Mar102022

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Tuan Yang di-Pertua

Selamat pagi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan salam sejahtera. Untuk memulakan, saya persilakan Yang Berhormat Papar. Silakan.

final • 10:00 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ini adalah kali pertama kami dapat MQT sebagai pembangkang. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan, saya ingin berpantun kerana ini adalah yang pertama kali.

Pucuk putat daun bungar, Anak seluang terkapai-kapai, Mohon penjelasan Perdana Menteri rakyat mahu mendengar, Penyelesaian terbaik mesti dicapai Padang Sibakir bertimbun lami, Siang malam jalan berdudur, Sampai bilakah harus begini, Ibarat buah tarap tinggal ampulur.

final • 10:00 AM

1. Tuan Ahmad bin Hassan [Papar] minta Perdana Menteri menyatakan secara terperinci:

(a) arahan pembayaran pampasan berjumlah RM62.59 bilion

(USD14.92 bilion) kepada waris Sultan Sulu yang diputuskan oleh Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis; dan

(b) adakah Kerajaan Malaysia, melalui Pejabat Peguam Negara telah menghantar wakil atau melantik peguam di Perancis bagi tujuan bantahan.

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon diberi little bit masa oleh sebab jawapan ini amat terperinci dan panjang sedikit Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Papar merupakan susulan daripada keputusan final award dengan izin yang diberi oleh Dr.

Gonzalo Stampa, seorang penimbang tara yang dilantik oleh Mahkamah Madrid, Sepanyol pada 2 Mei 2019 yang telah membuat keputusan timbang tara di Perancis pada 28 Februari 2022 yang meminta supaya Kerajaan Malaysia membayar sebanyak USD14.92 bilion kepada warga Filipina yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu dan dilaporkan di akhbar tempatan.

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Harus diingatkan juga bahawa pelantikan Dr. Stampa ini juga telah kemudiannya dibatalkan oleh Mahkamah Madrid pada 29 Jun 2021 yang saya akan perjelaskan dengan lebih lanjut Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum menjawab pertanyaan Yang Berhormat Papar, ingin saya sebutkan di sini bahawa pada 20 Januari 1878, dua perjanjian dimeterai di antara Sultan Mohamet Jamal Al-Alam, Sultan Sulu dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent bertujuan untuk menjaga kepentingan syarikat mereka di Sabah– emphasised, syarikat.

Sebagaimana kita sedia maklum, pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah telah berlaku pada 12 Februari 2013. Ia telah mengorbankan seramai 10 orang wira negara. Susulan daripada serangan itu, Kerajaan Malaysia menghentikan serahan wang ihsan kepada waris Sultan Sulu.

Lanjutan daripada tindakan tersebut, firma guaman yang mewakili warganegara Filipina yang mengaku sebagai waris Sultan Sulu menuntut memohon rundingan semula bayaran ihsan di bawah Perjanjian 1878 dan memfailkan permohonan Superior Court of Justice di Madrid, Sepanyol untuk melantik timbang tara pada 30 Januari 2018.

Mahkamah Madrid, Sepanyol memutuskan untuk melantik timbang tara Dr. Gonzalo Stampa dilantik pada 22 Mei 2019.

Pada 30 Julai 2019, satu notis timbang tara diserahkan kepada Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri dengan anggaran tuntutan melebihi USD32 bilion. Tuan Yang di-Pertua, ingin ditekankan di sini bahawa kerajaan tidak berdiam diri walau tidak mengiktiraf tuntutan tersebut. Kerajaan Malaysia telah melaksanakan tindakan perundangan sewajarnya. Kerajaan telah memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Sabah yang mana penuntut tidak hadir walaupun telah diberi notis ke prosiding tersebut.

Mahkamah Tinggi Sabah pada 14 Januari 2020– mahkamah memutuskan Perjanjian 1878 tidak mengandungi apa-apa peruntukan untuk timbang tara. Malaysia tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya ditimbang tara yang tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkan.

Kedua, keputusan Mahkamah Tinggi Sabah tersebut telah dibawa ke Mahkamah Madrid, Sepanyol untuk diiktiraf dan dikuatkuasakan bagi memberhentikan prosiding timbang tara di Sepanyol. Susulan itu, Partial Award Jurisdiction dikeluarkan oleh penimbang tara pada 25 Mei 2020 telah diketepikan.

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ketiga, pada 29 Jun 2021 atas permohonan Kerajaan Malaysia, Mahkamah Madrid telah membatalkan pelantikan Dr. Stampa sebagai penimbang tara, kesemua tindakan dan keputusan yang dibuat oleh Dr. Stampa adalah terbatal. Mahkamah Madrid pada 13 Oktober 2021 memutuskan bahawa partial award on jurisdiction yang dikeluarkan oleh Dr. Stampa bertarikh 25 Mei 2021 adalah terbatal ataupun null and void dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Walau bagaimanapun, penuntut telah membawa partial award jurisdiction tersebut ke Perancis sebelum 13 Oktober bagi memintas keputusan Mahkamah Madrid.

Pada 29 September 2021, Mahkamah Perancis tanpa mengetahui keputusan Mahkamah Madrid yang telah membatalkan pelantikan keputusan Dr. Stampa telah mengeluarkan exchequer order, exequatur order ataupun execution order yang mengiktiraf partial award on jurisdiction bertarikh 25 Mei 2020 tersebut.

Berdasarkan exequatur order tersebut, Dr. Stampa telah memindahkan tempat, seat of timbang tara dari Madrid ke Paris bagi meneruskan prosiding timbang tara tersebut. Penuntut pada 5 November telah memfailkan permohonan rayuan perlembagaan di Mahkamah Perlembagaan di Sepanyol untuk membatalkan keputusan Mahkamah di Madrid bertarikh 29 Jun 2021.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai bantahan kepada tindakan timbang tara terhadap ketidakpatuhan keputusan Mahkamah Tinggi Madrid, ketidakaturan proses, ketidakadilan serta penghinaan kepada kedaulatan undang-undang, Kerajaan Malaysia memfailkan

final • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

aduan jenayah atau criminal complaint terhadap Dr. Stampa kepada Peguam Negara Sepanyol pada 14 Disember 2021.

Kerajaan Malaysia juga telah memfailkan rayuan untuk membatalkan exchequer order bertarikh 29 September 2021 dan juga permohonan menggantung pelaksanaan exchequer order tersebut. Pada 16 Disember, Mahkamah Rayuan Perancis membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia bagi menggantung exequatur order yang dikeluar pada 29 September 2021. Rayuan yang difailkan oleh Kerajaan Malaysia belum diputus oleh Mahkamah Rayuan di Perancis.

Bertentangan dengan penggantung exchequer order yang telah diberi oleh Mahkamah Perancis, penuntut mengekalkan kedudukan dan pendirian bahawa perintah exequatur order tersebut berkuat kuasa dan final award hendaklah dikeluarkan ke tempat timbang tara di Perancis.

Dr. Stampa bersetuju dengan permohonan penuntut dengan tidak mengendahkan kesan penggantungan exequatur order tersebut oleh Mahkamah Perancis. Tanpa menghirau segala arahan serta keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Madrid, Sepanyol, Mahkamah Rayuan Perancis, Dr. Stampa telah membuat the final award yang saya sebut awal tadi.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Papar, ingin saya jelaskan bahawa final award yang dikeluar oleh Dr. Stampa, timbang tara yang mana dilantik, telah dibatalkan oleh Mahkamah Madrid pada 29 Jun 2021 adalah tidak sah dan telah diputus dengan sewenang-wenangnya dan tidak berlandaskan undang-undang.

Memandangkan lantikan Dr. Stampa telah dibatalkan dan tidak lagi sah daripada segi undang-undang, kerajaan tidak mengiktiraf tuntutan dan prosiding timbang tara tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Luar Negeri telah melantik peguam Sepanyol dan Perancis untuk mewakili kerajaan bagi tujuan menangani segala tuntutan yang dibuat terhadap Malaysia. Malaysia tidak mengambil bahagian dalam prosiding timbang tara yang dikatakan. Malaysia sentiasa menegakkan dan tidak pernah mengetepikan kekebalan, kedaulatan sebagai sebuah negara berdaulat. Tambahan pula identiti penuntut diragui dan belum disahkan.

Namun demikian, ingin ditekan sekali lagi bahawa kerajaan tidak berdiam diri tetapi telah pun mengambil tindakan sewajarnya seperti yang saya telah nyatakan di atas, memastikan kedaulatan negara tidak dicabuli melalui tindakan perundangan Madrid, Sepanyol dan di Paris, Perancis. Kerajaan sentiasa peka dan bersedia untuk mencabar sebarang tindakan penguatkuasaan keputusan final award yang tidak sah tersebut di bawah New York Convention sekiranya dilaksana oleh penuntut bila-bila masa dan di mana juga bagi memastikan kepentingan kerajaan sentiasa terpelihara. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas penerangan yang panjang lebar. Yang Berhormat Papar.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum saya mengutarakan soalan tambahan, saya ingin tegaskan di sini bahawa kita sama sekali tidak akan mengiktiraf sebarang tuntutan daripada Kesultanan Sulu, warisnya dan juga negara Filipina ke atas Sabah. Soalan saya, kenapakah Kerajaan Malaysia tidak memandang serius perkara ini? Kami di Sabah mengharapkan perlindungan dalam soal keselamatan seperti apa yang termaktub di dalam MA63. Daripada pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Februari...

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tidak ada ucapan lah. Soalan, soalan.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Okey, okey. Februari 2013 tuntutan Filipina terhadap Sabah tanpa henti-henti. Tolong jangan sekali-kali pandang remeh perkara ini kerana kita tidak tahu apa akan mereka lakukan selepas ini. Perlu diingat tuntutan mereka RM62.59 bilion sangat besar dan lagi besar daripada 1MDB.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalannya.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Soalannya, adakah benar kenyataan yang dikeluarkan oleh Tommy Thomas bahawa kerajaan telah menghantar surat kepada

final • 10:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

penimbang tara Sepanyol yang mana menyatakan Malaysia akan membuat pembayaran yang tertunggak kepada waris Kesultanan Sulu dari tahun 2013 dan berjanji akan membayar pada masa hadapan. Adakah perkara ini benar? Apa justifikasi pembayaran dan adakah ianya telah dibincangkan di Kabinet dan sekiranya ada, bila keputusan tersebut dibuat? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, pertanyaan daripada Yang Berhormat itu sebenarnya telah dijawab. Yang pertamanya, kerajaan tidak mengiktiraf agreement dibuat oleh Overbeck dengan Sultan Sulu, itu yang pertama.

Kedua, kerajaan belum mengenal pasti pun siapakah waris sebenar Sultan Sulu.

Ketiga, itulah kenapa dalam statement saya tadi saya tidak sebut wang di bawah perjanjian tetapi ihsan daripada kerajaan untuk diberi kepada siapa yang menuntut, yang dibuktikan penuntut sebenar kepada Sultan Sulu. Itu saja Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Kota Belud. Silakan.

final • 10:10 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

[Bercakap dalam bahasa Sabah] Persoalannya sekarang ini, bukan kita iktiraf atau kita tidak iktiraf.

Kita tetap tidak iktiraf. Masalahnya sekarang ini, there is an order from Mahkamah Arbitrasi Perancis untuk Kerajaan Persekutuan bayar waris Sultan Sulu, yang mana kita juga adalah signatory kepada konvensyen ini. Kita cakap fasal sovereignty immunity. Soalan saya, kenapa Mahkamah Arbitrasi Perancis sekarang ini memihak kepada penuntut? Malaysia kena buat laporan polis untuk mengesahkan bahawa there is a complot, Dr. Stampa dengan waris Sultan Sulu. We should apply to set aside this stupid order. Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf tetapi I am so disappointed you rejected my motion Tuan Yang di-Pertua. Siapa bah Sabah di mata Kerajaan Persekutuan sekarang ini? Are we not important? Sekarang ini Malaysia, Kerajaan Persekutuan Malaysia yang disuruh bayar ini and it is a big amount.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, saya rasa telah dijawab pun.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebenarnya sudah dijawab. Saya kata tadi bahawa tindakan yang diambil oleh kerajaan sekarang telah membatalkan pun pelantikan Dr. Stampa sebagai arbitrator. Sebenarnya bukan mahkamah memberi arahan, Tuan Yang di-Pertua.

Biar saya perbetulkan. It’s not the mahkamah, it is the arbitrator yang memberi itu, yang telah dibatalkan oleh mahkamah pelantikan dia dan award dia pun telah dibatalkan oleh Mahkamah Madrid. Maknanya Kerajaan Malaysia telah buat yang terbaik dan kita sudah mencapai matlamat kita untuk membatalkannya. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Sebab itu Malaysia kena ambil tindakan yang tegas ini bapak Menteri. Saya minta Tuan Yang di- Pertua, kita bahas ini, bukan soal sekolah daif, ini bukan soal parit tersumbat kah, bukan soal ini.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Ini soal kedaulatan negara.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tolong duduk. Okey, bawa bertenang.

Saya rasa telah dijawab. Saya sebagai peguam, saya faham apa yang dijawab itu. Saya juga sebagai peguam, sebenarnya faham kenapa kita tidak mengambil bahagian dalam

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

itu, tetapi bukan fungsi sayalah untuk explain. Perkara ini, maaf in English, quite difficult to understand lah. It’s a very fine area of the law. Conflict of law ini.

So— tetapi kalau boleh ambil pandangan undang-undang yang betul-betul memahami apa yang Yang Berhormat Menteri cakap itu, saya rasa Ahli-ahli Yang Berhormat semua akan faham apa yang diperkatakan. Quite difficult to understand actually. I don’t blame you. Sorry, boleh kita ke soalan yang lain. Maaf, maaf.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort

Minta satu lagi Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak, tidak. Sudah panjang. Sudah 20 minit untuk satu soalan. Yang Berhormat Bukit Bendera, silakan.

final • 10:20 AM

2. Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada satu penyelarasan program subsidi petrol, diesel dan LPG perlu diadakan memandangkan harga antarabangsa bagi minyak mentah dan gas asli naik mendadak pada ketika peperangan Rusia-Ukraine yang sedang meruncing.

final • 10:20 AM

Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sejak permulaan tahun 2021, harga minyak mentah dunia menurut Brent Crude Oil menunjukkan trend peningkatan yang significant. Harga minyak mentah bagi bulan Januari tahun ini adalah pada kadar USD85 setong iaitu meningkat berbanding Januari 2021 sebanyak USD55 setong.

Berikutan kenaikan ini, kerajaan terpaksa menampung peningkatan subsidi petrol, diesel dan juga gas cecair memasak ataupun Liquefied Petroleum Gas (LPG) yang ketara sehingga 10 kali ganda. Iaitu meningkat daripada RM200 juta untuk bulan Januari 2021 kepada lebih dari RM2 bilion pada Januari 2022. Ditambah pula dengan isu pergolakan antara Rusia dan Ukraine, harga minyak mentah dunia telah naik mendadak ke paras melebih USD100 setong iaitu paras tertinggi sejak tahun 2014.

Dengan kenaikan ini, dijangka jumlah subsidi petrol, diesel dan LPG akan melebihi RM2.5 bilion sebulan. Sekiranya harga minyak mentah dunia kekal melebihi USD100 setong, jumlah subsidi tersebut bagi keseluruhan tahun 2022 dijangka mencecah RM28 bilion. Berbanding sebanyak RM11 bilion pada tahun 2021.

Pengguna pada masa ini hanya membayar RM2.05 seliter untuk petrol RON95, tetapi kos sebenar dalam bulan Mac telah mencecah RM3.70 seliter untuk petrol. Ini bermakna, kerajaan terpaksa menampung perbezaan sebanyak RM1.65 setiap liter.

Sebagai contoh, setiap kali kita pergi ke stesen pam minyak dan kita mengisi minyak dengan nilai RM100 atau kira-kira 49 liter dan kita mengisi minyak dengan nilai RM100, jumlah yang dibayar oleh kerajaan adalah sebanyak RM81. Ini kerana jumlah kos sebenar berdasarkan harga pasaran adalah RM181 bagi 49 liter RON95. Ini bermaksud subsidi kerajaan adalah sehingga 45 peratus daripada jumlah keseluruhan yang perlu dibayar.

Bagi diesel pula, pengguna hanya membayar RM2.15 seliter di stesen minyak, sementara kos sebenar telah melebihi RM4 seliter. Jurang besar antara harga runcit di stesen minyak berbanding harga pasaran sebenar akan mengakibatkan risiko ketirisan subsidi yang lebih tinggi disebabkan aktiviti penyeludupan keluar produk petroleum.

Kerajaan juga tidak boleh meminjam untuk membiayai belanja mengurus (OE) ini seperti kos subsidi. Dengan itu, kenaikan kos subsidi perlu diimbangi dengan pertambahan hasil dan juga penjimatan perbelanjaan.

Program subsidi semasa melibatkan harga bersubsidi yang sama dinikmati semua tanpa mengira kaya atau miskin. Tambahan pula golongan yang berpendapatan tinggi akan menikmati lebih subsidi berdasarkan tahap penggunaan yang lebih besar berbanding dengan mereka yang berpendapatan rendah. Dengan itu, kerajaan akan mengkaji semula mekanisme subsidi produk minyak supaya dapat dilaksanakan dengan lebih bersasar dan menumpukan bantuan dan subsidi kepada golongan rentan dan mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.

final • 10:20 AM

Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Pelaksanaan subsidi secara bersasar dijangka dapat mengoptimumkan sumber kewangan kerajaan dan penjimatan yang dicapai dapat diagihkan semula untuk program yang lebih berkesan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, silakan.

final • 10:20 AM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Semalam international Brent Crude Oil price telah meningkatkan ke USD112 per barrel.

Dan juga semalam kerajaan USA mengumumkan larangan import terhadap petroleum produk dari Rusia. Ini akan juga menyebabkan keadaan supply and demand di peringkat antarabangsa dan bekalan minyak mentah akan kekurangan.

Soalan saya, berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu pasca COVID-19 dan juga penaklukan Rusia ke atas Ukraine, cadangan Yang Berhormat Menteri Kewangan tadi, subsidi secara bersasar sama ada ia akan dapat mengurangkan harga runcit petroleum RON95 dan RON97.

Apakah impak or cadangan tersebut terhadap kadar inflasi? Memandangkan sektor pengangkutan merupakan satu komponen weightage 14.9 peratus dalam Indeks Harga Pengguna ataupun Consumer Price Index, sama ada cadangan tersebut akan meningkatkan kadar inflasi. Itu soalan saya.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan itu, secara perbandingan, harga runcit petroleum di Malaysia ini adalah sangat rendah jika dibandingkan dengan negara-negara pengeluar minyak, negara-negara OPEC terutamanya.

Sebagai contoh, harga runcit petrol di Saudi adalah pada paras RM2.59 seliter.

Manakala Indonesia pula adalah sebanyak RM3.74 seliter untuk petrol. Berbanding dengan negara-negara jiran pula, harga runcit petrol, di Thailand adalah sebanyak RM5.63 seliter, Singapura pula RM9.16 seliter berbanding dengan Malaysia sebanyak RM2.05 seliter. Jadi, perbezaan besar antara harga runcit dalam negara berbanding negara-negara jiran akan membuka ruang seperti saya sebutkan tadi kepada aktiviti penyeludupan produk petroleum.

Akan tetapi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Bendera mengenai inflasi tadi, kerajaan cakna bahawa sekiranya berlaku peningkatan harga bagi semua produk petroleum di pasaran ia akan memberi kesan kepada rantaian seperti disebutkan tadi, transportation cost, rantaian ekonomi secara keseluruhan. Malah turut akan membebankan rakyat. Ini kerana kenaikan kos yang terlalu besar untuk ditanggung khususnya pada saat kita semua baru sahaja hendak memulakan rencana pemulihan ekonomi dan kehidupan ke arah pasca COVID-19.

Dalam masa yang sama, dengan kenaikan kos subsidi produk petroleum ini, ia akan memberi tekanan kepada kedudukan fiskal kerajaan. Ini kerana komitmen pertambahan kos subsidi ini sepatutnya kita boleh gunakan untuk manfaat pembangunan ekonomi dan juga kesejahteraan rakyat.

Seperti yang dimaklumkan tadi, kerajaan juga tidak boleh meminjam untuk membiayai Belanja Mengurus our operating expenditure seperti kos subsidi. Dengan itu, kenaikan kos subsidi perlu diimbangi dengan pertambahan hasil dan juga penjimatan perbelanjaan. Maka, wujudlah keperluan buat kerajaan untuk menyusun semula subsidi supaya lebih bersasar kepada kelompok masyarakat yang layak dan memerlukan.

Dengan itu, kerajaan akan mengkaji – seperti saya katakan tadi, semula mekanisme subsidi produk minyak ini supaya dapat dilaksanakan dengan lebih bersasar dan menumpukan bantuan dan subsidi kepada golongan rentan dan mereka yang benar- benar memerlukan. Jadi, isu inflasi ini tidaklah terkesan kepada mereka yang betul-betul memerlukan.

Pelaksanaan subsidi secara bersasar juga dijangka dapat mengoptimumkan sumber kewangan kerajaan dan penjimatan yang dicapai ini dapat seperti saya sebut tadi

final • 10:20 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

diagihkan semula untuk program yang lebih berkesan untuk rakyat kita. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Jempol, silakan.

final • 10:20 AM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana atas jawapan yang cukup baik. Walau bagaimanapun, penjelasan Yang Berhormat Menteri sebentar tadi tertumpu kepada subsidi ke atas produk petroleum sahaja.

Saya hendak beri contoh yang bersasar ini Yang Berhormat kerana tahun ‘2002’ subsidi yang diberi sebanyak RM28 bilion, manakala pada tahun 2011 sebanyak RM11 bilion, meningkat lebih sekali ganda subsidi diberikan. Saya mengambil contoh, BMW 7 Series isi minyak RON95 dengan kadar RM2.50. Honda cub di kampung, penoreh getah isi minyak RON95 dengan harga RM2.50 tetapi BMW 7 Series memerlukan 70 liter untuk memenuhi tangkinya. Manakala, Honda cub tadi cuma perlukan sebanyak empat liter.

final • 10:20 AM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Di sini kita melihat penggunaan BMW mendapat manfaat subsidi yang lebih berbanding dengan Honda cub. Saya ambil kira 70 liter subsidi untuk BMW sebanyak RM111.00, manakala motor kapcai empat liter hanya RM6.60. Jadi, perbezaan yang tersasar ini apa maksudnya? Ini tidak bersasar namanya.

Jadi soalan saya, perkara yang menjadi kebimbangan, bagaimanakah subsidi- subsidi lain yang turut ditanggung oleh kerajaan pada masa kini? Apakah strategi kementerian untuk memastikan subsidi ini hanya diberi golongan yang disasarkan iaitu Keluarga Malaysia yang benar-benar memerlukan? Mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Seperti juga yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Bendera tadi, isu ini ialah untuk kita bantu rakyat yang betul-betul memerlukan. Kita di kerajaan memang komited untuk membantu rakyat Malaysia dalam menghadapi isu utama sekarang ini, cabaran kos sara hidup khususnya ekoran kenaikan harga komoditi dunia.

Bukan sahaja harga minyak, tetapi semua harga komoditi dunia terutamanya ekoran gangguan rantaian bekalan barangan dan pergolakan geopolitik seperti di Ukraine sekarang. Secara keseluruhan, peruntukan bantuan dan subsidi dalam Belanjawan 2022 sekarang ialah RM31 bilion berbanding dengan RM28 bilion pada tahun sebelumnya.

Peruntukan tahun 2022 ini merangkumi bantuan seperti yang lebih bersasar pun ada, bantuan sara hidup dan kebajikan sebanyak RM11 bilion ini lebih bersasar. Subsidi dan bantuan pendidikan RM7.7 bilion serta subsidi untuk pengusaha pertanian sebanyak RM2 bilion, subsidi pengangkutan juga termasuk perkhidmatan udara luar bandar RM1.9 bilion. Jadi, jumlah peruntukan RM31 bilion untuk bantuan dan subsidi ini tidak termasuk kos untuk menyampaikan perkhidmatan awam seperti perkhidmatan kesihatan awam. Ini melibatkan perbelanjaan mengurus sebanyak RM28 bilion.

Walaupun peruntukan lebih besar disediakan, dijangka subsidi yang kita sebut pada hari ini yang dibelanjakan pada tahun 2022 akan bertambah ekoran kenaikan komoditi terutamanya harga produk minyak. Di samping petrol, diesel dan LPG Yang Berhormat, kos subsidi juga meningkat bagi minyak masak contohnya, selaras dengan kenaikan harga pasaran minyak sawit.

Perbelanjaan subsidi minyak masak pada tahun 2020 adalah RM500 juta dan meningkat lebih empat kali melebihi RM2 bilion pada tahun 2021 dan terus menunjukkan trend meningkat pada awal tahun 2022. Kerajaan juga telah mengambil langkah baharu seperti memperkenalkan subsidi bagi ayam dan telur dengan kos subsidi melebihi RM130 juta sebulan bagi melindungi rakyat daripada kenaikan harga yang mendadak.

Namun demikian, seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jempol tadi, pendekatan ini tidak bersasar dan subsidi harga sama ada petrol atau ayam memanfaatkan semua pengguna tanpa mengira tahap pendapatan dan juga tahap penggunaan. Contoh BMW tadilah. Dengan itu, kerajaan kini menampung subsidi

final • 10:30 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

berbilion untuk golongan berpendapatan tinggi yang sepatutnya lebih wajar dibelanjakan untuk pembangunan negara dan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Pada masa ini, pendekatan yang bersasar ialah secara tunai dibuat oleh kerajaan.

Bantuan kebajikan disediakan contohnya RM2.4 bilion kepada setengah juta golongan mudah terjejas ini termasuk OKU, warga emas, keluarga miskin tegar dan juga Bantuan Keluarga Malaysia ini RM8.2 bilion untuk 9 juta golongan B40, ini bersasar.

Akan tetapi daripada segi subsidi bersasar, salah satu contoh adalah bagi kadar tarif elektrik bagi pengguna domestik di mana diamalkan harga berperingkat. Dengan izin, this is tiered pricing secara progresif. Melalui pendekatan ini, golongan yang berpendapatan rendah dikenakan harga yang lebih rendah berbanding mereka yang berpendapatan tinggi.

Sebagai contoh, rumah dengan penggunaan elektrik di bawah 200 kilowatt sejam sebulan hanya dikenakan tarif 21.8 sen per kilowatt jam sementara penggunaan elektrik melebihi 900 kilowatt sejam sebulan dikenakan tarif pada kadar 57 sen kilowatt sejam.

Lagi banyak guna lagi mahal dibayar tarif elektrik. Walau bagaimanapun, bagi mengekalkan tarif elektrik kepada pengguna domestik bagi separuh tahun pertama 2022, the first half of 2022 dengan izin kerajaan telah menanggung subsidi juga, RM715 juta kerana kos arang batu yang digunakan telah naik begitu banyak sekali untuk penjanaan elektrik.

Seperti saya sebut tadi Yang Berhormat Jempol dan Yang Berhormat Bukit Bendera, Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan sekarang dalam proses mengkaji bagaimanakah pendekatan subsidi bersasar ini atau dapat diperluaskan kepada barangan subsidi yang lain juga agar sumber kerajaan yang terhad ini ditumpukan kepada orang yang betul-betul memerlukan dan juga tidak berlaku ketirisan subsidi kepada pengguna yang actually dengan izin, can afford it, berkemampuan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih. Saya hendak tahu, apakah itu kos untuk kenaikan setiap USD1 satu tong berbanding dengan pertambahan pulangan untuk negara yang kononnya RM370 juta tambahan, tetapi RM780 juta defisit. So, maknanya akhirnya kita kurang RM410 juta. Adakah ini benar untuk tambahan setiap USD1 satu tong kenaikan minyak? Pada masa yang sama apabila disebut tentang penyusunan semula subsidi bersasar ini, bolehkah Yang Berhormat pastikan bahawa ia juga merangkumi M40 kerana sekiranya tidak merangkumi M40, saya rasa susah untuk dapat public buy-in dalam perkara ini.

Kedua, itu yang ringkas kerana inflasi juga naik ekoran daripada kenaikan harga minyak dan juga pergolakan dekat Ukraine dan Rusia. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk tubuh satu Dana Kestabilan Harga supaya kita dapat mengekang kenaikan inflasi?

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Soalan yang pertama tadi mengenai subsidi untuk golongan M40 ataupun T20 ataupun even B40, kita masih lagi memperincikan, tetapi kita akan ambil maklum cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bagan tadi.

Daripada segi impak kepada fiskal kita, betullah kita ini merupakan negara pengeluar minyak walaupun bukan part of the OPEC countries. Oleh itu kerana kita pengeluar minyak, kita berkemungkinan akan mendapat peningkatan pendapatan dengan kenaikan mendadak harga minyak mentah dunia.

Walau bagaimanapun, memandangkan konflik Rusia dengan Ukraine ini sedang masih lagi di peringkat awal, kita di kerajaan masih belum dapat membuat unjuran sebenar peningkatan pendapatan tersebut berbanding implikasi kewangan yang perlu ditanggung melalui pemberian subsidi ini.

Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan itu betul kerana kita ada breakeven point kerana harga RON95 itu ada siling, RM2.05. Subsidi itu akan naik dan akan naik kalau terlalu banyak walaupun pendapatan diterima oleh kerajaan akan tidak cukup untuk menampung subsidi. Mengikut unjuran awal didapati kerajaan masih perlu menampung kos subsidi produk petroleum, tetapi tidak ada nombor yang exact itu.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Pada masa yang sama seperti yang telah program subsidi semasa ini melibatkan harga subsidi yang sama dinikmati semua seperti saya sebut tadi. Oleh itu, pelaksanaan subsidi secara bersasar ini dijangka dapat mengoptimumkan sumber kewangan. Saya faham ada isu mengenai golongan-golongan mana yang bersasar, kita akan berbincang lebih lanjutlah dan akan dibawa ke Kabinet, insya-Allah. Ketiganya, sama ada dana itu kita belum lagi berbincang. Terima kasih kerana cadangan dan saya akan bawa cadangan ini...

final • 10:30 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Price stabilisation fund.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya, belum ada lagi perbincangan mengenai stabilisation fund, dengan izin. Terima kasih.

final • 10:30 AM

3. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan apakah kementerian akan mengkaji semula dan mengurangkan harga siling untuk pelitup muka dan kit ujian kendiri, di samping menetapkan harga siling untuk oximeter dan penyukat suhu kerana barangan ini telah menjadi barangan keperluan ketika ini dan kepentingan pengguna wajar dilindungi. Harga pasar kit ujian kendiri adalah sekitar RM5 pada Januari tetapi meningkat semula apabila kes COVID-19 meningkat pada Februari.

final • 10:30 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Rasah, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPDNHEP sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak sebelum merangka sesuatu tindakan agar kepentingan semua pihak akan lebih terpelihara.

Bagi menjamin kestabilan harga dan keberadaan bekalan pelitup muka dalam negara, kementerian telah mewartakan pelitup muka sebagai barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan telah menetapkan harga maksimum bagi pelitup muka ini di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum)

(No. 7) 2020 pada 1 November tahun 2020.

final • 10:30 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Pada masa ini harga maksimum peringkat runcit untuk pelitup muka satu lapisan ialah tujuh sen satu unit, dua lapisan pada harga 20 sen satu unit dan tiga lapisan pada harga maksimum 70 sen satu unit. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tegaskan di sini walaupun ada harga maksimum, kesemua jenis pelitup muka adalah dijual dengan harga yang lebih rendah daripada harga maksimum itu.

Maka tidak ada keperluan buat masa kini untuk meminda harga maksimum yang sedia ada. Dalam masa yang sama, kerajaan sedang meneliti keperluan mengkaji semua atau mengkaji semula harga siling atau harga maksimum untuk Kit Ujian Pantas Antigen- COVID-19 (Ujian Sendiri).

Untuk makluman, harga maksimum kit ujian ini telah ditetapkan pada RM19.90 di peringkat runcit dan RM16 di peringkat borong di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2012. Daripada aspek keberadaan bekalan di pasaran, kerajaan telah mewartakan Kit Ujian Pantas Antigen-COVID-19 (Ujian Sendiri) ini sebagai barang kawalan di bawah Perintah Kawalan Bekalan (Barang-barang Kawalan) (No. 6) 2021 pada 24 November 2021 yang lalu dan telah dikuatkuasakan pada 1 Disember 2021.

Berhubung dengan cadangan Ahli Yang Berhormat Rasah supaya kementerian menetapkan harga siling peranti oximeter dan penyukat suhu, saya menghargai dan menyambut baik cadangan tersebut. Di pihak kementerian, penetapan harga ke atas peranti tersebut akan dilaksanakan jika terdapat keperluan. Terima kasih lah kerana ada maklum balas dan cadangan daripada Yang Berhormat. Kerajaan sentiasa mengambil kira keperluan dan kepentingan pengguna terutama daripada aspek kecukupan bekalan di pasaran serta mendapatkan harga pelitup muka dan kit ujian kendiri pada harga yang tidak membebankan.

final • 10:40 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Sehubungan dengan itu, penguatkuasaan, pemeriksaan dan pemantauan oleh bahagian penguatkuasaan KPDNHEP sentiasa dilakukan ke atas item berkaitan di setiap peringkat seperti peringkat pengilang, pemborong dan peniaga. Ini bagi memastikan pelitup muka dan kit ujian kendiri dijual mengikut harga yang telah ditetapkan di samping memastikan kedua-dua item ini sentiasa cukup dan mampu menampung permintaan terutama permintaan yang agak tinggi ke atas kit ujian kendiri sejak akhir-akhir ini.

Selain itu Tuan Yang di-Pertua, akses pengguna untuk mendapatkan kit ujian kendiri ditambah baik tanpa mengabaikan kepentingan aspek kesihatan dan keselamatan awam. Ini dibuktikan melalui persetujuan bersama antara KPDNHEP dengan pihak berkuasa peranti ataupun Medical Device Authority (MDA) di bawah KKM, Kementerian Kesihatan Malaysia supaya Kit Ujian Kendiri COVID-19 yang memperoleh kelulusan bersyarat dari MDA dibenarkan dijual di premis-premis lain yang memenuhi syarat-syarat dan keperluan berkaitan yang ditetapkan oleh kerajaan. Dalam masa yang sama jika berlaku kekurangan bekalan di pasaran, pihak pengeluar sentiasa mengisi semula ataupun replenish bekalan agar tidak berlaku gangguan yang serius di pasaran. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Rasah, silakan.

final • 10:40 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang bagi saya agak komprehensif yang menunjukkan komitmen daripada kerajaan khasnya KPDNHEP dalam memastikan barang keperluan, walaupun ia bukan makanan, tetapi ia jadi barang keperluan disebabkan pandemik yang bermula dua tahun lepas.

Soalan saya, saya nampak Yang Berhormat Menteri ada mengatakan bahawa ada pemeriksaan dan sebagainya. Saya rasa selain daripada harga dalam soalan asas saya satu lagi perkara yang saya rasa kita perlu berikan keutamaan pada kualiti khasnya pelitup muka. Sebab kita tidak mahu ada pelitup muka yang kualitinya rendah sangat diguna pakai dan dia tidak boleh hendak tapis tidak membawa perlindungan kepada pemakainya kepada pengguna.

Kedua berkenaan dengan kit ujian kendiri tersebut, saya harap Yang Berhormat, KPDNHEP bersama dengan MDA rentas kementerian boleh memastikan semua kit yang dijual, tidak kira jenama apa, saya difahamkan MDA telah meluluskan secara bersyarat lebih 100 jenama dalam senarai MDA. Pastikan semua yang dijual itu mematuhi dan lakukan pemantauan dan pemeriksaan secara on the spot kah, spot check kah untuk memastikan kita dapat memberi barangan yang original bukan barangan tiruan di pasaran kerana akhirnya ujian itu melambangkan sama ada seseorang itu kena atau tidak. Jadi, mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tuan Yang di-Pertua, untuk jawapan soalan ini ia berkenaan dengan pelitup muka. Pada masa sekarang, kami sedang memperhalus untuk menjamin kualiti pelitup muka yang sepatutnya diguna pakai untuk mencegah COVID-19 ini adalah bertaraf ataupun bertaraf medical standard ataupun taraf kemudahan perubatan iaitu tiga lapisan meltblown, tiga lapisan itu dan yang lain bukan setaraf medical use.

Oleh sebab itu telah disebut dalam jawapan asal tadi dikatakan harga maksimum.

Ini bukan harga sahaja, kita akan mewartakan satu hendak memastikan kualiti itu, sedang diperhalusi sekarang. Kita akan wartakan standardnya nanti ya. Itu pelitup muka.

Dengan kit ujian COVID-19 yang dikatakan tadi, memang sebenarnya peralatan kesihatan dan perubatan adalah di bawah bidang kuasa Medical Device Authority (MDA), agensi di bawah KKM. Jadi KPDNHEP akan terus bekerjasama dengan MDA untuk melaksanakan pemantauan secara berterusan berhubung perkara ini. Jadi, begitu juga dengan kualitinya. Kami di KPDNHEP tidak ada kepakaran. Ini kepakaran di medical authority. Jadi kita serahkan kepada mereka.

Akan tetapi KPDNHEP sentiasa bekerjasama, kerja rapat. Sehingga kini, KPDNHEP kami telah dimaklumkan MDA telah menjalankan sebanyak lapan serbuan dan 10 sitaan ke atas syarikat yang mengedarkan kit ujian tanpa kelulusan dan lesen yang sah. Jadi, ini adalah sedikit sebanyak bukti MDA menjalankan tugas bersama KPDNHEP

final • 10:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

untuk memastikan kualiti yang sebenarnya dijual berkenaan kit ujian pantas ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelah sini dahulu, sorry.

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya ini memang berkait dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Rasah. Cuma to be more specific, langkah-langkah yang diambil oleh kementerian bagi memastikan memang di luar sana berapa ramai yang ambil test melalui saliva test itu yang mendapati negatif tetapi apabila akhirnya apabila PCR positif.

Pengalaman ini saya lalui sendiri. Tiga hari saya mengalami simptom dan pagi petang ambil test melalui test kit saliva ini, keputusannya adalah negatif. Akhirnya apabila PCR keluar, positif. Jadi, ini sebenarnya sangat merugikan pengguna daripada segi baik dari segi kesan dan dari segi kos perbelanjaan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ini lebih kepada medical punya pandangan.

Kami tidak ada kepakaran dengan perkara itu. Jadi...

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Hal Ehwal Pengguna.

final • 10:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Hal Ehwal Pengguna lah itu. Tuan Yang di- Pertua, memang kita difahamkan, berbanding dengan PCR test, saliva test kit ini memang kurang tepat. Saya sendiri baru-baru ini, saya kena positif pada awal Februari. Masuk tujuh hari di Hospital Sungai Buloh. Apabila keluar, okey dan saya diluluskan sebagai tidak akan menjangkiti orang lain.

Akan tetapi, selepas tiga minggu sebelum Parlimen bersidang arahan daripada Parlimen kesemua mesti melalui ujian PCR. Jadi saya pergi, dapat positif. Akan tetapi saya diberitahu kemudian, memang begitu sebab virus itu walaupun ia tidak lagi kuat untuk menjangkiti orang lain akan kekal dalam seseorang itu selama 90 hari, saya difahamkan.

Jadi, inilah kalau kita mengharapkan saliva test kit ini, memang. Saya setiap hari menggunakan itu pun memang dia negatif, tetapi PCR mengesan positif.

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Jadi, itulah pandangan saya Tuan Yang di-Pertua. Kalau ujian secara saliva hari itu tidak memberi keputusan yang tepat, adalah lebih baik kepada kementerian untuk menasihatkan pengguna supaya jangan guna saliva test sebab tidak ada guna pun kalau guna tetapi memberi result yang tidak tepat. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, maaf ini saya rasa bidang kuasa Kementerian Kesihatan lah. Ya.

final • 10:50 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Betul Tuan Yang di-Pertua. Itu bukan bidang kuasa kami di KPDNHEP. Kami ikut...

final • 10:50 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Fakta yang salah. Fakta yang mengelirukan Dewan.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Yang Berhormat, okey boleh kita...

final • 10:50 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Apa yang mengelirukan Dewan.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Bukan Menteri, yang sana.

final • 10:50 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Oh! Okey.

[Ketawa]

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat semua hari ini 50 minit sudah MQT, tiga soalan. Jadi maaf saya tidak dapat membenarkan soalan tambahan lain lagi. Ahli Yang Berhormat semua sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih semua.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:50 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan:

(a) sejauh manakah kementerian telah melaksanakan kajian kemungkinan perubahan iklim drastik dengan bencana alam yang lebih kerap pada masa akan datang; dan

(b) bagaimanakah tahap kesiapsiagaan sistem amaran bencana di Malaysia.

final • 10:50 AM

Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi semua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit yang mengemukakan soalan ini. Untuk makluman Yang Berhormat berdasarkan laporan kumpulan kerja pertama IPCC yang telah diumumkan pada 9 Ogos 2021 yang lalu suhu purata dunia dianggarkan meningkat kepada 1.1 darjah celsius peningkatan suhu global akan memberikan kesan kepada negara kita dan ini berbanding pasca industri.

Malaysia sememangnya terdedah kepada kejadian banjir kerana bentuk muka bumi serta sistem iklim yang mempunyai kadar kelembapan yang sangat tinggi.

Perubahan iklim akan meningkatkan lagi tahap kemudahceraman negara dalam risiko bencana termasuk bencana banjir.

Hasil kajian NAHRIM dan juga mendapati berlaku peningkatan intensiti maksima hujan yang lebat ia akan memberi kesan kepada tahap perlindungan reka bentuk banjir terhadap sistem saliran sedia ada serta binaan infrastruktur bekalan air. Untuk makluman pembinaan kita berdasarkan 50 tahun ARI dan sebahagianya ialah 100 tahun ARI.

Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sedang melaksanakan penilaian risiko bencana banjir berdasarkan unjuran perubahan iklim melalui inisiatif Peta Hazard Banjir dan peta risiko banjir. Di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran merangkumi 36 lembangan sungai utama seluruh negara telah pun siap dibangunkan.

Bagi kawasan lembah Klang Peta Hazard bagi banjir bagi enam lembangan sungai telah pun siap dibangunkan manakala peta risiko banjir yang melibatkan Lembangan Sungai Bernam juga telah siap dibangunkan.

Bagi menjawab soalan kedua Jabatan dan agensi di bawah KASA seperti JPS, Jabatan Meteorologi Malaysia sentiasa peka dan berusaha untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir.

Melalui jabatan dan agensi ini kementerian sentiasa bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara nombor 20.

JPS dan MetMalaysia juga sentiasa menyegerakan menyelenggara dan menambah baik tahap kesiapsiagaan sistem amaran awal di bawah seliaan jabatan terbabit. Hebahan maklumat cuaca dan banjir serta amaran awal kepada pasukan penyelamat akan ditambah baik dengan segera dan penyelarasan bersama dengan pengah taruh akan dipertingkatkan.

Untuk makluman Dewan yang mulia di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan Rancangan Malaysia Ke-12 MetMalaysia telah pun siap memasang lapan buah stesen radar baru untuk tambahan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak. Ia adalah sebagai tambahan kepada 11 buah sistem buah radar sedia ada yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2022.

Selain daripada itu JPS juga turut melaksanakan Program Ramalan dan Amaran Banjir yang bertujuan memberi amaran awal kepada agensi berkaitan dengan pengurusan bencana dan orang awam. Siren akan dibunyikan apabila aras air melepasi nilai ambang

final • 10:50 AM

Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

tertentu untuk memberi amaran awal kepada penduduk setempat. Ramalan banjir seawal tujuh hari dan amaran seawal dua hari juga disediakan bagi lokasi-lokasi yang dijangka banjir. Setakat ini sistem ini telah pun beroperasi di Lembangan Sungai Pahang, Kelantan, Terengganu dengan ketepatan 65 peratus.

Kita juga sedang naik taraf beberapa sistem amaran di bawah PRABN bagi negeri-negeri lain di seluruh negara. JPS melalui laman sesawang publicinfobanjir sentiasa memantau keadaan hujan dan aras air di seluruh Malaysia dan apabila data hujan atau di atas aras air telah melebihi nilai ambang tertentu, amaran akan dikeluarkan di dalam laman sesawang publicinfobanjir dan juga akan dimuat turun dalam beberapa portal-portal yang lain. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama. Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah pun menjelaskan kepada kita semua. Kita sedia maklum bahawa fenomena perubahan iklim yang berlaku ini memerlukan kepada kesiapsiagaan maklumat-maklumat secara terperinci termasuklah sungai-sungai ataupun perparitan-perparitan kita supaya kita dapat mampu untuk mengelakkan banjir seperti yang berlaku pada hari ini.

Jadi saya ingin tanya kepada Menteri bagaimanakah kerajaan memanfaatkan aplikasi teknologi terkini seperti Revolusi Industri Keempat dalam pengesanan perubahan iklim khususnya teknologi seperti analisis data raya. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Terima kasih. Berhubung dengan soalan dibangkitkan, kita melakukan hubungan yang rapat dan bersama dengan pihak-pihak yang terlibat seperti MAMPU dan satu platform ICT menggunakan Big data analytics juga kita bangunkan bersama dengan agensi di Kementerian seperti NAHRIM. Untuk makluman, kita telah mula membangunkan pelan pembangunan ini mulai tahun 2018 dan platform ini sebenarnya membolehkan negara kita mengkaji lebih awal pola-pola taburan dan kelembapan hujan yang berlaku.

Walau bagaimanapun apa yang kita buat di peringkat akhir ini ialah untuk kita tingkatkan lagi teknologi supaya ramalan itu lebih tepat berbanding dengan apa yang berlaku sebelum ini dan ini memerlukan suatu peruntukan. Saya hendak maklumkan bahawa kita juga telah pun meningkatkan sekali ganda ARI taburan hujan dan pelan untuk mitigasi banjir yang berlaku. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya bagaimana Yang Berhormat Menteri boleh menyelesaikan masalah banjir di seluruh negara sedangkan negeri Kelantan, Menteri sendiri dilanda masalah banjir berkali-kali, bertahun-tahun tanpa penyelesaian. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Saya harap Kepong ikuti jawapan saya dalam Parlimen jangan ponteng.

[Ketawa]

final • 10:50 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Apa jawapan.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Saya telah jelaskan bahawa...

final • 10:50 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Apa jawapan.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

...Kita mempunyai perancangan jangka pendek, jangka sederhana, jangka panjang untuk menyelesaikan masalah-masalah banjir. Sebab itu kerajaan memperuntukkan satu jumlah yang sangat besar. Saya hendak maklumkan bahawa Kabinet telah pun meluluskan RM15 bilion menjelang tahun 2030 bagi menyelesaikan masalah banjir dan termasuklah apa yang berlaku di Kelantan.

Saya harap berikutnya ada soalan berhubung dengan penyelesaian banjir di Kelantan. Saya harap Yang Berhormat tunggu. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Jangan banjir pergi JB.

final • 10:50 AM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Merbok.

final • 10:50 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua boleh tambah lagi.

final • 10:50 AM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Tuan Yang di-Pertua, sini Merbok.

final • 10:50 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Tolong-tolong Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, boleh ya?

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada, tidak ada. Yang Berhormat Puan Vivian Wong Shir Yee.

final • 10:50 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ketika isu ini bercakap pasal banjir, that means Menteri hilang pada masa banjir. Tidak payah cakaplah. Jangan temberanglah.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

2. Puan Vivian Wong Shir Yee [Sandakan] minta Perdana Menteri menyatakan dengan keadaan Sabah yang jauh ketinggalan di belakang berbanding negeri yang lain dalam soal pembangunan infrastruktur, dengan kadar kemiskinan yang tinggi, peluang pekerjaan yang kurang dan kos hidup yang tinggi, bagaimanakah Perdana Menteri berhasrat untuk melaksanakan konsep "Keluarga Malaysia" yang diterapkan beliau agar penduduk Sabah tidak akan semakin jauh ketinggalan di belakang pada masa akan datang.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Tolong kita hormati Yang Berhormat wanita kita untuk menanyakan soalan. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan sedar bahawa ketidaksamaan pembangunan antara wilayah dan negeri masih wujud termasuk di Sabah.

Sebagai contoh, bagi tahun 2020 nisbah jurang pendapatan KDNK perkapita Wilayah Sabah berbanding wilayah tengah adalah 2.8. Berdasarkan survey pendapatan perbelanjaan isi rumah dan kemudahan asas 2019, pendapatan isi rumah kasar di Sabah adalah RM5,745 iaitu lebih rendah berbanding purata nasional sebanyak RM7,901. Kadar kemiskinan di Sabah pula pada tahun 2019, 19.5 peratus berbanding purata nasional 5.6 peratus. Oleh itu dalam usaha kerajaan untuk membasmi miskin tegar umpamanya menjelang tahun 2025 Sabah adalah antara negeri yang akan diberi tumpuan tertinggi.

Tuan Yang di-Pertua, bagi mempercepat pembangunan sosioekonomi di Sabah buat pertama kali satu bab khusus untuk memperkukuh pembangunan di Sabah dan Sarawak telah dirangka dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

final • 10:50 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Antara lain strategi utama adalah memantapkan penyediaan infrastruktur, menambah baik akses kepada perkhidmatan sosial dan memperkukuh pembangunan inklusif. Bagi mempercepatkan pembangunan di negeri-negeri yang kurang membangun, kerajaan telah memberi komitmen untuk mengagihkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada peruntukan pembangunan asas Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri tersebut termasuk negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Rolling Plan Dua iaitu tahun ini di Sabah telah memperuntukkan RM5.17 bilion bagi melaksanakan 1,048 projek. Antara projek utama ialah Projek Lebuh Raya Pan Borneo Fasa 1A. Kosnya RM10.8 bilion.

Pada 3 Mac lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan Fasa 1B, 19 pakej kosnya RM15.7 bilion. Ini akan disiapkan dalam masa lima tahun. Ini merupakan komitmen besar oleh Kerajaan Pusat untuk membangunkan negeri Sabah.

Ada juga projek untuk:

final • 11:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

(i) kumbahan rangkaian paip di bandar Sandakan berjumlah RM233 juta;

(ii) pembesaran Lapangan Terbang Sandakan berjumlah RM81 juta sebagai contoh.

Tuan Yang di-Pertua, infrastruktur digital adalah penting bagi pertumbuhan ekonomi Sabah dan Malaysia sebagai langkah siap siaga Sabah beralih kepada teknologi 5G. Kerajaan melalui Jalinan Digital Negara (JENDELA) memperuntukkan RM3.61 bilion bagi tempoh tahun 2021 hingga tahun 2025. Sebanyak 4,333 lokasi untuk pembinaan struktur digital akan disediakan di Sabah seperti gentian optik, pembinaan menara baharu dan lain-lainnya.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi bagi Sabah dan Sarawak bagi membincangkan dengan lebih terperinci dan cuba menyelesaikan isu masalah yang dihadapi oleh negeri Sabah dan Sarawak. Saya mempengerusikan jawatankuasa ini.

Sejak ditubuhkan pada Mac tahun lepas, lima kali mesyuarat telah diadakan di antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak untuk merangka tindakan-tindakan berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan yakin dengan adanya usaha-usaha ini, ia akan menyumbang kepada pembangunan yang lebih inklusif bagi Sabah dan Sarawak dalam konteks Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Sandakan.

final • 11:00 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bolehkah Yang Berhormat Menteri menjelaskan kepada semua rakyat Sabah bagaimana Sabah boleh menjadi negeri yang termiskin dengan peningkatan kadar kemiskinan kepada 19.5 peratus tetapi kerajaan masih mengenakan cukai sumber minyak dan gas negeri yang bernilai berbilion setiap tahun.

Bukan sahaja Sabah adalah termiskin tetapi juga negeri yang paling kurang pembangunan dari semua aspek termasuk keperluan asas, bekalan air, jalan raya dan yang tiada maintenance dengan izin. Liputan internet juga adalah sangat rendah, kekurangan projek perumahan dan rakyat terdesak membina rumah di kawasan setinggan.

Tiada peluang pekerjaan untuk belia juga. Setuju kah Yang Berhormat Menteri kerajaan seolah-olahnya tidak hirau Sabah dan mengambil kesempatan, taking us for granted dengan izin.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak benar bahawa Kerajaan Pusat seolah-olah tidak menghiraukan kepentingan pembangunan di Sabah dan Sarawak dan juga di negeri-negeri miskin yang lain. Ada enam negeri yang miskin semuanya:

(i) Sabah;

(ii) Sarawak;

(iii) Kelantan;

(iv) Terengganu;

(v) Kedah; dan

(vi) Perlis.

Pertama, adalah tidak benar kita tidak menghiraukan Sabah dan Sarawak sebaliknya di bawah MA 63 umpamanya, Jawatankuasa Khas telah pun bermesyuarat banyak kali dan hari ini rakan saya Yang Berhormat Kota Marudu akan menjawab soalan nombor sembilan berkaitan dengan pencapaian dibuat MA63.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Beberapa kemajuan yang besar telah pun dicapai. Kita tunggulah jawapan kepada soalan nombor sembilan daripada Yang Berhormat Serian kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri soalan nombor sembilan ini. Jadi, kita hendak menafikan dengan setegas-tegasnya bahawa kita tidak menghiraukan Sabah dan Sarawak.

Sebaliknya, pentadbiran kerajaan ini mempunyai kesungguhan komitmen yang amat tinggi untuk memastikan bahawa kepentingan Sabah dan Sarawak terpelihara dan jurang pembangunan Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung dapat dirapatkan. Ini antara komitmen di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

Saya tekankan sekali lagi bahawa masalah kemiskinan yang disebut oleh Yang Berhormat tadi antara prioriti tertinggi yang akan diberikan oleh kerajaan dan menjelang tahun 2025 kita berhasrat untuk menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh empat tahun daripada sekarang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi, sedikit lagi.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah tanya tadi soalan.

final • 11:00 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Ya, tetapi ada saya mahu tanya tetapi jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri adalah bercanggahan dengan kadar kemiskinan kami.

Kadar tax juga sangat tinggi atas Sabah tetapi kami punya jalan raya semua tidak di-maintain. Macam tidak jawab kedua-dua statement ini. Bolehkah Yang Berhormat Menteri jelaskan lagi? Okey, kalau Yang Berhormat Menteri cakap kamu tidak mengabaikan Sabah tetapi kenapa tiada macam- how to say, commitment untuk membangunkan Sabah dari segi aspek basic necessity dari Sabah juga adalah sangat teruk juga sekarang.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, tidak apa. Yang Berhormat Beaufort, silakan.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap tahniah kerana kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi, yang mana Yang Berhormat Menteri adalah Pengerusinya dan telah bermesyuarat empat kali.

Akan tetapi, saya ingin tahu sepertimana saya sebutkan beberapa kali bahawa kita telah dikenal pasti bahawa lapan buah daerah yang termiskin di dalam negara kita ini adalah terdapat di negeri Sabah. Satu di Sarawak dan satu di Kelantan.

Jadi, saya ingin tahu, apakah perancangan strategi sebenar-benarnya Jawatankuasa Sosioekonomi yang telah bermesyuarat empat kali ini, bagaimana untuk mengatasi masalah kemiskinan terutama sekali di kawasan yang ditumpukan lapan daerah yang termiskin ini dan sekali lagi saya sebutkan dalam poket-poket kemiskinan di negeri Sabah.

Walaupun saya ucap terima kasihlah atas belanjawan yang diberikan untuk Pan Borneo dan sebagainya tetapi kita kena pastikan supaya tempat yang dikenal pasti sebagai miskin daerah-daerah ini diberikan tumpuan yang fokus dan khusus supaya ini dapat diselesaikan dengan tuntasnya, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Beaufort.

Adalah benar bahawa daripada 10 buah daerah termiskin dalam negara, lapan terdapat di Sabah. Antaranya Tongod, Kudat, Pitas ini adalah antara kawasan-kawasan yang paling tinggi kawasan kadar kemiskinan di negara kita.

Kerajaan komited untuk menangani isu kemiskinan dan bermula bulan - selewat- lewatnya akhir bulan April akan datang, kerajaan akan memperkenalkan pendekatan baharu untuk menangani miskin tegar dan pendekatan ini pendekatan yang holistik, yang

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

komprehensif yang mengambil kira pendekatan ataupun mengambil kira input daripada pemimpin tempatan.

Jadi, kalau dahulu umpamanya pendekatan kita adalah tidak diselaras dengan izin work in silos kali ini ia holistik dan komprehensif.

Kedua, kita ambil kira input daripada penduduk tempatan. Jadi umpamanya bagi Tongod, kita akan bincang dengan Pegawai Daerah Tongod dengan lebih terperinci. Bagi Pitas begitu jugalah ya dan seluruh negara.

Untuk makluman Yang Berhormat, pihak EPU dan ICU telah pun memulakan proses ini telah diadakan libat urus dengan semua kerajaan negeri. Dua hari lepas kita telah memaklumkan kesemua Yang Berhormat Menteri Besar dan Ketua Menteri tentang inisiatif ini. Pada peringkat awalnya kita akan pilih 80 buah lokaliti seluruh negara akan dimulakan pelaksanaannya bulan April akan datang.

Jadi, yang bezanya kali ini komitmen amat tinggi kerajaan dan pendekatan kita holistik, komprehensif dan kita ambil kira keperluan setempat. Dengan izin tidak ada one size fits all strategy itu adalah berubah mengikut situasi keadaan setempat di Sabah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Soalan tambahan ketiga, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, tidak ada masa sudah Yang Berhormat. Yang Berhormat Datuk Robert Lawson Chuat.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Sedikit sahaja.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf Yang Berhormat. Yang Berhormat Datuk Robert Lawson Chuat.

final • 11:00 AM

3. Datuk Robert Lawson Chuat [Betong] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan tindakan berkala yang diambil bagi penyeliaan jalan raya Jalan Persekutuan termasuk lebuh raya dari segi penyenggaraan bagi setiap kerosakan yang berlaku.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Tuan Arthur Joseph Kurup

Selamat pagi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, skop kerja penyelenggaraan bagi Jalan Persekutuan ini terbahagi kepada tiga jenis:

(i) penyelenggaraan rutin yang meliputi penyelenggaraan pavement;

(ii) penyelenggaraan bahu jalan;

(iii) potong rumput;

(iv) perabot jalan;

(v) mencuci jambatan dan pembetung;

(vi) mencuci longkang; dan

(vii) pemeriksaan rutin yang dilaksanakan setiap bulan berdasarkan bilangan pusingan kerja yang telah ditetapkan dalam kontrak perjanjian.

Kedua, adalah penyelenggaraan berkala yang meliputi penyelenggaraan berkala pavement yang meliputi kerja-kerja seperti turapan jalan dan menurap semula permukaan jalan.

Kedua, penyelenggaraan berkala bukan pavement yang meliputi kerja-kerja selain daripada turapan seperti:

(i) mengecat garisan jalan;

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Tuan Arthur Joseph Kurup

(ii) membaik pulih pembetung;

(iii) mengganti papan tanda; dan

(iv) lain-lain.

Kategori ketiga adalah kecemasan ataupun notice of defects dengan izin dan ini meliputi kerja seperti;

(i) membersihkan pokok yang tumbang;

(ii) kawalan trafik semasa kerosakan ataupun runtuhan;

(iii) membersihkan tanah runtuh;

(iv) papan tanda amaran semasa banjir; dan

(v) kerja kecemasan waktu banjir seperti pembersihan culvert yang tersumbat atau parit yang tersumbat untuk membenarkan air mengalir.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Tuan Arthur Joseph Kurup

Bagi perancangan di bawah program membaik pulih jalan-jalan termasuk perparitan dan pembetung yang berada dalam status kritikal, kementerian ini merangka program penyelenggaraan berdasarkan notis kerosakan yang disediakan oleh pihak JKR daerah bersama dengan syarikat-syarikat konsesi penyelenggaraan jalan persekutuan.

Melalui NOD ini, pihak JKR akan menyenaraikan program penyelenggaraan pembaikan kerosakan mengikut keutamaan kritikal dan keperluan yang mendesak.

Pelaksanaan program-program penyelenggaraan ini adalah tertakluk kepada kelulusan peruntukan daripada Kementerian Kewangan dan Senarai Keutamaan Kerja Program Pembaikan Jalan yang telah dirangka. Selain itu, bagi lebuh raya yang bertol pula, kerja-kerja penyelenggaraan perlu dilaksanakan oleh syarikat konsesi yang mengendalikan lebuh raya tersebut sepanjang tempoh konsesi.

Kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan adalah merangkumi penyelenggaraan rutin dan berkala serta penyelenggaraan major atau kerja-kerja baik pulih. Kerja-kerja penyelenggaraan lebuh raya ini penting bagi menjamin keupayaan lebuh raya serta memastikan lebuh raya tersebut dapat bertahan lama selaras dengan kualiti pembinaan. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan pertama.

final • 11:10 AM

Datuk Robert Lawson Chuat - Betong

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak mohon pihak kementerian untuk jelaskan, berapakah jumlah peruntukan bagi penyelenggaraan jalan persekutuan untuk tahun 2020, 2021 dan 2022 di seluruh negara? Sejauh manakah pihak kementerian membelanjakan peruntukan tersebut bagi memastikan jalan persekutuan diselenggarakan dengan baik? Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Satu soalan yang bagus. Kementerian ini telah diperuntukkan sebanyak RM400 juta setiap tahun bagi pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan rutin di seluruh negara Malaysia. Untuk tahun 2020, sejumlah RM672 juta telah diperuntukkan untuk program penyelenggaraan berkala pavement dan bukan pavement bagi seluruh negara. Bagi tahun 2021, RM973 juta diperuntukkan dan telah diterima oleh kementerian untuk pelaksanaan program penyelenggaraan berkala pavement dan juga bukan pavement seluruh negara.

Untuk tahun ini, sejumlah RM642 juta telah diperuntukkan dan diterima oleh kementerian bagi melaksanakan program penyelenggaraan berkala pavement dan juga bukan pavement seluruh negara. Jumlah peruntukan ini merangkumi semua aspek keperluan penyelenggaraan jalan daripada segi penyelenggaraan rutin berkala dan juga kecemasan seperti mana saya sebut dalam jawapan yang pertama tadi untuk memastikan

final • 11:10 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

bahawa jalan itu sentiasa berfungsi dan dinikmati dalam keadaan yang baik untuk pengguna. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Hulu Langat...

final • 11:10 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

[Bangun]

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan yang kedua Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 11:10 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Tuan Yang di-Pertua, bolehkah?

final • 11:10 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Terima kasih. Saya merujuk kepada jawapan yang diberikan tadi dan juga saya merujuk kepada apa yang telah dicatatkan oleh NADMA pada 21 Disember yang lepas. Terdapat 98 jalan persekutuan yang mengalami masalah serta 126 jalan negeri mengalami kerosakan akibat banjir sama ada banjir kilat, sama ada cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap dan juga jambatan rosak di 224 lokasi di tujuh buah negeri.

Berdasarkan kepada jawapan tadi, ada RM400 juta duit lebih duit penyelenggaraan yang akan digunakan– apakah kelewatan yang masih berlaku seperti setengah-setengah jalan yang masih ditutup contohnya Jalan Semenyih-Kuala Klawang masih ditutup sebab kerosakan yang teruk. Apakah tindakan kementerian untuk memastikan penyelenggaraan ini dapat dipercepatkan lagi? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Dipersilakan.

final • 11:10 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Pertama, apabila berlakunya kecemasan, pihak kementerian kita bertanggungjawab ke atas jalan- jalan Persekutuan. Jadi, untuk jalan persekutuan yang diselenggarakan oleh pihak konsesi-konsesi, pihak konsesi perlu mengambil tindakan kecemasan.

Jadi, seperti mana yang disebutkan tadi, kita ada kerja-kerja kecemasan seperti membersihkan pokok tumbang dan mengawal trafik sekiranya ada cerun atau tanah yang runtuh untuk memastikan bahawa jalan itu masih boleh dilalui sementara menunggu kerja- kerja pembaikan. Termasuk juga untuk membersihkan culvert yang tersumbat dan sebagainya supaya air itu boleh mengalir dan jalan itu boleh limpas sekali lagi.

Jadi, untuk memperbaiki jalan rosak, kita akan memastikan jalan itu dapat menerima pembaikannya supaya boleh kembali kepada keadaan yang asal. Bagi kerja- kerja yang kita boleh menurunkan peruntukan secara cepat, kita akan buat mengikut keutamaan. Akan tetapi, mungkin masih ada jalan yang belum lagi diperbaiki sejak daripada bencana yang lalu tetapi saya memberikan keyakinan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa Kementerian Kerja Raya sentiasa mengutamakan kerja-kerja pembaikan ini. Kita akan pastikan bahawa jalan itu akan siap dan baik kepada keadaan yang asal sebelum ini. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tuan Yang di-Pertua, boleh minta satu soalan lagi?

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, seterusnya...

final • 11:10 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Boleh minta satu soalan lagi?

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada masa sudah Yang Berhormat. Maaf ya.

final • 11:10 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Okey.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Lembah Pantai. Silakan.

final • 11:10 AM

4. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai] minta Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan apakah usaha terkini kementerian untuk meningkatkan penglibatan kaum wanita dalam bidang sains, teknologi kejuruteraan dan matematik (STEM) dan menggalakkan lebih ramai wanita melanjutkan pelajaran dan menceburi dalam bidang STEM?

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan jawapan dengan mengucapkan selamat Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun.

Memetik kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sempena Hari Wanita Sedunia iaitu, “Pengorbanan wanita tiada noktah dan tandingannya. Wanita adalah harapan bangsa dan berperanan besar di dalam sesebuah organisasi dan menyumbang kepada kejayaan negara. Keluarga Malaysia mempunyai wanita hebat yang berjuang tanpa patah semangat bagi membahagiakan mereka yang tersayang”. Sebagai peneraju dalam sains dan teknologi, MOSTI sememangnya sentiasa menggalakkan penglibatan kaum wanita dalam bidang sains, teknologi kejuruteraan dan matematik (STEM). Selain itu, MOSTI juga sentiasa menyokong agar lebih ramai wanita melanjutkan pelajaran seterusnya memilih bidang STEM sebagai cabang kerjaya pilihan.

Bagi meningkatkan penglibatan kaum wanita dalam bidang STEM, MOSTI telah melaksanakan pelbagai pendekatan sama ada di peringkat kementerian atau agensi di bawahnya. Pendekatan tersebut boleh disenaraikan melalui pelaksanaan pelbagai program pembudayaan sains dan teknologi serta senarai tokoh wanita tempatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang STI.

Berikut adalah senarai program pembudayaan sains teknologi yang dilaksanakan MOSTI bagi memastikan setiap Keluarga Malaysia termasuk wanita terlibat secara aktif di dalam bidang STEM di negara kita. Pertama, di bawah Bahagian Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi MOSTI, Minggu Sains Negara dengan tema, “Women in Science 2021” dilaksanakan melibatkan penglibatan 1,334,771 capaian peserta pada tahun 2021 dengan 70.9 peratus adalah penyertaan daripada kaum wanita.

Di bawah agensi Malaysia, program seperti reka bentuk dan pembangunan model nano satelit peringkat siswazah dengan kerjasama *Japan Aerospace Exploration Agency

(JAXA), Space Seeds for Asian Future, Kibo Robot Programming Challenge* yang mana ini juga melibatkan penyertaan yang ramai daripada kalangan kaum wanita.

Di bawah Planetarium Negara, program “Women in Space” sempena Minggu Angkasa Sedunia, memperkenalkan sumbangan 13 ahli astronomi wanita tempatan. Di bawah Pusat Sains Negara melalui PSN SCIFest, 1.225 juta capaian peserta sejak penganjurannya sebahagian besarnya juga daripada kalangan kaum wanita.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada usaha yang dilaksanakan oleh MOSTI, usaha yang sama juga dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia melibatkan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyenaraikan beberapa orang tokoh wanita tempatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang STI. Pertama, Akademi Sains Malaysia yang merupakan sebuah badan tertinggi STIE negara, sekarang diketuai oleh seorang wanita iaitu Presidennya ialah Yang Berbahagia Prof. Emerita Datuk Dr.

Asma Ismail.

Kedua, kita juga mempunyai, pernah mempunyai Pengarah Agensi Angkasa Negara daripada kalangan wanita iaitulah Yang Berbahagia Prof. Emerita Tan Sri Dato' Seri Dr. Mazlan Othman yang merupakan seorang ahli astrofizik pertama negara yang telah menyumbang kepada pembangunan aeroangkasa.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengarah United Nations Office for Outer Space di Vienna. Ketiga, Tan Sri Dr. Jemilah binti Mahmood seorang Doktor Pakar O&G Malaysia yang mana beliau terlibat secara langsung dan berjasa di dalam membantu di dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di bawah MOSTI dari segi nasihat strategik dan penyelarasan kerjasama badan-badan bukan kerajaan dan di dalam negara. Banyak senarai sumbangan yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh di

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

dalam bidang sains teknologi wanita di dalam pembangunan negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 11:20 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya alu-alukan apa yang telah jelaskan, malangnya kita tak ada lebih ramai wanita di dalam Kabinet pada waktu ini, tahniah atas kejayaan inilah. Saya rasa sepatutnya kita ambil kesempatan ini untuk lihat, kaji semula bagaimana kita boleh libatkan lebih ramai wanita juga dalam peringkat tertinggi, dalam Kabinet contohnya.

Soalan saya adalah daripada senarai yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, saya tidak lihat ada mungkin program-program khusus contohnya biasiswa seperti yang diusahakan oleh badan-badan seperti British Council yang menggalakkan lebih ramai wanita untuk mendapatkan pendidikan di peringkat tertinggi.

Jadi, adakah kementerian dan kerajaan khususnya boleh berikan pertimbangan untuk mewujudkan biasiswa-biasiswa yang membolehkan lebih ramai anak-anak muda terutamanya golongan wanita untuk menceburi bidang STEM. Dari situ kita boleh melihat bukan setakat emerita-emerita yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tetapi kita tahu talent pool kita untuk 20 ke 30 tahun ke depan dari segi STEM.

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Terima kasih, saya rasa soalan tentang biasiswa untuk mahasiswa dan sebagainya, yang ini tidak ada di dalam skop MOSTI setakat ini. Walau bagaimanapun, di bawah Malaysia Board of Technologists di dalam melahirkan lebih ramai technologists dalam bidang kepakaran, kita mempunyai skim-skim yang dilaksanakan, yang melibatkan peruntukan-peruntukan yang membolehkan ramai di kalangan juruteknik, juruteknologi dan sebagainya ditauliahkan.

Jadi, kerana itu menggalakkan supaya lebih ramai technologists daripada kalangan wanita untuk memohon bagi membolehkan mereka mendapat tauliah dengan peruntukan yang disediakan. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu, soalan tambahan.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, soalan tambahan kedua sebelah sini.

final • 11:20 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Isu yang ditimbulkan kini ialah kurangnya minat golongan muda terhadap STEM khususnya di kalangan pelajar sekolah dan IPTA dan sekali gus ia menyumbang kepada penurunan peratus pelajar yang mengambil bidang sains. Jadi soalan saya, apakah peranan dan langkah yang diambil oleh Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara bagi merungkai permasalahan yang berlaku ini? Sekian.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan.

final • 11:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Terima kasih di atas soalan yang baik daripada Yang Berhormat Setiu. Pusat Sains Negara dan juga Planetarium Negara memainkan peranan yang penting dalam penyampaian pendidikan sains tidak formal bagi pemantapan pembelajaran berteraskan STEM. Program pendidikan sains tidak formal yang dibangunkan oleh Pusat Sains Negara dapat melengkapi pendidikan formal di sekolah di mana ia dirangka supaya mudah difahami serta diterima oleh pelajar. Usaha ini dicapai berdasarkan falsafah pendekatan Pusat Sains Negara di dalam penyampaian pendidikan sains tidak formal yang memfokuskan kepada tiga teras strategik yang utama.

Pertama, untuk memupuk kemahiran berfikir melalui aktiviti yang menjana proses- proses berfikir dan menerapkan konsep kemahiran berfikir aras tinggi. Strategi ini dicapai melalui inisiatif latihan kepada pengajar terutamanya guru sains, guru matematik dan fasilitator sains menggunakan modul-modul pendidikan pengajaran sains tidak formal.

final • 11:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Kedua, memupuk teknik penyelesaian masalah melalui aktiviti sains yang berkait rapat dengan kehidupan seharian seperti penggunaan bahan-bahan kitar semula sebagai bahan eksperimen.

Ketiga, melalui penyuntikan elemen keseronokan berbentuk edutainment di dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik seperti gabungan seni dan sains melalui muzik, gambar dan bahan persekitaran serta penggunaan multisensory di dalam pembelajaran sains yang tidak terikat dengan rutin hafal dan salin. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Lumut, ringkas ya.

final • 11:20 AM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memohon penjelasan daripada kementerian sama ada dibuat usaha-usaha untuk membawa balik talents STEM ini dari luar negara kerana ramai terutamanya kaum wanita kita, anak bangsa kita yang berada di luar negara memainkan peranan dalam bidang-bidang sedemikian.

Dua hari lepas kita dengar seorang ahli sains yang berasal dari Malaysia terbunuh di dalam kemalangan di Oxford, contohnya. Ertinya ramai mereka di sana, ini wanita ya.

Jadi, ada tak usaha-usaha untuk membawa mereka balik dengan menyediakan prasarana yang sepatutnya. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 11:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Kerajaan sentiasa menggalakkan supaya saintis-saintis tempatan yang cemerlang di luar negara supaya kembali dan menyumbang kepada pembangunan di dalam negara. Kita juga berhadapan antara lain, saintis yang ada dalam negara yang telah pun berjaya dan sebagainya diberi tawaran yang baik untuk ke luar negara.

Jadi, antara pengumuman penting yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika pelancaran Pusat Pembangunan Vaksin Negara antara lain adalah untuk membolehkan tempoh masa ikatan kontrak kepada mereka, subject matter expert ini dipanjangkan.

Seperti mana jawapan yang saya beri dua hari lepas, beberapa orang pakar subject matter expert di dalam vaksin yang dikenal pasti ini, kerajaan memberikan tempoh masa kontrak lebih panjang bagi membolehkan mereka terus berkhidmat di dalam bidang kajian yang mereka laksanakan di dalam negara. Itu sahaja maklumat yang saya boleh beri. Assalamualaikum.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman silakan.

final • 11:20 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Ke jeram panjang bersama panglima, Untuk menyusuri Sungai Lebir, Soalan saya nombor lima, Berkaitan rancangan mengatasi banjir.

final • 11:20 AM

5. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan adakah terdapat rancangan kementerian untuk mengawal banjir besar di Kelantan khususnya Kuala Krai melalui kawalan air di hulu Sungai Nenggiri dan Sungai Lebir.

final • 11:20 AM

Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Terima kasih Yang Berhormat dari Kuala Krai yang membangkitkan soalan. Saya ingin menjelaskan bahawa banjir di Kelantan disumbangkan oleh dua lembangan sungai utama iaitu Sungai Golok yang melibatkan banjir di kawasan Rantau Panjang, Tumpat dan Pasir Mas. Kedua ialah Sungai Kelantan yang menyumbang daripada Sungai Lebir lebih kurang 60 peratus banjir dan Sungai Nenggiri lebih kurang 20 peratus kadar banjir.

final • 11:20 AM

Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Kita telah melaksanakan beberapa program untuk Sungai Golok iaitu KESBAN Fasa 1, yang telah bermula sekarang dan kita dalam pembinaan untuk Fasa 2 dan flood wall di Bandar Rantau Panjang yang dijangka akan menyelesaikan masalah banjir di kawasan Sungai Golok. Manakala apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai, saya hendak menjelaskan bahawa KASA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran merancang bagi mengawal banjir besar di Kelantan khususnya di daerah Kuala Krai yang disebabkan oleh limpahan Sungai Kelantan.

Di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, projek pemeliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir telah pun diluluskan mengikut negeri bagi memberi perhatian secara khusus sebagai langkah mitigasi jangka pendek dan sederhana untuk mengurangkan risiko banjir. Di bawah projek ini, KASA membantu kerajaan negeri menyalurkan peruntukan bagi melaksanakan kerja-kerja mengurangkan risiko banjir.

Pada tahun 2022, terdapat 15 kerja yang dirancang, dilaksanakan di Daerah Kuala Krai dengan anggaran kos sebanyak RM1.1 juta.

Bagi perancangan jangka panjang, JPS juga sedang melaksanakan projek PLSB atau Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa 1 yang telah pun bermula dan status semasa ialah sebanyak 75 peratus. Projek ini bermula pada 29 Januari 2018 dan dengan siling kos RM699 juta. Kesinambungan bagi itu, JPS juga memohon untuk projek PLSB Sungai Kelantan Fasa 2 yang melibatkan komponen empangan Sungai Lebir yang menyumbang sebanyak 60 peratus banjir di Kelantan.

Selain daripada itu, KASA melalui Bahagian Bekalan Air menjalankan kajian pembangunan sumber air negeri Kelantan di bawah Fasa 2, di mana kajian ini mengkaji potensi pembangunan sumber air permukaan di lembangan-lembangan sungai di Kelantan untuk cadangan pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS). Di mana TAPS ini mempunyai dua fungsi utama, yang pertama ialah untuk mengurangkan risiko banjir dan yang kedua, bekalan air kepada penduduk.

Seterusnya, permohonan projek baharu juga telah dipohon di bawah Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RP3 RMKe-12) dengan anggaran kos berjumlah RM650 juta bagi kerja-kerja pembinaan takungan air pinggir sungai serta kerja- kerja yang berkaitan di Kampung Pangkal Mak Wan, jajahan Machang, Kelantan Darul Naim dan tertakluk pada kelulusan EPU serta MOF kelak.

final • 11:20 AM

Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Kita jangka, saya mempunyai senarai yang agak panjang berhubung dengan projek-projek mengurangkan risiko banjir di kawasan Kuala Krai yang saya akan bekalkan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama.

final • 11:30 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan terhadap soalan saya. Tadi, Yang Berhormat ada sebut berkaitan dengan projek yang sedang dilaksanakan di Kuala Krai, khususnya dengan jumlah peruntukan yang telah pun disebut.

Bolehkah Yang Berhormat Menteri sebutkan projek yang sedang dilaksanakan dan juga akan dilaksanakan dalam masa terdekat, khususnya di Kuala Krai bagi mengatasi masalah banjir, terutama ialah kawasan-kawasan rendah yang apabila banjir beberapa jam sahaja akan menyebabkan limpahan air dan menyebabkan banjir walaupun— hendak sebut kilat tetapi atas sedikit daripada kilat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa JPS kita telah pun mohon untuk Pelan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa 2 di bawah RMKe-12. Untuk makluman Yang Berhormat, kos keseluruhan yang melibatkan tiga pakej besar ialah menelan belanja hampir RM9 bilion di mana komponen yang utama ialah komponen Empangan Sungai Lebir yang membuatkan satu kajian yang perlu dilaksanakan. Kedua dan dua lagi ialah pakej komponen RTB saliran, bandar, sungai dan pantai secara konvensional. Ketiga ialah komponen integrasi.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Bagi skop kerja PLSB Sungai Kelantan Fasa 2 yang melibatkan Empangan Lebir, pembinaan ban, tembok dan banjir, naik taraf serta baik pulih sungai, pembinaan lencongan banjir, pembinaan pintu kawalan banjir dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat juga bahawa kita mempunyai projek yang sedang berjalan di kawasan Kuala Krai bagi mengurangkan risiko banjir lebih kurang dalam 15 yang sedang berjalan sekarang dengan kos RM1.1 juta, manakala bagi mengatasi apa yang dibangkitkan itu kita juga telah merancang beberapa program tambahan yang menyebabkan 20 kerja melibatkan RM930,690. Saya akan bekalkan data ini secara bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan tambahan kedua? Ada?

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Serian.

final • 11:30 AM

[Soalan No. 6 – YB. Puan Yeo Bee Yin (Bakri) tidak hadir]

[Soalan No. 7 – YB. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari (Pasir Mas) tidak hadir]

[Soalan No. 8 – YB. Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) tidak hadir]

9. Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem [Serian] minta Perdana Menteri menyatakan status terkini usaha-usaha Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak dalam mengembalikan hak-hak Sarawak yang terkandung dalam Perjanjian MA63.

final • 11:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) - Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua sejak Majlis Khas MA63 ditubuhkan pada September 2020 beberapa perkara atau tuntutan di dalam mengembalikan hak-hak negeri Sabah dan Sarawak khususnya telah dan sedang dilaksanakan berkaitan tuntutan negeri Sarawak ialah:

(i) penyerahan kuasa kawal selia, pengedaran gas dengan izin Liquefied Petroleum Gas (IPG) kepada Kerajaan Negeri Sarawak telah selesai dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Jun 2021 iaitu pada tahun yang lalu;

(ii) pelaksanaan empowerment dengan izin pelaksanaan perikanan laut dalam turut dipanjang kepada Kerajaan Negeri Sarawak sewaktu Majlis Khas MA63 pada 18 Oktober 2021 dan dijangka selesai sepenuhnya pada April tahun ini;

(iii) terbaru adalah mengenai Akta Perlembagaan Persekutuan

(Pindaan) 2022 [Akta 1642] berhubung Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) dengan memasukkan Perjanjian Malaysia MA63 di dalam Perlembagaan Persekutuan telah dapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuat kuasa 11 Februari 2022 iaitu baru bulan yang lalu.

Akta ini telah diluluskan oleh Dewan Rakyat, Dewan yang mulia ini pada 14 Disember 2021 dan di Dewan Negara pada 23 Disember 2021 dengan majoriti lebih daripada 23 Yang Berhormat. Semua faham dengan perkara ini; dan

(iv) berhubung kajian semula mengenai pemberian khas di bawah Perkara 112 di Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Sarawak dalam masa terdekat. Untuk makluman perihal ini bagi negeri Sabah baru sahaja selesai bagi fasa pertama.

Selain daripada perkara-perkara yang saya telah nyatakan dijangka akan ada beberapa lagi perkara yang akan dapat diselesaikan pada tahun ini dan akan diumumkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Serian.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem - Serian

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang cukup padat, cukup jelas.

Soalan tambahan saya. Apakah isu-isu yang terkandung dalam MA63 yang belum lagi diselesaikan? Apakah komitmen kerajaan untuk memastikan isu-isu ini dapat direalisasikan? Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Yang Berhormat Serian seperti mana Yang Berhormat sedia makluman dan Ahli-ahli Yang Berhormat perihal meneliti Perjanjian Malaysia ini adalah dengan izin ongoing matters. Sepertimana juga Yang Berhormat Serian tahu pada masa Kerajaan Barisan Nasional dahulu dan disusuli oleh kerajaan PH, dua-dua kerajaan ini telah menyenaraikan dan the last list will be talking about 21 perkara bahkan yang dikemukakan oleh BN pun melebihi daripada 21 perkara.

Kerajaan PN telah takeover dalam perkara ini dan pihak kita telah mulai untuk membincangkan dan mencari penyelesaian.

Antara yang saya telah sentuhkan tadi adalah perkara-perkara yang telah selesai dan daripada perkara lain kepada mesyuarat pada minggu depan 14 hari bulan, Isnin Mesyuarat Majlis Khas. Perkara-perkara yang akan dibincangkan, hal-hal tanah yang kerajaan negeri Sabah dan Sarawak hendak ambil balik kerana telah diberi tetapi tidak juga kena pakai. Ini telah dibangkitkan juga delegational power mengenai dengan alam sekitar dan juga delegational power mengenai labour ataupun semua...

[Tidak jelas] antara perkara yang akan kita terus susuli di dalam perkara ini.

Saya yakin bahawa dengan pendekatan yang diambil oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa tahun ini banyak lagi perkara yang kita akan umumkan sesuai dengan keputusan yang dibuat nanti. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Tuaran, silakan.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jawapan tentang pelaksanaan MA63 bagi Sarawak jelas beberapa perkara tadi.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Akan tetapi saya ingin bertanya, sejauh manakah pihak kerajaan melaksanakan tuntutan negeri Sabah dalam hal berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963? Contohnya, dalam pemberian 40 peratus pungutan cukai Persekutuan pemberian kepada negeri Sabah. Apakah ini pernah dibincangkan? Perlu lagi dibincangkan, sejauh mana pencapaiannya? Kalau belum dibincangkan, kenapa tidak dibincangkan?

Saya juga ingin bertanya, adakah pihak Yang Berhormat juga membincangkan hal-hal kependudukan negeri Sabah khususnya peningkatan penduduk negeri Sabah yang sangat luar biasa iaitu pada hari ini penduduk negeri Sabah lebih satu juta orang berbanding dengan negeri Sarawak, sedangkan pada tahun 1960 penduduk Sarawak sudah melebihi penduduk Sarawak sebanyak 300,000 orang.

Ini sebab pendudukan ini ada kesan terhadap tuntutan sebahagian hak-hak dia terutama sekali daripada segi mempertahankan integriti penduduk negeri Sabah.

Contohnya yang datang dari Semenanjung Malaysia ke Sabah pun menggunakan dokumen dan sebagainya. Jadi, adakah Yang Berhormat melihat perkara pendudukan ini sebagai sesuatu yang penting dalam hal tuntutan kita terhadap Persekutuan? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Perkara Yang Berhormat sentuh tadi memang sudah pun di dalam senarai tindakan yang kena buat dan khususnya mengenai dengan cukai perkara 112D khasnya ini akan dibincangkan pada hari Isnin ini kerana saya telah melaporkan tadi bahawa soal geran itu dan cukai sudah pun dimulakan perbincangan dan selesai fasa pertama dengan context of negeri Sabah. Nanti susulan pada Isnin ini nanti pihak kita akan beri update mengenai daripada segi cukai dan seterusnya.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Soal kependudukan itu ada satu jawatankuasa yang dipengerusikan directly oleh Menteri Dalam Negeri iaitu hal Jawatankuasa Keselamatan Sabah dan Sarawak. Di antara – ada beberapa yang akan dilaporkan pada Isnin ini termasuklah perihal mengenai juga mengenai dengan kuasa imigresen negeri Sabah, rising home, Labuan menjadi Wilayah Persekutuan dan juga mengenai dengan perihal kenegaraan ataupun mengenai dengan kehadiran pendatang tanpa izin.

Seterusnya juga ada jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Dalam Negeri mengenai dengan hal warga asing. Ini juga akan turut kita bincang dan harap bahawa nanti penglibatan parti-parti dalam Dewan Undangan Negeri akan dapat diproses untuk menyelesaikan perkara kependudukan ini. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Lim Ban Hong

Tuan Yang di-Pertua, saya tengok tadi selepas soalan nombor lima ada soalan nombor enam dari Yang Berhormat Ahli Parlimen Bakri untuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Saya takut tercicir, jadi itu sebab...

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bakri tidak dapat hadir dalam Dewan.

final • 11:40 AM

Datuk Lim Ban Hong

Oh! Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf. Ya, Yang Berhormat Tuan Chan Foong Hin.

final • 11:40 AM

10. Tuan Chan Foong Hin [Kota Kinabalu] minta Menteri Luar Negeri menyatakan pendirian Kerajaan Malaysia berkenaan penamaan ibu negara Indonesia yang baru di Kalimantan sebagai “Nusantara” memandangkan istilah "Nusantara", sepatutnya merujuk kepada kawasan keseluruhan Kepulauan Melayu, termasuk Malaysia, Brunei dan Singapura.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Haji Kamarudin Jaffar

Tuan Yang di- Pertua, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Kinabalu atas pertanyaan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua, penjenamaan ataupun lokasi ibu kota adalah hak mutlak sesebuah negara selagi ia tidak bersifat provokatif dan permusuhan. Seperti sedia maklum, pendirian dan dasar luar Malaysia ialah untuk terus meningkatkan hubungan diplomatik yang erat dengan semua negara terutamanya negara jiran seperti Indonesia.

Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Yang ‘Nusantara’ – ayat – yang perkataan ‘Nusantara’ ini kalau ikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, sepatutnya bermaksud seluruh kepulauan Melayu. Kemungkinan untuk Indonesia, mereka anggap ini merujuk kepada kepulauan di bawah republik itu dan ini seolah-olah yang kesemua wilayah yang ditakluki oleh Empayar Majapahit terdahulu sekarang menjadi Indonesia yang moden.

So, soalan tambahan saya, keputusan Indonesia ini adalah satu signifikan yang besar kepada rantau ini. Nama ‘Nusantara' adalah pengesahan keluasan dan pengaruh Indonesia yang menggambarkan pengaruh republik itu dalam era moden seperti ketika Empayar Majapahit yang terdahulu. So, apakah langkah-langkah ataupun perancangan kerajaan dalam mengeratkan hubungan serantau dengan Indonesia dan memperkasakan rangka BIMP-EAGA selaras dengan permintaan ibu kota baharu Indonesia?

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Kamarudin Jaffar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu yang menanyakan tentang apakah yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala yang sudah pun kukuh antara kita dengan Indonesia. Saya menyambut baik soalan itu.

Ingin menjelaskan sekali lagi bahawa hubungan kita dengan Indonesia adalah amat erat dan baik, malah hubungan dua hala kita dengan Indonesia adalah antara yang terbaik berbanding dengan hubungan kita dengan negara-negara lain di seluruh dunia.

Asas kekuatan hubungan kita ini sebagaimana Yang Berhormat maklumkan tadi, sudah tentu sejarahnya dan sudah tentu keduanya juga ialah kepentingan bersama kita

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Kamarudin Jaffar

berdua seperti lah kepentingan kita dengan negara-negara jiran yang lain dalam hubungan kita dalam konteks serantau iaitu ASEAN.

Jadi, hubungan kita dengan Indonesia ini akan terus kita teruskan lagi khusus tentang BIMP-EAGA itu, ia satu daripada hanya aspek yang ada berlaku dalam hubungan yang berbentuk multilateral ataupun pelbagai hala yang melibatkan sebahagian dari Malaysia, sebahagian dari Indonesia, Brunei dan juga Filipina Selatan ataupun Moro.

Jadi, ini ialah perkara yang akan terus kita usahakan lagi untuk memastikan bahawa peningkatan hubungan ekonomi khususnya yang telah pun meningkat dari tahun 2020 kepada tahun 2031, lebih daripada 36 peratus peningkatannya akan terus kita tingkatkan selaras dengan penambahbaikan penjagaan pandemik COVID-19 ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya, bagaimana Wisma Putra melihat secara positif pengisytiharan ibu kota baharu Indonesia ini sebagai persaingan sihat kita untuk pembangunan ekonomi khususnya di Sabah dan Sarawak itu sendiri?

Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Kamarudin Jaffar

Terima kasih sekali lagi Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sik. Itulah saya fikir semangat yang negara kita ada berkaitan dengan perkembangan yang berlaku di negara-negara jiran khusus di Indonesia itu. Kita menganggap bahawa ia memberi peluang dengan peralihan ibu kotanya daripada Pulau Jawa ke Kalimantan Timur itu akan memberi peluang yang lebih banyak kepada Malaysia khususnya kepada negeri-negeri Sabah dan Sarawak dalam konteks hubungan yang lebih baik dan dalam konteks sama-sama menikmati peluang pembangunan bersama antara wilayah kita dengan wilayah negara Indonesia. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Saya berbalik kepada soalan asal dan juga jawapan asal daripada Timbalan Menteri tadi berkenaan dengan penggunaan perkataan ‘Nusantara’. Jadi okey, itu hak negara lain dia hendak gunakan apa nama untuk ibu kota dia.

Akan tetapi untuk Malaysia, untuk negara kita, apakah kerajaan ada usaha untuk memperkasakan ataupun mempromosikan nama ataupun perkataan ‘Nusantara’? Ini sebab saya bagi satu contoh, saya masih ingat dua tahun dahulu apabila satu lawatan ke Berlin, Germany diketuai oleh Yang Berhormat Jeli, Menteri yang kebetulan ada dalam Dewan, satu-satunya restoran Indonesia yang berada di bandar Berlin digunakan nama ‘Nusantara' dan kami mengunjungi restoran tersebut. Jadi, nampak gaya memang negara jiran lebih ke depan dalam hal ini. Jadi, apa ada usaha dari kerajaan kita? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Kamarudin Jaffar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sekali lagi saya fikir ini adalah satu pandangan yang positif yang ingin menggerakkan ahli-ahli ekonomi perdagangan kita untuk mencari pelbagai kaedah dan cara untuk meningkatkan lagi kemajuan ekonomi negara kita sama ada dengan menggunakan istilah-istilah seperti ‘Nusantara' dan sebagainya, itu adalah terpulang kepada kegiatan dan inisiatif yang pihak swasta khususnya badan perniagaan kita untuk memikirkan cara-cara yang terbaik untuk menaikkan nama negara kita ataupun nama rantau kita demi untuk kejayaan ekonomi kita bersama. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Kemaman, Tuan Che Alias bin Hamid.

final • 11:50 AM

11. Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Perdana Menteri menyatakan rancangan Kerajaan menggubal suatu dasar khusus bagi membasmi penularan budaya LGBTQ yang semakin menular dalam negara.

final • 11:50 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kemaman. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memandang serius dengan isu berkaitan golongan LGBT yang semakin membimbangkan mutakhir ini. Kerajaan pernah melalui mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah menegaskan dengan dalam kenyataan beliau pada 16 Jun 2019 di Cambridge Union, United Kingdom bahawa Malaysia bertegas tidak akan mengalah kepada sebarang tekanan untuk menerima amalan songsang di kalangan rakyat negara ini terutama yang melibatkan unsur LGBT.

Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia seharusnya berpegang teguh kepada nilai-nilai moral berlandaskan adat, budaya dan agama yang sekian lama diterapkan di kalangan masyarakat tempatan. Justeru, kerajaan berharap agar isu sosial melibatkan golongan LGBT ini akan diberi perhatian oleh semua pihak termasuk NGO dan masyarakat awam.

Sehubungan dengan itu, sebuah negara yang berpegang kepada agama Islam sebagai Agama Persekutuan yang menerapkan nilai-nilai moral berlandaskan adat, budaya dan agama yang sekian lama diterapkan dalam kalangan masyarakat tempatan, maka LGBT adalah bertentangan dengan agama, moral dan budaya Malaysia.

Bukan itu sahaja, malah perbuatan homoseksual adalah bertentangan dengan undang-undang negara bukan sahaja undang-undang jenayah syariah malahan juga undang-undang sivil di bawah seksyen 377, Kanun Keseksaan adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang yang melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan fitrah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengambil inisiatif dengan membangunkan Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI) 2019-2025 bagi menangani gejala sosial dalam kalangan masyarakat terutama permasalahan sosial yang dihadapi masyarakat Islam di Malaysia yang semakin meruncing dengan pelbagai isu seperti penagihan dadah, remaja hamil yang tidak berkahwin, pembuangan bayi, penceraian, gelandangan, penularan virus HIV dan AIDS, penagihan dadah, seks bebas, sumbang mahram, jenayah juvana, pengamalan gaya hidup songsang dan sebagainya. Pelaksanaan PTSI juga mendukung kepada Dasar Sosial Negara di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama Yang Berhormat Kemaman.

final • 11:50 AM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan tadi. Soalan tambahan saya, apakah usaha yang telah dan sedang dilakukan dalam mengekang penularan budaya LGBT ini di dalam negara kita dan adakah pihak kerajaan mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang ataupun dari segi menyampaikan dakwah dan juga memberi kaunseling ataupun pendidikan bagi membendung aktiviti jenayah seksual dan LGBT yang berlaku dalam masyarakat negara kita pada hari ini.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kemaman. Kerajaan melalui JAKIM dan beberapa buah agensi agama Islam di bawah peringkat Persekutuan dan juga kerjasama kerajaan negeri, JAIN yang telah mengambil beberapa inisiatif untuk menangani dan mengekang budaya ini. Antaranya ialah kita melaksanakan Program Mukhayyam dan kem ibadah kepada peserta-peserta yang setakat hari ini Program Mukhayyam atau kem ibadah ini telah pun disertai 1,769 orang sejak kita perkenalkan pada tahun 2011 hingga Mac 2022.

[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 11:50 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad

Keduanya ialah program susulan dan sokongan. Program susulan ini merupakan aktiviti susulan seperti mana usrah, kelas pengajian, bantuan modal awal perniagaan untuk ekonomi sara hidup mereka. Kita juga bekerjasama dengan pihak majlis agama NGO negeri dan NNGO NGO-NGO. Ketiganya, ialah program pendidikan dan advokasi berkaitan dengan isu LGBT. Sekian, terima kasih. Mungkin ada jawapan yang lain, saya akan berikan secara bertulis. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Soalan tambahan yang kedua. Tidak ada? Jika tidak ada, saya memanggil Yang Berhormat Klang.

final • 11:50 AM

12. Tuan Charles Anthony Santiago [Klang] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan kesediaan Kementerian untuk menyiasat dakwaan-dakwaan daripada laporan “The True Price of Palm Oil” (October 2021) oleh Global Witness tentang salah laku syarikat-syarikat Malaysia di Papua New Guinea.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi II - Datuk Willie anak Mongin

Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Klang atas pertanyaan dan keprihatinan beliau mengenai industri sawit kita.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga semua Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bersama dengan agensi di bawah iaitu Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan juga Majlis Minyak Sawit Malaysia

(MPOC) dan Majlis Pensijilan Sawit Malaysia (MPOCC) sentiasa berusaha untuk memastikan industri sawit negara adalah industri yang mampan selaras dengan hala tuju dan kerangka Sustainable Development Goals yang telah dirangka oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Berhubung dengan dakwaan daripada laman sesawang The Global Witness, kerajaan bersedia untuk bekerjasama dengan negara Papua New Guinea sekiranya tuduhan ke atas syarikat Malaysia yang beroperasi di negara terbabit adalah benar.

Kerajaan memandang serius salah laku di dalam industri sawit kerana Dasar Agrikomoditi Negara 2030 menekan tentang pengeluaran sawit secara mampan dengan memastikan segala amalan pertanian baik, peraturan perundangan serta kepentingan alam sekitar perlu dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat.

Pelaksanaan secara mandatori Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia

(MPSO) juga merupakan salah satu inisiatif utama yang telah diambil oleh kerajaan untuk pembangunan industri sawit yang lestari termasuk melindungi kesejahteraan pekerja dan juga pensijilan ini memberi penekanan dalam mempraktikkan amalan pertanian yang baik dan penjagaan keselamatan dan kesihatan pekerja.

Oleh itu, sebarang pelanggaran undang-undang, peraturan dan pencabulan hak asasi manusia oleh syarikat Malaysia sama ada di dalam negara mahupun yang beroperasi di luar negara adalah tidak dapat diterima sama sekali dan pihak KPKK berpegang kepada amalan kelestarian yang ditetapkan oleh DAKN 2030 dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara terbabit untuk mengambil tindakan selanjutnya sekiranya terdapat dakwaan yang berasas. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat, soalan tambahan pertama.

final • 11:50 AM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang bagus saya fikir. Saya menerima baik jawapan yang telah diberikan tadi. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, saya hendak yes or no answer. Adakah kerajaan akan mula menyiasat, itu soalannya. Adakah dan bila akan bermula dan bilakah siasatan ini akan habis?

Ini disebabkan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat adalah very general statement tetapi general statement itu is good for newspapers tetapi untuk pekerja-pekerja buruh paksa, this is a life and death matter. So, oleh sebab itu saya minta Yang Berhormat Menteri untuk mengatakan, adakah kerajaan sudi untuk mula menyiasat dakwaan yang dibuat oleh Global Witness? Bilakah akan dimulakan dan bilakah akan habis? Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Willie anak Mongin

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Sebenarnya walaupun syarikat-syarikat ini adalah syarikat Malaysia, namun mereka beroperasi di negara Papua New Guinea yang luar di dalam bidang kuasa negara kita. Namun begitu, seperti mana yang saya telah nyatakan tadi bahawa kita memang tekad untuk bekerjasama dengan negara ini untuk memastikan bahawa syarikat-syarikat Malaysia ini mematuhi cara penanaman secara yang lestari dan mampan.

Kita juga di dalam Global Framework Principles of Sustainable Palm Oil di mana mereka telah menggunakan pensijilan, pengiktirafan MPSO untuk diketengahkan di dalam Council of Palm Oil Producing Countries.

final • 11:50 AM

Datuk Willie anak Mongin

Setakat ini negara Papua New Guinea belum lagi menjadi ahli CPOPC dan kita menggalakkan negara ini menyertai dan perbincangan ini telah dilaksanakan dan kita komited. Namun begitu kita ada kekangan-kekangan tersendiri sebab kita tidak boleh masuk campur dalam urusan negara Papua New Guinea itu sendiri. Namun begitu, kami mencadangkan supaya kerjasama itu ada dilaksanakan melalui Global Framework of Sustainable Palm Oil yang kita ada di dalam CPOPC.

Kita menggalakkan negara Papua New Guinea untuk menyertai. Ini supaya kita boleh berbincang supaya secara kerangka besar dalam seluruh dunia ini sebagai negara pengeluar minyak sawit yang kita boleh kita keluarkan secara mampan, baik dan mendapat pengiktirafan daripada dunia yang mematuhi syarat-syarat pensijilan MSPO.

Dengan itu kita berharap perkara ini dapat diperhalusi. Untuk menjawab soalan sama ada kita hendak mengadakan siasatan, setakat ini kita belum ada mengadakan siasatan dan juga kita belum memastikan bila kita memulakan sebab ini adalah budi bicara negara tersebut sendiri. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Soalan tambahan kedua, Yang Berhormat Jempol.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya telah mendengar jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, mahu melihat kelestarian minyak sawit mengikut MSPO. Jadi adakah kementerian juga melihat ketidaktentuan pekerja yang ada di mana kenaikan minyak sawit, permintaan yang cukup tinggi malah Malaysia tidak mampu mengeluarkan minyak sawit secara maksimum kerana kita telah rugi berbilion ringgit.

Jadi apakah tindakan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi ini di mana kekangan dari segi pekerjaan yang ada dekat Malaysia ini tidak mampu kita meraih keuntungan yang lebih besar dari segi cukai import dan sebagainya dan tindakan selain daripada Kementerian Sumber Manusia, KDN dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi apa peranan yang dimainkan. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Datuk Willie anak Mongin

Di dalam industri sawit ini memang kita mempunyai kekangan daripada segi tenaga manusia di mana kita sepatutnya mempunyai 32,000 tenaga kerja yang patutnya telah diselesaikan dengan MoU yang kita bakal meterai dengan negara Indonesia. Namun kita ada beberapa perkara yang belum diselesaikan dan belum dimuktamadkan kerana untuk menyelesaikan perkara ini, ia melibatkan banyak kementerian dan setiap kementerian ada prioriti dan juga pointer mereka sendiri iaitu Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Setakat ini, perkara ini masih diperhalusi kerana banyak daripada demand dengan izin telah diketengahkan oleh negara pengeluar tenaga buruh ini untuk memastikan gaji minimum dan juga tempat pekerjaan yang selesa dan sebagainya. Selain daripada itu, dengan harga sawit yang meningkat ini memang benar kita tidak mampu untuk mengeluarkan jumlah sawit yang besar, untuk di-supply kepada negara-negara lain disebabkan oleh salah satunya kita punya harga sawit tinggi tetapi production kita kurang sebab kebanyakan pekerja tidak ada di peringkat ladang.

Selain daripada itu, banyak juga kekangan-kekangan yang lain yang menyebabkan produktiviti sawit kita berkurangan. Kita meneliti perkara ini dan setakat ini

final • 12:00 PM

Datuk Willie anak Mongin

memang pihak Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi memang mengambil langkah yang begitu drastik. Saya berharap agar harga minya kita akan terus meningkat kerana permintaan yang begitu tinggi walaupun kita mendapat banyak tohmahan daripada negara Kesatuan Eropah dan juga Amerika Syarikat. Namun begitu permintaan masih tinggi pada setakat ini. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Soalan ketiga? Jika tidak ada, Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi...

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Tuan Yang di-Pertua, boleh satu lagi? Nombor 13.

final • 12:00 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Masa sudah cukup.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai semua Ahli-ahli Yang Berhormat berbahas ke atas Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, Isnin 14 Mac 2022.”

final • 12:05 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Seorang Ahli?

final • 12:05 PM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Seri Jalaluddin bin Alias

Tuan Yang di-Pertua, saya sokong.

final • 12:05 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 12:05 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima Parlimen yang Keempat belas”.

[9 Mac 2022]

final • 12:05 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Untuk meneruskan sesi, Yang Berhormat Seremban dipersilakan. 15 minit.

final • 12:05 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong pada 28 Februari yang lalu. Dalam Titah Tuanku, Tuanku telah menyebut dalam empat perenggan berkenaan dengan MoU persefahaman di antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan. Saya membaca apa yang dititahkan.

Baginda amat bersyukur dengan kestabilan yang dikecapi kini menerusi kerjasama dwi-partisan melalui memorandum persefahaman transformasi dan kestabilan politik yang telah ditandatangani antara pihak kerajaan dengan pembangkang.

Landskap politik negara kini lebih stabil bagi menjayakan agenda pembangunan demi kepentingan rakyat dan masa hadapan negara. Hasil kesepakatan dan kematangan ini, pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 telah berjaya diluluskan melebihi dua pertiga Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Disember lalu.

Sesungguhnya peristiwa tersebut bakal terpahat sebagai detik bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia. Kematangan politik seperti inilah yang didambakan oleh rakyat baginda. Melangkah ke hadapan, Tuanku menyeru kepada sekalian Ahli-ahli Yang Berhormat untuk terus mengekalkan kesefahaman yang telah terbina dan juga memelihara kestabilan politik yang telah tercapai.

Sebagai juruperunding MoU untuk pihak Pakatan Harapan dan salah seorang ahli Jawatankuasa Pemandu MoU, sudah tentunya saya menjunjung kasih dan mempertahankan persefahaman ini. Ini yang telah pun dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, malangnya masih ada pihak yang mempertikaikan apa yang disebut dan dititahkan oleh Tuanku dan mempertikaikan persefahaman di antara Kerajaan Persekutuan dengan pihak Pakatan Harapan dan menjadikan ini sebagai satu isu dalam Pilihan Raya Negeri Johor baru-baru ini.

Dalam kempen sekarang ini, ada yang mengatakan bahawa kononnya Pakatan Harapan sekarang ini telah pun menjual kepentingan rakyat. Satu undi kepada Pakatan

final • 12:06 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Harapan adalah satu undi kepada Barisan Nasional dan kononnya apabila peruntukan diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan, maka kita dibeli oleh pihak kerajaan, dibeli oleh Barisan Nasional.

Saya berdiri di sini Tuan Yang di-Pertua, di dalam Dewan yang mulia ini sebagai Ahli Jawatankuasa Perunding dan juga Ahli Jawatankuasa Pemandu MoU ini, saya hendak menafikan sekeras-kerasnya tohmahan tersebut. Ini merupakan satu tohmahan dan juga satu diayah dan juga satu fitnah yang tidak berasas sama sekali.

Jelasnya bahawa kedudukan kita sama. Pakatan Harapan tetap Pakatan Harapan. Barisan Nasional tetap Barisan Nasional. Pakatan Harapan akan lawan Barisan Nasional sampai bila-bila. Kita akan lawan dalam pilihan raya negeri ini, kita akan lawan dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Akan tetapi kita memainkan peranan sebagai pembangkang yang konstruktif.

Dalam Dewan yang mulia ini setiap hari dalam persidangan Dewan Rakyat, Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan tetap mengkritik dengan lantang dasar-dasar kerajaan yang kita rasa tidak baik. Perkara yang baik kita sokong. Perkara yang tidak baik kita akan menentang dan kita akan membangkang dan juga kita akan mengkritik. Tiap-tiap hari Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Damansara dan rakan- rakan lain.

final • 12:06 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Setiap daripada kita memainkan peranan yang konstruktif. Daripada segi peruntukan, betul peruntukan itu disampaikan tetapi peruntukan itu bukan masuk ke dalam akaun peribadi kita. Peruntukan itu bukan masuk dalam akaun yayasan kita. Setiap sen daripada peruntukan yang diberikan kepada pusat khidmat kita disampaikan dan disalurkan kepada rakyat. Sebanyak RM2 juta untuk projek mesra rakyat, RM1.5 juta outright grant kita gunakan untuk kebajikan rakyat.

Projek-projek mesra rakyat diluluskan. Sekarang ini kita menggunakan sistem MyKhas. Setiap hari pejabat saya menerima pelbagai permohonan, bantu sekolah, menyelenggarakan sekolah, menyelenggarakan masjid, surau, tokong, kuil. Semua ini digunakan untuk kepentingan dan kebajikan rakyat. Tidak ada satu sen pun untuk kepentingan peribadi.

Jadi, saya hendak menolak sekeras-kerasnya tohmahan dan juga ada pihak yang tidak bertanggungjawab kononnya kita dibeli oleh pihak kerajaan melalui peruntukan tersebut. Kita bukannya murah sebegitu Tuan Yang di-Pertua. Peruntukan itu adalah untuk kegunaan rakyat seperti yang saya katakan.

Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, kita tidak ada masalah untuk mempertahankan apa yang telah kita tandatangani, apa yang telah kita laksanakan. Paling penting agenda kita ialah kita hendak pastikan salah satu agenda yang dipersetujui dalam MoU ini iaitu pindaan perlembagaan untuk menghalang lompat parti mesti dilaksanakan, mesti diluluskan dalam Dewan yang mulia ini.

Saya yakin bahawa Yang Berhormat Santubong akan menepati janjinya dan akan membawa rang undang-undang pindaan perlembagaan untuk menghalang lompat parti ini pada 21 Mac nanti dan akan dibahas dan diluluskan Bacaan Kali Kedua dan Bacaan Ketiga dalam persidangan Dewan Rakyat pada kali ini juga, sebelum berakhirnya pada 24 Mac.

Apabila pindaan perlembagaan ini diluluskan, saya yakin ia dapat memberikan keyakinan kepada rakyat apa yang kita telah buat. Memang sekarang ini masa yang tidak sesuai. Kita boleh ada kesepakatan, kita boleh ada persefahaman. Apabila sampai masanya pilihan raya, kita serahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan. Sudah tentunya kita akan bertanding, sudah tentunya kita akan melawan Barisan Nasional. Tidak menjadi masalah tetapi pada ketika ini memang bukan satu masa yang sesuai untuk buat pilihan raya.

Dalam Pilihan Raya Negeri Johor sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, 14 orang calon DAP, lima daripada 14 positif COVID-19. COVID-19 ini bukan menyerang calon DAP

final • 12:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

sahaja, bukan sahaja DAP yang akan diserang oleh COVID-19, calon-calon lain, calon- calon Barisan Nasional, Perikatan Nasional, mereka juga akan kena juga. Ada juga calon- calon di kalangan sana kena juga.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, pokoknya ialah sekarang bukan masanya untuk buat pilihan raya. Saya hendak mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Bera, supaya jangan tunduk kepada tekanan daripada Yang Berhormat Bagan Datuk. Kita tahu bahawa Yang Berhormat Bagan Datuk akan tekan, minggu hadapan akan tekan, buat pilihan raya, bubar Parlimen. Saya hendak sarankan kepada Yang Amat Berhormat Bera, selepas kita luluskan pindaan perlembagaan berkenaan dengan lompat parti, apakah tidak kita boleh bincang untuk melanjutkan MoU itu selepas 31 Julai ataupun kita boleh menyatakan bahawa satu MoU 2.0.

Kita boleh ada perjanjian. Kita sementara waktu ini, COVID-19 belum reda, belum selesai, kita tangguhkan pilihan raya. Mungkin sehingga akhir tempoh Parlimen ini. Ini boleh dilaksanakan sekiranya Yang Amat Berhormat Bera tepati janji apa yang telah pun dijanjikan dalam MoU dan dalam perjanjian atau syarat-syarat lain perlu dibincangkan. Ini termasuk agenda-agenda lain, termasuk kita hendak buat Akta Dana Pembangunan Kawasan supaya pastikan selepas ini bukan sahaja daripada segi MoU ataupun dasar, setiap kawasan Parlimen tidak kira kerajaan ataupun pembangkang diberikan peruntukan kawasan yang sama rata setiap penggal, setiap kerajaan, tidak kira siapa jadi kerajaan.

[Tepuk] Ini merupakan agenda yang penting untuk rakyat, yang adil untuk rakyat. Banyak perkara lain lagi seperti agenda untuk pemilihan jawatan-jawatan utama dalam kerajaan, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan sebagainya. Kita hendak buat reformasi supaya pelantikan ini mesti melalui Parlimen, bukannya seperti sekarang ini. Satu kenyataan daripada Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara boleh dilanjutkan setahun. Itu bukan satu praktis yang baik.

Jadi, ada banyak lagi agenda reformasi yang kita boleh bincang, kita boleh laksanakan bersama-sama walaupun dalam satu tempoh yang singkat ini. Kalau betul Yang Amat Berhormat Bera mengatakan Kerajaan Keluarga Malaysia, pastikan konsep dan semangat Keluarga Malaysia ini bukan sahaja untuk satu tempoh yang pendek tetapi ini diserapkan dalam minda kita, dalam dasar-dasar kerajaan, dalam agenda pembangunan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, itu sebabnya saya mengharapkan bahawa apa yang telah dilaksanakan melalui MoU ini akan menjadi satu teladan kepada rakyat bahawa demokrasi negara kita ini boleh subur. Kita boleh lawan dalam pilihan raya tetapi ia tidak menafikan bahawa ada ruang untuk kita bekerjasama antara kerajaan dan pembangkang.

Siapa jadi kerajaan, siapa jadi pembangkang, belum tentu lagi. Selepas pilihan raya, mungkin kita dalam blok sini akan balik ke sebelah blok kerajaan dan blok kerajaan akan duduk di sebelah pembangkang. Jadi, ia tidak menghalang ada satu ruang untuk kita bekerjasama dalam setiap masa untuk rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya hendak bangkitkan. Ini berkenaan dengan satu isu pembangunan maritim negara, pembangunan sektor pelabuhan. Pada 3 Mac yang lalu, saya telah pun membangkitkan satu soalan kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan untuk menyatakan sama ada syarikat Integrated Marine Works Sdn. Bhd. telah diberikan konsesi untuk kerja-kerja capital dredging di semua pelabuhan persekutuan dan sekiranya ya, mengapakah syarikat ini dipilih dan apakah terma-terma konsesi tersebut?

Jawapan yang saya terima daripada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan ialah bahawa selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Julai 2021, kerajaan telah bersetuju untuk melantik syarikat Integrated Marine Works Sendirian Berhad bagi melaksanakan kerja-kerja pengerukan dan penambakan ataupun reclamation di pelabuhan-pelabuhan dalam negara.

Lantikan tersebut dibuat antara lain kerana IMW dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat Inai Kiara Sdn. Bhd. yang merupakan 100 peratus pegangan tempatan serta mengambil

final • 12:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

kira kelebihan dan pencapaian syarikat daripada aspek pematuhan terhadap obligasi di bawah perjanjian konsesi selama 15 tahun bermula tahun 2004 sehingga tahun 2019.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mempersoalkan apakah rasional konsesi ini diberikan semula kepada syarikat IMW ini? Ini kerana saya mendapat pelbagai maklumat dan kita tahu bahawa syarikat IMW ini ada banyak masalah. Pertamanya kita hendak menghalang ataupun kita tidak bersetuju dasar monopoli dikembalikan. Semasa Pakatan Harapan berada di Putrajaya, kita ada satu dasar untuk menamatkan sebarang monopoli.

Sebarang konsesi yang berat sebelah, yang tidak menggalakkan persaingan kita hendak tamatkan.

Ketika itu Jawatankuasa Penamatan Dasar Monopoli ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Gombak. Saya juga merupakan ahli dalam jawatankuasa tersebut. Kita hendak menamatkan monopoli ini. Oleh sebab kalau daripada segi dredging atau pun reclamation, syarikat -syarikat pelabuhan utama dalam negara kita seperti Westports, MMC, Northport, PTP dan sebagainya, mereka ini perlu membelanjakan duit yang banyak, kos yang tinggi untuk membuat capital dredging, untuk membuat maintenance dredging, untuk membuat reclamation kalau mereka hendak melabur untuk membesarkan pelabuhan kita.

Memang ada pelbagai perancangan. Westports hendak diperbesarkan lagi, PTP hendak diperbesarkan lagi. Kita ada rancangan untuk membuat pelabuhan ketiga di Port Klang. Jadi, ada banyak pengerukan dan juga reclamation perlu dibuat tetapi mengapa satu dasar monopoli ini dikembalikan? Sudah tamat tahun 2019, kita sepatutnya buka untuk persaingan, untuk tender syarikat-syarikat pelabuhan ini ada penglibatan syarikat- syarikat antarabangsa. Setiap projek mereka perlu dilaksanakan melalui tender terbuka.

Jadi ini adalah satu dasar yang tidak akan menguntungkan dan tidak akan menarik pelaburan dalam sektor pelabuhan negara kita. Keduanya, tahu atau tidak dan saya tidak pasti mengapa dalam MJN yang dikatakan telah diluluskan pada bulan Julai lalu, saya hendak tahu daripada pihak kerajaan. Apakah ulasan Jabatan Peguam Negara terhadap syarikat ini? Syarikat ini merupakan satu syarikat yang sudah bankrap. IMW ini merupakan anak syarikat kepada Inai Kiara Sdn Bhd. Inai Kiara ini merupakan satu syarikat di bawah receivership yang di mana syarikat ini telah pun bankrap, tidak bayar EPF, tidak bayar cukai.

Ada satu saman di antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat Inai Kiara ini kerana LHDN menyaman syarikat ini kerana tidak bayar cukai. EPF tidak bayar. Syarikat macam ini mana boleh dapat kelulusan daripada Kabinet? Saya hendak tahu, apakah ulasan Jabatan Peguam Negara terhadap syarikat ini.

Selepas itu, syarikat ini mempunyai track record yang cukup buruk. Pelbagai projek yang dilaksanakan sebelum ini tidak boleh selesai. Masalah projek seperti di Pelabuhan Kuantan, di Pelabuhan Samalaju, pelbagai pelabuhan. Pelabuhan Pasir Gudang. Kapal-kapal dredging tidak dapat selesaikan kerja-kerja pengerukan tersebut.

Akan tetapi sekarang ini syarikat ini diberikan semula konsesi untuk meneruskan satu monopoli terhadap dredging dan juga reclamation di pelabuhan-pelabuhan kita.

Saya hendak nyatakan bahawa Tuan Yang di-Pertua, sekiranya syarikat ini diberikan konsesi sekali lagi, ia akan merugikan negara, kepentingan negara.

final • 12:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Kalau hendak bantu syarikat bumiputera, bukannya ini satu-satu syarikat bumiputera. Bukalah kepada lebih banyak syarikat bumiputera supaya sekurang- kurangnya ada tender, sekurang-kurangnya ada proses pemilihan yang lebih berwibawa, syarikat-syarikat pelabuhan ada opsyen melantik syarikat-syarikat yang lebih berkelayakan dan ada kemampuan. Saya hendak minta supaya Yang Berhormat Menteri yang jaga EPU, Yang Berhormat Jeli, untuk menjawab persoalan ini. Saya tidak mahu Yang Berhormat Ayer Hitam jawab. Dia tidak boleh pakai punya, dia boleh harap. Saya tahu dia punya ulasan itu tidak boleh diharap.

Saya hendak minta Yang Berhormat Jeli selaku Menteri EPU yang jaga sebarang penswastaan ini, sebarang konsesi ini datang ke Dewan untuk menjawab persoalan ini

final • 12:20 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

mengapa syarikat IMW ini diberikan konsesi sekali lagi untuk memonopoli dredging dan juga reclamation di seluruh pelabuhan persekutuan dalam negara kita.

Ini sesuatu yang sangat-sangat tidak patut dilakukan. Jadi saya berharap kalau kita ada niat untuk membantu melonjakkan lagi prestasi pelabuhan negara kita, menjadikan pelabuhan kita lebih kompetitif dan membantu syarikat-syarikat tempatan, boleh ada pelbagai kaedah, boleh ada pelbagai cara, boleh buka kepada lebih banyak syarikat terutamanya syarikat-syarikat bumiputera yang layak untuk bersaing dalam perkara ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mohon supaya kerajaan terutamanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengambil perhatian dalam perkara ini. Dalam lulus saja semua MJM yang dibawa terutamanya daripada Yang Berhormat Ayer Hitam ini. MJM itu kena jaga sikit. Jangan lulus saja, ulasan kena tengok. Perbahasan perlu diadakan sebelum sesuatu Memorandum Jemaah Menteri itu diluluskan. Jadi, saya minta jangan kita kerja dalam silo ini. Jangan ada terlalu banyak– satu Menteri bawa paper, Menteri lain tak mahu masuk campur. Ini ada hubung kait. Ada hubung kait dengan ekonomi negara kita. Ada hubung kait dengan competitiveness negara kita.

final • 12:20 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat sila gulung.

final • 12:20 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Jadi saya mohon MJM yang dibawa itu mesti dikaji balik dan dilihat semula supaya konsesi tidak diberikan secara monopoli kepada sesebuah syarikat. Bukan sahaja kepada Inai Kiara Sdn. Bhd. tetapi semua syarikat pun tidak sepatutnya memonopoli sesuatu bidang. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana memberikan masa tambahan dan lebih kepada saya. Saya dengan kata-kata ini saya sekali lagi menjunjung kasih Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan saya menyokong Usul Menjunjung Titah dan terima kasih kepada ucapan Tuanku ini. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

final • 12:20 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Seremban. Terlebih dahulu saya ingin menyatakan senarai Yang Berhormat- Yang Berhormat yang akan berucap pada hari ini iaitu Yang Berhormat Serian, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Kampar dan Yang Berhormat Alor Setar.

Seterusnya, kita persilakan Yang Berhormat Serian untuk berucap.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tahniah kerana dilantik sebagai Timbalan Speaker. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana telah memberi peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan Titah Diraja. Tuan Yang di-Pertua, saya turut menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkenan Baginda merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas pada 28 Februari yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, dalam titah Baginda, awal-awal lagi Tuanku telah menyentuh Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang diluluskan melalui dua pertiga Ahli Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara pada bulan Disember tahun 2021.

Peristiwa ini sememangnya akan terpahat sebagai detik sejarah buat seluruh rakyat Malaysia lebih lagi bagi kami rakyat di Sabah dan Sarawak. Sebagai Ahli Parlimen dari Sarawak mewakili kawasan Parlimen Serian, saya ingin sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahli- ahli Dewan Rakyat dan Ahli-ahli Dewan Negara sama ada kerajaan mahupun pembangkang yang telah menyokong RUU Perlembagaan (Pindaan) 2021 yang telah diberikan perkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seterusnya diwartakan untuk menjadi Akta A1642.

Tuan Yang di-Pertua, apakah isu-isu yang telah disepakati dan dipersetujui? Di sini dalam soal sesi soal jawab saya tadi saya telah bangkitkan – saya telah menanyakan

final • 12:23 PM

Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian

apakah isu-isu yang telah diselesaikan dan apakah isu-isu yang bakal diselesaikan dan apakah komitmen kerajaan untuk memastikan isu-isu ini dapat direalisasikan sepenuhnya.

Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) saya mohon seperti yang telah dimohon oleh rakan-rakan saya dari Sabah dan Sarawak supaya satu pertiga atau 35 peratus daripada kerusi Parlimen diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, semasa PRU 1964 komposisi Parlimen kepada Sarawak, Sabah dan Singapura adalah 55 kerusi daripada 159 kerusi yang dipertandingkan. Ini merupakan Tuan Yang di-Pertua 33 peratus. Pada masa ini, komposisi kerusi Parlimen bagi Sarawak dan Sabah adalah 56 kerusi iaitu Sarawak 31 kerusi dan Sabah 25 kerusi.

Ini merupakan 25 peratus daripada sejumlah kerusi yang sedia ada iaitu 25 peratus daripada sejumlah 222 kerusi. Tuan Yang di-Pertua, permintaan kita, satu pertiga daripada kerusi Parlimen hendaklah diperuntukkan untuk negeri Sabah dan juga negeri Sarawak kerana:

(i) mengikut semangat bila mana Malaysia ditubuhkan dan dalam PRU 1964, 35 peratus telah diperuntukkan untuk negeri Sabah dan Sarawak termasuk Singapura pada ketika itu; dan

(ii) luas kawasan Sabah dan Sarawak kalau dicantumkan, ia lebih besar daripada seluruh Semenanjung Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan persempadanan semula (redelineation exercise) perlu dibuat tiap lapan tahun. Oleh yang demikian, persempadanan semula untuk negeri Sarawak sebenarnya berakhir pada tahun 2025 dan untuk Semenanjung akan berakhir pada tahun 2026. Ini bererti persempadanan semula (redelineation exercise) harus diadakan pada tahun 2027.

Dengan ini, saya minta Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, apabila mengadakan redelineation exercise ini nanti supaya mengambil kira permintaan kita ini. Pertama, kerana luas kawasan Sabah dan Sarawak terlalu besar, lebih besar dari seluruh Semenanjung. Kedua, mengambil semangat apabila pilihan raya diadakan pada tahun 1964, kita minta supaya 35 peratus atau satu pertiga daripada kerusi Parlimen selepas tahun 2023 ini diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, saya pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri. Kita tahu peranan yang dimainkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam memungut cukai negara amat besar, amat penting.

final • 12:23 PM

Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian

Pada 1 Mac tahun ini, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN telah menyebut bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri bakal, bukan sahaja bakal tetapi beliau yakin akan dapat mengutip cukai sebanyak RM139 bilion pada tahun ini. Syabas dan tahniah kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu perkara dalam LHDN. Saya telah menyebut syabas, tahniah dan terima kasih kepada LHDN. Akan tetapi, satu perkara yang saya minta. Sejak Lembaga Hasil Dalam Negeri ditubuhkan, saya difahamkan belum pernah wakil dari Kerajaan Negeri Sarawak duduk sebagai ahli atau anggota kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Setakat ini, anggota Lembaga Hasil Dalam Negeri terdiri daripada Pengerusinya, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri, wakil dari Jabatan Peguam Negara, wakil dari Jabatan Akauntan Negara, wakil dari Kementerian Kewangan, selepas itu seramai tiga orang konsultan swasta.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah wilayah yang besar, Sarawak. Wilayah besar, negeri besar, sebagai sebuah wilayah yang kaya dengan sumber asli, mengapa tidak wilayah Sarawak, negeri Sarawak di wakilkan untuk duduk sebagai anggota atau ahli Lembaga Hasil Dalam Negeri. Ini saya minta di Dewan yang mulia ini.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian

Dari Lembaga Hasil Dalam Negeri, saya pergi ke perkataan keseimbangan pembangunan dan keseimbangan ekonomi. Dalam Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menyentuh keseimbangan pembangunan dan keseimbangan ekonomi. Saya memetik titah Tuanku, di muka surat sembilan para 29 yang berbunyi “Ketidakseimbangan pembangunan dan ekonomi antara kelas, antara pendapatan, antara wilayah dan negeri serta antara etnik seperti Orang Asli dan lain-lain hendaklah dikurangkan bagi memastikan kemakmuran negara dinikmati oleh semua secara adil.” Tuan Yang di-Pertua, di Dewan yang mulia ini saya mohon supaya kerajaan menjalankan kajian tentang status sosioekonomi rakyat khususnya di luar bandar Sarawak termasuk masyarakat etnik Dayak. Ini kerana kita – saya sendiri Dayak. Ini kerana kita serba kekurangan, kita serba ketinggalan. Sebagai contoh Tuan Yang di- Pertua, di pekan Serian terdapat 1,145 buah kedai di pekan, di Bandar Serian. Akan tetapi, dari sejumlah 1,145 buah kedai di pekan Serian, hanya 48 buah dimiliki oleh masyarakat etnik Dayak. Sebanyak 48 buah dari 1,145 buah kedai merupakan 0.4 peratus, tidak sampai five percent pun.

Jadi, oleh yang demikian, ini adalah antara sebab mengapa saya mohon kepada kerajaan supaya benar-benar menjalankan kajian tentang perlunya mengadakan kajian tentang sosioekonomi supaya ketidakseimbangan ini dapat dijurangkan.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, dari situ saya pergi saya pergi ke Lebuhraya Pan Borneo.

Dalam titah baginda, baginda telah menyentuh juga tentang Sarawak-Sabah Link Road dan juga Lebuhraya Pan Borneo. Di sini, dalam saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kerajaan kerana telah memperuntukkan sekian banyak wang untuk membina Lebuhraya Pan Borneo. Saya ingin menarik perhatian ke Dewan yang mulia ini kepada satu stretch atau jejambat or we call it flyover iaitu di Bandar Serian sendiri.

Di Bandar Serian, terdapat dua jejambat yang baru dibina dan baru dibuka untuk digunakan lalu lintas, hanya beberapa bulan yang lalu. Malangnya Tuan Yang di-Pertua, di dua buah jejambat ini kerap berlaku kemalangan dan sehingga kini walaupun ia baru dibuka untuk lalu lintas, ia telah meragut dua nyawa. Jikalau tidak dibaiki keadaannya, saya takut jejambat ini akan meragut lebih banyak lagi nyawa. Maka, kerajaan khususnya Kementerian Kerja Raya, tolonglah ambil perhatian tentang masalah ini. Walaupun bunyinya remeh tetapi bagi saya ini bukan remeh.

Tuan Yang di-Pertua, saya pergi ke isu tentang Nusantara iaitu ibu negara Indonesia yang baharu yang bakal menggantikan ibu negara Indonesia yang ada sekarang. Ia terletak di Wilayah Kalimantan. Kita tahu populasi Wilayah Kalimantan sekarang adalah lebih kurang 18 juta, populasi besar. Saya jangkakan, bilamana ibu kota negara Indonesia ini dipindah ke Nusantara iaitu di Wilayah Kalimantan dan beroperasi sepenuhnya, mungkin dalam empat tahun hingga lima tahun lagi.

Saya jangkakan bilangan populasi penduduk Kalimantan akan berlipat ganda.

Oleh yang demikian, ia sudah tentunya membawa kepada pembangunan pesat. Sudah tentunya ia akan membawa kepada pembangunan dari segi populasi.

Tuan Yang di-Pertua, oleh itu saya percaya spillover dengan terpindahnya ibu kota Indonesia ke Nusantara nanti, spillover akan pergi ke Sarawak. Dalam pada ini Tuan Yang di-Pertua, saya menyebut CIQS Tebedu yang merupakan satu-satunya pintu masuk antarabangsa Indonesia-Malaysia, Malaysia-Indonesia melalui darat. CIQS ini terletak di kawasan Parlimen saya di Tebedu. Tuan Yang di-Pertua, CIQS yang sedia ada terlalu kecil, sempit, tambah lagi sudah usang kalau dibandingkan dengan apa yang ada di sebelah sana, di Entikong.

Tuan Yang di-Pertua, dalam pada itu saya berterima kasih dengan kerajaan kerana telah meluluskan peruntukan untuk CIQS baharu untuk Tebedu iaitu dalam Rancangan Malaysia Kesebelas.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian

Saya berterima kasih di Dewan yang mulia ini, saya minta supaya CIQS Tebedu yang telah pun diluluskan ini dapat dibina dengan segera. Ini adalah salah satu daripada sebab-musabab, ini adalah salah satu dari persediaan kita untuk menerima ramai rakyat Indonesia yang bakal pergi ke Sarawak sama ada sebagai pedagang, sebagai businessman atau sebagai pelancong.

Kedua, Tuan Yang di-Pertua...

[Disampuk]

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tolong habiskan.

final • 12:40 PM

Dato' Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian

Masa tidak mengizinkan tetapi satu perkara yang penting saya bawa ke Dewan yang mulia ini walaupun banyak isu yang lain iaitu tentang Tebedu Industrial Estate. Terletak satu kilometer sahaja dari CIQS Tebedu dinamakan Tebedu Industrial Estate (Estet Perindustrian Tebedu) yang sudah lengkap dengan infrastruktur api sudah ada, air sudah ada. Ini adalah usaha kerajaan negeri di bawah MITI. Terima kasih, kerajaan negeri.

Akan tetapi setakat ini, Tebedu Industrial Estate luas kawasannya besar, 134 hektar besar tetapi malangnya sehingga kini hanya satu, hanya sebuah atau satu operation berada di situ iaitu SM Inland Port satu-satunya pelabuhan darat di negeri Sarawak, inland port. Mengapakah ini berlaku? Ia berlaku kerana satu, that is why I said it is important. Oleh sebab border trade.

Sejak tahun 2013, Kerajaan Indonesia telah mengenakan restriction order tentang trade. Dalam mana setiap pedagang kalau melalui CIQS, kalau melalui Tebedu SM Inland Port ini hanya dibenarkan membawa barang bernilai RM600 sahaja. Maka oleh yang demikian, ini menakutkan pelabur-pelabur untuk melabur dan membina kilang dan sebagainya di Tebedu Industrial Estate.

Oleh yang demikian, sebelum ini sebelum 2013 volume trade di CIQS Tebedu...

[Disampuk]

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa sudah tamat, Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dato' Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian

Tuan Yang di-Pertua, just one minute. Adalah RM600 juta pada tahun 2013. Akan tetapi sekarang hampir kosong, hampir nol. Maka dengan itu, saya mohon kepada kerajaan supaya terus berunding dengan pihak Indonesia khasnya Jakarta agar border trade restriction ini dapat ditarik balik supaya TIE supaya CIQS Tebedu ini menjadi potential trade income for Sarawak. Sekian, terima kasih. Maaf ambil masa.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Serian. Seterusnya Yang Berhormat Muar, selaku ketua parti, 20 minit. Silakan.

final • 12:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya ingin berbahas berkenaan tiga perkara.

Pertama, berkenaan nasib anak FELDA generasi kedua dan ketiga. Kedua, berkenaan kestabilan politik negara tercinta kita dan yang terakhir berkenaan kebajikan di kawasan saya, Muar dan perjanjian MoU yang telah pun ditandatangani.

Saya mulakan dahulu berkenaan nasib warga FELDA generasi kedua dan yang ketiga. Beberapa hari yang lepas, saya bersama dengan anak-anak FELDA di FELDA Maokil di Bukit Kepong. Ini merupakan salah satu FELDA yang terbesar sekali. Anak-anak muda di sana selain mengajak saya bermain futsal, bola sepak dan badminton, walaupun hujan lebat mereka tarik saya bawa naik motor untuk melawat salah satu kawasan perumahan yang telah pun tergendala ataupun terabai lebih lima tahun.

Apabila saya lawat kawasan perumahan tersebut ia dijanjikan kepada anak generasi FELDA yang kedua dan yang ketiga. Rumah itu nampak seperti hendak siap

final • 12:43 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

tetapi anak-anak FELDA di sana katakan janji tersebut telah pun dibuat sudah hendak dua penggal dan walaupun pimpinan di sana sebelum ini merupakan Exco dan sebelum itu juga merupakan bekas Menteri Besar, tetapi isu yang sama masih berulang lagi.

Apa yang lebih mencemaskan dan saya berharap boleh dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri bila saya buat lawatan mengejut di sana, papan projek tidak dipamerkan langsung. Siapa kontraktornya? Bila ia dibuat? Bila akan disiapkan?

Berapa kosnya? Butiran asas saya tidak boleh dapatkan. Melihat audit pun perkara asas masih tidak boleh didapatkan.

Perkara ini perkara yang agak mencemaskan kerana apabila saya berjumpa anak-anak FELDA di sana mereka rasa sangat tertekan. Ini kerana mereka terpaksa berhijrah keluar dari kawasan FELDA dan meninggalkan keluarga kerana walaupun mereka ada pekerjaan di kawasan kampung mereka. Akan tetapi, selagi isu perumahan tidak diselesaikan mereka tidak ada pilihan yang lain yang ada pilihan untuk berhijrah keluar atau hidup sesak dua, tiga atau empat keluarga di dalam satu rumah yang agak usang iaitu milik ibu bapa atau atuk nenek mereka.

Oleh sebab itu kedua-dua pilihan ini bukan pilihan yang mudah bagi mereka. Saya rasa perkara ini adalah perkara yang mustahak yang wajib dibangkitkan dan saya harap boleh dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Siapa kontraktornya? Bila projek ini akan disiapkan? Kalau tergendala, kenapa tergendala? Berapa pampasan akan diberikan oleh kontraktor-kontraktor yang telah pun menjalankan projek ini? Jangan kita pertahankan mereka jikalau ada salah guna. Kalau saya juga berharap bahawa pihak SPRM boleh siasat setelus mungkin identify the culprit dan ambil tindakan dan selesaikan projek tergendala ini supaya anak-anak FELDA dapat penempatan khususnya bagi generasi kedua dan yang ketiga.

Semalam, saya melawat dua lagi FELDA, FELDA Chemplak dan FELDA Chemplak Barat. Bila saya ke sana yang sambut saya ialah wakil-wakil komuniti FELDA, generasi kedua dan ketiga juga dan mereka bangkitkan isu yang sama iaitu tanah yang telah pun dijanjikan kepada mereka sejak tahun 2015 dan 2016. Mereka tunjukkan dokumentasinya, mesyuarat-mesyuaratnya, minit mesyuaratnya juga dan juga modal yang telah dikeluarkan oleh mereka jumlahnya lebih RM200,000 yang telah pun dikeluarkan. Juruukur telah pun dilantik, mesyuarat-mesyuarat telah pun dijalankan. Janji demi janji telah pun diberikan tetapi sampai ke hari ini perkara itu masih lagi tidak ada titik noktah.

Apa yang lebih mencemaskan bagi mereka, mereka kata walaupun sudah ditunggu, sudah dapat janji tengah tunggu hendak disiapkan, secara tiba-tiba di tengah- tengah jalan ada syarikat yang mereka panggil syarikat kroni dipilih ambil tanah yang mereka sepatutnya jadi hak milik mereka. Ambil tanah ini tukar convert untuk dibangunkan sebagai agropark yang dibangunkan oleh salah satu syarikat swasta.

Mereka kata ini adalah tanah yang mereka tuntut dan sudah bertahun-tahun.

Dijanjikan tidak dapat. Secara tiba-tiba ada syarikat kroni masuk ambil alih nasib kebajikan mereka diabaikan dengan begitu sahaja. Saya tanya mereka adakah kerajaan cadangkan pampasan ataupun memberikan tanah alternatif? Mereka kata sampai ke hari ini masih belum ada.

Akan tetapi, yang pelik bin ajaibnya semalam apabila kerajaan dengar sahaja Syed Saddiq dan wakil MUDA turun akan buat press conference bersama dengan anak- anak FELDA, generasi kedua dan ketiga ramai yang hadir, pemimpin mereka juga hadir baru dapat mesej kata, “Oh! Perkara ini telah pun dibawa kepada perhatian Menteri dan akan diselesaikan secepat mungkin”. Amboi! Bila kita hendak bawa isu ini, bila saya kata akan bawa masuk ke Parlimen, kata kita akan tuntut dan desak, baru ada jawapan rasmi.

Baru hendak berikan kata putus.

Ini tidak adil. Jangan hanya kita buat sebelum pilihan raya tetapi selepas pilihan raya nasib mereka dilupakan dengan begitu sahaja. Dia kalau tempoh masa setahun atau dua tahun, kita mungkin boleh faham tetapi apabila melangkaui dua penggal, lama mereka tunggu. Ini pembelaan yang wajib diberikan secepat mungkin.

final • 12:43 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Jangan sampai ke satu tahap, kita bincangkan soal kelangsungan FELDA tetapi akhirnya generasi kedua dan ketiga, anak-anak muda di FELDA terpaksa angkat kaki berhijrah keluar mencari pendapatan, mencari perumahan mampu milik kerana di kampungnya sendiri, tempat warisannya dan tempat ia dibangunkan itu tidak ada tempat untuk beliau mencari teduh.

Ini bukan perkara kecil, perkara yang sangat besar yang wajib diselesaikan. Apa yang lebih menyedihkan, apa yang dibangkitkan oleh mereka. Mereka katakan, bila mereka baca laporan-laporan berita selalu hujah yang diberikan untuk menolak pandangan mereka FELDA tidak ada duit, kena tunggu birokrasi.

final • 12:43 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Akan tetapi pada masa yang sama, mereka ajukan perkara yang sama, kenapa dahulu bawah Barisan Nasional boleh pula FELDA membeli saham Eagle High yang sudah hendak empat kali ganda above market price. Daripada harga sahamnya sepatutnya RM400 juta, tetapi dibeli dengan harga RM2.3 bilion. Ini bukan saya kata. Ini pimpinan FELDA dan laporan polis telah pun dibuat. Ini bukan perkara kecil.

Pembelian hotel-hotel boleh. Pemberian tanah-tanah besar kepada kroni boleh.

Akan tetapi kepada mereka yang kecil di kampung, senang untuk dilupakan. Berikan one- off bantuan sebelum pilihan raya, tidak apa. Reda marah mereka, selepas itu lupakan nasib mereka. Ini bukan perkara kecil dan pembelaan wajib diberikan serta-merta.

Berkenaan FELDA juga adalah berkenaan capaian internet. Mereka kongsikan kepada saya. Di Parlimen, pungpang-pungpang RM15 bilion untuk bangunkan 5G di seluruh Malaysia, RM15 bilion. Akan tetapi mereka tanya kepada saya, mereka bawa saya ke pusat komputer di mana anak-anak FELDA terpaksa pergi untuk sertai kelas atas talian. Akan tetapi di sana 3G, dia bukan 5G, 4G pun tidak ada, 3G.

Hendak bincang fiber. Mana fiber? Streamyx lagi. Akan tetapi mereka lihat di Parlimen, kita tengok perbahasan Ahli-ahli Parlimen, RM10 bilion, RM5 bilion, RM15 bilion. Akan tetapi realiti anak-anak FELDA hendak sertai kelas atas talian tidak boleh.

Tablet, laptop tidak ada. Kalau ada, perlu pinjam dengan kawan, perlu pinjam dengan ibu dan ayah dan akhirnya hendak sertai kelas atas talian tidak dapat. Terbantut pendidikan mereka.

Peniaga-peniaga kecil yang ingin buat e-commerce tidak boleh kerana sangat slow. Perkara ini perkara yang sangat besar. Oleh sebab itu saya mendesak kerajaan hendak bincangkan isu 5G, sure. Akan tetapi jangan lupa bela masyarakat luar bandar, komuniti FELDA. Desak telco besar, desak DNB selesaikan isu hakiki dahulu iaitu jurang luar bandar dan bandar yang semakin membesar. Bukan sahaja berkenaan pendapatan e-commerce, tetapi juga berkenaan pendidikan anak-anak FELDA yang setahun setengah terbantut kerana isu 4G, Streamyx dan fiber ini.

Isu kedua yang saya hendak bangkitkan ialah isu kestabilan politik negara. Ini isu yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan, cukup-cukuplah berpolitik katanya. Saya setuju. Akan tetapi dalam bab ini saya rasa agak pelik dan janggal apabila ada pihak di sebelah sana yang kata ini adalah kerana UMNO tewaslah kestabilan di negara ini hancur. Tidak ada UMNO adalah punca kestabilan. Saya tidak bersetuju.

Kalau kita lihat, sudah dua tahun lebih UMNO berkuasa, parti terbesar yang membentuk kerajaan. Akan tetapi dalam masa tersebut sudah ada empat negeri yang telah pun dibubarkan. Kita ada pilihan raya negeri. Bila kita hendak bekerja? Bila kita hendak berkhidmat? Tengok Dewan hari ini, kosong. Kenapa? Semua dekat Johor berkempen. Saya pun lepas ini kena turun Johor. Hendak fokus bantu rakyat macam mana?

Satu persatu. Sabah, selepas itu ada Sarawak. Sarawak saya faham, itu memang berasingan. Melaka, ini Johor. Ini orang kata lepas ini akan ada lagi di Perak, Kedah.

Macam mana kita hendak fokus bantu rakyat? Pilihan raya negeri tidak habis-habis. Tuan tanya kenapa kita tidak boleh fokus selesaikan isu rakyat, kos sara hidup meningkat.

Hendak fokus macam mana? Semua orang dekat Johor. Oleh sebab itu kestabilan ini

final • 12:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

perkara yang sangat penting dan hipokrasinya, parti yang kata mereka punca kestabilan adalah punca ketidakstabilan realiti di Malaysia pada hari ini.

Pelabur lari kerana setiap hari ada perbincangan bubar DUN ini, bubar Parlimen, desak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri buat A, B, C. Kalau tidak, akan bubar Parlimen. Apa yang lawaknya, yang membentuk kerajaan Sheraton sebelum ini, parti terbesar ialah UMNO. Parti yang jatuhkan Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin, UMNO. Parti yang naikkan Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, UMNO.

Baru-baru ini di Parlimen, Yang Berhormat Pasir Salak berkata kenapa Timbalan Presiden UMNO hendak desak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dari UMNO untuk membubarkan Parlimen serta-merta. Siapa punca ketidakstabilan? Macam mana pelabur hendak masuk? Macam mana orang hendak fokus berkhidmat, Ahli Parlimen hendak masuk Dewan bicarakan isu rakyat, jika setiap bulan ada pilihan raya?

Oleh sebab itu dalam bab ini, saya berharap kita adakan kestabilan. Sampai akhir penggal, we focus on serving the people dan biarlah kerajaan pembangkang cari titik sepakat dan kita fokus berkhidmat kepada rakyat sebaik mungkin. Kalau tidak, tidak akan ada pengakhirannya. Oleh sebab itu impaknya bukan kecil Tuan Yang di-Pertua.

Impaknya, selepas PRU15 ini akan dirasai. Sebelum ini kita hanya ada satu pilihan raya negeri yang berasingan. Sekarang kita sudah ada lima. Sesiapa pun yang menang pilihan raya umum yang akan datang, tidak dapat mentadbir dengan stabil kerana setiap tahun kena fikirkan, eh! Ada Pilihan Raya Negeri Sabah, tahun depan, ada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun depannya ada Pilihan Raya Negeri Johor, Melaka.

Macam mana kita hendak govern jumlah wang yang dibelanjakan berbilion ringgit untuk adakan pilihan raya? Setiap tahun ada pilihan raya berasingan, rakyat juga yang sengsara, sakit. Sesiapa pun yang menang tidak akan ada punca kestabilan kerana ketidakstabilan dan kemelut politik yang berlaku pada hari ini.

Saya faham, mungkin ada yang kata ini adalah untuk menyelamatkan tengkuk beberapa pemimpin dan kita lihat cantiknya proses dia. Adakan Pilihan Raya Negeri Johor, diumumkan sebaik sahaja selepas Tahun Baru Cina kerana ramai anak-anak muda sudah balik kampung, sudah balik semula ke laman kerja. Tahu bahawa ratusan ribu terperangkap di Singapura tidak boleh balik.

Apa yang pelik bin ajaibnya lagi, sebulan yang lepas kata kita akan buka sempadan pada 1 Mac. Keputusan ini dibuat oleh Majlis Pemulihan Negara yang dianggotai oleh wakil-wakil Kabinet. Menteri Kesihatan ada, Menteri Pertahanan, wakil SOP, bekas Perdana Menteri, semua ada kat dalam. Buat keputusan bersama, buka sempadan 1 Mac 2022. Tiba-tiba ada pilihan raya, tangguhkan. Kita akan hanya buka sempadan selepas Pilihan Raya Negeri Johor tamat. What is this?

Saya jumpa peniaga-peniaga kecil di Johor, mereka bangkitkan isu ini. Ia seperti hidup mereka, nyawa mereka, perniagaan mereka digadaikan kerana kepentingan politik.

Bukan pembuat dasar ikut data and science. Mana kestabilannya? Semua berlaku kerana politik. Saya katakan ini, kalau takut sangat ada kes-kes mahkamah, saya akui, saya pun ada. Akan tetapi saya tidak takut. Berani kerana benar, berhadapan di mahkamah. Tidak payah hendak lompat parti, lompat ini, tidak payah hendak gugat kedudukan kerajaan*.

If you are right*, defend yourself in court, jangan gugat kestabilan sampaikan satu tahap rakyat sengsara, tidak ada sesiapa yang menang, peniaga-peniaga kecil turut terkesan, kos sara hidup meningkat, anak muda tidak mendapat pembelaan sewajarnya, negara Malaysia sengsara kerana beberapa pimpinan sahaja. This is not right, I need to fight this until the end.

Ketiga, berkenaan Muar. Walaupun Muar dikenali sebagai ‘bandar bersara’, tetapi bandar bersara ini pembangunannya sangat rancak. Kalau kita lihat semasa musim COVID-19, apabila banyak syarikat “gulung tikar”, tutup pintu, tetapi salah satu hab terbesar iaitu hab perabot di Muar dapat mengendalikan dirinya dengan sangat baik dan eksport hab perabot meningkat dari tahun 2019 ke 2021, daripada RM8 bilion kepada RM12 bilion. Ini adalah peningkatan yang agak mendadak.

final • 12:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Kita lihat juga sebelum penutupan sempadan, Muar merupakan destinasi pilihan kepada pelancong tempatan dan luar khususnya dari Singapura untuk cuti di sana, makan di sana dan ini perkara yang sangat baik. Akan tetapi salah satu rungutan yang saya terima kerap sekali, daripada peniaga-peniaga besar, syarikat-syarikat besar dan juga peniaga-peniaga kecil seperti Muar Soup House.

Mereka katakan kini hendak dapat pekerja bukan main susah lagi. Ada hendak kena bayar under the table, ada kena melalui orang tengah. Tidak ada proses yang telus, adil dan mudah. Akhirnya daripada kita boleh eksport 300 kontena perabot setiap hari yang mencipta pekerjaan yang berkualiti tinggi, agak sukar untuk perkara itu diteruskan kerana kini isu pekerjaan, isu yang agak sukar untuk dikendalikan.

Oleh sebab itu saya cadangkan sebelum ini apabila Yang Berhormat Menteri Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin turun, saya appeal tolong selesaikan isu ini.

Akan tetapi pada masa yang sama, saya merayu kepada pihak MITI berikan geran automasi, an automation grant supaya akhirnya syarikat-syarikat besar dan small and medium enterprises dapat upgrade, upskill supaya akhirnya mereka tidak terlalu bergantung kepada pekerja-pekerja asing.

Akan tetapi ia perlu disekalikan, tidak boleh hanya kata, tidak boleh dapat pekerja asing, tetapi kita tidak akan tolong you. Macam mana dia hendak survive? Oleh sebab dia orang akan bertanding dengan negara seperti Vietnam, China dan kini Indonesia. Kalau kita tidak ambil perhatian perkara ini, kita akan hilang sense of competition and competitiveness. Oleh sebab itu saya merayu isu ini diselesaikan secepat mungkin.

Pada masa yang sama, isu pendanaan bagi Parlimen Muar. Isu ini saya rasa setiap kali persidangan Parlimen saya bangkitkan isu sama. Saya tengok muka Tuan Yang di-Pertua pun macam agak stress sebab dengar isu sama sahaja. Akan tetapi saya bangkitkan sebab di antara semua Ahli Parlimen, di mana saya hendak tandatangan, tunggu hendak tandatangan sampai ke hari ini dijanjikan berkali-kali.

Saya tidak tahulah sudah berapa lama Tuan Yang di-Pertua. Dahulu kata tidak boleh, dapat peruntukan Muar ini tidak akan dapat peruntukan Parlimen sebab saya tidak ada parti. Sudah ada parti, kata kena tunggu. Sudah tunggu berkali-kali, tulis surat, jumpa satu persatu, tidak dapat-dapat lagi. Kalau ia berkenaan saya, tidak apalah. Hendak hukum, hukumlah. Akan tetapi kenapa peruntukan itu tidak diberikan kepada warga Muar?

Ini isu penting.

Banjir, Muar berlaku awal daripada yang lain. Apabila tempat lain ada peruntukan hendak bagi food basket, hendak taraf rumah yang teruk terkesan, Muar tidak ada.

Sampai ke hari ini mereka tanya kepada saya. Hendak bina benteng banjir ini bukan perkara— saya hendak fundraise benteng banjir macam mana Tuan Yang di-Pertua?

Benteng banjir ini kos dia minimum RM1.5 million. Saya fund-raise RM1.8 million setahun, alhamdulillah. Hendak satu projek hendak fundraise RM1.5 million, tak boleh.

Akan tetapi kalau isu benteng banjir ini tidak diselesaikan, hakisan tanah teruk, Muar kawasan pertama di negeri Johor yang paling teruk terkesan. Kalau KL banjir dua kali setahun, Muar mungkin tiga empat kali. Ini perkara yang sangat serius.

Sebelum ini banyak perkara yang telah kita lakukan. Bina Pasar Parit Jawa yang baharu RM4.5 juta, sudah dimulakan, sudah hendak siap. Saya peruntukkan RM20 juta semasa saya berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan to help anak muda, sudah bermula. Naik taraf infra sukan RM1.5 juta, sudah siap. Akan tetapi isu benteng banjir, isu membela orang yang teruk terkesan kerana banjir. Ini isu-isu yang sangat mendesak yang sampai ke hari ini hanya kerana kedudukan politik, masih tidak diselesaikan.

Saya tidak faham mana masalahnya. Saya telah berhubung sendiri dengan wakil- wakil dalam kerajaan. Cuma saya harap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana ini berkenaan hidup mati, kelangsungan hidup orang Muar yang susah, yang anak- anaknya tidak ada peralatan untuk menyertai kelas pendidikan atas talian, rumah yang perlu naik taraf, jambatan kecil yang perlu disiapkan supaya mereka boleh pergi kerja. Isu ini isu yang sangat mendesak dan saya harap dapat diselesaikan secepat mungkin.

final • 12:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Tidak cukup jika hanya ingin mengharapkan Ahli Parlimen Muar dan sahabat- sahabatnya untuk meraih dana. Ya, kita raih dana. Kita merupakan salah satu team pertama yang buat full good governance review dengan bantuan Ernst & Young, salah satu syarikat audit yang terkemuka. Kita berjaya fundraise RM1.8 million, RM1.8 juta, berikan 1,600 laptop dan tablet kepada anak-anak daripada keluarga susah, lebih 30,000 food basket kepada keluarga susah semasa musim COVID-19, tetapi ini tidak mencukupi.

Oleh sebab itu saya merayu kepada kerajaan, find a middle ground, cari jalan untuk menyelesaikan isu rakyat. Hendak hukum saya, hukum tetapi jangan hukum orang Muar yang datang dari keluarga susah. They are not at fault dan saya berharap isu ini dapat diselesaikan.

Pengakhirannya ini. Dalam Dewan ini, sepatutnya pada detik ini kita semua boleh fokus berkenaan isu-isu rakyat. Kos sara hidup, pemulihan pasca COVID-19, isu EPF, isu pekerjaan, kualiti pekerjaan, jurang pendidikan. Isu-isu ini sepatutnya dibangkitkan berkali-kali. Akan tetapi selagi kita berpolitik pagi dan malam, selepas satu pilihan raya, ada pilihan raya lain, selepas pilihan raya itu, satu persatu Perdana Menteri diugut untuk dijatuhkan selagi tidak melepaskan tengkuk beberapa pemimpin, selagi itulah Malaysia akan terkebelakang.

Jangan sampai satu hari nanti anak-anak muda, cucu dan cicit Yang Berhormat- Yang Berhormat sekalian akhirnya akan mewarisi negara di mana kita jauh terkebelakang.

Bukan sahaja terkebelakang dibandingkan dengan Singapura, tetapi dengan rakan kita di Indonesia, di Filipina, di Vietnam sampai anak-anak muda yang berpendidikan tinggi angkat kaki berhijrah untuk bekerja di luar negara. Ini berkenaan the dignity of the Malaysian public yang perlu kita pertahankan bersama. The time to act is now, not later. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Oleh kerana masa telah lebih pukul 1.00, maka saya tangguhkan mesyuarat pagi dan akan sambung pada pukul 2.30 petang. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat tengah hari semua.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat, kita sambung perbahasan. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Kuala Langat, 15 minit.

final • 2:30 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih. Kuala Langat hendak ambil bahagian di dalam perbahasan titah diraja. Mula-mula saya hendak dengar dan beritahu juga bahawa selama dua minggu ini apa yang kita dengar di dalam Dewan, especially kelmarin ialah tentang isu banjir dan macam mana kita hendak atasi masalah banjir di dalam negara kita.

Di dalam persidangan ini, isu banjir ini sangat kuat didengar selain daripada Coronavirus dengan ekonomi negara. Saya hendak tanya kawan-kawan kita ini semualah tidak kisah sebelah kanan ataupun kiri, apa yang akan kita buat untuk atasi masalah banjir? Memang semua orang minta untuk kita beri sedikit bantuan kepada orang-orang yang telah terlibat dalam banjir untuk SME, untuk B40.

Apabila saya dengar ramai Ahli-ahli Parlimen ini dia hendak setuju dengan bantuan yang diberi oleh kerajaan. Baru-baru ini kerajaan telah bagi bantuan untuk mangsa banjir RM2,000, RM1,000 daripada Persekutuan, RM1,000 dari negeri dan

final • 2:33 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

RM2,500 daripada Persekutuan lagi yang akan dimasukkan melalui EFT kepada mangsa banjir di dalam kawasan-kawasan terlibat dengan banjir.

Memang itu satu-satu yang kita nanti-nantikan dan juga saya hendak puji kerajaan sebab ini menunjukkan satu kerajaan Keluarga Malaysia yang hendak bantu penduduk di bawah. At the same time Tuan Yang di-Pertua, soalan saya kepada rakan-rakan saya di Parlimen ialah walaupun kita hendak bantu rakyat di bawah, macam mana dengan revenue negara kita?

Sekarang kita tahu bahawa hutang negara kita ini sudah sampai 65 peratus dari KDNK dan masalah kewangan ini whether you like it or don’t like it akan di hadapi oleh kerajaan. So, bila kita minta untuk bantuan tiap-tiap kali kita ucap dengan RM2,000, RM5,000, RM10,000 yang akan diberi ataupun diminta diberi kepada mangsa, what about the revenue di dalam negara kita?

Adakah itu berimbangan, is the balance revenue yang kita dapat dan expenditure yang kita boleh ada? Masalah sekarang yang saya nampak ialah caranya untuk kita meningkat revenue kita di dalam negara kita untuk bantu rakyat untuk masa depan yang akan datang. I am not hearing that from the Parliamentarians. Mereka memang akan tuduh kita sebab kita tidak buat sesuatu bila banjir.

Banjir ini sekarang untuk dalam musim ini sahaja luar biasa daripada musim- musim yang lain sebab kita nampak hujan turun dengan hebatnya dan the volume of rain itu kita tidak boleh sangka sebab besar. Sebab itu kita ada banjir kilat di dalam beberapa kawasan terutama kali di dalam negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Masa dia luar biasa, sekarang sudah pun bulan ketiga dan kita nampak masih kita di dalam musim ini di mana kita nampak banjir di dalam kawasan-kawasan tertentu. So, masalah dia bila minta apalah cadangan dari kerajaan untuk atasi masalah banjir ini memang jawapannya ialah kita tidak boleh menghentikan banjir. We can’t stop flooding. Akan tetapi kita boleh mengambil langkah-langkah yang kita perlu ambil untuk atasi akibatnya banjir di dalam kawasan-kawasan tertentu.

Oleh sebab itu, kita kena ada perbelanjaan dan I go back again to the revenue. Kalau kita hendak buat perbelanjaan besar, kalau kita ada revenue yang cukup saya ingat kita boleh belanja sudah sampai RM2 bilion hingga RM5 bilion untuk atasi masalah banjir di dalam kawasan-kawasan tertentu.

Contohnya Tuan Yang di-Pertua di Kelantan, banjir ini kerap tiap-tiap tahun sudah. Kita tahu sudah bulan November, Disember, Januari, Februari ini memang akan banjir di dalam negeri Kelantan dan kita siap sedia akibat banjir. Severity banjir itu depends on the rain berapa hebat hujan ataupun monsun di dalam kawasan.

Akan tetapi kita prepared untuk banjir. Lepas bulan ketiga, kita tengok perbelanjaan kerajaan di tempat-tempat yang banjir itu di mana kita tahu dia akan banjir itu kita belanja banyak tiap-tiap tahun. Itu separuh perbelanjaan kita yang kita siap sedia.

Adakah kerajaan telah tetapkan bahawa kita boleh belanja beberapa dananya, ringgitnya untuk atasi masalah banjir ini di dalam negeri Kelantan. Ada.

Kalau you minta kepada officers kita di JPS, di NAHRIM, di JKR semua mereka ada jawapan. Akan tetapi adakah kita political will untuk buat demikian Tuan Yang di- Pertua, untuk belanja sekali kita boleh menurunkan kerosakan yang akibatnya banjir di dalam negeri Kelantan dan sebagainya?

Are we prepared, are we willing to do it? Sebab apabila saya kata we have political mind, the political will itu, contohnya di Kelantan dua kawasan kena dibanjirkan untuk menghentikan kebanjiran dalam bandar-bandar utama di Kelantan.

final • 2:33 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Pelan itu ada lama sudah, ada di dalam pejabat tetapi adakah kita berani untuk bawa ini kepada penduduk di dalam kawasan dan seluruh penduduk dalam negeri Kelantan untuk atasi masalah banjir, inilah pelan dia untuk kita atasi masalah banjir.

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Ini di mana kita kena banjir kan dekat 10,000 hektar tanah, ada beberapa penduduk kumpulan FELDA ataupun Orang Asli yang kena dipindah dari kawasan itu untuk kita atasi masalah banjir. Do we have the political will ataupun adakah kita berani untuk buat sesuatu ataupun kita tunggulah tiap-tiap tahun banjir, kita akan hadapi banjir di negeri Kelantan, itulah risiko kita, itulah yang kita akan nampak. Adakah tidak kehilangan nyawa-nyawa itu pulang kepada severity banjir yang kita hadapi dan kita teruskan dengan penduduk kita.

Akan tetapi, bila banjir berlaku di dalam Kuala Lumpur, suara Ahli-ahli Parlimen di Kuala Lumpur ini saya dengar tetapi masalah yang sama juga yang dihadapi di negeri Kelantan ataupun di negeri-negeri lain juga. So, soalan saya ialah macam mana kita hendak meningkat revenue kerajaan untuk kita atasi masalah banjir di dalam kawasan- kawasan? Oleh sebab perbelanjaan ini besar, bukan satu-satunya perbelanjaan yang kecil.

Contohnya di Kuala Lumpur ini, saya tahu bahawa ada satu projek di KL yang lama sudah tetapi it has been stalled sebab ini adalah pelan keseluruhan Kuala Lumpur untuk atasi masalah banjir ini satu-satu projeknya. Nama projeknya ialah Jinjang untuk kita ada STP plant di sana, untuk atasi masalah banjir, sebab lepas itu kita boleh keluarkan air di dalam satu kawasan. *It’s not completed, it’s now three to four years it’s been running.

We have problems with consultant,* kita ada problem dengan kontraktor, kita ada problem dengan orang yang jaga.

Bila saya Menteri Air, mereka datang minta untuk lepaskan kerja ataupun habiskan kerja RM80 juta lagi tetapi tidak dilulus. Bila tidak dilulus, orang di bawah tidak boleh buat apa-apa. Tergantung sudah macam itu. Saya dengar baru-baru ini bahawa memang tidak ada. I stand to be corrected, Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ya.

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Kontraktor ini telah pun di-terminate-kan dan saya faham yang ini akan ada sedikit masalah kewangan.

Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau Batu, Jinjang Kepong. Kontrak dia, nilai dia ialah RM379.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas

Juta.

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Juta.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Juta.

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Current progress 45 peratus sahaja. EOT yang lapan diberi sampai 14 Julai 2020. Tanpa ada injection of extra funding, ini tidak akan lakukan. So, saya hendak minta rakan-rakan kita di Parlimen bagi cadangan macam mana kita hendak meningkat revenue negara untuk digunakan untuk atasi masalah-masalah yang kita hadapi sekarang?

Ya, luar biasa. It might be climate change, it might be a black swan events kita tidak tahu tetapi ini satu-satu yang kita kena fikir bersama. Kalau saya katakan saya akan jadi seorang drastik untuk minta across the board one person increase of income tax yang akan digunakan untuk perkara ini boleh terima kah semua orang?

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas

Tidak boleh.

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Tidak boleh ya.

[Disampuk] Tidak boleh ya. Habis sudah tidak boleh sudah. So, macam mana? Dari manakah kita hendak dapat revenue yang lebih? So, we have to think and bantu kerajaan untuk pastikan bahawa kita boleh bantu rakyat di bawah.

Saya ada dua minit lagi. Saya hendak bawa isu kerajaan stabil pada masa sekarang dan juga stability of the government sekarang untuk masa depan. Saya harap selepas PRN Johor ini, tidak ada pilihan raya lagi sampailah hujung 2023 bila kita siap sedia.

Oleh sebab kita kena bagi masa untuk kerajaan yang ada sekarang untuk stabil kan situasi di bawah, adakah dia situasi ekonomi, kewangan atau bantuan kepada rakyat,

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

kita kena ada masa. Takkan kita tiap-tiap kali tiga bulan, kita hendak bagi perhatian kepada pilihan raya lagi?

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas

Betul.

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Saya harap ya, semua di dalam Dewan ini tidak kira pembangkang ataupun kerajaan, Ahli-ahli Parlimen kita ini bagi tumpuan kepada Kerajaan Keluarga Malaysia.

Bagilah peluang kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dari Bera untuk lanjutkan program-program yang kita pasti menggunakan prioriti dalam masa depan yang akan datang di dalam satu tahun ini untuk pastikan kerajaan kita stabil, negara pun stabil juga. Kalau tidak ada, kita akan ada masalah.

Masalahnya, untuk pelaburan-pelaburan datang dan juga beberapa soalan yang diminta di luar itu kita tidak boleh jawab. So, jangan adalah siapa-siapa pun untuk kepentingan diri sendiri untuk atasi masalah negara untuk masa depan yang akan datang.

Sekarang dengan anak muda yang telah masuk di dalam lapangan pilihan raya ini, kita kena ada satu tanggungjawab besar kepada mereka ini untuk pastikan negara kita untuk masa depan yang akan datang ini we are going to leave them a legacy yang mereka boleh gunakan untuk masa depan yang akan datang. Ini penting untuk kita bersama- sama.

Saya setuju akta-akta yang akan dibawa untuk masa depan yang akan datang di dalam Dewan ini akan diluluskan. Saya sokong penuh dengan akta-akta yang akan dibawa tetapi kestabilan negara ini dengan politik yang kita ada itu, itu lebih penting untuk kita seterusnya mengadakan satu sistem demokrasi dan polisi oleh kerajaan.

Saya haraplah semua Ahli Parlimen akan sokong kerajaan ini untuk kita habis tempohnya pada tahun 2023. Selepas itu kita boleh ada pilihan raya dan minta rakyat untuk pilih siapa-siapa pun mereka hendak untuk masa depan yang akan datang. Akan tetapi kerajaan yang dipilih oleh rakyat pun pastikan, dimestikan ialah kerajaan yang stabil untuk lanjutkan perkara kerajaan ini untuk lima tahun.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Saya dengan ini saya sokong titah diraja, terima kasih.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kangar, 15 minit.

final • 2:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Bismillahi Rahmani Rahim, Alhamdulillahi rabbil a’lamin. Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyatakan sokongan terhadap titah diraja.

Saya merasakan bersyukur kerana kita dapat bersidang pada kali ini kerana pada Mac tahun 2020, sebagaimana kita sedia maklum sidang telah di prorogue dan sidang tidak berjalan seperti biasa kerana Mac tahun 2021, diisytiharkan darurat sebelum itu dan kita juga tidak dapat bersidang.

Jadi, begitulah kita selama dua tahun sebelum ini melihat bagaimana fungsi Parlimen ini telah diremehkan. Jadi, saya berharap pada masa-masa akan datang tidak ada lagi kerajaan, tidak ada lagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tidak ada lagi Ahli-ahli Parlimen bahkan tidak ada lagi Tuan Yang di-Pertua yang sengaja memberikan justifikasi pelik untuk meremehkan fungsi Parlimen dan sekali gus menyempitkan demokrasi di Malaysia.

Kita semua pada hari ini tidak tahu sama ada persidangan ini akan menjadi persidangan terakhir bagi Parlimen Keempat Belas. Ramai rakan saya di Dewan ini telah bercakap tentang kemungkinan pembubaran Dewan akan berlaku kerana wujudnya

final • 2:48 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

desakan tertentu oleh parti-parti tertentu, bahkan oleh orang-orang yang tidak menjadi Ahli Parlimen pun untuk membubarkan Parlimen ini dengan segera.

final • 2:48 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Kononnya situasi politik dalam negara kita tidak stabil dan hanya mereka yang boleh memberikan kestabilan. Kononnya ketidakstabilan berlaku kerana kerajaan sukar meluluskan undang-undang. Adakah dakwaan ini benar? Tentu sahaja bagi saya tidak.

Sejarah menunjukkan kerajaan telah dapat meluluskan banyak undang-undang. Malah, meskipun tidak mempunyai cukup majoriti dua per tiga, Pakatan Harapan dahulu telah dapat melaksanakan pindaan Perlembagaan bagi meluluskan penurunan usia layak mengundi kepada 18 tahun selaras dengan kebanyakan negara maju yang lain.

Benar, ada juga yang tidak diluluskan misalnya usaha meminda perlembagaan terkait Perjanjian Malaysia 1963. Jadi, apakah yang membezakan kedua-dua ini? Bagi saya, ketika itu ialah kita dapat melihat apa yang dapat diluluskan dibuat secara rundingan dan apa yang tidak diluluskan selalunya kerana rundingan itu tidak mencukupi. Oleh sebab itulah, rundingan yang menghasilkan Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang kita sebut hari ini sebagai MoU yang ditandatangani oleh pihak kerajaan dan Pakatan Harapan pada tahun lalu, dianggap sebagai satu peristiwa bersejarah dalam politik negara kita.

Melalui MoU ini, kita telah melihat beberapa keputusan telah dibuat secara bersama dan sejumlah kemajuan telah dapat dicapai dalam pelaksanaan undang-undang dan juga tindakan kerajaan. Ini termasuklah suntikan rangsangan belanjawan sebanyak RM40 bilion yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan dan juga pindaan perlembagaan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 yang dahulu ditolak tetapi kali ini telah diterima oleh majoriti ahli Parlimen termasuklah mereka yang dulunya menolak.

Sebagai seorang wakil rakyat yang mewakili KEADILAN dan juga Pakatan Harapan dalam rundingan semasa Belanjawan 2022 tempoh hari, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan kerana telah bersetuju dengan cadangan yang telah saya kemukakan untuk menambah peruntukan kepada Parlimen, khususnya kepada jawatankuasa-jawatankuasa pilihan khas.

Saya minta RM10 juta, Yang Berhormat Menteri lulus RM15 juta. Alhamdulillah. Namun, ini hanyalah permulaan. Sebenarnya kita tidak memerlukan MU ini sekiranya pemimpin kerajaan yang ada memahami tuntutan untuk berlaku adil dan juga untuk memuliakan fungsi dan peranan Dewan yang mulia ini. Sistem demokrasi dalam negara kita mestilah berfungsi sebaiknya.

Semak dan imbang hanya mungkin berlaku sekiranya kita mempunyai kebebasan kehakiman dan juga legislatif iaitu dua daripada tiga cabang kerajaan. Malangnya, badan legislatif yang begitu penting hanya menerima kurang RM200 juta daripada RM300 bilion jumlah belanjawan yang diluluskan. Kita mestilah segera mengukuhkan Parlimen dengan mengembalikan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen. Melayan sama rata kepada semua Ahli Parlimen dan memastikan proses perbahasan dan juga perbincangan jawatankuasa- jawatankuasa yang diwujudkan di Dewan ini diambil perhatian serius oleh badan eksekutif.

Kita juga mesti menegakkan kebebasan kehakiman yang kebelakangan ini nampak seperti diremehkan oleh sesetengah pihak yang sengaja menunda-nunda kes dengan alasan yang lemah. Apakah tindakan kerajaan yang telah dibuat selepas dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai video Datuk V.K. Lingam dulu? Saya tidak dapat melihat ada apa-apa kemajuan tentang dapatan ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita mestilah melihat dan memahami bahawa kestabilan sebenar dalam demokrasi bukanlah keseragaman suara dan juga meremehkan suara yang berbeza. Bahkan sebenarnya kestabilan dalam demokrasi hanya mungkin menjadi lebih baik sekiranya kita mendengar dan memberikan perhatian terhadap pelbagai suara yang berbeza. Ada yang mewakili kawasan luar bandar, ada yang mewakili negeri miskin dan juga ketinggalan, ada yang mewakili kawasan padat dan sebagainya.

final • 2:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Jangan jadikan proses perbahasan dan mesyuarat jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk hanyalah satu proses rasmi ataupun formaliti tetapi tidak mempunyai makna. Kita harus menerima hakikat bahawa antara sebab yang mendorong rakyat Malaysia mencipta sejarah peralihan kuasa politik dalam pilihan raya umum yang lalu adalah kerana mereka mahukan perubahan.

Mereka sudah hilang kepercayaan kepada pimpinan dan parti pemerintah sebelum itu yang jelas kelihatan semakin angkuh dan berbangga dengan salah guna kuasa dan penyelewengan yang dilakukan. Mereka mahukan sebuah kerajaan yang lebih berfungsi dan ini haruslah menjadi satu peringatan penting kepada kita semua.

Ada beberapa masalah yang saya fikir kita perlu tangani secara bersama.

Pertama, bagi saya ialah tentang kewangan negara. Hari ini negara kita termasyhur dengan jenayah kewangan terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah. Lebih malang ia juga melibatkan beberapa buah institusi kewangan negara yang penting termasuklah Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).

Mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dari Pagoh ada menyebut tentang masalah ini dan pada masa yang sama berbangga kerana ketika beliau menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beliau semasa berbelanja besar semasa pentadbiran singkat beliau. Hakikatnya yang mesti diterima ialah perbelanjaan besar yang dibuat adalah kerana Pakatan Harapan yang meminta tambahan bagi menangani krisis yang sedang berlaku.

Namun, ia sudah tentulah datang dengan risiko keperluan berjimat pada masa akan datang. Selalunya, mentaliti orang politik ialah kita boleh berbelanja sebanyak- banyaknya. Tidak cukup, kita kenakan cukai baharu kepada rakyat. Kita lupa untuk melihat bahawa sebahagian perbelanjaan yang tidak perlu ataupun boleh dilakukan dengan lebih cekap.

Jadi, dalam perkara yang kedua yang ingin saya sentuh ialah tentang memperkemaskan sektor awam. Antara perkara penting yang boleh kita lakukan untuk menunjukkan komitmen perbelanjaan berhemah ialah dengan memperkemaskan perbelanjaan sektor awam.

Pertama, sekiranya boleh, kita perlulah hadkan pelantikan anggota Kabinet dan juga agensi kerajaan. Lantikan ya sebagai dalam GLC dan dalam GLIC. Kita boleh memperkemaskan sistem pelantikan dan bukanlah mengambil lantikan ini. Bagi saya tidak sepatutnya Ahli-ahli Parlimen memegang ataupun mengambil jawatan-jawatan yang di luar cabang legislatif.

Kedua, semua anggota legislatif yang dilantik ke jawatan Kabinet tidak sepatutnya dibayar pencen kerana mereka pun sudah menerima pencen sebagai anggota legislatif.

Cukuplah bagi anggota Kabinet ini hanya menerima gratuiti secara one-off. Ketiga, cepatkan kenaikan gaji pekerja gaji sektor awam yang berpendapatan rendah untuk mencapai pendapatan boleh dicukai dalam tempoh lima tahun. Jadi, mana- mana kakitangan awam yang kita ambil yang bergaji rendah, kita seharusnya mempunyai satu roadmap ataupun kenaikan tangga gaji yang lebih cepat dalam tempoh lima tahun, mereka ini sudah layak untuk membayar cukai. Barulah dengan itu, kita dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan awam yang mana kita akan mengambil orang-orang yang cekap dalam perkhidmatan.

Keempat, kontrak perkhidmatan kerajaan mestilah hanya diberikan kepada semua syarikat yang dipastikan mencarum pekerja mereka di bawah KWSP dan juga PERKESO. Kita tengok banyak misalnya kakitangan kebersihan, pengawal keselamatan di sekolah diambil. Kadang-kadang tidak dibayar gaji ataupun dibayar lewat. Mereka ini kadang-kadang tidak dicarum pun oleh majikan mereka sedangkan undang-undang mengehendaki mereka berbuat begitu. Jadi, amatlah malang sekiranya kerajaan tidak dapat menunjukkan contoh yang baik untuk memastikan kontraktor-kontraktor yang mengambil projek kerajaan untuk mematuhi undang-undang yang kita wujudkan bersama.

Seterusnya ialah mewujudkan persekitaran mesra pasaran. Baru-baru ini timbul perbincangan hangat tentang gaji minimum, manakala saya bersetuju perlu ada satu

final • 2:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

petunjuk tentang gaji untuk hidup ataupun living wage untuk kawasan, ia tidak harus menjadi satu dasar yang menghukum perusahaan kecil dan sederhana ataupun SME IKF.

Daripada data tahun 2020, kita tahu bahawa industri kecil dan sederhana membentuk 97.2 peratus daripada jumlah syarikat dalam negara dan menyediakan lebih kurang 7.25 juta pekerjaan ataupun hampir separuh ya, 48 peratus jumlah pekerjaan dalam negara. Daripada jumlah ini, 78.4 peratus adalah syarikat mikro dan sudah tentulah mereka ini tidak mampu untuk memenuhi syarat wajib memberikan gaji minima.

Saya ingin mencadangkan agar kerajaan sebenarnya menyediakan insentif yang luas kepada syarikat-syarikat ini misalnya memberikan pengecualian cukai pada kadar tertentu bagi syarikat-syarikat yang memastikan semua pekerja mereka dibayar mengikut living wages di kawasan perniagaan mereka. Jadi, kalau syarikat itu ada 10 orang pekerja, kalau semua pekerja dibayar lebih tinggi daripada living wage, mungkin kerajaan boleh memberikan pengecualian cukai satu atau dua peratus supaya mereka ini terdorong untuk memberikan gaji yang lebih tinggi kepada pekerja mereka.

Dalam peralihan ke dunia digital, kerajaan perlu menyemak semula projek-projek pembangunan yang banyak membuka tanah yang terbiar kosong dan tidak berpenghuni.

Sebaliknya, kita mesti mempercepatkan akses rakyat kepada dunia digital melalui capaian mudah dan murah serta insentif pemilikan peranti. Kunci kemakmuran ekonomi ada pada pergerakan bebas, idea, modal, barang dan manusia. Jadi, kerajaan mestilah menilai dengan segera dasar-dasar yang bersifat mengekang kepada pergerakan bebas ini.

Perkara ketiga yang saya ingin sentuh ialah memperkemaskan jaringan keselamatan sosial. Kebelakangan ini, heboh tentang pengeluaran RM10,000 wang KWSP pencarum. Baru-baru ini Ketua Pembangkang yang sebelum ini mengambil sikap keras bahawa kerajaan yang seharusnya mengambil segala daya usaha untuk memastikan rakyat dibantu, bukanlah dengan mendahulukan. Rakyat terpaksa keluarkan simpanan hari tua mereka dan sebentar tadi ataupun semalam, beliau mengambil pendirian, sekiranya benar kerajaan tidak dapat membantu, maka haruslah dibenarkan pengeluaran ini kepada pencarum-pencarum.

Saya mesti ingatkan di sini bahawa apabila pencarum terpaksa mengeluarkan duit mereka, itu bererti ada yang tidak kena pada dasar kerajaan kerana kerajaan sudah tidak lagi boleh membantu sampaikan pencarum terpaksa keluarkan simpanan yang seharusnya dikeluarkan kemudian. Jadi, apakah kerajaan telah exhaust ataupun telah menggunakan segala usaha untuk membantu mereka ini?

Saya pernah memberikan cadangan di Dewan ini, misalnya kalau kita katakan mereka ini boleh dibenarkan atas faktor bencana, kenapa tidak kita gunakan peruntukan yang sedia ada yang mana sebelum ini kita ada bantuan untuk baiki rumah. Sebelum ini RM13,000, sekarang RM20,000. Kita ada bantuan untuk ganti rumah sehingga sekarang.

Dulu 50,000 sekarang RM70,000.

final • 2:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Kenapa tidak kita masukkan kita masukkan satu lagi kategori bahawa mereka yang layak untuk memohon bantuan ini adalah mereka yang terlibat dengan bencana.

Kenapa kita tidak masukkan lagi ciri-ciri yang lain untuk kita melonggarkan supaya lebih ramai yang layak menerima bantuan-bantuan ini? Kenapa kita menyempitkan proses bantuan ini dan memaksa pencarum ini mengeluarkan simpanan mereka terlebih dahulu.

Seharusnya pengeluaran caruman ini menjadi pilihan yang kemudian.

Kerajaan mestilah mendahulukan segala daya usaha yang mungkin sebelum kita menggesa rakyat untuk mengeluarkan duit sendiri. Sebenarnya, tuntutan ini mendedahkan bagi saya kelemahan ketara dalam jaringan keselamatan sosial kerajaan.

Kita masih gagal menangani sumber hutang isi rumah yang begitu tinggi. Rantaian persekitaran monopoli dan juga sumber mati (dead resources) yang tidak dapat dimanfaatkan kerana pelbagai dasar kerajaan yang mengekang.

Sejak tahun 2009 hingga tahun 2018 iaitu sepanjang pentadbiran Yang Berhormat Pekan sebagai Perdana Menteri kita telah mengurangkan subsidi dan juga perbelanjaan sosial dengan begitu besar. Kalau pada zaman akhir pentadbiran Tun

final • 3:00 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Abdullah bin Ahmad Badawi, perbelanjaan sosial dan juga subsidi berada pada sekitar RM74 bilion. Pada akhir pentadbiran Yang Berhormat Pekan, jumlahnya hanya tinggal RM30 bilion sahaja. Ini bermaksud kita telah mengurangkan lebih RM40 bilion. Ke manakah penjimatan ini dialihkan?

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua saya ingin menyentuh tentang memupuk perpaduan rakyat. Sejak sebelum merdeka kita menghadapi isu perpaduan yang serius dari semasa ke semasa. Makna perpaduan – tetapi perpaduan bukanlah bererti keseragaman dan unity is not uniformity. Ia hanyalah mungkin lebih baik sekiranya keadilan dapat diterjemahkan dalam kehidupan kita bersama. Sebanyak manapun perbezaan kita Malaysia adalah negara kita bersama. Sejak merdeka, antara masalah asas perpaduan yang kita kenal pasti ialah jurang pembangunan dan juga jurang kaya miskin.

Saya pernah berbahas di Dewan ini tentang keperluan untuk kita merancang pembangunan secara berbalik (reverse development) di mana peruntukan pembangunan mestilah dibanyakkan untuk negeri-negeri termiskin. Kita mesti menghidupkan luar bandar dengan rantaian pembangunan wajar. Kita mesti menghebatkan pertanian tetapi sayang pertanian masih terperangkap dalam isu berulang tentang input pertanian yang begitu lemah. Setiap tahun kita akan mendengar ada masalah baja, masalah racun antaranya lambat sampai, tidak sampai cukup dan harga mahal.

Jadi ini bagi saya untuk menunjukkan komitmen kita yang begitu lemah dalam usaha untuk kita menggubah luar bandar untuk menjadi lebih hebat. Satu daripada cara untuk kita menggalakkan perpaduan ialah melalui pendidikan inklusif. Sebelum ini, Kementerian Pendidikan ada melaksanakan Program Pendidikan Intervensi Tambahan Opsyen (PITO). Sebanyak seramai 360 guru telah diberikan tajaan. Mengapakah sebahagian guru-guru ini khususnya 11 orang guru di negeri Perlis masih belum diberikan penempatan? KPM sudah taja mereka untuk sambung pengajian selama satu tahun setengah.

Apabila mereka habis mereka terbiar, tidak dimanfaatkan. Jadi, apakah tujuan perbelanjaan ini sekiranya mereka ini tidak mahu dimanfaatkan? Saya juga ada menerima laporan bahawa dalam skim one-off guru interim bahasa Inggeris. Tidak semua guru-guru dipanggil, yang mana sebahagian mereka yang dipanggil ini tidak ada latar belakang dalam bidang pendidikan dan mereka ini pun tidak ada sijil ujian Bahasa Inggeris seperti MUET. Jadi, ada sebahagian guru agak terkilan dengan tindakan kementerian. Jadi, berharap perkara ini dapat diperbetulkan. Selain itu...

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Masih panjang lagi?

final • 3:00 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Saya ada dua baris lagi.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, sila.

final • 3:00 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Selain itu dalam aspek perpaduan, sudah tentulah tentang sukan adalah perkara yang sangat penting. Kita selalu menjadikan sukan sebagai elemen penting untuk memupuk perpaduan. Kita akan menghadapi Sukan SEA pada bulan Mei dan juga Sukan Komanwel pada bulan Julai.

Jadi apakah tahap persediaan kita? Kenapakah atlet-atlet ini ramai yang telah dipotong elaun? Jadi, bagaimanakah kebajikan mereka dapat dijaga? Adakah mereka telah dimaklumkan lebih awal tentang pemotongan elaun ini? Kita dapat lihat dalam beberapa berita ramai bekas-bekas atlet negara yang terbiar dan ada yang terpaksa menjual tisu dan sebagainya untuk menampung kehidupan mereka.

Mengapakah ini boleh berlaku? Saya minta penjelasan daripada Kementerian Belia dan Sukan. Terakhir Tuan Yang di-Pertua, tentang perkara pelancongan. Saya mendapat aduan daripada pengguna-pengguna, pelancong dan juga pengusaha feri di Kuala Perlis. Mereka minta supaya satu kebebasan persaingan dapat diadakan di sana supaya lebih banyak syarikat dapat memberikan perkhidmatan feri. Perkhidmatan feri tak cukup. Apabila kita buka Langkawi sebagai lokasi awal untuk pelancongan feri tidak cukup jadi ramai pelancong yang terkandas atau perkhidmatan tidak cukup pada waktunya.

final • 3:00 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Biasanya orang kalau sudah pergi melancong ini orang akan balik kemudian.

Orang tak berebut hendak balik awal sebab rugilah dia sudah berbelanja. Jadi bila feri tidak cukup ramai yang terkandas dan ramai yang tidak dapat bergerak pada waktunya.

Terkait dengan ini juga ada feri yang tidak dapat bergerak kerana air cetek.

Jadi, kalau ikut pengerukan perairan di Kuala Perlis ini Jabatan Audit Negara pernah menegur kerana kita telah berbelanja lebih – ini Jabatan Audit Negara pada tahun 2016 pernah menegur kerana kita telah berbelanja lebih RM500 juta sejak dari tahun 2005 untuk perkara ini.

Ini kalau dalam peribahasa kita, kita kata ‘mahal tali daripada beruk’ maksudnya kalau kita sudah belanja sampai RM500 juta baik kita buat feri baharu dan jeti yang lebih baharu supaya pengguna tidak lagi berhadapan dengan masalah atau pengusaha- pengusaha tidak lagi berhadapan dengan masalah. Jadi, kita perlukan penyelesaian tuntas yang dapat memberikan manfaat kepada semua. Demikian perbahasan saya Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Usul Titah Diraja.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Seterusnya, saya ingin menjemput pembahas yang ke-105, Yang Berhormat Batang Lupar, 15 minit.

final • 3:00 PM

Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada Batang Lupar mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini. Terlebih dahulu saya ingin menjunjung kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Mesyuarat Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen ke-14 baru-baru ini.

Batang Lupar turut menzahirkan kesyukuran dengan Titah Tuanku atas kestabilan politik yang dikecapi kini menerusi kerjasama dwipartisan melalui Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara pihak kerajaan dan pembangkang.

Tuan Yang di-Pertua, bertitik tolak daripada itu agenda pembangunan negara dapat dijayakan demi kepentingan rakyat dan masa hadapan negara dengan landskap politik negara yang lebih stabil. Saya percaya hasil kesepakatan dan kematangan inilah maka pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 yang telah berjaya diluluskan pada Disember lalu merupakan antara langkah ke hadapan yang terbina. Peristiwa bersejarah ini akan kekal terpahat sebagai transformasi penting buat seluruh rakyat Malaysia terutamanya bagi kami anak Sarawak.

Perjanjian Malaysia 1963 adalah antara perjuangan penting untuk semua kami wakil rakyat dari Sarawak. Justeru itu, saya berdiri teguh di belakang Yang Amat Berhormat Primer Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg untuk terus menyuarakan perkara ini sehinggalah status Sarawak sebagai rakan kongsi dalam Malaysia dilaksanakan seperti termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah mewujudkan jawatankuasa tertinggi dan jawatankuasa teknikal bagi membincangkan secara terperinci pelaksanaan MA63.

Saya mohon supaya sama-sama kita perincikan kandungan cadangan pindaan kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan nanti, bertitik tolak daripada kejayaan Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang ini. Diharapkan dengan mengiktiraf MA63 dalam Perlembagaan, kerajaan boleh merujuk kepada semua janji yang dibuat pada tahun 1963 secara terperinci dan dinyatakan dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan kajian mendalam laporan Suruhanjaya Cobbold mengenai tuntutan Sarawak dan Sabah.

Saya juga ingin menarik perhatian Dewan agar kedudukan Sarawak dan Sabah sebagai sebuah wilayah diberikan hak yang sewajarnya terutamanya daripada aspek

final • 3:06 PM

Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar

peruntukan bersesuaian dengan keluasan wilayah dan status terkini selaras dengan semangat MA63.

Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) yang ditubuhkan untuk menyelesaikan butiran akhir Perjanjian Malaysia 1963, telah menyatakan dalam perenggan 24 laporannya bahawa Sarawak dan Sabah mesti diwakili dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ia adalah mandatori.

final • 3:06 PM

Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar

Namun, sehingga kini Sarawak tidak pernah diwakili dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri. Di dalam Perenggan 24(1) IGC, jelas tertera rekomendasi tuntutan sejak tahun 1962. Jadi, sudah tiba masanya perkara ini dipandang serius dan seterusnya dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan dengan segera.

Kerajaan Sarawak dimaklumkan sedang mengkaji untuk menuntut hak Sarawak agar mempunyai wakil dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi mendapatkan angka tepat hasil negara. Perkara ini adalah penting kerana apabila pendapatan seluruh negara diketahui, maka Sarawak boleh menuntut jumlah yang sewajarnya berdasarkan hak dan undang-undang seperti mana yang termaktub di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, apabila kita bercakap tentang keselamatan, pemahaman umum ialah kerajaan dan jenteranya seperti kementerian, polis dan institusi keadilan bertanggungjawab untuk melindungi dan mempertahankan kesejahteraan negara dan rakyat. Istilah keselamatan negara adalah sesuatu yang penting dan perlu diperingatkan memandangkan kerajaan hari ini harus sedaya usaha melindungi negara walau dalam apa keadaan dan ancaman.

Dalam isu keselamatan manusia atau human security dengan izin, juga dikenali sebagai non-traditional security dengan izin, tumpuan adalah kepada individu dan masyarakat secara lebih berfokus dan terarah. Aspek keselamatan manusia ini berpandukan kepada semua manusia, hendaklah bebas daripada ketakutan, kekurangan dan rasa terhina. Elemen inilah yang perlu diambil kira dalam setiap dasar dan tindakan yang diambil pelaksana bagi memastikan hak kemanusiaan ini tidak sewenang- wenangnya dicabuli. Nilai-nilai kemanusiaan ini berkait rapat dengan prinsip SDG yang bersifat universal, tiada sesiapa ketinggalan, inclusive dan juga kepelbagaian. Kerjasama antara pemegang taruh yang saling berhubung dan tidak boleh dipisahkan.

Keselamatan manusia dan prinsip tiada sesiapa pun ketinggalan adalah isu yang sangat berkait rapat di mana kita sedaya upaya berusaha untuk memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat dengan penuh komited, dengan memastikan tiada sesiapa pun yang tercicir serta saling mendekati golongan yang memerlukan dan serba kekurangan.

Capaian kepada golongan ini tidak mengira tempat, masa mahupun latar belakang.

Kekurangan yang mereka harungi ini perlulah diatasi walaupun dengan apa pun cabaran kerana inilah tanggungjawab kerajaan, pemerintah, pemimpin setempat serta masyarakat sekitar, setidak-tidaknya dalam memenuhi keperluan asas mereka.

Seperti yang dinyatakan bahawa 17 prinsip SDG berkait rapat dan aspek keselamatan manusia boleh dirangkumkan kepada tujuh domain yang telah diguna pakai oleh UNDP pada tahun 1994. Tujuh domain tersebut adalah:

(i) ekonomi;

(ii) makanan;

(iii) kesihatan;

(iv) persekitaran;

(v) peribadi;

(vi) masyarakat; dan

(vii) politik.

final • 3:10 PM

Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar

Saya ingin menarik perhatian Dewan supaya perkara ini diteliti agar aspirasi negara untuk mengadaptasi SDG di dalam setiap aspek pentadbiran pelaksanaan dapat dirungkaikan dengan lebih jelas. Kerajaan perlu mengambil perhatian bahawa dalam hal keselamatan manusia domain yang saya nyatakan pada awal tadi meliputi:

(i) keselamatan ekonomi – SDG8;

(ii) keselamatan makanan – SDG1 dan SDG2;

(iii) keselamatan kesihatan – SDG4;

(iv) keselamatan alam sekitar – SDG13, SDG14 dan SDG15;

(v) keselamatan peribadi meliputi semua 17 SDG;

(vi) keselamatan komuniti – SDG9 hingga SDG11, yang memastikan masyarakat dalam komuniti dilayan sama rata dengan mengurangkan jurang ketidaksamaan; dan

(vii) keselamatan politik untuk memastikan keamanan dan kestabilan dengan mementingkan perlindungan hak asasi manusia dan kesejahteraan masyarakat dengan menekankan SDG16.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia dijangka beralih pada status negara tua lebih awal berbanding unjuran yang dibuat sebelum ini. Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang tahun 2030 apabila dijangka 15.3 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negara adalah berusia 60 tahun ke atas berdasarkan unjuran data Jabatan Perangkaan Malaysia. Ini bermakna populasi warga emas ketika itu akan menjangkau 5.8 juta orang daripada keseluruhan 38.1 juta jumlah penduduk negara.

Jadi, adalah penting bagi warga emas kekal aktif dan produktif seiring dengan peningkatan usia mereka. Malaysia perlulah mempunyai lebih banyak bandar mesra golongan warga emas pada masa depan apabila tujuh peratus rakyat negara ini terdiri daripada kalangan penduduk 65 tahun.

Syabas diucapkan kepada bandar Taiping, Perak yang telah dipilih sebagai bandar pertama di Malaysia bagi menjayakan projek rintis Taiping Bandar Mesra Usia atau Age-friendly City@Taiping. Dengan suntikan dana daripada Tabung Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) sebanyak RM1.1 juta bagi fasa pertama.

Bertitik tolak daripada itu kerajaan perlu bertindak lebih proaktif dalam berdepan dengan isu negara tua dan penduduknya kini, memandangkan ia memerlukan pelan dasar dan tindakan secara rentas.

[Batuk] Maaf.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang atau RUU Anti Gangguan Seksual adalah sesuatu yang hangat diperdebatkan ketika ini. Ia adalah sangat relevan untuk diperincikan semula supaya perjuangan selama 30 tahun berdepan dengan isu ini tidak sia-sia. Umum telah mengetahui bahawa rang undang-undang ini akan dibentang untuk bacaan kali kedua dan saya sangat menyokong pindaan yang akan dibuat. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, terbatuk sedikit ya. Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Kota Melaka, 15 minit.

final • 3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Kota Melaka untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, Yang di-Pertuan Agong memandang serius tentang isu rasuah yang berlaku. Ya, kita boleh lihat dalam Titah Yang di-Pertuan Agong dan memang betul rasuah itu merupakan faktor yang terpenting untuk menentukan sama ada sesebuah negara itu boleh menjadi maju atau tidak. Kalau kita lihat senarai nama 10 buah negara

final • 3:18 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

yang termaju di dunia ini kita dapati indeks rasuah mereka adalah berada di tempat yang terendah ya, indeks rasuah mereka adalah rendah.

Jadi, kita ambil satu contoh, Singapura. Singapura hari ini adalah satu negara yang maju. Indeks rasuah mereka adalah amat rendah. Ini juga diguna pakai – contoh Singapura ini diguna pakai oleh rakan-rakan kita daripada PAS apabila mereka kempen di Johor. PAS kata Singapura boleh jadi satu negara maju kerana tidak ada UMNO di sana. Saya sambung, sebab UMNO itu ialah kata ganti rasuah. UMNO itu serupa ialah rasuah. Oleh sebab itu apabila ada UMNO di Malaysia, ada rasuah sebab itu negara kita tidak boleh maju.

Kenapakah saya kata begitu Tuan Yang di-Pertua? Sekarang di Johor ada pilihan raya. UMNO dan Barisan Nasional mereka menggunakan siapa sebagai ikon untuk menarik undi di Johor? Yang Berhormat Pekan.

final • 3:18 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Siapa itu Yang Berhormat Pekan? Telah dijatuhkan hukuman sah rasuah oleh mahkamah rayuan. Mahkamah rayuan kata itu adalah satu kes yang amat memalukan negara kita di mata dunia. Amat memalukan. Akan tetapi hari ini UMNO, Barisan Nasional menggunakan Yang Berhormat Pekan untuk memancing undi. Itu memang satu parti yang rasuah.

Tuan Yang di-Pertua, kembali balik kepada isu rasuah ini. Kalau kita betul-betul hendak lawan rasuah, kita perlu memastikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu adalah satu entiti yang berintegiriti. Kalau SPRM perlukan berintegriti sudah pasti orang nombor satu dalam SPRM iaitu Ketua Pesuruhjaya SPRM harus berintegriti. Maka, dalam kes yang berkaitan dengan Azam Baki di mana memiliki saham lebih daripada yang dibenarkan. Apabila kes ni dibongkarkan, sehingga hari ini masih belum ada satu siasatan yang lengkap yang menyeluruh tentang kes ini.

Hari ini tidak ada. Sungguh pun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata kes ini harus ditutup sebab Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sudah buat siasatan. Akan tetapi kita harus ingat Tuan Yang di-Pertua, waktu kes ini dibongkarkan satu sidang media khas telah diadakan oleh Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah khas diadakan untuk minta Azam Baki beri penerangan. Dalam sidang media khas tersebut Azam Baki kata dia tidak bersalah kerana akaunnya digunakan oleh adiknya. Dia berkata begitu. Dia tidak bersalah sebab akaun dia digunakan oleh adiknya.

Selepas itu Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkata, “Eh tidak boleh, akaun mana boleh dipakai oleh orang lain. Itu salah.” Mereka mahu siasat. Akan tetapi selepas siasat, SPRM pula berkata hendak siasat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pula. Siasat menyiasat, akhirnya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berkata tidak ada kes. Begitu juga dalam jawapan yang mereka beri kepada saya dalam soalan lisan yang saya tanya. Di mana SC mengatakan mereka mengesahkan Azam Baki ialah pemilik akaun dan mempunyai kuasa penuh. Tidak ada kes. Apabila SC berkata begitu, serta-merta Azam Baki terus ucapkan terima kasih kepada SC kata terima kasih kerana membersihkan nama dia. Soalannya, sidang media khas dia berkata itu akaun diguna oleh adiknya. Sekarang SC berkata tidak ada. Dia sendiri guna.

Jadi, Azam Baki sudah berbohong dalam sidang media. Bagaimana seorang bernombor satu dalam SPRM boleh bohong secara terus terang, openly dan tiada siasatan, tiada tindakan. Saya tanya dalam Dewan juga. Soalan lisan. Saya bertanya adakah Tan Sri Azam Baki telah mengisytiharkan pemilikan saham pada tahun 2015 sehingga 2016 seperti mana yang diwajibkan dalam Peraturan 10, Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Jawapan ini adalah daripada Parlimen. Dia mengatakan bagi kes pegawai ini iaitu Azam Baki, beliau telah mengisytiharkan harta kepada Ketua Jabatan iaitu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada masa tersebut.

Kalau mengikut jawapan ini, ertinya Azam Baki ada laporkan kepada ketua dia pada waktu tersebut. Ketua Pesuruhjaya pada waktu tersebut ialah Abu Kassim dan juga Dzulkifli Ahmad pada waktu tersebut. Jadi, saya hendak minta kedua-dua bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM ini hari ini tampil ke depan untuk mengesahkan betulkah Azam Baki

final • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

ada lapor kepada mereka. Kalau ya, kenapa tiada tindakan diambil kerana mereka sudah salah laku. Oleh sebab kalau mengikut undang-undang, mereka tidak seharusnya memiliki lebih daripada RM100,000 dan dia jelas melanggar seksyen 23 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3/2002.

Saya tidak tahu sama ada hari ini— ini adalah satu amalan atau sesuatu yang amat normal dalam sektor penjawat awam. Saya tidak tahu. Kenapa isu ini bila dibongkarkan tidak ada tindakan? Adakah penjawat awam lain juga buat sedemikian?

Kenapa pada ketika itu Ketua Pesuruhjaya SPRM tahu tidak ambil tindakan? Jadi, saya minta supaya pihak kerajaan boleh memberi penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, ada ura-ura pula kata Azam Baki akan bersara kerana kontraknya akan tamat pada bulan ini. Jadi, saya hendak minta kerajaan supaya memberi penjelasan sama ada itu satu ura-ura yang akan menjadi satu kenyataan ataupun mereka akan gunakan cara ini untuk merehatkan dia? Menyarakan Azam Baki. Akan tetapi isu pokoknya bukannya Azam Baki bersara maka kes ini tutup, full stop. Siasatan harus dijalankan. Saya minta satu jawatankuasa khas yang bebas ditubuhkan untuk menyiasat semua perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang saya hendak bangkit ia berkaitan dengan COVID-19. Sudah lebih daripada dua tahun negara kita berhadapan dengan pandemik COVID-19. Saya jangka tidak lama lagi kita akan masuk kepada fasa endemik. Saya setuju dengan langkah yang akan diambil untuk mengisytiharkan negara kita akan masuk ke endemik. Oleh sebab itulah memang satu jalan keluar. Akan tetapi kita harus buat dengan teratur, dengan terkawal supaya kita boleh dapat satu pengimbangan antara kesihatan dan juga ekonomi.

Kalau kita lihat setakat ini kita boleh lihat setiap hari kes yang dilaporkan adalah antara 20,000 hingga 30,000 kes. Satu angka yang besar. Akan tetapi saya percaya oleh sebab masing-masing ramai rakyat COVID-19 sudah ambil vaksin, maka apabila mereka COVID-19, tiada simptom. Tiada simptom kita tidak harus leka. Kita juga harus memastikan mereka yang dijangkit mereka akan kuarantin. Kalau kuarantin mereka perlu tujuh hari. Sudah pasti dalam tujuh hari ini mereka dikuarantinkan terutamanya bagi mereka golongan B40 ataupun mereka yang bekerja sendiri, mereka akan terkesan daripada kuarantin tersebut kerana pendapatan mereka terjejas. Jadi dari segi ini, bagaimana kerajaan boleh bantu mereka?

Sebelum ini NADMA mereka ada bagi di mana kuarantin satu hari boleh beri RM100. Akan tetapi saya dapat banyak aduan di mana penyakit COVID-19 ini mereka ada pohon, telah diluluskan tahun lepas bulan Oktober tetapi sehingga kini belum terima lagi duit bantuan tersebut. Jadi, saya difahamkan tabung itu ditubuhkan di mana dananya adalah hasil kutipun ataupun sumbangan daripada badan-badan korporat. Mungkin Kementerian Kewangan juga ada beri peruntukan. Saya percaya peruntukan tersebut ataupun dana dalam tabung itu sudah habis. Oleh sebab itu yang lulus sudah tiga, empat dan lima bulan pun belum terima lagi.

Dalam hal ini, saya ingin menyeru kepada Kementerian Kewangan supaya dapat memberikan peruntukan khas segera kepada tabung tersebut supaya dapat berikan peruntukan tersebut kepada mereka. Ini adalah tersasar. Kalau pagi ini Yang Berhormat Menteri Kewangan kata mereka akan tumpu kepada golongan yang tersasar untuk bantu mereka, saya rasa ini perlu kita segerakan untuk bantu mereka.

final • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Begitu juga kalau kita lihat kes yang meninggal dunia akibat daripada COVID-19 ini juga agak tinggi. Satu hari lebih kurang lima hingga 70 orang pesakit meninggal dunia akibat daripada COVID-19. Sebelum ini kerajaan juga ada beri RM5,000 untuk keluarga si mati. Akan tetapi, kita juga dapati ramai yang belum terima wang bantuan tersebut yang ditawarkan oleh NADMA. Jadi dalam hal ini, saya harap supaya satu tindakan yang drastik, yang segera, yang berkesan dapat bantu mereka ini ya.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang saya hendak bangkit ialah berkaitan dengan banjir. Beberapa hari yang lepas di Kuala Lumpur kita lihat banjir mengejutkan kita semua. Waktu hujan lebat tersebut Tuan Yang di-Pertua, kebetulan saya juga

final • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

tersangkut dalam traffic jam dan saya dapat lihat dengan mata saya sendiri, di lorong yang kanan kereta ditenggelami oleh air. Saya lihat dengan mata saya sendiri semasa saya hendak datang ke Parlimen. Nasib baik semasa itu saya jalan utama, saya tak pusing ke kiri. Kalau saya masuk ke kiri, kereta saya akan habis ditenggelami oleh air.

Setiap kali apabila perkara sedemikian berlaku, banjir berlaku – ini termasuk di Melakalah ya Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua dari Batu Pahat, saya percaya sana pun ada banjir. Satu Malaysia banyak tempat banjir termasuk di Melaka. Di Melaka saya lihat ada kawasan-kawasan, sesetengah kawasan selalunya apabila adanya banjir, jawapan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat ataupun kerajaan negeri, jawapannya standard. Hujan luar biasa, isi padu air hujan yang terlalu tinggi, hujan terlalu lama – empat lima enam jam sebab itu banjir. Oh, itu adalah fenomena paras air laut meningkat, sebab itu banjir. Itu jawapan standardlah. Akan tetapi, ada sesetengah tempat contohnya di kawasan saya Taman Merdeka Jaya, Taman Malim Jaya. Ini kawasan merupakan hotspot, kawasan hitam banjir kilat. Setiap kali hujan sahaja, banjir kilat berlaku di sana.

Saya minta lagi dua minit ya Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya.

final • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Memandangkan tak ramai orang, saya pendekkan saya punya ucapan.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, rumuskan. Baik, boleh.

final • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kita lihat setiap kali dia kata – oh. Akan tetapi tempat yang sama, berulang-ulang. Hujan dua jam, banjir. Hujan tiga jam, banjir.

Bagi saya itu bukan lagi namanya bencana. Itu namanya ialah kegagalan. Kegagalan sesetengah unit ataupun agensi kerajaan tidak melakukan kerja mereka dengan baik, tidak merancang dengan baik, tidak membuat kerja dengan berkesan. Akhirnya, ada kawasan-kawasan yang terpaksa menghadapi banjir kilat sedemikian.

Saya hendak tanya kepada JPS. Kalau kita kata satu kawasan ada ramai penduduk, ada banyak rumah, kita akan buat jalan baharu. Hari ini kita semua tahu, Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar tadi jawab oleh sebab perubahan iklim, cuaca ubah, isi padu air hujan sudah banyak. Jadi, apakah langkah kita? Perlukah kita mendalamkan sungai yang sedia ada ataupun kita perlu buka atau bina atau buat sungai baharu? Semua ini tidak ada perancangan. Setiap kali dia kata, okey selepas banjir kilat, kerajaan meluluskan peruntukan ratusan juta, kita akan jalankan projek ini, projek itu. Selepas itu, banjir ulang lagi. Repeat, berulang lagi. Setiap kalilah. Kita boleh simpan surat khabar lama. Setiap kali bila banjir, kita simpan. Percakapan, penerangan pihak kerajaan sama juga. Jadi, apa yang saya hendak bangkitkan di sini adalah...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Rumuskan Yang Berhormat, sudah habis masa. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya. Kita minta supaya kita perlu tubuhkan satu jawatankuasa khas, ajak ahli akademik, ajak pakar. Semua duduk dan fikir macam mana kita hendak selesaikan masalah banjir ini. Saya beri satu contohlah. Last Tuan Yang di-Pertua, di Melaka, barrage muara Sungai Melaka sudah rosak 10 tahun, tak di-repair. Bila Pakatan Harapan jadi kerajaan, saya minta peruntukan, dapat RM10 juta.

Lulus pada tahun 2019. Sampai hari ini kelulusan sudah ada, peruntukan sudah ada, kerja baiki barrage tersebut belum buat, belum siap. Saya pergi lawat tapak. Itu projek RM10 juta punya projek, tetapi saya lihat yang kerja sana macam buat RM100,000 punya kerja.

Macam mana kita hendak expect masalah ini boleh selesai? Oleh sebab itu saya minta kita mesti perlu ambil berat dan betul-betul hendak selesaikan masalah ini.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Okey Yang Berhormat, baik.

final • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dengan itu, sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Libaran, 15 minit.

final • 3:30 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Bismillahi Rahmani Rahim . Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Libaran untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja sempena pembukaan penggal Parlimen. Saya ucapkan selamat petang dan salam sejahtera kepada rakan-rakan saya yang berada di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk melafazkan doa saya kepada mangsa yang dalam keadaan banjir di negeri Pantai Timur serta negeri-negeri di Wilayah Persekutuan yang dilanda banjir kilat dengan harapan segera pulih dan kekal selamat mereka. Bencana mempunyai kesan sosial dan ekonomi yang nyata atas komuniti atau negara yang dilanda bencana adalah bencana alam ataupun bencana akibat daripada kelalaian manusia. Apabila bencana melanda, individu, industri dan juga kerajaan perlu bekerjasama dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa terlibat bagi mengurangkan lagi kesusahan, mengurangkan lagi penderitaan mereka dalam tekanan mereka hadapi pada masa itu.

Umpamanya berlaku banjir di kawasan saya iaitu yang telah melanda di Kampung Sungai Memanjang pada bulan Januari tahun ini. Hampir setiap tahun banjir ini berlaku bila hujan lebat. Saya dapati dan saya menyaksikan sendiri bahawa sekadar kemudahan rumah transit adalah tidak mencukupi untuk menampung dan mengurus mangsa-mangsa banjir ini. Justeru itu, saya mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan supaya dapat membina balai raya dan dewan serba guna yang juga boleh dijadikan PPS supaya bantuan dan pengurusan mangsa banjir ini dapat dijalankan secara berkesan.

Cadangan saya ini bukan hanya memfokuskan kepada kawasan saya, bukan juga berfokuskan kepada Sabah atau Sarawak, tetapi di seluruh negara di Semenanjung Malaysia. Ini kerana di mana yang terlibat banjir ini ialah kesengsaraan rakyat. Jadi saya mohon supaya PPS disediakan untuk mangsa-mangsa ini demi kesejahteraan mereka, rakyat yang kita sayangi.

final • 3:36 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Tuan Yang di-Pertua, negara pada hari ini dan berdepan dengan cukup mencabar sejak berlakunya pandemik COVID-19. Pada tahun 2022, keadaan bertambah rumit dengan berlakunya banjir di Malaysia iaitu tahun 2021 dan juga tahun 2022. Sekarang ini pula yang kita lihat bahawa krisis Rusia dan Ukraine yang menyaksikan lebih banyak impak terhadap ekonomi global terutamanya dalam fasa pemulihan pandemik.

Dalam konteks ini bahawa pergolakan krisis ini sekali-kali menjelaskan ekonomi, harga barangan komoditi utama, kerajaan perlu memantau kesan global ini daripada segi kestabilan harga barangan, rantaian bekalan makanan, minyak petrol agar tidak terjejas terutamanya dalam menjelang bulan Ramadhan dan hari raya yang akan datang ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya dengan penuh takzimnya Menjunjung Kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dalam memperkenankan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 yang secara rasminya mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi setara dengan Semenanjung Malaysia. Saya selaku Ahli Parlimen dari Sabah sentiasa menyokong di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah untuk saya menyuarakan kepentingan Sabah di Dewan yang mulia ini.

Detik bersejarah sebenarnya telah menyaksikan bahawa kematangan politik di negara ini membolehkan negeri Sabah dan Sarawak berkongsi kemakmuran dan melangkah ke hadapan bersama Malaysia. Satu faktor luaran yang kita tidak boleh abaikan ialah pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur pada tahun 2024.

Memang kita tidak mahu ketinggalan dengan negara jiran seperti Indonesia. Bayangkan Tuan Yang di-Pertua, nanti ibu kota Indonesia berjiran dengan Sabah sudah tentunya ia akan memberi saingan ekonomi, saingan teknologi serta saingan dan peluang-peluang yang lain.

final • 3:40 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Justeru itu, pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam, utiliti serta penyediaan prasarana yang lebih baik adalah penting untuk persaingan di negeri Sabah.

Walau bagaimanapun, kita tahu bahawa Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dan Sarawak bakal mampu memacu pembangunan wilayah ini serta pertumbuhan ekonomi setempat.

Perkara yang saya ingin bangkitkan di Dewan yang mulia ini ialah proses pembinaan Pan Borneo di Sabah adalah lambat dibandingkan dengan Sarawak. Oleh yang demikian, saya menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri Sabah agar setiap projek Pan Borneo dilaksanakan menerusi mekanisme inisiatif kewangan swasta (PFI) agar projek ini dapat direalisasikan dalam tempoh jangka masa yang pendek dan rakyat Sabah dapat menikmati kemudahan infrastruktur awam yang dinanti-nantikan. Tambahan lagi, Lebuh Raya Pan Borneo dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Sabah seperti manfaat Lebuh Raya PLUS di Semenanjung Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, selain menitikberatkan pembangunan infrastruktur asas di negeri Sabah, pengukuhan keselamatan sempadan Kalimantan juga merupakan sebagai satu aspek yang penting iaitu laluan tikus yang melibatkan penyusupan pendatang haram serta penyeludupan. Ini juga harus diberi fokus utama kerana ia tidak sihat bagi ekonomi dan sosial serta ekonomi di negeri Sabah.

Selain itu, ancaman pelanunan di Malaysia khususnya di negeri Sabah. Bukanlah ia ini sebagai satu isu baharu, lanun-lanun yang digeruni ini dikenal pasti aktif melakukan jarahan dan serangan ke atas kapal-kapal pedagang di Perairan Sulu, Selat Melaka serta Singapura sehingga ke Teluk Bengal. Pada tahun 2000, ancaman yang suatu ketika dahulu hanya dianggap sebagai ancaman lanun, kini mulai kita lihat telah berevolusi kepada ancaman berbentuk baharu iaitu ancaman kidnapping for ransom (KFR).

Umpamanya kes penculikan bersenjata di Sandakan pada tahun 2015 serta Tragedi Lahad Datu pada tahun 2013.

Walaupun terdapat faktor luaran dan dalaman yang menyebabkan ancaman KFR terus berlaku di wilayah Pantai Timur Sabah sehingga ke hari ini, namun amat dialu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk memperketat lagi pengawasan keselamatan di negeri Sabah khususnya di kawasan pantai timur diperkukuhkan dengan pemantauan ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu ATM di Kem Kukusan, Tawau serta Markas Wilayah Laut 2

(MAWILLA 2) di tempatkan di Sandakan.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang hangat lagi diperdebatkan kebelakangan ini di negeri Sabah ialah cadangan kad warga asing sebagai dokumen pengenalan diri untuk golongan yang tinggal lama di Sabah termasuk juga kanak-kanak. Isu ini sentiasa menjadi buah mulut dan menjadi isu di negeri Sabah. Saya merasakan bahawa daripada kita memberi tumpuan istimewa terhadap warga asing, saya ingin menyeru kepada kerajaan supaya alihkan tumpuan kepada rakyat tempatan negeri Sabah.

Maksud saya, kita alihkan dan bagi bantuan terutamanya kepada penduduk asli Sabah yang tinggal di kawasan yang terpencil yang jauh di pedalaman yang berdepan dengan masalah kekurangan dengan dokumentasi kerana berdepan dengan masalah pengangkutan yang susah untuk mendaftar kelahiran mereka serta mendapatkan MyKad mereka sendiri sebagai orang Sabah, orang asli Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, isu sebelum ini yang ada sekarang ini ialah portal berita Sepanyol melaporkan penimbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa kepada waris Sultan Sulu berjumlah RM62.59 bilion susulan Malaysia didakwa tidak membayar wang pemisahan sejak tahun 2013 dan Malaysia dikatakan telah melanggar Perjanjian 1987 yang ditandatangani oleh Sultan Muhammad Jamalul Alam, Baron von Overbeck dan Alfred Dent mewakili Syarikat British Utara Borneo.

final • 3:40 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Jadi Tuan Yang di-Pertua, isu tuntutan Sultan Sulu saya bangkitkan di Dewan yang mulia ini sebab rakyat Sabah sudah tertanya-tanya dan amat khuatir jika Kerajaan Persekutuan dapat menangani isu ini dengan baik atau Kerajaan Persekutuan mempunyai langkah penyelesaian yang terbaik untuk menamatkan isu tuntutan Filipina terhadap negeri Sabah. Saya mohon kepada Kerajaan Persekutuan agar dapat memberi

final • 3:50 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

penjelasan sejelas-jelasnya kepada rakyat di negara ini terutama sekali rakyat di negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan saya pada petang ini, sesungguhnya saya ingin melafazkan selamat terus maju jaya kepada negara Malaysia dan kita dapat menempuh segala rintangan dan bergerak maju ke depan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Titah Diraja. Sekian, wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kuantan, 15 minit.

final • 3:50 PM

Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bismillahi Rahmani Rahim. Saya turut serta dalam perbahasan Titah Diraja pada kali ini dengan membawa tajuk yang begitu dekat di hati saya yang selama lebih 10 tahun saya berbahas tentang perkara ini di dalam Dewan yang mulia ini tetapi sehingga kini masih belum nampak jalan penyelesaiannya.

Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titahnya menyebut berkenaan dengan alam sekitar perlu dijaga, Malaysia juga komited kepada Sustainable Development Goals dan saya kira kita perlu menunjukkan di dalam tingkah laku dan juga diterjemahkan ke dalam tindakan kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya menerima jawapan kepada soalan saya kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 8 Mac berkenaan dengan status pusat pelupusan kekal (PDF) sisa Water Leached Purification Lynas sama ada telah mendapat kelulusan PLANMalaysia? Jawapannya saya bacakan.

*“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri Pahang Bilangan 2 Tahun 2021 pada 24 Jun 2021 telah memberikan persetujuan ke atas tapak pusat pelupusan kekal, permanent disposal facility (PDF) sisa WLP Lynas.

Seterusnya, kebenaran merancang telah diluluskan dengan pindaan PLAN oleh Majlis Bandaraya Kuantan pada 12 Januari 2022...”.* Tuan Yang di-Pertua, ini jawapan dalam Dewan, jawapan daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya ingin menunjukkan kepada Dewan yang mulia ini, satu apa yang dipaparkan di dalam website Majlis Bandaraya Kuantan berkenaan dengan Kajian Pelan Tindakan Khas Daerah Kecil Gebeng berkenaan dengan pelan guna tanah di Gebeng untuk kegunaan tapak pelupusan kekal Lynas.

Kajian bermula pada 13 September 2021 sehingga 11 Mac 2022. Maksudnya kajian itu akan berakhir esok. Belum habis lagi kajian ini, belum habis lagi dipamerkan kepada pihak awam tetapi Menteri sudah jawab sudah lulus, bulan Januari. Ini apa punya jawapan ini, Menteri? Ini patutnya – tak patut pun dibayar gaji Menteri yang buat kerja macam ini. Saya hendak tanya, Menteri kena jawab. Dalam jawapan ini juga mengatakan berkenaan dengan lulus persetujuan oleh Pelan Jawatankuasa Perancangan Negeri Pahang (PLANMalaysia@Pahang) 24 Jun. Saya ada minit 24 Jun, PLANMalaysia@Pahang. PLANMalaysia@Pahang kata, tidak perlu dirujuk ke Majlis Perancangan Fizikal Negara setelah mengambil kira keperluan, kesesuaian tapak tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, takkan lah PLANMalaysia tak tahu bahawa apa yang diminitkan oleh PLANMalaysia@Pahang ini bercanggah dengan undang-undang?

Undang-undang, the Town and Country Planning Act 1976 yang mengatakan; “Without prejudice, it shall be the duty of every Federal Government and State Government Department or agency to seek advice from the Council.” Majlis Pembangunan Tindakan Fizikal Negara lah. Sekiranya ada construction of a major national infrastructure including toxic waste disposal sites, di mana tapak

final • 3:51 PM

Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan

pelupusan kekal Lynas ini termasuk dalam kategori ini. Maksudnya kena luluslah PLANMalaysia. PLANMalaysia@Pahang boleh kata tak payah rujuk PLANMalaysia.

Menteri ini pula boleh jawab, dah lulus. Padahalnya Majlis baru pamer, esok baru habis.

Ini apa punya kerja ini?

Maksudnya saya tahu lah Tuan Yang di-Pertua, memang kerajaan dah kena tipu dari tahun 2008, masa mula-mula Lynas masuk. Akan tetapi kerajaan bertukar, lepas satu demi satu kerajaan, masih tak boleh selesai lagi masalah Lynas ini. Masih tak boleh buat sesuatu yang betul. Kenapa semua agensi, semua Menteri, semua yang menjawab ini, tak boleh jawab. Kuat sangat kah Lynas ini? Lynas ini tak bayar cukai, Tuan Yang di- Pertua. Syarikat Australia 100 peratus, tak bayar cukai 12 tahun. Yang kita nak defend sangat protect sangat ini, apa hal saya nak tanya Dewan yang mulia ini dan Menteri- menteri yang bertugas.

Orang tanya saya Tuan Yang di-Pertua, kenapa waktu PH dulu tak tutup Lynas?

Saya hendak beritahu Dewan yang mulia ini pada hari ini, sewaktu PH jadi kerajaan dahulu, Yang Berhormat Langkawi memang tak nak tutup Lynas. Yang Berhormat Langkawi tidak ada di sini, kalau tidak dia boleh jawab kenapa dia tak nak tutup Lynas.

Saya ketika itu tidak ada dalam Mesyuarat Kabinet. Saya Timbalan Menteri, saya tetap menyatakan di luar. Saya tak boleh hendak bahas tetapi memang Yang Berhormat Langkawi tak mahu tutup Lynas. Rakyat marah dan mungkin juga Yang Berhormat Langkawi tidak bersama-sama dengan kami, dengan saya, dengan mereka yang sama- sama memperjuangkan. Kenapa kita tak boleh ada Lynas di Kuantan?

Akan tetapi saya hendak beritahu Yang Berhormat Bakri sewaktu beliau menjadi Menteri telah cuba sedaya upaya untuk buat sesuatu untuk menyelamatkan keadaan di mana telah keluar arahan bagaimana Lynas perlu buat proses awal di Australia, the cracking and leaching, the first part of the process dengan izin, Tuan Yang di-Pertua dan itu telah pun dipersetujui oleh Lynas dan sekarang kilang tersebut sedang dibuat di Australia. Maksudnya sisa radioaktif itu akan dijana di Australia selepas siap kilang tersebut, the first part of the process. Akan tetapi kita masih ada satu juta metrik tan. Satu juta metrik tan sisa radioaktif itu yang berada di Gebeng, di sebelah kilang, yang tapak yang lain itu semua tak boleh pakai, ditolak oleh EIA. Bukit Ketam ditolak dan tak jumpa lagi tapak lain. Jadi seolah-olah hendak buat macam mana, benda ini sudah ada dekat sini. Jadi maka semua tutup mata dan kata okey boleh lah, tutup mata lah, hendak buat macam mana? Takkan lah rakyat, anak, cucu kita, generasi masa hadapan terpaksa terima kesilapan yang lampau. Takkan lah kita boleh jawab kepada anak cucu kita bagaimana kita hendak uruskan sisa radioaktif ini?

Tuan Yang di-Pertua, ini yang saya tidak faham. Kenapa kita sanggup langgar undang-undang? Kenapa kita sanggup tutup mata dan jawab soalan dengan cara yang main-main? Timbalan Menteri KASA pada 1 Disember 2021 sewaktu menjawab penggulungan daripada perbahasan saya, kata dia tak boleh jawab banyak perkara. Saya kata proses itu, PLANMalaysia dulu kah, lulus dulu? Dia kata tak boleh jawab. Dia kata hendak bagi jawapan bertulis. Sampai sekarang tak sampai jawapan bertulis. Lepas itu, saya tanya pula kenapa di Australia, sisa buangan Lynas itu dikategorikan sebagai low- level waste, radioactive waste tetapi di Malaysia kita kategorikan sebagai very low-level waste?

final • 3:51 PM

Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan

Dia pun tidak boleh jawab. Akan tetapi, dia luluskan EIA. Ini yang tidak faham ini. Jadi Yang Berhormat Menteri, jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak boleh jawab di dalam Dewan kata jawapan bertulis, lepas itu tidak bagi jawapan bertulis tetapi luluskan juga. Ini apa punya kerja ini?

Jadi ini yang saya - sudah lebih 10 tahun Tuan Yang di-Pertua, saya bercakap benda yang sama. Yang Berhormat Menteri dulu Yang Berhormat Tuaran dulu dia Menteri di sebelah sana.

[Merujuk kepada blok kerajaan] . Hari ini saya tanya dia balik, kenapa dulu macam ini? Dia kata dia pun tidak boleh jawab tetapi dia tahu Lynas ini sensitif, tidak boleh ditegur.

final • 4:00 PM

Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan

Hebat sangat ya? Akan tetapi kita kena fikir bahawa rakyat akan menjadi mangsa.

Anak kita, cucu kita akan menjadi mangsa. Najis Lynas di Malaysia suci tetapi najis Lynas di Australia kena hantar balik ke lombong. Sedangkan bahan asasnya sama. Bahan asas Lynas yang diproses di Malaysia berasal daripada Australia tetapi kalau ia diproses di Australia, sisanya kena hantar balik lombong. Akan tetapi kita tidak, kita benarkan ia ditanam di tapak yang tidak sesuai.

Gebeng Industrial Estate digazet sebagai tapak industri kimia. Kenapa kita hendak jadikan ia tempat pelupusan kekal sisa radioaktif? Bukan itu sahaja, kita tidak kisah tentang undang-undang, tipu dalam Dewan Rakyat. Yang Berhormat Menteri jawab pun salah. Macam tidak tahu kerja masing-masing. Apa guna rakyat bayar gaji?

Saya marah Tuan Yang di-Pertua, saya kesal daripada kerajaan yang mula bawa masuk Lynas kena tipu. Sehinggalah kerajaan hari ini terpaksa tutup bangkai Lynas.

Saya kesal untuk seluruh rakyat Kuantan.

Menteri KASA pun mak dia ada dekat Kuantan tetapi seolah-olah tidak boleh buat apa-apa sudah sebab ada satu juta metrik tan yang dekat situ yang kita harus lupuskan, tidak ada tempat yang sesuai. Memang tidak sudah tempat yang sesuai yang 10 tahun saya sudah cakap. Memang tidak ada yang sesuai.

Sepatutnya ia dihantar pulang ke Australia daripada awal tetapi Tuan Yang di- Pertua, tahu tidak, apa di dalam perjanjian? Perjanjiannya ialah the waste itu pertama, recycle. Failing which PDF, failing which baru hantar balik Australia. Itu perjanjiannya.

Ini kerajaan dulu yang buat perjanjian macam ini. Failing which baru hendak hantar balik. Kita tidak sampai lagi ke tahap itu. Masa kerajaan PH, Yang Berhormat Bakri hentikan recycling, condisoil entah apa benda itu semua kita hentikan. Kemudian sekarang ini tapak PDF tidak ada terpaksa juga hendak tanam dekat tempat di sebelah kilang. Belum habis lagi pamer, sudah cakap lulus. Belum dapat kelulusan pelan Malaysia, pelan Pahang kata tidak perlu rujuk pelan Malaysia. Ini apa punya kerja ini?

Saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua, apa yang sedang ditutup? Siapa yang kita cuba lindungi? Seharusnya semua yang bertanggungjawab, bertanggungjawab untuk melindungi rakyat. Keputusan yang kita buat ini mesti lestari, mesti sustainable. Saya hendak bacakan ada 12 sebab. Kalau saya tidak sempat, saya bacakan sedikit sahaja. ‘PDF ini direka bentuk sebagai kemudahan tapak pelupusan yang hanya berjangka hayat 20 hingga 25 tahun dan ia mempunyai sistem pelapik yang lemah dan tidak mencukupi untuk melupuskan sisa toksik dan radioaktif Lynas dengan selamat’ [Merujuk kepada senaskah dokumen] . HDPE yang digunakan ini hanya boleh bertahan 20 hingga 25 tahun. Sedangkan sisa radioaktif itu jangka hayat separuhnya ialah 14 bilion tahun. Ini apa jenis keputusan yang kita buat ini? Macam mana boleh lulus EIA kalau macam ini? Kemudian, perspektif yang saya katakan tadi berkenaan dengan low-level waste. Lynas sepatutnya perlu mengikut standard yang sama seperti di Kalgoorlie, Australia Barat untuk menghantar sisa WLP dihasilkan di Malaysia kembali ke tapak perlombongan terpencil di Mount Wells, lupuskan sebagai sisa radioaktif tahap rendah.

Akan tetapi, apa Malaysia buat? Malaysia buat kategori. Saya dunia akan categorise-kan dengan izin Tuan Yang di-Pertua, sebagai low-level waste. Akan tetapi, Malaysia categorise-kan sebagai very low-level waste. Ini dalam dokumen ini, Malaysia panduan teknikal criteria for citing of disposal facility for waste containing naturally occurring radioactive material. Kita bend the rules, bend the law semata-mata hendak accommodate tapak pelupusan kekal ini dekat Gebeng. Najis Lynas ini suci bagi Malaysia tetapi ia tidak suci di tempat dia di Australia. Cuba tanya diri kita sendiri, cuba yang dekat sebelah sana tanya diri sendiri, inikah jawapan yang kita hendak berikan kepada rakyat. Tidakkan kita hendak tutup mata?

Tuan Yang di-Pertua, saya kalau PDF di Gebeng ini dibenarkan ia akan menjadi salah satu tapak sisa radioaktif atas tanah near-surface yang terbesar di dunia yang diluluskan dan terbesar di dunia. Tidak ada negara yang gila macam Malaysia. Tambah

final • 4:00 PM

Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan

pula tanah itu tanah gambut dekat — dan sungai-sungai Balok di situ ada kajian-kajian, tidak sempat saya hendak bacakan semua. Semua sudah contaminated. Tuan Yang di-Pertua, kita hendak benarkan lagi. Kalau Dewan yang mulia ini tidak boleh kita gunakan sebagai wadah platform untuk kita bahas perkara ini. Kalau Menteri-menteri pun mengelak daripada menjawab tetapi di belakang teruskan juga, luluskan juga. Apalah nasib rakyat Malaysia? Sanggup tukar kategori daripada low-level waste — international standard itu, kepada very low-level waste, supaya boleh buat near- surface disposal facility. Supaya boleh guna tanah industri itu, tukar guna tanah itu untuk tapak pelupusan kekal. Sedangkan kita tahu ia satu radioaktif, toxic waste dump. Tuan Yang di-Pertua, ini mungkin peluang saya terakhir untuk bercakap sebelum ia dibina tetapi ia harus masuk dalam Hansard, satu Malaysia harus tahu, satu dunia harus tahu, anak cucu kita harus tahu segala kesilapan, segala salah guna kuasa pemimpin pada hari ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih, Yang Berhormat Kuantan. Dipersilakan Yang Berhormat Kampar.

final • 4:00 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih atas peluang untuk turut bersama dan mempersembahkan ucapan ikhlas menjunjung kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima Parlimen Ke-14 pada 28 Februari 2022.

Tuanku telah menyebut tentang beberapa perkara yang amat penting khususnya salah satu perkara mengenai kestabilan politik yang di kecapi kini menerusi kerjasama dwi-partisan melalui memorandum persefahaman transformasi dan kestabilan politik yang telah ditandatangani daripada pihak kerajaan dan pihak pembangkang pada 13 September 2021.

Melalui MoU ini, landskap politik negara kita kini lebih stabil bagi menjayakan agenda pembangunan demi kepentingan rakyat dan juga menyuburkan proses demokrasi negara di masa hadapan.

Hasil kesepakatan dan kematangan ini, pindaan perlembagaan persekutuan berkaitan Perjanjian 1963 telah berjaya diluluskan pada sesi Parlimen yang lalu dengan lebih dua pertiga Ahli Dewan Rakyat. Tuanku juga menyeru kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk terus mengekalkan persefahaman yang telah dibina dan juga memelihara kestabilan politik yang telah tercapai ini.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang menjadi inti pati persefahaman MoU tersebut adalah penggubalan undang-undang anti lompat parti untuk memastikan semula Ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat tidak mengkhianati mandat rakyat yang telah membuat keputusan dalam sesuatu pilihan raya.

Dalam perkara ini, saya amat menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa Rang Undang-undang Anti Lompat Parti akan dibentangkan dalam sesi Parlimen ini. Saya amat berharap dan juga menyeru Ahli-ahli Parlimen dalam Dewan yang mulia ini memberi sokongan penuh apabila rang undang- undang ini dibentangkan untuk perbahasan dan kelulusan pada minggu hadapan.

Saya sedar memang di kalangan Ahli-ahli Parlimen juga ada pihak yang parti yang akan berasa kurang selesa jika rang undang-undang ini diluluskan yang akan menghalang Ahli Parlimen untuk lompat dan menyebabkan kestabilan politik di dalam negara tergugat seperti mana yang kita lihat telah berlaku dalam Langkah Sheraton pada tahun 2020 dan tempoh selepas itu.

Saya berharap dan yakin bahawa kami dari blok pembangkang akan menyokong penuh kelulusan dan enakmen ini. Apabila rang undang-undang ini diluluskan ia juga adalah selaras dengan titah Tuanku menyeru Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini untuk terus mengekalkan persefahaman yang telah terbina dan juga memelihara kestabilan politik yang tercapai ini.

final • 4:07 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

Namun begitu, persefahaman MoU yang tercapai ini tidak bermakna bahawa pihak pembangkang khususnya blok Pakatan Harapan akan berdiam diri dan tidak akan membantah polisi-polisi atau enakmen yang tidak adil dan wajar semata-mata kerana kami telah mendapat peruntukan Ahli Parlimen seperti Ahli Parlimen kerajaan. Kami tetap akan menyuarakan masalah-masalah rakyat dan juga akan menjaga kepentingan rakyat apabila perlu atau dipanggil.

Ini adalah amat jelas daripada ucapan Ahli Yang Berhormat Bagan pada hari pertama perbahasan titah Tuanku iaitu beliau telah dengan jelasnya menyatakan bahawa pihak DAP dan kami percaya Pakatan Harapan akan membantah dan menolak pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu Akta 342. Ini kerana pindaan tersebut akan menambahkan hukuman denda yang amat berat kepada setiap individu yang berjumlah RM10,000 dan kepada pertubuhan, perbadanan sampai RM1 juta atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali...

final • 4:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang Berhormat Kampar. Boleh saya tanya soalan tentang Akta 342 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kampar tadi? Kita dengar berkenaan Akta 342 terdapat banyak bantahan terhadap akta tersebut dan kami saya ingat telah pun register bantahan kami sebagai Pakatan Harapan.

Apakah pandangan Yang Berhormat Kampar berkenaan dengan kemungkinan kuasa yang diberikan kepada Director-General di dalam pindaan-pindaan Akta 342 tersebut? Director-General itu kalau kita lihat kepada pindaan-pindaan yang dicadangkan tersebut, nampaknya macam ada kuasa yang amat banyak, mungkin even mutlak seperti yang mungkin ada oleh enforcement officers seperti pihak polis. Jadi, adakah ini satu perkara yang wajar dan sekiranya tidak, apakah cadangan Yang Berhormat Kampar terhadap pindaan tersebut? Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Memang saya bersetuju dengan apa pandangan yang diberikan oleh Ahli Yang Berhormat bahawa DG memang mempunyai kuasa sedia ada yang cukup untuk menangani masalah-masalah yang berbangkit.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini adalah amat tidak adil dan berat terhadap rakyat Malaysia. Sebaliknya, pihak kerajaan patut sedar bahawa masalah ini berpunca daripada segi pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang yang tidak saksama dan adil.

Sering kali kita lihat Menteri-menteri yang melanggar SOP tidak diambil tindakan ataupun dikenakan tindakan yang amat ringan sekali. Rakyat telah muak melihat perkara sebegini berlaku seperti adanya dua darjat antara Menteri-menteri dengan rakyat jelata. Memang terdapat begitu banyak insiden yang menimbulkan kemarahan rakyat jelata. Jadi, jangan salahkan rakyat dan menghukum rakyat dengan denda yang lebih berat apabila Menteri- menteri sendiri yang tidak mematuhi SOP-SOP yang dikenakan.

Tuan Yang di-Pertua, kami boleh lihat bahawa kami di pihak pembangkang terutamanya Pakatan Harapan adalah tetap berpegang teguh kepada prinsip kami dan tetap akan menjaga kepentingan rakyat apabila dipanggil untuk membela nasib rakyat.

Saya berasa amat kesal apabila adanya dalam kalangan parti pembangkang dalam Dewan ini menyatakan MoU yang memberikan peruntukan kepada semua Ahli Parlimen yang menandatangani MoU tersebut telah menyebabkan Ahli Parlimen Pakatan Harapan berubah dan tidak lagi menjaga kepentingan dan membela nasib rakyat. Ini adalah tidak betul sama sekali.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kenaikan kos sara hidup telah membimbangkan dan menyusahkan majoriti rakyat jelata di mana kos harian sara hidup telah naik melambung tinggi dan menjadi tidak terkawal. Ini adalah menyusahkan dan membebankan majoriti rakyat yang masih merana dalam kehidupan daripada segi ekonomi dan belum pulih daripada kesan impak ataupun impak pandemik COVID-19 ini.

Saya yakin ramai rakyat yang telah dan masih mengalami kesusahan akibat kehilangan pekerjaan dan juga ada yang mengalami pengurangan pendapatan untuk menyara kehidupan keluarga masing-masing. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk

final • 4:10 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

bertanya, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membantu dan menurunkan harga barangan keperluan agar kos sara hidup yang kini ditanggung oleh rakyat jelata tidak menjadi beban yang amat berat kepada rakyat masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, apabila Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pimpinan Kerajaan Pusat pada tahun 2018, pihak pembangkang pada masa itu cuba mengambil kesempatan dan mendakwa bahawa harga barangan telah naik dan membebankan rakyat. Saya hendak tahu, di manakah suara-suara mereka sekarang apabila rakyat betul- betul mengalami kesusahan akibat kenaikan harga barangan keperluan mereka? Di manakah suara mereka sekarang apabila harga ikan kembung naik mendadak sehingga mencecah lebih daripada RM15.00 sekilo dan satu papan telur gred C mencecah RM11.00? Di manakah suara mereka sekarang apabila harga minyak masak mencecah RM28.00 untuk sebotol lima kilogram?

Adakah mereka sekarang membisu semata-mata kerana mereka sekarang duduk dengan selesa di blok kerajaan di dalam Dewan yang mulia ini setelah bersekongkol dan berjaya menumpaskan Kerajaan Pakatan Harapan dengan Langkah Sheraton dan mengkhianati mandat rakyat. Dalam hal ini, saya hendak pihak KPDNHEP mengambil tanggungjawab dan memastikan kenaikan harga barangan dapat dikawal dan tidak menyusahkan rakyat biasa.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya, apakah perancangan berkenaan penstabilan harga runcit minyak petrol di petrol station yang akan diambil oleh pihak kerajaan memandangkan kenaikan harga minyak mentah berikutan krisis Ukraine-Rusia akan menggugat ekonomi serata dunia?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan satu isu aduan berkenaan dengan pengendalian sebuah koperasi yang dikatakan tidak menjalankan atau diuruskan dengan telus sehingga ia menjadi satu kes penipuan terhadap ahli koperasi tersebut sejak beberapa tahun yang ke belakang ini.

Koperasi berkenaan adalah Koperasi Pembangunan Pendidikan (KOPP) dan nombor koperasi adalah JPK197 yang ditubuhkan untuk membantu ahli-ahli menyediakan biasiswa dan dana untuk pembelajaran masa depan keluarga mereka. Aduan-aduan telah diajukan kepada semua agensi berkaitan terutamanya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun begitu, aduan- aduan tersebut tidak diambil tindakan sehingga hari ini dan ia telah menjejaskan kepentingan ahli-ahli koperasi tersebut.

Masalah-masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli koperasi adalah seperti berikut antaranya ahli-ahli lembaga dan pihak pengurusan telah menguruskan koperasi secara tidak mematuhi akta yang diperuntukkan kerana:

(i) pihak lembaga dan pihak pengurusan KOPP tidak menepati perjanjian untuk membayar balik pulangan modal jaminan skim biasiswa yang ditawarkan. Biasiswa juga tidak diproses seperti apa yang termaktub dalam terma dan syarat perjanjian skim;

(ii) mesyuarat agung koperasi dikendalikan dengan tidak mengundang semua ahli secara rasmi, hanya sebilangan kecil ahli menghadiri mesyuarat agung sahaja;

(iii) laporan kewangan tahunan audit tidak dikemukakan kepada ahli- ahli untuk pengetahuan semasa perkembangan kedudukan kewangan koperasi;

(iv) Undang-undang Kecil Koperasi dan senarai anggota enggan dibekalkan sungguhpun atas permintaan bertulis daripada ahli- ahli;

(v) pihak pengurusan menghalang kaunselor koperasi menjalankan tugas dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah;

final • 4:10 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

(vi) tidak membenarkan ahli-ahli untuk memberhentikan skim untuk mendapat balik pelaburan modal jaminan seperti yang termaktub dalam terma dan syarat perjanjian skim;

(vii) tidak mengemas kini kedudukan pembayaran skim ahli-ahli dan dikemukakan kepada ahli-ahli secara tahunan yang bertulis; dan

(viii) memberhentikan skim ahli-ahli yang tertunggak bayaran tanpa memberikan sebarang notis bertulis dan merampas segala pelaburan ahli-ahli.

Aduan-aduan yang dibuat oleh ahli-ahli pemegang skim koperasi adalah seperti berikut; Pertama, wakil pegawai dari syarikat pemegang amanah iaitu Universal Trustee

(M) Bhd. dalam satu mesyuarat telah secara atas talian dengan pihak lembaga, pihak pengurusan dan ahli-ahli berkata bahawa pihak mereka hanya berfungsi seperti bank iaitu menerima bayaran dan menyimpan wang untuk koperasi sahaja. Adakah pengurusan sebegini mematuhi Akta Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952?

Kedua, pihak berkuasa kerajaan yang mengawal selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) cawangan Selangor tidak menyelesaikan masalah dan mempertahankan hak-hak ahli-ahli koperasi sungguhpun aduan demi aduan telah dibuat secara rasmi.

Oleh yang demikian, saya memohon kerjasama pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menyiasat dan menjelaskan sama ada terdapat kemungkinan salah guna kuasa dan penyelewengan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam koperasi tersebut. Satu siasatan terperinci perlu dilakukan agar tindakan yang sewajarnya boleh diambil terhadap pihak pengurusan KOPP untuk melindungi dan memelihara hak-hak dan kepentingan ahli-ahli Koperasi Pembangunan Pendidikan

(KOPP) dan juga demi pembangunan koperasi negara yang lebih menggalakkan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Diraja Tuanku juga menyentuh isu pelaksanaan MyDIGITAL sebagai antara pelbagai inisiatif terutamanya melalui transformasi Pusat Internet Komuniti ke Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia serta pelaksanaannya ke pelbagai kawasan Dewan Undangan Negeri yang bakal merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat dan seterusnya memberi nilai baharu.

final • 4:10 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

Dalam ucapan Bajet 2022 yang lalu, Yang Berhormat Menteri Kewangan juga menyentuh bahawa pelaksanaan MyDIGITAL adalah komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat mendapatkan akses yang pantas kepada perkhidmatan kerajaan dan tidak lagi perlu pergi ke kaunter-kaunter pejabat kerajaan.

Apakah perancangan untuk mengurangkan birokrasi dan penggunaan kertas bagi urusan orang ramai dengan perkhidmatan di kaunter? Contohnya LHDN. Buat masa ini firma guaman masih perlu menyerahkan Borang CKHT iaitu hard copy dan dokumen sokongan ke kaunter-kaunter. Apakah ia boleh dihentikan dan penyerahan dilakukan secara atas talian?

Ini boleh dijadikan titik permulaan melancarkan perkhidmatan LHDN di samping mendukung inisiatif membudayakan konsep tanpa kertas. Memandangkan kebanyakan urusan-urusan LHDN boleh dilakukan secara online, contohnya penghantaran dokumen perjanjian untuk tujuan penyeteman, adjudikasi hartanah, bayaran stamp duty, saya pohon kerajaan sama ada dapat mengkaji dan membolehkan palang borang CKHT dikemukakan secara online dalam tempoh 60 hari tarikh pelupusan seperti mana yang ditetapkan. Urusan ini dapat dipermudahkan memandangkan pada ketika permohonan untuk adjudikasi hartanah, dokumen-dokumen yang perlu telah pun dilampirkan bersama.

Selain itu, ia dapat mengurangkan penggunaan kertas dan mendukung komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat mendapat akses yang pantas kepada perkhidmatan kerajaan dan tidak lagi perlu ke kaunter-kaunter pejabat kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, semenjak pandemik COVID-19 ini lebih ramai pengguna telah beralih kepada konsep pembelian dan penjualan barangan atas talian iaitu online.

Dengan perkembangan ini, masalah berbangkit berkenaan syarikat-syarikat pengendalian

final • 4:20 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

penghantar barangan iaitu courier service, dengan izin. Sebagai contoh, buat masa ini syarikat J&T Kampar mengalami masalah penghantaran barangan yang dikendalikan syarikat tersebut dalam tempoh yang terdekat.

Buat masa ini, terdapat kelewatan sehingga dua minggu dan masih berterusan untuk penghantaran barangan yang dikendalikan oleh syarikat J&T Kampar. Kelewatan ini telah menyebabkan kerugian dan kesusahan kepada peniaga-peniaga atas talian ini kerana mereka tidak dapat menghantar barangan mereka dalam tempoh yang ditetapkan dan pelanggan membatalkan tempahan masing-masing apabila gagal menerima barangan yang dibeli dalam tempoh yang dihadkan.

Selain itu, peniaga-peniaga yang mengalami masalah cash flow kerana mereka tidak akan menerima pembayaran sehingga barangan yang ditempah selamat dihantar kepada pelanggan-pelanggan. Masalah sedemikian memang akan menjejaskan kelancaran perniagaan online dan tidak boleh dipandang remeh oleh pihak kerajaan.

Walaupun aduan-aduan telah dipanjangkan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada 28 Februari 2022 akan tetapi sehingga hari ini kes ini masih belum diselesaikan. Pengadu sekadar menerima maklum balas daripada kementerian bahawa aduan telah diterima dan diberi nombor rujukan aduan iaitu 0322-01-0003627-J&T. Oleh itu, saya berharap pihak kementerian memandang serius aduan ini dan menyelesaikan aduan ini dengan secepat mungkin.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya membangkitkan satu lagi isu dengan singkat iaitu projek pembinaan hospital kerajaan Kampar. Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya telah sering kali membawa isu pembinaan hospital daerah Kampar yang baharu dalam Dewan yang mulia ini namun sehingga hari ini kita masih menunggu perkembangan ataupun status terkini yang tergendala sejak ‘Langkah Sheraton’ tersebut.

Walaupun Kerajaan Barisan Nasional telah pada tahun 2012 memberi janji bahawa sebuah hospital kerajaan yang baharu akan dibina untuk menggantikan Hospital Kampar yang uzur dan usang, yang telah dibina di atas kawasan bukit dan adalah tidak lagi bersesuaian dan tidak dapat menampung bilangan penduduk Kampar yang kini berjumlah 104,552 orang penduduk mengikut laporan statistik sosioekonomi yang diedarkan baru-baru ini.

Namun, tiada perkembangan ataupun sebarang langkah yang diambil oleh Kerajaan Barisan Nasional sehingga pembentangan Bajet 2020 yang diumumkan oleh mantan Menteri Kewangan, Yang Berhormat Bagan. Kerajaan Pakatan Harapan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion untuk membina hospital baharu di Kampar.

Penduduk Kampar menyambut baik pengumuman tersebut dan amat bersyukur atas kelulusan dan penyediaan peruntukan Kerajaan Pakatan Harapan untuk membina hospital baharu di Kampar kerana ia merupakan satu-satunya hospital kerajaan di dalam daerah Kampar dan kawasan-kawasan sekitar. Akan tetapi sehingga hari ini, kami masih menunggu perkembangan selanjutnya daripada kerajaan hari ini.

Walaupun saya telah sering membawa isu ini ke Dewan, setiap kali jawapan yang diberikan oleh Menteri Kesihatan adalah sama, walaupun Menteri Kesihatan adalah berbeza sekarang.

final • 4:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 4:20 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

Sedikit sahaja, satu perenggan sahaja Tuan Yang di-Pertua. Buat masa ini, sebagai perancangan pembinaan hospital, pihak kementerian masih dalam proses mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk pembangunan hospital baharu Kampar tersebut. Saya difahamkan ada dua buah lokasi yang telah dikenal pasti sejak dua tahun yang lalu tetapi sehingga hari ini kerajaan masih tidak dapat membuat keputusan yang muktamad manakah yang patut dipilih untuk menjadi tapak hospital.

Oleh yang demikian, saya berharap, saya memang berharap Menteri Kesihatan dapat memberitahu kepada Dewan yang mulia ini bilakah cadangan tapak hospital baharu

final • 4:20 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

ini dapat dimuktamadkan agar pembinaan Hospital Kampar baharu ini dapat dimulakan dengan secepat mungkin dan tidak dilengah-lengahkan lagi. Saya berharap Menteri Kesihatan memandang serius isu ini dan dapat menyelesaikan masalah pembinaan Hospital Kampar baharu yang telah diumumkan dalam tahun 2019 dalam pembentangan Bajet 2022.

final • 4:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat, banyak lagi kah? Banyak lagi kah?

final • 4:20 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya pohon menyokong Titah Diraja.

final • 4:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Nanti sekejap, nanti sekejap. Banyak lagi? Banyak lagi kah?

final • 4:20 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

Sedikit sahaja. Sudah habis. Cukuplah. Thank you.

final • 4:20 PM

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Baik, terima kasih. Ahli- ahli Yang Berhormat, pembahas yang terakhir untuk sesi masa ini dipersilakan Yang Berhormat Alor Setar.

final • 4:20 PM

Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Memandangkan jam sudah 4.30, rasa saya boleh panjangkan masa. Saya ucap terima kasih juga kepada rakan-rakan Ahli Parlimen yang sudi bersama pada petang ini. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya berbahas Titah Tuanku.

Dalam Titah Tuanku, Baginda sudah fokus kepada beberapa perkara yang penting. Saya memetik satu iaitu kesejahteraan kanak-kanak dan mengukuhkan institusi keluarga dalam agenda besar perpaduan.

Maka di bawah tajuk ini saya ingin bahaskan dua perkara yang penting dan juga pernah dibahaskan oleh beberapa orang rakan di Dewan ini. Pertama, saya ingin membahaskan isu unilateral conversions yang berlaku baru-baru ini khususnya berkenaan dengan tiga orang anak di bawah Madam Loh yang di-convert-kan di negeri Perlis.

Saya boleh cerita di sini kerana enakmen tersebut diluluskan di Perlis 2016 itu, saya adalah salah seorang dalam Dewan. Saya merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri di Perlis 2016 dan di antara 15 orang, saya seorang yang bantah. Saya keluarkan hujah semua, tidak setuju kepada kelulusan enakmen tersebut tetapi seorang wakil rakyat keluar Dewan. 13 orang Ahli Dewan sokong maka lulus tahun 2016 enakmen tersebut, yang masih dipegang dan masih digunakan pada masa sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, isu ini penting dalam beberapa aspek. Saya hendak beritahu Dewan ini, pada ketika itu walaupun saya bahas setengah jam bagi semua hujah daripada segi Perlembagaan dan undang-undang, yang peliknya pihak kerajaan langsung tidak ada seorang bangun untuk cuba hendak pertahankan undang-undang yang dibawa, semata-mata luluskan dengan majoriti.

Kalaulah ini dalam Dewan, apa gunanya? Pada waktu itu, hujung tahun 2016 adalah kerana pada waktu itu Kerajaan Pusat sudah hendak rancang untuk hendak bawa pindaan Akta 163, seksyen 88(a) untuk menyekat unilateral conversions. Maka negeri Perlis cepat-cepat table, luluskan tanpa sesiapa cuba hendak pertahankan. Hanya Menteri Besar pada waktu itu cuba memberi jawapan dengan gulung. Maka, apalah hujah yang Kerajaan Negeri Perlis pada waktu itu untuk luluskan enakmen tersebut hanya satu iaitu berdasarkan kepada keputusan mahkamah 2007 kes Subashini kononnya perkataan ‘parent’ itu menunjukkan kepada seorang ataupun salah seorang ibu atau bapa.

Akan tetapi kes mahkamah tersebut selepas pada tahun 2018 telah ada keputusan di Mahkamah Persekutuan. Jelasnya dasar ataupun ground daripada segi kelulusan enakmen tersebut sudah tidak ada.

final • 4:26 PM

Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar

Maka, di bawah semangat Persekutuan ini, Perlembagaan sepatutnya sama ada negeri pinda balik ataupun tangguhkan penggunaan enakmen tersebut tetapi kalaulah enakmen tersebut masih digunakan maka jelasnya niat itu adalah sengaja untuk mencabar undang-undang Kerajaan Persekutuan – Perlembagaan.

final • 4:26 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang Berhormat Alor Setar, boleh saya tanya berkenaan dengan isu yang berbangkit, *unilateral conversion.

Now* kes Subashini yang dirujuk oleh Yang Berhormat Alor Setar tadi tersebut, itu kedudukan undang-undang sebelum 2018 seperti yang telah pun dikatakan tadi. Dalam kes yang terbaru tersebut ataupun terkini 2018, konvensyen itu memerlukan consent daripada kedua-kedua parents ataupun ibu bapa. Jadi, enakmen di Perlis tersebut yang dibuat bukannya ia bertentangan dengan Federal Constitution dan oleh yang demikian unconstitutional dan patutnya di-review ataupun disemak semula untuk menjadi selari ataupun konsisten dengan Federal Constitution. Apakah pandangan Yang Berhormat Alor Setar? Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar

Ya, setuju kepada jiran saya Yang Berhormat Bukit Gelugor. Tetapi isu di sini, itu sudah unconstitutional tetapi inilah jadi isu besar di sini. Apa kata kalau kerajaan negeri sengaja proceed. Contohnya, kalau saya kerajaan negeri saya pegang negeri, Kerajaan Pusat buat satu keputusan hendak A, saya sengaja hendak buat B. Orang buat A lagi, saya buat B lagi, saya buat. Saya convert 10 orang, kalau seorang atau dua orang cabar ke mahkamah, saya convert sampai 1,000 orang buatlah seorang-seorang ini di mahkamah. Seorang, seorang.

Maka, apa akan jadi sistem kehakiman kita. Dalam keputusan yang terkini 2018, Indira itu, saya petik tafsiran dalam mahkamah dengan izin, “Since a literal construction of Article 12(4) would give rights to a consequence which the legislative could not possibly have intended. The article should not be construct literally. A purposely reading of Article 12(4) that promotes the welfare of the child and is consistent with good sense would require the consent of both parents if both are living for the conversion of a minor child.” Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya jelasnya perkataan tersebut dalam kehakiman, keputusan tersebut pun sudah menjelaskan bahawa dalam keadaan ibu bapa masih hidup haruslah dianggap bahawa ibu dan bapa. Bukan setakat translate dari segi bahasa. Ini kerana teks yang kita guna ini sebenarnya sebelum 2003, teks yang kita guna untuk Perlembagaan Persekutuan itu hanya translate daripada Lembaga Penyelidik Undang- undang. Apa yang kita guna itu sekarang selepas 2003 adalah di bawah Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang di bawah Persekutuan 160A bukan B. Dengar baik-baik.

Tuan Yang di-Pertua, 160A seharusnya perlu buat pindaan semula sekiranya ada keputusan yang terkini. Akan tetapi, ada pihak yang sengaja mentafsirkan bahawa oleh sebab 160A, maka kita kena ikut teks dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu.

Seharusnya di bawah 160A, selepas ada kehakiman tersebut, yang tafsiran yang saya cerita dengan mahkamah, keputusan tadi, haruslah dizahirkan dalam bahasa, dalam teks seperti mana jawapan dari mahkamah kehakiman. Bukanlah kita boleh membenarkan kononnya Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang untuk membuat pindaan atas translation, terjemah mengikut kamus Oxford sahaja. Itu undang-undang, ini Perlembagaan.

Maka, di sini isu dia sudah jelas kehakiman sudah buat satu dasar di mana perkataan tersebut biarpun dalam bahasa teks Perlembagaan Persekutuan pun, Jadual 11 seksyen 2(95) pun telah menyatakan bahawa perkataan yang tunggal itu dianggap sebagai jamak. Singular seen as a plural. Dalam keadaan ini, maka keputusannya jelas dalam keadaan ibu bapa masih hidup maka dianggap sebagai dua-dua perlu memberikan kelulusan tersebut. Selain daripada definisi ini, ada lagi isu yang penting. Kita kena lagi lihat dari konteks bukan sahaja antara Islam dengan bukan Islam. Di Malaysia ada juga agama bukan Islam yang lain. Bayangkan sekiranya kita anggap salah seorang ibu atau bapa bolehlah menentukan agama anak dia, apa akan jadi kalau katakan ibu bapa seorang dia pada Isnin dia masukkan anak dia sebagai Kristian, Selasa dia masuk kepada Buddhist, Rabu dia tukar lagi kepada Sik, Khamis lagi tukar kepada Hindu. Sampai bila- bila.

final • 4:30 PM

Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar

Maka tidak logik, kita pun tidak boleh lihat dari konteks Islam dan bukan Islam sahaja. Dia kena logik juga antara agama yang bukan Islam sendiri. Maka di bawah konteks ini, tidak ada pilihan, maksud di bawah perkataan tersebut haruslah ibu bapa sekali untuk membuat keputusan. Apatah lagi dalam Perkara 12 ini sebenarnya kalau kita lihat dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 12 ini adalah berkenaan dengan pendidikan. Yakni yang Fasal 4 itu sebenarnya bermaksud atas pendidikan agama, atas anak tersebut. Kita perlu lihat dari konteks lebih besar kerana dalam Fasal 4 ini sudah terang-terang menyatakan bahawa Fasal 4 ini bagi pihak, bagi tindakan Fasal 3 iaitu upacara dan juga pendidikan agama kepada anak. Di antara konteks itu barulah kita didefinisikan agama tersebut.

Maka di bawah keadaan ini, saya minta Yang Berhormat Menteri Undang-undang menjelaskan sudah ada pendirian yang jelas. Maka, adakah kita masih boleh kaji semula cadangan pindaan Akta 194 iaitu Akta Membaharui Kahwin dan Cerai bagi seksyen 88A yang dahulunya dikatakan bahawa sudah bercanggah dengan Perlembagaan dan sekarang sudah diputuskan bahawa tidak bercanggah dengan Perlembagaan. Kedua, perkara yang saya hendak bangkitkan di sini, saya minta Jabatan Kebajikan ini perlulah progresif. Dalam isu convert agama kes yang baru-baru ini, bukan setakat isu agama sahaja. Dia berkenaan dengan hak penjagaan.

Di sini saya hendak tanya bagaimana satu agensi kerajaan boleh membenarkan ada orang, bawa kanak-kanak bawah umur ini, siap buat live, tunjuk muka, tidak censored, tanya ke depan, “Oh, ini sukarela kah hendak masuk agama ini.” Bagaimana penjawat awam boleh buat begini? Sepatutnya kanak-kanak di bawah umur 18 ini buat apa cara pun sama ada sudah dapat perintah mahkamah ataupun tidak, perlulah dijaga dari segi identiti mereka didedahkan. Bagaimana boleh buat live, siaran-siaran langsung, siap tanya depan muka biar semua orang nampak siapa kanak-kanak itu, tanya dekat depan, “Ini masuk secara sukarela kah tidak?” Ini tidak harus berlaku. Bayangkan kalau adalah group lain, NGO lain, bawa anak-anak, buat live lagi tanya, “Betul kah boleh hafal kah dua kalimah syahadah.” Bagaimana kita akan jadi kesan kepada kanak-kanak tersebut. Maka dalam kes ini, JKM patutnya bagi taklimat atau amaran kepada semua sama ada NGO,sama ada penjawat awam, sekiranya ada kes sedemikian, perlulah serta-merta rujuk kepada JKM. Hantarkan anak tersebut, kanak-kanak tersebut kepada JKM untuk JKM uruskan dari segi hak penjagaan. Bukan buat live sendiri suka hati. Biarkan membuat sesuatu imej, persepsi yang salah, seolah-olah kita boleh pegang mana-mana kanak-kanak tepi jalan lepas itu buat live saja, tanya apa pandangan dia.

Kita perlu menghormati hak bahawa kanak-kanak dalam keadaan ini. Maka Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya hendak tanya, kalaulah ada pihak yang menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan yang kita pakai ini adalah test yang sah di bawah 160P. Kalaulah begini, bagaimana Ahli Parlimen yang dibekalkan Perlembagaan Persekutuan yang hanya dicetak dalam versi 160A saja. Kalau ada 160B, bagilah. Apa yang saya hendak nyata di sini biarpun kalau ada sudah buat satu teks sahih bawah 160B pun, maksud perkataan di dalam Perlembagaan itu bukan hanya rujuk kepada kamus yang boleh translate dari segi Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Dia mesti menzahirkan makna yang seharusnya di bawah apa tafsiran mahkamah tersebut. Maka, dia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan saya harap pihak kerajaan khususnya Yang Berhormat Menteri Undang-undang selaraskan dengan negeri-negeri.

Saya hendak saudara dan juga Tuan Yang di-Pertua untuk melihat, isu ini sekarang bukan lagi hanya di peringkat Persekutuan tetapi dia juga sudah berlaku percanggahan antara negeri dengan negeri. Asalnya, Enakmen Negeri ini kononnya diguna pakai dalam kawasan jajahan negeri tersebut. Akan tetapi dalam kes ini, orang ini, subjek ini dari Kedah, pi duduk dekat Penang lepas itu convert dekat Perlis.

final • 4:30 PM

Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar

Maksudnya sekarang, sebuah negeri buat enakmen, boleh guna pakai seluruh Semenanjung, seluruh Malaysia. Apa kata kalau Sabah dan Sarawak tidak membenarkan, maka orang di sana fly pergi kat Perlis, convert dekat sana. Apply, sah, boleh dilakukan.

Adakah kita hendak benarkan? Kalau begini, setiap negeri buat enakmen masing-masing,

final • 4:40 PM

Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar

tetapi dia mengguna pakai kepada negeri lain. Adakah ini tidak memberi kesan kepada negeri lain? Ini bukan sahaja antara Muslin dan non-Muslim. Orang Muslim sendiri pun telah ada isu, contohnya yang kahwin dekat Thailand. Ambil isteri yang kedua, kahwin di Thailand, lepas itu daftar dekat Perlis, bayar kompaun. Bukan perlu masuk mahkamah seperti negeri lain. Ia akan mencetus satu kekeliruan. Maka, ia sudah menyentuh satu isu antara undang-undang Persekutuan dengan peringkat negeri yang harus kita lihat.

Maka isu yang kedua, perkara yang kedua, sedikit sahaja berkenaan dengan kewarganegaraan. Pada bulan lepas kita tengok satu berita yang cukup menyedihkan, tetapi menceriakan daripada Perdana Menteri dengan Menteri Dalam Negeri, siap call kepada subjek tersebut yang adik Rohana ini yang berumur 22 tahun. Asal dari seorang ibu dari Indonesia yang telah dijaga oleh ibu angkat, Chee Hoi Lan yang berumur 83 tahun.

Seorang berbangsa Cina bukan Islam.

Kisah tersebut kita dengar seolah-olah kita rasa macam bagus, kasih sayang.

Akan tetapi apabila Perdana Menteri boleh cuba call dengan subjek tersebut, kata ini aku hendak tolonglah. Saya petik satu perkataan daripada Menteri Dalam Negeri, katanya, “Difahamkan bapa beliau adalah warga Malaysia. Jika ada bukti, maka mudahlah kita berikan kewarganegaraan”. Saya hendak tanya Menteri Dalam Negeri, tolong jelaskan apa maksudnya bukti? Kita punya banyak kes permohonan, perkara dia sama. Dalam kes Cik Rohana ini, semua bawah perkara 15A yang kita mohon, yang setiap kali mohon ditolak, dua hingga tiga kali ditolak ini, jawapan sama kita boleh hafal.

Akan tetapi kalau Menteri Dalam Negeri hendak kata, kalaulah ada bukti bahawa bapa dia adalah warganegara Malaysia, maka mudahlah untuk kita berikan, saya hendak beritahu Menteri, saya minta Jawatankuasa Panel Kewarganegaraan, tolong jelaskan kepada Menteri prosedurnya macam mana. Setiap permohonan kalau di bawah perkara 15A, wajib kena ada sijil lahir. Dalam sijil lahir, wajibnya sekurang-kurangnya bapa dia itu adalah warganegara Malaysia, barulah dia boleh buat permohonan. Maka dalam kes Cik Rohana ini, sama ada dia mohon di bawah Sijil Anak Angkat Madam Chee Hoi Lan ataupun dia mohon di bawah perkara 15A atas nama bapa dia. Sekiranya sijil lahir tersebut dianggap sebagai bukti, saya minta Menteri Dalam Negeri jawab fasal apa yang kes permohonan sama, semua ditolak. Sekiranya permohonan tersebut hanya kekurangan, contohnya bukti, maka tolong habaq kat kita, apa itu bukti? DNA test-kah, apakah, ceritalah. Ini sebab ramai yang buat kes yang serupa dengan Cik Rohana ini sama, tertunggu-tunggu, tolak dua tiga kali. Apa yang paling pelik, dia sudah berumur 22 tahun. Ini kalau terakhir. Kalau tidak lulus, maka tidak ada peluang orang untuk buat permohonan. Tangan saya at least lima kes sudah tolak, sudah cukup umur 22 tahun, tidak boleh hendak mohon.

Kalaulah Menteri Dalam Negeri kata adalah contoh bukti yang boleh kita kemukakan untuk mudah diluluskan, sila Jawatankuasa Panel Kewarganegaraan buat satu jawapan, minta Menteri jawab dekat Dewan, apa contoh bukti yang dikatakan. Kalau katakan hanya boleh dapat kelulusan kerana ada sokongan Perdana Menteri yang call dia, bagilah nombor telefon, kita minta semua permohonan call Perdana Menteri minta Perdana Menteri tolong.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ini isu lama. Kalaulah kerajaan tidak mahu mengaku daripada segi keinginan untuk selesai, tidak mengapa, tetapi jangan buat kerja viral seolah-olah macam hero hendak tolong. Saya terus terang di sini sebenarnya Jawatankuasa Panel Kewarganegaraan ada mindset, mentality yang memang hendak perlahankan kelulusan. Cuma tidak boleh hendak mengaku kerana tidak mahu bagi kemudahan ataupun tidak mahu bagi kelulusan secara senang. Itulah yang sebenarnya yang menyebabkan permohonan jadi perlahan. Akan tetapi sekiranya Menteri Dalam Negeri yang mewakili kementerian ini menyatakan kenyataan tersebut, maka jadi huru- hara. Semua permohonan yang ratus ribu yang tunggu ini, sekarang tunggu. Tolong Menteri jawab apa itu bukti yang boleh dikemukakan untuk mempermudahkan.

Saya hendak ingatkan Tuan Yang di-Pertua, last sekali. Oleh sebab COVID-19 berlaku dalam dua tahun yang lepas ini, JPN kadang kala dia terpaksa tutup kerana ada kes, kerana MCO sehingga ada permohonan yang tertangguh. Hendak buat rayuan pun tidak sempat kerana apabila terima surat tolak, sudah umur 22 tahun, tidak layaklah.

final • 4:40 PM

Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar

Sepatutnya dalam kes macam itu, haruslah bagi pertimbangan dan kelonggaran bagi dia selesai kerana bukan sebab dia tidak mahu rayuan, tetapi MCO, tidak mampu hendak pergi JPN untuk buat rayuan kali terakhir.

Dalam keadaan ini, saya minta Kementerian Dalam Negeri semak dan bagi jawapan yang profesional. Profesional maksudnya kalau memang tidak mahu bagi, jelaskan. Bagi tahu bahawa kita memang hendak bagi dia susah supaya tidak mahu ramai orang suka hati tidak mahu kahwin, selepas itu lahirkan anak. Itu yang sebenarnya.

Janganlah apabila ada kes keluar nampak seolah-olah macam dia kesian, Perdana Menteri call dia, kita hendak tolonglah. Akan tetapi kes-kes saya, ada kawasan saya, ada juga Sami dekat tokong yang kesian kepada anak sampai adopted sembilan orang...

final • 4:40 PM

Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 4:40 PM

Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar

Okey. Maka, saya harap Tuan Yang di-Pertua, dalam jawapan – saya ada dua sahaja. Saya minta cerita tadi berkenaan dengan Menteri Undang-undang jelaskan keadaan terkini berkenaan dengan unilateral conversions. Saya minta Menteri Dalam Negeri menjelaskan kes Rohana ini, bagaimana boleh jadi satu contoh untuk kita selesaikan dengan cara yang adil bersama dengan pemohon-pemohon yang lain.

Sekian sahaja. Dengan ingin, saya sokong kepada Titah Tuanku.

final • 4:40 PM

Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan Rakyat tengah hari tadi telah meluluskan persidangan hari ini adalah selesai semua Ahli Yang Berhormat berbahas ke atas Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja dan semua Ahli Yang Berhormat telah pun selesai berbahas.

Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa giliran bagi Yang Berhormat Menteri menjawab perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja adalah pada minggu hadapan iaitu pada hari Isnin, 14 Mac 2022 sehingga 17 Mac 2022.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi pada hari Isnin, 14 Mac 2022.

final • 4:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.47 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026