Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli Yang Berhormat, sekarang saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Izinkan saya pada pagi ini menceriakan suasana pagi dengan sebuah pantun.
*Ibnu Sina saintis terbaik; Ulama tersohor lagi beriman.
Soalan saya nombor wahid; Kereta elektrik menjadi persoalan.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
1. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, apa perancangan kementerian dalam usaha untuk membangunkan industri kenderaan elektrik (EV) tempatan memandangkan industri kenderaan elektrik ini semakin berkembang dan diterima di seluruh pasaran dunia.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Lim Ban Hong
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Tuan Yang di-Pertua, di bawah Dasar Automotif Nasional 2020 atau singkatan NAP 2020, hala tuju industri automotif tempatan telah ditetapkan untuk dibangunkan dan dikembangkan sebagai hab automotif serantau bagi kenderaan cekap tenaga atau secara ringkasnya EEV termasuk EV dengan ciri-ciri next generation vehicle dengan izin yang berfungsi bukan sahaja dari segi pengurangan dalam pelepasan karbon di dalam udara tetapi juga keupayaan dalam mengoptimumkan tenaga yang digunakan.
Bagi mencapai hasrat tersebut, usaha-usaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah seperti berikut; Pertama menubuhkan Electric Vehicle Taskforce yang turut dianggotai oleh kementerian, agensi dan juga pihak swasta yang berkaitan, pembangunan industri EV bagi menambah baik strategi sedia ada serta merangka strategi baharu bagi memperkukuhkan pembangunan industri EV di Malaysia.
Kedua, bagi memastikan Malaysia berupaya meningkatkan daya saing dalam menarik pelaburan dalam sektor EV, kerajaan telah menawarkan insentif bukan sahaja kepada pengeluar kenderaan dan komponen atau OEM tetapi juga merangkumi pengguna secara amnya seperti yang telah diumumkan di dalam Belanjawan 2022.
Ketiga, penawaran pelbagai bantuan dan sokongan oleh kerajaan kepada syarikat yang berhasrat untuk membangunkan komponen kritikal seperti sistem
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Lim Ban Hong
pengurusan bateri (BMS), sistem pengurusan haba (TMS), Light Detection and Ranging
(LIDAR), dan rangkaian Radio Detection and Ranging (RADAR).
Sokongan ini adalah berbentuk program pembangunan vendor seperti Program Kecemerlangan Pembekal Automatif, Program Sistem Pembuatan Lean dan Program Digital Engineering and Prototyping yang diterajui oleh agensi di bawah MITI iaitu Malaysia Automotive Robotics and IOT Institute (MARii). Program-program ini menyediakan bantuan teknikal dan perundingan bagi meningkatkan kompetensi syarikat automotif tempatan supaya lebih berdaya saing dan mampan di peringkat global.
Keempat, penubuhan beberapa buah pusat kecemerlangan seperti di MARii Design Centre, National Emission Testing Centre dan MARii Academy of Technology yang berpusat di Rawang, Selangor juga dapat meningkatkan keupayaan kejuruteraan tempatan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan R&D, pengujian dan pembangunan teknologi EEV. Di samping itu, pembangunan EV Interoperability Centre
(EVEC) akan dilaksanakan pada tahun ini.
Tuan Yang di-Pertua yang kelima, pembangunan standard-standard berkaitan industri EV seperti sistem pengecasan, aktiviti pelupusan bateri, battery swapping, wireless charging dan lain-lain turut diberikan perhatian bagi memastikan teknologi EV yang diguna pakai akan dibangunkan dalam negara ini adalah seragam, selamat dan berkualiti, Keenam, kerajaan turut menggalakkan syarikat tempatan untuk meneroka peluang perniagaan yang baharu serta bekerjasama dengan pengeluar dan pemasang automotif dan pembekal stesen pengecasan dalam membangunkan satu ekosistem yang menyeluruh bagi penggunaan EV di Malaysia.
Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, NAP 2.0 dan Pakej Insentif EV di bawah Belanjawan 2022 akan menjadi pemangkin ke arah pembangunan ekosistem industri EV tempatan supaya industri automatif negara terus relevan dan mampu bersaing serta menyokong rantaian bekalan global. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan pertama Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Dijangka pada tahun 2025 nanti, iaitu tidak sampai tiga tahun lagi, industri kereta elektrik ataupun EV ini akan menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
Memandangkan perlu kepada kerajaan mempersiapkan infrastruktur termasuklah infrastruktur pengecasan kereta elektrik ini, ia adalah amat penting. Apakah usaha pihak kerajaan untuk menambah stesen pengecasan EV ini di dalam negara ini khususnya di kawasan-kawasan selain dari Kuala Lumpur? Terima kasih.
Datuk Lim Ban Hong
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, di bawah Pelan Induk Low Carbon Mobility Blueprint singkatannya LCMB telah menetapkan sasaran pemasangan infrastruktur pengecasan awam EV sekurang-kurangnya 10 ribu menjelang tahun 2025. Bagi mencapai sasaran ini, Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) telah memainkan peranan dalam mewujudkan kerjasama awam dan swasta dalam memacu pembangunan infrastruktur stesen pengecasan EV sedia ada dan baharu.
Menurut MGTC, pada masa ini telah wujud lebih kurang 300 buah stesen pengecasan di bawah kerjasama ini. Dianggarkan jumlah keseluruhan stesen pengecasan sedia ada untuk pengguna EV di Malaysia sekurang-kurangnya 600 buah stesen.
Pada masa ini terdapat insentif cukai dan juga bantuan kewangan yang telah ditawarkan oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat yang ingin membina infrastruktur ini seperti pengecualian cukai pendapatan melalui galakan taraf perintis atau elaun cukai pelaburan bagi aktiviti perkhidmatan teknologi hijau termasuk stesen pengecasan EV dan juga kemudahan pembiayaan Green Technology Financing Scheme 3.0 untuk
Datuk Lim Ban Hong
menyokong sustainable and responsibility investment serta menggalakkan amalan standard lestari di Malaysia.
Datuk Lim Ban Hong
Di bawah Bajet 2022, insentif pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 juga disediakan bagi kos pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa beli peralatan atau yuran langganan kemudahan pengecasan EV. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, memandangkan Negara China satu negara yang ada kenderaan elektrik yang terbesar di dalam dunia; yang kedua ialah Amerika Syarikat dan UK. Adakah Kerajaan Malaysia akan bekerjasama, joint venture dengan Negara China untuk membuat kenderaan elektrik EV di Malaysia ini? Minta penjelasan.
Datuk Lim Ban Hong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Bintang. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kita lihat kepada perkembangan industri EV tempatan, syarikat- syarikat automatif tempatan telah mula merancakkan pengeluaran kereta Energy Efficient Vehicle (EEV) sejak NAP 2014 dilancarkan dan sejak itu kita tengok pelbagai jenama kereta hybrid telah diperkenalkan oleh syarikat-syarikat yang bertapak di Malaysia seperti Honda, Volvo, BMW dan Mercedes-Benz. Untuk kerjasama dengan negara China seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Bintang, kita sedia maklum bahawa syarikat Proton mempunyai rakan strategiknya dari Negara China iaitu Geely di mana Geely juga memiliki teknologi untuk menghasilkan kereta EV dan saya hendak maklumkan bahawa syarikat Proton dan juga Perodua telah mula mengadakan perbincangan dengan rakan strategik masing-masing untuk meneroka aktiviti pengeluaran EV di masa depan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Pertanyaan Jawab Lisan seterusnya saya jemput Yang Berhormat Datuk Rozman bin Isli, Yang Berhormat Labuan.
2. Datuk Rozman bin Isli [Labuan] minta Perdana Menteri menyatakan, dalam merangka SOP COVID-19 yang lebih berkesan pada Pilihanraya Umum Ke-15, adakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mempertimbangkan untuk membenarkan pengundian pos bagi mereka yang tinggal jauh dari pusat pengundian berdaftar khususnya bagi rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan menetapkan salah satu kelayakan untuk didaftarkan sebagai pemilih ialah dengan bermastautin di mana-mana bahagian pilihan raya.
Bagi maksud tersebut, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menentukan bahagian pilihan raya seseorang pemilih berdasarkan kepada alamat pemastautin pemilih sebagaimana yang ada di kad pengenalan dan juga pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara.
Buat masa ini SPR tidak bercadang untuk memperluaskan kategori undi pos kepada pengundi Sabah dan juga Sarawak yang tinggal di Semenanjung Malaysia.
Kemudahan yang mengundi secara pos hanya diberikan kepada pengundi dalam kategori seperti berikut:
(i) ahli SPR dan juga kakitangan SPR;
(ii) petugas Pilihan Raya;
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
(iii) Tentera, Polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas hari mengundi awal;
(iv) pengamal media yang bertugas membuat liputan pilihan raya di luar kawasan pada hari mengundi;
(v) kakitangan bagi sembilan agensi iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Sukarelawan Simpanan Polis, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kesihatan Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara UTC, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara yang bertugas pada hari mengundi;
(vi) pengundi Malaysia yang berada di luar negara; dan
(vii) pengundi tidak hadir (PTH) luar negara iaitu penjawat awam yang berkhidmat di luar negara serta pasangan dan juga pelajar universiti, institusi tinggi sepenuh masa di luar negara serta pasangan.
Jadi, Suruhanjaya Pilihan Raya menggalakkan pengundi untuk memohon pertukaran bahagian pilihan raya berdasarkan tempat pemastautin terkini bagi memudahkan urusan pengundian bagi satu pilihan raya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan tambahan pertama sila Yang Berhormat Labuan.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Kulai, Kulai.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan.
Soalan tambahan saya, mengapakah larangan membawa telefon bimbit ke dalam pusat pengundian tidak dimasukkan di dalam agenda penambahbaikan sistem pilihan raya dan transformasi imej Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sedang dijalankan oleh kerajaan memandangkan bukanlah satu rahsia bahawa terdapat banyak perlanggaran undang- undang dan unsur-unsur rasuah dengan hanya menggunakan telefon bimbit di dalam pusat pengundian.
Mohon kerajaan nyatakan alasan kukuh mengapa Pilihanraya Kecil DUN N.54 Bugaya sehingga ke hari ini belum dilaksanakan sedangkan sudah tiga pilihan raya dapat diadakan? Terima kasih.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Okey, untuk pengetahuan Yang Berhormat, memang tidak ada keperluan untuk kita melarang membawa telefon bimbit, memang bukannya dalam salah satu syarat dan sebagainya. Cuma hanya yang kita keluarkan adalah larangan untuk tidak mengambil kertas undi itu yang perlu dipatuhi secara dengan penuh tanggungjawab oleh setiap pengundi yang mana kita tengok telah viral pada PRN yang lepas, viral pengundi-pengundi yang tidak bertanggungjawab berkongsi di Muka-Buku berkenaan dengan kertas undi tersebut.
Ini satu perbuatan yang tidak patut dan tidak sewajarnya dan harus kita memberikan, dengan kata lain kita educate pengundi-pengundi lain untuk tidak berbuat demikian. Cukup dengan kita memberikan...
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
[Bangun]
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Maksudnya didik kita punya pengundi-pengundi tentang apa yang perlu ataupun tidak boleh dilakukan. Tentang soal...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat kalah macam itulah.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Soalan saya, kenapakah tidak dimasukkan dalam proses penambahbaikan? Kan lebih baik kalau kita larang sahaja daripada membawa telefon bimbit ke pusat pengundian.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Terima kasih Yang Berhormat. Apa pun cadangan daripada Yang Berhormat akan kita bawakan dalam Mesyuarat SPR nanti dan berkenaan dengan Pilihanraya Kecil Bugaya, saya tidak ada jawapannya pada hari ini dan kita akan jawab secara bertulis. Terima kasih.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Okey, Minister. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang kedua saya jemput, saya hendak bagi wanita. Sila.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Selepas ini.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Tambah satu, saya dulu bangun tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kota Samarahan, sila.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Tambahan.
Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kebanyakan pengundi-pengundi di negeri Sarawak dan Sabah banyak yang tinggal di kawasan tanah besar Semenanjung Malaysia khasnya yang bekerja di kawasan-kawasan industri. Walaupun telah diperkenalkan undi pos tetapi hak mereka masih lagi tidak dapat dilayani dengan baik memandangkan kaedah ataupun teknik ini agak sukar juga untuk memastikan undi pos ini sampai pada masa yang ditetapkan.
Soalan saya adakah pihak kerajaan bercadang untuk meminda kaedah undi pos ini menggunakan kaedah undi awal seperti undi tentera ataupun undi polis memandangkan sesetengah kawasan di Semenanjung ini penduduk Sarawak dan Sabah ini berkelompok, yang mana saya rasa kaedah undi awal itu dapat dilaksanakan.
Adakah pihak kerajaan boleh memikirkan kaedah ini seperti yang berlaku di kawasan Johor sebab populasi rakyat Sabah dan Sarawak yang belum menukar tempat mengundi, masih mengundi di Sarawak, boleh dilakukan menggunakan kaedah undi awal.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Timbalan Menteri menjawab.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
[Bangun]
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan. Sebelum itu saya hendak ucapkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar Johor yang baru mengangkat sumpah semalam iaitu Datuk Onn Hafiz ya, yang menggantikan MB yang lama, dan ucapan penghargaan kepada mantan Menteri Besar Johor yang lama.
Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, sebenarnya tidak ada keperluan lagi untuk kita menggantikan pengundi awal bagi pengundi Sabah dan Sarawak ataupun bukanlah saya hendak- tetapi bukan hanya untuk kita memikirkan tentang pengundi Sabah, Sarawak tetapi juga mungkin pengundi Kelantan yang hendak balik mengundi di Johor dan sebagainya dan bukan hanya tertakluk pada Sabah dan Sarawak saja.
Akan tetapi buat masa sekarang belum ada keperluan lagi untuk kita mengadakan pengundian secara awal itu tetapi apa juga cadangan Yang Berhormat akan kita beri perhatian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Timbalan Menteri.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Menteri satu, saya mohon satu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya beri peluang soalan tambahan ketiga, saya beri peluang Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Aduh, tiga bangun Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Soalan saya...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua, Kulai berdiri dululah. Dari awal-awal you sudah nampak saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya nampak dia dulu.
Itu keputusan saya, Yang Berhormat Kulai. Sila Yang Berhormat Ledang.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Saya dulu tapi tak dapat, Tuan Yang di-Pertua.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Saya sudah mula daripada soalan pertama.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Nanti bagi soalan tambahan.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Tuan Yang di-Pertua, saya dulu tapi tak dapat.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Jika ini pilih kasih.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita lihat Pilihan Raya Negeri Johor baru-baru ini menunjukkan peratus keluar mengundi yang paling rendah, 54.92 peratus. Sasaran SPR ialah 70 peratus. Kita tahu bahawa sebanyak 36,729 kertas undi pos telah dikeluarkan, 7,814 ialah warganegara Johor yang berada di luar negara. Kalau kita ambil anggaran 200,000 orang pengundi Malaysia ada di Singapura, ini hanya 0.04 peratus sahaja yang mendaftar sebagai undi pos.
Jadi soalan saya, apakah punca peratus pengundi ini yang sangat rendah dan apakah peratus rendah undi pos itu disebabkan oleh kerana halangan teknikal dalam mendaftar di laman sesawang SPR. Pada masa yang sama, tidak cukup untuk hebahan dan galakan yang dilakukan kerana memang ramai yang mengadu dan mendakwa bahawa mereka tak dapat masuk, masalah teknikal dan sebagainya, akhirnya mereka tak boleh daftar.
Jadi apakah tindakan pihak SPR dalam perkara ini dan apakah siasatan yang terperinci harus dilakukan terutamanya dalam konteks undi pos dan juga peratus keluar mengundi yang tersangat rendah yang menyebabkan tercemarnya bagi saya, keputusan.
Boleh mencemarkan keputusan Pilihan Raya Negeri Johor. Terima kasih.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Terima kasih Yang Berhormat Ledang di atas soalan yang saya rasa cukup relevan sekali dan Tuan Yang di- Pertua perlu beri ruang juga kepada Yang Berhormat Kulai untuk bertanya soalan selepas ini.
[Ketawa] Yang Berhormat, untuk makluman, saya setuju bahawa pengundian yang berlaku pada PRN Johor itu cukup rendah sekali, hanya 54 peratus dan ini sebenarnya amat tidak baik dalam sistem demokrasi di negara kita. Apabila ramai yang tidak mengundi, maka keputusannya yang sukar nak dijangka.
Oleh sebab itulah antara perkara-perkara yang kita lakukan di pihak SPR, dengan adanya didikan tentang Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), tentang pentingnya untuk mereka balik mengundi dan sebagainya melalui Akademi SPR Malaysia. Selain daripada itu juga, kita melihat bahawa dengan kita memberikan ruang selama sembilan hari itu sebenarnya sudah cukup untuk pendaftaran undi pos untuk tujuh kategori yang telah saya nyatakan tadi yang mana saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah pun berkongsikan tentang keperluan untuk daftar secara undi pos dengan segera kerana sebenarnya daftar secara atas talian hanya memerlukan tiga langkah sahaja.
Yang pertamanya adalah dengan membuat pendaftaran apabila kita klik di laman web https://mysprdaftar.spr.gov.my.
Yang keduanya, ada beberapa keperluan misalnya kena ambil gambar IC dan juga perlu ada selfie supaya muka yang sama juga berada dalam IC dan setelah itu akan
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
ada notifikasi dihantar melalui e-mel. Apabila lulus, dalam tempoh beberapa jam sahaja kemudian notifikasi itu dah boleh terus akses untuk pendaftaran. Sangat mudah Yang Berhormat, sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang panjang dan tidak rumit pun.
Oleh sebab itu apabila dalam teknologi yang canggih ini kita perlu sentiasa dengan izin, educate pengundi-pengundi kita terutama sekali untuk mereka yang berada di bawah tujuh kategori tadi untuk buat perkara yang sama supaya mereka tahu hak mereka sebagai pengundi untuk berkeperluan dan juga besar tanggungjawab mereka untuk mengundi.
Itu tugasnya dan saya nak rakamkan di sini, ucapkan ribuan terima kasih. Saya perlu rakamkan di sini terutamanya sekali untuk Yang Berhormat Muar kerana apabila viral tentang dia buat undi pos itu, ramai yang telah pun kongsikan dan saya lihat ramai juga Yang Berhormat-Yang Berhormat lain juga telah berkongsikan perkara yang sama tentang keperluan untuk pendaftaran undi pos itu. Terima kasih.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Apa punca peratus itu sangat rendah?
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Antara punca peratus sangat rendah ...
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Kurang kempen.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan yang sama tadi, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Okey. Antara punca yang sangat rendah, saya lihat yang ini mungkin pihak parti-parti pun boleh membuat post mortem yang sama. Di pihak SPR, saya belum ada perkara secara detail tetapi saya - sebahagiannya mungkin juga orang malas nak keluar dan juga mereka yang automatik voter registration sebelum ini, mereka tidak ada dan tak pernah pun ingin keluar mengundi.
Tiba-tiba apabila mereka dimasukkan sebagai pengundi dan hari ini nama mereka ada dan mungkin ada antara mereka yang tidak keluar mengundi kerana sebelum ini mereka tidak pun ada hasrat untuk mendaftar sebagai pengundi. Itu salah satu daripada punca kenapa jumlah mereka yang tidak keluar mengundi itu tinggi. Termasuk mereka yang selama ini yang tidak ada ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Kiranya dipaksakanlah.
3. Dato’ Sri Hasan bin Arifin [Rompin] minta Perdana Menteri menyatakan apakah keperluan mendesak mengenai cadangan mewujudkan Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 yang akan melibatkan tambahan perbelanjaan berbanding menambah baik fungsi kecekapan dan keberkesanan NADMA yang sedia ada.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Mastura binti Tan Sri Dato' Mohd Yazid
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rompin. Tuan Yang di-Pertua, Jemaah Menteri pada 22 Disember 2021 telah memutuskan supaya struktur agensi Majlis Pengurusan Bencana Negara
(NADMA) diteliti semula untuk diperkukuhkan selaras dengan peranannya sebagai peneraju pengurusan bencana negara.
Keperluan untuk NADMA diwujudkan di negeri dan daerah sekali lagi diulangi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 20 Januari 2022, Yang Berhormat. Ini berikutan landskap pengurusan bencana negara sekali lagi diuji pada fasa MTL 2021- 2022. Kejadian banjir besar luar biasa yang melanda beberapa buah negeri mulai 18 Disember 2021 memperlihatkan sisi kelemahan dalam struktur pengurusan bencana negara di mana NADMA hanya mempunyai kakitangan bertugas di peringkat pusat dan tidak mempunyai kakitangan di peringkat daerah dan negeri kerana pada masa itu, asas penubuhan NADMA pada 26 Ogos 2015 adalah sebagai penyelaras semata-mata.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Mastura binti Tan Sri Dato' Mohd Yazid
Antara kelemahan ketara yang dikenal pasti berikutan kejadian banjir baru-baru ini adalah isu chain of command dengan izin, di dalam pelaksanaan mekanisme tindak balas bencana. Struktur organisasi NADMA yang kecil dan hanya beroperasi di peringkat pusat iaitu 94 perjawatan pelbagai gred pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan dan tidak mempunyai kakitangan di peringkat negeri dan daerah telah menyukarkan koordinasi dan penyampaian maklumat dua hala secara terus dengan agensi-agensi di lapangan.
Keupayaan NADMA juga terbatas untuk menyelaras tindakan pengurusan bencana di peringkat setempat yang melibatkan pelbagai pihak meliputi komuniti, badan- badan bukan kerajaan, kerajaan tempatan, pihak swasta dan sebagainya dalam usaha untuk mengarusperdanakan pengurangan risiko bencana, kesiapsiagaan, pemerkasaan komuniti dan pendidikan.
Yang Berhormat, buat masa ini, implikasi kewangan yang terlibat masih belum dikenal pasti dan ianya akan diketahui setelah cadangan penstrukturan semula dipersetujui melalui perbincangan dengan Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Rompin.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Adakah dalam menjalankan kajian untuk penstrukturan semula NADMA, turut melihat dan menjadikan negara luar negara sebagai penanda aras ataupun benchmark memandangkan ia amat penting dalam melihat penstrukturan semula ini secara lebih objektif dan lebih teratur.
Datuk Mastura binti Tan Sri Dato' Mohd Yazid
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Satu soalan yang baik dan menjangkau laras pelbagai mengikut jangka masa yang lama dan juga kompleksiti menguruskan bencana di negara kita. Langkah pengukuhan pengurusan bencana negara Yang Berhormat, wajar mengambil kira praktikaliti di negara lain, saya setuju, yang mempunyai mekanisme pengurusan bencana yang hampir sama, karakteristik masyarakat pelbagai budaya dan agama, risiko bencana dan tahap kompetensi serta teknologi pengurusan bencana.
Dalam hal ini Yang Berhormat, negara jiran yang kita gunakan sebagai template iaitu antaranya Filipina dan Indonesia digunakan sebagai benchmark dengan izin, kepada NADMA dalam menstrukturkan semula agensi ini.
Berikut adalah perbandingan perjawatan National Disaster Management Office
(NDMO) dengan izin, di negara-negara Asean tersebut. Filipina, National Disaster Risk Reduction and Management Council (NDRRMC) mempunyai 900 orang pegawai dan pegawai sokongan. Di Indonesia disebut nama badan agensi mereka adalah Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) mempunyai seramai 630 tidak termasuk 33 cawangan BNPB ini di provinsi-provinsi mereka peringkat negeri dan juga 12 cawangan di daerah-daerah mereka.
Datuk Mastura binti Tan Sri Dato' Mohd Yazid
Sebagai makluman Yang Berhormat, model tadbir urus pengurusan bencana di bawah sebuah agensi teraju pengurusan bencana menjadi amalan kebanyakan negara.
Menurut United Nations Office for Disaster Risk Reduction, dengan izin, berdasarkan pelaporan kendiri negara-negara merekodkan sejumlah 140 buah negara, masing-masing mempunyai agensi bencana masing-masing.
Namun begitu, Malaysia semakin jauh ketinggalan jika dibandingkan antara lain aspek bilangan pegawai dan pakar-pakar dan pegawai berpengalaman dalam NADMA dan pasukan dan mekanisme perundangan yang kuat harus ada juga dengan memastikan supaya semua dasar pewartaan dan undang-undang melibatkan pengurusan dan pengurangan risiko bencana adalah tidak saling bercanggah dan mengelakkan pertikaian perundangan seterusnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Bandar Kuching.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan yang kedua...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Bandar Kuching, Bandar Kuching.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Hulu Langat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya menjemput Yang Berhormat Kulai.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, salah sebuah jawatankuasa yang penting dalam pengurusan bencana adalah Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah. Saya hendak bertanya sama ada wakil rakyat terutamanya daripada kedua-dua pihak kerajaan dan juga pembangkang akan dijemput untuk menduduki, menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah. Ini kerana apabila soalan ini dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Johor, jawapan yang kami dapat adalah Kerajaan Pusat tidak mengizinkan wakil rakyat pembangkang untuk menduduki, menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah.
Jadi saya hendak tahu, setakat ini apakah pendirian Kerajaan Pusat terhadap kehadiran wakil rakyat daripada pembangkang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah? Ini kerana setakat ini hanya wakil rakyat daripada kerajaan yang dijemput. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Kulai. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Kulai. Yang Berhormat Kulai bertanya mengenai Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah. Saya mengurus – di bawah NADMA ataupun hal- hal bencana, namanya adalah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Jadi, saya tidak dapat menjawab soalan Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Jadi, jawatankuasa yang Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan itu akan menjemput wakil rakyat daripada pembangkang atau tidak?
Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid
Yang Berhormat, buat masa ini, di peringkat daerah yang saya difahamkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah itu – bencana daerah dan juga Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri itu diwakili oleh semua pegawai kerajaan dan negeri. Semestinya mereka akan menerima input-input daripada kesemua Yang Berhormat, tidak kira pembangkang atau kerajaan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Ada soalan...
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
[Bangun]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
[Bangun]
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Kehadiran dalam mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan yang ketiga.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak jawab soalan, kehadiran...
[Sistem pembesar suara dimatikan] .
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya jemput – Yang Berhormat Kulai, saya tidak benarkan bercakap. Saya jemput Yang Berhormat – sebelah sini, Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya ingin mengetahui, setakat manakah bantuan banjir yang telah diberikan kepada mangsa-mangsa banjir baru-baru ini. Boleh tidak jika KADO atau Ketua ADO menjadi ex officio kepada NADMA secara tetap di peringkat daerah di seluruh Malaysia. Terima kasih.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh tambah sedikit? Hampir sama. Saya juga hendak tahu apakah progress bantuan COVID-19 yang diberikan oleh NADMA dan apakah sebab-sebab kelembapan beberapa kelulusan tersebut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid
Terima kasih, Yang Berhormat Pontian. Terima kasih, Yang Berhormat Bandar Kuching. Yang Berhormat Kulai, to answer your question again, about – apa tadi? Saya...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Kehadiran dalam mesyuarat, bukan sahaja input.
Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid
Kehadiran mesyuarat, okey.
Buat masa ini hanya agensi-agensi kerajaan. Akan tetapi seperti saya sebut tadi Yang Berhormat, you are asking about kehadiran. Bagi saya seelok-eloknya itu yang terbaik, tetapi buat masa ini hanya agensi-agensi kerajaan dijemput. Akan tetapi, kami menganjurkan bahawa semua maklumat harus diterima daripada semua Yang Berhormat, sama ada pembangkang ataupun kerajaan dan juga ketua-ketua kampung yang diwakili ataupun yang dilantik oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut.
Menjawab Yang Berhormat Pontian mengenai KADO diletakkan sebagai pegawai tetap. Sememangnya Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan di peringkat daerah dilibatkan semua di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.
Yang Berhormat Bandar Kuching, mengenai kelembapan bantuan COVID-19, saya akui memang ada sedikit kelemahan di sana. Akan tetapi Yang Berhormat, ketika bantuan itu tidak sampai, sebab kadang-kadang syarat itu tidak dipenuhi. Sekiranya Yang Berhormat mempunyai senarai di kawasan Yang Berhormat yang tidak menerima lagi – kadang-kadang mereka lulus, tetapi bayarannya lambat. Ataupun kadang-kadang sebab tidak ada – syaratnya tidak dipenuhi dan – saya selalu menganjurkan dan sememangnya saya tahu pegawai-pegawai NADMA menelefon semula memberitahu ataupun bertanya kalau tidak cukup syarat itu, ditanya semula kepada pemohon.
Keduanya tadi fasal kenapa – saya minta senarai daripada Yang Berhormat Bandar Kuching, mana pemohon-pemohon di kawasan Yang Berhormat yang masih tidak lagi diurus ataupun belum lagi menerima bayaran walaupun telah diluluskan, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh, Segambut.
4. Puan Hannah Yeoh [Segambut] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan status terkini dan butiran terperinci rancangan pembangunan ke atas enam kolam takungan banjir di Kuala Lumpur yang diluluskan pemberimilikan bagi tujuan pembangunan seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Seri Jalaluddin bin Alias
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Segambut atas soalan yang dikemukakan.
Untuk makluman Dewan yang mulia, bahawa soalan ini telah pun beberapa kali ditanya di Dewan Rakyat tetapi saya mengambil kesempatan ini untuk memberikan penjelasan berkaitan dengan status terkini dan butiran terperinci rancangan
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Seri Jalaluddin bin Alias
pembangunan ke atas enam buah kolam takungan seperti yang dikehendaki oleh Yang Berhormat Segambut.
Untuk makluman Dewan yang mulia, daripada enam buah kolam takungan banjir yang dimaksudkan, hanya dua buah kolam sahaja yang diberi kelulusan merancang iaitu Kolam Taman Wahyu dan Kolam Delima pada 18 Januari 2018. Baki empat lagi buah kolam tidak ada sebarang kebenaran merancang yang telah diberikan. Tanah-tanah di pinggiran kolam bagi enam buah kolam tersebut adalah Kolam Takungan Batu, Kolam Nanyang, Kolam Delima, Kolam Taman Wahyu, Kolam Batu 4 ½ dan Kolam Taman Desa.
Untuk makluman Dewan yang mulia, kelulusan yang diberi adalah kepada Kolam Delima dan Kolam Taman Wahyu. Kolam Nanyang termasuk dalam satu kolam yang besar yang dinamakan sebagai Rancangan Tebatan Banjir Jinjang. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, hanya dua buah kolam yang telah diberikan kelulusan merancang.
Akan tetapi walau bagaimanapun, hasil – pada masa ini isu berkenaan masih dalam siasatan SPRM ke atas kedua-dua buah kolam iaitu Kolam Delima dan Kolam Taman Wahyu. Kementerian Wilayah Persekutuan tidak akan ataupun – buat masa ini tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara yang berkenaan. Ini kerana ia mengganggu proses siasatan.
Walau bagaimanapun, sebagaimana yang telah disarankan ataupun diarahkan oleh pihak SPRM, DBKL telah pun melantik perunding juruukur berlesen bebas iaitu IGS Consultant untuk menyemak dan mengesahkan sama ada pembangunan yang dilaksanakan oleh pemaju iaitu syarikat Lake City KL North Sdn. Bhd. berada dalam sempadan pemilikannya sahaja dan tidak memasuki dua lagi kolam takungan banjir iaitu Kolam Taman Wahyu dan Kolam Delima.
Kerja-kerja pengukuran yang telah dilakukan oleh pihak konsultan telah pun selesai pada 13 Januari 2022 dan laporan ini sudah pun dihantar kepada pihak SPRM pada 31 Januari 2022. Sekarang kita tunggu daripada laporan lengkap daripada pihak SPRM.
Sebarang pembangunan di kawasan sekitar keenam-enam buah kolam ini tidak akan menjejaskan – sekali lagi saya jelaskan bahawa pembangunan yang telah diberikan kebenaran merancang kepada kedua-dua buah kolam ini tidak akan menjejaskan kapasiti fungsi dan juga kapasiti air ataupun jumlah air yang diperuntukkan dalam kolam yang berkenaan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Segambut, soalan tambahan.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jaminan yang telah diberikan. Soalan tambahan saya, apakah perubahan tatacara ataupun syarat kelulusan kebenaran merancang di DBKL bagi mengelakkan banjir daripada kerap berlaku dan sudahkah kerajaan mengenal pasti lokasi tambahan untuk kolam takungan banjir di Kuala Lumpur dan bilakah kolam takungan banjir tambahan ini akan disediakan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Segambut. Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan Yang Berhormat Segambut – nasib baik saya pun ada nota berkaitan perkara yang ditanya.
Tatacara tentang syarat kelulusan kebenaran merancang bagi setiap PBT adalah standard Tuan Yang di-Pertua. Cumanya, di Kuala Lumpur ini kita mengenakan beberapa syarat tambahan sebagai syarat wajib bagi keputusan setiap kelulusan development order, dengan izin yang akan dikeluarkan kepada setiap permohonan kebenaran merancang.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias
Antaranya Tuan Yang di-Pertua, wakil GPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dilantik sebagai ahli tetap jawatankuasa pusat setempat dan telah pun mula hadir ke
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias
dalam setiap mesyuarat OIC dan laporan daripada GPS ini dijadikan sebagai syarat wajib bagi setiap pertimbangan bagi kelulusan permohonan kebenaran merancang.
Untuk makluman Dewan yang mulia juga selain daripada GPS, laporan TIA, laporan EIA, laporan daripada beberapa buah jabatan yang berkaitan dengan pembangunan di tempat-tempat tertentu merupakan antara laporan yang akan diberikan penekanan dan perhatian sewajarnya bagi mempertimbangkan setiap kelulusan bagi development order ataupun kebenaran merancang yang telah dipohon. Itu pertama.
Bagi maklumat yang kedua, kerajaan juga telah mengenal pasti bagi lokasi tambahan kolam-kolam takungan banjir yang berada di Kuala Lumpur dan kita ada lapan Tuan Yang di-Pertua, kita ada lapan. Selain daripada 40 buah kolam takungan banjir yang berada di Kuala Lumpur, 15 di bawah GPS dan the rest, dengan izin, di bawah DBKL.
Kita ada bina lapan lagi kolam takungan bawah underground kolam, underground dan lapan ini telah siap dengan kapasiti yang agak kecil dan telah pun beroperasi sejak 2016 tetapi walau bagaimanapun ada satu lagi kolam underground yang sedang dalam pembinaan iaitu tanah kolam takungan bawah tanah Taman Botani Perdana yang masih lagi di dalam pembinaan. Kita jangka akan siap pada bulan lapan tahun ini.
Dengan adanya pembinaan kolam-kolam tambahan ini, pihak kementerian dan pihak kerajaan mengharapkan ia supaya dapat serba sedikit mencegah daripada berlakunya banjir-banjir yang berlaku di Kuala Lumpur. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang kedua, sebelah sini tiada. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah hasrat kerajaan ini mewartakan semua kolam takungan banjir ini di Kuala Lumpur mahupun di negeri Selangor untuk mengelakkan banjir kilat selalu kerap berlaku di Kuala Lumpur ini.
Adakah hasrat mewartakan semua tidak ada rancangan perumahan di kawasan- kawasan di kolam takungan banjir ini. Minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias
Tuan Yang di-Pertua untuk makluman Dewan, kolam takungan sememangnya tidak akan diberikan pemberi milikan kepada sebarang permohonan, kolam takungan ya. Pemberi milikan diberikan pada kawasan-kawasan yang difikirkan wajar yakni kawasan pinggiran kolam. Bagi kawasan kolam takungan that no way untuk diberi kebenaran pemberi milikan.
Pemberi milikan putuskan oleh Jawatankuasa Tanah Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Tan Sri KSN tetapi pemberi milikan diberi kepada kawasan pinggiran kolam yang difikirkan wajar kerana itu daripada enam kolam Tuan Yang di-Pertua hanya dua kolam sahaja yang diberi kebenaran merancang itu pun kolam yang orang kata apa berada di dalam satu locality atau pun satu lokasi yang diberi kebenaran merancang secara pukal kepada pihak pemaju, itu kawasan pinggiran sahaja.
Kawasan-kawasan takungan kolam yang lain tidak ada sebarang permohonan dan kalau ada permohonan pun ini menjadi dasar bahawa tidak akan diberi milikan kepada setiap permohonan yang memohon untuk memiliki kawasan takungan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kuala Langat tidak ada dalam Dewan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Lembah Pantai.
[Soalan No.5 - Y.B. Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam (Kuala Langat)]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
tidak hadir]
6. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, adakah kerajaan mewujudkan atau berniat mewujudkan hubungan dengan Kerajaan Afghanistan yang ditadbir pihak Taliban pada waktu ini, serta nyatakan bentuk hubungan tersebut termasuk bantuan yang ingin diberi.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Haji Kamarudin Jaffar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai kerana membangkitkan soalan berkaitan dengan Afghanistan. Izinkan saya juga Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Lumut yang masing-masingnya bertarikh hari ini dan juga pada 22 Mac ini kerana pertanyaan- pertanyaan ini menyentuh isu yang sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ada satu lagi Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Dato’ Haji Kamarudin Jaffar
Bukit Gelugor saya sebut tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Dato’ Haji Kamarudin Jaffar
Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Lumut. Lapan semuanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Dato’ Haji Kamarudin Jaffar
Secara keseluruhannya, ada tiga isu utama yang
dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu
(i) pendirian Malaysia terhadap Afghanistan;
(ii) bentuk hubungan dan isu pengiktirafan kerajaan Afghanistan; dan
(iii) usaha Malaysia dalam pembinaan semula Afghanistan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Luar Negeri telah menghadiri Mesyuarat Sesi Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di peringkat Menteri- menteri Luar Negeri bagi membincangkan situasi Afghanistan di Islamabad, Pakistan pada 19 Disember 2021 yang lalu.
Semasa mesyuarat tersebut, Malaysia telah mengetengahkan pendirian negara antaranya pembinaan negara dan bantuan kemanusiaan ke Afghanistan mestilah diterajui oleh Afghanistan, dimiliki oleh Afghanistan dan dikawal oleh Afghanistan.
Malaysia juga menyeru masyarakat antarabangsa supaya mengelakkan keruntuhan ekonomi Afghanistan secara menyeluruh dan meningkatkan usaha pemberian bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Afghanistan.
Kesemua negara OIC dan bukan OIC yang hadir di mesyuarat tersebut telah sebulat suara bersetuju membantu menyelesaikan krisis kemanusiaan di Afghanistan dengan kadar segera dan menggesa supaya usaha turut diambil untuk mencegah keruntuhan ekonomi Afghanistan.
Negara anggota OIC terus menegaskan supaya kerajaan sementara Afghanistan melindungi hak asasi manusia dan kesejahteraan rakyat Afghanistan serta meluaskan akses wanita dalam pekerjaan dan pendidikan. Lawatan kerja Utusan Khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Timur Tengah ke Doha, Qatar adalah dari 31 Januari hingga 4 Februari 2022.
Utusan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mempunyai peranan- peranan tertentu dalam hubungan dengan negara-negara di rantau tersebut. Libat urus
dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu
oleh utusan khas ini tidak bermakna Malaysia mengiktiraf kerajaan Afghanistan. Usaha- usaha libat urus ini adalah penting bagi memastikan Afghanistan tidak mengalami keruntuhan daripada segi sosial ekonomi dan kemanusiaan.
Sebagaimana yang telah diumumkan sebelum ini, pengiktirafan kerajaan Afghanistan boleh berlaku melalui dua saluran. Pertama sebagai sebuah negara anggota OIC, Malaysia boleh mengambil kira pendirian yang ditetapkan secara bersama dalam pertubuhan ini terhadap isu pengiktirafan Afghanistan.
Kedua, mengiktiraf kerajaan Afghanistan bersama-sama dengan negara-negara yang sehaluan, dengan izin, like-minded. Setelah kerajaan tersebut dianggap telah memenuhi dan mematuhi kesemua syarat yang ditetapkan iaitu penubuhan sebuah kerajaan yang inklusif, memelihara dan mempertahankan hak asasi seluruh rakyat khususnya golongan wanita dan etnik minoriti di Afghanistan.
Dalam usaha membantu dan membangun semula Afghanistan, Malaysia akan terus memainkan peranan dengan cara tersendiri. Contohnya Kementerian Luar Negeri melalui beberapa buah perwakilan diplomatik di luar negara telah menjadi pemudah cara kepada NGO-NGO Malaysia untuk melaksanakan misi bantuan kemanusiaan di Afghanistan.
Malaysia sedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk pembangunan semula Afganistan apabila situasi dan keadaan di Afghanistan mengizinkan. Pada masa yang sama, Malaysia menggalakkan sektor swasta negara ini untuk meninjau peluang pelaburan dan perdagangan di Afghanistan.
Terdapat banyak potensi pelaburan dan perdagangan di Afghanistan seperti infrastruktur, perlombongan, pertanian, telekomunikasi dan perbankan Islam. Selain itu kerajaan kekal komited untuk menyediakan program pembinaan kapasiti teknikal melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia yang dikendalikan oleh Kementerian Luar Negeri.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia akan terus memantau perkembangan di Afghanistan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Luar Negeri dalam penggulungan dua hari yang lalu, saya akan mewakili Malaysia ke Mesyuarat Menteri-menteri Luar OIC di Islamabad pada 22 hingga 23 Mac ini. Kita jangkakan akan ada perkembangan, insya-Allah selepas mesyuarat tersebut nanti.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Saya ingin bertanya, adakah boleh disebut nilai bantuan dalam Ringgit Malaysia yang telah diberikan kepada rakyat Afghanistan oleh Kerajaan Malaysia. Sekiranya ada sebarang bantuan yang akan diberikan dalam masa terutama setahun yang akan datang ataupun waktu musim sejuk ini, berapakah nilainya? Adakah kerajaan ada memberi sebarang bantuan khusus kepada Kedutaan Afganistan di Malaysia daripada segi wang Ringgit, dan berapakah nilainya? Terima kasih.
Dato’ Haji Kamarudin Jaffar
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai.
Daripada segi nilai wang yang telah kita dan masyarakat Malaysia sumbangkan kepada masyarakat di Afganistan secara khususnya melalui rombongan yang berlepas pada 22 Februari yang lalu yang dikendalikan oleh Global Peace Mission yang melibatkan juga Golden Horses Digital Investment Bank, Buddha’s Light International Association (BLIA).
Mereka telah membawa bantuan kemanusiaan yang melebihi lima tan barang bantuan yang dianggarkan bernilai lebih daripada sejuta Ringgit Malaysia. Kerajaan sendiri sebagai mana telah diumumkan telah memberi bantuan awal berjumlah USD100 ribu melalui OIC dan pihak-pihak yang berkaitan.
Di samping itu, ada NGO-NGO yang lain juga yang terlibat iaitu selain daripada Global Peace Mission, Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Muslim Care Malaysia (MCM),
Dato’ Haji Kamarudin Jaffar
MERCY Malaysia, Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HaRUM) dan juga Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM). Semalam pula, satu lagi rombongan NGO Malaysia telah berlepas yang melibatkan Pass Relieve, Annas Care, Syebak Care, Yayasan Isra’ Malaysia, Nusrah Care Pulau Pinang dan Azhar Care yang membawa lebih kurang sebanyak USD50 ribu daripada segi tunai yang akan dibelanjakan atau diguna pakai untuk membeli barangan sama ada di Pakistan, ataupun di Afganistan itu sendiri.
Kerajaan juga sedang dalam proses perundingan dengan pihak penguasa di Afganistan untuk memberi sumbangan sebanyak 1.6 juga dos vaksin COVID-19 kepada mereka. Jadi, ini antara nilai-nilai bantuan sebagaimana yang Yang Berhormat minta tadi.
Berkaitan dengan kementerian kita dan hubungan kita dengan Kedutaan Afganistan di Kuala Lumpur ini, kita ada berhubung dan mereka berhubung dengan kita.
Usaha-usaha membantu kedutaan mereka di sini dalam proses perundingan. Insya-Allah akan ada keputusan untuk kebaikan dan kekalnya perjalanan Kedutaan Afganistan di Kuala Lumpur ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tiada soalan tambahan kedua. Saya teruskan dengan pertanyaan jawab lisan seterusnya dengan menjemput Yang Berhormat Cameron Highlands.
7. Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan, adakah kerajaan bercadang untuk menggunakan teknologi serta bahan yang lebih murah dan berkualiti terhadap jalan-jalan di perkampungan Orang Asli di seluruh Malaysia.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Arthur Joseph Kurup
Selamat pagi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bidang kuasa Kementerian Kerja Raya iaitu meliputi Jalan Persekutuan sahaja. Manakala jalan-jalan di perkampungan Orang Asli seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat perlu disemak terlebih dahulu secara spesifik status jalan dan lokasi untuk mengenal pasti kementerian atau agensi yang bertanggungjawab ke atas pembangunan jalan tersebut. Walau bagaimanapun, jalan-jalan di perkampungan Orang Asli telah dikenal pasti terdiri dari jalan dengan jumlah trafik yang berkapasiti rendah. Sehubungan itu, reka bentuk dan juga spesifikasi yang digunakan oleh JKR Malaysia jika diberi tanggungjawab sebagai agensi pelaksana adalah dengan mematuhi garis panduan reka bentuk untuk kawasan trafik yang berkapasiti rendah.
Antara garis panduan tersebut ialah, dengan izin, Design Guide for Alternative Pavement Structures: Low-Volume Roads. Garis panduan ini mengambil kira beban trafik yang bersesuaian bagi reka bentuk turapan jalan yang optimum. Selain itu, JKR juga telah menyediakan, dengan izin, standard specifications for roadworks, section 18 - soil stabilization untuk penggunaan bahan penstabil tanah sebagai bahan alternatif dalam pembinaan jalan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat pelbagai teknologi dan bahan baharu yang dihasilkan di dalam negara mahupun dibawa masuk dari luar negara sejajar dengan keperluan negara kita yang bertambah maju dan pesat dengan pembangunan.
Bahan turapan jalan teknologi baharu yang dibangunkan ialah dengan menggunakan additives atau bahan tambah seperti polymer synthetic atau polymer modified asphalt, polymer asli seperti getah asli, natural rubber modified asphalt, getah daripada tayar lama ataupun crumb rubber modified asphalt, selain additives seperti synthetic hard wax cellulose fiber dan synthetic polymer fiber. Namun begitu, kesesuaian penggunaan teknologi atau bahan baru ini perlu dipertimbangkan daripada aspek keperluan iklim tempatan serta keadaan dan beban trafik di lokasi penggunaan supaya tidak berlaku pembaziran. Adalah penting bagi pereka bentuk pavement dan pihak berkuasa jalan memahami kelebihan setiap teknologi atau bahan baharu ini serta manfaat penggunaannya dalam turapan jalan sebelum menggunakannya.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Arthur Joseph Kurup
Buat masa kini, tidak ada teknologi atau bahan yang khusus yang digunakan bagi jalan-jalan di perkampungan Orang Asli di seluruh negara. Penggunaan bahan binaan konvensional pada masa kini masih memberikan kos yang optimum terhadap pembinaan jalan. Jabatan Kerja Raya melalui Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR
(CREaTE) komited untuk menjalankan kajian inovasi bahan turapan yang baharu sebagai alternatif kepada turapan aspal yang konvensional yang lebih berdaya tahan serta pencarian teknologi baharu yang dijangka dapat meningkatkan prestasi dan jangka hayat struktur jalan raya. Sekian, dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila soalan tambahan yang pertama, Yang Berhormat Cameron Highlands.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Menteri, saya tahu soalan apa yang saya tanya ini tidak akan dapat dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Jadi, saya akan pohon jawapan bertulis. Pohon penjelasan, kenapakah Jalan Simpang Sungai Koyan ke Sendut yang diletak di bawah MARRIS tidak dikendalikan dengan sewajarnya? Keadaannya amat teruk. Manakala untuk jalan dari Pos Betau ke Simoi Lama yang dalam commission, bilakah boleh siap? Adakah ia akan mengikut specs yang telah dinyatakan oleh JKR?
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Hasil semakan kementerian ini bersama dengan JKR telah mendapati bahawa jalan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi merupakan jalan negeri dan didaftarkan di bawah tanggungjawab penyelenggaraan jalan negeri dan juga di bidang kuasa kerajaan negeri.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, jalan perhubungan desa juga di bawah jagaan kerajaan negeri. Jadi maka dengan itu, kementerian ini berpandangan bahawa cadangan projek sebegini lebih sesuai dilaksanakan melalui peruntukan negeri ataupun di bawah KPLB. Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Sungai Siput.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita bercerita fasal Kementerian Kerja Raya, maka orang-orang Sabah dan orang-orang di P175 Papar akan fokus kepada pembangunan Pan Borneo. Jadi, saya banyak menerima aduan dari kampung-kampung, daripada orang-orang kampung, terutamanya orang Kampung Tenaki. Di mana mereka ini belum lagi menerima baki pampasan tanah yang sudah terabai sejak tiga tahun yang lalu. Ini disebabkan oleh final survey report yang belum dibuat oleh JKR. Jabatan Tanah tidak boleh membuat pembayaran kerana pihak JKR belum menyerahkan final survey report kepada mereka. Sekarang ini ialah masa orang-orang di tempat saya susah.
Jadi, saya berharap kepada Kementerian Kerja Raya supaya dapat mempercepatkan final survey report untuk membantu mereka yang terlibat. Selain daripada itu juga, ramai orang-orang kampung yang menyarankan dan juga membagi sedikit pandangan kepada JKR, kalau hendak membuat, memperbaiki jalan itu janganlah main tampal-tampal. Kalau boleh buatlah sekali kerana kita kalau jalan itu sudah jalan lama kalau ditampal akan merosakkan, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tampal, tampal.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Tuan Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Papar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, status pelaksanaan bagi Lebuh Raya Pan Borneo masih kalau di Sabah hanya sebanyak 52 peratus. Maka, saya yakin masih lagi banyak langkah yang belum diselesaikan, maka saya juga akan semak
Timbalan Menteri Kerja Raya - Tuan Arthur Joseph Kurup
kembali dengan JKR dan juga JKR di negeri Sabah supaya isu seperti pampasan ini boleh diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Ya, supaya final survey report itu dipercepatkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
... dan orang-orang kampung akan berasa senang hatilah apabila menerima pembayaran.
Tuan Arthur Joseph Kurup
Diambil maklum Ahli Yang Berhormat, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bagi peluang soalan tambahan ketiga saya jemput Yang Berhormat Merbok.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut berkenaan teknologi baharu. Saya sebenarnya ingin merujuk kepada kajian yang telah dibuat oleh Lembaga Getah Malaysia pada tahun 2015 dengan kerjasama JKR sendiri yang mana menggunakan Asfalt Terubahsuai Getah Bekuan daripada getah beku sebagai bahan tambah untuk membina jalan.
Jadi, sejauh manakah kementerian sekarang ini benar-benar mengetengahkan getah beku ini sebagai bahan tambah jalan supaya— makna dia benda itu bukan sahaja terbukti lebih tahan lama, free maintenance tetapi kos dia lebih murah untuk jangka masa panjang? Terima kasih.
Tuan Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Satu soalan yang sangat baik. Jabatan Kerja Raya melalui Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) sentiasa menjalankan kajian inovasi untuk mencari bahan turapan baharu untuk mengurangkan kos dan memberikan faedah yang terbaik kepada pengguna jalan.
Buat setakat ini, pra kajian yang sudah dijalankan telah mendapati bahawa sebenarnya prestasi daripada rubberised roads ini sebenarnya sama dengan jalan yang dibuat secara konvensional tetapi kos dia, kos pembinaan per kilometer sebenarnya dia lebih tinggi berbanding dengan kaedah konvensional.
Hampir 40 peratus lebih mahal sekiranya kita menggunakan natural rubber antara sebab juga adalah sebab teknologi ini masih baharu dan juga pembekal ataupun penggiat teknologi ini masih lagi terhad.
Jadi pada masa kini, kita sedang membuat kajian secara jangka masa panjang untuk membuat satu cost benefit analysis sekiranya walaupun kos itu pembinaan lagi mahal tetapi secara jangka masa panjang untuk penyelenggaraan adakah itu lebih murah berbanding dengan kaedah konvensional?
Jadi, kalau ada apa-apa hasil daripada kajian itu akan kita maklumkan secara umum nanti. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan jawab lisan seterusnya saya jemput Yang Berhormat Dato’ Mahfuz bin Haji Omar, Pokok Sena.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pengundi Johor telah buat pilihan; Sekalung tahniah kita ucapkan; Boneka kluster Mahkamah penjenayah sudah mula dinobatkan; Bersorak sorai tanpa batasan; “Hip-hip hore”; dan Soalan saya nombor lapan.
8. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan apakah perancangan kerajaan untuk memastikan tahun 2025 sasaran negara berpendapatan tinggi bagi mencapai pendapatan isi rumah mencapai RM10,000 sebulan seperti yang terkandung dalam RMK-12.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Panjang soalan itu.
Seorang Ahli
Berniat jahat [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Eddin Syazlee bin Shith
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menyasarkan purata pendapatan isi rumah di bawah RMKe-12 meningkat daripada 7,089 pada tahun 2020 kepada 10,065 pada tahun 2025 iaitu peningkatan sebanyak 7.3 peratus setahun.
Sasaran yang ditetapkan ini adalah realistik berdasarkan kepada pencapaian peningkatan purata pendapatan isi rumah bagi tempoh tahun 2009-2019 iaitu sebanyak 7 peratus setahun.
Selain itu, sasaran yang ditetapkan juga adalah selari dengan jangkaan pertumbuhan KDNK pada harga semasa 7.4 peratus setahun bagi tempoh RMKe-12 dan matlamat untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pendapatan purata isi rumah ini merujuk kepada punca pendapatan yang diperoleh dari empat punca yang utama.
(i) pendapatan bekerja bergaji;
(ii) pendapatan dari bekerja sendiri;
(iii) pendapatan dari harta dan pelaburan seperti dividen; dan
(iv) penerimaan pendapatan semasa seperti kiriman dan bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan.
Dalam konteks Malaysia purata penerimaan pendapatan, dalam satu isi rumah adalah sekitar dua orang pada tahun 2019. Kerajaan yakin sasaran yang telah ditetapkan kini mampu dicapai berikutan pelbagai strategi makro yang diperkenalkan untuk memulihkan dan memperkukuhkan asas ekonomi. Antaranya termasuklah:
(i) usaha untuk meningkatkan produktiviti;
(ii) menggalakkan pelaburan berkualiti;
(iii) mempercepatkan peralihan struktur ekonomi;
(iv) memanfaatkan penyertaan dan rantaian nilai global, dengan izin, GVC; dan
(v) meningkatkan bahagian pampasan pekerja CE dan memastikan kemapanan fiskal dalam jangka panjang.
Selain itu, peranan sektor swasta akan terus diperkasa supaya kembali menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi. Bagi memperkukuhkan peranan sektor swasta, Dasar Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) akan menjadi asas pembaharuan yang komprehensif dalam semua inisiatif dan dasar berkaitan pelaburan.
Melalui NIA, pendekatan yang holistik dan bersasar akan diterapkan bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing serta pelaburan langsung domestik. Institusi pelaburan akan distrukturkan semula untuk menarik banyak pelaburan berkualiti yang menggalakkan.
Kerajaan juga komited untuk meningkatkan serta mempelbagaikan sumber pendapatan seperti:
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Eddin Syazlee bin Shith
(i) menyediakan Program Peningkatan Pendapatan;
(ii) menambah baik akses kepada keperluan asas;
(iii) menggalakkan keusahawanan dan pelaburan kepada port folio penjanaan pendapatan dan akses kepada pembiayaan kewangan; dan
(iv) meningkatkan sistem perlindungan sosial.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ya, soalan tambahan pertama Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Baik.
Penghuni Johor dititipkan pesan; Pecah amanah janganlah duk hairan; Biar kaya orang atasan; Yang di bawah ini bercakar hendak cari makan;
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Soalan, soalan.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Inilah dia soalan tambahan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sudah kalah, kalah lah.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Soalan tambahan pun ada pantun.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tadi sudah disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sudah kalah, kalah lah.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Disebut tadi bahawa antara punca pendapatan kepada isi rumah ini ialah gaji ya, tang gaji.
Saya hendak sentuh soal gaji sebab untuk hendak capai RM10,000 sebulan pada tahun 2025 nanti, sudah tentu memerlukan kepada gaji isi rumah, gaji setiap isi rumah itu kalau empat orang bekerja dia kena gaji RM2,500 baharu boleh, sedangkan dalam sektor awam sekarang ini, ada di peringkat N11 gaji dia bermula RM1,352.
Kalau dicampurkan dengan— maaf bukan apa, pembantu awam gaji RM1,218 kalau dicampurkan dengan Imbuhan Tetap Perkhidmatan Awam RM95, Imbuhan Tetap Perumahan RM300, Bantuan Sara Hidup RM250, dia masih di bawah PGK di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan.
Macam mana kalau empat orang? Tadi dikatakan dua orang isi rumah. Kalau dua orang isi rumah saya fikir bukan RM2,500, lebih lagi daripada RM2,500 baharulah boleh capai RM10,000 sebulan. Ini saya ambil kira kalau empat orang isi rumah bekerja, dia kena RM2,500.
Jadi, apakah kerajaan bersedia untuk menyemak semula tangga gaji dalam perkhidmatan awam yang sudah 20 tahun tidak pernah tidak boleh disemak untuk hendak capai RM10,000 sebulan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Eddin Syazlee bin Shith
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pokok Sena. Soalan dia panjang saya tidak tahu hendak jawab yang mana satu tetapi saya cuba ya pecahkan soalan itu kepada beberapa isu yang saya percaya Yang Berhormat cuba highlight-kan dalam soalan ini. Iaitu, apakah sasaran pendapatan isi rumah RM10,000 itu boleh dicapai pada tahun 2025?
Dato’ Eddin Syazlee bin Shith
Benar, saya setuju dengan apa Yang Berhormat sebutkan. Kalau hendak dikira pendapatan itu secara sempurnanya, sekurang-kurangnya isi rumah itu mesti mempunyai pendapatan RM2,500. Akan tetapi, dalam mengira pendapatan ini, itu sebab diambil kira bahawa― ini dibuat berdasarkan survey pada tahun 2019 iaitu dua orang isi rumah itu yang bekerja dalam pengiraan average keluarga empat orang, dua orang bekerja dan sumber pendapatan itu ada empat. Jadi, survey pada tahun 2019 menunjukkan bahawa isi rumah mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000. Jadi kalau dua orang, sudah RM4,000 ya. Juga dicampur dengan sumber-sumber seperti pelaburan dan juga sumber seperti sewa rumah dan juga lain-lain bantuan yang diberikan oleh kerajaan seperti Bantuan Prihatin, Bantuan Keluarga Malaysia dan BR1M misalnya. Menjadikan...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Gaji RM1,200 hendak melabur lagi?
Dato’ Eddin Syazlee bin Shith
Yalah, ini kadang-kadang RM1,200 yang duduk di kampung pun ada juga aset-aset dan sumber-sumber ya. Kalau sekurang-kurangnya mereka menanam sayur pun, dia ada sebagai nilai tambah. Ya, saya? Saya, Yang Berhormat?
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Sudahlah kerja, macam mana hendak tanam sayur?
Dato’ Eddin Syazlee bin Shith
Yalah, ada masa-masa lapang itu, bukan? Jadi kalau yang duduk di bandar, kerajaan sentiasa prihatin untuk memberikan bantuan kepada mereka, bukan? Jadi, ini bukan kita membuat andaian semata-mata tetapi asas pada andaian itu berdasarkan survey yang dibuat pada tahun 2019. Inilah hakikatnya. Ini juga disandarkan pada peningkatan pertumbuhan nilai harga semasa pada tahun 2019 iaitu sebanyak 7.4 peratus dan ini dibuat dengan tidak mengambil kira kadar inflasi semasalah. Jadi, itu jawapan kepada soalannya, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Ya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan yang kedua. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jawapan yang panjang lebar daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.
Cuma, soalan saya, ekonomi infrastruktur digital dan produktiviti adalah antara faktor penting yang perlu dijadikan fokus utama kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 bagi mendukung ekonomi berpendapatan tinggi seawal tahun 2025.
Soalan saya, sejauh manakah usaha peningkatan akses jalur lebar yang lebih berdaya tinggi seperti 5G digerakkan ketika ini? Ini kerana pada waktu ini, masih banyak tempat yang masih bermasalah daripada segi infrastruktur digital, sekali gus membantutkan peluang rakyat meraih pendapatan tinggi seperti disasarkan oleh kerajaan.
Tumpat adalah kawasan yang sangat bermasalah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Eddin Syazlee bin Shith
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tumpat atas soalan tambahan itu. Saya sangat bersetuju dengan apa Yang Berhormat sebutkan bahawa ekonomi digital ini akan menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi semasa negara. Itu adalah tepat sekali.
Akan tetapi, untuk menjawab berkenaan keadaan kemudahan jalur lebar ini― bukan sahaja Tumpat , Kuala Pilah pun bermasalah juga, bukan? Jadi, ini saya ingat antara usaha yang sedang dibuat oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Mungkin mereka boleh jawab. Akan tetapi, saya percaya berdasarkan kepada inisiatif yang dibuat untuk melaksanakan program 5G, dengan izin, saya percaya perkara itu akan ditangani dengan sebaik mungkin oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan ketiga, saya benarkan. Saya memberi peluang kepada Yang Berhormat Setiawangsa.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya rasa kita kena bercakap soal realiti.
Kalau soal pelaburan, contohnya, 77 peratus akaun ASB hanya ada RM5,000. Ya, itu realiti bagi kebanyakan. Kalau ASB, masyarakat Bumiputera. Ini sama bagi masyarakat B40 yang lain. Ini kerana kita sudah lama ambil model upah yang rendah sebagai satu model ekonomi kita.
Jadi, sementara kerajaan berusaha naikkan gaji minimum, apakah usaha-usaha lain hendak capai, misalnya, gaji kehidupan wajar ataupun living wage yang pernah dicadangkan oleh Bank Negara pada tahun 2017, RM2,600 individu di Kuala Lumpur?
Kalau Singapura, misalnya, mereka pernah buat wage correction policy. Saya sudah tanya Menteri Sumber Manusia tetapi dia punya jawapan lari daripada soalan. Saya berharap kementerian ini dapat memberi jawapan yang betul tentang bagaimana kita hendak naikkan pendapatan isi rumah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Eddin Syazlee bin Shith
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama, seperti yang saya sebutkan sebentar tadi, kerajaan sedang mempertingkatkan antara lainnya, pampasan pekerja daripada 37 peratus kepada 40 peratus. Ini peningkatan tiga peratus.
Antara lain, seperti yang disebutkan oleh, saya percaya, Menteri Sumber Manusia, yang mencadangkan supaya gaji minimum dinaikkan daripada RM1,200 ke RM1,500.
Di samping itu, kerajaan juga menyediakan program peningkatan pendapatan serta peningkatan keupayaan termasuklah menambah baik akses kepada keperluan asas termasuk pendidikan, kesihatan dan perumahan. Juga, menggalakkan keusahawanan dan pelaburan, penjanaan pendapatan serta akses kepada pembiayaan kewangan. Ini antara inisiatif yang dibuat untuk membantu isi rumah untuk mempertingkatkan sumber pendapatan supaya mereka boleh mendapat nilai hidup yang lebih baik dan sebenar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
[****Soalan No. 9 –** YB. Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin **(****Kinabatangan) tidak hadir]
10. Tuan Nga Kor Ming [Teluk Intan] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan:-
(a) berapa jumlah kerugian yang dialami oleh negara akibat banjir setiap tahun dan apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh kerajaan untuk memastikan peruntukan disediakan menepati sasaran demi mencegah banjir di seluruh negara; dan
(b) adakah kementerian mempunyai pelan induk jadual masa supaya negara kita mencapai misi bebas daripada bencana banjir.
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Mansor bin Othman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Teluk Intan atas soalan ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, merujuk kepada kajian yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah kerugian keseluruhan akibat banjir yang berlaku di beberapa buah negeri di Malaysia pada penghujung tahun 2021 dan awal tahun 2022 bernilai RM6.1 bilion yang merangkumi kerugian kepada tempat kediaman, kenderaan, sektor pembuatan, premis perniagaan dan juga sektor pertanian.
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Mansor bin Othman
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat selanjutnya, kejadian banjir besar yang berlaku baru-baru ini telah merosakkan infrastruktur awam dan juga JPS termasuklah hakisan tebing sungai, kerosakan struktur hidrologi dan kolam takungan banjir yang dianggarkan berjumlah RM640 juta. Untuk memastikan kerja-kerja pasca banjir dapat dilaksanakan dengan segera, KASA telah menyelaras semula peruntukan dalaman sedia ada bagi kerja-kerja pembaikan demi mengurangkan impak banjir di seluruh negara.
Bagi kawasan yang terjejas akibat banjir yang memerlukan penyelesaian secara menyeluruh, kementerian akan memohon peruntukan jangka panjang melalui Rancangan Malaysia lima tahun di bawah kementerian. Langkah-langkah ini diambil supaya setiap pendekatan struktur dan bukan struktur bagi menangani masalah banjir dapat dilaksanakan dengan mengambil kira faktor perubahan iklim dalam peringkat perancangan, reka bentuk dan pelaksanaan projek-projek melibatkan sektor air dan infrastruktur.
Perincian ini bagi jangka masa pendek dan juga masa panjang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri KASA dalam Mesyuarat Khas Parlimen berkaitan banjir dan pasca banjir dan penjelasan bantuan dan penyelesaian jangka masa panjang pengurusan bencana banjir pada 20 Januari 2022 baru-baru ini.
Untuk soalan bahagian kedua. Tuan Yang di-Pertua, mengambil kira fenomena banjir Monsun Timur Laut tahun 2021 dan 2022 yang serius sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda, Jemaah Menteri telah memutuskan untuk meningkatkan dan menyegerakan projek tebatan banjir dengan tambahan perbelanjaan sebanyak RM15 bilion untuk tempoh tahun 2023 hingga tahun 2030.
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Mansor bin Othman
Bagi pelan induk jadual masa dengan tujuan mengurangkan risiko banjir akibat perubahan iklim, KASA akan memasukkan faktor perubahan iklim dalam meningkatkan tahap perlindungan ataupun kala ulangan, dengan izin, Average Recurrence Interval (ARI) bagi reka bentuk infrastruktur saliran dan pantai dari 100 tahun ARI kepada 200 tahun ARI.
KASA juga telah membangunkan satu kerangka pelan mitigasi jangka panjang 50 tahun secara berfasa yang akan bermula pada tahun 2023 bagi mengurangkan impak banjir dan peningkatan aras laut sehingga tahun 2100. Pelan mitigasi ini melibatkan projek tebatan banjir, saliran bandar, pembinaan Sabo works, empangan, pengambilan tanah, struktur pelindungan pantai yang berupaya melindungi daripada kenaikan air laut, banjir pantai dan luruan ribut. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan yang pertama Yang Berhormat Teluk Intan.
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setelah mendengar dengan panjang lebar jawapan, saya ingin tegaskan rancangan tanpa pelaksanaan yang berkesan hanya akan mendatangkan kegagalan. Sejak Rancangan Malaysia Pertama, masalah banjir ini asyik berulang khususnya di negeri Pantai Timur, Kelantan, Terengganu, Pahang dan lain-lain. Sekarang masalah nampaknya semakin serius. Apa sebenarnya saya hendak tahu- janganlah kita bertanya lain, Yang Berhormat Menteri jawab lain.
Saya hendak bertanya, adakah kementerian mempunyai jadual masa- target timeframe? Bilakah negara ini akan bebas daripada misi banjir? Memandangkan kerajaan telah memperuntukkan RM15 bilion tambahan, duit diperuntukkan akan tetapi tidak kena pada tempatnya, masalah masih lagi asyik berulang. Maka, saya harap hari ini Dewan yang mulia ini mendapat satu jawapan untuk pastikan rakyat tidak lagi terpaksa menghadapi bencana banjir.
Soalan kedua, saya hendak tanya mengapa kerajaan tidak pakai Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) khususnya untuk kawasan Ibu Kota Kuala Lumpur yang dibahagikan pada empat fasa. Ini supaya sebelum banjir kilat, sekurang-kurangnya Jabatan Meteorologi dengan jabatan yang berkaitan mempunyai satu sistem
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
memaklumkan kepada orang awam ada bahaya banjir supaya mereka dapat masa mengerakkan kereta mereka dan pindah ke tempat yang lebih tinggi. Tidak lagi tenggelam dalam banjir.
Soalan khusus terakhir saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Peruntukan telah diberikan. Mengapakah projek tebatan banjir tidak dipercepatkan? Contohnya di kawasan saya iaitu Teluk Intan. Pada tahun 2018 pada pentadbiran Pakatan Harapan, telah luluskan RM80 juta untuk bina Projek Tebatan Banjir Fasa 2. Sekarang sudah empat tahun. Mengapakah kerja sampai hari ini tidak dimulakan?
Jika dengan speed kura-kura macam ini sampai Teluk Intan satu hari nanti tenggelam dalam air, tebatan banjir masih tidak dilaksanakan.
Saya mohon jawapan yang konkrit supaya rakyat tahu apakah mereka masih lagi boleh menaruh harapan kepada kerajaan hari ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Mansor bin Othman
Terima kasih Yang Berhormat Teluk Intan atas soalan tambahan. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Teluk Intan yang isu pelaksanaan perlu diberi perhatian yang lebih serius di peringkat sekarang ini untuk kita berdepan dengan isu banjir yang melanda negara kita baru-baru ini untuk jangka panjang dan juga tindakan-tindakan jangka pendek yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
Khusus untuk Yang Berhormat Teluk Intan itu, saya akan semak kenapa kelewatan yang berlaku ini akan beri jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Kemudian soalan kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ialah berkaitan dengan sistem amaran yang perlu diberikan kepada pengguna ataupun kepada penduduk kita lebih awal. Ada dua atau tiga buah jabatan yang terlibat dalam perkara ini. Pertama daripada JPS, daripada METMalaysia dan juga daripada NAHRIM yang sedang berusaha sekarang ini untuk merangka dan untuk menambah baik sistem yang ada sekarang ini.
Memang betul, memang kita tidak dapat memberi satu jawapan yang tepat umpamanya.
Apabila hujan turun- dia boleh beri amaran awal satu atau dua hari tetapi tidak boleh hendak pinpoint kawasan mana yang berlaku dengan tepat. Itu jadi satu isu yang besar.
Contoh macam baru-baru ini berlaku di Kuala Lumpur. Kita tahu ada tiga lembangan di situ. Lembangan di Sungai Batu dan lembangan Sungai Bunut. Kemudian yang berlaku itu hujan lebat berlaku lapangan di Sungai Bunut. Akan tetapi, amaran awal kita keluar kita tidak pinpoint ia akan datang dari Sungai Bunut. Itu kita akui. Sekarang ini, ketiga-tiga jabatan ini sedang mengkaji dengan mendalam dan berusaha juga dengan pihak luar untuk menambahbaikkan sistem amaran yang sedang dibina ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan kedua. Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih atas jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Semalam pun di kawasan saya berlaku banjir kilat. Beberapa buah tempat yang biasa berlaku. Itu ada sebab ia di sebelah Sungai Tebrau. Jadi masalahnya dasar Sungai Tebrau ini tidak cukup mendalam. Jadi saya berharap peruntukan dapat disalurkan untuk mendalamkan Sungai Tebrau.
Akan tetapi yang terkejutnya ada satu buah tempat iaitu Pantai Tiram, Jalan Kota Tinggi pun dilanda banjir kilat. Ini merupakan kali pertama berlaku. Puncanya perparitan yang tersumbat. Jadi, saya berharap peruntukan dapat disalurkan untuk memastikan semua perparitan longkang di kawasan yang kerap berlaku banjir dapat di-clear-kan supaya ini tidak mengakibatkan kerosakan yang teruk kepada rakyat biasa. Terima kasih.
Dato’ Mansor bin Othman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau atas soalan tambahan ini. Dalam pengumuman Yang Berhormat Menteri di dalam Sidang Khas yang lepas, telah diumumkan antara langkah-langkah segera yang akan diambil oleh KASA, oleh kementerian untuk tangani isu ini ialah dengan melihat dan menilai semula aset-aset yang dimiliki oleh kementerian seperti pam, pintu air dan juga genset.
Dato’ Mansor bin Othman
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Untuk tujuan itu sahaja, peruntukan telah diberikan sebanyak RM185 juta untuk ke tahun 2023. Untuk Yang Berhormat Tebrau sebutkan tadi memang salah satu usaha yang akan dilakukan dan peruntukan diberi sebanyak RM200 juta bagi tujuan mendalamkan dan membersihkan saliran utama sungai serta kolam takungan banjir bagi meningkatkan kapasiti aliran dan takungan air larian permukaan dengan anggaran keperluan kos seperti yang saya sebutkan tadi RM200 juta. Itu dalam tindakan segera. Ini termasuk juga Tebrau. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tuan Yang di- Pertua, tambahan, banjir. Isu banjir ini penting.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasihlah jawapan yang menyeluruh. Akan tetapi setiap tahun kita bercerita tentang kerugian-kerugian berbilion.
Jadi soalan tambahan saya, sebelum ini wujud ketidakseragaman dalam pengurusan banjir. Jadi, apa tindakan kerajaan untuk memastikan Jawatankuasa Pengurusan Banjir Bencana Pusat ini dapat bekerjasama baik dengan kerajaan negeri, kementerian dan agensi kerajaan serta pakar di dalam bidang berkaitan, khususnya dalam aspek pengairan dan saliran bagi memastikan banjir- khususnya mangsa-mangsa seperti di Selangor dan sebagainya baru-baru ini dapat diuruskan dengan lebih baik dan berkesan.
Keduanya, isu petani iaitu air termenung. Selalunya Yang Berhormat Timbalan Menteri pun orang Penang, orang Baling, orang Kedah, orang Sik pun sama. Ayaq termenung tak pi mana. Pusing-pusing dok tang tu juga. Jadi, apa usaha terkini kerajaan untuk memastikan pintu-pintu air di seluruh negara segera diperbaiki sebab sistem lama lagi. Sistem tahun 80-an lagi. Bukan zaman sekarang punya sistem. Itu sebab antara punca- apakah usaha terkini kerajaan untuk memastikan banjir khususnya air termenung dapat segera diatasi? Terima kasih Tuan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Mansor bin Othman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Baling atas soalan tambahan ini. Memang betul seperti Yang Berhormat Baling sebutkan tadi. Isu penyelarasan antara agensi-agensi pelaksanaan bagi tangani banjir ini perlu dinilai semula.
Dato’ Mansor bin Othman
Justeru, di peringkat Pusat, telah pun diwujudkan satu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat dan ini diuruskan di bawah MKN yang diberikan tanggungjawab kepada pihak NADMA. Bagi kementerian, kita sedang memperbaiki apa yang saya sebutkan tadi terutama dalam isu amaran awal tentang kejadian banjir.
Baik, berbalik isu banjir termenung ini, pihak NAHRIM sedang- bukan sedang lagi, sedang menambah, membaiki dan telah melaksanakan satu program yang dipanggil evaporation, proses untuk tangani isu banjir termenung ini. Kita juga sedang menilai seperti Yang Berhormat Baling sebut tadi, aset-aset di bawah kementerian, terutama di bawah JPS untuk menambah baik dan mempertingkatkan keupayaan, terutama seperti yang disebutkan tadi, rumah-rumah pam, pintu air dan juga lain-lain aset yang perlu ditambah baik pada masa ini. Terima kasih Yang Berhormat Baling.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih kepada semua. Usul Yang Berhormat Menteri ya.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Muslimin bin Yahaya
Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Kesihatan, Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pertahanan, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menjawab seperti di nombor 17 hingga 24 dalam susunan giliran Menteri menjawab ke atas perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 17 Mac 2022.”
Tuan Yang di-Pertua
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk putuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen yang Keempat Belas” [15 Mac 2022]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat semua, sebelum kita mulakan penyambungan perbahasan Titah Diraja ini, saya ada sedikit berita tidak baik. Dengan rasa dukacita yang amat mendalam, saya difahamkan bahawa ibunda tercinta kepada
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air telah pergi ke Rahmatullah semalam.
Ucapan takziah yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man dan keluarga atas pemergian ibunda yang tercinta. Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah. Al-Fatihah.
[Ahli-ahli Yang Berhormat beragama Islam membaca Al-Fatihah] Sekian, terima kasih semua. Untuk memulakan penyambungan penggulungan oleh Yang Berhormat Menteri pada hari ini, saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Kementerian Kesihatan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, silakan. 40 minit Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
[Membaca selawat] ...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, Kota Melaka...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
[Membaca selawat]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, Kota Melaka.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
[Membaca selawat]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, boleh Kota Melaka mencelah?
Tuan Yang di-Pertua
Sekejap, Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua.
Memandangkan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan ada sini, saya ada sedikit housekeeping lah, di mana saya hendak rujuk kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan, di Pejabat Whip Kerajaan bersebelahan dengan Klinik Parlimen. Kalau kita lalu luar pejabat sana, kita boleh bau rokok yang begitu kuat sekali.
Kalau kita masuk ke bilik klinik, kita boleh bau lagi kuat bau rokok tersebut. Jadi, saya minta ya supaya Yang Berhormat Menteri Kesihatan boleh ambil berat tentang ini.
Hantar Pegawai KKM dan jangan beritahu mereka bila hendak datang. Saya dimaklumkan, dalam ada orang hisap rokok, hisap. Itu tidak harus berlaku Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baiklah, Yang Berhormat. Saya akan...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kita yang buat undang-undang tetapi kita pergi langgar undang-undang dalam Parlimen. Bangunan Parlimen. Itu saya tidak boleh terima.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. Okey. Terima kasih Yang Berhormat, saya akan meminta pihak sekretariat untuk mengambil tindakan. Terima kasih kerana memberi apa itu information itu ya. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri, 40 minit bermula sekarang.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Keluarga Malaysia, sihat sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasa Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja serta telah menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Kesihatan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terdapat 77 soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan tempoh hari yang mana saya akan rangkumkan dalam tempoh masa yang telah diberikan bagi penggulungan ini. Berkaitan pengurusan pandemik COVID-19, ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dan ujian kendiri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Padang Serai dan juga Yang Berhormat Lanang telah membangkitkan tentang ujian pengesanan COVID-19 termasuklah mencadangkan agar ditetapkan harga siling bagi ujian RT-PCR serta mempersoalkan tentang ketepatan kit ujian kendiri RTK.
Berkenaan dengan harga RT-PCR yang dicaj di fasiliti swasta, perkara ini sering dibincangkan daripada semasa ke semasa antara KKM dengan KPDNHEP tetapi saya ingin memaklumkan selain daripada itu kos bagi reagents bagi ujian RT-PCR juga adalah mahal. Ujian RT-PCR juga mengambil masa yang lama untuk diproses selain memerlukan kepakaran profesional serta keperluan makmal dengan kelengkapan yang spesifik. Ini juga antara sebab-sebab mengapa kos RT-PCR ini adalah tinggi.
Selain itu, dalam keadaan negara sedang beralih ke fasa peralihan endemik dan seterusnya ke endemik kelak, kita sepatutnya tidak lagi bergantung kepada RT-PCR dalam penentuan positiviti seseorang. Dalam peringkat peralihan ini, RT-PCR ini sepatutnya hanya perlu digunakan untuk pengembara atau dalam clinical setting sahaja, dengan izin. Protokol kita dalam pengendalian kes juga kini ditumpukan kepada ujian bergejala atau symptomatic testing dengan menggunakan ujian RTK antigen kendiri.
Kaedah ini adalah lebih pantas supaya individu dapat mengasingkan diri dengan lebih awal apabila didapati positif melalui ujian self-test ini. Jika dilihat kepada negara- negara yang telah beralih kepada pembukaan yang lebih luas seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom juga tidak lagi bergantung pada ujian RT-PCR. Sebaliknya telah beralih kepada rapid lateral flow tests atau di Malaysia ini kita sebut sebagai RTK antigen self-test. Walau bagaimanapun, saya akui ada aduan daripada orang ramai yang mempersoalkan tentang ketepatan self-test kit ini. Dalam hal ini, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah mengarahkan agar pihak Medical Device Authority (MDA) agar sentiasa memantau dan membuat audit serta semakan berkala ke atas semua kit ujian yang telah diluluskan untuk dijual di pasaran adalah berkualiti dan berupaya mengesan kes positif seperti mana dokumen yang telah dihantar oleh pemegang lesen ketika permohonan kelulusan itu dibuat.
Selain itu juga, MDA dan KPDNHEP juga akan terus bekerja sama bagi memastikan harga kit ujian kendiri ini adalah sentiasa mematuhi harga siling yang telah ditetapkan sebelum ini bagi memastikan tiada mana-mana pihak mengambil kesempatan dalam keadaan permintaan tinggi oleh masyarakat pada ketika ini.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Minta penjelasan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Sila.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tanya sama ada kerajaan berhasrat untuk hanya membenarkan ujian saringan yang melalui nasal swab seperti yang berlaku di Singapura kerana dimaklumkan bahawa kalau guna RTK nasal swab lebih tepat.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Jadi adakah kerajaan akan mengikut langkah di Singapura supaya hanya nasal swab test digunakan berbanding dengan saliva test yang digunakan di Parlimen.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Timbalan Menteri, saya mohon tambah sedikit sebelum Timbalan Menteri menjawab tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, seorang medical doctor. Cuma satu isu sahaja berkenaan dengan RTK ujian kendiri ini. Memang kita tahu banyak jenama, saya difahamkan lebih 100 jenama telah diluluskan oleh MDA. Soal kelulusan ini tidak ada isu sebab based on the medical qualification.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Cuma satu, saya mohon supaya KKM kalau boleh keluarkan satu garis panduan macam mana pengendalian sebab saya tidak mahu cecair dalam tiub kecil itu, cecair itu kalau terdedah kepada suhu yang tinggi dan sebagainya, pengendalian daripada logistik ataupun kita simpan dalam kereta, simpan di tempat tertentu yang menyebabkan cecair chemical tersebut hilang keberkesanannya yang menyebabkan ia rosak dan akhirnya menjejaskan ketepatan, kejituan kualiti ujian RTK itu sendiri.
Saya bimbang daripada segi ini sebab saya ada mengemukakan perkara ini kepada Yang Berhormat Menteri KPDNHEP tetapi perkara itu di bawah MDA, di bawah KKM. Jadi, saya rasa isu kita beralih fasa daripada pandemik ke peralihan endemik dan seterusnya endemik untuk kurangkan PCR, tetapi lebih kepada self-test RTK. Ini memang satu approach yang bagi saya perlu dilakukan dan saya rasa tidak ada bantahan daripada sesiapa. Cuma, chemical itu macam mana pengendalian, penyimpanan, storage-nya yang memastikan ia sentiasa berkualiti dan memberikan ketepatan hasil saringan yang kita harapkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih kedua-dua Ahli Yang Berhormat yang begitu prihatin tentang testing ini. Pertamanya, memang kalau Singapura buat macam itu, itu adalah hak mereka. Kita tahu bahawa MDA telah menjalankan kajian yang serius tentang keberkesanan test, tentang kejituan test ini. Ini bermakna, sama ada diambil daripada nasal swab ataupun daripada saliva testing, ia ada kit-kit yang telah diberikan, dinyatakan sensitivity dan juga specificity kit-kit ini. Maka, yang mana yang telah mencapai satu tahap yang tinggi yang melebihi 90 peratus umpamanya dan sebagainya telah diberikan kelulusan oleh MDA.
Jadi seperti yang saya sebut pada awal tadi, MDA sentiasa memantau, adakah mereka masih mengikut ketetapan yang mereka cadangkan semasa permohonan itu dibuat. Jadi pada ketika ini memang KKM tidaklah berhasrat untuk membuat hanya daripada nasal swab. Akan tetapi kalau kita dapat tengok pun kalau nasal swab yang dijalankan oleh kakitangan yang telah terlatih itu memang dalam masuknya, selepas itu di skru pula lagi, berapa round dia skru. Dia round, dia skru-skru, dia hendak dapatkan ketepatan itu. Akan tetapi kalau mengikut daripada testing daripada RTK-Antigen yang kita buat, hanya sentuh beberapa area sahaja dan tidak sampai ke dalam. Ramai orang pun mungkin tidak mampu hendak buat begitu.
Oleh sebab itu, memandangkan sekarang ini testing telah dianjurkan kepada semua orang rakyat Malaysia apabila ada simptom, kontak dan sebagainya, digalakkan membuat untuk ketepatan. Sementara kita sedang memasuki fasa endemik ini, jadi kita mencuba kaedah ujian yang paling mudah untuk rakyat ikut. Ini sebenarnya yang kita hendak laksanakan supaya rakyat semua dapat melakukannya dengan baik.
Berkenaan dengan Yang Berhormat Rasah tadi yang begitu prihatin tentang chemical yang digunakan itu. Saya percaya sekali lagi MDA telah menjalankan kajian yang serius dan jitu tentang perkara ini. Kalau kita dapat – kita memang sepatutnya semua orang buka test yang sudah lebih daripada 100 brand yang keluar hari ini untuk membaca betul-betul, apakah kaedah penggunaan dan apakah kaedah penyimpanan dan sebagainya. Sudah tentu kalau ada apa-apa testing pun kalau kita letakkan di tengah panas, dalam dashboard kereta mungkin ada kesan yang tidak baik.
Jadi, adalah menjadi tanggungjawab kita rakyat Malaysia secara kendirinya mendapatkan RTK-Antigen test ini dan menjaganya dengan baik, letak dalam beg, letak di rumah betul-betul supaya kita dapat membuat testing dengan baik. Pada ketika ini, belum ada lagi yang dikatakan chemical itu telah rosak dan mengganggu kejituan test yang dilakukan.
Tuan Yang di-Pertua, saya sambung berhubung dengan dakwaan monopoli syarikat pengendali ujian pengesanan COVID-19 di KLIA dan KLIA 2 ini seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bintulu. Untuk makluman Yang Berhormat, KKM telah menempatkan petugas bagi pelaksanaan ujian saringan COVID-19 secara percuma kepada rakyat Malaysia. Pada masa yang sama, pengembara juga boleh memilih untuk menjalankan ujian mereka melalui BP Clinical Lab atau anak syarikat BP Healthcare Group secara berbayar bagi mengurangkan masa menunggu mereka.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Ingin saya maklumkan, pemilihan BP Clinical Lab untuk mengendalikan ujian saringan ini bukanlah ditentukan oleh KKM, sebaliknya adalah lantikan yang dibuat oleh Malaysia Airport Sdn Bhd (MAHB) menerusi proses tender terbuka yang dijalankan mereka.
Berkaitan dengan exit strategy dan fasa peralihan ke endemik. Berkenaan exit strategy yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Bintulu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 8 Mac yang lalu telah mengumumkan bahawa negara akan memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April ini, tidak lama lagi. Ini pun telah sedikit sebanyak telah mendatangkan kekeliruan sebab apa, ada rakyat yang berjumpa saya dan beritahu kita tidak lama lagi endemik.
Jadi sebenarnya yang kita katakan itu adalah fasa peralihan ke endemik. Kita belum masuk endemik lagi dan mungkin ada juga yang terkeliru umpamanya. Jadi dalam fasa endemik ini – endemik ini adalah satu istilah di mana penyakit itu sentiasa wujud di suatu tempat tetapi pada kadar yang rendah. Apabila berlaku wabak, di mana peningkatan kes di luar waktu kebiasaan, maka ini dikatakan keadaan epidemik. Jadi rakyat dan semua orang diharap jangan keliru dengan istilah ini. Sebenarnya kita pada 1 April telah diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk ke fasa peralihan ke endemik. Silakan.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan diberikan tadi kata di Malaysia Airport, KLIA dan KLIA 2 – Cuma kita hendak bagi satu BP boleh cepat sedikit, mungkin sehari ataupun beberapa jam di sana. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedar kah tidak Malaysia ada begitu banyak lab, kenapa KKM tidak boleh setuju kepada semua, sesiapa yang berminat membuka, buat PCR test untuk rakyat bagi dia orang compete harga.
Sekarang Yang Berhormat Timbalan Menteri ada lihat kah tidak, China sekarang PCR test baru jual RMB40 sahaja, kenapa harga kita begitu tinggi? Kita punya lab, KKM kalau di luar ada bagi sama dia orang, dia orang boleh di lab itu ambil test, kita recognize.
Janganlah di airport tidak boleh recognize. Jangan cerita MAHB berkuasa ini semua, apa kuasanya, MOT ada, ini belong to Khazanah. MOF pun boleh. Kalau kita betul-betul berjiwa dengan rakyat, jaga rakyat kita sepatutnya terbuka. We don’t call this monopoly dan kita panggil apa? Kenapakah lain-lain lab tidak boleh masuk? Bukalah. Why do we need to satu orang RM300, RM400 masuk? Berapa mahal?
Tuan Yang di-Pertua
Pendekkan Yang Berhormat.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Mintalah Yang Berhormat Timbalan Menteri, this is a voice from the people on the ground. Jangan kita bulldoze saja. Nanti apabila rakyat datang, kita sengsara. Kita faham tahu, policy is made by us, decision is made by us. Jangan kongkalikung.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat, silakan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu.
Seperti yang saya sebutkan tadi Tuan Yang di-Pertua. BP Lab ini telah dilantik melalui proses saringan dan pemilihan adalah berdasarkan proses tender terbuka yang telah dilaksanakan oleh MAHB dan ujian yang telah dipersetujui.
Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 10 Disember 2021, KKM dimaklumkan bahawa pihak MAHB juga telah melaksanakan proses perolehan baharu secara tender untuk mengenal pasti syarikat tambahan. Ini yang disebut oleh Yang Berhormat Bintulu tadi, yang akan melaksanakan ujian saringan. Dijangkakan perolehan ini akan dimuktamadkan dalam masa yang terdekat. Terima kasih, Yang Berhormat Bintulu. Saya teruskan.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Boleh Tebrau...
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Sedikit, Jempol. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja. PCR tadi. PCR.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya teruskanlah. Sudah lama di sini.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Sedikit, sedikit, sedikit. Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedikit sahaja, fasal PCR tadi.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Silakan.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Saya ada bangkitkan dalam perbahasan tempoh hari di mana pelepasan one-off cukai persendirian terhadap ujian PCR dikecualikan RM1,000 untuk cukai. Jadi, adakah pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu, seperti mana yang saya bangkitkan, PCR ini terlalu mahal. Orang kampung pun susah, RM200, RM250. Kadang-kadang terpaksa buat banyak kali dengan anak-anak semua.
Jadi, adakah pihak kementerian kawal harga siling ini? Ini terlalu menekan rakyat.
Jadi, apa langkahnya selain daripada airport yang disebut tadi, yang ini? Kita biasa di Parlimen boleh buat tetapi orang kampung, anak-anak mereka ini yang sekarang ini begitu banyak COVID-19 Omicron ini banyak rakyat yang terkesan.
Jadi, kena pergi selalu test. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya dapat dikawal harga siling tersebut?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih, Yang Berhormat. Begitu prihatin seperti juga Yang Berhormat Bintulu tadi. Sudah tentu seperti yang saya sebut dari awal tadi bahawa RT-PCR ini kenapa harganya lebih tinggi. Saya sudah sebut tadi.
Walau bagaimanapun, macam kita kata tadi kalau di airport, di MAHB itu proses perolehan terbaru itu mengenal pasti syarikat tambahan, sudah tentu akan mengkaji perkara tentang harga ini. Daripada aspek KKM juga dari semasa ke semasa sudah tentu kita akan ambil perhatian perkara ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, bermaknanya, adalah daripada suara rakyat. Kita akan memperhalusi perkara ini supaya masa akan datang harganya dapat dikurangkan.
Jadi, saya juga hendak ingatkan sekali lagi bahawa kita dalam fasa- hendak pergi ke fasa endemik ini, kita lebih- seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan baru-baru ini. Kita akan lebih bergantung pada RTK-Antigen yang lebih murah, lebih mudah, lebih cepat dan juga dikatakan dengan MDA telah menjalankan kajian yang sensitivitinya adalah tinggi.
Jadi, perkara ini kita kena ambil perhatian juga bahawa negara-negara luar, saya sudah sebut tadi Amerika Syarikat dan United Kingdom juga tidak bergantung pada RT- PCR. Hanya perkara-perkara tertentu yang memerlukan sensitiviti yang sangat tinggi.
Saya bagi contoh, Tuan Yang di-Pertua. Kalau orang yang sudah positif dan sudah melalui kuarantin 10 hari umpamanya, seminggu atau 10 hari selepas itu kena buat RT-PCR mungkin akan jadi positif lagi. Oleh sebab, sensitivitinya terlampau tinggi, dan dia very sensitif.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Ya, yang penting Yang Berhormat...
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
[Berdiri]
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Oleh sebab itu, pada tahap kita hendak masuk ke fasa endemik, kita akan lebih bergantung pada RTK-Antigen. Inilah saranan kepada rakyat dan harganya boleh dikatakan murahlah pada ketika ini. Bawah daripada RM10.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya bagi maklumat sedikit bagi kita. Bagi sedikit sahaja.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Okey, Yang Berhormat. Sila.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Mengenai RT-PCR ini, katakan ia dimansuhkan ataupun kita tidak guna RT-PCR. Saya merasakan ini tidak berapa baik, kenapa? Saya bagi you dua contoh. Satu contoh, saya sendiri kena. Okey. Saya pada hari kelima saya punya paru-paru meletup. Saya punya simptom keluar *fever. High fever.
Then*, saya satu badan lemah. Saya pergi check saya punya RT-PCR pada hari kelima,
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
saya baru 16. Selepas itu, saya mahu admitted to hospital tetapi saya tidak pergi. Saya kuarantin sendiri fasal tempat tinggal saya, saya seorang sahaja.
Jadi, KKM setuju tetapi hari-hari saya pergi hospital check saya punya darah itu semua, mereka suspek saya Omicron. Kita check RT-PCR baru tahu kita punya CT value.
Saya sampai hari kesepuluh check masih lagi RT-PCR, 33 sahaja. Hari ke-14 saya check baru negatif. So, kita kalau tidak buat PCR, kita tidak tahu orang itu punya CT value.
Contoh, macam semalam saya di Sibu, ada seorang lawyer. Dia mula-mula very happy dia check dia kata, “Oh, saya mahu- towards the end, mahu habis, 31 RT-PCR.” Check CT value. Sekarang dia tinggal 18. Doktor mahu advise sama dia, dia sekarang sore throat and then dia bernafas kadang-kadang susah. Dia advise sama dia bagus lagi you masuk hospital. So, kalau kita pakai RTK-Antigen sahaja, kalau dia orang sudah positif dia orang tidak tahu dia punya CT Value. Dia mahu masuk hospital atau tidak masuk.
Kenapakah saya soalkan ini? Ada satu di Kuala Lumpur saya nampak ini ada seorang. Dia sudah 18 hari, dia duduk di rumah. KKM sudah bagi tahu sama dia, “Okey, dia sudah sihat” itu semua. Akan tetapi, pada hari ke-19, dia 11 orang di rumah dia sudah miss sama dia punya rumah, semua keluarga, 11 orang kena- semua kena COVID-19.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, ringkas sedikit Yang Berhormat. Masa tinggal 19 minit.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
So, kita mesti mahu lihat ini mustahak, Yang Berhormat. Bagi sedikit peluang, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sedikit.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Ini orang punya nyawa tahu? Mustahak.
Tuan Yang di-Pertua
Ya lah.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kita nampak- saya mahu bagi tahu.
Tuan Yang di-Pertua
Ini untuk penjelasan sahaja.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kita sekarang masalah...
[Disampuk]
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Masa untuk saya menggulung ini hanya 40 minit, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
...Dalam 8 Mac sampai sekarang kita – MySejahtera, sudah kematian 502 orang.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasihlah. Terima kasih.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kita mesti mahu lihat betul-betul. Kita should cut down the cost.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Ya. Saya ambil maklum keprihatinan Yang Berhormat Bintulu. Itu penting.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Okey. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri dan kita sebagai doktor mesti kita ambil perhatian. Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya juga bersyukur Yang Berhormat Bintulu sihat sekarang ini dan dapat jalankan kuarantin dengan baiklah. Itu satu contoh kepada rakyat Malaysia bagaimana seseorang itu patut kuarantin dengan baik. Itu Yang Berhormat Bintulu telah lakukan. Tahniah dan keprihatinan ini...
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh bagi peluang kepada Tebrau?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
...Sebab itu kita KKM telah menasihatkan apabila kita didapati positif, jika kita ada simptom, maka kita kenalah laporkan dalam HAT melalui MySejahtera dan kepada CAC ataupun kalau kita mempunyai simptom dan simptom kita bertambah teruk, kita mesti telefon CAC dan pergi ke hospital ataupun klinik
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
yang paling dekat untuk kita mendapatkan rawatan selanjutnya. Ini fasa hendak masuk ke endemik.
Jadi, kalau kita tidak ada simptom maka kita boleh menjalankan isolasi diri kita di rumah dan kita telah mendapat vaksinasi yang complete- selama tujuh hari. Ini penting.
Kita sudah nyatakan banyak kali kalau positif bersimptom dan sebagainya perlu dan kalau masuk hospital sudah tentu RT-PCR dilakukan supaya kita dapat tahu CT Value-nya, adakah ia tinggi ataupun rendah.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Mohon mencelah.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Baik, Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa saya...
[Disampuk]
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Tebrau. Tebrau boleh dapat peluang tidak?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Minta maaf Yang Berhormat. Perkara- topik ini sudah- saya tinggal lagi 15 minit. Saya jauh lagi hendak pergi ini.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Tebrau, Tebrau, Tebrau.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya minta maaflah. Saya sudah bagi kepada ramai. Mungkin selepas ini. Insya-Allah.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Gopeng. Gopeng.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya minta maaf. Fasa sementara sebelum...
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
CAC, CAC.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
...Fasa sementara sebelum negara beralih ke fasa endemik ini akan disokong oleh tujuh komponen bagi memastikan pembukaan semula negara dibuat secara selamat dan berhati-hati. Tujuh komponen tersebut ialah pertama pematuhan SOP dalam kalangan ahli masyarakat. Justeru, ia diperkemas melalui kewujudan satu SOP yang disokong oleh sembilan garis panduan iaitu pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, amalan kawalan kendiri serta lain-lain tindakan kawalan dan pencegahan kesihatan awam masih perlu diteruskan lagi membendung penularan atau peningkatan mendadak kes COVID-19 di Malaysia.
Kedua, sistem amaran dan tindakan ataupun Heightened Alert System (HAS) yang memberikan indikasi awal mengenai peningkatan kes COVID-19 dan pengurusan wabak secara bersasar dengan menggunakan matriks yang telah dikenal pasti.
Ketiga, mewujudkan aktiviti diagnostik dan surveillance yang memberikan fokus kepada kapasiti serta keupayaan untuk menjalankan ujian pengesahan. Justeru dengan National Testing Strategy (NTS) telah dibangunkan bagi memperkasakan lagi rakyat untuk menjadikan ujian COVID-19 sebagai kebiasaan baharu dan melaporkan keputusan ujian kendiri melalui aplikasi MySejahtera. Menjadi tanggungjawab kita untuk buat test dan melaporkan. Itu satu tanggungjawab kendiri. Strategi ini telah menyebabkan banyak kes dapat dikesan lebih awal dan seterusnya aktiviti kawalan serta pencegahan dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan kadar yang segera.
Keempat, memutuskan rantaian jangkitan bagi memastikan sistem kesihatan di Malaysia tidak lumpuh dengan peningkatan kes secara mendadak. Ia antara lain melibatkan tindakan kesihatan awam kendiri yang perlu diperkukuhkan melalui pelaksanaan TRIIS yang meliputi komponen ujian kendiri, melaporkan menerusi MySejahtera, kuarantin dan isolasi dan memaklumkan kepada kontak rapat jika ujian didapati positif dan mendapatkan rawatan dengan segera jika kita mempunyai gejala yang membebankan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Kelima, mengurangkan morbidity dan mortaliti yang berkaitan dengan COVID-19.
Bagi tujuan ini pengurusan COVID-19 diperkukuhkan melalui pendekatan digitalisasi yang
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
disediakan melalui aplikasi MySejahtera meliputi pelbagai aspek penting yang dikenali sebagai automated FTTIS – Find, Test, Trace, Isolate and Support, dengan izin.
Keenam, pembukaan semula sempadan negara secara berperingkat berpandukan data dan fakta sains yang terkini berkaitan COVID-19 di samping turut membandingkan model pembukaan sempadan di negara-negara lain. Pada masa yang sama ia perlu mengambil kira keselesaan pengembara tanpa merumitkan urusan perjalanan tersebut...
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
[Bangun]
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
...Ketujuh, duta-duta pemerkasaan komuniti bagi memastikan mereka turut sama meningkatkan usaha dan memainkan peranan sebagai pejuang barisan hadapan untuk mendepani wabak COVID-19. Objektif bagi pendekatan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan literasi kesihatan dalam kalangan masyarakat ini champion, memperkukuhkan penglibatan aktif ahli masyarakat dan menggalakkan sikap pemilikan atau ownership, dengan izin, dalam kalangan ahli masyarakat bagi isu-isu yang berkaitan dengan kesihatan. Silakan.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Khususnya berkaitan dengan transisi kepada fasa endemik, ini lebih kepada normalization ataupun ke tahap normal. Antara falsafah yang paling penting merupakan jagaan kendiri di mana rakyat diberi tanggungjawab untuk buat testing, untuk jagaan kendiri.
Akan tetapi, untuk ini berjaya ada satu perkara paling penting mesti dilakukan di mana CAC perlu dilaksanakan dengan lebih cekap. Kalau ikut sekarang kalau seseorang itu test dia positif ada setengah orang dia akan pergi kepada doktor GP untuk confirmatory test. Ini silap, sepatutnya hubung CAC dan dia tidak semestinya pergi ke CAC, dia boleh hubung secara online- atas talian, dan selesai dan tidak payah dan buat pemantauan harian sehingga dia pulih.
Jadi ini sepatutnya dipertingkatkan daripada segi CAC buat virtual consultation. Kegagalan CAC ini jelas di mana kita lihat masih ada ramai yang mati BID. Ini bermakna ada ramai pesakit COVID-19 di rumah dan mungkin jaga sendiri tetapi dia mati tiba-tiba terlepas peluang untuk dimasukkan ke hospital. Jadi saya juga tahu bahawa Yang Berhormat Menteri pernah janji, kosong BID semasa 100 hari dalam kementerian tetapi jelas KPI itu tidak ditepati. Sekian.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Yang Berhormat atas keprihatinan Yang Berhormat dan poin yang penting Yang Berhormat telah bangkitkan.
Yang Berhormat juga adalah seseorang doktor pakar dan juga mantan Timbalan Menteri Kesihatan dulu dan juga senior saya dekat universiti. Jadi thank you very much.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Perkara CAC ini sebenarnya betul apa yang Yang Berhormat cakapkan, kita mesti memperkasakan dan protokol kita sekarang ini ialah apabila positif dan tidak ada simptom dan tidak ada comorbidities dan umurnya bawah daripada 60 tahun maka dia tidak perlu pergi ke CAC. Dia perlu kuarantinkan diri dia dan jika ada perkara-perkara di luar itu maknanya gejala datang ataupun tidak mengambil vaksin yang complete maka dia perlu pergi ke CAC untuk di refer, dirujuk kepada hospital supaya dia mendapat rawatan.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Nanti Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua, dan juga mereka yang positif yang sebegini maka mereka perlu membuat laporan kepada MySejahtera melalui HAT setiap hari. Menjadi tanggungjawab setiap orang untuk melakukan perkara itu.
Jadi saya ucap tahniah kepada KKM kerana CAC telah bekerja kuat dan bertungkus-lumus, betul kita boleh perkasa lagi tetapi saya juga hendak menyeru supaya rakyat mengambil tanggungjawab yang penting ini iaitu melaporkan kepada MySejahtera
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
melalui HAT. Laporan ini adalah sangat penting untuk mengkaji sama ada seseorang itu perlu dirujuk ke hospital atau tidak.
Sudah pasti kalau seseorang tidak mengambil berat tentang perkara ini.
Contohnya, dia mendapat simptom yang lebih teruk, maka itulah mungkin antara sebab terjadinya kematian di rumah. Kita dapat tengok BID yang susah kita hendak tutup sampai zero. Pada ketika ini banyak lagi mereka yang tidak mengambil vaksin yang sempurna, tanpa booster dan duduk di rumah dan bersikap tidak peduli. Akhirnya bila dapat sakit, contohnya COVID-19 yang very serious maka tidak dapat diselamatkan.
Inilah yang KKM yang sentiasa menasihatkan rakyat supaya cepat-cepat datang ambil booster dan khususnya kanak-kanak hari ini supaya cepat-cepat ibu bapa memberi kebenaran supaya mendapat suntikan vaksin demi melindungi anak-anak kita yang mana kita sekarang telah masuk ke fasa peralihan endemik. Maka ini perkara yang sangat penting.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Timbalan Menteri minta penjelasan berkait dengan kanak-kanak, boleh? Satu minit sahaja.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Okey, sila.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu ini tadi saya terima pandangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa kita mesti mengurangkan morbidity dan ini merupakan satu cara untuk proses kepada pandemicity. Dalam perbahasan saya minggu lalu, saya telah bangkit kes kematian Revnesh Kumar iaitu kanak-kanak yang berumur 13 tahun. Saya percaya ibu Revnesh Kumar telah berjumpa dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk mendapat laporan bedah siasat mengapa murid 13 tahun ini telah meninggal dunia selepas mengambil vaksin 14 hari.
Saya juga diberitahu Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa ada kanak-kanak lain 13 tahun, 12 tahun juga telah meninggal dunia selepas mengambil vaksin dalam tempoh dua minggu kah, kurang daripada dua minggu.
Soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah bolehkah laporan bedah siasat Revnesh Kumar dikemukakan kepada satu buah- panel bebas untuk mendapat penilaian neutral? Kerajaan telah mengatakan dalam bedah siasat mereka bahawa vaksin tidak menjadi punca kepada kematian anak muda ini. Akan tetapi oleh sebab orang ramai tidak percaya dengan kesimpulan ini maka saya minta kerajaan supaya membentuk satu independent panel untuk menilai laporan bedah siasat yang telah dikemukakan kepada ibu Revnesh Kumar sebab ada anak-anak lain, 12 tahun, 13 tahun yang telah meninggal dunia selepas mengambil vaksin ini.
Minta pandangan. Saya minta isu ini sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan kita mesti kurangkan morbidity as a process towards pandemicity. So, oleh sebab itu kalau kita hendak mengurangkan unsur ketakutan, fear among the parents maka this independent panel would be helpful. Minta pandangan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Yang di-Pertua, yang saya nyatakan tentang mengurangkan morbidity itu adalah berkaitan CAC tadi sebenarnya. Perkara tentang kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi itu telah ditangani oleh Yang Berhormat Menteri yang telah berjumpa bersama dengan Tan Sri Ketua Pengarah yang telah memberikan penerangan yang detil, yang secara jelas kepada ibu bapa yang saya percaya telah mengambil tindakan untuk menyelesaikan perkara ini berdasarkan laporan autopsi yang telah dijalankan.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Timbalan Menteri autopsi itu...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Seperti kita laksanakan ini, setiap kes yang mempunyai AEFI ringan atau serius, terutamanya yang serius sekali NPRA mengambil tanggungjawab yang serius untuk menilai, dan menentukan, apa causality,
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
contohnya kalau ada kematian dan perkara yang serius. Bila berlaku contohnya kematian selepas vaksinasi adakah kematian itu disebabkan oleh vaksinasi ataupun kematian itu berlaku selepas vaksinasi.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Jadi, causality- ketentuan itu mesti dipastikan dengan setepat-tepatnya dengan ujian, laporan, kajian tisu dan sebagainya oleh bahagian yang tertentu di KKM.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Jadi, kita ambil berat tentang perkara itu dan kita menjalankan kajian yang lebih tentang perkara itu.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Menteri, kalau kita baca laporan bedah siasat itu, jelas bahawa kesimpulan itu tidak konklusif.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, ini bukan masa berbahas.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya mohon...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, ini bukan masa berbahas. Minta tolonglah sebab masa pun tinggal lima minit. Saya boleh tambah 10 minit, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya rasa kalau 10 minit itu, maknanya saya tidak dapat beri celahan.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tidak, beri sekejap sahaja mengenai vaksin punya, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Oleh sebab sudah banyak dah ini. Saya ingat sudah adil ya dan terbaik lah saya beri kawan-kawan untuk cuba mencelah. Saya terus kepada satu lagi perkara yang dibangkitkan. Yang Berhormat Parit telah membangkitkan tentang perkara penting iaitu kesan jangka panjang jangkitan COVID-19 atau apa yang dipanggil sebagai long COVID. Sehingga bulan Februari 2022, seramai 25,122 bekas pesakit COVID-19 yang discharge keluar dari hospital KKM telah diberikan janji temu rawatan susulan di fasiliti kesihatan bagi tujuan pemantauan dan menerima rawatan bagi gejala long COVID. Berdasarkan pemantauan ke atas pesakit, terdapat lima gejala utama yang sering dihadapi iaitu:
(i) kelesuan (75.1 peratus);
(ii) sesak nafas (63.1 peratus);
(iii) batuk (14 peratus);
(iv) kesukaran tidur (8.6 peratus); dan,
(v) rasa resah gelisah, anxiety (3.8 peratus).
KKM telah melaksanakan strategi kesiapsiagaan, termasuk daripada segi kelengkapan logistik dan tenaga kerja di semua fasiliti kesihatan bagi memberikan akses perubatan yang mencukupi kepada semua bekas pesakit COVID-19. Dalam hal ini, pelbagai langkah diambil oleh KKM bagi memastikan kemudahan bantuan kesihatan kepada bekas pesakit disampaikan.
Antaranya pesakit COVID-19 yang menerima rawatan di fasiliti KKM yang mempunyai indikasi, diberikan janji temu sejurus discharge dari hospital, terutama bagi yang mengalami komplikasi tertentu atau yang dijangkakan mengalami gejala long COVID. Mereka akan diberikan janji temu di klinik pakar yang bersesuaian, bergantung kepada diagnosis akhir mereka.
Kedua, pesakit yang turut mempunyai penyakit kronik yang lain seperti darah tinggi, diabetes dan sebagainya dan stabil, mereka akan diminta untuk meneruskan
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
rawatan susulan di fasiliti kesihatan seperti yang telah dijadualkan untuk mereka sebelum mereka dijangkiti COVID-19. Sekiranya mereka tidak mempunyai rawatan susulan biasa, rujukan akan diberikan kepada fasiliti kesihatan bersesuaian dan diberikan janji temu susulan.
Ketiga, bekas pesakit COVID-19 juga boleh mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan awam yang berhampiran secara walk-in sekiranya mempunyai sebarang gejala.
Keempat, bagi pesakit yang mengalami gejala dan simptom yang semakin teruk semasa dalam tempoh pemantauan dan memerlukan rawatan segera, mereka akan dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Tuan Yang di-Pertua, selain itu, perkhidmatan rehabilitasi komprehensif yang khusus kepada pesakit long COVID telah dilaksanakan di Hospital Sungai Buloh.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Tuan Yang di- Pertua, mohon...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Pelbagai bidang kepakaran terlibat dalam perkhidmatan khusus ini. One-stop centre, bermakna iaitu ...
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Timbalan Menteri, mohon pencelahan sedikit.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Jabatan Perubatan, Jabatan Psikiatri, Jabatan Kesihatan Mental, Jabatan Perubatan Rehabilitasi dan juga kerjasama dengan hospital universiti iaitu Unit Respiratori Hospital UiTM. Perkhidmatan rehabilitasi susulan juga terdapat di 41 buah fasiliti perubatan rehabilitasi di seluruh negara yang memberikan perkhidmatan kepada pesakit long COVID iaitu 32 buah hospital KKM, tiga buah hospital universiti, empat buah hospital swasta dan sebuah pusat rehabilitasi Kementerian Sumber Manusia. Perkhidmatan respiratori komprehensif yang khusus kepada pesakit long COVID juga telah dilaksanakan di 21 buah hospital KKM seluruh negara. Sehingga kini, seramai hampir 15,564 orang pesakit COVID-19 Kategori 4 dan 5 yang di discharge balik dari hospital telah dirujuk bagi perkhidmatan khusus ini.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Timbalan Menteri, minta sedikit.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Silakan.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Terima kasih.
Berkenaan dengan long COVID ini, yang disebut tadi, okey lah, baiklah untuk dibuat rawatan susulan dan sebagainya. Apa yang menjadi persoalannya ialah terdapat pesakit- pesakit long COVID yang akhirnya menemui ajal. Setelah baik daripada COVID-19, balik ke rumah and then, ada simptom dan macam-macam lagi, masuk semula ke hospital dan kemudian meninggal. Di dalam death certificate nya itu, cause of death itu akan ditulis renal failure ataupun apa-apa yang lainlah tanpa menyebut akibat daripada long COVID ataupun COVID yang dihadapi sebelum ini.
Saya sudah bertanya dalam soalan dalam Dewan ini, mereka yang meninggal disebabkan COVID-19, NADMA beri RM5,000 sebagai ihsan daripada kerajaan. Akan tetapi pesakit-pesakit long COVID ini oleh sebab dalam death certificate nya tidak diletakkan cause of death itu disebabkan oleh COVID-19, maka mereka tidak dapat.
Dalam jawapan yang diberikan kepada soalan saya itu ia kata, kalau ditulis oleh pihak hospital dan sebagainya, ada disebut ada kaitan dengan COVID-19, maka mereka akan diberi pertimbangan.
Jadi, oleh sebab memang kematian itu disebabkan oleh COVID-19 asalnya, kemudian dia baik tetapi jangkitan berlaku selepas itu dan sebagainya, kita harap ini dapat di- saya ingat kalau ada satu instruction khusus tentang pesakit long COVID ini untuk diberikan perhatian. Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat tentang nasib ya. Saya juga turut berdukacita jika ada berlaku kematian disebabkan long COVID. Walau bagaimanapun, dalam death certificate ini bukan kita boleh hendak sahaja-sahaja hendak tulis. Ia tidak boleh macam itu. Doktor-doktor pakar
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
di pihak hospital sudah tentu telah membuat diagnosis sebab kematian- cause of death ini berdasarkan ujian dan segala rawatan yang telah diberikan. Apakah masalah yang menyebabkan dia masuk ke hospital? Apakah masalah yang menyebabkan kematian dia itu? Jadi, itu yang saya tahulah, yang berlaku di hospital selalunya.
Akan tetapi tentang adakah dia meninggal kerana kata tulis bersangkutan dengan COVID-19 dan sebagainya itu, akan diberikan sedikit wang untuk membantu, itu mungkin kena berhubung dengan NADMA dan juga kalau kematian itu disabitkan oleh COVID-19, maka pihak-pihak tertentu akan menentukan sebabnya. Jadi, kalau...
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Pihak tertentu itulah pihak hospital, Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Kematian itu telah dinyatakan renal failure, kalau sudah dinyatakan renal failure, I am sure that they have done all the test and it is due to the renal failure yang dia meninggal itu.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Ya, betul renal failure tetapi dia mulanya sebab ialah COVID-19. Selepas itu long COVID. Oleh sebab itu dikatakan di situ bahawa sekiranya diletakkan okey, renal failure yang disebabkan oleh asalnya iaitu daripada COVID-19...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham apa yang terhasrat daripada Yang Berhormat. Apa yang saya nyatakan ialah cause of death yang ditentukan itu. Bukan kata kalau kita hendak tulis, kalau dituliskan NADMA, itu lain. Saya tidak komen yang itu. Saya komenkan cause of death itu bukan sewenang- wenangnya diletakkan.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan sedikit masa lagi. Saya hendak merujuk kepada persoalan oleh Yang Berhormat Batu Kawan yang telah bertanyakan tentang pakej penjagaan COVID-19 (PPC) yang telah diedarkan kepada keluarga B40.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada 19 September 2021, dalam persediaan ke arah era endemik COVID-19, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian pakej penjagaan COVID-19 (PPC) kepada 36 juta Keluarga Malaysia B40. Edaran PPC ini telah bermula pada bulan Disember 2021 dan dijangka lengkap edaran pada bulan April 2022.
Sehingga 10 Mac 2022, sebanyak 2,129,998 pek PPC telah diedarkan. Kita amat berterima kasih kepada keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan. Setiap pek PPC ini mengandungi empat unit pelitup muka guna semula, empat unit kit ujian sendiri COVID-19, satu unit oximeter nadi, satu unit termometer dan risalah kesihatan. Peruntukan yang disediakan bagi pelaksanaan pemberian PPC ini adalah sebanyak RM471.6 juta yang melibatkan kos item, penghasilan kotak pembungkusan dan pengedaran kepada penerima di seluruh negara.
Berkaitan dengan Akta 342. Seterusnya, berkenaan Akta 342 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Lanang. Saya ingin memaklumkan bahawa Akta 342 ini bukanlah hanya semata-mata untuk penyakit COVID-19, sebaliknya ia adalah terpakai bagi semua penyakit berjangkit yang telah wujud ataupun yang mungkin akan wujud pada masa hadapan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Malah pada awal-awal kes COVID-19 pada 2020, COVID-19 tidak termasuk dalam list penyakit-penyakit berjangkit ini. Maka telah dimasukkan dengan peraturan.
Sebagaimana yang telah Yang Berhormat Menteri Kesihatan...
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Penjelasan Yang Berhormat Menteri. Saya minta penjelasan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
...Maklumkan di Dewan ini pada mesyuarat lalu, KKM akan memastikan pindaan kepada akta ini melalui proses libat urus termasuklah bersama Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching selain turut dianggotai oleh Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Alor Gajah, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Bakri dan juga Yang Berhormat Kuala Selangor. Dalam hal ini, JKPK ini telah bermesyuarat sebanyak dua kali iaitu pada 8 November 2021 dan juga pada 20 Disember.
Satu lagi mesyuarat bagi memutuskan tentang rang undang-undang dijangka akan dijalankan dalam masa yang terdekat ini.
Bagi menjawab soalan spesifik yang diajukan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, iaitu berkenaan kuasa Ketua Pengarah Kesihatan di bawah seksyen 25. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, walaupun seksyen 25, Akta 342 memperuntukkan kuasa kepada ketua pengarah atau pegawai yang diberi kuasa untuk mengeluarkan kompaun tetapi ini bukanlah kuasa mutlak ketua pengarah. Pengeluaran kompaun hendaklah mendapat izin bertulis daripada pendakwa raya atau Peguam Negara terlebih dahulu.
Ini selaras dengan peruntukan Perkara 145, Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa kepada Peguam Negara untuk memulakan atau menghentikan apa-apa prosiding jenayah iaitu Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera.
Dalam erti kata lain, pendakwa raya mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengizinkan kompaun atau membatalkan kompaun yang telah ditawarkan dan memulakan pertuduhan orang kena kompaun tersebut. Oleh yang demikian, tidak wujud pertikaian bahawa Ketua Pengarah Kesihatan mempunyai kuasa mutlak berkenaan penawaran kompaun, memandangkan kompaun tersebut hanya boleh ditawarkan setelah mendapat keizinan bertulis pendakwa raya dan pendakwa raya mempunyai kuasa dan budi bicara untuk membatalkan kompaun yang ditawarkan. Ini juga dapat memastikan proses semak dan imbang, check and balance ini berlaku bagi memastikan keadilan dapat dilaksanakan.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Mohon celah, mohon celah 34.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Mohon celah.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Selain itu, Yang Berhormat Pasir Mas juga membangkitkan tentang jumlah kompaun.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Timbalan Menteri.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Maaf, masa sudah begitu singkat sekali.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Minta jelaskan pindaan 342 itu.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
...Saya dapat...
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Ini penting.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Penalti am.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Butiran. Butiran 342 itu.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya tidak pasti...
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Boleh dibincangkan semasa pembentangan.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
...Jika Yang Berhormat...
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Pindaan 342 itu yang penting.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tolonglah ikut peraturan. Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak bagi mencelah, tolong duduklah, please.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Timbalan Menteri punya lantai percakapan. Yang Berhormat kena minta kebenaran. Yang Berhormat kena minta kebenaran, kebenaran tidak diberikan.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Tuan Yang di-Pertua, kita kena adil.
Tuan Yang di-Pertua
Tolong, duduk.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selain itu, Yang Berhormat Pasir Mas juga membangkitkan tentang jumlah kompaun, penalti am dan penalti peraturan. Saya tidak pasti jika Yang Berhormat telah terlepas pandang tetapi untuk maklumat Yang Berhormat pada mesyuarat yang lepas lagi, KKM telah bersetuju untuk menyemak kuantum ini. Malah kertas pindaan juga telah diedarkan kepada semua Ahli Yang Berhormat. Bagi kesalahan individu, jumlah maksimum kompaun baharu yang dicadangkan dikekalkan pada kadar maksimum RM1,000. Penalti peraturan pula adalah maksimum RM1,500 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Manakala bagi penalti am pula, jumlah maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Bagi penalti peraturan dan penalti am, penentu hukuman kesalahan adalah di bawah bidang kuasa mahkamah.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada fasiliti dan peralatan kesihatan.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Pindaan 342, satu minit, satu minit.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Simpang Renggam, 342.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Masa 30 saat.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Satu minit.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
...30 saat sahaja.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Tidak beranilah.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
...10 saat saja
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Boleh lah, boleh lah.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Masa sudah...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Simpang Renggam 10 saat saja.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya ada banyak...
Tuan Yang di-Pertua
Habis sudah Yang Berhormat.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
...Tentang fasiliti peralatan hospital ini banyak orang tanya.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Sebab ini penting.
Tuan Yang di-Pertua
Masa sudah tamat.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Sebab Akta 342.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk meneruskan.
Tuan Yang di-Pertua
Tolong...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Timbalan Menteri 10 saat sahaja.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Maaf, maaf.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Butiran 342.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, lima minit saja.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Ya, ya.
Tuan Yang di-Pertua
Sampai 12.30.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Ada sikit.
Tuan Yang di-Pertua
Sebab Kementerian Wanita...
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Ya, saya tahu.
Tuan Yang di-Pertua
Kementerian Perpaduan Negara tengah tunggu.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Timbalan Menteri....
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Perpaduan sudah tidak tahan.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak adil kepada Yang Berhormat Menteri.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Yang di-Pertua ya. Saya ikut arahan daripada Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Timbalan Menteri ini hanya permintaan saya, 10 saat saja.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Jawatankuasa Pilihan Khas telah menolak sebulat kuasa.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Yang Berhormat Batu Kawan telah membangkitkan mengenai keadaan hospital-hospital kerajaan...
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Kenapa tidak bawa balik kepada Jawatankuasa Pilihan Khas...
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
...Yang dikatakan terperangkap di era penjajahan Jepun.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
...Kesihatan, Sains dan Inovasi.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
KKM meneruskan pelaksanaan strategi dan pendekatan 3R iaitu repair, replace dan restore bagi tumpuan kepada aspek penyelenggaraan iaitu melalui kerja-kerja menaik taraf fasiliti dan kemudahan sedia ada serta menambah baik fasiliti yang uzur dan peralatan perubatan yang lapuk. Kementerian telah menyediakan peruntukan bagi melaksanakan kerja naik taraf membaik pulih dan mengubah suai fasiliti kesihatan di seluruh negara termasuklah hospital dan klinik kesihatan yang memerlukan.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Pada tahun 2020, sebanyak RM111.45 juta atau 96.7 peratus daripada peruntukan berjumlah RM115.2 juta telah dibelanjakan.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Timbalan Menteri sepuluh saat sahaja.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Pada tahun 2021 pula, sebanyak RM145.45 juta ataupun 97.4 peratus daripada peruntukan berjumlah RM149.36 juta telah dibelanjakan. Manakala pada tahun ini, sebanyak RM120 juta telah diperuntukkan bagi tujuan-tujuan tersebut.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Timbalan Menteri, 10 saat saja.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Padang Serai.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Selain itu, Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti 47 buah hospital lama di seluruh negara yang perlu dibaik pulih dan dinaik taraf atas faktor risiko kebakaran dan keselamatan pesakit. Bagi tujuan ini, kementerian akan melaksanakan kerja-kerja awalan penilaian keadaan bangunan-bangunan tersebut terlibat secara berfasa bagi mengenal pasti keadaan semasa bangunan dan sistem- sistem kejuruteraan untuk perancangan melaksanakan kerja-kerja fizikal baik pulih, naik taraf dan penggantian yang bersesuaian bagi pelan jangka panjang di bawah RMKe-13 dan 14. Kerja-kerja...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Kerja-kerja awalan tersebut akan dilaksanakan secara berfasa dan bagi tahun 2022, Kementerian Kesihatan telah diluluskan peruntukan RMKe-12 sebanyak RM13.65 juta bagi tujuan kerja-kerja awalan melibatkan 21 buah hospital lama di seluruh negara dan bagi fasa seterusnya kepada 26 lagi hospital lama yang telah dikenal pasti.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Simpang Renggam sepuluh saat saja.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Padang Serai sikit.
Tuan Yang di-Pertua
Isu akhir. Lagi dua minit 48 saat.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Sepuluh saat saja saya ambil, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri sepuluh saat saja Simpang Renggam.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Satu minit, satu minit saja Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Hal hospital.
Tuan Yang di-Pertua
Nampak terang sekali Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak hendak kasi laluan. Saya sudah tambah sampai 15 minit, 20 minit. Maaflah ya.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Hanya untuk Simpang Renggam, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengakhiri dalam seminit ini atau dua minit.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Mengakhiri penggulungan ini selaku Pengerusi PICKids, saya ingin menekankan kepentingan pengambilan vaksin COVID-19 di kalangan kanak-kanak, 5 tahun hingga bawah 12 tahun terutama semasa memulakan fasa peralihan ke endemik kerana kadar jangkitan kanak-kanak sudah meningkat, kemasukan ke hospital meningkat, kemasukan ke ICU juga meningkat dan kanak-kanak berisiko kerana mereka tidak diberikan vaksinasi lagi. Sedangkan rakyat sudah bergerak, sudah pergi ke merata-rata tempat dan anak-anak telah mula pergi ke sekolah.
Sehingga kini kita telah memberi vaksinasi 33.2 peratus kanak-kanak, lebih kurang 1.18 juta...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
...Dan dari itu saya merayu sangat-sangat kepada ibu bapa serta penjaga untuk menghantar, memberikan kebenaran mendapatkan vaksin di PPV berdekatan, terutamanya sebelum memulakan sesi persekolahan. KKM
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
juga memandang serius terhadap penularan misleading information atau berita palsu dan saya merayu dan menggesa rakyat supaya mendapatkan maklumat yang tepat daripada sumber-sumber rasmi KKM. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang berbahas dan saya mohon maaf kerana tidak jawab semua.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri, sikit.
Cara bertulis.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya akan memberi jawapan secara bertulis.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Belum masa satu minit lagi Yang Berhormat Menteri.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri satu minit ada.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya seterusnya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri di Kementerian Perpaduan Negara sehingga pukul 1 Yang Berhormat.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berpeluh menunggu Kementerian Kesihatan ini. Jawapan mantap tapi banyak yang bangkit tidak ada kaitan dengan perbahasan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Patutlah dia tidak habis waktu, dia duduk.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya turunkan mask saya ini, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja yang menyentuh kepada peranan Kementerian Perpaduan Negara iaitu Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Ipoh Barat dan Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk memberi jawapan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya sebutkan tadi yang berada di dalam Dewan. Sekiranya mereka tidak ada di dalam Dewan, Tuan Yang di-Pertua, saya akan menjawab secara bertulis.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang pertama ialah persoalan daripada Yang Berhormat Jelutong. Tak ada, Tuan Yang di-Pertua, saya jawab secara bertulis. Kedua, daripada Yang Berhormat Pengerang. Tak ada, Tuan Yang di-Pertua. Ketiga, daripada Yang Berhormat Ipoh Barat dan Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ipoh Barat ada.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Ha, nasib baik ada. Yang Berhormat Ipoh Barat mana?
Tuan Yang di-Pertua
Ada. Yang Berhormat Ipoh Barat ada.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Oh, sorry. Tak nampak, tak perasan.
Persoalan daripada Yang Berhormat Ipoh Barat tentang taklimat dan sebagainya. Yang Berhormat, hari itu kita cadang 14 hari bulan. Tarikh 14 hari bulan itu bukan saya yang
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
bagi- saya pun tahu itu Hari Ponggal- tetapi tarikh itu diberi oleh Yang Berhormat Sungai Buloh mengatakan itu tarikh yang paling sesuai untuk semua.
Jadi, walau bagaimanapun, sesi itu telah pun ditangguhkan dan saya telah pun menghantar surat kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang untuk mengadakan taklimat ini pada 22 Mac 2022, hari Selasa, sebelum kita tamat sesi ini. Yang Berhormat Ketua Pembangkang telah pun bersetuju dan kita adakan taklimat itu pada 22 hari bulan.
Berbangkit kepada persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Sekejap, Yang Berhormat. Berbangkit kepada persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah pun sama. Soal sesi Taklimat PTMI. Yang Berhormat, saya sebut dalam sesi yang lepas, persoalan sesi taklimat iaitu sesi taklimat Pelan Tindakan Masyarakat India ya, Yang Berhormat.
Perkara-perkara yang bersabit dengan soal siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM, itu saya tak boleh hendak bentangkan. Ada dua persoalan yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan daripada Yang Berhormat Jelutong dengan Yang Berhormat Batu Gajah juga bertanya tentang apa berlaku, apa keputusan siasatan. Itu saya tak boleh jawab.
SPRM akan jawab. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang- undang) akan jawab bagi pihak SPRM.
Sila, Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, kelambatan untuk mengadakan mesyuarat ini sangat mengecewakan masyarakat India di negara ini.
Sebenarnya Yang Berhormat telah memberi akujanji di Parlimen pada bulan November.
Semasa itu, kita dengan bertubi-tubi tidak dapat bertanya soalan kerana akujanji yang diberi iaitu selepas election Melaka akan mengadakan mesyuarat tersebut. Akan tetapi, ini telah mengecewakan semua masyarakat.
Yang Berhormat, you must understand something. I represent a constituency with the highest numbers of Indian voters in the country in percentage wise. Jadi, ramai di antara mereka, mari jumpa saya dan bertanya mengenai peranan MITRA dan sebagainya.
Maka itu sebabnya, Yang Berhormat, saya perlu- Yang Berhormat ingat bahawa...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Okey, terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Yang Berhormat, Yang Berhormat membangkitkan dalam sesi yang lepas ialah taklimat tentang Pelan Tindakan Masyarakat India. Saya dah maklumkan. Dalam sesi yang lepas, banyak perkara yang berlaku, tidak sempat. Dan belum terlambat lagi, Yang Berhormat, kerana kita belum lancar lagi pelan tindakan itu. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun bersetuju untuk mewujudkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sosioekonomi Masyarakat India. Itu adalah sebahagian daripada perancangan dalam Pelan Tindakan Masyarakat India.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya khuatir...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Jadi, ia begini, Yang Berhormat.
Bukan sahaja Yang Berhormat ada pengundi India dalam kawasan. Saya pun ada. Saya nak menasihatkan Yang Berhormat supaya 22 Mac ini, Yang Berhormat boleh timbulkan dan boleh bangkitkan apa sahaja persoalan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang itu okey, Yang Berhormat. Perasaan dukacita itu perlu diberitahu di sini supaya Yang Berhormat faham mengenai perkara tersebut.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Ya lah, Yang Berhormat dah cakap.
Ya, ya.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Jangan kita mengabaikan perkara tersebut.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Saya tidak abaikan. Saya dah maklumkan kepada Yang Berhormat, tarikh 14 hari bulan itu bukan dicadangkan oleh saya. Akan tetapi, terpaksa dibatalkan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Komitmen, Yang Berhormat. Are you a minister of unity or minister of anti-unity? Itu yang menjadi persoalan.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
No. Saya baru cakap...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Persepsi di luar, persepsi di luar...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
...Kita akan berikan taklimat pada 22 Mac 2022.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ya, terima kasih. Terima kasih.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Yang Berhormat tak payahlah nak terlalu emosi sangat nak bangkitkan kononnya orang marah taklimat tidak dapat diadakan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ini akujanji, Yang Berhormat. Kita pun tak tahu kerajaan ini will last until then.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Yang Berhormat, same here.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Dah. Saya minta maaf, Tuan Yang di-Pertua. Sila, Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
No, don’t shut down. Don’t shut down. Jangan lari, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
No. I’m not shutting down. You are going to meet us on the 22nd of March.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Lari daripada topik yang berkenaan.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
No, I’m not shutting down.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
No, no. You are shutting me off.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
No, I’m not shutting you off.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yes, you are. Yang Berhormat, don’t be sensitive.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
No. Saya dah sebut 22 Mac. Tak payahlah Yang Berhormat nak bangkitkan benda-benda. Pada 22 Mac nanti Yang Berhormat boleh bangkitkan apa sahaja Yang Berhormat nak tanya.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Bukan, bukan. Itu belum habis. Itu sebab saya nak bagi tahu Yang Berhormat bahawa saya ada...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya ada bagi tahu... [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tolong. Ini bukan masa berbahas. Maaf ya. Sila, Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat Menteri dah beri laluan kepada Yang Berhormat Batu Gajah sekarang. Maaf.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Sila, Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, tidak apa, Yang Berhormat Menteri. Tiga puluh saat, Yang Berhormat Ipoh Barat, state your case.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang berkaitan adalah bukan sahaja mengenai a plan. Malaysia ada banyak pelan untuk semua masyarakat, various plan. Semua pelan banyak cantik tetapi...
Tuan Yang di-Pertua
Jadi penjelasannya apa?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
...Bila diimplementasikan, bungkus.
Tuan Yang di-Pertua
Soalannya, soalannya?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ada banyak masalah. Jadi, itulah sebab saya issue statement katakan Yang Berhormat Menteri perlu mengadakan dan menghalusi semua perkara yang terjadi di kementerian dan kegagalan tersebut, don’t come back and just give us a lecture. Lecture kepada kita tidak ada guna, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Alright, baik.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Saya tidak ada bagi lecture lah, Yang Berhormat. Please lah.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
No use. So, we must also tie up... [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ipoh Barat, 30 saat sudah habis.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Ipoh Barat.
Yang Berhormat Ipoh Barat, tolong, 30 saat dah habis. Yang Berhormat Batu Gajah, silakan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat, let’s not mengalih- ya, terima kasih, Yang Berhormat. You see...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Saya dah sebut, Tuan Yang di-Pertua, taklimat pada 22 Mac.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Orang marah di luar. Orang marah di luar, jangan lupa.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Yang Berhormat Ipoh Barat. Yang Berhormat Ipoh Barat, tolonglah. Masa dah habis...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Okey, masa sudah habis. Yang Berhormat Menteri, tidak apa. Yang Berhormat Ipoh Barat, duduk. Yang Berhormat Ipoh Barat, duduk. Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat Menteri beri laluan ya kepada Yang Berhormat Batu Gajah?
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Ya, ya.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu Gajah, sila.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Jangan mengalihlah kepada lain-lain MP.
Jawablah soalan saya.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Okey, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ipoh Barat, tolong.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Yang Berhormat Menteri, dalam jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, Yang Berhormat Menteri memberitahu bahawa dalam taklimat yang akan diadakan pada 22 hari bulan nanti, perkara utama yang akan dibincangkan ialah berkaitan dengan pelan tindakan.
Yang Berhormat Menteri juga ada beritahu bahawa perkara-perkara berkaitan dengan penyiasatan yang telah dilakukan terhadap MITRA itu akan dijawab oleh SPRM dan Yang Berhormat Menteri tidak akan jawab.
Saya nak tahu sama ada dalam taklimat itu, adakah Yang Berhormat Menteri juga akan memberitahu kami tentang perbelanjaan-perbelanjaan yang telah dilakukan pada tahun 2020 dan 2021? Ini adalah penting. Dan saya juga ingin tahu berkaitan dengan hutang-hutang yang dikatakan telah dibayar dengan menggunakan wang MITRA.
Penjelasan itu adalah perlu sebab kami tidak mahu tahu...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Ya, ya. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Ini adalah sangat penting, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tak guna kita adakan mesyuarat dan taklimat kalau kita hanya nak tahu tentang pelan tindakan tetapi...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Ya, ya. Okey. Saya faham, saya faham.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
...Kita tidak tahu apa yang telah lepas.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu Gajah, tolong.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Taklimat PTMI pada 22 Mac 2022. Kita akan bagi taklimat berkaitan dengan semua tunjang, apa perancangan dan termasuk perancangan MITRA bagi tahun 2022, ya.
Soal yang berkaitan dengan SPRM, Yang Berhormat, saya tidak boleh jawab.
SPRM akan jawab. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang- undang) akan jawab tentang SPRM, siasatan ke atas MITRA. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) akan jawab, bukan saya.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
[Bangun]
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Nanti, Yang Berhormat. Saya tidak boleh bagi Yang Berhormat maklumat dalam taklimat nanti Yang Berhormat hendak berapa peruntukan, berapa yang telah dibelanjakan, apa pecahannya bagi tahun 2020, 2021, 2022. Saya tidak dapat kerana semua perkara itu telah dimasukkan dalam siasatan oleh pihak SPRM ya, Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat hendak tanya detil tentang siasatan SPRM, saya nasihatkan Yang Berhormat bertanyalah dengan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) nanti. Tentang SPRM, saya tak boleh jawab.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Ya lah, Yang Berhormat Menteri, sebab SPRM akan memberitahu...
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Yang Berhormat Menteri, Sungai Siput. Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Cukuplah, cukuplah. Ini bukan masa berbahas. Yang Berhormat Menteri dah jawab. Yang Berhormat Menteri, teruskan
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Sungai Siput minta laluan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, mic.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat, there should be no cover- up, no cover-up.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Yang Berhormat Menteri, Sungai Siput.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat hendak bagi Yang Berhormat Sungai Siput?
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Ketua Pembangkang telah bersetuju taklimat itu diadakan pada 22 Mac.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Yang Berhormat Menteri, hendak bagi Sungai Siput?
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Apa-apa persoalan boleh bangkit dalam taklimat itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, kita beralih kepada SPRM.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Sungai Siput, Sungai Siput minta mencelah sedikit....
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Biarlah, SPRM yang menyiasat. Yang Berhormat Menteri hendak bagi Yang Berhormat Sungai Siput?...
[Dewan riuh]
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Alih lagi, alih ke lain. Lari daripada menjawab soalan. Bukan Yang Berhormat, saya tanya...
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Yang Berhormat Menteri, yang penting itu kita hendak tahu tentang perbelanjaan...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tolong.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
...Jangan tolak kepada SPRM. Faham! Saya faham...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
I can take you on...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
...Apa pula saya lari?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
No, jawab soalan...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Sudah, janganlah! Jangan hendak buang masa.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Semasa Yang Berhormat menjadi Menteri...
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Menteri mengenai pelan tindakan, bagi dokumen pun kami...
[Pembesar suara dimatikan]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Batu Gajah, tolong duduk sekejap!
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk! Duduk!...
[Mengetuk tukul] Kamu hendak keluar berjalan makan angin 10 minit?... Duduk!
Yang Berhormat Batu Gajah, tolong keluar daripada Dewan sekarang, 10 minit.
Bentara tolong. Selama 10 minit, 10 minit dari sekarang....
[Disampuk] Duduk! Keluar sekarang 10 minit...
[Dewan riuh]
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
...Ada hak hendak tanya.
Tuan Yang di-Pertua
Bentara, tolong. Boleh tanya tetapi ikut peraturanlah. Apa peraturan cakap, peraturan cakap apa?
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan cakap apa?
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan cakap apa? Kalau hendak mencelah, peraturan kata apa?
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
...Dia tak hendak jawab.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, habis kalau peraturan kata, kena diberi laluan tetapi laluan tidak diberi macam mana?
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, soalan tanya lain. Jawab lain.
Tuan Yang di-Pertua
Apa ini? Duduk! Keluar sekejap 10 minit. Pergi makan angin.
Yang Berhormat Menteri, 17 minit sahaja lagi.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa...
Tuan Yang di-Pertua
Cukuplah Yang Berhormat Ipoh Barat, tolong.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, we have seen so many Ministers and Speaker…
Tuan Yang di-Pertua
Saya hendak minta tolong sangat-sangat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, duduk itu satu, satu...
Tuan Yang di-Pertua
Kita ikutlah peraturan. Selalu apabila saya tidak mengikut peraturan, pihak pembangkang kata saya tidak ikut peraturan...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Akan tetapi pihak pembangkang tidak ikut peraturan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
...Kita ikut peraturan. Tuan Yang di-Pertua, kita tahu, bila bertanya soalan...
Tuan Yang di-Pertua
Tolonglah.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Macam Yang Berhormat Batu Gajah tanya, sebenarnya Yang Berhormat Menteri, mahu ikhlas. Terus boleh jawab sahaja...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri sudah jawab.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Jangan, Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kalau semua...
Tuan Yang di-Pertua
Waktu ini, bukan waktu berbahas lagi tahu? Waktu ini waktu Yang Berhormat Menteri menggulung. Perbahasan sudah habis sebenarnya.
Boleh tanya untuk penjelasan, itu pun kalau diberi laluan, penjelasan sahaja, bukan untuk berbahas. Yang Berhormat Menteri sudah beri penjelasan kepada soalan yang dibangkitkan tetapi Yang Berhormat hendak berbahas, tidak bolehlah.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kita salah. Bukan berbahas, saya tanya soalan Yang Berhormat Menteri...
Tuan Yang di-Pertua
Soalan sudah dijawab.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Bukan, tidak jawab, tidak jawab. Dia mengelak daripada menjawab.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat kata...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri kata, soalan-soalan mengenai siasatan SPRM, beliau tidak boleh memberi informasi tersebut.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kalau dia mengelak...
Tuan Yang di-Pertua
...Kena terpaksa ditanya kepada pihak yang menyiasat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, saya tanya soalan yang lain. I didn’t ask about SPRM, itu berkaitan. Saya tanya, semasa beliau menjadi Menteri tahun dahulu, ada beberapa kelemahan yang tertentu. Maka itu perlu dia menjawab, tidak boleh kata kerana SPRM sudah masuk untuk menyiasat maka saya tidak jawab.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Tuan Yang di-Pertua, yang ini saya boleh jawab.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Do not give a black...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
No! No! Please lah. You hendak tanya soalan, tanya betul-betullah.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
No! Don’t...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
You pusing, pusing mana orang faham.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Pusing itu...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Tadi Speaker, tanya you, you cakap ‘A’. Apabila you beri penjelasan, you cakap ‘B’.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Pusing itu dekat Yang Berhormat Batu Gajah lah.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Apalah. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat, jangan kita...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ipoh Barat, tolong. Okey, tolong jawab itu, kemudian kita teruskan perbahasan, penggulungan.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Sungai Siput.
Tuan Yang di-Pertua
Tolong.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Sungai Siput belum lagi. Tuan Yang di-Pertua, Sungai Siput.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Yang Berhormat Sungai Siput, sekejap ya.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Ya.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Tuan Yang di-Pertua, pihak SPRM telah pun mencadangkan beberapa pendekatan baharu yang perlu dilaksanakan oleh pihak kementerian untuk MITRA. Akan tetapi tadi Yang Berhormat tanya saya tentang perbelanjaan, tentang kes, tentang SPRM. Saya memang tidak boleh jawab, minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Itu Menteri Undang-undang akan jawab. Saya sudah sebut dua soalan itu, telah saya pindahkan kepada Menteri Undang-undang.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Jadi, cadangan- nantilah Yang Berhormat, you ini orang belum cakap habis, you sudah berdiri.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Bagi Yang Berhormat Menteri jawablah!
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Duduklah dulu, orang hendak jawab, you tidak faham, selepas itu you hendak tanya macam-macam yang tidak ada kaitan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tolong jawab soalan saya.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Ya lah saya hendak jawab...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Ipoh Barat, duduklah Yang Berhormat Ipoh Barat.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
You tidak dengar kah saya tengah jawab?
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Tuan Yang di-Pertua, suruh dia keluar Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Apalah. Pihak SPRM telah mencadangkan beberapa pendekatan baharu Tuan Yang di-Pertua, untuk diadakan.
Termasuklah permohonan-permohonan untuk MITRA yang akan dibuat secara online.
Tidak ada lagi permohonan MITRA dihantar begitu sahaja kepada MITRA oleh NGO atau oleh mana-mana badan. Akan tetapi melalui permohonan online.
Ada lagi beberapa cadangan yang telah pun dicadangkan oleh pihak SPRM.
Selesai sahaja siasatan oleh pihak SPRM, Tuan Yang di-Pertua, maka pihak SPRM akan memaklumkan segala perkara yang akan dijelaskan dengan lebih jelas lagi.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Apa lagi?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kita lagi mengalih kepada SPRM.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ipoh Barat, cukuplah, cukup.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
You tak makan sarapan kah pagi tadi?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
No, No. Don’t run away Yang Berhormat.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Don’t worry, you are asking all...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang kita tanya senang sahaja.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Apa dia?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Dalam kementerian you allocated wang dan sebagainya. Kesalahan-kesalahan tertentu, boleh bagi tahu kepada kita. Satu di antaranya dikatakan Presiden MIC telah mengambil sebanyak RM3 juta...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Yang Berhormat...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat bisu...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Yang Berhormat, saya tidak boleh jawab itu semua.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat bisu mengenai perkara tersebut.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Dia tidak faham itu, Yang Berhormat Menteri sudah jawab.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Tuan Yang di-Pertua, SPRM masih lagi menjalankan siasatan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
No, no, mengalih kepada SPRM...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Jadi kalau ada persoalan dia berkaitan dengan Presiden MIC kah apa...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, dia lari daripada tanggungjawab.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Itu bergantung kepada keputusan...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, no, no...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Hasil siasatan oleh pihak SPRM
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Cannot be, cannot be… [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat semua, Yang Berhormat semua, banyak sudah masa kita gunakan untuk isu ini. Boleh tak Yang Berhormat meneruskan penggulungan ini sehingga habis, tinggal 12 minit 51 saat sahaja lagi.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Sungai Siput, Sungai Siput.
Tuan Yang di-Pertua
Tolong.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Ya, Yang Berhormat Sungai Siput sahaja, yang lain ini tidak payah.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lari daripada tanggungjawab, apa yang perlu Yang Berhormat Menteri bagi tahu...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri sudah bagi kenyataan.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Please lah, saya tidak larilah. You yang larilah.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, there shouldn’t be any perception outside bahawa Speaker covers-up for the Minister.
Tuan Yang di-Pertua
Macam mana?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
The Speaker is covering-up for them or helping them.
Tuan Yang di-Pertua
Saya hendak cover apa?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
*No...
[Pembesar suara dimatikan]*
Tuan Yang di-Pertua
Saya cuma hendak ikut peraturan. Kalau Yang Berhormat Menteri tidak beri laluan...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 37(1)(b), sesiapa yang hendak mencelah, dia kena minta izin dahulu, dan apabila diberi laluan oleh si polan yang diminta izin beliau itu, Peraturan Mesyuarat 35 terpakai. Beliau hanya akan boleh bercakap apabila saya jemput. So, pertama minta izin, kalau dibenarkan, saya jemput, baru boleh bercakap. Kemudian, mencelah ini bukan untuk semua perkara di bawah matahari- everything under the sun.
Cuma untuk meminta penjelasan kepada apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri, itu peraturannya. Akan tetapi saya telah beri kelonggaran, selonggar- longgarnya, kan? Saya bagi sahaja, yang hendak berbahas pun kadang-kadang saya bagi tetapi ada had lah Yang Berhormat, fahami juga. Saya bukan hendak cover-up for Yang Berhormat Menteri, hendak cover-up siapa? Buat apa saya hendak cover-up? Saya tidak ada kepentingan pun. So, saya minta tolong. Yang Berhormat Menteri sudah tinggal 11 minit, Yang Berhormat, tolong.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Sungai Siput.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Tuan Yang di-Pertua, saya benarkan kepada Yang Berhormat Sungai Siput sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Yang lain tidak ada kaitan, saya tidak benarkan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Lari daripada tanggungjawab, lari dari satu Ahli Parlimen ke Ahli Parlimen yang lain.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Mengalih dengan menjawab soalan yang dibangkitkan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Balik pergi makan tose lah! Jawab pun tidak faham.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya faham.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Jawapan saya pun you tidak faham.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya faham. On the ground Yang Berhormat. Ramai di antaranya tidak...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat semua, saya ingin tangguhkan persidangan ini sehingga pukul 12.55 tengah hari. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan hingga pukul 12.49 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 12.56 tengah hari]
Tuan Yang di-Pertua
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Jemput Yang Berhormat Menteri, habiskan sehingga pukul 1.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Sungai Siput. Yang Berhormat Menteri.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk membenarkan Yang Berhormat Sungai Siput. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Perpaduan mengizinkan Sungai Siput mencelah kementerian Yang Berhormat.
Di mana Pelan Tindakan Pembangunan Masyarakat India yang telah ditubuhkan di bawah kementerian Yang Berhormat dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memaklumkan akan membentuk Jawatankuasa Kabinet Sosioekonomi Masyarakat India.
Soalan saya, ataupun penjelasan saya, siapakah Pengerusi dan Urus Setia Jawatankuasa Kabinet Sosioekonomi Masyarakat India? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua seperti yang sama maklumkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mengumumkan untuk menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Siput, Pengerusi kepada Jawatankuasa Kabinet ini ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Urus Setia kepada Jawatankuasa Kabinet ini merupakan EPU di bawah Yang Berhormat Dato' Sri Mustapa bin Mohamed, EPU.
Mungkin saya boleh jelaskan sedikit, apakah kumpulan-kumpulan kerja yang dicadangkan Yang Berhormat? Kumpulan kerja Memperkasakan Keperluan Asas, ia yang kita cadangkan kepada EPU. Meningkatkan Kemenjadian Setiap Kanak-Kanak,
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Menaikkan Taraf Ekonomi, Keusahawanan, Memperkasakan Keterangkuman Sosial dan Memperkasakan Wanita Ke Arah Kesaksamaan Gender.
Dalam pelan ini Tuan Yang di-Pertua, ada lima tunjang dan perkara yang saya sebutkan itu merupakan tunjang-tunjang yang ada. Pihak EPU sedang menyediakan Kertas Kabinet untuk dibentangkan kepada Kabinet dan kemudian akan wujudlah Jawatankuasa ini. Terima kasih.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Yang Berhormat, dalam jawatankuasa ini adakah melibatkan Ahli Parlimen daripada pembangkang.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Yang Berhormat setakat ini, ini yang dicadangkan. Itu adalah atas pertimbangan Yang Berhormat Pengerusi kepada Jawatankuasa ini. Saya rasa insya-Allah akan diambil kira oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Sungai Siput menawarkan dirilah.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, maka dengan itu saya tamatkan perbahasan saya pada hari ini. Sekian, terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Eh! lagi, Yang Berhormat.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
You sudah tanya banyaklah, sudahlah.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat saya hendak tanya seramai 992 orang.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Apa lah. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Seramai 406 orang yang telah menerima manfaat. Itu menunjukkan half of the Indian population. Ini jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Tak masuk- unbelievable figure yang diberi oleh kementerian. Saya hendak tanya soalan susulan.
Tuan Yang di-Pertua
Jawapan yang mana itu. Bilakah itu?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ini satu minggu dahulu Tuan Yang di-Pertua.
Selepas ucapan saya dibuat ini diberi jawapan mengatakan Tuan Yang di-Pertua, give me a minute. Seramai 992 orang, 400 orang telah menerima manfaat hasil dari pelbagai latihan serta bantuan melalui program-program yang telah dilaksanakan bagi tahun 2020 dan 2021 iaitu dalam tempoh MITRA di bawah Kementerian Perpaduan Negara. Ini menunjukkan half of the Indian population.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Where got meaning? Kalau sedemikian we don’t have the hardcore people. The most number of poor people in the country is the hard core, poor B40.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Yang Berhormat ini tidak ada kaitan dengan perbahasan Yang Berhormat. Saya sudah jawab.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ini Yang Berhormat ada jawapan.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Perkara ini akan dilihat pada Jawatankuasa Kabinet.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat, who is raising the voice?
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Tuan Yang di-Pertua saya mohon menamatkan perbahasan saya.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, who is raising the voice? Who is trying to raise the voice and shut me down? She is the Minister, macam dia.
Kalau- the louder the voice, she is the winner. Cannot-lah. Don’t run daripada tanggungjawab. Ini jawapan dari Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Jadi, that is why I am asking.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Soalan saya very simple, kalau menunjukkan separuh dari masyarakat India telah mendapat manfaat, tetapi adakah Yang Berhormat tahu dari akar umbi. Ini tidak benar *because half of them, don’t talk half of them.
I don’t think even 10 percent of the country Indian have benefitted. Whatever she said is a lie.*
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat mahu beri komen ataupun tidak.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Saya jawab sedikit sahajalah. Saya pun tidak ada masa hendak melayan banyak sangat persoalan yang lain daripada perbahasan yang telah dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua saya hendak ingatkan kepada Yang Berhormat bukan MITRA sahaja yang menguruskan masyarakat India. MITRA hanya menguruskan B40 dan banyak lagi kementerian-kementerian lain. Juga menyediakan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Jawab MITRA, jawab MITRA Yang Berhormat. Jawab MITRA punya hal.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Kemudahan untuk masyarakat India dan bila ditubuhkan Jawatankuasa Kabinet ini Tuan Yang di-Pertua, KPN akan duduk sebagai ahli dan segala pembentangan akan dibentangkan dalam Jawatankuasa itu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
They won’t be a government expert.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Oleh sebab masa telah melebihi pukul satu, maka saya tangguhkan mesyuarat pada pagi ini sehingga pukul dua setengah petang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat sejahtera dan selamat tengah hari.
[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua dan selamat tengah hari. Kita sambung penggulungan perbahasan Usul Titah Diraja dengan saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri ya.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong atas penghargaan dan
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim
sokongan baginda terhadap usaha kerajaan membangunkan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) dan aspirasi merakyatkan sains dan menginsankan teknologi.
Selaras dengan titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Tuanku Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong melalui PPVN, MOSTI yakin bahawa negara berada pada landasan yang betul. Seterusnya, bagi menyokong aspirasi yang digariskan, MOSTI juga akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif dan program bersasar bagi menghasilkan produk inovasi yang mampu menyelesaikan masalah dan memberi manfaat kepada komuniti setempat terutamanya kepada golongan yang berpendapatan rendah.
Selain itu, MOSTI dengan kerjasama kementerian yang lain serta pihak swasta juga akan meneruskan usaha pemerkasaan R&D&C&I dalam bidang keutamaan terpilih selain pembangunan vaksin iaitu bidang kecerdasan buatan, robotik, biosains dan angkasa demi mencipta peluang pekerjaan baharu serta meningkatkan pulangan pendapatan kepada negara.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada dua orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat bagi Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas yang telah menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Berhubung saranan Yang Berhormat Sik supaya pembangunan vaksin tempatan menerusi PPVN dilaksanakan dengan lebih agresif. MOSTI menyambut baik perkara ini dan untuk makluman Yang Berhormat, gerak kerja PPVN telah melaksanakan beberapa perbincangan dengan pihak industri seperti Pharmaniaga, CanSino dan MVP berkaitan pembangunan teknologi vaksin terutamanya vaksin COVID-19.
Selain daripada itu, MOSTI melalui NIBM juga telah menandatangani MOU bersama beberapa pemain industri vaksin iaitu:
(i) Pusat Penyelidikan Pharmaniaga Sdn. Bhd.;
(ii) Institut Automotif Robotik dan IOT Malaysia (MARii);
(iii) Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika
(TIDREC) Universiti Malaya;
(iv) Universiti Putra Malaysia (UPM);
(v) Universiti Sains Malaysia;
(vi) Institut Kesihatan Negara (NIH) Kementerian Kesihatan Malaysia; dan
(vii) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tuan Yang di-Pertua, terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Sik atas keprihatinan dan cadangan supaya kerajaan memperbanyakkan program pembudayaan STI terutama kepada golongan belia. Selaras dengan aspirasi ‘Merakyatkan Sains dan Menginsankan Teknologi’, MOSTI sentiasa giat merangka dan melaksanakan pelbagai program berteraskan pembudayaan sains dan teknologi. Program-program tersebut dilaksanakan bagi mencungkil minat, memupuk budaya inovasi, menggalakkan pemikiran kreatif dan kemahiran penciptaan.
Sebagai contoh, antara program pembudayaan STI yang dilaksanakan setiap tahun oleh MOSTI sejak tahun 2018 ialah Minggu Sains Negara. Pada tahun ini program tersebut dijadualkan bermula April hingga November. Kali ini terdapat tujuh bidang fokus utama iaitu planetary health, kimia dan bioteknologi, kegunaan aman nuklear, inovasi sosial, kejuruteraan, nano teknologi dan juga angkasa.
Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara merupakan agensi kerajaan yang bertindak sebagai sebuah pusat pendidikan tidak formal untuk pembudayaan sains angkasa serta sains interaktif di MOSTI. Dalam usaha merakyatkan STI melalui prasarana sedia ada dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat, Pusat Sains Negara dan
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim
Planetarium Negara telah melaksanakan pelbagai program di seluruh Malaysia merangkumi pameran tetap, program jangkauan luar dan dalam, program jerayawara dan Singgah Sains. Kedua-dua agensi ini juga sentiasa berinovasi dalam menggalakkan pembudayaan sains terutama dalam bidang sains angkasa, astronomi dan sains alam sekitar bagi memastikan masyarakat sentiasa peka terhadap perkembangan pengetahuan sains dan teknologi.
Justeru, bermula dari tahun 2020 ketika negara dilanda pandemik COVID-19, aktiviti pembudayaan sains dilaksanakan melalui pameran maya dan pendidikan virtual menerusi pelbagai platform media sosial seperti Facebook Live, webinar dan juga Zoom.
Selain itu, kementerian melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) juga terlibat dalam program dan inisiatif pembudayaan STIE. Antaranya ialah Program Pertandingan SiswaSAT yang merupakan pertandingan CanSat versi tempatan di bawah platform Program Minggu Sains Negara.
Program SiswaSAT ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar universiti dan pelajar sekolah secara praktikal dalam mengurus dan membangunkan sebuah satelit nano. Pada tahun 2020, program ini menerima penyertaan sebanyak 245 orang yang terdiri daripada 196 orang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan 49 orang pelajar sekolah menengah. MYSA turut melaksanakan Program Reka Cipta Satelit, Program Space Rocks!, Pertandingan Astrofotografi, Fun AI Experiment for Kids, Sembang Angkasa, Virtual Space Run, Jom Teroka Telekomunikasi Satelit serta pertandingan melukis dan mewarna bertemakan angkasa yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik seperti Apadilangit, Generasi Marikh, MiSI dan persatuan- persatuan amatur astronomi yang aktif dalam meningkatkan minat para pelajar pada STEM, terutama dalam bidang angkasa.
Seterusnya, berkenaan galakan inovasi sosial bagi menjana ekonomi negara.
MOSTI menerusi Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah memainkan peranan yang penting. Agensi ini bertindak sebagai sebuah platform mencari, membangun dan memadankan dana pembangunan inovasi dengan rangkaian lebih 5,000 inovator di seluruh negara bagi menggalakkan dan membudayakan inovasi akar umbi yang berpotensi untuk dikomersialkan. Sekali gus meningkatkan kesejahteraan masyarakat terutamanya kualiti kehidupan golongan B40.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim
Inisiatif inovasi sosial telah banyak memberi manfaat kepada kumpulan sasar terutamanya golongan B40 di kawasan pedalaman dan luar bandar. Program-program yang di bawah inisiatif sosial ini telah dilaksanakan sejak tahun 2015 dan telah mencatatkan pulangan atas pelaburan ROI purata sebanyak RM1.50 sehingga RM3.82 bagi setiap RM1 dana yang diberi.
Melalui Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) juga, Inisiatif Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM4 juta. Ia merupakan sebuah Hab Reka Cipta, Teknologi dan Inovasi yang lengkap bagi menggarap idea kreatif dan inovatif di dalam menangani isu-isu semasa dan juga setempat.
Ia juga adalah sebuah hab terbuka yang menggabungkan unsur-unsur bengkel mesin, bengkel art and craft atau studio di mana belia, pelajar, syarikat start-up dan masyarakat berkumpul untuk berkongsi sumber dan pengetahuan untuk membina dan berinovasi dengan menggunakan teknologi sedia ada.
Sehingga kini, empat pilot projek Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia:
(i) Paroi, Negeri Sembilan telah mula dibuka pada bulan Julai 2021;
(ii) PPR Padang Hiliran Kuala Terengganu telah mula dibuka pada bulan April 2021;
(iii) Pusat Perkhidmatan dan Transit Pelancongan Batu Ampat, Kota Tinggi Johor telah mula dibuka pada Januari tahun 2022; dan
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim
(iv) Pusat Komunikasi Desa (PKD) Layang-layang, Kluang kolaborasi dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah mula dibuka pada Mac tahun 2022.
Serta lapan lagi di dalam perancangan termasuk di Sabah dan juga di Sarawak.
Sebagai tambahan, saya ingin berkongsi mengenai inisiatif MOSTI yang terkini iaitulah Malaysia Techlympics di mana flat off program ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia pada 5 Mac 2022.
[Batuk] minum air sekejap [Meneguk air] .
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Silakan.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, program ini akan melibatkan pertandingan dan pembelajaran dan antara bidang tumpuan ialah:
(i) kejuruteraan;
(ii) pengkomputeran dan mikro komputer;
(iii) nano;
(iv) Internet Kebendaan (IoT);
(v) robotik;
(vi) dron;
(vii) sains;
(viii) matematik;
(ix) reka bentuk kreatif dan animasi; serta
(x) percetakan tiga dimensi.
Di penghujung program, MOSTI berhasrat mengumpul sekurang-kurangnya 2,000 idea atau prototaip yang inovatif, kreatif dan futuristik bertaraf dunia selaras dengan agenda negara untuk memacu ke arah negara berteknologi tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin memberi maklum balas kepada saranan oleh Yang Berhormat dari Pasir Mas mengenai kerjasama strategik melibatkan MOSTI diperlukan bagi memastikan kebajikan profesion jurutera diberi perhatian oleh kerajaan melalui pemerkasaan Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Akta 138).
Untuk makluman Yang Berhormat, Lembaga Teknologi Sumber Manusia (MBOT) di bawah MOSTI juga menyokong peruntukan Akta 138 di mana MBOT sentiasa memantau isu-isu-isu kebajikan. Bukan sahaja jurutera malah teknologis, saintis, penyelidik dan juruteknik di Malaysia. MBOT sedar bahawa kebajikan golongan profesional ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan atau badan profesional sahaja tetapi ia haruslah meliputi pelbagai pihak lain seperti:
(i) industri;
(ii) IPT;
(iii) dewan-dewan perniagaan; dan
(iv) persatuan-persatuan industri.
Berbanding dengan jurutera di industri yang lebih terlibat di dalam aspek reka bentuk design, MBOT mengiktiraf teknologis dan juruteknik iaitu individu yang menjalankan salah satu daripada profil teknologi iaitu;
(i) pembangunan (development);
(ii) pembuatan (manufacturing); (iii) pengujian (testing);
(iv) pentauliahan (commissioning); dan
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim
(v) penyelenggaraan maintenance dengan izin.
Setakat hari ini MBOT mendaftarkan seramai 15,000 teknologis dan juruteknik profesional. Lanjutan itu, MBOT juga sentiasa menyokong dasar-dasar kerajaan berkaitan pembangunan bakat dan modal insan berasaskan teknologi yang diharap dapat mewujudkan technology based economic dan mewujudkan high skill workers yang berkualiti yang mana dasar-dasar tersebut adalah seperti berikut:
(i) Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara;
(ii) Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara tahun 2021-2030 (DSTIN);
(iii) Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (10-10 MySTIE); dan
(iv) Pelan Strategik MOSTI tahun 2021-2025.
Selain daripada itu, MBOT juga sentiasa mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak termasuk pihak industri bagi mengenal pasti dan merancang program- program reskilling dan upskilling di dalam menambah nilai dan kemahiran teknologi serta juruteknik di dalam negara.
Kesan langsung daripadanya golongan profesional ini boleh menikmati gaji yang setimpal dengan kemahiran yang mereka miliki. Setakat itulah sahaja maklum balas MOSTI terhadap dua isu yang dibangkitkan Tuan Yang di-Pertua. Di kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kali ini. Saya percaya pandangan dan cadangan yang dikemukakan amat baik dan akan memperkukuhkan lagi polisi dan dasar yang diterajui oleh kementerian ini.
Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Wassalamualaikum, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya kini menjemput Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan, silakan.
Menteri Kanan Pertahanan - Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Bismillahi rahmani rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam sesi penggulungan Titah Diraja di dalam Dewan yang mulia pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu bagi pihak seluruh warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia, saya Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan negara termasuk anggota ATM.
Penghargaan daripada Baginda yang juga merupakan Pemerintah Tertinggi ATM merupakan satu penghormatan tertinggi dan ia semestinya akan menambah lagi semangat dan mengukuhkan tekad warga ATM dan MINDEF untuk terus menyumbang khidmat bakti demi tanah air tercinta.
Kementerian Pertahanan serta ATM juga mengambil maklum dan akan menjunjung sepenuhnya Titah Baginda untuk:
(i) memastikan negara sentiasa berada dalam tahap kesiapsiagaan tertinggi untuk berhadapan dengan sebarang ancaman dari dalam dan luar negara;
(ii) memperkukuh pembangunan kapasiti perolehan aset-aset baharu, penyelenggaraan dan menaik taraf aset-aset pertahanan negara;
(iii) memperkukuh konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) melalui platform kerjasama dua hala dan pelbagai hala; dan
Menteri Kanan Pertahanan - Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
(iv) memberi perhatian terhadap aspek kebajikan termasuk kesihatan, pendidikan, perumahan dan bantuan kebajikan anggota dan veteran.
Insya-Allah, saya bersama kepimpinan tertinggi serta seluruh warga Kementerian Pertahanan dan ATM akan terus memikul amanah dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin demi kedaulatan dan keselamatan negara.
Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak warga Kementerian Pertahanan dan ATM, saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Libaran kerana mengambil berat isu-isu yang berkait rapat dengan Kementerian Pertahanan sewaktu perbahasan Titah Diraja kali ini.
Terlebih dahulu saya ingin memberi respons terhadap Yang Berhormat Hang Tuah Jaya yang telah meminta pendirian Kementerian Pertahanan terhadap kontrak perolehan yang melibatkan aset pertahanan negara dengan pihak Rusia akibat tindakan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan perancangan lanjut pihak kementerian dalam memastikan kesiapsiagaan ATM sentiasa berada pada tahap yang terbaik.
Menteri Kanan Pertahanan - Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Untuk makluman, pendirian Malaysia mengenai sekatan yang dikenakan oleh beberapa buah negara terhadap Rusia ekoran daripada tindakan pencerobohan terhadap Ukraine adalah jelas iaitu Malaysia tidak mengiktiraf sebarang sekatan secara unilateral.
Sebarang sekatan harus dibuat melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan perkara ini telah pun ditegaskan oleh Yang Berhormat Menteri Luar Negeri di Dewan yang mulia ini pada 8 Mac 2022.
Sementara itu, kementerian juga mengambil maklum apa yang dinyatakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bahawa perdagangan antara Malaysia dan Rusia adalah di tahap minimum. Selain itu, MITI juga telah menyatakan bahawa urusan yang berkaitan dengan perdagangan komersial (business to business), dengan izin. Pertimbangan untuk meneruskan sesuatu urusan atau sebaliknya adalah di bawah keputusan entiti perniagaan masing-masing.
Dalam konteks MINDEF, kementerian ini melalui syarikat-syarikat tempatan mempunyai kontrak dengan pihak Rusia bagi membekalkan alat-alat ganti pesawat Sukhoi Su-30MKM dan kontrak perolehan peluru Metis-M, anti-tank guided missile
(ATGM). Itu sahaja. Penting untuk saya maklumkan, sebelum berlakunya isu Ukraine- Rusia ini, kita sememangnya telah mempunyai perancangan untuk mengurangkan kebergantungan kita terhadap Rusia. Syarikat tempatan yang terlibat iaitu Aerospace Technology Systems Corporation Sdn Bhd (ATSC) juga telah mengesahkan bahawa pihaknya mempunyai keupayaan untuk meneruskan penyelenggaraan pesawat Sukhoi dan telah mempunyai stok alat ganti untuk pesawat berkenaan untuk dua tahun lagi.
Tidak sekadar itu, apa jua perkembangan dalam isu Ukraine – Rusia ini tidak akan menjejaskan kesiapsiagaan ATM dan dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara.
Tambahan pula, bagi memastikan tahap kesiapsiagaan aset ATM sentiasa berada dalam keadaan yang baik, kementerian akan memperluaskan alternatif bagi mendapatkan bekalan alat ganti yang diperlukan daripada sumber negara-negara lain yang menggunakan teknologi dan pesawat-pesawat yang sama seperti India. Kementerian sentiasa mengambil pendekatan untuk mempelbagaikan sumber perolehan aset-aset strategik, sekali gus boleh mengurangkan kebergantungan kepada negara-negara tertentu.
Secara keseluruhannya, konflik Rusia - Ukraine yang sedang berlaku ini tidak memberikan implikasi yang besar terhadap perolehan dan perancangan aset pertahanan negara, mahupun kesiapsiagaan ATM dalam memelihara keselamatan, kestabilan dan kedaulatan negara.
Menteri Kanan Pertahanan - Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Kesan keselamatan negara akibat pertukaran lokasi ibu negara Indonesia ke Kalimantan. Yang Berhormat Sibuti telah meminta penjelasan, adakah pertukaran lokasi ibu negara Indonesia ke Kalimantan akan memberi sebarang kesan kepada keselamatan negara? Untuk makluman semua, pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan dijangka akan memberi kesan positif dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara, khususnya di kawasan sempadan Sarawak - Kalimantan. Walau bagaimanapun, di sebalik kesan-kesan positif terhadap ekonomi, ia tetap berupaya memberi kesan negatif terhadap aspek keselamatan. Khususnya dari sudut jenayah rentas sempadan seperti kemasukan pendatang asing tanpa izin, kegiatan pemerdagangan manusia dan penyeludupan barang-barang kawalan. Buat masa ini menerusi laporan yang kita terima, pemindahan ibu kota Indonesia tidak akan berlaku dalam masa terdekat.
Setakat ini, usaha ke arahnya masih di peringkat awal. Proses pemindahan ini juga akan melibatkan beberapa fasa. Fasa pertama dijangka bermula tahun ini sehingga tahun 2024. Ini memberikan masa yang mencukupi kepada kementerian bagi membuat perancangan yang menyeluruh daripada segi tahap kesiapsiagaan dan keupayaan ATM di sempadan Sabah dan sempadan Sarawak. Namun, untuk mendepani cabaran ini, beberapa inisiatif telah mula dirancang. Ini termasuklah pembinaan tambahan 14 pos kawalan baharu ATM di sempadan Sarawak - Kalimantan, lima pos kawalan ATM di Sabah - Kalimantan menjelang akhir tahun 2022.
Ketiga, meningkatkan keupayaan operasi pemantauan dan pengawasan sempadan, khususnya melalui penggunaan aset-aset berteknologi tinggi bagi mengurangkan kebergantungan kepada kaedah pengawasan konvensional secara fizikal yang kurang efektif, mengambil kira faktor geografi sempadan Sarawak - Kalimantan yang luas dan diliputi hutan tebal.
Penggemblengan sumber dan aset kerajaan secara berpusat melalui pendekatan keseluruhan kerajaan (whole of government) antara pelbagai agensi penguatkuasaan akan diteruskan, perkara keempat.
Terakhir sekali. Kelima, memperkukuhkan keselamatan sempadan melalui kerjasama pertahanan secara dua hala mahupun serantau. Sebagai contoh, meneruskan mekanisme seperti coordinated joint border patrol bersama-sama dengan Indonesia. Ini hanya sebahagian daripada pelbagai lagi usaha kita untuk memperkukuhkan kawalan sempadan Malaysia - Indonesia. Ini termasuklah menambah kem-kem baharu di Sabah, termasuk pembinaan Kem Lahad Datu seperti yang telah saya umumkan sewaktu lawatan saya ke Sabah pada Januari lalu. Saya sendiri akan membawa semua perkara yang dibentangkan di Dewan ini hari ini kepada Menteri Pertahanan Indonesia - Bapak Prabowo Subianto, sewaktu lawatan kerja beliau ke Malaysia dalam tempoh dua minggu lagi iaitu pada 28 Mac 2022.
Mengenai Dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Yang Berhormat Sungai Petani bertanyakan...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri, Sik ada sedikit soalan. Sik di belakang, ya.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Okey, sila.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya balik sedikit tadi awal berkaitan dengan krisis antara Rusia dan Ukraine. Dilihat laporan hari ini, kita Malaysia akan mengambil bahagian dalam prosiding penyiasatan tragedi MH17. Jadi soalan saya, adakah krisis Ukraine - Rusia ini akan memberi kesan langsung ataupun ada petunjuk- petunjuk yang mungkin lebih positif untuk negara kita bagi menuntut keadilan atas peristiwa yang berlaku 2014 yang lalu? Terima kasih.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Yang Berhormat, sebenarnya proses mencari keadilan berhubung kait dengan tembakan jatuh MH17 ini berterusan. Cuma yang dikaitkan dengan konflik Rusia dengan Ukraine ialah baru-baru ini Australia dan Belanda telah menggunakan isu MH17 ini untuk cuba mengaitkan pendirian kita dengan mungkin pertimbangan geopolitik negara-negara tertentu.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Perkara ini dibincangkan di peringkat Jemaah Menteri pagi tadi. Kita dimaklumkan oleh Menteri Luar Negeri bahawa proses mencari keadilan untuk tragedi yang berlaku kepada MH17 kita akan teruskan sama ada di mahkamah antarabangsa dan sebagainya.
Akan tetapi untuk ditarik kepada kancah geopolitik Ukraine - Rusia ini, kita masih lagi berpegang kepada prinsip-prinsip yang saya telah pun bentangkan di Parlimen tadi. Di mana kita tidak akan tunduk kepada sekatan-sekatan yang unilateral. Kita bincangkan pendirian-pendirian kita bersama-sama dengan negara-negara yang bersefahaman, like minds dengan kita. Apa yang Australia dan Belanda akan lakukan berhubung kait dengan MH17 ini, kita akan teliti dan pantau.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Kalau sekiranya ia membantu kita mencari keadilan kepada apa yang berlaku kepada MH17, saya rasa kita tidak teragak-agak untuk menyokong tetapi ia disokong atas prinsip keadilan bukan atas pertimbangan geopolitik atau apa yang berlaku sekarang di bumi Ukraine Yang Berhormat. Ada lagi soalan? Tidak ada...
[Ketawa] Mengenai dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Yang Berhormat Sungai Petani bertanyakan apakah usaha Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi memenuhi harapan pencarumnya untuk mendapatkan dividen yang tinggi seperti yang diterima sebelum tahun 2018.
Seperti Yang Berhormat sedia maklum, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini telah mengumumkan dividen LTAT bagi tahun 2021 ialah sebanyak 4.1 peratus. Ini merupakan kadar dividen tertinggi sejak tahun 2019 dan sebagai rekod, dividen tahun 2019 ialah hanya 2.5 peratus dan pada tahun 2020 hanya 3.5 peratus.
Walau bagaimanapun, MINDEF, ATM dan LTAT tidak akan mudah cepat berpuas hati.
Kita- sila.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih tentang jawapan itu Yang Berhormat Menteri. Cuma saya tengok jumlah dividen yang diberikan itu amat kecil berbanding contohnya kalau tengok Bank Rakyat dan bank-bank lain, koperasi. Koperasi, Bank Rakyat merupakan koperasi. Apakah kerajaan tidak berhasrat untuk memastikan bahawa LTAT ini berperanan untuk melibatkan diri mereka dalam semua projek yang dikeluarkan oleh MINDEF?
Harus ada usaha supaya setiap projek besar khususnya yang dikeluarkan oleh MINDEF ini melibatkan juga LTAT. Akhirnya at the end of the day, apa juga yang kita dapat daripada projek-projek ataupun kontrak-kontrak yang kita keluarkan akan kembali kepada LTAT dan sekali gus akan membantu sama ada active personnel kita ataupun veteran kita. Jadi tidaklah nampak macam sekarang ini seolah-olah veteran kita atau personel kita itu terpinggir langsung sedangkan kita ada peluang untuk memberikan kemewahan, “kemewahan” melalui projek-projek yang cukup berbilion-bilion ringgit yang kita keluarkan setiap tahun. Jadi, adakah kementerian berfikiran bahawa LTAT harus memainkan peranan lebih daripada yang ada sekarang supaya akhirnya keuntungan dapat diberikan kepada LTAT. Terima kasih.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Ya, kita menjurus ke arah itu tetapi Dewan yang mulia ini perlu faham bahawa pelaburan LTAT terikat kepada beberapa peraturan dan undang-undang yang sedia ada supaya kita tidak dilihat sebagai satu commercial entity ataupun seperti koperasi-koperasi yang lain. Nanti dalam jawapan saya, saya akan ceritakan pelan transformasi strategik lima tahun LTAT yang akan mengambil kira saranan-saranan Yang Berhormat tadi berhubung kait dengan pendekatan- pendekatan yang baru yang mungkin boleh membawa pulangan yang lebih besar.
Mengenai projek-projek daripada MINDEF, perkara-perkara yang tidak membawa risiko yang tinggi kepada LTAT memang kita salurkan setakat mana yang kita mampu kepada LTAT. Contohnya agenda perumahan kita. Kita sudah mengumumkan baru-baru ini perumahan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) yang melibatkan LTAT dalam agenda perumahan. Akan tetapi berhubung kait dengan aset-aset, itu memerlukan pemikiran dan juga kelonggaran kepada kebenaran akta-akta kepada apa yang LTAT boleh lakukan.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Akan tetapi izinkan saya menjawab dahulu perancangan kita selepas ini, khususnya dari tahun 2019 hingga 2023 di mana saya sudah sebutkan tadi, kita tidak mudah cepat berpuas hati dengan dividen yang baru diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kita mahu dividen ini terus meningkat pada tahun-tahun mendatang. Ini penting apatah lagi LTAT ketika ini mempunyai seperti Yang Berhormat sebutkan tadi ramai pencarum, 110 ribu orang. Ini jumlah yang besar dan mereka amat bergantung harap, kita sedar kepada dividen ini. Dalam erti kata lain, ini soal kebajikan mereka dan saya secara peribadi mahu ia diberikan perhatian yang sebaik mungkin, insya-Allah. Atas sebab itulah, sejak tahun 2019 LTAT telah memulakan pelan transformasi strategik lima tahunnya untuk menjadi dana simpanan persaraan bertaraf dunia yang mampu mengisytiharkan dividen yang mampan kepada ahli-ahlinya. Alhamdulillah, pelan transformasi LTAT setakat ini berjaya meningkatkan pelaburan pendapatan tetap kepada lapan peratus. LTAT juga mula mempelbagaikan pelaburan dalam saham tersenarai kepada 42 peratus daripada jumlah aset pelaburan di bawah pengurusannya.
Perlu dinyatakan bahawa LTAT merupakan dana simpanan persaraan. Ini yang membezakan kita dengan dana-dana lain dan bukanlah dana pelaburan yang berobjektifkan pulangan pelaburan yang tinggi semata-mata. Profil pelaburan LTAT adalah bersesuaian dengan profil pulangan risiko sebuah dana persaraan jangka panjang, no short-term gains, dengan izin, yang memberi pulangan kepada kadar yang kompetitif dan seiring dengan kadar yang diisytiharkan oleh dana pasaran yang lain.
Kita tahu persekitaran ekonomi dunia ketika ini tidak menentu dan kesemua dana pasaran tempatan dan antarabangsa menghadapi cabaran yang sama iaitu terus memberikan pulangan pelaburan yang mampan. Oleh sebab itulah, apa yang saya sebutkan ini merupakan langkah-langkah untuk memastikan kita berdaya tahan seterusnya dan dapat memberi pulangan yang diharapkan oleh para pencarum LTAT.
Saya juga di sini Tuan Yang di-Pertua, merakamkan penghargaan kepada Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah mengambil berat tentang isu-isu perolehan di MINDEF dan ATM. Ini termasuklah mengenai perolehan littoral combat ships- Laut China Selatan, helikopter MD 530G dan light combat aircraft (LCA). Dalam beberapa sesi penggulungan di Dewan Rakyat sebelum ini, saya tidak pernah ketinggalan untuk menjawab soalan- soalan berkaitan dengan perolehan aset-aset ini.
Namun hari ini, saya ingin memaklumkan perkembangan terkini terhadap aset- aset ini yang berkenaan yang disebutkan dan dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat dalam perbahasan kali ini. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Pasir Mas mengenai LCS. Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, usaha pemulihan projek perolehan ini telah melalui beberapa peringkat. Kini usaha pemulihannya telah pun berada di peringkat pertimbangan Jemaah Menteri dan Kabinet juga telah bersetuju supaya sebuah Jawatankuasa Khas Menteri ditubuhkan bagi mengkaji dan pemulihan ini secara lebih terperinci dan kembali untuk pertimbangan Kabinet dalam satu, dua minggu ini.
Saya mengakui bahawa untuk sampai tahap berkenaan bukanlah satu perkara yang mudah. Saya bersama-sama pihak MINDEF dan ATM mengadakan pertemuan dengan banyak pihak sama ada kerajaan mahupun pihak swasta. Perkara yang paling mencabar ialah untuk mendapatkan konsensus khususnya bagi memastikan akhirnya, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) boleh mendapatkan kapalnya seperti dirancang demi kepentingan tanah air tercinta.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Selain itu, saya juga telah dipanggil oleh pihak Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Dalam sesi tersebut, Ketua Setiausaha dan diri saya sendiri dan kepimpinan MINDEF dan kepimpinan ATM, khususnya TLDM, telah memberi penjelasan terperinci tanpa menyembunyikan sebarang perkara. Isu LCS ini, kita sudah dihadapkan ke PAC ini sebanyak 10 kali. Alhamdulillah, sesi tersebut yang terakhir dimanfaatkan sebaiknya dan penjelasan yang diberikan juga telah mendapat maklum balas yang amat baik dan memberangsangkan daripada pihak PAC sendiri.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Namun, selagi Jemaah Menteri dan Jawatankuasa Khas Menteri belum membuat keputusan muktamad tentang usaha pemulihan ini, selagi itulah saya tidak boleh membentangkannya secara terperinci kepada umum.
Dari sudut salah laku dan ketirisan, saya pernah sebut dalam penggulungan saya sebelum ini, bahawa tumpuan kita terhadap usaha pemulihan ini tidak bermakna pihak- pihak yang melakukan salah laku sebelum ini akan terlepas begitu sahaja. Pada Januari lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat yang terbabit dalam kontrak perolehan enam buah kapal tempur pesisir pantai LCS ini.
Jadi, usaha untuk memastikan bahawa sesiapa yang salah guna kedudukan dan ada salah laku dalam tindakan mereka sebelum daripada ini, dalam kita hendak cari jalan penyelesaian ini, mereka tidak akan terkecuali daripada dihadapkan kepada keadilan.
Bukan itu sahaja. Boustead Naval Shipyard yang juga anak syarikat di bawah Boustead Heavy Industry Corporation Berhad turut telah melantik firma audit luar, pihak ketiga, iaitu Alliance IFA (M) Sdn. Bhd. untuk membuat semakan audit mereka. Saya beri jaminan MINDEF dan ATM akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak yang berwajib untuk memastikan mana-mana pihak yang melakukan salah laku dapat dikenal pasti seterusnya dihadapkan ke muka pengadilan.
Masih dalam konteks perolehan aset, Tuan Yang di-Pertua. Perkara kedua yang saya hendak sentuh ialah berkaitan dengan...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Minta laluan.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri, masa tidak cukup. Bolehkah Yang Berhormat Menteri alih ke isu pencen veteran?
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Tidak boleh.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Yang Berhormat Menteri, minta laluan fasal isu LCS.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Ia perolehan saja tiga buah aset. Isu veteran ini saya pun pernah jawab sebagai panjang lebar. Sekiranya tidak cukup masa, veteran ini bukan sahaja secara bertulis tetapi saya beri jaminan― kalau itu permintaan Yang Berhormat berhubung kait dengan kebajikan veteran. Saya tahu tiga perkara ini yang telah dibangkitkan setiap kali kita bersidang. Veteran ATM yang tidak berpencen, kajian jurang pencen dan pembayaran elaun kepada penerimaan Pingat Jasa Malaysia
(PJM). Semua ini dalam perbincangan kita.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
LCS, ya.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Ya. Yang Berhormat. Sorry, tidak nampak. Saya tengok skrin tadi.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Oh, okey.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Jadi, berhubung kait dengan jurang pencen, secara ringkas sahaja. Just in case kalau tidak cukup masa.
Apa yang penyelarasan jurang pencen seperti yang telah saya menyatakan dalam penggulungan sebelum ini, kalau sebelum ini saya telah maklumkan kepada Dewan bahawa kita akan adakan libat urus dan engagement dengan JPA, saya hendak maklumkan hari ini bahawa sesi libat urus bersama dengan JPA telah pun kita lakukan.
Pihak JPA telah memberikan maklum balas bahawa ia perlu melalui beberapa proses termasuk meminda akta dan peraturan pencen yang sedang berkuat kuasa sebelum ia dapat diluluskan.
Berhubung kait dengan pemberian elaun kepada penerima Pingat Jasa Malaysia
(PJM), saya lihat bahawa kalau dua tahun lepas kita tidak mampu membantu memberikan elaun secara one-off kerana COVID-19, dan kalau tahun selepasnya kita terbelenggu
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
untuk memastikan kebajikan mereka yang terlibat dengan COVID-19 ini sentiasa terbela khususnya bantuan sara hidup, bantuan persekolahan, bantuan kemasukan ke institut pengajian tinggi, bantuan peralatan pesakit, bantuan bencana alam, ini semua merupakan skim-skim bantuan semasa COVID-19 yang telah diperkenalkan supaya mereka tidak terkesan dengan pandemik yang dilanda negara.
Maknanya, kalau selepas ini mungkin kalau selepas 1 April ini kita sudah masuk kepada fasa transisi, fasa endemik ini, mungkin kita boleh tengokkan isu yang dibangkit berhubung kait dengan bentuk bantuan yang akan diberikan selepas ini.
Isu-isu lain berhubung kait dengan veteran, saya pernah jawab sebelum ini dan kalau ada perkara-perkara baharu yang perlu saya tambah, saya akan jawab secara bertulis. Ini kerana ada 42 saat sahaja lagi, Tuan Yang di-Pertua, untuk saya menjawab fasal helikopter kita ini dan satu lagi aset iaitu LCA, dengan izin. Dua perkara.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri, Sik ada sikit soalan.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, tambah masa lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri, pencen ini adalah satu masalah besar.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Izinkan saya sedikit masa lagi...
Tuan Yang di-Pertua
Saya beri lagi 10 minit? 10 minutes boleh?
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Okey.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Tuan Yang di-Pertua, tambah masa untuk Yang Berhormat Menteri?
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Lima minit. Tambahan minit, tambah masa.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Tambahan masa.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Yang Berhormat Menteri, Papar hendak bertanya.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Okey. Tanya Yang Berhormat Papar.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Okey, selepas itu Sik ya. Boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Okey, Papar ingin bertanya berkenaan dengan rumah untuk angkatan tentera. Adakah Kementerian Pertahanan bercadang untuk berkolaborasi dengan KPKT dalam menangani kekurangan perumahan untuk angkatan tentera yang sedang berkhidmat? Ini kerana kita difahamkan banyak rumah yang dikendalikan oleh KPKT yang belum terjual. Kedua, apakah perancangan kementerian untuk anggota-anggota tentera yang akan dan sudah bersara tetapi tidak mempunyai rumah kediaman? Terima kasih.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Bahawa agenda perumahan kita sama ada rumah mampu milik untuk warga kita yang telah pun bersara atau untuk warga anggota kita yang dalam perkhidmatan merupakan antara agenda yang paling utama.
Seperti Yang Berhormat sendiri sedia maklum, bahawa ini pun dekat dengan mantan ‘Menhan’ yang sekarang ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Jadi, dalam hal ini, isu perumahan, kita harap dapat dibukukan dalam satu dasar yang kita akan lancarkan dalam sebulan ini, mungkin, dan secara telus kita akan memaklumkan kepada semua pihak yang berkepentingan tentang perancangan kita dalam bajet tahun ini dan untuk lima tahun yang akan datang supaya secara telus kita
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
dapat pastikan bahawa fokus kepada perancangan yang telah pun ditetapkan itu akan menjadi satu kenyataan.
Itu satu perkara yang memang dekat dengan hati saya sendiri, Tuan Yang di- Pertua, dan saya tahu bahawa satu-satunya perkara yang paling penting dan lebih daripada aset-aset yang canggih ialah moral anggota kita. Kita tengok sendiri kalau kita dapat menyediakan perumahan dan rumah yang selesa, ia akan membantu kita membina semangat dan moral anggota-anggota kita untuk terus berkhidmat dengan bersungguh- sungguh.
Ini kita pantau secara dekat di kem-kem tertentu untuk dinaik taraf. Kita tengok kem-kem yang memerlukan perumahan tambahan di mana mereka terpaksa sewa di luar kem pada ketika ini. Di Kuala Lumpur, alhamdulillah, daripada sasaran yang kita tetapkan ini, tidak ada lagi saya harap mereka yang terpaksa sewa rumah di luar kem-kem kita dengan elaun sewaan yang begitu rendah tetapi terpaksa dibiayai oleh mereka sendiri.
Itu yang kita lancarkan di Bukit Jalil tempoh hari dan itu harus memenuhi keperluan kita di Wilayah Persekutuan ini.
Jadi, apa yang saya hendak nyatakan di sini ialah bukan sahaja MINDEF bersungguh-sungguh tetapi cadangan Yang Berhormat bahawa kita juga bekerjasama dengan kementerian KPKT dan juga kementerian-kementerian lain, rumah-rumah yang terbiar, itu merupakan satu cadangan dan pandangan yang baik.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Kita bukan tidak terfikir tetapi kita perlu pastikan dasar kita sendiri jelas. Selepas itu percayalah, saya akan libatkan kementerian lain yang boleh menambah baik agenda kita ini. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan berkaitan dengan perbahasan saya. Berkaitan dengan LCS, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Berkaitan dengan apa?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Dengan LCS Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Berkaitan dengan apa?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
LCS.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Ya?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Kapal LCS.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Biar saya selesaikan dua lagi aset kita ini...
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Saya ingin berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Kita tengok tiga ini sekali gus...
Tuan Yang di-Pertua
10 minit Yang Berhormat...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri, masih lagi dengan pencen...
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Papar ingin berterima kasih atas keprihatinan Kementerian Pertahanan atas...
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Saya tidak benarkan dahulu. Saya tidak benarkan dia...
Tuan Yang di-Pertua
Tunggu Yang Berhormat Papar.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Duduk dahulu Yang Berhormat.
Duduk. Biar saya selesaikan perolehan dahulu, ya? Terima kasih. Sebab 10 minit sahaja lagi. Itupun masa tambahan.
Alhamdulillah, saya hendak maklumkan Dewan yang mulia ini bahawa keenam- enam MD530G telah selamat tiba di Pelabuhan Klang pada 21 Februari. Pada masa ini, MINDEF sedang melaksanakan proses penerimaan final acceptance test dengan izin, bagi keenam-enam helikopter berkenaan.
Tentang denda lewat dan merujuk kepada klausa kontrak denda lewat, syarikat Halaman Optima adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk membuat pembayaran denda lewat sekiranya berlaku kelewatan di pihak syarikat dalam membekalkan helikopter-helikopter ini. Nilai tuntutan LAD ini akan ditentukan selepas proses penerimaan helikopter final acceptance test selesai dilaksanakan.
Kita tidak perlu saman mereka kalau mereka tidak bayar. Sekiranya syarikat Halaman Optima Sdn. Bhd. gagal menjelaskan tuntutan denda lewat, maka pihak kerajaan akan mengguna pakai klausa 24 set-off dengan memotong tuntutan invois kontrak daripada syarikat Halaman Optima Sdn Bhd sebagai ganti pembayaran denda lewat ini.
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Lumut mengenai apakah keperluan sebenar untuk perolehan helikopter MD530G ini, suka untuk saya kongsikan cadangan perolehan helikopter buatan Amerika Syarikat ini adalah berdasarkan keperluan semasa tentera darat. Helikopter ini akan digunakan oleh tentera darat bukan Tentera Udara Diraja Malaysia. Ia berfokus kepada ancaman yang dihadapi dan apa yang diperlukan oleh tentera darat sendiri.
Daripada segi kos perolehan helikopter, tawaran harga yang ditawarkan adalah lebih murah dan berpatutan berbanding helikopter tempur yang ada di pasaran. Helikopter yang ditawarkan merupakan multipurpose armed reconnaissance helicopter yang dilengkapi dengan sistem persenjataan ringan (light attack helicopters), dengan izin as supposed to a full-fledged multipurpose helicopters seperti Apache dan Tiger.
Kalau kita nak bincangkan tentang kos, AgustaWestland Turki, helikopter tempur satu unit USD50 juta. Kalau Apache, Amerika Syarikat, satu unit di antara USD60 sehingga USD120 juta. Eurocopter Tiger France and Germany, satu unit di antara USD44 sehingga USD48 juta seunit. MD530G kita satu unit RM12 juta. Jadi kita tidak boleh compare apple dengan apple.
Saya rasa mencukupi menggunakan MD Helicopters ini untuk melihat kepada ancaman-ancaman yang terpaksa kita hadapi untuk memastikan Sabah ini selamat.
Selamat daripada segi mereka yang mengintai Sabah, mereka yang menyeludup manusia, barangan larangan dan dadah ke Sabah dan Sarawak. Jadi ia memang menepati keperluan dan saya rasa light attack aircraft yang ada persenjataannya yang tersendiri iaitu Gatling gun 7.62mm, heavy machine gun 12.7mm dan rocket launcher 70mm. Ini semua menunjukkan bahawa kita telah – the end users iaitu tentera darat telah memikirkan sedalam-dalamnya keperluan mereka dan alhamdulillah, keenam-enam unit sudah sampai ke tanah air kita. Sekarang kita akan tuntut late delivery daripada syarikat berkenaan.
Aset yang ketika yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ialah berhubung kait dengan LCA. Tidak seperti LCS dan MD Helicopters yang merupakan projek legasi Tuan Yang di-Pertua, LCA merupakan projek perolehan akan datang.
Keperluan perolehan ini dibuat bagi menggantikan pesawat Mig-29 kita kerana telah ditamatkan operasi pada tahun 2017 dan menggantikan pesawat BAE Hawk kita yang akan berusia 32 tahun pada tahun 2026. Ini serta pesawat Aermacchi kita yang akan berusia 22 tahun pada tahun 2030. Ini perancangan kita melalui LCA merupakan perancangan ke hadapan kita, hendak mengganti tiga pesawat the Mig’s, the Hawk’s dan juga the Aermacchi's aircrafts. Bagi memastikan tiada lagi isu ketelusan atau salah laku dalam proses perolehan, saya ingin memaklumkan bahawa perolehan fleet LCA ini akan dilaksanakan melalui
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
tender terbuka antarabangsa. Ia Telah pun diiklankan pada 22 Jun 2021 dan telah pun ditutup 6 Oktober 2021.
Pada masa ini pihak kementerian telah melengkapkan semua peringkat penilaian dan laporan sedang disediakan untuk diperakukan oleh Lembaga Perolehan Kementerian dan seterusnya dimuktamadkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi dimuktamadkan pembida yang berjaya.
Secara kesimpulannya, saya bersama kepimpinan MINDEF dan ATM memberikan komitmen sepenuhnya untuk memulihkan projek legasi walaupun ia cukup menduga, mencemar dan cukup rumit serta memastikan pada masa yang sama projek semasa dan akan datang berada pada landasan yang tepat agar masalah-masalah berkaitan perolehan tidak berulang.
MINDEF dan ATM tidak akan berpuas hati setakat ini sahaja. Kita faham ketika ini situasi kewangan dan ekonomi negara bukanlah pada tahap terbaik ekoran pandemik COVID-19, namun MINDEF akan terus bekerjasama rapat dengan pihak end user iaitu TDM,TLDM, dan TUDM bagi memastikan keperluan keselamatan negara dapat dipenuhi sebaik mungkin.
[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan
Mesyuarat] Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Satu soalan, Yang Berhormat. Eh, lain orang?
[Ketawa]
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Soalan daripada Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. Berkaitan juga tadi perolehan LCS dan disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi laporan audit telah pun dibentangkan di PAC sendiri dan PAC akan membuat rumusan dalam laporan nanti. Cuma soalan saya, seperti mana disebut oleh Yang Berhormat Menteri sendiri, akan ada keputusan oleh pihak Jemaah Kabinet sama ada penerusan perolehan LCS ini atau akan diberhentikan.
Jadi, adakah sudah ada bayangan waktu ataupun tarikhnya untuk keputusan ini dibuat memandangkan daripada segi keperluan penggunaan kapal ini sangat penting untuk kita ketahui. Juga, di pihak syarikat sendiri, mereka menunggu apakah pelan terbaharu yang akan diputuskan oleh kabinet sendiri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Sebenarnya pertimbangan dan keutamaan kita berhubung kait dengan LCS ini, pertamanya tidak lain dan tidak bukan ialah keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia untuk kapal-kapal ini. Keduanya, untuk memastikan bahawa vendor-vendor yang berada di bawah naungan Boustead Holdings Berhad dan LTAT tidak terjejas seperti yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di sini. Ketiga daripada vendor-vendor kecil ini, ramai antaranya merupakan veteran- veteran anggota ATM itu sendiri.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Jadi, ini tidak termasuk financial implication cross default di antara Boustead, Affin Bank dan juga LTAT dan nauzubillah, kalau ia tidak dapat diselesaikan, menjejaskan caruman daripada mereka ke LTAT pun.
Jadi, suka atau tidak suka Yang Berhormat, saya percaya PAC, saya percaya bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan sebelum daripada kita ini, Kerajaan Pakatan Harapan sendiri telah membuat keputusan bahawa projek ini mesti diteruskan. Cuma, perkara yang terpaksa kita hadapi sekarang ialah kaedah yang terbaik untuk kita teruskan ini dan ini seperti jawapan saya tadi, diperincikan bukan sahaja oleh Kabinet tetapi jawatankuasa Menteri yang diberikan hanya dua minggu untuk kembali kepada Kabinet.
Saya gembira kerana buat pertama kalinya, semua stakeholders, tidak kira tentera laut, Kementerian Kewangan, EPU itu sendiri, MINDEF dan Boustead dan LTAT,
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
semua telah duduk semeja untuk membawa perkara ini ke PAC, membawa perkara ini ke Jemaah Menteri. Insya-Allah, kalau sekiranya dapat keputusan, hala tuju yang lebih jelas, dipersetujui oleh Jemaah Menteri, saya akan kembali kepada Dewan yang mulia ini secara telus menyatakan apa yang merupakan perancangan kita. Terus doakanlah apa yang kita lakukan ini because kita tidak ada pilihan lain, tidak ada banyak opsyen yang di luar sana berhubung kait dengan LCS.
Akan tetapi yang salah, tetap salah. Mereka yang bertanggungjawab terdahulu, bukan semasa kita memimpin akan tetap dihadapkan kepada keadilan tetapi yang penting sekarang kita hendak lihat ke hadapan, insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Menteri. Menteri...
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Sudah...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Saya minta sedikit...
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Saya sudah lebih daripada masa yang ditentukan. Tidak adil kepada Menteri-menteri lain.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Menteri selalu lari daripada pencenlah, tidak mahu beri penerangan yang terperinci.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Padang Serai...
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Itulah ayat dia yang sama, “lari”...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Masa Menteri menjawab sudah cukup. Jadi Yang Berhormat Menteri, jika mana-mana soalan yang tidak dijawab, pohon jawapan bertulis dalam tempoh lima hari bekerja. Terima kasih.
Selanjutnya dipersilakan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, dipersilakan. Masa 30 minit.
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk menjawab soalan-soalan dalam bahas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya telah menerima 10 orang yang berbahas, 10 Ahli Parlimen yang membahaskan mengenai Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.
Cuma saya harap- saya lihat ada yang tidak hadir. Akan tetapi walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya akan menjawab semua soalan kerana memandangkan kementerian ini merupakan kementerian yang sangat penting yang mana menghasilkan income atau pendapatan kepada negara dan untuk mempertahankan komoditi utama kita iaitu palm oil dan juga rubber glove, terutamanya maka saya akan menjawab semua soalan kepada yang tidak hadir sekali untuk kepentingan orang ramai dan juga biar ia tercatat dalam Hansard. Jadi, digunakan sebagai reference untuk masa hadapan, dengan izin ya.
Jadi untuk mereka yang hadir, boleh mendengar, beri saya habiskan ucapan.
Catatkan sekiranya ada soalan. Jadi, penghujung jawapan saya insya-Allah saya akan cuba menjawab dan kemungkinan apa yang saya akan jawab itu daripada mula sampai akhir sudah merangkumi apa-apa soalan yang mungkin hendak ditimbulkan.
Jadi, ada 10 orang yang mengambil bahagian. Ya, Yang Berhormat Hulu Langat saya lihat tidak ada di sini, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Kuala Nerus dan Yang Berhormat Betong. So, yang disentuh adalah empat perkara iaitu sawit, getah, rentas sektor dan juga tentang kekurangan tenaga buruh.
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Untuk sektor sawit, Yang Berhormat Hulu Langat bertanya mengenai pejabat- pejabat di luar negara yang kita tubuhkan yang di negara-negara luar untuk MPOB dan MPOC. Adakah pihak kerajaan akan menambah pejabat MPOB dan MPOC di luar negara? Untuk pengetahuan semua Ahli Dewan, ketika ini kita ada 11 buah Pejabat Serantau di bawah MPOC dan enam buah Pejabat Serantau di bawah MPOB.
Walau bagaimanapun, kementerian bersama-sama dengan agensi yang terlibat, MPOC dan MPOB telah duduk dan berbincang untuk memastikan pejabat-pejabat ini dapat diselaraskan dengan lebih teratur dan tersusun. Pejabat-pejabat ini akan digabungkan untuk memastikan bahawa ia akan dapat mengurangkan kos pengurusan dan ia akan lebih cost effective. Jadi dengan adanya consolidated ataupun pergabungan pejabat-pejabat ini maka urusan-urusan mengenai sawit itu akan dapat diselaraskan di antara agensi-agensi.
Untuk pengetahuan Dewan semua juga, pada misi jelajah antarabangsa saya, kami baru membuka sebuah pejabat integrated yang dipanggil Commodities Integration Marketing Company. Kita lihat bahawa penting untuk MPIC sendiri memayungi satu buah pejabat integrated untuk semua komoditi di bawah kementerian ini terutamanya sudah tentu sawit, getah dan juga timber, kayu-kayan dan kami juga bawa sekali pepper, lada putih dan juga koko yang kami lihat telah juga mendapat sambutan baik dari negara- negara yang mana kita telah membentangkan dan sambutannya sangat baik.
Jadi, insya-Allah, model Commodities Integration Marketing Company ini akan menjadi model yang kita akan gunakan untuk membuka pejabat-pejabat baharu di luar negara agar pengurusan agrikomoditi itu dapat diurus di bawah satu-tempat, atau one- stop centre di mana mereka boleh merujuknya. Industry players, importers dan exporters boleh merujuk di situ dan mendapatkan maklumat dan sebagainya. One-stop centre memudahkan pengurusan daripada segala aspek tentang agrikomoditi dalam negara.
Jadi, itulah status mengenai pejabat-pejabat kita di luar negara.
Isu kedua yang dibawa oleh Yang Berhormat Hulu Langat meminta penjelasan berkaitan kenaikan mendadak harga minyak sawit di peringkat antarabangsa ketika ini.
kenaikan mendadak harga minyak sawit di peringkat antarabangsa ketika ini disebabkan- ketika ini yang paling tinggi yang telah kita catatkan adalah pada 2 Mac bernilai RM8,250.
Ini adalah harga average, harga purata minyak sawit mentah ketika ini RM8,076.50. Kita lihat bahawa kenaikan harga sawit ini di pasaran dunia disebabkan oleh keadaan COVID- 19. Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan COVID-19, negara ini telah mencatatkan peningkatan hasil sawit sebanyak 40 peratus dan ia berjumlah RM104 bilion pendapatan untuk negara pada tahun 2021, berbanding dengan tahun 2020, kita hanya mencatat RM56 bilion.
Jadi, COVID-19 ini merupakan hikmah kepada negara kita kerana ia mendatangkan hasil pesawit kepada negara. Ini kerana adalah slow supply, oleh sebab bekalan yang rendah, maka harga sawit itu naik. Akan tetapi ini menjadi challenge juga, cabaran kepada kita untuk memastikan bahawa apabila production kita, produktiviti kita meningkat, kita juga hendak pastikan bahawa harga, nilai atau value yang kita dapat pungut daripada hasil sawit ini harapnya akan sama ataupun jauh lebih baik. Ini yang kita akan usahakan untuk memastikan bahawa sawit kita akan masih kekal menjadi produk agrikomoditi utama dalam negara yang menghasilkan pendapatan.
Apakah status terkini kempen anti minyak sawit dan adakah kempen ini cukup agresif? Ini soalan yang juga diberikan oleh Yang Berhormat Hulu Langat. Untuk pengetahuan Dewan, kementerian telah melaksanakan beberapa langkah yang sangat komprehensif, perancangan yang sangat komprehensif. Serampang dua mata ya, two- pronged strategy, dengan izin iaitu inisiatif dalam peringkat dalam negara dan inisiatif- inisiatif di peringkat antarabangsa.
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
So, di peringkat dalam negara, kementerian dan juga agensi-agensi yang terlibat dalam sawit iaitu Malaysia Palm Oil Board, Malaysia Palm Oil Council dan juga Malaysia Palm Oil Certification Council telah bersama-sama dan kita telah mulakan, kita percaya bahawa kempen sawit ini harus dimulakan dalam negara kita sendiri yang mana kita perlu
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
mendekati generasi muda agar mereka faham tentang kepentingan sawit kepada negara, agar mereka menilaikan, value ataupun menghargai, appreciate bahawa sawit ini akan kekal menjadi komoditi utama daripada negara kita.
Jadi, oleh sebab itu mereka harus memahami apakah kebaikan sawit, apa yang boleh dibuat dari sawit dan apakah pendapatan sawit pada negara. Jadi, kempen dalam sekolah akan kita mulakan dengan mengedarkan buku-buku sawit ini... [Menunjukkan senaskhah dokumen] Ada dua jenis. Nanti Yang Berhormat Seputeh saya jawab soalan you, specifically.
Jadi, yang ini kita gunakan untuk kempen ke sekolah-sekolah menengah untuk fasa pertama dan kita akan turun ke sekolah untuk mengedarkan buku-buku ini dan adakan taklimat kepada guru-guru dan juga murid-murid dalam sekolah-sekolah ini.
Dalam Fasa Pertama, kita akan mengenal pasti sebanyak 100 buah sekolah menengah dan akan dilancarkan pada 6 April ini, insya-Allah dan mereka akan turun. Kita juga akan adakan pertandingan pidato mengenai sawit ini.
Jadi, anak-anak kita insya-Allah akan didedahkan kepada sawit negara kita.
Kenali sawit Malaysia, sawit negara kita dan apakah kebaikannya dan mereka akan menjadi ambassador di masa akan datang apabila mereka besar, apabila mereka ke luar negara, apabila mereka pergi ke mana, orang bertanya atau orang membuat tuduhan, mereka mampu untuk menjawab soalan-soalan ini. Oleh sebab itu, kita kena mulakan dengan generasi muda ini agar mereka boleh terus mengekalkan bahawa sawit Malaysia ini adalah sawit yang sangat credible yang of superior quality atau kualiti yang tinggi, dan ia tidak harus diperkotak-katikkan oleh negara lain.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Minta penjelasan.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Saya ingat saya catat dahulu.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Okey.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
You ask later. Terima kasih. Juga, kementerian juga telah mengeluarkan satu buku yang kita panggil Malaysian Palm Oil Facts and Myths. Di sini merupakan penerangan-penerangan yang mana kita sudah print, dan kita edar...
[Menunjukkan senaskhah dokumen] Waktu saya pergi ke luar negara dalam misi perdagangan, saya juga edarkan ini kepada pejabat-pejabat embassy kita di luar negara. Saya edarkan ini kepada industry players yang hadir. Saya edarkan ini juga kepada Menteri-menteri di luar negara agar mereka faham tentang apakah perkara sebenarnya kebenaran yang ada tentang sawit Malaysia ini dan tidak mudah dipropagandakan oleh negara luar. Jadi, ini juga antara perkara.
Satu lagi juga perkara yang kita laksanakan jugalah, kita engaged dengan NGO.
Saya baru ada perbincangan dua minggu lepas dengan a group of NGO yang sangat aktif turut mengutuk tentang amalan praktis kita, amalan-amalan kita dalam pengurusan labor atau pekerja dan juga tentang pengurusan ladang.
Saya mengadakan engagement dengan mereka agar mereka faham apakah telah kita laksanakan. Kita juga hendak faham apa angle yang mereka hendak cuba sampaikan dalam isu-isu menentang anti sawit Malaysia ini. Jadi, ada beberapa perkara yang telah saya rumuskan dan insya-Allah akan saya engaged lagi further dengan lebih lanjut agar mereka faham tentang mekanisme dan teknik-teknik dan juga cara-cara yang kita telah laksanakan. Ini kerana mereka tidak ada exposure yang sangat tentang isu-isu dalam pengurusan sawit.
Kita juga buat engagement dengan EU Embassy, US Embassy, dan insya-Allah esok, saya akan ada satu sesi lagi dengan US Ambassador untuk sama-sama membawa isu-isu spesifik yang ketika ini berada di- yang kena produk-produk ataupun company yang telah ditahan di bawah SCBP USA. Sudah tentu kita engaged dengan industry players. Kita juga memastikan bahawa produk kita yang ada certification MSPO adalah satu certification yang hampir dekat dengan Round Table RSPO yang bertaraf antarabangsa.
Kita hendak pastikan bahawa segala produk minyak sawit kita dari sekarang- satu polisi kita keluar mesti membawa label MSPO kita. Ini kerana MSPO Certification kita adalah daripada satu piawaian dan standard yang sangat tinggi. Kalau mereka membawa
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
MSPO ini ia bermakna bahawa sawit kita diurus dengan cara yang terbaik, cara yang tidak boleh dipertikaikan dan hampir 95 peratus plantation kita telah mempunyai Sijil MSPO ini.
Satu lagi juga, kita juga telah...
[Disampuk]
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Boleh bertanya Yang Berhormat?
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Boleh- itu catat dahulu. Kemudian ya. Biar saya habis dahulu jawab.
Lepas itu, kita juga sudah engaged dengan The Incorporated Society of Planters.
They just had their Congress pada hari Isnin lepas. Dalam buku-buku ini ada banyak- antaranya member, Dr. Chandra. Mr. M. R. Chandran, he is, satu daripada member dalam RSPO International. In this dia punya presentation, beliau telah berapa presentation yang boleh kita gunakan untuk membidas hujah-hujah daripada US CBP. Ini ada satu seksyen called- Anti-Palm Oil Narratives, and EU Green Policies. So, jadi kita gunakan bahan- bahan ini untuk menyediakan hujah-hujah kita apabila, insya-Allah kita akan ke US secepat mungkin.
Saya sendiri akan memimpin delegasi untuk bertemu dengan CBP US agar kita boleh membentangkan hujah-hujah kita yang mungkin mereka overlooked atau mereka tidak dapat maklumat atau mereka sengaja lupakan dan kita harus revisit. Harus memperkenalkan balik atau memperingatkan balik perkara-perkara yang sudah ada dalam negara kita yang sudah dilaksanakan dan jangan cuba mereka menafikannya bahawa kita telah melaksanakan perkara-perkara ini.
Juga, di peringkat internasional...
[Disampuk]
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Topik yang sama ini.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
...Di peringkat internasional...
[Ketawa]
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Boleh saya mencelah lepas habis poin ini? Sudah...
[Menuding jari]
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
I finish the local and the international point ya. So, dalam peringkat internasional yang saya sebut tadi adalah dua tadi saya kata yang melibatkan local kita buat domestik dan juga internasional. Dalam trade mission kita, kita mengembangkan pasaran sawit kita ke negara-negara third world country. Kita lihat. saya just buat contoh, Bangladesh sudah membawa aspirasi bahawa 2041 mereka hendak mencapai negara maju. Jadi, oleh sebab itu mereka membuka banyak ruang daripada segi duty free ke India, duty free ke China, duty free daripada EU dan juga cashback incentive dan juga mereka juga membuka 100 ekonomi zon.
Jadi, bukan sahaja Bangladesh, India, Pakistan dan juga negara-negara Asia yang with big nations, insya-Allah kita akan tackle because we want to get a bigger market shares, dengan izin, di negara-negara ini to show our dominance in this part of the globe- the Central Asia, the South Asia, and the Middle East and Far East, so that the EU or which ever US will realize that despite the fact the propaganda and so on so forth, kita mampu menembusi pasaran-pasaran baru ini dan meningkatkan lagi eksport kita.
Setakat ini, our trade mission is very successful. Kita dapat, kita engaged dengan industry players of the country, negara itu sendiri dan memberi penerangan dan memberikan edaran buku dan sebagainya untuk mereka lebih memahami antara produk kelapa sawit kita dengan produk red seeds, soya oil dan juga sunflower oil.
Jadi, ini juga telah kami laksanakan. Juga kita akan adakan kempen komprehensif yang dibuat kempen peringkat internasional yang akan menggunakan media-media terkenal seperti Reuters, CNBC, CNN, CCTV Standard, Voice of America, Bloomberg and so on so forth. Kita akan gunakan media-media ini untuk meningkatkan lagi. Apa lagi usaha-usaha kita untuk memastikan bahawa anti sawit kempen ini akan terbantut kita juga galakan industry player untuk membuka downstream aktiviti negara-negara yang kita visit, yang kita lawat dan kita insya-Allah akan link-kan dengan our industry player, pemain- pemain industri di Malaysia dengan di negara-negara tersebut.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Juga, levi isu juga. Kita juga engaged to fight with the industry player to make sure that kita ada stable supply of labor. So, I will touch this- labor, the next subject. Let dia orang yang bertanya ya. So, yes you can.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Yang Berhormat Menteri, Soalan saya ialah berkaitan adalah dengan labour. Boleh saya tanya soalan sebab- boleh dijawab?
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Labour kemudian. Ada satu section on labour.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Jangan lupa juga isu getah.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Getah belum, nantilah.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Ada ya?
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Sabar, sabar.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Okey, okey. Bagus Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Saya kata dengar dahulu...
[Ketawa] All right, Yang Berhormat Hulu Langat tanya tentang Iran. Dia kata kenapa duti import Iran 40 per cent dan berbanding dengan sawit Malaysia 21 peratus, kepada minyak bunga matahari.
Iran as of 2018 telah menurunkan import tax kepada lima per cent kerana telah memasukkan palm oil dalam program subsidi mereka. Jadi, tidak ada lagi isu yang itu.
So, next I will talk about getah first, Yang Berhormat Sungai Buloh. Next- and then I will talk about buruh. Okey sektor getah, Yang Berhormat Jempol. Yang Berhormat Jempol selalu menunggu itu...
Puan Teresa Kok - Seputeh
Mungkin Yang Berhormat Menteri habiskan sawit dahulu, boleh?
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Oh, sedia menanti untuk jawapan.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Apakah dia? Nanti getah. Sekejap ya getah- no, I think I still got time, do not worry, insya-Allah. All right, “menyeru agar meneliti cadangan- Yang Berhormat Jempol untuk meningkatkan harga lantai getah.”...
[Merujuk kepada senaskah dokumen] Ya, memang soalan ini Yang Berhormat Jempol sudah tanya berkali-kali semenjak saya memegang jawatan Menteri KPPK.
Ini memang saya telah berusaha dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan dan insya-Allah saya dengan Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar dan juga Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) duduk untuk me- restructure-kan semula untuk pastikan mereka dapat RM3.50 dengan kita pool-kan all the incentives. Insya-Allah we will do it. Namun demikian Yang Berhormat Jempol, kita telah membuat beberapa program untuk meningkatkan lagi pendapatan pekebun kecil. Satu, program target yang mana kita telah membina kilang-kilang kecil dan pusat-pusat kecil untuk transform cup lump kepada crepe. Ini akan mendapatkan hasil pendapatan yang lebih lagi.
Satu lagi insentif lateks. Setiap satu kilogram lateks yang mereka hasilkan, mereka akan dapat RM1 extra. This is sebelum RM3.50. Ini sudah ada.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya akan tidak berhenti untuk terus bertanya sama harga itu dapat. Jangan bimbang, setiap kali. Cuma, tidak disebut lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Thailand ada membangkitkan isu keanggotaan International Tripartite Rubber Council
(ITRC).
Jadi, sejauh mana ia yang dahulu...
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Okey, you tidak patut tanya soalan.
Saya jawab dahulu.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Ada lagi?
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
You catatlah.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Okey.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Isu ini dibawa, okey. Jadi, memang International Tripartite Rubber Council (ITRC) kita cuba membawa lagi ramai lagi industry player untuk bersama-sama dan juga tripartite ini sudah bersetuju untuk mengimbangkan penawaran dan permintaan getah di pasaran dunia melalui beberapa kaedah iaitu; *(i) Agreed Export Tonnage Scheme;
(ii) Supply Management Scheme;* dan (iii) Demand Promotion Scheme. Jadi, kita lagi berusaha tentang getah ini. Okey, so kekurangan tenaga buruh...
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Yang Berhormat Menteri, tadi fasal produk kita yang disekat di USA itu.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Ya, okey.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Bolehkah?
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
I think it will go under tenaga buruh sekali, okey.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Belum lagikah?
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Walaupun soalan itu tidak dibangkitkan, Yang Berhormat Beaufort tidak masuk dalam ini, tetapi boleh tanya soalan.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Ada, ada. Cumanya saya ingin bertanya di sini. Tadi Yang Berhormat Menteri bercakap tentang MSPO Standards semua itu akan diperbaiki dan dipertingkatkan lagi supaya mereka tidak ada sebab lagi untuk sekat produk kita masuk ke pasaran mereka.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Insya-Allah, okey.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Alasan bermacam-macam mereka kemukakan alasanlah untuk memburuk- burukkan produk kita.
Akan tetapi, saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Menteri. Okey, kalau syarikat-syarikat besar, mereka ini mempunyai kemampuan untuk melakukan- mengikut segala requirement ini kan. Akan tetapi, bagaimana dengan…
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Smallholders.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Smallholders.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Okey, understand.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Bagaimana kita hendak bantu mereka supaya mereka tidak akan- sebab mereka ini yang lebih ramai, bukankah? Terima kasih.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Alright, just a short answer. Untuk smallholders ini, kementerian telah memikirkan satu kaedah- adalah untuk membentuk koperasi agar kelompok-kelompok ini boleh bekerjasama dan boleh menjadi lebih cost- effective. Apabila kementerian hendak memberikan sokongan atau memberikan insentif, ia mudah untuk diurus.
Jadi, setakat ini kita telah wujudkan sebanyak 69 buah koperasi sudah. Jadi, insya-Allah koperasi ini akan diurus agar mereka mampu untuk mengendalikan
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
pengurusan ladang mereka dengan cara berkelompok dan ia akan lebih cost-effective, insya-Allah. Okey, untuk kekurangan tenaga buruh. Soalan di sini adalah, apakah penambahbaikan teknologi dan aktiviti menuai buah kelapa sawit bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh?...
[Merujuk kepada senaskah dokumen] Ini Yang Berhormat Kluang yang tanya dan Yang Berhormat Muar juga tanya tentang industri perabot.
Untuk mengurangkan kebergantungan kepada buruh luar, KPPK bukan sahaja melalui alat sistem menuai tetapi ada juga cara-cara atau kaedah lain yang mana kita boleh banyak mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Dalam kualiti baja kita. Peningkatan kualiti baja akan mengurangkan tenaga kerja kerana less rounds needed to be done. Keduanya, menaikkan kualiti pesticide. Pesticide juga kalau lebih berkesan maka ia tidak perlu dibuat dengan terlampau kerap yang akan memerlukan banyak pekerja asing. Mereka juga menggunakan mechanisation seperti dron dan juga teknik-teknik lain.
Untuk menuai sawit, sekarang kita telah bentuk satu committee iaitu MARCOP, sebuah Technical Committee yang bertanggungjawab untuk mendengarkan pembentangan-pembentangan tentang alat-alat, mechanisation yang boleh membantu penuaian sawit.
Jadi, ini insya-Allah saya kira dalam masa tiga ke-lima tahun akan keluar. Jadi, baru-baru ini juga, Isnin lepas, ada satu exhibition yang mana dikeluarkan cantas yang lebih ringan seberat lima kilogram, mereka makin lama makin cuba untuk mencari satu mekanisme yang lebih praktikal, yang lebih mudah yang boleh dikendalikan dalam keadaan ladang sawit itu yang tanahnya tidak rata dan sebagainya.
Jadi, inilah- saya percaya Tuan Yang di-Pertua, dalam masa tiga tahun ini insya- Allah mechanisation ini dapat dilaksanakan, kebergantungan kita kepada pekerja asing akan turun sebanyak 40 per cent. Jadi, ini akan membantu kita daripada segi mengendalikan buruh asing.
Pada masa yang sama...
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan tentang isu...
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
...Sementara menunggu that mechanisation siap, kita hendak pastikan bahawa bekalan tenaga buruh yang datang kerja di ladang-ladang kita akan dapat dibekalkan secara konsisten kerana kita harus lindung dan protect dan mempertahankan komoditi sawit kita untuk memastikan bahawa ini terus dapat memberikan production atau very productive daripada segi penghasilan income. Yes?
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Penjelasan saya yang saya minta berkaitan dengan tenaga buruh tetapi aspek yang lain. Baru-baru ini, agensi di Amerika Syarikat- US. Customs and Border Protection telah melarang semua eksport kelapa sawit daripada GLC perdana kita, Sime Darby Berhad.
Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah adakah kementerian telah mendapat atau berjaya dapat butiran terperinci apakah tuduhan yang dilemparkan terhadap Sime Darby Berhad? Adakah kementerian juga terlibat dalam engagement, libat urus dengan agensi ini atau pihak-pihak yang sesuai untuk selesaikan perkara ini sebab ini mencemarkan imej.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Faham, Yang Berhormat Sungai Buloh. Pihak kementerian kali ini memang sangat agresif untuk membidas segala tuduhan yang tidak berasas. Seperti yang saya sebut, saya sendiri akan memimpin sebuah delegasi untuk turun ke US.
Malangnya, patutnya kita pergi ke sana dalam bulan Januari yang lepas. Akan tetapi, oleh sebab COVID-19 mereka terpaksa membatalkan pertemuan dengan saya.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Walau bagaimanapun, esok saya akan jumpa US Embassy dan saya akan minta tarikh lagi sekali untuk saya turun dan berdepan dengan USCBP untuk melihat tentang perkara ini.
Walau bagaimanapun, untuk Sime Darby ini, mereka dituduh menggunakan ex- convict labour because there is a programme di Kementerian Sumber Manusia untuk recruit parolees to be deployed to all these operations untuk pekerjaan.
Akan tetapi, mereka- Sime Darby memang ada melaksanakan sedikit. Akan tetapi, oleh sebab tidak jelas dalam ILO tentang kategori yang ini, maka Sime Darby telah rekrut- pekerja-pekerja daripada bekas-bekas banduan ini.
Oleh sebab itu, mereka menganggap ini sebagai forced labour. Akan tetapi, saya sudah ada hujah, saya sebut dalam SDG, “No one is left behind.” SDG4, SDG8, SDG10 is about inclusivity, give people a second chance. So, ini adalah perkara yang saya hendak bawa ke sana untuk memberitahu mereka bahawa mereka telah contrast, ia telah konflik dengan SDG dan ECG and so on and so forth.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Jadi ini lah argument yang saya akan bawa insya-Allah. Then plus argument tadi saya sebut tadi saya akan compile dan bawa ke sana untuk berhujah dengan mereka.
Saya juga ada isu juga apabila tuduhan-tuduhan ini dibuat adalah berdasarkan daripada individu-individu atau NGI atau NGO yang saya sudah engaged dengan mereka. Saya sudah bercakap dengan mereka. Akan tetapi asas tuduhan itu selalu based on random, dia turun ke satu buah ladang, dia jumpa satu orang, dia tanya.
Jadi saya sebut ini merupakan cara, perkara yang pokok, yang saya akan pertikaikan dengan CBP dan juga EU bahawa there must be a proper verification process. Setakat ini memang tidak ada verification process Tuan Yang di-Pertua. Dia tuduh, terus sanction. Jadi ini tidak adil ya kerana kalau kita dia demokrasi, dia praktis demokrasi dan sebagainya, dia kena ada verification. Verification itu kena maklumkan kepada syarikat itu dan dia turun dan juga investigate, siasat dan barulah mereka boleh membuat sanction kah, boleh buat tuduhan dan kita juga boleh bersedia untuk memperbaiki keadaan tetapi itu tidak berlaku.
Satu perkara yang sangat penting juga yang saya dapati waktu saya menghadiri forum HRD Corporation bahawa language yang digunakan, bercakap dengan seorang pekerja asing Bangladesh di-translate-kan oleh orang Amerika, sudah tentu berbeza simentiknya Tuan Yang di-Pertua. Orang cakap lain, dia cakap lain. Dia report lain. So jadi ini merupakan perkara yang tidak adil. Yang Berhormat Seputeh, ini tidak adil.
Jadi saya tahu, saya dengar hari itu jawapan daripada Yang Berhormat Seputeh waktu bahas dengan Menteri Sumber Manusia. So, ini peranan NGO, NGI yang double shoot dua, dimakan kiri, dia ambil port, lepas itu dimakan kanan, dia hendak jadi konsultan.
This is not right, okay. So jadi inilah yang kita laksanakan insya-Allah untuk membanteras atau membidas tuduhan-tuduhan yang tidak berasas ini. Yes.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Yang Berhormat Menteri, saya masih tunggu jawapan tentang itu buku ‘Mari Kenali Sawit’.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Okey, okey.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua, bagi lebih masa.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Boleh, boleh. I think its okay, insya- Allah. Okay, because it is sebuah produk yang komoditi sangat penting pada negara ya.
That’s why saya ambil masa hendak jawab semua biar orang tahu tentang sawit ini dan mereka boleh mempertahankan sama-sama kerajaan kah, pembangkang kah, this our asset Yang Berhormat Seputeh, so we have to fight together to make sure that it remains number one, it remains the main global, dengan izin, and then remain- mengekalkan kedudukan kita, dan kita hendak pastikan bahawa sawit membawa income yang banyak kepada negara untuk memulihkan ekonomi.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Jadi untuk buku itu Yang Berhormat Seputeh, inilah bukunya Yang Berhormat Seputeh, okey...
[Menunjukkan sebuah buku] So, jadi tidak adalah hitam buku ini ya Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Kosnya, kosnya?
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Tidak, tidak, saya faham, saya faham. Duduk, saya jawab. Okey, Yang Berhormat Seputeh kata, Yang Berhormat Seputeh ini sangat prihatin tentang sawit ini Tuan Yang di-Pertua. Jadi benda yang kenit macam gitu pun dia pick up. Jadi daripada sumber yang tidak berasas. Akan tetapi tidak apa, alhamdulillah at least I can explain dia ya.
Okey, mengatakan bahawa kita spend RM3.9 million dan bukunya dan sebagainya. Buku ini masih dalam percetakan, okey. Duit dan NFOC- bayar baru 20 persen, dan juga program tadi saya sebut yang sekolah itu akan bermula. Jadi bila kita hendak masuk sekolah, kita dalam proses kena minta kelulusan daripada Kementerian Pendidikan hendak masuk sekolah, ke sekolah-sekolah untuk edarkan buku ini.
Ini semua dalam perancangan, buku ini pun belum siap dan buku ini siap juga kita akan hantar melalui pejabat daerah kerana NPIC ataupun MPOC tidak ada space untuk taruk buku sebanyak berapa ribu, berapa ratus ribu Yang Berhormat Seputeh?
Puan Teresa Kok - Seputeh
Website sabahkini2.com kata 370 ribu unit buku.
Betul kah?
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Ya, betul, betul- 370 ribu unit, dan yang ini kita akan edar melalui pejabat-pejabat daerah. Don’t worry kita tidak akan dan juga kita akan pastikan *our objective is to make sure that the future generation understand what our sawit, the become the future ambassador about our sawit and about Malaysia.
This is very important to maintain.* Akan tetapi kita tidak ada lah sebarang. Dulu ada orang minta duit daripada agensi tetapi sampai hendak kena saman Tuan Yang di-Pertua dengan Board of Director. Saya pun terkejut ada benda itu terjadi. Akan tetapi insya-Allah, yang ini dibuat dengan cara yang betul, insya-Allah. Okey.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Jadi kos itu benarlah RM3.9 million?
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Kos itu betul, RM3.9 million betul.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Okey.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
RM3.9 million betul.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Ya, boleh saya tanya satu lagi, Yang Berhormat Menteri ya saya terima maklumat bahawa bangunan MPOC sekarang ini, bangunan baru itu yang dibeli oleh MPOC, kalau ikut S&P pada 3 Ogos 2021, harganya RM10 juta. Akan tetapi lepas itu MPOC pergi buat satu penilaian- evaluation report daripada RN&Co. yang kata nilainya sebenarnya kalau setakat 21 April 2021 harga sepatutnya RM8.25 juta.
Jadi...
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Maklum yang itu. Kita ambil tindakan yang itu kerana kita dapati bahawa kerajaan you kah kerajaan mana?...
[Ketawa] Okey. So, tadi itu kerajaan you. Okey, anyway memang sudah tengok. Dia tengah- overvalue. So, kita suspend the financial Executive of the MPOC, while...
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
...While investigation ini tengah dijalankan, dan kita juga lihat sama ada kita akan ambil tindakan selanjutnya, dan kita tengah dalam perbincangan dan perancangan, insya-Allah.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, sebenar Yang Berhormat Menteri kalau angka sebanyak RM10 juta ini, ia diluluskan oleh Yang Berhormat Menteri tahu, ia mesti diluluskan oleh CEO dulu, lepas itu mungkin bukan Yang Berhormat tapi mantan Menteri. Jadi kalau hendak ambil tindakan yang juga harus you know trace back mereka yang bagi kelulusan. Jadi yang pegawai, Pengarah Kewangan
Puan Teresa Kok - Seputeh
MPOC ini sekarang dia dipersalahkan. Tapi dia yang ambil take directive daripada orang atasan.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Faham.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Jadi mungkin mantan Menteri perlu disiasat.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
No, itu tidak bolehlah tuduh dulu okey.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Last question, soalan terakhir.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Tidak boleh tuduh dulu. Kita kena tengok proses itu sama ada betul ke tidak dijalankan dahulu dan sebagainya. Macam kena saman juga, Board of Directors saman Menteri kerana minta duit. Ada juga, macam itu juga.
Okey, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih, saya amat berharap semua-semua lah Ahli Parlimen dan pembangkang dan juga kita dan juga semua pegawai kerajaan untuk sama-sama melindungi dan mempertahankan sawit kita untuk demi masa depan negara. Insya-Allah. Terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Boleh text lah.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Jangan salahkan pegawai yang turut ambil perintah ataupun directive daripada Menteri kah, bekas CEO kah dan sebagainya. Ini poin saya.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dipersilakan Menteri atau Timbalan Menteri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. 30 minit.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato' Sri Hajah Nancy Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. *Bismillahir rahmanir rahim, Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Batik sutera panjang sembilan; Dibuat hadiah untuk kekasih.
Titah Tuanku bak permata intan.
Dewan Rakyat bersama menjunjung kasih.
Bunga Rafflesia tumbuh melata; Segar mekar di hujung belantara.
Keluarga Malaysia peneguh kita; Satu ikrar majukan negara.* Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) semasa sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Bilah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Dewan ini dari 1 hingga 10 Mac 2022 yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, MOTAC amat menghargai keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat dan amat menghargai cadangan serta pandangan yang telah diutarakan.
Terdapat juga beberapa perkara yang dibangkitkan yang menyentuh isu berkaitan pelancongan namun pelaksanaan perkara tersebut adalah terletak di bawah bidang kuasa kementerian lain dan telah pun diberikan maklum balas oleh menteri-menteri berkaitan semasa sesi penggulungan kementerian masing-masing.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato' Sri Hajah Nancy Shukri
Insya-Allah pada hari saya akan memberi maklum balas terhadap dua isu yang telah dikemukakan di bawah seliaan dan tanggungjawab MOTAC. Tuan Yang di-Pertua, isu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Balik Pulau iaitu mengenai peruntukan yang kecil untuk urusan pemulihan tapak-tapak warisan. Terdapat pandangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau mengenai jumlah peruntukan yang dianggap kecil diagihkan kepada MOTAC bagi urusan pemulihan tapak-tapak warisan berbanding negara-negara maju yang lain. Dengan mengambil contoh peruntukan yang besar bagi tujuan tersebut seperti yang dilakukan oleh Negara Perancis.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato' Sri Hajah Nancy Shukri
Saya percaya Yang Berhormat sendiri mengetahui bahawa MOTAC dan agensi Jabatan Warisan Negara (JWN) sentiasa mengalu-alukan dan menyokong sebarang usaha yang membolehkan pemeliharaan dan pemuliharaan tapak-tapak warisan di negara ini dapat dilaksanakan dengan baik. Ini termasuklah mengenai cadangan peruntukan yang lebih tinggi untuk diberikan kepada MOTAC dan JWN bagi melaksanakan tujuan tersebut.
Pada masa yang sama, saya juga percaya bahawa Yang Berhormat menyedari dan sedia maklum bahawa pemeliharaan warisan adalah di bawah di bawah item 9E dalam Senarai III (Senarai Bersama) Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, usaha memelihara dan memulihara khazanah warisan negara merupakan tanggungjawab bersama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri melalui penglibatan MOTAC, pihak berkuasa negeri (PBN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Manakala berdasarkan seksyen 42, Akta Warisan Kebangsaan [Akta 645], menjadi tanggungjawab pemilik sesuatu tapak warisan untuk memastikan bahawa tapak warisan itu sentiasa dalam keadaan baik. Dalam hal ini, pemegang hak milikannya adalah bertanggungjawab memastikan ia terus terpelihara daripada semasa ke semasa.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan Dasar Kebudayaan Negara 2021 (DAKEN 2021) Teras III, pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya dan juga Pelan Strategik Jabatan Warisan Negara 2021-2025 dengan merujuk Teras Strategik 1 iaitu meneruskan kesinambungan warisan untuk mengekalkan identiti dan jati diri masyarakat. MOTAC dan JWN telah melaksanakan kerja-kerja membaik pulih bangunan warisan dan tinggalan sejarah melalui beberapa peruntukan iaitu peruntukan dari Kumpulan Wang Warisan (KWW), peruntukan daripada Projek Pembangunan (DE), dan Peruntukan Belanja Mengurus (OE).
Sejak tahun 2006 hingga kini, sejumlah 201 buah tapak warisan telah dibaikpulih, dinaiktarafkan dan diselenggarakan. Ini termasuklah tapak arkeologi, kemudahan pelancongan, bangunan, monumen dan sebagainya di seluruh negara. Dalam usaha mempertingkatkan industri pelancongan di tapak-tapak warisan, pembangunan infra yang bersesuaian juga dilaksanakan oleh MOTAC. Sebagai contoh, di Lembah Lenggong telah dilaksanakan projek menaik taraf Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, Fasa I yang melibatkan penambahan galeri baru untuk Perak Man dan Pejabat JWN Zon Tengah.
Pihak JWN juga dalam proses menaik taraf Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, Fasa II yang melibatkan kerja-kerja menaik taraf galeri pameran secara keseluruhan.
Kerja-kerja yang dilaksanakan ini bukan sahaja sebagai salah satu usaha menaik lebih ramai pelancong untuk berkunjung di sini, malah ia boleh memperkukuh dan meningkatkan kredibiliti warisan arkeologi Lembah Lenggong, Perak sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Selain itu, JWN juga sentiasa berusaha dengan mengambil inisiatif melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemantauan di beberapa buah tapak gua di sekitar Lembah Lenggong, termasuklah Gua Harimau, Gua Badak, Gua Gunung Runtuh, Gua Asal dan Gua Teluk Kelawar dengan memastikan ia terpelihara dan tidak diganggu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat juga, pada tahun 2021, JWN telah melaksanakan beberapa projek pemeliharaan dan pemuliharaan tapak warisan. Antara projek yang terlibat dalam membaik pulih dan menaik taraf bangunan atau tapak warisan termasuklah:
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato' Sri Hajah Nancy Shukri
(i) Kompleks Percandian Pengkalan Bujang, Kuala Muda, Kedah;
(ii) Menara Tinjau dan Taman Geologi di Lenggong, Perak;
(iii) Masjid Alwi, Kangar, Perlis; dan
(iv) Galeri Putera, Sekolah Kebangsaan Tunku Putera, Baling, Kedah Bagi tahun 2022 pula, pihak MOTAC dan JWN telah mendapatkan kelulusan bagi permohonan projek baharu iaitu:
(i) kerja-kerja penyelenggaraan kecil bangunan Masjid Diraja Suleiman, Klang, Selangor dan kerja-kerja berkaitan;
(ii) kerja-kerja naik taraf kemudahan pelancongan dan kerja-kerja berkaitan di Kompleks Arkeologi Pengkalan Bujang, Kedah; dan
(iii) kerja-kerja nak taraf kemudahan pelancongan di tapak arkeologi Sungai Batu dan kerja-kerja berkaitan Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama, bagi meningkatkan usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan tapak warisan, suka saya mengulangi dan menyebar luaskan lagi bahawa kerajaan amat mengalu-alukan serta menggalakkan penglibatan sektor swasta secara lebih aktif dalam menaja aktiviti berkaitan seni, budaya dan warisan dan menyokongnya melalui insentif potongan cukai penajaan aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan di bawah subseksyen 34(6)(k), Akta Cukai Pendapatan 1967 yang diluluskan oleh MOTAC.
MOTAC dan JWN menjalankan tanggungjawab ini bukan hanya untuk memberi nilai tambah kepada produk pelancongan tetapi juga untuk memelihara dan memulihara tapak warisan agar dapat memupuk minat dan meningkat kesedaran generasi baru tentang kepentingan sejarah sebagai salah satu- cabang pengetahuan penting dalam mengukuhkan semangat jati diri dan perpaduan negara. MOTAC dan JWN sentiasa bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak sama ada pihak kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan mahupun individu atau syarikat swasta dalam memelihara dan memulihara khazanah warisan negara agar ia sentiasa terpelihara dan dilindungi, seterusnya dapat menjadi tatapan generasi akan datang.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Jempol dan juga Yang Berhormat Balik Pulau. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya beberapa Ahli Yang Berhormat antaranya Yang Berhormat Jempol telah membangkitkan persediaan negara untuk kembali menerima kehadiran pelancong asing apabila sempadan antarabangsa dibuka kelak.
Manakala Yang Berhormat Balik Pulau telah menyatakan keraguan dengan jumlah pelancong asing yang akan ke Malaysia apabila pintu sempadan dibuka memandangkan tiada usaha daripada kementerian untuk membuat promosi yang lebih agresif sepanjang tempoh pandemik dan Malaysia telah terkeluar daripada senarai 10 buah negara yang sering dicari dalam portal pelancongan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh persediaan pembukaan sempadan negara sepenuhnya, MOTAC telah melaksanakan projek rintis Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi- Langkawi International Travel Bubble atau LITB bermula 15 November 2021...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Menteri, minta celah sikit. Kangar nak minta mencelah sikit.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Yang Berhormat Kangar, saya habiskan paragraf ini dahulu ya, Yang Berhormat Kangar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Baik, baik. Ya.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Dalam tempoh persediaan pembukaan sempadan negara seterusnya, MOTAC telah melaksanakan projek rintis Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi- Langkawi International Travel Bubble iaitu LITB
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
tadi, bermula 15 November 2021. Usaha ini merupakan ujian rintis- pilot test ke atas kesediaan keseluruhan ekosistem industri pelancongan negara, terutamanya penggiat- penggiat industri dan agensi-agensi kerajaan dalam menerapkan dan memastikan pematuhan norma baharu serta membuka industri pelancongan secara berperingkat dan selamat.
Sila, Yang Berhormat Kangar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dalam perbahasan saya, saya ada sebut sikitlah tentang gelembung pelancongan Langkawi ini. Oleh sebab kalau ikut laluan feri yang terdekat itu dari Kuala Perlis tapi ini mungkin ada kaitan dengan kementerian lain yang saya harap Yang Berhormat Menteri juga dapat beri perhatian.
Oleh sebab bila kita cakap pasal pelancongan, ia melibatkan juga pengangkutan.
Orang nak naik feri, orang nak naik kapal terbang. Akan tetapi bila dibuka gelembung pelancongan ini, ramai pelancong yang membuat tempahan tetapi penerbangan dihadkan. Macam feri di Kuala Perlis, kita ada isu tentang air cetek dan juga jumlah feri yang tidak mencukupi.
Jadi, ada permintaan supaya kalau boleh Yang Berhormat Menteri melihat, bincang bersama dengan Kementerian Pengangkutan untuk kita menawarkan lebih banyak syarikat yang bersedia untuk memberikan perkhidmatan feri dan juga melihat isu- isu yang berkaitan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Misalnya apabila air cetek, feri tidak dapat jalan. Jadi, ramai pelancong yang terkandas. Jadi ini, sudah tentulah menjejaskan pengalaman pelancong untuk menikmati percutian mereka.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Terima kasih. Ada lagi?
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Machang.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Okey.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apabila sempadan negara dibuka nanti, negara mana yang akan menjadi- sudah tentulah MOTAC akan mengadakan satu promosi pelancongan untuk negara kita. Negara manakah yang akan diberi tumpuan?
Sudah tentulah kalau kita hendak ke banyak negara dalam masa yang singkat ia tidak akan sempat. Akan tetapi, negara mana yang akan diberi perhatian dan tumpuan oleh pihak kementerian untuk mempromosikan pelancongan dalam negara kita. Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Terima kasih. Saya merujuk kepada Yang Berhormat Kangar tadi ya. Sebenarnya isu itu memang- seperti mana yang Yang Berhormat Kangar faham bahawa feri dan jeti adalah di bawah bidang kuasa MOT. Namun begitu, insya-Allah kita akan kemukakan kepada MOT juga untuk melihat kepada perkara ini supaya dapat ditambahkan lagi bilangan- mungkin mereka yang akan terlibat dalam aktiviti feri dan juga aktiviti transportation yang lain, dengan izin.
Untuk menambahkan bilangan pelancong untuk pergi sana itu pun sudah- sebenarnya sudah menyasar lebih daripada apa yang kita sasarkan. Jikalau dikira pada bulan Disember 2021, kita sasarkan seramai 200 ribu orang sahaja, tetapi ia melebihi.
Sekarang ini barangkali sudah sampai satu juta orang. Ini sebab pada bulan Februari sudah 700 ribu lebih orang pelancong domestik di sana, tidak termasuk pelancong antarabangsa. Jadi, memang kita dapat melihat keperluan di situ, terima kasih.
Soalan mengenai daripada segi promosi tadi, Yang Berhormat sebenarnya kita ada sasaran kita dalam kita membuat strategi sebelum kita hendak membuka kepada antarabangsa ini. Kita ada sasaran strategi kita, yang pertama selepas domestik ini kita hendak pergi ke negara ASEAN dahulu. Akan tetapi untuk 1 April ini Yang Berhormat, kita telah menyatakan melalui MOH juga telah menyatakan kita membenarkan pelancong-
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
pelancong dari seluruh dunia. Namun, kita memberi tumpuan juga kepada negara seperti di Timur Tengah dan juga India, mereka yang menunjukkan minat ini untuk datang ke Malaysia.
Jadi, walaupun promosinya mungkin secara menyeluruh, tetapi kita targeted juga, dengan izin, targeted juga daripada segi aktivitinya sebab ambassador daripada Timur Tengah juga ada juga datang berjumpa da meminta supaya kita bercerita mengenai lebih perkara. Bukan macam dahulu sahaja Yang Berhormat. Dahulu dikatakan mereka hanya datang berdasarkan kepada apa yang dipromosikan. Kononnya dari Timur Tengah ini tidak ada main golf, mereka hanya ditumpukan pada Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah misalnya.
Jadi, pada kali ini mereka mahu supaya kita mempromosikan aktiviti yang ada dalam negara kita ini lebih daripada apa yang dahulu. Jadi, sekarang ini mereka mahu mengetahui aktiviti-aktiviti yang banyak berlaku di Malaysia ini untuk membuka ruang kepada pelancong dari luar itu.
Berbalik kepada penggulungan saya Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat tadi saya bercakap mengenai LITB tadi, sejak diperkenalkan, tiada sebarang kluster jangkitan berpunca daripada pelancong-pelancong yang menggunakan gelembung LITB dilaporkan.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Boleh sedikit lagi Yang Berhormat?
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Hanya 2.4 peratus daripada pelancong ini didapati positif COVID-19 di bawah kategori satu dan dua semasa ujian saringan dibuat semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Yang Berhormat Menteri.
Sebelum ke tajuk lain, boleh? Terima kasih sekali lagi Tuan Yang di-Pertua. Sudah tentulah apabila sempadan negara akan dibuka pada 1 April nanti, saya rasa pihak kementerian sudah mengenal pasti sasaran-sasaran pelancong-pelancong yang akan masuk ke dalam negara kita. Berapakah target, agak-agaknya berapa ramai jangkaan sasaran pelancong yang kita rasa akan dapat dibawa masuk dalam negara untuk tahun 2022? Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Terima kasih. Setakat ini kita menyasarkan untuk tahun 2022 ini kita target dalam dua juta orang pelancong dari luar negara. Kita mengharapkan supaya kita dapat resit dalam RM8.6 bilion, ini untuk pelancong luar negara. Sebenarnya untuk pelancong dalam negara ini, sebenarnya memang ramai. Jadi kita belum lagi melihat- mengadakan target-nya sebab tahun 2019 kita dapat RM103 billion, dengan izin. Itu untuk domestic tourism sahaja.
Jadi kita mengharapkan supaya kita dapat sekurang-kurangnya barangkali dalam 50 peratus. Kalau bolehlah. Kalau boleh, lebih daripada itulah dan kita hendak capai seperti mana pada tahun 2019 itu agak sukar pada kali ini, cuma kita berdoa dan mengharapkan ia rancak juga dan boleh menjangkau apa yang telah kita capai. Jadi, saya sambung lagi.
Pelaksanaan projek rintis yang LITB selama tiga bulan juga telah mencatat kehadiran lebih 5,800 orang daripada segi pelancong asing dan menjana pendapatan melebihi RM28 juta kepada ekonomi Pulau Langkawi. Susulan perkembangan tersebut, kerajaan pada awal Februari 2022 telah memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan LITB sehinggalah pintu sempadan negara dibuka sepenuhnya kelak.
Kejayaan LITB mengimbangi kehadiran semula pelancong asing tanpa meletakkan lebih bebanan dan tekanan kepada sistem kesihatan negara, telah memberi gambaran positif bahawa keseluruhan ekosistem industri pelancongan yang terdiri daripada penggiat industri dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat mampu untuk menerima dan memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelancong, di samping mematuhi norma baharu dan SOP yang ditetapkan pada saat dunia masih berjuang dalam tempoh pandemik.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
MOTAC turut menyambut baik keputusan dan pengumuman kerajaan untuk membuka semula sempadan antarabangsa negara bermula 1 April 2022. Keputusan ini diharap berupaya untuk menjadi pemangkin segala usaha MOTAC untuk kembali merancakkan industri pelancongan negara dengan kehadiran pelancong dari luar negara, seterusnya menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan oleh pelancong antarabangsa.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru seluruh penggiat industri pelancongan untuk bersama MOTAC dan melakukan persediaan untuk menyambut dan menarik semula kedatangan pelancong asing dan juga bersama dalam mempergiat promosi, pemasaran produk dan destinasi pelancongan Malaysia di mata dunia. Insya- Allah, dengan kerjasama semua pihak, usaha pemulihan dan kebangkitan semula industri pelancongan negara akan dapat dicapai seperti yang kita hasratkan.
Saya rasa itu sahaja yang kita perlu jawab. Ini kerana kebanyakan isu ini telah dijawab oleh kementerian-kementerian yang lain kerana ia banyak berkaitan dengan kementerian lain. Oleh itu, saya bagi pihak MOTAC dengan ini mengucapkan banyak terima kasih di atas maklum balas yang telah diberi kepada kita melalui perbahasan. Jadi, berakhirlah sesi penggulungan kita Tuan Yang di-Pertua, Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda bagi Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya pada hari ini.
Saya dan juga MOTAC sentiasa terbuka untuk menerima segala pandangan dan saranan oleh mana-mana pihak demi memajukan lagi industri pelancongan dan memartabatkan lagi seni, budaya dan warisan negara Pada masa yang sama, marilah kita bersama-sama menyokong untuk menyemarakkan pelancongan domestik negara dalam usaha kita sama-sama membantu untuk industri ini dan ekonomi negara, bangkit dan pulih. Dengan itu saya hendak- sebelum saya akhiri, saya ada pantun di sini Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
*Sungguh bergaya si anak dara; Memakai hiasan tampak jelita.
Seni budaya terus terpelihara; Kekal berzaman warisan kita.
Pengantin diarak raja sehari; Mata memandang malu bersuara.
Pelancongan disemarak menjana industri; Terus gemilang menjulang negara*.
Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat di atas segala pandangan, teguran, saranan dan cadangan dalam memajukan sektor pelancongan, seni dan budaya negara. Sekian, terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, saya tidak pandai berpantun. Saya hanya boleh mengucapkan terima kasih.
Dipersilakan Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk menggulung.
Menteri Pembangunan Luar Bandar - Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat petang, salam keluarga Malaysia dan salam luar bandar sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat yang dihormati sekalian. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titah ucapan Baginda pada 28 Februari 2022 semasa sesi pembukaan Parlimen antaranya menyentuh mengenai kesejahteraan masyarakat luar bandar melalui
Menteri Pembangunan Luar Bandar - Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
penyediaan infrastruktur luar bandar yang lebih baik dan berkualiti. Baginda juga menitahkan agar ketidakseimbangan pembangunan dan ekonomi antara kelas pendapatan, antara wilayah dan negeri, antara semua etnik termasuklah Orang Asli dan lain-lain hendaklah dikurangkan.
Atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, patik ingin mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih atas Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Seri Paduka Baginda tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian KPLB ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah meluluskan projek pembangunan luar bandar sebanyak RM10.53 bilion dan RM3.5 bilion untuk belanja mengurus dan RM7.01 bilion untuk peruntukan pembangunan. Peruntukan pembangunan tersebut bakal digunakan untuk perlaksanaan 391 projek baharu dan 931 projek sambungan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, ahli-ahli parlimen yang telah mengambil bahagian dalam pertanyaan, isu-isu, cadangan atau pandangan kepada Kementerian Luar Bandar yang menyentuh pelbagai isu yang berkaitan dengan infrastruktur, berkaitan dengan KEMAS, berkaitan dengan usahawan luar bandar, masyarakat FELCRA, masyarakat Orang Asli sempena dengan sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja 2022.
Ramai rakan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Sabah, Sarawak, Hulu Rajang, Igan, Tuaran, Papar, Kalabakan, Kota Belud, Baram, Betong, Sibu, Lubok Antu, Merbok, Raub, Sungai Siput, Lanang, Tanjong Manis, Setiu, Cameron Highlands, Balik Pulau di antara ahli parlimen yang telah mengambil bahagian.
Pada petang ini, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab atau menerangkan perkara-perkara yang telah dibangkitkan di dalam Dewan Parlimen yang mulia ini berasaskan perkara-perkara yang saya sebutkan tadi.
Pertamanya, berkaitan dengan infrastruktur luar bandar yang telah dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli Parlimen. Saya pergi kepada Ahli Parlimen...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Yang Berhormat Menteri, Tumpat. Saya tidak dengar Yang Berhormat Menteri menyebut Tumpat tadi. Saya sentuh banyak berkenaan dengan isu-isu pembangunan di Tumpat yang melibatkan kementerian.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Tumpat ya? Baik, minta maaf, Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Yang Berhormat Hulu Rajang? Terima kasih.
Yang Berhormat Tuaran, ada?
Seorang Ahli
Ada.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Yang Berhormat Tuaran menyebut mengenai dengan projek menaik taraf jalan luar bandar Togop, Jalan Hamad-Kitapol dan juga jalan Tibabar-Poturidong. Yang Berhormat Tuaran mohon agar projek ini diteruskan kerana ia melibatkan jalan masuk utama ke beberapa buah sekolah rendah.
Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, kementerian dalam Soalan Jawapan Lisan pada 2 Mac 2022 di Dewan yang mulia ini dimaklumkan bahawa jalan- jalan yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu setakat ini belum ada dalam senarai projek yang diluluskan di bawah Program Jalan Luar Bandar Kementerian Luar Bandar.
Berdasarkan siasatan awal daripada kementerian, jalan perhubungan ke sekolah tersebut berhampiran dengan kawasan perkampungan. Oleh yang demikian, kementerian akan mempertimbangkan penyelesaian jangka masa pendek dengan membina jalan perhubungan desa. Pada masa yang sama, pejabat KPLB Sabah akan diminta turun ke lapangan untuk melakukan siasatan tapak menyediakan anggaran kos.
Melalui semakan dengan pihak JKR, dimaklumkan bahawa sebahagian jajaran jalan ini telah ada dalam senarai perancangan JKR untuk dibina sebagai jalan luar bandar.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Cadangan pembinaan ini, setakat ini, belum dimasukkan dalam Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah yang dimasukkan sebagai keutamaan Rolling Plan, Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Boleh saya tanya?
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Ya, sila.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan sebentar tadi. Sebenarnya saya telah bangkitkan keperluan ini berasaskan kepada satu permintaan saya. Pada ketika itu saya menterilah.
Saya minta pula kepada Perdana Menteri dan Perdana Menteri pun datang ke kawasan dan dia sebenarnya telah mengumumkan dan semua orang tahu di kawasan bahawa jajaran itu telah diumumkan dan, kalau tidak silap saya, menghampiri RM100 juta sebenarnya sebab ia panjang. Ia melibatkan sekurang-kurangnya tiga buah sekolah sebab jalan raya ini memang masih gravel dan guru-guru, pelajar-pelajar pun memang lalu di sini ya. Jadi itu yang telah saya bangkitkan sebagai satu follow-up kepada keputusan yang telah dibuat.
Barangkali di pihak EPU, pihak agensi yang berkenaan, dia tidak mengambil masukkan dalam prioriti dan sebagainya. Akan tetapi, sebenarnya ia sudah diumumkan.
Itu satu.
Kedua, dalam pertanyaan saya pada hari itu berkenaan dengan keutamaan dasar untuk menentukan keutamaan pembinaan jalan-jalan luar bandar atau pun naik taraf jalan-jalan luar bandar, saya telah mencadangkan meminta supaya daripada segi dasarnya hendaklah diutamakan jalan yang menuju ke sekolah-sekolah. Oleh sebab ini dilalui oleh guru-guru dan kadang-kadang di sekolah- sebagai contoh di SK Kitapol, tidak ada rumah guru di sana. Jadi, guru-guru tinggal jauh dari situ. Bila dia balik, jalan yang licin dari Jalan Hamad-Kitapol dan sebagainya itu agak menyulitkan.
Pada ketika ini, untuk makluman Yang Berhormat- saya tahu Yang Berhormat ini seorang cikgu di Sabah juga dahulu dan tahu- dari Jalan Hamad-Kitapol, Tibabar ke Poturidong memang tidak boleh digunakan sebab low level crossing di Poturidong ini memang sudah terputus ya. Jadi memang tidak boleh lalu di sana. Jadi, sebab itu sangat kritikal penduduk dari Kampung Tibabar itu yang bersekolah di SK Pekan Kiulu yang melalui jajaran ini. Jadi, ia rosak.
Jadi, saya mohon supaya pihak kementerian mempertimbangkan ini supaya dibina, dinaik taraf jalan raya ini sebab ia melibatkan banyak kampung dan dua buah sekolah yang seperti saya nyatakan tadi. Terima kasih.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Yang Berhormat, ia bukan dari main road-lah?
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Main road. Dari main road Jalan Ranau. Memang Jalan Ranau dan ia turun. Dari Pekan Tamparuli, selepas itu ke Tegop selepas itu ke Hamad, dan akhir Tabul. Memang dari main road ini. Ini jalan JKR sebenarnya. Jalan JKR negeri yang hanya mahu dinaik taraf supaya diaspal. Itu yang kita mohon sebenarnya. Ia memang layak untuk jalan luar bandar, Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham apa yang Yang Berhormat Tuaran bangkitkan itu dan saya minta supaya KPLB melihat ini sebagai antara keutamaannya Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Yang Berhormat, saya akan tulis surat untuk Yang Berhormat, boleh?
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Baik. Boleh.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Ada satu lagi saya mahu bangkit Yang Berhormat sebab ini Tuaran juga. Ini berkenaan FELCRA. Saya sudah tanya daripada Yang Berhormat dahulu iaitu berkenaan dengan perumahan di Mengkabong yang melibatkan lebih 600 buah rumah yang telah dibina oleh FELCRA.
Bekalan air di sana- ada 21 buah tangki telah besar sebagai bekalan air tetapi sejak
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
terbinanya perumahan di Mengkabong ini yang telah melibatkan penimbusan laut selepas itu dibinanya rumah-rumah di sana, bekalan air itu yang dibuat oleh FELCRA ini, daripada mula lagi sekitar tahun 2012 sampai sekarang tangki itu tidak ada isi.
Malah saya difahamkan bahawa ada Yang Berhormat menyatakan iaitu akan maklum kepada pejabat daerah dan sebagainya itu belum lagi diserahkan pada Jabatan Air Sabah atau diserahkan kepada Majlis Daerah Tuaran- belum lagi. Jadi, ia terbengkalai begitu sahaja. Semua orang tahu ini FELCRA. Ini projek FELCRA yang tidak pernah digunakan. Kira terbengkalailah tetapi perumahan ia begitu. Perumahan Mengkabong itu semua orang tahu, tidak berapa sempurna dibuat tetapi bekalan air pun tiada, Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran atas dua perkara yang dibangkitkan. Pertama, mengenai dengan naik taraf jalan luar bandar, yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Kedua, 21 tangki air yang tidak diserahkan lagi kepada Majlis Daerah ataupun kepada pejabat daerah yang dibuat oleh FELCRA. Itu kita minta supaya diambil siasatan dan pelaporan penuh. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Tuaran, saya pernah sampai ke sekolah kebangsaan di kampung Yang Berhormat dulu.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
SK Lokos dulu. Terima kasih Yang Berhormat...
[Ketawa]
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Seterusnya Yang Berhormat Papar. Tiada?
Okey. Yang Berhormat Papar mengenai dengan bekalan air juga dan juga bekalan elektrik. Seterusnya, Yang Berhormat Kalabakan.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Ada
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan.
Yang Berhormat telah membangkitkan mengenai dengan tiga perkara iaitu
satu, bekalan elektrik; dua, bekalan perairan; dan tiga, jalan raya, di Kampung Sungai Pukul, Kampung Pisak-Pisak, Kampung Sungai Melayu dan Kampung Sungai Haji Kuning di Pulau Sebatik di dalam Parlimen Kalabakan.
Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sememangnya sudah mempunyai pelaksanaan projek bekalan elektrik melalui talian 303KV daripada Pencawang Pengagihan Brantian ke Pencawang Pengagihan Luasong dan satu lagi projek talian 11KV dari Kampung Luasong di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Sambungan Talian Grid Zon 2. Itu mengenai dengan bekalan elektrik.
Keduanya, untuk pengetahuan Yang Berhormat, projek membina jalan dari Kampung Sungai Pukul ke Kampung Sungai Bergosong di Pulau Sebatik akan dilaksanakan. Skop projek adalah menaik taraf jalan sepanjang 8.3 kilometer termasuk...
[Rakaman kurang jelas] Road mengikut piawaian JKR R2 dan membina tiga buah jambatan dengan kos sebanyak RM59.545 juta. Projek ini sedang dalam peringkat akhir pelantikan kontraktor dan dijangka bermula pada suku ke-dua tahun 2022.
Manakala bagi projek bekalan air luar bandar, Kerajaan telah meluluskan projek bekalan air luar bandar Kampung Sungai Melayu dan Kampung Bergosong Kecil, Pulau Sebatik dengan kos projek sebanyak RM19 juta dan sedang dalam peringkat reka bentuk.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Sikit pertanyaan, Yang Berhormat Menteri. Penyaluran air ini, ia daripada loji Kampung Wallace Bay atau akan dibina satu buah loji baharu sebab kalau berharap pada loji di Kampung Wallace Bay untuk supply kepada penduduk kampung pun tidak cukup. Kalau dibina satu buah loji baharu, mungkin berpatutanlah. Terima kasih.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Saya tidak ada maklumat Yang Berhormat sama ada bina loji baharu. Akan tetapi, untuk kenaikan kita bersama elok Yang Berhormat membangkitkan maklumat itu kepada saya menyatakan bahawa kalau tidak bina loji, tidak boleh sebab di Kampung Wallace Bay pun tidak cukup. Lebih baik membina loji baharu di situ.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Ya.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Saya ingat lebih baik begitu caranya sebab kalau tidak kita...
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Berkenaan dengan jalan di Kampung Sungai Pisap-Pisap dan Kampung Sungai Melayu diharap ia dipercepatkan fasal anak- anak dari kampung-kampung ini tidak boleh bersekolah di SMK Wallace Bay fasal tidak ada jalan. Selama kita merdeka ini, jalan tidak pernah dibina dan ada sekolah menegah di Kampung Wallace Bay.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Apakah jalan itu Yang Berhormat?
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Jalan-jalan yang akan dibina dari Kampung Sungai Melayu hingga ke Kampung Sungai Bergosong harus dipercepatkan sebab...
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Ini dalam- yang saya diberi taklimat oleh pegawai sudah siap untuk di peringkat akhir pelantikan kontraktor. Maknanya pada suku kedua ini, kita boleh lantik. Tahun ini kita boleh lantik kontraktor.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Okey terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Tanjung Manis? Yang Berhormat Setiu?
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Ada. Setiu ada.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Yang Berhormat Setiu bertanyakan mengenai Jambatan Tok Nandong, Langkap. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kementerian telah menerima permohonan daripada UPEN Negeri Terengganu berkenaan dengan projek menaik taraf jalan dan membina jalan di Kampung Tok Nandong, Setiu. Skop yang telah dimohon pembinaannya adalah sepanjang 100 meter dalam spesifikasi JKR R2.
Permohonan tersebut juga telah disemak oleh JKR dan memastikan skop dan kos yang dimohon adalah tepat. Jadi, ini UPEN Negeri Terengganu meletakkan projek ini sebagai salah satu daripada keutamaan untuk Terengganu dan kita telah memohon untuk dimasukkan dalam RP 3, Rancangan Malaysia Ke-12 bagi tahun 2023. Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Terima kasih. Yang Berhormat Balik Pulau? Yang Berhormat Sibu? Yang Berhormat Merbok?
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Ada.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Yang Berhormat Merbok ada ya. Yang Berhormat Merbok membangkitkan mengenai Loji Rawatan Air Tupah yang berusia lebih daripada 70 tahun.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah pun meluluskan Projek Bekalan Air Luar Bandar di Tupah, Kuala Muda pada tahun 2022 dengan kos sebanyak RM35 juta.
Projek ini naik taraf loji rawatan air kepada sistem rawatan penuh berkapasiti 20 juta liter sehari, 20 MLDlah, 20 milion liter sehari dengan izin yang dijangka dapat menyelesaikan masalah bekalan air dan manfaat kepada 12,400 - akaun yang sedia ada dan anggaran 300 - akaun baharu di kawasan Merbok.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Kerajaan negeri melalui Syarikat Air Darul Aman turut memohon peruntukkan bagi meningkatkan agihan bekalan air dan kawasan sekitar sehingga ke Tanjong Dawai di bawah RP3 2023 dengan anggaran kos keseluruhan juga berjumlah RM35 juta. Loji 35 juta, agihan bekalan RM35 juta. Bermakna projek ini akan menelan belanja lebih kurang RM70 juta dan ia akan insya-Allah, kalau boleh dilantik kontraktor kita boleh mulakan kerja-kerja pembinaan loji ini pada tahun 2023.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Baik, terima kasih. Seterusnya...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Padang Serai.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Ya.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih atas akan turap di kampung Jemerli. Bila selepas saya buat surat dan sebagainya, saya lihat orang kampung kata ada ramai ukur dan akan diturap. Terima kasih banyak kepada Menteri dan juga Yang Berhormat. Satu lagi, kampung Padang Bola di Labu Besar. Belum turap lagi dan juga kabel elektrik itu amat nipis. Dia orang kata selalu dia punya washing machine, TV semua rosak. Boleh ambil perhatian dan juga sila selesaikan.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Kampung Padang Bola?
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Ya, Kampung Padang Bola.
Belakang sekolah SK Labu Besar.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Okey, terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Kota Belud?
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Saya.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Kota Belud bertanya mengenai dengan status- tiga Yang Berhormat tanya, berkaitan dengan menaik taraf Jalan Dudar-Taburan- Mendawang yang untuk jawapannya telah dikeluarkan SST pada 17 Februari 2022. Tarikh milik tapak pada 18 April 2022. Next month lah, bulan hadapan kontraktor akan masuk ke tapak ini.
Keduanya, naik taraf Jalan Tengkurus-Lahanas, Lahanas-Siba, Lahanas-Sokid- Kota Belud sedang dalam peringkat akhir proses perolehan. Ketiganya, naik taraf Jalan Sayap-Kota Belud termasuk Talungan dan Terintidon, dalam peringkat Pelawaan Tender.
Projek kedua dan ketiga tersebut dijangka dapat dimulakan pada bulan Jun dan bulan Ogos 2022.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Maksudnya untuk yang Mendawang itu pemilikan tapak pada 18 April. Kemudian, untuk Tengkurus-Lahanas-Gendukut sedang dalam proses akhir ya?
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Ya, saya.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Jadi, akan dimulakan kerja pada Jun 2022. Manakala untuk- betulkan saya, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Ya.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Untuk Projek Sayap.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Dijangka Ogos 2022.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Ogos. Oh, yang untuk Tengkurus, Lahanas dan juga Gendukut pada Oktober 2022?
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Ya, itu dijangka Jun 2022. Tahun ini juga.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Tahun ini juga. Baik. Terima kasih. Walau apa pun terjadi, Yang Berhormat, kalau pilihan raya pun saya minta yang ini gerenti untuk dilaksanakan tahun ini kerana kita sudah bertahun- tahun, berpuluh-puluh tahun tunggu. Terima kasih.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Tatap.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Yang Berhormat Baram? Jangan takut bah orang Sabah. Tatap bah itu. Yang Berhormat Lubuk Antu? Okey, Ahli Parlimen Tumpat?
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Ada, ada.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Status projek lintasan rel kereta api di kampung Kok Pasir, Tumpat. Projek membina jalan dan jambatan melintasi rel kereta api dari kampung Kok Keli ke kampung Kok Pasir telah lulus dalam RP1 Rancangan Malaysia Kedua Belas tahun 2021 dengan kos sebanyak RM17.2 juta. Skop projek merupakan membina jalan dan jambatan merentasi sepanjang 0.4 kilometer.
Statusnya adalah sekarang ini reka bentuk Yang Berhormat, dan dijangka di tender pada Jun 2022. Yang itu, Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Betong?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Yang Berhormat Menteri, kalau Yang Berhormat Menteri pergi ke Parlimen, Tumpat itu ada lagi yang saya sentuh mengenai jambatan dari kepulauan Teluk Renjuna ke Tanah Besar yang macam-macam isu yang berlaku. Putus bekalan makanan, baru-baru ini talian elektrik dilanggar dan putus elektrik, hari itu air cetek tidak boleh pergi dan sebagainya. So, banyak permasalahan yang berlaku di pulau ini dan saya telah pun membangkitkan cadangan untuk pembinaan jambatan. Saya difahamkan beberapa pihak telah pun mengambil perhatian, cuma mungkin jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Mungkin ter-missed Yang Berhormat. Jadi macam ini, saya bagi- apa Yang Berhormat bangkit itu saya akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat sebab saya tiada jawapan dalam ini Yang Berhormat.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Okey, Terima kasih.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Ahli Parlimen Betong? Ahli Parlimen Igan? Ahli Parlimen Raub?
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Ada, ada.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Okey. Ini Yang Berhormat membangkitkan mengenai dengan bantuan makanan lebih banyak diberikan kepada masyarakat Orang Asli di kawasan Pos Bihai yang terkesan akibat konflik dengan harimau Malaya di kawasan berkenaan. Pos Bihai merupakan salah sebuah penempatan masyarakat Orang Asli di Gua Musang.
Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) merupakan sebuah jabatan yang sangat komited dengan kerja-kerja pembangunan pendidikan dan juga kemajuan masyarakat Orang Asli yang apabila di Pos Bihai ini terkesan dengan konflik itu, JAKOA telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan PERHILITAN untuk menangani konflik harimau Malaya dengan manusia khususnya masyarakat Orang Asli.
Jadi, antara langkah yang diambil juga menerima bantuan dari Pasukan Gerakan Am membantu dan sepanjang dalam krisis itu, JAKOA telah menghantar tiga kali bakul makanan untuk 305 - ketua isi rumah dengan jumlah keseluruhan sebanyak 919 unit dan begitu juga dengan Majlis Agama Islam Kelantan. Pejabat Ahli Yang Berhormat di sana, PERHILITAN dan organisasi NGO yang membekalkan bantuan bakul makanan.
Pihak JAKOA juga berusaha menambahkan bakul makanan dalam tempoh- lebih kurang dalam 6,500 set di Pangkalan Hadapan bagi menghadapi krisis bencana di negeri Kelantan tertakluk kepada peruntukkan semasa, Yang Berhormat.
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Boleh saya tambah sedikit?
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Boleh, sila.
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Saya difahamkan daripada Pos Bihai ke Kampung Suwa yang kena makan harimau itu jalan dia memang teruk. Maknanya kalau hendak masuk situ kena pakai kereta 4x4 yang tinggi, yang rendah tidak boleh masuk.
Jadi, persoalan dia penduduk di kampung ini agak sukar untuk bercucuk tanam kerana masih lagi takut dengan harimau ini. Kalau boleh ada satu cara atau metode lain supaya mereka boleh bercucuk tanam kembali, tidak bergantung pada bakul makanan.
Terima kasih.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Pihak JAKOA mengambil beberapa inisiatif awal untuk pengetahuan Yang Berhormat bagi membolehkan seperti mana Yang Berhormat sebut tadi bukan sahaja bergantung kepada Bakul Makanan tetapi bagaimana mereka boleh dapat semula bercucuk tanam ataupun mendapatkan hasil daripada pertanian. Ini kita buat atas usaha bersama dengan agensi-agensi yang lain Yang Berhormat. Ada, usaha yang terus dibuat, memerlukan banyak agensi yang terlibat dan juga task force bagi membantu urusan yang berkaitan dengan masyarakat Orang Asli. Kemudian yang keduanya..
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Yang Berhormat Menteri, Sungai Buloh ini...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat meminta- sebentar Yang Berhormat Sungai Buloh.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Saya..
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Duduk sekejap.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Ya, boleh.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Menteri, memandangkan soalan Cameron Highlands belum dijawab, boleh tak tolong jawab secara bertulis?
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Ya, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Masa pun sudah cukup.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Tuan Yang di-Pertua saya akan menjawab secara bertulis.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Baik, terima kasih.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Tuan Yang di-Pertua, dengan izin- oh, sorry.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila, Yang Berhormat Sungai Buloh.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Yang Berhormat Menteri, oleh sebab masa sudah habis saya ada satu soalan sahaja tentang MARA dan khususnya kolej Maktab Rendah Sains MARA.
Boleh saya sahaja rekodkan soalan saya boleh dijawab secara bertulis. Boleh saya sebut satu soalan. Ini berkaitan dengan dasar KPLB berkaitan dengan peruntukan tempat-tempat di MRSM untuk murid-murid yang bukan bumiputera yang dasar ini sudah
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
mula pada tahun 2002 di mana 10 peratus diperuntukkan untuk murid-murid bukan bumiputera.
Jadi, soalan saya boleh dijawab secara bertulis untuk tahun-tahun 2020, tahun 2021 dan tahun 2022, bolehkah kementerian memberitahu saya, jumlah murid-murid bukan bumiputera dengan pecahan kaum yang dimasukkan MRSM, semua Kolej MRSM di bawah MARA.
Secara lebih detil, jumlah tawaran dibuat, berapa diterima? Kadang-kadang ada yang tidak terima dan akhirnya berapa yang masih belajar di sana pada sekarang? Itu sahaja soalan saya. Saya minta di- terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Okey, terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Saya akan bagi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormatlah berkaitan dengan jumlah pelajar yang bukan bumiputera berada di Maktab Rendah Sains MARA.
Ada- boleh Tuan Yang di-Pertua minta izin untuk dua minit habiskan ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, dua minit.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Untuk Yang Berhormat Raub tadi ada sedikit lagi yang berhubung dengan JAKOA, RISDA. Ini berkaitan dengan Projek Tanam Semula Komersial Yang Berhormat tanya antara Orang Asli dengan RISDA Plantation.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, daripada tiap-tiap satu orang di kalangan Orang Asli itu dapat satu hektar, lebih kurang dan pada tahun 2021 setiap peserta mendapat dividen. RM235 sebulan Pada tahun 2022, bermula pada Februari telah dinaikkan menjadi RM350 sebulan kepada setiap peserta yang ada di situ.
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Yang Berhormat Menteri boleh tambah sedikit ya. Jadi, maklumat yang saya terima itu yang dapat nilai lebih kurang dalam RM300 lebih, RM400 itu hanya dua bulan sahaja iaitu November dengan Disember, itu pun termasuk untuk sekolahlah kan. Akan tetapi, Januari hingga bulan 10 itu antara RM100 hingga RM150. Maknanya apa Yang Berhormat Menteri bagi itu rasanya tidak tally-lah dengan apa yang maklumat saya terima.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Tidak apa, saya kalau...
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Jadi Yang Berhormat Menteri saya harap mungkin pihak kementerian boleh turunlah tengok mungkin duit itu pergi tempat lain ke macam mana. Assalamualaikum.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Saya ambil perhatian Yang Berhormat sebut angka yang tidak tepat dengan yang saya sebut untuk disiasat oleh pihak kementerian.
Akhir sekali, saya tadi sudah jawab Yang Berhormat Gua Musang secara bertulis, Yang Berhormat Cameron Highlands, sorry Yang Berhormat Gua Musang pula. Yang Berhormat Cameron Highlands secara bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Akhir sekali saya hendak mengambil peluang ini untuk merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan terus memainkan peranan sebagai sebuah kementerian yang membangunkan kesejahteraan masyarakat di luar bandar di kampung-kampung. Ia melibatkan infrastruktur, pendidikan, kesejahteraan dan keusahawanan penduduk di kampung-kampung.
Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Wa’alaikumussalam.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab. Tempoh masa 30 minit. Silakan Yang Berhormat Menteri.,
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Tan Sri Noh bin Haji Omar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi semasa sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Dewan ini.
Ada lima orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Hulu Selangor dan Yang Berhormat Kampar.
Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Tampin dan Yang Berhormat Hulu Selangor bangkitkan isu yang hampir sama iaitu isu bantuan kepada usahawan termasuk penjaja kecil akibat pandemik COVID-19 dan juga bencana banjir.
Saya ingin maklumkan bahawa KUSKOP, ini nama baharu Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah memberikan berbagai-bagai bantuan melalui agensi-agensi di bawah KUSKOP. Kita bagi:
(i) moratorium;
(ii) pengecualian sewa premis perniagaan di bawah agensi-agensi KUSKOP; dan
(iii) Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan yang melibatkan 247,858 orang usahawan dengan nilai RM7.45 bilion.
Mengenai banjir, kementerian juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga memberikan bantuan kepada usahawan-usahawan terlibat dalam banjir yang mana sebanyak RM150 juta telah diperuntukkan. Sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk usahawan mikro dan juga informal yang mana sumbangan wang tunai RM3,000 yang diberikan akan membantu 16 ribu orang usahawan yang terkesan semasa banjir di seluruh negara termasuk di Sabah.
Urusan untuk membuat bayaran kepada usahawan-usahawan mikro dan informal ini diuruskan oleh TEKUN dan bayaran pertama, pusingan pertama telah pun kita laksanakan minggu lepas dan selepas ini kita akan meneruskan bayaran ini mengikut negeri-negeri.
Kumpulan kedua ialah Kumpulan Usahawan IKS. Untuk Kumpulan Usahawan IKS ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta yang diuruskan oleh SME Corp tetapi IKS ini diberikan pinjaman RM100 ribu tanpa interest dan tempoh bayaran balik ialah tahun hadapan baharu bayar balik. Untuk IKS ini juga, kita akan membuat pembayaran dalam minggu hadapan kerana senarai-senarainya telah pun diperoleh oleh pihak SME Corp.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas telah membangkitkan isu berkenaan penglibatan golongan belia sebagai penggerak utama dalam aspek keusahawanan digital seperti yang telah diputuskan dalam RMKe-12.
Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Mas...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Pasir Mas tidak ada.
Tan Sri Noh bin Haji Omar
Tidak ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Boleh bagi rumusan.
Tan Sri Noh bin Haji Omar
Baik, rumusan sahajalah. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bahawa KUSKOP telah pun menyediakan berbagai-bagai program adaptasi teknologi bagi menggalakkan PLKS mengembangkan perniagaan mereka melalui platform atas talian. Antaranya program bimbingan atas talian E-Board di bawah INSKEN, program pemasaran online di bawah TEKUN, platform Pybli di bawah Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), aplikasi WarongKu di SME Corp , platform Angsana Virtual Mall di bawah UDA. Kita juga ada platform e-dagang Orderlah di SME Bank. Kita juga ada program adaptasi dan pemecutan teknologi MyTap.
KUSKOP sedang dalam proses membangunkan aplikasi MyMall yang akan menjadi platform bersepadu bagi menyelaraskan semua inisiatif platform digital sedia ada di peringkat kementerian. Terakhir iaitu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kampar yang telah membangkitkan isu berkenaan salah guna kuasa dan penyelewengan sekiranya ada dalam Koperasi Pembangunan Pendidikan Berhad (KOPP) dan memohon tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak pengurusan koperasi demi memelihara hak dan juga kepentingan ahli koperasi. Yang Berhormat Kampar ada? Ada?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kampar tidak ada.
Tan Sri Noh bin Haji Omar
Kalau Yang Berhormat Kampar tidak ada, agak panjang sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Okey.
Tan Sri Noh bin Haji Omar
Oleh sebab saya hendak bagi maklum bahawa pihak SKM telah pun mengambil tindakan. Berbagai-bagai tindakan telah diambil, jadi saya mohon untuk dijawab bertulis kepada Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Bertulis.
Tan Sri Noh bin Haji Omar
Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya rasa itu sahajalah yang saya hendak jawab yang berkaitan dengan KUSKOP. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membangkitkan isu-isu ini. Saya berharap daripada penjelasan tersebut, ia telah dapat menjawab semua soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan jawapan itu maka tamat sesi untuk hari ini.
Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi esok, Khamis, 17 Mac 2022.
Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat semua.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.12 petang]