Mar142022

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat pagi. Kita mulakan Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan hari ini dengan saya menjemput Yang Berhormat Machang. Silakan Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Di pagi yang penuh dengan keceriaan ini izinkan saya memulakan dengan serangkap pantun:

Dari Melaka ke Johor Bahru, Singgah Kluang membeli baulu, Barisan Nasional menang semua sudah tahu, Soalan saya nombor satu. Terima kasih.

final • 10:00 AM

1. Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [Machang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan tindakan kementerian ke atas isu rumah terbengkalai yang semakin meningkat serta apakah solusi pihak kementerian dalam menangani masalah rumah PPR yang terbengkalai dan inisiatif pihak kementerian dalam membela hak pembeli rumah PPR yang terbabit?

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Machang.

Tiga isu utama dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam menangani isu perumahan bagi membantu memulihkan projek perumahan terbengkalai adalah seperti berikut:

(i) mencari hala tuju dan jalan penyelesaian bagi projek yang telah disahkan terbengkalai;

(ii) melaksanakan due diligence dengan mendapatkan maklumat kewangan, teknikal dan pemberi projek perumahan serta mengadakan lawatan tapak dan pemeriksaan di tapak;

(iii) mengadakan mesyuarat bersama pihak-pihak berkepentingan seperti pemaju asal, Jabatan Insolvensi Malaysia, pelikuidasi, pengurus dan penerima, pemaju dan penyelamat, tuan tanah,

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib

pembeli, bank-bank pembiaya, pihak berkuasa negeri dan agensi- agensi teknikal untuk mendapatkan hala tuju pemulihan projek;

(iv) mengarahkan pemaju untuk mengemukakan laporan kemajuan pada setiap bulan bagi setiap projek yang sedang dipulihkan oleh pemaju sedia ada, pelikuidasi dan pemaju penyelamat;

(v) mengenal pasti pemaju-pemaju yang berupaya dan berpengalaman untuk mengambil alih pemulihan;

(vi) melaksanakan pemulihan projek-projek perumahan swasta terbengkalai terutama di kategori kos rendah dan sederhana rendah yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan; dan

(vii) menubuhkan pasukan khas “war room” bagi menyelaras dan mencari penyelesaian bagi projek sakit dan terbengkalai.

Bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dibangunkan oleh KPKT, tindakan diambil terhadap projek yang bermasalah adalah seperti berikut:

(i) mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Contract Coordination Panel (PCP) yang dipengerusikan oleh KSU kementerian;

(ii) melaksanakan pemantauan berkala; dan

(iii) penyelarasan bersama PBN di samping penglibatan agensi pusat seperti ICU Jabatan Perdana Menteri untuk isu-isu ini.

Bagi rumah PPR pula ya, untuk makluman Yang Berhormat, tiada timbul masalah rumah PPR yang terbengkalai kerana memandangkan kerajaan akan memastikan PPR ini, rumah PPR ini siap sepenuhnya sebelum diserahkan kepada pembeli atau atau kerajaan kepada kerajaan negeri untuk pengisian. Di samping itu, kerajaan juga akan memastikan semua kemudahan di PPR siap untuk dinikmati oleh seluruh penduduk yang terdiri daripada golongan B40.

Antara usaha lain YB dan Tuan Yang di-Pertua, bagi kita membantu golongan B40 memiliki rumah PPR ialah:

(i) memperkenalkan rent-to-own (RTO) untuk memudahkan pengurusan pemilikan;

(ii) memberi subsidi daripada segi bayaran pengurusan setiap bulan PPR;

(iii) memberi tempoh tanggungan kecacatan untuk tempoh dua tahun bagi memastikan penghuni B40 mendapat kehidupan yang selesa dan selamat; dan

(iv) memperkenalkan kemudahan internet di semua PPR baharu untuk dinikmati oleh penghuni PPR di bawah B40.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Terima kasih sekali lagi Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, di Machang ada PPR. Bilakah– saya nampak macam sudah siap. Bilakah ia akan mula diduduki dan berapa banyak lagi ada kekosongan? Kalau terdapat kekosongan apakah cara, kaedah dan langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan rumah-rumah yang kosong tersebut dapat dipohon oleh rakyat dan masyarakat sekitarnya?

Kedua, Tuan Yang di-Pertua, soal isu rumah terbengkalai ini adalah satu isu yang sangat serius kita tengok ramai rakyat yang teraniaya dan tertindas akibat rumah-rumah yang dibina ini tidak disiapkan sedangkan dalam masa yang sama pembeli terpaksa

final • 10:00 AM

Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

membayar bulanan. Rumah tidak dapat duduk, rumah sewa yang sudah ada terpaksa kena bayar. Di dalam tempoh pandemik ini, ia amat membebankan.

Saya hendak tanya pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri, kerajaan ya, apakah cadangan ada atau tidak untuk mengetatkan lagi syarat-syarat pembinaan terhadap rumah-rumah yang dibina ini seperti meningkatkan cagaran atau suatu konsep melihatkan kepada keadaan yang terlalu serius ini, siap, jual. Maknanya rumah dibina dulu, syarat baharu. Siap baru jual dan kalau tidak, sudah tentu akan berlaku perkara berulang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Machang atas keprihatinan. Untuk makluman Yang Berhormat, di Machang ini, di Kelantan ini banyak projek perumahan ya. Kita ada 16 buah projek perumahan, jumlah unit 1,053 unit, 976 orang pembeli.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib

Dalam kes Machang ini, kita ada lima projek rumah di Machang ini. Di Kemuning 2; di Sri Bistari; Sri Jasa, Machang; dan juga di Sri Hawa, Machang. Ini semua rumah- rumah di perumahan di Machang.

Bagi projek PPR Machang Tuan Yang di-Pertua, kita telah siap melaksanakan projek di Machang pada 13 November 2019. Dalam hubungan ini, pihak kementerian sedang dalam proses melaksanakan penjualan ke atas unit-unit rumah PPR ini melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad. Sebelum ini kita mencadangkan Yang Berhormat Machang, kepada kerajaan negeri. Akan tetapi, kerajaan negeri tidak mampu untuk melaksanakan penjualan dan juga selepas penjualan ini, ada tanggungjawab untuk penyelenggaraan dan sebagainya.

Jadi, di sini sejumlah– Berdasarkan semakan kementerian, sebanyak 402 orang pemohon didapati layak untuk ditawarkan PPR. Sehingga 11 Mac 2022, sebanyak 130 orang pemohon telah diluluskan pinjaman perumahan melalui institusi kewangan, bank.

Manakala bakinya perlu melengkapkan dokumentasi penjualan serta proses berkaitan sepertimana yang ditetapkan. Jadi, sekarang tindakan ini diambil alih oleh SPNB di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sendiri bagi memastikan supaya rumah ini dapat kita serahkan kepada pembeli-pembeli.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita telah menubuhkan “war room” di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk kita memastikan supaya tindakan yang lebih agresif dapat kita ambil. Sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Machang tadi, supaya kita dapat meringankan beban yang dihadapi oleh pembeli termasuklah sepertimana yang saya sebutkan tadi, bagi tempoh tanggungan kecacatan untuk tempoh dua tahun bagi memastikan penghuni B40 menikmati kehidupan yang lebih selesa dan sebagainya.

Kita memberikan syarat yang ketat juga kepada pengusaha itu, syarikat perumahan ini supaya lesen yang akan kita keluarkan hanya akan berasaskan kepada kemampuan yang ada pada pemaju-pemaju perumahan. Kita tidak semudah, sewenang- wenangnya mengeluarkan lesen bagi membolehkan pemaju-pemaju melaksanakan projek perumahan ini, sebaliknya jika mereka gagal, akan menimbulkan kesan yang tidak baik kepada pembeli rumah termasuklah seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi.

Saya ingat terima kasih Yang Berhormat Machang, insya-Allah saya akan ambil sedikit, beberapa poin yang dapat saya jawab dan kita akan bawa kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan, saya setuju dengan Yang Berhormat Machang, kawan baik saya. Saya ingin tanya Timbalan Menteri, dalam kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini, sejauh mana berlaku kes perumahan terbengkalai dan berapa yang berjaya dimiliki, berapa yang tidak dapat dimiliki? Apakah cadangan kerajaan untuk menyelesaikan bagi membela pembeli yang teraniayai? Adakah kementerian akan melaksanakan build first, jual later?

final • 10:10 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Salah satu cadangan yang boleh mengelakkan pembeli dianiayai oleh pemaju. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kita ada maklumat. Cuma, saya terpaksa merujuk kepada yang lebih tepat. Umpamanya kalau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kita ada Wilayah Persekutuan Labuan, jadi saya ingat Yang Berhormat, boleh tak saya berikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat?

Ini kerana on the spot ini agak– saya terpaksa membelek maklumat-maklumat yang ada pada saya bagi membolehkan saya memberikan maklumat yang tepat kepada Yang Berhormat.

Memang sepertimana juga tindakan yang kita ambil kepada perumahan- perumahan di negeri-negeri lain. Saya ingat kita standard tidak kira wilayah ataupun di negeri-negeri lain. Ini kerana dalam konteks perumahan ini, kita ada 15 agensi yang melaksanakan projek perumahan bukan sahaja rakyat dan juga di kawasan-kawasan, termasuklah SPNB, PR1MA dan sebagainya. Insya-Allah Yang Berhormat, saya akan berikan maklumat.

final • 10:10 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Jawapan bertulis saya minta satu copy juga.

Kepong nak satu copy.

final • 10:10 AM

2. Tuan Su Keong Siong [Kampar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan secara terperinci statistik kes-kes penipuan pembelian dalam talian dalam tempoh 2019 ke 2021. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk membendung masalah penipuan pembelian dalam talian agar ia tidak menjejaskan kerancakan urus niaga bentuk baharu ini.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Datuk Jonathan bin Yasin

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Kampar. Tuan Yang di-Pertua, jumlah kes yang dilaporkan di seluruh negara bagi tahun 2019 sehingga tahun 2021 adalah sebanyak 51,631 kes melibatkan jenayah dalam talian dan kerugian bernilai RM1,611,039,080.20. Berdasarkan statistik sepanjang tahun 2019 sehingga tahun 2021, kes belian online mencatatkan kes tertinggi berbanding kes-kes yang lain iaitu sebanyak 18,857 kes dan diikuti pula oleh kes melibatkan pinjaman tidak wujud sebanyak 15,546 kes.

Untuk makluman Yang Berhormat, pelbagai usaha telah dijalankan oleh PDRM untuk memerangi sindiket penipuan seperti ini termasuklah dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang, pengoperasian, tangkapan dan seterusnya menjalankan pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dalam penipuan. Sejak dari tahun 2019 sehingga tahun 2021, seramai 26,349 tangkapan telah dibuat dan sebanyak 16,029 pertuduhan telah pun dilaksanakan.

Di antara langkah-langkah lain yang telah diambil dan dirancang oleh pihak polis termasuklah menjalankan ceramah, taklimat dan sesi dialog kepada kakitangan kerajaan, syarikat swasta dan NGO-NGO secara berkala. Sesi ini turut dijalankan secara atas talian melalui medium Facebook, televisyen dan radio. Kedua, mewujudkan CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 atau 03-26101599 di mana orang ramai boleh membuat panggilan untuk mendapatkan maklumat dan menyemak kesahihan panggilan bagi sebarang transaksi yang meragukan.

Talian ini beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam pada setiap hari.

Ketiga, mewujudkan platform akaun Facebook, “Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police” untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai skim pelaburan tidak wujud ini. Satu portal juga telah dibangunkan oleh PDRM bagi memudahkan orang awam untuk membuat semakan nombor telefon sindiket ataupun akaun-akaun bank yang digunakan oleh sindiket dalam urusan penipuan. Portal tersebut boleh dicapai melalui pautan https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ dan ia boleh dimuat naik dengan menggunakan telefon mudah alih.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Datuk Jonathan bin Yasin

Kempen Pencegahan Jenayah Komersial juga merupakan salah satu inisiatif bagi memastikan masyarakat didedahkan segala ilmu pengetahuan berkaitan jenayah komersial. Tujuan kempen ini adalah bagi meningkatkan kesedaran kepada orang ramai mengenai jenayah komersial terutama melibatkan penipuan jenayah dalam talian menunjukkan peningkatan kes pada tahap yang membimbangkan dan seterusnya mengelakkan orang ramai daripada menjadi mangsa kepada jenayah tersebut.

Terdapat juga kempen lain seperti Majlis Pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah Komersial dalam talian yang telah diadakan pada 8 November 2021. Kedua, sesi wawancara bersama pegawai kanan polis dari JSJK di media cetak dan media elektronik.

Ketiga, sesi ceramah oleh pegawai daripada JSJ Bukit Aman dan peringkat kontinjen menggunakan platform NGO, persatuan, syarikat swasta, institusi kewangan dan sebagainya.

Keempat, melalui khutbah Jumaat khas sempena Kempen Pencegahan Jenayah Komersial telah dibacakan di masjid dan surau. Di antaranya surau sementara Jumaat di Wilayah Persekutuan pada 19 November dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Juga, terdapat secara high profile policing dan meet-and-greet dilaksanakan di semua peringkat kontinjen dengan kerjasama JPKK. Terdapat juga pertandingan poster jenayah dalam talian diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan mengelakkan orang ramai menjadi mangsa. Ketujuh, mengadakan forum pencegahan jenayah dalam talian secara maya anjuran bersama persatuan, NGO dan media terpilih. Kelapan, iaitu melalui influencer ataupun mereka yang berpengaruh tempatan telah dikenal pasti dipilih untuk memberi kerjasama dalam membantu dan menyebarkan tips serta informasi yang dimuat naik di Facebook PSJ dan PDRM. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang amat terima kasih kepada jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri mengenai langkah pencegahan dan juga penguatkuasaan untuk membendung jenayah ini.

final • 10:10 AM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

Akan tetapi, masalah paling besar adalah kes-kes di mana kes ini tidak akan berlaku sekiranya akaun peribadi individu pihak ketiga tidak digunakan untuk penerimaan dan pengeluaran wang penipuan ini. Jadi, saya hendak tanya apakah langkah PDRM dapat ambil bersama Bank Negara untuk menghalang akaun-akaun peribadi yang kadangkalanya memang digunakan dengan pengetahuan oleh pihak ketiga, dibenarkan oleh pihak ketiga untuk menggunakan akaun tersebut.

Jadi, masalah ini kita perlu atasi untuk membendung kemasukan dan pengeluaran wang penipuan ini. Adakah PDRM dapat memberi apa-apa atau Bank Negara memberi apa-apa langkah untuk membendung cara ini?

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Jonathan bin Yasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya akaun-akaun yang sudah dikenal pasti digunakan untuk tujuan penipuan online ini memang pihak polis sedang bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat.

Bagaimanapun, untuk mencegah perkara ini daripada terus berlaku, kita dapati bahawa perkara ini kadang menghadapi kesukaran kerana orangnya setiap kali bertukar, bertambah nombor akaun yang berlainan, orang yang berlainan.

Jadi, dia bukan hanya stagnant kepada satu akaun sahaja. Ini menyebabkan kesukaran itu timbul. Walau bagaimanapun jika pihak PDRM mendapat maklumat tentang akaun-akaun yang digunakan, pihak PDRM sentiasa akan terus bekerjasama dengan pihak Bank Negara dan pihak-pihak lain yang terlibat agar perkara ini dapat dibendung dengan sempurna. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan yang kedua sebelah sini, Yang Berhormat Tumpat.

final • 10:20 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, soalan saya berkaitan dengan Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang mana

final • 10:20 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

telah dibuat pindaan pada 2007 yang melibatkan urus niaga perdagangan secara elektronik. Soalan saya, adakah akta ini memadai untuk waktu ini bagi mengatasi kes penipuan atas talian yang semakin meningkat atau perlu kepada pindaan terbaru? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Jonathan bin Yasin

Berkenaan dengan pandangan daripada Yang Berhormat Tumpat berkaitan dengan Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2007. Pihak kita akan mengkaji sama ada, ada keperluan baru untuk menambah baik akta ini supaya dapat menempuhi pelbagai jenis jenayah yang terbaru yang berlaku di dalam negara ini.

Cadangan dan pandangan daripada Yang Berhormat Tumpat itu kita akan ambil kira.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, ya ringkas ya.

final • 10:20 AM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Tuan Yang di-Pertua, soal penipuan melalui talian ini memang semakin serius. Apakah kementerian bersetuju pendidikan itu lebih penting kepada rakyat misalnya saya sendiri anggota polis telefon. Dia hendak balik rumah, kematian ibu dia perlu wang dengan segera. Saya pun dah nak bank in sudah, nak bank in sudah. Tiba-tiba saya teringat saya tanya dulu OCPD di tempat yang dia sebut, saya tanya OCPD dia kata anggota itu tidak ada di dalam senarai di kawasannya.

Akhirnya penipuan ini begitu ketara sekali dan banyak orang terkena termasuk para peguam yang juga membayar duit bila kecemasan sebegitu rupa. Apakah pihak kerajaan ada cara untuk mendidik rakyat menghadapi masalah penipuan dalam talian ini yang begitu menjadi-jadi, sama ada penipuan untuk dapatkan wang atau jenayah kewangan dan sebagainya. Minta penjelasan.

final • 10:20 AM

Datuk Jonathan bin Yasin

Terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Kota Raja. Sebenarnya pihak polis, pihak PDRM membuat engagement dengan semua pihak, memberikan kesedaran-kesedaran termasuklah ianya melibatkan daripada NGO ataupun pergi kepada di pihak perkampungan di mana JPKK juga terlibat di Sabah dan di Semenanjung juga di peringkat kampung juga. Dari semasa ke semasa mengikut daerah yang ada itu mereka memberikan penjelasan dan juga taklimat berkaitan dengan penipuan secara online ini.

Setiap NGO yang aktif, berterima kasih seperti PPIM atau Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Mereka juga sangat aktif terlibat dalam memberikan taklimat-taklimat dan bekerjasama dengan pihak PDRM juga persatuan pengguna dan penjual komputer termasuk Chinese Chamber of Commerce yang mana mereka juga turut terlibat di dalam memberikan forum pencegahan jenayah secara atas talian ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan seterusnya Yang Berhormat Datuk Robert Lawson Chuat, silakan.

final • 10:20 AM

3. Datuk Robert Lawson Chuat [Betong] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan perancangan kementerian sama ada terdapat keperluan untuk undang-undang penguatkuasaan di bawah kementerian dipinda atau dikemas kini supaya relevan dengan cabaran semasa.

final • 10:20 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk menjawab soalan nombor tiga, Yang Berhormat Betong. Kementerian sentiasa merancang dan menjalankan kajian serta menyemak semula undang-undang yang dikuatkuasakan bagi memastikan ia sentiasa relevan dengan perkembangan dan isu semasa.

Usaha ini dapat dibuktikan dengan pelbagai pindaan serta penggubalan akta subsidiary di bawah, akta-akta yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ini sepertimana yang berikut ya. Rang Undang- undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021, rang undang-undang ini akan dibentangkan di dalam Dewan pada sesi Mesyuarat kali ini.

final • 10:20 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Pindaan ini melibatkan peluasan skop tangkapan tanpa waran bagi mengekang perbuatan jenayah di bawah akta ini serta peruntukan pindaan yang membolehkan penjualan dibuat bagi barangan sitaan jenis mudah rosak, mudah terbakar dan berisiko tinggi. Selain itu, pindaan ini juga menyentuh berhubung pengambilan sampel bagi memudah pembuktian pendakwaan di mahkamah dan Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 [Akta 500]. Pindaan ini bertujuan untuk memperluaskan skop jualan langsung dalam usaha untuk menggalakkan amalan perniagaan berunsurkan jualan langsung yang baik di Malaysia.

Dalam perkembangan yang sama, untuk maklumat Yang Berhormat Betong, kementerian senantiasa komited untuk melaksanakan kajian untuk meneliti kesesuaian untuk meminda peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa untuk ditambah baik selaras dengan persekitaran perniagaan yang dinamik serta merancakkan sektor perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan ke arah yang lebih progresif.

Peraturan-peraturan yang sedang dalam semakan dan diperhalusi untuk dipinda bagi kepentingan industri dan pengguna. Antaranya, merangkumi Peraturan-peraturan Pelindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik), peraturan sewa beli dan Peraturan-peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan serta banyak lagi di dalam perancangan KPDNHEP ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama.

final • 10:20 AM

Datuk Robert Lawson Chuat - Betong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri ada menyebutkan tadi berkenaan Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 yang akan dibentangkan dalam mesyuarat ini. Saya berpandangan bahawa rang undang-undang ini sangat bertepatan dengan senario semasa, isu bekalan dan harga keperluan asas yang sering dibangkitkan ketika ini.

Saya ingin memohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, apakah peruntukan- peruntukan yang ditambah baik di dalam Rang Undang-undang Kawalan Bekalan ini dan bagaimana rang undang-undang ini bakal memberi impak dalam memastikan keberadaan barang keperluan asas di pasaran. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Yang Berhormat Betong, Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk Akta 122 merupakan suatu akta untuk mengawal selia perdagangan barangan kawalan dengan memastikan keberadaan dalam erti kata lain ia memudah didapati dan mencukupi untuk keperluan pasaran. The availability. Jadi, apabila suatu barang keperluan asas diisytiharkan sebagai barang kawalan jadi kementerian boleh mengawal selia rantaian pengedaran serta mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas jenayah membabitkan penyelewengan barang-barang kawalan itu.

Jadi, Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 ini merangkumi satu seksyen yang dipinda dan tiga seksyen baharu yang akan dimansuhkan iaitu pindaan seksyen 10 bagi memperluaskan kuasa tangkapan kepada pegawai-pegawai bekalan untuk menangkap tanpa waran ke atas orang yang dipercayai dengan munasabah telah melakukan atau cuba untuk melakukan kesalahan di bawah akta ini.

final • 10:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Pengenalan seksyen 12A nanti bertujuan untuk memberi pegawai bekalan kuasa untuk menjual barang kawalan yang disita yang sifatnya mudah rosak dan mudah terbakar atau melibatkan penjagaan yang berkos tinggi. Pengenalan seksyen 12B iaitu bagi mengecualikan tuntutan terhadap kerajaan oleh mana-mana pihak berkenaan dengan barang-barang yang disita itu melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah dan keempat pengenalan seksyen 25A bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai pensampelan dalam menjalankan pemeriksaan dan penganalisisan ke atas barang kawalan yang disita.

Jadi, semua penambah baik akta ini membolehkan siasatan dan pendakwaan kes-kes membabitkan penyelewengan barang kawalan dapat dilakukan dengan lebih efektif. Jadi melalui perundangan dan tindakan penguatkuasaan yang sentiasa dikemas

final • 10:30 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

kini dan ditambah baik, jadi kegiatan jenayah perdagangan ini dapat dikurangkan dan seterusnya memastikan keberadaan barang keperluan asas di pasaran. Itu yang sangat penting. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

[Bangun]

final • 10:30 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

[Bangun]

final • 10:30 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

[Bangun]

final • 10:30 AM

Seorang Ahli

Papar.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat Papar.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sangat-sangat bersetuju keperluan pindaan penguatkuasaan undang-undang, dan ia perlu diperketat lagi kerana baru-baru ini saya pergi ke pasar tani yang dikendalikan oleh FAMA di mana ramai orang dan pengunjung serta pengusaha-pengusaha gerai dan penjual-penjual di sana sangat, mereka meluahkan perasaan disebabkan oleh kebanyakan makanan kegunaan harian dan bahan-bahan kegunaan harian sudah melambung naik hingga 100 peratus. Jadi di sini mereka- kemampuan mereka untuk menangani masalah ini sangatlah terbatas.

Kedua yang saya ingin ajukan di sini ialah berkenaan dengan minyak satu kilo plastik iaitu yang bersubsidi di mana pengusaha-pengusaha gerai susah, begitu juga dengan orang kampung susah untuk mendapatkan bekalan.

Akan tetapi orang-orang yang restoran besar senang mendapatkan bekalan. Jadi saya ingin memohon soalan saya kepada kementerian, saya inginkan kementerian supaya turun ke padang untuk memantau perkara ini daripada dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Soalan pertama tadi, memang kita sangatlah tahu akan masalah di pasaran dengan harganya yang menaik, harga kos-kos barangan dan juga bekalan.

Kadang-kadang ataupun yang sering berlaku adalah ketidakberadaannya ataupun tidak mencukupi di pasaran. Jadi KPDNHEP melalui pemantauan harga dan program dan juga Unit Penguat kuasa senantiasa di lapangan untuk mengenal pasti di mana ada masalah dan juga untuk kita dapat membuat apa saja secara reaksi untuk menangani masalah yang ada itu.

Jadi kita ada penguatkuasaan yang kita panggil enforcement command centre

(ECC) sebanyak 72 semuanya di seluruh negara yang mana mereka ini secara online kepada ibu pejabat kita di Putrajaya. Jadi kita dapat kesan secara real-time sebenarnya Yang Berhormat. Jadi yang kedua ini tadi, memang masalah minyak masak ini sebenarnya skim ini adalah untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah, yang memerlukannya. Memang sebenarnya dalam dasar kita tidak boleh diguna pakai oleh sesiapa berniaga. Ini bukan untuk berniaga tapi kita- semua sedia maklum, lebih-lebih lagi baru-baru ini apabila keadaan pasaran minyak sawit ini sudah melambung tinggi, mereka yang berniaga, yang restoran-restoran yang disebutkan, memang kita akui mereka mengguna juga, berebut membeli ini.

Jadi, kami senantiasa memantau ini. Penguat kuasa kita bekerja, memang Yang Berhormat, saya pastikan kepada Yang Berhormat memang mereka ini bekerja lebih daripada apa yang sepatutnya, bekerja lebih sekarang ya. Janganlah kata seolah-olah mereka ini tidak bekerja. Saya pertahankan mereka ini. Mereka ini memang, mereka maksud saya merupakan penguatkuasaan kita, anggota penguatkuasaan kita ada 2,000 lebih. Oleh sebab itu, pada satu ketika saya mohon supaya bilangan mereka ini ditambah.

Akan tetapi oleh sebab kekangan ataupun daripada segi kewangan negara kita mungkin belum masih dapat lagi kita hendak tambahkan bilangan anggota penguatkuasaan kita.

Jadi memang sekarang keadaannya Tuan Yang di-Pertua oleh sebab harga minyak sawit ini sangat-sangat tinggi sekarang, adalah sangat lumayan lah kepada mereka yang menyalahgunakan skim subsidi satu pek kilogram yang banyak disubsidi oleh kerajaan untuk kegunaan mereka yang berpendapatan rendah. Saya pastilah kami

final • 10:30 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

akan buat terbaik untuk menangani masalah ketirisan yang digunakan oleh mereka yang berniaga ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Seorang Ahli

Soalan tambahan ketiga. Satu saja lagi.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf sebab panjang..

final • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Isu pengguna Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Masa 10 minit baru tiga soalan Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Isu pengguna.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Isu pengguna.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh, sekejap saja.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Ya, baik.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, tolong ringkaskan jawapan ya.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terus ke soalan.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Saya terus saja ke soalan tambahan ya. Yang Berhormat Menteri terima kasih. Di antara teras utama penguatkuasaan kementerian merupakan melindungi pengguna dan satu trend yang membimbangkan sekarang adalah penipuan pembelian atas talian. Penyedia perkhidmatan yang paling popular ialah Lazada dan Shopee. Undang-undang sedia ada Tuan Yang di-Pertua, tidak membolehkan kementerian untuk meletakkan syarat kepada penyedia perkhidmatan ini bagi memastikan misalnya barang yang dipasarkan menggunakan platform mereka mesti asli. Ya.

Tapi biasanya penyedia perkhidmatannya reaksinya kami cuma menyediakan saja platform. Asli atau tidak, itu bukan kawalan kami. Di sini loophole yang ada dalam undang-undang sedia ada. Saya syorkan kepada Yang Berhormat, zaman berubah, cabaran berubah, kreativiti manusia pun berubah. Ketika kementerian bercadang untuk meminda beberapa undang-undang yang berkaitan di bawah penguat kuasa kementerian, teras melindungi pengguna dalam aspek yang saya timbulkan ini, adakah dalam perancangan kementerian untuk dilakukan pindaan yang berkaitan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ringkas Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat yang juga mantan Menteri di KPDNHEP, memang mengetahui hal ini. Pertamanya kami di KPDNHEP memang menerima syor yang telah dikatakan tadi dengan terbaiklah.

Sebenarnya Yang Berhormat memang kita sedang memperhalusi ini sebab ini Tuan Yang di-Pertua, bukan sekadar di peringkat KPDNHEP sahaja ya, kita seharusnya bersama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Jadi oleh sebab itu perlu melibat urus bersama agensi lain dan juga KKMM ini. Jadi saya pastikan Yang Berhormat, kalau boleh Yang Berhormat kalau ada cadangan lain bolehlah kemukakan KPDNHEP untuk kita bersamalah memperhalusi undang-undang ataupun peraturan-peraturan yang berkaitan untuk kita menangani masalah ini. Sekian terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Dato’ Haji Ahmad Nazlan.

Silakan.

final • 10:30 AM

Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya untuk menyampaikan serangkap pantun.

*PRN Johor berlabuh sudah; Kini kesejahteraan rakyat perlu difokuskan.

Kelebihan Tuan Yang di-Pertua diketahui dah; Soalan nombor 5 Jerantut sediakan.* Terima kasih.

final • 10:30 AM

5. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan apakah perancangan dan sasaran kementerian pada tahun 2022 dalam menggiatkan pendaftaran koperasi kariah masjid. Adakah kementerian menyediakan sebarang bentuk bantuan kepada koperasi kariah masjid bagi membangunkan perniagaan koperasi ini.

final • 10:40 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Tan Sri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Jerantut. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang selama ini akronimnya MEDAC, Tuan Yang di-Pertua tetapi mulai hari ini kita tukar namanya daripada MEDAC kepada KUSKOP selaras dengan hendak mendaulatkan penggunaan bahasa kebangsaan. Jadi, kita akan panggil KUSKOP instead of MEDAC.

KUSKOP sentiasa menggalakkan ahli kariah masjid setempat untuk menubuhkan dan menyertai koperasi kariah masjid bagi meningkatkan tahap sosioekonomi mereka.

Usaha ini adalah selaras dengan inisiatif dan program yang terkandung dalam Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TRANSKOM 2021-2025). Selaras dengan sambutan 100 tahun penubuhan koperasi di negara ini pada tahun ini, KUSKOP melalui agensi- agensi di bawahnya akan terus memperkasakan koperasi termasuklah koperasi kariah masjid selaras dengan usaha membangunkan ekonomi masyarakat Islam secara umumnya.

Berdasarkan dalam data interim pada 30 Jun 2021, SKM telah pun mendaftarkan sebanyak 462 buah koperasi kariah masjid di seluruh negara dengan bilangan keanggotaan seramai 38,616 orang dan nilai perolehan keseluruhan sebanyak RM9.3 juta. Pada tahun 2022, SKM telah pun menetapkan sasaran pendaftaran koperasi kariah masjid sebanyak 300 buah koperasi masjid di seluruh negara yang target kita 10 peratus di mana masjid di seluruh negara ada 6,514 buah.

Untuk makluman Yang Berhormat, bagi menyokong pelaksanaan aktiviti perniagaan koperasi kariah masjid, KUSKOP melalui SKM turut menyediakan beberapa bantuan, antaranya bantuan permulaan sehingga geran RM100,000 di bawah Program Koperasi Prihatin Rakyat, Bantuan Pembangunan Perniagaan kepada koperasi yang layak sehingga RM300,000, bantuan sehingga RM300,000 di bawah Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi, bantuan sehingga RM100,000 di bawah program TRANSFER kepada mana-mana koperasi kariah masjid yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan juga penyediaan pinjaman di bawah tabung modal pusingan sehingga RM300 juta.

Selain itu, MEDAC juga dengan kerjasama JAKIM – terima kasihlah Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – telah pun mengadakan Persidangan Koperasi Kariah Masjid peringkat kebangsaan buat pertama kalinya iaitu pada 7 hingga 8 Mac yang lepas bertemakan, “Koperasi Kariah Masjid, Pemangkin Ekonomi Ummah”. Penganjuran persidangan tersebut diharap akan dapat memperkasakan ummah melalui peranan pegawai dan peranan masjid daerah untuk mencapai matlamat penubuhan koperasi kariah masjid. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama, Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri atas penerangan yang disampaikan sebentar tadi. Seterusnya saya ingin– selain daripada agensi di bawah KUSKOP ataupun MEDAC dahulunya, apakah peranan ANGKASA selaku koperasi apex dalam memperkasakan koperasi kariah masjid di seluruh negara kita. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Tan Sri Noh bin Haji Omar

Terima kasih, Yang Berhormat. Kita sedia maklum iaitu Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang merupakan badan punca gerakan koperasi di negara ini telah pun memainkan beberapa peranan untuk membangunkan koperasi kariah masjid di dalam negara kita.

Antara usaha yang telah dibuat oleh ANGKASA iaitu melaksanakan seminar, bengkel dan juga taklimat berkaitan penubuhan dan pembangunan perniagaan koperasi kariah masjid, memberikan sumbangan dan juga khidmat nasihat secara berterusan.

Juga, ANGKASA menyediakan bantuan perbelanjaan makan dan minum ketika masjid itu baru hendak bermesyuarat juga memperkasakan modal insan koperasi dengan mengadakan beberapa latihan untuk menggalakkan koperasi kariah masjid ini ditubuhkan sebagai mana yang telah dirancangkan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan kedua...

final • 10:40 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Kepong.

final • 10:40 AM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kapar dahulu.

final • 10:40 AM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Lari tajuk sedikit daripada soalan asal, namun apa yang hendak saya tanya pada Yang Berhormat Menteri ialah adakah kebarangkalian Yang Berhormat Menteri untuk memfokuskan koperasi ini kepada kesatuan-kesatuan sekerja dengan melibatkan Kementerian Sumber Manusia supaya meratakan keseluruhan mereka itu, meraikan apa sahaja faedah-faedah yang ada disediakan oleh kementerian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tan Sri Noh bin Haji Omar

Terima kasih, Yang Berhormat Kapar. Kita memang berusaha. Sekarang ini kementerian sedang berusaha untuk kita hendak mempertingkatkan peranan koperasi. Seperti yang saya nyatakan koperasi kita sudah 100 tahun bulan Julai ini, satu kurun, tetapi kita lihat koperasi ini masih lagi perlu kita pertingkatkan.

Oleh sebab itulah kita akan memperluaskan peranan koperasi ini bukan sahaja dalam kalangan kariah masjid tetapi juga dengan kesatuan-kesatuan sekerja dan dengan mana-mana pihak pun; jika ingin menubuhkan koperasi memang kita galakkan. Oleh sebab itulah kita lihat bahawa penubuhan koperasi ini kita permudahkan; daripada ahli 50 orang dijadikan hanya 20 orang dan kita juga akan memainkan peranan supaya koperasi ini suatu hari nanti akan setanding dengan industri swasta yang lain bukan hanya koperasi untuk golongan-golongan tertentu sahaja.

Jadi kita memang – terima kasih atas cadangan Yang Berhormat untuk membantu mengembangkan koperasi selaras 100 tahun koperasi pada tahun ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Kepong, silakan.

final • 10:40 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Adakah Koperasi Prihatin Rakyat seperti ini yang sedia ada bagi kaum minoriti seperti kaum minoriti di Sabah dan Sarawak? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tan Sri Noh bin Haji Omar

Untuk makluman Yang Berhormat, dalam hendak menubuhkan koperasi ini kita terbuka kepada semua kaum di dalam negara kita dan kita tidak– maksudnya kita menggalakkan dan juga mana-mana koperasi yang ditubuhkan tadi, mereka juga akan layak mendapat insentif seperti mana yang diberikan kepada kariah masjid seperti mana yang saya telah sebutkan tadi.

Jadi, oleh sebab itulah kita memang mengharapkan peranan koperasi ini akan dapat kita teruskan, agar dapat kita pertingkatkan bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi sehingga kita hendak menggalakkan bukan sahaja koperasi antara kaum kita boleh tubuh, dalam masyarakat Cina pun ada dan lain-lain kaum pun ada masyarakat mereka dan koperasi mereka malah koperasi keluarga pun kita galakkan tubuh untuk kita hendak mencapai matlamat memainkan peranan yang penting koperasi ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, soalan berikutnya, Yang Berhormat Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, silakan.

final • 10:40 AM

6. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [Pandan] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan:

(a) berapa jumlah kerugian terkini daripada penipuan melalui atas talian dan media elektronik; dan

(b) apakah tindakan menyeluruh dan bersepadu pihak berwajib, agensi berkaitan dan syarikat-syarikat telekomunikasi bagi menangani isu ini.

final • 10:40 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pandan. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, kementerian sentiasa memantau aktiviti perniagaan secara dalam talian di negara ini berdasarkan bidang kuasa dan perundangan yang dikuatkuasakan.

Susulan penularan wabak COVID-19 ini di Malaysia dan pembudayaan norma baharu, pembelian dalam talian telah menjadi pilihan utama kepada pengguna untuk berbelanja. Berdasarkan statistik kementerian, sejumlah 24,011 aduan telah diterima dari tahun 2020 hingga 17 Februari 2022 ini di mana kerugian sebanyak RM21.7 juta telah direkodkan bagi penipuan secara dalam talian dan media elektronik.

Kes penipuan online ini mungkin juga dipantau dan dikawal selia oleh kementerian-kementerian lain yang turut berkaitan. Suka saya ingin memaklumkan bahawa data ini adalah aduan yang dilaporkan kepada KPDNHEP sahaja. Oleh sebab Tuan Yang di-Pertua, sebentar tadi dalam jawapan soalan nombor dua, angka-angka ini mungkin berlainan, Yang Berhormat Pandan.

Jadi memang seperti mana yang telah saya katakan tadi, ini berdasarkan kepada data yang dilaporkan kepada KPDNHEP sahaja. Jadi Yang Berhormat, kementerian turut mengadakan jaringan kerjasama dengan agensi berkaitan seperti PDRM, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) termasuklah syarikat telekomunikasi dan pengendali tapak pasar dalam talian iaitu online market place bagi membanteras kegiatan manipulasi peniaga yang tidak beretika.

final • 10:40 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Jadi, KPDNHEP juga sedang dalam proses menguatkuasakan perundangan transaksi dalam talian menerusi penglibatan Multimedia Development Corporation, pengendali tapak pasar dalam talian (online market place) dan pemain industri berkaitan tindakan penguatkuasaan secara lebih bersepadu selaras dengan Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Menteri atas jawapan. Memang tadi Kementerian Dalam Negeri telah menjawab dan setengah daripada jawapan saya akui. Saya hendak bertanya, apakah pegawai KPDNHEP ini yang terlibat dalam pengendalian kes-kes penipuan atas talian ini dan media elektronik dapat latihan? Ini ialah latihan yang spesifik dan perlu, Tuan Yang di-Pertua. Bagaimana yang dikatakan agensi-agensi yang lain, yang berkaitan itu bagaimana bekerjasama? Oleh kerana kalau ada lah akaun-akaun keldai ini kan, ia mesti ada data, Tuan Yang di-Pertua. Ia akan ada data sebab ia PDRM, telekomunikasi, MCMC, CyberSecurity Malaysia Ini adalah penting kerana sekarang ini macam kita dapati memang menular sangat kes-kes penipuan atas talian. Ini adalah penting dan apabila kita dapati satu isu yang penting, apakah tindakan yang penting juga yang telah diambil?

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Yang Berhormat Pandan.

Memang betul, memang kami terima baik saranan juga mungkin teguran daripada Yang Berhormat. Itulah seperti mana yang saya telah sebut dalam jawapan asal tadi. Sekarang kami telah dalam satu proses memperhalus bersama juga dengan agensi-agensi, kementerian-kementerian yang ada kaitan tadi.

Oleh sebab memang betul, sekarang lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang, environment peniagaan sekarang memang banyak memerlukan online market place dan menggunakan e-Dagang ini. Jadi, kita semestilah in step with time kata orang dalam masa ini. Jadi, saya terima baik dan saya memang amat menghargai apabila pertanyaan daripada Yang Berhormat tadi tentang apa kemampuan, apa kelayakan penguat kuasa kita.

Oleh sebab itu, selama ini saya memang merayu kepada kerajaan supaya KPDNHEP diberi kewangan yang lebih untuk kita memberi lebih empowerment dan juga mendapat kelayakan mereka setara dengan keadaan sekarang. Oleh sebab ini berkaitan dengan teknologi, berkaitan dengan internet dan sebagainya, bukan mudah. Jadi, saya akui, saya melihat di KPDNHEP sekarang mungkin kita belum sampai ke tahap yang terbaik.

Oleh sebab itu, saya sendiri sebagai Menteri sedang berusaha hendak meyakinkan kementerian, mungkin kewangan, untuk memberi lebih peruntukan supaya penguatkuasaan kita ini boleh lah kita beri kepada anggota-anggotanya mengikuti kursus dan sebagainya supaya mereka ini betul-betul world standard. Terima kasih Yang Berhormat, kalau ada dalam perbahasan nanti, sokonglah dalam program ini, KPDNHEP. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Jempol.

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahun lalu menerusi kenyataan media selepas majlis Pelancaran dan Anugerah Pilihan Pengguna 2020/2021, Yang Berhormat Timbalan Menteri KPDNHEP ada menyebut tentang cadangan untuk memperkenalkan lesen khas peniaga dalam talian bagi melindungi pengguna daripada terus menjadi mangsa penipuan e-Dagang dan scammer bermula tahun ini.

Jadi, saya hendak tanya, bilakah perkembangan ataupun bilakah perkara ini dapat dilaksanakan, cadangan lesen khas e-Dagang? Keduanya, berapakah kes yang telah disebutkan tadi, 24,000 kes yang disebutkan, di-report akibat kerugian RM21 juta dan berapa banyak kes yang telah dihukum? Kita tahu aduan banyak.

Jadi, adakah mereka ini telah didakwa dan dijatuhkan hukuman? Ini rakyat hendak tahu sebab undang-undang yang ada pada hari ini, hendak tengok sejauh mana keberkesanan undang-undang ini bagi melindungi pengguna. Mohon Menteri untuk menjawab.

final • 10:50 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Untuk maklum balas yang secara terperinci ini, Yang Berhormat dan juga Tuan Yang di-Pertua, biarlah saya memberi jawapan secara bertulis sebab saya akan mendapat fakta yang lebih tepat. Jadi, kepada yang ditanya tadi, bilakah pelaksanaan ini? Seperti mana telah saya sebut tadi, kami sedang memperhalusi kesemuanya supaya kita dapat melaksanakan secepat mungkin. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya, saya persilakan Yang Berhormat Bachok.

final • 10:50 AM

7. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Bachok] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan usaha-usaha kementerian bagi meningkatkan pendapatan usahawan wanita luar bandar.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bachok. KPLB sentiasa komited di dalam membantu usahawan luar bandar, termasuk usahawan wanita luar bandar dengan menawarkan program-program antaranya Program Sokongan dan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB), Re-Start.

Program ini menyediakan geran bantuan bernilai RM3,000 ke RM5,000 bagi menampung kos operasi dan keperluan modal pusingan bertujuan secara khusus untuk membantu usahawan memulakan semula perniagaan yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Program khusus yang bermula pada September 2021 ini telah berjaya membantu 586 orang usahawan sehingga kini, dengan 319 orang usahawan atau 76 peratus daripada jumlah usahawan tersebut merupakan usahawan wanita luar bandar dengan nilai geran sebanyak RM2.97 juta.

Bagi tahun 2022, dengan peruntukan sebanyak RM15.3 juta iaitu peningkatan sebanyak RM4.3 juta dari tahun sebelumnya. KPLB dan juga agensi telah merencanakan beberapa program secara menyeluruh bagi membantu usahawan meningkatkan taraf hidup, ekonomi mereka.

Program-program tersebut termasuklah Program Rural Business Challenge 2.0

(RBC 2.0), Program Usahawan Bergerak, Rural Business Outlet, Program SPKLB dan juga Program Outreach Usahawan. Untuk makluman Yang Berhormat juga, KPLB turut menyediakan Program Desa Mall@KPLB yang bertujuan untuk membantu usahawan luar bandar memasarkan produk mereka secara dalam talian melalui platform e-Dagang sedia ada dengan pantas dan mudah.

Program ini menjadi pendorong anjakan paradigma kepada usahawan luar bandar untuk beralih daripada cara peniagaan tradisional (offline) kepada memasarkan produk mereka secara dalam talian (online). Melalui platform digital, secara tidak langsung usaha ini dapat merakyatkan ekonomi digital di kalangan usahawan luar bandar.

Sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2017, jumlah jualan terkumpul produk adalah berjumlah RM3.31 juta setakat 31 Disember 2021, dengan stock keeping unit sebanyak 26,941 platform e-Dagang seperti Shopee, Lazada dan lain-lain. Seramai 2,985 orang usahawan luar bandar telah di latih di bawah Program Desa Mall@KPLB dan telah memasarkan produk secara dalam talian di platform e-Dagang seperti disebutkan di atas. Daripada jumlah usahawan tersebut, seramai 2,404 atau bersamaan 80.5 peratus usahawan wanita luar bandar telah mendapat manfaat daripada program tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat dipersilakan.

final • 10:50 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan.

Kita mengucapkan terima kasih atas usaha-usaha kementerian di dalam memastikan usahawan wanita kita terus diberi bantuan dan perhatian yang lebih khusus, terutama sekali berhadapan dengan kesukaran iklim perniagaan semasa. Soalan saya, selain daripada peruntukan yang diberikan oleh kementerian, adakah agensi-agensi lain di bawah KPLB seperti MARA, FELDA dan lain-lain mempunyai peruntukan yang sama untuk di salurkan kepada usahawan wanita?

final • 10:50 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

Jika ada pada tahun 2021 dan 2022, sejauh manakah keberkesanan bantuan dan dana ini. Dengan izin selain daripada bantuan kewangan dan platform perniagaan, adakah kerajaan mempunyai rancangan bagi memberi latihan ataupun upskilling bagi melahirkan lebih ramai usahawan wanita luar bandar? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, silakan.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kita mempunyai berbagai-bagai agensi di dalam KPLB. Daripada agensi, tersebut kita mempunyai seperti MARA. Umpamanya menawarkan kemudahan pembiayaan khusus untuk usahawan wanita iaitu Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) yang bertujuan untuk tidak lain tidak bukan meningkat penyertaan usahawan wanita di dalam aktiviti keusahawanan.

Peningkatan juga merupakan untuk pendapatan isi rumah. Pada tahun 2021, umpamanya seramai 265 orang usahawan telah dibantu oleh MARA melalui skim ini dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM9.997 juta, manakala bagi tahun 2022 seramai 146 orang usahawan telah diluluskan pembiayaan melalui jumlah RM5.936 juta setakat Februari 2022.

Tuan Yang di-Pertua sebenarnya masih banyak agensi kita yang membantu seperti KEMAS, RISDA, di bawah wilayah-wilayah KEJORA, KETENGAH, KESEDAR tetapi oleh sebab masa, kita akan lontarkan kepada Yang Berhormat melalui jawapan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Hulu Langat, silakan.

final • 11:00 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Padang Serai bangun dahulu, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Cuma barangkali saya tidak mendengar perkataan Program Usahanita. Adakah yang dimaksudkan data-data yang diberikan tadi berkaitan dengan Program Usahanita.

Ini adalah sebab kalau kita lihat program ini telah dilancarkan sekurang-kurangnya empat bulan telah dilaksanakan. Soalan saya apakah outcome dan output dengan izin yang telah tercapai sebab kita tidak mahu hanya melaksanakan dan membelanjakan duit tetapi kualiti wanita yang terlibat dalam dunia perniagaan luar bandar ini tidak begitu berkesan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya itu yang saya nyatakan tadi seperti yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat asal daripada Bachok. Program-program ini sebenarnya banyak kita laksanakan.

Kejayaannya telah terbukti seperti lawatan-lawatan saya sendiri ke Kelantan umpamanya, lawatan-lawatan ke Johor.

Oleh sebab itu kita melalui yang saya nyatakan, mungkin boleh saya sambungkan jawapan daripada Yang Berhormat Bachok sebentar tadi. Melalui KEMAS sahaja kita telah melaksanakan banyak program iaitu dinamakan Quick Win. Program ini khusus untuk usahawan wanita sebenarnya. Kejayaannya boleh dikatakan dengan perbelanjaan yang tidak begitu besar yang saya nyatakan yang tidak mencecah sehingga RM10 juta umpamanya - 3.00 lebih sahaja.

Akan tetapi kejayaannya telah menghasilkan lebih daripada yang kita belanjakan.

Ini adalah disebabkan oleh yang saya nyatakan kita membantu adalah untuk penambahan kepada peruntukan-peruntukan kepada mereka untuk membantu mereka melebarkan lagi perniagaan-perniagaan yang mereka laksanakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Soalan tambahan. Mohon satu soalan lagi.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya Yang Berhormat padang Serai. Ringkas sahaja.

final • 11:00 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya bolehkah kementerian menyatakan nisbah usahawan wanita berbanding usahawan lelaki bagi luar bandar dan kebanyakan usahawan wanita luar bandar ini fokus dalam sektor apa. Kalau tidak dapat jawab boleh buat cara bertulis bagi jawapan pada saya. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Untuk menyatakan nisbah antara lelaki dan wanita sudah pasti saya tidak dapat menjawab soalan tersebut. Izinkan saya menjawab soalan ini secara bertulis.

final • 11:00 AM

8. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan sebab-sebab kerajaan bercadang untuk melaksanakan kadar gaji minimum di paras sekitar RM1,500 pada penghujung tahun dan bukan melaksanakannya dengan segera.

final • 11:00 AM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon keizinan Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab secara bersekali soalan nombor lapan daripada Yang Berhormat Ipoh Barat, soalan nombor 17 daripada Yang Berhormat Besut, soalan nombor 75 daripada Yang Berhormat Muar bertarikh 14 Mac 2022 dan soalan nombor 48 Yang Berhormat Setiu bertarikh 17 Mac 2022 iaitu mengenai pelaksanaan gaji minimum.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengambil maklum permintaan beberapa pihak untuk menyegerakan pelaksanaan gaji minimum baharu kepada kadar yang lebih tinggi berikutan keadaan ekonomi semasa dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Namun begitu, kadar gaji minimum yang baharu hanya akan dilaksanakan dengan melihat keperluan sebenar rakyat dan kemampuan majikan. Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 3.6 peratus pada suku keempat tahun 2021. Peningkatan ini dapat dicapai dengan bantuan kewangan kerajaan kepada pihak majikan bagi meneruskan operasi perniagaan serta mengekalkan pekerja.

Berdasarkan unjuran dalam dokumen Belanjawan 2022, prestasi ekonomi dijangka akan berkembang pada kadar 5.5 peratus hingga 6.5 peratus pada tahun 2022.

Dalam hal ini, kerajaan mencadangkan melaksanakan kadar gaji minimum baharu dalam masa terdekat dan bukan pada penghujung tahun 2022, memandangkan situasi ekonomi negara pada masa ini dilihat bertambah baik dan kebanyakan perniagaan dilihat berkembang serta menunjukkan trend pemulihan.

Berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Muar tentang peningkatan kadar gaji minimum kepada RM1,600 sebulan, kerajaan menegaskan bahawa peningkatan kadar gaji minimum sewajarnya dilaksanakan secara berperingkat. Ini bagi menjamin kelangsungan operasi syarikat dan memastikan pekerjaan pekerja-pekerja dapat dikekalkan.

Peningkatan kadar gaji minimum yang terlalu tinggi dan drastik boleh menjejaskan daya saing negara menyebabkan pasaran buruh negara akan berdepan dengan cabaran dan untuk mencipta pekerjaan baharu yang berkualiti dan berkemahiran tinggi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat, soalan tambahan pertama.

final • 11:00 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya Pakatan Harapan dalam Aku Janji berkata kita naikkan gaji setiap tahun RM100. Jadi ia tidak berapa drastik. Akan tetapi kita dengar suara sekarang dari Yang Berhormat Menteri, dari Yang Berhormat Pagoh, Perdana Menteri sebelum ini, Perdana Menteri sekarang pun mengatakan gaji yang berpatutan adalah RM1,500. Soalan saya adalah mengikut Akta National Wages Consultative Council Seksyen 25 khususnya, di mana semakan perlu dibuat dalam tempoh dua tahun dari tarikh gaji minimum yang direview sebelum itu. Tahun 2020 Januari kita review semakan ini.

final • 11:00 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Kenapa sehingga sekarang belum membuat sedemikian? Adakah ini kerajaan tidak sedar bahawa kos sara hidup sudah naik terlampau banyak, tinggi hingga ramai antara pekerja menghadapi masalah yang rumit. Adakah kerajaan tidak ada political will untuk mengatasi masalah yang senang sahaja? Janganlah kita ingat pada masa pilihan raya sahaja kita memberi keutamaan kepada B40. Sebenarnya ramai antara rakyat Malaysia Tuan Yang di-Pertua tidak ingin bekerja sekarang kerana gaji minimum terlampau kurang. Kalau negara-negara lain seperti UK, Kanada dan sebagainya boleh menaikkan gaji minimum pada masa pandemik COVID-19, apakah alasan dan sebab kerajaan sekarang tidak mempedulikan orang miskin, orang biasa, orang yang susah walhal gaji-gaji Menteri steady selalunya. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Seri M. Saravanan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pilihan raya negeri sudah tamat. Keputusan pun sudah tahu, tidak payah ceramah politik. Hendak minta saya jawab secara rasional saya boleh jawab. Kerajaan dari segi dasar telah bersetuju untuk menaikkan gaji minimum untuk RM1,500. Tiada masalah.

Akan tetapi sebagai kerajaan yang rasional kita perlu mengkaji pelbagai aspek yang pokoknya adalah sama ada kerajaan bersetuju untuk menaikkan gaji untuk RM1,500 atau tidak, yes sudah setuju. Akan tetapi kita masih ada tanggungjawab Tuan Yang di- Pertua. Kita perlu mengkaji secara mendalam. Maka Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam tiga minggu berturut- turut, kita berbincang fasal gaji minimum dan mengambil kira pelbagai aspek.

final • 11:00 AM

Datuk Seri M. Saravanan

Kita tidak mahulah keadaan. Kita lihat ada, Tuan Yang di-Pertua. Ini bukan sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Saya pun sedar, setiap dua tahun kita kena kenaikan gaji dalam keadaan biasa. Ini adalah keadaan luar biasa, Tuan Yang di-Pertua. Kita lihat dalam usaha kita menurunkan pengangguran walaupun daripada 5.3 peratus kita sempat menurun kepada 4.2 peratus hari ini tetapi suasana berbeza. Biasa apabila kita menghadapi pengangguran, it’s employers’ market.

Akan tetapi hari ini Tuan Yang di-Pertua, keadaan jauh berbeza. Ini bukan lagi employers’ market, employees’ market. Sebagai pekerja saya ada pilihan sama ada hendak terima gaji yang ditawarkan oleh kerajaan ataupun teruskan dengan gig ekonomi yang boleh memberikan pendapatan yang lebih lumayan, maka kerajaan sedang mengkaji pelbagai aspek termasuk sektor-sektor informal.

Kita tidaklah— kita dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran daripada 4.2 peratus kepada empat peratus. Sekiranya kita gagal membuat satu kajian terperinci mungkin sektor-sektor informal yang kerja dengan KEMAS dengan gaji RM600 mungkin majikan akan berhentikan mereka kerja. Maka, kita akan buat pengumuman dengan satu optik yang baru. Bukan optik baru. Kita lihat kalau sebelum ini kali pertama kita menaikkan gaji minimum pada tahun 2012. Walaupun kita naikkan gaji kepada RM1,200 kita bagi kelonggaran kepada beberapa sektor supaya mereka mengambil sedikit masa.

Dalam masa sekarang, kita lihat walaupun gaji minimum kita dah setuju secara dasar RM1,500. Kita perlu melihat sektor-sektor seperti perhotelan, sektor seperti pelancongan yang terkikis teruk akibat COVID-19. Maka, kita sedang mengkaji. Saya bagi jaminan kepada Yang Berhormat dalam masa terdekat kerajaan akan mengumumkan gaji minimum bukan atas dasar desakan mana-mana pihak, atas usaha kerajaan sendiri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ok, Yang Berhormat Baling.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini melancarkan 600,000 peluang pekerjaan di Johor bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Bera iaitu Program Keluarga Malaysia, alhamdulillah.

Apa yang dinyatakan oleh rakan saya tadi Yang Berhormat Ipoh Barat ada juga yang betul sebab RM1,500 ini memang kita semua hendak pastikan hendak cepat. Akan tetapi, saya juga hendak tanya Yang Berhormat Menteri sebelum itu saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Ipoh Barat dia juga Menteri 22 bulan. Kalau betul hebat dah buat

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

masa itu dah. Dia pun tidak boleh buat juga. Mesti ada kekangan dia. Bukanlah dia tidak mahu buat. Masa dia jadi Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat Ipoh Barat patut selesaikan. Kalau ada political will yang seperti disebutkan. Ini semua cakap tidak serupa bikin.

final • 11:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ada political will lah. Kita ada setiap tahun 100. Ada political will.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ini semua cakap tidak serupa bikin. Buat manifesto berpuluh-puluh...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Yang Berhormat, tolong. Peluang untuk Yang Berhormat Baling sekarang.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

...kepada Menteri apakah kekangan sebenarnya yang kerajaan sedang hadapi untuk Yang Berhormat Menteri belum dapat laksanakannya.

final • 11:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tidak faham, jangan cakaplah.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Datuk Seri M. Saravanan

Soalan Tuan Yang di-Pertua, saya cuma hendak betulkan Yang Berhormat Baling. Kebetulan bukan Yang Berhormat sahaja usaha. Itu adalah manifesto pilihan raya untuk pihak Yang Berhormat yang menyatakan kalau sekiranya kita menang akan mengumumkan gaji minimum. Selepas menang tukar timbalan, dia kata setiap tahun 100. Tidak apa, itu sejarah. Tuan Yang di-Pertua, yang penting adalah...

[Disampuk]

final • 11:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

No, no. tengok manifesto. Setiap tahun 100.

final • 11:10 AM

Datuk Seri M. Saravanan

Kita akan mengumumkan...

[Disampuk]

final • 11:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Bacalah manifesto.

final • 11:10 AM

Seorang Ahli

Menteri...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tolonglah. Tolong. Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Datuk Seri M. Saravanan

Kita akan mengumumkan gaji minimum dalam masa terdekat sepertimana yang dicadangkan oleh...

[Disampuk]

final • 11:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang Berhormat Menteri mengelirukan Dewan saya perlu membetulkan.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Datuk Seri M. Saravanan

Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak tahu peraturan lagi? Dah lama duduk Dewan apabila Yang Berhormat Menteri bercakap Yang Berhormat dengar.

final • 11:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Jangan beralih. Jangan beralih. Soalan saya straight sahaja.

final • 11:10 AM

Datuk Seri M. Saravanan

Yang Berhormat ada lebih lama dalam Dewan ini.

final • 11:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

No political will. Implement dalam kadar segera.

final • 11:10 AM

Datuk Seri M. Saravanan

Apabila Yang Berhormat Menteri bercakap, Yang Berhormat duduk.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat. Yang Berhormat, mari kita bertenang sedikit. Hari Isnin ini. Silakan Yang Berhormat Yang Berhormat Menteri. Mic, mic.

final • 11:10 AM

Datuk Seri M. Saravanan

Kebetulan ya saya jawab atas soalan tambahan Yang Berhormat Baling bukan Yang Berhormat di hadapan saya.

final • 11:10 AM

Seorang Ahli

Gangguan Pilihan Raya Negeri Johor ini..

final • 11:10 AM

Datuk Seri M. Saravanan

Kebetulan Tuan Yang di-Pertua, kementerian dan kerajaan dah sedia untuk mengumumkan gaji minimum dalam masa terdekat tetapi kita sedang memperhalus dan meneliti beberapa faktor yang mana kita tidak mahu majikan lain mengambil kesempatan gaji minimum ini dan mengurangkan pekerja mereka.

Oleh sebab kita dah usaha kita, kita hampir berjaya Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita lihat negara-negara lain, masih struggling. Akan tetapi, negara kita dalam masa COVID-19-19 apabila kita lihat PKP pertama, gaji dan kadar pengangguran 5.3 peratus dan hari ni dengan bangganya saya boleh umumkan kita sempat mencapai 4.2 peratus.

Dalam usaha menurunkan empat peratus ke bawah. Kami tidak mahu majikan ambil kesempatan gaji minimum dan mengurangkan pekerja. Maka, kita sedang memperhalus dan meneliti dan saya bagi jaminan kepada Dewan yang mulia ini kita akan mengumumkan dalam masa terdekat. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Janji ditepati. Keluarga rakyat Malaysia bukan di“capati” macam itu.

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Okey, satu, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat Setiawangsa ringkas.

final • 11:10 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri kita tahu bila gaji meningkat, dia akan tingkatkan perbelanjaan pengguna dalam ekonomi. Kerajaan akan tambah cukai, hasil cukai dan syarikat dapat tambah jualan.

Akan tetapi selain daripada gaji minimum, ini merupakan isu gaji lantai yang wajib tetapi juga soal bagaimana mekanisme lain untuk menggalakkan peningkatan gaji bagi syarikat-syarikat di seluruh Malaysia. Oleh sebab, masalah gaji rendah ini satu masalah yang lama dan bukan hanya RM1,500. Kalau di Kuala Lumpur ini, RM2,700 pun tidak cukup lagi hendak hidup. Itu kajian Bank Negara 2016.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Seri M. Saravanan

Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Setiawangsa. Kita lihat kalau kena bandar-bandar besar memang RM1,500 pun tidak cukup, even RM2,000 pun tidak cukup, kita setuju. Akan tetapi, kita tidak boleh menambahkan gaji minima secara drastik. Maka, kita buat daripada RM1,200 walaupun cadangan daripada Majlis Perundingan Gaji Negara tidak sehingga RM1,500, tetapi Jemaah Menteri berpendapat RM1,500 ini memang rasional.

Maklumat yang sama kita lihat dalam keadaan COVID-19, dari segi kekurangan pekerja dan tenaga-tenaga kerja semua sektor dari segi pengeluaran kurang 25 peratus.

Maka, kita akan dan sedang berusaha untuk menambahkan produktiviti negara dan meningkatkan perniagaan-perniagaan sedia ada dengan memberi sokongan dari segi sumber manusia dan sebagainya, maka kita akan menambahkan kedudukan ekonomi negara kita. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya...

[Disampuk]

final • 11:10 AM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Soalan tambahan Tuan Yang di- Pertua, satu lagi soalan tambahan.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya boleh bagi tiga sahaja Yang Berhormat. Maaf.

final • 11:10 AM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Hari ini boleh empat Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak boleh bagi.

[Ketawa] Maaf. Yang Berhormat Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor. Silakan.

final • 11:10 AM

9. Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan adakah pihak kementerian berhasrat untuk meneliti semula peranan serta syarat pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) supaya objektif penubuhannya dapat dicapai.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands. Kementerian Pembangunan Luar bandar di Jabatan Kemajuan Orang Asli telah melaksanakan pemurnian terhadap garis panduan pelantikan dan penamatan perkhidmatan JPKKOA kepada arahan pentadbiran Ketua Pengarah JAKOA Bilangan 1 tahun 2021.

Tatacara pengurusan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA), permohonan pelantikan ahli JPKKOA yang lengkap akan dibawa kepada Jawatankuasa Pertimbangan Penubuhan Jawatankuasa Baru (JPPJB). Sebelum ini JPPJB terdiri daripada wakil Kementerian Kewangan (MoF) dan KPLB.

Namun begitu, penambahbaikan dari tatacara ini telah mengubah keahlian JPPJB kepada wakil dalaman JAKOA bagi mempercepatkan dan memudahkan lantikan JPKKOA. Peranan utama JPPJB adalah untuk mempertimbangkan permohonan yang lengkap berdasarkan justifikasi kriteria yang ditetapkan dan kelulusan peruntukan tambahan oleh Kementerian Kewangan.

Keanggotaan JPPJB adalah seperti berikut yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAKOA, Timbalan, Pengerusi, Timbalan Ketua Pengarah JAKOA, ahli tetap, wakil bahagian pembangunan sosioekonomi JAKOA, wakil bahagian khidmat pengurusan JAKOA, wakil bahagian perancangan dan pendidikan JAKOA. Ahli jemputan; Pejabat Kemajuan Orang Asli Negeri, Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah. Urus setia adalah Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan.

Antara perkara yang dikemudikan oleh peranan dan syarat pelantikan JPKKOA, enam KPI utama yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

(i) melaksanakan mesyuarat JPKKOA enam kali setahun.

Mesyuarat JPKKOA sekurang-kurangnya enam kali setahun dan minit mesyuarat perlu dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan;

(ii) menganjurkan aktiviti atau program JPPKOA sekurang- kurangnya lima kali setahun;

(iii) pelaporan aktiviti bersama gambar perlu dilakukan oleh masyarakat JPPKOA sebagai dokumen pembuktian;

(iv) mengisi kekosongan JPPKOA sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dan 20 peratus belia.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Penglibatan golongan wanita dan belia di peringkat ketua biro adalah digalakkan dan ia akan memudahkan pelaksanaan program dan menarik minat golongan tersebut menyertai pelbagai program. Menyedia dan mengemas kini buku profil kampung bagi setiap penggal. Penyediaan modul pendaftaran kampung sistem iDamak melalui pejabat JAKOA daerah. Seterusnya menyediakan pelan tindakan kampung setiap penggal.

Seterusnya mengikut kursus kepimpinan sekurang-kurangnya sekali setiap penggal.

Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat?

final • 11:20 AM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Apakah perancangan bagi jangka panjang dan jangka pendek JPKKOA ini?

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands yang menanyakan soalan tambahan.

Bagi memperkasakan JPKKOA atau JAKOA, JAKOA sentiasa memberi latihan kepada JPKKOA supaya mereka sentiasa boleh membuat rancangan dari segi jangka masa panjang ataupun jangka masa pendek.

Bagi tujuan untuk masa akan datang, kita juga merancang antara bentuk latihan adalah melalui Program Komoditi Desa yang mana Kementerian Pembangunan Luar Bandar meletakkan pemantapan dari segi pentadbiran peringkat kampung itu sendiri dan kita kategorikan sebagai program melatih penggerak biro-biro di peringkat JPKKOA ini dan kita latih di INFRA, di mana KPLB melaksanakan kursus-kursus seperti Kursus Kepimpinan MYDESA JPKKOA, Program Kampungku Bersih. Kemudian Program Kepimpinan Kampung Peringkat Kebangsaan iaitu kita lakukan di negeri Selangor. Tarikh- tarikh perancangan telah kita rancangkan untuk masa depan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Cameron Highlands dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan kedua, Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 11:20 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kredibiliti dan keberkesanan kepimpinan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat.

Di Parlimen Sungai Siput ada 61 buah kampung masyarakat Orang Asli dan 41 Tok Batin. Soalan tambahan saya, bagi memperkukuhkan lagi fungsi dan peranan JPKKOA dan kepimpinannya pada masa hadapan, adakah kerajaan mengkaji semula menggantikan Tok-tok Batin dan ketua-ketua kampung yang berumur, uzur, masalah kesihatan dengan kepimpinan baharu melibatkan golongan belia yang memiliki ciri-ciri kepimpinan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Sebenarnya memang yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Sungai Siput saya amat bersetuju. Sebenarnya di peringkat kita, di JAKOA sendiri, di KPLB sendiri sebab itu saya sentiasa memberitahu dalam setiap kali diadakan mesyuarat, untuk memajukan lagi dalam kalangan Orang Asli di peringkat kampung-kampung mesti bermula dengan yang lebih aktif, lebih berpengalaman dan juga kalau boleh hendak ada sedikit pendidikan umpamanya.

Kalau pagi tadi pun, saya beritahu untuk memberi kebaikan, kita sekurang- kurangnya Pengerusi JPKKOA ini tamat Tingkatan 5 dan mereka boleh menggunakan komputer dengan baik. Sebab itu kita sentiasa memberi latihan untuk pengetahuan Yang Berhormat Sungai Siput sebab kita hendak supaya mereka dapat merancang pada peringkat kampung itu sendiri. Kita hendak mereka boleh membuat perancangan bagaimana mereka hendak membangunkan kampung kita.

Sebab saya tahu bahawa di Sungai Siput adalah sebuah perkampungan Orang Asli yang telah agak maju dibandingkan dengan perkampungan-perkampungan yang berada sebahagiannya masih jauh di pedalaman. Sebab itu kita merancang supaya penambahbaikan dari segi mereka boleh melaksanakan tugas melalui modenisasi yang kita hadapi sekarang ini. Saya ingat terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput memberikan soalan yang agak baik. Memang baik untuk kita perbaiki dari segi kebaikan tersebut. Sekian terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada soalan tambahan? Ya, silakan.

final • 11:20 AM

Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan daripada Hulu Selangor adalah apakah perancangan jika kita lihat dan apakah kejayaan yang telah dikecap oleh daripada pelaksanaan program yang telah disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi? Sebab dilihat rata-rata mereka

final • 11:20 AM

Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor

masih hidup dalam keadaan yang cukup masih lagi dalam uzur. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya ini yang saya katakan sebentar tadi. Sebenarnya kita tahu di mana yang masih jauh di pedalaman, yang berada dalam bandar, yang berhampiran dengan bandar, kebanyakan kalau kita lihat umpamanya masyarakat Orang Asli di negeri Johor.

Mungkin ramai yang berkunjung ke Johor baru-baru ini, ramai berkunjung ke tempat masyarakat Orang di perkampungan Johor. Di Perak umpamanya seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput dan sudah pasti ada perbezaan. Kalau masyarakat yang masih kita perlu bantu, kita sudah tahu apakah perancangan- perancangan yang kita hendak laksanakan di peringkat yang masih di pedalaman.

Sebab itu, kita sentiasa membantu bermula daripada anak-anak mereka melalui pendidikan sebab kita tahu melalui pendidikan inilah yang boleh merubah masyarakat Orang Asli ini sendiri. Kalau di Lipis umpamanya, kita tempatkan di sebuah sekolah. Kita ambil masyarakat Orang Asli ini, kita tempatkan di sebuah sekolah dan akhirnya keputusan pada tahun 2021, Lipis merupakan pelajar cemerlang, anak-anak yang cemerlang yang mencecah tiga orang 8A SPM dan 18 yang mendapat 3 hingga 6A.

Ini sebenarnya yang kita usahakan bagaimana kita hendak membantu masyarakat Orang Asli itu sendiri. Jadi selain daripada ekonomi yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, pendidikan adalah menjadi keutamaan kepada kita untuk melaksanakan program masyarakat Orang Asli. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan seterusnya Yang Berhormat Puan Hajah Natrah binti Ismail.

final • 11:20 AM

Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Wak Melan mencari buluh, Soalan saya nombor 10.

final • 11:20 AM

10. Puan Hajah Natrah binti Ismail [Sekijang] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan jumlah Tabika Perpaduan di seluruh negara dan adakah kewujudan Tabika Perpaduan ini telah berjaya memupuk semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan murid.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sekijang atas soalan yang diberikan. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini terdapat sebanyak 1,781 buah tabika perpaduan di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan murid berdaftar seramai 37,319 orang.

Kementerian Perpaduan Negara telah melancarkan Pelan Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika Perpaduan 2021-2030 pada 24 Julai 2021 bagi memperkukuhkan peranan Tabika Perpaduan sebagai institusi pendidikan awal kanak-kanak dalam usaha memperkembangkan potensi serta melahirkan murid yang mempunyai semangat patriotisme.

Melalui pelan ini, program pengajaran dan pembelajaran Tabika Perpaduan memberi tumpuan kepada penghayatan pendidikan Rukun Negara dan penerapan nilai- nilai murni. Bagi pembukaan Tabika Perpaduan yang baharu, Kementerian Perpaduan Negara telah menambah baik kriteria dan syarat penubuhan dengan menetapkan komposisi kaum sebagai kriteria utama. Nilai tambah elemen kenegaraan dan perpaduan diterapkan di setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di Tabika Perpaduan.

Modul khusus tambahan juga telah dibangunkan untuk menyemai dan memupuk semangat patriotisme seawal usia empat tahun iaitu Modul Pendidikan Rukun Negara, buku aktiviti yang berteraskan elemen perpaduan dan nilai murni, Modul Jom Urus Diri

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal

dan pengajaran dan pembelajaran komunikasi asas bahasa ketiga (Mandarin, Tamil, Kadazan-Iban bagi di Sabah dan Sarawak dan juga bahasa isyarat.

Walau bagaimanapun, dari segi keberkesanan kita untuk mengukur apakah Tabika Perpaduan berjaya memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya kanak-kanak, kita tiada sebarang indikator khusus berkenaan itu kerana kita baharu sahaja melancarkan pelan tindakan ini.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Walau bagaimanapun, di peringkat nasional kita ada Indeks Perpaduan Nasional

(IPNas) yang Kementerian Perpaduan Negara sedang usahakan dengan UKM untuk kita siapkan pada bulan Jun ini untuk kita dapat sedikit gambaran bagaimana taraf dan tahap perpaduan rakyat Malaysia berdasarkan apa yang kita telah laksanakan selama ini.

Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan yang pertama, silakan Yang Berhormat Sekijang.

final • 11:30 AM

Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang

Terima kasih. Adakah pengajaran bahasa isyarat yakni bahasa ketiga yang akan diajarkan di semua Tabika Perpaduan merupakan salah satu elemen bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid. Apakah jaminan kerajaan dalam memastikan kesinambungan semangat perpaduan yang telah diterapkan di peringkat pendidikan awal murid mampu diteruskan ke peringkat sekolah rendah agar usaha ini tidak terhenti dan menjadi sia-siap seperti matlamat penubuhan sekolah wawasan sebelum ini? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

final • 11:30 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Sekijang. Soalan yang amat baik. Pendedahan bahasa isyarat sebagai bahasa ketiga adalah satu pendekatan awal untuk kita memupuk semangat cinta dan semangat prihatin kanak-kanak kepada golongan rentan. Jadi ini satu pendekatan yang baik yang kita baru mulakan dalam tempoh ini.

Menjawab persoalan Yang Berhormat Sekijang berkenaan dengan perpaduan yang ingin kita teruskan di peringkat sekolah rendah dan menengah, ada sedikit kerisauan berdasarkan output ataupun penerimaan pelajar-pelajar yang masuk ke tabika perpaduan di seluruh negara. Ini kerana kalau kita lihat di sini, jumlah peratusan pelajar-pelajar tabika perpaduan di kalangan kaum Melayu sangat tinggi, 76 peratus berbanding dengan kaum- kaum lain seperti kaum Cina dua peratus, kaum India enam peratus dan lain-lain.

Jadi ini menunjukkan tabika perpaduan ada sedikit cabaran untuk kita menarik kaum-kaum lain dan ini amat bergantung kepada lokaliti tersebut dan bukan hanya beban di bawah Kementerian Perpaduan Negara. Ada kaitan dengan proses urbanisation dengan izin pembandaran, demografi setempat yang menuntut kepada penubuhan tabika- tabika ini dan ibu bapa yang ingin menghantarnya kepada tabika perpaduan. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Pontian.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih. Sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi kelihatan komposisi kaum dalam tabika perpaduan walaupun namanya tabika perpaduan tetapi yang berada di dalam tabika itu majoritinya adalah kaum Melayu.

Jadi, apakah langkah-langkah yang perlu dibuat oleh kerajaan yang akan dilaksanakan bagi memastikan komposisi kaum di sesebuah tabika perpaduan 1,781 ataupun syarat-syarat baru kepada tadika baru yang hendak ditubuhkan hendaklah

final • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

mempunyai komposisi kaum pelbagai. Ini supaya benar-benar menyatakan sebagai tabika perpaduan bukan hanya tabika biasa, kerana kelihatan ramai ibu bapa lebih suka menghantar ke tadika swasta. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pontian, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:30 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal

Terima kasih Yang Berhormat Pontian atas soalan yang diberikan. Pertama, kalau daripada segi tatacara pembukaan tabika, kalau dahulu kita kena ingat tabika perpaduan ini diwujudkan selepas peristiwa gelap 13 Mei yang mana dahulu kita menerima permohonan daripada komuniti setempat untuk membuka tetapi sekarang ini kita melihat kepada demografi setempat juga.

Makna, kementerian akan menilai sama ada boleh kita membuka tabika perpaduan di sesebuah tempat dengan harapan demografi yang pelbagai kaum itu dapat menghantar anak-anak mereka ke tabika ini. Jadi beban untuk kita membuka dan menerima pelajar-pelajar pelbagai kaum ini amat bergantung bukan kepada kementerian sahaja tetapi Dasar Perumahan Negara, dasar komuniti setempat dan juga dasar yang ada di negeri-negeri atau lokaliti tersebut.

Di samping itu juga, kita juga sedang memperkukuhkan tabika perpaduan dengan pelan pendidikan awal kanak-kanak. Kalau dahulu tidak ada logo, tidak ada baju yang khusus, kita sudah upgrade naik taraf dengan izin kemudahan-kemudahan di tabika perpaduan agar ibu bapa berasa yakin bahawa tabika perpaduan ini bukan second class dengan izin, tempat kita mendidik anak-anak kecil kita.

Jadi, insya-Allah saya harap dengan adanya pelan ini kita berupaya menarik minat ibu bapa khususnya ibu bapa daripada kaum bukan Melayu untuk menghantar anak-anak mereka ke sini sebagai satu usaha memupuk perpaduan di peringkat yang paling asas iaitu di peringkat tabika. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mempersilakan soalan tambahan ketiga, Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 11:30 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebenarnya soalan saya hampir sama dengan soalan Yang Berhormat Pontian tadi. Akan tetapi oleh sebab Tuan Yang di-Pertua bagi peluang kepada saya, saya minta supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kementerian Perpaduan Negara ini dapat mengemukakan sama ada secara bertulis kepada saya berkaitan dengan peratus demografi ataupun peratus mengikut kaum.

Ini kerana saya difahamkan walaupun nama Tabika Perpaduan tetapi sebenarnya didominasi oleh anak-anak orang Melayu. Jadi bagaimanakah cara untuk memastikan anak-anak selain daripada orang Melayu juga mendapat ataupun berminat untuk menghantar di sini. Jadi saya minta kalau boleh diberikan kepada saya secara bertulis dari sudut peratusnya. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:30 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal

Terima kasih banyak Yang Berhormat Kuala Krai. Seperti saya bacakan tadi peratusan komposisi pelajar-pelajar kaum Melayu di tabika perpaduan adalah sebanyak 76 peratus, manakala kaum Cina dua peratus, kaum India enam peratus, kaum Kadazan dua peratus, kaum Iban tiga peratus, lain-lain 10 peratus.

Seperti saya tekankan tadi ia amat bergantung kepada lokaliti. Kalau kawasan perumahan di situ ramai Melayu memanglah Melayu yang ramai hantar ke tabika perpaduan. Kalau perumahan itu ada masyarakat majmuk, ada Rukun Tetangga, maka kebarangkalian untuk kaum kaum-kaum bukan Melayu menghantar anak-anak mereka ke tabika ini lebih tinggi.

final • 11:30 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal

Jadi ini saya katakan tadi amat bergantung kepada banyak perkara lain di luar tabika perpaduan iaitu Dasar Perumahan Negara, dasar komuniti setempat dan sebagainya. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan Tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Tuan Yang di-Pertua:

“Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menjawab seperti di nombor satu hingga lapan dalam susunan giliran Menteri menjawab ke atas perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, Selasa, 15 Mac 2022

final • 11:36 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 11:36 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:36 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG RACUN (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Racun 1952; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kesihatan I [Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali]; dibawa kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua dan ketiga pada Mesyuarat yang sama.

final • 11:36 PM
USUL
MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima Parlimen yang Keempat belas”. [10

final • 11:36 PM

Mac 2022] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya meminta kementerian yang pertama, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menjawab. Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya bagi masa 30 minit.

final • 11:36 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Lim Ban Hong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan bagi Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja di Dewan yang mulia ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat telah menyentuh aspek-aspek berkaitan perdagangan antarabangsa, perindustrian serta pelaburan. Saya dengan kementerian amat mengalu- alukan dan prihatin terhadap semua pandangan mahupun cadangan yang telah diutarakan bagi memastikan ekonomi Malaysia terus kekal berdaya saing dan mampan khususnya di persada global demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerlun mencadangkan kerajaan memberi perhatian kepada pelaburan langsung domestik, domestic direct investment (DDI) dengan izin dan bukan sahaja pelaburan langsung asing, foreign direct investment (FDI) sebagai penanda aras berkenaan prestasi pelaburan dalam negara.

final • 11:38 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Lim Ban Hong

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, kerajaan memberikan perhatian yang sewajarnya kepada kedua-dua DDI dan FDI sepertimana yang diumumkan dalam Laporan Prestasi Pelaburan Malaysia 2021 baru-baru ini yang juga telah diedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini.

Kerajaan sentiasa mengutamakan DDI sebagai penyumbang utama ekonomi negara dan ini dibuktikan melalui prestasi pelaburan langsung domestik (DDI) bagi tempoh lima tahun yang lepas dari tahun 2017 hingga 2021. Jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama bagi tempoh tersebut adalah bernilai RM1.1 trilion. Pelaburan ini melibatkan 25,234 projek dan dapat mewujudkan sejumlah 613,108 peluang pekerjaan baharu.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Lim Ban Hong

Tuan Yang di-Pertua, DDI merupakan penyumbang terbesar dengan sumbangan sebanyak RM598.1 bilion sementara FDI menyumbang sebanyak RM492.2 bilion. Kalau daripada segi peratusan, DDI membentuk 54.9 peratus manakala FDI menyumbang sebanyak 45.1 peratus.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga sentiasa komited dalam memberi fasilitasi pelaburan yang terbaik kepada semua jenis pelaburan termasuk DDI dan terus melaksanakan pelbagai inisiatif dan program untuk merancakkan DDI di dalam negara.

Antara usaha tersebut adalah menawarkan dana strategik pelaburan tempatan atau secara ringkasnya DISF dalam bentuk geran padanan untuk memacu peralihan syarikat tempatan ke arah industri yang bernilai tambah tinggi, berteknologi tinggi, berintensifkan pengetahuan dan berasaskan inovasi.

Kedua, menjalankan program Platform Penyelarasan Pelaburan Domestik atau dengan izin, domestic investment coordination platform (DICP) untuk meningkatkan keupayaan syarikat khususnya perusahaan kecil sederhana (PKS) dalam aspek sumber kewangan dan teknologi.

Ketiga, menganjurkan program rantaian bekalan bertujuan untuk mengukuhkan ekosistem rantaian bekalan antara syarikat tempatan dan syarikat multinasional agar syarikat tempatan mendapat peluang perniagaan dan pembekalan daripada projek-projek pelaburan syarikat multinasional.

Keempat, mengukuhkan keupayaan syarikat tempatan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengintegrasi kerantaian bekalan serantau dan global melalui aplikasi Industri 4.0 dan digitalisasi melalui program Dasar Industri Forward dan penyediaan dana tertentu seperti geran automasi pintar yang bertujuan untuk mempercepatkan adaptasi, automasi dan digitalisasi dalam aktiviti perkilangan dan perkhidmatan di kalangan PKS.

Saya ingin menjelaskan bahawa insentif serta dana yang ditawarkan adalah terbuka kepada DDI serta FDI malah bagi sesetengah dana atau geran seperti DISF, syarikat yang memohon perlu mempunyai pemilikan ekuiti Malaysia secara majoriti.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Bendera membangkitkan mengenai status proses rundingan perjanjian perdagangan bebas....

final • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Timbalan Menteri. Boleh mencelah? Pontian.

final • 11:40 AM

Datuk Lim Ban Hong

Ya, sila.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ya. Saya kira antara sebab kenapa DDI dan FDI datang di Malaysia ini kerana prasarana yang baik, insentif yang juga agak baik dan satu lagi mengenai kestabilan politik dan juga kemudahan buruh untuk bekerja. Namun, ketika COVID-19 dan penutupan sempadan tentulah ada masalah tentang kemasukan buruh dan sebagainya.

Adakah telah dibuat sesuatu seperti memberikan insentif kepada pekerja tempatan bagi mengganti buruh asing supaya masalah buruh di pihak pelabur dapat diatasi. Bagaimanakah dari segi ukuran kestabilan politik di negara kita dan setakat mana pelabur melihat itu sebagai satu punca mereka datang ke sini? Silakan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sila, teruskan Timbalan Menteri.

final • 11:40 AM

Datuk Lim Ban Hong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Pontian berkenaan dengan guna tenaga kerja, kebimbangan yang beliau bangkitkan apabila kita mengalami pandemik COVID-19, masalah kekurangan pekerja.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, MITI sentiasa menyeru pihak industri untuk memainkan peranan yang lebih proaktif dalam meningkatkan usaha menggaji pekerja tempatan serta mempergiatkan usaha automasi dan mekanisasi dalam operasi.

Inisiatif tersebut adalah selaras juga dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan

final • 11:40 AM

Datuk Lim Ban Hong

kebergantungan pekerja asing dan memberi keutamaan penggajian kepada rakyat tempatan.

MITI telah mengambil langkah-langkah berikut dalam membantu pihak industri menangani cabaran guna tenaga seperti berikut. Pertama, mempergiatkan usaha mempromosi program dan inisiatif bagi menggalakkan automasi dan mekanisasi seterusnya mengurangkan kebergantungan pekerja asing dalam sektor pembuatan termasuk pemberian insentif dan pinjaman seperti berikut:

(i) skim pinjaman mudah bagi automasi dan modenisasi (SFSAM) yang diperuntukkan di bawah MIDF, sebuah agensi di bawah MITI;

(ii) elaun modal automasi yang terletak di bawah bidang kuasa MIDA;

(iii) dana strategik pelaburan domestik, juga terletak di bawah MIDA; dan

(iv) dana impak tinggi, juga di bawah MIDA.

Selain itu, MITI juga menggalakkan transformasi industri melalui Dasar Industri Forward seperti yang saya sebutkan tadi supaya lebih sistematik, pintar dan berdaya saing termasuk penggunaan teknologi Industri 4.0 bagi meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja berkemahiran rendah. Selain itu, kita juga memperkenalkan program sijil Industry Professional Certificate (IPC) oleh Marii untuk tujuan penggantian pekerja asing dengan pekerja tempatan.

Satu lagi usaha ialah menjalankan program lean management di bawah MPC untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja dan menggalakkan peralihan kepada operasi yang lebih efisien. Selain itu, kita juga telah mengadakan sesi libat urus dan taklimat berkaitan penggajian tenaga kerja asing bersama industri termasuk Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), Malaysian Employers Federation (MEF), Malaysian Rubber Glove Manufacturers Association (MARGMA) dan MSC bagi memaklumkan dasar-dasar dan prosedur penggajian guna tenaga asing bagi sektor pembuatan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Timbalan Menteri, ada celahan Yang Berhormat Jerlun.

final • 11:40 AM

Datuk Lim Ban Hong

Ya.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Jerlun.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Timbalan Menteri, saya ada soalan...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Jerlun hendak mencelah.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya lihat bahawa kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak MITI agaknya untuk– dianggap sebagai penanda aras kejayaan MITI ialah dalam hal angka-angka FDI. Jadi angka-angka DDI ini saya sangat alu-alukan jawapan daripada Timbalan Menteri sebentar tadi.

Akan tetapi angka DDI ini kurang diberi keutamaan walhal saya kira pada ketika ini apabila ekonomi dunia menghadapi kelembapan, usaha untuk menarik FDI ini kita hadapi saingan yang begitu sengit daripada negara-negara jiran. Oleh sebab itu, saya lihat bahawa kita mempunyai keupayaan untuk meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi daripada segi DDI nya, jadi oleh itu saya harap MITI akan memberi perhatian dan menyediakan insentif yang lebih kepada syarikat-syarikat tempatan kita.

Saya juga lihat daripada subsektor yang perlu diberi perhatian antaranya elektronik dan electrical. Itu satu subsektor yang mana Malaysia mempunyai kelebihan berbanding dengan negara-negara jiran yang lain. Oleh itu, saya harap syarikat-syarikat

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

tempatan ini digalakkan untuk memaksimumkan nilai tambah mereka supaya apa yang kita eksport itu tidaklah lagi komponennya sahaja tetapi produk-produk yang telah siap untuk pasaran dunia.

Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri merasakan bahawa dengan cabaran yang terpaksa kita hadapi sebelum ini, COVID-19 dan kelembapan ekonomi tetapi yang terbaru sekali ialah kesan akibat daripada perang di Ukraine yang pada hari ini sudah pun menjejaskan bekalan makanan dan kadar harga makanan yang sudah mula berlipat ganda tingginya.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Apakah agaknya persiapan yang dibuat oleh MITI untuk mitigasikan keadaan ini supaya ekonomi tempatan kita khususnya berkait dengan pengeluaran industri tempatan dapat ditingkatkan untuk tujuan eksport dan membantu ekonomi negara kita ini pulih dengan segera?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:50 AM

Datuk Lim Ban Hong

Terima kasih kepada Yang Berhormat Jerlun yang telah menyentuh beberapa perkara.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menghabiskan perenggan akhir untuk tadi soalan tambahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian berkenaan dengan guna tenaga kerja terutamanya semasa pandemik COVID-19.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Silakan.

final • 11:50 AM

Datuk Lim Ban Hong

Selain daripada sesi libat urus yang saya sebutkan tadi, pelaksanaan dasar pelaburan baharu negara berteraskan Aspirasi Pelaburan Nasional

(NIA) oleh MITI boleh memberikan pendekatan holistik yang bersasar dalam merencanakan agenda pelaburan nasional negara.

Salah satu elemen dalam NIA ini adalah fokus kepada strategi dan sektor pelaburan baharu negara dan berintensif teknologi tinggi dan inovasi yang mengimbangi kelestarian ekonomi dan alam sekitar serta mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing, sejajar dengan global benchmark dalam alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang mana turut menyokong usaha untuk meningkatkan standard perburuhan negara. Jadi itu merupakan sedikit informasi kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian.

Berkenaan dengan beberapa topik yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerlun, berkenaan dengan usaha untuk meningkatkan DDI. Terima kasih Yang Berhormat Jerlun yang prihatin tentang pelaburan dalam negeri (DDI). Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menerusi MIDA menyediakan pelbagai galakan cukai dan dana khas untuk syarikat majoriti tempatan serta menjalankan pelbagai program bagi merancakkan pelaburan langsung domestik (DDI) bagi memperkasakan syarikat tempatan.

Antaranya yang saya boleh kongsi pertamanya, galakan taraf perintis dan elaun cukai pelaburan untuk industri kecil-kecilan. Kerajaan menyediakan galakan taraf perintis dan elaun cukai pelaburan untuk industri kecil-kecilan di bawah MIDA dengan pengecualian cukai sepenuhnya untuk tempoh lima tahun bagi keluaran aktiviti yang digalakkan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986.

Kedua, kita memberikan galakan integrated logistic services. Contohnya ILS.

Galakan ILS ini ditawarkan bagi menggalakkan syarikat logistik menjalani aktiviti secara bersepadu di mana syarikat yang menawarkan perkhidmatan seperti pengangkutan, pergudangan, freight forwarding dan aktiviti tambah nilai seperti break-bulking, repacking, relabelling di bawah satu entiti. Galakan ILS yang ditawarkan meliputi galakan taraf perintis, pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus selama lima tahun atau elaun cukai pelaburan sebanyak 60 peratus bagi perbelanjaan modal yang layak untuk tempoh lima tahun.

Yang Berhormat Jerlun tadi juga sebut tentang persaingan sengit berkenaan dengan pelaburan. Jadi salah satu usaha lagi oleh MITI ialah kita telah menawarkan elaun

final • 11:50 AM

Datuk Lim Ban Hong

modal automasi (automation capital allowance). Elaun modal automasi yang ditawarkan oleh kerajaan ini adalah untuk memacu penggunaan automasi dalam kalangan syarikat- syarikat perkilangan terutamanya syarikat-syarikat perkilangan tempatan dalam industri- industri yang berintensifkan buruh.

Syarikat yang layak boleh mengurangkan jumlah pendapatan yang di cukai berdasarkan kepada perbelanjaan modal yang boleh ditolak dengan pendapatan berkanun. Di dalam Belanjawan 2020, skim automasi CA juga telah diperluaskan untuk meliputi sektor perkhidmatan bagi mendorong sektor perkhidmatan ke arah automasi.

Satu lagi usaha di bawah MITI untuk membantu syarikat-syarikat perkilangan tempatan ialah Dana Intervensi Industry4WRD di bawah dasar negara mengenai Industri 4.0. Kerajaan telah melancarkan dasar negara mengenai Industri 4.0 atau singkatan Industry4WRD pada 31 Oktober 2018 bagi menggalakkan syarikat-syarikat tempatan khususnya perusahaan kecil dan sederhana untuk mengaplikasikan teknologi Industri 4.0 dalam operasi syarikat.

Di bawah dasar ini, dua program khusus telah diperkenalkan iaitu Penilaian Kesediaan Industry4WRD, Industry4WRD Readiness Assessment, dengan izin di bawah MPC dan Dana Intervensi Industry4WRD di awah MIDA.

Tuan Yang di-Pertua, program RA bertujuan untuk mengenal pasti jurang keupayaan syarikat daripada aspek teknologi modal insan dan proses untuk mengaplikasikan teknologi industri 4.0 dan setelah selesai proses RA, syarikat-syarikat tersebut layak untuk memohon Dana Intervensi bagi tujuan membantu perbelanjaan berkaitan latihan kemahiran, penambahbaikan proses dan aplikasi teknologi. Menerusi Belanjawan 2022, peruntukan sebanyak RM45 juta juga telah disediakan untuk inisiatif di bawah Industry4WRD.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada insentif galakan taraf perintis yang saya sebutkan tadi untuk membantu perkembangan pelaburan dalam negeri (DDI), kita juga menyediakan satu platform iaitu program Platform Penyelarasan Pelaburan Domestik dengan izin, Domestic Investment Coordination Platform (DICP). Program ini dijalankan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk meningkatkan keupayaan syarikat-syarikat tempatan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam aspek sumber kewangan dan teknologi.

Program ini bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan, penyedia teknologi, institusi kewangan serta firma penasihat ekuiti dan korporat untuk memberikan bantuan bagi menyokong syarikat tempatan mengembangkan perniagaan antaranya daripada segi business matchmaking, penjanaan modal, hutang dan ekuiti serta saham terbitan awam dan penggabungan saham terbitan awam dan penggabungan dan pengambilalihan.

Usaha ketiga Tuan Yang di-Pertua yang saya hendak kongsikan untuk membantu DDI ialah program rantaian bekalan. Program rantaian bekalan ini dijalankan oleh MIDA bertujuan untuk mengukuhkan ekosistem rantaian bekalan antara syarikat-syarikat tempatan dan syarikat multinasional agar syarikat-syarikat tempatan mendapat peluang perniagaan dan pembekalan daripada projek-projek pelaburan syarikat multinasional.

Berkenaan dengan isu perang berkaitan konflik di antara Rusia dan Ukraine, Yang Berhormat Jerlun, suka saya berkongsi bahawa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri memberikan perhatian kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerlun ini kerana dalam perdagangan antarabangsa negara-negara di dunia adalah saling berkaitan di antara satu sama lain, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Sekiranya kita lihat pada jumlah perdagangan di antara Rusia dan Ukraine dengan Malaysia, ia adalah lebih kurang dalam lingkungan 0.5 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan. Untuk tahun 2021, jumlah eksport ke Rusia dan Ukraine adalah 0.3 peratus dan 0.1 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport. Untuk jumlah import pula, dari Rusia ialah 0.5 peratus dan dari Ukraine adalah 0.1 peratus daripada jumlah keseluruhan import.

final • 11:50 AM

Datuk Lim Ban Hong

Jadi sekiranya kita lihat kepada angka ini, kesan secara langsung adalah minimum. Walau bagaimanapun, kita perlu lihat pada impak secara tidak langsung ke atas perdagangan Malaysia terutamanya sektor-sektor lain contohnya sektor E&E Malaysia yang menyumbang kepada 13 peratus dengan izin, chip testing dan packaging dunia iaitu satu proses penting dalam penghasilan semikonduktor yang digunakan untuk automotif, smartphone dan peralatan lain.

Jadi, gangguan ke atas rantaian bekalan global yang berlanjutan, permintaan eksport yang lemah di pasaran Eropah dan negara serantau yang terlibat dalam rantaian bekalan yang sama dalam industri semikonduktor akan mendatangkan kesan tidak langsung kepada perdagangan kita.

final • 11:50 AM

Datuk Lim Ban Hong

Untuk makluman, perkara-perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jerlun ada yang terletak di bawah bidang kuasa contohnya Kementerian Pertanian. Saya ingin memaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersama dengan kementerian lain akan memberi perhatian dan juga sentiasa mengikuti perkembangan terkini untuk merangka tindakan ataupun rancangan yang perlu diambil.

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun.

Berkenaan dengan beberapa perkara lain yang dibangkitkan iaitu berkenaan dengan nilai tambah dan juga untuk sektor E&E, saya akan menyentuh dua topik ini dalam perbahasan yang seterusnya Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan jawapan saya berkenaan dengan Yang Berhormat Bukit Bendera. Yang Berhormat Bukit Bendera membangkitkan mengenai status proses rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas atau Free Trade Agreement (FTA) Malaysia dan Kesatuan Eropah (MUEFTA) yang telah dimulakan pada tahun 2010 dan apakah status ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik atau Comprehensive and Progressive Agreement for Trans- Pacific Partnership (CPTPP) dan juga Yang Berhormat Bukit Bendera mencadangkan kerajaan untuk menyediakan insentif-insentif dan dana untuk menggalakkan pertumbuhan industri semikonduktor.

Tuan Yang di-Pertua, berhubungan dengan kemajuan rundingan MUEFTA, Jemaah Menteri pada 14 Ogos 2019 telah memutuskan untuk menangguhkan rundingan ini. Keputusan ini dibuat berikutan tiada kesefahaman daripada kedua-dua pihak berkaitan isu-isu tertentu seperti perolehan kerajaan, dasar bumiputera, halal dan harta intelek termasuk petunjuk geografi.

Kerajaan sedia maklum akan kepentingan Kesatuan Eropah sebagai salah satu- rakan dagang utama Malaysia dan sedia mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memulakan semula rundingan MUEFTA. Pada perbincangan terkini pada 23 Disember 2021, kedua-dua belah pihak telah mengambil maklum akan kedudukan terkini isu-isu yang masih tertangguh dan berusaha untuk merundingkan pendekatan dan hala tuju perjanjian ini. Keputusan untuk menyambung semula rundingan ini yang akan dibuat dengan teliti setelah mengambil kira kepentingan semua pihak.

Tuan Yang di-Pertua, berhubungan dengan perjanjian CPTPP, satu kajian Analisa Kos Faedah atau Cost-Benefit Analysis (CBA) bagi mengenal pasti impak daripada pernyataan Malaysia di dalam CPTPP telah selesai dijalankan dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat. Susulan itu, dokumen kajian ini akan dimuat naik ke laman sesawang MITI sebagai rujukan umum terutamanya kepada pihak-pihak yang berkepentingan.

CBA ini bertujuan untuk mengenal pasti isu-isu berkepentingan pada Malaysia serta mengesyorkan penyelesaian yang bersesuaian bagi menangani sebarang isu yang mungkin timbul daripada penyertaan negara di dalam CPTPP. CBA turut mengambil kira kesan-kesan COVID-19 termasuk keupayaan dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan sejajar dengan peruntukan dan komitmen di bawah CPTPP bagi menangani impak pandemik tersebut.

final • 12:00 PM

Datuk Lim Ban Hong

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya tegaskan di sini bahawa keputusan untuk meratifikasikan CPTPP bukan hanya berpandukan laporan CBA semata-mata. Faktor- faktor lain seperti hasil konsultasi MITI bersama pihak-pihak berkepentingan, impak saingan Vietnam dalam pasaran CPTPP dan kesiapsiagaan negara dalam melaksanakan semua komitmen termasuk pindaan kepada akta-akta yang berkaitan turut sama memainkan peranan dalam mencapai keputusan untuk meratifikasikan perjanjian CPTPP.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menjawab berkaitan dengan insentif- insentif dan dana untuk menggalakkan pertumbuhan industri semikonduktor yang juga perkara yang mendapat perhatian daripada Yang Berhormat Jerlun tadi.

Ketika dunia terkesan akibat pandemik COVID-19 yang melanda pada suku pertama tahun 2020. Isu kekurangan bekalan semikonduktor dunia telah pun bermula.

Peralihan teknologi komunikasi, aplikasi teknologi industri 4.0 dalam industri, e-mobility serta penggunaan peranti elektrik dan elektronik (E&E) disebabkan norma baharu bekerja secara jarak jauh di seluruh dunia telah menyebabkan peningkatan permintaan cip semikonduktor. Ini disusuli dengan gangguan rantaian bekalan semikonduktor akibat daripada musibah yang menjejaskan operasi kilang-kilang semikonduktor di beberapa buah negara.

Tuan Yang di-Pertua, dengan pembukaan semula dan peningkatan aktiviti ekonomi secara global serta susulan kadar vaksinasi yang tinggi, permintaan terhadap produk E&E terutamanya cip semikonduktor telah meningkat melebihi bekalan. Ini telah menyumbang kepada sesetengah negara, memperkenalkan dasar insentif untuk meningkatkan pelaburan dan mengukuhkan rantaian bekalan semikonduktor di negara masing-masing.

Malaysia adalah antara negara utama dalam perdagangan semikonduktor global yang menyumbang sebanyak tujuh peratus daripada perdagangan semikonduktor dunia.

Ini jelas menunjukkan dasar kerajaan berhasil memperkukuhkan daya saing dan daya tahan industri semikonduktor negara. Malah, syarikat-syarikat tempatan menjadi sebahagian daripada rantaian nilai global melalui program kerjasama dan integrasi dengan syarikat multinasional yang memilih Malaysia sebagai pusat operasi serantau.

Contoh, Western Digital di Batu Kawan Pulau Pinang yang telah berjaya mendapat pengiktirafan sebagai Global Lighthouse sekali gus menjadi sebahagian daripada rantaian World Economic Forum’s Global Lighthouse Network. Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif kepada pihak industri termasuk sektor E&E bagi merancak pemulihan ekonomi pasca COVID-19, antaranya termasuk:

(i) kadar cukai kosong peratus selama 10 tahun bagi pelaburan baharu dalam sektor pembuatan dengan pelaburan modal antara RM300 juta hingga RM500 juta;

(ii) kadar cukai kosong peratus selama 15 tahun bagi pelaburan baharu dalam sektor pembuatan dengan pelaburan modal melebihi RM500 juta;

(iii) 100 peratus elaun cukai pelaburan selama lima tahun bagi syarikat sedia ada di Malaysia untuk memindahkan fasiliti di luar negara ke Malaysia dengan pelaburan modal melebihi RM300 juta; dan

(iv) Elaun Pelaburan Semula (EPS) tambahan disediakan kepada syarikat sedia ada di Malaysia yang membuat pelaburan semula bagi tujuan pembesaran, pemodenan, automasi atau kepelbagaian dalam aktiviti perkilangan dan pertanian terpilih untuk tiga tahun bagi taksiran 2020 hingga tahun taksiran 2022 di bawah PENJANA dan dilanjutkan untuk tempoh dua tahun menerusi Belanjawan 2022 bagi tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2024.

final • 12:00 PM

Datuk Lim Ban Hong

Selain itu, kerajaan juga menyediakan geran padanan di bawah dana strategik pelaburan domestik bagi membantu syarikat semikonduktor tempatan beralih kepada industri berteknologi tinggi. Dana ini akan memanfaatkan peluang penyumberan luar yang dicipta oleh syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia, memperhebatkan pemerolehan teknologi oleh syarikat milik Malaysia dan membolehkan syarikat milik negara memperoleh piawaian atau pensijilan antarabangsa dalam industri strategik.

Inisiatif-inisiatif ini turut disokong dengan pelbagai dasar negara melalui pelaksanaan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) dan program-program berteraskan pengukuhan ekosistem industri E&E bagi mencapai rantaian nilai yang lebih tinggi di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha ini bertujuan untuk meningkatkan pelaburan dalam keseluruhan rantaian nilai semikonduktor melalui penggalakan penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi serta menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, satu Sesi Meja Bulat yang- Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sedikit masa lagi.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Okey, dua minit. Sila rumuskan dan yang lain jawab bertulis.

final • 12:00 PM

Datuk Lim Ban Hong

...Yang telah dipengerusikan secara bersama oleh Yang Berhormat Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat pada 18 November 2021 dengan 13 orang wakil syarikat multinasional dalam rantaian bekalan global semikonduktor yang mempunyai operasi di Malaysia.

Susulan sesi meja bulat tersebut kedua-dua pihak bersetuju untuk merangka satu memorandum kerjasama di antara kedua-dua negara. Kerjasama ini akan menyumbang kepada usaha MITI dalam merangka pelan tindakan pengukuhan rantaian produk-produk strategik dalam negara. Ini akan turut merangkumi pelbagai usaha bagi menangani risiko bencana alam atau krisis kesihatan pada masa hadapan yang boleh menjejaskan aktiviti pengeluaran produk-produk strategik daripada memenuhi permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, insentif-insentif bagi sektor terpilih seperti logistik dan perhotelan juga mengutamakan syarikat-syarikat pelabur tempatan dengan mengenakan syarat pemilikan ekuiti Malaysia secara majoriti.

final • 12:00 PM

Datuk Lim Ban Hong

Sektor-sektor ini dipilih untuk menggalakkan syarikat tempatan meningkatkan kapasiti dan kecekapan operasi serta bersaing secara agresif di peringkat global mahupun serantau.

Tuan Yang di-Pertua, untuk soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Lubok Antu dan juga Yang Berhormat Muar, memandangkan masa telah tamat Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab secara bertulis.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Bertulis.

final • 12:10 PM

Datuk Lim Ban Hong

Akhir kata saya ingin menyatakan MITI komited untuk terus berganding bahu dengan semua pihak dalam memastikan ekonomi negara kekal cergas khususnya semasa fasa peralihan endemik dan pembukaan sempadan negara.

Saya yakin dengan sokongan dan komitmen Yang Berhormat untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara akan meningkatkan lagi kesejahteraan Keluarga Malaysia secara inklusif, seimbang dan menyeluruh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bila dinyatakan jawapan bertulis, dalam tempoh lima hari bekerja. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Luar Negeri untuk memberi jawapan. Tempoh masa 30 minit. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 12:10 PM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Sri Saifuddin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak Kementerian Luar Negeri, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Kangar dan Yang Berhormat Kinabatangan kerana membahaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Luar Negeri.

Isu tuntutan oleh waris Sultan Sulu. Mengenai isu ini yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Kinabatangan, Kerajaan Malaysia telah banyak kali menegaskan pendirian bahawa Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah.

Negeri Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia, izinkan saya paraphrase sebagai antara yang menubuhkan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Selain itu ingin ditekankan bahawa Final Award bertarikh 28 Februari 2022 yang telah dikeluarkan dalam prosiding timbang tara yang dikatakan itu tidak akan menjejaskan kedudukan Sabah sebagai salah satu negeri di dalam Persekutuan Malaysia. Ingin ditegaskan juga bahawa Kerajaan Malaysia tidak berdiam diri tetapi sebaliknya kerajaan telah mengambil langkah-langkah perlu untuk menghentikan prosiding tuntutan tersebut seperti berikut.

Pertama, tindakan perundangan di Sepanyol. Mahkamah Tinggi Madrid, Sepanyol telah mengeluarkan keputusan yang berpihak kepada Kerajaan Malaysia apabila memutuskan bahawa pelantikan Dr. Gonzalo Stampa sebagai penimbang tara yang telah dilantik oleh pihak penuntut adalah terbatal dan tidak sah.

Mahkamah Tinggi Madrid juga telah memutuskan semua prosiding timbang tara yang berlangsung di Madrid hendaklah diberhentikan serta-merta. Kerajaan Malaysia telah memfailkan satu aduan jenayah kepada Peguam Negara Sepanyol terhadap Dr.

Stampa memandangkan beliau telah mengingkari keputusan Mahkamah Tinggi Madrid bertarikh 29 Jun 2021 dengan meneruskan prosiding timbang tara di Perancis.

Kedua, tindakan perundangan di Perancis. Walaupun keputusan pembatalan telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Madrid, pihak penuntut telah memperoleh perintah ex parte dari Tribunal de Grande Instance di Paris, untuk mengiktiraf Partial Award on Jurisdiction yang dikeluarkan oleh Dr. Stampa pada 25 Mei 2020. Berdasarkan perintah exequatur, Dr. Stampa telah menukar tempat timbang tara ke Paris, Perancis untuk mengeluarkan Final Award.

Pada 16 Disember 2021, Kerajaan Malaysia telah memperoleh perintah penggantungan daripada the First President of the Paris Court of Appeal yang menggantung pelaksanaan perintah exequatur di Perancis. Pada 3 Mac 2022, Kerajaan Malaysia telah memfailkan annulment appeal declaration di mahkamah di Paris bagi membatalkan Final Award tersebut.

Kementerian Luar bersama dengan Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 2 Mac 2022 bagi mengelaskan berkenaan dengan keputusan prosiding timbang tara tersebut. Penjelasan mengenai isu yang sama juga telah dibuat semasa sesi MQT pada 10 Mac 2022 oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai Parlimen dan Undang-undang.

Memandangkan usaha sedang giat dilaksanakan untuk membatalkan Final Award tersebut dan mencabar semua tindakan yang diambil oleh penuntut, maklumat terperinci mengenai hal ini tidak dapat didedahkan bagi memastikan segala usaha...

[Disampuk]

final • 12:11 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Yang Berhormat Menteri...

final • 12:11 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Boleh...

final • 12:11 PM

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah

...serta tindakan kerajaan untuk memelihara negara tidak terjejas. Sulu.

final • 12:11 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Boleh Yang Berhormat Menteri?

final • 12:11 PM

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah

Silakan.

final • 12:11 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma ingin dapat pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri. Isu ini bagi saya isu yang kita boleh bersama. Tidak ada – ini melibatkan negara kita.

Saya ingin tanya, adakah pendirian kerajaan sekarang ini bahawa kerajaan tidak akan mengiktiraf langsung award itu dan tidak akan membayar walaupun sesen? Saya hendak tanya juga adakah – apakah peluang untuk kita mengetepikan award itu?

final • 12:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sepang.

final • 12:11 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Yang Berhormat Menteri, boleh?

final • 12:11 PM

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah

Silakan.

final • 12:11 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Mengenai satu statement daripada Yang Berhormat Pekan pada hari ini bahawa dia menuntut Tommy Thomas untuk menerangkan extraordinary ‘stupid’ letter daripada Peguam Negara kita dahulu ini.

Adakah kerajaan bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Pekan?

final • 12:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu.

final • 12:11 PM

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah

Terima kasih kedua-dua Yang Berhormat. Yang Berhormat Sepang, kita memang sedaya-upaya cuba untuk membatalkan Final Award itu dan ini sedang diusahakan oleh pihak Pejabat Peguam Negara.

Saya tidak boleh hendak komen sebab Yang Berhormat Pekan berhak untuk cakap apa sahaja menjurus tentang surat itu kerana itu antara material yang digunakan...

[Disampuk]

final • 12:11 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Yang Berhormat Menteri, sorry sekejap boleh?

final • 12:11 PM

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah

Ya.

final • 12:11 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Ini kerana Yang Berhormat Menteri pada masa itu pun juga Menteri Luar Negeri, so saya harap isu ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

final • 12:11 PM

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah

Tidak ada kena-mengena dengan Yang Berhormat Pekan di dalam parti lain. Saya setuju dengan Yang Berhormat Sepang. Ini isu kepentingan negara. Tidak ada politik di sini. Terima kasih.

final • 12:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

final • 12:11 PM

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah

Isu Pulau Pisang yang ditimbulkan. Kedaulatan Pulau Pisang tidak dipertikai oleh Singapura dan adalah hak milik Malaysia. Kerajaan Singapura pun mengiktiraf hak kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Pisang berdasarkan perjanjian yang telah dimeterai antara Sultan Ibrahim dan Sir James Alexander Swettenham pada 6 Oktober 1900.

Hanya pengurusan rumah api di sana sahaja berada di bawah penyeliaan dan pentadbiran Maritime and Port Authority of Singapore (MPA). Malaysia mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap Pulau Pisang di mana pekerja-pekerja di rumah api tersebut perlu mendapat kebenaran Malaysia dan melalui laluan imigresen Malaysia di Kukup untuk keluar dan masuk ke kawasan rumah api tersebut.

Isu konflik Rusia dan Ukraine, Tuan Yang di-Pertua. Ini juga saya dan kementerian sering mengeluarkan kenyataan tentang hal ini. Seperti yang telah disebutkan beberapa kali, kita telah menyatakan pendirian kita sama ada di Majlis Hak Asasi Manusia ataupun juga di sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

final • 12:11 PM

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah

Dalam kesemua kenyataan itu, kita sentiasa menekankan, pertamanya bahawa Malaysia sentiasa berkecuali. Kita tidak memihak kepada sesiapa tetapi kita sentiasa menghormati hak kemerdekaan sesebuah negara dan juga integriti sempadan. Oleh kerana itu, semasa mengundi di sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kita mengundi bersama atau mengundi ‘yes’ untuk resolusi yang bertajuk ataupun yang berkaitan dengan aggression terhadap Ukraine.

Ada ditimbulkan tentang MH17, seperti yang kita sedia maklum Malaysia menganggotai Joint Investigation Team (JIT) dan kita berpendirian bahawa keadilan untuk semua mangsa, keluarga mangsa dan pihak-pihak yang terlibat di dalam tragedi nahas penerbangan MH17 itu hendaklah diputuskan secara konklusif. Buat masa ini, perbicaraan itu sedang dilaksanakan.

final • 12:11 PM

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah

Peringkat yang pertama telah dilaksanakan pada tahun lalu dan tamat dalam bulan Disember tahu lalu dan yang terbaru telah dimulakan semula pada 7 Mac 2022.

Tentang OIC, mesyuarat OIC ataupun mesyuarat...

[Disampuk]

final • 12:20 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

mengenai konflik Rusia-Ukraine. Pada minggu lepas, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen telah melawat ke Kedutaan Ukraine untuk memberikan sokongan solidariti kepada bukan sahaja Kedutaan Ukraine tetapi kepada semua warga Ukraine yang kini menjadi mangsa peperangan daripada Rusia, dengan izin unprovoked invasion and unprovoked brutality. Dalam mesyuarat tersebut yang dihadiri oleh Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Bayan Baru, saya dan Yang Berhormat Beaufort. Duta Ukraine telah menyatakan bahawa beliau telah menulis ke Wisma Putra untuk memohon bantuan humanitarian bagi mangsa-mangsa selepas serangan atau buat masa ini in real time current attacks by Russia. Saya ingin tahu, apakah status pendirian Malaysia untuk memberikan bantuan ini ke Ukraine dan pada masa yang sama, dalam nafas yang sama penjelasan mengenai bantuan ke Afghanistan. Baru-baru ini, special envoy ke Middle East telah menyatakan bahawa Malaysia akan membantu Afghanistan. Saya ingin satu penjelasan sama ada ia melalui regim Taliban atau pun melalui pertubuhan antarabangsa seperti International Committee of the Red Cross, UNICEF, UNHCR dan sebagainya. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Batu Kawan. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 12:20 PM

Dato' Saifuddin Abdullah

Terima kasih. Saya jawab yang Afghanistan itu selepas ini tetapi tentang Ukraine, kita sedang menimbang apa yang wajar dan seharusnya dapat dibantu. Sepertimana biasa, Kerajaan Malaysia di bawah parti apa pun yang memerintah sentiasa memberi sokongan kemanusiaan ke kawasan-kawasan yang ditimpa sama ada kejadian-kejadian seperti yang berlaku di Ukraine ataupun bencana alam. Terima kasih.

Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri OIC Ke-48 akan berlangsung pada 22 hingga 23 Mac ini. Malaysia insya-Allah akan diwakili oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar Negeri dan sepertimana biasa, tentulah mesyuarat OIC akan membincangkan isu Palestin. Namun, pada kali ini kita juga menjangka isu Afghanistan akan menjadi topik yang utama di samping isu-isu lain seperti etnik minoriti Rohingya, isu keganasan antarabangsa Islamophobia, komuniti minoriti Islam, sains dan teknologi, pendidikan, budaya dan pentadbiran.

Saya juga merasakan bahawa mesyuarat OIC kali ini harus melihat dengan lebih terperinci soal-soal yang berkaitan pengiktirafan bagi Afghanistan. Isunya ialah, OIC dan banyak platform antarabangsa yang lain sudah menggariskan apakah ia parameters atau syarat-syarat kriteria untuk pengiktirafan? Soalnya ialah adakah ada proses untuk parameters itu dapat dilaksanakan? Pengiktirafan satu bab, tetapi parameters itu juga satu bab. Soalnya ialah sebagai contoh, soal bantuan kemanusiaan. Sejauh mana ia dilaksanakan dan sebagainya?

final • 12:20 PM

Dato' Saifuddin Abdullah

Isu diplomasi kebudayaan ditimbulkan oleh Yang Berhormat Hulu Langat. Ia termasuk dalam kerangka Dasar Luar Malaysia yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 3 November 2021. Dalam hal ini, kita tidak mengambil alih sedikit pun kerja-kerja yang dilaksanakan oleh agensi-agensi berkaitan. Malahan, perbincangan awal telah diadakan dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Kementerian Pengajian Tinggi untuk melihat pelaksanaan diplomasi budaya ini. Dalam Mesyuarat Kabinet yang terbaru pada minggu lepas berkemungkinan besar kita akan menggunakan istilah diplomasi bahasa dan budaya.

Sebagaimana Tuan Yang di-Pertua sedia maklum, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah mula menggunakan bahasa kebangsaan hampir di semua pertemuan beliau dengan rakan sejawatnya dalam lawatan-lawatan beliau ke beberapa buah negara ASEAN mutakhir ini. Jadi, ini adalah sebahagian daripada soal promosi bahasa dan budaya.

Dalam hal ehwal antarabangsa, ia dianggap sebagai soft power yang telah digunakan oleh banyak negara maju termasuk juga beberapa buah negara, kalaupun tidak semua negara ASEAN. Jadi, ia tidak akan mengganggu fungsi utama Wisma Putra ataupun Kementerian Luar Negeri sebaliknya ia akan complement usaha-usaha yang telah kami laksanakan selama ini dan juga usaha-usaha yang dilaksanakan oleh agensi- agensi yang lain.

Berkaitan keselamatan Kedutaan-kedutaan Besar Malaysia di luar negara, saya berterima kasih kerana Ahli-ahli Yang Berhormat sangat prihatin dengan kedudukan keselamatan kedutaan dan pejabat-pejabat kedutaan serta kakitangan kita yang berada di luar negeri. Ada waktunya kita melakukan evakuasi apabila ia diperlukan dalam suasana-suasana yang genting. Misalnya, apabila kita menjalankan evakuasi bagi petugas-petugas kita di Kedutaan Besar Malaysia di Kiev, Ukraine.

Sepertimana sebelum ini, kita buat evakuasi di beberapa buah negara yang lain.

Pada waktu yang sama, dari semasa ke semasa kita menaik taraf sistem keselamatan pejabat-pejabat perwakilan Malaysia di luar negeri. Contohnya, sistem kamera litar tertutup, sistem kad akses dan sistem pendaftaran pelawat. Kita memang tidak akan berkompromi dari segi keselamatan pegawai-pegawai kedutaan kita di luar negara.

final • 12:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:20 PM

Dato' Saifuddin Abdullah

Ya.

final • 12:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Kota Belud. Nanti mungkin kalau boleh sebelum Yang Berhormat Menteri habiskan, boleh kalau saya minta repeat semula yang isu Sulu? Saya minta maaf. Saya tidak sempat. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Lain kali jangan lambat.

final • 12:20 PM

Dato' Saifuddin Abdullah

Okey, saya jawab sedikitlah yang Sulu ini. Saya sudah jawab tadi agak panjang lebar juga kalau diizinkan Tuan Yang di-Pertua sebab akan keluar dalam Hansard pun dalam masa terdekat tetapi kalau ada lagi yang ingin diperhalusi, pejabat kami sedia untuk menerangkannya dengan lebih terperinci.

Isu rakyat Malaysia di Kemboja, ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kangar. Kami memandang serius dan mengambil berat aduan rakyat Malaysia menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di sana. Katanya ada tiga orang individu yang telah menjadi mangsa hal ini. Sebelum ini pun kita ada 47 orang rakyat Malaysia di Kemboja yakni pada tahun 2019 yang juga terlibat lebih kurang atas kesalahan atau atas aduan yang sama pada masa itu. Saya ucapkan terima kasih kepada beberapa orang yang membantu termasuk Yang Berhormat Julau yang sangat membantu proses membawa mereka pulang pada masa itu.

Tiga orang ini pihak polis Cambodia telah berjaya membawa salah seorang daripada rakyat Malaysia itu dari tempat beliau dikurung dan kini ditempatkan di Depot

final • 12:20 PM

Dato' Saifuddin Abdullah

Imigresen Cambodia. Manakala, bagi dua orang lagi mangsa polis Cambodia masing- masing lagi berusaha untuk mengesan kedudukan mereka. Malah wakil kita di Cambodia sentiasa berhubung rapat dan bekerja sama dengan pihak polis Cambodia. Tentang isu Afghanistan. Seperti yang saya pernah jawab di sini kedutaan kita yang concurrent untuk Afghanistan ialah di New Delhi. Oleh yang demikian, Yang Berhormat Marang sebagai utusan khas Yang Berhormat Perdana Menteri ke Timur Tengah juga telah diminta sekiranya sempat untuk juga melihat isu Afghanistan.

final • 12:20 PM

Dato' Saifuddin Abdullah

Beliau telah bertemu dengan beberapa orang pegawai Kerajaan Afghanistan sekarang yang ketika beliau melawat, kalau saya tidak silap di Doha, Qatar. Pada waktu yang sama, Penasihat kepada Menteri Luar - Yang Berbahagia Dato' Haji Md Anizam Ab Rahman telah mengadakan lawatan kerja ke Kabul daripada 19 Februari hingga 3 Mac yang lalu. Ini ialah lawatan untuk mengukuhkan perhubungan antara rakyat kepada rakyat dan antara NGO ke NGO. Beliau telah mengadakan pertemuan dengan beberapa orang pemimpin Afghanistan dalam Kerajaan Afghanistan sekarang dan juga yang terdahulu dan pemegang taruh yang lain.

Pada masa yang sama, Misi Bantuan Kemanusiaan Malaysia untuk rakyat Afghanistan telah berjaya dilaksanakan pada 22 dan 23 Februari. Kita cuma menjadi pemudah cara. Bantuan itu disampaikan daripada NGO kepada NGO.

Global Peace Mission Malaysia dan BLIA, kumpulan sahabat-sahabat Buddhist yang mengusahakan bantuan itu. Sebuah kapal terbang di-charter, sumbangan pihak perniagaan. Jadi, kita cuma fasilitate bantuan yang bernilai lebih RM1 juta dalam bentuk pakaian musim sejuk, susu kanak-kanak dan barangan keperluan asas kepada rakyat Afghanistan yang memerlukan. Jadi, itu keadaan di Afghanistan pada masa ini, kecuali kalau ada perkembangan-perkembangan yang baharu, yang saya jangka mungkin muncul selepas Mesyuarat Menteri Luar OIC di Islamabad pada 22 dan 23 Mac ini.

Tuan Yang di-Pertua, demikian jawapan saya kepada persoalan-persoalan yang timbul. Sebahagiannya adalah ulangan pada beberapa penerangan yang telah kami keluarkan dalam bentuk kenyataan-kenyataan media sebelum ini. Sekali lagi, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih...

final • 12:30 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri. Sebelum habis, saya ingin bertanya tentang Sulu tadi. Isu Sulu tadi.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah

[Ketawa] Alright.

final • 12:30 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Kita memang berpendirian untuk tidak iktiraf sebarang tuntutan ini ya. Cuma saya ingin bertanya, mahu mendapatkan confirmation. Adakah benar bahawa ada pembayaran dibuat sebelum tahun up to 2013 ya? On what basis that the payment was made?

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah

Saya hanya boleh mengesahkan yang pembayaran itu dibuat sehingga tahun 2013. Akan tetapi saya minta maaf, saya tidak boleh memberikan jawapan mengapa ia dibayar dan kemudian mengapa ia tidak dibayar.

Oleh kerana ini boleh digunakan, dengan izin, against us kerana ia masih dalam usaha kami untuk membatalkan semua tuntutan itu di mahkamah di Eropah.

final • 12:30 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Oleh sebab itu Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya berpendirian bahawa ada keperluan untuk kita berbahas. So, saya sebenarnya membawa usul tetapi Tuan Yang di- Pertua tolak, membawa isu ini untuk kita bahaskan. Oleh kerana ini adalah isu kedaulatan negara, Yang Berhormat Menteri ya. Ini orang Sabah, I think deserve to know what is actually happening.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah

Ya. Ya. Tuan Yang di-Pertua, ya.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Penampang.

final • 12:30 PM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. Boleh minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, bahawa waktu kita di Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan waktu itu. Pernahkah isu ini ditimbul dan pernahkah ini dibincang sebagai Menteri Luar Negeri? Terima kasih.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Penampang.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah

Ya. Seingat saya sebab saya kebetulan Menteri Luar Negeri pada masa itu. Perkara ini kita tidak bawa ke Kabinet. Itu seingat saya, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon diperbetulkan kalau saya salah. Namun, substantif kepada kandungan surat bekas Peguam Negara dan juga yang diminta oleh Ahli Yang Berhormat tadi. Itu saya minta maaf, saya tidak boleh hendak sebutkan di sini.

Namun Tuan Yang di-Pertua, saya faham keperluan bagi Ahli-ahli Parlimen dari Sabah. Mungkin boleh kita adakan perbincangan secara tertutup, penerangan tertutup.

Mungkin antara Kementerian Luar dan Yang Berhormat Menteri Undang-undang atau lebih tepat lagi kalau ini boleh juga dibincangkan di dalam Dewan Undangan Negeri di Sabah.

final • 12:30 PM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Menteri, boleh bagi laluan?

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Penampang.

final • 12:30 PM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Oleh kerana isu ini adalah isu yang patut di kendali oleh Kerajaan Persekutuan atas asas bahawa penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Security dan segala foreign matters adalah dalam tangan Federal. So, bolehkah dengan apa cadangan dibuat oleh Yang Berhormat Kota Belud, isu ini boleh sebulat suara dibentangkan di Parlimen supaya kita boleh memberikan once and for all solution by saying ‘no’ to the Philippines. Enough of their games, enough of their claims. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri, Kota Belud. Saya sebenarnya ingin bercakap soal yang sama ya dengan Yang Berhormat Penampang. Mohon Yang Berhormat Menteri untuk...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Respon.

final • 12:30 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

...perkara ini.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah

Faham, saya faham tentang Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua ada...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, sila-sila. Saya mengalukan.

final • 12:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Berkenaan dengan Ukraine. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri boleh jawab dahulu, ya.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah

Okey, saya selesaikan yang Sulu ini dahulu. Saya sangat memahami tentang kepentingan isu ini dan kerana itu Ahli-ahli Yang Berhormat bangun berkali-kali tentang hal ini. Saya fikir kalau ia perbincangan tertutup, tidak menjadi masalah, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah

Akan tetapi saya bimbang kalau dibuka dalam Dewan yang mulia ini, ia mungkin sub judice pada perbicaraan yang sedang dilaksanakan, Namun demikian, itu pandangan saya. Akan tetapi saya rasa lebih baik, kalau diizinkan.

Saya faham semangat daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Biarlah saya rujuk perkara ini kepada Peguam Negara dan lihat sejauh mana ia boleh dibincangkan di dalam Dewan ini.

Dah ada usul ke Tuan Yang di-Pertua, tentang hal ini?

final • 12:30 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Saya telah membuat usul Yang Berhormat Menteri, pada hari Rabu lepas kalau tidak silap saya, untuk dibahaskan di dalam Dewan ini. Saya sama pendapat dengan Yang Berhormat Kota Kinabalu sebab isu ini biasanya dipolitikkan. Jadi, kita sebagai orang Sabah, I think we deserve to know what's happening ya. Ini bukan soal isu yang remeh-temeh, soal sekolah daif dan sebagainya. Isu kedaulatan negara dan Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab ke atas isu ini. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Menteri. Just laluan sedikit Yang Berhormat Menteri. Just, Tuan Yang di-Pertua. Ini juga merujuk pada pendedahan yang dibuat oleh Menteri Undang-undang, di mana beliau telah mendedahkan bahawa Dr. Stampa, kononnya arbitration judge ini telah membawa hal ini dari Sepanyol ke Perancis. Adanya ansur-ansur ataupun some inference, beliau telah bekerjasama dengan this waris-waris Sulu *and there could be criminal elements of abuse.

I urge the goverment to also make a police report internationally against this person*.

Terima kasih.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah

Ya Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan tadi, saya sangat faham hal ini. Saya cuma boleh sebut buat masa ini, saya akan rujuk ke Peguam Negara, sejauh mana perkara ini boleh dibahaskan di Dewan yang mulia ini. Kalau tanya saya, memang saya kata ia boleh dibahaskan. Cuma, apa yang boleh dibahaskan, apa tidak boleh dibahaskan, apa yang boleh ditimbul dan apa yang tidak boleh ditimbul, itu soalnya.

Kedua ialah saya bagi jaminan, isu ini kita tidak lihat dari sudut politik. Oleh sebab itu apabila Yang Berhormat tadi tanya surat yang didedahkan oleh Yang Berhormat Pekan. Saya kata, ya itu surat yang didedahkan oleh Yang Berhormat Pekan. Akan tetapi saya tidak boleh hendak komen kandungan surat yang didedahkan oleh Yang Berhormat Pekan itu. Surat itu ialah surat yang sepanjang pengetahuan saya, memang surat itu surat yang benar. Itu sahaja yang saya tahu tentang surat itu.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan Ukraine. Saya rasa Malaysia harus- ia ada banyak implication ya. Di mana sekarang kita ada energy crisis dan juga daripada kuasa besar boleh menakluki kuasa yang kecil ya. Jadi, ia ada implication kepada seluruh dunia daripada segi world order. Satu lagi adalah tentang energy independent dan juga self sustainable daripada segi food kerana harga barang semua akan naik dan sebagainya.

final • 12:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jadi saya hendak mohon juga Yang Berhormat Menteri, adakan satu analisis sebab kita tahu bahawa war begins when diplomacy fails. Jadi apakah implikasi dari segi Malaysia dengan kuasa-kuasa besar di dunia. Apakah cara-cara kita untuk meningkatkan lagi diplomasi supaya negara Malaysia dan juga ASEAN ini kekal sebagai kuasa yang tidak akan terlibat dalam politik dunia yang bergelora ini. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Sila.

final • 12:40 PM

Menteri Luar Negeri - Dato' Saifuddin Abdullah

Ada dua perkara. Perkara yang pertama kalau kesan langsung atau tidak langsung terhadap perdagangan dan sebagainya akibat daripada unilateral sanction yang telah dilakukan. Setakat yang saya ingat lebih kurang 48 negara yakni kesemua anggota EU dan beberapa negara yang lain termasuk Amerika Syarikat dan ada satu negara ASEAN yang juga menggunakan sanction. Ini sebahagiannya telah disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri MITI yang menggulung perbahasan bagi pihak MITI sebelum saya bangun tadi.

Kedua, dari segi kesan-kesan geopolitik. Ini memang sedang kami kaji kesannya, apa lagi apabila ada negara ASEAN yang terlibat mengenakan sanction. Jadi yang kita

final • 12:40 PM

Menteri Luar Negeri - Dato' Saifuddin Abdullah

bimbang ialah kalau berlaku sesuatu terhadap perdagangan di rantau ini dan juga kita— saya setuju dengan Yang Berhormat, kita bimbang kalau ia ada kesan lain kepada geopolitik di ASEAN juga, kalaupun tidak bagi negara-negara ASEAN secara individu, kita bimbang dia ada kesan kepada ASEAN ataupun Asia Tenggara secara wilayah.

Kami memantau perkara ini saya ucapkan terima kasih atas ingatan Yang Berhormat itu.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

final • 12:40 PM

Menteri Luar Negeri - Dato' Saifuddin Abdullah

Jadi Tuan Yang di-Pertua itu sahaja...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Itu saja Yang Berhormat, sudah habis sudah.

final • 12:40 PM

Menteri Luar Negeri - Dato' Saifuddin Abdullah

...yang saya hendak sampaikan. Sekali lagi saya ucapkan banyak-banyak terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Luar Negeri. Seterusnya, kementerian yang ketiga saya ingin menjemput Menteri Kewangan untuk memberi jawapan-jawapan. Saya beri tempoh masa 40 minit.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz - Menteri Kewangan

Okey terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Waalaikumsalam.

final • 12:42 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz - Menteri Kewangan

Salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasi ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah semasa Majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas yang lalu. Tidak kurang 32 orang Ahli Yang Berhormat telah berbahas dan mengambil peluang menyatakan cadangan untuk teguran serta pandangan masing-masing melibatkan Kementerian Kewangan.

Berdasarkan isu-isu yang dibahaskan, terdapat beberapa perkara utama yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mulakan ucapan ini dengan menjawab terlebih dahulu perkara-perkara berkaitan kedudukan ekonomi negara secara keseluruhan. Yang Berhormat Bagan mendakwa bahawa kerajaan telah gagal dalam menguruskan ekonomi kerana tidak mencapai anggaran pertumbuhan disasarkan iaitu 7.5 peratus dan defisit sebanyak 5.4 peratus bagi tahun 2021. Dakwaan ini tidak benar kerana jelas tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Pertama, unjuran yang disebut ini iaitu kenaikan KDNK kepada 7.5 peratus dibuat pada November 2020 sebelum negara dan seluruh dunia dilanda ancaman varian Delta.

Pun begitu, walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, ekonomi negara berjaya mencapai pertumbuhan 3.1 peratus selaras dengan unjuran yang disemak semula oleh Bank Negara Malaysia iaitu di antara 3 peratus hingga 4 peratus. Malah kita juga melihat pelbagai indikator ekonomi yang baik untuk tahun 2021 yang mencerminkan bahawa negara kita kekal di landasan pemulihan yang kukuh.

Ini termasuklah jumlah perdagangan luar yang mencecah lebih dari RM2 trilion, aliran masuk bersih pelaburan asing (FDI) berjumlah hampir RM55 bilion, pemulihan kadar pengangguran ke 4.2 peratus pada Januari 2022 berbanding dengan 5.3 peratus pada Mei 2020 dan juga minat berterusan dari pelabur asing di mana secara bersih telah melabur RM3.5 bilion dalam pasaran bon tempatan pada Januari lepas dan RM4.3 bilion dalam pasaran ekuiti tempatan sehingga kini.

final • 12:42 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz - Menteri Kewangan

Kedua, saya berpandangan dengan mengekalkan sasaran defisit pada 5.4 peratus seperti mana pendirian Yang Berhormat Bagan, kita tidak mempunyai ruang fiskal yang mencukupi dan ini pastinya akan membawa kepada kegagalan dalam memelihara kebajikan rakyat dan kelangsungan perniagaan, lebih-lebih lagi semasa PKP dilaksanakan bagi membendung ancaman varian Delta.

Dalam menangani krisis, sudah tentu suntikan fiskal kerajaan amatlah diperlukan.

Kerajaan juga telah mengambil keputusan meningkatkan had hutang statutori dan dipersetujui sebulat suara oleh ahli-ahli Dewan yang mulia ini semasa pembentangan pindaan kepada KWC 19 tahun lalu. Tindakan proaktif juga telah diambil melalui pelaksanaan pakej-pakej bantuan dan rangsangan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan dan ekonomi. Tindakan proaktif ini memerlukan peningkatan defisit kepada 6.4 peratus berbanding KDNK-lah pada tahun lepas.

Ini sebenarnya menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menangani impak COVID-19 ke atas dan bukanlah satu kegagalan. Ketiga, dengan lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi yang dilaksanakan, setakat 28 Februari 2022, sejumlah RM365 bilion telah pun disalurkan dan memanfaatkan lebih 20 juta orang rakyat dan 2.4 juta perniagaan. Sebagai contoh, dengan lebih RM20 bilion yang telah disalurkan, Inisiatif Subsidi Upah telah memanfaatkan hampir 360 ribu orang majikan dan mengekalkan lebih 2.9 juta orang pekerja tempatan. MOF menganggarkan pelaksanaan pakej-pakej rangsangan telah menyumbang 7.4 mata peratusan kepada pertumbuhan KDNK sejak pandemik melanda.

Keempat, walaupun benar bahawa ekonomi kita telah menguncup semasa krisis COVID-19 tetapi insya-Allah ekonomi negara diunjurkan akan mula pulih pada tahun 2022 dengan kadar antara 5.5 hingga 6.5 peratus sekali dengan unjuran IMF dan Bank Dunia iaitu masing-masing pada kadar 5.7 dan 5.8 peratus. Ini bermakna insya-Allah KDNK negara tahun ini dijangka melepasi paras KDNK pada tahun 2019 serta pelaksanaan langkah-langkah yang masih berjalan di bawah pakej-pakej bantuan dan rangsangan ekonomi sebelum ini.

Selain itu, KDNK tahun ini akan turut didorong oleh pembukaan hampir semua aktiviti ekonomi dan sosial, penyambungan semula projek dengan kesan pengganda yang tinggi serta permintaan luar yang kukuh terutamanya daripada rakan dagangan utama negara. Pemulihan dan pembukaan semula ekonomi juga disokong oleh kejayaan kerajaan melaksanakan dan menyediakan peruntukan sewajarnya untuk PICK, malah usaha memvaksinasi Keluarga Malaysia telah diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila lebih 98 peratus penduduk dewasa telah menerima vaksin lengkap setakat ini.

Dengan pengumuman kerajaan baru-baru ini untuk memulakan fasa peralihan ke endemik yang antara lainnya melibatkan pembukaan semula sempadan negara menjelang 1 April ini, ia pastinya akan terus merancakkan lagi pemulihan ekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan juga ada menyeru supaya kerajaan tidak mengenakan cukai ke atas pekerja Malaysia yang mengirim wang pendapatan mereka dari luar negara ke Malaysia. Seperti semua sedia maklum, sistem percukaian bagi sumber pendapatan di Malaysia adalah tertakluk di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 dan umumnya amalan percukaian di Malaysia berbentuk territorial.

Ini bermakna hanya pendapatan yang dijana dari Malaysia akan dikenakan cukai.

Sistem Percukaian Malaysia ini apabila dipraktikkan bersama-sama Double Tax Agreement (DTA) yang ditandatangani dengan negara-negara lain akan memastikan pendapatan yang telah pun dicukai di luar negara tidak dicukai sekali lagi oleh Malaysia.

Sistem ini adalah adil untuk pembayar cukai, baik untuk individu ataupun syarikat. Sistem ini, untuk makluman Yang Berhormat semua, sebagai langkah tindak balas ke atas serangan mata wang dan krisis ekonomi Asia pada 1997, kerajaan pada waktu itu telah mengecualikan cukai ke atas pendapatan yang bersumber dari luar dan di-remit-kan ke Malaysia yang membolehkan pembayar cukai menikmati pengecualian cukai.

Pengecualian cukai ini telah pun dinikmati pembayar cukai di Malaysia selama lebih 20 tahun. Kesatuan Eropah pada 5 Oktober 2021, dalam usahanya untuk meningkatkan tadbir urus cukai antarabangsa, telah pun meletakkan Malaysia dalam

final • 12:42 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz - Menteri Kewangan

senarai negara-negara yang tidak bekerjasama dengan piawaian cukai antarabangsa, in the grey list kerana pengecualian cukai ke atas pendapatan luar negara yang diberikan pada tahun 1997 dianggap sebagai rejim cukai yang berbahaya. Oleh itu, semasa Pembentangan Bajet 2022, kerajaan telah mengumumkan cadangan langkah menarik balik pengecualian cukai ke atas pendapatan pemastautin yang diterima dari luar negara mulai 1 Januari ini.

Selain daripada memainkan peranan ke peringkat antarabangsa, objektif utama langkah ini adalah untuk memberi layanan sama rata kepada semua pembayar cukai, terutamanya di dalam negara yang selama ini membayar cukai ke atas semua jenis pendapatan yang dijana dalam negara.

final • 12:42 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz - Menteri Kewangan

Lanjutan pengumuman tersebut untuk memperincikan pelaksanaan dasar, saya sendiri telah bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk pakar percukaian serta industri mengenai skop dan kenaan yang sewajarnya ke atas pembayar cukai untuk dasar ini.

Kenyataan bahawa dua sistem percukaian tidak dapat dipraktikkan tidak benar, secara asasnya kaedah percukaian individu dan syarikat sememangnya dua layanan yang berbeza. Sebagai permulaan, cukai individu dikenakan mengikut jadual iaitu kadar cukai berdasarkan jumlah penggajian yang diterima. Manakala cukai syarikat berdasarkan 24 peratus kepada semua syarikat yang perlu membayar cukai.

Yang Berhormat juga telah menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh selama- lamanya memberi pengecualian cukai dan pada suatu masa pengecualian ini ditarik balik.

Walaupun dari segi fakta ini adalah benar tetapi saya pasti selaku Yang Berhormat Bagan sebagai mantan Menteri Kewangan faham bahawa terdapat pengecualian cukai terutamanya kepada individu yang telah diberikan secara jangka panjang dan tidak pernah ditamatkan.

Izinkan saya untuk memberikan beberapa contoh.

(i) faedah yang diterima daripada simpanan tetap ini adalah suatu contoh baik iaitu syarikat dikenakan cukai bagi faedah yang diterima daripada simpanan tetap tetapi individu sememangnya dikecualikan;

(ii) cukai pegangan bagi pembelian perisian (software). Individu yang membeli perisian tidak perlu membayar cukai pegangan manakala syarikat perlu membayar cukai pegangan; dan

(iii) penjualan harta tanah selepas tahun kelima. Melalui Bajet 2022, individu yang menjual harta tanah selepas tahun kelima tidak lagi perlu membayar cukai keuntungan harga tanah manakala syarikat masih lagi perlu membayar.

Jadi, contoh-contoh ini ternyata layanan cukai bagi individu dan syarikat adalah berbeza dan tidak wajar disamakan dan tidak berasas apa yang disebut oleh Yang Berhormat.

Kedudukan kewangan negara. Selanjutnya Yang Berhormat Labuan meminta penjelasan tentang kedudukan terkini kewangan negara dan sama ada kerajaan mampu membiayai dan melaksanakan obligasi yang dibuat sebelum ini. Bagi tahun 2021, kerajaan telah menyasarkan defisit fiskal pada 6.5 peratus kepada KDNK seperti yang diumumkan dalam Bajet 2022. Namun, berikutan prestasi hasil dan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, sukacita diumumkan bahawa defisit fiskal telah mencatat 6.4 peratus berbanding KDNK.

Yang Berhormat Labuan juga menyarankan untuk mempelbagaikan hasil supaya defisit dapat diturunkan dan kemapanan fiskal terjamin. Selaras dengan saranan tersebut, kerajaan komited melaksanakan konsolidasi fiskal bagi mencapai defisit antara 3 hingga 3.5 peratus kepada KDNK menjelang hujung 2025 selari dengan sasaran RMKe-12.

Kerajaan juga komited untuk melaksanakan langkah pembaharuan institusi yang

final • 12:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz - Menteri Kewangan

melibatkan penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal yang akan dibentangkan di Dewan yang mulia ini, penggunaan strategi hasil jangka sederhana serta kajian semula perbelanjaan awam dalam memastikan tadbir urus fiskal dan kemapanan jangka sederhana dan panjang.

Pelaksanaan langkah konsolidasi fiskal disertai kutipan hasil yang lebih baik dijangka dapat memastikan kemapanan fiskal. Bajet 2022 telah diumumkan langkah tertentu untuk menjana hasil tambahan dan seperti Cukai Makmur dan juga pengenaan cukai atas pendapatan luar negara. Namun demikian, kerajaan telah mengambil pendirian untuk tidak perkenalkan cukai baharu dengan asas meluas. Pada masa ini, kerajaan mengutamakan pemulihan ekonomi negara dan tidak ingin membebankan rakyat dan perniagaan secara amnya.

Seperti yang dinyatakan Yang Berhormat Labuan, semua Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini telah pada Oktober tahun lepas dengan sebulat suara meluluskan peningkatan had statutori hutang negara kepada 65 peratus. Sehingga akhir Disember 2021, jumlah hutang statutori Kerajaan Persekutuan yang merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) berjumlah RM922 bilion atau 59.7 peratus daripada KDNK.

Bagi menyokong pemulihan ekonomi pada tahun 2022, hutang statutori berdasarkan Bajet 2022 dibenarkan meningkat kepada aras 63 peratus iaitu masih di bawah had 65 peratus KDNK yang diluluskan oleh Yang Berhormat sekalian. Kerajaan tidak pernah gagal bagi memenuhi obligasi kewangannya dan kerajaan ini akan terus menguruskan kewangan negara dengan bertanggungjawab supaya terus membayar tanggungannya. Jika berbangkit perkara luar jangka, kerajaan seperti yang dibuktikan sepanjang krisis COVID-19 akan bertindak secara proaktif bagi menangani segala cabaran sambil tetap memenuhi obligasinya.

Namun, saya tidak nafikan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Labuan bahawa kerajaan ini telah mewarisi obligasi hutang negara dan liabiliti yang tinggi. Ia telah mencecah lebih RM1 trilion sejak hujung tahun 2018 dan kian meningkat. Selain had hutang statutori seperti yang diluluskan oleh Dewan yang mulia ini, kerajaan masih perlu membayar khidmat hutang atas liability off-budget yang diwarisi.

Di samping itu kerajaan masih perlu menyediakan peruntukan untuk menanggung bayaran balik hutang seperti yang berkaitan dengan 1MDB. Sebagai contoh, memerlukan bayaran balik pinjaman lebih RM13 pada tahun 2023.

final • 12:50 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Minta izin, Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila.

final • 12:50 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Boleh?

final • 12:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Silakan, Yang Berhormat Bangi.

final • 12:50 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya soalan tentang 1MDB yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pekan, tiga perkara Yang Berhormat Pekan telah bangkitkan dalam Dewan dan juga di laman Facebook beliau.

Pertama ialah Yang Berhormat Pekan kata, “Tidak pernah membayar hutang pokok 1MDB yang menggunakan dana kerajaan”. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri untuk memberi penjelasan sama ada ini adalah tepat atau tidak.

Isu yang kedua ialah dalam laman web Facebook Yang Berhormat Pekan, beliau telah kata bahawa, “Kerajaan boleh menjimatkan bayaran faedah jikalau bon 1MDB boleh ditebuskan secara awal”. Adakah ini tepat atau tidak?

Ketiga, Yang Berhormat Pekan juga mendakwa bahawa pengambilalihan IPP swasta oleh 1MDB telah menjimatkan wang untuk kerajaan dan telah menambahkan rizab untuk wang tunai PETRONAS, adakah ini benar atau tidak? Terima kasih.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan hutang 1MDB terdapat sebenarnya beberapa Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara ini termasuklah Yang Berhormat Port Dickson dan juga Yang Berhormat Bagan.

Setakat 28 Februari 2022 dengan andaian kadar tukar wang asing USD1 bersamaan RM4.20 baki komitmen hutang 1MDB yang melibatkan bayaran prinsipal serta faedah tiga bon dan satu sukuk adalah sebanyak RM38.8 bilion. MOF juga ingin memaklumkan bahawa dana awam masih perlu digunakan dan pernah digunakan untuk menanggung hutang 1MDB sama ada dari segi bantuan langsung ataupun melalui dana pemulihan aset 1MDB.

Berikutan masalah kewangan yang dihadapi oleh 1MDB, kerajaan dari April 2017 hingga November 2021 telah menyalurkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman atau pendahuluan berjumlah lebih RM10 bilion melalui MOF dan juga Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan bagi tujuan membayar komitmen dan faedah hutang 1MDB.

Selain daripada bantuan kewangan langsung daripada kerajaan, faedah hutang 1MDB juga dibiayai dengan menggunakan dana pemulihan aset 1MDB, our recovery fund— unit trust yang dimasukkan ke dalam satu akaun amanah di bawah MoF yang diberikan nama, Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset atau dengan izin, asset recovery. Ini bermakna jumlah pembayaran yang telah dibuat oleh kerajaan adalah sebanyak RM13.31 bilion. Pada masa ini, dana Akaun Amanah yang masih berbaki sebanyak RM15.76 bilion tidak mencukupi untuk melunaskan kesemua prinsipal hutang 1MDB. Berdasarkan aliran tunai penyelesaian hutang 1MDB dengan mengambil kira jangkaan dana penyelesaian yang bakal diterima daripada Ambank sebanyak RM515 juta, serta baki jaminan pemulihan aset oleh Goldman Sachs sebanyak USD954 juta, kerajaan masih perlu menampung kekurangan atau shortfall keperluan dana berjumlah RM17 bilion bagi tujuan pelunasan baki prinsipal dan faedah hutang 1MDB sebanyak RM38.8 bilion untuk tempoh 2023 hingga 2039.

MOF juga ingin menjelaskan soalan kedua tadi daripada Yang Berhormat Bangi, penebusan awal terbitan bon 1MDB ini bukannya perkara mudah. Ini kerana ia perlu mendapatkan persetujuan pemegang bon dan juga melibatkan aspek undang-undang yang rumit serta keperluan untuk mereka bersetuju dengan harga penebusan awal. Jadi bagi bon-bon yang diterbitkan dalam Dolar Amerika, kerajaan juga rugi kerana nilai penebusan akan menjadi lebih tinggi berdasarkan kadar tukaran wang semasa. Juga serta harga bon 1MDB yang kini telah melonjak kerana interest rate, dengan izin kerana faedahnya yang jauh lebih tinggi berbanding kadar faedah semasa di pasaran.

Jadi, kerajaan akan terus memastikan hutang 1MDB dibayar pada masa yang telah ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya event of default yang bakal memberikan implikasi buruk kepada ekonomi negara kerana hutang-hutang kerajaan dijamin oleh Kerajaan Malaysia melalui jaminan kerajaan dan juga surat sokongan. Pada masa yang sama, kerajaan akan terus berusahalah untuk mendapatkan semula dana berkaitan 1MDB yang telah diseleweng sama ada melalui tindakan undang-undang mahupun rundingan penyelesaian bagi melunaskan hutang 1MDB dan juga mengurangkan beban kewangan kerajaan.

Soalan yang ketiganya ialah mengenai pembayaran pembaharuan dasar penentuan harga pengambilan IPP swasta ini telah menjimatkan wang untuk kerajaan dan menambahkan rizab tunai PETRONAS, apakah benar atau tidak? Ya, PETRONAS mematuhi pembaharuan dasar penentuan harga gas kepada IPP ini dikuatkuasakan oleh kerajaan sejak Mei 2011 di mana harga gas dijadualkan untuk kenaikan setiap enam bulan sehingga mencapai harga pasaran. Namun begitu, jadual tersebut tidak dilaksanakanlah seperti yang dirancangkan.

Dasar penentuan harga gas tidak berkait dengan rangka penstrukturan model IPP di Malaysia sama ada melibatkan 1MDB atau sebaliknya. Jadi, pembangunan gas asli masih memerlukan pelaburan besar yang berterusan di mana PETRONAS menggalas tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kelangsungan bekalan gas untuk sektor tenaga dan industri di Malaysia. Jadi, PETRONAS bukan dalam kedudukan untuk

final • 12:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

memberi sebarang ulasan pada masa ini berkaitan dengan pengambilalihan IPP oleh 1MDB yang telah menjimatkan wang untuk kerajaan.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Menteri, masa telah jam 1.00 tengah hari. Kita break dahulu sambung selepas ini. Ahli- ahli Yang Berhormat, sidang berhenti rehat untuk pukul 1.00 tengah hari. Terima kasih.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Kita mempersilakan – sambung balik Yang Berhormat Menteri Kewangan. Dipersilakan.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Boleh saya mulakan Tuan Yang di-Pertua? Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Cameron Highlands mengutarakan keperluan menyelenggarakan jalan di perkampungan Orang Asli termasuk jalan ...

final • 2:32 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim

Hebat.

final • 2:32 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

... yang tidak diselia MARRIS dan longkang yang tidak memenuhi keperluan. Kementerian Kewangan prihatin kepada keadaan penstrukturan jalan dan longkang di peringkat negeri. Peruntukan pemberian penyelenggaraan jalan negeri atau lebih dikenali sebagai pemberian MARRIS merupakan komponen pemberian negeri terbesar iaitu berjumlah RM4.9 bilion atau 64 peratus daripada jumlah pemberian negeri pada tahun 2021.

Bagi membantu kerajaan negeri mengoptimumkan peruntukan tersebut, Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa sentiasa menambah baik skop tatacara pengurusan pemberian MARRIS bagi memberi fleksibiliti kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan termasuk longkang. Majlis kewangan negara pada tahun 2020 telah memutuskan supaya kerajaan negeri dibenarkan membelanjakan sehingga 20 peratus atau RM50 juta yang mana terendah daripada peruntukan MARRIS untuk kerja penyelenggaraan jalan yang tidak mencapai piawaian minimum MARRIS seperti yang disebut Yang Berhormat Cameron Highlands.

Secara amnya peruntukan MARRIS hanya dibenarkan untuk pembaikan tetapi tidak untuk bina baru atau menaik taraf. Pun begitu berkenaan isu longkang yang tidak up to standard hingga menjejaskan laluan air sebagai kelonggaran MOF ingin memaklumkan bahawa kerajaan negeri dibenarkan untuk guna peruntukan MARRIS bagi kerja pembaikan, penggantian serta pengubahsuaian longkang bagi tujuan menambah baik saliran longkang atau parit sedia ada. Kerja sebegitu penting bagi mengelakkan kerosakan jalan dan mengelakkan banjir.

Sukacita Yang Berhormat Cameron Highlands dan juga sekarang Tuan Yang di- Pertua. Kita hendak umumkan – telah diumumkan pada 19 Mac yang lepas. MOF telah mengeluarkan surat kelulusan khas kepada semua kerajaan negeri membenarkan penggunaan peruntukan pemberian MARRIS bagi membiayai pembaikan dan penggantian kemudahan jalan, jambatan, parit, longkang dan cerun di jalan negeri yang rosak di sebabkan banjir. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Kota Belut telah membangkitkan berhubung peruntukan untuk negeri Sabah khususnya di bawah perkara 112D Perlembagaan Persekutuan. Seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pendirian perundangan daripada Jabatan

final • 2:32 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Peguam Negara bahawa formula perkara 112D tidak lagi terpakai kerana kajian semula ke atas pemberian khas telah dijalankan dan dipersetujui bersama di bawah perkara 112D Perlembagaan Persekutuan bagi tempoh tahun 1969 hingga tahun 1973.

Sekian lama perbezaan pendirian perguaman antara kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan mengakibatkan persetujuan bersama tidak tercapai sejak tahun 1973. Dengan itu kadar pemberian 112D telah kekal pada tahap RM26.7 juta sejak tahun 1973. Sekejap ya.

final • 2:32 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

[Bangun]

final • 2:32 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

[Bangun]

final • 2:32 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Sebagai tambahan, pegawai di Kementerian Kewangan juga akan merujuk kepada perlembagaan khususnya bahawa pemberian khas tertakluk kepada kemampuan kewangan negara. Sehubungan itu, cadangan berdasarkan asas 40 peratus akan mengakibatkan kedudukan defisit semasa iaitu perbelanjaan mengurus melebihi hasil yang tidak dibenarkan oleh Perlembagaan Malaysia. Kedudukan ini tidak boleh dibenarkan berlarutan lagi. Kerajaan Persekutuan komited untuk meningkatkan kadar pemberian di bawah seksyen 112D kepada Sabah dan Sarawak.

final • 2:32 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Yang Berhormat Menteri.

final • 2:32 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ini bukanlah kata- kata kosong. Kerajaan telah membuktikan kemajuan dapat dicapai dengan mengambil pendekatan pragmatik. Pada Disember 2021 Perjanjian Kerjasama Komersial telah berjaya dimeterai di antara Kerajaan Negeri Sabah dan Petronas yang akan memacu pembangunan sektor minyak dan gas di Sabah serta telah menyumbang kepada hasil tambahan RM1 bilion cukai jualan negeri diterima.

final • 2:32 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sepanggar kah atau Yang Berhormat Kota Belut?

final • 2:32 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Mungkin Yang Berhormat Kota Belut dahulu selepas ini Yang Berhormat Sepanggar. Saya rasa dia punya soalan pun berkait.

final • 2:32 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Kota Belut bangun dahulu tadi.

final • 2:32 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Cuma Yang Berhormat, sebab Perlembagaan 112C, 112D, 40 peratus adalah satu yang disebut dalam Perlembagaan. Jadi saya mahu tahu saya rasa Yang Berhormat Menteri belum jawab dengan saya lagi. Bila kerajaan negeri bersetuju ya dan siapa pemimpin yang terlibat?

final • 2:32 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih.

final • 2:32 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Okey sebenarnya soalan saya lebih kurang sama cuma saya ingin tambah sedikit Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan 40 peratus kutipan yang perlu cukai yang dikutip di negeri Sabah ini dan perlu ditinggalkan di negeri Sabah. Ia merupakan satu perjanjian, satu item yang termasuk di dalam perjanjian pembentukan Malaysia dahulu di dalam Perjanjian Malaysia tahun 1993.

Jadi, apabila Yang Berhormat Menteri menyebutkan bahawa ia tidak lagi menjadi persoalan kepada kita sebab ini merupakan benda yang baharu Yang Berhormat Menteri.

Rakyat Sabah saya yakin dan percaya mereka tidak tahu tentang ia sudah tidak terpakai sebab sepatutnya apabila ia dibincangkan di peringkat negeri dan Kerajaan Persekutuan ia sepatutnya dibincangkan bukan sahaja melalui pemimpin-pemimpin di negeri Sabah tetapi ia sepatutnya dibawa ke Dewan Undangan Negeri. Oleh sebab ini merupakan satu perjanjian yang ditandatangani di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Jadi, ia tidak boleh hanya sekadar ia sudah tidak terpakai hasil daripada perbincangan di peringkat Kabinet negeri. Ia sepatutnya dibincangkan sehingga ke peringkat Dewan Undangan Negeri. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 2:32 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Yang Berhormat Kota Belut.

final • 2:32 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Just tambahan sahaja sebab dalam masa kita berbahas masa peringkat kita berbahas meluluskan MA63 yang sedikit pada tahun lepas seingat saya Yang Berhormat Menteri, kita ada menyebut dan kita ada soal meminta jaminan bahawa Perlembagaan Persekutuan – saya lupa tetapi memang diberitahu memang akan terpakai selepas ini.

final • 2:32 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih. Ya, perbezaan pendirian ini adalah perbezaan pendirian perguaman antara Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan ini telah mengakibatkan persetujuan bersama tidak tercapai sejak tahun 1973. Akan tetapi saya yakin pendekatan yang seperti kita buat di kerjasama komersial yang telah berjaya dimeterai antara Kerajaan Negeri Sabah dan Petronas boleh juga dibuat di kerajaan negeri. Jadi pendekatan seumpama ini dan semangat jalinan kerjasama yang erat di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah pada masa ini akan dapat menghasilkan kata sepakatlah dalam perkara pemberian khas seksyen 112D ini. Dengan itu dalam tempoh terdekat pada tahun ini, Kerajaan Persekutuan akan dapat membayar tahap pemberian khas 112D yang lebih tinggi. Insya- Allah.

Yang Berhormat Beaufort dan Yang Berhormat Kelabakan juga telah memohon supaya peruntukan kepada Sabah dan Sarawak ditingkatkan selaras dengan harga minyak yang meningkat serta untuk memenuhi keperluan pembangunan negeri. Kerajaan komited untuk memastikan kemakmuran bersama untuk semua ahli Keluarga Malaysia mengambil kita keperluan pembangunan khususnya di Sabah dan Sarawak.

Kerajaan telah mengambil tindakan seperti berikut. Pertamanya Sabah dan Sarawak adalah negeri penerima pemberian tahunan terbesar dalam masing-masing RM1.16 bilion dan RM1.27 bilion iaitu lebih 30 peratus daripada keseluruhan pemberian kepada negeri.

final • 2:32 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Kedua dengan peningkatan harga minyak, kerajaan negeri akan menerima hasil tunai minyak lima peratus yang lebih tinggi. Di samping itu berikutan kejayaan Kerajaan Persekutuan memuktamadkan Perjanjian Kerjasama Komersial, kedua-dua kerajaan negeri juga menerima hasil tambahan cukai jualan negeri atas produk petroleum. Negeri Sabah dan Sarawak merupakan antara negeri dengan peruntukan perbelanjaan pembangunan ataupun development expenditure (DE) terbesar dengan masing-masing RM5.2 bilion dan RM4.6 bilion iaitu melebihi 20 peratus peruntukan DE kepada negeri.

final • 2:40 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Yang Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Di samping peruntukan DE, kerajaan juga telah menyokong pembangunan melalui pembiayaan secara off-budget untuk projek seperti Lebuhraya Pan Borneo. Fasa pertama Lebuhraya Pan Borneo Sabah sedang giat dijalankan dengan melibatkan 15 pakej dengan kos projek melebihi RM10 bilion di mana kemajuan setakat ini telah mencapai 52 peratus. Seperti yang baharu diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerajaan bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan 19 buah pakej kerja tambahan dengan kos lebih daripada RM15 bilion dengan jajaran sepanjang 367 kilometer dan tempoh pembinaan selama lima tahun.

Fasa pertama LPB Sarawak pula diluluskan dengan kos RM19 bilion yang dibiayai melalui DE sebanyak RM6 bilion dan bakinya RM13 bilion secara off-budget. Bagi melengkapi LPB Sarawak, kerajaan juga sekarang bersetuju untuk meneruskan dengan Projek Sarawak-Sabah Link Road dan juga Projek Lebuhraya Trans Borneo yang dianggarkan melibatkan kos melebihi RM10 bilion dengan jajaran 500 kilometer dan tempoh pembinaan selama lima tahun.

final • 2:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis - Kota Belud

Yang Amat Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Pengumuman bulan ini atas persetujuan Kerajaan Persekutuan membiayai projek lebuh raya di Sabah dan Sarawak ini bernilai lebih RM25 bilion tambahan. Jelas menunjukkan komitmen kerajaan memacu pembangunan untuk rakyat di Sabah dan Sarawak.

final • 2:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis - Kota Belud

Yang Amat Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Okey, Sepanggar, Sepanggar

final • 2:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Yang Berhormat Sepangar, silakan.

final • 2:40 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Yang Berhormat Menteri, balik kepada cerita yang saya sebutkan tadi. Ini berkenaan dengan isu masa depan rakyat negeri Sabah. Ini adalah sebab seingat saya apabila Perjanjian Malaysia dibentuk sebarang perubahan terhadap perjanjian ini ia perlu mendapat kelulusan daripada Dewan Undangan Negeri.

Saya masih ingat dahulu sewaktu kita membawa rang undang-undang tentang MA63, saya ingat rakan-rakan daripada Sarawak menyuarakan tentang kenapa tidak perkara ini dibawa ke peringkat Dewan Undangan Negeri. Sekarang ini apabila kerajaan yang ada pada hari ini meminda isi kandungan perjanjian ini tanpa membawa ke pengetahuan Dewan Undangan Negeri ini merupakan satu perkara yang sangat serius Yang Berhormat Menteri. Ia melibatkan proses undang-undang. Saya yakin dan percaya kalau tidak hari ini, besar kemungkinan akan datang akan timbul isu perundangan. Nanti apabila Kerajaan Persekutuan menggugurkan perkara yang terkandung di dalam Perjanjian Malaysia 1963 ini tanpa persetujuan Dewan Undangan Negeri Sabah.

Saya minta Yang Berhormat Menteri khususnya Menteri Kewangan ini lihat semula tentang perkara ini. Jangan semberono menggugurkan perkara-perkara yang terkandung di dalam Perjanjian Malaysia 1963 kerana implikasi masa depannya nanti akan melibatkan masa depan rakyat negeri Sabah dan Sarawak. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri, Kota Belud. Saya bersetuju dengan apa yang Yang Berhormat Sepanggar bawakan sebab ini soal Perlembagaan. Ini adalah sebab sebelum saya kira kebanyakan daripada MP Sabah kita bercakap tentang boleh dimaklumkan. Kalau dahulu tidak dimaklumkan, tidak boleh dimaklumkan, sekarang ini tiba-tiba ada formula baharu. Tadi Yang Berhormat Menteri kalau tidak silap saya dengar bagi tahu lebih tinggi daripada 40 peratus. Kemudian ada juga Yang Berhormat Menteri cakap tadi mungkin ada implikasi kewangan. Jadi saya mahu tahu formula macam mana? Sekarang sudah ada kata putus dan juga jumlah pemberian. Saya minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri nyatakan formula ini.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar dan juga Yang Berhormat Kota Belud. Selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, kajian semula pemberian khas memerlukan persetujuan bersama seperti yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Sepanggar. Persetujuan di antara Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri. Kerajaan Persekutuan komited untuk meningkatkan pemberian khas tetapi formulanya, jumlahnya belum lagi diputuskan kerana masih lagi dalam perbincangan. Apabila perbincangan itu selesai, kita akan membawa of course kepada Kabinet dan juga saya percaya Kerajaan Negeri Sabah juga akan – will be engaging kepada Dewan Undangan Negeri.

final • 2:40 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Kota Kinabalu.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya.

final • 2:40 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Berkaitan dengan peruntukan khas ini...

final • 2:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Sorry, boleh saya habiskan. Akan tetapi kita – yang saya komited di sini ialah komitmen kita untuk meningkatkan pemberian khas daripada RM26.7 juta sekarang.

final • 2:40 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Yang Berhormat Menteri apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Marudu di surat khabar tempatan. Beliau mengatakan bahawa kerajaan sudah memutuskan bahawa lima kali ganda daripada peruntukan khas sekarang. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri tadi jawab sekarang masih dalam proses untuk memuktamadkan. So, saya minta penjelasan.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya, seperti saya beri penjelasan tadi kita masih lagi dalam perbincangan. Di peringkat Persekutuan, kita ada Mesyuarat MA1963 yang akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Semasa mesyuarat ini dijalankan di situlah perbincangan akan diadakan.

final • 2:40 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Yang Berhormat Menteri tetapi kalau tengok kepada...

final • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Menteri ada hal-hal lain Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri banyak perkara lain.

final • 2:40 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

...Yang Berhormat Menteri...

final • 2:40 PM

Dato’ Haji Salim Shariff - Jempol

Hal-hal lain, you banyak lagi hendak bahas.

Banyak lagi tidak berjawab. .

final • 2:40 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

...Telah pun digugurkan di mana keputusan telah dibuat.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Menteri ada banyak hal lagi kami sedang menunggu ini. Kami bahas hari itu.

final • 2:40 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Banyak-banyak hal.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Saya telah memberi penjelasan.

final • 2:40 PM

Dato’ Haji Salim Shariff - Jempol

Jempol pun tidak menjawab lagi.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Baling punya ada soalan lagi Yang Berhormat Menteri tolong.

final • 2:40 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Menteri Kewangan bagi laluan atau tidak?

final • 2:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Kepada siapa?

final • 2:40 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Kepada...

final • 2:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Kepada Yang Berhormat Kuala Pilah.

final • 2:40 PM

Dato’ Haji Salim Shariff - Jempol

Jempol, bukan Kuala Pilah.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Sabah then kita hendak masuk. Kita hendak clear-kan Sabah then kita hendak masuk.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Yang Berhormat Baling. Boleh silakan.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali saya hendak ucapkan syabas dan tahniah kerana hari itu apabila saya bawa isu yang peniaga-peniaga kecil ini yang akaun dia ditutup secara semberono tidak disiasat dan sebagainya Yang Berhormat Menteri telah ambil tindakan, Bank Rakyat sudah ambil, Bank Negara sudah masuk campur dan masih ada lagi satu dua kes lagi. Minta Bank Negara lebih meneliti lagi supaya mengikut SOP seperti Yang Berhormat Menteri sebut, dia bukan tutup terus, panggil gantung dahulu akaun itu dahulu selepas itu suspend that account later siasat baru ambil tindakan. Terima kasih.

Kedua yang mustahak ini yang saya hendak sebut adakah Yang Berhormat Menteri sedar kita ini ada orang miskin baharu sekarang. Miskin baharu ini di kalangan

final • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

dahulu dia T20, sekarang sudah jadi B20. Antaranya pilots, engineers dan sebagainya yang gaji mereka yang melebihi RM10,000. Saya bawa dalam perbahasan saya hari itu.

Mereka ini ada duit RM300,000, RM500,000, RM700,000, RM900,000 malah ada yang RM1 juta, RM1 juta lebih dalam KWSP mereka.

Hari ini mereka tidak ada tanah untuk mengusahakan dan sebagainya duduk di kawasan bandar. Jadi mereka minta Yang Berhormat Menteri untuk tengok balik KWSP beri ruang dan peluang untuk mereka keluarkan wang mereka yang ada RM300,000, RM400,000 itu, 10 percent, 20 percent untuk mereka hendak mulakan hidup baharu.

Apakah Yang Berhormat Menteri punya pandangan berkaitan dengan isu yang saya bawa ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Silakan Yang Berhormat Jempol.

final • 2:40 PM

Dato’ Haji Salim Shariff - Jempol

Ya terima kasih. Oleh kerana masa tinggal tujuh minit. Mungkin soalan ini tidak sempat dijawab ataupun ada dalam senarai untuk dijawab tentang perbahasan saya pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang disebutkan dahulu. Apa yang saya sebut sebelum ini kerajaan memberi i-Lestari, i-Sinar, i-Citra. Ini saya pohon supaya i-Citra juga – i-Ceria dipertimbangkan.

Saya ingat topik ini belum sampai lagi kerana masa hanya tinggal enam minit.

Mohon kepada Yang Berhormat Menteri untuk beri pencerahan tentang permohonan mereka ini. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. Dalam perbincangan di dalam Parlimen ini kita telah dengar banyak tentang isu perbelanjaan akibatnya banjir di dalam negara kita. Saya hendak tahu apakah rancangan panjang dari Kementerian Kewangan untuk kita atasi masalah banjir ini bukan sahaja di dalam Kuala Lumpur tetapi di dalam negeri di Kelantan, Pahang, Terengganu dan sebagainya. Tanpa mengadakan satu dana yang besar kita tidak akan atasi masalah ini. Apa cadangan ataupun fikiran dari Kementerian Kewangan untuk kita atasi masalah ini?

Nombor dua, di dalam Dewan ini tadi sebelum pukul 1.00 tengah hari Yang Berhormat telah menjawab tentang hutang 1MDB ini. Saya hendak dengar dari kementerian tentang pembayaran untuk 1MDB. Adakah kita gunakan dana dan simpanan kerajaan, duit kerajaan ataupun ada juga Yang Berhormat Pekan bawa bahawa kita gunakan kewangan dari KWAP dan sebagainya. Is that true or not? Ini adalah sebab ini penting untuk kita faham sesuatu isu yang penting di dalam negara kita pada masa ini untuk atasi masalah perhutangan negara kita untuk masa depan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Yang Berhormat Menteri Papar minta laluan. Papar.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Boleh saya jawab tidak, ada tiga buah soalan saya hendak menjawab.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Okey.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Biar saya jawab dahulu tiga buah soalan ini. Melainkan ia berkaitan dengan KWSP ataupun soalan 1MDB tadi.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Berkenaan dengan peruntukan tahunan.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Okey boleh saya jawab dahulu soalan...

final • 2:40 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Okey, okey.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

...Daripada Yang Berhormat Baling dan juga Yang Berhormat Jempol. Yang Berhormat Baling, kerajaan mengenai KWSP ini kita juga telah membuka permohonan BKM ataupun Bantuan

final • 2:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Keluarga Malaysia pada bulan Januari 2022. Pemohon yang telah mengalami kejatuhan pendapatan isi rumah layak memohon.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Betul apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Kalau kita lihat lebih hampir 700,000 permohonan baharu diterima dan mereka akan dipertimbangkan berdasarkan dasar pendapatan terkini. Bagi mereka yang mempunyai lebih daripada RM1 juta Yang Berhormat, mereka sebenarnya dibenarkan untuk mengeluarkan wang daripada KWSP kalau mereka perlukan mengeluarkan duit, kalau mereka mempunyai baki simpanan RM1 juta atau lebih mereka mengeluarkan.

Yang Berhormat Jempol yang ditanya tadi sebenarnya juga telah ditanya dan di bahas oleh Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Lanang dan juga Yang Berhormat Setiu. Seperti semua Ahli Yang Berhormat sedia maklum, tiga program yang disebut tadi i-Lestari, i- Sinar dan i-Citra merupakan pengeluaran pra-persaraan yang diperkenalkan sebagai langkah sementara.

Saya ulangi ini langkah sementara bagi membantu kelangsungan hidup ahli dalam menempuh impak pandemik COVID-19 semasa PKP. Malah, negara-negara lain seperti Australia, Chile dan Peru juga telah membenarkan akses awal kepada simpanan persaraan bagi membantu rakyat menangani cabaran COVID-19. Akan tetapi sekarang ini tidak lagi membenarkan program pengeluaran ini. Singapura pula langsung tidak membenarkan sebarang pengeluaran dana persaraan atas tujuan COVID-19.

Balik kepada Malaysia, secara keseluruhan, di bawah ketiga-tiga pengeluaran ini seperti Yang Berhormat maklum, KWSP telah mempunyai akses kepada dana persaraan mereka sampai RM71,000 telah keluar untuk setiap seorang, up to RM71,000. Pengeluaran khas ini telah memanfaatkan lebih 70.3 juta ahli atau 58 peratus daripada semua ahli dengan amaun pengeluarannya berjumlah RM101 bilion.

Walaupun inisiatif ini sememangnya telah meringankan beban ahli yang memerlukan Yang Berhormat Jempol, tetapi namun pengeluaran khas ini telah mengakibatkan pengurangan simpanan persaraan yang ketara susulan pengeluaran berjumlah RM101 bilion seramai 6.1 juta ahli ataupun 48 peratus daripada ahli di bawah umur 55 tahun hanya mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000.

Seterusnya sebenarnya sebelum ini saya tidak pernah sebut tetapi tanpa pengeluaran-pengeluaran tersebut kadar dividen bagi simpanan konvensional yang diumumkan oleh KWSP bagi tahun 2021 sepatutnya boleh mencecah sehingga 6.7 peratus berbanding dengan 6.1 peratus yang diumumkan baru-baru ini. Ini bermakna RM5.4 bilion daripada segi dividen tambahan boleh diagihkan kepada semua ahli KWSP jika pengeluaran sebelum ini tidak dibuat.

Kehilangan RM5.4 bilion daripada dividen ini telah menyebabkan lebih kurang 5.3 juta ahli yang tidak pernah mengeluarkan wang simpanan mereka melalui mana-mana skim pengeluaran sebelum ini terpaksa menerima pulangan yang lebih rendah ke atas simpanan mereka. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat sekalian yang juga mewakili pencarum yang tidak perlu mengeluarkan simpanan mereka adakah ini adil?

Kedua, sekiranya dibenarkan pengeluaran RM10,000 secara one-off bilangan ahli yang layak membuat pengeluaran adalah dijangka seramai 6.3 juta orang ahli. Ini berkemungkinan melibatkan pengeluaran tambahan berjumlah sekurang-kurangnya RM63 bilion. Sekiranya pengeluaran tambahan dibenarkan, KWSP perlu melaksanakan pengimbangan portfolio dan impaknya mungkin lebih daripada nilai pengeluaran berjumlah RM63 bilion.

Jadi kalau kita hendak sediakan nilai pengeluaran berjumlah RM63 bilion, KWSP perlu menjual lebih banyak aset pelaburan luar negara dalam keadaan pasaran yang tidak menentu seperti yang difahami Tuan Yang di-Pertua dengan krisis Rusia, Ukraine dan sebagainya dan juga memberhentikan pelaburan dalam negara untuk tempoh jangka

final • 2:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

pendek dan sederhana. Langkah ini akan terus memberi impak negatif kepada pasaran saham dan juga bon tempatan.

Antara kesan buruk yang perlu saya sebut di sini dan belum pernah disebut adalah berlaku pada pasaran bon tempatan ini termasuklah kadar faedah Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) yang telah meningkat dalam kadar purata 100 mata asas berbanding suku ketiga tahun 2020 dan menyebabkan kos pinjaman bagi kerajaan di masa hadapan meningkat dengan ketara serta kerugian portfolio bagi peserta-peserta pasaran.

Sebagai contoh bagi keseluruhan tahun 2021, jumlah pinjaman kasar bagi MGS ini RM83 bilion. Ini bermakna kerajaan menanggung tambahan bayaran faedah berjumlah RM830 juta setahun. Bayangkan nilai ini sepatutnya dapat digunakan bagi pelbagai program dan bantuan kewangan untuk rakyat. Jadi, kenaikan lanjut kadar faedah ini juga akan menyebabkan kerugian yang lebih besar serta terus meningkatkan sentimen negatif peserta pasaran terhadap pasaran kewangan tempatan.

final • 2:50 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Menteri perlu masa?

final • 2:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Perlukan lagi dua minit hendak jawab Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Kasi lagi lima minit, Papar mahu juga.

final • 2:50 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Tiga minit.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Tiga minit. Satu lagi last mengenai KWSP supaya saya diberi sedikit penjelasan. Kita juga perlu sedar bahawa KWSP ini sebagai pemegang tunggal terbesar MGS dengan pegangan berjumlah RM240 bilion. Ini 27 peratus daripada nilai keseluruhan dalam pasaran bon MGS. Jadi, bagi syarikat tersenarai di pasaran saham pula pegangan saham pula pegangan KWSP adalah kira-kira 16 peratus. Ini RM272 bilion daripada nilai keseluruhan yang berjumlah lebih RM1.7 trilion. Bagi pelaburan bon-bon korporat pula pegangan KWSP pula adalah 21 peratus RM166 bilion.

Jadi, apabila kedudukan KWSP sebagai salah satu pelabur terbesar di pasaran saham dan bon tempatan terjejas, ada dua perkara yang akan juga terjejas. Pertama, kebolehan KWSP untuk menjana pulangan dividen kepada ahli seperti yang saya sebut tadi. Kalau tidak dikeluarkan tahun lepas, pulangannya 6.7 peratus berbanding dengan 6.1 peratus. Begitu juga peranan KWSP dalam menyediakan kecairan modal bagi pasaran bon kerajaan di mana kos meminjam kerajaan akan naik dan telah pun naik sebanyak 100 peratus basis point about one percent dengan izin dan ini akan mengakibatkan kos yang lebih tinggi kepada kerajaan yang sebenarnya boleh digunakan untuk menolong rakyat dan juga membangunkan negara.

Bagi menjawab Yang Berhormat Kuala Langat, perancangan untuk menangani masalah banjir, seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 4hb Mac yang lepas, kerajaan komited untuk meningkatkan peruntukan berkaitan projek tebatan banjir. Untuk Rancangan Malaysia Ke-12 Yang Berhormat Kuala Langat, sebanyak RM1 bilion DE disediakan. Akan tetapi dalam pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini kerajaan juga akan menambah peruntukan sebanyak RM15 bilion sehingga tahun 2030 berbanding dengan hanya RM1 bilion pada tahun ini. Silakan Yang Berhormat Papar.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan juga kepada Yang Berhormat. Saya di sini ingin menyuarakan keluhan- keluhan orang-orang Sabah yang mana saban tahun kita didendangkan dengan peruntukan-peruntukan yang begitu besar RM5.1 dan RM5.2 bilion. Akan tetapi apa yang terjadi ialah tidak kesemua peruntukan itu datang ke negeri Sabah. Jadi, apa yang saya ingin katakan di sini di manakah kesilapannya? Bagaimana caranya untuk kita mengatasi kesilapan ini untuk negeri Sabah supaya mereka dapat menjalankan pembangunan, projek-projek pembangunan tanpa terjejas disebabkan oleh kekurangan dana. Terima kasih. Soalannya pendek sahaja.

final • 2:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Padang Serai sikit. Ini berkenaan – okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya, baru-baru ini bayaran income tax tahunan untuk syarikat-syarikat kecil, dulu dia bagi kelonggaran di mana mereka boleh bayar beransuran. Akan tetapi baru-baru ini dapat arahan perlu dibayar sekali gus. Ini membebankan syarikat-syarikat kecil. Kalau boleh bagi kelonggaran. Mana mereka bukan tidak mahu bayar, bayar. Akan tetapi bagi ansuran, bagi kelonggaran sikit Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih. Saya jawab dulu soalan ini Yang Berhormat. Kerajaan Persekutuan akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan peruntukan yang disediakan di bawah DE ini untuk negeri Sabah terutamanya dibelanjakan sepenuhnya. Kita pun telah membentuk jawatankuasa pemantauan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di mana semua negeri termasuklah Sabah akan the oversight committee ini akan melihat setiap bulan progress dengan izin sama ada perbelanjaan dibuat atau tidak dan kenapa kelewatan. Jadi kita ada report card dengan izin untuk semua perbelanjaan ataupun peruntukan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan kepada semua negeri.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Baik, terima kasih.

Mengenai cukai Yang Berhormat Padang Serai, untuk makluman Yang Berhormat bayaran ansuran untuk pembayaran cukai ini telah diberikan sehingga Jun 2022 bagi tahun ini. Sebenarnya dia memang sudah diumumkan pun dalam Bajet 2022 di mana bayaran ansuran untuk pembayaran cukai terutamanya untuk semua syarikat PKS yang telah diberikan sehingga akhir bulan Jun 2022 tahun ini. Terima kasih Yang Berhormat daripada saya.

final • 2:50 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Saya percaya ada soalan-soalan yang tidak dijawab. Mohon Yang Berhormat Menteri jawab dalam lima hari ya. Tulis.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Insya-Allah Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Seterusnya kita mempersilakan kepada Menteri Kementerian Kerja Raya.

final • 2:50 PM

Menteri Kanan Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada 36 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi pembahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja yang menyentuh isu-isu di bawah kuasa Kementerian Kerja Raya sepanjang minggu perbahasan yang lalu.

final • 2:59 PM

Menteri Kanan Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan. Saya akan menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin bagi memberikan jawapan bagi setiap soalan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut.

Saya akan menjawab berdasarkan tajuk-tajuk berikut:

(i) pertama Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya

(HNDP 2030);

(ii) Trans Borneo dan Sarawak-Sabah Link Road (SSLR);

(iii) Lebuhraya Pan Borneo Sabah;

final • 3:00 PM

Menteri Kanan Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

(iv) lebuh raya bertol;

(v) kenaikan kos harga bahan binaan;

(vi) kebajikan jurutera; dan

(vii) penyelenggaraan jalan persekutuan dan projek dan isu-isu spesifik; Yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, yang mana saya mohon izin daripada Tuan Yang di-Pertua, jika masa tidak mengizinkan nanti, saya akan menjawab soalan spesifik ini secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Hulu Langat membangkitkan tentang isu sama ada Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya 2030 mengambil kira jajaran jalan raya yang kerap berlaku bencana. Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya 2030 merupakan pelan induk yang dibangunkan oleh Kementerian Kerja Raya untuk dijadikan panduan dan rujukan dalam perancangan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya Kebangsaan. Dalam penyediaan HNDP 2030 ini, selain daripada perancangan pembangunan peringkat Persekutuan, negeri dan Koridor Pembangunan Wilayah serta aspek teknikal yang meliputi analisis unjuran trafik, guna tanah, penilaian ekonomi dan sosioekonomi, aspek alam sekitar turut diambil kira.

HNDP 2030 mengambil kira keperluan untuk meminimumkan kesan terhadap persekitaran alam semula jadi di mana ia merupakan antara faktor utama yang harus dikaji dalam penyediaan HNDP 2030 ini. Mengetahui cabaran dan mengekalkan keseimbangan antara pembangunan jalan dan kesejahteraan alam sekitar, saringan alam sekitar telah dijalankan untuk rangkaian jalan raya yang dirancang di mana saringan ini dapat mengenal pasti reseptor sensitif alam sekitar, menilai potensi impak negatif pembangunan yang akan dicadangkan dan mengesyorkan strategi untuk mengelakkan serta meminimumkan kesan terhadap persekitaran alam semula jadi.

Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menekankan aspek pembangunan wilayah dan pertumbuhan ekonomi yang seimbang antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Pembangunan infrastruktur terutamanya Lebuhraya Pan Borneo, Sarawak-Sabah Link Road dan Lebuhraya Trans Borneo menjadi keutamaan dan perhatian Kerajaan Persekutuan. Komitmen ini ditegaskan sekali lagi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 4 Mac 2020 semasa mengumumkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri mengenai projek-projek kerajaan yang akan dilaksanakan dan diteruskan bagi tempoh lima ke-10 tahun yang akan datang.

Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Kalabakan dan Yang Berhormat Selangau menyuarakan agar projek Trans Borneo dan SSLR dapat dipercepatkan dan berjalan lancar. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, projek SSLR iaitu Lawas ke Persimpangan Long Lopeng kini dalam pembinaan. Bagi cadangan pelaksanaan projek SSLR fasa dua yang melibatkan tiga buah pakej. Pakej satu sepanjang 137 kilometer, pakej dua sepanjang 98 kilometer dan pakej tiga sepanjang 91 kilometer. Jumlah keseluruhan yang dianggarkan adalah sepanjang 326 kilometer.

Manakala bagi cadangan pembinaan projek Lebuhraya Trans Borneo pula melibatkan tiga seksyen iaitu seksyen Miri sepanjang 4.95 kilometer, seksyen Limbang sepanjang 57.3 kilometer dan seksyen Lawas sepanjang 34.1 kilometer. Jumlah keseluruhan jajaran terlibat adalah sepanjang lebih kurang 96.35 kilometer.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, cadangan pelaksanaan projek SSLR fasa dua projek dan projek LTB telah mendapat kelulusan secara prinsip berdasarkan Mesyuarat Kabinet pada 4 Mac 2022. Dengan pelaksanaan fasa dua SSLR fasa dua dan projek LTB ia bukan sahaja akan menambahbaikkan jaringan jalan raya di Sarawak dan melengkapkan jaringan jalan raya ke negeri Sabah dan Negara Brunei Darussalam bahkan bakal mewujudkan peluang pekerjaan, pemangkin pembangunan sosioekonomi dan menyediakan laluan perjalanan yang lebih pantas, selesa dan selamat bagi penduduk di Sarawak khususnya.

final • 3:00 PM

Menteri Kanan Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini mengambil maklum dan sedang menyusun strategi pembangunan rangkaian jalan raya terkini susulan pengesahan perpindahan ibu negara Indonesia ke Nusantara, salah satu daripada projek yang dikenal pasti adalah projek Lebuhraya Trans Borneo jajaran Kalabakan ke Serudong yang merupakan sebahagian daripada jajaran Lebuhraya Trans Borneo.

Seperi dinyatakan sebelum ini, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini akan meneliti cadangan Projek Lebuhraya Trans Borneo jajaran Kalabakan-Serudong dan akan mempertimbangkan untuk diangkat kepada agensi pusat di dalam Rolling Plan yang akan datang, tertakluk kepada keutamaan projek dan ketersediaan siling peruntukan pembangunan kementerian ini.

final • 3:00 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Sedikit Yang Berhormat Menteri.

Kalabakan.

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Sila-sila.

final • 3:00 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Terima kasih atas pernyataan tentang Trans Borneo. Saya juga ingin mengambil perhatian Yang Berhormat Menteri bahawa dengan adanya lebuh raya ini, projek CIQ yang pernah diluluskan juga harus diambil perhatian. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Perkara ini akan dibawa bersama dalam permohonan kita dalam Rolling Plan seterusnya. Cuma CIQ itu nanti akan berada di bawah KDN yang akan memohon, bahagian kita untuk memohon untuk kemudahan jalan raya.

final • 3:00 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Baru Bian - Selangau

Selangau.

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Sila, sila.

final • 3:00 PM

Tuan Baru Bian - Selangau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar tadi bahawa kementerian akan meneruskan fasa kedua SSLR. Soalan saya ialah, bilakah ini akan dimulakan dan ongkos yang akan dibiayai kalau diluluskan? Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Secara prinsip ia sudah diluluskan. Sebentar tadi Yang Berhormat Menteri Kewangan sudah mengatakan keseluruhan projek untuk SSLR dan Trans Borneo ini lebih kurang RM10 bilion. Apabila sahaja kita mendapat kelulusan dan dimuktamadkan maka insya-Allah kita akan dapat memulakan dengan secepat yang mungkin.

Saya beralih kepada Lebuhraya Pan Borneo Sabah. Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Libaran telah membangkitkan isu berkaitan Lebuhraya Pan Borneo Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua pelaksanaan projek fasa satu Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dengan anggaran jarak keseluruhan 706 kilometer dibahagikan kepada 35 Pakej Kerja di mana kaedah asal pelaksanaan projek ini melalui rakan pelaksana projek ataupun dengan izin, project delivery partner (PDP).

Bermula pada tahun 2016, proses lantikan diuruskan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. walau bagaimanapun, perubahan kerajaan pada tahun 2018 telah menamatkan perjanjian PDP dan JKR Sabah telah dilantik sebagai pelaksana. Penamatan ini memberi kesan kepada proses penelitian pembiayaan melalui terbitan sukuk, bon oleh Dana Infra seperti projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

Pada awalnya penamatan PDP dijangka akan memberi penjimatan kepada kerajaan khususnya tiada keperluan pembayaran yuran PDP. Walau bagaimanapun, perubahan model pelaksanaan tersebut telah mengakibatkan kelewatan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, ditambah pula dengan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Penamatan PDP ini juga memberi kesan ke atas pentadbiran

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

projek, perubahan kontrak, kebajikan kakitangan-kakitangan yang terlibat dan keperluan penambahbaikan kapasiti dan kepakaran teknikal JKR Sabah sedia ada.

Susulan penamatan PDP ini juga, hanya 15 Pakej Kerja diteruskan pelaksanaannya secara konvensional di mana JKR Sabah bertindak sebagai pegawai penguasa ataupun superintending officer, dengan izin, bagi memantau pelaksanaan projek dan kos dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan menggunakan peruntukan pembangunan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kerajaan sekarang yang diterajui oleh pentadbiran baharu komited bagi memastikan kelangsungan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah di mana sejumlah RM1 bilion telah diperuntukkan setiap tahun. Manakala kelulusan prinsip telah diperoleh bagi pelaksanaan baki Fasa Satu Lebuhraya Pan Borneo Sabah sebanyak 19 Pakej Kerja dan tempoh pembinaan selama lima tahun, sekali gus melengkapkan keseluruhan fasa satu Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Berhubung isu kepakaran teknikal, isu tersebut berkait dengan penguatkuasaan Arahan Perbendaharaan (AP182) bagi projek-projek Kerajaan Persekutuan di Sabah dan Sarawak. Sebagai rekod, AP182 antara lain telah menggariskan tentang kebertanggungjawaban dan mandat pada Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran....

final • 3:00 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Sedikit Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

...selaku jabatan teknik persekutuan bagi melaksanakan semua projek pembangunan fizikal yang dibiayai untuk...

final • 3:10 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar.

final • 3:10 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Sedikit Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

...di negara ini. Ia melibatkan semua proses pelaksanaan projek termasuklah perolehan, penentuan skop, kos projek dan lain-lain.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar, Papar.

final • 3:10 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Kota Kinabalu.

final • 3:10 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Kalabakan juga.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Saya bagi Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Kalabakan dan Yang Berhormat Kota Kinabalu.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Ya sama sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Alhamdulillah pembinaan Pan Borneo berjalan dengan lancar walaupun ia sedikit perlahan. Akan tetapi saya yakin dan percaya ia dapat diselesaikan dalam masa yang tertentu. Lebuhraya Pan Borneo ini sangat penting kepada orang-orang Sabah. Akan tetapi ada juga orang-orang kampung seperti di Kampung Kawang, mereka ini tidak begitu selesa dengan adanya Pan Borneo disebabkan oleh mereka terpaksa setiap hari membazirkan wang ringgit disebabkan oleh u-turn yang belum dibuat oleh kerajaan walaupun permohonan ini telah dibuat sejak 2019.

Untuk pengetahuan Dewan ini, mereka terpaksa meredah empat kilometer untuk membuat u-turn masuk ke Kampung Kawang. Bayangkan kalau setiap hari setiap orang masuk dan keluar kampung itu dua tiga kali, berapakah duit yang akan dibazirkan oleh mereka. Jadi saya memohon kepada kerajaan dan juga kepada JKR Malaysia supaya mempercepatkan permohonan mereka ini sekali dan untuk selamanya. Terima kasih banyak-banyak.

final • 3:10 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Kalabakan dahulu. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, dengan peruntukan RM1 bilion setahun bilakah agaknya Pan Borneo boleh disiapkan di Sabah? Terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Ya Yang Berhormat Menteri. Soalan saya kepada cadangan PFI yang selalu disyorkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan

final • 3:10 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

selaku Timbalan Ketua Menteri Sabah. Beliau selalu katakan PFI model yang paling bagus untuk mempercepatkan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dan Yang Berhormat Menteri pernah berjanji untuk menyelidik dan mengkaji soal ini. So, apakah keputusan kementerian?

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Untuk Yang Berhormat Papar, kalau ikut secara prinsipnya u-turn akan ada setiap dua kilometer. Akan tetapi nanti saya akan teliti balik apa yang telah dikemukakan, keluhan daripada rakyat kita di kawasan tersebut dan saya akan bawa JKR Negeri Sabah untuk berbincang, melihat kembali segala design yang telah dimuktamadkan di mana permasalahannya dan di mana kita hendak tambah baik.

Akan tetapi dalam proses pelaksanaan, ia akan mengambil masa disebabkan:

(i) design yang telah dimuktamadkan;

(ii) melibatkan peruntukan; dan

(iii) design yang baharu, bagaimana hendak menyesuaikan.

Ia mungkin mengambil sedikit masa dan beri saya peluang untuk melihat kembali perkara ini.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Untuk Yang Berhormat Kalabakan, tadi sudah dinyatakan. Sekarang ini tempoh pelaksanaan. Bila PDP dan penamatan yang dilaksanakan oleh Pakatan Harapan dahulu, menyebabkan tiada peruntukan. Walhal 35 packages yang telah dikemukakan dahulu sebenarnya diluluskan siap dengan peruntukan termasuklah kaedah yang menggunakan DanaInfra. Akan tetapi apabila perubahan kerajaan, maka DanaInfra itu telah dibatalkan dan hanya menggunakan peruntukan pembangunan RM1 bilion satu tahun.

Sebab itu hanya di Sabah 15 packages sahaja yang boleh dilaksanakan dan tiap- tiap tahun packages yang baharu ini bergantung dengan berapa banyak dana yang ada.

Akan tetapi sudah diumumkan tadi dan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga bahawa Kabinet sedang memutuskan 15 packages nanti akan dibuat baharu dan akan digunakan peruntukan tambahan yang akan digunakan serentak- akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Itu sudah dijawab tadi.

Untuk Yang Berhormat Kota Kinabalu, apa yang dibangkitkan tadi ialah yang dibangkitkan kaedah pelaksanaan. Itu yang kita gunakan, kaedah pelaksanaan dengan peruntukan melalui off-budget yang diumumkan Yang Berhormat Menteri Kewangan tadi.

Maka dengan peruntukan DanaInfra ini maka dapat disegerakan balance 15 packages untuk Fasa 1 Sabah. Dibangkitkan oleh Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri Sabah ialah berhubung kait dengan AP 182 dan AP 182 saya masih menjawab, belum habis menjawab tadi ada interjection. Jadi saya akan sambung.

Jadi Kementerian Kerja Raya mengambil maklum mengenai tuntutan oleh Kerajaan Sabah dan Sarawak di mana ia acap kali dibincang sebelum ini. Perkara ini termasuk dalam salah satu agenda rundingan perjanjian Malaysia tahun 1963 (MA63).

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada masa kini perkara tersebut sedang diteliti oleh Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu iaitu salah satu Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Majlis Khas MA63. Keputusan daripada jawatankuasa ini akan dibawa untuk pertimbangan Majlis Khas MA63 yang dipengerusikan bersama oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan juga Yang Amat Berhormat Premier Sarawak. Jadi itu untuk isu AP 182. Ia insya-Allah akan diselesaikan dalam jawatankuasa tersebut. Okey Yang Berhormat Kota Kinabalu?

Saya beralih kepada isu yang dibangkitkan iaitu lebuh raya bertol. Ahli Yang Berhormat Bukit Mertajam dan Ahli Yang Berhormat Rasah telah membangkitkan tentang isu masalah kesesakan di laluan RFID di Lebuhraya PLUS.

Untuk makluman Dewan dan rakan Yang Berhormat sekalian, saya telah menjawab dengan panjang lebar mengenai isu RFID ini semasa hari pertama sidang Dewan bermula pada 1 Mac 22. Jadi kementerian sentiasa peka dan mengambil kira keluh

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

kesah rakyat dan dengan ini usaha penambahbaikan berterusan oleh pihak konsesi ke atas lorong RFID di sepanjang jajaran Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) giat diusahakan.

Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pengguna, mereka masih boleh membuat pilihan pembayaran tol sama ada menggunakan mod pembayaran secara Touch n Go, SmartTAG atau RFID.

Ini adalah bagi memastikan pengguna mempunyai pilihan dan tidak merasa terbeban untuk berubah menggunakan teknologi sistem pembayaran tol yang baharu.

Kementerian komited dalam memastikan kelancaran pelaksanaan sistem kutipan tol tanpa henti yang dikenali sebagai multilane free flow akan dapat dilaksanakan pada tahun 2025. Penggunaan pendekatan teknologi RFID ini akan sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan objektif pelaksanaan teknologi ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Yang Berhormat Sungai Petani membangkitkan tentang isu kemudahan di sepanjang lebuh raya terutama tempat perhentian untuk motosikal berteduh ketika hujan bagi mengelakkan mereka berhenti di bawah flyover yang mengundang kemalangan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kawasan teduhan motosikal adalah merupakan salah satu daripada kemudahan tambahan lebuh raya di mana penunggang motosikal boleh berhenti untuk berteduh ketika hujan lebat dan ketika berada jauh dari kawasan rehat dan hentian sebelah yang menyediakan tempat untuk penunggang motosikal berehat.

Terdapat sebanyak 186 buah kawasan teduhan motosikal di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan yang berasingan dan di bawah jambatan. Lokasi kawasan teduhan motosikal ditandakan di papan tanda lebuh raya untuk membantu penunggang motosikal bergerak ke lokasi tersebut dengan selamat. Semua jambatan di lebuh raya mempunyai ruang di antara tiang jambatan dan cerun jambatan di mana disediakan rel hadang ataupun guard rail dengan izin, supaya penunggang dapat berteduh dan berlindung di belakang rel hadang.

Namun ada segelintir penunggang yang ada di luar rel hadang yang boleh mengundang bahaya. Ia mungkin disebabkan kesesakan, tak dapat semua masuk di belakang hadang.

final • 3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Bagi kawasan teduhan berasingan, ia telah diambil kira daripada segi reka bentuk, faktor keselamatan dan keselesaan penunggang.

final • 3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Untuk lebuh raya baharu, setiap jambatan merentasi lebuh raya akan disediakan kawasan teduhan motosikal yang sesuai dan selamat. Sekejap ya, biar saya selesaikan. Walau bagaimanapun, pihak LLM akan mengarahkan pihak PLUS dan syarikat konsesi yang lain untuk menyemak keperluan penambahan lokasi kawasan teduhan motosikal di kawasan yang berpotensi serta menambah lagi keperluan tambahan yang sesuai dengan keadaan di tapak yang lebih selamat. Manakala untuk pelan jangka pendek, papan tanda ataupun advisory signs akan ditambah baik untuk meningkatkan keselamatan pengguna terutamanya penunggang motosikal supaya tidak berhenti di kawasan yang bahaya. Silakan Yang Berhormat Rasah.

final • 3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya Yang Berhormat Menteri. Saya berbalik kepada tajuk mengenai dengan RFID tadi. Sekarang apabila pengguna pasang RFID mereka dikenakan bayaran pemasangan RM38. Jadi bolehkah pihak kerajaan berunding dengan syarikat konsortium tersebut supaya kos pemasangan ini ditanggung oleh syarikat tersebut daripada meminta pengguna membayar kos pemasangan tersebut?

Ini serupa macam kita pergi ke restoran, restoran akan sediakan pinggan mangkuk semua. Bukannya panggil kita bawa sendiri pinggan mangkuk pergi ke restoran, makan.

final • 3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi, saya rasa dalam hal ini, sama juga. Tol PLUS ini dia generate banyak untung. Jadi, kenapa mereka tidak boleh absorb kos pemasangan RM35 tersebut. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Sila, Yang Berhormat Padang Serai.

final • 3:20 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri, saya ada dua perkara. Satu, kalau PLUS dia hendak tolong dia hendak pasang tayar untuk kereta-kereta itu, kita hendak percepatkan sebab saya tengok tepi jalan bahaya. So, kalau boleh pasang dia punya peralatan yang canggih sedikit, tidak payah dia pakai by hand buka, buka, buka, nanti belakang orang sapu lagi bahaya. So, kalau ada mesin dengan lima hingga 10 minit sudah siap. Buat kemudahan macam itu untuk safety. Seterusnya Yang Berhormat Menteri, saya tahu Yang Berhormat Menteri ini memang rajin dan juga Menteri yang sentiasa ambil berat tentang jalan-jalan di kawasan- kawasan luar. So, untuk itu Yang Berhormat Menteri, di kawasan saya Parlimen Padang Serai, jalan-jalan ada negeri dan juga federal. Akan tetapi, tidak dilebarkan dan juga tidak ada traffic light dan masalah sebab kilang banyak diwujudkan di kawasan saya. Pekerja ramai tetapi facilities itu tidak diberikan. So, kalau boleh hasil banyak dia orang kutip daripada Parlimen Padang Serai oleh Pusat, tetapi tidak dijaga kawasan saya oleh kerajaan. Boleh minta Yang Berhormat Menteri bagi – besar dan lebarkan jalan, pasang traffic light supaya orang-orang kampung keluar untuk bekerja, datang kerja dan balik dengan selamat. Itu saya mahu. Selalu banyak accident di kawasan saya. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih, Yang Berhormat Kota Melaka dan juga Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Kota Melaka, kalau berbalik kepada apa yang saya jawab dalam 1 Mac yang lepas, jawapan sudah ada di situ iaitu perkara ini sudah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk mereka berunding dengan syarikat PLUS dan juga Touch ‘n Go berhubung kait dengan bayaran; siapa yang patut tanggung dan sebagainya. Ia akan dimuktamadkan di sana.

Untuk Yang Berhormat Padang Serai. Sebenarnya sudah ada SOP ataupun guideline dengan izin, untuk pasukan pemantau dan juga pasukan emergency response team daripada mana-mana highway. Mereka ada SOP kalau berlaku sahaja kerosakan, bagaimana mereka hendak menguruskan kerosakan kenderaan ataupun apa-apa berlaku bencana di highway. Memang ada untuk memastikan bahawa risiko untuk mendedahkan bahaya kepada orang lain akan dapat diurus dengan sebaik mungkin. Ini memang sudah ada SOP. Sama ada kaedah yang baharu tidak digunakan lagi atau bagaimana, saya tidak tahulah. Sama ada equipment untuk menukar tayar yang baru ada lagi atau tidak dan sebagainya, itu saya akan rujuk dan minta maklum balas daripada semua syarikat konsesi nanti.

Berhubung kait dengan permintaan yang spesifik, sama ada traffic light, pembesaran jalan dan sebagainya, ia perlu melalui proses biasalah. Maknanya, kena bawa ke Jurutera Daerah dan Jurutera Daerah akan membawa ke peringkat negeri dan negeri akan kemukakan kepada peringkat Persekutuan dan kalau jatuh dalam bidang Persekutuan, kita akan kemukakan kepada EPU untuk mendapat kelulusan. Kalau ada kelulusan, maka insya-Allah ia akan dilaksanakan. Akan tetapi seperti biasa lah Yang Berhormat bolehlah menulis kepada saya untuk spesifik perkara yang dimohon itu tadi.

final • 3:20 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri, yang masalah kita di kawasan Padang Serai, sedikit sahaja.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Saya hendak bagi peluang untuk jawab benda lain.

final • 3:20 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Sedikit, sedikit sahaja.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Yang Berhormat padang Serai saya sudah dapat..

final • 3:20 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Semasa Yang Berhormat Jerlun jadi Menteri Besar, kerap kali dia turun ke kawasan untuk lihat...

final • 3:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Menteri tak bagi laluan.

final • 3:20 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

.... dan juga sentiasa berjumpa tetapi sekarang Yang Berhormat Menteri Besar susah hendak jumpa di negeri Kedah. Itu yang jadi masalah. Tolonglah perhatikan sedikit di kawasan saya. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Ya, terima kasih. Saya beralih kepada kenaikan kos harga bahan binaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud dan juga Yang Berhormat Kepong. Kementerian Kerja Raya sedar dan mengambil maklum akan kenaikan harga bahan binaan yang telah melanda negara bermula dari suku kedua tahun 2020 dan berlarutan sehingga kini. Walau bagaimanapun, punca utama kenaikan ini adalah disebabkan oleh situasi pandemik di seluruh dunia yang mana pengeluaran bahan binaan dan keseluruhan rantaian bekalan binaan telah terjejas. Ini menyumbang kepada kenaikan harga bahan binaan. Dalam pada itu, bahan binaan termasuk bahan besi tetulang telah meningkat sehingga 48 peratus pada bulan Mei 2021 berbanding Oktober 2020, iaitu daripada RM2,440 kepada RM3,605 per tan. Pada Disember 2021, harga bahan ini turun sebanyak 5.9 peratus pada sekitar RM3,295 per tan. Pada minggu pertama bulan Mac 2022, harga besi tetulang kembali meningkat sebanyak tujuh peratus pada sekitar RM3,510 per tan.

Antara faktor kenaikan harga besi tetulang yang telah dikenal pasti daripada sesi libat urus yang telah diadakan adalah:

(i) kenaikan harga bijih besi di seluruh dunia disebabkan kekurangan bekalan bijih besi kerana kebanyakan lombong bijih besi tidak dapat beroperasi dengan kapasiti penuh kesan daripada bencana alam dan isu pandemik. Bijih besi dan bijih besi lusuh merupakan bahan mentah utama untuk pengeluaran produk besi. Malaysia tidak terkecuali daripada impak kenaikan harga bahan mentah utama ini yang kebanyakannya diimport dari luar negara;

(ii) kesukaran mendapatkan bahan mentah bagi memproses besi tetulang iaitu bijih besi dan juga besi lusuh yang mana kedua- duanya diimport dari luar negara;

(iii) kenaikan harga bahan api dan sumber tenaga asli yang merupakan kos pengeluaran besi tetulang;

(iv) isu logistik menyumbang kepada kesukaran dan kelewatan penghantaran bahan binaan disebabkan situasi pandemik, kos logistik yang berbeza mengikut lokasi bergantung kepada jarak dan penyedia perkhidmatan; dan

(v) pembelian dalam kuantiti yang kecil daripada peruncit atau kedai hardware kecil dengan terma kredit yang panjang.

Secara umumnya harga purata bahan binaan lain bagi tempoh yang sama turut menunjukkan peningkatan. Harga bitumen dan juga harga pasir, harga konkrit siap bancuh, harga batu agregat; semuanya menunjukkan kenaikan. Harga bahan paip PVC meningkat sebanyak 10 peratus daripada RM46.50 kepada RM51 per meter. Berdasarkan data yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), indeks harga kabel elektrik telah meningkat sebanyak 12 peratus.

Kementerian Kerja Raya melalui agensinya sentiasa bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dengan pihak industri berhubung isu kenaikan harga bahan binaan.

Pihak yang terlibat merupakan pengeluar bahan binaan utama iaitu besi tetulang, simen, konkrit siap bancuh dan pasir serta persatuan pembekal bahan dan wakil kontraktor. Hasil daripada sesi bersama industri, cadangan menguatkuasakan semula peruntukan syarat perubahan harga (variation of price) dengan izin, telah dikemukakan. Pelaksanaan pekeliling baharu, PK 2.4 Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (Variation of Price) dalam

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Kontrak Kerja telah dilaksanakan pada 15 Julai 2021 dan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021 bagi empat bahan binaan atau besi tetulang; crushed aggregate, mild steel pipe ataupun paip air dan paip pembetung dan copper. Pindaan terkini pekeliling ini pada 1 Januari 2022 menyatakan projek yang dalam pembinaan hendaklah disempurnakan selewat-lewatnya pada 30 Jun 2022.

Bagi meneruskan kesinambungan dalam usaha untuk mengatasi peningkatan bahan binaan, kajian dan rayuan berkaitan VOP telah dilaksanakan oleh kementerian ini dan kerajaan telah bersetuju meluluskan peluasan penggunaan VOP bagi pelawaan secara sebut harga khusus bagi had nilai RM500,000 hingga RM800,000. Kelonggaran ini terpakai bagi pengeluaran inden ataupun surat setuju terima sehingga 31 Disember 2021.

Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia sentiasa melaksanakan pemantauan harga purata bulanan dan menerbitkannya melalui portal National Construction Course Center di alamat n3c.cidb.gov.my. Data harga yang diterbitkan di portal ini membolehkan pemantauan dibuat terhadap trend harga agar bahan binaan ini dikumpulkan melalui kerjasama dengan beberapa persatuan berkaitan pembinaan dan diperoleh daripada kontraktor, pembekal dan peruncit. Aktiviti pemantauan harga bahan binaan ini telah dilaksanakan semenjak dari tahun 2002.

Penetapan harga bahan juga adalah berdasarkan penawaran dan permintaan di pasaran terbuka. Selain itu, tiada keperluan AP ditetapkan bagi mengimport bahan binaan besi sejak tahun 2008. Tiada duti import dikenakan selain prosedur import besi yang minimum. KKR tidak mempunyai kuasa dalam mengawal harga bahan binaan ini.

final • 3:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat perlu masa?

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Kalau dapat diberikan saya dalam 10 minit?

Boleh?

final • 3:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Silakan.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih. Selaras dengan pengumuman peralihan negara ke fasa endemik yang akan berkuat kuasa pada 1 April 2022 dan pengoperasian penuh perniagaan melibatkan seluruh rantaian nilai sektor pembinaan serta pengumuman pelaksanaan beberapa projek mega, dijangkakan permintaan dan penawaran bahan binaan akan beransur pulih. Seterusnya ialah kebajikan jurutera yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Di bawah Akta 138, Kementerian Kerja Raya sedar dan mengambil maklum akan aduan ketidakpuasaan terhadap kebajikan, termasuk gaji permulaan rendah yang dibangkitkan oleh lepasan graduan jurusan kejuruteraan institut pengajian tinggi awam dan institut pengajian tinggi swasta baru-baru ini.

Untuk menangani isu ini, Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Jurutera Malaysia telah mewujudkan satu task force khas untuk membuat kajian lanjut hasil sebuah artikel bertajuk ‘Jurutera Miskin’ dikeluarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 28 Oktober 2021. Pasukan petugas khas ini ditubuhkan pada 22 November 2021 dengan objektif seperti berikut;

(i) mengenal pasti kesahihan isu gaji permulaan jurutera rendah dengan menjalankan kaji selidik dari data yang diperoleh daripada pelbagai sumber;

(ii) mengenal pasti punca utama isu gaji permulaan jurutera rendah; dan

(iii) memberi cadangan hala tuju dan tindakan untuk pertimbangan pihak berkuasa dan pihak berkenaan.

Kajian telah selesai dan hasilnya akan dibentangkan untuk pertimbangan kerajaan dalam masa terdekat. Selepas perbincangan tersebut, Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) akan mengemukakan kenyataan cadangan untuk makluman awam bagi

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

menangani isu ini. Mengenai Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Akta 138), ia ditubuhkan untuk tujuan pendaftaran dan mengawal selia orang berdaftar atau jurutera siswazah, teknologis kejuruteraan, pemeriksa tapak, jurutera profesional dengan perakuan amalan dan pemeriksa bertauliah dan syarikat amalan perunding kejuruteraan bagi melindungi keselamatan, kesihatan dan kepentingan orang awam.

Walau bagaimanapun, Akta 138 juga secara tidak langsung melindungi orang berdaftar, termasuk jurutera, di mana hanya orang berdaftar sahaja layak mengambil pekerjaan dan memberi perkhidmatan kejuruteraan di Malaysia. Akta 138 juga, menggalakkan pembelajaran dan pendidikan, termasuk Program Pembangunan Profesional (Continuing Professional Development - CPD), dengan izin, untuk jurutera bagi meningkatkan pengetahuan mereka dan perkembangan terkini berkaitan dengan profesion kejuruteraan demi memastikan kualiti yang berterusan. Melalui Akta 138, Lembaga Jurutera Malaysia telah menubuhkan Majlis Akreditasi Kejuruteraan (Engineering Accreditation Council - EAC), dengan izin, yang ditugaskan untuk pengakreditasian ijazah kejuruteraan bagi memastikan kualiti graduan terjamin.

Kementerian Kerja Raya juga tiada halangan untuk mengadakan kerjasama dengan pemegang taruh daripada agensi kerajaan lain bagi membincangkan isu yang dibangkitkan di Dewan baru-baru ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan semula di sini. Bidang kuasa Kementerian Kerja Raya adalah berkaitan dengan jalan Persekutuan sahaja. Prosedur bagi permohonan projek, membina jalan baharu atau menaik taraf jalan Persekutuan sedia ada adalah melalui kerajaan negeri berdasarkan senarai keutamaan negeri yang dikemukakan kepada kementerian ini melalui penyelarasan antara bahagian ataupun Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Jabatan Kerja Raya.

Senarai cadangan projek ini akan melalui proses tapisan di kementerian, di mana ia akan dinilai dan diteliti berdasarkan kriteria penilaian, terutama perancangan dalam kementerian seperti digariskan dalam HNDP 2030. Bagi cadangan projek yang tiada dalam HNDP, masih boleh dipohon untuk diangkat bagi pertimbangan agensi Pusat sekiranya projek berkenaan jadi keutamaan kerajaan negeri dan disertakan dengan justifikasi permohonan projek yang kukuh. Sehubungan itu, saya menyeru semua Ahli Yang Berhormat supaya membawa cadangan projek yang ingin dimohon kepada pihak kerajaan negeri terlebih dahulu supaya projek berkenaan dapat dipertimbangkan dalam senarai keutamaan negeri yang dikemukakan kepada kementerian ini.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Seperti mana yang disebutkan sebentar tadi bidang kuasa kementerian adalah berkaitan jalan Persekutuan sahaja. Oleh demikian, permohonan untuk menaik taraf jalan yang bukan jalan Persekutuan seperti jalan negeri, jalan majlis atau jalan kampung adalah di bawah pihak berkuasa yang berkenaan. Kementerian ini akan hanya mempertimbangkan cadangan menaik taraf jalan tersebut sekiranya diwartakan kepada jalan Persekutuan terlebih dahulu. Petunjuk asas bagi mengenal pasti status jalan adalah merujuk kepada nama jalan tersebut ialah:

(i) FT untuk jalan Persekutuan, misalnya FT01;

(ii) abjad A,B,C mengikut jalan negeri sebagai contoh A untuk Perak, B untuk Selangor, C untuk Pahang; dan

(iii) nama khusus merujuk kepada jalan perbandaran di bawah kuasa PBT seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman KL di bawah bidang kuasa DBKL.

Silakan.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Silakan Yang Berhormat Jerlun

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Daripada pengamatan saya, saya dapati bahawa penyelenggaraan jalan-jalan Persekutuan di Kedah tidak sebaik penyelenggaraan jalan-jalan negeri. Adakah boleh dipastikan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan Persekutuan di negeri Kedah ini dibuat sebaik yang mungkin? Oleh kerana apabila rakyat melihat dan mengadu hal ini, mereka tidak dapat bezakan jalan Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Sila.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun.

Memang ini menjadi cabaran. Untuk jalan negeri, mereka dapat peruntukan khas melalui MARRIS iaitu berdasarkan panjang jalan dan berdasarkan kualiti tertentu. Manakala, Kerajaan Persekutuan pula tiada peruntukan khas. Ada peruntukan tetapi sering kali ia tidak mencukupi dengan apa yang dimohon oleh Kementerian Kerja Raya melalui JKR Malaysia. Oleh sebab itu, pelaksanaannya bila kita membuat penyelenggaraan jalan, ia berdasarkan keutamaan mengikut peruntukan yang kita terima. Oleh sebab itu, masih berlaku apa yang dikatakan backlogs, jalan-jalan yang patut di baharu muka tetapi tidak dapat, hanya ia dapat buat tampalan sementara untuk mengelakkan lubang-lubang jalan berlaku dan sebagainya. Disebabkan kekangan kewangan, daripada segi peruntukan yang kita terima secara tahunan.

Itu menjadi cabaran kita dan kita sudah berbincang dengan Kementerian Kewangan dan juga agensi Pusat untuk bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah ini dengan sama ada kita bekerjasama dengan pihak konsesi dan konsesi akan mendahului duit mereka dahulu untuk melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan, khususnya untuk reconstruction, dengan izin, jalan-jalan yang memang sepatutnya di baharu muka. Ini kalau dapat dilaksanakan, insya-Allah kita akan laksanakan pada masa akan datang, bergantung dengan perundingan yang terakhir yang kita buat. Berkaitan pewartaan jalan Persekutuan. Sebuah jalan hendaklah diwartakan pada jalan Persekutuan terlebih dahulu selaras dengan seksyen 3, Akta Jalan Persekutuan 1959

(Akta 376) yang memperuntukkan bahawa Yang Berhormat Menteri Kerja Raya boleh mengisytiharkan mana-mana jalan negeri, jalan pihak berkuasa tempatan atau jalan swasta sebagai jalan Persekutuan setelah dipersetujui oleh pihak-pihak berkuasa yang berkenaan.

Dalam perkara ini, kerajaan negeri atau PBT hendaklah bersetuju mewartakan mana-mana jalan negeri atau jalan perbandaran kepada jalan Persekutuan terlebih dahulu sebelum cadangan projek menaik taraf tersebut boleh diteliti dan dipertimbang untuk diangkat kepada agensi Pusat. Ia masih tertakluk kepada keutamaan negeri dan ketersediaan agihan siling Peruntukan Pembangunan Persekutuan bagi kementerian ini.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana keadaannya dengan proses pembangunan projek tadi, aspek penyelenggaraan jalan juga termaktub dalam bidang kuasa mengikut status jalan negeri. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, skop kerja penyelenggaraan jalan Persekutuan terbahagi kepada tiga iaitu;

(i) penyelenggaraan rutin yang merangkumi penyelenggaraan pavement, penyelenggaraan bahu jalan, potong rumput, perabut jalan, mencuci jambatan dan pembetung, mencuci longkang dan pemeriksaan rutin yang dilaksanakan setiap bulan berdasarkan bilangan pusingan kerja yang telah ditetapkan dalam tempoh kontrak perjanjian;

(ii) penyelenggaraan berkala iaitu – a. penyelenggaraan berkala pavement yang meliputi kerja-kerja turapan jalan seperti menurap semula permukaan jalan; dan b. penyelenggaraan berkala bukan pavement yang meliputi kerja-kerja selain daripada turapan jalan seperti mengecat garisan jalan, membaik pulih

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

pembetung, mengganti papan tanda dan lain-lain; dan

(iii) kecemasan, membersihkan pokok tumbang, kawalan trafik semasa kerosakan ataupun runtuhan jalan, membersihkan tanah runtuh, papan tanda amaran semasa banjir.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, bagi perancangan di bawah program membaik pulih jalan-jalan, termasuk perparitan dan pembetung yang berada dalam status kritikal, kementerian ini merangka program penyelenggaraan berdasarkan notis kerosakan (notice of defects) yang disediakan oleh pihak JKR daerah bersama-sama syarikat konsesi penyelenggaraan jalan Persekutuan.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Menteri, minta rumuskan.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Melalui NOD ini pihak JKR akan menyenaraikan program penyelenggaraan pembaikan kerosakan mengikut keutamaan kritikal dan keperluan mendesak. Pelaksanaan program penyelenggaraan ini adalah tertakluk kepada kelulusan peruntukan dari Kementerian Kewangan dan senarai keutamaan kerja Program Pembaikan Jalan yang telah dirangka bagi tahun 2022

final • 3:30 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Senarai keutamaan kerja program pembaikan jalan yang telah dirangka bagi tahun 2022.

Saya masa sudah habis...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sudah habis.

final • 3:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Kalau tidak ini, jawab secara bertulis lima hari bekerja.

final • 3:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri, saya ada bangkitkan isu pelebaran jalan di kawasan Parlimen Batu Kawan, di kawasan Bukit Tengah, FT.148, FT.149 dan FT.150. Saya boleh terima jawapan bertulis daripada pihak kementerian.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, bertulis.

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Ya, saya sudah nyatakan dalam pembukaan saya tadi, untuk projek-projek khusus, sama ada permohonan jalan, penyelenggaraan dan apa-apa yang berhubung kait dengan projek, saya akan membuat jawapan secara bertulis.

final • 3:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, ini daripada RMKe-9. Belum lagi dibuat sampai sekarang. Jadi saya rasa sudah masuk RMKe-12 sudah so saya harap boleh dapat perhatian daripada pihak kementerian.

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Apa yang penting, masih ada jalan kan?

final • 3:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Mereka masih menunggu fund daripada Putrajaya.

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

[Ketawa] Apa yang penting, ada jalan dahulu.

Ada tempat yang masih belum ada jalan, sebab itu kita kena beri keutamaan.

final • 3:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

No, but Yang Berhormat Menteri, from RMK 9 to 12 I think I cannot after so many years, you know. Pengguna sudah...

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Ya, saya faham, saya faham.

final • 3:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Kawasan Batu Kawan sudah menjadi industrial area so there is increase in traffic volume. So harap Putrajaya boleh lepaskan peruntukan untuk JKR kawasan daerah untuk mereka mulakan kerja.

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Saya ambil maklum, terima kasih.

final • 3:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Terima kasih.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Yang Berhormat...

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Diharap...

final • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Yang Berhormat, ada sedikit soalan tentang Pan Borneo.

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Sudah lepas Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Tanya pendek sahaja.

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Pendek sahaja, terpaksa tutup sebab saya sudah jawab dengan panjang lebar tadi berhubung dengan Pan Borneo.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Akan tetapi ada ini dengan Pan Borneo. Ini fakta pendek sahaja, pendek sahaja. Terima kasih Yang Berhormat.

Saya cuma ingin bertanya tentang pampasan tanah-tanah yang terkena Pan Borneo, jajaran dari Tuaran ke Kota Belud. Semua maklumat telah pun dihantar dan sebagainya dan pemilik-pemilik tanah ini sekarang menunggu. Itu sahaja kita mahu bertanya. Apakah statusnya dan bila akan diselesaikan untuk dibayar? Terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Semua proses pampasan dan sebagainya diuruskan di peringkat kerajaan negeri di bawah bidang kuasa pejabat tanah. Saya kira peruntukan semua sudah ada. Mungkin nanti saya akan semak setakat mana pampasan yang telah dijelaskan. Ada juga kes-kes di mana pampasan sudah pun dibayar tetapi mereka masih enggan keluar dari tanah yang telah dibayar pampasan. Ini banyak isu berhubung kait dengan pelaksanaan dan juga penguatkuasaan. Saya akan semak dengan kerajaan negeri.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Terima kasih, terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Sama-sama. Diharapkan penerangan ini sedikit sebanyak memberikan pemahaman kepada Dewan yang mulia ini dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian di dalam membuat pertimbangan dan permohonan sesebuah projek. Berdasarkan penerangan dan angka-angka ini, KKR berharap segala yang dirancang dan telah digariskan untuk tahun 2022 dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Jadi untuk yang tidak dijawab secara spesifik, saya akan menjawab secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kerja Raya. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan. Tempoh masa 40 minit.

final • 3:40 PM

Menteri Kanan Pendidikan - Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam

final • 3:43 PM

Menteri Kanan Pendidikan - Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

perbahasan serta membangkitkan pandangan, saranan, teguran dan cadangan dalam pelbagai konteks berkaitan kementerian. Dalam tempoh perbahasan Titah Diraja mulai 1 hingga 10 Mac 2022, terdapat lebih 70 perkara, pertanyaan, isu serta cadangan berkaitan KPM yang dibangkitkan oleh 33 orang Ahli Yang Berhormat.

Saya mulakan dengan penjelasan mengenai perkara berkaitan pengoperasian sekolah. Insya-Allah, sesi persekolahan bagi kalendar akademik penggal 1 sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022. Melalui kerangka pembukaan yang komprehensif, KPM komited untuk memastikan sesi persekolahan ini berjalan dalam keadaan teratur dan selamat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Padang Serai, bagi sekolah rendah enrolmen lebih 600 orang murid, KPM telah menetapkan murid Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 di sekolah tersebut hadir secara penggiliran. Manakala bagi murid-murid kelas lain termasuk murid penerima Rancangan Makanan Tambahan

(RMT), hadir secara bersemuka tanpa penggiliran. Ketetapan ini turut terpakai kepada murid sekolah swasta, termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa yang setara dengan sekolah rendah KPM. Secara keseluruhannya, hanya 1,558 buah sekolah daripada 7,778 buah sekolah atau 20 peratus akan beroperasi secara penggiliran.

Bagi sekolah rendah enrolmen kurang daripada 600 orang murid pula, KPM telah menetapkan bahawa semua murid sekolah rendah harian dan sekolah rendah swasta termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa, hadir secara bersemuka tanpa penggiliran. Selain itu, semua murid sekolah menengah termasuk sekolah berasrama sepenuhnya, prauniversiti, IBDP serta kelas peperiksaan antarabangsa yang setara menjalani PdPR untuk tempoh dua minggu mulai 21 Mac 2022 dan akan mula hadir secara bersemuka tanpa penggiliran bermula pada 4 April 2022. Ketetapan ini juga terpakai kepada murid sekolah swasta yang melaksanakan kurikulum kebangsaan.

Bagi murid Tingkatan 1 yang berjaya memasuki sekolah berasrama sepenuhnya, pendaftaran murid akan dilaksanakan secara dalam talian. Murid terlibat boleh memilih sama ada menjalani PdPR atau hadir belajar di sekolah harian yang berdekatan kediaman sehingga tarikh kemasukan ke sekolah berasrama diumumkan. Namun, bagi sekolah swasta berasrama sepenuhnya yang mempunyai kapasiti untuk menguruskan keseluruhan murid, sekolah boleh beroperasi sepenuhnya termasuk murid baharu Tingkatan 1.

Ahli Yang Berhormat juga boleh merujuk portal rasmi KPM bagi mendapatkan perincian secara spesifik berhubung pengoperasian untuk institusi pendidikan bawah KPM.

final • 3:43 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:43 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Silakan Yang Berhormat Rasah.

final • 3:43 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Menteri Kanan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kanan yang menjawab soalan yang saya bangkitkan ketika perbahasan. Saya bersetuju dengan pendekatan yang digunakan.

Cuma satu persoalan di sini sahaja khas untuk murid Tahun 1, Tahun 2 di sekolah rendah, khasnya murid Tahun 1. Kita tahu murid Tahun 1 ini dia baru masuk tetapi pada 21 Mac bila masuk itu, dia masuk semua. Tidak ada penggiliran Kumpulan A dan Kumpulan B. Jadi apakah rasional di sebalik keputusan ataupun pendirian daripada pihak Yang Berhormat Menteri dan KPM? Ini disebabkan kalau Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5, sebenarnya mereka ini sudah stabil. Akan tetapi yang kurang stabil itu kenapa balik semua? Ini sebab saya takut bebanan pihak sekolah, khasnya guru-guru yang ajar Tahun 1 itu terbeban.

Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kanan.

final • 3:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Rasah.

final • 3:43 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Jadi perkara ini sebenarnya kami di peringkat kementerian berbincang panjang lebar, apakah pendekatan yang terbaik untuk kita membawa masuk murid bagi sesi persekolahan tahun 2022/2023 ini. Jika kita lihat sewaktu kita umumkan pembukaan semula sekolah dahulu tahun lepas tempoh hari, antara apa yang diperkatakan pada waktu itu adalah mengapa dibuka dahulu sekolah rendah khususnya membawa balik murid Tahun 1, Tahun 2 tanpa penggiliran kerana pada waktu itu vaksin masih belum ada. Ada yang kata kenapa tidak tunggu vaksin.

Jadi kita ambil kira perkara ini dan mengambil kira – ini saya hendak masuk topik yang selanjutnya ya. Mengambil kira kadar vaksinasi dan the fact that kita berpindah dalam transisi ke fasa endemik dan juga keperluan untuk murid Tahun 1 ini melalui program transisi yang kita laksanakan, maka kita buat keputusan bahawa murid-murid ini akan kembali ke sekolah tanpa penggiliran. Saya akan jelaskan sedikit sebanyak tentang vaksinasi sekejap lagi ya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sabak Bernam dan Yang Berhormat Batu Gajah, KPM ingin memaklumkan bahawa murid yang tidak divaksin boleh hadir ke sekolah. KPM sentiasa memantau rapi adar vaksinasi murid sekolah rendah dan menengah berumur 12 hingga 18 tahun sebagai persediaan pengoperasian sekolah bagi kalendar akademik 2022/2023. Berdasarkan data Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pada 12 Mac 2022 status pengambilan vaksin bagi kumpulan murid berumur 12 hingga 18 tahun bagi dos kedua ialah 95.3 peratus. Ini murid 12 hingga 18 tahun, 95.3 peratus dan data CITF KKM pada 12 Mac 2022 juga menunjukkan bahawa 35.5 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun yang bersekolah di institusi di bawah KPM telah menerima dos pertama vaksin COVID-19.

final • 3:43 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

KPM sentiasa bekerjasama dengan KKM bagi meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan murid berumur lima hingga 11 tahun. Berhubung pertanyaan Ahli Yang Berhormat Sabak Bernam berkaitan dengan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

final • 3:50 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Yang Berhormat Menteri Kanan, boleh saya tanya sikit tentang kadar vaksinasi.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Ya, silakan.

final • 3:50 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Saya hanya hendak bertanya kerana saya nampak bahawa untuk sekolah rendah dan juga sekolah menegah masih ada sekolah yang belajar, balik sekolah secara bergiliran. Jadi, saya hendak tanya sama ada KPM ada rancangan untuk mengambil kira kadar vaksinasi di sesebuah sekolah untuk sekolah- sekolah yang ada kadar vaksinasi yang tinggi supaya kita boleh izinkan mereka untuk mengadakan kelas secara bersemuka kerana saya rasa untuk sekolah-sekolah yang ada kadar vaksinasi yang berbeza, kita perlu ada pendekatan yang berbeza. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kanan.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Silakan.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Terima kasih Yang Berhormat Kulai. Satu soalan yang baik. Saya ingin jelaskan di sini bahawa kita tidak tetapkan berapakah threshold ataupun peratusan yang membolehkan semua murid hadir tanpa penggiliran.

Apa yang ingin dilaksanakan oleh KPM adalah untuk memantau keadaan semasa dan mengambil kira transisi ke endemik ini untuk membolehkan kita membawa masuk.

Sekarang ini tinggal 1,700 sekolah lagi yang masih bergilir, yang lain sekolah rendah sudah tidak bergilir apabila buka penggal baru nanti ya. Tinggal 1,700 sekolah lagi. Kita akan pantau keadaan dan kita akan memanggil murid-murid lain ini untuk masuk ke sekolah tanpa penggiliran juga apabila keadaan bersesuaian. Kita tidak tetapkan threshold. Ini kerana apa yang berlaku pada hari ini, kalau untuk sekolah menegah pada hari itu, kita lihat terdapat peningkatan yang konsisten dalam kadar vaksinasi.

Jika saudara dan saudari ingat, kita Ahli-ahli Yang Berhormat ingat kita buat dulu kita kata 90 peratus boleh pergi tanpa penggiliran untuk sekolah menengah. Akan tetapi

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

apabila kita lihat apa yang berlaku di sekolah rendah, kadarnya cukup berbeza daripada satu sekolah ke sekolah yang lain. Kalau kita hendak tunggu certain threshold ataupun certain kadar untuk membolehkan mereka hadir tanpa penggiliran, kita akan ada keadaan di mana sekolah-sekolah ini jauh ke belakang dan sampai bila, ia akan berterusan secara penggiliran. Jadi daripada kita memperincikan sekolah-sekolah yang boleh pergi tanpa penggiliran kerana kadar vaksinasi tinggi, kita sedang melihat untuk membenarkan semua sekolah pergi tanpa penggiliran setelah kita duduk berbincang dan berbincang juga dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jadi apabila buka sekolah ini, kita masuk dahulu sekolah yang bawah 600 orang murid ini tanpa penggiliran, kita lihat bagaimanakah keadaannya. Sekiranya ia dapat berjalan dengan baik, the rest of the school akan dibawa masuk tanpa penggiliran.

Sekolah-sekolah lain di seluruh negara akan dibawa masuk tanpa penggiliran. Cuma tarikh itu, kesesuaian itu kita akan tetapkan kemudian. Okey. Yang Berhormat Rasah.

final • 3:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan. Cuma berkenaan dengan vaksinasi untuk murid-murid sekolah rendah ini. Walaupun saya tahu ia di bawah KKM sebenarnya tetapi dengan kerjasama KPM. Cuma, saya berharap apa yang akan berlaku selepas ini yang tidak berlaku selepas ini sebab ketika di permulaan pada minggu kedua kalau tidak silap bulan Februari, apabila kita bermula untuk murid-murid sekolah rendah di kawasan saya, ada murid-murid yang dihantar ke shopping complex yang jarak 30 meter jauh daripada sekolah.

Jadi saya mohon untuk dos kedua, kalau boleh sama ada di sekolah ataupun di kawasan-kawasan— mungkin bukan semua sekolah dari segi logistik. Kita fahamlah.

Akan tetapi cuma kawasan yang berdekatan, kalau boleh jangan ke shopping complex sebab ia ada banyak benda lain. Kesesakan, urusan perniagaan. Kalau boleh di dewan kah, ataupun klinik kesihatan yang saya rasa ia untuk suai manfaat sebab ia melibatkan ibu bapa yang akan bawa anak-anak. Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri Kanan berikan perhatian terhadap perkara ini. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Terima kasih Yang Berhormat Rasah.

Sebenarnya Kementerian Kesihatan Malaysia yang bekerja keras untuk memastikan kadar vaksinasi ini bertambah dari semasa ke semasa dengan bekerjasama dengan kami di KPM. Kita cari pelbagai pendekatan, apakah pendekatan yang terbaik untuk kita pastikan supaya kadar kehadiran murid ataupun anak-anak berumur lima hingga 11 tahun ini dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Kita ambil kira pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Rasah tadi dalam memastikan supaya kadar ini dapat kita terus tingkatkan.

Saya ke topik seterusnya berkaitan dengan Bantuan Awal Persekolahan. Ahli Yang Berhormat Sabak Bernam bertanya tentang Bantuan Awal Persekolahan. KPM ingin memaklumkan bahawa Bantuan Awal Persekolahan telah disalurkan ke sekolah sejak sesi persekolahan penggal tiga tahun 2021, 2022. Sehingga 11 Mac 2022, prestasi agihan BAP adalah 99.33 peratus iaitu 2.3 juta orang murid yang layak telah menerima bantuan tersebut.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pemberian BAP ini dibuat secara tunai atau di kredit ke akaun bank bagi murid yang mempunyai akaun bank. Bagi pemberian secara tunai, pengagihan dilaksanakan di sekolah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan KKM. KPM prihatin terhadap pemilikan peranti khususnya dalam kalangan murid B40 seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Jempol dan Sibuti.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah melaksanakan inisiatif Tabung Cerdik seperti yang diluluskan dalam Belanjawan 2021. Tabung Cerdik adalah satu inisiatif pemberian peranti digital lengkap dengan pelan data kepada 150,000 orang murid B40 yang dilaksanakan oleh Yayasan Hasanah. Sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional. Tabung Cerdik merupakan satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh syarikat berkaitan kerajaan GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan atau GLIC. Kesemua 150,000 peranti digital di bawah inisiatif ini telah selesai diagihkan kepada murid B40 terpilih pada 29 Oktober 2021.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Pada tahun ini, KPM telah diluluskan peruntukan bagi penyediaan peranti untuk PDP di sekolah. KPM akan menyediakan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT meliputi 75,354 unit komputer riba, 3,804 unit pencetak dan 3,800 unit projektor serta 3,228 unit charging cart bagi keperluan PDP di makmal komputer sekolah termasuk bagi menggantikan peralatan ICT yang telah usang. Peralatan ICT ini sedang diedarkan ke sekolah terlibat bermula bulan Mac 2022.

KPM juga telah menubuhkan Yayasan Didik Negara pada 5 Julai 2021 sebagai badan rasmi yang bertanggungjawab menggemblengkan kerjasama dan komitmen pelbagai lapisan masyarakat yang berhasrat untuk menyalurkan sumbangan kepada kumpulan sasar iaitu murid, warga pendidikan, sekolah dan institusi di bawah KPM.

Sehingga kini, YDN telah bekerjasama dengan Yayasan Aeon Malaysia untuk menyalurkan sumbangan 4,000 unit peranti digital lengkap dengan pelan data kepada murid dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah terpilih di seluruh negara. YDN juga turut mendapat sumbangan 350 peranti daripada Ekuinas dan 45 peranti daripada Airbus Malaysia untuk diagihkan kepada murid B40.

Selain itu, KPM melalui YDN turut menyediakan sumbangan peranti melalui peruntukan wang wakalah zakat yang diterima daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Pada tahun 2021, seramai 480 murid sekolah rendah dan menengah daripada golongan asnaf di sekitar Wilayah Persekutuan telah menerima sumbangan peranti dan pelan data. YDN akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak yang ingin menyumbang dan menyalurkan sumbangan tersebut dengan lebih berkesan.

final • 3:50 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Yang Berhormat Menteri Kanan.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Silakan.

final • 3:50 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Boleh saya kembali kepada isu COVID- 19 tadi. Saya balik sedikit. Saya hendak tanya, apakah kadar saringan yang dibuat di sekolah-sekolah kita? Adakah setiap murid disaringkan dari semasa ke semasa ataupun saringan dibuat secara atas dasar sampling? Oleh sebab, tahun lepas di Kota Damansara di kawasan saya, beberapa sekolah di bawah perhatian saya, tidak cukup kit kendiri atau self-testing kit dengan izin dan saya terpaksa beli dan menyumbang kepada mereka. Ini sangat penting. Vaksinasi satu aspek penting untuk perlindungan mereka tetapi saringan yang kerap pun penting. Mohon penjelasan. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh.

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Nanti. Sedikit. Jempol tadi tengah jawab tadi, saya lewat sikit. Apa pun terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana telah mengambil tindakan. Jadi saya hendak tahu, peranti yang disebutkan tadi itu adalah berbentuk pemberian ataupun sebagai pinjaman kepada sekolah berkenaan. Jadi, begitu juga permasalahan dari segi pencapaian internet. Ia ada dua perkara yang membolehkan seseorang itu belajar dengan selesa. Pencapaian internet dan juga peranti tadi. Jadi apabila peranti tadi, setiap habis sekolah ia macam buku pinjaman diserahkan balik ke sekolah dan apabila murid yang akan datang, kita tengok pendapatan ibu bapa yang tidak mampu untuk beli, kita bagi pinjam dengan kadar tempoh tertentu.

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Jadi adakah ini telah pun dilaksanakan ataupun diberi terus. Jadi, mohon Yang Berhormat Menteri untuk penjelasan selanjutnya?

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Terima kasih Yang Berhormat Jempol, saya jawab Yang Berhormat Jempol kemudian saya jawab Yang Berhormat Sungai Buloh tadi ya. Berkaitan dengan peranti tadi, untuk di Tabung Cerdik yang kita laksanakan itu, kita laksanakan, ia sebagai pinjaman – untuk tujuan rekod. Maknanya kita bagi, and then kita dapat tahu dari tahun ke tahun, adakah murid ini masih ada peranti yang digunakan dan sebagainya untuk tujuan pemantauan.

Akan tetapi untuk sumbangan-sumbangan lain tadi, ia terpulang kepada penyumbang, apakah pendekatan yang mereka pilih. Katakan mereka kata mereka hendak berikan peranti ini kepada murid, maka kita akan bantu pilih murid yang mana

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

akan menerimanya. Kalau mereka kata kalau boleh dilaksanakan sebagai pinjaman bagi membolehkan murid dipantau, maka itulah pendekatan yang kita akan gunakan. Jadi, untuk yang kita terima sumbangan daripada pelbagai pihak tadi, kita bincang dengan penyumbang bagaimana. Namun, untuk tujuan Tabung Cerdik seperti mana yang saya sebut tadi, memang kita laksanakan dalam konteks seperti mana seolah-olah dipinjamkan untuk membolehkan pemantauan dibuat oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih.

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Saya menjawab balik berkaitan data tadi, pelan data tadi, yang Cerdik datang dengan pelan data. Sumbangan daripada pihak lain terpulang. Ada yang berikan bersama dengan pelan data juga. Jadi, kita bincang dengan penyumbang apakah pendekatan yang terbaik. Okey?

Berkaitan dengan soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Sungai Buloh, tentang testing tadi ya, ujian kendiri yang kita laksanakan seperti mana yang disebut di dalam National Testing Strategy, murid-murid sekolah rendah setiap minggu akan dipilih 10 peratus sampel daripada keseluruhan murid di sekolah tersebut, 10 peratus, mereka akan diberikan test, ujian kendiri kini kepada murid. Murid akan laksanakannya di rumah dan pihak ibu bapa akan maklumkan kepada pihak sekolah tentang keputusannya. Pada masa ini, kita masih menjalankan sampel 10 peratus ini di setiap sekolah rendah di seluruh negara.

[Disampuk]

final • 4:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Menteri, 30 saat berkenaan dengan kit ujian kendiri ini, memang betul, setiap minggu dalam 10 percent murid akan dikehendaki sebagai sampling. Akan tetapi macam mana dengan guru-guru sebab COVID-19 ini semua orang boleh kena. Ini kerana saya ada dapat maklumat daripada sekolah di mana guru-guru, bila mereka kena, sekolah terpaksa keluarkan belanja untuk beli, itu satu.

Kedua, sebab sekolah akan dibuka sesi baru pada 21 Mac – ini yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan tadi, apakah ada satu galakan daripada pihak KPM sendiri supaya ibu bapa mewajibkan atau membolehkan anak-anak mereka lakukan ujian dahulu sebelum ataupun lakukan ujian pada 20 hari bulan sebelum anak-anak kembali ke sekolah pada 21 Mac supaya anak-anak kita selamat di sekolah untuk memudahkan pembelajaran dan sebagainya? Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan cadangan ini?

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Terima kasih. Berkaitan tentang ujian tadi dalam kalangan guru dan murid. Pertama sekali untuk guru, kita memang sentiasa galakkan untuk guru sentiasa adakan ujian kendiri. Kita memang galakkan guru sentiasa mengadakan ujian kendiri kerana mereka sentiasa berada dengan murid-murid di sekolah.

Untuk murid-murid juga, sebelum ini pun memang kita sentiasa galakkan supaya mereka melaksanakannya.

Sebab itu dengan pelaksanaan 10 peratus ini, sekurang-kurangnya kita telah mula menggalakkan keluarga-keluarga ini melihat betapa pentingnya untuk mereka turut melaksanakan ujian kendiri ini walaupun bukan pada minggu di mana anak mereka dipilih dalam sampel tersebut. Jadi, kita telah mulakan tahun lepas dan kita lihat bahawa penerimaan berkaitan dengan test ini adalah berlangsung dengan baik dan kita ingin terus galakkan supaya semua pihak ibu bapa, guru dan murid-murid melaksanakannya sebagaimana yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan.

final • 4:00 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Yang Berhormat Menteri. Saya hanya hendak sokonglah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Rasah tadi. Saya rasa galakan untuk buat lebih daripada 10 peratus untuk murid-murid itu bagus. Saya sokong juga. Tetapi saya rasa lebih bagus kalau KPM boleh wajibkan 10 peratus punya guru juga laksanakan ujian dan bekalkan test kit itu kepada guru-guru kami. Ini kerana sebagai ibu bapa, mereka akan rasa lebih more convinced dan berasa bahawa ia lebih selamat untuk mereka hantar anak-anak mereka untuk pergi ke sekolah. Jadi, saya rasa test kit itu bukan sahaja kita bekal untuk murid-murid tetapi juga masukkan guru-guru dalam kalangan ini juga. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat Kulai. Ini antara perkara-perkara yang kita telah lihat dan ada beberapa kekangan yang menyebabkan kita tidak dapat melaksanakannya dan kita menggalakkan guru untuk melaksanakannya. Namun begitu, terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Seterusnya saya beralih ke topik yang seterusnya. Ini yang ramai yang tanya, ramai yang bercakap tentang ini iaitu berkaitan dengan pandangan masyarakat dan khususnya Ahli Yang Berhormat Pasir Mas, tentang isu beg berat murid. Jadi sehubungan itu, KPM telah memperincikan secara mendalam perkara berkaitan beg berat dan merangka satu penyelesaian yang holistik bagi menangani isu tersebut secara tuntas.

Berdasarkan penelitian ke atas maklum balas yang diperoleh, isu beg berat ini adalah kritikal khususnya dalam kalangan murid sekolah rendah yang berada pada Tahap 1 iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3.

Oleh yang demikian, KPM telah menggariskan sebanyak tujuh pendekatan dan ketetapan yang akan dilaksanakan. Ini termasuklah;

(i) penyediaan lokar;

(ii) penyusunan semula jadual waktu;

(iii) penggunaan buku latihan yang tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran pada satu masa;

(iv) penggunaan buku aktiviti yang disediakan oleh KPM;

(v) penerbitan baharu buku teks dalam format digital secara berterusan;

(vi) pendekatan PDP berpusatkan murid; dan

(vii) penyelarasan dengan pihak JAKIM berkaitan uniform untuk Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA).

Sebagai langkah permulaan, KPM akan menyediakan lokar di sekolah rendah secara berfasa. Ini melibatkan penyediaan lokar untuk murid Tahap 1 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi. Pelaksanaan ini akan melibatkan 10,662 buah kelas dengan 323,186 orang murid. Jumlah anggaran peruntukan tahun 2022 untuk Fasa 1 adalah sebanyak RM37.3 juta. Selain itu KPM juga akan terus meningkatkan kerjasama erat dengan ibu bapa dan penjaga bagi membantu menangani masalah beg berat murid khususnya dalam memastikan murid membawa buku mengikut jadual yang telah ditetapkan. Di samping itu, sesi libat urus dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan terus ditingkatkan sebagai satu pendekatan pemantauan.

KPM menjunjung kasih ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menyambut baik inisiatif Sekolahku SEJAHTERA sebagai pemangkin pembentukan kemenjadian murid. Inisiatif ini adalah usaha KPM bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif untuk murid kembali ke sekolah setelah melalui tempoh cabaran pandemik COVID-19 yang panjang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Tangga Batu dan Yang Berhormat Hulu Rajang, Sekolahku SEJAHTERA merupakan satu konsep penerapan nilai murni dan amalan baik untuk diamalkan oleh semua sekolah dan institusi pendidikan tanpa mengira latar belakang lokasi atau jenis institusi. Terdapat 14 elemen SEJAHTERA iaitu;

(i) S – Selamat, Seronok dan Sihat;

(ii) E – Etika dan Empati;

(iii) J – Jati Diri;

(iv) A – Adab Sopan;

(v) H – Harmoni;

(vi) T – Tekun, Teliti dan Terampil;

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

(vii) E – Eksplorasi;

(viii) R – Rasional; dan

(ix) A – Artikulasi.

Penerapan elemen SEJAHTERA boleh dilaksanakan dalam semua aktiviti murid di dalam dan di luar sekolah secara langsung atau tidak langsung. Konsep Sekolahku SEJAHTERA bukanlah satu mata pelajaran baharu dan bukanlah sisipan bagi mata pelajaran sedia ada. Malahan, guru disarankan untuk menerapkan elemen SEJAHTERA melalui aktiviti dan program sedia ada. Justeru, pendekatan ini tidak seharusnya menjadi beban tambahan kepada guru di sekolah. Semua bahan informasi mengenai Sekolahku SEJAHTERA akan dikongsi kepada warga sekolah sebagai rujukan.

Melalui pelaksanaan Sekolahku SEJAHTERA, setiap satu daripada 14 elemen tersebut mempunyai perkaitan dengan perkara-perkara yang melibatkan warga sekolah.

Sebagai contoh, elemen Selamat, Seronok dan Sihat akan sentiasa ditekankan bagi memastikan kesejahteraan murid dan guru terpelihara. Ini termasuklah dalam konteks kesihatan mental.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Sibuti, KPM sentiasa prihatin dan peka terhadap psikososial serta kebajikan murid termasuk tahap kesihatan mental mereka.

KPM dengan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan Program Minda Sihat di sekolah dalam kebiasaan baharu bagi memperkasa psikososial, menyokong kesejahteraan sosioemosi murid dan melaksanakan intervensi dalam menguruskan emosi mereka dengan baik semasa sesi persekolahan bermula.

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Melalui program ini Saringan Minda Sihat dilaksanakan sebagai pengesanan awal untuk mengenal pasti murid yang mempunyai isu berkaitan emosi. Murid sekolah rendah yang dikenal pasti berisiko diberikan intervensi khusus melalui aktiviti teknik relaksasi- mindfulness, sesi bimbingan dan kaunseling, serta konsultasi ibu bapa dan penjaga bagi meningkatkan kemahiran gaya daya tindak- coping skills, murid berkenaan.

Ini kerana murid didapati kurang kemahiran mengurus emosi dengan baik apabila menghadapi situasi mencabar. Manakala murid yang dikenal pasti berada dalam kategori tidak berisiko diberikan intervensi umum seperti panduan amalan gaya hidup sihat. Bagi murid sekolah menengah yang dikenal pasti berhadapan dengan isu psikososial seperti mempunyai tanda awal kebimbangan dan kemurungan, mereka perlu menjalani intervensi menggunakan Modul Minda Sihat KPM dan Modul Kesihatan Mental Remaja KKM.

Intervensi ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menangani stres, kemahiran menyelesaikan masalah dan menguruskan emosi dengan baik bagi membantu murid berada dalam persekitaran yang selamat.

Ahli Yang Berhormat Batu Gajah bertanya tentang usaha KPM untuk memberikan kesedaran kepada penggunaan multimedia dalam kalangan murid. Kesedaran penggunaan multimedia ini juga terkandung...

final • 4:10 PM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Yang Berhormat...

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

...Dalam elemen selamat, sihat...

final • 4:10 PM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

...Etika dan rasional dalam konteks Sekolahku SEJAHTERA. Silakan.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Tangga Batu. Sila.

final • 4:10 PM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Soalan saya yang telah Yang Berhormat jawab tadi sebenarnya apa yang saya soalkan hari itu ialah kita tahu Yang Berhormat telah menerangkan dengan panjang lebar tentang Sekolahku SEJAHTERA. Itu kalau budak-budak pergi sekolah, yang saya persoalkan ramai yang berhenti sekolah sesuka hati yang membuat aktiviti-aktiviti sesuka hati mereka di kampung-kampung. Ini yang saya persoalkan. Apakah usaha kita bersama? Bukan sahaja kementerian ini juga

final • 4:10 PM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

dengan pihak persatuan PIBG kah, Ketua Kampung kah, JPKK kah. Macam mana anak- anak ini akan diselamatkan? Oleh sebab kalau kita tidak selamatkan, pelajaran mereka terabai ini akan menjadi masalah besar kepada negara nanti. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Terima kasih.

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Boleh saya sambung sedikit? Mengenai yang sama. Tampin, Tampin.

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Yang Berhormat Tampin, silakan.

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Ada dua isu. Pertamanya ialah mungkin saya hendak kembali semula kepada beg berat. Ada jawapan daripada Yang Berhormat Menteri menyatakan menyediakan buku teks secara digital sepenuhnya. Saya ingin bertanya, bilakah ia akan dilakukan, dan bilakah ia akan selesai, serta berapakah peruntukan yang akan diberikan? Itu yang pertama.

Kedua, dalam soal Sekolahku SEJAHTERA. Saya bertanya tentang Sekolahku SEJAHTERA. Setiap Yang Berhormat Menteri ada dia punya legasinya tersendiri. Yang Berhormat Menteri tahun 1984, Falsafah Pendidikan Negara. Menteri yang selepas itu pun ada dia punya pandangan dan pendapatnya sendiri. Jadi, Yang Berhormat Menteri yang ada sekarang ini dengan Sekolahku SEJAHTERA.

Persoalan saya, apakah kementerian mengemukakan suatu isu itu mengambil kira perkara-perkara yang telah dilaksanakan? Sejauh mana keberkesanan pelaksanaan dilaksanakan dengan apa yang hendak dilaksanakan itu? Ini penting supaya perkara yang hendak kita laksanakan itu berkesinambungan di antara satu sama lain dan lengkap melengkapi antara satu sama lain. Itu yang pertama.

Keduanya, saya khuatir apakah guru yang akan menterjemahkan apa yang disebutkan tadi bukan hendak menambahkan mata pelajaran atau beban tugas guru tetapi apakah guru yang hendak melaksanakan perkara ini faham, jelas dan menghayati perkara yang akan dikemukakan. Memang cantik tetapi sekiranya para pengajar ataupun guru tidak memahami, tidak menghayati dan tidak mengadaptasi perkara yang hendak diterjemahkan itu bagaimana mungkin ia dapat diterjemahkan kepada murid.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tampin.

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Bagaimanakah kementerian untuk melaksanakannya? Wallahualam.

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Terima kasih Yang Berhormat Tampin.

Saya jawab Yang Berhormat Tampin dulu kemudian saya ke Yang Berhormat Tangga Batu.

Yang Berhormat Tampin tadi bertanya tentang buku teks digital sebagai salah satu pendekatan untuk kita menyelesaikan isu berkaitan beg berat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tampin, sebenarnya sudah beratus-ratus judul kita adakan buku teks digital yang boleh dimuat turun oleh murid dari pelantar DELIMa kita. Memang sudah banyak judul-judul yang telah ada dan kita akan sentiasa tambah judul-judul buku teks ini berterusan. Jadi, untuk murid-murid yang mempunyai peranti dan mempunyai kemudahan akses internet di rumah maka murid ini jika belajar di rumah mereka boleh menggunakan buku teks digital dan boleh tinggalkan buku teks fizikalnya di sekolah, jika itu pilihan mereka. Jadi untuk menjawab Yang Berhormat Tampin tadi memang telah lama telah kita laksanakan dan sekarang ini memang telah ada beratus-ratus judul buku teks digital dan kita akan terus laksanakannya. Itu berkaitan dengan buku teks.

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Berkaitan tadi. Saya hendak tanya kalau sudah ada buku teks secara digital apa perlunya murid-murid membawa buku teks sehingga membebankan? Ini persoalannya yang saya bangkitkan. Itu sebabnya dalam ucapan saya, sekiranya sudah ada buku dalam bentuk digital mengapa anak murid dibebankan membawa buku teks juga? Mengapa tidak diberikan peranti secara percuma ataupun secara macam mana sekalipun oleh kementerian supaya ya lah, pendidikan kita

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

semakin lama semakin ke hadapan. Jadi, oleh sebab itulah kementerian juga harus memikirkan soal itu. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Terima kasih Yang Berhormat Tampin.

Pertama sekali betul, buku teks digital sudah ada. Seperti mana yang kita tahu kekangan yang kita hadapi merupakan peranti dan akses internet pada murid. Oleh sebab itu kita kata tadi, buku teks digital ini untuk mereka yang mempunyai peranti dan mempunyai akses internet boleh menggunakan buku teks digital.

Dalam konteks penyediaan peranti seperti mana saya sentiasa sebutkan, sekiranya kita tidak mempunyai kekangan kewangan maka semalam lagi semua murid sudah ada peranti di seluruh negara. Akan tetapi, kita telah duduk dan melihat tentang apakah pendekatan yang terbaik untuk kita melaksanakan perkara berkaitan dengan pendigitalan ini mengambil kira kekangan negara termasuklah dalam konteks kewangan.

Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tampin berkaitan tentang pelaksanaan konsep Sekolahku SEJAHTERA. Jika saya boleh berikan sedikit penjelasan berkaitan dengan pelaksanaan konsep ini.

Sebenarnya, apabila kita melihat ramai di luar sana cukup ramai berbincang tentang penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan anak-anak kita di sekolah yang ramai kata dilihat dari semasa ke semasa semakin hari semakin berkurangan.

Maka, kita lihat, apa nilai-nilai yang sentiasa disebut oleh anak-anak kita apabila mereka meninggalkan sesi persekolahan mereka. Bila dia keluar daripada sekolah ini apa benda yang dekat di hati dia. Kita dapati nilai-nilai yang disentuh ini agak terhad. Tidak ramai yang bercakap tentang perkara-perkara sebagai contoh yang kita sebutkan tadi berkaitan artikulasi sebagai contoh. Bagaimana setiap sesuatu itu perlu disusun dihujahkan dengan baik. Tidak ramai yang bercakap tentang keperluan, kepentingan untuk membuat keputusan dengan penuh rasional. Tidak ramai yang menyentuh tentang empati.

Kita berbincang tentang apa yang berlaku kepada arwah Zulfarhan, sebagai contoh. Bagaimana cukup ramai sahabat-sahabat arwah jika kita ingat yang terlibat dengan mendera beliau tanpa sebarang rasa belas kasihan dana apakah bukti yang ada pada pendera-pendera ini melainkan daripada maklumat yang diterima daripada seorang bomoh. Jadi, di manakah pemikiran rasional? Di manakah rasa empati kepada kawan- kawan mereka? Jadi, kita duduk berbincang kita memerlukan seluruh negara. Ini bukan legasi Menteri. Ini bukan legasi sesiapa yang berada di sini. Ini merupakan soal masa depan, soal penerapan nilai-nilai penting dalam kehidupan dalam kalangan anak kita.

Jadi, sebab itu kita bincang secara mendalam berkaitan dengan konsep Sekolahku SEJAHTERA ini supaya kita kembalikan nilai-nilai murni ini secara tidak langsung dalam pendidikan. Untuk menjawab Yang Berhormat Tampin tadi sebab itu kita katakan tidak ada beban tugas tambahan kepada guru. Oleh sebab apa? Kita bercakap tentang tambahan subjek sudah cukup banyak subjek yang diajar di sekolah. Sudah cukup banyak masa yang digunakan untuk mengajar pelbagai perkara.

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Akan tetapi penerapan nilai-nilai murni ini sehingga ke hari ini kita lihat masih belum berkesan sepenuhnya. Jadi sebab itu kita akan terus membuat penjelasan kepada warga pendidikan di seluruh negara supaya masing-masing dapat memahami apakah konsep ini, bagaimana pelaksanaannya, dan kenapa ia cukup penting dalam kita membentuk generasi masa depan negara.

final • 4:20 PM

Puan Kasthuriraaani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Yang Berhormat Menteri saya...

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Saya jawab Yang Berhormat Tangga Batu sekejap.

final • 4:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Baik.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

...And then saya bagi ya.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Tadi sebelum saya lupa Yang Berhormat Tangga Batu, berkaitan dengan murid yang berhenti sekolah ataupun murid yang tidak- yang mula meninggalkan sistem persekolahan, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tangga Batu, inilah yang merupakan antara prinsip asas yang digunakan oleh KPM pada waktu kita membuat ketetapan untuk membawa kembali murid bersekolah secara bersemuka pada tahun lepas. Ramai yang kata mengapa buat macam ini, kenapa tidak laksanakan PDPR. Kita tahu semakin lama murid ini tidak datang ke sekolah, semakin ramai yang renggang dengan sistem persekolahan secara bersemuka. Oleh sebab itulah kita kembalikan mereka.

Apabila kita kembalikan mereka ke sekolah, apa yang kita laksanakan adalah untuk melihat murid mana yang tidak kembali ke sekolah. Maka di peringkat kementerian, kita telah laksanakan proses untuk meneliti setiap murid yang tidak kembali ke sekolah ini untuk mengetahui apakah punca dan sebabnya. Oleh sebab itu bila kalau tidak buka sekolah kita tidak tahu, bila sekolah ini telah berlangsung dan kita dapat lihat apakah punca murid ini tidak hadir ke sekolah, dan insya-Allah melalui pendekatan yang kita laksanakan ini di mana kita ingin pastikan setiap murid yang ada dalam sistem kita ini dapat dikesan dan kita dapat tahu apakah keadaan mereka dan bagaimanakah kita dapat pastikan mereka terus berada dalam sistem persekolahan dengan kerjasama PIBG dan seluruh masyarakat.

final • 4:20 PM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Adakah kita mempunyai statistik- contohnya peratusan kita dapat bawa balik ke sekolah, dan peratusan yang tidak hendak pergi sekolah itu. Serius tidak problem itu?

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Okey, saya boleh berikan secara bertulis berkaitan dengan statistik bertulis. Silakan.

final • 4:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Yang Berhormat Menteri saya hendak tanya, Yang Berhormat Menteri ada tidak jawapan untuk isu spesifik yang saya bangkitkan dalam perbahasan SJKC Kai Chi kerana isu ini telah hangat dilaporkan di dalam media.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Menteri, SJKC.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Tuan Yang di-Pertua, jawapan ini ada di belakang tapi since Yang Berhormat Segambut sudah tanya. Ahli Yang Berhormat Kulai dan Segambut membangkitkan pertanyaan tentang SKJC Kai Chi.

Untuk makluman ahli Yang Berhormat, KPM sedang meneliti maklumat tentang perkara ini kerana ia berkaitan dengan aspek peraturan dan perundangan. Sebarang pemakluman akan dibuat setelah penelitian secara terperinci selesai dilaksanakan. Jadi ini ada...

final • 4:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Yang Berhormat Menteri. Ya

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin]

...Perkara berkaitan perundangan, perkara berkaitan peraturan yang kita perlu teliti satu persatu.

final • 4:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Yang Berhormat Menteri jadi saya minta sama ada kementerian boleh tidak tangguhkan pelaksanaan dua sesi pada 21 Mac iaitu minggu depan memandangkan kementerian masih meneliti isu perundangan kerana bangunan lama sekarang memang tidak sesuai untuk seluruh sekolah masuk bangunan lama dalam dua sesi dan mengganggu perjalanan ibu bapa yang telah banyak merancang dan mereka sudah familiar ya, dengan izin, dengan satu sesi.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 4:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Sementara meneliti.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian telah membuat ketetapan bahawa mereka perlu kekal ke dua sesi iaitu penetapan kementerian atas dasar-dasar, sebab-sebab perundangan kita akan laksanakan persekolahan dua sesi untuk sesi yang akan datang.

final • 4:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Akan tetapi keadaan persekitaran tidak praktikal kerana sekolah itu terletak di jalan utama dan ibu bapa semua telah sign

final • 4:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

petisyen, 80 peratus. Saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri untuk tangguhkan pelaksanaan sementara kementerian mengkaji perundangan kerana bangunan baharu sudah selesai Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Segambut.

final • 4:20 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Segambut, kami di kementerian tidak boleh bertoleransi perkara-perkara berkaitan dengan perundangan dan peraturan ya. Ini perkara penting. Kedaulatan undang-undang itu, keluhuran perlembagaan itu sentiasa dipegang dan itulah yang menjadi pegangan kami di kementerian. Maka pegawai-pegawai telah membuat ketetapan berdasarkan maklumat yang sedia ada supaya sesi yang akan datang ini akan dilaksanakan secara dua sesi.

final • 4:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Yang Berhormat Menteri, perundangan itu dibuat oleh manusia tetapi isu keselamatan dalam era COVID-19 sekarang. Kalau ada apa-apa yang berlaku, siapa yang akan bertanggungjawab.

final • 4:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Saya hendak tambah sikit. Saya setuju bahawa perundangan itu penting. Akan tetapi saya hendak tanya di bawah KPM, banyak bangunan KPM tidak ada CCC. Kalau kita hendak ambil satu pendekatan yang sangat ketat, saya hendak tanya sama ada Menteri Kanan KPM akan buat satu keputusan bahawa semua bangunan yang tanpa CCC ini tidak boleh diguna pakai pada masa ini.

Jadi saya rasa keputusan KPM perlulah konsisten. Ada situation- ada situasi di mana kami perlu menjadi fleksibel sikit. Saya rasa mesti Yang Berhormat Menteri Kanan tahu bahawa banyak, ada lebih kurang 500 buah bangunan KPM tanpa CCC.

Jadi apa keputusan KPM terhadap bangunan-bangunan tersebut. Tidak boleh guna pakai langsung?

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik Terima kasih Yang Berhormat Kulai.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Saya sebut tadi isu perundangan jadi saya tidak hendak cerita panjang. Dia history-nya panjang ceritanya. I think Yang Berhormat tahu.

final • 4:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Jadi saya sebut isu keselamatan para pelajar Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Jadi saya berpegang. Tidak, tidak.

final • 4:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Ini bukan isu politik, isu keselamatan kanak- kanak- minggu depan.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Ini, seperti mana saya tegaskan, ini adalah berkaitan dengan perundangan dan peraturan. As I said kedaulatan undang-undang itu kami di kementerian pegang bahawa setiap perkara itu perlu dilaksanakan berdasarkan perundangan, berdasarkan peraturan. Oleh sebab itu ya ini perkara yang telah kita teliti secara mendalam dan keputusan telah dibuat supaya ia akan dilaksanakan secara dua sesi.

final • 4:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri tadi jawab kementerian masih sedang meneliti isu ini.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Tidak.

final • 4:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Jadi sementara meneliti...

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Yes, sehingga kita keluarkan keputusan sebaliknya, ketetapan berdasarkan surat yang kita hantar kepada pihak sekolah pada 21 Februari itu kekal. Itu yang saya hendak jelaskan. Ya.

final • 4:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Saya minta Yang Berhormat Menteri minggu depan bila sekolah bermula dua sesi, saya minta Yang Berhormat Menteri dan Timbalan

final • 4:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Menteri turun ke tapak untuk melihat dengan sendiri bagaimana impratical-nya untuk mereka mulakan dua sesi di jalan utama sana.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Segambut.

final • 4:20 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Puan Kasthuriraaani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Puan Kasthuriraaani a/p Patto - Batu Kawan

Isu yang saya bangkitkan dalam perbahasan saya...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Menteri, saya bagi tambahan lima minit. Lima minit saja.

final • 4:20 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Yang Berhormat Menteri.

Sungai Siput.

final • 4:20 PM

Puan Kasthuriraaani a/p Patto - Batu Kawan

Lepas itu Batu Kawan ya.

final • 4:20 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Sungai Siput ya.

final • 4:20 PM

Puan Kasthuriraaani a/p Patto - Batu Kawan

Terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini berkenaan isu sekolah di Parlimen Sungai Siput di mana saya bangkitkan dalam perbahasan Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Rela. Isu ini di mana kalau mengikut jadual bangunan baharu sepatutnya siap pada tahun 2017 tetapi disebabkan masalah kontraktor yang tidak siapkan bangunan itu dalam tempoh yang ditetapkan, maka berlakulah penangguhan hingga tahun, sudah lima tahun dan dua minggu lalu bila saya bangkitkan dalam perbahasan, ini Ketua Bahagian MIC Sungai Siput dia kata, Presiden MIC, Tan Sri Vigneswaran telah selesaikan.

Akan tetapi benda apa habuk pun tidak ada, tapi buat kenyataan sebegitu.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Saya jawab, ada jawapan ya. Ada jawapan saya jelaskan.

final • 4:20 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Baru Bian - Selangau

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Berkaitan status SJKT Sungai Rela seperti dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Sungai Siput, KPM ingin memaklumkan bahawa kelewatan untuk menyiapkan sekolah tersebut disebabkan kegagalan kontraktor menyiapkan baki kerja. Ini termasuk kerja bekalan elektrik, kerja-kerja penurapan jalan dan pematuhan syarat-syarat kebenaran merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Oleh sebab kelewatan kontraktor dalam menyiapkan baki kerja ini, kelulusan pembekalan elektrik oleh pihak Tenaga Nasional Berhad juga telah terbatal pada 6 Disember 2019.

KPM telah mengeluarkan arahan kepada kontraktor pada 12 Februari 2020 supaya mendapatkan semula kelulusan TNB dan menyiapkan baki kerja di tapak. Menjadi tanggungjawab kontraktor untuk mematuhi syarat-syarat PBT dan pembekal utiliti seperti mana yang ditetapkan di dalam dokumen kontrak.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, KPM telah menghubungi dan mengemukakan surat sokongan kepada pihak TNB pada 22 Oktober 2020 untuk mempercepatkan kelulusan bekalan tenaga elektrik ini. Bagi memastikan pihak kontraktor dapat menyelesaikan isu yang tertangguh ini, KPM telah mengadakan sesi libat urus dengan pihak kontraktor pada 30 Ogos 2021. Berdasarkan laporan kemajuan serta baki kerja semasa, dijangkakan projek dapat disiapkan pada 19 Julai 2022. KPM akan terus memantau dengan rapi pelaksanaan baki kerja bagi memastikan ia dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Okey, jelas?

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri sedikit sahaja.

final • 4:30 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar, Papar sedikit.

final • 4:30 PM

Tuan Baru Bian - Selangau

Selangau, Selangau.

final • 4:30 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar, Papar.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Yang Berhormat Batu Kawan tadi kan.

final • 4:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Juga Bayan Baru ya.

[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor [Cameron Highlands] mempengerusikan

final • 4:30 PM

Mesyuarat] Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar, Papar, Papar.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Yang Berhormat Batu Kawan, silakan.

final • 4:30 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 4:30 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Yang Berhormat Menteri, jangan lupa Papar, Yang Berhormat Menteri.

final • 4:30 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Isu saya bukan berkaitan dengan infra walaupun ada soalan infra yang telah saya bangkitkan dalam soalan lisan saya tetapi ini merupakan dasar Kementerian Pendidikan mengenai kanak-kanak yang lahir kepada warganegara Malaysia yang berkahwin dengan seorang bukan warganegara di mana mereka telah diberitahu oleh sama ada sekolah ataupun Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan pasport.

Yang Berhormat Kulai pun sudah bangkitkan isu ini dalam Dewan Rakyat. Kami sudah bangkitkan tahun lepas juga. Saya ingin tahu, apa pendirian Kementerian Pendidikan mengenai isu ini because most of the time, their- contoh Yang Berhormat Menteri, semasa Pakatan Harapan jadi kerajaan, dasar kami adalah, sekiranya pelajar tersebut boleh membuktikan bahawa permohonan masih berjalan- that there is an application already to KDN, maka pelajar tersebut dibenarkan untuk terus bersekolah, dan bukan dianggap sebagai seorang pelajar warga asing.

Akan tetapi saya difahamkan kerajaan ini menggunakan Pekeliling 2017 yang lama di mana, this is a fact Yang Berhormat Menteri, in Penang I have been told. This is a fact, it is not a personal attack of political statement tetapi fakta bahawa kini Kementerian Pendidikan menggunakan dasar atau pekeliling yang lama. So, the student has to go and get the passport. Bila dapat pasport, student itu menjadi warganegara asing walhal ayahnya lahir di sini, seorang warganegara Malaysia. I hope we can go back to what we have under Pakatan Harapan which is good for the best interest for the student. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Mohon Tuan Yang di-Pertua, bagi 15 minit extra time, boleh? Injury time.

final • 4:30 PM

Tuan Baru Bian - Selangau

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Selangau.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Sekejap, sekejap saya jawab yang ini dahulu. Saya jawab.

final • 4:30 PM

Tuan Baru Bian - Selangau

Isu yang sama, isu yang sama dengan...

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Ya, Yang Berhormat Selangau sekali, sekali betul. Selangau pun sama..

final • 4:30 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar, Papar.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Yang Berhormat Selangau ada sekali, together.

final • 4:30 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar, jangan lupa.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Together dengan Yang Berhormat Batu Kawan. Let me answer the question.

final • 4:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Bayan Baru juga ya.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Yang Berhormat Selangau sekali sudah ada jawapan. Ahli Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Selangau dan Yang Berhormat Kulai...

final • 4:30 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

...Membangkitkan tentang persekolahan murid yang tidak mempunyai dokumen kerakyatan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kemasukan ke sekolah bagi kanak-kanak warganegara tanpa dokumen adalah berdasarkan...

final • 4:30 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Menteri, tiga minit dan gulung.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

...Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/2009 – Kemasukan Kanak-kanak Warganegara Tanpa Dokumen ke Sekolah bertarikh 11 Mac 2009.

final • 4:30 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Tiga minit tambahan.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Sementara itu, kemasukan ke sekolah bagi murid bukan warganegara adalah berpandukan kepada Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2018 – Permohonan Kemasukan Sekolah Murid Bukan Warganegara bertarikh 15 Januari 2018.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Batu Kawan, tidak ada sebarang perubahan kepada dasar ataupun pekeliling baru yang dikeluarkan selain daripada yang ada bertarikh 11 Mac 2009, dan lima Surat Siaran 15 Januari 2018, tidak ada.

final • 4:30 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri...

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Duduk dahulu, let me explain tidak habis lagi, dua para lagi.

final • 4:30 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Di bawah Pakatan Harapan, dasar dia merupakan pelajar yang...

final • 4:30 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Menteri Batu Kawan, Yang Berhormat Menteri tidak bagi laluan. Duduk.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini, KPM sedang meneliti semula garis panduan dan prosedur kemasukan kanak-kanak warganegara tanpa dokumen ke sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bawah KPM. Ini termasuk mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Dalam Negeri serta agensi pusat yang berkaitan. Sementara penelitian ini dilaksanakan, Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/2009 – Kemasukan Kanak-kanak Warganegara Tanpa Dokumen ke Sekolah dan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3/2018 – Permohonan Kemasukan Sekolah Murid Bukan Warganegara masih berkuat kuasa.

KPM menyedari bahawa terdapat kes-kes di mana anak-anak warganegara tidak dapat meneruskan pendidikan di sekolah rendah. Justeru, sebarang isu yang timbul berkaitan perkara ini akan dipertimbangkan berdasarkan maklumat kes dan tertakluk kepada peraturan dan undang-undang.

final • 4:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, Bayan Baru sedikit sahaja.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Yang Berhormat Bayan Baru, sedikit.

final • 4:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya tentang isu Sekolah Heng Ee di cawangan Bayan Baru, di mana benda ini telah dibangkitkan tiga sesi Parlimen berturut-turut dan Yang Berhormat Menteri pernah jawab, kata akan mempertimbangkan untuk membawa kes ini ke Kabinet.

Saya difahamkan bahawa Presiden MCA Yang Berhormat Ayer Hitam pun setuju tentang- pernah jumpa dengan Yang Berhormat Menteri. Jadi, kita daripada segi kerajaan dengan juga pembangkang pun bersetuju untuk memberi pentadbiran yang independent kepada cawangan Sekolah Kebangsaan Heng Ee. Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri bagi peneranganlah apa progress nya? Bolehkah buat ini sebelum pilihan raya?

Buatlah. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar, Papar.

final • 4:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Yang Berhormat Menteri, saya hendak tambah sedikit tentang kanak-kanak tanpa kerakyatan.

final • 4:30 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri...

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Saya jawab Yang Berhormat Bayan Baru, I think sudah cukup explain tadi. I just want to answer Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 4:30 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Yang Berhormat Bayan Baru, tadi soalan tidak ditanya dalam sesi perbahasan kali ini.

final • 4:30 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri, we did it under Pakatan Harapan. Yang Berhormat Menteri, isu belum selesai lagi.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Akan tetapi apa yang saya ingin jelaskan...

final • 4:30 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

I am so sorry tetapi we did it under Pakatan Harapan, we allowed- kanak-kanak dibenarkan. Saya tidak tahu kenapa hari ini perlu ada rundingan secara teliti seperti ini dengan KDN. *We know what is KDN’s stand.

They got such a big backlog of approving citizenship for children*. Kita tahu, saya mohon untuk your jurisdiction and your authority, Yang Berhormat Menteri... [Pembesar suara dimatikan]

final • 4:30 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Tambah 15 minit, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:30 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Sudah cukup masa.

final • 4:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Saya hanya hendak bawa perkara ini untuk perhatian Yang Berhormat Menteri...

final • 4:30 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Saya minta Menteri menjawab secara bertulis dalam tempoh lima hari.

final • 4:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Oleh sebab untuk PPD Pulau Pinang SPT mereka minta kanak-kanak tanpa kerakyatan ini untuk bawa Borang 13...

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Seperti mana- Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya.

final • 4:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Akan tetapi untuk*...

[Pembesar suara dimatikan] .*

final • 4:30 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Duduk.

final • 4:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tolong jawab, Bayan Baru ya.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Izinkan saya jelaskan tadi Yang Berhormat Kulai dan Yang Berhormat Batu Kawan. Saya sudah jelaskan. Tidak ada sebarang perubahan polisi sama ada waktu BN kah, waktu PH kah, waktu PN kah. Surat siaran dan

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

pekeliling yang sama digunakan. Sekiranya Ahli Yang Berhormat ada kes-kes tertentu atas sebab-sebab tertentu, boleh bawa kepada saya.

Oleh sebab saya jelaskan tadi tidak ada perubahan polisi. It is not that zaman PH tidak ada. You can tell me which pekeliling, which peraturan zaman Pakatan Harapan keluarkan untuk membenarkan selain daripada apa yang ada dalam surat sedia ada. Jadi ini fakta, this is not politics, ini fakta. Faktanya tidak ada sebarang perubahan, full stop, that’s it. Kalau ada sebarang kes tertentu dan kita akan perincikan berdasarkan kes.

final • 4:30 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Menteri, sudah cukup masa.

final • 4:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Bayan Baru sedikit.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan apa yang disebut- sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Oleh Yang Berhormat Kulai yang mengaitkan Zero Reject Policy kepada kemasukan murid tanpa dokumen ke sekolah. Saya hendak betulkan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulai tentang Zero Reject Policy.

KPM ingin menjelaskan bahawa Zero Reject Policy bukanlah merujuk kepada kemasukan murid tanpa dokumen ke sekolah. Zero Reject Policy adalah merujuk kepada penempatan persekolahan murid berkeperluan khas di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan tanpa menafikan hak mereka untuk menerima pendidikan di sekolah KPM. Itu saya jelaskan kepada ini.

Yang Berhormat Bayan Baru, soalan ini tidak ditanya tetapi ingin saya jelaskan, perkara ini juga melibatkan peraturan dan perundangan dan kami di KPM mengambil pendekatan yang cukup teliti bagi perkara-perkara yang melibatkan perundangan dan peraturan pendidikan. Jadi, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih...

final • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri sudah kaji sangat lama.

final • 4:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Saya rasa kenyataan Yang Berhormat Menteri berkenaan Zero Reject Policy tidak termasuk isu kanak-kanak bukan kerakyatan, tidak adil.

final • 4:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, sudah lama kita kaji, tolonglah percepatkan, Yang Berhormat Menteri.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Terima kasih kepada...

final • 4:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Menteri, Rasah. Rasah.

final • 4:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Saya rasa kenyataan Yang Berhormat Menteri tadi tidak adil. Saya rasa kalau Yang Berhormat Menteri tidak faham polisi tersebut bolehlah bincang dengan Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 4:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:30 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Menteri akan menjawab bertulis dalam lima hari.

Kita teruskan perbahasan dan jawapan Menteri. Dipersilakan Kementerian Pengangkutan, Yang Berhormat Menteri Kementerian Pengangkutan.

final • 4:30 PM

Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan lapan orang Ahli Yang Berhormat terhadap kementerian ini yang membahaskan dan menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tugas Kementerian Pengangkutan.

final • 4:38 PM

Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan sesi penggulungan perbahasan ini dengan menjawab isu berkaitan dengan pengangkutan rel terlebih dahulu. Yang Berhormat Pekan telah membangkitkan isu mengenai penangguhan dan kelewatan projek High Speed Rail (HSR), Rapid Transit System Link (RTS) Johor Baru-Singapura dan Electric Train Service.

Kementerian Pengangkutan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelaksanaan projek-projek mega ini. Pada masa ini kemajuan kerja untuk projek RTS telah mencapai hampir 10 peratus di mana proses pengambilan tanah telah pun selesai dan reka bentuk infrastruktur juga telah dimuktamadkan. Pada masa ini, kerja-kerja tanah, pengalihan utiliti serta piling work sedang dilaksanakan.

Bagi projek HSR pula, MOT telah diberi tanggungjawab untuk memulakan perbincangan bersama dengan Kerajaan Singapura mengikut terma-terma baharu dan perbincangan masih di peringkat awal dan pada masa ini MOT sedang bersiap sedia untuk mengadakan perbincangan awal dengan Singapura pada suku tahun kedua tahun ini.

final • 4:38 PM

Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Selaras dengan hasil lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Thailand pada 25 Februari 2022, MOT juga sedang meneroka kemungkinan mengadakan kajian kebolehlaksanaan HSR dari Kuala Lumpur ke Bangkok.

Berkaitan dengan projek landasan kereta api berkembar Gemas-JB, kemajuan fizikal pada masa sekarang ialah sebanyak 82.5 peratus berbanding dengan jadual sebanyak 85.2 peratus. Memang terdapat kelewatan di sebabkan oleh wabak COVID-19.

Bagi Projek Electric Train Service (ETS) untuk jajaran Gemas Johor Bahru, MOT sedang dalam proses memuktamadkan final design review yang dijangka selesai pada akhir Mac 2022 dan perolehan set ETS dijangkakan selesai pada September 2024.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tumpat telah menyentuh isu berkaitan dengan ECRL iaitu supaya kerajaan pada hari ini dapat mengembalikan stesen-stesen ECRL yang telah digugurkan daripada senarai Projek ECRL di Kelantan. Saya memahami permintaan Yang Berhormat Tumpat untuk diwujudkan semula stesen-stesen yang telah dikeluarkan dari skop.

Untuk makluman Yang Berhormat, semakan semula jajaran untuk seksyen A, Kota Baharu-Dungun telah diluluskan kerajaan sebelum ini di mana jumlah serta lokasi stesen Kelantan telah pun dimuktamadkan. Pemilihan stesen ditentukan oleh pelbagai faktor seperti kos pembinaan, populasi, ketersambungan dengan mod pengangkutan yang lain, fungsi stesen sama ada untuk kargo atau penumpang dan sebagainya.

Oleh sebab projek ini turut melibatkan pembiayaan antarabangsa, maka projek ECRL perlu dilaksanakan berdasarkan kelulusan ini. Kementerian Pengangkutan amat komited untuk memastikan kesalinghubungan rel di negara ini dan akan menumpukan kepada perkara ini selepas projek ECRL disiapkan. Pelaksanaannya telah tertakluk kepada keupayaan kewangan negara pada masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Jelutong telah menyentuh isu berkaitan LRT Pulau Pinang, status naik taraf lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang dan status perkhidmatan feri Pulau Pinang.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan menyambut baik saranan Yang Berhormat supaya sistem LRT yang baik dapat diberi perhatian oleh kerajaan. Dalam hubungan ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mempunyai cadangan untuk melaksanakan projek Transit Aliran Ringan Bayan Lepas (BLLRT) yang akan menjadi tunjang kepada pengangkutan awam berasaskan rel di negeri Pulau Pinang seperti yang telah dicadangkan di bawah Penang Transport Master Plan (PTMP).

Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN) Kerajaan Pulau Pinang merupakan pemilik dan pemohon bagi projek BLLRT ini. Jajaran projek BLLRT bermula dari KOMTAR dan akan melalui kawasan-kawasan seperti Gelugor, Bayan Baru, Bayan Lepas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebelum berakhir di stesen C3 yang terletak dalam cadangan tanah tebus guna Penang South Reclamation (PSR).

final • 4:40 PM

Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Kajian ke boleh pelaksanaan jajaran projek BLLRT ini telah pun dijalankan pada tahun 2014 oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Beberapa siri perbincangan telah dijalankan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bersama pihak-pihak yang terlibat bagi memastikan cadangan projek ini berjalan dengan lancar.

Kelulusan bersyarat Skim Kereta Api Projek BLLRT ini juga telah diluluskan oleh Mantan Menteri Pengangkutan pada 16 Julai 2019. Lanjutan kepada kelulusan bersyarat tersebut, pemeriksaan awam selama tiga bulan telah dijalankan oleh pemohon iaitu BPEN Pulau Pinang pada 19 Ogos 2019 hinggalah 19 November 2019 mengikut keperluan seksyen 84 Akta Pengangkutan Darat 2010 iaitu Akta 715.

Pada Oktober 2025, Kementerian Pengangkutan telah mengadakan lawatan tapak bersama dengan BPEN Pulau Pinang ke jajaran BLLRT ini bagi menyelesaikan isu- isu yang berkaitan jajaran. Keputusan muktamad ke atas Skim Kereta Api Projek BLLRT ini akan diberi setelah pihak pemohon memenuhi keperluan-keperluan lain yang diberikan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) ke atas kelulusan bersyarat tersebut, termasuklah kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA) jajaran BLLRT bagi PSR yang masih belum diperoleh.

Bagi isu feri Pulau Pinang, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan sentiasa prihatin terhadap isu-isu berhubung dengan operasi perkhidmatan feri Pulau Pinang yang merupakan mod pengangkutan penting dan ikon di Pulau Pinang. Dalam hal ini, operasi perkhidmatan feri tidak ditamatkan dan masih beroperasi dengan lancar, malahan ditambah baik dengan penggunaan perkhidmatan feri jenis baru yang bakal dilaksanakan bermula pertengahan tahun 2023. Selain daripada itu, selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 18 Disember 2019, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM30 juta kepada operator pelabuhan iaitu PPSB bagi tujuan perolehan feri baru bagi menggantikan feri-feri lama yang tidak lagi efektif dan selamat untuk terus beroperasi bagi menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang.

Dalam hubungan ini, sebanyak RM15 juta telah pun disalurkan kepada pihak Penang Port Sdn. Berhad (PPSB) pada tahun lepas dan baki RM15 juta lagi akan disalurkan pada tahun ini. Dengan pengenalan perkhidmatan feri yang baru pihak berkuasa pelabuhan iaitu Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan juga PPSB telah merencana menaiktarafkan facility pelabuhan dan juga sistem operasi perkhidmatan feri dalam memastikan perkhidmatan feri tersebut kekal relevan dan memenuhi kehendak pengguna sedia ada. Justeru, Kerajaan Persekutuan memberi jaminan bahawa operasi perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan tanpa sebarang halangan demi kesejahteraan rakyat Malaysia dan rakyat Pulau Pinang secara khusus.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan status naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang juga telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong, penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan negatif terhadap industri penerbangan negara terutamanya kemampuan MAHB untuk membiayai projek Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Dalam hubungan ini syarikat penerbangan dijangkakan memerlukan tempoh masa sehingga tahun 2025 untuk pulih sepenuhnya daripada impak wabak COVID-19, tertakluk kepada situasi semasa penularan wabak tersebut di dalam dan luar negara.

Berdasarkan perkembangan terkini dan kekurangan permintaan di dalam industri penerbangan negara, projek ini akan ditangguhkan sehinggalah industri penerbangan dipulihkan. Untuk tempoh ini, kerajaan sedang menyelesaikan beberapa isu termasuklah pengambilan tanah bagi membolehkan projek naik taraf LTAPP dilaksanakan kelak. Ini termasuk juga SJKC Chung Shan yang terlibat.

Pada masa yang sama, bagi memastikan keperluan pembangunan jangka panjang lapangan terbang atau padang terbang di Malaysia, berdasarkan keperluan industri semasa mengambil kira impak COVID-19 dan keperluan sistem jaringan ke saling hubungan pengangkutan negara, Kementerian Pengangkutan Malaysia telah memulakan kajian National Airport Strategic Plan (MAASP) pada awal Mac 2022. Kajian ini akan mengambil masa 18 bulan untuk dimuktamadkan.

final • 4:40 PM

Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Sandakan telah menyentuh isu naik taraf lapangan terbang Sandakan. Untuk makluman projek pemanjangan landasan lapangan terbang Sandakan telah pun siap dan Certificate of Practical Completion (CPC), dengan izin, telah diperoleh pada 28 Februari 2022.

Pada masa ini Malaysia telah pun mempunyai enam buah lapangan terbang antarabangsa iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Lapangan-lapangan terbang lain termasuk juga Lapangan Terbang Sandakan merupakan lapangan terbang domestik dan berperanan sebagai feeder kepada lapangan terbang antarabangsa yang disebutkan tadi.

Ini merupakan dasar semasa Kementerian Pengangkutan berhubung dengan fungsi lapangan terbang sedia ada di Malaysia. Pada masa yang sama, kajian National Airport Strategic Plan (NASP) yang sedang dijalankan atau menentukan keperluan pembangunan jangka panjang lapangan terbang atau padang terbang di Malaysia berdasarkan keperluan industri semasa selari dengan jaringan ke saling hubungan sistem pengangkutan negara.

Kajian ini juga akan turut mengkaji fungsi dan peranan setiap lapangan terbang dalam sistem jaringan lapangan terbang di negara ini dan kapasiti pihak-pihak yang terlibat dalam operasi lapangan terbang serta mencadangkan strategi yang terbaik bagi satu sistem jaringan lapangan terbang.

final • 4:40 PM

Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Dalam hubungan ini, kajian ini akan turut menentukan sama ada Lapangan Terbang Sandakan wajar dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa atau kekal sebagai fungsi sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kubang Pasu telah membangkitkan isu mengenai lori-lori kontena yang menyeberangi sempadan untuk ke depot simpanan yang menggunakan laluan jalan pintas dan mengancam nyawa penduduk setempat. Seperti mana yang pernah dimaklumkan sebelum ini, memang benar peraturan semasa sejak tahun 1994 lagi hanya membenarkan kemasukan lori-lori ini untuk jarak dua kilometer sahaja ke dalam Malaysia tanpa memerlukan insurans kenderaan motor Malaysia.

Namun, perkembangan pembangunan kawasan sekitar telah menyaksikan terdapat depot kontena termasuk di kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam ini terletak melebihi jarak dua kilometer asal yang dibenarkan.

Dalam hal ini, Kementerian Pengangkutan amat memandang serius perkara ini terutamanya aspek keselamatan dan perlindungan rakyat tempatan di kawasan perumahan terlibat serta pengguna jalan yang lain. Masalah besar akan timbul sekiranya tindak tanduk pemandu lori Thailand yang memasuki kawasan perumahan menyebabkan kemalangan sehingga menyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa.

Oleh yang demikian, Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji dengan lebih terperinci perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Pasu sama ada terdapat kesesuaian untuk kita menimbangkan permohonan ini atau terdapat kaedah- kaedah lain yang boleh kita laksanakan memandangkan perkara ini akan melibatkan tindakan timbal balik atau reciprocal action, dengan izin, daripada pihak Thailand.

Kesan kepada syarikat-syarikat tempatan dan aspek keselamatan orang ramai.

Sebarang langkah penyelesaian atau kaedah penambahbaikan akan dibuat secara holistik dan seimbang demi kepentingan semua pihak kelak.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hulu Selangor telah membangkitkan isu akses terhadap mod pengangkutan awam di kawasan luar bandar terutamanya yang berdekatan dengan Lembah Klang seperti di daerah Hulu Selangor dan Tanjong Malim.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini terdapat perkhidmatan bas berhenti-

final • 4:50 PM

Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

henti yang menghubungkan Tanjong Malim-Kuala Kubu Bharu-Rawang melalui jalan utama yang dikendalikan oleh MARA Liner Sdn. Bhd. (MLSB).

Berhubung dengan isu kekerapan jadual perjalanan. Berdasarkan rekod bilangan penumpang yang diperoleh oleh APAD dalam tempoh peralihan Pelan Pemulihan Negara dari Fasa 1 ke Fasa 2 mulai 1 September 2021 sehingga 31 Disember 2021, purata penumpang bulanan yang menggunakan perkhidmatan bas berhenti-henti di kawasan tersebut hanyalah seramai 256 orang ataupun lebih kurang 12 orang sehari berdasarkan kiraan hari bekerja. Dalam konteks ini kekerapan jadual perjalanan yang disediakan oleh pengendali adalah pada kadar yang munasabah memandangkan permintaan yang tidak tinggi. Walau bagaimanapun, kerajaan akan meneliti kekerapan jadual perjalanan ini dari semasa ke semasa untuk memastikan rakyat mendapat khidmat perkhidmatan yang sewajarnya.

Selain daripada itu, di Daerah Hulu Selangor juga terdapat perkhidmatan bas percuma di bawah inisiatif kerajaan negeri Selangor dan Majlis Daerah Hulu Selangor iaitu Bas Smart Selangor yang digunakan oleh orang awam setempat. Kerajaan sangat mengalu-alukan kerjasama baik seumpama ini yang diberikan oleh kerajaan negeri atau kerajaan tempatan dalam usaha menambah baik kecekapan pengangkutan awam di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua mengenai perkara berkaitan dengan sektor logistik- Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 4:50 PM

Puan Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor

Yang Berhormat Menteri, boleh tidak saya tanya soalan? Terima kasih atas jawapan yang diberikan Yang Berhormat Menteri.

Cuma dua soalan yang saya ingin tanyakan seperti mana tadi dimaklumkan iaitu jadual.

Jadual jika dikirakan pada tapaknya biasa setiap empat jam baru ada sebuah bas. Bas yang sedia ada adalah sangat uzur. Ada masa akan rosak di separuh jalan. Permintaan ada yang gunakan bas untuk pergi kerja. Memang tidak sempat untuk pergi ke kawasan seperti Rawang untuk tukar transit bas. Saya berharap sangat menumpukan perhatian di Taman Bunga Raya iaitu MK Land, kepadatan penduduk seramai 30 ribu orang dengan B40 memang mereka memerlukan sangat bas berhenti-henti supaya nombor satu tepat masa dan juga servis agak- minta elok sedikit iaitu kenderaan yang jangan terlalu uzur.

Nombor dua, permintaan daripada saya iaitu kita difahamkan walaupun di Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Hulu Selangor, negeri Selangor ada menyediakan Bas Smart. Akan tetapi daripada persambungan itu. Saya bagi contoh; bas hanya berjalan sekadar di daerah Hulu Selangor iaitu dari Taman Bunga Raya ke Kuala Kubu Bharu.

Akan tetapi, kepada penduduk yang ingin bekerja di Rawang, mereka perlukan satu perjalanan iaitu daripada Taman Bunga Raya ke Rawang. Saya cadangkan jika dapat kebenaran daripada Kementerian Pengangkutan supaya ada sambungan bas percuma diberikan kebenaran. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Selangor.

Saya dapat mengesahkan bahawa Yang Berhormat Hulu Selangor memang faham masalah yang dihadapi oleh komuniti setempat. Saya turut bersimpati dengan Yang Berhormat kerana kalau apa yang saya dedahkan tadi penumpang cuma 256 orang penumpang dalam sebulan. 12 orang penumpang sehari untuk hari bekerja.

Saya juga melihat kalau kita mengadakan projek seperti ISBSF dan kita juga melihat ada syarikat-syarikat yang tidak ada keupayaan untuk mengendalikan. Kalau mereka tidak sampai 80 per cent performance, maka mereka gagal mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan.

Saya berjanji dengan Yang Berhormat, kita akan mengajak Yang Berhormat bersama-sama dengan pihak APAD memandangkan tiga buah pihak yang dipertanggungjawabkan untuk melihat keseluruhan perkhidmatan bas di sana. Maka saya mencadangkan APAD akan memanggil satu mesyuarat di manakah missing link, di manakah connectivity yang tidak sampai itu? Mungkin kita gunakan sekiranya kalau dilanjutkan perkhidmatan untuk sebuah syarikat yang sedang menyediakan

final • 4:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

perkhidmatan, mungkin kita memberikan satu- laluan baharu kepada mereka. Bergantung kepada kemampuan mereka untuk mengendalikan. Ini kita boleh bincang.

Saya rasa salah satu missing link- Taman Bunga Raya yang hendak dihubungkan pada Rawang, yang lain saya rasa PBT ataupun kerajaan negeri mereka ada bas percuma. Kita gunakan dengan cara perkongsian bestari. Saya yakin perkara ini dapat kita cari penyelesaian walaupun tidak ramai saya lihat penumpang tadi tetapi Yang Berhormat memfokuskan kepada Taman Bunga Raya yang mempunyai jumlah yang ramai. Saya akan lihat balik laluan yang boleh diluluskan oleh pihak APAD. Saya berjanji dengan Yang Berhormat, saya akan minta APAD melihat dan bagaimana kita boleh tap on apa servis yang ada. Terima kasih, Yang Berhormat.

Mengenai perkara berkaitan dengan sektor logistik. Yang Berhormat Labuan telah membangkitkan isu kenaikan kos pengangkutan logistik yang mendadak yang akan memberi impak langsung kepada kuasa membeli rakyat khususnya golongan yang mudah terkesan iaitu golongan B50 dan B30.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kos pengangkutan dipacu oleh permintaan pasaran atau market-driven dan atas sebab yang sama kerajaan tidak menetapkan sebarang kawalan kepada kos pengangkutan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, semakan kementerian mendapati secara umumnya tidak terdapat peningkatan kos pengangkutan darat dan udara yang ketara. Kos pengangkutan haulier dan udara berada pada kadar yang sama disebabkan pada ketika ini satu, sektor pengangkutan sedang melalui fasa pemulihan ekonomi dan kebanyakan pengusaha sedang bersaing untuk kekal dalam industri.

Kedua, sektor logistik menerima impak yang kecil ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memandangkan ia diiktiraf sebagai essential services ketika itu. Berhubung dengan peningkatan kos- sea freight, pengangkutan barangan melalui laut yang turut bersangkut paut dengan isu kekurangan kontena, ia merupakan fenomena yang dialami oleh seluruh dunia.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Pada masa ini, usaha-usaha bagi meminimumkan kesan daripada permasalahan ini sedang ditangani menerusi pengurusan pergerakan kargo yang lebih efisien dan cekap di pelabuhan-pelabuhan utama negara agar dapat kekal kompetitif di pasaran dunia.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kangar yang telah membangkitkan isu berkaitan dengan perkhidmatan feri di Jeti Kuala Perlis dan projek pengerukan jeti tersebut.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan telah sekian lama memberi kebebasan kepada syarikat-syarikat yang berkeupayaan memberi perkhidmatan feri di laluan Kuala Perlis-Langkawi. Pada masa kini, selain daripada operator feri yang sedia ada, dua buah syarikat feri iaitu Star Crystal Shipping Sdn. Berhad, dan Sani United Berhad telah diberi kelulusan untuk beroperasi bagi laluan tersebut, namun masih belum memulakan apa-apa perkhidmatan berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak Mac 2020.

Dakwaan bahawa perkhidmatan feri yang tidak mencukupi adalah kurang tepat memandangkan operator sedia ada telah beroperasi menggunakan lebih daripada 30 unit feri penumpang dan berupaya menampung permintaan semasa. Jabatan Laut Malaysia telah memaklumkan bahawa pada masa ini feri hanya boleh memasuki Terminal Feri Kuala Perlis apabila air pasang melebihi 1.5 meter Chart Datum (CD).

Sebelum pengerukan kecemasan yang berakhir pada 15 Februari 2022, feri hanya dapat merapat ke dermaga apabila air pasang melebihi 1.6 meter. Pada 21 Februari 2022, JLM telah melantik kontraktor pengerukan bagi mendalamkan alur pelayaran dan lembangan dermaga sehingga kedalaman empat meter CD. Kedalaman ini dijangka bertahan selama tiga tahun selepas kerja-kerja disempurnakan. Kementerian Pengangkutan telah pun membelanjakan lebih daripada RM500 juta untuk kerja-kerja pengerukan sejak tahun 2005 dan ini melibatkan kos yang tinggi.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Dalam hal ini, pada tahun 2015 kementerian telah melantik Institut Maritim Malaysia (MIMA) untuk menjalankan kajian bagi mencari lokasi terminal feri yang bersesuaian dengan kedalaman yang semula jadi dan hasil kajian mencadangkan Sanglang, Perlis sebagai lokasi yang sesuai kerana ia terletak lima kilometer dari pantai.

Namun, pada masa tersebut Kerajaan Negeri Perlis tidak bersetuju dengan cadangan terminal feri baharu di Sanglang kerana bimbang ia akan mengganggu sosioekonomi, khususnya di kawasan Kuala Perlis.

Walau bagaimanapun, kini Kerajaan Negeri Perlis telah bersetuju untuk membangunkan sebuah jeti Roro di Sanglang dan dijadualkan dilaksanakan pada suku ke-tiga tahun 2022. Berkaitan dengan isu pengerukan di Jeti Kuala Perlis berikutan insiden feri terkandas di Kuala Perlis baru-baru ini, kerja-kerja pengerukan kecemasan telah pun dilakukan di kawasan sekitar Jeti Kuala Perlis pada 6 Februari 2022 hingga 15 Februari 2022. Seterusnya, pelantikan kontraktor secara tender terbuka bagi kerja-kerja pengerukan di sepanjang alur pelayaran Kuala Perlis juga telah dilaksanakan. Surat Setuju Terima bertarikh 8 Februari 2022 telah dikeluarkan, dan tarikh milik tapak adalah pada 21 Februari 2022. Pada masa ini, kerja-kerja pre-survey, dengan izin, sedang dilaksanakan.

Untuk makluman Yang Berhormat, untuk pergi ke Langkawi terdapat dua perkhidmatan feri utama iaitu Feri Kuala Kedah dan Feri Kuala Perlis. Kedua-duanya mengalami masalah mendapan yang tinggi dan memerlukan pengerukan berkala. Selain dari Kuala Perlis, pada masa ini MOT turut melaksanakan kerja-kerja pengerukan untuk keselamatan pelayaran di alur pelayaran Kuala Kedah yang telah mencapai peratus kemajuan fizikal sebanyak 44 peratus berbanding dengan jadual 30 peratus. Selain itu, satu kajian penyelesaian yang lebih mampan bagi menangani masalah mendapan di alur pelayaran dan basin jeti penumpang Kuala Perlis juga telah dilaksanakan dan laporan kajian dalam fasa akhir pengesahan.

Tuan Yang di-Pertua, ini sahaja jawapan saya kepada apa yang telah dibangkitkan oleh lapan orang Ahli Yang Berhormat, secara spesifik meminta Kementerian Pengangkutan untuk menjawab. Akan tetapi saya sedar juga, Yang Berhormat Seremban juga membangkitkan satu isu. Kalau mengikut Hansard nya, ia meminta supaya UKAS...

final • 5:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Memang saya minta EPU jawab.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Akan tetapi...

final • 5:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Adakah Kementerian Pengangkutan hendak mengelakkan daripada isu ini?

final • 5:00 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tidak, oleh sebab itu saya tunggu. Saya bagi masa. Oleh sebab saya tengok Hansard, dia kata minta UKAS yang jawab. Akan tetapi saya sudah ada jawapan, tidak ada masalah. IMW ini memanglah satu konsesi yang telah diberikan oleh Kerajaan Malaysia dan ia telah dibawa dan telah dipersetujui oleh Kabinet.

Seterusnya, telah dibawa kepada perhatian UKAS untuk menyediakan MJM. Kertas juga telah dipersetujui oleh UKAS pada tahun lalu dan ia melalui proses perbincangan dengan pihak yang akan diberi konsesi selama 15 tahun.

Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, asas-asas pertimbangan seperti mana yang telah dibincangkan oleh Kabinet, termasuklah melihat latar belakang syarikat ini yang telah menjalankan projek begitu banyak sekali. Berdasarkan kepada pengalaman 15 tahun, walaupun daripada segi teknikal, kita lihat mereka mempunyai peralatan yang telah dilabur dengan besar, RM2.2 bilion. Projek yang telah dilengkapkan, lebih daripada 200 projek di semua pelabuhan Persekutuan di Malaysia.

Jadi, saya faham dengan apa Yang Berhormat telah bangkitkan dalam perkara ini. Semua kelemahan yang ada, mungkin dalam konteks sebelumnya akan direncanakan, akan dibincangkan dengan pihak UKAS sebelum perjanjian akhir itu dapat dimeterai. Ia sedang dalam tindakan UKAS bersama-sama dengan pihak AGC. Okey, silakan.

final • 5:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Adakah Yang Berhormat Menteri dapat

final • 5:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

menafikan apa yang saya sebut dalam perbahasan bahawa syarikat ini mempunyai pelbagai masalah?

Pertamanya, Inai Kiara ataupun holding company kepada syarikat yang diberikan konsesi ini ialah sebuah syarikat yang telah bankrap, sehingga ada saman daripada kerajaan terhadap syarikat ini, tidak bayar kepada LHDN. Juga apa yang dikatakan, disebutkan tadi banyak projek disiapkan. Tidakkah Yang Berhormat sendiri sedar bahawa banyak projek yang tergendala? Ada banyak projek yang tidak disiapkan dan tidak dapat disiapkan oleh syarikat ini, mereka terpaksa cari syarikat yang lain. Di Kuantan Port umpamanya, satu contoh yang terbaik semasa Yang Berhormat Pekan menjadi Perdana Menteri. Kuantan Port tidak dapat diselesaikan, water breaker tersebut terpaksa dibina oleh sebuah syarikat lain, IJN bersama syarikat daripada Negara China.

Ini menunjukkan bahawa keupayaan syarikat ini amat dipersoalkan. Mengapakah sebuah syarikat yang ada track record yang tidak baik ini disambung konsesinya?

Diberikan satu konsesi yang baru. Itu persoalannya. Apabila Kabinet meluluskan sejak bulan Julai lalu, Yang Berhormat Menteri sendiri seolah-olah hendak menyembunyikan fakta ini. Tidak memberikan apa-apa maklum balas, tidak memberikan apa-apa pengumuman terhadap keputusan ini sejak bulan Julai lalu. Sehingga saya bertanya soalan, baru ada jawapan di Parlimen pada dua minggu yang lepas.

Jadi, mengapakah sebuah syarikat yang begitu negatif dan menjadi pelbagai masalah diberikan konsesi yang seterusnya? Apa yang paling penting, daripada segi dasar. Yang Berhormat Menteri boleh tanya kepada Yang Berhormat Gombak. Kita sudah berbincang semasa Pakatan Harapan memerintah. Kita sudah berbincang supaya melihat kepada konsesi-konsesi yang dimonopoli ini. Oleh sebab apabila sesebuah syarikat itu memonopoli sesuatu bidang, ini seolah-olah anti competition. Dalam bidang pengerukan ini...

final • 5:00 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Seremban, soalan.

final • 5:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

...Dalam bidang reclamation ini, merupakan satu bidang yang cukup besar. Mempunyai nilai yang cukup besar. Mengapakah sebuah syarikat sahaja memonopoli keseluruhan bidang itu? Mengapakah tidak dibuka kepada syarikat-syarikat yang lain? Saya yakin banyak syarikat juga dapat melabur kepada apa yang mereka perlukan untuk peralatan tersebut. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat membuat sesuatu tuduhan yang tidak benar. Bukan saya tidak mengumumkan. Oleh sebab ini masih dalam pertimbangan UKAS, belum memuktamadkan semua terma, termasuk juga apabila berlakunya pertikaian kuantiti yang telah digeruk. Bagaimana kita hendak mencari satu penyelesaian.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Kedua, Yang Berhormat juga menyebut apabila dapat satu kes tetapi saya lihat daripada projek yang telah disiapkan oleh syarikat bumiputera ini, 247 projek mereka dapat siapkan.

final • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Saya betulkan Yang Berhormat Menteri.

Bukan satu kes, ada banyak kes.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Sekejap, sekejap.

final • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Boleh minta Kementerian Pengangkutan beri senarai tersebut. Bukan sahaja satu kes.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Sekejap Yang Berhormat. Yang Berhormat berilah projek mana yang ia tidak siapkan, ya. Jadi 247 projek bernilai RM2.28 bilion. Ini ada rekod dalam MOT. Kedua, saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat sebelum itu kenapa dasar ini diadakan. Ini kerana kita melihat ramai yang mengguna menjadi ejen kepada syarikat-syarikat pengerukan kapal dari luar negara. Atas soal kedaulatan, kita melihat isu ini dibincangkan secara panjang lebar termasuk juga apa yang Yang Berhormat sebutkan sedikit masalah daripada segi kewangan...

final • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Bukan sedikit masalah Yang Berhormat Menteri. Kalau Yang Berhormat Menteri cakap syarikat ini boleh menyelesaikan 200 lebih projek, mengapakah syarikat itu bankrap? Itu persoalan yang paling besar.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Sebuah syarikat bankrap diberikan konsesi.

Itu persoalan sekarang ini. Kerajaan Malaysia memberikan konsesi kepada sebuah syarikat bankrap. Bukankah itu satu scandalous decision? Satu keputusan yang scandalous. Itu tidak boleh dinafikan bahawa syarikat ini di bawah receivership. Adakah Yang Berhormat Menteri dapat menafikan bahawa Inai Kiara ini bukan di bawah receivership? Boleh tak Yang Berhormat Menteri beri, ataupun nafikan fakta tersebut?

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Sekejap. Yang Berhormat, saya kata daripada segi masalah kewangan itu memang berlaku. Akan tetapi daripada segi teknikal, mereka mempunyai peralatan yang cukup. Mereka telah melaporkan...

final • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Yang Berhormat Menteri, kalau sudah bankrap macam mana ia ada peralatan?

final • 5:10 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Menteri sila gulung.

final • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Peralatan itu di bawah receivership kepada bank.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, syarikat menghadapi masalah kewangan masih dalam peringkat diuruskan oleh pihak bank.

final • 5:10 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Beri jawapan bertulis.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Kita ada banyak syarat yang dikenakan kerana daripada segi kerja-kerja pengerukan mereka kena gunakan apakah piawaian yang kita tentukan. Jadi kita ada mekanisme untuk memantau, kerana perkara ini telah dibincangkan dan sudah 15 tahun mereka membuat kerja dan saya rasa dalam kes ini saya tadi sebutkan ada banyak syarikat menjadi ejen di sini untuk dapatkan kapal-kapal di luar. Akan tetapi syarikat ini yang melabur lebih aset di Malaysia dan ini sebagai salah satu asas pertimbangan.

Jadi, Yang Berhormat boleh lah buat anggapan macam-macam- tidak mengapa.

Akan tetapi Yang Berhormat dalam ucapan, saya meneliti Yang Berhormat minta- Yang Berhormat boleh tanya...

final • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Memang saya tanya.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Sebab daripada segi 15 tahun...

final • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Akan tetapi daripada segi kesimpulannya Yang Berhormat Menteri Pengangkutan kata hari ini, Kerajaan Malaysia melantik sebuah syarikat bankrap untuk mendapat konsesi 15 tahun untuk pengerukan. Itu kesimpulannya, terima kasih.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat boleh buat apa sahaja kesimpulan tetapi kita berlandaskan kepada keputusan yang telah dibuat dan kita ada cara-cara pemantauan dan kita juga melihat daripada segi latar belakang. Kalau syarikat ini tidak boleh membuat kerja, kita ada cara kita untuk mengekang. Jadi saya rasa...

final • 5:10 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Masa sudah cukup.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Seremban yang dalam ucapannya minta MOT...

final • 5:10 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kerajaan bantu syarikat bankrap ya.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Saya tetap juga jawab kerana saya berasa terpanggil untuk menjawab apa yang saya tahu. Yang Berhormat boleh mendapatkan keterangan lanjut seperti mana Yang Berhormat kehendaki...

final • 5:10 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Selepas ini boleh banyaklah syarikat bankrap mohon ya.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Sekian, terima kasih.

final • 5:10 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia.

final • 5:10 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat petang, salam sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia. Terlebih dahulu Kementerian Sumber Manusia ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang begitu prihatin dengan hal berkaitan warga kerja dan perkembangan modal insan yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara.

Seramai 13 orang Ahli-ahli Yang Berhormat telah memberikan pandangan, saranan dan teguran yang cukup membina dan sebanyak 34 isu yang telah menyentuh perkara-perkara berkaitan fungsi, peranan dan tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia telah dibangkitkan sepanjang perbahasan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, empat orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Tampin dan Yang Berhormat Hulu Selangor telah membangkitkan isu pengangguran dan peluang pekerjaan. Kerajaan sedar mengenai kadar pengangguran serta prihatin akan kepentingan untuk memperkasa tenaga kerja dan bakat tempatan dalam mendepani keadaan yang mencabar.

Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, data terkini Kaji Selidik Tenaga Buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan kadar pengangguran keseluruhan dalam Malaysia pada suku keempat 2021 menyusut sebanyak 0.5 peratus kepada 4.3 peratus berbanding 4.8 peratus yang dicatatkan pada tempoh yang sama pada tahun 2020.

Sejajar dengan ini, bilangan penganggur menurun daripada 760,700 orang pada suku keempat 2020 kepada 696,400 orang pada suku keempat 2021. Kedudukan tenaga buruh pada suku keempat 2021 kekal stabil dengan peningkatan guna tenaga yang berterusan dan penurunan dalam bilangan penganggur berikutan pengoperasian semula lebih banyak aktiviti ekonomi dan sosial yang merangsang kesan positif terhadap pasaran buruh.

Selain itu, peralihan lebih banyak negeri ke fasa berikutnya dalam Pelan Pemulihan Negara membenarkan lebih banyak aktiviti perniagaan untuk beroperasi dengan waktu operasi perniagaan yang dilanjutkan. Di samping itu, kebenaran rentas negeri di kawasan Lembah Klang bertambah dengan pembukaan semula industri pelancongan domestik di negeri Terengganu dan Pulau Langkawi juga menggalakkan aktiviti ekonomi. Mengikut sektor ekonomi, guna tenaga dalam sektor perkhidmatan terus mencatatkan trend peningkatan terutamanya dalam aktiviti perdagangan borong dan runcit. Perkhidmatan makanan dan minuman serta pengangkutan dan penyimpanan, trend yang sama turut dilihat dalam sektor pembuatan dan pembinaan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Papar dan juga Yang Berhormat Hulu Selangor telah menyentuh isu pengangguran dan peluang pekerjaan khusus dalam kalangan golongan belia dan graduan. Berdasarkan Kaji Selidik Tenaga Buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran bagi golongan belia berumur 15 sehingga 24 tahun menurun kepada 11.7 peratus pada suku ke-empat tahun 2021 berbanding dengan 12.8 peratus pada suku ke-empat tahun 2020.

Manakala statistik siswazah 2020 yang juga dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan kadar pengangguran siswazah telah meningkat kepada 4.4 peratus pada tahun 2020 berbanding 3.9 peratus pada tahun 2019. Merujuk kepada

final • 5:13 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

statistik Sistem Insurans Pekerjaan, sebanyak 515,884 buah penempatan berjaya diisi mulai Mac 2020 sehingga 4 Mac 2022 termasuk penempatan kepada golongan belia dan graduan yang baru keluar daripada universiti dan institut pengajian tinggi.

Prihatin dengan keadaan tersebut, kerajaan telah memperkenalkan pakej-pakej rangsangan ekonomi yang menawarkan pelbagai inisiatif, skim dan program sebagai usaha bagi memulihkan kadar pengangguran termasuk dalam kalangan belia dan graduan Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak).

Kerajaan telah melancarkan inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia secara rasminya pada 19 Februari 2022 dengan matlamat menurunkan kadar pengangguran melalui penyediaan 600 ribu peluang pekerjaan pada tahun 2022 dengan peruntukan sebanyak RM4.8 bilion. Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia merangkumi tiga program utama iaitu:

(i) JaminKerja – Insentif Penggajian di bawah PERKESO yang akan memanfaatkan 300 ribu orang pencari kerja di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion;

(ii) latihan dan penempatan jangka pendek ataupun Malaysia Short Term Employment Programme, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, yang menawarkan 80 ribu peluang pekerjaan dalam sektor awam, syarikat milik kerajaan dan rakan-rakan strategik; dan

(iii) program latihan dan peningkatan kemahiran, reskilling dan upskilling, dengan izin, yang menyediakan pelbagai program latihan semula dan peningkatan kemahiran latihan dengan jaminan penempatan pekerjaan ataupun placement. Peruntukan adalah sebanyak RM1.1 bilion, merangkumi 10 kementerian dan agensi dengan sasaran 220 ribu orang pelatih.

Program JaminKerja – Insentif Penggajian merupakan satu insentif kewangan yang diberikan kepada majikan untuk membuat pengambilan baharu mulai 1 Januari 2022 dalam kalangan perantis, graduan, golongan muda terjejas termasuk OKU, bekas tentera, bekas banduan, warga emas serta penganggur am.

final • 5:13 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

Sehingga 4 Mac 2022 sebanyak 999- majikan melibatkan 2,757 orang pekerja telah memohon insentif penggajian di bawah Program Jamin Kerja. Selain itu sebagai kesinambungan kejayaan Program Perantisan pada tahun 2021, Jamin Kerja Insentif Penggajian akan meneruskan program perantisan dengan pemberian insentif sebanyak RM900 sebulan untuk tempoh enam bulan kepada majikan yang menggaji golongan perantis lepasan sekolah dan graduan.

Golongan perantis ini mestilah berumur di antara 18 tahun hingga 30 tahun dan digaji dalam jawatan eksekutif serta ditawarkan kontrak enam bulan dengan bayaran gaji minimum RM1,500. Berdasarkan statistik, jumlah pekerja yang telah menerima manfaat daripada Program Perantisan Jamin Kerja Insentif Penggajian setakat 4 Mac 2022 adalah seramai 163 orang. Kerajaan turut meluaskan elaun mencari pekerjaan meliputi golongan yang tidak mencarum dengan PERKESO termasuklah graduan baru, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal.

Pencari kerja yang belum mencarum dengan PERKESO perlu berdaftar dengan MYFutureJobs. Mereka perlu menghadiri temu duga terbuka sekurang-kurangnya tiga kali dalam tempoh dua bulan. Insentif Elaun Mencari Pekerjaan akan diberikan sebanyak RM300 sebulan. Setakat 4 Mac 2022, seramai 127 orang pencari kerja telah diluluskan permohonannya bagi program perluasan elaun mencari pekerjaan bagi kategori bukan pencarum.

Sekiranya, pencari kerja kembali bekerja atau mendapat pekerjaan melalui MYFutureJobs jumlah insentif sebanyak RM400 akan turut diberikan. Di bawah Insentif Jamin Kerja Keluarga Malaysia juga kerajaan menerusi Pembangunan Sumber Manusia Berhad dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program peningkatan kemahiran

final • 5:20 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

dan latihan semula dengan peruntukan sebanyak RM200 juta merupakan sasaran 36 ribu orang pelatih.

Selain itu, kerajaan melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad turut melaksanakan aktiviti latihan pembangunan serta latihan peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran semula melalui levi Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Bagi tempoh Januari 2021 sehingga 4 Mac 2022 sebanyak RM651,812- tempat latihan telah diluluskan meliputi 15 sektor daripada 35 bidang kemahiran.

Penubuhan HRD Corp Placement Centre sejak April 2021 yang berperanan sebagai platform untuk memadankan pekerjaan dengan peluang pekerjaan yang tersedia oleh majikan. Sehingga 4 Mac peluang pekerjaan yang tersedia oleh majikan sebanyak 38,673 peluang pekerjaan tersedia ada melalui platform ini di mana lebih 4,000 orang pekerja telah berjaya mendapat pekerjaan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 60 peratus iaitu 2,400 orang pekerja adalah daripada golongan belia dan graduan yang sebahagian besarnya memperoleh gaji sebanyak RM2,000 dan ke atas.

Kerajaan juga telah melancarkan Inisiatif Penjana HRDF dengan memperkenalkan lima skim yang terdiri daripada Place and Train, B40 Pembangunan, SME development, Industry Revolution 4.0 dan Gerak Insan Gemilang (GIG). Skim ini diwujudkan dengan tujuan membantu rakyat termasuk golongan belia dan graduan dalam mendapat pekerjaan-pekerjaan sendiri dan menambah serta meningkatkan kemahiran mereka. Setakat 4 Mac 2022 sebanyak 85,527 orang pelatih telah mengikut skim-skim yang melibatkan penempatan pekerjaan dan pekerjaan sendiri.

Kerajaan menerusi Jabatan Pembangunan Kemahiran telah mentauliahkan seramai 1,238 - penyedia latihan yang menawarkan 4,667 program latihan kemahiran melalui sistem latihan program bertauliah dengan kapasiti pelatih seramai 223,014 orang dalam satu-satu masa. Setakat 31 Januari 2022 sebanyak 1,759,762 Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia telah dianugerahkan kepada pelatih yang berjaya menamatkan latihan mereka.

Seterusnya Jabatan Pembangunan Kemahiran juga turut mentauliahkan 251 buah pusat latihan dan sebanyak 1,295 buah syarikat bagi melaksanakan latihan berdasarkan sistem latihan dual national dengan kapasiti pelatih seramai 65,897 dalam sesuatu masa. Sehingga 31 Januari 2022 sebanyak 187,035 Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia telah dianugerahkan kepada pelatih yang berjaya menamatkan latihan mereka.

Selanjutnya, usaha memperkasakan ekosistem bakal diteruskan dengan program-program di bawah Talent Corp yang berfokus kepada pembangunan kebolehpasaran dan kebolehkerjaan bakat muda negara melalui kerjasama menerusi kementerian, jabatan, pemain industri dan institut pengajian tinggi awam dan swasta.

Antara inisiatif yang dilaksanakan yang pertama merupakan Platform Analitis Penilaian Psikometrik Bersepadu yang menggabungkan graduan pekerja, syarikat dan institusi pendidikan untuk merapatkan jurang antara penawaran bakat dengan pekerjaan masa hadapan. Lebih 160 ribu profil bakat telah berdaftar...

[Rakaman kurang jelas] Yang melibatkan 22 institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Program Latihan Industri Berstruktur bertindak sebagai penggalak kepada penglibatan syarikat industri untuk melatih bakat muda dalam negara. Ia juga menawarkan lebih banyak peluang penempatan latihan industri berkualiti melalui insentif potongan cukai berganda. Sejak dilaksanakan bermula tahun 2012, program ini telah memanfaatkan lebih 90 ribu orang graduan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Program Young Employable Students merupakan langkah intervensi...

[Disampuk]

final • 5:20 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Celahan boleh Tuan Yang di- Pertua? Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, saya ada- terima kasih atas jawapan.

Saya tidak dapat lagi mendengar jawapan tentang hak bagi pekerja gig yang saya bangkitkan dalam perbahasan saya. Ini kerana sebelum ini kita tahu pekerja gig daripada jawapan Parlimen pun dikawal selia di bawah Akta 789 yang hanya memungkinkan mereka membuat caruman sendiri. Maksudnya syarikat tidak dikira sebagai master-

final • 5:20 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

mengawal pekerja gig sebagai servant sedang jumlahkan kita tahu hakikatnya that’s it mereka kena kerja ikut jam-jam tertentu.

Maka, adakah kerajaan menyatakan menerusi jawapan Parlimen bahawa tidak ada sebarang perancangan untuk memperkenalkan rang undang-undang baru bagi mengiktiraf dan memperkasa hak pekerja bagi pekerja gig. It is because from the answer Yang Berhormat saya dapat telahan hanya bawah Akta 789. Mohon Yang Berhormat jelaskan. Kalau boleh memang kena ambil kira juga kerana gig ekonomi merupakan sektor yang memberi tekanan kepada pekerja. It is indeed a master in servant relationship.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:20 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat atas keprihatinan. Kita lihat ada juga negara-negara sudah mula mengiktiraf pekerja gig ini sebagai pekerja setelah mengambil kira pembangunan semasa. Saya lihat Yang Berhormat kita mungkin ini akan jadi satu budaya baru gig ekonomi. Ia akan menjadi satu budaya baru.

Seperti mana saya sebut dalam Dewan yang mulia ini pada pagi ini, kita bukan lagi berada dalam keadaan employer’s market. Oleh sebab apa? Kita lihat satu ketika dahulu dalam keadaan pengangguran ataupun kegawatan ekonomi, akan menjadi employer’s market. Akan tetapi, hari ini dengan gaji minimum RM1,200 bukan lagi employer’s market.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Kita dah cuba lihat gig ekonomi boleh mendapat pendapatan yang lebih daripada RM1,200. Maka, pekerja ada pilihan sama ada hendak terima tawaran walaupun saya dengan bangganya menyatakan kita dalam usaha menawarkan 600 ribu peluang pekerjaan. Soalannya, sama ada pencari kerja terima atau tidak semua bergantung...

[Rakaman kurang jelas] Kedudukan kita, optik kita.

Maka, saya setuju dengan Yang Berhormat kita dah sampai masa kita perlu mencari ruang untuk memberi dan memperkenalkan mereka sebagai pekerja yang perlu diberi perlindungan. Ini merupakan satu perubahan masa. Saya setuju dengan Yang Berhormat dan saya bagi jaminan kepada Yang Berhormat saya akan pastikan langkah- langkah positif. Tidak lama lagi kita akan membentang Akta Kerja dan selepas itu, saya akan ambil langkah-langkah positif supaya kita selari dengan aliran antarabangsa. Kita lihat hari ini negara-negara dah mula memperkenalkan mereka. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua, gig ekonomi akan menjadi satu budaya bukan hanya masa COVID-19 tetapi berterusan. So, terima kasih Yang Berhormat atas keprihatinan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya merupakan kolaborasi antara industri akademik merupakan jalinan kerjasama industri untuk kebolehpasaran siswazah yang memastikan bekalan modal insan berprestasi tinggi dan sedia untuk pasaran di Malaysia. Kolaborasi ini melibatkan 20 buah institusi pengajian tinggi dan lebih 50 buah industri dan pelbagai sektor ekonomi,

final • 5:20 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Seterusnya program pengekalan bakat tajaan kerajaan merupakan kolaborasi TalentCorp bersama Jabatan Perkhidmatan Awam berperanan untuk memudah cara graduan tajaan kerajaan yang tidak berpeluang mendapat penempatan pekerjaan di sektor awam. Ini adalah untuk menyempurnakan ikatan perjanjian biasiswa bersama syarikat dan pemain industri terkemuka Malaysia. Sehingga Disember 2021, lebih 7,000 orang graduan JPA telah diluluskan di bawah program ini untuk berkhidmat bersama syarikat berdaftar melibatkan lebih 3 ,000- majikan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Hulu Rajang membangkitkan isu berkaitan jumlah peluang pekerjaan di kalangan belia di negeri Sarawak. Berdasarkan statistik portal MYFutureJobs sehingga 28 Februari 2022 jumlah peluang pekerjaan

final • 5:30 PM

Datuk Seri M. Saravanan

ditawarkan di negeri Sarawak merupakan sebanyak 31,000 satu jawatan dan sebanyak 499 kekosongan jawatan telah diisi.

Manakala Yang Berhormat Papar pula menyentuh tentang jumlah kekosongan jawatan di kalangan belia yang ada di negeri Sabah dan jumlah penempatan bagi mengisi kekosongan jawatan. Berdasarkan statistik portal MYFutureJobs sehingga 28 Februari 2022, jumlah kekosongan jawatan di negeri Sabah sebanyak 7,381 jawatan dan sebanyak 1,212 kekosongan jawatan telah diisi.

Yang Berhormat Hulu Selangor menyentuh berkaitan perancangan kerajaan untuk mengurangkan kadar ketidakpadanan pekerja ataupun mismatch, dengan izin, dalam kalangan belia. Tuan Yang di-Pertua, tenaga kerja belia sangat rentan terhadap krisis ekonomi global yang disebabkan oleh penularan pandemik ini. Sebelum krisis ini melanda, peningkatan isu pengangguran ketidakbolehpasaran dan ketidaksepadanan kemahiran di pasaran pekerja telah berlaku dalam kalangan belia dan graduan. Hal ini bertambah buruk selepas penularan wabak COVID-19.

Walau bagaimanapun, ekonomi negara sedang menuju ke arah pemulihan dengan sokongan pelbagai insentif oleh pihak kerajaan. Masih terdapat sektor-sektor yang terjejas seperti industri penerbangan, perhotelan dan rekreasi. Perubahan trend pasaran buruh ini turut menyumbang kepada ketidakpadanan pekerjaan di mana golongan pekerja terpaksa mengambil peluang pekerjaan dalam bidang yang berbeza dengan kemahiran mereka. Melihat kepada keadaan tersebut, kerajaan telah berusaha untuk mengurangkan kadar ketidakpadanan pekerjaan dalam kalangan belia melalui portal MYFutureJobs.

MYFutureJobs merupakan portal yang diperkenalkan bagi membuat padanan pekerjaan berdasarkan kelayakan, kemahiran, pengalaman, gaji dan lain-lain mengikut keperluan yang diiklankan oleh majikan kepada pencari kerja- job matching, dengan izin.

Dengan menggunakan aplikasi terkini- artificial intelligence, dengan izin, secara tidak langsung portal ini dilihat dapat membantu hal tidak dapat berlaku ketidakpadanan dalam pasaran buruh. Portal ini perlu dimanfaatkan oleh setiap pencari kerja termasuk anak muda kerana ia merupakan langkah awal untuk golongan ini dalam pasaran kerja sekali gus membantu kebolehpasaran dalam kalangan mereka.

Berdasarkan Statistik Sistem Insurans Pekerjaan dari Mac 2020 sehingga 4 Mac 2022, sebanyak 515,584- penempatan telah berjaya dibuat dalam tempoh pandemik COVID-19 ini. Daripada jumlah ini, penempatan bagi kategori pekerjaan mahir merangkumi 44 peratus daripada jumlah keseluruhan penempatan pekerjaan berdasarkan kelayakan dan kemahiran. Melalui infrastruktur pasaran buruh yang dibina bersama enjin carian pekerjaan di MYFutureJobs, kementerian ini sentiasa memantau corak penawaran dan permintaan pasaran buruh atau trend pekerjaan yang berlaku dalam negara. Maklumat pekerjaan ini seterusnya dikongsi bersama pembuat dasar merentasi pelbagai kementerian agar polisi dan strategi data driven, dengan izin, yang dilaksanakan oleh kerajaan lebih menyeluruh dan berkesan.

Kerajaan sememangnya peka terhadap isu ketidakpadanan yang berlaku. Sejajar dengan ini, kerajaan juga telah memperkenalkan Dasar Pasaran Buruh Aktif bagi mengatasi ketidakpadanan kemahiran dan peralihan pekerja daripada sektor asal kepada sektor baharu melalui latihan peningkatan kemahiran dan kemahiran semula. Inisiatif ini juga telah dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui Program Penjana Kerjaya yang diperkenalkan pada Jun 2020 sehingga tahun 2021. Program Penjana Kerjaya ini bukan sahaja menyediakan insentif kepada majikan bagi pengambilan pekerja baharu bahkan penyediaan bantuan latihan sehingga RM7,000 bagi pekerja yang diambil pekerja.

Setakat Disember 2021, sebanyak 322,894 orang telah menerima manfaat daripada keseluruhan Program Penjana Kerjaya yang telah dilaksanakan. Sehubungan itu, majikan telah menempatkan pencari kerja yang baharu boleh memanfaatkan bantuan latihan ini dengan menghantar pekerja menghadiri latihan kemahiran bagi melengkapkan diri dengan keperluan pekerja.

final • 5:30 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Papar menyentuh mengenai bilangan pekerjaan baharu yang telah dicipta pada tahun 2021 dan suku pertama tahun 2022.

Meskipun berdepan dengan cabaran yang sukar berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan penutupan beberapa sektor ekonomi, kerajaan melalui Majlis Pekerjaan Negara telah berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan dalam usaha membantu rakyat mendapatkan pekerjaan.

Sehubungan itu, pada tahun 2021, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan sembilan buah agensi promosi pelaburan telah berjaya mewujudkan 148,300 pekerjaan baharu melalui pelaburan dalam negara di mana 109,605 atau 73.9 peratus pekerjaan dalam kategori mahir dan separuh mahir. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 77,353 pekerjaan baharu dicipta dalam sektor pembuatan; 44,723 daripada sektor perkhidmatan; 25,273 jawatan daripada sektor pembinaan; dan 990 daripada sektor pertanian.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya sebut contohnya dalam sektor pembuatan sebanyak 77,353 peluang pekerjaan tetapi ada juga sebahagian besarnya terdiri daripada peringkat bawahan melibatkan 3D – “dangerous”, “dirty” and “difficult”. Maka kita masih ada masalah di mana warga tempatan walaupun ada pekerjaan di peringkat bawah, masih lagi mereka tidak menerima. Ini satu lagi isu di mana kerajaan perlu bergantung pada pekerja asing.

final • 5:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Yang Berhormat Menteri, Pasir Gudang bertanya sedikit berkenaan peluang pekerjaan Tuan Yang di-Pertua. Ramai pekerja rakyat Pasir Gudang yang bekerja di Singapura hilang pekerjaan. Jadi, apakah kerajaan telah lakukan dan sejauh mana dapat menolong mereka dapat kerja semula di Malaysia misalnya? Terima kasih.

final • 5:30 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Tuan Yang di-Pertua, ini saya setuju dengan Yang Berhormat Pasir Gudang. Ini satu lagi isu yang kita menghadapi masalah dengan warga kerja di mana apabila mereka bekerja di Singapura, jika dibandingkan, terlalu banyak komitmen apabila mereka dapat pendapatan dengan Dolar Singapura, mereka ada komitmen yang cukup tinggi di negara kita. Jadi, apabila mereka kembali di Malaysia, mereka tidak dapat pendapatan seperti mana mereka dapat sebelum ini. Mereka menghadapi masalah daripada segi pendapatan.

Saya percaya dengan pembukaan sempadan selepas ini mungkin kita boleh membantu mendapatkan balik peluang-peluang pekerjaan di Singapura balik. Ini keadaan sebenar sebab- it is difficult for them to adjust with Malaysia’s salary. Oleh sebab itu kita lihat ada juga warga Malaysia walaupun peluang-peluang pekerjaan sebagai pengawal keselamatan di hotel-hotel, mereka tidak sanggup. Akan tetapi apabila kita berada di Singapura, kita lihat setiap kali kita ke Singapura khususnya hotel-hotel kita lihat pengawal keselamatannya dari Malaysia. Mereka memperkenalkan diri mereka sebagai saya dari Kuala Lumpur, saya dari Ipoh, tetapi jawatan yang sama. Akan tetapi mereka tidak sanggup kerja di Malaysia, saya percaya ini merupakan pendapatan yang cukup lumayan di Singapura.

final • 5:30 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta penjelasan? Yang Berhormat Menteri, sebab saya lihat masa sudah empat minit lebih dan saya risau soalan saya berkenaan tuduhan bahawa amalan buruh paksa dilakukan oleh Sime Darby Berhad yang mengakibatkan perintah larangan dikeluarkan oleh Amerika Syarikat. Adakah soalan itu akan dijawab dalam empat minit yang masih ada?

Kedua,saya setuju isu tadi tentang kerja-kerja yang bersifat 3D itu dan kurang minat daripada tenaga tempatan dan terpaksa ambil pekerja asing tetapi itu berkaitan dengan tahap gaji juga. Jadi Yang Berhormat Menteri sudah jawab soalan lisan saya tentang pengumuman gaji minimum baharu dan jawapan ialah akan diumumkan kelak.

final • 5:30 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan maksud kelak ini. Kita tunggu satu tahun lagi kah atau enam bulan kah atau satu bulan lagi? Bila akan kerajaan akan umumkan gaji minimum baharu yang lebih baik supaya itu akan menggalakkan tenaga tempatan ambil kerja-kerja yang lebih rumit ini. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, maksud kelak itu seperti mana saya umumkan di dalam Dewan yang mulia ini dalam masa terdekat. Tiga minggu berturut-turut Jemaah Menteri sedang meneliti dan memperhalus cara-cara penguatkuasaan gaji minimum.

Kita risau juga. Walaupun kita setuju, bukan saya sahaja seluruh Jemaah Menteri setuju kenaikan gaji minimum. Itu kita tidak akan kompromi. Akan tetapi, kita sebagai kerajaan prihatin kita perlu memperhalus. Dalam keadaan pengangguran kita tidak mahu mana-mana pihak mengambil kesempatan menggunakan kenaikan gaji minimum ini sebagai alasan untuk mengurangkan warga kerja dengan alasan tidak mampu dan sebagainya maka Jemaah Menteri dan Kementerian Sumber Manusia sedang meneliti apakah sektor-sektor yang kita boleh bagi kelonggaran.

Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, kali pertama kita menaikkan gaji minimum pada tahun 2012, kita telah memberi kelonggaran kepada beberapa sektor supaya melanjutkan masa. Ini akan berlaku dalam kadar yang segera. Kelak itu dalam jangka masa pendek, dalam masa yang terdekat Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Mohon penjelasan.

final • 5:40 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Isu Sime Darby boleh kita dapat penjelasan?

final • 5:40 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat telah membangkitkan isu produk-produk kita...

final • 5:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Menteri sebelum pergi ke Sime Darby, buruh paksa. Saya ada soal berkait dengan gaji minimum. Boleh saya tanya?

Sebelum jawab soalan berkait dengan buruh paksa, berkait dengan Sime Darby, saya masih ada satu soalan berkait dengan gaji minimum. Pagi ini saya sudah tanya tetapi oleh sebab saya tidak diberi peluang.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan iaitu kementerian yang telah memberi satu komitmen kepada rakyat mengatakan kerajaan akan mengumumkan RM1,500 sebagai gaji minimum.

Soalan saya Yang Berhormat ialah beberapa buah industri khususnya SME akan menghadapi masalah untuk membayar RM1,500 walaupun firma gergasi sekarang sudah mula membayar RM1,400, RM1,500 dan sebagainya.

Cadangan saya ialah, adakah kerajaan bersedia untuk menubuhkan satu- dana lebih kurang RM2 bilion katakan atau RM3 bilion yang boleh diguna pakai untuk menolong SME untuk memberikan gaji minimum kepada pekerja mereka- untuk mungkin dua atau tiga tahun, so that, after that, they can carry on with the payment. So, adakah kerajaan bersedia untuk mewujudkan satu- dana seperti itu? Terima kasih.

final • 5:40 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Tuan Yang di-Pertua, kebetulannya ini merupakan soalan yang amat penting, kita lihat secara holistik. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui Rancangan Malaysia Ke-12 telah mengumumkan bahawa kebergantungan kepada pekerja asing harus kurang daripada 15 peratus dalam masa terdekat. Bererti kita perlu mendorong warga Malaysia untuk mengambil peluang-peluang pekerjaan yang sedia ada.

Akan tetapi, sekiranya kita gagal menambahkan gaji minimum mungkin peluang- peluang ini masih bergantung pada pekerja asing. Ini adalah realiti. Daripada segi soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang, saya setuju- bukan saya, Jemaah Menteri turut setuju bahawa ada juga sektor-sektor yang contoh daripada SME mungkin tidak mampu membayar gaji minimum RM1,500. Akibatnya mereka boleh mengurangkan pekerja-pekerja mereka dan ini secara tidak langsung akan meningkatkan kadar pengangguran.

Maka, Jemaah Menteri telah mengarahkan Kementerian Sumber Manusia untuk mengkaji sektor-sektor yang mana mungkin tidak mampu. Maka kita sedang buat beberapa pendekatan dan mengenal pasti sektor-sektor tertentu dan memberi kelonggaran kepada mereka- kalau saya ada satu masa sudah tentu itu yang pertama.

final • 5:40 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Kedua, daripada segi dana khas. Tuan Yang di-Pertua, saya memang bukan berada dalam tempat untuk menjawab sama ada kita boleh mengeluarkan satu Dana Khas untuk membantu mereka itu bergantung pada kedudukan ekonomi negara dan di bawah bidang kuasa Yang Berhormat Menteri Kewangan. Akan tetapi, setakat ini tiada sebarang rancangan.

Seterusnya saya- Yang Berhormat, saya ingin menjawab kepada Yang Berhormat Subang.

final • 5:40 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Sungai Buloh.

final • 5:40 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Sungai Buloh. Tuan Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan Yang Berhormat Sungai Buloh merupakan mengenai produk-produk Malaysia khususnya palm oil di Negara US dan sebagainya. Walaupun sebelum ini, saya kata saya telah siasat Sime Darby, dan tiada sebarang salah laku mengikut indikator yang ditetapkan oleh ILO mengenai buruh paksa.

Tuan Yang di-Pertua, kita lihat kalau isu buruh paksa ini ramai di luar tidak faham.

Biro buruh paksa ini merangkumi 11 indikator yang sesebuah syarikat boleh melakukan atau melibatkan diri di dalam buruh paksa mengikut 11 indikator iaitu:

(i) sekatan pergerakan;

(ii) penahanan dokumen pengenalan diri;

(iii) isolasi;

(iv) penyalahgunaan kerentanan;

(v) keadaan tempat tinggal dan tempat kerja yang teruk;

(vi) kerja lebih masa berlebihan;

(vii) keganasan fizikal dan seksual;

(viii) ancaman dan ugutan;

(ix) penahanan gaji;

(x) penipuan; dan

(xi) penghambaan hutang.

Ini merupakan 11 indikator. Maka Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja akan siasat mengikut piawaian ini. Akan tetapi, masalah yang kita hadapi apabila Amerika Syarikat ataupun agensi berkaitan mengharamkan produk kita mereka tidak serahkan hasil siasatan kepada kita.

Baru-baru ini saya telah berjumpa dengan Kedutaan Amerika dan saya telah minta mereka membantu. Ini harus menjadi tanggungjawab bersama. Jangan bergantung hanya Malaysia ataupun Kementerian Sumber Manusia sahaja. Amerika Syarikat kalau boleh memutuskan untuk mengharamkan produk-produk kita mereka perlu membantu kita menyampaikan hasil siasatan mereka supaya senang kita melanjutkan siasatan.

Saya percaya dengan perjumpaan saya dengan Kedutaan Amerika Syarikat.

Tidak lama lagi saya akan ke Geneva untuk berbincang dengan pihak berkuasa. Mungkin kita dapat move forward Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua, secara ringkas sahaja. Yang Berhormat Menteri, langkah Yang Berhormat Menteri sebut untuk mendapat butiran terperinci tuduhan ini yang Sime Darby melakukan amalan buruh paksa ini memang bagus. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri juga telah umumkan dalam Dewan yang mulia ini bahawa siasatan mendapati tidak ada apa-apa pelanggaran.

Jadi ini merupakan satu kontradiksi, antara tindakan yang diambil oleh agensi Amerika Syarikat, tindakan memang drastik bila mereka larang pengeksportan kelapa sawit daripada GLC perdana kita Sime Darby Berhad daripada dibawa kepada negara mereka.

final • 5:40 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Maksud saya ialah mereka tidak akan buat macam tindakan besar itu atau drastik tanpa asas. Jadi saya melihat kepada kepentingan Sime Darby, GLC perdana kita. Kita kena pastikan imej negara, imej Sime Darby dan juga kepentingan pekerja di mana ada tuduhan mereka, subjek dikenakan amalan buruh paksa dan sebagainya.

Jadi saya harap tidak ada “pelanggaran” ini ialah versi daripada siapa- syarikat?

Akan tetapi itu merupakan satu versi sahajalah, satu pihak. Jadi saya tegaskan di sini dan minta kerajaan buat siasatan yang betul-betul, fair, adil kepada semua pihak dan dapat semua maklumat yang saya sokong usaha itu tetapi kena selesai dengan cepat sekali.

Terima kasih.

final • 5:40 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Saya buat tambahan mengikut apa yang Yang Berhormat Sungai Buloh kata tadi.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Akhir ya akhir, akhir.

final • 5:40 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Saya difahamkan Tuan Yang di-Pertua, terdapatnya NGO dan juga NGI yang so-called activist, mereka yang sengaja blackmail syarikat besar kita ini. Semasa saya jadi Menteri, saya juga tahu ada yang mengugut kalau dia tidak bayar, dia akan membongkar buruh paksalah atau apa-apa pun.

Selalunya, negara-negara barat mereka bergantung pada laporan daripada NGO atau NGI ini yang memang tidak sepatutnya benar. Apa yang berlaku dalam in reality. Jadi saya hendak cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri, kalau mengikut siasatan kementerian ataupun dengan ILO dan sebagainya dan mendapati apa yang dituduhkan terhadap syarikat besar kita ini tidak benar, kita haruslah berani membongkar individu ataupun NGO yang berkenaan yang melemparkan pembohongan atau dakwaan palsu terhadap syarikat kita.

Jadi saya rasa selama ini sebagai kerajaan kita tidak buat, sebagai syarikat besar kerana mereka bergantung eksport ke negara-negara tertentu, mereka tidak berani buat.

Jadi saya hendak cadangkan kepada Menteri kalau didapati tidak benar haruslah membongkar, kan, dan saya tahu juga ada negara jiran kita ini malah melarang kemasukan orang yang buat hasutan dan pembohongan terhadap syarikat mereka itu untuk masuk ke negara mereka.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tolong habiskan Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Yang Berhormat, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya ada sedikit, saya akan menggulung.

final • 5:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Padang Serai sedikit.

final • 5:50 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Menteri, Sungai Siput.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah cukup. Masa sudah tidak ada dah.

final • 5:50 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Buloh. Apa yang dibangkitkan adalah benar tetapi sebagai kerajaan dan kementerian, kita hanya boleh berpanduan kepada 11 indikator yang sedia ada. Betul, saya setuju dengan Yang Berhormat. Apa yang telah berlaku di luar dan apa yang saya umumkan di Dewan yang mulia ini bercanggah.

Akan tetapi kebetulannya, sebagai kementerian yang didorong oleh- dia berpanduan dengan 11 indikator, siasatan kita hanya berpandu melalui 11 indikator ini.

Walau bagaimanapun, saya akan minta hasil siasatan dari Amerika Syarikat ataupun agensi berkaitan supaya kita sama-sama mengatasi masalah ini sebab ini melibatkan imej negara.

Kedua, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Seputeh, saya setuju dengan apa yang dicadangkan dan disebutkan oleh Yang Berhormat Seputeh. Mungkin beliau dapat makluman ini sebab sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Menteri Perladangan.

final • 5:50 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Tuan Yang di-Pertua, ada juga sindiket-sindiket yang menggunakan dan mengambil kesempatan untuk mengeluarkan isu-isu berkaitan buruh paksa kepada negara Barat dan mengharamkan produk-produk Malaysia. Akan tetapi walaupun saya tidak ada bukti seperti mana Yang Berhormat menyebut, di negara jiran tidak benarkan, maksudnya Yang Berhormat tahu siapa namanya tetapi Yang Berhormat tidak berani sebut nama. Betul atau tidak? Sepatutnya Yang Berhormat menyebut nama- siapakah itu.

Yang Berhormat kata ada orang yang tidak dibenarkan masuk di negara jiran sebab dia terlibat dalam aktiviti-aktiviti ini.

Saya pun terima maklumat yang sama. Saya beri jaminan, saya akan terus menyiasat sebab ada juga individu-individu ini menggunakan NGOs sebagai front untuk memeras ugut dengan agensi-agensi seperti ini dan menawarkan diri mereka supaya menjadi konsultan mengeluarkan Malaysia daripada ‘kategori’ buruh paksa dan sebagainya. Kementerian sedang menyiasat tetapi kita belum ada bukti yang kukuh.

Walau bagaimanapun, kami sudah mula terima maklumat-maklumat awal Kementerian Sumber Manusia akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak tanpa kompromi.

Dengan kata-kata ini Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya mengucapkan ...

final • 5:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Menteri, sedikit.

final • 5:50 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Sungai Siput Menteri.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tolong, tolong. Masa sudah tidak ada.

final • 5:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Padang Serai sedikit.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, maaf.

final • 5:50 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Yang Berhormat Menteri...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tolong, tolong.

final • 5:50 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu yang berkenaan Kementerian Sumber Manusia semasa perbahasan Titah Diraja. Kementerian ini amat menghargai segala cadangan dan teguran yang telah dikemukakan dan kementerian akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya tidak sempat jawab, saya akan beri secara bertulis ...

final • 5:50 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Manakah MoU dengan Indonesia? Pembantu rumah itu. Saya tunggu.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bertulis, bertulis.

final • 5:50 PM

Datuk Seri M. Saravanan

MoU dengan Indonesia- tidak apa Tuan Yang di- Pertua. Memandangkan ini penting, MoU dengan Indonesia akan ditandatangani dalam minggu ini.

final • 5:50 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:50 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Di Jakarta. Bagi soalan-soalan yang tidak sempat dijawab, kementerian akan mengemukakan secara bertulis. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya pada hari ini, akhir sekali saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Terima kasih.

final • 5:50 PM

Menteri Pertanian dan Industri Makanan - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada seramai 21 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil

final • 5:53 PM

Menteri Pertanian dan Industri Makanan - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

bahagian dalam perbahasan yang menyentuh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Bagi menjawab isu dan cabaran sekuriti makanan negara, isu status bekalan makanan semasa dan isu kebergantungan negara kepada import makanan seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Setiu dan Yang Berhormat Jempol. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, isu sekuriti makanan negara terus mendapat perhatian Ahli Yang Berhormat dan dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini. Rata-rata mengaitkan dengan cabaran-cabaran sektor agromakanan termasuk bencana banjir dan perubahan iklim.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selain daripada perubahan iklim dan ancaman bencana alam, risiko dan cabaran sektor agromakanan di peringkat global dan domestik juga merangkumi pertambahan populasi, produktiviti dan inovasi pertanian, kos input pertanian, sumber tanah dan air yang terhad, kebergantungan kepada tenaga buruh asing, kekurangan penglibatan belia dan tahap adaptasi teknologi dan mekanisasi yang rendah dan sebagainya.

Tidak dapat dinafikan bahawa cabaran-cabaran ini perlu terus ditangani untuk memastikan kemapanan sektor ini.

Kerajaan juga amat komited dalam memperkukuhkan sektor agromakanan negara dengan menambah lagi usaha-usaha untuk meningkatkan pengeluaran domestik, perluasan adaptasi teknologi moden dan mengurangkan kebergantungan kepada keperluan import sekali gus untuk meningkatkan kualiti dan jaminan sekuriti makanan negara. Usaha-usaha pemerkasaan pengeluaran makanan secara domestik menerusi strategi-strategi di bawah Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 atau Pelan Tindakan DSMN akan turut menyumbang kepada kestabilan dan kemapanan sistem makanan negara agar kekal utuh dalam menghadapi sebarang gangguan.

Seperti yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, sektor agromakanan sememangnya terkesan dengan bencana banjir yang melanda negara pada bulan Disember tahun lalu di mana secara keseluruhannya jumlah kerugian yang dilaporkan dalam sektor agromakanan telah melebihi RM90 juta, melibatkan lebih 7,500 orang pengusaha merentasi semua subsektor, termasuk tanaman, akuakultur, ternakan dan sebagainya. Dua bentuk bantuan yang disediakan oleh MAFI kepada golongan sasar yang terkesan akibat bencana ialah Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan

(PPSPA) dan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP).

Pada tahun 2022, kementerian telah menerima agihan peruntukan sejumlah RM50 juta di bawah PPSPA yang disasarkan kepada sektor agromakanan seperti petani, penternak, nelayan, pengusaha akuakultur, pengusaha agropelancongan dan industri agromakanan. Di bawah PPSPA, petani, penternak dan peladang yang terjejas akibat kerosakan banjir layak untuk memohon untuk bantuan sehingga maksimum 50 peratus daripada jumlah kerugian dan diberi dalam bentuk barangan atau in kind iaitu seperti input pertanian atau peralatan. Berdasarkan kelulusan Jawatankuasa Induk PPSPA pada bulan Januari 2022, sejumlah RM20.84 juta peruntukan telah diluluskan.

Manakala bagi pesawah dan pengusaha padi dalam dan luar jelapang padi negara yang terjejas pengeluaran padi layak untuk memohon bantuan melalui Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP). Di bawah TBTP, pesawah yang mengalami kemusnahan tanaman akibat banjir bakal menerima bantuan secara tunai sehingga RM1,800 per hektar dan terhad maksimum sehingga tiga hektar. Sehingga 10 Disember 2021, seramai 9,082 orang pesawah telah mendapat manfaat melalui TBTP yang melibatkan bantuan berjumlah RM13.6 juta. Bagi tahun 2022 pula, permohonan di peringkat negeri sedang diteliti dan anggaran permohonan adalah sebanyak RM2 juta.

MAFI juga telah menyediakan ...

final • 5:53 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Soalan.

final • 5:53 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya habiskan. MAFI juga telah menyediakan RM100 juta di bawah Dana Bangkit Semula Keluarga Agro untuk membantu meringankan beban golongan sasar dan pengusaha-pengusaha sektor agromakanan yang terjejas akibat bencana ini. Sebagai tambahan, kerajaan juga telah meluluskan bantuan tambahan di bawah Bantuan Banjir Keluarga Malaysia kepada pengusaha agromakanan yang terjejas banjir melalui suntikan dana sebanyak RM20 juta untuk Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP). Bagi pengusaha pertanian lain pula, sebanyak RM50 juta- tambahan telah disediakan di bawah program pembangunan semula projek agromakanan

(PPSPA). Ya.

final • 5:53 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Baik. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan bantuan bencana tadi untuk pesawah padi ya, saya telah dimaklumkan oleh petani-petani pesawah padi di kawasan MADA, mereka telah beberapa kali berhadapan dengan bencana banjir, padi tenggelam dan sebagainya, tetapi masih belum mendapat bantuan daripada dana tersebut. Saya difahamkan peruntukan itu sudah pun ada sebanyak RM8 juta kalau tidak silap saya untuk di kawasan MADA. Akan tetapi sampai sekarang sudah makan masa berapa lama ya mereka tidak dapat lagi bantuan tersebut.

final • 5:53 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Seperti yang saya katakan tadi bahawa setakat ini untuk pesawah, peruntukan sebanyak RM13.6 juta telah disalurkan, telah pun disampaikan untuk tahun 2021 termasuk kawasan pesawah-pesawah di kawasan MADA dan untuk tahun ini peruntukan RM2 juta akan disalurkan. Sekarang dalam proses penelitian oleh pihak kementerian.

final • 6:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Di salur tetapi tidak sampai kepada petani lagi.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ada dapat itu.

final • 6:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ini saya dimaklumkan oleh pihak yang terlibat dalam PPK dan sebagainya. Ini rungutan.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 6:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya sendiri turun bertemu dengan pesawah-pesawah di kawasan saya.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya. Kita akan tengok secara...

final • 6:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya minta supaya satu arahan untuk dipercepatkan perkara ini.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Okey. Saya ambil maklum ya Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Setiu dan Yang Berhormat Jempol membangkitkan isu bencana banjir di Pantai Timur di mana MAFI telah mengambil langkah proaktif dengan mengaktifkan bilik gerakan bencana bermula 27 Februari 2022.

Warga agro yang terkesan boleh menghubungi terus bilik gerakan bencana atau berhubung dengan wakil jabatan atau agensi daerah atau di negeri yang berhampiran.

Sehingga 7 Mac 2022, sebanyak 4,343- golongan sasar yang telah terkesan dengan banjir di Pantai Timur sedang dalam proses untuk dibantu. Anggaran kawasan yang terlibat merupakan sebanyak 17,860 hektar dan jumlah kerugian yang dianggarkan adalah sebanyak RM42.5 juta. Tafsiran kerugian ini telah selesai dinilai dalam Jawatankuasa Teknikal Program Pembangunan Semula Agromakanan mengikut sektor masing-masing dan penyaluran akan dibuat dalam masa yang terdekat. Kerajaan terus komited dalam usahanya meringankan beban semua golongan yang terjejas akibat banjir dan sentiasa bersedia untuk menyediakan bantuan yang sewajarnya.

Mengenai konflik Rusia–Ukraine. Beberapa Ahli Yang Berhormat telah menyuarakan perasaan bimbang apabila beranggapan krisis yang bergolak di Rusia dan Ukraine akan memberikan kesan negatif kepada Sekuriti Makanan Negara. Tidak dinafikan konflik Rusia-Ukraine tentu sekali akan memberi kesan kepada rantaian bekalan

final • 6:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

makanan global. Dalam konteks Malaysia, konflik ini akan memberi kesan secara langsung khususnya pada import pertanian melibatkan keperluan import pertanian seperti baja dan bahan makanan seperti gandum dan sediaan bijirin serta lemak sayuran dan haiwan.

Selain itu, negara-negara pengeksport juga dijangka akan mempertimbangkan langkah perlindungan dan mengurangkan eksport barangan tertentu yang turut akan menjejaskan import pertanian negara. Pada masa yang sama, faktor kenaikan harga minyak mentah dan aktiviti penyimpanan stok gandum serta bijirin oleh negara-negara pengimport lain akan turut memberi kesan tidak langsung kepada kenaikan harga makanan di Malaysia.

Untuk spesifiknya negara mengimport MOP ataupun muriate of potash dari Belarus jumlah import pada tahun 2021 adalah sebanyak RM191 juta. Gandum dan bijirin diimport dari Ukraine berjumlah RM78 juta untuk nilai import pada tahun 2021. Baja terutamanya ammonium nitrate dan urea, kita import daripada Rusia, jumlah import merupakan RM660.9 juta pada tahun 2021. Makanan untuk ternakan, kita import dari Ukraine RM67.9 juta tahun 2021. Minyak lemak sayuran termasuk minyak bunga matahari dari Ukraine, RM399 juta nilai import pada tahun 2021.

Walaupun sumbangan import makanan daripada Rusia dan Ukraine adalah kecil sekitar 1.4 peratus sahaja, namun dipercayai akan berlaku kesan berganda yang membawa pada pembetulan harga makanan global menjadikannya lebih mahal daripada biasa termasuk di Malaysia.

final • 6:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan isu kesan daripada konflik antara Rusia dengan Ukraine, apa yang disebut tadi berkaitan dengan baja, racun dan juga bijirin dan sebagainya. Akan tetapi isu itu telah timbul di negara kita ini sebelum daripada konflik tersebut lagi ya. Masalah harga, masalah kos, masalah kenaikan harga baja dan racun untuk sektor pertanian kita.

Jadi, saya hendak dapatkan penjelasan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengurangkan beban ini? Walaupun dimaklumkan untuk pesawah padi khususnya diberi, ditambahkan subsidi RM100 tetapi masih tidak mencukupi dalam keadaan mereka berhadapan dengan kos import yang makin-makin meningkat. Sekarang pengusaha-pengusaha jentera bajak dan juga jentera untuk mengambil padi dan sebagainya telah menaikkan kos mereka daripada bayaran sebelum ini.

Jadi apa bantuan yang boleh meringankan beban mereka? Oleh sebab macam saya sebut hari itu Tuan Yang di-Pertua, mereka hanya jual padi dengan RM1.20 sekilo sedangkan tauge, mereka beli RM3 sekilo.

final • 6:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, perkara yang sama.

Bayan Baru, sedikit sahaja. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini awal bulan Mac, Food and Agriculture Organization (FAO) daripada United Nations, ia telah kata bahawa berbanding dengan tahun lalu harga makanan telah naik 20 peratus. Dengan konflik yang berlarutan di Ukraine dan Rusia, harga makanan dijangka akan naik antara 20 peratus hingga 24 peratus lagi.

Jadi ini bermaksud bahawa harga barangan akan naik. Jadi ini adalah problem dengan Malaysia merupakan kebergantungan kita, self-sufficiency level yang sangat rendah daripada segi fit, daripada segi import barang makanan. Jadi, daripada segi short- term apakah kerajaan akan buat dan juga mid-term dan long-term, apakah kerajaan yang akan buat? Oleh sebab ini konflik ini akan berlarutan dan harga barangan naik. Ia tidak akan turun lagi. Jadi mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Memang betul. Sebelum perang ataupun konflik Ukraine-Rusia berlaku, negara telah pun berhadapan dengan kesan penutupan sempadan negara disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang memberi impak kepada

final • 6:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

kos pengeluaran bahan makanan di negara kita terutama pada produk-produk yang kita import dari luar termasuk beberapa buah produk makanan dan juga komponen-komponen baja dan juga racun yang diimport daripada luar.

Seperti yang saya katakan awal tadi, industri agromakanan ini juga terdedah kepada bencana, perubahan cuaca, banjir, kemarau, penyakit dan sebagainya yang memberi kesan kepada pengeluaran bahan makanan negara- couple. Ditambah lagi dengan COVID-19, penutupan sempadan disebabkan pandemik COVID-19. Sekarang ini konflik Rusia-Ukraine. Sebenarnya mengancam sekuriti makanan, memberi kesan kepada pengeluaran makanan negara dan secara tidak langsung mengancam, memberi kesan kepada sekuriti makanan negara. Beberapa faktor luar itu, sememangnya di luar kawalan negara. Kenaikan kos pengangkutan, baja, kos pengeluaran baja dan juga pestisid- racun. Malaysia terdedah kepada peningkatan kos ini menyebabkan kos pengeluaran hasil pertanian negara meningkat.

Sebagai menjawab soalan daripada Yang Berhormat Bayan Baru, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah. Dalam industri sektor penanaman padi seumpamanya, pelbagai jenis bantuan yang sedia ada dan ditambah lagi dengan peruntukan-peruntukan subsidi tambahan kepada industri padi negara telah dibuat oleh kerajaan.

Bagi menangani kenaikan kos ternakan umpamanya, kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan bantuan untuk jangka masa pendek ini. Intervensi yang dibuat oleh kerajaan iaitu memberi subsidi kepada penternak ayam dan juga pengeluar telur bagi negara kita yang memberi impak kewangan dana sebanyak hampir melebihi setengah bilion Ringgit untuk tempoh empat bulan, langkah intervensi yang dibuat oleh kerajaan.

Apa yang dibuat oleh kerajaan, Tuan Yang di-Pertua adalah untuk membuat intervensi- intervensi bagi mengurangkan beban kepada penternak, pengusaha industri pertanian dan juga beban kenaikan harga disebabkan oleh kos pengeluaran yang meningkat kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Akan tetapi, langkah intervensi ini bergantung kepada keupayaan dana yang ada pada kerajaan definitely. Cumanya, intervensi bagi pengeluaran ayam dan telur untuk tempoh empat bulan sahaja kerajaan terpaksa mengeluarkan dana melebihi setengah bilion ringgit bagi subsidi telur dan ayam bagi tempoh empat bulan.

Jadi, semua langkah intervensi bagi mengurangkan impak terhadap kos pengeluaran dan juga beban kenaikan harga disebabkan oleh perkara-perkara luar dan juga kenaikan harga pasaran antarabangsa yang terpaksa ditanggung oleh negara kita terpaksa dibuat melalui dana intervensi yang dikeluarkan oleh kerajaan.

final • 6:10 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Menteri, dalam perbahasan saya ada mencadangkan supaya kerajaan menyemak kembali subsidi harga padi. Subsidi harga padi sebab pada zaman PH kita telah menambah RM60 satu tan daripada RM300 satu tan, sebelum itu kepada RM360.

Jadi, dalam keadaan sekarang ini saya fikir pesawah perlu diberikan keadilan untuk mereka berhadapan dengan kenaikan kos yang begitu tinggi, mereka perlu untuk menambahkan pendapatan mereka. Oleh sebab sekarang ini sama ada pendapatan tidak bertambah, pendapatan bersih itu makin mengurang. Jadi, ini perlu dilihat. Jangan hanya fikir- saya minta juga Yang Berhormat kena jawab ini, soal isu golf di LPP ini.

Pembiayaan untuk keahlian kelab golf sampai RM4,000. Adakah ini akan meningkatkan hasil padi dalam negara kita bila pegawai-pegawai peringkat profesional, peringkat pengurusan tertinggi boleh main golf dibiayai oleh dana yang sepatutnya kita gunakan untuk manfaat kepada petani-petani?

final • 6:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya ingin maklumkan bahawa pesawah merupakan sub sektor yang diberikan perhatian penuh oleh kerajaan.

Sub sektor ini, tanaman padi ini merupakan sektor yang di subsidi oleh kerajaan sedemikian rupa. Jumlah subsidi sahaja bagi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bernilai lebih kurang RM1.52 bilion setahun dan sebahagian besar daripadanya adalah untuk sektor penanaman padi negara.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Jadi, sektor ini tidak diabaikan kerajaan malah ada merupakan sektor yang diberi perhatian khusus oleh kerajaan, dibantu dan di bagi subsidi dan sebagainya. Kenaikan harga racun umpamanya ditambah RM100 lagi kepada pesawah padi untuk meringankan beban. Jadi, sektor ini sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan, diberikan dana dan sebagainya. Oleh sebab itu, pendekatan baharu dibuat oleh kementerian. Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) umpamanya merupakan pendekatan yang akan meringankan beban petani untuk mengeluarkan kos penanaman padi di negara kita.

Saya gembira kerana ramai pesawah di negara kita yang subscribe kepada konsep SMART SBB bagi penanaman padi di beberapa buah negeri termasuk yang terkini melalui MADA dan juga persefahaman MoU antara syarikat peneraju dengan pesawah juga telah dibuat di Kelantan melalui KADA. Jadi, Program SMART SBB ini akan mengurangkan beban pesawah untuk mengeluarkan kos penanaman apatah lagi ketika kos penanaman ketika ini meningkat sedemikian rupa dan konsep penanaman melalui SMART SBB akan ditanggung oleh syarikat-syarikat peneraju.

Jadi, pelbagai dasar dibuat oleh kementerian adalah untuk memastikan bahawa negara terus mengeluarkan beras secukupnya bagi population rakyat negara ini tanpa bergantung kepada import daripada negara luar. Jadi, pelbagai dana dalam bentuk subsidi, program dan dasar baharu yang dibuat oleh kementerian adalah untuk menangani masalah pesawah di negara kita. Jadi, pendeknya saya katakan bahawa pesawah di negara kita diambil perhatian sepenuhnya oleh kerajaan.

final • 6:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, tadi merujuk kepada jawapan daripada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan dengan harga ayam dan telur.

Yang Berhormat Menteri ada menyebut suatu yang saya rasa amat diperlukan.

Lebih setengah bilion subsidi diberikan. Saya difahamkan lebih RM300 juta untuk ayam dan lebih RM200 juta untuk telur. Satu, untuk memastikan harganya dan dua, untuk memastikan bekalan. Oleh sebab sebelum ini beberapa minggu lepas berlaku kekurangan bekalan telur di pasaran. Saya harap ia tidak berlaku lagi. Yang Berhormat Menteri kata empat bulan subsidi lebih setengah bilion. Maknanya boleh tidak kita anggap bahawa untuk bulan Ramadan yang bakal menjelang dalam masa tiga minggu lagi sehingga raya tidak berlaku masalah kekurangan ayam dan juga telur di pasaran dan juga harganya stabil?

Soalan seterusnya, selepas empat bulan apa yang kerajaan akan lakukan?

Apakah akan terus memberikan setengah bilion lagi untuk empat bulan yang seterusnya?

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang itu akan ditentukan oleh kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Ini kerana kesan untuk melanjutkan intervensi sementara bagi ayam dengan telur, itulah empat bulan, lebih kurang setengah bilion Ringgit.

Ya, kita memastikan bahawa harga ayam dapat dibeli oleh rakyat Malaysia pada harga yang berpatutan. Kalau tiada langkah intervensi diambil kerajaan harga sekilo ayam di projek lebih kurang RM9.80-RM10 untuk satu kilo. Oleh sebab itu apabila langkah intervensi subsidi yang dibuat oleh kerajaan, kita meletakkan harga ayam sekilo di pasaran bagi pasaran tempatan adalah sebanyak RM8.90. Jadi, kos untuk menentukan harga RM8.90 bagi rakyat Malaysia itu perlu ditanggung oleh kerajaan.

Oleh sebab itu, untuk sekilo ayam kita bagi 60 sen dan kita bagi subsidi 5 sen untuk setiap gred telur. Jadi, betul lebih daripada RM500 bilion untuk tempoh masa empat bulan, subsidi yang dibuat oleh kerajaan.

final • 6:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Berkenaan dengan isu ayam dan juga telur kita tahu bahawa kementerian telah memberikan Lesen Import (AP) kepada pengimport ayam bulat dari luar negara. Kita tahu

final • 6:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

bahawa selama ini DVS cuba untuk tidak memberikan AP kerana kita hendak memupuk pengeluaran dalaman supaya kita, syarikat dan pengeluar kita boleh bersaing.

Jadi, saya hendak mohon Yang Berhormat Menteri bagi penjelasan berapakah jumlah tan yang telah dimasukkan? Walaupun AP diberi, bukan semua boleh dapat masuk dan berapakah tan sudah masuk? Metrik tan yang telah masuk dan adakah selepas tempoh ini kita akan batalkan sebarang AP untuk pengimport? Ini kerana kita tahu, Yang Berhormat Menteri pun faham DVS mesti akan memberikan briefing kepada Yang Berhormat Menteri bahawa ia tidak baik untuk pengeluar-pengeluar kita, petani-petani kita.

Ini kerana pengimportan dari luar negara itu mereka akan buat – mereka memang more efficient. Syarikat besar tetapi penternak kita ada yang ramai yang sederhana atau kecil, mereka akan wipe out dan eventually negara kita, kalau mereka penternak- penternak ini wipe out kita akan selalu bergantung selama-lamanya kepada pengimportan. Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Memang betul, SSL untuk ayam dan telur bagi negara kita 100 peratus. Malah, kita mampu untuk mengeluarkan keperluan ayam dan telur negara. Oleh sebab itu beberapa buah syarikat besar boleh mengeksport ayam dan telur ke negara jiran.

Ini maknanya SLL kita mempunyai tahap untuk mengeluarkan ayam dan telur cukup untuk rakyat Malaysia. Akan tetapi, disebabkan oleh pandemik, disebabkan oleh penutupan ekonomi yang berlaku ketika kawalan sempada dan penutupan ekonomi berlaku menyebabkan pengeluaran ayam dan telur dikurangkan oleh pihak industri. Jadi, that is why kita melihat bahawa beberapa buah lokasi kita berhadapan dengan kekurangan ayam dan telur pada satu ketika dahulu.

Jadi, langkah intervensi itu telah diambil, pendekatan telah diambil untuk memastikan bahawa bekalan ayam dan telur mencukupi. Oleh sebab itu ayam ini, Yang Berhormat tahu ayam perlu diternak lebih kurang 35 hari ke-40 hari sebelum ia sesuai untuk dijual. Itu kenyataan. Jadi, kalau berlaku kekurangan kita perlu tempoh untuk memastikan bekalan kembali cukup semula.

Oleh sebab itu, bagi mengatas masalah kekurangan dari bulan Januari hingga lalu, yang berlaku pada Januari, Disember yang lalu, kita memberikan AP kepada pengimport-pengimport bagi mendapatkan bekalan ayam bulat beku dari luar.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Seperti Yang Berhormat tahu kita tidak beri AP kerana kita protect the local poultry industry. Jadi kerana adanya shortages, kita beri AP kepada pengimport. See the problem? Kalau kita hendak import ayam dari luar, katakan daripada negara jiran, Thailand, daripada China or wherever, mereka juga harus menternak ayam 35 hari sehingga 40 hari sebelum mereka boleh jual.

So, we want to buy from them, mereka juga tidak mempunyai supply yang mencukupi, satu. Kedua, untuk mengimport ayam bulat daripada negara luar umpamanya, they have to sign contract dan akan mengambil masa dua bulan untuk supply. Oleh sebab itu walaupun kita beri AP ayam bulat kepada beberapa buah syarikat, termasuk syarikat pengusaha pasar raya. There’s one time mereka kata kita tidak beri, kita beri. Akan tetapi sehingga ke hari ini Yang Berhormat, ayam bulat yang masuk ke negara kita, termasuk yang pasar raya hendak mengimport, kita beri AP pun, belum ada satu pun pasar raya yang dapat membawa masuk ayam bulat dari luar. Setakat ini, 32 buah syarikat yang kita beri, cuma mampu membawa masuk 651.55 metrik tan ayam bulat.

Okey, kita beri kelonggaran. Kita cuma beri AP untuk keratan ayam, untuk industri hiliran, sausages, nugget dan sebagainya untuk diproses. Akan tetapi untuk tempoh daripada Disember sehingga sekarang ini, kita juga beri. Kita beri AP ayam bulat, kita beri ayam keratan. Ayam keratan yang diimport setakat ini melalui special AP yang kita beri melebih 4000 metrik tan. Jadi ayam bulat, walaupun kita beri AP, kita beri kepada syarikat, kita beri kepada pasar raya, mereka juga tidak dapat bekalan ayam bulat beku dari luar.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Jadi we have to enhance kapasiti pengeluaran industri penternakan ayam bagi negara kita.

final • 6:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Maksudnya Yang Berhormat Menteri...

final • 6:20 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Terima kasih boleh Yang Berhormat saya hendak tanya soalan susulan, Tuan Yang di-Pertua?

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

final • 6:20 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Bersambung daripada apa yang disebut tadi, kapasiti pengeluaran ayam tempatan itu, saya tanyakan juga daripada segi ketersediaan kita bagi menyediakan bahan mentah untuk proses makanan ayam.

There’s only six percent, bukan? Six percent daripada dedak padi dan sisa sawit.

Bagaimanakah perancangan Yang Berhormat Menteri menjelang Aidilfitri? Satu. Kedua adalah daripada segi peratusan. Kiranya banyak insentif yang diberikan untuk mendukung tanaman organik, namun berapa peratus daripada keseluruhan pertanian di Malaysia.

That’s it. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja?

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya jawab dahulu, saya jawab dahulu. Saya jawab Yang Berhormat Permatang Pauh...

[Disampuk]

final • 6:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri saya juga ada soalan, ya?

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya. Dalam keadaan normal, kita tidak import ayam. Kita boleh keluarkan ayam. Kita boleh keluarkan telur. Akan tetapi disebabkan oleh pengurangan kapasiti disebabkan pembukaan dan penutupan pandemik dan sebagainya, dan juga sekarang ini kos pengeluaran terlalu tinggi, yang tidak memberangsangkan, tidak memberi peluang untuk pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana, jadi menyebabkan kita kekurangan.

Daripada segi dasarnya sebelum ini, dasar kita merupakan- kita selesa dengan mengimport jagung bagi ternakan ayam. Bagi keadaan normal kita boleh import jagung dari luar dengan harga yang murah daripada menanam jagung. Itu keadaannya. Begitu juga dengan komoditi bahan makanan yang lain. Bawang umpamanya kita boleh import dari luar, lebih murah daripada menanam. Only rice, kita ada dasar untuk mengeluarkan 70 peratus keperluan negara dan cuma import 30 peratus. So, makanan ternakan tidak termasuk dalam dasar yang sedemikian seperti dasar 70 peratus pengeluaran tempatan, 30 peratus import. So we also keadaan yang selesa. Sebab itu di kementerian ketika ini keadaan kita sekarang, beberapa langkah perubahan dasar sedang diambil oleh kementerian.

Kita mesti merujuk dasar kita, tidak menggalakkan penanaman jagung untuk makanan ternakan. Yang itu we have to revisit. Kita terpaksa sekarang ini mempunyai dasar yang menggalakkan penanaman jagung. Begitu juga bahan makanan yang lain.

Bawang, beberapa bentuk lain lagi yang perlu kita revisit our dasar.

So, kita mesti ada dasar seperti dasar penanaman padi dan beras negara, 30 peratus import sahaja, 70 peratus dikeluarkan. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, di kementerian kita sedang merancang untuk mengambil langkah-langkah untuk mengubah beberapa langkah yang sedia ada dan dasar sedia ada bagi menambah baik bekalan dan juga isu menangani sekuriti makanan negara.

Ada banyak, umpamanya PKC daripada rong kelapa sawit, kita perlu gerakkan.

Kita keluarkan PKC tetapi kita eksport lebih banyak daripada kita gunakan untuk kegunaan tempatan. Jagung, kita ada dia punya dasar. Tanaman-tanaman lain nampak tidak mempunyai dasar yang menumpu kepada pengeluaran bagi sekuriti makanan negara tetapi COVID-19, penutupan ekonomi, penutupan sempadan negara dan sekarang ini peperangan, konflik yang berlaku mengajar kita untuk lebih bersedia bagi mengubah dasar dan menumpukan pengeluaran bahan makanan negara ditingkatkan demi sekuriti makanan negara.

final • 6:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, Sik ada soalan.

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Baik, terima kasih. Yang Berhormat Menteri, apa jaminan Yang Berhormat Menteri dari sudut satu, bekalan, yang kedua harga kawalan kepada ayam, telur, daging lembu menjelang Ramadan dan juga Aidilfitri ini.

Oleh sebab pada tahun sudah, sama juga, kerajaan mengumumkan harga-harga tertentu pada daging lembu dan sebagainya tetapi tidak berlaku. Malah harga paling tinggi pada Ramadan yang lalu sampai RM10 sekilo ayam.

Jadi ini yang telah dihadapi dan kita akan hadapi sekali lagi di Ramadan yang akan datang ini. Jadi saya minta dan saya hendak ingatkan Yang Berhormat Menteri jangan lupa isu pembiayaan kelab golf untuk pegawai-pegawai di LPP, ya? Adakah ini menambahkan telur itu lebih cepat? Harga ayam itu lebih besar?

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Harga ditentukan dan dikawal oleh KPDNHEP.

If you ask MAFI, kalau you tanya MAFI, kita hendak harga yang tinggi bagi penternak, peladang, petani, nelayan dan sebagainya tetapi kita mesti imbangi antara industri dengan pengguna iaitu rakyat Malaysia. Sebab itu kita ada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk menggalakkan pertumbuhan industri agromakanan tetapi kita ada KPDNHEP untuk mengawal harga yang berpatutan bagi rakyat Malaysia. Jadi KPDNHEP dan MAFI sentiasa bekerjasama untuk mengimbangi industri dan juga pengguna iaitu rakyat Malaysia dalam isu pengeluaran harga makanan, pengeluaran bahan makanan dan juga harga makanan,

final • 6:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, Sik ada sedikit...

[Disampuk]

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...Pekeliling kelab golf...

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...Untuk pegawai-pegawai tinggi di LPP ini.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pokok Sena saya ada jawapan terakhir ini tetapi saya akan jawab kerana ia pendek.

final • 6:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri sedikit dari Sik.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, sekejap, sekejap.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Sebagai makluman Yang Berhormat Pokok Sena, yang membangkitkan isu yuran Kelab Golf Pegawai LPP, sebagai sebuah badan berkanun Persekutuan, LPP boleh mengguna pakai Pekeliling Perbendaharaan WP 8.3.

Jadi Pekeliling Perbendaharaan ini tidak- membolehkan yuran bayaran balik, bayaran yuran masuk Kelab Golf Perkhidmatan Awam. Itulah WP 8.3. Pendeknya saya katakan tiada pelanggaran mengikut Pekeliling Perbendaharaan WP 8.3....

[Disampuk]

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Menteri, isu bukan isu pelanggaran. Apa keperluan untuk kita membiayai pegawai-pegawai tinggi di peringkat pengurusan, profesional dan sebagainya untuk dibiayai yuran kelab golf. Apakah keperluan? Sedangkan tugas mereka dan tugas LPP ini untuk meningkatkan prestasi petani-petani dan penternak-penternak dalam negara kita. Ini yang sepatutnya.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, walaupun di-execute...

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kita menggunakan dana. Dana awam ini kita guna untuk membiayai.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Okey, tugasan ahli-ahli ataupun kakitangan LPP tidak tergendala, tidak terhalang, tidak terganggu walaupun LPP mengguna pakai arahan Pekeliling Perbendaharaan WP 8.3 ini.

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak terganggu itu satu isu lain.

Akan tetapi wang, wang?

final • 6:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Apakah guna? Sedangkan wang ini sepatutnya kita guna...

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak bercanggah, Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...Untuk lebih kepada membantu petani-petani dan peladang.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat masa telah - yang diperuntukkan untuk Menteri adalah sedikit...

[Disampuk]

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi saya minta penjelasan...

final • 6:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Dari Sik.

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Apakah keperluan sebenarnya kita hendak guna pekeliling? Sedangkan sebelum ini kita tidak pernah menggunakan pun pekeliling...

final • 6:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Pokok Sena, beri Sik pula

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya ingin mengucapkan terima kasih...

final • 6:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

Saya hendak menjawab Yang Berhormat Menteri dakwaan Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

...kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian. Setiap cadangan dan teguran yang dibuat oleh Yang Berhormat...

[Disampuk]

final • 6:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri saya hendak jawab dakwaan Yang Berhormat Pokok Sena berkaitan dengan MADA tadi.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masa sudah habis.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ya, terpulang kepada Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak- Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 6:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya hendak minta penjelasan sedikit, Yang Berhormat Menteri. Sik, sedikit.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Daripada Yang Berhormat Sik.

final • 6:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya. Boleh, Yang Berhormat Menteri ya?

final • 6:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 6:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena mengatakan bahawa peruntukan untuk bantuan bencana banjir melalui agensi MADA tidak diberi kepada petani. Jadi, dakwaan itu nampaknya tidak tepat dan sebenarnya peruntukan yang telah dimohon oleh

final • 6:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

MADA telah diluluskan sebanyak RM33 ribu, dan saya sendiri telah beri- agihkan kepada petani. Jadi, dakwaan Yang Berhormat Pokok Sena mengatakan pihak MADA tidak....

final • 6:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ramai lagi di kawasan Pokok Sena yang tidak dapat.

final • 6:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya, tidak dapat sebab masih dalam belum kelulusan.

final • 6:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Bila saya kata tidak agih.

final • 6:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tadi sebut, tadi Yang Berhormat Pokok Sena kata...

final • 6:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya kata belum dapat, tidak dapat.

final • 6:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tadi Yang Berhormat Pokok Sena kata yang MADA tidak agihkan.

final • 6:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Sik ini, dia meliau sedikit ini. Yang Berhormat Sik meliau.

final • 6:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Bukan. Yang Berhormat Pokok Sena, dia mengelirukan Dewan.

final • 6:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Apabila Yang Berhormat Kuala Nerus sudah isytihar keluar PAS sat ni, depa meliau pula sudah.

final • 6:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Pokok Sena telah menipu Dewan...

final • 6:30 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya tanya dia.

final • 6:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tidak, maklumat tidak tepat.

final • 6:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kenapa lambat bagi, kenapa lambat bagi.

final • 6:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Pokok Sena ambil dari mana maklumat.

final • 6:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya tanya dia kenapa lewat bagi.

Saya dapat daripada petani-petani.

final • 6:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tidak, disebut kata MADA tidak serahkan bantuan.

final • 6:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya turun, bertemu dengan petani- petani di kawasan saya.

final • 6:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Itu tidak betul.

final • 6:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya turun bertemu dengan petani di kawasan saya.

final • 6:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Mereka mohon, masih menunggu kelulusan.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tuan Yang di-Pertua...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tidak benarkan perbahasan seperti ini. Ini adalah floor Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri bagi pada Yang Berhormat Pokok Sena. Sila. Menteri beri pada Yang Berhormat Sik, ya.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tuan Yang di-Pertua, memang betul seperti yang saya cakap awal tadi, peruntukan bantuan banjir telah diturunkan di MADA, di KADA dan beberapa buah negeri yang lain. Soal dia sama ada diberi 100 peratus. Seperti saya

final • 6:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

kata tadi tidak diberi 100 peratus dan ada yang masih dalam proses penilaian dan sebagainya. Tetapi asasnya..

final • 6:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Lambat, isunya isu lambat. Yang Berhormat isu lambat, sudah berapa lama.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak apalah, dia akan membantu.

final • 6:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Itu yang pentingnya.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dia akan bantu Yang Berhormat. Jadi, setakat itu Tuan Yang di-Pertua jawapan saya bagi kementerian ini. Mana-mana jawapan, pertanyaan-pertanyaan yang tidak sempat untuk dijawab secara lisan, pastinya akan dijawab secara bertulis oleh kementerian. Terima kasih.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi esok, Selasa, 15 Mac 2022. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.32 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026