Mar172022

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya jemput Yang Berhormat Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman, Kuala Krai.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan, adakah benar JAKIM kini diletakkan di bawah Majlis Raja-Raja seperti mana dilaporkan di dalam media.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab. Masa tiga minit.

draft • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Apa yang dilaporkan oleh pihak media tentang kedudukan JAKIM adalah kurang tepat. Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) sejak awal penubuhannya pada tahun 1997 sehingga kini adalah kekal terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kekeliruan yang dilaporkan pihak media telah diperbetulkan oleh kenyataan rasmi daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 12 Mac 2022.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-258 telah membuat ketetapan bahawa salah seorang daripada raja pemerintah wajar memenuhi peranan dan tanggungjawab sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) selama tempoh dua tahun secara bergilir-gilir, sementara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MKI. Mesyuarat Majlis Raja- Raja telah berkenan memilih Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai Pengerusi MKI pertama dalam kalangan raja-raja bagi tempoh dua tahun.

draft • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Majlis Raja-Raja dalam persidangan yang ke-81 pada 17 Oktober 1968 telah berkenan menubuhkan sebuah badan bagi menyelaras pentadbiran agama Islam antara negeri-negeri.

Badan ini telah dirasmikan penubuhannya pada 1 Julai 1969 dan kini ia dikenali sebagai Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI). Selari dengan penubuhannya, maka waktu itu sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diwujudkan bagi melaksanakan tugas-tugas keurusetiaan MKI, berpandukan peraturan MKI yang telah diperkenan oleh Majlis Raja-Raja.

Pada 1 Februari 1974, unit tersebut menjadi urus setia MKI, telah dinaik taraf menjadi Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri (JPM). Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah melalui beberapa fasa transformasi hingga akhirnya ia dinaiktarafkan menjadi sebuah jabatan, berkuat kuasa 1 Januari 1997 dengan namanya JAKIM.

Fungsi utama JAKIM di bawah Jabatan Perdana Menteri adalah untuk memperkasa, penggubalan dan penyeragaman perundangan Islam di Malaysia, mengukuhkan penyelarasan pentadbiran Islam di seluruh negara dan memantapkan penyelarasan dan pembangunan pendidikan Islam di peringkat negeri dan persekutuan. Kesemua fungsi ini adalah sejajar dengan peranan JAKIM sebagai Setiausaha, dan Urus Setia MKI yang terletak di bawah Majlis Raja-Raja. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, sila Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 10:00 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya sekali lagi. Sejak kebelakangan ini, terdapat pelbagai isu yang menyentuh bidang kuasa Mahkamah Syariah. Contohnya kes berkaitan kuasa semakan kehakiman Mahkamah Syariah ataupun judicial review, yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.

Jadi, saya memohon Yang Berhormat Menteri dapat menyatakan apakah signifikannya pindaan peraturan MKI terhadap pemerkasaan agama Islam serta kedudukan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia. Apakah perubahan utama yang terdapat dalam peraturan baharu Majlis Keselamatan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, berbanding dengan peraturan sedia ada yang wujud sejak tahun 1968? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sila Yang Berhormat Menteri, dua minit 30 saat.

draft • 10:00 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pindaan kepada peraturan MKI ini akan dapat memantapkan lagi kedudukan Raja- Raja Melayu dan juga Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di negeri dan kedudukan JAKIM sebagai agensi penyelaras dan hal ehwal Islam peringkat persekutuan tanpa mengganggu gugat kuasa sedia ada negeri, dalam hal ehwal Islam.

Rentetan daripada isu yang berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah baru- baru ini, satu persidangan meja bulat isu-isu semasa yang kita telah laksanakan pada 2 Mac 2022 yang telah pun melibatkan tokoh-tokoh perundangan syariah serta pihak- pihak yang berkepentingan dan beberapa resolusi jangka pendek dan jangka panjang telah dipersetujui dan kita akan cuba untuk membawa perkara-perkara ini untuk disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.

Berkenaan dengan, apa perbezaan antara perkara yang penubuhan- apa yang kita dapat lihat daripada peraturan baharu Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) berbanding dengan peraturan sedia ada dan sebagaimana kita maklum, tujuan MKI ditubuhkan adalah untuk memberi nasihat kepada Majlis Raja- Raja atas apa perkara berhubung hal ehwal agama Islam dengan tujuan untuk menambah baik, menyelaras dan menggalakkan keseragaman undang-undang, pentadbiran tanpa menyentuh kedudukan hak kelebihan, hak kedaulatan kuasa yang ada pada raja sebagai ketua agama Islam.

Dalam hal ini juga, kita lihat apa yang dicadangkan peraturan baharu ini, Pengerusi MKI telah pun diperkenankan untuk dilantik dalam kalangan raja-raja dan Majlis Mesyuarat Raja-Raja telah perkenan memilih Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai Pengerusi MKI untuk tempoh dua tahun sebagai Pengerusi MKI yang pertama dalam kalangan raja-raja.

draft • 10:00 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Manakala, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pula akan memainkan peranan sebagai Timbalan Pengerusi MKI. Peranan JAKIM selaku agensi menggerakkan MKI pula diperuntukkan dengan jelas dalam peraturan baharu ini selaku Setiausaha dan Urus Setia MKI. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.

draft • 10:10 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, jawapan Yang Berhormat Menteri tadi sangat bagus dan memberi pencerahan perspektif yang betul. Soalan saya ini mungkin ada lari sedikit tetapi di bawah bidang kuasa JAKIM iaitu tentang bolehkah JAKIM

draft • 10:10 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membantu pembinaan masjid-masjid di negeri-negeri, termasuklah di Pasir Gudang yang kemampuan kerajaan negeri kadang-kadang terbatas.

Jadi, mungkin kalau JAKIM boleh bantu kos pembinaan, kalau tidak sepenuhnya pun, sebahagiannya. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Gudang, sila.

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang, boleh minta dihantar surat kepada- dan saya cuba panjangkan kepada pihak ICU, ataupun pihak yang lebih bertanggungjawab. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Dalam Sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri tempoh masa 10 minit, ada masa berbaki, saya jemput soalan tambahan ketiga dari Hulu Langat.

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad yang menegur sebuah akhbar yang mengatakan bahawa JAKIM kini diletak bawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja adalah kurang tepat dan boleh mengelirukan.

Soalan saya kenapa Yang Berhormat Menteri yang menjaga JAKIM tidak seawalnya membetulkan kenyataan itu supaya orang ramai tidak berada dalam keadaan keliru, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat, sila Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita dalam pentadbiran ini, kita ada adab- adab dan ada tuan rumahnya. Kita tidak boleh untuk hendak langgar sembarangan kerana kita tidak boleh mengambil dan mengeluarkan kenyataan di luar bidang kuasa kita. Saya harap Yang Berhormat Hulu Langat dapat memahami perkara ini. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Pertanyaan- pertanyaan Menteri seterusnya, saya menjemput Tuan Karupaiya a/l Mutusami, Padang Serai.

draft • 10:10 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Terima kasih, saya teruskan dengan, dengan izin, sebuah pantun.

draft • 10:10 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

*Nasi dimasak sampai hangit; Maka berlapar hingga ke senja.

Hutang negara tinggi melangit; Mampu dibayar dengan janji sahaja.*

draft • 10:10 AM

2. Tuan Karupaiya A/L Mutusami [Padang Serai] minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) setakat ini, berapa jumlah bayaran yang dijelaskan oleh Kerajaan Malaysia untuk membayar balik hutang berkaitan dengan 1MDB dan SRC International; dan

(b) apa sumber kewangan yang digunakan, serta jumlah nilai daripada setiap sumber ini, dan semua pembayaran ini dibuat atas nama siapa, serta jumlah baki lagi yang masih rakyat Malaysia hutang.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai, Menteri Kewangan tidak ada, diambil maklum dan minta Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawabnya.

draft • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Terima kasih...

draft • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Dato' Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Tuan Yang di-Pertua, ini tidak berapa betul.

draft • 10:10 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ana tahu, ana tahu.

draft • 10:10 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Seolah-olah, tangkap basah sahaja.

draft • 10:10 AM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Mana Timbalan, manakah Timbalan?

draft • 10:10 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Macam mana hendak jawab soalan tambahan nanti?

draft • 10:10 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Timbalan- timbalan Menteri Kewangan? Takkan seorang pun tidak ada? Ada dua Timbalan Menteri Kewangan. Macam mana Timbalan Menteri Kewangan tidak ada, dua orang.

Kenapa kita bayar mahal-mahal...

draft • 10:10 AM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Menteri Ekonomi mana? Menteri Kewangan mana?

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Teruskan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Ada dua Timbalan Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

...Kerajaan dari April 2017 dan Oktober 2021, telah menyalurkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman atau pendahuluan berjumlah RM10 bilion melalui Kementerian Kewangan dan Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) bagi tujuan bayaran komitmen dan faedah hutang 1MDB.

Selain daripada bantuan kewangan langsung daripada kerajaan, faedah 1MDB juga dibiayai dengan menggunakan Dana Pemulihan Aset 1MDB yang diakaunkan ke dalam akaun amanah di bawah Kementerian Kewangan yang diberi nama Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset. Maknanya asset recovery. Setakat 28 Februari 2022, jumlah Dana Pemulihan Aset 1MDB yang telah berjaya didapatkan kembali adalah sebanyak RM19.14 bilion daripada beberapa mata wang asing termasuk Dolar Amerika, Dolar Singapura dan juga Dolar Australia.

Dana ini telah dan akan digunakan bagi tujuan pembayaran balik 1MDB di mana setakat 28 Februari 2022 sebanyak RM3.31 bilion telah digunakan bagi tujuan pelunasan faedah bon ataupun sukuk 1MDB.

Ini menjadikan jumlah bayaran yang telah dibuat oleh kerajaan Syarikat Menteri Kewangan adalah sebanyak RM13.31 bilion. Pada masa ini, Dana Akaun Amanah masih berbaki RM15.76 bilion termasuk hibah dan untung rugi tukaran asing.

Tuan Yang di-Pertua, baki Dana Pemulihan Aset 1MDB sebanyak RM15.76 bilion ini hanyalah mencukupi untuk menampung sebahagian besar principal dan faedah 1MDB pada tahun 2022, iaitu sebanyak RM16.18 bilion. Bagi menampung kekurangan dana tersebut, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.53 bilion untuk tujuan pelunasan faedah hutang 1MDB pada tahun 2022.

Berdasarkan aliran tunai penyelesaian hutang 1MDB dengan mengambil kira jangkaan dana penyelesaian yang bakal diterima daripada Ambank sebanyak RM515 juta dan baki jaminan pemulihan aset daripada Goldman Sachs sebanyak kira-kira USD954 juta, kerajaan masih perlu menampung kekurangan keperluan dana sebanyak RM17 bilion bagi tujuan pelunasan baki principal dan faedah hutang 1MDB sebanyak RM38.8 bilion untuk tempoh 2022 hingga 2039.

Tuan Yang di-Pertua, mulai tahun 2014 hingga 28 Februari 2022, jumlah yang telah dibayar oleh SRC adalah sebanyak RM314.72 juta manakala jumlah yang dibayar oleh kerajaan adalah sebanyak RM4,744.49 juta menjadikan jumlah keseluruhan pembayaran semula pinjaman daripada KWAP adalah sebanyak RM5,059.21 juta. Jumlah ini adalah termasuk bayaran principal, keuntungan, ta’widh, yakni ganti rugi kepada peminjam akibat daripada kelewatan.

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Pembayaran terakhir bagi pembiayaan daripada KWAP tersebut telah dijadualkan pada 28 Mac 2022 yang berjumlah RM610.22 juta. Kesemua pembayaran dilakukan oleh kerajaan adalah daripada sumber kewangan kerajaan.

Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Tidak boleh jawab soalan tambahan ini.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Padang Serai, soalan tambahan pertama. Sila.

draft • 10:10 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Terima kasih Menteri. Saya jangka Menteri Kewangan akan jawab tetapi Menteri Agama pula jawab saya. Nanti orang jangan keliru dekat luar.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila, soalannya.

draft • 10:10 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Masa Pakatan Harapan kita ada dua Menteri, semua boleh jawab. Sekarang ada tiga Menteri tidak boleh jawab, susah.

Okey, seterusnya, mohon menjelaskan kementerian. Ke manakah hutang 1MDB dan SRC digunakan?

Kedua, adakah benar kerajaan mengalami kekurangan dana sebanyak RM17 bilion untuk membayar prinsipal dan faedah hutang 1MDB? Jika ya, dana manakah yang akan digunakan untuk menampung kekurangan ini?

Ketiga, boleh nyatakan adakah terdapat bantuan kepada rakyat terpaksa dihentikan bagi memastikan pembayaran hutang 1MDB mampu diteruskan dan berapakah jumlah bantuan yang terpaksa dihentikan untuk rakyat? Mohon beri penjelasan, Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Sila Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Nanti akan dijawab secara bertulis.

draft • 10:10 AM

Tuan Wong Chen - Subang

Semua Menteri macam ini, teruklah!

draft • 10:10 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat...

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan kedua, Yang Berhormat Tumpat.

draft • 10:10 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan asalnya kepada Menteri- sekarang ini saya mempermudah soalan ini.

draft • 10:10 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Pada waktu ini, apakah fungsi dan peranan kewujudan syarikat 1MDB kepada negara kita selepas ia terdedah dengan permasalahan yang timbul daripada syarikat ini sejak beberapa tahun yang lalu? Apakah perancangan jangka panjang kerajaan terhadap syarikat 1MDB ini? Adakah ia dikekalkan, distrukturkan atau bagaimana? Pohon penjelasan.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila.

draft • 10:20 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Jawapan yang sama juga akan diberikan oleh pihak kementerian.

draft • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Lembah Pantai.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Ada masa lagi Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Pokok Sena, Pokok Sena.

draft • 10:20 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Ada masa, ada masa.

draft • 10:20 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Pokok Sena.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Johor Bahru.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya buat keputusan untuk meneruskan kepada soalan-soalan pertanyaan Menteri ketiga...

draft • 10:20 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Pokok Sena.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Tuan Yang di- Pertua.

draft • 10:20 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Isu-isu penting, satu soalan.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Kalau boleh, satu sahaja lagi. Satu sahaja.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya beri kepada...

draft • 10:20 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Tidak sampai 10 minit lagi, tidak sampai 10 minit lagi.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 10:20 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Pokok Sena, baik.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Menteri tak akan jawab.

draft • 10:20 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Cuma saya hendak buat satu pernyataan di sini, begitu banyak wang kerajaan boleh diperuntukkan untuk– kalau tahun ini saya tadi kalau tidak silap, RM1.5 bilion ya. RM1.5 bilion untuk bayar sebahagian daripada faedah. Akan tetapi malang, kerajaan tidak boleh hendak bantu rakyat, sebaliknya ambil duit KWSP, bantu rakyat. Ambil duit pekerja, bantu pekerja. Ini satu benda yang sangat memalukan dalam sejarah.

[Tepuk] Seolah-olahnya, rompak duit pekerja, bagi kepada pekerja, bantu pekerja. Ini Robin Hood Melayu. Kalau Robin Hood betul itu, dia rompak duit orang kaya, bagi kepada orang susah. Ini rompak duit pekerja, bagi tolong pekerja. Ini satu benda yang sangat memalukan.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Insya- Allah, akan dijawab oleh kementerian.

[Ketawa]

draft • 10:20 AM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Memalukan weh!

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli Yang Berhormat, pertanyaan-pertanyaan Menteri ini hanya boleh dijawab oleh Menteri sahaja. Timbalan Menteri tidak boleh jawab. Ini sesi Menteri menjawab. Pertanyaan jawab Menteri seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Baling.

draft • 10:20 AM

3. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan langkah dan peranan kementerian dalam usaha membolehkan gerakan koperasi membantu menangani kos sara hidup dan harga barangan keperluan yang semakin meningkat.

draft • 10:20 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Tan Sri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Baling.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kementerian sentiasa prihatin berkaitan masalah peningkatan kos sara hidup dan harga barangan keperluan yang semakin meningkat. Bagi membantu menangani isu kenaikan harga barangan, kementerian melalui SKM melaksanakan Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi sebagai usaha untuk memastikan bekalan barang keperluan pengguna dapat dibekalkan secara konsisten dengan harga yang berpatutan.

Melalui program ini, koperasi akan berperanan sebagai pusat pengedaran atau pemborong yang akan membuat pembelian secara pukal dan kemudiannya

draft • 10:20 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Tan Sri Noh bin Haji Omar

akan mengedarkan barangan tersebut kepada kedai runcit yang menjadi rangkaian mereka.

Dalam perkembangan terkini, kementerian ataupun SCOPE serta agensi seperti SKM yang turut disertai oleh ANGKASA serta rangkaian premis borong dan juga runcit koperasi telah melaksanakan kerjasama strategik bagi membentuk rangkaian premis niaga Coop Mart melalui penjenamaan kepada kedai koperasi sedia ada.

Coop Mart akan menjadi platform penyediaan barangan keperluan harian rakyat dengan harga yang berpatutan. Bekalan barangan Coop Mart ini diperolehi daripada kolaborasi strategik rangkaian pusat pengedaran gerakan koperasi dan subsidiari koperasi yang akan mendapatkan bekalan barangan secara pukal.

Selain itu, SKM juga melaksanakan Program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat yang menyediakan insentif jualan kepada koperasi yang menjalankan aktiviti peruncitan. Bagi mengurangkan harga barangan keperluan utama harian rakyat seperti gula, tepung, minyak masak, beras dan telur, untuk menggalakkan orang ramai berbelanja dan membeli barangan keperluan harian di kedai-kedai koperasi yang menawarkan harga berpatutan berbanding pasaran tempatan. Sehingga 31 Disember 2021, sebanyak 214 permohonan koperasi telah diluluskan untuk menyertai program ini dengan jumlah peruntukan RM2,000,572. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Baling.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Saya melihat Yang Berhormat Menteri sendiri turun padang untuk mengadakan dialog dalam Program Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia

(PUKKM).

Jadi saya hendak bertanya kepada Menteri, apa Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, bagus, tahniah sebab kita hendak melaksanakan masalah kekurangan barangan dan masalah rakyat pada hari ini melalui kedai koperasi. Untuk memartabatkan kedai-kedai yang melalui Keluarga Malaysia ini, saya hendak bertanya kepada Menteri, apakah ada apa-apa bentuk bantuan kewangan kementerian sediakan kepada pusat-pusat pengedaran yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi supaya perkara ini dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin dan beban rakyat khususnya mereka yang duduk rumah PPRT, rumah flat bandar dan luar bandar, ia akan dapat dikurangkan dalam masa yang terdekat ini?

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ini membuktikan kerajaan Keluarga Malaysia benar-benar walk the talk, Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Tan Sri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Memang itulah kita punya perancangan supaya Coop Mart ini boleh ditubuhkan di kawasan- kawasan perumahan PPR dan juga di kawasan-kawasan tentu yang akan membantu golongan B40. Untuk melaksanakan program ini, maka kerajaan, kementerian telah pun menyediakan satu program di mana kita akan mewujudkan tiga jenis Coop Mart.

Satu, Coop Mart yang menjual barang-barang kering. Kedua, Coop Mart yang menjual barang-barang basah. Ketiga, yang akan menjadi supermarket ataupun hypermarket. Untuk melaksanakan hasrat ini, maka kerajaan memperuntukkan 300,000 geran untuk kita hendak membantu mengubahsuai Coop Mart yang saya sebutkan tadi. Setakat hari ini, ada 12 buah koperasi telah dapat diluluskan bantuan pembangunan di bawah program ini dengan jumlah sebanyak RM2 juta dan juga kita akan koordinasikan pusat-pusat pengedaran dan juga pemborongan seperti ANGKASA.

Hari ini ada satu pusat pemborongan. SKM, kita hanya ada 28 pusat pengedaran. Jadi, kita juga akan melaksanakan, menaiktarafkan Coop Mart yang sedia ada seperti di ANGKASA ada empat, Angkasa Mart dan juga di bawah SKM, kita ada 60 buah Coop Mart ini.

Jadi insya-Allah, kita akan cuba memainkan peranan ini di mana kita hendak mengurangkan peranan orang tengah supaya bila koperasi jadi pengedar, beli direct daripada pengeluar dan kita jual terus kepada Coop Mart ini untuk kita hendak mengurangkan harga barang. Alhamdulillah, saya tengok hari ini ada beberapa koperasi telah pun mampu untuk melaksanakan hasrat untuk menjual barang-barang dengan harga murah.

Kita harap agar kedai-kedai koperasi akan menjadi tumpuan sebagai tempat untuk memberi ruang kepada rakyat mendapat barang-barang pada harga yang lebih murah. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Menteri.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Sungai Siput.

draft • 10:20 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Saya ada dua perkara ingin minta penjelasan. Bagaimanakah kementerian hendak mengawal kenaikan kos bahan-bahan asas makanan ternakan dan input- input pertanian melalui gerakan koperasi? Apakah langkah-langkah yang telah dirancang oleh kementerian untuk meningkatkan pendapatan anggota-anggota koperasi bagi menangani kenaikan kos sara hidup mereka? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Tan Sri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput yang prihatin mengenai masalah kenaikan harga barang.

Jadi yang pertama. seperti yang saya pernah umum, bahawa kita akan memberikan keutamaan kepada mana-mana koperasi yang melibatkan projek- projek, aktiviti-aktiviti untuk – aktiviti pertanian, seperti kalau koperasi ini memang berhasrat untuk menanam jagung. Sebagai contoh, kita tahu salah satu punca yang menyebabkan ternakan ini mahal ialah kerana bahan makanan.

draft • 10:20 AM

Tan Sri Noh bin Haji Omar

Jadi, kalau mana-mana koperasi hendak buat program tanam jagung ataupun projek-projek untuk membuat makanan-makanan ternakan, ini kita akan berikan keutamaan pinjaman kepada koperasi.

Yang kedua, langkah-langkah bagaimana kita hendak membantu anggota ini.

Kita mengharapkan koperasi-koperasi ini hendaklah memikirkan bagaimanakah cara untuk mereka boleh melebarkan usaha-usaha koperasi. Jangan menjadi koperasi yang orang kata “hidup segan, mati tak mahu”. Mereka kena memikirkan apakah program-programnya. Kalau hari ini sudah sampai ke bidang digitalisasi, mungkin sudah sampai masa koperasi juga terlibat dalam urusan-urusan perniagaan berdasarkan digital ini.

Juga tuan-tuan, yang saya nyatakan tadi, hari ini saya tengok bidang pertanian. Kalau koperasi berani terlibat dalam bidang pertanian, ini juga merupakan peluang untuk koperasi mendapat hasil yang lebih baik, rather off, ya lah kalau sekadar membuat kedai-kedai runcit, saya ingat kurang mendatangkan hasil kepada koperasi ini. Jadi, itulah langkah-langkah.

Saya harap koperasi kena memikir ke hadapan sejajar dengan dasar yang telah pun diumumkan yang mana kita sedia maklum bahawa kita ada dasar Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) yang telah kita lancarkan bagi tempoh

draft • 10:30 AM

Tan Sri Noh bin Haji Omar

2021 sehingga 2025. TransKoM ini kita harap akan dapat dihayati oleh koperasi- koperasi untuk mencapai matlamatnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada sedikit masa lagi, saya jemput pertanyaan yang ketiga Yang Berhormat Jempol.

draft • 10:30 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Berdasarkah rekod Suruhanjaya Koperasi Malaysia, terdapat sebanyak 462 buah koperasi kariah masjid telah didaftarkan yang melibatkan penyertaan seramai 38,000 orang ahli.

Saya difahamkan kementerian juga menyasarkan peningkatan koperasi kariah masjid sebanyak 10 peratus daripada 6514 buah masjid di seluruh negara.

Soalan saya, apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kementerian setakat ini bagi memulihkan 10 peratus ini dapat dicapai dengan kadar segera. Sejauh manakah kerjasama yang dijalinkan oleh kementerian bersama dengan agensi atau pun jabatan kerajaan berkaitan hal ehwal agama Islam untuk menjayakan misi, “Satu Masjid, Satu Koperasi”. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Silakan Yang Berhormat Menteri, dua minit 20 saat.

draft • 10:30 AM

Tan Sri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Yang pertama, bagaimana hendak membantu koperasi-koperasi masjid ini yang kita harap masjid ini bukan sahaja tempat beribadat tetapi juga menjadi tempat perpaduan ummah dan juga tempat meningkatkan ekonomi.

Jadi untuk melaksanakan hasrat itu, maka kita telah pun memperuntukkan koperasi minimum RM100,000 sebagai geran. Kalau dilihat koperasi masjid itu bagus, lebih– kita berpandukan keperluan yang diadakan tetapi maksimum RM100,000. Itu yang pertama, peruntukan yang kita boleh bagi sebagai peruntukan asas.

Yang kedua, usaha yang kita buat dan telah pun dilaksanakan, alhamdulillah.

Saya sudah lupa – minggu lepas buat julung-julung kalinya koperasi bekerjasama dengan JAKIM. Yang Berhormat Timbalan Menteri Agama turut hadir untuk menutup seminar tersebut. Kita bekerjasama dengan jawatankuasa masjid yang dihadiri oleh hampir 300 orang di seluruh negara dengan mengadakan seminar bagi membimbing mereka dan bagaimana untuk memajukan koperasi-koperasi masjid ini.

Kita tahu kadang-kadang masjid ini – jawatankuasa masjid dilantik oleh pihak kerajaan negeri. Koperasi pula di peringkat Federal. Kita membuat penyelarasan ini supaya dapat melaksanakan hasrat untuk menjadikan– mencapai setiap koperasi

draft • 10:30 AM

Tan Sri Noh bin Haji Omar

masjid ditubuhkan dengan lebih banyak lagi iaitu sekurang-kurangnya 10 peratus matlamat kita.

Jadi, kita harap koperasi masjid ini, insya-Allah akan boleh dicapai kerana sepertimana yang saya katakan, kita sudah 100 tahun menubuhkan koperasi ini. Jadi sepatutnya koperasi ini menjadi tempat ataupun agensi yang boleh membantu peningkatan rakyat di dalam negara kita. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:30 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan adakah cadangan untuk mengekalkan Program Jualan Keluarga Malaysia khasnya ketika musim-musim perayaan di seluruh negara.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Samarahan, yang ingin bertanya sama ada kerajaan mahu mengekalkan Program Jualan Keluarga Malaysia sempena dengan musim-musim perayaan seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, Program Jualan Keluarga Malaysia bermula daripada 2 Disember 2021 akan berakhir pada hujung bulan ini, Mac 2022. Tujuannya adalah untuk membantu meringankan kos sara hidup terutamanya pada pengguna di kalangan rakyat berpendapatan rendah akibat daripada COVID-19 dan juga banjir yang luar biasa yang melanda negara kita beberapa bulan yang lalu.

Program ini menawarkan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai barang keperluan harian seperti ayam, ikan, telur, sayur dan sebagainya pada harga 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran biasa.

Untuk makluman Yang Berhormat Kota Samarahan, kita ada cadangan untuk/hendak menyambungnya sehingga akhir Ramadan untuk tahun ini. Jadi cadangan tersebut bergantung pada bajet yang akan diberikan kepada kita. Jika kita dapat bajet, insya-Allah kita akan sambung program ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft • 10:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah dikemukakan tadi.

Pertama sekali, saya ingin nak merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan dan juga kementerian yang telah menganjurkan Program Jualan Keluarga Malaysia ini.

Sesungguhnya program ini telah dapat membantu masyarakat bandar dan juga luar bandar untuk mendapat barang keperluan harian dalam harga yang berpatutan. Sesungguhnya kita mendapati program ini telah mendapat maklum balas yang amat positif daripada masyarakat setempat. Kita mengharapkan pihak kerajaan dan juga pihak kementerian dapat meneruskan Program Jualan Keluarga Malaysia ini pada masa-masa akan datang, tidak terhad pada musim Ramadan sahaja.

Jadi, soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah kerajaan ataupun kementerian– usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kementerian untuk memastikan Program Jualan Keluarga Malaysia ini dapat diperkasakan, khususnya penganjuran di daerah-daerah kecil, terpencil atau pedalaman, khususnya di negeri Sarawak memandangkan setakat ini kejayaan yang amat ketara apabila Program Jualan Keluarga Malaysia ini menggunakan syarikat-syarikat ataupun kedai-kedai retail yang besar, khususnya yang ada di daerah-daerah besar.

Adakah kementerian mempunyai cadangan untuk meningkatkan Program Jualan Keluarga Malaysia ini dengan memperkenalkan kaedah-kaedah baharu seperti Kad Diskaun Program Jualan Keluarga Malaysia? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Kota Samarahan. Seperti yang saya katakan tadi, penerusan program ini bergantung pada kewangan. Jika ia ada kewangan, insya-Allah kita akan sambung dan kita tahu bagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi bahawa ia mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya, untuk hendak melaksanakan program ini, kita perlu ada beberapa rakan strategik yang komited.

Setakat ini kita ucapkan terima kasih kepada MAFI dan juga kepada 196 rakan-rakan strategik kita yang ada. Di kawasan-kawasan pedalaman itu, kita sedang mencari jalan untuk hendak menyampaikan program ini ke daerah pedalaman tetapi kita perlu mencari rakan strategik yang bersetuju untuk bersama kita bagi menawarkan program-program ini.

Tuan Yang di-Pertua untuk makluman juga, setakat ini di 222 buah kawasan, cuma satu kawasan sahaja lagi yang belum dilaksanakan iaitu di Parlimen Tanjong Manis. Setakat ini kita sedang mencari rakan strategik yang terbaik, yang sudi untuk

draft • 10:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid

ke Tanjong Manis bagi melaksanakan Program Jualan Keluarga Malaysia ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

Soalan tambahan kedua. Saya jemput Yang Berhormat Papar.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Memang baik Program Jualan Keluarga Malaysia ini di mana harga barangan yang dijual kira berpatutan. Akan tetapi, apa yang saya lihat, kebanyakannya Program Jualan Keluarga Malaysia ini diadakan di pekan-pekan, di mana kita tahu di pekan- pekan ini kira kebanyakannya orang yang ada kemampuan sedikit. Akan tetapi, bagaimanakah pula di pedalaman? Di tempat-tempat pedalaman di mana jalannya susah untuk datang.

Jadi, saya di sini ingin mencadangkan kepada kementerian supaya Program Jualan Keluarga Malaysia ini ditempatkan di tempat-tempat strategik di pedalaman di luar bandar di mana kita akan dapat memanggil orang-orang di sekeliling, di kampung-kampung yang berdekatan dapat datang dan dapat menikmati jualan yang murah ini.

Jadi, saya mencadangkan supaya kalau di P.175 Papar ini, tempat-tempat di luar bandar yang strategik ialah seperti di Kampung Gana, Kampung Marahang ataupun Kampung Manggis. Di sini kita boleh gabungkan sekali kampung-kampung itu untuk orang-orang kampung datang. Jadi, kita buat satu Program Keluarga Malaysia ini, ramai orang akan datang kerana kampung berdekatan adalah sangat banyak. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 10:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid

Terima kasih Yang Berhormat Papar, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita menyedari apa yang dialami oleh terutamanya masyarakat di Sabah dan Sarawak berkaitan dengan apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Papar sekejap tadi.

Apa yang saya ingin kongsi, kalau ada cadangan sebagaimana yang diumumkan ataupun yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Papar tadi, insya- Allah, kita akan bekerjasama dengan Yang Berhormat Papar dan kalau boleh, Yang Berhormat Papar gunakan sedikit peruntukan yang diberi kepada Ahli Parlimen untuk sama-sama membantu menjadikan barang ini lebih murah. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Kami Ahli Parlimen Papar ini tidak ada peruntukan daripada kerajaan. Jadi, kami ini tidak dapatlah memberi apa-apa.

draft • 10:40 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sedikit sahaja.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Papar.

draft • 10:40 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Mohon, mohon, mohon.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Jadi, kami harapkan sepenuhnya daripada kementerian.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Saya benarkan sedikit masa. Sila, Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 10:40 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Saya menyambut baik program ini. Boleh dikatakan setiap program di kawasan saya ini, memang saya turun dan menyediakan sedikit bekalan makanan untuk NGO pengguna dan juga daripada pegawai-pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Pengguna.

Akan tetapi, cuma satu kelemahan bagi saya ialah publisiti terhadap program ini. Ada di kawasan saya itu bila saya turun, saya jumpa orang-orang mari, dia hairan tengok orang ada di situ. Dia kata, “Buat apa ini?” “Ada apa ini?”, dia kata. Jadi, orang tempatan di situ pun tidak tahu. Jadi, ini perlu dicari mekanisme dengan masjidnya perlu digunakan untuk dihebahkan kepada masyarakat setempat untuk pastikan semua orang akan mendapat.

Kemudian, kekerapan. Kekerapan ini satu yang penting khususnya untuk Ramadan. Tidak boleh alasan, Tuan Yang di-Pertua. Alasan bergantung kepada kewangan negara. Kalau kita boleh menyediakan RM1.5 bilion untuk bayar faedah 1MDB, kenapa kita tidak boleh menyediakan satu peruntukan untuk pastikan dalam Ramadan ini, orang betul-betul mendapat bekalan makanan yang harga yang munasabah?

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ini saya minta supaya kerajaan harus jelas perkara ini.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.

draft • 10:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Papar, boleh kita bincang selepas ini apa yang patut dibuat di Papar, insya-Allah, Yang Berhormat Papar.

Berkaitan dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, sebenarnya kita sudah maklum kepada semua pegawai kita di setiap negeri, KPDNHEP negeri untuk memaklumkan membuat publisiti besar-besaran. Ada

draft • 10:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid

kawasan yang proaktif, mereka mengadakan promosi bergerak. Ertinya mereka ambil mikrofon, mereka jalan ke kampung-kampung untuk memaklumkan adanya PJKM ini. Jadi, dengan adanya kerjasama dari masjid, daripada JPKK dan sebagainya, kita berharap ia akan dapat diperelok daripada semasa ke semasa dan insya-Allah, Yang Berhormat Pokok Sena, kita akan pastikan untuk masa-masa yang akan datang supaya promosi ini akan dapat disebarluaskan kepada pengguna di seluruh negara.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 10:40 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Mohon kena kerap lagi.

Ramadhan ini mesti kerap lagi jualan ini. Tidak boleh alasan bergantung kedudukan kewangan. Ini benda yang tidak munasabah ya.

draft • 10:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid

Kita menyedari perkara tersebut dan sebab itu saya katakan tadi kita ada cadangan daripada kementerian kita untuk meneruskan sekurang-kurangnya sehingga akhir Ramadhan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan Jawab Lisan seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Port Dickson.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua, soalan kedua tetapi yang mengkhuatirkan saya, soalan daripada Ketua Pembangkang kalau menyentuh soal perolehan Kementerian Pertahanan selalu ditolak dan diganti dengan soalan-soalan sebegini.

Saya setuju soalan ini, tetapi saya agak khuatir, mengapa Pejabat Tuan Yang di-Pertua dengan Yang Berhormat Menteri berkenaan, memilih untuk menolak setiap soalan saya mengenai perolehan Kementerian Pertahanan? Ini bukan kali pertama.

Berulang kali.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, kami ambil maklum.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Jadi, saya minta ini diberi perhatian.

draft • 10:40 AM

2. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [Port Dickson] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, langkah segera kerajaan menangani pengangguran belia

(kategori umur 15-24 tahun) yang kini berada pada tahap 13.7 peratus menurut Perangkaan Tenaga Buruh Malaysia November 2021.

draft • 10:40 AM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Port Dickson yang begitu peka dan prihatin terhadap isu-isu

draft • 10:40 AM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

pengangguran khususnya kepada golongan belia. Saya lihat Yang Berhormat Port Dickson begitu konsisten ingin mengambil tahu langkah-langkah kerajaan untuk mengatasi isu-isu pengangguran khususnya kepada golongan belia. Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson.

Tuan Yang di-Pertua, kaji selidik tenaga buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan kadar pengangguran keseluruhan rakyat Malaysia pada suku keempat, tahun 2021 menyusut sebanyak 0.5 peratus iaitu 4.3 peratus berbanding dengan 4.8 peratus yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun 2020. Sejajar dengan ini, bilangan penganggur menurun daripada 790,700 orang pada suku keempat, tahun 2020 kepada 696,400 orang pada suku keempat, tahun 2021.

Bagi mengurangkan kadar pengangguran termasuk bagi golongan belia, Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO melaksanakan beberapa inisiatif.

Antaranya Program Jamin Kerja Insentif Penggajian di bawah Sistem Insurans Pekerjaan yang dijangka akan memanfaatkan 300 ribu orang pencari kerja dari seluruh negara.

Selain itu, sebagai kesinambungan terhadap kejayaan program perintisan, Program Jaminan Kerja Insentif Penggajian ini akan diteruskan dengan pemberian insentif sebanyak RM900 sebulan untuk tempoh enam bulan kepada majikan yang menggaji golongan perantis lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun dalam jawatan eksekutif dan golongan perantis perlu ditawarkan kontrak selama enam bulan dengan bayaran gaji minimum RM1,500.

PERKESO turut mempergiatkan beberapa program bagi menggalakkan penyertaan tenaga kerja serta memastikan pengambilan pekerja dapat dilaksanakan dengan berkesan melalui program-program berikut:

(i) Program Karnival Kerjaya yang diadakan di seluruh negara di bandar dan luar bandar;

(ii) Program Insentif Pengambilan Pekerja; dan

(iii) program latihan kemahiran semula dan peningkatan kemahiran melalui penyedia latihan yang dilantik.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO juga menyediakan program-program bagi peningkatan modal insan dan kebolehpasaran pekerja seperti khidmat kaunseling kerjaya, profiling, kemahiran penulisan resume, latihan penyediaan temu duga, latihan kemahiran bahasa dan penyampaian serta seminar pekerjaan bagi mereka yang mencari pekerjaan.

Kerajaan juga turut meluaskan elaun mencari pekerjaan meliputi golongan yang tidak mencarum dengan PERKESO. Ini satu perkara yang penting. Ini salah satu usaha kita menggalakkan ataupun memberi peluang kepada golongan belia, di

draft • 10:40 AM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

mana elaun mencari pekerjaan meliputi golongan yang tidak mencarum dengan PERKESO, termasuklah graduan baharu lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal.

Selanjutnya, MyTalentCorp juga memperkasakan ekosistem bakat diteruskan dengan program-program di bawah TalentCorp yang berfokuskan kepada pembangunan kebolehpasaran dan kebolehkerjaan bakat muda negara melalui sinergi dan kerjasama merentasi kementerian, jabatan, agensi kerajaan, pemain industri dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta teknikal. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan pertama. Sila Yang Berhormat Port Dickson.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih atas penjelasan tersebut, Yang Berhormat. Cuma, saya hendak jelaskan bahawa penyusutan peratus itu tidak bermakna penyusutan jumlah. Kerana jumlah keseluruhannya pengangguran antara umur 15-24 tahun itu bertambah 364,500 keseluruhannya. Itu yang pertama.

Kedua, yang terlibat dalam guna pekerjaan ini juga termasuk guna kerja tidak penuh yang mesti dijelaskan dalam kenyataan-kenyataan Yang Berhormat Menteri kerana kalau kata pekerjaan ini, seolah-olah termasuk yang guna tenaga tidak penuh.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Ketiga, kita tahu juga tentang gig ekonomi yang melibatkan kebanyakan golongan muda. Ini unstable and underpaid kebanyakannya. Jadi, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, selain daripada inisiatif yang diambil itu, apakah benar kenyataan bahawa belum ada penyelesaian yang meyakinkan kepada permasalahan pengangguran kerana jumlah ini bertambah dan langkah- langkah yang telah diambil itu ternyata belum mencukupi terutama apabila kita masukkan gig ekonomi yang unstable and underpaid dan juga tentang guna tenaga tidak penuh?

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila, Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri M. Saravanan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kebetulannya kita berada dalam satu suasana yang luar biasa. Yang Berhormat Port Dickson pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Satu ketika dahulu apabila negara menghadapi pengangguran dan sebagainya dan berjaya. Itu suasana lain.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri M. Saravanan

Hari ini kita lihat Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, kalau dalam zaman pengangguran Tuan Yang di-Pertua, biasanya is employer’s market tetapi hari ini kita lihat satu suasana yang jauh berbeza. Bukan di mana, bukan lagi employer’s market.

Hari ini walaupun kerajaan telah mengumumkan kita akan melahirkan 600 ribu peluang pekerjaan tetapi isu pokoknya iaitu kita lihat golongan muda Yang Berhormat, lebih minat dalam bidang gig ekonomi yang memberi pendapatan lebih lumayan daripada gaji minimum.

Oleh sebab itu saya telah mencadangkan dalam Jemaah Menteri dan Dewan yang mulia ini, kita akan menguatkuasakan gaji minimum sebanyak RM1,500 dalam masa terdekat. Kita lihat, sekiranya tidak, golongan belia tidak akan terima peluang pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan. Belia mengambil kira peluang-peluang melalui gig ekonomi lebih lumayan.

Maka hari ini kita lihat bukan lagi employer’s market. Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Port Dickson, gig ekonomi ini nampak sebagai satu sektor tidak stabil tetapi ini telah menjadi satu...

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Gaji minimum, gaji minimum itu bila, bila...?

draft • 10:50 AM

Datuk Seri M. Saravanan

Tidak dengar.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Gaji minimum yang disebutkan itu, masa terdekat itu tahun 2026 ataupun bila?

draft • 10:50 AM

Datuk Seri M. Saravanan

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya apabila saya sebut, saya cukup prihatin sepertimana Yang Berhormat prihatin, saya pun cukup prihatin. Kerajaan telah bincang perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, Jemaah Menteri tiga minggu berturut-turut kita bincang isu gaji minimum dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri semua dan sebulat suara setuju kita perlu menaikkan gaji minimum dengan kadar segera. Mungkin masanya itu dalam masa sebulan atau dua bulan, walaupun pada peringkat awal dalam Dewan yang mulia ini saya pernah sebut...

draft • 10:50 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Bagi satu tarikh. Bagi satu tarikh. Minta satu tarikh.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Mungkin sebulan, dua bulan.

Saya hendak tahu bila, bila?

draft • 10:50 AM

Datuk Seri M. Saravanan

Bukan. Yang Berhormat Port Dickson, kita tahu Yang Berhormat pernah duduk dalam Jemaah Menteri. Apabila kita hendak umumkan gaji minimum, saya perlu dapat mandat daripada Jemaah Menteri. Maka masa terdekat itu dalam sebulan atau dua bulan kita akan buat. Sepertimana saya

draft • 10:50 AM

Datuk Seri M. Saravanan

sebutkan sebelum ini, kita di peringkat akhir di mana kita sedang mengkaji. Kita lihat daripada segi pengangguran daripada PKP pertama 5.3 peratus. Kita sudah sampai dekat 4.2 peratus hingga 5.3 peratus hari ini.

Kita tidak mahu sebarang tindakan kerajaan menambahkan kadar pengangguran. Maka, kita sedang mengkaji sektor-sektor mana kita bagi kelonggaran sedikit. Kalau kita lihat tahun 2012, apabila kita umumkan gaji minimum RM1,100 kita beri sedikit kelonggaran kepada sektor-sektor tertentu untuk mengambil masa mungkin setahun. Begitu juga kita sedang mengkaji sekarang, sektor-sektor mana kita boleh beri pengecualian.

Apabila saya umum sahaja gaji minimum RM1,500, saya tidak mahu majikan mengambil kesempatan mengurangkan jumlah pekerja dengan alasan perniagaan mereka merosot...

draft • 10:50 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Yang Berhormat Menteri, jawab sini.

draft • 10:50 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Datuk Seri M. Saravanan

Maka kita sedang mengambil langkah-langkah positif mengenal pasti beberapa sektor kita hendak beri pengecualian. Saya akan buat pengumuman mungkin dalam bulan April. Memang dalam bulan April. Yang Berhormat sabar, yang daripada segi apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat mengenai gig ekonomi tidak stabil, saya setuju. Maka kita sedang mengkaji sebab gig ekonomi Yang Berhormat, akan menjadi satu budaya baharu untuk golongan belia sebab mereka melihat pemandu Grab boleh dapat pendapatan lebih kurang RM2,000 hingga RM3,000 sekiranya mereka rajin.

Maka ini akan menjadi satu budaya baharu gig ekonomi. Kita tidak boleh hapuskan gig ekonomi. Maka kita menambahkan peluang-peluang untuk gig ekonomi dengan memberi jaringan keselamatan dan memperkenalkan itu sebagai satu sektor dan sebagainya. Ini merupakan usaha kerajaan untuk menjadikan gig ekonomi sebagai satu budaya baharu untuk golongan belia. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Setiu.

draft • 10:50 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Tuan Yang di-Pertua, umum mengetahui belia merupakan golongan yang paling jejas kerana biasanya kumpulan terakhir diupah majikan ialah belia dan kelompok pertama diberhentikan disebabkan kekurangan pengalaman bekerja.

Oleh itu soalan saya, sejauh mana program dan latihan kemahiran yang kerajaan sediakan mampu meningkatkan kemahiran belia sekali gus mampu menyediakan jaringan keselamatan sosial yang lebih bersepadu bagi mengurangkan

draft • 10:50 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

isu pengangguran dalam kalangan belia atas faktor kekurangan pengalaman.

Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri M. Saravanan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Setiu. Kita lihat satu keadaan hari ini Tuan Yang di-Pertua, ramai graduan yang keluar daripada universiti dan sebagainya belum bersedia untuk dunia pekerjaan. Ada juga kes-kes mereka tidak mampu untuk menyediakan resume. Hari ini kita lihat kebanyakan pendidikan exam oriented Tuan Yang di-Pertua. Mereka menyediakan bakat ini hanya untuk menghadapi peperiksaan, bukan untuk dunia pekerjaan.

Maka Kementerian Sumber Manusia membuat dua program. Pertama, melalui PERKESO, menyediakan bakat untuk menghadapi dunia alam kerja dan juga menghadiri interview dan sebagainya.

Kedua, Kementerian Sumber Manusia melalui HIDC ataupun Pembangunan Sumber Manusia Berhad mengadakan pelbagai latihan untuk menyediakan mereka sebagai modal insan yang kompeten dengan memberi reskilling dan upskilling, ataupun latihan-latihan kemahiran untuk melahirkan mereka ataupun menjadikan mereka sebagai modal insan yang cukup kompeten untuk melakukan multitasking. Hari ini kita lihat dalam keadaan kegawatan ekonomi, krisis ekonomi dan sebagainya, kebanyakan majikan perlu pekerja ataupun bakat yang boleh melakukan multi talent. Maka Kementerian Sumber Manusia walaupun mereka dalam bidang tertentu, graduan dalam bidang tertentu dengan menggunakan program-program reskilling dan upskilling, menjadikan mereka supaya boleh melakukan multi talent di tempat kerja. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan ketiga.

draft • 10:50 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Boleh minta satu soalan pasal OKU? OKU minta soalan.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya akan teruskan kepada soalan seterusnya. Sebelum itu, saya hendak memaklumkan kepada Yang Berhormat Port Dickson tentang kenapa soalan tidak naik sebab Yang Berhormat Menteri yang menjawab itu is not available during this time. Akan diangkatkan yang akan datang.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih tetapi banyak kali Tuan Yang di-Pertua not available, bukan sekali. Sebaik soalan tanda tanya pasal perolehan Kementerian Pertahanan, Menteri not available. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, understand.

Baik, terima kasih. Nanti saya akan maklumkan.

draft • 10:50 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan ketiga.

draft • 10:50 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Boleh minta satu soalan pasal OKU, OKU soalan. Berkenaan OKU.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Masa sudah cukup berkenaan soalan ini. Saya teruskan dengan menjemput Yang Berhormat Pengerang.

draft • 10:50 AM

3. Dato' Sri Azalina Othman Said [Pengerang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, adakah terdapat kematian dalam tahanan imigresen dalam lima tahun yang lalu, dan apakah langkah-langkah untuk menyiasat dan mencegah daripada kejadian tersebut?

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pengerang.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen Malaysia sering menitikberatkan isu kebajikan dan juga keselamatan tahanan. Untuk makluman Yang Berhormat bagi tempoh tahun 2018 sehingga 15 Februari 2022 terdapat 208 kematian dalam tahanan depot Imigresen direkodkan.

Antara sebab kematian tahanan yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia disebabkan penyakit seperti berikut iaitu septic shock, penyakit tibi, severe pneumonia, jangkitan paru-paru, komplikasi jantung, denggi, kencing manis, sesak nafas, kegagalan fungsi organ dan termasuk 25 kes akibat COVID-19.

Kerajaan sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan tahanan di depot Imigresen yang terbaik dengan menyediakan penjagaan serta perlindungan terhadap semua mereka semasa dalam tahanan. Prosedur pengurusan tahanan yang berada di depot imigresen telah dimasukkan dalam Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen mengenai prosedur pentadbiran dan pengurusan depot imigresen.

Selain itu, Jabatan Imigresen Malaysia melalui usaha sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia telah menempatkan 25 orang Penolong Pegawai Perubatan Gred U29/32 di depot imigresen seluruh Malaysia bagi memberikan

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

rawatan awal kepada tahanan. Kerajaan juga sentiasa membuat penambahbaikan semasa kerja-kerja menaik taraf depot imigresen sedia ada dengan menyediakan ruang dan fasiliti yang sesuai untuk semua tahanan.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Pencegahan dan aktiviti kawalan yang dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk memastikan kesejahteraan pengundi atau tahanan adalah seperti berikut:

(i) setiap depot imigresen mempunyai seorang Penolong Pegawai Perubatan Gred U29/32, jawatan kader untuk menguruskan perihal kesihatan tahanan daripada proses saringan, kes-kes ringan dan juga rawatan susulan;

(ii) menjalankan pemeriksaan awal kesihatan terhadap semua tahanan termasuk kanak-kanak bagi mengenal pasti tahap kesihatan mereka;

(iii) untuk kes akut dan juga kecemasan, Penolong Pegawai Perubatan Gred U29/32 dan Pegawai Imigresen di depot imigresen akan menghantar pengundi terjejas ke pusat kesihatan daerah atau klinik kesihatan terdekat. Ini dibuat mengikut prosedur operasi standard yang ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia;

(iv) semua penyakit berjangkit akan dimaklumkan kepada pejabat kesihatan daerah yang terdekat dan pejabat akan menghantar satu pasukan menyiasat mengawal dan menguruskan wabak tersebut;

(v) imunisasi akan diberikan kepada kanak-kanak dalam pusat tahanan menurut jadual imunisasi dengan menyasarkan untuk mencegah penyakit berjangkit;

(vi) mengadakan sesi libat urus dengan Jabatan Penjara Malaysia mengenai laporan perubatan tahanan yang akan dipindahkan ke depot imigresen setelah habis hukuman bagi memudahkan urusan saringan awal dan rawatan susulan; dan

(vii) mengadakan sesi libat urus dengan badan bukan kerajaan tempatan dan antarabangsa untuk menguruskan kesihatan tahanan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan, sila Yang Berhormat Pengerang.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Terima kasih sahabat saya, terima kasih daripada Pilihan Raya Negeri Johor kerana membantu. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bilakah kementerian merancang untuk menjadikan tahanan imigresen setanding dengan piawaian dan prinsip yang ditetapkan dalam Peraturan Minimum Standard Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Rawatan Tahanan 1957/1977 sepertimana yang telah dirujuki oleh Penjara Malaysia, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, memang Kementerian Dalam Negeri sentiasa memastikan bahawa semua tahanan sama ada di depot imigresen dan Jabatan Penjara mesti kita menjaga dan memastikan keselamatan mereka. Saya percaya Kementerian Dalam Negeri akan sentiasa mengikut apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat mengenai piawaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu akan kita memperincikan, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, saya menjemput Yang Berhormat Kepong.

draft • 11:00 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta diberitahu, berapakah bilik tahanan imigresen yang dipasang lengkapi dengan CCTV. Itu sahaja.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kepong.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Selalu bertanya tentang Kementerian Dalam Negeri menunjukkan Yang Berhormat sentiasa ingin menjaga keselamatan sama ada negara dan tahanan-tahanan yang melibatkan warganegara asing, terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya Yang Berhormat, untuk pengetahuan Yang Berhormat kita ada 18 depot seluruh negara dan semasa lawatan saya dan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, kita telah menetapkan supaya semua depot sejumlah 18 ini mesti dipasang CCTV bagi memastikan keselamatan tahanan sesama sendiri dan juga pegawai-pegawai imigresen yang bertugas mengikut SOP yang telah kita tetapkan.

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, boleh tanya satu lagi soalan tambahan?

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan ketiga, sila Yang Berhormat Kota Melaka.

draft • 11:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan dengan pekerja asing yang mempunyai pas yang sah. Apabila imigresen mereka ada operasi, pergi tapak pembinaan sungguhpun pekerja asing yang sah yang ada pas telah menunjukkan kepada pegawai imigresen yang menjalankan operasi, tetapi mereka juga dibawa balik kerajaan tahanan, disimpan sana untuk dua minggu.

Jadi, di sini bolehkah kementerian mengambil langkah yang lebih proaktif di mana sepatutnya ada sistem yang boleh menyemak, sama ada pas tersebut genuine, rasmi ataupun palsu. Ini supaya kalau ia rasmi, yang sah tidak harus dihantar balik ke pusat tahanan untuk simpan dua minggu. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya. Walaupun agak lari, tetapi saya ingin jelaskan bahawa semasa operasi yang dilakukan oleh pegawai dan penguat kuasa imigresen, kita dapati bahawa walaupun kad pas pekerja itu sah, kadang-kadang daripada segi yang kita buat operasi itu, majikannya adalah orang lain. Sah tetapi dia berada di kilang atau di tempat pekerja yang bukan majikannya yang tertakluk di dalam apa yang ditulis dalam pas pekerja.

Yang kedua ini pun kita akan teliti kerana pas pekerja itu hanya dalam bentuk salinan, bukan original. Oleh sebab itu, kita panggil apabila kita adakan operasi, majikan-majikan yang terlibat kita panggil untuk membuat pemeriksaan sama ada betul-betul tulen (genuine) dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis, Kota Belud.

draft • 11:00 AM

4. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis@Fakharudy [Kota Belud] minta

draft • 11:00 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan

(a) punca sebenar kekurangan minyak masak paket bersubsidi dan mekanisme yang paling sesuai bagi mengekang penyelewengan dan aktiviti penyeludupan; dan

(b) tindakan keras dalam memerangi kegiatan mencampur minyak masak subsidi dengan minyak masak terpakai oleh sindiket yang jelas membahayakan kesihatan rakyat Malaysia.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Belud yang ingin mengetahui berkaitan dengan kekurangan minyak masak bersubsidi dan langkah untuk mengekang penyelewengan tersebut serta tindakan kepada mereka yang mencampur minyak subsidi dan minyak masak terpakai.

Tuan Yang di-Pertua, harga kawalan yang rendah iaitu RM2.50 bagi minyak masak subsidi polybag satu kilogram menjadi faktor utama mengapa minyak masak ini menjadi berkurang termasuk harga yang ketara kerana saya difahamkan pada hari ini harga biasa RM6.70 jadi itu, satu.

Walau bagaimanapun kerajaan telah menetapkan bahawa minyak subsidi satu kilogram ini cuma sepatutnya boleh dibeli kepada isi rumah domestik sahaja.

Akan tetapi, ia juga dibeli oleh peniaga-peniaga kecil dan sederhana untuk mengurangkan kos operasi perniagaan mereka. Pembelian mereka dalam kuantiti yang banyak menyebabkan kekurangannya dalam market dan kehabisan lebih awal dari sepatutnya.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita dapat kesan juga berkenaan punca kekurangannya adalah juga disebabkan oleh berlaku penyeludupan ataupun berpindah minyak ini ke negara jiran oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mendapat keuntungan yang lebih. Kemudian kita juga ada mengesan adanya decanting saya tengok dalam kamus erti itu adalah penyiringan.

Ertinya mereka mengambil minyak subsidi ini kemudian mereka masukkan dalam botol dan mereka jual dengan harga yang lebih mahal. Itu kerja-kerja yang tidak amanah yang telah dilaksanakan.

Bagi menangani isu tersebut, kementerian telah melakukan pemeriksaan dan juga pengauditan di setiap peringkat rangkaian pengedaran minyak masak di samping menjalankan pemeriksaan, pematuhan permit ke atas peniaga kecil dan pengusaha-pengusaha restoran.

Di samping itu, kita juga membuat risikan ke atas pengilang, pembungkus, pemborong dan peruncit dengan sasaran terpilih yang disyaki menyeleweng.

Keempat, menggantung kuota ataupun lesen ke atas syarikat yang didapati melakukan penyelewengan serta meletakkan had pembelian minyak masak polybag satu kilogram sebanyak tiga paket untuk memastikan lebih ramai pengguna isi rumah menikmati subsidi kerajaan tersebut.

Di samping itu, yang terakhir ialah mempertingkatkan kerjasama dengan penguat kuasa-penguat kuasa yang lain seperti kastam, tentera, Polis Diraja Malaysia dan ESSCOM. Untuk makluman, sehingga pada tahun ini– sehingga 28

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid

Februari 2022, kementerian telah menjalankan 6,955 pemeriksaan di premis yang terbabit dengan urus niaga minyak masak dan 25 kertas siasatan telah dibuka dan 94 premis masuk dalam pengauditan. Setakat ini untuk makluman Yang Berhormat, 15 syarikat pembungkus minyak masak telah digantung lesen mereka kerana tindakan ataupun ataupun yang telah mereka laksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, kawalan minyak masak terpakai ini satu isu baharu.

Sebenarnya isu ini ataupun perkara ini di bawah Lembaga Minyak Sawit Malaysia

(MPOB). Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Kota Belud.

draft • 11:10 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Timbalan Menteri, isu kekurangan minyak masak paket di pasaran terutamanya di kawasan luar bandar tidaklah disebabkan atau dipengaruhi oleh penyelewengan semata-mata tetapi pada saya, memang especially kalau di Sabah dan di Kota Belud, memang tidak cukup di pasaran. Mengikut kenyataan Yang Berhormat Menteri ketika menjawab bahas Titah Diraja, saya ingat semalam, KPDNHEP sedang mencari alternatif termasuk penetapan dua harga bagi kegunaan minyak masak domestik dan juga eksport.

Kegunaan domestik satu harga dan kegunaan eksport mungkin ikut satu harga pasaran dan cadangan ini dibuat adalah bagi kita menangani masalah terlalu banyak perbelanjaan untuk subsidi. Soalan saya, adakah selama ini produk minyak sawit kita yang dieksport tidak mengikut harga pasaran? Adakah kita ada memberikan sebarang bantuan atau subsidi bagi produk eksport? Untuk harga pasaran domestik pula, bagaimana mekanisme ataupun kaedah pelaksanaannya?

Soalan saya yang kedua, apakah usaha kementerian bagi mengoptimumkan penggunaan teknologi terkini bagi membendung dan mengekang aktiviti penyelewengan dan penyeludupan daripada peringkat pengilang tetapi saya pegang kepada statement saya yang daripada awal tadi iaitu kalau di kawasan luar bandar, kebanyakannya kisah minyak masak paket ini memang kurang di pasaran.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Sila Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi saya dah nyatakan bahawa kekurangan ini adalah disebabkan oleh permintaan yang terlalu tinggi kerana harga RBD, hari ini saya difahamkan sebanyak RM6,000

draft • 11:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid

metrik tan sedangkan threshold kita ialah RM2,300 sahaja. Jadi oleh kerana harga minyak yang terlalu jauh, RM2.50 satu kilogram dengan RM6.70 satu gram.

Jadi, tumpuan rakyat ataupun kebanyakan pengguna akan lebih untuk nak mendapatkan harga yang lebih murah. Jadi itu apa yang dimaklumkan kepada kita.

Berkaitan dengan harga untuk yang dieksport, saya yakin dan percaya kerajaan tidak ada apa-apa subsidi pada minyak masak yang dieksport ke luar negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

Soalan tambahan yang kedua, saya jemput daripada yang sebelah sini. Yang Berhormat Beaufort.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang masalah kekurangan minyak masak paket bersubsidi adalah sesuatu perkara yang berterusan. Bukan baru sahaja tetapi sejak dahulu lagi dah dan selalunya kita dapati bila kita buat sesuatu maka akan keluar pula minyak paket yang bersubsidi itu, akan ada keluar.

Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau di peringkat negeri Sabah itu ada berapa banyak syarikat yang terlibat untuk mempaketkan minyak-minyak yang bersubsidi ini? Adakah mencukupi dan mereka ini boleh memenuhi keperluan di peringkat negeri Sabah khususnya untuk rakyat yang B40, mereka yang susah, di kampung-kampung yang memerlukan minyak ini.

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

draft • 11:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat sahabat saya Yang Berhormat Beaufort. Untuk hari ini, saya tidak ada data untuk hendak nyatakan berapa tetapi kita ada maklumatnya. Kita akan jawab secara bertulis dan saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Beaufort bahawa isu subsidi ini tak akan habis sampai bila-bila. Oleh sebab itu kita ada cadangan untuk nak memberi subsidi ini secara bersasar. Hari ini kita subsidi kepada produk atau barang, kita beri kepada gas, minyak masak kemudian tepung gandum, petrol dan sebagainya.

Kita ada perancangan untuk nak beri subsidi kepada individu, kepada mereka yang layak. Kita beri subsidi kepada mereka, jadi isu kebocoran ini insya-Allah akan dapat diminimumkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sedikit, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu.

draft • 11:10 AM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Berkenaan minyak masak ini.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan yang ketiga, saya beri kepada Yang Berhormat Kota Kinabalu.

draft • 11:10 AM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Balik kepada soalan ini, saya berpendapat kalau isu penyeludupan minyak masak ini selalu berlaku di sebelah timur di Sabah, Sandakan dan Tawau kerana dekat dengan Filipina dan Indonesia.

Soalan saya, kalau subsidi tadi yang dikatakan semakin membebankan kerajaan dan apabila RBD, harganya RM2,255 pada tahun 2020, subsidi setahun adalah RM400 juta. Tahun lalu dianggarkan jumlah subsidi ini sudah meningkat daripada RM400 juta kepada RM1.8 bilion.

Tadi saya dengar sekarang RBD ini sudah melebih harga RM6,000. So, berapa agaknya jumlah subsidi sekarang yang kerajaan akan tanggung kalaulah tahun 2022 ini, sepanjang tahun dikekalkan pada harga yang begitu tinggi dan berapakah ketirisan yang berlaku diakibatkan oleh kegiatan penyeludupan? Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Sila Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid

Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Kota Kinabalu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya isu berkaitan dengan penyeludupan ini bukan sahaja berlaku di Sabah dan Sarawak. Ia juga berlaku di mana-mana negeri sempadan kerana harga kita terlalu murah berbanding dengan harga di negara luar yang lebih mahal. Jadi apa yang ditanya tadi, apakah jangkaan.

Kalau setakat yang dimaklumkan kepada kita untuk tahun 2021, ada RM1.9 bilion.

Tahun ini dijangka lebih daripada RM2 bilion.

Jadi ini beban yang akan ditanggung oleh kerajaan untuk hendak mengekalkan subsidi ini kerana jika hendak ditarik, ada cadangan untuk nak meningkatkan sedikit harga daripada RM2.50 naik mungkin jadi RM3.00 dan sebagainya kerana harga komoditi yang meningkat. Akan tetapi cadangan tersebut perlu diteliti secara halus untuk memastikan dalam keadaan rakyat susah, dalam keadaan rakyat tertekan, jadi kita tak mahu menambahkan lagi beban ataupun kesusahan rakyat buat masa ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Minta sedikit, sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Dia tak boleh, maksimum tiga soalan tambahan sahaja, minta maaf Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 11:10 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Alah, pejam-pejam sahajalah.

[Ketawa]

draft • 11:10 AM

5. Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) apakah usaha dilaksanakan oleh pihak kementerian dalam memastikan pembinaan rumah mampu milik yang bersesuaian dengan julat pendapatan rakyat; dan

(b) apakah perancangan jangka panjang kementerian dalam memastikan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda mampu memiliki rumah.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Parit.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertanggungjawab menyediakan perumahan yang berkualiti, kondusif, berdaya huni dan mampu milik untuk rakyat. Kerajaan sentiasa komited untuk menyediakan rumah mampu milik (RMM) khususnya untuk golongan B40 dan M40.

Projek RMM di bawah KPKT adalah program perumahan rakyat (PPR) dan rumah mesra rakyat (RMR) untuk golongan B40 manakala untuk golongan M40 pula di kediaman SPNB, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dan perumahan PR1MA disediakan oleh kerajaan.

Kerajaan melalui Dasar Perumahan Mampu Milik Negara telah menetapkan harga rumah mampu milik (RMM) menggunakan kaedah gandaan median ataupun media multiple, dengan izin. Kaedah ini mengambil kira median pendapatan rakyat mengikut lokaliti berdasarkan tinjauan household income expenditure surveys (HIES) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dengan kekerapan setiap dua tahun sekali. Antara usaha yang diambil oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah memastikan pembinaan rumah mampu milik yang bersesuaian dengan jadual julat pendapatan rakyat adalah seperti berikut.

Pertama, dengan menyediakan pemetaan rumah mampu milik berdasarkan pendapatan median mengikut negeri dan daerah yang diperolehi daripada tinjauan HIES. Kaedah ini mengambil kira median pendapatan rakyat mengikut lokaliti berdasarkan kaedah gandaan median sepertimana yang disebutkan tadi. Pemetaan yang sedang disediakan ini adalah untuk membantu pemaju mengenal pasti harga yang sesuai bagi harga jualan rumah di sesebuah lokaliti.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib

Kedua, mengesyorkan kepada pihak negeri dan pemaju agar mengambil kira cadangan harga rumah berdasarkan median pendapatan rakyat mengikut lokaliti.

Kaedah ini juga diguna pakai oleh beberapa badan antarabangsa seperti World Bank bagi menentukan harga rumah mampu milik.

Ketiga, mewujudkan panel berkepakaran, panel of experts (POE) bagi membantu dan memberi nasihat kepada kementerian dalam pelbagai isu perumahan khususnya yang melibatkan kluster sosioekonomi, geopolitik dan sebagainya.

Bagi soalan yang kedua, untuk makluman Yang Berhormat, sebagai perancangan jangka masa panjang dalam memastikan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda mampu memiliki rumah, kerajaan komited untuk meneruskan penyediaan perumahan khusus bagi B40 dengan pelaksanaan program perumahan rakyat (PPR) secara berterusan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib

Program ini merupakan subsidi terbesar bagi pemilikan rumah awam kepada Kumpulan B40. Pada masa yang sama, kerajaan juga komited untuk meneruskan Program Rumah Mesra Rakyat di bawah SPNB juga terbukti memberi manfaat perumahan khusus kepada golongan B40 yang mempunyai tanah sendiri dan tanah milik ahli keluarga yang diberi kebenaran. Sehingga 31 Januari 2020, sejumlah 50,078 unit Rumah Mesra Rakyat telah siap dibina.

Sedikit sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Selain itu kerajaan akan meneruskan program perumahan sedia ada bagi golongan M40 melalui Program Rumah Mampu Milik di bawah PPAM, juga di bawah PR1MA dan SPNB. Setakat ini terdapat 24,903 unit PPAM, 27,081 unit di bawah PR1MA, dan 23,305 unit di bawah SPNB.

Di samping itu, KPKT juga telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Pemandu untuk menyelaras perancangan bekalan rumah mampu milik dan data rumah mampu milik bagi menjayakan pembinaan 500 ribu unit rumah mampu milik di seluruh negara selaras dengan RMKe-12. Strategi pasaran ini akan melibatkan KPKT sebagai penyelaras kepada 15 buah agensi dan kementerian yang terlibat, dalam pembinaan rumah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Bukit Bintang.

draft • 11:20 AM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Tuan Yang di-Pertua, soalan nombor dua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Maaf, soalan tambahan yang pertama, silakan Yang Berhormat Parit.

draft • 11:20 AM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu pemilikan rumah ini bukanlah satu isu yang baru. Sungguhpun Kerajaan Pusat, negeri dan pihak-pihak swasta ada menyediakan projek-projek rumah mampu milik seperti PR1MA, Projek Perumahan Penjawat Awam dan lain- lain, tetapi masih lagi banyak isu, khususnya rumah ini.

Jadi saya juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, mewujudkan panel berkepakaran bagi menangani isu-isu perumahan dalam negara kita. Jadi, soalan tambahan saya, apakah kriteria yang ditetapkan oleh KPKT dalam pemilihan ahli panel yang berkepakaran ini? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Parit yang agak ke hadapan dalam mengikuti perkembangan pembangunan perumahan negara.

Untuk makluman Yang Berhormat, panel kepakaran- panel of expert atau POE, akan dianggotai oleh 25 orang ahli, yang berlatarbelakangkan pelbagai bidang keutamaan seperti perumahan, kewangan, ekonomi, industri pembinaan di Malaysia.

Pemilihan wakil-wakil dibuat merujuk kepada kepakaran dan pengalaman masing- masing dalam bidang pendidikan, pasaran hartanah, institusi kewangan dan pembiayaan, sektor pembinaan dan pelaksanaan skim perumahan.

Selain itu pengambilan pegawai dari agensi kerajaan juga dicadangkan sebagai anggota panel yang terdiri daripada anak-anak muda. Antara agensi yang akan dilibatkan ialah Kementerian Kewangan Malaysia, Unit Perancang Ekonomi, Pusat Maklumat Hartanah Negara- National Property Information Centre atau NAPIC, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Hartanah (JPPH), Construction Industry Development Board (CIDB) serta ahli-ahli akademik.

Keahlian panel mempunyai gabungan kemahiran dan kepakaran, dan juga dalam aspek pembinaan kualiti perumahan, kewangan. Antara kriteria ahli panel,

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua hendaklah

(i) mempunyai kepakaran dalam bidang perumahan di Malaysia, sama ada perumahan awam, sosial, mahupun swasta;

(ii) mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai industri perumahan tanah air;

(iii) ahli panel yang baik termasuklah mempunyai pengalaman yang luas dalam sektor hartanah;

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua hendaklah

(iv) bebas dari unsur partisan ataupun berpihak ke mana-mana yang mempunyai kepentingan dalam projek-projek kemajuan tanah;

(v) tahap integriti yang tinggi. Ahli panel perlu mempunyai integriti yang tinggi agar keputusan dibuat adalah telus dan adil, sekali gus dapat memfokuskan kepada kejayaan dan kepentingan agensi; dan

(vi) pengalaman lain yang relevan bagi memastikan keberkesanan ahli panel serta pengalaman lain yang relevan turut dikehendaki.

Pengalaman ahli panel hendaklah meliputi tetapi tidak terhad kepada kebajikan, pengurusan, perakaunan, kewangan, pelaburan dan pengurusan aset termasuk hartanah dan harta, perundangan, pemasaran, teknologi maklumat, penggubalan strategi, kepintaran perniagaan, berpengalaman mendalam pemahaman industri dan keperluan undang-undang yang berkaitan serta pengetahuan pengurusan risiko dan lain-lain maklumat yang baik. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Panjang sangat Yang Berhormat. Soalan tambahan yang kedua, saya sudah panggil tadi Yang Berhormat Bukit Bintang.

draft • 11:20 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimana kedudukan projek rumah mampu milik yang terbengkalai di seluruh negara dan bagaimanakah program pemulihan sedang dijalankan oleh kementerian? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Bintang- Yang Berhormat hendak maklumat tentang masalah projek rumah mampu milik di seluruh negara? Saya tidak ada spesifik senarai itu dan insya- Allah saya akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat dan ini perlukan maklumat tambahan sedikit. Walau bagaimanapun, kita mengambil perhatian kepada pelaksanaan projek rumah mampu milik ini.

Sebenarnya kementerian sentiasa serius dalam menangani isu ini. Untuk makluman Yang Berhormat, kita mempunyai projek perumahan mampu milik ini dan juga projek-projek lain. PPR bukan sahaja di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tetapi kita mempunyai 15 buah agensi yang di dalam kerajaan yang bertanggungjawab membina rumah-rumah ini. Jadi, sebarang kelewatan dan sebagainya, tidak harus diserahkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, namun kita bertanggungjawab untuk melihat.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib

Umpamanya agensi yang terlibat, KPKT sendiri di bawah PR1MA, SPNB dan Jabatan Perumahan Negara. JPM juga terlibat dalam panel rumah di bawah ICU.

KPLB juga terlibat di bawah agensinya seperti FELDA, RISDA, FELCRA dan sebagainya. Lembaga Angkatan Tentera di bawah MINDEF, MEDAC juga ada di bawah UDA Holdings juga LKIM di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta kerajaan negeri dan swasta.

Jadi, soalan tadi saya akan jawab kepada Yang Berhormat secara bertulis.

Kita tidak menafikan bahawa ada juga kelewatan yang berlaku, namun kita akan memastikan tindakan-tindakan yang sewajarnya diambil untuk mengatasi masalah- masalah tersebut.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, minta satu soalan tambahan lagi.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Masa sudah agak panjang untuk soalan ini. Saya jemput seterusnya, Yang Berhormat Tuan Noor Amin bin Ahmad.

draft • 11:20 AM

6. Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar] minta Menteri Kesihatan menyatakan, kesan kos kepada kementerian dalam tempoh sehingga tahun 2025, berikutan penyerapan ribuan perjawatan tetap Pegawai Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Pakar Perubatan sebagaimana yang diumumkan baru-baru ini.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kesihatan II - Datuk Aaron Ago Dagang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan pada 19 Januari 2022 bersetuju supaya sebanyak 4,186 jawatan tetap tambahan diwujudkan di Kementerian Kesihatan pada tahun 2022 bagi tujuan melantik seramai 3,586 Pegawai Perubatan, 300 Pegawai Pergigian dan 300 Pegawai Farmasi.

Pelaksanaan keputusan ini melibatkan implikasi kewangan permulaan sebanyak RM337.5 juta setahun pada tahun 2022. Implikasi kewangan bagi tujuan membayar emolumen kepada pegawai ini akan terus meningkat bagi tempoh 2023 hingga 2025 iaitu sebanyak RM1.2 bilion.

Berikutan terdapat kekosongan jawatan sedia ada bagi Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi, maka jumlah pengambilan tetap yang akan dilaksanakan bagi Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi iaitu 460 Pegawai Pergigian dan 400 untuk Pegawai Farmasi.

[Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kesihatan II - Datuk Aaron Ago Dagang

Kerajaan juga bersetuju agar sekurang-kurangnya 1,500 jawatan tetap Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi diwujudkan di kementerian pada setiap tahun mulai tahun 2023 hingga 2025. Anggaran implikasi kewangan bagi tujuan membayar emolumen adalah sebanyak RM744.5 juta bagi tempoh tersebut.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kesihatan II - Datuk Aaron Ago Dagang

Selain daripada itu, kerajaan turut bersetuju supaya sebanyak 800 jawatan tetap pakar perubatan dan 70 pakar pergigian diwujudkan di kementerian pada setiap tahun mulai tahun 2023 hingga 2025 bagi menampung keluaran pakar perubatan tetap di facility kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan. Ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.1 bilion untuk jangkaan tiga tahun.

Secara keseluruhannya, anggaran implikasi kewangan bagi kesemua jawatan tersebut tadi iaitu lebih kurang 11,296 akan melibatkan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Kangar.

draft • 11:30 AM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang agak terperinci sebentar tadi. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana berjaya, walaupun tidak kepada semua, untuk menyerap sebahagian daripada kakitangan kerajaan yang dahulunya kontrak sekarang sudah jadi jawatan tetap.

Cuma, saya punya conscience ialah mereka yang diserap ini, adakah mereka― sebab mereka telah bekerja untuk satu tempoh waktu. Adakah mereka ini menerima gred yang sesuai dengan tempoh pekerjaan mereka ataupun mereka akan bermula seolah-olah mereka ini adalah pengambilan baharu di peringkat yang lebih rendah?

Sudah tentulah dengan penyerapan lebih ramai penjawat awam di bawah Kementerian Kesihatan ini, kita juga berharap pada masa akan datang kemudahan- kemudahan kesihatan macam hospital, klinik kesihatan ini akan dapat ditingkatkan supaya keselesaan dalam perkhidmatan itu dapat diberikan.

draft • 11:30 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Terima kasih, Yang Berhormat. Proses gred ini adalah mengikut jawatan yang akan diberi. Memang sekarang ini contract officers, dia orang adalah fresh graduate dan telah pun berkhidmat dan kita telah pun menawarkan pelbagai peningkatan gred kepada mereka. Dalam hal ini, apa-apa jawatan yang akan ditawarkan atau akan ditetapkan oleh kerajaan, mereka ini akan diserapkan mengikut duration mereka yang sudah berada dalam kementerian dan

draft • 11:30 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

sebagainya. Ini proses biasa yang akan dilaksanakan oleh bahagian human resources di Kementerian Kesihatan. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Kinabatangan.

draft • 11:30 AM

Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah kementerian atau kerajaan berhasrat untuk mempertingkatkan lagi penambahan doktor dan pakar-pakar perubatan ini? Sebab, kita melihat isu antara doktor-doktor pakar dengan masyarakat terlalu jauh dan ini amat membimbangkan sebab terdapat juga hospital-hospital, pusat kesihatan di luar bandar yang tidak ada doktor pakar, tidak ada apa-apa, cuma ada dresser sahaja. Minta makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Memang begitulah hasrat kerajaan supaya semua perkhidmatan kita sama ada di klinik atau di hospital di seluruh negara akan mendapat kualiti dan perkhidmatan yang cemerlang. Saya difahamkan dalam proses ini, sebab itu apabila kita mohon untuk mendapatkan jawatan lebih banyak dalam pelbagai segi daripada perubatan, farmasi dan sebagainya, ini mengambil kira dalam beberapa tahun akan datang.

Unjuran ini telah pun dibuat dan sebab itu permohonan yang kita sampaikan dan yang telah disebut saya tadi, yang telah diberi ataupun diapproved by the government adalah seperti yang saya senaraikan tadi. Dalam tiga tahun akan datang, beginilah jumlah perkhidmatan pakar-pakar yang kita akan dapati di seluruh negara.

Memang, Yang Berhormat, saya pun faham dari segi pakar dan sebagainya.

Saya pun telah mendapat maklumat bagi Sabah dan Sarawak. Kita difahamkan kalau dahulu kita mendengar bahawa di sana kita memang kekurangan pakar tetapi sekarang ini yang kita telah mohon ataupun telah diberi adalah begitu lebih daripada perjawatan yang sedia ada. Saya pun― kalau saya dapat memberi angka kepada Yang Berhormat. Akan tetapi, jawatan yang kita ada memang kurang daripada jumlah pakar yang kita sedia ada.

draft • 11:30 AM

Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Minta bertulis Yang Berhormat, fakta-fakta itu. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Saya akan bagi jawapan bertulis dengan angka- angka yang sepatutnya. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar.

draft • 11:30 AM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 11:30 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Penyerapan ribuan pegawai perubatan adalah merupakan langkah yang baik bagi menjaga hak mereka sebagai frontliner negara.

Namun begitu, berdasarkan kenyataan Menteri sebelum ini, sebanyak 4,000 lebih yang akan diberikan perjawatan tetap walhal jumlah keseluruhan doktor kontrak mencecah 20,000 orang. Soalan saya, apakah perancangan kementerian terhadap mereka yang belum diberikan jawatan tetap ini? Apakah faktor yang menyebabkan mereka tidak diberikan perjawatan tetap? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya katakan tadi, hasrat kerajaan― memang kalau kita melihat isu pegawai kontrak ini memang sangat berpanjangan dan sebab itu kementerian telah pun memohon agar kita mendapat jawatan tetap seperti yang kita katakan tadi.

Dalam tempoh beberapa tahun ini, dalam tiga tahun ini, kita menganggarkan sebegitu ramai pegawai-pegawai perubatan farmasi dan juga pergigian yang akan diserapkan daripada mereka yang kontrak dan juga pengambilan baharu. Kalau kita melihat pegawai perubatan kontrak yang sedia ada sekarang ini, adalah 26,000 lebih dan pakar adalah cuma 24 orang. Ini kita dalam proses untuk menyerapkan mereka ke dalam perjawatan yang tetap. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

7. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan langkah mempertingkatkan bekalan air bersih kepada penduduk di luar bandar khusus di Daerah Sik melalui bekalan air terawat oleh operator bekalan air serta pembangunan infrastruktur bekalan air alternatif seperti air bukit, telaga tiub dan lain-lain sumber.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Yang Berhormat Sik, Kerajaan Persekutuan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri terutamanya pihak berkuasa air negeri dalam usaha meningkatkan liputan bekalan air kepada penduduk kita di luar bandar.

Program Bekalan Air Luar Bandar di bawah Kementerian KPLB memberi fokus utama kepada peluasan liputan bekalan air kepada penduduk kampung di luar bandar yang belum menerima bekalan ataupun akaun yang baharu.

Penukaran paip air lama atau naik taraf tangki serta rumah pam bagi pengguna sedia ada adalah tidak tertakluk secara khusus di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar, tetapi boleh dipohon melalui kerajaan negeri ataupun Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Bagi Daerah Sik, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek menaik taraf Loji Rawatan Air Jeniang Baru, Sik, Kedah melalui peruntukan Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke-12 tahun 2021 dengan kos keseluruhan berjumlah RM84 juta. Projek ini adalah pada peringkat reka bentuk terperinci oleh perunding dan dijangka memberi manfaat air bersih dan terawat kepada lebih kurang 1,170 buah rumah akaun baharu di Parlimen Sik dan Gurun. Projek ini melibatkan naik taraf, bina baru tangki simpanan daripada 35 mlb kepada 60 mlb, tangki sedutan dan rumah pam berdasarkan keperluan serta skop yang telah diluluskan.

Projek BALB Sistem Retikulasi Negeri Kedah tahun 2019 dengan kos keseluruhan RM9.5 juta telah siap direka bentuk dan dokumentasi tender serta dijangka dimulakan pada suku ketiga tahun ini melibatkan enam buah kampung di Parlimen Sik iaitu Kampung Tanah Lot Sungai Pau, Kampung Tupai Dalam, Kampung Bendang Man Lorong Felcra, Kampung Batu 50 Telaga Batu, Kampung Tanah Hitam dan Kampung Kuala Beris.

Projek BALB Sistem Retikulasi Negeri Kedah tahun 2021 pula iaitu dengan kos RM26.3 juta akan siap reka bentuk pada suku ketiga tahun ini dan dijangka dimulakan pada awal tahun hadapan melibatkan tiga buah kampung di Parlimen Sik iaitu Kampung Cerok Tenang, Kampung Gulau dan Kampung Surau.

Bagi permohonan baharu RP3 tahun 2023, sebanyak dua projek telah dikemukakan oleh kerajaan negeri bagi Parlimen Sik. Itu akan dibawa untuk difight di EPU.

Projek Bekalan Air Alternatif Luar Bandar pula di bawah kementerian ini juga dilaksanakan bagi kawasan yang tidak ekonomik bagi sistem retikulasi.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Projek ini dipertimbang melalui permohonan daripada komuniti dan penduduk kampung yang bersetuju untuk menyelenggarakan bekalan air secara alternatif ini untuk operasi dan manfaat penduduk.

Pada tahun 2021, projek alternatif Daerah Sik telah dilaksanakan yang telah melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM2.14 juta di lima buah kampung iaitu Kampung Bukit Hangus, Kampung Lubok Besar, Kampung Hujung Bandar, Kampung Batu Besar, Kampung Charok Tok Uban. Manakala pada tahun ini pula sebanyak satu permohonan dari Kampung Melaka Landai, Mukim Sok telah diterima dengan anggaran kos sebanyak RM500,000. Projek ini adalah dalam proses perolehan secara sebut harga, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Sik.

draft • 11:40 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap terima kasih sebanyaknya kepada pihak KPLB atas usaha berterusan bagi memenuhi keperluan asas bekalan air bersih di daerah Sik khususnya dan di negeri Kedah. Alhamdulillah, projek-projek itu sekarang telah berjalan dan termasuklah bekalan air masyarakat alternatif itu juga telah dimanfaatkan oleh penduduk.

Soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimana kementerian melihat khususnya daripada segi perbekalan air masyarakat atau air alternatif ini melalui sumber air bukit, air terjun dan sebagainya. Juga dapat diproses dalam rawatan seperti mana bekalan air retikulasi ini, termasuklah juga isu yang berbangkit daripada segi sumber-sumber air ini akan ada kesan jika ada berlaku pembalakan akan berlaku pencemaran pada sumber-sumber air ini. Bagaimanakah kementerian melihat kerjasama di antara syarikat bekalan air di negeri Kedah sendiri dan juga dengan Jabatan Hutan dan sebagainya? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat Sik.

Kebiasaannya projek alternatif luar bandar seperti air tandak ataupun air bukit ini adalah sangat ringkas dan tidak melibatkan rawatan air, tetapi minimum tapisan kasar bagi mengelakkan pasir, ranting, daun memasuki muka sauk. Ini bagi mengurangkan kos penyelenggaraan dan memudahkan operasi oleh penduduk kampung. Jadi, justeru secara kasarnya projek ini memang tidak memberi kesan kepada alam sekitar dan mesra alam.

Namun, bekalan projek alternatif disenggara dan dioperasi oleh penduduk ini —komuniti tidak melibatkan jabatan sebagaimana Yang Berhormat ketahui. Akan tetapi, terdapat juga pejabat daerah, pejabat pegawai daerah dan juga wakil rakyat yang membantu komuniti kampung bagi menyenggara sistem bekalan alternatif ini secara berkala.

Ada sedikit yang disebut oleh Yang Berhormat tentang proses-proses untuk merawat ini. Jadi daripada pengalaman saya sendiri dan juga kami di Sarawak dan saya yakin di sini juga iaitu mungkin Yang Berhormat Sik dan juga mana-mana kawasan di negara kita berhubung dengan jabatan kesihatan menulis, berbincang bagaimana untuk membuat chlorination mengikut piawaian standard WHO untuk air- air tube well , air-air dari bukit ini juga chlorination. Jadi, berkenaan dengan tadahan air ini, saya juga sarankan kawasan kampung, penduduk, mungkin pejabat daerah, di mana-mana berhubung dengan jabatan hutan. Memastikan tadahan ini tidak diusiklah. Kalau tadahan ini diusik, memang air akan tercemar satunya, memang sudah jadi kopi ‘O’, kopi susu, jadi payah hendak rawat, payah hendak tapis. Jadi kena bincang dengan perkara ini

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

supaya tadahan dan kawasan tadahan to be gazetted untuk kampung-kampung tertentu, itu suggestion kita.

Keduanya, ialah tentang ladang-ladang juga daripada tadahan air ini kenalah jauh, mesti ada penguatkuasaan daripada agensi ladang komersial ataupun ladang daripada komersial punya ladang ataupun agensi-agensi bagi memastikan benda ini janganlah mencemarkan terutama sekali apabila pembajaan ataupun penyemburan baja dan racun-racun supaya tidak memasuki kawasan tadahan. Ini kena ambil take note oleh semua pihak.

Ketiganya ialah mungkin ada kilang-kilang berdekatan, khusus untuk tube well juga perkara ini kita kena pastikan dengan pejabat daerah Yang Berhormat, supaya memastikan kilang-kilang, jangan effluent dia tidak tentu fasal masuk sungai.

Akan tetapi saya tahu ini di bawah penguatkuasaan kementerian lain supaya ia tidak meresap ke dalam tanah...

draft • 11:40 AM

Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

YB, sila gulung.

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

...Yang boleh merosakkan tube well ini.

Itulah saranan sebagaimana yang ditanyakan oleh Yang Berhormat tadi yang boleh dibawa kepada pejabat daerah sebagai ketua di daerah-daerah tertentu untuk membawa kepada agensi-agensi ini, ini antara suggestion kita, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar.

draft • 11:40 AM

Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Dipersilakan Yang Berhormat Papar.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Alhamdulillah, Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah faham kenapa air di tempat- tempat tertentu seperti teh tarik, begitu juga di tempat saya di Papar terutamanya di luar bandar di mana saya sudah berkali-kali menyuarakan perkara ini kepada kerajaan.

Akan tetapi hingga sekarang, belum ada lagi penyelesaiannya. Apa yang penting bagi saya ialah kerajaan memberi keutamaan kepada mereka ini. Jikalau mereka setiap hari minum air-air yang tidak bersih, maka kerajaan akan banyak lagi mengeluarkan duit untuk hospital.

Jadi, di sini saya ingin kerajaan memberikan sedikit perhatian kepada kampung-kampung yang jauh daripada bandar, supaya dapat membina paip-paip graviti yang baik dan begitu juga dengan telaga tiub di mana difikirkan perlu supaya kerajaan dan orang-orang kampung ini dapat memahami dan juga mereka sama- sama ingin merasa pembangunan yang dibawa oleh kerajaan. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat Papar.

Itulah satu statement ya. Pastinya apabila kita bercerita tentang penggazetan kawasan tadahan ini, sudah pastinya di bawah kerajaan negeri. Di mana-mana di negara kita dan seperti Yang Berhormat Papar tahulah, kopi susu ini banyak di mana- mana sudah berlaku, tempat saya sendiri pun ada.

Jadi, kita mintalah deforestation ini, seperti ada usaha yang dibuat seperti kami di negeri Sarawak, iaitu penanaman semula pokok-pokok. This is to save balik the environment. Mana kawasan-kawasan yang pernah diusik dan mengganggu kawasan tadahan air ini. Ladang-ladang, pastikanlah bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan di negeri kita ini...

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Itulah Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

...Jangan masuklah kawasan-kawasan tadahan air.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Itulah Yang Berhormat Timbalan Menteri, macam mana kopi susu ini kita jadikan mineral water, ini kita mahu ini.

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Eh! Boleh juga kalau mahu.

[Ketawa] Boleh! Ada tapisan-tapisannya. Sekarang ini macam-macam tapisan...

draft • 11:40 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Banyak kopi susu di Kelantan pun banyak.

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

[Ketawa] Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Jika tidak ada soalan, jadi saya teruskan kepada soalan seterusnya Dr. Kelvin Yii Lee Wuen, Bandar Kuching.

draft • 11:40 AM

8. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching] minta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah kematian dalam kalangan penerima vaksin COVID-19 di Malaysia. Apakah Cause of Death (COD) untuk kesemua penerima vaksin tersebut dan apakah parameter yang digunakan oleh Kementerian untuk menentukan sama sebuah kematian boleh dikaitkan terus kepada vaksin atau tidak.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kesihatan II - Datuk Aaron Ago Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sehingga 11 Mac 2022, tidak ada laporan kementerian yang dapat dikaitkan secara langsung dengan vaksin COVID-19 yang diterima.

Sebagai makluman Yang Berhormat, sepanjang Program Imunisasi ini, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menerima sebanyak 607 laporan melibatkan kematian yang disyaki dalam kalangan penerima vaksin COVID-19,

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kesihatan II - Datuk Aaron Ago Dagang

dengan 451 laporan telah pun selesai penyiasatan dan penilaian-penilaian oleh Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin Covid-19 (JFK).

Sebab kematian ditentukan berdasarkan penilaian klinikal dan juga laporan bedah siasat. Ia merupakan maklumat sulit dan tidak boleh didedahkan kepada umum, melainkan dengan kebenaran waris. Setiap kes kematian akan disiasat dan dilaporkan dengan teliti dan menyeluruh oleh pasukan penyiasat yang ditubuhkan di peringkat daerah ataupun negeri.

Seterusnya, penilaian hubung kait antara kesan vaksin diambil akan dijalankan oleh jawatankuasa tadi, Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin COVID-19 dengan mengambil kira hasil laporan perubatan pesakit, laporan ujian yang berkaitan dan laporan bedah siasat sekiranya ada.

Untuk makluman Yang Berhormat, ahli-ahli JFK ini terdiri daripada pakar- pakar daripada pelbagai bidang termasuk cardiology, immunology, hematology, Neurologi, perubatan dalaman, pathology dan sebagainya dan juga wakil-wakil daripada universiti dan swasta. Literature review juga akan dijalankan bagi melihat laporan yang berkaitan di peringkat global. Hasil penilaian pihak jawatankuasa JFK ini akan dimaklumkan kepada fasiliti kesihatan ataupun kepada pejabat daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tersebut. Saya memahami penjelasan tersebut dan sebenarnya saya pun mengenali ahli dalam JFK. Saya tahu mereka memang pakar dan profesional. Akan tetapi, isunya ada optics dan juga sentimen di luar sana.

Contohnya kes N. Revnesh Kumar.

Jadi, saya hendak tanya, adakah kerajaan menyokong cadangan agar laporan autopsi tersebut diberikan kepada satu panel bebas di mana jika lebih ada lebih bukti, rakyat akan lebih yakin pada vaksin ini.

Satu lagi saya hendak tambah, saya hendak minta penjelasan daripada pihak kementerian. Saya tahu tentang pekeliling yang dikeluarkan oleh kementerian di mana mereka telah melanjutkan tempoh hayat vaksin Sinovac dengan CanSino dari– ke enam bulan. Saya pun hendak tanya, apakah perimeter dan apakah proses yang digunakan oleh NPRA untuk menentukan hal ini. Ini kerana, ramai orang tertanya-tanya, apakah kesan kepada potency, efficiency dan keselamatan tersebut kerana ini mengakibatkan hesitancy, kebimbangan dalam kalangan ibu bapa?

Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Kes yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi memang satu daripada kes yang memang disebut-sebutkan. Setakat ini, Yang Berhormat bercadang adakah laporan itu diberi kepada pasukan bebas untuk dinilai semula. Saya ingat Kementerian Kesihatan tidak ada halangan.

Dalam hal ini, ini bergantung kepada kehendak ataupun the right of the ibu bapa mereka. Kita pun telah sedaya upaya untuk– Menteri sendiri telah pun berjumpa dengan mendiang family members dan telah pun menyampaikan apa yang sepatutnya diadakan. Kalau kita melihat daripada jumlah laporan yang saya katakan iaitu 6,607 kes tadi, laporan ini yang dibuat oleh hospital ini belum lagi sampai kepada peringkat farmasi. Ini kerana, ia dikatakan tidak kaitan dan sebab itu ia tidak termasuk dalam Jawatankuasa Farmakovigilans Keselamatan Vaksin kerana ia tiada kaitan dengan vaksin.

Bagi nombor dua yang dikatakan bahawa tempoh hayat vaksin Sinovac dan CanSino. Tadi, satu saya lupa. Hal pelanjutkan ini, yang saya mohon untuk jawab bertulis sebab saya pun tidak ada maklumat dalam hal ini. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Tumpat.

draft • 11:50 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Masih dalam soalan kesan vaksinasi. Saya dimaklumkan bahawa pada akhir tahun lepas, satu kumpulan teknikal Kementerian Kesihatan melakukan kajian keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat susulan ancaman penularan jangkitan Omicron. Jadi sehingga kini, apakah hasil kajian yang dibuat oleh kumpulan berkenaan bagi keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat? Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Yang Berhormat, daripada pengetahuan kita, kementerian belum ada cadangan untuk mengadakan dos keempat untuk orang awam. Kalau apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat itu mungkin saya akan siasat lagi sama ada adakah itu benar ataupun mungkin hasil belum dapat dibuat laporan kepada kita. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Simpang Renggam.

draft • 11:50 AM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, terlanjur dibicarakan tadi tentang vaksinasi dos penggalak dan sebagainya, saya semalam ingin membawakan ketika perbahasan Timbalan Menteri I berkaitan dengan Akta 342.

draft • 11:50 AM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Sejauh mana telah ada sesi libat urus antara kementerian dengan persatuan- persatuan pengguna? Terutama Persatuan Pengguna Islam yang dilihat begitu lantang mengkritik dan menolak Akta 342. Bagi saya secara peribadi, memang kita menolak pindaan itu. Akan tetapi, sejauh mana sesi libat urus bersama dengan persatuan-persatuan pengguna dan juga Persatuan Pengguna Islam terutamanya?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Untuk maklumat Yang Berhormat. Kita pun telah mengadakan sedikit mesyuarat dalam hal ini dan kita difahamkan banyak persatuan dan orang ramai telah pun menyampaikan hasrat untuk tidak menyokong pindaan yang kita adakan. Kita juga dalam kementerian telah pun bersetuju untuk melihat semula sama ada ia patut diteruskan ataupun kita tunggu dan kita akan bawa dalam sidang-sidang yang akan datang ini. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Dipersilakan Dato’ Haji Salim Sharif, Jempol.

draft • 11:50 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

[Ketawa] Soalan sembilan sudah dibuka, Silakan Menteri usah ternganga, Pengeluaran KWSP pengubat duka, Keluarga Malaysia kembali ceria.

draft • 11:50 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Menteri Kewangan hendak letak jawatan.

[Ketawa] Macam mana kata ceria?

draft • 11:50 AM

9. Datuk Seri Haji Mohd. Salim Sharif [Jempol] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan pelan terkini pembangunan sosial dan pendidikan serta usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi meningkatkan lagi taraf ekonomi masyarakat Orang Asli.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Saya minta maaf, saya tidak boleh hendak jawablah secara spontan pantun ya.

Tuan Yang di-Pertua, salah satu KPI utama kementerian melalui JAKOA adalah bagi meningkatkan pendapatan masyarakat Orang Asli pastinya dan seterusnya mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan. Pada tahun 2022 ini, di bawah RP2, RMKe-12, JAKOA masih meneruskan komponen Pelan Strategik 2016-2020 di bawah Fokus 4 iaitu ekonomi mampan dengan melaksanakan pelbagai projek pertanian, perladangan, keusahawanan dan koperasi.

Pada tahun 2021 terdapat seramai 3,762 orang peserta telah menerima manfaat daripada program-program JAKOA. Antara program yang dilaksanakan di bawah program pembangunan ekonomi Orang Asli adalah meliputi Program Hands

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Holding, projek perladangan, bantuan input pertanian, kursus pengembangan pertanian, agropelancongan, Program Quick Win, bantuan geran koperasi, bantuan bimbingan usahawan, kursus dan latihan usahawan dan koperasi dan karnival usahawan.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua juga dan juga Yang Berhormat Jempol, pada tahun ini JAKOA telah merancang untuk melaksanakan projek ternakan kambing, arnab dan ayam di daerah Jempol, di Kampung Orang Asli Sungai Sampo dan juga Kampung Orang Asli Sungai Loi yang melibatkan 12 orang peserta di bawah Program Hands Holding. Selain itu, JAKOA juga amat komited dalam meningkatkan taraf ekonomi, masyarakat Orang Asli melalui Program Pembangunan Modal Insan Orang Asli.

Antara program yang dirancang untuk dilaksanakan ialah seperti Program Outreach TVET in-situ dengan izin, di mana peluang-peluang kemahiran seperti kemahiran gunting rambut, jahitan, membaiki motosikal, membaiki bot dan lain-lain juga boleh dilaksanakan di dalam kampung Orang Asli tersebut tanpa memerlukan mereka keluar dari kawasan masing-masing.

Program ini bermula pada Mac, insya-Allah tahun ini. Bermula bulan Mac tahun 2022 dan seramai 260 orang belia dan beliawanis yang berminat mengikuti Program Outreach TVET in-situ pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM320,000.

Selain itu, JAKOA sedang melaksanakan program karnival kerjaya secara bersasar kepada masyarakat Orang Asli dengan mengumpulkan agensi dan syarikat mencari pekerja dan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia, PERKESO dan juga pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang lain.

Objektif program ini ialah demi memastikan masyarakat Orang Asli mendapat akses dan pendedahan berkaitan pelbagai peluang kerjaya yang ada dan dapat membasmi kemiskinan dalam kalangan mereka, insya-Allah. Selain itu JAKOA turut merancang untuk melaksanakan program pelancongan desa.

Dalam program ini kurus berkaitan pelancongan desa akan diberikan kepada penduduk kampung bersama agensi-agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan seperti Kementerian Pelancongan, Tourism Malaysia, Jabatan PERHILITAN dan lain-lain lagi bagi merangka pakej pelancongan berdasarkan sumber sedia ada di kampung.

Insya-Allah dengan mewujudkan pakej pelancongan ini akan dapat memberi peluang kerja lagi tambahan ya kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli tersebut. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Jempol.

draft • 11:50 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih Yang Berhormat Menteri jawab panjang lebar. Walau bagaimanapun, masyarakat Orang Asli merupakan golongan rentan yang mendapat perhatian kepada pihak kerajaan menerusi pelbagai perancangan dan program yang telah disebutkan sebentar tadi.

Sebahagian besar isi rumah masyarakat tersebut masih merupakan golongan B40 dengan kadar kemiskinan yang tinggi iaitu 33.6 peratus pada tahun 2019.

draft • 11:50 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Soalan saya, sejauh mana keberkesanan usaha yang telah dilakukan, yang telah disebut tadi oleh kementerian dan berapa peratuskah pencapaian dapat dibuat bagi meningkatkan pendapatan isi rumah? Apakah faktor penghalang atas kegagalan segala program yang dibuat? Bagaimanakah kita meningkatkan penyertaan Orang Asli untuk program tersebut? Mohon Menteri untuk menjawab.

draft • 12:00 PM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat Jempol.

Saya juga melihat kepada sebagaimana kami telah hari itu menjawab kepada Yang Berhormat Jempol iaitu daripada segi pendidikan. Daripada bidang ekonomi kita telah pun menghuraikannya dan sudah pastinya insya-Allah ini perkara yang berterusan, yang akan diteruskan sampai kata orang, kita puas hatilah untuk memastikan peringkat kemiskinan, kadar kemiskinan turun dan masyarakat berubah.

Namun, di antaranya iaitu tentang program pendidikan. Antaranya ia juga diberi to changes the civilization, erti kata lain merupakan pendidikan itu sendiri diutamakan kepada generasi yang ada dan generasi yang ada sekarang akan susut akan berkurangan. Generasi baru inilah yang diharapkan akan dapat merubah sudah pasti daripada segi pendidikan. At the same time, kita juga meneruskan program- program untuk ekonomi.

Jadi, tentang percentage hendak bagi di sini saya tidak berani hendak kata. I don’t have the data secara spesifik. Bukan tidak ada, saya yakin ada, dan insya- Allah, saya akan berikan kepada Yang Berhormat Jempol dengan bertulis. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

draft • 12:00 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

Kampar.

draft • 12:00 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Sungai Siput.

draft • 12:00 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Sungai Siput.

draft • 12:00 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

Soalan tambahan saya, adakah kementerian sedar...

draft • 12:00 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Sungai Siputlah.

draft • 12:00 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

...Adalah amat sukar untuk...

draft • 12:00 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Sungai Siput.

draft • 12:00 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Sungai Siput.

draft • 12:00 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Sungai Siput.

draft • 12:00 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

Yang Berhormat Sungai Siput...

[Ketawa]

draft • 12:00 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, salah satu produk yang berpotensi meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Orang Asli ialah sektor ekopelancongan. Di Parlimen Sungai Siput ekopelancongan seperti Pos Kuala Mu dan Pos Yum.

Soalan tambahan saya, apakah kerajaan membantu menaik taraf prasarana pelancongan khususnya Pos Yum di mana baru-baru ini berlaku keruntuhan tanah sejak bulan Disember tahun lalu dan sehingga hari ini pihak JKR belum mengambil sebarang inisiatif menyegerakan pembaikan yang mengakibatkan masyarakat Orang Asli di Pos Yum hilang punca pendapatan iaitu ekopelancongan di Pos Yum dan Kampung Beswok. Jadi, mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Yang Berhormat Sungai Siput sendiri telah mengatakan telah pun minta dengan JKR. Jadi, saya rasa Kementerian berkenaan ambil perhatian to make sure that they repair. Saya yakin JAKOA memang tidak boleh buat apa, kena juga pergi rujuk kepada jabatan teknikal ini ya. Jadi, saya sarankan Yang Berhormat berhubung terus dengan Kementerian Kerja Raya supaya you can help us also to speed up with their- the ministry can help to speed up the repair of the slide. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua, minta soalan tambahan.

draft • 12:00 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

Tuan Yang di-Pertua, soalan ketiga.

draft • 12:00 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Isu Orang Asli ini penting.

draft • 12:00 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Tadi Yang Berhormat Kampar bangun dulu. Silakan Yang Berhormat Kampar.

draft • 12:00 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, adakah kementerian sedar adalah amat sukar untuk Orang Asli memohon untuk memasukkan ke dalam senarai eKasih yang

draft • 12:00 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

dikendalikan oleh ICU. Memang ada permohonan boleh dibuat secara online akan tetapi ia akan memakan masa yang lama. Jadi, saya hendak tanya adakah KPLB boleh memudahkan cara untuk Orang Asli menyenaraikan nama mereka di dalam eKasih itu agar seperti peruntukan Ahli Parlimen boleh disalurkan kepada mereka untuk naik taraf ekonomi mereka.

draft • 12:00 PM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Terima kasih, sudah pastinya saya akan berhubung dengan pihak agensi kami JAKOA untuk berhubung dengan ICU, insya- Allah to find ways to speed it up, dengan izin. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Soalan seterusnya Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid, Kapar.

draft • 12:00 PM

10. Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kapar] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, komitmen dalam program pembangunan belia terutamanya program berbentuk latihan kemahiran.

draft • 12:00 PM

Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tentang komitmen KBS dalam program pembangunan belia terutamanya program berbentuk latihan kemahiran. KBS sentiasa komited untuk meneruskan agenda pemerkasaan belia melalui pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) melalui 22 buah Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di seluruh negara dan menyokong fokus nasional terhadap TVET seperti yang digariskan dalam RMKe-12.

Selain itu, dengan perkembangan teknologi semasa serta keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir yang diperlukan oleh industri, pelbagai program latihan kemahiran dan teknikal disediakan kepada golongan belia massa termasuklah belia NEET atau Not in Employment, Education or Training, dengan izin, belia berisiko, belia berkeperluan khas dan sebagainya juga melalui Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).

Inisiatif untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran, berpengetahuan, berinovasi, mampu menghadapi saingan di peringkat global serta relevan dengan keperluan semasa industri akan terus dilestarikan melalui program-program seperti berikut iaitu Program Bootcamp KBS yang dilaksanakan secara insentif selama satu hingga tiga bulan oleh ILKBS bersama industri dengan jaminan pekerjaan.

Pada tahun 2022 ini sebanyak 32 program disasarkan untuk dilaksanakan dengan sasaran penyertaan seramai 449 orang belia, dan 35 buah industri. Begitu juga dengan Program STAR@U: MY Future Youth Plus yang merupakan program jangka pendek yang memberi latihan kemahiran asas kepada belia massa termasuk

draft • 12:00 PM

Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

belia berisiko. Program ini merupakan feeder kepada program skilling, reskilling dan upskilling. Bagi tahun 2022, sebanyak 60 siri STAR@U akan dilaksanakan dengan sasaran penyertaan seramai 600 orang belia. Selain itu, untuk meneruskan usaha pemulihan ekonomi golongan di bawah inisiatif program Reskilling dan Upskilling PENJANA tahun 2020 hingga 2021, kementerian ini turut terlibat dalam program Makerspace-MyBiz Hub@ILKBS, Program Inkubator@ILKBS, Kursus Modular PENJANA dan juga My Future Agro ILKBS. Kementerian turut terpanggil untuk membantu golongan belia berkeperluan khas dan seramai 71 orang pelajar telah mengikuti program latihan kemahiran insklusiviti belia autisme sepanjang tahun 2018 hingga 2021 yang dilaksanakan dengan kerjasama The National Autisme Society of Malaysia ataupun NASOM.

Seterusnya, bagi memastikan bidang TVET sentiasa at par dan juga up-to-date selari perkembangan semasa dan keperluan industri, seramai 161 orang perantis ataupun pekerja belia industri telah menyertai Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) yang telah dilaksanakan oleh 13 ILKBS merangkumi 19 program pada tahun 2021.

Ke semua usaha dan inisiatif yang dilaksanakan oleh KBS turut diharap dapat membantu kerajaan dalam menghadapi kesan pandemik COVID-19. Selain daripada itu, ia diharapkan dapat memperlengkapkan anak-anak muda untuk meningkatkan kemahiran termasuk kemahiran digitalisasi seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 dalam Program Pembangunan Belia. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Kapar.

draft • 12:00 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Meneliti daripada jawapan Menteri, tatkala kita menyasarkan kepada TVET, ingin saya bertanya apakah kementerian- sebab kita tengok chemistry ataupun sejarah tradisi kita ini, sebagai orang Tionghoa, kalau dia mekanik, anak dia akan jadi mekanik. Jadi, soalan saya ialah apakah langkah dan rancangan kementerian dalam kemahiran ini dimulakan di peringkat di sekolah rendah dan menengah supaya minat yang ditanam mampu melahirkan insan yang profesional, yakni berkemahiran tatkala mereka dewasa.

Ini membolehkan mereka bersambungan atas kemahiran yang mereka ada.

Apakah cadangan itu perlu diwujudkan untuk melahirkan rakyat yang berkemahiran ataupun berprofesional? Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Terima kasih Yang Berhormat, saya berpandangan itu merupakan satu pandangan yang cukup baik. Namun apa yang kita lakukan setakat ini hanyalah difokuskan kepada golongan belia yang terutama dalam golongan NEET atau Not in Education, Employment or Training.

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Ini fokus kita, kerana ini merupakan golongan belia yang berisiko termasuk juga di kalangan belia yang berkeperluan khas dan sebagainya. Namun pandangan daripada Yang Berhormat sebentar tadi amat baik dan tentunya KBS boleh menerima pakai pandangan tersebut dengan bekerjasama juga dengan kementerian-kementerian lain termasuk Kementerian Pelajaran Malaysia. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sudah jumpa beberapa kumpulan belia. Saya dapati ramai belia tidak berminat untuk hadir program TVET atau program-program kemahiran, apa yang akan bagi mereka peluang untuk cari pekerjaan yang baik. Mereka lebih berminat dengan industri gig. Ini tidak selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjana pekerjaan yang berteknologi tinggi. Persoalan saya, apakah pelan tindakan induk untuk memastikan remaja negara kita berminat untuk hadir program TVET atau yang sama supaya aspirasi kerajaan untuk negara kita terjamin bagi memastikan negara kita terus maju dan makmur? Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau.

Untuk mengatakan belia secara keseluruhannya tidak berminat dengan program TVET juga tidak begitu tepat kerana pihak kami menerima permohonan yang agak tinggi untuk dimasukkan dalam program-program. Namun tentunya pihak Yang Berhormat dan kita seharusnya dapat bekerjasama untuk mempopularkan bidang TVET ini.

Sukacita juga saya ingin nyatakan bahawa, kadar kebolehpasaran graduan, sebagai contohnya daripada ILKBS yang mencatatkan lebih daripada 90 peratus ke atas, walaupun dalam keadaan dunia dan juga negara kita sedang digamit dengan pandemik COVID-19.

Pada tahun 2020, sebanyak 90.94 peratus, manakala pada tahun 2021, sebanyak 91.43 peratus daripada graduan ILKBS mendapat pekerjaan. Hingga sekarang ini ramai lagi pemain industri telah menyatakan kesediaan mereka untuk menerima graduan-graduan daripada ILKBS. Maka kita menggalakkan ibu bapa untuk menghantar anak mereka mendapatkan latihan di ILKBS kerana jaminan kerja yang diperoleh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:10 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

draft • 12:10 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Sila duduk Yang Berhormat Batu.

draft • 12:10 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Soalan tambahan.

draft • 12:10 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Sila duduk Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah waktu Pertanyaan- pertanyaan Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan tamat]

draft • 12:10 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATUAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Belia dan Sukan, dan Jabatan Perdana Menteri menjawab seperti di nombor 25 hingga 27 dalam Susunan Giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja, dan diputuskan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin 21 Mac 2022.”

draft • 12:13 PM

Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

draft • 12:13 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:13 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2021) 2022 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2021 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri

draft • 12:13 PM

Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

draft • 12:13 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak dapatkan penjelasan tentang Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan.

Rang undang-undang ini mesti atas nama Menteri dan diwakilkan kepada Timbalan Menteri. Saya hendak pastikan maknanya Menteri Kewangan belum meletakkan jawatan? Ini sebab dia pernah menyatakan jika diluluskan one-off untuk KWSP RM10,000 ini dia rela untuk meletakkan jawatan. Jadi semalam Perdana Menteri telah mengumumkan ini.

Adakah ini dengan ketidakhadiran beliau pada sesi soal jawab Menteri ini, menunjukkan beliau meletakkan jawatan. Kalau beliau belum meletakkan jawatan, bermakna bahawa Timbalan Menteri tidak boleh mewakili Menteri Kewangan sebab Menteri Kewangan tidak ada. Jadi saya hendak dapatkan kepastian. Kalau beliau belum masih meletakkan jawatan, ini bermakna bahawa kita akan membahaskan satu rang undang-undang yang dibentangkan atas nama Menteri Kewangan yang telah mengumumkan yang beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri. Ini akan menjadi keadaan perbincangan kita ini akan tidak begitu jelas.

draft • 12:15 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat dalam perspektif Peraturan Mesyuarat, Timbalan Menteri boleh mewakili Menteri.

Berkaitan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, Dewan Majlis belum menerima apa-apa makluman. Teruskan.

draft • 12:15 PM
RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT LABUAN (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Syarikat Labuan 1990; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan I [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

draft • 12:15 PM
RANG UNDANG-UNDANG PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI LABUAN (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010; dibawa ke dalam Mesyuarat

draft • 12:15 PM

oleh Timbalan Menteri Kewangan I [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

draft • 12:15 PM
RANG UNDANG-UNDANG PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan I [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

draft • 12:15 PM
USUL
MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak- banyak syukur dan Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen yang Keempat Belas”. [16 Mac 2022]

draft • 12:15 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan. Bukan.

Mengenai isu yang dibangkitkan oleh...

draft • 12:15 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Peraturan berapa Yang Berhormat?

draft • 12:15 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Peraturan Mesyuarat, general.

draft • 12:15 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Nombor berapa?

draft • 12:15 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat, kalau...

draft • 12:15 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Nombor berapa Yang Berhormat. Dengan izin, you are bringing up something.

draft • 12:15 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

No, I am not bringing up anything new.

draft • 12:15 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Then you are talking about Peraturan.

draft • 12:15 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Peraturan Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:15 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Jadi maklum saya, Peraturan nombor berapa.

draft • 12:15 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Peraturan Mesyuarat 36. General.

Mengelirukan...

draft • 12:15 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Nombor berapa?

draft • 12:15 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Peraturan Mesyuarat 36(12). Tuan Yang di-Pertua, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena...

draft • 12:15 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Sebentar.

Peraturan Mesyuarat 36.

draft • 12:15 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena ada banyak makna. Tuan Yang di-Pertua telah mengatakan bahawa Tuan Yang di-Pertua tidak tahu mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena. You don’t know the latest.

draft • 12:15 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Jadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri ada di sini. Dia boleh menjawab.

Kalau dia boleh kata menteri itu sebagai seorang bertanggungjawab dengan prinsip apa dia kata di luar Dewan ini dia akui, dia akan meletak jawatan, it makes sense.

Itulah sebab kita ada Parlimen. Kalau Tuan Yang di-Pertua is trying to help him…

draft • 12:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya telah putuskan. Saya telah cakap tadi. The Deputy Minister is also the Minister.

draft • 12:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Agreed.

draft • 12:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Right, then apa jadi isunya?

draft • 12:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

No, no. The issue is very simple.

Kalau...

draft • 12:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat, benda ini sudah clear.

draft • 12:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

No. Question, dia sudah resign or tidak resign?

draft • 12:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Benda ini saya sudah keluar petua dan saya telah cakap. Sila duduk.

draft • 12:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

No, Tuan Yang di-Pertua. Tidak masuk rasional.

draft • 12:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Sila duduk.

draft • 12:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

No. Yang Berhormat Pokok Sena ada bangkitkan.

draft • 12:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Saya telah putuskan.

draft • 12:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, you putuskan tetapi satu keputusan saya rasa tidak membenarkan ruangan untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. I think the Speakers should not make decision.

draft • 12:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Saya telah putuskan apa tadi kan?

draft • 12:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

No, no. I think it is not the duty of The Speakers.

draft • 12:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Jadi sekarang ini Yang Berhormat hendak argue kah?

draft • 12:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

No, not. Not argue. Saya hendak beritahu...

draft • 12:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Saya lihat macam hendak mengganggu perjalanan Majlis.

draft • 12:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, kalau semua mengganggu, tidak masuk akallah. Tuan Yang di-Pertua, saya pun Ahli Parlimen.

Saya ada hak. Apa yang dibangkitkan rasional. Jadi biarlah...

draft • 12:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat, peraturan, peraturan. Saya melaksanakan peraturan dalam Dewan ini.

draft • 12:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya setuju tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada di sini. Mengapa dia tidak dibenarkan untuk menjawab?

draft • 12:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Sekarang saya sudah memberi kenyataan dan telah putuskan. Apa isunya lagi? Duduklah Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

No, no. Isunya kalau dia― biar Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab.

draft • 12:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Saya hendak dengar apa Yang Berhormat Shah Alam pula hendak bercakap. Saya sudah putuskan. Please sit. Thank you. With all means.

draft • 12:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya rasa ini tidak adil langsung.

draft • 12:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Silakan, Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 12:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Ya, Peraturan Mesyuarat 36(12). Isu lain. Saya telah mendapat jawapan bertulis oleh Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan pada soalan yang saya tanya mengapakah Stadium Kuala Lumpur, Cheras terus dipajak kepada syarikat sendirian berhad yang tiada kena mengena dengan KLFA atau Kuala Lumpur City FC.

Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan telah menjawab bahawa Tetuan Arcadin Services Sdn. Bhd. iaitu syarikat yang memiliki 50 peratus saham dalam penswastaan pasukan Kuala Lumpur United FC. Ini adalah satu pembohongan yang nyata. Saya telah check di SSM. Syarikat KLUFC Sdn. Bhd.

masih lagi 100 peratus sahamnya adalah dimiliki oleh KLFA. Saya sebagai Presiden KLFA amat mengetahui akan keadaan ini. Saya ingin merujuk Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan kerana ingin mengelirukan Dewan dengan jawapan yang tidak tepat ini.

Saya boleh buktikan bahawa dalam rekod SSM, KLFA merupakan pemilik 100 peratus kepada KLUFC Sdn. Bhd. Saya ingin supaya kes ini dan jawapan ini juga dirujuk kepada PAC dan juga kepada pihak SPRM kerana tidak dapat dinafikan bahawa syarikat ini sedang hendak memperalatkan KLUFC Sdn. Bhd. dan KLFA untuk kepentingan perniagaannya.

Saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh tanya kepada Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan mengapa dia memberikan satu jawapan yang tidak tepat dan satu pembohongan yang nyata. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Baik, Yang Berhormat. Dewan mengambil makluman apa yang telah Yang Berhormat Shah Alam nyatakan. Dewan memohon Yang Berhormat Shah Alam membuat secara bertulis memaklumkan supaya Yang di-Pertua boleh datang dan memberi penjelasan. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft • 12:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Kita teruskan dengan menjemput usul selanjutnya. Kita mempersilakan Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk meneruskan usul perbahasan.

draft • 12:20 PM

Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana saya telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 dan dapat kembali semula menjalankan tugas di Dewan yang mulia ini.

draft • 12:24 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Alhamdulillah.

draft • 12:24 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Jangkitan COVID-19 kali yang kedua. Saya ucap terima kasih kepada semua kawan yang telah menghantarkan doa dan juga ucap selamat.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya hampir dua minggu menjalani HSO tetapi saya telah mengikuti sepenuhnya ucapan-ucapan yang telah disampaikan oleh Ahli Yang Berhormat sepanjang sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Majlis Parlimen ke-14 yang bermula pada 1 hingga 10 Mac yang lalu.

Seramai 11 orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang saya harap selepas ini dirujuk sebagai ‘K-KOMM’, bukan lagi ‘KKMM’ mulai hari ini. ‘K-KOMM’.

Dan menterinya dirujuk sebagai ‘Men KOMM’. Menteri Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Saya sangat terharu melihat komitmen dan keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh pelbagai perkara dan sebahagian besarnya tertumpu kepada hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan internet ataupun perkhidmatan jalur lebar, penyalahgunaan media sosial ataupun jenayah siber dan juga yang berkaitan dengan kandungan program televisyen khususnya dan ada satu isu yang berbangkit tentang soal pematuhan SOP di Program Riuh di Johor.

Saya merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Machang dan Yang Berhormat Muar yang telah menyentuh secara panjang lebar berkaitan dengan mutu perkhidmatan internet jalur lebar dalam negara kita.

Saya akan menjawab ini dengan menggunakan satu pendekatan di mana saya akan membuat jawapan secara umum. Sementara pertanyaan-pertanyaan spesifik oleh Yang Berhormat yang saya sebutkan tadi akan saya hantarkan secara

draft • 12:24 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

bertulis agar mereka mendapat maklumat yang lebih terperinci dan semoga sesi ini dapat saya manfaatkan sekiranya ada kepada persoalan-persoalan atau pertanyaan.

Saya ingin menghuraikan begini. Pertama, daripada segi dasar kerajaan.

Komitmen kerajaan untuk memastikan perkhidmatan jalur lebar negara berada pada satu tahap yang terbaik adalah suatu dasar yang telah dimaklumkan kepada Dewan yang mulia ini beberapa kali. Dasar-dasar ini terlaksana dalam pelan induk atau pun blueprint digital negara MyDIGITAL dan juga rancangan-rancangan untuk menaiktarafkan kemudahan-kemudahan ini adalah seperti mana yang terdapat di dalam Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). Masih ramai juga di kalangan masyarakat yang belum mendapat gambaran yang sepenuhnya tentang bagaimanakah perkara ini akan dilakukan.

Saya ingin mengambil peluang untuk menghuraikan di dalam Dewan yang mulia ini bahawasanya tumpuan ini tertumpu kepada beberapa aspek bagi membolehkan mutu, kualiti perkhidmatan jalur lebar negara diperbaiki. Pertama adalah soal connectivity ataupun soal coverage yang banyak ditentukan oleh sejauh manakah tahap kesampaian perkhidmatan jalur lebar ke kawasan-kawasan berpenduduk terutamanya dalam negara kita.

Aspek yang kedua yang sentiasa mendapat keluhan daripada rakyat dan pengguna bukan sahaja soal coverage atau tahap kesampaian perkhidmatan tetapi adalah soal mutu ataupun kualiti perkhidmatan bukan sahaja terhad kepada kawasan-kawasan terpinggir dan di luar bandar tetapi juga terdapat masalah- masalah yang sama di kawasan yang mempunyai connectivity hatta di dalam bandar.

Kementerian amat memahami masalah ini perlu ditangani secara yang lebih komprehensif.

draft • 12:24 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Justeru itu, saya ingin memberikan update kepada Dewan yang mulia ini, setakat ini pelaksanaan bagi meningkatkan connectivity dan memperbaiki kualiti ini sedang berjalan di bawah JENDELA Fasa 1 dan akan diteruskan di bawah JENDELA Fasa 2. Itu tertumpu kepada aspek menaiktarafkan kemudahan-kemudahan yang ada ke kawasan-kawasan yang belum ada perkhidmatan.

Untuk itu, setakat suku tahun keempat 2021 berakhir Disember baru-baru ini, sebanyak 1,131 menara baharu telah pun siap dibina daripada sejumlah 3,205 yang dirancang. Selain daripada itu, kualiti perkhidmatan juga perlu diperbaiki melalui proses menaik taraf stesen-stesen pemancar. Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, sebanyak 30,180 stesen pemancar telah pun siap dinaik taraf daripada sejumlah 30,810 yang dirancang.

draft • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Tuan Yang di-Pertua, kualiti dan juga connectivity bukan hanya bergantung kepada menara baharu yang dibina dan dinaik taraf. Ia juga perlu untuk memastikan negara mempunyai capaian gentian optik yang lebih luas yang sampai ke premis- premis agar selain daripada perkhidmatan internet yang bersifat mobile adalah penting bagi perkhidmatan yang lebih stabil, premis-premis mempunyai talian tetap yang akan memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti.

Untuk makluman, sebanyak 1,890,899 daripada sasaran 2,527,184 premis yang dirancang telah pun siap dinaik taraf kepada capaian gentian optik. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita maklum dia ada tiga jenis kaedah bagaimana capaian perkhidmatan jalur lebar dilaksanakan:

(i) secara wireless yang banyak bergantung kepada menara- menara yang ada;

(ii) melalui rangkaian gentian optik; dan

(iii) perkhidmatan jalur lebar yang menggunakan perkhidmatan satelit.

Untuk makluman dan update bagi Dewan yang mulia ini sehingga kini, sebanyak 437 lokasi telah siap dipasang dengan jalur lebar satelit daripada sejumlah 839 lokasi yang mana daripada jumlah tersebut, lokasi yang akan disediakan manakala 402 lokasi lagi masih lagi dalam peringkat pelaksanaan. Matlamat keseluruhan, saya memberikan update dari sudut peratusan liputan berasaskan kepada perkhidmatan 4G di kawasan berpenduduk turut diberi perhatian di mana ia telah meningkat kepada 95.4 peratus pada suku keempat berakhir Disember baru- baru ini berbanding 91.8 peratus sebelum pelaksanaan JENDELA pada suku kedua 2020.

Yang Berhormat Hulu Rajang ada bertanya tentang apakah yang telah dilaksanakan untuk Sarawak. Saya ingin memaklumkan secara umum peruntukan pembiayaan infrastruktur digital di Sarawak menerusi inisiatif JENDELA Fasa 1 yang telah pun bermula pada September 2020 hingga Disember akhir tahun ini adalah sebanyak RM4.09 bilion dan ini sedang dalam pelaksanaan. Butir-butir terperinci kemajuan bagi negeri Sarawak, saya akan berikan secara bertulis.

Yang Berhormat Tuaran bertanya peruntukan bagi negeri Sabah. Perincian update kemajuan bagi negeri Sabah juga akan saya sampaikan secara bertulis.

Cuma untuk makluman bagi negeri Sabah, kerajaan telah memperuntukkan dan sedang melaksanakan sejumlah nilai RM3.61 bilion di bawah program JENDELA Fasa 1.

Saya ingin membuat beberapa pemakluman dan pengumuman di Dewan yang mulia pada hari ini berkaitan dengan usaha seterusnya kerajaan untuk

draft • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

meningkatkan lagi perkhidmatan dan mutu jalur lebar. Pemakluman yang pertama yang ingin saya sampaikan pada hari ini ialah kerajaan menyedari bahawasanya rangkaian gentian optik ke kawasan-kawasan yang masih dianggap tertinggal terutamanya yang melibatkan sekolah-sekolah dan kawasan industri perlu diteruskan dan diperluaskan.

Untuk itu seperti mana yang kita maklum, kerajaan telah melaksanakan sebelum ini penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah point of presence (POP) hab gentian optik Fasa 1. Saya hendak memaklumkan pada hari ini bahawasanya satu tender terbuka telah dikeluarkan untuk kita meneruskan agenda POP ke fasa yang kedua dalam masa sebulan dua lagi. Sementara Fasa 1 projek POP ini telah melibatkan 630 lokasi terutamanya berhampiran sekolah-sekolah yang terpencil.

Manakala Fasa 2 yang akan dilaksanakan ini akan melibatkan 3,693 lokasi dengan peruntukan hampir RM4 bilion untuk memastikan kita menyegerakan peruntukan membaiki perkhidmatan jalur lebar luar bandar dan di bawah program ini sekurang-kurangnya sebanyak 432,300 premis akan menerima perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi apabila ianya siap kelak. Sepintas lalu inginlah saya memaklumkan jumlah di bawah Fasa 2 yang akan dilaksanakan dan sedang dalam proses tawaran terbuka melibatkan:

NegeriBilangan Lokasi
Johor568
Terengganu169
Selangor174
Sarawak681
Sabah636
Perak452
Pahang382
Negeri Sembilan200
Melaka9
Kelantan109
Kedah313

Apabila ini semua dilaksanakan ia akan menjadikan jumlah Fasa 1 dan Fasa 2 sebanyak 4,323 lokasi yang menelan belanja hampir RM4 bilion akan menjadi satu game changer bagi memperbaiki mutu perkhidmatan jalur lebar negara.

draft • 12:30 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Menteri, boleh saya bertanyakan soalan?

draft • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Kalau ikut saya, hendak sampai 20, okey lah, tidak apalah.

draft • 12:30 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Pendek sahaja. Tadi ada disebutkan tentang program POP yang akan dilaksanakan dengan pihak sekolah.

Kita tahu bahawa pasca pandemik ini, pendidikan kita perlu berubah daripada cara lama kepada baharu dan era digitalisasi dan pendidikan berteraskan digital itu perlu disegerakan. Saya masih teringat waktu di KPM saya telah mewarisi satu projek yang diinisiatifkan oleh KPM dalam usaha untuk memastikan capaian Internet di sekolah yang mana telah dimonopoli oleh satu syarikat yang begitu kontroversi yang mungkin kita telah bicarakan banyak kali di sini.

Cuma bila tadi Yang Berhormat Menteri mengutarakan program POP tadi, adakah ini dilaksanakan bersekali dengan KPM ataupun ini inisiatif di bawah kementerian, tadi disebutkan apa?

[Disampuk] K-KOMM, oleh K-KOMM terpisah daripada kementerian. Ini kerana kita tahu dalam projek yang lama itu terdapat tiga komponen. Salah satu komponennya ialah pencawang-pencawang menara, pemancar itu diletakkan di dalam kawasan sekolah yang saya tidak tahu sehingga kini apakah status perundangan kerana pada zaman saya itu sehingga di penghujung saya berada di KPM, isu perundangannya masih belum selesai. Saya tidak tahu apa yang terkini.

Jadi apakah POP ini dibuat bersekali dengan KPM ataupun terpisah dan apakah pencawangnya itu di dalam kawasan sekolah seperti dahulu yang sebenarnya statusnya tidak tahu ke mana. Dalam kawasan sekolah tetapi dimiliki oleh syarikat swasta ataupun mungkin K-KOMM mempunyai satu pendekatan yang lebih mampan yang berbeza daripada sebelum ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Terima kasih Yang Berhormat. Saya sangat menyedari permasalahan tersebut. Walaupun ini dalam ruang, bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi kita sentiasa bekerjasama dan mengambil kira permasalahan yang dihadapi di sekolah-sekolah.

Sebab itu berbanding dengan POP Fasa 1, berbeza dengan POP Fasa 2 di mana POP Fasa 1 dahulu, gentian optik disampaikan di luar pagar sekolah. Untuk POP Fasa 2, gentian optik ini dimasukkan ke dalam kawasan sekolah.

Cuma the last mile yang menjadi tanggungjawab KPM itu akan dibincangkan lanjut bagaimana kaedahnya. Masalah legasi lama pada zaman masa Yang

draft • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Berhormat sudah tentu lebih arif, itu satu permasalahan yang mungkin akan kita teliti.

Cuma kaedah lama itu memang sudah tidak sesuai kerana kaedah yang dahulu memasang menara untuk memberikan perkhidmatan secara wireless kepada beberapa buah lokasi sahaja dalam sekolah sedangkan sekarang ini, pembelajaran di sekolah memerlukan penggunaan yang lebih komprehensif.

Jadi, talian tetap ataupun gentian optik tetap ke sekolah yang boleh memberi perkhidmatan kepada seluruh kawasan sekolah dirasakan lebih sesuai dan itulah way forward yang sedang kita rancang. Insya-Allah kita akan terus bekerjasama antara kedua-dua kementerian untuk memastikan permasalahan di sekolah itu akan dapat diselesaikan dengan cara yang lebih teratur. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Yang Berhormat Menteri, sikit. Saya tambah sikit.

draft • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Perkara yang kedua yang saya hendak umumkan pada hari ini...

draft • 12:40 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Yang Berhormat Menteri, sikit. Jempol.

draft • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Jempol. Ya, sila.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila.

draft • 12:40 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya dengar tadi daripada penggulungan di mana keluh kesah ibu bapa selama ini bakal terjawab dengan penyediaan ataupun projek POP ini dapat dilaksanakan dengan kadar segera. Tahniah dan syabas kepada kementerian dan selama ini menjadi kegusaran, keresahan ibu ayah termasuk di luar bandar seperti mana yang dimaklumkan tadi, semua kawasan ini akan dapat memperoleh kemudahan digital jalur lebar ini.

Jadi saya nak tanya, bilakah jangkaan siap projek POP ini seperti mana Yang Berhormat Menteri sebut sebentar tadi? Ada POP Fasa 1 dan akan disambung POP Fasa 2. Jadi, bila perkara atau success story ini ataupun kejayaan ini yang akan dapat kita capai bersama untuk sekolah-sekolah di luar bandar. Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana Yang Berhormat maklum, program POP ini termasuk melibatkan kawasan-kawasan yang di luar bandar dan di kawasan pedalaman. POP Fasa 1 diharapkan disiapkan pada akhir tahun ini dan POP Fasa 2 akan menyambungnya dan mesti disiapkan dalam tempoh tidak lebih daripada tiga tahun daripada tarikh pelaksanaannya secara berfasa. Tumpuan kita dan komitmen kerajaan adalah untuk memastikan lebih besar, lebih banyak kawasan akan mendapat talian tetap gentian optik yang merupakan prasyarat untuk memberikan mutu perkhidmatan yang lebih stabil dan lebih baik.

draft • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Perkara kedua yang ingin saya umumkan di Dewan yang mulia pada hari ini berhubung dengan keprihatinan kerajaan selain daripada meningkatkan mutu prasarana bagi membolehkan perkhidmatan jalur lebar yang lebih baik ialah juga untuk memastikan keadilan dan kesaksamaan kemudahan memiliki peranti terutama bagi golongan remaja.

Pada tahun lalu bulan Oktober, saya telah melancarkan program untuk memberikan kemudahan kepada remaja 18 tahun ke atas untuk mendapat peranti dengan harga yang semurah mungkin, dengan peranti percuma dengan langganan data RM40 sebulan sementara langganan data di bawah Peranti Remaja Keluarga Malaysia dengan hanya RM10 sebulan bagi tiga bulan bagi mendapatkan 110 megabait data.

draft • 12:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Menteri, Setiu minta penjelasan sikit.

draft • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Seramai 300 ribu orang telah pun mendapat faedah daripada program ini sejak dilaksanakan. Jadi pada hari ini, saya ingin mengumumkan dan memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawasanya mulai pertengahan bulan hadapan, kita akan membuka permohonan kepada pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi awam (IPTA), IPTS, kolej komuniti dan kolej-kolej di bawah Kementerian Pengajian Tinggi terutamanya daripada golongan yang miskin dan juga di bawah kumpulan B40 yang pendapatan ibu bapanya tidak melebihi RM4,850 sebulan boleh memohon untuk mendapatkan peranti-peranti yang boleh digunakan semasa mereka belajar.

Ini termasuk pelajar-pelajar yang baru mendapat tempat di universiti nanti.

Apabila mereka telah mendapat tempat, mereka juga boleh mula memohon bermula pada bulan April ini dan pada bulan Jun, roll-out Program Peranti ataupun PerantiSiswa kepada pelajar-pelajar miskin yang dijangka akan memberikan faedah kepada kira-kira 400 ribu pelajar seluruh negara termasuk di IPTS akan mula dilaksanakan.

Program ini akan dilaksanakan dengan dikawal selia oleh satu unit khusus yang dibentuk di bawah kementerian dengan kerjasama MCMC dan juga bekerjasama erat dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Saya mengantisipasikan program ini sudah tentulah sebagai satu program yang besar, akan ada perkara- perkara terutamanya soal kelayakan. Jadi apa yang akan dilakukan ialah dibuka permohonan kepada mereka yang layak berasaskan kepada satu database yang telah terkumpul dan sekiranya ada data yang tidak lengkap, ada nama yang tercicir, maka satu proses rayuan akan dibenarkan dan kita berharap ia juga akan mendapat kerjasama untuk dibuat pengesahan dan sokongan oleh Ahli-ahli Parlimen, ADUN,

draft • 12:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Ahli Dewan Negara, pegawai daerah ataupun juga pegawai-pegawai universiti bagi memastikan tidak ada yang tercicir daripada segi untuk mendapatkan kemudahan ini.

Peranti yang akan diberikan juga akan dipastikan peranti yang berkualiti, yang setara atau lebih baik dengan apa yang terdapat dalam pasaran dengan beberapa ciri khusus termasuklah dengan kapasiti minimum tidak kurang daripada 4RAM dan juga dibekalkan bersama dengan keyboard, stylus dan sebagainya.

Program ini diharap akan dapat memberikan satu lagi kelegaan kepada pelajar- pelajar daripada golongan miskin dan juga remaja luar bandar yang melanjutkan pelajaran sama ada ke IPTA, IPTS, kolej komuniti, politeknik dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada Program Peranti yang akan mula berjalan April ini dan POP Fasa 2 yang akan dilaksanakan, saya juga ingin memaklumkan sekali lagi tentang keputusan kerajaan dalam usaha memperbaiki mutu perkhidmatan jalur lebar berhubung dengan 5G. Seperti mana yang telah diumumkan semalam dan saya ingin mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Parlimen termasuk Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang telah mengikuti beberapa siri engagement dan daripada siri engagement itu, kita telah membuat penilaian dan mengambil kira pandangan-pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Berasas kepada itu, Jemaah Menteri pada hari Jumaat yang lalu, 11 hari bulan telah membuat keputusan untuk mengubahsuai kaedah dan pendekatan yang digunakan dan mengambil kira pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Ini juga bermakna DNB yang dahulunya monopoli kerajaan telah diputuskan kerajaan akan melepaskan sehingga 70 peratus daripada sahamnya untuk membolehkan syarikat-syarikat telco to come on board bukan pada tahun 2024 tetapi boleh seawal sebelum bulan Jun yang akan datang. Ini bermakna tidak timbul lagi isu perkhidmatan dimonopoli oleh kerajaan tetapi ia menjadi satu buah syarikat yang majoritinya akan dimiliki oleh syarikat-syarikat MNO.

Pada masa yang sama, beberapa syarat juga dikenakan. Selain daripada perubahan struktur, DNB akan diletakkan di bawah kawal selia Kementerian Komunikasi dan Multimedia. DNB juga disyaratkan supaya kos borong hendaklah lebih murah daripada kos 4G pada kadar maksimum tidak melebihi 20 sen satu megabait dan juga hendaklah dipastikan dalam pelaksanaan kontrak berasaskan pada pandangan Ahli-ahli Parlimen, tidak kurang daripada 61 peratus daripada kerja- kerja pembinaan infrastruktur hendaklah diperuntukkan kepada syarikat-syarikat bumiputera yang mencukupi syarat dan mempunyai lesen-lesen yang diperlukan.

draft • 12:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah? Ledang.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Ya.

draft • 12:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mencelah berkenaan tadi yang telah disebutkan pelaksanaan 5G.

Kenyataan yang telah dibuat bersama semalam antara Kementerian Kewangan dan K-KKOM, saya rasa ia satu perkara yang ditunggu-tunggu.

Sebab pun- betul, seperti mana Yang Berhormat Menteri menyebut- memang di sini kita telah bangkitkan berkali-kali berkenaan dengan model yang digunakan untuk pelaksanaan 5G. Walaupun model masih lagi- ialah single wholesale network, bukan dual wholesale network yang juga dicadangkan, tetapi dengan penambahan ataupun penglibatan ekuiti daripada MNOs ini, saya rasa ia adalah satu langkah ke hadapan.

Akan tetapi, cumanya saya ada beberapa perkara lanjutan daripada penyataan semalam, iaitu pertamanya ialah berkenaan dengan kejelasan dan juga daripada segi ketulusan lagi. Maksudnya, apabila kita sebutkan tentang pemilikan ekuiti daripada MNOs ini, ada beberapa perkara yang timbul.

Pertama, jumlah ekuiti itu kepada MNOs tersebut? Mungkin itu akan dicerakinkan dalam siri-siri rundingan. Akan tetapi, perkara ini juga perlukan penjelasan. Apakah harga ataupun kadar yang diberikan kepada MNOs ini? Saya percaya sebenarnya kadar harga borong ini masih lagi belum selesai dibincangkan, tetapi ini juga memerlukan ketulusan dan juga kejelasan.

Ketiga, bagaimanakah cara untuk memastikan ada keadilan sebaik mungkin yang munasabah di kalangan MNOs ini? Pada masa yang sama juga kejelasan diperlukan, apakah timbul potential delays ataupun kemungkinan potensi kelewatan daripada segi pemberian perkhidmatan dan pelaksanaan 5G ini berserta dengan implikasi kos? Oleh sebab saya tengok pun, komersial pilot yang telah pun dicadangkan dilaksanakan sepatutnya pada 15 Disember 2021 lagi telah dilanjutkan sehingga 30 Jun 2022, asalnya hingga Mac sahaja. Jadi maknanya untuk memberi ruang supaya pihak telco boleh sign-up tetapi itu telah ada indicator menunjukkan ada kelewatan yang berlaku. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Terima kasih Yang Berhormat. Ketiga-tiga perkara Yang Berhormat sebutkan itu memang dalam perhatian dan telah diputuskan bahawa Kementerian Kewangan akan menjalankan rundingan dan deadline-nya ialah sebelum akhir bulan Jun.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Tentang harga, akan dibuat melalui penilaian oleh pihak bebas dan akan buat secara berunding dengan telco yang terbabit. Daripada segi keadilan kepada telcos, peluang dibuka kepada semua telco yang mempunyai pengalaman mengendalikan spektrum secara fair, without favor kepada mana-mana pihak.

Sementara tentang harga borong, telah ada harga yang telah pun melalui proses rundingan. Ini kerana harga borong akan dikawal selia oleh MCMC mengikut provision di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi yang sedang berkuat kuasa sekarang.

Soal Yang Berhormat mahukan ia transparence, tidak jadi masalah, sebab memang itu pendekatan yang kita ambil. Ini kerana yang penting sekarang ini telcos dan juga pihak terbabit mesti mengutamakan kepentingan nasional, soal role out 5G telah ada satu perkara yang kritikal kepada ekonomi negara dan satu way forward yang mesti bagi memastikan pelaburan yang sepatutnya datang dalam negara kita tidak terencat. Malah itulah faktor yang menjadikan kerajaan mengambil satu keputusan yang decisive membuat satu ketetapan daripada pelbagai pandangan walaupun tentunya tidak boleh hendak menyenangkan hati semua pihak, tetapi keutamaannya role out 5G tidak boleh dilewatkan.

Ini adalah kerana satu daripada sasaran kita ialah memastikan, meletakkan negara dari sudut keberadaan teknologi 5G mestilah setara ataupun di antara negara yang terkehadapan setidaknya di kalangan negara-negara ASEAN. Satu lagi perkara Tuan Yang di-Pertua yang ingin saya maklumkan, kementerian K-KOMM belum berpuas hati sepenuhnya...

draft • 12:50 PM

Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Menteri, saya tambah lima minit.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada soal prasarana di bawah POP, prasarana di bawah Program Jendela dan prasarana menggunakan teknologi wireless yang sedang berjalan sekarang, saya ingin memaklumkan bahawa kita sedang meninjau lagi beberapa lagi kaedah untuk memperluaskan connectivity yang berkualiti.

Beberapa pilot projek sedang kita jalankan untuk meninjau kemungkinan penggunaan teknologi-teknologi terkini termasuklah teknologi TV White Space yang boleh menggunakan jalur spektrum dari 470 megahertz hingga ke 694 megahertz iaitu jalur spektrum yang sama yang telah diperuntukkan kepada perkhidmatan penyiaran TV boleh digunakan ataupun tidak bagi kawasan-kawasan luar bandar dengan memberikan kelajuan sehingga mencapai tahap 72 megabyte per second.

Selain daripada itu, kerajaan juga sedang meninjau juga penggunaan teknologi berasaskan low orbit satellite services kerana ini juga dikatakan antara

draft • 12:50 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

teknologi terbaru yang boleh memberikan perkhidmatan jalur lebar ke kawasan- kawasan di luar bandar. Dalam kata lain, pelan tindakan ini akan dilaksanakan secara cukup komprehensif bagi membolehkan kualiti capaian internet negara kita dapat dipertingkatkan daripada semasa ke semasa.

Saya ingin beralih sedikit dengan baki masa yang ada bagi menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Segambut berhubung dengan soal judi dalam talian. Saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk membendung kegiatan perjudian dalam talian terus dijalankan oleh kerajaan termasuk pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan, program kesedaran dan pendidikan serta membudayakan sikap kawal selia kendiri di kalangan masyarakat.

Untuk makluman, di bawah kegiatan judi dalam talian adalah tertakluk kepada Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 yang dikawal selia oleh PDRM. Dalam hal ini, SKMM memberikan kerjasama teknikal kepada pihak PDRM daripada aspek perkongsian maklumat, forensik digital, penamatan nombor-nombor telefon dan sekatan laman-laman web yang digunakan untuk aktiviti perjudian. Antara tahun 2016 hinggalah bulan Februari yang lalu, sejumlah 5,536 - laman sesawang judi dalam talian telah disekat berdasarkan permohonan rasmi oleh pihak PDRM atas kesalahan-kesalahan di bawah Akta 289.

Yang Berhormat Hang Tuah Jaya membangkitkan perkara berkaitan soal penipuan ataupun scam. Saya ingin memaklumkan, bahawa kegiatan penipuan ini tertakluk di bawah seksyen 415 hingga seksyen 420 Kanun Keseksaan di bawah bidang kuasa PDRM. Manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula, bertanggungjawab kepada penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan dengan urusan jual beli dalam talian atau luar talian.

Saya ingin memaklumkan, bahawasanya satu pasukan petugas khas bagi membanteras penipuan telekomunikasi dengan kerjasama daripada syarikat pemberi perkhidmatan telekomunikasi dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM telah dibentuk. Kita juga mewujudkan dokumen rujukan industri ataupun industry reference dalam pelaksanaan peraturan sekatan yang menggariskan tujuh peraturan sekatan yang telah diwujudkan sejak tahun 2018 dengan penambahan lima lagi peraturan sekatan pada tahun 2020 bagi mengekang panggilan daripada sampai kepada pengguna.

Untuk makluman, melalui usaha sama oleh penyedia telekomunikasi, dari tahun 2018 hingga tahun 2021, dalam tempoh tiga tahun, sejumlah 1.6 bilion panggilan yang meragukan telah berjaya disekat daripada sampai kepada pengguna. Selain itu, pihak SKMM juga telah dan sedang melihat keperluan untuk

draft • 12:50 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

mewujudkan suatu garis panduan bagi mengekang penipuan melalui perkhidmatan SMS.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, dua isu yang terakhir yang ingin saya sentuh ialah Yang Berhormat Sik telah meminta dihentikan tayangan dan promosi drama yang berunsur LGBT. Sekali lagi ditegaskan bahawa Kementerian KKOM sentiasa mengamalkan pematuhan yang ketat dalam melaksanakan penghasilan, perolehan, penyiaran, promosi dan pemantauan semua program kandungan rancangan-rancangan televisyen dan platform media digital.

Garis-garis panduan dan quality control yang dikenakan melalui garis-garis panduan penapisan filem oleh Lembaga Penapisan Filem dan sebagainya bagi menjaga keluhuran ajaran agama, kesopanan dan kesusilaan, adat dan budaya. Ini termasuklah naratif-naratif yang berunsur lesbian, gay, biseksual dan transgender

(LGBT) sentiasa dipantau supaya tidak melepasi garis-garis dan batasan-batasan tertentu. Beberapa, pengendali broadcasting telah pun dipanggil ke kementerian untuk diberikan nasihat dan berunding berhubung dengan perkara-perkara yang tersebut.

Akhir sekali, Yang Berhormat Batu Gajah ada menyentuh tentang posting tidak senonoh dan sebagainya. Kita ingin memberikan penegasan ia akan sentiasa diberikan perhatian oleh kementerian. Akhir sekali saya ingin menyebut tentang peristiwa yang berlaku di Air Itam di bawah Program Riuh yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Pasu.

Sukalah saya menegaskan peristiwa itu bukan sebahagian daripada program, ia berlaku setelah majlis tamat dan saya meninggalkan majlis dan selepas itu berlaku tindakan secara spontan sekumpulan anak-anak muda yang berjoget lambak dan jelas melanggar SOP dan tindakan pada masa itu terus diambil oleh pihak RELA untuk mengawal peristiwa tersebut.

Walau bagaimanapun, ia telah viral dan tindakan itu diserahkan kepada pihak polis dan saya sendiri telah memanggil penganjur untuk memberi sedikit peringatan kepada mereka bahawasanya sebarang usur yang melanggar peraturan terutamanya SOP hendaklah dikuatkuasakan.

Di sini saya ingin memaklumkan Jemaah Menteri dalam mesyuarat yang lalu dan sebagai persiapan untuk kita masuk ke fasa transisi endemik, telah bersetuju agar KKOM bekerjasama dengan beberapa kementerian untuk mewujudkan suatu program melantik apa yang diistilahkan sebagai community ambassador ataupun duta komuniti. Program ini akan dilancarkan di Perlis pada penghujung bulan ini...

draft • 12:50 PM

Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Menteri sila gulung.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

...Dengan pelantikan kira-kira 30 ribu orang duta ataupun community ambassador yang akan menjalankan peranan secara friendly untuk memastikan tahap pematuhan yang tinggi dilakukan oleh komuniti sendiri sebagai satu daripada amalan yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh transisi endemik. Perincian kepada program ini akan diberikan daripada semasa ke semasa.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan sekali lagi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan Yang Berhormat yang bertanyakan soalan-soalan yang spesifik akan diberikan jawapan yang lebih terperinci secara bertulis.

Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang telah memberikan saya sedikit beberapa minit masa yang berlebih.

*Sayang selasih tumbuh di hutan; Mari dikutip memakai galah.

Terima kasih rakan-rakan Yang Berhormat sekalian; Semoga Yang Berhormat dirahmati Allah.* Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 12:50 PM

Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul 1 tengah hari, saya menangguhkan Mesyuarat sekarang ini dan bersambung pada pukul 2.30 petang.

draft • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.03 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat tengah hari semua. Salam sejahtera. Kita sambung perbahasan dengan saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Kementerian Belia dan Sukan.

Dipersilakan Yang Berhormat Menteri 30 minit.

draft • 2:30 PM

Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Kementerian Belia dan Sukan amat berbesar hati serta mengalu-alukan segala persoalan, pertanyaan, pandangan serta usul-usul

draft • 2:32 PM

Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

yang telah dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada 12 orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat dari Pasir Mas, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Tanjung Manis, Yang Berhormat Sandakan dan Yang Berhormat Kangar yang telah memberikan cadangan, pandangan dan pertanyaan kepada Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh perbahasan berlangsung.

Tuan Yang di-Pertua secara keseluruhannya KBS telah menerima sebanyak 10 isu daripada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada 10 isu yang dibangkitkan tiga isu adalah berkaitan dengan belia manakala tujuh isu berkaitan dengan sukan. Saya akan cuba menggunakan masa yang diberikan untuk memberikan penjelasan ke atas setiap isu atau persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kepada kementerian ini sepanjang perbahasan tempoh hari.

Tuan Yang di-Pertua pembudayaan sukan merupakan perkara yang sangat penting untuk kita terapkan kepada masyarakat. Selain daripada aspek sukan berprestasi tinggi yang amat sinonim dengan KBS. Kementerian juga hakikatnya sangat memberi keutamaan kepada pembudayaan sukan kerana ia merupakan penyumbang utama kepada kesejahteraan rakyat secara keseluruhan. Dengan membudayakan sukan, negara berupaya melahirkan individu yang cergas, aktif dan mempunyai minda yang sihat.

Ini secara tidak langsung boleh meningkatkan produktiviti negara dan mengurangkan beban kos rawatan kesihatan yang ditanggung oleh kerajaan. Melalui inisiatif pembudayaan sukan ini juga secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pertumbuhan sektor industri sukan di negara ini.

Aktiviti ekonomi berkaitan sukan akan berkembang jika rakyat di negara ini aktif bersukan. Sektor industri sukan di Malaysia wajar diberi perhatian yang serius memandangkan keupayaannya untuk menyumbang secara signifikan kepada ekonomi Malaysia. Walaupun dianggap sebagai satu industri baharu yang berumur dua dekad. Potensi industri sukan amatlah besar untuk kita terokai.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Bukit Mertajam dan juga Yang Berhormat Kangar semasa sesi perbahasan baru-baru ini membangkitkan perkara yang menyentuh hal-hal kebajikan atlet melibatkan isu pemotongan elaun, pemecatan seramai 253 orang atlet Kebangsaan dan juga kontrak atlet yang dikatakan tidak diperbaharui oleh MSN.

draft • 2:32 PM

Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat saya ingin menjelaskan bahawa atlet-atlet di bawah program MSN tidak dipecat tetapi mereka tidak diberikan tawaran kontrak yang baharu dan ini merupakan kelaziman dalam proses penilaian atlet sepanjang masa.

Penilaian bagi tawaran kontrak baharu atlet dibuat berdasarkan kepada prestasi semasa atlet menerusi kriteria pemilihan atlet yang ketat dan dibincangkan secara bersama melalui mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) yang membabitkan penglibatan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Paralimpik Malaysia, Kementerian Pendidikan serta agensi-agensi yang berkaitan.

Selain daripada itu, beberapa atlet telah membuat keputusan untuk bersara atau keluar disebabkan beberapa faktor antaranya adalah Lee Zii Jia daripada sukan badminton berhasrat untuk bergerak sebagai pemain profesional manakala Cheong Jun Hoong daripada sukan akuatik terjun berada dalam proses pemulihan kecederaan dan memerlukan tempoh tiga bulan untuk pulih dan Welson Sim Wee Sheng dari sukan akuatik renang pula memohon untuk menukar program latihan yang sedia ada kepada latihan secara bersendirian.

Namun begitu perkara ini tidak direstui oleh Persatuan Renang Amatur kerana menyukarkan proses pemantauan prestasi dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian atlet-atlet ini tidak disenaraikan dalam program-program latihan atlet MSN menerusi perbincangan secara bersama dengan Persatuan Sukan Kebangsaan.

KBS melalui MSN tidak bertindak bersendirian dan mesti mendapatkan perakuan daripada PSK sebelum membuat keputusan-keputusan tidak memperbaharui kontrak-kontrak atlet. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat skim elaun latihan atlet yang baharu telah diperkenalkan bertujuan menyelaras semula kadar yang ditetapkan agar persekitaran yang lebih kompetitif diwujudkan di kalangan atlet.

Elaun latihan atlet merupakan insentif tambahan kepada gaji asas daripada majikan bagi atlet yang bekerja manakala atlet yang tidak mempunyai majikan pula akan menerima elaun latihan yang sama tanpa gaji asas.

Di samping menerima elaun latihan secara bulanan atlet-atlet di bawah program ini juga turut menikmati kemudahan makan dan penginapan, kejurulatihan, latihan dan pertandingan dalam serta luar negara, peralatan sukan, program bina diri, perkhidmatan sains dan perubatan sukan, kemudahan pendidikan serta kebajikan.

Kadar baharu skim elaun atlet bagi atlet normal dan juga para telah diumumkan tempoh hari bagi memastikan kebajikan atlet-atlet terjaga. MSN telah

draft • 2:32 PM

Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

pun mewujudkan The Malaysian Athlete Career And Education (MACE) pada tahun 2016 yang bertanggungjawab untuk menjaga pendidikan, kerjaya dan juga kebajikan atlet.

MACE telah meningkatkan usaha untuk menyediakan laluan pendidikan yang lebih luas dan fleksibel dengan mengambil inisiatif-inisiatif seperti mengadakan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan swasta dan institusi kemahiran yang menawarkan kemudahan-kemudahan seperti pengubahsuaian program ataupun customize program dan tawaran biasiswa.

Sehingga tahun 2021 seramai 59 orang atlet di bawah program MSN telah menerima tawaran kemasukan ke universiti daripada jumlah tersebut seramai 38 orang atlet lelaki dan 21 orang atlet wanita telah ditawarkan ke Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan dan Bechelor Komunikasi.

draft • 2:32 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Yang Berhormat Menteri boleh.

draft • 2:32 PM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Sebentar saya habiskan dalam bidang ini dahulu. Di peringkat negeri pula program 1 State, 1 University, 1 Centre (1S1U1C) yang merupakan program kolaborasi antara institusi pengajian tinggi (IPT) dan Majlis Sukan Negeri telah disediakan bagi atlet melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas tamat persekolahan nanti.

draft • 2:32 PM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Sehingga tahun 2021 program ini telah berjaya memberi peluang kepada 362 orang atlet untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Selain bidang pendidikan, laluan kerjaya atlet turut diberikan tumpuan bagi atlet-atlet yang bakal bersara menerusi Athletes Track Programme (ATP). Program ini dilaksanakan dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan, syarikat swasta serta agensi-agensi kerajaan yang bakal menyediakan peluang pekerjaan.

Program ini telah memberi peluang pekerjaan kepada sembilan orang atlet.

MACE juga mempunyai kolaborasi bersama Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia di mana atlet-atlet diserapkan ke perkhidmatan badan beruniform sama ada ketika dalam program latihan mahupun selepas bersara daripada karier sukan. Pada tahun 2021, seramai 34 atlet berjaya berkhidmat dengan ATM dan 15 atlet lagi berjaya berkhidmat dengan PDRM.

draft • 2:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

[Bangun]

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Silakan.

draft • 2:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya ada sebut sedikit tentang isu pemotongan elaun atlet sebelum ini.

Jadi, saya ucapkan tahniah sebab ada satu skim baru. Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, semasa pemotongan dibuat – tadi disebut dibincang

draft • 2:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

dengan Persatuan Sukan Kebangsaan, berapakah lama tempoh makluman kepada atlet? Adakah ia ditamatkan serta-merta atau mereka ini mungkin diberi satu tempoh, misalnya makluman awal tiga bulan? Sehingga kini berapakah ramai yang diserap semula dalam skim baru daripada jumlah yang ditamatkan elaun itu?

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Terima kasih. Pertamanya, mereka yang tidak lagi diperbaharui kontrak, tidak semestinya mereka tidak boleh mendapat latihan secara berkala di pusat-pusat latihan kami tetapi dalam masa yang sama kementerian sentiasa bekerjasama dengan persatuan untuk memastikan atlet-atlet ini tetap berada di tahap prestasi yang tinggi bagi menyertai kejohanan-kejohanan antarabangsa, seperti tahun ini begitu sibuk dengan kejohanan antarabangsa.

Berkenaan dengan ruang masa yang diberikan, semua atlet sedar bahawa kontrak mereka akan tamat pada setiap penghujung tahun dan mereka telah dimaklumkan tentang tidak mendapat pembaharuan sewaktu kita tidak mendapat peruntukan yang bersesuaian untuk meneruskan program. Namun, hari ini kita telah pun dimaklumkan bahawa program ini dapat suntikan dana daripada pihak Kementerian Kewangan dan tentunya kami akan segera bekerjasama dengan pihak- pihak persatuan untuk memastikan atlet-atlet dapat diserap kembali ke dalam Program Podium seperti sebelum ini. Terima kasih, Yang Berhormat.

Di peringkat KBS, terdapat satu inisiatif baru akan diperkenalkan bagi membantu kebajikan para atlet dengan melantik mereka sebagai tenaga pengajar dalam bidang sukan di semua agensi di bawah kementerian dan ILKBS di seluruh negara. Saya berharap agar inisiatif ini dapat disambut baik oleh pihak institusi- institusi pengajian tinggi sehingga ke peringkat sekolah-sekolah.

Selain daripada itu, program rentas kementerian turut dilaksanakan bagi memperluaskan pilihan kerjaya untuk atlet-atlet negara. Menerusi kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Program Bimbingan Usahawan Atlet telah diwujudkan dan berjaya membantu seramai 24 orang atlet yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan.

KBS menyambut baik cadangan Ahli Yang Berhormat supaya KBS meningkatkan keupayaan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bagi memastikan semua atlet, bekas atlet negara kita mendapat perlindungan yang sewajarnya di bawah program kebajikan YAKEB termasuk memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta kepada YAKEB. Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, YAKEB yang mempunyai 2,880 keahlian sememangnya memainkan peranan yang penting dalam menguruskan hal ehwal kebajikan bekas atlet termasuklah atlet kelainan upaya.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Program-program yang dijalankan seperti pembiayaan rawatan perubatan, bantuan pembiayaan peralatan sokongan kesihatan, bantuan kewangan bulanan dan pelbagai lagi membolehkan bekas-bekas atlet diberikan perlindungan yang sewajarnya. Untuk itu, pihak YAKEB telah mengemukakan permohonan peruntukan tahunan sebanyak RM10 juta bagi tempoh lima tahun bermula 2022 sehingga 2026 kepada Kementerian Kewangan. Ini bagi memastikan program-program dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan efektif serta fungsi YAKEB itu sendiri dapat diperkukuh dan diperluaskan.

Menjawab saranan daripada Yang Berhormat daripada Bukit Mertajam supaya KBS perlu menggalakkan pembangunan kelab-kelab sukan profesional untuk mencungkil bakat-bakat baru. Sukacita saya maklumkan bahawa kementerian ini menyokong sepenuhnya cadangan untuk menggalakkan pembangunan kelab- kelab sukan profesional. Cadangan ini selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] yang bertujuan untuk menggalakkan dan mempermudahkan pembangunan sukan.

Kementerian juga berpandangan bahawa penubuhan kelab-kelab sukan profesional ini mampu membantu pembangunan sukan daripada peringkat akar umbi dan membantu kerajaan dalam merancakkan usaha untuk mencungkil bakat-bakat baru. Selain daripada itu, kelab-kelab ini juga boleh diurus dengan lebih baik, profesional serta berupaya mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan.

Namun demikian Tuan Yang di-Pertua, kualiti sesebuah kelab sukan itu lebih utama berbanding kuantiti. Daripada 8,354 kelab sukan yang berdaftar, 70 peratus daripadanya adalah tidak aktif. Seperti mana Ahli Yang Berhormat semua sedia maklum, ada di antara kelab-kelab yang tidak aktif tersebut telah memohon melalui pejabat Yang Berhormat sendiri supaya diberi peruntukan yang setara dengan kelab- kelab yang aktif. Perkara ini turut menjadi fokus kepada kementerian pada masa ini bagi memastikan kelab-kelab ini aktif dan ditadbir dengan efisien dan efektif.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Bukit Mertajam mengenai suntikan dana daripada kerajaan sebanyak RM240 juta bagi Program Podium baru-baru ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, suntikan dana bagi Program Podium sebanyak RM60 juta setahun ataupun RM240 juta bagi tempoh empat tahun akan menunjukkan peningkatan bilangan atlet daripada 321 atlet kepada 776 atlet iaitu peningkatan sebanyak 142 peratus.

Daripada jumlah tersebut, seramai 346 atlet dan 262 daripadanya atlet normal dan 84 orang atlet para, daripada 26 jenis sukan telah menerima tawaran kontrak baru bagi menjalani program latihan sepenuh masa pada tahun ini.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Manakala seramai 430 atlet dengan pecahan 235 atlet normal dan 195 atlet para daripada 26 jenis sukan akan menjalani program latihan secara berfasa. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah program latihan, jurulatih, kemudahan latihan, penginapan dan makanan.

Bagi sukan yang tidak disenaraikan dalam program MSN dan penyertaan tertumpu kepada Sukan SEA Vietnam sahaja, mereka ini akan turut diberikan bantuan secara geran. Seramai 154 atlet normal daripada 11 jenis sukan dan 119 atlet para daripada 11 jenis sukan akan menerima manfaat tersebut.

Untuk makluman, MSN telah pun mula melaksanakan program khas di bawah Program Podium yang dikenali sebagai Program AsiaCom dan Program Sukan SEA pada awal tahun 2021, khusus bagi atlet ke Sukan Asia, Para Asia Hangzhou pada 10 hingga 25 September 2022, Sukan Komanwel Birmingham pada 28 Julai hingga 8 Ogos 2022 dan Sukan SEA Vietnam pada 12 hingga 23 Mei 2022.

Tumpuan diberikan kepada atlet-atlet yang mampu meraih pingat di ketiga- tiga temasya tersebut.

draft • 2:40 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Menteri.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Sila.

draft • 2:40 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Tadi saya tertarik dengan perbincangan Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan atlet para dan kita pun berbangga dan mengucapkan syabas kepada atlet- atlet para kita yang tidak pernah gagal untuk membawa pulang pingat setiap kali Olimpik.

Jadi, mungkin Dewan dan Simpang Renggam inginkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, jikalau untuk atlet-atlet yang bukan para ini kita ada sekolah sukan di bawah KPM, masih lagi saya kira. Bagaimana pula dengan atlet para ini?

Apakah inisiatif untuk membina mereka sedari peringkat sekolah lagi? Mungkin ada usaha-usaha yang boleh dikongsi, usaha bersama dengan KPM untuk membina bakat-bakat di kalangan atlet para yang kita lihat telah menunjukkan pencapaian yang begitu menarik bagi negara kita. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Terima kasih, Yang Berhormat.

Sebenarnya pihak Kementerian Belia dan Sukan telah pun memulakan perbincangan dan rundingan bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memulakan program-program, mengadakan pertandingan di kalangan para pelajar kita.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Dari situ kita boleh dapat mencungkil bakat-bakat baharu daripada atlet normal dan juga atlet para. Tentunya sukan-sukan untuk atlet para ini perlu kita

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

adakan lebih meluas di peringkat akar umbi supaya daripada mula lagi kita dapat mengenal pasti bakat dan memberi latihan yang seluas-luasnya kepada mereka.

draft • 2:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Menteri maksud saya kalau untuk anak-anak biasa ini mereka ada sekolah sukan, begitu kan? Jadi untuk anak-anak yang para ini saya akui ada program sukan untuk mereka, tetapi adakah program komprehensif, mungkin bersama dengan KPM, ataupun inisiatif KBM sendiri untuk membina dari awal- program khusus untuk mereka.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Yang penting Yang Berhormat untuk mengenal pasti bakat terlebih dahulu kerana kalau kita hendak dapatkan a pool of talent daripada seluruh negara agak sukar untuk kita kumpulkan di dalam sebuah sekolah sukan untuk para. Tentunya ibu bapa masih belum mendapat melepaskan anak-anak yang kurang upaya berjauhan dan sebagainya. Akan tetapi yang lebih penting ialah untuk kita mengenal pasti bakat mereka dan menggilap bakat tersebut untuk mereka dapat mewakili negara ke peringkat yang tertinggi. Terima kasih Yang Berhormat.

Dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, MSN telah menyusun strategi dengan mengadakan kolaborasi erat dengan para pemegang taruh utama seperti Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Paralimpik Malaysia, Persatuan Sukan Kebangsaan, Institut Sukan Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan persiapan atlet sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Beberapa inisiatif turut diberikan penekanan dan penambahbaikan seperti proses pemantauan atlet berasaskan kaedah data driven, penyertaan ke peringkat kejohanan antarabangsa yang terpilih dan kompetitif, pemantapan perkhidmatan sains dan perubatan, pemerkasaan program psikologi dengan penekanan kepada elemen winning mentality dengan izin, ketahanan mental dan keyakinan diri.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pertanyaan mengenai adakah cukai gula digunakan untuk pembangunan sukan dan cadangan supaya cukai judi ataupun gaming tax, dengan izin, untuk pembangunan sukan ditingkatkan.

Untuk makluman, KBS menerima peruntukan daripada cukai judi untuk tujuan pembangunan sukan sementara peruntukan daripada cukai gula hanya diterima pada tahun 2020 sahaja. Selain itu kementerian ini menyokong saranan Ahli Yang Berhormat Bukit Mertajam supaya kerajaan wajar memperkenalkan pelepasan cukai korporat ke atas syarikat-syarikat yang mengeluarkan perbelanjaan untuk menaja atlet dalam acara-acara Sukan Berprestasi Tinggi dan Sukan Massa.

Tuan Yang di-Pertua bagi soalan-soalan daripada Yang Berhormat Papar, Putatan, Sri Iskandar dan Tanjong Manis berkaitan dengan pembinaan kemudahan

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

sukan. Saya akan memberi jawapan secara bertulis memandangkan ia lebih menjurus kepada cadangan projek-projek di kawasan-kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat.

draft • 2:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Yang Berhormat Menteri sedikit, tentang kemudahan sukan.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Sila.

draft • 2:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Jawab secara bertulis pun tidak apa.

Tentang padang ragbi yang telah diluluskan lama di Putrajaya, saya difahamkan dahulu dapat dua buah padang, sekarang dapat sebuah padang. Saya pun ada interest sebab saya di dalam Jawatankuasa Ragbi Malaysia. Saya pun sudah bangkitkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan. Saya harap dapat diselesaikan segera.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar minta pencerahan. Boleh?

draft • 2:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Sepanggar juga.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Sila Yang Berhormat Papar.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri Papar ingin bertanyakan fasal konflik sukan beringis yang mana kita boleh katakan setiap kali kita adakan Parlimen, di situ lah soalan saya dan permohonan saya diutarakan. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Terima kasih Yang Berhormat Papar.

Tentunya segala perkara yang telah dibawa oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kami akan jawab secara bertulis. Akan tetapi kalau boleh saya ingin nyatakan bahawa ia telah pun kami pohon untuk dimasuk ke dalam Rolling Pelan dan tentunya pihak EPU akan meneliti, dan insya-Allah kita sama-sama berdoa agar kita dapat adakan projek- projek seperti yang diminta.

Yang Berhormat Kangar berkenaan dengan stadium ragbi, sebentar. Saya jawab stadium ragbi. Ia akan diteruskan di kawasan yang telah pun kita putuskan sebelum ini, namun spesifikasi terpaksa kita kurangkan kerana kita akan cuma membangunkan mengikut peruntukan yang sedia ada. Di sana terdapat sedikit masalah berkenaan dengan pembangunan tanah yang akan menggunakan peruntukan yang agak banyak. Maka kita sediakan dahulu padang dan beberapa elemen penting bagi pembangunan stadium ragbi tersebut. Terima kasih. Sila Yang Berhormat Sepanggar.

draft • 2:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 2:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Menteri.

Saya ingin merujuk kepada sewaktu sesi perbahasan belanjawan yang lepas yang mana Yang Berhormat Menteri telah menyatakan kesediaan Kementerian Belia dan Sukan untuk mempertimbangkan kompleks sukan permotoran di negeri Sabah.

Saya harap agar kementerian dapat mempertimbangkan juga. Saya follow-up sahaja apa yang telah Yang Berhormat Menteri sebelum ini telah nyatakan. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Terima kasih. Tahniah kepada sahabat saya yang sentiasa tidak jemu-jemu membangkitkan perkara tersebut walaupun beliau tidak berapa pandai bawa motor...

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang isu-isu belia dalam jangka masa pendek yang masih tinggal ini. Belia memainkan peranan yang penting dalam menentukan masa hadapan negara. Cabaran yang ditempuh oleh para belia dalam era digital masa kini sangat hebat dan mencabar. Pembangunan belia merupakan usaha yang perlu dititikberatkan memandangkan golongan ini akan menerajui pembangunan dan kepimpinan negara pada masa hadapan.

Belia perlu kita terapkan dengan nilai-nilai murni dan semangat jati diri yang tinggi seiring dengan peranan baharu golongan ini yang akan menjadi suara yang signifikan dalam pembentukan pentadbiran masa hadapan. Untuk itu KBS memohon kerjasama daripada semua pihak termasuk kementerian-kementerian, badan-badan bukan kerajaan serta rakyat khususnya, untuk sama-sama berganding bahu bagi memastikan negara dapat melahirkan belia yang berupaya untuk menjadi rakan strategik kepada pembangunan negara.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas membangkitkan usul berkenaan cadangan penggubalan sebuah dasar yang khusus dalam memartabatkan penyertaan belia yang dikenali sebagai Dasar Belia Sejahtera. Yang Berhormat Hulu Rajang pula berpandangan bahawa Pembangunan Model Baharu Permohonan Belia 2030 adalah sangat signifikan, namun mencadangkan agar program-program lama kementerian harus diberikan nafas baharu.

Yang Berhormat Tangga Batu dan Yang Berhormat Hulu Selangor memohon pandangan kerajaan mengenai perancangan masa akan datang untuk membina generasi belia yang mampan dan mencadangkan agar kementerian melibatkan pertubuhan belia dalam apa-apa pembangunan dan dasar berkaitan dengan belia.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat yang sering kali melontarkan idea- idea yang bernas bagi membantu KBS membina generasi belia yang bakal menjadi pemimpin masa depan dan rakan strategik pembangunan negara. Saya mohon

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

kebenaran untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh semua Ahli Yang Berhormat yang saya sebutkan tadi secara bersekali memandangkan perkara yang dibangkitkan menyentuh isu yang sama.

Untuk makluman, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) sedang membangunkan Model Baharu Pembangunan Belia 2030. MBPB 2030 merupakan dokumen pelengkap bagi menyokong dan menambah baik mekanisme Dasar Belia Malaysia (DBM) yang sedia ada. Model ini akan memetakan perancangan 10 tahun ke arah menyediakan dan mempersiapkan generasi belia beridentiti Malaysia bagi menghadapi cabaran dan perubahan masa hadapan.

Model ini dipadankan dengan pengukuhan dan pemerkasaan konsep futuristik, relevan dan terkini. Tumpuan diberikan kepada usaha menangani cabaran belia terutamanya di pasca COVID-19 serta mempersiapkan anak muda dalam menghadapi arus perubahan masa depan terutamanya dalam landskap digital.

Model baharu ini turut diperkemaskan dengan pendekatan yang sistematik melalui penjajaran agenda nasional berdasarkan dasar-dasar yang sedia ada iaitu Dasar Belia Malaysia, Wawasan Kemakmuran Bersama, myDIGITAL blueprint, Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Rancangan Malaysia Ke-12. Ia menggariskan teras utama strategi dan inisiatif yang mempunyai sasaran keberhasilan yang jelas dan perancangan yang komprehensif.

Bidang keutamaan yang diberikan penekanan dalam model ini melibatkan bidang pendidikan dan latihan berkualiti, penciptaan pekerjaan dan transformasi keusahawanan, kecergasan dan kesejahteraan hidup, penglibatan dan suara belia.

Selain itu sebagaimana yang diutarakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas.

Elemen belia sebagai pemacu Revolusi Industri 4.0, penglibatan belia dalam pertanian pintar, pembangunan bakat masa hadapan, penggerak keusahawanan digital, pendukung keilmuan dan pemantapan syariah turut terangkum dalam model ini.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Ia bukan sahaja mengambil kira aspek pembangunan fizikal tetapi juga pengukuhan elemen literasi politik, demokrasi dan kenegaraan serta pembangunan dalaman belia yang bersifat spiritual turut diberi penekanan.

Sebagai kesinambungan kepada MBPB 2030, satu pelan tindakan yang komprehensif akan dibangunkan oleh KBS. Pelan tindakan ini akan merentasi peranan kementerian, agensi, pihak berkuasa tempatan, NGO dan juga pihak swasta yang turut sama menyumbang kepada pembangunan belia secara holistik. Melalui pelan ini, diharapkan belia yang dinamik, kompeten, berdaya saing dan berdaya

draft • 3:00 PM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

tahan dapat dihasilkan bagi mendepani cabaran masa kini dan perubahan masa depan.

Tidak ketinggalan, dalam pelaksanaan undi 18 yang berkuat kuasa pada tahun ini, peranan serta kerjasama pertubuhan belia di seluruh negara turut diperkukuhkan untuk membantu usaha kerajaan dalam menggerakkan serta mempromosikan pendidikan demokrasi khususnya kepada pengundi muda yang bakal menjadi sebahagian besar kepada pengundi baharu. Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan keterlibatan serta rasa tanggungjawab belia sebagai warga pelapis negara pada masa hadapan.

Bagi mencapai hasrat meningkatkan keterlibatan belia dan pertubuhan belia dalam usaha menggerakkan pendidikan kenegaraan dan demokrasi ini khususnya kepada pengundi muda yang bakal keluar mengundi buat kali pertama, KBS turut melaksanakan program Rukun Negara@Belia (RNB) sebagai inisiatif baharu dalam usaha untuk mewujudkan kesedaran belia tentang peranan, keterlibatan dan ambil tahu mengenai kelayakan mengundi daripada usia 18 tahun, selain bertujuan untuk melahirkan golongan belia yang sedar tentang konsep berkerajaan serta terlibat secara langsung dalam soal demokrasi sesebuah negara, di samping membantu belia dalam meningkatkan jati diri untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Pada tahun ini, disasarkan seramai 38,550 orang belia akan menyertai program ini selaras dengan jumlah peruntukan yang sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan ingin mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan Yang Berhormat Hulu Selangor yang bertanyakan tentang inisiatif kerajaan dalam membantu belia yang terjejas akibat pandemik COVID-19 terutamanya isu yang melibatkan pekerjaan, pengangguran, keusahawanan dalam kalangan belia.

Saya cuma ada dua topik lagi, Tuan Yang di-Pertua. Mohon...

draft • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 3:00 PM

Dato' Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Untuk makluman, kementerian ini sememangnya mengambil berat tentang isu pengangguran belia yang masih membelenggu sebahagian besar belia di negara. Menyedari hakikat ini, kementerian telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan beberapa program bagi mengatasi masalah pengangguran, antaranya pelaksanaan program Skim Perantisan Nasional yang berkonsepkan place and train. Program ini berupaya membantu melonjakkan kebolehpasaran belia dan menyediakan lebih banyak peluang kepada belia untuk mendapatkan pengalaman bekerja di sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan.

Program ini telah berjaya memanfaatkan kepada lebih 7,679 orang belia yang menganggur.

draft • 3:00 PM

Dato' Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Menyedari tentang peluang yang cukup besar dalam bidang ekonomi baharu, kementerian turut melaksanakan program myGIG yang bertujuan meningkatkan keterlibatan belia dalam gig economy. Melalui myGIG Servis dan myGIG Digital Freelance, pihak kementerian telah berjaya membantu seramai 4,548 orang belia di seluruh negara yang terlibat secara langsung dalam bidang pekerjaan baharu ini.

KBS turut memberi perhatian kepada golongan B40 agar tidak ketinggalan.

Bagi mengatasi masalah pengangguran di kalangan golongan belia B40, KBS telah memperkenalkan program Youth Career ataupun Y-Career yang merupakan satu program latihan insentif jangka pendek kepada belia luar bandar bagi memenuhi keperluan dan permintaan industri.

Untuk makluman, KBS telah menerima peruntukan di bawah Kumpulan Wang Amanah Covid-19 bagi tujuan latihan dan peningkatan kemahiran bagi tahun 2022.

Antara program yang telah dirangka oleh pihak kementerian merupakan program TVETpreneur, Makerspace-MyBiz Hub@ILKBS, program TVETpreneur Inkubator@ILKBS, Kursus Modular Penjana, Boot Camp Penjana, program MyFuture Agro@ILKBS dan program Skill4Youth.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, KBS juga komited untuk meneruskan agenda pemerkasaan belia melalui pendidikan dan latihan teknikal vokasional

(TVET) melalui 22 buah Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di seluruh negara dan menyokong fokus nasional terhadap TVET seperti yang digariskan dalam RMKe-12.

Pihak kementerian mempunyai sebuah Institut Kemahiran Belia Negara di Kinarut, Sabah yang mempunyai kapasiti latihan untuk 700 orang. Bidang-bidang yang ditawarkan di IKBN Kinarut merupakan Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia yang melibatkan bidang teknologi elektrik, bidang penyejukan dan penyaman udara, bidang binaan bangunan dan pelukis pelan. IKBN Kinarut juga merupakan pusat yang ditauliahkan oleh Suruhanjaya Tenaga bagi program penjaga jentera elektrik bagi negeri Sabah. IKBN Kinarut telah pun menawarkan kursus sepenuh masa dan kursus jangka pendek kepada belia dan pekerja industri.

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Sandakan atas keprihatinan membangkitkan soal keperluan industrial-trained worker kepada belia di negeri Sabah.

Namun, dalam masa yang sama, KBS dengan kerjasama Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran dan melaksanakan program Skill4Youth yang bertujuan membantu meningkatkan peluang pekerjaan golongan belia termasuk belia-belia di negeri Sabah yang terkesan susulan pelaksanaan PKP sewaktu COVID-19. Pelbagai medium program dan latihan kemahiran teknikal akan terus

draft • 3:00 PM

Dato' Seri Ahmad Faizal bin Azumu

disediakan. Ia adalah selaras dengan hasrat memenuhi keperluan penciptaan pekerjaan dan pendapatan belia dalam bidang-bidang baharu di mana industri mahupun pemegang taruh lain turut memainkan peranan melalui program seperti program Boot Camp, MyFuture Youth Plus dan lain-lain.

Seterusnya bagi memastikan bidang TVET sentiasa at par, dengan izin, ataupun up to date, dengan izin, selari dengan keperluan industrial-trained worker, dengan izin, serta perkembangan semasa dan keperluan industri, seramai 161 orang perantis pekerja belia industri telah menyertai Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) yang telah dilaksanakan oleh 13 ILKBS merangkumi 19 program pada tahun 2021.

Kesemua usaha dan inisiatif yang dilaksanakan oleh kementerian turut diharap dapat membantu kerajaan dalam menghadapi kesan COVID-19.

Sebagai penutup kepada jawapan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke atas Titah Diraja kali ini, Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan agar kesemua jawapan yang diberikan sebentar tadi dapat menjawab semua persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat kepada kementerian ini. Namun, sekiranya terdapat sebarang usul, pertanyaan, cadangan ataupun persoalan yang tidak terjawab, saya akan kemukakan jawapan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat secara bertulis selepas ini.

Saya juga berharap agar kita dapat bekerja bersama-sama dan berganding bahu untuk menyerlahkan potensi belia dan mengangkat martabat sukan negara ke arah kegemilangan keluarga Malaysia. Sekian, terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Kementerian Belia dan Sukan.

Kementerian yang akhir sekali ialah Menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri dan ini akan dimulakan dengan saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak). Silakan, Yang Berhormat, 30 minit.

draft • 3:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) - Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, beri pusingan Jabatan Perdana Menteri pada saat ini.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja yang telah menyentuh mengenai perkara-perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) terutama Yang Berhormat Igan, Yang Berhormat Hulu

draft • 3:08 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) - Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Rajang, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Lanang, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Serian dan barangkali Yang Berhormat Sepanggar pun ada.

Seterusnya, saya akan menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang hadir kecuali perkara-perkara yang dibangkitkan penting untuk penjelasan dasar-dasar.

draft • 3:08 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) - Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Ada beberapa perkara yang penting yang telah dijelaskan di Dewan yang mulia ini. Sekadar ada empat, lima perkara saya kumpulkan 13 Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh perihal Sabah dan Sarawak di Jabatan Perdana Menteri. Satu ialah isu berkaitan rakan sekutu, Ahli Parlimen Igan menyebut hal rakan sekutu semasa penghujahan beliau. Beberapa yang lain untuk kali Yang Berhormat, rakan sekutu dengan izin, it’s a terminology in reference to the needs of Sabah and Sarawak that have equal status in the Federation of Malaysia.

Ya lah pada keseluruhannya pihak kita khususnya Majlis Khas MA63, jawatankuasa yang ditubuhkan khusus untuk melihat perkara ini adalah Jawatankuasa Rakan Sekutu (JRS) yang dipengerusikan secara bersama oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan saya sendiri, yang dianggotai oleh Jabatan Peguam Negara, Jabatan Mahkamah Persekutuan, Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah, Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak dan juga beberapa agensi yang lain.

I think memang this is a progressive discussion antara yang memang kita telah putuskan ataupun kita telah menjadi sebagai satu point of reference iaitu pada masa penubuhan Malaysia. Pada waktu itu, we are one of dengan izin, tiga entiti iaitu Sabah, Sarawak, bukan sahaja time juga adalah Singapura dan Malaya. So, empat entiti. Okey. Itulah sebabnya Sabah dan Sarawak itu mempunyai special right yang mana Sabah is of course seperti mana banyak kali juga disentuh di Dewan yang mulia ini bahawa Sabah atau Sarawak itu equal to katakan Perlis ataupun negeri- negeri yang lain dari segi hak-haknya, special right-nya. Itulah ada Perjanjian Malaysia. Itulah yang ada pada MA63. So, I think ini sangat penting untuk diperakui, bukan sahaja oleh rakyat Malaysia tetapi anak-anak muda yang perlu mengetahui sejarah Malaysia keseluruhannya.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang Yang Berhormat maklum, Akta Perlembagaan Persekutuan 2022 yang telah...

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Boleh mencelah sedikit, Yang Berhormat?

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Tunggu saya teruskan dahulu - yang telah mendapat perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa pada 11 Februari 2022. Akta ini telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 14 Disember di dalam Dewan yang mulia ini dan Dewan Negara pada 23 Disember dengan majoriti lebih daripada dua per tiga. Apa-apa pindaan yang telah diluluskan tersebut khususnya perkara berhubung dengan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) yang memasukan Perjanjian Malaysia ke dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Maka dengan pencapaian itu, perihal seperti rujukan kepada misalnya 20 perkara, rujukan kepada 18 perkara, rujukan kepada Cobbold Commission Report, rujukan kepada IGC dan of course the Arkib Malaysia menjadi satu rujukan secara sah di dalam Perlembagaan Malaysia.

Selain daripada perbincangan, isu berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan, Jawatankuasa Rakan Sekutu ini sedang meneliti beberapa isu pentadbiran badan kehakiman Sabah dan Sarawak yang merangkumi isu-isu seperti penurunan kuasa kepada badan kehakiman Sabah dan Sarawak, bidang kuasa Hakim Besar Mahkamah Sabah dan Sarawak, kuasa autonomi berhubung pelantikan pegawai kehakiman dan juga peruntukan kewangan dan pentadbiran mahkamah di Sabah dan Sarawak. Juga pengalaman kehakiman Borneo untuk hakim-hakim rayuan dan juga kuasa mengenai pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman.

Ini terus menjadi seperkara yang sedang dibincangkan oleh Jawatankuasa Rakan Sekutu.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ada dua perkara yang begitu meluas dibincangkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan perihal juga berkaitan dengan hal Sabah dan Sarawak ialah cadangan menambah bilangan kerusi Parlimen bagi negeri Sabah dan Sarawak.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Betong dan Yang Berhormat Keningau tentang isu hubungan cadangan untuk menambah bilangan kerusi Parlimen bagi Dewan Rakyat, Dewan Negara bagi Sabah dan Sarawak kepada satu per tiga daripada keseluruhan bilangan sedia ada telah dibincangkan dan sebenarnya telah di bawa kepada Jawatankuasa Rakan Sekutu pada 8 Februari.

Mesyuarat telah bersetuju perkara ini dirujuk kepada Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Tan Sri Peguam Negara untuk meneliti perkara ini selanjutnya.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Perkara tambahan kerusi untuk negeri Sabah dan Sarawak yang telah dibangkitkan secara meluas oleh Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak ini.

Perkara ini juga telah dibangkitkan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada tahun 2012 yang saya sendiri mempengerusikan di Dewan yang mulia ini. Laporan jawatankuasa ini telah dibentangkan dan diluluskan di Parlimen pada masa Mesyuarat Kedua Belas Penggal Kelima Tahun 2012. Pada waktu itu, beberapa Ahli Yang Berhormat misalnya adalah menjadi antaranya pada waktu itu Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Rasah dan dengan Ahli-ahli Yang Berhormat lain Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Kapit, Yang Berhormat Alor Gajah, Yang Berhormat Kampar dan Yang Berhormat Wangsa Maju.

Actually dari segi laporan keseluruhan 21 perkara yang telah dibawa kepada Parlimen dan diluluskan, hanya ada empat perkara yang split opinion kami split opinion dan pihak Ketua Pembangkang pada waktu itu tidak menyokong tetapi antara yang 21 yang khususnya antara 17 yang sebulat suara disokong oleh semua Ahli Jawatankuasa Khas ialah syor nombor 14 iaitu tambahan atau pengagihan kerusi Dewan Rakyat bagi negeri Sabah dan negeri Sarawak.

So, saya berpandangan bahawa adalah tepat pada masanya bagi Dewan yang mulia ini untuk memikirkan sekali lagi dan saya serahkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya mereka dari Sabah dan Sarawak untuk menyusuli perkara- perkara ini. Antara pandangan yang lain ialah bagi tambahan kerusi Sabah dan Sarawak, memandangkan ini pun turut diluluskan di Dewan yang mulia ini pada tahun 2012 tetapi tidak disusuli oleh pihak SPR.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Maka ada cadangan bahawa bagi Ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak membincangkan tuntutan ini secara terbuka dan teratur dan mengemukakan keputusan kepada pihak SPR untuk pelaksanaan seterusnya. Ada juga satu pandangan Yang Berhormat dari Dewan yang mulia ini supaya mengesyorkan kepada Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak supaya meluluskan usul untuk tambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak.

Untuk makluman dan sedikit rujukan kita, Sabah dan Singapura pada tahun 1963 memang mempunyai 35 peratus dari kerusi di Dewan Parlimen ini dan Malaya pada waktu itu 65 peratus. Ini adalah kes pada 1963 di mana Malaya ada 104 kerusi iaitu 65 peratus, Sabah 16 kerusi, Sarawak 24 kerusi, Singapura 15 kerusi. Ertinya 35 peratus pada zaman itu. Mengikut sejarah daripada segi perbincangan Ahli-ahli Parlimen pada waktu itu, ini disengajakan supaya setiap kali di Dewan yang mulia ini pada zaman itu, Malaya tidak ada dua per tiga. Ini kerana 35 peratus adalah di dalam

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

tangan Sabah, Sarawak dan Singapura supaya Malaya’s alone tidak boleh meluluskan mana-mana akta tanpa perkenan Sabah, Sarawak dan Singapura.

Malangnya apabila tahun 1965, Singapura keluar dari Malaysia. Pada masa Pilihan Raya 1969, maka Malaya masih lagi ‘104, 702’ tetapi apabila pada tahun 1974 - okey di sana mulai perubahan di mana pada waktu Pilihan Raya 1974, 114 kerusi adalah untuk Malaya iaitu 74 peratus walhal Sabah masih 16 kerusi dan Sarawak masih 24 kerusi dan Singapura tiada sudah.

Maka semasa tahun ‘2004’ sampai sekaranglah maka 74 peratus terus menjadi kedudukannya. Ini yang rakyat Sabah membawa kes ini kepada majlis khas dan saya difahamkan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak juga ingin membawa perkara ini untuk perbincangan bagaimana...

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Boleh bertanya Yang Berhormat Menteri? Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah Yang Berhormat Menteri? Dalam isu ini?

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Yes, Yang Berhormat Sepanggar, boleh sedikit.

draft • 3:20 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Sepanggar dahulu? Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas peluang yang diberikan. Saya tertarik dengan apa yang Yang Berhormat sebutkan tadi daripada segi sejarah dan sebagainya. Cuma hari ini di dalam Parlimen yang mulia ini, saya ingin pendirian daripada pihak Yang Berhormat Menteri khususnya yang secara kebetulan datang juga dari Sabah bilamana yang mengatakan bahawa kerusi yang sepatutnya ada di antara Sabah dan Sarawak itu sepatutnya merangkumi satu per tiga daripada kerusi yang ada di seluruh Malaysia.

Jadi kita ingin tahu di dalam Dewan yang mulia ini, apakah pendirian kementerian dalam hal ini? Adakah pihak kementerian akan push agar pembahagian kerusi di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia ini dapat diperbetulkan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963? Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Boleh tanya sedikit juga sebab perkara yang sama?

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Okey, boleh sedikit.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tahniah Yang Berhormat Menteri kerana telah mengambil isu ini secara serius dan cadangan-cadangan Yang Berhormat meletakkan balik kepada Parlimen itu satu langkah yang bagus.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Cumanya saya bersama-sama dengan Yang Berhormat Sepanggar bertanya, apa tindakan kerajaan yang ada sekarang untuk memastikan agar dikembalikan hak Sabah itu daripada segi bilangan kerusi Parlimen. Itu satu.

Kedua, kita juga sedar bahawa untuk mencapai ke tahap itu memerlukan banyak pindaan daripada segi Perlembagaan, daripada segi akta-akta dan sebagainya. Akan tetapi yang lebih senang untuk dilaksanakan ialah untuk memastikan agar di Dewan Negara, Senate itu kita pastikan yang majoriti di sana adalah dari Sabah dan Sarawak. Kita ambil contoh sekarang di Perlis pun dua orang senator, Sabah pun dua orang senator daripada Dewan Undangan Negeri, Sarawak pun begitu.

Jadi, bilangan senator dari Sabah dan Sarawak boleh ditingkatkan supaya pindaan-pindaan Perlembagaan yang dibuat oleh Dewan Rakyat itu tidak dapat diluluskan jika sekiranya diluluskan di Dewan Negara. Itu lebih senang kerana ia tidak melibatkan perwujudan kerusi baharu tetapi cuma melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan. Adakah itu salah satu pilihan Yang Berhormat akan pertimbangkan? Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Saya rasa soalan Yang Berhormat Sepanggar hampir sama dengan apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat Tuaran khususnya ada yang berkaitan dengan jumlah kerusi di Dewan Rakyat. Peranan kita ialah di peringkat bahagian BHESS di Jabatan Perdana Menteri memanglah seperti biasa tugas kita untuk memberi ruang, space untuk perkara- perkara ini dibincang dan diambil tindakan. Akan tetapi akhirnya ia berasas juga daripada segi ‘prompting’ atau request dari Sabah ataupun dari Sarawak.

So, saya rasa itu sangat penting sekali because MA63 is a perjanjian, is an agreement, it refers to so those affected parties must file, must mengemukakan claim mereka dan kami di peringkat kami kecuali adalah atas permintaan negeri Sabah dan Sarawak ataupun Persekutuan, barulah ruang itu dibuka untuk perbincangan dan tindakan seterusnya.

Akan tetapi saya secara peribadi, I think sebab saya sudah beritahu tadi berasaskan misalnya tambahan kerusi sudah pun diluluskan oleh Parlimen. So, action must be taken dan Sabah dan Sarawak perlu mengemukakan itu dan pihak kami di Jabatan Perdana Menteri adalah terbuka untuk membantu dan mengambil tindakan yang perlu.

draft • 3:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Mengenai dengan Dewan Negara, itu perkara baru...

draft • 3:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

...Nanti saya rasa lebih sesuai bagi Menteri Undang-undang untuk mengambil perkara ini untuk perbincangan seterusnya.

draft • 3:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri, saya ingin...

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Yang Berhormat Kota Belud, Sumandak Yang Berhormat Kota Belud ya.

draft • 3:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Masih di isu yang sama tetapi selepas ini saya minta kalau boleh kita straight pergi Kota Belud. Masa tinggal sembilan minit lagi Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah ini Yang Berhormat Menteri ingin mengesahkan di sini bahawa Dewan Undangan Negeri Sabah perlu minta yang baru ini tadi?

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Memang daripada segi perkara ini telah pun disentuh tetapi ia dibentangkan di dalam Majlis Khas dan ini berasaskan kepada prompting atau pun request daripada segi kedua-dua negeri iaitu negeri Sabah dan negeri Sarawak dan dari segi *......

[sebutan tidak jelas] because in matters pertain to legal aspect* dasar tempat saya tetapi harap perkara ini akan pergi kepada ruang dan tanggungjawab Yang Berhormat Menteri Undang-undang.

Seterusnya saya hendak terus maju. Perkara ketiga yang begitu penting juga dan ini sangat penting Yang Berhormat Sepanggar dan I think Yang Berhormat Kota Belud pun ada sentuh mengenai perkara iaitu pemberian khas untuk Sabah dan Sarawak khususnya berkaitan dengan Artikel 112C dan Artikel 112D.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Mengenai perkara ini, saya tidak akan mengulas banyak dan panjang lebar kerana ia telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam penggulungan beliau.

draft • 3:30 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Tunggu dulu. Iaitu pada 14 Mac yang lalu ini dan kedua-dua mereka, Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Berhormat Sepanggar juga telah membuat press conference dalam perkara ini.

Jawatankuasa Perundingan Bersama, Joint Consultative Committee di bawah Majlis Khas di mana saya juga sebagai ahli atau supervisor overseeing jawatankuasa- Joint

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Consultative Committee ini merupakan medan perundingan antara pihak MOF bersama dengan Kerajaan Negeri Sabah, dan negeri Sarawak.

draft • 3:30 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Telah pun disampaikan keputusan yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Menteri bahawa...

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar minta laluan.

draft • 3:30 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Ya, tunggu dahulu.

Saya nak habiskan ini dahulu.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar minta laluan.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Akan tetapi saya ingin katakan bahawa laporan jawatankuasa ini yet to dibentangkan dalam majlis khas dalam perkara ini.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar minta laluan.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Jadi ini masih unresolved ataupun belum lagi final menunggu Majlis Khas ini meeting- to endorse the keputusan, dengan izin, of this Joint Consultative Committee (JCC) ini.

draft • 3:30 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Minta laluan. Okey Yang Berhormat Kota Belud, sila.

draft • 3:30 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri, Kota Belud. Kota Belud dahulu ya. Saya sebenarnya cukup hairan dan sangat kecewa sebenarnya apabila dalam soalan saya dalam bahas Titah Diraja baru-baru ini, Yang Berhormat Menteri Kewangan menjawab bahawa perkara 112C Perlembagaan Persekutuan tidak lagi dipakai. Jadi, sedangkan Yang Berhormat Menteri juga ada mengatakan dalam satu kenyataan bertarikh 16 Februari 2022 bahawa tuntutan lima dekad Sabah akan dibayar tidak lama lagi.

Jadi, saya mahu tahu apakah formula yang dipakai sekarang ini yang masih dalam peringkat rundingan ini lebih tinggi daripada 40 peratus sedangkan ini Perlembagaan. Kita tidak boleh ubah Perlembagaan suka-suka hati. Saya mahu tahu siapa pemimpin yang terlibat dan bila masa pula Perlembagaan Persekutuan ini, Artikel 112C ini tidak lagi dipakai? Yang Berhormat Menteri jangan tengok saya mewakili parti apa, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri tengok saya sebagai anak Sabah yang saya menuntut hak kita ini. Yang Berhormat Menteri juga orang Sabah.

draft • 3:30 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Yang Berhormat Menteri.

Berkaitan, berkaitan. Sikit. Sebab Yang Berhormat Menteri sentuh Sepanggar tadi.

Tak ada, berkaitan. Benda yang sama, 40 peratus tadi. Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya sebenarnya dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin menyatakan di sini bahawa terdapat ucapan yang mengelirukan Dewan. Apakah sebab? Ini kerana Yang Berhormat Menteri Kewangan menyebut bahawa ia tidak lagi terpakai.

Bermakna seolah-olah dalam jawapan Yang Berhormat Menteri Kewangan ini telah pun diputuskan.

Akan tetapi apabila Yang Berhormat Menteri hari ini menyatakan bahawa ia masih di peringkat perundingan, jadi ada di sini konflik kenyataan di mana Yang Berhormat Menteri yang melibatkan hal ehwal Sabah dan Sarawak menyatakan perkara yang berbeza dengan apa yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Sebab itu pada hari ini, kita ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah keputusan ini telah pun diputuskan dan kalau ia telah diputuskan, atas dasar apa? Sebab ia melibatkan Perjanjian Malaysia 1963, melibatkan Perlembagaan. Jika ada perubahan terhadap Perlembagaan, ia perlu dibuat secara proses yang betul. Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Okey, terima kasih kepada kedua-dua Yang Berhormat Kota Belud dan juga Yang Berhormat Sepanggar. Saya sedikit sebanyak tadi telah menyatakan juga bahawa keputusan jawatankuasa Joint Consultative Committee ini adalah masih lagi perlu dibentangkan di majlis khas tersebut dan selepas itu akan diputuskan daripada segi jumlah yang akan nanti diberi kepada negeri Sabah. Perkara ini saya telah sentuh dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan dan beliau telah memberitahu saya bahawa dia telah stress-kan juga bahawa keputusan yang dia cakap itu, yang soalnya seperti tidak terpakai. Article 112C is yet to be referred of course to the Majlis Khas nanti.

Memang negeri Sabah mempunyai pandangan tersendiri dalam perkara ini dan mereka mahu tunggu mesyuarat majlis khas sebelum membuat kenyataan dalam perkara ini. Okey, what I can more or less disclose even at this stage bahawa, negeri Sabah mempunyai pandangan yang berbeza dengan pandangan yang telah diambil oleh pihak Kementerian Kewangan. Jadi, kita tunggulah Majlis Khas yang dijangka diadakan bila sahaja selesai persidangan Parlimen pada minggu hadapan.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Yang Berhormat Menteri. Tuaran pun ada sebut mengenai perkara ini.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Yang Berhormat Tuaran, saya mahu pergi kepada konteks Yang Berhormat Kalabakan sudah. Ini hal misalnya MA63 (2) IGC 2.0.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Okey, pendek sahaja yang tadi itu, Yang Berhormat Menteri. Okey, kenyataan Yang Berhormat Menteri Kewangan itu sangat-sangat serius dan kita tidak boleh ambil ringan sebab ia dinyatakan dalam jawapan di Dewan Rakyat ini, melibatkan Perlembagaan Persekutuan dan inilah tuntutan rakyat Sabah selama ini. Tiba-tiba tidak terpakai.

Jadi, sebab itu kalau setakat mahu berunding dan rakan Yang Berhormat Menteri sudah pun membuat kenyataan begitu, membuat keputusan begitu, persoalan di sini, siapakah yang membuat keputusan itu? Adakah Kabinet? Kalau bukan Kabinet yang membuat keputusan, kenapakah Yang Berhormat Menteri Kewangan boleh membuat jawapan seperti itu? Kenapakah sewenang-wenangnya dia boleh menjawab tidak terpakai? Ini Perlembagaan Persekutuan. Sejak bilakah pula ini?

Sebab itu Yang Berhormat Menteri, dalam hal berkenaan dengan 40 peratus ini, bermacam-macam kenyataan dan pendirian dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan sekarang dan yang dahulu sebagai alasan mereka untuk tidak menunaikan apa yang entitle, entitlement untuk orang Sabah. Jadi Yang Berhormat Menteri, mana punya keputusan ini, siapakah yang buat keputusan? Ini Yang Berhormat Menteri Kewangan bersendirian buat keputusan kah, atau Kabinet kah, siapakah?

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Saya katakan tadi perkara ini akan dibentangkan dalam mesyuarat khas yang akan diadakan selesai sahaja persidangan Parlimen dan di situlah nanti perkara yang muktamad.

Sebenarnya pihak yang...

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar minta laluan.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

So, I think dalam perkara ini, bagus kita tunggu dahulu. Apabila keputusan telah selesai melalui majlis khas dan nanti negeri Sabah mempunyai pandangan tersendiri dalam perkara ini.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:30 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:30 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Yang Berhormat Menteri, berkait kepada jawapan bertulis ini yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Jika saya mengusulkan Peraturan Mesyuarat 36(12) yang mana Yang

draft • 3:30 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Berhormat Menteri Kewangan telah mengelirukan Dewan sebab Yang Berhormat Menteri mengesahkan di sini bahawa keputusan belum dibuat tetapi jawapan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan mengatakan ia telah tidak terpakai bermakna keputusan telah dibuat. Adakah Yang Berhormat Menteri akan menyokong usul ini? Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Saya rasa dia telah sentuh itu tetapi keputusan yang diambil itu, Kementerian Kewangan perlu membentangkan kepada Majlis Khas yang yet to be held, seperti mana yang saya telah katakan. Okey.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar, Papar. Papar di sini.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Yang Berhormat Papar tidak berucap.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Ya, pasal tidak ada masa hari itu mahu berucap.

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, lima minit lagi. Lima minit.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Okey. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, untuk mengesahkan di Dewan yang mulia ini bahawa jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat MOF bahawa Perkara 112C tidak lagi terpakai merupakan satu jawapan dan kenyataan yang tidak betul.

Kedua, Papar juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sebagai Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), saya ingin bertanyakan sekali lagi, adakah Yang Berhormat Menteri berusaha mengembalikan komposisi satu pertiga Kerusi Sabah dan Sarawak, seperti mana ia termaktub di dalam MA63.

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, itu sudah ditanya dan dijawab.

Baharu dia jawab.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Sedikit lagi, ada sedikit lagi.

draft • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

10 minit lalu baharu dia jawab.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Sudah dijawab ke, belum?

draft • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sudah jawab.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Saya telah katakan tadi...

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Okey, saya hendak minta pengesahan berkenaan dengan apa yang telah dijawab oleh Menteri MOF berkenaan dengan Perkara 113. Betul ke tidak.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Perkara itu nanti saya rasa cukup jelas saya telah jawab tadi. Juga ...

[Sebutan tidak jelas] JPM ada cadangan untuk mengadakan consultation dengan Ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak. Nanti kita boleh bertemu untuk mendapatkan input dan maklumat mengenai tambahan kepada kerusi-kerusi Parlimen.

Dua perkara sahaja Tuan Yang di-Pertua. Satu adalah sebagaimana dibawa oleh Yang Berhormat Lanang iaitu perihal mengenai dengan pendidikan dan juga kesihatan dan ada yang telah mencadangkan bahawa perkara ini harus dibawa kepada perundangan. Nanti ini diambil oleh Menteri Undang-undang. Oleh sebab ada cadangan khasnya dari Sarawak dan beberapa MP juga yang mengatakan bahawa dia orang inginkan perkara pendidikan dan perkara kesihatan dimasukkan dalam senarai Concurrent List supaya dua-dua negara dan federal boleh memainkan peranan untuk handle ataupun untuk memajukan sektor ini*.

A lot of implication* satu dari segi kewangan, if you don’t have the capacity to finance your education, finance kamu punya kesihatan then I think going to be a lot of challenge for you to take care kesihatan dan seterusnya. But worth to discuss nanti Yang Berhormat. Satu perlu bawa dahulu ke Majlis Khas dan selepas itu kepada tindakan Jabatan Perdana Menteri.

draft • 3:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

[Bangun]

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Ya, secara last.

draft • 3:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri, jadi maksudnya di sini, I mean you been the Menteri Sabah Sarawak. Akhirnya hari itu apabila kita buat pindaan Perlembagaan Persekutuan, maksudnya tidak pun mengembalikan hak Sabah dan Sarawak itu sendiri, sebab kita sudah kontra dengan Perkara 112C.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Saya rasa saya katakan tadi perkara ini perlu dibawa dahulu ke dalam Mesyuarat Majlis Khas di mana Ketua Menteri Sabah, Ketua Menteri Sarawak, sembilan orang Menteri Persekutuan akan duduk untuk consider apa yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan daripada segi isu 112C. So jangan dahulu write off...

draft • 3:40 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan, boleh? Kota Kinabalu.

draft • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada masa, Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Yang terakhir, last point daripada Yang Berhormat Tuaran yang mengatakan bahawa IGC(2) ataupun 2.0, I just want to dengan izin ingin tekankan perkara ini bahawa sebenarnya Majlis

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Khas itu adalah forum untuk membincangkan dan untuk melihat kepada satu MA63 tetapi perkara berkaitan dengan perubahan Perlembagaan mengenai dengan 160(2) itu sebenarnya adalah majlis itu adalah forum sebenar untuk membincangkan IGC mengenai Cobbold Commission, so you call it 1.0 ataupun 2.0, that’s the only the most suitable forum untuk membincangkan.

Satu lagi perkara saya hendak tutup di sini adalah *agreement easily involve parties. Unless those parties...

[Sebutan tidak jelas] agreement, file the interest,* fail ataupun bentangkan dia punya tuntutan. Maka the issue of provision will come into future. Because Federal Government tidak boleh review unless ada *third parties.

Therefore I thing it is important* dalam perkara ini bahawa the government of Sabah, the government of Sarawak must file the case and we are in JPM and this is the good thing about this government and started by BN and PH juga, unless you file you punya ...

[Sebutan tidak jelas] parties maka there is not much we can do. But, you put file then you open the file and my colleagues in JPM will be there to take up untuk Sabah dan Sarawak. Last...

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Okey Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cadangan saya untuk supaya diadakan IGC 2.0 sebenarnya adalah berasaskan pada hakikat di mana sepatutnya IGC ini dirunding selepas 10 tahun. Sepatutnya dibuat pada tahun 1973. Akan tetapi pada ketika itu darurat. Apabila darurat, macam-macam berlaku pada ketika itu dan selepas itu tidak ada review tidak ada kajian semula IGC sejak itu sampai sekarang.

Jadi oleh sebab itu banyak perkara yang telah berubah dari segi urus tadbir pentadbiran, persekutuan, negeri dan sebaginya yang sepatutnya dirunding balik pada hari ini dan kita lihat bagaimana kesesuaian dia. Perkara-perkara yang sepatutnya dibuat oleh negeri, Persekutuan dan sebaginya. Sebagai contoh dalam State List, Concurrent List, Federal List dan sebaginya. Boleh dikaji semula pada ketika ini sebab ada perkara pada ketika itu tahun 63 tidak berbangkit, hari ini berbangkit sebagai contoh.

Oleh sebab itu sama ada 1.0, 2.0 tetapi yang penting itu diadakan rundingan dan seperti mana yang saya katakan hari ini begitu cantik kerana sudah ada unit Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dan Yang Berhormat Menteri ada menjaga ini. Inilah sebaik-baik mungkin peluang baik kita untuk mengkaji ini semua Yang Berhormat.

Jika tidak saya ingat tidak ada peluang lain untuk mengkaji ini semua. Terima kasih.

draft • 3:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri , ini last.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Saya cukup...

draft • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Cukup.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

...faham apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Tuaran dan saya hanya katakan di sini *its suppose to be everything news it was done ...

[Sebutan tidak jelas]* selepas itu tiada lagi kerana kedua-dua negeri pun tidak membentangkan apa-apa request for review and so forth. I think this must be acknowledge seperti mana yang saya sentuhkan juga tadi. *But appointed parties must file, you don’t expect the Federal Government to review unless this file ...

[Sebutan tidak jelas] the interest and concern ... [Sebutan tidak jelas] parties* ataupun yang dihadapkan.

draft • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh habiskan Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

I think cukuplah Tuan Yang di-Pertua, sambung pada masa akan datang. Faham Yang Berhormat Tuaran minat perihal...

draft • 3:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Saya cuma tambahkan...

draft • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh tamatkan Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Our job is to provide the avenue and to make sure that Perlembagaan *and now ...

[Sebutan tidak jelas]* dengan kita punya perubahan kepada Perlembagaan. You can almost put anything 20 perkara, 18 perkara, IGC, Cobbold Commission, you can put it, bring it up because...

draft • 3:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri, saya rasa juga tanggungjawab kita apalah gunanya kita luluskan MA63 hari itu.

draft • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Belud, tolonglah. Saya rasa janganlah macam ini. Yang Berhormat Menteri boleh tamatkan.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Nanti yang lain itu nanti Yang Berhormat Kota Belud boleh bincang di Jabatan Perdana Menteri dengan kami bila-bila masa. Sekian terima kasih kepada semua yang telah memberi input kepada jawapan-jawapan dan juga kepada yang telah membangkitkan. Terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai ekonomi. Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera,

draft • 3:49 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan usul menjunjung kasih titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Seramai 30 orang ahli Yang Berhormat telah menyentuh perkara di bawah bidang tanggungjawab saya. Lima perkara utama iaitu:

(i) peruntukan pembangunan;

(ii) ketidakseimbangan pembangunan;

(iii) kemiskinan dan pendapatan isi rumah;

(iv) FELDA, dan

(v) Kawal selia PETRONAS.

draft • 3:49 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan penggulungan ini dengan memberikan sedikit pencerahan mengenai proses kelulusan peruntukan pembangunan, keutamaan pemilihan projek dan cabaran serta kekangan peruntukan pembangunan. Saya memilih untuk membuat pencerahan ini kerana ramai Ahli Yang Berhormat membangkitkan mengenai peruntukan pembangunan untuk kawasan masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, antara tugas utama Unit Perancang Ekonomi (EPU) ialah menimbangkan projek-projek pembangunan. Mulai tahun 2011 atau bermula RMKe-10, kaedah permohonan projek pembangunan telah ditambah baik, yang membolehkan kementerian memohon projek-projek baharu setiap tahun di bawah konsep Rolling Plan. Sebelum ini, permohonan projek baharu hanya dibenarkan pada tahun pertama setiap lima tahun rancangan pembangunan. Perubahan ini memberi ruang kepada kementerian untuk mengenal pasti keperluan projek setiap tahun mengikut keutamaan semasa. Keutamaan projek ditentukan oleh kementerian sebelum dikemukakan kepada EPU.

Proses permohonan dan pertimbangan ke atas projek pembangunan melibatkan tiga peringkat:

(i) pemeriksaan permohonan dan penyediaan brief projek oleh kementerian, agensi bermula Januari hingga Mac setiap tahun;

(ii) semakan dan penilaian permohonan projek yang diterima daripada kementerian oleh EPU dari April hingga Jun; dan

(iii) senarai projek dikemukakan oleh EPU kepada Kementerian Kewangan (MOF) pada bulan Ogos untuk pertimbangan.

Itu tiga peringkat. Pada peringkat pertama iaitu pemeriksaan permohonan dan penyediaan brief projek, kementerian perlu mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan di semua peringkat, termasuk kerajaan negeri dan wakil-wakil

draft • 3:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

rakyat. Kementerian juga mengambil kira matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di bawah RMKe-12.

Peringkat kedua iaitu semakan dan penilaian ke atas permohonan kementerian oleh EPU bersama dengan agensi pusat yang lain termasuk Kementerian Kewangan, ICU, MAMPU, JKR dan JPS. Semakan ini akan dibuat berdasarkan jumlah peruntukan indicative DE tahunan berkenaan yang disediakan oleh Kementerian Kewangan dengan mengambil kira keutamaan semasa kerajaan serta kedudukan fiskal negara. Kerajaan juga perlu memastikan akaun semasa sentiasa berada dalam lebihan dan defisit akaun kewangan kerajaan adalah terkawal.

Semua kementerian dan agensi perlu menggunakan kaedah Rolling Plan bagi permohonan projek-projek pembangunan. Permohonan projek di luar Rolling Plan adalah tidak digalakkan. Walau bagaimanapun, kementerian dan agensi dibenarkan mengemukakan notis perubahan (NOC) jika berlaku sebarang perubahan skop dan kos projek yang sedang dilaksanakan.

Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, belanjawan tahun ini telah diluluskan sebanyak RM75.6 bilion untuk Perbelanjaan Pembangunan (DE).

Komponen DE ini dibahagi kepada dua iaitu DE Asas dan bukan DE Asas. DE Asas merangkumi projek baharu dan projek sambungan manakala bukan DE Asas adalah pembiayaan di bawah pindahan Perbelanjaan Mengurus kepada DE termasuklah pembayaran projek kerjasama awam swasta (PPP).

Tuan Yang di-Pertua, komponen DE Asas diperuntukkan sebanyak RM40.49 bilion, manakala bukan DE Asas adalah RM35.11 bilion. Daripada RM40.49 bilion tersebut, sebanyak RM38.9 bilion adalah untuk projek sambungan. Setelah mengambil kira keperluan peruntukan untuk projek sambungan dan komitmen bukan DE Asas, peruntukan untuk projek baharu tahun ini adalah hanya sebanyak RM1.58 bilion sahaja. Berdasarkan baki ini, hanya sebanyak 1,137 baharu dapat diluluskan berbanding 2,405 projek tahun lalu dengan peruntukan sebanyak RM8.93 bilion.

Disebabkan kelulusan projek baharu adalah kecil, EPU telah menerima banyak rayuan bagi projek yang tidak diluluskan dalam Bajet 2022. Permohonan diterima daripada Menteri Besar, Menteri-menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen dan ADUN. Permohonan dikemukakan bagi mendapatkan pertimbangan semula supaya projek-projek tersebut diluluskan pada tahun ini juga.

Memandangkan kekangan kewangan, permohonan ini hanya dapat diberikan pertimbangan pada tahun hadapan, tahun 2023 iaitu RP3, ini pun bergantung kepada kedudukan kewangan negara.

Tuan Yang di-Pertua, pada 4 Mac yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan tiga projek utama iaitu MRT3, Lebuhraya Pan Borneo,

draft • 3:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

LPB Sabah Sarawak dan projek tebatan banjir. Jumlah kesemuanya ini ialah sebanyak RM91.5 bilion. Pelaksanaan projek-projek ini penting untuk menangani masalah banjir, menambah baik infrastruktur di Sabah dan Sarawak serta pengangkutan awam di Lembah Klang. Dari segi pengagihan peruntukan mengikut negeri, negeri yang menerima peruntukan DE asas terbesar adalah Sabah sebanyak RM5.17 bilion, Sarawak sebanyak RM4.67 bilion dan Johor sebanyak RM4.17 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang disebut pada awal tadi, agenda pembangunan negara adalah berpandukan kepada aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030) bagi tempoh 2025. Antara tumpuan utama pembangunan adalah merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dan pembasmian kemiskinan tegar. Selaras dengan itu...

draft • 3:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:50 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Di bawah RMKe-12, kerajaan komited agar sekurang-kurangnya 50 peratus peruntukan untuk DE asas diagihkan kepada enam buah negeri yang kurang membangun iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Sabah dan Sarawak. Sila.

draft • 3:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Ya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebentar tadi saya merujuk kepada apa Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi bahawa Sabah merupakan negeri yang terbesar menerima peruntukan ini. Ini yang kadang-kadang Yang Berhormat Menteri, selalu kita suarakan setiap tahun apabila kerajaan khususnya Putrajaya– Apabila mengumumkan sesuatu peruntukan untuk negeri-negeri itu, menyatakan Sabah yang terbesar.

Akan tetapi, saya ingin Yang Berhormat Menteri jelaskan, negeri-negeri ini walaupun menerima sejumlah wang sebegitu banyak tetapi akhirnya apabila di penghujung tahun, ia tidak habis diguna pakai. Jadi, adakah perancangan daripada kerajaan untuk mengubah sistem ini, di mana lima perpuluhan something billion yang diperuntukkan kepada Sabah itu boleh atau tidak diserahkan sahaja sepenuhnya kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan ia, bagi memudahkan agar semua peruntukan yang diperuntukkan kepada Sabah itu dapat digunakan sepenuhnya?

Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Terima kasih. Ini adalah projek-projek Persekutuan dan umumnya hampir kesemua projek-projek Persekutuan adalah dilaksanakan melalui jabatan-jabatan Persekutuan yang terdapat di negeri-negeri.

Apa pun, Kerajaan Pusat selalu bekerjasama dengan rapat dengan kerajaan- kerajaan negeri dan usaha-usaha sentiasa dilakukan untuk memastikan bahawa peruntukan ini dibelanjakan pada tahun semasa.

draft • 3:50 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Akhir-akhir ini, dari segi peruntukan tidak dibelanjakan semakin berkurangan, dalam pada itu kita mengakui bahawa peratusan yang tidak dibelanjakan itu masih ada dan kerajaan akan terus memastikan apa yang diperuntukkan, dibelanjakan pada tahun semasa dengan kerjasama kerajaan negeri. Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada cabaran kewangan, kerajaan juga menghadapi beberapa cabaran lain termasuklah kenaikan kos projek akibat kenaikan harga bahan binaan dan perubahan skop projek serta projek-projek yang lewat serta sakit. Kedua, keperluan pembangunan di kawasan sempadan atas faktor keselamatan dan keperluan peruntukan bagi menangani isu-isu penyelenggaraan aset kerajaan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Baling membangkitkan pembiayaan projek pembangunan secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI) bagi mengatasi isu-isu peruntukan pembangunan yang terhad, terutama untuk projek- projek tebatan banjir. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini Kerajaan Persekutuan belum pernah meluluskan projek tebatan banjir secara PPP, termasuk PFI. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek-projek tebatan banjir yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 4 Mac lalu dengan kosnya sebanyak RM15 bilion berkemungkinan akan dibiayai secara hibrid iaitu melalui peruntukan DE dan juga mungkin PPP.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai PPP, penswastaan, sebarang cadangan projek PFI atau PPP terbaharu sama ada secara solicited ataupun unsolicited dengan izin, akan diteliti dan dinilai melalui tiga buah jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pemandu Projek, Jawatankuasa Kerjasama Awam Swasta dan Jawatankuasa Tinggi Awam Swasta yang diusahakan oleh UKAS. Penelitian awal cadangan projek di peringkat UKAS dan jawatankuasa dijangka memerlukan tempoh sekurang- kurangnya enam bulan sebelum diperakukan untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

Secara dasarnya, semua projek PPP yang dilaksanakan oleh UKAS perlu mendapat kelulusan secara prinsip daripada Jemaah Menteri sebelum rundingan terperinci diadakan bersama syarikat di peringkat jawatankuasa bagi memuktamadkan terma dan syarat perjanjian.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Kinabalu membangkitkan tentang projek-projek sakit. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sedang memantau projek-projek sakit di seluruh negara. Projek sakit merujuk kepada kemajuan kerja fizikal mengalami kelewatan melebihi dua bulan berbanding jadual yang ditetapkan. Ini berkaitan dengan kontraktor. Kerajaan

draft • 3:50 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

memandang serius perkara ini dan setakat ini sebanyak lapan projek telah berjaya dipulihkan hasil intervensi oleh pihak ICU.

Dalam melaksanakan pemantauan terhadap kedudukan projek sakit, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah melaksanakan intervensi di tapak projek sakit.

draft • 3:50 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Hasil lawatan intervensi tersebut di Sabah, didapati terdapat beberapa masalah utama berkaitan dengan peralihan infrastruktur utiliti, keupayaan agensi pelaksana dan juga perunding. Untuk menangani projek bermasalah, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pemudahcara Pelaksanaan Projek Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh saya bersama dengan Ketua Setiausaha Negara supaya tindakan intervensi segera dapat diambil.

Semua usaha ini adalah bagi memastikan semua projek sakit termasuk di Sabah akan dapat disiapkan dengan segera untuk manfaat rakyat di samping membendung pertambahan projek-projek sakit selepas ini.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berkaitan dengan isu ketidakseimbangan pembangunan antara negeri-negeri Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang dibangkit oleh Yang Berhormat Kota Raja dan juga Yang Berhormat Tumpat.

Kerajaan memberi tumpuan kepada usaha menangani ketidakseimbangan sosioekonomi dan menggalakkan pertumbuhan yang saksama antara wilayah dan negeri. Ia penting bagi memastikan setiap Keluarga Malaysia dapat menikmati pembangunan yang adil dan saksama berdasarkan konsep Kemakmuran Bersama

(Shared Prosperity).

Antara strategi utama di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, termasuklah menarik pelaburan berkualiti, menambah baik ekosistem peniagaan, mempercepat penyediaan infrastruktur, mempelbagai dan merancakkan aktiviti ekonomi luar bandar, mempertingkat pembangunan koridor ekonomi wilayah bagi mempercepat pembangunan sosioekonomi.

Berkaitan Koridor Ekonomi Wilayah, Yang Berhormat Sibu membangkitkan tentang Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE). Sejak penubuhannya pada tahun 2008 SCORE telah menyumbang dengan ketara kepada prestasi ekonomi negeri Sarawak terutama menerusi pelaburan awam dan swasta.

Kerajaan Negeri Sarawak telah menubuhkan tiga agensi pada tahun 2017 untuk membangun dan menyelia pembangunan infrastruktur [Tidak jelas] ...SCORE termasuk Upper Rajang Development Agency yang menyelia pembangunan di wilayah tengah Sarawak dengan peruntukan RM1.5 bilion untuk 39 projek pembangunan.

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Setakat ini SCORE telah berjaya menarik kira-kira RM100 bilion pelaburan awam swasta. Daripada jumlah ini kira-kira RM90 bilion adalah disumbang oleh pelaburan swasta dan telah mewujudkan lebih kurang 43,000 peluang pekerjaan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Putatan mendakwa bahawa peruntukan pembangunan prasarana Sarawak adalah terlalu sedikit berbanding negeri-negeri lain. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam libat urus saya dan EPU dengan semua negeri telah membangkitkan hal yang sama iaitu peruntukan yang tidak mencukupi.

Seperti yang saya sebutkan tadi, kerajaan telah pun memberi komitmen 50 peratus peruntukan untuk negeri-negeri yang dianggap miskin dengan tumpuan khusus kepada Sabah dan Sarawak. Saya tidak mahu mengulang apa yang disebutkan tadi berikutan pengumuman pada 4 Mac yang lalu.

Projek infrastruktur Lebuhraya Pan Borneo Sabah ini semua melibatkan jumlah peruntukan lebih RM26 bilion. Ini peruntukan tambahan yang sudah pasti apabila ini dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang, peruntukan untuk Sabah dan Sarawak akan meningkat dengan ketara.

Kalau hari ini RM5 bilion kira-kira bagi Sabah dan kira-kira RM4 bilion bagi Sarawak, dengan terlaksana projek-projek ini, yang bernilai RM26 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang, sudah pasti peruntukan di Sabah dan Sarawak akan meningkat.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan ketidakseimbangan pembangunan antara bandar dan luar bandar. Perkara ini akan diperincikan sudah pasti oleh Yang Berhormat Menteri Luar Bandar ataupun [Tidak jelas] ...bandar. Kita ada dasar Pembangunan Luar Bandar 2030. Kerajaan Indonesia memberi tumpuan pada usaha untuk mengurangkan jurang seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Sibu dan juga Yang Berhormat Baram. Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa KPLB memberi peruntukan yang besar kepada Sabah dan Sarawak untuk meningkatkan infrastruktur luar bandar termasuklah jalan luar bandar, jalan perhubungan desa dan bekalan air luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sibu membangkitkan tentang keperluan anak muda di pedalaman menceburi bidang pertanian dan membantu usaha mengurangkan penghijrahan dari luar bandar ke bandar. Penyelesaian seperti makanan dan manfaatkan penggunaan tanah.

Saya ingin maklumkan bahawa ini antara tumpuan diberikan oleh RECODA di negeri Sarawak dan peruntukan sudah pun sediakan untuk membolehkan RECODA membantu anak-anak muda terlibat dalam pertanian di Sarawak.

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serian, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Kelabakan, Yang Berhormat Lubok Antu mengenai perancangan Kerajaan Persekutuan bagi membangunkan Sabah dan Sarawak, khususnya di kawasan sempadan bagi mencipta peluang ekonomi dan manfaatkan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan Timur.

Kerajaan ambil maklum perancangan Kerajaan Indonesia bagi membangunkan ibu negara baru dan kita tahu bahawa ini akan memberi kesan limpahan bukan sahaja kepada Indonesia Kalimantan tetapi juga kepada Sabah dan Sarawak.

Oleh hal demikian, maka kerajaan sudah memperuntukkan RM10 juta untuk kajian pembangunan ekonomi di Sempadan Sabah oleh pihak SEDIA. Ini kosnya RM10 juta. Selain itu, kita juga ada projek-projek di sempadan umpamanya Pos Semanggaris di Kalabakan, Projek Naik Kompleks ICQS Tebedu, Projek Jalan di Sempadan Ba'kelalan, Kompleks CIQ menghala ke Lawas, pembesaran Lapangan Terbang Sandakan. Ini antara projek-projek yang telah diluluskan di Sabah dan Sarawak untuk membangunkan kedua-dua negeri tersebut. Tuan Yang di-Pertua, bagi manfaatkan...

draft • 4:00 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Sedikit Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Kesan ekonomi yang bakal berlaku sebelum perpindahan ibu kota baharu Indonesia ini, kerajaan berusaha untuk meningkatkan ketersambungan jalan di kawasan sempadan.

Kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya sedang melaksanakan kajian semula Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya 2040 bagi negeri Sabah, Sarawak dan Labuan dengan kos RM7 juta.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Kalabakan.

draft • 4:00 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya pasal Serudong.

Tadi ada Menteri menyebutkan RM10 juta yang disedia untuk membuat kajian di Seludong. Adakah tempat projek CIQ ini akan dilaksanakan di Serudong, Kalabakan? Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Sila Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya mempengerusikan Jawatankuasa Pembangunan Sempadan Sabah, Sarawak dengan Kalimantan. Antara kawasan-kawasan tumpuan utama di Sabah

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

termasuklah Long Pasia Sepitang, Bento Nabawan, Serudong Kalabakan dan Pulau Sebatik Tawau. Ini di antara perancangan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Sabah yang sudah pun dibentangkan kepada Kerajaan Persekutuan dan ini masih dalam perbincangan. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Boleh bertanya sedikit hal ini Yang Berhormat?

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Tuaran ya.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin bertanya, kenapa kajian oleh SEDIA ini sampai RM10 juta kos untuk membuat kajian? Saya masih ingat dahulu ada satu kajian yang juga menelan belanja berjuta juga untuk RDA di Ranau. Akhirnya tidak dilaksanakan.

Jadi, lebih baik RM10 juta ini laksanakan terus macam apa yang disebut oleh rakan Yang Berhormat Kalabakan. Di sebelah Indonesia, semua sudah aspal jalan dia. Di sebelah Sabah, masih gravel dan sebagainya. Peruntukan RM10 juta itu besar, banyak yang kita boleh gunakan. Pakai terus untuk menaik taraf jalan raya dan sebagainya. Apa lagi mahu kajian-kajian.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

draft • 4:00 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Saya ingin bertanya, kenapa pendekatan yang dibuat oleh SEDIA ini mesti dibuat begitu. Kajian dahulu, baru buat.

Mengkaji barangkali bertahun-tahun baru selesai. Bila kita dapat laksanakan?

Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kajian-kajian ini penting untuk kita menentukan keutamaan, kalau jalan perlu ditentukan jajaran. Kalau strategik pembangunan sama ada hendak bina bandar baharu, hendak tingkatkan luar bandar, sektor pertanian. Ini penting untuk membolehkan kita lebih tepat dalam melaksanakan sesuatu.

draft • 4:00 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Sedikit Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Sabarlah Yang Berhormat, kajian ini satu perkara biasa. Kalau kita buat sesuatu tanpa sebarang kajian, bak kata membuta tuli, maka ini akan menimbulkan banyak padah kepada negara.

draft • 4:00 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Yang Berhormat Menteri.

Kelabakan lagi sekali.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Kalabakan.

draft • 4:00 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Saya ingin sentuh pasal projek CIQ di Serudong Kalabakan. Sebenarnya projek ini pernah diluluskan pada pembentangan bajet 2020. Kalau mahu dikaji lagi, sebenarnya kajian sudah dibuat sebelum ini dan kajian ini mungkin boleh diguna pakai sekali lagi. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Okey.

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Empat yang saya sebutkan tadi. Itu yang pertama.

draft • 4:00 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Berkaitan, berkaitan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Sepitang, Nabawan, Serudong dan Pulau Sebatik ini bukan kajian. Ini cadangan konkrit yang sudah pun dibentangkan oleh Kerajaan Negeri Sabah kepada Kerajaan Persekutuan.

draft • 4:00 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Yang Berhormat Menteri, berkaitan juga tadi. Kita bila cerita tentang Sabah, ini yang kadang-kadang kami tidak daripada Sabah Yang Berhormat Menteri agak rasa terkilan apabila menyentuh tentang kepentingan Sabah, kajian. Apabila menyentuh tentang projek-projek yang ingin- mega yang dibuat di Semenanjung Malaysia, bon pun boleh diisu, semata- mata untuk mempercepatkan.

Jadi, kadang-kadang inilah di antara isu yang banyak bermain di Sabah. Saya yakin kawan-kawan dari Sarawak juga mengatakan perkara yang sama.

draft • 4:00 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

So, saya haraplah kalau boleh, khususnya kementerian Yang Berhormat Menteri, dapat memberikan sedikit prioriti kepada Sabah. Jakarta akan berpindah ke Kalimantan, Yang Berhormat Menteri. Kalau kita mengambil pendekatan yang sama, kajian after kajian after kajian, Sabah dan Sarawak ini akan berterusan keadaan seumpama ini dan kita akan sentiasa menyuarakan perkara ini saban kali ada persidangan Parlimen berlaku di Parlimen kita ini. Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Sepanggar.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Pertama, adalah tidak benar bahawa kajian-kajian cuma dibuat untuk projek-projek di Sabah dan Sarawak. Kajian-kajian dibuat untuk hampir kesemua projeklah. Saya hendak bagi jaminan, tidak ada diskriminasi.

Umpamanya, sekarang ini kita bercadang untuk melaksanakan beberapa projek tebatan banjir di seluruh negara. RM15 bilion telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bagi setengah-setengah kawasan, perlukan sedikit kajian. Setengah-setengah itu mungkin sudah ada, kalau hendak tebatan banjir, hendak tengok aliran air, hendak tengok tebing sungai macam mana, itu

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

semua memerlukan kajian teknikal. Jadi, saya hendak jelaskan bahawa adalah tidak benar bahawa kajian ini digunakan cuma untuk projek di Sabah dan Sarawak sahaja.

Kajian dibuat hampir untuk kesemua projek.

Untuk menunjukkan betapa prihatinnya kerajaan kepada pembangunan di Sabah dan Sarawak ini, termasuklah ibu kota baharu di Indonesia. Pertamanya, kerajaan telah tubuhkan satu Jawatankuasa Sempadan Sabah-Sarawak- Kalimantan. Keduanya, Yang Berhormat, Menteri Sabah dan Sarawak dan saya akan ke Indonesia dalam sedikit masa lagi untuk membincangkan dengan rakan- rakan di sana bagaimana kita boleh mendapat faedah sepenuhnya daripada kemajuan di Kalimantan Timur khususnya.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berkaitan dengan kemiskinan dan isu miskin tegar yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Sibu dan juga Yang Berhormat Tanjong Malim.

Pertamanya, saya ingin memaklumkan bahawa pendapatan garis kemiskinan ini akan dikaji semula. Sekarang ini kita ada PGK atau poverty line income RM2,208 bagi satu isi rumah empat orang iaitu suami isteri dan dua anak dan miskin tegar ialah RM1,169 bagi keluarga empat orang anak. Ini yang diguna pakai sekarang.

Pada penghujung tahun ini, kita jangka akan muktamadkan kajian ini dan kita harap dalam tempoh terdekat, PGK baharu akan dapat kita adakan bagi mencerminkan keadaan semasa oleh sebab kita berhadapan dengan COVID-19 dan beberapa masalah kesihatan yang lain. Maka, untuk makluman Yang Berhormat Sekijang, ini dalam proses melibatkan lebih 90,000 isi rumah. Kajian ini sudah pun berjalan. Saya lancarkannya dua bulan lalu di Salak Tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berkaitan dengan miskin tegar yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Saya sudah maklumkan dalam Dewan ini bahawa kita dalam proses untuk melaksanakan kaedah baharu bagi membasmi miskin tegar menjelang tahun 2020. Saya hendak maklumkan di sini sekali lagi bahawa peringkat pertama akan melibatkan 80 lokaliti seluruh negara, peringkat kedua, 80. Tahun ini kita bercadang untuk melaksanakan tidak kurang daripada 240 lokaliti dan dalam pusingan kedua dan ketiga― semuanya kira-kira 500 lokaliti akan kita pilih.

Sebenarnya kita telah ada libat urus dengan beberapa negeri termasuklah negeri Kedah, negeri Kelantan, negeri Sabah dan Sarawak tentang lokaliti tersebut.

Apa yang bezanya kali ini ialah kita menggunakan kaedah penyelesaian yang datang daripada akar umbi. Bukan daripada Putrajaya tetapi daripada lokaliti tertentu. Kita ada local problems dan kita akan perkenalkan local solution.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Saya ingin beri jaminan di sini bahawa pihak EPU dan ICU akan berbincang dengan Ahli Yang Berhormat sebelum kita laksanakan projek-projek untuk basmi miskin tegar di lokaliti seluruh negara. Jadi, peringkat pertama bulan April akan datang, 80 lokaliti di seluruh negara. Di Sabah 10, di Sarawak 10 dan negeri-negeri Semenanjung dan juga Orang Asli. Lapan puluh kesemuanya.

Sebelum kita lancarkan ini, kita akan juga adakan libat urus dengan Ahli Yang Berhormat. Saya ingin maklumkan juga, ini berdasarkan kepada eKasih, senarai yang disediakan oleh ICU. Saya tahu Yang Berhormat banyak pandangan mengenai eKasih. Jadi, pandangan kita ialah senarai eKasih dan miskin tegar ini kita akan pamerkan di tempat-tempat awam di kampung berkenaan sama ada di surau kah, di sekolah kah, di gereja, tidak kira, untuk memastikan ada ketelusan.

Jadi, ada dua perkara. Pertama, kita akan libatkan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam merangka strategi basmi miskin tegar. Kedua, senarai miskin tegar kita akan pamerkan supaya rakyat setempat akan mengetahui mereka benar-benarnya miskin tegar. Kita tidak mahu ada silap dari segi angka-angkanya ini. Dan dari segi strategi, kita akan melaksanakan strategi yang menyeluruh ataupun holistik. Kita harap kali ini kita akan dapat menangani masalah ini. Ini dipanggil Program Basmi Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia dalam proses terakhir.

Tadi saya sebut tentang libat urus. Saya bagi contoh. Saya telah ada libat urus dengan Pejabat Daerah Sik umpamanya. Pegawai saya pun sudah ada libat urus dengan Kampung Bakong, Sri Aman, Sarawak. Di Kelantan juga, di Perkampungan Orang Asli Sungai Rual. Di Kuala Lumpur dengan Kementerian Wilayah Persekutuan di PPR Kerinchi. Di Pahang di Kampung Bohor Baru, Bera dengan FELCRA dan lain-lain. Di Perkampungan Orang Asli, Pos Musoh Landing Zone, Batang Padang. Ini contoh-contoh libat urus sudah pun diadakan dengan pimpinan tempatan untuk merangka strategi lebih berkesan bagi membasmi miskin tegar menjelang tahun 2025.

Tuan Yang di-Pertua, yang lain-lain, saya tidak ada banyak. Mengenai dua perkara lagi.

draft • 4:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Saya mohon untuk teruskan. Selepas itu saya duduk, boleh tanya soalan. Mengenai perumahan FELDA dan hal-hal berkaitan dengan generasi kedua. Banyak isu dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Sekijang.

Untuk makluman, sebanyak 5,400 unit rumah disediakan di bawah PGBF dan juga Sentuhan Kasih. Kita tahu rumah-rumah ini mempunyai banyak isu dan

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

masalah. Ini juga dibangkitkan di Johor. Mengambil kira pandangan-pandangan Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Pasir Mas dan lain-lain, EPU akan melaksanakan satu kajian yang menyeluruh berkaitan hala tuju pembangunan FELDA termasuklah generasi kedua, termasuklah hal perumahan, hal-hal ekonomi, hal-hal kawasan komersial, hal-hal peluang pekerjaan di kawasan FELDA untuk menggalakkan generasi kedua terus berada di kawasan FELDA.

Jadi, kajian ini akan bermula dalam tiga bulan. Kita perlu mengadakan libat urus dengan FELDA, dengan NGO seperti Majlis Belia Felda Malaysia dengan Kami Anak Felda. Libat urus ini akan diadakan dalam tempoh terdekat untuk kita adakan satu kajian menyeluruh bagi merangka hala tuju yang lebih lestari kepada FELDA supaya FELDA benar-benar menjadi kawasan ataupun komuniti luar bandar yang moden dan progresif. Ini menjadi matlamat kita.

Jadi, ini jugalah kajian yang disebut oleh Yang Berhormat Sepanggar dan Yang Berhormat Tuaran. Ya, kita buat kajian untuk FELDA sebelum kita laksanakan program yang mantap. Kita akan mulakan kajian ini dalam masa tiga bulan. Jadi, kita buat kajian dahulu. Kita tidak akan laksana begitu sahaja.

Yang Berhormat Putatan membangkitkan beberapa hal berkaitan dengan PETRONAS.

draft • 4:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Pertama, keanggotaan Malaysia dalam Extractive Industries Transparency Initiative (EITI), cadangan pindaan kepada Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan penubuhan Malaysia Petroleum Trust Fund.

Berkaitan dengan Akta Pembangunan Petroleum, kerajaan tidak berhasrat untuk meminda akta ini. Akta ini telah mendatangkan banyak faedah kepada negara dan ia masih relevan.

Berkaitan dengan keanggotaan Malaysia dalam Extractive Industries Transparency Initiative, PETRONAS tidak bercadang untuk menyertai inisiatif ini kerana PETRONAS sebuah syarikat yang telus menerbitkan akaunnya, mengadakan media statement dan banyak kenyataan dari semasa ke semasa.

Mengenai Malaysia Petroleum Trust Fund, pada masa ini sudah ada Kumpulan Wang Amanah Negara di mana penyumbangnya ialah PETRONAS. Itu berkaitan dengan soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan.

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Batang Lupar yang merupakan pejuang kepada SDG di dalam Dewan ini dan juga di peringkat antarabangsa. Saya bercadang untuk terus mengadakan libat urus dengan Ahli-ahli

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Parlimen yang terlibat dalam inisiatif SDG ini. Kita menghargai peranan Ahli Yang Berhormat yang tidak kurang 20 orang yang menyertai program ini.

Kerajaan menyediakan sedikit peruntukan― tahun ini RM5 juta, tahun lepas RM5 juta― untuk membolehkan projek-projek ekonomi diadakan di beberapa kawasan Yang Berhormat. Ada 20 kawasan setakat ini. Kita amat menghargai peranan Yang Berhormat semua. Dalam masa terdekat, EPU bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Ahli Yang Berhormat berkenaan termasuklah EPMG, tidak silap saya akronimnya.

Jadi, saya rasa itu sahaja yang saya hendak jawab. Rakan-rakan saya sedang menunggu. Sekarang saya persilalah dua atau tiga soalan sebelum saya duduk.

draft • 4:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Dipersilakan...

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Kota Belud dahulu.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Yang Berhormat Kota Belud.

draft • 4:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Selepas ini Rasah ya.

draft • 4:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri, saya wonder, berapa banyak projek mega yang dibuat kajian sebelum diluluskan mengikut negeri, Yang Berhormat Menteri?

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Kota Belud.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Mungkin satu lagi?

draft • 4:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Menyentuh berkenaan dengan EPU. Saya hendak - mungkin Menteri boleh bagi jawapan bertulis selepas ini sebab ada tiga perkara di kawasan saya yang saya pernah sebutkan dua, tiga tahun ini.

Pertama adalah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Linggi Fasa 5.

Perbincangan saya yang terakhir dengan Menteri KASA pada minggu lepas dikatakan bahawa peruntukan yang dijangka dalam RM150 juta belum diluluskan oleh EPU lagi. Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan perkara ini sebab ia melibatkan banjir dan melibatkan ramai penduduk kepadatan yang tinggi di kedua-dua belah Sungai Linggi Fasa 5 yang melibatkan Parlimen Rasah.

Perkara kedua adalah berkenaan dengan Jalan Lingkaran Tengah Seremban. Jawapan terakhir yang saya dapat daripada EPU adalah ia tidak

draft • 4:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

diluluskan untuk Rolling Plan 1 dan 2 RMKe-12. Jadi saya mohon, kalau boleh diberikan peluang untuk diteruskan projek ini dalam Rolling Plan Ketiga dan Keempat. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh tanya Timbalan Menteri Yang Berhormat Kuala Pilah. Beliau juga adalah antara pengguna Jalan Lingkaran Tengah Seremban tahu betapa pentingnya jalan itu sekarang ini tengah siap, ia separuh sahaja. Ia tidak satu lingkaran, ia hanya separuh sahaja bulatan. Jadi, perlu disempurnakan supaya ia boleh memberikan kesan impak ekonomi yang baik kepada Bandar Seremban dan Negeri Sembilan.

Perkara ketiga yang terakhir yang saya hendak sebutkan adalah berkenaan dengan dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) S2 High dan Sekolah Kebangsaan S2 High yang pernah diberikan kelulusan ketika Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2019 yang dulu. Perbincangan saya yang terakhir dengan Pejabat Pendidikan Daerah Seremban dimaklumkan bahawa tiada perancangan untuk membina kedua-dua sekolah.

Padahal ketika itu dikatakan bahawa kedua-dua sekolah ini akan dibina dalam RMKe-12. Akan tetapi waktu itu tidak disebutlah RP1 kah, RP2 kah, RP3.

Cuma saya harap Yang Berhormat Menteri boleh mengkaji semula perkara ini sebab kawasan ini kawasan yang kepadatannya tinggi dan juga kawasan yang pesat membangun, Bandar Seremban 2 dan S2 High. Jadi mohon kelulusan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Rasah.

draft • 4:20 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Boleh satu lagi, Tampin?

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, saya jawab dua.

Selepas itu, satu lagi.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Baling.

Baling.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar.

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Saya jawab Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Rasah. Saya jawab satu lagi selepas ini.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Baling bila Baling?

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Saya jawab dua dahulu ya.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar mahu, Papar.

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Pertama berkaitan dengan Yang Berhormat Kota Belud bilangan projek-projek yang ada kajian. Saya tidak ada

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

maklumatlah kerana projek ini banyak beribu-ribu ya. Kesemua projek itu perlukan kajian ya. Cumanya kajian itu teliti, mendalam ataupun cetek ataupun satu hari ataupun dua tahun, tiga tahun. Sesetengah projek sudah pasti memerlukan kajian yang panjang umpamanya MRT3 yang diumumkan pada 4 Mac yang lalu. Antara tiga projek besar:

(i) MRT3;

(ii) Pan Borneo; dan

(iii) tebatan-tebatan banjir.

MRT3 sudah lama sudah dalam kajian. MRT3 sudah lebih lima tahun kajian dan baru diumumkan. Jadi bilangannya, semua projek memerlukan kajian. Cumanya yang bezanya masa. Sebulan, dua bulan. Kalau tidak ada kajian macam mana kita hendak rancang ya. Perancangan memerlukan kajian iaitu jawapan kepada Yang Berhormat Kota Belud.

Yang Berhormat Rasah ada tiga soalan mengenai tebatan banjir di Rasah, Negeri Sembilan ini. RM15 bilion telah diluluskan. Ini sampai tahun 2030. Maknanya kira-kira RM2 bilion setahun dan EPU dengan KASA sekarang ini sedang berbincang di mana, ikut prioriti. Prioritinya ditentukan oleh KASA.

KASA lebih maklum kerana mereka bertanggungjawab tentang tebatan banjir. Akan tetapi saya hendak maklumkan bahawa EPU dan KASA sudah pun mengadakan perbincangan setelah dibuat keputusan ini. Jadi RM15 bilion ini sehingga tahun 2030 bermakna kalau dikira RM2 bilion setahun ya. Jadi, sama ada Yang Berhormat Rasah kah, Yang Berhormat Kota Belud kah, itu akan ditentukan oleh KASA.

Berkaitan dengan sekolah dan juga jalan. Jalan ini bukan kali pertama Yang Berhormat Rasah bangkitkan ya termasuklah Yang Berhormat Kuala Pilah dan lain- lain Ahli Yang Berhormat di sini. Jalan ini sebenarnya seluruh negara. Seluruh negara memerlukan. Kalau kita pergi banyak tempat di Malaysia ini, banyak jalan sesak ya.

Bukan sahaja di Rasah, di Kelantan pun juga, di Sabah, di merata-rata seluruh negara ya. Ini kerana apa, kita masih cenderung menggunakan kereta persendirian, private car. Kita perlu menggalakkan public transport, ini yang kita hendak galakkan melalui MRT3 dalam projek. Jadi jalan ini, ikut JKR akan tentukan keutamaan. Begitu juga sekolah. Ini merujuk kepada Kementerian Pendidikan selepas ini Kementerian Pendidikan lebih arif.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar. Papar.

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Akan tetapi umumnya kita lihat kepada kedudukan kewangan negara dan juga prioriti kementerian berkenaan ya. Kalau

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

sekolah - dua sekolah yang disebutkan oleh Yang Berhormat Rasah tadi yang akan menentukan prioriti ialah Kementerian Pendidikan.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Yang Berhormat Menteri, Papar minta laluan.

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Akhir sekali.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Akhir sekali.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar.

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Yang Berhormat Papar last sekali.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Papar ingin membawa sedikit cadangan di mana MRT3 yang berharga RM50 bilion dan akan dilancarkan pada hujung tahun ini. Kalaulah RM50 bilion ini kita gunakan untuk menyiapkan Pan Borneo, saya rasa orang-orang Sabah akan senyum-senyum lebar daripada RM50 bilion untuk MRT3.

Hanya untuk di Klang Valley tetapi kami Pan Borneo untuk Sabah dan Sarawak.

Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila.

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Tadi saya sebut bahawa...

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Menteri, Baling, sedikit sahaja fasal - sedikit. Bagi jawapan bertulis pun tidak apa.

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Untuk Pan Borneo, tiga projeklah. Dua di Sarawak, satu di Sabah, kosnya RM26 bilion. Itu untuk melengkap yang sudah diluluskan. Ini over...

[Tidak jelas] dengan izin ya, Yang Berhormat Papar yang diumumkan baru-baru ini melibatkan lebih RM26 bilion ya. Dua di Sarawak, satu di Sabah. Ini akan melengkapkan dan dalam lima tahun akan sempurnalah, seluruh Lebuhraya Pan Borneo dengan tambahan peruntukan RM26.1 bilion.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Yang Berhormat Menteri. Kalaulah setiap tahun kita hanya dibagikan RM1 bilion bererti Pan Borneo akan siap dalam 10 atau 20 tahun. Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Pan Borneo insya-Allah akan siap dalam masa lima tahun dengan keputusan terkini oleh kerajaan.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Menteri, Baling. Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:20 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Minta sedikit sahaja.

Ada tiga minit masa.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya hendak - saya serah kepada Menteri hendak ambil lagi ataupun tidak? Menteri?

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Yang Berhormat Baling.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang terakhir Yang Berhormat Baling.

draft • 4:20 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Kuala Krai satu. Lepas ini Kuala Krai. Kuala Krai satu. Last.

draft • 4:20 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Tampin boleh? Tadi bangun tidak bagi ruang.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Dia bagi ruang satu sahaja.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang begitu prihatin. Yang Berhormat Menteri sedia maklum, kalau saya tidak cakap ini orang Baling kata saya tidak buat tugas saya pula. Ini berkaitan dengan UiTM itu yang telah dilancarkan pada tahun 2018 dan selepas itu terbatal dan terbantut. Tanah telah dibeli. Hanya sekarang ini tunggu peruntukan daripada Yang Berhormat Menteri.

Saya harap Yang Berhormat Menteri tolong teliti dan berilah peluang untuk rakyat Baling. Kami hendak buat first science sport centre. Ini tempat UiTM ini adalah untuk sport science yang mana anak-anak, pelajar-pelajar yang drop-out boleh buat pelajar fisio di situ dan di mana kalau di Baling itu ada di Gerik malah di Jeli. Anak- anak di Jeli pun boleh datang. Sejam sahaja perjalanan daripada Baling ke Jeli. Kita dapat 5,000 anak-anak muda ini, bagi peluang.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Baling.

draft • 4:20 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Menteri. Sedikit sahaja. Sambungan sedikit sahaja.

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Saya bagi dua lagi. Saya jawab ringkas.

Yang Berhormat Tampin dan Yang Berhormat Kuala Krai. Sila, ringkas-ringkas sahaja.

draft • 4:20 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Tampin dahulu ya.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Tampin dahulu.

draft • 4:20 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Okey. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Ada dua isu. Pertama, isu rumah generasi kedua. Saya ini Tampin ini banyak FELDA. Jadi ada banyak rumah FELDA generasi kedua yang terbengkalai. Jadi saya hendak tanya ya, bila

draft • 4:20 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

rumah terbengkalai ini akan disiapkan? Bila masyarakat generasi kedua akan mendapat rumah yang disediakan itu? Itu yang pertama.

Kedua, kita sering mengemukakan tentang rumah generasi kedua FELDA tetapi kita lupa rumah generasi kedua masyarakat kampung pun berhadapan dengan masalah yang sama. Apakah kerajaan ada mempunyai rancangan untuk melihat rumah generasi kedua masyarakat kampung ini lebih baik dan juga untuk memberi kemudahan kepada masyarakat tentang perkara yang dibangkitkan itu. Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tampin.

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Terakhir. Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 4:20 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Kuala Krai, last. Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya amat-amat mengharapkan supaya Yang Berhormat Menteri dapat merancang dua isu. Pertama ialah sambungan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai yang berakhir di Pasir Hor iaitu sambungan ini ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kerana memang keperluan yang amat mendesak kerana jammed kesesakan yang amat teruk sangat. Kadang-kadang mencecah jaraknya 17 kilometer sahaja tetapi kadang- kadang sampai kepada satu jam, jarak yang 17 kilometer ini. Itu satu.

Kedua ialah perlu juga Yang Berhormat menilai keperluan Lebuh raya Timur Barat ini daripada Gerik ke Jeli dan sambung ke Jerteh yang boleh menghubungkan antara negeri-negeri Pantai Timur dan juga negeri-negeri di utara Semenanjung.

draft • 4:20 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Jadi, adalah keperluan yang amat mendesak dan Jeli ini kawasan Yang Berhormat sendiri. Insya-Allah saya harap ini akan termasuk dalam rancangan yang terdekat insya-Allah dan Yang Berhormat Besut pun setuju dengan cadangan saya tadi. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Minta Yang Berhormat Menteri jawab dan rumuskan.

draft • 4:30 PM

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed

Terima kasih, itu terakhir. Pertama, Lebuhraya Timur Barat. Terima kasihlah Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Pasir Mas banyak bangkit bagi pihak saya. Mungkin kita sedia maklum jalan ini jalan penting yang menghubungkan Timur dan Barat. Seperti yang saya sebutkan tadi kita ikut priority. Yang Berhormat Menteri Kanan Kerja Raya pun sudah melawat kawasan ini dan kerajaan akan melihat semua ini secara keseluruhannya, kesemuanya priority. Tadi Yang Berhormat Rasah, ini Timur Barat ya, kita sedia maklum.

draft • 4:30 PM

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed

Berkaitan dengan Kota Bahru-Kuala Krai, akan siap dalam masa dua, tiga tahun ini lagi. Apa yang tidak ada ialah dipanggil Pakej 1A kerana melibatkan banyak hal yang rumit ya. Akan tetapi untuk menangani masalah ini, satu jalan sudah meluluskan pembinaannya sekitar sampai ke Airport Pengkalan Chepa, sekitar Pasir Hor sampai Pengkalan Chepa. Saya tidak tahu jajaran, saya tidak ingat sekarang ini jajaran sebenarnya tetapi ini akan meredakan sedikit kesesakan lalu lintas antara USM dengan Airport Pengkalan Chepa, itu Yang Berhormat Kuala Krai.

Yang Berhormat Baling, sudah banyak kali bangkit perkara ini dengan saya.

Untuk makluman, kita telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak berkenaan. Semalam pun saya ada perbincangan dengan Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi dan kita akan susuli perkara ini. Saya dengan Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi akan mengadakan perbincangan lanjut susulan kepada pertemuan saya dengan beliau semalam.

Akhir sekali Yang Berhormat Tampin, rumah generasi kedua ini FELDA. Kita dapati model yang sebelum ini tidak lestari kerana melibatkan subsidi yang amat besar. Jadi FELDA sedang memikirkan kaedah-kaedah bagaimana untuk menyiapkan rumah-rumah yang terbengkalai dalam pembinaan ini. Tahun ini akan siapkan beberapa kawasan termasuklah Maokil di Pagoh sebagai contohnya, di Tampin pun ada juga ya.

Jadi, isunya model yang tidak lestari dan FELDA sedang memikirkan model- model lain termasuklah penglibatan sektor swasta. Mungkin penglibatan SPNB yang memang sebelum ini sudah pun. Jadi, itu sebabnya kita hendak kajian tadi mengenai FELDA tadi yang kajian ini termasuklah perumahan generasi kedua, termasuklah peluang-peluang ekonomi di rancangan FELDA ya.

Jadi kajian ini penting dan kita akan mulakan dalam tempoh tiga bulan untuk melihat secara holistik ya untuk memastikan bahawa FELDA dijadikan kawasan yang moden dan progresif selari dengan matlamat kita. Benar ya, kita bercakap tentang rumah generasi kedua FELDA, kampung macam mana. Sebenarnya kalau boleh setiap keluarga satu rumahlah. Perdana Menteri pernah mencadangkan supaya matlamat kita Satu Keluarga Satu Rumah. Sekarang ini cuma 75 peratus daripada Keluarga Malaysia mempunyai rumah, 25 peratus sewa ataupun tidak ada rumah.

Jadi untuk mencapai Satu Keluarga Satu Rumah ini, sudah pasti memerlukan banyak semakan dasar-dasar dan perlu juga kita sediakan peluang-peluang pekerjaan yang lebih baik untuk rakyat. Jadi ini satu perkara yang penting, perkara yang besar ya, bukan sahaja generasi kedua FELDA tapi semua rakyat Malaysia.

Dia kata kalau boleh hendak pastikan rakyat Malaysia mempunyai rumah. Akan

draft • 4:30 PM

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed

tetapi sudah pastinya ini satu perkara yang amat sukar untuk kita mengambil masa yang lama sebelum kita mencapai matlamat ini.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat atas semua soalan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya untuk menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Menteri di Jabatan Perdana Menteri

(Ekonomi). Seterusnya saya ingin menjemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri

(Tugas-tugas Khas) untuk memberi jawapan. Tempoh masa 30 minit.

draft • 4:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Waalaikumsalam.

draft • 4:34 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang untuk saya menjawab 34 Ahli-ahli Yang Berhormat sewaktu membahaskan Titah Diraja yang melibatkan pelbagai agensi dalam Jabatan Perdana Menteri iaitu NADMA, APM, SEPADU, MKN, ICU, MAMPU dan lain-lain agensi seperti JPA, SPA dan Jabatan Perdana Menteri.

Mereka yang terlibat saya ucapkan banyak-banyak terima kasih iaitu Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Rasah.

Yang Berhormat Lanang, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Tanjong Malim, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Lubuk Antu, Yang Berhormat Stampin, Yang Berhormat Cameron Highlands, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Kalabakan dan Yang Berhormat Machang.

Tuan Yang di-Pertua, yang ada dalam Dewan ini Yang Berhormat Pokok Sena. Tadi saya nampak Yang Berhormat Tuaran, kemudian Yang Berhormat Tuaran keluar. Yang Berhormat Rasah ada, Yang Berhormat Batu Kawan, keluar juga.

draft • 4:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Tidak ada.

draft • 4:34 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Saya mohon yang lain itu saya jawab secara bertulis. Mohon izin Tuan Yang di-Pertua. Cuma saya jawab Yang Berhormat Pokok Sena dulu. Sat na. Yang Berhormat Pokok Sena bertanyakan mengenai kakitangan awam yang 600,000, betul na? Katanya di bawah garis paras kemiskinan.

Garis paras kemiskinan yang terbaharu ini 2,208 tetapi ia berasaskan kepada pendapatan isi keluarga. Kalau kita tengok pendapatan kakitangan awam, walaupun dia rendah daripada yang dinyatakan tetapi kalau kita campur sebab skim dan gred yang diperkenalkan oleh JPA, dia itu skim masuk dulu. Kalau SPM itu dia mula dengan Gred 19. Kalau diploma Gred 29, kalau degree Gred 41.

Jadi, oleh kerana kalau kita tengok pada kemasukan gred, campurkan dengan elaun seperti kakitangan sokongan itu memang lah secara sepintas lalu memang tidak cukup. Mereka ini di bawah garis kemiskinan. Malah kawan-kawan kita, Ahli-ahli Parlimen yang pencen lebih awal daripada 2004, mereka pun di bawah garis kemiskinan juga.

Akan tetapi bila kita campur semua sekali Yang Berhormat Pokok Sena, saya tahu Yang Berhormat Pokok Sena adalah mantan Timbalan Menteri di Kementerian Sumber Manusia, dia baik dengan kawan-kawan di CUEPACS. Sebab itu dia selalu tanya benda ini. Jadi kalau kita tengok semua sekali yang berkaitan dengan perkhidmatan, JPA sedang menilai kerana skim yang terakhir yang dipersetujui adalah tahun 2002. Walaupun mereka ada kenaikan-kenaikan tiap-tiap tahun tapi ini bergantung pada suasana kewangan negara.

Jadi, JPA sedang menguruskan dan Yang Berhormat pun tahu bahawa Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM7 bilion satu bulan untuk bayar 1.6 Million kakitangan awam. Tidak masuk lagi pencen. Pencen itu RM2 bilion satu bulan. Jadi lebih kurang dalam RM8 bilion ke RM9 bilion tiap-tiap bulan komitmen Kerajaan Pusat untuk menguruskan emolumen dan juga gaji. Ada hendak tanya lagi apa.

draft • 4:34 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tunggu, saya tunggu Menteri habis dulu. Baik Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ya, sila.

draft • 4:34 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih kepada Yang Berhormat atas penjelasan. Pertama saya bangkit perkara tersebut kerana apa yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa tahun 2025 sasaran untuk pendapatan isi rumah ialah RM10,000 sebulan. Semalam disebut oleh Timbalan Menteri bahawa kita berdasarkan kepada dua orang isi rumah yang bekerja. Itu pun dicampur dengan pelaburan saham dan sebagainya.

draft • 4:34 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya fikir bahawa kalau yang 692,000 Yang Berhormat beri jawapan pada saya itu, saya terfikir mereka itu di tangga gaji yang rendah yang tidak mungkin ada pelaburan, ada mempunyai pendapatan yang lain selain daripada gaji tetap mereka.

Jadi, tidak mungkin 692,000 orang ini akan dapat mencapai pendapatan isi rumah mereka RM10,000 sebulan sebab kalau pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan ini dia memerlukan kepada kalau empat orang yang bekerja, dia perlukan seorang RM2,500 pendapatan mereka. Baru mereka akan dapat pendapatan isi rumah.

Jadi, sebab itu saya minta dikaji. Sudah 20 tahun tidak kaji, tidak pernah disemak balik skim tangga gaji kakitangan awam. Ini yang penting Yang Berhormat.

Oleh sebab itu, kita minta untuk disemak semula tangga gaji kakitangan awam untuk pastikan supaya tahun 2025 ini tercapai hasrat Rancangan Malaysia ke-12 untuk pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Baik.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Memang itu pun dalam pipeline, sedang. Sudah dan sedang diurus, dikaji semula. 20 tahun memang patut kita kaji. Yang Berhormat Rasah.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Tidak ada dalam Dewan.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Tidak ada ya?

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Tidak.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Yang Berhormat Kalabakan.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Kalabakan ada.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Ada? Yang Berhormat Kalabakan tanya fasal peruntukan ini. Peruntukan supaya Ahli-ahli Yang Berhormat pembangkang pun juga dapat peruntukan. Betul ya?

draft • 4:40 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Betul.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Betul. Okey.

draft • 4:40 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Saya mahu tanyalah. Boleh saya tanya? Saya anggap Yang Berhormat Menteri sepatutnya...

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Saya hendak jawab ini. Tunggu lah dahulu. Saya jawab dulu boleh?

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Minta Yang Berhormat Menteri menjawab dahulu.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Jawab dahulu.

draft • 4:40 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Oh! Jawab. Selepas itu saya tanya sedikit.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Ini Bugis sama Bugis bah.

Peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kawasan Parlimen hanyalah sebagai penambah dan pelengkap kepada peruntukan di bawah rancangan 5 tahun itu. Jadi, penyediaan dan penyaluran peruntukan ini adalah mengikut dasar sedia ada dan tertakluk kepada kemampuan semasa kewangan kerajaan. Justeru permohonan berkaitan bantuan dan pembangunan infrastruktur kecil di kawasan Ahli-ahli Parlimen pembangkang hendaklah dikemukakan kepada Parlimen.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, kementerian dan agensi berkaitan seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar turut bertanggungjawab terhadap pelaksanaan bagi projek-projek pembangunan infrastruktur kecil. Sebarang permohonan berkaitan projek berkenaan boleh dikemukakan kepada kementerian dan agensi tersebut untuk pertimbangan. Seperti Yang Berhormat Papar, dia ada masa saya di kementerian lama dahulu, saya cuba selesaikan masalah beliau. Yang Berhormat Kalabakan.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Kalabakan.

draft • 4:40 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Ya, saya minta Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa kerajaan ini tidak bersikap adil. Kenapa saya berkata begitu? Di dalam Parlimen ini sendiri tahun lalu Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menyatakan bahawa semua Ahli Parlimen sama ada Ahli Parlimen yang menandatangani MoU atau tidak akan menerima peruntukan. Akan tetapi pada akhirnya tiada pun peruntukan yang diberikan. Apakah Yang Berhormat Menteri setuju? Kalau ingin bersikap ikhlas kenapa tiada pembetulan yang dilakukan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sehingga hari ini? Saya minta penjelasan.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan.

draft • 4:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Menteri. Saya ada benda yang sama. Saya fikir Tuan Yang di-Pertua, kita kena balik kepada satu proses demokrasi. Makna kerajaan yang memerintah ini seharusnya lebih demokratik. Tidak semestinya kita hendak dapat peruntukan itu mesti tandatangan MoU. Ini sebuah kerajaan yang mesti menunjukkan bahawa mereka berjiwa rakyat.

Mereka hendak membantu rakyat. Mestilah memberikan keadilan. Takkan hendak

draft • 4:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

paksa orang tandatangan MoU baru hendak dapat peruntukan. Ini tidak adil bagi saya.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 4:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis - Kota Belud

Saya setuju dengan Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 4:40 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Hebat Yang Berhormat Pokok Sena, terima kasih.

draft • 4:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 4:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sebab itu saya sokong rakan- rakan saya daripada Sabah khususnya yang tidak mendapat peruntukan. Kenapa?

Kalau mereka tidak tandatangani MoU, takkan itu kita hendak berikan tekanan kepada mereka. Jadi, saya fikir kerajaan mestilah pertimbangkan.

draft • 4:40 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Bukan Keluarga Malaysia.

Bukan Keluarga Malaysia siapa yang tidak sign.

draft • 4:40 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Sangat tidak adil kepada rakyat di kawasan pembangkang yang tidak sign MoU.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, saya faham.

Kalau kita lihat evolusi, saya sudah lama sudah dalam Parlimen ini sama dengan Yang Berhormat Pokok Sena. Akan tetapi dia berhenti sekejap, tahun 2004 dia berhenti sekejap. Saya lama juga. Saya melihat evolusi bagaimana peruntukan– dahulu tidak ada langsung. Kemudian– itu Perdana Menteri keempat itu. Perdana Menteri kelima ada sedikit. Perdana Menteri keenam ada juga sedikit. Akan tetapi lama-lama sekarang ini ada banyak perubahan dan benda ini adalah sesuatu yang dinamik.

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kalabakan. Dia kata adil. Adil ini bukan sama. Adil ini meletakkan sesuatu di tempat yang sesuai– yang sesuai itu ditentukan bukan oleh penerima, ditentukan oleh pemberi. Kalau penerima macam Yang Berhormat Pokok Sena dia handsome daripada saya, saya tidak handsome, mestilah saya kata tidak adil lah bukan? Dia handsome, saya akan mempersoalkan hal-hal yang berkait rapat dengan takdir. Akan tetapi yang memberinya merasa itu adalah adil.

draft • 4:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Jadi apa pun, benda ini adalah sesuatu yang dinamik. Sahabat saya.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat.

draft • 4:40 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Berkenaan isu ini, saya dalam perbahasan saya sudah sebut. Kalau tadi Yang Berhormat Menteri kata evolusi dari segi pemberian peruntukan ini. Saya lihat sekarang ini parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya di negeri Johor dan Melaka baru-baru ini juga memberikan komitmen dan memberikan peruntukan sama rata kepada pembangkang. Ini dalam manifesto– Barisan Nasional di Johor, di Melaka. Akan tetapi Melaka lepas menang tidak buat. Itu masalah.

Jadi, kita hendak sesuatu yang lebih sistematik. Itu sebabnya dalam perbahasan saya, saya mencadangkan satu langkah yang patut diambil oleh kerajaan ialah menginstitusikan peruntukan ini iaitu dengan membuat satu undang- undang, Akta Dana Pembangunan Kawasan ataupun Constituency Development Fund Act. Satu akta menjadikannya sebagai satu undang-undang. Tidak kira apabila sesuatu kawasan itu dimenangi oleh parti kerajaan kah, parti pembangkang kah, ataupun bebas kah, apabila dia sudah menang, kawasan itu akan mendapat peruntukan setiap tahun daripada kerajaan. Tidak kira siapa yang menjadi wakil rakyat di kawasan itu. Akta dana pembangunan kawasan.

draft • 4:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri, Kota Belud.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Saya ingat kita tidak perlu panjangkan.

draft • 4:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Menteri sendiri pun daripada parti yang lawan parti Perdana Menteri, dapat juga. Tidak adil juga kepada pemberi.

draft • 4:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis - Kota Belud

Betul.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Sama sahaja.

draft • 4:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak adil kepada pemberi.

Akan tetapi boleh dapat juga.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Saya bersyukur sebab masa saya duduk di sana...

draft • 4:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Macam itu juga Menteri Hal Ehwal Agama, dia juga daripada parti yang lawan parti Perdana Menteri sekarang ini.

draft • 4:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Dahulu masa saya duduk di sebelah sana, Yang Berhormat Seremban duduk sebelah sini. Yang Berhormat Seremban pun banyak dapat. Akan tetapi saya dapat RM100,000 sahaja, saya bersyukur. Saya tidak complaint lah macam Yang Berhormat Pokok Sena. Akan tetapi kalau ada cadangan untuk mengadakan satu akta...

draft • 4:40 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Untuk rekod Yang Berhormat, untuk rekod, pada ketika itu boleh tanya jiran sebelah, Yang Berhormat Indera Mahkota.

Saya dalam Kabinet juga saya mengatakan patut bagi sama rata. Betul dia tidak mendapat keputusan di Jemaah Menteri tetapi saya berpandangan patutnya bagi sama rata. Di dalam DUN Negeri Sembilan, di mana parti saya menjadi kerajaan di Negeri Sembilan, saya mengatakan patut bagi sama semua. Walaupun belum menjadi satu dasar. Akan tetapi apatah kerajaan pada hari ini yang dikatakan kerajaan Keluarga Malaysia patut mengambil satu langkah reformasi menjadikan ia sebagai satu undang-undang supaya ini tidak menjadi polemik lagi. Tidak menjadi modal politik lagi.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Pada dasarnya itu tidak ada masalah lah. Kita akan bawa dalam the next Cabinet meeting. Itu sahaja. Terima kasih banyak-banyak. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri kata sudah tutup. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas). Sekarang saya menjemput kementerian seterusnya.

draft • 4:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tutup dengan komitmen yang sangat hebat.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menjawab semua persoalan. Tempoh masa 30 minit.

draft • 4:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam

draft • 4:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada sembilan orang Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal Islam semasa perbahasan Titah Diraja yang lalu.

Bagi memudahkan penggulungan ini, saya akan berikan penjelasan ke atas isu-isu yang dicadangkan. Tuan Yang di-Pertua, banyak...

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sebut mana yang ada dengan yang tidak ada, jawapan bertulis.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Yang Berhormat Pasir Mas tidak ada.

Kemudian Yang Berhormat Bachok.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Bachok tidak ada.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Yang Berhormat Shah Alam ada?

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Shah Alam tidak ada.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Yang Berhormat Sungai Buloh?

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Sungai Buloh ada.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Yang Berhormat Sungai Buloh mencadangkan agar penyelarasan undang-undang melalui enakmen berkaitan melalui perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dengan semua kerajaan negeri bagi menyemak semula status menukar agama kanak-kanak bukan Islam di bawah 18 tahun yang memasuki agama Islam.

Berdasarkan Perkara 74(2) dan Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, hal ehwal agama Islam adalah terletak di bawah kuasa negeri. Sehubungan dengan itu, kuasa untuk menggubal undang- undang syariah bagi mentadbir dan mengawal selia semua perkara berkaitan dengan hal ehwal Islam adalah terletak kepada Dewan Undangan Negeri.

Pada masa ini, perkara berkaitan dengan pemelukan Islam bagi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun diperuntukkan di bawah Undang-undang Pentadbiran Agama Islam yang digubal dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.

Bagi Wilayah Persekutuan pula, perkara berkaitan dengan pemelukan Islam bagi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun diperuntukkan di bawah Seksyen 95, Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993, Akta 505.

Dalam hal ini, kerajaan mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan berhubung dengan keupayaan masuk Islam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di negeri-negeri.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Walaupun semua undang-undang tersebut memperuntukkan berkenaan dengan keperluan mendapat keizinan daripada ibu bapa atau penjaga, peruntukan tersebut adalah berbeza berkenaan keperluan untuk mendapat keizinan daripada kedua-dua ibu bapa atau keizinan salah seorang ibu atau bapa. Kuasa negeri mengenai perkara ini perlu dihormati oleh semua pihak selari dengan prinsip Rukun Negara, Keluruhan Perlembagaan.

Walaupun Mahkamah Persekutuan telah mentafsirkan Perkara 12(4), Perlembagaan Persekutuan bermaksud persetujuan kedua-dua ibu bapa diperlukan.

Apa yang mustahak ialah kebajikan dan kepentingan terbaik kanak-kanak tersebut, agama merupakan salah satu daripada aspek penting yang termasuk dalam kebajikan dan kepentingan terbaik kanak-kanak yang perlu dipertimbangkan oleh semua pihak.

Terdapat banyak keadaan dalam masyarakat majmuk Malaysia di mana ibu bapa atau penjaga yang tidak beragama Islam membesarkan anak atau cucu yang beragama Islam seperti seorang pelajar berbangsa Cina yang belajar di Darul Quran yang bernama Mike yang buta dan dibesarkan oleh ibu bapa yang tidak beragama Islam dan Puan Wee Chandra yang memelihara dua orang cucu yang beragama Islam selepas mereka kehilangan ibu akibat COVID-19 tahun lepas. Masing-masing saling menghormati dan hidup dalam suasana harmoni.

Tuan Yang di-Pertua,...

draft • 4:50 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Boleh minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua dan kepada Yang Berhormat Menteri?

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Sungai Buloh.

draft • 4:50 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Terima kasih atas penjelasan itu tetapi point saya Yang Berhormat Menteri ialah ini tidak selesai masalah yang dihadapi oleh kita sekarang di negara ini iaitu Mahkamah Persekutuan telah mentafsirkan seperti yang diakui oleh Yang Berhormat Menteri dan telah memuktamadkan maksud Perkara 12(4).

Jadi itulah undang-undang negara sekarang. Masalah sekarang ialah tafsiran itu bercanggah sorry the either way round dengan izin. Ada beberapa enakmen di beberapa buah negeri yang membenarkan penukaran agama secara unilateral oleh seorang ibu atau seorang ayah itu bercanggah dengan undang-undang itu. Bila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan, itulah undang-undang, bukan pentafsiran sahaja, jadi law. Jadi tanggungjawab Kerajaan Pusat ialah untuk memastikan percanggahan ini dikurangkan atau ditanganilah. Itulah cadangan saya.

draft • 4:50 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Kita faham, kuasa untuk membuat enakmen berkaitan dengan pentadbiran agama Islam memang dalam kuasa negeri kecuali untuk Wilayah Persekutuan dan sebagainya tetapi percanggahan itu ada. Ada banyak kes masih ada yang tidak diselesaikan sebab itu. Jadi, apabila penukaran agama seorang anak muda dibuat tanpa persetujuan kedua-dua, penukaran agama itu tidak sah lagi.

Jadi isu sama ada dia akan dibesarkan sebagai Islam atau agama lain, itu bukan isunya. Isunya ialah undang-undang negara sekarang dengan jelas telah dimuktamadkan, diputuskan dalam kes Mahkamah Persekutuan dan ini menjadi undang-undang negara sebagai — persetujuan kedua-dua ibu bapa perlu sebelum penukaran agama anak muda itu dianggap sah di sisi undang-undang.

Jadi, bagi saya adalah tanggungjawab sekarang macam berdasarkan jawapan ini nampak macam kerajaan pusat sudah macam tutup mata pada masalah yang serius, yang real, yang wujud. Saya mencadangkan kerajaan pusat tukar sikap, ambil pendirian yang lebih bertanggungjawab dan ambil tindakan iaitu runding, panggil wakil negeri dan kita runding dengan mereka tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk selaraskan keadaan yang tidak memuaskan sekarang ini di mana undang- undang di peringkat pusat kata satu dan undang-undang enakmen di peringkat negeri kata lain. Ini ialah tanggungjawab kerajaan.

Jadi, saya mintalah sikap ini dikaji semula dan tanggungjawab Kerajaan Pusat adalah dalam isu perpaduan negara dan keharmonian negara di sini, dalam negara Malaysia dijaga dengan baik oleh Kerajaan Pusat. Okey, terima kasih.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Okey, terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh.

draft • 4:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Minta Yang Berhormat Menteri, boleh celah sekejap? Isu yang sama, sekejap.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Hendak bagi satu lagi? Sila Yang Berhormat Sepang.

draft • 4:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya juga ingin menyuarakan isu yang sama. Yang Berhormat Menteri, kalau saya boleh tambah sedikit. Dalam kes-kes seperti ini, kita akui memang agak sensitif kerana melibatkan isu agama tetapi Yang Berhormat Menteri, kalau saya boleh perjelaskan di sini adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa dalam kes-kes seperti ini sebenarnya perkahwinan ini dengan izin was solemn nice under Law Reform Act. Law Reform Act maknanya akta yang govern dengan izin, perkahwinan bukan Islam.

draft • 4:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Makna, mereka kedua-dua pihak itu asalnya bukan Islam. Jadi apabila salah seorang masuk Islam, telah pun dipersetujui bahawa dalam menyelesaikan isu-isu sebegitu mesti dirujuk kepada undang-undang yang sama dan juga mahkamah sivil.

Jadi, yang menjadi masalah apabila mula satu pihak, sewaktu itu melarikan anak dan cuba menggunakan Mahkamah Syariah.

Memang saya fahamlah itu memang mungkin salah satu cara untuk mereka dapatkan anak, untuk selamatkan anak mereka yang masuk Islam itu tetapi dalam undang-undang ini telah ada satu ketetapan Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi. Jadi telah kita terima sebagai sosial kontrak dan Yang Berhormat Menteri pun tahu sebagai seorang yang terlibat dalam parti Islam bahawa orang Islam tertakluk dengan syarat-syarat.

[Berucap dalam bahasa Arab] Sudah ada perjanjian, kita ada sosial kontrak, sudah ada satu persetujuan tentang syarat-syarat ini, jadi kita mesti akur kepada ketinggian perlembagaan ini.

Apabila kita mula cuba merendahkan perlembagaan, itu masalahnya. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar perkara ini. Sekian, terima kasih.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Sila Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Okey terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Buloh dan Yang Berhormat Sepang. Maka dalam soal ini kita juga perlu menghormati tentang bidang kuasa yang ada kepada kuasa mahkamah di peringkat negeri ataupun di bidang kuasa kerajaan negeri yang tertakluk berkenaan dengan hal ehwal agama. Walaupun dalam perkara macam ini, insya-Allah kita cuba mengadakan keharmonian antara perkara-perkara tersebut untuk mewujudkan satu suasana yang agak lebih kondusif.

draft • 4:50 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri faham bila undang-undang peringkat negeri bercanggah dengan undang-undang di peringkat pusat, undang-undang dengan sendirinya jadi tidak sah.

draft • 4:50 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Inilah kedudukan sekarang. Kalau masalah ini tidak selesai, then Kerajaan Pusat atau orang individu perlu pergi ke mahkamah untuk mencabar undang-undang di peringkat negeri iaitu enakmen itu dan dapat, mungkin memohon di mahkamah satu pengisytiharan atau deklarasi iaitu undang-undang enakmen itu tidak sah. Akan tetapi, kenapa kita paksa orang buat macam itu? Kerajaan mesti memainkan peranan untuk membantu orang menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat. Teruskan Yang Berhormat.

draft • 5:00 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Okey, saya rasa saya sudah jawab tadi.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai ada?

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Kuala Krai ada.

draft • 5:00 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Bertanya mengenai roadmap pelaksanaan syariah di Malaysia iaitu bilakah Rang Undang-undang 355 akan dibentang di Parlimen dan berkenaan pemerkasaan Mahkamah Syariah yang tertunda sekian lama.

Kerajaan amat komited pelaksanaan syariah di Malaysia. Antara usaha yang dilakukan dengan memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah dengan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 akan lebih jelas dan dikenali sebagai pindaan Rang Undang-undang 355. Sepanjang tahun 2020 dan 2021 kerajaan melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil Jawatankuasa Teknikal yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-raja di bawah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam telah mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi membincangkan Rang Undang-undang 355 dengan melihat pelbagai aspek khususnya aspek perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak agar Rang Undang-undang 355 tersebut lebih komprehensif dan seterusnya dapat memperkasakan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah.

Rang Undang-undang 355 telah pun dibentangkan kepada negeri-negeri dalam Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak dan Sivil Ke-27 pada 11 dan 12 Oktober 2021 yang lepas. Input dan pandangan yang diperolehi dari negeri- negeri dalam persidangan tersebut akan dibincangkan dan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal. Setelah draf Rang Undang-undang 355 dimuktamadkan, kelak taklimat atau perundangan berhubung dengan rang undang- undang tersebut akan diberi kepada semua Ahli Parlimen sebelum dibentangkan.

Dalam masa yang sama kerajaan melalui TV Al-Hijrah dan radio IKIM sedang dalam usaha untuk memberikan penerangan kepada orang ramai berkenaan pelaksanaan perundangan syariah. Ini bagi mengelakkan berlakunya salah faham dan timbul polemik yang tidak berkesudahan dalam masyarakat. Selain itu, aspek pemerkasaan Mahkamah Syariah bukan sahaja tertumpu kepada terhadap isu bidang kuasa atau hukuman di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355], akan tetapi ia meliputi pelbagai apek yang penting seperti peningkatan tahap kompetensi Hakim Syarie, pendakwaan syarie, pegawai penguat kuasa agama, penambahbaikan aspek tadbir urus dan prasarana, penggubalan dan pindaan undang-undang syariah sedia ada dan penyeragaman dan penyelarasan undang-undang syariah.

draft • 5:00 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Bagi maksud tersebut, kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa khas yang akan bincangkan dasar dan hala tuju perundangan syariah di Malaysia. Penubuhan jawatankuasa ini akan disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja. Selain itu Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah diaktifkan semula untuk mengkaji secara holistik cadangan yang boleh meningkatkan status dan kedudukan Mahkamah Syariah termasuklah daripada segi kemudahan infrastruktur, peningkatan kompetensi pegawai dan kedudukan serta status pegawai Mahkamah Syariah.

Kerajaan juga melalui Jawatankuasa Kajian Penambahbaikan Undang- undang yang ditubuhkan di bawah jawatankuasa teknikal telah menjalankan kajian untuk menambahbaikkan undang-undang syariah berikut:

(i) Undang-undang Keluarga Islam;

(ii) Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah;

(iii) Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah; dan

(iv) Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah.

Hasil kajian dan cadangan penambahbaikan tersebut akan dikemukakan kepada jawatankuasa teknikal untuk dimuktamadkan sebelum dibentangkan ke negeri-negeri untuk sebarang cadangan penambahbaikan setelah dimuktamadkan ia akan dipanjangkan ke negeri-negeri untuk diterima pakai oleh negeri-negeri bagi tujuan keseragaman.

Di samping itu, kerajaan juga telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji dan menggubal Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Wilayah- wilayah Persekutuan) 2022 (RUU Mahkamah). Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk meneliti dan mencadangkan penambahbaikan terhadap Mahkamah Syariah daripada aspek hierarki, Mahkamah Syariah, kelayakan Hakim Syarie, pelantikan Hakim Syarie dan sebagainya.

draft • 5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, minta laluan. Sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri ini saya agak tertarik. Oleh sebab jawapan Yang Berhormat Menteri ini untuk makluman Yang Berhormat Menteri, inilah yang sebenarnya dahulu Parti Amanah perjuangkan.

Kita mesti ambil tindakan holistik untuk menyelesaikan masalah ini. Akan tetapi dahulu – dahululah PAS punya pandangan, ialah 355 tak dilaksanakan sebab nak laksanakan hudud. Akan tetapi sekarang jawapan Yang Berhormat Menteri sudah nampak macam meniru daripada jawapan daripada Parti Amanah. Setuju atau tidak?

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sepang.

draft • 5:00 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Tidak setuju Yang Berhormat Sepang.

Yang Berhormat Baling ada?

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Baling tidak ada.

draft • 5:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Kuala Nerus ada.

draft • 5:00 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Yang Berhormat Baling tidak ada. Sudah habis Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sudah habis, ya.

Sila buat rumusan.

draft • 5:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Kuala Nerus ada itu.

draft • 5:00 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat di Jabatan Perdana Menteri Parlimen dan Undang-undang atau timbalannya untuk menjawab. Selama 40 minit.

draft • 5:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 18(1), Kota Belud.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

P.M. 18(1), sila.

draft • 5:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Oleh kerana saya telah pun menghantar usul tentang tuntutan Sulu dua kali dan hari ini Tuan Yang di-Pertua membalas mengatakan dia tidak akan membenarkan untuk dibahas dalam Dewan. Cuma Yang Berhormat di sini pada para keempat dibenarkan Yang Berhormat masih membolehkan membangkitkan isu-isu ini semasa Yang Berhormat Menteri menjawab nanti.

Jadi saya mohon pada waktu ini diberikan masa yang lebih tentang isu ini dibahaskan untuk diberikan jawapan yang lebih mengenai ini, terima kasih.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

Terpulang kepada Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memberi jawapan. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, teruskan.

draft • 5:00 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Assalamualaikum

draft • 5:07 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan setinggi terima kasih atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun membahaskan isu-isu di bawah Jabatan Perdana Menteri Parlimen dan Undang-undang sepanjang tempoh usul menjunjung kasih dan perbahasan Titah Diraja dalam sidang Parlimen Dewan Rakyat pada kali ini.

Bagi makluman ahli Dewan yang mulia ini, seramai 47 orang Ahli Yang Berhormat telah pun membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan Parlimen dan Undang-undang dan saya akan menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang hanya berada di dalam Dewan Rakyat pada masa ini memandangkan terdapat lebih 80 soalan yang dikemukakan berkaitan dengan Parlimen dan juga Undang-undang.

Bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang tiada dalam Dewan, maka saya akan menjawabnya secara bertulis. Sebelum saya menjawab pertanyaan yang telah pun dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, izinkan saya merafak sembah menjunjung kasih Titah Diraja oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16 semasa Majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Ke-14 tahun 2022 pada 28 Februari yang dahulu. Isu-isu yang dibangkitkan di bawah bidang Parlimen dan Undang- undang akan dijawab secara bersekali berdasarkan kepada kluster-kluster isu seperti berikut:

(i) kebebasan institusi kehakiman dan juga perundangan;

(ii) berkenaan dengan inisiatif di bawah memorandum persefahaman dan juga kestabilan politik;

(iii) berkaitan dengan pemerkasaan institusi Parlimen;

(iv) penambahbaikan sistem pilihan raya; dan

(v) integriti dan juga antirasuah serta yang terakhir isu-isu yang berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan kebebasan badan kehakiman dan perundangan dalam memacu negara untuk mengharungi cabaran yang dihadapi kini, kerajaan memberi komitmen bahawa kebebasan badan kehakiman dan perundangan sentiasa akan dipelihara. Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Putatan, Berhormat Tuaran...

draft • 5:07 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, mohon mencelah.

draft • 5:07 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Kejap, saya baharu hendak mula.

draft • 5:07 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Minta Yang Berhormat Menteri habiskan.

draft • 5:07 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Kejap, saya baru hendak mula Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 5:07 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey, okey. Nanti minta ya selepas ini.

draft • 5:07 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, ya.

draft • 5:07 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Libaran dan Yang Berhormat Kota Raja,, di antara ini yang ada. Jadi, saya menjawab secara bersekali.

Membangkitkan isu keputusan final award yang telah pun dikeluarkan oleh penimbang tara, Dr Gonzalo Stampa yang mana ia telah Yang Berhormat Menteri telah menjawab panjang lebar sewaktu Waktu Pertanyaan Menteri pada 10 Mac yang lalu. Sekali lagi kita tekankan bahawa kerajaan komited untuk mempertahankan kedaulatan negara terutamanya negeri Sabah dan tidak akan berdiam diri serta akan bertindak untuk mencabar segala tindakan yang akan diambil di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja selain tidak mengiktiraf keputusan yang diambil oleh penimbang tara tersebut.

draft • 5:07 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Jadi, saya memohon supaya Ahli-ahli Yang Berhormat memberikan sepenuh sokongan kepada kerajaan untuk memastikan tindakan yang diambil bagi mencabar keputusan ini, ia dapat dilaksanakan tanpa gangguan politik supaya kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

draft • 5:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kota Belud.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Kota Belud.

draft • 5:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Saya ingin bertanya, setelah apa tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan sekarang ini, apa jaminan bahawa you know, Mahkamah Arbitrasi ini akan selesai?

Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri lihat sekarang ini, semasa Senatorial debate di Philippines, mereka menghadapi pilihan raya. They debate openly tentang claim Sabah ini, openly debate.

Jadi, saya hairan kenapa kita sangat takut untuk membahaskan perkara ini?

Kenapa kita tidak hadapi perkara ini? Kita cakap kita tidak recognize, tidak recognize!

draft • 5:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Bercakap begitu tidak akan menyelesaikan masalah. You should tell the Philippines to drop the claim over Sabah.

Yang Berhormat Menteri Kementerian Luar Negeri (KLN) ada di sini, boleh panggil wakil Philippines ke pejabat beliau untuk meminta supaya Philippines drop claim over Sabah ini. Tell them once and for all. Hadapi dan muktamadkan!

Takkanlah orang Sabah mahu tunggu sampai seribu tahun lagi mengenai isu ini?

Setiap kali pilihan raya, timbul. Setiap kali pilihan raya, timbul. Pada saya, kadang- kadang saya merasa apa? Minyak kami kamu mahu tetapi soal keselamatan, kamu tidak pula usai.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.

draft • 5:10 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Sedikit tambahan.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, sila Yang Berhormat Sepanggar.

draft • 5:10 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Ya. Boleh ya Yang Berhormat Timbalan Menteri? Okey. Saya merujuk kepada apa Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi berkenaan dengan kita akan pertahankan. Saya amat berterima kasih tentang kenyataan ini. Cuma yang menjadi persoalan kepada kita, Yang Berhormat Timbalan Menteri, apabila saya melihat kepada surat yang pernah diberikan oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas yang menyatakan bahawa masih ada bayaran.

Persoalan di sini, apa sebab Kerajaan Malaysia membayar sejumlah RM5,300 ini kepada Sultan Sulu? Saya selaku rakyat Sabah, saya agak terkejut apabila mengetahui bahawa ada bayaran telah dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sultan Sulu ini. Adakah Perjanjian Malaysia 1963 apabila Cobbold Commission memilih dan kita membuat keputusan kita ingin merdeka, membentuk Malaysia, apa sebab kerajaan masih mengiktiraf tentang tuntutan pada tahun 1878 ini dan bayaran dibuat oleh Kerajaan Persekutuan?

Jadi, kalau kita tidak mengiktiraf tuntutan Sulu, apa sebab Kerajaan Malaysia membayar RM5,300 ini kepada waris Sultan Sulu? Itu yang saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Diharap agar dapat memberikan penjelasan. Terima kasih

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 5:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Terima kasih kedua-dua Yang Berhormat yang telah pun membangkitkan isu tersebut dan saya juga faham dan juga kita melihat bahawa perkara ini cukup serius sekali. Oleh sebab itu saya

draft • 5:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

tekankan bahawa kerajaan memberikan sepenuh komitmen kerajaan untuk memastikan supaya keadilan dapat ditegakkan.

Oleh sebab itu saya sekali lagi dengan rendah diri memohon supaya kita melihat bahawa di sini penimbang tara atau arbitrator bukannya mahkamah, yang mana seorang individu yang telah pun dibuktikan hilang kelayakan ataupun telah terbatal. Jadi, kerajaan melaksanakan tindakan sewajarnya.

Jadi, kerajaan ingin menangani isu ini dengan berhati-hati. Saya pohon Yang Berhormat sekalian memahami situasi yang kita sedang berhadapan, supaya dapat kita melaksanakan apa juga yang telah kita rancangan itu untuk mencabar keputusan ini tanpa gangguan politik supaya kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

draft • 5:10 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Isu yang sama, boleh saya sambung sedikit?

draft • 5:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Saya rasa saya dah jawab, Yang Berhormat.

draft • 5:10 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Actually, sebenarnya you tak jawab soalan Yang Berhormat Sepanggar.

draft • 5:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Saya rasa cukup tetapi Yang Berhormat boleh beri pandangan. Silakan.

draft • 5:10 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Saya nak sambung daripada soalan Yang Berhormat Sepanggar

draft • 5:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Silakan.

draft • 5:10 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Sebab jawapan yang diminta oleh Yang Berhormat Sepanggar itu ada dalam buku Tommy Thomas. Dia jelaskan di sana dan saya harapkan Yang Berhormat Timbalan Menteri buat penjelasan itu tetapi setakat ini tak dengar. Ada latar belakang dia, saya tidak tahu semua butiran tetapi ada asasnya untuk membayar bayaran sebanyak RM5,300 itu setiap tahun.

Akan tetapi itu bukan relevan kepada tuntutan berbilion-bilion yang sekarang dirunding, dibangkitkan dalam kes arbitration yang sedang ada.

Apa yang pentingnya Yang Berhormat Timbalan Menteri, cadangan saya kepada kerajaan ialah isu ini membimbangkan dan saya cadangkan Kerajaan Pusat keluarkan statement, kenyataan yang jelas dan terperinci contohnya soalan Yang Berhormat Sepanggar tadi sangat penting. Apa asas bayaran tahunan sebanyak RM5,300 itu? Jelaskan secara terbuka, secara telus kepada rakyat Malaysia dan daripada semasa ke semasa, apa-apa tindakan yang dibuat oleh kerajaan untuk membatalkan atau ketepikan penghakiman atau perintah yang dikeluarkan oleh arbitrator ini mesti dijelaskan kepada rakyat khususnya kepada rakyat Sabah. Ini patut dibuat.

draft • 5:10 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Kalau dibuat macam itu, kepercayaan kepada komitmen kerajaan yang disebut tadi yang mana kita sangat hargai, komitmen kita lebih jelas tetapi kalau you tak bagi jawapan yang jelas dan terperinci, memang ada keraguanlah dan kebimbangan apa akan jadi, you know, perlu kah Malaysia bayar dan sebagainya?

Jadi, saya harap cadangan saya akan diterima dan maklumat kerap, terperinci dikeluarkan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia secara regular statement. Itu yang saya minta. Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 5:10 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Cadangan, cadangan, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Boleh? Cadangan.

draft • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Minta penjelasan.

draft • 5:10 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau boleh saya nak mencadangkan? Boleh? Tentang isu ini.

draft • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Boleh saya minta soalan?

draft • 5:10 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri?

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Timbalan Menteri? Nak bagi siapa?

draft • 5:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa cukuplah sebab saya...

draft • 5:10 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Cadangan, cadangan.

draft • 5:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Penting ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 5:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Yang Berhormat, kalau cadangan, kita boleh dengar. Silakan.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Bagi cadangan dahulu.

draft • 5:10 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Sepanggar ya? Okey. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau saya boleh mencadangkanlah because kegusaran rakyat Sabah tentang isu keselamatan ini cukup mendalam.

Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tahu sehingga ke hari ini, Pantai Timur Sabah masih berada di dalam curfew disebabkan oleh ancaman daripada negara jiran kita, Filipina.

So, saya mencadangkan kalau kita melihat kepada negara-negara yang menuntut sesuatu macam contoh China tuntut Pulau Spratly, apa yang mereka lakukan? Mereka membina pangkalan tentera di sana. So, saya mencadangkan

draft • 5:10 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

kepada kerajaan agar untuk menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan tentang isu keselamatan di Sabah, saya mencadangkan agar dibina satu pangkalan tentera terbesar negara di Pantai Timur Sabah dan kemudian keluarkan Pantai Timur Sabah ini daripada curfew untuk membuktikan kepada Filipina bahawa Malaysia serius mempertahankan negeri Sabah ini daripada diclaim oleh negara Filipina. Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar.

draft • 5:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tanya soalan?

draft • 5:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Okey, terima kasih.

draft • 5:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya pun nak beri cadangan juga.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Puchong.

draft • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkenaan dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan bahawa kerajaan dalam proses nak mengambil tindakan. Kemudian minta supaya tidak ada campuran politik dan sebagainya. Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri kena faham, ini bukan soal politik. Kita Ahli Parlimen. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepanggar dan Yang Berhormat Kota Belud itu cukup penting.

Kita hendak supaya ia dijelaskan dalam Dewan yang mulia ini, apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan. Bila dan apakah hasil yang ingin kita capai melalui tindakan itu supaya kita dapat berikan maklumat tersebut kepada seluruh rakyat Malaysia yang juga ingin “Kita ambil tindakan” and that sort of thing. Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 5:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sikit sahaja.

draft • 5:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kota Belud.

draft • 5:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Silakan.

draft • 5:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja. Sedikit sahaja.

draft • 5:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Kejap Yang Berhormat Kota Belud, kita bagi Yang Berhormat Shah Alam. Silakan.

draft • 5:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sepanglah.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Sepang.

draft • 5:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta maaf. With due respect, saya tadi agak terkejut bila Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tadi arbitration bukan mahkamah. Betul, saya setuju arbitration bukan mahkamah tetapi kalau jawab begitu, seolah-olah kita meremehkan award yang diberikan oleh badan timbang tara ini.

Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tahu, dalam kes-kes yang melibatkan 1MDB pun banyak kes-kes yang melibatkan timbang tara. Jadi, saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawapan tadi itu kalau boleh abandon ataupun tarik balik sebab apa, jawapan itu nampaknya menunjukkan seolah-olah kita tidak menghormati keputusan timbang tara.

Jadi, saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tarik balik kenyataan itu dan kalau boleh kita bersama- sama menyokong sebarang tindakan untuk mengetepikan award itu. Sekian, terima kasih.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Okey, terima kasih.

draft • 5:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Yang Berhormat Sepang, saya menyatakan bahawa penimbang tara juga adalah penting dan apa juga keputusan yang diberikan dengan pihak mahkamah juga adalah penting. Saya nak maklumkan di sini, apa juga yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat- yang Berhormat sekalian telah pun dibangkitkan kepada Yang Berhormat Menteri pada 10 Mac yang lalu.

Jadi, memang di dalam Hansard pun semua ada dan telah pun dijawab dengan panjang lebar. Saya kira apa yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat telah pun dijawab secara terperinci oleh Yang Berhormat Menteri, jadi tak perlu saya ulang. Ya, Yang Berhormat Kota Belud, saya faham apa yang menjadi kerisauan dan kebimbangan Yang Berhormat.

draft • 5:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini bukan kerisauan yang kita buat berubah-ubah.

draft • 5:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Saya faham.

draft • 5:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Ini kerisauan yang setiap kali pilihan raya, dia akan timbul.

draft • 5:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, saya setuju, tadi saya– yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepanggar, saya sudah cakap dalam bahas Titah Diraja saya untuk meletakkan aset military kita di tempat yang strategik. Yang Berhormat Puchong mengatakan - sebab itu saya bawakan usul ini untuk dibincangkan di dalam Dewan.

Kita tidak boleh sekadar mengeluarkan statement. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri perasan, sekarang ini seolah-olah bukannya Pewaris Sulu yang tuntut tahu, ini Kerajaan Filipina, dia openly debate this. So, kita tidak boleh hanya mengeluarkan statement semata-mata.

Kenapa kita tidak bagi tahu once and for all bagi tahu dengan dia orang bahawa tolong turunkan tuntutan Sabah ini daripada kamu punya constituency, turunkan tuntutan Sabah ini daripada Act. 5446 of the Philippines. Once and for all. Menteri KLN ada di sini, saya harap perkara ini diambil pandangan yang sangat serius. Kita selesaikan, hadapi perkara ini, jangan takut, kita hadapi perkara ini, selesaikan once and for all. Muktamadkan.

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.

draft • 5:20 PM

Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Boleh kah saya bertanya juga Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua?

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Silakan.

draft • 5:20 PM

Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Saya hendak tanya sahaja.

Adakah kita mengiktiraf Penimbang Tara dari Spain ini? Adakah mereka mempunyai jurisdiction terhadap apa yang berada dalam negara ataupun apa yang dikemukakan oleh pihak-pihak tertentu ini. Saya ingin tahu.

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Jadi, bagi menjawab soalan ini, kita melihat bahawa kerajaan telah pun mengambil tindakan perundangan untuk mencabar kesahihan (validity) pelantikan Penimbang Tara dan juga prosiding timbang tara tersebut di mahkamah tempat timbang tara tersebut iaitu di Madrid Sepanyol seperti berikut:

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

(i) memohon pengiktirafan dan juga penguatkuasaan perintah deklarasi dan juga injunksi bagi menghentikan prosiding timbang tara di Sepanyol yang mana telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sabah pada 14 Januari;

(ii) mohon pembatalan pelantikan Penimbang Tara daripada 29 Jun 2021. Mahkamah di Madrid telah perintahkan bahawa serahan notis kepada Kerajaan Malaysia tidak teratur dan sebab itu 7 Julai hingga 8 Julai, Mahkamah Madrid telah mengeluarkan perintah-perintah selanjutnya membatalkan pelantikan Timbang Tara. Oleh itu semua tindakan dan keputusan timbang tara tersebut adalah terbatal dan tidak sah dari segi undang-undang.

Jadi, sebab itu juga memohon untuk mengetepikan Partial Award on Jurisdiction bertarikh 25 Mei 2021 yang dikeluarkan oleh Penimbang Tara yang mana Mahkamah Madrid pada 13 Oktober 2021 telah pun memutuskan bahawa Partial Award on Jurisdiction adalah tidak sah dan juga terbatal.

Juga memfailkan satu aduan jenayah (criminal complaint) kepada Peguam Negara Sepanyol pada 14 Disember 2021 terhadap Penimbang Tara, memandangkan beliau telah pun mengingkari keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 29 Jun 2021 dengan meneruskan prosiding timbang tara di Perancis.

Jadi, sebelum itu – sebelum Final Award dikeluarkan pada 28 Februari 2022, kerajaan juga telah mengambil tindakan perundangan bagi menangani tuntutan tersebut di Perancis. Antaranya dengan memfailkan rayuan kepada– perintah Mahkamah Tribunal de Grande Instance di Paris, Perancis bertarikh 29 September 2021 yang telah mengiktirafkan Partial Award on Jurisdiction yang telah pun dikeluarkan oleh Penimbang Tara pada 25 Mei 2020 yang mana rayuan tersebut telah pun dipohon oleh penuntut di Paris, Perancis secara Ex- parte dan tanpa pengetahuan kerajaan dengan tujuan untuk memintas keputusan Mahkamah Madrid bertarikh 29 Jun 2021.

Juga, memfailkan permohonan pergantungan perintah tersebut. Pada 16 Disember 2021, Mahkamah Rayuan Perancis telah pun membenarkan permohonan untuk menggantung perintah tersebut bagi memastikan tiada award dikeluarkan oleh Penimbang Tara sebelum permohonan rayuan terhadap perintah tersebut diputuskan oleh mahkamah.

Memandangkan Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan tersebut, kerajaan telah pun memfailkan permohonan untuk membatalkan Final Award bertarikh 28 Februari 2022 di tempat Timbang Tara tersebut, seat of arbitration

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

dengan izin iaitu di Paris, Perancis bagi memastikan Final Award yang tidak sah tersebut tidak dikuatkuasakan di bawah New York Convention oleh Penuntut pada bila-bila masa dan di mana jua agar kepentingan kerajaan sentiasa terpelihara.

Jadi, di bawah Convention on the Recognition and Enforcement of Foreign Arbitral Awards New York Convention, Award yang dikeluarkan oleh penimbang tara di negara anggota konvensyen tersebut boleh dikuatkuasakan di mana-mana negara anggota yang lain konvensyen tersebut.

Jadi, memandangkan usaha yang sedang dijalankan untuk membatalkan final award tersebut dan mencabar semua tindakan yang diambil oleh penuntut, semua maklumat terperinci mengenai hal ini tidak dapat didedahkan bagi memastikan usaha serta tindakan kerajaan untuk memelihara kepentingan negara tidak terjejas.

Saya harap dengan apa yang saya sebutkan ini, dapat memberikan sedikit gambaran yang mana menunjukkan komitmen Kerajaan Malaysia serta keseriusan kita mengambil kira tentang perkara ini Yang Berhormat, terima kasih.

draft • 5:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, teruskan Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Silakan.

draft • 5:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Last ya. Yang Berhormat Timbalan Menteri, baik. Tengok macam mana persistentnya mereka, daripada Madrid pergi Paris, Paris ini yang terbaharu, tahun 2022, Februari.

Oleh sebab itu saya beritahu, ini bukan soal iktiraf atau tidak iktiraf. Tentang arbitrasi Award ini, ini tindakan kita yang tegas, next. Apa yang kita mahu buat?

Saya punya goal adalah untuk dibawa bahas di dalam Dewan ini supaya kita sebagai Ahli Parlimen Kerajaan Persekutuan Malaysia sebulat suara untuk beritahu Kerajaan Filipina untuk drop claim ini over Sabah. Once and for all. Dengan tegas, ini suara yang berat bah ini kalau kita bersama dalam Parlimen. Itulah goal saya untuk bawa usul ini Tuan Yang di-Pertua.

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

draft • 5:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Saya harap Menteri Undang-undang faham ya.

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Terima kasih Yang Berhormat. Goal Yang Berhormat juga adalah merupakan goal kita juga. Sama-sama kita masuk dalam gol *insya-Allah.

[Ketawa]* Ya, serius sangatkan...

draft • 5:20 PM

Tuan Ma'mun bin Sulaiman - Kalabakan

Ini serius, jangan ketawa.

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Ya serius. Oleh sebab itu saya cakap serius. Jadi, saya juga hendak terus sambung. Yang Berhormat Sungai Buloh juga ingin tahu apakah status terkini kes Datuk Hasanah yang sepatutnya dibicarakan semula.

Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, kes ini telah pun didaftarkan sebagai Kes Nonbor WA-4513-04-2019 yang mana Pendakwa raya melawan Hasanah binti Abdul Hamid di Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur. Jadi, pada 12 April 2021, pihak pendakwaan telah memohon Perintah Pelepasan Tanpa Pembebasan (DNAA) terhadap tertuduh. Mahkamah telah pun memberikan perintah tersebut menurut subseksyen 254 Sub 3 Kanun Tatacara Jenayah dan melepaskan tertuduh tanpa dibebaskan.

Seterusnya, saya ingin menyentuh untuk inisiatif di bawah Memorandum Persefahaman dan juga Kestabilan Politik.

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 5:20 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, fakta yang disebut dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah fakta yang saya telah sebut apabila saya bangkitkan isu ini.

Soalan saya ialah, poin yang penting masih belum dijawab ialah, pada masa pendakwaan menarik balik tuduhan terhadap Datuk Hasanah pada 12 April, pendakwaan memberi jaminan kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hasanah akan dituduh semula atas tuduhan yang asal. Oleh sebab itu Hakim membenarkan pelepasan tanpa acquittal. Dia discharge not amounting to acquittal. Itu berlaku pada 12 April 2021, tahun lepas.

Gambaran yang diberikan kepada Hakim untuk mendapat perintah itu ialah ini akan dibuat tidak lama lagilah, dalam tempoh yang munasabah. Akan tetapi, sampai sekarang Datuk Hasanah tidak dituduh semula. Ini akan membangkitkan keraguan, kemusykilan di peringkat rakyat. Apa sudah jadi? Adakah deal – kah apa- apa lagi yang dibincang dan diselesaikan.

So, inilah saya minta diperjelaskan oleh kerajaan. Akan tetapi dalam jawapan itu, saya tidak dengar apa-apa penjelasan itu. Saya harap ini diambil serius, jawab itu. Kenapa Datuk Hasanah tidak didakwa semula? Dia didakwa asalnya, pada mulanya buat Criminal Breach of Trust (CBT) terhadap jumlah besar sebanyak USD50 bilion dengan izin, itulah tuduhan asal. Apa sudah jadi dengan tuduhan itu?

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh.

draft • 5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tambah sedikit Tuan Yang di-Pertua.

draft • 5:20 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Yang Berhormat Menteri sedikit.

draft • 5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh ya?

draft • 5:20 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Saya ada bahaskan. Saya ada bahaskan juga sentuh tentang kebebasan Kehakiman. Oleh sebab dahulu kita pernah ada Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai video V.K. Lingam. Jadi sampai sekarang kita tidak pernah dengar ada apa-apa tindakan daripada cadangan suruhanjaya.

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Sila Yang Berhormat Sepang.

draft • 5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, tambah sedikit. Yang Berhormat Timbalan Menteri, apabila kes Datuk Hasanah ditarik balik, kami semualah, saya, Yang Berhormat Sungai Buloh, Yang Berhormat Puchong, kami boleh katakan terlibat dengan kes-kes jenayah. Jadi, saya hendak tanya dengan Yang Berhormat sedar bahawa apabila ditarik balik itu, dengan kita bagi perintah discharge not amounting to acquittal (DNAA) dengan izin, ini bermakna ketika itu secara logiknya pihak pendakwa tidak bersedia lagi untuk menjalankan kes. Persoalan saya kenapa tidak bersedia itu? Adakah memang saksi tidak adakah? Ataupun keterangan hilangkah, apa-apa lah. Minta beri penjelasan, satu.

draft • 5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Keduanya, apabila janji untuk dakwa balik, tiba-tiba tidak dakwa balik. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, kes jenayah ini apabila makin lama dilanjutkan, apabila lama tidak didakwa, ia ada kaitan nanti dengan quality of evidence itu kerana apabila kes makin lama― sebab keterangan saksi berdasarkan memori. Apabila kes lama nanti, memori makin lupa, saksi punya kualiti akan semakin berkurang.

Bermakna usaha untuk mendapatkan sabitan mungkin akan terjejas.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri sedar dan adakah mendapat penjelasan daripada pihak Peguam Negara, kenapakah pendakwaan ini sampai sekarang tidak lagi diteruskan? Sekian, terima kasih.

draft • 5:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Terima kasih Yang Berhormat. Jadi untuk kes Hasanah ini, ia di bawah DNAA. Maksudnya, bila-bila masa kalau hendak dituduh semula, tidak menjadi masalah. Jadi, sebab itu kita melihat bahawa sekiranya apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat sekalian, ia akan diberikan perhatian oleh kita. Terima kasih.

Saya ingin meneruskan.

draft • 5:30 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Mana penjelasan itu?

draft • 5:30 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Minta penjelasan. Tidak jelas.

draft • 5:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Saya sudah jawab tadi, Yang Berhormat.

draft • 5:30 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Jawapan itu, maksudnya tidak ada penjelasan.

draft • 5:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Izin saya untuk teruskan.

draft • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Minta penjelasan mungkin soalan lain- lain.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

You should be prepare semasa datang sini. Jangan baca sahaja. Prepare lah. Tidak prepare kah?

draft • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Timbalan Menteri, mungkin saya boleh halakan direct question. Boleh beritahu kepada Dewan yang mulia ini kenapa kes itu diDNAAkan? Satu soalan sahaja. Senang.

draft • 5:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Maaf, saya tidak boleh beritahu di sini.

draft • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tetapi itu soalan yang dibangkitkan.

draft • 5:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Okey.

draft • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kenapa tidak boleh dijawab? Tidak ada diberikan atau macam mana? Mungkin bekas Tuan Yang di-Pertua boleh bantu dia duduk di situ. Tetapi this is important kerana kita tanya soalan itu kerana kita hendak dapat maklumat itu...

draft • 5:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Saya faham, Yang Berhormat. Saya faham, Yang Berhormat.

draft • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

...Supaya kita dapat pastikan dan tahu apa sebab. So, adakah diberitahu ataupun tidak diberitahu? Tidak ada maklumat?

draft • 5:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Saya tidak ada maklumat itu. Saya secara peribadi, saya tidak ada maklumat itu.

draft • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Memanglah secara peribadi tidak ada maklumat tetapi secara Timbalan Menterinya, ada maklumat ataupun tidak?

[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan

draft • 5:30 PM

Mesyuarat] Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Saya tidak ada maklumat itu.

draft • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Baik, Tuan Yang di-Pertua. Bekas PO fahamlah.

[Ketawa]

draft • 5:30 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Silakan, Menteri, jalan.

draft • 5:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Harus juga ditekankan bahawa selain untuk kita mengekalkan kestabilan, memorandum persefahaman dan juga kestabilan yang ditandatangani oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan telah pun memberi impak secara langsung kepada negara.

Selain daripada pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 yang telah pun diwartakan pada 11 Februari 2022 yang lalu serta undi 18, kerajaan juga komited dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif lain di bawah memorandum persefahaman ini.

Jadi, saya ingin menyentuh berkenaan dengan― ada Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Seremban di sini? Tidak ada ya. Jadi, saya ingin menyentuh tentang perkara ketiga iaitu pemerkasaan institusi Parlimen.

Kerajaan sentiasa positif dalam menambah baik institusi Parlimen untuk memastikan semak dan imbang dalam kepimpinan kerajaan sentiasa diperkasakan.

draft • 5:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, pasal MoU tadi. MoU ini, Tuan Yang di-Pertua, dimeteraikan ialah untuk tujuan bagi kestabilan politik. Itulah yang disarankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang kita bahaskan titah baginda pada hari ini.

Akan tetapi malangnya, bagi saya, ialah di sebelah kerajaan tidak memahami persoalan hasrat untuk mewujudkan kestabilan politik sehingga mencetuskan dua pilihan raya negeri iaitu di Melaka dan juga di Johor. Hari ini, riuh rendah di PWTC ialah untuk mempercepatkan proses pembubaran parlimen. Ini sudah macam mereka hendak merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong. Berbincang di PWTC untuk isu hendak mempercepatkan pembubaran parlimen. Sedangkan kita hendak berhadapan dengan kestabilan politik. Kita hendak pastikan kestabilan politik itu wujud.

Saya fikir bahawa menjelang Ramadhan pada minggu hadapan ini, saya fikir tidak sepatutnya di PWTC mereka berbincang soal bubar Parlimen. Kita seharusnya membincang soal macam mana hendak sambut Ramadhan. Ini yang sepatutnya.

Tetapi malang...

draft • 5:30 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat, satu soalan sahaja.

draft • 5:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ke arah rakan saya dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya setuju dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa jangan rampas kuasa raja. Akan tetapi, Presiden parti Yang Amat Berhormat, Timbalan Presiden parti Yang Amat Berhormat macam hendak rampas kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Jadi, saya sedih tengok kawan saya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari ini. Jadi ini sepatutnya, bagi saya, bahawa jangan dilayanlah.

draft • 5:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Yang Berhormat.

draft • 5:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, jangan dilayan mereka ini yang duduk minta terkial-terkial.

draft • 5:30 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Pokok Sena, apa persoalannya?

draft • 5:30 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 5:30 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Apa penjelasannya?

draft • 5:30 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Yang Berhormat Menteri, boleh bagi sedikit?

draft • 5:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Begitu bersemangat sekali. Saya yakin dan percaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita seorang yang berpegang pada janji. Pastinya dengan apabila termeterai memorandum persefahaman di antara kerajaan dan juga pihak Pakatan Harapan buat kali pertamanya yang menjadi cerminan untuk kestabilan negara, pastinya perkara itu juga bukan hanya mendengar setakat permintaan daripada partinya tetapi harus juga maksudnya menerima dan juga menghormati juga pandangan pihak yang lain.

draft • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 5:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Dan juga wakil daripada pihak Pakatan Harapan juga telah pun mewakili Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik. Saya kira pandangan Yang Berhormat boleh kita minta untuk salurkan pandangan tersebut kepada jawatankuasa tersebut dalam usaha kita membuat keputusan consensus berkenaan perkara ini. Terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang berbangkit ini melibatkan Ahli Parlimen Bera, Perdana Menteri. Beliau ada dalam Dewan sekarang. Kenapa beliau tidak boleh bangun dan jawab dan membantu berkenaan hal itu? Mungkin beliau ada peluang untuk memberi pandangan berkaitan perkara ini. Ini isu yang serius di mana ditanya berkenaan dua pilihan raya negeri.

Mungkin kita boleh dengar pandangan dan pendapat daripada Yang Amat Berhormat

draft • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Bera yang ada di sini bersama dengan kita hari ini. Sila jawab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih.

draft • 5:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Elok sangat.

draft • 5:30 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Saya...

draft • 5:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, rakyat letih ini. Rakyat letih.

draft • 5:30 PM

Perdana Menteri - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Saya tak dengar perbahasan. Jadi, saya tak nak jawab apa yang saya tak dengar.

draft • 5:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Isu pilihan raya. Isu pilihan raya.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kita ulang balik perbahasan.

Boleh?

draft • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tak boleh kata tak dengar perbahasan. Ini Dewan Rakyat.

draft • 5:30 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Pokok Sena, Perdana Menteri telah menyatakan.

draft • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Dia tidak dengar perbahasan tapi dalam Dewan. Ini bagus.

draft • 5:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Yang Berhormat, saya banyak lagi isu tapi masa dah selesai.

draft • 5:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Isu pilihan raya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Rakyat dah letih ini.

draft • 5:30 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Menteri perlu masa?

draft • 5:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Saya banyak lagi. Jadi, saya mohon untuk menjawab secara bertulis.

draft • 5:30 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Yang Berhormat Pokok Sena, tak payah jaga rumah tangga oranglah. Jaga rumah tangga sendiri.

draft • 5:30 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Saya bagi lagi lima minit.

draft • 5:30 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Amanah pun dah jadi ‘marang kerapu kepunting’. Tak tahu apa. Tak usah cakap fasal UMNO. Ini Perhimpunan Agung UMNO, biar UMNO yang usulkan.

draft • 5:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tak. Rumah tangga UMNO pun pening kepala. Saya pun tak nak jaga.

draft • 5:30 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Kalau Amanah minat, minta masuk Barisan Nasional. Yang Berhormat Pokok Sena boleh...

draft • 5:30 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 5:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 5:30 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat...

draft • 5:30 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Perhimpunan Agung pun tak putus lagi soal pilihan raya.

draft • 5:30 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Tuan Yang di-Pertua, Rompin sikit.

draft • 5:30 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Pokok Sena, sila duduk.

draft • 5:30 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Rompin ingin mencelah.

draft • 5:30 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Machang pun mahu mencelah ini.

draft • 5:30 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Tolong Yang Berhormat semua duduk. Yang Berhormat Menteri, saya bagi lagi lima minit dan gulung.

draft • 5:30 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua, Sungai Buloh sini.

draft • 5:30 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Jika Yang Berhormat Menteri memberi laluan. Peraturan 37(1)(b). I am enforcing it.

draft • 5:30 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Betul. Sebab itu saya minta izin Tuan Yang di-Pertua.

draft • 5:30 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Ini last five minutes. I am not going to exceed it anymore. If the Menteri beri laluan, saya benarkan.

draft • 5:30 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Soalan saya...

draft • 5:30 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Tak adil beri kepada Yang Berhormat Sungai Buloh. Machang minta awal lagi. Kalau nak bagi, Machang dahulu, baru Yang Berhormat Sungai Buloh.

draft • 5:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Menteri yang bagi.

draft • 5:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Saya tak nampak Yang Berhormat Machang. Yang Berhormat Machang tak sebut. Saya nampak Yang Berhormat Sungai Buloh direct. Minta maaf. Silakan.

draft • 5:30 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Okey, terima kasih.

draft • 5:30 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Ini double standard ini, Yang Berhormat Menteri. Tak boleh macam ini.

draft • 5:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Tak apa. Saya boleh bagi kepada Yang Berhormat Machang selepas ini. Saya no problem. Okey, silakan.

draft • 5:30 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dalam perbahasan saya, saya bangkitkan isu yang penting iaitu status siasatan terhadap Yang Berhormat Pekan atas tuduhan penglibatan beliau dalam pembunuhan Altantuya. Ini jelas daripada akuan bersumpah ataupun statutory declaration yang dibuat oleh Inspektor Azilah yang telah disabitkan untuk pembunuhan itu. Dia kata secara terus-terang dalam dokumen itu yang ada di ruang awam bahawa Yang Berhormat Pekan yang arahkan dia membuat pembunuhan itu.

Jadi, selepas itu, mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas buka siasatan semula lagi, hantar DPP Kanan ke Australia untuk menemu duga Koperal Sirul.

draft • 5:30 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Koperal Sirul mengesahkan mengikut kenyataan daripada Tan Sri Tommy Thomas versi yang sama walaupun dua-dua ada di tempat yang berlainan. Jadi selepas itu siasatan berjalan mengikut tulisan Tan Sri Tommy Thomas. Saya tanya dan saya harap dijawab sekarang apakah status siasatan itu selepas peletakan jawatan oleh Tan Sri Tommy Thomas pada Februari 2020? Berapakah saksi yang telah ditemu duga? Apakah hasil siasatan dan apakah pandangan Peguam Negara atas hakikat fakta iaitu versi Inspektor Azilah dan versi Koperal Sirul sama tentang arahan yang diterima oleh Yang Berhormat Pekan untuk membunuh Altantuya. Itu sangat serius ya. Kita kena dapat jawapan.

draft • 5:40 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Okey. Terima kasih, Yang Berhormat. Saya tidak ada maklumat tentang perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Saya tidak akan mendahului untuk tindakan perundangan ini. Saya mohon maaf. Saya minta untuk Yang Berhormat Machang boleh bangun.

draft • 5:40 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 5:40 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Saya harap dijawab secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua, saya harap soalan saya penjelasan saya minta dijawab sekuang-kurangnya secara bertulis. Oleh sebab saya bangkit dengan terang-terang di dalam perbahasan. Tidak boleh bercakap saya tidak ada maklumat. Boleh saya dapat arahan itu daripada Tuan Yang di-Pertua kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri?

draft • 5:40 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Sebagaimana yang...

draft • 5:40 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Okey, saya akan bagi jawapan secara bertulis.

draft • 5:40 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Sebagaimana yang telah dipohon oleh- dipersilakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 5:40 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi laluan.

draft • 5:40 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Okey.

draft • 5:40 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Ini adalah satu dakwaan yang terlalu tidak berasas yang telah dilemparkan oleh contohnya daripada Yang Berhormat Pokok Sena. Dalam sebuah parti yang besar seperti UMNO ini sudah tentu ada kepelbagaian pendapat tetapi ia bukan bererti dimuktamadkan dan diputuskan. Kalau Yang Berhormat Pokok Sena hendak tahu, ini minta izin Yang Berhormat Timbalan Menteri.

UMNO ini parti besar hendak banding dengan Amanah tidak boleh. Kalau biasa duduk dalam perahu yang kecil tetapi tidak pernah duduk dalam perahu yang besar, itu beza. Jadi bagi saya yang akan menentukan adalah Perhimpunan Agung dan sebahagian Ahli-ahli Parlimen, pemimpin-pemimpin dalam UMNO senang tidak ada masalah dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Bera sebagai Perdana Menteri dan bukan semua yang membangkitkan soal isu pilihan raya awal atau pilihan raya diadakan lewat.

Kita dan juga dakwaan yang mengatakan bahawasanya kita seolah-olah mengambil kerja Yang di-Pertuan Agong ini terlalu tidak berasas. Ini adalah suatu tuduhan yang terlalu melampau.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 5:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri yang sebut dalam kenyataan dia hari ini.

draft • 5:40 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Biarlah saya habis, Yang Berhormat Pokok Sena sudah cakap banyak, Yang Berhormat Pokok Sena ini selalu...

draft • 5:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Amat Berhormat yang sebut.

draft • 5:40 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Yang Berhormat, saya ada lagi...

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Pembesar suara dimatikan] Yang Berhormat, tolong.

draft • 5:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tolong. Duduklah. Duduklah, duduk. Ini bukan masa berbahas, Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 5:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena, tolonglah. Jangan macam ini. Yang Berhormat Machang teruskan.

draft • 5:40 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Saya ingat Yang Berhormat Pokok Sena patut menarik balik dengan menuduh seolah-olah kita mengambil kerja Tuanku Yang di-Pertuan Agong ini tidak betul. Untuk makluman Yang Berhormat Pokok Sena, saya boleh bekalkan Perlembagaan UMNO tahu. UMNO lah yang menjunjung institusi raja mempertahankan sehingga akhir hayat, Raja Berperlembagaan dalam negara ini.

Kalau tidak faham, mari masuk dalam UMNO sekejap, hendak keluar balik, keluar lah masuk Amanah.

draft • 5:40 PM

[Dewan riuh]

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Ada faham?

draft • 5:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Machang.

draft • 5:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Ketereh senyum sahaja.

[Ketawa]

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh habiskan?

draft • 5:40 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Okey, saya ada banyak lagi Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya mohon untuk menjawab secara bertulis. Jadi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu sepanjang tempoh perbahasan dan yang tidak dapat saya jawab itu akan kita berikan jawapan secara bertulis. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Maka dengan itu, tamatlah penggulungan Menteri-menteri bagi Usul Titah Diraja pada kali ini. Maka demikian Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Yang Berhormat dari Jempol ini hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Diputuskan, “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang

draft • 5:40 PM

di-Pertuan Agong, demikian bunyinya

“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon

draft • 5:40 PM

di-Pertuan Agong, demikian bunyinya

ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen yang Keempat Belas”.]

draft • 5:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ramai belah Menteri tidak hadir termasuk Menteri-menteri Kanan tidak hadir, ini sejarah ini.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

draft • 5:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sejarah, Tuan Yang di-Pertua.

Sejarah menerima Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia ini tanpa kehadiran ramai daripada Menteri-menteri.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena, sudah habis sudah ini.

draft • 5:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ramai-ramai, khususnya Menteri-menteri sebelah..

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Pembesar suara dimatikan] Yang Berhormat, tolong.

Ahli-ahli Yang Berhormat..

draft • 5:40 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Yang Berhormat Pokok Sena mengganggu tugas Tuan Yang di-Pertua boleh ambil tindakan ini.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Betul-betul, tetapi saya bagi peluanglah sebab sudah pukul 5.45 petang.

Ahli-ahli Yang Berhormat, maka Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Isnin, 21 Mac 2022. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

draft • 5:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.45 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026