. Persidangan kali ini juga kita berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19 dan pelbagai langkah untuk mengelakkan pandemik COVID-19 di Parlimen telah dilaksanakan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua saya, ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan kerjasama bagi membolehkan perjalanan Mesyuarat dapat disempurnakan sepanjang tempoh persidangan ini. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah memberikan sepenuh komitmen dalam memastikan Parlimen Malaysia sentiasa dalam keadaan terkawal dan selamat daripada penularan wabak COVID-19.
Tidak saya lupakan juga ucapan terima kasih kepada semua pegawai kerajaan, warga Parlimen Malaysia khususnya Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat, wakil media massa serta semua pihak yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengendalian urusan Mesyuarat sepanjang tempoh Dewan kali ini bersidang.
Kepada Ahli Yang Berhormat dan warga Parlimen Malaysia yang beragama Islam, saya ingin mengucapkan ‘Selamat Menyambut Ramadan' dan ‘Selamat Berpuasa’ tidak lama lagi. Saya juga menasihatkan semua Ahli Yang Berhormat untuk sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan kerajaan agar kita sama-sama dapat mengekang penularan COVID-19 yang masih belum ada kesudahan ini.
Ahli Yang Berhormat, sebelum saya mengakhiri kata, izinkan saya berpantun.
*Ahli Parlimen bangkit suara bergema, Ada mencelah penuh semangat, Tamatlah sudah Mesyuarat Pertama, Teruskan berkhidmat kerana rakyat.
Yang Berhormat setia di Dewan, Bentara ada sebagai peneman, Tidak lama lagi tibalah Ramadhan, Kurangkan berpolitik tingkatkan amalan.
[Tepuk]* Akhir kalam saya ingin mengucapkan kepada semua selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Semoga Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa sihat walafiat di samping keluarga tersayang.
Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan pada hari ini ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat semua.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.00 petang]