Mar232022

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi semua. Kita mulakan dengan saya jemput Yang Berhormat Igan. Silakan.

final • 10:00 AM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya mulakan sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan kita pagi ini dengan serangkap pantun.

Yang Berhormat Timbalan Menteri orangnya bijaksana; Tuan Yang di-Pertua orangnya tampan; Kerana COVID-19 rakyat merana; Soalan Nombor 1 mohon jawapan.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat, pembayang pantun itu tidak betul yang kedua itu. Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:00 AM

1. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan] minta Menteri Kesihatan menyatakan berapa jumlah kanak-kanak yang berumur 5-11 Tahun di negeri Sarawak yang layak untuk menerima vaksin menerusi Program Vaksinasi COVID-19 Kanak-Kanak dan sejauh manakah pelaksanaannya di Sarawak setakat ini, serta berapa ramaikah kanak-kanak yang sudah mendaftar untuk mendapatkan vaksin setakat ini.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Igan yang bertanya tentang berapa ramai kanak-kanak yang layak mendapat suntikan dan juga sejauh mana pelaksanaan di Sarawak. Ketiganya berapa ramai yang telah mendaftar?

Tuan Yang di-Pertua, bagi negeri Sarawak seramai 286,000 orang kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun adalah layak untuk mendapatkan suntikan COVID-19.

Sehingga 21 Mac 2022, seramai 104,000 orang atau 36.3 peratus daripada 286,000 orang kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19 di Sarawak.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan pemberian vaksin COVID-19 tidak bergantung kepada jumlah pendaftaran dan pemberian janji temu melalui MySejahtera sahaja. Janji temu turut diberikan oleh pihak sekolah bagi memastikan semua mereka yang tidak berdaftar atau tidak mempunyai aplikasi MySejahtera juga diberikan vaksinasi selepas mendapat kebenaran daripada ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Sehingga 22 Mac 2022, seramai 198,095 orang kanak-kanak atau 69.3 peratus telah menerima dos pertama vaksin COVID-19. Pemberian vaksin di Sarawak telah bermula pada 3 Februari 2022 yang dijalankan di sekolah, klinik kesihatan dan juga hospital termasuk fasiliti swasta. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, sejauh manakah atau bagaimana pula dengan pelaksanaan program vaksinasi PICKids ini tanpa temu janji, walk-in dengan izin yang difahamkan mula dilaksanakan di Sarawak sejak 5 Mac yang lalu.

Apakah ia sudah atau akan diperluaskan di kesemua PPV termasuk di luar bandar dan kawasan pesisir Sarawak melalui PPV jangkau luar ataupun dengan izin outreach bagi memastikan anak-anak di luar bandar mendapat akses lebih mudah kepada vaksin COVID-19.

Apakah usaha pihak kementerian dalam menangani persepsi kesangsian dan keraguan ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka mendapatkan vaksin susulan kebimbangan akan kesan sampingan ke atas anak-anak mereka? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:00 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Igan. Pertamanya saya hendak nyatakan di sini bahawa negeri Sarawak ini telah mencapai tahap yang paling tinggi dalam negeri yang menjalankan vaksinasi PICKids ini sehingga 69.3 peratus pada ketika ini iaitu hampir 70 peratus. Sedangkan yang lain jauh ketinggalan di bawah 50 peratus.

Jadi, kaedah yang sangat digunakan di sana ialah kaedah mereka pergi ke sekolah-sekolah. Jadi, bermakna walaupun kadar pendaftarannya agak rendah tadi kita dengar 36.3 peratus dan kebanyakannya terutama di pedalaman dengan faktor geografi mereka tidak mempunyai aplikasi MySejahtera ataupun akses kepada internet dan sebagainya, tetapi pasukan KKM dan juga pemegang taruh utama KPM dan juga kerajaan negeri telah begitu bersungguh dan begitu gigih sekali telah buat lawatan ke sekolah- sekolah.

Jadi, kaedah itu banyak tetapi kadar lawatan ke sekolah-sekolah dan ke PPV yang telah ditentukan untuk melakukan suntikan vaksin pada anak-anak yang tidak ada pendaftaran dalam MySejahtera. Ini didapati sangat berjaya. Walaupun di Semenanjung ini kita banyak membuat kaedah temu janji, booking dan juga di off-site dan sebagainya tetapi kaedah di Sarawak adalah berlainan.

Kalau kita lihat daripada data yang ada dalam COVIDNOW memang inilah yang terbaik. Malah Tuan Yang di-Pertua, saya telah buat lawatan di Sabah pada 9 dan 10 Februari dan saya dapat melihat sendiri, saya telah melawat ke Klinik Kesihatan Batu Kawa bersama Profesor Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan juga ke Sekolah Kebangsaan Buntal dengan Yang Berhormat Michael, Timbalan Menteri Kesihatan Sarawak dan melihat sendiri dengan mata kepala saya sendiri begitu tekun dan teguh, begitu rajin dan begitu komited mereka menjalankan kerja.

final • 10:00 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Walaupun kebanyakannya pelajar-pelajar ini tidak ada dalam pendaftaran MySejahtera. Jadi, mereka pergi dan pelaporan VMS dibuat oleh kakitangan kita di sana.

Jadi, peratusannya tinggi. Malah saya pernah beritahu kepada Yang Berhormat Menteri bahawa Sarawak ini, kenapa dia begitu berlainan.

Soalan yang kedua tadi tentang kesangsian dan keraguan ibu bapa. Ini adalah amat kurang di Sarawak. Oleh sebab itu kita lihat dalam peratusan ini, ia paling tinggi.

Tidak ada negeri yang mencapai 50 peratus setakat ini tetapi Sarawak telah menghampiri 70 peratus. Malah Yang Berhormat Menteri kata, Sarawak ini sudah menjadi macam ‘darul vaksin’, sudah jadi macam negeri vaksin.

Saya hendak ucapkan tahniah kepada negeri Sarawak, kerajaan negeri yang begitu komited, yang begitu banyak menolong dan sudah tentunya kepada beberapa

final • 10:10 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

orang seperti Dr. Rosemawati, Dr. Radziah dan ‘Dr. Jeevan’ yang bersama-sama dengan saya semasa lawatan itu. Saya mendapat maklumat yang penting kenapa Sarawak begitu berjaya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Kota Kinabalu.

final • 10:10 AM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Ya, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Menteri, kalau Sarawak merupakan ‘darul vaksin’, kalau begitu, Sabah saya rasa dia ‘darul tidak vaksin’ itu. Ini kerana program PICKids di Sabah ini, sampai sekarang, kalau saya tidak silap, masih 20 peratus. Ia adalah antara terendah di seluruh negara. Di sekolah anak saya, baru hari kedua buka sekolah, di kelas dia pun ada seorang dua murid pun sudah positif.

So, macam mana hendak meningkatkan atau replicate kejayaan Sarawak ini ke Sabah? Ini kerana kedua-dua negeri ini pun sama mempunyai demografi dan geografi yang besar. Kenapa Sabah tidak mencapai kejayaan seperti Sarawak?

final • 10:10 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu.

Untuk pengetahuan semua, saya telah juga melawat kesemua negeri di Malaysia kecuali Kedah dan Perlis, belum sampai lagi. Saya dapati sebenarnya at ground, di bawah itu, kakitangan atau healthcare workers KKM, kerajaan negeri― kerajaan negeri, saya sudah tanya di beberapa buah kerajaan negeri termasuk Pulau Pinang, Kelantan, Pahang dan sebagainya, dan juga stakeholders yang besar, KPM dan juga JKM dan sebagainya, begitu bekerja kuat. Malah di Sabah pun sama juga.

Sabah bermula dengan di bawah sekali, yang paling rendah, tidak sampai 10 peratus. Dengan Kelantan, Terengganu dan juga Sabah. Kini Sabah telah mencapai hampir 23 peratus. Itu satu peningkatan.

Saya hendak beri kepujian kepada kakitangan hospital KKM terutamanya di Sabah yang telah bertungkus-lumus. Sebab saya juga, Tuan Yang di-Pertua, telah pergi ke Sabah semasa PICK Remaja dulu. Antara program yang mereka lakukan dengan penuh kegigihan ialah RAVO. Program RAVO ini, dia turun, dia pergi tolong PKD. Ada 25 orang staf daripada KKM akan turun dan pergi tolong dan melakukan suntikan, almost house to house. Ini program yang telah dilakukan yang telah meningkatkan peratusan PICK Remaja.

PICKids ini, insya-Allah, kita hari ini menghadapi masalah kesangsian ibu bapa.

Ibu bapa mengambil sikap tunggu dan lihat. Sebenarnya, ada dua ketakutan, Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, ketakutan tentang side effect ataupun AEFI yang dicanang- canangkan oleh golongan antivax. Kedua ialah terlebih percaya kepada apa yang dipaparkan di media sosial. Jadi, ada berita-berita yang palsu. Oleh sebab itu, dalam lawatan saya, saya menyeru kepada ibu bapa, menyeru dan merayu supaya memberikan keizinan kepada anak untuk mendapat suntikan vaksin dan dengan itu kita dapat melindungi anak-anak kita yang kini telah pergi ke sekolah dan dengan keadaan kes COVID-19 yang masih meningkat tinggi lagi.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Orang Kedah kecil hatilah sebab Kedah belum pergi.

final • 10:10 AM

2. Tuan Khalid bin Abd Samad [Shah Alam] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah kementerian akan melaksanakan suatu data berpusat yang menyeluruh untuk memantau pemilikan rumah dan penyewaan rumah oleh rakyat berada pada keadaan yang kondusif selaras dengan kos sara hidup dan pendapatan rakyat

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib

wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah menjadi matlamat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk memastikan semua rakyat dapat memiliki rumah sama ada secara dimiliki atau secara sewaan selaras dengan slogan ‘Satu Keluarga, Satu Rumah’ seperti mana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara pada Februari 2022.

Justeru, saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat yang melihat keperluan pewujudan satu pangkalan data bagi memantau pembekalan dan permintaan perumahan negara untuk memastikan semua golongan rakyat mempunyai rumah.

Selaras dengan matlamat tersebut, KPKT sedang menjalankan kajian analisis data raya atau, dengan izin, big data analytics (BDA) perumahan bagi mendapatkan gambaran sebenar kedudukan dan ketersediaan data berkaitan sektor perumahan di Malaysia sebelum pembangunan sistem yang berkaitan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kajian ini telah dimulakan pada Februari 2021. Kajian ini juga bertujuan untuk membantu mengatasi hartanah siap yang tidak terjual dan seterusnya berupaya untuk mengetahui kedudukan pasaran perumahan hartanah yang lebih jelas dan tepat demi pembangunan sektor hartanah yang lestari dan efisien. Kajian ini turut dijadikan input bagi pembangunan platform pusat pengumpulan data hartanah yang meliputi permintaan dan penawaran. Ia juga akan membantu pihak kerajaan dalam membuat keputusan di peringkat Persekutuan dan kerajaan negeri dalam penyediaan dasar dan perancangan perumahan negara yang lebih komprehensif.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, penemuan awal kajian menunjukkan bahawa data perumahan yang berkaitan dengan bekalan dan permintaan

(supply and demand), dengan izin, berada di pelbagai agensi dan jabatan-jabatan negeri.

Sehubungan itu, terdapat keperluan untuk mewujudkan pusat repositori data untuk membolehkan pemain utama dalam industri perumahan menggunakan data yang sama untuk pandangan yang berkaitan dengan bekalan dan permintaan perumahan, kemampuan untuk memiliki rumah, ketersediaan pembiayaan, skim-skim pembiayaan perumahan, pembangunan dasar dan unjuran keperluan perumahan. Kajian ini dijangka siap pada bulan Jun 2022. Kajian ini seterusnya akan menentukan hala tuju pembangunan sistem BDA yang komprehensif merangkumi keperluan data, teknologi, proses, kemahiran serta kos yang diperlukan bagi menjayakan pembangunan sistem itu.

KPKT juga telah membangunkan satu sistem iaitu Housing Integrated Management System (HIMS) yang telah beroperasi pada 31 Januari 2022. Sistem ini merupakan single platform entry, dengan izin, bagi pemaju perumahan merujuk kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] dan peraturan- peraturan berkaitan. Selain daripada pemprosesan permohonan lesen pemaju perumahan dan permit iklan dan jualan, HIMS ini akan menjadi mekanisme pengumpulan data perumahan untuk tujuan pengurusan, pemantauan dan pelaporan. HIMS ini juga akan menjadi salah satu komponen dalam sistem BDA.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan pertama, Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Terima kasih saya ucapkan kepada Timbalan Menteri yang memberikan penjelasan. Memang matlamat supaya semua rakyat menjadi pemilik ataupun paling kurang penyewa supaya masalah perumahan itu dapat diselesaikan dengan baik adalah amat sangat dipuji dan dialu-alukan.

Akan tetapi, untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada satu dasar yang pernah diguna pakai di negeri Johor iaitu skim Kuota Menegak Kerajaan (KMK) di mana 20 peratus dari rumah kos rendah diagihkan melalui parti politik dan dilihat sebagai

final • 10:10 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

satu usaha untuk beri reward-lah, menghadiahkan petugas-petugas parti politik yang setia. Dia dapat rumah kos rendah walaupun dia sendiri mungkin sudah ada rumah ya.

Apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri terhadap dasar yang sebegitu? Adakah pihak kerajaan sanggup memberi jaminan bahawa salah guna kuasa yang seperti ini di mana agihan rumah kos rendah diberi melalui parti politik akan ditamatkan dengan secara yang tuntas dan muktamad? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Sepanjang saya berada di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bahkan sebelum ini pun saya tidak pernah mendengar ada dasar pemberian rumah berasaskan pada parti politik. Oleh sebab itu lah kalau Yang Berhormat tengok, lihat pada pelaksanaan kita mengagihkan rumah-rumah ini, ia tidak pernah memilih latar belakang politik, agama, budaya dan sebagainya. Akan tetapi, bagi mereka yang berkelayakan sama ada B40, M40 dan sebagainya kita akan berikan kepada mereka peluang untuk memiliki rumah mengikut kemampuan ataupun kesesuaian tertentu. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Saya ucapkan terima kasihlah pada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya akui mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak tahu kerana benda ini benda baharu. Akan tetapi, dalam Pilihan Raya Negeri Johor skim Kuota Menegak Kerajaan (KMK) telah dijanjikan oleh yang calon Menteri Besar yang akhirnya tidak jadi Menteri Besarlah, kalau Barisan Nasional menang maka Skim Kuota Menegak Kerajaan ini akan dikembalikan. Ini kerana Kerajaan PH negeri Johor telah tamat kan. Akan tetapi, ia merupakan satu amalan yang biasa malahan di Wilayah Persekutuan dahulu pun pernah ada kes-kes di mana Ketua Cawangan UMNO dia ada rumah kos rendah, sedangkan dia pun ada rumah lain dan sebagainya.

Saya minta kerajaan memberikan jaminan bahawa dasar-dasar yang songsang seperti ini tidak akan dilaksanakan dan tidak akan disokong. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib

Ya, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Shah Alam, kita memang pasti bahawa kita tidak ada dasar seperti ini. Oleh sebab itulah, saya dah bagi tahu Yang Berhormat Shah Alam, KPKT menyediakan perumahan yang golongan B40 kah, M40 kah tidak perlu berasaskan parti politik. Ini kalau individu punya perihal, itu hal dia orang Yang Berhormat. Yang Berhormat boleh janji pada sesiapapun. Penyokong Yang Berhormat...

final • 10:20 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Ini bawah kerajaan negeri ya.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib

...tetapi maknanya bukan dasar kerajaan.

final • 10:20 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Ya.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib

Itu bukan dasar kerajaan. Bukan dasar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

final • 10:20 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Ini bukan KPKT. Ini dasar kerajaan negeri tetapi Kerajaan Federal...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Yang Berhormat cukup.

final • 10:20 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Sungai Siput.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sungai Siput silakan.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib

Akan tetapi, setakat ini tidak ada dasar. Ya. Okey, terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sungai Siput, silakan.

final • 10:20 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Projek perumahan rakyat miskin tegar adalah satu bentuk program khususnya kepada mereka yang tinggal di kawasan pedalaman seperti di kampung dan di pinggir bandar. Jadi, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, projek perumahan rakyat termiskin ini telah diilhamkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Ketua Kewangan iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1995 yakni merupakan Ahli Parlimen Port Dickson.

Persoalan saya di Parlimen Sungai Siput ada lebih 40 peratus rakyatnya yang tergolong dalam kategori B40 dan saya telah beberapa kali bangkitkan perkara ini sejak tiga tahun lalu untuk membina rumah PPRT di Parlimen Sungai Siput di mana kerajaan negeri telah menyediakan tanah. Cuma memerlukan peruntukan daripada kerajaan pusat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib

Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Sungai Siput, dalam ingatan saya, dalam rekod kita, saya ingat projek ini di bawah Kementerian Luar Bandar. Jadi, bukan di bawah KPKT. Jadi, saya harap Yang Berhormat boleh rujuk balik Kementerian Luar Bandar dan saya insya-Allah akan juga merujuk kepada Kementerian Luar Bandar dan menentukan apakah kedudukan projek tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Tanjong Manis.

Silakan.

final • 10:20 AM

3. Tuan Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan berapa jumlah rumah PPRT yang telah dibina di Parlimen Tanjong Manis. Apakah bantuan ini masih diteruskan pada tahun ini?

final • 10:20 AM

Menteri Pembangunan Luar Bandar - Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih pada Yang Berhormat Tanjong Manis soalan berkaitan dengan rumah PPRT untuk Parlimen Tanjong Manis.

Untuk makluman Yang Berhormat bahawa untuk tahun 2022 ini, Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diteruskan seperti tahun-tahun yang lalu dan kita telah pun meluluskan bajet di Dewan yang mulia ini untuk tahun 2022. Bagi Parlimen Tanjong Manis, sejak dari tahun 2016, kita telah membina sebanyak 69 unit rumah PPRT yang baharu dan telah membaik pulih 344 unit rumah di Parlimen Tanjong Manis dengan peruntukan sebanyak 7.8 juta. Untuk makluman Yang Berhormat Tanjong Manis, peraturan-peraturan ataupun SOP yang disediakan untuk rumah PPRT masih kekal seperti dahulu iaitu tuan rumah itu mestilah mempunyai milik tanah ataupun tanah milik keluarganya, ibu bapanya ataupun keluarganya yang telah pun diberi kebenaran untuk membina rumah.

Kita ada sedikit masalah kerana ada juga di kalangan mereka yang tidak mempunyai tanah yang berada di reserve sungai ataupun di tempat-tempat yang lain. Ini menimbulkan sedikit masalah dari segi pembinaan kerana kita memerlukan tanah yang dimiliki oleh tuan yang hendak buat rumah ataupun keluarga yang paling dekat yang membenarkan pembinaannya. Akan tetapi, saya ingin tegaskan bahawa kita teruskan projek PPRT untuk tahun 2022.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Mohon maaf. Yang Berhormat Menteri, terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri berikan tadi.

Seperti yang Yang Berhormat Menteri mengetahui secara umumnya selepas sahaja PKP kebanyakan harga barang, bahan-bahan binaan untuk membuat rumah dan sebagainya

final • 10:20 AM

Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

seperti simen, besi dan juga kos pengangkutan telah meningkat. Terutama sekali untuk membuat rumah-rumah PPRT di kawasan luar bandar.

Soalan saya Yang Berhormat Menteri, apakah kementerian KPLB bercadang untuk menaikkan harga siling sesebuah rumah PPRT setelah mengambil kira kenaikan harga-harga barang dan kos-kos pengangkutan yang saya sebutkan tadi? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis.

Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar sedar bahawa pada waktu ini bahan binaan telah meningkat kepada satu harga bahan binaan yang lebih tinggi terutamanya selepas tempoh pasca pandemik ini. Kos binaan ini telah menyebabkan ramai di kalangan kontraktor-kontraktor kecil yang ada di kampung-kampung yang buat projek-projek membina rumah seumpamanya ini merasakan mereka tidak mampu untuk melakukan. Ini kerana margin yang ada itu terlalu kecil.

Kita sedar sekarang ini di Semenanjung Malaysia harga binaannya adalah RM56,000 dan di negeri Sarawak dan juga negeri Sabah harga binaan sebuah rumah adalah RM68,000. Jadi, kita bercadang untuk mengemukakan satu cadangan kenaikan untuk kita bentangkan di kelulusan kerajaan melalui Jemaah Menteri. Satu jumlah yang boleh diterima oleh kontraktor, Tuan Yang di-Pertua. Sekarang ini, KPLB dalam libat urus untuk mendapatkan pandangan dari pelbagai agensi sebelum kita kemukakan kepada Jemaah Menteri.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Soalan tambahan.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Papar.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita juga berterima kasih kepada kerajaan atas inisiatif yang diberi iaitu untuk memberi orang- orang yang tidak ada rumah dengan rumah PPRT. Akan tetapi, di Parlimen saya banyak rumah-rumah PPRT ini disalahgunakan. Satu daripadanya ialah ada rumah PPRT yang digunakan untuk rumah burung walit. Untuk rumah burung walit. Bukan untuk orang tinggal. Ada juga rumah PPRT ini bukan tidak ditinggali oleh orang tuan punya-nya tetapi ada juga disewakan.

Selain daripada itu, ada juga yang menjual. Jadi, ini saya mahu kepada kementerian apa sebetulnya kriteria-kriteria yang digunakan untuk selection orang-orang seperti ini dan saya tidak mahu apa yang terjadi ini ada unsur-unsur rasuah. Ini kerana sesiapa yang sanggup membayar mereka akan dapat. Kedua, ada juga rumah PPRT ini digunakan untuk extension rumah. Jadi, saya mahu kementerian menyelidik benda-benda seperti ini. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Papar. Ini perkara-perkara yang kadangkala berlaku di luar daripada spec ataupun yang kita minta. Pertama sekali, kita dapatkan senarai daripada eKasih. Kalau tidak ada dari eKasih pun, disahkan oleh terutamanya dari pejabat daerah ataupun daripada ketua kampung bahawa si polan bin si polan ini layak untuk mendapat rumah. Jadi maknanya disahkan bahawa dia dalam kategori miskin dan layak untuk mendapat bantuan kerajaan untuk membina rumah, sebab itu kita bina rumah itu. Jika benarlah kata Yang Berhormat Papar rumah itu dibuat rumah burung, itu kira memang salahlah daripada segi peraturan...

final • 10:30 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Memang benar, memang benar.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Kita boleh ambil tindakan sama ada kita menarik balik rumah itu sebab kementerian ada hak untuk menarik balik kalaulah disalahgunakan

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

terhadap rumah itu. Jadi, peraturan yang sedia ada adalah untuk membantu kesejahteraan orang-orang yang miskin. Jadi kalau disalahgunakan, kita boleh mengambil tindakan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Yang Berhormat Menteri, macam mana kita boleh menarik kembali rumah itu sedangkan tanah adalah tanah mereka, nama mereka? Takkanlah rumah itu ditarik. Jadi, kita terpaksa hancurkan balik rumah itulah?

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Kita boleh dapatkan laporan penuh dari pejabat daerah. Yang Berhormat sendiri boleh membuat laporan sebagai Ahli Parlimen, boleh kemukakan kepada saya. Jadi, Yang Berhormat boleh hantar kepada saya rumah mana, siapa dia yang buat perangai macam itu. Boleh.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Okey. Ini sebelum...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Papar, cukup-cukup. Ya Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 10:30 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Itu satu yang luar biasalah, rumah-rumah burung ini. Ini berkaitan dengan tadi Yang Berhormat Menteri sebut, berkaitan dengan orang susah tak ada tanah. Dia tak ada tanah, dia hanya duduk di tempat-tempat tanah-tanah rizab dan kerajaan tak boleh beri peruntukan. Akan tetapi, bagaimana hal tentang kekosongan-kekosongan tempat di rumah-rumah perumahan PPRT yang ada sekarang ini? Berapa jumlah kekosongan yang masih ada? Adakah kerajaan berhasrat untuk membuka kawasan perumahan PPRT yang baharu bagi menempatkan golongan yang tak ada rumah, yang tak ada tanah untuk jadi tempat tinggal mereka? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena, jiran tetangga. Sebenarnya ia ada dua perkara Tuan Yang di-Pertua, kolaborasi kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Ada di sesetengah negeri, ia luluskan tanah dan kita menyediakan prasarana dan membina rumah. Contoh di negeri Pahang, semua rumah tepi sungai, ada lebih kurang dalam 60 rumah tepi sungai, memang reserve sungai.

Sekarang dipindahkan ke satu tempat milik kerajaan negeri, tetapi kerajaan negeri minta untuk dibuat prasarana dibuat oleh KPLB dan membina rumah di situ, joint venture. Jadi, ini boleh dibuat. Di Kedah pun ada. Di Kedah pun sama juga, ada tempat yang kerajaan negeri bagi tanah. Kemudian kita datang, kolaborasi dipanggil kolaborasi antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk membina rumah bagi orang-orang miskin. Boleh Yang Berhormat, atas kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

4. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:

(a) mengapa 144 atlet digugurkan oleh kerana potongan belanjawan, keputusan untuk memotong elaun atlet; dan

(b) apakah kriteria untuk mengenal pasti atlet yang berpotensi terbaik untuk memenangi pingat' (athletes with the best potential to win medals).

final • 10:30 AM

Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Untuk makluman Dewan yang mulia, saya ingin menjelaskan bahawa apabila atlet-atlet dalam program MSN tidak diberikan kontrak yang baharu, ia adalah merupakan satu kelaziman dalam proses penilaian serta pengurusan atlet dan dilaksanakan bukan sahaja di Malaysia, tetapi di mana juga.

Penilaian bagi tawaran kontrak baharu atlet dibuat berdasarkan kepada prestasi semasa atlet menerusi kriteria pemilihan atlet yang ketat dan dibincangkan secara bersama menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ataupun JKK yang membabitkan

final • 10:30 AM

Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

penglibatan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Paralimpik Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia serta agensi-agensi yang berkaitan. Suka saya ingatkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara tidak bertindak sendirian dan mendapat perakuan daripada PSK sebelum membuat apa jua keputusan.

Untuk makluman Yang Berhormat Selayang, penyusunan semula program persediaan atlet bagi tahun 2022 dilakukan berikutan suntikan dana bagi Program Podium sebanyak RM60 juta setahun iaitu RM240 juta bagi tempoh empat tahun. Ini akan menunjukkan peningkatan bilangan atlet daripada 321 atlet kepada 776 atlet iaitu peningkatan sebanyak 142 peratus. Bagi sukan yang tidak disenaraikan di bawah program MSN dan penyertaan tertumpu kepada sukan SEA Vietnam sahaja, mereka ini akan turut diberikan bantuan secara geran. Seramai 154 atlet normal daripada 11 jenis sukan dan 119 atlet para daripada 11 jenis sukan akan menerima manfaat tersebut. Satu skim elaun latihan atlet baharu telah diperkenalkan bertujuan untuk menyelaras semula kadar yang ditetapkan agar persekitaran yang lebih kompetitif diwujudkan dalam kalangan atlet.

Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat berkenaan dengan apakah kriteria untuk mengenal pasti atlet yang berpotensi memenangi pingat, sukacita dimaklumkan bahawa kriteria yang diguna pakai oleh KBS ialah seperti berikut:

(i) prestasi yang dipamerkan oleh atlet sejak tahun 2018;

(ii) rekod-rekod pencapaian di kejohanan-kejohanan antarabangsa yang dikenal pasti dan temasya-temasya sukan utama;

(iii) catatan rekod semasa, masa ataupun jarak; dan

(iv) kedudukan ataupun ranking di Persatuan Sukan Antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri untuk jawapan yang telah diberikan. Mengikut berita, antara alasan bahawa 144 atlet ini digugurkan adalah sebab tidak cukup dana. Dana itu digunakan untuk membantu mangsa banjir baru-baru ini. Oleh yang demikian, walaupun saya mengalu- alukan keputusan baru-baru ini di mana kerajaan telah mengkaji semula dan menaikkan bajet untuk sukan - Soalannya adalah tentang dasar di mana akhirnya, 144 atlet ini termasuk mereka yang telah mencapai kemenangan yang cemerlang seperti Zaidatul Husna Zulkifli, pemenang perak SEA Games 2017; Cheong Jun Hoong, johan terjun dunia; Low Wee Wern, pemain skuasy terbaik ranking kelima di dunia telah digugurkan dan karier mereka musnah. Soalan saya tentang dasar ialah mengapa kementerian dan MSN tidak memberikan keutamaan kepada pembangunan sukan dan atlet sehingga 144 atlet ini digugurkan?

Oleh yang demikian, yang penting ialah amanah telah diberikan kepada Kementerian Belia dan Sukan dan MSN untuk menaikkan prestasi dan mutu sukan dan dengan menggugurkan 144 atlet ini, ada impak negatif dalam jangka masa panjang dalam pembangunan sukan.

final • 10:30 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang Berhormat Selayang, boleh saya...

final • 10:30 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Ya. Akhirnya soalan saya ialah saya meminta penjelasan sama ada kementerian sedar bahawa bukan tidak menggalakkan pembangunan sukan, tetapi sudah menjadi punca kepada kemerosotan dalam bidang sukan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sebenarnya mengikut peraturan, soalan tambahan tidak boleh melebihi daripada satu soalan sahaja tetapi tidak apa, saya serahkan kepada Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berpandangan bahawa soalan tambahan ini adalah sama dengan soalan asal yang telah diberikan dan malah jawapan yang sama saya akan berikan untuk menjawab persoalan tersebut.

Yang Berhormat Selayang, yang pertamanya Program Podium telah ditiadakan melalui pembentangan Belanjawan 2022. Atas sebab itu, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah mengusahakan untuk terus mengadakannya namun terpaksa tidak memperbaharui kontrak 144 orang atlet.

Dalam masa yang sama, usaha telah dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan dan alhamdulillah Jemaah Menteri telah pun memberi kelulusan kepada Program Podium dengan suntikan dana sebanyak RM240 juta untuk empat tahun.

Maka persoalan Yang Berhormat Selayang has overtaken by events dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kerana perkara ini telahpun selesai. Ini membuktikan Kementerian Belia dan Sukan amat menitikberatkan tentang pembangunan sukan berprestasi tinggi untuk semua atlet di Malaysia ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan sebelah sini? [Merujuk kepada blok kerajaan] Jika tidak sila Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih. Saya ingin bertanya isu yang berbangkit berkenaan isu ini iaitu dengan atlet-atlet yang telahpun dirujuk oleh rakan saya tadi dari Selayang.

Saya just nak tanya sama ada prestasi (performance) atlet-atlet tersebut seperti mana beberapa contoh yang telahpun diberi oleh rakan saya tadi seperti juara skuasy dan juara terjun, ini semua atlet yang bertaraf antarabangsa. Mempunyai standard yang amat cemerlang seperti juara terjun dan sebagainya. Bukan prestasi (performance) mereka merupakan kriteria ataupun faktor utama untuk dipertimbangkan dalam proses ini. Bukan sahaja dana. Saya faham mungkin dana itu berkurangan tetapi bukankah kalau dana itu berkurangan, priority sepatutnya ataupun keutamaan sepatutnya diberi kepada atlet-atlet yang mempunyai track record dan bertaraf dunia? Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor bahawa prestasi seorang atlet itu amat penting sebagai kayu pengukur untuk terus diberikan bantuan melalui Program Podium yang telah kita laksanakan.

Namun, perlu kita sedia maklum bahawa kerajaan tidak mampu untuk mengambil alih peranan yang dimainkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan. Daripada segi pemilihan atlet, yang menentukan prestasi mereka dan sebagainya, ia dijalankan secara bersama melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) yang melibatkan Persatuan Sukan Kebangsaan, Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Paralimpik Malaysia, Kementerian Pendidikan serta agensi-agensi yang berkaitan bagi menentukan sama ada seseorang atlet itu terus kekal dalam program ataupun dihentikan daripada kontrak. Jika kerajaan mengambil alih peranan tersebut, tentunya ia akan mendapat satu kesan yang tidak baik daripada Persatuan Sukan Antarabangsa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat...

final • 10:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua boleh tambah satu soalan ringkas?

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 10:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, hari itu saya ada bangkitkan satu isu di dalam Kamar Khas berkaitan dengan atlet Paralimpik. Jadi jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri adalah kerana mereka berdasarkan kepada kriteria-kriteria daripada segi sukan untuk

final • 10:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

memberi award kepada atlet yang telah memenangi pingat emas di sukan-sukan di luar negara.

Jadi di sini saya hendak bertanya sebab di dalam Kamar Khas kita tidak boleh tanya soalan tambahan. Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, bolehkah Kementerian Belia dan Sukan apabila mengendalikan tentang atlet Paralimpik ini, kita harus masukkan unsur selain daripada segi sukan sahaja? Hanya berdasarkan kepada pencapaian mereka.

Ini kerana, Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya bangkitkan pada hari itu dalam Kamar Khas, atlet kita telah memenangi pingat di luar negara. Pingat emas. Apabila dia – berbanding dengan rakan-rakan dia daripada negara Singapura...

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak mahu ucapanlah Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Atlet Singapore itu dia dapat pingat emas. Perdana Menteri mereka menelefon atlet di Singapore itu dan mengucapkan tahniah kepada dia. Akan tetapi di Malaysia ini, dia kata dia tidak harap ada menteri yang telefon dia ucapkan tahniah tetapi...

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, soalan?

final • 10:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Award pun tidak ada. Jadi, saya harap supaya Kementerian Belia dan Sukan boleh masukkan unsur yang lain apabila mengendalikan tentang atlet Paralimpik ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya dengan izin that’s very ingenious of you. Dalam Kamar Khas tidak boleh tanya soalan tetapi dibawa soalan itu ke sini. Yang Berhormat Menteri hendak jawab ke atau tidak mahu?

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Saya mohon jawab Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Yang pertamanya perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka adalah berkenaan dengan satu kejohanan Asian Youth Para Games (AYPG).

Kejohanan ini tidak disenaraikan dalam pemberian Skim Hadiah Kemenangan Sukan Atlet Remaja (SHAKAR) menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) kerana ia tidak memenuhi syarat kelayakan penyertaan dan tertakluk kepada kesediaan negara-negara untuk membelanjakan peruntukan untuk menghantar atlet remaja para masing-masing.

Adalah merugikan kepada negara jika ada atlet-atlet kita sama ada yang normal ataupun para menyertai kejohanan di serata dunia – Bayangkan kalau ada di kalangan rakyat kita yang menyertai pertandingan dam haji di peringkat antarabangsa dan kerajaan terpaksa memberikan hadiah kemenangan peruntukan kepada perkara tersebut.

Jadi tidak semua kejohanan yang ditawarkan di seluruh dunia ini disenaraikan dalam pemberian skim hadiah kemenangan. Jika mereka telah mencapai satu tahap yang baik, tentunya kerajaan KBS menerusi MSN sentiasa memantau kebolehan pencapaian atlet-atlet ini dan tentunya kita akan serapkan mereka ke dalam program-program sedia ada. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri yang saya harap kita bagi mereka sedikit...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat tolonglah. Yang Berhormat tolong. Saya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Sabri bin Azit.

final • 10:40 AM

5. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Kesihatan menyatakan pendirian kerajaan terhadap kontrak doktor dan jururawat untuk memanjangkan kontrak tahunan dari 2 tahun ke 4 tahun dengan peningkatan kes COVID-19 yang dihadapi oleh negara

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jerai yang bertanyakan tentang pendirian kerajaan tentang doktor kontrak dan jururawat dan juga keadaan semasa di mana COVID-19 sedang meningkat tinggi lagi.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Perubatan 1971 telah menetapkan bahawa menjadi obligasi kerajaan untuk memberi penempatan latihan siswazah dan juga peluang untuk khidmat wajib kepada lulusan kedoktoran. Pada 14 Julai 2021, kerajaan telah bersetuju supaya pegawai perubatan lantikan kontrak yang telah lengkap wajib dua tahun, khidmat wajib dua tahun dilanjutkan tempoh kontrak untuk dua tahun lagi bagi memastikan bersinambungan perkhidmatan dan membolehkan pegawai itu membuat persediaan untuk menyambung kepakaran.

Pada 29 Oktober 2021, semasa pembentangan Bajet 2022, kerajaan telah bersetuju pelantikan secara kontrak lebih – menyambung pelantikan secara kontrak lebih 10,000 orang pegawai perubatan, pergigian dan farmasi selepas tamat tempoh wajib selama dua tahun kepada maksimum empat tahun bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan sebagai perkhidmatan dan sebagai persediaan untuk pengajian kepakaran.

Walau bagaimanapun, penyambungan kontrak ini masih tidak menyelesaikan masalah isu perjawatan tetap yang terhad dan tidak mencukupi berbanding keperluan sebenar pegawai perubatan pergigian dan farmasi. Penyambungan kontrak pegawai- pegawai ini hanyalah langkah penyelesaian sementara sahaja. Dalam jangka masa panjang, kestabilan sistem kesihatan berkemungkinan terjejas dan tidak dapat mewujudkan jaminan kerajaan.

Sehubungan dengan itu pada 19 Januari 2022, kerajaan telah bersetuju mewujudkan 4,186 perjawatan tetap tambahan di KKM bagi tujuan melantik seramai 3,586 orang pegawai perubatan dan 300 orang pegawai pergigian dan 300 orang pegawai farmasi. Pewujudan sekurang-kurangnya 1,500 jawatan tetap pegawai-pegawai perubatan pergigian dan farmasi ini diwujudkan pada setiap tahun mulai tahun 2023 sehingga 2025.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Seperkara lagi, pewujudan 800 jawatan tetap pakar perubatan dan 70 orang pakar pergigian di KKM pada setiap tahun mulai tahun 2023. Susulan itu, pada 1 Mac yang lalu SPA telah mengeluarkan iklan bagi pengisian perjawatan tetap bagi tahun 2022 merangkumi 3,586 orang pegawai perubatan, 460 orang pegawai pergigian dan pegawai farmasi. Ada tambahan 160 dan 60 dan 100 untuk pergigian dan farmasi.

Tuan Yang di-Pertua, bagi jawatan jururawat, graduan institut latihan KKM akan dilantik secara kontrak bagi tempoh maksimum empat tahun tertakluk kepada prestasi perkhidmatan pegawai dalam tempoh perkhidmatan dan bebas tindakan tatatertib.

Jururawat graduan lantikan kontrak ini juga boleh dipertimbangkan untuk diserapkan ke pelantikan tetap tertakluk kepada bilangan perjawatan yang mencukupi, prestasi dalam tempoh perkhidmatan dan tidak mempunyai rekod tindakan tatatertib. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Jerai.

final • 10:50 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan. Soalan tambahan saya ialah apakah punca utama segelintir doktor kontrak meninggalkan KKM walaupun sudah ditawarkan untuk menyambung pelajaran di peringkat sarjana dan falsafah PhD. Saya mohon penjelasan juga kenapa kerajaan tidak menyediakan dana bagi memastikan doktor-doktor yang tamat kontrak terus diserap ke perjawatan tetap. Apatah lagi jawatan juruteknologi makmal perubatan yang sangat kritikal, yang sangat diperlukan pada masa ini. Adakah mereka dipertimbangkan ke jawatan tetap? Sekian.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:50 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Jerai yang begitu prihatin kepada masalah yang dihadapi oleh doktor-doktor muda kita hari ini. Pertamanya kerajaan memang sangat prihatin dan tentang— sentiasa prihatin tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh doktor-doktor muda kita dan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah ini. Walau bagaimanapun, kerajaan mempunyai kekangan-kekangan tertentu terutamanya tentulah dalam masalah kewangan dan tidak dapat menandingi tawaran-tawaran yang mungkin disediakan oleh pihak swasta dan juga pihak luar negara.

Seterusnya kerajaan juga tidak boleh menghalang atau memaksa sesiapa ataupun doktor-doktor mana untuk bertugas dengan KKM. Jadi, ini bergantung kepada pendirian doktor-doktor sendiri. Kerajaan sentiasa seperti yang saya telah maklumkan tadi, mencari jalan untuk menyelesaikan kerana masalah kontrak ini, cerita kontrak ini dia bermula pada tahun 2016 lagi di mana kerajaan melaksanakannya untuk menyelesaikan masalah limpahan ramai doktor-doktor graduan dan tidak mencukupi tempat. Oleh sebab kita tidak mahu menunggu begitu lama kerana anak-anak muda ini terpaksa tunggu sehingga sampai satu tahun atau setahun lebih untuk memulakan latihan siswazah, maka kaedah kontrak ini telah dilakukan untuk menyelesaikan masalah pada ketika itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Padang Serai.

final • 10:50 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan dari Bagan Serai, Padang Serai inginkan penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapakah doktor kontrak dan jururawat telah diserap masuk sebagai pekerja tetap sejak tahun 2021?

Mohon beri penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:50 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Suka saya dengar nama serai disebut-sebut itu. Walau bagaimanapun, perkara yang dimohon oleh Yang Berhormat Padang Serai itu adalah perkara yang detail dan saya tidak ada angka bersama saya sekarang ini. Saya boleh sampaikan secara bertulis kemudian. Walau bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Serai, bukan sahaja masalah veteran sahaja, tetapi masalah doktor-doktor pun dia ambil berat juga. Tahniah. Inilah Yang Berhormat Padang Serai. Kementerian Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Soalan tambahan ketiga, ringkas sahaja.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, pendek sahaja Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Ya, terima kasih. Saya meneliti jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, perancangan 2023 hingga 2025 untuk menyelesaikan 8,000 jawatan tetap. Soalan saya mewakili anak-anak yang berada di fakulti perubatan, fakulti pergigian dan juga farmasi.

Selepas 2025 ini, sebab 2025 adalah sangat pendek dan sangat dekat. Apakah perancangan Kementerian Kesihatan untuk merancang tentang anak-anak yang masih belajar dan akan grad pada tahun tersebut? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat yang begitu prihatin tentang masa hadapan anak-anak kita.

Jadi seperti yang saya sebut tadi, kerajaan melalui KKM mengambil berat tentang masalah yang dihadapi dan masalah kebajikan dan sebagainya di masa hadapan. Yang Berhormat Menteri telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama dengan pemegang taruh umpamanya KPT, KPM, JPA dan sebaginya dan juga pihak-pihak universiti dan sebagainya untuk berbincang bagaimana hala tuju masa hadapan dan sebagainya. Jadi, perkara ini akan dibawa ke hadapan.

final • 10:50 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Seperti yang saya maklumkan tadi, mulai sekarang sampailah ke tahun 2025, kita telah memberikan jawatan tetap. Kita mula pada tahun ini 4,186 dan seterusnya sekurang-kuranya 1,500 perjawatan tetap yang diberikan kepada doktor-doktor ini untuk memberikan kesenangan bagi mereka untuk menyambung tugas. Kalau kita lihat daripada siswazah sampailah dia jadi pakar, lebih kurang 11 tahun. Saya kira ada 11 tahun sebenarnya mereka telah bertugas bersama dengan KKM. Sudah pasti masalah perjawatan tetap ini kita akan cuba sedaya upaya untuk diselesaikan dan benda ini memang mendapat perhatian yang khusus daripada Yang Berhormat Menteri sekarang ini. Terima kasih.

final • 10:50 AM

6. Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [Bukit Gelugor] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berkenaan sama ada kesemua tahanan-tahanan dalam penjara dan depot-depot tahanan telah divaksinasi dan sekiranya tidak berapa bilangan tahanan- tahanan dalam penjara dan depot-depot tahanan yang telah divaksinasi setakat bulan Februari, 2022.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Datuk Jonathan bin Yasin

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Bukit Gelugor yang dihormati serta ahli-ahli Dewan, statistik Jabatan Penjara Malaysia sehingga 14 Februari 2022, terdapat seramai 70,283 orang banduan dan daripada jumlah tersebut, 60,760 orang banduan adalah bersamaan dengan 86.5 peratus telah menerima vaksin dan seramai 9,543 atau bersamaan dengan 13.5 peratus sahaja yang belum menerima vaksin.

Manakala di Jabatan Imigresen Malaysia setakat 23 Februari 2022, terdapat seramai 16,896 orang tahanan yang mana seramai 13,902 atau bersamaan dengan 82.3 peratus, orang tahanan di depot imigresen dan depot imigresen sementara di seluruh negara telah menerima vaksin. Hanya 2,994 atau bersamaan dengan 17.7 percent sahaja yang boleh mendapat vaksin.

Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia telah mengambil langkah proaktif bagi melaksanakan program pemberian vaksinasi kepada banduan di penjara serta tahanan di depot-depot tahanan.

Ini membuktikan apabila ini dibuktikan apabila program pemberian vaksinasi telah pun dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun lepas sehingga berjaya mendapat jumlah yang tinggi dalam tempoh yang singkat sahaja.

Ia juga merupakan inisiatif yang telah digerakkan di peringkat negeri masing- masing dengan kerjasama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam masa yang sama, program vaksinasi terhadap banduan dan tahanan akan terus dilaksanakan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa di bawah program vaksinasi COVID-19 Kebangsaan bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan CIT sehingga kesemua banduan menerima vaksin tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tanya soalan berkenaan dengan vaksinasi tersebut untuk banduan-banduan. Tadi statistik telah pun diberikan. Kami perlu faham bahawa banduan-banduan penting ini penting untuk divaksinasi. Adakah mereka diberi kesemua vaksinasi termasuk booster shot? Oleh kerana ini adalah penting memandangkan banduan-banduan ini akan dibawa ke mahkamah walaupun dari imigresen ataupun dari penjara, kesemua ini adalah di sana untuk tujuan yang tertentu dan dibawa ke mahkamah dan ini boleh mem-post risk kepada kakitangan-kakitangan mahkamah termasuk peguam-peguam.

final • 10:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya juga merupakan seorang peguam dan terdapat kes-kes di mana terdapat risiko bahawa kakitangan-kakitangan tersebut akan juga dijangkiti COVID-19. Jadi saya hendak tanya adakah kesemua banduan ini akan diberi booster shot untuk mengurangkan

final • 11:00 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

risiko tersebut dan sama ada ini telah pun dibuat atau bilakah ia akan dibuat? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Jonathan bin Yasin

Terima kasih atas soalan tambahan itu Yang Berhormat Bukit Gelugor. Setakat ini memang mengikut data yang ada pada saya, semua mereka mendapat Pfizer, Sinovac, AstraZeneca dan CanSino. Berkenaan dengan suntikan booster itu, kita akan mendapatkan maklumat terperinci. Jika ada, kita akan maklumkan secara bertulis kepada Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan tambahan kedua? Kalau tidak ada, saya jemput Yang Berhormat Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi, Tumpat silakan.

final • 11:00 AM

7. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan perkembangan terkini projek pembinaan sebuah jambatan bagi menghubungkan Pulau Teluk Renjuna ke tanah besar yang menjadi keperluan amat penting kepada penduduk setempat.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I - Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Bismillaahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Tumpat.

Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kementerian mengambil maklum akan keperluan pembinaan jambatan bagi menghubungkan kawasan pulau di Teluk Renjuna ke bandar Tumpat. Kementerian ini telah memperoleh brief project daripada pihak JKR Negeri Kelantan dan akan mengemukakan permohonan projek ini dalam Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12 kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Skop projek yang akan dimohon adalah melibatkan pembinaan dua buah jambatan baru sepanjang 300 meter dan jalan tuju sepanjang 1.2 kilometer dengan piawaian JKR R2. Sekiranya projek ini diluluskan, akan memberi manfaat kepada 2,000 orang penduduk dan tujuh buah kampung dalam menyediakan laluan utama penduduk di kawasan pulau untuk berurusan ke tanah besar di bandar Tumpat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan.

final • 11:00 AM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan. Cuma soalan saya seterusnya, saya cuba untuk faham kenapa dua jambatan sedangkan kita pohon satu jambatan. Saya boleh bergembiralah kalau pohon satu dapat dua, cuma kebimbangan saya oleh kerana dua ini mungkin menambah kos. Jadi kemungkinan kos yang tinggi ini akan daripada segi peluang untuk mendapat kelulusan ini agak payah. Jadi kenapa dua?

Oleh kerana ia dirancang permohonan untuk dimasukkan dalam Rolling Plan Ketiga, mungkin mengambil masa yang agak panjang lagi. Jadi soalan saya seterusnya ialah apakah pelan alternatif kerajaan ataupun kementerian bagi membantu rakyat di kepulauan ini yang sentiasa ditimpa masalah? Semasa banjir baru-baru ini, mereka bergelap selama tiga ke empat hari kerana terputusnya kabel elektrik ke kawasan kepulauan ini kerana dilanggar oleh kapal korek pasir dan sebagainya. Sebelum daripada ini kita pun sentiasa mendengar bagaimana susahnya di musim banjir, putusnya bekalan makanan selama beberapa hari ini.

Baru-baru ini juga pegawai-pegawai kesihatan barisan hadapan ini menghadapi masalah untuk mengeluarkan jenazah dari pulau ke tanah besar dan sebagainya. Jadi masalah ini adalah merupakan masalah yang berterusan bagi masyarakat di kepulauan ini. Jadi soalan saya, apakah pelan alternatif kerajaan bagi membantu mereka dalam masalah ini sebelum pembinaan jambatan ini dapat direalisasikan? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya memang mengetahui benar akan permasalahan yang dihadapi oleh Yang Berhormat Tumpat. Lantaran itu, pihak kami di KPLB telah seberapa segera membantu daripada segi permohonan daripada Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Tumpat telah juga beberapa kali mengemukakan dalam Dewan ini termasuklah dalam ucapan beliau.

Oleh sebab itu dari pihak kami telah selesai menerima brief project daripada JKR Negeri Kelantan dan telah pun dihantar ke EPU. Di pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri telah meletakkan di bawah Rolling Plan Ketiga. Saya percaya sudah pasti usaha daripada Yang Berhormat Tumpat untuk membantu menyegerakannya sudah pasti Yang Berhormat Tumpat ketahui bahawa di EPU itu adalah di bawah Yang Berhormat Menterinya dari Jeli. Saya berharap supaya Yang Berhormat Jeli dapat juga mendengar bagi permasalahan yang dihadapi oleh Yang Berhormat Tumpat dan dapat membantu daripada segi menyegerakan pembinaan tersebut.

Daripada segi dua yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, ini telah di brief oleh pihak JKR kepada kami. Mungkin ada sebab-sebab tertentu yang mungkin hendak dibina dua jambatan di dalam kawasan Parlimen Tumpat tersebut. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:00 AM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Balik Pulau dulu.

final • 11:00 AM

Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri KPLB mengenai jalan pantai (coastal road) dari Bagan Sungai Pinang ke Pulau Betong di mana jambatan dibina dan jambatan ini telah menghalang laluan nelayan-nelayan untuk ke Pantai Malindo. Sepatutnya jambatan itu dibina tinggi sedikit, jadi jalan bawah boleh lalu. Dalam pelan memang macam itu tetapi di tapak tidak macam itu. Jadi saya berharap KPLB dapat membetulkan mengikut design yang asal. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan ini memang terkeluar daripada soalan asal. Walau bagaimanapun apabila dibangkitkan dalam Parlimen ini di kementerian kami, insya-Allah kita minta pegawai-pegawai kita dan biasanya jambatan ini JKR yang akan menentukan skop tersebut. Walau bagaimanapun, kementerian kami bertanggungjawab kerana kementerian kami mengeluarkan kewangan daripada segi pembinaan jambatan. Kami akan rancang antara KKR dan KPLB untuk bersama. Mungkin dalam lawatan tersebut Yang Berhormat pun boleh turut serta bagi membantu apa yang dinyatakan permasalahan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pontian.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pembangunan pulau yang saya ingin tanyakan ialah dua buah pulau di kawasan daerah Pontian iaitu Pulau Kukup dan juga Pulau Pisang. Apakah bentuk yang boleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk membangunkan kedua-dua buah pulau ini, Pulau Pisang dan Pulau Kukup? Kalau tidak dapat menyatakan terperinci, bolehlah bertulis kemudiannya. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Pontian dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sememangnya kita terpaksa menjawab secara bertulis sebab memang terkeluar daripada apa yang dinyatakan dalam persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tumpat. Insya-Allah Yang Berhormat Pontian, saya percaya Yang Berhormat Pontian pun memang orang yang kuat bekerja, sangat- sangat kuat bekerja. Jadi kita akan bantu sebaik mungkin bagi apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pontian sebentar tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya bangkitkan sedikit tentang soalan.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya cuma boleh bagi...

final • 11:00 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Tak, faham. Saya bukan hendak bangkitkan soalan tetapi saya nampak soalan ini banyak soalan Kamar Khas tetapi dibawa ke dalam Dewan ini.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Sepatutnya bukan soalan.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya tidak hendak ada ucapan semasa sesi soalan. Maaf. Yang Berhormat Puan Kasthuriraani a/p Patto, Batu Kawan silakan.

final • 11:00 AM

8. Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:

(a) kos secara terperinci yang dibayar oleh pemohon kepada agen pengambilan pekerja domestik Indonesia (domestic workers) sebelum wabak COVID-19 dan bilangan agensi yang terlibat dalam pengambilan pekerja migran dari Bangladesh serta; dan

(b) apakah langkah-langkah mencegah rasuah dan eksploitasi yang akan diambil pihak kerajaan mengikut pendirian Transparency International mengenai sindiket yang memonopoli, mengeksploitasi dan mengawal kemasukan pekerja migran ke Malaysia.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

Bismillaahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya dari Batu Kawan.

Berkaitan dengan soalan yang dibangkitkan, berdasarkan Memorandum Persefahaman yang lepas, kos pengambilan pekerja domestik Indonesia adalah RM7,800 iaitu sebanyak RM6,000 kos di pihak Malaysia dan RM1,800 adalah kos di pihak Indonesia. Manakala Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Disember 2021 telah bersetuju supaya pengambilan pekerja asing warga Bangladesh adalah menerusi 275 agensi pekerja Bangladesh yang dipersetujui daripada negara sumber.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mencegah rasuah― sebab dalam soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Kawan ini, ada tiga soalan yang dirangkumkan iaitu berkenaan dengan kos dan juga agensi pekerja asing dan seterusnya berkenaan dengan kaedah pengawalan untuk kita mencegah daripada rasuah dan eksploitasi.

Jadi, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mencegah rasuah dan eksploitasi serta mengawal kemasukan pekerja migran ke Malaysia adalah melalui perwujudan memorandum persefahaman berhubung dengan penggajian pekerja asing dengan pihak negara sumber. Memorandum persefahaman ini dapat mengawal selia proses pengambilan, penempatan dan penggajian pekerja asing agar lebih teratur serta mematuhi undang-undang, peraturan dan dasar sedia ada dalam negara kita.

Di samping itu, memorandum persefahaman ini juga bertujuan memberi perlindungan sewajarnya daripada segi hak dan kebajikan pekerja serta menjaga kepentingan majikan. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk membanteras sindiket yang memonopoli, mengeksploitasi dan mengawal kemasukan pekerja asing ke Malaysia.

Hanya agensi pekerjaan swasta yang berdaftar di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 [Akta 246] dibenarkan membantu majikan menguruskan segala penempatan pekerja asing di negara ini.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, silakan Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi.

Saya rasa terkejut untuk dengar bahawa kos pengambilan pekerja domestik dari Indonesia adalah dalam range RM7,800 walhal― saya tidak pasti kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri ada pekerja domestik dari Indonesia. Kalau Yang Berhormat tidak ada, mungkin Yang Berhormat boleh pergi tanya ejen berapa kosnya.

Kosnya adalah dalam anggaran RM15,000 sehingga RM30,000. Ini fakta. Sebab, ramai Ahli Parlimen di sini pun kami menunggu untuk mendapat pekerja domestik dari Indonesia untuk menjaga keluarga kami, untuk menjaga ibu bapa kami di rumah. This is the cost, Yang Berhormat Timbalan Menteri. I think you are being misled by your officers or whoever prepared this answer. Saya mohon satu jawapan untuk ini. This is wrong. Saya ingin tahu, adakah kementerian tahu akan amaun sebenar yang harus dibayar oleh pihak pemohon atau majikan? Is it justifiable RM15,000 hingga RM30,000 itu? Adakah kerajaan benarkan kos ini? Memang ini fakta yang ada di sana. Market rate ini ditentukan oleh kerajaan ataupun oleh ejen?

Soalan kedua saya. Walaupun tindakan kerajaan untuk meratifikasi protokol, dengan izin, Forced Labour Convention, Isnin lepas memang dialu-alukan, namun bagaimana dan mekanisme apa kerajaan akan gunakan untuk memastikan kes majikan yang tidak membayar gaji pekerja migran, penderaan, menyeksa dan juga sehingga mengakibatkan kematian seperti dalam kes Mendiang Adelina Lisao? Perkara ini masih berlaku lagi walaupun dengan undang-undang yang sedia ada, walaupun dengan lawatan-lawatan daripada JTK ataupun tindakan daripada kerajaan...

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

These agents continue to do it and they go unmonitored.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, soalan sudah ditanya.

final • 11:10 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Saya mohon satu jawapan yang bernas, satu jawapan yang boleh diguna pakai dalam Dewan yang mulia ini untuk kami semua. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Soalan tambahan yang dibangkitkan oleh sahabat saya daripada Batu Kawan ini, pertama berkenaan kos. Hendak pastikan adakah kerajaan mengetahui atau tidak. Keduanya berkenaan dengan forced labour dengan keadaan yang berlaku sekarang. Okey, saya akan sentuh kedua-dua ini.

Untuk makluman Yang Berhormat Batu Kawan, memorandum telah menetapkan, seperti yang sebut tadi, iaitu RM7,800. Kalau ada satu caj ataupun satu bayaran yang melebihi seperti yang ini, boleh juga buat laporan kepada kita untuk kita ambil tindakan.

Berdasarkan memorandum persefahaman yang telah kita persetujui, kos pekerja domestik Indonesia hanya RM7,800 iaitu sebanyak RM6,000 kos di pihak Malaysia dan RM1,800 adalah di pihak Indonesia. Ini kos yang kita persetujui. Kalau berlaku ini, boleh buat satu laporan kepada pihak JTK. Ini berdasarkan memorandum persefahaman.

final • 11:10 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Memorandum sebelum COVID- 19 berapa kosnya, Yang Berhormat Timbalan Menteri? Selepas memorandum ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri katakan RM7,800 iaitu satu amaun yang saya rasa boleh mengikut kemampuan rakyat Malaysia walaupun dari B40 atau dekat dengan B40, I think RM7,800 is okay. Akan tetapi, sebelum pandemik, saya sendiri bayar lebih RM13,000 kepada ejen yang bertauliah. Dia katakan semua kos ini kerajaan suruh kita caj ini, kita caj ini...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat. Baik. Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Okey, kita muktamadkan. Sekarang ini memorandum RM7,800 iaitu RM6,000 di Malaysia dan RM1,800 di Indonesia. Okey, kita muktamadkan yang itu. Sebelum ini, kita kata past is past. Sepatutnya you kena report pada masa ketika itu, bukan pada sekarang baru you bangkit.

final • 11:10 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Sudah bangkitkan banyak kali, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tidak dapat jawapan yang baik dalam Dewan.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, okey, Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 11:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Sebelum pandemik... [Pembesar suara dimatikan].

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidak apa, sudah dijawab. Yang Berhormat Tebrau, silakan.

final • 11:10 AM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:10 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Soalan kedua belum dijawab lagi.

Tuan Yang di-Pertua, soalan kedua belum jawab lagi.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan kedua apa tadi?

final • 11:10 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

The first one was on the rate and the second one was on the what is the government mechanism untuk memastikan dengan undang-undang sedia ada, benda macam ini masih berlaku lagi.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Itulah, Yang Berhormat mencelah banyak sangat. Saya pun sudah lupa.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

[Ketawa]

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Timbalan Menteri, tolong jawab.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

[Ketawa] Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Yang Berhormat Batu Kawan, memang kerajaan memandang serius sebab ini melibatkan worldwide ataupun international, termasuk perdagangan kita yang memberi satu kesan yang besar. Sekarang Yang Berhormat Menteri saya sedang menyelesaikan masalah ini dan memperincikan tuduhan-tuduhan bahawa kita terlibat dalam forced labour ini.

Saya sangat ucap terima kasih kerana masih ada dikatakan berlaku forced labour di Malaysia, saya minta sila buat laporan dengan segera. Sebab, kita tidak hendak lagi.

Kita begitu serius untuk kita dalam 11 kriteria yang ditetapkan oleh ILO, kita sudah comply, kita sudah melaksanakan. Akan tetapi, masih ada lagi perkara-perkara yang kita perlu perincikan dalam 11 perkara ini yang menyebabkan berlaku forced labour di kalangan majikan-majikan kita ke atas pekerja-pekerja kita sekarang ini. Kita sangat-sangat memandang serius dan kita akan atasi seberapa baik yang mungkin dengan akta-akta yang ada untuk kita ambil tindakan kepada mana-mana pihak yang melakukan forced labour termasuk yang disebut beberapa kali majikan-majikan yang disenaraikan terlibat dalam forced labour ini. Insya-Allah, kita akan bertindak serius perkara ini. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Tebrau, silakan.

final • 11:10 AM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Tajuk pembantu rumah ini adalah satu topik yang panas. Masalahnya adalah kerana ramai atau banyak keluarga memerlukan pembantu rumah.

Jadi, saya dapat ada ramai orang yang menyamar sebagai ejen yang sah bagi mencari pekerja pembantu rumah tetapi pembantu rumah yang dicari biasanya adalah

final • 11:10 AM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

pekerja yang datang tanpa izin. Namun demikian, kes-kes penipuan seperti ini selalu berlaku. Akan tetapi, masih ramai orang di luar menjadi mangsa atas sebab keadaan mendesak untuk mencari seorang pembantu rumah. Kalau tidak, kehidupan mereka tidak akan selesa.

Jadi, soalan saya, apakah kerajaan boleh buat untuk membanteras orang yang menyamar sebagai ejen yang sah dan mencari orang yang tidak sah untuk diberi kepada orang yang mencari pembantu rumah? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau yang membangkitkan soalan ejen yang menyamar.

Kalau sudah ditunjuk semua dokumen sah, tidak ada lagi menyamar. Kalau dia tunjuk semua dokumen sah, tidak ada lagi menyamar. Macam mana kita boleh kenal pasti kata dia menyamar? Kalau dia menyamar, kita boleh buat terus laporan kalau kita yakin.

Akan tetapi, kalau dokumen-dokumen yang dibawa semua sebagai dokumen yang sah, tidak ada lagilah penyamaran berlaku di situ. Kenapa kita assume kata dia menyamar?

Akan tetapi, kalau kita masih tidak yakin dengan apa dokumen itu, kita boleh buat laporan supaya kita buat semak siasat syarikat-syarikat yang dikatakan menyamar ini.

Jadi, majikan hendaklah menggunakan agensi pekerjaan swasta yang sah di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981. Jangan menggunakan agensi-agensi yang tidak sah yang boleh dikatakan menyamar kerana kita sudah senaraikan agensi-agensi yang sah oleh kerajaan. Jadi, gunalah yang sah supaya kita mendapat semua pekerja asing ini dengan lebih teratur dan mengikut prosedur-prosedur dan juga undang-undang yang ditetapkan oleh negara. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:10 AM

9. Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan apakah yang boleh dilaksanakan oleh kementerian dalam meningkatkan pematuhan standard perlindungan dan keselamatan pengguna ke atas barangan seperti tayar motosikal dan kereta, brek motosikal dan kerusi keselamatan kanak-kanak.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Jerantut. Bila sebut fasal Jerantut Tuan Yang di-Pertua, saya teringat masakan rong ikan kerai yang mana ikan tersebut dimasak dengan buah getah yang saya rasa wujud di Jerantut sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

KPDNHEP melalui Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Tayar Pneumatik) 2012. Tayar pneumatik ialah tayar yang boleh diisi angin dan Perintah Perihal Dagangan

(Penandaan Pasangan Pelapik Brek Gantian) 2014 telah mewajibkan semua pengilang dan pengimport tayar pneumatik dan pasangan brek pad gantian kereta mematuhi standard keselamatan barangan pengguna yang telah ditetapkan serta telah diperakui selamat digunakan oleh badan profesional diiktiraf di dalam dan di luar negara.

Di bawah Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Tayar Pneumatik) 2012, Malaysia telah mewajibkan bahawa tiga buah logo keselamatan wajib ada – salah satu daripadanya. Pertama MS Sirim, kedua EX iaitu tayar atau barangan yang diimport daripada European mark ataupun di bawah European Economic Council (EEC) dan DOT iaitu daripada Department of Transportation of United States of America. Manakala melalui Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Pasangan Pelapik Brek Gantian) 2014, Malaysia juga mewajibkan pematuhan standard keselamatan barangan pengguna pada pasangan brake pad dengan penandaan MS Sirim dan juga EX daripada European Economic Council.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid

Berkaitan dengan tayar pneumatik dan pelapik brek motosikal, kementerian sedang melalui proses penggubalan untuk mewajibkannya dan dijangka akan diwartakan pada tahun 2023. Ini bermakna tayar pneumatik motosikal dan juga brake pad motosikal akan diwajibkan penggunaannya pada tahun tersebut.

Soalan berkaitan dengan kerusi keselamatan kanak-kanak. Saya difahamkan bahawa Kementerian Pengangkutan menangguhkan penggunaan ataupun pelaksanaan kerusi kanak-kanak ini. Walau bagaimanapun, kita di kementerian sedang menjalankan kajian advokasi dan juga kajian kebolehlaksanaan melalui sesi libat urus bersama dengan pengguna, pihak industri dan agensi kerajaan seperti MIROS sebelum perintah mewajibkan penandaan standard keselamatan kerusi keselamatan kanak-kanak digubal ataupun dikuatkuasakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin menekankan dalam Dewan ini juga kepada kementerian, bahawa penggunaan kerusi keselamatan kanak- kanak telah menyeluruh di negara kita ini. Persoalannya saya hendak tanya, janganlah ambil masa yang lama, bila agaknya tarikh terakhir untuk kementerian memastikan bahawa langkah-langkah keselamatan untuk mengesahkan penggunaan jenama-jenama yang pasti berkualiti kepada kerusi keselamatan kanak-kanak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Dato’ Rosol bin Wahid

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya daripada Jerantut yang amat prihatin berkaitan dengan kerusi keselamatan kanak- kanak. Sebagaimana yang saya nyatakan tadi bahawa kajian minggu lepas kita adakan mesyuarat dengan MIROS untuk memastikan jenis ataupun brand yang selamat dan brand yang tidak selamat. Isunya timbul apabila pengguna mendapatkan kerusi ini daripada online dengan harga yang murah tetapi dipakai dalam kereta dan ia tidak selamat dan banyak membahayakan nyawa kanak-kanak yang menggunakan kerusi tersebut.

Lantaran itu, kita perlu suatu keputusan yang mantap daripada MIROS ataupun daripada badan di bawah MOT untuk menentukan kemampuan ataupun standard yang terbaik sebelum kita melaksanakannya agar pengguna tidak teraniaya dan penjual juga tidak mengalami masalah ketika mereka menjual barang-barang tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Kepong.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 11:20 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Apakah standard kerajaan bagi tayar celup atau tayar terpakai dan sama ada kerajaan menggalakkan penggunaan tayar celup ini demi mengurangkan pencemaran alam sekitar? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Rosol bin Wahid

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kepong. Berkaitan tayar celup ataupun retread tires. Ia diiktiraf sebagai suatu yang selamat. Akan tetapi perlu ada pensijilan daripada MS Sirim ataupun daripada DOT ataupun daripada EX. Kena ada. Tanpa tanda tersebut makanya ia tidak boleh digunakan.

Lantaran itu, kita berharap sebagai pengguna memastikan sebelum membuat apa-apa pembelian, harus memastikan tanda-tanda tersebut wujud pada tayar-tayar celup tersebut. Akan tetapi tayar yang dibuat bunga balik, itu tidak dibenarkan. Akan tetapi ia di bawah MOT, Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya rasa menjawab apa yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Kepong.

Cuma apa yang selalu kita dapat di jalan raya kadang-kadang tayar celup terdampar di tengah jalan. Apa yang kita difahamkan bahawa ia adalah disebabkan oleh – bukan kerana kualiti tayar tersebut tetapi ia disebabkan oleh overheat ataupun terlalu panas ataupun disebabkan oleh terlalu berat dan juga satu lagi disebabkan terlalu laju.

Akan tetapi tayar itu jika ada tanda MS Sirim ataupun daripada EX, ia mematuhi standard yang dibenarkan oleh kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Chaa Kee Chin - Rasah

Tuan Yang di-Pertua minta satu lagi soalan tambahan.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya hendak ke soalan 10 sebab sudah 11.26 pagi.

final • 11:20 AM

Tuan Chaa Kee Chin - Rasah

A short one.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okay.

final • 11:20 AM

Tuan Chaa Kee Chin - Rasah

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan penguatkuasaan untuk memastikan keselamatan fasal tayar dan juga brek. Kita menyambut baik Cuma saya hendak tanya bagaimanakah cara penguatkuasaan, mekanisme dan juga berapa kes yang telah hasil siasatan dapati ada pelanggaran ataupun ketidakpatuhan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Dato’ Rosol bin Wahid

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya daripada Rasah. Sebenarnya kita melakukan pelaksanaan di kedai-kedai ataupun di pusat-pusat pengimport ataupun stor-stor. Kita mengadakan naziran dan juga pemeriksaan. Untuk makluman data yang ada pada saya pada tahun 2020 hingga 2022 pemeriksaan tayar pneumatik – tayar yang boleh diisi angin ini sebanyak 1,531 kes.

Naziran ataupun khidmat nasihat kita pergi kepada 569 buah tempat.

Berkaitan dengan penyalahgunaan setakat ini, kosong daripada tahun 2020 hingga 2022. Berkenaan dengan brek pad, pemeriksaan dilakukan di 749 buah premis manakala naziran kita laksanakan di 546 buah premis. Brek pad ini kita ada dua kes.

Rampasan setakat ini tidak banyak, RM139 sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

10. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [Muar] minta Menteri Kesihatan menyatakan apa persediaan kerajaan dan Kementerian Kesihatan untuk pembukaan semula sempadan antarabangsa negara yang dijangka berlangsung bermula 1 Mac 2022.

Adakah garis panduan (SOP) yang baharu akan dibentuk dan bagaimana langkah kerajaan dalam menghadapi varian-varian baharu COVID-19 sekiranya sempadan negara telah dibuka sepenuhnya.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Muar yang menanyakan tentang tiga perkara ini. Persediaan kerajaan untuk buka sempadan, SOP baharu dan juga bagaimana menangani varian-varian baharu apabila sempadan dibuka.

Malaysia akan memasuki ke fasa peralihan ke endemik pada 1 April 2022 yang mana sempadan negara akan dibuka. Ini dibuat berpandukan data dan fakta sains yang terkini berkaitan COVID-19, tahap kesiapsiagaan fasiliti kesihatan dalam negara serta kadar vaksinasi penduduk di Malaysia di samping turut membandingkan model pembukaan sempadan dengan negara lain. Ia juga akan mengambil kira keperluan untuk memberikan keselesaan kepada pengembara tanpa merumitkan urusan perjalanan.

Justeru itu, bagi memastikan pembukaan ini berjalan dengan selamat, Kementerian Kesihatan akan terus melaksanakan sistem amaran dan tindakan ataupun dengan izin heightened alert system (HAS) yang memberikan indikasi awal mengenai peningkatan COVID-19 dan pengurusan wabak secara bersasar. Kedua mengukuhkan aktiviti diagnostic dan surveillance yang memberi fokus kepada kapasiti keupayaan untuk menjalankan ujian pengesanan menerusi National Testing Strategy (NTS) dengan izin, bagi memperkasakan rakyat untuk menjadikan ujian ini sebagai kebiasaan baharu dan melaporkan keputusan ini melalui aplikasi MySejahtera.

Ketiga, memperkasakan pelaksanaan TRIIS yang meliputi komponen ujian, pelaporan, kuarantin, memaklumkan kepada kontak rapat dan juga mendapatkan rawatan segera jika bermasalah.

Keempat, mengurangkan morbidity dan mortality yang berkaitan dengan COVID- 19 dengan memastikan pengurusan kes COVID-19 diperkukuhkan melalui pendekatan digitalisasi yang disediakan melalui aplikasi MySejahtera meliputi pelbagai aspek penting seperti Automated FTTIS.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Selain itu Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan juga telah mengemas kini prosedur pengujian dan kuarantin kepada pengembara yang tiba melalui udara bermula 1 April. Manakala bagi pengembara yang tiba menerusi pintu masuk darat, suatu pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa yang terdekat.

Berkenaan SOP baharu pula, salah satu komponen utama di bawah fasa peralihan ke endemik adalah dengan memperkenalkan satu SOP yang disokong oleh sembilan garis panduan. SOP dan garis panduan ini akan diumumkan oleh MKN tidak lama lagi. Bagi memastikan Malaysia sentiasa bersedia menghadapi kehadiran varian baharu, kerajaan akan terus memperkasakan pelaksanaan ujian penjujukan genom, whole genome sequencing (WGS) menerusi konsortium KKM, MOSTI dan KPT serta melaksanakan penyumberluaran WGS kepada makmal-makmal swasta.

Selain itu, Kementerian Kesihatan juga akan memastikan kesiapsiagaan sistem kesihatan ditingkatkan dengan usaha sama dengan fasiliti kesihatan swasta dalam pengurusan kes COVID. Kedua, membangunkan dengan izin, COVID-19 Clinical Care Pathway bagi tujuan memperkenalkan ubat antiviral terkini yang akan diberikan kepada pesakit yang berisiko tinggi. Ketiganya, memastikan akses kecemasan dan darurat tersedia seperti menyediakan jumlah ambulans yang mencukupi dan tiba pada waktu yang ditetapkan melalui sistem pengurusan berpusat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, apakah hujah yang berdasarkan sains dan data untuk kerajaan melambatkan dan menangguhkan pembukaan sempadan daripada 1 Mac ke 1 April khususnya apabila Pengerusi Majlis Pemulihan Negara dan wakil-wakil MPN itu dianggotai oleh wakil Kabinet juga, telah membuat keputusan pada 1 Mac. Keputusan yang sangat baik dan pada masa yang sama tidak ada perbezaan rate of infectivity daripada jumlah kes dan kes kematian apabila tiba masa satu bulan tersebut.

Ini kerana ramai di luar sana berkata ia ditangguhkan hanya untuk menghalang ratusan ribu anak Johor untuk balik mengundi. Apa hujah yang berdasarkan kepada sains dan data untuk menangguhkan pembukaan sempadan Johor dan Singapura? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih Yang Berhormat Muar.

Keputusan penangguhan itu lebih kurang satu bulan itu berdasarkan beberapa perkara yang dibawa ke dalam perbincangan mesyuarat sebenarnya, oleh Yang Berhormat Menteri memandangkan pada ketika itu juga kalau tidak silap saya, pilihan raya di Johor akan diadakan. Jadi kita bimbang sebab kita akan buat satu keputusan yang besar.

Keputusan untuk membuka sempadan kita ini akan memerlukan penumpuan dan fokus kepada perkara yang penting ini supaya negara terselamat, rakyat terselamat.

Jadi apabila pada ketika itu jugalah kita hendak buat pilihan rayalah, ini hendak buat pilihan raya lagi dan dalam keadaan kes COVID meningkat ini, dalam keadaan KKM dan negara sedang fokus kepada kesihatan dan keselamatan rakyat, ada pula golongan yang hendak buat pilihan raya dan sebagainya. Jadi, saya rasa ini antara perkara penting...

final • 11:30 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Bos Yang Berhormat dulu itu.

final • 11:30 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

...Yang diputuskan oleh KKM untuk menangguhkan sehingga 1 April. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Ada Menteri senyum itu.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Satu soalan pendek.

final • 11:30 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya berkaitan dengan isu yang dibangkitkan ataupun disebut berkaitan dengan pembukaan sempadan. Saya ingin bertanyakan isu berkaitan dengan pemakaian jam peranti khususnya bagi warganegara yang balik daripada menunaikan umrah. Saya difahamkan mereka terpaksa menunggu lama dan ada sebahagian mereka yang terlepas penerbangan, contohnya ke Kelantan ataupun ke Kota Bharu dan sebagainya. Jadi,

final • 11:30 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

apakah langkah yang diambil oleh pihak kerajaan, kementerian khususnya bagi memastikan isu ini tidak membebankan para jemaah umrah ini? Pertama.

Kedua ialah di Kelantan contohnya, apabila hendak buka jam peranti digital ini, hanya satu sahaja di Kota Bharu sedangkan ada terdapat warganegara ataupun penduduk ini dari luar Kota Bharu yang agak jauh, contoh dari Gua Musang, tiga jam ke Kota Bharu. Jadi, kenapakah perkara ini tidak diberikan kepada beberapa klinik bagi lebih memudahkan para jemaah umrah ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Tentang bagaimana hendak memudahkan saudara- saudara kita yang pergi dan balik daripada umrah, seperti mana yang kita tahu, ada SOP yang telah dibentangkan selama ini. Akan tetapi seperti yang saya juga nyatakan tadi, MKN akan membentangkan strategi apa yang akan pengembara umpamanya, pengembara yang balik dari luar negara ataupun pengembara yang balik daripada negara-negara lain untuk balik ke Malaysia, SOP umpamanya melalui udara dan darat yang akan dibentangkan tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, setakat ini jika yang pulang daripada umrah dan didapati negatif pada bermula 1 April nanti juga, saya kira mereka ini akan dikuarantin di rumah sahaja dan tidak ada pemakaian gelang lagi. Ini akan sudah tentu akan memudahkan rakyat yang pulang daripada mengerjakan umrah.

Bagi mereka yang positif dan sebagainya, bergantung pada tahap vaksinasi. Mereka saya dibenarkan kuarantin di rumah jika bersesuaian selama tujuh atau 10 hari bergantung kepada keadaan status vaksinasinya. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang mengambil bahagian.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga dibahas dan diputuskan Usul Menteri Dalam Negeri dan D.R.

9/2021, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 di No. 1 dan No. 2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini, selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 24 Mac 2022”.

final • 11:36 AM

Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:36 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:36 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Peraturan mesyuarat Tuan Yang di- Pertua. Peraturan Mesyuarat 36(12), isu mengelirukan Dewan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri pernah memberikan jawapan di dalam Dewan ini dan Perdana Menteri juga pernah menyatakan di dalam Dewan ini bahawa Akta Anti Lompat Parti akan dibentangkan dalam sidang ini. Sehingga sekarang, Akta Anti Lompat Parti itu, draf itu masih belum dikemukakan, sedangkan esok adalah hari akhir kepada persidangan ini.

Jadi, saya menganggap bahawa jawapan-jawapan rasmi yang diberikan di dalam Dewan ini khususnya oleh Menteri Hal Ehwal Undang-undang ini adalah suatu yang mengelirukan Dewan sedangkan kami semua Ahli Parlimen ini menunggu. Kami semua menanti, seluruh rakyat menanti bahawa pentingnya Akta Anti Lompat Parti ini dibentangkan. Bukannya pindaan Perlembagaan yang sebentar nanti, yang untuk mengecualikan Raja-raja daripada hak sebagai seorang pemilih.

Akan tetapi yang penting di sini ialah orang politik tidak boleh menjadi pelacur politik. Kita hendak supaya orang politik mesti dihalang menjadi pelacur politik. Tiba-tiba hari ini kita tidak dapat membentang dan seolah-olahnya seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Padang Rengas semalam, Akta Anti Lompat Parti ini kerana tidak ada kesepakatan di kalangan anggota Kabinet. Saya percaya bahawa kalau...

final • 11:36 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat tolong, Yang Berhormat.

final • 11:36 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...Mereka tidak boleh sepakat, saya percaya Ahli-ahli Parlimen ini akan sepakat untuk menerima Akta Anti Lompat Parti ini.

final • 11:36 AM

Tuan Yang di-Pertua

Alright, baik Yang Berhormat. Tolong buat usul, bagi dekat saya, kemudian baru saya boleh telitikan usul tersebut.

final • 11:36 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Saya sokong.

final • 11:36 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Baik.

final • 11:36 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Kena ada notis pemberitahuan. Ya, Setiausaha.

final • 11:36 AM
USUL MENTERI DALAM NEGERI DI BAWAH P.M. 27(3)
AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa Majlis ini membuat suatu ketetapan menurut subseksyen 4(11), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 supaya subseksyen 4(5) akta itu hendaklah terus berkuat kuasa bagi tempoh lima tahun lagi mulai dari 31 Julai 2022.”

final • 11:39 AM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) merupakan suatu akta yang digubal khusus untuk mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah khas yang berhubungan dengan kesalahan keselamatan bagi maksud mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan dan perkara yang berkait dengannya.

Daripada sesi asas kepada penggubalan SOSMA 2012, ia diwujudkan untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security Act- ISA) pada tahun 1960. Perkara 149, Perlembagaan Persekutuan membolehkan kerajaan menggubal undang-undang bagi menentang perbuatan subversif tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya. Walaupun undang-undang itu berlawanan mana- mana peruntukan di bawah Perkara 5 iaitu Kebebasan Diri atau Perkara 9, Larangan

final • 11:40 AM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Buang Negeri dan Kebebasan Bergerak atau Perkara 10, Kebebasan Berhimpun, Bercakap dan Menubuhkan Persatuan dan Perkara 13, Hak Terhadap Harta.

Ruang untuk menggubal perundangan menentang perbuatan subversif tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam termasuklah dengan nyata dalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Sesuatu akta boleh digubal apabila tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana besar kumpulan orang sama ada di dalam ataupun di luar Persekutuan.

(i) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;

(ii) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di- Pertuan Agong atau mana-mana kerajaan di dalam Persekutuan;

(iii) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan;

(iv) untuk mendapatkan perubahan selain dengan cara yang sah apa- apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang;

(v) yang memudaratkan penyenggaraan atau apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; dan

(vi) Yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau yang memudaratkan keselamatannya.

Maka, pembentukan apa-apa undang-undang yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, Perkara 9, Perkara 10 atau Perkara 13. Susulan itu, Parlimen Malaysia di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan menggubal dan meluluskan SOSMA 2012 dan akta ini mula berkuat kuasa pada 31 Julai 2012 melalui pewartaan penetapan tarikh permulaan kuat kuasa SOSMA iaitu [P.U.(B)256/2012] .

Kesalahan-kesalahan keselamatan yang boleh diambil tindakan di bawah akta ini seperti berikut;

(i) Bab VI, Kesalahan terhadap negara Akta 574;

(ii) Bab VIA, Kesalahan yang berhubungan dengan keganasan kanun keseksaan;

(iii) Bab VIB, jenayah terancang kanun keseksaan;

(iv) Bahagian IIIA, penyeludupan migran Akta Antipermerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670];

(v) Akta Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan Di Luar Negara 2015 [Akta 770].

Selain itu di bawah subseksyen 4(3), dinyatakan dengan sejelas-jelasnya — saya hendak ulangi dinyatakan dengan sejelas-jelasnya iaitu tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politik atau aktiviti politiknya. Justeru, tidak ada apa-apa yang perlu dikhuatiri oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sekiranya timbul kerisauan atau berlakunya salah guna SOSMA 2012.

Sejak tahun 2012 sehingga kini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menggunakan SOSMA 2012 ini untuk pelbagai tindakan dalam menangani sebarang ancaman keselamatan kepada negara. Sejak tahun 2016 sehingga Januari 2022 seramai 3,717 subjek telah ditahan di bawah akta ini. Sebagaimana yang diperuntukkan daripada

final • 11:40 AM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

jumlah tersebut seramai 400 orang subjek di tahan kerana terlibat dengan elemen kumpulan pengganas, 321 orang terlibat dengan aktiviti sindiket penyeludupan manusia, 1,838 orang kerana kesalahan pemerdagangan manusia dan 1,030 orang di bawah kesalahan melibatkan jenayah terancang.

Susulan penahanan tersebut, seramai 126 orang telah dituduh di bawah kesalahan keganasan dari tahun 2017 hingga 2022. Dalam tempoh 2018 hingga 2022 pula seramai 552 orang telah dituduh di bawah kesalahan penyeludupan migran.

Daripada statistik ini jelas menunjukkan ancaman kesalahan keselamatan ini adalah nyata dan serius.

Saya yakin Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masih ingat akan kes serangan yang telah dilancarkan oleh Jamalul Kiram III di bahagian timur Sabah. Adik kepada Jamalul Kiram III iaitu Agbimuddin telah tiba bersama 100 orang pengikutnya di Kampung Tanduo Lahad Datu sebulan sebelum pertempuran berlaku. Pertempuran awal telah bermula pada 1 Mac 2013 sehingga 22 Mac 2013 di antara PDRM dan tentera yang membawa kepada peletakan senjata oleh pencerobohan.

Susulan serangan ini lapan orang pegawai polis dan dua orang tentera telah terkorban. Berikutan insiden serangan ini pihak PDRM telah melakukan tangkapan seramai 551 orang. Daripada jumlah tersebut 31 orang dituduh di bawah SOSMA 2012 ini dan lapan orang yang dituduh dihukum hukuman gantung sampai mati. Insiden di Lahad Datu ini nyata telah menimbulkan perasaan tidak tenteram dalam kalangan masyarakat sekali gus menimbulkan kegentaran awam pada ketika itu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, ancaman keselamatan sebegini dan khususnya terhadap Sabah masih berterusan sehingga kini. Disebabkan itu SOSMA 2012 ini masih relevan dan diperlukan khususnya untuk mengatasi sebarang ancaman di Sabah dan juga dalam negara kita sendiri.

Sejak lima tahun subseksyen 4(5) SOSMA 2012 ini dilanjutkan pada 2017. Pihak PDRM telah menggunakan sebaiknya peruntukan perundangan yang ada demi melindungi negara ini daripada ancaman-ancaman keselamatan dan ketenteraman awam. Pelbagai contoh kes boleh dijadikan sandaran dan kewajaran tempoh penahanan 28 hari ini dilanjutkan oleh Dewan yang mulia ini.

Antaranya adalah untuk menangani ancaman keganasan terhadap rakyat dan negara ini. Saya hendak bagi contoh satu lagi. Contohnya adalah serangan di Movida Kitchen, Bar and Club Lounge yang bertempat di Puchong Selangor yang dilakukan oleh dua orang individu.

final • 11:40 AM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Hasil siasatan yang dilaksanakan menggunakan peruntukan-peruntukan di bawah SOSMA 2012 ini, didapati kedua-dua individu ini telah menerima arahan daripada pemimpin kumpulan pengganas pada ketika itu.

Begitu juga dengan kes-kes penyeludupan migran. Contohnya, kes sindiket yang menyeludup keluar seramai 131 orang warganegara Sri Lanka dari perairan Malaysia untuk ke negara ketiga, khususnya ke negara Australia pada ketika itu. Siasatan kes rumit dan merentas sempadan begini memerlukan tempoh masa yang mencukupi bagi memastikan segenap aspek siasatan kes dapat dilengkapkan termasuk mendapatkan maklumat ahli-ahli sindiket yang lain.

Saya hendak maklumkan sebagai contoh, kes ini juga telah pun tersebar luas di berita Australia ketika itu, menunjukkan bahawa PDRM, Malaysia menggunakan akta ini yang terbaik dan akhirnya dapat menyelamatkan daripada masalah yang timbul di Australia.

Terdapat juga kes-kes penyeludupan yang melibatkan perbuatan jenayah menggunakan document fraud. Kerjasama dengan negara luar diperlukan untuk memastikan siasatan lengkap dengan sepenuhnya. Saya memahami akan ada pihak- pihak tertentu yang menyatakan SOSMA 2012 ini merupakan suatu undang-undang yang zalim. Ada. Kita dengar di beberapa berita social media. Namun, dari sudut keselamatan

final • 11:50 AM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

negara, dalam konteks ini bagi pihak-pihak yang melakukan kesalahan-kesalahan keselamatan atau ingin cuba melakukan perbuatan sedemikian, SOSMA 2012 ini tidak zalim kepada mereka, malah sewajarnya dikenakan tindakan mengikut SOSMA 2012 demi maslahat umum yang lebih besar.

SOSMA 2012 memberikan perlindungan dan keadilan kepada rakyat Malaysia kerana dapat digunakan sebagai instrumen untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman negara sekali gus selari dengan tuntutan maqasid syariah iaitu keperluan menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan dan menjaga harta.

Dalam konteks menjaga nyawa rakyat Malaysia inilah, hadirnya kepentingan melaksanakan SOSMA 2012.

Sebagai suatu undang-undang yang digubal khusus bagi menangani ancaman keselamatan, akta ini mempunyai peruntukan kuasa-kuasa khas. Antaranya di bawah subseksyen 4(5) iaitu orang-orang yang ditangkap dan ditahan mengikut subseksyen 4(4) itu boleh bagi tujuan siasatan, dilanjutkan penahanannya untuk tempoh sehingga 28 hari oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat sekurang-kurangnya penguasa polis.

Namun, berdasarkan perbincangan saya dengan pihak PDRM, sebenarnya tempoh 28 hari itu juga tidak mencukupi kerana kes-kes yang disiasat merupakan kes-kes yang sangat rumit dan kompleks. Apatah lagi melibatkan kumpulan-kumpulan pengganas dan jenayah terancang yang mempunyai rangkaian yang luas dan kumpulan yang besar.

Tuan Yang di-Pertua, semasa akta ini digubal, tempoh masa kuat kuasa subseksyen 4(5) ini dihadkan kepada lima tahun. Lima tahun ini mewujudkan elemen semak dan imbang (check and balance) dalam penguatkuasaannya. Walau bagaimanapun, tempoh kuat kuasa peruntukan subseksyen 4(5) boleh disemak dan dilanjutkan sebagaimana kehendak yang dinyatakan dalam subseksyen 4(11) akta melalui suatu ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen.

Sejak Akta 747 dikuatkuasakan, ini merupakan kali kedua tempoh kuat kuasa peruntukan subseksyen 4(5) akan dilanjutkan. Insya-Allah, semakan kali pertama ke atas subseksyen 4(5) dibuat dan diluluskan melalui usul oleh kedua-dua Majlis Parlimen adalah pada 4 April 2017 di Dewan Rakyat dan pada 27 April 2017 di Dewan Negara. Tarikh pelanjutan kuat kuasa subseksyen 4(5) untuk kali pertama bagi tempoh lima tahun adalah mulai 31 Julai 2017 hingga 31 Julai 2022, hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.

Peruntukan subseksyen 4(5) akta ini perlu dilanjutkan dan tempoh tahanan selama 28 hari dikekalkan bagi memberi ruang masa yang cukup kepada pihak polis bagi melengkapkan siasatan kes-kes kesalahan keselamatan yang bersifat rumit dan kompleks. Tambahan pula, siasatan kes-kes yang melibatkan kesalahan keselamatan terutamanya jenayah keganasan dan jenayah terancang adalah rumit dan kompleks serta memerlukan masa untuk dilengkapkan, terutamanya bagi mendapatkan keterangan daripada orang yang ditahan semasa pengumpulan bukti-bukti berkaitan bagi tujuan pendakwaan termasuklah pengesanan rakan-rakan sejenayah yang masih bebas.

Proses siasatan di bawah Akta 747 ini memerlukan lebih ketelitian bagi membuktikan wujudnya kes terhadap orang yang dituduh itu. Walau bagaimanapun secara realitinya, pihak polis mempunyai 28 hari untuk melakukan penyiasatan, namun seperti yang saya katakan tadi, tersiratnya pihak polis hanya mempunyai 21 hari sahaja untuk membuat penyiasatan. Hal ini adalah kerana tujuh hari sebelum tamat tempoh 28 hari tersebut, pihak polis perlu menyerahkan kertas siasatan yang telah lengkap kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya, Sekiranya berdasarkan penilaian oleh Jabatan Peguam Negara terdapat bukti- bukti yang menyokong penglibatan seseorang yang ditangkap dengan kesalahan yang disabitkan ke atasnya, maka tindakan pendakwaan di mahkamah akan dibuat. Dalam tempoh siasatan tersebut juga, pihak polis perlu mengkaji segala maklumat hasil siasatan mahupun mendapatkan maklumat daripada agensi-agensi penguat kuasa yang lain seperti Bank Negara, Jabatan Imigresen Malaysia, dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Tempoh ini amat kritikal yang mana agensi yang dirujuk tersebut perlu membekalkan maklumat yang diperlukan oleh pihak polis dalam tempoh yang ditetapkan iaitu sebelum tamatnya 21 hari siasatan.

final • 11:50 AM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Tambahan pula, tangkapan yang melibatkan kesalahan terrorism, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kerja-kerja penyiasatan menjadi lebih rumit berikutan golongan ini mempunyai ideologi yang tersendiri. Selain itu, terdapat juga kes kesalahan keganasan yang bersifat rentas sempadan. Ia memerlukan bantuan bersama dalam perkara jenayah dari negara luar bagi tujuan pengumpulan keterangan yang ada di luar negara.

Permohonan bantuan bersama ini memerlukan masa yang lama.

Tuan Yang di-Pertua, tanpa subseksyen 4(5) ini dilanjutkan dan jumlah tahanan 28 hari tidak dikekalkan, kualiti siasatan polis dikhuatiri akan terjejas kerana ia dibuat secara tergesa-gesa iaitu selama 24 jam sahaja untuk menjalankan siasatan, menyediakan kertas siasatan, melengkapkan kertas siasatan dan seterusnya mengemukakannya kepada timbalan pendakwa raya untuk arahan selanjutnya.

Selain itu, kemajuan teknologi komunikasi dan pengangkutan pada masa kini membolehkan pesalah yang dilepaskan mempunyai peluang dan mengambil kesempatan untuk bersembunyi atau melarikan diri ke luar negara. Apatah lagi suspek mungkin mempunyai hubungan dengan kumpulan jenayah terancang atau kumpulan pengganas dengan rangkaian yang luas. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada hemat saya bagi pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan SOSMA 2012 ataupun tidak mahu menyokong akan usul untuk dilanjutkan subseksyen 4(5) ini, adalah merupakan golongan yang akan memberikan ruang kepada penjenayah dan pengganas untuk bermaharajalela dalam negara ini.

final • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Akan tetapi sebagai individu...

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Apa ini...

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Sebagai individu yang sayangkan negara dan keamanan...

final • 11:50 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, mengelirukan Dewan ini, mengelirukan Dewan. Peraturan Mesyuarat 36(12). Minta rujuk Yang Berhormat Menteri ini kepada jawatankuasa khas ini. Mengelirukan Dewan ini.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

...Pasti akan memberikan ruang yang secukupnya kepada pihak PDRM dalam melaksanakan peranan mereka.

final • 11:50 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sudahlah, duduklah!

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Oleh yang demikian, Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas 2012 adalah mekanisme terbaik dalam menangani ancaman keselamatan. Oleh itu, tempoh kuat kuasa subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas 2012 ini perlu dilanjutkan selama lima tahun lagi mulai 31 Julai 2022. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada yang menyokong?

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas.

Saya mempunyai senarai pembahas sebanyak 16 orang kesemuanya. Saya ingin mengumumkan pembahas-pembahas kita Dimulakan oleh Yang Berhormat Padang Rengas. Diikuti oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berikut; Yang Berhormat Sungai Buloh, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Jelutong dan akhir sekali Yang Berhormat Machang.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kita mulakan dengan saya menjemput Yang Berhormat Padang Rengas. Silakan Yang Berhormat, lima minit.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk mengambil bahagian. 10 tahun dahulu sememangnya rang undang-undang ini telah pun dibentangkan oleh saya sendiri selaku Menteri Undang-undang. Sekali lagi saya berdiri untuk menyatakan bahawa saya menyokong perlanjutan lima tahun ini atas sebab-sebab yang telah pun disebut oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya turut juga ingin menyatakan di sini iaitu bahawa kita perlu memanjangkan lagi selama lima tahun kerana kita lihat itu bahawa satu daripada perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi iaitu keganasan di luar negara. Jadi, keganasan di luar negara ini banyak juga terlibat pada ketika itu orang-orang kita yang bersama-sama telah pergi ke Syria dan negara-negara tertentu dengan tujuan untuk berjihad bersama dengan IS. Jadi ini satu perkara yang serius, yang sebelum ini kita tidak pernah hadapi. Akan tetapi orang-orang yang mengambil bahagian sebenarnya orang- orang bukan sudah pun memang ada komitmen tetapi mereka tertarik dengan apa yang disebut dalam internet mengatakan tentang propaganda berkenaan dengan IS ini.

Oleh sebab kita ada undang-undang inilah, maka kita boleh menahan orang itu dari pergi ke luar negara. Kita baca bagaimana seorang doktor wanita telah pergi ke Istanbul, dari Istanbul hendak ke Syria tetapi sempat disabitkan oleh sebab ada akta ini, dia dapat ditahan di airport di Kuala Lumpur. Banyaklah cerita begini ya. Jadi, oleh sebab perkara masih lagi berlarutan dan tidak terhenti lagi dan ada kemungkinan pada masa- masa akan datang ia boleh berlaku, maka saya rasa perlanjutan ini adalah perlu.

Juga saya hendak menyebutkan di sini ada sesetengah negara macam di United Kingdom, rakyat mereka juga telah pergi ke Syria dan setengah daripada mereka itu telah pun pulang. Atas dasar untuk memulihkan mereka ini, maka mereka telah pergi menerusi kes pemulihan dan diterima kembali kepada masyarakat. Akhirnya kita tengok ada dua atau tiga kes di London, di UK, mereka kembali kepada aktiviti asal mereka dan telah pun melakukan pembunuhan dan menyebabkan beberapa orang yang tidak berdosa telah mati kerana dibunuh oleh mereka.

Jadi bermakna saya hendak sebutkan di sini, kita masih lagi perlu kepada perlanjutan ini lima tahun lagi untuk memastikan supaya negara kita aman dan damai.

Alhamdulillah, kita lihat semenjak 10 tahun yang lepas, kita dapat membanteras beberapa perkara daripada berlaku yang memastikan supaya negara kita ini aman dan damai, disabitkan oleh sebab Akta SOSMA ini.

Keduanya, saya hendak sebut dan saya dengar teliti apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri iaitu bahawa 28 hari tidak mencukupi. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri yang berlatih sebagai peguam, menahan orang lebih daripada yang diperlukan itu adalah satu perkara yang tidak boleh kita sokong. Kita lihat pada hari ini iaitu bahawa 28 hari itu sebenarnya satu masa yang kita fikirkan memang wajar. Ia tidak cepat dan ia tidak lambat.

Sebenarnya kalau disebut oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, iaitu bahawa 21 hari penyiasatan, tujuh hari hendak sediakan. Saya rasa kita boleh— maknanya perbetulkan cara pentadbiran kah ataupun kita hendak pinda, kita masukkan 28 days means 28 days. Persiapan tujuh hari untuk hendak bawa ke mahkamah itu dianggap sebagai sudah habis penyiasatan. Jadi sebab itu bukanlah satu perkara yang tidak boleh kita lakukan. Jadi kepada saya kalau boleh 28 days investigation means 28

final • 12:01 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas

days. Untuk seven days hendak buat persiapan itu sudah kira post-investigation ya. That can be done. Keduanya, saya rasa iaitu bahawa kalau betul-betullah perlu dengan disebut Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, iaitu bahawa tidak mencukupi dengan high-tech semua ini. Kita perlu lebih hari lagi, saya rasa kalau tahanan lebih daripada yang ditentukan, peguam kepada orang yang menahan itu boleh minta habeas corpus untuk mengeluarkan dia punya anak guamnya. Mengapa tidak kalau diperlukan kita sediakan peruntukan iaitu bahawa kita hantar— kalau kita perlu lebih daripada 28 hari, kita buatlah rayuan kepada mahkamah. Mungkin Mahkamah Tinggi untuk mendapat hari yang lebih.

Apa yang saya rasa pada ketika ini memang tidak ada ruang tetapi kita boleh, saya rasa jika perlu. Saya ingat orang yang— oleh sebab nanti kalau lawyer dia itu akan pergi ke mahkamah untuk dapat habeas corpus, maka mahkamah jugalah boleh menentukan sama ada perlu dipanjangkan lagi.

Jadi saya fikir kalau perlu kita buatlah pindaan. Akan tetapi yang penting sekarang ini saya menyokong penuh supaya kita memanjangkan lagi lima tahun ini kepada tahun 2022. saya menyokong.

final • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Sungai Buloh, lima minit.

final • 12:01 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua beri saya ruang untuk masuk dalam perbahasan ini. Saya bantah dengan tegas perlanjutan masa yang dipohon di sini dan saya ramai daripada rakan-rakan saya pun akan bantah.

Kita akan mengundi selepas itu.

Alasan kita bantah ialah sebab kita beranggapan peruntukan-peruntukan yang sedia ada di CPC atau Kanun Acara Jenayah adalah cukup untuk siasatan yang perlu dalam kes-kes ini. Banyak negara lain juga ada masalah dengan kesalahan-kesalahan yang sama iaitu keganasan, penyeludupan manusia dan jenayah terancang. Ini bukan unik pada Malaysia ya, semua negara ada. Mereka gunakan undang-undang yang jauh kurang draconian atau menindas dan juga berjaya mengatasi atau menangani kesalahan- kesalahan besar ini. Jadi, ini kita kena faham.

Isunya bukan tentang kewujudan kesalahan begini. Itu kita tidak pertikaian langsung. Kesalahan-kesalahan yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri adalah dihuraikan di Penal Code, tidak kena-mengena dengan SOSMA. Bantahan SOSMA daripada dahulu sampai sekarang oleh Pakatan Harapan dan Pakatan Rakyat pada masa itu, ialah sebab banyak peruntukan dalam SOSMA secara keseluruhan adalah sangat menindas dan menghancurkan hak seorang tertuduh dan tidak selari dengan banyak standard atau piawaian antarabangsa hak asasi manusia.

final • 12:08 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Jiran kita Indonesia ada juga masalah keganasan. Akan tetapi, mereka menggunakan peruntukan yang biasa yang serupa untuk kesalahan lain, mereka bicarakan di mahkamah terbuka dan mereka gunakan sistem yang lebih adil kepada semua pihak― kepada pendakwa dan juga kepada tertuduh.

Untuk hari ini sahaja kita tumpu kepada seksyen 4(4) dan 4(5) dan usul di bawah seksyen 4(11). Inilah isu polis diberikan kuasa yang teruk, yang besar untuk tangkap dan simpan 28 hari, kononnya atas nama membuat siasatan. Padahal, realiti hidup bukan sahaja di Malaysia tetapi di banyak negara lain, kesalahan-kesalahan serius seperti membunuh, merogol dan macam-macam kesalahan yang serius disiasat di bawah kuasa Kanun Acara Jenayah (CPC) dan polis diperuntukkan 14 hari di sana yang dianggap cukup.

Satu hari simpan tanpa perintah mahkamah, selepas 24 jam rujuk kepada mahkamah sebagai satu check and balance mechanism, mahkamah akan putuskan

final • 12:10 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

berapa hari lagi untuk siasatan dan maksimum tempoh adalah 14 hari. Itu dianggap cukup dan sekarang digunakan setiap hari untuk kesalahan-kesalahan yang sangat serius seperti pembunuhan sebagai contoh, murder. Kebanyakan atau hampir semua dalam kes-kes ini, siasatan hanya boleh bermula selepas kejadian kesalahan itu. Walau bagaimanapun, ia dianggap cukup untuk polis menyiasat.

Akan tetapi, dalam kes-kes jenayah yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri, tiga kategori iaitu jenayah terancang, keganasan, penyeludupan manusia, sebuah badan polis yang profesional bukan bermula siasatan selepas kesalahan. Sepatutnya proses polis yang bertanggungjawab dan profesional― saya tidak membuat tuduhan kepada pihak polis tidak profesional. Saya anggap inilah cara yang wajar. Polis akan setiap masa secara berterusan memantau, merisik keadaan ini. Merisik geng-geng yang terlibat dalam organised crime, merisik siapa yang akan terlibat dalam tindakan keganasan dan sebagainya. Inilah sepatutnya yang dibuat. Bukan siasat selepas tangkapan. Itu, bagi saya, satu pendekatan yang salah untuk kategori kesalahan-kesalahan macam ini.

Jadi, itulah bantahan kita iaitu tempoh yang diberikan adalah memang sangat panjang, 28 hari. Tidak ada pemantauan dari mahkamah dan inilah yang kita sudah bantah daripada awal, daripada pembuatan rang undang-undang draconian ini daripada tahun 2012. Sebab itu kita tidak setuju. “Masa itu tak cukup, 28 hari itu perlu”― kita tidak setuju. Peruntukan dalam CPC adalah mencukupi dan digunakan di negara-negara lain.

In fact sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, di negara-negara lain, banyak negara menggunakan tempoh yang jauh lebih kurang daripada 14 hari. Kita pergi ke United Kingdom, kurang daripada seminggu. Beban atas polis ialah untuk tangkap dan tuduh di mahkamah dalam lebih kurang seminggu. Oleh sebab, di sana dianggap dalam kes-kes jenayah macam ini, polis akan buat risikan berterusan, pemantauan berterusan, siasatan berterusan. Bertahun-tahun kadangkala untuk mengenal pasti siapa yang terlibat dalam aktiviti macam ini― penyeludupan manusia, merancang keganasan, merancang jenayah dan sebagainya. Bila negara lain boleh buat, khusus negara jiran macam Indonesia, kenapa Malaysia tidak boleh buat? Kita anggap sahaja kita gunakan slogan ‘Malaysia Boleh’, tetapi dalam hal ini, tidak boleh. Apa bezanya? Kenapa kita hendak beri kuasa yang begitu teruk, begitu besar?

Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bila kita beri kuasa yang besar kepada mana-mana badan, mana-mana orang, memang kuasa itu akan disalahgunakan. You must have a balance, dengan izin, between the need to investigate dengan the rights of the accused, hak tertuduh itu.

Jadi, di sini saya ulang pendirian saya dan pendirian, saya rasa ramai lagi akan berucap, 28 hari itu adalah terlalu lama. Kita ada peruntukan yang cukup di Kanun Acara Jenayah yang membenarkan tahanan sampai 14 hari di bawah pemantauan mahkamah.

Itu diguna pakai untuk ratusan, ribuan jenayah yang serius seperi rogol, rompak, bunuh dan sebagainya. Kalau boleh buat untuk kesalahan itu, kenapakah tidak boleh buat untuk kesalahan ini yang sepatutnya disiasat dan dipantau secara berterusan? Itulah soalan kita.

Jadi, kita menolak hujahan daripada Yang Berhormat Menteri bagi pihak kerajaan dan kita ambil pendirian kita akan tolak usul ini semasa undi. Sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kuala Langat.

Lima minit.

final • 12:10 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sedikit sahaja. Daripada segi undang-undang ini, apa yang saya lihat ialah untuk keselamatan negara, keselamatan keluarga, keselamatan ataupun security diri sendiri dan sebagainya. Sekarang dengan apa yang kita nampak di dalam negara dan luar negara, ancaman ini memang kuat. Apa yang kita kena buat ialah pihak polis ada kuasanya untuk tahan dan juga untuk buat investigation dan sebagainya.

final • 12:15 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Pada masa yang sama, apa yang diminta oleh ramai di luar ialah individual security, national security dan sebagainya. So, pada waktu ini, saya ingat kita mesti gunakan apa yang kita ada untuk kita pastikan keselamatan di dalam negara kita. Saya tidak ada masalah dengan penahanan orang-orang untuk organised crime ataupun yang keluar negara dan masuk dari luar negara bawa ideologi-ideologi mereka kepada negara kita. Ini mesti dijaga dan dikawal selia oleh penguat kuasa iaitu polis.

My only request kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kepada polis ialah untuk ada check and balance yang boleh digunakan bila masanya. So, saya minta, bilakah kita hendak adakan undang-undang IPCC akan di-table-kan di dalam Parlimen?

Juga, apa cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri sekarang ialah untuk keselamatan dan sekuriti negara kita dan sekuriti individu― and those who are affected personally know the problem dan macam mana atasi masalah ini. So, saya minta kerjasama daripada pihak polis dan kerajaan untuk pastikan bahawa penggunaan undang-undang ini digunakan dengan terbaik untuk keselamatan negara untuk masa yang akan datang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:15 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Bukit Gelugor. Lima minit.

final • 12:15 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahaskan cadangan pindaan yang penting ini.

Sebelum saya bermula, adalah elok untuk saya menekankan bahawa undang- undang yang kami bahaskan di sini adalah undang-undang berunsur ataupun in the nature of preventive detention, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Itu adalah penting untuk kita menikmati oleh sebab preventive detention itu membolehkan seorang suspek itu ditahan dengan tidak mengikut prosedur-prosedur biasa seperti orang biasa di bawah Kanun Acara Jenayah.

Now, di dalam kes yang kami debate hari ini, bayangkan Tuan Yang di-Pertua, bayangkan sekiranya seorang itu boleh ditahan oleh seorang anggota polis above the rank of superintenden, dengan izin. Bayangkan, seorang itu boleh diambil oleh pegawai polis itu dan ditahan untuk 20 atau 28 hari tanpa penglibatan mahkamah. Bukankah ini boleh disalahgunakan ataupun is not this open to abuse? Itulah kebimbangan kami. Itulah kebimbangan yang genuine ataupun tulen yang perlu diambil perhatian dan dipertimbangkan oleh pihak kementerian.

final • 12:18 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Now, provisi ataupun peruntukan seksyen 4 perenggan lima ini perlu dilanjutkan setiap lima tahun di bawah seksyen 4(11) SOSMA. Now, itulah yang kita membahas sekarang. Now, sekiranya Tuan Yang di-Pertua, kita lihat kepada sejarah pentafsiran peruntukan-peruntukan ini di mahkamah. Contohnya, untuk jamin di bawah seksyen 13.

Jamin telah pun ditafsirkan oleh salah satu Mahkamah Tinggi sebagai ataupun seksyen 13 tersebut telah pun ditafsirkan ataupun interpreted as being unconstitutional. Oleh sebab adalah penting untuk mahkamah terlibat dalam proses jamin.

Begitu juga, dengan proses reman di sini. Seksyen 4(5) itu secara kebiasaannya seorang yang ditangkap itu perlu dibawa ke satu majistret dalam tempoh masa 24 jam untuk majistret itu mengeluarkan satu perintah reman yang boleh lanjut sehingga 14 hari.

Itu adalah kebiasaannya ataupun amalan peruntukan-peruntukan di bawah CPC.

Now, memandangkan keadaan tersebut, rasionalnya itu adalah jelas. Ini adalah untuk membolehkan mahkamah bertindak sebagai check and balance ataupun safeguard untuk mengelakkan abuse of power by the police. Akan tetapi, ini telah pun dikeluarkan di

final • 12:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

dalam SOSMA ini, dalam seksyen 4(5). Maksudnya polis itu tidak akan di-check and balance oleh majistret ataupun mahkamah. Ini sudah tentunya adalah satu perkara dalam pandangan saya, Tuan Yang di-Pertua yang unconstitutional oleh sebab ini mengeluarkan ataupun removes the power of the judiciary, removes the power of the court dalam proses penahanan seorang suspek di bawah SOSMA ini.

Macam mana keadaannya sekiranya seseorang itu ditangkap ditahan untuk 28 hari. That is satu bulan, Tuan Yang di-Pertua— lama. A lot of things can happen in detention over a month. Selepas itu, dia kata, “Oh, tidak ada apa. Kita bebaskan.” Where is the justice in that? Tadi Yang Berhormat Padang Rengas telah pun menimbulkan mungkin ada cara untuk membawa tindakan ke Mahkamah Tinggi melalui habeas corpus dan sebagainya.

Akan tetapi, habeas corpus itu memang adalah satu perkara di mana seorang suspek ataupun penahan itu boleh bawa tindakan ke mahkamah tinggi. Akan tetapi, itu terhad kepada perkara-perkara yang melibatkan prosedur sahaja. Maksudnya Tuan Yang di-Pertua, sekiranya prosedur itu semua diikuti maka tiada apa-apa, there is no relief.

Boleh saya just beberapa saat untuk menghabiskan...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Teruskan.

final • 12:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

...debate saya.

Maksudnya, the relief in the high court for habeas corpus itu adalah terhad kepada perkara-perkara yang melibatkan prosedur sahaja. Maksudnya, there is adalah amat, it is very limited for a person arrested under this provision to seek relief in the high court.

Jadi, saya berkongsi pandangan dengan rakan saya tadi Yang Berhormat Sungai Buloh dan saya ingin — saya perlu menekankan di sini sebelum dalam penggulungan saya bahawa this provision is prone to abuse. Ini perlu difahamkan. Difaham oleh kementerian. Sekiranya, kementerian mempunyai kebimbangan bahawa terdapat unsur- unsur safety dan security dan sebagainya, mungkin satu tempoh yang reasonable ataupun munasabah dapat dipertimbangkan oleh kementerian seperti mungkin 48 sehingga 72 hari untuk seorang itu— minta maaf, 48 sehingga 72 jam...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Jam.

final • 12:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

...untuk seorang yang ditahan itu dibawa ke majistret. Instead of allowing 28 days. Now, under the CPC we have, you have to bring him within 24 hours. If you are worried about security, okay you can extend it to 48 hours perhaps. Maximum 72 hours. But there is no rational, dengan izin Tuan Yang di-Pertua untuk melanjutkan untuk hampir sebulan. Jadi, saya memohon— saya berucap terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua sekali lagi. Saya berharap kementerian, saya membantah terhadap pindaan ini dan saya berharap isu-isu yang telah pun dibangkitkan kami dipertimbangkan dengan seriusnya oleh pihak kementerian.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Tebrau. Lima minit.

final • 12:20 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, Fasal 4 Akta Keselamatan Langkah-langkah Khas ini menyentuh tentang kuasa penangkapan dan penahanan. Di bawah fasal ini, polis mempunyai kuasa khas untuk menangkap dan menahan mana-mana orang yang polis mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang itu terlibat dengan kesalahan keselamatan. Perlu ditekankan di sini bahawa kuasa penangkapan dan penahanan ini adalah untuk tujuan penyiasatan semata-mata dan bukan untuk sebab lain. Oleh sebab, keganasan masih berleluasa di dunia ini dan negara kita tidak dikecualikan daripada aktiviti-aktiviti keganasan maka SOSMA ini diperlukan.

final • 12:25 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Soalannya, adakah SOSMA ini zalim? Bagi saya ini bukan masalah hari ini. Oleh sebab, Akta SOSMA telah diluluskan pada tahun 2012 dan kuasa polis di bawah seksyen 4(5) dilanjutkan lima tahun pada tahun 2017. Hari ini Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri menyusul maka kuasa ini harus dilanjutkan lima tahun lagi.

Tuan Yang di-Pertua, saya tahu bukan semua Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini akan berpendapat sama dalam usul di hadapan kita hari ini. Akan tetapi, saya harap semua Ahli-ahli Yang Berhormat, akta yang lebih kurang sama pun telah digubal di negara lain seperti di United Kingdom. Pada tahun 2008, Kerajaan UK mencuba untuk beri kuasa 42 hari kepada polis untuk buat siasatan selepas tangkapan dan penahanan.

Akan tetapi, ditolak oleh Parlimen dan tempoh 28 hari dikekalkan.

Tuan Yang di-Pertua, cuma ada pihak seperti European Court of Human Rights yang berpendapat bahawa penahanan mesti dibenarkan oleh badan kehakiman. Tuan Yang di-Pertua, bagi saya usul hari ini bukan untuk meminda dasar-dasar Akta SOSMA, tetapi permohonan untuk melanjutkan kuasa di bawah Fasal 4(5) untuk lima tahun lagi.

Maka, saya sudi menyokong usul ini dengan syarat tiada salah guna kuasa oleh pihak polis dan jangan ada kematian ada tempoh penahanan di polis ya.

final • 12:25 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Yang Berhormat Tebrau, boleh saya minta penjelasan?

final • 12:25 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua dari saya. Terima kasih.

final • 12:25 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Tebrau, boleh saya tanya?

final • 12:25 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Janganlah duduk, lari.

final • 12:25 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Yang Berhormat Tebrau ini sokong kah atau tidak sokong?

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:25 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Pulai.

final • 12:25 PM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya membahas usul yang berkaitan dengan akta ataupun undang- undang SOSMA ini. Saya mendengar dengan teliti penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Panjang lebar tentang pelanjutan kepada akta ini dan saya tidak ada masalah bila beliau berhujah tentang faktor keselamatan negara. Terms of national security, we are on the same page. Itu tidak ada masalah.

Cuma, saya terkilan di bahagian akhir ucapan Yang Berhormat Menteri yang mengatakan bahawa sekiranya ada di kalangan kami yang menolak akta ini maknanya kita tidak sayangkan negara.

final • 12:29 PM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Sejarah membuktikan bahawa penghapusan atau pun the abolishment of Internal Security Act tahun 2020 itu adalah manifestasi kepada kezaliman akta itu sendiri. Itu jangan kita dan Parlimen menafikannya kerana puluhan tahun, akta itu disalahgunakan, yang asalnya adalah untuk menahan atau pun mencegah ancaman komunis pada waktu itu. Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri pada waktu itu yang membentangkan akta di Dewan ini memberikan jaminan tidak akan ada orang politik yang akan ditahan di bawah akta ini kerana waktu itu fokusnya adalah kepada ancaman komunis dan pergerakan mengangkat senjata melawan negara dan Yang di-Pertuan Agong.

Akan tetapi setelah masa berlalu, mungkin Yang Berhormat tidak masuk ISA, tetapi rakan-rakan ramai yang masuk ISA. Bukan isu 28 hari, 30 hari, masa itu 60 hari.

Pada saya bukan masalah 60 atau tiga hari, tetapi bagaimana mangsa-mangsa itu dizalimi

final • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

during— under the police custody itu yang tidak boleh kita nafikan. Saksi di bahagian sini yang paling utama adalah Yang Berhormat Shah Alam yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

final • 12:30 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Bagan dan ramai lagi pada waktu itu. Yang Berhormat Port Dickson dan ramai lagi juga di sebelah sana yang menjadi pihak kerajaan. Waktu Pakatan Harapan mengambil alih teraju pemerintahan, kita telah sempat untuk berbincang dalam Kabinet supaya akta ini di-review dan kita memanggil Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang pernah menjadi Ketua Polis Johor dan hari ini beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Bukit Aman untuk memberikan keterangan pada waktu itu.

Kita menggunakan istilah review. Saya faham negara perlu ada undang-undang untuk membanteras keganasan, perkauman. Yang Berhormat juga hari ini setelah menjawat jawatan Menteri, faham isu agama yang dimainkan. Bagaimana ayat-ayat Allah itu begitu mudah untuk ditiupkan semangat jihad dan seumpamanya. Golongan-golongan yang memperjuangkan hak asasi manusia ada dua yang ekstrem. Sebelah sana pun ekstrem, sini pun ekstrem. Kita perlu mengambil tindakan. Adakah Yang Berhormat sedar semasa PRN Sarawak ada parti yang berkempen untuk— dengan sengaja untuk mengeluarkan Sarawak dari Malaysia. Akan tetapi saya lihat Yang Berhormat tidak membuat apa-apa kenyataan pada waktu itu.

Jadi, ini semua adalah penting untuk negara. Bagi saya, perlu ada undang- undang. Akan tetapi, saya tetap bersetuju dengan kawan-kawan di sini bahawa prosedur itu mesti dimurnikan. Kuasa polis mesti dipantau dan dihadkan supaya tidak berlaku kezaliman kepada mana-mana tahanan di bawah akta ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya rasa perkara ini wajar untuk kita fikirkan bersama dan kita mengambil sikap selagi mana tidak ada pemurnian yang jelas, kita menolak usul ini. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pulai.

final • 12:30 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Minta laluan Yang Berhormat Pulai.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya.

final • 12:30 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Minta laluan. Saya hendak mencelah sedikit Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ada 12 saat lagi.

final • 12:30 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

... di mana tadi bila membentangkan rang undang-undang ini, Yang Berhormat Menteri telah menyatakan bahawa matlamatnya adalah selari dengan matlamat syariat atau pun maqasid syariah, ya. Itu betul ya, iaitu hendak jaga keselamatan, hendak jaga akal, hendak jaga nyawa dan sebagainya.

Akan tetapi janganlah kita berikan gambaran bahawa apa yang dibentangkan dan dicadangkan di bawah SOSMA adalah selari dengan kehendak syariat kerana selain daripada matlamat, cara untuk mencapai matlamat itu juga diambil berat oleh syariat dalam satu kaedah yang kita semua tahu, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] iaitu “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Dalam soal kita hendak memberi kuasa yang mutlak pada polis untuk menahan tanpa adanya semak imbang oleh mahkamah, ini merupakan satu kaedah dan pendekatan wasilah yang tidak dianjurkan oleh syariah. Apa jua tindakan yang hendak diambil seharusnya ada kaedah check and balance untuk menentukan bahawa undang-undang yang seperti ini tidak disalahgunakan.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Itu hendak mencelah Yang Berhormat Pulai.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Jadi Yang Berhormat Shah Alam berucap bagi pihak saya. Masuk sekali.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Pulai. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Papar.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kopivosian. [Bercakap dalam bahasa Mandarin] Saya minta izin untuk berpantun dahulu.

*Tapas kain di karbon kaca, Kain perca diguna jua, Lafaz Bismillah pembuka bicara, Terima kasih kepada Yang di-Pertua.

Menyiut bubuk di muara kuala, Badan berlumir si anak ama, Dari duduk tersungkur tiada bersuara, Baik kita ini berjuang bersama.* Trauma, ketakutan dan kegusaran masih lagi menghantui penduduk di Sabah sejak kejadian pencerobohan pengganas Sulu pada tahun 2013. Lihatlah keadaan di Pantai Timur Sabah hari ini. Sudah hampir 10 tahun pelaksanaan perintah berkurung melibatkan perairan di tujuh buah daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Sampai bilakah ia akan berakhir? Kasihan kepada mereka yang terbabit, susah untuk mencari makan.

Mengimbau semula peristiwa Lahad Datu 2013 yang meninggalkan sejarah hitam buat Malaysia, seramai 146 orang individu ditahan termasuk 110 orang disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana terlibat dengan pengganas Sulu.

Tahun 2016, seramai 22 orang lelaki ditahan di bawah SOSMA dalam operasi khas Ops Gasak di Lahad Datu dan Ranau yang mana mereka ini dipercayai mempunyai kaitan dengan Tentera Diraja Kesultanan Sulu. Lima tahun selepas itu, terdapat pula laporan yang mendakwa tentera Sulu merancang untuk menyerang Sabah yang tular di media sosial, telah menggusarkan penduduk tempatan khasnya di kawasan keselamatan Pantai Timur Sabah iaitu ESSZONE. Dua bulan selepas itu, kita dikejutkan dengan keputusan yang dikeluarkan oleh penimbang tara Gonzalo Stampa yang mengarahkan Kerajaan Malaysia membayar sebanyak RM63 bilion kepada waris Kesultanan Sulu.

Tuan Yang di-Pertua, sampai bilakah Sabah perlu hidup dalam ketakutan?

Ancaman demi ancaman, ugutan demi ugutan dan sampai bilakah ini akan berakhir? Tuan Yang di-Pertua, adakah kerajaan sedar bahawa kami bukan sahaja diancam dari luar bagaikan bom jangka, kami dikelilingi dengan begitu ramai warga-warga asing tanpa izin yang tidak mempunyai dokumen-dokumen yang sah dan boleh mencetuskan huru-hara pada bila-bila masa sahaja. Telah hampir 40 tahun kami dibiarkan dalam keadaan begini.

Tuan Yang di-Pertua, sudahlah hasil bumi kami disedut, dikaut berpuluh-puluh tahun lamanya, di manakah tanggungjawab kamu untuk memastikan keselamatan kami sentiasa dijaga dan dibela? Selain daripada infrastruktur dan pendidikan yang jauh ketinggalan, keselamatan di Sabah juga mengalami nasib yang sama. Lihatlah aset-aset keselamatan, kami masih jauh ketinggalan.

Sudah berbuih mulut kami untuk aset pertahanan diletakkan di lokasi-lokasi yang strategik. Adakah wujud sebarang ancaman di Kota Belud misalnya? Sekali lagi saya gesa agar kerajaan perlu menumpukan kawalan keselamatan di perairan yang diancam di Sabah. Perhebatkan anggota dan aset kita di sana. Janganlah bertindak seolah-olah mengundang dan memberi laluan mudah kepada penceroboh-penceroboh ini untuk

final • 12:35 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

datang ke Sabah dan mengulangi kejadian yang telah berlaku di Sabah. Don’t ask them to welcome to Sabah. Tolong, tolonglah kami.

Tuan Yang di-Pertua, mengambil kira ancaman keselamatan yang sentiasa berlaku di Sabah dan sekiranya dengan akta ini sahaja dapat menekang keganasan dan memberi kuasa kepada pihak berkuasa polis untuk menjalankan siasatan dengan baik dan lancar, maka saya menyokong.

final • 12:35 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Namun begitu, dalam kita inginkan mengutamakan keselamatan negara, hak manusiawi juga perlu diseimbangkan. Justeru, saya memohon kepada kerajaan supaya melihat dan meneliti sekali lagi subseksyen 4(5) ini agar tahanan yang ditahan selama tempoh 28 hari tersebut diberikan akses kepada peguam. Ini amat penting bagi saya kerana kita berpegang kepada konsep tidak bersalah selagi dirinya dibuktikan bersalah.

Justeru itu, tahanan ini perlu diberikan akses manusiawi yang sepatutnya.

Terima kasih. Papar mengundur diri.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Simpang Renggam.

Lima minit.

final • 12:40 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bismillahi Rahmani Rahim. Kalau kita lihat keberadaan Ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini, ia adalah manifestasi kepada kecintaan kita kepada negara, kecintaan kita kepada warga dan juga komitmen kita untuk menjunjung Perlembagaan dan undang- undang.

Maka, saya agak kurang bersetuju dengan kenyataan Yang Berhormat Menteri apabila mengatakan jikalau apabila kita tidak bersetuju dengan sambungan Akta SOSMA ini, ia menunjukkan kita tidak cintakan negara. Saya yakin tiada seorang pun di dalam Dewan ini yang tidak cintakan kedamaian, yang tidak meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan sendiri.

Jadi, berdasarkan komitmen itu juga, kita lihat bagaimana kita sebagai Ahli Parlimen penting melihat suatu isu itu secara holistik dan tidak terpisah-pisah. Apabila kita sayangkan negara, termasuklah di dalamnya mengangkat dan memastikan rule of law dan Perlembagaan sentiasa terjaga. Kehormatan individu, keramah-insaniah itu juga turut terpelihara.

Maka, di atas dasar itu, kita berbahas pada hari ini untuk memastikan undang- undang mana pun yang ingin kita jadikan sebagai pelindung kepada negara, pelindung kepada rakyat itu bersikap adil, bersikap saksama dan tidak menganiaya mana-mana pihak dalam keadaan kita ingin mempertahankan kedaulatan, keamanan dan juga Perlembagaan kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan kebanyakan hujah daripada rakan- rakan daripada pihak pembangkang yang melihat bahawa kita mempunyai peruntukan perundangan yang cukup untuk menangani beberapa isu berkaitan keselamatan dan juga jenayah. Saya juga bersetuju dengan beberapa kenyataan yang mengatakan bahawa pihak PDRM kita juga mempunyai kemampuan, namun perlu ditingkatkan profesionalisme mereka. Kita tidak nafikan iltizam, komitmen mereka terutamanya pada penyiasatan sebelum kejadian berlaku dan sebagainya. Pihak SB kita di antara yang terbaik dan perlu kita berikan pujian kepada mereka.

Jadi, apabila kita lihat kepada undang-undang yang ingin kita sambungkan ini, ia perlu dilihat dengan lebih teliti, tidak boleh tergesa-gesa. Kita tidak nafikan banyak pencapaian yang baik, banyak jenayah yang telah dapat kita gagalkan dan juga bendung tetapi kita tidak boleh nafikan juga terdapat banyak kes, insiden-insiden yang menyebabkan individu-individu teraniaya.

final • 12:40 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Saya pernah terlibat dengan proses rehabilitasi tahanan SOSMA di Sungai Buloh.

Memang ada yang genuine cases, kes tulen. Apabila penghakiman memutuskan mereka punya keputusan, memang agak setimpal. Itu kita akui. Akan tetapi juga, terdapat ramai daripada tahanan yang menjadi mangsa keadaan. Ada yang dijatuhkan hukuman kerana download beberapa bahan-bahan kerana mereka ingin tahu― ada yang print banner, stiker― langsung dikenakan hukuman ini. Malah ada yang menyalurkan duit untuk abang atau adik atau mungkin kenalan, bayar hutang, yang kebetulan berada ataupun terlibat dengan aktiviti keganasan dan mereka juga dimasukkan ke dalam penjara dan dijatuhkan hukuman.

Saya kira ramai daripada rakan-rakan peguam kita, MP-MP di sini yang anak- anak guam mereka terdiri daripada mereka yang teraniaya oleh undang-undang SOSMA ini. Saya kira janji yang saya pernah berikan kepada tahanan-tahanan yang teraniaya ini untuk kita pastikan apa pun undang-undang yang kita bawa, ia tidak akan menganiaya golongan yang tidak bersalah.

Jadi saya kira, Tuan Yang di-Pertua, kita perlu menyemak semula, kita perlu berhati-hati, kita perlu teliti. Saya tidak nafikan kita bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri iaitu perlu kita pertahankan kedaulatan negara, keamanan dan juga keselamatan.

Akan tetapi, kita juga tidak mahu ada individu, ada pihak yang teraniaya di sebalik undang- undang ini.

Saya mencadangkan agar isu ini dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Undang- undang dan diperhalusi semula dan barulah kita bawakan ke Dewan ini supaya kita pelajari daripada kesilapan yang lepas, lompong-lompong yang ada kita tampung dan kita pastikan apa pun yang kita ingin bawa itu tidak ada pihak yang tidak bersalah yang akan teraniaya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Ipoh Barat.

Lima minit.

final • 12:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak setuju langsung kepada apa yang dicadangkan untuk continuity. Apabila kita bermula pada tahun 2017 sunset clause ini, ada maknanya. Oleh sebab pada waktu masa itu kita cuba dan sekarang saya rasa tidak perlu sedemikian.

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, sebenarnya pihak polis tahu mana kita ada, apa yang kita buat. The police are following us everywhere. They are omnipresent. Saya berkata sedemikian kerana apabila saya ada satu press conference di mana-mana, di hutan pun, polis ada di sana. Saya tidak memberitahu kepada mereka.

Akan tetapi, saya selalu diberitahu kerana perlindungan kepada Kula, kerana untuk senangkan hati beliau, cinta kepada Kula, dia ada di sana supaya tidak apa-apa yang akan terjadi kepada Kula.

Jadi, Yang Berhormat, sunset clause ini tidak perlu. Itulah sebabnya, Yang Berhormat, apabila PH menerajui kerajaan, kita me-review. Saya ingat lagi di Kabinet, ada beberapa paper yang tebal-tebal diberi kepada kita. Antaranya, saya pun terlibat, di mana Peguam Negara pada masa itu datang ke Kabinet, pihak polis berpangkat tinggi pun datang, mereka sependapat bahawa patut menghapuskan ini. Akan tetapi, sekarang pendiriannya lain, dan saya tidak hairan, Yang Berhormat, kerana ada ahli-ahli Parlimen yang menang dalam tiket PH dahulu sekarang tukar, turncoat, dan sekarang kata sunset clause ini bagus. Inilah double tongue, fork. Ramai orang macam ini di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak khusus kepada satu perkara iaitu seorang yang bernama Ramasamy a/l Muthalu berumur 64 tahun. Dia dari Rawang. Saya difahamkan tidak lama lagi tindakan akan diambil kerana dia tidak ada IC. IC beliau yang lama adalah 570614-08-7097. Baru-baru ini dia datang untuk berjumpa dengan saya. Dia

final • 12:46 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

telah diberikan sijil kematian. Sebenarnya sijil kematian adalah adik beliau, tetapi pihak kementerian KDN telah mengesahkan bahawa orang ini telah meninggal kerana IC beliau ada dengan IC si mati semasa meninggal dunia. Ini adalah satu kesilapan sudah sepuluh tahun. Saya difahamkan SOSMA is very near to take action against him. Saya berharap penyiasatan dibuat. Saya mencari Yang Berhormat Menteri untuk memberitahu perkara ini tetapi tidak sempat hendak memberitahu. Saya harap something happens on this. Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, SOSMA is a procedural law that exclude fundamental safeguards found in the CPC, Evidence Act and other acts. During the trail process, SOSMA acts unfairly against the accused persons. Evidence that is normally inadmissible in a normal criminal trial is admissible in SOSMA trial. Includes evidence obtain by operation, torture or even fabrication as the evidence standard were normally being admissible no matter how it was so obtained.

final • 12:46 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ini bermakna Tuan Yang di-Pertua, bahawa semestinya kalau kes ini dibawa ke mahkamah yang mana saksi-saksi pun tidak perlu menunjukkan muka mereka dan sebagainya, very easy to convict them. Kalau kita tanya mana-mana peguam pun, mereka tahu. Ini adalah satu di antara yang kita belajar di sekolah undang-undang yang mana akta sedemikian tidak perlu. Kerana apa? Ini kerana kita ada CPC, kita ada undang- undang yang lain yang cukup untuk kawal selia terrorism dan sebagainya. Kalau kita tengok undang-undang sedemikian, yang menjadi masalah kepada pihak berkuasa adalah mereka perlu pergi ke depan majistret untuk mendapat lanjutan masa, detention dan sebagainya.

Ini adalah masalah untuk pihak berkuasa tetapi untuk fundamental right orang yang disiasat, liberty beliau telah di-exploited. Saya rasa ini adalah perkara yang mustahak yang mana kementerian perlu ambil kira. Saya harap bahawa kerajaan akan— jangan insaf esok hari. Today you are sitting there, you were sitting here before. What goes around, comes around, it doesn’t need— macam Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan di mana dia ditangkap di bawah Akta SOSMA, diseksa dan sebagainya. Jadi kita perlu, macam anytime, bila-bila pun boleh ditangkap oleh pihak berkuasa kerana kita tidak bersetuju kepada pihak kerajaan dan sebagainya.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ya, sila rumuskan.

final • 12:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya cintakan negara ini dan saya rela mati untuk negara ini. Yang Berhormat jangan bila-bila mengatakan bahawa kita tidak mencintai negara kalau kita tidak menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Sepang.

final • 12:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya membantah undang-undang ini, membantah usul ini. Setelah saya mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi, saya boleh buat kesimpulan beliau tidak memahami SOSMA sebenarnya tetapi beliau kelihatannya nampak macam faham tetapi sebenarnya tidak faham. Kalau beliau faham, beliau tentu tahu tidak boleh terima SOSMA ini.

Saya beri contoh Tuan Yang di-Pertua, tengok seksyen 30 SOSMA itu yang mana seksyen 30 mengatakan memberikan satu kuasa yang amat besar kepada pendakwa raya hingga mahkamah pun diikat tangan mereka. Saya beri contoh Tuan Yang di-Pertua, katakan mahkamah membebaskan seseorang, pendakwa raya hanya boleh bangun di mahkamah mengatakan, “Yang Arif, saya minta supaya orang yang kena tuduh ini walaupun dibebaskan, masih lagi dipenjarakan”. Mahkamah tidak ada pilihan, terpaksa mendengar cakap Peguam Negara ataupun pendakwa. Pergi rayuan pula, begitu juga dibebaskan, masih boleh lagi ditahan.

final • 12:52 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini Tuan Yang di-Pertua, dalam seksyen 30 SOSMA. Oleh sebab itu bagi saya, kalau kita bercakap tentang SOSMA ini, tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa ia adalah selaras dengan maqasid syariah. Sekali lagi saya rasa dia tidak faham apa maqasid syariah itu.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam, apabila dia bercakap soal syariah, tidak boleh lari daripada syariah. Antara prinsip syariah itu adalah Islam melarang kezaliman. Salah satu petikan daripada hadis Qudsi.

[Membaca sepotong hadis] “Wahai hambaku, Allah mengatakan Aku mengharamkan kezaliman ke atas diri-Ku”. Maknanya kezaliman ini satu perkara yang tidak boleh langsung kita compromise. Jadi sebab itu dalam Islam, ia menyeru kepada absolute justice.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Tengok surah Al-Maidah ayat 28. Tuan Yang di-Pertua, saya boleh bersyarah bagi lima jam. Lima minit mungkin tidak cukup.

Tuan Yang di-Pertua, SOSMA ini adalah satu undang-undang yang begitu zalim Tuan Yang di-Pertua. Seperti mana kata Yang Berhormat Kulai, ia adalah undang-undang procedural. Undang-undang ini memang undang-undang yang tidak boleh sepatutnya kita pertahankan. Sepatutnya kita sama-sama menentang. Masalahnya bukan kita menentang ataupun kita menyokong keganasan dan sebagainya, itu bukan isunya. Isunya adalah walaupun kita hendak menegakkan undang-undang, kita mesti memikirkan soal keadilan.

Keadilan ini bersifat mutlak dan keadilan mesti diberikan kepada semua orang walaupun kepada orang yang kena tuduh, walaupun kita benci kepada dia.

Tuan Yang di-Pertua, saya bercakap ini atas banyak kapasiti. Kapasiti sebagai seorang Ahli Parlimen, sebagai seorang mantan Timbalan Menteri Undang-undang, sebagai seorang peguam yang pernah buat kes-kes SOSMA ini, sebagai seorang yang pernah berunding di penjara apabila tahanan SOSMA mogok lapar. Mereka menyatakan bagaimana mereka diperlakukan seperti binatang Tuan Yang di-Pertua.

Jadi saya rasa Tuan Yang di-Pertua, segala yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi sebenarnya bagi saya fake news, minta maaf. Oleh sebab itu Tuan Yang di- Pertua, saya mengharapkan supaya kerajaan ini kembali kepada senses supaya kita melihat isu ini dengan lebih menyeluruh bahawa kita bukan menyokong sebarang tindakan-tindakan yang cuba mencederakan orang dan sebagainya. Itu bagi saya, seperti mana kata Yang Berhormat Ipoh Barat, kita semua sayang Malaysia tetapi kita tidak boleh sama sekali compromise isu kezaliman. Ini perkara yang kita tidak boleh compromise.

Walau dalam apa keadaan sekalipun tidak boleh kita compromise kezaliman ini.

Oleh sebab itu saya menyeru Tuan Yang di-Pertua, kalau hendak bercakap tentang soal maqasid syariah itu, kita kena faham juga satu kaedah dalam Islam dipanggil, [Berucap dalam bahasa Arab] “Kalau kamu hendak menghukum satu-satu perkara, kamu kena melihat hukuman itu sebahagian daripada tasawur kamu”. Kalau kamu tidak faham maqasid syariah, macam mana kamu boleh buat satu hukuman— ini adalah disarankan oleh maqasid syariah. Kamu tidak faham maqasid syariah itu apa.

Maqasid syariah ini bukan sekadar kita kata menjaga lima perkara itu, bukan itu sahaja. Ia lebih besar daripada itu. Baca buku Abdul Rahman Taj, seorang ulama hebat.

Baca buku Ibnu Asyur, baca buku ulama terkenal dari Maghribi. Ramai sangat ulama yang menulis tentang maqasid syariah, bukan baca tulisan yang telah di-prepare itu. Baca kitab Arab baru boleh faham. Kalau tidak boleh faham, tanya dengan ustaz-ustaz PAS itu tetapi mereka pun dua kali lima juga masalahnya.

[Ketawa]

final • 12:52 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Harap-harap depa faham.

final • 12:52 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi ingin mengatakan bahawa saya menentang ini dan saya punya pendirian secara peribadi, SOSMA ini adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, bercanggah dengan Perkara 149(2) Perlembagaan.

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ya terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:52 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Boleh mencelah sedikit? Yang Berhormat Sepang, boleh mencelah sedikit saja?

final • 12:52 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, bagi dia celah.

final • 12:52 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Ya, sikit saja.

final • 12:52 PM

Seorang Ahli

Bolehlah.

final • 12:52 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Ya, bolehlah ya.

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sedikit.

final • 12:52 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Baik, terima kasih. Tidakkah dilihat agak aneh Tuan Yang di-Pertua, orang yang masih belum terbukti bersalah ditahan selama 28 hari dan tidak diberikan apa-apa perlindungan dan pengiktirafan hak-haknya.

Akan tetapi orang yang terdapat dan terbukti bersalah bebas berjalan walaupun dia telah melakukan satu jenayah yang besar yang merosakkan negara dan ekonomi negara. Boleh ada rider lagi pergi kempen pilihan raya lagi Tuan Yang di-Pertua. Apa punya undang- undang ini? Can you justify what is happening Yang Berhormat Menteri?

[Ketawa]

final • 12:52 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey Tuan Yang di-Pertua, saya gulung ya. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Rumuskan, rumuskan, habiskan.

final • 12:52 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tegaskan. Andai kata Yang Berhormat Pekan ditahan di bawah SOSMA, saya pun menentang sebab kita tidak boleh. Walaupun saya benci betul dengan Yang Berhormat Pekan ini kerana dia telah merosakkan negara tetapi kalau dia ditahan di bawah SOSMA, sayalah orang pertama yang akan menentang penahanan itu kerana bagi saya Islam ajar...

final • 12:52 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Dia terbukti ikut mahkamah ya, dia terbukti ikut mahkamah ya.

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Shah Alam, cukup Yang Berhormat.

final • 12:52 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Shah Alam cukuplah. Tuan Yang di-Pertua, seperti saya katakan tadi dalam surah Al-Maidah ayat 28 *very clear.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran]* Tuan Yang di-Pertua, kalau baca kitab-kitab tafsir, syana’a itu Tuan Yang di- Pertua, kebencian yang paling teruk sekali pun tidak boleh kita benci, tidak boleh kita berlaku tidak adil. Itulah sifat Islam absolute justice. Jadi Tuan Yang di-Pertua saya rasa, tidak sepatutlah kita sama-sama boleh meluluskan undang-undang ini. Saya harap— saya sendiri akan tentang undang-undang ini dan saya rasa pihak PH kita semua menentang SOSMA bukan bermakna kita menyokong keganasan dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

final • 12:52 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Yang Berhormat Sepang, celah sedikit boleh Yang Berhormat Sepang? Kangar, sedikit saja.

final • 12:52 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Hendak habis dah.

final • 12:52 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Sedikit saja.

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Masa dah habis.

final • 12:52 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Sedikit saja, saya hendak tanya ramai tahanan dulu tidak didakwa, kemudian dibebaskan, adakah mereka ini juga layak menerima pampasan.

final • 12:52 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Boleh, boleh, boleh dapat pampasan.

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik terima kasih Yang Berhormat Sepang. Ahli-ahli Yang Berhormat, masa telah menunjukkan jam pukul 1.00, akan disambung semula dengan Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Machang.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis berhenti rehat. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 12:52 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat tengah hari semua. Kita menyambung perbahasan ke atas usul Menteri pagi tadi. Sekarang giliran Yang Berhormat Johor Bahru. Silakan.

final • 2:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terdapat banyak bahagian dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 ini ataupun SOSMA yang menafikan hak asasi manusia. Selain sebenarnya sudah ada peruntukan undang-undang lain yang merangkumkan ataupun memadai untuk kesalahan di bawah Akta SOSMA ini.

Kita tahu bahawa SOSMA ini juga pengganti kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Jadi apabila suspek itu boleh ditahan sehingga 28 hari dan selepas itu ditahan itu tidak perlu bawa ke Majistret, selepas didakwa sementara perbicaraan pun akan kekal dalam penjara sementara menunggu keputusan.

Saya bukan peguam tetapi saya terlibat ataupun tahu kes SOSMA ini apabila pada tahun 2016 bersama dengan National Oversight and Whistleblowers ataupun Pusat Perlindungan Pemberi Maklumat yang mana ketika itu ada seorang individu bernama Jusninawati yang berada dalam tahan SOSMA. Ini diperjuangkan oleh Ahli Parlimen Pandan ketika itu, saudara Rafizi yang terpaksa ataupun terpanggil untuk membantu beliau kerana stigma peguam pun tidak hendak dekat dengan pesalah SOSMA ini.

Oleh sebab itu kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat dalam Dewan ini terutamanya pada Pakatan Harapan memang mereka ini menjadi pilihan kerana tidak ada pilihan yang lain untuk mempertahankan mangsa-mangsa SOSMA ini. Cuma dalam kes Jusninawati ini beliau ditahan 2015, kemudian didakwa dan sebagainya yang menariknya Tuan Yang di-Pertua, 2019 Mahkamah Persekutuan telah membebaskan beliau kerana akhirnya tidak ada pembuktian kesalahan.

Akan tetapi dalam tempoh tersebut 2015 – 2019, Jusninawati ini seorang anggota polis, ibu tunggal dan ada anak dua orang. Jadi bila kita sebut bahawa berlaku salah guna kuasa ataupun penindasan kezaliman terhadap mangsa memang berlaku. Jadi bila keadaan ini 2019 dibebaskan.

Oleh sebab itu apabila ada yang sebut macam mana undang-undang ini boleh menahan seseorang itu tanpa bicara dan ketika tempoh bicara pun kekal dalam penjara, sedangkan ada banduan yang telah dijatuhkan kesalahan hukuman penjara 12 tahun, kes tujuh pecah amanah tetapi Jun 2020 jatuh hukuman sampai hari ini bebas bergerak merata-rata. Tidak jejak kaki pun ke dalam penjara lagi.

[Tepuk]

final • 2:33 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Akan tetapi ibu tunggal ini masuk penjara lima tahun, empat tahun kekal dalam penjara dan akhirnya didapati bebas. So, dalam perkara ini yang saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, disebut tadi bahawa pencapaiannya seramai 3,717 orang individu pernah ditahan di bawah Akta SOSMA ini. Apa yang saya hendak tanya kepada Menteri, berapa ramai di kalangan mereka yang ditahan itu terdiri daripada

final • 2:33 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

anggota polis, anggota tentera ataupun kakitangan kerajaan kerana seolah-olah bila kita menimbulkan persoalan mengenai SOSMA seolah-olah kami hendak melawan polis.

Akan tetapi apa yang berlaku, akta ini juga sebenarnya menekan ataupun memberi kesan zalim iaitu kepada anggota polis sendiri.

[Tepuk] Kedua tadi Yang Berhormat Menteri sebut, daripada segi statistiknya 3,717 orang pernah kena tahan tetapi yang kata telah dituduh tadi kalau saya silap Yang Berhormat Menteri boleh jawab ketika penggulungan. Yang Berhormat Menteri sebut 126 orang telah didakwa di bawah Kanun Keseksaan, 522 orang telah dituduh bawah kesalahan penyeludupan migran.

Akan tetapi kalau banding, Tuan Yang di-Pertua banding antara dua itu hanya 648 orang telah didakwa daripada 3,317 orang. Maksudnya hanya 20 peratus sahaja, 17.43 peratus yang telah didakwa akibat penahanan SOSMA, maksudnya 80 peratus itu gagal untuk didakwa. Apa jadi kepada mereka yang tidak didakwa ini? Adakah mereka ini juga dizalimi kerana tidak jumpa kesnya dan dalam keadaan ini kita bercakap soal keselamatan, ya kalau berlaku keselamatan banyak undang-undang lain yang boleh diguna pakai. Mereka ini ditahan tanpa bicara dan daripada hasil statistik yang Menteri bentangkan itu hanya 17 peratus sahaja yang ada pendakwaan selebihnya kerajaan gagal hendak mendakwa mereka.

Itu sahaja pandangan saya Tuan Yang di-Pertua, maka dengan ini saya menolak usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri dan disarankan agar SOSMA ini terus dimansuhkan. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Johor Bahru. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Lumut, silakan.

final • 2:33 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin turut memujuk pihak belah sana untuk menolak perkara ini di dalam Dewan. Antara hujahnya ialah kerajaan hendak menyiasat, pihak keselamatan hendak menyiasat mereka yang belum pun dituduh tetapi ia masih tersangka.

Saya ada pengalaman kena tangkap dan diletakkan di dalam lokap, Tuan Yang di-Pertua. Bukan sekali, bukan dua, banyak kali. Beberapa kali apabila lepas 24 jam kita melawan balik di mahkamah kerana mereka hendak menahan reman kita, kita menang kerana hujah kita kalau mereka hendak siasat apa yang ada masanya antara tangkapan dalam masa 24 jam itu kalau mereka serius untuk menyiasat, they can do it, dengan izin.

Mereka boleh buat, siasat.

Akan tetapi saya nyatakan dalam tempoh itu langsung tidak ada siasatan kemudian hendak lagi 24 jam, hendak lagi tiga hari. Inilah yang berlaku bagi banyak kes dan ini boleh berlaku di dalam SOSMA ini. Saya anggap Akta SOSMA ini archaic walaupun umurnya baru sepuluh tahun akta ini tetapi jiwa akta ini dan rohnya memang macam ISA dahulu yang telah berjaya kita lawan dan telah pun dimansuhkan.

final • 2:38 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Jadi, kita harap kalau benar ada kes dan mereka ini disangka ataupun tersangka, tentulah fakta sudah ada dan mereka tidak memerlukan masa yang panjang untuk menyiasat. Tempoh 28 hari untuk menyiasat dan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Padang Rengas tadi, daripada 28 hari ini, 21 hari menyiasat, lagi lapan hari itu untuk menunggu perbicaraan, that is not fair, kata beliau dan saya menyokong. Bahawa tempoh untuk menunggu perbicaraan ini tidak sepatutnya termasuk di dalam tempoh penahanan ini.

Kita rasa pihak berkuasa― polis atau mana-mana pihak― harus lebih profesional dalam siasatan mereka. Segera lakukan siasatan. Kalau tidak, kita akan menganiaya orang. Seperti disebut oleh Yang Berhormat Johor Bahru tadi, daripada 3,717, hanya 648 sahaja yang didakwa. Selebihnya bagaimana? Yang 80 peratus tadi itu. Ini penganiayaan.

final • 2:40 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Seperti juga ISA dahulu, ada kes-kes SOSMA ini melibatkan tangkapan ke atas orang-orang politik. Orang politik ini perjuangannya memanglah kadang-kadang keras tetapi untuk menegakkan sesuatu perjuangan, mereka kena tegas. Akan tetapi kalau tegas itu dilihat sebagai suatu ancaman kepada keselamatan negara dan memerlukan SOSMA ini untuk mengekang perjuangan mereka, saya rasa itu tidak adil.

Jadi, untuk mengelakkan bukan sahaja orang politik tetapi sesiapa juga daripada teraniaya dalam kes penahanan tanpa bicara ini, eloklah kita tidak sokong pelanjutan ini.

Kalau dikatakan tadi kita boleh mengemukakan rayuan habeas corpus di mahkamah, Tuan Yang di-Pertua pun tahu kerjanya memang susah, lambat masa dan merumitkan si mangsa untuk dibawa keluar melalui proses habeas corpus ini. It is not an option.

Bagi saya, kalau kes itu benar-benar mengancam keselamatan, percayalah pihak berkuasa sudah ada fakta, sudah ada data. Bagi yang lain itu, gunakanlah akta-akta lain― Akta Polis, Penal Code dan sebagainya― untuk menahan dan dibenarkan mereka menggunakan semua cara yang sah melalui mahkamah untuk melepaskan diri. Akan tetapi, kalau 28 hari berterusan ditahan, Tuan Yang di-Pertua, ini adalah sesuatu yang saya rasa amat malang.

Memang kita menyokong usaha untuk menjaga keselamatan tetapi kalau keselamatan yang dimaksudkan ialah keselamatan pihak-pihak tertentu daripada ancaman, bangkangan daripada pihak yang lain, saya rasa ini tidak adil mengenakan sesuatu akta seperti ini.

final • 2:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Boleh mencelah, Yang Berhormat Lumut?

final • 2:40 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Ya, sila.

final • 2:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Saya cuma hendak mendapatkan pandangan daripada Yang Berhormat Lumut, kenapakah ada wujudnya peruntukan sunset clause ini? Kenapa adanya? Kalau katakan memang ia memang ada sebab- sebab tertentu, kita di sini bincang bahas untuk kita pastikan supaya perkara ini ada hujah dan kemudiannya ada sebab asbabnya. Itu sebab kita ada di sini dalam Dewan ini.

Setujukah Yang Berhormat Lumut?

final • 2:40 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Bersetuju dan masukkan di dalam sebahagian perbahasan saya. Kalau betul-betul serius ada kes-kes tertentu, undang-undang pun ada dan kalau sangat mendesak, Dewan ini juga boleh membincangkan mana-mana kes tertentu seperti yang disebut oleh Tuan Yang di-Pertua tadi, kita bincang hal banjir dalam Dewan ini. Itu besarlah itu. Kalau ada betul-betul satu ancaman besar, maka kita boleh adakan sidang khas. Manalah tahu kalau ada orang- orang besar tertentu terkait dengan masalah keselamatan ini. Saya hendak mengajak semua termasuk Menteri, tarik baliklah usul ini dan kita hapuskan terus undang-undang ini. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Saya jemput sekarang Yang Berhormat Batu Kawan. Silakan.

final • 2:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang Batu Kawan mengambil bahagian dalam perbahasan pindaan kepada Akta SOSMA. Pendirian saya tegas dan kukuh. Saya menolak pindaan Akta SOSMA ini dan tuntut agar akta ini dimansuhkan sepenuhnya.

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) telah diluluskan pada tahun 2012 dan diselubungi kontroversi akan kebarangkalian yang tinggi akta ini boleh disalah guna oleh mana-mana pihak berkuasa di bawah mana-mana kerajaan. Satu undang-undang yang ketinggalan zaman, pelaksanaan yang mencurigakan serta tahanan tanpa bicara merupakan roh mutlak undang-undang zalim ini. Saya berdiri bersama dengan rakyat Malaysia yang mahu hidup dalam satu suasana yang selamat, makmur dan aman.

final • 2:44 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Namun, akta ini lahir setahun sebelum PRU13 pada tahun 2013 sekali gus menjadi satu ugutan dan ancaman kepada wakil rakyat, para aktivis dan warga marhaen.

Saya mahukan semua penjenayah sama ada penjenayah kolar putih, kolar biru tidak kira status sosial, jawatan, etnik, jantina dan agama agar diambil tindakan undang-undang seperti semua warga marhaen yang lain, without fear or favour, dengan izin. Cari bukti, siasat, dakwa dan sabit. Saya sokong. Akan tetapi, bukan sebaliknya. Tangkap, cari bukti dan cari bukti dan cari bukti sehingga kiamat.

Undang-undang yang sedia ada wujud hari ini di Malaysia cukup untuk menyiasat, mendakwa dan menyabit mana-mana pesalah menggunakan prinsip kedaulatan undang- undang untuk menegakkan kebenaran, keadilan, demokrasi, ketelusan dan akauntabiliti.

Jika perlu, undang-undang yang perlu pindaan boleh dibawa untuk musyawarah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan juga Bahagian Hal Ehwal Undang-undang agar prinsip keadilan, dengan izin, innocent until proven guilty menjadi tunjang mesyuarat ini.

Akta SOSMA ini bertindih dengan bidang kuasa undang-undang lain yang telah wujud sekian lama. Maka mengapa perlu ada undang-undang draconian ini? Latar belakang SOSMA termasuklah tahanan tanpa bicara, konsep tangkap dahulu dan cari bukti kemudian, dan tahanan tidak dibenarkan untuk dijamin.

Pada tahun 2018, Mohd Zulkifli telah menghantar RM200 kepada seorang kenalan lama yang dalam serba kekurangan melalui perbankan dalam talian. Beliau ditahan di bawah SOSMA atas tuduhan menyalurkan dana untuk tujuan keganasan.

Dalam tempoh 23 hari disiasat oleh polis Cawangan Khas, beliau diberitahu bahawa kenalan beliau telah diwartakan sebagai pengganas. Maka beliau dituduh menyalurkan dana untuk tujuan keganasan walaupun beliau tetap di atas pendirian tidak terlibat dengan aktiviti keganasan.

Maria Chin Abdullah, aktivis Bersih untuk menuntut pilihan raya bersih, telus dan adil, seorang NGO, telah ditahan pada November 2016 di bawah Akta SOSMA. Selama sembilan hari di bawah solitary confinement― maaf, selama 11 hari. Seorang patriot yang mahukan sistem pilihan raya yang mengikut piawaian antarabangsa telah menjadi mangsa kerakusan dan kezaliman kerajaan pada masa itu sebagai satu ugutan dan ancaman. Inilah reaksi dan tindakan kerajaan terhadap suara-suara yang menentang kerajaan.

Pada tahun 2019, dua orang termasuk dua ADUN DAP ditahan di bawah SOSMA atas tuduhan penglibatan dalam LTTE yang sudah pun defunct. Saminathan, mantan Exco dan Exco Gunasekaran ditahan di bawah SOSMA untuk 135 hari tetapi dibebaskan pada bulan Februari 2020.

Pada 27 Oktober 1987, mendiang ayah saya, P. Patto bersama dengan lebih 100 orang ahli politik, ahli agamawan, aktivis pendidikan, aktivis alam sekitar, aktivis wanita dan aktivis hak asasi manusia telah ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 15 bulan dan selainnya lebih daripada itu atas tuduhan merapu dan fitnah kerajaan bahawa beliau adalah, dengan izin, a threat to national security. Seorang wirawan, patriot yang cintakan tanah air ditahan kerana tidak sehaluan dengan kerajaan.

Ramai juga yang telah ditahan termasuk Yang Berhormat Pasir Salak pada masa itu. Ramai juga ahli politik PAS ditahan di bawah ISA. Silap hari bulan, kalau tidak sehaluan dengan pihak kerajaan, boleh dicekup bawah SOSMA juga.

P. Patto bersama beberapa orang graduan Kem Tahanan Kamunting dibebaskan pada tahun 1989. Saya dan adik saya tidak dapat menikmati pelukan ayah selama 15 bulan. Ibu saya tidak merasa sayang seorang suami untuk 15 bulan.

[Tepuk] Seorang yang tidak bersalah yang menjadi mangsa kerakusan percaturan politik. Begitu berbahaya akta ini, Tuan Yang di-Pertua. Jangan-jangan Tuan Yang di-Pertua pun mungkin kena pula.

Walaupun ISA telah dimansuhkan...

final • 2:44 PM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

It is a crime against humanity.

final • 2:44 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Indeed. Walaupun ISA telah dimansuhkan, negara Malaysia ditolak ke zaman penjajahan lagi dengan wujudnya Akta SOSMA ini. Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Akta SOSMA ini boleh digunakan sewenang-wenangnya ke atas sesiapa pun. Tindakan melabel sebagai penjenayah sebelum disabitkan di mahkamah merupakan tindakan mengambil alih tanggungjawab mahkamah, an usurping of the position and the power of courts. Satu akta yang boleh digunakan sebagai senjata politik terhadap warga marhaen, aktivis dan NGO dan ahli politik tiada tempat dalam negara kita, tanah air ini dalam abad ke-21.

final • 2:44 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Akta ini harus dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Parlimen untuk ditimbang semula dan dibahas dalam Dewan yang mulia ini dan diputuskan oleh semua Ahli Parlimen tanpa rasa takut. Saya anak bangsa Malaysia. Tidak akan saya gadaikan kedaulatan integriti dan keselamatan negara yang saya cintai ini. Kenyataan Menteri mengguris hati saya. Kerana cinta saya untuk Malaysia saya akan bantah akta zalim ini dan bukan sebaliknya.

[Tepuk] Kita sedang membahaskan sunset clause dengan izin, atau klausa matahari terbenam dalam pindaan akta ini. Maka saya cadangkan, benamkan sahajalah akta zalim ini. Dengan ini Batu Kawan menolak bukan sahaja pindaan tetapi Akta SOSMA yang ketinggalan zaman dan zalim ini. Sekian, terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka. Silakan.

final • 2:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua. Parti DAP tidak menyokong usul ini.

final • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Betul!

final • 2:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sebaliknya kita hendak menggesa supaya SOSMA ini dimansuhkan.

[Tepuk] Kenapa saya berkata begitu Tuan Yang di- Pertua. Kita jangan lupa bagaimana SOSMA ini telah disalahgunakan untuk tujuan politik.

Kita masih ingat seperti yang disebut oleh rakan saya Yang Berhormat Batu Kawan tadi, Ahli Parlimen Petaling Jaya dahulu ditahan di bawah SOSMA kerana menganjurkan Perhimpunan BERSIH dan juga melawan satu 1MDB. Dia ditahan di bawah SOSMA.

Barangkali nanti Menteri dia akan jawab kenapa apabila kita PH memerintah, kita tidak mansuhkan SOSMA. Saya hendak beritahu kepada Menteri dulu. Sekarang saya jawab dulu sebab nanti mungkin Tuan Yang di-Pertua tidak hendak bagi saya celah.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa]

final • 2:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Memang kita telah bergerak pada waktu tersebut untuk memansuhkan SOSMA tetapi tidak berjaya. Mengapa? Ini kerana pada ketika itu ada musuh dalam selimut. Siapakah itu?

final • 2:50 PM

Seorang Ahli

Pagoh.

final • 2:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Menteri Kementerian Dalam Negeri pada waktu Yang Berhormat Pagoh yang bukan sahaja enggan memansuhkan SOSMA sebaliknya menggunakan SOSMA terhadap parti DAP pada waktu tersebut. Telah menahan 12 orang di mana empatnya adalah daripada DAP. Siapakah mereka? ADUN Gadek merupakan Exco Kerajaan Negeri Melaka. Menahan ADUN dari Seremban Jaya, Yang Berhormat Gunasekaren. Menahan Saudara Chandru merupakan CEO kepada GLC Kerajaan Negeri Pakatan Harapan pada masa tersebut dan juga menahan Saudara Sureshkumar.

Saya kenal empat-empat orang ini lebih daripada 20 tahun. Mereka bukannya pengganas. Mereka menyertai parti DAP untuk memperjuangkan Malaysia untuk orang Malaysia.

[Tepuk] Mereka bukan pengganas tetapi telah disalahgunakan SOSMA untuk menahan mereka.

final • 2:50 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Boleh saya tanya Yang Berhormat Kota Melaka? Terima kasih. Berkenaan dengan apa yang telah pun Yang Berhormat Kota Melaka timbulkan. Penahanan-penahanan yang boleh dikatakan penahanan politik ataupun bersifat politik. Dalam kes LTTE tersebut terdapat banyak pihak yang memperbesarkan isu tersebut seolah-olah mereka merupakan penjenayah.

Saya setuju dengan Yang Berhormat Kota Melaka tadi, memang mereka langsungnya tidak mempunyai sebarang sifat ataupun unsur jenayah. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Kota Melaka, pandangan Yang Berhormat Kota Melaka memandangkan keadaan tersebut. Memandangkan juga, bear in mind bahawa perkara- perkara semua kes keempat-empat mereka telah pun dibawa ke Mahkamah Tinggi dan kemudiannya pada akhirnya ditarik balik atau sebahagian daripada mereka. Bukankah itu merupakan satu bukti bahawa pendakwaan mereka from the outset merupakan satu persecution, persecution. That is why they were eventually let free. Apakah pandangan Yang Berhormat Kota Melaka? Terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 2:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 2:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Kota Melaka. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Melaka. Semasa penahanan empat orang yang disenaraikan oleh Yang Berhormat tadi, mereka dikatakan oleh PDRM pada masa itu keempat-empat orang ini telah menerima berjuta-juta ringgit dalam bank akaun mereka untuk menyebarkan ajaran LTTE di Malaysia. Itu adalah satu dakwaan yang telah diletakkan di atas mereka supaya tangkap mereka. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, Menteri pun depan ada sini, tidak ada bukti sampai sekarang bahawa wang telah pergi kepada akaun bank mereka. Ini hanya tohmahan Menteri. Ini untuk tangkap orang, ada dakwaan, tohmahan sahaja.

Oleh sebab itu kita mesti tolak SOSMA, tidak boleh terima SOSMA sebab digunakan untuk bahan politik. Oleh sebab itu, kita mesti tukar. Minta pandangan Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 2:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, sila masukkan hujah Yang Berhormat Klang dan juga Yang Berhormat Bukit Gelugor dalam ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, saya minta sedikit masa. Mereka ditahan dalam isu LTTE, 12 orang itu ditahan selama 135 hari. Barangkali pihak kerajaan akan kata kalau mereka disalah tangkap, mereka boleh dakwa kerajaan untuk tuntut pampasan. Akan tetapi saya hendak beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua, betapa sengsaranya mereka apabila mereka ditahan.

final • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Betul.

final • 2:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Bukan sahaja dalam waktu 135 hari itu, selepas mereka dibebaskan sehingga hari ini. Contohnya Suresh yang saya sebut rakan saya. Selepas dia dibebaskan sampai hari ini dia tidak dapat cari kerja baharu. Orang kata takut hendak upah dia. Sungguhpun semua tahu dia bukan pengganas, dia tidak terlibat dalam LTTE tetapi tidak ada orang berani hendak angkat dia sebagai pekerja. Mereka takut, takut kalau upah dia, angkat dia supaya bekerja nanti PDRM akan ambil tindakan pergi kacau mereka punya syarikat, kacau mereka punya kedai. Sampai hari ini dia tidak ada kerja.

Rumah dia ada ibu yang sakit. Setiap bulan perlu pergi ke hospital. Anak dia OKU, setiap bulan perlu pergi ke hospital, tidak dapat cari kerja. Senang untuk kerajaan cakap kalau salah tangkap boleh dakwa, boleh challenge, boleh saman kerajaan tetapi itu bukan isunya. Dia akan carry, dia akan bawa nama yang tidak sepatutnya dibawa, diwarnakan kepada dia bahawa dia pengganas sedangkan dia bukan pengganas. Oleh sebab itu kita mesti tolak usul yang zalim ini Tuan Yang di-Pertua.

Cara PDRM pergi menahan Saudara Saminathan pada waktu tersebut dia adalah Exco Kerajaan Negeri Melaka. Dia berada di pejabat Exco di Seri Negeri seperti kalau Menteri di Putrajaya. Di pejabat dia. Diserbu masuk oleh polis, tahan dia begitu sahaja

final • 2:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

tanpa dia tahu apa-apa. Tidak tahu apa berlaku kepadanya sudah ditahan oleh polis.

Adakah ini dipanggil mereka melaksanakan tugas mereka dengan adil dan saksama?

Semua ini contoh-contoh menunjukkan SOSMA ini akan disalahgunakan oleh parti pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Mereka akan salah gunakan SOSMA ini untuk tujuan politik mereka.

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, kita tahu SOSMA ini adalah ekoran daripada dulu kita mansuhkan ISA dan kita tahu ISA itu ialah satu akta yang zalim. Masa itu kita, Yang Berhormat Seputeh juga merupakan mangsa kepada ISA pada waktu tersebut.

Ditahan tujuh hari dengan alasan yang tidak munasabah kononnya dia bantah masjid ada azan tidak boleh, sedangkan Yang Berhormat Seputeh pada waktu tersebut tidak tahu mana masjid tersebut terletak tetapi disalahgunakan.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dah empat minit Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya. Tuan Yang di-Pertua, jadi saya berharap kita semua Ahli Parlimen yang kita cintakan negara ini. Kita cintakan negara ini sebab itu kita perlu tolak SOSMA demi pembangunan demokrasi negara kita yang lebih sihat.

[Tepuk]

final • 2:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya hendak ingatkan kepada Menteri akhirnya, jangan kata kita tolak SOSMA kita tidak cintakan negara. Orang yang tidak cintakan negara ialah mereka yang khianat mandat rakyat membentuk kerajaan pintu belakang.

[Tepuk] Macam katak lompat sini, lompat sana. Itu adalah tidak cinta negara menyebabkan negara kita tidak stabil, pelaburan asing tidak berani masuk negara kita. Itu panggil pengkhianat negara.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh habiskan.

final • 3:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dengan itu, sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka, terima kasih. Jangan kata saya tidak pernah bagi masa kepada Yang Berhormat Kota Melaka. Saya bagi double.

final • 3:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:00 PM

Seorang Ahli

Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Juga jangan kata saya tidak pernah benarkan Yang Berhormat Kota Melaka mencelah. Saya tidak pernah menghalang sesiapa untuk mencelah sekiranya orang yang hendak dicelah membenarkan. Tadi contohnya, saya benarkan Yang Berhormat Bukit Gelugor dan Yang Berhormat Klang untuk mencelah kerana Yang Berhormat Kota Melaka memberi kebenaran untuk mencelah. Seterusnya Yang Berhormat Jelutong.

final • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk bersama-sama rakan-rakan saya di sebelah sini untuk menyatakan bantahan kami yang sekeras-kerasnya kepada usul yang telah dibawa oleh Menteri.

Yang Berhormat Menteri boleh saya gunakan kesempatan ini untuk memberitahu Yang Berhormat Menteri, dalam sejarah kali pertama akta ini digunakan adalah untuk menahan Dato' Sri Khairuddin Abu Hassan kerana pendedahan yang dibuat oleh beliau ketika itu terhadap Yang Berhormat Pekan berkenaan dengan 1MDB untuk menghalang Dato' Sri Khairuddin Abu Hassan daripada meninggalkan negara pergi ke Switzerland untuk mendapatkan bukti pengaliran wang yang keluar dari Malaysia.

Ini menunjukkan bahawa akta ini akan disalahgunakan. Yang Berhormat Menteri, saya berikan nasihat, jangan lupa Perikatan Nasional sekarang menghadapi cabaran dari dalam. Tidak silap, akta ini akan digunakan terhadap Yang Berhormat Menteri juga.

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Tepuk] Dua dan tiga hari ini, Yang Berhormat Pekan dan Yang Berhormat Bagan Datuk sudah belasah sudah Perikatan Nasional cukup-cukup.

final • 3:01 PM

Seorang Ahli

That is true.

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Your days are numbered. Jangan lupa. Saya hendak beritahu dan Tuan Yang di-Pertua, akta ini - sebagai seorang peguam saya hendak beritahu, ada peruntukan-peruntukan yang begitu salah dan zalim.

Saya ingin memetik peruntukan tersebut, salah satu peruntukan iaitu seksyen 14 yang berbunyi seperti berikut; “Walau apa pun perkara 5 Perlembagaan Persekutuan dan seksyen 264 Kanun Tatacara Jenayah, jika pada bila-bila masa semasa perbicaraan bagi kesalahan keselamatan, mana-mana saksi pendakwaan yang enggan identitinya didedahkan dan mahu memberikan keterangan dalam cara yang dia tidak dapat dilihat atau didengar oleh kedua-dua tertuduh dan peguamnya, Pendakwa Raya boleh membuat suatu permohonan secara lisan kepada mahkamah supaya tatacara dalam seksyen ini terpakai”. Maksudnya, saksi itu boleh berada dalam bilik yang berlainan, identiti saksi itu tidak dapat didedahkan, suara saksi itu juga tidak boleh ditukar dan peguam tidak boleh melihat saksi itu ketika menyoal balas saksi itu. Apakah undang-undang ini? Ini adalah suatu yang begitu zalim. Seorang yang dituduh di mahkamah berhak untuk melihat saksi memberi keterangan terhadap beliau dan peguam beliau berhak untuk menyoal...

final • 3:01 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

[Bangun]

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 3:01 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Boleh saya tanya Yang Berhormat Jelutong?

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Silakan.

final • 3:01 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Berkenaan dengan prosedur yang telah pun ditimbulkan oleh Yang Berhormat Jelutong tadi di bawah SOSMA seperti contohnya peguam tidak dibenarkan untuk hadir dan sebagainya. Ini semuanya merupakan procedural safeguards dengan izin, yang selalunya kita ada di mahkamah di bawah CPC ataupun Kanun Acara Jenayah.

Now, mengikut rasional kerajaan di belakang SOSMA ini, mereka berkata bahawa SOSMA diperlukan untuk security. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Jelutong, apakah tujuan ataupun rasionalnya mengambil keluar hak-hak asasi seorang yang ditahan seperti dibela dengan sewajarnya oleh peguam oleh SOSMA ini? Adakah ini akan mempunyai apa-apa effect terhadap security negara? Apakah pandangan Yang Berhormat Jelutong?

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Soalan yang begitu bernas. Jawapan saya adalah ia boleh disalahgunakan. Sudah semestinya dalam kesimpulan yang telah saya berikan tadi melibatkan Dato' Sri Khairuddin Abu Hassan di mana ketika itu Yang Berhormat Pekan menjadi Perdana Menteri, di mana pendedahan-pendedahan berkenaan 1MDB dibuat, undang-undang SOSMA digunakan untuk melakukan tahanan dan sudah semestinya niat menggunakan undang-undang tersebut adalah untuk menafikan seseorang itu hak untuk perbicaraan yang adil.

Kita sudah pun ada undang-undang. Tuan Yang di-Pertua merupakan seorang peguam, tahu. Dalam Kanun Tatacara Jenayah sudah ada peruntukan-peruntukan yang akan memberi kawalan kepada perjalanan sesuatu perbicaraan jenayah. Jadi, kita tidak perlukan SOSMA. SOSMA ini telah disalahgunakan. Yang Berhormat Menteri, tolonglah jangan datang sandiwara di sini memberitahu kami bahawa yang membantah undang- undang ini bukanlah orang-orang yang tidak cintakan negara kita.

[Tepuk] Kami patriotik,

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

kami cintakan negara kita dan kami memerlukan undang-undang yang adil kepada rakyat Malaysia. Undang-undang ini boleh digunakan terhadap sesiapa juga termasuk Yang Berhormat Menteri, jangan lupa.

Oleh sebab itu, kita di sini menuntut supaya undang-undang ini dimansuhkan, tarik balik usul ini. Undang-undang ini telah digunakan. Saya ingin menyatakan— saya begitu dukacita dengan Yang Berhormat Pagoh. For the record, let me play it, bersama- sama kita menang pilihan raya, bersama-sama kita memenangi kerajaan di Putrajaya selepas PRU yang lalu. Selepas itu, menggunakan undang-undang SOSMA terhadap Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan parti DAP.

Walaupun terdapat permintaan-permintaan kami - ketika itu saya difahamkan Yang Berhormat Langkawi juga telah meminta supaya yang ditahan di bawah SOSMA yang kononnya mempunyai kaitan dengan LTTE ini, pertuduhan-pertuduhannya ditarik balik, tetapi Yang Berhormat Pagoh enggan. Bolehkah Yang Berhormat Menteri mengesahkan perkara ini?

final • 3:01 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Jelutong, sedikit boleh?

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Hendak minta laluan juga?

Silakan.

final • 3:01 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya. Waktu LTTE yang ditahan 12 orang ialah bulan Oktober 2019. Selepas empat bulan Sheraton Move betul? Itu jelas menunjukkan Yang Berhormat Pagoh menggunakan SOSMA menahan ahli DAP untuk memburukkan nama DAP supaya menghalalkan Sheraton Move beliau empat bulan kemudian. Setuju tidak?

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya rasa perkara itu adalah begitu jelas. Tuan Yang di-Pertua, saya cuma ingin menyatakan...

final • 3:01 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Sekejap, Kepong. Sekejap.

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Silakan.

final • 3:01 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Setuju tidak Yang Berhormat dan Ahli-ahli di Dewan ini, Yang Berhormat Pagoh patut dilabelkan nama national traitor? Terima kasih.

[Tepuk]

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya setuju. Ada national embarrassment, ada national traitor, ada international thief juga.

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, seminit.

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya berbalik kepada perbahasan saya. Saya ingin menyatakan bahawa kita perlu menghormati Perlembagaan Persekutuan. Kita perlu memastikan semua rakyat di negara kita diberi hak untuk mendapatkan satu perbicaraan yang adil dan SOSMA ini tidak boleh menjamin perbicaraan yang adil.

Kita telah lihat sejarah telah membuktikan dan menunjukkan bahawa selain daripada tahanan LTTE, ada ramai lagi ditahan tanpa diberi peluang untuk mendapatkan jamin pun.

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sedangkan ada seorang Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini yang telah disabitkan untuk kesalahan mencuri, merompak, menyamun yang masih lagi berkeliaran ke sana dan ke sini, bebas untuk pergi ke sana dan ke sini, bebas untuk pergi berkempen sedangkan yang ditahan di bawah SOSMA belum lagi dibuktikan pertuduhan tidak berhak untuk mendapatkan jamin pun.

final • 3:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Jelutong, one minute.

final • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Silakan.

final • 3:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak berbalik kepada beberapa isu...

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah habiskah itu?

final • 3:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Saya telah bangkit – Saya hendak bangkitkan isu yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Parlimen tadi mengenai penganiayaan yang telah diterima oleh khususnya kawan-kawan kita yang telah ditangkap di bawah LTTE. Pada pandangan Yang Berhormat, adakah kerajaan mesti memberi pampasan kepada mereka atas penganiayaan yang telah mereka terima, yang telah di – *forced to deal with persecution.

Thank you.*

final • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Klang bahawa kalau pampasan telah diberikan keluarga arwah Muhammad Adib Mohd Kassim, dalam konteks yang sama yang telah ditahan dengan salah di bawah SOSMA ini terutamanya yang dituduh dengan salah bahawa terdapat kaitan dengan LTTE itu, kerajaan sepatutnya mempertimbangkan suatu pampasan diberikan kepada mereka terutamanya setelah diberitahu oleh Yang Berhormat Kota Melaka ada lagi yang masih lagi menganggur, tidak dapat bekerja, tidak dapat juga menjaga keluarga mereka.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh habiskan?

final • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya – Jelutong akan membantah dan menolak usul ini.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Saya kini menjemput Yang Berhormat Machang. Silakan.

final • 3:10 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Banyak pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat tentang rang undang- undang ini dan kita berhak untuk melontarkan pandangan kita walaupun berbeza. Saya melihat dari banyak perspektif terhadap rang undang-undang ini dan saya menyokong rang undang-undang ini untuk disambung, dilanjutkan dalam tempoh lima tahun yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, ada yang mengatakan bahawasanya rang undang-undang ini tidak perlu sebab komunis sudah tidak ada dalam negara kita. Akan tetapi, keganasan dan pelbagai perkara yang negatif ini bukan semestinya apabila komunis tidak ada. Kita melihat apa yang telah berlaku pada tahun 2013, apa yang berlaku pada tahun 2016, 2017, 2020 – dua kali, tentang banyak perkara yang telah mengancam keselamatan negara.

Saya juga sempat menghayati ucapan daripada rakan-rakan kita dari Sabah yang begitu sayu dan pilu, apa yang telah berlaku dan menimpa rakyat Sabah terhadap peristiwa pencerobohan pada tahun 2013. Berat mata memandang, berat lagi bahu kita memikul. Di situ kita lihat berapa ramai anggota polis telah terkorban untuk mempertahankan negara ini. Kalau kita melihat daripada perspektif yang berbeza, mungkinlah kita tidak menidakkan pandangan daripada rakan-rakan kita yang lain. Akan tetapi, bagi saya ada sebab mengapa saya perlu menyokong rang undang-undang yang berada di hadapan kita ini.

Kita seharusnya mengucapkan tahniah kepada pihak polis yang telah dapat menangani keganasan demi keganasan, sama ada yang telah berlaku ataupun yang belum berlaku dalam negara kita. Banyak perkara yang belum berlaku Tuan Yang di- Pertua, sebenarnya telah dihidu lebih awal ataupun dikesan oleh PDRM dan mereka dapat

final • 3:11 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

membanterasnya sebelum ia berlaku. Mungkin ini menjadi rahsia kepada pihak kerajaan, tetapi kecekapan, keupayaan pihak PDRM ini tidak boleh kita pertikaikan.

Juga Tuan Yang di-Pertua, umumnya mengetahui bahawasanya terdapat rakyat kita yang telah pergi ke luar negara, terlibat dan mendapat latihan keganasan di luar negara. Akhirnya, fahaman ini dibawa balik ke dalam negara. Kalau susah, bukan sahaja rakyat dalam masyarakat sahaja yang susah, kita juga Ahli-ahli Parlimen ini akan menanggung perkara yang sama. Kita tidak hendak sekiranya undang-undang ini tidak diluluskan, akhirnya – saya faham ada yang menyebut bahawasanya banyak lagi undang- undang lain yang boleh diguna pakai.

Akan tetapi, bagi saya SOSMA ini khusus untuk menentang keganasan. Kita sebagai manusia kita tidak sempurna, kita tidak lengkap. Mungkin ada kekurangan di sana sini. Akan tetapi, negara kita adalah negara yang mengamalkan undang-undang yang cukup tertib, sopan dan teratur. Apa pun kita boleh bangkit dan kita boleh bahaskan.

final • 3:11 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

[Bangun]

final • 3:11 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya lihat sejak akhir-akhir ini memang kerajaan dapat membendung keganasan dalam negara kita ini dengan baik. Ini adalah – sebahagian daripadanya adalah kerana wujudnya undang-undang ini. Akan tetapi, kalau ada perlu sedikit sebanyak pembetulan yang perlu kita buat, mungkin kita boleh duduk, kita boleh berbincang, kita boleh bermusyawarah dengan penuh sopan di sini. Kita juga boleh menegur pihak kerajaan dan Yang Berhormat Menteri sendiri agar mungkin sedikit sebanyak perubahan yang perlu kita buat. Saya rasa pihak kerajaan pun tidak ada masalah dalam soal ini.

Silakan.

final • 3:11 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Machang. Saya kira tidak ada siapa di sini yang mempertikaikan keupayaan PDRM untuk membuat siasatan...

final • 3:11 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul.

final • 3:11 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

...Sekiranya berlaku keganasan oleh mana-mana pihak. Masalah yang kita timbulkan di sini ialah apabila kuasa itu disalahgunakan untuk tujuan politik.

Saya dengar ucapan daripada Yang Berhormat Machang sebentar tadi menyatakan bahawa SOSMA ini bertujuan untuk menghalang daripada – pengganas ya, melakukan jenayah dalam negara kita ini. Adakah kita anggap bahawa Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang dan Yang Berhormat Maria Chin Abdullah itu sebagai pengganas yang boleh mengganggu gugat kesejahteraan dan keselamatan dalam negara kita ini?

final • 3:11 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul.

final • 3:11 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Terima kasih, Yang Berhormat Jerlun. Soalan Yang Berhormat Jerlun ini boleh ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri, adakah orang itu salah atau tidak salah. Biarlah Yang Berhormat Menteri jawab.

Saya tidak pernah jadi Menteri pun.

Akan tetapi, saya tidak menyebut Yang Berhormat menuduh pembangkang menyalahkan pihak polis, saya tidak sebut begitu. Cuma, saya sebut kita menghormati dan menghargai. Kalau kita menghargai, kita semua ini apa maknanya? Bukan sahaja di sini; di sana pun samalah menghargai. Selama ini pun kita menghargai peranan yang telah dimainkan oleh PDRM. Soal ia disalahgunakan untuk tujuan politik sebenarnya – political persecution ini sebenarnya, semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan pun berlaku pendakwaan politik. Mengapa di Dewan ini, sebelah sana tidak membangkitkan ada kes yang sedang dibicarakan di mahkamah, digugurkan begitu sahaja? Jangan menggunakan medan ini untuk menyerang satu-satu pihak.

Saya lihat kalau buah mangga sudah masak, sudah lebam Yang Berhormat Pekan kena. Dia tidak ada di sini untuk menjawab. Biarlah mahkamah yang memutuskan

final • 3:11 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

dalam soal ini. Usahlah kita berulang-ulang kali.

final • 3:11 PM

[Dewan riuh]

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Biarlah mahkamah yang menentukan suasana dan keadaan. Kalau mahkamah sudah bagi dia boleh diikat jamin, untuk bebas di luar sementara, itu keputusan mahkamah. Janganlah kita tidak menghormati keputusan mahkamah. Janganlah kita menghormati keputusan mahkamah apabila ia hanya berpihak kepada kita. Kalau tidak berpihak kepada kita, maka kita tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah. Tidak boleh begini.

final • 3:11 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, seminit lagi ya. Seminit lagi ya.

final • 3:11 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Ya, tidak apa Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak gulung. Bagi saya, itulah seperti yang saya sebut, Tuan Yang di- Pertua. Pelbagai perspektif dalam pandangan terhadap rang undang-undang ini. Saya ada hak untuk menyatakan pandangan saya. Saya menyokong rang undang-undang ini dan saya bersetuju agar ia diteruskan untuk lima tahun yang akan datang.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:11 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Machang. Okey, sekarang ini saya menjemput Yang Berhormat Baling.

final • 3:11 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Keluarga Malaysia.

Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai SOSMA memperuntukkan langkah-langkah khas berhubungan dengan kesalahan keselamatan, bertujuan untuk mengekalkan ketenteraman awam, keselamatan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

final • 3:19 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Saya ingin menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua, dalam Dewan yang mulia ini setiap kali kita berbahas apatah lagi pada pagi soal jawab dengan Menteri-menteri, Timbalan-timbalan Menteri, kita sering menyatakan berkaitan dengan jenayah-jenayah.

Kes jenayah terancang, kes memperdagangkan manusia, kita tanya Menteri dan Timbalan Menteri. Apatah lagi sejak kebelakangan ini, kebanyakan Ahli-ahli Dewan Rakyat yang mulia ini menanyakan kepada Menteri apakah tindakan, apakah wajar tangkapan kepada mereka yang mengepalai secara terancang. Judi online contohnya.

Scammers yang mana hari-hari kita dapati, malah keluarga kita sendiri. Sebagai Ahli Parlimen pun tertipu, dianiaya dan sebagainya.

Jadi, saya melihat Akta SOSMA ini wajib diteruskan. Kalau kita melihat perkara- perkara yang disebutkan dalam Dewan ini hanya memihakkan sebelah pihak yang banyak atas kepentingan peribadi. Walau bagaimanapun, SOSMA ini telah ditangkap— melalui SOSMA ditangkap, ada suatu ketika Yang Arif Dato’ Mohd Nazlan bin Mohd Ghazali telah melepaskan mereka dan pihak AG tidak pergi ambil balik ataupun pihak AG tidak merayu balik. Ini telah nampak sangat kita ada undang-undang.

Jadi dalam konteks SOSMA pada hari ini, saya ingin menyatakan khususnya kepada Yang Berhormat Menteri, teruskan lima tahun. Malah kalau kita tengok 28 hari ini pun tidak cukup kalau ikutkan. Kalaulah kes-kes yang perdagangan manusia, terancang.

Kalau kes-kes terrorism. Kita adakala waktu ketika, kita tidak dapat MLA daripada negara- negara jiran, mutual legal assistance, kita tidak dapat daripada mereka. Ini 28 hari ini tidak cukup sebenarnya. Selepas ini saya minta Yang Berhormat Menteri usulkan. Bawa rang undang-undang ini selepas diluluskan, tambah hari.

Oleh sebab kalau kita tengok di Indonesia umpamanya, ada rakan-rakan sebut Indonesia tidak ada. Ada, Kitab Undang-undang Hukum Acara Pidana 1981 (KUHAP).

Saya hendak beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua, polis tangkap 24 jam. Seterusnya polis ada kuasa ke polisi 20 hari. Selepas itu DPP boleh dapat 40 hari lagi. Selepas itu mereka boleh bawa pergi mahkamah kali pertama tambah 60 hari. Selepas itu boleh

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

dibawa seterusnya ke mahkamah 60 hari. Maka dengan itu, Indonesia 180 hari ditahan.

Kita 28 hari sudah lama dan sebagainya dan tidak— kita pernah terfikir kah masalah rakyat khususnya pemerdagangan manusia ataupun kalau kita tengok jenayah terancang yang sedang berlaku dalam negara kita?

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan syabas dan tahniah kepada pihak PDRM. Adakah Ahli-ahli Dewan dalam Dewan Rakyat yang mulia ini, adakah ahli-ahli semua sedar atau tidak berapa banyak kes yang patut berlaku tetapi telah dihalang oleh pihak polis tanpa dimaklumkan kepada rakyat? Kita tidak tahu, banyak kes. Dalam masa yang sama, saya telah meneliti memang ramai rakan menyebutkan salah guna kuasa, tangkap sahaja suka-suka dan sebagai tindakan- tindakan kepentingan peribadi.

Saya juga telah check dengan Bukit Aman, belum ada lagi satu laporan polis yang menyatakan ada orang ini telah teraniaya, telah ditangkap dan sebagainya. Tidak ada.

Kalau ada nanti, kita minta Yang Berhormat Menteri jawab. Kalau ada atau tidak ada Yang Berhormat Menteri boleh jawab.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, boleh atau tidak saya hendak tanya Yang Berhormat Baling satu soalan?

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Sila.

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Saya yang bangun dahulu ini.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Boleh atau tidak Yang Berhormat Baling, Tuan Yang di-Pertua?

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Sila.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat, Yang Berhormat Baling setuju atau tidak sebab itulah perlunya Peguam Negara datang ke Parlimen untuk menjawab soalan-soalan yang ditimbulkan? Dan Peguam Negara dilantik sebahagian daripada Menteri Kabinet. Terima kasih Yang Berhormat Baling.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Saya setuju, masukkan ke dalam ucapan saya. Saya juga ingin sentuh berkaitan dengan Peguam Negara. Masa Pakatan Harapan memerintah...

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tumpat, Tumpat. Tumpat minta laluan.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Masa Pakatan Harapan memerintah, Tuan Yang di-Pertua sedar atau tidak— masa itu Tuan Yang di- Pertua belum lagi masuk dalam Dewan yang mulia ini. Hampir 23 kes ditarik balik, digugurkan. Itu memang one-sided. Waktu itu semuanya boleh berlaku. Semuanya dihalalkan oleh pihak Pakatan Harapan pada waktu itu. Apabila tiba pada hari ini, kita datang, kita hendak bawa satu perkara untuk kebaikan rakyat. Ini adalah keselamatan.

Demi kelangsungan keselamatan rakyat yang kita semua sayangi. Kita kena sedar hari ini kita berada dalam Dewan yang mulia ini kerana rakyat telah mengangkat kita untuk berada dalam Dewan yang mulia ini. Jadi, janganlah kerana kawan-kawan kita selalu kena tangkap— kerana apa kawan-kawan kita kena tangkap? Mulut celupar. Pergi keluar statement yang bukan-bukan, mestilah kena tangkap. Ia merupakan satu jenayah.

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tumpat minta laluan.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Jadi saya minta kepada Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Baling, boleh minta laluan Yang Berhormat Baling?

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Saya minta kepada Yang Berhormat Menteri...

final • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Boleh minta laluan Yang Berhormat Baling?

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Menteri, teruskan Akta SOSMA ini, kita teruskan.

final • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Boleh minta laluan Yang Berhormat Baling?

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Saya minta kalau kita hendak bandingkan semua negara...

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Baling, Tumpat minta laluan Yang Berhormat Baling.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Semua negara...

final • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Boleh minta laluan Yang Berhormat Baling?

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Sahabatmu.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ya, Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Tumpat, sila Yang Berhormat Tumpat.

final • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Baling, boleh minta laluan?

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Saya bagi Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Tumpat.

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang Berhormat Baling, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebagaimana ucapan daripada Yang Berhormat Baling dan juga Yang Berhormat Machang tadi, kita dengar bahawa rang undang-undang ini adalah diluluskan dalam menjaga keselamatan negara dan yang dibimbangi hanyalah salah guna kuasa. Salah guna kuasa ini apa-apa sahaja pun yang membawa kebaikan apabila salah guna kuasa termasuk pisau, senjata dan sebagainya. Jadi, yang penting perlu dijaga ialah salah guna kuasa.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Baling, kenapa dalam isu untuk kita hendak mengadakan satu undang-undang untuk menjaga keselamatan negara, tiba-tiba setiap Ahli-ahli Yang Berhormat daripada DAP apabila bangun nampak cemas. Ada apa-apa masalah kah?

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Jawapannya Yang Berhormat Tumpat, tepuk dada, tanya selera.

final • 3:20 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Baling...

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sebab kita menentang kezaliman.

final • 3:20 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Tumpat, sila...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 3:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Tolong, tolong. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, apabila tidak diberi laluan untuk mencelah, tolonglah jangan bising. Yang Berhormat Kota Melaka tolong duduk, tolong duduk. Tadi tidak ada orang ganggu Yang Berhormat Kota Melaka pun. Yang Berhormat Baling, saya beri lagi seminit, boleh?

final • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta laluan daripada Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat Baling, boleh minta laluan?

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tuan Yang di- Pertua, saya ingin sentuh berkaitan...

final • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Peraturan Mesyuarat 36(6) sebab Yang Berhormat Tumpat buat sangkaan jahat tadi. Dia kata Ahli Parlimen DAP. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua kena ambil tindakan terhadap sangkaan jahat tanpa asas...

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Saya tanya ada masalah kah?

Nampak cemas...

final • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tohmahan yang saya rasa tidak melambangkan kedudukan sebagai Ahli Dewan.

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Nampak cemas. Saya tanya ada masalah kah?

[Pembesar suara dimatikan]

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi tadi sebelah sini bukan sahaja sebut parti, sebut nama pun, kan? Silakan Yang Berhormat Baling.

[Tepuk]

final • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tadi tidak ada bantahan.

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Jangan cemas Yang Berhormat Rasah, jangan cemas. Takut apa undang-undang.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Seminit, seminit.

final • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tuan Yang di-Pertua, tadi tidak ada bantahan.

Mengapa mereka tidak mahu buat bantahan?

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Tolong seminit.

final • 3:20 PM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Jangan takut kalau tidak buat salah.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

All right, seminit.

final • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Jempol, jangan. Satu hari kau akan kena juga.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Penentangan Sulu di Sabah oleh rakyat Malaysia...

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rasah, tolong. Seminit, seminit.

final • 3:20 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Kalau kita tidak ada Akta SOSMA ini, macam mana kita hendak selesaikan masalah? Jadi kesempatan ini, yang ada pada saya seminit lagi untuk gulung...

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

...Saya ingin untuk rekod, saya minta Akta SOSMA ini dilanjutkan untuk lima tahun, satu. Keduanya, kita memberikan penghargaan yang tertinggi kepada pasukan keselamatan kita, khususnya Polis Diraja Malaysia yang telah menjaga keselamatan negara ini, yang telah banyak menyelamatkan harta, nyawa dan sebagainya yang kita tidak tahu.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort

Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling bolehkah?

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Kita ucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih...

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort

Yang Berhormat Baling, sahabat Yang Berhormat Baling. Sikit sahaja.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

...Dan saya ingin nyatakan...

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort

Sikit sahaja Yang Berhormat Baling.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ya.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort

Saya minta Yang Berhormat Baling juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia yang telah dapat mencari dan menangkap orang-orang yang mungkin boleh menyebabkan masalah daripada segi keselamatan yang dijumpai di Beaufort dalam beberapa bulan yang lalu, yang mereka berada dalam daerah tetapi mereka ini merupakan adalah pengganas daripada luar negara.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ya, masukkan dalam ucapan saya Yang Berhormat Beaufort, silakan. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawa SOSMA ini bukan sahaja sekadar perlu dilanjutkan, malah masa 28 hari tidak cukup. Oleh sebab apa? 18 hari polis hendak siasat. Walaupun seorang IO ada 18 IP pada waktu dan ketika itu...

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tolong habiskan Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

...Dapat kes ini, dia kena bagi keutamaan kepada kes ini. Kalau dahulu tidak ada SOSMA, kebanyakan kes— sebab yang terancang ini mereka susah hendak cari bukti. Dia kena NFA, ‘... kemas’ untuk disimpan ataupun road to Mexico, refer to magistrate. Malah dia kena buat smoke chain untuk pergi tahan orang-orang ini setiap daerah.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, masa sudah tamat.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Jadi, saya nyatakan di sini, masa tidak cukup, kena tambah tetapi pada hari ini, SOSMA ini wajib kita sokong demi kelangsungan keselamatan dan kesejahteraan rakyat yang kita semua sayangi.

final • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri atas peraturan. Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Cukuplah.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Akhir sekali, pesanan...

final • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, peraturan.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Akhir sekali, pesanan saya kepada rakan-rakan...

final • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Peraturan Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Akhir sekali, pesanan saya buat rakan-rakan, kalau takut dilambung ombak, jangan dirikan rumah di tepi pantai. Kalau kita takut hendak kena tangkap, mulut dan pergerakan kita hati-hati.

Insya-Allah, SOSMA tidak akan mendekati kita. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 3:20 PM

Seorang Ahli

Tangkap Yang Berhormat Baling.

final • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri di atas peraturan.

final • 3:30 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan 36 (12), “Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.”

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Buat usul.

final • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Baling berkata tiada bukti mengatakan salah guna SOSMA.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, kita tidak ada masa...

final • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Akan tetapi dia mengelirukan Dewan [Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, bagi notis pemberitahu usul.

final • 3:30 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yalah.

final • 3:30 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat tolong duduk sekejap. Duduk sekejap, saya hendak cakap. Duduk sekejap, saya hendak cakap. Yang Berhormat Kota Melaka kalau usul kerana mengelirukan P.M. 36(12) bagi saya pemberitahu usul, saya akan teliti usul tersebut. Ya.

final • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

P.M. 36(12) lah.

final • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Hujah dia mengelirukan. Sebenarnya Yang Berhormat Petaling Jaya...

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya faham. Yang Berhormat hendak buat usulkan?

Bagi notis usul itu hari ini, saya selesaikan esok. Ada dua lagi tambahan pembahas. Yang Berhormat Puchong, kemudian Yang Berhormat Pontian. Bukan, Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 3:30 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mohon penambahan masa untuk sidang hari ini?

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

So, Yang Berhormat Puchong, silakan.

final • 3:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. Tuan Yang di- Pertua, saya rasa perkara yang paling utama untuk kita faham dalam perkara SOSMA ini adalah bukan sekadar keadaan kalau tidak ada SOSMA, tidak ada undang-undang yang boleh dipakai untuk kita membuat persediaan untuk jenayah yang sedia ada di dalam negara kita.

Maksudnya, undang-undang yang sudah ada melalui kanun keseksaan dan sebaginya mencukupi, tidak perlu untuk kita ada satu undang-undang yang mempunyai kesan draconian seperti SOSMA untuk kita ini memastikan bahawa keselamatan negara kita terjaga.

final • 3:31 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) **mempengerusikan Mesyuarat****] Kita lihat Tuan Yang di-Pertua bahawa kita ada satu peruntukan dalam SOSMA ini yang cukup jelas yang disebut it curtails liberty of this subject, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanyakan dua soalan kepada Yang Berhormat Menteri dalam perkara ini. Pertama, berkenaan dengan tempoh lima tahun yang akan dipanjangkan melalui proses ini.

Soalan saya adakah perlu untuk perintah ataupun apa yang diputuskan dalam Dewan yang mulai ini digazet apabila ia telah pun dilaksanakan? Tuan Yang di-Pertua, saya buat rujukan kepada satu kes yang diputuskan di Mahkamah Tinggi, Shah Alam iaitu kes Subramniam Batumalai. Dalam kes tersebut soal yang berbangkit adalah berkenaan dengan usul yang dibawa di Parlimen untuk memanjangkan tempoh penggunapakaian SOSMA untuk lima tahun. Di situ soal yang hendak dibangkitkan adalah and I read it, whether there is a requirement to gazette the resolution passed by both Houses of Parliament under section 4(11) of the act Tuan Yang di-Pertua.

Kalau kita lihat kepada seksyen yang terpakai Tuan Yang di-Pertua, ia berbunyi seperti berikut dengan izin, ia berkaitan dengan usul ini. “Subseksyen 5 hendaklah disemak setiap lima tahun dan hendaklah terhenti berkuat kuasa melainkan jika apabila semakan dibuat satu ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa peruntukan itu”.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri.

Bukankah benar bahawa pemanjangan ataupun lanjutan lima tahun yang telah pun dibuat sebelum daripada ini dalam tahun 2017 misalnya, ia tidak digazet? Kalau ia tidak digazet soal yang berbangkit adalah sama ada ataupun tidak undang-undang ini sekarang berkuat kuasa. Ini kerana, Tuan Yang di-Pertua, kalau it has not been gazetted, then the earlier extension is not enforced. If the earlier the extension is not enforced, then this Dewan is asked now to extend something that is not enforced. Jadi, saya hendak bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri untuk membuat semakan perkara ini. I give you the citation again, Subramaniam Batumalai lawan Ketua Polis Negara. Itu satu perkara.

Kedua Tuan Yang di-Pertua yang ingin saya bangkitkan adalah berkenaan dengan peruntukan yang merujuk kepada jamin di bawah akta ini. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada perbicaraan atau Bahagian V dalam undang-undang SOSMA khususnya seksyen 13. Dinyatakan seperti berikut, “Jaminan tidak boleh diberikan kepada seseorang yang dituduh atas satu kesalahan keselamatan”. Kemudian subseksyen 2 menyatakan “walaupun apa-apa subseksyen 1, seseorang yang berumur di bawah 18 tahun seorang perempuan atau yang sakit, atau seorang yang uzur yang dipertuduh atas satu kesalahan keselamatan, yang disebut di situ boleh diberikan jamin sekiranya disokong oleh pendakwa raya atas syarat-syarat tertentu”.

Tuan Yang di-Pertua, kita ada satu keputusan daripada Mahkamah Persekutuan dan ini adalah di dalam kes Ko Chin Wah. Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu salinan perintah saya akan kemukakan kepada Tuan Yang di-Pertua selepas perbahasan ini yang diputuskan oleh Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Yang Arif Tan Sri Rohana binti Yusof, Presiden Mahkamah Rayuan, dan juga Yang Arif Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Persekutuan. Dalam kes itu ada satu permohonan dibuat untuk jaminan dalam kes SOSMA. Soal yang berbangkit dalam kes itu adalah sama ada ataupun tidak peruntukan di bawah CPC terpakai kerana SOSMA ini it’s a specific legislation but we also have the CPC. Kalau CPC, kita lihat seksyen 388 membenarkan jamin untuk kesalahan di dalam Jadual. Tuan Yang di-Pertua in the Jadual seksyen 130V SOSMA Penal Code iaitu kesalahan SOSMA juga disenaraikan.

Jadi kita ada dua undang-undang yang terpakai. So, soalannya undang-undang mana yang terpakai? Tuan Yang di-Pertua, Mahkamah Persekutuan dalam kes yang saya sebut tadi Ko Chin Wah lawan Pendakwa Raya membuat keputusan seperti berikut dan saya baca, “Setelah mendengar permohonan pemohon di bawah seksyen 388(1) Kanun Prosedur Jenayah yang mana permohonan untuk dilepaskan jaminan kemudian dibuat

final • 3:31 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

perintah sedemikian bahawa permohonan pemohon untuk dilepaskan atas jaminan mahkamah adalah dibenarkan”. Jadi cukup jelas Mahkamah Persekutuan mengambil pendekatan bahawa untuk kes SOSMA, seksyen 388 Kanun Acara Jenayah juga terpakai.

Akan tetapi, soal dia adalah sama ada ia begitu? Ini kerana, kita lihat di Mahkamah Tinggi sekarang, keputusannya berlainan. Mereka kata kalau ada specific act, maka the specific acts applies.

So, saya hendak minta di sini – kerana soal jamin itu sangat penting. We need to understand. Tiada masalah sekiranya seseorang itu melakukan kesalahan disiasat dibawa dituduh di mahkamah dan sebagainya. Akan tetapi dalam SOSMA kita ini tidak diberikan jamin, kemudian kalau menang kespun Yang Berhormat Menteri, sementara menunggu rayuan pun tidak ada jaminan. It’s very harsh.

Kalau kita melihat kepada keadaan – kalau tidak ada bukti, tidak akan kita hendak tahan seseorang itu tanpa jaminan walaupun kita menantikan rayuan? Yang Berhormat Menteri, dalam kes-kes sebegini, kita lihat kebiasaannya because it involves a gang or a group of person. Jadi ramai yang dipertuduhkan sekali. Oleh sebab ramai dipertuduhkan sekali, saya rasa Tuan Yang di-Pertua pun ada pengalaman, when there are so many accused, it takes time. Jadi dalam kes-kes sedemikian, soal dia kita ini tahan bawa ke Mahkamah Majistret, pindah ke Mahkamah Tinggi it takes maybe a year.

Kemudian diberitahu tidak ada bukti dan ke situ kemudian dipecahkan seksyen atau dipinda pertuduhan dan sebaginya. The question is, do we have the application of section 388 of the Criminal Procedure Code? Ini satu perkara yang cukup penting. So, saya minta Yang Berhormat Menteri, please look at the gazetting point, kerana kalau ianya perlu digazet, maka dalam tahun 2017, apabila Dewan ini meluluskan usul sebegini untuk lima tahun tidak digazetkan. Maka, itu adalah masalah kerana kalau tidak digazetkan kita sekarang tidak boleh meluluskan sesuatu yang tidak digazetkan pada 2017. Itu satu perkara.

Kedua, hal berkenaan dengan jamin. Please look into it. CPC clearly includes 130V. Soal yang saya bangkitkan adakah itu bermaksud bahawa kita boleh mohon untuk jamin bawah Kanun Acara Jenayah dan ini adalah selari dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Ko Chin Wah. So, saya minta sedikit pencerahan daripada...

final • 3:31 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat, one minute dan gulung.

final • 3:31 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

I’m finished Tuan Yang di-Pertua. Saya sudah habis dengan hujahan saya. Saya minta agar pencerahan diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:31 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Cukuplah. Faham sudah itu, ulang-ulang.

final • 3:31 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 3:31 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ini bekas banduan. Bekas banduan ISA. Ya, I know, listen to me first. Yang you orang takut sangat fasal apa?

final • 3:39 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:39 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

This is a lot of imaginary fear. Then you created all kind of rumors, all kind of stories to make people scared of this, scared of that. One day we’ll catch you, then you know.

final • 3:39 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, kita perlu instrumen, perlu ada undang-undang untuk menjaga keselamatan dalam negara kita ini. You can guarantee kah di luar sana semua

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

berkelakuan baik? Can you guarantee? Cakap banyak. Nobody can guarantee, all kinds of things are happening there. Kita hendak menjaga keselamatan dan kestabilan negara kita.

final • 3:40 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Isu guarantee tidak timbul langsung.

final • 3:40 PM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Pihak kerajaan – You diamlah. Pihak kerajaan, pihak PDRM perlu ada assurance, undang-undang yang boleh diguna pakai untuk menjaga keselamatan dalam negara kita ini. It’s for your own sake.

Kalau you tak selamat, what can you do? Ini untuk keselamatan kita semua.

final • 3:40 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Hujah ini macam tak...

final • 3:40 PM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

PDRM is looking after the security kita semua.

final • 3:40 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Hujah macam tak...

final • 3:40 PM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Nanti bila berlaku pada diri sendiri, baru tahu.

final • 3:40 PM

Seorang Ahli

Apa?

final • 3:40 PM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Apa? Saya tahulah.

You mana ada merasa. Tanya ISA ini macam mana, you masuklah dulu. Berani?

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan terutamanya PDRM yang begitu bertanggungjawab sekali untuk menjaga keselamatan dan kestabilan negara kita ini. Ini soal Akta SOSMA ini, yang kita takut abuse, that’s about all. We need it but we don’t want it to be abused. That’s all dan kita tidak boleh prejudis mengatakan semua akan di abused. ISA dulu pun orang kata *abuse. When I was inside, no abuse at all.

[Ketawa] [Tepuk] I was okay.*

final • 3:40 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara

Because you deserved to be inside.

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Apa dia? You deserve to be inside! Mana ini, Yang Berhormat Tony Pua ini from where? Damansara? You also must try one time to be inside, baru you tahu. Cakap berani sangat, pandai sangat, nanti we catch you one day, baru tahu.

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Pasir Salak, boleh-boleh?

final • 3:40 PM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Wait, I’ll become the Home Minister.

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Pasir Salak, boleh celah?

final • 3:40 PM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

I will monitor.

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

You can’t even be the ambassador lah.

final • 3:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Intimidation ini.

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Jelutong, as a joke lah, don’t take it seriously. Apa, you no class at all.

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Pasir Salak, *you cannot become a Minister because you can’t become an ambassador also.

You got no class.

[Ketawa]*

final • 3:40 PM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak apalah. I was just joking.

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Pasir Salak.

Kalau ISA bagus, kenapa dibatalkan?

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

You are no class, you are low class.

final • 3:40 PM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Diamlah Yang Berhormat Jelutong, nanti aku tanya putih yang kepala itu apa? Cakap banyak, melompat.

Hendak tunjuk alim konon. I was told...

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Pakai songkok tegak-tegak baru cakaplah, sibuk saja.

final • 3:40 PM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Okey tak mahulah cakap benda itu. Come back to the ini.

final • 3:40 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Sebentar Yang Berhormat. Saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Dewan, Peraturan 41(e), Ahli bercakap, Ahli lain tolong diam ya. I’m serious about it. Sila.

final • 3:40 PM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dengar sajalah, telinga itu kena teballah sikit.

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, dia tak bercakap Tuan Yang di-Pertua, dia mengarut itu. Dia membebel apa tak tahulah, tak faham.

final • 3:40 PM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

You diamlah Yang Berhormat Sepang. Nanti Yang Berhormat Sepang pun kena sepang baru tahu.

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Hoi apalah, tidak ada standard langsunglah.

final • 3:40 PM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak ada standard but I’m still here.

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kalau macam ini kan, dekat hutan banyak jumpalah. Sorry-lah, tidak ada standardlah.

final • 3:40 PM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak ada standard, tidak ada standard, I’m still here.

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tidak ada standardlah you.

Diamlah, duduklah. Tidak ada standard duduklah.

final • 3:40 PM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Alah, ingat you terer sangat. Lawyer you tidak lakulah.

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sudahlah, tidak ada standardlah.

final • 3:40 PM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasihlah, tahniah kepada PDRM.

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Buang masa saja. Patutlah orang tidak lantik sebagai duta, malukan negara.

[Ketawa] [Tepuk]

final • 3:40 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Tolong habis.

final • 3:40 PM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tell you lah. Jadi apa?

Jadi pencuci tandas bolehlah.

final • 3:40 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, ambil maklum decorum. Saya ingin remind, we are live telecast dengan izin so let us behave in decorum. Okey, Yang Berhormat Sepang. Okey selanjutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Pontian. Tidak ada? Jika tidak ada, sedemikian kalau mengikut senarai – okey. Jika tidak ada saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

final • 3:40 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dalam perbahasan usul yang saya bawa ini. Saya tahu bahawa usul ini boleh menjadi satu usul yang hangat dibicarakan dalam Dewan ini. Akan tetapi atas sifat untuk menentukan undang-undang ini harus diberikan peluang sekali lagi bagi menentukan keselamatan dalam negara, maka Akta Keselamatan ini harus kita sama- sama terima dengan baik. Walaupun ada kekhilafan dari segi prosedur-prosedur yang tertentu yang banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Dewan pada petang ini.

Saya percaya bahawa bila kita bercakap tentang apakah ahli-ahli politik yang ditangkap itu adalah sesuatu yang disalahgunakan melalui akta ini, mungkin ada kekhilafan dari segi persepsi terhadap sesuatu perkara yang telah pun dilakukan. Ini sebab kalau kita lihat dari segi akta itu sendiri di bawah subseksyen 4(3), dinyatakan dengan jelas sekali bahawa tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politik atau aktiviti politiknya. Maka tidak timbul tentang isu politik yang disalahgunakan oleh PDRM.

Pada hemat saya, saya tidak percaya bahawa PDRM ini juga berpolitik dalam hendak melakukan atau mengambil tindakan undang-undang. Maka sebab itu, kalaupun dibangkitkan bahawa isu ini adalah isu politik, saya mohon supaya ia tidak benar dan saya mohon PDRM sepatutnya boleh menjelaskan dengan sebaik mungkin bahawa tidak ada isu politik di sebalik apa tindakan yang telah pun diambil oleh pihak polis.

final • 3:45 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:45 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Yang penting kepada kita adalah peruntukan subseksyen...

final • 3:45 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:45 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Subseksyen 4(5) Akta perlu dilanjutkan. Itu penting kerana seperti yang saya jelaskan dalam ucapan awal tadi bahawa 28 hari ini harus dikekalkan untuk memberi ruang masa yang cukup kepada pihak polis. Itu yang amat penting kerana Akta 747 ini memerlukan lebih ketelitian kerana banyak masalah ataupun jenayah yang dilakukan melalui akta ini adalah sesuatu yang begitu kompleks seperti kesalahan yang melibatkan terrorism. Ia memerlukan sesuatu ketelitian yang memerlukan polis masa yang lebih bagi menentukan siasatan itu dapat dilakukan dengan sebaik mungkin.

final • 3:45 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:45 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Walau bagaimanapun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun membangkitkan, 20 orang semuanya.

final • 3:45 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Menteri, boleh dapatkan penjelasan?

final • 3:45 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Ya, Yang Berhormat Jelutong.

final • 3:45 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma ingin menegaskan bahawa bukanlah pendirian kami bahawa PDRM yang menyalahgunakan kuasa. Saya perlu memberitahu.

Pertama, ada pegawai-pegawai PDRM yang telah memberitahu kami bahawa mereka tidak ada pilihan kerana ada arahan daripada Menteri-menteri di atas.

final • 3:45 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Itu adalah betul. Salah guna kuasa oleh Menteri, siapa-siapa pun.

final • 3:45 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jadi jangan gunakan alasan bahawa kita menyalahkan PDRM, kita tidak pernah mempersoalkan kewibawaan PDRM. Cumanya Menteri-menteri yang mengambil tugas sebagai Menteri Dalam Negeri akan menggunakan kedudukan mereka untuk memaksa pihak PDRM menangkap. Itu

final • 3:45 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

adalah pendekatan kami. So, kami tidak pernah menyalahkan PDRM. Bukanlah pendirian kami bahawa PDRM yang menyalahgunakan kuasa tetapi the government of the day, Menteri berkenaan memang akan menyalahgunakan kuasa ini.

final • 3:45 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Seperti yang telah saya nyatakan tadi, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang Wen Chieh yang ditangkap di bawah SOSMA, siapa memberi arahan ketika itu? Jangan salahkan PDRM. Pegawai-pegawai PDRM memberitahu kami, *“Tuan, kami hanya menjalankan tugas, pressure from top. Kami terpaksa melakukan tangkapan”.

So*, ini adalah pendekatan kami. Janganlah, tolong jangan memberi persepsi bahawa kita, we are against PDRM, kita mempersoalkan PDRM dan sebagainya. Kita menyokong PDRM.

[Tepuk] Kita menyokong PDRM untuk membanteras jenayah habis-habisan.

Cuma, akta ini yang boleh disalahgunakan. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya jadi Menteri Dalam Negeri ini sudah dua tahun. Saya tidak pernah pun mengarahkan polis untuk mengambil tindakan SOSMA.

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, tetapi Yang Berhormat Pagoh pernah menggunakannya.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Ya?

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Pagoh pernah menyalahgunakannya.

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

Itu nak fitnah itu.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Itu saya tidak tahu. Mungkin ada alasan-alasan yang tertentu.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, boleh, boleh mencelah?

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Pekan ada menyalahgunakannya.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Menteri, itulah perkara yang kita...

final • 3:50 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat Sepang duduk dahulu, Yang Berhormat Beruas.

final • 3:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pihak Yang Berhormat Menteri, tadi apa Yang Berhormat Jelutong nyatakan itu memang benar. Kita ini kalau luluskan undang-undang, kalaupun Yang Berhormat Menteri sekarang ini orang baik, undang-undang ini akan berlanjutan untuk lima tahun yang akan datang. Kita takut lima tahun yang akan datang ini mungkin ada Yang Berhormat Menteri yang akan salah gunakan undang-undang ini atas political consideration. Oleh sebab itu, we are a nation of rule of law. Kalau undang-undang itu sudah ada, kuasa diberikan kepada Yang Berhormat Menteri, Menteri itu boleh salah gunakan.

Jadi kalau ada kemungkinan kuasa disalahgunakan, kita jangan berikan kuasa tersebut kepada Menteri Dalam Negeri. Kita ada undang-undang yang biasa di mana terdapat we called, ‘ProseMirror’ check yang di mana kita pastikan kuasa itu tidak disalahgunakan.

Harap...

final • 3:50 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Okey.

final • 3:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Janganlah melanjutkan undang-undang ini.

Terima kasih.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Yang Berhormat Beruas kerana mengatakan bahawa Menteri Dalam Negeri sekarang ini baik. Itu okeylah itu.

[Ketawa] Itu saya ucap terima kasihlah.

Akan tetapi saya hendak jelaskan, sama ada Menteri yang sekarang ini baik atau masa depan, yang pentingnya undang-undang. Undang-undang yang ada di hadapan kita ini adalah sesuatu undang-undang yang diperlukan. Ia amat diperlukan. Betul, persoalannya apakah boleh disalahgunakan. Kalau kita hendak kata disalah guna ini, bukan hanya undang-undang SOSMA, semua undang-undang yang ada dalam negara ini boleh disalahgunakan.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, boleh Yang Berhormat Menteri?

final • 3:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun] .

final • 3:50 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Jadi, jangan persoalkan tentang salah guna oleh Menteri-menteri. Sebenarnya - duduklah Yang Berhormat Beruas. Bila you cakap tadi saya tidak tegur pun. Duduk dahulu, duduk dahulu.

final • 3:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Menteri. Betul, maksud saya tadi undang-undang lain ada check and balance, mesti bawa kepada Majistret. Majistret yang buat keputusan.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Beruas.

final • 3:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Ini undang-undang Menteri buat segala keputusan, itu yang kita bantah.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Yang Berhormat Beruas.

final • 3:50 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Beruas, the floor is on the Minister. Kalau dibenarkan, baru bercakap.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, minta Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Menteri, mic.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Mula-mula saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Beruas tadi, tetapi sudah mula hendak geram.

final • 3:50 PM

[Dewan ketawa]

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Saya tidak habis lagi sudah hendak bangkang, hendak berbahas, bukan. Saya hendak jelaskan bahawa yang penting kepada kita adalah sesuatu undang-undang yang boleh digunakan untuk keselamatan dalam negara kita. Itu yang harus kita bincang.

Ramai orang kata mengapa tidak guna undang-undang yang lain, yang sedia ada, CPC apa semua, betul. Akan tetapi saya juga sudah jelaskan, jenayah yang special offences yang ada dalam akta ini adalah jenayah-jenayah yang begitu kompleks yang memerlukan siasatan yang lebih teliti, mendalam. Oleh sebab itu, kita perlukan masa. Itu sahaja bezanya dengan CPC.

final • 3:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

[Bangun] .

final • 3:50 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Oleh sebab itu kita kena faham bahawa banyak negara lain contoh Singapura, ISA masih lagi ada. Kalau kita hendak ikut Indonesia, tadi ada seorang daripada Ahli Dewan Rakyat, dia membangkitkan bahawa Indonesia tidak ada. Betullah tidak ada, tetapi cuba kita lihat daripada undang-undang yang dia ada. CPC mereka sendiri, dia boleh tangkapan itu ditangkap 24 jam, kemudian dia boleh tahanan itu diberi tambahan 20 hari lagi oleh KAPOLRES ataupun OCPD kitalah.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Itu boleh dilakukan oleh mereka, terus 20 hari. Kemudian dibawa pula kalau tidak puas hati, 40 hari lagi dibawa kepada DPT dia. Ini bolehlah, tetapi kita tidak ada macam itu.

final • 3:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Minta laluan.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Apa yang ada kepada kita adalah undang- undang yang khusus, khas untuk ini sahaja untuk keselamatan..

final • 3:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Yang Berhormat Menteri, minta laluan Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, saya dari tadi.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Oleh sebab itu jangan - nantilah dahulu Yang Berhormat Sepang. I know you are...

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Cepatlah, lambat sangat jawab.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Cepat buat apa.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Ketawa] .

final • 3:50 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Boleh tunggu, tunggu. Kalau tidak boleh tunggu, keluar, tidak apa.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Baik.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Jadi Yang Berhormat Beruas, argument hari ini adalah sama ada kita hendak salah gunakan kuasa itu. Itu persepsi. Saya hendak maklumkan, itu persepsi. Dahulu PH, siapa Menteri Dalam Negeri? PH juga. Jadi tidak timbul. Saya ketika itu pembangkang, boleh kata, PH salah guna, boleh. Akan tetapi kita tidak kata pun salah guna. Apa yang penting kepada kita adalah keselamatan negara.

Dibuat oleh siapa pun tidak apa, asalkan kita menjaga keselamatan dalam negara. Ya Yang Berhormat Sepang.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Menteri, with due respect, you miss the point. Pertamanya macam saya katakan, Menteri cakap tadi aspek baru tangkapan sahaja. Sebenarnya Yang Berhormat Menteri, kalau Yang Berhormat Menteri lihat from the whole akta itu Tuan Yang di-Pertua, the law itself inherently evil from the get-go orang kata. Daripada mula-mula lagi sudah memang evil. Dia Yang Berhormat Menteri, bukan isu dia salah guna bagi saya. Salah guna itu kalau undang-undang itu terlalu baik. Masalah undang-undang SOSMA ini daripada mula sudah tidak baik sudah. Saya rasa Yang Berhormat Menteri tidak baca undang-undang ini secara detail. Cuba tengok seksyen 30 sebagai contoh. Tengok banyak seksyen, contohnya boleh ketepikan akta keterangan dan sebagainya.

Yang Berhormat Menteri, kalau Yang Berhormat Menteri faham undang-undang ini, kalau Yang Berhormat Menteri adalah seorang jiwa raga Yang Berhormat Menteri ini bersih, Yang Berhormat Menteri tidak akan terima benda kotor macam ini. Tadi kata Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Beruas puji, dia bukan puji, dia sindir. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri jenis tidak faham, susah. Terima kasih.

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Inilah jenis wakil rakyat yang ada. Angkuh, sombong, konon-konon dia lebih bijak daripada semua orang.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Setuju, setuju, setuju.

Sombong tidak habis-habis.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Saya, pada saya, saya benarkan Yang Berhormat Sepang bercakap, juga kena sindir. Tidak, saya tidak sindir pun. Saya cuma beri peluang untuk penjelasan. Akan tetapi kalau beginilah caranya wakil rakyat di sebelah sana, rakyat melihat bahawa mereka adalah satu kumpulan - bukan merekalah, bahawa Yang Berhormat Sepang adalah seorang wakil rakyat yang hanya angkuh, ego, konon- konon dia lebih bijak daripada semua orang yang ada dalam Dewan ini. Padahal...

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kita debate hendak, kita debate RTM. Live, boleh? Boleh debate live dekat TV boleh?

final • 3:50 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Boleh, boleh, boleh.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

I cabar you.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Boleh, boleh, boleh.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cabar dengan Yang Berhormat, kita ber-debate… [Pembesar suara dimatikan]

final • 3:50 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Dewan, we go back to what we are now. Kita punya discussion, kita punya usul. Do not divert to the others.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Menteri, Baling boleh bagi sedikit Yang Berhormat Menteri?

final • 3:50 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Setiawangsa.

final • 3:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun] .

final • 3:50 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekejap, sekejap Yang Berhormat Puchong, sekejap. Jadi saya pernah bersama dalam Dewan ini, ketika itu saya Menteri lain and Yang Berhormat Sepang ketika itu juga adalah pembangkang, kita debate macam ini, akhirnya jatuh. Saya tidak mahu perkara-perkara seperti itu berlaku. Kita kena ingat semula bahawa apa yang kita buat ini adalah sesuatu kebaikan. Kita buat ini kebaikan. Bukan saya hendak katakan semua yang ada dalam ini patut - saya hendak maklumkan, diluluskan kenapa? Ketika itu ramai wakil rakyat pembangkang juga tahun 2012 dan diluluskan juga, menunjukkan bahawa keperluan. Jadi apa yang berlaku kita perlu review, okey. We understand that. Tadi Yang Berhormat Puchong ada minta*, “Menteri, why not kita tengok semula.

Ada perkara-perkara dalam itu yang patut kita review”. I think* inilah sesuatu yang kita bertanggungjawab. Kita sama-sama bertanggungjawab. Betul, tetapi yang waktu ini yang saya minta adalah untuk berikan masa lima tahun itu supaya akhirnya kita *review.

Otherwise*, undang-undang ini sudah tidak ada. Oleh sebab itu saya minta kita lulus and at the same time kalaulah sesiapapun jadi Menteri selepas ini, we review perkara-perkara yang kita rasa tidak perlu.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

It is nothing wrong sebab kita adalah merupakan kumpulan atau golongan yang percaya-mempercayai untuk kepentingan negara. Oleh sebab itu, saya mahu kalau boleh semua menerima ini atas sifat untuk mempertahankan keselamatan dalam negara.

final • 4:00 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Minta laluan? Setiawangsa.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang Berhormat Baling dahulu.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Rakyat di luar sana sedang meneliti perbahasan kita. Antara perkara yang mereka hendak dengar daripada Yang Berhormat Menteri adakah selain daripada jenayah terancang, pemerdagangan manusia, terrorist semua ini, adakah perkara judi online dan scammer yang menjadi-jadi pada hari ini boleh kita masukkan ke dalam Akta SOSMA?

Kalau ini boleh rakyat di luar sana akan berterima kasih kepada kerajaan khususnya kepada Yang Berhormat Menteri KDN sebab ini satu perkara yang amat ketara dan mustahak untuk dibendung oleh pihak polis kerana mereka melakukan kerja-kerja ini

final • 4:00 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

tanpa – no trails at all sir. Jadi, SOSMA inilah sahaja yang boleh mengajar mereka yang buat judi online dengan scammer ini. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Tahniah kepada Yang Berhormat Baling yang faham. Yang Berhormat Sepang tadi tidak berapa faham. Oleh sebab itu kadangkala apabila kita campur adukkan pemikiran kita akhirnya kita hanya tuju kepada satu bab semata-mata. Bab yang paling penting kepada kita adalah keselamatan keseluruhannya.

Bukan hanya isu politik.

Oleh sebab itu saya ucap terima kasih kerana Yang Berhormat Baling memahaminya. Memang kita perlukan ini terutamanya apabila banyak sindiket-sindiket yang boleh mengganggu gugat akan keselamatan. Keselamatan ini bukan hanya setakat terrorism, tetapi juga banyak lagi keganasan-keganasan yang boleh menyebabkan perasaan tidak tenteramnya rakyat dalam negara. Oleh sebab itu saya tadi saya dengar apa yang Yang Berhormat Puchong cakap. Saya kata ya – you make sense kerana ada perkara dalam itu yang boleh kita lihat semua. Review, saya minta Yang Berhormat Puchong tadi.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dua perkara ingin saya bangkitkan. Satu Yang Berhormat Menteri tadi sebut bahawa sekiranya usul ini tidak diluluskan hari ini maka undang-undang ini tidak ada. Yang Berhormat Menteri P.M. 4(11) itu berkaitan dengan usul untuk lanjutkan P.M. 4(5) sahaja. Not the whole act. Ia khusus kepada 28 hari.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Betul.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Jadi kalau tidak diluluskan hari ini...

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Akta itu ada.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya akta itu masih ada...

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Prosedurnya tidak ada.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Hanya seksyen itu, 28 hari sahaja. Isu yang berbangkit yang kedua Yang Berhormat Menteri saya dengan apa yang Yang Berhormat Menteri sebut – I think you understand the issue...

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Yes.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Akan tetapi kita kena lihat daripada sudut yang berlainan. Yang Berhormat Menteri kata bahawa tidak ada kes-kes ada laporan disalah guna kuasa dan sebagainya. We are coming from that angle. Akan tetapi, biarkan saya bawa ia daripada sudut yang lain. Yang Berhormat Menteri kalau 28 hari seseorang ditahan tidak ada peluang dibawa ke hadapan Majistret di mana beliau boleh buat aduan bahawa ada salah guna kuasa dan sebagainya. Kemudian selepas 28 hari beliau terus ditahan tidak ada jamin. Kes dia bangkit setahun selepas daripada itu...

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

I know.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

So kita ini melihat daripada sudut itu. And that is why the question is sama ada kita boleh cuba cari satu mekanisme yang ada peluang untuk seseorang yang ditahan itu di bawa ke hadapan Majistret atau pihak yang bukan polis atau pihak yang bebas yang boleh dibawa aduan sama ada salah guna kuasa, silap pakai seksyen atau at least there is a forum. Jadi di situ saya minta supaya kerajaan dapat lihat – can we find that mechanism so that mungkin dalam 14 hari bawa ke Majistret untuk tahan dilanjutkan dan sebagainya. That is the aspect that I’m looking at. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Ini yang saya kata. Kalau kita bincang seperti ini bukan tidak boleh. Saya bersetuju untuk kita lakukan sesuatu perbincangan yang baik. Tidak payah tuduh melulu. Betul apabila saya dengar tadi saya kata ya, it is only fair for everyone to have specific dates. Selepas itu dia patut ada peguam dia untuk membantu beliau sebagai contoh. Akan tetapi berapa waktunya? Waktunya masa bila?

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Ini adalah sebab kes yang ada bukan hanya setakat dalam negara. Ia begitu complex. Kadang-kadang kes itu melibatkan ramai kumpulan yang besar – sindiket- sindiket yang begitu besar sehinggakan 14 hari tidak cukup untuk kita membenarkan peguam masuk. That is also something yang kita perlukan undang-undang ini. Oleh sebab itu, saya tengok di mana letaknya supaya kita ada fairness untuk semua kumpulan yang ini atau offence yang ini diberikan 14 hari. Offence yang ini mungkin naik lagi. Itu harus difikirkan dalam masa kita memberi penambahbaikan kepada SOSMA. Akan tetapi buat waktu ini...

final • 4:00 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Yang Berhormat Menteri Sungai Buloh?

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

...yang penting yang saya bawa adalah yang saya katakan tadi. Bukan akta itu ada, tetapi prosedurnya nanti. Oleh kerana seksyen itu tidak ada, maka prosedurnya sudah hilang daripada apa yang patut diadakan – yang mesti digunakan oleh PDRM. Oleh sebab itu saya bersetuju dengan Yang Berhormat Puchong.

Ada masanya untuk kita bincang dengan lebih lanjut.

Buat hari ini saya minta kalau boleh kita berikan PDRM waktu yang mengikut seksyen yang kita minta ini tetapi selepas itu tidak salah untuk kita review sama ada kerajaan ini atau kerajaan pada masa depan. Akan tetapi yang pentingnya review yang dilakukan itu adalah sesuatu yang lebih menyeluruh (comprehensive). Not only that section tetapi juga seksyen-seksyen lain yang saya rasa boleh diperbetulkan supaya tidak ada salah guna dalam menjalankan tugas tersebut.

final • 4:00 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Yang Berhormat Menteri terima kasih.

Saya sambung poin yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong tadi. Cadangan berkaitan dengan akses kepada mahkamah. Cadangan saya kepada Yang Berhormat Menteri dan untuk Dewan ini ialah kita jangan lanjutkan masa untuk seksyen 4(5). Apa impaknya ialah kita akan rujuk balik – bukan akta tidak boleh pakai seperti yang disahkan Yang Berhormat Menteri. Akta itu masih ada. Hanya seksyen 4(5) yang masih tidak ada.

Akan tetapi kita boleh fall back dengan izin kepada peruntukan Kanun Acara Jenayah di mana dengan jelas polis boleh memohon untuk 14 hari. Tidak ada isu. Poin yang penting adalah akses kepada mahkamah yang disebutkan tadi Yang Berhormat Puchong itu terjamin. Itu sahaja. Maksudnya, kalau kita tidak lanjutkan seksyen 4(5) pada hari ini, itu tidak bermaksud polis tidak membuat tanggungjawab mereka untuk siasat dan sebagainya. They fall back on the simplicit dengan izin...

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Kita masih...

final • 4:00 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

...14 hari kepada yang sekarang digunakan untuk kesalahan-kesalahan yang sangat serius. Pembunuhan, perompakan dan semua.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

All right. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Saya faham atas permintaan Yang Berhormat Sungai Buloh itu. Bukan saya sudah kata offences tadi saya sudah bagi tahu dengan Yang Berhormat Puchong, bukan offences ini sama dengan semua offences. Tadi Yang Berhormat Baling ada bagi tahu bahawa ada offence yang disalahgunakan di luar negara. Banyak perkara yang memerlukan juga kerjasama di luar negara. Kadang-kadang ini 14 hari pun tidak cukup kerana complex yang ada tadi.

Oleh sebab itu saya rasa dalam jadual yang sekarang ini ada mungkin patut kita berikan sesuatu – Okey, offence ini tidak payah sehingga 28 hari. Itu harus kita lihat semula. Akan tetapi buat masa ini, hanya setakat untuk melanjutkan dahulu. The review will come later. Pada saya, itu lebih mustahak kerana persoalan hari ini apakah ini boleh disalahgunakan? Okey, itu harus dibincangkan bersama. Sekarang ini kita sebagai satu contoh MoU yang ditandatangani oleh kita semua. We can always sit down and think about that. Ini salah satu yang boleh sebab semua – Saya rasa tadi saya yakin bahawa semua wakil rakyat yang ada di sini sayangkan negara, cintakan negara.

Saya minta maaf kalau saya kata tidak sokong itu maknanya tidak sayang kepada negara. Saya minta maaf. Akan tetapi ketika itu apabila saya baca and everyone should

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

– sepatutnya minta maaf Tuan Yang di-Pertua – sepatutnya bahawa kita harus terima kerana ini adalah untuk keselamatan negara. Bukan semata-mata kita buat untuk hendak menangkap kesalahan politik. Tidak. Saya percaya dan yakin but buat masa ini I will never do menggunakan akta ini mencari kesalahan ahli-ahli politik...

final • 4:00 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Minta laluan.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Jangan takut. Itu tidak betul sama sekali. We should not do that. Akan tetapi, sebabnya oleh kerana kadangkala persepsi yang ditimbulkan itu menjadi polemik yang menyebabkan orang persoalkan, menyalahgunakan.

Padahal perkara-perkara yang dilakukan itu – the procedure yang dilakukan itu boleh menyebabkan kesalahan yang lebih besar. Jenayah itu nampak kecil tetapi ia boleh melibatkan masalah yang lebih besar.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Oleh sebab itu kadangkala terpaksa digunakan semata-mata untuk menyelamatkan masalah yang lebih besar.

final • 4:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Minta laluan Yang Berhormat Menteri.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

And all this sepatutnya digariskan secara detail. Inilah masalah kita, apabila kita lakukan sesuatu itu tanpa penggunaan detail ayat- ayat untuk masa depan, bukan hanya setakat lima hingga 10 tahun tetapi 50 tahun daripada sekarang. I think all of us, saya minta maaf sepatutnya kita semua duduk membincangkan tentang isu yang lebih baik untuk kita tentukan keselamatan dalam negara. Ya, silakan Yang Berhormat Setiawangsa.

final • 4:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekali lagi saya tegaskan isu keselamatan kita tidak pertikai. Bila kita bercakap soal salah guna, SOSMA ini dia tidak macam undang-undang lain. The room for abuse is much larger, dengan izin. Misalnya kategori kesalahan-kesalahan. Saya tidak sebut soal politik. Misalnya soal keganasan, pemilikan bahan keganasan, ada banyak kategori. Ada yang milik senjata tetapi juga ada hanya bahan bercetak dan sebagainya.

Jadi ada kes-kes bukan libatkan orang politik, anak keluarga anggota keselamatan di kawasan saya, mereka telah pun ditangkap di bawah SOSMA dan sebagainya dan tidak ada ruang sebagaimana yang kita sedia maklum untuk mereka ikat jamin ataupun bebas sekiranya mereka menang bicara. Jadi ini bagi saya yang kita hendak tekankan bukan hanya soal politik tetapi soal prosedur itu saya harap dapat dijelaskan oleh pihak kerajaan.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Saya telah pun menjawab tadi, sama lebih kurang apa Yang Berhormat Puchong bangkitkan. Saya dah kata, kalaupun kita bincang di sini, saya bukan hendak buat pindaan kepada akta ini, tidak. Pindaan itu harus kita fikirkan bersama. There are so many things dalam akta itu, betul. Akan tetapi buat masa ini saya minta sebab PDRM kata they need this one for the time being and the review can the done later. Itu yang saya maksudkan. Jadi, tidak payahlah timbulkan mengatakan, “Wah ini akan disalahgunakan apa semua...”. Itu adalah persepsi semata-mata.

Walau bagaimanapun, kata Yang Berhormat Setiawangsa ada pernah berlaku.

Okey, kalau pernah berlaku kita tengok, kita siasat why this thing happen. Sebab apa perkara ini boleh berlaku. Jadi sebab itu Yang Berhormat Setiawangsa, saya mohonlah supaya sekali lagilah kalau boleh kita pastikan ini disambung dahulu and the review, pindah pindaan penambahbaikan itu harus kita lakukan kalau kita yakin bahawa perkara ini banyak perkaranya yang patut dibagikan pindaan yang sepatutnya. Silakan Yang Berhormat Puchong.

final • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua izinkan saya. Isu berkaitan isu yang lain yang berkaitan dengan gazet. Adakah Yang Berhormat Menteri dalam kedudukan untuk memberi sedikit pencerahan berkenaan dengan perlu atau tidak untuk usul ini sekiranya diluluskan digazetkan keputusan kita hari ini sebelum ia berkuat kuasa?

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Saya minta supaya Yang Berhormat Puchong tengok semula subseksyen dalam Bahagian II, seksyen 4(11) itu, dalam subseksyen (5), “(11) Subseksyen (5) hendaklah disemak tiap-tiap lima tahun dan hendaklah terhenti berkuat kuasa melainkan jika, apabila semakan dibuat...” Jadi, kita hendak buat semakan. Ia terus dilakukan untuk keselamatan negara.

“...Suatu ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen...”. Maknanya sini setuju, sana pun bersetuju untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa peruntukan itu. Ini tidak langsung mengatakan bahawa setelah diluluskan kita gazet, tidak payah. So, dia dah berjalan. Cuma kalau tidak dilanjutkan itu maksud dia. Jadi, sebab itu saya yakin apa yang kita buat ini benar, betul prosedurnya. Cuma yang kita hendak tadi hanyalah isu itu sahaja iaitu yang kita bawa hari ini untuk semua Ahli-ahli Yang Berhormat faham tentang usul yang telah pun saya bawakan.

final • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Last Yang Berhormat Menteri.

final • 4:10 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Menteri saya setuju kalau kita lihat kepada 4(11) ia begitu nada dia. Akan tetapi in all act of Parliament they do not say has to be gazetted. Ini perkara administrative. So, I think that is something that need to be look into perhaps an opinion from AG Chambers kerana ini jadi hal di dalam penggunaan pakaian undang-undang ini di mahkamah. So, please look into it, if you don’t mind.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Saya bersetuju Yang Berhormat Puchong.

Tadi pun saya dah kata, bila saya tengok ada soalan-soalan ditimbulkan, it comes to my mind, it cross to my mind bahawa— minta maaf Tuan Yang di-Pertua bahawa ada perkara- perkara yang patut diberikan penambahbaikan. Ya, saya bersetuju, saya bersetuju tentang itu. Akan tetapi bila? Lain kali, insya-Allah. Sebab itulah saya mohon supaya Ahli- ahli Yang Berhormat buat masa ini kita sokong untuk keselamatan dalam negara. That’s all. Itu yang diperlukan.

Kalau dalam penggal ini, kalau saya sebagai Menteri Dalam Negeri, percayalah isu politik tidak akan digunakan melalui SOSMA ini. Insya-Allah. None of you. Kalau ada kesalahan-kesalahan digunakan di bawah ini kerana kesalahannya hanya apabila keselamatan dalam ini.

final • 4:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

IGP pun tidak percaya kamu, sudahlah.

final • 4:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Menteri boleh bagi laluan? Satu perkara sahaja.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Bolehlah Yang Berhormat Beruas.

final • 4:10 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Minta laluan.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Yang Berhormat Beruas boleh. Yang Berhormat Sepang cukuplah, dia tidak berapa betul saya ingat.

final • 4:10 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Lumut, Lumut. Lumut minta...

final • 4:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

IGP pun tidak percaya kamu.

Dulu bekas Ketua Polis Negara pun tidak percaya pada kamu. Apalah cakap.

final • 4:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Menteri sudah bersetuju bahawa semakan perlu dibuat kepada SOSMA. Kita masih ada sampai 31 Julai 2022 sebelum Security Offences (Special Measures) 2012 ini overlaps, jadi kita lagi lebih daripada— lebih kurang tiga bulan lebih. Bawalah pindaan ataupun review yang ada. Datang bersama, kemudian kita kalau setuju, kita lanjutkan. Kita masih ada masa, janganlah tanpa pindaan minta kita luluskan, itu tidak— Menteri pun bersetuju dengan

final • 4:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

hujah-hujah yang telah dibuat jadi bawalah pindaan yang perlu, mungkin kita boleh bersetuju. Bawalah.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Saya juga bawa perkara yang sama dan bincang dengan pegawai-pegawai dan juga PDRM. Saya kata mengapa kita tidak bawa the next session. Dia kata ada banyak-banyak perkara kadangkala bila hendak melakukan sesuatu itu kalaulah, ya lah kita mana tahu kadang-kadang session ini banyak perkara- perkara lain yang menyebabkan ini delay sebagai contoh. Jadi sebab itu dia kata, why not kita bawa sekarang dan saya bersetuju untuk bawa sekarang. Pada saya kerana tadilah, semua dah mengaku bahawa kita ini adalah wakil rakyat yang mempertahankan kedaulatan negara.

So, sebab itu saya kata, okey if that’s the case kita bawa juga untuk memastikan bahawa tempoh itu sahaja. You talk about review, it will take some time kita hendak fikir satu persatu. Saya bersetuju untuk kita bincang semula dan kita buat penambahbaikan.

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 4:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ya, terima kasih. Yang Berhormat Menteri, semasa perbahasan saya bagi tahu bahawa Kabinet dulu, Pakatan Harapan kita ada buat review mengenai akta ini. Kenapa review tersebut tidak diambil kira dan tidak dibawa untuk pemindahan dan sebagainya?

Kedua adalah Yang Berhormat seperti Menteri-menteri lain, memberi aku janji bahawa ia tidak akan dipakai— akta-akta ini tidak akan dipakai terhadap ahli politik. Ini aku janji secara lisan sahaja Yang Berhormat Menteri. It won’t be effective. We know, isn’t it? Itu menjadi masalah yang besar Yang Berhormat Menteri. As I said before what goes around, comes around.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Yalah Yang Berhormat, sebab itulah saya kata ini persepsi. Kalau saya hendak argue pun daripada sekarang sampai esok pagi pun, Yang Berhormat tidak bersama dengan saya. Akan tetapi yang pentingnya adalah jelas hari ini, saya dah maklumkan. Tadi pun dalam ucapan saya and just now also I mention lagi, saya sebut lagi bahawa akta ini tidak akan disalahgunakan terhadap ahli-ahli politik.

Ini memang sudah ada ternyata, termaktub dalam akta itu sendiri.

Apa yang dipersoalkan adalah perkara yang lepas. Sekarang ini perkara-perkara yang hendak kita tengok ke hadapan and I assure you itu tidak akan berlaku. Yes, Yang Berhormat Sungai Buloh.

final • 4:10 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Isunya Yang Berhormat Menteri bukan sahaja salah gunaan terhadap ahli politik. Seperti contoh yang diberi oleh Yang Berhormat Setiawangsa ada banyak kes salah guna pada marhaen, orang biasa. Dia ditangkap di bawah akta draconian ini, disimpan berbulan-bulan dan macam-macam berlaku. Ini yang poin saya. Bukan kita cakap berkenaan ahli politik sahaja. Itu poin pertama.

final • 4:10 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Kedua, Yang Berhormat Menteri sekarang timbulkan isu review. Akan tetapi sepatutnya kalau kita ikut semangat MOU kita, perkara ini patut dibawa kepada Jawatankuasa MOU. Saya yakin dan saya tahu— correct me if I’m wrong. Yang Berhormat Menteri sendiri adalah dalam jawatankuasa itu. Sepatutnya dibawa ke sana, kata bincang isu perlanjutan di timbul di sana dan perbincangan review berlaku. Akan tetapi malangnya, kita tidak ada— kita tidak diberikan peluang itu. There was no consultation, nothing. Tiba- tiba baru last minute macam ini dibangkitkan isu review.

Poin yang terakhir ialah apabila kerajaan dahululah, Barisan Nasional buat akta ini pada tahun 2012, seksyen 4(5) sudah diset sebagai sunset clause. Kita ada banyak klausa di akta ini, SOSMA yang memang draconian-lah, yang sudah disebut oleh beberapa rakan. Denial of bill, macam-macam tindakan draconian dalam pembawaan keterangan dan sebagainya. Akan tetapi klausa ini specifically pada masa itu pun di- marked sebagai sunset clause. Maksudnya dilihat sebagai satu yang extraordinary, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Yang special, yang patut di-review.

final • 4:20 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Pada suatu hari, dengan isu sunset clause ini dibatalkan. Jadi, isu itu bukan satu isu baru. Its marked as a sunset clause, peruntukan dengan sunset clause iaitu review dan tidak dilanjutkan. Jadi, inilah bagi kita ialah sesuai, kita tidak dilanjutkan dan kita kembalikan pada sistem CPC dan kita terbuka. Kita duduk bersama membincangkan, review klausa-klausa lain yang kita anggap draconian, denial of bill selepas acquittal dan macam-macam. Kita ada banyak peruntukan yang perlu di-review dan dikaji semula. Inilah cadangan saya bagi kepada Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh.

Kadang-kadang kita ini, apabila kita hendak fikirkan sesuatu, akta ini perlu yang saya kata.

Review itu bukan repeal, ini yang silapnya. Apabila kita kata review itu, macam Yang Berhormat Puchong cakap tadi. Ada penambahbaikan yang perlu ada dalam akta ini. Akta ini perlu. Bukan saya kata ini adalah sesuatu yang sunset, tidak. Ia perlu, tetapi bagaimana hendak memberikan penambahbaikan, that one we should review. Itu yang sebenarnya.

Bukan saya kata saya bersetuju untuk ini dihapuskan. Saya hendak beritahu saya tidak akan sama sekali menghapuskan Akta SOSMA ini yang amat baik bagi keselamatan dalam negara. That is something yang sepatutnya all of us fikir. Ya, ini bukan masa saya.

Mungkin masa depan nanti. Kita perlukan ini.

Sebagai contoh, ISA kita kata draconian tetapi negara yang lebih hebat seperti Singapura masih lagi gunakan itu. Then we talked about CPC. CPC, banyak negara yang menggunakan CPC dengan kaedah prosedur yang lebih ketat, lebih besar daripada apa yang kita ada. Semua itu harus kita fikirkan. Jangan kita hanya, buat masa ini, yang ini kita pakai yang ini sahaja. Tidak betul kerana keselamatan dalam negara is very, very paramount importance to all of us. Oleh sebab itu kita kena yakin bahawa akta yang digunakan ini baik, cuma boleh diberi penambahbaikan. Okey, that one saya bersetuju dengan Yang Berhormat Puchong.

Kalau hendak suruh saya hapuskan, I will never do that.

final • 4:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah?

final • 4:20 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, dari 2012 kita sudah ambil pendirian akta ini tidak perlu. Kesalahan itu lain. Kesalahan bukan dalam akta ini. Kita tahu Tuan Yang di-Pertua, kesalahan-kesalahan macam organised crime, pemerdagangan manusia semua ini, semua ada di Penal Code. Itu tidak dipertikaikan. Itu orang yang melibatkan diri dalam aktiviti macam itu patut disiasat, tangkap kalau ada bukti, didakwa dan dihukum. Itu tidak dipertikaikan. That is not the issue. The issue is kegunaan akta ini di mana ada banyak peruntukan, prosedur yang draconian macam dahulu ‘ESCA’ pada tahun 70-an. Special majors dibantai secara tegas pada masa itu. Di mana kita lihat banyak peruntukan dalam SOSMA ini adalah macam itu.

Itu yang dipertikaikan, sebab itu kita daripada dahulu 2012 kita sudah bantah akta ini.

So, apabila Yang Berhormat Menteri with all due respect, apabila you kata akta ini perlu, itu yang kita pertikaikan. Kita kata— apabila saya sebut Indonesia itu, maksud saya ialah Indonesia membawa seorang yang dituduh sebagai pengganas, diletak di mahkamah dan dibicara dengan prosedur yang adil. Prosedur yang digunakan pada semua jenayah. There is no special provision.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Ya, betul.

final • 4:20 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Ini beza kita. Kita gunakan prosedur, peruntukan yang sangat draconian daripada segi keterangan dan sebagainya untuk membicarakan kes-kes macam dalam kategori kesalahan ini.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Betul...

final • 4:20 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Ini yang kita sudah bantah daripada dahulu.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Saya hendak beritahu dengan Yang Berhormat Sungai Buloh, di Indonesia— saya bersetujulah CPC yang digunakan tetapi

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

you must also—saya minta maaf. Yang Berhormat patut juga mengkaji CPC yang ada di Indonesia dengan comparison yang ada dengan kita. Oleh sebab itu, tidak mencukupi kalau apa yang kita ada hari ini— tunggu dahulu. Apa yang kita ada hari ini adalah semata- mata offences keselamatan ini sahaja yang we push into this Akta SOSMA yang saya telah pun baca tadi. Ia adalah kesalahan di bawah Bab 6, kesalahan-kesalahan terhadap negara, kesalahan-kesalahan di bawah Bab 6A [Akta 574] Kanun Keseksaan, kesalahan- kesalahan berkaitan keganasan, kesalahan di bawah Bab 6B Jenayah Terancang. Ini spesifik sahaja and tidak pun kita ambil kira tentang perkara-perkara lain yang sudah memang ada di bawah CPC.

Oleh sebab itu kadang-kadang jangan hanya merangkum semua itu semata-mata kerana kita merasakan ada kezaliman akan boleh berlaku. Semua perkara adalah membabitkan manusia. Maka apabila membabitkan manusia, ada perkara-perkara yang kadangkala disalahgunakan. Apabila disalahgunakan, maka semua itu tidak menyebabkan akta itu yang salah. Penyalahgunaan itu boleh diambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan. Oleh sebab itu kita kena faham bahawa akta ini perlu.

Pada saya, perlu dan jangan difikirkan tentang bagaimana hendak kita hapuskan, tidak.

Cuma bagaimana untuk kita berikan penambahbaikan.

Sikit lagi saya hendak kata, Yang Berhormat Puchong memberi satu pendapat yang baik kepada saya kerana hendak adakan penambahbaikan. Why not? Itu adalah persoalannya. I think kalau kita semua bersetuju dengan saya, we accept this tetapi biarlah selepas ini SOSMA itu diberikan penambahbaikan. Jangan dihapuskan semata- mata kerana ada persepsi yang mengatakan disalahgunakan, dizalimi dan juga kerana beberapa perkara yang tidak diingini. Pada saya, saya perlu supaya semua Ahli Yang Berhormat menyokong akan usul yang saya bawa ini.

final • 4:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Menteri, Beruas.

final • 4:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Pasir Gudang mencelah Yang Berhormat, izinkan?

final • 4:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kota Melaka.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Yang Berhormat Beruas dahulu.

final • 4:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kota Melaka.

final • 4:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Menteri, semasa ISA Menteri memberi jaminan tidak akan disalahgunakan. Semasa SOSMA...

final • 4:20 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Menteri membenarkan siapa? Yang Berhormat Menteri membenarkan siapa?

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Yang Berhormat Beruas tengah bercakap.

final • 4:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik mohon sikit penjelasan.

final • 4:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Sedikit. Semasa SOSMA dibawa...

final • 4:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Menteri pun memberi jaminan tidak akan disalahgunakan, tetapi daripada perbahasan tadi kita nampak begitu banyak sekali di mana kuasa telah disalahgunakan. Jadi, saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri untuk bawa bersama. After your review, bawa bersama untuk kelulusan kita. Itu saya, jaminan tidak cukup. Kita sudah berkali-kali di Dewan ini telah diberi jaminan tetapi memang sudah banyak berlaku salah guna kuasa. Thank you.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Terima kasihlah Yang Berhormat Beruas, sebab itu jaminan sudah dibuat dan akhirnya kita repeal akta tersebut.

final • 4:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, Sik ada sikit...

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Dan kita lakukan dengan penggunaan akta- akta yang baharu.

final • 4:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Penjelasan.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

I think itu menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa memikirkan apabila berjanji, dia akan lakukan. Cuma kadang-kadang masanya tidak dapat dilakukan dengan secepat mungkin kerana isu-isu yang lain, yang harus difikirkan lebih mendalam. Oleh sebab itu, jangan fikirkan apabila ditangguhkan itu, adalah atas sebab tidak mahu buat, tidak. Ditangguhkan itu kerana mungkin ada perkara-perkara lain yang harus difikirkan bersama.

final • 4:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Ya Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 4:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Selepas ini bagi Sik sikit ya.

final • 4:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, usul kita petang ini kita bahas berkaitan hendak sambung seksyen 4(5).

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Ya.

final • 4:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Lima tahun yang pertama 2012 hingga 2017, satu tempoh. Kemudian 2017, sekarang ini lima tahun lagi. Ertinya 10 tahun.

Ini bermakna Yang Berhormat Menteri, waktu SOSMA ini digubal oleh Parlimen, merujuk perkara seksyen 4(5), ada kebimbangan oleh Parlimen pada waktu bahawa seksyen 4(5) ini setiap lima tahun mesti dikaji sambung. Ertinya, ada kebimbangan iaitu boleh berlaku salah guna kuasa. Jadi, dalam hal ini, telah disebut oleh rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain, wujud kes-kes tertentu, bukan isolated. Berlaku banyak kes.

final • 4:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Jadi begini, Yang Berhormat Menteri. Sudah sepuluh tahun ini, saya mencadangkan― Akta SOSMA ini bukan kita hendak mansuhkan hari ini. Hanya subseksyen 4(5) ini, jangan kita teruskan. Ia tamat pada 31 Julai itu, biarlah ia natural death. Ini kerana kita― saya sokong Yang Berhormat Sungai Buloh tadi iaitu kita ada undang-undang yang lain iaitu Kanun Keseksaan yang orang yang ditahan itu boleh ditahan tetapi kena bawa ke mahkamah, majistret dan sebagainya, reman. Jadi, begitulah pandangan saya. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Yang Berhormat Pasir Gudang, saya hendak ucapkan terima kasih. Akan tetapi, Yang Berhormat Pasir Gudang kena faham. Apabila kita menggunakan CPC, sebagai contoh, kadang-kadang apabila ia involves terlalu ramai kumpulan sindiket dan sebagainya, apabila kita bawa mengikut CPC, kita kena faham chain of evidence. Ini yang menyebabkan apabila kita bawa sahaja, sudah terlepas evidences yang diperlukan sebab mereka sudah tahu apa yang berlaku dan akhirnya segala evidences yang ada itu tidak lagi dapat diperoleh pegawai penyiasat.

Sebab itu kita kena faham keperluan 21 hari itu bukan kerana jenayah yang mudah. Jenayah yang kompleks juga perlu ada. You hanya fikirkan, ah, semua boleh buat― tidak. Ada evidences yang diperlukan dari luar negara. Sebab itu kita hendak supaya masa 28 hari itu mencukupi untuk kita ke luar negara mendapatkan evidence supaya tidak dimusnahkan evidence yang ada. Semua itu diperlukan. Suasana itu sahaja.

You nampak ini hanya jenayah yang mudah. Ada jenayah-jenayah yang lebih kompleks. Hari ini saya tidak boleh hendak kemukakan. Sebenarnya jenayahnya banyak.

Saya sudah cerita fasal apa yang berlaku di Tanduo, Lahad Datu. Itu adalah suatu jenayah yang sebenarnya memerlukan bukan hanya 28 hari tetapi sampai sekarang ini pun masih lagi kita perlukan akta ini.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Sebab itu kita kena fikir bukan hanya sedikit offences yang ada. Jenis-jenis yang diperlukan itu begitu banyak dan begitu kompleks. Yang mudah pun ada. Yang ditimbulkan itu yang mudah, betul. Akan tetapi, yang kompleksnya juga ada. Maka sebab itu, kita sudah lihat bahawa untuk balance-kannya, pada kita 28 hari itu mencukupi dan sebab itulah kita berikan supaya tempoh ini ditambah lagi lima tahun.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, itulah jawapan saya...

final • 4:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri, boleh sedikit?

Kota Melaka.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

...Kepada semua yang telah dibangkitkan.

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 4:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri, boleh tanya sedikit?

final • 4:30 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa Usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini hendaklah dipersetujukan.

final • 4:30 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan]

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun sini.

final • 4:30 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Sila.

final • 4:30 PM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Peraturan Mesyuarat. Berdasarkan kepada prinsip keadilan dan demi mencegah kemungkaran, saya berdiri di bawah Peraturan Mesyuarat 46 minta satu belah bahagian dalam Usul ini. Sekian, terima kasih.

[Lebih 15 orang Ahli bangun minta diadakan belah bahagi]

final • 4:30 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab lebih daripada 15 orang bangun meminta diadakan belah bahagian, maka mengikut Peraturan Mesyuarat 46(4), saya memerintahkan supaya suatu belah bahagian diadakan sekarang. Setiausaha, sila bunyikan loceng selama dua minit.

[Loceng dibunyikan]

final • 4:30 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Seperti petua Tuan Yang di-Pertua sebelum ini, saya tempohkan mesyuarat Dewan selama sepuluh minit.

final • 4:30 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 4.37 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 4.50 petang]

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua.

Saya ingin mengumumkan senarai nama penghitung undi dan pemerhati bagi pengundian belah bahagian iaitu:

• Blok A, Yang Berhormat Kota Bharu. Pemerhati, Yang Berhormat Tanjong Malim.

• Blok B, Yang Berhormat Kepala Batas. Pemerhati, Yang Berhormat Batu Gajah.

• Blok C, Yang Berhormat Hulu Terengganu, diperhatikan oleh Yang Berhormat Kangar.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

• Blok D1, Yang Berhormat Jempol. Pemerhati ialah Yang Berhormat Kuala Langat.

• Blok D2, Yang Berhormat Kluang, diperhatikan oleh Yang Berhormat Sabak Bernam.

• Blok E, Yang Berhormat Lumut. Pemerhati ialah Yang Berhormat Tebrau.

• Blok F, Yang Berhormat Lanang. Pemerhati ialah Yang Berhormat Parit.

• Blok G, Yang Berhormat Pulai. Pemerhati ialah Yang Berhormat Sibuti.

Diminta Ahli-ahli Yang Berhormat yang menjadi penghitung undi dan pemerhati sila ambil tempat masing-masing di hadapan blok Yang Berhormat dan pemerhati bolehlah mengundi dahulu ya.

final • 4:50 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua, pintu-pintu perlu ditutup. Pintu-pintu perlu ditutup sekarang.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Siapa?

final • 4:50 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Patutnya tutup 10 minit dahulu.

final • 4:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Pintu ditutup.

final • 4:50 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Pintu, pintu semua kena kunci.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pintu tutup ya. Tolong pintu tutup.

final • 4:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kunci, kunci.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau semua sudah ..

final • 4:50 PM

Menteri Pembangunan Luar Bandar - Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Tidak payah kuncilah.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, tolong diam. Tolong. Kalau semua penghitung sudah bersedia, serta pemerhati, undian dijalankan sekarang.

final • 4:50 PM

[Dewan berbelah bahagi]

Tuan Yang di-Pertua

[Pengundian dijalankan]

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat semua, ini adalah keputusan undian belah bahagi untuk usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Yang bersetuju 84, yang tidak bersetuju 86.

final • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Tidak hadir 50. Maka usul seperti yang dikemukakan tadi tidak dipersetujui.

final • 5:00 PM

[Dewan riuh]

[Usul tidak disetujukan]

Ahli-Ahli Yang Bersetuju:

  1. YAB. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) 2. YB. Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof (Petrajaya) 3. YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) 4. YB. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Kubang Kerian) 5. YB. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin (Larut) 6. YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi (Kapit) 7. YB. Dato' Takiyuddin bin Hassan (Kota Bharu) 8. YB. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau)

final • 5:00 PM

  1. YB. Datuk Seri Dr. Adham bin Baba (Tenggara) 10. YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed (Jeli) 11. YB. Dato' Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 12. YB. Dato' Sri Hajah Nancy Shukri (Batang Sadong) 13. YB. Tan Sri Noh bin Haji Omar (Tanjong Karang) 14. YB. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim (Arau) 15. YB. Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu (Tambun) 16. YB. Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) 17. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah (Jasin) 18. YB. Dato' Mohd Rashid bin Hasnon (Batu Pahat) 19. YB. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican (Kepala Batas) 20. YB. Dato' Dr. Noraini Ahmad (Parit Sulong) 21. YB. Datuk Seri Rina binti Mohd Harun (Titiwangsa) 22. YB. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad (Mersing) 23. YB. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid (Padang Terap) 24. YB. Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin (Ampang) 25. YB. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique (Kota Tinggi) 26. YB. Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad (Lipis) 27. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib (Maran) 28. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) 29. YB. Datuk Mastura binti Mohd Yazid (Kuala Kangsar) 30. YB. Tuan Muslimin bin Yahaya (Sungai Besar) 31. YB. Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali (Bagan Serai) 32. YB. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Hj. Samsudin (Masjid Tanah) 33. YB. Dato' Rosol bin Wahid (Hulu Terengganu) 34. YB. Tuan Jonathan bin Yasin (Ranau) 35. YB. Dato' Seri Dr. Santhara (Segamat) 36. YB. Datuk Ali bin Biju (Saratok) 37. YB. Datuk Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) 38. YB. Dato' Henry Sum Agong (Lawas) 39. YB. Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit) 40. YB. Dato' Hajah Hanifah Hajar Taib (Mukah) 41. YB. Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah (Limbang) 42. YB. Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) 43. YB. Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary (Pengkalan Chepa) 44. YB. Datuk Haji Awang bin Hashim (Pendang) 45. YB. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu) 46. YB. Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng (Tanjung Piai)

final • 5:00 PM

  1. YB. Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) 48. YB. Dato' Haji Jalaluddin bin Alias (Jelebu) 49. YB. Datuk Mohamad bin Alamin (Kimanis) 50. YB. Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa (Sipitang) 51. YB. Tuan Che Alias bin Hamid (Kemaman) 52. YB. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir (Setiu) 53. YB. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni (Sibuti) 54. YB. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi (Igan) 55. YB. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) 56. YB. Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam (Kuala Langat) 57. YB. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (Padang Rengas) 58. YB. Tuan Sabri bin Azit (Jerai) 59. YB. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Sik) 60. YB. Tuan Ramli Bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) 61. YB. Tuan Yusuf bin Abd Wahab (Tanjong Manis) 62. YB. Tuan Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau) 63. YB. Puan Rubiah binti Wang (Kota Samarahan) 64. YB. Tuan Jugah Ak Muyang @ Tambat (Lubok Antu) 65. YB. Tuan Anyi Ngau (Baram) 66. YB. Dato' Sri Azalina Othman Said (Pengerang) 67. YB. Dato' Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem (Serian) 68. YB. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz (Bachok) 69. YB. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman (Pasir Salak) 70. YB. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub (Machang) 71. YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim (Baling) 72. YB. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli (Dungun) 73. YB. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman (Kuala Krai) 74. YB. Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Haji Mohd Dun

(Beaufort) 75. YB. Datuk Abd. Rahim bin Bakri (Kudat) 76. YB. Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (Hulu Rajang) 77. YB. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh (Sabak Bernam) 78. YB. Dato' Haji Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Jempol) 79. YB. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria (Parit) 80. YB. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi (Tumpat) 81. YB. Datuk Zakaria bin Mohd Edris (Libaran) 82. YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris (Jerantut) 83. YB. Datuk Robert Lawson Chuat (Betong) 84. YB. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang)

final • 5:00 PM
Ahli-Ahli Yang Tidak Bersetuju:

  1. YB. Tuan Kesavan a/l Subramaniam (Sungai Siput) 2. YB. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Jelutong) 3. YB. Puan Wong Shu Qi (Kluang) 4. YB. Puan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) 5. YB. Puan Hajah Natrah Binti Ismail (Sekijang) 6. YB. Puan Rusnah Binti Aluai (Tangga Batu) 7. YB. Tuan Cha Kee Chin (Rasah) 8. YB. Tuan Teh Kok Lim (Taiping) 9. YB. Puan Noorita Binti Sual (Tenom) 10. YB. Datuk Rozman bin Isli (Labuan) 11. YB. Tuan Baru Bian (Selangau) 12. YB. Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir (Jerlun) 13. YB. Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah (Kubang Pasu) 14. YB. Tuan Su Keong Siong (Kampar) 15. YB. Dr. Azman bin Ismail (Kuala Kedah) 16. YB. Tuan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) 17. YB. Tuan Chan Ming Kai (Alor Setar) 18. YB. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh (Bukit Gelugor) 19. YB. Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus (Hulu Langat) 20. YB. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ledang) 21. YB. Puan Kasthuriraani a/p Patto (Batu Kawan) 22. YB. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Setiawangsa) 23. YB. Tuan Wong Kah Woh (Ipoh Timur) 24. YB. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli (Lumut) 25. YB. Tuan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) 26. YB. Tuan Charles Anthony Santiago (Klang) 27. YB. Tuan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) 28. YB. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Segambut) 29. YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor) 30. YB. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Balik Pulau) 31. YB. Tuan Chan Foong Hin (Kota Kinabalu) 32. YB. Puan June Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor) 33. YB. Tuan Wong Hon Wai (Bukit Bendera) 34. YB. Tuan Hassan bin Abdul Karim (Pasir Gudang) 35. YB. Tuan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) 36. YB. Tuan Noor Amin bin Ahmad (Kangar) 37. YB. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom (Tampin) 38. YB. Tuan Wong Tack (Bentong)

final • 5:00 PM

  1. YB. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Farkharudy (Kota Belud) 40. YB. Tuan Mordi anak Bimol (Mas Gading) 41. YB. Tuan Prabakaran a/l M. Parameswaran (Batu) 42. YB. Tuan Pang Hok Liong (Labis) 43. YB. Datuk Wira Haji Mohd Anuar Mohd Tahir (Temerloh) 44. YB. Tuan Wong Ling Biu (Sarikei) 45. YB. Tuan Karupaiya a/l Mutusami (Padang Serai) 46. YB. Tuan Tan Kok Wai (Cheras) 47. YB. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) 48. YB. Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat) 49. YB. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Wangsa Maju) 50. YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) 51. YB. Dr. Lee Boon Chye (Gopeng) 52. YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa (Parit Buntar) 53. YB. Datuk Ignatius Darell Leiking (Penampang) 54. YB. Tuan William Leong Jee Keen (Selayang) 55. YB. Tuan Loke Siew Fook (Seremban) 56. YB. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena) 57. YB. Tuan R. Sivarasa (Sungai Buloh) 58. YB. Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) 59. YB. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kapar) 60. YB. Tuan Ong Kian Ming (Bangi) 61. YB. Tuan Wong Chen (Subang) 62. YB. Puan Yeo Bee Yin (Bakri) 63. YB. Puan Nor Azrina binti Surip (Merbok) 64. YB. Tuan Lim Lip Eng (Kepong) 65. YB. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja) 66. YB. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) 67. YB. Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub (Pulai) 68. YB. Tuan Gobind Singh Deo (Puchong) 69. YB. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (Muar) 70. YB. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 71. YB. Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) 72. YB. Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) 73. YB. Tuan Chong Chieng Jen (Stampin) 74. YB. Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir (Johor Bahru) 75. YB. Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan) 76. YB. Tuan Khalid bin Abd. Samad (Shah Alam) 77. YB. Tuan Tony Pua Kiam Wee (Damansara)

final • 5:00 PM

  1. YB. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (Raub) 79. YB. Datuk Mohd Azis bin Jamman (Sepanggar) 80. YB. Puan Teo Nie Ching (Kulai) 81. YB. Datuk Seri Shamsul Iskandar @Yusre bin Mohd Akin (Hang Tuah Jaya) 82. YB. Dato' Ngeh Koo Ham (Beruas) 83. YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) 84. YB. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin (Sepang) 85. YB. Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Tuaran) 86. YB. Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Batu Gajah)

final • 5:00 PM
Ahli-Ahli Yang Tidak Hadir:

  1. YB. Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak) 2. YB. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (Sembrong) 3. YB. Dato' Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong) 4. YB. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 5. YB. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (Padang Besar) 6. YB. Dato’ Eddin Syazlee bin Shith (Kuala Pilah) 7. YB. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 8. YB. Datuk Seri M. Saravanan (Tapah) 9. YB. Datuk Seri Panglima Dr.Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu) 10. YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa (Ketereh) 11. YB. Dato' Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak) 12. YB. Dato' Mansor Othman (Nibong Tebal) 13. YB. Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh (Pasir Puteh) 14. YB. Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (Keningau) 15. YB. Dato' Sri Hasan bin Arifin (Rompin) 16. YB. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) 17. YB. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya (Tasek Gelugor) 18. YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi (Bagan Datuk) 19. YB. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Pekan) 20. YB. Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang (Marang) 21. YB. Tan Sri Mahiaddin bin Mohd Yassin (Pagoh) 22. YB. Datuk Seri Mohd Redzuan bin Yusof (Alor Gajah) 23. YB. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Putrajaya) 24. YB. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah (Lenggong) 25. YB. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) 26. YB. Dato' Seri Tiong King Sing (Bintulu) 27. YB. Dato' Sri Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan)

final • 5:00 PM

  1. YB. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh (Besut)1 29. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (Pontian) 30. YB. Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim (Batang Lupar) 31. YB. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari (Pasir Mas) 32. YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi (Lahad Datu) 33. YB. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) 34. YB. Tuan Haji Ahmad bin Hassan (Papar) 35. YB. Dato' Masir Kujat (Sri Aman) 36. YB. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Langkawi) 37. YB. Dr. Maszlee bin Malik (Simpang Renggam) 38. YB. Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh (Sri Gading) 39. YB. Datuk Christina Liew Chin Jin (Tawau) 40. YB. Puan Maria Chin binti Abdullah (Petaling Jaya) 41. YB. Tuan Awang Husaini bin Sahari (Putatan) 42. YB. Tuan Ma'mun bin Sulaiman (Kalabakan) 43. YB. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan) 44. YB. Puan Nurul Izzah binti Anwar (Permatang Pauh) 45. YB. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (Port Dickson) 46. YB. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal (Semporna) 47. YB. Tuan Lim Kit Siang (Iskandar Puteri) 48. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail (Kulim Bandar Baharu) 49. YB. Dato' Johari bin Abdul (Sungai Petani) 50. YB. Dr. Michael Teo Yu Keng (Miri)

final • 5:00 PM

Seorang Ahli

Padan muka!

final • 5:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Hidup rakyat! Hidup rakyat! Hidup rakyat!

final • 5:00 PM

Beberapa Ahli

Hidup rakyat! Hidup rakyat! Hidup rakyat!

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Usul Menteri.

final • 5:00 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Menteri letak jawatan, Menteri letak jawatan.

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pemakluman Menteri.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Undi tidak percaya.

[Ketawa] [Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tolong, tolong. Yang Berhormat Timbalan Menteri.

1 Pada hari Khamis, 24 Mac 2022, Tuan Yang di-Pertua memaklumkan bahawa Yang Berhormat Besut hadir pada sesi pengundian, namun berlaku kekhilafan oleh penghitung undi. Dengan menggunakan Peraturan Mesyuarat 100, Tuan Yang di-Pertua meminda keputusan belah bahagian daripada 84 yang bersetuju kepada 85 yang bersetuju.

final • 5:00 PM
USUL
MENANGGUH BACAAN KALI KEDUA DAN KETIGA RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH P.M 62

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon mencadangkan D.R. 9/2022, Rang Undang-undang Perlembagaan

(Pindaan) 2022 seperti dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul pada hari ini ditangguhkan bacaan kali kedua dan ketiga dan dibawa ke Mesyuarat akan datang.”

final • 5:06 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Kita hendak bahas.

final • 5:06 PM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Sebab ini ditangguhkan.

final • 5:06 PM

Tuan Yang di-Pertua

...terima kasih.

final • 5:06 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kenapa ditangguhkan?

Kami hendak undi, kami hendak bahas.

final • 5:06 PM

Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Sebelum umum, kita ada tambahan 3 orang. Kita menang.

final • 5:06 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Kami hendak bahas. Kami sudah bersedia untuk bahas.

final • 5:06 PM

Tuan Yang di-Pertua

Usul Timbalan Menteri.

final • 5:06 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...bentangkan hari ini, kita hendak bahas.

final • 5:06 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Okey, no problem.

final • 5:06 PM
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Tuan Yang di-Pertua:

“Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), tanpa menghiraukan usul terdahulu, saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan sekarang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 24 Mac 2022.”

final • 5:07 PM

Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 5:07 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Ini takkan kalah sekali dah takut.

[Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 5:07 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 5:07 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

[Dewan riuh]

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Hari ini dalam sejarah.

final • 5:07 PM

Tuan Yang di-Pertua

Mesyuarat ini ditangguhkan – Ahli-ahli Yang Berhormat semua, Mesyuarat ini ditangguhkan sehingga pagi esok. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 5:07 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Belah bahagi atas usul tersebut...

[Ketawa]

final • 5:07 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Kerajaan kalah.

final • 5:07 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tiga orang pihak kerajaan tidak dapat mengundi. Mereka ada dalam Dewan.

final • 5:07 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.08 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026